Perak · 28 November 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 248 turns · 25,679 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Keempat, Mesyuarat Ketiga Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Jumaat, 28 November 2025 jam 9.04 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua. Pengumuman Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urus setia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Yang pertama, suka untuk saya ingatkan bahawa semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan diminta untuk mendaftar kehadiran dengan mengimbas kod QR yang berada di atas meja masing-masing. Selain itu, aturan urusan mesyuarat dan soalan-soalan lisan pada hari ini boleh dimuat turun dokumen tersebut dengan mengimbas kod QR yang sama.

Perkara yang kedua, tempoh masa sesi soalan lisan pada hari ini diperuntukkan selama 1 jam sahaja.

Perkara yang ketiga, berkenaan hansard rasmi. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urus setia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan, sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut.

Akhir sekali, sebentar tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah merasmikan Majlis Peluncuran Sistem Maklumat Ahli Dewan Negeri, e-ADUN. Ketetapan telah dibuat agar semua Ahli Yang Berhormat mengemas kini maklumat biodata sebelum 31 Disember 2025. Sistem akan diguna pakai pada 1 Januari 2026. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama satu jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk mengemukakan soalan. Sila.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Bota, soalan nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan di-Pertua. Saya mengambil ruang untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Bota. Untuk makluman Yang Berhormat Bota, Kerajaan Negeri mengambil maklum dapatan daripada Institut Darul Ridzuan (IDR) bahawa perbelanjaan makanan, perumahan dan utiliti merupakan antara beban utama yang ditanggung oleh rakyat negeri Perak. Sehubungan itu, jaringan keselamatan sosial kekal menjadi fokus utama Belanjawan Negeri seperti yang telah saya bentangkan pada hari Selasa yang lalu. Dalam Belanjawan 2025, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk peningkatan Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM500 sebulan, pelaksanaan Kad Perak Sejahtera, Program Bantuan Kotak Makanan, Kedai Bergerak Negeri Perak, Jualan Rahmah serta Program Bas Perak Sejahtera.

Komitmen ini kita teruskan dalam Belanjawan 2026 melalui peningkatan peruntukan Bantuan Am JKM daripada RM31 juta kepada RM37 juta. Peningkatan sebanyak RM6 juta. Kad Perak Sejahtera daripada RM24juta kepada RM24.5 juta, iaitu pertambahan sebanyak RM0.5 juta serta Program Bantuan Kotak Makanan meningkat daripada RM5juta kepada RM6juta. Selain itu, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan peruntukan baharu bagi Program Sayangi Rumahku sebanyak RM3 juta sebagai dana pusingan di bawah Yayasan Perak bagi membantu keperluan perumahan rakyat. Kerajaan Negeri Perak juga melalui Lembaga Air Perak turut melaksanakan langkah proaktif untuk meringankan beban rakyat melalui subsidi air percuma, pemberian rebat atau rebat bil air. Subsidi air percuma disalurkan kepada golongan miskin dan termiskin yang berdaftar secara menerima bantuan bulanan daripada JKM, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atau Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) pada kadar 25 meter padu sebulan bersamaan RM20.40. Cuma Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri bantuan secara senyap ini tak kelihatan oleh orang ramai tapi itulah sumbangan yang telah dibayar dan disediakan oleh LAP. Jika penggunaan air berada di bawah kadar tersebut, tiada bayaran dikenakan.

Selain itu, rebat bilangan bil air sebanyak RM4.00 sebulan turut diberikan kepada semua pengguna akaun domestik di negeri Perak. Sehingga Oktober 2025 hampir RM32 juta telah dibelanjakan oleh LAP bagi pelaksanaan kedua-dua inisiatif ini untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Kita ucapkan penghargaan kepada LAP di atas sumbangan ini.

Kerajaan Negeri sentiasa menilai keperluan semasa termasuk pertimbangan untuk menambah baik bantuan mengikut keperluan khusus masyarakat B40 di bandar dan di luar bandar. Namun sebarang perluasan skim bantuan adalah tertakluk kepada kedudukan dan kemampuan kewangan negeri serta komitmen dasar semasa. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri komited memastikan hasil negeri dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat negeri Perak dengan penekanan terhadap penyelarasan antara jabatan dan agensi pelaksana supaya agihan bantuan dilaksanakan secara adil, tidak bertindih dan tepat kepada kumpulan sasaran. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Bota, sila.

Soalan tambahan Bota. Bagaimana kerajaan Perak nak memastikan dalam penambahbaikan sistem tindakan cepat kepada mereka yang telah, yang sedang atau pun yang telah ditimpa bencana. Bantuan itu diberikan secara lebih pantas daripada yang apa yang ada sekaranglah.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Bota. Selama dua hari berturut-turut pada hari Rabu dan hari Khamis, saya meninggalkan Dewan ini lebih awal untuk membolehkan saya pergi menziarahi dan melawat mangsa banjir di dua daerah. Hari Rabu di daerah Hilir Perak, di dua PPS dan semalam di daerah Perak Tengah bersama Yang Berhormat Bota di dua PPS Perak Tengah. Saya sempat berbincang berbual dengan pegawai daerah. Seperti biasa yang pertama sekali keperluan mereka ialah makan. Jadi bila kita bawa mereka ke PPS, saya dah tanya semua mereka tak ada siapa merungut tentang makan. Malahan dia bagitahu balik nanti kami berat badan bertambah sebab makanannya bukan saja mencukupi tapi melimpah ruah. Bukan sahaja dibiayai oleh kerajaan melalui JKM tapi ada sumbangan-sumbangan daripada dermawan ke pusat PPS tersebut.

Yang Berhormat barangkali menyebutkan tentang keperluan wang tunai. Seperti biasa kita katakan di pejabat daerah memang kita sediakan sejumlah wang untuk membolehkan mereka dibayar wang tunai RM300.00 sebagai sumbangan awal kerana nama-nama ini kemudiannya akan diproses untuk disampaikan kepada NADMA. NADMA pula akan membayar sumbangan. Yang Berhormat sebut tadi secara manakah kita nak bagi paling cepat? Jadi kita dah cuba sedaya upaya apabila dia melibatkan peruntukan kewangan, dia kena melalui proses yang telah ditetapkan oleh Pekeliling Kewangan oleh MOF. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya terima kasih kepada semua urus setia pengurusan bencana negeri dan daerah yang sempat saya pergi. Saya rasa semua pengurus-pengurus atau urusetia pengurusan bencana banjir ini telah sedaya upaya bertugas dengan baik. Tak cukup siang malam 24 jam malahan mereka telah pun meninggalkan isteri, keluarga sendiri semata-mata nak bagi perhatian kepada mangsa banjir. Jadi, Yang Berhormat Bota, apa pun keadaannya kita sentiasa memantau dan mendapat pandangan daripada mangsa apa lagi yang perlu kerajaan buat untuk membolehkan mereka pertama, selamat. Yang kedua, kenyang. Yang ketiga, dia balik nanti sekurang-kurangnya ada sedikit wang untuk membolehkan dia berbelanja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan soalan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Speaker, soalan satu ini boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan berkaitan?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Soalan tambahan cuma menyentuh tentang menangani prihatin kepada mangsa-mangsa banjirlah itu yang ini sebab kalau ikut SOP bantuan kepada mangsa banjir itu untuk mereka yang pindah ke PPS sahaja tapi kita dapati kadang-kadang banjir kilat ini yang banjir kilat ini sekejap sahaja dan kemusnahan dia sama dengan banjir yang biasa inilah yang pindah dan banjir kilat dua-tiga jam. Kerosakan dia sama, kesusahan dia sama tapi mereka tak dapat bantuan kewangan sebab depa tak pergi, tak pindah. Ini satu dan yang kedua ada tempat-tempat itu pemindahan itu jauh. Jauh dari tempat, ada kata 10 biji rumah. Tempat pemindahan dia jauh jadi kadang ada rumah dekat depa tak pergi pindah situ. Depa ni banjir tapi depa tak layak untuk terima. Jadi kalau boleh Yang Amat Berhormat kalau boleh kita fikirkan sesuatulah untuk bagi bantuan kepada mereka yang seperti ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Gunong Semanggol. Seperti yang kita maklumilah memang apabila berlaku banjir kilat, mana-mana rumah kediaman yang dinaiki air dan pada pendapat kita air itu semakin naik. Tak ada pilihan. Kita mintak penghuni-penghuni untuk segera mengikut arahan dan berpindah ke PPS tetapi kita maklum ada di antara mereka yang enggan berpindah atas sebab-sebab tersendirilah. Ada setengah tu dia payah nak lipat kain, nak bawa barang dan sebagainya. Ada setengah tu dia ada pengalaman. Pengalamannya dalam tempoh dua jam air akan surut. Jadi, mereka ini tidak berpindah ke PPS. Saya faham maksud daripada Yang Berhormat dalam semua mesyuarat bencana daerah pun kita mendapat rayuan dan juga mendapat permintaan yang sama supaya diberi sama rata kepada yang berpindah atau pun tidak berpindah. Dia ada pro dan kontra Yang Berhormat Gunong Semanggol.

Jika dia berpindah setengah, tu dia berpindah ke rumah saudara atau berpindah ke rumah ibu dia. Dia tidak berpindah ke PPS. So, macam mana JKM nak hantar barang makan dia ke situ? Nak hantar kepada siapa? Nak hantar kepada mangsa banjir atau pun the whole rumah tumpangan tersebut. Itu satu problem kepada urus setia termasuk JKM. Yang kedua nak mengenal pasti sejauh mana dia benar-benar terjejas. Tadi sebut kata 2 jam. 2 jam air surut. Kita bagi sama je RM300.00. Jadi orang yang terjejas sampai seminggu ni dia pun terasa aku terjejas seminggu dapat RM300.00 juga. Kawan tu dua jam je pun dapat RM300.00. Jadi itu masalah kita. Saya faham kehendak Yang Berhormat tu kalau boleh semua orang dapat sama rata tapi kerajaan ada kekangan tersendirilah. Seboleh mungkin kita nak membantu sebab kita faham tapi ini hal kemanusiaan. Setidak-tidaknya kita memberi keutamaan kepada makan terlebih dahulu dan keselamatan mereka. Yang lain itu kita boleh bincang Yang Berhormat termasuk dengan Kerajaan Persekutuan melalui NADMA. Terima Kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya menjemput.

Tronoh, soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Tak Boleh. Sila duduk Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan soalan. Sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera selamat pagi kepada semua. Soalan Simpang Pulai soalan kedua.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, selamat pagi, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Pulai yang mengemukakan soalan berkaitan Enakmen Hotel Perak 2023. Jadi bagi menjawab soalan pecahan (a) yang tanya tentang jumlah pendaftaran premis yang setakat ini.

Untuk makluman Yang Berhormat sehingga November 2025, sebanyak 1,221 buah premis telah berdaftar melibatkan 15 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri. Pendaftaran tersebut meliputi lima kategori iaitu kategori satu yang merujuk kepada hotel bertaraf tinggi dengan kemudahan lengkap seperti kolam renang dan gimnasium mencatatkan sebanyak 11 premis. Kategori dua, hotel dengan kemudahan sederhana seperti restoran dan bilik mesyuarat sebanyak 18 premis. Kategori tiga, hotel biasa dengan kemudahan asas seperti bilik berhawa dingin dan televisyen sebanyak 56 premis. Kategori empat, hotel bajet atau penginapan kos rendah dengan kemudahan terhad sebanyak 484 premis dan juga kategori lima yang meliputi asrama, motel, rumah tumpangan rumah bot, homestay, tapak perkhemahan dan kenderaan yang dijadikan sebagai tempat menginap berbuyer dan berbayar dan sebagainya sebanyak 652 premis. Setakat ini, pendaftaran tertinggi dicatat oleh Majlis Bandaraya Ipoh dan 457 premis diikuti Majlis Perbandaran Manjung sebanyak 175 premis dan 100 premis di bawah Majlis Perbandaran Taiping. Walaupun kebanyakan PBT berstatus Majlis Daerah mencatatkan pendaftaran di bawah 100 premis apa yang lebih significant ialah pendaftaran di kawasan eko pelancongan seperti rumah bot, tapak perkhemahan, homestay dan penginapan alternatif lain yang sebelum ini berada di luar sistem kawal selia kini telah mula didaftarkan.

Perkembangan positif ini menunjukkan bahawa enakmen ini mula berjaya membawa segmen baharu masuk ke dalam rangka yang lebih teratur dan selamat selaras dengan keperluan semasa industri pelancongan. Pada masa yang sama, suka juga untuk saya menitikberatkan bahawa berdasarkan data yang dikumpulkan oleh PBT setakat ini terdapat sebanyak 1,587 premis yang masih belum mendaftar di bawah enakmen ini iaitu jumlah yang lebih tinggi berbanding 1,221 premis yang telah berdaftar. Angka ini menunjukkan betapa pentingnya pengusaha memberi perhatian serius terhadap keperluan pendaftaran supaya operasi mereka selari dengan undang-undang dan selamat untuk pengunjung.

Bagi menjawab soalan pecahan 2 tentang tindakan yang akan diambil ke atas pengusaha yang belum berdaftar atau tidak memenuhi syarat. Untuk makluman Yang Berhormat proses pemutihan pendaftaran telah tamat pada 30 Jun 2025 dan dalam tempoh pemutihan selama satu tahun itu, Kerajaan Negeri bersama semua PBT telah memberikan ruang, peluang dan bimbingan yang secukupnya kepada para pengusaha untuk mendaftar serta memenuhi syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan. Ini atas budi bicara, semua Pihak Berkuasa Tempatan, proses pujukan serta notis peringatan masih diberi kepada pengusaha hotel yang masih belum membuat pendaftaran.

Walau bagaimanapun, mulai Januari 2026 notis akan dikeluarkan kepada pengusaha yang masih berdegil mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan mahupun kompaun dikenakan. Suka untuk saya ingatkan bahawa di bawah Enakmen Hotel Perak 2023, seksyen 3(4) sekiranya didapati mana-mana pihak mengendalikan hotel tanpa lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa melesen iaitu Pihak Berkuasa Tempatan, dalam dalam kes ini, pengusaha boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Jika kesalahan berterusan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. Jadi ini jelas adalah peruntukan undang-undang dan ini akan dikuatkuasakan. Kerajaan Negeri mengambil pendirian tegas bahawa tiada lagi toleransi terhadap operasi tanpa lesen, premis haram ataupun pengusaha yang sengaja mengingkari Enakmen Hotel Perak. Semua usaha ini demi memastikan industri penginapan di Perak beroperasi secara teratur, selamat dan profesional.

Bagi menjawab soalan pecahan soalan tentang manfaat pelaksanaan enakmen kepada komuniti setempat dan sektor pelancongan. Pelaksanaan Enakmen Hotel bertujuan untuk memperkukuh aspek keselamatan, kebersihan dan tadbir urus dalam sektor penginapan. Manfaat utamanya kepada komuniti dan sektor pelancongan adalah penekanan terhadap konsep pelancongan selamat bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. Melalui pelaksanaan enakmen ini, semua pengusaha berdaftar diwajibkan memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan. Sebagai contoh, penyediaan peralatan keselamatan seperti peti kecemasan dan alat pemadam api adalah mandatori. Dengan itu, sekiranya berlaku kecemasan, pihak berkuasa dan pelancong dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengusaha yang mengabaikan aspek keselamatan.

Selain itu, proses pendaftaran ini turut mewujudkan satu bank data lengkap yang kini dimiliki kerajaan negeri dan Tourism Perak. Ini akan membantu pemilik premis dalam mempromosikan penginapan mereka dengan lebih meluas melalui kempen yang diadakan secara usahasama dengan pihak kerajaan. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 pelaksanaan enakmen ini juga memberi kelebihan kompetitif kepada Perak kerana kita mampu menawarkan penginapan yang sah, selamat dan mempunyai standard seragam. Ini secara langsung meningkatkan keyakinan pelancong serta merangsang pertumbuhan sektor pelancongan negeri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Simpang Pulai sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Soalan tambahan untuk Simpang Pulai kan saya difahamkan satu caj perkhidmatan tempatan akan dikenakan atas semua pemohon bawah enakmen hotel ini. Jadi berapakah jumlah sudah dikutip setakat ini dan bagaimana kutipan ini membantu untuk meningkatkan infrastruktur dan pelancongan serta perkhidmatan PBT? Terima kasih.

Untuk makluman Yang Berhormat mengikut data yang direkodkan sehingga tarikh 24 November 2025. Jumlah kutipan caj perkhidmatan tempatan atau CPT bagi bulan Januari hingga Oktober tahun ini adalah berjumlah RM5,807,461.00. Kutipan ini telah merekodkan pencapaian 116% daripada jumlah sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak RM5 juta. Secara puratanya, kutipan setiap bulan adalah berjumlah RM580,746.00. Kutipan ini merupakan hasil baharu bagi negeri Perak. Keputusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telah menetapkan bahawa segala hasil kutipan caj perkhidmatan tempatan akan diagihkan sebahagian kepada Kerajaan Negeri dan sebahagian lagi kepada semua pihak berkuasa tempatan mengikut prestasi kutipan masing-masing. Hasil kutipan ini bakal digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan secara strategik untuk meningkatkan infrastruktur pelancongan dan perkhidmatan PBT.

Penggunaan dana ini merangkumi beberapa aspek yang utama termasuk yang pertama untuk kutipan CPT ini akan digunakan untuk membangun dan menyelenggara kemudahan pelancongan seperti hotel, resort, tapak warisan, pusat maklumat pelancongan, jalan akses ke destinasi pelancongan serta kemudahan awam yang lain. Penyediaan infrastruktur ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan pelancong tetapi juga menyokong pertumbuhan sektor pelancongan secara berterusan. Kedua sebahagian kutipan CPT yang diperuntukkan akan digunakan untuk promosi destinasi pelancongan di peringkat negeri mahupun daerah termasuk kempen pemasaran dan penyertaan dalam pameran pelancongan. Langkah ini bertujuan menarik lebih ramai pelancong serta meningkatkan pendapatan pelancongan tempatan. Maka sangat penting untuk pengusaha-pengusaha yang berkenaan mengambil tindakan untuk berdaftar dengan kerajaan dengan PBT supaya mereka boleh turut terlibat sekali dalam kempen pemasaran mahupun jika terdapat insentif-insentif yang disediakan kepada pengusaha. Ketiga kutipan CPT membolehkan PBT menambah baik pengurusan premis penginapan memantau tahap kebersihan, keselamatan dan penyelenggaraan hotel serta kawasan pelancongan.

Dana ini juga digunakan untuk menampung kos pengeluaran lesen penginapan, pemantauan operasi hotel dan penyediaan perkhidmatan sokongan yang lain dan keempat dengan maklumat kutipan CPT dan data penginapan PBT dapat merancang pembangunan hotel baharu atau penginapan alternatif mengenal pasti kawasan tumpuan pelancongan serta menilai jurang antara permintaan dan kapasiti sedia ada. Pendekatan ini membolehkan pembangunan pelancongan dilaksanakan secara bersepadu berasaskan bukti dan lebih berkesan.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Soalan nombor tiga.

Timbalan Yang di-Pertua dan juga Ahli Dewan Negeri daripada Kubu Gajah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Perak 2030 Sejahtera dan Salam Kerajaan Madani. Saya berterima kasih daripada Kubu Gajah yang bertanyakan berkenaan dengan perkara-perkara yang menghantui khususnya musim-musim hujan musim-musim tengkujuh ini.

Semalam, saya dengar sedikit rintihan daripada Batu Kurau yang menyatakan sama ada kita ada perancangan untuk membaik pulih gherotak-gherotak yang dah lama. Tau gherotak. Makna jambatan-jambatan lama. Titi, titi itu kecil. Gherotak ni besor. Jadi untuk itu…itu, untuk makluman Yang Berhormat lah, jambatan yang berada di jalan seliaan JKR sama ada jalan negeri atau jalan persekutuan di Perak ini masih dalam keadaan yang boleh diterima dan baik. Itu jaminan daripada JKR dan JPS. Kita berikan keutamaan kepada mana gherotak yang ada struktur tengah-tengah longkang atau pun tengah-tengah sungai itu sebab ada suasana yang mana depa ni terdedah kepada kepala ayor. Jadi bila ada fenomena kepala ayor, jambatan-jambatan yang sebegitu perlu diberi perhatian. Kalau biasanya kita buat pemeriksaan tu, dua kali setahun. Tapi jambatan-jambatan yang terdedah kepada kepala ayor ni kita beri lebih sikit. Iaitu kita berikan kepada bukan hanya di Kubu Gajah, tapi seluruh Larut, Matang dan Selama. Terutama sekali kalau musim sekarang ni, musim deroyan luruh. Banyak deroyan-deroyan luruh di jambatan-jambatan ni digunakan oleh peraih-peraih ni menggunakan lori-lori besor dan dia sepanjang dua bulan setengah tu, jambatan ni akan terdedah kepada berat muatan yang tinggi kerana buah-buah deroyan tu.

Pihak JKR melalui JKR Larut, Matang dan Selama sentiasa membuat penyelenggaraan dan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan jambatan-jambatan ini masih berfungsi dan selamat untuk digunakan oleh pengguna. Jadi, maknanya ada kaedah-kaedah yang digunakan oleh JPS dan JKR untuk menentukan bahawa gegaran itu tidak melebihi yang yang dibenarkan. Oleh kerana ada muatan-muatan kenderaan yang berat. Jadi kalau ia bergegar lebih daripada muatan yang yang diterima, kita akan bagi perhatian yang berat kepada jambatan itu dan sebagaimana dinyatakan tadi, jambatan-jambatan, gherotak-gherotak di Perak ni selamat. Sehingga hari ini, Alhamdulillah. Bagi struktur jambatan dan juga titi lama perlulah dilihat melalui tanggungjawab agensi yang membina, menyenggara terhadap struktur yang diklasifikasikan sudah lama ataupun uzur. Jadi, kita lihat jambatan itu kena ada tuan punyanya. Siapa yang bina jambatan itu, di jalan mana. Negeri ke Persekutuan ke ataupun Majlis Perbandaran ataupun PLB. Jadi bila kita tahu siapa yang rekodkan jambatan itu, kita akan serah kepada agensi tersebutlah. Tak semestinya semua tu di bawah JKR ataupun JPS. Kerjasama antara GLC, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan JKR, PBT serta agensi teknikal berkaitan daerah perlukan, diwujudkan dan teruskan agar sesuatu isu melibatkan tindakan mitigasi melalui kerja menaik taraf dan menyenggara dapat dilaksanakan melalui peruntukan khas yang dipohon berdasarkan susunan keutamaan justifikasi permohonan dan juga impak yang akan dilihat selepas itu.

Pejabat Daerah dan Tanah Selama yang sini bawah Kubu Gajah ni sentiasa melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan dan baik pulih dan turut mendapat ulasan teknikal dari pihak JKR Larut Matang, Selama. Bagi baikpulih dan juga naik taraf jambatan yang berada di bawah tangungjawab penyelenggaraan PDT Selama, Pejabat Daerah dan Tanah Selama. Bagi tahun lepas, bagi tahun ini sahaja 2025, sebanyak 7 buah jambatan dan titi lama telah dibaiki, dinaiktaraf dan juga dengan kos RM1.09 juta. Tempat YB sahaja 7. Ada 7 jambatan dan titi. Ya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat buah jambatan dan titi lama adalah dalam kawasan Dun Kubu Gajah. Tu YB pun dah sedar. Di samping itu, PDT Selama juga telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan juga perbincangan bersama Jabatan JPS Larut Matang, Selama bagi membincangkan isu serta tindakan penyenggaraan terutamanya sistem saliran. Jadi, saya syorkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, kalau boleh YB nyatakan di situ dan buat satu tindakan untuk susulan. Saya syorkan.

