Perak · 26 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 272 turns · 57,101 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 26 November 2025, jam 9.06 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urus setia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Yang pertama, sebagaimana yang saya telah maklumkan semalam, suka untuk saya ingatkan sekali lagi bahawa semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan diminta untuk mendaftar kehadiran dengan mengimbas kod QR yang berada di atas meja masing-masing.

Perkara yang kedua, berkenaan aturan urusan mesyuarat dan soalan-soalan lisan pada hari ini, Ahli Yang Berhormat boleh memuat turun dokumen tersebut dengan mengimbas kod QR yang sama.

Perkara yang ketiga, berkenaan dengan sesi soalan lisan. Tempoh masa yang diperuntukkan pada hari ini adalah selama 1 jam iaitu 60 minit.

Perkara yang keempat berkenaan pas persidangan, pas ini hendaklah sentiasa dipakai oleh semua yang terlibat semasa persidangan berlangsung. Pihak keselamatan akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan perjalanan Persidangan Dewan Negeri berjalan lancar.

Perkara yang kelima, berkenaan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urus setia dalam tempoh tujuh hari daripada hansard yang dipaparkan, sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga mendapat menerima beberapa makluman daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri berkaitan dengan isu banjir dan ada yang lewat dan ada yang tak sihat pada hari ini. Jadi saya suka nak mengingatkan yang pertama sekali, berkaitan dengan bencana banjir yang berlaku. Ingatkan berkaitan Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang turun ke kawasan. Yang pertama sekali isu keselamatan, menjaga keselamatan masing-masing. Yang kedua berkaitan dengan kesihatan. Sekiranya ada masalah kesihatan dan demam, kita ada klinik di kawasan Dewan Negeri ini yang boleh dirujuk dan juga sila maklumkan kepada urus setia terutamanya sekiranya melibatkan aturan debat ataupun perbahasan dengan usul belanjawan yang ada. Sekiranya ada pertukaran hari ini kepada hari esok, pagi kepada petang dan sebagainya. Saya ucapkan selamat kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga kepada kakitangan kerajaan, ketua-ketua jabatan yang terpaksa turun menghadapi masalah banjir ini. Seperti yang saya nyatakan klinik kita terbuka sepanjang persidangan ini dan boleh doktor-doktor dan klinik boleh dirujuk di sana sekiranya ada ada kalau ada masalah kesihatan.

Akhir sekali, pada persidangan kali ini juga terdapat beberapa agensi yang ada membuka reruai berhadapan Bilik Makan Dewan Negeri. Antaranya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menganjurkan “Kempen Internet Selamat” selama tiga hari bermula semalam. Sekian, terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama satu jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan nombor soalan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Speaker. Soalan Behrang, nombor satu. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Behrang mengenai masyarakat orang asli yang telah memeluk Islam tetapi masih tinggal bersama keluarga bukan Islam. Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) serta Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah melaksanakan program pemantapan akidah dan ibadah khusus untuk masyarakat orang asli yang telah memeluk agama Islam. MAIPk dan JAIPk juga turut menjalankan program dakwah secara berterusan dengan pendekatan yang bersifat inklusif dan berperingkat agar tidak menimbulkan konflik dalam keluarga bercampur agama. Bagi mualaf yang tinggal bersama keluarga bukan Islam, pendekatan kaunseling dan sokongan emosi turut diberikan agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan akidah tanpa menjejaskan hubungan kekeluargaan. MAIPk juga turut menyediakan skim bantuan sewa rumah dan bina rumah sekiranya perlu atau sesuai untuk dilaksanakan. Pelbagai bentuk kelas bimbingan dan program pengukuhan akidah telah dilaksanakan khusus untuk mereka. Antaranya program pemantapan ibadah dan aqidah yang merangkumi ceramah agama, slot tazkirah dan motivasi, latihan dalam kumpulan bagi membina kefahaman Islam, praktikal solat serta amali ibadah harian dan kelas bimbingan mualaf.

Selain itu, kelas pengajian secara berkala turut diadakan di pejabat agama daerah meliputi pengajaran asas fardhu ain, pembacaan dan pemahaman Al-Quran, pengukuhan akidah serta kisah para nabi dan sahabat. Perbincangan isu semasa berkaitan cabaran hidup sebagai mualaf serta aktiviti ziarah dan pemantauan. Pegawai Mubaligh Islam dan Penggerak Masyarakat Orang Asli juga sentiasa membuat lawatan berkala ke rumah mualaf orang asli untuk memantau perkembangan aqidah dan memberi nasihat secara peribadi. Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), MAIPk dan JAIPk telah bekerjasama melantik Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) seramai 58 orang di bawah lantikan JAKIM. Mubaligh Islam seramai 56 orang di bawah lantikan MAIPk, Guru Asas Pengajian Islam Mualaf seramai 75 orang di bawah lantikan MAIPk dan Guru Takmir Orang Asli seramai 22 orang di bawah lantikan JAKIM. Inisiatif ini merupakan salah satu perancangan berterusan untuk dilaksanakan di perkampungan orang asli seluruh negeri Perak bagi memastikan pemahaman Islam dapat dihayati dan akidah masyarakat Orang Asli yang telah menganut agama Islam dapat dijaga. Terima kasih

Yang di-Pertua

Behrang.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Seri. Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina surau di kawasan-kawasan kampung orang asli yang mempunyai penganut Islam dan juga adakah ada peruntukan melakukan ibadah korban? Maksudnya peruntukan binatang korban seperti lembu di kawasan-kawasan orang asli sebab setakat ini di kawasan saya belum ada lagi dan saya mengambil inisiatiflah daripada sumbangan lembu korban daripada Dato' Seri itu saya akan memperuntukkan di dua kawasan orang asli di kawasan saya. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Behrang boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Pejabat Menteri Besar. Insha Allah kita akan guna peruntukan Menteri Besar untuk membina surau di kawasan berkenaan dan juga saya mengalu-alukan penglibatan Yang Berhormat untuk menjalankan ibadah korban seperti mana lazimnya di tempat berkenaan.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ok, saya dengan tak ada soalan tambahan lain. Dengan itu, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk mengemukakan nombor soalan.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Assalamualaikum WarahmatullahiTaala Wabarakatuh. Terima kasih Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Speaker. Soalan Kuala Kurau, nombor dua.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Dato' Seri Speaker. Sesungguhnya soalan ini lebih menjurus kepada portfolio PBT dan bukannya di bawah KPDN. Namun sebagai sebahagian daripada Kerajaan Negeri, saya akan cuba menjawab. Untuk makluman semua, negara kita mengamalkan pasaran ekonomi terbuka dan kerajaan tak kira ia Kerajaan Persekutuan atau Negeri kita tak mengawal atau menetapkan harga bagi semua jenis barangan kecuali sesetengah barangan kawalan. Oleh itu, semua peniaga tidak kira apa bidangnya adalah dibenarkan untuk selaraskan harga dengan syarat bahawa kenaikan tersebut adalah wajib selaras dengan peningkatan kos serta memastikan kadar keuntungan diambil adalah pada kadar yang munasabah.

Untuk pihak KPDN, sebenarnya KPDN sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan kestabilan harga dan kelancaran bekalan barangan di pasaran. Pemeriksaan demi pemeriksaan secara menyeluruh dilaksanakan dengan meliputi semua premis perniagaan di setiap kawasan. KPDN juga sentiasa memberikan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam pelbagai aspek seperti sesi libat urus bagi memastikan suara rakyat tidak kira ia peniaga ataupun pembeli, pengguna sentiasa didengari dan disantuni.

Dato' Seri Yang di-Pertua, selain penguatkuasaan yang dijalankan oleh KPDN terhadap harga barangan, beberapa tindakan telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Daerah Kerian (MDK) dalam menyelesaikan masalah yang dibangkitkan ini. Yang pertama sekali melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Penguatkuasaan pada September 2024, MDK, Majlis Daerah Kerian hanya meluluskan lesen borong kepada pelantar ikan Sin Huat Fishery Sdn Bhd. Hal ini bermaksud bahawa syarikat tersebut sebenarnya hanya dibenarkan menjalankan aktiviti jualan secara borong kepada pembeli yang membeli dalam kuantiti yang besar dan tidak dibenarkan menjual secara runcit kepada pengguna di pelantar tersebut. Seterusnya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Penguatkuasaan pada Januari tahun ini 2025, permohonan tambahan daripada syarikat tersebut untuk menjual runcit hasil laut dan ikan masin di pelantar tersebut telah ditolak demi menjaga kelangsungan perniagaan peniaga-peniaga kecil setempat. Rayuan permohonan lesen runcit oleh syarikat tersebut telah di bagi tetapi telah ditolak juga dalam mesyuarat penuh Mac 2025 selepas mengambil kira faktor lokasi yang memang berhampiran dengan kawasan kediaman serta tempat peniaga kecil berniaga.

Untuk makluman YB, dua sesi libat urus telah diadakan. Satunya pada 19 Mac 2025 dengan melibatkan pemilik pelantar ikan, peniaga pasar awam, persatuan nelayan dan Penghulu Mukim Kuala Kurau. Sesi libat urus kedua adalah pada 21 Mac dengan melibatkan Jabatan Perikanan, FAMA, KPDN serta persatuan nelayan. Isu jualan runcit di pelantar tersebut sebenarnya dipantau secara berterusan oleh pihak PBT sepanjang tahun 2025 iaitu sehingga Oktober tahun ini, pihak majlis sebenarnya telah keluarkan sembilan kompaun dengan jumlah keseluruhan RM9,000.00 kepada pihak syarikat tersebut atas kesalahan menjalankan jualan runcit di pelantar tersebut yang sebenarnya hanya dibenarkan untuk berniaga secara borong. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan majlis memberikan saman.

Kesimpulannya, kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dilindungi daripada sebarang amalan perdagangan yang tidak beretika. Yang pertama sekali, tindakan penguatkuasaan yang konsisten. Kedua, penolakan permohonan lesen yang tidak memenuhi syarat. Yang ketiga, sesi libat urus yang dijalankan sebenarnya buktikan usaha dan kesungguhan kerajaan khususnya PBT dalam menjaga kepentingan peniaga kecil dan kestabilan rantaian bekalan. Kerajaan akan terus memantau isu ini dari semasa ke semasa bagi memastikan keseimbangan antara kepentingan pengguna, penjual, peniaga kecil dan industri dapat dikekalkan bersama demi kepentingan bersama. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manong.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Soalan tambahan, ada.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih. Tentang bab pasar ini. Saya ingin tanya kepada pihak kerajaan. Di mana pasar dalam trend terkini di mana orang muda atau remaja lebih cenderung untuk pergi ke pasar raya ataupun kedai-kedai seperti Segi Fresh ke Econsave ke untuk membeli barangan yang terdapat di pasar. Jadi apakah trend ini telah mengakibatkan jualan di pasar ini makin hari makin berkurang, tidak begitu rancak? Jadi apakah saya tahu YB selaku ketua pemuda, apakah perancangan untuk kerajaan untuk merancakkan aktiviti ataupun jualan di pasar agar lebih menarik orang muda ini pergi ke pasar daripada terus ke gudang pasar raya? Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih soalan daripada Bercham. Saya cuba bagi pandangan secara holistik. Saya rasa keadaan di mana bahawa pengguna memang akan cari tempat yang di mana barangannya harga yang murah. Ini pertama sekali. Kita akan pergi tempat yang memang kalau ada jenis beras A, kalau jual di pasar raya RM10.00, di pasar besar RM15.00, tentulah dia akan pergi pasar raya. Tapi pada masa yang sama untuk menjawab soalan Bercham, saya rasa untuk kita menarik kehadiran orang-orang muda ataupun anak-anak muda untuk pergi ke pasar yang memang biasanya dikunjungi oleh warga emas untuk orang-orang yang berumur 40 tahun ke atas, saya rasa usaha KPKT sekarang adalah cukup mantap sekali di mana pihak KPKT di bawah pimpinan Adun Kepayang ada membuat beberapa penaiktarafan. Di mana contoh ada buat pertandingan untuk mereka cipta pasar untuk Pasar Bukit Mertajam dan juga melaksanakan beberapa penaiktarafan di kawasan demi kawasan untuk menarik orang muda supaya mengunjungi pasar.

Tapi saya rasa apa itu, benda yang amat penting sekali adalah harga barangan dan itu sebabnya KPDN selalu membuat pemantauan dari semasa ke semasa dan kalaulah ada orang yang jual barangan yang lebih mahal daripada harga barangan yang sepatutnya normal, maka KPDN boleh ambil tindakan dan pada masa yang sama pihak kementerian seperti KPKT pun boleh melaksanakan penaiktarafan supaya menarik orang orang muda untuk mengunjungi pasar besar yang memang tradisional supaya ekonomi itu terus berkembang. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk mengemukakan soalan. Sila.

Manong soalan nombor 3. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih juga Yang Berhormat Manong. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memastikan pembangunan infrastruktur digital negeri Perak dilaksanakan secara terancang dan progresif. Sehingga September 2025, liputan 5G di kawasan berpenduduk bagi seluruh negeri Perak telah mencapai 80.9%. Pembangunan rangkaian ini dilaksanakan secara berperingkat melalui perluasan tapak pemancar di kawasan-kawasan strategik dan berimpak tinggi. Di Dun Manong sebanyak empat tapak pemancar 5G telah beroperasi bagi menyokong keperluan capaian teknologi baru tersebut.

Pembangunan rangkaian 5G juga diperkukuh melalui perancangan rangkaian 5G kedua oleh U-Mobile Sdn. Bhd. yang kini sedang dalam pelaksanaan secara berfasa. Langkah ini dijangka meningkatkan kapasiti rangkaian, memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna serta memperkukuh daya saing ekosistem digital negeri Perak. Kerajaan memberi keutamaan kepada peluasan liputan 5G di kawasan luar bandar sebagai sokongan kepada pembangunan ekonomi digital rakyat. Namun, terdapat beberapa kekangan teknikal dan logistik yang perlu ditangani termasuk bentuk muka bumi berbukit, kedudukan geografi yang tidak mempunyai dengan izin, line of site yang jelas serta ketiadaan laluan dengan izin, back hole gentian optik di kawasan tertentu. Oleh itu, faktor seperti kepadatan penduduk rendah, ketiadaan infrastruktur asas dan bekalan elektrik yang tidak stabil turut memberi implikasi kepada tempoh pelaksanaan projek tersebut. Walau bagaimanapun, perluasan rangkaian 5G akan terus dilaksanakan dengan mengambil kira kesediaan tapak, keperluan setempat serta keutamaan kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian, institusi pendidikan, kawasan tumpuan awam dan pusat pertumbuhan ekonomi luar bandar. Pendekatan ini memastikan perbelanjaan awam dioptimumkan dan manfaat teknologi baru dapat dinikmati secara inklusif.

Bagi soalan Yang Berhormat berkaitan perancangan kerajaan untuk membentuk masyarakat digital di negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan pelancaran Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti empat teras utama, salah satunya ialah masyarakat diperkasa pendigitalan. Beberapa langkah perancangan yang spesifik termasuk yang pertama, memastikan akses infrastruktur digital berkualiti kepada semua lapisan masyarakat termasuk kawasan luar bandar. Kedua, memperkasa masyarakat melalui pendidikan dan latihan digital supaya individu boleh mengambil bahagian dalam ekonomi digital dan mempunyai kemahiran digital yang relevan. Ketiga, memperluas pendigitalan pentadbiran awam dan interaksi digital atau e-perkhidmatan supaya masyarakat terbiasa dengan penggunaan teknologi digital dalam kehidupan harian. Yang keempat, memacu transformasi digital perniagaan mikro atau PKS dan komuniti setempat supaya masyarakat bukan hanya pengguna pasif tetapi juga berlaku dalam ekonomi digital.

Kerajaan melalui MCMC turut menyediakan rangkaian Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau NADI sebagai platform akses internet kolektif, pembelajaran digital serta sokongan pembangunan komuniti. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini sebanyak 90 NADI beroperasi di seluruh negeri Perak. Pusat-pusat ini berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi digital setempat melalui Program Latihan Literasi Digital dan Pembangunan Kemahiran Rakyat. NADI melaksanakan lima teras utama di bawah inisiatif perkhidmatan pintar iaitu pertama keusahawanan. Kedua, pembelajaran sepanjang hayat. Ketiga, kesejahteraan kendiri. Keempat, kesedaran dan yang kelima inisiatif kerajaan. Setiap teras dirangka untuk menyokong rakyat memanfaatkan platform digital dalam kehidupan harian sama ada untuk perniagaan, pendidikan ataupun urusan pentadbiran. Selaras dengan inisiatif Satu Dun Satu Nadi. Dun Manong kini mempunyai satu pusat NADI yang beroperasi bagi memenuhi keperluan rakyat setempat, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membentuk masyarakat Digital Perak.

Digital Perak telah menubuhkan Unit Hab Inovasi dan Multimedia atau pun dikenali sebagai HiM yang bertanggungjawab untuk membangunkan tenaga kerja mahir meliputi program-program ICT untuk usahawan, pelajar dan lepasan sekolah. Latihan ICT berbentuk teknikal dan praktikal, latihan digital korporat untuk golongan profesional serta program ICT. Fungsi utama HiM adalah menyelaraskan usaha pembangunan eko-sistem startup negeri Perak. Kedua, sebagai hab penyelidikan, inovasi dan pembangunan kreatif bagi pembelajaran berterusan. Ketiga, menyediakan fasiliti dan sokongan latihan dan menjadi pusat komuniti usahawan digital negeri Perak dan antara kursus yang sedang dilaksanakan di bawah HiM pula adalah yang pertama, kursus keusahawanan digital. Kedua, Kursus Latihan Digital Korporat. Ketiga, Kursus Inovasi Rakyat. Keempat, Kursus Marker Spaces dan Kerajaan Negeri melalui Digital Perak merancang serta melaksanakan program kerjasama di bawah HiM dengan yang pertama, universiti dan institusi pendidikan iaitu penganjuran kursus bengkel dan program latihan bersama bagi membangunkan bakat digital tempatan.

Kedua, bersama sektor swasta. Perkongsian strategik ini dengan penyedia teknologi pelabur dan syarikat korporat untuk sokongan perniagaan dan pemasaran. Ketiga, inisiatif kebangsaan penglibatan dalam Program Malaysia Digital dan kempen seperti Jelajah Malaysia Digital@Perak bagi menyelaraskan ekosistem teknologi dengan hala tuju negara dan keempat pengkomersialan inovasi menyediakan kemudahan dan peluang jaringan di HiM untuk membantu usahawan mengkomersialkan produk atau perkhidmatan teknologi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Manong sila.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco atas penjelasan dan jawapan yang diberikan. Sedikit soalan tambahan daripada saya. Liputan 4G dan juga 4G dan juga 5G dilaporkan tinggi tetapi masih lagi wujud jurang digital khususnya jurang digital yang berkualiti khususnya di kawasan luar bandar. Antara faktornya adalah difahamkan kelewatan projek JENDELA dalam pemasangan menara-menara telekomunikasi yang baru. Jadi soalan saya, adakah Digital Perak selaku penyelaras kepada infrastruktur telekomunikasi di negeri Perak ini mempunyai satu kolaborasi dan kerjasama yang baik dengan pihak agensi di peringkat daerah seperti PDT, PBT, telco di daerah, TNB dan lain lainnya? Mungkin ada isu birokrasi di peringkat daerah dengan agensi melibatkan kelewatan pembinaan menara telco yang baru di dalam negeri Perak ini dan dalam masa yang sama ingin kesempatan saya juga nak tanya tentang apa status 5 pencawang baru yang disebut oleh Yang Berhormat Exco ketika lawatan kita hari itu di Manong pada 13 Februari 2024 yang lepas. Adakah 4 yang telah beroperasi itu termasuk dalam 5 yang dinyatakan dulu? Itu saja, terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih yang di Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Sukacita saya maklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif JENDELA di negeri Perak mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kesemua pembangunan infrastruktur telekomunikasi berjalan dengan teratur. Sehingga September 2025, liputan 4G di kawasan berpenduduk di Parlimen Kuala Kangsar termasuklah di Dun Manong telah mencapai sebanyak 99.82% khususnya bagi Dun Manong setakat Oktober 2025, empat daripada enam buah menara yang dirancang telah siap beroperasi sepenuhnya. Sementara itu, bagi perkara yang melibatkan Digital Perak selaku agensi Penyelaras Infrastruktur Digital Negeri (DPCH) sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai agensi teknikal di peringkat negeri dan daerah termasuk pejabat daerah dan tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Tenaga Nasional Berhad dan agensi teknikal lain yang berkaitan. Kerjasama ini dilaksanakan melalui mesyuarat penyelarasan berkala, semakan teknikal bersama serta pelaksanaan proses keizinan tapak secara berpusat bagi memastikan setiap projek dapat diproses dengan cepat dan mematuhi keperluan peraturan.

Pihak negeri sentiasa menerima sokongan dan kerjasama agensi-agensi daerah bagi membantu dalam proses yang melibatkan kelulusan tapak serta memperkemas proses pembinaan infrastruktur telekomunikasi. Cabaran lazim seperti keperluan semakan teknikal, kebenaran merancang atau isu pemilik tanah adalah perkara operasi biasa yang ditangani secara berkesan melalui koordinasi yang baik antara semua pihak dan Kerajaan Negeri melalui Digital Perak akan terus memantau prestasi rangkaian bagi memastikan rakyat menikmati perkhidmatan digital yang stabil dan berkualiti. Tentang status sepertimana Yang Berhormat bertanyakan tadi, ada empat telah beroperasi. Namun, saya akan susuli dengan jawapan bertulis supaya lebih mudah untuk Yang Berhormat mengetahui secara spesifik di mana lokasi-lokasi yang termasuklah yang belum beroperasi dan kita akan memantau perkembangan ini dan kita akan minta dipercepatkan. Terima kasih Yang Berhormat.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Pengkalan Hulu, soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham, sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Pengkalan Hulu bangun dulu.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Bercham sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, terima kasih puan timbalan. Soalan yang saya nak tanya ada dua bahagian. Bahagian pertama adalah tentang tentang liputan 5G dimana handset saya…saya 5G tapi saya nampak Digi Celcom ini cuma tunjuk 4G sahaja. Harap pihak SUK ataupun YB boleh tolong mempertingkatkan liputan di coverage di bangunan SUK ini termasuk saya semasa kita bermesyuarat di Bilik Gerakan Negeri di Aras G memang sana takde liputan. Agak sukar walaupun WhatsApp hantar text message apa pun kena tunggu loading sampai seminit dan soalan bahagian kedua tentang, tentang coverage juga di mana sekarang teknologi kita boleh membuat emergency SOS menerusi satelit di mana ini perkhidmatan ini hanya terhad kepada negara Eropah, US, UK dan Asia sahaja cuma Jepun sahaja ada. Jadi semasa kalau tiada liputan wifi ataupun daripada telco, memang tak ada line lah. Kita nak memerlukan perkhidmatan emergency kecemasan ini. Adakah, bolehkah saya cadangkan agar kerajaan untuk meminta kita berganding bahu dengan pihak Kerajaan Pusat untuk Malaysia dimasukkan untuk perkhidmatan ini agar kita bukan nampak lebih canggih tetapi kecemasan ini memang penting di mana kita banyak tempat di Hulu Perak, Perak Tengah, di mana sana pun banyak tempat di mana kekurangan liputan di mana kita masuk untuk masuk ke kawasan hutan ke, kita nak buat call tak dapat dimana satelit ini amat penting. Harap pihak Kerajaan Negeri boleh pertimbang. Terima kasih.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Yang Berhormat Exco, Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Soalan tambahan sebelum…

Timbalan Yang di-Pertua

Berkaitan?

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua

Satu soalan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Exco. Sedikit makluman, Pengkalan Hulu sering berlaku gangguan inilah, talian dan talian internet dan memang diadu oleh komuniti, ketua kampung, penghulu dan juga masyarakat setempat. Cuma Pengkalan Hulu ini jauh daripada pusat bandar dan pusat operasi lah MCMC memang tak ada pejabat di Hulu Perak ini dan tindakan itu agak mengambil masa lebih kurang dalam

3-4 hari dan sampai ke 5-6 hari seminggulah. Cuma saya nak tanya Yang Berhormat Exco boleh disekalikan dengan Bercham untuk menjawab. Apakah SOP dan KPI yang diletakkan daripada MCMC kepada apa syarikat-syarikat telco ini untuk mereka mengambil tindakan di atas setiap aduan yang telah diajukan. Sebab kita tahu ini akan mengambil, ini akan menjejaskan liputan internet khususnya di kawasan luar bandar dan khusus di kawasan Pengkalan Hulu yang jauh daripada pusat bandar ini. Itu sahaja soalan daripada Pengkalan Hulu. Terima kasih Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya daripada Bercham, daripada Pengkalan Hulu yang membangkitkan persoalan-persoalan tentang ketersambungan internet ini menjadi keperluan bagi seluruh masyarakat Perak. Tentang daripada Yang Berhormat Bercham tadi, saya ambil maklum tentang permasalahan ini, tentang connectivity dalam SUK dan tadi saya terpanggil juga betul Yang Berhormat. Itu sebab, sebab itu oleh kerana itu kita di peringkat Kerajaan Negeri kita mengambil serius jika ada gangguan-gangguan internet di dalam negeri Perak ini kerana kita risau jika masyarakat terputus hubungan seperti mana yang Yang Berhormat Bercham kata ini untuk emergency dan sebagainya. Oleh itu, saya ambil makluman kita akan berbincang dengan MCMC untuk ini bahagian teknikal Yang Berhormat jadi saya perlu berbincang dengan MCMC untuk kita hadirkan solution dengan izin penyelesaian kepada masalah ini dan tempoh jangka masa pendek. Bagi Pengkalan Hulu, saya ambil maklum, betul kebelakangan ini ada gangguan-gangguan connectivity yang terjadi di negeri Perak iaitu terjadi kecurian, kadangkala terjadinya upgrade di sesuatu tempat dan gangguan ini melibatkan beberapa hari.

Namun begitu, saya ambil maklum saranan daripada Yang Berhormat dan saya sekali lagi memaklum kepada semua Yang Berhormat kadangkala ada gangguan internet di kawasan-kawasan Yang Berhormat ada sesetengah Yang Berhormat yang text secara terus dengan saya dan saya ambil maklum. Jadi, saya sarankan juga jikalau ada masalah yang serius di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh sahaja teks terus kepada saya dan kita di MCMC pandang serius dan kita akan turun padang secepat mungkin untuk selesaikan masalah ini demi untuk rakyat Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Timbalan Yang di Pertua. Soalan Menglembu, soalan yang keempat.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada semua. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Menglembu, konsep bina dan jual atau Build & Sell dengan izin ringkasannya BTS bukanlah suatu perkara yang baru. Ia sebenarnya telah digariskan sebagai salah satu pendekatan di bawah Dasar Perumahan Negara di mana cara BTS ini dianggap sebagai lebih selamat kepada pembeli kerana rumah hanya dijual apabila siap jadi sekaligus mengurangkan risiko pembeli terperangkap dalam projek sakit ataupun projek terbengkalai. Di bawah model sekarang, pembeli membayar ansuran untuk sesuatu yang mereka belum lihat ataupun belum wujud sepenuhnya. Risiko sebesar itu tidak sepatutnya diletakkan kepada bahu pembeli. Inilah kelemahan struktur utama model Sell and Build dengan izin yang semakin ketara pada hari ini dan menjadi kebimbangan pelbagai pihak. Dengan kaedah BTS, pemaju perlu menyiapkan pembinaan terlebih dahulu sebelum mengutip bayaran penuh. Mekanisme ini meningkatkan akauntabiliti dan kualiti kerana rumah yang dijual adalah rumah yang siap dibina dan dinilai. Bukan sekadar pelan ataupun janji. Negara seperti Australia dan Singapura membuktikan bahawa kaedah ini mengurangkan projek sakit dan memastikan standard pembinaan yang lebih terjamin.

Di Malaysia, lebih 100 projek sakit dan terbengkalai dikenalpasti setiap tahun oleh KPKT dan sebahagian besarnya berlaku di bawah model jual dan bina. Maka Kerajaan Persekutuan melalui KPKT sedang meneliti langkah memperluas dan memperkukuhkan pelaksanaan konsep BTS bermula Rancangan Malaysia Ke-13 dan Belanjawan 2026 termasuk meneliti insentif kewangan kepada pemaju yang memilih kaedah BTS, kemudahan jaminan pembiayaan bagi modal awal, penyelarasan kawal selia dengan bank dan peralihan secara berperingkat mengikut segmen projek. Ini menunjukkan wujudnya komitmen nasional untuk mengarusperdanakan konsep bina dan jual sebagai sebahagian daripada reformasi ekosistem perumahan negara.

Di peringkat negeri Perak pula, buat masa ini Kerajaan Negeri belum membuat keputusan untuk mewajibkan konsep bina dan jual bagi projek perumahan yang baru. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diteliti secara lebih mendalam. Ini antaranya pertama, kekukuhan kewangan pemaju khususnya pemaju berskala kecil dan sederhana kerana kaedah BTS memerlukan modal permulaan yang jauh lebih besar. Kedua, risiko kenaikan harga rumah sekiranya pemaju memindahkan kos pembiayaan awal kepada pengguna. Ketiga, kesediaan rantaian industri seperti pembiayaan bank, kawal selia serta insentif yang diperlukan agar pelaksanaan BTS dapat dijalankan secara mampan. Yang keempat, keserasian dengan pasaran perumahan di Perak termasuk permintaan kemampuan rakyat dan struktur industri pemajuan negeri.

Sebagai persediaan awal selaras dengan hala tuju nasional, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah mengadakan beberapa siri libat urus bersama pemaju institusi kewangan, persatuan hartanah dan pemain industri untuk mendapatkan maklum balas serta keperluan cabaran dan model kewangan yang sesuai. LPHP juga telah menjalankan kajian dalaman ke atas beberapa model BTS yang telah berjaya di negeri-negeri dan negara lain serta menilai kesediaan pasaran perumahan negeri untuk pelaksanaan mengikut segmen dan kategori projek. Usaha ini penting untuk memastikan sekiranya Kerajaan Persekutuan memuktamadkan pelaksanaan BTS secara lebih meluas dalam masa akan datang, Perak berada dalam keadaan bersedia termasuk dari aspek dasar, mekanisme pelaksanaan dan kesiapsiagaan industri. Bagi kebanyakan rakyat, rumah adalah impian seumur hidup. Impian itu wajar dilindungi, bukan dibiarkan terdedah kepada risiko yang tidak adil. Prinsip kita adalah jelas bahawa BTS adalah langkah pembetulan struktur bukan hukuman pada pemaju tetapi jaminan kepada rakyat. Kerajaan Negeri Perak akan terus menyokong hala tuju nasional ke arah ekosistem perumahan yang lebih selamat dan berpaksikan pengguna. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Menglembu.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih, jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya, apakah perkembangan terkini Projek Lahad Eco-City yang dilaporkan tergendala meskipun dijadualkan akan disiap pada bulan April tahun ini?

Terima kasih Yang Berhormat Menglembu. Untuk makluman Sistem TEDUH iaitu Sistem Bank Data Perumahan Negara di bawah KPKT telah mengkategorikan Projek Lahad Eco-City sebagai projek sakit bermula 10 April 2025 apabila pihak pemaju tidak dapat memenuhi tarikh penyerahan pemilikan kosong yang sepatutnya mengikut perjanjian jual beli yang pertama. Jadi sebelum itu, satu lawatan tapak turut dijalankan pada 4 Februari 2025 bagi menilai tahap kemajuan fizikal projek dan mengenal pasti isu utama yang sebelum ini telah menyebabkan kelewatan pembinaan. Untuk makluman, bilangan unit rumah yang diluluskan untuk dibina dalam fasa satu adalah sebanyak 285 unit. Jumlah yang telah dijual adalah sebanyak 149 unit. Lawatan tapak pada bulan Februari mengenal pasti kemajuan sebenar kerja ditapak hanya mencapai sekitar 24.03%.

Jadi, selepas dikategorikan sebagai projek sakit, Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP) telah mengambil beberapa langkah awal bagi meneliti serta mencari penyelesaian terhadap isu ini. Ini termasuk JPN dan LPHP telah mengadakan satu sesi perbincangan pada 23 Jun 2025 untuk mendapatkan status semasa dan masalah yang dihadapi oleh pemaju dalam melaksanakan pembangunan. Difahamkan, bahawa projek perumahan ini merupakan projek usahasama di antara pemaju dan pemilik tanah yang merupakan dua entiti yang berasingan dan pemilik tanah Solid View Development Sdn. Bhd. telah mengarahkan pemaju iaitu My Success Land untuk hentikan semua kerja melalui surat peguam akibat daripada kegagalan pemaju untuk melunaskan bayaran seperti dalam perjanjian usahasama dan tuan tanah juga mengambil tindakan batal Power of Attorney dengan izin antara pemaju dan pemilik tanah.

Antara faktor utama kegagalan projek ini adalah melibatkan kewangan dan buat masa ini pihak pemaju dalam proses mendapatkan dana dari pihak ketiga selaku pelabur. Namun perbincangan masih berlaku dalam peringkat awal dan selain itu, ulasan daripada TNB yang agak kritikal juga didapati di mana tapak yang berada sejajar dengan talian rentis itu juga antara cabaran teknikal yang perlu di atasi dan pemaju telah maklumkan kepada JPN bahawa ia dalam proses untuk dapatkan dana sebagai pelabur ketiga untuk membiayai kos supaya projek dapat diteruskan dan JPM telah memohon pemaju untuk menyediakan pelan pemulihan dalam bentuk jadual perancangan yang memperincikan kerja-kerja sehingga ke tarikh jangkaan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) supaya dapat memberi satu perancangan yang lebih perinci untuk usaha pemulihan. Buat masa ini, pihak JPN masih menunggu maklum balas daripada pihak pemaju dan sebagai langkah susulan JPN dan LPHP juga akan terus mengadakan pemantauan dan juga perbincangan supaya dapat merangka pendekatan yang terbaik untuk memulihkan projek ini dan pihak pemaju juga dipertanggungjawabkan untuk memberikan maklum balas tentang perkembangan terkini kepada semua pembeli dari masa ke semasa.

Timbalan Yang di-Pertua

Pasir Panjang sila.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Exco mungkin saya terlepas pandang beberapa perkara yang disebut tadi. Saya ingin bertanya bagaimanakah negeri memastikan bahawa perlindungan pembeli melalui kaedah BTS tidak menekan industri pemajuan yang boleh dilihat menjejaskan kelancaran projek baru dan seterusnya mengurangkan kemampuan rakyat memiliki rumah. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Panjang. Kerajaan Negeri memang melihat BTS sebagai satu pembaharuan struktur yang perlu dilaksana tetapi penting juga kita mengambil kira realiti industri tempatan termasuk kemampuan pemaju kecil dan sederhana serta keadaan pembiayaan semasa. Jadi, matlamatnya adalah untuk memastikan perubahan ini berlaku dalam keadaan yang stabil dan terkawal. Jadi untuk menjawab soalan Yang Berhormat. Pertama tumpuan diberikan kepada pemantapan ekosistem pemajuan. Ini melibatkan aspek keupayaan kewangan, aliran tunai projek, kapasiti teknikal dan rantaian permindaan. Dengan ekosistem yang kukuh, pemaju dapat beroperasi dalam keadaan yang lebih tersusun dan hanya projek yang benar-benar stabil dapat dibawa ke pasaran. Jadi pendekatan ini dapat kurangkan risiko kepada pembeli tanpa menjejaskan daya saing pemaju dan kedua peralihan kepada kaedah BTS juga adalah sangat penting untuk dilaksanakan secara berfasa dan mengikut segmen projek yang paling sesuai. Pelaksanaan bertahap ini akan memberi masa kepada industri untuk menyesuaikan model operasi dan strategi pembiayaan mereka serta memastikan pasaran tidak menerima tekanan mendadak yang boleh menjejaskan kemampuan pembeli.

Di peringkat Persekutuan, langkah Kerajaan Persekutuan seperti skim jaminan pembiayaan dan insentif bagi mengurangkan kos permulaan turut membantu memastikan kos pembangunan tidak dipindahkan terus kepada pembeli. Ini melengkapkan usaha negeri untuk mengekalkan kestabilan harga sepanjang peralihan. Jadi pendekatan negeri adalah konsisten bahawa kita ingin melindungi pengguna tanpa membebankan pemaju dan membina keseimbangan di antara pembeli supaya lebih terlindung. Manakala industri pemajuan juga dapat terus berkembang dalam ekosistem yang sihat dan bertanggungjawab. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Timbalan, YB. Boleh saya tambah satu soalan lagi?

Timbalan Yang di-Pertua

10 saat.

Ok, Yang Berhormat Exco saya ingin bertanya tentang Perumahan Perakku di Hulu Bernam dan di Trolak. Bilakah agaknya tarikh muktamad yang boleh kita berikan kepada pembeli-pembeli yang rumah itu akan siap kerana seperti yang YB sedia maklum sejak kali pertama saya jadi YB, 3 tahun yang lepas, selepas sidang yang pertama, YB sendiri telah turun pada bulan 12 melihat keadaan rumah tersebut. Tapi hingga sekarang masih belum siap dan semalam bila saya turun ke kawasan banjir saya jumpa juga dengan seorang pembeli yang turut bertanyakan, YB bila agaknya boleh siap? Sebab saya juga telah bawa perkara ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah setiap kali mesyuarat sehingga kadang-kadang rasa macam jemu juga nak mendapat jawapan yang sama tetapi saya terpaksa setiap kali mesyuarat membawa perkara ini kerana saya membawa suara rakyat yang amat-amat memerlukan rumah itu disiapkan segera. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Behrang. Memang Kerajaan Negeri faham peranan wakil rakyat sebagai wakil yang membawa suara dan juga pembeli-pembeli yang terlibat terperangkap dengan projek sakit dan terbengkalai. Itu sebab usaha untuk memulihkan projek sakit dan terbengkalai memang menjadi antara tumpuan oleh erajaan Negeri di bawah LPHP dan dengan adanya usaha dan kerjasama dengan Jabatan Perumahan Negara, usaha ini telah di memang digemblengkan supaya kita dapat selesaikan masalah. Walau bagaimanapun, isu-isu projek sakit dan terbengkalai walaupun di pihak kerajaan, kita cuba memberi kerjasama memudahcara termasuk kelulusan yang diperlukan untuk mempercepatkan proses tetapi kadang kala juga terlibat isu-isu teknikal di lapangan yang perlu di diatasi dan juga isu kewangan yang perlu dihadapi dan sebagainya. Walau bagaimana pun, memang mana isu-isu projek sakit dan terbengkalai yang tersenarai, memang LPHP akan menjalankan pemantauan perbincangan dari masa ke semasa supaya kita pastikan projek yang tersebut dalam hala tuju yang betul dan usaha pemulihan sentiasa dipantau. Jadi untuk secara terperincinya, perkembangan terkini untuk projek yang disebut di bawah Dun Behrang. Saya akan sediakan jawapan bertulis supaya Yang Berhormat lebih tahu tentang perkembangan terkini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kuala Sepetang, soalan nombor lima.

Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang di-Pertua serta rakan saya daripada Yang Berhormat Kuala Sepetang. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Sepetang berkenaan perkara berkaitan dengan isu disiplin pelajar khususnya penggunaan vape di sekolah. Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri telah menggariskan empat inisiatif utama sesuai dengan saranan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang pertama adalah pengukuhan dasar dan penguatkuasaan. Pemantauan dan penguatkuasaan disiplin sekolah diperhebatkan melalui Rekod Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia dan tindakan tatatertib berpandukan Peraturan-Peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah Tahun 1959. Larangan penggunaan vape dan barang atau bahan terlarang dikuatkuasakan di semua premis sekolah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk operasi bersepadu di kawasan sekitar sekolah.

Garis panduan pengurusan isu vape di sekolah seperti dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2015 diperkenalkan bagi membimbing pentadbir sekolah dalam tindakan pencegahan dan intervensi awal.

Yang kedua, program pendidikan dan pencegahan. pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah atau dikenali PPDa, Program “Sekolah Rakan Cop” dan Program Sahsiah Unggul Murid atau dikenali dengan SUMUR bagi membentuk nilai murni serta menolak gejala negatif. Kempen Anti Vape & Anti Dadah dijalankan melalui ceramah, pameran, pertandingan kreatif dan sesi perkongsian bersama agensi luar. Program Literasi Digital dan Etika Media Sosial diperluaskan bagi mendidik pelajar menggunakan media secara bertanggungjawab termasuk mengenal pasti berita palsu dan kandungan berisiko. Yang ketiga, penglibatan agensi luar dan komuniti.

Jalinan kolaborasi strategik antara Jabatan Pendidikan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Agama Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melaksanakan program intervensi murid berisiko seperti yang pertama, Program Khidmat Kaunseling Berfokus. Yang kedua, Program Bimbingan Sahsiah dan Kepemimpinan Murid. PIBG dan komuniti setempat turut dilibatkan melalui Program Sekolahku Sejahtera bagi memastikan pendekatan holistik melibatkan komuniti dan yang keempat program intervensi dan pemulihan. Intervensi akan dilakukan oleh guru bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah bagi memantau dan membantu pelajar yang menunjukkan gejala salah laku. Sesi kaunseling individu dan kelompok disediakan bagi pelajar yang terlibat dengan isu disiplin dan pengaruh negatif media sosial. Kerjasama bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Pemulihan Komuniti untuk kes yang memerlukan rawatan dan pemulihan.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Untuk makluman seisi Dewan, di bawah seksyen 13(1) Akta 852 dengan sendirinya memperuntukkan larangan penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok kepada Orang Belum Dewasa (OBD). Selain itu, sebanyak 336 notis telah dikeluarkan dalam seluruh negeri kepada individu Orang Belum Dewasa atas kesalahan berkaitan seksyen tersebut dari mula pelaksanaan akta ini sehingga 21 Oktober 2025. Selain itu di bawah seksyen 17 (1) Akta 852, 'Tiada seorang pun yang merupakan orang belum dewasa boleh merokok, mengunyah atau menggunakan mengikut apa jua cara produk tembakau atau merokok apa-apa produk pengganti tembakau.' Kedua-dua peruntukan ini secara jelas menunjukkan kerajaan sangat komited dalam membendung gejala ini dan berharap ianya akan memberi impak yang positif dalam usaha drastik bagi mengurangkan penggunaan termasuklah ketagihan vape serta rokok elektronik khususnya di kalangan orang belum dewasa.

Sebagai rangkuman, permasalahan disiplin pelajar sama ada berpunca daripada vape atau pengaruh negatif media sosial menjelaskan bahawa setiap usaha, setiap daripada semua pemegang taruh yang terlibat baik daripada pihak sekolah, para penjaga, PIBG, agensi kerajaan, komuniti atau masyarakat perlu sama-sama berganding bahu dan mengambil tanggungjawab ini. Fenomena vape yang sering dipromosikan sebagai trend moden telah menormalisasikan tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja. Manakala akses tanpa kawalan kepada kandungan media sosial mendorong peniruan gaya hidup tidak sihat serta melemahkan tumpuan terhadap pembelajaran dan akademik. Namun, apa yang penting ialah peranan ibu bapa, penjaga terhadap kawalan dan pengawasan kepada anak jagaan masing-masing yang sudah tentulah bermula daripada rumah kita sendiri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Kuala Sepetang, sila.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Terima kasih Yang Berhormat Exco di atas jawapan itu tadi. Soalan tambahan daripada Kuala Sepetang. Apakah kaedah atau langkah yang boleh diberikan kepada murid yang mengalami krisis kesihatan mental?

Terima kasih kepada sahabat saya YB Kuala Sepetang atas soalan tambahan yang berkaitan dengan masalah pelajar yang mengalami krisis kesihatan mental. Murid yang mengalami krisis kesihatan mental ini boleh mendapat pelbagai bantuan dan sokongan sama ada daripada persekitaran sekolah atau pun daripada agensi-agensi luar dan bantuan itu merangkumi sokongan daripada psikososial mereka, perkhidmatan kaunseling dan akhirnya dirujuk kepada pakar perubatan. Apa yang difahamkan di peringkat sekolah, peranan guru bimbingan kaunseling cukup penting sebagai titik hubungan pertama untuk mengenal pasti permasalahan krisis kesihatan mental Ini kerana pelajar-pelajar ini akan dipanggil oleh guru bimbingan kaunseling untuk diberi kaunseling secara individu dan mungkin ada tindak susul awal bagi menghadapi permasalan berkaitan dengan tekanan mental yang dihadapi oleh pelajar ini.

Keduanya, pihak sekolah juga ada melaksanakan Program Kesihatan Mental iaitu program lebih kepada bengkel pengurusan, bagaimana menghadapi tekanan atau pun dalam bentuk menyedari betapa pentingnya kita menguruskan masa. Kemudian berkaitan dengan ceramah kesedaran kesihatan mental. Kemudian ada aktiviti kesejahteraan emosi dan sosial yang disusun secara berkala yang bertujuan untuk mendidik dan melengkapkan pelajar ini dengan pelbagai kaedah untuk menghadapi pelbagai tekanan. Yang ketiganya, sekolah juga boleh melaksanakan saringan kesihatan mental yang dilakukan bagi mengesan awal anak-anak murid atau pelajar yang mungkin berisiko dan memerlukan bantuan segera. Kemudian dari segi sumber luar, kita ada talian bantuan krisis kesihatan mental di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pelbagai NGO yang juga memberikan sokongan secara emosi, sokongan emosi dan nasihat segera. Contohnya talian HEAL 15555 "Help with Empathy and Love" yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seterusnya kita ada juga NGO kesihatan mental seperti MERCY yang menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang perlu diberi kaunseling dan juga mungkin rawatan secara percuma. Yang terakhirnya, peranan ibu bapa dan komuniti. Inilah yang cukup penting kerana mereka lebih mengenali anak-anak mereka, masa dan waktu yang agak lama dan perlukan anak-anak ini diberi sokongan, dorongan supaya mereka tidak melihat atau pun melihat perubahan-perubahan tingkah laku yang akhirnya menyebabkan mereka ada masalah kesihatan mental. Terima kasih.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Selinsing?

Timbalan Yang di-Pertua

Ayer Kuning. Sila.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih puan Timbalan Speaker. Berkaitan dengan pengurusan disiplin pelajar ini ialah satu perkara yang sangat penting. Barangkali kita memerlukan satu pendekatan atau kaedah dalam menguasai atau pun menangani isu disiplin ini. Jadi pertanyaan saya, apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pemantapan penguatkuasaan disiplin di sekolah ini dapat dibuat dengan baik? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Kuning atas soalan tambahan. Apa pun tindakan yang berkaitan dengan isu disiplin atau pun permasalahan pelajar ini? Kita atau Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun menyediakan surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang perlu dipatuhi oleh pentadbir-pentadbir sekolah. Contohnya berkaitan dengan disiplin ini kita ada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/2001 iaitu yang memberikan ruang dan peluang kepada pentadbir dan guru-guru berkaitan dengan Pemantapan Pengurusan Disiplin Sekolah. Di dalam surat pekeliling tersebut telah dinyatakan beberapa tindakan, beberapa kaedah langkah yang perlu dituruti oleh pihak pentadbir. Antaranya Pemantapan Sistem Pengurusan Murid. Ini cukup penting dan sekarang, dulu kalau zaman kita sekolah kita menggunakan kad 001, kad 002, tetapi sekarang dengan sistem kita ada guna Aplikasi Pangkalan Data Murid ataupun APDM. Yang keduanya, pemantapan pengurusan disiplin murid di mana dulu kita hanya menggunakan rekod buku disiplin yang dikawal oleh guru disiplin tetapi sekarang kita ada Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM). Di mana rekod-rekod ketidakakuran kepada peraturan dan masalah disiplin pelajar akan direkodkan dalam sistem tersebut dan ada sistem merit dan sebagainya. Yang ketiga, kita ada Sekolah Penyayang. Yang mana kita perlu wujudkan Sekolah Penyayang supaya apabila adanya Sekolah Penyayang, sudah pastilah anak-anak murid ini akan hadir ke sekolah dalam suasana yang rasa diri dia cukup diberi perhatian dan sebagainya.

Yang seterusnya, permuafakatan antara ibu bapa dan komuniti. Ini cukup penting. Kerana sebarang isu yang melibatkan pelajar perlu dimaklumkan kepada pihak ibu bapa dan juga mungkin perlu melibatkan komuniti jika kes atau pun pelanggaran peraturan itu agak serius. Dan yang terakhirnya, kita ada Sekolah Selamat. Sekolah Selamat ini adalah merangkumi aspek keselamatan, aspek dari segi suasana kelas dan sebagainya. Dalam masa yang sama, setiap tindakan yang perlu diambil berkaitan dengan pelanggaran peraturan disiplin ini, pihak sekolah perlu mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan dengan perkara ini iaitu Bilangan 7/2011 iaitu Pelaksanaan SOP, hari pertama, hari ketiga, hari ketujuh untuk pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin dan pihak sekolah perlu patuhi setiap laporan. Pada Hari Pertama: Apa pelaporan yang perlu dihantar? Antaranya adalah berkaitan apa kes? Siapa terlibat? Di mana terlibat? Bagaimana? dan tindakan awal. Hari Ketiga: Jabatan Pendidikan Negeri atau PPD akan buat siasatan awal dan memberi keputusan dan laporan penuh kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala hari ketujuh, diharapkan kes tersebut diselesaikan dengan kaedah berlakunya hukuman, tindakan yang memaksimumkan dan memuaskan hati kedua-dua pihak. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Satu lagi, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

5 saat. Soalan berkaitan?

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Soalan berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ok. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Sedikit saja. Saya setuju tadi semua dengan ini. Memang isu disiplin pelajar dan sebagainya sangat penting di sekolah kerana mereka merupakan generasi yang bakal menggantikan kepimpinan masa depan. Saya ada dua soalan dan satu yang pertama ialah kita setuju dengan pelbagai peraturan, disiplin dan sebagainya yang ada. Cumanya kita melihat saya orang kampung daripada kecik dulu bila kita ke sekolah, guru dibagi ruang untuk nak mendidik murid itu lebih luas. Saya rasa ramai orang setuju tetapi pada ketika ini kita dapati kalau kita tengok dalam media sosial pun ada guru yang dia tulis dia kata takpe kita pergi mengajar je. Tak payah dah nak jaga murid. Ha, itu satu perkara. Jadi apa pandangan YB Exco dan yang kedua ialah berkenaan tadi vape. Saya nak tanya berkenaan dengan isu arak di sekolah ni. Jadi kalau baru ni saya ingat dalam 25hb hari itu ya di sekolah ST Michael. Minta maaf kalau sensitif tetapi…

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Apa-apa tindakan kita di negeri Perak ini sebab dia berlaku di negeri Perak untuk memastikan perkara

Timbalan Yang di-Pertua

YB, YB. Soalan

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

…seperti itu tidak lagi berlaku?

Timbalan Yang di-Pertua

…berkaitan. Sila.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Ya, Itulah soalan dia. Apa kita di negeri Perak ini yang kita lakukan supaya perkara tersebut tidak lagi berulang. Terima kasih.

Berkaitan dengan peranan guru dalam mendidik anak-anak kita walaupun seperti kata Yang Berhormat Selinsing tadi, kaedah dan pendekatan zaman kita sekolah dengan sekarang ini cukup berbeza tetapi apa pun setiap warga pendidik mereka terikat dengan Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan di mana kalau dari segi pembentukan disiplin seperti dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10 Tahun 2021, semua guru adalah guru disiplin. Bermaksudnya untuk dalam membentuk keperibadian anak-anak murid kita bukan terletak kepada pentadbir, guru bimbingan kaunseling atau guru disiplin sahaja tetapi dia melibatkan semua guru cuma kaedah dan pendekatan itu mengikut acuan dan kaedah masing-masing. Soalan yang kedua, ianya berkaitan dengan kebenaran dan juga pematuhan kepada surat pekeliling berkaitan dengan perkara-perkara tersebut. So, itu sahaja, jawapan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Tronoh soalan nombor enam. Terima Kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tronoh yang membangkitkan mengenai tenaga boleh diperbaharui di negeri Perak. Seperti yang kita sedia maklum, tenaga boleh diperbaharui ini memberikan kesan sosial yang positif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat Tronoh, negeri Perak terus mencatat perkembangan pesat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui khususnya projek solar berskala besar (LSS), tenaga hidro berskala kecil, mini hidro dan janakuasa biogas. Perkembangan ini disumbang oleh Dasar Tenaga Negara, kemasukan pelaburan swasta dan dasar negeri yang menyokong pembangunan tenaga hijau secara mampan.

Sehingga tahun 2025, Perak mempunyai 28 projek Large Scale Solar (LSS) yang telah beroperasi atau sedang dibangunkan dengan kapasiti keseluruhan berjumlah 1,441.3 megawatt (MW). Ini menjadikan Perak antara negeri yang mencatat kapasiti solar terbesar di Semenanjung Malaysia. Dalam Belanjawan 2026, Kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaan program LSS 6 dengan nilai pelaburan swasta dianggarkan RM6 bilion dan sasaran kapasiti hampir dua gigawatt. Projek-projek ini dijangka menyumbang kepada sasaran nasional iaitu tidak kurang daripada 10 gigawatt tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030. Sehubungan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak iaitu PKNPk melalui rakan strategiknya, KAB Energy Holdings Sdn. Bhd. telah berjaya memenangi dua bidaan projek hidro kuasa kecil di bawah Feed-in Tariff (FiT) 2.0 Skim yang telah yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari iaitu SEDA. Pengumuman rasmi mengenai kejayaan ini telah dibuat oleh SEDA pada 18 Julai 2025 di bawah Initiatif Hidro 2. Kedua-dua projek berkenaan akan dilaksanakan di dua lokasi strategik milik Kerajaan Negeri Perak yang telah dikenal pasti iaitu di Sungai Pulau, Daerah Hulu Perak dan Sungai Woh, daerah Batang Padang tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa. Secara keseluruhannya, projek ini melibatkan jumlah pelaburan bernilai RM102.32 juta dan dijangka menjadi pemangkin utama kepada agenda negeri dalam memperkukuh pembangunan tenaga boleh baharu di Perak.

