Perak · 17 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 454 turns · 28,032 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Bismillah. Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Keempat Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan, pada hari Jumaat, 17 April 2026 pukul 9.04 pagi, dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua. Pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan dan wakil pihak urusetia, para petugas media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Yang pertama, saya nak ingatkan Aturan Urusan Mesyuarat dan senarai giliran soalan lisan boleh diperolehi dengan mengimbas kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Yang kedua, sesi perbahasan atas Titah Diraja akan diteruskan lagi pada hari ini. Suka untuk saya ingatkan Yang Berhormat Ahli Dewan agar dapat berbahas dengan mematuhi peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perintah-Perintah Tetap dan juga pada hari ini, dia hari Jumaat. Jadi, atas kekangan masa itu minta pembahas-pembahas cuba ikut sepertimana masa yang ditetapkan. Akhir sekali, berkaitan dengan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian, terima kasih.

Soalan-soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara Yang Ketiga, soalan-soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk mengemukakan nombor soalan.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Selamat pagi semua, Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Soalan Hutan melintang, soalan nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Hutan Melintang bertanyakan soalan berkaitan dengan pembangunan yang seimbang dan inklusif di Hutan Melintang dan juga apakah indikator ataupun ukuran yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi menilai tahap pembangunan sesuatu kawasan termasuklah di Hutan Melintang.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, perancangan pembangunan di setiap daerah di Negeri Perak adalah manifestasi daripada perancangan bersepadu di dalam dokumen-dokumen rujukan utama negeri iaitu Pelan Perak Sejahtera 2030, Rancangan Struktur Negeri Perak atau RSN 2040 dan juga Rancangan Tempatan Daerah (RTD). Di bawah prinsip pengimbangan wilayah dalam RSN 2040 kajian semula, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran yang jelas di mana sekurang-kurangnya 40% pelaburan baharu hendaklah diagihkan ke luar kawasan Perak Perdana atau pun Perak Prime. Hutan Melintang merupakan penerima manfaat utama strategi ini apabila diangkat sebagai pusat bandar sekunder yang berperanan menyokong pembangunan wilayah selatan Perak. Selain itu, Hutan Melintang juga termasuk di dalam koridor perbandaran negeri yang menjadi pelengkap pertumbuhan dalam negeri dan Koridor Ekonomi Sempadan Rentas Negeri Hutan Melintang ke Sungai Lang. Selaras dengan teras pembangunan inklusif kita sedang menyaksikan transformasi besar di Hutan Melintang melalui beberapa projek berimpak tinggi. Di antaranya ialah Pembangunan Hub Makanan Bersepadu QL Inno Food Park dengan pelaburan bernilai RM1.3 bilion. Selain itu pengukuhan ketersambungan rentas sempadan melalui pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar bernilai RM210 juta yang menghubungkan Sabak Bernam ke Hutan Melintang akan membuka pintu ekonomi wilayah selatan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri juga sedang memperkukuh Hutan Melintang sebagai hub perikanan negara melalui Koridor Ekonomi Sempadan Hutan Melintang ke Sungai Lang dengan projek Kompleks Perikanan LKIM bernilai RM3 juta. Untuk memodenkan rantaian bekalan hasil laut bagi memastikan kelestarian ekonomi masa hadapan pembangunan modal insan turut diberi keutamaan melalui penubuhan Malaysia-China Institute (MCI) di Simpang Empat dengan keluasan 60 ekar sebagai pusat latihan teknikal TVET bagi melahirkan anak muda tempatan berkemahiran tinggi. Kemajuan fizikal yang gah tidak akan bermakna tanpa keseimbangan sosial dan pemerkasaan ekonomi penduduk di peringkat akar umbi. Sebanyak 11 buah kampung di Dun Hutan Melintang telah menerima geran RM1.1 juta melalui program Sejati Madani yang merangkumi projek-projek di antara lainnya berorientasikan pertanian iaitu ternakan, perikanan dan akuakultur, pelancongan, perkhidmatan dan juga perusahaan makanan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dalam menilai tahap pembangunan, Kerajaan Negeri kini beralih daripada penilaian bersifat anecdote kepada penilaian berasaskan dataraya menerusi Indeks Komposit Pemantauan RSN 2040 yang terdiri daripada 5 indeks komposit utama dan merangkumi sekurang-kurangnya 21 indikator yang mencakupi aspek kesejahteraan ekonomi, kualiti hidup dan kesejahteraan sosial, infrastruktur asas dan ketersambungan fizikal digital, kesihatan alam sekitar dan juga urus tadbir. Tuntasnya, Hutan Melintang sedang berada di landasan yang tepat untuk menjadi model pembangunan wilayah yang seimbang maju industrinya, mampan ekosistemnya dan juga sejahtera rakyatnya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Hutan Melintang.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih kepada Dato' Seri atas penjelasan yang sangat jelas, sangat bernas dan kami di Hutan Melintang mengharapkan pertumbuhan itu sejajar dengan wilayah-wilayah yang lain. Ini ada satu soalan tambahan. Adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan penempatan petunjuk prestasi iaitu KPI yang lebih jelas bagi setiap agensi yang terlibat untuk memastikan penyampaian perkhidmatan itu lebih efektif? Contohnya seperti apa yang tadi Dato' Seri bagi tahu berkenaan dengan pemberian insentif ataupun kepada setiap kampung iaitu sejati madani. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima Kasih Yang Berhormat Hutan Melintang. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pada setiap kali kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri menurunkan peruntukan maka sudah pasti ada jabatan yang bertanggungjawab untuk memantau perkembangan dan juga kemajuan dicapai daripada projek berkenaan. Sebab itu kepada semua Pengerusi JPKK dan anggotanya telah kita ingatkan bahawa setiap JPKK yang diperuntukkan RM1 juta tersebut wang itu adalah wang awam dia bertanggungjawab di atasnya mesti ada kertas kerja yang perlu dipatuhi, mesti ada jawatankuasa pemantau yang mengikut dia yang paling dekat ialah penghulu-penghulu mukim dan ada tempoh di mana mereka perlu melapor balik peruntukan yang diberikan itu. Apakah sumbangan atau pulangan balik kepada orang kampung.

Yang di-Pertua

Terima kasih YAB Menteri Besar. Semanggol

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat memberi penerangan mengenai pembangunan. Jadi tertariklah bercakap bukan soal di Hutan Melintang saja pembangunan yang dicakapkan tadi mesti sama rata di seluruh daerah. Cuma nak tarik Dewan ini kalau boleh walau pun pembangunan ini tak spesifik kepada pembangunan ekonomi jadi dilihat pembangunan di bahagian utara lah khususnya di Kerian, lama diperbincangkan pada masa itu. Sampai sekarang ni kita tengok tak tahulah apa sebab, MRSM satu pun tak ada di Kerian. Jalan kita sebelah sana banyaklah. Sana dah banyaklah daripada Kati sampai ke nu. Di Kerian satu pun tak ada. MRSM pembangunanlah juga kalau boleh dan yang kedua ni sekolah asrama penuh. Kawasan lain dekat Bagan Datuk ada yang sana ada tapi Kerian satu pun tak dak. Sebab yang kita fikir bila ada sekolah asrama ni dia menjadi satu pemangkin ekonomi rakyat. Orang mari hantar anak, guru-guru duduk situ, perumahan ada. Kemudian dia apa boleh makan restoran pun dia berkembang ekonomi.

Yang di-Pertua

Soalan dia.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi soalan dia tak adakah perancangan negeri untuk bawa sikit ke sana ke bahagian Kerian tu? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Gunong Semanggol. Bukanlah hanya orang Kerian sahaja yang complaint. Baru-baru ini kita menerima kehadiran Yang Berhormat Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry daripada KPT. Dia pun complaint juga di Manjung. Tak ada sekolah asrama penuh kata dia. Yang Berhormat, pertama selalu saya ingatkan ia mesti dibincangkan di peringkat daerah masing-masing. Jawatankuasa Pembangunan Jawatankuasa Tindakan Daerah yang dipengerusikan oleh DO masing-masing hendaklah mempengerusikan jawatankuasa untuk tujuan pembangunan bagi daerah dan pandangan-pandangan yang disebutkan oleh warga Semanggol tadi hendaklah diambil kira sebagai kaedah dan cara bagaimana kita boleh memberangsangkan pembangunan kawasan tapi harus diingatlah kena ada tanah.

Kalau tanah itu tanah Kerajaan Negeri ia lebih mudah tetapi kalau tanah itu bukan tanah Kerajaan Negeri dia akan melibatkan pengambilan dan kosnya akan jauh lebih tinggi. Saya bersetuju bahawa jika mana-mana semua daerah ini kita dapat wujudkan sekolah-sekolah berasrama penuh atau pun pusat-pusat IPT Institut Pengajian Tinggi ia memang sedikit sebanyak menjadi booster kepada pembangunan tersebut sebab dia akan mengundang kehadiran ibu dan bapa pada hujung minggu dan juga sedikit sebanyak pada masa outing hujung minggu pelajar-pelajar ini juga boleh berbelanja dan memberi pulangan juga kepada orang tempatan. Jadi saya menyambut baik pertanyaan tadi. Saya ingat DO Kerian ada dekat sini boleh mempengerusikannya dan identify mana-mana tempat yang ada. Barangkali di sebelah Parlimen Bagan Serai atau pun sebelah Parlimen Parit Buntar. Kita sudah ada satu SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian ada satu dan Transkerian ini daerah mana. MRSM Penang. Jadi yang lain-lain boleh kita cadangkan jika ada ruang dan tempat supaya ia benar-benar memberi manafaat kepada daerah-daerah yang lain. Terima kasih.

Bota, satu soalan

Timbalan Yang di-Pertua

Sudah dua soalan tambahan. YB sila duduk dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Pasir Panjang soalan Nombor 2.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Panjang atas soalan berkaitan dengan perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan fasiliti pengajaran dan pembelajaran mencukupi khususnya apabila Kementerian Pendidikan Malaysia membuka ruang untuk pendaftaran kanak-kanak berusia 6 tahun memasuki tahun 1 untuk sesi persekolahan 2027 nanti.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Panjang berkenaan perkara ini, satu sesi libat urus telah dilaksanakan oleh pejabat pendidikan daerah-daerah bersama dengan semua kepimpinan sekolah rendah iaitu guru besar bagi menilai tahap kesiapsiagaan serta mengenalpasti keperluan sebenar di lapangan. Pendekatan ini membolehkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak memperoleh gambaran serta menilai tahap kesiapsiagaan menyeluruh berhubung kapasiti sedia ada serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah. Antara langkah penyelesaian yang telah dikenalpasti termasuklah yang pertama, mengoptimumkan penggunaan premis Kementerian Pendidikan Malaysia sedia ada yang melibatkan 411 sekolah yang terlibat. Maksudnya kita akan guna apa yang ada bilik-bilik yang berada di sekolah berkenaan dimaksimumkan apabila berlakunya pertambahan pelajar di tahun satu. Penyelesaian yang kedua adalah menukar fungsi bilik-bilik khas kepada bilik darjah. Setiap sekolah dia ada bilik-bilik tertentu. Contohnya bilik media, bilik ICT, bilik sains, bilik kemahiran RBT dan sebagainya. Untuk bilik ini akan ditukar fungsi menjadi bilik darjah yang bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mungkin boleh mengurangkan dari segi kepadatan murid di sesebuah kelas dan yang terlibat adalah sebanyak 159 sekolah yang terlibat.

Yang ketiga, kita menyuraikan murid ke sekolah sekitar. Dari segi pendaftaran ini, selalunya para ibubapa akan mendaftar mengikut lokaliti penempatan mereka dan mungkin ada sekolah-sekolah tertentu yang bilangan pendaftaran atau kemasukan tahun satu itu masih kurang, maka Jabatan Pendidikan Negeri menyuraikan pelajar-pelajar ini ke sekolah-sekolah yang berhampiran bagi menyelesaikan isu kepadatan tersebut. Yang keempat adalah pembinaan kabin. Pembinaan kabin modul ringkas sementara atau dikenali sebagai MRS yang melibatkan seperti berikut; bilangan sekolah yang terlibat adalah 27 buah sekolah manakala yang terlibat bilangan bilik darjah Taman Perdana ini untuk anak-anak kita yang berada di kelas perdana sebanyak 69 manakala bagi bilik darjah tambahan, murid-murid berkeperluan khas atau PPKI sebanyak 16. Maka jumlah keseluruhan bilik darjah tambahan yang menggunakan modul kabin ringkas sementara ini sebanyak 85 kelas.

Kemudian yang ke-5, adalah pengoperasian dua sesi bagi sekolah-sekolah yang terlibat. Bagi penukaran fungsi dan optimum, premis pendidikan ini akan melibatkan keperluan pembekalan peralatan seperti berikut, bilangan kerusi dan meja guru sebanyak 407 set. Bilangan kerusi dan meja murid 13,595 set. Kesemua langkah ini diyakini dapat memastikan prasarana yang mencukupi serta menyokong pelaksanaan inisiatif ini secara menyeluruh dan berkesan. Jabatan Pendidikan Negeri Perak komited memastikan bekalan guru mencukupi bagi pelaksanaan kemasukan murid enam tahun ke Tahun Satu pada 2027. Bekalan guru akan dipohon melalui anggaran belanjawan mengurus ataupun ABM dengan mengambil kira jumlah kelas yang akan dibuka. Permohonan ini dijadualkan pada pertengahan tahun 2026 melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia manakala kelulusan waran dijangka diperoleh pada tahun 2027.

Seterusnya penyaluran guru daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia akan diagihkan secara strategik berdasarkan data dan analisis keperluan yang dikemukakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah mengikut keperluan dan kekosongan perjawatan di sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan sentiasa bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat dalam memastikan ketepatan dan kesahihan data bagi menjamin keperluan bekalan guru dapat dipenuhi serta memastikan pelaksanaan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan baik. Selain daripada itu, pengambilan 20 ribu orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu akan dilantik secara Contract of Service (COS) bagi memenuhi keperluan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Pasir Panjang, sila.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Exco yang telah memberikan jawapan yang begitu komprehensif lah. Dia menyempitkan soalan tambahan sayalah, sebab apa yang ada dalam fikiran saya telah dijawab dan cuma kita harap apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Saya bangkitkan soalan ini kerana kalau kita lihat pada tahun 2027 ini akan ada dua kumpulan yang akan masuk ke sekolah. Pertama sekali kanak-kanak berusia 7 tahun dan yang yang masih menunggu untuk masuk ke tahun 1 pada tahun 2027 dan kemudian kanak-kanak berusia 6 tahun yang akan menyertai kanak-kanak 7 tahun. Jadi kalau kita lihat di Daerah Manjung ini kan, sebelum kanak-kanak 6 tahun ini masuk ke sekolah rendah ni pun, sudah ada sudah tidak cukup tempat lagi dah. Banyak sekolah-sekolah yang telah ada dah penuh. Apatah lagi bilamana apa kita terdapat satu taman yang baru di Parlimen Beruas, Bandar Baru Taman Perdana. Jadi dia tidak ada sekolah situ dan mereka semua masuk ke sekolah-sekolah yang berdekatan. Antara Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi, Sekolah Gugusan Lekir dan kawasan sekitar tu. Jadi kalau kita lihatkan, kalaulah benar berlakulah apa yang dirancangkan ini, kita nampak kabin itu mungkin, mungkin sementara, sementara lah betul, tapi akan kita akan lihat juga ruang-ruang yang yang sempit yang sedia ada sempit dah untuk untuk di diluaskan. Jadi, saya ingin bertanya kalaulah kata kabin akan dijadikan sebagai alternatif, apakah peruntukan yang akan dikeluarkan dan yang akan turun kepada pusat ini mencukupi untuk di sediakan kabin ataupun tempat-tempat pembelajaran dan pengajaran ni untuk empat ratus lebih buah sekolah rendah ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Panjang. Berkaitan dengan kebimbangan apabila berlakunya kepesatan pelajar khususnya yang berada di tahun satu apabila melibatkan kohort umur 6 tahun dan juga 7 tahun. Di sini saya ingin kongsikan data berkaitan dengan permohonan kemasukan pelajar ke tahun 1 bermula daripada Januari dulu hinggalah pada 31 Mac yang lalu dan sekarang ini sistem permohonan secara online telah ditutup dan akan dibuka kembali pada 1 Mei hingga 15 November. Dapatan daripada sistem online tersebut di negeri Perak ini bilangan permohonan untuk tahun 1 yang berumur 6 tahun hanya 4,283 orang seluruh negeri dan yang terbanyak adalah di daerah Kinta utara 1,595 manakala yang berumur 6 tahun atau yang akan masuk umur 7 tahun nanti sebanyak 25,027 orang. Kalau kita campurkan kedua-dua ini, bilangan permohonannya sebanyak 29,310 tetapi dari segi unjuran dari segi dapatan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan juga Jabatan Pendidikan Negeri, kapasiti bagi negeri Perak ini untuk penempatan tahun 1 adalah sebanyak 49,499.

Maksudnya masih lagi kekurangan hampir lebih kurang sembilan belas ribu. Maksudnya mungkin dalam proses pembukaan pendaftaran nanti 1 Mei hingga 5 November itu akan jumlahnya bertambah dan pihak Kementerian Pendidikan setiap tahun pertengahan tahun bulan Jun atau bulan Julai akan membuat anggaran belanjawan mengurus ABM. Anggaran belanjawan mengurus itulah akhir nanti pihak jabatan akan membawa keperluan-keperluan tertentu berdasarkan kepada data-data yang telah diperolehi. Maksudnya kita dah buat planning tu tetapi kalau ada kecemasan atau planning-planning luar jangka, maka semasa anggaran belanjawan mengurus itu akan dibentangkan dan pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat anggaran untuk sesi persekolahan 2027 terutama dari segi kerusi, meja, buku teks dan juga keperluan guru. Saya mengharapkan agar perkara ini jangan dijadikan oh bimbang, sesak dan sebagainya sebab dari segi data kita masih mampu untuk menerima kemasukan pelajar walaupun melibatkan kohort umur enam dan tujuh tahun. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Buntong sila. Maaf, maaf. Bercham, Bercham. Sila.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Changkat Jering.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya ingin ajukan sebab anak saya tahun ini umur enam. Maksudnya tahun depan darjah satu. Jadi terima kasih atas data yang diberi. Saya pun nampakkan tidak ketara sangat anak-anak yang berumur enam pada tahun depan akan bercampur dengan bersama anak saya jugalah. Jadi bolehkah saya nak tanya tentang anak-anak yang berumur enam ni pada masa tahun depan. Adakah mereka akan dikategorikan di satu kelas tertentu sahaja? Tak bercampur sangat dengan murid yang umur tujuh agar sebab kematangan untuk walaupun setahun saja tapi ada pun ada sikit kematangan dia. Jadi adakah mereka akan khas untuk buat satu kelas untuk semua yang berumur enam agar cikgu boleh bersiap sedia untuk menghadapi cabaran tersebut? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bercham. Cuma saya nak bagi tahu untuk kohort umur enam tahun ini, pendaftaran kemasukan ke tahun satu adalah atas inisiatif dan juga keterlibatan ibu dan ayah. Maksudnya bukan ada paksaan daripada pelbagai pihak untuk pastikan pelajar 6 tahun mesti mendaftar ke tahun satu. Ia bergantung kepada kebolehan dan juga kemampuan ibu dan ayah serta mungkin ibu dan ayah dah membuat penilaian kendiri berkaitan dengan keupayaan dan juga kebolehan anak-anak tersebut dan dari segi persekolahan, tidak ada perbezaan apabila diletakkan enam tahun, tujuh tahun. Kita akan gabungkan sebab kita berdasarkan kepada kapasiti bilik darjah. Bukan berdasarkan kepada kohort umur. Maksudnya bilik darjah tahun satu kalau ada empat bilik darjah sesebuah sekolah itu, dia juga akan menggabungkan pelajar berumur enam tahun dan juga tujuh tahun yang dari segi dokumen standard pembelajarannya DSKP dia, dia masih menggunakan dokumen standard yang sama.

Tidak ada pula dokumen standard untuk enam tahun berbeza, tujuh tahun berbeza dan sistem atau pun pengajaran yang dilakukan oleh guru adalah sama dan semasa tahun satu kita ada proses yang dipanggil program transisi. Dalam masa 2 minggu, pelajar ini akan didedahkan tentang dari segi fasiliti, sekolah, dari segi peraturan, dari segi dokumen pembelajaran dan sebagainya dan tambahan pula anak-anak kita yang enam tahun ini saya cukup yakin kebanyakannya telah pun berada di prasekolah ataupun tabika-tabika tertentu dan sudah pastilah mereka juga telah mempunyai kemahiran asas yang cukup kukuh untuk berada di tahun satu nanti.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ni sikit. Sikit boleh ni, Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Selamat pagi. Salam Sejahtera, Timbalan Yang di-Pertua. Buntong mengambil kesempatan pada pagi ini, Buntong bangga memakai baju batik Perak dan ingin mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan semua memberi sokongan yang padu kepada industri batik Perak. Soalan Buntong soalan nombor tiga, Timbalan Yang di-Pertua Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Perak sejahtera 2030. Salam Kerajaan MADANI. Saya berterima kasih kepada YB Buntong yang pada 16hb kita nak menyambut ramadan, kaum cina nak menyambut hari Raya Gong Xi Fa Cai. Malam tu dia tak tidur. Kerana apa? 100 buah rumah di Kampung Baru Buntong dan juga di Taman Merdeka habis ditenggelami air. Sekurang-kurang empat kaki. Saya minta maaf pada YB Buntong yang terpaksa berhadapan pada 16hb Februari nak sambut raya cina dan nak juga nak ambil nyambut ramadan. Tak pernah-pernah dia Buntong tu berlaku banjir yang sebegitu berat.

Jadi, alhamdulillah soalannya dibawa oleh Buntong itu amat penting sekali supaya dia tidak berulang dan saya beritahu agensi-agensi kerajaan yang terlibat termasuk MBI juga nak pastikan Kampung Baru Buntong dan juga Taman Merdeka tidak lagi mengalami masalah yang sama. Punca utama kejadian banjir pada 16hb Februari 2026 yang melibatkan beberapa kawasan di lembangan Sungai Pari adalah disebabkan oleh hujan yang sangat lebat di kawasan hulu yang melebihi 90 mm. Biasanya kita rekod dekat Kledang tu kalau 90 mm tu dah paras bahaya. Malam itu 94.5 mm selama 3 jam daripada pukul 7 maghrib tu sampailah ke pukul 10 malam. Hujan berterusan bermula daripada hulu sungai Sungai Pari. Dalam tempoh 3 jam merujuk kepada stesen hujan di Puncak Jelapang bermula pada 7 sampai ke 10 malam. Susulan daripada kejadian tersebut mengakibatkan paras Sungai Pari meningkat secara amat mendadak hingga menyebabkan aliran dalaman tidak mampu mengalirkan air keluar sungai. Jadi semua aliran-aliran dalam, anak-anak longkang, longkang-longkang kecil nak buang air ke Sungai Pari tak boleh sebab dia dah nepu. Sungai telah nepu. Itu dia punya logik dia tu. Tau nepu? Melimpah. Tambahan pula terdapat beberapa lokasi di lembangan Sungai Pari juga telah menerima limpahan sungai akibat daripada halangan aliran sungai di jambatan Jalan Raja iaitu Pintu Gerbang Manjoi. Daripada situlah kita Sungai Pari air dah tertahan sebab dekat jambatan, Jambatan Raja di empangan di Pintu Gerbang Manjoi.

Kerajaan melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Negeri Perak khususnya Kinta sedang dalam melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta fasa yang kedua yang juga melibatkan kerja-kerja menaik taraf Sungai Pari di sekitar Buntong dan Manjoi. Memang ada perancangan tebatan banjir oleh JPS di kawasan itu menyebabkan Sungai Kinta fasa kedua. Pelaksanaan projek ini termasuk membantu Pihak Berkuasa Tempatan, MBI untuk menaik taraf jambatan Jalan Raja, pintu gerbang masuk Manjoi agar aliran sungai dapat mengalir dengan agak lancar. Dia tidak tertahan dekat dengan jambatan masuk Manjoi. Pelaksanaan projek ini telah bermula pada 14hb Januari 2026.Makna tiga bulan yang lepas dan dijangka siap dalam tempoh empat tahun sehingga Januari 2030. Maknanya tebatan banjir itu meluas dan akhirnya dapat disiapkan pada 2030 Februari.

Bagi menjawab soalan kedua daripada Buntong, Buntong ada tiga soalan berkenaan banjir ini. Insiden itu pembangunan tanah yang tidak terancang tanpa menyediakan komponen pelan kawalan hakisan dan kelodak (ESCP) Erosion Sediment Control Plan dengan izin boleh mengakibatkan sedimen mengalir masuk ke dalam sungai dan dibawa melalui aliran arus ke kawasan hilir. Ada kemungkinan besar YB. Hal ini boleh mengakibatkan keadaan sungai menjadi cetek disebabkan pertambahan kelodak di dalam sungai akibat pembangunan tanpa kawalan di belah hulu Sungai Pari. Justeru, pihak JPS tidak menolak pandangan bahawa kerja-kerja pembukaan tanah, permukaan tanah bagi tujuan di kawasan hulu boleh mengakibatkan sungai menjadi cetek. Apabila kita sentuh permukaan air, permukaan-permukaan tanah di kawasan hulu, maka tanah-tanah itu akan mengalir masuk ke Sungai Pari. Jadi, kita tidak menolak kemungkinan ianya berlaku. Namun demikian, JPS juga berpandangan bahawa pembukaan tanah bagi tujuan akibat-akibat lain seperti pembinaan, perladangan, pertanian, ternakan ikan dan lain-lain aktiviti mengganggu struktur tanah boleh mengakibatkan sungai menjadi cetek akibat daripada pergerakan sedimen daripada lokasi bukaan tanah di kawasan hilir sebagaimana saya sebut tadi. Oleh yang demikian, pembukaan tanah secara terancang dengan penyediaan dan pematuhan kepada pelan kawalan hakisan kelodak ESCP adalah amat diperlukan bagi mengurangkan impak kepada masalah kapasiti sungai dan semakin berkurangan. Itu adalah pandangan kita dan penegasan kita pun kena ada perancangan untuk protect kawalan kepada erosion sediment dan juga pelan ini kena ada supaya tidak menghadapi masalah yang dihadapi oleh Buntong hari ini.