Bagi sistem saliran melibatkan longkang tepi jalan dan juga pembentungan di jalan persekutuan atau jalan negeri, pihak JKR melaksanakan kerja pembersihan longkang dan pembentung ini sekurang-kurangnya dua pusingan setahun. Itu abih koman ler tu. Biasanya kalau diberi perhatian tiga kali setahun, empat kali setahun macam tu. Tapi di Kubu Gajah ni kita beri macam biasa kebiasaan periodical, twice per year, dua kali setahun. Sekiranya berlaku kejadian luar jangka menyebabkan sistem saliran di jalanraya seliaan JKR, pihak JKR melalui konsesi yang dilantik melaksanakan kerja-kerja kecemasan. Yang saya katakan tadi tu pengawasan daripada JKR Larut Matang, Selama. Tapi pihak konsesi JKR juga mensyaratkan jalan di dalam negeri di bawah Empayar Indera ini juga mereka membuat pengawasan yang sama. Jadi bermakna kalau satu tahun tu mungkin lebih daripada empat lagi lah, JKR pun buat, konsesi pun buat juga.

Sekiranya berlaku kejadian luar jangka, maka kita akan hubungi pihak-pihak konsesi untuk memberikan tindakan secepat mungkin, bagi melaksanakan jalan itu supaya dia tidak terputus hubungan. Bagi sistem saliran sungai, Kerajaan Negeri melalui JPS mengambil serius terhadap kerja-kerja selenggara sungai dengan pendekatan preventive maintenance (PM) dengan mengenal pasti awal tindakan penyenggaraan berkala yang dilakukan sebelum sesuatu kerosakan atau kegagalan berlaku bagi mengelakkan berlakunya kesan yang lebih buruk termasuk juga peningkatan terhadap kos pembaikan tersebut. Jadi, sudah tentulah JKR merasakan kalau tidak diberi perhatian, kalau ia berlaku satu musibah. Kos nak baik pulih tu nak nak menyempurnakan jauh lebih tinggi daripada kalau kita buat preventive maintenance (PM). Tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang diambil kira bagi sesuatu isu teknikal terhadap sistem saliran sungai dengan perancangan kerja yang mengikut susunan keutamaan dan juga justifikasi yang kuat disokong dengan peruntukan yang diluluskan melalui peruntukan Negeri ataupun Persekutuan.

Pihak JPS daripada Larut Matang Selama telah mengambil maklum berhubung perkara ini dan tindakan penyenggaraan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bergantung kepada peruntukan yang telah pun diperolehi. Akhirnya fokus utama penyenggaraan adalah di kawasan berisiko tinggi. Hotspot yang dikenal pasti beberapa punca berlakunya banjir. Jadi, semalam tu bila Batu Kurau menyatakan bahawa Sungai Kurau tu sendiri akan menyebabkan punca kebanjiran itu kerana bertembungnya air laut dengan air sungai daripada situ. JPS Larut Matang Selama dan juga PDT Selama akan terus memantau keadaan infrastruktur ini dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan juga keselesaan penduduk sentiasa terjamin. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Exco yang menjawab soalan. Bagi Kubu Gajah, ada jambatan-jambatan yang masih lagi yang belum diselenggara dengan baik. Terutamanya jambatan yang panggil di sana titi gantung lah, Titi gantung rasanya dah dah di buat puluhan tahun sehingga kiri kanan tu hanya penghadang dia hanya dawai kecil besar, besar ibu jari je. Itu masih dalam proses. Saya minta cuma belum ada kelulusan. Yang kedua, proses sekiranya ada lubang yang saya sendiri mesej kepada Yang Berhormat Exco. Kenapa terlalu ambil masa yang lama hampir 2 bulan? Padahal kita tak nak kambus lubang yang…yang…yang berisiko tinggi tapi mengambil masa sampai 2 bulan kan. Saya beberapa kali rujuk kepada Yang Berhormat YB Exco, yang kedua. Yang ketiga berkenaan YB tak jawab tadi berkenaan hakisan tebing.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat ada berapa soalan?

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Lagi satu, hakisan tebing agak penting. Sebabnya sekarang ni musim hujan tak menentu dan berkenaan tebing ini risiko dah lama dah dengan pengambilan…pengambilan pasir menyebabkan tebing terhakis bila tebing terhakis, jambatan-jambatan yang ada di aliran sungai tersebut juga terhakis dan yang lebih memarahkan lagi pemantauan daripada JPS sendiri, terima kasih kepada JPS. Aliran sungai itu dia dah dah beralih arah. Dia singgah daripada rizab sungai dan masuk kepada tanah-tanah persendirian. Bila mana kita buat laporan, JPS mari, kami tak boleh buat apa kerana apa ini adalah di dalam sungai ini di dalam dalam tanah persendirian. Sedangkan sungai aliran yang yang asalnya adalah jauh, tapi dengan tidak diselenggara dengan baik makan puluhan tahun dia masuk dalam tanah yang berizab, bergeran, tanah persendirian. Jadi, saya minta benda ni kalau boleh pemantau bukan sekadar pemantauan berkala. Tapi bila mana kita ada report daripada melalui pejabat pusat khidmat, melalui Pejabat Penghulu Mukim, tolong buat tindakan yang boleh memberi kegembiraan kepada penduduk-penduduk supaya kecelakaan atau pun benda-benda yang tidak diingini boleh berlaku seperti tanah runtuh masa banjir di Kampung Batu 20. Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Terima kasih Kubu Gajah di atas perhatian yang mendalam berkenaan apa yang berlaku di Kubu Gajah sendiri. Saya cuma dapat bagi jaminan kalau sekiranya tanah daripada sungai-sungai di Kubu Gajah itu, dia rebak sampai masuk ke tanah persendirian, hak milik. Jadi itu satu perkara yang perlu diberhentikan oleh pihak JPS. Biasanya kalau kita lihat bahawa ada peluang bahawa tanah itu akan hakis sehingga masuk ke tanah persendirian, maka satu kaedah untuk menampak sama ada kita gunakan bakau atau pun kita gunakan gabion untuk pastikan dia tidak terhakis lebih sampai masuk ke tanah persendirian. Yang ini kalau sekiranya ada kes yang macam itu berlaku khususnya kampung yang telah disebutkan tadi, saya mahu diberikan perhatian, berikan gambar kepada saya dan saya minta JPS Larut, Matang Selama pergi buat kajian sama ada kita nak keluarkan sedikit wang nak pasang dengan bakau, piling ataupun dengan pemasangan gabion. Sebab itu adalah satu suasana yang agak merbahaya. Bukan hanya rumah-rumah nanti akan akan runtuh, pokok-pokok juga akan tumbang. Jadi untuk itu, kita akan berikan keutamaan kepada insiden-insiden yang sesuai macam tu.

Berkenaan dengan musim tengkujuh ni memanglah YB. Bila musim tengkujuh ni, haluan air tidak dapat menentu, kita tak dapat tentukan. Yang kita buat tu, preventive maintenance tu, adalah kerja-kerja biasa. Tapi kalau berlaku perkara-perkara yang luar biasa, pertembungan air pasang surut ini dengan hala tuju sungai tu yang kerana kalau ada angin atau hujan yang kuat, dia bertembung menyebabkan fenomena banjir itu berlaku dengan cepat. Jadi yang itu kita tak dapat tidak kena nak kurangkan kesan tu. Nak hapuskan memang tak boleh tapi nak kurangkan supaya di masa-masa akan datang kita boleh buat persiapan jauh lebih jitu kalau sekiranya perlu dibuat. Jadi untuk itu saya akan mintak JPS Larut, Matang Selama bersama-sama dengan JKR Larut, Matang Selama untuk buat kajian di tempat-tempat yang memang berisiko tinggi. Kalau kita nampak lubang…nak masuk ke jambatan tu berlubang, jadi tak bukanlah maknanya dengan cara mudah sekali kita curahkan dengan pasir, batu, tak selesai masalah sebab kita lihat di bawah tu apa yang berlaku.

Pertembungan di antara jalan dengan dia punya jambatan tu ataupun telinga jambatan tu perlu dibuat kajian dahulu. Bukan semudah kita tambak juga gravel atau pun bubuh pasir saja. Dia akan jeroluih juga. Jadi untuk itu, mana-mana yang berlaku pada waktu itu diberikan perhatian dan juga makluman itu kepada JPS secepat mungkin supaya dapat kita laksanakan sedikit kajian bagi menampung supaya lubang tidak lagi besar. Terima kasih kepada YB Kubu gajah yang sentiasa menghantar kepada saya gambar-gambar yang berlaku insiden-insiden sedemikian dan saya majukan terus kepada JPS yang berkenaan dan juga JKR berkenaan. Buat masa ini Alhamdulillah. Tindakan tu diambil cepat. Jadi bila ada cerita-cerita berkenaan dengan lubang inidah dua bulan tak ambil tindakan, itu saya rasa itu agak keterlaluan dan kita akan buat kajian kenapa benda itu berlaku. Wallahualam. Terima kasih banyak.

Manjoi.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Pengkalan Hulu.

Manjoi.

Kamunting.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu. Sila. Satu soalan saja.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Baik. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Exco, saya ada satu soalan berkenaan dengan peruntukan untuk naik taraf ataupun menggantikan jambatan di Ulu Tembeling, Kampung Kuak Hulu. Ini berkaitan lah. Soalan berkaitan. Kalau kita tengok kepada soalan Kubu Gajah berkenaan dengan titi uzur yang perlu dinaik taraf. Tapi di Pengkalan Hulu ni, untuk makluman Yang Berhormat Exco pada 17 November 2022 berlaku insiden kepala air yang disebutkan tadi, Yang Berhormat Exco. Di kebun durian juga banyak kebun durian di situ dan insiden itu telah memusnahkan satu jambatan besi yang menjadi perhubungan utama pekebun-pekebun orang Kampung

Kuak Hulu ini untuk mengutip hasil dan sekarang jambatan itu dah tak ada. Dah roboh. Saya baru dapat gambar semalam daripada penduduk. Mereka terpaksa bergotong-royong bina jambatan tersebut menggunakan kayu, kayu balak. Kayu-kayu lah. Disebabkan terlalu lama menunggu peruntukan untuk kerja-kerja pembinaan semula jambatan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalan?

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Jadi saya mohon saya bertanya, bilakah peruntukan akan turun daripada pihak yang berwajib dan inilah gambar jambatan kayu tu. Memang cantik juga kalau tengok kan? Kreatif orang kampung ni. Cumanya saya nak tanya bila peruntukan akan lulus dan bila tindakan akan diambil oleh pihak berwajib untuk membantu menyelesaikan masalah orang kampung ni? Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Cuma sedikit Timbalan Yang di-Pertua, sepanjang panjang daripada Gerik sampai ke Pengkalan Hulu tu jambatan kesemuanya yang melalui jalan Persekutuan...jambatan tu elok, ok. Tapi yang YB beritahu ni adalah kawasan-kawasan dilalui oleh jalan kampung yang ada peruntukan lain daripada MARRIS untuk titi-titi yang bukan hanya kita ganti streetnya. Bila ada masalah, complaint. Gegaran dia kuat ataupun macam-macam masalah lagi. Jika ada, pihak JPS tidak akan terus meroboh jambatan tu ganti baru. Kita tidak menyelesaikan cara macam tu. Kita akan buat kajian dulu sama ada titi tu masih tegap. Kalau masih tegap, kita buat satu pendekatan untuk mengukuhkan jambatan tersebut. Jadi tak semestinya bila jambatan tu rosak, kita terus robohkan, kita ganti baru macam tanggal seluar kita yeop. Jadi untuk itu kita nak pastikan bahawa jalan-jalan yang ada jambatan titi-titi kecik ni, kita akan bagi perhatian menggunakan kaedah atau peruntukan dari MARRIS pun ada. Jadi yang itu saya nak bagi tau YB kalau sekiranya ada, macam semalam tu, gambar semalam tu, maju pada saya, saya akan terus berikan kepada JKR dan juga konsesi untuk buat sedikit liputan di jabatan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Nombor soalan Pasir Pinji, nombor empat.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Pinji yang sentiasa cakna mengenai kelestarian alam, menanya mengenai usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna. Untuk makluman Dewan yang mulia, isu pengurangan penggunaan beg plastik sekali guna merupakan antara agenda kerajaan negeri dalam memperkukuh usaha pemeliharaan alam sekitar serta menangani cabaran pencemaran plastik yang semakin meruncing. Seiring dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap agenda kelestarian dan aspirasi Perak Sejahtera 2030, pelbagai langkah telah dirangka dan dilaksanakan secara berperingkat melalui penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan bagi membentuk perubahan tingkah laku masyarakat ke arah penggunaan yang lebih lestari.

Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji, Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. 2079 bertarikh 10 Ogos 2022 telah meluluskan pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik melalui pengenaan caj pencemaran oleh PBT pada hari Sabtu setiap minggu itu, setiap minggu di negeri Perak mengikut garis panduan yang telah disediakan. Susulan keputusan tersebut, Kempen Tiada Beg Plastik ini telah dilaksanakan dahulu oleh Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bermula Januari 2023 dan diikuti oleh PBT lain. Selewat-lewatnya pada Jun 2023 kesemua 15 PBT telah mula melaksanakan kempen ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji, secara prinsipnya pengenaan caj pencemaran ini oleh PBT bertujuan untuk mengurangkan dan menghindari penggunaan beg plastik terutamanya beg plastik sekali guna di kalangan rakyat negeri Perak. Ia juga adalah satu langkah yang diambil bagi menggalakkan para pengguna supaya membawa beg guna semula iaitu reusable bag sendiri dalam urusan harian. Namun begitu, kutipan caj pencemaran plastik yang dilaporkan oleh kesemua PBT di negeri Perak pada tahun 2023 adalah berjumlah RM204,238.80 dan jumlah kutipan ini dilaporkan meningkat kepada RM597,348.80 pada tahun 2024. Manakala bermula Januari hingga September 2025 pula sebanyak RM361,510.60 kutipan caj pencemaran telah dikutip dan ini menjadi jumlah keseluruhan caj penggunaan beg plastik PBT Negeri Perak adalah sebanyak RM1,163,098.20 daripada 598 buah premis yang mengenakan caj beg plastik kepada pelanggan. Peningkatan dalam jumlah kutipan caj penggunaan plastik di negeri Perak bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya dan kutipan yang agak tinggi sehingga September 2025 menunjukkan kurangnya kesedaran dan sensitiviti masyarakat umum tentang plastik sekali guna yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan. Selain itu pengenaan caj pencemaran sebanyak 20 sen kepada setiap helaian plastik yang digunakan didapati kurang berkesan dan tidak memberi implikasi kewangan ketara kepada sebahagian besar para pengguna.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas pada 15 April 2025 telah bertitah bahawa konsep penggunaan dikenakan bayaran iaitu user pay principle di premis-premis perniagaan bertujuan mengurangkan penggunaan plastik ternyata tidak berkesan dan langkah-langkah lebih tegas perlu diperkenalkan dan dilaksanakan secara bersungguh. Ketidakberkesanan atau kekurang keberkesanan kaedah kutipan caj pencemaran plastik seterusnya menjadi asas kepada sasaran baru Kerajaan Negeri iaitu melaksanakan larangan sepenuhnya iaitu total banned pembelian beg plastik jinjit sekali guna di seluruh negeri Perak mulai 1 Januari 2026 selaras dengan hasrat Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam tindakan Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi mendapatkan pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Buat masa ini Kerajaan Negeri berdepan beberapa cabaran utama dalam pelaksanaan usaha pengurangan dan larangan penggunaan beg plastik sekali guna.

Antaranya yang pertama tahap kesedaran segelintir masyarakat yang masih rendah, peningkatan ketara kutipan caj plastik menunjukkan bahawa masyarakat khususnya di kawasan luar bandar dan kampung masih belum benar-benar memahami bahaya plastik sekali guna terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia dan yang kedua memperoleh komitmen daripada semua pihak. Kerajaan Negeri perlu mendapatkan komitmen bukan sahaja daripada premis perniagaan tetap juga peniaga kecil, peniaga pasar, penjaja harian dan komuniti setempat serta meyakinkan semua pihak untuk menyokong larangan sepenuhnya memerlukan usaha advokasi yang berterusan. Ketiga, kekurangan alternatif yang selamat dan praktikal di pasar basah. Pelaksanaan larangan di premis tetap lebih murah berbanding di pasar segar dan pasar malam yang masih belum mempunyai pilihan alternatif, pembungkusan yang selamat, bersih dan mampu milik untuk menggantikan beg plastik jinjit. Ini menjadikan pelaksanaan larangan total sebagai satu cabaran logistik yang memerlukan penyelesaian menyeluruh sebelum kementerian dan pihak industri. Kerajaan Negeri komited mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna melalui kempen kesedaran pencemaran pendidikan awam dan usaha advokasi serta sedang memperhalusi langkah-langkah yang lebih tegas termasuk larangan penuh pemberian beg plastik jinjit mulai 1 Januari 2026. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Pasir Pinji. Sila.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih kepada jawapan yang diberi oleh YB Exco dan agak terperinci dan tadi ada mengatakan bahawa penggunaan masih tinggi dan kesedarannya masih tak mencukupi. Jadi apakah strategi yang jangka masa panjang yang boleh diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan larangan sepenuhnya beg plastik jinjit ini, sekali guna menjelang 1 Januari 2026 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan diterima oleh masyarakat serta pihak industri? Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Pinji atas soalan tambahan itu. Bagi memastikan pelaksanaan larangan sepenuhnya pembelian beg plastik jinjit sekali guna di seluruh negeri Perak menjelang 1 Januari 2026 berjalan lancar dan diterima baik oleh masyarakat serta pihak industry, Kerajaan Negeri bersedia melaksanakan beberapa strategi jangka panjang seperti berikut. Yang pertama penganjuran kempen kesedaran secara menyeluruh oleh Kerajaan Negeri melalui UPEN, PBT serta jabatan berkaitan bagi membuat hebahan kesedaran mengenai bahaya plastik sekali guna kepada alam sekitar dan kesihatan terutamanya di sekolah, di kalangan komuniti luar bandar dan peniaga kecil dan yang kedua, Kerajaan Negeri perlu bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam iaitu NRES serta pihak industri bagi memperluaskan penggunaan bahan pembungkusan alternatif yang lebih selamat dan mampu milik khususnya bagi sektor pasar basah dan yang ketiga kesemua 15 PBT di negeri Perak perlu menyelaras pelaksanaan larangan ini melalui syarat lesen, pemantauan berkala dan sesi libat urus dengan peniaga supaya pelaksanaan ini adalah seragam dan berkesan di seluruh negeri dan terakhir tempoh peralihan sehingga pertengahan tahun 2026 iaitu grace period enam bulan akan diberi bagi membolehkan premis tetap menyesuaikan diri dengan larangan pemberian beg plastik jinjit sekali guna. Pemantauan rapi perlu di lakukan bagi mengenal pasti tahap pematuhan dan kesan kepada peniaga yang terlibat. Dengan strategi-strategi di atas saya berharap Kerajaan Negeri akan dapat melaksanakan larangan tersebut dengan lancarnya dan semoga dengan pelancaran kaedah baru ini negeri Perak akan menjadi sebuah negeri yang lebih bersih, sihat dan mampan. Sekian terima kasih.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Kubu gajah.

Timbalan Yang di-Pertua

Kubu gajah sila.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih Timbalan Speaker. Cuma persoalan saya adakah terdapat dalam negeri Perak ini kilang yang memproses pembuatan beg plastik? Sekiranya ada berapa biji dan apakah perancangan jangka masa pendek dan panjang bagi pihak kerajaan untuk menutup atau pun menukar kepada penggunaan beg-beg kertas dan apakah tindakan sekiranya mereka ini tidak menghiraukan arahan daripada kerajaan? Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Kubu Gajah. Memang terdapat banyak industri kilang-kilang yang masih menghasilkan beg plastik tetapi dalam negeri Perak ya dan sesi libat urus ini telah berjalan lama dan mereka ini dah berubah…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang Berhormat Exco, boleh data sikit. Berapa biji?

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Kalau data yang sepenuhnya saya akan bagi selepas ini dan buat masa ini sesi libat urus dengan Majlis MPMA iaitu persatuan-persatuan kilang plastik itu telah dijalankan dan mereka ini sedar, sedar akan kaedah-kaedah yang kita akan laksanakan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Minta maaf YB. Sebabnya berkenaan dengan plastik ini kita dah sembang lama dah ni. Cumanya kalau baru-baru ini buat buat perbincangan dengan dengan industri itu sebab mereka sendiri dah tahu bertindak…

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Dan mereka itu dah beredar kepada industry use dan setelah dikurangkan kepada yang domestik ini. Ok. Ya dan pada masa yang sama yang kita plan ini ialah ban beg plastik sekali guna. Kita bukan ban plastik sepenuhnya. Industri plastik ini masih besar di luar. Ok dan untuk data-data itu saya akan berikan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Astaka soalan nombor lima. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Astaka. Untuk makluman Yang Berhormat Astaka, berdasarkan data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA, Automotive High-Tech Valley atau AHTV mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM1.66 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2025 melibatkan 10 projek baru. Pelaburan ini dijangka mewujudkan 815 peluang pekerjaan meliputi pelbagai disiplin dalam sektor automotif dan peralatan pengangkutan sekali gus menggambarkan keyakinan pelabur terhadap potensi AHTV sebagai pemacu industri automotif negara. Selaras dengan perkembangan teknologi industri 4.0 dan juga perluasan ekosistem kenderaan elektrik atau EV, sektor automotif kini memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan automotif dan mekatronik. Teknologi EV termasuk sistem bateri dan juga motor elektrik, robotik serta automasi industri.

Kecerdasan buatan AI automotif dan juga keselamatan siber di samping memahirkan atau kemahiran pembuatan, penyelenggaraan serta pengurusan rantaian bekalan. Menyedari keperluan ini, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja tempatan melalui kerjasama strategik dengan institusi pendidikan, pusat-pusat latihan teknikal dan juga pemain-pemain industri. Usaha ini bertujuan memastikan tenaga kerja di Perak bersedia menyokong pertumbuhan pesat sektor automotif berteknologi tinggi di AHTV seterusnya memperkukuhkan daya saing negeri dalam jangka masa yang panjang. Secara keseluruhan, inisiatif yang dilaksanakan bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat, malah memperkukuh kedudukan Perak sebagai hub automotif berteknologi tinggi yang utama di Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Exco atas jawapan yang diberikan. Berkaitan dengan pelaburan memang saya mendengar dengan teliti dan semalam YB Alor Pongsu pun ada berbahas berkaitan dengan pelaburan di negeri Perak ini seolah-olah kalau ikut Alor Pongsu macam Perak ini kita punya masa hadapan itu sangat gelaplah. Ok tapi apa yang diberikan jawapan oleh YB Exco macam figure tu ok lagi. Tapi saya nak tanya berkaitan dengan pelaburan yang masuk ke AHTV. Tadi saya dengar pelaburan untuk tahun ini RM1.166 bilion sahaja. Tapi kalau kita tengok BYD saja dia punya pelaburan sebenarnya dah melebihi angka ini dan apa status perkembangan untuk BYD yang nak masuk ke AHTV ini? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat Astaka. Sebenarnya mungkin ada inilah yang kita katakan kadang-kadang, biar orang politik, biar orang ekonomi atau marketeers atau mereka di luar sana. Satu dasar yang kita harus fahami kalau kita nak dibandingkan kepada rakyat marhaen rakyat kebiasaan ialah data selecting. Maknanya kita mengambil data yang kita nak pakai. Biarlah pembangkang akan sentiasa kata data tak betul tak memihak kepada kerajaan, kerajaan akan sentiasa kata data memihak kepada pihak kerajaan. Itu dah sampai bila-bilalah akan terjadi sebegitu tetapi untuk maklumat Yang Berhormat, sebenarnya yang ditanyakan oleh Yang Berhormat adalah berkaitan AHTV. Jadi jawapan saya bagi itu pun AHTV sahajalah. Sebab untuk makluman Yang Berhormat, AHTV merupakan satu kawasan industri di dalam Tanjong Malim. Dia umpama kalau kita katakan pekan Ipoh itu AHTV tetapi mempunyai kawasan-kawasan lain seperti ada Chemor ada Simpang Pulai dan sebagainya. Jadi AHTV itu memang RM1.66 billion tetapi kalau kita lihat secara keseluruhan, Tanjong Malim mempunyai banyak tempat dan BYD itu sebenarnya berada di KLK Tech Park bukan di dalam AHTV.