Menjawab bahagian kedua soalan mengenai manfaat yang diterima oleh rakyat Perak melalui kemasukan pelaburan tenaga boleh diperbaharui. Untuk makluman Dewan yang mulia, pembangunan pesat tenaga hijau ini memberikan beberapa manfaat langsung dan tidak langsung kepada rakyat Perak antaranya; Satu, menurunkan kos tenaga dalam jangka panjang. Pertambahan kapasiti tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan hidro di negeri ini menyumbang kepada pengurangan kos purata penjanaan elektrik dalam jangka panjang. Pengguna juga digalakkan memasang sistem solar bumbung melalui program TNB dan inisiatif di bawah NETR bagi menikmati penjimatan bil elektrik yang lebih ketara. Yang kedua, mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil. Selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, pembangunan tenaga bersih membantu mengurangkan kebergantungan kepada arang batu dan gas. Usaha ini bukan sahaja mengurangkan pelepasan karbon malah menyumbang kepada peningkatan kualiti alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Yang ketiga, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi tempatan. Pembangunan dalam solar mini hidro dan biogas telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang pembinaan, operasi serta penyelenggaraan. Usahawan tempatan turut mendapat manfaat melalui penyediaan perkhidmatan sokongan, pembekalan peralatan dan khidmat teknikal. Projek tenaga boleh diperbaharui ini juga meningkatkan keupayaan tenaga kerja mahir dan yang keempat penggunaan tanah dan sumber air secara optimum. Pelaksanaan projek solar terapung (floating solar) membolehkan penggunaan permukaan air seperti empangan tanpa menjejaskan kawasan pertanian. Sementara itu, teknologi mini hidro memanfaatkan aliran sungai semula jadi dengan impak yang minimum kepada ekosistem.

Yang kelima, kestabilan grid dan jaminan bekalan tenaga. Penggunaan Sistem hybrid solar-hydro turut meningkatkan keboleh-harapan iaitu dengan izin reliability system grid. Tenaga hidro berperanan menampung keperluan ketika penghasilan tenaga solar menurun pada waktu malam atau ketika keadaan cuaca tidak mengizinkan dan yang keenam, komuniti setempat menerima manfaat melalui peluang latihan teknikal serta penglibatan dalam operasi projek mini hidro dan biogas. Projek-projek ini juga berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi setempat termasuk sektor eko pelancongan. Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya pembangunan tenaga solar mini hidro dan biogas di negeri Perak menunjukkan pertumbuhan yang sangat positif dengan lebih 28 projek LSS, ratusan megawatt tambahan melalui projek negeri serta perluasan projek mini hidro dan biogas. Kerajaan Negeri akan terus memastikan pembangunan tenaga boleh diperbaharui ini memberikan manfaat yang optimum kepada rakyat Perak dari aspek kos tenaga, peluang ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan jangka panjang. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan tambahan. Tronoh, sila.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Saya amat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco di mana perkembangan sektor ini dapat menambahkan peluang pekerjaan bagi rakyat di negeri Perak ini tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Exco, Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan penyediaan tenaga kerja ini adalah mencukupi untuk menampung perkembangan sektor ini? Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Tronoh dengan soalan tambahan itu bagi menyokong keperluan tenaga kerja dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Kerajaan Negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak iaitu PASAK sentiasa memastikan permintaan dan penawaran dalam pasaran kerja sektor tersebut dapat dipenuhi. Inisiatif yang dijalankan oleh PASAK termasuk pelaksanaan program TVET jangka pendek dengan kolaborasi bersama institusi-institusi latihan kemahiran seperti kursus pemasangan solar, kursus kawalan Sistem Automasi PLC serta kursus penyelenggaraan pendawaian di bawah Majlis TVET Negeri Perak. Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan melalui SEDA dan TVET juga menyediakan program latihan berkaitan pemasangan dan penyelenggaraan sistem solar teknologi tenaga boleh diperbaharui, pengurusan tenaga dan lain-lain modul teknikal tambahan pula, melalui insentif kerajaan untuk latihan tenaga boleh diperbaharui.

Sektor RE turut disokong melalui insentif latihan di bawah Human Resource Development Corporation iaitu HRD Corp. termasuk kemudahan pembiayaan latihan melalui skim bantuan latihan khas. Selain itu, insentif cukai seperti Green Investment Tax Allowance dan Green Income Tax Exemption turut disediakan untuk pelabur dan penyedia perkhidmatan teknologi boleh diperbaharui bagi menggalakkan pembangunan kapasiti tenaga kerja tempatan. Saya harap dengan ini dapat menjawab sedikit sebanyak untuk Yang Berhormat Tronoh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Dijemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang seterusnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah Rang Undang Undang yang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dibaca kali kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 yang berbunyi bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bil. 26/2025 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM568 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2026. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong. Sekarang, masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan juga ketua pembangkang adalah selama 45 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan rakan-rakan yang menonton sidang ini secara siaran langsung. Terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Usul Belanjawan 2026 pada pagi ini. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menyiapkan Belanjawan 2026 ini. Ia bukan satu kerja yang mudah dan syabas saya ucapkan kerana ini merupakan belanjawan yang seimbang dan merangkumi semua aspek tanpa tertinggal mana-mana pihak. Kerajaan Negeri Perak telah mencatatkan surplus untuk tiga tahun berturut-turut iaitu RM29.6 juta pada tahun 2022, RM62.4 juta pada tahun 2023 dan RM45.6 juta. Menunjukkan barisan pentadbiran di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah begitu mantap dan stabil dan saya yakin kita dapat mencapai surplus buat kali keempat.

Dengan usaha-usaha kesemua agensi yang terlibat tanpa usaha bersama dan hala tuju yang sama tidak mungkin kita dapat mencapai prestasi yang baik sebegini.

Tahniah saya ucapkan sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan pentadbiran dan agensi-agensi yang terlibat. Stronger Together. Timbalan Yang di-Pertua, berbanding dengan kutipan hasil pada tahun 2024, kita mencapai sejarah bila kutipan hasil mencecah RM1 bilion pada bulan Oktober dan pada tahun 2025 kita memecah rekod dan mencatat sejarah sekali lagi di mana kutipan hasil mencecah RM1 bilion lebih awal berbanding dengan tahun 2024 iaitu pada seawal 30 September dan bila kita lihat pada data KDNK yang memaparkan prestasi ekonomi negeri di mana negeri Perak berjaya mencatat pertumbuhan 4.4% pada tahun 2024 berbanding dengan tahun 2023 yang mencatat 2.7% pertumbuhan. Ini amat memberangsangkan dan ini menunjukkan negeri Perak berkebolehan untuk terus berkembang dengan stabil.

Tahun ini saya yakin kita mampu mengekalkan pertumbuhan yang sihat dan mantap dan terus mengekalkan momentum untuk menjayakan Pelan Perak Sejahtera 2030 dan sesuatu yang kita perlu berwaspada juga. Walaupun data-data KDNK menunjukkan peningkatan dalam pencapaian tetapi kegiatan ekonomi selepas pandemik Covid-19 telah berubah. Sebagai contohnya dahulu sebelum pandemik, rakyat amat suka membeli perabot-perabot semasa perayaan tetapi sekarang ramai yang lebih sudi untuk membelanjakan duit mereka untuk melancong dan ini menyebabkan peningkatan ekonomi dalam sektor pelancongan tetapi bukan dalam sektor perabot. Oleh itu, pihak kerajaan masih perlu sentiasa membuat pantauan dan memastikan semua sektor dapat berkembang dan tiada sektor yang tertinggal kerana semua sektor saling berkaitan. Jadi hala tuju Kerajaan Negeri adalah pada landasan yang betul. Apabila angka yang diberikan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan lonjakan nilai pelaburan meningkat 74% dan penjanaan pekerjaan melonjak 188% ini adalah penting supaya anak-anak muda boleh kekal berada di negeri Perak untuk mencari peluang pekerjaan dan ini merupakan titik permulaan yang baik.

Pihak negeri Perak masih perlu lebih berusaha untuk melipat kali gandakan lagi penjanaan peluang pekerjaan supaya lebih banyak bakat-bakat kita tidak meninggalkan Perak untuk mencari pekerjaan di negeri lain. Timbalan Yang Di-Pertua Kerajaan Negeri Perak juga tidak mengabaikan peruntukan untuk kebajikan masyarakat bukan Islam dan peruntukan RM12 juta berturut-turut bagi tahun 2025 dan 2026 menunjukkan Kerajaan Negeri Perak prihatin terhadap Hal Ehwal Bukan Islam dan kesejahteraan pelbagai kaum dijaga dan diberi perhatian. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Perak menghargai sumbangan mereka yang bukan beragama Islam. Tempat ibadat dan kepercayaan kaum-kaum juga dipelihara.

Maka dengan ini masyarakat dengan pelbagai kaum hidup harmoni wujud di negeri Perak. Syabas juga diucapkan kepada pihak negeri Perak kerana Kerajaan Persekutuan telah meluluskan 466 projek di bawah Rolling Plan Pertama RMK-13 yang jumlahnya bernilai RM1.8 bilion. Projek-projek yang terlibat termasuklah pembinaan jalan baru, menaik taraf jalan untuk industry park, tebatan banjir dan untuk urusan-urusan sekolah. Kesemua ini merupakan projek yang berkaitan rapat dengan keselesaan warga perak, pendidikan serta pembangunan industry dan tahniah kepada warga Perak kerana pihak Kerajaan Persekutuan memberikan tumpuan untuk menaik taraf infrastruktur di negeri Perak. Setahu saya pada tahun sebelum ini kita dapat RM1.7 bilion dan tahun ini kita meningkat kepada RM1.8 bilion dan menjadikannya negeri Perak adalah anak emas tercinta untuk Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Yang di-Pertua, saya juga menyokong keprihatinan peruntukan dalam fokus kesejahteraan rakyat. Untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, peruntukannya sahaja mencecah RM32.1 juta untuk melaksanakan empat program kesejahteraan iaitu Kad Perak Sejahtera, Jualan Sejahtera Rakyat, Program Bantuan Kotak Makanan dan juga Jualan Sejahtera Rahmah. Perinciannya Kad Perak Sejahtera menerima peningkatan RM0.5 juta dari RM24 juta pada tahun sebelum ini kepada RM24.5 juta untuk Belanjawan 2026. Kesannya, penambahan 1,242 penerima menjadikannya jumlah keseluruhan kepada 21,000 penerima manfaat dan angka 21,000 ini bukannya untuk orang mereka mempunyai keluarga. Maka 21,000 ini adalah 21,000 keluarga B40 yang mendapat manfaat dalam usaha meringankan beban ekonomi mereka. Ini juga menunjukkan bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap kehidupan rakyat. Tiada yang terpinggir, kesejahteraan rakyat terjamin.

Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit cadangan untuk bantuan kebajikan. Saya mencadangkan supaya penerima bantuan OKU yang memasuki usia 60 secara automatik ditukar kepada kategori Bantuan Warga Emas. Ini adalah kerana penerima bantuan kewangan untuk kategori OKU berupaya atau tidak berupaya adalah RM450 dan RM300 untuk kategori kedua-dua tersebut dan mereka juga akan berusia dan mencapai usia persaraan dan saya rasa adalah adil dan sesuai untuk mereka menikmati bantuan warga emas sebanyak RM600 bila mereka mencapai usia 60.

Saya faham bahawa pihak kerajaan dan pihak JKM ingin menggalakkan mereka untuk bekerja bagi menampung kos sara diri. Jadi untuk OKU yang mempunyai kerja diberi bantuan yang lebih berbanding dengan yang tidak bekerja tetapi apabila mereka berusia 60, mereka merupakan warga emas dan mereka patut dimasukkan ke dalam kategori warga emas. Takkanlah orang biasa yang memasuki usia 60 dikira warga emas tetapi bila apabila warga OKU berusia 60 tidak dikira sebagai warga emas pula kan. Jadi saya memang ada satu kes di mana sudah buat permohonan tetapi permohonannya tidak diluluskan. Beliau masih mengambil bantuan OKU berupaya sebanyak RM490 tetapi tidak dapat masuk dalam kategori warga emas walaupun beliau sekarang berusia 60 ke atas.

Dato' Seri Yang di-Pertua, dan satu lagi sebelum ini, pusat khidmat saya telah menerima kehadiran seorang warga emas. Beliau ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan tempat berteduh di rumah orang tua-tua milik kerajaan? Beliau hidup sebatang kara. Tiada sesiapa baik saudara-mara mahupun ahli keluarga serta masih bujang. Beliau tidak mempunyai sesiapa yang tinggal bersama beliau untuk menjaga beliau. Jadi pada minggu lepas, beliau telah jatuh di rumah dan seterusnya tidak mampu untuk berdiri semula. Jadi sampai beliau terpaksa tidur sahaja di situ. Jadi apabila pasukan khidmat saya melawat rutin, semua terkejut bila melihat keadaan beliau. Ingatkan beliau sudah meninggal dunia sebab terlantar di situ. Jadi tuntasnya, beliau amat memerlukan jagaan dan tempat tinggal. Akan tetapi keadaan beliau yang merupakan half independent dengan izin di mana beliau perlu bergantung kepada alat bantuan jalan untuk bergerak dan pergerakan beliau pun amat perlahan menyebabkan beliau tidak dapat diterima masuk ke rumah orang tua kerajaan.

Jadi setahu saya, mereka yang telah diterima masuk harus mampu menjaga diri sendiri dan dalam kes ini beliau bukannya dalam kategori terlantar mahupun kategori mampu jaga diri. Jadi, beliau mampu bergerak tetapi perlu bantuan untuk aktiviti seharian beliau. Walaubagaimanapun, saya bersyukur beliau dapat bantuan JKM sebanyak RM600 untuk menyara diri tetapi semakin hari beliau semakin uzur dan memerlukan tempat tinggal dengan pertolongan untuk melakukan aktiviti seharian. Jadi dengan ini saya ingin meminta pihak Kerajaan Negeri untuk menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada pihak JKM supaya pihak JKM dapat membantu golongan warga emas ini. Sama ada menerima mereka ke rumah orang tua dengan mengupah penjaga atau apa-apa cara lain untuk menjaga mereka. Bukan sahaja dari segi kewangan tetapi untuk memastikan mereka boleh menjalani kehidupan harian mereka. Saya amat pasti terdapat banyak lagi warga emas hidup sebatang kara yang tidak bernasib baik seperti yang lain yang ada jagaan ahli keluarga yang sedang menanti-nantikan bantuan tersebut.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Perenggan 41 dalam ucapan Belanjawan 2026 menyentuh tentang kediaman yang selesa dan mampu milik di mana ia adalah usaha berterusan pihak negeri, kerajaan untuk memastikan setiap warga Perak mempunyai tempat berteduh. Dalam hierarki keperluan Maslow. Maslow's hierarchy theory dengan izin. Setiap manusia mempunyai lima keperluan asas yang perlu dipenuhi seperti fisiologi, keselamatan sosial, penghargaan diri dan pencapaian hasrat diri dan seseorang itu perlu memenuhi keperluan terendah dipenuhi terlebih dahulu sebelum berusaha untuk memenuhi keperluan yang lebih tinggi. Jadi dalam hierarki ini, keperluan asas yang terendah untuk manusia untuk semua warga Perak adalah keperluan fisiologi iaitu termasuk makanan, minuman dan tempat tinggal dan saya yakin di negeri Perak, tiada ada sesiapa yang mati kebuluran dan kerajaan negeri dalam usaha membantu setiap warga dan keluarga untuk memiliki tempat berteduh supaya mereka boleh memenuhi keperluan terendah mereka dan seterusnya berusaha untuk mencapai keperluan yang lebih tinggi.

Oleh itu, peruntukan sebanyak RM8.5 juta untuk tujuan Program Sayangi Rumahku, untuk pinjaman Rumah Perakku Prihatin, untuk penyelenggaraan Rancangan Perumahan Awam (RPA) serta Program Perumahan Rakyat. Ini patut dipuji dan disokong dan dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan, kerajaan sebanyak RM317.3 juta di bawah Rolling Plan Pertama (RMK-13). Mengikut pecahan RM96 juta untuk Program Residensi Rakyat di Teluk Intan, RM29.4 juta untuk Projek Prima di Simpang Pulai dan RM191.9 juta untuk Program Rumah Mesra Rakyat Perak telah membantu Kerajaan Negeri untuk merealisasikan sasaran semua warga Perak memiliki tempat tinggal.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan pihak Kerajaan Negeri amatlah penting dan merupakan faktor kemajuan untuk negeri Perak dan saya ingin mengambil kesempatan ini mewakili penduduk di Dun Pasir Pinji untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KPKT dan juga pihak MBI. Pihak KPKT telah meluluskan permohonan RM1 juta dengan kadar segera untuk mendirikan satu tapak sementara Pasar Pasir Puteh di mana tapak asal telah terbakar pada 20 Februari 2024 semasa perayaan Tahun Baru Cina. Penjaja telah pun kesemuanya pindah masuk ke tapak sementara pada bulan Oktober yang lalu dan dengan baki kos RM500 ribu yang ditanggung oleh pihak MBI serta kerjasama yang tinggi diberi oleh pihak MBI membolehkan proses pembinaan dan pemindahan pasar sementara Pasir Puteh ini berjalan dengan lancar.

Jadi seterusnya, saya juga berharap pihak Majlis Bandaraya Ipoh akan sentiasa bersama dengan saya untuk mendapatkan kelulusan dalam permohonan untuk mendirikan semula pasar Pasir Puteh dalam masa yang terdekat dan ia akan menjadikan Dun Pasir Pinji dalam sejarahnya mempunyai dua pasar baru dalam masa yang terdekat.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam dilihat sebak semasa menyentuh isu berkaitan dengan bencana banjir dan sama ada di pihak sini atau di pihak sana, kita tidak mahu pun melihat banjir berlaku dan kita faham tentang kesusahan rakyat yang menjadi mangsa banjir dan peningkatan RM1.5 juta kepada RM7.5 juta berbanding dengan tahun 2024 menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan dalam isu banjir dan terima kasih juga kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan RM184.9 juta untuk menjalankan empat projek mengurangkan risiko bencana banjir.

Dengan perubahan iklim yang ketara, cuaca semakin ekstrim, bukan sahaja negara kita, negara jiran seperti Thailand dan Vietnam juga dilanda bencana banjir yang amat menakutkan. Peranan JPS menjadi amat penting dalam usaha-usaha tebatan banjir. Banjir berlaku bukan sahaja hujan lebat tetapi dengan faktor-faktor lain seperti perubahan iklim, longkang tersumbat, air laut pasang, pembangunan yang pesat dan sebagainya. Jadi, menjadikan kerja tebatan banjir lebih sukar berbanding pada masa dahulu. Adalah tiba masanya kita perlu membuatkan perancangan yang lebih teliti. Kita perlu merancang dan meramal 10 tahun ke hadapan terutamanya dalam rancangan pembangunan supaya pembangunan tidak menyebabkan banjir dan jikalau tidak banyak kawasan banjir yang baru akan wujud dan lagi ramai penduduk akan sengsara berhadapan dengan banjir.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, oleh itu, saya ingin mencadangkan pihak JPS untuk menggunakan peruntukan dalam penggunaan teknologi AI (Artificial Intelligence) dengan izin untuk membantu dalam kerja-kerja ramalan mencari punca dan mencari penyelesaian yang lebih efektif untuk berdepan dengan cuaca yang ekstrem yang sedang berlaku sekarang. Kita tidak mempunyai masa dan kewangan untuk try and error kerja-kerja tebatan banjir. Hanya dengan menggunakan teknologi kita dapat gambaran yang lebih luas dan terperinci dan membantu dalam cara penyelesaian yang lebih tepat dan lebih betul.

Jadi, Dato’ Seri Yang di-Pertua, dalam ucapan Belanjawan 2026 Perenggan 63, keadaan permukaan berlubang masih lagi menjadi antara aduan yang paling banyak diterima oleh pusat khidmat saya dan sebagai seorang pengguna jalan raya, saya amat faham perasaan tersebut. Keselamatan juga terancam terutamanya penunggang motosikal. Oleh itu, saya ingin meminta pihak pelaksana haruslah sentiasa bersedia untuk menurap semula jalan berlubang terutamanya pada musim hujan. Pihak pelaksana seboleh-bolehnya mewujudkan satu team peronda dan bila kenal pasti ada jalan berlubang, turapkan lah jalan lubang tersebut dalam masa 24 jam. Janganlah tunggu sehingga aduan beberapa kali masuk kepada SISPAA, kepada MBI atau kepada pusat khidmat, barulah mula merancang nak menurap. Dalam dunia internet ini pada hari ini, kebanyakan penduduk tidak lagi sabar menunggu atau tidak teragak-agak untuk muat naik ke media sosial dan ini akan menjejaskan imej kerajaan negeri. Apatah lagi tahun 2026 adalah Tahun Melawat

Malaysia dan kita patut menjadi tumpuan destinasi pelancongan dan bukan menjadi tumpuan disebabkan jalan berlubang.

Seterusnya Dato’ Seri Yang di-Pertua, Perenggan 100, memperuntukkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk projek pembangunan infrastruktur, RM1 juta untuk menaiktaraf ikon-ikon pelancongan atau penyelenggaraan kawasan pelancongan serta RM0.5 juta untuk menaik taraf mercu tanda amat diperlukan untuk usaha-usaha mempromosikan tempat tarikan pelancongan dan ia perlu dilaksanakan seawal-awal pada bulan Januari dan bukan jangan tunggu sehingga sampai akhir bulan September atau pun Oktober. Masanya itu Tahun Melawat Malaysia 2026 pun dah sampai penghujung. Jadi tidak bermakna kalau kita baru nak start, nak mulakan untuk menaik taraf pada penghujung tahun. Jadi, Dato’ Seri Yang di-Pertua, Perenggan 112 berkenaan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Pasir Pinji, boleh minta penjelasan sikit.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Boleh…boleh.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Jelas sikit. Terima kasih YB. Tentang penyelenggaraan jalan raya ini yang telah dibangkit oleh Pasir Pinji, saya pun berkongsi pengalaman dengan Pasir Pinji di mana kawasan saya dan Pasir Pinji pun agak padat di mana penduduk dia, kepadatan dia memang sangat padatlah berdasarkan kepada jumlah pengundi, jumlah penduduk, jumlah pelawat, jumlah pelancong. Tambahan lagi, Pasir Pinji sana pun adalah satu lapangan terbang di sana. Jadi adalah amat penting untuk pihak tertentu untuk menjalankan tugas mereka untuk memastikan jalan raya kita ini elok terutama sekali untuk menyambut kedatangan Tahun Melawat Malaysia ini di mana kita akan menyambut kedatangan pelancong daripada domestik ke antarabangsa.

Jadi, masalah dia sekarang cuma jalan raya ini ada diselenggara oleh pelbagai pihak termasuk oleh PBT termasuk oleh JKR, termasuk dekat kawasan di persendirian di mana penduduk atau pun pengundi kita memang mereka tak tahu mana bahagian itu atas tanggungjawab mana termasuk lampu jalan ke mana-mana, jadi mereka pun datang ke pusat khidmat kita selaku one stop centre (OSC) untuk berjumpa dengan kita atau menelefon kita atau pun dalam sosial media kita bangkitkan hashtag tag kita. Jadi ada tambahan lagi satu fenomena pula ada yang call di mana mereka youtuber ke mereka lebih gemar, saya pun nampak mereka letak dalam Facebook dan tag YB mereka lebih gemar untuk nak glamorkan page sendiri untuk membangkitkan isu jalan di mmana untuk mengizinkan netizen lain untuk meletakkan komen-komen mungkin tak elok ke, mereka pun tak faham apakah cara berfungsi agensi kerajaan ini.

Jadi bolehkah saya macam masuk dalam ucapan YB agar di mana kita kena beritahu orang awam ke penduduk di mana pengetahuan tentang jalan itu bidang kuasa mana seperti ada label-label ke. Kadangkala saya nampaklah ada ini sempadan JKR dari mana mula tamat tetapi kita selaku wakil kita tahu bezakan. Kadang kala kita pun kabur. Kita pun tak tahu jalan ke mana. Jadi mereka pun mengutarakan aduan mereka dan harap kita selesaikan dalam sepintas yang boleh. Jadi ini kadang kala kita pun hadapi kekangan sebab kita ini wakil rakyat. Kita pun bukan agensi pelaksana. Kita kena ikut SOP juga kena beritahu PBT ke agensi ke. Kadang-kala kita pun tak tau mana pegawai yang sering bertukar. Jadi kita perlu text kepada menyusahkan kepada ketua jabatan atau pengarah untuk ketengahkan aduan kita. Jadi bolehkah kita bersama-sama untuk harap pihak kerajaan atau pihak kerajaan negeri, kerajaan pusat ke kerajaan PBT untuk menunjukkan satu apa tu, hah apa tu? Ok ok. Ha itulah? Boleh tak. Ok.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Saya amat bersetuju dengan YB Bercham di mana saya rasa pihak kerajaan mungkin boleh dapatkan call sendiri atau penerangan untuk menjelaskan kepada para pengguna jalan raya supaya tahu macam mana mereka nak mengadu dan apakah bahagian yang agensi yang terlibat dan menguruskan aduan-aduan tersebut dan saya rasa yang paling penting sekali pihak-pihak seperti berkenaan seperti Puncak Emas, MBI, PBT, sepatutnya bila membuat sesuatu penurapan jalan patutlah diwar-warkan di sosial media supaya orang tahu PBT memang ada kerja dan bila mereka tahu PBT yang menurap jalan so, bila ada aduan mereka akan cari PBT untuk selesaikan masalah tersebut dan bukannya hanya letak di sosial media marah-marah di situ dan tak ada apa yang kita boleh buat sebab kita tak dapat aduan. Jadi tambahan pula dengan tadi apa yang saudara Bercham mengulas.

Tadi Yang Berhormat Bercham mengatakan bahawa mengenai lapangan terbang di mana dulu lapangan terbang saya di tempat Dun Pinji, kita boleh lihat departure dan arrival kapal terbang tapi sekarang tempat tersebut telah ditumbuh semak samun sehingga pemandangan sebegini sudah tiada. So, jadi saya juga mintalah kalau sekiranya boleh pihak JPS bolehlah minta untuk buat pembersihan sebab tempat itu adalah reserve untuk JPS dan saya rasa tempat itu dah tentu menjadi tempat tarikan untuk mereka yang suka mengambil gambar di mana ada kapal terbang bertolak di belakang dan mereka ambil gambar bersama. Jadi saya teruskan ucapan saya.

Dato' Seri Yang di-Pertua, perenggan 112 berkenaan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026. Peruntukan sebanyak RM18.67 juta membolehkan agensi-agensi berkaitan dengan Tourism boleh memulakan perancangan dan pelaksanaan kempen promosi. Negeri Perak mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. Kita ada pelbagai kebudayaan, makanan, geopark, pantai, bandar warisan, aktiviti lasak, pemandangan yang cantik dan unik dapat menarik minat pelbagai jenis pelancong. Saya yakin bahawa Perak sudah siap sedia untuk menarik perhatian pelancong untuk melancong di negeri Perak. Kita telah berjaya mencapai sasaran pada Tahun Melawat Perak 2024 dengan berjaya dan kejayaan ini memberi keyakinan kepada para pemain industri dalam sektor pelancongan dan kita boleh lihat banyak hotel-hotel baru sedang dibina. Jadi saya rasa itu adalah satu aspek dan satu pemangkin yang bagus di mana Perak sedang menuju ke arah negeri pelancongan dan di sini saya juga ingin menambah sedikit pandangan bahawa pihak kerajaan boleh memperuntukkan peruntukan tambahan untuk hiasan lampu untuk pelancong mengambil gambar terutamanya hiasan lampu moden.

Di Perak, kami tidak mahu pelancong hanya touch and go dengan izin, datang makan sarapan atau tengahari kemudian bertolak ke negeri lain. Kami mahu mereka singgah dan bermalam satu atau dua malam di Perak. Maka kita perlukan tarikan pelancongan malam untuk mereka singgah dan hiasan lampu merupakan satu pilihan di mana pelancong suka mengambil gambar dan upload ke media sosial. Sama seperti kita pergi melancong kita juga suka untuk mengambil gambar sebagai kenangan dan secara tidak langsung gambar-gambar dengan hiasan lampu yang menarik dengan mercu tanda tempat pelancongan Perak, gambar-gambar yang di upload akan menjadi free publicity untuk Kerajaan Negeri dan lebih ramai yang akan tahu tentang tempat tarikan di Perak dan dah tentulah di antara mereka yang berminat untuk datang melihat sendiri tempat-tempat hiasan lampu tersebut.

Jadi di sini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri KPKT yang telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk pencahayaan semula di bandar Ipoh pada perasmian tapak sementara Pasar Pasir Putih pada 2 November 2025. Ia merupakan lokasi kedua yang diumum selepas Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan ini dah tentu dapat merangsang sektor pelancongan bandar Ipoh tetapi saya berasa kita perlu bekerja lebih keras lagi untuk mencari dana atau memberi peruntukan kepada PBT yang lain. Kesemua 15 PBT mempunyai mercu tanda yang tersendiri dan sekiranya ditambah dengan hiasan lampu dan pencahayaan moden sudah tentu bilangan pelancong akan bertambah di kesemua PBT dan ini kita perlukan pihak Kerajaan Negeri untuk berusaha dengan pihak PBT masing-masing untuk merealisasikannya. Dato' Yang di-Pertua dalam perengan 118…

Pasir Pinji, Manjoi sikit. Terima kasih kepada sahabat saya Pasir Pinji. Saya tertarik dengan hujahan Pasir Pinji berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan tadi juga sahabat saya Bercham juga ada membangkitkan isu berkaitan dengan isu infra jalan dan sebagainya. Isu yang sedang bukan setakat jadi viral bahkan menjadi masalah keresahan rakyat ketika ini bukan sahaja di Manjung bahkan saya yakin di sesetengah tempat di daerah Ipoh ini Bercham, Pasir Pinji, Buntong, Canning dan semua kawasan kitalah di daerah Ipoh ini. Isu yang saya kira perlu kita beri perhatian jika boleh dimasukkan dalam ucapan Pasir Pinji berkenaan dengan isu kejadian manhole TM terbuka. Ini terlalu dahsyat dan hari ini menjadi bualan rakyat di bawah. Saya yakin di sini pun ramai di kalangan penjawat di sini kereta kita pun kadang-kadang kena di laluan tersebut. Di kawasan Dun Manjoi untuk makluman Pasir Pinji, ada 36 kes yang telah saya dapati untuk tahun 2025. Kalau di kawasan kita seluruh di daerah Ipoh ini dalam data yang saya ada ialah jumlah kes 246 kes. Isu manhole terbuka ini.

Boleh kata setiap hari ada. Berlaku di kawasan saya, Pasir Pinji dan tuan-tuan semua, ada orang-orang tua yang balik solat subuh dan ada yang nak pergi solat subuh pada awal pagi, termasuk dia punya tayar motor dalam mainhole tersebut menyebabkan cedera yang sangat parah. Ada ibu bapa yang hantar anak-anak ke sekolah pada awal pagi, tak sedar malam tersebut dah ada kegiatan curi kabel TM ini menyebabkan mereka accident dan cedera, bukan setakat ibu ayah, anak-anak pegi sekolah pun cedera. Isu ni bukan isu Manjoi saja, bahkan isu kita di daerah Ipoh ini. Saya yakin rakan-rakan sahabat di daerah Ipoh ni sangat bersetuju isu ini kerana isu ni tengah rakyat melibatkan nyawa rakyat kita dan Pasir Pinji, akhirnya Manjoi ingin berikan cadangan jika boleh diangkat oleh pihak kita, pertama kita mohon supaya pihak Exco yang berkaitan dan pihak TM khususnya & agensi berkaitan tolong wujudkan platform telekomunikasi mudah di talian. Minta maaf.

Ok, untuk cadangan yang saya nak bawa ialah pihak TM perlu membuat penguatkuasaan supaya kabel bawah tanah ini terutama kabel cooper ini perlu dibuang dan pihak TM perlu membuat pengumuman secara rasmi kepada orang awam berkenaan pemakluman kabel-kabel bawah tanah ini telah dibuang. Kedua, pihak TM perlu melantik mana-mana pihak atau pun kontraktor untuk menjalankan operasi membuang kabel-kabel bawah tanah ni kalau TM tidak mampu. Ketiga, pihak TM perlu maklumkan secara terbuka dalam akhbar dan media sosial dengan cara mengeluarkan kenyataan rasmi daripada pihak TM atau pun daripada Exco berkaitan maklumat tersebut.

Dengan makluman ini, rakyat akan rasa lega kerana risiko kecurian ini tidak berlaku lagi. Selain itu, pencuri dan sindiket ini akan menghentikan operasi mereka. Terakhir Pasir Pinji, pihak kerajaan dan pihak berkuasa perlu memastikan gejala melindungi sindiket kecurian kabel ini agar dapat disiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka kerana ini salah satu punca pencuri kabel semakin berani untuk menjalankan operasi tersebut. Mohon dimasukkan dalam ucapan sahabat saya Pasir Pinji. Terima kasih Pasir Pinji di atas ruang diberikan.

Pasir Pinji.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Manjoi.

Sikit lagi Pasir Pinji. Sorry ha tadi Manjoi tersasar sikit banyak dia cerita. Tapi saya isu yang dibangkitkan oleh Manjoi juga jarang saya setuju dengan Manjoi. Tapi kali ini saya nak tambah sikit berkaitan dengan utiliti masa mereka nak buat pembaikan. Contohnya di jalan JKR, Majlis dan sebagainya, banyak kali mereka buat tapi tak inform kepada pihak-pihak agensi yang berkenaan sampai ada aduan kami bangkitkan baru pihak agensi itu baru mereka perasan ada kerja penyelenggaraan sudah dilakukan. Setujukah Pasir Pinji kena ada satu SOP yang lengkap dan wajibkan utiliti kalau mereka nak buat penyelenggaraan mesti maklumkan kepada agensi yang berkenaan, dapatkan greenlight tapi kena cepatlah. Mungkin ada shortage ke macam mana, tapi mereka kena inform baru kita tahu siapa yang sudah buat dan memastikan penampalan jalan tersebut kena dilakukan dengan baik sekali baru selamat digunakan oleh pengguna jalan raya. Terima kasih.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Saya setuju dengan Astaka. Memang kalau tidak saya sendiri pun keliru dengan siapa yang yang pergi apa menyelenggarakan dan untuk Manjoi, memang nanti saya akan masuk ada dalam ucapan saya berkenaan dengan pencurian kabel juga. Jadi, Dato’ Seri Yang di-Pertua dalam perenggan 118..

Dato' Yang di-Pertua, mohon mencelah. Saya ingin berbalik kepada merujuk kepada isu iaitu berkenaan dengan kabel TM. Saya melihat di mana usaha daripada TM untuk mengadakan inisiatif cable recovery itu mungkin tidak cukup pantas. Jadi, saya berharap daripada pihak TM sendiri boleh mengadakan inisiatif-inisiatif yang atau pun menambahkan usaha untuk mengadakan cable recovery ini supaya kabel-kabel copper ini di seluruh Perak ini dapat di ambil balik oleh pihak TM sendiri dengan masa yang terdekat. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pasir Pinji, adakah Yang Berhormat bersetuju kepada pandangan sedemikian? Terima kasih.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Tronoh. Ya memang amat bersetuju dan ini memang satu perkara yang saya rasa bukan sahaja Pasir Pinji lah, ia berlaku di sekitar Kinta dan juga saya rasa Perak sudah terjejas. Ha untuk tujuan kabel, setahu saya kawasan saya pencurian kabel sudah berlaku lama tahun lepas. Tapi sindiket-sindiket baru ini datang balik dan bila mereka buka mainhole tersebut mendapati bahawa kabel sudah dicuri. Maka mereka curi lagi, buka lagi mainhole yang lain. Jadi dulu satu dua mainhole dibuka pada satu malam tapi sekarang sampai enam, tujuh, lapan mainhole yang dibuka di kawasan zon Pinji sahaja dan ini memang satu perkara yang saya rasa memang amat apa kita perlu perhatikanlah oh. Ok.

Jadi saya juga ingin mengalu-alukan kerjasama GLC terutamanya GLC seperti Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), LAP, MBI Inc dan juga Perbandanan Setiausaha Kerajaan Negeri dan PKNPk yang telah disebut dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. CSR yang diberikan kepada murid-murid tentunya amat bermakna kerana anak-anak merupakan bakal pemimpin dan harapan negara. Dengan ini, saya dengan rendah hati ingin meminta bantuan GLC-GLC untuk memperluas bantuan selain bantuan makanan percuma yang diberikan kepada sekolah.

Ceritanya sebegini. Saya rasa semua pun tahu. Kebelakangan ini, berita sedih berkenaan murid sekolah sering kedengaran. Sama ada kes bunuh, kes buli, kes gaduh, kes bunuh diri dan sebagainya. Ia merupakan perkara dan insiden yang paling kita tidak mahu ia berlaku walau pun satu kali. Zaman sekarang sudah tidak sama seperti dulu di mana semua anak-anak main guli, menangkap ikan di longkang, sawah padi atau main layang-layang dan sebagainya. Semuanya tanpa telefon pintar dan laman web. Dengan perubahan alat permainan anak-anak, banyak yang suka bermain dalam telefon pintar dan anak-anak tidak berinteraksi. Semua mainan dalam telefon sahaja dan banyak-banyak info yang mereka boleh dapat akses. Justeru, pemikiran mereka mungkin berlainan kalau berbanding dengan zaman waktu kita masih kecil lagi. Tahap penerimaan tekanan juga amat berbeza. Cara menangani masalah kita kena terima hakikat bahawa ini adalah trend, trend, trend dan tidak dapat kembali ke cara dahulu. Kita perlu mengakui dan cuba untuk mencari jalan supaya mereka boleh menangani tekanan emosi dan mampu berfikir tanpa senang dipengaruhi dan percaya isi kandung di laman web secara bulat-bulat.

Oleh itu, saya ingin meminta bantuan pihak GLC untuk bantu mengadakan program aktiviti ceramah, bengkel atau apa-apa program yang boleh memberi, mengajar, membantu mereka untuk menghadapi tekanan, mengawal emosi mereka dan untuk mengenal pasti tindakan yang betul atau salah untuk tidak dibuli dan tidak membuli. Saya amat yakin Adun-Adun sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang juga akan memberi sokongan untuk penganjuran bersama demi kebaikan dan keselamatan anak-anak kita. Kita tidak boleh meletakkan segala beban mendidik anak-anak kita kepada cikgu. Cikgu pun manusia. Semua pihak bertanggungjawab untuk membantu hal-hal berkaitan dengan anak-anak kita dan saya percaya dan yakin bahawa cikgu-cikgu di sekolah telah cuba sedaya upaya mereka dan tiba masanya kita menyalurkan bantuan supaya cikgu-cikgu dapat fokus sepenuhnya dalam pendidikan. In fact, saya sudah dalam proses merancang program yang bertemakan kaunseling untuk murid-murid sekolah rendah di kawasan Pasir Pinji untuk tujuan seperti yang dikatakan tadi.

Dato' Seri Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu-isu kecurian kabel, saya memang ingin membawa perhatian Dewan di kawasan Kinta. Saya tidak pastilah dengan keadaan di kawasan luar Kinta, tetapi dalam kawasan Dun Pasir Pinji dan sekitar daerah Kinta amatlah teruk. Apa yang saya mahu maksudkannya bukan jumlah kabel yang dicuri, tetapi beberapa mainhole yang dibuka yang menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk dalam kawasan serta penggunaan-pengguna jalan raya. sebenarnya kebanyakan kabel dalam mainhole telah dicuri sebelum ini, seperti yang saya tadi, saya katakan dan ini dipercayai dari geng-geng atau sindiket berlainan dan mereka membuka semula mainhole yang telah pernah dicuri.

Jadi dulu memang satu malam satu dua mainhole, sekarang banyak mainhole yang di wujud. Enam hingga lapan wujud di kawasan Dun Pinji. Bayangkanlah berapa banyak di seluruh daerah Kinta kalau satu malam dan sebagai contoh, pada Khamis yang lalu, pasukan saya telah membantu untuk menutup balik satu mainhole yang dibuka tetapi semalam saya telah menerima aduan daripada penduduk yang sama bahawa penutup mainhole tersebut mai hole yang sama telah dibuka sekali lagi. Haa tak sampai lima hari pun, mainhole yang sama telah dibuka. Kegiatan ini semakin berleluasa sehingga saya amat takut dengan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal. Lubang tersebut bukannya di tepi jalan tetapi di tengah-tengah jalan dan di persimpangan jalan di landasan motosikal dan satu kes di mana pasukan saya dipukul oleh salah seorang pencuri kabel sebelum cabut lari, dia masuk kereta dia, pukul dia lepas itu lari dan bila pasukan saya menanya apa yang dia buat di situ, adakah dia curi kabel? Jadi dia jadi marah, dia pukul lepas itu dia cabut. Jadi inilah menunjukkan mereka tidak takut dengan sesiapa dan sekiranya tiada apa yang dilakukan, perkara ini akan menular dan menakutkan para warga Perak. Oleh itu, saya hendak meminta pihak penguatkuasa yang berkenaan untuk menggunakan peruntukan yang diperuntuk untuk membanteras isu ini dan mungkin satu task force atau satu jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk menangani masalah ini secara induk supaya keselamatan warga Perak akan dijamin.

Jadi saya Dato' Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan dalam perbahasan ini untuk membangkitkan isu berkenaan dengan gelandangan di kedai-kedai sebelah tapak Pasar Pasir Putih yang asal. Saya amat berterima kasih kepada pihak penguatkuasa MBI dan pihak JKM yang sentiasa memberi respon yang pantas setelah aduan dibuat oleh pusat khidmat saya. Akan tetapi gelandangan yang berada di situ kekal berteduh di situ walaupun banyak kali penguatkuasa membersihkan tempat tersebut dan pihak JKM juga banyak kali berurusan dengan mereka. Saya terpaksa mengulangi aduan saya kerana mereka menetap di kaki lima depan kedai dan kawasan tersebut dipenuhi dengan barangan kitar semula dan sampah sarap. Kesian dengan pihak pemilik kedai tidak dapat menyewa kedai beliau dengan keadaan sebegini dan perbuatan sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab dan membayar gelandangan untuk mereka membuang sampah di situ menyebabkan usaha-usaha mengekalkan kebersihan di kawasan tersebut gagal. Saya ingin meminta jasa baik pihak agensi yang berkenaan supaya dapat menggunakan peruntukan yang diberi untuk Belanjawan 2026 untuk memindahkan gelandangan ke tempat berteduh yang lebih sesuai supaya kebersihan dan kepentingan penduduk dan pemilik kedai terjamin.

Dato' Seri Yang di-Pertua, untuk bab kelestarian alam sekitar, pentingnya untuk Kerajaan Negeri Perak memberi peruntukan untuk mengurus pemeliharaan dan program-program konservasi. Peruntukan sebanyak RM75.98 juta pada tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM6.19 juta berbanding dengan tahun 2025 adalah berita yang baik dan memberangsangkan para pencinta alam. Saya ingin memohon pihak Kerajaan Negeri juga memberi perhatian terhadap isu-isu pembuangan sampah secara haram, pembakaran sampah secara terbuka. Tabib-tabib segelintir penduduk yang suka membuang sampah merata tempat patut dikenakan hukuman setimpal termasuk mengenakan hukuman khidmat masyarakat supaya mereka mengingati kesalahan mereka dan tidak berulang lagi. Tambahan pula, saya dan Ahli Parlimen Ipoh Timur telah menyalurkan RM100 ribu dan bekerjasama dengan pihak MBI pada September 2024 yang lalu telah berjaya mengagihkan tong sampah kepada semua rumah yang berada di kawasan Dun Pasir Pinji. Akan tetapi ada juga penduduk yang memang degil dan enggan membuang sisa pembuangan domestik dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang diberi. Maka saya berharap pihak penguatkuasa berkenaan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebab mereka tiada alasan untuk membuang sampah di tempat larangan dan mengotorkan tempat tersebut. Sebab mereka sudah ada tong sampah tersendiri.

Dato' Seri Yang di-Pertua, yang paling teruk sekali adalah pembuangan sisa makanan dan minyak ke dalam longkang terutamanya di kawasan pusat dan kawasan pelancongan. Ia bukan sahaja mengeluarkan bau busuk malah merosakkan imej negeri Perak dan berisiko tinggi untuk mengakibatkan banjir kilat apabila musim hujan. Penguatkuasaan dan pelbagai langkah berlainan seperti program jual balik minyak masak terpakai boleh dilaksanakan secara besar-besaran dan supaya kebersihan kawasan setempat terjamin dan pada masa yang sama pengusaha boleh menjana pendapatan dari sisa buangan dan sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi-agensi, jabatan-jabatan yang selama ini banyak membantu saya dalam segala urusan. Peruntukan BKK 2 bulan untuk kakitangan kerajaan merupakan satu tanda penghargaan Kerajaan Negeri dalam pengertian pengorbanan dan usaha mereka untuk membantu kerajaan melaksanakan dasar dan merealisasikan sasaran yang di tetapkan oleh barisan pimpinan dan tahniah saya ucapkan kepada pihak sebelah kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar memperuntukan peruntukan sama rata 2 bulan bonus untuk Pusat Khidmat Adun Kerajaan dan Adun Pembangkang. Jadi lepas ini jangan asyik kritik kerajaan sahaja. Bagilah sikit puji sedikit dan sekirannya membantah, bagilah cadangan yang berasas dan progresif ok. Maka dengan ini saya menyokong Usul Belanjawan 2026 yang dibentangkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Pasir Pinji. Walaupun dia banyak belanja kawan-kawan YB-YB semua mencelah ucapan dia, tapi dapat menamatkan perbahasannya dalam waktu yang tepat. Seterusnya, saya harap pembahasan yang berikutnya pun dapat menepati masa yang diperuntukkan. Rindu lama tak dengar suara, dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Gunong Semanggol untuk memulakan perbahasan, 45 minit dipersilakan. 0

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang yang diberikan kepada saya untuk turut berbahas dalam sidang dewan yang mulia ini. Enam bulan berehat. Izinkan saya memulakan ucapan ini membawa suara rakyat bagi memastikan rakyat terbela dan negeri kita sejahtera. Saya suka memulakan perbahasan dengan membawa pedoman daripada al-Quran melalui firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al A'raf ayat yang ke 96. (bacaan surah), “Yang bermaksud dan sekiranya ahli suatu kariah satu tempat itu beriman dan bertaqwa, maka Kami akan buka mereka keberkatan daripada langit dan bumi.” Berdasarkan ayat al-Quran yang mulia ini, maksud keberkatan dalam pemerintahan dan pentadbiran adalah terhasil apabila rakyat dan pemimpinnya beriman. Keyword dia pemimpin dan beriman serta bertaqwa dan berlaku adil dalam mengurus sumber-sumber dan amanah yang diberikan Keberkatan juga bermaksud kelapangan, kebaikan dan juga kemudahan hidup rakyat negeri yang makmur di rasai daripada seluruh aspek kehidupan.

Oleh itu, pembangkang mengangkat tema “Berkat Berdaya Usaha Yang Tinggi, Ekonomi Rakyat Diperkasa, Ketelusan, Tadbir Urus Alam Lestari Dilindungi dan Terjamin Masa Depan”. Berdasarkan tema tersebut, saf pembangkang komited bagi menyentuh ke semua isu di bawah tema ini untuk dibawa dalam perbahasan sebagai agenda semak dan imbang yang menyeluruh untuk memastikan misi Perak Berkat Sejahtera dapat dicapai. Berkat (B) itu, pentadbiran negeri yang cekap, berwibawa, stabil dan kompetensi pemimpin. (E) ekonomi rakyat yang munafaat menyeluruh, R, perlindungan perumahan kebajikan bandar selamat, kos hidup yang terurus, (K) ketelusan, pengurusan GLC, projek berkepentingan negeri, pelaburan dan juga perbelanjaan yang berhemah. (A) Alam Sekitar dilindungi isu NREE kuari, hutan simpan dan air serta biodiversiti terjamin, kehidupan perumahan, perumahan, kebajikan, keselamatan dan kos sara hidup terurus.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, pertamanya bagi pihak rakan-rakan di blok pembangkang, kami merafakkan sembah dan mengucapkan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah diampuni Allah sempena ulang tahun keputeraan Baginda pada 9 November 2025 yang lalu. Kami juga di saf pembangkang merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran titah penuh Hikmah Tuanku Sultan yang telah dizahirkan keprihatinan terhadap keperluan dan juga keharmonian antara kaum di negeri Perak bertepatan dengan tuntutan semasa dan tidak lari daripada kerangka Perlembagaan. Kami juga menjunjung kasih saranan Tuanku Sultan Perak agar kemerdekaan negara diisi dengan kebebasan berfikir yang beradab, kematangan politik bertanggungjawab serta tekad bersama dalam memperkukuhkan ekonomi dan pembangunan negara. Saya semoga Tuanku terus dikurniakan kesihatan kebijaksanaan dalam memayungi negeri kita yang amat cinta ini. Tahniah kepada penerima anugerah. Saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Dewan dan rakyat yang menerima anugerah sempena dengan Keputeraan Tuanku terutama kepada saudara saya, Speaker Dato’ Seri Speaker, semoga anugerah itu menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat secara adil kepada negara dan khususnya kami di blok pembangkang.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ucapan takziah dan penghargaan. Jadi saya ambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa banjir pada bulan lalu, Bagan Serai, Batu Kurau Selama Larut, Bukit Gantang. Kebetulan semua di Kawasan-kawasan Adun Perikatan Nasional di blok pembangkang dan sekarang ini ditimpa lagi musibah banjir yang sedang berlaku di Parit, Beruas, Pasir Salak dan hampir seluruh negeri Perak. Ujian banjir ini agak luar biasa dan paras air yang tidak dijangka menyebabkan kemusnahan banyak harta serta peralatan menjadi kesulitan kepada kehidupan rakyat. Sebagaimana yang kita tahu, banjir ini kerap berlaku ulang berulang dan kebanyakan pusat pemindahan sementara di tempatkan di sekolah. Adalah menjadi kesulitan apabila musim persekolahan. Pemerhatian saya banyak kawasan-kawasan tempat ada kuarters-kuarters guru yang terbengkalai yang tidak dipakai yang tidak diguna. Jadi, saya mencadangkan oleh sebab kekerapan berlaku banjir ini, apa kiranya Kerajaan Negeri mewartakan kuarters-kuarters ini sebagai pusat pemindahan kekal. Ia berbentuk rumah lebih selesa daripada dia pergi ke sekolah, ke dewan yang kita nak bina apa tent itu, yang ini ada bilik dan sebagainya dan rumah itu kita nampak terbiar. Apa kiranya kerajaan boleh menilai perkara ini dan boleh kita berbincang di antara kementerian-kementerian.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, walaupun kami daripada Adun pembangkang dinafikan peruntukan tapi berkat prihatin dan tarbiah, latihan yang kami bagi khususnya kepada ahli jemaah. Ya, walaupun kami sebelum kami menjadi wakil rakyat kami mampu berkhidmat kepada rakyat dengan kemampuan yang ada dan keprihatinan daripada jemaah kami. Kesempatan ini saya merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada NGO-NGO, orang ramai yang perihatin terutama kepada NGO Muslim Care dan juga Khidmat Malaysia. Mereka ini NGO ini bukan sahaja memberi pertolongan kepada kemanusiaan di dalam negeri, malah malah di luar negara juga dan serta NGO-NGO lain yang turun padang membantu kami tanpa mengira perbezaan politik, tanpa membezakan kaum dan sebagainya. Saya juga merakamkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang bekerja keras dalam membantu mangsa banjir yang terlibat. Walaupun mempunyai berbagai-bagai kekangan. Saya suka sarankan juga di sini bahawa pada kali ini banjir berlaku secara serentak. Peralatan-peralatan pada agensi-agensi tertentu agak terhad apabila mereka baru ini mereka tumpukan perhatian yang berlaku di Taiping dan juga Bukit Gantang dan apabila banjir berlaku pula di Kerian tidak ada peralatan untuk menolong. Maka orang yang sakit itu terpaksa papah di dalam air dan sebagainya untuk bawa ke tempat pemindahan. Suka saya mencadangkan kita memperlengkapkan peralatan ini supaya apabila berlaku banjir luar jangka, maka peralatan kita cukup.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan dan rakyat semua bahawa semua Adun semasa sama ada daripada pihak pembangkang ataupun kerajaan pada masa dahulu, kita menerima peruntukan kotak makanan, di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat sahabat saya, Dato’ Kota Tampan, 100 kotak tiap-tiap bulan. Jadi hampir kotak-kotak ini kita gunakan untuk diagihkan kepada asnaf ataupun perkhidmatan yang sampai kepada kita dan pada pusat khidmat dan adakalanya apabila berlaku musibah banjir dan ribut, maka kita gunakan kotak makanan ini untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat. Tapi sebab sejak sahabat saya ini mendapat kawan baru maka peruntukan-peruntukan kotak makanan tu tak ada tak ada bagi kita, Walaupun tak ada, kita tetap juga boleh berkhidmat. Insha Allah kita boleh berkhidmat. Jadi dalam Dewan ini untuk pengetahuan rakyat semua inilah kita prihatin. Wal itu, tidak jadi kerajaan kita boleh berkhidmat apatah lagi kalau kita berada dalam kerajaan.