Seterusnya bagi persoalan yang ketiga YB Buntong ada soalan ketiga ya. YB Buntong pula suka menyatakan di sini sungai yang terlibat dengan kejadian banjir di kawasan Buntong adalah Sungai Tambun dan Sungai Pari. Dia ada 2 sungai yang menghala ke Sungai Kinta, daripada kawasan Tambun dan juga daripada kawasan Sungai Pari, menghala ke Sungai Kinta. Maka Buntong menghadapi masalah aliran 2 sungai tersebut. Sungai yang terlibat dengan keadaan sedemikian adalah berhadapan dengan suasana di Kampung Baru Buntong dan juga di Taman Merdeka. Dimaklumkan tiada sistem amaran banjir iaitu siren sedia ada di kawasan sungai berkenaan. Manakala stesen aras air berada di Sungai Kinta, di kawasan Kampung Sri Kinta sahaja. Maka Sungai Pari dengan Sungai Tambun tidak ada lagi siren. Kalau sekiranya berlaku aras paras air yang naik, maka tidak ada siren ketika itu. Walau macam manapun ada perancangan. Ada perancangannya. Tambahan pula stesen hujan, siren dan kadar alir sedang dibangunkan di Sungai Pari, Jambatan Jalan Silibin. Maknanya ada satu perancangan untuk membangunkan siren ini di kawasan Silibin di Sungai Pari dalam projek pusat ramalan dan amaran banjir negara fasa kedua iaitu sedang dirancangkan dan sedang diusahakan oleh JPS sendiri khususnya di kawasan Sungai Pari ini. Diharapkan pembukaan stesen tersebut dapat membantu memberi amaran awal kepada penduduk setempat sekiranya berlakunya kenaikan air di kawasan tersebut. Jadi dengan adanya siren itu dipasangkan, kita dapat pastikan bahawa amaran akan diberikan awal sejurus air sungai itu melebihi paras bahaya. Jadi itu jawapan untuk saya. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Buntong sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Dato' Seri. Buntong ingin mengemukakan cadangan sama ada praktikal atau tidak, saya biarkan kepada pakar-pakar JPS dan JKR tetapi adakah sebelum itu Dato' Seri, bukan sahaja Buntong yang mengalami banjir yang teruk pada malam tersebut. Kawasan Manjoi pun sama. Saya faham YB Manjoi pun pada malam tersebut tak tidur juga dan bersamalah dengan semua pegawai-pegawai Pejabat Daerah dan Tanah, tuan D.O sekali, pegawai-pegawai MBI, pegawai-pegawai JPS pada malam tersebut, bomba, polis dan sebagainya, Ketua Kampung, pejabat penghulu. Saya memang Buntong memang ingin merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi kepada semua agensi yang bersama-sama dengan wakil rakyat pada malam tersebut membantu rakyat. Jadi pada ketika ini, Buntong mengemukakan cadangan sama ada praktikal untuk membina satu rumah pam automatik di Kampung Baru Cina di Jalan Coldstream. Sebab terlalu sebab Kampung Baru Buntong terlalu dekat dengan Sungai Pari dan kawasannya terlalu rendah dan bila-bila masa sahaja Sungai Pari melimpah, walaupun sedikit kawasan tersebut akan banjir. Jadi adakah ini satu cadangan yang praktikal? Dan juga Buntong juga ingin membangkitkan sudah lama kita pohon melalui JKR satu projek untuk di kawasan Falim bernilai RM500 ribu untuk mengelakkan banjir di kawasan Falim juga. Jadi adakah perkara-perkara ini akan boleh dipercepatkan supaya usaha mitigasi banjir dapat di jalankan? Terima kasih.

Terima kasih YB Buntong yang amat prihatin. Sebenarnya pada malam tu bukan hanya YB Buntong tak dapat tidor. Masing-masing ingka nak menyambut Hari Raya Cina. Juga ingka nak mulakan Ramadhan. Berlaku ketika itu. Maka seluruh agensi kerajaan termasuk MBI, penghulu, ketua kampung semuanya keluar untuk membantu bagi 100 rumah yang tenggelam itu dapat dikeluarkan secepat mungkin. Termasuk YB Manjoi pun ada kat situ dan diselaraskan perlu dibuka ketika itu pusat pemindahan sementara, maka dibuka secepat mungkin dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi, saya berterima kasih kepada semua yang hadir pada 16hb Februari di Buntong khususnya di Kampung Baru Buntong dan Taman Merdeka. Kampung Baru Buntong ni paling hampir kepada Sungai Pari dan dianya di kawasan yang rendah. Jadi kalau Sungai Pari melimpah, yang paling awal kena adalah Kampung Baru Buntong.

Jadi hari ini saya minta JPS kaji balik sama ada kita perlukan kaedah menaikkan ban-ban yang boleh praktikal. Maknanya boleh dijadikan sebagai strategi untuk mengelakkan kalau sekiranya berlaku banjir yang kilat begitu, dia dapat menampan air itu. Jadi ini kita akan dibuat di kawasan Kampung Baru Buntong sahaja. Walau macammanapun kalau sekiranya kawasan-kawasan berdekatan seperti kampung Taman Merdeka perlu juga dibuat kajian supaya dinaikkan ban-ban tertentu, iaitu saya akan minta JPS buat kajian terakhir bersama-sama dengan Majlis Bandaraya Ipoh. Jadi usaha sedang dikaji sama ada kita nak mengelakkan supaya jangan lagi insiden ini berlaku kali kedua. Sebab kalau berlaku kali kedua, barangkali dia melibatkan lebih 100 rumah. Malam tu cuma 100 rumah sahaja. Jadi saya lagi sekali akan memberitahu kepada MBI khususnya dan juga kepada JPS untuk buat kajian semula sama-sama bagi membenteras kawasan-kawasan yang boleh menghalang laluan air khususnya jambatan pintu nak masuk ke Manjoi. Jadi kalau itu dapat kita kemaskan dan luaskan dia dapat memberikan tambahan dan juga aliran air itu agak sempurna sendiri. Jadi saya berterima kasih kepada soalan Yang Berhormat Buntong. Saya juga berterima kasih kepada semua yang dapat memberikan rangsangan kepada, ya? Daripada Manjoi?

Manjoi.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi, sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Soalan tambahan, ya. Ok. Yang pertama.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi ya. Gunung Semanggol? Sekejap-sekejap. YB Manjoi dulu. Manjoi, sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya? Takmo bagi peluang ke? Lepas ni bagi la.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya bagi Manjoi sekarang.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Terima kasih daripada Yang Berhormat Exco. Pertama, Manjoi nak mengucapkan jutaan terima kasih banyak pada Kerajaan Negeri dan semua agensi yang telah banyak membantu kami penduduk Gugusan Manjoi sepanjang kita diuji oleh musibah banjir baru-baru ini. Terima kasih. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Dato' Seri Exco. Isu berkaitan banjir dan pengoperasian pam di Manjoi, saya juga bersama dengan Buntong kerana kami berjiran. Isu yang sama. Bagi saya masa untuk saya jelaskan sedikit. Kawasan di Manjoi ini terutama di Kampung Tengku Hussein Lama dan Kampung Manjoi di Lorong Datuk terletak di kawasan yang rendah serta berisiko tinggi untuk berlaku kejadian banjir akibat limpahan Sungai Pari dan Sungai Tapah serta masalah sistem saliran dalaman yang tidak dapat mengalir keluar dengan sempurna. YB Exco, dimaklumkan pihak JPS sedang dalam perancangan untuk menaik taraf jambatan Jalan Raja, pintu gerbang disebutkan tadi bagi melancarkan aliran Sungai Pari terus ke Sungai Kinta oleh projek RTB Sungai Kinta Fasa 2. Terima kasih banyak dan ini akan menyelesaikan masalah rakyat kita di kawasan daerah ketika ini.

Namun, persoalan yang Manjoi ingin bangkitkan adakah sistem saliran dalaman yang menuju ke sungai juga diambilkira bagi pelaksanaan projek tersebut? Termasuklah pengurusan pam-pam sementara yang perlu dinaik taraf kepada pam automatik supaya ianya dapat berfungsi mengikut aras air di dalam takungan saliran longkang dalaman dan adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaiktaraf pam tersebut kepada pam automatik berkapasiti lebih tinggi supaya saliran longkang dalam kawasan kampung dapat keluar dengan cepat? Isu sekarang ini, kita ada satu group orang kampung bila mana berlaku kejadian banjir ni, mereka kena alert. Kerap kali berlaku 3-4 pagi, mereka kena alert. Kalau mereka tak alert, tak perasan, maka ayor akan naik cepat. Kita tidak ada pam automatik di situ. Ini kerana penutup soalan saya, kebanyakan sistem longkang di Manjoi dilihat tidak mencukupi kapasiti dan sering melimpah hingga menyebabkan banjir kilat dan ianya perlu dikaji supaya penyelesaian banjir menyeluruh, total solution dengan izin di Manjoi dapat dipertimbangkan pada masa akan datang. Terima kasih kepada YB Exco.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Timbalan Speaker, minta. Mungkin boleh jawab sekali soalan yang sama?

Timbalan Yang di-Pertua

Nak sambung Manjoi soalan ke macam mana? Nak sambung? Atau saya bagi Exco jawab dulu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Minta sambung sekali dia jawab perkara yang sama. Nak menyentuh sikit di Gunong Semanggol ada satu di Tebok Panchor. Jadi perkara ini dah beberapa kali dibawa dan dah telah pun dikenalpasti punca banjir itu adalah, untuk melepas terusan itu, dia orang nak buat rumah belah sana dan apa, buat kolam ikan dan sebagainya, dia guna culvert yang tak standard. Kecik dan besar. Jadi apabila air mari, dia jadi block di situ. Jadi perkara ni dah lama dibawa dan Menteri pun telah turun. Jadi belum ada penyelesaian. Minta kalau boleh tengok tu dan yang kedua, ada tebatan banjir di...

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat ada berapa soalan?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kejap. Yang kedua. Soalan la.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila ringkaskan soalan. Sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Soalan la. Soalan dia, minta tengak yang kedua...

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Saya pun nak sambung sikit. Nak tambah sikit.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang kedua, mengenai dengan tebatan banjir di Kampung Padang Kunyit. Saya difahamkan telah pun diluluskan untuk buat. Tapi di situ ada terlibat 2 rumah, 3 rumah yang keluar notis untuk keluar. Saya mintaklah mungkin kerajaan boleh ambil sikit perikemanusiaan lah untuk supaya rumah mereka itu tidak ditolak. Mereka takdak tanah, buat di tempat itu. Jadi tempat tebatan banjir di Kampung Padang Kunyit, Dun Kenering. Ok, terima kasih.

Terima kasih YB Manjoi dan juga YB Gunong Semanggol. Untuk soalan yang dikemukakan oleh YB Manjoi tadi. Memang ya, makna kami juga dalam proses mengatakan bahawa pam sedia ada ini barangkali tidak cukup kapasiti untuk mengeluarkan air kalau sekiranya berlaku hujan yang lebat. Di situ tu, dalam Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kinta Fasa 2, dia masuk, masuk juga ke kawasan Lembangan Sungai Pari. Jadi bermaknanya kalau sekiranya dalam kajian kami itu, melaksanakan fasa kedua tebatan banjir, pam itu perlu ditingkatkan kapasiti dia secara automatik. Maknanya dia beroperasi secara automatik. Naik sahaja paras, dia automatik jalan. Yang tidak dinikmati hari ini. Jadi saya akan minta dalam kajian tebatan banjir itu, pelaksanaannya masukkan juga saiz kapasiti pam yang ada dan saya jangka dia memang ada. Cuma kita dapat tak dapat laksanakan hari ini sebab dia dalam proses pemasangan. Jadi itu saya terima kasihlah kepada Manjoi yang biasa melihat bahawa kalau sekiranya hujan lebat, pam itu sepatutnya beroperasi secara automatik. Banyak-banyak pam yang dipasang oleh JPS secara automatik. Tapi Manjoi ini kalau pam itu lama, dan hujan pun lebat secara mendadak, memang tak cukup kapasiti dia dalam masa yang diperlukan.

Soalan yang ditanya oleh Gunong Semanggol tadi. Kalau sekiranya rumah itu rumah baru, mereka pasang culvert, culvert yang kecil yang tidak bertepatan dengan arus sungai di tepi-tepi sawah itu sendiri. Jadi saya nak mengesyorkan bahawa sekiranya ada bangunan kat situ rumah baru, mereka perlu buat crossing untuk jalan-jalan pertanian ini, nak pasang culvert, culvert itu perlu dapat satu syor daripada JPS di bahagian Kerian kerana mereka tahu aliran dekat situ dan mereka boleh cadangkan supaya saiz culvert itu menepati apa yang telah mereka hadapi sebelum ini. Jadi ada berlaku rumah yang mana oleh kerana culvert itu terlampau kecil, tidak cukup untuk membuang air keluar, maka dia mengalami banjir atau banjir kilat sementara sahaja. Jadi saya syorkan. Berkenaan dengan Padang Kunyit, saya belum dapat lagi pun berita itu dan saya minta notis untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan tebatan banjir ataupun masalah banjir di Kampung Sungai Kunyit itu sendiri. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim, yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, soalan Slim nombor 4.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Slim yang telah mengemukakan soalan yang berkaitan dengan aktiviti penangkapan ikan dan dikemukakan tiga soalan rangkaian yang berkaitan dengan jumlah yang berdaftar di Perak, nelayan yang berdaftar dengan Perak, berkaitan dengan pengiktirafan kepada golongan sebagai penyumbang kepada sektor perikanan. Yang kedua, langkah menyeluruh yang bersepadu Kerajaan Negeri dalam menangani masalah utama nelayan darat, pencemaran sungai, kemerosotan sumber ikan serta peralatan yang tidak stabil. Yang ketiga sejauh mana keberkesanan tindakan penguatkuasaan terhadap pihak yang mencemarkan sumber air di Sungai Perak dan sungai-sungai yang lain yang terdapat sehingga menjejaskan kelangsungan kehidupan nelayan darat. Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Slim.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan nelayan darat amat besar dalam menyediakan ikan sungai yang lazat dan menjadi pilihan dalam hidangan harian kita. Ikan seperti temoleh, kelah, jelawat, kelabau, patin, udang galah dan lain-lain jenis ikan yang ditangkap secara liar di perairan sungai dan tasik seluruh negeri Perak mempunyai cita rasa tersendiri yang berbeza berbanding ikan dihasilkan melalui aktiviti akuakultur. Aktiviti perikanan darat di negeri Perak telah mencatat pendaratan sebanyak 2,987 metrik tan pada tahun 2024, menjadikannya pendaratan tertinggi berbanding di negeri-negeri lain iaitu 35% daripada jumlah pendaratan perikanan darat di Malaysia. Malaysia ialah 9,652 metrik tan. Berdasarkan pencapaian ini, Kerajaan Negeri sentiasa peka terhadap aktiviti penangkapan ikan di perairan darat dan komited untuk menyokong serta memajukan sektor ini secara berterusan.

Timbalan Yang di-Pertua, bagi tahun 2025 jumlah keseluruhan nelayan berlesen yang didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan Negeri Perak ialah seramai 1,893 orang. Nelayan darat ini menggunakan pelbagai jenis perkakas seperti pukat tarik pukat hanyut, bubu, rawai dan juga pukat rentang. Kaedah Perikanan Sungai Negeri Perak 1992 memperuntukkan bahawa setiap nelayan darat perlu dilesenkan mengikut peralatan penangkapan yang digunakan bagi tujuan pengawalan dan pemuliharaan sumber perikanan darat. Nelayan darat yang diiktiraf sebagai aset penting sub sektor ini turut menerima insentif kebajikan dan sokongan ekonomi. Antaranya ialah Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sebanyak RM200 sebulan yang memberi manfaat kepada 645 orang nelayan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.548 juta bagi tahun 2025 dan insentif ini diteruskan pada tahun 2026. Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan beberapa projek pembangunan bagi memudahkan urusan penangkapan ikan dan tambatan vesel nelayan darat termasuk pembinaan 17 buah jeti pendaratan sejak tahun 2022. Langkah ini bertujuan mengurangkan kerosakan selepas tuai bagi ikan tangkapan sungai dengan jumlah peruntukan sehingga kini sebanyak RM3.83 juta.

Di samping itu, nelayan berdaftar turut diberi peluang mengikuti program pembangunan kapasiti. Sebagai contoh, pada tahun 2025, Jabatan Perikanan Negeri Perak menganjurkan dua siri Kursus Demonstrasi Penyelenggaraan Enjin Sangkut melibatkan 65 orang nelayan darat di Pasir Salak dan di Kampung Teluk Perang, Parit. Program pembangunan kapasiti seperti ini akan terus dijalankan secara berkala bagi meningkatkan kemahiran dalam professionalisme nelayan negeri Perak.

Bagi jawapan yang seterusnya Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan komited melaksanakan pendekatan bersepadu dan menyeluruh dalam menangani cabaran yang dihadapi oleh nelayan darat termasuk isu pencemaran perairan, kemerosotan stok ikan serta ketidakstabilan sumber pendapatan mereka. Pendekatan ini bukan sahaja menekankan pemuliharaan sumber asli tetapi juga pembangunan ekonomi dan kesejahteraan komuniti nelayan secara mampan. Antara inisiatif langkah strategik yang dijalankan ialah pelaksanaan program pelepasan benih ikan secara berterusan bagi meningkatkan stok sumber perikanan darat. Bagi tahun 2025 sebanyak 23 siri pelepasan benih ikan telah dilaksanakan melibatkan 2,414,130 ekor benih daripada spesies tempatan seperti udang galah, baung, kerai, temoleh serta spesies lain di sungai, di tasik dan di lombong seluruh negeri Perak. Langkah ini bukan sahaja menyokong pemuliharaan sumber asli tetapi turut memastikan kesinambungan industri perikanan darat demi manfaat generasi yang akan datang.

Selain pada itu, Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran nelayan melalui program pembangunan kapasiti serta galakan aktiviti nilai tambah bagi membantu menstabilkan dan meningkatkan pendapatan nelayan darat. Pendekatan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk menjadikan sub sektor perikanan darat bukan saja mampan dari segi sumber tetapi berdaya maju dari segi ekonomi dan juga sosial. Seterusnya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan juga melaksanakan program inventori iaitu pemantauan berkala untuk mengenalpasti kehadiran dan taburan spesies ikan termasuk spesies ikan asing di sungai, tasik dan lombong di seluruh negeri. Data ini boleh menjadi asas penting dalam menilai status populasi ikan asli serta merancang tindakan pemuliharaan yang lebih berkesan. Dalam usaha memperkukuhkan perlindungan terhadap habitat dan sumber ikan asli, Kerajaan Negeri sedang memuktamadkan pindaan terhadap Kaedah-Kaedah Perikanan Sungai Perak 1992 termasuk kawalan terhadap aktiviti yang berpotensi menjejaskan ekosistem perairan. Bagi mengurangkan tekanan terhadap stok ikan tempatan, Jabatan Perikanan turut melaksanakan program memburu ikan asing di kawasan kritikal. Pada tahun 2025 sebanyak tiga siri program telah dijalankan melibatkan 106 orang peserta dan berjaya mengeluarkan 9.4 metrik tan ikan asing terutamanya spesies ikan bandaraya dan baung ekor merah daripada perairan umum di negeri ini.

Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti nelayan melalui latihan teknikal dan galakan aktiviti bernilai tambah bagi menstabilkan dan meningkatkan pendapatan nelayan darat. Pendekatan menyeluruh ini merangkumi pemantauan pelepasan benih dan kawalan spesis embasis bertujuan memastikan stok ikan asli terus ditingkatkan dan dikekalkan secara mampan sejajar dengan kepentingan ekonomi, sosial dan ekologi negeri. Dengan strategi yang sistematik dan berpandangan jauh, Kerajaan Negeri menegaskan komitmen untuk memastikan subsektor perikanan darat berkembang secara mampan, selamat berproduktif dan berdaya maju demi kesejahteraan komuniti nelayan serta kesinambungan sumber perikanan darat negeri Perak.

Bagi soalan yang ketiga atau soalan soalan (C), Timbalan Yang di-Pertua dalam memastikan kelestarian sumber perikanan darat, Jabatan Perikanan Negeri Perak sentiasa melaksanakan penguatkuasaan secara holistik dan bersepadu dengan kerjasama erat Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan serta agensi penguatkuasaan yang lain. Pendekatan ini bukan saja menumpukan kepada pemantauan aktiviti pencemaran tetapi juga menilai kesan jangka panjang terhadap ekosistem perairan dan kesejahteraan komuniti nelayan. Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan dan sistematik termasuk pemantauan berkala, siasatan teliti dan tindakan undang-undang tegas terhadap pihak yang didapati mencemarkan perairan. Pendekatan ini telah terbukti efektif dalam mengawal kejadian pencemaran. Memelihara habitat ikan asli dan memastikan kelangsungan mata pencarian nelayan darat khususnya di kawasan strategik seperti Sungai Perak. Kerajaan Negeri menegaskan bahawa usaha penguatkuasaan bukan sekadar tindakan reaktif tetapi sebahagian daripada strategi pemulihan jangka panjang dengan memperkukuhkan kawalan terhadap pencemaran yang kini berhasrat mengekalkan ekosistem perairan yang seimbang. Memastikan stok ikan asli terus berkembang dan mengekalkan kesejahteraan serta daya hidup komuniti nelayan secara mampan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Slim sila

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan tadi. Soalan seterusnya, NGO pencinta sungai yang terlibat secara langsung dalam pemantauan sungai kerap dan acap kali hadir ke pejabat dan bertemu, mengadu masalah sungai di tempat ataupun di daerah kami iaitu Muallim dan ada juga isu berkaitan dengan nelayan darat yang sebelum ini satu tempat Estet Ulu Basir, keluasannya melebihi daripada 3 ribu hektar yang sebelum ini ramai nelayan darat ataupun masyarakat yang masuk ke dalam estet tersebut ada sungai yang boleh mereka mancing mendapatkan pendapatan. Namun, tempat tersebut telah dilarang dengan beberapa faktor daripada estet tersebut yang menyebabkan ramai di kalangan nelayan darat yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendapatan mereka. Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan satu pelan pemulihan menyeluruh di Sungai Perak dan saya khususkan di Muallim untuk menjaga kelestarian sungai dan menjamin kelangsungan ekonomi nelayan darat dalam jangka masa Panjang? Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Slim, di atas soalan tambahan berkaitan dengan pemulihan bersepadu Sungai Slim sehingga urusan keluar dan masuk Sungai Perak. Untuk makluman, Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat Slim, seramai 20 orang nelayan darat berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Perak yang beroperasi di Sungai Slim. 20 orang je tapi yang tak datang mungkin banyak dan mendapat manfaat daripada sumber perikanan di sana. Walaupun jumlah ini kecil, pendaftaran ikan telah dicatatkan sebanyak 8380 kilogram dengan mendaratkan ikan baung dan terubuk atau troboi bahasa peraknya troboi. Jadi, penampakan penangkapan ikan sungai secara berkala dan menjadi hidangan idaman setiap pengunjung ke sana telah memberikan tekanan juga kepada kelestarian sumber perikanan Sungai Slim. Jadi menyedari hakikat ini, Jabatan Perikanan Malaysia telah terlibat sama dalam penyediaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management) dengan izin ataupun IRBM. Jadi bukan sahaja Sungai Perak bukan sahaja di Sungai Slim tetapi di seluruh sungai-sungai yang terdapat dalam negeri Perak. Jadi langkah-langkah ini kita akan teruskan. Dari segi penguatkuasaan, pemuliharaan dan sebagainya. Jadi kita dengan harapan itu, nelayan darat khususnya di kawasan Slim dan akan dapat dinikmati dengan lebih lebih baik lagi di masa-masa yang akan datang dengan adanya penyediaan Pelan pengurusan Sungai Bersepadu ini, Insha Allah. Terima kasih.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Soalan tambahan Pengkalan Hulu

Timbalan Yang di-Pertua

Sila ringkaskan sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan kepada Yang Berhormat Exco, di daerah Hulu Perak dan khususnya di Dun Pengkalan Hulu. Kami mempunyai beberapa batang sungai antaranya adalah Sungai Kuak dan Sungai Rui dan sungai ini juga menjadi nadi utama sumber air kepada masyarakat khususnya di Daerah Hulu Perak. Jadi soalan saya, apakah pelan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi memulihkan ekosistem sungai? Kedua-dua sungai ini Sungai Kuak dan Sungai Rui termasuk juga usaha pemuliharaan dan pembenihan ikan di sungai tersebut dan juga termasuk juga kawalan aktiviti pembangunan dan perlombongan yang berlaku di sekitar sungai yang disebutkan itu. Soalan tambahan saya terima kasih Yang Berhormat Exco.

Terima kasih Pengkalan Hulu. Jadi sebenarnya seperti yang saya sebutkan tadi. Kita memang dalam penyediaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River

Basin Management) Kelebaran sungai Rui dan Sungai Kuak dan sebagainya berkaitan pencemaran dan sebagainya. Pihak Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan JAS dan badan-badan yang lain telah mengambil tindakan dan akan ambil tindakan berkaitan dengan pencemaran yang berlaku baru-baru ini di Sungai Perak dan juga di Sungai Rui dan juga di Kuak dan sebagainya. Jadi dalam perkara ini, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin sentiasa mengambil tindakan yang drastik bagi menentukan pencemaran.ini tidak akan berlaku dan apa apa jua yang dibangkitkan oleh Pengkalan Hulu tadi. Insha Allah Kerajaan Negeri akan mengambil perhatian yang serius bagi menentukan bahawa pencemaran ataupun penggunaan air di Sungai Perak ini dapat digunakan dengan selamat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk mengemukakan nombor soalan dipersilakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Soalan nombor 5 Yang Berhormat. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Tebing Tinggi, sektor pelancongan secara asasnya dipacu oleh sektor swasta manakala kerajaan berperanan sebagai pemudahcara dalam mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi pertumbuhan industri. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak serta Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa berusaha membantu memudahcara pengusaha pelancongan termasuk agensi pelancongan untuk terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan industri ini berdasarkan peraturan serta undang-undang yang berkuatkuasa. Pendekatan ini penting dalam memastikan negeri Perak kekal sebagai destinasi yang mesra pelabur, sekaligus menggalakkan lebih banyak pelaburan serta pembangunan produk pelancongan baru yang dapat memenuhi keperluan pasaran. Khususnya agensi-agensi pelancongan yang memerlukan produk yang tersusun, mudah diakses dan sesuai untuk dipakejkan. Dari segi sokongan pembangunan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta pada tahun 2025 bagi pelaksanaan 16 projek pembangunan pelancongan di seluruh negeri Perak termasuk inisiatif berkaitan dengan Age Friendly City bagi memastikan kemudahan pelancongan lebih inklusif dan mesra kepada pelbagai segmen pelancong termasuk pasaran Silver Market.