Jadi mungkin daripada itu kita melihat ada berlaku perbezaan figure yang kita dapat. Itu nombor satu. Nombor dua kalau kita nak tengok juga secara amnya di negeri Perak seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, untuk tempoh Januari ke September 2025 ok, di Perak kita telah merekodkan approved investment sebanyak RM11.77 billion Januari ke September tahun ini. Jadi ini menunjukkan lonjakan berbanding kepada tahun lepas. Kan. Jadi kita kena maklum bahawa Kerajaan Perpaduan baru mengambil alih selama dua tahun lepas dua tahun lebih, tiga tahun kan dan ada rundingan-rundingan, ada polisi-polisi bertukar, ada polisi-polisi diubah suai dan selepas itu kerja dilakukan dan pembangunan berlaku. Tanah-tanah dan sebagainya, program-program untuk kawasan industri, rundingan dengan Kerajaan Persekutuan mengambil masa. Nombor satu. Nombor dua, apa yang berlaku juga kilang-kilang memerlukan masa untuk dibina sebelum kilang itu siap.

Jadi apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Astaka tadi yang memetik BYD dan juga Alor Pongsu betul lah dia sebenarnya memerlukan masa. Jadi tidak adil untuk digambarkan bahawa kerajaan mengumumkan benda-benda yang tak ada kerana benda-benda itu dah ada, kelulusan dibenarkan. Lepas itu baru mereka boleh bina kilang dan kilang memerlukan masa untuk setahun dua untuk dibina dan kemudian memasukkan peralatan dan pekerjaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, untuk perhatian juga kepada Yang Berhormat Astaka bahawa KLK Tech Park berlainan dan berlainan daripada apa dikatakan AHTV tadi itu sebenarnya dimajukan berlainan dan dimajukan oleh KLK Properties yang juga adalah sebanyak gross development value nya adalah dianggap lebih kurang 3.5 pada masa pengumuman. Jadi di peringkat Kerajaan Negeri, kami telah selesai, apa yang telah kami lakukan iaitu untuk kami pergi mencari pelabur untuk mendatangkan pelabur ke negeri Perak supaya ekosistem automotif kita lebih maju dan sebagainya tetapi saya juga difahamkan bahawa BYD sekarang sedang dalam proses perundingan dalam proses rundingan dengan Kerajaan Pusat atau pun MITI mengenai syarat-syarat kemasukan insentif dan sebagainya.

Jadi yang itu kita serahkan kepada Kerajaan Pusat. Jadi di peringkat Kerajaan Negeri, apa yang kita lakukan telah menjadi record breaking. Sebagai contoh, kerajaan negeri ramai yang tidak tahu biar di KIGIP atau pun di AHTV atau kita kata BYD di KLK Tech Park ni di Tanjong Malim kita telah melakukan record breaking punya orang kita kata kelulusan di mana saya bagi satu contoh. Sebelum naik kapal terbang Dato' SS kita pergi chair meeting kat Tanjong Malim. Apabila kita selesai lepas transit turun kapal terbang, pokok sudah ditebang di Tanjung Malim. Begitu cepatnya pekerjaan yang dilakukan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Dato' SS, pelbagai agensi pihak Persekutuan dan sebagainya. Jadi sekarang saya ingin bagitahu bahawa rundingan sedang dilakukan oleh pihak BYD bersama dengan Kerajaan Persekutuan iaitu MITI dalam proses-proses insentif dan juga lain-lain proses untuk kemasukan mereka. Terima kasih.

Manjoi

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Slim Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan...

Timbalan Yang di-Pertua

Satu soalan sahaja ya.

Ok. Terima kasih di atas bentangkan pihak Exco. Saya lihat tadi pihak Exco membentangkan berkaitan dengan, seolah-olah di awang-awangan lah projek yang sedang dibincang, sedang diberi perhatian oleh Pusat dan sebagainya. Sedangkan rakyat hari ini menunggu limpahan keuntungan itu dan kita di Tanjong Malim, kita nampak perjalanan projek itu. Jadi saya nak tanya perkembangan BYD sebenarnya. Secara telus, kerajaan perlu menjelaskan kepada semua apakah perkembangannya dan berapakah peluang pekerjaan yang sebelum ini digembar-gemburkan? Itu soalan, terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya syorkan Yang Berhormat untuk dengar betul-betul apa saya jawab tadi? Bukan saja nak main politik. Saya dah jawab dah, kita dah siap. Sekarang Kerajaan Persekutuan sedang runding dengan mereka. Jadi Kerajaan Negeri tak boleh bercakap bagi pihak Kerajaan Persekutuan. Itu minta Ahli Parlimen atau kawan-kawan Ahli Parlimen Yang Berhormat untuk tanya di Parlimen.

Soalan simple sahaja YB Exco. Perkembangan sahaja.

Sudah jawab, tadi sudah jawab, mungkin Slim terlepas.

Tidak, saya rasa ini perlu dijelaskan kepada semua sebab kita cerita pada masyarakat. Berapa peluang

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

tadi Exco sudah jawab, Slim tak dengar.

Hari ini kita kena jaga kredibiliti kerajaan pada hari ini sebenarnya.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Exco sudah jawab.

Kita nak tanya bagaimana perundangan ini berlaku. Andai kata, benda ini betul-betul akan berlaku, alhamdulillah. Tapi kalau tak ada, kata tak ada.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Boleh saya cakap sekarang? Lain kali Yang Berhormat jangan mimpi dalam Dewan. Orang sudah cakap. Dia tanya lagi.

Lepas ini kita akan tunggulah dan kita akan lihat apa perkembangan BYD.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Soalan Astaka pun BYD, sudah dijawab Exco. You tanya soalan sama sahaja.

Yang di-Pertua

Ok...ok...ok...Ok, terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikutnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dibaca kali kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 yang berbunyi bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bil. 26/2025 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM568 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2026. Seterusnya, jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah disokong.

Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah selama 20 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Bagi perbahasan seterusnya, sekarang ini saya menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Tahniah atas gelaran yang diterima dan selamat pagi dan Salam Malaysia Madani kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Yang Amat Berhormat serta ketua-ketua jabatan sekalian dan juga para-para pemerhati dan juga kawan-kawan media yang berada di atas. Sebelum saya masuk ke intipati perbahasan Belanjawan 2026 ini. Ingin saya beritahu kepada Dato' Seri tentang suhu Dewan ini masih agak sejuk. Tambahan lagi, ada ribut dan hujan dekat luar. Memang kita ini kalau kita berdebat dalam kawasan suasana sangat sejuk, ekstrem sejuk sangat sini, pakai coat pun rasa sejuk. Jadi moga urus setia boleh tingkatkan suhu sikit agar kita boleh berdebat, berbahas dalam keadaan yang lebih selesa.

Yang di-Pertua

Tapi saya masuk tadi ada panas sikit. Jadi kalau sejuk itu eloklah, tak elok ke?Tak apa, nanti kita beri tahu urus setia panaskan sikit temperature.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Harap nanti perbahasan saya tak panas sangat ok.

Yang di-Pertua

Ok.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, terima kasih atas peluang saya untuk mewakili kawasan Dun saya Bercham untuk mengambil bahagian dari sesi perbahasan ini. Untuk Belanjawan 2026 ini kepada rakyat di Perak. Jadi permulaan saya adalah tentang, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri sebab telah, seperti yang dibawa oleh Menteri Besar, Selasa lalu di mana kita negeri kita telah mencatat surplus sejak 2022, 2023, 2024 berturut-turut dan semoga tahun ini atau untuk habiskan penggal ini dengan prestasi yang begitu cemerlang sekali dan kita nampak banyak hasil negeri, kutipan hasil dan terima pembangunan sebanyak RM1.24 billion semakin gagah dalam membina kekuatan masa depan.

Jadi kita ini selaku pihak kerajaan atau backbencher, kita pun turut nak mengambil bahagian untuk membantu pihak kerajaan untuk membaiki prestasi ekonomi negeri agar Perak ini, kita tahu dulu Perak disanjung tinggi sebab aktiviti perlombongan bijih timah tetapi kita, memandangkan keadaan yang begitu, landasan yang begitu baik, kita harap kita dapat membantu tak kira sebelah kerajaan ke pembangkang. Pembangkang pun boleh bagikan apa-apa cadangan ke ataupun kritikan yang membina kita boleh berterima. Tidak kita kata kita tak sehaluan tetapi cuma kita beri perbezaan dari segi politik sahaja, ok dan untuk menjana lebih banyak, lebih banyak pendapatan untuk negeri, kita tahu banyak apa yang di bangkit oleh pembangkang sana terutama sekali lagi kepada Ketua Pembangkang kata kita negeri kita kaya dengan mineral-mineral yang begitu banyak termasuk REE ke banyak lagi mineral yang amat kaya jika dibandingkan dengan negeri lain. Tapi cadangan saya pula adalah semasa kita nak menuju ke arah untuk perlombongan mineral ini, kita harus lihat contoh-contoh di negara lain seperti negara China. Mereka telah mengurangkan perlombongan REE ini. Mereka tahu kesannya diberikan kepada penduduk tempatan mereka.

Jadi mereka mengawal pengeluaran tersebut. Jadi sudah tentulah mereka, negara-negara besar pembuatan besar termasuk Amerika Syarikat ataupun China ini menumpukan arah mereka kepada negara-negara lain termasuk Malaysia atau negeri Perak. Jadi kita ini, walaupun kita ada banyak, tetapi kita kena kawal sikit juga agar ekosistem ataupun ekonomi kita, sebab kita ekosistem perlombongan ini kita nak bina satu rangkaian pembangunan yang berkadar langsung. Maksudnya selagi kita buat perlombongan dari segi REE ini, kita kena bina satu pengetahuan dari segi teknikal untuk membina kilang-kilang pemprosesan hingga end product dengan izin. Bukan kita cari gali lepas itu kita export sahaja. Apa pengalaman ataupun, apa itu faedah yang seterusnya tidak dapat dirasa seperti yang berlaku di Perak juga semasa kita buat perlombongan bijih timah, kita korek-korek sampai Perak pun tak ada tetapi kita tak dapat manfaat tetapi tinggalannya cuma kolam bekas tapak lombong sahaja. Ok, itulah selalu cadangan kepada saya.

Selain itu, kita tumpukan perhatian kepada perlombongan lagi, mungkin kita akan lebih tumpukan perhatian seperti Tahun Melawat Malaysia untuk tahun depan. Kita harus merancakkan aktiviti penambahan lebih program yang lebih ikonik antarabangsa untuk menarik lebih ramai orang datang ke Ipoh. Kita tahu Exco pun bekerja keras sendiri pun sudah macam jadi TOL. Nampak dia sendiri bersama MB untuk tolong mengharumkan negara Perak ini tetapi saya rasa ini tidak memadai. Kita harus mencari seseorang duta khas untuk khas untuk negeri Perak sahaja untuk menarik lebih banyak pelancong dari luar negara, tak kira ke dari benua mana benua Amerika ke Asia Tengah ke Oceania ke Eropah ke kita harap panduan tersebut dan juga kepada sektor hiburan. Hiburan ini juga saya ingin tumpukan. Kita nampak orang muda-muda remaja suka atas hiburan ini. Hiburan ini termasuk kita nampak ada aktiviti banyak di lakukan seperti program KAMU dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri telah menarik banyak orang-orang muda datang. Mereka sebenarnya mencari-cari apa yang keunikan di Ipoh ataupun mana Manjung ke Taiping ke untuk meluangkan masa bersama sendiri kawan-kawan ke keluarga ke untuk datang berhibur.

Jadi saya ingin beritahu seperti sidang lepas saya pun ada bagi contoh seperti konsert. Konsert ini jangan kita lihat dari sudut yang sempit sangat. Seolah-olah konsert ini akan membawa macam malapetaka ke apa-apa itu kerosakan akhlak ke tidak. Kadang kala konsert ni kalau berunsur baik ini akan menjana pendapatan. Kita dapat tengok apa yang berlaku di Bukit Jalil, Coldplay yang datang menarik begitu banyak peminat pergi sana untuk lihat. Peminat bukan dari peminat domestik sahaja. Sehingga dari Singapore dari Thailand, Indonesia, Australia pun datang ke Bukit Jalil. Apatah lagi kita ada prasarana infrastruktur yang begitu mencukupi di Ipoh ni seperti Stadium Perak. Baru-baru ini kita ahli majlis saya pun turut membawa cadangan kerja untuk MBI agar kita boleh melakukan sesuatu sebab kita tahulah pasukan bola sepak Perak telah ada masalah sendiri sehingga kegunaan stadium itu berkurangan. Jadi inilah satu peluang yang begitu baik tetapi malangnya sikit pegawai-pegawai daripada MBI mengatakan padang tersebut baru-baru ini dapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk membaiki padang tersebut. Jadilah tidak digalakkan untuk dijadikan tapak untuk berkonsert. Tapi ini kalau kita lihat bandingan dengan Stadium Bukit Jalil di Bukit Jalil ini, apakah perbezaan mereka pun tetap ada pertandingan bola sepak boleh mengadakan konsert tetapi tiada masalahpun. Jadi kita ambil contoh daripada yang baik.

Bercham

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok. Janganlah lama sangat.

Terima kasih Bercham, Dato’ Speaker. Saya tertarik dengan ucapan Bercham tadi yang mengaitkan konsert disebut tadi. Contohnya konsert Coldplay. Saya harap pihak rakan-rakan sebelah kerajaan especially DAP jangan tersentap dengan ayat ini. Ini pertanyaan saya. Coldplay ini sebuah kumpulan artis daripada barat yang berlatar belakangkan dokongan kepada LGBT. Ini tidak boleh dinafikan dalam banyak konsert Coldplay di seluruh dunia. Dia memang mengagungkan dan…dan membawa imej LGBT. Adakah Bercham bersetuju dengan Manjoi artis-artis seperti ini tidak boleh masuk ke negeri Perak. Kalau tak boleh nak control Malaysia, kita jaga negeri kita supaya tidak tersebar gejala-gejala yang yang songsang ini yang boleh merosakkan generasi anak bangsa di negeri kita. Terima kasih Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih Manjoi. Saya sudah duga Manjoi akan tanya soalan ini. Kalau unsur ini, kalau katakan LGBT ini di disangkut paut dengan Coldplay ini. Kalau kita semua nak kalau elemen LGBT ini disangkut paut dengan semua benda kebendaan di dunia ini katakan iPhone, iPhone CEO mereka Tim Cook pun LGBT juga, beliau gelar dia “aku sendiri pun gay” tetapi adakah kalau elemen ini kita kata kita tak boleh guna Apple punya product? Bukan kita tahu Coldplay itu mungkin mereka ada kecenderungan untuk peribadi beliau sebagai seorang LGBT tetapi hiburan ini kita ini tidak membawa kepada seseorang individu tak kira pegangan agama ke kaum ke mana mana etnik ke tidak menjurus kepada persembahan tersebut. Semua orang akan jadi LGBT. Coldplay begitu banyak orang penonton sudah pergi ke sana. Begitu banyak kakitangan ke agensi-agensi sokongan pergi ke sana. Adakah mereka sudah transform jadi LGBT? Takde. Itu saja contoh saja. Gunakan Coldplay dalam ucapan saya cuma boleh lain pula. Boleh katakan konsert daripada Asia ke mana-mana pun mereka tak ada elemen tu takkanlah kita nak halang kan? Betul tak?

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bercham, itu sikit sikit je sikit.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok…ok.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Dengan jawapan yang macam bagi dia atas soalan daripada Manjoi. Terima kasih kepada Bercham kerana menjelaskan kepada kami. Orang cakap apa pemikiran supaya kami ini lebih faham dan juga lebih nyata lagi pendirian DAP. Terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya tak tak berapa jelas.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih di atas jawapan daripada Bercham tadi di atas soalan daripada Manjoi. Supaya kami dapat jelas lagi apakah pendirian DAP terhadap khususnya berkenaan dengan Coldplay Dengan jawapan tadi kami jelaslah dan daripada khususnya daripada DAP sendiri.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ini tidak kena mengena dengan DAP. Ini cuma Coldplay itu sudah jadi sejarah tu datang ke Bukit Jalil sudah mencatat sejarah mereka untuk persembahan yang paling menarik lebih paling ramai peminat di sana

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Tetapi apakah kena mengena dengan DAP? Nak kaitkan dengan DAP?

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Saya ucap terima kasih je.

Bercham mohon mencelah

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Katakan. Ok dah cukuplah dah cukup 7 minit.

Satu ja

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya ada banyak duduk, sila duduk sila duduk

Satu je satu sahaja, Bercham satu sahaja sekejap sahaja boleh ya mohon laluan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, cepat

Baik, tadi sebut tentang Coldplay tadi lah saya lebih melihat kepada bukan isu muzik kita. Ada ketikanya kita boleh terima muzik sebagai imej, mesej dan sebagainya tetapi Coldplay ni penyanyinya Chris Martin itu adalah selalu mempromosikan gaya hidup LGBT. Itu saja isunya datang ke negara kita.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok…ok faham

So, itu isunya bukan isu muzik, tapi isu mempromosikan LGBT di negara kita itu isunya sahaja

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya datang sini bukan untuk nak promosi Coldplay. Saya bukan agen untuk Coldplay. Cuma saya ambil contoh sahaja. Faham. Ok, jangan…

Banyak contoh lain…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Jangan buang masa saya.

Bercham, ada banyak contoh lain.

Patut Bercham sebut XPDC,

Kenapa mesti Coldplay?

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sepatut sebut contoh Siti Nurhaliza…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Sila duduk. Sila duduk.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Siti Nurhaliza…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Dah…dah…cukup…cukup…cukup. Dah banyak dah. Banyak gangguan. 6 minit saja untuk saya ok. Tentang untuk menjana pendapatan untuk negara dan negeri dan saya pun juga ada beberapa contoh. Ada masalah nak ketengahkan dalam Dewan ini di mana saya ada banyak pengusaha yang datang sini untuk bertapak. Kita tahu banyak jenama-jenama kereta untuk telah bertapak di negeri Ipoh ke Taiping ke Manjung. Mana-mana tetapi kita nampak ada perkembangan begitu positif sekali tetapi ada satu contoh di mana berlaku di kedai penjualan GWM (Great Wall Motor) di mana berada di Greentown. Mereka telah untuk meminta sebidang tanah di belakang pameran mereka di Greentown yang dimilik oleh MARA, tetapi surat permohonan untuk nak menyewa tapak tersebut hingga 1 tahun sahaja. 1 tahun mereka mohon tetapi tanah tersebut masih tak belum disewa lagi sebab mereka menunggu-nunggu tapak tersebut untuk disewa agar lebih kenderaan baru untuk bertapak datang ke pasaran Ipoh ini tetapi malangnya kita harap tanah tersebut boleh diluluskan lebih awal agar mereka perkembangan untuk nak membawa menjana ekonomi ini tidak terganggu. Ini saya mohon dan juga kepada point yang seterusnya.

Yang di-Pertua

4 minit lagi.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, tentang peruntukan MARRIS ini peruntukan MARRIS ini kita saya selaku pihak kerajaan, walaupun saya whip juga banyak antara kami ini tidak pasti manakah jalan-jalan yang diberikan keutamaan di di kawasan kita. Sebab kita harap banyak antara kawasan saya seperti di kawasan Industri IGP, Industri Tasik di mana banyak keadaan-keadaan jalan yang begitu teruk sekali perlu dipertingkatkan. Harap kita dapat perhatian daripada individu yang mengawal peruntukan MARRIS ini dan juga kepada, seterusnya tentang ok, peruntukan pembangkang ini, saya ingin nak bangkitkan sini. Di sini kita rasa pembangkang apa yang pernah dibangkitkan oleh sidang-sidang lepas MB sendiri pun ada buat perbandingan dengan negeri-negeri lain. Apakah perbezaan peruntukan untuk pembangkang bersamaan dengan pihak Kerajaan Negeri. Kalau kita ambil contoh kawan saya berada di Kedah, Adun Darul Aman, YB Teh Swee Leong. Beliau berkata, pada pagi ini mereka pusat khidmat mereka sebulan cuma RM2 ribu sahaja selaku pembangkang. Kalau bandingkan dengan sini YB-YB sekalian, saya selaku whip ataupun anda sebagai bahagian pembangkang kita sama rata RM10 ribu kita dapat.

Tambahan lagi, MB pun ada mengumumkan BKK untuk 2 bulan sebanyak RM20 ribu. Ini adalah kita harus menunjukkan satu petanda berterima kasih penghargaan kepada pihak kerajaan. Kalau kita bandingkan dengan Kedah RM2 ribu sahaja, RM2 ribu kalau gaji satu Pembantu atau Pegawai Khas gaji minima RM1,700 tinggal RM300, RM300 itu cukup untuk apa untuk nak sewa apa sewa, sewa, saya pun rasa tak…tak cukuplah untuk nak bayar ataupun bayar bil elektrik ke. Ok, okay dah…dah cukup 2 minit.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bercham saya nak betul nak betul sikit je sikit je.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Tak payah…tak boleh sikit, nanti sikit-sikit masa saya habis

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tapi Perikatan Nasional memerintah empat negeri walaupun pembangkang dapat sikit dari peruntukan Kerajaan Negeri, tapi daripada dapat limpahan daripada Kerajaan Pusat. Contoh di Kelantan kalaulah dibagi sama rata seolah olah YB pembangkang di Kelantan lebih dapat daripada Exco.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Duduk-duduk.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tolong cerita balik yang itu, yang sejelas-jelasnya.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya pun belum habis

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Kalau kami di boleh, di pihak pembangkang ni dapat juga apa yang Persekutuan bagi. Ok fair.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok. Duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Saya pun belum habis lagi, you dah bangun. Bukan bukan nampak macam. Saya baru habis you tak fahamlah duduk lagi.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bagi contoh yang bagi…bagi. Bagi selesai lah berapa peruntukan dapat berapa? Peruntukan daripada dapat…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Kalau tengok sini Pembangkang berapa banyak.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat bagi pembangkang.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Sini 26 orang Pembangkang. Pembangkang di Kedah tiga orang saja.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang 26 orang ni berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana bagi peruntukan yang kami sebut dua tiga benda yang peruntukan P07. Kami salurkan kepada Yang Amat Berhormat. Walaupun ada di peruntukan-peruntukan tidak diluluskan, kami tak nafikan. Jangan cuba nak bakar nak mainkan api.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…okay. Duduk… duduk…duduk…duduk…duduk. Ok, kalau P07 ni dua belah, sebelah sana walaupun bentuk lain tetapi juga dapat dari manfaat terus kepada rakyat. Sebab itu saya…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Semalam saya bentang dengar tak. List permohonan saya?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Apa beza. Haa, apa tu?

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Semalam saya P07 saya bentang semalam.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Kalau yang ada tak lulus, saya pun ada yang ditolak juga.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bukan, satu pun tak lulus.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Itu masalah anda lah.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Saya tunggu juga Bercham datang ke Kubu Gajah untuk betulkan akaun saya. Tapi tak datang datang pun.