Yang Amat Berhormat Kota Tampan, saya bukan nak merayu atau minta dan banyak kali perkara ini rakan-rakan bangkit dalam Dewan ini ingat beberapa kali beberapa siri. Cuma nak meminta ada penjelasan. Mana NGO yang menerima 100 kotak makanan tiap-tiap bulan ini untuk diagihkan. Bukan kami nak, kami nak hanya bila orang datang kepada kami nak hala ada tempat yang nak dituju. Ini NGOnya, nyatakan dengan jelas tempat dan alamat kita tak ada masalah. Kalau alamat tu di pejabat DAP pun tak apa. Kita pergi ke pejabat DAP ataupun mana-mana parti komponen MADANI. Tak ada masalah.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Gunong Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi ini kita harap perkara ini kita boleh selesaikan dan kami tak mintak. Tak mintak kotak tu tak mintak Yang Berhormat Dato’ Seri.

Perintah Tetap Yang di-Pertua, Perintah tetap Dato’ Seri.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nanti saya bagi. Jangan risau.

Ini Perintah Tetap. Sorry Dato’ Seri.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya tidak…saya cuma memohon sekali lagi untuk menempatkan secara rasmi. Ini yang penting.

Dato’ Seri.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Pada hari tu kita belum dapat lagi.

Yang di-Pertua

YB Perintah Tetap yang mana?

Perkara 43(a). Seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Dato' Seri Yang di-Pertua tadi. Ketua Pembangkang, kata Adun-Adun pembangkang dinafikan peruntukan. Saya rasa ini tidak betul. Adun-Adun pembangkang sama juga mereka boleh mohon peruntukan daripada kerajaan negeri. So saya minta ketua pembangkang perlu tarik balik. Ini tidak betul. Perkara 43(a) Dato’ Seri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Dia sebut macam mana tadi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya rasa tak dengar dengan jelas kot.

Yang di-Pertua

Tak apalah itu. Dia iaitu area grey area sikit tapi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kotak makanan. Peruntukan kotak makanan, lain-lain yang lain kita tak nafikan ada perkara lain.

Tadi Gunong Semanggol, kata pembangkang dinafikan peruntukan, ini tidak betul. Adun-Adun pembangkang boleh mohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri. So, tidak dinafikan, so Gunong Semanggol perlu tarik balik. Itu tidak betul.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya tak tarik balik, cuma saya pindah. Ok, apa peruntukan-peruntukan disalurkan ke tempat Adun pembangkang tetapi tidak melalui Pusat khidmat Adun.

Yang di-Pertua

Haa, ok lah tu

Teruskan Semanggol, teruskan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok.

Yang di-Pertua

Ok.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kami tiada masalah. Untuk dia.

Yang Berhormat Semanggol, dia mungkin dia salah faham tadi berkaitan dengan saluran kotak makanan. Kalau mungkin jawapan YAB Menteri Besar mungkin ada bagi RM10 ribu, yelah RM3 ribu sebulan untuk yelah kan dengan banjir yang begitu ramai orang. Jadi kita kadang-kadang 10 hari, seminggu pun dah habis. Kemudian dari segi bantuan yang disebut tadi antaranya kotak makanan banyak lagi, back to school nya yang tak tak dapat. Ada lagi apa Aidilfitri dan sebagainya. Cumanya, maksudnya ialah bagaimana wakil rakyat DAP dapat, kita wakil rakyat di sebelah sini tak dapat apa beza kami dengan DAP. Sedangkan dahulu waktu MB menjadi…

Tak payah Selama. Tak payah.

…. Menteri Besar, dengar dulu dengar dulu dengarlah.

Gunong Semanggol tadi sudah ubah. Dia… dia sudah mengaku. Dia tidak boleh bercakap begitu.

Kenapa risau saya cakap begitu?

Pembangkang tidak dinafikan peruntukan kena mohon, kena mohon kepada kerajaan negeri?

Ok. Kenapa…kenapa wakil rakyat DAP tak mohon pun tapi dapat? Kenapa wakil rakyat DAP tak mohon pun dapat kotak makanan? Kenapa kami sampai tahap itu?

Yang di-Pertua

Ok, Semanggol your floor.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok ingat jelas itu dulu semua dapat tak payah mintak. Itu sahaja yang saya nak perjelaskan dan setuju ucapan Selama tadi dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Jadi kita bercakap soal reformasi ketelusan, keadilan untuk semua. Tapi budaya winners take all ini kita perlu eliminate daripada pentadbiran zaman moden ini Insha Allah. Yang kedua Dato’ Seri Speaker saya ingin menyentuh mengenai dengan belanjawan. Pada pandangan saya, belanjawan yang dikemukakan masih lagi bersifat stereotype. Sama macam tahun-tahun lepas hanya diubah figura sahaja.

Jadi sebelum itu, saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya, Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang telah membentangkan Belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2026 dan terima kasih di atas penghargaan bantuan kewangan kepada kami juga dan kepada penjawat-penjawat awam. Jadi di sini saya nyatakan bahawa setiap tahun yang kita mendengar Belanjawan Negeri Perak ini dibentang dengan angka yang nampak besar. Namun jumlah dan sumber hasilnya masih lagi sama berlegar dan bergantung kepada tanah, hutan, mineral dan cukai. Cukai tradisional tidak nampak satu sumber hasil baharu yang menyumbang kepada pendapatan negeri sebagai negeri yang kaya dengan sumber bumi. Perak seharusnya tidak terperangkap dengan kitaran belanjawan stereotype. Sudah tiba masanya kerajaan menilai semula kebergantungan kepada hasil tidak lestari dan mula membangun ekonomi nilai tambah yang bertindak di luar kebiasaan. Sebagai contoh, kita selalu bagi contoh negara jiran kecil di hujung semenanjung kecil. Tidak ada sumber bumi dan sebagainya membangunkan ekonomi mereka. Kehidupan ekonomi dan tahap ekonomi dan kehidupan taraf rakyatnya jauh lebih baik kiranya berbanding dengan kita yang mempunyai berbagai-bagai hasil bumi.

Begitu juga kalau tak menjadi masalah, kita nak menyentuh dan menjadi contoh negara Israel yang kita tidak ada sumber bumi, tapi pendapatan mereka daripada mana sebab hampir keseluruhan produk yang digunakan oleh seluruh dunia. Starbuck, Hilton Hotel McDonald sebagainya. Semua contribute kepada mereka hasil mereka. Mereka boleh menjadi kuasa besar dunia. Tapi kita malang lagi kita yang punyai berbagai-bagai sumber, berbagai-bagai hasil masih tercakup dalam takuk lama dan berapa lama kita nak bergantung kepada ekonomi dan hasil yang demikian itu. Sebab tu Perak bukan negeri miskin daripada segi material, tetapi kemungkinan miskin agak miskin daripada ketelusan perancangan kejujuran dalam melaksanakan dan meletakkan kepentingan negeri dan rakyat di depan. Ingat kita mengambil keyword ini, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada tradisi cukai kita dan kita kena bergerak ke hadapan. Saya ingin menarik Dewan kepada dua perkara yang harus dan betul boleh menjadi penyumbang kepada hasil. Dengan penambahan hasil ini, bolehlah kita belanja untuk kehidupan rakyat lebih selesa lebih boleh mengurangkan himpitan kemiskinan serta tekanan kehidupan.

Saya ingin tarik kepada 2 perkara. Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker saudara saya yang pertama mengenai dengan pengurusan sumber bumi. REE, Rare Earth Elements yang hangat diperkatakan pada masa ini. Yang kedua pengurusan GLC atau syarikat badan berkanun yang berkepentingan kerajaan. Ini dua sumber ini. Dua perkara ini boleh menjadi contribution boleh menjadi penyumbang utama kepada hasil negeri kalau ianya diurus dengan betul. Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu yang menjadi topik dan dunia dan negara yang mutakhir ini yang banyak menimbulkan tanda tanya rakyat mengenai dengan REE banyak diperkatakan. Difahamkan, dalam negeri Perak ini mempunyai deposit REE 1.7 lebih kurang juta tan. 1.7 million tan. Dalam Negeri Perak dan hasil anggaran komersialnya lebih kurang RM46 billion. RM46 billion belanja mengurus dalam negeri Perak. Sekitar RM1 billion hasil ini kita boleh mengurus negeri Perak selama 46 tahun. Kami, kita pun dah tak ada sini. Hasil ni boleh lagi kita uruskan negeri Perak. Kalau ditambah dengan pendapatan yang ada sekarang hampir RM1 billion yang dikatakan unjuran pendapatan surplus lebih kurang one million plus, one billion…billion plus, satu million plus, satu bilion daripada REE, hari satu bilion daripada pendapatan yang sedia ada. Betapa bahagianya rakyat negeri Perak.

Yang Berhormat boleh mencelah Tronoh.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap, saya habis yang ni.

Satu soalan sahaja.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Habis point ni saya bagi. Habis-habis point ni. Satgi tak Nampak. Ini satu billion ni kalau kita dapat menjanakan hasil ni bukan sahaja kita boleh janji macam Sarawak. Saya boleh jamin anak-anak Perak boleh sekolah secara percuma. daripada sekolah rendah sampai masuk universiti.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

…buat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…dan juga kita boleh bagi subsidi beras kepada seluruh rakyat negeri Perak dan kita boleh create juga subsidi yang ditarik itu kita boleh bagi anak Perak tunjuk IC, kita bagi subsidi petroleum kita boleh bagi pada anak Perak. Duit banyak. Ok, kita bagi sahabat kita.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Gunong Semanggol. Saya amat tertarik sekali lagi dengan huraian-huraian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol tadi. Gunong Semanggol berkata bahawa blok sana boleh menjadi kerajaan tetapi ada satu soalan sahaja. Siapakah calon Menteri Besar daripada blok di sana sekiranya menjadi kerajaan pada masa yang akan datang?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Pening ni.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Yang Berhormat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Semua ni boleh jadi Menteri Besar ni. Semua boleh jadi

Saya…saya tanya calon Yang Berhormat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sungai Manik boleh…Selama boleh.

Yang Berhormat saya tanya calon siapa?

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Dia dah berminat lah tu, dah berminat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya sebut la semua ok. Takpe la topik ni kira tak modal la tu cerita dia. Ok.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Yang Berhormat Gunong Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak apa kita nak cerita tu…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Gunong Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap tak habis banyak lagi.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Satulah tadi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Speaker kata bagi 45 minit banyak ni…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya 30 saat.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat tak bagi jalan duduk dulu. Nanti dia bagi jalan, bagi jalan ok.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Yang Berhormat Ketua Pembangkang selamat balik ke Dewan dan tak pertanyaan saya adalah tentang SG4 yang ditubuh oleh hasil sama rata kepada empat negeri di mana sebelah pihak pembangkang menjadi kerajaan di sebelah sana Terengganu, Kelate, Kedah, Perlis di mana Tun M telah jadi penasihat untuk dari segi REE untuk nak buat REE. Bolehkah sebelah sana untuk negeri masing-masing tunjukkan reputasi mereka dulu baru nak tunjuk…tunjuk ajar dekat Perak ini sebab kalau sebelah sana empat negeri sudah jadi Kerajaan Negeri kenalah tunjuk teladan baik bagilah contoh kepada Perak untuk perlombongan REE buat sesuatu yang baik. Bagi contoh yang baik baru kita contohi. Apakah pandangan?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, sekejap saya akan sampai ni saya bagi tahu nanti? Insha Allah REE, ini kepentingan bersama kita dapat urus dengan betul dapat RM1 billion, Bercham pun akan dapat faedahnya kan ok. Ini daripada buku belanjawan Yang Berhormat Dato' Seri Speaker, Buku Belanjawan muka surat 24, butiran 61829 Royalti Lathanide REE bagi tahun 2024 adalah lebih kurang RM17 juta dan anggaran pendapatan pada tahun 2026 adalah sekitar RM35 juta. Pada hemat saya, amaun ini terlalu kecil dengan khazanah yang besar yang ada dalam negeri kita. Kami tak mahu negeri kita kaya tapi rakyat miskin hasil berlegar di kalangan orang-orang tertentu. Ini perjuangan kita bersama. Saya tahu Yang Amat Berhormat Kota Tampan memang sejiwa dengan saya. Kami orang kampung satu kampung adik-beradik.

Seperti yang kita lihat kekayaan negeri kita kalau kita sebelah, kita kata kita sebelah kita tengok kita nak ke Kuala Lumpur ni gunung kiri kanan marble kan Jalan Ipoh, Simpang Pulai. Industri perlombongan dan pemunggahan batu batan ni pesat dijalankan. Dah beberapa tahun lalu. Kita tengok rakyat masih di takuk yang lama. Rakyat pun tertanya-tanya dia kata kekayaan ini milik siapa? Bumi dipijak milik siapa? Anak kecil main api dan kita tak mahu anugerah Allah kepada negeri Perak, REE ini mengulang sejarah lama. Seperti hasil bijih timah yang ada dalam negeri kita. Bijih timah negeri Perak yang paling banyak pemunggahan hasil dibawa keluar yang kita tinggal sisa-sisa lombong yang tak boleh diguna apa dan kita tak mahu perkara itu mengulangi sejarah. Jadi sebelum perkara itu pre-em, kita kena mengambil tindakan yang tegas.

Jadi oleh itu, saya memohon penjelasan Yang Amat Berhormat Kota Tampan kalau boleh kita jelaskan kenapa perlu dijelaskan dengan yang pertama, Apakah hasil sebenar yang diperolehi negeri dan rakyat daripada pengeluaran REE ini dan bagaimana pengiraan royalti sama ada berdasarkan metrik tan atau perkongsian ke atas nilai keuntungan atau bagaimana dan bagaimana juga pula pemilihan dan juga pemberian konsesi kepada perlombongan REE ini? Perlu kita ketahui ini khazanah kita bersama. Kita tak lama dah kan dan rakyat Perak tahu mahu tahu asas pengiraan royalti sebagai contoh, adakah pengiraan berasaskan kepada harga bahan mentah ataupun harga barangan siap? Jadi harga REE ini dikatakan mahal. Rakyat berhak tahu siapa yang menentukan harga ini dan apakah adalah menjadi tanggungjawab bersama kita supaya hasil negeri ini mencapai tahap maksima tidak ada ketirisan dan tidak ada ruang untuk dimanupulasi.

Kita boleh kata saya pergi pelombong A, kemudian dia mengambil dia kata ok bayar royalti harga hanya RM10. Padahal harga adalah RM100 dan bayar cukai berdasarkan kepada RM10. Ini kita nak perlu diuruskan secara telus dan saya ingin yang kedua, Dato' Seri Speaker baru ini kita dihebohkan dengan perjanjian yang menjadi kontroversi kita tak mahu sebutlah perkara itu iaitu Agreement Reciprocal Trade timbal balas dengan Amerika di antara Amerika - Malaysia dan banyak diperkatakan dan banyak dibincangkan pada masa ini. Cuma apakah pendirian kita nak tanya apakah pendirian Perak terhadap perjanjian ini? Tadi kita nak bagi tahu negeri-negeri SG4 Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu kita clear stand kita tak mau terlibat dan tidak agreement ini tak termasuk dalam negeri ini. Jadi kita nak tengok pendirian Negeri Perak yang diatasnya sama dengan di bawah. Madani kah kita bersama-sama dengan perjanjian ini dan apakah terdapat penglibatan entiti asing termasuk Amerika melalui perjanjian ataupun pajakan tertentu?

Saya mohon Yang Amat Berhormat Kota Tampan mendedahkan butiran kontrak dan juga peratusan royalti sebenar yang melibatkan Kerajaan Negeri Perak hasil yang keluar dari negeri Perak sekiranya entiti perjanjian ini tertakluk kepada negeri Perak dan perjanjian ini bukan sekadar dokumen antarabangsa yang menimbulkan tanda tanya besar kerana seolah-olah menjadikan negara kita ini terjajah banyak yang dikatakan dan mengikut fahaman saya, di antara perkara yang paling membimbangkan adalah ketetapan bahawa tiada sekatan eksport ataupun kuota terhadap REE ke Amerika. Ini cukup bahaya dan mohon dijelaskan kepada Dewan.

Adakah Perak terikat dengan perjanjian ini dan tidak bebas mencari pasaran terbuka untuk mendapatkan harga tinggi. Kalau kita merdeka, REE hasil kita, kita menoreh getah hasil kita, pembeli ada tiga our choice. Nak pilih siapa, tapi sekarang apabila ada perjanjian ini, kita tak ada pilihan. Kena jual kepada sana. Inikah adakah merdeka? Ini kita nak tanya standnya kita nak tanya kedudukan nanti kami amik alih senang sikit kita nak buat. Selama…bakal MB. Jadi hal ini bukan kecil dan kita semua maklum bahawa sebahagian daripada sumber ini terletak di kawasan daratan yang secara jelas di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan. Hak ini bukan kecil bukan remeh. Ia adalah hak negeri yang tidak boleh digadai melalui perjanjian antarabangsa tanpa rundingan dengan negeri. Orang buat perjanjian tanpa pengetahuan kita kemudian kita kena ikut sedangkan kuasa itu adalah kuasa kita. Kita tak mahu mengulangkan sejarah kehilangan hasil petroleum yang berlaku kepada negeri-negeri lain kerana cuai ataupun lemah dalam perjanjian sebelum ini.

Saya tegaskan bahawa kita tidak akan, pihak kami tidak akan membenarkan REE ini menjadi petroleum kedua yang akhirnya meninggalkan negeri ini hanya dengan kesan negatif alam sekitar tetapi tanpa munafaat ekonomi sebenar yang melimpah kepada rakyat negeri kita. Oleh itu, saya memohon kepada kerajaan di bawah pimpinan sahabat saya Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Kerajaan Negeri membentangkan kandungan penuh Perjanjian Malaysia- Amerika Syarikat di bawa di Dewan yang mulia ini supaya ia dapat disemak secara telus dan dibahas oleh Ahli-ahli Dewan sekiranya terlibat, terkongkong pengeluaran REE dalam negeri kita ini. Kerajaan Perak juga sebagai pengeluar mineral kritikal mesti dilindungi melalui Majlis Tanah Negara sebelum apa-apa dasar baru atau pun pemberian lesen dibuat hendaklah dibincang dengan telus. Negeri juga perlu diberi hak untuk menentukan polisi eksport, memproses dan juga membangun industri REE ini dalam wilayah negeri kita. Kita tak perlu ikut telunjuk di atas sebab ini hak negeri, kita kemerdekaan negeri kita.

Negeri mestilah juga diberi kuasa penuh menentukan harga syarat eksport dan dasar pemperosesan dalam negeri. Kita tak perlu mengikut telunjuk menetapkan kita kena buat ini, kita kena buat, ini tak boleh buat eksport, syarikat ini kena ambil, ini menunjukkan bahawa kita dijajah secara tidak disedari. Kita mahu membebaskan negeri kita untuk keuntungan yang lebih besar. Kemudian dasar perlombongan lestari negeri Perak perlu diperkukuhkan termasuk mekanisma pampasan royalti baru dan juga pelan pemulihan alam sekitar. Saya juga menggesa untuk kita wujudkan, kalau sampai peringkat kita wujudkan dalam negeri Perak ni enakmen khusus mengenai perlombongan lestari negeri ini. Sebab nilainya banyak RM46 bilion dikatakan, mungkin lebih daripada itu. RM46 bilion seperti mana yang dikatakan tadi 46, 46 tahun Belanjawan Negeri Perak. Cucu cicit kita esok. Tapi kalau kita tak telus, RM46 bilion mungkin Kerajaan Negeri dia dapat satu bilion saja. Ini yang menjadi kekhuatiran kita. Kita tak mahu mengulang perkara yang sama.

Dan seterusnya yang Dato' Seri Speaker, saya ingin menyentuh sedikit mengenai dengan SOP perlombongan. Ini kita maklum bahawa baru ni viral kita tak tahu viral di utara lah Sungai Perak dan Sungai Perak tercemar, air jadi biru. Ingat Dato' Seri Kota Tampan pun, Yang Berhormat Dato' Seri Kota Tampan pun tengok dan saya sendiri pun pergi tengok tempat itu jadi biru dan dipercayai puncanya adalah punca perlombongan dan Yang Amat Berhormat telah pun memaklumkan bahawa tiga lombong telah ditutup kita tak tahu lombong apa satu, kan jadi kita nak memperketatkan balik SOP ini. Sebab ini pencemaran ini bukan sahaja merosakkan ekosistem, tapi ianya menjejaskan kepada pendapatan nelayan darat termasuk viral ikan semua mati bergelimpangan. Sekarang ini masih juga berlaku. Dia orang pergi tangkap ikan nak jual orang tak mau. Dia kata pasal apa ni ikan ada toksik. Nanti apa Exco Pertanian boleh...boleh mengesahkan perkara ni. Saya pun tak tau, tapi ini jawabkan dan bukan sahaja menjejaskan mata pencarian dan memberi kesan langsung kepada kesihatan rakyat. Baru ni nak minum orang minum air tu dia bukan tahu orang kampung tengok air, oh biru cantik rupa-rupa air toksik. Kan jadi kita nak tengok kita tak tahu SOP. Persoalannya, apakah SOP yang diluluskan untuk melombong ini tidak komprehensif sehingga menyebabkan perkara ini berlaku? Dia ada SOP, pembuangan dan sebagainya. Dia mesti comply, tiba-tiba ada lesen dan perkara ini berlaku. Kita arah tutup, kemudian jadi balik. Ini kita perlu ada penguatkuasaan yang jelas dan peraturan yang jelas dan apa yang kita boleh jamin operasi seterusnya itu tidak mengulangi pencemaran seperti yang ada.

Saya mohon Yang Amat Berhormat menjelaskan kepada Dewan apakah punca sebenar pencemaran ini. Kita tak mau ianya menjadi tanda tanya punca pencemaran yang menjadi biru sungai ini. Dan apakah pelombong ini tidak mematuhi SOP yang dikenakan, dan lombong apa yang melibatkan ni. Kita pun tak tahu orang kata REE kita pun tak tahu ni. Kalau betul REE, hasil kita dapat hanya RM6 juta kan rakyat tak boleh cari makan. Pencemaran alam sekitar kan, tak padan dengan pengorbanan dan risiko yang diambil oleh rakyat dan negeri. Baik Dato' Seri. Jadi saya jugak...

Semanggol. Manjoi, Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Manjoi.

Ok, terima kasih Semanggol. Dato' Seri Speaker, saya tertarik dengan isu pencemaran Sungai Perak ini. So, tarikan untuk-untuk perhatian Semanggol hasil laporan daripada Jabatan Alam Sekitar telah berlaku pelanggaran EIA yang dilakukan syarikat perlombongan tersebut. Apabila syarikat terbabit dipercayai melepaskan influen tidak dirawat yang mengandungi logam berat dengan kandungan lapan kali ganda berbanding nilai ditetapkan ke alur air dan sungai secara haram dan pelepasan logam berat dilakukan secara sengaja oleh syarikat tersebut apabila pemeriksaan mendapati enam saluran CCTV rosak sejak sebulan yang lalu, Yang Berhormat Semanggol dan Laporan Jabatan Kimia Malaysia, mendapati kandungan parameter logam berat. Macam-macam jenis logam berat dilepaskan ke dalam Sungai Perak. Tembaga, Selenium, Plumbum yang terkandung dalam sampel air sungai bertukar biru tersebut dan sepadan dengan parameter daripada influen itu dari perlombongan terbabit. Justeru adakah Semanggol bersetuju kegagalan Kerajaan Negeri memastikan Sungai Perak bebas daripada pencemaran logam berat mengakibatkan kesan yang sangat dahsyat kerana Sungai Perak merupakan sumber bekalan air minum untuk rakyat Perak yang melibatkan 45% dari keseluruhan sumber bekalan air negeri. Terima kasih Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, terima kasih saya sangat setuju dengan ucapan yang apa, masukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya dan perkara ini perlu kita lihat. Pertama SOP semasa perlombongan itu. Yang kedua, penguatkuasaan dan juga pematuhan SOP itu. Jadi kita tak mahu ulang tak mahu ulas banyak perkara ini. Walaupun ada SOP kadang-kadang perkara ini terus berjalan. Kita tahu dan kita cuba tangani agak serius secara serius oleh semua yang terlibat. Kita jangan gadai masa depan negara kita. Saya.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Yang Berhormat Semanggol, mencelah sekejap.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ha.. ok Pengkalan Hulu pasal berkenaan dengan tempat dia. Ok silakan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Semanggol, terima kasih Dato' Seri Speaker. Berkenaan dengan aktiviti perlombongan, Pengkalan Hulu terlibat secara langsung dengan beberapa aktiviti perlombongan yang perlu dikawal selia dan saya percaya SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan termasuk agensi berkaitan dan untuk makluman juga Yang Berhormat Semanggol dan Ahli-ahli Dewan, selain daripada kilang-kilang yang sedang beroperasi, terdapat juga kilang-kilang tinggal. Kilang-kilang yang tidak yang telah ditutup operasinya yang perlu dikawal selia dengan lebih serius. Sebab hasil pemantauan saya di kawasan di Pengkalan Hulu, terdapat beberapa buah kilang yang dah ditutup operasinya dan perlu diberi perhatian yang amat serius kerana sisa-sisa pencemaran hasil daripada aktiviti sebelum-sebelum tutup itu juga pergi ke kawasan sungai-sungai berhampiran termasuk juga kebun-kebun berhampiran.

Jadi setujukah juga dengan cadangan saya Gunong Semanggol supaya ditempatkan agensi dan jabatan berkaitan. Sama ada Jabatan Alam Sekitar ataupun JMG di daerah Hulu Perak untuk mengawal selia, mengawal selia dan memantau juga SOP yang telah ditetapkan di kawasan tersebut. Supaya kita dapat elakkan berlaku lagi pencemaran dan isu ini bukanlah baru, dah lama dah. Dah bertahun-tahun dan berpuluh tahun. Jadi kita harap kerajaan yang ada hari ini dapat mengambil tindakan yang seriuslah ke atas apa yang berlaku sebab kesannya bukanlah hanya di Hulu Perak mahupun di Gerik, tapi keseluruhan daripada Gerik sehinggalah ke Teluk Intan sepanjang jajaran Sungai Perak ini. Itu sahaja daripada saya, terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, terima kasih saya sangat bersetuju. Cuma kita serahkanlah mekanisma itu kepada agensi yang bertanggungjawab. Yang penting apabila berlaku pencemaran kita kena satu mesti ada satu tindakan tegas, kalau tidak tetap akan berulang. Sebab perkara ini berulang kali berlaku seperti mana yang dinyatakan tadi. Kita tutup, kemudian dia bagi balik jadi balik. Jadi perkara ini perlu ada tuntas, kena ada tuntas satu tindakan kita. Ok, Dato' Seri Yang di-Pertua, dari pagi tadi saya pagi-pagi tadi, tu yang masuk lewat pagi tadi kita terima satu memorandum dari nelayan-nelayan darat yang terlibat. Jadi dia nak masuk tak boleh. Dato' Seri tak bagi pasal dia orang kampung, pakai baju macam kampung mana ada coat, takkan nak mari nak serah memorandum nak pakai coat. Ok terima kasih.

Yang di-Pertua

Itu...itu andaian itu. Dah tak ada minta dengan saya macam mana saya nak bagi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Guard tak bagi guard tak bagi ok terima kasih.

Semanggol..Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi kita terima memorandum itu.

Semanggol. Sebelum masuk isu memorandum.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok.

Hal kuari tadi ya. Terima kasih Yang Berhormat Semanggol, Dato' Speaker, Dato' Seri Speaker. Berkaitan dengan pencemaran ini, agak misteri jugalah dia sebab dia masih lagi dalam siasatan lagi atau pun dah diambil tindakanlah. Satu lagi yang perkara yang misteri yang terutamanya orang-orang Ipoh lah yang sedang menunggu tentang letupan yang tiba-tiba berlaku letupan kedengaran di Ipoh tu. Adakah letupan tersebut ada kaitan dengan projek-projek kuari ataupun ia datang secara tiba-tiba? Mungkin hantu ke dan sebagainya. Jadi kita nak tahu jugalah laporan tersebut. Jadi bagaimana kalau ia berkaitan kuari macam mana untuk Kerajaan Negeri meningkatkan sebab saya rasa letupan ini beberapa kali bukan baru kali pertama, dah pernah berlaku sebelum ini? Supaya ia tidak berlaku, jadi setujulah YB Semanggol untuk memberi peringatan kepada Kerajaan Negeri dan membentangkan laporan berkaitan dengan letupan tersebut.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, saya setuju masukkan dalam ucapan saya. Jadi kita ambil bukan sahaja menuju kepada Hulu Perak sahaja, keseluruhan operasi perlombongan dalam Negeri Perak ini. Tadi menerima memorandum pagi tadi, nelayan darat jadi dia terjejas pendapatan-pendapatan mereka. Tangkap ikan pun tak boleh, tangkap ikan orang tak mau beli. Kan, nak tangkap ikan orang tak mau beli ikan banyak mati. Ini persoalan pendapatan dia tak ada. Jadi memorandum tu Insha Allah saya yakin nanti saya akan serahkan dia melalui saya. Jadi serahkan kepada Yang Amat Berhormat nanti Insya-Allah memorandum itu kita boleh tengok. Cuma saya ambil kesempatan di sini sempena dengan bajet yang ada ni. Oleh sebab mereka terjejas dengan pendapatan, mungkin Exco Pertanian di sana memikirkan satu pampasan sebagai gantian kepada mata pencarian mereka yang terjejas sebagai token. Mungkin boleh kita fikirkan sesuatu.

Jadi oleh sebab isu REE ini memberi kesan yang besar, jadi saya mencadangkan Dewan agar satu Jawatankuasa Pilihan Khas ditubuh untuk memantau pengoperasian termasuk aspek kelestarian alam yang kita bincang bincangkan munafaat ekonomi, faedah ekonomi. Kita tak mahu lombong di lombong, gunung dah nak habis. Tapi kita keuntungan. Dia tak ada apa nanti REE RM46 billion yang dikatakan akhirnya kita dapat RM17 billion sahaja. Jadi, kita perlu ada ekonomi dan kesan kepada rakyat. Kuantum royalti secara ketelusan supaya ia diurus secara kolektif bukan beberapa individu beberapa individu yang boleh mengundang kepada perkara-perkara yang kita sendiri faham. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Speaker.

Yang kedua sebagai sumber ekonomi alternatif sumber hasil yang tadi pertama REE lombong yang ini yang perlu kita jaga sungguh banyak hasil kepada negeri. Yang kedua mengenai dengan apa GLC khususnya PKNP yang kata banyak diperkatakan PKNP. Sewajarnya kerajaan memperkasakan GLC Goverment Link Company ini atau syarikat yang berkepentingan kerajaan sebagai vehicle alat untuk memancu dan juga menambah hasil negeri. Dalam bajet Yang Berhormat Kota Tampan telah membentangkan CSR lebih kurang RM34 juta untuk kita agihkan kepada pelajar-pelajar bagi makan percuma dan sebagainya. Saya yakin kalau kita uruskan betul GLC SADC, PKNP, LAP dan sebagainya diuruskan untuk mendapatkan pulangan yang maksima. Bukan sahaja makanan kita boleh bagi Yang Berhormat Dato' Seri, makanan kita bagi sekolah percuma, kita boleh bagi. Saya yakin boleh buatnya. Insha Allah kalau kita betul betul urus supaya mendapat pulangan urus secara telus dalam pulangan nanti dan kita tahu bahawa ingin tarik perhatian bahawa dewan kepada beberapa pelaburan PKNPk, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak ini.

Secara umumnya kita ketahui bahawa Perbadanan Kerajaan Negeri ditubuhkan melalui enakmen. Satu enakmen negeri untuk mengurus aset menjana pendapatan dan menjana ekonomi bagi pihak negeri. Menjana pendapatan dan menjana ekonomi bagi pihak negeri. Saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan. Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan mohon kepada Dewan Yang Berhormat Kota Tampan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PKNPk menjelaskan satu agensi yang penting. Kenapa sudah 2 tahun PKNP tidak mengeluarkan penyata kewangan. 2 years. Takda penyata kewangan? Ya tak tahulah kalau saya miss yang last ingat pada tahun 2022 kan. Tak boleh ke semak. Sedangkan tercatat dengan jelas enakmen PKNPk Bil. 3/1967, perbadanan hendaklah dalam masa enam bulan selepas hujung tahun kewangan hendaklah mengadakan akaun yang diaudit. Kalau tahun 2003 by June kena siap. Kalau 2004 by June 2005 mesti siap. Berarti 2004 should be dalam persidangan ini, buku tu ada dekat meja kita semua. Tapi kenapa perkara ini tidak ada? Bila tidak ada, kita tidak boleh memantau dan kita tidak tahu apakah yang berlaku dalam yang apa yang berlaku. Pencapaian bagaimana yang dan prestasi kedudukan kewangan agensi penting ini. Kita mahu kewangan negeri, tak mahu kewangan hilang tanpa dipersoal, persoal dan kesilapan terus berulang. Kita tidak mahu rakyat disembunyikan dan dikelirukan dengan janji pembangunan baru. Kita sorok yang lama kita janji ok we are going toward Perak Sejahtera 2030. Banyak perkara yang kita nak achieve. Yang ini kita sorok kat belakang. We are moving forward. Saya nak bantu Yang Amat Berhormat Kota Tampan membantu rakyat negeri kita.

Jadi apa yang kita. Jadi sampai bila tatakelola seperti ini yang kita nak teruskan. Saya nak ambil contoh la ni untuk kita klasik contoh yang kita perlu tahu cabaran pelaburan PKNPk, sahabat sahabat sebelah sana PKNPk dalam projek Teh Lenggong berlaku di tempat saya. Saya dulu bangga anak Lenggong ada teh Lenggong. Melibatkan tanah luas. Satu bukit, bangunan dia ada sana dan baru ni saya naik ke atas tengok naik ke atas tengok orang ada orang putih orang. Orang Europe duduk atas. Dia buat apa tak tau tanah luas. Cuma kita tak tau. Kemudian dia tutup macam tu saja. Ini pengurusan aset negeri. Berapa banyak kehilangan duit pada masa tu sapa pun tak tau masa tu takdak pembangkang. Takdak siapa lah nak bangkit kan? Kita tak mahu perkara yang sedemikian lagi dan kalau boleh Teh Lenggong ni menjadi kita nak tahu berapa keluasan tanah yang terlibat. Kita perlu tahu dan apa statusnya tanah tu sekarang? Berapa banyak kewangan yang hilang dalam projek itu? Kita kena tengok.

Kita kena perhatikan balik ni. Kita kena sama sama bertanggungjawab walaupun ada berada dalam blok kerajaan kalau tak betul kena bangkit macam Sri Gading tu. Kena betulkan. Jangan mengiakan dia. Sebelah sini garang bukan main. Bila bersama oh ya, semua betul. Tak boleh kan. Kita nak nyatakan kepada Yang Berhormat Kota Tampan nyatakan kepada dewan rakyat ni berapa jumlah kerugian projek Teh Lenggong dan apa status tanah ladang yang diberikan kepada PKNPk atas projek Teh Lenggong ni pada masa ini. Perlu kita tahu walaupun perkara ni lama kan perkara ni lama kita tahu lama. Kita tak mahu perkara ini berulang-ulang dan begitu juga sekarang ni kita nak cantik yang PKNP dah lama di bincangkan mengenai dengan MAPS. Berapa kali kita ulang sana berapa ulang perkara ni. Tapi jawapan kita memutuskan bahawa MAPS tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negeri. Macam mana boleh tak kena mengena dengan kerajaan negeri.

PKNP dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Pelaburan PCB dimiliki oleh PKNPk 50%...51% daripada PCB dipengerusikan Pengerusi kan PCB tu difahamkan CEO nya adalah CEO PKNP. Mana boleh kita kata tidak ada kaitan. Dan kehilangan kewangan ini amat besar. Dikatakan permulaan projek lima setengah bilion. Half of million kan. Semua kita tengok menjadi tu tepi jalan. Bangun kemudian diruntuhkan sekarang menjadi padang jarak padang terkukur. Apakah tidak ada tuan apa tidak ada kena mengena dengan kita. Ini kita nak minta penjelasan. Kalau kita tengok perkara ini dan berapa banyak yang saya ada ini ada audit dalam. Tak perlu kita baca kat sini. Cukup serius dan kalau kita nak menafikan tidak ada kena mengena dengan kerajaan, saya rasa amat naif. Terlampau naif. Rakyat perlu dibagitahu RM520 juta nak bina. Kalau PKNPk duit sebanyak ini tanah seluas itu berapa banyak perumahan rakyat boleh kita bagi? Salah satu daripada tugas PKNPk. Pelaburan dia beri tanah dia buat pelaburan benda hilang. Oh, takde kena mengena dengan kita.

Saya ingat satu jawapan yang sungguh tidak bertanggungjawab. Sahabat sahabat saya masa samakan sama kita dalam PAC bangkit begitu lantang sekali. Di mana suara kamu. Di mana? Tak boleh darah naik. Ok terima kasih. Saya nak tanya ini Yang Berhormat…Berhormat kita nak minta sekarang ini nak mintak penjelasan banyak perkara ni kalau nak lebih kita nak minta penjelasan supaya sebab kita tengok tapak sekarang ni rasa rasa terguris dan rasa terhiris dan kita tak boleh nak mengatakan duit itu hilang tak ada kena mengena rakyat. Tak ada tak boleh. Kita tak menyalahkan. Saya tahu Yang Amat Berhormat Kota Tampan tak salah perkara ni dan kita tak boleh melindung. Kita kena bentang satu kertas putih. Satu Forensic, audit forensik yang telah pun diluluskan dan telah dibayar kepada PricewaterhouseCoopers. Kenapa kita tak bentang? Kita bentang kita tahu duit tu kemana. Senang takpa ini kerugian kita tanggung bersama.

Kesilapan management tapi boleh macam mana boleh berlaku kesilapan sehingga jadi PN17. Takkah pelaburan itu dibuat kajian kebolehlaksanaan dan dibentangkan dalam board. Macam mana dia boleh diluluskan. Kalau kita tengok dalam ini, kita tengok cara pemberian itu seolah-olah dia kata dulu, dia kata...Ini saya rasa perlu kita tanggungjawab bukan tanggungjawab, bukan tanggungjawab saya. Bukan tanggungjawab YAB Kota Tampan, tanggungjawab kita seluruh Ahli Dewan, tanggungjawab kita seluruh ketua-ketua agensi, tanggungjawab seluruh rakyat negeri Perak. Kita mesti menjadikan ni PKNPk ini sebuah agensi untuk memberi pemacu ekonomi negeri Perak ini berjalan dengan baik dan mintak memberi penjelasan dan kalau boleh kita bentangkan kertas putih dan forensik akaun mesti dibentangkan dalam Dewan dan sikit la. Bagi la peluang, banyak sikit habis ni dia boleh sikit la. Bukan, bukan untuk kepentingan saya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, untuk kepentingan kita bersama. 6 bulan tak bercakap kan? Di luar dewan. Bagi la peluang. Lepas tu lagi satu ini apa sebab kita tahu tugas PKNPk lah seperti mana sahabat saya Datuk Reza, kita bukan. Jadi pelaburan tu untuk membangun kawasan-kawasan perindustriankan. Kita kata kawasan perindustrian. Dan salah satu cara untuk menarik pelaburan, pelaburan di sini.

Jadi saya mintaklah daripada kita diwar-warkan dalam Wawasan 2030, Perak Sejahtera 2030 sedap kita sebut, banyak kita sebut SilverValley Chemor. Sejauh mana dia punya pelaksanaan Kerian Industrial Green Industrial Park, 2 kali PM pergi rasmi saya lalu di situ tengok tak ada apa lagi. Orang kampung dengar Kerian, sedap orang Kerian. Kamunting Industrial Zone, Automotive High Technology Valley, Tronoh Industrial Park, LuMIC dan sebagainya cukup strategik tempat itu. Saya bukan nak bandingkan Kedah, Kulim Hi-Tech Park nun jauh dekat Ulu. Dia boleh menarik pelaburan the highest dalam Malaysia setakat ini. Jadi kita mintak sekarang ini dengan jelas, dengan jelas kalau boleh Yang Amat Berhormat nyatakan tahap status yang sebenarnya dalam semua zon ni berapa banyak pelaburan yang benar-benar masuk? berapa tanah yang telah digunakan, berapa syarikat yang telah diadakan, berapa peluang pekerjaan yang telah diberi? Ni nak bagi minit lagi 3 minit dah boleh sikit ni habis. Secara ringkasnya, saya ingat dapat taken point cukuplah. Kemudian tatakelola pengurusan Pusat dan saya pun bangkit banyak kalilah projek-projek Pusat. Jadi, kita tak mahu kita datang sahaja projek berjuta- juta, kemudian kita hilang macam tu sahaja.

Yang pertama, kita nak tarik balik masa saya jadi Exco ini Projek Rimbunan Kasih di Pasir Salak. Kita nampak projek itu melibatkan tanah Kerajaan Negeri. Nampak peruntukan pun berjuta-juta. Jadi statusnya hilang begitu sahaja. Macam mana sekarang? Saya dulu masa saya Exco sekejap cuba nak buat pemulihan sayang tengok tapak tu. Jadi nak tengok status dia bagaimana sekarang? Takkan kita nak tengok rumah tak ada isi dia tinggal projek yang begitu sahaja. Kemudian yang kedua mengenai dengan projek NCER. Saya masih ingat masa tu, the late Tun Abdullah Badawi pergi rasmi dekat Kerian dengan agriculture melibatkan tanah yang begitu luas. Bangunan yang telah dia buat dikatakan peruntukan berapa billion, RM170 billion. Mula berapa. Cuma kita nak tahu apa status tanah itu sekarang. Berapa banyak pelaburan yang telah dia? Tak ada satu impak yang nampak di Kerian, kawasan cantik. Tak taulah takut orang lain nampak saya tak nampak impak. Saya tak mahu perkara yang sama dijajarkan. Tapi benda sebenarnya takdak satu dan yang ketiganya sikitlah nak masuk sikit mengenai dengan nak tanya pendirian rakan-rakan bagi la peluang sikit mengenai dengan cadangan Kampung Baru Cina nak dijadikan tapak UNESCO. Apa stand Kerajaan Negeri dan cadangan. Walaupun cadangan, jadi kita tengok dan kita nak tanya berapa banyak tanah rizab melayu yang tanah di dalam Kampung Baru Cina dan apa implikasi apabila Kampung Baru Cina nak direzabkan sebagai kawasan UNESCO, warisan UNESCO.

Yang Berhormat, Yang Berhormat tak ada isu lagi ke nak bangkitkan. Isu ni dah bangkit Dewan sebelum-sebelum ini lagi dahkan. Dewan sebelum Dewan persidangan dewan sebelum ini disebabkan Yang Berhormat kena gantung, tapi yang tu saya tak salahkan.

…Ketua Pembangkang.

Tapi yang tu saya tak salahkan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Apa soalan dia? Apa soalan dia?

Tapi isu ini telah diexplain oleh Yang Berhormat Exco dah. Apa lagi nak bangkitkan dalam Dewan ni pulak?

Yang di-Pertua

Ok Tronoh, ok Tronoh, dia nak landing dah. Semanggol dah habis dah masa ni. Ni masa kecederaan betul ni.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Lebih kurang Jelutung di Parlimen lebih kurang ni jugak. Jadi kita nak tahu yang benar dan mohon Yang Amat Berhormat Kota Tampan nyatakan status apa stand kita, itu saja dan apa mesej yang nak disampaikan. Kampung Melayu tradisional lebih lama. Apakah nak mengatakan bahawa mereka yang duduk ni adalah peribumi yang perlu digazetkan sebagai UNESCO. Ini kita kena bagi tahu kepada rakyat. Tak marah kalau sahabat saya nak nak kata mengiktiraf, iktiraflah. Kita rekod dalam Dewan ni kan. Tak ada masalah. Kemudian mengenai dengan pengurusan tanah rizab Melayu, saya banyakkan pengurusan tanah rezab melayu, saya banyak perkaralah kalau kita nak pertikaikan. Cuma satu saya nak menolong Yang Amat Berhormat saya tak faham apabila jawapan yang diberi mengenai dengan yang kita bangkitkan Yang Amat Berhormat kata Tanah Rizab Melayu masih lagi di atas nama bukan melayu masih lagi statusnya tanah rizab Melayukan. Jadi, oleh sebab itu, saya pun tak berapa faham. Jadi, peruntukan yang diberi kepada kita mesti simpan 50% dan kalau daripada 50% daripada keluasan tanah itu, kita nak tahu berapa peratus yang dimiliki oleh bukan melayu tapi statusnya masih lagi rizab melayu. Kita kena jelaskan. Ibarat saya pun tak faham ni benda ni nak kena bagi tahu dan rakyat kena clear kita nak tolong Yang Amat Berhormat menjelaskan perkara ni kepada rakyat. Kereta masih lagi kereta saya. Geran telah ditukarkan kepada si A. Pemilikan kereta itu Si A, saya tak boleh mengakses kereta itu. Tapi kereta itu masih kereta saya. How to explain? Jadi minta perkara ni kita jelaskan kepada rakyat. Dan akhir sekali ialah ini, but not the least dah banyak kalau nak cerita.

Tapi akhir sekali cuma nak menyentuh sikit mengenai dengan tatakelola apa, apa Kementerian Pendidikanlah, Kementerian Pendidikan yang melarang kita pergi ke sekolah berpolitik dalam sekolahkan. Jadi ada di kalangan kita kadang-kadang jadi apa PIBG, Jawatankuasa PIBG nak masuk dan sebagainya. Kalau dulu bila nak periksa, dia panggillah kita baca Yassin untuk berdoa pada budak-budak nak ambil periksa. Kadang-kadang bila sambutan hari guru kita nak bawa kek nak serah kepada guru. Nak masuk serah kek pun guru takut nak bagi. Suruh jaga ambil depan gate. Jaga mari ambik. Hinakah kami. Tapi ada pemimpin politik masuk berkempen dalam sekolah. Saya minta KPM ambil tegas perkara ini. Jelaskan dengan betul. Kami tidak apa clearkan benda ni. Parti pembangkang tidak dibenarkan masuk di sekolah. Tapi parti-parti Madani boleh masuk dan berkempen. Ceritakan dengan jelas. We follow that. Tak ada masalah. Tapi jangan double standard. Bukan sekadar masuk berprogram, kita masuk nak baca Yassin. Tak boleh. Masuk nak bagi kek tak boleh.

Masuk nak mesyuarat tak boleh, masuk berkempen boleh. Ikut mana mari ni Yang Berhormat. Kita perlu betulkan perkara ni. Perlu betulkan. Dah nak habis dah. Tak apalah, saya sacrifice. Minta maaf. Orang Gunong Semanggol banyak perkara yang isu nak bangkit. Tapi isu ni isu kepentingan kita seluruh rakyat negeri Perak. Masa depan rakyat negeri Perak. Pengurusan kewangan negeri Perak untuk kelestarian, untuk kepentingan kita bersama. Jadi, saya tak mahu mengambil masa walaupun sahabat saya tadi janji nak bagi 2 minit lebih, dua minit dia bagi 6 bulan dia gantung dia nak bagi 2 minit.

Yang di-Pertua

Lebih, dah bagi lebih dah ni.dah lebih dah.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih banyak. Jadi saya mohon maaf. Bukan tujuan menghina atau menyentuh mana mana pihak. Ini adalah tugas kita bersama. Tugas kita di Dewan ini dengan ini. Gunong Semanggol menyokong pembentangan Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh sahabat saya Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima Kasih kasih Yang Berhormat daripada kawasan Gunung Semanggol. Walaupun kita dah lebih daripada 10 minit kita bagi kawasan masa lebihnya, tapi kerana dia enam bulan dia bercuti hari itu. Jadi kita terimalah apa-apa perbahasan daripada Gunong Semanggol, terima kasih. Sekarang saya, bagi perbahasan seterusnya masa yang diperuntukkan adalah 20 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. (bacaan doa). Salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Exco, rakan-rakan Adun pembangkang dan juga kerajaan, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan agensi kerajaan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media, para pemerhati, seterusnya kepada seluruh rakyat negeri Perak yang memerhati lintas langsung Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada kali ini.

Pertamanya, terima kasih kepada Speaker di atas ruang dan kesempatan yang diberikan. Terlebih dahulu, saya ingin menarik perhatian sidang Dewan tentang ucapan Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam. Yang Amat Berhormat ini adalah bekas guru matematik, betul Yang Amat Berhormat? Yang amat dekat dengan angka dan juga kira-kira. Kita mendengar semalam pembentangan ini dengan begitu hebat sekali dengan wow factor nya dengan bermacam-macam jumlah ataupun figure yang diumumkan, juta-juta. Sebahagian besarnya adalah 466 projek daripada Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 yang bernilai RM1.8 bilion. Saya telah mendengar banyak pembentangan bajet sejak mula menjadi Adun pada 2008. Memang kepada mereka-mereka yang mendengar angka-angka ini, mereka akan terpengaruh dan melihat ini satu jumlah yang besar dan memang saya akui sepanjang tempoh saya menjadi Adun ini, ada antara jumlah yang paling besar yang kita terima jadi daripada persekutuan. Tapi pada saya, jumlah ini tidak tidak begitu tinggi dibandingkan dengan apa yang kita nikmati di negeri Perak ni.

Kita ada Perdana Menteri daripada Tambun. Kita ada Timbalan Perdana Menteri daripada Bagan Datuk. Justeru itu, sewajarnya Perak ini diberikan lebih daripada RM1.8 bilion lagi. Mungkin kita perlu melihat kepada projek-projek yang akan di laksanakan ini sebab projek ini akan berlangsung antara 2 hingga 3 tahun mungkin 5 tahun. Itu belum diambil kira projek-projek yang sakit, projek yang terbengkalai yang hari ni masih menjadi beban kepada Kerajaan Negeri pada hari ini. Saya nak merujuk kepada kawasan saya sendiri. Projek tebatan banjir, projek naik taraf saliran yang sampai dah 3 kali re-tender, lari kontraktor dan sebagainya. Hari ini di media sosial, SUPOL Perdana Menteri letak jawatan dan sebagai atas sebab surat arahan. Ini benda-benda ini yang dulunya menjadi isu besar waktu Perdana Menteri sebagai ketua pembangkang dan berlaku juga kepada kerajaan pada hari ini. Sebab antaranya negeri tidak ada kuasa langsung untuk mempengaruhi atau untuk membantu usahawan-usahawan Perak dalam mendapatkan projek ini dan akhirnya sebahagian besar projek-projek ini datangnya daripada kontraktor-kontraktor luar dari negeri Perak yang kita tak kenal pun. Sedangkan di negeri Perak ini kerajaan negeri kenal mana kontraktor-kontraktor yang wibawa, kontraktor-kontraktor yang mampu melaksanakan semua projek-projek ini. Saya tak tahulah, dulu-dulu projek bawah 5 juta sahaja kerajaan negeri akan diuruskan buat tender di peringkat negeri. Tapi hari ni kontrak-kontrak ini semuanya daripada pusat. Kita tidak ada kuasa untuk influence dengan izin untuk mencadangkan dan akhirnya kita terpaksa terima risiko-risiko yang tak wajar kita terima. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat negeri Perak.

Ahli sidang Dewan yang saya hormati sekelian. Saya lebih suka melihat senario yang dibentangkan semalam dikaitkan dengan peruntukan ataupun daripada nilai terimaan negeri yang dijangkakan akan dibelanjakan pada tahun 2026. Kita lihat sumbangan paling besar adalah menerusi PTG daripada pejabat daerah dan tanah seluruh negeri Perak. Ini adalah sumbangan terbesar dan kita ada cukai baru sejak dua tiga tahun ini REE yang menyumbang dengan jumlah yang begitu besar kepada pendapatan negara tetapi dari segi kutipan di peringkat PBT ini masih, masih tidak mencapai 100%. Boleh semaklah daripada apa ini buku belanjawan ini pun dah dinyatakan. Kalau ditarget patut dapat RM11 juta, ada yang dapat daerah dapat RM7 juta, ada dapat RM10 juta. Tak mencapai 100%. Ini kutipan tradisional. Bagaimana kutipan-kutipan baru? Kutipan-kutipan baru yang sepatutnya kerajaan negeri dapat pendapatan. Saya nak bagi contoh yang paling mudah.

