Perak · 27 November 2025
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 340 turns · 54,530 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang, kita mulakan Persidangan Ketiga Mesyuarat Ketiga Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 27 November 2025 jam 9.05 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama, iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya sekali lagi untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, suka untuk saya ingatkan bahawa semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan diminta untuk mendaftar kehadiran dengan mengimbas kod QR yang berada di atas meja masing masing. Selain itu, aturan urusan mesyuarat dan soalan-soalan lisan pada hari ini boleh dimuat turun dokumen tersebut dengan mengimbas kod QR yang sama.
Perkara yang kedua, tempoh masa sesi soalan lisan pada hari ini diperuntukkan selama satu jam sahaja.
Perkara yang ketiga berkenaan hansard rasmi. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut.
Yang akhir sekali, saya sekali lagi banyak menerima maklumat berkaitan dengan keadaan kesihatan Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga ketua-ketua jabatan, sekali lagi ingatkan bahawa kita ada klinik dia di ruang di luar dan sesiapa yang menghadapi masalah kesihatan, demam, tak sihat dan sebagainya, silalah rujuk dengan klinik dan doktor yang ada. Sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Sejahtera. Selamat Pagi. Soalan Buntong, soalan nombor 1.
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Buntong dan Yang Berhormat Pangkor secara bersekali kerana ianya berkaitan iaitu berkenaan keselamatan para pengembara yang menjalankan aktiviti di hutan. Kerajaan Negeri mengambil serius berkenaan kes kematian Allahyarham Mustaqqeem Mansor berumur 34 tahun yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang pada Oktober yang lalu.
Sehingga kini, Jabatan Perhutanan Negeri Perak sedang menjalankan siasatan ke atas 11 orang individu yang terdiri daripada 2 orang Malim Gunung Perhutanan dan 9 orang pendaki di bawah seksyen 47(1) Enakmen Akta Perhutanan Negara Pemakaian 1985 bagi kesalahan memasuki Hutan Simpanan Kekal tanpa permit. Di negeri Perak, terdapat 55 kawasan pendakian yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang berada di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal. Berdasarkan seksyen 47 (1)(c), setiap aktiviti pendakian di dalam kawasan HSK iaitu Hutan Simpan Kekal diwajibkan untuk memiliki permit memasuki HSK yang boleh dimohon secara atas talian bagi membolehkan pemantauan bilangan pendaki dijalankan secara sistematik. Jika aktiviti pendakian pada ketinggian melebihi 500 meter, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menetapkan aktiviti pendakian tersebut perlu disertai Malim Gunung Perhutanan atau ringkasnya MGP yang diiktiraf termasuk pemakaian dokumen SOP pendakian.
Penguatkuasaan ini telah bermula pada 1 Jun 2023 setelah mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Sumber Hasil Hutan Negeri Perak dan diperakukan oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 1 Mac 2023. Sehingga kini, 376 orang Malim Gunung Perhutanan telah dilatih dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan seramai 320 orang masih aktif menjalankan tugas sebagai jurupandu rasmi. Bagi memastikan keselamatan dan kawalan aktiviti, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menggubal Prosedure Operasi Standard (SOP) Pendakian Hutan Simpan Kekal Negeri Perak dengan kerjasama agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Meteorologi serta Persatuan Malim Gunung Negeri Perak. SOP ini menjadi panduan utama dalam aspek pengurusan risiko keselamatan, tindakan kecemasan serta tanggungjawab pihak berkaitan termasuk pihak berkuasa perhutanan, pentadbir kawasan, malim gunung dan juga pendaki. Bagi aktiviti yang melibatkan pendakian rentas negeri, Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan berunding dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Kelantan dan Pahang bagi memperhalusi syarat serta penyelarasan tatacara pendakian Trans agar aspek keselamatan dan penguatkuasaan dapat dipertingkatkan secara bersama.
Sebagai langkah jangka panjang, Jabatan Perhutanan Negeri Perak turut merancang untuk melaksanakan kajian risiko kemalangan dan bencana di kawasan pendakian. Bagi mengenal pasti kawasan berisiko serta menambah baik langkah pencegahan. Dalam masa yang sama, jabatan turut meneliti penggunaan sistem pemantauan dan penilaian secara masa nyata atau real time bagi kawasan pendakian berisiko tinggi untuk meningkatkan kecekapan tindak balas sekiranya berlaku insiden tidak diingini. Sebagai langkah kawalan tambahan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak sedang melaksanakan kajian had daya tampung kawasan pendakian tumpuan di negeri Perak melalui peruntukan EFT. Dua kajian telah disiapkan di daerah Hutan Kinta, Manjung dan Perak Selatan. Dua lagi sedang dijalankan di Hulu Perak dan Kuala Kangsar manakala satu lagi di Larut dan Matang dijadualkan pada tahun 2026. Kajian ini akan membantu Kerajaan Negeri menetapkan kuota pendaki yang dibenarkan pada satu satu masa demi memastikan aktiviti pendakian dijalankan secara terkawal, selamat dan lestari. Terima kasih.
Buntong.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan atas jawapan yang amat teliti. Buntong ingin mengemukakan soalan berkenaan tragedi Gunung Liang, amat sedih. Masalahnya adalah berkenaan dengan masa ataupun waktu mangsa turun tidak dapat dikesan. Kumpulan yang dia naik bersama dah lama turun, dia tidak turun bersama dengan Malim Gunung dan juga rakan-rakan kumpulannya. Jadi persoalan saya adalah, adakah Jabatan Perhutanan akan mengambil kira cadangan untuk mengemukakan satu keperluan kepada Malim Gunung Perhutanan (MGP) untuk memasukkan dalam sistem talian berapa orang yang naik dan sejurus selepas keluar daripada hutan berapa orang yang sudah keluar bersamanya yang berada dibawah jagaan Malim Gunung Perhutanan? Itu adalah salah satu cara untuk Jabatan Perhutanan mengawasi atau meneliti siapa yang masuk dan siapa yang sudah keluar dan jika ada sesiapa yang tertinggal memandangkan polisi ataupun principal- ‘no one is left behind’ dalam aktiviti pengembaraan adalah sangat-sangat penting. Terima kasih.
Terima kasih. Dato' Seri Yang di-Pertua, seperti saya maklumkan sebentar tadi, sememangnya Jabatan Perhutanan Negeri Perak, kita berkolaborasi dengan semua jabatan yang penting seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Meteorologi serta Persatuan Malim Gunung Negeri Perak. Di mana pengalaman Persatuan Malim Gunung ini sangat penting kerana kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku di luar dugaan kita. Jadi, sebab itu saya mengalu-alukan cadangan disebutkan oleh Yang Berhormat Buntong sebentar tadi dan maklumat-maklumat tersebut amat diperlukan oleh Jabatan Hutan Negeri Perak supaya menjadi input dalam mana-mana sesi libat urus terutama sekali kepada mereka yang berminat dengan aktiviti pendakian ini supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan termasuk mereka dikehendaki untuk mematuhi Akta atau Seksyen 47(1)(c) yang dengan jelas menyebutkan bahawa tidak ada orang yang dibenarkan, tidak ada seorang pun yang boleh memasuki mana-mana hutan tertutup kecuali seseorang yang memegang permit memasuki hutan simpanan kekal, tetapi hanya bagi tempoh yang disebutkan di dalam permit itu. Itu paling penting sekali supaya bila mereka mendapat permit, jadi Jabatan Hutan Negeri dapat mengesan di mana mereka, berapa orang mereka dan berkomunikasi untuk membolehkan kita dapat mengesan di mana mereka berada. Jadi, walau bagaimana pun paling penting ialah sesi libat urus itu akan juga melibatkan Persatuan Malim Gunung dan juga orang-orang yang sangat berminat dengan aktiviti ini. Terima kasih.
Terima kasih YAB Menteri Besar. Sekarang saya jemput Pangkor untuk soalan tambahan.
Ok. Terima kasih Dato' Seri Speaker. Yang Amat Berhormat, macam tadi Buntong ada bagitahu secara manually. Bolehkah mungkin Kerajaan Negeri mempertimbangkan sistem amaran awal ataupun dia macam GPS tracker wajib untuk pendaki yang di laluan tempat yang berisiko tinggi? Terima kasih.
Terima kasih. Dato' Seri Yang di-Pertua, saya pernah hadir melancarkan program di Lenggong yang dianggotai oleh mereka-mereka yang berminat dengan motosikal besar dalam hutan dan saya melihat mereka memakai gelang, iaitu gelang yang membolehkan urusetia mengesan di mana mereka berada sama ada dia ikut route ataupun dia di luar daripada landasan sebenar. Jadi, saya fikir itu di antara alat yang boleh digunakan. Tapi walaubagaimanapun, ini tertakluk kepada Jabatan Perhutanan Negeri. Siapa yang nak membekalkan alat tu pun kita kena fikirlah. Tapi of course yang penting sekali ialah kita ada kecanggihan alat-alat yang boleh mengesan di mana orang itu berada dan ia sangatlah penting dan kita akan laksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Trong soalan nombor 2.
(Bacaan doa) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Terima kasih Trong di atas soalan yang dibangkitkan. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Trong berkaitan dengan institusi dan pusat penjagaan serta perlindungan warga emas dan kanak-kanak di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Trong sebab satu soalan dia ada pecahan kepada tiga topik. Soalan pertama yang berkaitan dengan JKM iaitu kita JKM menyelia tiga buah Rumah Seri Kenangan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Sehingga November 2025, jumlah keseluruhan penghuni warga emas di ketiga-tiga institusi ini ialah seramai 400 orang terdiri daripada 249 orang lelaki dan 151 orang perempuan ataupun bersamaan dengan 75.5% pengisian daripada 530 kekosongan. Mereka ditempatkan di Rumah Seri Kenangan Taiping, di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta dan juga Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar.
Untuk makluman Dewan, syarat kemasukan warga emas ke RSK adalah berpandukan garis panduan JKM iaitu yang berumur 60 tahun ke atas, daif dan tidak berkemampuan serta memerlukan tempat tinggal atau pun penjagaan, tidak mempunyai waris atau penjaga yang sesuai atau tergolong sebagai sebatang kara dan tidak menghidap penyakit berjangkit juga mampu mengurus diri secara asas serta stabil dari segi mental. Bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU), negeri Perak tidak mempunyai institusi Taman Sinar Harapan (TSH). Namun begitu, OKU dari Perak boleh ditempatkan di mana mana 7 buah TSH yang diuruskan oleh JKM di seluruh negara termasuk di Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah dan untuk makluman Yang Berhormat juga, tiga RSK yang ada di negeri Perak juga bukanlah hanya ditempatkan warga emas hanya dari negeri Perak tetapi kita menerima daripada seluruh Malaysia.
Seterusnya bagi penjagaan kanak-kanak pula, JKM Negeri Perak mengendalikan tiga institusi JKM iaitu Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz di Kuala Kangsar, Sekolah Tunas Bakti di Taiping dan juga Taman Seri Puteri, Batu Gajah. Sehingga November 2025, sejumlah 231 orang kanak-kanak bersamaan dengan 51.3% pengisian telah pun diisi di institusi-institusi ini atas perintah mahkamah mengikut Akta Kanak-kanak 2001. Dato' Seri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat bagi menjawab soalan kedua yang berkaitan dengan adakah kanak-kanak di bawah JKM berjaya dalam pendidikan ataupun adakah kita memberikan pendidikan yang sewajarnya. Izinkan saya terlebih dahulu memaklumkan kepada Dewan mengenai sebab-sebab sah penempatan kanak-kanak di institusi JKM.
Untuk makluman Yang Berhormat, kesemua kanak-kanak yang ditempatkan di institusi JKM Negeri Perak adalah melalui perintah mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Penempatan dibuat apabila mereka dikenalpasti memerlukan perlindungan dan penjagaan kerana menjadi mangsa pengabaian, penderaan, eksploitasi atau tinggal dalam persekitaran keluarga yang tidak selamat iaitu tidak mempunyai penjaga yang layak ataupun memerlukan intervensi pemulihan kerana terlibat dalam salah laku dan berisiko sosial. Bagi sebahagian remaja perempuan, mereka juga memerlukan perlindungan khusus dan persekitaran selamat daripada risiko eksploitasi. Ingin saya tegaskan di sini bahawa institusi JKM bukanlah tempat hukuman tetapi ruang perlindungan, pemulihan dan pembangunan menyeluruh untuk membina peluang baru dan memberi peluang kedua kepada kanak-kanak. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kejayaan kanak-kanak ini menyeluruh dan tidak terbatas hanya kepada akademik semata-mata. Semua kanak-kanak telah diberikan akses kepada pendidikan formal mengikut umur dan kemampuan sama ada melalui sekolah harian biasa di sekitar institusi ataupun kelas akademik yang dijalankan di dalam institusi bagi mereka yang masih dalam tempoh pemulihan. Penekanan diberikan kepada penguasaan literasi dan numerasi sebagai asas untuk mereka menyambung pelajaran di arus perdana. Pada masa yang sama, kerajaan memberi penekanan besar kepada pembinaan sahsiah, kestabilan emosi dan harga diri. Sesi kaunseling, bimbingan psikososial dan motivasi dilaksanakan secara berskala, berkala bagi membantu mereka menangani trauma dan membina keyakinan diri yang baru.
Selain itu, melalui Modul Kemahiran Vokasional TVET, kanak-kanak dan remaja di institusi berkenaan didedahkan kepada pelbagai kemahiran seperti jahitan, kulinari asas, kraftangan, automotif ringan, penyelenggaraan asas dan seni kreatif. Pendidikan kemahiran ini memberikan mereka kemahiran praktikal yang boleh diterjemahkan kepada peluang pekerjaan atau keusahawanan selepas mereka meninggalkan institusi.
Dato' Seri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi menjawab soalan yang berkaitan adakah ia berkaitan dengan isu warga emas yang melebihi kapasiti? Soalan pertama sebenarnya telah pun menjawab kapasiti RSK di negeri Perak masih ada kekosongan baru lebih 72%. Sukacita saya tegaskan bahawa perkara itu adalah tidak benar. Jadi saya tak pastilah isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Trong. Kapasiti institusi yang dikendalikan oleh JKM Negeri Perak berada dalam keadaan terurus dan terkawal iaitu hanya 75% sahaja dari 530 kekosongan seperti soalan yang saya jawab di awal tadi. Berdasarkan syarat kelayakan, penilaian kes demi kes oleh pegawai pelindung dan keputusan mahkamah. Tiada keadaan di mana permohonan adalah begitu tinggi sehingga melepasi kapasiti dan menjejaskan fungsi dan standard kebajikan di institusi berkenaan seperti yang telah digambarkan dalam soalan.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak hanya bergantung kepada institusi berasaskan jagaan penuh semata-mata. Pendekatan yang digunakan ialah membina jaringan sokongan dan ekosistem warga emas yang lebih luas dan proaktif yang merangkumi penjagaan berasaskan komuniti, pengukuhan keluarga, pemerkasaan penjaga serta pengupayaan sosial dan ekonomi. Di bawah kerangka Pelan Perak Sejahtera 2030, warga emas dikenali sebagai sebahagian daripada kumpulan rentan yang diberi keutamaan melalui program seperti Program Menyantuni Golongan Rentan, pengoperasian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), khidmat bantu di rumah serta kerjasama dengan NGO dan pusat jagaan swasta berdaftar. Salah satu inisiatif penting Kerajaan Negeri ialah Program Santunan Kasih Perak yang kita gerakkan melalui portfolio saya bersama dengan Seketeriat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (Wanita Perak) di mana program ini membina sebuah ekosistem penjagaan warga emas yang sistematik termasuk latihan TVET penjagaan warga emas kepada sukarelawan, pengendali pusat jagaan dan penjaga keluarga. Penyediaan pangkalan data, penjaga bertauliah serta pembangunan kerjaya dan keusahawanan dalam bidang penjagaan warga emas juga kita lakukan.
Selaras dengan pendekatan itu, Kerajaan Negeri juga melaksanakan program Warga Emas Fit (WE Fit) di bawah payung Program Santunan Kasih dan dikoordinasikan oleh Seketeriat Pembangunan Wanita Dan Masyarakat. Program jelajah ini telah dilaksanakan di beberapa daerah yang terlibat seperti di Selinsing, Trong, Gerik, Behrang, Pengkalan Baharu, Chenderoh dan lokasi-lokasi lain dengan pengisian seperti saringan kesihatan, senamrobik, pendidikan, gaya hidup sihat dan interaksi sosial warga emas. Melalui Wanita Perak, pelbagai program turun padang di peringkat daerah dan Dun telah dilaksanakan termasuk Program Kesedaran Kesihatan Warga Emas, Sesi Libat Urus Dengan Pengusaha Pusat Jagaan, Program Pengukuhan Keluarga yang turut menyentuh tanggungjawab menjaga ibu bapa serta kerjasama dengan PAWE dan NGO setempat. Ini semua adalah sebahagian daripada pendekatan 'Aging in Place' iaitu menggalakkan warga emas untuk menua dalam komuniti sendiri dengan sokongan keluarga, jiran dan rangkaian penjagaan yang teratur. Bukannya terus bergantung hanya kepada institusi yang disediakan oleh Kerajaan. Dato' Seri Yang di-Pertua, ingin saya tegaskan bahawa JKM dan Kerajaan Negeri Perak komited untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak, OKU, warga emas dan masyarakat sentiasa terpelihara. Mereka bukan sahaja dilindungi tetapi turut diberdayakan dan diberi peluang untuk hidup dengan lebih bermaruah, sejahtera dan bermakna. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Temenggor. Soalan tambahan saya ialah berkenaan kanak-kanak yang ditahan pada bulan Oktober dan November dalam operasi global pada tahun lepas. Yang mana kanak-kanak ini ditahan selama dua bulan. Apabila kanak-kanak ini ditahan, mereka tidak bersekolah sebagaimana sekolah di SK atau pun di Sekolah Menengah Kebangsaan. Jadi keadaan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Saya yakin pendidikan dalam JKM selama dua bulan ni tak sama dengan di dalam bilik darjah. Masalah yang berlaku selain pembelajaran mereka terganggu, anak-anak ini tidak dapat menduduki peperiksaan UPKK dan anak anak ini kesannya lagi pada tahun ini, mereka tak berdaftar SRAI. Akhirnya UPKK pun tak dapat masuk periksa. SRAI pun mereka tak masuk periksa. Ni anak-anak di negeri Perak di Trong. Jadi apakah langkah kerajaan untuk menangani selepas ni bila ada perintah mahkamah, mereka ini ditahan. Maka kena pastikan bahawa peperiksaan yang mereka lalui mestilah diambil berat. Akhirnya mereka tertinggal dalam pelajaran dan mereka tidak dapat mengambil peperiksaan yang sepatutnya mereka ambil. Kesannya mereka tak dapat, susah untuk mohon masuk sekolah menengah SMAN, SMKA dan juga SABK. Tak ada sijil UPKK. Takda Sijil SRAI. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih atas soalan yang dibangkitkan oleh Berhormat Trong. Seperti dalam jawapan saya, kita cukup komited untuk memastikan anak-anak yang berada dalam institusi jagaan kita mendapat pendidikan sama ada secara formal atau pun tidak formal dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kes-kes kanak-kanak GISB masih lagi dalam seliaan pegawai pelindung JKM dan bersekolah. Selain seliaan dan lawatan ke rumah secara berkala, JKM juga turut mengadakan sesi seliaan bersama ibu bapa, penjaga kanak-kanak dan juga untuk makluman daripada rekod yang kita ada 36 orang bersekolah, 4 sudah melebihi 18 tahun dan 13 orang umur 6 tahun ke bawah. Jadi yang mana bersekolah kita kita buat seliaan dan pemantauan. Jadi, kita cuba sehabis baik untuk memastikan mereka tidak berlaku keciciran. Itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput.
Keranji nak minta tambahan. Soalan tambahan.
Soalan berkaitan?
Ya.
Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya kepada Exco ialah dengan peningkatan kos sara hidup. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah peruntukan operasi atau pemberian bantuan makanan dan kesihatan bagi semua pusat penjagaan JKM di Perak? Terima kasih.
Kita, Yang Berhormat setakat ini kita masih mengikut syarat dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Jadi, sumbangan-sumbangan kepada NGO-NGO atau pun jabatan atau agensi yang telah mewujudkan pusat jagaan dan sebagainya, pusat sukarelawan dan sebagainya ialah mengikut syarat-syarat yang telah ditentukan oleh JKM. Yang telah kita bantu, mengikut kapasiti yang ada. Jadi, apa pun kita mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri atas komitmen Kerajaan Negeri untuk menambah peruntukan kepada JKM bagi kita membantu memudahkan mana-mana urusan yang boleh kita bantu. Jadi, setakat ini bantuan masih lagi mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JKM.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor tiga.
Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Pantai Remis, Kerajaan Negeri Perak mensasarkan Mass Market dengan izin sebagai fokus utama kepada pasaran pelancongan. Di samping memberi perhatian kepada segmen-segmen lain seperti warga emas yang semakin penting dari sudut ekonomi, kami juga mengambil maklum bahawa terdapat trend kebelakangan ini di mana mereka daripada negara-negara yang lebih berkemampuan atau pelancong-pelancong yang lebih berkemampuan mempunyai trend yang dikatakan lari daripada musim sejuk. Di mana mereka akan ke negara-negara yang bercuaca panas dalam bulan Disember dan sebagainya untuk menghabiskan cuti mereka kerana mereka badan mereka sudah tidak larat dengan menahan musim sejuk. Jadi selaras dengan itu, beberapa produk pelancongan telah ditambah baik melalui penyediaan kemudahan asas yang lebih mesra warga emas di bawah Program Age Friendly City dengan peruntukan sebanyak RM2 juta dalam Belanjawan Negeri Perak pada tahun 2025 iaitu tahun ini.
Namun, seperti yang dikatakan tadi apabila konsep pelancongan kita lebih menyasarkan kepada Mass Market, jadi kita mendapati keperluan lebih mendesak kepada pembaikian atau occupying dengan izin produk-produk pelancongan kepada Mass Market daripada memberi tumpuan kepada sesuatu market segmen yang khas. Namun begitu, komitmen ini dizahirkan kita untuk warga emas ini pelancong warga emas ini melalui pelaksanaan usaha berterusan untuk memperkukuh infrastruktur serta meningkatkan aksesibiliti destinasi pelancongan. Bukan sahaja bagi memenuhi keperluan warga emas, malah turut memberi manfaat kepada kumpulan lain termasuk OKU dan kanak-kanak. Kerana kita lihat banyak di antara infrastruktur tersebut sebenarnya mempunyai kesamaan. Sebagai contohnya bilik air dan juga ramp di mana memerlukan kepada mereka yang menggunakan kerusi roda dan sebagainya. Jadi pada tahun 2025 sebanyak 16 projek di bawah inisiatif Program Age Friendly City telah dilaksanakan di pelbagai daerah. Antaranya adalah di Kellie's Castle di Kinta, Laman Budaya di Kuala Kangsar, Zoo Taiping di daerah Larut, Matang dan Selama, Taman Tasik Temoh di daerah Batang Padang dan lain-lain.
Jadi pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur luar bandar di kawasan tumpuan pelancong bagi memudahkan kemudahan akses. Melalui peruntukan ini, pelbagai projek telah dilaksanakan termasuk pembinaan tandas awam yang lebih selesa, pemasangan papan-papan tanda informatif, pembinaan pagar-pagar keselamatan baru serta pewujudan kawasan-kawasan rekreasi pelancongan di penempatan Orang Asli dan lokasi-lokasi yang berpotensi.
Usaha ini dilakukan dan dilaksanakan bagi memperkukuh kemudahan asas pelancongan dan seterusnya meningkatkan pengalaman pengunjung di kawasan luar bandar. Bagi meneruskan komitmen ini, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM1 juta lagi bagi tahun 2026 bagi melaksanakan projek yang sama atau semirip dengannya sebagai persiapan dan juga sokongan kepada Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Melalui pelaksanaan strategik seperti ini, Kerajaan Negeri menegaskan komitmen untuk membangunkan sektor pelancongan yang benar-benar mesra kepada semua peringkat umur sekaligus memperkukuh daya tarikan Perak sebagai destinasi pelancongan utama negara. Pendekatan yang inklusif dan mampan ini juga diyakini mampu merancakkan ekonomi pelancongan Negeri khususnya melalui peningkatan penyertaan segmen warga emas yang mempunyai potensi perbelanjaan yang tinggi.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat seperti yang dikatakan tadi sebenarnya peruntukan pelancongan kepada negeri Perak memang tidak tinggi kalau dibandingkan sebagai kepada negeri-negeri pelancongan yang profesional. Saya selalu berkata sebenarnya negeri Perak ini kami adalah satu dalam konteks pelancongan, kami adalah satu pemain amatur yang sangat baik. Sangat baik tetapi kami bukan satu pemain industri pelancongan yang profesional. Jadi, dengan itu, antara kekangan kami bukan sahaja pemain-pemain industri bersama pelaburan-pelaburan mereka. Antara kekangan kami juga adalah peruntukan khusus kepada bahagian pelancongan untuk melaksanakan sesuatu program tetapi apabila kita melakukan pelancongan sebenarnya bagi kami adalah sebenarnya kami di Tourism Perak selalu saya katakan kami cuma merupakan salesman atau marketing team kepada pihak negeri dan di mana kami banyak melakukan event-event dan sebagainya dan bukannya apa yang dikatakan peneraju kepada kebanyakan infrastruktur yang ada di dalam negeri ini.
Sebagai contoh apabila kita katakan tadi walaupun kita kata kita memudahkan akses kepada masyarakat warga emas dan juga pelancong warga emas dan juga OKU dan sebagainya tetapi kita perlu terima hakikatnya untuk yang membangunkan infra-infra ini sebenarnya adalah mereka di PBT dan PDT yang sebenarnya berkuasa dan berkemampuan dan berperuntukan untuk membangunkan infra-infra tersebut. Pada masa yang sama seperti yang dalam soalan ini kita berkata mengenai pelancongan warga emas atau ‘Silver Ekonomy’, kita harus memperakui atau mengakui bahawa kebanyakan infra asas ini adalah daripada bahagian-bahagian lain seperti sebagai contoh Bahagian Kebajikan Masyarakat yang menjaga warga emas.
Jadi seperti yang telah diterangkan panjang lebar aktiviti-aktiviti yang telah banyak dilakukan oleh bahagian kebajikan di mana mereka melakukan training-training untuk untuk menjaga warga emas. Care the caretaker economy. Jadi di sini bukan sahaja di mana Exco yang menjaga kebajikan masyarakat dan sebagainya telah melakukan usaha termasuk juga Exco yang menjaga apa nama sumber manusia. Mereka telah melakukan usaha-usaha untuk meningkatkan atau memperbanyakkan lagi mereka-mereka yang di dalam care caretaker atau caregiver economy ini supaya apabila pelancong-pelancong atau pun masyarakat kita sendiri yang memerlukan mereka ini terdapat mereka yang profesional yang ada dekat negeri Perak. Jadi antara yang dilakukan adalah Kerajaan Negeri melalui PASAK giat memperkembangkan ekonomi penjagaan warga emas melalui latihan-latihan. Ini merupakan supplementary towards apa yang kebajikan buat. PASAK is supplementary towards apa yang pasal kebajikan buat dengan latihan-latihan mereka. PASAK juga telah memberi latihan kepada warga emas melalui latihan penjagaan warga emas bermula tahun 2023 dan yang sehingga kini telah melatih seramai 186 orang peserta selari dengan agenda ekonomi sosial yang digerak melalui Pelan Perak Sejahtera 2030.
Jadi daripada jumlah peserta yang dilatih, 58% daripada peserta telah meraih pendapatan sebagai caregiver secara professional, 14% menggunakan latihan untuk menjaga ahli keluarga mereka dan 28% menjadi sukarelawan JKM. Jadi jelas daripada ini kita lihat 58% peserta meraih pendapatan sebagai caregiver professional. Maknanya kita menghasilkan mereka dalam bidang profesion ini sebenarnya terdapat ruang dan juga peluang untuk mereka menjadi caregiver kepada pelancong-pelancong sekiranya pada masa mereka akan datang nanti. Hasil daripada latihan yang dilaksanakan oleh UniKL, RCMP dan Sunshine Quality Care melalui inisiatif Sentuhan Kasih Santunan Kasih. Minta maaf. Sebanyak RM1.45 juta telah diguna melalui ekonomi penjagaan warga emas di negeri Perak. Dengan adanya tenaga kerja terlatih ini, Perak dapat menyediakan persekitaran pelancongan yang lebih mesra warga emas sekali gus meningkatkan keyakinan dan keselamatan pelancong warga emas, keluarga yang membawa ibu bapa serta pelancong yang berkepelbagaian keperluan seperti OKU yang memerlukan bantuan mobiliti.
Melalui perkembangan yang positif ini bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menghantar 6 orang peserta anak negeri Perak, 6 orang peserta anak negeri Perak menjalani latihan warga emas di Jepun secara intensif melalui latihan, "Training of the Trainer". Maknanya di sini. Bukan kita hantar mereka ke Jepun dan balik menjadi caregiver. Tugas utama mereka dan juga aspirasi Kerajaan Negeri adalah mereka mempelajari teknik-teknik dan juga kemampuan-kemampuan Jepun dalam menjaga warga tuanya kerana kita tahu Jepun merupakan salah satu kalau tidak negara yang paling menua di dalam dunia ini.
Jadi pengalaman-pengalaman mereka juga amat penting dan apabila 6 orang ini pergi ke Jepun mendapat ilmu-ilmu dan latihan-latihan, mereka dapat pulang ke negeri Perak untuk menjadi apa kita katakan pelatih kepada warga kita. Jadi selain daripada aspek ini juga lain-lain banyak aspek juga yang menjadi apa yang kita katakan kemungkinan besar dalam konteks mereka memilih negeri Perak atau tidak apabila mereka datang melancong. Ia bergantung kepada berapa lama mereka berada di di Malaysia atau negeri Perak dan juga konteks pelancongan yang kita pakai. So, kalau kita nak gunakan konteks pelancongan yang kita pakai mungkin lebih daripada sehari dua, mungkin daripada seminggu dua. Kita juga mempunyai program MM2H. MM2H sebenarnya dia terbuka kepada warga daripada 25 tahun dan ke atas tetapi seperti kebiasaan dan persepsi rakyat ataupun kebanyakan mereka yang mengambil program untuk menetap kekal di Malaysia untuk satu tempoh yang agak pendek atau pun panjang mungkin dalam 90 hari dan sebagainya. Macam saya katakan apabila mereka lari daripada musim sejuk dan sebagainya, ia memerlukan kelulusan daripada MOTAC dan syarat-syarat boleh didapatkan daripada laman MOTAC. Jadi ini dapat membantu juga Perak untuk mendapatkan lebih ramai apa yang kita katakan tadi pelancong- pelancong mereka yang mempunyai umur yang lebih tinggilah. Terima kasih.
Soalan tambahan. Pantai Remis, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco dengan jawapan yang sangat jelas dan menurut jawapan Yang Berhormat, kita sudah nampak di antaranya ada beberapa kerjasama perlu diadakan di antara semua jabatan-jabatan. Jadi adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan sebuah steering committee yang melibatkan semua jabatan untuk pembangunan silver economy ini yang kita boleh katakan bagi pihak pejabat Exco bagi Perbendaharaan Negeri atau pun UPEN, pihak kesihatan JKM dan juga Tourism Perak, Tourism Malaysia dan bukan sahaja di sini tetapi sektor swasta seperti pelancongan atau pun mereka yang menjalankan program penjagaan dan juga perubatan dan sebagainya dan PBT yang juga kita semua ada di dalam satu steering committee untuk kita dapat merangka satu blueprint yang khas untuk silver economy untuk negeri Perak supaya kita dapat membangunkan dan memacu satu pembangunan sektor silver economy yang lebih sistematik.
Terima kasih Yang Berhormat Pantai Remis. Sebenarnya untuk jawapan YB rasa dah jauh melangkau portfolio saya sebab mungkin lebih sesuai kalau dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kemudian dalam penggulungan tetapi melalui apa yang saya faham, UPEN memang telah sedang menerajui laporan-laporan dan kajian-kajian untuk memperkembangkan silver economy di negeri Perak. Antara sebagai contoh antara yang kita tahu di negeri Perak ini kita memang bersesuaian kepada silver economy tetapi saya selalu katakan imej kita di negeri Perak pun sama. Kita diibaratkan bandar pencen dekat Perak.
Namun, saya berkata sebenarnya kita di Perak bukan bandar pencen cuma kita suka berjalan lebih lambat. Kita suka berjalan slow sikit bukan bandar pencen. Our living lifestyle our pace is slower dengan izin kita bergerak dengan lebih perlahan. Jadi ini sesuai untuk silver economy termasuk juga makanan-makanan yang ada di negeri Perak daripada pelbagai kaum, pelbagai kebudayaan, pelbagai sejarah di Asia Tenggara mahu pun di dunia dan juga yang paling utama antara yang menjadi pilihan kepada mereka untuk datang ke negeri Perak adalah Our Green Coverage, Green Coverage dekat dengan izin dekat negeri Perak di mana kita masih mempunyai hutan-hutan yang agak liputan hutan yang agak besar. Jadi ini juga menjadi pilihan mereka kerana udara segar di negeri Perak ini boleh kita katakan sangat baiklah dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang mungkin penuh dengan kereta atau penuh dengan gas-gas kilang dan sebagainya. Jadi ini merupakan peluang kami yes kerajaan negeri telah sedang melakukan usaha tetapi dari konteks satu steering community dan sebagainya. Saya rasa itu memerlukan kajian lebih mendalam daripada pihak UPEN sebelum kita melakukan apa-apa tindakan selanjutnya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menyebut Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk mengemukakan soalan. Sila.
Bukit Chandan tempat berdaulat. Soalan Bukit Chandan nombor 4.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Saya ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Chandan yang telah tanyakan soalan berkenaan inisiatif Perak Pawsitive Initiative untuk menjawab soalan Yang Berhormat tentang setakat ini, perkembangan dan hasil daripada pelaksanaan program ini. Perak Pawsitive Initiative merupakan usaha holistik Kerajaan Negeri yang dirangka untuk menangani isu haiwan jalanan secara mampan, berperikemanusiaan dan berasaskan data. Perkembangan paling signifikan ialah Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim bagi merasmikan program ini untuk peringkat daerah Kinta pada 13 Ogos yang lalu. Keberangkatan Tuanku membawa makna yang besar kerana ia memperlihatkan sokongan moral dan keprihatinan institusi diraja, sekali gus mengangkat usaha kerajaan negeri dalam membina komuniti yang lebih penyayang, inklusif dan seimbang dalam mengurus isu haiwan jalanan. Sokongan Tuanku ini turut meningkatkan kesedaran awam dan memberi dorongan kuat kepada semua pihak untuk bersama menjayakan inisiatif ini.
Dari segi pelaksanaan, inisiatif ini berteraskan tiga komponen yang utama iaitu Kempen Pemandulan Bersubsidi, Pendaftaran dan Pelesenan Anjing serta Kempen Kesedaran Masyarakat. Melalui siri kempen Pemandulan Bersubsidi sebanyak 504 ekor anjing dan 376 ekor kucing telah berjaya dimandulkan setakat 17 Ogos 2025. Selain itu, sebanyak 567 lesen anjing telah dikeluarkan oleh PBT sempena program ini menunjukkan peningkatan pemilikan haiwan yang lebih bertanggungjawab. Di bawah komponen kesedaran masyarakat, Kerajaan Negeri turut menaja percetakan buku cerita kanak-kanak pertama di Malaysia yang bertemakan haiwan isu haiwan jalanan. Buku ini telah digunakan dalam program kesedaran di 10 buah sekolah bersama 7 orang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mendidik generasi muda mengenai empati kebajikan haiwan dan pemilikan yang bertanggungjawab. Perubahan yang berkekalan memang tidak berlaku semalaman, namun dengan dasar yang jelas dan pelaksanaan yang konsisten, kita sedang membina impak yang akan terus berkembang dari tahun ke tahun.
Bagi menjawab soalan pecahan kedua Yang Berhormat, tentang dasar dan program baharu yang akan dilaksanakan selain program Pemandulan Bersubsidi, Kerajaan Negeri juga sedang meneliti beberapa dasar dan juga program baharu yang akan dilaksanakan secara berfasa, selaras dengan pendekatan jangka masa panjang untuk Perak Pawsitive Initiative. Dasar baru yang sedang dikaji termasuk program Microchip Pink, di mana ia membolehkan penguatkuasaan yang lebih berkesan terhadap pemilik yang tidak bertanggungjawab dan mengurangkan insiden pembuangan haiwan. Kerajaan juga sedang meminda UUK pelesenan anjing dan premis pemeliharaan anjing bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan. Kerajaan Negeri turut meneliti mekanisme pelesenan yang menggalakkan pemilik memandulkan anjing termasuk struktur yuran yang lebih tersusun dan berperingkat. Bagi program baharu pula kerajaan sedang membangunkan sistem pemetaan community feeders untuk menyelaraskan usaha individu yang memberi makanan kepada haiwan jalanan. Melalui rangkaian ini, feeders boleh menjadi mata dan telinga kerajaan membantu tindak ambil tindak balas aduan dengan lebih cepat dan menyumbang data populasi yang lebih tepat. Ini mengubah mereka daripada bertindak secara individu kepada menjadi sebahagian daripada penyelesaian yang lebih menyeluruh.
Seterusnya, Kerajaan Negeri juga akan melancarkan risalah kesedaran untuk pemilik haiwan bagi mendidik mereka tentang tanggungjawab pemilikan pentingnya kempen pemandulan dan juga mendedahkan mereka kepada info-info yang penting termasuk Akta Kebajikan Haiwan dan undang-undang kecil PBT. Semua dasar dan program ini bertujuan untuk membentuk ekosistem jangka masa panjang yang lebih teratur dan berkesan dalam pengurusan haiwan jalanan di negeri Perak. Bagi menjawab soalan pecahan ketiga tentang usaha bagi meningkatkan kesedaran dan kerjasama antara pelbagai pihak di bawah Perak Pawsitive Initiative, kita fokus kepada peningkatan kesedaran dan juga mengukuhkan kerjasama. Di bawah peningkatan kesedaran kempen ini bantu untuk memupuk kesedaran di pelbagai peringkat masyarakat melalui pendekatan yang disasarkan termasuk kumpulan sasaran iaitu pemilik haiwan supaya mereka faham tentang tanggungjawab pemilikan dan juga patuh kepada undang-undang yang ada dan juga kepada generasi baru, termasuk murid-murid sekolah melalui program kesedaran untuk memperkenalkan nilai empati dan juga pengurusan haiwan yang betul sejak usia muda dan juga kepada feeders dan pencinta haiwan untuk memberi panduan yang lebih jelas dan bantu mereka untuk memahami peranan mereka dalam ekosistem pengurusan haiwan jalanan.
Selain itu, untuk menyelaraskan pelbagai usaha di lapangan, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan platform Friends of Pawsitive dengan izin. Platform ini berfungsi sebagai ruang penyatuan bagi NGO yang berkongsi nilai dan komitmen yang sama dalam mencari penyelesaian terhadap isu haiwan jalanan. Setakat ini, lapan NGO telah menyertai rangkaian ini untuk membentuk kerjasama yang lebih tersusun antara kerajaan negeri, PBT dan masyarakat sivil melalui Friends of Pawsitive kita bukan sahaja mengumpulkan rakan strategik tetapi juga mewujudkan rangkaian sokongan yang lebih kuat dan responsif. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih YB Exco satu jawapan yang cukup lengkap. So, soalan tambahan saya apakah gambaran umum trend aduan berkaitan anjing jalanan di PBT seluruh negeri dan saya juga mendapat aduan daripada orang ramai di PBT di tempat saya? Kucing-kucing liar stray cat ditangkap dan dibuang di kawasan pelupusan sampah di mana nasib kucing-kucing ini kesudahnya dimakan oleh anjing-anjing liar yang berkeliaran di tempat pelupusan sampah. So, soalan saya adakah tindakan ini wajar? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Berdasarkan laporan yang dikumpulkan daripada 15 PBT bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025, kita merekodkan sebanyak 3,722 aduan berkaitan anjing samada isu anjing jalanan mahu pun anjing peliharaan di seluruh negeri Perak. Jadi secara puratanya, jumlah bulanan berada pada paras yang stabil antara 350 hingga 400 kes menunjukkan pola yang konsisten di semua PBT. Antara PBT yang mencatat angka yang tertinggi adalah MBI iaitu 1,313 kes, MPM 565 kes dan juga Majlis Perbandaran Taiping 399 kes. Majoriti PBT yang lain berada pada paras yang lebih rendah iaitu antara 50 hingga 200 kes sepanjang 10 bulan pertama tahun ini. Jadi dari segi pola laporan kawasan bandar seperti Ipoh dan Manjung secara semula jadi mencatat angka yang lebih tinggi selaras dengan kepadatan penduduk dan juga saiz operasi harian masing-masing.
Jadi data ini penting untuk membantu PBT mengenalpasti kawasan tumpuan dan merancang tindakan yang lebih tepat di lapangan dan data ini juga menjadi asas kepada perancangan jangka masa panjang di bawah Perak Pawsitive supaya penyelesaian yang dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan dan juga berkenaan isu kucing jalanan yang ditangkap tak pasti oleh pihak mana sebab setakat ni saya tidak pernah menerima isu berkaitan dengan penangkapan kucing jalanan cuma secara umumnya kita ambil maklum isu-isu dan termasuk aduan berkaitan dengan kacau ganggu kucing jalanan juga semakin kita terima di kawasan yang berlainan.
Itu sebab di bawah Perak Pawsitive Initiative juga kempen pemandulan bersubsidi ini kita turut merangkumi untuk kucing supaya kita nak galakkan pemeliharaan kucing juga secara bertanggungjawab dan pastikan tiada pembiakan yang tidak terancang dan menyebabkan populasi kucing jalanan yang semakin meningkat. Cuma saya ambil maklum isu Yang Berhormat bangkitkan dan mungkin kita perlu terus memantau dan meneliti isu yang dibangkitkan supaya kita boleh tahu apa keadaan sebenar. Apa punca apa isu yang berlaku di lapangan supaya tindakan yang bersesuaian dapat diambil.
Speaker. Timbalan Speaker Manjoi.
Simpang Pulai sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanyakan bagaimana Perak Pawsitive Initiative selari dengan agenda Bandar Pintar Smart City di negeri Perak? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai. Memang kita apabila kita cuba rangka program kempen di bawah Perak Pawsitive Initiative kita memang sentiasa cuba untuk pastikan ia selari dengan agenda Bandar Pintar negeri Perak. Jadi antara fokus yang utama adalah tentang penggunaan data dan juga supaya boleh memberi respon yang lebih cepat dan juga menggalakkan penyertaan komuniti. Jadi kita sedang melalui inisiatif ini, kita sedang bangunkan data hotspot anjing jalanan dan pemetaan feeders yang akan di lengkapkan dengan aplikasi supaya dan juga sistem pelaporan komuniti yang lebih tersusun. Jadi, semua ini akan membantu PBT untuk membuat tindakan dan juga keputusan berdasarkan data dan bukan secara anggaran. Ini sejajar dengan komponen Smart Governance & Smart People di bawah Perak di bawah Pelan Tindakan Bandar Pintar Negeri Perak 2040, di mana teknologi digunakan untuk mengurus bandar dengan lebih cekap, selamat dan berasaskan data dan bukti. Terima kasih.
Timbalan Speaker. Manjoi boleh, sikit.
Saya fahamkan ni soalan hot topic. Kalau YB ada soalan lain, boleh jumpa YB Exco di luar Dewan. Terima kasih. Seterusnya duduk. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk mengemukakan soalan, sila.
Terima kasih saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Chenderiang, soalan 5.
Terima kasih di ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Chenderiang berkaitan dengan penambahbaikan kemudahan Hospital Tapah, Klinik Kesihatan sekeliling Tapah dan Klinik Desa. Untuk maklumat Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan, Hospital yang tertua di Malaysia ialah Hospital Taiping, yang dibina pada tahun 1880 iaitu usianya 145 tahun. Ia dikenali sebagai Hospital Yong Wah. Hospital ini kini memiliki jumlah katil operasi sebanyak 642 dan mencatatkan 41,869 kemasukan pesakit bagi tempoh Januari hingga Oktober 2025. Dengan purata 4,186 kemasukan sebulan. Kadar penggunaan katil, Bed Occupancy Rate atau BOR bagi tahun 2024 adalah sebanyak 76.17%. Selain itu, Hospital Batu Gajah juga dibuka pada tahun yang sama iaitu 1880. Dalam masa sama dengan Hospital Taiping. Menurut sejarah Batu Gajah, diiktiraf sebagai hospital kedua tertua di negeri ini selepas Taiping. Hospital ini dengan 7,042 kemasukan pesakit dari Januari hingga Oktober tahun ini. Kini memiliki jumlah katil operasi sebanyak 148 dan kadar penggunaan katil sebanyak 50.69%.
Hospital Raja Permaisuri Bainun dibina pada tahun 1891 berusia 134 tahun sebagai sebuah hospital daerah. Pada tahun 1942, hospital ini telah dinaik taraf sebagai hospital negeri. Kini, hospital ini menerima lapan 58,932 kemasukan pesakit bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini. Dengan purata 5,893 kemasukan sebulan. Serta mencatatkan BOR sebanyak 75.16% pada tahun 2024. Hospital Tapah yang dibina dan beroperasi mulai tahun 1888 berusia 137 tahun di persimpangan Jalan
Raja dan Jalan Stesen di Tapah. Pada tahun 1917, selepas Perang Dunia Pertama, hospital dipindah ke Hospital Tapah dipindahkan ke Lokasi baru di Jalan Timur. Sekitar 1 kilometer dari tapak asal dengan binaan hospital yang lebih besar. Kini, hospital ini masih mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitarannya. Purata pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital Tapah adalah seperti berikut. Satu, pesakit dalaman 372 hingga 382 pesakit sebulan. Yang kedua pesakit Jabatan Kecemasan 2,300 hingga 2,510 pesakit sebulan. Pesakit klinik pakar, 693 hingga 696 pesakit sebulan. Selain itu, kerajaan juga memberikan penekanan terhadap penyediaan perkhidmatan kesihatan primer kepada rakyat di kawasan Dun Chenderiang.
Asasnya wujud satu klinik kesihatan dan empat klinik desa yang menyediakan perkhidmatan bagi penduduk sekitar. Jumlah kehadiran pesakit adalah seperti berikut. Klinik Kesihatan Tapah iaitu klinik jenis ketiga. Jumlah kehadiran pesakit harian adalah 665 orang dan jumlah kehadiran pesakit bulanan adalah sebanyak 14,267 pesakit. Bagi Klinik Desa Chenderiang, jumlah kehadiran pesakit harian adalah 23 orang dan bagi bulanan adalah sebanyak 339 pesakit. Bagi Klinik Desa Batu Enam, jumlah kehadiran pesakit harian adalah seramai 21 orang dan bagi bulanan adalah 323 pesakit. Bagi Klinik Desa Batu Melintang, jumlah kehadiran pesakit harian adalah 7 orang pesakit dan bulanan adalah 102 orang pesakit. Bagi Klinik Desa Kampung Jambai, jumlah kehadiran pesakit harian adalah hanya 3 pesakit dan bulanan adalah 46 orang pesakit. Bagi meningkatkan fasiliti dan prasarana di Hospital Tapah, beberapa kerja penambahbaikan telah dilaksanakan bagi memastikan persekitaran hospital kekal selesa dan selamat untuk pesakit serta petugas. Pada tahun ini, sebanyak RM513,000.00 telah diperuntukan bagi Hospital Tapah untuk tujuan naik taraf fasiliti tersebut. Antara kerja yang telah dijalankan termasuk penambahbaikan infrastruktur di Unit kecemasan, wad-wad, Unit Farmasi, Unit kenderaan yang dimiliki kenderaan, ada tujuh unit ambulans, dua unit van, satu unit MPV, satu unit kenderaan pacuan 4 roda dan satu unit van jenazah, selain dua unit kenderaan SPANCO. Unit patologi berperanan penting dalam proses diagnosis pemantauan penyakit dan menyokong rawatan klinikal dan Unit cara kerja iaitu bertanggungjawab mengurus, menyelenggara dan memastikan semua peralatan, sistem-sistem kerja hospital berfungsi dengan baik.
Manakala bagi kerja penambahbaikan dan naik taraf klinik Desa Chenderiang, daerah Batang Padang serta kerja infrastruktur dan kerja-kerja berkaitan Kerajaan memperuntukkan RM481,000.00 yang dan projek ini telah siap sepenuhnya menjelang awal bulan Disember 2025. Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan peruntukan pembangunan bagi setiap Klinik Kesihatan dan Klinik Desa. Bagi Klinik Kesihatan Batu 17 jenis 7, jumlah peruntukan Persekutuan adalah sebanyak RM122 ribu. Selesai. Status pelaksanaan, selesai. Bagi Klinik Kesihatan Tapah jenis 3, RM600 ribu, status pelaksanaan, selesai. Bagi Klinik Desa Batu 6, RM650 ribu, selesai. Klinik Desa Batu sebanyak RM200 ribu, selesai. Jadi, bagi tahun 2024 sebanyak RM653 ribu bagi tahun, telah pun disalurkan bagi klinik-klinik ini dan bagi tahun 2025 sebanyak RM554,083.00 telah disalurkan setakat ini. Bagi keperluan peralatan perubatan Hospital Tapah turut menerima penambahan sebanyak 36 aset perubatan di Unit Hemodialisis, Unit Kecemasan, wad-wad dan Unit Fisioterapi. Pihak Hospital Tapah turut mengemukakan permohonan pengisian jawatan secara berkala di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kekosongan dapat diisi bagi kesinambungan perkhidmatan. Hospital Tapah juga merancang untuk menambah dan menggantikan beberapa peralatan perubatan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
Permohonan telah dikemukakan bagi penggantian tiga unit mesin hemodialisis serta penambahan dua unit baru. Untuk makluman, Yang Berhormat Chenderiang, Dun Chenderiang mempunyai sebuah Klinik Kesihatan jenis 7 iaitu Klinik Kesihatan Batu 17 dan empat buah Klinik Desa iaitu Klinik Desa Chenderiang, Klinik Desa Batu 6, Klinik Desa Batu Melintang dan Klinik Desa Kampung Jambai. Fasiliti kesihatan di Klinik Kesihatan Batu 17 jenis 7 adalah status naik taraf adalah selesai proses naik taraf infrastruktur pada tahun 2024 yang merangkumi naik taraf pendawaian elektrik bernilai RM122 ribu. Klinik Desa Batu 6 selesai roboh dan dibina bangunan baru pada tahun 2024 yang merangkumi naik taraf kemudahan asas seperti ruang rawatan pesakit, pendawaian elektrik dan sistem saliran melibatkan kos RM650 ribu. Bagi Klinik Desa Chenderiang, proses naik taraf bangunan dan infrastruktur berkaitan pada 2025 yang merangkumi naik taraf kemudahan asas seperti ruang rawatan pesakit, pendawaian elektrik dan sistem saliran bernilai RM481 ribu. Klinik Desa Batu Melintang proses naik taraf infrastruktur bagi tahun 2025 yang merangkumi naik taraf pendawaian elektrik bernilai RM200 ribu.
