Perak · 20 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 592 turns · 56,933 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Kelima Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan, pada hari Isnin, 20 April 2026 pukul 9.03 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara Yang Kedua, Pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-Ketua jabatan dan wakil agensi kerajaan serta para petugas media sekalian. Sebelum kita meneruskan Urusan Mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Aturan Urusan Mesyuarat dan senarai giliran soalan-soalan lisan boleh diperolehi dengan mengimbas kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan.

Perkara yang kedua, penggulungan perbahasan atas Titah Diraja akan dibuat oleh pihak kerajaan pada hari ini. Sehubungan itu, suka untuk saya mengingatkan bahawa Yang Berhormat Ahli Dewan agar dapat mematuhi peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perintah-Perintah Tetap semasa ingin mencelah penggulungan.

Akhir sekali berkaitan dengan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian, terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Gunong Semanggol untuk mengemukakan nombor soalan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor dua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gunong Semanggol telah bertanyakan berkenaan keluasan tanah yang diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Akta GSA khusus bagi FELDA dan FELCRA beserta butiran berkenaannya di negeri Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat, Akta Penempatan Berkelompok 1960 ataupun Group Settlement Area Act 1960 yang lebih dikenali sebagai Akta GSA 1960 diwujudkan untuk menyediakan satu kerangka undang-undang yang jelas bagi pembangunan pengurusan dan kawalan tanah secara berkelompok demi kepentingan sosio ekonomi rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Akta ini diimplementasikan melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri sebagai pihak yang menyediakan tanah, Kerajaan Persekutuan sebagai pihak yang mengurus dan membangunkan tanah dan rakyat sebagai penerima manfaat. Tujuan utama pembangunan di bawah akta ini adalah untuk menyediakan kediaman serta menjamin sumber pendapatan yang stabil kepada peserta melalui aktiviti pertanian secara berkelompok. Melalui sistem pengurusan ladang secara berpusat, peserta dapat menikmati pulangan dividen serta manfaat ekonomi yang berterusan tanpa mengetepikan hak pemilikan tanah. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan pembangunan lebih sistematik malah berupaya memaksimumkan skala ekonomi serta meminimumkan risiko kegagalan berlaku.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol jumlah keseluruhan kawasan GSA di Negeri Perak yang diuruskan oleh FELCRA dan Felda adalah seluas 35,214.18 hektar dengan pecahannya 7,190.65 hektar di bawah Felcra dan selebihnya 28,023.53 hektar di bawah pengurusan Felda. Bagi Felcra tanah-tanah GSA telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kawasan GSA ladang berpenempatan, maaf kawasan GSA ladang berpenempatan peserta dan kawasan-kawasan GSA ladang tiada penempatan peserta. Bagi kawasan GSA ladang berpenempatan peserta terdapat 6 penempatan dengan keluasan 4,953.2 hektar iaitu Rancangan Tanah Belia Lekir di daerah Manjung, Rancangan Tanah Belia Nasaruddin Belia di Daerah Perak Tengah, Rancangan Tanah Belia Seberang Perak di Daerah Perak Tengah, program Penempatan Semula Kampung PPSA Sungai Durian di Daerah Kinta, PPSK Serigala di Daerah Muallim dan PPSK Changkat Sulaiman di Daerah Batang Padang. Bagi kawasan GSA ladang tiada berpenempatan pula terdapat 4 kawasan dengan keluasan keseluruhan 2,237.45 iaitu projek Sungai Malau di Daerah Larut, Matang dan Selama, Projek Kledang Saiyong di Daerah Kuala Kangsar, Projek Kampung Kurnia Fasa 1 dan 2 di Daerah Manjung dan Projek Nasaruddin Pemulihan Daerah Perak Tengah. Bagi Felda pula terdapat 17 kawasan rancangan Felda di empat daerah di seluruh Negeri Perak yang memberi manafaat ekonomi secara langsung kepada seramai 5,918 orang peneroka. Daerah Batang Padang mempunyai 6 kawasan rancangan Felda dengan keluasan 11,226.04 hektar, Daerah Kuala Kangsar mempunyai 5 kawasan dengan keluasan 8,072 hektar, Daerah Muallim mempunyai 4 kawasan dengan keluasan 6,133.04 hektar dan Daerah Hulu Perak mempunyai 2 kawasan dengan keluasan 2,592.45 hektar.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, secara dasarnya dalam konteks pelaksanaan Akta GSA 1960 Kerajaan Negeri tidak menyerahkan tanah kepada Kerajaan Persekutuan sebaliknya pelupusan tanah dilaksanakan kepada peserta terlibat dan Kerajaan Negeri masih menerima hasil melalui cukai tanah berulang. Pelaksanaan Akta GSA 1960 ini merupakan satu kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di mana Kerajaan Negeri menyediakan tanah manakala Kerajaan Persekutuan melalui agensi seperti Felcra dan Felda menyediakan peruntukan pembangunan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Amat Menteri Besar. Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Jadi soalan saya yang pertama kita tahu spirit of GSA ini adalah untuk menaikkan sosio ekonomi rakyat dan diserahkan kepada rakyat. Cuma tadi kita dapat keluasan untuk Felcra dan kalau boleh dimaklumkan berapa keluasan di bawah GSA Felda yang belum lagi diserahkan kepada rakyat, itu yang pertama dan yang kedua berapakah yang kita lepaskan kepada agensi-agensi iaitu berapakah premium yang didapati kepada Kerajaan Negeri dan kita faham baru ini ada di Terengganu mengenai dengan penyerahan tanah kepada bawah GSA ini kepada Felda dan ada tunggakan yang tidak dibayar. Cuma nak tahu adakah kes yang sama berlaku dalam negeri kita ini dan yang ketiganya sebagaimana yang kita tahu untuk sosio ekonomi ini untuk melepaskan golongan miskin khususnya golongan miskinlah dan sebagaimana yang kita kata bahawa Perak ini masih berada di tangga yang kedua di bawah kemiskinan mengikut DOSM. Jadi nak tanya apakah perancangan Kerajaan Negeri ada lagi untuk kita menempatkan tanah-tanah khususnya yang tidak berpendapatan ini untuk kita serahkan kepada golongan ini yang kita uar-uarkan bahawa terlalu ramai golongan kita sekarang ini dan yang tidak ada tanah dan tidak ada tapak rumah? Apakah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk menempatkan golongan ini di tanah-tanah yang telah diambil oleh GSA yang tidak diiktiraf pendapatan untuk kita meningkatkan sosio ekonomi kepada kumpulan ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gunong Semanggol. Perkara yang berkaitan dengan angka ini saya minta notis saya akan jawab secara bertulislah tentang berapa kadar premium semua ni. Cuma Yang Berhormat saya faham keprihatinan Yang Berhormat. Pertama ialah berkaitan dengan sebahagian tanah-tanah yang tidak diberikan kepada peserta Felda tapi diberikan kepada entiti lain iaitu Felda Plantation yang kemudiannya convert kepada FGV. Yang itu adalah hak Felda. Sebab itu kita berikan kepada Felda dan Felda membayar premium dan cukai berulang. Ia tidak termasuk kepada tanah-tanah yang diberikan kepada peneroka. Tanah yang diberikan kepada peneroka ini mereka mendapat hakmilik masing-masing yang kita panggil dia geran berangkai iaitu tanah 10 ekar untuk ladang sawit, suku ekar untuk tapak rumah dan 2 ekar untuk tanaman kontan itu, itu dipanggil geran berantai dan mereka tidak boleh menjual ataupun memisahkan di antara geran itu.