Itu…itu.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Atau kamu tak tak reti

Bercham

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

… untuk nak tulis untuk surat permohonan…

Bercham, mohon…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Permohonan. Ok saya boleh bagi tunjuk ajar. Lepas sidang ni ok.

Bercham mohon mencelah. Bercham mohon mencelah.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok

Itu biarlah Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri yang menjawab tak payah lah nak bertuli-tuli hentam Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok, terima kasih.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih Buntong. Terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, itulah saya nak kata. Kalau kita nak saya lihat pembangkang semasa landing untuk kata mereka, saya pun menyokong bajet ini. Semua landing punya words gunakan. Ok izinkan OT sikit ah. Ok ah. Ending word tu semua nak sokong. Bila MB bahas bentangkan belanjawan ini, semua pembangkang berebut-rebut nak bergambar dengan MB tunjuk baik. Jadi apa petanda ni ini adalah tanda sokong. Kenapa nak tak nak.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Memang kami sokong pun.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Yes, sokong tetapi intipati semua.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Ha, apa benda?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

ha semua dah tak terima. Betul tak? Tanda sokong mukanya sokong gambarnya sokong tetapi intipati pembahasan ni semua.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tak boleh kritik,

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Dan bantai.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tak boleh kritik?

Yang di-Pertua

Sekejap YB, berapa minit lagi ni?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Seminit-seminit. Ok…ok…ok. Haa dan point terakhir saya ialah tentang saya melihat, saya dengan dukacitanya nampak rakan saya sebelah kerajaan Pasir Bedamar telah di…ketua pembangkang telah membuka pc untuk kata beliau, untuk apakah masalahnya untuk masuk sekolah? Jadi kita ni kalau bezaan dengan kalau kita nak masuk sekolah, pihak sekolah pun ada nak minta permohonan kepada jabatan Pendidikan sebulan, sebulan sebelum mereka masuk. Saya selaku YDP sekolah. Saya faham apakah procedure you kalau nak masuk bagi tau la pengetua sekolah atau guru besar mereka akan tolong memohon. Kalau diberi, itu beri lah, kalau tak ada tak diberi kenapa nak iri hati sangat. Kalau boleh kamu buatlah kenalan-kenalan dengan PIBG mereka masing-masing. Buatlah apa yang dekat luar boleh berjumpa pelajar-pelajar. Saya nampak isi kandung Pasir Bedamar, beliau masuk sahaja, dia tak buat-buat propaganda. Dia cuma nak bagitahu, kalau kepada pelajar saya tolong translate sikit. Dia beri tahu pelajar, kamu ni ah bakal…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Nak video full ke nak send dalam group.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok nanti…nanti. Beliau berkata, kalau kamu hebat sangat, anda boleh ganti posisi saya kalau kamu menerima idea-idea dari kami, anda boleh menyertai kami untuk membangunkan negara. Apakah salah tu? Hah? Seperti di sebelah pembangkang, kamu pun ada Tadika PASTI kan Tadika PASTI pun sejak dari.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

PASTI entiti PAS lah Partilah.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ye saya tau parti tetapi pun ada unsur-unsur tertentu. Kita tahulah tepuk dada tanya selera tanya sendiri okay. Apakah intipati yang cuba diberitahu?

Unsur apa YB Bercham unsur apa PASTI?

Yang di-Pertua

YB-YB Jangan ganggu dia. Dia nak landing dah. You ganggu dia. Dia tak boleh habiskan. Dia tak boleh berbahas macam ini dan you YB ganggu dia.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ayat-ayat terakhir.

Yang di-Pertua

Finish your YB Bercham habiskan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, itu sahaja saya nak cakap sebab saya baru balik daripada Sabah. Saya nampak suasana harmoni dekat sana. Ah orang di sana walaupun sana restoran cina ke tokong cina ke sana pun harmoni. Mereka seolah saya nampak banyak warga muslim bersenam, berjoging di kawasan sana. Mereka pun tak kata mereka kehilangan identiti mereka ke ataupun mereka seolah-olah hilang identiti mereka sebagai seorang muslim ke tidak. Sana semua mereka berjoging. Tak ada masalah, cuma itu keharmonian itu saya ingin bawa balik ke semenanjung ini agar kita ini lebih harmoni sikitlah. Jangan semasa berdebat seperti ketua pembangkang dah balik dah. Janganlah kita macam YB nak masuk sekolah ke ah kampung baru cina ke semua ni, nampak pun tak boleh masuk.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

YB Kalau nak harmoni, janganlah buat karikatur-karikatur yang tak sepatutnya. Karikatur-karikatur yang tak sepatutnya tu tak harmoni.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Takpe. Kalau…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Mana boleh tak apa tak boleh.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Kalau kamu tak boleh terima kutuk individu…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Semua orang tak boleh terima. Semua orang tak boleh terima.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Yang buat itu saja cukuplah okay. Betul ka? Ok itu sajalah. Terima kasih atas masa lebihan masa diberikan oleh saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua peluang yang dibagi dan juga kepada terima kasihlah kepada pembangkang yang memberikan peluang saya untuk membalas. Itu saja. Saya menyokong bajet untuk Belanjawan 2026 ini. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Bercham. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk memulakan perbahasan. 20 minit dipersilakan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Bismilahirahmanirrahim, assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua yang saya hormati. Seterusnya, Yang Amat Berhormato’Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex-Officio, Yang Berhormat Gunong Semanggol Ketua Pembangkang, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat mahupun pihak kerajaan dan pihak pembangkang, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, pengamal-pengamal media, seterusnya hadirin hadirat yang mengikuti sidang perbahasan sidang Dewan Negeri pada hari ini khususnya kepada rakyat di Dun Pengkalan Hulu yang dicintai. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, kita dapat berhimpun pada hari penuh yang barakah dalam Dewan yang mulia ini bagi membahaskan Belanjawan tahun 2026. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabiin serta seluruh umat Islam yang istiqomah mengikuti ajaran baginda yang penuh rahmat dan hikmah ini. Pada kesempatan ini, saya memulakan ucapan dengan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa banjir yang sedang menghadapi detik-detik sukar di seluruh negara khususnya di negeri Perak yang kita cintai ini.

Bagi kami di Pengkalan Hulu, simpati itu bukan sekadar ucapan tetapi lahir daripada pengalaman pahit sewaktu mana kami menghadapi bencana pada tahun lalu. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan semua mangsa-mangsa banjir. Mengurniakan mereka kekuatan ketabahan hati serta menggantikan musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik, Insya Allah. Dato' Seri Yang di-Pertua, Rasulullah saw bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin”. Hadis ini merupakan peringatan besar kepada kita semua. Ia mengingatkan bahawa setiap dasar, keputusan, kelewatan, kelalaian dan tindakan kita akan memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Maka segala perkara yang saya bangkitkan bukanlah bertujuan untuk mencari salah siapa tetapi untuk membawa suara rakyat yang berharap agar kerajaan negeri melihat dan mendengar apa yang belum selesai serta apa yang sangat mendesak.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Pengkalan Hulu ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak khususnya atas peruntukan penuh makna kepada Pengkalan Hulu. Antaranya RM200 juta bagi menaik taraf jalan dari Seksyen 121 di laluan FT076 ke Kampung Pong, Kampung Masyarakat Siam yang ada di Mukim Belukar Semang, Dun Pengkalan Hulu. Tahniah kepada orang Kampung Pong dan juga RM6.7 juta bagi menggantikan jambatan atau titi di jalan raya Raja Kayu Kampung Kuak Luar di Dun Mukim Pengkalan Hulu. Peruntukan ini memberi impak nyata kepada kelancaran serta keselamatan rakyat khususnya rakyat saya di Dun Pengkalan Hulu.

Namun, penghargaan ini tidak menghalang Pengkalan Hulu daripada menyampaikan keluh kesah rakyat terhadap perkara yang masih tertangguh dan belum diselesaikan. Di antaranya masih ada terdapat jalan utama di Pengkalan Hulu yang belum dinaik taraf secara keseluruhannya seperti di laluan FT076 yang menghubungkan Pengkalan Hulu dengan Gerik di Dun Temenggor yang melalui Kampung Bukit Buluh, Kelian Intan, Kampung Pahit, Kampung Lalang dan juga Kampung Plang. Tidak juga dilupakan laluan FT077 daripada pekan Pengkalan Hulu hingga ke sempadan Thailand yang mana masih belum dinaik taraf sehingga kini dan belum dibuat penambahbaikan. Ada orang kampung kata kami naik kereta, naik motor bergegor kepala. Jadi mohon pihak berkenaan ambillah tindakan yang sewajarnya dan laluan ini juga merupakan penghubung negeri Perak dengan negara jiran kita Thailand. Kalau kita dapat lihat di Thailand, jalannya empat lorong berbanding di sebelah negeri kita ni hanya dua lorong. Jadi diharapkan dapatlah diselaraskan. Ada laluan yang menghubungkan di antara dua negeri dan juga negara ini. Seterusnya, berkenaan dengan keperluan lampu jalan di laluan FT1157, Jalan Kes Ban, jalan keselamatan yang melalui Felda Lepar Nenering dan Kampung Lalang. Dari Kampung Lalang ke Kampung Air Panas termasuk di laluan A173 yang menghubungkan laluan A086 di Kampung Kuak Luar Ke Kampung Kuak Hulu. Jadi apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri melalui JKR ataupun Jabatan Kerja Raya Negeri Perak bagi memastikan perkara ini dapat diatasi dengan segera?

Dato' Seri Yang di-Pertua, Negeri Perak sekian lama terkenal dengan keindahan hutannya, lebih-lebih lagi di daerah kami di Hulu Perak yang mempunyai hutan simpan tertua iaitu Royal Belum. Namun, beberapa insiden kebelakangan ini membuka mata rakyat bahawa kehijauan kita banggakan itu semakin lama semakin terhakis. Allah berfirman dalam surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud “telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat”.

Baru-baru ini, masyarakat Pengkalan Hulu dikejutkan dengan insiden pelanggaran seekor harimau belang dengan sebuah kenderaan secara tidak sengaja di laluan Felda Lepar Nenering. Termasuk juga kacau ganggu gajah di Kampung Air Panas, Charak forest di Jalan Felda Lepar Nenering. Kejadian ini bukan berlaku secara kebetulan. Ia berlaku apabila habitat semula jadi semakin mengecil apabila hutan digondolkan. Apabila kawasan jelajah haiwan liar diganggu, maka haiwan-haiwan ini terpaksa merayau ke kawasan penempatan manusia untuk mencari makanan termasuk juga mencari tempat perlindungan.

Pencerobohan hutan, aktiviti pembalakan yang agresif dan pengurangan kawasan jelajah haiwan liar menjadi konflik di antara manusia dan hidupan liar semakin kerap. Peruntukan besar telah diberikan Jabatan Perhutanan, Perbadanan Taman Negeri dan projek konservasi. Namun, rakyat mula bertanya adakah dengan jumlah peruntukan yang besar ini dapat mengurangkan pertembungan atau pun konflik di antara haiwan liar dan manusia? Malah dapatkah insentif ini mengurangkan kerosakan tanaman mereka akibat dimusnahkan oleh haiwan liar seperti gajah, babi, maaf dan lain-lain? Tidak lupa juga keadaan Sungai Perak yang baru-baru ini bertukar menjadi warna biru. Pandangan mata kasarnya cantik…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Pengkalan Hulu mintak sikit sebelum pergi ke topik ni boleh tambah sikit pasal gajah ni. Boleh ya? Kita tahulah gajah ni banyak merosak tanaman dan banyak tanah-tanah di kampung tu tak boleh nak di usahakan. Kalau di contohlah di kami belah-belah Lenggong, belah-belah apa kampung di apa seberang Sungai Perak tu haa luas, Bing dan Bukit Sapi, Chepor dan dia ada dia ada apa buat ini buat pagar gajah. Jadi, Pengkalan Hulu ada tak pagar gajah yang kita tengok sekarang ini pagar gajah tu ada, maintenance dia kata ada tapi gajah boleh masuk lagi. Jadi ada tak berlaku di sana dan kalau boleh berlaku ni kita mintalah pihak yang berkenaan boleh tengok balik ha sebab pagar gajah tu ada tanah tu langsung tak boleh guna. Gajah tak boleh masuk dalam tu dan dikatakan maintenance nya masih berjalan tapi efficiency nya tak ada kan. Kalau ada berlaku di Pengkalan Hulu saya mintalah pihak yang berkenaan cuba tengok sekalilah benda ni. Ok, Insha Allah boleh.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Baik terima masih pada pembangkang Gunong Semanggol. Jadi saya bersetuju dengan Gunong Semanggol. Di Pengkalan Hulu memang dulunya menjadi habitat tetap gajah. Belakang rumah saya je. Kecik dulu kan. Tapi tak pernah la bergelumang dengan dia. Kita jumpa kita larilah. Cuma kebelakangan ini kita nampak konflik gajah dan manusia ni semakin tinggi. Baru-baru ini 19 ekor gajah ditangkap oleh pihak Perhilitan di Dun sebelah jiran saya, Dun Temengor dan saya dimaklumkan kos untuk pemindahan gajah ni menelan belanja sehingga RM30 ribu. Hah, jadi apa yang saya bangkitkan ini ialah supaya Kerajaan Negeri mengambil maklum mengambil serius perkara ini supaya kita menjaga hutan, menjaga alam sekitar dan menjaga habitat haiwan-haiwan ini dan seperti yang dimaklumkan yang di tanya oleh Ketua Pembangkang tadi, saya nampak Perhilitan ada buat gajah atau pun buat pagar elektrik gajah ni termasuk juga agensi-agensi lain seperti FELDA. Namun, disebabkan jumlah binatang liar ni gajah ni banyak mungkin sebab tu lah boleh masuk kawasan yang dipagar ni. Jadi kita mintalah pihak yang berwajib untuk ambil tindakan secara tuntasnya. Baik.

Tidak terlupa juga baru-baru ni keadaan Sungai Perak yang bertukar menjadi warna biru. Sungai yang menjadi nadi negeri sumber rezeki nelayan darat termasuk tumpuan pelancong serta sumber rawatan air kepada sesetengah kawasan tiba-tiba bertukar warna. Ini menunjukkan berlaku gangguan kimia ataupun aktiviti manusia yang tidak terkawal. Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan pelaksanaan Audit Kesihatan Air Negeri Perak. Iaitu satu audit menyeluruh terhadap semua sungai, saliran-saliran yang ada termasuk loji rawatan air bagi memastikan ketahanan sumber air untuk jangka masa panjang. Pengkalan Hulu ingin juga mencadangkan agar ditempatkan jabatan dan agensi yang berkaitan sama ada Jabatan Alam Sekitar atau pun Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi mengawal selia aktiviti perlombongan termasuk juga aktivit-aktiviti lain yang berkaitan di daerah Hulu Perak khususnya. Pengkalan Hulu yakin jika jabatan dan agensi ini di tempatkan di daerah kami, maka masalah pencemaran yang berlaku ini dapat diatasi dan dikurangkan dengan tuntasnya. Alam sekitar bukan barang dagangan. Ia amanah yang mesti dipelihara dengan penuh tanggungjawab.

Dato' Seri Yang di-Pertua, hampir semua daerah di negeri Perak telah pun memiliki pemangkin ekonomi masing-masing. Anak muda belia di daerah tersebut mempunyai hala tuju jelas dalam industri automotif, teknologi, pembuatan, logistik pelabuhan dan sebagainya. Namun, situasinya amat berbeza bagi daerah saya, daerah Hulu Perak khususnya di Dun Pengkalan Hulu. Kita masih belum mempunyai kawasan industri yang mampan. Tiada pelan pembangunan jangka panjang dan tiada rangsangan ekonomi yang mampu mengekalkan bakat muda dan belia di daerah sendiri. Keadaan ini menjadi lebih mendesak apabila Perak berdepan dengan cabaran struktur tenaga kerja termasuk kekurangan tenaga mahir atau pun talent gap dengan izin. Ketidaksesuaian kemahiran TVET dengan permintaan industri. Penghijrahan anak muda ke luar negeri. Isu pengangguran dan risiko pekerjaan diisi oleh pekerja asing. Jika tenaga tempatan tidak mencukupi.

Dato' Seri Yang di-Pertua, walaupun Hulu Perak masih belum mempunyai kawasan industri utama, namun daerah ini sebenarnya kaya dengan sumber bahan mentah yang sangat sesuai dibangunkan kepada industri hiliran bernilai tambah tinggi antaranya sumber mineral seperti bijih timah dan nadir bumi (REE) yang berpontensi dibangunkan kepada industri pemprosesan mineral, logam lanjutan, komponen elektronik, bateri dan teknologi hijau. Seterusnya sumber kayu-kayan yang boleh menyokong industri perabot, panel berasaskan berasaskan kayu, produk biojisim dan bahan binaan moden. Seterusnya, sumber perikanan darat, tasik dan sungai yang berpotensi menyokong industri pemprosesan makanan, akuakultur dan bernilai tinggi dan produk makanan sejuk beku juga getah yang boleh dipacu kepada industri sarung tangan, komponen automotif berasaskan getah, lateks dan produk getah hiliran dan akhirnya kelapa sawit yang sesuai untuk industri makanan, biodiesel dan pengeluaran produk sampingan bernilai tinggi.

Dengan kekayaan sumber semula jadi ini Hulu Perak sebenarnya amat sesuai dijadikan hub perindustrian hiliran negeri Perak iaitu sebuah pusat pemprosesan, pengeluaran dan inovasi yang bukan sahaja memanfaatkan sumber lokal tetapi turut menarik industri luar untuk ditempatkan di kawasan sempadan yang strategik ini. Tambahan pula, lokasi Hulu Perak yang berhampiran dengan sempadan Thailand jarak dekat dengan Pelabuhan Pulau Pinang serta perkembangan Lapangan Terbang Betong, Thailand memberikan kelebihan logistik termasuk juga KSP yang bakal dibina di Padang Meha di Kedah yang jaraknya hanya 60 minit yang unik dan tidak dimiliki oleh daerah lain. Dato' Seri Yang di-Pertua, jika kita tidak memulakan pembangunan kawasan perindustrian Hulu Perak sekarang. Kita akan terus tertinggal dalam arus pembangunan serantau. Lebih merugikan, sumber bahan mentah ini akan terus keluar tanpa diproses di dalam daerah kami menyebabkan negeri kehilangan peluang pelaburan, peluang pekerjaan dan pendapatan hiliran yang besar.

Justeru, saya mendesak agar Belanjawan Negeri 2026 nanti memperuntukkan dana bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan pewartaan sebuah kawasan industri baharu di Hulu Perak berdasarkan kekuatan sumber tempatan. Sebagai langkah pertama, membina Hub Perindustrian Hiliran Daerah Hulu Perak. Dengan wujudnya hub ini, barulah kita dapat membuka peluang pekerjaan yang berkualiti khususnya kepada belia dan anak muda di Hulu Perak, khususnya di Dun saya Pengkalan Hulu. Seterusnya kita dapat mengukuhkan modal insan tempatan dan menghentikan penghijrahan bakat muda yang banyak ke bandar, ke Pulau Pinang ke Kuala Lumpur serta kita dapat memastikan ekonomi di daerah Hulu Perak berkembang setara dengan daerah-daerah lain.

Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2026 telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat. Kota Tampan, Yang Berhormat Menteri Besar telah memperuntukkan RM6.9 juta untuk tujuan pembangunan dan penyelenggaraan enam buah masjid utama negeri. Menaik taraf Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan serta menaik taraf Pejabat-Pejabat Agama Daerah, sama seperti belanjawan tahun lalu 2026, erm 2025, maaf. Perbandingan boleh dibuat daripada Belanjawan 2024 yang memperuntukkan RM7.2 juta bagi tujuan pembangunan JAIPk dan RM5.5 juta bagi tujuan program naik taraf pelbagai Institusi Pendidikan Islam. Manakala bagi Belanjawan 2025 dan Belanjawan 2026 hanya diperuntukkan RM6.9 juta bagi tujuan pembangunan JAIPK. Mengapa jumlah menjadi menguncup? Soalan saya. Namun persoalan yang Pengkalan Hulu ingin bangkitkan berkenaan ketiadaan peruntukan khas yang diberikan...Mohon sedikit Dato'Seri, masa tambahan ada celahan tadi.

Yang di-Pertua

Ok...ok sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Namun, persoalan yang Pengkalan Hulu ingin bangkitkan berkenaan ketiadaan peruntukan khusus yang diberikan untuk pembangunan dan penyelenggaraan Sekolah Rendah Agama Rakyat, SRAR. Sedangkan, Sekolah Rendah Agama Rakyat ini adalah tapak awal pendidikan agama yang membentuk asas akhlak dan jati diri anak-anak kita seawal usia mereka. Di Pengkalan Hulu, terdapat SRAR yang kelasnya sudah tidak selamat diduduki. Tandasnya tidak selamat digunakan. Malah, berlaku keretakan beberapa bangunan sekolah. Termasuk juga ada beberapa sekolah yang tidak memiliki surau dan kantin dan terpaksa menumpang bangunan berhampiran di SRAR Al-Islah Kampung Kuak Hulu. Bangunan tandasnya lama dah, rebak, retak. Tak selamat kalau anak-anak kita nak guna eh, mujurlah ada masjid berhampiran. Terpaksalah pergi ke masjid berulang nak buang ayor.

Di Pengkalan Hulu juga, ada sekolah menengah yang dinaik taraf, tetapi SRAR ini diabaikan. Ia seperti membina tingkat atas rumah tanpa mengukuhkan tiangnya. Tidak mungkin pendidikan agama dapat berkembang secara seimbang, jika asasnya lemah.

Maka Pengkalan Hulu ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri perlu segera menyemak semula keperluan peruntukan ini. Bukan sahaja dari sudut penyelenggaraan kecil, malah keperluan kemudahan asas serta kelengkapan pengajaran guru-guru yang mengajar. SRAR tidak boleh terus bergantung pada bantuan kutipan PIBG ataupun wang ehsan masyarakat semata-mata. Ia adalah institusi penting untuk membentuk pemimpin masa hadapan dan generasi yang menjadi pelindung agama Islam di Negeri Perak yang kita cintai ini. Anak-anak kecil ini berhak menerima kemudahan pendidikan yang selamat, bersih dan kondusif. Mereka adalah masa depan negeri ini.

Dato' Seri Yang di-Pertua, jika ada luka yang paling lama dan paling dalam dirasai oleh rakyat Pengkalan Hulu, iaitu isu air. Sudah bertahun-tahun sebahagian penduduk beberapa buah kampung di Dun Pengkalan Hulu, hidup tanpa bekalan air bersih daripada kerajaan. Sebagai contoh, Kampung Alai yang lebih 250 buah rumah. Antara kampung yang terkesan paling teruk dengan apabila mereka terpaksa bergantung harap dengan bekalan air bukit yang ditakung di hulu sungai dengan usaha keringat dan wang mereka sendiri. Takungan air ini perlu diselenggara setiap kali hujan, kerana sampah memenuhi kolam takungan tersebut. Lebih malang lagi, kawasan tadahan air bukit ini sering diganggu oleh haiwan liar seperti gajah dan babi hutan. Yang mengakibatkan kerosakan terhadap sistem takungan air bukit ini. Penduduk kini bukan sahaja bimbang tentang ke tahap kebersihan air tersebut tetapi juga keselamatan diri ketika menyelenggara kawasan tadahan air. Persoalannya sampai bila penduduk perlu memikul tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh pihak kerajaan. Apa yang lebih menyedihkan, ialah projek bekalan air luar bandar yang telah pun diluluskan pada tahun 2023 masih gagal dilaksanakan dengan sempurna. Pengkalan Hulu menggesa agar pelaksanaan projek ini dapat dilaksanakan dengan segera dan dapat disiapkan dengan sempurna agar setiap rakyat dapat menikmati anugerah Allah yang tidak berbelah bahagi ini.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Pengkalan Hulu bukanlah daerah pinggiran di pinggir pembangunan. Kami adalah pintu gerbang negeri, daerah sempadan yang membawa keluar masuk pelancong tiap-tiap minggu eh, tiap-tiap bulan khususnya musim cuti sekolah. Penuh kat border tu kat sempadan tu. Pedagang dan pelbagai potensi ekonomi juga masuk melalui sempadan Pengkalan Hulu. Rakyat Pengkalan Hulu ingin merasa pembangunan yang adil dan saksama, sama seperti rakan-rakan mereka di daerah-daerah lain.