Bagi fasiliti Hospital Tapah sehingga kini sistem bekalan air, elektrik, saliran serta tempat letak kenderaan dalam keadaan yang baik dan sentiasa melaksanakan penambahbaikan yang perlu. Bagi fasiliti Klinik Kesihatan dan Klinik Desa, keadaan kemudahan asas air dan saliran adalah baik dan mencukupi. Bagi Klinik Desa Batu 6, bekalan air bukit merawat dapat menyediakan bekalan air yang mencukupi ke fasiliti tersebut. Terima kasih.
Soalan tambahan Chenderiang. Sila.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan yang diberikan. Saya tengok jawapan yang diberi itu memuaskan dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana cakna kesihatan masyarakat kawasan Dun Chenderiang. Jadi soalan tambahan saya adalah di kawasan Dun Chenderiang banyak perkampungan pedalaman. Apakah usaha kerajaan untuk menyediakan ambulan pacuan empat roda iaitu four wheels ambulance untuk kawasan pedalaman di kawasan Dun Chenderiang.
Terima kasih Chenderiang. Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengenal pasti keperluan ambulan pacuan empat roda untuk kemudahan perkhidmatan kecemasan penduduk di luar bandar termasuk untuk Dun Chenderiang yang mempunyai capaian perhubungan yang tidak sesuai bagi kenderaan ambulan biasa. Permohonan bagi mendapatkan ambulance four wheels drive telah dipanjangkan kepada peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2023 dan maklumat terkini dikemaskini pada 2025. Pada masa ini, tender ambulan pacuan empat roda belum lagi dilaksanakan oleh KKM kerana dibuat berasingan dengan tender perolehan ambulan yang kini dalam proses penilaian. Terima kasih.
Alor Pongsu.
Alor Pongsu. Sila.
Terima kasih YB Timbalan Speaker, YB Dato’, YB Exco, saya nak sebut juga YB Dato’. Soalan saya, yang pertamanya, saya mewakili rakyat di Dun Alor Pongsu ingin merakamkan ribuan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri. Kami dah dapat hospital baru. Cantik. Walaupun maintenance sikit-sikit tu biasalah. Tapi ada satu, dua perkara yang saya rasa penting diperhatikan oleh pihak YB Dato’ dan pihak JKN tentang budaya. Budaya maksud saya contoh saya bagi. Satu, bila waktu melawat tengahari pukul 12.30, hanya dua orang pelawat boleh masuk pada satu-satu masa. Sebenarnya mengikut KKM itu undang-undang tapi Hospital Taiping tak buat. Hospital Ipoh, satu pesakit 10 orang boleh masuk. Tapi mungkin sebab hospital baru, pihak JKN nak buat undang-undang baru. Malang sekalilah. Bayangkan anak 10 orang balik daripada KL, Johor dan sebagainya nak melawat bapa yang sakit dapat seorang berapa minit je nak picit-picit, nak suap-suap dan ada satu kes anak yang lewat datang tak dapat masuk sebab ramai sangat anak dia. Sebelum lawatan pukul 5.00, bapa dia meninggal.
Jadi, saya minta pihak JKN perhalusi sikit tentang bilangan orang nak masuk melawat tu. Mungkin boleh ikut budaya lama. Tolak ansurnya di situ. Saya faham pihak hospital bagi masuk untuk kes-kes kritikal, untuk ICU semua. Tapi untuk pesakit biasa ni walau pun sakit biasa, kalau mak dengan ayah kita sakit, kita nak pegi urut lama sikit lah. Nak pi suap. Yang kedua, takdak OPD di Hospital Parit Buntar. Ini juga kejutan bagi kami. Tapi saya faham, KKM punya polisi lagu tu. Jadi, pesakit luar pegi ke klinik-klinik tapi bagaimana dengan persediaan.
Baru-baru ni saya pergi ke klinik yang berhampiran dengan Hospital Parit Buntar. Klinik Tanah Kebun, kereta melimpah sampai jalan besar. Parking space tak ada. Kemudian pesakit yang sakit terpaksa berdiri sampai ke parking lot pun ada. Jadi, sebelum kita buat sesuatu yang baru, saya minta pihak JKN buat persediaan yang lebih rapi lah. Study sikit PKD yang buat OPD ni. Terima kasih YB Dato’.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Pongsu. Yang berkaitan dengan isu pertama iaitu pelawat yang ingin melawat. Tiap-tiap hospital akan melihat kepada dua perkara iaitu privacy kepada pesakit-pesakit lain. Jadi sekali, kalau ada 10 orang satu keluarga masuk, sebelah ada katil-katil yang ada pesakit-pesakit. Jadi, kita nak maintain privacy itu. Jadi ini semua orang dah tau. Turun-temurun kita gunakan polisi ini tetapi atas budi bicara Pengarah dan nurse yang kendalikan tempat itu, boleh minta sedikit masa tambahan untuk berjumpa tetapi kalau ahli keluarga datang daripada jauh, katakanlah datang daripada Johor nak melawat, nak balik malam itu tapi waktu melawat dah habis. Jadi, kalau bincang dengan ketua memang ketua unit akan bagi peluang tertakluk kepada status perubatan pesakit tersebut. Jika pesakit itu sakit tenat, maka doktor tidak akan benarkan ahli keluarga pun untuk melawat.
Untuk itu, the medical condition got to be taken in there, dengan izin. Yang kedua, ini parking saya setuju. Memang saya setuju berkaitan parking. Hospital HRPB dan hospital-hospital tua seperti Taiping kita hadapi masalah. Begitu juga dengan klinik-klinik kesihatan. Beberapa klinik kesihatan. Kalau kita pergi ke klinik yang terdekat di sini Greentown atau pun ke Kampung Simee atau Pinji memang tidak ada ruang sebab klinik-klinik ini. Ini dibina pada tahun 70-an 80-an untuk keadaan pada waktu itu tetapi penduduk telah menambah multi-fold increase in penduduk. Jadi kita memang hadapi masalah dan saya telah bincang dengan beberapa orang di pihak swasta untuk membina multi story carpark sebab kalau kita minta kerajaan persekutuan untuk keluarkan dana it is going to be a huge sum. Jadi saya sedang bincang daripada sebuah syarikat dari China dan beberapa syarikat dalam negeri untuk membina dan outsource. Itu adalah satu cadangan yang saya ada terima dan i'm working on it and that's all. Mohon sabar sedikit. Kita tahu masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jawapan yang cukup jelas. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Dijemput Setiausaha Dewan bagi membacakan aturan urusan mesyuarat yang seterusnya.
Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026Bill
Perkara yang keempat membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dibaca kali kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 yang berbunyi bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai kertas Dewan Bil. 26/2025 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM568 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2026. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu ada dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan adalah selama 20 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan barisan Exco, semua Ahli Dewan Negeri Perak, pegawai-pegawai dan rakan-rakan media serta para hadirin yang sedang mengikuti persidangan Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Sejahtera kepada semua. Pertama sekali ingin saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan barisan Exco kerana menerajui negeri Perak dengan jayanya sehingga berjaya membentangkan belanjawan negeri yang keempat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang terbina sejak PRU yang ke-15 iaitu belanjawan bagi tahun 2026. Walaupun setiap siri belanjawan tahunan negeri Perak dikritik dengan teruk oleh pihak pembangkang tetapi akhirnya setiap pembahas daripada blok pembangkang menyokong belanjawan yang dibentangkan.
Kalau betul-betul blok pembangkang berkebolehan saya di sini mencabar blok pembangkang untuk mewujudkan bajet alternatif sendiri. Walau pun beberapa kali diserang bahawa Kerajaan Perpaduan akan tumbang tak lama lagi tetapi jelas sekali ia hanya adalah penipuan demi penipuan daripada sebelah sana. Di dalam Dewan yang mulia ini saya ingin mengesahkan bahawa Kerajaan Perpaduan yang terbina adalah stabil dan senantiasa bersama rakyat membina semula negeri ini dan Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang akan terus berada di landasan yang betul ini. Tanpa melengahkan masa saya ingin membawa semua terus ke pengisian utama perbahasan saya bagi kali ini.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KPDN Perak kerana melaksanakan tanggungjawab seperti yang diarahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak dimana pegawai KPDN akan menghubungi Pusat Khidmat untuk mendapatkan cadangan bagi melaksanakan jualan rahmah di setiap Dun. Setiap kali pihak saya memohon untuk pelaksanaan jualan rahmah di kawasan Dun Tronoh, KPDN menerima permohonan tersebut dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permohonan cadangan tersebut. Sebagai maklumat kepada semua di kawasan Dun Tronoh sahaja atas usaha murni KPDN Perak sebanyak 31 kali jualan rahmah telah berjaya dilaksanakan bagi meringankan bebanan kos sara hidup penduduk kawasan Dun Tronoh.
Syabas kepada Pengarah KPDN Perak dan pasukannya serta ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga KPDN Perak kerana membantu memudahkan urusan setiap kali. Selain itu saya juga ingin mengalu-alukan KPDN Negeri Perak agar boleh menganjurkan program peringkat negeri di kawasan Dun Tronoh ini supaya rakyat di kawasan Dun Tronoh ini dapat menerima manfaat yang lebih baik daripada KPDN Perak. Timbalan Yang Di-Pertua laluan utama di kawasan Dun Tronoh adalah Lebuh Raya Ipoh-Lumut iaitu FT5.
Kubu Gajah. Celah sikit…Tronoh
Keadaan, ya, sila.
Berkenaan dengan jualan rahmah tadi 30 berapa, 36 kali di Tronoh. Bersetuju tak dengan pandangan saya bahawasanya itu menandakan ekonomi negeri kita tak baik. Kalau dulu 10 tahun dulu 15 tahun dulu tak perlu ada jualan rahmah, ada di kedai-kedai biasa. Beras murah barang murah tu semua murah tapi mari
Yang Berhormat.
Madani kena ada kedai jualan rahmah. Setuju atau tidak.
Yang Berhormat Kubu Gajah. Saya tidak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat kerana ini adalah inisiatif daripada kerajaan untuk membantu rakyat. Ini adalah
Habis tu, gerai-gerai macam mana?
…cara untuk kerajaan dan membantu rakyat.
Kedai-kedai di kampung, kedai-kedai di pedalaman tak nak tolong?
Sekiranya…
Kubu Gajah sila duduk.
Yang Berhormat di sebelah sana yang inginkan rakyat tidak dibantu oleh kerajaan.
Siapa kata tak tolong rakyat.
Yang Berhormat Kubu Gajah ini slot Tronoh, kalau dia tak bagi sila duduk.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Boleh mencadangkan untuk pemberhentian jualan rahmah ini. Berani atau tidak?
Apa soalan dia?
Berani atau tidak Yang Berhormat Kubu Gajah mencadangkan agar jualan rumah ini diberhentikan serta merta?
Berani.
Berani atau tak?
Sekiranya ekonomi dan pegerai-pegerai kita jual harga yang sama.
Ini bukan soal ekonomi, ini soal.
Ini masalahnya…
Ini soal…
harga tak sama.
Ini soal…
Yang murah dapat dalam jualan rahmah. Kenapa barang-barang dalam jualan rahmah dapat murah?
Tronoh sila sambung.
Kenapa pegerai-pegerai peruncit-peruncit kampung tak ada murah?
Tronoh sila sambung.
Saya tak beri laluan lagi. Yang Berhormat Kubu Gajah.
Yang Berhormat, sila duduk.
Sikit Tronoh.
Timbalan Yang di-Pertua.
Tronoh minta sikit.
Saya tak beri...Saya tak beri.
Gunong Semanggol sila duduk. Ini slot Tronoh. Sila duduk.
Yang Berhormat Gunong Semanggol. Saya sudah beri slot kepada Kubu Gajah tadi.
Tronoh sila sambung.
Saya akan sambung perbahasan saya.
Tronoh sila sambung.
Saya akan sambung perbahasan saya. Saya tak beri.
Yang berhormat…
Hormat sikit. Ketua pembangkang hormat sikit.
Jadi Tronoh nak jadi Exco.
Yang Berhormat, sebelum...
Tronoh sila sambung.
Timbalan Yang di-Pertua. Laluan utama di kawasan Dun Tronoh adalah Lebuh Raya Ipoh-Lumut iaitu FT5. Keadaan jalan di dalam bahagian Dun Tronoh adalah jauh lebih baik sekarang sekiranya dibandingkan dengan keadaan sebelum tahun 2022. Sejak permulaan tahun 2023, Lebuhraya Ipoh-Lumut FT5 telah menerima banyak perhatian daripada Kerajaan Persekutuan atas usaha daripada pasukan JKR Negeri yang berusaha dengan bersungguh-sungguh mendapatkan peruntukan daripada JKR Persekutuan untuk menaik taraf keadaan jalan di dalam kawasan Dun Tronoh ini. Dalam tahun 2025 awal tahun 2025, sehingga bulan Oktober 2025, DUN Tronoh telah menerima peruntukan sebanyak RM2.691 juta bagi kerja-kerja penurapan jalan di Lebuh Raya FT5 bahagian Dun Tronoh. Tambahan kepada itu bagi jalan negeri JKR di kawasan Dun Tronoh pula menerima peruntukan sekitar RM1 juta bagi kerja-kerja menurap jalan dan sekitar RM400 ribu bagi kerja-kerja mengecat semula jalan yang pudar. Pihak saya mewakili rakyat Dun Tronoh mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri kerana mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.
Oleh itu, dalam perbahasan bagi belanjawan 2026, saya ingin memohon perhatian daripada JKR, agar projek pemasangan lampu jalan di sekitar Seksyen 686 sehingga Seksyen 688 dapat dilaksanakan kerana jalan di sana adalah berliku dan memang gelap khususnya pada waktu malam. Di bahagian Siputeh pula, berhadapan Kedai Barber A James Hair Style senantiasa berlakunya takungan air sewaktu hujan yang berpunca daripada connecting culvert di kawasan tersebut tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak. Selain itu, rakyat di kawasan Pusing juga mengharapkan pemasangan lampu jalan tak kiralah yang berkabel atau pun lampu jalan yang bersolat di bahagian berdekatan simpang di Kilang Pusing Ria Sdn. Bhd. Pelaksanaan projek-projek yang dibangkitkan tadi adalah harapan rakyat Dun Tronoh.
Timbalan Yang di-Pertua. Dalam pemantauan saya, banjir atau pun banjir kilat merupakan isu yang paling popular bagi persidangan Dewan kali ini. Sememangnya saya tidak menafikan banjir atau pun banjir kilat kini menjadi bencana alam yang paling kerap berlaku di negeri Perak. Inilah prinsip Adun DAP yang benar kita mengaku, yang fitnah dan menipu kita tolak sekeras-kerasnya. Bencana banjir ini tidak memilih untuk melanda di kawasan Adun kerajaan atau pun Adun pembangkang. Jadi, saya menasihatkan agar semua yang berada di sini tidak menuduh antara satu sama lain. Solusinya senang sahaja iaitu kita perlu bersama-sama, kita perlu berganding bahu tidak mengira latar belakang wakil rakyat, tidak mengira latar belakang para profesional, tidak mengira latar belakang pegawai jabatan dan sekiranya kesemua ini dapat bersatu padu, maka kita boleh mencari solusi untuk mengelakkan berlakunya banjir di kawasan tersebut.
Dengan itu, saya ingin menceritakan satu kejadian di kawasan Dun Tronoh yang mungkin boleh menjadi satu teladan atau contoh yang baik kepada semua. Di kawasan Jalan Ria 8 di pekan Pusing atau pun lebih dikenali Jalan Keretapi Pusing seringkali berlaku banjir kilat dan kerap kali hujan yang melebihi 30 minit air sungai di Sungai Menderus akan melimpah dan mengalir masuk ke rumah-rumah di Jalan Ria 8 dan daripada dan di kawasan itu daripada bukan kawasan hotspot banjir, kini menjadi kawasan hotspot banjir. Setiap kali tak kiralah ketua kampung atau pun saya sendiri melawat kawasan itu semasa banjir, yang pastinya Adun yang menjaga kawasan itu dimarah dan dimaki oleh penduduk di kawasan itu. Isu tersebut saya sampaikan kepada Jurutera Daerah Kinta, JPS dan saya hari ini tidak menafikan bahawa tindakan diambil oleh Jurutera JD itu dengan turun ke tapak untuk mengenal pasti punca banjir tersebut. Setiap kali banjir, saya melaporkan kepada JD tersebut. Mungkin sehingga JD tersebut itu berfikir, “alamak, YB Tronoh telefon lagi” sebelum menjawab panggilan. Tidak cukup dengan merujuk kepada JD, saya membawa isu tersebut pulak kepada Pengarah Negeri dan JD tersebut pun membentangkan laporan punca yang berkemungkinan menyebabkan banjir di kawasan itu.
Dalam satu perbincangan antara saya bersama dengan Pengarah Negeri JPS serta JD, perbincangan tersebut menjadi agak intensif di mana JD mencadangkan solusi yang boleh diambil, saya pula mengongsikan hasil pemantauan saya dan mengutarakan cadangan saya selepas perbincangan tersebut. Masing-masing ditugaskan untuk melakukan tanggungjawab yang telah dipersetujui dalam perbincangan tersebut dan akhirnya selepas hujan berhari-hari tanpa henti di kawasan tersebut baru-baru ini, kini dengan rahmat dan perlindungan daripada Tuhan, alhamdulillah kawasan di situ tidak lagi mengalami banjir dan paras air sungai dalam keadaan yang terkawal. Apa yang ingin saya sampaikan daripada cerita itu adalah masing-masing mempunyai kekuatan sendiri dan peranannya masing-masing dan sekiranya kesemua kelebihan itu dimanfaatkan secara betul, maka perkara itu atau pun isu-isu tersebut dapat diselesaikan secara kolektif.
Saya mengaku dalam proses pengendalian isu tersebut mempunyai kekhilafan masing-masing yang terguris hati mana-mana pihak tetapi pada hari ini ingin saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan Pengarah JPS Negeri Perak dan pasukan JD Kinta kerana berjaya mengatasi masalah rakyat di Jalan Ria 8, Pusing serta saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi, kerana JPS sudi meluluskan suatu peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja pencegahan bencana banjir dengan penggunaan teknik yang betul dan kerjasama yang diberi kepada saya yang selalu membuat, yang saya sendiri yang selalu membuat kacau kepada JD ataupun Pengarah negeri. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana ini adalah demi kebajikan rakyat di luar sana.
Timbalan Yang di-Pertua, dengan kejayaan itu seterusnya, saya ingin memohon perhatian JPS pula untuk meluluskan satu peruntukan bagi kerja-kerja pemasangan covered dan retaining wall di bahagian upstream Sungai Menderus serta mendapatkan peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja menaiktaraf crossing di Sungai Selinsing yang berdekatan dengan Kampung Piandang, Siputeh dan juga kerja-kerja penggantian semula Jambatan Bailey berdekatan dengan Kampung Bali seperti yang dinyatakan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kinta.
Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ingin saya menarik perhatian kerajaan negeri agar isu lembu dan kerbau berkeliaran di kawasan Dun Tronoh masih merupakan isu utama rakyat di kawasan Tronoh khususnya di kawasan Taman Bemban Raya, Taman Pusing Baru, tinja-tinja daripada lembu dan kerbau di atas jalan yang berterabur sepanjang jalan masuk ke taman dan juga di hadapan rumah telah mendatangkan kacau ganggu dan menggugat ketenteraman emosi penduduk di kawasan tersebut. Saya memohon agar satu tindakan penguatkuasa secara bersepadu oleh semua pihak penguatkuasa dapat diadakan secepat yang mungkin dan tempoh penguatkuasaan itu haruslah satu tempoh masa yang panjang.
Selain itu, saya juga ingin, saya juga ingin menarik perhatian Lembaga Air Perak berkenaan tekanan air rendah dan kerap putus bekalan air pada waktu kemuncak di Jalan Sulaiman, Taman Bahagia, Batu Gajah serta di kawasan sekitar Kampung Baru Bemban. Baru baru ini di kawasan Batu Gajah telah mengalami satu ujian di mana penduduk terputus daripada bekalan air bagi masa hampir-hampir melebihi 12 jam dan saya percaya punca tersebut bukannya disebabkan daripada kesilapan LAP tetapi itu mungkin adalah daripada angkara manusia yang tidak bertanggungjawab dengan mencuri kabel di satu tempat, satu stesen pam loji air. Selain itu, bagi penambahan mutu perkhidmatan oleh...
Yang Berhormat masa sudah tamat, ada banyak lagi?
Nak landing dah, nak landing...
Sila masuk perenggan terakhir.
Ok, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bagi penambahbaikan mutu perkhidmatan Majlis Daerah Batu Gajah, ingin saya mencadangkan agar kaunter-kaunter pembayaran Majlis Daerah Batu Gajah menambah cara pembayaran iaitu duitnow ataupun QR memandangkan cara pembayaran tersebut menjadi kegunaan harian masyarakat awam. Sekiranya mempunyai cara pembayaran tersebut, saya percaya ini akan memudahkan tatacara dan juga penyampaian perkhidmatan Majlis Daerah Batu Gajah kepada rakyat di dalam kawasan tersebut. Maka dengan akhirnya saya ingin menyokong...
Timbalan Speaker, Standing Order.
Sila.
Ok, Standing Order 40(3)(a) seseorang ahli hendaklah bertanggung jawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Tronoh kerana sahabat saya. Cuma di awal pengucapan perbahasan Yang Berhormat Tronoh ada menyatakan yang kami di blok pembangkang menipu dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, saya minta Yang Berhormat tarik baliklah dan nyatakan apa pembohongan daripada blok pembangkang ini. Sebab kita tahu sebagai orang Islam, menipu ini adalah dosa, jadi Yang Berhormat tolong tarik balik dan tolong nyatakan apa pembohongan kami di pihak pembangkang. Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Hulu. Saya ingin ulang sekali lagi ayat yang saya sampaikan itu walaupun beberapa kali diserang bahawa Kerajaan Perpaduan akan tumbang tetapi jelas sekali ia hanya adalah penipuan demi penipuan. Adakah saya menyebut Pembangkang? Tidak. Jadi itulah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat menyatakan Pembangkang menipu. Jadi apa penipuan itu?
Yang Berhormat Pengkalan Hulu, saya ulang sekali lagi sekira Yang Berhormat tak faham-faham bahasa. Saya ulang, ayat yang saya sampaikan walaupun beberapa kali diserang bahawa Kerajaan Perpaduan akan tumbang tetapi jelas sekali ia hanya adalah penipuan demi penipuan. Adakah saya menyebut pembangkang yang menipu? Tidak. Jadi saya di sini ingin menyaran kepada Yang Berhormat Pengkalan Hulu, tak perlulah nak spin-spin untuk mengenakan saya dalam terperangkap ataupun bagaimana.
Ini bukan perangkap Yang Berhormat Tronoh.
Jadi tak payah bazir masa saya akan habiskan ucapan saya dalam satu minit.
Cuma minta tarik balik sahaja.
Tak perlu. Tak perlu.
Speaker la buat ruling.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tronoh ada seminit lagi.
Terima kasih kepada.
Timbalan Speaker, daripada ini tadi, apa ruling Timbalan Speaker?
Sila refer dalam hansard pada malam ini. Kalau ada apa, sila hantar surat kepada Pejabat Speaker. Tronoh, sila sambung.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Inilah sikap Pengkalan Hulu yang sengaja yang sengaja memutarbelitkan ayat ataupun tafsiran yang saya ingin sampaikan. Dengan itu, saya tidak ingin berpanjang lagi. Saya ingin menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan bagi tahun 2026. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tronoh. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk memulakan perbahasan. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Seri, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri dan dari blok pembangkang dan juga kerajaan, Yang dihormati ketua-ketua, semua wakil-wakil jabatan dan agensi, penjawat-penjawat awam, pasukan media, para pemerhati sama ada di dalam dewan ini ataupun yang sedang mengikuti secara live. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang memiliki sifat kesempurnaan. Maha Suci Allah dari segala sifat kekurangan. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW yang mengajak dan memimpin manusia ke jalan kebaikan dan kebajikan. Pada kesempatan ini sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Tuanku Sultan Perak pada 9 November yang lalu, saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Margfur-Lah semoga Tuanku sentiasa dalam rahmat dan diberkati Allah. Dirgahayu Tuanku.
Sidang Dewan yang dimuliakan, pertamanya, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, jentera pentadbiran kerajaan negeri dan daerah dan lain-lain agensi kerana terus berjaya merekodkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan berjumlah RM1.24 bilion pada 24 November 2025. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyentuh fokus yang pertama iaitu kesejahteraan rakyat. Seperti yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan pembentangan belanjawan 2026.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebut banjir masih menjadi igauan yang tidak pernah padam. Ya saya setuju dengan kenyataan itu. Ia menggambarkan rakyat takut dan cemas menghadapi banjir khususnya bila tiba hujung tahun. Banyak harta benda wang ringgit yang rosak dan rugi yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir. Dalam masa yang sama, tidak dinafikan banyak peruntukan sama ada dari Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat untuk mengatasi ataupun mengurangkan meminimakan impak banjir. Namun risiko banjir tetap berlaku. Walaupun risiko banjir masih boleh dikawal, walaubagaimanapun, walaupun risiko banjir masih lagi boleh dikawal atau diminimakan.
Saya ingin merujuk kepada kenyataan di dalam Belanjawan 2026 menyebut Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sejumlah 466 atau 466 projek kepada negeri Perak di bawah Rolling Plan 1, RMK 13 yang bernilai RM1.8 bilion. Terima kasih kepada Kerajaan Pusat. Ini satu jumlah yang cukup besar. Walau bagaimanapun, daripada senarai projek yang telah diluluskan, agak kecewa jugalah kami di Kuala Kangsar kerana masih lagi tidak tersenarai projek permohonan Rancangan Tebatan Banjir RTB Sungai Kangsar ataupun Sungai Kuala Kangsar. Difahamkan, permohonan RTB Sungai Kangsar telah dimohon dua kali, pertama pada RP5 Rolling Plan yang kelima RMK12 dan yang kedua permohonan telah dimajukan dalam RP1 RMK13 tetapi masih lagi tidak diluluskan. RTB ini sangat penting. RTB Sungai Kangsar sangat penting kepada warga Kuala Kangsar bagi mengurangkan impak dan risiko banjir.
Saya nyatakan satu dua contoh sahaja kenapa perlu RTB ini diluluskan. Pertamanya, saya suka nak mengemukakan kembali masalah banjir yang pernah saya sebut satu dua kali dalam Dewan yang mulia ini dan pernah juga saya sebut dalam mesyuarat JKPD dan aduan ini telah mula dipanjangkan kepada pihak daerah pada sekitar tahun 2018. Hampir tujuh tahun telah tujuh tahun isu ini berlegar. Tapi masih lagi belum selesai iaitu isu banjir di jalan perkuburan ataupun perkampungan Kwang Tung. Isu ini sangat kerap berlaku. Ianya perlu kepada penyelesaian yang konkrit. Yang keduanya, kampung-kampung sekitar Talang sekitar Sungai Talang seperti Kampung Talang Hilir, Kampung Talang Masjid, Kampung Talang Talang Dusun dan juga Kampung Talang Hulu. Yang ini merupakan hotspot banjir yang ada kaitan juga dengan isu limpahan air di perkampungan Kwang Tung tetap berlaku sehingga hari ini.
Untuk itu, untuk saya berharap untuk mengatasi dua isu yang saya sebutkan tadi, maka mohon pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat meluluskan permohonan peruntukan yang telah dikemukakan. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kangsar. Tak banyak mana pun RM150 juta je. Luluskanlah, Insha Allah bagi menyelesaikan isu banjir yang berlaku di Kuala Kangsar dan saya nak jemput jugalah kepada Yang Berhormat Exco Infrastruktur untuk datang menjenguk ke kawasan tersebut untuk melihat dengan lebih dekat. Apakah sebenar isu dan permasalahan berlaku di sekitar perkampungan Kwang Tung dan juga di sekitar Kampung Talang Hilir? Isu banjir seterusnya pada hari pertama sidang dewan negeri ini iaitu pada hari Selasa yang lepas 25 November kami warga Manong dikejutkan dengan banjir. Bukan terkejut dengan banjir tetapi terkejut dengan banjir yang berlaku kali ini khususnya di Kampung Guar dan juga Kampung Suak Petai. Banjir ini memang mengejutkan kerana ianya diluar jangkaan. Ada rumah yang kali terakhir banjir berlaku tahun 2014 dan ada juga satu dua rumah yang kali terakhir banjir berlaku 20 tahun yang lepas tetapi berlaku pada hari Selasa yang lepas. Sebanyak 61 buah rumah terlibat, terkena banjir meliputi 3 buah kampung dan ini bukan banjir yang calang-calang.
Sebenarnya yang mengejutkan warga Manong khususnya di Kampung Guar dan juga di Kampung Suak Petai. Punca yang dikenalpasti adalah limpahan air sungai Guar dan juga Sungai Jeliang. Sangat luar biasa, hujan lebat beberapa hari di Hutan Simpan Kekal Gunung Bubu dipercayai sebagai punca air turun laju, mengalir run off ke Sungai Guar dan juga Sungai Jeliang menyebabkan limpahan air masuk laju ke rumah-rumah dan ada rumah dalam tempoh tak sampai 20 jam. Tak sampai dua jam air naik sampai ke paras leher. Ini sesuatu yang sangat mengejutkan. Bukan mengejut dengan banjir tapi mengejut dengan banjir yang luar biasa kali ini. Kenapa saya begitu yakin mengatakan punca banjir adalah berpunca daripada saluran ataupun run off air dari Hutan Simpan Kekal Gunung Bubu kerana saya nak merujuk satu bantahan penduduk Mukim Senggang pada 24 November 2023 terhadap projek pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Bubu. Pada 24 November 2023, tiga hari selepas itu pada 27 November 2023, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengeluarkan kenyataan dengan tajuk Perak Jamin Pembalakan di Manong patuhi EIA. Menurut kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, orang ramai tidak perlu bimbang. Kita tidak akan mendedahkan punca banjir yang akan menyusahkan kerana ia akan dibuat secara berperingkat dan kita belajar dari pengalaman. Itu kata-kata kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Boleh rujuk dalam akhbar bertarikh 27 November 2023. Apa yang dibimbangi oleh orang ramai warga Manong telah pun berlaku. Semua pihak sedia maklum, pembalakan memang memberi kesan kepada kawasan tadahan air hutan.
Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air hutan akan terganggu, rosak dan mungkin hilang apabila berlaku pembalakan air hujan tidak lagi dapat diserap tetapi mengalir dengan laju turun sebagai run off. Sebab itu saya sangat kuat menyatakan bahawa punca banjir di Manong baru-baru ini adalah kesan dari pembalakan yang mungkin tidak terkawal di Hutan Simpan Kekal Gunung Bubu. Oleh itu, saya mohon kepada YAB Menteri Besar dan kerajaan melihat isu ini dengan teliti dan bagi pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu membuat tinjauan dengan segera. Mungkin ada ketidakpatuhan terhadap penilaian kesan alam sekitar yang dilakukan dalam proses pembalakan tersebut. Usaha-usaha mitigasi perlu diambil untuk mengelakkan banjir berulang kembali atau meminimakan impak di kawasan tersebut. Penduduk sangat terkesan yang majoritinya atau sebahagiannya adalah warga emas. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua masih lagi berkaitan isu banjir kali ini berkaitan dengan banjir kilat. Banjir kilat sering berlaku di kawasan bandar, perumahan dan juga perumahan atau penempatan dan juga di kawasan pertanian. Sistem parit bandar dan saliran sungai pada ketika tertentu tidak dapat menampung atau menyimpan air larian permukaan yang banyak. Maka dengan kapasiti air, larian permukaan yang banyak ini menyebabkan berlakunya banjir kilat.
Sehubungan itu, bagi mengawal aliran air permukaan yang banyak ini perlu ada satu kolam takungan atau retention point, satu peraturan keperluan penyediaan kolam takungan. Dalam perancangan pembangunan perumahan, bandar dan pertanian perlu diwajibkan untuk semua projek perumahan dan pertanian bukan hanya wajib untuk projek-projek yang besar dan tertentu sahaja. Walaupun telah ada garis panduan kawasan kolam tadahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa, namun bagaimana pematuhan terhadap garis panduan itu? Itu persoalannya. Buat masa ini, tiada undang-undang yang mewajibkan setiap pembangunan perumahan dan pertanian mesti menyediakan kolam takungan. Sebaliknya, syarat ini bergantung kepada saiz, pembangunan, kajian saliran, lokasi projek dan lain-lain. Sehubungan itu, saya mencadangkan bagi setiap cadangan projek pembangunan dan pertanian perlu diwajibkan kajian saliran dan peningkatan aliran. Keadaan ini perlu diteliti secara terperinci oleh pihak PBT atau PDT sebelum kelulusan projek diberi.
Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua. Seterusnya saya ingin menyentuh fokus tiga iaitu pembangunan modal insan dan belia. Menurut tinjauan kebangsaan. Menurut…menurut…
Manong…Saya ada satu isu berkenaan dengan pada sidang 2024 yang lepas, satu usul yang dibawa oleh Simpang Pulai berkenaan dengan usul untuk mengadakan persidangan khas untuk menangani isu fenomena cuaca ekstrem, perubahan iklim dan banjir kilat. Jadi perbahasan itu panjanglah kita berbahas. Pihak pembangkang tak setuju, khas untuk diadakan. Bincang dalam Dewan ini akhirnya setuju untuk mengadakan persidangan itu. Jadi, kami tidak menerima undangan untuk mengadakan untuk persidangan ini dan dan kita pun tak dengar sama ada diadakan persidangan ini ataupun tidak untuk membincangkan lebih khusus berkenaan dengan banjir kilat fenomena ekstrem ni ataupun hanya kosmetik sahaja untuk menunjukkan bahawa pihak kerajaan cukup prihatin dengan benda ni tetapi tidak sebenarnya benar-benar untuk melaksanakan benda ni kita buang masa untuk berbincang tu. Apa pandangan YB Manong mana?
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kamunting dan boleh dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya betapa pentingnya untuk kita mengawal ataupun meminimakan banjir kilat. Seterusnya, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, Kadar masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja di Malaysia terus meningkat sekitar 30% remaja berumur 13 hingga 17 tahun dilaporkan mengalami isu seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan emosi atau stress. Antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan ini termasuklah masalah tekanan pekerjaan, ketidaktentuan masa depan, masalah keluarga dan kekurangan sistem sokongan sosial. Situasi di negeri Perak juga tidak jauh beza. Isu kesihatan mental dalam kalangan anak muda di Perak juga semakin meruncing khususnya selepas tekanan ekonomi dan kesan pasca banjir. Walaupun Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bajet seperti pertamanya, pelbagai program kesihatan RM0.5 juta, One Stop Centre Sejahtera Sosial RM0.6 juta, Program Pembangunan Belia RM0.4 juta. Program Jom Healing Orang muda RM0.36 juta, namun jumlah ini masih terlalu kecil berbanding skala krisis mental yang sedang dihadapi oleh remaja kita hari ini.
Di samping itu, program-program sedia ada lebih bersifat event based. Tanpa mekanisme susulan yang berterusan. Tiada sistem sokongan komuniti yang konsisten untuk memastikan peserta menerima bantuan jangka panjang. Belia luar bandar dan kumpulan B40 pula kurang mendapat akses sedangkan kelompok ini paling terdedah kepada stress, pengangguran dan keciciran sosial. Sebagai langkah penyelesaian yang lebih menyeluruh, cadangan yang boleh dilaksanakan. Pertama penubuhan Pusat Sokongan Psikososial Negeri Perak yang menghubungkan kaunselor, NGO dan rangkaian belia setempat. Kedua, geran mikro sokongan mental untuk membolehkan NGO dan persatuan pelajar melaksanakan program sokongan komuniti secara lebih meluas dan yang ketiga setiap program belia negeri diwajibkan mempunyai komponen mental, health check in serta dengan izin serta latihan daya tahan psikologi agar intervensi yang dilaksanakan bersifat menyeluruh, sistematik dan berkesan.
PORT atau People of Remarkable Talent berperanan dalam pembangunan industri kreatif dan seni boleh menjadi pusat anak muda berkumpul di bawah payung seni dan kreatif sebagai satu ruang untuk golongan remaja, mengurangkan stress atau tekanan emosi. Untuk tujuan itu, peruntukan untuk PORT perlu ditambah supaya remaja dan belia mempunyai mental yang sihat. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2023 menyatakan di antara 10 penyebab kematian adalah bunuh diri. Penyebab keempat kematian bagi remaja berumur 15 hingga 29 tahun adalah bunuh diri. Di Malaysia, peningkatan laporan PDRM menyebutkan peningkatan 10% kes bunuh diri. Letih sebut bunuh diri saja ni. 2022, 9,981kes 2023 10,807 kes bunuh diri WHO turut melaporkan sebanyak 700 kematian di dunia adalah akibat bunuh diri lagi dan anggaran 1 kematian dalam 40 saat. Saya berucap 20 minit hampir. Dah berapa orang mati bunuh diri dah. Ini ambil data double WHO sangat kritikal. Sebab itu kita tak hairan kenapa adanya sambutan “Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia” pada setiap 10 September setiap tahun kerana isu bunuh diri ini sangat kritikal. Puncanya antaranya adalah tekanan emosi, stress dan sebagainya.
Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua, seterusnya fokus yang terakhir adalah keterjaminan makanan. Kadar sara diri SSR atau self sufficiency ratio dengan izin untuk daging bagi negeri Perak adalah sekitar 13.6%, manakala di peringkat pusat sasaran SSR bagi Kerajaan Persekutuan untuk daging untuk tahun 2030 adalah hanya 50% sahaja. Ini menggambarkan kita masih lagi bergantung kepada daging import sama ada Perak mahu pun Persekutuan, sedangkan Perak ini kaya dengan tanah yang luas. Padang ragut kita banyak berpuluh ekar…hektar. Banyak kawasan-kawasan lain yang luas boleh dijadikan kawasan penternakan daging. Jumlah peruntukan RM1.3 juta bagi pembangunan industri ternakan dalam Bajet 2026 dilihat sangat kecil untuk membangunkan industri ternakan khususnya untuk meningkatkan
SSR daging di negeri Perak. Perlu ada inisiatif dan program baru untuk mengembangkan industri ternakan di negeri Perak. Seterusnya, penyediaan bajet sebanyak RM31 juta di bawah pelbagai program dan projek pembangunan pertanian. Saya mencadangkan dimasukkan dalam pelbagai program tersebut iaitu Program Kesedaran Amalan Pertanian Mampan atau pun Lestari kerana pertanian tradisional banyak menggunakan baja kimia dan racun perosak. Penggunaan sejumlah besar baja kimia dan racun perosak telah memaksimumkan pengeluaran menjadikan makanan murah dan melimpah melebihi SSR.
Laporan DOSM menyatakan SSR bagi sayuran melebihi 100% kerana semuanya menggunakan racun perosak dan baja kimia tetapi isunya, adakah sayur itu sihat untuk dimakan? Isunya adakah sayur yang melebihi 100% itu sihat untuk dimakan walaupun SSR melebihi 100% tetapi isunya keselamatan makanan itu adakah bebas daripada kimia dan juga bahan-bahan yang boleh merosakkan kesihatan kita. Pertanian mampan merupakan amalan pertanian yang mengutamakan keseimbangan ekologi, kualiti tanah, kualiti air dan biodiversiti. Keseimbangan sangat penting untuk memastikan kelangsungan sumber daya alam dan pertanian dalam jangka panjang. Banyak kajian menunjukkan racun perosak dan baja kimia menyebabkan kemorosotan kualiti udara dan air. Untuk itu, saya mencadangkan agar kerajaan mengadakan program kesedaran memberi pengetahuan kefahaman kesedaran kepada petani, penternak berkaitan konsep amalan pertanian dan kesan buruk pengunaan baja kimia dan racun perosak untuk jangka masa panjang. Penekanan tidak hanya kepada peningkatan SSR sahaja tetapi penekanan juga perlu diberi kepada aspek kualiti tanaman yang selamat dan sihat. Akhirnya sebagai penutup Yang Berhormat Dato' Seri Speaker…
Manong, Manong sebut tadi peruntukan untuk Jabatan Pertanian RM31 juta. Sebenarnya itu adalah Belanja Mengurus yang diperuntukkan RM8 juta sahaja untuk Belanja Pembangunan. Jadi RM8 juta yang diberikan peruntukan kepada jawatankuasa untuk membangunkan apa yang disebutkan oleh Manong tadi. Saya rasa tidak cukuplah untuk sekuriti makanan kita sebab belanja pembangunan itu sama dengan tahun lepas sama je maknanya seolah-olah kerajaan tidak melihat bahawa sekuriti makanan ini sangat penting untuk keadaan kos sara hidup supaya kita boleh mengurangkan kos belanja makan rakyat Negeri Perak. Minta pandangan.
Saya, saya setuju dengan Yang Berhormat Kamunting. Peruntukan untuk Jabatan Pertanian bagi maksud sekuriti makanan perlu ditambahkan. Akhirnya sebagai penutup ucapan sekali lagi saya mengucap tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seluruh penjawat awam kerana bekerja keras meningkatkan prestasi kewangan negeri juga bertungkus lumus menyediakan Belanjawan 2026 yang memberi fokus ke arah merealisasikan Perak Sejahtera 2030. Diharapkan melalui belanjawan ini dapat menaikkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat. Akhirnya dengan ini Manong menyokong belanjawan Perak 2026. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Manong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering untuk memulakan perbahasan 20 minit ya, dipersilakan.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. (Bacaan doa) Firman Allah swt. (Bacaan surah) “Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. - Surah al-Maidah ayat 8.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua yang memberi peluang Changkat Jering dalam sesi perbahasan kali ini. Sebelum meneruskan perbahasan, Changkat Jering mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Yang di-Pertua di atas pengurniaan pingat SPMP baru-baru ini yang membawa gelaran Dato' Seri. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media dan para hadirin sekalian. Dato' Seri Yang di-Pertua terlebih dahulu Changkat Jering mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar diatas pembentangan Bajet 2026 di mana ianya melebihi dari tahun-tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM1.6135 bilion. Walaupun sedikit lebihan yakni defisit sebanyak RM95.5 juta dari anggaran pendapatan. Insha Allah ianya akan dapat ditangani dengan bertambahnya janaan khusus hasil royalti dari industri perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif NREE. Dengan peningkatan belanjawan tersebut ianya akan dapat merealisasikan sasaran Perak Sejahtera 2030.
Dato' Seri Yang di-Pertua, Changkat Jering mengutarakan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam belanjawan tahun 2026 demi kesejahteraan rakyat Perak khususnya. Yang pertama iaitu peruntukan naik taraf infrastruktur asas. Di dalam Parlimen Bukit Gantang terdapat tiga Dun iaitu Dun Changkat Jering, Dun Kuala Sepetang dan Trong. Di mana ianya masih banyak lagi keperluan infrastruktur untuk memperbaiki jalan kampung, menambah baik sistem perparitan dan bekalan air bersih yang sering terganggu, mengukuhkan struktur jambatan kecil dan lama serta memastikan kemudahan awam dapat digunakan dengan selamat. Begitu juga pengagihan peruntukan negeri dan persekutuan yang mencukupi amat penting agar kerja-kerja pemulihan serta pembangunan dapat dilaksanakan tanpa kelewatan. Yang kedua, kemudahan pendidikan, masjid dan surau. Banyak institusi pendidikan serta rumah-rumah ibadat memerlukan kerja baik pulih dan penyelenggaraan. Changkat Jering berharap agar perkara ini diberi perhatian sewajarnya dalam belanjawan 2026 supaya generasi muda dan masyarakat setempat dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa dan kondusif. Seterusnya yang ketiga, pembangunan ekonomi tempatan. Sokongan kepada usahawan kecil, para belia, suri rumah dan pengusaha industri desa perlu diperhebat melalui geran, latihan serta akses kepada pasaran. Changkat Jering mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian, pemakanan dan perusahaan mikro dan peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat secara lebih mampan. Keempat, pengurusan banjir dan infrastruktur mitigasi risiko.
Baru-baru ini, berlaku banjir yang besar melibatkan sebahagian negeri Perak. Tidak terkecuali Changkat Jering, termasuk juga pejabat saya pusat khidmat yang dinaiki air. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun hadir di PPS Dun Changkat Jering. Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas cakna atas musibah rakyat. Terima kasih juga kepada semua agensi-agensi kerajaan seperti JKR, Bomba, JPAM, Polis Khidmat Malaysia, Pejabat Daerah, pihak masjid, sekolah dan semua yang terlibat yang sama-sama membantu dalam memberi bantuan pada mangsa-mangsa banjir khususnya dalam Dun Changkat Jering. Changkat Jering berharap kerajaan perlu memberi perhatian seperti peruntukan tambahan melalui agensi-agensi iaitu bagi yang pertama membina perangkap sedimen.
Yang kedua, penyelenggaraan parit dan longkang serta menaik taraf longkang utama. Tiga, membuat tebatan banjir akibat hakisan tanah. Yang keempat penyelenggaraan sungai-sungai serta kedalaman yang perlu diambil kira kerana ianya tidak mampu lagi menampung kapasiti air yang begitu banyak. Seterusnya kalau mengikut SOP yang pindah dapat bantuan. Bagaimana kalau yang berlaku banjir kilat, rosak rumah dan alat-alat perabot tetapi tidak dapat bantuan dan begitu juga yang penduduk yang rumah yang kurang melebihi 10 rumah yang jauh daripada PPS depa tak pindah tetapi depa tidak dapat bantuan. Changkat Jering berharap, perlu adakan mekanisma bagaimana untuk nak membantu mangsa-mangsa yang seperti ini. Mereka datang kepada pusat khidmat kami, makna kami sebagai pusat khidmat hanya cukup-cukup makan sahajalah. Jadi bermakna, makna perlulah kerajaan mengambil inisiatif bagaimana nak membantu mangsa-mangsa seperti ini.
Dato' Seri Yang di-Pertua, MET Malaysia telah mengisytiharkan bahawa Monsun Timur Laut dijangka bermula sekitar awal November 2025 dan berterusan sehingga sekitar Mac 2026. Jangkaan kaji cuaca mengatakan akan berlaku hujan berulang, ribut petir dan hujan lebat melanda di seluruh negara dan ianya tidak terkecuali kawasan Changkat Jering yang sentiasa terkesan apabila tiba musim tersebut. Masalah air bersih sering terganggu di Changkat Jering apabila hujan lebat berterusan. Ini disebabkan loji utama rawatan, loji rawatan air Trong, setiap kali hujan lebat, saluran paip utama loji tersebut terpaksa ditutup kerana airnya keruh. Ini menyebabkan banyak kampung-kampung yang terjejas bukan kawasan Trong sahaja, jiran saya yang terlibat tetapi Dun Changkat Jering terlibat sama. Walaupun pihak LAP sediakan lori-lori tangki, terima kasih pihak LAP kena menyediakan lori-lori tangki untuk penduduk-penduduk berkenaan tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung banyak kampung-kampung yang terlibat.
Baru-baru ini sampai dua hari tiga hari air takda, tak dapat bekalan untuk kampung-kampung tersebut. Ini amat menyusahkan, depa tak lain depa cari pusat khidmatlah. Jadi kita cuba seberapa daya dan saya berharaplah mekanisma bagaimana nak mengatasi, orang kata kekurangan air ini apabila berlaku hujan lebat seperti mana saya katakan tadi loji air di Trong terpaksa ditutup. Jadi sampai bilakah situasi begini yang akan dihadapi oleh penduduk berkenaan? Changkat Jering berharap pihak kerajaan perlu mengambil serius masalah ini untuk diselesaikan. Perkara seterusnya dalam Belanjawan Tahun 2026 ini, Changkat Jering berharap perlu diambil perhatian terhadap perkhidmatan kesihatan.
Makluman Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam kawasan Daerah Larut, Matang dan Selama terdapat 14 klinik kesihatan, 4 klinik komuniti dan 27 klinik desa. Klinik-klinik tersebut terutama klinik kesihatan, fasiliti perubatan semakin menerima tekanan akibat peningkatan jumlah pesakit. Isu yang sering timbul termasuk yang pertama, kekurangan pegawai perubatan. Yang kedua, kelengkapan dan mesin diagnostik yang usang. Ketiga, ruang menunggu yang tidak mencukupi dan yang keempat, yang ini cleaner atau petugas kebersihan tiada disediakan terutama di klinik kesihatan. Dari 14 klinik K\kesihatan tersebut hanya ada 4 klinik kesihatan sahaja yang ada petugas kebersihan. Termasuk Klinik Kesihatan Changkat Jering pun tiada petugas kebersihan. Makluman Dato' Seri Yang di-Pertua, Klinik Kesihatan Changkat Jering menampung lebih 40,000 penduduk dan kakitangan yang hanya seramai 63 orang. Oleh kerana tiada petugas kebersihan, mereka jugalah yang menjalankan tugas-tugas kebersihan tersebut. Changkat Jering mohon peruntukan khas bagi mengatasi masalah Klinik Kesihatan Changkat Jering yang selama ini tiada petugas kebersihan.
Changkat Jering mohon izin. Terima kasih Tuan Speaker dan Changkat Jering. Saya ingin menambah iaitu masalah termasuklah di klinik kesihatan, klinik pergigian yang mana klinik pergigian ini khususnya di Trong dan juga di Changkat Jering yang mana katil untuk merawat pesakit yang mendapatkan rawatan pergigian ini terlalu uzur, bahkan ada yang sudah rosak. Mohon perhatian kepada masalah ini.