Yang kedua ialah Yang Berhormat bertanya sama ada Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan pembangunan ala Felda. Secara terus terang saya bagi tahu Kerajaan Negeri tidak mampu untuk membiayai peruntukan pembangunan bagi membangunkan tanah lain untuk dibangunkan sebagai Felda kerana kosnya tersangatlah tinggi. Satu ketika dahulu Yang Berhormat saya maklumkan semasa saya menjadi Exco Pembangunan Luar Bandar, ada satu program yang dibangunkan oleh PLB. Dulu KPLB sekarang KKW yang cuba dibuat di Gerik yang kita panggil Agropolitan Ganda. Tanah seluas 3000 ekar diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada KKW untuk dibangunkan untuk 400 orang peneroka atau pun orang-orang miskin nak dibangunkan tapi oleh kerana berlaku perubahan kerajaan pada tahun 2008 dan seterusnya maka status tanah itu bertukar akhirnya tujuan asal itu tak tercapai sebab Kerajaan Negeri sendiri tidak ada kemampuan kewangan untuk membangunkan kawasan itu seperti mana Felda dan KKW pun tidak lagi dapat menguruskannya melainkan ia telah diconvert tanah tersebut diberikan kepada peserta-peserta 400 orang itu dan mereka dapat hak masing-masing dan membangunkannya secara bersendirian.