Di samping dengan hujah-hujah menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan 2026, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan jalan raya Timur-Barat. Ia adalah nadi pengangkutan, pelancongan, ekonomi setempat dan perhubungan masyarakat Orang Asli termasuk menjadi laluan utama penduduk Pengkalan Hulu yang ingin ke Pantai Timur melalui jiran saya Dun Temengor tetapi laluan ini juga antara laluan paling berisiko di negara ini. Laluan sepanjang 45 kilometer dari Jeti Awam Banding ke Gerik dan hampir tujuh kilometer ke Jeli yang mana tidak mempunyai pasukan penyelamat yang ditempatkan secara tetap. Tragedi menyayat hati yang menggemparkan seluruh negara pada 9 Jun 2025, pada cuti Hari Raya Aidiladha yang lalu yang telah meragut nyawa 15 pelajar UPSI. Ini menjadi pendorong Pengkalan Hulu untuk membangkitkan isu pada hari ini. Baru-baru ini juga kita menyaksikan insiden seorang penduduk Orang Asli di Dun jiran saya Dun Temengor, yang dipatuk ular ketika mencari hasil hutan. Namun terpaksa menunggu helikopter daripada Ipoh dan bantuan penyelamat daripada Ipoh, kerana tiada pasukan penyelamat berhampiran mahupun begitu. Pasukan mencari dan penyelamat daripada anggota Bomba Balai Gerik menempuh perjalanan kira-kira 10 jam perjalanan hiking, dengan izin untuk tiba di kedudukan mangsa dan menyelamatkan mangsa. Ambil masa dua hari untuk selamatkan. Oleh itu, Pengkalan Hulu mencadangkan agar Kerajaan Negeri segera mewujudkan pasukan keselamatan atau Fast Response Team, JRTB yang ditempatkan di awal..

Yang di-Pertua

Dah habis masa, tambah banyak minit.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Landing landing dia

Yang di-Pertua

Last minit cukup last.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Last one minit.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Cadangan ini cadangan mewujudkan pasukan ini juga disokong oleh rakan rakan termasuk juga Adun Temengor pun ada menyuarakan kepada pihak yang berwajib dalam mesyuarat supaya diwujudkan Fast Respond Team ini. Jadi saya saya memanjangkan perkara ini dalam Dewan yang mulia ini untuk diambil perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri. Penutup. Di samping dengan hujah-hujah menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 ini, Pengkalan Hulu juga ingin memberi pandangan dan nasihat tanda kasih sayang tanda keharmonian sesama Ahli Dewan Negeri. Yang di belah sini dan di belah sana. Cukuplah dengan politik memecah belahkan. Naratif yang tidak berasas yang hanya merugikan rakyat dan menambah ketegangan dalam masyarakat sebagai juga kerajaan mahupun pembangkang. Dengan apa yang statement yang telah keluarkan oleh seorang Exco baru-baru ini. Sepatutnya keutamaan diberikan kepada tadbir urus pembangunan negeri dan penyampaian perkhidmatan, bukannya polemik politik yang berterusan. Tunjuklah contoh yang baik kepada kami. Tunjuk jugalah contoh yang baik kepada rakan-rakan lain. Rakyat perlukan penyelesaian bukan sentimen politik. Fokuslah pada kerja. Bukan drama politik murahan. Dengan penuh amanah dan tanggungjawab Pengkalan Hulu menyatakan sokongan terhadap belanjawan negeri Perak. Sebelum melabuhkan tirai dan mengakhiri ucapan ada sedikit pantun untuk semua dan yang Yang di-Pertua lah sebab tambah masa banyak. Terima kasih.

Merdu bertingkah alunan suara. Kadang tak sedar tersilap kata. Andai terlanjur patah bicara. Serendah hati kemaafan kemaafan.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Seri.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu. Sekarang saya menjemput pengkalan yang lagi satu Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk memulakan perbahasan. Dua puluh minit. Dipersilakan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya turut berbahas dalam sidang belanjawan kali ini. Tahniah di atas kurniaan Dato' Seri baru-baru ini. Yang Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Timbalan, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pengamal-pengamal media, pemerhati sama ada di dalam atau di luar Dewan, seterusnya bagi yang mengikuti secara maya perjalanan sidang Dewan kali ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Perak Sejahtera 2030 dan salam sejahtera. Saya juga merakamkan merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Hari Keputeraan Baginda baru baru ini. Tahniah kepada Kota Tampan dan Kerajaan Negeri Perak yang telah berjaya membentang belanjawan pada kali ini. Saya ingin menarik beberapa perhatian sebagaimana rakan-rakan Ahli-ahli Dewan yang telah sebelum saya telah berbahas berkaitan banyak isu.

Sebenarnya tujuannya adalah untuk mensejahterakan rakyat. Semua mempunyai matlamat yang sama. Termasuk juga Pengkalan Baharu juga akan mengetengahkan beberapa pandangan serta isu untuk tujuan yang sama. Saya mulakan dengan isu berkaitan dengan pemilikan tanah khususnya untuk mendirikan rumah. Di negeri Perak alhamdulillah kita tidak ada isu-isu besar berkaitan dengan tanah-tanah TOL atau tanah LMS yang kita sebut LMS lah Lesen Menduduki Sementara sebagaimana yang baru-baru ini berlaku di Kampung Papan di Klang di Selangor. Kita harap kita selaku kerajaan seharusnya bersedia supaya mana mana tapak mana mana tanah penempatan yang diberi taraf pemilikan secara TOL ataupun LMS yang sudah sekian lama contohnya yang sudah melebihi 20-30 tahun.

Jika di tempat saya itu ada di Lorong Wawasan di Kampung Bakar Bata pemilikan atau pemberian secara TOL ataupun LMS ini dah melebihi 30 tahun sejak tahun 1990-an lagi. Apa salahnya pihak kerajaan mempertimbangkan ya untuk diberi pemilikan secara tetap secara hak milik yang kekal atau dengan diberi secara pajakan tanah rizab. Bila pajakan tanah rizab ni, dia ada satu kaedah yang lamalah melebihi 20 tahun ataupun boleh diberi sampai 20 tahun. Sebab apa saya sebut begitu kerana rumah ini bukanlah sekadar dinding atap ataupun sebagai pelengkap alamat untuk sesuatu keluarga. Sebenarnya rumah ini adalah satu tempat bagi membentuk bagi membentuk suatu institusi kekeluargaan.

Jadi sekiranya mereka mempunyai pemilikan yang tetap bolehlah mereka merancang untuk menambah baik rumah-rumah kediaman mereka. Isu yang kedua ialah juga berkaitan dengan tanah. Saya suka membawakan membawa di sini apabila didatangi oleh pengusaha-pengusaha ternakan kerang di kawasan Bagan Panchor di kawasan Kuala Jarum Mas di Trong dan sekitarnya di atas projek kebun kerang. Projek kebun kerang ya, apa yang mereka mendakwa ialah berkaitan dengan hasrat kerajaan untuk memberi pemilikan secara TOL ataupun LMS ini kepada Jabatan Perikanan. Jadi bagaimanakah nasib mereka yang telah mengusahakan ternakan kerang di tapak tersebut. Saya faham mereka memberi alasan bahawa setelah kerajaan menganugerahkan kepada Jabatan Perikanan, mereka akan menyewa pula kepada Jabatan Perikanan untuk mengusahakan ternakan kerang di situ.

Cuma ada beberapa masalah yang bakal timbul berkaitan dengan syarat yang telah ditetapkan. Ini berdasarkan apa yang diberitakan atau diberitahu kepada saya. Walaupun mereka tu diberi kebenaran untuk menternak kerang di atas tanah yang telah diluluskan kepada Jabatan Perikanan apabila kawasan tersebut di jadi ataupun di kita nak sebut macamana benih kerang di anak-anak kerang hidup, maka kawasan tersebut boleh dimasuki oleh orang orang lain. Maksudnya orang-orang lain boleh masuk ke tempat yang mereka pajak itu yang mereka mendakwa kepada saya. Jadi, saya mengharap kalau ini yang berlaku, saya rasa akan menimbulkan permasalahan di peringkat ataupun di kawasan di tapak yang saya maksudkan tadi lah ya. Bila dah orang lain yang bila satu orang tu dia pajak kepada perikanan tiba-tiba timbul anak benih kerang dan membolehkan pihak lain pula mengambil benda-benda tersebut. Jadi saya bimbang akan terjadi sesuatu yang tidak baik di kawasan tersebut. Jadi mohon pihak kerajaan melihat semula kes apa yang saya bawa pada hari ini.

Yang ketiga ialah berkaitan dengan tanah-tanah kerajaan jugalah ya banyak tanah tanah kerajaan sebenarnya diceroboh atau diteroka oleh penduduk untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit dan sebagainya ya. Jadi kadang-kadang kita nak sebut pun susah mereka teroka kerana mereka mohon kadang-kadang lambat untuk proses untuk proses sesuatu dapat atau tidak jadi mereka teroka lah. Jadi pada saya, itu juga salah satu sumber pendapatan mereka. Salah memanglah salah tapi apa salah pihak kerajaan melihat semula perkara ini yang mana yang boleh diberi apa nama, cara pajakan, kita legalize, kita…kita…kita putihkan mana yang hitam ataupun kita halalkan mana yang haram. Jadi kita lihat semula supaya hasil-hasil berkaitan dengan tanah-tanah kerajaan ini dapat manafaat kepada Kerajaan Negeri. Banyak juga hasil itu. Tapi malang juga saya lihat ada juga koperasi yang mengusahakan secara yang sah mohon secara pajakan.

Bila mohon secara pajakan ini, mereka kenakan sewaan terhadap pokok, terhadap pokok bila terhadap pokok, atas perkiraan keluasan tanah pada pajakan pokok pun ada. Ianya tidak adil kepada yang mengusahakan secara haram. Jadi biarlah keadilan itu kekal ataupun dirasai oleh semua pihak dan kerajaan pun akan dapat hasil melalui sewaan atau pajakan. Ya, banyak ditempat saya pun ada kawasan-kawasan yang saya maksudkan. Dalam isu tanah juga, saya juga ingin menegaskan di sini banyak saya menerima keluhan dari pemain-pemain industri berkaitan dengan pengeluaran tanah merah dan sebagainya. Proses untuk mendapatkan KM, Kebenaran Merancang ini memakan masa yang agak lama. Sesuatu permohonan mungkin melebihi enam bulan untuk dapatkan jawapan kerana kita faham apabila sesuatu permohonan termasuk dia melalui proses laporan, ulasan dari berbagai agensi. Jadi, kita permudahkan kerana bila kita permudahkan kerja boleh berjalan, rakyat boleh dapat pendapatan dan kerajaan akan dapat royalti ataupun hasilnya. Jadi kalau kita biarkan lama, semua orang akan rugi termasuklah pengusaha.

Itu ada seterusnya, itu adalah beberapa perkara yang berkaitan dengan tanah. Ya di bawah PTG la tanah ni senang sebutlah ya. Saya juga akan berbicara sebagaimana rakan-rakan yang lain berkaitan isu-isu yang sangat panas sekarang ini iaitu isu banjir…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato’ Seri Speaker, Pengkalan Baharu minta laluan sikit sebab tanah ini memang satu perkara yang dekat di hati dan isu pemilikan tanah ini memang lama kita bicara. Cuma saya nak minta persetujuan sama ada Pengkalan Baharu bersetuju ataupun tidak kita kata tanah ini bukan suatu untuk kekayaan, tanah ini adalah untuk kehidupan dan pendapatan. Jadi kita pengalaman, sebab saya sendiri pun ada pengalaman di apa di kawasan di Semanggol contohnya, kita tengok dia menyewa rumah orang tempatan, menyewa rumah dah sampai 40 tahun. Kemudian nama mereka dimasuk dalam Focus Group untuk dapat bantuan rumah dan sebagainya dan dilulus untuk dapat bantuan rumah. Kemudian, nama mereka ditolak dengan alasan tidak ada tapak, tidak ada tanah sebab kerajaan agensi-agensi yang beri apa nak beri bantuan rumah ini mesti ada tanah. Mereka orang susah mana ada tanah. Jadi setuju tak Pengkalan Baharu kalau kita kata kita mengesyorkan kepada kerajaan melihat perkara ini dan menghidupkan semula sebagai menghidupkan semula kalau dulu kita ada kampung tersusun ataupun kita pergi untuk memberi kepada orang-orang yang tak ada tanah. Sebab saya nampak Focus Group ini seolah-olah Mesyuarat Focus Group ini tak boleh nak selesai. Mereka takdak tanah, dapat bantuan, ada kelulusan untuk bina tanah tapi tak boleh nak bina kerana takdak tanah. Jadi saya nak mintak persetujuan apa-apa pandangan daripada Pengkalan Baharu, setuju tak? Kita mengesyorkan kepada kerajaan beri fokus kepada orang yang layak. Dia bukan daripada anak tempatan. Anak tempatan takdak tanah, tak boleh beri tanah. Sedangkan kita tak mahu isu lain dapat beratus-ratus ribu.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Dato’ Yang di-Pertua, Alor Pongsu dah ambik 5 minit dah.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak apa sambung, sambung sikit ni. Jadi isu ini penting isu rakyat ni. Jadi kita nak mintak persetujuan Pengkalan Baharu setuju tak dengan perkara tu ok?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Ok, yalah. Saya sebut tadi berkaitan dengan, dimana-mana tanah yang diduduki oleh orang ni dalam jangka masa yang lama, kita faham TOL ni dia mestilah kerajaan ada perancangan. Bila perancangan tu dalam setahun dua tu ok yang apa yang saya maksudkan ni dah duduk lama. 20 tahun, 30 tahun. Ada juga tanah-tanah ni di tempat saya ni, ada juga tanah-tanah ni atas rezab jalan. Tapi rezab jalan ni boleh dikatakan jalan mati. Jalan tu dah tak akanlah kita ingat 100 tahun 200 tahun lagi pun tak akan jalan kerana dia tak bersambung dan sebagainya. Tanah tersebut kita boleh kita permudahkan dari TOL kepada pemilikan secara sah sama ada dengan apa yang disebut oleh Alor apa nama, Alor Pongsu, bukan Alor Pongsu apa nama Gunong Semanggol tadi berkaitan dengan RPT, RPT ni saya di tempat saya pun ada Gunong Semanggol, tadi berkaitan dengan RPT, RPT ni yang dah ada pun tak boleh jadi boleh tak boleh didirikan penempatan pun ada yang dah diberi hak milik pada tahun 2002 sehingga hari ini dah hampir 30 tahun dapat hak milik 20 tahun lebih dapat hak milik tapi tak boleh dijadikan pendapatan kerana tidak ada infra. Tidak ada jalan, tidak ada bekalan air, tidak ada bekalan elektrik dan sebagainya.

Jadi, mereka hanya dapat memegang hak milik saja. Setiap tahun kena bayar hasil tapi tak boleh buat apa. Itulah yang saya lihat. Nak wujudkan RPT ni tanah ni bukan boleh dibuat-buat. Kalau dah tak ada kawasan macam mana kita nak jadikan RPT tapi kerajaan kitalah Kerajaan Perak, saya rasa 2023 dah tidak wujudkan RPT-RPT baru melainkan RPT lama. Saya faham, saya juga bersetuju sebahagian apa nama berkaitan dengan diberikan hak milik supaya mereka boleh memohon skim-skim yang adalah maksudnya, SPNB dan sebagainya. Boleh masukkan dalam saya punya teks la. Saya teruskan sebab saya rasa 5 minit tu banyak lagi ni. Ok.

Isu banjir, isu banjir ni last, paling akhir banjir ditempat saya yang paling teruk adalah tahun 1984 dan kini 2025. Saya alami sendiri tempat kediaman saya, rumah saya pun dinaiki air walaupun sebelum-sebelum ni tidak pernah. Jadi, saya berharap ramai rakan-rakan saya dah membahaskan isu ini berkaitan dengan kaedah dan tambahan peruntukan dan sebagainya. Saya juga ingin memberi cadangan berkaitan dengan cara kaedah mengatasi banjir ini dengan melihat semula kalau kalau peruntukan yang banyak di tambah dibawa pun setiap tahun tapi penyelesaian tidak ada orang yang bergembira sekali adalah dikalangan kontraktor kerana kontraktor ini bila, bila diumumkan dalam belanjawan penambahan peruntukan mereka menyambut dengan sorak sorai yang gembira tetapi bagi rakyat jelata di kampung mereka rasa tak ada benda pun sebab tahun ni banjir, tahun depan pun banjir, apatah lagi banjir kilat yang yang terjadi dalam dalam dalam jangka masa yang tidak menentu tetapi bila kita kenalpasti benda tu, saya rasa kita boleh selesai masalah ni, kita fokuslah la. Jangan kita jadikan pertambahan belanjawan, pertambahan peruntukan sebagai satu peluang untuk satu pihak lain sahaja yang mendapat keuntungan.

Saya sebut ini kerana saya hendak, saya sebut berkaitan jadual kadar harga dalam celahan saya pada hari kedua sidang Dewan. Saya juga nak membawa berkaitan dengan jadual kadar harga ini supaya dilihat semula. Di mana-mana agensi kerajaan melihat semula jadual kadar harga yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya ni memang telah dibukukan perlu diikuti, tetapi kita faham bahawa JKR mempunyai spek atau taraf yang tinggi berbanding dengan PLB dan lain-lain, JPS dan sebagainya. Kita kena sesuaikan kerana saya tak nak apabila sesuatu bajet itu diguna untuk satu…satu kerja terlampau tinggi tetapi tidak salah kerana ia mengikut jadual kadar harga. Apa salah dilihat semula supaya disesuaikan dengan dengan tahap kerja-kerja terutama di PLB. Sebagai contoh, kerja-kerja cuci parit, kerja-kerja cuci parit, adakalanya satu kerja dalam nilai RM20 ribuini untuk sepanjang 2 km, 2 km atau 2000 meter kalau kita guna mesin, kita guna backhoe, kalau 5 hari kerja pun dah cukup lama. 5 hari kerja kalau satu hari kadar sewanya RM500.00, lima hari kerja baru lima kali lima RM2,500.00. Sedangkan inden keluar RM20 ribu. Jadi kalau kita nak lihat kontraktor yang dapat keuntungan lebih, bBanyak duit turun pun jadi selesai penyelesaian masalah tidak tidak akan berlaku tapi keuntungan kepada pihak. Jadi inilah yang saya maksudkan supaya dilihat semula, ya.

Saya teruskan dengan isu berkaitan dengan jalan di tempat saya jugalah di Ulu Licin, laluan A239. A239 ni laluan masuk ke Hutan Lipur Ulu Licin yang telah rebak, yang telah runtuh baru-baru ini dan perlulah dilihat semula di beri keutamaan kerana Ulu Licin merupakan satu hutan lipur yang menjadi satu tempat tarikan pelancong di di kawasan Dun saya. Kami tak adalah tempat-tempat lain. Kami tak ada pantai tak ada laut. Kami ada hutan lipur. Kalau laluan ini tidak diselenggara, saya yakin ekonomi orang-orang di Beruas akan lumpuh.

Saya juga akan merakamkan jutaan terima kasih kepada Kota Tampan, Yang Berhormat telah, telah menyatakan dalam belanjawan baru-baru ini bahawa kelulusan untuk Jambatan FT60 bernilai RM32 juta. Jadi sehubungan dengan itu, jambatan tu dah lama mengundang masalah kerana ia tak boleh berselisih. Jadi kena, kena berhenti satu dan baru-baru ini bila banjir di situlah tempat yang paling banyak dinaiki air kerana ban telah pecah air melimpah dan Alhamdulillah Pengarah JPS semalam turun ke situ dan melihat bahawa di situlah sebenarnya perkara yang perlu diberi perhatian untuk penyelesaian banjir di kawasan Beruas, ya. Baru-baru ni di kawasan Beruas memang telah lulus RTB RM36 juta yang sedang dilaksanakan di kawasan Pekan Beruas dan apa yang saya nak tegaskan di sini supaya projek untuk pelebaran Sungai Beruas atau mendalamkan Sungai Beruas, saya difahamkan dalam nilai RM57 juta. Kalau sebelum ni RM300 juta dibuat dapat diangkat dalam RMK-13. Kalau boleh dalam rolling plan yang paling hampir yang pertama pun tak apa. Kita gesa sebab dia kena ada kesinambungan apa yang dibuat di RTB Beruas sekarang ini dengan Lembangan Sungai Beruas yang saya sebut ini kena juga diselesaikan. Kalau tidak, tidak akan selesai masalah banjir di kawasan saya.

Seterusnya adalah saya akan menyentuh tentang keperluan satu, satu masjid barulah di kawasan Beruas. Kalau kita tengok di pekan Beruas itu, kebanyakan masjid dah elok, takde masjid yang yang tak sempurna. Cuma pada pandangan saya, Masjid Al-Aliah di kampung di Pantai Remis, Masjid Al-Aliah di Pantai Remis perlu kalau boleh buat penggantian kerana masjid ni paling lamalah. Saya rasa masjid papan, masjid papan ni dah dibina dari papan ni dah memang tak ada kita nak tengoklah di pekan Beruas sendiri pun masjid yang dibuat daripada batu. Jadi kalau boleh, baru-baru ni ada ada ribut dan sebahagian bumbung Masjid Al-Aliah ni dah rosak kerana disebabkan oleh ribut.

Seterusnya, saya hendak membawa berkaitan dengan isu yang selalu kita bahaskan di sini dalam sidang, sidang Dun cukup popular isu lalat, ya. Kami di Manjung rakan saya, saudara Astaka ini adalah pejuang lalat tegar saya sebut. Jadi asyik kita memperjuangkan lalat ini sambil kita hadap banjir hari ini pun saya dapat aduan berkaitan lalat. Ya, dah la banjir, saya kena banjir. Dalam masa yang sama saya kena ribut. Bumbung rumah tercabut, banjir. Saya kena rumah terbakar. Tiga musibah saya kena dalam masa satu hari. Tambah pula, satu isu lagi lalat pula ya, lalat. Jadi bila saya lihat dari belanjawan yang ada untuk 2026 ini hanya RM3 juta yang diperuntukkan kepada Veterinar, saya rasa perlu dinilai semulalah. Saya difahamkan Veterinar ini pun kadang-kadang kenapa dia minta sikit? Adakah kerana esok dia senang nak jawab kami tak ada bajet? Dia minta sikit RM3 juta. Senang dia nak jawab esok kami bajet takdak. Bila bajet takdak itu ini jadi tak payahlah kita nak selesaikan. Jadi perlu dilihat semulalah kerana lalat adalah merupakan satu isu yang perlu ditangani segera. Dah tidak ada…

Pengkalan Baharu.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Ya, sila.

Ya, rakan saya Pengkalan Baharu. Kali ini saya tak sebut tentang lalat sebab banyak sangat isu banjir kilat dan sebagainya. Tapi seperti mana yang dikatakan oleh Pengkalan Baharu memang betul. Kawasan kita memang banyak isu-isu yang perlu diselesaikan. Tapi, setujukah Pengkalan Baharu kalau banjir itu bencana yang kita tak boleh nak kawal tapi lalat ini satu tindakan manusia yang sebenarnya kita boleh kawal dan perbaiki? Terima kasih.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Ada lagi? Sila.