Ok terima kasih Trong minta masuk dalam ucapan saya. Dato' Seri Yang di-Pertua, berkenaan isu sampah haram yang berlarutan sekian lama seolah-olah tiada berkesudahan. Changkat Jering mencadangkan agar Kerajaan Negeri menambahkan peruntukkan kepada PBT-PBT terutama PBT Taiping untuk menyediakan tong sampah yang besar seperti tong roro. Bagi mengatasi masalah tersebut, terutama bagi kawasan luar bandar dan pinggir bandar yang tidak termasuk dalam penyelenggaraan PBT. Bagi kawasan PBT pula, jadual kutipan perlu konsisten. Insha Allah dengan adanya peruntukan tersebut, ia akan mengurangkan isu sampah haram walaupun sekarang ini telah disediakan tong-tong seperti tong roro tersebut, tapi ianya tidak mencukupi memandangkan kapasiti sampah berlipat kali ganda. Orang kata sakit mata tengok sampah bersepah merata-rata. Kesedaran orang ramai pun penting untuk sama-sama menjaba menjaga kebersihan. Tambahan pula pada tahun 2026 adalah Tahun Melawat Malaysia. Changkat Jering rasa Exco Pelancongan setuju dengan saya.
Seterusnya berkenaan digitalisasi dan infrastruktur telekomunikasi, terdapat kawasan di Changkat Jering yang masih mempunyai liputan internet lemah. Menjejaskan pelajar, pekerja serta perniagaan kecil. Semua sekarang ini kita tengok peniaga-peniaga kecil pun bila kita nak buat bayaran menggunakan QR Code. Dulu tak ada, sekarang ni dah ada. Alat ini penting untuk orang kata, internet khususnya bagi semua kawasan-kawasan terutama kawasan-kawasan yang berhampiran di luar kawasan bandar dan pinggir bandar. Cadangan Changkat Jering agar diberi peruntukan untuk yang pertama, menaik taraf rangkaian jalur lebar. Dua, menambah menara telekomunikasi. Ketiga, melaksanakan inisiatif WiFi Komuniti kerana ianya amat penting bagi merapatkan jurang digital terutama bagi luar bandar.
Changkat Jering, Alor Pongsu celah sikit. Setujukah Changkat Jering jika kita ramai-ramai jemput Exco Komunikasi kita datang melawat kawasan kita. Pasal apa saya ada dengar kawan-kawan kata, ada kawasan yang belum dilawati. Kawasan saya Exco dah mari, tiga tahun saya dapat dua pemancar tapi nak cerita juga kawasan yang baru dapat ni semenjak ada handphone semua orang kampung beli handphone tapi tak boleh pakai.
Jadi Alhamdulillah lah mungkin dengan dengan berkat Exco datang ziarah jadi kita sama sama jemputlah YB Exco untuk datang ke kawasan kita dan saya nak tumpanglah mengalu alukan kehadiran Pengerusi Masjid Kampung Matang Gerdu kat atas tu dan rakan-rakannya. Ni orang kuat saya. Terima kasih.
Habis cerita.
Ok. Terima kasih Alor Pongsu. Walaupun banyak tower, banyak pemancar tapi penting dari segi transmission output power. Kalau orang tanya teknikal bahagian komunikasi ni tahulah perlu kekuatan transmit makna dia sekarang ni kalau ikut transmission yang dihantar, transmission power hanya lebih kurang dalam 3 watt atau 30 DB sahaja. Jadi perlukan peningkatan power untuk…
YB Bahasa Inggeris tu dengan izin la ye. Baik, tapi kemas la Bahasa Inggeris tu.
Changkat Jering, bekas staff Telekom kan? Patut reti sebut.
Ok. Terima kasih. Dato' Seri Yang di-Pertua, isu REE dan perjanjian antarabangsa demi kepentingan negeri dan kawasan. Mengambil maklum mengenai isu REE dan kepentingan Malaysia dalam perjanjian antarabangsa termasuk kerjasama strategik dengan negara seperti Amerika Syarikat. Di Perak, sumber REE telah membantu sumber ekonomi dan KDNK. Deposit NREE di Perak dianggarkan sebanyak 1,687,500 juta tan metrik dengan nilai dianggarkan berjumlah sekitar RM46.5 bilion. Adalah penting bagi memastikan negeri seperti Perak mendapat manfaat pembangunan ekonomi yang pesat dan adil. Sebarang perjanjian berkaitan sumber nadir bumi perlu memastikan yang pertamanya keselamatan alam sekitar, pulangan hasil yang telus kepada negeri, peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan manfaat pembangunan yang menyeluruh kepada kawasan luar bandar seperti Changkat Jering. Changkat Jering mencadangkan agar REE ini diproses di luar negara seperti China dan Amerika benar benar menguntungkan kita. Kita tidak terikat dengan mana mana negara kerana sebarang hasil galian negeri adalah hak negeri masing-masing yang menentukan seperti mana Kerajaan Negeri Kedah lakukan.
Seterusnya berkenaan rumah pertama terutama untuk golongan belia. Berdasarkan semakan pusat khidmat, sebahagian besar keluarga muda khususnya di Changkat Jering tergolong dalam kumpulan yang masih belum memiliki rumah pertama. Oleh itu, Changkat Jering mencadangkan agar kerajaan menyediakan peruntukan tambahan untuk skim pembelian rumah pertama. Memperluas skim pinjaman mudah dan subsidi deposit. Seterusnya menyediakan data rasmi khusus untuk mengenal pasti jumlah sebenar permohonan rumah pertama yang aktif. Pendekatan ini selaras dengan matlamat Belanjawan 2026 untuk merapatkan jurang pemilikan rumah dan membantu keluarga muda memiliki aset pertama mereka. Bagi perumahan kos rendah, harga rumah kos rendah pada masa ini masih berada di luar kemampuan. Banyak keluarga berpendapatan sederhana dan rendah. Changkat Jering mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan kembali model perumahan kos rendah berharga RM50 ribu ke bawah khususnya di kawasan pinggir bandar seperti
Changkat Jering. Langkah ini boleh dicapai melalui yang pertamanya, subsidi kerajaan. Yang kedua kerjasama dengan pemaju tempatan. Ketiga penetapan kuota perumahan mampu milik yang lebih tinggi dan pengurangan kos premium tanah bagi projek rakyat.
Dato' Seri Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan, Changkat Jering mengingatkan Pasir Bedamar agar berhati-hati dalam media sosial agar tidak merosakkan keharmonian kaum yang selama ini kita bina dengan memaparkan gambar pimpinan kami dalam media sosial seolah-olah menghina pimpinan kami. Berpolitiklah dengan cara matang dan sejahtera. Tidak mengejek dan menghina pemimpin parti lawan. Jika anda tidak suka pemimpin anda dihina, maka samalah juga dengan parti lain. Menghina orang sakit dan menjadikannya bahan ejekan bukan hujah politik. Ia hanya menunjukkan jiwa yang kotor yang ketandusan nilai kemanusiaan. Berpolitik dengan cara menghina orang tua adalah politik yang tidak beradab. Sekian Changkat Jering menyokong pembentangan belanjawan negeri Perak 2026. Wallahua'alam. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering yang telah menyampaikan perbahasannya berkaitan dengan enakmen Rang Undang Undang Perbekalan. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat yang berikutnya untuk menyampaikan ucapan saya bagi pihak Dewan ingin mengalu alukan pemimpin-pemimpin masyarakat dan juga pemimpin-pemimpin NGO dari kawasan Kamunting, Taiping yang turut hadir sama di galeri pemerhati di atas meraikan sidang Dewan pada hari ini. Selamat datang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Terima kasih Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, yang berusaha ketua-ketua jabatan kerajaan dan raja rakan rakan media. Saya dengan hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi tinggi ucapan Tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan Baginda bagi tahun 2025. Dirgahayu Tuanku Dirgahayu Tuanku.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Perak yang mencatat lebihan atau surplus dengan izin untuk tiga tahun berturut-turut. RM29.6 juta pada 2022, RM62.4 juta pada 2023 dan RM45.6 juta pada tahun 2024 serta pelaburan negeri Perak yang berjumlah RM11.77 bilion pada bulan September tahun ini. Dalam kalangan projek pelaburan berskala besar ini termasuk pelaburan kenderaan elektrik baharu New EV Car oleh BYD di negeri Perak. Kami turut ingin mengetahui perkembangan terbaharu mengenai projek tersebut kerana bagi EV car yang akan melabur di negeri Perak akan membawa dengan pembangunan ekonomi yang besar kepada negeri Perak.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Meteorologi Malaysia minggu lalu mengeluarkan amaran bahawa satu sistem tekanan rendah dikesan di Selat Melaka yang dijangka membawa hujan lebat berterusan ke kawasan utara Semenanjung. Kawasan di Manjung mula mengalami hujan lebat sejak malam 22 November dan berterusan sehingga 23 November pada hari Ahad ini. Menjelang petang, beberapa kawasan telah dinaiki air menyebabkan laluan antara Pantai Remis, Sitiawan dan Ayer Tawar terputus. Ayer Tawar turut mengalami banjir paling teruk dalam tempoh 60 tahun. Sebelum ini bagi Ayer Tawar, ia jarang berlaku banjir selama saya tiga penggal berada di kawasan Pantai Remis dan mengakibatkan kerugian besar kepada penduduk. Pantai Remis dan Beruas juga terpaksa sekali lagi membuka pusat pemindahan sementara dalam tempoh sebulan. Mangsa berseloroh sebulan sekali tidur di sekolah. Ini pelancongan banjir ke. Saya tak boleh jawab.
Walaupun fenomena ini berpunca daripada tekanan rendah yang menyebabkan hujan luar biasa dan taburan tinggi, langkah pencegahan masih perlu diperhalusi dan diperkukuh oleh semua jabatan berkaitan. Yang pertama, pembinaan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat, WCE ia berpotensi menjejaskan sistem saliran asal. Kami mendapati struktur WCE yang merentasi arah Utara Selatan telah memutuskan laluan saliran semulajadi yang mengalir dari Timur ke Barat atau Barat ke Timur. Beberapa kawasan yang sebelum ini tidak pernah mengalami banjir serius mula terjejas selepas pembinaan Lebuhraya WCE. Jabatan berkenaan perlu menjalankan kajian terperinci mengenai kesan pembinaan terhadap sistem saliran setempat. Yang kedua laluan FT 60 Pantai Remis-Segari mengalami banjir kilat selepas dinaik taraf. Beberapa lokasi menjadi kawasan banjir setiap kali hujan lebat sehingga menjejaskan pergerakan trafik. Jabatan Kerja Raya perlu mengenal pasti punca dan mengambil tindakan segera.
Yang ketiga, aliran air dari kawasan bukit serta aktiviti kuari, meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh di kawasan seperti Hutan Simpanan Kekal, Segari Melintang. Aktiviti kuari telah menyebabkan pergerakan tanah di lereng bukit ketika hujan, lumpur mengalir ke bawah dan menyumbat sistem saliran serta menimbulkan ancaman tanah runtuh. Beberapa kawasan seperti Batu 12, Batu 13, Batu 14 dan Simpang Tiga ke arah Air Tawar sering terputus akibat aliran lumpur dari bukit. Jabatan Perhutanan dan JKR perlu menggubal langkah pencegahan. Seterusnya kawalan terhadap sistem pelepasan air ladang kelapa sawit besar perlu diperketat. Sebagai contoh, di Sungai Batu, ladang kelapa sawit yang besar melepaskan air tanpa kelulusan jabatan. Ketika hujan lebat dan air pasang. Pelepasan ini meningkatkan tekanan terhadap sungai dan menyebabkan limpahan ke kawasan perumahan. JPS dan Jabatan Perladangan harus merangka peraturan bagi mengawal masa dan kaedah pelepasan air ladang berskala besar dan apabila laluan sungai melalui tanah persendirian, kerajaan juga perlu menetapkan dasar yang mewajibkan pemilik tanah membenarkan JPS menjalankan kerja pembersihan bagi mengelakkan halangan yang menyebabkan saluran tersumbat kerana seringnya berlaku saliran semula jadi yang melalui tanah swasta itu tidak dibenarkan masuk dan akhirnya kerana sumbat disemua saliran ini akan menyebabkan banjir berlaku di kawasan setempat.
Yang keenam, pembersihan sungai utama Pantai Remis yang dilakukan dua kali setahun tidak mencukupi. Melihat kepada peningkatan kejadian banjir dalam masa singkat, saya mencadangkan pembersihan dilakukan tiga kali setahun khususnya sebelum musim hujan dan Jalan A 179 dari Pantai Remis ke Kampung Sungai Batu perlu dinaik taraf. Di kawasan Taman Pantai Wang, aras jalan perlu ditinggikan dan benteng di tepi sungai perlu dibina bagi mengurangkan risiko limpahan air. Lagi satu projek benteng pemecah ombak di muara Sungai Bruas. Saya yang telah bentang, bangkitkan pada sidang yang lepas tetapi tidak dilaksanakan dalam fasa pertama
Rolling Plan RMK-13. Saya menggesa Kerajaan Negeri memberi perhatian serius dan memohon Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaannya. Kemerosotan hutan paya bakau telah menyebabkan muara sungai melebar dan ombak kini terus melanda ke pelantar menimbulkan risiko keselamatan. Di samping itu, banjir kali ini telah memberikan impak yang sangat serius kepada para penternak akuakultur. Banyak kolam ternakan telah ditenggelami air, benteng pecah dan ikan serta udang yang sepatutnya memasuki musim tuaian habis musnah dalam masa yang singkat. Peralatan ternakan juga mengalami kerosakan yang ketara. Berdasarkan anggaran awal, kolam ternakan di daerah Manjung terjejas dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah beberapa juta hingga RM10 juta dan ada penternak yang hampir kehilangan keseluruhan pendapatan tahunan mereka.
Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat menyediakan peruntukan khas kecemasan bagi membantu para penternak yang terkesan sekali gus meringankan kerugian mereka serta menyokong kerja-kerja pemulihan seperti membaiki benteng dan peralatan mereka dan juga mengemaskini bagi kolam-kolam mereka pada masa yang akan datang dan memandangkan banyak ikan dan udang ini sepatutnya memasuki musim permintaan menjelang Tahun Baru Cina, saya menyeru jabatan berkaitan perlu menjalankan kajian menyeluruh terhadap kesan banjir ini terhadap rantaian bekalan hasil akuakultur. Kemusnahan ini dijangka menjejaskan jumlah bekalan. So, untuk mengelakkan kekurangan stok dan kenaikan harga menjelang musim perayaan, saya menggesa pihak berwajib menjalankan siasatan segera dan merangka langkah-langkah bagi memastikan bekalan pasaran kekal stabil. Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Manjung dan semua jabatan NGO atas atas usaha mereka dalam operasi menyelamat. Dengan perubahan cuaca yang semakin ekstrim, hujan lebat, pembangunan pesat dan tanah yang semakin tertutup konkrit sehingga mengurangkan penyerapan air. Kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan perlu mula menerapkan konsep bandar span atau span city dengan izin, bagi mengurangkan tekanan aliran air dan risiko banjir.
Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu penuaan penduduk. Satu cadangan pelaksanaan program insurans penjagaan jangka panjang Long Term Care Insurance (LTDI) dengan izin, di Perak. Seiring Malaysia semakin memasuki masyarakat yang menua. Menurut statistik terkini Perak adalah salah satu negeri dengan peratusan penduduk warga emas tertinggi di negara ini. 14.9% penduduk berumur 60 tahun ke atas manakala peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas ialah 9.9%. Mengikut trend nasional, peratusan warga emas dijangka meningkat dari semasa ke semasa semasa. Pada tahun 2040 dijangka penduduk berumur 60 tahun ke atas akan mencapai 17% dan menurut Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 2057, Malaysia dijangka akan memasuki masyarakat ultra penuaan dengan 60 tahun ke atas mencapai 20.5%. Dalam 10 hingga 20 tahun yang akan datang, jumlah warga emas yang hilang keupayaan atau separa hilang keupayaan dijangka meningkat dengan ketara.
Model penjagaan tradisional yang bergantung kepada keluarga sahaja tidak lagi mampu menampung tekanan ekonomi dan tenaga kerja. Bagi pihak SOCSO atau PERKESO menyediakan manfaat penjagaan jangka panjang terhad kepada kes kecederaan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang menyebabkan kehilangan keupayaan bekerja. Termasuk elaun penjagaan jangka panjang dan elaun kecacatan.
Namun, perlindungan ini tidak meliputi semua keperluan penjagaan akibat penuaan populasi. Tambahan pula, sistem penjagaan pada masa depan akan beralih daripada institusi penjagaan tradisional kepada penjagaan di rumah dan komuniti yang konsep ini dia akan lebih memenuhi keperluan warga emas. Saya menyeru Kerajaan Negeri perlu merancang lebih awal untuk menangani perubahan cepat struktur penduduk dengan lebih sistematik.
Bagi mengatasi cabaran ini, saya mencadangkan Kerajaan Negeri Perak mengkaji dan memulakan program perintis, pilot project, insurans penjagaan jangka panjang untuk mewujudkan sistem perlindungan yang mampan bagi warga emas. Bagi pengalaman antarabangsa, Jepun sejak melaksanakan LTCI, Long Term Care Insurance pada tahun 2000. Jepun berjaya mengurangkan beban penjagaan keluarga sambil mengembangkan institusi penjagaan tempatan, perkhidmatan di rumah dan industri alat bantuan mewujudkan lebih sejuta peluang pekerjaan. Bagi negara China melaksanakan LTCI ini secara percubaan di pelbagai bandar menggunakan pembiayaan sosial meliputi kos penjagaan di rumah dan institusi meningkatkan profesionalisme dan kemampanan, kemampanan sistem perkhidmatan penjagaan. Bagi jiran kita Singapura melaksanakan All the Shield CareShield Life dengan caruman mandatori, memastikan rakyat menerima elaun penjagaan sepanjang hayat sekiranya hilang keupayaan. Disokong oleh rangkaian perkhidmatan komuniti penjagaan di rumah berskala besar dan teknologi penjagaan pintar. Pengalaman negara-negara ini menunjukkan bahawa LTCI bukan sahaja sambungan sistem jaminan sosial tetapi juga pemangkin sivil ekonomi yang merangsang pekerjaan, industri penjagaan perkhidmatan komuniti dan inovasi teknologi.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, praktik sekarang semasa di Perak, Kerajaan Negeri melalui PASAK telah menyelaraskan Program TVET dengan masuk melaksanakan kursus Kaigo secara berperingkat melatih tenaga penjaga profesional di Perak. Pada September tahun ini, projek TVET warga emas melatih 25 orang warga emas dari Pantai Remis berumur antara 60 hingga 90 tahun. Selepas mengikuti kursus intensif selama 5 hari, mereka mampu menyediakan penjagaan sokongan, supportive care dengan izin termasuk pembersihan ringan, penyusunan bantuan memasak, temankan membeli belah ataupun pembelian barang dan tenaga penjaga yang telah dilatih kini boleh menawarkan perkhidmatan melalui CARETURN apps CARETURN. Ini adalah satu aplikasi baru. Platform digital ini yang dibangunkan oleh Mark Suke melalui Credo Fund di bawah MOSTI. Pelancaran CARETURN menandakan penjagaan di rumah di Perak mula platform dan digital memudahkan keluarga mencari penjaga-penjaga terlatih dan memberikan aliran perkhidmatan yang stabil kepada penjaga. Sejak 2019, Perak telah memulakan latihan penjagaan profesional kini melalui CARETURN, ekosistem penjagaan di rumah mula terbentuk. Menyediakan asas terbaik untuk LTCI meliputi latihan tenaga kerja, platform perkhidmatan, permintaan yang semakin meningkat dan rantaian industri awal.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, cadangan pelaksana LTCI di Perak ini akan menetapkan kawasan perintis seperti Manjung, Ipoh, Taiping Kampar menggunakan platform CARETURN untuk program perlindungan penjagaan di rumah yang melibatkan tenaga kargo yang telah dilatih sebagai penyedia perkhidmatan bertauliah bagi LTCI mewujudkan peluang pekerjaan yang baru dan mengintegrasikan penjagaan di rumah, pusat harian dan pusat komuniti dengan LTCI untuk membentuk rantaian industri silver economy yang lengkap dan akhirnya menggunakan dana Perak
STARTUP dan MOSTI untuk memajukan penjagaan pintar, pemantauan jarak jauh dan AI dalam penjagaan dan alat bantuan rehabilitasi. LTCI bukan sahaja mengurangkan tekanan keluarga tetapi membuka potensi pertumbuhan ekonomi baru, memacu pekerjaan, keusahawanan, aplikasi teknologi dan perkhidmatan komuniti menjadikan perak negeri perintis dalam silver economy.
Isu penuaian dalam sektor perikanan. Isu penuaian juga mempengaruhi beberapa sektor yang penting di negeri Perak bagi perikanan di negeri Perak menghadapi penuaian pesat dan kekurangan belia. Berdasarkan data banci (SENDI) yang di jalankan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia pada tahun 2017 hingga 2018 yang dijalankan setiap 10 tahun, daripada 51,608 orang nelayan, majoriti berumur 65 tahun ke atas sejumlah 14.7%diikuti umur 50 hingga 54 tahun 13.4%. 55 ke 59 tahun sejumlah 12.9% dan 45 hingga 49 tahun hanya 12.2% dan lagi 40 hingga 44 tahun kurang daripada 10% hanya 9.8%. Nelayan berumur 65 tahun ke atas bertumpu di Perak, Sarawak, Sabah dan Terengganu berbanding dengan tahun 2007 iaitu hampir dua puluh tahun yang lalu, ia menunjukkan trend penurunan nelayan muda.
Sementara nelayan tua meningkat. Bagi tahun 2007, nelayan yang berumur 34 dan ke bawah hanya 15% dan bagi nelayan yang berumur 45 hingga 49 tahun, ia telah meningkat, menurun daripada 16.3% hingga 12.2%. Pada masa yang sama, umur 60 hingga 64 tahun meningkat dari 8.2% hingga 11.1% dan 65 tahun yang ke atas meningkat dari 7% hingga 14.7%. Ia bergantungan trend ini kekurangan orang muda yang menceburi dalam sektor perikanan. Ia akan menyebabkan kebergantungan kepada pekerja asing semakin meningkat. Ini menimbulkan cabaran untuk pembangunan jangka panjang dan keselamatan makanan.
Isu penuaan ini juga berlaku dalam sektor pertanian. Menurut Laporan Tinjauan Pertanian 2024 oleh DOSM, petani di Perak yang berumur 15 hingga 45 tahun hanya 23.4%. Manakala enam puluh tahun dan ke atas mencecah 46.6%. Hampir separuh dan umur 46 hingga 59 tahun 30%. Perak sebagai negeri pengeluar pertanian ke-4 terbesar memerlukan langkah menarik belia ke sektor pertanian termasuk latihan, teknologi pertanian, insentif kewangan dan sokongan inovasi. Saya berharap Perak juga akan mengeluarkan satu pelan, atau blueprint untuk kita memajukan sektor pertanian, petani dan juga perikanan di negeri Perak dengan lebih ramai orang muda dalam masuk dalam sektor ini. Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin membaca satu pantun,
Pergi ke dusun memetik cempaka, Harumnya mekar sepanjang musim, Bajet dibentang untuk rakyat jelata, Agar Perak maju makmur seiring zaman dan kemakmuran berseri.
Pantai Remis mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Pantai Remis yang telah menamatkan perbahasannya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang untuk memulakan perbahasan. Dua puluh minit di Persilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Atas nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Yang saya hormati, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Negeri Perak, yang saya hormati Yang Berhormat Ketua Pembangkang, yang saya hormati Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat dari pembangkang dan juga dari kerajaan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan juga negeri. Rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Kuala Sepetang merakamkan ucapan terima kasih di atas peluang untuk saya turut serta membahaskan Belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2026. Saya berdiri pada hari ini bukan sekadar sebagai pembangkang tetapi juga sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab memastikan belanjawan ini benar-benar memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat negeri Perak ini.
Walaupun saya menghormati usaha kerajaan membentangkan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri, saya tidak boleh menutup mata terhadap pelbagai kelemahan. Ketirisan, ketidakjelasan dan kelembapan perlaksanaan dasar yang kita semua tahu bahawa sudah lama membelenggu di dalam negeri ini. Saya akan bercakap tegas pada hari ini kerana rakyat sudah pun letih dengan jawapan-jawapan manis tanpa hasil yang sempurna. Rakyat tidak mahu lagi gambaran indah dalam ucapan tetapi realitinya begitu getir di peringkat bawahan. Point saya yang pertama, Dato' Seri Yang di-Pertua, belanjawan RM1.61 billion tetapi kesejahteraan rakyat masih tertinggal. Dato' Seri Yang di-Pertua, ya, kerajaan mempersembahkan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri kita. RM1.61 billion tetapi persoalan asasnya yang rakyat tanya tetap sama. Apa yang lebih besar, angka belanjawan ataupun masalah rakyat? Kerajaan mengumumkan defesit RM95.5 juta dan sekali lagi diberitahu ianya pelaburan masa hadapan.
Soalan saya. Berapa lama lagikah kita mahu berselindung di sebalik istilah pelaburan masa depan? Sedangkan realitinya ini berlaku tahun demi tahun tanpa peningkatan signifikan dalam taraf hidup rakyat. Hasil negeri memang naik kepada RM1.24 billion, tetapi marilah kita sama-sama bersikap jujur di dalam hal ini. Sebahagian besar ialah hasil sekali terima daripada premium tanah, bukan hasil dari sektor ekonomi sebenar, bukan juga hasil pertumbuhan industri baru, bukan juga hasil dari peningkatan gaji rakyat, bukan hasil pembangunan mampan yang berterusan. Jika bergantung kepada penjualan tanah, sampai bila kekayaan negeri ini boleh kita pertahankan. Ini bukan soal pertumbuhan, ini pengecilan aset negeri secara beransur-ansur. Negeri memerlukan pertumbuhan ekonomi yang sebenar, bukannya pertumbuhan atas kertas semata-mata.
Point saya yang kedua Dato' Seri Yang di-Pertua, berkenaan MARRIS RM620 juta. Jalan raya seolah-olah RM6.27 juta. Peruntukan MARRIS meningkat. Ratusan juta ringgit diberikan tetapi rakyat menyaksikan realiti yang begitu suram. Jalan rosak sepanjang tahun, tampalan nipis yang tidak bertahan. Kalau bertahan pun hanya 2 bulan. Longgokan tanah dan debu yang membahayakan penunggang. Kontraktor yang buat kerja sambil lewa. Projek jalan siap hanya di atas kertas tetapi tidak siap di lapangan. Saya tidak mahu lagi dengar alasan kerja dalam proses. Rakyat menilai dengan mata bukan dengan laporan yang disediakan oleh pegawai. Kerajaan harus jawab dengan jujur. Mengapa dengan ratusan juta ringgit ini jalan di negeri Perak ini masih dalam keadaan yang agak memalukan? Kerajaan perlu sedar bahawa mutu jalan mencerminkan mutu pentadbiran. Saya mencadangkan dashboard ketelusan, MARRIS dan KPI kontraktor. Setiap projek perlu didedahkan kepada umum. KPI berdasarkan tempoh dan kualiti. Kontraktor yang gagal perlu terus disenaraihitamkan. Laporan dibuat secara bulanan dan bukan tahunan. Jika kita mahu rakyat hormat kerajaan, kerajaan perlu tunjuk ketegasan. Bukannya belas ehsan kepada kontraktor yang tidak kompeten.
Dato' Seri Yang di-Pertua, point saya yang ketiga berkenaan dengan banjir. Saban tahun, saban kali masalah yang sama. Dato' Seri Yang di-Pertua, banjir bukan isu kecil bagi rakyat. Banjir juga adalah igauan. Banjir adalah trauma. Banjir adalah kerosakan. Banjir adalah perbelanjaan semula. Kerajaan memperuntukkan lebih RM130 juta kepada JPS tetapi kejadian banjir tetap berlaku di lokasi yang sama, tahun demi tahun. Mengapa? Kerana pendekatan kita terlalu bersifat reaktif bukan strategi. Kita tunggu banjir berlaku, baru kita nak bergerak. Kita tampal parit bukan kita naik taraf keseluruhan. Kita keluarkan kenyataan bukan menyelesaikan punca. Cadangan saya, Dato' Seri Yang di-Pertua, audit komprehensif projek mitigasi banjir ke seluruh negeri. Nilai keberkesanan, semak kualiti, umumkan laporan kepada Dewan, Sistem Pemetaan Risiko Banjir secara digital, kenalpasti hotspot, jadikan data terbuka untuk rakyat. Penyelenggaraan sungai dan longkang secara berkala bukannya bermusim. Peruntukan diberi kepada kawasan berisiko tinggi dahulu, bukannya berdasarkan kepada aduan dan hubungan keakraban politik. Jika banjir masih berlaku di tempat yang sama 10 tahun berturut-turut, itu bukannya lagi takdir, tetapi itu adalah kegagalan dasar.
Dato' Seri Yang di-Pertua, point saya yang keempat berkenaan dengan perumahan. Rumah mampu milik tetapi rakyat tidak mampu beli. Kerajaan mengumumkan berjuta-juta dalam skim rumah mampu milik tetapi mari kita sama-sama melihat pada realitinya. Rumah mampu milik tidak selaras dengan pendapatan rakyat. Unit tidak laku dijual. Projek lambat disiapkan. Lokasi jauh dari sekolah dan hospital. Akses pengangkutan awam lemah. Fasiliti asas tidak disediakan. Rumah mampu milik tidak boleh hanya dinilaikan berdasarkan kepada harga.
Kuala Sepetang, Alor Pongsu mencelah sikit. Boleh tak? Sikit je.
Ya, boleh boleh.
Sebelum pergi jauh. Terima kasih Dato' Seri Speaker. Saya nak balik sikit je tentang banjir tadi. Bila Kuala Sepetang sebut banjir yang 10 tahun dah bukan takdir. Itu kesilapan manusia atau kesilapan siapa? Kawasan Changkat Lobak Matang Tengah di tempat saya banjir dah 60 tahun. Salah siapa ni? Tempat lain hari ni ramai sebut banjir kilat. Kilat, 5 hari di PPS. Seminggu di PPS. Changkat Lobak setiap tahun banjir termenung sebulan sepuluh hari tahun sudah. Sebulan lebih duduk di PPS. Adil ke ini? Jadi saya rasa sesuatu perlu dilakukan. Saya setuju dengan Kuala Sepetang. Terima kasihlah atas cetusan itu. Terima kasih.
Terima kasih Alor Pongsu. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, kalau dah 10 tahun 20 tahun 30 tahun, benda ini berlaku berulang-ulang. Ini bukan lagi takdir. Ini adalah kegagalan dasar pihak Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan yang terlibat terutamanya JPS perlu melihat kembali. Setiap apa yang berlaku ini mesti ada puncanya. Jika kita tidak mencari punca sampai bila pun kita tidak boleh mengubati penyakit ini dan bila kita dapat mengenal pasti punca, maka penyakit ini kita akan dapat rawat. Jadi masukkan ucapan tadi dalam ucapan saya. Terima kasih Alor Pongsu.
Jadi Dato' Seri Yang di-Pertua saya teruskan ya. Rumah mampu milik tidak boleh hanya dinilai berdasarkan pada harga. Rumah mampu milik harus dinilai berdasarkan mampu beli dan mampu untuk hidup. Jika rakyat perlu memandu 20 hingga 30 kilometer untuk ke sekolah atau kerja itu bukan mampu milik. Jika projek siap lewat bertahun-tahun itu juga bukan mampu milik. Jika projek tidak disertakan dengan klinik, kedai, jalan yang baik itu juga bukan mampu milik. Jadi cadangan daripada Kuala Sepetang, majlis semakan harga rumah yang merangkumi pihak pembangkang dan juga NGO pengguna perlu diwujudkan. Kaji semula definisi harga mampu milik, pastikan lokasi benar-benar sesuai. Paksa pemaju untuk sediakan infrastruktur asas sebelum melakukan penjualan. Kuatkuasakan tempoh siap wajib. Kita tidak boleh membiarkan rakyat menjadi permainan dan mangsa harga dari pemaju.
Dato' Seri Yang di-Pertua, point saya yang kelima Bas Perak Sejahtera. Program ini baik tapi pengurusannya agak lemah. Bas Perak Sejahtera adalah inisiatif yang baik tetapi sayangnya jadual tidak menentu, aduan lambat diambil tindakan, tiada penjejak GPS, tiada laporan prestasi operasi, laluan tidak dikaji berdasarkan data sebenar. Kalau kita mahu mengajak rakyat naik bas, maka perkhidmatan bas mestilah lebih mesra pengguna daripada motor dan juga kereta. Cadangan daripada Kuala Sepetang, aplikasi Perak Mobility dan KPI operasi bas. Masa ketibaan perlu tepat, laporan ketepatan masa bulanan, mekanisme aduan masa nyata, Sistem Pemantauan GPS Terbuka. Negeri maju diukur melalui pengangkutan awam. Jika kita gagal di sini kita gagal dalam agenda mobiliti rakyat.
Dato' Seri Yang di-Pertua point yang keenam urusan tanah. Semalam, rakan-rakan kita juga membangkitkan isu yang sama. Masalah struktural bukan masalah van. Kerajaan memperkenalkan van bergerak untuk memudahkan urusan. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih tetapi masalah sebenar adalah jauh lebih besar. Isunya bukan kaunter bergerak. Isunya ialah sistem dan struktur pentadbiran tanah itu sendiri. Kita semua ketahui bahawa pemerosesan yang lambat, fail kadang-kadang hilang entah tidak dikemas kini. Garis panduan berubah-ubah, permohonan tidak telus, proses manual memakan masa, tiada pelaporan status kepada pemohon. Jadi hari ini, Kuala Sepetang ingin mencadangkan reformasi Inland Perak secara total. Digitalisasi penuh, integrasi data, pembayaran atas talian, status masa yang nyata, dokumentasi secara automatik. Sampai bila rakyat perlu turun naik Pejabat Tanah hanya untuk mendapatkan jawapan.
Point yang ketujuh Islam dan Syariah. Dato' Seri Yang di-Pertua, peruntukan besar mesti diiringi akauntabiliti juga besar. Peruntukkan kepada JAIPk mencecah RM130.8 juta. Saya menyokong memartabatkan syiar Islam tetapi di masa yang sama saya juga ingin menuntut laporan prestasi tahunan, pemantauan sekolah tahfiz, standard keselamatan dan akademik, audit kewangan masjid, latihan profesional kepada pentadbir agama. Peruntukan tanpa akauntabiliti akan melahirkan kelembapan dan bukannya kemajuan.
Dato' Seri Yang di-Pertua, point kelapan Hal Ehwal Bukan Islam RM12.0 juta mesti menuju sasaran. Walaupun kerajaan memperuntukkan RM12.0 juta, namun rungutan tidak pernah surut. Proses permohonan tidak jelas, kelulusan lewat, agihan tidak sekata, kekurangan komunikasi antara jabatan dan juga komuniti. Cadangan daripada Kuala Sepetang portal permohonan digital beserta dengan senarai penerima perlu dipamerkan setiap tahun. Ketelusan membawa kepercayaan rakyat bukan Islam juga adalah rakyat negara ini. Mereka berhak dilayan secara adil.
Point yang ke sembilan Dato' Seri Yang di-Pertua, sukan dan bola sepak. Masalah besar penyelesaiannya agak kecil. Kerajaan memperuntukkan RM28.15 juta untuk sukan tetapi realiti bola sepak Perak cukup menyedihkan. Kita tidak boleh terus bercakap baik sedangkan prestasi pasukan merudum. Struktur kucar-kacir dan kewangan tidak stabil. Cadangan daripada Kuala Sepetang supaya tubuhkan Suruhanjaya Reformasi Bola Sepak Perak. Atur semula struktur, bentuk pelan jangka panjang lima tahun. Pembangunan di peringkat akar umbi. Pemantapan Akademi Belia. Kurangkan politik dalam pasukan. Perak pernah hebat kita boleh hebat semula Dato' Seri Yang di-Pertua tetapi dengan reformasi dan bukannya dengan hanya penampalan.
Point yang kesepuluh, pelancongan negeri banyak potensi tetapi hanya sedikit gerakan. RM18.67 juta untuk pelancongan tetapi Perak masih ketinggalan jauh berbanding negara jiran. Isu yang agak utama, promosi tidak agresif kurang secara kurang acara bertaraf negeri. Insfrastruktur destinasi tidak dinaikkan taraf. Pakej pelancongan tidak dipakej semula. Pengusaha kecil kurang sokongan. Maka Kuala Sepetang ingin mencadangkan Tourism Action Squad negeri bekerjasama antara sektor kerajaan dan juga swasta. Pakej pelancongan berfokus ke daerah-daerah, pembaikan papan tanda dan lokasi promosi digital agresif. Kita ada sejarah alam, gastronomi tetapi tiada penyelarasan.
Minta celahan Kuala Sepetang.
Ya…Ya…Ya, silakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Ok saya nak bawa semula yang Kuala Sepetang sebut tadi berkaitan dengan Bola Sepak Perak inilah. Untuk makluman Kuala Sepetang sekarang ni dah era profesional sepenuhnya. Jadi Perak ni Perak FA ni Persatuan Bola Sepak Perak ni dah yang masuk Liga Super Liga Malaysia ni adalah team-team yang telah diswastakan. Jadi Perak pun sama macam negeri-negeri lain kita dah ada Perak FC. Jadi setuju tak Kuala Sepetang kalau kita katakan kita memperkasakan balik Persatuan Bola Sepak Perak. Sekarang pun macam kita sebut dalam belanjawan pun Kota Tampan ada sebut kita nak memperkasakan Persatuan Bola Sepak Perak dengan menyertai dari peringkat bawah Liga A1 untuk maklum di dalam Negeri Perak ni ada 2 pasukan. 1, Perak FA dan 1 lagi Manjung City FC yang bermain dalam Liga A1 ini. Maksudnya bermula dari bawah balik. Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Baharu. Saya juga bersetuju dengan pandangan Pengkalan Baharu itu.
Pengkalan Baharu Presiden Perak FA lepas ini.
Ya….Ya. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Point saya yang ke-11, TVET dan pendidikan perlu diselaraskan dengan industri. RM100.59 juta untuk modal insan. Namun kita masih melihat graduan TVET banyak yang menganggur. Kursus tidak padan dengan pasaran. Industri tidak terlibat dalam perancangan. Pelajar kekurangan peluang praktikal. Ini masalah yang kita hadapi sekarang. Jadi cadangan daripada Kuala Sepetang untuk menyelesaikan masalah ini, Majlis Penyelarasan TVET bersama Industri. Mesti bersama dengan industri. Industri tentukan keperluan TVET, menyediakan tenaga kerja, gaji lebih kompetitif. Lepasan TVET tidak lagi dipandang rendah. Jika negeri gagal melahirkan tenaga mahir moden, maka kita akan terus bergantung pada pelabur asing tanpa membina kekuatan sendiri.
Point yang ke-12 Timbalan Yang di-Pertua, pelaburan Perak masih tiada fokus industri jangka panjang. Kerajaan mengumumkan RM11.77 bilion pelaburan. Saya ucapkan tahniah tetapi perlu saya bertanya, apakah identiti industri negeri Perak ini? Sampai hari ini kita tiada jawapan yang jelas. Adakah kita mahu menjadi negeri ini sebagai Negeri Pertanian? Atau Negeri Automotif? Atau Negeri Teknologi Makanan? Atau Negeri Logistik dan Maritim? Atau Negeri Pelancongan? Pelaburan datang tetapi tidak membina ekosistem yang kukuh. Cadangan daripada Kuala Sepetang, Pelan Ekonomi Perak 2040 perlu tumpu kepada 3 sektor sahaja. 3 sektor yang utama…
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Ya nanti sekejap. Saya ada sikit lagi saja. Last. Mungkin kita boleh memilih dari segi sektor Agro-Teknologi, Maritim dan Logistik dan Pelancongan-Eko Warisan. Fokus melahirkan kekuatan bukan serba sedikit dalam semua, tetapi tiada satu yang menonjol.
Sebagai penutup Timbalan Yang di-Pertua, saya perlu tegurkan dengan tegas, ikhlas dan juga bertanggungjawab. Saya menyampaikan segala kritikan ini dengan penuh tanggungjawab. Saya bukan menentang kerajaan. Saya cuma menentang kecuaian, ketidak-tegasan, kelembapan dan ketidakcekapan. Rakyat sudah lama bersuara. Mereka mahu, rakyat mahukan jalan yang berkualiti, air tidak lagi masuk ke rumah mereka, perumahan yang benar-benar mampu mereka miliki, TVET yang menjamin kerja pada mereka, urusan tanah yang cepat dan telus, pengangkutan awam yang berfungsi dengan baik, pelancongan yang berkembang, sukan yang membanggakan, pentadbiran yang jujur dan cekap. Kerajaan ada kuasa. Pembangkang ada tanggungjawab dan rakyat ada harapan. Saya mohon kerajaan menggunakan kuasa dan amanah dan kami pembangkang akan terus menjalankan tanggungjawab tanpa rasa takut. Agar harapan rakyat tidak kita khianati. Kuala Sepetang mohon menyokong. Sekian terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Sepetang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco-Exco Kerajaan, rakan-rakan Ahli Dewan yang saya hormati sekalian, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan seluruh followers saya di media social Kakwa. Kita berhimpun di Dewan yang mulia ini bukan sekadar menunaikan amanah perbahasan, tetapi untuk meneliti roh di sebalik angka-angka belanjawan ini. Pada saat ini tatkala sebahagian besar rakyat di kawasan Hutan Melintang yang saya wakili masih berhadapan dengan bahana air dan juga amaran ribut tropika. Saya teringat semula bahawa tugas kita di sini selain menjaga kesejahteraan adalah untuk juga memelihara jiwa dan ketenangan sebuah negeri. Saya berdiri bukan semata-mata sebagai seorang wakil rakyat tetapi sebagai saksi kepada suara yang penuh harap. Suara yang setiap malam tertanya-tanya sama ada air akan surut, sama ada dapur mereka masih boleh berasap keesokan hari atau tidak dan sama ada kerajaan yang kita kasihi ini benar-benar mendengar denyutan nadi mereka? Inilah titik permulaan cerita-cerita rakyat yang menanti limpahan nikmat pembangunan yang termaktub dalam perbelanjaan ini menyentuh dan mengubah kehidupan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua, Hutan Melintang mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan cemerlang Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas prestasi fiskal negeri yang amat memberangsangkan. Angka-angka yang dibentangkan adalah manifestasi tadbir urus yang cekap dan jelas hala tuju. Mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar, pertumbuhannya sangat kukuh. Mengikut nilai ekonomi negeri, ia mencapai paras RM86.2 bilion di mana pelaburan juga telah diluluskan di mana lonjakan signifikan kepada RM11.77 bilion. Hasil negeri dia melepasi sasaran dengan kutipan RM1.24 bilion. Peruntukan Pembangunan di tahap tertinggi RM568 juta. Mendiang Lee Kuan Yew pernah menegaskan dengan izin "Good governance is the foundation upon which economic miracles are built". Angka-angka ini tidak menipu. Ekonomi Perak adalah stabil, terkawal dan berada pada landasan yang betul untuk mencapai visi Perak Sejahtera 2030.
Namun di sebalik angka-angka megah ini, kita harus sedar realitinya. Ada seorang ibu di Taman Sri Bernam yang masih menadah air di baldi kerana tekanan air rendah. Tatkala ini kawasan kami tiada air. Ada seorang pakcik di Sungai Dulang yang setiap malam mendengar bunyi air parit yang tersumbat. Ada anak muda yang terpaksa belajar dengan meminjam hotspot jiran. Mereka memandang angka-angka ini bukan sebagai kebanggaan statistic tetapi sebagai harapan dan bahawa satu hari nanti limpahan kekayaan ini akan mengalir terus, menyentuh dan menenangkan jiwa mereka.
Namun begitu, Timbalan Yang di-Pertua di sebalik angka dan graf yang mempesonakan itu, izinkan saya mengangkat satu perkara yang lebih dekat di hati rakyat Hutan Melintang khususnya komuniti India. Kita yang selama ini sabar menunggu ruang untuk bernafas, hari ini pihak keluarga di Sungai Timah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Besar
Perak atas keprihatinan dan tindakan beraninya menyelesaikan penantian selama 6 dekad. 60 tahun Timbalan Yang di-Pertua. Bukan satu angka yang kecil. Ia adalah sebuah umur hidup. Umur sebuah perjuangan. Umur sebuah kesabaran yang diwarisi turun temurun dan akhirnya melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta sokongan penuh daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Datuk A. Sivanesan, keluarga ini menerima geran tanah secara sah bukan lagi hidup sebagai penumpang di tanah sendiri tetapi sebagai tuan kepada masa depan mereka. Perkara ini bukan hanya berlaku di Sungai Timah. Hasil dasar kepimpinan yang konsisten, komuniti India di Kampung Deralik, Kampung Tupai, Pekan Gurney, RPT Bemban, Kuala Bikam dan RPT Chengai turut menerima pembelaan yang sama. Keluarga-keluarga ini kini memegang geran tanah yang sah. Sesuatu yang mereka sendiri pernah anggap mustahil sekian lama.
Timbalan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar isu geran. Ini isu maruah. Ini isu keselamatan sosial. Ini isu hak untuk hidup tanpa ketakutan. Apabila sebuah keluarga memiliki tanah sendiri, banyak perkara berubah. Jenayah kecil berkurang kerana komuniti mula ada pemilikan dan rasa tanggungjawab. Anak-anak lebih stabil kerana mereka membesar dalam keadaan persekitaran yang tidak lagi sementara. Kehidupan sosial menjadi lebih teratur, lebih bernafas, lebih bermaruah. Inilah nafas baharu dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menghadiahkan bukan sekadar dokumen tetapi sebuah masa depan. Masa depan yang lebih tenang, lebih terhormat, lebih teratur untuk komuniti ini dan usaha ini tidak terhenti di situ. Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM6 juta untuk kebajikan masyarakat India di seluruh Perak dan merupakan portfolio khas yang terulung di Malaysia. Satu langkah yang sangat aktif bukan simbolik. Satu keputusan yang lahir daripada kesedaran bahawa pembangunan negeri hanya bermakna apabila setiap kaum diberi ruang untuk maju bersama. Ini bukan retorik. Ini bukan slogan. Ini kerja nyata Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan atas komitmen ini, saya bagi pihak Hutan Melintang dan seluruh keluarga yang merasai perubahan tersebut ingin sekali merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menzahirkan kepimpinan yang bukan hanya mengurus tapi menginsafkan dan menyentuh manusia.
Timbalan Yang di-Pertua, saya membawa suara mendesak rakyat Hutan Melintang berhubung isu banjir yang kini menjadi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku. Isu ini melangkaui batas politik kepartian. Ia adalah isu rumah, isu harta benda dan isu keselamatan nyawa. Angela Merkel pernah mengungkapkan, "A strong nation protect its people before crisis not after", dengan izin. Kita kini berada dalam zon kritikal. Banjir bukan hanya menenggelamkan perabot ia menenggelamkan rasa selamat dan maruah sebuah keluarga. Semalam saya bertemu seorang mak cik yang memegang erat tangan cucunya yang menangis ketakutan. Ketakutan itu bukan kerana hujan lebat tetapi kerana setiap kali hujan, beliau terbayang lantai rumah dipenuhi air. Buku sekolah basah dan dapur menjadi tempat air naik. Di saat genting, seperti inilah keteguhan dan keprihatinan sebuah kerajaan diuji bukan melalui jumlah bajetnya tetapi melalui tindakan pantas dan tuntasnya terhadap mereka yang berada dalam kategori yang paling rapuh.
Timbalan Yang di-Pertua, isu kos sara hidup hari ini telah berevolusi. Ia bukan lagi perkara bil elektrik semata-mata tetapi ia adalah ekosistem tekanan yang membentuk kehidupan rakyat dari pagi hingga malam. Di Hutan Melintang, saya melihat bagaimana isu infrastruktur kecil seperti rumah yang terlalu panas, tekanan air yang rendah dan capaian internet yang tidak stabil secara kolektif telah menjadi pemacu tekanan mental keluarga. Barack Obama juga pernah mengingatkan, "If we ignore the small struggle today, we will face a bigger crisis tomorrow". Data rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia mengalami tekanan mental dengan belia dan kawasan luar bandar paling terkesan. Tekanan kewangan adalah pemacu utamanya. Apabila ini air ya. Apabila tekanan air perlahan masa pagi, keluarga kacau. Apabila internet terputus, pembelajaran anak-anak terhenti. Apabila tekanan ini berulang setiap hari ia menciptakan luka senyap dalam jiwa sesebuah keluarga. Seorang ayah pernah meluahkan kebimbangan kerana anaknya sering termenung bukan kerana malas tetapi kerana gagal menyiapkan kerja sekolah akibat capaian internet yang lemah. Tekanan hidup bukan lagi perkara bisu. Ia sedang menjerit dalam rumah-rumah setiap rakyat dan dewan yang mulia inilah tempat suaranya harus disalurkan untuk mencari solusi.
Timbalan Yang di-Pertua, apabila kita meninjau negara maju seperti Norway dan Denmark, kita mendapati mereka membina asas kehidupan rakyat dengan kukuh. Sebelum ekonomi menjadi kuat, rakyat juga harus menikmati sistem tebatan banjir moden dan persekitaran yang selamat. Perak kini memiliki asas fiskal yang kukuh hasil kerja keras Kerajaan Negeri. Atas keyakinan inilah saya dengan penuh hormat, penuh rendah diri dan penuh amanah mewakili rakyat Hutan Melintang memohon pertama, peruntukan khas tebatan banjir Hutan Melintang dengan fokus kepada naik taraf longkang utama, pemasangan pam berkuasa tinggi dan reka bentuk moden untuk kawasan berisiko. Kedua, peruntukan baik pulih dan pembinaan rumah baru. Ini khusus untuk keluarga miskin tegar yang terkesan teruk akibat banjir. Ini bukan permohonan politik. Ini adalah permohonan kehidupan.
Hutan Melintang, Alor Pongsu nak celah sikit boleh ke? Banjir.
Saya ada banyak lagi. Biar saya habis.
Sikit je sebab emosi tu.
Tak. Saya tidak beremosi.
Saya nak tumpang emosi tu.
Alor Pongsu, sila duduk. Dia tak bagi. Ini floor dia. Sila duduk.
Air yang naik itu tidak bertanya siapa wakil rakyat. Ia hanya masuk dan meragut ketenangan. Peranan kita adalah untuk memastikan air itu tidak meragut lebih banyak maruah keluarga luar bandar. Di negara maju mereka membina tembok sebelum air datang. Saya berharap Perak menjadi negeri perintis di semenanjung yang menyediakan tebatan banjir luar bandar secara menyeluruh. Peruntukan ini bukan projek fizikal. Ia adalah pelindung harapan ratusan keluarga yang terbabit.
Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan insan adalah indikator masa depan sesebuah negeri. Kita tidak boleh membiarkan belia hilang arah. Justeru, saya mengusulkan pembinaan Micro Belia Park dengan izin sebuah ruang kecil tetapi cukup untuk mencipta perubahan besar. Belia Hutan Melintang tidak meminta kompleks yang besar tetapi mereka perlukan tempat untuk bernafas. Untuk berkumpul tanpa rasa diawasi dan untuk membesar sebagai komuniti yang sihat. Micro Park terbukti di luar negara sebagai nadi kawasan perumahan kerana ia melahirkan belia aktif, membina disiplin sosial dan mengurangkan risiko jenayah kecil. Ruang lapang sedia ada boleh dinaik taraf dengan laluan berjalan pendek, ruang duduk mesra belia, ruang aktiviti seni dan lampu keselamatan. Kosnya kecil tapi ia juga boleh ditampung melalui dana tanggungjawab korporat social (CSR) dan industri sekitar dan juga GLC di negeri Perak. Belia Sihat. Komuniti Sihat.
Ketiga, pengupayaan ibu tunggal yang akan menggerakkan ekonomi dua sayap bukannya satu ya. Membina ekonomi negeri tanpa membangunkan wanita khususnya ibu tunggal adalah seperti membangunkan negeri dengan satu sayap sahaja. Hutan Melintang kaya dengan hasil kampung, hasil laut, ladang dan tanaman yang boleh dijadikan asas ekonomi wanita luar bandar. Menurut Bank Negara Malaysia 2023 ibu tunggal adalah kelompok paling terkesan dengan kadar kemiskinan tegar. Jika seorang ibu tunggal dapat menjana tambahan RM500 sebulan itu bukan sekadar mengubah statistik. Ia mengubah maruah dan masa depan anak-anaknya. Saya mencadangkan penubuhan Hutan Melintang Food Processing Hub khas untuk ibu tunggal. Modalnya adalah memberi bahan dari kampung memproses menjadi bahan makanan bersih, berbungkus dan juga melatih ibu tunggal ini dengan kemahiran digital dan packaging dengan izin dan menjual di platform e-dagang serta pasaraya yang kecil yang terdapat di kawasan mereka dan juga mungkin luar daripada negeri tersebut ini adalah Social Enterprise dengan izin yang boleh melibatkan kerjasama jabatan-jabatan berkenaan seperti Jabatan Pertanian, Kemas, NGO dan sebagainya.
Keempat, adalah mercu tanda Hutan Melintang setiap kawasan yang mahu maju memerlukan identiti visualnya. Mercu tanda yang membuatkan orang bangga dan orang luar mengenali siapa dan apa di Hutan Melintang. Ia boleh dibina dalam bentuk arca moden di pintu masuk ataupun menggunakan motif nelayan, perahu panjang ataupun hasil kampung di kawasan kami. Kelima, iaitu jeti dan perahu panjang Sungai Dulang. Sungai Dulang adalah permata tersembunyi dengan potensi besar pelancongan sukan air. Saya memohon platform dan jeti untuk pertandingan perahu panjang ini diwujudkan di kawasan tersebut sebab ia mampu menarik pelancong mampu menaikkan aktiviti belia mampu menghidupkan budaya tradisi sungai dan menjadi acara negeri bertaraf nasional yang juga bantu membantu menaikkan eco-tourism di kawasan kami sekaligus di negeri Perak. Perak boleh menjadi perintis di semenanjung dengan mengangkat acara sebegini sekali gus menjana peluang pekerjaan dan ekonomi mikro.
Keenam, adalah Rural Smart City dengan izin iaitu keselamatan komuniti luar bandar. Apabila Pelabuhan Bagan Datuk dibuka semula kelak arus kemasukan perniagaan dan pembangunan akan meningkat. Justeru, keselamatan perlu ditingkatkan. Saya mengusulkan program Smart City, CCTV dan AOT sebagai Pioneer Rural Smart City
Model dengan izin bagi Perak. Penggunaan CCTV dan integrasi dengan pusat kawal selia PBT akan juga meningkatkan keselamatan, menambah keyakinan pelancong dan menjadikan Hutan Melintang sebagai model bandar pintar luar bandar yang selamat dan terunggul.
Timbalan Yang di-Pertua. Segala isu yang saya bangkitkan banjir, rumah, belia, ibu tunggal, jeti, Rural Smart City bukan isu politik tetapi isu kemanusiaan dan selagi saya berdiri di Dewan mulia ini, saya ingin tegaskan suara Hutan Melintang tidak akan hilang selagi saya diberi amanah saya akan membawa suara rakyat yang ke tempat paling tinggi dengan berdiri tegak berpaksikan niat yang suci dan bersih. Marilah kita membina Perak Darul Ridzuan bukan dengan siapa paling lantang, tetapi siapa paling banyak memberi manfaat kerana negeri ini benar-benar akan lebih maju apabila beban hidup rakyatnya diringankan. Dengan pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya yakin negeri Perak akan melangkah lebih jauh dan Hutan Melintang akan terus bangkit bersama. Dengan itu, Hutan Melintang menyokong RUU Enakmen Pembekalan Tahun 2026 dan mencadangkan agar usul-usul saya ini dipertimbangkan dan akhiri dengan serangkap pantun.
Daun pandan harum baunya, Dipelihara di halaman rumah. Belanjawan dibincang dengan bijaksana, agar rakyat hidup aman dan bermaruah.
Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hutan Melintang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk memulakan perbahasan di persilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh. (Bacaan doa) Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Gunong Semanggol, barisan Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media, para pemerhati seterusnya yang dikasihi sekalian rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada petang ini. Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Subhana wata'ala dengan izin-Nya kita sama-sama berada dalam Dewan yang mulia ini bersempena mesyuarat ketiga tahun ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan.
Timbalan Yang di-Pertua, dikesempatan ini sebelum saya mulakan perbahasan saya ingin mengambil sedikit ruang untuk menyampaikan ucapan takziah dan solidariti kepada semua mangsa banjir yang terkesan akibat hujan lebat yang berterusan. Situasi ini amat mencabar dan saya doakan semoga Allah Subhanallah Ta'ala mengurniakan keselamatan, kekuatan, ketabahan serta kesabaran kepada semua yang terlibat. Terima kasih juga kepada setiap agensi yang cuba melaksanakan tanggungjawab yang sebaik mungkin bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terlibat dan harapan saya bantuan atau apa bentuk saja sokongan kepada mangsa-mangsa ini perlulah disegerakan. Mudah-mudahan dapat meringankan dan memudahkan urusan mereka.
Semalam, saya bergegas pulang ke kawasan untuk melihat di Kampong Gajah untuk maklumannya di Hilir Perak dalam Daerah Hilir Perak, ada 1 PPS di dalam Perak Tengah dalam Dun Kampong Gajah ada 4 PPS yang mana rata-rata kesianlah bila kita pergi di kawasan itu dengan keadaan kalau di dewan itu, walaupun dia ada kiub-kiub, tapi tandasnya paksa berkongsi ramai dan sebagainya. Kita harapkan mudah-mudahan perkara ini dapat diperbaiki daripada masa ke masa dan dapat kita mengada bincang seperti mana semua daripada kawasan-kawasan menyuarakan perlunya ada satu perbincangan khas bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini dan bukan bila berlakunya banjir baru kita bangkit dan bincangkan.
Saya mulakan perbahasan belanjawan negeri Perak 2026 dengan firman (bacaan Al-Quran) “Nabi Yusuf berkata, jadikanlah daku pengurus pembenaran hasil bumi Mesir, Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik baiknya lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. Kita semua sedia maklum bahawa KDNK Perak mencatat pertumbuhan 2.7% tetapi rakyat masih lagi bergelut dengan kos sara hidup. Kadar hutang makin semakin bertambah mengharapkan imbuhan supaya dapat menampung komitmen bulanan. Ini menandakan ketidakstabilan ekonomi dan fokus sektor yang tidak seimbang. Wang yang besar hanya melalui sektor dan syarikat-syarikat tertentu yang besar sahaja. Manakala sektor yang dekat dengan rakyat kebanyakan hanya mendapat tempias-tempias sahaja.
Ingin saya lihat renung dalam fokus yang pertama yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang kesejahteraan rakyat. Saya amat setuju apabila diperuntukkan RM32.1 juta untuk Program Jualan Sejahtera Rahmah, Jualan Sejahtera Rakyat, Kad Perak Sejahtera, Bantuan Kotak Makanan dan saya juga bila tadi dalam perbincangan perbahasan Tronoh celahan daripada Kubu Gajah. Sebenarnya itulah melambangkan kerajaan kita tidak dapat lagi untuk yang kita bangkitkan untuk membasmi kemiskinan ataupun miskin tegar kerana itulah adanya bantuan-bantuan begini kerana kalaulah perkara yang kita buat ataupun dasar negeri yang dilakukan dapat membebaskan masyarakat orang di luar bandar daripada kepompong kemiskinan. Maka saya rasa tidak perlu lagi dah, bantuan-bantuan mereka yang memberi bantuan. Mereka beri bantuan
Yang Berhormat…
Bukan soalannya…
Mohon mencelah.
Bukan soalannya, Sabor dulu. Bukan soalannya nak jual tak nak jual. Setuju nak tidak. So, masalahnya sekarang ni
Tronoh sila duduk.
Adanya bentuk-bentuk ini
Kampong Gajah.
menunjukkan kegagalan kita.
Tronoh mohon mencelah.
Sabor…sabor…sabor dulu. Reti Perak cakap sabor. Sat gi saya bagi. Menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri belum lagi sampai kepada kita untuk dalam membasmi kemiskinan. Kalaulah kemiskinan itu dapat dibasmikan. Mana perkara-perkara ni, bahkan kerajaan ataupun rakyat yang akan memberi, membantu pihak-pihak kerajaan dan benda ni suatu benda yang perlu, bukanlah kita di pihak pembangkang nak menafi, menolak kerana kita percaya dan kita yakin ini data kemiskinan berlaku. Ramai lagi yang di peringkat-peringkat di luar bandar dan sebagainya yang duduk di dalam kepompong kemiskinan. Cuma saya rasa yang perlu mungkin saya cadangkan pada pihak Kerajaan. Dalam program-program yang dilakukan, ada beberapa perkara yang memberi kesan sampingan juga kepada kepada peruncit ataupun kedai runcit lain. Contohnya, bila gunakan Kad Sejahtera, kalau Persekutuan letakkan SARA yang mana boleh beli barang bawa IC. Masukkan terus dalam IC. Dia diberikan boleh diberi boleh dibeli di pasar raya-pasar raya atau di tempat-tempat yang ditentukan. Bukan pada semua. Di kampung ni contoh di Kampong Gajah, satu kawasan namanya Changkat Lada, hampir 13 ribu orang di situ dan ramailah di situ adalah Felcra. Di situ kedai-kedai runcit kecil. Deme ni yang mana dapat SARA ataupun Kad Prihatin ke sebagainya terpaksa nak kena pergi jauh. Nak pergi sakan dan sebagai untuk nak keluarkan. Jadi saya rasa kalau dapat difikirkan kembali, maknanya untuk nak depa keluar nak beli guna IC ni…
Yang Berhormat Kampong Gajah.
dah tembus ni boleh untuk dimana-mana kedai-kedai runcit di kawasan kawasan mereka, diperluaskan tempat untuk mereka ambik barang.
Yang Berhormat Tronoh mohon mencelah.
Belum lagi.
Dah lepas isu jualan rumah sekarang pulak
Saya tak bagi duduk, belum lagi. Tu yang tak bagi. Belum duduk. Baca dulu Perlembagaan. Bila tak minta, tak izin, duduk. Ok, ini dia masalah dia. Ha maksudnya kita, contoh juga lagi saya kata tentang jualan rahmah, jualan sejahtera ataupun bergerak, bagus. Tapi ada lebih bagus, kalau dengan harga yang murah ini juga diberikan juga kepada peruncit-peruncit tak perlu depa jauh. Contoh di Kampong Gajah, saya terima kasih kerajaan buat. Tapi dalam kawasan yang luas itu ada satu dia buat di Sungai Galah, takkan orang Changkat Lada pergi Sungai Galah. Dia buat di Kampong Gajah, takkan orang
Teluk Sareh nak datang. Jauh-jauh tempat dia. Tapi kalaulah dapat diselaraskan, diberikan kepada kedai-kedai runcit di kawasan-kawasan di kawasan itu terus dengan harga yang boleh dibuat di dalam jualan rahmah adalah
Yang Berhormat.
lebih baik dan beri manfaat kepada masyarakat.
Yang Berhormat Kampung Gajah YB Tronoh
Boleh
Saya tak izin.
YB tak bagi?
Tak bagi.
Tak bagi saya.
Kenapa pulak tak bagi?
Punya pasal saya lah.
Tadi kata sabar
Punya pasal saya lah.
Sekarang…
Saya tengah bercakap.
Saya nak memperbetulkan,
Yang Berhormat Tronoh, sila duduk.
Timbalan Speaker tolong.
Nak memperbetulkan perbahasan.
Tolong Timbalan Speaker.
Yang Berhormat Kampung Gajah ini.
Timbalan Speaker tolong.
Fakta yang disampaikan oleh Kampung Gajah itu tidak betul.
Saya tengah ceritakan masalah rakyat saya.
YB Tronoh sila duduk.
Tronoh, kalau tak betul saya rasa bawa usul.
Yang lain sila duduk. Ini ruang Kampong Gajah.
Kalau tak betul, saya rasa saya cadang bawa usul la.
Yang Berhormat yang lain sila duduk, ini ruang Kampung Gajah.
Tak betul.
Sila, Kampung Gajah.
Memang tak betul itu.
Perenggan yang ke 40. Sebenarnya dalam yang pertama tadi yang kita ceritakan tentang kita sama-sama semua saya yakin dan percaya. Kerajaan semua agensi nak lihatkan negeri Perak ni terus maju dan kita dapat membasmikan kemiskinan di dalam, dalam masyarakat dan perkara-perkara ini perlu kita fikirkan bagaimana supaya (ayat quran) ini Allah Subhanawata'ala sebut tentang kurniaan Allah. Supaya tidaklah harta tu tompok kepada satu-satu, satu-satu dimonopolikan satu syarikat besar dan sebagainya. Jadi kalau dapat diperluaskan diberikan kepada peruncit, kedai-kedai runcit, kedai-kedai yang berlesen di kawasan-kawasan ini supaya mereka juga dapat haa kurang tidaklah bila masuk ada kad ni depa tak pelanggan tak datang ke depa, tak ada belilah. Ha deme beli kepada jualan ramah, beli kepada pasar raya-pasar raya untuk nak gunakan IC hari tu dengan Kad Sejahtera, Kad Perak Sejahtera ataupun SARA dan sebagainya. Yang kedua dalam perenggan yang ke 40, Kerajaan Negeri untuk terus berada di sisi rakyat yang sedang berdepan himpitan hidup, khususnya keluarga 40, keluarga B40 yang setiap hari berjuang memastikan dapur tidak terpadam dan keperluan asas anak-anak sentiasa terjaga. Ni dalam ucapan. Cukup sedap kita dengar dan kita dapat harap-harap benda ini menjadi satu realiti iaitu kerajaan mengambil serius tentang B40 tadi. Keluarga kehidupan keluarga ni dah mesti dalam kesejahteraan rakyat. Saya bangkitkan banyak kali dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, dalam dalam sidang Dun sendiri.
Kampong Gajah…
Dalam masalah ganggu kacau kera. Masalah kera…
Tronoh nak bantu ni. Tronoh nak bantu.
Jangan kacau, saya tengah bercakap.
Tronoh nak bantu ni.
Nanti Tronoh bagi. Nanti bila dah habis, saya cakap.
Tronoh nak bantu masyarakat di rakyat di Kampung Gajah ini.
Dah habis bercakap…
Boleh.
Kampung Gajah boleh?
Tak boleh.
Tak boleh. Sila duduk.
Adun Kerajaan nak bantu masyarakat di di Kampung Gajah takkan tak boleh.
Dah selesai. Tak yah, saya isi biar saya sendiri pergi.
Takkan tak boleh?
Tronoh dia tak bagi. Tak boleh lah. Duduk.
Gangguan. Orang. Dia ganggu ni kacau, kita nak ceritakan. Ganggu kacau kera.
Tronoh nak bantu.
Tiba…tiba…dalam Dewan pun ada ganggu kacau.
Bukan nak ganggu. Tronoh nak bantu. Nak bantu ya. Bukan nak ganggu.
Duduk, Tronoh duduk.
Yang Berhormat Tronoh, sila duduk.
Nanti bila saya tak mampu, saya minta bantuan.
Kampong Gajah sila sambung, sila.
Bila saya tak mampu kang saya minta. Masalah kera. Masalah kera ni bangkit dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Hilir Perak dalam Perak Tengah juga termasuk dalam Dewan saya bangkitkan. Iaitu masalah kera ni tadi kita mungkinlah saya tak tahu Kampong Gajah je ke yang banyak kera. Kan? Dia bukannya kita nampak kecil si binatang tu je. Tapi masalah kera ni kalau kita nakkan masyarakat ataupun orang miskin tegar ni dia boleh berdikari. Kita kena tolonglah mereka. Dalam mereka ni banyaknya kojer kampung. Tanam pisang, tanam deroyan, bukan musang king, durian kampung. Jadi kera ni dia mengganggu ekonomi mereka. Jadi tak hilangkan kemiskinan. Kera ni mengganggu keselamatan. Baru ni saya pergi di Matang Guntong. Seorang makcik tu dikejor kera, patah tangan dia jatuh. Bukan sebab kera tu kepak tangan dia, tolak tangan dia dah. Tapi jatuh kena kejor dengan kera. Saya pun tak dan tanya kera jantan kera betina yang gemor dengan pak cik ni kejornya. Tapi ni satu musibah kan yang perlu kita ambil berat. Dah banyak saya kata tak apa saya akan bincang di dalam dalam Dewan.
Saya bagi tahu kepada di tempat penduduk kawasan saya. Bior orang kata YB ni kerja masalah kera je tak ada kerja lain. Tak apa, janji masalah dapat diselesaikan. Masyarakat di tempat rakyat di tempat dapat hidup dalam penuh keselesaan. Ekonomi depa dapat. Kalau tidak tanam pisang tak dapat apa. Tanam deroyan habis. Begitulah dengan dengan kera dan dia melakukan gangguan. Bahkan kalau ikutkan kera ni sebenarnya dia boleh bawa satu penyakit malaria. Penyebaran melalui nyamuk lah. Tapi benda ni cukup bahaya. Sepatutnya saya sarankanlah kepada kerajaan kalau dapat wujudkan balik perlesenan senjata api kepada RELA. Maka boleh adakan. Sebelum ni kurang masalah ni sebab RELA ada senapang. Adanya kerja bersepadu dalam membasmi musuh tanaman. Kita juga perlu adanya buruan musuh tanaman secara bersepadu seperti mana yang dia buat di Johor Bharu dulu tentang bunuh…memburu gagak secara bersepadu macam dia buat perikanan nak tangkap ikan-ikan asing dalam Sungai secara bersepadu begitu jugalah dan juga mana, Insha Allah mudah-mudahan benda itu dapat diselesaikan.
Yang seterusnya perenggan yang ke 42, cerita tentang komitmen kerajaan untuk rakyat dapat memiliki tempat tinggal yang selesa. Masih lagi dalam fokus yang pertama kesejahteraan rakyat saya pernah bangkitkan infrastruktur dalam sidang Dun yang lepas daripada 2 Disember 2024 iaitu tentang infrastruktur RPT Changkat Lada yang dijawab oleh Exco yang memerlukan peruntukan RM15.138 juta dan RPT Bakar Arang, RM15 juta. Saya ingat belanjawan kali ini naiklah maknanya diluluskan atau sebagainya kerana di kawasan ini ramai yang saya sebut Changkat Lada ni, ramai anak-anak muda dan sebagainya dah diberi lot tapak rumah. Tapi mereka tak boleh nak buat sebab tidak ada infrastruktur. Macam mana nak masuk bawak lori, bawa pasir dan sebagainya. Jadi, kita pun nak tengok di manakah kalau tak ada ni…
Cubalah fikir-fikirkan. Kalau dapat dinaikkan juga agaknya kerajaan menyatakan komitmen cuma kita tahu di manakah keseriusan pihak kerajaan mewujudkan infrastruktur pada dua RPT ini yang mana rakyat di sana cukup menunggu untuk membina rumah mereka ataupun tempat kediaman mereka. Sedangkan kalau kita tengok menteri yang terbabit dalam…yang bertanggungjawab ini, menteri tempat kita. Dalam Perak lah. Bagan Datuk. Jadi kalau dapatlah kita tak naklah benda ini menjadi janji-janji pilihanraya seperti mana di Sabah sekarang ini. “Beri kami pegang tiga tahun lagi. Bagi kami pegang, kita akan selesai.” Tak nak. Yang sekarang ni, tengah ada kuasa sebagainya, sebelum pilihanraya cubalah dapat selesaikan masalah ni supaya rakyat-rakyat ataupun masyarakat di tempat saya ni dapat mereka tempat kediaman.
Perenggan yang ke-51. Saya ucapkan terima kasihlah RM73 juta bagi membina jalan baharu Kampung Teluk Birah ke Sungai Kerang. Saya ucapkan terima kasih. Ini perkara ni saya bawakan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah pada 22 Mac 2023. Dah dekat dua tahun dah. Alhamdulillah, lulus juga kan? lulus juga, Alhamdulillah. Cuma kita harapkan benda ini dapat disegerakan lah supaya dapat mudahkan penduduk-penduduk situ. Jauh. Bukan saya nak guna jalan ni. Orang kampung. Depa nak pergi ke Teluk Intan dan sebagainya. Inilah jalan yang paling dekat. Bila dah ada wujudnya WCE, terpaksa pusing jauh.
Timbalan Yang di-Pertua, perenggan yang ke-58. Jadi, pelbagai Projek Tebatan Banjir (RTB) RM7.5 juta iaitu peningkatan RM1.5 juta berbanding 2025. Saya amat bersetuju bahkan bagi saya, kalau dapat tambah, tambah lagi. Bukan apa, yang ini juga saya bangkitkan dalam sidang Dun pada 17 April 2025 makna baru ni dan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah 22 Mac di Hilir Perak…25 Mac 2023. Masuk dalam projek yang menunggu…menunggu bantuan. Sekarang ni yang berlaku banjir ni di Lubuk Keli, di Kampung Lubuk Keli, Tanjung…yang saya bangkitkan tu…Tanjung apa…Tanjung Sari, Sungai Robbana, Sarang Tiong, Permatang Guntong, Pengkalan Ara, Badak Berendam, Sungai Nyior, mereka ni tenggelam dengan dengan air dan benda ni saya waktu lepas pada bulan Mac 2023 ni saya dah jalan lah dengan JD JPS tengok kawasan-kawasan, dah melawat kawasan-kawasan yang akan dibangkitkan untuk diadakan tebatan banjir. Cuma malangnya, dalam belanjawan ini juga tidak ada dan saya harap kalau dapat diadakan lah tahun ni…dapat dia ada tahun ni. Kesian. Walau pun dalam mesyuarat diceritakan, diletakkan priority yang ke lima tapi saya harap kalau dapat dalam Dewan ni untuk naikkan dia menjadikan satu keutamaan priority nya. Bukan masalah dari segi penduduk kampungnya. Bukan masalah rumahnya…ayor ni...kalau dia masuk ladang juga, dia akan merosak ekosistem ekonomi penduduk ni tadi. Depa tak dapat nak mengambil...kalau nak sawit, nak kait sawit tak boleh dan sebagainya.
Jadi hilang punca pendapatan sedangkan mereka bukanlah di kalangan orang yang kebanyakan bukan orang yang kerja bergaji, kerja kebun dan sebagainya dan saya kalaulah benda ni diluluskan, saya amat mengharapkan perlunya kerajaan teliti dalam memilih kontraktor dan sebagainya atau yang berpengalaman. Saya tak nak berlaku seperti mana di kincir air watt kampung sekarang ni. Orang Kampung Mukim Sungai Durian mengatakan kincir air itu tidak berfungsi dengan baik dan sebagainya. Belanja dah keluar banyak tapi benda tu tidak menyelesaikan masalah. Timbalan Yang di-Pertua, saya setuju dengan apa yang menteri…
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Hai…takkan tamat kot…kena kacau banyak kali.
Dua minit. Dua minit.
Kurang-kurang lima minit.
Sila masuk perenggan terakhir.
Perenggan yang ke-69. Kesejahteraan sebenar rakyat tidak hanya berdiri di atas pembangunan fizikal semata-mata. Ia menuntut kekuatan rohani yang menjadi tonggak kemuliaan hidup. Kerohanian lah yang mengisi akal dan hikmah, membimbing jiwa dengan maruah seperti akar yang tidak kelihatan namun menentukan tegaknya seluruh pohon kehidupan. Hat ni saya setuju sungguh. Setuju 100%. Tak ada dah. Cumanya perlulah kita ambil berat betul dengan ucapan ni. Maknanya direalisasikan. Saya merujuk kepada Indeks Kebahagiaan Malaysia 2024. Antara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan bahawa agama dan kerohanian ini merupakan komponen penyumbang kebahagian yang tertinggi. Mengikut pada rekod, indeks tadi ni negeri yang pertama, Terengganu iaitu index score lah dalam Jabatan Perangkaan. Kita pun renung-renung, tak taulah. Saya renung-renung, tengok. Mungkin boleh jadi. Kenapa Terengganu? Yang pertama, kerana kita nampak budaya pemahaman untuk memahami tentang agama, memahami tentang ilmu ini cukup kuat. Kalau kita tengok di Marang yang sebagai contoh. Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Setiap kali hari Jumaat, kuliah Dhuha, beri pemahaman tentang agama, tentang moral, tentang akhlak supaya masyarakat di situ boleh jadikan agama sebagai pedoman untuk jalankan kehidupan mereka. Jadi, kita menyarankan di atas peruntukan besar RM130.8 juta. Makna kita setuju. Kalau nak tambah lagi pun, saya setuju kalau dalam bab agama ni. Janji yang pentingnya dapat dilakukan, diuruskan dan kita berjaya.
Yang Berhormat, cuma nak ingatkan tinggal seminit saja.
Dua. Dua point. Insha Allah.
Tadi saya sudah bagi dua minit. Sila masuk. Sila masuk.
Tronoh tadi kacau tiga kali.
Seminit saja.
Ok…ok jadi benda-benda ni, peruntukan yang besar ni untuk menegakkan syiar Islam dalam mengimarahkan masjid, dalam pemahaman tauhid, ilmu tauhid, ilmu fiqh, akhlak moral yang sekarang ni kita nampak cukup bermasalah lah. Bila moral ni tadi kan…bukan sahaja disebarkan atau beri kefahaman ni kepada orang Islam saja, bahkan kepada orang bukan Islam. Itu dia punya dalam kerajaan supaya kerana ini adalah nilai yang baik supaya semua masyarakat dalam Perak ni dapat berjalan seiring dan kita kalau ada kesempatan inilah saya ingin dapatkan data sedikit berapakah sepanjang ini. Seminit? Ok tambah seminit. Berapakah dalam sepanjang ini, data kemasukan orang masuk Islam dan berapakah yang mohon keluar Islam? Haa ini kita tahu ini mungkin sebagai kayu ukur kita tentang berjaya atau tidak berjaya.
Begitu juga fahaman-fahaman yang menyeleweng, yang bercanggah. Perlunya Jabatan Agama Islam ambil berat seperti aliran-aliran sesat juga fahaman-fahaman secular liberalisme, pluralisme ini semua kita kena bendung, kita kena jaga supaya ia tidak tersebar yang dia akan menjadi penyakit dalam masyarakat. Sebagai contoh dia kata satu naratif yang mengatakan ulamak politik ni dia buat satu. Ni ada ulama politik dia kelaskan, ini ada ulama tak politik sebagainya. Jadi bila buat ini sebenarnya satu fahaman cebisan daripada fahaman sekularisme. Nak memecahkan, memisahkan urusan dunia dan urusan akhirat. Kalau kita lihat baginda Nabi SAW, dialah ketua keluarga. Bagindalah ketua agama. Bagindalah ketua negara. Segalanya bagindalah ketua perang. Semua urusan tu dia duduk. Jadi beginilah.
Yang Berhormat, sila masuk, perenggan terakhir.
Inilah sepatutnya kita ambil contoh. Inilah sepatutnya. Maka sepatutnya kalau belakang zaman kita sekarang ni YB YB inilah yang naik di atas, yang mana orang Islam inilah naik di atas baca khutbah. Dialah yang akan berikan kuliah dan sebagainya, pendidikan agama terapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat di tempatnya. Akhirnya saya ucapkan terima kasih juga kepada kerajaan mendengar keluhan rakyat dan saranan kami daripada pembangkang untuk kenaikan elaun guru KAFA. Pada 2 Disember 2024 kita dah bangkitkan. Alhamdulillah terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Cuma saya satu lagi cadangan bila
Yang Berhormat saya sudah tambah 4 minit.
Ok sikit saja, nak tutup.
Sikit lagi.
Takde nak sebut menyokong. Landing landing.
Landing, sudah landing?
Landing.
Saya bagi 30 saat sila habiskan.
30 cukup cukup.
Saya tak akan tambah lagi.
Jadi saya sarankan atau saya cadangkan juga pihak kerajaan kalau boleh dinaikkan elaun JPKK kepada RM100 setiap bulan, apa salahnya kalau diberikan kenaikan atau pun elaun tambahan RM100 juga kepada imam dan juga bilal. Kerja deme ini lebih kuat daripada JPKK. Apa di kampung berlaku, Tok Imam. Lagi jadi saksi, nak baca doa selamat tak boleh lari. Jadi kalau dapat kerajaan nilai berikan tak payah bagi RM100 bagi RM300 kepada tok imam tok bilal. Tambah bilal. Bilal ni tak boleh lari dia setiap waktu kena ada. Tak boleh lari kampung sebagainya. Tok sidang boleh juga pergi jalan-jalan melawat. Itulah. Jadi saya rasa untuk akhirnya. Jadi dengan ini saya Kampung Gajah menyokong perbelanjaan.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kampung Gajah. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk memulakan perbahasan dipersilakan. 20 minit.
Bismillahirramanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada Allah Taala, Al-Quran Al-Karim. (Ayat Quran). “Hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam melakukan dosa, maksiat dan permusuhan.” Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SWT, ahli keluarga dan para sahabat Riadullah Ajmain. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang Adun Semanggol, Yang Berhormat seluruh kerajaan negeri, Yang Berhormat Adun-Adun, seluruh ketua-ketua pegawai jabatan kerajaan, rakan-rakan media dan seluruh para pemerhati sekalian. Seterusnya yang dikasihi rakyat negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada hari ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2026. Slim dengan hormat dan takzim merafak sembah dan tinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda pada tahun 2025. Dirgahayu Tuanku. Slim merakamkan simpati kepada mangsa banjir yang melanda seluruh negara dan khusus di Negeri Perak dan Dun Slim. Kita berdoa agar dipermudahkan urusan mereka semua.
Slim juga mengajak seluruh Dewan mendoakan adik-adik, anak-anak yang sedang menduduki peperiksaan SPM, yang akan menduduki STAM dan STPM pada tahun ini agar diberikan ketenangan dan kejayaan dalam peperiksaan walau pun ada di kalangan mereka yang diuji dengan banjir. Slim juga tidak lepas bersoladiriti terhadap bersama negara Palestin memberi sokongan terhadap Palestin dan Al-Qudus. Hingga saat ini justeru sentiasa kita mendoakan mereka daripada cengkaman rejim Zionis dan diberikan keamanan. Ayat Al-Quran yang dibacakan tadi yang menyatakan kepada kita untuk melakukan perkara kebajikan dan menjauhi perkara-perkara yang ke arah dosa dan permusuhan. Sebagai pemimpin di kawasan negeri dan negara perlu menyantuni dan membantu rakyat, sebagai kerja kebajikan yang dianjurkan oleh Ilahi tanpa mengira latar belakang ideologi, kaum, politik. Bukan semua perkara dipolitikkan, politik kepartian yang menyebabkan rakyat diabaikan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih memberi ruang kepada Slim untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan bajet 2026 Negeri Perak. Saya berdiri hari ini dengan semangat politik matang dan sejahtera menjunjung titah Tuanku dan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta kesejahteraan rakyat. Belanjawan 2026 Negeri Perak direncana bagi memastikan lima fokus utama Pelan Perak Sejahtera 2030 tercapai. Maka Kerajaan Negeri berbaki beberapa tahun lagi, mungkin 4 tahun sahaja lagi untuk merealisasikan pelan yang dituju.
Slim. Saya minta celah sikit saja.
Oh awal. Mukadimah.
Kena awal. Sebab tadi saya nak salurkan emosi melalui Hutan Melintang dia tak bagi, Slim mesti bagi. Ok emosi. Di pusat PPS Changkat Lobak saya jumpa seorang ibu muda berumur 22 tahun dalam pantang. 22 tahun setiap tahun dia pindah ke PPS. Adakah baby dia yang dalam pantang tu akan 22 tahun akan datang juga pindah ke PPS? Jadi itulah emosi dia. Nak Kerajaan Negeri tahu, tak mahu tambah lagi 22 tahun. Esok cucu pula kena pindah lagi setiap tahun. Terima kasih Slim. Itu emosi saya.
Terima kasih kepada Alor Pongsu. Sama-sama kita mengambil perhatian. Itu emosi yang disebutkan tadi. Yang pertama isu perumahan tidak terjual di Perak. Salah satu isu berulang yang perlu diberi perhatian serius dalam konteks bajet dan perancangan negeri ialah jumlah unit kediaman yang tidak terjual. Walaupun sektor hartanah merupakan pemacu ekonomi kita tidak boleh menafikan bahawa wujud sejumlah projek siap dibina khususnya kediaman bertingkat dan rumah teres di kawasan bandar dan pinggir bandar yang masih belum dimiliki pembeli. Fenomena overhanged atau rumah tidak terjual ini bukan sahaja berlaku di peringkat nasional tetapi turut memberi kesan nyata kepada Perak yang mencerminkan wujudnya ketidaksepadanan antara penawaran dan permintaan sebenar rakyat. Tak tengok jauh depan rumah saya pun ada terbengkalai. Menurut laporan NAPIC, jumlah unit kediaman siap tetapi tidak terjual di Perak bagi tahun 2024 ialah 2,844 unit berkurangan daripada 4,598 unit pada 2023. Ini nilai anggaran bagi unit-unit. Kira-kira RM855.3 juta. Pengagihan mengikut jenis kondo, apartment 1022 unit, rumah teres 1 tingkat 740 unit, rumah teres 2 tingkat 704 unit. Pengagihan mengikut daerah menunjukkan Manjung 1,194 unit dan Kinta 899 unit mencatat jumlah tertinggi.
Dalam konteks kebangsaan trend overhanged juga menunjukkan pengurangan unit kediaman siap tidak terjual di peringkat negara berkurangan sekitar 23 ribu sehingga 25 ribu unit pada tahun 2024. Anggaran keseluruhan mengikut pelaburan NAPIC Kerajaan Pusat ini menunjukkan pasaran bertindak balas tetapi isu berlegar di beberapa buah negeri daerah tertentu. Dari sudut kemampuan rakyat di negeri Perak, data rasmi DOSM menunjukkan purata atau kedudukan pendapatan isi rumah Perak adalah lebih rendah berbanding kebangsaan. Perak tersenarai lebih rendah di sekitar RM4,600.00 ke RM4,700.00 sebulan menunjukkan jurang antara harga rumah yang ditawarkan dan keupayaan isi rumah tempatan. Jadi kita lihat punca-punca, yang pertama ketidakpadanan harga dengan kemampuan rakyat. Sudah pasti sekitar RM250,000.00 hingga RM350,000.00 yang dianggap sederhana tapi masih sukar dicapai oleh B40 dan sebahagian besar M40. Kalau depan rumah saya tu RM418,000.00 rumahnya. Pinjaman sudah pasti mencecah hampir RM1 juta. Kedua, lokasi pembangunan yang kurang strategik. Ada projek yang dibina jauh daripada pusat pekerjaan, tidak mempunyai akses pengangkutan atau dipasarkan tanpa mengira kira pola, mobiliti dan gaya hidup penduduk setempat. Yang ketiga, reka bentuk dan kemudahan yang tidak memenuhi citarasa pembeli era baru. Ini yang dilihat oleh kita pada hari ini.
Seterusnya proses kelulusan dan perancangan yang kita lihat pada hari ini wujud projek yang lulus berdasarkan faktor penawaran semata-mata tanpa menilai menyeluruh terhadap keperluan sebenar demografi lokaliti. Maka kesannya adalah yang pertama pembangunan terbengkalai atau lambat disiapkan kerana kekurangan jualan menjejaskan aliran tunai pemaju. Yang kedua, nilai hartanah setempat merosot. Yang ketiga, kerajaan kehilangan hasil. Sudah pasti di sana ada premiumnya, cukai pintunya dan caj pembangunan. Yang seterusnya pembaziran guna tanah sedangkan negeri mempunyai keperluan sebenar untuk rumah mampu milik rakyat. Yang seterusnya…
Slim. Terima kasih kepada Slim. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya merujuk kepada perbahasan Slim dan saya menyemak sebentar tadi data penduduk DOSM, Jabatan Perangkaan berkaitan dengan isu bilangan penduduk dan juga bilangan pertumbuhan perumahan. Adakah Slim bersetuju, Manjoi melihat isu yang sebenar berlaku di Perak ialah kalau kita teliti data ini kita punya kadar pertumbuhan penduduk dengan perumahan ini tak seimbang. Maksudnya penduduk kita ini tidak sebanyak macam mana kadar pertumbuhan perumahan. Kalau di data ini, bilangan penduduk di Perak 2.6 juta. Kadar pertumbuhan tahunan 0.2%. Bilangan isi rumah 730 ribu. Bilangan tempat kediaman 889,900. Maksudnya isu yang berlaku di Perak ini ialah kadar pertumbuhan tidak seimbang. Kadar pertumbuhan penduduk itu lebih rendah daripada kadar pertumbuhan perumahan. Rumah terlalu banyak dibina, perumahan banyak dibuat. Kerajaan Negeri membenarkan pemaju-pemaju buat perumahan banyak tetapi penduduk kita tak seramai itu dan Perak ialah negeri yang ke arah negeri disebut oleh banyak apa ini, Yang Berhormat tadi negeri yang ke arah penuaan.
Jadi sekarang ini isu ini macam mana kita nak selesaikan? Kalau kita compare sikit lagi YB Slim nak compare dengan Selangor negeri jiran kita Selangor ini dia seimbang. Dia punya kadar pertumbuhan 0.6%. Jadi, seimbang. Kalau tengok bilangan isi rumah Selangor 2,134,800 dan bilangan tempat kediamannya 2,424,000. Tapi Perak ini dia punya jurang dia sangat jauh. Itulah isu yang sedang berlaku di negeri kita dan kerajaan negeri perlu melihat ini sebagai satu masalah yang besar yang sedang berlaku di negeri kita. Adakah Slim bersetuju?
Ya terima kasih Manjoi. Saya setuju dan boleh masukkan dalam ucapan dan mungkin boleh lihat kepada yang kita sebutkan tadi berkaitan dengan lokasi pembangunan yang kurang strategik. Yang seterusnya, cadangan yang saya lihat yang pertama mengukuhkan pendekatan Kerajaan Negeri perlu wujudkan dashboard untuk perumahan Perak yang menggabungkan data permintaan mengikut mukim, pendapatan umur serta trend migrasi supaya kelulusan projek benar-benar berasaskan keperluan rakyat. Yang kedua menyemak semula definisi rumah mampu milik berdasarkan relatif negeri Perak. Harga siling yang lebih praktikal perlu ditetapkan mengikut daerah. Bukan satu angka seragam untuk seluruh-seluruh negeri dan seterusnya memperkenalkan inisiatif penyusunan semula projek bagi tujuan yang benar-benar tidak terjual, kerajaan boleh bekerjasama dengan pemaju untuk menjadikan rumah tersebut merupakan perumahan sewa milik atau pun menukar kepada kuarters pekerja memanfaatkan sebagai rumah transit beliau. Sebagai pandangan cadangan kita.
Yang seterusnya menggalakkan pembangunan berorientasi pengangkutan awam dan ekonomi. Projek yang dekat dengan pusat pekerjaan, IPT, hospital dan hub industri harus diberi keutamaan kelulusan. Yang kelima menetapkan standard minimum moden bagi rumah baharu. Hari ini kalau tengok infrastruktur digital seperti fiber optik yang mungkin dia menarik pembeli. Kemudian reka bentuk fleksibel, ruang kerja di rumah, kemudahan hijau dan sebagainya.
Seterusnya, cadangan kita mempercepatkan proses kelulusan dengan sistem digital seragam dengan penyelarasan bersama PBT, One Stop Centre, LPHP supaya pemaju dapat menjangkakan tempoh konsisten dan telus. Seterusnya memperluaskan skim bantuan deposit untuk pembeli rumah yang pertama. Hari ini inilah realiti yang berlaku. Jadi kita sebagai kerajaan membuka ruang untuk pembeli-pembeli ini mempermudahkan urusan mereka dan sekaligus ia menjadi income kemasukan kepada kerajaan negeri.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan tadbir urus projek berkepentingan negeri. Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada Projek Automotive High-Tech (AHTV) di Tanjong Malim. Satu inisiatif besar dan telah sedang diusahakan untuk memacu industri automotif berteknologi tinggi di negeri kita. Pelaburan projek AHTV pada awalnya dijangka menarik pelaburan berjumlah RM32 bilion dalam tempoh 10 tahun. Namun susulan keputusan syarikat terutama industri automotif termasuk Proton dan pelaburan antarabangsa untuk memindahkan operasi ke Tanjung Malim, nilai pelaburan projek telah dinaikkan kepada RM40 bilion. Kerja pembinaan loji EV kereta elektrik oleh Proton sebagai sebahagian dari ekosistem AHTV telah dilancarkan di awal 2025 menandakan pelaksanaan komitmen pelaburan tersebut.
Oleh itu AHTV bukan sekadar janji, ia menjadi komitmen pelaburan besar yang telah dilepaskan dan ramai rakyat Perak telah menaruh harapan untuk manfaat jangka masa panjang. AHTV dijangka menjadi hub perbuatan dan R&D untuk termasuk kenderaan elektrik dan automotif pintar menjadikan Malaysia Perak sebagai peneraju di rantau ini dan projek ini turut menjadi pembangunan perumahan dan infrastruktur sokongan. Contohnya, projek bandar bersepadu di sekitar AHTV oleh sektor swasta termasuk inisiatif pembinaan perumahan dan kemudahan hidup sejajar dengan pelaburan industri. Seterusnya cabaran yang kita akan hadapi adalah keperluan kepastian, pelaksanaan dan perolehan industri. Nilai pelaburan yang sangat tinggi RM40 bilion tetapi untuk memastikan vendor-vendor rangkaian, rantaian pembekal dan pelaburan sokongan berkembang secara holistik perlu dipastikan agar ekosistem automotif baru tidak hanya tertumpu pada loji besar sahaja. Terlalu bergantung pada beberapa syarikat besar akan menimbulkan risiko. Kita perlu pastikan vendor kecil sederhana berpeluang dan melibatkan industri tempatan disokong. Persediaan modal insan kalau dilihat pelaburan besar bermaksud peluang pekerjaan.
Hari ini jika tidak rakyat ditempatkan dan dilengkapkan dengan kemahiran elektronik, automasi, EV, R&D, kita risau ramai peluang banyak peluang diberikan kepada pekerja-pekerja luar dan ini adalah realiti yang berlaku sebenarnya. Kita perlu pelan jangka masa panjang untuk TVET latihan semula. Kita bimbang akan beralasan bahawa tenaga buruhnya daripada luar kerana kita tidak ada kepakaran tentang perkara-perkara ini. Maka program vokasional, teknikal dan generasi muda, Perak perlu rebut peluang ini. Maka seterusnya impak infrastruktur dalam sosio ekonomi setempat. Hari ini dah berlaku, sekolahnya penuh, akses jalannya tidak ada. Jadi perlu kepada penelitian semula. Kalau dilihat perkara ini, impak ini, hari ini telah berlaku sebenarnya. Sebab kilang Proton di Shah Alam sepenuhnya telah berpindah ke Tanjong Malim. Maka di sana kepadatan penduduk, sekolah-sekolah penuh memerlukan kepada infrastruktur yang terancang dan lebih cepat untuk mengatasi masalah ini. Seterusnya dengan pelaburan besar RM40 billion ini adalah wajar Kerajaan Negeri mewujudkan mekanisme pemantauan. Pastikan setiap pelaburan, penerokaan vendor, impak kerja perumahan dan pembangunan sosial dilaporkan secara berkala di Dewan Rakyat.
Seterusnya, satu jawatankuasa perlu di peringkat kita, negeri untuk kerajaan negeri, pelabur, komuniti tempatan, majikan dan pekerja untuk memantau pelaksanaan pelaburan dari aspek vendor perumahan, alam sekitar, pekerjaan dan hak pekerja. Ini boleh menjamin ketelusan dan membawa suara rakyat tempatan dalam pelaksanaan. Kalau lihat tadi, kita sebutkan tadi, tenaga kerja ini perlu diambil. Kita perlu engagement dengan universiti-universiti tempatan kita agar pekerja-pekerja tempatan itu bukan sekadar duduk di bahagian-bahagian, orang kata di kilang di peringkat bawah, mungkin di peringkat yang lebih atas. Penyediaan kemudahan sosial, infrastruktur asas pengangkutan, pusat kesihatan, kemudahan rekreasi, selaras dengan penambahan penduduk dan pekerja agar masyarakat berkembang secara seimbang.
Seterusnya Timbalan, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, AHTV bukan angka yang ringan. Ia adalah komitmen besar dan peluang besar untuk negeri Perak khusus kawasan yang berdekatan Slim, Tanjong Malim, Batang Padang. Namun, pelaburan tanpa perancangan holistik, tanpa persediaan modal insan, tanpa perumahan mampan dan tanpa ketelusan boleh menimbulkan impak jangka masa panjang yang negatif. Dengan semangat politik matang dan sejahtera, saya menyeru supaya Dewan mengambil pendekatan berfakta, berstruktur dan berpihak kepada rakyat dalam membahaskan Bajet 2026. Jadikan AHTV sebagai pemangkin kemajuan tetapi juga pelindung hak rakyat sebagai peluang ekonomi tetapi juga penyumbang kesejahteraan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Slim menyentuh berkaitan dengan setempat juga, berkaitan kalau kita lihat merujuk kepada fokus yang telah dibentangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu aspek kesejahteraan, negeri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 juta untuk Program Kotak Makanan dan kenaikan RM1 juta pada tahun...
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Cepatnya, ok sikit lagi. Saya sebut secara umum berkaitan dengan kotak makanan. Ya, kita di peringkat pihak pembangkang...
Masuk perenggan terakhir. sila.
Tidak dapat. Dah hampir rasa 2 tahun kita tak dapat kotak makanan. Namun kita ada sedikit, kita tak minta tapi kita ingin ingatkan kerajaan bahawa kotak tersebut nyatakan NGO mana yang dapat. Yang kedua pastikan mereka yang dapat kotak makanan itu bukan dikalangan kroni kita. Itu yang berlaku pada hari ini dan agihan tersebut jangan sampai barang tersebut sehingga rosak, tak sampai kepada rakyat. Itu ingatan daripada kita. Yang kedua kita nak, saya nak menyebut berkaitan dengan Kad Perak Sejahtera. Program yang kita umumkan, yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM5 juta menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan RM24.5 juta. Slim sangat bersetuju dan sangat, kita menyokong. Cuma dua perkara yang pertama mengenai kelewatan kelulusan permohonan dan yang kedua berkaitan dengan proses yang perlu dipercepatkan dan seterusnya, sikit lagi?
Belanjawan Kerajaan Negeri yang memperuntukkan RM2 juta kepada AADK Agensi Antidadah Kebangsaan. Kalau nak lihat, agensi ini sangat berperanan untuk membentuk, menjaga, programkan mereka yang terlibat dengan dadah dan saya nak nyatakan di sini mohon untuk buka peluang untuk kami yang pemimpin setempat untuk bersama dengan mereka. Sebelum ini, saya bersama dengan kumpulan AADK bulanan, boleh dekati mereka, beri sentuhan kepada mereka, beri nasihat kepada mereka, tetapi bila mana kita tidak boleh dilibatkan, maka kita rasa jauh dengan mereka. Bukan apa, orang tempatan, dia tengok kita dia kenal kita. Jadi di sanalah kita nak buat sentuhan hati ke hati dengan mereka. Kita harap sangat AADK membuka ruang untuk kami mendekati mereka.
Yang seterusnya Slim menekankan isu kelestarian alam. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM11.3 juta bagi penyelenggaraan sungai di seluruh negeri. Hari ini berlaku banjir kita bersama rakyat. Kita tahu kesusahan rakyat dipindahkan. Kita tahu kebimbangan kita. Rakyat hari ini, banjir hari ini kalau tengok, Pantai Remis teruklah, kakak saya duduk sana. Di Slim itu memang teruk. Bomba terpaksa gunakan bot untuk keluarkan mereka dan kita kena bersama dengan mereka kesusahan mereka. Namun di sana, Slim mohon untuk kita, kerajaan perhalusi. Bila mana berlaku banjir, bantuan untuk mereka perlu dipercepatkan. Kadang-kadang dia mengambil masa, perlu laporan polis, perlu dan sebagainya, dia lambat sikit. Kita harapkan dipercepatkan dan nilai kerugian perlu dilihat daripada bawah. Kadang-kadang rumah dia masuk dapur je, tapi nilainya sama dengan orang yang kedalaman orang kata banjir itu lebih nak paras bumbung dah ataupun separuh. Tapi nilai untuk clean ataupun bantuan dia sama. Jadi saya rasa perlu diperhalusi, perlu dilihat sehingga di bawah.
Dan seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, dari sudut bantuan kesejahteraan rakyat tadi, RM1.2 juta untuk Jualan Sejahtera Rakyat, Jualan Rahmah RM0.4 juta, kita di peringkat embangkang bersetuju. Namun baru-baru ini kita, Exco tahun yang lepas saya rasa, Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baharu Cina, YB sebut..
Yang Berhormat tinggal 7 saat.