Contoh diri saya sendiri lah yang beli tanah nak pecah bahagian, 15 tahun tak selesai-selesai. Daripada saya jadi Exco daripada Pengarah PTG jadi Timbalan Pengarah PTG pergi ke daerah Manjung jadi D.O, balik jadi pengarah PTG tak selesai lagi Dato' Seri. Dah diajar kepada DO-DO waktu itu bagaimana nak buat? Sampai hari ini dan akhirnya saya menerima nasihat bawa kes ini ke mahkamah. Eh, nak pecah bahagian je supaya negeri dapat pendapatan. Hari ini tanah itu saya bayarlah cukai pertanian. Sedangkan rumah dah banyak buat. Tak ke rugi Kerajaan Negeri. Ini kes saya bagaimana kes orang-orang yang lain? Berapa banyak tanah di negeri Perak ni statusnya tanah pertanian dalamnya penuh rumah tetapi kita dapat hasil cukai pertanian. Takkah rugi pada Kerajaan Negeri? Kalau ini dapat dilaksanakan satu tindakan dapat diusahakan sebab seingat saya waktu saya jadi Exco dulu pernah ada satu tindakan. Ada satu taskforce diwujudkan untuk mengkaji tanah-tanah pertanian yang tidak lagi berstatus pertanian tapi adalah status perumahan. Masalah memang timbul sebab pemilik tanah dah meninggal. Anak-anak tak tau pergi mana. Memang ada masalah, tapi kena cari jalan penyelesaian. Kalau dibiarkan berapa tahun lagi kita akan mengalami kerugian. Ini contoh-contoh yang terpencil. Mungkin banyak lagi di luar sana di peringkat PBTnya walaupun terpaksa memberi, memberi perkhidmatan kutip sampah, buat jalan dan sebagainya tapi hasil cukainya terlalu rendah berbanding dengan sepatutnya yang dikutip dan hari ini saya dikejutkan lagi. Tiba-tiba lalu dalam Facebook saya. Ini, tanah Pro Consultancy, Perak. Di Perak, 70% pemilik melayu masih belum selesaikan geran mereka. Eh, betul ke ni? Ini kena nafikan kalau tak betul. 70% pemilik melayu masih belum selesaikan geran mereka. Ini kalau tak betul kena saman ni. Saya pun rasa tak betul, takkanlah sampai 70%, 30% yang selesai geran. Ini masalah geran pula di PDT yang…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sungai Manik? Minta celahan sikit.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Oh, ingat sambut birthday anak tadi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Sungai Manik. Saya tersentuh bila sebut tentang geran tanah tu. Di kawasan saya di Changkat Lobak dah berpuluh tahun tak selesai…selesai sampai sekarang. Yang terkini rakyat bagi tahu geran asalnya melintang bila keluar geran baru menegak pulak. Orang yang ada sawit dapat hutan, orang yang hutan dapat sawit. Bergaduhlah rakyat di bawah. Saya pun tak tahu macam mana nak selesai. Saya rasa kena buat macam cerita kes KAFA itu hari RUU MAIPk itu hari kita buat satu taskforce tackle Sungai Manik, tackle Changkat Lobak dah berapa generasi dah. Mereka masih lagi terhoyong-hayang tak tahu. Last-last tengah dok melintang menegak melintang menegak datang tuan-tuan tanah dari luar pulak mengaku tanah dia. Satu tanah sampai dua nama, tiga nama, mengakulah. Memang asalnya rakyat saya ceroboh secara haram. Tapi depa pun dah dipanggil oleh pejabat tanah, bincang dan sebagainya. Tapi tak ada kesudahan. Jadi saya rasa Sungai Manik setuju dengan saya perlu ada taskforce untuk selesaikan masalah tanah di Perak ni.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Saya amat…amat setuju. Saya melihat perkara ini kita dah cuba mengikut prosedur untuk submit pelan dan sebagainya. Amat malanglah. Dalam kes saya ni dua kali hilang pelan. 12 salinan, 14 salinan hilang. Terpaksa minta Perancang Bandar buat salinan semula dan akhirnya tak tahu apa status. Pernah dimaklumkan menunggu One Stop Centre punya keputusan tapi tak selesai juga. 7 DO berubah Dato' Seri. D.O yang baru ni saya tak nak maklum dah. Saya dah letih dah. Saya nak sebut juga tentang D.O baru Pejabat Daerah Hilir Perak ni. Puan Hafizah. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada beliau. Hari ini Daerah Hilir Perak sedang menerima musibah banjir. Banjir yang amat hebat tak pernah berlaku. Tempat saya sendiri kampung saya sendiri terpaksa buka 3 pusat pemindahan sementara dan semalam buka satu lagi dan akhirnya tak muat juga terpaksa hantar ke Teluk Intan. Teluk Intan hari ini daerah Hilir Perak dah ada 6 pusat pemindahan dan beliau telah mengambil tindakan awal menyediakan pusat pemindahan ini berdasarkan jabatan dan laporan Jabatan Meteorologi yang selalu update dalam group bencana daerah dan beliau dah ambil tindakan awal buka 1. Ingatkan OK. Rupanya satu pun tak cukup.

Semalam, emergency buka satu lagi di sekolah SK Sri Langkap. Habis pakai semua kelas dah. Sekolah menengah tak boleh pakai dah sebab mereka nak periksa. Sekolah rendah yang kita pakai hari ni. Setiap hari semakin bertambah ni sebab air makin naik. Walaupun tak hujan hari ni dia naik juga air. Mungkin sebab kami di Hilir Perak ni jadi mangsa lah. Kalau air turun dari Cameron Highland lah daripada Bidor lah semua nak menghala ke Hilir Perak kan? Jadi tahniah kepada beliau dan juga seluruh jabatan dan agensi yang bertugas 24 jam sampai pagi pukul 3 pagi, 4 pagi memindahkan mangsa-mangsa banjir ni dan ada tempat-tempat yang tak pernah banjir. Ini saya nak sentuh tentang JPS. Saya melihat bajet yang diperuntukkan kepada JPSsStagnant. Peruntukan RM14 juta tahun ni, tahun depan pun RM14 juta. Daripada penggal dewan sidang dewan yang lepas saya dah maklumkan JPS ni perlu diperkemaskan, perlu diperkuatkan lagi. Jumlah ini tidak cukup untuk membantu beliau. Tadi on the way nak datang ke Dewan ni dapat telefon orang kampung. Dato', JPS hantar pam. Oh ya? Rosak. Eh...

Ini antara elemen-elemen yang sering dihadapi oleh JPS. Mungkin pam dah 5 tahun, 6 tahun. Macam kereta kita jugak lah. Kalau dah 5-10 tahun itu dah hukum besi buruk dah. Tapi pam-pam begini masih dipakai. Saya melihat juga peruntukan-peruntukan yang diluluskan oleh pusat ini dimaklumkan oleh Dato' Seri untuk JPS yang menerima lebih tinggi daripada tahun sebelum. Tapi perkara asas yang berkaitan dengan rakyat ini mereka melihat kalau banjir ni, pam. Jadi kena banyakkan pam dan kena bantu JPS tambah peruntukan yang perlu diberi untuk mereka menyediakan aset untuk membantu rakyat.

Yang Berhormat Dato' Speaker, Timbalan Speaker dan juga sidang Dewan sekalian. Begitu juga dengan isu yang berkaitan dengan JPS ini, saya rasa amat perlu diperkemaskan lagi. Saya setuju apa yang saya cakapkan tadi, JPS ini kena lebih lagi melihat isu bukan semata-mata parit dan saliran tetapi isu banjir ini untuk 4 tahun lagi, 5 tahun lagi. Kita nak capai 2030 Perak Sejahtera, 5 tahun saja lagi dan sudah tentu perancangan ke arah itu perlu dipertingkatkan. Walaupun jabatan agensi boleh bersedia menyediakan PPS dan sebagainya. Tapi kita kena minimakan dan cari jalan pendekatan untuk minimakan bencana-bencana banjir ini berulang dan setiap kali berulang setiap tahun. Saya nak pindah kepada topik yang lain yang juga berkaitan dengan bajet yang dibentangkan ini iaitu isu-isu kemiskinan. Kita lihat ada penambahbaikan ataupun penambahan daripada peruntukan-peruntukan sebelum ini.

Sikit Sungai Manik, saya nak ambil kesempatan dalam ruangan perbahasan Sungai Manik. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan bajet kepada JPS saya setujulah untuk diberi tambahan dan memberi ruang kepada JPS untuk membaiki keadaan seperti projek tebatan banjir dan lain-lain dan saya lihat daripada tahun ke tahun ada kemajuannya. Cumanya, saya nak ambil kesempatan kalau di tempat saya itu ada satu tempat nama Kampung Cik Ala dah setahun lebih rungutan daripada penduduk yang mana ia melibatkan jalan yang dah retak dan runtuh sikit dan menyebabkan bahaya kepada pengguna lalu lintas. Jadi saya rasa itu kos tak banyak mana. Cuma untuk bajet yang baru ini, mintalah pihak JPS dan yang berkenaan untuk memberi keutamaan berkaitan dengan selain daripada tebatan banjir. Memberi juga keutamaan kepada projek membaiki tebing yang membahayakan lalu lintas dan juga membahayakan orang kampung itu. Terima kasih setuju dengan pandangan, cadangan saya.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Setuju masukkan sekali dalam pembahasan saya. Saya tambah sedikit tentang JPS yang juga pada masa ini kita ada ada projek yang akan dan bakal dilaksanakan. Projek RTB yang yang perlu dipantau sebaik mungkin oleh semua jurutera- jurutera daerah projek-projek ini agar tidak berlaku kelewatan. Kita mahu projek-projek ini mengikut jadual yang telahpun diberi kepada setiap kontraktor dan ianya perlu dipantau sepanjang masa. Begitu juga dengan bajet untuk penyelenggaraan parit dan sungai. Kita tahu JPS maklumkan saya tahulah semua sungai-sungai dalam negeri Perak ni hampir cetek disebabkan timbunan pasir yang banyak. Sebab itu, bila MB Inc. buat projek di tempat saya untuk mengambil pasir, saya amat alu-alukan. Ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan isu-isu kedalaman sungai yang akhirnya boleh memberi keselesaan. Walaupun begitu, ia tetap berlaku. Kita tak dapat nak elakkan sebab ia merupakan bencana yang mengikut cuaca ataupun monson yang kita sedang alami pada hari ini.

Saya pindah ke topik sekuriti makanan. Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Perak 2022 hingga ke 2030 yang menumpukan peningkatan keluasan tanaman hasil pertanian, rantaian bekalan dan juga mitigasi cuaca. Walaupun pelan ini kukuh dari sudut dasar, pelaksanaan masih perlahan. Tiada laporan tahun ke tahun diterbitkan secara terbuka untuk kita nilai pencapaian sebenar. Kerajaan telah mengumumkan sasaran keluasan tanaman makanan asas agar meningkat ke arah 11%. Namun, data terkini menunjukkan keluasan tanaman sayuran hanya 2,698.4 hektar iaitu data pada 2023 dan padi hanya 74,692 hektar. Banyak keluasan tanah ini sebenarnya adalah tanaman komoditi, sawit dan sebagainya. Sedangkan kita perlu melihat sekuriti makanan ini sebagai perkara yang paling pokok dalam memastikan kita tidak gagal ataupun menjadi penyumbang kepada negeri-negeri lain. Hari ini kita terpaksa mengharapkan import daripada negeri lain ataupun daripada luar negara untuk banyak produk-produk tanaman. Sasaran 1.2 bilion kilogram pengeluaran makanan menjelang 2030.

Namun, hingga kini tidak ada data yang konkrit yang diterbitkan untuk menunjukkan perkembangan sebenar. Lagi lima tahun ni ya? Apakah justifikasi kerajaan dalam menetapkan sasaran yang besar tanpa sebarang pelaporan kemajuan? Adakah kerajaan sekadar mengumumkan angka tanpa pelaksanaan yang nyata? Saya lihat pula bajet Jabatan Pertanian. Tahun sudah RM8 juta tahun ini RM8 juta. Kita Juara MAHA ada. Berapa tahun? 5 kali dah. Tapi itulah jumlah yang diterima. Saya difahamkan Jabatan Pertanian submit lebih daripada nilai itu untuk memastikan apa hasrat Kerajaan Negeri tentang sekuriti makanan ini dapat dikekalkan momentumnya. Sewajarnya pertimbangan yang lebih diberikan kepada Jabatan Pertanian. Sebab ini antara fokus yang diberi keutamaan iaitu sekuriti makanan. Takkan lah nilai itu yang kita gambarkan, kita lakarkan yang boleh memungkinkan satu…Baru dua topik je ni.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila masuk perenggan yang terakhir. Sila.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Eh you tak tengok masa tadi? Saya bawa saya punya jam baru 12 minit lah. Itu jam tak betul set saya ingat. Baru dua topik la ni. Tadi you masuk you tak tengok jam tadi.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya bagi tiga minit Yang Berhormat silakan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ketua Whip bagi lima minit.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Dah berapa lama lagi ketua whip tu tau tak lah. Satu lagi yang saya nak timbulkan ialah berkaitan dengan SMTD Darul Ridzuan. (SMTDR). Dato' Seri, sewaktu saya menjadi Exco ianya telahpun diluluskan dalam Exco. Saya dah menerima dua kali jawapan dalam Dewan. Dia berkata, tidak ada keutamaan sekarang ini tunggu bajet sedangkan Exco dah lulus waktu itu Sungai Manik, Hilir Perak dan Tambun. Dah buat pecah tanah pun. Saya terpaksa sebut ni sebab orang kampung saya malam tadi masa saya melawat banjir Dato' sebut lagi la ni kan? Inilah kita punya ikonik projek untuk Daerah Hilir Perak. Tanah dalam kampung kita dah luluskan, daerah pun dah luluskan dah ditandakan dah sukat. Waktu itu dah pilih kontraktor. Dapatlah Kerajaan Negeri tak kiralah hari ini walaupun saya pembangkang, tapi ini hasrat JPKK, Ketua Kampung Attaduri dan juga Ketua Kampung Langkap nak melihat SMTDR ini dapat direalisasikan. Kita dah ada dah penambahan hasil dan sebagainya. Lihatlah semula projek ini dah lulus dalam Exco, Dato' Seri waktu saya Dato' Seri sebagai Exco. Jadi saya telah sampaikan dalam Dewan ini hasrat penduduk di Sungai Manik untuk melihat satu projek ikonik sekolah SMTDR, ya ikonik. Tak ada lagi projek yang besar, itu yang paling besar. Kalau itu pun kita tak mampu realisasikan janganlah hampakan warga Dun Sungai Manik.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sungai Manik sikit, Kubu Gajah sentuh dengan sekolah tahfiz tadi.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Ok…ok.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Dalam Dun Kubu Gajah pun ada tanah. Dah ada 10 ekar di rancangan belia dan saya pun pernah masuk dalam Dewan ini dua tiga kali rasanya 10 ekar tanah dah naik dah pun sign board. Sampai sekarang sign board dah runtuh dah. Sepatutnya ada jugalah Sungai Manik ada, lepas ini Kubu Gajah pulak. Insha Allah.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih. Dimasukkan juga dalam perbahasan saya minta maaf Timbalan Speaker sebab last sidang Dewan saya wakil ketua pembangkang. Saya ingat saya punya 40 minit rupanya 20 minit je. Yang ada dua isu yang terakhir yang saya ringkaskan saya nak...tak ada pula Exco MCMC ni. Tiga kali sidang Dewan saya dah minta tolong pada MCMC. Daripada awal Dewan saya bagi tahu, sila datang ke Dun Sungai Manik, orang Sungai Manik dah marah sebab liputan 5G dia ke laut. Nak dapat 4G pun ke laut. Dia janji dengan saya sidang Dewan yang lepas nak datang dah sampai sidang Dewan yang ini tak datang-datang ni. Orang Sungai Manik bukan dok kawasan pedalaman. Semi urbanment punya kawasan. Kalau itupun tak ada liputan 5G kesian pelajar- pelajar di kawasan saya. Saya ada 19 buah sekolah walaupun kawasan saya tak besar, kepadatan penduduknya tinggi, penggunaannya tinggi saya rasa tak mungkinlah Sungai Manik tak termasuk dalam senarai pembinaan tower-tower pemancar liputan ini dalam senarai. Sehingga hari ini, saya masih menunggu kehadiran Yang Berhormat Exco ini yang berjanji dah 3 kali sidang Dewan tak hadir-hadir. Tadi saya nak mencelah tapi dah kawan-kawan lain yang mencelah kan. Janji hanya tinggal janji je. Ini saya dah cakap dalam Dewan ni. Kalau dia nak datang lepas sidang Dewan ni saya tak tahu lah.

Yang terakhir, saya tertarik juga dengan insentif dan juga imbuhan yang diberikan kepada kejayaan-kejayaan pasukan sepak takraw, musabaqah al-Quran, tafsir hafazan dan juga pencapaian sukan-sukan bola sepak dan sebagainya. Satu perkara yang saya rasa perlu diberi perhatian adalah kepada usahawan-usahawan Perak. Sebenarnya dah ramai usahawan-usahawan Perak ini yang telah mampu melonjakkan produk mereka ke luar negara. Pergi trip-trip pemasaran mengikut agensi ke luar negara dan sebagainya. Mereka ini perlu diberikan geran yang khusus sebagai insentif menggalakkan mereka membawa produk-produk ini keluar daripada negara kita. Mereka merupakan duta negeri Perak. Produk negeri Perak.

Baru-baru ni saya dengar ada masalah dengan UPEN. Ada satu seorang usahawan. Saya tak payah sebutlah sampai bila saya telefon Dato' tak dengar ke masalah ni. Tak sepatutnya berlaku benda ini. Mereka yang boleh pergi ke hadapan kita kena support habis-habisan sebab mereka ni membawa nama negeri Perak. Produk mereka produk negeri Perak. Kenapa dihalang? Kenapa tak dibantu? Bukannya mereka minta bantu. tanya ada pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri? Siapa-siapa usahawan yang berjaya bawa produk ke luar negara, mereka akan dapat insentif, bantuan, geran supaya mereka lebih bekerja kuat lagi untuk mempromosikan produk yang mereka bawa. Saya ni agak sensitif bila sebut pasal usahawan ni sebab saya juga sebagai seorang bekas usahawan yang dulu mendapat banyak bantuan-bantuan daripada MARA, khususnya. Jadi, janganlah kita melihat mereka banyak dibantu oleh agensi dan jabatan-jabatan yang lain kita tak memberi galakan dari sudut kerajaan negeri itu sendiri. Mereka ini juga adalah usahawan Perak.

Anak Perak yang kita nak melihat membawa nama negeri Perak ke persada dunia. Ke pasaran yang lebih luas lagi. Insha Allah dengan pengwujudan satu insentif khas kepada usahawan-usahawan Perak yang berjaya membawa produk ke luar negara, mereka akan lebih bekerja kuat lagi. Pada usahawan-usahawan lain akan timbul daya saing untuk membawa produk-produk mereka melangkaui pasaran yang ada dalam negara ini. Buat akhirnya, saya juga nak mengucapkan salam takziah kepada Yang Berhormat Dato' Seri Speaker yang dua minggu lepas kehilangan pegawai khasnya juga sahabat saya, Allahyarham Halim dapatlah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau dan juga kepada kedua ibu bapa kita, Al-Fatihah. Sungai Manik menyokong. Sekian Wabillahi taufiq Walhidayah wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari Sungai Manik. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan para hadirin sekalian. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kerana Simpang Pulai diberi ruang untuk turut serta dalam perbahasan Enakmen Perbekalan Tahun 2026 dan Usul Kumpulan

Wang Pembangunan 2026. Simpang Pulai ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana ekonomi negeri semakin kukuh dengan surplus 3 tahun berturut-turut dan juga KDNK Perak juga melonjak ke 4.4% pada tahun 2024 berbanding 2.7% pada tahun 2023 dengan prestasi pelaburan juga meningkat ke RM11 bilion pada bulan September yang lalu. Ini memberi peluang pekerjaan untuk anak-anak Perak kita.

Jadi, Kerajaan Perak ini membuktikan Kerajaan Negeri Perak dalam landasan yang betul dalam usaha membangunkan dan memakmurkan Negeri Perak melalui dasar-dasar berorientasi rakyat dan amalan tadbir urus yang baik bagi meyakinkan pelabur untuk masuk ke Negeri Perak. Dan juga dapatlah peningkatan nilai pelaburan sebanyak 74% dan penjanaan pekerjaan melonjak 188% yang begitu memberangsangkan. Jadi mengambil semangat Belanjawan Negeri yang berpaksikan 'Kelestarian Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan Mampan', izinkan saya membahaskan 3 perkara utama.

Perkara pertama, larangan lesen penjualan vape adalah langkah tepat demi kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat. Timbalan Yang di-Pertua, dalam 2 hari bersidang Ahli-ahli Yang Berhormat sudah mengangkat soalan-soalan lisan berkaitan dengan vape. Ini menunjukkan kebimbangan wakil rakyat dalam trend penggunaan vape ini. Jadi kita boleh kata kerajaan telah mengambil langkah yang tepat dan berpandangan jauh dengan menghentikan pengeluaran lesen penjualan rokok elektronik dan vape mulai 1 Januari ini adalah tepat dan baik. Simpang Pulai menyokong sepenuhnya dasar ini kerana ini berpaksikan 'Cegah Sebelum Parah' khususnya dalam situasi peningkatan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Langkah ini amat penting bagi melindungi kesihatan awam dan mencegah generasi muda daripada terjerumus dalam ketagihan nikotin. Amat membimbangkan apabila kajian National Health Morbidity Survey (NHMS) 2022 menunjukkan bahawa penggunaan rokok elektronik vape dalam kalangan pelajar berumur 13 sehingga 17 tahun meningkat daripada 9.8% ke 14.3% pada tahun 2022 dalam 5 tahun. Pada masa yang sama, kadar merokok rokok konvensional menurun daripada 13.8% kepada 6.2%. Data ini jelas membuktikan berlaku peralihan tabiat merokok daripada rokok konvensional kepada vape yang semakin menular dalam kalangan pelajar atau pun remaja di Malaysia. Lebih membimbangkan, trend ini melibatkan pelajar yang lagi muda. Kajian yang sama menganggarkan hampir 65.7% yang merokok sebelum usia 14 tahun.

Malah, terdapat juga laporan bahawa murid sekolah rendah turut mencuba vape. Sesuatu yang jarang berlaku pada era rokok konvensional. Ini menandakan perubahan normal sosial yang amat serius. Vape tidak lagi dianggap sebagai produk dewasa. Ini menjadi produk gaya hidup yang menarik minat kanak-kanak melalui perisa manis, reka bentuk moden dan penyebaran viral di media sosial. Menurut kajian yang sama dalam negeri Perak, punca akses kepada vape sebahagian besar mendapatkan daripada kawan dengan 41.6%, diikuti pembelian terus dari kedai vape dengan 33%. Ini menunjukkan penguatkuasaan terhadap penjualan kepada bawah umur masih longgar dan mudah ditembusi. Maka larangan lesen vape bukan setakat isu perniagaan tetapi isu perlindungan generasi masa depan negeri kita. Penggunaan vape yang mengandungi bahan-bahan psikoaktif seperti cendawan halusinigonik boleh mendatangkan kesan buruk yang serius kepada pelajar baik dari segi kesihatan, mental, fizikal dan juga prestasi akademik. Pengambilan bahan ini boleh menyebabkan ketagihan, kerosakan otak dan risiko kesihatan yang lebih luas serta menjejaskan hidup sosial dan masa depan pelajar. Namun begitu, sebagaimana kita pelajari dari pelaksanaan dasar-dasar yang terdahulu, sesuatu polisi yang baik boleh gagal sekiranya pelaksanaan dan penguatkuasaan tidak diperkukuhkan.

Timbalan Yang di-Pertua, setakat ini walaupun pihak PBT tidak akan meluluskan lesen perniagaan baru untuk menjual vape namun dalam realiti di lapangan, kita juga tahu banyak premis vape tidak memohon lesen di bawah kategori vape tetapi sebaliknya mengguna kategori yang lain. Contohnya, aksesori phone, barangan elektronik, kedai serbaneka atau pun kedai hadiah. PBT tetap tidak dapat melaksanakan larangan sepenuhnya sekiranya tiada mekanisme audit premis. Tambahan pula, penjualan dalam talian adalah cabaran terbesar kerana platform dan lokasi dan identiti penjual susah dikesan. Ini memerlukan pendekatan yang lagi moden. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya pasukan pemeriksaan khas antara Pejabat Kesihatan Daerah dan PBT dapat ditubuhkan bagi memantau premis yang disyaki menjual vape secara terselindung. Penalti dinaikkan bagi premis yang menyalahgunakan kategori license atau gagal membuat deklarasi. Kerjasama KKM, PBT, PDRM, MCMC bagi memantau platform dalam talian. I sudah pernah semak dalam talian. Ada platform yang sudah kalau key in keyword 'vape' memang tidak dapat dikesani apa-apa produk. Tapi masih ada lagi banyak platform. Kalau, you key in vape, beratus-ratus produk akan muncul.

Yang akhir sekali, hotline untuk orang awam melapor aktiviti secara haram juga harus diwujudkan. Tanpa kawalan rapi ke atas pasaran gelap, larangan lesen hanya akan mengalihkan perniagaan ini ke ruang dalam talian yang lagi sukar dikawal. Larangan vape ini adalah langkah tepat demi kesihatan awam, tapi keberkesanan bergantung kepada penguatkuasaan dan pemantauan yang kukuh secara fizikal dan online. Simpang Pulai yakin dengan tindakan pelaksanaan yang mantap, polisi ini akan menjadi benteng pertahanan penting untuk melindungi kesihatan anak-anak Perak daripada ketagihan nikotin dan bahaya jangka masa panjang. Timbalan Yang di-Pertua, perkara…

Mohon mencelah. Terima kasih YB Simpang Pulai. Saya ingin bertanya tentang vape yang baru dimaksud baru disebut oleh YB sebentar tadi. Selain daripada langkah-langkah penguatkuasaan undang-undang yang kita harus ambil, kerana kita telah pun memastikan bahawa vape salah di sisi undang-undang Tetapi saya rasa selain daripada itu, adakah Simpang Pulai setuju jika Buntong kata bahawa kita juga harus mengambil langkah-langkah mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar-pelajar supaya mereka faham tentang akibat dan kesan yang mereka apabila mereka mengambil vape? Saya rasa kita ada tanggungjawab. Mungkin Jabatan Kesihatan. Saya rasa memang sudah ada banyak langkah-langkah yang mereka ambil. Tetapi kita perlu mengambil langkah proaktif untuk mungkin mewujudkan content yang mereka faham, dalam bahasa mereka, dalam apa kata trend-trend terkini untuk memastikan mereka faham apa sebenarnya kesan jika ambil vape dan apa sebenarnya bahan-bahan yang terdapat dalam vape dan apa kesan kesihatan yang wujud. Terima kasih.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Saya setuju dengan yang Buntong sebut. Memang kita perlu pendidikan yang lebih minat yang boleh menarik minat remaja atau pun budak-budak sekolah. Sebab dalam contoh kartun ke, apa ke untuk menarik perhatian dan kesedaran pelajar kita.

Jadi untuk saya sambungkan perbahasan saya, untuk perkara kedua. Kelestarian Negeri bermula dengan pengurusan e-waste yang berkesan. Sisa buangan terjadual ataupun e-Waste kini diiktirafkan sebagai kategori sisa pepejal yang paling cepat bertambah di peringkat dunia dan juga di Malaysia. Menurut laporan The Global E-waste Monitor 2024 terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seluruh dunia telah menghasilkan 62 bilion kilogram e-Waste pada tahun 2022 bersamaan 7.8kg per kapita. Memandangkan ini peningkatan ketara sebanyak 82% berbanding tahun 2010. Dalam daripada jumlah tersebut, hanya 22% dikutip dan di kitar semula secara sah. Selebihnya hilang ke tapak pelupusan, pembakaran terbuka atau pun saluran haram sekaligus menyebabkan US Dollar 62 nilai emas, tembaga dan unsur nadir bumi terbuang begitu sahaja sedangkan hanya 1% permintaan global terhadap unsur nadir bumi dipenuhi melalui kitar semula. Berdasarkan laporan yang sama, Malaysia menghasilkan 411 juta kilogram e-Waste setahun bersamaan 12.2 kilogram per kapita iaitu jauh lebih tinggi daripada purata global. Ini menunjukkan kita menghadapi tekanan besar terhadap sistem pengurusan sisa buangan berjadual, e-Waste ini.

Secara amnya, e-Waste terbahagi kepada dua kategori utama bergantung kepada sumber penghasilannya iaitu e-Waste industri dan e-Waste isi rumah. Pada ketika ini, e-Waste industri tertakluk kepada bawah kawal selia Jabatan Alam Sekitar melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Perintah Kualiti Alam sekeliling 1989. Namun, menurut Jabatan Alam Sekitar, e-Waste isi rumah yang dianggarkan menyumbang 20% hingga 30% daripada jumlah keseluruhan e-Waste negara adalah bahagian yang paling perlu diuruskan. Jumlah e-Waste isi rumah yang berjaya dikutip sejak 10 tahun yang lalu adalah 13,363 tan bersamaan kira-kira 2,000 tan setahun. Angka yang amat kecil berbanding ratusan tan yang dihasilkan setiap tahun. Kebanyakan e-Waste isi rumah ini masih terlepas ke saluran haram atau tong sampah biasa. Setiap telefon pintar yang dibuang, setiap peti sejuk yang rosak, setiap mesin basuh yang tidak digunakan lagi semua mengandungi plumber, raksa, kadmium, bahan-bahan toksik ini menyebabkan pencemaran tanah, air dan udara serta menjejaskan kesihatan generasi akan datang. Kerajaan Persekutuan mensasarkan kadar kutipan e-Waste isi rumah menjelang 2030, 40%. Namun, tanpa kerangka negeri, tanpa sistem kutipan setempat dan tanpa perundangan yang jelas bagi e-Waste isi rumah, sasaran ini susah dicapai. Kerajaan Persekutuan sedang menjalankan penggubalan peraturan EPR, Extended Producer Responsibility dengan izin tetapi difaham hanya enam kategori barangan dirangkumi iaitu pendingin hawa, mesin basuh, televisyen, komputer, telefon bimbit dan peti sejuk. Skop ini terlalu sempit untuk menangani realiti dengan kepelbagaian produk elektronik diguna pakai dalam isi rumah.

Maka negeri Perak harus mengambil langkah lebih proaktif dengan mengukuhkan tiga tonggak utama. Pertama, penggubalan enakmen baru. Negeri Perak wajar menjadi negeri pertama menggubal enakmen tanggungjawab pengeluar EPR ini bagi menangani isu e-Waste isi rumah. Dana EPR dikumpulkan ke satu tabung negeri dapat membantu dalam penguatkuasaan pengumpulan teknologi dan kesedaran awam. Dana ini juga memantapkan PRO, Producer Responsibility Organisation dan digunakan untuk insentif rakyat, pengangkutan, logistik serta pengurusan pusat pengumpulan. Kedua, infrastruktur, kutipan dan program komuniti. Perak juga boleh menyediakan pusat pengumpulan e-waste kekal di setiap zon PBT. Setakat ini di Ipoh, saya masih tidak dapat mana pusat kekal yang kita boleh mengumpulkan sisa e-Waste ini dan juga program kutipan bergerak berjadual di kawasan perumahan wajar di dijalankan untuk setiap bulan dan juga peruntukan khas khusus kepada PBT, agensi negeri dan NGO bagi menganjurkan kempen kutipan e-Waste lagi kerap dan secara berkala.

Langkah-langkah ini akan menjadi pengurusan e-Waste lebih dekat dengan rakyat dan mengurangkan kebergantungan kepada pelupusan tidak formal. Ketiga, pendidikan awam dan insentif menarik. Rakyat perlu difahamkan bahawa e-Waste bukan sampah tetapi sumber ekonomi. Emas, perak, tembaga dan logam bernilai tinggi boleh dipulihkan dan dikitar semula. Negeri Perak juga boleh meneroka mekanisme seperti kupon barangan, rebat cukai pintu, sistem mata ganjaran untuk mendorong lagi ramai rakyat menyerahkan e-Waste ke pusat pengumpulan rasmi. Pengurusan e-Waste bukan semata mata agenda kelestarian alam sekitar. Ini membuka ruang kepada industri kitar semula berteknologi tinggi, penciptaan pekerjaan mahir dan pembinaan ekonomi hijau berasaskan pemulihan sumber. Masa depan Perak memerlukan pendekatan yang menyeluruh, undang-undang negeri yang khusus untuk e-Waste isi rumah, sistem kutipan yang mudah diakses dan pendidikan rakyat jika dilaksanakan secara strategik. Perak bukan sahaja dapat membendung pencemaran malah boleh menjadi negeri yang memimpin ekonomi hijau berasaskan kitar semula elektronik secara mampan dan moden.

Timbalan Yang di-Pertua, untuk perkara ketiga. Menggalakkan dan mempercepatkan penyertaan kedai kedai runcit tempatan dalam program SARA. Saya ingin memberi sokongan padu kepada komitmen Kerajaan Persekutuan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Kita semua menghargai keprihatinan kerajaan dalam memperkukuhkan keselamatan sosial negara melalui Belanjawan 2026, komitmen ini ditingkatkan lagi dengan peruntukan RM 15 bilion untuk inisiatif STR dan SARA. Program ini kini diperluaskan secara signifikan di mana 9 juta penerima STR akan menikmati manfaat sara secara bulanan manakala 22 juta rakyat akan membeli sumbangan secara one-off. Ini merupakan peningkatan yang besar berbandingkan tahun-tahun sebelumnya dan ini membuktikan kerajaan mengekalkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan. Jadi, peruntukan RM15 billion ini berpotensi menjadi suntikan ekonomi terbesar ke dalam pasaran tempatan. Namun di Perak, persoalan penting yang perlu ditanya adalah adakah suntikan ekonomi ini betul-betul mengalir ke akar umbi khususnya kepada kedai-kedai runcit kecil tempatan.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat. Menurut jawapan Parlimen setakat 23 November 2025, jumlah kedai rakan niaga SARA telah melonjak kepada 9,200 premis berbanding hanya 700 premis pada tahun 2024. Ini adalah pencapaian bagus dan menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memperluaskan akses rakyat. Namun, dalam 9,200 premis ini masih tidak mencukupi untuk penerimaan 22 juta rakyat dan perkembangan ini tidak semesti mencerminkan realiti di Perak. Menurut Persatuan Kedai Barang- Barang Runcit Negeri Perak yang mempunyai 537 anggota aktif di seluruh negeri Perak, dalam jumlah tersebut hanya 36 kedai telah mohon dan memohon menyertai SARA tetapi hanya sebelas kedai diluluskan. Ini bermaksudnya hanya 30%, peratus berjaya secara keseluruhannya tak sampai 2% daripada ahli persatuan menjadi rakan niaga SARA. Ini juga persatuan ini hanya sebahagian menunjukkan sebahagian kedai-kedai runcit dari seluruh Perak. Lebih membimbangkan, kedai yang gagal menyertai program ini melaporkan penurunan jualan sehingga 30% kerana pelanggan beralih ke pasar raya besar yang tersenarai di bawah SARA. Keadaan ini secara tidak langsung menekan peniaga kecil sedangkan mereka juga sebahagian daripada rakyat yang sedang menghadapi kos tekanan kos operasi dan persaingan sengit.

Saya ingin menegaskan bahawa alasan penolakan yang dibangkitkan dalam Parlimen yang dibeli oleh agensi adalah seperti premis tidak menjual sekurang-kurangnya 70% kategori barang SARA, lokasi dikatakan jauh dan harga adalah lebih tinggi adalah tidak wajar dijadikan asas mutlak untuk menolak permohonan kerana rakyat adalah pengguna dan mempunyai hak untuk memilih di mana mereka mahu beli barang SARA. Komuniti luar bandar dan pinggir bandar bergantung kepada kedai-kedai runcit tempatan. Stok yang tidak mencukupi bukan alasan untuk tolak kerana dia boleh tingkatkan secara peringkat berperingkat apabila pendapatan kedai bertambah. Lokasi jauh juga bukan isu bagi penduduk yang tiada akses ke pasaraya besar mungkin di pekan.

Jadi, matlamat sebenar SARA adalah untuk meluaskan akses, bukan untuk mengecilkan pilihan rakyat. Oleh itu, saya ingin mencadangkan dua langkah segera. Pertama mempercepatkan dan melonggarkan proses kelulusan kedai-kedai runcit tempatan terutamanya di luar bandar dan pekan kecil. Syarat 70% itu perlu dinilai semula secara lebih fleksibel. Kedua menubuhkan saluran khas fast. Sikit lagi. Menubuhkan Saluran Khas Fast Check Sara Small Retailers untuk kedai yang memenuhi keperluan minimum tetapi memerlukan masa untuk menyesuaikan stok. Ini memastikan kedai-kedai kecil ini tidak terus kehilangan pelanggan. Timbalan Yang di-Pertua, perniagaan kecil adalah tulang belakang ekonomi komuniti. Jika program SARA benar-benar mahu menjadi pemangkin kesedaran, kesejahteraan rakyat, maka kedai runcit tempatan mesti berada di barisan hadapan bukan hanya menjadi penonton dalam ekosistem bantuan ini. Akhir sekali dengan semangat Perak Sejahtera 2030, saya, Simpang Pulai menyokong Enakmen Pembekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 diluluskan. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Simpang Pulai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Bacaan Doa). Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Berhormat Exco Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ketua agensi. Terima kasih atas ruang untuk saya turut serta dalam perbahasan belanjawan negeri pada tahun ini sebagai panduan dalam mengurus amanah ini. Marilah kita mengingati firman Allah SWT dalam suratul An Nisa ayat 58. (bacaan surah). “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di anta”ra manusia hendaklah kamu menghukum dengan adil.” Ayat ini mengingatkan kita bahawa setiap keputusan belanjawan sama ada peruntukan dasar atau projek mesti berpaksikan amanah dan keadilan kepada rakyat. Rasulullah juga mengingatkan dalam sebuah hadis "Khairun nas anfauhum linnasse". Sebaik-baik manusia ialah paling bermanfaat kepada manusia.

Justeru, setiap langkah fiskal dan pembangunan negeri itu mestilah memberi manfaat sebenar kepada rakyat. Bukan sekadar angka di atas kertas tetapi kesan yang terasa dalam kehidupan mereka. Saya menghargai usaha kerajaan menyediakan belanjawan ini. Namun, sebagai sebahagian daripada proses semak dan imbang adalah penting untuk kita menilai keberkesanan strategi yang dibawa. Memastikan keutamaan yang tepat dan memperhalusi ruang yang masih belum menyentuh keperluan rakyat sepenuhnya.

Timbalan Yang di-Pertua merujuk muka surat 51 hingga 56 buku Laporan Ketua Audit Negara 3/2025. Data Akaun Belum terima Kerajaan Negeri Perak telah melonjak 102.8% daripada RM187.74 juta pada 2023 kepada RM380.70 juta pada tahun 2024. Lonjakan ini membuktikan kegagalan kerajaan mengutip hasil yang sepatutnya diterima. Peningkatan Akaun Belum Terima sebanyak RM192.92 juta menandakan kelemahan mekanisme kutipan dan penguatkuasaan longgar. Walaupun kutipan hasil Kerajaan Negeri tahun 2024 menunjukkan peningkatan, namun usaha kutipan untuk mengurangkan Akaun Belum Terima perlu dilaksanakan secara berterusan dan efisien. Cukai tanah berjumlah RM138.73 juta, naik RM9.95 juta. Laporan audit juga menunjukkan tunggakan besar daripada agensi kerajaan sendiri. GLC kerajaan sendiri gagal membayar. Kerajaan tidak bertindak tegas. Ini memberi gambaran kelemahan pentadbiran dan masalah struktur dalaman. PKNP, SSI, PPNPK dan MB Inc tunggakan berjumlah RM25.57 juta melibatkan 1,679 lot ini gagal diselesaikan cukainya. Ini bukan isu kecil tetapi kegagalan sistemik. Remission diluluskan RM1.32 juta bayaran selepas remission RM218,250,000 sahaja. Kerajaan sudah memberikan potongan diskaun tetapi agensi masih tidak membayar. Dasar remission gagal dan hanya menyebabkan hasil negara, negeri berkurangan. Jika GLC sendiri tidak bayar cukai, mustahil kerajaan mampu kuatkuasakan sepenuhnya undang-undang kepada rakyat. Jualan air laut naik RM183.92 juta, 398.8% lonjakan hampir 400% dalam setahun. Kenaikan harga air laut bermula Januari 2024. Jadi kita harapkan bukan hanya sekadar atau hanya revenue atas kertas, tetapi ia yang akan diterjemahkan pada belanjawan ataupun kutipan yang akan datang. Saya tertarik juga dengan ansuran sewa beli RPA turun 28%. Jadi, penurunan ini mencerminkan bebanan rakyat semakin meningkat. Kemampuan membayar merosot. Isu kos sara hidup adalah faktor utama.

Tuan yang Timbalan Yang di-Pertua, struktur hasil negeri masih tidak berubah seperti mana yang di sebut oleh Ketua Pembangkang tahun 2023 mencatat RM560 juta hasil cukai meningkat 10.3% berbanding 2022. Namun, pertumbuhan ini sebenarnya tidak datang daripada sektor baharu sebaliknya 98% daripada peningkatan hanya berpunca daripada cukai tanah dan royalti. Dua sumber ini sahaja menyumbang 95.1 % hasil cukai negeri satu tahap kebergantungan yang sangat tinggi dan berisiko. Cukai tanah meningkat RM19 juta, royalti meningkat RM32 juta ini bukan menunjukkan transformasi ekonomi tetapi sekadar peningkatan kutipan daripada sumber lama. Sektor lain kekal kecil, cukai hiburan naik hanya RM0.19 juta, cukai keluaran hutan turun RM0.14 juta, cukai Parit Tali Air turun RM0.03 juta. Ini membuktikan tiada pemerkasaan sektor baharu seperti pelancongan, digital atau logistik. Kita mengharapkan tahun 2026 dengan peruntukan besar kepada sektor pelancongan sebanyak RM18.67 juta cukai dari sektor ini akan terus meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, walaupun hasil keseluruhan meningkat kepada RM1.213 billion, pertumbuhan ini bergantung kepada faktor tidak stabil seperti harga komoditi dan rebound. Ekonomi pasca pandemik ia tidak mencerminkan kestabilan jangka panjang. Beberapa kajian menunjukkan ekonomi dunia akan ada masalah pada tahun 2026, menurut OCBC Bank ekonomi global memasuki 2026 dalam fasa yang perlahan terpecah namun stabil. Intitusi seperti International Monetary Fund (IMF) dan lain-lain memberi amaran bahawa konflik perdagangan tarif dan ketidak pastian dasar antarabangsa memberi tekanan kepada pertumbuhan global. Timbalan Yang di-Pertua, saya cadangkan supaya kerajaan segera mempelbagaikan sumber hasil melalui sektor bernilai tinggi agar Perak tidak terus bergantung kepada model ekonomi tradisional. Perak 95% hasil cukai bergantung kepada cukai tanah dan royalti. Selangor kalau kita lihat kurang 50% bergantung kepada sumber tradisional, selebihnya daripada sektor moden, ekonomi berasaskan elektrik, elektronik, hub logistik, eksport.

Pulau Pinang dapat menambah hasil melalui aktiviti industri dan pelaburan tidak perlu bergantung kepada hasil tanah atau royalti. Johor semakin berkembang sebagai pusat pelaburan ASEAN, FDI tertinggi beberapa tahun kebelakangan. Industri logistik pelabuhan sumber hasil moden berkembang pesat. Johor sudah bergerak menjadi hub ekonomi moden. Sarawak kalau kita lihat tidak lagi hanya bergantung kepada minyak dan gas. Tenaga boleh baharu, hydro power eksport, hidrogen ekonomi. Kedah juga tidak bergantung, walaupun bergantung banyak juga pergantungannya kepada hasil bumi, tapi dia telah mula mengorak langkah kepada sektor ekonomi moden. Dia mempunyai beberapa pemacu ekonomi baru, ladang solar berskala besar, kilang E&E dan semikonduktor di Kulim Hi-Tech Park, Projek Data Centre yang telah berkembang sejak 2022. Ini menjadikan struktur ekonomi Kedah lebih moden walaupun hasil negeri belum tinggi. Kesimpulannya, jika kita bandingkan dengan negeri-negeri tadi, Perak masih tertinggal dari sudut kepelbagaian hasil. Negeri ini berjaya menambah hasil tanpa membebankan rakyat kerana mereka membangunkan sektor bernilai tinggi. Perak pula masih bergantung kepada model ekonomi lama. 95% hasil cukai datang daripada cukai tanah dan royalti. Perak perlu menambah pendapatan tanpa menaikkan cukai tanah atau mengharap royalti. Gerakkan aset manfaatkan teknologi hijau, digital, utiliti dan inovasi industri.

Inilah model pendapatan moden bukan hanya bergantung pada hasil tradisional yang semakin mengecil. LuMIC, KIGIP adalah projek yang boleh menjadi sumber ekonomi baru untuk Perak tetapi pada hari ini ia masih belum mencapai tahap yang boleh menggantikan kebergantungan kita kepada cukai tanah dan royalti. Potensi itu ada tetapi potensi sahaja tidak mengharapkan menghasilkan pendapatan. Apa yang kita perlukan ialah pelaburan sebenar, industri sebenar dan pelaksanaan yang konsisten. Kita tidak menolak projek ini tapi kita menuntut supaya projek ini benar-benar menjadi enjin ekonomi baharu, bukan sekadar projek dalam brosur. PMX sudah datang dua kali di Kerian dan apa perkembangan KIGIP yang terkini.

Timbalan Yang di-Pertua, di Kamunting kerajaan sedang giat membina berbagai tapak industri baru LuMIC, AHTV, HIP, SVTP KIGIP. Di samping itu juga, negeri ini mempunyai tapak industri yang sedia ada antaranya Gopeng Industry Park, IGP International Industrial Park, Ipoh. Kamunting Industrial Park dan lain-lain. Di Kamunting, saya dapati terdapat permasalahan yang berlaku di tapak sedia ada dan ianya tidak diselenggara dengan baik seolah dipinggirkan. Jalan rayanya usang, rosak, berlubang, tidak sesuai untuk trafik lori berat. Perparitan lama dan tersumbat. Akibatnya, banjir kilat berlaku. Lampu jalan tidak mencukupi. Ini menyebabkan isu keselamatan dan jenayah kecurian kabel, gangguan bekalan air, tekanan rendah, elektrik tidak stabil, jalan masuk sempit, jadi lori sukar masuk ketika hujan sebab jalan mendap. Longgokan sampah industri dibuang secara pukal. Jadi kebanyakan kilang-kilang ini di era 1980 an hingga 2000 tanpa ada modenisasi. Jadi kesan tempias ini dirasai rakyat setempat dengan kurangnya peluang pekerjaan kerana kawasan Kamunting tidaklah sebegitu besar dan ianya menjadi bandar satelit yang menyokong pekan-pekan kecil. Persoalan saya, apakah ada langkah dan tindakan untuk memberi nafas baru kepada tapak perindustrian sedia ada dan menarik pelabur baru ke sana? Kamunting Industrial Park adalah salah satu daripada nadi juga ekonomi di Kamunting. Orang Kamunting perlu ada peluang pekerjaan kerana rakyat sedang menghadapi kos sara hidup yang tinggi sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua, kos sara hidup tidak mampu lagi ditanggung. Kita bukan lagi bercakap soal kesempitan. Kita sedang menghadapi krisis kesejahteraan rakyat. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, harga makanan meningkat 17 ke 20% sejak 2020. Di Perak inflasi makanan pula kekal antara 4.5 hingga 7% setahun dan ini adalah kategori perbelanjaan yang paling besar bagi B40 dan M40 tetapi pada masa yang sama, median gaji pekerja Perak hanya sekadar RM2,100.00 hingga RM2,300.00. Antara yang terendah di Semenanjung. Maknanya mudah Tuan Timbalan Yang di-Pertua, harga naik laju, gaji naik perlahan, kuasa beli jatuh, rakyat semakin susah. Sekarang 6 daripada 10 rakyat Perak hidup bulan ke bulan tanpa sebarang simpanan kecemasan. Semua kumpulan rakyat terkena. Ibu bapa di Ipoh, Taiping, Parit Buntar terpaksa memotong perbelanjaan makanan daripada ayam dua ekor kepada beli seekor sahaja. Anak muda Perak menangguh untuk berkahwin, membeli rumah dan sebahagian besar berhijrah ke luar negara negeri kerana gaji di negeri Perak tidak boleh menampung kehidupan mereka. Pesara pula hidup dengan simpanan kecil sedangkan kos ubat rawatan dan keperluan asas semakin meningkat. Timbalan Yang di-Pertua ini bukan cerita rekaan, ini realiti di pasar, di kilang, di kawasan perumahan. Belanjawan 2026, banyak insentif untuk rakyat. Alhamdulillah. Insentif belanjawan negeri tidak menyelesaikan kos sara hidup sebenarnya. Belanjawan Negeri Perak setiap tahun memperuntukkan pelbagai insentif. Insentif yang diumumkan tidak mengubah keadaan hidup rakyat. Ia tidak menurunkan kos sara hidup. Ia hanya menampal luka sementara tetapi tidak merawat penyakit sebenar.

Kerajaan Negeri memberi bantuan one off kepada pelbagai kumpulan. Pelajar, belia, ibu tunggal, pesakit dan lain lain. Masalahnya 100, 200 langsung tidak menangani inflasi makanan yang naik setiap bulan. One off bukan penyelesaian struktur. One off hanyalah ubat tahan sakit. Kerajaan umum geran-geran kecil tetapi apa gunanya geran jika sewa kedai naik, kos bahan mentah naik, kuasa beli rakyat merosot. Peniaga tutup kedai bukan sebab tidak ada geran daripada kerajaan tetapi sebab tiada pelanggan yang mampu membeli. Kerajaan Negeri umum peruntukan kepada peladang tetapi isu asasnya kos baja naik. Kos makanan ternakan naik. Import makanan masih tinggi. Rantaian bekalan tidak cekap. Selagi Perak tidak membina ekosistem agro makanan yang moden dan produktif. Harga barang dapur tidak akan dapat diturun. Kita mengharapkan projek-projek mega ini seperti LuMIC, KIGIP, HTV dan sebagainya. Harapannya dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Perak.

Persoalannya, adakah kerajaan telah mempunyai perancangan lengkap untuk menyediakan tenaga mahir bagi mengisi industri yang bakal dilaksanakan ini? Atau rakyat Perak hanya melihat bangsa asing nanti datang dengan gaji yang lumayan. Sehingga hari ini, majoriti pekerjaan baru di Perak masih dalam kategori gaji rendah. Sebabnya mudah, kerajaan, punca sebenar adalah kos sara hidup. Gaji di Perak terlalu rendah. Harga makanan naik akibat rantai bekalan tidak stabil. Perak bergantung juga kepada import makanan. Peluang pekerjaan bernilai tinggi terlalu sedikit. Ekonomi Perak masih berpaksikan sektor-sektor tradisional. Belia berhijrah dan pembayar cukai berkurang. Selagi akan masalah ini tidak selesai. Apa pun, insentif yang diumumkan akan menjadi kosmetik bukan penyelesaian. Rakyat hanya mahu tiga. Harga barang stabil, gaji yang masih yang boleh menampung hidup, peluang pekerjaan berkualiti. Saya menggesa Kerajaan Negeri untuk mengubah pendekatan.

Jangan hanya bangga dengan angka-angka peruntukan. Fahami penderitaan rakyat di bawah sebenarnya. Kerajaan Negeri perlu menyediakan pelan menurunkan kos sara hidup bukan sekadar bantuan one off. Perak memerlukan pembaharuan ekonomi sebenar bukan kosmetik politik. Saya cadangkan pertama, Kerajaan Negeri fokus kepada menaikkan pendapatan rakyat. Ini termasuk menarik pelaburan sektor bergaji tinggi seperti teknologi hijau, peranti perubatan dan digital serta memperkukuh TVET agar anak Perak dilatih untuk pekerjaan yang memberi gaji lebih baik, upskilling pekerjaan pekerja muda melalui kerjasama industri. Membina Perak Skill Guarantee. Jaminan pekerjaan selepas latihan. Saya meninjau program PASAK, programnya, penempatan pekerjaan, latihan kemahiran, Program Pembangunan Keusahawanan Belia, Program TVET Belia, Program Pembangunan Graduan. Cuma, pertamanya, data outcome tidak konsisten. Jumlah peserta latihan dipapar tetapi kadar penempatan kerja selepas latihan jarang diumumkan. Kita tidak nampak impak sebenar. Yang kedua fokus terlalu luas. Banyak yang dibuat oleh PASAK menyebabkan keberkesanan jangka panjang berkurang. Perlu fokus khusus seperti sektor-sektor yang strategik. Rare Earth, Biotech, pertanian bernilai tinggi.