Yang di-Pertua

Pengkalan Baharu nak habis sebenarnya. Pengkalan Baharu, Pengkalan Baharu nak habis sebenarnya.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Sikit, sekejap. Tentang isu lalat ni saya rasa saya tahu Manjung banyak perkara ni hampir dah jadi eksklusif masalah ini tetapi untuk kawasan lain, termasuk di kawasan berdekatan rumah saya ke, di kawasan Tambun, di mana ada banyak petani limau bali, di mana mereka menggunakan kaedah letakkan baja di atas permukaan tanah untuk biarkan baja tersebut larut ke dalam tanah di mana baja tahi ayam tu memang menarik banyak lalat di mana kita harus harap Jabatan Pertanian ataupun memberikan tunjuk ajar kepada mereka agar tukar kaedah untuk menanam. Sebab letak baja atas tanah tu memang selain bau busuk pon menarik lalat. Terima kasih.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Oklah. Ke dua-dua cadangan saya amat bersetuju dan saya minta dimasukkan di dalam ucapan saya. Saya nak sebut, cuma di di tempat saya itu di ada satu tempat ada satu kawasan tu 10 ladang ternakan ayam di BBSP, 10 ladang ternakan ayam, 9 dah buat kaedah tertutup. Hanya satu yang masih lagi konvensional terbuka, tetapi walaupun satu yang terbuka, masalah lalat ini tetap ada dan masih dan banyak sekali. Jadi, kita bimbang bila 2026-2027 bila pelaksanaan apa nama Enakmen Lalat dikuatkuasa nanti, masalah lalat ini tidak akan selesai juga. Samalah juga dengan kegiatan petani-petani yang menggunakan tinja ayam sebagai baja juga perlu dilihat dan di diambil tindakan. Ok, seterusnya adalah berkaitan dengan banjir tadi saya, memang saya berhasrat untuk disebut dalam sini. Salah satu punca banjir adalah disebabkan oleh Sungai Beruas tu satu ladang, ladang UIE. UIE ini milik UP, United Plantations yang tidak membenarkan, yang tidak membenarkan reserve ladangnya dimasuki oleh mesin-mesin excavator yang telah di anugerahkan kerja-kerja cuci sungai oleh JPS, tapi tak boleh masuk. Tak boleh masuk ke sempadan sebelah tanah mereka.

Jadi, pada saya terlampau kebal UIE ini sampai dia tak benarkan. Jadi, saya harap pihak berkuasa atau pihak kerajaan negeri melihat sejauh mana ada akta ke, apa ke yang boleh menghalang daripada kerja-kerja di selenggara. Saya juga nak bawa satu lagi isu berkaitan dengan apa yang pengusaha-pengusaha lori. Kalau saya tak sebut ni, orang tempat saya marah kerana di tempat saya ini banyak pengusaha-pengusaha kelapa sawit yang menggunakan lori mengangkut barang. Jadi berdasarkan teras, undang-undang ataupun kaedah muatan yang telah, isu yang yang sangat hangat diperdebatkan sekarang ni. Saya suka mencadangkanlah agar BDM untuk sesuatu lori itu dikaji semula kerana BDM ini berat dalam muatan ni, kalau dilihat yang apa yang ada 1 lori 4 tayar tu hanya…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa dah tambah dah banyak dah, dah habis dah. Jadi banyak lagi ke? Satu lagi, saya bagi dua minit lagi, dua minit ya, last.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih. Perlu dilihat dari segi BDM. BDM ni adalah Berat Dalam Muatan. Jadi kalau diikut apa yg BDM ditulis di tepi lori tu, satu lori 4 tayar hanya boleh bawak bawah satu metrik tan. Bawah satu metrik tan ni kadar upahnya sekitar bawah RM20. RM20 ni macam mana orang nak letak nak beli diesel? Macam mana nak gajikan pemandu kalau tayar rosak dan sebagainya lagi. Jadi memang tidak tidak sesuai sangatlah, ya. Jadi BDM tu perlu dilihat. Yang kedua, bila kita kadar upah juga yang perlu kita kaji semula. Kadang-kadang pihak-pihak ladang ni, SADC, FELCRA dan sebagainya mereka nak kecikkan belanja, kenakan upah yang rendah. Bila upah yang rendah, pengusaha-pengusaha lori ini terpaksa mengisi lebih untuk mendapat apanama bayaran sewaan. Jadi, ini juga kita kena kaji semula.

Jadi upah biarlah jangan kita menekan supaya pengusaha-pengusaha lori ini dapat hidup bukan mereka terseksa. Mereka pun kalau boleh tak nak bawa banyak kerana dengan bawa banyak ni muatan akan jadi rosak, lori rosak, polis, JPJ dan sebagainya. Tapi kalau dah sewa tu rendah terpaksa bawa muatan yang lebih, ya dan akhir sekali, saya nak sebut jugalah di sini. Perak FA merupakan salah satu membawa nama Perak di dalam kancah Liga Bola Sepak Malaysia. Di negeri Perak ini kita pun dah ketahui bahawa Perak FC dah terkubur jadi Perak FA lah yang membawa imej ataupun menjadi penyelamat kepada negeri kita untuk bermain dalam Liga A1. Saya juga nak sebut macam di Perak terdapat satu lagi pasukan yang juga bermain dalam Liga A1 iaitu Manjung City FC yang terletak berpengkalan di Manjung. Manjung tu perlu ada sebab kemudahan semua ada, stadium ada 3 dekat Manjung. Jadi saya rasalah ada keperluan untuk GLC ataupun pelabur-pelabur yang melabur di Manjung untuk membantu pasukan-pasukan ini seperti VALE, kita ada LUMUT PORT, kita ada UIE. Kita ada berbagai-bagai syarikat yang mencari makan di dalam Manjung dapat membantu kita supaya kita boleh terus bersaing. Jadi, saya rasa itu sajalah ucapan perbahasan saya pada hari ini. Akhir sekali, saya merumuskan bahawa Pengkalan Baharu juga menyokong perbahasan belanjawan 2026. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Pengkalan Baharu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Yang di-Pertua Dato' Seri. Alor Pongsu. Saya minta tempoh 30 saat boleh tak. Saya nak bercakap sesuatu.

Yang di-Pertua

Standing order apa. Pasal standing order. Nak mencelah pasal apa?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tak boleh yang lain.

Yang di-Pertua

Tak apalah kot masa kita suntuk.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sikit je. Saya dengan rendah hati Dato' Seri Speaker, memohon maaf kepada semua dalam Dewan ini sebab semasa perbahasan saya semalam ada tiga benda. Yang pertamanya, Laporan Kementerian Ekonomi itu bukan setahun dua kali tapi dua tahun sekali. Kemudian laporan daripada MITI dan MIDA tentang FDI dan DDI itu bukan laporan Kementerian Ekonomi tetapi laporan daripada MIDA dan yang akhir sekali yang penting Dato' Seri, bila saya sebut ungkapan saya Legit State kepada negeri Perak bukan daripada Kementerian Ekonomi tapi adalah saya petik daripada analisa dan conclusion daripada prominent economist di Malaysia. Terima kasih Dato' Seri.

Yang di-Pertua

Terima kasih Alor Pongsu. Okey, sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Manjoi untuk memulakan pembahasan 20 minit dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, Wassolatu Wassalamu ala Rasulillah, Ashadualla Ilahaillallah Waashaduanna Muhammadu Rasulullah. Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Tahniah atas anugerah darjah kebesaran yang telah pun diberikan kepada Dato' Seri, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Pembangkang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Yang Berhormat sahabat pihak pembangkang dan juga kerajaan, para pegawai kerajaan di peringkat persekutuan dan juga negeri. Rakan-rakan media, para petugas Bentara Dewan yang penuh dedikasi kepada seluruh rakyat di Dun Manjoi yang saya kasihi, yang saya cintai dan kepada seluruh rakyat negeri Perak yang dikasihi sekalian. Pertamanya, Manjoi ingin merakamkan merafak sembah dan junjung kasih serta mengucapkan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Ulang Tahun Keputeraan baginda pada 9 November 2025 yang lalu. Dirgahayu Tuanku.

Manjoi juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada anak-anak, kepada adik-adik. Kepada semua calon-calon yang mengambil peperiksaan SPM 2025, saya mendoakan agar semua calon SPM 2025 Negeri Perak khususnya mendapat kejayaan yang besar dan cemerlang, Insha Allah. Manjoi juga ingin merakamkan takziah kepada seluruh rakyat negeri Perak yang dilanda banjir di kawasan masing-masing. Saya mendoakan semoga Allah menggantikan kepada mereka yang diuji dengan musibah banjir ini dengan rezeki yang lebih baik pada masa mendatang, InsyaAllah.

Pada ucapan Belanjawan 2026 ini, ada disebut berkaitan dengan penghargaan terhadap para pegawai kerajaan. Manjoi mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada para pegawai dan staf agensi-agensi kerajaan yang banyak membantu saya di Dun Manjoi bagi menyelesaikan aduan dan masalah di kawasan Manjoi. Saya memuji sikap profesional yang ada kepada para pegawai kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami bagi Dun-Dun pembangkang khususnya. Manjoi mengharapkan agar kerjasama Adun sebagai wakil rakyat yang sah dengan para pegawai kerajaan dapat dijaga dengan baik dan harmoni, InsyaaAllah. Ingin saya tekankan di sini agar hubungan ini betul-betul kena akrab, responsif dan jika pihak Adun menghubungi pihak-pihak pegawai kerajaan, agensi berkaitan, call, WhatsApp ataupun dengan apa kaedah sekali pun mohon untuk kita respon dengan segera, membalas dengan segera terutamanya ketika mana kita berdepan dengan isu-isu kecemasan dan isu musibah di kawasan kita. Sangat penting hubungan langsung antara Adun dan juga pegawai kerajaan kerana kita perlu mengambil tindakan cepat untuk membantu rakyat.

Jika ada program-program di kawasan kawasan Adun mestilah dilibatkan Adun di kawasan tersebut demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat kerana Adun-Adun ini telah dipilih mewakili rakyat secara sah di Dun tersebut. Suara Rakyat adalah suara Adun. suara Adun, suara rakyat. Walaupun di Dun-Dun pembangkang terdapat Pegawai Khas Menteri Besar, namun keutamaan mesti diberi kepada Adun yang dipilih secara sah oleh majoriti rakyat di kawasan tersebut. Wakil-wakil rakyat yang sah ini telah bersumpah di Dewan ini di hadapan Tuanku Sultan untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.

Dalam ucapan Belanjawan 2026 ini juga disebut berkaitan dengan isu cukai tanah. Dengan hasil negeri yang kukuh, Kerajaan Negeri mempunyai ruang fiskal untuk mempertimbangkan dasar cukai tanah yang lebih berpihak kepada rakyat. Memetik data belanjawan dalam Belanjawan 2026 hasil cukai negeri adalah RM691 juta menurut unjuran Belanjawan Negeri Perak. Ini menunjukkan cukai negeri dan cukai berkaitan tanah adalah komponen besar dalam kewangan negeri. Aplikasi dan cadangan yang di buat oleh Manjoi memandangkan kutipan cukai negeri adalah amat penting dalam pendapatan kerajaan, Kerajaan Negeri harus menyeimbangkan antara mendapat hasil dan melindungi beban rakyat terutama golongan rakyat berpendapatan rendah yang mungkin menanggung cukai tanah dengan sangat berat.

Dengan surplus lebih RM45.6 juta dan kapasiti perbelanjaan pembangunan yang semakin besar, belanja pembangunan 2026, RM568 juta Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan skim pengecualian atau diskaun cukai tanah untuk golongan marhain yakni golongan warga bandar berpendapatan rendah, warga emas, komuniti, kampung dan juga golongan B40. Selain itu, data menunjukkan kerajaan menjangka hasil bukan cukai naik melalui aktiviti hasil tanah dan galian. Dalam dokumen belanjawan 2024, 2025, kerajaan menyatakan keyakinan terhadap pendapatan daripada tanah galian sebagai sebahagian peningkatan hasil bukan cukai. Maka, Kerajaan Negeri boleh memperkukuh mekanisme penilaian tanah dengan sistem digital dan audit berkala supaya cukai atau premium tanah yang dikenakan mencerminkan nilai tanah semasa dan tidak membebankan pemilik kecil. Dalam belanjawan ini juga disentuh berkaitan dengan bajet kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Tahniah kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana telah memperuntukkan satu jumlah yang besar kepada institusi agama kita.

Manjoi ingin menyentuh isu berkaitan dengan SMTDR dalam belanjawan ini pada point ke 72 Perkara 1. Dato' Seri Yang di-Pertua, saya nak bangkitkan isu berkaitan dengan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan ataupun SMTDR yang kini merupakan salah satu aset pendidikan terbesar negeri Perak. Para pelajar SMTDR ini bukan hanya membanggakan dalam aspek hafazan Al-Quran bahkan turut menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik. Ini membuktikan bahawa pelajar tahfiz mampu berdiri sebaris dengan pelajar dari sekolah terbaik di negara ini. Sebagai contoh, SMTDR Batang Padang telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 0.89 bagi SPM 2024 dengan pencapaian berikut. 9 orang pelajar SMTDR Batang Padang ini telah mendapat 11A dan 5 orang pelajar SMTDR Batang Padang ini mendapat 10A dan semua pelajar ini menghafal 30 juzuk al-Quran. Ini satu aset yang sangat besar kepada negeri Perak. Majoriti pelajar ini ialah anak-anak negeri Perak yang kita cintai. Syabas dan tahniah Manjoi ucapkan kepada seluruh warga pendidik dan pentadbir SMTDR kerana berjaya melahirkan pelajar yang lengkap dengan kecemerlangan akademik dan hafazan 30 juzuk Quran di dalam dada mereka. Ini aset yang besar kepada negeri Perak.

Dari sudut kemudahan prasarana, SMTDR kini berada pada tahap yang sangat baik alhamdulillah dan membanggakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, negeri Perak kini memiliki 5 sekolah SMTDR iaitu SMTDR Tambun, SMTDR Tapah, SMTDR

Manjung yang berada di Pangkor, SMTDR Lenggong dan juga SMTDR Kerian. Meskipun prasarana sekolah berada pada tahap yang baik, namun SMTDR berdepan dengan satu masalah kritikal yang berlaku saban tahun. Saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberikan tumpuan untuk kita menyelesaikan masalah ini iaitu perpindahan guru SMTDR ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hal ini berlaku kerana majoriti guru SMTDR masih berstatus kontrak di bawah MMK. Walaupun telah lama berkhidmat apabila ditawarkan jawatan tetap oleh KPM, guru-guru ini ataupun guru berpengalaman ini terpaksa menerima tawaran tersebut. Sebagai bukti di SMTDR Manjung, Pulau Pangkor berlaku pada tahun 2023 di saat pelajar lagi sebulan hendak mengambil SPM seramai 7 orang guru berpengalaman berpindah ke bawah KPM hanya sebulan sebelum peperiksaan SPM berlangsung. Situasi ini memaksa pihak pentadbir mencari guru secara segera guru ganti yang tidak mempunyai pengalaman setara, sekali gus menjejaskan persiapan pelajar. Perkara sama turut berlaku di SMTDR lain di seluruh negeri Perak.

Cuba bayangkan lagi sebulan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan, anak-anak kita nak ambil SPM, guru itu adalah guru terbaik. Guru itu guru yang menjadi rujukan anak-anak kita. Guru yang anak-anak jumpa selalu. Tiba-tiba guru itu terpaksa berhenti sekolah di sebabkan masalah ini. Sidang Dewan yang mulia, persoalan kepada kerajaan negeri. Sebelum pelaksanaan penyerahan Sekolah Izzuddin Shah, Ta'ayah dan juga SARJANA ataupun sekolah SMAN kepada SABK. Pernah dinyatakan bahawa waran perjawatan yang ditinggalkan dianggarkan lebih 70 waran akan dibawa ke SMTDR. Namun perkara ini tidak berlaku seperti yang dinyatakan dahulu. Oleh itu, izinkan Manjoi mengajukan persoalan mengapa penjimatan daripada pembayaran gaji guru SMAN setelah penyerahan kepada SABK ini tidak digunakan untuk melantik guru berstatus tetap di SMTDR? Sekiranya masalah ini tidak ditangani sidang Dewan yang mulia, maka masalah besar sedang menanti anak-anak dan juga sekolah kita.

Pertama, ia akan menjejaskan motivasi serta momentum pelajar khususnya calon peperiksaan awam SPM. Kedua, merugikan pembangunan guru pakar kerana guru berpengalaman 4-5 tahun ini berpindah setiap kali mendapat tawaran tetap. Akhirnya SMTDR kita tidak berpeluang melahirkan kumpulan guru mahir yang kekal dan membina kualiti secara konsisten. Maka Manjoi menggesa dan berharap agar Kerajaan Negeri dapat meneliti semula kedudukan perjawatan guru di SMTDR serta menyegerakan lantikan tetap demi menjamin kelangsungan kecemerlangan pendidikan tahfiz di negeri Perak. Hadirin sekalian memang nama SMTDR Perak ini sangat-sangat harum kerana pelajarnya sangat cemerlang. Maka jangan disebabkan perkara ini akhirnya menjadikan sekolah yang kita hargai ini berada di tahap yang lemah.

Sidang Dewan, Dato' Seri Yang di-Pertua. Manjoi juga ingin membangkitkan isu berkaitan dengan perumahan. Dalam belanjawan ini juga disebut berkaitan dengan isu perumahan kepada golongan belia, perumahan rakyat dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas inisiatif yang sangat banyak yang ada dalam buku belanjawan ini. Rumah-rumah tidak terjual di negeri Perak ini sangat banyak. Kadar pertumbuhan penduduk dan perumahan di Perak tidak seimbang. Pertumbuhan perumahan lebih tinggi ataupun double up dengan izin daripada pertumbuhan penduduk di negeri Perak. Maksudnya pertumbuhan perumahannya lebih banyak daripada masyarakat penduduk di negeri kita ini. Sedangkan jika kita bandingkan dengan negeri Selangor, bilangan penduduk lebih banyak daripada negeri Perak tapi pertumbuhan penduduk dan perumahan di negeri Selangor lebih seimbang. Tidak timbul masalah rumah tak terjual seperti mana di negeri Perak. Kerajaan Negeri mesti kenal pasti apakah punca sebenar tentang masalah ini. Bagaimanakah rakyat hendak membeli jika pertumbuhan perumahan lebih banyak daripada penduduk dan kenapa kerajaan negeri tidak memantau pertumbuhan rumah ini secara telus dan juga secara tersusun?

Mengikut laporan terbaharu Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Perak mencatatkan sebanyak 3,266 unit rumah siap dibina yang masih belum terjual. Negeri Perak mencatatkan unit kediaman yang sudah siap dibina tetapi tidak terjual ataupun overhang dengan izin tertinggi di Malaysia sebanyak 2023 dengan 17.8% atau 4,598 daripada sejumlah 25,816 unit seluruh negara. Sumber Berita Harian, 21 Mei 2024. Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Perak berkata, jumlah unit overhang di Perak pada tahun lalu meningkat sebanyak 98.9% berbanding hanya 2,312 unit yang direkodkan pada 2022. Isu rumah tidak terjual di Perak ini banyak di kawasan Manjung dan juga Kinta. Ini tidak dapat dinafikan dibahaskan oleh Adun-Adun kita di sini. Persoalan yang ingin Manjoi timbulkan mengapa pembinaan perumahan rakyat ini tidak diperbanyakkan di kawasan bandar, di kawasan separa bandar ataupun di kawasan luar bandar? Semalam Lubok Merbau ada bangkit perkara ini. Apakah punca-punca pemaju dan apakah punca pemaju-pemaju tidak mahu membina perumahan di kawasan luar bandar? Adakah kerana kawasan-kawasan di luar bandar ini kebanyakannya diduduki oleh orang-orang yang mungkin tidak bagi pemaju yang tidak berkemampuan ataupun banyak diduduki oleh orang-orang melayu dan juga bumiputera?

Ini satu persoalan yang Manjoi ingin tekankan. Adakah mungkin disebabkan kuota bumiputera yang tinggi di kawasan luar bandar ini menyebabkan pemaju tidak berminat membina rumah di kawasan tersebut? Sedangkan keperluan perumahan di kawasan separa bandar dan luar bandar ini sangat tinggi untuk rakyat memiliki rumah. Di tangan saya Dato' Speaker, sangat penting dan saya yakin pihak YB Exco dan Menteri Besar dan juga para pegawai dan Adun-Adun kita membaca perkara ini dan boleh diakses di laman web LPHP. Di tangan saya ialah Pekeliling Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak Bilangan 2 Tahun 2019 dalam perkara berkaitan penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak. Dasar Perumahan Negeri Perak 2019. Sangat mengejutkan bila mana saya study dan saya check maklumat ini perkara yang mengejutkan saya adalah pada jadual 4.3 ini, kuota bumiputera di tujuh Dun dalam negeri Perak ini berada pada tahap 0%. Maksudnya di Dun-Dun ini tidak ada kuota bumiputera.

Saya bacakan jadual tersebut. Pertama Dun Pokok Assam, kedua Jalong, ketiga Canning, keempat Menglembu, kelima Pantai Remis, keenam Astaka, ketujuh Pasir Bedamar. Sidang Dewan sekalian dalam Dun ini dalam jadual ini kita boleh lihat rupa-rupanya di negeri kita ini kuota bumiputera telah pun diagihkan mengikut Dun. Dia tidak sekali atau tidak sekata. Dia tidak serata. Jadi tuan-tuan kalau saya nak beli rumah di Dun Pokok Assam, jika tuan-tuan nak beli rumah di Dun Mengelembu di Canning, di situ tidak ada kuota bumiputera. Ini dibuktikan dalam jadual ini dan saya mencadangkan agar tujuh Dun ini yang kosong peratus kuota bumiputera ini dinaikkan semula sekurang-kurangnya sebanyak 30% untuk kuota bumiputera. Ini kerana melihat kepada jadual ini seolah-olah kuota bumiputera telah dimatikan di tujuh Dun tersebut dan Manjoi juga ingin menuntut kerajaan dan LPHP meminda semula jadual ini bagi mengembalikan kuota bumiputera yang disebutkan oleh Manjoi dalam Dewan ini dan ini satu bukti yang tidak boleh dinafikan dan saya harap perkara ini dapat di beri perhatian dan mungkin boleh dijawab oleh pihak YB Exco ataupun pihak kerajaan negeri.

Kalau kita tengok Dasar Ekonomi Baru, Dato' Speaker, Dasar Ekonomi Baru Perumahan. Di samping itu, Dasar Ekonomi Baru program perumahan ditujukan untuk memastikan bumiputera mendapat akses ke perumahan mampu milik sebagai langkah meningkatkan kualiti hidup mereka. Inisiatif seperti PRIMA dan Skim Rumah PertamaKu menyediakan rumah dengan harga berpatutan. Kemudahan kredit dan subsidi kerajaan memudahkan bumiputera memiliki rumah pertama mereka. Ini menunjukkan komitmen DEB untuk mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi dan mendorong kesetaraan peluang mencipta masyarakat Malaysia yang lebih adil dan inklusif. Akhirnya, Dato' Seri Yang di-Pertua, Manjoi juga tertarik dengan isu berkaitan dengan pembangunan modal insan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Besar kita dalam belanjawan ini.