Ok, kapal terbang lambat sikit. Memang kita, tempat kita bagi dua lokasi. Respon tak ada, hantar pun tidak. Tapi bukan saya nak sebut highlightkan benda itu. Cuma saya nak sebut dari sudut ekonomi perdagangan yang kita belajarnya, bila mana adanya satu tempat yang murah. Sudah pasti tempat lain tidak akan memberi kesan kepada peruncit kita. Hari ini peruncit yang mengadu kepada kita. Kami punya kalau buka promosi, bukan seminggu, kadang-kadang berminggu-minggu buka promosi. Di Felda masuk Segi Fresh, berminggu-minggu buat promosi. Jadi peruncit, habis. Begitu juga dengan kita punya jualan rahmah kita, memanglah kita buka, mungkin saya rasa tidak bersasar sebab bila mana saya tengok jualan tersebut iklan orang tak tahu, buat pula di satu tempat lokasi yang rakyat jauh, mungkin. Jadi di sana, kita bimbang jualan itu sasarannya tak mengena.
Yang Berhormat masa sudah tamat.
Dan yang terakhir, baru nak tutup. Dato' Timbalan Yang di-Pertua,
Slim
Sebagai penutup, saya ingin menegaskan
Slim, Tronoh nak bantu sikit boleh?
Setiap peruntukan yang kita luluskan bukan hanya soal angka tetapi soal amanah agar amanah ini membawa keberkatan dan mesti dilaksanakan dengan adil, telus dan sampai kepada rakyat tanpa mengira kawasan. Insha Allah, apabila keadilan ditegakkan dan hak rakyat dipelihara, barulah segala usaha kerajaan ini diberkati dan membawa kesejahteraan sebenar kepada negeri Perak. Terima kasih kepada seluruh agensi yang komited dalam gerak kerja untuk membantu rakyat dan terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Slim turut menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Slim. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk memulakan perbahasan dipersilakan. 20 minit.
Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan daripada blok kerajaan dan juga blok pembangkang, ketua-ketua jabatan dan kakitangan kerajaan serta rakan-rakan yang berada di dalam dan di luar Dewan. Sekali lagi dengan syukurnya saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan 2026 negeri Perak yang saya kira ialah sebuah belanjawan yang sangat berhemat dan membuktikan bahawa Kerajaan Negeri pada hari ini mempunyai kemampuan dari sudut kewangan untuk memberikan khidmat dan perkhidmatan kita sampai terus kepada rakyat dan masyarakat. Belanjawan 2026 ini bukan sekadar dokumen kewangan tetapi ia merupakan cerminan keupayaan Kerajaan Negeri dalam mentadbir secara stabil, bertanggungjawab dan berwawasan. Kita hidup pada zaman yang penuh dengan ketidaktentuan ekonomi global daripada perubahan geopolitik, cabaran rantaian bekalan, kadar inflasi sehingga kepada transformasi teknologi yang begitu pesat.
Namun, meskipun berdepan dengan cabaran ini, Kerajaan Negeri Perak tetap berjaya mengekalkan penyampaian perkhidmatan awam secara konsisten meneruskan pembangunan fiskal mengukuhkan hasil negeri dan pada masa yang sama memastikan kebajikan rakyat tidak diabaikan. Ini bukan perkara kecil. Ini bukti kepimpinan yang cekap dan berpandangan jauh. Dalam suasana ketidaktentuan nasional dan global, Perak berdiri sebagai negeri yang stabil, matang dan terurus dengan baik. Belanjawan tahun ini menonjolkan tiga kekuatan utama Kerajaan Negeri iaitu pengurusan fiskal berhemah, komitmen kepada pembangunan jangka panjang dan keberanian untuk membuat keputusan strategik demi manfaat rakyat Perak. Pendekatan Kerajaan Negeri yang tidak tergantung kepada langkah populis tetapi sebaliknya memilih dasar yang benar-benar memberikan impak jangka panjang adalah sesuatu yang amat saya hargai. Rakyat bukan meminta janji manis. Rakyat mahukan tindakan yang berkesan dan belanjawan ini memenuhi kehendak tersebut. Keteguhan ekonomi negeri Perak jelas terserlah melalui prestasi KDNK yang membanggakan.
Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan keberkesanan dasar ekonomi Kerajaan Negeri tetapi juga menunjukkan keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap potensi Perak. Walaupun dunia berdepan tekanan inflasi, risiko kemelesetan dan ketidaktentuan ekonomi global. Daripada mencatat defisit RM78 juta pada tahun 2020 dan RM6.59 juta pada tahun 2021, negeri Perak kini berjaya mencatat lebihan ataupun surplus secara berturut turut selama tiga tahun. Pencapaian ini jelas mengesahkan bahawa disiplin tadbir urus, pengurusan kewangan yang cekap serta kecekapan pentadbiran merupakan kekuatan sebenar Perak dalam menghadapi pelbagai cabaran ekonomi. Setakat 24 November tahun 2025, Kerajaan Negeri juga telah berjaya merekodkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan sebanyak RM1.24 bilion, sekaligus membuktikan bahawa negeri kita semakin gagal dalam membina kekuatan ekonomi masa depan. Kejayaan ini mencerminkan pengurusan fizikal yang mantap, disiplin kewangan yang tinggi dan perancangan strategik yang teliti sekali gus menyediakan asas kukuh untuk pelaburan strategik, pembangunan infrastruktur serta pelaksanaan Program Kesejahteraan Rakyat secara berterusan memastikan limpahan manfaat ekonomi dirasai oleh seluruh masyarakat. Laporan terkini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia iaitu MIDA pula menunjukkan jumlah pelaburan negeri telah meningkat kepada RM11.77 bilion sehingga September lalu melibatkan 303 projek strategik yang dijangka membuka sebanyak 9,127 peluang pekerjaan.
Ini membuktikan bahawa Perak bukan sahaja berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi, malah limpahan manfaat pembangunan terus dirasai oleh rakyat melalui peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan kesejahteraan yang lebih mampan. Momentum ini jelas menempatkan Perak pada pertumbuhan yang stabil, berdaya saing dan mampu memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkukuh dari masa ke semasa.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengulas secara lebih mendalam tentang beberapa aspek utama dalam Belanjawan 2026 yang saya percaya mencerminkan kejayaan sebenar pentadbiran kerajaan negeri kita. Pertama ialah pengurusan kewangan negeri yang semakin matang dan telus. Kita melihat bagaimana Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan hasil negeri melalui kaedah yang inovatif seperti pendigitalan sistem kutipan hasil penstrukturan semula proses permohonan tanah dan meningkatkan penstrukturan akan meningkatkan kecekapan agensi-agensi dalam negeri. Langkah ini bukan sahaja bijak tetapi juga selaras dengan prinsip kerajaan yang peduli rakyat. Selain itu, Kerajaan Negeri berjaya mengawal perbelanjaan dengan baik memastikan setiap projek pembangunan mempunyai nilai pulangan yang tinggi dan bukannya pembaziran. Pelaksanaan amalan perolehan yang lebih ketat. Pemantauan projek yang lebih berkesan dan tumpuan kepada projek berimpak tinggi adalah bukti kerajaan benar-benar menitikberatkan integriti serta ketelusan. Saya percaya rakyat Perak menghargai usaha ini kerana ia memperkukuhkan keyakinan mereka terhadap kerajaan negeri.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri turut memastikan peluang ekonomi ini turut dinikmati oleh rakyat tempatan melalui pelbagai program, peningkatan kemahiran, kursus kursus latihan industri dan juga kerjasama dengan pemain industri. Ini membuktikan Kerajaan Negeri bukan sekadar mengejar angka pelaburan tetapi memastikan hasil pelaburan ini mengalir kembali kepada rakyat Perak dalam bentuk peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan juga pembangunan ekonomi setempat. Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada satu aspek yang sangat dekat di hati rakyat Iaitu kebajikan dan kesejahteraan komuniti. Belanjawan 2026 memperuntukkan pelbagai inisiatif bagi membantu keluarga keluarga B40, warga emas, ibu tunggal, orang-orang kurang upaya dan golongan rentan. Bantuan tunai bersasar, program makanan sihat, subsidi pendidikan awal, baucar keperluan asas, bantuan perubatan serta sokongan dialisis jelas menunjukkan Kerajaan Negeri tidak pernah melupakan kelompok yang paling memerlukan.
Sejajar dengan pengumuman Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Negeri Perak telah menyahut kempen kebangsaan ini dengan proaktif melalui peruntukan berjumlah RM18.67 juta bagi pelaksanaan pelbagai program dan program dan projek pembangunan pelancongan serta kebudayaan. Inisiatif ini amat strategik kerana Tahun Melawat Malaysia 2026 memberi peluang unik kepada negara kita khususnya negeri Perak untuk mempromosikan kepelbagaian budaya, keunikan produk pelancongan dan destinasi istimewa negeri kepada pelancong tempatan dan juga antarabangsa.
Langkah ini dijangka bukan sahaja meningkatkan jumlah pelancong dan juga hasil ekonomi tetapi juga memperkukuhkan sektor perkhidmatan, penciptaan peluang pekerjaan serta pembangunan komuniti secara secara menyeluruh. Selain itu, usaha ini membolehkan Perak menonjolkan identiti negeri sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif dan lestari sambil menarik pelaburan dalam industri kreatif dan pelancongan dengan menyahut Tahun Melawat Malaysia 2026. Perak dapat mengukuhkan kedudukannya dalam peta pelancongan negara, memastikan limpahan manfaat ekonomi, sosial dan budaya dirasai oleh rakyat secara langsung.
Timbalan Yang di-Pertua, peruntukan bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional iaitu TVET turut ditingkatkan kepada RM7 juta iaitu peningkatan sebanyak RM 0.5 juta berbanding dengan tahun 2025. Langkah ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuhkan kemahiran generasi muda, mempersiapkan mereka menghadapi cabaran ekonomi masa depan serta memastikan peluang pekerjaan berkualiti dapat dinikmati oleh rakyat. Peningkatan peruntukan ini juga memperkuatkan agenda Pembangunan Modal Insan Perak selaras dengan usaha memacu negeri sebagai pusat berdaya saing dalam sektor pendidikan, keusahawanan, teknologi dan inovasi, sekali gus mewujudkan asas kukuh bagi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Tambahan dengan itu, Kerajaan Negeri juga menyedari peranan penting PASAK dalam membangunkan modal insan serta melaksanakan agenda Perak Koridor TVET dengan izin secara menyeluruh. Kerajaan Negeri telah menambah peruntukan sebanyak RM0.4 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM4.4 juta untuk operasi dan pelaksanaan program PASAK. Langkah ini sejajar dengan peningkatan peruntukan RM7 juta bagi pendidikan TVET pada tahun ini menunjukkan Kerajaan Negeri memberi komitmen dalam memperkukuhkan memperkukuhkan kemahiran generasi muda. Program ini bertujuan memastikan belia Perak bersedia menghadapi cabaran, pasaran, pekerjaan moden, meningkatkan daya saing negeri serta menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat yang mampan.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang transformasi digital, Kerajaan Negeri digital. Digitalisasi bukan lagi pilihan tetapi ia juga menjadi satu keperluan asas. Kerajaan Negeri telah mula melaksanakan sistem permohonan digital kaunter bayaran tanpa tunai. Rekod tanah digital dan juga pengurusan data yang lebih efisien. Ini memudahkan rakyat menjimatkan masa dan mengurangkan kebergantungan kepada proses manual. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada HRD Corporation di bawah Kementerian Sumber Manusia kerana telah menawarkan banyak kursus bantuan digital untuk membantu golongan warga emas yang kurang mahir menggunakan teknologi. Ini akan memudahkan mereka berurusan dengan kerajaan tanpa rasa terpinggir. Belanjawan ini juga sejajar dengan visi jangka panjang negeri dan memacu agenda pelan Perak Sejahtera Tahun 2030. Pelan ini menyediakan hala tuju jelas berdasarkan ekonomi hijau, industri berteknologi tinggi, pemuliharaan alam sekitar, pembangunan tenaga boleh baharu dan pengukuhan modal insan. Ia bukan sekadar pelan atas kertas, tetapi road map dengan izin yang memberi kepastian kepada pelabur ke susunan kerja kepada agensi kerajaan dan keyakinan kepada rakyat. Apabila kerajaan negeri mempunyai visi yang jelas dan berpandangan jauh. Maka setiap tindakan pembangunan menjadi lebih teratur dan berkesan.
Timbalan Yang di-Pertua, pekan Menglembu 9 km. Jarak sampai ke bandar raya Ipoh sebuah pusat perniagaan dan perdagangan yang pesat membangun kini menghadapi isu kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak pagi dan petang. Faktor utama yang menyumbang kepada keadaan ini melibatkan Menglembu termasuk kepada kepadatan kenderaan persendirian, parking yang parkir di tepi jalan yang menyempitkan lorong serta penyeberangan pejalan kaki yang tidak teratur. Bagi bagi menangani isu ini, beberapa langkah atau cadangan boleh diambil antaranya. Susun semula laluan alternatif atau lorong satu hala untuk mengurangkan kepadatan trafik. Pengurusan parking berstruktur seperti lot parkir bertingkat serta pemasangan lampu isyarat dan zebra cross dengan izin di persimpangan utama untuk keselamatan pejalan kaki. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang trafik. Kempen kesedaran penggunaan pengangkutan awam dan juga carpooling dengan izin serta penggunaan teknologi mobiliti pintar bagi memantau aliran trafik secara dinamik dapat memastikan kelancaran pergerakan kenderaan. Dengan pelaksanaan cadangan langkah-langkah ini, Pekan Menglembu bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan tetapi juga meningkatkan keselamatan, keselesaan dan juga daya tarikan kawasan kepada penduduk dan juga pelancong.
Saya berharap Kerajaan Negeri akan mengkaji serta meneliti langkah yang dicadangkan ataupun sebarang kemungkinan yang boleh yang boleh menyelesaikan masalah ini di pekan Menglembu. Daripada di Menglembu, ada keluarga keluarga yang saya temui menyatakan rasa lega dan syukur kepada Tuhan kerana mereka merasai sendiri bantuan yang disalurkan oleh kerajaan. Daripada bantuan persekolahan, program-program…program saringan kesihatan, pembaikan rumah bantuan kewangan hinggalah bantuan kebajikan bulanan, semuanya benar-benar membantu mereka menjalani hidup dengan lebih baik. Saya ingin menegaskan bahawa dasar sebegini tidak mungkin dapat diteruskan tanpa komitmen kerajaan negeri yang memahami realiti masyarakat dan mengutamakan kebajikan rakyat terikat daripada kepentingan politik.
Timbalan Yang di-Pertua, kawasan Menglembu adalah kawasan bandar matang yang telah lama dibangunkan, namun infrastrukturnya memerlukan perhatian khusus. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa syukur dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan yang signifikan untuk menaik taraf infrastruktur serta pembangunan di kawasan ini. Dalam masa dua tiga tahun ini, kita dapat melihat begitu banyak perubahan yang telah dilaksanakan. Jalan raya ditar semula, longkang dinaik taraf lampu LCD serta lampu solar dipasang. Taman rekreasi sedia ada ataupun tanah terbiar milik kerajaan negeri dibangunkan semula menjadi Taman Rekreasi Madani dan juga beberapa kawasan yang dahulunya gelap kini menjadi lebih terang dan selamat.
Rakyat Menglembu menghargai usaha ini kerana mereka dapat lihat secara sendiri perubahan secara nyata di hadapan mata mereka. Peniaga kecil di Menglembu turut menikmati manfaat daripada pelbagai program kerajaan negeri. Geran permulaan bantuan menaik taraf premis latihan pemasaran digital serta sokongan kepada penjaja dan peniaga kecil telah memberi kehidupan baharu kepada sektor ekonomi kecil di kawasan kami. Banyak penjaja yang sebelum ini bergantung kepada kaedah tradisional kini berjaya menggunakan platform digital untuk memperluaskan pelanggan mereka. Ini bukan sekadar pembangunan ekonomi tetapi merupakan bukti kerajaan negeri membantu rakyat menyesuaikan diri dengan ekonomi moden.
Dalam konteks pembangunan anak muda, saya amat menyokong langkah Kerajaan Negeri memperluaskan program pembangunan bakat digital, kursus keusahawanan, program e-sukan, bengkel kemahiran dan juga sokongan kepada belia yang ingin memulakan perniagaan. Anak muda Menglembu telah menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang seperti reka bentuk digital, videography, pemasaran media sosial dan juga dan sebagainya. Saya menyarankan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan pembukaan lebih banyak kelas latihan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia iaitu PEDi di Menglembu supaya anak muda kami dapat mempunyai bukan sahaja ruang latihan yang lebih lengkap dan mudah diakses tetapi juga pilihan kelas latihan yang banyak dan sesuai mengikut minat masing-masing. Isu kecurian kabel Telekom Malaysia telah menjadi satu masalah yang semakin membimbangkan masyarakat kita sejak berlakunya lebih kurang dua tahun yang lalu. Kecurian ini bukan sahaja mengganggu perkhidmatan telekomunikasi yang penting tetapi juga memberi kesan besar kepada kehidupan seharian khususnya warga kawasan Menglembu. Statistik terkini menunjukkan peningkatan dalam insiden kecurian kabel yang yang memberikan impak yang ketara terutamanya kepada pelajar dan pekerja yang bergantung kepada internet untuk pembelajaran dan kerja mereka. Apabila kecurian ini berlaku dan perkhidmatan atas talian tergendala. Dalam usaha menangani isu ini, pihak berkuasa yang terlibat khususnya pihak polis memang telah mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan keamanan serta keselamatan di kawasan kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi dan memang ada tangkapan-tangkapan yang berhasil dan berjaya.
Namun, apa yang saya nampak adalah semakin rajin, pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, Semakin banyak kes kecurian berlaku dari masa ke semasa. Kecurian pada hari ini bukan sahaja berlaku pada waktu tengah malam tetapi pada hari ini, tetapi juga pada waktu siang pencuri mencuri kabel secara terang-terang dan saya dimaklumkan bukan sahaja kabel TM dijadikan sasaran tetapi sekarang, sampai giliran kabel TNB juga dicuri. Perkara ini bukannya hanya berlaku di dalam negeri Perak tetapi negeri lain seperti Selangor juga berlaku dengan serius. Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terlibat ini perlu disokong oleh masyarakat. Kesedaran tentang kesan kecurian kabel harus dipertingkatkan dan orang ramai digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang mereka saksikan. Bagi mengawal atau pun mengurangkan masalah ini, cadangan seperti penggunaan teknologi pengesanan kabel dan peningkatan pemantauan di kawasan kritikal boleh dipertimbangkan. Tindakan kolektif serta proaktif dari semua pihak amat penting untuk memastikan bahawa perkhidmatan telekomunikasi dapat dinikmati secara berterusan dan tidak terputus akibat tindakan jenayah ini. Kesedaran dan kerjasama antara pihak berkuasa dan masyarakat adalah kunci untuk menangani isu kecurian kabel. Selain daripada itu, pihak berkuasa juga harus menjalankan pemeriksaan secara spot check dengan izin. Secara spot check terhadap kilang-kilang…
Yang Berhormat, masa sudah tamat, ada banyak lagi.
Satu minit lagi.
ok, sila
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, pihak berkuasa juga harus menjalankan pemeriksaan secara spot check dengan izin terhadap kilang-kilang ataupun individu-individu yang membeli kabel yang dicuri ini. Saya percaya dengan cara ini barulah rantaian curi jual beli ini dapat diputuskan selama lamanya. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin menyentuh sedikit mengenai kestabilan kestabilan politik negeri, Timbalan Yang di-
Pertua, jika kita melihat negeri-negeri atau negara lain yang bergolak dengan perebutan kuasa, kita akan menyedari betapa berharganya kestabilan politik yang kita miliki hari ini. Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin dengan semangat perpaduan, kerjasama antara parti komponen dan kematangan politik telah membolehkan negeri bergerak ke hadapan dengan lancar. Rakyat menikmati dasar yang konsisten. Pembangunan tidak tergendala dan ekonomi dapat berkembang dengan baik. Inilah kekuatan sebenar Negeri Perak pada hari ini.
Sebagai penutup, saya ingin menyatakan dengan yakin bahawa Belanjawan Negeri Perak 2026 adalah belanjawan yang tepat pada masanya, tepat pada keperluannya dan tepat pada harapan rakyat. Ini membuktikan Kerajaan Negeri kita adalah kerajaan yang stabil, bertanggungjawab, berorientasikan rakyat dan berwawasan jauh ke hadapan. Dengan segala pencapaian yang telah dibuktikan saya selaku Adun Menglembu menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada belanjawan ini demi kesejahteraan rakyat. Kemajuan negeri dan masa depan yang lebih cerah buat seluruh Perak dengan penuh keyakinan saya menyokong sepenuhnya Belanjawan Negeri Perak tahun 2026. Sekian, terima kasih.
TMBALAN YANG DI-PERTUA Terima kasih kepada Yang Berhormat Menglembu. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum WBT (bacaan ayat al-quran) maksudnya: Sesungguhnya aku jadikan kematian dan kehidupan itu sebagai satu ujian untuk melihat siapakah di kalangan kamu orang-orang yang paling baik amalnya. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Kerajaan Pusat ataupun Negeri, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih di atas peluang untuk diberi ruang membahas pada hari ini. Melihat kepada fokus yang keempat iaitu Belanjawan 2026. Sebanyak RM75.98 juta diperuntukkan untuk kelestarian alam sekitar. Banyak program difokus untuk kelestarian alam sekitar tetapi dalam masa yang sama Kenering melihat beberapa isu yang mesti diambil perhatian serius yang berlaku di negeri kita ini.
Keyakinan rakyat terhadap tata urus sumber semula jadi negeri iaitu isu perlombongan REE dan bijih timah yang baru-baru ini menarik perhatian ramai selepas tindakan penggantungan operasi di beberapa tapak perlombongan. Berdasarkan siasatan dan notis yang dikeluarkan, pihak berkuasa telah menggantungkan operasi tiga identiti yang terlibat. Tindakan ini diambil susulan pemeriksaan dan pengambilan sampel air oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) setelah aduan tentang pencemaran di beberapa sungai wujud. Lebih membimbangkan lagi, salah satu identiti yang terlibat mempunyai kaitan dengan badan berkaitan kerajaan PPPNP dalam usaha sama dengan MCRE yang menimbulkan persoalan integriti dan kawalan dalaman. Rakyat berhak mendapat penjelasan tentang bagaimana identiti yang melibatkan kepentingan negeri dapat terlibat dalam kejadian ini tanpa tindakan percanggahan berkesan di peringkat awal. Saya menggesa Kerajaan Negeri untuk menjawab beberapa soalan asas yang menjadi kebimbangan rakyat. Pertama apakah tindakan susulan terhadap pengurusan entiti yang tergantung? Kedua apakah syarat pemulihan yang dikenakan sebelum sebarang kelulusan operasi semula? Ketiga adakah audit bebas serta pemantauan masa nyata akan diwajibkan untuk semua loji rawatan dan aktiviti perlombongan yang sensitif.
Dalam hal ini juga, terdapat laporan dan kebimbingan komuniti seperti NGO tentang bacaan yang menunjukkan tahap radiasi yang melebihi had biasa di beberapa lokasi pembuangan sisa. Sehubungan itu, kerajaan mesti Kerajaan Negeri mesti memastikan keputusan makmal dan laporan lengkap disahkan serta didedahkan kepada umum. Seterusnya, saya beralih kepada isu industri kuari yang sudah lama mengakibatkan penderitaan kepada banyak komuniti dinegeri kita. Perak mempunyai aktiviti kuari yang luas, namun apa ertinya sumber ekonomi negeri jika ia membawa kepada pencemaran air, pencemaran udara, hakisan dan gangguan kepada kehidupan harian penduduk. Di beberapa kawasan seperti Sungai Siput, Hulu Perak dan Segari. Laporan lapangan menunjukkan sungai menjadi keruh dan berlumpur. Kolam pemendapan yang tidak berfungsi dan pelepasan sisa operasi yang tidak terkawal di kawasan Kinta, Chemor, Simpang Pulai, Batu Gajah pula. Penduduk mengadu tentang habuk halus dan disebabkan penghancuran batu tanpa sistem kawalan habuk yang efektif. Lori yang tidak tertutup yang tidak bertutup dan jalan yang berhabuk yang tidak disirami di beberapa lokasi lagi letupan blasting yang dijalankan terlalu dekat dengan penempatan yang menimbulkan masalah gegaran, getaran dan keretakan rumah. Semua aduan ini membentuk corak yang jelas kegagalan penguatkuasaan dan pengurusan operasi.
Timbalan Yang di-Pertua, kesan sosialnya nyata kampung kampung termasuk komuniti orang asli, kehilangan sumber air bersih. Jalan kampung rosak teruk dan penduduk menganggung menanggung kos kesihatan yang tidak sepatutnya. Perkara ini bukan sahaja isu alam sekitar, alam sekitar tetapi isu keadilan sosial dan tata urus yang baik. Saya ingin mengajukan soalan-soalan konkrit kepada Kerajaan Negeri. Pertama adakah audit EIA dan pemantauan SKSPM dilaksanakan mengikut jadual bagi semua operasi lombong dan kuari. Jika ya, apakah bukti rekod audit tersebut boleh dikemukakan? Kedua adakah setiap loji rawatan dan tapak kuari wajib memasang peranti pemantauan masa nyata untuk parameter kritikal? Ketiga adakah kerajaan bersedia menguatkuasakan zon penampan minimum? Contohnya 500 meter antara operasi kuari, lombong dan tadahan sungai atau kawasan penempatan. Keempat, apakah langkah pemulihan sementara yang telah diambil bagi komuniti yang terjejas termasuk bekalan air bersih dan pembaikan infrastruktur? Soalan-soalan ini bukan semata retorik tetapi rakyat menuntut jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua sebagai pembangkang yang konstruktif, saya kemukakan cadangan berikut untuk dimasukkan sebagai pembaikan segera melalui belanjawan dan dasar. Yang pertama audit semula SKSPM oleh pihak ketiga syarikat yang terlibat dalam kes penggantungan mesti melalui audit bebas penuh termasuk ujian makmal yang didedahkan kepada umum. Kedua pemantauan masa nyata diperlukan. Semua loji rawatan dan operasi kuari lombong, wajib memasang sistem pemantauan yang memuat data dipaparkan di portal awam ini. Untuk ini menggalakkan ketelusan dan membolehkan tindakan awal. Ketiga, dana pemulihan alam sekitar wajibkan deposit pemulihan untuk setiap lesen. Dana ini hanya boleh dituntut selepas pemulihan tapak disahkan. Keempat, penubuhan unit enguatkuasaan bersama negeri. Satukan JMG di Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk tindakan pantas dan pemantauan bersepadu. Kelima, tindakan perlindungan sementara 24 bulan untuk
Segari, Bukit Kledang kawasan Hutan Simpanan Kekal dan dan sehingga pemetaan risiko dan pelan pemulihan selesai. Timbalan Yang di-Pertua, saya menggesa Kerajaan Negeri untuk bertindak dengan dua matlamat jelas iaitu melindungi kesihatan rakyat dan sumber air. Keduanya, memastikan pengurusan sumber mineral dijalankan mengikut piawaian tertinggi, ketelusan dan pemulihan. Jika kerajaan gagal bertindak, kesan jangka panjangnya bukan sahaja alam sekitar yang rosak tetapi juga kos sosial dan ekonomi yang lebih tinggi pada generasi yang akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua,lanjutan daripada pencemaran air di Hulu Sungai Perak yang bukan sahaja menghijau sehingga membiru yang turut menjelaskan sumber pendapatan nelayan darat di sekitar Kampung Jagor, Kampung Bukit Marikan, Kampung Kuala Kenering, Kampung Padang, Kampung Pulau Belayar dan Kampung Air Ganda yang kesemuanya dalam Dun Kenering. Kalaulah, kalaulah pekebun kecil getah sama ada pemilik tanah ataupun penorehnya yang mendapat Skim Bantuan Musim Tengkujuh bagi pekebun kecil melalui agensi RISDA. Apalah kiranya untuk nelayan darat ini diwujudkan satu Skim Bantuan Musim Terjejas bagi menampung punca rezeki mereka yang terjejas melalui Jabatan Perikatan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri, walaupun saya dimaklumkan ada di kalangan segelintir nelayan darat mendapat bantuan sara hidup RM200. Saya mencadangkan agar Skim Musim Terjejas ini diberi secara menyeluruh kepada nelayan-nelayan darat yang berdaftar dan berlesen.
Timbalan Yang di-Pertua, pencemaran air sungai juga boleh berlaku dengan sebab aktiviti pembalakan sama ada di luar kawasan tadahan air, apatah lagi jika telah menjangkaui kawasan tadahan air seperti mana yang berlaku di Lata Lawin, Sungai Lawin Selatan ataupun Sungai Lawin Utara dan juga di Hutan Piah di Kampung Bukit Sapi yang melibatkan juga kawasan Kenering. Saya yakin dan percaya Pegawai Pemeriksaan Hutan, Pegawai Renjer, Pegawai Hutan Daerah cuba melaksanakan tatakelola tugasan mereka dengan baik, namun air sungai keruh, namun air sungai tetap keruh seperti teh tarik tetapi tetap berlaku malah lebih kerap berlaku, saya merasakan kebimbangan yang amat sangat kalau-kalau ada tangan-tangan ghaib yang memiliki kuasa sakti yang mengganggu tugas-tugas pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan sehingga aktiviti pembalakan melangkaui, melampaui peraturan dan undang-undang yang akhirnya menerima kesan buruknya adalah rakyat jelata.
Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, isu yang saya ingin bangkitkan ialah isu Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dicadangkan akan dibina di Kampung Tawai dalam Dun Kenering di atas tanah milik Kerajaan Negeri yang dirancang oleh Bahagian Pembangunan, Pejabat Tanah dan Daerah Gerik yang telah mendapat kelulusan sebanyak RM50 juta daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Saya turut hadir dalam program lawatan tapak tersebut bersama pegawai-pegawai pejabat tanah dan wakil kementerian, namun projek ini gagal untuk dilaksanakan dengan sebab bantahan daripada beberapa penduduk Kampung Tawai itu sendiri, malahan termasuk Ahli Parlimen Lenggong itu sendiri. Adalah satu kerugian yang amat besar kepada penduduk Lenggong khususnya penduduk Dun Kenering, khususnya juga kepada penduduk persekitaran Kampung Tawai di mana perancangan ini adalah untuk membangunkan 50 buah unit rumah PPRT. Ada padang, ada padang permainan, ada dewan, ada surau tetapi telah digagalkan dengan sebab bantahan daripada ahli parlimennya sendiri seolah-olah tidak ada perbincangan, persefahaman antara pentadbiran daerah yang mewakili Kerajaan Negeri dengan ahli parlimennya sendiri. Amat malang bagi penduduk sekitar Dun Kenering saya simpati dengan peristiwa tersebut...suasana tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya isu yang berhubung dengan Sekolah Agama Rakyat. Untuk saya ulaskan hasil daripada jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pada soalan pada soalan-soalan pada jawapan soalan lisan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Adun-adun Trong dalam sesi, dalam sidang Dewan pada awal hari pertama sidang Dewan di atas jawapan isu Sekolah Agama Rakyat yang kekurangan jumlah pelajarnya tidak mencapai angka 30, lalu sekolah itu tidak mampu untuk diurus, ditadbir, ditutup. Atas nama sifat Sekolah Agama Rakyat, saya juga dilahirkan daripada Sekolah Agama Rakyat. Saya adalah golongan orang yang memperjuangkan Sekolah Agama Rakyat. Saya memasuki era Sekolah KAFA 1994 dan saya meletakkan jawatan pada tahun 2022 kerana bertanding. Saya melihat Kerajaan Negeri perlu membantu Sekolah Agama Rakyat KAFA dengan peraturan dan apa yang telah ditetapkan oleh KAFA untuk menetapkan bahawa sekurang-kurang sekolah agama untuk dibuka 30 orang. Tapi sekiranya skor sekolah tersebut kurang daripada 30 orang, maknanya Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Agama Islam bertangungjawab untuk meneruskan sekolah tersebut, membantu sekolah tersebut untuk meneruskan dasar pendidikannya. Itu yang sepatutnya. Tidak menjadikan halangan kurang daripada 30 orang menjadi sekolah tu sebab Sekolah Rakyat tersebut terpaksa ditutup.
Saya buat contoh, di antaranya satu Sekolah Agama Rakyat di Kampung Rancangan Merah Kenering dalam kawasan saya. Baru-baru ini dapat peruntukan perabot, komputer dan alat siaraya. Atas permohonan saya buat pada tahun sudah atas nama peruntukan Dun Kenering, tahun ni lulus. Baru tahun ini lulus. Minta tahun sudah dan saya pun merasakan bahawa mungkin satu permohonan saya ini diluluskan untuk tahun ini. Permohonan tahun sudah, gurunya ada dua orang. Sekolah Agama Rakyat ni ada dua orang, pelajarnya ada 30 orang lebih 32 orang. Tapi tahun ini gurunya ditarik seorang kerana sukatan dia yang telah ditetapkan oleh KAFA, bila 30 orang guru, 30 orang murid seorang guru, kuota. Apa yang nak diajar oleh seorang guru, murid dengan 30 orang daripada Darjah 1 sehingga Darjah 6 dia nak mengajar sorang, macam mana?
Saya pun ada pengalaman mengajar dari sekolah saya sehingga saya dilantik menjadi Guru Sesar sekolah saya di Sekolah Agama Rakyat tersebut dengan pelajar 66, 60 lebih pelajar dengan kuota sepatutnya dua orang guru tapi diberi tiga. Maknanya kita pecah 1 orang guru mengajar 2 kelas, Darjah 1 Darjah 2. Satu orang guru lagi mengajar Darjah 3 darjah 4. Satu orang guru lagi mengajar darjah, Darjah 5 dan 6. Bagaimana dalam satu masa kita nak mengajar 2 kelas? Masa yang diberi dengan keadaan yang terhad satu subjek setengah jam. Sebab itu saya kata Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Agama Islam bertanggungjawab untuk membantu Sekolah Agama Rakyat yang kekurangan ni, sama ada dia kekurangan pelajar ataupun kekurangan guru. Itulah baru fungsi sebenar Jabatan Agama, Exco Agama. Dia atas kepentingan untuk memberi pendidikan agama, pendidikan awal agama kepada anak-anak di sekolah rendah. Sebab itu, sebagaimana disebut oleh YB Trong, memang ada sebahagian pelajar yang sepatutnya belajar di Sekolah Menengah Rakyat, mereka ini tertinggal dari segi pendidikan kita yang sebenar. Sebab itu saya mengharapkan supaya Jabatan Agama mengambil perhatian di atas perkara tersebut.
Kita maklum, jumlah pelajar di sekolah rendah yang berada di sekolah agama rakyat tidak sama. Yang dia ada di sekolah kebangsaan itu ada 100 ribu lebih, tapi yang berada di sekolah agama rakyat dalam 70 ke 80 ribu sahaja. Sepatutnya jabatan juga kena memberi penekanan kepada usaha-usaha supaya anak anak kita orang melayu Islam mesti berada di sekolah agama rakyat. Ini sebagai basic untuk mendapat pendidikan agama dan kita yakin dengan pendidikan agama awal inilah yang mampu untuk membentuk keperibadian yang baik, akhlak yang baik di peringkat awal dan ianya mampu untuk menjana keperibadian tersebut di peringkat dewasa mereka. Timbalan Yang di-Pertua antara isu…
Yang Berhormat masa sudah tamat.
Saya sepatutnya ada dua tiga.
Saya bagi dua minit. Sila masuk perenggan terakhir. Sila
Di antara isu yang ingin saya sebutkan sebelum saya mengundur diri iaitu berhubung dengan hasil kutipan hasil kutipan hasil tanah di pejabat tanah yang kita kira yang disebut oleh YB Sungai Manik. Sepatutnya ada peningkatan kepada kutipan hasil tersebut tetapi masalah masalah teknikal yang menjadi penyebab kenapa hasil tidak dapat dikutip termasuklah dalam urusan pecah-pecah lot pecah tanah kerana difaraidkan hak milik tanah tersebut. Begitu juga dengan isu yang ada iaitu Sungai Manik sebut pada apa yang berlaku pada pada dia termasuk juga dengan dengan apa yang berlaku pada saya. Saya ni walaupun YB tapi masih lagi duduk di atas tanah TOL. Dah mohon dah tapi bila pergi pejabat dah dua tiga kali dah gi pejabat. Bila tanya kata dalam proses penyelarasan lagi. Tanya lagi pergi dalam proses penyelarasan lagi tak selesai. Saya kata dah berapa tahun ni nanti kalau diluluskan kata 5 tahun saya kena kena bayar kena bayar banyak ni. Itu tak tau la dia kata gitu. Maknanya bila mana proses untuk meluluskan dipermudahkan. Maknanya Kerajaan Negeri akan dapat hasil. Kerajaan Negeri akan dapat hasil. Jangan memayahkan jangan memayahkan dan menyusah… menyusahkan rakyat yang di bawah ni untuk mendapatkan peluang memiliki tanah sendiri. Untuk akhirnya saya menyokong belanjawan tersebut. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kenering. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk memulakan perbahasan di persidangan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, wassalatuwassalam mu ala rasulillah wa ala alihi wasahbihi waman wallah. (Bacaan Ayat Al-Quran) Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan pengamal media seterusnya yang dikasihi seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan yang mengikuti sidang Dewan Negeri Perak pada hari ini.
Pertamanya, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kerana diberikan ruang dan peluang pada saya untuk turut sama dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 pada hari ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sebagai mukaddimah suka saya memulakan perbahasan saya dengan membacakan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Surah An-Nur ayat 55 dan 56. Auzubillah minashaitan nirajeem. (Bacaan surah An-Nur ayat 55 dan 56). Sadaqallahul azim. Maksudnya ‘Allah menjanjikan orang orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa ia yakni Allah akan menjadikan orang mukmin ini khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di Bumi sebagaimana ia telah menjadikan orang orang yang sebelum mereka khalifah khalifah yang berkuasa dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka yang telah diredhaiNya untuk mereka. Dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadah kepada-Ku kata Allah dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan ingatlah sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Dan dirikanlah oleh kamu akan solat serta berikanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasullullah supaya kamu beroleh rahmat’
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2026 yang baru lalu. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada pasukan pentadbiran negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, ketua ketua jabatan dan agensi agensi dalam Negeri Perak diatas pencapaian KDNK dengan nilai RM86.2 bilion iaitu pertumbuhan sebanyak 4.4% dan juga kejayaan pencapaian kutipan hasil dan terimaan pembangunan RM1.24 bilion setakat 24 November 2025. Bersyukur di atas kejayaan ini, saya ingin mengajak kita semua terutamanya yang muslim dalam Dewan ini agar merenung sekejap kepada firman Allah Subhana Wata'ala yang saya baca di awal tadi. Dalam ayat tersebut dengan jelas Allah Subhanahu Wata'ala menjanjikan kepada orang yang beriman untuk dia, yakni Allah menjanjikan mereka orang yang beriman sebagai penguasa atau pemimpin dan dikurniakan kejayaan, tetapi dengan syarat mestilah pemimpin itu dan rakyatnya mendirikan solat yang…yang paling utama kemudian mengeluarkan zakat dan mentaati rasul.
Maka perlu difahami bahawa arahan mendirikan solat dalam konteks ayat ini adalah manifestasi kepada semua amalan gerak kerja urus tadbir dan tatakelola pentadbiran yang terkait hubungan hamba dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Manakala arahan mengeluarkan zakat dan mentaati rasul pula terkait dengan semua urusan hamba dengan hamba atau pun urusan dalam masyarakat ataupun bersama rakyat. Apabila dilaksanakan perkara ini, nescaya Allah Subhanahu Wa Ta'ala bukan sahaja mengurniakan kejayaan bahkan akan disertai dengan keberkatan dan rahmat kasih sayangnya dalam negeri kita ini insha Allah. Oleh kerana peri-pentingnya solat dalam mencapai kejayaan yang berkat, maka saya amat menyarankan agar pihak kerajaan negeri Perak sama ada melalui JAIPk atau lain-lain agensi berkaitan melaksanakan satu kajian tentang perlaksanaan solat oleh umat Islam Negeri Perak.
Kajian seperti ini sangat jarang dilakukan dan hanya ada satu pada tahun 2008, kalau tak salah saya oleh tokoh motivasi terkenal iaitu oleh Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Dapatannya pula amat menakutkan iaitu 80% umat Islam Malaysia tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Adakah perlu kepada ujian, kepada kajian sebegini. Perlu ada kajian sebegini? Kalaulah kita benar-benar memegang akidah yang sohih, kalau kita yakin dengan seruan hayya alal falah, mari kita solat dan hayya alal falah, mari kita menuju ke kejayaan yang lima kali sehari diseru kepada kita, pasti kita akan buat kajian ini dan gunakan ia untuk memperbaiki solat pemerintah, solat rakyat dan akhirnya Insha Allah akan diberikan Allah kejayaan dan keberkatan sebagaimana janjinya dalam ayat yang saya bacakan tadi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan bajet yang telah dibentangkan. Kawasan saya Selinssing hampir keseluruhannya adalah merupakan kawasan jelapang padi sama seperti Semanggol, Alor Pongsu, Titi Serong dan Kuala Kurau. Jadi tidak boleh tidak, saya wajib menyebut berkaitan dengan fokus jaminan bekalan makanan dengan isu permasalahan bekalan makanan utama kita iaitu padi dan para pesawah. Hari ini saya bawakan ke dalam Dewan yang mulia ini data penghasilan padi selama tiga musim daripada 8 kawasan dalam jelapang padi Kerian yang dibekalkan oleh Bernas. Kawasan tersebut ialah Bagan Serai, Bagan Tiang, Beriah, Semanggol, Kuala Kurau, Parit Buntar, Selinsing dan Tanjung Piandang. Kenapa hanya bawa 3 musim, kerana musim-musim sebelum itupun penghasilannya adalah lebih kurang sama sahaja. Data ini juga menunjukkan keluasan tanah sawah yang diusahakan adalah sebanyak 18,508.56 hektar dengan jumlah pesawah seramai 12,762 orang. Walaupun data ini mungkin tidak dapat menunjukkan keseluruhan penghasilan padi dalam negeri Perak tetapi boleh memberikan gambaran berkenaan realiti aspek keterjaminan bekalan makanan untuk padi negeri ini.
Saya mula dengan musim pertama tahun 2024, setahun hanya ada dua musim, musim pertama tahun 2024, jumlah penghasilan padi daripada lapan kawasan tersebut ialah sebanyak 35,587.85 metrik tan. Musim kedua tahun 2024 pula menurun kepada 32,989.73 metrik tan, manakala musim pertama tahun 2025 naik sedikit daripada musim sebelumnya kepada 33,750.88 metrik tan. Jumlah-jumlah ini apabila dibahagikan dengan keluasan tanah sawah yang diusahakan menunjukkan data yang amat menyedihkan. Saya sebutkan musim pertama 2024 satu hektar tanah di jelapang padi Kerian hanya menghasilkan 1.923 metrik tan musim 2 2024, 1 hektar tanah di daerah Kerian hanya menghasilkan 1.782 metrik tan padi dan musim pertama tahun 2025 1 hektar tanah di jelapang padi Kerian hanya menghasilkan 1.824 metrik tan. Untuk makluman, sidang Dewan sekalian, purata hasil kebangsaan atau hasil yang baik untuk keluasan hektar tanah sawah ialah antara 4 ke 6 metrik tan sehektar. Program Smart SBB di Sekinchan pula boleh mencapai hasil padi sehingga 7.8 metrik tan sehektar dengan penghasilan padi tak sampai 2 metrik tan sehektar ini, inilah gambaran yang tidak memuaskan untuk aspek keterjaminan bekalan makanan khususnya beras di negeri Perak. Maka kita kena insafi perkara ini.
Seterusnya, penghasilan padi yang rendah ini memberikan pula kesan yang negetif kepada kesejahteraan pendapatan para pesawah. Data di lapangan menunjukkan walaupun dengan bantuan subsidi padi oleh kerajaan tetapi apabila paras, para pesawah ini dibebankan pula dengan kenaikan kos jentera yang disebabkan oleh kenaikan kos diesel dan kenaikan kos input pertanian seperti benih padi dan racun, akhirnya pesawah menjadi golongan miskin tegar di negeri kita ini. Keadaan ini menjadikan ramai pesawah tidak dapat menampung kos asas apatah lagi untuk menampung kerugian akibat perubahan cuaca dan serangan perosak. Persoalannya, bagaimana kita boleh memastikan aspek keterjaminan bekalan makanan khususnya beras ini kukuh jika pihak yang menghasilkannya iaitu para pesawah ini hidup dalam keadaan ekonomi keluarga yang tertekan dan tidak sejahtera?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kita sedar dan kita akui bahawa pihak kerajaan sebenarnya telah menyediakan pelbagai insentif dan peruntukan termasuklah subsidi padi yang telah bernilai jutaan ringgit bagi membantu para pesawah. Bahkan, kita juga menyedari bahawa jalan paling mudah sebenarnya ialah dengan mengimport sahaja beras dan mungkin kosnya lebih rendah berbanding dengan kos pengeluaran padi pada masa ini. Walaubagaimanapun dari aspek untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan ini kukuh dalam semua situasi, dalam keadaan kita aman dalam keadaan kita berperang, maka adalah dicadangkan agar kerajaan dapat mewujudkan satu perancangan strategik yang menyeluruh dalam menyelesaikan masalah ini. Tidak boleh lagi dah kita buat dengan izin, trouble shoot secara adhoc tidak boleh lagilah. Kita tidak boleh lagi nak selesaikan masalah sana sikit, kita selesaikan, kemudian sini sikit kita selesaikan kerana akhirnya peruntukan yang kita ada sikit-sikit ini kita habis tapi hasil padi semakin merudum dan pesawah semakin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kepada isu bencana banjir, tanah runtuh, hakisan tebing sungai dan perubahan iklim yang pada masa kini memberikan impak yang semakin besar kepada rakyat Perak. Kerugian tahunan akibat banjir ini dianggarkan melebihi RM200 juta. Namun, peruntukan mitigasi banjir yang ditunjukkan masih tidak mencerminkan tahap risiko yang semakin meningkat. Peruntukan termasuklah seperti yang ditunjukkan RM116.9 juta Belanja Mengurus JPS, RM14 juta Belanja Pembangunan, RM75.98 juta mitigasi banjir dan alam sekitar, RM8 juta EFT, RM1.3 juta pengurusan hutan, RM0.7 juta bangunan, RM50 juta dalam RMK-13 pemeliharaan sungai, RM9.97 juta kecemasan bencana. Jumlah ini sebenarnya masih jauh dari mencukupi memandangkan negeri kita ini mempunyai lebih seribu kilometer jaringan sungai.
Tiga lembangan sungai utama, 12 kawasan titik panas banjir dan daerah-daerah yang kini semakin kerap mengalami banjir kilat seperti Kerian, Larut Matang, Perak Tengah, Kampar, Kinta dan sebagainya. Lebih membimbangkan, Perak belum memiliki pelan adaptasi perubahan iklim yang komprehensif. Negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang telah mendahului kita dalam hal ini. Kita juga kekurangan sistem amaran awal bencana menyeluruh, penyelenggaraan saliran bandar yang sistematik, pemantauan pencemaran sungai dan insentif kepada PBT untuk melaksanakan infrastruktur hijau. Maka Selinsing mencadangkan yang pertama, membentuk pelan adaptasi perubahan iklim Perak 2026-2040 termasuklah unjuran cuaca ekstrem, pelan tebatan banjir jangka panjang, garis panduan pembangunan kawasan rendah dan yang kedua meningkatkan peruntukan mitigasi banjir kepada minimum RM150 juta tahun. Ini agak selari dengan keperluan sebenar di lapangan dan yang ketiga insentif PBT untuk infrastruktur hijau seperti rain gardens, tadahan air hujan, pavement, kawasan hijau bandar dan bagi memastikan rakyat yang terkesan akibat banjir, tidak ada yang tercicir daripada mendapat bantuan. Maka adalah dicadangkan agar SOP untuk kelayakan mendapat bantuan bencana banjir kita perbaiki seperti kita masukkan banjir kilat sebagai bencana yang layak diberi bantuan kerana banjir kilat juga merosakkan begitu banyak barangan…barangan…barangan rakyat dan mereka dan kita juga masukkan mereka yang terkena banjir tetapi tidak tinggal di di PPS supaya mereka juga layak untuk menerima bantuan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Saya ingin merujuk pula kepada peruntukan oleh Kerajaan Negeri kepada Jabatan Perikanan sebanyak RM1.8 juta di bawah Belanja Pembangunan. Suka saya nak menarik perhatian Dewan bahawa Selinsing merupakan kawasan nelayan tradisi yang mempunyai banyak jeti yang beroperasi melibatkan puluhan bot bot nelayan. Antara permasalahan nelayan di sini ialah yang pertama, jeti yang tidak mempunyai infrastruktur yg sempurna seperti tempat penyimpanan hasil, tandas dan kemudahan lain. Yang kedua, aktiviti pukat sorong dan pukat dan bubu naga yg merosakkan habitat dan ekosistem yang akhirnya mengurangkan hasil tangkapan nelayan tradisi ini. Selain itu, program bantuan seperti penyediaan tukun-tukun tiruan dan penguatkuasaan kepada aktiviti pukat sorong dan bubu naga juga perlu diberikan perhatian.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kesihatan adalah satu perkara yang amat bernilai kepada setiap individu. Kesihatan yang tidak baik bukan sahaja menyusahkan diri individu tersebut bahkan menambahkan beban kewangan kepada kerajaan. Oleh itu, usaha memastikan tahap kesihatan rakyat yang memuaskan adalah amat perlu dititikberatkan. Bagi memastikan persekitaran yang bersih, adalah dicadangkan peruntukan kutipan sampah di luar kawasan operasi PBT dapat dinaikkan. Ini kerana masih terlalu banyak kawasan yang tidak mempunyai sistem pelupusan sampah yang baik. Kalau di Selinsing pekan-pekan kecil seperti pekan Sungai Gedong, pekan Simpang Empat, pekan Sungai Baru tidak memiliki tempat pembuangan sampah yang sempurna. Sampah yang dilonggok akhirnya masuk ke dalam saliran perparitan dan akhirnya menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Berkait dengan isu kesihatan juga, saya amat berharap agar pihak kerajaan dapat menyediakan kemudahan rekreasi dan sukan di Dun Selingsing. Di Selinsing amat menyedihkan. Tiada satu pun padang bola awam untuk penduduk gunakan. Hanya terdapat sebuah padang futsal yang telah daif dan rosak yang telah pihak saya kemukakan kepada pihak kerajaan untuk dibaik pulih. Pihak kami telah memohon beberapa kali semenjak 2018. Yang terakhir adalah jawapan daripada pihak KBS. Surat bertarikh 9 April 2025, menyatakan permohonan tidak dapat dipertimbangkan kerana? Kerana peruntukan terhad. Jadi saya Adun Selinsing saya merasakan kasihan kepada anak-anak muda Selinsing. Kalau nak main futsal kena pergi kat Alor Pongsu ataupun kena pergi ke Kamunting. Saya pergi ke Alor Pongsu, saya tengok di arena futsal rupa-rupanya anak-anak Selinsing aje yang main.