Bagi tahun semasa, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM500 ribu bagi menaik taraf papan papan tanda dan penunjuk arah pelancongan satu juta bagi projek pembangunan infrastruktur luar bandar di kawasan kawasan tumpuan pelancongan serta RM1 juta bagi menaik taraf ikon-ikon pelancongan dan penyelenggaraan kawasan kawasan pelancongan. Penambahbaikan ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan pelancong malah memudahkan agensi pelancongan dalam merancang dan menyusun pakej perjalanan yang lebih sistematik dan efisien. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri sentiasa memperkukuh kerjasama strategik dengan pemain industri pelancongan termasuk agensi pelancongan, pengusaha hotel serta komuniti setempat. Pelbagai inisiatif seperti sesi libat urus industri, sesi padanan perniagaan serta penyertaan dalam pameran-pameran pelancongan di dalam dan luar negara giat dilaksanakan.

Melalui pendekatan ini, agensi pelancongan diberikan ruang untuk menyuarakan keperluan serta pandangan mereka di samping membolehkan kerjasama secara langsung dalam mempromosikan produk pelancongan negeri Perak ke pasaran yang lebih luas. Ini sekaligus memastikan pembangunan produk pelancongan adalah selari dengan kehendak pasaran dan lebih mudah untuk pakejkan oleh agensi-agensi pelancongan. Dari sudut pendigitalan, Kerajaan Negeri turut memberi fokus untuk pembangunan ekosistem digital pelancongan bagi memudahkan akses maklumat kepada pemain industri. Penggunaan platform digital seperti portal pelancongan rasmi, laman web, media sosial serta penggunaan kod QR dan pautan digital terus diperkukuhkan. Pendekatan ini membolehkan agensi pelancongan mendapatkan maklumat terkini berkaitan destinasi acara dan produk pelancongan secara lebih cepat dan efisien selaras dengan keperluan industri masa kini yang semakin berteraskan teknologi penggunaan platform seperti Facebook, Instagram dan Tiktok turut membantu meningkatkan keterlihatan produk produk pelancongan kepada pasaran yang lebih luas.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri turut memberi penekanan kepada pembangunan kapasiti dan kesiapsiagaan tenaga kerja dalam sektor pelancongan. Pelbagai program latihan dilaksanakan dengan memberikan kerjasama institusi latihan seperti pemain-pemain industri tempatan bagi meningkatkan kemahiran dan profesionalisme tenaga kerja termasuk pemandu pelancong, pengusaha homestay, pengusaha hotel serta pengendali produk-produk pelancongan. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk kursus pemasaran digital yang membantu pengusaha mempromosikan produk melalui platform-platform dalam talian serta meningkatkan kefahaman terhadap keperluan pelancong dan agensi pelancongan mendekati pendekatan Think Tourism Act Tourism.

Selain itu, Kursus Mesra Malaysia di bawah MOTAC turut menyumbang kepada peningkatan tahap hospitaliti dan kualiti perkhidmatan. Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak juga bekerjasama dengan Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK dan juga Pihak Berkuasa Koridor Utara atau NCIA dalam pelaksanaan kursus-kursus seperti kursus Certificate of Competency Mate Domestic, bot enjin sangkut di Bagan Datuk pada 29 2025 dan di Lenggong pada 10 April 2025 bagi memastikan aspek keselamatan pelancong sentiasa terjamin. Di samping itu, program-program keusahawanan pelancongan dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia yang telah diadakan pada 4 atau 5hb Februari 2026 di Kuala Kangsar turut membantu meningkatkan keupayaan pengusaha tempatan dalam mengurus dan memasarkan produk pelancongan secara lebih professional melibatkan penyertaan lebih kurang 50 penggiat industri pelancongan.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri atau dan juga pihak berkuasa tempatan turut memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan sektor swasta dalam melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya hos komuniti setempat, pelaksanaan kursus Train Trainers dan juga kursus kursus pendigitalan. Termasuk juga pihak Kerajaan Negeri juga sedang mempromosikan kawasan-kawasan baru dengan produk-produk baru untuk dipasarkan kerana kami mendapati produk-produk di Perak agak apa yang dikatakan tidak bergerak secara komersial bagi untuk komersial sahaja kami mempunyai banyak produk-produk yang berskala kecil atau mikro sebenarnya untuk negeri mempunyai satu imej yang baru dan juga program-program yang berskala lebih besar perlu diadakan kerana dalam apabila pelawat atau pelancong melancong ke negeri Perak atau melawat ke negeri Perak, mereka juga perlu dan sedang mencari kepada produk-produk baru untuk merangsang deria-deria mereka dan bukan sahaja melawat kawasan-kawasan lama. Contoh-contoh percubaan terbaru dan kami rasakan agak berjaya oleh Tourism Perak adalah program-program seperti Tahun Baru dan juga Hari Raya di yang diadakan di Riverfront dan juga pesta panjut yang diadakan di Kuala Kangsar yang setentunya akan diperbesarkan dan juga diperkembangkan untuk bulan-bulan atau tahun-tahun seterusnya. Secara keseluruhannya, pendekatan bersepadu yang dilaksanakan ini membantu mewujudkan ekosistem pelancongan yang lebih tersusun, berdaya saing dan mesra kepada agensi pelancongan sekaligus menyokong pertumbuhan industri pelancongan di negeri Perak secara mampan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Baharu sila.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih YB Exco, pastinya dalam krisis tenaga sekarang ini, sektor pelancongan adalah merupakan sektor yang paling terkesan jadi mohon jika ada kemaskinikan maklumat berkenaan krisis tersebut kepada pelancongan dan juga apakah yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menangani masalah itu, kalau ada?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Secara… Terima kasih Yang Berhormat, apabila kita menyentuh mengenai krisis pelancongan ni, saya rasa ia terlibat kepada semua di dalam dunia ini. Apabila kita apa yang berlaku kita boleh lihat terutama apa yang berlaku dalam keadaan sekarang terutamanya para pelancong atau mereka yang terbang. Mereka akan dalam percubaan mereka untuk tidak terbang daripada timur ke barat atau barat ke timur. Ini nombor satu dalam faktor keselamatan atau kekangan penerbangan dan sebagainya. Namun, ia tidak apa yang kita lihat sebagai krisis boleh juga kita lihat sebagai satu yang kita katakan peluang apabila kita melihatnya. Sebagai contoh, apabila kami boleh melihat krisis apabila kita boleh katakan mereka daripada dunia Barat tidak datang ke Malaysia.

Sebagai contoh, dalam konteks apa yang kita katakan di Perak, mungkin kita kata Royal Belum banyak menerima pelancong-pelancong daripada Eropah yang telah ada yang membuat penyusunan semula jadual-jadual mereka tetapi pada masa yang sama kami boleh juga melihatnya sebagai peluang apabila ramai pelancong-pelancong terutamanya mereka yang berkemampuan, mereka tidak akan travel atau melancong daripada timur ke barat. Secara logiknya kalau Barat tidak ke Timur, Timur juga tak ke Barat, maka kita mempunyai lebihan di pasaran Timur, di mana sekarang kami sedang berusaha biar di peringkat negeri atau di peringkat persekutuan. Pejabat saya ataupun di MOTAC dan Tourism Malaysia sedang mempergiatkan peluang-peluang untuk melangsungkan atau menambahkan projek-projek bilangan-bilangan aktiviti-aktiviti atau pun apa kita kata penjualan kepada negara-negara di Timur yang mereka sekarang secara dasarnya tak berkesempatan untuk ke Barat. Ini antara salah satu projek yang telah sedang di lakukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan mahupun di negeri. Terima kasih.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Satu soalan tambahan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Satu soalan.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Baharu sila.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk. Sekarang saya bagi Pengkalan Baharu sila

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Ok tak pa.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Jalong bagi Chandan

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Soalan tambahan saya ya kepada YB Exco. Adakah pihak Kerajaan Negeri Perak bercadang mengemukakan permohonan kepada Plan Malaysia bagi persempadanan semula kawasan Hutan Lipur Licin yang kini berada di dalam daerah Kuala Kangsar untuk dimasukkan ke dalam Daerah Manjung. Memandangkan hanya satu sahaja laluan masuk ke tempat ini melalui pekan Beruas dalam daerah Manjung. Tambahan pula, keluasan sedia ada tanah di bawah PDT Kuala Kangsar ini sekitar 150 ke 200 ekar sahaja. Selainnya adalah kawasan Hutan Simpan Bubu. Jadi tujuannya bukan apa kalau masuk ke dalam daerah Manjung senanglah pihak pentadbiran daerah Manjung untuk membantu bagi menaikkan kawasan ini. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih kepada YB, ingin saya rekodkan YB kenapa dua tiga?... (Ketawa) Dia bagi signal dua tiga saya tanya apa dua tiga. Ok YB Pengkalan Baharu antara mereka yang antara YB-YB yang kalau bahasa pasarnya paling kuat kacau, tapi kalau dalam bahasa Dewan dan juga bahasa yang kami gunakan dalam pentadbiran antara yang paling kuat berusaha untuk kawasannya dah banyak kali dan juga banyak orang yang YB jumpa. Jadi untuk makluman YB sebenarnya apa yang berlaku adalah kami telah berjumpa dengan pihak-pihak yang terlibat cumanya ingin saya katakan nombor satu kami di pihak pelancongan merupakan, sebenarnya portfolio saya adalah portfolio salesman dalam pelaburan melalui Invest Perak dan juga apa yang dikatakan pelancongan melalui Tourism Perak kedua-duanya bertanggung jawab untuk menjual dan juga kita tidak menguruskan hal-hal seperti tanah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam sesi libat urus kami dengan mereka sebenarnya kami dimaklumkan Pejabat Daerah Kuala Kangsar tiada halangan untuk apa yang dikatakan proses-proses dimulakan kerana mereka masuk daripada atau kawalan kemasukan dan sebagainya bermula daripada Manjung. Sebenarnya mereka tiada masalah. Cuma dalam saya rasa proses-proses untuk lebih dikatakan merasmikan atau persempadan semula itu mungkin proses yang lebih rumit dan memerlukan kerjasama daripada pihak PTG dan sebagainya. Saya rasa mereka sedang melihat ke arah itu cuma mereka akan mengambil masa yang lebih panjang sedikit kerana persempadanan semula daerah itu merupakan satu proses yang agak rumit sekiranya ia berlaku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Bukit Chandan sila. Last. Bukit Chandan, sila. Yang Berhormat sila duduk. Bukit Chandan sila. Last.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Yang Berhormat Jalong. Salah satu produk pelancongan di Perak ialah kita punya outlet di Batu Gajah. Saya nak tahu update setakat ini progres kemajuan perniagaan di outlet ini dan apakah usaha-usaha pelancongan untuk mempromosikan kita punya outlet yang di Batu

Gajah ini supaya ia terus berkembang maju dan ramai pelancong datang untuk membeli-belah di pusat itu. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Timbalan Speaker, boleh bagi ruang sikit untuk dijawab sekali.

Timbalan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat. Tak boleh.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Untuk dijawab sekali.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco sila jawab soalan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ini Dewan untuk kita bincang, soalan boleh jawab sekali.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat,

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya minta…

Timbalan Yang di-Pertua

Sekarang masa telah tamat. Saya sekarang nak minta YB Exco untuk jawab dulu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya minta sekejap. Kita boleh panjangkan sikit di bawah kuasa Speaker. Awat teruk sangat.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kelakar la YB ini. Terima kasih Yang Berhormat. Saya sangkakan Yang Berhormat akan tanya Kuala Kangsar. Rupanya tanya Batu Gajah. Tapi tak apalah. Walau bagaimanapun, saya mengalu-alukan soalan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya apa yang berlaku di outlet tersebut merupakan usaha atau orang kata operasi syarikat swasta dan ia tidak boleh kita katakan Kerajaan Negeri tidak boleh campur tangan atas urusan dan juga pentadbiran syarikat tersebut. Walau bagaimanapun, saya difahamkan saya tak pergi kira satu satu gerai tetapi saya difahamkan mereka telah melebihi 30% daripada kapasiti mereka yang ada di dalam itu. Jadi saya tak kiralah satu satu gerai atau macam mana mereka nak kira 30% itu. Tapi itu yang difahamkan kepada saya, itu melalui pentadbiran apa dikatakan oleh syarikat tersebut tetapi daripada konteks Kerajaan Negeri, kami memang mengalu-alukan cubaan dan juga projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut di kawasan tersebut dan melalui pandangan Kerajaan Negeri juga sebenarnya lokasi itu merupakan satu lokasi yang cukup dan amat strategik untuk dibangunkan kerana dia sebetulnya terletak dalam kluster Batu Gajah under greater Batu Gajah sebenarnya atau under greater Ipoh. Kalau kita nak lihat dari konteks mana.

Sebenarnya dia sebelah konteks daripada Gua Tempurung, Kellie's Castle, Outlet dan juga TT5 sekiranya ia berlaku. Apa yang berlaku sekarang adalah Kerajaan Negeri pernah dan telah membawa program-program untuk dilaksanakan di kawasan tersebut. Tapi cuma apa saya nak kata nak letak dalam bahasa yang lebih harmoni. Cuma percubaan-percubaan kami mempunyai feedback yang agak kurang memuaskan. Sebab apabila kami membuat pemasaran, biarlah salesman, apa yang membuat pemasaran pun, biar marketing force apa yang membuat apa-apa pemasaran pun, mereka memerlukan produk yang baik untuk dipasarkan. Bayangkan kalau saya jual kereta, kereta tu bila buka kereta bunyi pintunya nyeet kan dan bila saya nak jual kereta tu bila start enjin dua, tiga kali tak start. So, kalau saya sebagai salesman nak jual tempat itu agak sukarlah. Jadi apa yang berlaku dalam perjumpaan-perjumpaan mereka, kami telah mengadakan kalau saya tak silap beberapa event termasuk Ambang Tahun Melawat Perak di kawasan tersebut dan feedback yang kami dapat daripada mereka yang lawat kawasan tersebut berpuluh ribu yang lawat. Mereka feedback mereka kata ini sahajakah yang ditawarkan oleh kawasan ini? Jadi, kami mengambil pendekatan untuk yang lebih berhemah supaya mereka mempunyai tawaran yang lebih baik sebelum kami memasarkan tempat itu dengan lebih efektif dan juga lebih efisien. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan pada hari ini. Setiausaha Dewan, sila baca Aturan Urusan Mesyuarat yang seterusnya.

Usul yang telah diberi notis Usul Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Perkara yang keempat usul yang telah diberi notis Usul Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah usul Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku, Patik sekalian iaitu Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telahpun mendapat sokongan. Sekarang saya buka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah selama 20 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Salam Sejahtera Salam Malaysia Madani. Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih. Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan seperjuangan, barisan pegawai Kerajaan Negeri yang saya hormati, pihak media dan rakan yang saya kasihi sekalian serta rakyat yang menonton atas talian. Buntong merafak sembah menjunjung Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Timbalan Yang di-Pertua, Titah Tuanku kali ini menyentuh soal ekonomi, perkembangan teknologi, daya saing negara, perubahan iklim, kelestarian alam sekitar, cabaran akibat konflik Asia Barat, sekuriti makanan, perlindungan biodiversiti serta usaha konservasi, kemiskinan, pendidikan, usaha membantu banduan dan kebolehpasaran belia. Kesemua soal ini berkait rapat dengan kebolehan kita sebagai warga negeri Perak berdaya saing dan bertahan serta menyeru kita semua untuk teruskan usaha dan inisiatif yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Namun begitu, Timbalan Yang di-Pertua, Buntung bangun hari ini dengan rasa amat kesal terhadap cara Yang Berhormat Gunong Semanggol, Ketua Pembangkang membawa hujah dalam Dewan yang mulia ini beberapa hari yang lepas. Saya mendengar hujah ini dengan teliti isu sebesar krisis tenaga global dan kenaikan harga minyak tidak sepatutnya dipermainkan dengan retorik politik yang tidak tepat tetapi itulah yang berlaku. Yang dibawa bukan penjelasan, bukan fakta, tetapi naratif yang mengelirukan rakyat sekalian. Yang Berhormat Gunong Semanggol dengan bangga mengkritik bahawa harga minyak pasaran dunia naik 30% tetapi harga minyak di negara kita naik sehingga 80%. Masalahnya bukan angka 30% atau 80%. Masalahnya adalah Yang Berhormat Gunong Semanggol membandingkan perkara yang tidak sama dan kemudian buat kesimpulan politik yang tidak berasas membuktikan kecetekan minda. Mengapa harga diesel naik Yang Berhormat? Sebab Malaysia berdepan isu penyeludupan. Namun, tetap ada bantuan subsidi. Itu tidak disebut langsung.

Timbalan Yang di-Pertua, kita bercakap tentang realiti dunia hari ini. Kenaikan harga bahan api bukan berlaku dalam vakum. Ia adalah kesan langsung daripada ketidaktentuan geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan minyak tetapi apabila YB Gunong Semanggol bangun, perkara asas ini langsung tidak disentuh. Sebaliknya, seolah-olah segala-galanya berpunca daripada kegagalan, kegagalan kerajaan semata-mata. Ini bukan sahaja tidak adil, ini mengelirukan Dewan yang mulia ini.

Dato, Timbalan Yang di-Pertua, maaf, Timbalan Yang di-Pertua, fakta yang perlu difahami adalah ini. Malaysia bukan lagi negara pengeksport bersih minyak sejak tahun 2015. Kita kini terdedah kepada harga pasaran global. Ini bukan pilihan politik. Ini realiti ekonomi. Namun dalam keadaan ini, kerajaan tetap mengambil tanggungjawab…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Buntong, nama saya disebut mungkin boleh bagi peluang sikit.

Kejap lagi YB. Sabar dulu boleh YB.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi tak bagi. Tak bagi jangan sebut. Saya kena betulkan fakta tadi kedudukan saya yang manipulate. Jadi mengelirukan rakyat. Cukuplah rakyat dikelirukan. Bagi peluang saya untuk menjawab mengatakan bahawa

Kejap lagi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

kenaikan harga minyak tu sebab kenaikan harga global.

Kejap lagi YB, kejap lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Buntong cakap kejap lagi. YB, YB.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Exco diam la.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Semanggol.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Gunung Semanggol, ruang tidak diberi, sila duduk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

1, 2, 3, 4.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Semanggol, Buntong cakap sekejap lagi. Boleh, dia cakap sekejap lagi.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Bagi penghormatan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Pusing fakta. Saya nak betulkan fakta.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dengar dulu.

Dengar dulu, duduk dulu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ni lah Dewan Kerajaan. Semua sekali…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sekarang flow YB Buntong. YB Buntong cakap sekejap lagi. Boleh dengar, sila duduk dulu.

YB, nanti saya bagi peluang. Semalam balik awal pulak tak ada dalam Dewan. Sekejaplah, tunggu dulu. Timbalan Yang di-Pertua, fakta yang perlu difahami adalah Malaysia, saya ulangi bukan negara pengeksport bersih minyak. Kita kini terdedah kepada pasaran global. Ini bukan pilihan politik, ini adalah pilihan ekonomi. Ini adalah realiti ekonomi. Namun dalam keadaan ini, kerajaan tetap mengambil tanggungjawab inisiatif langkah proaktif merangkumi semua aspek termasuk langkah diplomatik Perdana Menteri untuk memastikan Malaysia tidak terputus bekalan minyak dan memberikan subsidi bahan api sehingga mencecah RM7 bilion tetapi point-point ini langsung tidak disebut sebahagian daripada RM7 bilion ini, tersebut adalah keuntungan Petronas juga. Persoalannya, mengapa perkara ini tidak disebut? Mengapa hanya separuh cerita yang dibawa mengutuk kerajaan kononnya tidak prihatin keperluan rakyat?

Timbalan Yang di-Pertua, lebih membimbangkan, Yang Berhormat Gunong Semanggol turut mengulangi dakwaan yang telah pun diperbetulkan oleh pihak berkuasa. Isu kononnya, kononnya Malaysia menjual minyak kepada negara lain tanpa mengutamakan rakyat, tidak tepat sama sekali. Nampak gaya saya rasa tiada beza antara ketua pembangkang dengan mereka yang menunggang berita palsu di luar sana langsung tiada beza. Sedih dan memilukan. Sepatutnya Yang Berhormat yang memimpin ini tidak memesong sahaja. Hakikatnya, urusniaga tersebut melibatkan syarikat perdagangan antarabangsa seperti Vital bukan milik kerajaan Malaysia. Ini asas perdagangan antarabangsa. Kita tak ada ke factory-factory Refinery, dengan izin di Malaysia. Takkan perkara asas ni pun tak faham. YB pernah jadi Exco sebelum ini kan. Kalau perkara asas seperti ini pun tidak difahami atau lebih membimbangkan sengaja tidak mahu difahami, maka apakah sebenarnya niat kalau bukan untuk meneruskan agenda fitnah yang telah menjadi tabiat, saman fitnah yang diperintah mahkamah YB dah bayar belum? Timbalan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Buntong, Gunong Semanggol berdiri. Bagi ke tak bagi laluan?

Tak bagi, sekejap lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Sekejap lagi. Yang Berhormat sila duduk dulu nanti dia bagi.

YB sabar, saya bagi sekejap lagi. Timbalan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Takut. Macam mana. Ke sebelah dia.

Saya tak takut. YB yang takut, YB yang takut tak masuk Dewan.

Kita takut fitnah sahaja.

Selalu tipu. Ha, takut fitnah. Lepas tu mohon maaf dengan Perdana Menteri. Kalau berani kalau berani

Sudah la. Fokus isu rakyat la. Rakyatlah…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Point tak da, tak ada isu.

Kalau berani masuklah mahkamah, kenapa mohon maaf dengan Perdana Menteri?

Fokus isu rakyat la Buntong.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kenapa bendera terbalik?

Timbalan Yang di-Pertua

Siapa yang nak berucap sila berdiri. Jangan duduk di situ.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Buntong sila. Dia tak bagi. Sekarang flow Buntong.

Sekejap la YB. Buntong tidak menolak hak Ketua Pembangkang untuk mengkritik.

You petik nama orang la.

Saya tidak menolak hak pembangkang untuk kritik tapi kritik itu asas demokrasi. Saya faham setiap kritikan mestilah datang bersama tanggungjawab. Apabila fakta diketepikan dan sentimen dimainkan, maka yang menjadi mangsa di sini adalah rakyat. Ini tidak boleh kita biarkan. Timbalan Yang di-Pertua…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Inilah yang saya nak jelaskan.

Timbalan Yang di-Pertua

Buntong bagi ke tak bagi peluang? Tak bagi?

Tak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Tak bagi, Yang Berhormat sila duduk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak kena ni. Tuduh orang.

Timbalan Yang di-Pertua

Dia tak bagi. Sekarang dia punya flow.

Yang Berhormat…Yang Berhormat ada 40 minit hari tu. Tapi tak cerita fakta. Semua kosong sahaja. Sekarang duduk.

Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila baca.

Peraturan 40(3)(a). Seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Yang mana Yang Berhormat daripada Tronoh, Tronoh, Buntong minta maaf, mengatakan Malaysia ini tidak menjual minyak kepada negara luar. Ia satu perkara yang tidak benar. Negara kita adalah negara pengeksport minyak. Memang Malaysia menjual minyak kepada negara-negara lain. Ini satu pembohongan.

Ala, dudukla YB.

Kerajaan Malaysia memang jual minyak kepada negara lain.

Jangan…jangan.

Jangan nak putar belit info tu.

Sekolah rendahla…

Jangan nak putar belit. Jangan putar belit.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

20 tahun lepas…

Ingat nak bohong Dewan.

Kami dekat sini kami tahu…

Pengeluar minyak…

Peraturan Tetap hormat.

Eh, ada dengar ke?

Timbalan Yang di-Pertua

Yang lain semua duduk.

Ada dengar ke ucapan ketua pembangkang hari tu? Ada dengar ke? Tak dengar ke? Balik tengok hansard apa yang Ketua Pembangkang cakap.

Timbalan Yang di-Pertua

Kejap, kejap. Buntong…Buntong.

Jangan emosi.

Apa la. Berhujah macam budak sekolah rendah duduk.

Siapa yang macam budak sekolah?

Duduk YB, duduk.

You yang budak sekolah.

Timbalan Yang di-Pertua

Trong sila.

Saya dah baca tadi.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila jelaskan.

Ok. Apabila Buntong mengeluarkan kenyataan yang bagi saya tidak bertanggungjawab. Malaysia memang menjual minyak kepada negara luar. Dia tak boleh kata Malaysia tak jual, tak jual minyak kepada negara luar. Ini satu pembohongan dan penipuan.

Ini mengelirukan Dewan.

Kamunting, duduk…duduk.

Timbalan Yang di-Pertua

Kamunting sila duduk Kamunting. Kamunting sekarang Perintah Tetap. Sila duduk dulu.

Mintak Timbalan Speaker buat ruling. Kesalahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap saya bagi. Sekarang bagi Trong. Sila.

Ok, jadi saya mohon penjelasan. Ia satu perkara yang fakta yang salah. Negara kita adalah pengeksport minyak bagi negara China, bagi Filipina, bagi Australia dan juga Thailand. Mana mungkin Malaysia tak jual minyak. Memang Malaysia ini pun penjual minyak. Apa yang disebut oleh Gunong Semanggol memang Malaysia jual minyak sama ada melalui syarikat-syarikat lain ataupun direct dengan negara tersebut. Jadi ini sebenarnya mengelirukan Dewan. Fakta yang salah.

Ala YB.

Kalau dah salah tu minta maaf tarik balik sudahlah.

Janganlah. Tak payah hujah macam budak sekolah rendah la. Tak payah la.

You sekolah tadika.

Yang Berhormat sekadar putar-putar sahaja. Putar belit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua

Tronoh sila duduk. Tronoh.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Saya rasa pihak pembangkang yang memesongkan Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua

Pasir Pinji…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Yang YB Buntong ni mengatakan bahawa diesel ke Filipina, perkara itu bukan perkara lain. Tak pastilah.

Pasir Pinji duduk dulu.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

You Timbalan Speaker ke.

Timbalan Yang di-Pertua

YB semua sila duduk. Saya nak bagi…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Kamunting nak jadi Timbalan Speaker ke?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang macam ni Timbalan Speaker bagi pulak. Yang kita nak membetulkan fakta tak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Kejap. Bagi saya buat ruling dulu.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Semalam pun tak bagi laluan pulak.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat semua sila duduk. Sekarang saya nak minta Buntong menjelaskan. Sila.

Timbalan Yang di-Pertua, saya membawa hujah apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang haritu dalam ucapan. Beliau sebut Malaysia jual minyak subsidi kepada Filipina. Apa yang saya sebut, saya tak sebut Malaysia bukan pengeksport minyak ke apa ke. Itu perkara lain, Ini perkara lain. Tak payahlah bawa hujah macam budak sekolah rendah.