Yang ketiga Yang Berhormat, kedapatan tanah-tanah anugerah yang diberi oleh Kerajaan Megeri kepada orang-orang lama, 3 ekar atau 4 ekar, setengah itu dipanggil tanah pinggir, tanah anugerah untuk program yang dipanggil Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB). Katalah kita berikan kepada 400 orang. Kalau dibiarkan 400 orang itu masing-masing cangkul tentulah tak akan menjadi kerana kena buat jalan, kena buat saliran. Jadi wujudlah apa yang dibangunkan oleh Felcra iaitu dipanggil Perbadanan Pembangunan Tanah Persekutuan. Maknanya disatukan tanah-tanah ini dibangunkan dengan menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan iaitu melalui Felcra. Itu pun sebahagian Yang Berhormat tidak dapat berhasil kerana ada masalah. Kadang-kadang tanah tinggi, kadang-kadang tanah berbukit, kadang-kadang ada gajah dan musuh tanaman menjadikan program itu tidak berhasil. Jadi kerana itu sekarang ini tidak ada lagi RPB di bawah Kerajaan Negeri Perak. Mana-mana RPB kita dah mansuhkan dia punya permohonan itu. Masing-masing mohon kita berikan hakmilik kepada setiap permohonan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok Changkat Jering.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Berkenaan dengan tanah sikitlah nak minta pencerahan ataupun kepastian berkenaan dengan tanah reserve sungai. Dimaklumkan yang saya fahamlah makna dia reserve sungai ini tak diwartakan lagi. Itu nak kepastian, betulkah tak diwartakan lagi? Cuma apa yang saya di fahamkan reserve sungai makna reserve dia itu mengikut keluasan sungai. Itu setakat ini yang saya difahamkan. Adakah itu yang sebenarnya? Dan tadi yang soalan pertama tadi tentang reserve tu adakah diwartakan? Bila diwarta ni mana hak milik JPS lah. Dia salah satu sebab yang saya nampak kebanyakannya reserve-reserve sungai ini dicerobohlah sama ada perumahan, buat tanaman dan sebagainya. Jadi, tindakan mungkin tak dapat nak dilaksanakan. Jadi mintak kepastianlah kepada Yang Berhormat reserve sungai yang sebenarnya. Wallahu'alam, terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Menarik soalan ini, Dato' Seri Yang di-Pertua. Memang semua kiri kanan sungai akan ada reserve sungai dan reserved ini biasanya diwartakan sebagai riserve sungai. Ia tak boleh dibangunkan kerana ia akan melibatkan berlaku slite, hakisan, hakisan tebing sungai, jadi ia tidak boleh dibangunkan. Cuma ada orang yang bertanam sayur tanpa mendapat apa-apa kebenaran daripada JPS ataupun daripada Pejabat SS kerana itu adalah reserve yang diputuskan ia hendaklah disenggarakan oleh JPS. Tujuannya jelas kalau kita benarkan orang menceroboh ataupun membangunkan bangunan kekal di situ, kalau berlaku banjir ia memberi kesan. Yang kedua, semasa pembangunan itu dibuat pun akan menyebabkan berlaku hakisan. Jadi kerana itu kita tidak membenarkannya ya melainkan ia berkaitan dengan enforcement, berkaitan dengan penguatkuasaan. Pada hari SO pergi melawat, nampak tak ada apa bangunan. 3 hari lepas tu baru ada bangunan. Jadi takkanlah SO ni nak pergi berulang hari. Cuma kita nasihatkan kepada rakyat negeri Perak, pertama, jangan menceroboh tanah apa nama rizab sungai kerana ia menyalahi peraturan dan ia membahayakan kita dan yang ketiganya, ia akan menyebabkan berlaku hakisan yang akhirnya menjadi sungai itu lebih lebar dan menyebabkan banjir. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebelum saya pergi ke soalan yang seterusnya, saya bagi pihak Dewan ingin mengalu-alukan kehadiran Yang berbahagia Dato' Nazri Mustafa, daripada yang Pengerusi Persatuan Peguam-peguam Hartanah Malaysia dan juga ahli-ahli jawatankuasanya yang hadir pada hari ini. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih kepada Dato' Seri Yang di-Pertua. Soalan Pinji, soalan 2.