Yang Berhormat masa sudah tamat.
Ada sikit lagi boleh ye. Jadi saya mohonlah supaya pihak kerajaan dapat melihat dan membantu perkara ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Selinsing juga ingin mengambil peluang dalam perbahasan ini untuk memanjangkan sekali lagi aduan dan permohonan seluruh penduduk sebuah kampung yang bernama Kampung Sha'ari yang terletak di Jalan Gula Simpang Empat, Semanggol agar pihak kerajaan dapat membantu menyegerakan pemasangan paip bekalan air ke kampung mereka. Pada ketika ini, semua rumah di kampung ini berhadapan dengan masalah bekalan air berdekatan bertekanan rendah kerana tiada paip air utama masuk ke kampung mereka. Permohonan rasmi telah dibuat kepada LAP pada pertengahan tahun 2023 dan masih menunggu keputusan sehingga kini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri perbahasan saya, ingin saya bacakan maksud sebuah hadis Nabi Salallahualaihiwassalam yang diriwayatkan oleh al-Tabrani yang berbunyi, "Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah kegembiraan yang engkau masukkan ke hati orang mukmin atau engkau hilangkan kesusahannya atau engkau membayarkan hutangnya atau engkau hilangkan Kelaparannya". Sadaqa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Saya menyambut baik pengumuman berkenaan pemberian bantuan khas kewangan pada kadar dua bulan gaji. Kalau boleh tiga bulan pun tiada masalah kepada semua penjawat awam pentadbiran Kerajaan Negeri. Begitu juga, saya gembira dan berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana sudi mendengar dan menyahut permohonan kami sebelum ini agar menambah elaun guru KAFA, guru I’dadi dan guru Thanawi. Ini adalah sebagai menghargai dedikasi dan komitmen yang mereka curahkan semasa menjalankan amanah tugas dan membantu mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat pada hari ini. Maka pada hemat saya, penambahan itu adalah sangat wajar. Akhirnya saya mohon maaf atas segala salah bicara dalam perbahasan ini. Saya sudahi dengan Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh. Selingsing mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Selinsing. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Salam Sejahtera dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri, petugas-petugas media, para pemerhati dan tidak dilupakan seluruh masyarakat negeri Perak yang menyaksikan sidang Dewan secara langsung ataupun melalui atas talian khasnya masyarakat kawasan Dun Chenderiang yang saya hormati lagi saya kasihi.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan Negeri Perak bagi 2026. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak bagi Tahun 2026 pada hari Selasa di atas komitmen dan kerja keras mengemudi Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali lagi mencipta sejarah berjaya meningkatkan hasil negeri melepasi RM1 bilion untuk tahun 2025 dan ekoran prestasi dan budaya perbelanjaan yang berhemah dan bertanggung jawab. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua jabatan yang terlibat khususnya pejabat PTG negeri, pejabat-pejabat daerah dan tanah, pejabat kewangan negeri dan lain lain agensi atas kesungguhan dan kerja keras memastikan jentera hasil negeri berfungsi dengan cekap dan bermaruah. Saya berharap momentum ini dapat dikekalkan sejajar dengan tema, "Perak Makmur Rakyat Sejahtera".
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kebaktian untuk memastikan kehidupan rakyat menjadi lebih baik. Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak pernah jemu berada di lapangan dan sentiasa turun berdampingan dengan rakyat dalam program hari bertemu pelanggan yang diadakan di seluruh daerah untuk mendengar, melihat dan merasai sendiri realiti kehidupan masyarakat. Saya melihat kehidupan rakyat masih lagi perlu dibantu dengan dibebani kos sara hidup yang tinggi. Pentingnya kerajaan untuk sama-sama merasai nadi denyut rakyat. Segala bentuk bantuan mahupun program yang dirancang haruslah dilaksanakan secara inklusif supaya tiada golongan yang tercicir dari menikmati faedahnya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sejak diperkenalkan Program "Bas Perak Sejahtera" bukan setakat menyediakan perkhidmatan pengangkutan tetapi juga membuka pintu kepada kehidupan yang lebih baik untuk rakyat keluar mencari rezeki atau membawa anak mendapatkan rawatan atau untuk anak-anak mereka ke sekolah mengejar impian itu. Kerajaan Negeri di dalam belanjawan tahun 2026 telah memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta bagi meneruskan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera di daerah Batang Padang dan daerah lain. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada kerajaan negeri di atas kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan Program Bas Perak Sejahtera laluan menghubungkan Chenderiang-Tapah-Chenderiang yang bermula operasi September 2024. Di dalam kawasan Dun Chenderiang pada masa ini, JAKOA ada menyediakan bas bagi pelajar-pelajar orang asli. Kemudahan perkhidmatan bas henti-henti tidak didapati secara menyeluruh terutamanya dari pekan Tapah sehingga ke Kampung Orang Asli Batu 25, Jalan Pahang. Di sepanjang jajaran laluan Tapah-Jalan Pahang terdapat 5 buah sekolah, sebuah klinik kesihatan dan sebuah klinik kesihatan desa yang anggaran 2000 pelajar dan 10 ribu penduduk yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam ataupun bas henti-henti. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memperluaskan perkhidmatan dan menambah laluan baharu di kawasan jajaran laluan Tapah-Jalan Pahang- Tapah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, setiap kali musim tengkujuh tiba, hati kita tidak pernah tenang. Ada sahaja kisah keluh rakyat yang terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara kerana rumah dinaiki air. Kerugian dan kerosakan harta benda perlu ditanggung saban tahun susulan kejadian banjir yang seolah-olah tidak berpenghujung. Banjir kilat sering melanda di Kampung Baru Chenderiang, Kampung Baru Pahang, Kampung Samy dan taman-taman perumahan di sekitar Jalan Pahang, Tapah yang dikenal pasti berpunca dari sistem saliran dan sungai. Ini telah menyebabkan kerugian kepada masyarakat setempat dan menjejaskan urusan harian mereka. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri di dalam Belanjawan Tahun 2026 sekali lagi menambah peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak untuk memperkukuh peranan sebagai pertahanan pertama negeri terhadap risiko banjir. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, bilakah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dapat dilaksanakan dan projek menaik taraf sistem saluran perparitan dan sungai di sekitar kawasan yang sering dilanda banjir kilat di kawasan Dun Chenderiang.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Negeri Perak mempunyai 17 buah fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyediakan kemudahan hemodialisis untuk pesakit luar. Ke semua fasiliti KKM berkenaan telah mencapai kapasiti maksimum pesakit dan tiada kekosongan. Peningkatan bilangan pesakit buah pinggang meningkat dari tahun ke tahun. Rawatan hemodialisis bukan setakat keperluan tetapi merupakan rawatan yang perlu dilakukan secara berterusan untuk menyelamatkan nyawa. Namun, apa yang membimbangkan ialah semakin ramai pesakit terpaksa menunggu kerana pusat dialisis kerajaan tidak mempunyai kekosongan yang mencukupi. Mesin dialisis terhad, tenaga kerja terhad dan pusat rawatan pula tidak berkembang seiring pertambahan pesakit. Akibatnya, ada pesakit yang terpaksa pergi jauh ke daerah lain, ada yang terpaksa menunggu giliran terlalu lama dan ada juga yang tidak mampu mendapat mendapatkan rawatan di pusat swasta kerana kosnya terlalu tinggi. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan pesakit tetapi juga memberi kesan kepada emosi dan ekonomi keluarga mereka. Bagi menangani isu ini, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkenalkan beberapa insentif khas bagi memastikan pesakit mendapat rawatan tepat pada masanya.
Antaranya ialah insentif kewangan bagi pesakit yang terpaksa menjalani rawatan sementara di pusat dialisis swasta. Bantuan ini dapat meringankan kos harian mereka yang sangat bergantung kepada rawatan ini dan insentif kepada pusat dialisis, NGO dan komuniti melalui geran khas. Lebih banyak slot rawatan boleh disediakan khususnya untuk pesakit golongan B40. Selain itu, Kerajaan Negeri boleh menyediakan peruntukan bagi menambah mesin dialisis baharu atau menaik taraf pusat dialisis sedia ada. Dengan peningkatan kapasiti lebih ramai pesakit dapat diterima tanpa perlu menunggu terlalu lama. Insentif-insentif ini bukan sahaja membantu pesakit tetapi juga menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat. Rawatan dialisis bukan pilihan. Ia adalah keperluan asas untuk terus hidup, maka menjadi amalan kita bersama untuk memastikan setiap pesakit mendapat hak mereka untuk dirawat tanpa halangan. Semoga dengan insentif dan kerjasama semua pihak, kita dapat mewujudkan negeri yang lebih prihatin lebih penyayang dan lebih sejahtera.
Yang Berhormat Timbalan Yang di Pertua, bagi merancang masa depan, Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang telah mengenal pasti satu tapak tanah baru untuk mewujudkan klinik kesihatan baru di mukim Chenderiang dan permohonan untuk tapak tanah ini pun telah diluluskan oleh MMK. Klinik yang akan diwujudkan di atas tanah ini dengan keluasan 9761 meter persegi dan jenis klinik yang akan dibina di masa depan adalah jenis 4. Saya ingin bertanya apakah status terkini permohonan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Mukim Chenderiang jenis 4 yang baru di bawah RMK yang akan dating?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Negeri komited untuk turun bersama melibatkan agihan peruntukan kepada PBT-PBT di negeri Perak bagi pelbagai program dan projek pembangunan pelancongan dan kebudayaan dalam merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Perak. Di kawasan Dun Chenderiang, terdapat beberapa kawasan pelancongan menarik seperti Tasik Temu, Taman Eko Rimba Lata Iskandar dan Lata Kinjang. Dalam aspek ini, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak merancang Taman Eko Rimba Lata Iskandar menjadi destinasi pelancong pilihan di negeri Perak. Ia boleh menjadikan Taman Eko Rimba Iskandar sebagai nafas baru dalam eko-pelancongan dengan pembinaan arena square yang merangkumi kedai jualan produk buah-buahan tempatan, medan selera berbilang kaum, galeri seni dan warisan, pusat e-hub pertanian dan tapak pelancongan camping. Perkara-perkara di atas adalah idea-idea yang bernas untuk memajukan sektor pelancongan di Tapah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di atas kelulusan peruntukan projek pembangunan dan naik taraf infrastruktur pelancongan di Taman Eko Rimba Lata Kinjang. Selain itu, terdapat bangunan kedai lama di pekan Chenderiang sebelum sampai ke Air Terjun Lata Kinjang, saya berpendapat sekiranya bangunan kedai lama di pekan Chenderiang ini diberi sentuhan baharu dicat dengan pelbagai warna untuk menceriakan panorama pekan Chenderiang, maka kawasan ini akan menjadi daya tarikan pelancong dan secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi peniaga di pekan Chenderiang tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Daerah Tapah telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada Bahagian Kerajaan Tempatan pada tahun 2024 untuk melaksanakan kerja-kerja mengecat deretan kedai sebanyak 48 unit di pekan Chenderiang. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya bilakah kerja-kerja mengecat deretan kedai di pekan Chenderiang dijangka bermula?
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri terus memberi keutamaan kepada pembangunan sukan sebagai satu komponen penting kesedaran rakyat. Saya terpanggil untuk membangkitkan isu keperluan pembangunan infrastruktur sukan khususnya pembinaan trek larian balapan di Tapah. Kemudahan seperti ini bukan sahaja penting bagi menyokong latihan atlet yang sedang aktif tetapi juga berperanan besar dalam membentuk generasi muda sebagai pelapis sukan negara pada masa hadapan. Ketiadaan kemudahan yang lengkap telah menyukarkan usaha mencungkil dan membangunkan bakat baharu terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah dan belia setempat. Trek larian yang standard dan selamat bukan sahaja membantu meningkatkan prestasi atlet, malah menjadi platform untuk penganjuran kejohanan peringkat daerah dan negeri sekaligus merancakkan lagi pembangunan sukan di Tapah. Sehubungan itu, saya memohon agar pihak kerajaan atau agensi berkaitan dapat memberi perhatian khususnya serta mempertimbangkan peruntukkan bagi membangunkan trek larian balapan yang berkualiti demi manfaat rakyat setempat dan pembangunan sukan negara.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, data yang diterima daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah mengesahkan bahawa sebanyak 133 kemalangan jalan raya yang melibatkan haiwan berkeliaran telah direkodkan pada tahun 2024. Lebih membimbangkan, angka tersebut meningkat kepada 143 kemalangan sehingga November tahun 2025. Peningkatan ini jelas menggambarkan betapa seriusnya isu haiwan berkeliaran sekiranya tidak ditangani segera. Terdapat juga kes kemalangan maut yang melibatkan haiwan berkeliaran khususnya lembu dan kerbau yang sukar dilihat pada waktu malam. Situasi ini bukan sahaja mengancam keselamatan pengguna jalan raya tetapi turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat. Kemalangan jalan raya akibat haiwan liar ini kini menjadi perbualan sinis dalam kalangan masyarakat setempat yang membimbangkan kejadian sama boleh menimpa ahli keluarga mereka. Kebimbangan ini adalah berasas memandangkan insiden seperti ini berlaku secara berulang dan semakin meningkat. Isu ini berlanjutan sekian lama, namun sehingga kini jalan penyelesaian yang menyeluruh masih belum dapat dilaksanakan. Sebelum itu, saya berpandangan bahawa satu perundangan yang komprehensif perlu digubal dan dikuatkuasa bagi memastikan isu haiwan berkeliaran ini dapat ditangani secara sistematik dan berkesan. Hanya melalui langkah undang-undang yang jelas, tegas dan seragam, barulah kita dapat memastikan keselamatan jalan raya terjamin dan masalah ini tidak lagi berulang.
Yang hormat Dato' Seri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memberi fokus kepada pembangunan komuniti orang asli di kawasan saya. Terdapat dua bidang utama yang ingin saya ketengahkan untuk diberikan keutamaan dalam usaha memperkasa masyarakat orang asli iaitu pembangunan modal insan dan pembangunan infrastruktur. Kedua-dua bidang ini amat penting kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat orang asli, tetapi juga memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri dan negara. Usaha pembangunan Automotive High-Technology Valley (AHTV) di Proton City Tanjong Malim sebagai hub automotif global untuk kenderaan elektrik (EV) dengan jangkaan pelaburan asing bernilai RM40 bilion. AHTV diyakinkan akan menjadi destinasi baru pelabur-pelabur struktur automotif berteknologi tinggi yang akan memberi manfaat kepada generasi muda yang mempunyai kelayakan dalam latihan teknikal dan vokasional. Dengan menerima pelabur asing yang tinggi dijangka akan mewujudkan lebih 30 ribu pekerjaan secara langsung atau tidak langsung.
Namun, cabaran kita pada hari ini adalah untuk menguruskan potensi pekerjaan untuk peluang pekerjaan harus diisi. Pekerja harus menjadi enjin yang menggerakkan ekonomi negeri Perak. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memohon kepada kerajaan persekutuan bagi membina sebuah institut Pusat Latihan Automotif Wilayah Selatan di Tapah sebagai hub latihan khusus untuk belia-belia orang asli yang kurang berminat untuk meneruskan pendidikan ke pusat pengajian tinggi. Jika mereka diberikan latihan dan pendidikan TVET ini dengan kemudahan pendidikan yang lebih hampir di kawasan mereka, pasti mereka ini juga boleh memenuhi keperluan pekerjaan di syarikat-syarikat automotif AHTV Proton City. Dalam keupayaan golongan belia masyarakat orang asli yang baru menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah, saya ingin mencadangkan PASAK agar dapat memperbanyakkan lagi program-program berorentasi TVET kepada masyarakat belia Orang Asli supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran diri dan memberi pendedahan kepada keperluan permintaan pasaran industri di negeri Perak.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, disebabkan faktor muka bumi di kawasan pedalaman masyarakat orang asli yang jauh, namun mereka juga tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Saya berharap Kerajaan Negeri tidak menyingkirkan masyarakat orang asli terutamanya di kawasan persendirian bagi kemudahan infrastruktur yang sempurna dan akses jalannya yang baik. Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada KerajaanNnegeri, apakah status permohonan untuk projek pembinaan jalan baru bagi menyelesaikan masalah tiada akses laluan bagi masyarakat orang asli di Kampung Batu 17, Sekam Camp, Jalan Pahang? Untuk maklumat, Kerajaan Negeri ketika ini, para pelajar orang asli dari kawasan luar bandar khususnya Batu 7 hingga Batu 20, Jalan Pahang selama ini mengikuti persekolahan di Sekolah Menengah SMK Sri Tapah, Buyong Adil dan Hamid Khan yang lebih jauh daripada kawasan rumah mereka. Semua itu saya menyokong hasrat merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar dan saya ingin mencadangkan kerajaan negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk merancang bagi melaksanakan pembinaan sebuah sekolah komprehensif K11 yang merangkumi peringkat rendah hingga menengah di kawasan sekitar Batu 10, Jalan Pahang di bawah RMK yang akan datang untuk memenuhi keperluan pendidikan yang semakin meningkat di kawasan tersebut pada masa hadapan di samping mengurangkan kadar keciciran murid orang asli setempat.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, sejajar dengan aspirasi Perak Makmur Rakyat Sejahtera, Kerajaan Negeri memperkukuhkan agenda perumahan rakyat dengan pendekatan sepadu meliputi penyediaan rumah mampu milik, pembaikan kediaman usang, bantuan baik pulih rumah golongan miskin serta pembangunan kawasan perumahan baharu yang terancang dan inklusif. Justeru, saya ingin menyentuh isu berkaitan masalah beberapa keluarga yang terpaksa berkongsi rumah di kampung perkampungan orang asli. Fenomena ini berlaku apabila perumahan baru tidak mencukupi, rumah sedia ada rosak, tidak atau penempatan mereka belum mendapat pengiktirafan tanah yang sewajarnya. Akibatnya, tiga hingga empat keluarga tinggal bersama dalam ruang yang sempit tanpa privacy dan tanpa kemudahan asas yang mencukupi. Oleh itu, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri dalam perbelanjaan negeri pada tahun 2026 menyediakan peruntukan khas untuk masyarakat orang asli untuk pembinaan rumah yang baru ataupun baikpulih rumah supaya peruntukan ini dapat memberi peluang pemilikan tempat tinggal yang selesa, selamat dan berkualiti kepada masyarakat orang asli. Selain itu, usaha mempercepatkan pengiktirafan tanah serta melibatkan komuniti orang asli dalam perancangan, penempatan perlu diperkukuhkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama semua pihak.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, sebagai menghargai dedikasi tidak berbelah bagi dalam memikul tugas yang diamalkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan kadar elaun bulanan Ketua Kampung Tradisional, Ketua Kampung Cina dan Ketua Kampung India yang akan dinaikkan sebanyak RM100 sebulan kuatkuasa 1 Januari 2026. Sehubungan itu, saya ingin mengambil peluang ini agar kadar elaun bulanan ketua kampung ini turut dipanjangkan juga kepada semua Tok Batin dan Pengerusi JKKK Kampung Orang Asli. Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan sidang Dewan Negeri pada kali ini. Dengan keadaan yang teratur dan selamat. Tidak lupa juga kepada semua barisan penjawat awam negeri Perak di atas segala khidmat bakti sebagai tunjang dan tongkat kepada urusan pentadbiran kerajaan. Saya ingin mengajak kita semua agar sentiasa doa supaya negeri Perak akan sentiasa aman dan sentosa. Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih. Chenderiang menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang yang telah menamatkan perbahasan sebentar tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan dua puluh minit. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil Alamin Wassolatu Wassalamu Ala Ash-shura Phil Ambiya wal Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Terima kasih Yang di-Pertua, Dato' Seri Yang di-Pertua. Yang dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh ahli mesyuarat Exco. Yang saya hormati ketua pembangkang dan seluruh sahabat-sahabat Ahli Dewan Negeri Perak, ketua-ketua jabatan dan juga seluruh warga Dewan dan warga maya yang sedang mendengar perbahasan sidang Dewan Negeri Perak pada kali ini. Taqwa adalah asas kemakmuran negeri di mana Allah Subhanahu Wata'ala di dalam al-Qur'an menegaskan bahawa kemakmuran sejati lahir dari iman dan taqwa. Bukan dari angka bajet yang dilihat hebat dan menarik. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman; (bacaan ayat Quran) yang bermaksud sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Ibnu Katsir menegaskan di dalam tafsir al-Quran Al 'Azim bahawa Barakah merangkumi keluasan rezeki, keamanan, kestabilan dan rahmat Ilahi. Inilah asas ekonomi Islam keberkatan mendahului keuntungan.
Di dalam menunaikan amanah rakyat, Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam mengingatkan supaya kepimpinan beramanah dan tidak melakukan rasuah dan penyelewengan. Rasulullah bersabda (bacaan ayat Quran) Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran. Imam al-Mawardi dalam Ahkam As-Sultaniyyah menulis, "Sesungguhnya pemimpin yang beramanah akan memelihara agama dan dunia rakyatnya. Manakala pemimpin yang khianat akan merosakkan kedua-duanya." Maka wajib bagi negara dan negeri menegakkan kepimpinan yang bersih. Bukan berasaskan kronisme dan politik sogokan dan juga surat-surat sokongan yang menekankan penjawat awam. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana telah membentangkan Belanjawan 2026 yang sarat dengan agenda pentadbiran, pembangunan dan program untuk rakyat. Segala agenda kerajaan sepatutnya disambut baik dan disebar seluas-luasnya oleh penyokong kerajaan. Tapi malangnya saya lihat Pegawai Khas Menteri Besar sendiri pun tidak menyambut Belanjawan ini sebagai wakil Menteri Besar di Dun Pembangkang. Tuan-tuan boleh tengok dalam Facebook, page TikTok Pegawai-Pegawai Khas Menteri Besar. Adakah mereka share ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar? Adakah mereka kongsi info grafik tentang Belanjawan Negeri Perak?
Sepanjang pemerhatian saya, Pegawai Khas Menteri Besar pun tak share. Ini merugikan rakyat. Merugikan wang negeri yang memberikan elaun kepada mereka. Yang kedua, Trong menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Kota Tampan menambah elaun guru KAFA sebanyak RM200 dan menambah elaun guru I’dadi, Thanawi sebanyak RM200 juga tetapi dalam isu sekolah KAFA ini, saya memberikan pandangan amatlah tidak wajar penutupan 16 buah sekolah yang katanya bersifat sementara kerana tidak cukup bilangan pelajar 20 ke 30 orang. Sepatutnya Jabatan Agama Islam Negeri Perak melalui Bahagian Pendidikan membantu Ahli Jawatankuasa Pengurusan Sekolah ini untuk meningkatkan jumlah pelajar dengan pelbagai inisiatif yang menarik supaya pelajar boleh masuk ke sekolah. Sekolah KAFA petang ni tak wajib. Kalau boleh, diwajibkan kepada pelajar-pelajar atau pun diberikan pengecualian diberikan free daripada membayar yuran Sekolah KAFA. Sebahagian daripada ibu bapa tak hantar sebab tak mampu nak bayar yuran Sekolah KAFA. Kalau free mereka hantar ke Sekolah KAFA sebagaimana mereka hantar anak ke Sekolah Kebangsaan. Tidak sepatutnya meletakkan alasan penutupan sekolah ini kerana ini satu polisi daripada JAKIM. Sedangkan Sekolah KAFA milik bersama dengan Kerajaan Negeri di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
Lebih mengecewakan lagi apabila ada pelajar Sekolah KAFA yang ditahan selama 2 bulan akibat daripada perintah Mahkamah Ops Global. Terhalang menduduki peperiksaan UPKK dan SRAI yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan yang saya kemukakan sebentar tadi. Yang ketiga, Trong ingin mencadangkan agar pihak kerajaan menghargai segolongan rakyat yang sangat berjasa kepada agama khususnya masjid iaitu golongan yang namanya Pengerusi Masjid, Setiausaha Masjid, Bendahari Masjid yang mereka ini berkhidmat secara sukarela. Mereka menunaikan tanggungjawab yang besar dalam pentadbiran dan pengimarahan masjid. Bahkan diberikan amanah menguruskan kewangan dan pembangunan masjid.
Alangkah baiknya sekiranya Kerajaan Negeri memberikan sagu hati one off atau suatu penghargaan yang sewajarnya kepada mereka. Mereka berkhidmat secara sukarela. Apa salahnya kita beri satu penghargaan kepada Pengerusi, kepada Setiausaha, Bendahari Masjid yang banyak berjasa dan ada yang puluhan tahun memegang jawatan secara sukarela, berkhidmat kepada agama dan Negara. Trong juga ingin membangkitkan satu isu iaitu tanah rizab kubur yang dirizabkan sebagai warta tanah kubur di zaman British, yang mana ada satu penempatan di Dun Trong ini yang nama nya yang dikenali sebagai Kampung Baru Batu 11. Ia merupakan petempatan yang berstatus iaitu warta tanah kubur. Iaitu terdapat perkuburan, sebuah surau dan 14 buah rumah di rizab ini. Dia dirizabkan di zaman British. Trong mencadangkan agar pihak kerajaan membatalkan rizab tanah warta tanah kubur ini untuk dijadikan sebagai rancangan perkampungan tersusun. Dijadikan sebagai tanah wakaf perkuburan dan iaitu dan dibina dan dirizabkan juga kepada tanah wakaf surau. Saya juga memohon agar Majlis Agama Islam (MAIPk) dan Jabatan Mufti agar mengkaji cadangan ini agar selari dengan hukum syarak dan fatwa semasa kerajaan.
Trong juga ingin membangkitkan dan mengucapkan tahniah atas kejayaan MAIPk iaitu kutipan zakat bagi tahun 2024 sebanyak RM253juta. Tahniah diucapkan. Namun persoalan yang ingin saya tanya. Apakah status siasatan dakwaan berlakunya penyelewengan oleh sebuah syarikat yang masih gagal mendepositkan wang pada bulan Januari 2024 yang berjumlah RM9.62juta? Apakah status siasatan terhadap penyelewengan yang berlaku dalam kutipan zakat ini? Dan saya ingin bertanya juga apakah sebenarnya komisyen yang dibayar kepada ejen pengutip yang mewakili Majlis MAIPk yang mewakili MAIPk? Berapa komisyen? 50% kah 30% kah 20% kah? Tolong berikan jawapan kepada kami. Dan kita juga mahu perkara ini diselesaikan kerana kita nak jaga tatakelola dan akauntabiliti Kerajaan Negeri ini. Terutama sekali apa yang berlaku sebelum ni, yang pernah dibangkitkan oleh ketua pembangkang tentang bagaimana 3,214 ribu hektar tanah rizab melayu yang berpindah milik kepada bukan melayu tetapi siasatan SPRM hanya bertemu hanya dapat mendakwa iaitu seorang bekas pegawai PTG iaitu berlakunya dakwaan yang 649.2 hektar. Daripada 3000 cuma 600 sahaja yang didakwa. Mana lagi yang baki? Kita mohon, apa jawapan SPRM di atas siasatan kehilangan tanah rizab Melayu yang dimiliki oleh orang bukan melayu ini? Apa yang berlaku dalam siasatan? Tolong dedahkan kepada rakyat yang ingin mendengar jawapan ini.
Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana melalui Rolling Plan Kelima tahun 2025 RMK-12 yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar peruntukan RM37.9 juta Rancangan Tebatan Banjir Sungai Trong. Namun, sementara menunggu pelaksanaan projek ini, rakyat Trong terpaksa menerima musibah banjir saban tahun dan ada bahaya yang sedang menanti. Semalam, saya pergi memantau punca air sungai Trong ini iaitu di Hutan Simpan Gunung Bubu. Berlaku 1 gelongsoran tanah yang besar yang berhampiran dengan intake Loji LAP. Gelongsoran tanah itu menyebabkan pokok-pokok yang bersaiz pokok balak berhimpun di bawah intake LAP ini. Sekiranya berlaku hujan yang lebat dan kawasan kayu-kayu balak yang terhimpun di dalam sungai ini semakin berat, semua kayu-kayu ni akan turun. Akan berlaku satu banjir besar di Pekan Trong. Saya minta kepada Jabatan Hutan tolong hadir ke bumi Trong. Tengok apa yang berlaku di dalam hutan simpan ini. Yang mana kayu-kayu yang bersaiz balak ini berhimpun di dalam sungai. Kita tak mahu kejadian banjir besar sebagaimana yang berlaku di Baling akibat daripada ketidak-urusan ketidak-kecekapan pengurusan hutan yang berlaku di Gunung Inas pada suatu ketika dahulu.
Trong juga ingin membangkitkan masalah sempadan kerja agensi Kerajaan antara 2 daerah Larut, Matang dan Selama dan juga daerah Manjung. Sering berlaku pertikaian sempadan kerja JKR, JPS, TNB dan agensi lain. Pihak JPS antara 2 daerah masih berkhilaf, mana dia sempadan antara Sungai Rotan, Manjung dengan Sungai Rotan, Larut, Matang dan Selama menyebabkan ada berlaku kekurangan dalam penyelenggaraan tidak berlaku dengan baik. Ada bahagian yang tak diselenggara kerana berkhilaf sempadan. Akhirnya sampai ke tahap ada pokok sawit yang tiba-tiba tumbuh dalam sungai dan hari ni dah boleh kutip hasil. Ini masalah yang berlaku akibat sempadan kerja yang tidak diselesaikan dengan baik dan ini menjadi punca kepada berulangnya banjir yang berlaku di Sungai Rotan ini khususnya di Kampung Berjaya, di Padang Serai Dalam dan Batu Hampar Dalam. Rakyat sudah penat. 10 hari duduk di PPS pada bulan Oktober yang lepas.
Hari ini hari yang kelima rakyat Trong, Batu Hampar, Padang Serai terpaksa tinggal di PPS sudah masuk hari yang ke lima. Minta tolong selesaikan masalah ini dan berkenaan banjir di Trong ini juga dan juga seluruh Perak. Saya datang ke menziarahi mangsa-mangsa banjir. Ada pesakit dan ada OKU. Mereka tak mahu keluar rumah untuk pergi ke PPS. Di rumah mereka ada katil. Orang sakit OKU. Di PPS tiada katil. Di PPS tak ada tandas OKU. Susah mereka untuk hidup di PPS. Tolong sediakan tandas khas untuk OKU di semua PPS di negeri Perak ni. Tolong sediakan katil pesakit untuk mereka tidur berehat supaya mereka boleh tidur dengan aman. Mereka nak turun bawah susah nak bangun. Susah. Tolong ambil perhatian supaya keselesaan dan suasana yang kondusif terutama kepada golongan OKU warga emas dan juga orang yang sakit di PPS ini.
Yang di-Pertua dan seluruh isi Dewan, yang terakhir saya ingin sebutkan tentang masalah terputusnya bekalan air bersih akibat takungan loji air Trong yang sering tersumbat. Semalam saya ingin menyelami masalah yang berlaku. Saya pergi ke takungan air loji Trong jauh di atas bukit Gunung Bubu. Saya amat terkejut kerana untuk sampai ke situ dah naik atas dah tempat parking lori, parking 4x4, saya nak kena turun dua ratus anak tangga yang curam dan merbahaya. Dua ratus anak tangga mungkin tingginya 100 kaki tinggi. Naik pun tinggi, turun pun tinggi. Curam dan merbahaya. Kenapakah sampai sekarang Pihak LAP tak pernah nak baik pulih tangga ini? Macam mana mereka bekerja turun waktu malam untuk menyelenggara intake yang tersumbat. Nak turun anak tangga itu pun bahaya dan ini satu benda yang tak masuk akal lah. Sepatutnya dah lama benda ini dah diperbaiki. Bahaya.
Ini soal keselamatan. Tak berlaku tak apa. Kalau berlaku kita baru nak bincang dalam sidang dewan. Bahkan apa yang berlaku ialah kerja-kerja yang dibuat oleh kontraktor secara manual. Tak ada satu teknologi moden nak cuci intake yang tersumbat. Masalahnya jentera nak turun tu 100 kaki ke bawah. Jentera mana yang boleh masuk melalui tangga itu. Mungkin kena naik kena pakai helikopter turun. Ini masalah yang berlaku yang kena tahu. Rakyat kena tahu dan memang rakyat tak tahu kebanyakannya. Saya pergi tengok baru tahu macam ni susahnya nak baik pulih bila intake ni tersumbat. Maka kita berharap supaya masalah ini diselesaikan dan lebih sedih juga apabila dibuat penyelenggaraan, saya lihat ada SOP keselamatan yang tak dipatuhi. Kepala air boleh datang bila-bila masa. Bila tak pakai gajet, jaket keselamatan dalam buat kerja di dalam air, dia bahaya. Saya mohon supaya jangan ada kehilangan nyawa dalam proses untuk penyelenggaraan apabila intake ini tersumbat.
Maka bagi menyelesaikan masalah ini sebagaimana yang sudah diberitahu oleh pihak kerajaan iaitu kena bina satu loji baru di Trong ini. SPAN dah lulus. Sekarang ini sedang buka tender. Kita mohon supaya tolong segerakan loji baru Trong yang berteknologi moden supaya tak berlaku lagi masalah terputus bekalan air di Trong kerana intake tersumbat. Rakyat di Trong dah tak tahan dah. Kadang-kadang yang terbaru sampai 4 hari. Orang yang nak meniaga tak boleh buka kedai. Anak anak kecil, warga emas orang sakit di rumah tak ada bekalan air. Warga emas nak pergi ambik bekalan air di luar yang disediakan oleh LAP jauh. LAP takkan nak hantar rumah ke rumah. Memang kita LAP saya tahu tak ada kekuatan untuk hantar rumah ke rumah. Jadi, kita minta selesaikan masalah ini iaitu loji yang baru ini intake yang baru ini mesti segera. Nak tunggu 2 tahun, maka rakyat berdepan dengan masalah. Maka sebagai pilihan alternatif, kita berharap LAP tolonglah untuk menyelesaikan masalah secara segera ini. Apabila intake LAP di loji Trong ini tersumbat, maklumlah intake satu, loji satu. Kalau intake tu tiga, loji satu, intake satu tersumbat ada lagi dua intake. Satu intake satu loji. Tak selesai masalah.
Jadi kita harap apabila intake loji ini tersumbat, maka alternatifnya mesti ada gerak kerja yang dibuat oleh LAP untuk disalurkan air melalui loji yang lain. Ada loji air terjun. Ada loji daripada Ayer Kuning. Loji-loji ni kita harap disegerakan iaitu projek bypass supaya loji daripada di luar Trong ini boleh supply air sampai ke Kampung Salak. Sampai ke Changkat Ibol. Sampai ke Kampung Pauh. Sampai ke Kampung Cheh. Sampai ke Bukit Cempedak. Masalah rakyat empat hari tiada air ini bukan sesuatu yang menyeronokkan.
Yang di-Pertua dan seluruh sahabat-sahabat Ahli Dewan yang saya hormati dan juga yang mendengar. Oleh yang demikian, sebagai wakil rakyat yang mewakili rakyat Dun Trong khususnya kami amat berharap masalah-masalah yang telah dibangkitkan oleh saya pada hari ini dapat segera diselesaikan dengan sebaik mungkin. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang bertungkus lumus membantu rakyat tak kiralah JKR, LAP, JPS, JPAM, Pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Bandaran dan yang saya tak sempat nak sebut pada hari ini terima kasih pada semua yang telah bantu rakyat di Dun Trong. Cuma apa yang saya tegur pada hari ini, apa yang saya cadangkan pada hari ini adalah supaya berlaku penambahbaikan. Bila kita buat kebaikan Nabi bersabda;(Ayat suci Al-Quran). Nabi bersabda, "sebaik baik manusia, manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia."
Mudah-mudahan semua kerja-kerja jabatan kerajaan yang buat pada hari ini kebaikan untuk manusia kita tumpang pahala yang Allah Ta'ala nak bagi kepada kita dihari akhirat kelak.
Ayuh saya mengajak sidang Dewan dan juga ketua-ketua jabatan kita terus bekerja. Kita terus berusaha. Kita terus menjaga rakyat yang diamanahkan kepada kami dan kita semua menunaikan amanah dengan sebaik mungkin kerana kita bukan hanya jawab di hadapan Dewan ini, kita bukan hanya nak jawab dengan manusia dan rakyat tapi yang kita nak jawab adalah nak berjawab di hadapan Allah SWT di mahkamah Robbul Jalil yang kita tak dapat lari daripada mahkamah Tuhan di akhirat kelak. Minta maaf di atas sebarang kekhilafan. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Speaker. Wallahualam. (Bacaan ayat suci Al-Quran). Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wassalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih Yang Berhormat dari kawasan Trong yang menamatkan perbahasan sebentar tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan. 20 minit dipersilakan.
Auzubillahiminasshaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Bacaan ayat suci Al-Quran). Salam Perpaduan. Salam Malaysia madani. Salam Perak sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Dewan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan tidak dilupakan seluruh masyarakat negeri Perak yang menyaksikan sidang Dewan secara langsung ataupun melalui atas talian khasnya masyarakat Ayer Kuning yang saya kasihi.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua pada kesempatan ini, Ayer Kuning turut menyatakan sokongan penuh terhadap Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang jelas mencerminkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan rakyat. Belanjawan berteraskan Kemakmuran Negeri, Mensejahterakan Rakyat bukan sekadar himpunan angka atau dokumen peruntukan tetapi satu manifestasi tekad Kerajaan Negeri untuk memacu pembangunan Perak secara mapan, inklusif dan berpaksikan rakyat. Ia menzahirkan aspirasi membawa Perak menuju status negeri maju dalam dekad ini tanpa meninggalkan sesiapa di belakang. Bantuan Khas Kewangan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga bukti bahawa khidmat bakti penggerak di negeri Perak ini dihargai.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, Ayer Kuning ingin menyentuh berkaitan dengan kesejahteraan rakyat. Belanjawan 2026 jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri memastikan tiada golongan yang terpinggir khususnya warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya serta golongan miskin. Belanjawan ini ibarat perahu yg membawa rakyat menyeberangi lautan cabaran tanpa meninggalkan sesiapa di belakang. Ayer Kuning mencadangkan Kerajaan Negeri memperkasakan mekanisme pusat sehenti kebajikan atau dengan izin One Stop Welfare Centre di setiap daerah sebagai satu pusat penyelarasan bantuan kerajaan negeri, persekutuan, zakat dan juga badan bukan kerajaan. Dengan ini, rakyat dapat memperolehi maklumat memohon bantuan dan menerima bimbingan sosial secara bersepadu umpama satu jambatan yang menghubungkan rakyat dengan harapan dan sokongan.
Dato' Seri Yang di-Pertua perluasan fungsi Program Pembangunan Warga Emas dan pusat aktiviti warga emas amat penting dewasa ini. Ianya bagi memastikan warga emas bukan sahaja menerima bantuan tetapi terus aktif, sihat, berdikari dan menyumbang kepada masyarakat. Perak dijangka menjadi antara negeri di Malaysia yang mencapai status menua pada 2030 apabila lebih dari 14% populasinya berusia 65 tahun ke atas. Warga emas perlu diperkasakan agar tidak menjadi daun layu yang gugur tanpa memberi manfaat tetapi seperti pokok rendang yang terus meneduhkan dan memberi buah kepada generasi muda.
Bagi menangani isu kesihatan mental dan kesejahteraan rakyat, Ayer Kuning mencadangkan penambahan program intervensi komuniti seperti Sahabat Minda Sihat dengan penglibatan guru, imam, sukarelawan belia dan kaunselor masyarakat. Program ini khusus untuk remaja dan keluarga berpendapatan rendah agar mereka tidak terperangkap dalam tekanan sosial tetapi dibimbing ke arah minda yang sihat dan positif. Seiring itu juga, fungsi JPKK, KRT dengan izin bersama badan bukan kerajaan perlu diperkasa sebagai penggerak komuniti. Umpama cahaya pelita yang menuntun rakyat dalam gelap mengenal pasti keperluan setempat menyalur bantuan secara tepat dan melaksana program pembangunan komuniti. Dengan ini, jaringan sokongan rakyat akan menjadi lebih mantap, inklusif dan bermakna.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, pada kesempatan ini juga saya ingin menyentuh berkaitan dengan kemiskinan bandar. Kemiskinan bandar di Perak pula lebih ketara dalam aspek peluang pekerjaan, kemahiran dan akses digital. Miskin bandar ramai miskin, Ramai penduduk miskin bandar bekerja dalam sektor tidak formal atau bergaji rendah kerana kekurangan kemahiran teknikal dan digital. Oleh itu, kerajaan dan juga badan bukan kerajaan haruslah digalakkan memperkasa program latihan TVET dan kursus kemahiran mikro usahawan bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan membolehkan penduduk memulakan perniagaan kecil. Akses digital yang terhad juga menjejaskan pendidikan, latihan dan peluang perniagaan. Pelajar B40 misalnya menghadapi cabaran mengikuti pembelajaran atas talian kerana kekangan akses internet yang mahal. Penyelesaian termasuk penyediaan internet mam penyediaan internet mampu milik, pusat komuniti digital dan bengkel literasi digital diwujudkan supaya golongan miskin bandar dapat memanfaatkan teknologi untuk pendidikan, pekerjaan dan perniagaan.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat kawasan yang dikategorikan di luar bandar Ayer Kuning hargai perhatian kerajaan negeri terhadap pembangunan prasarana asas seperti jalan kampung, bekalan air, elektrik, internet dan perumahan. Ayer Kuning menyokong inisiatif Kumpulan Wang Pembangunan 2026, khususnya peruntukan untuk menaiktaraf jalan pertanian dan jambatan kecil yang walaupun berskala kecil memberi impak besar kepada mobiliti rakyat dan ekonomi di desa. Ayer Kuning ingin menekankan kepentingan selenggara prasarana dan perluasan capaian digital di kawasan luar bandar banyak kemudahan yang dibina dengan baik sering mengalami kerosakan kerana kurang selenggara berkala manakala akses internet yang kini menjadi keperluan asas masih belum mencukupi di beberapa kawasan. Justeru itu, Ayer Kuning memohon agar Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan ruang dalam belanjawan pembangunan untuk memperkukuh unit selenggaraan seperti di tebing Sungai Batang Padang terutama di kawasan dengan izin hotspot dalam kawasan Ayer Kuning antaranya dari Tapah Road dan Kampung Tanjung Keramat supaya kawasan tersebut tidak terdedah dengan hakisan sungai dan banjir. Ayer kuning juga memohon agar pihak Jabatan Kerja Raya diberikan ruang dalam belanjawan ini bagi menangani isu lampu jalan dan keselamatan jalan di luar bandar yang memerlukan perhatian serius seperti di Jalan Banir Ayer Kuning yang kini menjadi laluan pengguna tempatan. Kawasan kegelapan dan pencahayaan yang tidak mencukupi meningkatkan risiko kemalangan yang ketara. Tambahan pula, dengan masalah lembu ataupun haiwan yang berkeliaran dan ingin saya nyatakan dengan tegasnya perlu kepada Jabatan Veterinar untuk terus kritikal dalam menangani isu haiwan berkeliaran ini. Kita tidak mahu ada berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa penduduk kerana isu ini.
Selain daripada itu, projek prasarana jalur lebar juga perlu diberi keutamaan terutamanya di pusat komuniti agar masyarakat luar bandar dapat meraih manfaat pendidikan, perniagaan kecil dan komunikasi moden dalam Dun Ayer Kuning sebagai contoh perhatian perlu diberikan kepada kawasan-kawasan seperti Changkat Petai, Sungai Kurung, Kampung Kenangan, Tapah Road yang masih memerlukan capaian internet lebih stabil dan luas. Pada masa kini tanpa internet masyarakat luar bandar ibarat perahu tanpa kompas mampu bergerak tetapi sukar menentukan haluan ke masa hadapan. Dengan langkah ini, kesejahteraan rakyat dapat dipertingkat secara menyeluruh selaras dengan aspirasi pembangunan negeri.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, tiada pelaburan yang lebih berbaloi untuk masa depan negeri ini selain pembangunan modal insan. Ayer Kuning juga menyambut baik peruntukan besar dalam belanjawan ini termasuklah bantuan khas Pendidikan, Program Back to School dan bantuan baucar buku. Tidak juga dilupakan program TVET dan kemahiran yang besar. Perak, seperti yang kita maklumi mempunyai kelebihan besar dalam membangunkan ekosistem TVET yang strategik dan menyeluruh dari institusi latihan kemahiran Politeknik, GIATMARA, Institut Kemahiran Mara hingga ke Universiti. Ayer Kuning menyokong usaha Kerajaan Negeri memperkukuh kerjasama dengan sektor industri tempatan dan luar negara agar graduan TVET termasuk peserta GIATMARA dan IKM memiliki nilai pasaran tinggi serta mampu memenuhi keperluan ekonomi semasa. Selain itu, Ayer Kuning juga mencadangkan penubuhan ekonomi, penubuhan Akademi Kepimpinan Belia Perak. Satu program khas untuk melatih generasi muda dari luar bandar agar celik kepimpinan, celik digital dan menjadi agen perubahan dalam komuniti masing-masing. Akademi ini bersifat pragmatik, bukan fizikal dan berpotensi menjadi pemangkin kepada dasar khusus bagi belia di negeri Perak.
Dato' Yang di-Pertua, Dato' Seri Yang di-Pertua, bidang pertanian kekal sebagai nadi ekonomi luar bandar dan tunjang kepada kestabilan makanan negeri. Ayer Kuning merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas komitmen menyalurkan peruntukan yang signifikan dalam belanjawan ini bagi memperkukuh keterjaminan makanan dalam negeri Perak. Sering seiring perubahan landskap pertanian, kita perlu bergerak ke arah pertanian pintar berasaskan teknologi data dan kaedah hijau. Di sini dicadangkan agar agensi atau pun mana-mana yang terlibat seperti Lembaga Pembangunan Pertanian Negeri, memperkukuh program perintis Smart Agro Hub dengan izin sebagai pusat demonstrasi teknologi untuk membantu petani kecil mengadaptasi amalan moden seperti fertigasi dron semburan dan dengan izin Internet Of Things (IOT). Di sini juga kita menyokong perlu menyokong usaha kerajaan untuk menstruktur semula tanah pertanian yang terbiar untuk dimajukan melalui kerjasama Koperasi dan belia tani bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan di desa serta mengurangkan penghijrahan belia.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa usaha memperkasakan satu industri pertanian iaitu industri kopi harus terus diberikan perhatian apabila Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Perak menubuhkan pusat pemprosesan kopi di Tapah yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri. Selaras dengan hasrat Kerajaan memperluaskan kawasan tanaman kopi. Apalah kiranya Ayer Kuning mencadangkan kawasan ini dimulakan di Tapah khususnya di dalam kawasan Ayer Kuning. Langkah ini bukan sahaja menjimatkan kos logistik tetapi juga memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan setiap biji kopi dari tanah yang subur hingga ke cawan yang harum mewangi. Mengekalkan keunikan aroma dan rasa asli kopi Perak.
Pada masa yang sama, Ayer Kuning menyarankan agar Kerajaan Negeri membangunkan mekanisme kawalan harga yang adil dan telus. Termasuk garis panduan harga ladang serta penyelarasan bersama pengusaha agar petani kopi menerima pulangan yang setimpal dan terjamin. Jika program ini dilaksanakan dengan baik, tidak mustahil suatu hari nanti, kopi Perak akan menyaingi kopi terbaik dunia. Menjadi lambang kebanggaan negeri, memikat hati pencinta kopi tempatan dan antarabangsa dan setiap hirupan kopi akan bercerita tentang tanah, kerja keras dan dedikasi rakyat Perak.
YB mohon izin mencelah, Trong.
Saya banyak lagi, sekejap sekejap. Ok. Ah. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, isu status tapak tanah tapak bagi masjid dan surau harus diselesaikan dengan segera. Bagaikan akar yang kukuh menegak pohon, tanah yang sahih menjadi asas bagi rumah ibadat agar dapat berdiri megah dan menaungi rohani kepada masyarakat. Ayer Kuning berharap memohon dan berharap agar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak dan Pejabat Tanah dan Galian dapat bekerjasama bagai dua tangan yang saling berpaut untuk menuntaskan isu ini demi memastikan setiap masjid dan surau dapat terus menjadi pusat ibadat, pusat pendidikan dan penyebaran kebaikan kepada umat. Dato' Yang di-Pertua, Dato' Seri Yang di-Pertua, kita bukan sahaja membina jalan dan jalan dan bangunan tetapi membina manusia, masyarakat dan masa hadapan kerana negeri yang berjaya tidak hanya diukur pada tinggi bangunannya tetapi pada teguhnya jiwa rakyat, Ayer Kuning percaya bahawa belanjawan ini mengangkat Perak ke arah landasan yang tepat umpama benih yang baik ditanam di tanah yang subur pasti menghasilkan buah yang mengenyangkan seluruh negeri.
Sebagai Adun Kerajaan, Ayer Kuning berdiri teguh menyokong belanjawan ini kerana ia menzahirkan hasrat kerajaan, hasrat murni Kerajaan Negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjadikan Perak sebuah negara yang benar-benar maju, makmur dan sejahtera untuk semua lapisan masyarakat dari bandar ke luar bandar, dari petani ke usahawan, dari pelajar ke warga emas. Marilah kita berganding bahu kerana muafakat itu adalah jambatan dan perpaduan itu alas kukuh yang membolehkan negeri ini melangkah lebih jauh. Marilah kita memastikan bahawa setiap ringgit yang diperuntukkan benar-benar memberi makna kepada kehidupan rakyat di negeri Perak. Seperti air yang mengalir ke sawah. Tidak tersia tetapi menyuburkan hasil.