Lagi tak betul jual minyak subsidi ke Filipina lagi tak betul.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kamunting sila duduk you bagi dia menjelaskan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Buntong yang tak betul.

Nak dengar penjelasan ke tidak?

Lagi tak betul.

Duduk Kamunting, duduk.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Buntong yang salah fakta.

Timbalan Yang di-Pertua

Semua Yang Berhormat sila duduk. Bagi Buntong jelaskan.

Tengok balik hansard. Rujuk dengan Adun Semanggol.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila rujukkan dalam handsard ya. Semua sila duduk. Buntong sila.

Timbalan Yang Di-Pertua, senang sahaja, saya sebut tentang minyak diesel yang kononnya YB Gunong Semanggol mengatakan Kerajaan tak kisah keperluan rakyat tempatan tapi boleh juga boleh pula jual minyak kepada Filipina itu yang saya sebut. Itu berita palsu. Itu bukan minyak kita.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Apa yang palsunya? Memang Malaysia eksport minyak.

Itu bukan diesel kita.

Memang Malaysia eksport minyak.

Itu bukan diesel kita.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Apa yang palsu?

Minyak kita.

Diesel orang lain. Malaysia sebagai tempat pemprosesan sahaja.

Minyak Malaysia yang dibeli oleh Petronas jual kat Filipina.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Yang ni pembangkang tak ada baca laporan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Laporan. Laporan Petronas sendiri juga tegaskan mereka tak ada jual kepada Filipina. Tak ada baca laporan ke?

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Kalau, kalau Semanggol,

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Kalau sebagai rasa, kalau…

Jangan selalu petik sumber-sumber yang tak rasmi itu.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Kalau Semanggol rasa ini fakta betul. Keluarlah Dewan. Buatlah PC buat di luar. Tengok MCMC macam mana ambil tindakan. Janganlah buat hal-hal dan fakta yang tak benar di Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Keluarlah pergi buat PC.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tuduhlah Kerajaan, buat PC di luar, tuduh.

Jangan malukan Dewan.

Jangan sorok dan sembunyi kat sini.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Jangan…jangan pengecut, keluar.

Jangan gunakan Dewan ini untuk berbohong kepada rakyat.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Buatlah PC di luar.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh rujukkan dalam handsard.

Saya cabar. Saya cabar Yang Berhormat buat PC kat luar tentang isu diesel minyak ke Filipina ni. Saya cabar. Nanti keluar Dewan buat PC kat luar.

Dalam Dewan pun biar selesai.

Cabar. Saya cabar sahut cabaran atau tidak? Jawablah sekarang.

Kenapa takut dalam Dewan? Kenapa takut dalam Dewan?

Sahutlah cabaran? Jawablah sekarang.

Kenapa you takut dalam Dewan? Kenapa you nak tunggu luar?

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat semua sila duduk.

Berani depan ni lah.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Semua sila duduk. Buntong sila.

Saya jawab dalam Dewan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Berita palsu dalam Dewan ini. Berita palsu. MCMC to investigate.

Kalau berani through overact PC dengan ADUN Semanggol.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tengoklah berita dulu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sudah langgar arahan. Untung Madani dapat orang macam ni.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh rujukkan dalam handsard.

Mengelirukan Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua

So, sekarang, YB Buntong sila. Terus. Yang Berhormat yang lain semua sila duduk. Saya tak bagi sekarang semua sila duduk.

Saya teruskan Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan hari ini bukan saja berdepan tekanan global tetapi dalam masa yang sama tetap berusaha memastikan bantuan sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan melalui pendekatan subsidi bersasar. Ini adalah pendekatan yang sukar tetapi perlu. Its a necessity dengan izin demi kelestarian kewangan negara dan keadilan sosial. Buntong ingin menegaskan hentikanlah politik separuh kebenaran. Hentikanlah naratif yang hanya memilih fakta yang sesuai dengan agenda politik masing-masing. Kalau benar ingin memperjuangkan rakyat, maka bawalah keseluruhan gambaran yang tepat bukan potongan cerita. Kerana rakyat berhak mendapat kebenaran bukan retorik. Selain Budi 95 subsidi diesel bagi industri serta individu yang memerlukan diluluskan juga. Ada juga insentif pembajakan kepada pesawah dinaikkan daripada RM100.00 kepada RM300.00 sehektar. Bagi musim 1/2025 bayaran insentif ini telah selesai sebanyak RM39 juta.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Speaker saya minta berlaku adil dan sikit sebab banyak kali Semanggol disentuh.

Ini floor saya, saya tak benarkan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Banyak sekali fakta. Izinkan saya menjelaskan sikit apa yang dibangkitkan.

Tak boleh.

Yang di-Pertua

Jap…jap. Semanggol.

Buat PC kat luar. Tak boleh, duduk.

Yang di-Pertua

Sekejap. Dia…

Saya tak benarkan.

Yang di-Pertua

Ini floor Buntong. Dia tak bagi jalan. Jadi Semanggol duduk dulu, takpe.

Dia tak berani…dia tak berani.

Yang di-Pertua

Dia pun tengah dia tengah berucap lagi ni.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tapi tak sangka teruk sampai macam ni kumpulan ni.

Yang di-Pertua

Takpe la ni ni ni duduk dulu duduk dulu bagi dia berucap habis dulu. okay

RM39 juta disalurkan kepada 135 ribu pesawah seluruh Semenanjung dan bagi musim 2025, setakat semalam, RM27 juta telah dibayar manakala baki 30% masih lagi sedang diproses. Bantuan Agrikomoditi juga dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 kepada 200 ribu petani. Kesemua inisiatif ini adalah cara-cara Kerajaan melindungi rakyat tetapi langsung tidak disebut. Sudah dua hari berhujah membahas.

Dato' Yang di-Pertua, baru-baru ini, daerah Ipoh khususnya Buntong, Kepayang dan Manjoi dilanda banjir kilat yang teruk. Buntong ingin merekodkan penghargaan setinggi-tinggi kepada semua agensi kerajaan yang membantu rakyat Buntong ketika dilanda banjir terutama kepada pihak bomba, pasukan Bomba Sukarela Pasir Pinji dan Menglembu, pegawai-pegawai JKM, Pejabat Penghulu Daerah Kinta, pegawai-pegawai JPS, MBI dan pegawai Pegawai NADMA. Banjir kilat yang berlaku ini pada malam sebelum Tahun Baru Cina sejurus sebelum bermula bulan puasa mengakibatkan kerugian harta benda yang besar. Sememangnya Titah Tuanku di perenggan 17 memberikan gambaran yang tepat tentang kesan dan akibat perubahan iklim ini. Buntong membangkitkan suara rakyat Buntong supaya langkah-langkah mitigasi banjir dapat diambil dengan serius.

Dato' Yang di-Pertua, Buntong juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah meluluskan peruntukan bernilai RM1.75 juta untuk menggantikan Jambatan Tun Abdul Razak di Buntong yang telah uzur dan tidak selamat. Rakyat kini bersyukur dan gembira dengan penambahbaikan infrastruktur ini. Buntong juga mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Wanita Perak yang menguruskan bantuan Kerajaan Negeri iaitu Kad Perak Sejahtera dengan efisien. Pejabat saya menerima pelbagai permintaan bantuan kebajikan dan kami cukup puas hati apabila kes-kes kebajikan yang telus dapat menerima bantuan Kad Perak Sejahtera bernilai RM150.00 sebulan.

Namun begitu, Dato' Yang di-Pertua, keadaan ekonomi yang tidak menentu akan membawa lebih permintaan bantuan kebajikan, pendidikan, sara diri dan sebagainya. Ramai pakar memberikan kita amaran bahawa kita perlu bersedia berdepan keadaan ekonomi yang merundum. Titah Tuanku juga menyebut perkara yang sama. Oleh yang demikian, Buntong menyokong cadangan Yang Berhormat Kepayang untuk satu belanjawan supplementary diluluskan dalam sidang Dewan khas supaya cabaran rakyat dapat kita tangani. Surplus Negeri Perak kini mempunyai peranan yang lebih sesuai disalurkan kepada belanjawan supplementary untuk meringankan beban hidup rakyat dan menambah kualiti hidup rakyat.

Dato' Yang di-Pertua, Titah Tuanku tidak melepaskan peluang juga untuk memberi tumpuan kepada kepentingan mengambil langkah-langkah proaktif. Saya memetik Titah Tuanku, Kerajaan beta sewajarnya segera melakukan usaha membangunkan kemudahan untuk menggalakkan rakyat memiliki opsyen beralih tenaga alternatif. Dato' Yang di-Pertua, seruan yang dibangkitkan hari ini bukan sekadar kata-kata biasa. Ia adalah satu peringatan yang cukup mendalam. Namun begitu, saya ingin menyatakan dengan tegas rasa kecewa terhadap keputusan agensi Kerajaan Persekutuan, MITI yang dilihat telah mengenakan syarat yang tidak jelas dan mengelirukan kepada BYD, sebuah syarikat pengeluar kenderaan EV terkemuka dunia.

Dato' Yang di-Pertua, Syarikat BYD sedia melabur di negeri kita. Kerajaan Negeri Perak telah bertungkus-lumus berusaha tanpa mengenal penat dan lelah untuk memastikan pelaburan ini direalisasikan. Ini bukan soal negeri semata-mata. Ini soal masa depan ekonomi negara. Peluang pekerjaan kepada rakyat Perak dan pemerkasaan industri automotif kita. Tapi persoalannya mengapa perlu, Dato' Yang Di-Pertua, Buntong memohon sedikit masa tambahan untuk mensimpulkan point point berkenaan pelaburan ini. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, tetapi persoalan mengapa peluang ini datang seolah-olah disekat dengan syarat-syarat tertentu. Mengapa wujud persepsi bahawa layanan yang diberikan kepada BYD berbeza berbanding syarikat lain di negeri-negeri lain. Jika benar terdapat pendekatan yang tidak konsisten, maka ini bukan saja mencetuskan persoalan tentang ketelusan polisi dasar, malah memberi isyarat yang salah kepada pelabur antarabangsa. Apakah mesej yang ingin kita sampaikan kepada dunia? Adakah Malaysia sukar diramal? Dasar kita berubah-rubah tidak konsisten. Kita takut dengan persaingan daripada luar. Kita tidak cukup matang menghadapi persaingan pasaran dunia. Adakah itu mesej yang kita cuba sampaikan?

Dato' Yang di-Pertua, kita sering bercakap tentang keperluan membina ekosistem industri masa hadapan termasuk teknologi tinggi kenderaan EV. Maka persoalannya adakah keputusan seperti ini selari dengan aspirasi tersebut? Atau kita sebenarnya sedang menutup pintu kepada peluang yang boleh memacu negara ke depan. Ditambah lagi adanya strategi semikonduktor nasional, mengapa langkah untuk menyukarkan keadaan untuk BYD seolah olah membelakangkan dengan izin under The National Semiconductor Strategy. Dalam masa yang sama, kita tidak menafikan bahawa industri automotif tempatan telah pun menunjukkan kemajuan yang baik. Model seperti Proton e-Mas menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat. Ini bukti bahawa pemain tempatan mampu bersaing. Jadi saya ingin tanya dengan jujur sampai bila kita perlu terus melindungi dan siapakah sebenarnya yang masih memerlukan perlindungan? Adakah jenama tempatan? Adakah pemilik perniagaan spare parts dan bekalan rantai supply chain? Adakah kita sedang melindungi kroni at the expense of the people dengan izin? Cukuplah dengan sikap hipokrit ini.

Dato' Yang di-Pertua seperti yang dititahkan oleh Tuanku daya saing tidak lahir daripada perlindungan yang berpanjangan tetapi daripada persaingan yang sihat dan terbuka. Tanpa persaingan kita akan terus berada di takuk yang lama. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada Kerajaan Persekutuan khususnya MITI untuk menilai semula pendekatan yang diambil. Laksanakan tanggungjawab dengan adil dan telus. Do the right thing dengan izin kerana jika kita bergantung kepada pendekatan perlindungan yang berlebihan akhirnya yang akan menanggung beban adalah rakyat. Rakyat terpaksa membeli produk pada harga yang jauh lebih tinggi dengan pilihan-pilihan yang terhad dan hakikatnya dalam perlumbaan serantau negara kita Malaysia semakin ketinggalan berbanding negara Thailand sebagai contoh yang lebih agresif dan terbuka dalam menarik pelaburan industri kenderaan elektrik. Dahulu kita merupakan jaguh serantau. Kini kita jauh ketinggalan dalam industri automotif. Ini bukan sekadar isu pelaburan. Ia adalah soal masa depan negara kita. Kita perlu pilih sama ada bergerak ke depan dengan berani atau terus terperangkap dalam dasar lama yang akhirnya menekankan rakyat. Adakah sesi rundingan dengan MITI ini sejak 2024 bersama Kerajaan Negeri dilakukan dengan telus dan transparent. Mengapa syarat-syarat khas dikenakan selepas sesi rundingan dan apabila semua kerja-kerja tapak dan sebagainya telah pun bermula. Adakah Kerajaan Negeri juga gagal dalam sesi rundingan ini?

Dato' Yang di-Pertua, dengan ini Buntong sekali lagi ingin menjelaskan bahawa dengan krisis tenaga yang yang sedang berlaku dan dengan semua keadaan ekonomi yang merundum kita perlu sebagai pemimpin bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang kita katakan dalam Dewan ini pastikan kita membawa kebenaran sahaja dan bukannya memesongkan Dewan yang mulia ini. Saya rasa YB Ketua Pembangkang Gunong Semanggol bagilah peluang kepada YB Sungai Manik contohnya untuk menjadi Ketua Pembangkang, hujah-hujah yang lebih baik…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Takyah provoke lah.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Buntong yang telah menamatkan perbahasannya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk memulakan perbahasan. Dua puluh minit dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, (bacaan doa) Surah Yusuf. Yusuf menjawab, hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut. Kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu tujuh tahun kemarau yang besar yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat semua ketua-ketua jabatan seluruh penjawat awam seluruh yang mengikuti persidangan ini sama ada dalam Dewan yang mulia ini atau pun melalui siaran langsung di YouTube dan seluruh rakyat negeri Perak yang kami kasihi.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih atas Titah DiRaja ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas. Pelbagai nasihat teguran panduan dititahkan oleh Tuanku Sultan yang perlu diambil perhatian dan keutamaan oleh semua pihak demi memastikan kesejahteraan negeri Perak dapat dinikmati bersama. Tadi ayat daripada Surah Yusuf yang dibacakan di mana mengesahkan Allah Subhanahu Wataala menukilkan di dalam al-Quran satu surah Yusuf, satu surah yang bercerita mengenai seorang nabi daripada kecil hingga dewasa dalam mimpi Raja Mesir beliau melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus. Lalu Nabi Yusuf alaihissalam yang ketika itu dalam penjara dipanggil oleh Raja Mesir untuk mentadbir mimpi. Nabi menafsirkan bahawa negara Mesir akan hadapi 7 tahun musim subur dan 7 tahun musim kemarau. Nabi Yusuf Alaihissalam tinggalkan separuh gandum yang dituai selama tujuh tahun pada tangkainya. Ia untuk kegunaan pada musim kemarau. Sebahagian pihak akan melihat konteks ayat ini sebagai fasa untuk menyimpan atau menabung bagi kegunaan ketika waktu susah.

Namun, saya ingin menarik perhatian sidang pendengar di dalam beberapa tafsir antaranya daripada tafsir karya Prof. Dr. Hamka Syed Al-Azhar dalam mentadbirkan mimpi dia merujuk kepada Nabi Yusof pun menyertakan pula nasihat agar orang kuat bekerja keras dan bersungguh-sungguh maksudnya isyarat kepada bekerja keras dan bersungguh-sungguh jangan bermalas-malasan kerana kalau malas hasil bumi akan biasa-biasa sahaja. Ayat al-Quran dan tafsir Al Hamka ini menjelaskan kepada kita tentang peri pentingnya 3 perkara iaitu yang pertama iktibar yang boleh kita ambil ialah ketika ekonomi dalam keadaan baik macam mana kita nak buat. Antaranya banyakkan simpanan berjaga-jaga dan yang kedua ketika gawat simpanan. Dalam konteks Mesir ialah gandum amat diperlukan untuk dimanfaatkan. Yang ketiga kita sebagai manusia dalam konteks kerajaan sebagai sebuah badan pengurus khazanah negeri hendaklah bekerja bersungguh-sungguh dan jangan bermalas-malasan. Antaranya juga membuat persiapan yang sewajarnya.

Maka kena ada dasar yang cukup baik. Rancang satu dasar yang terbaik untuk menghadapi krisis-krisis pada masa akan datang untuk dan demi kemakmuran rakyat berdasarkan pada dasar-dasar tersebut. Apabila Allah Ta'ala beri hasil kita yang banyak sebagaimana kisah negara Mesir tadi, maka kita mestilah rancang satu dasar yang terbaik untuk generasi yang akan datang. Kalau orang nak berpolitik senanglah tetapi kita mestilah mengambil pendekatan untuk membantu rakyat. Tidak ada agenda kepentingan yang yang lain. Cari pelaburan yang sebanyak mungkin untuk kepentingan dan manfaat pada masa akan datang. Tak perlulah main isu kenapa pelaburan di negeri ini tinggi tetapi apa wang aidilfitri atau pun bonus sedikit berbanding negeri yang pelaburan sedikit dan sebagainya. Sebenarnya pelaburan ini untuk manfaat pada masa akan datang. Kita lihatlah 5 tahun 10 tahun akan datang. Itulah seorang pemimpin yang memikirkan masa depan itu sendiri. Sahabat-sahabat sekalian, jadi banyaklah perancangan-peracangan dasar yang terbaik perlu digagaskan. Kalau kita lihat antara mungkin saya amat tertarik dengan Titah Tuanku Sultan yang sangat prihatin terhadap rakyat dengan membuka satu satu titah yang cukup menarik perlu diberikan perhatian dan kemungkinan munculnya…munculnya kumpulan miskin baru. Jadi Titah Tuanku ni menunjukkan kecaknaan mendalam terhadap rakyat negeri Perak. Segmen miskin baru ini adalah kelompok yang sangat tidak menentu kedudukan mereka dan pada bila-bila masa sahaja boleh jatuh kepada kelompok miskin.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Selama.

Selama berpandangan….

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Selama belum ubah tajuk tu…boleh masuk sikit.

Ok boleh.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok terima kasih.

Baru nak masuk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ooo..baru nak masuk..ok tak apa sebab takut tukar topik tu. Ok terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua, inilah sebab kita tak boleh takde kesempatan untuk menyatakan dan menjawab tohmahan-tohmahan yang diberi. Kan? Jadi, yang pertama mengenai dengan indikator perancangan kita. Ada indikator dia, ada petunjuk dia sama ada kita berjaya ataupun tidak dalam perancangan untuk menentukan hasil negeri, nanti boleh bagi manfaat kepada rakyat. Jadi semalam, saya ada sebut, kita ada sebut dalam ucapan tu mengenai dengan indikator pencapaian Kerajaan Negeri, kejayaan negara diukur dengan (KDNK) Keluaran Dalam Negara Kasar. Dalam ucapan saya tu ada sedikit figure salah sebut. Sebut RM8 billion sebab gangguan banyak sangat sebenarnya RM82 billion. Tapi kadar sumbangan…

86.2 Yang Berhormat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kejap…kejap. Nanti lah kejap. Kadar sumbangan kepada negara adalah 5.2% sahaja. Saya mengukurkan bahawa kalau kita tengok ni graf ada, KDNK dalam negara kita ini…bandinglah epal dengan epal, jangan banding epal dengan durian. Jadi kedudukan negeri Perak ini adalah dalam enam yang ke bawah dalam bentuk banding yang kat atas tu 5.2%. Selangor, dia tak apalah 26.2%, Kuala Lumpur, 16.1%, Johor 9.6%, Sarawak 7.4% kan? Perak 5.2. Pasal apa. Sebab kita ada ruang lagi untuk improve. Satu.

Yang di-Pertua

Ya Semanggol. Tak apa.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Lagi satu. Yang kedua, saya nak cerita pulak….

Yang di-Pertua

Semanggol, ni..ni waktu Selama ni..

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak apa ni..Selama bagi. Ni floor Selama dan yang kedua kita nak ukur kejayaan kita ni, nak ukur garis kemiskinan, kadar pendapatan yang boleh kita guna. Kalau tengok dalam graf, dia boleh tengok dari DOSM punya report. DOSM punya report, kita boleh tengok dalam keadaan mana. Kalau kita tengok dalam….

Yang di-Pertua

Selama bagi…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dalam Negeri Perak ni…

Kesian Selama.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita tengok, sekejap, sekejap. Kita tengok…

Yang Berhormat, Adun Selama nak bawa isu rakyat lah…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap, sekejap...

Yang di-Pertua

Tronoh. Tronoh duduk Tronoh...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dia tak dak kerja lain tu. Dia memang itu kerja dia lah sama dengan dengan Jelutong…Okay ni kita nak pergi tengok ni sebab kadar ni…kadar kemiskinan dalam negeri Perak ni. Kalau dikatakan ini apa…AKW ni pendapatan yang boleh guna kita nombor dua di bawah…

Yang di-Pertua

Semanggol...okay sudah.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Perak nombor dua di bawah…. Jadi nak…

Yang di-Pertua

Ok, faham, faham.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Cerita yang setuju ataupun tidak yang Selama bahawasanya indikator dan pencapaian kepada pembangunan dan juga untuk bawa ekonomi ke rakyat negeri Perak ini, kerajaan gagal. Setuju tak?

Yang di-Pertua

Ok, ok Selama. Sebelum bergerak tu saya akan bagi masa tambahan kepada Selama. Ok saya faham kepada keperluan untuk kita nak mencelah. YB Semanggol ya…bukan ni…tapi kadang-kadang penghujah ni tengah…dia tengah…dia tengah dalam dalam mood dia tu, kita bagi jalan dulu. Nanti masuk, nanti masuk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap nak bagi…kata fitnah, fitnah ni tadi. Dia kata kita fitnah dan harga minyak ni, kita fitnah. Bagi fakta tak betul. Kita bagi tahu bahawasanya Malaysia ada jual minyak. Ni kita untung…

Yang di-Pertua

Okay, okay..

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap Dato’ Speaker. Malaysia ada jual minyak.

Yang di-Pertua

YB Semanggol…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jual minyak tidak melalui…

Maklum, maklum Yang Berhormat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…Selat Hormuz bererti kenaikan harga minyak dunia ini, kita mendapat keuntungan yang besar.

Yang di-Pertua

Semanggol, Semanggol dah berucap haritu sejam saya bagi…masa hari pertama hari tu. (GANGGUAN).

Keuntungan, tu la bagi sudsidi RM7 billion, RM 7 billion YB

Yang di-Pertua

Dah, dah, dah, dah sudah…ni dah lain dah. Sebab tu kata nanti dulu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…kita tak boleh nak jawab. Pada tahun 2008…

Yang di-Pertua

Ya, ya Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…harga minyak dunia RM148…

YB, bagi YB Selama berucap.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…ada ke tidak ada subsidi bersasar. Kerajaan boleh dapat…

Tak payah la YB, cukup.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…manafaat dengan harga diesel RM2.

Yang di-Pertua

Buntong, Buntong..

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…ni kerajaan…kerajaan, dia dibangga-banggakan oleh Buntong, harga minyak dunia 100 ni

Yang di-Pertua

Ok, Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kerajaan buat subsidi bersasar.

Yang di-Pertua

Ok, Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Patut rakyat boleh banyak…

Yang di-Pertua

Tak pe…tak pe.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

tapi harga minyak diesel RM6.72. Saya minta penjelasan. Apa fitnah?

Yang di-Pertua

Terima kasih Semanggol.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Gunong Semanggol simpan tu untuk ceramah kelompok, Gunung Semanggol.

Yang di-Pertua

Malim Nawar duduk. Sial duduk. Kampong Gajah tutup mic. Selama sila...

Inilah akibat Buntong tak bagi tadi. Buntong tak bagi Semanggol cakap tadi.

Yang di-Pertua

Ok…ok…ok Selama sila, sila. Your floor, your floor.

Terima kasih Ketua Pembangkang. Tang mana tadi…rasanya negara Mesir dulu pun dia buat persiapan lah untuk hadapi krisis.

Yang di-Pertua

Saya pun ambil nota tadi. Tengah elok ambik nota je…Ok sila Selama.

…bila dia tau nak hadapi krisis takpe lah dia tahu melalui mimpi apa semua. Nabi. Jadi kita ini melalui petunjuk-petunjuk tertentu. Maka, kita kena rancang yang terbaik untuk rakyat untuk terutama anak cucu kita. Kita pun akan ada anak, akan ada cucu. Jadi kita buat yang terbaik untuk negeri kita. Jadi, antara yang Selama ini memberi pandangan agar antaranya penglibatan daripada Majlis Agama Islam Negeri Perak lah wajar untuk memberi dan membuat penilaian berkaitan dengan penerima-penerima sumbangan zakat atau pun penilaian semula yang layak di kalangan lapan golongan asnaf dan beberapa kajian baharu tentang isu melibatkan zakat.

Selama tertarik dengan sebuah kertas kerja daripada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu) yang bertajuk Qardhul Hassan melalui Asnaf Al-Gharimin. Ramai asnaf ini antara yang mula ramai sekarang ini iaitu kertas kerja ini membuka satu sisi lain dalam dunia muamalat Islam tentang status asnaf Al-Gharimin, orang berhutang untuk dibantu oleh Majlis Agama Islam Negeri dalam konteks Perak (MAIPk). Perkara sebegini boleh diteroka bagi manfaatkan asnaf Al-Gharimin. Selain itu, kertas kerja ini juga turut mencadangkan pinjaman berbentuk Qardhul Hassan diambil daripada keuntungan dividen wang zakat yang disimpan dalam institusi perbankan. Turut disertakan dalam kertas kerja ini adalah model cadangan Qardhul Hassan daripada dividen simpanan zakat. Ini merupakan salah satu inisiatif tidak langsung yang boleh dibawa. Saya yakin dan pasti banyak inisiatif yang boleh diusahakan jika terdapat kajian dan komitmen yang tinggi, Selebihnya pihak berwajib boleh memikul tanggungjawab tersebut.

Kemudian kita lihat juga berkaitan dengan antaranya Masjid Jamek Pengkalan Hulu menjadi bualan contoh pelbagai pihak termasuklah kerajaan dalam projek KEBUNITA dan juga inisiatif menjayakan konsep masjid dalam kebun. Usaha sebegini wajar disokong oleh semua pihak. Katanya difahamkan sembilan buah masjid di negeri Perak telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan program sekuriti makanan menerusi tanaman betik membabitkan peruntukan sebanyak RM86 ribu. Pengarah Pertanian pun ada menyebutkan pelaksanaan program di kawasan seluas 1.7 hektar itu selari dengan usaha Kerajaan Negeri bagi memperluas program bumi hijau selain memperkasa masjid sebagai pusat pengeluaran bahan makanan.

Apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan merupakan usaha yang baik menjadikan sembilan buah masjid di negeri Perak sebagai perintis usaha ke arah sekuriti makanan. Perkongsian ini pada tahun 2024. Persoalan Selama ialah bagaimana status projek rintis tersebut? Adakah mencapai maksud dan kehendak kerajaan untuk menjamin sekuriti makanan secara meluas? Jika itu merupakan projek rintis setelah dua tahun atau pun mungkin lebih projek itu berjalan, bagaimana pula dengan masjid dan SDJ yang lain? Adakah mereka turut mendapat insentif daripada projek tersebut? Jadi soalan-soalan di atas adalah wajar saya utarakan di sini kerana ia berlegar dalam bualan masyarakat khususnya jawatankuasa masjid, SDJ di seluruh negeri Perak dan juga di beberapa tempat dan Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, kemudian saya nak pergi sikit kepada realiti pada hari inilah dalam lapangan yang cukup jelas. Memang kalau kita lihat rakyat banyak yang semakin terhimpit oleh kenaikan tekanan kos sara hidup sementara peluang ekonomi di luar bandar masih tidak berkembang seperti yang kita harapkan. Ramai usahawan kecil, penjaja, pekebun kecil, peniaga kampung kadang-kadang boleh kata pada hari ini sebahagian besarnya bukan kerana minat sangat pun. Tapi kerana itu satu saja peluang yang ada untuk membesarkan anak-anak mereka, untuk menyara keluarga mereka. Namun mereka tersekat di tahap cukup makan, tidak mampu bergerak ke tahap yang lebih tinggi…

Jadi ingin Selama mencadangkan agar dipertingkatkan usaha check KPI setiap bulan. Bagaimana keadaan peniaga-peniaga ini dan yang pertama mungkin menubuhkan satu pusat latihan keusahawanan bergerak yang turun ke kampung-kampung bukan sahaja menunggu orang kampung datang ke bandar, datang ke ofis kita dan tingkatkan kalau dah ada tingkatkan usaha in dan berapa ramai yang telah pun dibantu dengan kita turun ke kampung-kampung yang hanya menjual karipap, yang hanya menjual makanan atau pun untuk kepentingan keluarga untuk menyara keluarga dan mungkin juga boleh mewujudkan satu dana pemula mikrogram khusus untuk usahawan luar bandar dengan syarat yang ringkas, tidak menyusahkan dan tidak menyulitkan sangat dan yang paling penting juga dibimbing oleh mentor. Kadang-kadang kalau tiada bimbingan mungkin menyebabkan mereka akan jatuh buat kali kedua kali ketiga dan kali keempat dan seterusnya. Yang ketiga membangunkan portal pekerjaan negeri yang benar-benar berfungsi dengan data keperluan industri, penempatan latihan industri dan bantuan panduan kerja yang lebih efektif.

Semua ni mungkin kita dah ada tapi mungkin kita kena agresifkan lagi. Bentang laporan dari masa ke semasa tentang bagaimana keadaan yang berlaku ini. Belia kita ni tidaklah malas tetapi peluang tidak sampai kepada mereka. Kita perlu pastikan jurang ini ditutup. Inilah antara persiapan besar yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan. Kemudian…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Selama…

…berkaitan dengan pertanian…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Selama…

…moden daripada…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Minta sikit…

…kepada teknologi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Selama sikit lagi. Menyentuh tentang rangkaian makanan untuk dapat ke kampung-kampung tadi. Jadi keadaan sekarang kita tahu infrastruktur untuk dapat rangkaian makanan itu dah ada kedai runcit kedai apa kan. Patut kita nampak pula perancangan kerajaan pada hari ini buat pula Madani Mart, nak buat infrastruktur tu sahaja memakan belanja lebih kurang 600 lebih million kot. Kemudian di samping itu juga untuk mendapatkan di Madani Mart itu harga lebih murah dia kena subsidi pula. Jadi setuju tak Selama kalau kata RM600 juta ni tadi yang digunakan untuk buat infrastruktur Mart tadi siapa yang untung tak tahulah dan setuju dah untuk mengurangkan harga di Madani Mart ini siapa yang untung tak tahulah di samping menggunakan duit ini kita gunakan untuk meringankan beban-beban orang kampung yang begitu prihatin kepada orang-orang susah di kampung ni kan. Jadi nampak perancangan dia nampak orang susah ada nak cari kesempatan ni setuju tak. Ulas sikit.

Yang di-Pertua

Selama ni ada Tebing Tinggi nak celah sama. Boleh?

… Boleh masuk dalam ucapan saya.

Yang di-Pertua

Tebing Tinggi.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Kejap…boleh?

Yang di-Pertua

Boleh bagi?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih.

MU ke Arsenal?

YB ENCIK ONG BOON PIOW (BERCHAM Ok, apa yang bangkitkan tentang peluang pekerjaan yang berkualiti di mana Selama ada beri untuk kerajaan beri peluang untuk pekerjaan. Jadi ini saya akan bagi satu contoh di mana itu peluang pekerjaan atau peluang perniagaan itu kena ada inisiatif daya maju daripada mereka sendiri. Katakan dulu bila ada kedai VCD, DVD di mana aliran sudah sampai sekarang ada aliran streaming. Kalau kedai VCD, DVD tu sudah lapuk mereka kena transformasi untuk menerima hakikat untuk bertukar wajah. Macam mana. Termasuk jual kedai foto fotografi. Fotografi dulu ada orang pergi cetak gambar. Sekarang tak ada. Sekarang semua simpan dalam handphone saja. Macam mana mereka nak olah. Jadi saya ada nampak ada jurugambar mereka telah berolah untuk buat photobooth atau pun buat jurugambar mana-mana pun boleh. Jadi selaku wakil rakyat kita kena bagi mereka hala tuju lebih

Yang di-Pertua

Ok.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

…positif agar mereka tak selalu salahkan kerajaan kerana saya ini sudah

Yang di-Pertua

Ok…ok Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

…terkeluar daripada aliran tetapi menyalahkan kerajaan pula. Apa pandangan Selama?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Selama…Selama… Selama…

Saya cakap ini realiti yang berlaku di kampung-kampung. Saya cuba nak singkatkan masa dengan saya tak mengulas berkaitan ini. Kalau nak ulas sikitlah. Kalau kampung-kampung ini kadang-kadang mereka tidak ada capaian internet yang meluas. Maksudnya dia kena keluar sampai 30 ke 40 meter satu. Yang kedua hari ini antara perniagaan yang orang ceburi ada orang buat affiliate di Tiktok dan sebagainya. Mungkin mereka belum ada pendedahan itu maksud kena ada mentor maksud saya. Kalau nak berpolitik mungkin saya boleh kona kot berkaitan dengan politik. Saya cerita pasal tak mahu kita sekarang ini kita betul-betul nak fokus bagaimana nak bantu rakyat ini buat dasar yang baik itu sendiri. Yang seterusnya berkaitan dengan pertanian daripada Keranji ada bangun tadi. Pertanian adalah nadi kepada daerah di Negeri Perak termasuk di Selama, Kerian, Perak Tengah. Namun sektor ini masih bergantung kepada kaedah lama sedangkan dunia sudah lama bergerak ke arah automasi dan juga agroteknologi. Kita mencadangkan kepada kerajaan untuk antaranya ialah gunakan drone secara menyeluruh, sensor automasi yang dapat meningkatkan hasil dan mengurangkan kos tenaga kerja bebanan petani-petani ini sendiri. Jadi bila mereka dapat menggunakan itu mungkin dapat membantulah meningkatkan mereka itu sendiri.

Kemudian mewujudkan rangkaian mikro processing hub pusat pemprosesan kecil untuk penghasilan kerepek, sos, jus, serbuk makanan atau pun frozen food. Mengukuhkan rantaian nilai value chain supaya petani tidak terus bergantung kepada orang tengah yang mengambil margin terlalu besar. Orang tengah ni pun kita pun semua maklum berkaitan dengan itu dan menggalakkan agro pelancongan di kawasan desa sebagai pendapatan sampingan kepada penduduk. Jika kita terus jual hasil mentah kita akan kekal dapat untung nipis tapi jika kita jual produk bernilai tambah seluruh ekonomi kampung akan melonjak. Kemudian berkaitan dengan keperluan paling asas…

Selama.

…yang belum selesai-selesainyanya ialah berkaitan dengan infrastruktur.

Yang Berhormat.

Bukan glamor. Tapi asas kehidupan.

Yang Berhormat.

Berkaitan dengan liputan internet.

Tronoh boleh?

Yang di-Pertua

Tronoh nak minta celah boleh? Nanti dulu.

Ok, Tronoh.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Selama kerana memberi ruang. Jadi saya mendengar apa yang disampaikan oleh selama tadi di mana kadang-kadang memang kami tahu ada produk-produk yang boleh dikatakan seperti contoh seperti contoh kalau katakan sepaket gula 1 kilo tu dia naik 20 sen 1 paket tetapi peniaga-peniaga yang ada dekat luar itu dia pula naik secawan kopi 20 sen. Jadi saya ingin tanya apakah pesanan yang ingin disampaikan oleh Yang Berhormat kepada mereka yang katakan mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga? Terima kasih.

Kita tak nafikan dalam tekanan hidup ini ia akan berlaku perkara itu. Terserah kepada bawah Exco lah sekarang ni nama apa, KPDNKK kot untuk memantau itu. Baik yang seterusnya infrastruktur ini bukan glamor tapi dia asas kehidupan. Sampai hari ini ada kawasan di Perak yang masih perlu keluar rumah sampai 30 kepada 50 meter semata-mata nak dapatkan line telefon. Dalam zaman digital ini internet bukan lagi kehendak. Kalau mungkin 5 tahun dulu adalah satu kehendak tapi ia adalah syarat kepada ekonomi moden pada hari ini. Dengan Shopee dengan Tiktoknya orang buat affiliate dan sebagainya. Jadi perlu membantu mereka dengan mempergiatkan lagi antaranya lebih agresif bergerak seperti pemetaan blindspot internet dilaksana dengan begitu agresif. Kerjasama tegas dengan penyedia rangkaian supaya projek menara dan fiber diberi timeline yang jelas dan juga dipantau dari masa ke semasa. Kadang-kadang kita sebut kita selalu komen mereka menaikkan hargalah apalah dan sebagainya. Dalam masa yang sama mereka belum ada pendedahan berkaitan dengan ekonomi moden pada hari ini. Macam mana mereka nak dapat pendedahan ekonomi moden sedangkan capaian internet mereka pun tidak seperti yang ada di kawasan Bercham. Kadang-kadang capaian mereka ni tidaklah seperti di Buntong dan sebagainya. Jadi pertingkatkan. Kemudian rakyat kampung ini

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Selama…Selama.

tidak pun minta dari segi.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Jap, tiga puluh saat saja. Capaian internet itu sekarang ada cara dia untuk capaian bagus. Kita ada Starlink daripada X.

Tau…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Mereka hebat.

Tapi adakah…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Dekat hutan pun boleh dapat.

Ya, kalau pergi tanya daripada kalangan mereka, mereka tidak tahu lagi sebahagiannya. Jadi kita kena agresif, kena perhebatkan. Jangan selalu memberi alasan itu ini dan sebagainya. Kita kena banyak membantu dalam menghadapi persiapan. Yang saya sebut awal tadi iaitu krisis yang bakal mendatang yang kita pun tak tahu macam mana keadaan yang akan datang. Kemudian, rakyat kampung tidak minta apa, lebuh raya walaupun kalau ada lebih baiklah sebab ia melibatkan kos yang terlalu tinggi. Mereka hanya mahukan jalan yang tidak berlubang, yang tidak membahayakan penunggang motosikal. Pagi-pagi ke kebun, jalan ladang. Banyak lagi jalan-jalan ladang yang cukup dhaif. Bolehlah masuk ke kampung-kampung. Saya pun tak tahulah. Macam dulu kita ada MARRIS, MARRIS. Sekarang ini pun mungkin ada lagi Marris dan mungkin boleh membantulah. Cuma saya cadangkanlah program pemulihan jalan komuniti dengan bajet setahun sekali yang khusus, bukan sekadar permohonan adhoc, dibagi kepada daerah ini lima juta, daerah ini lima juta sama je. Sedangkan kalau kita lihat di daerah ini bukan lima juta diperlukan tetapi yang diperlukan adalah RM10 juta contohnya. Daerah ini pula diperlukan bukan RM5 juta, tetapi cukuplah dengan RM2 juta disebabkan dah cukup cantik dan sebagainya. Ini juga membantu ekonomi petani-petani kita untuk merancakkan dan sebagai persiapan untuk kita akan hadapi pada masa-masa yang akan datang. Yang seterusnya...

Yang di-Pertua

Selama, masa dah banyak tambah dah. Saya bagi last 2 minit dan saya tak benarkan mana-mana celahan ya. 2 minit last, ok? 2 minit je, ok.

Macam apa macam ni apa? Hulu Kinta. Perak mempunyai populasi warga emas yang semakin meningkat. Jadi saya hormatlah Dato' Seri Speaker. Perak mempunyai populasi warga emas yang semakin meningkat. Ia bukan ancaman, tapi ini adalah realiti demografi yang perlu kita bersedia. Saya mencadangkan tele-kesihatan diberi keutamaan terutama bagi klinik desa yang kekurangan doktor. Program Pengurusan Kendiri Kesihatan untuk warga emas, senaman, pemeriksaan asas, sokongan pemakanan, menaik taraf klinik desa supaya sesuai dengan keperluan jumlah pesakit yang sebenar. Jadi, kita tidak boleh biarkan warga emas berjalan berpuluh kilometer hanya kerana untuk mendapatkan rawatan asas itu sendiri.

Berkaitan dengan TVET yang berorientasikan keperluan daerah. Saya rasa saya nak tutup dah kot. Tidak semua daerah perlu kursus TVET yang sama. Kita perlu menghentikan template yang disalin page, mana tiba masanya untuk bukan macam contohnya, contoh sebagai contoh Kerian dan Selama fokus pertanian moden. Aquaculture…aquaculture, macam mana melayu dia? Akuakultur? Melayu dia? Dron pertanian. Manjung mungkin boleh fokus pada maritim untuk TVET logistik penyelenggaraan kapal. Kinta mungkin boleh fokus kepada Digital Services, IT, automasi. Hulu Perak mungkin boleh fokus kepada eko-tourism dan pemuliharaan. Ini bukan sahaja meningkatkan peluang pekerjaan. Ia memastikan graduan tidak terpaksa berhijrah lebih jauh semata-mata untuk bekerja. Kemudian, Dato' Speaker...

Yang di-Pertua

Kesimpulannya.

Akhirnya, saya perlu mengatakan perkara yang terus terang. Rakyat semakin menuntut ketelusan. Mereka mahu tahu semua wang mereka dibelanjakan. Kita perlu digitlitasi. Digilitasi penuh perkhidmatan negeri supaya urusan rakyat lebih cepat dan telus. Digital Dashboard, dashboard pemantauan projek negeri secara terbuka termasuk status projek kontraktor dan tarikh siap. Audit prestasi yang menilai outcome bukan sekadar memeriksa akaun. Rakyat tidak mahu laporan yang cantik di atas kertas tapi kosong dari segi impak itu sendiri dan sebagai akhirnya, akhir kata saya menyerulah pada kerajaan negeri agar mengambil serius segala cadangan daripada semua pihak. Bukan sebagai musuh politik tapi sebagai suara semak dan imbang yang cintakan negeri. Kita mungkin berlainan blok, tapi harapan rakyat tetap satu, mahu hidup sejahtera. Harapan rakyat mahu hidup sejahtera, adil dan juga bermaruah. Dato' Seri Yang di-Pertua, seterusnya saya menyokong penuh ucapan ataupun titah Tuanku Sultan Perak. Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada semua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat daripada Selama yang menyampaikan perbahasan yang pada hemat saya agak baik dan seterusnya masa pun lama bagi tu tambahan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, Wassolatu Wassalamu ala Rasulillah saw alla ilaha illallah wa asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. Lahaula wala quwwata illa Billah hilang Ahlil Azim. Dedikasi lagi dihormati Dato' Seri yang di-Pertua Dewan. Manjoi merafak sembah dan menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan yang dikasihi rakyat jelata. Jadi panduan dan juga rujukan kami Ahli-ahli dewan bagi kita membangunkan negeri Perak yang dicintai ini. Yang Berhormat Kota Tampan, Menteri Besar, Ahli-ahli barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri, kepada Ketua pembangkang, semua ahli-ahli dewan negeri yang saya kasihi, rakan-rakan di sebelah kerajaan dan juga pembangkang, kepada para pegawai kerajaan di peringkat persekutuan dan juga kerajaan negeri, kepada para pemerhati dan rakan-rakan media yang saya kasihi dan seterusnya kepada seluruh rakyat negeri Perak dan warga rakyat masyarakat di Dun Manjoi yang saya cintai yang mengikuti perbahasan ini secara langsung pada pagi ini.

Syukur kepada Allah SWT kita dapat berkumpul hari ini dengan nikmat dan ruang yang diberi oleh Allah Ta'ala. Yaumul Jumaah hari Jumaat yang penuh keberkatan ini. Manjoi memulakan dengan perbahasan ini berkaitan dengan Titah Tuanku Sultan yang kita kasihi. Berkaitan dengan peluang pekerjaan di negeri Perak yang perlu di tekankan. Isu utama yang Manjoi ingin bangkitkan pada hari ini ialah berkaitan isu peluang pekerjaan, khususnya fenomena under employment yang semakin membimbangkan di negeri Perak ini. Disebut isu ini berkaitan langsung dengan orang muda juga belia, anak-anak muda negeri Perak dan juga belia di negeri kita.

Hakikat yang perlu kita terima, struktur pekerjaan sedia ada di negeri ini masih didominasi pekerjaan dalam kategori operasional, sokongan operator dan pengeluaran iaitu pekerjaan berkemahiran separa separa semi-skill. Ini menunjukkan ketidakseimbangan antara kelayakan tenaga kerja dengan peluang pekerjaan yang tersedia. Speaker yang dikasihi, kerajaan negeri sering mengumumkan pelbagai projek besar seperti LuMIC, SVTP. Namun, persoalan yang ditimbulkan adakah projek ini telah dimulakan dengan sempurna. Apakah langkah Real Time yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menangani isu peluang pekerjaan yang dituntut oleh anak muda dan belia di Perak ketika ini. Sebagai contoh, kita mempunyai ramai graduan dalam bidang TVET, namun peluang pekerjaan yang ada masih lagi membimbangkan. Peluang pekerjaan yang ada masih menawarkan peluang pekerjaan yang lebih tertumpu pada sektor operasi. Ia perak boleh berbangga sebagai negeri yang yang banyak mengeluarkan graduan TVET. Banyak pusat pendidikan kita yang menumpukan tentang pembangunan TVET ini, tetapi persoalan yang perlu kita lihat ialah bagaimana kerajaan negeri merancang untuk menyalurkan tenaga kerja berkelayakan tinggi ini ke dalam sektor pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan mereka.

Saya juga ingin menyatakan dan juga mempersoalkan di sini, berapakah peratusan sebenar peluang pekerjaan berkualiti yang yang ada di negeri Perak ini? Berapa peratusan sebenar yang ada yang perlu dijawab oleh kita dan apakah peluang ini benar-benar tersedia atau sekadar unjuran di atas kertas. Apa yang kita lihat hari ini, kerajaan negeri terlalu banyak membuat pengumuman demi pengumuman, namun hasilnya masih belum dapat rakyat rasai. Sebagai contoh, Silver Valley Technology Park atau SVTP dan juga LuMIC yang disebut-sebut menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan namun sehingga kini sehingga hari ini tiada perincian jelas dari segi jenis pekerjaan, bidang kemahiran atau kategori tenaga kerja yang diperlukan ataupun projek yang diumumkan ini masih lagi belum di wujudkan ataupun belum ada di negeri kita.

Di tangan saya ini ada rujukan. SVTP, Silver Valley Technology Park bakal bawa pelaburan RM14 bilion, pacu 13 ribu peluang pekerjaan. Sehingga hari ini, saya kira pekara ini masih lagi belum wujud dan banyak berita-berita menggambarkan tentang, tentang pengumuman yang…yang dahsyat ini tetapi anak muda Perak belia masih lagi belum merasai kilang proses mineral dengan kos RM40 juta dibina di SVTP Perak juga hingga kini masih lagi kita tidak kelihatan. LuMIC juga begitu. Kalau tengok laporan LuMIC, LuMIC lonjak pelaburan RM72 bilion. Perak sasar jadi kuasa ekonomi baru. Adakah perkara ini telah pun berlaku? Saya simpulkan isu ini isu besar orang muda belia di negeri Perak menuntut perkara ini dan saya ingin menyatakan di sini, dimanakah peluang pekerjaan yang sebenar yang boleh dinikmati rakyat hari ini dan apakah tindakan konkrit dan bersifat segera yang diambil oleh kerajaan negeri bersama agensi kerajaan negeri seperti Invest Perak bagi menyediakan peluang pekerjaan sebenar atau pun Real Time Jobs kepada rakyat khususnya dalam kalangan graduan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi di negeri Perak kita kini.

Sidang Dewan sekalian, Dato' Seri Speaker dan sidang dewan sekalian. Saya ingin juga bertanya di sini berapa ramai jawatan tersebut diisi oleh rakyat negeri Perak? Jika telah pun ada tempat tersebut, berapa ramai pekerja dari luar negeri atau bukan rakyat tempatan di situ? Adakah migrasi keluar belia dan tenaga mahir Perak masih berlaku dan sektor manakah yang masih terlalu bergantung kepada pekerja luar? Jika pelaburan meningkat tetapi anak muda masih berhijrah ke Pulau Pinang ke Selangor, Kuala Lumpur. Adakah ini menunjukkan gaji yang ditawarkan di Perak masih tidak kompetitif dan adakah kerajaan negeri mempunyai KPI atau retention talent anak Perak bukan sekadar KPI jumlah pelaburan yang diumumkan, diumumkan, diumumkan tapi tidak memberi kesan kepada anak-anak belia, anak muda di Perak. Isu kedua, saya bangkitkan isu berkenaan dengan laporan audit Ketua Audit Negara. Kita semua serba maklum tentang laporan ini. Jika di Parlimen, laporan ini tidak akan boleh dibentangkan jika belum mendapat keizinan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Di Perak ini, laporan ini tidak akan boleh masuk ke Dewan ini jika tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan. Kita semua kena baca laporan ini.

Saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Ketua Audit Negara dan juga Audit Negeri Perak kerana saya tengok satu sistem yang telah pun dibina ini sangat sangat baik kepada kita. Bila saya baca dengan teliti satu persatu surat ini, pelaksanaan e-self audit yang mana audit boleh, boleh melihat memantau kesemua perjalanan tatakelola syarikat-syarikat di bawah negeri dan juga pihak-pihak yang berkaitan dan penemuan audit ini sangat, sangat bagi saya jelas. Kalau kita lihat di sini telah, telah dinyatakan dalam laporan ini penemuan audit berkenaan syarikat diwartakan di Perak telah menemukan telah di.. Telah diaudit 59 syarikat yang diwartakan dan maklum balas yang telah pun kita dapati 53 mengemukakan maklum balas, 6 tidak kemukakan maklum balas, 36 lagi syarikat yang aktif, 17 dormant. Points nya di sini, penemuan audit ini perlu dilihat secara langsung dan perkara ini perlu kita fahami. Bila saya semak satu persatu, Kerajaan Negeri kena melihat pekara ini kerana Kerajaan Negeri mengeluarkan kewangan. Duit yang kita keluarkan untuk, untuk...untuk pihak-pihak yang berkaitan syarikat yang diwartakan ini dan bila mana saya lihat ada isu berkaitan dengan laporan berkenaan dengan IDR.

Kalau sidang Dewan tengok audit yang telah pun dibentangkan ini perkara yang ditimbulkanlah penemuan audit ialah tentang prestasi aktiviti, kemudahan pengurusan aktiviti, tatakelola, kedudukan kewangan. Audit tidak akan keluarkan laporan ini jika tidak ada masalah kepada agensi dan juga kepada syarikat tersebut.

Yang saya bangkitkan di sini ialah bila mana sebut tentang IDR ini saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap kedudukan dan peranan IDR sebagai badan pemikir atau think tank utama negeri Perak. IDR telah disebut dalam laporan audit. Ini menimbulkan persoalan serius berkaitan aspek tadbir urus dan keberkesanannya di sini. Perkara yang ingin saya bangkitkan di sini ialah berkenaan dengan pemberhentian atau perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, CEO sebelum ini yang berlaku secara mengejut.

Persoalannya, apakah beliau meletakkan jawatan secara sukarela atau terdapat faktor lain yang menyebabkan beliau diberhentikan. Mohon pihak Kerajaan Negeri menjawab persoalan tersebut. Jawatan CEO ini bukan jawatan pentadbiran biasa tetapi merupakan individu utama yang merangka dan memacu dasar strategik kerajaan negeri termasuk Pelan Perak Sejahtera 2030. Jika benar perkara ini berlaku, maka ia berikan kesan besar kepada hala tuju negeri. Bagaimana sebuah pelan besar seperti Perak sejahtera 2030 ini dapat kita laksanakan jika pemandu atau pun driver ini telah pun tiada, tidak berada dalam sistem kita. Dia tengah memandu kereta ini tiba-tiba hilang. Keluar daripada kenderaan. Kita yang menumpang ni hilang hala tuju. Disebut selalu oleh Kota Tampan tentang analogi tiang gol yang jelas yang perlu kita tuju dan sekarang ni saya kira perkara ini ibaratkan perkara ini tidak, tidak, tidak dapat kita... Kita lihat dengan jelas yakni kenderaan yang nak dibawa ini menuju destinasi 2030 hari ini menjadi semakin pudar dan sebab itulah Manjoi menyatakan di sini bila ada laporan audit ini, mengapakah terdapat peruntukan yang tidak dibelanjakan sepenuhnya dan mengapa banyak kajian yang terbengkalai dan tidak diterbitkan dan macam mana nak diterjemahkan kepada dasar yang negeri sebutkan?