Yang ketiga, kebergantungan tinggi kepada karnival kerjaya. Banyak resume yang dihantar tetapi kadar sebenar pencari kerja diterima adalah rendah. Mismatch kemahiran industri masih tinggi. Industri Perak masih kekurangan tenaga mahir sebenar. welder, juruteknik automasi. Latihan PASAK masih belum cukup alligned ataupun selaras dengan keperluan industri semasa. Saya cadangkan PASAK itu sendiri perlu diperkasa untuk menangani keperluan industri di Perak khususnya LuMIC, KIGIP dan industri semasa. Harapan yang sedang kita bangunkan ini. Kedua, kos makanan perlu distabilkan melalui dasar keterjaminan makanan. Negeri perlu memperluas pengeluaran beras, sayur dan ternakan, memendekkan rantaian bekalan serta menubuhkan hub agro makanan negeri bagi mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah. Kerajaan tidak serius dalam menangani masalah ini. Peruntukan untuk Jabatan Pertanian bagi Maksud Pembangunan hanya RM8 juta seperti yang disebut oleh YB Sungai Manik tadi. 2026 sama sahaja peruntukan pembangunan dengan 2025. Untuk Veterinar bagi Maksud Pembangunan, Tahun 2025 hanya RM2.5 juta. Kurang dari 2025, RM3 juta. RM3 juta atau lepas RM3 juta tahun ni? RM2.5 juta. Inilah agensi yang berperanan untuk mengawal, memastikan sekuriti makanan. MB umumkan RM30 juta, itu belanja pertanian dan Belanja Mengurus. Elaun, gaji, perjalanan, penyelenggaraan dan sebagainya tetapi yang kita mahu lihat ialah pembangunan yang akan dibuat oleh agensi ini. Yang ketiga, komponen terbesar kos sara hidup ialah perumahan. Kita perlukan rumah mampu milik sebenar bawah RM180,000. Program…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

Sikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila, tiga minit.

Kita perlukan Rumah Mampu Milik sebenar bawah RM180,000. Program sewa jangka panjang dan pengurangan premium tanah untuk pembeli rumah pertama. Keempat, Kerajaan Negeri harus mempercepat pengangkutan awam murah dan efisien termasuk rangkaian bas elektrik dengan pas bulanan yang rendah untuk mengurangkan kos petrol dan penyelenggaraan kenderaan. Saya cadangkan satu kerangka jangka panjang, jaminan akses kepada air, internet, pendidikan awal dan penjagaan warga emas pada kos rendah supaya keluarga tidak terus menanggung beban yang semakin meningkat. Saya kembali kepada isu tempatan. Dalam tempoh dua bulan ini sudah dua kali banjir melanda di Kamunting di mana banjir yang buruk telah berlaku pada 23hb Oktober 2025 yang lalu. Saya telah bangkitkan isu banjir ini dari sejak mula saya masuk Dewan ini. Hotspot banjir di Kampung Expo, Kampung Sungai Relong, Kampung Batu 5, Kampung Jana, Kampung Baru, Kampung Sungai Ranting, Taman Bestari. Satu jajaran longkang yang menghubungkan antara Sungai Ranting, Kampung Baru ini perlu dilaksanakan. Infrastruktur di Kampung Sungai Relong dan Kampung Batu 5 masih tidak sempurna. Tiada aliran perparitan yang sempurna. Saya harapkan pihak kerajaan mengambil tindakan menyempurnakan infrastruktur ini kerana sistem perparitan yang ada tidak dapat menampung limpahan air sungai apabila hujan. Saya juga merakamkan terima kasih kepada agensi yang terlibat dalam operasi banjir baru-baru ini. Pihak JPS telah mengorek bagi meningkatkan kapasiti takungan banjir di Kampung Expo baru-baru ini. Alhamdulillah, untuk menghadapi risiko banjir yang akan berlaku. Saya mohon juga satu kajian menyeluruh bagi pelan mitigasi banjir antara JPS, MPT, JKR, KTM dilaksanakan seberapa segera.

Timbalan Yang di-Pertua, akhirnya di Kampung Bukit Jana, Kamunting ada sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menjadi tumpuan penduduk sekitar Kamunting untuk beriadah bersama keluarga dengan kualiti air kelas satu. Ianya merupakan sumber air bersih alternatif kepada penduduk sekitar. Baru-baru ini, Persatuan Warisan Taiping bersama penduduk kampung dengan kerjasama The Habitat Foundation Penang telah mengadakan satu kajian awal mengenai kewujudan tapak-tapak bersejarah yang dipinggirkan berkaitan sejarah perlombongan bijih timah di Bukit Jana. Di sana terdapat kawasan saliran air yang dibina menggunakan teknologi susunan batu kuno dengan taburan yang sangat luas, namun kini terbiar menjadi belukar. Kewujudannya sangat significant dengan Taiping sebagai sebuah bandar warisan. Melalui kajian awal ini juga didapati ianya sangat kaya dengan kepelbagaian hidupan terutamanya kepelbagaian haiwan. Merujuk kepada kajian yang bertajuk The Amphibian Diversity of Bukit Jana Taiping, Perak terdapat 24 spesis katak telah direkodkan menghuni kawasan Bukit Jana. Tujuh spesis katak telah dijumpai di sekeliling habitat manusia dan berdekatan dengan kaki bukit. Manakala katak hutan dijumpai berhampiran sungai, anak sungai dan lantai hutan. Ianya menyumbang kepada 22% daripada 107 spesies katak yang telah direkodkan di Semenanjung Malaysia.

Saya mengharapkan ada pihak dari agensi kerajaan mengambil inisiatif untuk menerokai perkara ini lebih mendalam supaya khazanah warisan dan alam ini dapat dipelihara. Sebagai penutup perbahasan ini, izinkan saya menegaskan bahawa belanjawan bukan sekadar dokumen angka, ianya adalah cerminan keberanian kerajaan memilih antara kosmetik, politik atau penyelesaian sebenar untuk rakyat. Belanjawan yang baik bukan diukur oleh jumlah peruntukan tetapi keberkesanan pelaksanaannya. Bukan berapa banyak diumumkan, tetapi berapa banyak yang benar-benar sampai ke tangan rakyat. Akhirnya saya menyokong. Semoga ianya dapat dilaksanakan dengan terbaik. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah wassalamualaikum wbt.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kamunting. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Puan Norhaslinda binti ZakariaBERSATU · PNPangkor

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan rakan-rakan media. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Salam Perak 2030. Timbalan Yang di-Pertua, saya dengan sukacita ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan usul terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak atas ucapan yang dibentangkan.

Sebelum meneruskan perbahasan, izinkan saya mencuri sedikit masa untuk menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat dalam usaha membantu penduduk terjejas banjir di seluruh negeri Perak khususnya di daerah Manjung dan terutamanya di Dun Pangkor. Walaupun Manjung dan beberapa kawasan dalam Dun Pangkor sering dilanda banjir pada musim tengkujuh, bagaimana pun, musibah yang berlaku kali ini luar biasa apabila air naik dengan cepat dan deras apabila hujan tidak henti-henti. Komitmen, ketangkasan dan pengorbanan para petugas di lapangan tanpa mengira masa dan keadaan benar-benar mencerminkan semangat khidmat kepada rakyat. Semoga segala usaha kalian diberkati dan terus menjadi inspirasi dalam mempastikan keselamatan serta kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara.

Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh barisan pentadbiran negeri atas pembentangan Belanjawan Perak 2026 yang berlangsung dengan teratur, jelas dan berpandangan jauh. Belanjawan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negeri tetapi juga menegaskan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat di seluruh Perak. Segala perancangan yang digariskan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kemajuan ekonomi, peningkatan kesejahteraan masyarakat dan kelestarian negeri Perak Darul Ridzuan. Tahniah sekali lagi. Kesejahteraan Kerajaan Perak Sejahtera 2030 diterjemah menerusi pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2026 berjumlah

RM1.61 billion menjadi belanjawan tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah negeri. Sebanyak RM1.045 bilion diperuntukkan untuk Belanja Mengurus manakala RM568 juta bagi Belanja Pembangunan. Peningkatan ini untuk membolehkan pertumbuhan ekonomi negeri terus berdaya saing dan pembangunan terus dilaksanakan. Sektor kesejahteraan rakyat menerima peruntukan terbesar berjumlah RM718.5 juta iaitu peningkatan RM89.8 juta berbanding tahun sebelumnya bagi memperkukuh perkhidmatan rakyat dan memperluas jaringan kebajikan. Antara inisiatif tersebut termasuk perluasan Kad Perak Sejahtera kepada 21 ribu penerima, pengukuhan Program Jualan Sejahtera Rakyat dan Jualan Sejahtera Rahmah serta peningkatan bantuan kotak makanan.

Selain itu sebanyak RM130.8 juta diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Perak meliputi pengukuhan operasi pembangunan institusi pentadbiran Islam serta kerja baik pulih masjid, surau dan sekolah agama. Bagi aspek pendidikan pembangunan modal insan dan belia, Kerajaan Negeri menyediakan RM100.59 juta yang merangkumi bantuan pendidikan, biasiswa Menteri Besar, Program Tuisyen Cikgu Saarani dan bantuan pelajar universiti. Turut diperuntukkan ialah RM7 juta bagi pembangunan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional bagi melahirkan tenaga mahir mengikut keperluan industri. Sektor keterjaminan makanan pula menerima RM73.06 juta meliputi projek tanaman strategik dan pembangunan kebun komuniti. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar apabila mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 2 bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri ini dalam Belanjawan Negeri Perak 2026. BKK tersebut juga akan turut dinikmati Exco kerajaan negeri, Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, orang besar jajahan, ketua-ketua kampung serta kakitangan di bawah kontrak Program Malaysia Short Term Employment Program (MyStep). BKK ini turut dipanjangkan juga kepada guru-guru KAFA, guru ‘Idadi dan Thanawi pada kadar RM400. Bertambah manis lagi apabila Kerajaan Negeri Perak turut memanjangkan BKK kepada semua Pusat Khidmat Dun pada kadar 2 bulan elaun iaitu RM20 ribu yang akan diberikan pada 1 Januari 2026. Syukur Alhamdulillah.

Timbalan Yang di-Pertua, ini mengenai isu buli. Isu yang amat meresahkan masyarakat khususnya golongan ibu bapa iaitu gejala buli di sekolah. Isu ini bukan lagi perkara terpencil tetapi satu fenomena yang memberi kesan emosi, fizikal dan sosial yang mendalam kepada anak-anak kita. Negara masih terkesan dengan kes Allahyarhamah adik Zara Qairina, pelajar dari Papar Sabah yang ditemui tidak sedarkan diri di tepi longkang asrama pada 16 Julai 2025. Inkues sedang dijalankan untuk menentukan punca kematian dengan beberapa saksi diinkues mengenai insiden buli sebelum kejadian. Terbaru di Perak tiga remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit pada 21 November lalu atas pertuduhan membuli rakan sekolah mereka dalam kejadian minggu lalu. Menurut pertuduhan mereka secara bersama didakwa menolak serta menanggalkan seluar mangsa di hadapan orang ramai di dewan sebuah sekolah menengah di sini pada 8.30 pagi, 14 November yang lepas. Ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu mengaku tidak bersalah dan kes akan disebut semula pada 16 Disember depan.

Dalam usaha kita melahirkan generasi masa hadapan yang berwibawa, institusi sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat dan kondusif untuk belajar. Namun apabila kes-kes buli terus berlaku kepercayaan masyarakat terhadap keselamatan sekolah mula goyah. Ramai ibu bapa menyuarakan rasa bimbang menghantar anak ke sekolah sama ada sekolah harian mahu pun sekolah berasrama kerana khuatir risiko bahaya yang boleh menimpa. Salah satu kebimbangan besar ialah bagaimana mengurus emosi anak-anak yang telah mengalami trauma akibat dibuli. Seorang anak yang trauma bukan sahaja takut untuk kembali ke sekolah malah ada yang mengalami gangguan tidur, hilang minat belajar dan merasakan diri tidak berharga. Dalam keadaan begini ibu bapa buntu mencari jalan untuk memulihkan keyakinan anak agar mereka dapat meneruskan rutin persekolahan tanpa tekanan. Ibu bapa sendiri tidak terlepas daripada tekanan emosi. Ada yang dihantui rasa bersalah kerana menghantar anak ke sekolah, ada yang bimbang sehingga setiap hari menunggu di telefon dan ada juga yang terpaksa mengambil cuti kerja demi memastikan keselamatan anak.

Situasi ini menunjukkan bahawa gejala buli bukan sekadar isu pelajar tetapi isu pelajar, isu keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. Mangsa buli mengalami trauma mendalam sehingga enggan kembali ke sekolah dan memerlukan rawatan kaunseling berbulan bulan. Buli bukan isu main-main. Betapa rapuhnya emosi seorang anak apabila keselamatan mereka terjejas. Justeru itu saya menyeru agar semua pihak, sekolah, masyarakat, ibu bapa dan pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri berganding bahu untuk memperkukuh jaringan keselamatan di sekolah. Kita tidak boleh membiarkan anak-anak kita terus menjadi mangsa ketakutan. Mereka berhak belajar dalam persekitaran yang selamat, dihormati dan lindungi. Semoga perbincangan hari ini membawa tindakan yang lebih tegas dan berkesan demi masa depan generasi kita.

Timbalan Yang di-Pertua, isu seterusnya di dalam kawasan saya di Dun Pangkor iaitu isu tapak loji insinerator Pulau Pangkor. Loji ini ada di Teluk Cempedak yang mula beroperasi sejak Januari 2012 diwujudkan bagi menangani isu pelupusan sisa pepejal di sebuah pusat di pulau pelancongan utama negeri Perak yang menghadapi kekangan ruang tanah dan kos logistik yang tinggi. Kemudahan ini direka dengan kapasiti membakar sehingga 20 tan sisa pepejal perbandaran setiap hari sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap proses penghantaran sampah ke tanah besar. Sejak 2016 pengoperasian loji telah diambil alih oleh Alam Flora Environmental Solution Sdn Bhd (AFES) anak syarikat Alam Flora yang turut menambah baik fasiliti tersebut melalui penubuhan pusat kecemerlangan centre of excellence (COE) pertama AFES pada tahun 2020. Peningkatan ini bukan sahaja mengoptimumkan operasi malah menjimatkan kos pelupusan sisa domestik dan sisa pembinaan bagi Pulau Pangkor kerana pembakaran dapat dilaksanakan secara terus di pulau tanpa penghantaran keluar. Selama lebih sedekad operasi Kerajaan Persekutuan menanggung sepenuhnya kos pengurusan loji tersebut sebagai komitmen mempastikan Pulau Pangkor sebuah destinasi pelancongan bebas cukai kekal bersih, teratur dan menarik kepada pelawat.

Namun kini timbul isu besar yang amat merisaukan penduduk tempatan. Timbalan Yang di-Pertua loji ini mempunyai seramai 17 pekerja kontrak dan 15 daripadanya adalah anak jati Pulau Pangkor yang telah berkhidmat sehingga hampir sembilan tahun. Mereka inilah tulang belakang yang mempastikan pulau secara sentiasa bersih dan beroperasi tanpa masalah. Difahamkan kontrak mereka akan tamat pada 7 Disember 2025 serentak dengan penamatan operasi loji oleh operator sedia ada. Risiko mereka kehilangan pekerjaan amat tinggi. Ini bukan sekadar isu teknikal. Ini adalah isu kemanusiaan, sosial dan ekonomi setempat. Pulau Pangkor bergantung kepada sektor pelancongan. Sebarang kegagalan mengurus sisa pepejal akan memberi kesan langsung kepada imej, kebersihan dan daya tarikan pelancongan pulau. Difahamkan insinerator tersebut akan dilupuskan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Justeru bagaimana pula dengan peruntukan untuk pengurusan insinerator ini yang memang umum tahu perlukan peruntukan pengurusan daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam masa yang sama timbul persoalan besar. Adakah Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mempunyai kapasiti tenaga kerja dan kepakaran? Jika operasi diserah terus kepada MPM, adakah pegawai teknikal mencukupi, latihan operasi dan keselamatan mencukupi SOP jelas untuk mengurus loji, licik pelan dan logistik kutipan sisa pepejal tersedia. Kita tidak mahu berlaku keadaan di mana serahan dibuat tanpa persediaan rapi sehingga menyebabkan gangguan kepada operasi kebersihan Pulau Pangkor.

Setakat ini, Perak masih belum menerima pakai Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, walaupun ia bertujuan menyeragamkan dasar dan kawal selia sisa pepejal seluruh negara. Ia memberi kerangka undang-undang yang lebih kukuh. Ia meletakkan tanggungjawab operasi dan perlesenan di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Persoalannya yang semakin banyak dibangkitkan masyarakat adalah jika akta ini lebih tersusun dan memberi kepakaran teknikal, mengapa negeri Perak masih belum bersetuju menerimanya.? Di Pulau Pangkor yang mempunyai pengunjung ratusan ribu setiap tahun, keperluan sistem pengurusan sisa pepejal yang moden dan seragam sebenarnya adalah kritikal. Apakah Pelan Induk Pengurusan Sisa Pepejal negeri khususnya untuk kawasan Pulau Pelancongan sekiranya MPM mengambil alih? Adakah terdapat Pelan Induk Pengurusan Sisa Pepejal untuk Pulau Pangkor? Apakah SOP kutipan dan pelupusan sisa yang akan diguna pakai? Adakah perancangan ini mengambil kira ciri khas Pangkor iaitu pulau kecil dengan kapasiti pelancong yang berubah-rubah mengikut musim?

Atas faktor-faktor yang di atas, adalah penting supaya Kerajaan Negeri Perak yang pertama, mengeluarkan hala tuju rahsia rasmi berhubung operasi pasca 8 Disember 2025 termasuk penyelasaian isu pekerja tempatan dan keperluan teknikal MPM. Kedua, menjamin nasib lima belas (15) pekerja tempatan Pulau Pangkor. Mereka adalah pekerja berpengalaman, kehilangan kerja dan memberi kesan sosial kepada keluarga dan ekonomi setempat. Ketiga, menyatakan pendirian tentang penerimaan Akta 672 supaya pengurusan sisa pepejal dapat diselaraskan dengan standard kebangsaan. Keempat, memberi jaminan bahawa Pulau Pangkor sebagai pulau pelancongan utama negeri tidak terjejas. Sebarang isu kebersihan, bau atau gangguan perkhidmatan akan memberi imej negatif kepada negeri.

Ini isu yang terakhir Timbalan Yang di-Pertua iaitu pada kesempatan untuk menyampaikan ucapan ini, saya membawa suara serta harapan rakyat di kawasan-kawasan yang terkesan dengan bencana khususnya banjir. Walaupun kita maklum bahawa bencana adalah sesuatu yang sukar dijangka, namun persediaan dan keupayaan memberikan respon awal adalah aspek yang tidak boleh dikompromi demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat. Kita menghargai kewujudan serta peranan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab ketika melakukan bencana termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penyelarasan di bawah Bilik Gerakan Bencana Daerah. Namun begitu, realiti di lapangan menunjukkan bahawa Adun adalah individu terawal yang menerima aduan, panggilan kecemasan dan meminta pertolongan daripada penduduk setempat khususnya ketika air naik secara mendadak.

Dalam kejadian banjir yang baru-baru ini, sahabat-sahabat, Adun juga turun padang di kawasan masing-masing meninjau dan membantu penduduk yang terjejas akibat banjir. Sehubungan itu, saya ingin memohon kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya di bawah budi bicara Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak agar dapat mempertimbangkan satu bentuk bantuan kecemasan bencana yang kecil tetapi di signifikan untuk disalurkan terus kepada pusat khidmat Adun. Bantuan ini tidak bertujuan mengambil alih fungsi mana-mana agensi tetapi sebagai langkah awal supaya Adun dapat bertindak awal membantu rakyat sebelum sistem bantuan rasmi tiba atau sebelum PPS dibuka.

Sebagai contoh, dalam kejadian banjir baru-baru ini, banyak kawasan Dun yang terjejas seperti Pasir Panjang, Bota, Manong, Batu Kurau dan tempat-tempat lain, bukan hanya Pangkor seperti yang sering mendapat perhatian. Dalam tempoh kritikal beberapa jam pertama, Adun dan petugas di lapangan mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menyediakan makanan, air minuman dan lain-lain keperluan asas sementara menunggu bantuan rasmi. Inilah realiti yang tidak ramai sedari tetapi amat penting untuk menjamin keselamatan mangsa. Oleh itu, saya dengan penuh rendah diri memohon kepada pihak Kerajaan Negeri Perak, bolehkah satu peruntukan kecemasan khas diwujudkan di bawah portfolio bencana negeri untuk diagihkan secara terus kepada pejabat Adun? Adakah Kerajaan nNgeri bersedia memperkenalkan garis panduan ringkas serta mekanisme penyaluran yang segera yang tidak membebankan proses birokrasi? Memandangkan Adun adalah pemimpin, adakah Kerajaan Negeri bersedia memperkenalkan garis panduan ringkas serta mekanisme penyaluran segera yang tidak membebankan proses birokrasi memandangkan Adun adalah pemimpin barisan hadapan ketika bencana? Tidakkah wajar mereka dibekalkan sedikit dana awal bagi memenuhi keperluan mendesak rakyat.

Permohonan ini bukan bertujuan mendesak tetapi sebagai cadangan konstruktif demi memperkukuh kesiapsiagaan negeri dalam menghadapi bencana masa hadapan. Besar harapan kami iaitu Adun-Adun di kawasan bencana agar Kerajaan Negeri dapat melihat cadangan ini sebagai pelaburan kemanusiaan bukan semata mata peruntukkan kewangan. Dengan adanya sumbangan kecemasan ini, Adun dapat bertindak lebih cepat lebih teratur dan lebih berkesan membantu rakyat yang sedang berada dalam keadaan cemas dan terdesak. Semoga usaha bersama ini dapat memperkukuhkan solidariti antara kerajaan dan negeri, wakil rakyat dan masyarakat serta mempastikan setiap mangsa bencana menerima bantuan yang pantas. Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengakhiri ada pantun sikit.

Angin Pangkor bertiup pergi, Reda beransur di hujung negeri, Pangkor mengundur diri sepenuh hati, Semoga segala hujahan diperkenankan Ilahi.

Dengan itu Pangkor menyokong. Sekian terima kasih. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pangkor. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan semua yang sedang mengikuti siaran langsung di atas talian. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 ini. Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 ini saya tak perlu cakap banyak kerana kalau pembangkang pun sokong maksudnya ini satu belanjawan yang cukup baik.

Timbalan Yang di-Pertua. pertama sekali saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang begitu prihatin kepada isu banjir dan mangsa banjir di negeri Perak yang juga dapat dilihat dalam belanjawan kali ini. Walaupun ramai rakan-rakan saya pada pagi ini telah sebut tentang banjir, tapi jadi tugas saya sebagai wakil rakyat untuk membawa suara pengundi saya berkaitan dengan banjir. Baru-baru ini, daerah Manjung termasuklah di Sitiawan, Air Tawar, Beruas, Lekir, Segari dan sebagainya telah pun dilanda banjir yang teruk akibat taburan hujan setinggi 269.5 mm pada 23 hari bulan 11 dan 170 mm pada 24 haribulan 11.

Taburan yang begitu tinggi juga bermaksud semua kawasan yang terkesan telah menghadapi tahap banjir yang berbeza. Banyak kawasan yang sebelum ini tidak biasa menghadapi banjir, kali ini turut dilanda banjir. Ini termasuklah di kawasan pekan. Ini Kampung Bharu, Kampung Koh dan sebagainya. Sekali lagi, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada semua agensi yang telah membantu dalam banjir kali ini termasuklah Pejabat Daerah, APM, JPS, TNB, MPM, Bomba dan sebagainya dan saya juga merakamkan penghargaan saya terhadap NGO yang turut keluar membantu mangsa-mangsa banjir kali ini termasuklah Methodist Crisis Relief and Development (MCRD) dan Suji Manjung dan juga PCCI Manjung yang telah mengutip derma untuk membantu mangsa-mangsa banjir kali ini dan juga TNB yang telah menjaga keselamatan penduduk dan membaiki pencawang elektrik supaya bekalan elektrik dipulihkan. TNB memang kerja sampai lewat malam semalam kerana mereka kena pastikan bekalan elektrik walaupun mereka kena membuat putuskan eletrik kerana pencawang elektrik dimasuk air, tetapi mereka telah mengambil tindakan yang cepat sampai keselamatan telah dijamin. Selepas itu, mereka akan sambungkan balik elektrik dan juga sekarang masih yang bertungkus lumus sedang membantu mangsa-mangsa banjir termasuklah setiap penghulu dan pegawai JKM yang sekarang menjaga kebajikan mangsa-mangsa di PPS.

Timbalan Yang di-Pertua, namun yang demikian, ada banyak perkara yang harus kita perbaiki dan belajar dalam insiden kali ini. Memang kita tahu kali ini taburan hujan terlalu tinggi, terlampau tinggi tetapi ada juga kerja-kerja persiapan yang harus kita lakukan dan saya perlu menegaskan bahawa ini tidak bermaksud saya menafikan mana-mana jasa agensi tetapi saya nak tegaskan persiapan perlulah ditingkatkan. Seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan dalam ucapan belanjawan semalam, di mana dikatakan persiapan ini haruslah dilakukan secara lebih proaktif. Kalau saya boleh rujuk dalam ucapan Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Inilah apa yang disampaikan kepada kita semua iaitu rakyat menuntut tindakan yang lebih proaktif dan lebih menyeluruh. Apabila kita nak membuat persiapan banjir-banjir ini. Saya juga ingin berulang sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini bahawa saya telah beberapa kali dalam sidang Dewan membangkitkan tentang isu banjir kilat di kawasan Pekan Sitiawan.

Dalam perbahasan Belanjawan 2024, saya bangkitkan di mana saya katakan kita harus membuat satu kajian Drainage Masterplan Development di bawah JPS supaya perparitan di daerah Manjung lebih teratur dan terancang. Tahun ke, yang seterusnya dalam perbahasan belanjawan juga, saya sekali lagi menyentuh tentang masalah banjir kilat. Saya memohon agar Kerajaan Negeri mempercepatkan projek pembinaan dan penambahbaikan sistem saliran di Pekan Sitiawan. Tahun lepas, kita ada satu usul persendirian berkaitan dengan cuaca ekstrem. Sekali lagi, saya menyentuh tentang banjir kilat di Pekan Sitiawan. Saya ingin menegaskan di sini, ya betul, kali ini memang taburan hujan adalah luar biasa. Tapi untuk pekan Sitiawan, banjir kilat ini sudah jadi biasa. Kalau setiap tahun ada banjir kilat, ini bukan kerana taburan hujan, faktor itu sahaja. Apa saya, apa yang saya nak tegaskan di sini mesti kita boleh lakukan langkah-langkah dengan lebih baik. Kalau saya cari dalam google beberapa tahun ini memang kerap berlaku banjir kilat di Pekan Sitiawan. Dari 2020 Jun, 2 hari bulan 12 Jun, sampailah 2022, sampailah 2024-2025, kalau ikut APM punya statistik, tahun 2020, dua kali. 2022 walaupun tidak dicatatkan, tapi saya memang turun ke padang satu kali, 2023 dua kali, 2024 empat kali banjir di Pekan Sitiawan. Maksudnya memang kita tak menghadapi masalah ini dah sangat-sangat serius. Saya memang ingin mohon kerajaan memandang serius terhadap masalah banjir kilat yang dihadapi di Pekan Sitiawan.

Dalam kali ini memang setiap kawasan terlibat tetapi ada dua kawasan yang airnya tak boleh nak surut iaitu di Taman Wira Damai dan Taman Sungai Baru 2. Sampai dua hari selepas hujan berhenti masih tak boleh nak surut. Itu kita kena tengok apa masalah yang sebenarnya. Tapi saya mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri dalam belanjawan ini di mana penambahan peruntukan untuk JPS sebanyak RM5.4 juta dan menjadikan jumlah keseluruhan ini menjadi RM116.9 juta. Saya ingin mencadangkan satu pam perlu dipasang secara kekal di outlet Pasir Panjang untuk membantu pengeluaran air di Pekan Sitiawan kerana sudah banyak kali, setiap kali kata ada air pasang dan ada taburan hujan yang tinggi, Pekan Sitiawan mesti akan dilanda banjir kilat. Oleh itu, pam ini saya rasa adalah satu keperluan yang mendesak di outlet Pasir Panjang Sitiawan dan saya juga mohon bahawa Kerajaan Negeri boleh mengusahakan untuk membina satu longkang baru di Taman Wira Damai. Ini memang satu masalah yang sudah berlarutan. Sebelum ini, Adun Astaka sebelum ini pun sudah menulis surat 2020 Jun telah menulis surat kepada agensi-agensi yang berkenaan dan petisyen sudah dikutip. Seramai 100 orang penduduk pun sudah dikutip. Sampai hari ini, kali ini, inilah yang saya kata kawasan yang paling serius terjejas.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Minta laluan Astaka.

Ya Pengkalan Baharu.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Timbalan Yang di-Pertua. Setuju tak Astaka kalau saya sebut pertambahan peruntukan, peruntukan yang besar ditambah dari setahun ke setahun bukan jalan penyelesaian masalah. Sekiranya perancangan tidak dibuat terhadap sesuatu punca yang menyebabkan banjir kilat. Saya nak sebut benda ini, satu punca. Yang kedua, saya selalu sebut berkaitan dengan, dilihat semula kaedah atau jadual kadar harga yang telah diberi kepada kontraktor-kontraktor ini. Adakah munasabah dengan, dengan kerja yang dibuat. Kita faham jadual kadar harga dibuat oleh JKR, betul tetapi dalam konsep atau dalam konteks JPS atau PLB, sepatutnya ianya dinilai semula. Kadang-kadang belanja itu besar, hasilnya sikit. Jadi pada saya, setuju tak kalau kita kata belanja yang besar bukan jalan penyelesaian terhadap masalah banjir.

Terima kasih Pengkalan Baharu. Saya rasa macam ini. Memang setiap agensi dia mengambil langkah yang mereka rasa perlu. Tapi adakah langkah-langkah tersebut memang berkesan. Kita, masa kita bincang dengan rakyat, rakyat tak peduli apa langkah-langkah yang telah dilaksanakan. Memang betul agensi semua buat kerja, ada langkah-langkah mereka tersebut, ada projek-projek yang bantu. Tapi masalah masih kekal. Itu yang rakyat peduli. Yang mereka nak tahu macam, mereka nak tahu bila banjir ini tidak berlaku, itu saja. Haa, dan projek-projek memang telah diluluskan, tetapi adakah ia berkesan? Ini yang kita harus tanya? Dan sekali lagi saya bukan nak menyalahkan mana-mana pihak sebab saya faham memang setiap agensi ada kekangan masing-masing. Tapi saya nak...nak...nak..nak kata di sini, setiap agensi kena memainkan peranan masing-masing.

Saya teruskan dengan perbahasan saya. Saya nak minta mohon JKR untuk menaik taraf culvert yang sedia ada kerana banyak kali kita maklum dalam mesyuarat JTPD, mesyuarat-mesyuarat lain, kami diberitahu kalau air tak naik ke muka jalan, maksudnya kapasiti masih cukup lagi. Saya rasa insiden-insiden ataupun yang rekod-rekod banjir kilat ini telah menunjukkan bahawa kapasiti itu memang sudah tidak cukup. Dua hari yang lalu saya sendiri pergi tempat itu culvert itu untuk tengok, memang tak naik ke atas muka jalan, tapi sudah penuh dan pengaliran air itu sangat-sangat perlahan. Tapi tidak kira macam mana, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pegawai Daerah Manjung yang telah memanggil satu mesyuarat khas penyelesaian isu banjir kilat di Sitiawan pada 13 Mei 2024 dan terima kasih kepada agensi-agensi yang hadir dan membentangkan laporan seperti MPM, JPS, APM dan lain-lain. Tapi seperti saya katakan tadi kami telah banyak kali membuat mesyuarat bincang dan bincang dalam JKPD, dalam sidang Dun sebab utama saya percaya telah pun dikenalpasti. Sekarang pula kita kena mengambil tindakan dan memainkan peranan masing-masing dengan baik dan memenuhi amanah yang diserahkan kepada kita.

Yang penting kalau kita tak ada mohon kepada kementerian ataupun kepada kerajaan, kita tak boleh nak cakap apalah. Tapi kalau sudah mohon tapi belum dapat peruntukan itu sampailah kerja saya dan Ahli-ahli Yang Berhormat lain untuk memperjuangkan peruntukan tersebut tetapi kita jangan hidup dalam budaya sindrom kerana Yang Amat Berhormat Kota Tampan sendiri pun mengenali tindakan proaktif dan menyeluruh yang diharapkan oleh rakyat dan saya sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerana telah membantu pihak saya ataupun mangsa-mangsa banjir dan saya boleh faham pengorbanan yang telah dilakukan oleh kalian semua pada dua tiga hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin masuk ke point kedua iaitu fokus kedua dalam belanjawan ini iaitu tadbir urus projek berkepentingan negeri. Di mana sebanyak RM268.08 juta diperuntukkan bagi tujuan tadbir urus projek berkepentingan negeri. RM156.09 juta diperuntukkan kepada pejabat-pejabat daerah dan tanah (PDT) iaitu peningkatan RM21.5 juta berbanding tahun 2025. Timbalan Yang di-Pertua, setiap PDT di negeri Perak sebenarnya merupakan wakil-wakil Kerajaan Negeri di setiap pelusuk negeri kita. Kualiti perkhidmatan dan sikap front desk dengan izin atau kaunter perkhidmatan adalah begitu penting. Merekalah frontliner atau barisan hadapan yang akan berhadapan dengan rakyat kita dan meninggalkan satu imej untuk kerajaan negeri kita. Oleh itu, sebenarnya saya nak katakan front desk Yang Amat Berhormat Kota Tampan bukanlah di bangunan SUK sahaja, tetapi di setiap PDT-PDT yang berasingan. Oleh itu, perkhidmatan yang sopan dan santun wajib diberikan kepada orang awam yang datang ke PDT. Kalau kita nak menjadi lebih maju dan mesra kepada pelabur. Setiap PDT perlu memberi perkhidmatan yang lebih baik. Timbalan Yang di-Pertua, saya membangkitkan isu ini kerana saya juga menerima beberapa aduan yang berasingan mengenai pengalaman orang awam di PDT-PDT ataupun agensi kerajaan yang berbeza. Bagi saya sendiri pun sama ada satu hari saya pergi ke JPN untuk mendaftarkan kelahiran anak perempuan saya. Saya sudah ikut borang yang diberikan oleh hospital. Semua dokumen saya sudah sediakan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Tahniah

Ya terima kasih. Tapi masa saya sampai ke sana saya baru diberitahu kena sediakan bil utiliti. Saya memang sudah lebih kurang dua bulan dah sampai dengan tarikh luput baru saya pergi sebab sibuk sangat. Tapi kalau saya nak aturkan satu masa kena balik sediakan bil utiliti itu. Memang sangat susah payah. Ini saya bangkitkan kerana bukan semua orang boleh pergi ke jabatan agensi kerajaan setiap hari. Mereka kena ambil cuti. Kalau pergi sana tapi tak dapat nak buat di minta balik itu susahkan mereka tetapi kita harus cubakan usaha untuk bantu mereka. Untuk pengalaman saya, saya memang bersyukur saya dibantu oleh pegawai JPN tersebut dan saya boleh memberikan soft copy kepada pegawai tersebut dan selesai saya punya urusan di sana tetapi apa yang saya nak tegaskan di sini kita harus membantu orang awam dengan sikap yang lebih baik dan bertanggungjawab kerana ini adalah imej negeri kita dan juga saya menerima aduan berkaitan dengan fail-fail yang tak dapat di gerak atas sebab-sebab yang berlainan. Maka malah, saya sendiri pun menghadapi masalah yang sama atas fail-fail yang diwarisi oleh saya sendiri.

Yang saya bawa hari ini berapa fail yang sebenarnya dari 2010, 2012 tapi belum selesai lagi. Saya tak nak satu-satu saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini. Tapi yang paling penting Timbalan Yang di-Pertua, kita perlu berdaya saing kerana bukan sahaja kita menghadapi persaingan dengan negara-negara asing, malah masa pelaburan pelaburan asing ini nak masuk ke Malaysia. Kita juga menghadapi persaingan dengan negeri-negeri lain. Saya merujuk kepada statistik MIDA 2025 yang paling latest dengan izin iaitu Januari sampai September 2025. Negeri Perak sekarang di ketujuh kedudukan kita dalam menarik pelaburan adalah di kedudukan ketujuh iaitu RM11.774 billion. Ini sebenarnya satu perkembangan yang positif kerana pada masa yang sama untuk tahun lepas, hanya RM6.739 billion. Oleh itu, tahniah kepada Kerajaan Negeri kita kerana dapat menarik pelaburan yang lebih banyak tetapi memang kita kena usahakan lagi. Oleh itu, saya mengalu-alukan RM1.5 juta yang diperuntukkan kepada untuk pelbagai luar negara dengan memfokuskan usaha menarik minat pelabur asing ke negeri Perak dan juga Invest Perak diberi RM4 juta bagi tahun 2026 iaitu peningkatan RM1.1 juta daripada tahun lepas. Peruntukan ini saya harap Invest Perak. Ya…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya celah sikit ya. Sebab kalau sebut tentang…

Timbalan Yang di-Pertua

Nak ingatkan YB, tinggal satu minit sahaja.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sikit sikit je ya. Kalau you sebut tentang jumlah pelaburan yang masuk tu saya mendapat data yang terbaru 8hb 10, 8/10 kita ambil Kedah. Kedah 48% pelaburan yang masuk, Perak sedih saya nak sebut 8.7%. You bayangkan Kedah 48 Perak 8. Apa sudah jadi? Setuju tak dengan saya.

Ok terima kasih Alor Pongsu. Saya ingat kita kena berterima kasih kepada Kerajaan Pusat jugak la. Banyak kali pembangkang, kata kerajaan Pusat tak jaga negeri-negeri. SG4, SG4 tapi terbuktinya apabila pelaburan asing nak masuk mereka juga di luluskan oleh MIDA ke negeri-negeri SG4 ini. Tapi saya bukan nak nak kritik bahawa kita punya negeri tak laksanakan kerja dengan baik. Kita ada kekangan negeri kita sendiri. Kalau kita nak compare dengan negeri-negeri yang infrastrukturnya, jauh lebih baik ataupun yang sudah ada. Contohnya dekat Kedah, Kulim Hi-Tech Park 2 memang kita masih belum lagi. Tapi kita sudah sudah membuat perancangan. Kita ada Halal Industry Park di Lekir, AHTV, SVTP dan Lumic di Lumut. Tapi sebelum kita nak kickstart ataupun kita nak laksanakan projek-projek ini adalah kita tahu dan kenal apa yang sebenarnya kita kekurangan.

Oleh itu, saya balik kepada perbahasan saya, Invest Perak diharap dapat menjadi Center of Investment dengan izin yang lebih agresif dan kompeten dengan peruntukan yang telah diberikan. Saya memberi contoh. saya merujuk kepada portal- portal Invest Perak, Invest Selangor, Invest Penang, Invest Sarawak di mana portal kita dalam insentif ataupun dalam Why Perak untuk menarik pelaburan ini. Saya mendapati portal-portal lain jauh lebih komprehensif. So, saya ingin mencadang kepada Invest Perak dan juga Kerajaan Negeri supaya lebih banyak langkah boleh dilakukan dan saya juga ingin merujuk kepada peruntukan RM2.5 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk kajian kebolehlaksanaan pembangunan Lumix. Ini adalah satu…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat masa sudah tamat.

Ada ada sikit lagi

Timbalan Yang di-Pertua

Landing sudah landing.

Landing…landing…landing sudah. Ini adalah satu peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang sangat dialu-alukan dan Astaka ingin mencadangkan bahawa LuMIC harus dijadikan salah satu Special Economic Zone dengan izin seperti Johor, Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) kerana ia dapat menawarkan lebih banyak insentif kepada pelabur asing untuk menarik mereka ke negeri kita dan adanya PMX dan Timbalan Perdana Menteri yang kawasan parlimennya di negeri Perak. Saya percaya ini boleh di bincangkan dan di laksanakan dengan Kerajaan Pusat. Akhir kata, Astaka berharap belanjawan ini haruslah dilaksanakan tepat pada tempatnya supaya setiap sen wang rakyat dapat memberi manfaat kepada negeri kita. Dengan itu, Astaka mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari Astaka. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, (Bacaan Solawat dan Ayat Quran) maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 156. Mereka itu orang-orang yang beriman apabila mereka di timpa musibah. Mereka mengucapkan Innalillah wa inna ilaihi Rojiun. Kami milik Allah dan kepada Allah kepada-Nya kami dikembalikan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Yang Berhormat Barisan Exco Negeri Perak, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, petugas-tugas media, sidang hadirin di dalam dan di atas talian yang selamat sekalian. Saya bacakan ayat daripada surah al-Baqarah tadi sebagai penenang kepada tekanan dan masalah yang kita hadapi sekarang ini. Rakan-rakan Yang Berhormat sebelum ini, Pangkor dan Astaka adalah mereka yang terlibat dalam banjir yang sedang melanda. Begitu juga di Pasir Panjang. Jenamakan kampung apa saja yang kita namakan kampung, maka kampung itu terlibat terjejas dengan banjir yang dikatakan luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak lebih 15 tahun yang lalu. Jadi, kita harus pasrah. Kita harus menerima hakikat bahawa ini merupakan ujian yang besar daripada Allah Subhanahuwataala yang perlu kita hadapi bersama mereka yang ditimpa menghadapi ujian tersebut dan kita juga sedang diuji oleh Allah Subhana Wata'ala.

Kita tahu awal sebelum berlakunya banjir ini pelbagai tindakan yang telah diambil agensi kerajaan untuk melindungi banjir tetapi mungkin ada lagi yang tidak dapat dibuat atau belum lagi dibuat dan kita ingat pada masa ini merupakan masa yang terbaik untuk kita melihat semula apa-apa yang perlu dibuat untuk kita mengurangkan ataupun Mengelak daripada berlaku banjir yang seperti yang sedang melanda. Di mana Yang di-Pertua seterusnya saya merafakkan setinggi tinggi ucapan tahniah dan kasih sempena ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 3 November yang lalu. Dirgahayu Tuanku, semoga Allah Subhawataala memelihara Tuanku yang memayungi negeri ini dengan dengan limpahan rahmat dan barakahnya yang berkekalan. Insha Allah.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2026 berjumlah RM1.6 bilion yang merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri Perak ini. Pengiktirafan dan penghargaan wajar diberikan oleh jentera pentadbiran negeri atas kejayaan menutup Akaun Hasil Disatukan 2025 dengan lebihan RM 45.6 juta yang melayakan sekalian menjawat awam dianugerahkan bonus 2 Bulan Gaji. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Dato’ Seri Menteri Besar yang juga memperkenankan bonus 2 bulan untuk pusat khidmat Adun-Adun di seluruh negeri Perak. Saya percaya masa sangat tepatlah dimana kita walaupun 20,000 tetapi kita sangat besar sebab sudah ada senarai senarai yang menanti pemohon-pemohon yang sudah memohon peruntukan ini. Peruntukan belum dapat, tapi sudah ada senarai pemohon yang panjang mereka yang terkesan dengan banjir. Mereka yang tidak dapat bekerja akibat cuaca yang tidak baik pada-pada musim ini. Jadi mudah mudahan kita dapat menggunakan wang tersebut untuk kebajikan mereka. Insha Allah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan kali ini Pasir panjang ia menumpukan kepada dua isu besar negeri yang dipercayai menjadi nadi kepada kemajuan Perak dalam jangka masa yang panjang. Yang pertama sekali ialah krisis perumahan dan kemampuan modal insan negeri. Kedua-duanya saling berkait. Perancangan perumahan tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa pertumbuhan pekerjaan yang meluas dan pertumbuhan pekerjaan tidak dapat berlaku tanpa pembangunan modal insan yang berkesan. Tanpa penyelesaian yang komprehensif kita berisiko berat untuk mengulangi kitaran ekonomi yang stagnant gaji yang rendah dan pembangunan fizikal yang tidak seiring dengan pembangunan sumber manusia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan dengan isu perumahan. Mengikut data rasmi NAPIC National Property Information Centre, Perak menyaksikan jumlah rumah yang tidak terjual. Yang agak membimbangkan iaitu 3,266 unit rumah siap tidak terjual terutama di dua daerah utama iaitu daerah Manjung dan daerah Kinta. Manjung mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,194 unit manakala Kinta sebanyak 899 unit. Angka ini bukan sekadar statistik. Ia adalah cerminan permasalah asas yang sedang berlaku dalam perancangan perumahan negeri.

Kewujudan rumah siap tetapi tidak tidak dihuni, menunjukkan wujudnya jurang ketara antara penawaran hartanah dan kemampuan sebenar rakyat negeri Perak. Pemerhatian Pasir Panjang mendapati bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keadaan ini ialah pembangunan yang tidak pembangunan yang berlaku secara agresif tanpa mengambil kira kajian permintaan di lokasi. Banyak projek diluluskan berdasarkan berdasarkan potensi pasaran. Potensi pasaran yang agak agak umum yang general bukan berdasarkan data regular yang menggambarkan pendapatan sebenar dan kemampuan pembeli serta lokasi yang yang strategik. Faktor ini menyebabkan rumah dibina di lokasi yang tidak menjadi pilihan pembeli dan harga juga tidak mampu dibeli oleh oleh majoriti rakyat. Selain itu, kebanyakan pembangunan di kawasan ini menawarkan rumah berharga melebihi RM300 ribu sedangkan paras kemampuan isi rumah di Manjung dan Kinta jauh lebih rendah daripada itu. Perumahan berkembang pesat tetapi pertumbuhan pekerjaan tidak bergerak seiring. Akhirnya wujudlah fenomena pembangunan fizikal yang tidak disertai pembangunan kapasiti dan kemampuan rakyat. Jika situasi ini berlanjutan, ia akan membawa implikasi negatif kepada nilai hartanah, kekukuhan ekonomi daerah serta kestabilan sosial dalam jangka masa yang panjang.

Timbalan Yang di-Pertua, dalam menangani masalah masalah ini Pasir Panjang mencadangkan supaya kajian ke atas permintaan sebenar dijadikan syarat wajib sebelum sesuatu kelulusan. Pembangunan baru diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. Setiap projek perumahan mesti dibukti melalui data yang jelas bahawa terdapat permintaan sebenar di kawasan tersebut. Timbalan Yang di-Pertua isu perumahan tidak boleh dipisahkan daripada isu pekerjaan. Rekod Negeri Perak 2025 bagi suku pertama dan suku kedua menunjukkan bahawa 62% tenaga kerja negeri terdiri daripada pekerja separuh mahir. Dalam masa yang sama, graduan TVET di negeri ini masih mencatatkan penempatan pekerjaan yang rendah. Kadar pengangguran pula 3.9% pada 2023 dan hanya menurun sedikit kepada 3.7% pada tahun 2025. Statistik ini menunjukkan bahawa negeri kita masih lagi berdepan dengan mismatch antara keperluan industri dan kemahiran tenaga kerja tempatan.

Pasir Panjang laluan. Terima kasih Timbalan Speaker sikit bila banjir tersentuh dengan isu yang dibangkitkan oleh Pasir Panjang. Sedikit isu yang berkaitan perumahan Pasir Panjang, Timbalan Speaker. Isu yang masih belum selesai hingga hari ini. Cuba tuan-tuan bayangkan 160 orang pembeli masih lagi boleh, masih lagi belum boleh duduk di rumah mereka yang mereka beli selama 9 tahun. Isu ini berlaku di D’Amar Residensi di Blok G dan H. Halaman Meru Aman. Status terkini rumah di Amar Residensi Meru Raya, Ipoh melibatkan 160 orang pembeli. Saya ringkaskan projek di Amar Residensi mewah ini diisytiharkan terbengkalai sebelum ini di jangka akan disambung semula akhir Julai dengan sasaran untuk mendapatkan perakuan CCC dan sebagainya. Dalam berita pun dah dikeluarkan gambar Menteri Besar, gambar Menteri KPKT, gambar Pengerusi Pengarah LPHP menjanjikan D’Amar Residensi antara 5 projek terbengkalai bakal dipulihkan 2024.

Surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Manjoi berada dalam Dun Parlimen Perdana Menteri. Isu ini isu yang sangat sensitif dihantar kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri dan daripada badan bertindak pembeli-pembeli apartment di D’Amar Residensi. Tuntutan segera penyiapan dan penyerahan projek perumahan ini apartment ini kemudian dihantar lagi kepada Timbalan Menteri YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Point saya di sini, YB Pasir Panjang dan Puan Speaker. Isu ini berterusan dah 9 tahun. Tuan-tuan bayangkanlah di sini sebahagian rakan-rakan tuan-tuan di sini sedang terseksa, maka kena bayar dengan bank, hutang pinjaman rumah tapi dah 9 tahun rumah mereka tidak boleh diduduki. Saya menuntut pihak Exco yang berkaitan Kerajaan Negeri tolonglah selesaikan isu penduduk di kawasan kami. Terima kasih kepada Pasir Panjang

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima Kasih Manjoi. Masukkan apa yang disebut Manjoi dalam sebahagian ucapan saya. Hal ini juga berlaku di Pasir Panjang berkaitan dengan perumahan Perakku Batu 14, yang saya bangkitkan beberapa kali dalam Dewan ini akhirnya dibuat penyerahan kunci secara rasmi oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Tapi saya pun tidak dijemput. Sekarang ini dah melebihi dah hampir tiga bulan. Ada kunci tapi tidak dapat masuk ke rumah tersebut. Kerana apa, kerana bekalan air belum dapat dibekalkan. Air belum dapat dibekalkan dan mereka datang berjumpa kita. Kata kita bayar sewa di tempat lain dan kita kena juga bayar untuk rumah yang diberikan kunci pada kita tapi tak boleh masuk. Ini saya minta Kerajaan Negeri selesaikan secepat mungkin, Insha Allah.

Timbalan Speaker, saya teruskan perbahasan saya jika isu yang saya sebutkan tadi tidak ditangani segera, Perak dirasakan akan menghadapi risiko besar industri bernilai tinggi seperti teknologi hijau, pembuatan berteknologi tinggi, automotif moden, maritim dan mineral, potensi akan terbantut. Pelabur mungkin pula mungkin akan memilih negeri lain yang mempunyai tenaga kerja yang lebih kompetitif. Lebih membimbangkan, kitaran gaji rendah akan terus berulang kerana rakyat tidak dapat menembusi pekerjaan berpendapatan tinggi. Pasir Panjang melihat bahawa projek-projek strategik negeri seperti Lumut Maritime Industry Industrial City, LuMIC, Proton City di Tanjong Malim serta pembangunan mineral dan nadir bumi di Hulu Perak memerlukan tenaga yang lebih jauh mahir daripada apa yang dihasilkan sekarang. Jika kita tidak membuat pembaharuan TVET secara terancang, pelaburan ini akhirnya tidak akan memberi faedah kepada rakyat negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua, maka berasaskan keperluan semasa Pasir Panjang mencadangkan agar Kerajaan Negeri menggubal Pelan TVET Perak 2026 - 2030 yang diselaraskan secara langsung dengan keperluan industri strategik negeri. Perlu dibina melalui kerjasama erat antara agensi pendidikan teknikal pemain industri utama seperti LuMIC, Proton City, industri mineral, politeknik, kolej vokasional dan institusi latihan tempatan. Selain itu, Pasir Panjang berpandangan bahawa latihan industri wajib sekurang-kurang selama 6 bulan perlu diperkenalkan sebagai syarat minimum bagi semua pelatih TVET di negeri ini. Mereka tidak boleh bergantung hanya kepada latihan dan dalam bengkel ataupun bilik kuliah tanpa pendedahan industri yang sebenar, graduan sepatutnya menyertai pasaran kerja dan kemahiran praktikal yang diterima pakai oleh majikan.

Dato' Seri Timbalan Yang di-Pertua, sebagai rumusan perumahan-perumahan dan pekerjaan adalah dua komponen yang saling berkait rapat. Rumah tidak akan terjual jika rakyat tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang stabil. Pekerjaan pula tidak akan berkembang tanpa modal insan yang berkualiti. Modal insan tidak dapat dibangunkan tanpa sistem TVET yang tersusun dan terancang serta berpandangan jauh. Jika dua isu ini dapat diberi perhatian secara serius dan menyeluruh, maka tema Perak Makmur, Rakyat Sejahtera akan menjadi kenyataan yang boleh dirasai oleh setiap keluarga di negeri ini. Timbalan Speaker mengakhiri perbahasan saya terdapat beberapa isu tempatan di Dun Pasir Panjang yang perlu diangkat semula untuk perhatian dan tindakan kerajaan. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua agensi yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir, agensi kerajaan, NGO, orang perseorangan yang turun membantu dan NGO seperti khidmat Malaysia, Jabatan Amal yang hampir tidak tidur mengeluarkan mangsa-mangsa banjir daripada kawasan Kampung Tersusun Batu 7 terutamanya.

Alhamdulillah, semuanya sudah dapat dikeluarkan. Insha Allah dan selepas ini mereka pula akan turun untuk membuat pembersihan rumah-rumah yang terkesan banjir. Insha Allah. Isu yang pertama ialah pertama Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memberi kelulusan untuk dibina bangunan Pejabat Agama Daerah Manjung yang kini menumpang kasih Pejabat Daerah dan Tanah Manjung. Saya yakin usaha-usaha sedang diambil untuk merealisasikan kewujudan Pejabat Awam Daerah. Namun ia memakan masa yang agak lama. Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar peruntukan diberikan untuk dipindahkan ke sebuah bangunan lain Pejabat Agama Daerah ke sebuah bangunan yang lebih yang lebih selesa yang lebih kondusif untuk beroperasi. Bayangkan Pejabat Agama Daerah Manjung memberi khidmat kepada lima Dun. Dun Pasir Panjang, Dun Pangkor, Dun Pengkalan Baharu, Dun Astaka dan juga Dun Pantai Remis. Mereka memerlukan…memerlukan satu ruang yang besar. Sekarang ini mereka ruang mereka terlalu kecil. Sampai PTA pernah rasa segan kalau orang datang ke pejabat dia sebab tak ada tempat yang yang sesuai yang selesa yang kondusif untuk mereka berurusan dengan rakyat.