Dato' Seri Yang di-Pertua, pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen agensi-agensi kerajaan yang ada di daerah Batang Padang. Daripada Tuan Pegawai Daerah, semua ketua-ketua jabatan yang telah memberikan komitmen bagi memastikan urusan rakyat di negeri ini di sorry di daerah Batang Padang dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Akhirnya dengan penuh yakin dan harapan Ayer Kuning menyokong penuh belanjawan bagi tahun 2026. Sekian terima kasih. Dato' Seri Yang di-Pertua. Ayer Kuning mohon menyokong. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning yang telah menamatkan perbahasannya dalam tempoh yang ditetapkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk memulakan perbahasan 20 minit di persilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. (Bacaan Al-Quran) Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Gunong Semanggol, Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan dan rakan pembangkang, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan, baik daripada persekutuan mahupun daripada negeri, pengamal-pengamal media dan seterusnya tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah baik di dalam dewan yang mulia ini atau pun di atas talian. Firman Allah SWT (BACAAN AYAT AL-QURAN). “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya melaksanakan segala amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu melaksanakan dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan suruhan itu memberi pengajaran yang sebaiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”. Surah An-Nisa Ayat 58. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita masih diberi peluang untuk bertemu di dalam persidangan pada petang ini. Mudah-mudahan persidangan kita pada hari ini diberkati dan dirahmati Allah Taala.
Saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan bajet Belanjawan 2026. Insha Allah saya akan memfokuskan ucapan saya kepada beberapa aspek penting yang amat dekat di hati rakyat, khususnya penduduk luar bandar sesuai dengan demografi Dun Lubuk Merbau iaitu kebajikan rakyat, pembangunan infrastruktur, kos sara hidup, keterjaminan makanan. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, pada hari yang mulia ini, di Dewan yang mulia ini, Lubuk Merbau dengan hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-
Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda bagi tahun 2025. Dirgahayu Tuanku. Dipohonkan ke hadrat Allah SWT, Tuanku dikurniakan taufiq dan hidayah serta kesihatan dan dilimpahkan segala kebaikan dan ihsan serta dikurniakan segala hikmah dan bijaksana bagi memayungi negeri pada setiap masa.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan kepada kita semua satu bajet Belanjawan Negeri Perak 2026 yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Sudah pasti belanjawan ini adalah hasil usaha dan buah fikiran rakan-rakan penjawat awam yang sangat hebat dan berdedikasi dalam memastikan rakyat negeri Perak dapat menerima dan menikmati bersama hasil mahsul bumi Perak yang tercinta. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya juga mengambil peluang mengucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak yang sedang mengambil peperiksaan SPM dan mendoakan supaya calon-calon SPM tahun ini diberikan ketenangan, kemudahan dan mendapat natijah yang cemerlang dan saya mengucapkan juga takziah kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Perak yang sedang diuji dengan musibah banjir. Mudah-mudahan Allah Taala mengurniakan kesabaran dan ketabahan di atas ujian yang dihadapi. Rasulullah SAW mengajar kita apabila ditimpa musibah banyakkan berdoa. (BACAAN AYAT AL-QURAN) yang bermaksud Ya Allah, berikanlah kami pahala kerana musibah ini dan gantikanlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Belanjawan Perak 2026 ini mempunyai asas yang baik dan menampilkan pelbagai inisiatif dan insentif kebajikan. Namun, izinkan saya memberi beberapa cadangan penambahbaikan berdasarkan maklum balas langsung daripada penduduk Lubok Merbau. Saya berkeyakinan masih banyak lagi ruang-ruang yang boleh ditambah baik untuk manfaat rakyat. Kita tidak mahu belanjawan ini cantik di atas kertas tetapi tidak menyentuh realiti kehidupan rakyat. Penambah agihan bantuan berasaskan data. Kita sering berhadapan dengan masalah overlap bantuan dengan izin atau lebih mendukacitakan keluarga yang benar-benar memerlukan tercicir daripada senarai penerima. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri membangunkan satu pangkalan data kemiskinan Perak yang menghimpunkan data secara bersepadu daripada semua agensi termasuklah daripada JAKIM, daripada zakatnya, Pejabat Daerah dan agensi Persekutuan. Sistem ini pula sentiasa dikemaskini supaya datanya bersifat up to date dengan izin. Pangkalan data ini juga mestilah bersifat mesra pengguna ataupun mudah diakses oleh pihak-pihak berkepentingan terutamanya Ketua Kampung, Pejabat Penghulu dan Pusat Khidmat Adun. Saya yakin dengan cara ini, bantuan yang diperuntukkan dalam belanjawan negeri ini akan jauh lebih tepat sasaran dan mengurangkan pembaziran.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Alhamdulillah Kerajaan Negeri masih meneruskan Program Kad Perak Sejahtera dengan peruntukan sebanyak RM24.5 juta tahun ini iaitu kenaikan sebanyak RM0.5 juta. Alhamdulillah, kerajaan meningkatkan jumlah penerima kepada 21 ribu orang. Walaupun masih jauh daripada angka 25 ribu yang pernah saya cadangkan dalam sidang yang lepas, namun peningkatan ini tetap satu langkah yang baik dan wajar dipuji.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit isu berkaitan kesihatan. Saya selalu mendapat aduan daripada warga emas berkaitan masalah pengangkutan untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan mereka.
Pernah beberapa kali staf pusat khidmat saya terpaksa menghantar dan membawa orang kampung ke klinik atau hospital disebabkan keuzuran, kemiskinan dan tinggal sebatang kara dan sebagainya. Saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan boleh dapat mewujudkan atau memperluaskan perkhidmatan klinik bergerak terutamanya yang melibatkan kawasan pinggir bandar. Hasrat ini boleh dilaksanakan dengan usaha sama melibatkan kerajaan negeri, klinik kesihatan, farmasi, pertubuhan perubatan seperti PAPISMA dan lain-lainnya.
Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua, infrastruktur yang baik seperti jalan raya dan lampu jalan bukan sekadar infrastruktur tetapi ia adalah asas pembangunan ekonomi dan sosial. Penduduk Lubok Merbau khususnya banyak bergantung kepada jalan-jalan kecil dan jalan kampung bagi mengangkut hasil ladang dan pertanian seperti sawit, jagung dan sayur-sayuran. Malangnya, aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perladangan ini kerap terhalang disebabkan oleh infrastruktur jalan yang tidak sempurna. Justeru, saya memohon supaya pihak Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan sebahagian peruntukan untuk menaik taraf jalan pertanian dan jalan kampung khususnya di Dun Lubuk Merbau. Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua, Alhamdulillah tahun ini Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk tujuan baik pulih dan bina baru masjid dan surau. Jumlah yang sama seperti yang diperuntukkan pada tahun lepas. Saya sekali lagi menggesa Kerajaan Negeri supaya dapat menyalurkan segera sejumlah peruntukan bagi pembinaan masjid di Taman Puncak Bougenvilla. Seingat saya dah tiga kali dah saya menyebut hal ini di dalam Dewan yang mulia ini sekali lagi saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya dengar rintihan mereka dan bantulah penduduk taman ini dan rasanya pihak jawatankuasa masjid pun pernah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat MB semasa hari bertemu pelanggan pada tahun lepas.
Seterusnya Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM5 juta untuk tujuan baik pulih institusi pendidikan Islam di Negeri Perak. Dalam Dewan yang mulia ini saya mohon jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk meluluskan sedikit peruntukan kepada Sekolah Rendah Agama KAFA An-Nur yang terletak berdekatan dengan Taman Kuala Kangsar bagi membina sebuah kantin untuk sekolah KAFA. Sekolah ini antara sekolah KAFA yang pelajar yang paling ramai di daerah Kuala Kangsar iaitu sekitar 350 orang. Saya pergi ziarah mereka pada 2 bulan sudah. Hati saya hiba melihat keadaan anak-anak KAFA yang terpaksa makan ketika rehatnya di kanopi. Ada yang makan di dalam kelas, ada yang makan di kaki lima. Di sebabkan tidak ada kantin yang selesa untuk anak-anak ini dan saya dimaklumkan kanopi pun dah 3 kali rosak sebab ribut. Saya mohon jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya dapat mempertimbangkan permohonan ini demi keselesaan anak anak untuk belajar agama.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, alhamdulillah tahun ini juga Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM116.9 juta untuk tujuan pengurusan infrastruktur pengairan dan saliran yang diuruskan oleh JPS. Peningkatan sebanyak RM5.4 juta berbanding tahun lepas. Pertambahan peruntukan ini sangat bertepatan dengan situasi semasa yang kita hadapi. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Subhanawataala untuk Dun Lubok Merbau kami tahun ini tidak diuji dengan banjir yang teruk seperti mana yang berlaku tahun-tahun sebelum ini. Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JPS di atas usaha keras mereka yang mula menampakkan hasil positif. Walau bagaimanapun masih terdapat satu kawasan di
Dun Lubok Merbau yang sehingga ini masih kerap ditimpa banjir iaitu di Kampung Buaya. Tahun ini sahaja kawasan tu dah 3 kali diuji dengan banjir.
Justeru itu saya memohon jasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya dapat memberi peruntukan sejumlah wang untuk menangani masalah banjir di kampung tersebut serta pembinaan jambatan baru yang lebih tinggi di Kampung Buaya dan saya juga menarik perhatian ahli dewan yang mulia ini berkaitan satu isu yang berlaku di Dun Lubuk Merbau iaitu masalah bekalan air yang kerap terputus walau pun hujan tapi air tetap tak ada juga. Antara kawasan yang paling kerap terputus bekalan air adalah kawasan Kampung Lubok Merbau sendiri, Kampung Keroh Hulu, Lanih, Kampung Labu Kubong. Saya mohon pihak LAP dan agensi berkaitan supaya dapat mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dalam era digital akses internet bukan lagi kemewahan tapi ia merupakan satu keperluan untuk Dun Lubok Merbau sangat mendukacitakan apabila masih terdapat kawasan yang capaian internetnya sangat lemah. Antaranya kawasan tempat perkelahan iaitu kawasan Ulu Kangsar. Begitu juga di kampung pulau dan lain lainnya. Akses internet yang lemah sangat mengganggu penduduk kampung yang melaksanakan perniagaan atas talian dan menyukarkan pembelajaran anak-anak dan saya mencadangkan juga supaya Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan pembekal rangkaian untuk menyediakan internet berkelajuan tinggi di setiap kampung. Kerajaan juga boleh memperluaskan hotspot atau pun wifi percuma bukan sahaja di bangunan kerajaan tetapi juga di bangunan komuniti penduduk, balai raya dan masjid.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, alhamdulillah tahun ini Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM11.45 juta untuk bantuan pelajar di peringkat institut pengajian tinggi. Bagi pelajar yang mendapat tawaran ke universiti cabaran terbesar anak-anak ini adalah kos pendaftaran awal. Untuk tahun ini sahaja lebih 100 orang yang saya dah bagi bantuan one off untuk anak-anak yang sambung belajar di IPT. Dengan peruntukan dana yang terhad berapa sangat yang boleh diberi menyebabkan ada juga anak-anak ini terpaksa membatalkan hasrat untuk menyambung pelajaran disebabkan duit yang tak cukup nak bayar yuran pendaftaran. Justeru itu saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat memperluaskan skim bantuan yuran permulaan IPT sehingga RM2000 untuk mahasiswa dalam negara dan jumlah nilaian bantuan ini mestilah diukur berdasarkan realiti individu tersebut. Bukan dinilai secara pukul rata.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon Kerajaan Negeri supaya dapat menyelesaikan masalah ketiadaan lampu di jalan-jalan kampung dan jalan-jalan utama terutamanya di Dun Lubok Merbau. Antara kawasan yang dikenalpasti masih gelap adalah laluan seperti Kampung Rambong, Kampung Jelapang dan Kampung Tanah Merah, Kampung Lalang, Kampung Koh Seberang dan saya juga memohon agar agensi yang berkaitan dapat melibatkan pusat khidmat Dun dalam menentukan lokasi atau pun agihan lampu jalan. Kita tidak mahu tempat yang sudah cerah bertambah cerah. Yang tetap gelap gelita dibiarkan terus bergelap. Biarlah lampu jalan ini seimbang dari sudut lokalitinya. Saya juga menggesa supaya pihak agensi dapat membuat kerja-kerja selenggara berkala terhadap lampu-lampu jalan yang sedia ada. Saya lihat banyak lampu jalan yang tak menyala atau pun lampu yang sangat malap disebabkan terlampau lama atau pun lampu jalan yang terselindung dengan rimbunan pokok dan sebagainya.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya berpandangan situasi cabaran ekonomi untuk tahun hadapan sangat mencabar dan kritikal terutamanya bagi golongan peniaga dan usahawan kecil yang sebahagian besar tergolong dalam golongan B40. Saya selalu bersembang dengan golongan ini di kedai dan di warung kopi dan acap kali kebimbangan ini disuarakan oleh mereka. Mereka berdepan dengan kos harga barang meningkat, kos sewa, utiliti, lesen dan semuanya semakin tinggi. Saya menggesa pihak kerajaan supaya dapat memperluaskan bantuan atau pun program yang dapat membantu golongan ini secara telus dan bersasar dan tepat sasarannya. Antaranya rebet lesen perniagaan, diskaun, kadar sewa, pembiayaan pinjaman tanpa faedah dan sebagainya. Jika peniaga ini di bantu ekonomi kampung dan pekan Insha Allah akan hidup.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, ada satu lagi. Lubok Merbau juga ingin menyentuh berkaitan dengan isu pemilikan rumah. Bila dirujuk kepada laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, kelihatan tidak ada projek perumahan yang dibina di kawasan Lubok Merbau. Kalau dilihat projek perumahan di Kinta, di Manjung sampai melimpah-limpah. Kalau dalam Facebook tu ada je keluar rumah nak dijual di Ipoh, di Meru, di Simpang Pulai tapi belah lubok tak ada langsung. Diharap pihak kerajaan dapat melaksanakan projek perumahan kos rendah bagi pemilikan terutamanya di kalangan belia yang berusia 25 hingga 35 tahun. Lubok Merbau mengharapkan usaha ini dapat merealisasikan cita-cita dan agenda mampu milik bukan sekadar mampu tengok kerana itulah tagline yang selalu bermain di bibir anak muda apabila berbicara buat rumah pada hari ini.
Akhir kata marilah kita membangunkan Perak secara adil, inklusif dan mampan agar negeri ini terus menjadi tanah bertuah untuk setiap warganya. Lubok Merbau akhiri dengan perbahasan pada hari ini dengan sepotong hadis daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai panduan dan pedoman untuk kita semua yang berbunyi (Bacaan Hadith) ‘Sesiapa yang membebaskan seseorang daripada kesusahan dunia, maka Allah Ta'ala akan melepaskan dia dari kesusahan hari akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang dalam kesusahan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagi mana hamba membantu saudaranya’ - Riwayat Muslim. Dengan ini, Lubok menyokong Bajet Belanjawan Negeri Perak 2026. Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau yang telah menamatkan perbahasannya tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Batu Kurau untuk memulakan perbahasan. 20 minit dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah Solatu Wassalamu Ala Rasulillah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ketua Pembangkang, Barisan Ahli-ahli Exco kerajaan negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pihak media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terima kasih kerana turut diberi peluang untuk berucap dalam perbahasan kita pada kali ini. Batu Kurau ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua di atas penganugerahan darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato' Seri dan dua Exco kerajaan negeri iaitu Adun Belanja dan Adun Sungkai yang membawa gelaran Dato' oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak baru-baru ini.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika menyampaikan pembentangan Bajet 2026 baru-baru ini kelihatan agak sebak bila bercakap soal penderitaan mangsa banjir yang berlaku sekarang dan sebelum ini. Kita melihat pun rasa sayu apatah lagi mereka yang menjadi mangsa. Batu Kurau antara satu kawasan yang teruk dilanda banjir. Kawasan yang paling teruk ialah Taman Kamunting Mutiara, Taman Larah Damai, Kampung Changkat Larah, Taman Lela, Kampung Ulu Sepetang, Kampung Anak Kurau dan lain-lain. Batu Kurau ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada jabatan-jabatan yang terlibat yang diketuai oleh Pegawai Daerah dan jabatan-jabatan lain memberi bantuan dan menguruskan kawasan dan mangsa-mangsa banjir. Di Batu Kurau sahaja hampir 500 buah rumah yang terlibat. Ada yang dipindahkan di PPS dan ada yang tidak. Keadaan PPS yang kurang selesa, sempit dan kekurangan kemudahan menyebabkan ada di kalangan mangsa tidak berpindah. Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam kesibukan beliau mengurus tadbir negeri sempat juga melawat ke kawasan kami di Batu Kurau.
Oleh kerana itu, saya ingin memohon dan mencadangkan agar pihak terbabit terutamanya JKM agar memudahkan urusan pemberian bantuan kepada mangsa di PPS atau pun mereka yang tidak berpindah di PPS. Ada yang memerlukan bantuan segera sebab semua peralatan rumah dan kenderaan telah musnah sama sekali. Di Taman Kamunting Mutiara umpamanya berlaku disebabkan sistem perparitan yang tidak diselia dengan baik. Sungai Larah yang memisahkan Taman Kamunting Mutiara dan Kampung Changkat Larah perlu di dalam dan dibersihkan. Peruntukkan sebanyak RM11.3 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada JPS dalam penyelenggaraan pengurusan sungai perlulah juga dimasukkan sungai ini sebagai salah satu sungai yang perlu di atasi segera. Oleh kerana keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu dan banjir mungkin berlaku, saya ingin menasihatkan semua penduduk di kawasan-kawasan berpotensi banjir harus sentiasa bersikap bersiap sedia dan berwaspada agar tidak panik bila berlakunya banjir terutamanya banjir kilat. Dalam hal ini saya juga menyokong permohonan Yang Berhormat Pangkor baru-baru ini agar sedikit peruntukan kecemasan boleh disalurkan kepada pejabat Adun masing-masing untuk bantuan keperluan segera kepada mangsa yang terlibat.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam memastikan kesejahteraan rakyat saya mewakili penduduk di Batu Kurau khususnya di Kampung Ulu Sepetang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JKR, Pegawai Daerah, Penghulu, PDRM, JPS, pemimpin-pemimpin parti politik terdahulu, Jabatan Pendidikan termasuklah Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri, Dato' Seri yang telah merealisasikan pembinaan pemasangan lampu isyarat di Persimpangan Ulu Sepetang yang boleh digunakan pada minggu lepas. Ianya insha Allah akan dapat mengurangkan kemalangan di kawasan terbabit. Cuma yang menjadi keluhan ibu bapa ialah ketiadaan tempat untuk menunggu anak-anak mereka yang belajar di sekolah dekat dengan lampu isyarat itu dan saya berharap pihak Jabatan Pendidikan khususnya dapat berbuat sesuatu tentang masalah ini. Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua, Batu Kurau kini kian membangun. Projek perumahan semakin banyak. Kawasan-kawasan perniagaan telah dibuka. Sehubungan dengan itu, saya seperti Adun-Adun sebelum ini ingin mengulangi agar pihak Kerajaan Negeri merancang dan berusaha untuk menjadikan Batu Kurau sebagai salah satu daerah kecil di negeri Perak. Dengan status daerah kecil, sedikit sebanyak masalah seperti longkang yang tidak diurus dengan baik sehingga berlakunya banjir kilat di pekan Batu Kurau dapat diatasi. Pusat-pusat kesihatan kecil boleh dinaik taraf termasuklah banyak kali saya sebut tentang perlunya X-ray di Klinik Kesihatan Kecil Batu Kurau. Keistimewaan sebagai daerah kecil memberi manafaat kepada penduduk-penduduk di Batu Kurau. Insha Allah.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, salah satu sumber ekonomi rakyat di Batu Kurau adalah melalui perniagaan kedai makan. Namun kebelakangan ini, premis-premis milik penduduk tempatan ini ada yang terpaksa menggulung tikar kerana lambakan kedai makan yang dibina dan diusahakan oleh warga asing. Sehubungan dengan itu, Jabatan Imigresen dan PDRM umpamanya diseru agar sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan adakah mereka mempunyai permit yang sah atau ada lesen untuk diberikan kepada mereka berniaga. Lambakan warga asing juga semakin ramai di Batu Kurau. Yang membimbangkan kepada penduduk-penduduk setempat. Diharap agar masalah ini dapat perhatian yang sewajarnya.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga disebut beberapa jambatan yang akan dibina pada tahun hadapan. Batu Kurau ingin bertanya apakah status permohonan pembinaan Jambatan Sungai Kurau di Batu 14 yang pernah disebut oleh Yang Berhormat Dato' Seri Exco? Jambatan ini sempit dan di bahagian bawahnya sudah tidak kukuh lagi, yang dibina hampir 70 tahun yang lalu dan perlu diganti segera. Diharap masalah ini dapat diberi perhatian pihak kerajaan negeri. Mohon maaf pada Dato' Seri Yang di-Pertua untuk saya bercakap soal isu-isu dan kepentingan Batu Kurau lebih banyak dalam perbahasan kali ini. Bagi saya, Dewan yang mulia ini adalah platform yang terbaik untuk mengemukakan beberapa perkara untuk kebaikan penduduk-penduduk di Batu Kurau sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua.
Batu Kurau ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada PDRM yang mula bertindak tegas kepada pemilik-pemilik kedai yang menjalankan urusan perjudian. Judi Itu dah haram dah Dato' Seri ya, dijual secara haram juga jadi haram...haram, dua kali haram. Namun dari maklumat yang diterima, masih banyak premis-premis perniagaan yang menjalankan judi ini secara haram dan diam-diam. Duit orang kampung melalui susah payahnya mereka menjual hasil kebun termasuklah durian, dihabiskan begitu sahaja untuk berjudi. Diharap agar pihak PDRM melipat gandakan pemantauan dan tidak salah pihak jabatan agama sesekali turun dan mengambil tindakan kepada mereka yang berjudi.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan permohonan naiktaraf dengan menggantikan paip-paip lama...
Batu Kurau, Manjoi sikit.
Manjoi Insha Allah.
Terima kasih kepada Batu Kurau, terima kasih kepada Dato' Speaker. Manjoi tertarik dengan isu berkenaan dengan isu judi tadi dan isu judi ini ialah isu yang besar kepada masyarakat kita khususnya kepada semua agama dan bangsa tidak mengira kaum dan agama. Isu ini isu yang sensitif. Juga berlaku di Manjoi. Boleh direkodkan dalam Dewan ini. Dapatan yang saya dapat ketika ini ialah di Klebang, ada 2 buah unit kedai judi online. Di Jalan Klebang 1/1 Klebang Indah, masih beroperasi. Isu yang kita lihat ialah anak-anak Melayu kita. Batu Kurau, dia pergi ke situ dan ada yang kita dapati masih lagi pelajar sekolah dan boleh kita, pihak berkuasa kena segera bertindak kerana mereka ini berselindung di sebalik kedai top up. Kedai top up dan di situ juga diadakan satu kegiatan judi haram, judi online dan juga dekat dengan kawasan Manjoi kita ialah di area Silibin. Ada satu unit kedai haram ini ataupun kedai judi haram ini di Jalan Kledang Raya 18, masih beroperasi dan isu ini besar kepada anak-anak kita dan hari ini didapati ramai anak-anak Melayu yang terlibat di kawasan kedai judi online tersebut dan saya mohon supaya kita mengambil tindakan segera dan direkodkan di Dewan. Terima kasih kepada Batu Kurau.
Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Saya ulangi bahawa bekalan air masyarakat di Kampung Simpang Empat, Anak Kurau. Maklumat yang diberikan kepada saya, pejabat daerah telah dipohon untuk mengemukakan status permohonan ini kepada Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar tetapi sehingga sekarang permohonan tidak tahu, apa, permohonan ini tidak tahu perkembangan. Bagi pihak penduduk, saya menyokong permohonan ini demi keselesaan penduduk di kawasan terbabit. Kampung Simpang Empat, Anak Kurau menggantikan paip lama Dato' Seri dengan paip baru.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, NGO turut mendapat perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Pengerusi PERKIM Negeri Perak. Sumbangan berterusan dari pihak kerajaan negeri amat-amat dihargai. Kini, PERKIM dikenali semula sebagai NGO dakwah dan kebajikan, bukan sahaja kepada mualaf-mualaf, malah kepada masyarakat bukan Islam juga diberikan keutamaan. Sokongan moral dan kewangan dari semua pihak amat-amat diperlukan demi melancarkan program-program pada tahun 2026.
Saya menyentuh juga soal Peladang Negeri Perak. Masalah yang menimpa Peladang Negeri Perak masih tidak boleh membeli tanah berstatus rizab melayu. Berdasarkan peruntukan dalam Enakmen Kanun Tanah Negara, tanah berstatus rizab melayu hanya boleh dibeli oleh individu melayu, syarikat yang dikategorikan sebagai syarikat melayu. Walau bagaimanapun, Pertubuhan Peladang bukan sebuah syarikat dan tidak termasuk dalam kategori tersebut. Justeru, Pertubuhan Peladang perlu memohon kemasukan dan pewartaan ke dalam Jadual 3 untuk memiliki Tanah Rizab Melayu. Namun, entiti yang disenaraikan dalam Jadual 3 masih tidak dibenarkan untuk membeli tanah berstatus rizab melayu. Justeru itu, Pertubuhan Peladang Negeri Perak yang terdiri daripada 30 Pertubuhan Peladang Kawasan PPK dan 1 Pertubuhan Peladang Negeri Perak amat memerlukan kelonggaran serta kebenaran untuk membolehkan membeli aset-aset yang dikategorikan rizab melayu yang boleh dipegang oleh Pertubuhan Peladang dan menjadi pemegang aset rizab melayu untuk masa jangka masa panjang.
Justeru itu, untuk memastikan Pertubuhan Peladang, sebab saya salah seorang daripada Ahli Jemaah Peladang Negeri Dato' Seri, untuk memastikan Pertubuhan Peladang dapat membeli Tanah Rizab Melayu bagi melaksanakan tanggungjawab pembangunan pertanian secara menyeluruh, Pertubuhan Peladang memohon dua kaedah berikut dipertimbangkan. Yang pertama penyenaraian khas di bawah enakmen atau pindaan perundangan dan yang keduanya kelulusan khas Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri memberi kelulusan khas kepada Pertubuhan Peladang membeli Tanah Rizab Melayu bagi melaksanakan pembangunan projek pertanian. Pertubuhan Peladang perlu diberikan akses kepada Tanah Rizab Melayu agar dapat melaksanakan mandat pembangunan pertanian negeri dengan lebih berkesan. Sehubungan dengan itu, pertimbangan Kerajaan Negeri untuk meneliti adalah amat penting demi manfaat peladang dan kesejahteraan sektor pertanian di negeri Perak. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, ketika Majlis Dialog Bajet sebelum ini, Pengerusi AJP Peladang Negeri Perak, Yang Berbahagia Dato’ Sham telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Bencana Negeri untuk golongan peladang, petani, penternak dan nelayan. Selama ini tabung seumpama ini diwujudkan di peringkat Kerajaan Pusat dan tidak Kerajaan Negeri. Jika tabung ini dapat diwujudkan di peringkat negeri, nasib mereka yang ditimpa musibah dapat dibantu dengan cepat dan berkesan.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam pembentangan Yang Berhormat Menteri Besar juga menyentuh peruntukkan RM2 juta untuk program Back To School. Adalah diharapkan agar sedikit peruntukan diberi kepada kami pihak pembangkang untuk sama-sama disalurkan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Begitu juga peruntukan-peruntukan lain seperti hari raya juga diberikan, tak banyak tak apa, sedikit pun tak apa untuk kami berikan kepada mereka menyambut mereka yang kurang bernasib baik menyambut bulan Ramadhan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Mohon agar permohonan ini dapat dipertimbangkan.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan pada petang ini, Batu Kurau ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penjawat-penjawat awam yang selama ini banyak mencurahkan bakti demi kepentingan rakyat dan negeri. Maka sewajarnya sewajarlah mereka diberi ganjaran dua bulan bonus dan syabas juga kepada seluruh pegawai dan kakitangan Dewan Negeri kerja keras anda sekalian sangat-sangat dihargai sehingga melancarkan mesyuarat kita pada kali ini. Batu Kurau merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana menyalurkan dua bulan elaun pusat khidmat pada Januari tahun 2026. Ianya sedikit sebanyak meringankan beban setiap wakil rakyat dalam usaha membangunkan kawasan dan membantu mereka yang memerlukan bantuan. Yang Berhormat Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya kongsikan kata-kata hikmah Imam Rozali rahimahullah. “Jika engkau tidak menyebutkan dirimu dengan kebaikan, maka dirimu akan disibukkan oleh keburukkan”. Batu Kurau mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat dari Batu Kurau, ni orang lama ni steady. Dengan ini, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk memulakan perbahasan dua puluh minit dipersilakan.
Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani. Saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi kerajaan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang dan mengizinkan saya untuk berbahas dalam RUU Enakmen Perbekalan Tahun 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 pada sidang kali ini. Kita sedia maklum, penyediaan Belanjawan Negeri Perak tahun 2026 meneruskan kesinambungan selaras dengan pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 untuk membangun dan memakmurkan negeri Perak serta mensejahterakan rakyat negeri Perak.
Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2026 sekali lagi mencipta satu rekod baru dengan mencatatkan jumlah sebanyak RM1.61 bilion iaitu satu belanjawan yang terbesar dalam sejarah negeri Perak. Satu peningkatan sebanyak RM90 juta atau 5.92% berbanding dengan tahun 2025 yang mencatatkan jumlah sebanyak RM1.52 bilion. Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah belanja bagi Maksud Pembangunan yang mencatatkan RM568 juta ataupun 35.28% dari jumlah keseluruhan perbelanjaan. Peningkatan dalam jumlah yang besar ini iaitu sebanyak RM30 juta ataupun 5.57% berbanding dengan belanjawan tahun 2025 jelas menunjukkan perbelanjaan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak merupakan satu belanjawan yang berimpian tinggi untuk merealisasikan Perak Sejahtera menjelang tahun 2030. Ini juga akan membantu untuk memberikan keyakinan yang tinggi kepada para pelabur tempatan dan pelabur asing serta rakyat jelata bahawa kerajaan negeri Perak sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membangunkan negeri Perak demi kesejahteraan rakyat negeri Perak. Peningkatan ini jelas menunjukkan usaha Kerajaan Negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kebajikan demi manfaat rakyat dan disokong pula oleh kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang semakin mengukuh, di mana negeri Perak yang kini berada pada landasan yang betul untuk merekodkan surplus buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2022.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, tema dan Fokus Belanjawan Tahun 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak berteraskan lima fokus yang utama berasaskan dasar yang berpanjangan berpandangan jauh dan keberanian untuk menapak jauh ke hadapan bagi mengekalkan momentum ke arah merealisasikan Pelan Sejahtera 2030.
Saya ingin menyentuh menyentuh sedikit sebanyak berkaitan dengan fokus yang ke 2 iaitu tadbir urus projek berkepentingan negeri di mana pembangunan negeri yang mampan dan berdaya saing hanya dapat dicapai apabila segala projek berkepentingan negeri dilaksanakan dengan tadbir urus yang baik, telus dan berakauntabiliti tinggi dan seterusnya memberi manfaat yang sebenar kepada rakyat. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, kita mempunyai satu peluang keemasan untuk menampilkan bukan sahaja keindahan negara tetapi juga kematangan dan keupayaan kita dalam mengurus sektor pelancongan dengan lebih berstrategi, bertanggunggjawab dan lestari. Dalam konteks ini, izinkan saya menarik perhatian Dewan kepada sebuah bandar yang bukan sahaja indah pada rupa tetapi kaya pada jiwa iaitu bandar Taiping, permata negeri Perak yang sarat dengan warisan sejarah, alam semula jadi yang mempesonakan serta keharmonian masyarakat majmuk yang menjadi kekuatan kita selama ini. Taiping bukan sekadar sebuah lokasi lama dalam peta pelancongan. Ia adalah naratif Malaysia yang sebenar dari sejarah perlombongan bijih timah yang membentuk tamadun moden negeri Perak hinggalah kepada kehijauan Taman Tasik Taiping yang menjadi lambang keseimbangan antara pembangunan dan konservasi alam. Keunikan aset ini bukan sahaja mempunyai nilai sejarah tetapi juga potensi ekonomi yang sangat besar.
Namun, potensi tersebut masih belum dimanfaatkan sepenuhnya jika kita benar-benar ingin menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2026, satu kejayaan besar. Maka Taiping harus diangkat sebagai model pelancongan warisan alam semula jadi dan kelestarian bukan sahaja untuk negeri Perak tetapi sebagai penanda aras kepada negara. Dengan perancangan yang rapi, promosi yang berfokus pemeliharaan warisan yang lebih sistematik serta kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti setempat. Taiping mampu menjadi destinasi rujukan serantau bagi pelancongan berimpak tinggi.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Taiping lahir daripada sejarah perlombongan bijih timah yang pernah menjadi pemacu utama ekonomi negeri Perak pada abad ke 19. Justeru, kita patut memperkenalkan jejak warisan perlombongan sebagai produk pelancongan bersepadu yang memaparkan perjalanan sejarah pembentukan bandar ini. Melalui jejak ini, pelawat dapat mengunjungi tapak perlombongan lama, lombong tinggal, rumah pekerja lombong zaman silam, kampung kampung, masyarakat awal serta lokasi yang pernah menjadi nadi kegiatan ekonomi negeri. Jejak ini boleh diperkaya dengan kaedah penceritaan interaktif seperti laluan cerita, pameran berasaskan teknologi dan pengalaman berpakaian tradisi era perlombongan. Pendekatan ini bukan sahaja memberi kefahaman mendalam kepada pelawat tetapi turut menggalakkan mereka tinggal lebih lama di Taiping bukan sekadar lawatan singkat. Dengan penambahan produk pelancongan baru seperti jejak perlombongan bijih timah ini tambahan dengan jejak warisan yang sedia ada di bandar Taiping serta serta jejak eko-pelancongan di kawasan Matang dan Kuala Sepetang. Inisiatif ini dapat meningkatkan nilai pelancongan dan membuka peluang ekonomi kepada penduduk tempatan sebagai pemandu pelancong, penggiat pameran, pengusaha inap desa dan pembekal perkhidmatan sokongan lain.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Taiping bukan sekadar berpotensi menjadi bandar mesra usia, malah telah pun diiktiraf sebagai bandar perintis mesra usia pertama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Kejayaan ini membuktikan bahawa Taiping mempunyai asas sosial, persekitaran dan kesejahteraan awam yang kukuh serta menampilkan identiti bandar yang tenang, hijau dan selamat. Namun, pengiktirafan ini tidak boleh dilihat sebagai titik akhir. Ia seharusnya menjadi pemangkin kepada usaha peningkatan yang lebih menyeluruh dan berterusan. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menumpukan kepada pengukuhan infrastruktur dan perkhidmatan yang menyokong keperluan warga emas termasuk penambahbaikan laluan pejalan kaki di taman-taman utama. Penyediaan kawasan rehat yang lebih selesa, papan tanda yang lebih mesra pengguna dan program kesihatan komuniti-komuniti yang berstruktur. Pembangunan ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan warga emas tempatan tetapi menjadikan Taiping sebuah bandar rujukan di rantau ini dalam aspek kesejahteraan aktif dan penuaan sihat. Pengukuhan status mesra usia ini turut membuka ruang besar kepada industri pelancongan.
Semakin ramai pelawat khususnya dari negara maju berminat kepada destinasi yang menawarkan gaya hidup damai, udara bersih, kemudahan kesihatan yang baik serta persekitaran yang sesuai untuk jangka masa panjang. Dengan memanfaatkan kedudukan Taiping sebagai bandar perintis mesra usia, kita boleh mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan, kesihatan dan kehidupan berkualiti, sekali gus memanjangkan tempoh tinggal pelancong meningkatkan perbelanjaan mereka dan merancakkan ekonomi setempat. Taiping sudah berada di hadapan yang perlu kita lakukan kini ialah memastikan peningkatan ini berterusan supaya Taiping terus menjadi contoh unggul dalam kesejahteraan masyarakat sambil mengangkat sektor pelancongan negeri ke tahap yang lebih tinggi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Taiping juga pernah diiktiraf sebagai antara bandar terhijau di negara ini dan pengiktirafan tersebut perlu diterjemahkan melalui dasar dan tindakan yang berterusan. Oleh itu, saya mencadangkan agar Taiping dimantapkan sebagai bandar hijau dan mesra alam melalui pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersandarkan kelestarian jangka panjang. Pengangkutan bandar wajar di pertingkatkan dengan penggunaan bas elektrik serta basikal sewaan bagi mengurangkan pergantungan kepada kenderaan persendirian serta menurunkan pelepasan karbon. Kemudahan awam pula harus memanfaatkan tenaga solar sebagai sumber tenaga bersih. Pengurusan sisa pelancongan perlu diberi keutamaan melalui pelaksanaan Program Pelancongan Sifar Plastik supaya persekitaran Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan kawasan Warisan tidak terjejas akibat peningkatan jumlah pelawat. Selain itu, premis penginapan dan restoran digalakkan mendapatkan pensijilan hijau bagi memastikan operasi mereka mematuhi piawaian piawaian kelestarian. Kejayaan usaha ini akan lebih terserlah sekiranya disambut oleh masyarakat setempat melalui kempen berterusan yang menekankan tanggungjawab bersama dalam menjaga khazanah alam Taiping dengan pelaksanaan dasar dasar mesra alam ini secara konsisten. Taiping bukan sahaja akan menarik minat pelancong yang menghargai kelestarian, malah berpotensi muncul sebagai contoh terbaik bandar pelancongan lestari di rantau Asia Tenggara.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bagi memastikan Taiping benar benar diangkat sebagai destinasi pelancongan berimpak tinggi, pengukuhan infrastruktur asas perlu menjadi keutamaan. Saya amat menghargai keputusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk pemeliharaan dan penambahbaikan Taman Tasik Taiping. Ini merupakan satu pelaburan yang penting untuk memelihara identiti Taman Tasik Taiping sebagai taman awam tertua dan terindah di negara ini. Namun, peningkatan tidak boleh terhenti di Taman Tasik Taiping semata-mata. Kawasan lain seperti kawasan jejak warisan, laluan masuk utama ke bandar serta laluan pejalan kaki perlu diberi sentuhan baru agar keseluruhan pengalaman pelawat lebih lancar dan menyeluruh. Keperluan tempat letak kenderaan yang lebih teratur juga semakin mendesak terutamanya di zon pelancongan yang menjadi tumpuan pada hujung minggu. Selain itu, penyediaan laluan pejalan kaki dan laluan basikal yang menghubungkan Stesen Kereta api Taiping ke kawasan Taman Tasik Taiping dan juga pusat bandar wajar dilaksanakan supaya pelawat yang menggunakan pengangkutan awam dapat menikmati pergerakan yang lebih selesa dan mesra pengguna.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selain infrastruktur, kejayaan pelancongan amat bergantung kepada komuniti setempat. Pemerkasaan komuniti tempatan merupakan asas utama yang harus digerakkan secara lebih serius. Penduduk di kampung-kampung sekitar, pengusaha kecil anak muda serta penjaja warisan perlu diberikan latihan dan sokongan yang lebih baik untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem pelancongan Taiping sama ada sebagai pemandu pelancong bertauliah, penggiat warisan pengusaha inap desa atau usahawan kreatif. Dengan sokongan yang betul, kita mampu melahirkan lebih banyak perniagaan baru seperti sewaan basikal elektrik, kafe seni, bengkel kraf warisan dan pengalaman ladang ke meja yang dapat memperkayakan pengalaman pelawat. Pemerkasaan ini juga penting agar manfaat ekonomi pelancongan tidak hanya berlegar di sekitar bandar tetapi mengalir secara adil kepada komuniti di luar bandar yang berpotensi menjadi sebahagian daripada rangkaian pelancongan Taiping. Apabila penduduk setempat terlibat secara aktif, pelancongan akan menjadi lebih tulen lebih hidup dan lebih berkekalan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam usaha mengangkat Taiping ke tahap yang lebih tinggi, penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri amatlah penting. Saya menyeru agar Kerajaan Pusat meletakkan negeri Perak sebagai antara negeri tumpuan utama dalam agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan peruntukan promosi yang lebih tersusun serta sokongan pembangunan infrastruktur yang memadai. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri perlu memastikan penyelarasan erat bersama Pihak Berkuasa Tempatan, agensi pelaksana sektor swasta dan komuniti tempatan supaya segala usaha bergerak seiring tanpa pertindihan pembaziran atau kelewatan dalam perancangan yang mantap. Infrastruktur yang dipertingkatkan. Komuniti yang diperkasa serta sokongan kerajaan di semua peringkat. Saya yakin Taiping bukan sahaja dapat mengekalkan kedudukannya sebagai bandar bersejarah tetapi mampu muncul sebagai simbol baru Malaysia, sebuah bandar yang harmoni, hijau, mesra dan berjiwa serta menjadi destinasi pilihan pelawat dari dalam dan luar negara dan seterusnya membantu negeri Perak terus cemerlang dalam sektor pelancongan seperti mana kejayaan kejayaan yang telah kita capai sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan peruntukan sebanyak RM13.5 juta di bawah Rolling Plan Pertama RMK13 bagi tahun 2026 bagi memperhebatkan sektor pelancongan negeri Perak. Seiring dengan itu, Kerajaan Negeri juga menyahut kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui peruntukan RM18.76 juta bagi pelbagai program dan projek pembangunan pelancongan serta kebudayaan. Pada masa yang sama, saya ingin menyeru agar lebih banyak peruntukan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu negeri Perak menganjurkan lebih banyak acara dan pertandingan bertaraf antarabangsa. Ini bukan sahaja akan mengangkat malah memperkukuh jenama pelancongan negeri Perak di persada dunia. Sebagai contoh, Malaysia Ultra-Trail by UTMB di Taiping merupakan salah satu daripada 60 siri perlumbaan UTMB World Series di seluruh dunia dan kekal sebagai satu-satunya perlumbaan UTMB siri dunia di Malaysia. Dengan penyertaan pelari dari lebih 60 buah negara. Taiping Half Marathon 2025 pula berjaya menarik penyertaan peserta dari 28 buah negara manakala Festival Udara Taiping mencatatkan lebih dari 70,000 pengunjung tahun ini. Festival Pancaragam Belia Antarabangsa Taiping 2025 pula berjaya menarik penyertaan belia-belia dari Eropah dan juga negara negara Asia. Program-program ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif antarabangsa yang dianjurkan di seluruh negeri Perak.
Saya yakin dengan sokongan yang lebih padu, program-program ini berpotensi dijadikan acara tahunan yang mampu menarik lebih ramai pelancong serta peserta antarabangsa. Kerajaan juga harus mempertimbangkan pemberian insentif sebagai salah satu usaha bagi menambah bilangan penerbangan terus ke negeri Perak seterusnya memudahkan akses-akses pelancong dari dalam dan luar negara. Saya ingin tekankan bahawa pelancongan bukan sekadar ekonomi. Ia adalah cara kita memperkenalkan jiwa negara kepada dunia. Di Taiping dengan taman tasik yang tenang, sejarahnya yang mendalam masyarakatnya yang harmoni kita melihat bayangan Malaysia yang sebenar. Inilah peluang kita untuk menjadikan Taiping dan Perak bersinar di peta dunia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Bukan dengan bangunan tinggi tetapi dengan nilai warisan dan kesejahteraan yang tulen.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Dalam kita memberikan tumpuan kepada pembangunan pelancongan, hakikatnya, rakyat juga mahu merasai kehidupan yang benar-benar lestari, selamat dan sejahtera. Pembangunan tidak akan bermakna sekiranya rakyat masih berdepan dengan masalah banjir yang berulang. Lebih membimbangkan, fenomena ini menjadi semakin mencabar apabila perubahan iklim global dan pemanasan dunia menyebabkan cuaca ekstrem berlaku dengan lebih kerap dan tidak lagi dapat dijangka. Dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana, Kerajaan Negeri sentiasa berkolaborasi rapat dengan Kerajaan Persekutuan agar langkah mitigasi dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, tersusun dan berkesan. Dalam konteks ini, saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan 466 projek kepada Negeri Perak di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 melibatkan jumlah RM1.8 bilion termasuk termasuk projek-projek kritikal bagi mengurangkan mengurangkan risiko bencana.
Selain itu, dengan peruntukan sebanyak RM 116.9 juta daripada Kerajaan Negeri kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran Perak. Saya percaya JPS kini lebih bersedia untuk merangka tindakan pencegahan yang strategik, tersusun dan berpaksikan data agar banjir besar yang menghantui rakyat dapat ditangani secara lebih menyeluruh. Namun, usaha ini tidak boleh dipikul oleh kerajaan semata-mata. Dalam menghadapi cabaran iklim yang semakin semakin ekstrim setiap pihak agensi kerajaan…
Yang Berhormat masa sudah tamat ada.
Dua minit lagi.
Ok. Sila sambung.
Setiap pihak agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, sektor swasta dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing. Penjagaan sungai, amalan pembangunan yang bertanggungjawab, pengurangan sampah serta kesedaran masyarakat adalah sebahagian daripada tanggungjawab bersama untuk memastikan kawasan perumahan, tempat kerja dan pusat pelancongan kita kekal selamat. Hanya dengan pendekatan menyeluruh seperti ini, maka pembangunan pelancongan dapat berkembang, ekonomi mampu bergerak dan rakyat dapat hidup dengan yakin bahawa kesejahteraan mereka tidak dikompromi. Saya juga ingin memuji komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh sektor perindustrian yang bukan sahaja penting untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, malah turut menarik pelabur strategik ke negeri Perak termasuk projek-projek berimpak tinggi di kawasan perindustrian baru.
Sehubungan dengan sehubungan itu, saya ingin mohon penjelasan daripada pihak kerajaan mengenai perkembangan terkini kemasukan pelaburan BYD ke negeri Perak dan bilakah operasi akan bermula memandangkan potensi rantaian nilai automotif ini mampu menjadi pemangkin utama kepada ekosistem perindustrian masa depan Negeri Perak? Sebelum mengakhiri perbahasan saya pada petang ini. Sekali lagi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang sentiasa membantu negeri Perak dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang sedang berada di landasan yang betul menuju ke arah Perak Makmur, Rakyat Sejahtera. Sekian, terima kasih. Pokok Assam mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat dari Pokok Assam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk memulakan perbahasan, dipersilakan 20 minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Terima kasih YB Timbalan Speaker, YB Menteri Besar, Barisan Exco. Seterusnya rakan-rakan ataupun YB-YB yang saya kasihi sekalian. Saya nak mulakan perbahasan saya pada hari ini dengan ucapan tahniah. Nak ucap tahniah juta-juta ni dua hari dah saya dengar perkataan tu juta puluh juta ratus juta. Tapi yang paling saya tertarik sekali, Hutan Melintang dengan Kuala Sepetang tadi contrast sikit. Seorang puji melangit, seorang lagi bagi teguran. Jadi sebagai YB pembangkang, saya nak berpihak kepada yang bagi teguran. Yang pertamanya saya nak ucap tahniahlah kepada penjawat-penjawat awam ya, sebab selama ini apa yang saya difahamkan dasar ataupun pembangunan negara selalunya gagal di peringkat pelaksanaan tapi penjawat-penjawat awam di negeri Perak dan juga yang federal telah membuktikan bahawa kenyataan ni salah.
Jadi terima kasihlah YB MB hargai semua penjawat awam ni. Dua bulan bonus kalau saya…saya bagi tiga bulan. Sebab tuan-tuan yang telah melaksanakan dasar-dasar negeri yang baik ni. Ada juga pegawai federal telefon saya tak boleh ke bagi kami sikit. Itu kena tanya Kota Tampan lah. Jadi kerana tuan-tuan punya awam lah collection ataupun kita dah sebut dua tahun berturut-turut, Perak dapat collect banyak betul billion-billion. Saya pun tumpang seronok dengar perkataan-perkataan ini. Baguslah, ustaz-ustaz, ustaz ustazah KAFA dapat nikmat dia, penjawat awam dapat nikmat, kami pun dapat nikmat juga dapat lebih sikit terima kasihlah Kerajaan Negeri kerana peka terima kasih banyak. Tapi saya mulakan dengan tapi, Kuala Sepetang tapi, saya pun tapi juga apa sebenarnya ukuran kejayaan pengurusan ekonomi negeri ini yang tak disebut daripada awal sampai sekarang. Apa sebenarnya keberhasilan yang kita nak tengok rakyat dapat rasa ke apa yang kita cakap ni dengar, lihat atas kertas juta puluh juta ratus juta. Rakyat di bawah dapat rasa ke. Saya tetap dengan pendirian saya. Hebat macam mana Kerajaan Negeri pun kalau poket rakyat di bawah tak sehebat yang kita cakap. Tidak ada makna. Jadi paksi utama adalah rakyat. Belanjawan ni paksi utama rakyat.
Jadi kalau Perak Sejahtera bermakna rakyat mesti sejahtera tak boleh kerajaan saja sejahtera. Saya rajin ikut Stratcomm… Stratcom ni program yakin program jelas. Tahniahlah Stratcomm. Saya selalu ikut seronok tengok anak-anak muda ni anakanda ni berhujah dan sebagainya. Tapi penilaian saya 80% daripada program yakin jelas yang dijalankan oleh Stratcom dan juga oleh pihak-pihak YB sebelah sana 80% menciptakan kesejahteraan kerajaan. Kerajaan buat ini, kerajaan buat ini, kerajaan berjaya ini betul. 80% rakyat tinggal 20% sahaja. Jadi ini tak menepati hasrat sebenarnya belanjawan dan suka juga saya nak sebutkan.
Saya nak berbahas hari ini naratif saya berpaksikan kepada laporan ekonomi iaitu survey pendapatan perbelanjaan dan kemiskinan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi Madani. Baru keluar 8.10.2025 baru keluar. Sepatutnya laporan ini menjadi…menjadi sandaran utama untuk design belanjawan ni. MB takdak tapi saya nak tanya MB, MB tengok tak laporan ni. 8.10.25. UPEN…UPEN dengan IDR dibuat analisa tak laporan ni. nobody cares, sapa pun tak sebut saya pun nasib baik hujung-hujung ni dapat baca sikit laporan perbelanjaan dan kemiskinan yang dibuat dua kali setahun. Penting, penting sangat wajib tahu, wajib tahu, wajib tahu terutama YB YB yang ada kat sini. Saya tak tau sapa tengok. Saya pun bernasib baik dapat tengok last minit ni. Tapi saya nak nyatakan juga bila kita sebut tentang pengurusan ekonomi pendapatan negeri penting. Tahniah collection banyak tapi semua ni pergi pada siapa. Rakyat mesti rasa kejayaan yang kita sebut ni kena rasa. Ke mana perginya kejayaan ini? MB, saya rasa YB Menteri Besar patutnya tak boleh jauh daripada laporan ni. Patutnya laporan ni kena ada atas meja dia. Kita tengok satu-satu. Yang pertama sekali pelaburan Perak. Semua cerita hebat tadi saya pun terasa kehangatan hebatnya pelaburan Perak. Saya nak sebut daripada sini saya semua yang ada ni akan dapat idea dia.