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada semua. Pertama sekali terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Pinji yang telah mengemukakan soalan berkenaan Enakmen Hotel Perak bagi tahun 2023. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, sehingga tempoh semasa sebanyak 1,340 hotel telah berdaftar di bawah Enakmen Hotel Perak 2023 dan kutipan caj perkhidmatan tempatan iaitu CPT bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM6.41 juta dan bagi tahun 2026 pula sehingga 31 Mac 2026, kutipan ini adalah berjumlah RM2.15 juta. Bagi menjawab pecahan soalan C tentang agihan CPT ini, untuk makluman Yang Berhormat, 50 peratus daripada kutipan CPT ini merupakan hasil kepada Kerajaan Negeri di mana ia akan digunakan untuk tujuan pembangunan negeri secara keseluruhan, termasuk untuk meningkatkan kemudahan awam serta menyokong inisiati-inisiatif strategik yang memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negeri. Manakala 50 peratus lagi hasil kutipan CPT ini akan diagihkan dalam bentuk sumbangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan perbelanjaan pelancongan setempat dan beberapa skop telah dikenalpasti yang di mana PBT dibenarkan guna agihan CPT ini iaitu termasuk yang pertama, penganjuran program atau acara pelancongan yang berfokus kepada tarikan tempatan, warisan, budaya dan produk komuniti.

Kedua, aktiviti promosi dan pemasaran destinasi pelancongan setempat melalui bahan promosi platform digital atau kempen kesedaran. Ketiga, penambahbaikan kemudahan awam di kawasan tarikan pelancongan termasuk papan tanda, kemudahan pengunjung, kebersihan dan aksesibiliti dan keempat, pelaksanaan program kerjasama strategik dengan komuniti setempat dan pihak berkepentingan berkaitan. Jadi caj CPT ini merupakan satu sumbangan yang merupakan hasil baru bagi pihak Kerajaan Negeri mahupun kepada PBT. Jadi daripada pendaftaran Enakmen Hotel Perak 2023 ini memang sesuatu kempen yang kita sedang giat berjalan dan satu hasil baru yang penting bagi PBT supaya boleh bantu PBT masing-masing untuk uruskan tarikan pelancongan yang ada di kawasan masing-masing dengan menganjurkan aktiviti menambahbaik fasiliti. Jadi dengan itu juga saya ingin menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya penting, kalau boleh bantu PBT di kawasan masing-masing untuk terus meningkatkan premis-premis yang berdaftar supaya daripada pendaftaran tersebut kita akan dapat kutipan caj CPT yang lebih tinggi dan PBT yang menjalankan kutipan ini juga akan menerima sumbangan yang lebih tinggi seterusnya membolehkan mereka untuk menjalankan penggunaan perbelanjaan aktiviti ataupun penambahbaikan prasarana seperti yang saya kongsikan tadi. Terima kasih.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih atas jawapan yang diberi oleh pihak Exco dan dalam 1,340 yang berdaftar itu, apakah kategori hotel yang paling banyak berdaftar di negeri Perak setakat ini? Dan juga untuk mereka yang tidak berdaftar, apakah usaha-usaha yang boleh Kerajaan Negeri lakukan supaya boleh menggalakkan mereka untuk mendaftar? Terima kasih

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada rekod pendaftaran premis penginapan di negeri Perak setakat ini, di dalam lima kategori yang yang ada diwujudkan didapati kategori yang mencatat jumlah pendaftaran tertinggi adalah kategori 5, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 752 buah premis dan kategori lima ini merangkumi pelbagai jenis penginapan yang berskala kecil dan sederhana termasuk asrama, motel, rumah tumpangan, rumah pemalaman, rumah tetamu, rumah bot, homestay, tapak perkhemahan serta termasuk kenderaan yang digunakan sebagai tempat penginapan. Jadi, kesemua ini yang bawah kategori 5 yang sebelum ada wujudnya Enakmen Hotel memang tiada satu mekanisma yang boleh didaftarkan atau dilesenkan. Jadi kini, mereka boleh daftar di bawah Enakmen Hotel, bawah kategori 5 di mana kita nampak skop penginapan alternatif dan pelancongan komuniti ini telah mencatat jumlah pendaftaran yang paling tinggi.