Jadi saya harap Menteri Besar dapat memberi perhatian dan meluluskan peruntukan untuk dipindahkan mereka sementara ke bangunan yang lebih yang lebih selesa dan lebih sesuai. Kedua, Yang Amat Berhormat juga telah memberi kelulusan dalam Dewan yang mulia ini untuk diubah suai dan dinaik taraf sebuah surau untuk dijadikan Tadika Islam Perak di Felcra Gugusan Lekir. Saya menyampaikan ucapan kelulusan tersebut kepada guru-guru tadika, anak-anak tadika dan juga ibu bapa mereka. Begitu gembiranya mereka bila dijanjikan bahawa pada tahun 2026 mereka akan berpindah ke bangunan yang diubah suai. Bangunan yang baru bagi mereka ini tetapi sehingga hari ini tidak ada apa -apa yang dibuat. Saya tak tahu di mana salahnya. Adakah terdapat golongan yang tidak bersifat (ayat-alquran) kepada Menteri Besar hah tidak dengar dan tidak taat. Adakah golongan yang macam itu? Ataupun ada kesilapan di mana mana. Jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat, dapat melihat semula jumlah pelajar meningkat dan premis tidak sesuai langsung yang saya pernah sebut dalam Dewan dulu. Satu bilik, satu bilik satu ruang ada tiga orang guru, ada tiga tahap murid. Seorang guru bercakap semua dengar, guru lain pula cakap semua dengar, tidak kondusif dan MB telah berjanji untuk, untuk menaik taraf sebuah surau dan sehingga hari ini belum ada apa-apa yang, yang dibuat dan...dan seterusnya adalah berkaitan dengan hasrat dan permohonan warga daerah Manjung untuk diwujudkan sebuah sekolah berasrama penuh ataupun MRSM di daerah Manjung. Bila masyarakat sana tahu bahawa ada sidang Dun, mereka jumpa saya mereka whatsapp saya bagitau YB tolong YB. Minta kita ni tak ada the, the only district. Ok.

Timbalan Yang di-Pertua

Sikit lagi. Masuk perenggan terakhir.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Tiga minit je. Yang tidak dah ada seluruh kuasa penuh. Daerah yang kecik bukan kita-kita dengki, bukan kita tak setuju tak setuju, MRSM...MRSM ada, universiti pun ada. Di Manjung tidak ada sekolah asrama penuh. Jadi pernah Menteri Besar sahaja turun untuk buat pecah tanah. Tapi lepas tu kita tahu tanah apa jadi pada tanah itu dan apa jadi pada projek tersebut dan kita nampaknya belum lagi disenaraikan dalam rolling plan seperti mana yang dibentangkan semalam. Mohon respon Kerajaan Negeri dan kemudian, akhirnya cadangan saya kepada anak-anak Perak yang terlalu cemerlang dalam SPM, yang mendapat 10A Plus. Ramai yang cemerlang, tapi jarang-jarang ada mereka yang dapat 10A plus.

Di Perak ni dalam Malaysia ni saya tengok lebih kurang 200 orang sahaja. Di Perak ni tak lebih 10 orang. Jadi apakah kita harap kita harap macam mereka ini diangkat diambil oleh kerajaan, diberi biasiswa dan kemudian mereka ini diberi perjanjian untuk berkhidmat dengan negeri Perak. Kita ada banyak industri-industri mega yang mereka boleh ditempatkan pada satu hari nanti. Ini cream of the cream, jangan kita lepaskan. Kalau kita lepaskan negeri lain ataupun kalau mereka berhijrah ke luar negara, mereka tidak akan balik dah. Inilah yang permintaan saya kerana mereka ada dan diberikan mengikut merit mereka, bukan ikut kaum, bangsa dan sebagainya ataupun bukan mengikut kemampuan ibu bapa. Ada setengah mereka ini hebat, tapi mak bapak dia doktor pakar dan sebagainya. Jangan kita lihat doktor pakar, kerana itulah usaha anak dia selama 2 tahun untuk mendapat 10A plus dalam SPM. Jadi kita beri perhatian, sudah pasti mereka ini akan Insya Allah akan wujud sebagai modal insan yang sangat cemerlang yang bakal menjadi CEO, Managing Director company-company ataupun projek-projek mega yang kita akan, akan operasikan suatu hari nanti. Dato' Yang di-Pertua, Dato' Seri Yang di-Pertua, tahniah di atas anugerah dan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah Pegawai Khas Dato' Seri. Masih banyak berpandangan bahawa Bajet 2026 ini akan berjaya, tetapi mestilah, mestilah bergantung kepada beberapa faktor. Yang pertama tadbir urus yang berkesan, tadbir urus yang berkesan. Yang kedua ialah ketelusan dan integriti dan seterusnya kecekapan perlaksanaan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pasir Panjang.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Dato' Seri Yang di-Pertua.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pasir Panjang, Alor Pongsu celah sikit. Ok, saya ikuti perbahasan Pasir Panjang tadi. Setuju ke Pasir Panjang dengan saya. Program Perak Sejahtera 2030 ni berpaksikan kepada rakyat. Jadi, sejahteranya ialah bila rakyat Perak Sejahtera. Bukan kerajaan sahaja mendengar atas kertas Kerajaan Sejahtera. Tapi tak sampai ke bawah. Cara Pasir Panjang cakap dan apa yang Pasir Panjang cuba luahkan tadi, rakyat tak menikmati. Walaupun dapat sikit-sikit macam tampal tayar bocor tu. Terima kasih Pasir Panjang.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Alor Pongsu. Sebab itulah saya mengakhiri, saya membuat conclusion pembentangan saya dengan menyatakan bahawa akan berjaya akan sampai kepada rakyat. Sekiranya tadbir urusnya baik, berkesan, ketelusan, integriti dan kecekapan pelaksanaan. Dato' Seri Yang di-Pertua Pasir Panjang, mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang yang telah menamatkan perbahasan beliau. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan 20 minit, dipersilakan.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu 'Ala Asyrafil Anbiya Mursalin Wa'ala 'Alihi Wasahbihi Ajmain. Robbisrohli Sodri Wayassirli Amri, Wahlul 'Uqdatammil Lisani Yafqohu Qouli. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak muda yang mengikuti siaran langsung persidangan ini secara talian.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Changkat Jong untuk mengikuti sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Pembekalan Tahun 2026 dan usul Kumpulan Pembangunan 2026. Pada hari yang dipohon kemulian ini, saya mewakili warga Dun Changkat Jong dengan hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-Lah sempena ulang tahun keputeraan baginda bagi tahun 2025, Dirgahayu Tuanku. Sebagai peringatan kepada diri saya dan juga sidang Dewan sekalian, sabda Rasulullah SAW, sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain, hadis riwayat oleh Ahmad dan Thabrani.

Dato' Seri Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan dengan satu perkara yang barangkali sederhana pada pandangan sesetengah pihak, namun besar maknanya kepada rakyat di sana. Setiap kali belanjawan dibentangkan, rakyat tidak menunggu kita mengulang semula angka yang mereka sudah dengar. Jauh sekali untuk kita bersaing. Siapa yang paling lantang berkata-kata. Mereka menunggu suatu yang lebih asas daripada itu, iaitu keyakinan bahawa suara mereka benar-benar didengari ketika kerajaan menggubal hala tuju negeri, maka pada hari ini saya berdiri bukan sekadar sebagai anggota dewan yang mahu berbahas tetapi sebagai jambatan antara harapan rakyat dan keputusan yang dibuat di dalam Dewan yang mulia ini.

Dato' yang Seri Yang di-Pertua, apabila saya turun bertemu penduduk di kawasan saya, saya tidak perlu pergi jauh untuk memahami tekanan hidup mereka hadapi. Seorang ibu di kampung menunjukkan kepada saya bil elektrik yang tertunggak kerana pendapatannya hanya cukup untuk makan dan menyekolahkan anak. Seorang warga emas pula memberitahu bahawa sejak harga barang naik, duit pencennya hanya bertahan setengah bulan sahaja. Dua kisah ini bukan kisah luar biasa, tetapi mencerminkan realiti banyak keluarga di negeri Perak termasuk di kawasan Changkat Jong masih dalam keadaan kesusahan. Saya sedar dalam belanjawan ini, kerajaan menambah peruntukan kebajikan. Termasuk RM47.3 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta penambahan penerima Kad Perak Sejahtera dan beberapa program lain.

Namun, ia merupakan usaha yang boleh membantu keadaan masa tertentu sahaja. Sebagai wakil rakyat yang menggalas tanggungjawab semak imbang, kita tidak boleh menilai keberkesanan kebajikan sekadar melalui jumlah bantuan yang diagihkan. Yang lebih penting ialah, sejauh mana bantuan ini benar-benar mengurangkan tekanan kos sara hidup mereka. Hakikatnya, rakyat terhimpit bukan hanya kerana bantuan tidak mencukupi tetapi kerana pendapatan mereka jauh lebih perlahan berbanding dengan kenaikan harga barang pada hari ini. Ini masalah struktur dan ia memerlukan dasar yang lebih menyeluruh, bukan sekadar bantuan bersifat sementara. Soal kebajikan sepatutnya meliputi peningkatan pendapatan, akses kepada pekerjaan yang stabil, perkhidmatan kesihatan yang mudah dicapai dan harga perumahan yang tidak membebankan. Selain itu, sistem penyampaian bantuan juga perlu diperbaiki. Ada yang mengadu proses permohonan terlalu lama. Sebagai contoh, sepasang suami isteri datang ke pusat khidmat mengadu menghadapi masalah dari segi kewangan disebabkan hilang punca pendapatan si suami setelah mengalami kemalangan. Dalam masa yang sama, isteri tidak bekerja dan mereka perlu membayar sewa rumah serta menanggung anak anaknya yang masih bersekolah.

Justeru, kerajaan perlu mewujudkan bantuan kecemasan kewangan segera yang boleh menangani masalah yang dihadapati dihadapi sementara menunggu kelulusan bantuan kebajikan yang dipohon. Saya tidak nafikan pelbagai bentuk bantuan kebajikan yang sedia ada tetapi saya ingin mengingatkan bahawa rakyat mengukur kebajikan bukan melalui angka di atas kertas tetapi melalui rasa stabil dalam hidup mereka. Jika kebajikan mahu benar benar mengangkat maruah rakyat, ia mesti memberi keyakinan bahawa hidup mereka akan ada pembelaan apabila berlaku kecemasan dalam keluarga mereka. Inilah asas yang perlu kita perbaiki bersama. Memastikan kebajikan rakyat tidak menjadi sekadar peruntukan tahunan tetapi benar-benar memberi kesan yang nyata dalam kehidupan seharian.

Dato' Seri Yang di-Pertua, apabila kita bercakap tentang perumahan rakyat, kita tidak boleh menutup mata bahawa kemampuan Kerajaan Negeri menyediakan rumah yang benar-benar mencukupi dan berkualiti masih jauh daripada apa yang rakyat perlukan. Peruntukkan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri untuk program seperti Sayangi Rumahku, Skim Pinjaman Rumah Perakku Prihatin dan Program PPR memang wujud tetapi skala peruntukannya masih kecil berbanding jumlah permohonan yang masuk setiap tahun. Ini realiti yang tidak boleh kita sembunyikan.

Sebaliknya, majoriti projek perumahan besar seperti PRIMA atau Rumah Mesra Rakyat adalah projek pembiayaan Persekutuan bukan negeri. Ini bukan salah siapa tetapi ia menunjukkan satu perkara yang jelas tanpa campur tangan Pusat, Perak tidak akan mampu menampung permintaan rakyat terhadap rumah kos rendah dan rumah pertama belia. Dato' Seri Yang di-Pertua, di pusat khidmat saya juga didatangi seorang ibu tunggal yang menangis kerana permohonan PPR beliau masih belum berjaya. Hampir setahun tak silap saya ya walaupun sudah lama menunggu. Bila kita semak, masalahnya bukan kekurangan dokumen bukan tidak layak tetapi kerana senarai menunggu terlalu padat dan unit yang ada terlampau sedikit. Ini menggambarkan keadaan sebenar bahawa penawaran rumah rakyat masih jauh lebih kecil daripada permintaan.

Walaupun setiap tahun ada peruntukan yang kita umumkan. Golongan belia pula semakin bimbang ramai bekerja tetap namun masih tidak mampu menyediakan deposit rumah pertama. Harga rumah naik lebih cepat daripada naik kenaikkan gaji manakala unit mampu milik sangat terhad. Belanjawan negeri tidak menunjukkan lonjakan besar yang memberi keyakinan bahawa lebih banyak rumah berkualiti akan dibina untuk mereka dalam masa yang terdekat ini. Sebab itu, walaupun kita mengakui usaha yang ada, kita tetap perlu menyatakan perkara ini secara jujur. Perumahan rakyat di Perak belum berada pada tahap yang meyakinkan. Jika negeri benar-benar mahu menangani isu ini secara serius, kita perlukan strategi lebih besar daripada setakat menampung permintaan yang minimum ini. Rumah bukan sekadar bangunan. Rumah adalah titik mula kehidupan yang stabil dan selagi isu ini tidak diangkat sebagai agenda utama. Rakyat akan terus menunggu lebih lama daripada yang sepatutnya.

Dalam isu peluang pekerjaan belia, kita tidak boleh hanya bergantung kepada angka umum atau kenyataan yang optimistik. Yang penting ialah memastikan projek-projek besar yang diumumkan benar-benar diterjemah kepada pekerjaan yang stabil, berkemahiran dan sesuai dengan latar TVET anak-anak Perak. Negeri Perak kini memperkenalkan beberapa projek mega sebagai pemacu ekonomi termasuk Lumut Maritime Industrial City, LuMIC dan Automotive High-Tech Valley. Kedua-duanya memang digambarkan sebagai projek berimpak tinggi. Namun, Dewan ini wajar meneliti sejauh mana kesannya kepada peluang pekerjaan belia secara realistik.

AHTV di Tanjong Malim dijangka menjadi projek yang paling hampir memberikan impak langsung kepada tenaga muda berkemahiran dengan pelaburan yang dilaporkan mencecah RM32 billion perpindahan 3000 pekerja Proton daripada Shah Alam ke Proton City dan tambahan 7 ribu pekerja sehingga tahun 2027. Kita perlu memastikan bahawa anak Perak tidak hanya menjadi penonton dalam limpahan peluang ini. Namun persoalan utamanya ialah sejauh mana padanan kemahiran ini berlaku. Pada tahun 2024 seramai 2815 peserta mengikuti program TVET negeri tetapi hanya 896 orang berjaya mendapat penempatan pekerjaan. Perkara ini saya rujuk dalam Laporan Kemajuan Tahun Ketiga Perak Sejahtera 2030.

Nisbah ini penting untuk kita lihat tanpa padanan jelas dan dengan keperluan industri besar seperti AHTV angka latihan TVET akhirnya tidak membawa pulangan yang bermakna. Justeru, kerajaan perlu memperinci strategi perolehan agar belia hari ini tidak terpinggir daripada peluang maritim dan logistik apabila projek ini matang. Walaupun ada program amali LuMIC yang sedang dilaksanakan bilangannya masih kecil dan perlu diperluas sekiranya kerajaan benar-benar mahu menjadikan sektor maritim sebagai industri masa depan untuk tenaga muda Perak. Kita mempunyai 62 institusi TVET dengan majoriti tertumpu di lima daerah utama seperti Kinta, Manjung dan Larut Matang. Jika padanan antara kursus TVET dan keperluan tenaga kerja projek mega dibuat secara lemah atau tidak diselaraskan dengan industri, maka pelaburan besar ini tidak akan menjamin masa depan pekerjaan belia. Apa yang kita perlukan ialah jaminan bahawa setiap projek mega mempunyai unjuran tenaga kerja yang jelas. Kuota penyertaan belia Perak laluan penyertaan TVET yang ditetapkan lebih awal dan pemantauan berkala bagi memastikan rakyat negeri ini benar-benar menjadi penerima manfaat utama.

Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam aspek ekonomi mikro, tumpuan kita bukan hanya kepada angka makro yang besar tetapi kepada keupayaan kerajaan memastikan peniaga kecil, penjaja, pengusaha bengkel pasar malam dan usahawan dari rumah benar-benar dapat menikmati manfaat pertumbuhan ekonomi negeri. Usaha untuk memperkukuh ekonomi mikro perlu diselarikan dengan keperluan-keperluan di lapangan termasuk akses pembiayaan, latihan, permit yang teratur serta kemudahan fizikal yang membantu kelangsungan perniagaan. Kita menghargai pelbagai insentif kerajaan seperti program keusahawanan, bantuan modal kecil serta insentif digital yang diumumkan. Namun, apa yang penting ialah memastikan setiap program tersebut dapat disampaikan dengan cara yang lebih mudah, cepat dan mesra pengguna supaya peniaga mikro ini tidak terhalang oleh proses yang rumit atau syarat yang terlampau teknikal. Selain itu, penyelarasan antara agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu diperkemaskan agar tidak berlaku kekeliruan. Dari segi garisan, garis panduan, lesen dan sokongan operasi. Kita tidak meminta kelonggaran keseluruhan tetapi mahukan pendekatan yang lebih memahami realiti di lapangan terutama bagi peniaga kecil yang menjadi nadi ekonomi setempat. Dengan keadaan kos sara hidup yang terus meningkat, sokongan terhadap ekonomi mikro bukan lagi pilihan tetapi menjadi satu keperluan. Keupayaan kerajaan menambah baik ekosistem peniaga kecil akan menentukan sejauh mana rakyat merasai keberkesanan belanjawan yang dibentangkan.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebagai Ahli Dewan yang bertanggungjawab, saya menegaskan sekali lagi bahawa belanjawan ini mesti benar-benar menyentuh kehidupan rakyat di sana. Setiap peruntukan, setiap projek dan setiap inisiatif perlu diterjemah kepada hasil yang nyata. Peluang pekerjaan yang lebih baik, kos sara hidup yang lebih ringan, perumahan yang lebih tersusun serta ekosistem ekonomi mikro yang membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat. Kita bukan menolak usaha kerajaan tetapi kita menuntut agar pelaksanaan dilakukan dengan lebih cermat, lebih telus dan lebih berfokus supaya rakyat Perak tidak hanya menerima berita baik di atas kertas tetapi merasai perubahan itu dalam kehidupan mereka seharian. Itulah tujuan semak dan imbang yang kami bawa di Dewan ini. Memastikan setiap sen yang dibelanjakan dengan hikmah dan setiap dasar benar-benar memberi manfaat. Dengan harapan dan doa mohon, moga belanjawan ini menjadi asas kepada sebuah negeri yang bukan sekadar maju pada nama tetapi makmur pada realitinya serta menjamin masa depan yang lebih terjamin untuk rakyat Perak keseluruhannya. Changkat Jong. Mohon menyokong. Sekian wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat daripada Changkat Jong yang begitu berdisiplin sekali menamatkan perbahasan beliau tepat dalam tempohnya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk memulakan perbahasan. Dua puluh minit dipersilakan.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Terima kasih kepada Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Adun-Adun, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan ketua badan berkanun kerajaan, pengarah serta rakan-rakan media dan juga rakyat Negeri Perak yang sedang menonton sidang Dun Perak Live di atas talian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua dengan mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet Negeri Perak 2026. Belanjawan 2026 sekali lagi melakar sejarah baharu untuk negeri Perak kerana jumlah keseluruhan perbelanjaan dianggarkan mencecah RM1.61 bilion iaitu perbelanjaan tertinggi dalam sejarah negeri dengan pecahan Belanja Mengurus sebanyak RM1.045 bilion dan Belanja Pembangunan sebanyak RM568 juta. Berdasarkan unjuran hasil dan terimaan pembangunan berjumlah RM1.518 bilion jelas menunjukkan kedudukan fiskal negeri yang semakin kukuh dan terurus serta kesungguhan Kerajaan Negeri untuk terus melabur dalam projek-projek yang memakmurkan rakyat dan menjayakan agenda Perak Sejahtera 2030. Negeri Perak juga telah mencapai prestasi ekonomi yang semakin memberangsangkan. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri berkembang daripada RM80.6 bilion pada tahun 2023 kepada RM86.2 bilion pada tahun 2024.

Dengan kadar pertumbuhan 44%. Walaupun dunia berdepan tekanan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi global. Dari segi pelaburan, jumlah pelaburan yang diluluskan meningkat kepada RM11.77 bilion sehingga bulan September 2025, melibatkan 303 projek yang dijangka mewujudkan 9,127 peluang pekerjaan untuk rakyat negeri Perak. Pencapaian ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap negeri kita dan mengukuhkan kedudukan Perak dalam peta pelaburan negara. Saya yakin dengan pelancaran 2026 yang merupakan perbelanjaan tertinggi dalam sejarah negeri Perak digabungkan dengan pertumbuhan KDNK yang kukuh dan lonjakan pelaburan ini, ekonomi negeri akan terus dipacu dengan lebih pesat. Harapan saya agar kejayaan ini dapat diterjemahkan kepada lebih banyak peluang pekerjaan bergaji baik untuk anak-anak Perak supaya mereka yang kini bekerja di luar negara atau di luar negeri boleh pulang berkhidmat di tanah kelahiran sendiri. Tinggal dekat dengan keluarga dan pada masa yang sama bersama-sama membantu membangunkan ekonomi Negeri Perak.

Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin menyentuh mengenai prestasi ekonomi negeri Perak yang semakin menunjukkan perkembangan positif. Pertumbuhan KDNK yang meningkat, aliran pelaburan masuk yang mencecah lebih RM11 billion serta ratusan projek pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan dan semuanya merupakan indikator yang beri keyakinan kepada rakyat bahawa asas ekonomi negeri berada pada landasan yang kukuh. Dalam semangat perkembangan yang menggalakkan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memahami dengan lebih jelas bagaimana limpahan manfaat ekonomi ini dapat dirangka akan turut dirasai oleh kawasan seperti Kampar, kawasan tengah Perak termasuk Kampar dan Tanjong Malim…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Keranji, Alor Pongsu nak celah sikit sebelum you pergi jauh. Boleh saya celah sikit.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Saya tak cukup masa bagi saya habiskan dulu. Kawasan tengah perak termasuk Kampar dan Tanjong Malim mempunyai potensi yang besar untuk berkembang sebagai zon pertumbuhan baharu khususnya dalam sektor berasaskan teknologi, pendidikan serta agro moden. Kampar memiliki kelebihan yang tidak banyak daerah lain miliki iaitu institusi pengajian tinggi, tenaga muda yang berpotensi, keluasan tanah yang masih boleh dibangunkan serta kedudukan strategik berhampiran Lembah Klang dan Lembah Ilmu di sekitar Tanjong Malim. Semua ini memberi nilai tambah yang boleh dimanfaatkan sebagai pemangkin kepada pembangunan industri baharu seperti pusat latihan kemahiran, hub inovasi, teknologi hijau, pembangunan keusahawan anak muda serta projek-projek pertanian moden bernilai tinggi. Saya berharap Kerajaan Negeri mempunyai hala tuju khusus untuk memastikan Kampar turut menjadi sebahagian daripada agenda pertumbuhan ekonomi Perak. Dengan sedikit pendekatan strategi sama ada melalui insentif pelaburan, penyediaan infrastruktur sokongan atau koloberasi bersama institusi pengajian tinggi. Saya yakin Kampar berupaya berkembang menjadi pemacu ekonomi yang penting bagi wilayah tengah negeri. Dengan sokongan yang terancang, saya percaya limpahan pertumbuhan ekonomi, ekonomi negeri bukan sahaja dapat dirasai di Kawasan-kawasan utama tetapi turut membawa manfaat yang lebih seimbang kepada daerah seperti Kampar. Demi memastikan pembangunan negeri benar benar inklusif.

Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa kita sebelum ini telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi mengkaji rang undang-undang berkaitan isu haiwan merayap. Satu masa lama yang terus menyusahkan rakyat dan mencemar imej negeri. Jawatankuasa ini telah menyatakan, mengadakan beberapa siri mesyuarat dari Ogos 2004 hingga Mac 2025 dengan tujuan memahami secara secara menyeluruh punca masalah kesan terhadap keselamatan awam, kerugian ekonomi kepada penduduk serta para petani dan seterusnya mengumpul data yang diperlukan bagi merangka cadangan enakmen yang seimbang dan bimbing baik untuk penternak mahupun Kerajaan Negeri. Sebagai sebahagian daripada kajian perbandingan, Jawatankuasa turut menjemput Jabatan Perkhidmatan…Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang untuk memberi taklimat tentang pelaksanaan Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001 Negeri Pahang. Perbandingan ini menunjukkan bahawa penyelesaian telah lama wujud. Apa yang perlu hanyalah keazaman politik untuk melaksanakannya.

Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa telah pun menyerahkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Haiwan Berkeliaran Negeri Perak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada April 2025. Namun hingga hari ini kita masih belum melihat sebarang tindakan konkrit, jadual pelaksanaan yang jelas atau maklum balas rasmi daripada pihak Exco atau Pejabat Menteri Besar. Ini amat mendukacitakan kerana isu haiwan berkeliaran bukan isu remeh. Ia telah menjadi menjadi rungutan utama rakyat baik di kawasan bandar mahupun luar bandar, terutamanya terutamanya di Kampar dengan aduan melibatkan kemalangan jalan raya, kerosakan tanaman, ancaman keselamatan awam, kacau ganggu kepada peniaga kecil dan imej kawasan perumahan yang semakin terjejas. Rakyat merasakan seolah-olah Kerajaan Negeri tidak tegas dalam penguatkuasaan dan membiarkan masalah ini berlarutan tanpa kesudahan.

Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin menegaskan bahawa laporan yang telah disediakan oleh jawatankuasa bukan sahaja menjadi hiasan di rak pejabat. Ia adalah dokumen dasar yang matang, lengkap dan sedia dilaksanakan. Apa yang rakyat tuntut hari ini bukan lagi kajian tambahan tetapi tindakan segera. Sehubungan itu, saya mendesak agar pihak Exco segera mengemukakan kepada Dewan ini pelan tindakan rasmi berdasarkan syor Jawatankuasa Pilihan Khas dari semasa pelaksanaan yang terperinci dan keputusan Kerajaan Negeri berhubung cadangan penggubalan ataupun pindaan enakmen yang telah dikaji secara mendalam ini. Rakyat sudah menunggu cukup lama. Masalah sudah dikenal pasti. Cadangan penyelesaian sudah tersedia. Yang diperlukan kini hanyalah keberanian politik untuk melaksanakan.

Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri menerima banyak aduan mengenai anjing dan lembu berkeliaran yang mengundang risiko kemalangan menimbulkan masalah kebersihan mengganggu perniagaan kecil dan menyebabkan warga berasa tidak selamat terutamanya di waktu malam. Maka saya ingin meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri. Apakah status terkini rang undang-undang ini? Adakah draf awal enakmen telah disiapkan dan bilakah ia akan dibentangkan di Dewan Negeri Perak untuk dibahas atau dikuatkuasakan?

Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua. Isu Hospital Kampar bukanlah perkara baharu kerana ia telah dibangkitkan berkali-kali di Dewan ini. Hakikatnya, fasiliti sedia ada tidak lagi mampu menampung keperluan populasi yang semakin meningkat bukan sahaja melibatkan penduduk Kampar, malah masyarakat di kawasan sekitarnya seperti Tronoh Mines, Mambang di Awan, Manilawan dan sebagainya. Pertambahan penduduk serta perkembangan pesat kawasan ini telah menyebabkan beban perkhidmatan kesihatan semakin berat dan tidak lagi sepadan dengan kapasiti hospital yang ada. Hospital Kampar hari ini beroperasi dalam keadaan yang semakin mencabar. Pegawai perubatan terpaksa bekerja di bawah tekanan yang berterusan. Ruang rawatan semakin terhad dan proses mendapatkan rawatan menjadi lebih perlahan akibat kesesakan yang berlaku hampir setiap hari. Keadaan ini bukan sekadar isu operasi dalaman hospital. Sebaliknya memberi kesan langsung kepada keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat setempat yang bergantung kepada perkhidmatan di hospital ini.

Sementara kita semua memahami bahawa projek pembinaan hospital baru di Kampar telah dimasukkan dalam perancangan. Persoalan utama yang terus dibangkitkan oleh rakyat ialah bilakah proses pengambilan tanah akan disiapkan dan bilakah kerja-kerja awal pembinaan dapat dimulakan. Lebih-lebih lagi apabila Kampar kini berkembang sebagai sebuah kawasan pendidikan dan perkembangan baharu dengan kehadiran institusi pengajian tinggi, pembangunan kawasan perumahan yang pesat serta pertambahan penduduk berusia. Dalam keadaan ini, sebuah hospital yang lebih besar, lengkap dan moden bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan yang amat mendesak. Pembinaan hospital baru Kampar akan membawa manfaat besar kepada rakyat dengan mengurangkan masa menunggu rawatan, menyediakan kemudahan kecemasan yang lebih efisien. Ia meringankan beban hospital-hospital berhampiran juga, menarik lebih ramai pegawai perubatan dan pakar untuk berkhidmat di Kampar serta meningkatkan taraf kesihatan masyarakat secara keseluruhan.

Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan yang jelas daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai status terkini proses pengambilan tanah bagi hospital baharu Kampar sama ada satu garis masa rasmi telah ditetapkan untuk kerja-kerja awal dan fasa pembinaannya, serta bilakah penduduk kampung boleh menjangkakan satu pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan projek ini. Rakyat Kampar amat menghargai setiap komitmen yang telah dinyatakan, namun mereka juga berharap komitmen tersebut dapat diterjemahkan kepada tindakan yang jelas, nyata dan dapat dirasai. Hospital baharu ini bukan sahaja penting, malah amat mustahak demi masa depan Kampar.

Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, negeri Perak merupakan antara penyumbang penting dalam sektor pertanian negara. Namun begitu, di Kampar saya mendapati ramai petani kecil masih berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya berkaitan kepastian dan status tanah pertanian yang mereka usahakan sejak sekian lama. Ramai dalam kalangan mereka telah mengusahakan tanah tersebut lebih 20 atau 30 tahun. Namun sehingga hari ini masih belum menerima sebarang jaminan bertulis atau pajakan jangka panjang yang sah. Keadaan ini menyukarkan mereka. Mereka merancang pembangunan jangka panjang bagi kebun masing-masing serta membuat pelaburan dalam teknologi moden seperti aplikasi rumah hijau dan sistem pengairan yang lebih cekap. Saya percaya para petani ini sebenarnya mempunyai keinginan dan kesungguhan untuk memajukan hasil pertanian serta meningkatkan produktiviti mereka.

Namun begitu, ketidaktentuan status tanah telah menyebabkan mereka terpaksa bersikap berhati-hati dan bimbang untuk mengambil risiko pelaburan yang melibatkan kos yang besar. Dalam situasi ini, potensi sebenar sektor pertanian di Kampar tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya sedangkan ia mampu menjadi penyumbang yang signifikan kepada ekonomi negeri sekiranya diberikan sokongan dan jaminan yang sewajarnya. Jika negeri Perak ingin…ingin terus berkembang sebagai sebuah negeri yang menyumbang kepada keterjaminan makanan negara, maka isu kepastian hak terhadap tanah pertanian ini perlu diberi perhatian dengan serius. Kepastian ini bukan sahaja dapat membantu pertanian kecil meningkatkan hasil dan pendapatan mereka, malah dapat menjadikan sektor pertanian lebih stabil, tersusun dan berdaya saing.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri berhubung dasar pemberian hak milik atau pajakan tanah pertanian kepada petani kecil khusus, khususnya mereka yang telah lama mengusahakan tanah di kawasan Kampar. Saya juga ingin mengetahui sama ada kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan skim pajakan jangka panjang seperti 20 atau 30 tahun yang dapat memberikan keyakinan kepada petani untuk melabur dalam teknologi moden bagi meningkatkan pengeluaran. Selain itu, saya memohon penjelasan mengenai perkembangan semasa serta garis masa berkaitan permohonan tanah petani, pertanian yang telah lama dikemukakan oleh petani-petani di daerah Kampar. Saya yakin dengan adanya dasar yang lebih jelas serta proses yang lebih teratur dan telus, ramai petani kecil di Kampar akan dapat meningkatkan pengeluaran hasil mereka dan seterusnya menyumbang kepada keselamatan makanan negeri dan negara. Justeru, saya berharap agar isu ini dapat dipertimbangkan dengan teliti oleh kerajaan negeri demi kebajikan petani serta masa depan sektor pertanian negeri Perak.

Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini timbul kebimbangan dalam kalangan penduduk Taman Bandar Baru Kampar berhubung cadangan pembinaan sebuah pusat dialisis berhampiran Jalan Emas 5 dan Jalan Emas 6. Saya ingin menjelaskan bahawa berdasarkan maklumat yang saya terima, tanah tersebut adalah milik persendirian dan telah di zonkan sebagai tanah komersial sejak awal perancangan kawasan. Ia bukan padang awam dan bukan tanah kerajaan. Cadangan pusat dialisis ini mula dikemukakan oleh sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dengan tujuan membantu pesakit buah pinggang di Kampar yang semakin meningkat. Ramai pesakit hari ini terpaksa menunggu lama atau pergi jauh untuk rawatan. Walaupun saya memahami keresahan sebahagian penduduk, isu ini perlu dilihat dari sudut kemanusiaan dan keperluan kesihatan awam. Saya memohon supaya Majlis Daerah Kampar mengadakan sesi dialog bersama penduduk ataupun paling kurang mengeluarkan kenyataan media bagi menerangkan perkara ini dengan lebih telus termasuklah langkah pengurusan trafik dan persekitaran.

Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Kinta serta Jabatan Kerja Raya Kampar atas kejayaan projek mitigasi banjir di Kampar. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, banyak kawasan di Perak dilanda banjir kilat akibat hujan lebat. Namun, Kampar berada dalam keadaan yang terkawal hasil kerja naik taraf saliran terutama di sekitar Jalan Gopeng Maybank dan kawasan berisiko tinggi. Ini membuktikan bahawa apabila sesuatu projek dirancang dan dilaksanakan dengan betul, hasilnya dapat dirasai rakyat. Saya berharap peruntukkan kepada JPS dan JKR diteruskan dan dipertingkatkan bagi memastikan usaha penyelenggaraan dan pencegahan banjir berterusan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, kes buli yang semakin membimbangkan jelas menunjukkan bahawa kita tidak boleh lagi bersikap sambil lewa. Walaupun pendidikan di bawah bidang kuasa Persekutuan, Kerajaan Negeri tetap mempunyai peranan yang besar melalui agensi kaunselor dan komuniti. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menjalankan modul pendidikan karakter dan empati di sekolah melalui kerjasama NGO dan pakar psikologi. Kedua, mewujudkan talian aduan khas peringkat negeri. Untuk laporan buli secara selamat dan rahsia. Ketiga, melatih pelajar sebagai mentor rakan sebaya yang berfungsi sebagai orang tengah dan penjaga keamanan sekolah. Keempat, bekerjasama dengan PPD bagi menjadikan kawasan sekitar sekolah lebih selamat. Kelima mengaktifkan pusat komuniti dengan Program Kepimpinan Remaja dan aktiviti sihat selepas sekolah. Saya ingin tahu apakah langkah yang telah dirancang oleh kerajaan negeri untuk menangani masalah ini secara menyeluruh.

Dato' Seri Yang di-Pertua, ramai peniaga kecil di Kampar memiliki potensi tetapi kekurangan sokongan dalam aspek pendigitalan, pemasaran, dan pembungkusan produk. Bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam ekonomi baharu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyediakan pusat sokongan usahawan setempat untuk latihan pemasaran digital, fotografi produk dan penjenamaan. Kedua, menyediakan geran kecil khusus untuk membantu PKS menaiktaraf pembungkusan bagi tujuan pasaran lebih luas. Ketiga, menggalakkan penyertaan usahawan tempatan dalam platform e-Dagang dan program eksport mikro melalui kerjasama agensi berkaitan.

Dato Seri, Yang di-Pertua, salah satu rungutan utama rakyat Kampar adalah keterbatasan sistem pengangkutan awam terutama untuk pelajar, warga emas dan pekerja berpendapatan rendah. Saya mencadangkan kajian khusus untuk memperluas laluan bas negeri ke kawasan perumahan, institusi pendidikan dan kawasan industri di Kampar dan pelaksanaan projek perintis bas mini komuniti yang menghubungkan kawasan luar bandar ke pekan dan hub utama dan juga kerjasama dengan universiti dan kolej di Kampar untuk menyediakan laluan khas pelajar pada kadar subsidi. Pengangkutan awam yang cekap bukan sahaja mengurangkan kos sara hidup malah, ia meningkatkan produktiviti rakyat.

Dato Seri Yang di-Pertua, semua isu yang saya bangkitkan hari ini adalah suara sebenar rakyat. Mereka mahukan undang-undang yang jelas, dasar yang adil, kemudahan kesihatan yang mencukupi, ekonomi yang inklusif, persekitaran yang selamat dan sekolah yang bebas daripada keganasan. Saya berharap kerajaan negeri mengambil serius semua cadangan ini demi mewujudkan sebuah Perak yang lebih selamat, lebih makmur dan lebih berperikemanusiaan.

Dato Seri Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, izinkan saya merakamkan penghargaan kepada para pegawai di Pejabat Tanah dan Daerah Kampar. Sepanjang tiga tahun ini setiap kali timbul isu berkaitan tanah sama ada melibatkan pemilikan, sempadan lot, permohonan geran ataupun proses teknikal, mereka sentiasa memberikan kerjasama yang baik, respon yang cepat serta komitmen yang jelas untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sikap profesional dan bantuan yang diberikan oleh pegawai-pegawai ini telah banyak membantu saya dalam menyelesaikan aduan masyarakat di Kampar dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kecekapan perkhidmatan kerajaan. Saya berharap budaya kerja yang positif ini dapat diteruskan dan diperkasakan demi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan awam di Kampar terus berada pada tahap terbaik untuk kesejahteraan rakyat. Sekian pembahasan saya. Keranji menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Keranji. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Titi Serong untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua atas ruang dan kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mewakili warga Titi Serong turut membahas Bajet 2026 pada kali ini. Yang dihormati Yang Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Semanggol, rakan-rakan daripada blok kerajaan serta rakan-rakan perjuangan daripada blok pembangkang. Kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh kakitangan Kerajaan Negeri yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun. Usaha gigih mereka memastikan pentadbiran terus berjalan lancar dan rakyat menerima perkhidmatan terbaik wajar diberikan pengiktirafan di dewan yang mulia ini.

Sebagai mukadimah, sebelum saya menyentuh isu-isu yang memerlukan perhatian kerajaan, saya melahirkan rasa simpati dan solidariti kepada semua mangsa banjir di seluruh negeri Perak. Musim ini adalah waktu yang kritikal dan ia mengingatkan kita tentang keperluan kepada perancangan yang lebih tersusun. Pengurusan sumber yang lebih cekap serta pembangunan infrastruktur yang benar-benar berupaya melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dalam konteks itu, peruntukan puluhan juta ringgit yang disediakan dalam Bajet 2026, bagi menangani isu banjir seharusnya memberi kapasiti yang mencukupi kepada agensi-agensi berkaitan dalam menangani masalah banjir dan juga banjir kilat yang semakin kerap berlaku di beberapa kawasan termasuk di dalam kawasan Dun Titi Serong. Rakyat menaruh harapan agar peruntukan besar ini diterjemahkan kepada penyelesaian yang nyata dan juga berkesan.

Dato Seri Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu banjir yang sering melanda di kawasan Dun Titi Serong seperti Pusat Bandar Parit Buntar, Taman Kerian Tambahan, Dennistown dan terutamanya di kawasan Pekan Baru, Taman Pekan Baru. Daripada semua kawasan yang saya sebutkan sebentar tadi, Pekan Baru adalah yang paling berisiko. Kenapa saya sebutkan begitu kerana Pekan Baru adalah kawasan lama dan sekarang ini sedang giat dibangunkan pembangunan di kawasan sekitar yang menyebabkan tanah di Pekan Baru itu rendah dan secara automatiknya menjadi tempat takungan air sementara sebelum air mengalir ke Sungai Kerian. Kita tidak menolak pembangunan tetapi yang menjadi persoalannya adalah bagaimana pembangunan itu diurus supaya kawasan sedia ada tidak terjejas terutama berkaitan sistem saliran air agar banjir kilat tidak berlaku terutamanya di kawasan Pekan Baru tersebut.

Untuk makluman Dewan, terdapat satu saliran air utama yang menjadi nadi kepada aliran keluar air bagi penduduk Taman Pekan Baru dan juga Taman Kerian Putra menuju ke pintu Sungai Kerian. Kebergantungan sepenuhnya kepada satu saliran ini menjadikan kawasan tersebut sangat terdedah kepada risiko banjir kilat. Apabila air Sungai Kerian pasang dan dalam masa sama hujan lebat turun melebihi dua jam atau tiga jam sahaja maka kawasan Pekan Baru akan bertindak seperti kolam takungan yang mana air tidak dapat keluar dan kediaman penduduk mula dimasuki oleh air. Penduduk terpaksa menunggu air sungai surut terlebih dahulu sebelum air daripada rumah mereka turut surut. Inilah realiti yang mereka hadapi saban tahun kerana hanya saliran utama itu sahajalah laluan keluar yang ada. Maka persoalan saya kepada pihak kerajaan terutamanya JPS. Apakah di sana ada pelan komprehensif yang sedang dirangka untuk menangani banjir kilat di kawasan Pekan Baru dan Taman Kerian Putra tersebut? Saya mencadangkan agar menaik taraf pintu air utama di kawasan di saliran air tersebut kepada sistem pam automatik sebagaimana yang telah dilaksanakan di beberapa kawasan yang lain. Sehingga kini, saya tidak nampak lagi penyelesaian lain yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan tersebut melainkan dengan cara menaiktaraf pintu air sedia ada kepada pintu air pam secara automatik. Dato' Seri Yang di-Pertua. Selain daripada 2 kawasan yang saya sebutkan tadi, terdapat punca lain yang turut menyumbang kepada bencana banjir kilat di beberapa taman seperti Taman Kerian, kawasan Industri Taman Kerian, Taman Kerian Tambahan, Taman Damai, Taman Setia Jaya dan juga lain-lain kawasan.

Untuk makluman semua, di sana terdapat satu parit buangan air besar bersebelahan dengan KTM bermula daripada Bagan Serai lagi sehinggalah ke sempadan Perak dan Pulau Pinang. Masalah yang timbul adalah konflik tanggungjawab berkaitan dengan penyelenggaraan. Saya dimaklumkan parit yang besar tersebut di bawah tanggungjawab KTM tetapi sudah bertahun-tahun tidak diselenggara oleh pihak KTM. Bila ada aduan dibangkitkan, difahamkan pihak Majlis Daerah Kerian dan JPS terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak MDK dan JPS atas tindakan tersebut. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan siapakah yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk atasi masalah penyelenggaraan parit besar di sebelah KTM tersebut. Jika benar di bawah KTM, apakah usaha G to G yang telah dijalankan dan sejauh manakah perkembangannya? Rakyat Titi Serong ingin tahu kerana masih ada bahagian parit yang tidak diselenggara yang mana pada hari ini sangat berisiko untuk mengundang air masuk ke dalam rumah- rumah mereka.

Dato' Seri Yang di-Pertua, sebagai seorang anak muda saya amat bimbang dengan gelombang ketagihan media sosial dan ancaman keselamatan siber yang semakin meruncing termasuk di negeri kita ini. Kanak-kanak seawal 3-4 tahun telah menunjukkan simptom ketagihan skrin manakala golongan remaja pula semakin terdedah kepada buli siber, ugutan digital, perjudian dalam talian dan juga penipuan yang kian berleluasa. Di negeri kita ini berdasarkan data Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan CyberSecurity Malaysia, kes jenayah siber meningkat lebih 40% dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2023, Perak merekodkan kira kira 1,280 kes penipuan dalam talian merangkumi Scam Pelaburan e-Dagang, Love Scam, Macau Scam dan juga pada tahun 2024 menunjukkan angka ini meningkat kepada lebih daripada 1,600 kes dengan kerugian mencecah hampir 40 juta dan lebih menyedihkan adalah majoriti mangsa adalah dalam kalangan lingkungan umur 18 hingga 40 tahun iaitu golongan paling aktif menggunakan media sosial. Berdasarkan situasi ini, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah berikut memperkenalkan modul Literasi Digital Keselamatan Siber di sekolah peringkat negeri melibatkan pelajar, ibu bapa dan juga guru. Mewujudkan pusat intervensi ketagihan skrin bagi menangani isu depresi, kecelaruan tidur dan masalah fokus yang kini meningkat dalam kalangan remaja. Melancarkan kempen media, media sosial, berakhlak dan selamat sebagai agenda Perak Sejahtera 2030 bagi membentuk budaya digital yang sihat. Kesejahteraan Rakyat hari ini bukan lagi sekadar sosial dan ekonomi tetapi turut merangkumi kesihatan mental digital juga.

Dato' Seri Yang di-Pertua, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar dana untuk sektor pertanian di dalam negeri. Namun begitu, saya ingin bertanya mengenai janji bantuan insentif RM600 kepada para pesawah yang sehingga hari ini masih belum lagi dibayar dan juga dijelaskan. Apakah usaha Kerajaan Negeri Perak secara G to G dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan janji yang telah diumumkan oleh Kerajaan Pusat ini benar-benar direalisasikan? Jika suara rakyat dianggap kecil di luar sana, maka pada hari ini di Dewan yang mulia ini, saya bawa suara ribuan para pesawah untuk disampaikan dan didesak kepada pihak Kerajaan Persekutuan untuk tunaikan janji mereka ini. Samada jumlahnya besar atau kecil ia tetap memberi impak yang sangat signifikan kepada kehidupan para pesawah kita di negeri Perak yang tercinta.

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada suatu perkara yang menjadi tunjang kepada kesejahteraan negeri ini iaitu pembangunan kerohanian dan pengamalan nilai agama khususnya dalam kalangan umat Islam. Saya menyambut baik peruntukan sebanyak RM130.0 juta kepada Jabatan Agama Islam Perak tetapi peruntukan sahaja tidak memadai jika isu-isu dasar yang menyentuh kehidupan umat Islam masih belum diberi penyelesaian yang tuntas. Salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan isu hak pekerja Muslim yang terlibat dengan jual beli arak di premis-premis tertentu. Isu ini saya telah bawa dalam perbahasan awal tahun yang lalu. Namun sehingga hari ini, perkembangan yang konkrit belum kelihatan. Kita dah merdeka 60 tahun lebih kita masih belum berjaya keluar dari dilema ini. Anak-anak muda kita yang bekerja di kedai serbaneka atau pasar raya masih terpaksa berdepan dengan konflik antara tuntutan kerja dan juga keyakinan agama mereka. Ini bukan sahaja beban, ini bukan sahaja membebankan mereka dari segi moral, malah menjejaskan maruah dan hak asasi mereka sebagai penganut agama Islam. Namun dalam hal ini, saya ingin memberi jaminan yang jelas kepada rakan-rakan non-Muslim. Cadangan ini bukanlah untuk menghalang orang non-Muslim daripada minum atau membeli arak. Bukan sama sekali tidak.

Cadangan ini adalah untuk melindungi hak umat Islam agar mereka tidak dipaksa atau ditekan untuk melakukan tugas yang bertentangan dengan ajaran agama mereka. Inilah prinsip keadilan pekerjaan. Soal bukan soal menyekat kebebasan daripada mana-mana kelompok. Saya ingin tegaskan dengan sejelas-jelasnya kepada rakan-rakan non-Muslim, jangan bimbang dan jangan resah. Langsung tidak ada apa-apa dalam cadangan ini yang menjejaskan hak non-Muslim. Sebaliknya, saya mengajak rakan-rakan bukan Islam bersama-sama menyokong usaha ini kerana inilah sebenar makna toleransi beragama yang sebenar. Toleransi bukan sekadar hidup bersama tetapi saling memberi ruang kepada penganut agama lain untuk mengamalkan keyakinannya dan saling membantu memastikan hak masing-masing dijaga dengan baik. Kita saling memahami, saling menghormati, saling meraikan perbezaan pendapat. Itulah semangat Malaysia dan itulah jugalah semangat Perak.

Dato' Seri Yang di-Pertua, justeru saya berharap Kerajaan Negeri dapat merangka satu hala tuju yang lebih jelas melalui perbincangan bersama dengan pakar termasuk Jabatan Mufti, institusi akademik serta pihak-pihak yang berautoriti dan lain-lain bagi mencari penyelesaian yang tuntas terhadap isu yang dibangkitkan ini yang telah pun tidak selesai puluhan tahun ini. Kita mahu baki lima tahun menuju Perak Sejahtera 2030, benar-benar membawa kesejahteraan kepada ribuan pekerja Muslim di luar sana yang menanti jaminan terhadap keberkatan sumber pendapatan mereka serta ruang untuk mengamalkan ajaran agama mereka dengan baik. Dato' Seri Yang di-Pertua, seterusnya Dato' Seri kerajaan berhasrat untuk mencapai sebuah negeri yang sejahtera.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Titi Serong, mohon mencelah sikit

Ya, sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Ok. Terima kasih Yang Berhormat Titi Serong. Yang Berhormat Dato' Seri Speaker, setujukah Yang Berhormat Titi Serong supaya Pihak Berkuasa Tempatan negeri menyediakan satu termasuk tadi yang disebut hala tuju dan panduan khas kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan setuju juga Yang Berhormat Titi Serong peranan ini perlu dimainkan oleh semua pihak lah khususnya pemimpin-pemimpin masyarakat, rakan-rakan Ahli Dewan Negeri tidak kira ada mahupun di pihak mana pun supaya mengingatkan berkenaan dengan hukum berkenaan dengan arak ni sebab peranan kita sebagai pemimpin sebagai orang Islam, memang kita dalam amar makruf nahi mungkar. Kita nampak kemungkaran kita cuba cegah. Jadi setujukah Yang Berhormat Titi Serong dengan Pengkalan Hulu? Terima kasih.

Terima kasih pada sahabat saya Pengkalan Hulu masukkan daripada sebahagian ucapan saya pada hari ini. Dato' Seri Yang di-Pertua, kerajaan berhasrat untuk mencapai sebuah negeri yang sejahtera 2030, dengan menekankan aspek pembangunan modal insan dan juga politik sejahtera. Namun suka untuk saya ingatkan bahawa kesejahteraan ini mesti bermula daripada pemimpin yang menerajui pihak kerajaan. Dalam hal ini, Dewan tentu maklum tentang tindakan seorang Exco Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Pasir Bedamar yang telah memuat naik karikatur yang menghina Mursyidul Am PAS. Tindakan ini tidak sepatutnya lahir daripada seorang pemimpin kerajaan negeri Perak. Perbuatan jelik ini menimbulkan persoalan besar kepada kami di pihak rakyat. Kemanakah sebenarnya hala tuju pembangunan modal insan negeri, kesejahteraan bagaimana yang ingin dipandu oleh pihak kerajaan? Adakah ini yang dimaksudkan politik sejahtera versi DAP? Saya ingin tegaskan, tindakan ini bukan sahaja menimbulkan rasa pelik dan jelik dalam kalangan kami penyokong PAS dan juga Bersatu. Bahkan jika ditanya rakan-rakan di peringkat akar umbi UMNO, ramai di kalangan mereka menyatakan rasa tidak selesa dan malu dengan tindakan tersebut. Justeru, saya menasihatkan Yang Amat Menteri Besar demi menjaga maruah pentadbiran negeri Perak, insan dan sifat sedemikian tidak wajar diletakkan di barisan pimpinan utama Kerajaan Negeri Perak.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Titi Serong. Titi Serong. Sikit. Berkenaan dengan isu apa yang dibangkitkan berkenaan dengan sikap dan juga tata akhlak khusus Pasir Bedamar. Sebelum dia muatkan dalam muka buku dia berkenaan dengan Mursyidul Am PAS, Dato' Hashim Jasin. Sebelum pada tu, dia buat karikatur berkenaan dengan Ketua Pembangkang. Yang kedua, yang disebutkan juga oleh pembahas-pembahas sebelum ni. Dia jugalah yang berkempen dalam sekolah. Yang terakhir sekali, isu dia muat dalam muka buku dia, seorang insan yang dah hampir 80 tahun. Yang saya rasa cukup mendukacitakan dan sikap seorang yang berada di kerusi seorang Exco tak sepatutnya berjiwa seperti itu. Dalam keadaan kita nak berpolitik matang sejahtera, kita di era 2025. PMX pun berpesan dah macam-macam supaya kita berpolitik cara elok. Tapi ada seorang manusia. Saya rasa cukup kalau bahasa, bahasa kesatnya bangsat. Minta maaf. Saya tarik balik. Mintak maaf.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat saya. Saya bersetuju dan itulah yang saya nyatakan tadi. Imej dan maruah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Jika nak dijaga, sikap begini perlu dibuang. Bukan hanya sikap. Orang-orangnya pun patut kita buang. Jadi, Dato' Seri Yang di-Pertua saya tak nak panjang-panjangkan lagi. Sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa Bajet bukan sekadar angka. Ia adalah cerminan keutamaan Kerajaan dan gambaran hala tuju Negeri. Rakyat menilai bukan hanya apa yang diumumkan tetapi apa yang dilaksana. Maka segala isu yang saya bangkitkan hari ini, baik soal banjir, kesejahteraan rakyat, soal integriti kepimpinan untuk memastikan negeri Perak benar-benar bergerak ke arah yang lebih baik. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Dato' Seri Yang di-Pertua, saya menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Titi Serong. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat berikutnya iaitu daripada kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan, suka saya nak mengingatkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa saya Speaker. Sebagai Speaker kita faham bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, selain menjadi Ahli-ahli Dewan Negeri, menjadi Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan sebagainya, memegang jawatan dalam Dewan juga merupakan ahli-ahli politik dan ada perkara-perkara itu ialah ianya melibatkan ucapan-ucapan politik yang mungkin sesuai untuk dinyatakan di luar sana. Dalam gelanggang politik, di padang-padang, di dewan-dewan luar atau pun di tepi-tepi tempat-tempat umum yang lain tetapi ucapan-ucapan atau pun kata-kata yang hendak diucapkan di dalam sidang Dewan ini, walaupun sebagaimana terguris hati di luar, dalam gelanggang politik, janganlah di bawa dalam Dewan yang mulia ini dan mesti ada had dan sempadannya. Dia ada tempat. Ada setengah tempat itu kita perbincangkan. Kita perdebatkan di dalam sidang Dewan yang mulia ini mengikut adab dan tertibnya.