Ini ucapan akhir daripada Manjoi, Dato' Seri Yang di-Pertua. Realiti pasaran kerja di Malaysia. Pilihan kerjaya popular di Malaysia ini lazim dan kompetitif. Kerjaya tradisional ini masih diminati tetapi kini semakin tepu akibat lambakan graduan melebihi peluang pekerjaan yang ada. Saya bagi contoh di sini. Contohnya doktor, dentist, pharmacist. Belajar lama, persaingan tinggi, gaji sektor swasta tidak selalu memuaskan. Persaingan sangat tinggi hari ni. Doktor hari ini terlalu banyak ketika ini. engineer bidangnya boleh dikatakan agak tepu. Ramai yang kawan-kawan saya, rakan saya yang engineer kerja di luar bidang. lawyer, peluang terhad. Kenaikan kerjaya perlahan. Akauntan, terlalu ramai ketika ini dalam pasaran, gaji awal agak rendah. Teacher, guru atau pun pensyarah, lecturer, penempatan terhad, gaji swasta rendah. Software Developer, relevan tapi ramai kurang kemahiran. Tetap bersaing.

Saya ingin memberi satu cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri yang boleh diberikan tumpuan oleh pihak Exco Pendidikan yang menggerakkan PASAK dan juga agensi yang berkaitan dan juga kepada Yang Berhormat Menteri Besar. Laluan kerjaya yang kurang diberi perhatian tetapi berpotensi tinggi dan perlu kita terokai. Manjoi mencadangkan agar Kerajaan Negeri memberikan perhatian kepada kerjaya berpotensi tinggi tetapi kurang diteroka ini. Pertama, kerjaya UX/UI Designer. Lebih daripada reka grafik. Fokus pada pengalaman pengguna digital dan sangat diperlukan dalam syarikat teknologi. Kita kena lahirkan ramai anak Perak yang pakar bidang ini. Kedua, data analysis atau pun data saintis. Bidang ini bantu organisasi buat keputusan berasaskan data dengan gaji yang tinggi dan peluang kerjaya yang sangat luas. Ketiga, logistic dan supply chain specialist sering disalah anggap sebagai kerja buruh tetapi sebenarnya melibatkan strategi dan pengurusan operasi besar terutamanya dalam pengurusan e-Dagang. Keempat, Aktuari, gabungan statistik dan kewangan. Sukar tetapi berbaloi. Ini antara kerjaya dengan gaji paling tinggi di pasaran ketika ini. Kelima, speech therapy atau speech therapist. Semakin diperlukan untuk membantu kanak-kanak dan warga emas.

Banyak peluang dalam sektor kesihatan awam dan juga swasta. Keenam, cyber security analysis. Penting dalam dunia digital sekarang. Permintaan sangat tinggi tapi masih kurang tenaga pakar. Peluang kerja di dalam dan luar negara ini sangat banyak ketika ini. Keenam, renewable energy engineer. Malaysia sedang beralih ke arah tenaga hijau. Bidang ini akan terus berkembang sesuai untuk mereka yang minat dengan kelestarian alam dan yang kelapan, professional care giver. Dengan populasi warga emas yang semakin meningkat ketika ini, penjaga terlatih amat diperlukan. Peluang besar di dalam negeri Perak ini perlu dikembangkan. Kesembilan, video editor, motion graphic designer atau pun content creator. Bukan hanya untuk hiburan kini jadi tunjang pemasaran digital. Kerja boleh di buat secara freelance atau tetap di agensi. Yang terakhir ialah game developer atau pun e-sport coach atau pun streamer. Industri yang semakin diterima ini walaupun masih baru di Malaysia, tetapi potensinya sangat besar kepada kita. Saya mencadangkan 10 kerjaya yang baru ini dikembangkan dan boleh dimasukkan dalam cadangan Kerajaan Negeri untuk belanjawan yang akan datang Ini kerana saya tengok dah banyak perkara yang dibuat. Tahniah kepada Kerajaan Negeri tetapi idea-idea baru ini perlu dikembangkan kepada generasi kita pada hari ini.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

YB Manjoi, boleh mencelah sikit?

Yang di-Pertua

Masa nak habis dah ni. Pasal Jumaat.

Boleh-boleh. Bagi Bercham sikit, Dato' Seri ya?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Tadi saya bagi peluang kan? Terima kasih peluang diberi. Tadi saya nampak ada banyak point diberikan oleh YB Manjoi tadi. Pun juga ada ketengahkan masalah remaja atau pun lepasan ijazah atau pun diploma mana-mana. Di mana mereka hadapi kesukaran untuk mencari kerja tetapi pandangan saya selain daripada mereka memiliki ijazah atau pun apa-apa sijil-sijil banyak, tetapi mengalami kekangan untuk nak mencari mendapatkan peluang pekerjaan tetapi ini adalah bergantung juga kepada sikap mereka. Sikap ini kalau kita katakan keluarga 70-an, 80-an, 90-an, 2000 mereka punya minda pun sudah ada perbezaan begitu ketara sekali. Dulu kita semasa kita tunggu lepasan SPM, kita boleh pergi kerja ke pasaraya dekat. Dulu ada Super Kinta ke, mana-mana kita boleh bekerja. Lepas tu kita nak tanya kepada pengurus. Samada kita tunggu bilakah kita akan mendapat peluang untuk bekerja? Kerja sambilan lagi tetapi sekarang banyak remaja yang lepasan ijazah ini mereka punya, mungkin terlalu manja oleh institusi keluarga. Di sebabkan anak bilangan anak sudah berkurang, jadi manja sikit. Bila mereka keluar selepas temuduga, bila bos kata "Bila nak balik kerja? Sebab kita nak perlukan pekerja." Mereka kata, "Saya kena balik, fikir dulu. Tengok saya tanya mak tanya balik pak. Sama ada boleh ke tidak." Jadi keegoan atau pun, walaupun mereka rasa ni ego sikit rasa. Mungkin saya lepasan ini universiti yang masyhur ini. Lepas itu mengakibatkan mereka ada keegoan. Itu pun masalah. Minta kalau Manjoi saya tahu tadi ada bagi 8 cadangan banyak untuk Kerajaan, tetapi pun juga kepada tanggungjawab bersama termasuk Pembangkang untuk memberikan input yang lebih baik kepada mereka agar mereka sikap mereka berubah sikit. Terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat saya Bercham. Saya bersetuju dan masukkan ucapan Bercham dalam ucapan Manjoi. Terima kasih. Dato' Seri Speaker yang dikasihi, itu adalah cadangan-cadangan daripada Manjoi untuk pembaikan dan juga untuk penambahbaikan dalam Belanjawan Negeri Perak bagi 2026 ini. Dan mudah-mudahan segala cadangan tersebut dapat dipertimbangkan dan juga ditambahbaik. Insha Allah. Buat akhirnya,

Manjoi ingin menyatakan di sini saranan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak untuk melihat prestasi YB Exco kita daripada Pasir Bedamar. Banyak disebut nama beliau dalam Dewan baru-baru ini. Tapi beliau jika boleh saya beri nasihat sebagai orang muda. Saya juga pimpinan Pemuda. Beliau, Ketua Pemuda DAP Malaysia. Saya, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia. Sama-sama level di peringkat nasional. Elakkan status sebagai Exco ini satu status yang sangat besar bawa imej negeri. Maka saya cadang kalau YB Exco Pasir Bedamar rasa tak mampu jadi Exco, dicadangkan untuk Menteri Besar tukar kepada sahabat saya, Bercham. Bercham. Saya cadang Bercham menjadi YB Exco.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ini cadangan jahat. Macam itu lah.

Sebab saya tengok. Saya tengok sebab saya tengok posting-posting beliau di Facebook. Semuanya macam nak jadi cyber trooper. Kita Exco. Kita wakil rakyat. Kita ada kita punya…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sokong Bercham.

Jadi, kalau Bercham ini saya rasa Bercham antara yang terbaik.

Ok, Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya menolak sebulat-bulatnya.

Yang di-Pertua

Ok…ok…nanti.

Last sekali, Dato' Seri Speaker. Saya juga melihat ada saya sebab Manjoi bersebelahan dengan Dun Hulu Kinta. Hari ini Adun Hulu Kinta dah hari ketiga tidak masuk Dewan. Sebagai seorang sahabat saya merayu supaya Adun Hulu Kinta masuk Dewan kerana Dun Hulu Kinta sebelah Dun Manjoi. Banyak aduan daripada Hulu Kinta masuk ke Manjoi dan bagi saya ruang saya cakap.

Yang di-Pertua

Ok, Bercham, duduk.

Bagi saya bercakap. Dan jika boleh, hadir ke Dewan dan bawa isu-isu rakyat di Dun Hulu Kinta. Minta maaf walaupun Dun sebelah, tapi saya nak bagitahu sebagai sahabat di Dun sebelah perlu hadir ke Dewan. Berikan komitmen kerana rakyat telah memilih kita dan Dun Hulu Kinta ni sebelah Dun Manjoi. Saya setiap hari turun bersama rakyat. Pagi, petang, siang, malam. Non-stop 24 jam dan isu Hulu Kinta tu banyak masuk pada saya dan saya selalu sebut, Insha Allah Dun Hulu Kinta akan bantu selesaikan dan saya harap supaya Adun Hulu Kinta masuk dan perlu berbahas isu rakyat di sini. Sekadar itu daripada Manjoi pada hari ini. Maka dengan ini dengan rendah dirinya, Manjoi menyokong Belanjawan 2026 bagi Negeri Perak. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat yang berikutnya, saya nak sebut 2 perkara sahaja. Kadang-kadang dalam Dewan ini, saya nyatakan sebagai selaku Speaker yang mempengerusikan Persidangan Dewan atau Mesyuarat Dewan ini saya bagi leeway dengan izin. Saya bagi leeway. Kadang-kadang bagi peluang untuk Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bercakap. Kadang-kadang terbabas dan langgar peraturan perbahasan. Cuma saya nak sentuh 2 perkara sahaja. Iaitu yang pertamanya seperti mana yang saya nyatakan dalam 2 hari yang sudah. Kalau tak silap saya menyatakan bahawa saya pun faham bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat juga merupakan ahli-ahli politik yang bercakap di luar sana. Tapi kita peraturan berbahas dalam Dewan ini.

Kita ini kadang-kadang pakai banyak topi. Yang Berhormat pun pakai banyak topi. Bukan Ahli Dewan saja, bukan Ahli Exco saja tapi juga pemimpin-pemimpin parti politik dan pemimpin-pemimpin muda macam mana Yang Berhormat Manjoi nyatakan tadi dan sebagai pemimpin politik di luar sana dalam gelanggang politik di luar sana bahkan apa tingkah laku Ahli-ahli Yang Berhormat di luar sana itu tak bolehlah kita bawa ke dalam dewan ini sebenarnya kalau ikut standing order 40(10), kita tak boleh nak sebut tingkah laku mana-mana Ahli Dewan selain daripada kelakuan dia dalam menjalankan urusannya sebagai Ahli Dewan tapi seperti yang saya nyatakan saya bagi leeway tapi saya tengok dia merlarut-larut ni. Dia meleret-leret. Jadi dia ada masa dia saya benarkan tapi i think it's time to put a stop to it dengan izin ya supaya kita boleh tumpu kepada perbahasan di Dewan berkaitan dengan urusan-urusan Dewan dan yang berkaitan dengannya. Jadi kalau kelakuannya bukan sebagai Ahli Dewan atau pun bukan sebagai Ahli Exco tetapi sebagai pemimpin parti politik di luar sana, dia lainlah. Kalau tidak nanti dia punya peranan sebagai seorang bapa macam kitalah Ahli Yang Berhormat kan? Kita pun bapa. Kita pun anak. Kita pun abang. Kita pun kakak. Kita pun adik. Kalau kelakuan kita sebagai itu nanti dibawa masuk dalam dewan. Tak boleh. Dia ada adab perbahasan dia tapi, tapi tak apa saya bagi leeway tapi dia ada had dia. Itu yang pertama.

Yang keduanya, berkaitan dengan Adun Hulu Kinta ni dia dah maklumkan kepada saya sebenarnya bahawa dia tak sihat. Jadi sebab tu dalam ini ada beberapa Ahli-ahli Dewan dia tak sihat dan tak dapat hadir dalam Dewan ini kerana disebabkan masalah kesihatan yang kerana terpaksa merujuk kepada pakar perubatan. Ada, ada, ada maklumat. Jadi kadang- kadang kita tak boleh buat andaian yang sebegitu rupa. Saya minta maaf kerana mengambil masa sedikit hari ni hari Jumaat. Jadi saya sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Selama..

Dato' Seri Yang di-Pertua. Boleh tak saya merujuk kepada perintah tetap Perkara 47. Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana ahli lain. Tadi Manjoi.

Yang di-Pertua

Ya, ya, tak apa. Saya faham Ahli Yang Berhormat. Saya faham concerned tu. Sebab itu saya dari raised concerned itu, saya anggap...

Nanti pengundi di Hulu Kinta salah faham.

Yang di-Pertua

Faham. Sebab tu saya dah cakap.

Selesai dah tu. Selesai.

Yang di-Pertua

Sebab itu saya, saya dah ini. Saya dah addressed the issue dengan izin. So, we let it the rest. Terima kasih. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.

Macam-macam peraturan keluar sebelum saya berucap. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan ayat suci Al-Quran). Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, para pegawai kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media, para petugas, Bentara Dewan dan seterusnya seluruh mereka yang mendengar dan menonton sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap Persidangan Dewan Undangan Negeri ini dan seluruh warga Dun Selama dan seluruh negeri Perak.

Merafak sembah dan menjunjung kasih serta mengucapkan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena ulang tahun keputeraan baginda pada 9 November 2025 yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua calon-calon yang mengambil peperiksaan SPM 2025. Saya mendoakan agar semua calon mendapat kejayaan yang besar dan juga cemerlang. Terlebih dahulu juga saya merakamkan penghargaan kepada Dato' Seri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas dalam Belanjawan Negeri Perak tahun 2026 pada pagi ini. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama pasukan PKN, UPEN dan semua agensi yang terlibat yang bekerja keras menyiapkan belanjawan kali ini.

Sebelum saya masuk kepada perbahasan utama, izinkan saya pada hari yang penuh barakah, penghulu segala hari ini untuk menyatakan rasa simpati yang mendalam terhadap mangsa-mangsa banjir yang semakin bertambah di seluruh negeri Perak. Kita sama-sama berdoa agar mereka diberi ketabahan, diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan mereka oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Saya juga ingin merakamkan rasa hormat kepada sahabat kita Ahli Yang Berhormat Kampong Gajah yang rumahnya sendiri dinaiki separuh, rumahnya dinaiki air namun beliau tetap memilih untuk turun membantu mangsa banjir terlebih dahulu sedangkan rumahnya sendiri masih berselerak tabak dan dibiarkan. Tabahlah sahabat. Inilah wajah sebenar seorang pemimpin rakyat. Dalam situasi ini, marilah kita sama-sama menghidupkan doa yang diajar Rasulullah SAW. (Bacaan ayat suci Al-Quran). "Ya Allah, kami mohon agar hujan ini mengiringi kami bukan menimpa kami Ya Allah. Alih kanlah ia ke tanah tinggi, gunung ganang, lembah-lembah dan tempat tumbuh pokok, tempat tumbuhnya pokok-pokok."

Sebahagian ulama menyebut adab doa ini adalah memohon agar hujan dialihkan ke tempat yang lebih sesuai kerana hujan itu sendiri membawa rahmat dan keberkatan tapi bila ia berlebihan ia membawa mudarat. Dalam suasana negeri diuji dengan bencana, saya ingin memulakan perbahasan ini dengan mengingatkan diri saya dan juga dewan ini dengan firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nur ayat 55 dan 56. (Bacaan ayat suci Al-Quran). "Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa dia akan memberikan kepada mereka kekuasaan di muka bumi. Dia meneguhkan bagi mereka agama yang diredai-Nya dan menukar keadaan mereka kepada ketakutan kepada aman sentosa." Ayat ini menegaskan bahawa keberkatan dan kestabilan sebuah negeri tidak semata-mata terletak pada projek yang besar atau angka belanjawan yang tinggi tapi bermula daripada kekuatan akidah, ketaatan solat, keteguhan agama dan hubungan manusia dengan Allah Subhanahu Wata'ala. Apabila syiar agama dipelihara maka keamanan dan keberkatan negeri akan menyusul.

Dato' Seri Yang di-Pertua, maka pada sesi perbahasan belanjawan kali ini Selama ingin menumpukan perhatian khusus kepada isu-isu yang menyentuh tentang syiar Islam. Isu ini pernah saya drafkan ketika zaman pandemik Covid-19 dahulu tapi ketika itu kemampuan kewangan kerajaan amat terhad kerana prioriti utama adalah bantuan Covid. Namun hari ini saat keadaan kembali stabil, Selama berpendapat masa ini amat sesuai untuk mengangkat semula isu-isu tersebut demi memartabatkan Islam di negeri ini. Saya amat berharap agar isu-isu yang akan saya bentangkan nanti diberikan perhatian, diteliti secara serius dan diambil tindakan dengan segera. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu berkaitan dengan keberadaan pejabat-pejabat di bawah Jabatan Agama Islam pada masa ini, JAIPk masih tidak berpusat, berselerak dan berada di lokasi yang berjauhan.

Saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berfikir sejenak betapa tidak efisien yang urusan pentadbiran agama Islam bila bahagian-bahagian penting JAIPk berada di bumbung yang berbeza-beza sedangkan jabatan lain sebahagiannya, sebahagian besarnya telah mempunyai bangunannya sendiri. Bahagian Pembangunan Keluarga berada di Jalan Medan Istana. Bahagian Penguatkuasa di Panglima Bukit Gantang, Wahab, Ipoh. Bahagian Pengurusan Halal di Taman Pari, Ipoh, Bahagian Pengurusan Masjid di Kompleks Masjid Negeri Perak. Keadaan berselerakan ini bukan sahaja menyulitkan rakyat, bahkan sebahagian daripada kita sendiri sebagai pembuat dasar turut keliru ke mana jabatan yang tepat untuk menyelesaikan suatu urusan. Alangkah cantiknya sekiranya semua bahagian ini berada dibawah satu bumbung sebagaimana kompleks Jabatan Agama Islam di Kedah, Terengganu, Melaka, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

Walaupun pada zahirnya isu ini terlihat kecil, hakikatnya menyentuh perkara besar kemudahan akses, kecekapan perkhidmatan dan pembentukan sebuah One Stop Centre bagi urusan agama Islam. Perlu kita bayangkan bahawa JAIPk bertanggungjawab mengurus 580 buah masjid. Hampir 2,000 buah surau. Urusan pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk. Sesi kaunseling keluarga. penguatkuasaan undang-undang syariah, pemantauan pesalah, urusan sijil pengesahan halal, pemantauan premis halal dan banyak lagi tanggungjawab yang lain yang lebih berat. Namun, semua tugas besar ini dilaksanakan oleh bahagian-bahagian duduk berjauhan antara satu sama lain. Jauh daripada bangunan utama JAIPk. Difahamkan bahawa Kerajaan Negeri satu ketika dahulu telah pun meratakan sebidang tanah di Meru, Ipoh dan kos perataan tersebut turut ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Maka soalan yang Selama ingin ajukan pada hari ini ialah apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan kompleks JAIPk tersebut?

Isu ini bukan sekadar soal bangunan. Ini adalah soal keutamaan kerajaan, kesungguhan memartabatkan isu agama dan memastikan pentadbiran hal ehwal Islam berada pada tahap yang sepatutnya. Selama berharap agar pembinaan kompleks JAIPk ini dapat disegerakan diperincikan pelaksanaannya dan dimasukkan dalam RP Kedua RMK 13 kelak kerana akhirnya yang kita perjuangkan bukan hanya struktur batu dan simen yang kita perjuangkan bukan hanya struktur batu dan simen, tetapi maruah dan kebangkitan isu agama Islam di negeri Perak di bawah Payung Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang kita kasihi.

Dato' Seri Yang di-Pertua. Guru Tadika Islam adalah benteng awal pendidikan asas anak-anak di negeri Perak di bahu mereka terletaknya amanah besar untuk membentuk akhlak, adab dan asas keagamaan pada usia yang paling lembut, paling mudah dibentuk dan paling menentukan arah kehidupan seorang anak. Selama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pengumuman kenaikan elaun guru KAFA. Kenaikan elaun guru I'dadi, guru Thanawi serta pemberian BKK. Langkah ini amat dihargai dan memberikan suntikan semangat kepada para pendidik agama.

Namun Selama melihat satu kelompongan yang perlu diberi perhatian iaitu segmen guru tadika Islam yang berada di bawah pentadbiran JAIPk. Walaupun elaun mereka kini RM1,200 iaitu hampir sama dengan elaun guru KAFA, namun Selama berpandangan elaun mereka wajar dinaikkan seiring kenaikan diberikan kepada guru KAFA, I'dadi, Thanawi termasuklah pemberian BKK. Mengapa guru ini perlu diberi perhatian? Mereka adalah kelompok pertama yang membina asas Islam dalam diri anak-anak kecil. Mereka memikul tugasan yang sangat mencabar dari segi beberapa aspek mereka menjalankan amanah agama atas kapasiti JAIPk. Maka wajar diberikan pelarasan kenaikan elaun seiring bidang pendidikan Islam yang lain. Tambahan elaun ini tidak akan memberi kesan besar kepada kewangan negeri kerana jumlah guru tadika Islam hanya sekitar 180 orang sahaja dengan jumlah yang kecil ini, implikasi kewangan adalah minimum, namun impak moral kepada mereka dan impak jangka panjang kepada sistem pendidikan Islam negeri adalah amat besar.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Selama ingin menarik perhatian Dewan kepada satu kelompok penting dalam masyarakat orang asli Islam di negeri Perak iaitu tok batin Islam orang asli yang berada di bawah penyeliaan Majlis Agama Islam MAIPk. Tok batin Islam memainkan peranan yang sangat unik dan besar. Tugas mereka bukan sekadar pentadbiran sosial tetapi juga tanggungjawab keagamaan yang amat berat. Kerajaan Negeri telah mengumumkan pemberian bantuan khas BKK sebanyak RM600, RM300 bagi 2 bulan kepada pengerusi JPKK, kampung tradisional, kampung baru cina, kampung baru India serta tok batin kampung orang asli. Langkah ini amat dialu-alukan. Namun, selama melihat terdapat satu kelompok setaraf mereka iaitu tok batin Islam orang asli yang berada di bawah MAIPk. Walhal peranan mereka sangat besar atas peranan dan amanah yang begitu signifikan Selama ingin mencadangkan agar tok batin Islam orang asli turut diberikan BKK khas selaras dengan tanggungjawab yang mereka pikul. Tambahan pula, mereka hanyalah berjumlah sekitar 146 orang sahaja implikasi kewangan yang sangat kecil tetapi nilai sokongan moral dan spiritual kepada masyarakat orang asli Islam amat besar. Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada pelbagai kelompok yang lain jauh lebih besar bilangannya. Maka membantu 146 pemimpin orang asli Islam. Pemimpin Islam orang asli ini bukanlah beban, bahkan satu bentuk pengiktirafan dan penghormatan.

Berkaitan dengan TVET saya ingin menyentuh satu perkara yang menyentuh tentang warga tahfiz dan pondok di negeri Perak khususnya berkaitan pelaksanaan program

TVET dalam 1 tahun sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menawarkan sebanyak 100 tempat kepada warga tahfiz untuk mengikuti kursus TVET bagi bidang mutawwif. Namun, realitinya amat membimbangkan apabila penyertaan yang diterima tidak mencecah pun 20 orang. Fakta ini menunjukkan bahawa pendekatan kita perlu diperluas dan diperbaiki. Golongan tahfiz dan pondok mempunyai latarbelakang yang pelbagai minat yang berbeza serta potensi yang luas. Justeru, tidak wajarlah TVET hanya difokuskan kepada satu bidang semata-mata. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempelbagaikan penawaran kursus TVET ini termasuklah menjalin cadangan termasuklah menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Kementerian Pendidikan KPM melalui laluan APEL antaranya lah APEL ialah pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. Melalui APEL pengalaman hidup, pengalaman kerja kemahiran tidak formal dan pembelajaran kendiri sendiri boleh diiktiraf secara rasmi. Peserta boleh mengakses program TVET, diploma mahupun ijazah walaupun tanpa kelayakan akademik formal sepenuhnya.