Sementara itu, kategori 4 pula mencatat sebanyak 484 buah hotel yang lazimnya terdiri daripada hotel bertaraf sederhana dan kemudahan asas dan perkhidmatan yang lebih tersusun berbanding dengan kategori penginapan alternatif. Pecahan ini menunjukkan bahawa industri penginapan di negeri Perak adalah sangat pelbagai dengan dominasi premis dalam kategori 5 yang mencerminkan perkembangan pesat sektor pelancongan ekonomi, inap desa, penginapan fleksibel yang semakin mendapat permintaan tinggi. Pada masa yang sama, kewujudan yang jumlah significant bagi kategori 4 pula menunjukkan bahawa hotel bertaraf pertengahan masih kekal menjadi tulang belakang kepada industri perhotelan negeri. Jadi secara keseluruhannya, trend ini telah memberi gambaran bahawa struktur industri penginapan di negeri Perak adalah seimbang antara penginapan konvensional mahupun penginapan alternatif dan Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan terus memperkukuh aspek pendaftaran, pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan semua premis yang beroperasi perlu mendapat lesen yang sah beroperasi secara sah, selamat dan mematuhi standard yang ditetapkan bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negeri secara mampan dan teratur dan data-data pendaftaran yang kita perolehi ini juga penting bagi kita membuat perancangan dari segi keperluan, kemudahan mahupun mendapat menggambarkan permintaan dari segi pelancongan dan supaya data ini boleh digunakan untuk buat perancangan yang sebaiknya.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi premis yang masih belum berdaftar ini memang sesuatu isu yang kita tangani dengan serius sebab sebelum bermulanya berkuatkuasa enakmen ini, banyak sesi libat urus telah diadakan di mana untuk kita terangkan apa, mengapa pentingnya untuk berdaftar di bawah Enakmen Hotel dan manfaat yang boleh dapat daripada situ dan selepas itu bermulanya kuatkuasa enakmen ini juga Kerajaan Negeri telah memberi tempoh pemutihan sebanyak satu tahun supaya pengusaha boleh ambil masa dan memahami keadaan di lapangan bahawa bukan semua premis yang beroperasi pada hari ini memenuhi sepenuhnya semua syarat. Kerajaan juga memberi tempoh masa sebanyak tiga tahun bagi mereka untuk berdaftar dahulu dan mendapat lesen sementara dan ambil masa 3 tahun untuk ambil, untuk memenuhi sepenuhnya semua syarat-syarat yang ada.

Jadi sekarang kita telah memasuki fasa penguatkuasaan di mana kalau sebelum ini kita sesi libat urus sudah buat dan banyak tindakan untuk publisiti dan sebagainya juga telah dibuat. Setakat ini, kita memang ambil tindakan untuk kita keluarkan notis pematuhan kepada premis-premis yang belum mendaftar sebagai peringatan dan juga amaran awal supaya mereka segera mematuhi keperluan perundangan yang telah ditetapkan dan selain itu, operasi pemantauan dan penguatkuasaan juga dijalankan secara berkala dan berfokus di kawasan-kawasan yang dikenalpasti mempunyai kadar ketidakpatuhan yang tinggi supaya tindakan susulan dapat diambil. Di samping itu, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas juga telah diambil termasuk pengeluaran kompaun terhadap premis yang ingkar selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada iaitu mengikut Seksyen 3(4), pelesenan hotel yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya kesalahan berterusan dan ini juga boleh didenda tidak melebihi RM1,000 setiap hari kalau kesalahan masih diteruskan. Jadi setakat ini sebanyak 191 notis dan lima kompaun juga telah dikeluarkan kepada premis hotel yang gagal mendaftar. Jadi, Kerajaan Negeri dan PBT akan terus mengambil pendekatan yang menyeluruh supaya kita dapat terus meningkatkan tahap pematuhan seterusnya memastikan industri perhotelan di negeri Perak beroperasi secara lebih teratur, berlesen dan mematuhi standard yang ada. Terima kasih.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Soalan tambahan satu.