Yang pertamanya negeri-negeri lokomotif. Negeri-negeri maju yang ada magnet tarik pelaburan bernilai tinggi Selangornya, Johornya, Kedahnya hanya KLnya di mana Perak? Perak dikategorikan oleh Kementerian Ekonomi sebagai laggard city laggard state laggard state adalah negeri yang pertumbuhannya lembap dan terkebelakang. Apa sudah jadi ni? FDI, Foreign Domestic Investment ha ni, EXCO Pelaburan mesti mahir perkataan ni. Saya nak sebut, tuan-tuan nilailah. Semua yang hadir nilai, netizen rakyat Alor Pongsu yang dengar kat luar nilailah. Selangor FDI pelaburannya RM101 bilion, Johor RM48 bilion, Penang RM32 bilion. Yang ni Ya Allahuakbar. Kedah RM48 bilion loqlaq-loqlaq Sanusi pun 48 bilion. Perak di mana? Perak di mana? Perak 8.7 bilion. Weh saya malu nak sebut. Saya tak kata tak buat kerja, Exco buat kerja, MB buat kerja semua. Tapi inilah keberhasilan, ini bukan datang daripada diri saya. Ini daripada Kementerian Ekonomi. Laporan survey pendapatan, perbelanjaan dan kemiskinan ini datang daripada Kementerian Ekonomi MADANI. Perak RM8.7 bilion, patut ke macam ni? Adakah belanjawan yang kita sebut ratus-ratus juta ni bersandarkan kepada FDI. Bila kita masuk dalam Laggardl City, bermakna pendapatan kita rendah. Sebab kita tak berjaya tarik pelabur bernilai tinggi, dan kita tak dapat menyediakan pendapatan peluang pekerjaan yang baik untuk rakyat kita. Kita tengok pulak pendapatan.
Sekejap eh, ok pendapatan. Kalau kita hebat sebut angka-angka juta dan ratus-ratus juta ni, pendapatan penengah isi rumah Malaysia 2024, RM7,017. Perak berada kedua terbawah RM4,687. Sidang yang lepas, kita 4 ke bawah. Hari ini, di saat kita membentang belanjawan yang hebat sedarlah tuan-tuan, anak-anak Perak semua, kita nombor dua daripada bawah. Nombor dua pada bawah bermakna sebahagian besar isi rumah Perak, ni susah hidup dia. Pendapatan penengah kita amat rendah. Dua cara ukuran. PAKW, masih ingat PAKW? Pendapatan Asas Kehidupan Wajar Ya, yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi. Yang kedua, Pendapatan selesa yang dibuat oleh KWSP dan Universiti Malaya, mengatakan banyak isi rumah di Perak tidak mencapai PAKW, pendapatan selesa kita terlalu rendah. Saya serulah Kerajaan Negeri, termasuk diri saya sendiri sebagai YB di negeri Perak, kita kena address benda ni, kita kena tengok benda-benda ni. Tak boleh kita sebut Perak kaya, duit banyak, collection cukai hebat, penjawat awam tolong kutip semua cukai tanah dan sebagainya. Tapi rakyat pada hakikatnya, berpendapatan rendah. Bila pendapatan rendah, bermakna susah rakyat kita. Ini kah ekonomi yang kita nak bawa untuk rakyat negeri Perak? Inikah bentuk ekonomi yang kita cadangkan? Usaha baik yang saya nak tegur bukan usaha tak baik. Belanjawan ni baik, usaha baik semangat tinggi. Tapi kita kena tengok juga keberhasilan.
Di mana sandaran bila kita nak start berlari kita kena tengok yang pelepas tu, pakai pistol ke pakai wisel ke pakai kapur macam tu ke tengok dulu. Berapa jauh kita nak pergi? Jangan kita ada impian tapi impian yang kita tahu kita tak akan tercapai. Kemudian lagi satu, lokomotif tadi dah sebut, pelaburan pun saya dah sebut. Ya, kemiskinan. Semua orang berimpian untuk menghapuskan kemiskinan tegar. Terutamanya YB apa, YB Salbiah eh, ha YB selalu sebut fasal kemiskinan bersemangat tinggi, usahanya hebat dan sebagainya. Tapi saya nak sedarkan semua orang, ya. Di saat-saat Malaysia di tahap 5.1% kadar kemiskinan, Perak kita sekarang berada di sekejap ya, 6.9%. Ramai lagi keluarga miskin di negeri Perak ni, yang tegar memang dah kosong. Saya pun setujulah, walaupun tak berapa setuju tetapi yang miskin tu, di Perak ni ada lebih 16,000 ke 17,000 keluarga. Masih miskin, miskin dalam erti kata ada gaji, ada pendapatan, tapi tak berkembang. Salah siapa? Salah depa? Pi sekolah lompat-lompat pagar, salah depa kah? Kita yang buat dasar di negeri ini. Kita yang kembangkan pertumbuhan ekonomi dan sebagainya. Kita masuk dalam Laggard State, bila kita masuk dalam Laggard State ni saya rasa, saya rasa kita sedihlah. Kita sedih bila pendapatan penengah isi rumah kita, kita jauh ke belakang. Jadi saya nak tegur, saya nak tanamkan semangat kepada semua orang terutamanya pihak Kerajaan Negeri, kerajaan ini kita punya ikut suka kita nak buat apa, ya.
Jangan kita letak kita hanya asyik dengan figures dan sebagainya,ya. StratComm ya, program yakin jelas. Janganlah cerita 80% Perak negeri kaya, 20% sahaja. Tapi saya tau la dari segi politik, takkan nak cerita pula yang tak elok tak elok, kita mesti cerita yang elok supaya jadi vitamin pada semua orang. Supaya kita dapat lompat tinggi. Saya tahu Exco-Exco ni semua kerja kuat ni. Terima kasihlah YB Exco Infra kita, jalan dia Alor Pongsu, hebat. Saya dah habaq tinggal ten percent je lagi. Yang lain semua dah cantik, lepas ni rosak baliklah tak apa. Yang penting kita dah buat. Terima kasih Exco Komunikasi ya, tiga tahun dia mai tengok. Saya sukat, apa? Kekuatan internet eh? Apa tu? Depan Masjid Sungai Bogak, sama dengan Exco tu. Dia bawa alat apa tak tau dengan SKMM. Kami sukat sama-sama. Tiga tahun dia bagi dua pemancar, terima kasih banyak. Tapi sedih jugalah tempat kita sukat tu, dok je dalam masjid apah pun takdak. Jadi harga tu. Harga balik Exco. Tapi saya nak bagi tau juga, kawasan di selekoh Matang Pasir yang YB Infra buat jalan tu, dah dapat pemancar. Berapa tahun kita pegang handphone? Berapa tahun, saya pun tak tahu nak kira ada berapa tahun. Kawasan itu tak pernah ada liputan. Pegang anak bagi handphone RM16 ribu ke, RM10 ribu ke. Ee, tapi terima kasihlah YB Exco hari ni dah ada pemancar, mendongak saya. Tinggi hidung saya tengok. Terbayang-bayang muka Exco tu, dua-dua Exco ni. Tapi kat Exco lain pun hebat.YB Salbiah selalu datang ke Bagan Serai ya. Ramai wanita-wanita sana naik semangat dia, usahawan dia dan sebagainya. Jadi ini...
Alor Pongsu.
Ya, sila-sila.
Respon kepada nilai pelaburan tadi, kalau kita tengok potensi Kerajaan Perak ni dia tidak kuranglah potensi dia, maknanya kita sama hebat la keadaan infrastruktur dan keadaan kita Penang, Selangor, Perak dan kita juga lebih kurang samalah potensi ekonomi dan saya nak tanya kenapa apa faktor dia yang menyebabkan kurangnya percaya pelabur masuk ke Negeri Perak? Sedangkan di Penang di Kedah sendiri, kalau kita tengok Kulim High-Tech tu jauh, tapi dia telah menuju kepada satu enjin ekonomi yang-yang sangat baik.
Terima kasih Kamunting eh. Saya tak boleh jawab tu, yang tu MB dengan Exco Pelaburan kena jawablah kan? Tapi kita heran jugalah kan, sebab Kedah negeri pembangkang kan? Katanya dihalang sana dihalang sini, Kedah dapat 48. Kalau ikut kelulusan FDI yang diluluskan oleh MITI, saya tak mau sebut Perak di mana. Saya segan nak sebut. Balik tengok balik laporan ni. Pelaburan swasta asing yang telah diluluskan Kedah nombor satu. Bukan Selangor bukan Johor bukan Penang, Kedah nombor satu. Macamana depa buat? Tok Moh apa depa pakai ni? Ha jadi saya serulah kepada UPEN kepada IDR ya ataupun kepada YAB Kota Tampan takdak kat sini eh, Exco Pelaburan ya. Lepas ni buka balik laporan survey pendapatan perbelanjaan kemiskinan. Jadikan laporan Kementerian Ekonomi, Laporan MIDA 2024 tu sebagai sandaran. Kita tak boleh semborono saja buat belanjawan mengikut sedap atau mengikut halwa politik kita. Saya setuju. Game politik art…art dipetik memang macam itu. Memang seronok cerita yang baik-baik. Itu sebab saya nak tegur Stratcomm tu sebab Stratcomm ni selalu yang saya puji kerajaan dia buat tiktok saya takat tu ja. Kali ni takpe la teruskan buat macam tu la. Tapi anakanda-anakanda di Stratcomm ni tolong tengok sama laporan ni. Saya ulang balik 8hb.10.25. Baru lagi keluar laporan ni. Kementerian yang keluar Kementerian Ekonomi Madani bukan Perikatan Nasional bukan kami belah sini yang saya saja reka benda ni terutama sekali YB Kota Tampan lah.
Saya ingat sesiapa dapatkan satu laporan supaya YB MB tengok mungkin kita dapat perbetul sikit sementara ada masa ni. Walaupun saya pun sokong ni saya nak. Saya pun nak sokong belanjawan ni usaha baik. Saya tahu kalau pergi airport sekarang ni. Saya baru balik pada Sabah ni kat TV tu mesti ada muka Exco pelaburannya. Welcome to Perak dan sebagainya. Effort. Saya respect semua Exco. Semua sekali. Macam KIGIP baru ni kan dapat kelulusan buat exit two point another RM2.5 billion. Terima kasih banyaklah.
Saya terima kasih banyak kepada Kerajaan Pusat sebab yang kita layan ni rakyat kita. Yang kita rayat layan ni rakyat Malaysia. Jangan dalam bentuk pembangunan kita pecah dan perintah. Tiba-tiba kawasan saya dapat dua exit. Siapa berani lawan? Bagan Serai ada tiga exit PLUS. Dun saya rasa saya sorang je ada dua exit kali ni. Alor Pongsu dengan KIGIP. Bertuahnya badan. Mungkin doa daripada rakyat di Dun saya. Mungkin doa pada keluarga dan kawan-kawan semua. Bukan saya yang nikmati dengan billion belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Kota Tampan dengan kesedaran penjawat penjawat awam dengan kesedaran pembuat dasar di peringkat negeri kami. Saya pun terlibat sama sebab saya sokong belanjawan ni. Dalam dua tiga bulan ni sebelum pelaksanaannya kita dapat adjust betul-betul supaya tahun depan tahun ni pendapatan kita nombor dua ke bawah. Saya takut tahun depan kita ke bawah sekali. Ya Allah Ya Tuhanku. Apa nak kita nak jawab ni? Tahun lepas kita nombor empat, tahun ini Kementerian Ekonomi kata kita nombor dua ke bawah. Adakah tahun depan kita nak ke bawah sekali. Kelantan bawah sekali tau. Sabah dengan Kedah…
Masa tinggal seminit saja.
Ok kali ini saya tak minta masa tambahan modal dah habis. Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada barisan Exco YB Kota Tampan semua atas kerjasama yang baik ini. Sama samalah kita carry belanjawan yang billion-billion ni supaya menjadi satu kenyataan. Penjawat awam enjoy la dua bulan bonus tu. Tahun depan kita bagi 3 bulan kalau PN memerintahlah. Kalau ada rezeki kan. Ini nak bagi diorang naik semangat je. Akhir sekali, Timbalan Speaker, saya mohon maaf pada semua la jika ada tersalah kata tersilap bahasa. Alor Pongsu menyokong belanjawan 2026. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Pongsu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wassolatu wassalamu ala asrofil anbiya wal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum dan Selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang dan juga kerajaan, ketua ketua jabatan, pegawai pegawai kerajaan, federal dan negeri, para pemerhati, rakan rakan media dan seterusnya yang dikasihi seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan yang mengikuti sidang pada hari ini. Belanjawan Perak 2026 yang mengekalkan tema sama tahun lalu dan tahun sebelumnya. Perak Makmur Rakyat Sejahtera yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar selasa yang lalu telah menyaksikan sejumlah RM1.61 billion dicadangkan untuk diluluskan sebagai belanja Kerajaan Negeri bagi tahun 2026.
Secara spesifik, Belanjawan Perak 2006 memperlihat dari keseluruhan RM1.61 billion yang diperuntukkan dipecahkan kepada 64.7% berbanding 64.6% tahun lalu dibelanjakan untuk mengurus dan 35.3% berbanding 35.4 tahun lalu digunakan sebagai Belanja Pembangunan. Dari jumlah yang diperuntukkan ini, kita dapat lihat Belanja Mengurus meningkat sebanyak 0.1% berbanding belanjawan 2025, manakala Belanja Pembangunan berkurang dengan nilai peratusan yang sama. Dalam keadaan peningkatan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar KDNK sebanyak 1.7% kerajaan dengan keadaan berhati hati pada tahun ini meningkatkan jumlah belanjawan sebanyak enam peratus berbanding 12.82% tahun lalu. Kata pihak kerajaan perkara ini berlaku kerana mereka pandai mengurus dan bijak berbelanja secara berhemah serta mempunyai surplus. Tapi realitinya ini adalah perbelanjaan yang sangat underrated dengan izin. Dalam hal ini, pendirian saya tetap sama seperti tahun lalu, tidak kata bagus dan tidak juga kata tidak bagus. Saya ada sedikit kerisauan di mana belanja kerajaan bagi belanjawan kali ini meskipun dilihat seakan akan berhati-hati tetapi sebenarnya terlihat sebagai gula-gula kepada rakyat. Barangkali persediaan untuk pilihanraya. Tapi tidak mengapa biarlah rakyat yang membuat penilaian.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam pembentangan Belanjawan Negeri Perak kali ini, Yang Amat Berhormat telah menceritakan bahawa golongan belia adalah kumpulan yang paling banyak menerima kelebihan. Ya di atas kertas jumlahnya begitu tinggi sekali. Saya tertanya tanya belanjawan bagi memancing undi golongan anak muda lebih RM100 juta di anggarkan yang yang memanfaatkan golongan ini dalam aspek pendidikan, standard kehidupan, pembangunan sosial, kepimpinan, kesenian dan budaya, kesukanan dan banyak lagi dalam jumlah lebih 100 ribu orang belia dalam negeri ini anggaran perbelanjaan bagi setiap belia adalah RM1 ribu. Satu lagi persoalan yang timbul dalam kepala saya adalah apakah indicator keberhasilan belanja ini kepada negeri. Saya bukan ingin mempersoalkan mengapa berbelanja kepada kumpulan belia di negeri Perak ini begitu besar sehingga hampir 10% dari keseluruhan belanjawan tetapi saya ingin bertanya apakah indicator kaedah penilaian, prestasi, objektif dan pencapaian yang kita boleh akan dan perlu capai dari pelaburan ini?
Saya risau kian tahun negeri…negeri Perak mengalami talent deficit and talent lost dengan izin kerana penghijrahan besar besaran kumpulan ini ke negeri yang lain bagi berkhidmat, memberi kepakaran bidang menetap bekerjaya dan bermacam lagi atas kekurangan peluang dan suasana yang tidak kondusif di dalam negeri. Maka dari pelaburan yang besar kita lakukan ini kita perlu meletakkan satu kaedah atau satu langkah bagi mengikat dan memanggil semula mereka yang telah dilaburkan ini untuk berkhidmat kepada negeri Perak. Barulah negeri ini akan berkembang dan bergerak secara baik bagi bagi menjadi lebih kompetitif dengan negeri negeri lain. Hari ini, golongan professional terpelajar dari negeri Perak yang dihasilkan di negeri Perak yang menerima limpahan bantuan dari negeri Perak akhirnya memilih untuk menyumbang bakat kepakaran di negeri-negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang kerana peluang pekerjaan yang banyak di sana. Ada juga penghujungnya menjadi pemimpin kepada masyarakat dan industri di negeri-negeri ini. Di situ kita telah mengalami kerugian yang besar kerana hasil pelaburan negeri membangunkan bakat belia di negeri Perak akhirnya dinikmati oleh negeri-negeri yang lain.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin menyinggung secara rendah diri dan secara lembut lidah agihkan kekayaan ini secara adil di kawasan kawasan Adun pembangkang. Rakyat juga memerlukan bantuan. Agihkanlah melalui Adun-Adun yang telah dipilih oleh rakyat. Hasil negeri ini datang dari semua rakyat tanpa membezakan warna baju politik. RM718.5 juta yang telah diperuntukkan untuk rakyat negeri ini perlu diagih secara adil dan sama. Apabila rakyat susah di kawasan, akhirnya mereka akan mencari Adun. Bukan sebarang pegawai yang dilantik. Terkadang terfikir peranan pegawai-pegawai ini adalah mewakili bagi pihak Kerajaan Negeri tetapi mereka pula yang lebih sudu dari kuah sehinggakan dari Adun sampai ke rakyat perlu merayu dari mereka ini. Saya tertanya-tanya sama ada peranan mereka ini diaudit. Paling tidak, jika bantuan ini tidak mahu disalurkan melalui Adun-Adun pembangkang, gunakanlah sepenuhnya jabatan dan agensi berkaitan agar agihan menjadi lebih adil. Beberapa kali telah berlaku yang saya percaya bukan sahaja kepada saya tetapi juga kepada Adun-Adun pembangkang yang lain. Bantuan Kerajaan Negeri yang disalurkan melalui pegawai lantikan Menteri Besar diagihkan secara berpilih-pilih. Saya tidak mahu sebut secara spesifik tapi pergilah, jengok-jengoklah. Mungkin boleh lakukan audit di Kawasan-kawasan pembangkang ini.
Saya mohon agar peruntukan-peruntukan yang disediakan untuk kesejahteraan rakyat agihlah melalui Adun-Adun yang ada. RM718.5 juta itu agih kepada Adun-Adun untuk kebajikan di kawasan tidak luak atau miskin pun Kerajaan Negeri pada hari ini. Bercerita soal adil ini, saya nak cadangkan agar pihak Kerajaan Negeri boleh wujudkan Jawatankuasa Keterjaminan Makanan dan Kelestarian Alam Negeri Perak yang dianggotai jabatan dan agensi berkepentingan seperti SADC, PKNP, MB Inc dan yang lain-lain tetapi pada waktu yang sama libatkan wakil-wakil rakyat daripada blok pembangkang mahupun kerajaan. Hal ini kerana impak politik dan ekonomi global yang makin rumit sedikit sebanyak memberi kesan kepada rantaian makanan Malaysia dan juga negeri Perak. Negeri Perak yang dikurniakan keluasan tanah yang luas dan subur patut mengambil kesempatan sebaiknya. Betul, pembangunan bersifat industri masa hadapan…
Chenderoh, celah sikit Chenderoh ya. Terima kasih Chenderoh. Setuju Chenderoh dengan saya, kegembiraan atau berita baik imbuhan bonus kepada penjawat awam termasuk pada Pusat Khidmat Dun dan sebagainya adalah satu benda yang sejahtera. Tapi ini bukan kesejahteraan yang mampan, dia bukan lasting lama. Benda seronok ni sebulan 2, sebulan boleh habis ka duit tu, seminggu boleh habiskan duit tu. Tapi apa pun, terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana ingat kepada penjawat awam pada Pusat Khidmat Dun semua. Tapi saya, saya rasa Chenderoh mungkin bersetuju dengan saya. Ini bukan kesejahteraan yang mampan. Kalau bagi tiap-tiap bulan mampan lah. Ok terima kasih.
Terima kasih Alor Pongsu saya amat bersetuju dengan Alor Pongsu boleh masukkan sebahagian sebagai ucapan saya. Saya teruskan, pembangunan bersifat industri masa hadapan dan menguntungkan perlu dilakukan sebagai kesempatan meraih pendapatan yang lumayan tetapi apa makna pendapatan yang tinggi, namun keperluan asas dalam negeri ini tidak dapat disediakan. Negeri Perak, Negeri Perak perlu menjadi juara dalam menyediakan peluang, ruang dan hasil kepada industri asas tani dan komoditi yang pada suatu hari ketika nanti bakal menggantikan industri pembuatan, industri berat industri berasaskan teknologi sebagai industri yang kritikal dan tinggi keperluan. Industri keterjaminan makanan perlu menjadi langkah ke hadapan negeri Perak bukan hanya melibatkan tanaman atau ternakan tetapi juga teknologi asas seperti teknologi, kelestarian air, tanah dan hutan. Saya cukup teruja dengan peruntukan kelestarian alam sekitar berjumlah RM75.98 juta yang telah diumumkan kerajaan. Ianya penting juga kepada kelestarian hidup kehidupan kita dari aspek kesihatan, kualiti kehidupan dan keperluan industri utama.
Maka saya cadangkan peruntukan kelestarian alam sekitar dilebarkan dan bergerak seiring dengan keperluan industri keterjaminan makanan. Libatkan dan bangunkan secara berintegrasi dan rentas jabatan dan agensi bagi mewujudkan kaedah teknologi berasaskan kecerdasan buatan atau AI, dengan izin dan urusan kelestarian alam dan keterjaminan makanan. Boleh belajar dari syarikat pemprosesan sawit di kawasan saya yang bernama Sawit Sdn Berhad yang mempelopori kaedah pemprosesan menggunakan instrumen AI dalam aliran proses mereka. Dari situ, yield hasil peningkatan dan nisbah kos dan pendapatan juga mengecil. Pendekatan ini boleh dilakukan di peringkat Kerajaan Negeri melalui agensi dan jabatan yang ada. Laburlah sikit. Pada waktu yang sama, seperti yang saya katakan, libatkan kedua-dua Adun, kedua-dua belah pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam Jawatankuasa Keterjaminan Makanan dan Kelestarian Alam ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, belanjawan kali ini akan lebih bermakna jika masalah melibatkan kehidupan hari ke hari rakyat dapat diberi perhatian dan diselesaikan. Saya ingin merakamkan rasa kekecewaan saya dan rakyat di Chenderoh atas kurangnya perhatian pihak Kerajaan Negeri kepada permintaan dan hasrat kami sejak beberapa tahun yang lalu. Dari awal saya menjejakkan kaki ke dalam Dewan yang mulia ini, kebanyakan permasalahan asas kawasan Chenderoh yang telah saya bangkitkan dipandang mudah. Seperti rakyat Chenderoh ini tak penting langsung di mata Kerajaan Negeri. Isu…
Chenderoh sikit lagi. Timbalan Speaker, walaupun dah terlanjur saya nak celah sikit. Saya nak minta maaf kepada semua yang ada dalam Dewan ni sebab tadi saya sebut nama YB Temenggor, Temenggor YB Exco kita. Sebenarnya saya faham saya ingat, tapi saya semangat sangat tadi saya tersebut nama peribadi. Saya boleh buat Exco YB Exco infra, YB Exco komunikasi ataupun nama kawasan, saya terlanjur. Saya minta maaf, saya tarik balik.
YB Chenderoh sambung sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Isu kekurangan bekalan air bersih di Kampung Kelaung yang saya rasa dah lama saya bangkitkan sampai ke hari ini masalah ini tidak diselesaikan lagi sedangkan kita hanya perlu kos yang anggaran lebih kurang RM200 ribu lebih sahaja untuk menyelesaikan isu ini dan isu air juga melibatkan tekanan air rendah pada waktu kemuncak atau waktu perayaan di Kampung Jenalik, Kampung Padang Ampang, Kampung Ribu. Masalah ini sentiasa berlaku pada musim perayaan. Perkara asas ini pun sudah bertahun-tahun tak berjaya selesaikan. Kemudahan asas seperti dewan serbaguna, tempat riadah dan padang bola pun pihak Kerajaan Negeri tak dapat sediakan di Chenderoh. Perkara-perkara ini adalah sangat asas. Ia melibatkan kualiti kehidupan rakyat di negeri Perak. Tak cukup dengan itu, tahun-tahun sebelum ini saya dah bangkitkan isu banjir dan limpahan air sungai bila musim hujan melibatkan Sungai Temu, Sungai Cempias dan Sungai Biong.
Berapa lama lagi, masa yang diperlukan untuk selesaikan masalah banjir di kawasan saya. Pihak Kerajaan Negeri menyatakan bahawa masalah banjir dan limpahan sungai ini adalah keutamaan dan fokus. Tapi setiap tahun belanjaan…belanjawan bagi JPS tetap sama RM14 juta. Bagi lebih sikit pihak Kerajaan Negeri, kata surplus banyak. Ini bukan perbelanjaan suka-suka, ini keperluan untuk rakyat. Saya hendak juga mohon agar tidak lupa juga saya mohon untuk keperluan untuk mengurangkan kebergantungan kepada konsesi yang menjalankan kerja-kerja rutin supaya lebih banyak tugas dapat dilaksanakan terus dari melalui jabatan, melalui proses tender atau sebut harga. Pendekatan ini bukan sahaja dapat meningkatkan, mengurangkan kos kerajaan, malah membuka lebih banyak peluang untuk kontraktor bumiputera di setiap daerah. Saya minta juga pihak kerajaan dapat beri peruntukan yang lebih sedikit kepada JKR Kuala Kangsar kerana Kuala Kangsar ini daerah yang mempunyai jalan negeri yang paling panjang di negeri Perak.
Saya juga melihat keadaan JKR Kuala Kangsar ni yang dah setahun lebih tidak penjawatan untuk jurutera daerah di JKR Kuala Kangsar tidak diisi sampai hari ini. Itulah gambaran keadaan yang berlaku di dalam daerah Kuala Kangsar hari ini. Banyak lagi sebenarnya perkara yang saya nak bangkitkan berkenaan kawasan Chenderoh. Tapi dah berbuih-buih mulut saya meminta dan merayu tetapi tiada tindakan. Saya rayu, saya minta sangat-sangat, tolonglah ambil perhatian terhadap perkara yang saya bangkitkan. Boleh lihat juga hansard-hansard ucapan saya sebelum-sebelum ini, banyak perkara yang saya bangkitkan tidak diendahkan, maka saya mohon Exco, jabatan, agensi terbabit, tolonglah buka mata.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali seperti yang saya kata diawal tadi, saya tidak mahu kata belanjawan kali ini semua perkara bagus atau tidak bagus. Saya ingin ucapkan terima kasih atas pertimbangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menaikkan peruntukan Pusat Khidmat Dun dari RM7,000.00 sebulan kepada RM10,000.00 sebulan. Ditambah pula dengan bayaran khas kepada pusat khidmat. Ini adalah tindakan yang pada saya agak budiman. Harap dapat dikekalkan begini atau dibagi lebih lagi, insha Allah. Tidak lupa juga bantuan khas kerajaan BKK kepada penjawat awam dua bulan gaji pada tahun ini. Saya turut gembira dan berharap menjadi motivasi untuk para penjawat awam meneruskan perkhidmatan yang terbaik yang dapat disampaikan kepada rakyat di negeri Perak yang kita cintai ini. Saya juga ingin mohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat mempertimbangkan agar BKK dapat diperluaskan kepada pegawai-pegawai khas Adun mahupun pembangkang dan kerajaan yang juga terlibat dalam urusan memberi perkhidmatan kepada rakyat. Setidak-tidaknya sedikit sagu hati kepada mereka ini.
Pada kesempatan kali ini, saya juga ingin mencadangkan agar dan boleh dipertimbangkan supaya pegawai-pegawai khas kepada Adun-Adun dapat dilantik secara kontrak seorang bagi setiap Adun. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan dan membantu meringankan beban Adun-Adun termasuk di pihak kerajaan sendiri. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya tiada lagi yang ingin dibangkitkan. Cuma saya harap ini adalah kali terakhir saya perlu merayu dan meminta perkara yang sama dalam Dewan yang mulia ini, harapan saya agar kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kita semua. Maka Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong Belanjawan Perak 2026 dengan syarat perkara-perkara yang saya sebutkan diberi perhatian dan diselesaikan. Terima kasih. Assalamualaikum.
Terima kasih Yang Berhormat dari Chenderoh. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan, sila.
Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan dalam Bahasa Arab). "Mentari pagi menyinari bendang, bayu lembut menyapa halaman, Behrang bersuara dalam sidang, demi rakyat yang memerlukan". Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, anggot- anggota pentadbiran kerajaan negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, para media, para pemerhati serta tak saya lupakan warga Behrang kita yang sentiasa di dalam hati Kak Ina.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan hormat dan takzim saya memulakan perbahasan saya dengan merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena ulang tahun keputeraan baginda bagi tahun 2025. Patik juga menjunjung kasih atas kemurahan hati Tuanku mengurniakan Darjah Paduka Mahkota Perak kepada patik. Insha Allah, kurniaan Tuanku ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan tulus dan penuh amanah. Patik mendoakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan dilimpahkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Dirgahayu Tuanku.
Timbalan Yang di-Pertua, Behrang juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan beberapa projek yang melibatkan Behrang dan daerah Muallim di bawah Rolling Plan pertama RMK ke-13. Antaranya RM15 juta bagi perolehan tapak sekolah kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Malim Prima, Daerah Muallim. RM5 juta kepada kerja-kerja awalan projek menaik taraf laluan Tanjong Malim-Pelabuhan Lumut yang pastinya akan memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna dengan kelebaran Jalan.RM5 juta bagi kerja-kerja awalan pembinaan lorong tambahan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari persimpangan bertingkat Slim River hingga ke persimpangan Ipoh Selatan. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak atas pembentangan bajet atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak tahun 2026 yang begitu menyeluruh, matang dan amat berpaksikan rakyat.
Belanjawan ini bukan sekadar angka yang dibentangkan di Dewan, tetapi merupakan refleksi kepada realiti hidup rakyat yang Behrang temui setiap minggu daripada kampung yang paling hujung sehingga ke kawasan bandar yang pesat membangun. Fokus utama Belanjawan Negeri Perak iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus, projek berkepentingan negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar dan keterjaminan bekalan makanan benar-benar menyentuh banyak perkara yang dekat di hati rakyat. Dengan pengukuhan perkhidmatan rakyat, perluasan jaringan kebajikan dan memastikan pembangunan negeri benar-benar dirasai oleh setiap lapisan masyarakat. Peningkatan peruntukan bagi fokus kesejahteraan rakyat sebanyak RM89.8 juta kepada RM718.5 juta berbanding tahun 2025 amat disambut baik oleh rakyat di akar umbi khasnya di kawasan Behrang. Penambahan peruntukan kepada empat program kesejahteraan iaitu Kad Sejahtera, Kad Perak Sejahtera, Kedai Bergerak Negeri Perak ataupun Jualan Sejahtera rakyat, program bantuan makanan, kotak makanan serta Jualan Sejahtera Rahmah benar-benar akan memberi kelegaan kepada rakyat terutamanya sang bapa yang menjadi tonggak keluarga bagi memastikan isi rumah tidak terputus bekalan makanan. Ini yang menjadi keutamaan ketua keluarga dalam menjalani kehidupan yang semakin menghimpit. Behrang mewakili rakyat di dalam Dun Behrang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas keprihatinan ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, rumah adalah asas kesejahteraan rakyat. Dengan pembangunan pesat di Behrang yang menjadi buah mulut seantero negeri, harga rumah baharu mahupun sewaan meningkat berlipat kali ganda. Behrang teruja mendengar perbelanjaan khusus yang disediakan untuk perumahan rakyat mencecah RM8.5 juta. Walau bagaimanapun, sejak mula dipilih menjadi wakil rakyat tiga tahun yang lalu, Projek Rumah Perakku Hulu Bernam Timur dan Trolak pekan yang telah sakit hampir lapan tahun masih belum berjaya dipulihkan. Belum ada kepastian bila akan siapnya. Behrang dan pembeli-pembeli rumah tersebut amat-amat berharap LPHP dapat memberi perhatian utama dalam perkara ini. Tolonglah, tolonglah kami. Kami amat mengharapkan rumah ini dapat disiapkan dan dapat masuk segera ke rumah idaman kami ini. Ini adalah keluhan daripada pembeli-pembeli rumah yang rata-ratanya dari golongan B40.
Selain itu, banyak lagi projek-projek perumahan di Behrang yang perlu diberi perhatian. Kegagalan menyiapkan projek perumahan mengikut tempoh dan berlarutan lama seperti Taman Malim Putra di Tanjong Malim menyebabkan pembeli tersepit dalam tekanan belanjawan bulanan mereka. Mereka terpaksa menanggung bayaran pinjaman dan juga sewaan rumah. Ada yang terpaksa mengikat perut kerana belanjawan tambahan keluarga bertambah akibat rumah yang tidak siap. Behrang sering menerima aduan melalui e-mel, panggilan telefon, Whatsapp malah ada yang datang sendiri ke Pusat Khidmat Rakyat Dun Behrang bagi membawa masalah ini. Behrang berharap Kerajaan Negeri memberi keutamaan isu perumahan di Behrang memandangkan Behrang kini sedang menerima jumlah pertambahan penduduk yang tinggi. Adalah satu kerugian bagi negeri Perak apabila mereka ini membeli rumah yang disediakan oleh negeri jiran. Isu perumahan ini bukan sahaja kritikal di bandar.
Behrang juga ingin menarik perhatian kerajaan kepada isu perumahan orang asli. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, orang asli adalah sebahagian daripada identiti Muallim. Mereka bukan sekadar komuniti pinggir tetapi pewaris sultan, sungai dan tanah adat yang menjadi sebahagian daripada sejarah negeri Perak. Behrang melihat sendiri bagaimana satu rumah dihuni tiga hingga empat keluarga. Ada yang Islam ada yang bukan Islam tetapi mereka hidup harmoni dalam ruang kekeluargaan yang besar. Justeru, pembangunan untuk orang asli tidak boleh disalin tampal daripada pelan perumahan biasa. Dengan peruntukan RM1.2 juta pembangunan komuniti orang asli, RM20.0 juta bina dan naik taraf jalan orang asli, RM30.0 juta ameniti sosial orang asli seluruh negeri, Behrang memohon agar perumahan untuk orang asli juga diberi keutamaan. Kali terakhir peruntukan pembinaan rumah baharu untuk Kampung Orang Asli Behrang adalah hampir 10 tahun yang lalu. Dengan pertambahan penduduk, keperluan perumahan untuk orang asli adalah antara keperluan utama mereka. Behrang mencadangkan kerajaan membina rumah PPRT atau pun rumah teres atau pun rumah yang bersesuaian khusus untuk orang asli di kawasan yang telah diwartakan kepada mereka. Pihak-pihak berkaitan juga perlu melihat keperluan rumah orang asli yang telah memeluk Islam. Permudahkanlah urusan mereka. Mereka mungkin tidak tahu bagaimana ingin memohon rumah tetapi sebagai agensi yang bertanggungjawab, kitalah yang perlu turun padang membantu mereka. Ini adalah sebahagian kewajipan kita menyantuni saudara baru.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Behrang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan projek bekalan elektrik luar bandar perkampungan orang asli di Behrang pada belanjawan lalu. Walau bagaimana pun, kos pendawaian yang melebihi RM2,000.00 bagi setiap rumah tidak termasuk di dalam kos projek tersebut menyebabkan lampu di rumah mereka belum menyala. Jumlah ini di luar kemampuan mereka. Jadi Behrang memohon Kerajaan Negeri atau Persekutuan mempertimbangkan peruntukan pendawaian dan ini termasuklah pendawaian ke dewan-dewan di dalam kampung orang asli yang terlibat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, alang-alang Behrang menyentuh isu OA ini, seperkara lagi yang ingin Behrang suarakan adalah berkaitan pendidikan orang asli. SK Pos Bersih, Pos Jenang dan isu K9 yang belum selesai. Sekolah K9, Pos Bersih dan K9 Pos Jenang masih menghadapi kekurangan kelas. Murid-murid terpaksa berkongsi bilik darjah, pembelajaran dua sesi terpaksa dilakukan. Namun, jika K9 pun tidak mampu menyediakan bilik darjah yang mencukupi, bagaimana pula kita ingin menuju ke K11. Lebih membimbangkan, pelajar tingkatan tiga nanti perlu turun ke Slim River dan Sungkai untuk menyambung pelajaran di tingkatan 4 dan 5. Jarak yang jauh ini membuka ruang yang lebih besar kepada keciciran. Maka, Behrang merayu agar Kerajaan Negeri memohon supaya KPM mempercepatkan blok baharu SK Pos Bersih dan SK Pos Jernang. Kedua, menambah kemudahan asrama. Ketiga, menambah guru option dan tenaga sokongan dan keempat, menyediakan pelan transisi yang praktikal untuk K9 ke K11. Pendidikan bukan soal lokasi. Ia adalah hak semua. Behrang amat-amat berharap masyarakat orang asli tidak terpinggir dari menikmati pembangunan AHTV di Tanjong Malim. Behrang amat berharap anak-anak muda Orang Asli boleh berubah dari mencari petai dan buluh di hutan kepada pembuatan kereta di kawasan industri yang sedang pesat membangun di kawasan kami.
Behrang menyokong cadangan Chenderiang berkaitan Pendidikan TVET Orang Asli dan cadangan pembinaan Institut Pusat Latihan Automotif di Wilayah Selatan yang membolehkan orang asli mendapat latihan TVET yang membolehkan mereka memenuhi pasaran pekerjaan di kawasan industri di kawasan kami. Behrang juga menyambut baik pertambahan peruntukan kepada JPS, JKR LAP, PDT, PBT dan sebagainya. Namun begitu, Behrang amat berharap agar peruntukan-peruntukan yang diterima ini dapat membantu menyelesaikan beberapa isu rakyat yang saban tahun disuarakan. Sama seperti rakan-rakan Adun yang lain yang kawasan-kawasan sedang dilanda banjir, Behrang tidak terkecuali ditimpa musibah banjir setiap kali musim tengkujuh. Malah, di luar musim juga sering berlaku banjir di mana yang terakhir sebelum ini pada bulan Ogos yang lalu.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar yang prihatin turun sendiri ke Behrang meninjau keadaan banjir di Behrang. Isunya samalah seperti kawasan-kawasan yang lain, isu tebatan banjir, pengurusan sungai, penyelenggaraan pam-pam air dan sebagainya. Behrang amat berharap JPS meneliti ucapan penuh sebak dan emosi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bila bercakap berkaitan isu banjir ini. Besar harapan Yang Berhormat Dato’ Seri, besar lagi harapan rakyat yang terpaksa menghadapi musibah ini. Behrang memetik ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Dato' Seri perenggan yang ke 55 berbunyi, dalam hal ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu memperkukuhkan peranan sebagai pertahanan pertama negeri terhadap risiko banjir. Kerajaan Negeri menghargai usaha yang telah dijalankan. Namun, saya suka mengingatkan diri sendiri dan kita semua bahawa rakyat menuntut tindakan yang lebih proaktif dan menyeluruh. Langkah pencegahan mesti dipertingkat. Mitigasi diperhalus dan proses pemulihan dipercepat agar setiap amaran cuaca tidak lagi berubah menjadi detik cemas bagi rakyat di kawasan yang berisiko.
Dalam kejadian banjir yang sedang berlaku di hampir seluruh kawasan di negeri Perak sekarang ini sebahagian besarnya adalah berpunca daripada limpahan air akibat ban pecah. Contohnya, ban pecah di Sungai Muda mengakibatkan Kampung Sungai Muda dan Kampung Tiong banjir dan mangsa di tempatkan di PPS, Surau Kampung Sungai Muda dan PPS Masjid Jamek Slim Village di kawasan Behrang. Di mana pada pagi tadi kita telah melakukan pasca banjir membantu pembersihan rumah-rumah tetapi petang ini air naik semula dan kemungkinan PPS ini terpaksa dibuka semula. Begitu juga ban pecah di Sungai Slim yang mengakibatkan Kampung Kuala Slim banjir dan PPS di SK Kuala Slim dibuka. Jadi Behrang amat-amat berharap agar pembinaan-pembinaan ban selepas ini perlulah diteliti supaya mampu menampung peningkatan air, jumlah air dan kekuatan air bagi mengelakkan kejadian ban pecah ini berulang lagi dan lagi sebab di Sungai Slim itu baru je kita baiki tapi pecah lagi. Begitu juga di Lintah/Piong kita baru betulkan tapi pecah lagi. Jadi adakah kita perlu membaikinya lagi dan lagi dan lagi? Jadi saya harapkan ini perlu dilihat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seperti yang Behrang telah suarakan di dalam dialog bajet yang lepas, sekali lagi di dalam Dewan yang mulia ini Behrang mencadangkan agar perjawatan JPS ditambah supaya setiap daerah mempunyai pejabat sendiri. Pada pandangan Behrang, kawasan seliaan yang terlalu besar menyukarkan JPS melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Sayugia, Behrang mengingatkan Muallim, Batang Padang, Kampar dan Kinta terpaksa berkongsi seorang jurutera JPS.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Behrang juga menghargai dan berterima kasih di atas kerja keras JKR Daerah Muallim dan Batang Padang. Dalam tempoh tiga tahun ini, beberapa isu berjaya ditangani. Bayangkan dalam tempoh setahun mulai dengan kejadian empat jambatan runtuh di dalam Dun Behrang pada Ogos 2024 sehinggalah ke Mei 2026, 6 jambatan runtuh di Behrang dan 4 daripadanya dibina jambatan bailey semuanya di tangani dengan segera dan cemerlang oleh JKR. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Berhormat Timbalan Menteri JKR dan juga Exco Kerajaan negeri yang turun meninjau sendiri keadaan tersebut. Namun, hakikatnya masih banyak kawasan di Behrang yang memerlukan perhatian JKR. Saban hari Behrang menerima gambar-gambar yang jalan yang gelap, garisan yang pudar, pekerja industri melalui jalan tanpa garisan jalan, tanpa pencahayaan dan tanpa ciri keselamatan asas. Belanjawan kali ini memperuntukkan RM250.3 juta kepada JKR dan RM627 juta untuk pembangunan MARRIS meningkat
RM15 juta berbanding tahun lalu. Angka besar ini mampu memberi perubahan besar kepada rakyat jika kita agihkan dengan efektif. Behrang memohon agar laluan-laluan berikut dimasukkan dalam senarai penyelenggaraan utama. Pertama, jalan Behrang ke pusat latihan memandu menuju ke Proton, Tanjong Malim, jalan lama ke Kuala Slim, lorong-lorong perumahan yang telah rosak dan retak, laluan utama pelajar ke sekolah, jalan-jalan utama alternatif yang gelap yang memerlukan lampu jalan kerana jalan yang selamat bukanlah kemewahan. Sebaliknya ia merupakan jaminan nyawa rakyat. Yang Berhormat Timbalan Speaker, nama Tanjong Malim tidak pernah lekang dari sebutan Yang Amat Berhormat Menteri Besar setiap kali berucap. Malah potensi ekonomi dengan pembangunan AHTV dan pembukaan KLK TechPark menjadi sebutan Keranji, Pasir Panjang dan Changkat Jong dalam perbahasan semalam. Kami orang Tanjong Malim amat berbangga dengan kepesatan pembangunan di kawasan kami dengan harapan segala limpahan ekonomi tersebut dapat kami nikmati.
Namun, Tanjong Malim mengalami kesesakan lalu lintas yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Tanjong Malim ni dah jadi macam KL dah nak U turn masuk rumah pun kena tunggu 20-30 minit. Keluh saudara Rohaida syukur kepada saya seorang peniaga kedai makan yang sering mendengar perbualan pelanggan mengenai perkara ini. Beliau juga merupakan pemain media sosial yang aktif. Ibu bapa yang menghantar anak dan mengambil anak sekolah, orang ramai yang pergi bekerja mulai merasa serba sedikit kesan pembangunan ini. Persimpangan masuk Rumah Awam III, Tanjong Malim dan Felda Sungai Behrang memerlukan lampu isyarat. Ini menjadi titik sakit waktu pagi dan petang. Penduduk dari Felda Sungai Behrang terpaksa mengambil laluan ke kiri dan membuat pusingan U di hadapan Politeknik Sultan Azlan Shah sebelum ke Slim River. Penduduk Rumah Awam III, Tanjong Malim terpaksa menunggu 20 hingga 30 minit untuk membuat pusingan U untuk masuk ke perumahan mereka. Tanpa lampu isyarat, tanpa laluan penyuraian, rakyat terpaksa berperang dengan masa. Maka penyuraian trafik di pusat Tanjong Malim mesti dilakukan dengan segera. Jika tidak ditangani, kesesakan 2026 akan lebih parah kerana pertambahan populasi pelajar universiti, pekerja industri dan pemilik rumah.
Istiadat Konvokesyen UPSI kali Ke-27 baru sahaja selesai. Jarang-jarang Tanjong Malim dikunjungi ribuan pengunjung sejak serentak seperti itu. Apabila sesuatu pesta berlaku di Tanjong Malim, para peniaga makanan, pengusaha hotel, homestay merasa gembira dengan potensi peningkatan pendapatan. Namun begitu, ia dibantutkan dengan gangguan bekalan air. Aduan Behrang terima sendiri daripada pengusaha Aiza Hotel Tanjong Malim dan beberapa pengusaha-pengusaha penginapan yang lain yang sentiasa terpaksa membatalkan tempahan bilik apabila berlaku.
Sedikit lagi Yang Berhormat. Ia juga memberi imej yang buruk kepada pelancong tempatan dan luar negara terhadap daerah Muallim yang menjadi pintu masuk Perak Selatan. Isu air di Behrang bukanlah tentang ketiadaan air tetapi tekanan air rendah yang menghantui kehidupan hampir setiap hari rakyat. Sesekali bekalan terputus. Masalah ini sudah lama tetapi kesannya makin terasa apabila taman perumahan baharu tumbuh, industri meningkat dan populasi bertambah. Akar masalah ini jelas sistem paip lama yang kecil dibina berdekad lalu ketika jumlah penduduk jauh lebih sedikit. Beban bertambah tetapi infrastrukturnya tidak. Behrang merayu agar perkara berikut diberi keutamaan oleh LAP. Pertama, penggantian paip-paip lama dan kecil yang tidak mampu lagi menanggung tekanan, menampung tekanan, menaiktaraf saluran utama yang menghubungkan kawasan penduduk padat. Ketiga pembinaan tambahan tangki imbangan bagi kawasan berbukit dan hujung talian dan keempat penyelesaian menyeluruh tekanan air rendah yang berlaku setiap pagi waktu puncak dan waktu perayaan. Suara media sosial rakyat mereka tidak marah tetapi mereka penat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, setiap hari rakyat menulis di media sosial, ada yang marah, ada yang sedih dan ada yang diam tetapi memadai dengan satu emoji penat untuk menceritakan seluruh beban hidup mereka. Walaupun gaya mereka berbeza tetapi intipati luahan mereka tetap satu. Kami penat, penat dengan harga barang yang naik tanpa memberi ruang untuk mereka bernafas. Penat dengan lampu jalan yang gelap membuat mereka takut setiap kali anak pulang lewat, setiap kali suami keluar bekerja. Penat dengan longkang yang tidak mampu menampung air. Penat mencuci rumah apabila ban sungai pecah. Penat dengan jalan yang sempit dan tidak pernah dilebarkan walaupun jumlah penduduk meningkat. Penat dengan birokrasi yang kadang-kadang lebih rumit daripada masalah sebenar dan penat ini bukanlah sekadar penat fizikal tetapi ia adalah penat jiwa penat yang menyebabkan rakyat merasakan suara mereka tidak didengari. Penat yang membuatkan mereka rasa mereka hanya angka statistik. Penat yang akhirnya memaksa mereka meluahkan ke media sosial sebagai tempat terakhir mencari perhatian.
Oleh itu, suara mereka tidak boleh kita pandang ringan. Rungutan itu bukan keluhan semata mata. Ia isyarat awal masalah rakyat yang mesti kita tangani segera sebelum ianya semakin parah dan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan. Behrang mengambil setiap luahan, setiap komen, setiap pesanan WhatsApp, setiap aduan di ruang mesej sebagai amanah besar. Amanah untuk diterjemahkan sebagai tindakan, amanah untuk dipertahankan di dalam Dewan yang mulia ini. Amanah untuk memastikan suara paling kecil sekalipun tetap sampai ke telinga kerajaan. Akhir kata Yang Berhormat Timbalan Speaker, belanjawan yang baik mestilah sampai ke tangan rakyat. Belanjawan 2026, adalah belanjawan yang baik, menyeluruh dan berpaksikan rakyat.
Namun, sebuah belanjawan hanya bermakna jika ia benar-benar turun ke lapangan, turun ke kampung, ke sekolah, ke taman perumahan, ke pekan kecil, ke Perumahan Rakyat dan perkampungan Orang Asli. Insha Allah Behrang akan terus memperjuangkan suara ibu tunggal yang bergelut membesarkan anak, suara anak muda yang mencari pekerjaan, suara bapa-bapa dan pekerja yang tersekat di persimpangan jalan setiap pagi dan petang. Juga suara keluarga yang hanya mahu harga barang mampu dimiliki serta suara masyarakat orang asli yang mahu maju tanpa hilang jati diri.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dengan penuh rasa tanggungjawab dan penghormatan kepada Amanah Rakyat, Behrang menyokong Belanjawan Negeri Perak 2026. Sekian Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih pembahas yang terakhir pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka tamatlah sesi perbahasan pada hari ini. Majlis peluncuran maklumat Ahli Dewan Negeri Perak e-Adun akan diadakan pada 28 November 2025 Jumaat jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Sidang Media. Semua Yang
Berhormat adalah dijemput hadir bersama. Sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Jumaat, 28 November 2025 jam pada pagi 9.00 pagi. Sekian terima kasih.