Kita kena ingat saya sebut ini semua berkait dengan duit kerajaan. Duit rakyat. Kerajaan dah keluarkan duit tersebut. Dana tersebut. Geran tersebut. Negeri dah bagi duit tapi kenapa tidak ada hasil yang baik kepada Kerajaan Negeri dan kepada rakyat negeri ini. Soalan ini timbul di sini ialah apakah sebab sebenar perberhentian atau peletakan jawatan CEO IDR ini? Apakah langkah pembaikan yang telah diambil bagi menangani isu tadbir urus IDR ini selepas teguran audit dibuat dan apakah pelan hala tuju baharu IDR bagi memastikan pelaksanaan Perak Sejahtera 2030 tidak terjejas dan bagaimana Kerajaan Negeri memastikan hasil kajian IDR benar-benar dimanfaatkan dalam dasar dan pentadbiran negeri dan adakah kita masih berada di atas landasan yang betul jika institusi ini atau pun insitusi pemikir utama ini berdepan dengan isu kepimpinan dan tata kelola tentang tadbir urus yang telah ditegur oleh Jabatan Audit ini tidak diambil tindakan oleh kita. Ini bukan cakap kosong daripada saya tapi inilah teguran Jabatan Audit Negara atau pun teguran Ketua Audit Negara terhadap apa yang berlaku di negeri kita. Ketiga, Manjoi ingin membangkitkan isu yang sangat besar...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Manjoi, boleh beri peluang sikit. Sikit untuk topik itu ya. Menyentuh tentang laporan IDR sebab itu pernah dikata Dato' Seri Speaker mengenai dengan laporan kita tak mahu kita bangkitkan laporan dan juga pencapaian sebenar ada perbedaan. Dalam soal ini IDR lah adalah agensi yang bertanggungjawab untuk buat Pelan Perak Sejahtera 2030 dan mengadakan laporan, laporan kemajuan 2030 yang menjadi kebanggaan Kerajaan MADANI turun menerangkan kepada rakyat kita mesti menjual masa depan dan sebagainya tapi persoalan kita sekarang kalau IDR itu sendiri yang merangka perkara ini tidak boleh comply, tidak boleh mengikuti peraturan SOP dan tidak boleh memenuhi peranan itu dan apa expect kita untuk yang agensi-agensi lain yang lebih jauh daripada pentadbiran itu. Minta ulasan sikit.

Terima kasih daripada Semanggol. Ya, Benar. Kalau sebelum ni kita tengok Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Menteri Besar kita dalam mana-mana ucapan dan program beliau, beliau akan membawa nama IDR dan kami juga kerap kali dipanggil untuk mendengar pembentangan tersebut tapi hari ini tiba-tiba pemandu kita hilang. Kita tak tahu ke mana dan apa punca sebenar dan muncul pula laporan audit yang menegur IDR dan perkara inilah sangat penting untuk pembangkang semak imbang perkara ini kerana semua ini melibatkan duit daripada kantung kewangan negeri kita.

Isu ketiga, Manjoi nak bangkitkan isu yang besar ini yang saya perasan tidak lagi disentuh di sini. Isu tidur lambak, isu tidur lambak. Sidang Dewan sekalian, Dato' Seri Speaker saya kasihi, Program Tidur Lambak yang telah dianjurkan di sekitar kawasan Ipoh baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat khususnya melibatkan penyertaan golongan muda dan belia. Jabatan Mufti Perak telah mengeluarkan kenyataan rasmi menasihatkan agar pelaksanaan program seperti ini diteliti semula demi menjaga akhlak serta kepentingan umum masyarakat yakni di negeri kita ini pada orang Islam khususnya. Namun begitu, timbul persoalan besar mengapa program ini masih terus berlangsung walaupun telah wujud pandangan rasmi daripada institusi Mufti sebagai badan yang paling berautoriti, tertinggi dalam hal ehwal agama Islam di negeri Perak kita ini. Adakah kenyataan rasmi tersebut hanya dianggap sebagai pandangan semata-mata tanpa sebarang implikasi terhadap dasar dan tindakan penguatkuasaan yang perlu dibuat? Apakah tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak-pihak lain oleh Kerajaan Negeri, oleh MBI, oleh PDRM, oleh pihak penguasa, Pihak Berkuasa Tempatan. Perkara ini apa tindakan yang yang berlaku? Sebab Manjoi melihat program itu masih lagi berlangsung. Masih lagi berjalan. Sidang Dewan sekalian. Jangan main-main perkara ini.

Ini melibatkan isu, isu sahsiah, isu peribadi, akhlak. Kalau saya check saya dapat kalau tengok dia punya poster pun Dato' Seri Speaker tidur lambak tengok di poster ini pun percampuran lelaki perempuan, pergaulan yang bebas. Bila saya check data yang ada, ciri unik program tiada jalan cerita yang jelas seperti kebiasaan teater. Cuma membawa peserta mengimbau pengalaman, perasaan, emosi dan memori, baring, berehat, rileks, boleh termenung, boleh pejam mata, kadang-kadang tertidur, menjadi suasana sedikit malap, tenang dengan bunyi yang senyap yang sunyi membuat peserta mengalami perasaan. First, janganlah tidur bersama orang asing di ruang sama sehingga berapa minit hilang perasaan tersebut. Seterusnya menjadi kolektif comfort. Program ini berkonsepkan kemeriahan tapi ketenangan dan nostalgia. Isunya, percampuran lelaki perempuan yang tidak terkawal. Isu lebih besar sekarang ni ialah Dato' Seri Speaker, isu yang paling besar Jabatan Mufti telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan acara Tidur Lambak anjuran Tapir Studio pada 27 dan 28 Mac 2026 di Ipoh.

Saya sebut di Ipoh kerana saya duduk di Ipoh. Saya membesar di Ipoh. Saya tengok isu ni, saya tengok masa depan kita. Masa depan belia kita. Masa depan anak tuan-tuan dan puan-puan di sini. Jangan dinormalisasi perkara ini. Kalau dibiarkan orang akan ingat kita tidak serius terhadap perkara ini. Jabatan Mufti dah sebut acara sedemikian perlu kepada penelitian yang saksama dengan merujuk kepada elemen syarak dan adat Melayu agar pelaksanaannya tidak mengundang fitnah terhadap agama Islam serta mengkesampingkan kehalusan nilai akhlak dan budaya umat Islam. Namun, kekhuatiran utama ialah potensi ikhtilat percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram yang dilakukan secara pilihan boleh mengundang sesuatu yang bercanggah dengan syarak. Antara perkara lain yang bakal terhasil sewaktu berlaku percampuran termasuklah kesukaran memelihara pandangan, tersingkap batasan aurat, sentuhan dengan bukan mahram serta perkara-perkara lain yang bercanggah dengan syarak yang amat perlu dielakkan. Jabatan Mufti dah keluarkan kenyataan. Mengapa masih dibiarkan? Mengapa tidak ada tindakan? Kecil sangatkah Jabatan Mufti kita ini? Atau pun kita membiarkan pekara ini, kita anggap benda ni benda yang kecil? Hadirin Sidang Dewan sekalian, bagi Manjoi isu ini isu besar. Biarlah kita mencegah sebelum perkara ini merebak dan mendatangkan masalah.

Baru ni pun kita kecoh isu di Universiti Malaya. Saya sebagai Alumni Universiti Malaya rasa kecewa apa yang berlaku di Universiti Malaya. Kita pun tengok isu tersebut mengecam. Kami Alumni mengecam. Kami tidak diajar begitu di Universiti Malaya. Universiti Malaya melahirkan graduan-graduan yang berpotensi untuk menjaga Negara. Tapi bila ada teater yang kurang lebih macam cerita yang saya sebutkan tadi, akhirnya merendahkan maruah kita, menjatuhkan nilai kita dan ia tidak boleh berlaku di Negeri kita dan di Ipoh ni khususnya. Sidang Dewan yang dikasihi sekalian, saya juga ingin bangkitkan tentang tentang perkara yang berikut. Dato' Seri Speaker, ruang sedikit lagi. Saya harap tadi kita beri penghormatan kepada Jabatan Mufti kerana inilah institusi penting untuk menjaga agama di Negeri kita. Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Keadaan Jabatan Agama Islam Negeri Perak ketika ini amat membimbangkan apabila masih bertumpu di bangunan sewaan dan lokasi yang berasingan. Berbeza dengan Mahkamah Syariah. Saya tengok kita berbangga dengan 2 entiti ini. Kita ada Jabatan Agama Islam Perak dan kita ada Mahkamah Syariah yang telah memiliki kompleks sendiri di peringkat negeri dan hampir setiap daerah ada. Ada bangunan yang tersergam indah.

Hakikatnya, JAIPk tidak mempunyai bangunan sendiri, malah bahagian bahagian seperti penguatkuasaan, pembangunan keluarga, bahagian pengurusan masjid, bahagian pengurusan halal, INTIM. Kalau kita nak pergi ke semua tempat ini, kita kena bergerak. Kita tak boleh duduk di satu tempat. Kita tidak centralized. Tidak ada satu bangunan yang mengumpulkan semua. Kalau kita pergi ke Bangunan Kompleks JAIPk, Kompleks MAIPk memang kita tak dapat semua ini dalam satu tempat. Kalau tuan-tuan nak berurusan tentang penguatkuasaan, tuan-tuan kena pergi ke Jalan Panglima Bukit Gantang, dekat sini. Kalau tuan-tuan nak pergi hal ehwal keluarga tentang tentang nikah, kahwin dan sebagainya, tuan-tuan kena pergi ke Jalan Medan Istana. Kalau tuan-tuan nak pergi ke pengurusan masjid, tuan-tuan kena pergi ke Masjid Negeri. Kalau tuan-tuan nak pergi bahagian pengurusan halal, tuan-tuan kena pergi ke Jalan Labrooy, Taman Pari, Ipoh. Kalau tuan-tuan nak pergi ke bahagian khidmat pengurusan, bahagian dakwah tuan-tuan kena pergi, bahagian pendidikan, tuan-tuan kena pergi ke Kompleks MAIPk.

Persoalan di sini bagaimana sebuah jabatan yang telah ditubuhkan sejak 2 Ogos 1949 dan kini berusia hampir 77 tahun masih belum mempunyai kompleks sendiri sebagai lambang syiar Islam di negeri ini? Sedangkan Mahkamah Syariah yang ditubuhkan kemudian pada tahun 1992 dan berkuatkuasa 1994 telah pun mempunyai kompleks serta kemudahan yang lebih tersusun dan menyeluruh. Kalau boleh kita nak dua-duanya ni bergerak seiring dan bergerak secara bergandingan sebagai syiar yang sangat kita banggakan di Negeri Perak ketika ini. Sampai bila JAIPk perlu terus menumpang di bangunan, majlis atau menyewa premis untuk menjalankan fungsi-fungsi penting di peringkat Jabatan Agama Islam Negeri? Sehubungan itu, Manjoi ingin bertanya apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap pembinaan Kompleks JAIPk dan adakah terdapat dasar jelas untuk mewujudkan pusat operasi yang bersepadu atau pun centralized bagi memperkukuhkan keberkesanan pentadbiran serta memartabatkan syiar Islam di Negeri Perak ketika ini?

Seterusnya Manjoi ingin bangkitkan berkenaan isu arak. Isu arak ini penting. Baru Ini berlaku di negara kita dan yang terlibat ialah orang negeri kita. Orang Batu Kurau, Larut yang telah kembali ke rahmatullah yang telah dilanggar oleh pemandu mabuk. Firstly kita nak faham di sini. Pemandu mabuk ini bukan semua yang keluar daripada pub atau pun kelab. Banyak juga pemandu mabuk ini, mereka yang membeli air arak di kedai-kedai 24 jam, kedai Speedmart, 7-Eleven dan bila berlaku kemalangan, kita dapat bukti dalam kereta itu ada tin arak yang dibelikan di kedai-kedai tersebut. Point saya di sini ialah, sebelum ini Datuk Bandar Ipoh sebelum ini telah menyatakan MBI kaji tambah lokasi kawasan larangan jualan arak di kawasan majoriti Melayu Islam. Terima kasih kepada Datuk Bandar yang telah menyampaikan hasrat yang penting ini dan beliau telah berikan fakta yang jelas. Saya tidak mahu baca di sini, masa sangat singkat. Kemudian disambut oleh Yang Berhormat Kota Tampan, Menteri Besar kita yang kita kasihi. Menyatakan Kerajaan Perak hari ini memberi restu kepada MBI menjalankan kajian terhadap peraturan penjualan minuman keras dalam kawasan pentadbirannya berdasarkan peraturan sedia ada. Hendak diluaskan lagi keluasan tersebut. Kemudian saya juga sambut media dan Manjoi, saya menyokong hasrat MBI dan menyokong seruan daripada Menteri Besar menyatakan pekara ini sangat penting, sangat bagus kerana Gugusan Manjoi telah pun digazetkan kawasan yang tidak boleh dijual arak di kawasan majoriti kawasan orang Melayu. Baguslah nak diluaskan sampai ke Chepor, sampai ke Chemor, sampai ke Meru. Kawasan majoriti orang Melayu.

Di situ ada Speedmart, ada 7-Eleven, ada kedai-kedai 24 jam yang kadang-kadang kita rasa tercalar maruah kita. Cemburunya kita, sedihnya kita, sayunya kita bila melihat anak-anak kita yang Melayu Islam terpaksa bekerja di situ. Mereka pun tak nak pegang botol arak. Mereka pun tak nak jual arak. Sebab kita tau arak ni bukan kira khalil ataupun kazib. Arak ni bukan kira sikit atau pun banyak. Arak ni bukan kira banyak atau sikit. Arak ni walaupun sikit tetap haram bagi kita. Tapi kita memahami undang-undang yang ada. Kita menghormati. Cuma point saya bila mana Datuk Bandar pun dah mencadangkan, MB pun dah bagi restu, kenapa ada suara menghalang perkara tersebut? Saya kecewa bila mana Kepayang yang juga Menteri KPKT terus mengeluarkan statement menyatakan bahawasanya tidak perlu. Tidak ada keperluan untuk diperluaskan kawasan tersebut. Ini satu perkara yang saya kira tidak sepatutnya keluar daripada daripada beliau.

Sepatutnya dengar dulu. Lihat dulu kajian tersebut dan perkara ini dituntut oleh kita dan sangat dikehendaki oleh orang Islam di kawasan kita dan bila ada suara daripada Menteri KPKT daripada Kepayang, maka saya kira mungkin ada, kita tidak boleh jalankan kajian tersebut dan akhirnya apa yang nak dibuat ini tertangguh dan saya kira perkara ini rakan-rakan di luar sana, saya sebut dengan hujah-hujah yang matang, saya sebutkan sebab kan kes inilah pertama, maruah anak-anak Melayu Islam kita semakin tercalar. Yang terpaksa bekerja walaupun mereka tak nak bekerja di situ. Kedua, ialah isu kemalangan maut yang telah mengakibatkan banyak rakyat kita yang terkesan yang meninggal dunia disebabkan pemandu-pemandu mabuk ini. Dato' Seri Speaker, bagi saya ruang terakhir untuk saya bercakap sikit tentang isu orang Manjoi. Last...last Dato' Seri Speaker yang saya kasihi. Untuk orang Manjoi, isu besar saya nak bawa di sini ialah berkenaan dengan cadangan pembinaan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah baharu di kawasan Klebang. Dato' Seri Speaker, saya nak bertanya di sini, adakah Kerajaan Negeri telah berbincang atau pun telah pun memulakan gerak kerja untuk memastikan keperluan adanya tapak bagi tujuan pembinaan kompleks sekolah di kawasan Klebang? Sini ramai mungkin orang di kawasan Klebang. Klebang kita ni tidak ada sekolah menengah. Di kawasan Klebang ketika ini sekolah rendah pun tidak lagi menampung anak-anak kita yang ramai. Tahun depan lagilah. Kita nak ada pelajar-pelajar 6 tahun telah pun masuk sekolah rendah.

Sidang Dewan sekalian, pada masa ini kawasan Klebang tidak mempunyai sekolah menengah. Manakala sekolah rendah dan sekolah menengah berhampiran telah mengalami kepadatan dan kebanyakannya beroperasi secara 2 sesi. Untuk makluman, Dato' Seri Speaker dan Ahli Dewan sekalian, permohonan saya, saya juga mendapat maklumat telah pun ada permohonan pengambilan tanah di Lot 66089 Mukim Hulu Kinta bagi pembinaan Kompleks Sekolah Klebang Mutiara telah dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) Rolling Plan-1, namun tidak berjaya mendapat kelulusan. Bagi Manjoi, Manjoi berpandangan bahawa pemilikan tapak tersebut amat wajar dan mendesak berikutan perkembangan pesat kawasan Klebang yang merupakan kawasan penempatan berskala besar dengan majoriti perumahan kos rendah dan sederhana serta pertambahan penduduk yang berterusan dan Manjoi juga ingin menyatakan di sini bolehkah? Bolehkah Kerajaan Negeri kita reserved tanah untuk tujuan tersebut? Tujuan pembinaan sekolah?

Di kawasan Klebang ini kerana jika kita lambat, tidak boleh kita nafikan. Jika kita terlewat, jika kita terlambat kemungkinan tanah ini boleh terlepas kepada pemaju. Iya saya faham, pemaju juga ada kepentingan untuk bangunan di kawasan kita, tapi pembangunan tentang masa depan anak-anak, tentang sekolah di kawasan Klebang ini yang sangat-sangat dituntut ketika ini. Saya ucap terima kasih banyak kepada Kerajaan Negeri juga kerajaan persekutuan yang telah banyak membantu kami di Dun Manjoi. Saya hargai semua perkara yang telah pun diberikan kepada kami di sini. Cuma saya mewakili rakyat Dun Manjoi merayu di sini supaya dapat kita meningkatkan segala pekara yang telahpun dituntut, disuarakan oleh rakyat dan banyak kepada Dato' Seri Speaker yang selama ini berikan ruang dan peluang kepada kami untuk berbahas dengan sempurna, menyatakan pandangan hasrat kami mewakili rakyat di kawasan kami masing-masing. Mudah-mudahaan segala apa yang saya sampaikan hari ini mendapat keberkatan di sisi Allah Ta'ala dan dipermudahkan segala urusan kita dan mudah-mudahan apa yang saya ucap pada hari ini diambil berat oleh Kerajaan Negeri dan banyak perkara yang telahpun saya disampaikan. Mudah-mudahan Allah memberkatinya dan dengan ini Dato' Seri Speaker, Manjoi menjunjung kasih Titah Tuanku Sultan Perak yang dikasihi. Dengan itu, saya akhiri...

Yang di-Pertua

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat daripada Manjoi yang telah menyampaikan perbahasannya tadi.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

A‘uzubillahi minasyaitanir rajim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillahi rabbil alamin wassolatu wassalamu ala israfil ambia wal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajmain. Salam Sejahtera, Salam Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan, persekutuan dan negeri, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, seluruh rakyat negeri Perak khasnya pengundi di Dun Ayer Kuning. Memulakan kalam bicara, patik dengan penuh takzim merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghful-Lah bersempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Dato' Seri Yang di-Pertua, pastinya Malaysia khususnya negeri Perak kini telah mengharungi lebih enam dekad dalam perjalanan pasca merdeka. Satu rentang masa yang tidak sekadar diukur dengan angka tetapi sarat dengan sejarah perjuangan, pengorbanan serta iltizam kolektif rakyat dalam membina sebuah negara yang berdaulat dan bermaruah. Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam kita mendepani landskap geopolitik yang semakin kompleks dan tidak menentu, keupayaan negara untuk terus berdiri teguh bukanlah satu kebetulan, sebaliknya hasil daripada dasar yang terancang, kepimpinan yang berwawasan serta kesepaduan rakyat yang tidak pernah luntur. Seiring dengan arus peredaran zaman, Perak terus melakar kemajuan yang signifikan merentasi pelbagai sektor daripada pembangunan infrastruktur, pemerkasaan ekonomi hinggalah kepada kesejahteraan sosial pada keseluruhannya, mencerminkan sudah pasti tadbir urus yang semakin matang, responsif dan berdaya saing.

Dato' Seri Yang di-Pertua, namun demikian, kemajuan yang kita kecapi ini tidak seharusnya menjadikan kita alpa kerana di sebalik setiap pencapaian terselit tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan setiap langkah ke hadapan adalah berbentuk inklusif, mampan dan benar-benar memberi manfaat kepada seluruh rakyat khususnya di negeri Perak. Dato' Yang di-Pertua, dalam satu laporan akhbar KOSMO bertarikh 11 Februari 2026, Malaysia membuktikan keunggulannya sebagai antara negara yang memiliki prasarana jalan raya berkualiti tinggi dan tersenarai dalam kelompok yang terbaik di dunia berdasarkan penarafan antarabangsa terkini. Satu pencapaian yang wajar dibanggakan serta menjadi pemangkin kepada kemajuan yang berterusan. Dalam konteks prasarana jalan raya yang berkualiti tinggi ini tidak lagi boleh ditafsirkan sekadar sebagai penghubung jalan fizikal bandar dengan luar bandar, sebaliknya merupakan pemangkin strategik yang menggerakkan pertumbuhan ekonomi, menjamin keselamatan pengguna serta memperkukuh kecekapan rangkaian logistik negeri secara menyeluruh. Kelancaran mobiliti manusia, barangan dan perkhidmatan bergantung langsung kepada kecekapan sistem ini, sekali gus menjadikan antara asas utama kepada kemajuan sesebuah negeri.

Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam kerangka pembangunan moden, prasarana jalan raya harus dilihat sebagai urat nadi yang menentukan denyut ekonomi. Tanpa jaringan yang efisien, selamat dan berdaya tahan, segala perancangan pembangunan walau sebaik mana sekalipun akan terencat dan berisiko menjadi tidak lestari. Justeru, kelemahan dalam aspek ini bukan sahaja akan menjejaskan produktiviti malah membuka ruang kepada risiko keselamatan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat. Menjadikan pelaburan dalam prasarana sebagai satu keperluan yang tidak boleh dikompromi.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Ayer Kuning ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri serta agensi-agensi berkaitan agar memberikan pertimbangan dan tindakan sewajarnya terhadap isu prasarana dalam kawasan ini khususnya yang melibatkan Jalan Tapah - Bidor, Jalan Banir - Pekan Ayer Kuning, Jalan Bidor - Teluk Intan serta Jalan Pekan Ayer Kuning - Kampar yang memerlukan pemasangan dan penambahbaikan sistem pencahayaan demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya. Menurut statistik yang diperolehi dari pihak berkuasa PDRM, didapati bahawa kemalangan jalan raya yang melibatkan haiwan di kawasan Dun Ayer Kuning menunjukkan trend yang agak membimbangkan. Sepanjang tempoh satu tahun dalam tahun 2025 dilaporkan atau direkodkan sebanyak 14 kes. Namun begitu, hanya dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2026, jumlah kes itu telah menyamai angka tersebut iaitu 14 kes termasuklah 2 kematian pada bulan puasa yang lalu. Hakikatnya, setiap kemalangan bukan sekadar statistik yang direkodkan dalam laporan tetapi merupakan tragedi yang meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga dan masyarakat.

Dato' Seri Yang di-Pertua, keadaan ini jelas menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi kejadian sekali gus memberi isyarat bahawa isu ini boleh dianggap semakin serius dan memerlukan perhatian segera. Kawasan Pekan Ayer Kuning - Banir mencatatkan jumlah kes tertinggi dalam kedua-dua tempoh diikuti oleh Temoh dan Tapah Road. Berdasarkan statistik yang dinyatakan, Ayer Kuning rasa bertanggungjawab kerana di sebalik angka-angka tersebut tersirat kisah duka yang tidak terungkap. Kehilangan yang tidak mampu ditebus dengan apa jua nilai. Nyawa manusia itu bukan sekadar angka untuk dihitung, tetapi amanah yang wajib dipelihara dengan penuh tanggungjawab. Justeru itu, kita mestilah memikirkan bahawa isu ini perlu ditangani dengan kesungguhan tanpa sebarang penangguhan.

Sehubungan dengan itu, Ayer Kuning mencadangkan agar KerajaanNegeri bersama agensi-agensi yang berkaitan mempergiat usaha untuk pemasangan lampu jalan solar serta perabot jalan raya di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Selain daripada itu, pendekatan berasaskan teknologi juga boleh dipertimbangkan seperti pemasangan sistem lampu pintar yang hanya beroperasi berdasarkan kepada pergerakan kenderaan. Ini bukan sahaja menjimatkan tenaga, malah meningkatkan kecekapan penggunaan sumber secara lestari.

Dato’ Yang Di-Pertua, dalam masa yang sama Ayer Kuning juga turut menyarankan agar pihak Kerajaan Negeri menggembleng sinergi strategik bersama syarikat berkaitan kerajaan serta pihak korporat melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat, khususnya dalam bentuk penajaan pemasangan lampu jalan di Kawasan-kawasan berisiko tinggi. Pendekatan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen sektor korporat terhadap kesejahteraan masyarakat malah menjadi pelaburan sosial yang memberi impak langsung kepada keselamatan rakyat. Justeru itu, usaha ini tidak boleh dilihat sebagai tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi sebagai satu tanggungjawab bersama yang menuntut penglibatan semua pihak. Persoalannya, bukan lagi sama ada kita mampu atau tidak tetapi sama ada kita benar-benar bersedia untuk bertindak secara kolektif sebelum lebih banyak lagi nyawa yang akan hilang.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, seterusnya Ayer Kuning menjunjungTtitah Tuanku, negara kita sedang berdepan dengan fenomena Hydroclimate Whiplash, iaitu peralihan mendadak daripada musim kemarau yang gersang kepada kejadian banjir yang melampau dalam tempoh yang singkat. Ayer Kuning merasakan bahawa fenomena-fenomena ini bukan sahaja mencabar kestabilan alam sekitar malah berpotensi besar mengganggu kitaran pertanian khususnya di negeri ini. Perubahan cuaca yang tidak menentu ini boleh menjejaskan jadual penanaman merosakkan hasil tanaman serta mengurangkan produktiviti sektor agromakanan, sekali gus memberi implikasi terhadap keterjaminan bekalan makanan negeri dan kesejahteraan para petani. Sehubungan dengan itu, bagi mendepani cabaran fenomena ini, Ayer Kuning berpandangan bahawa pendekatan pertanian konvensional perlu segera ditransformasikan kepada model pertanian integrasi yang lebih berdaya tahan dan adaptif terhadap ketidaktentuan iklim. Pendekatan ini bukan sahaja menggabungkan tanaman ternakan akuakultur secara holistik, malah membolehkan mengoptimumkan sumber secara menyeluruh serta mengurangkan risiko kerugian melalui kepelbagaian hasil dan sistem sokongan yang lebih dinamik.