Laluan ini amat sesuai untuk pelajar tahfiz dan pondok yang memiliki kemahiran tertentu tetapi tidak mempunyai dokumen ekonomi akademik yang lengkap. Dengan adanya APEL ramai pelajar tahfiz dan pondok akan mempunyai peluang pendidikan kedua yang lebih fleksibel, praktikal dan bersesuaian dengan minat serta keupayaan mereka. Cadangan memperluas bidang TVET ini oleh itu, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menambah penawaran TVET yang merangkumi bidang-bidang seperti teknologi maklumat dan digital, grafik, animasi, automotif, asas kulinari dan bakeri, pertanian moden, agro teknologi, pendidikan awal kanak-kanak, pengurusan masjid dari institusi Islam, pengurusan jenazah profesional, industri halal, keusahawanan digital dan serta e-dagang. Bidang bidang ini lebih dekat dengan realiti masa kini serta bantu membantu mampu membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepada lepasan tahfiz dan juga pondok.

Selama juga ingin merujuk kepada jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam penyata rasmi Dewan Undangan Negeri pada persidangan Kelima Mesyuarat Ketiga Tahun Kedua Dewan Negeri KelimA Perak bertarikh 5 Disember 2025. Dalam jawapan tersebut, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telahpun menyatakan Kerajaan Negeri mengesyorkan supaya permohonan 70% daripada kos pembinaan diangkat kelulusan ICU JPM terlebih dahulu sebelum Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan penyaluran 25% peratus daripada kos pembinaan Selama ingin menarik perhatian dewan terhadap kemungkinan terdapat kekhilafan fakta dalam kenyataan tersebut jika saya tersilap saya mohon maaf. Namun, berdasarkan rujukan dokumen rasmi yang berada di tangan saya ini ketika ini garis panduan permohonan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi projek bina baharu naik taraf serta bilik serta baik pulih masjid dan surau-surau di negara ini terdapat perbezaan dengan kenyataan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Merujuk kepada carta alir pada Lampiran B dalam garis panduan tersebut dinyatakan bahawa tanggungjawab Pihak Berkuasa Agama Negeri adalah mengemukakan permohonan lengkap kepada Pejabat Perdana Menteri terlebih dahulu dan bukannya masjid atau kariah memohon terus kepada ICU JPM dan lebih penting sebelum permohonan itu dipanjangkan kepada ICU JPM, dokumen wajib yang perlu dikemukakan ialah komitmen peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan juga kariah. Ini membawa maksud yang sangat jelas. Kerajaan Negeri perlu menyatakan komitmen awal barulah permohonan itu boleh dipanjangkan kepada PMO seterusnya

ICU JPM ini bermaksud Kerajaan Negeri bukan menunggu ICU JPM memberi kelulusan tapi Kerajaan Negeri perlu terlebih dahulu mengisytiharkan komitmen kewangan mengikut kadar yang ditetapkan sebelum proses kelulusan Persekutuan boleh dimulakan dengan kata lain, komitmen Kerajaan Negeri datang dahulu, barulah permohonan kat ICU JPM dapat diproses bukan sebaliknya. Selama tidak berniat untuk mempertikaikan mana-mana pihak tapi hanya ingin memastikan bahawa prosedur permohonan pembinaan naik taraf dan baik pulih baik pulih lah apa khususnya berkaitan dengan bina barulah berjalan mengikut tatacara yang betul seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Selama percaya bahawa pembetulan fakta ini meluruskan semula kefahaman jabatan dan qariah mempercepatkan permohonan pembinaan masjid dan juga surau, mengelakkan permohonan tertangguh dan memastikan tiada projek yang terbantut kerana rujukan prosedur yang kurang tepat. Selama berharap Kerajaan Negeri dapat meneliti semula garis panduan ini secara rasmi dan seterusnya menyelaraskan semula prosedur permohonan mengikut tatacara sebenar supaya projek projek rumah ibadah umat Islam dapat digerakkan tanpa tanpa keliruan seperti ini. Maksudnya dari segi baik pulih tak ada masalah boleh bagi. Ini dari segi maksudnya bina baharu dan ada berapa masjid di negeri Perak ini menghadapi masalah berkaitan dengan bina baru kerana mereka tak tahu nak mula minta daripada Menteri Besar terlebih dahulu ataupun terus kepada ICU terlebih dahulu dan yang seterusnya minta tambah masa. Selama sekali lagi ingin membangkitkan isu pembebanan tarif air terhadap maahad tahfiz swasta di negeri Perak. Isu ini telah saya bangkitkan dalam Persidangan Keenam, Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Kelima Belas bertarikh 22 April 2025. Dalam jawapan ketika itu, Exco Kerajaan Negeri menyatakan bahawa peningkatan caj tersebut adalah selaras dengan arahan SPAN dan kerana maahad tahfiz berstatus swasta, maka mereka diletakkan di bawah kategori caj komersial.

Berikut merupakan petikan sebenar yang diambil daripada penyata rasmi kerajaan negeri ada 100 lebih sekolah itu sebenarnya mereka membayar bil yang awal itu agak murah kepada LAP tapi dikenakan LAP agak tinggi kerana itu mengikut peraturan SPAN sendiri kerana mereka berdaftar sebagai sekolah agama swasta. Ini jawapan YB. Pada masa itu, ketika saya menyuarakan kenapa ditukar kod sehingga naik 300% bil air kepada maahad tahfiz swasta di seluruh negeri Perak. Jawapannya kerana mengikut peraturan SPAN. Macam kita tak tahu SPAN ni dah lama dah. Hakikatnya, pusat tahfiz telah menikmati kadar tarif air kategori Rumah Ibadat kod 41 sejak puluhan tahun yang lalu. Merentasi beberapa zaman Perdana Menteri dan Menteri Besar. Kerjasama politik silih berganti, kerjasama politik silih berganti, Kerajaan bertukar-tukar ganti. SPAN juga sudah lama wujud tapi tidak pernah berlaku tindakan setegas drastik dan sesakit ini. Mengapa hanya pada sesi ini dalam keadaan Kerajaan Negeri mengisytiharkan ekonomi Perak semakin kukuh dalam keadaan Exco dan juga penjawat awam dapat bonus dua bulan. Alhamdulillah, rezeki.

Dalam keadaan hasil semakin bertambah seperti mana diumumkan. Takkanlah pada waktu itu, mereka menganggap masa yang sesuai untuk menaikkan caj air 300% melalui penukaran kategori kod 41 daripada kategori rumah ibadat, institusi kebajikan, premis bukan komersial, kepada kod 21 komersial perniagaan. Apakah logik meletakkan sekolah tahfiz isu agama yang mendidik huffaz al-Quran di bawah kategori bangunan komersial maahad tahfiz bukan kilang. Maahad tahfiz bukan syarikat perniagaan, bukan pasar raya, bukan hotel, bukan kilang ais dan bukan restoran. Mereka adalah institusi pendidikan Islam yang mendidik ribuan anak-anak Perak yang menjadi huffaz, imam-imam masa depan, pemimpin agama dan insan berakhlak. Kerajaan Persekutuan menyasarkan lebih 100,000 huffaz menjelang 2030. Perak pula antara negeri yang aktif melahirkan huffaz melalui pondok maahad dan Sekolah Agama Rakyat. Apakah kerajaan hanya mahu mengaut keuntungan yang dibina atas rintihan, air mata kegelisahan dan tekanan pengusaha sekolah tahfiz yang sudah pun bergelut dengan kos makan, kos utiliti, kos penyelenggaraan dan kesukaran mendapatkan dana awam yang mana usaha ini yang dibuat oleh Kerajaan tidak pernah dibuat oleh Kerajaan Perak yang terdahulu dan tidak pernah dibuat oleh SPAN sejak daripada bersilih ganti Perdana Menteri?

Selama menolak sepenuhnya tindakan ini. Kenaikan tarif air secara tiba-tiba tanpa sebarang notis, tanpa libat urus, tanpa empati dan tanpa mempertimbangkan beban yang ditanggung oleh institusi pendidikan Islam ini. Ini bukan hanya tindakan teknikal tetapi tindakan yang menyentuh hati yang menyentuh emosi dan menyentuh kelangsungan umat Islam. Ini kali kedua saya bangkitkan isu ini. Namun, suara pengusaha tahfiz masih belum didengari. Saya merayu dan pada masa yang sama menegur dengan tegas agar Kerajaan Negeri mengembalikan semula kategori tarif kepada kod 41 rumah ibadat bukan komersial atau menetapkan satu kadar khas istimewa untuk maahad tahfiz swasta ini.

Selari dengan peranan besar mereka melahirkan huffaz untuk negeri dan juga negara. Jumlah maahad tahfiz swasta sekitar negeri bukanlah terlalu besar sehingga membebankan kewangan negeri tetapi sumbangan mereka terhadap pembinaan modal insan umat Islam adalah tidak bernilai dan tidak ternilai. Bukan tidak bernilai tidak ternilai. Janganlah kerana keuntungan jangka pendek, kita menyakiti institusi yang selama ini menjaga agama pada akar umbi masyarakat. Kena ingat bukan Jabatan Agama Islam sahaja yang menjaga tetapi antaranya juga adalah institusi ini, yang telahpun hidup sejak sekian lama dan tidak diganggu berkaitan dengan caj air mereka.

Baru-baru ini, Dato' Seri Yang di-Pertua, Dato' Seri Yang di-Pertua, baru-baru ini, pasar pagi Sungai Bayor telah mencipta sejarah apabila diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai pasar pagi terpanjang di Malaysia. Dengan panjang keseluruhan sekitar 2.32 km. Jemput datanglah Dato' Seri Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat dan semua yang ada di sini dan semua yang melihat. Seluruh negara datang ke pasar Sungai Bayor. Ada artis, ada tokoh masyarakat. Pengiktirafan ini bukan sekadar satu gelaran. Ia membawa ertinya yang tersendiri. Mengangkat nama Sungai Bayor dan Selama ke peringkat nasional. Membuktikan kekuatan ekonomi komuniti setempat menjadikan pasar ini potensi destinasi pelancongan baru dan berfungsi sebagai pemangkin ekonomi rakyat khususnya peniaga-peniaga kecil. Pengiktirafan MBOR ini adalah satu penghormatan, tapi pada masa yang sama ia datang bersama tanggungjawab baru untuk memperkukuh kemudahan asas agar setanding dengan statusnya.

Dengan status baru ini, terdapat beberapa keperluan kritikal yang wajar diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Penyediaan ruang parkir yang teratur dan mencukupi disebabkan pertambahan pengunjung sejak pengiktirafan MBOR amat ketara ruang parkir sedia ada. Tidak lagi mencukupi, menimbulkan kesesakan lalu lintas, mewujudkan risiko keselamatan dan boleh menjejaskan imej profesional pasar. Pasar panjang lebih 2 kilometer ini wajib disokong dengan sistem parking yang baik, tersusun dan selamat. Pembinaan naiktaraf dan tandas awam, yang kedua. Yang pertama parkir, yang kedua, pembinaan naik taraf tandas awam. Pasar dengan pengunjung yang begitu ramai setiap minggu memerlukan tandas yang bersih, mencukupi dan mudah diakses. Ini bukan sahaja soal keselesaan tetapi soal kesihatan dan kebersihan awam. Pemasangan papan tanda rasmi pasar ini kini sudah menjadi ikon daerah Selama, maka perlu ada papan tanda rasmi pintu masuk, papan arah parking, papan arah ke parking, papan lokasi tapak peniaga, panduan keselamatan dan maklumat penting lain. Papan tanda ini bukan sekadar hiasan. Ia memberikan kemudahan navigasi kepada pelancong. Identiti rasmi selari dengan pengiktirafan MBOR dan peningkatan imej profesional pasar rakyat terpanjang di negara ini.

Yang di-Pertua

YB.

Dah dah nak abis dah…

Yang di-Pertua

Kebetulan kita hari Jumaat ni. Ada pembahas seorang lagi lepas ni.

Ya, saya laju-laju hari ni, saya tak banyak apa, tak banyak.

Yang di-Pertua

1 minit lagi ok.

Sehubungan itu, Selama mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan peruntukan khas dalam belanjawan kali ini. Menyusun semula dan memperluas kawasan parking, membina atau menaik taraf tandas awam yang lebih bersih dan moden, memasang papan tanda rasmi yang saya sebutkan tadi. Ini bukan sekadar pelaburan kepada infrastruktur tetapi pelaburan kepada ekonomi, komuniti, potensi pelancongan, keselesaan rakyat dan nama baik daerah Selama dan juga negeri Perak dan juga nama baik di negeri Perak dan seterusnya.

Yang di-Pertua

Oleh itu…

Saya menghormati Dato' Seri Speaker. Saya akhiri dengan pantun.

Dari Sungai Bayor ke Rantau Panjang, Suara Rakyat kita dengar bersama, Belanjawan ini langkah pembangunan terancang, Tanda sokongan warga Selama.

Dari Perak terbit cahaya, Sampai ke Sabah merentas samudera, Kita semua satu keluarga, Selamat mengundi Perikatan Nasional bela rakyat jelata.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Terima kasih Dato' Seri Speaker.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam Warahmatullah Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Selama. Jadi kita ada pembahas yang terakhir sekali. Saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk memulakan perbahasan dua puluh minit dipersilakan.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Terima kasih. Dato' Seri Speaker.

Dari Lembah Kinta ke pinggir desa, Angin bertiup membawa berita, Dewan mulia tempat bicara, Demi rakyat seluruh negeri tercinta.

Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Kota Tampan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, warga media, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pada hari Jumaat yang mulia ini, Malim Nawar dengan penuh hormat merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda bagi tahun 2025. Dirgahayu Tuanku. Malim Nawar juga ingin menzahirkan ucapan tahniah atas penganugerahan Darjah Kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan 2025 kepada Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Exco Adun Sungkai dan Adun Belanja.

Malim Nawar juga merakamkan penghargaan yang setinggi-tinggi di Dewan yang mulia Ini kerana diberi ruang dan kesempatan untuk turut serta sebagai pembahas terakhir mengambil bahagian-bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun 2026. Sebagai wakil rakyat Dun Malim Nawar, sekali lagi saya membawa harapan besar rakyat yang mendambakan kemajuan dan kesejahteraan di kawasan ini. Belanjawan negeri yang dibentangkan sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila jumlah perbelanjaan dicatatkan sebagai yang tertinggi dalam sejarah Perak iaitu sebanyak RM1.61 bilion menandakan keazaman kerajaan untuk terus memakmurkan rakyat. Malim Nawar mengalu-alukan pencapaian ekonomi negeri yang semakin mengukuh. KDNK negeri meningkat daripada RM82.6 bilion kepada RM86.2 bilion dengan pertumbuhan sebanyak 4.4%. Perak berjaya mencatat RM11.77 bilion. Pelaburan yang diluluskan sehingga September 2025 melibatkan 303 projek yang dijangka menyediakan 9127 peluang pekerjaan kepada anak Perak. Sesungguhnya pencapaian ini ibarat bebunga yang mula kembang pada dahan negeri tanda Perak semakin mekar di mata pelabur dan rakyat.

Namun begitu, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Malim Nawar sedar bahawa kejayaan negeri tidak akan sempurna selagi denyut nadi rakyat di pedalaman tidak turut merasai kemakmurannya. Malim Nawar ingin menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa banjir khususnya di Perak. Semoga mereka dikurniakan kekuatan. Ribuan terima kasih juga kepada semua petugas keselamatan, sukarelawan dan agensi kerajaan yang bertungkus-lumus membantu. Yang

Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, ingin Malim Nawar mengingati kembali Dewan yang mulia ini kejadian banjir yang telah melanda di Mukim Tanjung Tualang terutamanya di Kampung Sikh Settlement, Kampung Pasir Batu 10 dan Tanjung Tin pada 1 Disember tahun 2024 menjadi saksi nyata bahawa apabila hujan sedikit berat, rakyat terus resah. Terima kasih saya ucapkan dengan peruntukan yang disalurkan dari Pejabat Daerah dan Tanah Batu Gajah Kinta bagi pembersihan kolam tadahan sehingga pengorekkan semula longkang tanah ke lombong berdekatan di Kampung Sikh Settlement bersertakan CSR membina flood gate dengan izin oleh pihak kuari. Alhamdulillah, keadaan masih terkawal dan tiada banjir sehingga kini. Pihak JPS juga telah menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan keadaan terkawal sehingga kini. Namun kawalan ini bukan jaminan kekal sekiranya kerja tidak diteruskan.

Oleh itu, Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Malim Nawar memohon agar kerja penyenggaraan sungai diteruskan dan dipertingkat pada tahun 2026. Pelan mitigasi jangka panjang dirangka dan kawasan sepanjang jajaran sungai sentiasa diberi keutamaan. Jika dahan condong, jangan tunggu patah baru hendak mengikat. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, kampung-kampung tradisi di Dun Malim Nawar, Kampung Dewan, Kampung Jelutung, Kampung Air Itam Labu, Kampung Bukit Pekan, Kampung Changkat Tin, Kampung Air Papan serta Felcra Sungai Durian ibarat nadi lama yang terus berdenyut dengan inginkan nafas baru untuk terus mengharungi kehidupan yang selesa di kawasan luar bandar. Terima kasih di kala ini saya ucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kampar melalui pembangunan luar bandar telah menyalurkan RM1.9 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan naik taraf bagi kampung-kampung dalam Dun Malim Nawar di daerah Kampar.

Malim Nawar juga memohon mencadangkan agar kampung-kampung tradisi ini dipergiatkan lagi usaha naik taraf dengan diberikan lebih banyak lagi lampu jalan solar sebagai standard mampan dengan izin, longkang konkrit dan sistem perparitan mapan, pusat kitar semula di setiap kampung serta taman permainan dan ruang riadah keluarga bagi warga penduduk. Bagi kerja-kerja di kampung-kampung baharu cina pula, terima kasih ingin saya ucapkan kepada KPKT yang telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.4 juta melalui Majlis Daerah Kampar sehingga kini bagi kerja-kerja naik taraf pelbagai infrastruktur dan kemudahan bagi warga Dun Malim Nawar. Namun, Malim Nawar mohon dari Belanjawan 2026 ini, kerajaan dapat mengatasi banyak lagi kekurangan, kemudahan dan naik taraf yang perlu diatasi di Dun Malim Nawar ini. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, seperti Pantai Remis, Malim Nawar juga mempunyai jumlah warga emas yang signifikan, namun masih belum memiliki pusat aktiviti warga emas atau PAWE. Warga emas hanya meminta ruang untuk bernafas bersama komuniti bergerak, berbual, belajar dan beriadah. Di Dewan yang mulia ini, Malim Nawar ingin memohon agar kerajaan meneliti ruang untuk membuka satu pusat asuhan warga emas di Dun Malim Nawar. Marilah kita menghargai pengorbanan mereka sementara mereka masih di hadapan mata kita. Orang tua umpama pelita zaman. Padamnya satu hilanglah sebuah pengalaman.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Malim Nawar bangkit hari ini untuk membawa satu inisiatif pembangunan yang strategik bagi Mukim Tanjung Tualang, sebuah kawasan yang telah lama dikenali sebagai Pekan Udang Galah di negeri kita. Ingin Malim Nawar nyatakan di sini bahawa Tanjung Tualang memiliki potensi luar biasa sebagai destinasi pelancongan kulinari yang unik. Namun ramai pengunjung dan pelancong di kalangan pengguna muslim mencari kedai makanan yang halal di mana Malim Nawar merasakan kita perlu mengambil langkah proaktif dalam memperoleh sijil halal bagi kedai-kedai yang menyediakan masakan udang galah, memperkukuh jenama Tanjung Tualang sebagai destinasi masakan udang galah yang halal, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan standard kebersihan. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Kerajaan Negeri memberikan bantuan kewangan iaitu subsidi untuk proses permohonan sijil halal, Kursus pengendalian makanan halal untuk operator yang berminat, penambahbaikan jalan dan kemudahan awam di sekitar kawasan itu dan juga kempen pemasaran seperti dengan izin Halal Fresh Water Front Paradise diadakan. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, inisiatif ini bukan sekadar tentang sijil halal tetapi tentang membangunkan warisan kulinari yang telah wujud di Tanjung Tualang. Dengan sokongan Kerajaan Negeri kita dapat menjadikan mukim Tanjung Tualang sebagai model pembangunan pelancongan bagi makanan udang galah halal yang boleh dicontohi oleh pihak atau kawasan lain.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, belanjawan ini besar nilainya. Hebat angka pamerannya tetapi biarlah manfaatnya tidak berlegar di bandar sahaja, sebaliknya mengalir sampai ke bendang ke kampung ke taman dan ke pintu rumah rakyat kecil yang memerlukan bahawa anak anak Perak yang merantau boleh pulang dengan pekerjaan yang bermaruah. Bahawa kampung tidak lagi bergelut dengan banjir dan kegelapan malam. Bahawa wanita dan petani tidak lagi berdiri di pinggir pembangunan. Air yang deras tidak dapat ditakung tetapi keikhlasan yang deras pasti dapat dibendung. Malim Nawar berharap keikhlasan dalam Dewan ini diterjemah dalam bentuk tindakan yang menyentuh kehidupan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebelum Malim Nawar mengakhiri pendek jugalah perbahasan kali ini, saya ingin Malim Nawar mengingatkan rakan-rakan sejawat di Dewan yang mulia ini. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Walaupun peribahasa ini masih diguna pakai secara turun temurun hingga hari ini, namun penghayatan terhadap makna tersirat dilihat semakin pudar dan mendukacita dan lebih mendukacitakan, ia juga dilihat di dalam Dewan yang mulia ini. Saya mengajak semua rakan rakan sejawat dari sebelah sana dan sebelah sini berhemahlah adab sopan. Usah dipinggir Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ruang yang diberikan, Malim Nawar ingin mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada setiap agensi dan setiap penjawat awam yang telah membantu mengorak langkah bersama dalam mensejahterakan Dun Malim Nawar. Jika ada salah tutur bicara, mohon diampun seikhlas jiwa. Hajat Malim Nawar membela rakyat jelata. Semoga negeri terus makmur dan mesra Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Walau banyak perkara yang telah diutarakan oleh pihak pembangkang, Malim Nawar pasti ia adalah untuk kesejahteraan rakyat. Walau berbagai perbezaan pendapat yang dicetuskan juga Malim Nawar pasti ia untuk memakmurkan Perak. Tahniah dan terima kasih Malim Nawar ucapkan kepada pihak pembangkang yang juga telah menyokong Belanjawan Perak 2026 yang Malim Nawar rasa pihak pembangkang juga percaya kepada pimpinan kerajaan Perpaduan Kerajaan MADANI. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, dengan ini Malim Nawar menyokong penuh Rang Undang undang Enakmen Perbekalan 2026. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar. Ucapan yang cukup bernas, pendek dan padat. Saya puji sungguh. Tepat pada masanya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian, maka tamatlah sesi perbahasan pada hari ini. Sebelum saya menangguhkannya, saya ingin ingatkan sekali lagi untuk dengan izin over this weekend, musim hujan dan juga banjir-banjir kilat, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan mungkin ada terlibat di bawah. Saya nak ingatkan sekali jaga keselamatan, jaga kesihatan apabila kita menjalankan tugas atau pun apabila bersama dengan keluarga. Kalau demam, Adun Bota walau pun dia doktor, jumpa pergi klinik, jumpa doktor ambil ubat. Jangan lupa yang lain pun sama. Maka, dengan ini saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Isnin 1 Disember 2025 jam 9.00 pagi. Terima kasih.