Ada tempat kita bincangkan di mahkamah. Ada tempat kita bincangkan di gelanggang politik di luar daripada sidang Dewan ini dan juga dalam mahkamah. Jadi saya nak ingatkan, kerana untuk menjaga keharmonian Dewan dan saya selaku Speaker, saya tidak akan membenarkan perkara-perkara ini. Untuk sempadan, adab dan tertib yang ada dalam sidang Dewan ini. Mana yang dalam gelanggang politik. Di luar gelanggang politiknya yang cara kaedahnya silat, sepak, terajangnya. Saya faham bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat ini tetapi kata-kata yang ini ucapan-ucapan ini mesti ada had dan sempadannya dalam sidang Dewan ini. Ok. Berikutnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan. 20 minit. Dipersilakan. Terima kasih.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri MB, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, para wartawan yang hadir dan semua yang mengikuti. Yang mengikuti perbahasan ini melalui pelbagai platform 'medsos', tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Pertama sekali, izinkan saya merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta seluruh jentera pentadbiran negeri atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2026 yang saya sifatkan sebagai satu usaha penuh iltizam untuk memperkukuh ekonomi negeri, meningkatkan sahsiah, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan Perak terus maju secara mampan. Belanjawan Negeri bukan sekadar dokumen angka. Ia cerminan hala tuju Kerajaan, keberanian membuat keputusan dan kesungguhan membina masa depan rakyat. Belanjawan Negeri Perak 2026 mesti menjadi belanjawan yang bukan hanya menyelesaikan masalah semasa tetapi memacu transformasi besar-besaran untuk Perak 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Sebagai wakil rakyat kepada rakyat, saya berkewajipan menegur, memperbaiki dan menambah nilai agar Belanjawan ini benar-benar memberi impak yang dirasai rakyat.

Di kesempatan ini, saya dengan hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda bagi tahun 2025. Saya juga ingin, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Speaker Dewan kerana telah dianugerahkan pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) dan 2 orang EXCO yang juga telah menerima pingat Dato' Paduka Mahkota Perak dan di sini juga saya ingin merakamkan simpati-simpati saya kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat di seluruh negara terutamanya di negeri Perak dan di kawasan Kuala Kangsar seperti di Guar, Ulu Piul, Ara Panjang dan beberapa tempat lagi.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2026 dianggarkan mencecah RM1.61 bilion iaitu perbelanjaan defisit sebanyak RM95.5juta. Dengan tema 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera'. Salah satu dari 4 Program Kesejahteraan Rakyat ialah peruntukkan sebanyak RM6juta bagi Program Bantuan Kotak Makanan iaitu kenaikan sebanyak RM1juta. Saya masih lagi tidak jelas bagaimanakah pengagihan kotak makanan ini dilaksanakan? Kami pihak YB yang menang dan dipilih serta diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mengurus pengagihan ini dinafikan hak. Apa yang kami hendak kami pastikan? Tiada golongan tercicir terutama ibu tunggal, warga emas yang terpencil, OKU dan khususnya keluarga B40 yang setiap hari berjuang untuk memastikan dapur berasap dan ada makanan di atas meja. Janganlah jadikan pemberian kotak makanan ini sekadar untuk mendapatkan keuntungan politik sempit dengan memberi keutamaan kepada ahli-ahli parti yang tertentu dan kepada kroni-kroni sahaja.

Dato' Seri Yang di-Pertua, tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana begitu prihatin untuk memperkukuhkan agenda perumahan rakyat dengan pendekatan bersepadu meliputi penyediaan rumah mampu milik, pembaikan kediaman usang, bantuan baik pulih rumah golongan miskin serta pembangunan kawasan perumahan baru yang terancang dan inklusif. Saya ingin menggesa Projek Perumahan Mesra Rakyat dipercepatkan terutamanya di kawasan luar bandar seperti di kawasan saya di Kuala Kangsar. Sewa rumah kos rendah hendaklah disemak semula agar selari dengan pendapatan rakyat. Penguatkuasaan terhadap rumah mampu milik yang disalahguna sebagai unit sewaan jangka pendek dan inisiatif perumahan mampu milik diperbanyakkan dengan syarat pembangunan yang tidak menekan kos sara hidup rakyat.

Dato' Yang di-Pertua, sebanyak RM49.9juta bagi projek Pemuliharaan Sungai Perlus, Pekan Lintang serta kerja berkaitan di daerah Kuala Kangsar yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK-13) bagi mengurangkan risiko bencana banjir dengan peruntuk ini. Dengan peruntuk ini, saya menggesa pihak JPS dapat memberi fokus kepada penjadualan maintenance berkala yang lebih teratur untuk parit, longkang dan sungai kecil. Peruntukan juga peruntukan tambahan bagi menaik taraf sistem perparitan utama dan sekunder lain keperluan menyelesaikan masalah parit tersumbat dan mengurangkan risiko banjir kilat serta sistem amaran awal banjir yang lebih tepat dan mudah untuk diakses oleh penduduk. Bencana banjir ini juga berkait rapat dengan aktiviti pembalakan sama ada yang sah atau yang haram. Saya mendesak pihak yang bertanggungjawab membuat pemantauan menggunakan drone ataupun satelit di kawasan-kawasan yang terlibat. Pihak yang terlibat juga perlu membuat audit bebas kawasan-kawasan yang sensitif seperti kawasan tadahan air dan juga pendakwaan terhadap aktiviti haram, terhadap aktiviti pembalakan haram. Selain daripada itu, pihak yang terlibat perlulah membuat penilaian impak alam sekitar yang telus. Maksudnya laporan yang tepat dan telus. Jika kita gagal menjaga alam sekitar, generasi depan akan membayar harga yang sangat besar.

Yang Berhormat Dato' Seri, di bawah Rolling Plan Pertama RMK Ke-13, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan telah meluluskan RM 2.5 juta bagi perolehan x-ray blood irradiator di Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Masalah yang lebih kritikal ialah kesesakan di bahagian kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Banyak aduan saya terima pesakit terpaksa menunggu sehingga 48 jam atau 3 hari di bahagian kecemasan sebelum boleh dimasukkan ke wad-wad kerana kekurangan katil di wad-wad. Ada satu kes. Ada satu aduan kes sampai kepada saya iaitu setelah tiga hari di kecemasan baru dapat dimasukkan ke wad dan setelah 10 hari di wad, pesakit pun meninggal dunia. Ini masalah ni. Setakat ini tiada usaha-usaha yang jelas untuk mengatasi permasalahan ini yang telah berlarutan begitu lama. Keadaan yang serupa juga berlaku di Hospital Taiping. Tiada juga kelihatan di mana-mana media arus perdana atau media sosial yang menyiarkan Menteri Kesihatan atau Exco Kesihatan datang membuat lawatan atau memantau keadaan hospital ini.

Yang baru-baru ini, kita lihat Ketua Pemuda MCA, Saudara Neow Choo Seong membuat lawatan mengejut ke Hospital Taiping pada 13 November 2025. Dalam video lawatannya, Encik Neow menunjukkan penggunaan katil kanvas di wad kecemasan. Sesetengah pesakit terpaksa dirawat di atas lantai semasa musim puncak termasuk CPR dijalankan di atas lantai apabila tiada katil tersedia manakala Unit Psikiatri menghadapi masalah penyenggaraan. Terdapat jubin yang pecah dan penghawa dingin yang tidak pun berfungsi dengan baik. Begitulah keadaan hospital di Perak terutama di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Hospital Taiping. Saya harap pihak berkenaan minta sangat buat satu tindakan dengan segera untuk mengatasi masalah ini.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, sejajar dengan pengumuman Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukan sebanyak RM 18.67 juta bagi pelbagai program dan projek pembangunan pelancongan. Sebagai wakil rakyat Bukit Chandan, izinkan saya menyentuh isu yang amat dekat dihati saya dan rakyat Kuala Kangsar. Perak mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan terutamanya pelancongan sejarah dan eko-pelancongan. Bukit Chandan merupakan kawasan yang kaya dengan sejarah Kesultanan Perak dan warisan budaya dan nadi sejarah Perak.

Kuala Kangsar mempunyai nilai sejarah dan budaya yang tidak ternilai. Bukit Chandan sendiri menempatkan warisan Diraja, seni tekat, labu sayong dan Keindahan sungai Perak. Sebagai Adun Bukit Chandan, saya ingin menekankan beberapa perkara yang berpotensi mengembalikan kegemilangan tersebut melalui yang pertama, pelan pelancongan warisan Diraja yang menghubungkan Bukit Chandan dengan bandar-bandar bersejarah lain di Perak. Nombor dua, insentif kepada pengusaha pelancongan mikro seperti pemandu pelancong tempatan, pengusaha inap desa dan artisan. Pembangunan laluan warisan Diraja Perak menghubungkan Bukit Chandan, Istana Kenangan, Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan serta menambah papan maklumat sejarah moden, sistem audio, sistem audio guide dan aplikasi pelancongan. Selain daripada itu, perlu kita mempergiatkan produk pelancongan komuniti seperti kraf kulinari tradisional dan persembahan kebudayaan dan kita juga perlu memberikan insentif kepada pengusaha inap desa, pemandu pelancong tempatan, pengusaha bot dan juga artis-artis tempatan dan kita juga perlu menyediakan latihan pemasaran digital untuk pelancong luar negeri dan juga luar negara serta penyelenggaraan kawasan pelancongan warisan perlu dipertingkatkan. Selain daripada itu, pembangunan Riverfront Park, Sungai Perak sebagai daya tarik dan rekreasi dan ekonomi. Dana pemasaran kita bagi mempromosi kraf tradisional ke peringkat antarabangsa. Pelancongan warisan bukan hanya memelihara identiti negeri tetapi memberikan pendapatan kepada pengusaha kecil.

Yang Berhormat Dato' Seri, terima kasih Kerajaan Negeri yang telah menaikkan satu, elaun guru KAFA sebanyak RM200. Menambah elaun guru I'dadi & guru Thanawi sebanyak RM200.00 ringgit. Peruntukkan RM1,000 kepada bakal haji. Elaun bulanan ketua kampung tradisional, ketua kampung cina dan ketua kampung india dinaikkan RM100 sebulan dan juga bantuan kepada orang asli dinaikkan. Saya berharap segala kenaikan gaji, elaun dan sumbangan ini bukan gula-gula untuk pilihan raya yang berkemungkinan pada tahun 2026. Di bawah pembangunan modal insan dan belia, kerajaan negeri menyediakan RM2.2 juta untuk program back to school. Tahun pertama sebagai YB, saya diberikan peruntukan sebanyak RM25,000. Pada tahun kedua, saya diberikan peruntukkan back to School sebanyak RM12,500 iaitu separuh daripada jumlah pada tahun pertama. Pada tahun ketiga langsung tiada peruntukan tersebut diberikan kepada saya dan saya terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membiayai program back to school.

Jadi di sini saya nak mintak penjelasan kenapa tahun pertama diberi, tahun kedua diberi separuh dan tahun ketiga tidak diberi langsung. Jadi pada tahun 2026 dengan peruntukan back to school sebanyak RM2 juta, apakah kami YB yang menang pilihan raya dan menjadi wakil rakyat kepada rakyat dinafikan hak untuk mendapatkan peruntukan back to school ini? Menafikan hak ini serupalah menafikan hak rakyat di kawasan saya. Dengan perbelanjaan yang besar iaitu RM1.6 billion, Kerajaan Negeri mesti bertanggungjawab memastikan peruntukan besar ini benar-benar membawa perubahan struktur kepada infrastruktur, kebajikan, pengurusan banjir dan pembangunan masyarakat. Jika tidak besar belanjawan ini hanya jadi taburan duit tapi faedah sebenar masih tidak sampai ke akar umbi. Sebagai Adun Bukit Chandan, saya akan terus memberi pandangan, teguran dan sokongan kepada apa jua dasar yang membawa kebaikan kepada rakyat.

Akhir kata, marilah kita membina sebuah Perak baru, Perak yang dihormati, Perak yang berdaya saing dan Perak yang memberikan harapan kepada setiap rakyatnya. Kita mesti membina Perak yang bukan sekadar maju di atas kertas tetapi maju dalam kehidupan rakyat. Semoga Allah memberkati. Semoga Allah memberkati usaha kita dalam memajukan negeri yang kita cintai ini. Saya Adun Bukit Chandan menyokong perbelanjaan ini demi memastikan setiap sen belanjawan memberi manfaat langsung kepada rakyat. Terima kasih Wabillahitaufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wasalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk memulakan perbahasan. 20 minit di persilakan.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Ya. Selamat Sejahtera. Salam Malaysia MadaniI dan Salam Perak Sejahtera 2030. Dato Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Negeri Perak, rakan-rakan Yang Berhormat dari pada blok kerajaan dan pembangkang. Yang berusaha ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri, rakan-rakan media yang seterusnya, para pemerhati dan penonton yang serta mengikuti sidang dewan atas talian. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perak kerana merekodkan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar berjumlah RM86.2 billion dengan pertumbuhan 4.4% pada tahun 2024 merujuk kepada laporan sosial ekonomi negeri Perak pertumbuhan ini banyak digerakkan oleh sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan. Dalam era persaingan global yang semakin sengit, teknologi dan kecerdasan buatan bukan lagi sekadar pelengkap tetapi telah menjadi enjin utama yang mendorong transformasi ekonomi. Sektor ekonomi digital dijangka menyumbang sehingga RM4.2 bilion kepada KDNK Perak menjelang 2030.

Susulan pelancaran dua dokumen strategik iaitu Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040. Kerajaan Negeri telah bertungkus lumus memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana. Namun, majoriti PKS kita masih terperangkap dalam paradigma tradisional. Mereka menghadapi halangan yang besar untuk beralih ke era digital. Sedangkan trend global telah lama berubah. Demi mencapai matlamat ekonomi bernilai tinggi, kita perlu mengkaji semula cabaran dan halangan yang dihadapi oleh PKS tempatan secara realistik. Terdapat empat cabaran utama yang dikenal pasti yang pertama ialah halangan kewangan. Pada tanggapan PKS, kos melabur dalam teknologi AI dan automasi adalah agak tinggi. Belum lagi pulangan pelaburan yang tidak jelas. Tanpa pembangunan infrastruktur digital dan pendigitalan pentadbiran awam yang kukuh. Kos pelaburan AI dan automasi akan kekal tinggi. Lebih-lebih lagi ramai PKS turut menghadapi masalah aliran tunai dan kekurangan aset kepada modal seperti pinjaman pre-insentif atau geran khusus. Kedua, jurang kemahiran tenaga kerja kita mengalami aliran keluar tenaga mahir dan ramai pemilik PKS tidak mempunyai kepakaran dalaman untuk memacu transformasi digital.

Program latihan sedia ada pula terlalu umum dan tidak memenuhi keperluan spesifik industri. Selain itu, ramai PKS kekurangan kakitangan IT dalaman atau penganalisis data lalu menyukarkan pelaksanaan integrasi AI atau sistem automasi walaupun mereka mempunyai hasrat untuk melakukannya. Ketiga, halangan psikologi dan budaya. Banyak PKS berpegang pada mentaliti biar apa asal lagi. So, dengan menganggap pendigitalan sebagai satu risiko yang tidak perlu. Faktor ini ditambah pula dengan ketakutan terhadap kerumitan teknologi dan keyakinan yang rendah terhadap inisiatif kerajaan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk bersikap pasif. Tambahan pula, jurang pengetahuan dalam kalangan pengusaha sektor pembuatan tradisional menyebabkan mereka sering menganggap AI sebagai teknologi yang jauh. Padahal sebenarnya AI boleh memainkan peranan dalam perusahaan inventori pemantauan pengeluaran dan pengurusan hubungan pelanggan. Keempat, ekosistem sokongan yang terpecah, PKS sukar untuk menavigasi pelbagai agensi kerajaan dan infrastruktur digital di kawasan luar bandar masih tidak mencukupi untuk menyokong aplikasi berteknologi tinggi.

Kekurangan sistem sokongan ini berpunca daripada perkhidmatan perundingan teknologi, sumber latihan praktikal serta bimbingan aplikasi AI dalam negeri yang masih terhadap. Hak ini menyumbang kepada kesukaran banyak perusahaan antara mencari rakan teknologi yang sesuai. Justeru, inisiatif pindah seperti pembangunan sistem prototaip kecerdasan buatan oleh Blind Malaysia Perak yang dikenali sebagai [email protected] yang bertujuan mempercepat serta memperkemas penyampaian maklumat perancangan bandar secara lebih tepat dan mesra pengguna perlu digerakkan dan diperluaskan. Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Speaker. Pembangunan teknologi bukan nak tukar satu jambatan tunggal tetapi adalah satu sistem yang merangkumi pendidikan, sumber manusia, peraturan serta pembangunan ekonomi dan sosial.

Selagi Kerajaan Negeri mempunyai hala tuju pelancongan, perancangan dan tindakan yang jelas dengan mendorong secara serentak empat aspek pendidikan dan latihan, pembinaan, infrastruktur, pemerkasaan industri dan ekosistem inovasi negeri Perak sepenuhnya berkemampuan untuk beralih daripada ekonomi berasaskan pembuatan dan sumber tradisional kepada ekonomi berasaskan inovasi pintar dan pengetahuan seperti yang terkandung dalam Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040 yang meliputi komponen infrastruktur digital pintar, tadbir urus pintar, ekonomi pintar, rakyat pintar, alam sekitar pintar, mobiliti pintar dan kehidupan pintar. Namun, isu-isu realistik mencerminkan bahawa Perak perlu menyelesaikan perusahaan tidak mampu tidak pandai tidak jumpa pakar secara sistematik dalam mendorong pembangunan teknologi dan AI. Justeru, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan praktikal dan mempunyai manfaat jangka panjang di peringkat Kerajaan Negeri dengan harapan dapat membina eko sistem ekonomi digital yang kompetitif untuk negeri Perak. Kerajaan Negeri perlu bertindak segera untuk beralih daripada peranan sebagai pengarah kepada rakan kongsi bagi melaksanakan penyelesaian strategi.

Langkah-langkah konkrit termasuk pertama melancarkan Program Pemandu Industri Perak, sebuah pasukan perunding industri akan ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan digital merangka pelan transformasi dan menjadi penghubung tunggal antara PKS dengan geran teknologi serta program latihan yang sesuai. Kedua, mewujudkan permintaan pasaran melalui perolehan kerajaan. Kerajaan wajar mengutamakan PKS yang kerap mengamalkan teknologi digital dalam tendernya dan mewujudkan kilang mercu tanda IR5. Sebagai contoh, kejayaan untuk diteladani oleh

TKS lain bagi membangunkan saluran bakat tempatan. Kerajaan boleh mewujudkan perkongsian dengan universiti tempatan untuk menawarkan kursus pengkreditan mikro yang diletak khas untuk industri perak seperti Sijil Automasi untuk pembuatan.

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Speaker. Tanggapan ekonomi bahawa serta pembuatan dan perkhidmatan saling eksklusif dan masyarakat akan beralih secara semula jadi kepada menyediakan lebih banyak perkhidmatan dan kurang pembuatan adalah tidak tepat. Adalah mustahak juga untuk memperkukuh perkhidmatan perundingan teknologi. Sumber latihan praktikal dan bimbingan aplikasi AI dalam negeri yang masih terhad pada masa ini. Penambahbaikan ini merupakan solusi segera bagi perusahaan yang tidak dapat mencari rakan teknologi yang sesuai. Pada hakikatnya, ketua-ketua sektor ini saling berkait rapat. Beberapa perkara telah beraja, kadang-kadang secara pahit bahawa mustahil untuk memisahkan perbuatan daripada perkhidmatan. So, perkhidmatan merupakan komponen penting dalam mana-mana ekonomi tetapi nya berkembang seiring dengan sektor pembuatan. Semakin canggih sektor pembuatan kita semakin jengket-jengket la perkhidmatan berkaitan yang akan wujud seperti operasi peraturan, perkhidmatan penerbangan serta penyelesaian logistik dan rantaian bekalan. Kita berubah daripada memandang perbuatan dalam perkhidmatan sebagai entiti yang berasingan, sebaliknya kita harus melihatnya sebagai sektor yang saling melengkapi, berkembang bersama dan memperkukuh satu sama lain, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang nilai tambah dalam kedua-duanya berhadapan dengan perubahan teknologi. Industri perkhidmatan di Perak perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Akhir kata transformasi digital bukanlah tentang teknologi semata-mata tetapi tentang membina budaya, inovasi dan kerjasama dengan melaksanakan langkah kerja pemangkin transformasi PKR Perak. Kita boleh mengubah relatif TKS dari pasif kepada progresif. Dari tradisional kepada teknologi dan dari setempat kepada global. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Jelapang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, khususnya Yang Berhormat Adun-Adun daripada kerajaan dan juga pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai negeri dan juga persekutuan, para pemerhati, wakil-wakil media, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, Kuala Kurau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan peluang untuk menyertai perbahasan sempena pembentangan belanjawan bagi tahun 2026.

Seterusnya, Kuala Kurau ingin terus menyentuh kepada isu berkaitan dengan peruntukan MARRIS bagi tahun 2026. Saya ingin menyentuh ucapan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan perenggan 64 dan 65 di mana Kerajaan Negeri dijangka akan menerima pemberian Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri ataupun MARRIS berjumlah

RM627 juta untuk menyenggara jalan-jalan yang berdaftar bagi tahun 2026, iaitu peningkatan sebanyak RM15 juta berbanding berbanding tahun 2025 dan Kuala Kurau amat bersetuju dengan saranan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, supaya jabatan-jabatan yang berkaitan dapat memastikan setiap jalan yang layak didaftarkan di bawah sistem MARRIS direkodkan dengan tepat, disemak secara berkala dan diselenggara mengikut keutamaan kawasan yang paling terkesan demi semata-mata untuk menjamin keselamatan dan juga keselesaan rakyat.

Justeru, untuk makluman Dun Kuala Kurau yang semua sedia maklum, ianya terletak di kawasan luar bandar di daerah Kerian ataupun di utara di negeri Perak yang mana Dun Kuala Kurau mempunyai jaringan jalan-jalan kampung dan juga jalan-jalan pertanian yang amat meluas ya dan ianya memerlukan penyelenggaraan jalan-jalan tersebut di sepanjang tahun kerana ianya mudah rosak, mendap, rebak, runtuh dan sebagainya. Terutama di kawasan Kerian Laut yang meliputi Mukim Kuala Kurau dan juga Mukim Tanjung Piandang.

Jadi untuk makluman sidang Dewan yang mulia pada petang ini. Kos untuk membaik pulih jalan-jalan kampung dan juga jalan-jalan pertanian yang yang rosak. Kos yang sekarang semakin mahal dan mungkin telah berlipat kali ganda akibat perubahan kaedah untuk membaik pulih jalan yang dahulu mungkin cukup sekadar turapan biasa tetapi sekarang apabila jalan tersebut runtuh ataupun rebak, ia memerlukan kaedah tanaman-tanaman tiang cerucuk dan juga membina benteng konkrit, terutamanya jalan yang runtuh di tepi parit dan tali air khususnya. Jadi sudah tentu ini melibatkan pendekatan kos yang cukup ketara. Jadi tak banyaklah jalan-jalan yang dapat dibaiki pada tahun ini kerana kita sedia maklum kerana kekangan peruntukan yang daerah terima bagi tahun 2025. Seterusnya masalah jalan rosak dan runtuh. Sebenarnya banyak faktorlah yang menjadi punca kejadian antaranya masalah fenomena alam seperti musim tengkujuh, air laut pasang besar, penggunaan jentera berat yang melalui jalan-jalan kampung seperti lori-lori yang mengangkut barang-barang daripada apa, syarikat-syarikat pembinaan ya, termasuk jentera pertanian, mesin padi, traktor dan sebagainya. Termasuk juga ada pandangan daripada orang kampung. Dia kata pelepasan pintu air yang kurang cermat. Dia kata sekarang ni yang jaga pintu air ni dia buka terlampau, terlampau luas.

Jadi air tu terlampau laju, terlampau deras. Dia hentam tebing. Bila benda tu berlaku terlampau lama akhirnya tebing boleh berlaku hakisan dan runtuh dan ia menjejaskan jalan-jalan kampung yang berada di sepanjang parit dan juga di sepanjang tali air. Justeru, saya memohon kepada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan agar dapat menambah sejumlah peruntukan yang lebih banyak pada tahun 2026, khususnya untuk di kawasan Kerian Laut lah di kawasan saya khususnya supaya jalan-jalan yang rosak, yang tak dapat dibaik pulih atau dinaik taraf pada tahun ini boleh dapat disegerakan pembaikan pada awal tahun hadapan.

Ya. Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, isu asasnya adalah berkaitan dengan Program Perumahan Rakyat Amanjaya, Parit Haji Wahab, Mukim Tanjung Piandang. Ada dua isu yang akan dibangkitkan iaitu yang pertama berkaitan dengan aduan penduduk di PPR Amanjaya II, Parit Haji Wahab, Mukim Tanjung Piandang berkaitan masalah loji kumbahan di kawasan perumahan mereka yang tidak diselenggara mengikut jadual yang sepatutnya oleh pihak yang berwajib. Saya telah bawa isu ini dalam Mesyuarat Tindakan Pembangunan di peringkat daerah dan dalam di peringkat daerah kita tak dapat nak diselesaikan dan isu ini perlu dibawa di peringkat negeri dan semasa kita bentangkan di peringkat daerah, kita telah menerima maklum balas daripada pihak Majlis Daerah Kerian dan daripada pihak IWK di mana pihak MDK menyatakan projek ini telah dibangunkan oleh SUK Perak bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan dilaksanakan oleh pihak JKR dan siap sekitar tahun 2016. Namun tiada penyerahan loji dibuat kepada MDK bagi tujuan penyelenggaraan. Pihak IWK pula memaklumkan terdapat loji di sebelah kanan dan kiri. Di sebelah kanan, pihak IWK melaksanakan penyelenggaraan. Namun, bagi di sebelah kiri bukan di bawah penyelenggaraan IWK kerana tiada penyerahan dilakukan walaupun kedua-dua loji tersebut berada di sebelah-menyebelah sahaja. Dimaklumkan juga air longkang di kawasan perumahan yang tinggi sering memasuki loji serta keadaan loji kini mengalami rekahan yang perlu diperbaiki.

Jadi, sekiranya berhasrat untuk diambil tindakan oleh pihak IWK, ianya perlu membaiki terlebih dahulu loji-loji sebelum membuat serahan kepada pihak IWK. Jadi, saya mohon kepada pihak Kerajaan Negeri melalui SUK ataupun LPHP untuk dapat meluluskan sejumlah peruntukan bagi membaik pulih loji tersebut dan seterusnya diserahkan kepada pihak IWK dengan kadar segera bagi tujuan penyenggaraan kerana masalah ini telah berlaku sejak sekian lama dan telah menjejaskan kesejahteraan kehidupan penduduk-penduduk khususnya di PPR Amanjaya II, Parit Haji Wahab, Mukim Tanjung Piandang. Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berkaitan dengan permohonan untuk membina sebuah dewan terbuka ataupun Arena Square bagi kegunaan penduduk-penduduk di PPR Amanjaya 1 & 2, Parit Haji Wahab, Mukim Tanjung Piandang yang berjumlah 100 buah rumah. Ya, sejak PPR tersebut mula didiami penduduk sejak tahun 2017 sehingga kini, mereka sangat sukar untuk menjalankan pelbagai aktiviti sosial, kenduri kendara, perjumpaan, mesyuarat, aktiviti sukan kerana ketiadaan dewan orang ramai yang sesuai. Terdapat sebuah kawasan lapang atau padang di PPR tersebut yang amat sesuai untuk dibina sebuah dewan orang ramai yang bersaiz sederhana yang sesuai mengikut keperluan penduduk di situ dan saya telah rujuk juga perkara ini kepada pihak Majlis Daerah Kerian dan pihak MDK telah menyatakan tiada halangan untuk kawasan padang tersebut dibina sebuah dewan orang ramai.

Justeru, saya memohon pertimbangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar ataupun Kerajaan Negeri agar dapat meluluskan sejumlah peruntukan untuk membina sebuah dewan orang ramai ataupun dewan terbuka mungkin dalam anggaran RM400 ribu ataupun RM500 ribu bagi tujuan seperti yang telah dinyatakan di atas bagi memenuhi hasrat dan juga impian penduduk-penduduk di PPR Amanjaya, Parit Wahab, Mukim Tanjung Piandang yang sangat-sangat memerlukan sebuah dewan orang ramai bagi keperluan mereka. Yang Berhormat Dato’ Seri yang Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membawa isu berkaitan dengan permohonan dewan orang ramai di pekan Kuala Kurau dan juga pewartaan tapak sebagai tapak dewan. Berkaitan dengan permohonan dewan orang ramai di pekan Kuala Kurau pula, saya telah dimaklumkan oleh pihak Majlis Daerah Kerian bahawa permohonan untuk membina sebuah dewan orang ramai di pekan Kuala Kurau kepada kerajaan persekutuan sebelum ini telah ditolak oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Kementerian Ekonomi.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri bahawa Pekan Kuala Kurau belum lagi mempunyai sebuah dewan orang ramai yang agak besar dan selesa walaupun penduduknya agak padat dengan rakyat pelbagai kaum. Jadi, saya mencadangkan sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan bolehlah mempertimbangkan kelulusan bagi membina sebuah dewan orang ramai yang saya kira paling kurang pun kalau dapat setara dengan Dewan PDT Tanjung Piandang yang ada sekarang ini yang juga dibina oleh kerajaan negeri pada suatu ketika dahulu. Sekiranya Kerajaan Negeri tiada kemampuan, saya juga ingin mencadangkan supaya permohonan dewan orang ramai di pekan Kuala Kurau ini dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri bagi RMK yang ke-13. Saya juga ingin memohon kepada pihak Kerajaan Negeri supaya dapat disegerakan pembatalan dan juga perizaban semula sebuah kawasan lapang di belakang Masjid Jamek Kuala Kurau untuk diwartakan sebagai tapak dewan orang ramai supaya tidak boleh lagi diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu yang mungkin berhasrat untuk membuat pembangunan lain berikutan lokasinya yang sangat strategik di tengah-tengah pekan Kuala Kurau dan saya juga amat bersetuju sepenuhnya dengan cadangan daripada pihak PDT Kerian untuk perizaban semula sebuah tapak lapang di belakang Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau untuk diwartakan sebagai tapak dewan orang ramai, tapak penjaja dan juga tempat untuk meletak kenderaan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan masalah banjir kilat di Kampung Tok Adam, Mukim Kuala Kurau. Masalah banjir kilat sering berlaku sejak sekian lama di Kampung Tok Adam, Kuala Kurau terutamanya ketika berlakunya hujan lebat yang berpanjangan sehingga menjejaskan beberapa rumah penduduk yang terdapat di situ. Baru-baru ini, satu projek perumahan telah diluluskan dan sedang dilaksanakan oleh pihak pemaju iaitu Elite Greenway Sendirian Berhad yang mengandungi 17 buah unit rumah kediaman. Projek perumahan baru ini menambah lagi kerisauan penduduk kerana dibangunkan terlalu hampir dengan rumah kediaman sedangkan masalah perparitan milik JKR dan juga JPS di hadapan dan di belakang Kampung Tok Adam masih lagi belum diselesaikan sepenuhnya. Justeru, saya memohon kepada pihak yang berwajib khususnya kepada pihak JKR dan juga JPS agar dapat segera meluluskan peruntukan bagi merancang dan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di hadapan dan di belakang Kampung Tok Adam, Kuala Kurau bagi mengelakkan risiko banjir kilat pada masa sekarang dan juga pada masa yang hadapan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, setakat itu sahajalah perbahasan Kuala Kurau pada petang ini. Sekali lagi, saya ucap terima kasih dan sekian Wabillahi hidayah wassalamualaikum wbt. Sekian wassalam.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Kuala Kurau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan daripada pihak pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media seterusnya yang dikasihi semua rakyat Negeri Perak dan Dun Rungkup yang mengikuti sidang Dewan Negeri, Mesyuarat Ketiga Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak

Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Sebelum memulakan perbahasan saya ingin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan sembah ucapan Selamat Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Dirgahayu Tuanku.

Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk turut membahaskan Belanjawan 2026 Negeri Perak Darul Ridzuan. Terlebih dahulu saya merafakkan setinggi kesyukuran kepada Allah Taala atas limpah perkenan dan keizinan-Nya jua saya dapat hadir ke persidangan ini untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2026 Negeri Perak Darul Ridzuan. Tidak lupa juga saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Seri Saarani bin Mohamad atas penyediaan dan pembentangan belanjawan tersebut. Saya buka bingkai bicara dengan membuat lakaran ringkas mengikut pemerhatian saya terhadap senario yang bakal kita lalui dalam tahun 2026.

Suasana geopolitik di peringkat global berkemungkinan tidak menjanjikan aman tenteram akibat beberapa rantau yang terus bergelora. Suasana sedemikian itu menempias kepada sektor ekonomi, sekali gus menimbulkan ketidaktentuan yang tidak nampak penghujung. Dalam masa yang sama sifat dan ciri-ciri ekonomi yang semakin dinamik dan kian mencabar turut dipengaruhi oleh fenomena perang dagang trade war di antara negara-negara superpower yang masing-masing mengidamkan mahkota kuasa ekonomi bagi menakluki sumber dan pembolotan ekonomi. Suasana ketidaktentuan di peringkat global sedemikian itu pastinya sedikit sebanyak menempias kepada negara kita kerana amalan ekonomi terbuka yang kita amalkan serta fenomena dunia tanpa sempadan tidak mengecualikan kita daripada tempias global. Negara yang kecil dari segi geografi dan juga ekonomi tidak kebal dari pengaruh luar. Berlatar belakangkan senario sedemikian itu kewajaran perlu dicari bagi menempatkan perekonomian negeri Perak di atas landasan yang kukuh supaya matlamat Perak Sejahtera 2030 tercapai jua hendaknya.

Manakala dalam konteks senario domestik pula tahun 2026 adalah di tahun ambang pilihan raya umum ke-16. Malah tak mustahil 2026 merupakan tahun PRU-16. Pelbagai kebarangkalian boleh berlaku di musim menghampiri PRU. Masing-masing pihak sama ada kerajaan atau pembangkang akan berikhtiar sedaya upaya untuk memenangi hati rakyat. Di pihak kerajaan, belanjawan yang menangani rakyat adalah instrumen penting untuk berdepan dengan PRU manakala di pihak pembangkang akan memperlekehkan apa jua perancangan kerajaan. Bertolak dari mukadimah itu saya memulakan pengisian bingkai perbahasan saya dengan menyentuh soal hasil negeri. Anggaran hasil negeri bagi tahun 2026 berjumlah RM1.48 bilion yang disumbangkan oleh tiga komponen utama iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil meningkat sebanyak RM80 juta berbanding anggaran tahun 2025. Ini merupakan pertambahan sebanyak 5.7%. Dicampur dengan terimaan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan anggaran jumlah Belanjawan Negeri Perak pada tahun 2026 adalah RM1.518 billion berbanding RM1.438 bilion pada tahun 2025 iaitu meningkat sebanyak RM80 juta 5.56%.

Dari sudut logika ekonomi semakin banyak sumber maka semakin banyak boleh dibelanjakan dan semakin banyak dibelanjakan maka semakin rancak pembangunan. Justeru, usaha gigih perlu diteruskan supaya hasil Negeri Perak dipertingkatkan melalui pembahagian sumber meningkatkan hasil bukan cukai melalui pelaburan langsung dan tak langsung adalah suatu pilihan yang boleh difikirkan. Dalam masa yang sama kelestarian sumber dan mengoptimumkan keberhasilan adalah hukum ekonomi yang perlu dijadikan pedoman. Walau bagaimanapun saya yakin dan percaya bahawa Belanjawan 2026 ini telah direncanakan sebaik mungkin berlandaskan prinsip berbelanja mengikut kemampuan dan kemaslahatan rakyat diutamakan. Anggaran hasil dan terimaan pembangunan bertambah daripada RM1.43 bilion pada tahun 2025 ke RM1.51 bilion bagi tahun 2026 dan kebijaksanaan pihak Kerajaan Negeri membuat agihan mengikut keutamaan patut dipuji. Jadi jumlah tersebut perbelanjaan bagi Maksud Pembangunan diperuntukkan sebanyak RM568 juta iaitu 37.4% daripada jumlah belanjawan. Dari segi peratusan ianya sama dengan belanjawan tahun lepas.

Situasi begini boleh mengamit persoalan kenapa tidak dipertingkatkan walhal negeri amat memerlukan suntikan belanja pembangunan yang lebih besar bagi merancakkan program pembangunan menuju Perak Sejahtera 2030. Persoalan ini tidak sukar dijawab kalau disandarkan kepada situasi ekonomi tidak menentu seperti yang digambarkan dalam mukadimah saya tadi. Selain dari itu amalan berbelanja mengikut keupayaan adalah suatu pilihan yang bijak dalam senario ekonomi yang dijangka hostal dan tidak menentu.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kalau disusun lapis keperluan rakyat mengikut keutamaan tentu tak silap kalau dikatakan keutamaan paling atas ialah keterjaminan makanan dan daya perolehan rakyat untuk mendapatkan makanan yang cukup dan berkhasiat. Dalam konteks ini saya beranggapan peneraju utama ialah Jabatan Pertanian manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perikanan adalah komponen penting dalam pencapaian matlamat keterjaminan makanan. Peruntukan yang disediakan dalam Belanjawan 2026 untuk jabatan-jabatan tersebut adalah seperti berikut. Jabatan Pertanian RM30.9 juta, Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM23.6 juta. Memandangkan peri pentingnya keterjaminan makanan saya berpendapat peruntukan untuk jabatan-jabatan berkaitan perlu ditambah ke paras yang mampu merealisasikan program-program terbabit.

Sehubungan dengan perkara ini izinkan saya memetik ucapan YAB Menteri Besar di Majlis Executive Talk Tahun Baru 2024 yang berbunyi: “Kita perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan dan kapasiti yang ada untuk meneroka cabang-cabang baru ekonomi termasuklah sektor ekonomi biru yang semakin menjadi perhatian terutama dalam menggali potensi ekonomi dari laut, kawasan pesisir dan perairan tawar”. Konsep ekonomi biru ini selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam agenda keterjaminan makanan, pembangunan sosial dan kelestarian alam sekitar. Untuk rekod pada tahun 2023, negeri Perak menyumbang RM2.53 bilion nilai perikanan tangkapan dan RM590.7 juta daripada agrikultur meletakkan Perak di tempat kedua selepas Sabah dan tertinggi di Semenanjung Malaysia. Manakala dari segi agrikultur Perak adalah tertinggi pada tahun 2023 iaitu sebanyak 70,097 tan metrik.

Justeru peranan Jabatan Perikanan perlu diperkasa supaya sektor ekonomi biru boleh menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negeri. Jika sektor ekonomi biru boleh berkembang pesat rakyat di kawasan saya contohnya di Dun Rungkup bolehlah bergantung harap untuk mendapat menafaat terutama penduduk di persisiran pantai. Berkebetulan pula dalam draf Rancangan Tempatan Daerah Bagan Datuk 2035 yang bertemakan Daerah Agro Pelancongan dan Maritim Wilayah Perak Selatan berhasrat mencapai matlamat membangunkan ekonomi daerah Bagan Datuk berasaskan perikanan, agro makanan dan industri komoditi.

Selain dari itu dalam Laporan Kemajuan Tahun Ketiga Perak Sejahtera 2030 terdapat beberapa program termasuk Skim Pembiayaan Pinjaman Tanpa Faedah, Geran Program Asnaf Berjaya, Program Latihan Kemahiran Pertanian, Pinjaman Tabung Usahawan, panduan menanam herba dan landskap, panduan menanam buah-buahan dan sayuran, panduan menanam padi dan tanaman ladang dan pelbagai lagi yang menokok pemboleh cara kepada matlamat keterjaminan makanan. Semua ini memerlukan sumber dana yang mencukupi untuk merealisasikannya. Selain dari soal keterjaminan makanan, perkara kedua yang dekat di hati saya ialah perumahan rakyat. Saya menyanjung tinggi ikhtiar pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Untuk itu Kerajaan Negeri terus komited menyediakan kediaman mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah. Bagi maksud itu beberapa program Rumah Perakku Prihatin telah dilancarkan di Daerah Hilir Perak, Kampar, Kerian, Kinta, Manjung, Muallim dan Perak Tengah dan saya berharap ianya dapat juga dilaksanakan di daerah Bagan Datuk.

Di samping mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri memanafaatkan peluang berbahasa ini untuk menyuarakan pendapat seperti berikut. Masyarakat kita semakin menua. Menjelang tahun 2030, dijangka kira-kira 15% penduduk Malaysia adalah terdiri daripada warga yang berumur 60 tahun ke atas. Dalam konteks negeri Perak, sebilangan besar anak-anak Perak yang bekerja di negeri-negeri lain akan balik ke negeri Perak sebagai pesara kerana kos sara hidup di Perak secara relatif lebih rendah. Lumrahnya mereka yang bersara sudah tinggal separuh gaji, sekali gus sebilangan besar daripada golongan ini adalah dalam kumpulan B40. Lantaran itu mengalami kesukaran untuk mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah. Faktor usia yang sudah lanjut dan ketiadaan tanah milik sendiri menjadikan lebih rumit. Golongan warga emas ini tidak harus dibiarkan mengisi sisa-sisa hidup mereka dalam keadaan daif. Pihak Kerajaan Negeri perlu mencari ikhtiar bagaimana hendak menangani masalah ini.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, pada setiap tahun golongan anak muda, lepasan sekolah, maktab dan universiti semakin ramai mencari pekerjaan. Jika jumlah kehilangan pekerjaan tidak cukup untuk menampung permintaan, bilangan penganggur akan bertambah. Masalah ini tidak berhenti di situ malah akan menempiaskan kepada masalah-masalah lain. Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas pelbagai usaha untuk mengatasi masalah ini. Di antara usaha yang dijalankan termasuk Klinik Kerjaya kelolaan PASAK yang mencakupi pelbagai bidang kebolehpasaran golongan pencari kerja. Walau bagaimana pun, kita perlu menerima hakikatnya bahawa bukan semua kasut boleh sesuai dengan semua kaki. Begitulah juga dengan ragam pencari kerjaya. Justeru, pada kesempatan ini saya ingin mencadangkan supaya suatu kaedah dan program diwujudkan bagi membabitkan peranan ibu bapa dalam pencarian kerjaya untuk anak-anak mereka. Melalui kaedah ini akan terjalin semangat kebersamaan di antara anak dan ibu bapa dalam pencarian dan pemilihan kerjaya serta lakaran hala tuju yang lebih jelas, ke mana arah dan potensi kerjaya yang dipilih.

Selain dari itu, kaedah ini juga boleh mengurangkan pembaziran bakat kerana tersalah pilih kerjaya atau pun bekerjaya di bidang yang tidak sesuai dengan kemahiran atau bidang pengajian. Jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat di kalangan ibu bapa juga boleh membantu dalam pemilihan kerjaya yang sesuai untuk anak-anak yang sedang mencari kerjaya. Harus diingat bahawa di kalangan ibu bapa juga terdapat calon majikan untuk pencari kerjaya. Melalui rangkaian yang sedemikian itu akan membantu kecapaian matlamat yang berteraskan 3Q dengan izin quality opportunities, quality income dan quality living. Dalam perancangan kerjaya, prinsip 3Q itu adalah teras kepada kemaslahatan insan dan tonggak kepada produktiviti dalam dunia kerjaya. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal pelaburan. Alhamdulillah, kemasukan pelaburan ke negeri Perak terus menggalakkan dan telah mencecah RM11.7 bilion pada tahun ini. Apa yang ingin saya suarakan di sini ialah kemanfaatan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari pelaburan itu kepada rakyat tempatan. Bagi menjimatkan masa, mungkin sesuai saya sampaikan maksud saya dengan berkias dalam sebuah dalam bentuk pantun yang berbunyi,

Anak nelayan turun ke laut, Baru berdayung hujan gerimis, Pelabur datang untung dikaut, Anak tempatan sambung menangis.

Dalam istilah perekonomian, kiasan yang saya sebut dalam pantun itu sering disebut sebagai multiplier effect dan spill over benefits dengan izin atau kesan berganda dan limpahan manafaat. Sejarah telah mengajar kita bahawa pembangunan zon-zon perindustrian sering melupakan peri pentingnya menjaga kemaslahatan rakyat setempat. Sesungguhnya pengwujudan zon-zon pembangunan industri membuka banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan. Namun jangan dilupakan peri pentingnya soal perumahan, kesihatan, pendidikan dan lain-lain keperluan golongan pekerja. Sering berlaku apabila sesuatu kawasan itu dibangunkan, rakyat setempat terpinggir kerana skim perumahan yang dibangunkan berstatus mampu tengok bukan mampu beli atau mampu sewa oleh golongan pekerja berpendapatan rendah. Akhirnya wujud kluster kependudukan baru manakala rakyat atau penduduk asal semakin terpinggir menjadikan seolah-olah wujud masyarakat dua darjat.

Dato' Timbalan YB Timbalan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana telah mendengar denyut dan nadi rakyat di Dun Rungkup yang mana projek tebatan banjir Bagan Datuk telah pun ditangguhkan. Walau bagaimana pun, ianya menjadi satu pengajaran kepada kita kerana menjadi satu kerugian lah projek itu ditangguhkan walau pun tidak dibatalkan. Yang saya mohon adalah supaya di masa-masa yang akan datang, kita memperketatkan lagi SOP kita supaya sesi libat urus itu dijalankan dengan lebih kemas kerana mengikut rekod JPS, ada sesi libat urus diadakan waktu covid dahulu tetapi yang anehnya saya tak terlibat, ketua kampung pun tak terlibat dan orang-orang kampung pun tidak terlibat. Jadi itu yang menjadikan masalah apabila projek ini nak dilaksanakan, orang-orang kampung telah membantah dan oleh kerana itu, projek ini terpaksa ditangguh.

Jadi rugi masa. Jadi di masa-masa yang akan datang, saya harap kita akan boleh bekerjasama dengan lebih baik supaya tidak tertangguh projek-projek yang nak dilaksanakan oleh JPS dan menyebut tentang JPS ini, saya juga bersetuju dengan Sungai Manik sebentar tadi yang menyatakan bahawa bajet peruntukan untuk JPS ini perlu ditambah kerana sebagaimana yang saya sering nyatakan sebelum ini di dalam sidang Dewan yang lepas, contohnya di Bagan Datuk ini ban kami ada 50 kilometer Timbalan Yang di-Pertua, dan oleh kerana itu setiap kali air pasang besar akan ada fenomena ban-ban yang pecah dan itu memerlukan JPS untuk melaksanakan kerja-kerja menutup ban-ban itu tetapi kalau kita lebih proaktif untuk menguatkan ban itu sebelum ianya pecah, maka ianya Insha Allah tidak pecah. Jadi daripada kita mengambil pendekatan fire fighting, saya rasa lebih baik kita mengambil pendekatan proaktif untuk dari masa ke semasa mengkaji kedudukan ban-ban di seluruh atau pun di sepanjang 50 kilometer tersebut dan buat kerja kerja proaktif untuk memperkukuhkan ban-ban tersebut, itu adalah merupakan pendekatan yang lebih baik.

Selain daripada itu, Timbalan Yang di-Pertua, kawasan saya pada masa ini dilanda banjir. Macam juga banyak-banyak di kawasan-kawasan lain, lebih daripada 500 mangsa sedang berada di empat (4) pusat pemindahan sementara dan apabila berlaku bencana seumpama ini, kita merasakan bahawa dana yang disediakan, dana kecemasan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui pejabat-pejabat daerah memang tidak mencukupi. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula jumlah bantuan kecemasan yang hanya merupakan token RM200 ke RM500 itu dapat dikaji semula kerana apalah yang dapat mereka lakukan dengan RM200 ke RM500 Timbalan Yang di-Pertua.

Jadi sebagai penutup, Belanjawan 2026 merupakan bajet paling besar dalam sejarah negeri Perak walau pun berdepan dengan sinario ekonomi yang dijangka tidak menentu, kemampuan dan keberanian merangka belanjawan yang sedemikian, pengisiannya adalah suatu yang wajar dipuji dan diberi. Bersekali dengan iringan doa, semoga negeri Perak tercinta ini dirahmati dengan kemajuan dan kemakmuran jua hendaknya. Setenang awan di langit ditiup angin, beraraklah ia. Jika terkurang jangan diungkit, syukurlah setakat apa yang ada. Ke mana Perak hendak dibawa, sudah terang lagi bersuluh, seperti yang terkandung dalam Program Perak Sejahtera 2030. Kini kita sudah berada di tahun kedua pelaksanaannya. Baki tiga tahun menjelang 2030 tidak harus dianggap suatu perjalanan yang mudah. Kira-kira dipertengahan baki perjalanan itu akan diadakan Pilihan Raya Umum Ke-16. Kelangsungan dan pencapaian Perak Sejahtera 2030 bergantung pada iltizam kita bersama berpandukan prinsip yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing hati, gajah sama dipapah, hati nyamuk sama dicicah. Dengan kata-kata itu, saya mengakhiri perbahasan saya. Jika terdapat sebarang sebab yang tidak disenangi, kemaafan dipinta.

Rintik-rintik hujan gerimis, Snggah berteduh di pohon jati, Bawalah balik mana yang manis, Barang yang keruh ditinggalkan di sini.

Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah, sassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rungkup mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Rungkup. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bismillahirrahmanirrahim, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.(Bacaan Solawat). Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan. Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Adun Kota Tampan, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ex-officio, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, seluruh Yang Berhormat daripada kerajaan dan juga blok pembangkang, ketua jabatan, pegawai Kerajaan Persekutuan dan negeri, rakan-rakan media, pemerhati dan seterusnya sekalian rakyat negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada petang ini.

Selawat dan syukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana kita masih lagi berada dalam Dewan ini untuk mengikuti perbahasan bajet. Insha Allah saya memulakan perbahasan Belanjawan 2026 dengan potongan ayat Al-Quran daripada surah An-Nahl, yang bermaksud “Dialah yang menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan padanya kamu mengembala dan juga ternakan kamu. Dan dengan air hujan itu juga menumbuhkan untuk kamu tanaman-tanaman zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah subhanahu wata'ala bagi orang-orang yang berfikir”.

Setinggi-tinggi tahniah di atas Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang membentangkan Belanjawan Perak yang saya rasa pada kali ini yang cukup tinggi dan kita mengharapkan ianya memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Perak dan Insha Allah mudah-mudahan tiada ketirisan dan juga apa-apa yang kita tidak ingini. Atas rasa bertanggungjawab sebagai sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang komited untuk menjamin ketahanan makanan rakyat negeri Perak, dalam perbahasan Bajet 2026 ini, isu keterjaminan makanan diberi keutamaan dan juga menjadi fokus utama dalam perbahasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana ia menyentuh hal kebajikan, keselamatan dan kestabilan jangka panjang negeri kita. Izinkan saya menegaskan negeri Perak mempunyai dan juga memiliki potensi besar dalam sektor pertanian dan ini adalah tunjang penting dalam memastikan keterjaminan makanan melalui Kadar Suasa Badar ataupun SSR. Ianya adalah satu ukuran untuk menentukan sejauh mana sesuatu negeri atau negara mampu menghasilkan sendiri bekalan makanan untuk memenuhi keperluan rakyatnya. Berdasarkan laporan NADMA, Perak telah mencapai lebih 100% Kadar Suasa Badar SSR bagi 18 daripada 29 tanaman makanan utama antaranya ubi keledek, jagung manis, ocra, kacang panjang.

Namun, masih terdapat 11 tanaman utama yang SSR di bawah 100%, contohnya padi, yakni beras ataupun padi dan buah-buahan tertentu seperti cili dan juga rambutan. Dalam sektor sayuran pula, 6 daripada 11 komoditi utama telah mencapai SSR melebihi 100%. Ocra, kacang panjang, timun, bayam, terung, sawi untuk keluaran buah-buahan dan juga sayur-sayuran pula, menurut maklumat produksi buah mengikut meningkat kepada 125,624 tan metrik pada 2023 kepada 126,567 tan metrik pada 2024. Manakala sayur-sayuran naik kepada daripada 111,782 tan metrik pada 2023 kepada 120,333 tan metrik pada tahun 2024. Data ini menunjukkan bahawa kita tidak hanya mampu menampung sebahagian daripada keperluan asas makanan tetapi dalam banyak komoditi, kita sudah berada pada paras melebihi keperluan SSR 100%. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. Cabaran dan risiko di mana kekurangan kita. Namun, potensi besar ini tidak automatik menjamin keselamatan makanan tanpa strategi pelaburan dan juga sokongan berterusan. Beberapa cabaran penting perlu kita tangani. Pengeluaran-pengeluaran padi menurun.