Sebagai contoh, dalam sektor tanaman sayuran, kita boleh menerapkan teknologi Internet of Things melalui sistem fertigasi pintar yang dilengkapi dengan sensor kelembapan tanah, suhu serta kandungan nutrien yang boleh membuka dimensi baru dalam pengurusan pertanian moden. Kita sedia maklum bahawa melalui teknologi ini, proses pemantauan dan kawalan pengairan dapat dilaksanakan berasaskan data masa nyata, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kaedah konvensional yang dilihat kurang efisien pada waktu ini. Malah, teknologi tambahan seperti dron untuk pemantauan kesihatan, tanaman, sistem ramalan cuaca mikro serta analitik data berasaskan kecerdasan buatan mampu membantu petani membuat keputusan yang lebih tepat responsif terhadap perubahan sekitar. Inilah kenyataan yang terpaksa kita hadapi pada waktu sekarang.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, kita maklum bahawa tanaman seperti cili, tomato, sayur sayuran berdaun atau kita kata dalam istilah yang mudah tanaman kontan, termasuk juga buah-buahan bukan sahaja dapat diurus dengan lebih sistematik malah mampu mengekalkan produktiviti walaupun berdepan dengan tidak ketentuan cuaca yang semakin ekstrem. Pendekatan ini tidak seharusnya terhad pada kawasan tertentu sahaja, sebaliknya perlu diperluaskan secara menyeluruh ke kawasan luar bandar agar jurang teknologi dapat dirapatkan dan sektor agromakanan negara terus diperkasa. Kita lihat dalam konteks global, ada satu syarikat seperti Syarikat Dole Food Company telah memanfaatkan teknologi pintar bagi meningkatkan hasil serta kecekapan operasi membuktikan bahawa pertanian moden kini bergerak seiring dengan teknologi dan inovasi. Lebih signifikan data masa nyata yang diperolehi boleh membolehkan petani membuat keputusan secara berasas berasaskan bukti data driven decision makin. dengan izin sekali gus mengurangkan pembaziran input serta meningkatkan kecekapan pengeluaran. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh daya tahan sektor agromakanan, malah menjadi pemangkin kepada transformasi pertanian moden yang lebih progresif, inovatif, inovatif dan berimpak tinggi di negeri Perak.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Dun Ayer Kuning mempunyai potensi pertanian yang signifikan berasaskan kesesuaian tanah serta kedudukan strategik. Kawasan yang berbukit sesuai untuk di tanam dengan tanaman yang sesuai manakala tanah berpasir bekas lombong berpotensi untuk tanaman kontan, misalnya seperti sengkuang dan ubi keledek. Kita mengalu-alukan supaya kawasan di Dun Ayer Kuning ini boleh diperbesarkan untuk keterjaminan makanan. Dengan penerapan teknologi moden, sistem pemantauan pintar serta amalan pertanian berasaskan data kawasan ini berupaya ditransformasikan bukan sahaja sebagai hub pertanian moden, malah sebagai model rujukan pertanian pintar luar bandar yang lebih efisien, berinovasi berimpak tinggi di peringkat negeri ini kami mengalu alukan.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, seterusnya, kita bersyukur kepada Allah Taala kerana Perak terus melakar kecemerlangan apabila keputusan sijil SPM bagi tahun 2025 menunjukkan peningkatan yang baik berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian ini bukan sekadar angka tetapi cerminan usaha gigih iltizam dan kesepaduan warga pendidikan negeri. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Bak kata pepatah yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang, maka jelaslah kecemerlangan ini lahir dari tekad, disiplin dan kesungguhan seluruh warga pendidikan. Justeru itu, api kecemerlangan ini jangan dibiarkan padam. Biarlah terus menyala menerangi jalan Perak menuju dua Perak Sejahtera 2030. Dato’ Seri Yang Di-Pertua, sekolah-sekolah di Dun Ayer Kuning juga turut mencatat pencapaian yang amat membanggakan dalam subjek TVET seperti nurseri dan reka cipta yang merekodkan hampir 100 peratus keputusan lulus berdasarkan statistik. Ini jelas membuktikan bahawa TVET bukan lagi sekadar subjek sampingan, sebaliknya mempunyai potensi besar sebagai pemacu masa depan pendidikan dan ekonomi. Ayer Kuning komited untuk terus memperkasakan TVET dengan mencadangkan pelaksanaan program jalinan jalinan dan program jaringan dan jalinan strategik yang menekankan pendekatan berteraskan industri yang dipacu permintaan berasas dan konsep kerjasama awam dan swasta. Dalam masa yang sama, pendekatan ini perlu diperkukuh dengan penanda arasan kepada amalan terbaik antarabangsa seperti mana yang dilaksanakan di Jerman agar sistem TVET kita bukan sahaja relevan di peringkat tempatan, malah di setanding dengan piawaian global.

Dato’ Yang di-Pertua, antara inisiatif yang dicadangkan ialah pelaksanaan Programe Adopt A School By Industry dengan izin sebagai sebahagian daripada ekosistem pendedahan-pendedahan industri di samping penglibatan mentor industri macam YB Selama cakap jadikan mentor industri dalam memperkukuhkan elemen pembelajaran berasas berasaskan kerja dan pendedahan dunia sebenar kepada murid. Usaha ini perlu disokong melalui penajaan kelengkapan berteknologi tinggi di sekolah-sekolah bagi memastikan kesesuaian kurikulum selari dengan keperluan semasa industri. Pendekatan ini diyakini mampu merapatkan jurang kemahiran meningkatkan kebolehpasaran serta membina kelompok bakat masa hadapan yang berkualiti tinggi yang kita harapkan. Dalam pada masa yang sama, ia berperanan sebagai jambatan memperkukuh kesepaduan antara dunia pendidikan dengan dunia industri, sekali gus melahirkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi yang bersedia memenuhi keperluan seperti di LuMIC, KIGIP serta pelbagai sektor strategik lain di seluruh Negeri Perak. Lebih daripada itu,

Dato’ Seri Yang di-Pertua, pembangunan di kawasan luar bandar seperti Ayer Kuning perlu dilihat sebagai pemangkin mobiliti sosial dan ekonomi generasi muda dalam era globalisasi kemahiran teknikal bukan lagi terhad kepada pasaran tempatan, sebaliknya membuka ruang dan peluang kepada mobiliti tenaga kerja yang merentas sempadan. Justeru itu, penguasaan kemahiran teknikal yang disokong oleh pensijilan serta penguasaan bahasa yang baik akan membolehkan anak-anak luar bandar khususnya bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga boleh muncul sebagai pemain yang kompeten dalam ekosistem ekonomi global.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, pada akhirnya dalam perbahasan ini, Ayer Kuning telah mengangkat tiga teras utama dalam Titah Diraja berkaitan dengan infrastruktur, keterjaminan makanan dan pendidikan khususnya pendidikan TVET sebagai landasan strategik dalam membentuk masa depan negeri yang lebih tahan bernilai tinggi dan berdaya saing. Harapan agar semua perancangan ini tidak sekadar terhenti di atas kertas tapi bersama-sama kita terjemahkan dalam iltizam yang kukuh serta keikhlasan yang sebenar demi kesejahteraan rakyat. Maka akhirnya gantungkanlah azam dan semangat tinggi setinggi bintang di langit. Namun rendahkanlah hati serendah mutiara di lautan agar setiap kejayaan yang dikecapi tidak memisahkan kita daripada nilai amanah dan tanggungjawab yang dipikul kepada rakyat. Sesungguhnya masa depan tidak hadir dengan sendirinya tetapi dibentuk dan dibeli melalui setiap keputusan yang kita ambil pada hari ini. Hakikatnya, sejarah masa hadapan kita akan menilai setiap langkah dan tindakan yang kita laksanakan sama ada kita sekadar mengurus keadaan atau benar-benar berani mencorakkan perubahan. Janganlah kita jadikan Dewan yang mulia ini sebagai medan retorik yang indah didengar tetapi kosong makna. Sebaliknya, inilah ruang yang menentukan hala tuju dan masa depan Negeri Perak yang kita kasihi. Setiap dasar, setiap perancangan dan setiap tindakan yang digerakkan di sini akan menjadi cerminan kepada wajah negeri pada hari esok.

Dato’ Seri Yang di-Pertua. Ayer Kuning yakin dengan tekad yang tidak berbelah bagi kesungguhan yang berterusan serta kebijaksanaan dalam membuat keputusan Kerajaan Negeri, kita bukan sahaja mampu melakar masa depan yang lebih masa depan yang lebih gemilang tetapi membina legasi yang bermakna untuk kita warisi kepada generasi yang akan datang. Sekian Ayer Kuning mohon menyokong usul Titah Diraja. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Salam Warahmatullah Wabarakatuh. Terima kasih Ayer Kuning. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Chenderoh untuk memulakan perbahasan 20 minit ya, ni second last.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu Wassalamu ala Isrofil Anbia Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam hormat. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang masih kekal di tempatnya, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan, pembangkang, ketua ketua jabatan, pegawai pegawai kerajaan, para pemerhati, rakan rakan media dan seterusnya yang dikasihi seluruh rakyat kerajaan Negeri Perak.

Sebelum memulakan perbahasan hari ini. Chenderoh ingin merafak sembah dan menjunjung kasih dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, yang telah menyempurnakan Titah Diraja dengan jayanya bersempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas baru baru ini.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, pada hari ini, Chenderoh akan membawakan perbahasan bagi menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Tuanku Sultan Perak, dengan tema perbahasan Sejahtera Perak Menjelang 2030. Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebelum memasuki point-point utama perbahasan pada hari ini izinkan Chenderoh untuk mengungkap kembali intipati dan perincian Belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada tahun yang lalu. Perkara ini penting bagi memastikan seisi Dewan memahami kegusaran dan apa yang bermain di fikiran saya. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan sejumlah RM1.61 billion sebagai belanjawan negeri bagi tahun ini dari angka belanjawan tersebut sejumlah RM1.518 diunjurkan sebagai hasil akan diperoleh oleh Kerajaan Negeri Perak bagi digunakan untuk berbelanja tahun ini dengan pecahan hasil cukai RM691 juta, hasil bukan cukai RM559 juta, terimaan bukan hasil RM230 juta, terimaan pembangunan RM38 juta.

Dato Seri Yang di-Pertua, dari angka-angka hasil yang saya sebutkan tadi hasil yang berada dalam kategori terimaan bukan hasil dan terimaan pembangunan adalah bergantung kepada serahan dan komitmen daripada pihak Kerajaan Persekutuan. Angka ini dijumlahkan akan menjadi RM268 juta bagi hasil Kerajaan Negeri yang akan digunakan untuk belanja mengurus dan pembangunan negeri bagi tahun ini. Dalam pada masa yang sama, kita menyaksikan konflik yang tidak berkesudahan di Asia Barat yang kini memberi kesan ketara langsung kepada ekonomi negara. Sekatan laluan perdagangan di Selat Hormuz telah memberi kesan mendalam kepada rangkaian bekalan dengan izin supply chain kepada bekalan bahan api seperti petrol dan diesel. Malaysia juga tidak terkecuali terkesan dari konflik ini dengan jumlah bekalan yang terjejas dan peningkatan kos bagi bahan api ini. Kementerian Kewangan melaporkan bahawa kesan rantaian ini menyebabkan pihak Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung peningkatan kos subsidi daripada RM700 juta ke RM6 bilion sebulan, sebagai langkah mitigasi, Kerajaan Persekutuan telah mencatu jumlah bahan api petrol bersubsidi untuk rakyat melalui Budi 95 kepada hanya 200 liter sebulan serta mengapungkan harga petrol dan diesel tanpa subsidi dengan harga yang tidak masuk akal. Pemimpin yang dulunya mempunyai seribu satu formula penyelesaian harga bahan api petrol dan diesel untuk rakyat kini hanya mampu memberi seribu satu alasan. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan ini konon-kononnya, 200 liter kuota Budi 95 tersebut cukup. Saya percaya mereka mereka juga sedang menyedapkan hati mereka sendiri.

Hakikatnya, kebanyakan mereka juga sebenarnya terasa dengan pelaksanaan kuota ini. Bagi saya dan rakyat kawasan saya, kami merasakan kuota ini sangat membebankan lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja secara jarak jauh dan berkeperluan bergerak-gerak. Sebelum ada yang bangun bertanya? Jadi apa solusi pihak kerajaan? Jawapan saya cukup mudah. Hadkan jumlah eksport minyak mentah dan gas yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia dan Borneo untuk digunakan bagi keperluan dalam negara buat sementara waktu. Perkara ini dilakukan oleh Kerajaan

Brunei, Kerajaan Qatar dan beberapa negara. Jangan katakan bab implikasi undang-undang atau kekangan perjanjian. Semua ini ada dengan izin exit clause untuk digunakan. Cukuplah hal ini di situ. Berbalik kepada kesan kepada kantung kerajaan disebabkan masalah belanja luar jangka yang digunakan untuk menampung kos dan subsidi bahan api tadi angkanya begitu tinggi. Chenderoh secara peribadi melihat pihak Kerajaan Persekutuan akan mengkaji semula perbelanjaan mereka serta sudah pasti akan membentangkan belanjawan tambahan pada pertengahan tahun ini.

Dato' Seri Yang di-Pertua, yang menjadi benar-benar kegusaran buat Chenderoh adalah, adakah kemungkinan angka yang menyumbang kepada RM268 juta kepada hasil Kerajaan Negeri Perak yang akan digunakan untuk belanja negeri pada tahun ini akan terjejas kerana dalam fikiran saya dalam keadaan kantung Kerajaan Persekutuan yang semakin menipis, sudah pasti penyaluran peruntukan Persekutuan kepada negeri melalui terimaan bukan hasil dan terimaan pembangunan akan berkurang. Jika perkara ini berlaku, apa langkah atau mitigasi yang akan diambil oleh kerajaan negeri Perak? Adakah Kerajaan Negeri akan mengurangkan belanja mengurus yang berjumlah RM1.045 billion atau belanja pembangunan yang berjumlah RM568 juta. Fokus belanjawan yang mana yang akan dikorbankan? Kesejahteraan rakyat? Tadbir urus projek projek negeri? Pembangunan modal insan belia? Kelestarian alam ataupun keterjaminan makanan? Perkara ini perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh Kerajaan Negeri dalam sidang kali ini. Chenderoh dan seisi Dewan ingin benar-benar tahu langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri.

Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam menghadapi cabaran ekonomi, pembangunan dan sosial hari ini terutamanya yang sedang dihadapi ketika ini dan saat ini iaitu konflik geopolitik antarabangsa dan dalam negeri. Negeri Perak sepatutnya bersatu hati memikirkan masa depan negeri. Pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan hari ini konflik geopolitik antarabangsa yang memberi kesan ekonomi dan sosial khususnya di negeri Perak sepatutnya mengajar kita semua sebagai pembuat dasar untuk menjadi lebih kreatif. Pendapatan negeri sepatutnya boleh dipelbagaikan dengan pelbagai cara dan mempunyai ekonomi atau dengan izin economical sustainable tanpa meletakkan kebergantungan yang tinggi kepada sumbangan peruntukan dari Persekutuan Malaysia khususnya Negeri Perak mempunyai banyak kelebihan dari segi geografi dan alam sekitar. Kita mempunyai keluasan tanah yang luas, isi tanah yang subur, garis laut yang panjang, jumlah sungai dan tasik yang banyak dan luas serta bermacam-macam kelebihan lagi. Dari itu, Chenderoh ingin mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan pendapatan negeri berasaskan alam sekitar. Sebagai contoh, Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) yang telah diluncurkan pada awal tahun lalu tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada taman industri berasaskan teknologi hijau untuk membangunkan tapak industri elektrik dan elektronik bagi penghasilan peluang pekerjaan pon boleh.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Chenderoh mohon mencelah.

Boleh.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok boleh ya? Terima kasih Dato' Seri Speaker. Terima kasih Chenderoh. Apabila Chenderoh memperkatakan tentang perbelanjaan Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri dalam situasi sekarang, kita mesti memastikan. Chenderoh setuju tak dengan saya, kita mesti memastikan rakyat negeri Perak ini berbelanja. Berapa duit ada pun kena supaya putaran kewangan itu berlaku. Setuju tak Chenderoh? Projek-projek kerajaan pusat yang berlaku di negeri Perak sepatutnya Kerajaan Negeri kena ada kuasa juga mengawal. Contoh Highway WCE, dah siap kan? Saya difahamkan kontraktor tempatan dilibatkan pembekal pasir. Apa MB Inc. ke apa dapat bekalkan supaya duit tu berlegar dalam negeri. Yang saya nak sentuh sangat ni sebab KIGIP di kawasan saya. Saya difahamkan pemaju utama Sime Darby daripada pusat. Genggam tak tiris. Saya tak mahu pembekal siapa sahaja kontraktor yang terlibat mesti kita dahulukan GLC negeri dan juga kontraktor tempatan. Baru duit tu berlegar di kawasan kita. Jadi setuju tak Chenderoh? Kerajaan Negeri kena ada share dalam projek Kerajaan Pusat yang berlaku di kawasan kita.

Saya setuju dengan Alor Pongsu dan izin masuk dalam ucapan saya. Dato' Seri Yang di-Pertua saya sambung balik berkenaan, KIGIP tadi. Tidak sepatutnya kita tertumpu kepada industri berasaskan teknologi hijau sahaja. Kerajaan Negeri sepatutnya turut berkolaborasi melalui anak-anak syarikat negeri seperti Perak Corporation Berhad atau Invest Perak dalam mempunyai pegangan tertentu dalam industri yang ingin dibangunkan. Kerana berdasarkan pemahaman Chenderoh, segala aktiviti industri E&E tersebut hanya melibatkan beberapa syarikat swasta. Pada waktu yang sama tapak industri ini boleh dan perlu digunakan sebagai kawasan penuaian tenaga boleh baru atau dengan izin Renewable Energy Harvesting. Begitu juga seperti mana dalam intipati Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang telah menzahirkan bahawa sejumlah hampir 630 tan pelepasan karbon dioksida atau dengan izin carbon dioxide emission berjaya dikurangkan. Bayangkan jika pengurangan tersebut dapat didagangkan.

Sebenarnya ini adalah kaedah kreatif yang Chenderoh ingin cadangkan melalui dengan izin Energy Harvesting dan Carbon Emission Reduction ini pihak kerajaan boleh menjana pendapatan yang tinggi untuk negeri dengan izin Energy Trading & Carbon Trading adalah jawapannya. Penghasilan lebihan tenaga melalui jana hidro elektrik, ladang solar dan bermacam lagi jenis penghasilan tenaga boleh dijual kepada syarikat pembekal tenaga seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kegunaan domestik. Begitu juga dengan Carbon Emission Reduction. Pengurangannya dapat didagangkan di Bursa Carbon Exchange dengan izin dari kedua-dua mekanisme perdagangan ini Pihak Kerajaan Negeri sudah pasti dapat menjana pendapatan tambahan buat negeri. Maka Chenderoh berharap cadangan ini sedikit sebanyak dapat dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri demi masa depan dan kelestarian alam di negeri Perak. Tambahan pula, cadangan ini bersesuaian dengan fokus keempat Belanjawan 2026 Negeri Perak iaitu kelestarian alam sekitar dan bertepatan dengan prinsip ketiga Perak Sejahtera 2030 iaitu Kelestarian Penggunaan Sumber & Alam Semula jadi.

Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam menyasarkan peningkatan pendapatan serta pembangunan sumber manusia, pihak Kerajaan Negeri telah mengangkat TVET sebagai salah satu kerangka dalam pelaksanaan Misi Perak Sejahtera 2030 yang selari dengan dasar TVET negara. Dasar ini sedikit sebanyak telah mencorak dasar pendidikan negara yang baru di negeri Perak. Usaha ini juga begitu jelas dengan peranan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) yang melaksanakan pelbagai kursus, latihan TVET dan kerjasama industri serta peranan negeri yang telah disasarkan menjadi hab TVET utama negara dan dengan memperkasakan institusi latihan teknikal di bawah koridor TVET negara. Chenderoh secara peribadi menyokong usaha ini. Namun begitu, Chenderoh ingin menyuarakan satu pandangan berkenaan dengan fokus terhadap usaha ini. Chenderoh risau fokus yang terlalu tinggi dan kuat kepada aliran TVET ini pada suatu tempoh akan menyebabkan keinginan anak-anak muda dan generasi mendatang terhadap kursus professional akan berkurangan secara drastik.

Tambahan pula, berdasarkan pemerhatian Chenderoh dasar TVET negara yang secara tidak langsung membentuk dasar pendidikan negara yang baru ini tidak bergerak seiring dengan usaha pelarasan gaji minima di peringkat kerajaan Persekutuan. Bermula Ogos 2025, gaji minima diletakkan pada kadar RM1700 sebulan. Persoalannya adalah adakah pelarasan gaji minima ini terpakai untuk ke semua peringkat pekerjaan sama ada profesional dan kemahiran? Sebagai contoh, adakah lepasan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 & 3 serta Diploma Kemahiran Malaysia di IKM, tahap 4 serta Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia di IKM. Tahap 5 serta Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Selepas tamat pengajian dan latihan, ke semuanya diletakkan dengan gaji asas permulaan RM1700 sebulan. Mungkin bagi sesetengah syarikat dan industri, perkara ini adalah suatu aturan tidak bertulis atau dengan izin unwritten rules. Tapi bagi sesetengah majikan, perkara ini adalah kesempatan yang perlu diambil bagi menekan sumber manusia serta mengaut keuntungan yang berlebihan melalui tenaga buruh yang murah. Budaya seperti ini tidak baik, maka Chenderoh mencadangkan dasar TVET negara, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Pendidikan Tinggi Negara perlu memberi garis panduan yang jelas dalam garis panduan pelarasan gaji minima negara. Saya sedia maklum ini adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan tetapi pihak Kerajaan Negeri boleh menyuarakan pandangan ini selaras kepentingan negeri melalui Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Chenderoh juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia dapat melaksanakan program pendidikan perburuhan kepada majikan dan pemain industri di Negeri Perak. Program pendidikan perburuhan ini dapat merangkumi pemahaman kepada penguatkuasaan Akta Kerja 1995, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990, Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda 1966 dan perintah gaji minima. Mengapa pada hemat Chenderoh program pendidikan ini penting kerana pemahaman dan pematuhan inilah yang akan mewujudkan suasana dan ekosistem pekerjaan yang kondusif buat tenaga kerja profesional dan berkemahiran tinggi yang ingin bekerja di Negeri Perak. Di negeri-negeri lain, program seumpama ini telah dilaksanakan secara meluas. Sedikit sebanyak ia membina ekosistem pekerjaan yang meyakinkan. Perkara ini sangat penting bagi mengelakkan dari Negeri Perak kehilangan tenaga profesional dan berkemahiran tinggi ke negeri-negeri yang lain.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Chenderoh juga ingin mengambil kesempatan yang ada dalam ruang perbahasan ini untuk mengangkat beberapa isu di kawasan Chenderoh bagi pihak, bagi pemerhatian pihak Kerajaan Negeri Perak. Pertama sekali berkenaan isu air. Saya, Chenderoh sangat kecewa, yang teramat sangat tentang isu air ini dengan Kerajaan Negeri. Daripada tahun pertama, tahun pertama sidang pertama saya diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Chenderoh saya telah suarakan isu air yang mana kita cerita tentang kampung yang tiada sumber air bersih, kampung yang ada masalah tekanan air bersih. Tapi hari ini ketika awal sambutan Syawal baru-baru ini, kawasan Chenderoh khususnya di Mukim Cegar Galah, 13 kampung mengalami masalah ketiadaan air. Ini berlaku disebabkan pengambilan air secara haram oleh pengusaha-pengusaha pekebun durian musang king. Tapi alhamdulillah selepas seminggu ketiadaan air, pihak LPSA telah melaksanakan tugasnya di mana dah selesai isu ini dan saya harap pihak Kerajaan Negeri selepas ini lebih cakna berkenaan isu-isu air buat kali ini kena di Chenderoh. Seminggu raya tak ada air. Harap-harap harapnya tidak kena lah dengan kawasan lain.

Alhamdulillah, juga dengan Enakmen 18 yang telah diluluskan tahun lalu telah dikuatkuasakan oleh Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak, Chenderoh ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada LPSA kerana berjaya bertindak dengan sangat baik dan Chenderoh berharap Kerajaan Negeri membuat satu usaha agar enakmen 18 ini diwar-warkan secara meluas kepada pengusaha-pengusaha yang menggunakan air. Dalam pada itu, Chenderoh juga ingin meminta Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja dan Polis Diraja Malaysia untuk memantau dan memeriksa aktiviti-aktiviti kebun, kebun pertanian berskala besar ini. Meskipun aktiviti pertanian adalah sah tapi pematuhannya sudah pasti menjadi tanda tanya kerana alang, kerana pemantauan untuk air ini pun lama tak ikut, untuk yang lain apatah lagi. Saya harap pihak Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan dan juga mengadakan siasatan.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Chenderoh seterusnya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri kepada keperluan peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih cerun di Jalan Negeri A157 Temong-Chenderoh, Seksyen 5.2 yang berisiko runtuh atas kerapuhan struktur cerun itu sendiri. Urusan…urusan ini perlu disegerakan kerana keadaan struktur tersebut dilihat rapuh yang pada bila-bila masa kemungkinan akan runtuh jika tiada tindakan segera diambil. Begitu juga, saya ingin memohon agar pihak Kerajaan Negeri dapat melakukan kerja-kerja menambah lampu solar di jalan, menambah lampu solar dan mengecat semula garisan jalan yang sedia ada di Jalan Negeri A11, A168 dan A157 di dalam Dun Chenderoh. Chenderoh juga mohon agar sebahagian daripada peruntukan RM600.2 juta peruntukan MARRIS dapat disalurkan untuk kerja-kerja ini.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Chenderoh, satu lagi saya nak celah ni. Terima kasih Chenderoh. Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Chenderoh banyak menekankan sebagai orang muda. Sebut banyak kali TVET, TVET, TVET. Saya tengok, setuju tak Chenderoh dengan saya, bila kita, semua pihak macam ada sindrom di Malaysia ni. TVET, agensi ni nak buat TVET, agensi ni nak buat TVET. Jadi kawalan dia menjadi longgar. TVET, TVET, TVET tinggal VET, VET, VET sampai ke daerah tinggal ET. Saya berani sebut sebab satu-satunya kolej swasta yang menjalankan TVET di Dun Alor Pongsu tepi KIGIP dah naik lalang. Dalam sidang yang lepas, saya tanya Exco macam mana dengan yuran, macam mana dengan bantuan pada pelajar ni. Coming soon, coming soon. Sekarang dah naik lalang. KIGIP coming. Jadi setuju tak dengan saya Chenderoh TVET ni sepatutnya satu centre, satu control besar tu je buat. Tak payahlah semua orang nak buat TVET sebab semua tengok TPM jadi Pengerusi TVET, agensi ni nak VET, VET, VET. Banyak sangat jadi longgar kawalan dia. Terima kasih.

Terima kasih Alor Pongsu. Saya setuju dengan Alor Pongsu dan masukkan dalam sebahagian ucapan saya. Dato’ Seri Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung semula permintaan saya tadi. Saya ingin mohon agar sebahagian peruntukan MARRIS, RM627 juta dapat disalurkan sedikit sebanyak untuk kerja-kerja ini.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, seterusnya, Chenderoh ingin bertanya di dalam Dewan yang mulia ini berkenaan cukai taksiran atau cukai pintu. Adakah pihak berkuasa tempatan menggunakan hasil kutipan cukai itu sebaiknya. Hal ini kerana Chenderoh menerima banyak aduan daripada pengusaha perniagaan di kawasan Chenderoh di Kota Lama Kiri dan juga di Jamon yang menyatakan bahawa perkara asas seperti kutipan sisa sampah berjadual tidak dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan. Jika benar tentang apa yang diadakan Chenderoh, mohon penjelasan daripada pihak yang terlibat supaya perkara ini dapat diselesaikan dan kesejahteraan rakyat dapat dijamin.

Begitu juga dengan isu capaian jalur lebar di kawasan Chenderoh. Sangat tidak memuaskan. Tahun lalu, Chenderoh telah memohon agar Yang Berhormat Exco dari Tualang Sekah untuk membantu menyelesaikan isu ini. Yang Berhormat Exco juga telah mengarahkan MCMC turun padang untuk melihat dan menyelesaikan isu ini tetapi sehingga ke hari ini pihak yang pihak saya tidak menerima sebarang kehadiran pihak MCMC untuk meninjau dan membantu menyelesaikan hal ini. Jadi saya mintalah Yang Berhormat Exco untuk sekali lagi ambil berat tentang isu ini. Capaian internet ini. Capaian internet juga, sepatutnya saya tak perlu bangkitkan isu capaian internet ini pada tahun 2026 ini. Kita bergerak ke Perak Sejahtera 2030 tapi internet pun masih bermasalah. Dato’ Seri Yang di-Pertua, akhir sekali, Chenderoh ingin sekali lagi mohon maafkan jika salah tapi,

Yang di-Pertua

Simpulkan. Kesimpulan.

Akhir sekali, Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin mohon sekali lagi maafkanlah jika saya salah. Tapi saya rasa dalam Negeri Perak ini, Dun Chenderoh sahaja tak ada dewan serbaguna, tak ada padang awam untuk kegunaan rakyat tempatan. Maka jika ada ruang untuk dimasukkan permohonan ini, saya dengan rendah diri, rendah hati memohon Kerajaan Negeri dah empat tahun saya minta ini. Tolonglah adakan di Chenderoh ini. Langsung tak ada kan. Perak 2030, Chenderoh tak ada dewan serbaguna langsung. Nak buat kenduri dewan terbuka, nak buat program dewan terbuka. So, saya mohon Kerajaan Negeri tolonglah bantu kami di Chenderoh.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, akhir kalam, Chenderoh ingin mengajak seisi Dewan ini untuk sama-sama kita hayati dan menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak secara menyeluruh dan sama-sama kita menadah tangan agar negeri ini dilimpahi rahmat dikurnai keamanan, dianugerahi kemakmuran serta rakyatnya diberkati Ilahi dengan taufiq dan hidayah sepertimana yang dipohon baginda dalam titah penutup. Dengan itu, Chenderoh menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Sekian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam wbt. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Chenderoh. Sekarang saya menjemput pembahas yang terakhir iaitu Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk memulakan perbahasan. 20 minit dipersilakan.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Terima kasih YB Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya harap saya boleh ringkaskan perbahasan saya memandangkan hari ini adalah hari Jumaat yang mulia. Salam Perak Sejahtera, Salam Madani, Salam Perpaduan dari saya selaku Ahli Dewan Negeri Malim Nawar. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat Exco dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri, para pengamal media, rakan-rakan yang sedang mengikuti sidang Dun Perak ini di atas talian, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Tenang beralun air di muara, Jernih mengalir tanpa bersisa, Hamba berdiri penuh bicara, Mengangkat amanah rakyat dengan setia.

Dengan penuh rasa rendah hati dan setulus jiwa, izinkan Malim Nawar membuka bicara dengan lafaz syukur atas limpah kurnia dan perkenannya untuk rakyat dan negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta kerana kita dapat bersidang di Dewan yang mulia ini. Malim Nawar ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas ruang yang diberikan untuk terus turut berbahas Titah DiRaja bagi sesi sidang Dewan Negeri Perak pada hari Jumaat yang mulia ini.

Malim Nawar dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas pada 14 April 2026 yang bukan sahaja sarat dengan hikmah bahkan menjadi kompas yang jelas dalam mengemudi hala tuju negeri menghadapi cabaran semasa yang semakin mencabar. Malim Nawar menyokong penuh hasrat mulia Tuanku Sultan di mana sesungguhnya Titah Tuanku telah mengingatkan bahawa dalam menghadapi ketidaktentuan global, khususnya krisis tenaga, tekanan kos sara hidup dan risiko ekonomi negeri tidak boleh bersikap pasif, sebaliknya perlu bertindak secara proaktif dan berstrategi. Dalam pada masa yang sama, Tuanku turut juga menegaskan bahawa pembangunan mesti berpaksikan kelestarian alam di samping memperkukuh keterjaminan makanan serta usaha pembasmian kemiskinan agar tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan. Maka jelaslah bahawa titah Tuanku bukan sekadar seruan tetapi satu panduan yang menuntut tindakan yang berani, berhemah dan berpandangan jauh. Demi memastikan kesejahteraan negeri dan kebajikan rakyat terus terpelihara Dirgahayu Tuanku.

Puan Timbalan Speaker, saya terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Majlis Daerah Kampar atas kejayaan diiktiraf sebagai Smart City Early Adopter oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kejayaan ini bukan sekadar gelaran tetapi bukti komitmen Majlis Daerah Kampar dalam mengadaptasi teknologi bandar pintar. Lebih membanggakan, satu Pusat Operasi Bersepadu Integrated Operational Centre, IOC kini telah pun beroperasi di daerah Kampar. Pusat yang menjadi nadi operasi keselamatan awam, pengurusan bencana dan pemantauan aset melalui analitik data ini adalah langkah proaktif dan positif. Namun dengan kejayaan MDKpr sebagai Early Adopter, saya dengan rendah hati memohon Kerajaan Negeri memberikan peruntukan khas kepada PBT yang telah menerima pengiktirafan Early Adopter sebagai persediaan untuk melangkah ke peringkat seterusnya iaitu Developing Smart City. Peruntukan ini penting untuk menaik taraf prasarana digital melatih petugas tempatan dan melaksanakan projek-projek rintis ke arah Developing Smart City kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Setiap peruntukan yang disalurkan hari ini akan menjadikan Perak sebagai negeri pintar yang disegani.

Timbalan Yang di-Pertua untuk meneguk ilmu boleh juga belajar daripada kejayaan negeri lain. Negeri Johor telah membuktikan bahawa semua PBT di negeri mereka telah mencapai pengiktirafan Smart City Early Adopters pada tahun 2025. Malah, Majlis Bandaraya Johor Bahru sudah pun bergerak ke peringkat Developing Smart City. Saya yakin Perak juga mampu bahkan boleh mencorak kelainan tersendiri. Dengan adanya pusat operasi bersepadu yang telah beroperasi di Kampar dan lain-lain PBT di Perak. Kita sudah mempunyai tulang belakang yang kukuh yang diperlukan hanyalah kesinambungan politik dan kewangan. Marilah kita bersama-sama Kerajaan Negeri, PBT dan wakil rakyat berganding bahu merealisasikan visi negeri Pintar. Insha Allah. Kualiti hidup rakyat akan meningkat. Negeri Perak akan terus maju.

Timbalan Yang di-Pertua. Dalam menelusuri zaman yang semakin diuji dengan gelora perubahan iklim. Malim Nawar menjunjung tinggi titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang memperingatkan bahawa alam ini tidak lagi mampu menanggung kezaliman manusia. Bumi ini bukan sekadar hamparan untuk diteroka. Tetapi amanah yang perlu dipelihara demi generasi mendatang. Maka pendekatan pembangunan tidak lagi boleh bersifat rakus. Sebaliknya mesti berteraskan keseimbangan dan bertanggungjawab. Sehubungan itu, Malim Nawar mencadangkan agar tanah dan kolam milik kerajaan di kawasan ini diangkat sebagai Zon Keterjaminan Makanan Bersepadu Malim Nawar yang menggabungkan pertanian komuniti, akuakultur air tawar serta penglibatan golongan B40 atau B40 dan miskin tegar agar tanah yang terbiar dapat dihidupkan sebagai sumber rezeki dan harapan. Dalam pada masa yang sama, Malim Nawar menyambut baik usaha Kerajaan Negeri mengenal pasti tanah milik Kerajaan sebagai bank tanah bagi membuka ruang kepada golongan belia menceburi pertanian moden. Pendekatan ini amat signifikan dalam mengatasi kekangan akses tanah. Apatah lagi dengan penerapan teknologi seperti fertigasi, hidroponik dan automasi yang mampu menjadikan sektor ini lebih produktif dan berdaya saing. Perkembangan di daerah Kampar turut menunjukkan potensi yang memberangsangkan apabila sebanyak 65 kelulusan lesen menduduki sementara telah diberikan pada tahun 2025 melibatkan lebih 100 hektar bagi aktiviti pertanian dan akuakultur.

Manakala hampir 200 permohonan diterima pada tahun berikutnya. Ini membuktikan bahawa apabila peluang dibuka dan disokong dengan perancangan yang rapi, tanah mampu menjadi sumber rezeki yang dinamik. Bukan sekadar aset yang terbiar. Tambahan pula, inisiatif seperti pembangunan Kompleks Sekuriti Makanan iGROW serta pewartaan kawasan Rizab Sekuriti Makanan di Kampar. Melihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh daya tahan makanan. Maka cadangan Zon Keterjaminan Makanan bersepadu ini bukan sekadar idea setempat tetapi kesinambungan strategik yang mampu menyelaras, memperkukuh dan memaksimumkan potensi sedia ada demi kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, apabila dasar yang dirangka bertemu dengan pelaksanaan yang tepat dan pelaksanaan itu menyentuh keperluan rakyat di peringkat akar umbi, maka di situlah lahirnya pembangunan yang bukan sahaja lestari tetapi benar-benar memberi makna kepada kehidupan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua, dunia hari ini sedang berdepan krisis tenaga global yang bukan sahaja menggugat kestabilan ekonomi, malah memberi tekanan langsung kepada kehidupan rakyat. Kenaikan kos bahan api, ketidaktentuan geopolitik serta gangguan rantaian bekalan telah mencipta satu realiti baharu yang menuntut tindakan yang lebih bijaksana dan berstrategi. Seperti yang telah dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri tidak boleh bersikap pasif sebaliknya perlu tampil dengan langkah yang proaktif dan berpandangan jauh dalam mendepani cabaran ini. Sehubungan itu, Malim Nawar dengan hasrat keprihatinan mohon mencadangkan agar satu sidang khas belanjawan tambahan diadakan dengan tumpuan kepada keterjaminan makanan, sokongan kepada perindustrian, perusahaan industri kecil, sederhana serta kebajikan golongan B40 dan M40. Dengan rekod lebihan belanjawan negeri, maka sudah tiba masanya hasil tersebut dimanfaatkan sepenuhnya demi meringankan beban rakyat dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar. Dalam masa yang sama, keprihatinan terhadap rakyat tidak boleh sekadar terhenti pada peringkat dasar tetapi mesti diterjemahkan melalui tindakan yang segera di lapangan.

Justeru, Malim Nawar memohon agar peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri dipertingkatkan sebagai saluran paling hampir dengan rakyat agar bantuan dapat disampaikan dengan lebih cepat, tepat dan berkesan di peringkat akar umbi. Namun, Timbalan Yang di-Pertua dalam saat rakyat diminta berjimat dan kerajaan menanggung beban subsidi yang besar. Masih ada yang memilih untuk berarak jauh seolah-olah bahan api itu tidak bernilai. Seolah-olah subsidi itu bukan datang daripada keringat rakyat. Barangkali benar minyak itu dibayar dengan wang sendiri tetapi hakikatnya yang tidak boleh disangkal setiap titis yang dibakar tetap mengandungi subsidi negara. Maka di sinilah timbul persoalan yang lebih besar. Ketika rakyat diminta mengikat perut adakah wajar ada pihak yang dilihat seakan bebas membakar sumber yang sama tanpa rasa tanggungjawab lebih-lebih lagi dengan menggunakan subsidi petrol yang diterima itu. Inilah yang membimbangkan kerana dalam waktu krisis rakyat bukan sekadar melihat apa yang kita katakan tetapi apa yang kita lakukan. Jika kita menyeru berjimat tetapi perbuatan memberi isyarat sebaliknya, maka yang terhakis bukan sekadar minyak di jalan raya…

Malim Nawar, Malim Nawar.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

…tetapi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan itu sendiri. Saya tidak memberi ruang Trong. Sekejap. Terima kasih. Seperti kata peribahasa kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Malim Nawar…

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Apabila kepercayaan rakyat yang dibina…

Malim Nawar…

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

…sekian lama tercalar…

Malim Nawar…

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

…hanya kerana tindakan yang tidak

Bagi sikit Malim Nawar.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

…mencerminkan kepekaan, maka yang hilang bukan sekadar keyakinan…

Sikit saja.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

tetapi harapan yang pernah disandarkan kepada kepimpinan.

Malim Nawar.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

…jika tidak mampu

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Malim Nawar, Yang Berhormat…

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

…menzahirkan belas ehsan.

Sikit saja sebab respon tadi…

Timbalan Yang di-Pertua

Nak bagi Kamunting tak?

…pasal-pasal sebab banyak kali dah…

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Saya tak bagi ruang sekarang.

Sentuh pasal…

Timbalan Yang di-Pertua

Kamunting sila duduk.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Saya tidak memberi ruang terima kasih. Saya tiada masa

Saya nak sentuh pasal konvoi saya nak saya nak nak bagi pandangan.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Saya tiada masa. Masa kesuntukan.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Terpakai untuk semua. Terima kasih.

Malim Nawar berani sentuh

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Jika ada ruang

Naik helikopter boleh.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Jika ada masa…

Naik helikopter tak bazir.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Jika tidak mampu…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat duduk.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

…menzahirkan belas kasihan terhadap kesusahan macam.

Berani sentuh tapi tak berani…

Gunong Semanggol jugala tak bagi celah.

Timbalan Yang di-Pertua

Malim Nawar sila teruskan. Yang Berhormat semua sila duduk. Sila

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Jika tidak mampu menzahirkan belas kasihan terhadap kesusahan rakyat, maka sekurang-kurangnya wujudlah rasa malu terhadap amanah yang dipikul kerana dalam kepimpinan bukan semua perkara diukur dengan kata-kata tetapi dengan keinsafan terhadap tanggungjawab. Maka dalam waktu yang genting ini, marilah kita tidak sekadar menjadi pemimpin-pemimpin yang dilihat tetapi pemimpin yang dirasai hadir bukan hanya pada ucapan tetapi pada tindakan yang benar-benar membela nasib rakyat. Timbalan Yang di-Pertua, Tanjung Tualang bukan sekadar sebuah pekan lama. Ia adalah khazanah sejarah yang menyimpan identiti dan jati diri negeri. Di celah bangunan yang berusia dan lorong-lorong yang sederhana terakam kisah kehidupan, usaha dan warisan yang tidak ternilai harganya.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Malim Nawar.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Sehubungan itu…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Malim Nawar…

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Malim Nawar mohon menyokong penuh cadangan menaik taraf pekan ini sebagai pekan warisan. Alor Pongsu so sorry.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Boleh ya?

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Tidak.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Bukan pasal konvoi

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Tak boleh.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Bukan pasal konvoi.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat dia tak bagi sila duduk. Sila. Alor Pongsu sila duduk.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya tengah pujuk, saya tengah pujuk.

Timbalan Yang di-Pertua

Dia tak bagi sekarang masa dia. Sila duduk. Yang Berhormat.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sikit je..sikit je

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

No, thank you.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tak bagi juga?

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi tak bagi?

Kalau YB

Timbalan Yang di-Pertua

Tak bagi semua Yang Berhormat sila duduk.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Saya tidak membagi ruang. Sorry. Terima kasih.

Kalau tak bagi kenapa sentuh?

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat…

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Jadi, saya sambung Timbalan Yang di-Pertua. Jadi sehubungan itu, dengan memperindahkan struktur sedia ada serta menonjolkan identiti udang galah sebagai simbol kebanggaan tempatan. Namun pembangunan warisan tidak harus berhenti pada estetika semata-mata.

Mengambil kira kekayaan lombong-lombong sedia ada, Malim Nawar mencadangkan agar Tanjung Tualang diangkat sebagai destinasi Fishing Sport antarabangsa bertaraf antarabangsa dengan kerjasama Jabatan Perikanan dan Pejabat Daerah dan Tanah. Spesies seperti ikan toman bukan sahaja mempunyai nilai ekologi, malah nilai ekonomi yang tinggi dalam industri rekreasi, memancing dan yang mampu menarik kehadiran pemancing dari dalam dan luar negara. Lombong lama di Malim Nawar airnya tenang memelihara muara Tanjung Tualang warisan yang mekar di situlah rezeki rakyat terjana.

Timbalan Yang di-Pertua, inisiatif ini selari dengan pendekatan ekonomi biru yang dititahkan Tuanku iaitu memanfaatkan sumber air secara lestari untuk menjana pertumbuhan ekonomi tanpa mengorbankan keseimbangan alam. Maka di sinilah kita melihat bahawa Tanjung Tualang bukan sekadar sebuah pekan warisan tetapi berpotensi menjadi destinasi yang menggabungkan sejarah alam dan ekonomi dalam satu nafas pembangunan yang berdaya tahan dan bermakna. Timbalan Yang di-Pertua, dalam mendepani arus perubahan zaman yang semakin dipacu oleh teknologi dan keperluan semasa Malim Nawar berpandangan bahawa pemerkasaan komuniti tidak boleh dipisahkan daripada pembangunan digital. Akses kemudahan asas serta kesejahteraan hidup rakyat secara menyeluruh.

Sehubungan itu, usaha memperkukuh industri kecil dan sederhana seperti sambal nasi lemak, satay dan kuih-muih tradisional perlu dipertingkatkan dalam pemprosesan dan pemasaran digital khususnya di kawasan Malim Nawar yang kaya dengan sumber makanan tempatan. Produk-produk ini bukan sahaja mempunyai nilai ekonomi malah berpotensi diangkat sebagai warisan negeri. Maka sokongan dari segi pembiayaan, latihan serta kebolehpasaran perlu diperkasa agar peniaga tempatan mampu terus maju dan berdaya saing. Dalam pada masa yang sama, isu pencapaian isu capaian jalur lebar di kawasan blindspot kemudahan kesihatan serta sistem pengangkutan awam juga perlu diberi perhatian yang serius. Ini kerana pembangunan tidak hanya diukur pada dasar tetapi pada sejauh mana ia benar-benar dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi. Namun, Timbalan Yang di-Pertua dalam kita berbicara tentang keprihatinan terhadap rakyat, keutamaan itu tidak boleh bersifat terpilih apatah lagi bermusim. Dalam waktu rakyat diminta berjimat dan berdepan dengan tekanan kos sara hidup setiap tindakan harusnya mencerminkan kesedaran terhadap nilai setiap sen yang dibelanjakan.

Timbalan Yang di-Pertua, keadaan Sungai Kinta yang semakin melebar akibat hakisan bukan sekadar perubahan fizikal tetapi ancaman nyata kepada keselamatan rakyat. Dalam era perubahan iklim yang semakin tidak menentu, risiko banjir bukan lagi kemungkinan tetapi realiti yang semakin menghampiri. Namun, keadaan ini menjadi lebih membimbangkan di Kampung Air Papan Tanjung Tualang apabila aliran Sungai Air Papan didapati terganggu akibat kewujudan lot tanah bermilik di atas laluan asalnya. Gangguan ini berpotensi menghalang aliran air dan menyumbang kepada kejadian banjir yang menjejaskan penduduk setempat khususnya warga emas yang hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan lebat.

Sehubungan itu, Malim Nawar memohon agar kajian menyeluruh dilaksanakan keperluan projek tebatan banjir dinilai segera serta isu aliran sungai Air Papan diteliti bersama Pejabat Daerah Tanah Batu Gajah, Kinta serta Jabatan Pengairan dan Saliran secara berkeutamaan. Kita tidak boleh menunggu sehingga musibah melanda baru hendak bertindak kerana seperti kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Sesungguhnya dalam soal keselamatan rakyat, tiada ruang untuk bertangguh atau berkompromi. Malah sesal dahulu, pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Maka langkah pencegahan hari ini adalah benteng perlindungan untuk masa hadapan.

Timbalan Yang di-Pertua Malim Nawar juga ingin membangkitkan isu berkaitan infrastruktur Telekom Malaysia yang tidak pernah lekang dari kebimbangan rakyat. Kejadian kecurian kabel penutup lubang selenggara atau manhole dengan izin yang tidak diganti serta tiang-tiang yang tidak diselenggara dengan baik bukan sahaja mencacatkan persekitaran malah mengundang bahaya kepada penduduk. Apa yang lebih merisaukan, keadaan ini memberi risiko kepada kanak-kanak, warga emas dan pengguna jalan raya. Lubang yang terbiar, terbuka dan struktur yang tidak stabil boleh mendatangkan kemalangan atau kemalangan yang serius. Justeru, Malim Nawar menegaskan bahawa pihak TM tidak boleh memandang ringan perkara ini. Tanggungjawab penyelenggaraan bukan sekadar soal operasi tetapi melibatkan keselamatan awam. Janganlah hanya bertindak selepas berlaku insiden kerana ketika itu yang dipertaruhkan bukan sekadar kos pembaikan tetapi nyawa manusia.

Timbalan Yang di-Pertua, Malim Nawar juga ingin menarik perhatian terhadap isu haiwan rayau yang semakin membimbangkan di daerah Kampar khususnya melihatkan lembu dan kerbau yang berfoya-foya berkeliaran tanpa kawalan sehingga memusnahkan taman- taman perumahan seperti Taman Mahkota Kampar, Taman Kampar Bestari dan Taman Camelia yang itu adalah sedikit sebanyak daripada taman-taman yang saya sebutkan ini dan juga isu ini bukan lagi sekadar gangguan kecil tetapi telah menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk dan kelestarian alam apabila haiwan sebesar ini bebas berkeliaran.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat…

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Saya mohon tambah.

Timbalan Yang di-Pertua

1 minit, sila masuk perenggan terakhir.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

2 minit boleh.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila-sila. Terima kasih.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Apabila haiwan sebesar ini bebas berkeliaran di kawasan perumahan, maka risiko kemalangan dan kecederaan bukan lagi berkemungkinan, tetapi sesuatu ancaman yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Malim Nawar difahamkan bahawa jawatankuasa berkaitan telah bermesyuarat dan draf enakmen telah dikemukakan kepada kepada penasihat undang-undang negeri. Namun sehingga kini tanpa tindakan yang jelas, maka timbul persoalan sampai bila rakyat perlu menunggu. Dalam hal yang melibatkan keselamatan, kelewatan bukan lagi kelemahan pentadbiran semata-mata tetapi boleh menjadi kegagalan melindungi rakyat. Maka tindakan yang lebih tegas dan segera amat diperlukan sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

Timbalan Yang di-Pertua, dalam keghairahan berpolitik, ada satu garis yang tidak boleh dilanggar iaitu garis kebenaran. Fitnah bukan sekadar kata-kata yang dilemparkan tanpa asas, tetapi satu kesalahan besar dari sudut undang undang dan juga agama. Ia merosakkan reputasi memecah belahkan masyarakat dan mencemarkan nilai kepimpinan itu sendiri. Lebih membimbangkan apabila fitnah dijadikan alat politik. Pemimpin yang...yang bergantung kepada fitnah untuk meraih sokongan bukan sahaja gagal menunjukkan integriti, malah memperlihatkan kelemahan dalam kepimpinan kerana kepimpinan yang benar tidak dibina atas kebohongan tetapi atas kepercayaan. Dalam konteks semasa, kita melihat bagaimana tuduhan-tuduhan tertentu dilemparkan termasuk dakwaan berkaitan penyelewengan dan penyaluran bahan api ke luar negara tanpa asas yang kukuh semata mata untuk membentuk persepsi negatif terhadap kerajaan. Persoalannya, adakah ini politik yang kita mahu wariskan kepada rakyat? Jika benar dakwaan itu berasas, maka buktikan di mahkamah. Tunggu apa lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Saya nak landing dah Yang di-Pertua. Landing. Yes. Tetapi jika ia sekadar fitnah yang tidak mampu dipertahankan, maka keberanian juga harus dizahirkan untuk memikul tanggungjawab. Bukan sekadar melemparkan tuduhan, tetapi berani berhadapan dengan akibatnya, kerana dalam kepimpinan fitnah bukan tanda kekuatan tetapi tanda awal kejatuhan dan apabila kepercayaan rakyat mula runtuh, maka segala yang dibina selama ini akan turut roboh bersama.

Timbalan Yang di-Pertua, sebagai penutup bicara. Malim Nawar menegaskan bahawa kelestarian alam bukan lagi pilihan tetapi keperluan. Ketiga jaminan makanan bukan lagi usaha sampingan tetapi benteng kehidupan. Pembasmian kemiskinan bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi maruah yang wajib dipulihkan dan ekonomi negeri bukan sekadar pertumbuhan, tetapi kesejahteraan yang mesti dirasai oleh setiap lapisan rakyat. Segala usaha ini tidak boleh bergerak secara terpisah, sebaliknya perlu dipegang sebagai satu kesatuan yang utuh kerana masa depan negeri tidak dibina dengan langkah yang bersendirian, tetapi dengan kesatuan yang sehaluan. Dalam kepimpinan, bukan semua perkara diukur dengan apa yang kita mampu katakan, tetapi pada keberanian untuk membuat keputusan yang benar walaupun tidak popular, namun berpihak kepada rakyat. Akhir kata Malim Nawar akhiri dengan serangkap pantun.

Lombong tenang di Malim Nawar, Airnya jernih mengalir sentiasa, Kalau kita bersatu benar, Perak gemilang, rakyat sejahtera.

Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua, Malim Nawar Mohon menyokong. Sekian Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih pembahas yang terakhir pada hari ini, Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan dewan ini dan dewan akan bersidang semula pada hari Isnin, 20 April 2026 pukul 9.00 pagi.