Dalam Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas, tarikh 16 Syawal 1446, 15 April 2025 hari Selasa telah disebut bahawa pengeluaran padi Perak menurun daripada 281,955 tan metrik kepada 260,828 tan metrik. Ini adalah kebimbangan serius kerana padi ataupun beras adalah makanan ruji sebahagian besar rakyat kita. Kita tak nak episod hilang beras ataupun beras tempatan yang tahun yang lepas, tahun-tahun yang lepas hilang daripada pasaran, hilang daripada dunia kita ini. Hampir dua tahun, kita tak nak episod gelap tersebut akan berulang kembali. Cukuplah dua tahun yang lepas kita hilang beras. Kalau jumpa pun selepas mana banjir. Kalau jumpa pun dalam mana, dalam jualan rahmah. Kalau jumpa pun dalam dalam PRK. Tapi kita tak nak episod tersebut menghantui rakyat-rakyat negeri Perak yang akan datang.

Yang kedua kebergantungan padi benih berkualiti. Kita baru sahaja menaik taraf Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah (PPN) di Parit Buntar dengan kapasiti menghasilkan 5000 tan metrik benih padi sah setahun mampu menyokong kira kira 16,000 pesawah di negeri Perak. Walau ini, satu kemajuan kita mesti memastikan benih berkualiti tinggi terus diakses oleh pesawah dan tidak terjejas oleh isu logistik, kos ataupun agihan yang tidak adil. Benda inilah yang dimain ataupun main dalam fikiran pesawah-pesawah kita. Walaupun ada benih padi yang berkualiti tapi dikawal harga yang terlalu tinggi. Baja ada setengah sampai kepada pesawah tapi kadang-kadang setengah ada sawah membeli baja dengan harga yang tinggi. Ini telah disebut oleh Selinsing pernah disebut oleh Parit Buntar. Benda inilah yang kita tak nak berlaku selepas pada ini.

Kerajaan Negeri menekankan pembangunan infrastruktur makanan tetapi perlu juga menekan dan menyentuh aspek kesejahteraan petani dan juga daya tahan. Perlu kita lihat bagaimana petani-petani bersusah payah ini di sawah di tempat masing-masing terutamanya pada musim kemarau yang lepas. Ini pula menghadapi monsun pula musim hujan. Kalau orang tempatan terhadap inflasi makanan, peruntukan RM30.9 juta dalam bajet 2026 untuk dibelanjakan membelanja pengurusan Jabatan Pertanian perlu digunakan sepenuhnya untuk membantu para petani dalam meningkatkan hasil pertanian, tanah pertanian dan zon bekalan makanan. Kerajaan Negeri telah meluluskan hampir 93.84 hektar sebagai Food Security Supply Zone untuk dipergunakan bagi tujuan penanaman pertanian makanan tetapi 93.84 hektar sahaja mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi pertumbuhan dan juga permintaan jangka panjang terutamanya dalam senario perubahan iklim, peningkatan populasi dan perubahan corak pemakanan dan juga bagi menampung hampir 2.5 juta rakyat yang berada dalam negeri Perak.

Menurut Bancian Pertanian Perak 2024, 77.6% daripada 107,474 pegangan pertanian negeri ini dimiliki oleh bumiputra. Walaupun ini mencermin…mencerminkan pemilikan tanah di kalangan bumiputera, ada keperluan untuk memperkukuhkan kemahiran teknik akses teknologi moden. Contoh pertanian pintar, automasi dan sokongan kewangan supaya pemilik ladang kecil dapat meningkat produktiviti dan sumbangan kepada kestabilan makanan negeri Perak. Juga keberhasilan dan peluang strategik. Walau cabaran wujud, Kerajaan Negeri Perak perlu mengambil langkah-langkah strategik yang menunjukkan komitmen serius dalam memastikan keterjaminan makanan dan Perak Sejahtera 2030 menamakan Food Security sebagai salah satu agenda utama dalam dalam pelan ini. Agro Food Production output dianjur berkembang daripada 691 juta kg pada 2015 kepada 2 bilion kg menjelang 2040 dan kawasan tanaman makanan dijangka meningkat daripada 4.6% kepada 11% atau lebih dalam negeri Perak. Pelaburan modal pelaburan moden melalui Agro Food Hub NCER, menurut kenyataan negeri melalui kerjasama daripada MIDA dan juga NCER berjumlah 1.41 bilion pelaburan telah dicapai pada tahun 2024 untuk sektor pertanian moden, pertanian digital, AI Logistik dan pemprosesan makanan. Inovasi dalam pertanian Projek Plant Factory di Silibin, Ipoh menggunakan teknologi Precision Farming Fully Control…Control…Controlled Environment telah dimulakan untuk menanam sayur sebagai seperti baby kailan, sweet basil dan juga salad yang meningkatkan produktiviti dan juga mengoptimumkan ruang.

Pengukuhan ekosistem pengeluaran padi, perasmian Pusat Benih Padi Sah di Parit Buntar memberi langkah konkrit memperkuatkan rantaian nilai padi daripada benih sehinggalah menuai dan inilah kita mengharapkan permasalahan yang sering berlaku di jelapang padi akan dinoktahkan dengan ada strategi yang baru Pelan Perak Sejahtera 2030. Cadangan Bajet 2026 untuk menjamin makanan lebih kukuh dan semangat matang dan sejahtera. Saya mencadangkan beberapa pandangan kepada kerajaan negeri dalam pembentangan Bajet 2026. Peruntukan tambahan untuk teknologi pertanian tingkatkan peruntukan kepada Jabatan Pertanian Negeri untuk memperluaskan projek Plant Factory dan Pertanian Pintar di zon…zon Food Zone Food Security. Galakkan penggunaan teknologi moden seperti drone, IOT dan AI di ladang pesawah kecil supaya pengeluaran dapat ditingkatkan tanpa menekankan sumber semula jadi. Wujudkan Program Usaha Tani Muda Perak dengan latihan pertanian pintar dan pasaran digital. Sokongan untuk pesawah kecil dan benih berkualiti, subsidi atau insentif khas untuk benih padi sah agar lebih banyak pesawah dapat mengakses benih bermutu tinggi pada harga yang mampu milik.

Kerajaan dicadangkan untuk membentuk dana sekuriti makanan negeri Perak. Jumlah RM50 juta bagi subsidi benih baja tempatan dan juga sokongan agro inovasi. Program latihan pesawah melalui agensi negeri untuk memperkenalkan variasi padi berdaya tahan teknologi padi moden. Contoh variasi ISR MRQ sebagaimana cadangan dalam mesyuarat Dun yang lepas lepas, pastikan pusat benih terus berkembang dan dikekalkan kapasiti agar mampu menyokong tanam semula padi di negeri Perak. Pembangunan zon pertanian dan tanah pertanian strategik. Pertimbangan untuk menambahkan keluasan zon Food Security Supply daripada 93.84 hektar kepada lebih besar agar lebih banyak tanah dioptimumkan untuk tanaman makanan berasaskan negeri. Bekerjasama dengan agensi perancangan negeri untuk mengenal pasti tanah yang terbiar atau kurang produktif yang boleh diubah suai untuk agro pengeluaran, kita di tanah di Perak ni luas SADC telah menerokai, kita ada ladang, kita ada ladang ternakan, banyak tanah-tanah kita yang terbiar yang tidak yang ada yang tidak produktif boleh dikembangkan di bawah SADC.

Pemerkasaan sosial, ekonomi pesawah. Bina program integrasi antara pertanian dan teknologi hijau di bawah agenda Perak Sejahtera 2030 dengan sokongan modal pembiayaan mikro dan kredit pertanian bagi pesawah bumiputera. Galakan pembentukan koperasi tani yang dapat membantu pesawah kecil dalam pemprosesan, pemasaran dan juga penyimpanan hasil. Seterus…seterusnya mengurangkan pembaziran dan memastikan hasil tempatan sampai kepada pasaran secara efisyen. Pemantauan pelaporan wujud sistem pemantauan ketahanan makanan negeri. Kerajaan Negeri perlu melaporkan secara berkala kepada Dun, status dan juga pengeluaran padi, penggunaan benih padi yang sah dan keluasan tanah Food Sekurity guna data saintifik dan hasil penyelidikan seperti banci pertanian sebagai asas dan dasar agar langkah yang diambil berkenaan berkesan dan juga tepat pada sasaran.

Timbalan Yang di-Pertua, isu seterusnya transformasi digitalisasi negeri Perak. Kubu Gajah juga menyentuh berkenaan transformasi digitalisasi negeri Perak. Komitmen Kerajaan Negeri Perak terhadap transformasi digital Kerajaan Negeri Perak telah mewujudkan tekad yang mantap dalam mempercepatkan transformasi digital melalui Pelan Tindakan Ekonomi Digital Perak 2030. Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040. Pelan ini bukan sekadar dasar tetapi ia mencerminkan visi jangka panjang iaitu Perak sebagai negeri pintar. Di bawah pelan ini, terdapat 21 strategi yang dikenal pasti, lima projek pemangkin seperti perluasan infrastruktur digital, Leo Satellite, sistem bayaran tanpa tunai dan pusat Kecemerlangan…Kecemerlangan Akademik. Melalui Perak e-Tanah, Kerajaan Negeri juga melancarkan e-wallet dalam usaha digitalisasi PKS, PKS mikro dan juga kecil. Perak menyambut sebagai Digital Perak Corporation untuk aplikasi e-dagang. Aplikasi Smart Niaga Perak akan di upgrade menjadi platform e-commerce penuh. Program Pemantapan Komunikasi, Inovasi dan Digital Negeri Perak 2024, telah melibatkan lebih daripada 2,500 pelajar sekolah serta pendidik dan komuniti setempat dengan aktiviti ceramah, kolokium dan juga pameran Teknologi AI Keselamatan Siber.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah Subhanahu Wata'ala. Cabaran dan juga kekangan. Walaupun kemajuan yang dijelaskan teramat jelas ia terdapat beberapa isu yang penting yang perlu ditangani agar digitalisi memberi manfaat semaksimum mungkin kepada rakyat. Keterangkuman infrastruktur. Banyak kawasan luar bandar masih menghadapi cabaran capaian digital di Sungai Manik sebut dan banyak kawasan tersebut. Sikit lagi kawasan Kubu Gajah pun capaian yang cukup mengecewakan. Cukup mengecewakan. Literasi digital dan juga kemahiran untuk memastikan rakyat benar-benar dapat menggunakan platform digital kerajaan. Program latihan diperlukan terutama untuk golongan kurang celik digital warga tua peniaga kecil. Inisiatif seperti program ICT MyGovUC, latihan kolaboratif perlu diperluaskan. Penyelarasan agensi kerajaan dalam mesyuarat Dun dicadangkan untuk platform negeri seperti single sign on diperkenalkan agar agensi-agensi negeri berkongsi data mengurangkan redundancy dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awan awam. Cadangan Bajet 2026.

Dalam pembentangan Bajet 2026, Yang Amat Berhormat Kota Tampan memberi ataupun meluluskan sebanyak RM0.42 juta diperuntukkan kepada Digital Perak

Holding Corporation bagi tujuan menyelenggara portal jabatan negeri Perak, RM4.2 juta kepada bahagian digital bagi tujuan pelbagai pembangunan dan penyelenggaraan ICT, RM2.3 juta di bawah belanja pembangunan dan juga tujuan pembangunan perpustakaan digital. Persoalannya ialah adakah ini sahaja yang diperuntukkan…diperuntukkan bagi digitalisasi di negeri Perak. Sebagaimana… Bagaimana dan dengan dua program yang penting yang dilancarkan sekitar Jun 2025 iaitu Perak Digital Economy Action Plan 2030 dan Perak Smart City Blueprint Blueprint 2040, yang dikatakan bakal meningkatkan ekonomi negeri kepada RM4.2 bilion pada tahun 2030.

Berdasarkan analisis di atas, saya mencadangkan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri. Pertama tambahan peruntukan untuk infra infrastruktur digital. Peruntukan khas untuk mencepatkan mempercepatkan pelaksanaan projek LEO Satellite di luar kawasan agar akses digital bukan sahaja di bandar tapi di semua pelusuk negeri. Sumbangan kewangan atau insentif kepada PBT yang berjaya membangunkan infrastruktur digital smart termasuk wi-fi awam, stesen pengecas EV pintar. Program Literasi Digital Kemahiran perluaskan Program Latihan Digital ICT e-dagang kepada golongan rentan, perniaga kecil, belia luar, warga emas supaya mereka mampu manfaatkan sistem digital kerajaan dengan lebih baik. Wujudkan digital Hub peringkat daerah di bawah Digital Perak di mana rakyat boleh mendapat khidmat nasihat dan juga kelas digital asas.

Timbalan Yang di-Pertua untuk yang akhirnya yang terakhir daripada Kubu Gajah sebagaimana yang disebut kalau tak salah saya daripada Tronoh atau Astaka ini. Projek-projek yang sesi yang tahun ini lah perlu submit kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya dapat kelulusan bagi Dun Kubu Gajah. Timbalan Yang Di-Pertua, seawal Bajet 2025 dibentangkan dan diluluskan dan bajet itu termasuk kepada pejabat daerah. Saya mengemukakan enam permohonan bukan jumlah yang banyak… bukan jumlah yang banyak. Kita set kanopi meja lengkap untuk Masjid Tuan Haji Yunus Sungai Segar. Tak banyak pon RM26 ribu. Kita minta projek pembinaan jalan baru Kampung Air Tad.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat…Yang Berhormat Masa sudah tamat.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

1 minit.

Timbalan Yang di-Pertua

1 minit.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

1 minit. Jalan yang tak ada akses tengok jalan kampung yang ini tak ada boleh diguna duit daripada MARRIS. Jalan Jalan Baru Kampung Sungai Jernih. Jalan orang kampung kalau hujan ni selut dah sampai ke sampai ke paha. Projek kita minta untuk kerusi roda. Bukan banyak pun 10 dalam RM4 ribu dalam dalam 6 permohonan ni. Yang Amat Berhormat Menteri Besar satu pun tidak diluluskan dan ini melalui pejabat daerah. Saya mohon melalui pejabat daerah. Saya lampirkan juga kepada kepada Pegawai Khas Menteri Besar. Bukan saya buat saya buat ini simpan dalam almari

Peritnya era ni…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bukan simpan dalam almari. Kita ikut prosedur yang minta tapi sampai bajet yang 2026 sampai sekarang. Hari ini 6 permintaan yang…yang…yang tidak melebihi…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Masa sudah tamat.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Okay tak sampai RM100 ribu pun. Tapi tidak diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Masa sudah tamat.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Mudah mudahan Bajet 2026 yang kita sama sama dokongi bukan sahaja angka RM1.61 bilion. Tapi dia melatah walaupun tak TM1 billion tak RM100ribu mengalir kepada rakyat di bawah. Paling kurang dapat apa yang mereka pinta. Nak jalan nak kerusi roda orang yang sakit atas katil nak katil hospital berada di rumah. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Mudah mudahan kita semua diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Kubu Gajah menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Terima. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. َ(Bacaan Ayat Al-Quran dan solawat). Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua yang saya hormati Dato Seri Yang Amat Berhormat Menteri Besar daripada Kota Tampan. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ketua Pembangkang. Semua Adun-Adun daripada kerajaan dan juga rakan-rakan saya daripada pembangkang, ketua-ketua jabatan dan seluruh dan seterusnya rakyat-rakyat negeri Perak yang mengikuti perbahasan saya ini secara atas talian. Pertamanya, kita mengucapkan syukur kepada Allah Subhana wa Ta'ala yang telah mengurniakan kesejahteraan keamanan dan ruang untuk kita untuk terus memakmurkan negeri ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Contoh teladan sepanjang zaman yang mengajar kita keadilan sosial, perlindungan terhadap golongan rentan dan kepentingan membangunkan masyarakat secara keseluruhannya.

Di awal perbahasan saya izinkan saya, Timbalan Yang di-Pertua ingin menzahirkan rasa simpati saya kepada rakyat Bota khususnya dan kepada rakyat Perak amnya yang sedang ditimpa musibah banjir ketika ini dan semoga mereka semua dikurniakan oleh Allah SWT ganjaran pahala yang besar atas ujian atau musibah yang ditimpakan oleh Allah SWT. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih penghargaan kepada seluruh agensi kerajaan daripada pejabat daerah PBT daripada bomba daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia PDRM, Jabatan Kesihatan. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada team pusat khidmat saya yang walaupun saya berada di sini dengan NGO khidmat Malaysia yang bertungkus lumus membantu menyediakan barangan sumbangan untuk kita salurkan kepada mangsa-mangsa banjir dan hari ini. Alhamdulillah, mereka juga menyediakan dapur rakyat untuk mengagihkan makanan kepada mangsa mangsa banjir yang yang enggan berpindah ke PPS.

Timbalan Yang di-Pertua, izinkan Bota memulakan perbahasan ini dengan firman Allah SWT yang bermaksud daripada surah An-Nahl ayat 90. Sesungguhnya Allah swt menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji, mungkar dan kezaliman. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan. Ayat ini menjadi asas kepada bagaimana kita menilai sebuah belanjawan bukan sekadar pada jumlah projek tetapi dinilai pada aspek keadilan, keberkesanan dan perubahan kehidupan rakyat biasa. Saya tertarik dengan apa yang ditulis oleh Dr Muhammed Abdul Khalid, pakar ekonomi negara yang berbunyi pertumbuhan hanya bermakna apabila ia mengangkat kehidupan isi rumah biasa bukan sekadar menambah angka KDNK. Justeru, belanjawan negeri mesti benar-benar menyentuh akar kehidupan rakyat bukan bersifat kosmetik ataupun bersifat sementara. Maka dalam seterusnya saya ingin menyentuh tiga perkara penting yang ingin saya sentuh.

Yang pertama, keberkesanan bantuan one-off dan keperluan kepada kerajaan beralih kepada model pembangunan jangka panjang. Yang kedua, Program Pengukuhan Program STEP sebagai pemangkin ekonomi luar bandar dan yang ketiga, pendaya pendayaupayaan wanita dan kesejahteraan keluarga. Untuk isu yang pertama. Timbalan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 telah memperuntukkan RM32.1 juta bagi Program Kesejahteraan Rakyat termasuk Kad Perak Sejahtera. Saya merasa gembira kerana jumlah rakyat Perak yang akan mendapat manafaat daripada Kad Perak Sejahtera ini akan meningkat untuk tahun 2026. Ya dan saya juga merasa bangga kerana kerajaan akan memperbanyakkan lagi jualan sejahtera rakyat, program kotak makanan. Ya cuma saya persoalannya ya. Bantuan-bantuan yang berbentuk one-off ini adakah benar-benar boleh mengubah kehidupan rakyat secara ataupun untuk untuk masa untuk jangka masa yang panjang ya. Dalam kunjungan saya ke bertemu dengan rakyat di kampung-kampung di kawasan Bota, mereka mereka masih lagi mengaku mengalami ya, harga barang terus meningkat sebab jualan rahmah ataupun jualan sejahtera rakyat nanti ya, dia datang bukannya bukannya sentiasa dia sekali-sekala saja datang.

Jadi, mereka sebenarnya masih lagi mengadu tentang harga barang yang tidak tidak stabil dan terus meningkat ya. Pendapatan orang kampung pun tidak stabil. Kos pengangkutan, perjalanan mereka untuk membeli barang-barang juga ya akan juga memberi kesan kepada kos sara hidup mereka. Malah ya kalau di kawasan saya sebab kawasan kampung, punca hasil pertanian dan ternakan adalah merupakan sumber pendapatan kepada orang kampung tetapi ya masalah sekarang ini ya dengan harga kos-kos untuk menguruskan pertanian, kos baja, kos makanan, haiwan ternakan juga meningkat. Secara tidak langsung memberi kesan kepada kos sara hidup mereka. Jadi dengan sumbangan kerajaan walaupun kita tahu ya tak banyak mana pun sumbangan nilai Kad Perak Sejahtera itu RM100 untuk sebulan ya. Sebenarnya tidaklah dapat menghuraikan permasalahan orang-orang kampung. Lebih membimbangkan jurang pendapatan luar bandar masih 30 ke 30% lebih rendah berbanding bandar.

Ini bermaksud keluarga luar bandar lebih mudah jatuh ke dalam kategori rentan walaupun memiliki pekerjaan tetap. Data dapatan sosio ekonomi Pocket Stex FT3

2025 menunjukkan pendapatan isi rumah penengah meningkat daripada 5332, pada tahun 2022 kepada kepada 5600 pada tahun 2024. Namun, kadar kemiskinan mutlak hanya turun sedikit daripada 6.2% 2022 kepada 5.1% pada tahun 2024. Malah, kemiskinan kemiskinan Perak yakni 5.3% 2024 masih lebih tinggi kalau dibandingkan dengan purata nasional 4.0 %. Ini selari dengan pandangan ahli ekonomi tersohor, Joseph Stiglitz yang menyatakan apabila kos hidup meningkat lebih cepat daripada gaji, pertumbuhan tidak bermakna kepada rakyat. Dengan kata lain, walaupun pendapatan meningkat kuasa beli rakyat semakin merosot.

Oleh itu ya belanjawan negeri tidak boleh lagi bergantung kepada model bantuan one-off. Rakyat bukan meminta bantuan setiap tahun tapi rakyat mahukan peluang, peluang untuk menstabilkan pendapatan mereka supaya mereka boleh hidup dengan lebih lengang lebih stabil pada masa hadapan. Jadi model baharu bantuan adalah adalah satu adalah adalah kita mengurangkan adalah kita nak mengeluarkan ya rakyat daripada kelegaan sementara ke mandiran ekonomi.

Timbalan Yang di-Pertua, saya mencadangkan transformasi bantuan berdasarkan tiga prinsip. Yang pertama, pembangunan kapasiti bukan pemberian tunai semata-mata, latihan kemahiran, TVET, bimbingan perniagaan, literasi digital dan sokongan pemasaran jauh lebih berimpak. Saya faham memang ada program-program sebegini. Cuma saya nak pastikan program-program sebegini yang diadakan di bawah mungkin di bawah Exco Wanita, Exco Kekeluargaan, Exco Kebajikan ya. Pastikan ramai rakyat Perak yang terlibat khususnya di kawasan luar bandar. Kemandirian ekonomi matlamatnya hari ini kita bantu esok mereka tidak lagi bergantung kepada bantuan itu kita punya matlamat kita. Kemudian model yang ketiga dan model eko-sistem bukan sekadar beri alat. Pemberian mesin tanpa modal pusingan, akses pasaran dan bimbingan dalam intervensi intervensi separuh masak. Kemudian perkara yang kedua saya nak…nak…nak…nak sentuh sikit isu pengukuhan

Program STEP ya. Program ini sangat baik dan saya ucapkan syabas atas peningkatan peruntukan yang telah diberikan oleh Menteri Besar Perak kepada STEP ya tetapi saya harap ya, program ini masih lagi tidak dapat menjangkau keseluruhannya ya. Rakyat luar bandar kadang-kadang Program STEP datang pun kita pun wakil rakyat pun tak dimaklumkan. Kita sebenarnya kita ada kita punya capaian rakyat yang kita kenal yang kita ketahui kita boleh sampaikan kepada mereka. Tapi bila sampai ke program-program sebegini, Program One-Stop Centre contohnya, Program STEP yang dibuat di peringkat kawasan yang berada yang buat di daerah-daerah kita tak sampai pun pengetahuan itu kepada wakil-wakil rakyat yang ada khasnya kepada wakil rakyat pembangkang ya.

Program STEP ya melalui Program Sekretariat Usahawan Negeri Perak adalah satu usaha yang baik namun keberkesanannya di lapangan masih terbatas kepada sektor tertentu. Di kawasan saya, ramai sepatutnya berada dalam radar STEP tetapi masih terpinggir di kawasan saya kita ada pengusaha kecil ikan air tawar, kita ada pengusaha kecil penternak unggas kampung, kita ada belia lepasan TVET. Kita ada pengusaha usahawan home-based. Kita ada peniaga-peniaga kecil yang tidak berdaftar dengan SSM. Ya kita ada petani dan juga pengusaha makanan tradisi. Lebih mencabar inflasi makanan yang lebih tinggi daripada kenaikan gaji menjadikan peserta mikro luar bandar beroperasi atas margin yang sangat tipis. Golongan ini memerlukan ekosistem bukan sekadar mendapat alat sahaja dan dalam program-program bantuan yang disalurkan.

Maka saya mencadangkan ya STEP memikirkan untuk memberi modal pusingan mikro patuh syariah, yakni pinjaman kecil seperti dalam jumlah RM500 ke RM3000 tanpa cagaran. Kemudian memberikan latihan wajib keusahawanan dan pemasaran digital yang saya tahu memang ada cuma mungkin capaian yang tidak meluas ya. Dia mestilah bersifat hands-on, bukan sekadar seminar yang datang je dalam setahun ataupun dalam sekali sekali dia datang seumur hidup. Tak ada tak ada follow up, kena ada follow up kena ada susulan ya. Kemudian off-taker program. Produk usahawan dibeli oleh agensi kerajaan atau GLC negeri dan membantu mereka memasarkan produk-produk mereka ya. Saya ucapkan syabas juga kepada Exco ya kerana banyak sebenarnya telah yang telah di lakukan di bawah Exco sampai bawa produk-produk kita sampai ke Singapura sampai ke negara China ya. Tapi sebenarnya ramai juga yang mengadu dia kata bukan semua orang yang like yang dapat terpilihlah ya.

Maknanya kita kita ada lagi pasaran tempatan yang boleh kita capai. Mungkin produk-produk daripada kampung ni kita boleh pasarkan ke hotel-hotel ataupun ke pelancong-pelancong yang datang dalam negara kita ni. Tak perlu kita nak pasarkan sampai ke luar negara. Dalam negara kita pun sebenarnya boleh kita pasarkan. Kita kena bantu dari segi proses pemasaran ya. Perkara yang ketiga saya nak sentuh ialah wanita tulang belakang ekonomi dan keluarga negeri.

Timbalan Yang di-Pertua, peruntukan untuk pembangunan wanita meningkat kepada RM3.9 juta, alhamdulillah. Saya menghargai komitmen ini, namun izinkan saya menegur dengan penuh rasa kasih sayang kerana saya juga seorang wanita, ya. Peruntukan ini masih belum menyentuh akar masalah sebenar wanita Perak. Laporan MGGI, yakni Indeks Jurang Gender 2023 menunjukkan peluang ekonomi wanita adalah rendah yang ni 0.714 ya. Tenaga buruh wanita Perak pada ini pada tahun 2023 adalah 56.2% antara terendah di Malaysia. Penguasaan politik wanita, ya untuk negeri Perak adalah 0.094 yakni amat rendah. Syabas saya ucapkan kepada DAP kerana banyak menampilkan ahli politik daripada wanita berbanding dengan parti-parti lainlah, ya. Tak apa kita belajar daripada mana-mana pihak pun, mana yang boleh kita belajar kita belajar Insha Allah kita berkongsi, rasa berkongsi pandangan ya untuk kebaikan rakyat Perak. Pada dalam masa yang sama, peningkatan kos hidup memaksa ramai wanita bekerja dalam sektor tidak formal yang tidak stabil. Kita mesti akui kenyataan ini, ekonomi negeri tidak bergerak jauh jika wanita tidak diperkasa secara serius, tersusun dan menyeluruh. Saya mencadangkan penggubalan Pelan Tindakan Wanita dan Keluarga Negeri Perak yang ini menggabungkan pekerjaan, pekerjaan sokongan keibubapaan, perlindungan keselamatan dan pembangunan bakat.

Yang kedua penyediaan taska di tempat kerja dengan insentif kepada majikan masih sangat kuranglah,ya. Majikan-majikan dalam negeri Perak ini yang menyediakan taska-taska yang sesuai untuk wanita yang punyai anak kecil yang kita perlu galakkan ya dan kita bagi insentif pula kepada majikan ya. Kemudian yang ketiga kita mengharapkan juga untuk difikirkan, menubuhkan pusat sokongan dan keluarga di setiap Dun tidak kira Dun kerajaan ataupun di Dun pembangkang bagi mengatasi isu keganasan rumah tangga dan memberi kaunseling kepada keluarga-keluarga yang terlibat. Yang keempat, upskilling wanita melalui TVET dan latihan pendapatan sampingan ya. Timbalan Yang di-Pertua ya, isu yang terakhir ya, yang ingin saya bawa adalah berkenaan dengan apa yang berlaku pada hari ini, yakni musibah yang menimpa rakyat Bota ya, menimpa rakyat belanja, musibah yang menimpa rakyat Pasir Panjang, Dun Pangkor ya, Pasir Salak ya. Banyak lagi ramai lagi kawasan-kawasan di pinggir yang menghampiri dengan pantai ya yang terjejas kerana bencana banjir yang menimpa yang hujan mencurah-curah turun daripada hari ahad sehingga hari ini. Hari ini tadi saya baru dapat mendapat info di kawasan saya hujan sangat lebat ya. Jadi, isu banjir ini benar-benar ya, bukan sahaja apa yang berlaku pada bulan Oktober yang lepas ya. Malah dalam mesyuarat daerah yang terakhir saya memang suarakan pandangan saya kalau boleh cepatlah segera kita bertindak melihat ya parit dan saliran yang ada dalam kawasan kita ni supaya diclearkan di, di lebar didalamkan, dibersihkan untuk kita mengelak banjir yang sedang berlaku pada hari ini.

Tapi mungkin ada usaha dilakukan, saya tak nafikan ada JPS ya ada usaha daripada PLB daripada JPS ya. Mungkin cuma tak sampai, tak cukup tak cukup lagi usaha itu yang menyebabkan banjir berlaku pada hari ini ya. Air naik sangat cepat ya. Banyak saluran-saluran parit dan saliran yang ada jalan-jalan kampung di jalan-jalan kampung dan juga di jalan-jalan JKR ya, semakin mendangkal ya. Tebatan lama tidak lagi berkesan kawasan seperti kawasan Kampung Semangat, Titi Gantung, Kampung Kubang Ikan ya, Kampung Telok Bakong, Kampung Teluk Kepayang, Kampung Teluk Sena, nak sebut semua kampung kalau boleh dalam kawasan Bota ni. Banyak yang mengadu hal ya. Orang kampung tak faham YB tengah ada sidang Dun, deme cari juga YB ya. Tapi alhamdulillah saya ucapkan syabas kepada team saya ya, yang turun padang ya. Hari ini pun turun, semalam pun turun ya. Masa saya datang untuk sidang Dun, hanya ada 4 keluarga je di PPS Sekolah Kebangsaan Titi Gantong. Tapi hari ini sudah ada 88 buah keluarga dan hari ini katanya akan buka satu lagi PPS di Sekolah Kebangsaan Bota Kiri.

Jadi saya menjemputlah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, untuk berkunjung ke kawasan Bota. Datang lah jumpa orang Bota ya teringin benor deme nak jumpa MB nak tengok macam mana concern nya MB Perak kepada orang Bota yang sedang yang sedang banjir. Kalau kita tengok statistik pun dalam seluruh Malaysia ni, negeri yang tertua yang...yang kedua tinggi mangsa banjir adalah Perak selepas Kelantan ya. Maknanya pada kali ini ya, memang saya nak mohon lah ya mohon khas saya nampak tadi ada dalam satu, dalam satu bajet ya. Yang diperuntukkan oleh Menteri Besar Perak ada peruntukkan peruntukan sebanyak RM9.97 juta yang diperuntukkan bagi pelbagai program kecemasan dan bencana. Jadi saya nak minta saya merayu, saya minta semua sokong saya siapa yang terlibat dengan banjir untuk kita apa minta mohon kepada Menteri Besar ya untuk menyegerakan bantuan banjir ya, bantuan bencana daripada peruntukan yang telah ditetapkan ini ataupun keluarkanlah mana-mana bajet daripada GLC yang ada untuk tahun 2025 ini untuk kita salurkan kepada mangsa-mangsa banjir. Minta maaflah suara pun dah serak macam suara Erra pula ya. Ok.

Dengan banjir yang berlaku pada hari ini sebenarnya ya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ya. Semalam saya dengar ya, Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat menggunakan perkataan tumpah ya. Pada hari ini, banjir di di kawasan Bota, ramai yang tertumpah air mata ya. Bukan sahaja suri rumah tumpah ya. Semua pengusaha unggas kampung pun tumpah ya. Semua pengusaha ikan sangkar pun tumpah hanyut ikan sangkarnya ya. Semua anak-anak pun tumpah nak pergi sekolah, sekolah tadika pun tutup ya. Sebab ayor naik ke pusat-pusat asuhan mereka. Anak-anak nak ambil SPM pun tumpah juga ya. Jadi maknanya perkataan tumpah ni harini sedang berlaku ya di seluruh kawasan-kawasan yang ada banjir. Jadi saya haraplah sangat-sangat ya dengan peruntukan di bawah JPS sebanyak RM14.0 juta yang telah diperuntukkan untuk, untuk rancangan tebatan banjir RM7.5 juta, ya. RM4.0 juta pengurusan sungai dan pantai. Janganlah disisihkan kawasan Bota, Perak Tengah, tidak lupa juga kawasan sebelah Bota iaitu kawasan Belanja ya. Di Perak Tengah ni ada enam PPS akan buka lagi satu PPS, makna ramai sebenarnya penduduk yang terjejas akibat banjir ya.

Jadi saya haraplah JPS jangan pandang sebelah mata apa yang berlaku di kawasan Bota saya. Saya mengharapkan ya perhatian yang serius ya. Kemudian, pastikan juga ya melakukan tindakan segera naik taraf saliran dalam kampung secara berjadual ya. Jangan tunggu ya. Dah lepas banjir baru nak jangan tunggu saat-saat akhir kita dah tahu dah. Laluan yang ni nak suarakan masalah orang Perak, ya. Kita dah tahu dah ya November, Disember adalah musim monsun timur laut ya. Dah tahu dah. Pada tahun 2014 berlaku banjir di kawasan saya ya. Pada tahun masa tahun pilihan raya 2022 pun banjir jugak kawasan saya.Ni 2025 dah tahu dah. Kita dah dapat dah dapat dah jangkakan perkara tersebut akan berlaku, jadi kita buatlah jadual tu ya jadual tu sama ada bawah PLB ya, bawah pejabat daerah, bawah JPS ya. Juga tidak lupa juga Jabatan Kerja Raya untuk menyelenggarakan ya parit-parit dan saliran yang di bawah jagaan tuan-tuan dan puan-puan. Kemudian juga saya mengharapkan juga pembinaan kolam takungan banjir ya yang sesuai dengan geografi Perak Tengah.

Timbalan Yang di-Pertua, apabila berlaku banjir, saya mohon ada lagi tak perkara saya nak sebut yang penting. Apabila berlaku banjir, maka semua yang terlibat terdedah dengan risiko pelbagai penyakit. Penyakit bawaan air, penyakit kulit penyakit bawaan nyamuk, penyakit pernafasan. Saya pun dah batuk ni kan. Keracunan dan pendedahan bahan kimia ya, penyakit berkaitan makanan dan juga isu kesihatan mental, trauma dan tekanan emosi akibat kehilangan harta dan tempat tinggal ya. Saya nak bagi tahu ada satu rumah saya pergi bulan 10 dah banjir, ayor sampai dekat dada dah kali ni sampai tengkuk ayor dia. Itu kawasan Belanja. Satu buah rumah, bayangkan habis barang-barang deme. Jadi itulah saya minta perhatian ya. Saya minta saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan yang turun padang dan teruslah ya memberikan nasihat ya, bertemu dengan mangsa-mangsa banjir untuk memberikan kaunseling kepada mereka ya. Penyakit-penyakit yang dibawa yang saya sebutkan tadi seperti Leptospirosis, Cholera, Hepatitis A dan E, penyakit kulit hinggalah kepada denggi serta jangkitan kulat sebab banjir.

Saya ingin menegaskan bahawa pihak Jabatan Kesihatan perlu benar-benar memberikan perhatian serius terhadap situasi ini. Bencana banjir bukan sahaja memusnahkan harta benda, malah membawa risiko kesihatan yang berpanjangan. Apabila pusat pemindahan sementara mula sesak, apabila air banjir bercampur dengan sisa kumbahan, bangkai-bangkai haiwan dan bahan kimia serta apabila kawasan rumah yang terendam menjadi tempat pembiakan nyamuk. Jadi, saya mohonlah perhatian ya. Tapi tak perlulah saya nyatakan apakah pemantauan berterusan yang perlu dilakukan oleh kerana saya tahu team KKM yang pernah saya bekerja dengannya sangat efisien dan boleh melaksanakan tugas dengan baik ya. Insha Allah. Jadi seterusnya, saya berharap semua agensi kerajaan dapat berkoordinasi dengan baik dengan pihak berkuasa tempatan, JKM dan NADMA untuk memastikan aspek-aspek yang saya sebutkan tadi dapat dijaga sepanjang proses pemulihan nanti. Ini penting kerana pengalaman banjir sebelum sebelum ini menunjukkan peningkatan kes penyakit bawaan air dan yang kita tak mahu ya KKM hanya tunggu laporan saja tapi tak tapi tak turun padang. Jadi kita nak turun padang secara proaktif ya.

Sebagai akhirnya belanjawan Timbalan Yang di-Pertua sikit lagi. Belanjawan negeri mesti diukur bukan pada jumlah projek yang diumumkan, tetapi pada jumlah sejauh mana ia mampu mengubah kehidupan rakyat kecil. Rakyat Bota khususnya dan Perak Tengah tidak menuntut kesempurnaan. Mereka hanya mahukan bantuan yang membina pendapatan, program keusahawanan yang realistik, perlindungan banjir yang menyeluruh dan dasar yang memelihara maruah keluarga. Akhir sekali, saya sudahi dengan pantun.

Hujan turun mencurah curah, Sungai Parit melimpah-limpah, Banjir melanda rakyat Bota resah, Bantuan segera perlu dikerah.

Dan akhirnya dengan beberapa penambahbaikan yang saya cadangkan, Bota menyokong belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Sekian, terima kasih Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat dari Bota. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan seperjuangan, barisan kakitangan kerajaan negeri dan pihak media. Saya pembahas terakhir hari ini. Pelbagai isi dan kandungan bernas telah pun dibahaskan oleh semua Ahli-ahli Dewan. Tidak dapat dinafikan komitmen Adun Adun kerajaan yang memberikan prioriti kepada pembangunan seimbang perpaduan dan bertanggungjawab mendukung hasrat kepimpinan negeri merealisasikan Pelan Perak Sejahtera 2030. Saya dengan rendah diri ingin mengambil peluang ini mengangkat suara rakyat yang saya wakili. Sebelum bermula, Buntong ingin menyampaikan penghargaan setinggi-tinggi kepada seluruh jentera kakitangan awam. Semua agensi-agensi kerajaan yang membantu dalam pembangunan Buntong dan menjaga kebajikan rakyat serta memainkan peranan secara ikhlas dalam memperkasa negeri kesayangan kita. Tanpa komitmen anda semua, maka tidak dapatlah Buntong memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Buntong juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan kerana telah meluluskan dua projek. Permohonan projek infrastruktur di Buntong dan kedua-dua sedang dilaksanakan sekarang. Salah satunya adalah penurapan jalan di Persiaran Kidd bernilai RM163 ribu dan juga penggantian jambatan Jalan Tun Abdul Razak kepada satu jambatan yang baharu bernilai RM1.75 juta. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Terima Kasih juga kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT untuk jumlah peruntukan RM1.3 juta untuk kerja kerja naik taraf di Rumah Pangsa Harmoni. Satu juta untuk pembinaan pasar sementara Buntong dan juga RM500 ribu untuk pam automatik rumah pam Taman Lim di Buntong. Timbalan Yang di-Pertua, Buntong amat bangga dengan perkembangan ekonomi negeri kesayangan kita. Pencapaian pendapatan surplus untuk 4 tahun berturut-turut adalah bukti kejayaan strategi-strategi yang diambil oleh kepimpinan negeri. Tambahan pula, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah mengumumkan bahawa nilai pelaburan telah meningkat pada tahun 2025 sebanyak 74% dan juga penjanaan tenaga kerja berjumlah 188%. Fakta-fakta ini membuktikan keyakinan pelabur yang lahir daripada kestabilan politik yang dibina dengan penuh komitmen yang wujud pada hari ini. Malahan Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan juga amat yakin dengan kebolehan Kerajaan Negeri Perak dan ini dapat dilihat daripada 466 buah projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri di bawah Rolling Plan pertama RMK ke 13 di mana nilainya adalah RM1.8 bilion lebih daripada peruntukan pada tahun lepas iaitu RM1.7 bilion. YB Sungai Manik tadi telah tegur Kerajaan Persekutuan. Katanya, Perdana Menteri daripada Perak. Suka saya ingatkan Sungai Manik. Walaupun PMX daripada Perak, takkanlah Sungai Manik tidak tahu bahawa keputusan-keputusan yang ada impak fiskal tidak boleh diambil sewenang-wenang sahaja dan sebagai Perdana Menteri, beliau haruslah adil.

Timbalan Yang di-Pertua, Buntong juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pimpinan Kerajaan Negeri yang telah bekerjasama dengan The Edge Media Group, surat khabar komersial yang terkenal yang seringkali digunakan oleh pelabur pelabur untuk membuat kajian mereka sendiri menganjurkan program “Perak Uncovered” yang baru berlangsung malam semalam di mana satu majalah bertajuk “Perak Uncovered” telah dilancarkan. Turut hadir memberikan sokongan padu bagi program ini adalah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Loh Sze Yee. Ini menunjukkan bahawa sektor swasta juga percaya dengan potensi negeri Perak. Malah, majalah ini merangkumi pelbagai topik termasuk industri pembuatan pertanian, tenaga yang boleh diperbaharui, pelancongan, pendidikan, tapak warisan dan banyak lagi. Ia juga mengetengahkan projek infrastruktur berskala besar yang sedang dijalankan pada masa ini. Usaha murni seperti ini sangatlah relevan untuk mempamerkan keistimewaan negeri Perak dan peluang peluang yang boleh direalisasikan untuk meningkatkan pendapatan negeri Perak. Timbalan Yang di-Pertua, bukan itu sahaja, projek-projek besar seperti Ipoh Sentral yang berjaya dilancarkan pada tahun ini adalah hasil usahasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Yang di-Pertua, Buntong amat bangga menyokong satu belanjawan yang inklusif. Buntong tersentuh untuk mengangkat aspek-aspek tertentu yang dekat dengan hati rakyat Buntong dan mengalu-alukan peningkatan peruntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. JKM merupakan antara agensi tunjang yang membantu rakyat menghadapi beban sara hidup. Oleh itu, Buntong amat senang hati dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM1.4 juta menjadikan jumlah peruntukan kepada JKM untuk tahun 2026, RM47.3 juta. Untuk tahun 2026, 2025 sahaja untuk tahun ini sahaja setakat hari ini, pusat khidmat Adun Buntong telah membantu seramai 626 orang dalam permohonan bantuan kebajikan dan ini menunjukkan keperluan peningkatan peruntukan adalah tepat dan dialukan. Buntong juga amat menghargai komitmen Kerajaan Negeri Perak untuk terus membantu mengurangkan kos sara hidup melalui program Kad Perak Sejahtera di mana RM25.4 juta telah diperuntukkan dengan peningkatan sebanyak RM500 ribu untuk 21 orang penerima seluruh negeri Perak. Pusat khidmat Adun Buntong telah pun membantu seramai 70 orang dalam permohonan Kad Perak Sejahtera untuk tahun ini dan mereka berjaya menerima kad ini.

Pusat Khidmat Adun Buntong menerima banyak feedback dengan izin yang positif di mana rakyat menyampaikan penghargaan mereka terhadap bantuan Kad Perak Sejahtera ini sememangnya mengurangkan beban hidup mereka. Mereka sangat gembira menerima bantuan ini. Oleh itu, Buntong amatlah menyokong jika usaha ini dapat diteruskan dan ditingkatkan peruntukannya pada masa akan datang apabila kewangan negeri meningkat. Apabila kemampuan kewangan negeri meningkat. Timbalan Yang di-Pertua, antara perkara yang menjadi keresahan rakyat adalah bencana banjir. Buntong menyokong penuh komitmen Kerajaan Negeri untuk meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS. Buntong setuju sepenuhnya dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar apabila Dato' Seri berkata suka saya mengingatkan diri sendiri dan kita semua bahawa rakyat menuntut tindakan yang lebih proaktif dan pencegahan mesti dipertingkatkan. Ini adalah sememangnya sentimen rakyat dan apabila bencana banjir berlaku apa-apa projek pembangunan yang dilaksanakan berdekatan kawasan banjir akan dilihat sebagai punca banjir. Buntong menyokong penuh peruntukan RM116.9 juta kepada JPS di mana terdapat peningkatan sebanyak RM5.4 juta.

Buntong meminta kerjasama semua agensi berkaitan supaya mengambil pendekatan proaktif. Saya angkat hujah rakan saya, Pasir Pinji pagi tadi yang membahaskan bahawa kita perlu mengaplikasikan AI, Artificial Intelligence untuk menyelesaikan kekurangan sistem saliran yang sedia ada. Hari ini kita lihat kawasan-kawasan yang tidak pernah naik air, banjir pula dan JPS bukannya satu-satu agensi yang bertanggungjawab dan kita harus ingat bahawa terdapat agensi-agensi lain yang terlibat dalam ekosistem menangani sistem saliran kita. Buntong memanggil semua PBT dan juga JKR mengambil serius pendekatan proaktif. Buntong ingin mengambil peluang ini untuk meminta jasa, jasa baik Pihak Berkuasa Tempatan, PBT-PBT untuk memikul tanggungjawab perancangan dengan lebih bertanggungjawab dan proaktif dalam pemantauan dan kelulusan projek-projek pembangunan samada perumahan ataupun pusat-pusat membeli belah. Dengan rendah diri, saya meminta kerjasama PBT untuk meneliti kesan pembangunan tersebut terhadap sistem saliran sedia ada dan jika terdapat keperluan untuk membina sistem saliran baharu, maka jadikanlah ia syarat kepada kelulusan projek tersebut. Jika terdapat keperluan yang melibatkan kos, jadikanlah ia syarat kepada pemaju tersebut untuk melakukan pembesaran sistem saliran jika perlu.

Timbalan Yang di-Pertua, antara aduan yang paling banyak diterima oleh Pusat Khidmat Adun Buntong adalah tentang keadaan keadaan jalanraya yang daif. Walau bagaimanapun, walau apa pun perbincangan kita tentang kemajuan negeri dan juga projek-projek besar, perkara-perkara asas seperti ini sememangnya menjadi tumpuan rakyat. Buntong menghargai peningkatan peruntukan MARRIS untuk tahun 2026 sebanyak RM15 juta menjadikan peruntukan MARRIS RM627 juta. Buntong memohon supaya pihak PBT membantu menaik taraf Jalan Lahat Ipoh yang semakin hari semakin daif dan merupakan jalan utama bagi penduduk Ipoh menghala ke pusat bandar. Satu lagi jalan yang perlu dinaik taraf adalah Jalan Raja Perempuan Mazwin dan jika jalan ini dinaiktaraf dan diturap semula, bukan sahaja penduduk Buntong akan gembira, malah penduduk daripada Dun Jelapang, Dun Menglembu dan Dun Manjoi akan gembira.

Timbalan Yang di-Pertua, namun begitu, bukan semua jalanraya diliputi oleh peruntukan MARRIS, ada juga jalanraya utama berada di bawah jagaan JKR. Oleh kerana pihak JKR menerima tambahan peruntukan sebanyak RM50.4 juta berbanding tahun 2025 di mana RM144.5 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pembangunan, Buntong juga minta jasa baik pihak JKR negeri supaya lebih sensitif kepada kriteria-kriteria asas berkaitan keselamatan jalan raya seperti barisan pembahagi berwarna putih di Jalan Kledang Utara Falim. Pejabat saya telah pun menghantar surat berkenaan perkara ini dan telah pun mula mengangkat isu ini kepada pegawai JKR sejak awal bulan April tahun ini. Namun begitu, sehingga hari ini masih tidak ada apa-apa tindakan. Apabila saya pasukan saya follow up dengan izin, katanya tidak…tidak ada peruntukan secukupnya. Timbalan Yang di-Pertua, mana mungkin peruntukan boleh menjadi sebab pembahagi jalan cat putih pun tidak dapat dilaksanakan. Malahan lampu jalan pun ada yang berfungsi dan ada yang tidak berfungsi. Ini memberikan persepsi yang sangat tidak baik terhadap kerajaan. Rakyat cukup marah jika perkara-perkara asas pun kita tidak dapat laksanakan.

Satu lagi projek yang Buntong sudah lama memohon daripada pihak JKR adalah projek untuk menangani masalah banjir di AEON Big Falim. Namun begitu, masih tidak dapat lagi kelulusan. Baru-baru ini, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara telah senaraikan kawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer di sekitar Sungai Kinta di AEON Big Falim sebagai kawasan di mana air Sungai Kinta akan naik dan melimpahi paras bahaya. Ini sangat merisaukan rakyat yang tinggal di kawasan perumahan sebelah AEON Big Falim dan Buntong ingin memohon kelulusan RM500 ribu bagi melaksanakan projek naik taraf pembentung dan kerja selenggaraan sistem saliran berkenaan.

Timbalan Yang di-Pertua, Buntong juga ingin mengambil peluang ini untuk membawa perhatian isu pencerobohan dan pencemaran dan aktiviti mencuri air daripada Air Terjun Buntong. Dahulunya Air Terjun Buntong menjadi salah satu lokasi rekreasi untuk penduduk tempatan kini menjadi air terjun tanpa air pula. Oleh kerana belanjawan memperuntukkan RM7 juta kepada Lembaga Pengurusan Sumber Air Negeri Perak selaras dengan enakmen, Enakmen Sumber Air Perak dan juga RM75 juta untuk fokus kelestarian alam sekitar boleh membantu menangani isu ini. Buntong membawa suara rakyat Buntong untuk memastikan tidak ada pihak yang mencuri air daripada Air Terjun Buntong. Pihak kami telah pun menulis surat dan mendapat respon daripada Jabatan Perhutanan Negeri bahawa terdapat pemilik tanah berdekatan yang menceroboh dan mencuri air untuk kepentingan sendiri. Namun, penguatkuasaan haruslah dilakukan oleh agensi lain seperti Pejabat Tanah dan Galian. Saya sendiri sudah naik sampai ke Air Terjun Buntong dan memang saya nampak banyak paip-paip yang dipasang oleh pihak swasta, pemilik-pemilik tanah yang menceroboh mengambil air daripada air terjun. Akibatnya, air terjun tidak ada air.

Timbalan Yang di-Pertua, salah satu keperluan asas adalah perumahan yang selesa. Buntong ingin memohon jasa baik Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh untuk peruntukkan atau mengutamakan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan unit-unit kosong yang daif di Rumah Pangsa Harmoni. Terdapat banyak unit yang kosong tetapi keadaannya daif dan kita tidak dapat menyewakan unit-unit tersebut kepada mereka. Keluarga-keluarga yang terperangkap dalam beban kemiskinan bandar. Buntong juga ingin menarik perhatian Majlis Bandaraya Ipoh, Datuk Bandar kepada isu padang rekreasi yang berada di tengah-tengah kawasan perumahan Buntong 1 Kampung Kacang Putih. Padang tersebut separuh telah dinaik taraf separuh lagi penuh dengan semak samun dan ada air bertakung yang sangat mendalam lebih enam kaki dan berbahaya serta menjadikan isu nyamuk semakin serius di kawasan tersebut. Saya memohon Majlis Bandaraya Ipoh terutama Jabatan Landskap memberikan keutamaan kepada masalah ini dan mencari jalan dan peruntukan supaya kita dapat meratakan semula kawasan ini dan kembalikan kawasan hijau ini menjadi padang rekreasi demi kesejahteraan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua, berkait lagi dengan hal banjir, Buntong mengambil peluang untuk membawa isu di SMK Sungai Pari dan SMK Seri Putri. Buntong ingin memohon kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak supaya memberikan peruntukan untuk pam ditempatkan di SMK Sungai Pari supaya isu banjir dapat ditangani. Ini adalah tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan Buntong berharap Jabatan Pendidikan Perak dapat membantu mengurangkan kenaikan air yang mendadak.

Timbalan Yang di-Pertua, setakat hari ini, seramai 10 orang Adun pembangkang menyokong Belanjawan 2026. Walau apa pun yang dikatakan dalam perbahasan-perbahasan mereka. Namun kata putusnya adalah sokong juga. Ini membuktikan Belanjawan Negeri Perak yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan adalah belanjawan yang relevan and is what is needed for the state, dengan izin untuk menyokong penuh Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2026. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat atas perbahasan dalam masa yang diperuntukkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka tamatlah sesi perbahasan pada hari ini. Esok ialah hari Khamis, sekadar peringatan bahawa para Yang Berhormat digalakkan untuk memakai baju batik Malaysia. Sekarang, saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis, 27 November 2025, jam 9.00 pagi.