Timbalan Yang di-Pertua

Bercham, sila.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah tentang di mana Enakmen Hotel Perak 2023 ini telah diperkenalkan dan telah masuk ke fasa ada penguatkuasa, di mana saya setahu saya banyak pemaju-pemaju perumahan termasuk yang kondominium, bina kondominium itu mereka kebanyakan pembelinya adalah berhasrat untuk menjadikan premis mereka menjadi Airbnb untuk homestay di mana mereka kebanyakannya ada banyak, banyak unit tetapi mereka tiada pengetahuan tentang perkara ini. Jadi saya berharap adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat berganding bahu dengan PBT untuk lebih kerap memperkenalkan perkara ini agar mereka tahu sebab mereka langsung tak tahu. Ini akan mempengaruhi jikalau berlaku sesuatu tuntutan insurans akan terganggu sebab mereka merupakan tak berlesen. Jadi harap kalau pihak Kerajaan Negeri bersama PBT boleh memperkenalkan syarat atau pun info atau informasi tentang perkara ini dalam empat bahasalah. Kalau bahasa Bahasa kebangsaan Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bercham. Memang Kerajaan Negeri juga perhatikan dalam beberapa tahun ini pelbagai sektor penginapan yang baru telah wujud dan semakin mendapat perhatian dan menjadi semakin popular termasuk Airbnb seperti yang disebut tetapi pentingnya di bawah kerangka Enakmen Hotel ini memang kita nak pastikan semua yang premis penginapan yang beroperasi perlu mendapatkan lesen dan sebagainya dan sebelum ini juga melalui sesi libat urus dan beberapa kempen yang ada termasuk di peringkat PBT memang kita hebahkan info tentang keperluan untuk berdaftar mendapatkan lesen dan sebagainya dan juga kita selalu sentiasa mengalu-alukan jika ada persatuan pengusaha yang berkenaan juga boleh tampil untuk bekerjasama dengan PBT supaya dapat bantu berikan info-info yang berkenaan kepada ahli-ahli persatuan kepada pengusaha supaya kita memudah cara untuk kita galakkan lebih ramai yang pengusaha yang berdaftar dan memang betul isu insurans itu sesuatu yang penting.

Salah satu sebab mengapa kita wujudkan Enakmen Hotel adalah untuk kita promote safe tourism. Jadi penting apabila sesuatu premis itu mendapat lesen daripada pihak berkuasa, barulah senang untuk mereka mendapat insurans dan seterusnya boleh memberi jaminan keselamatan yang lebih baik kepada pengunjung. Jadi memang kita alu-alukan cadangan-cadangan bagaimana kita dapat terus giatkan lagi pendaftaran ini dan termasuk kerjasama daripada pihak Ahli-ahli Yang Berhormat juga kita sangat harapkan supaya boleh bantu kita terus untuk bawa kempen pendaftaran ini untuk selesaikan mana yang belum berdaftar lagi sebab kalau ikut jumlah rekod di peringkat PBT setakat ini, jumlah premis yang berdaftar sebenarnya masih berkurangan daripada yang masih belum berdaftar. Jadi itu satu isu yang perlu kita sama-sama beri perhatian dan kita juga akan cuba segala cara yang dapat bantu untuk kita laksanakan tujuan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk mengemukakan soalan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Timbalan Speaker. Timbalan Yang di-Pertua,Saya nak sikit nak sentuh berkenaan dengan peringatan daripada Dato' Seri Speaker sesi yang lepas. Petualah. Sekiranya tadi dari Pasir Pinji soalan. Soalan tambahan daripada Pasir Pinji. Soalan tambahan kedua juga daripada kerajaan sepatutnya bagi pada Chandan yang bangun tadi.

Timbalan Yang di-Pertua

Tadi selepas soalan pergi Chandan tak ada berdiri. Yang Berhormat, sila duduk sekarang. Saya sekarang nak menjemput Ahli Yang Berhormat dari Selinsing, sila.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan Selinsing, Nombor 3.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, selamat pagi. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih yang Berhormat Selinsing di atas soalan yang telah dikemukakan dan insha Allah saya mohon izin Timbalan Yang di-Pertua untuk menjawab bersekali dengan Yang Berhormat Sungai Manik berkenaan isu yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua, Negeri Perak merupakan antara penyumbang utama pengeluar padi negara khususnya Daerah Kerian dan juga Seberang Perak. Kami sedar bahawa kenaikan kos input pertanian termasuk baja, racun tenaga dan cabaran cuaca ekstrem seperti kemarau serta kekurangan air boleh menjejaskan hasil pengeluaran padi dan kesejahteraan pesawah. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil pendekatan yang proaktif dan menyeluruh bagi memastikan subsektor padi kekal stabil, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada keselamatan makanan negeri dan juga negara. Dalam mendepani kenaikan kos input melalui peruntukan pembangunan di bawah RMK Ke-13 secara komited membantu pesawah bagi kedua-dua kawasan dengan menyediakan sokongan berbentuk pembangunan infrastruktur ladang serta bekalan input pertanian. Inisiatif ini merangkumi kerja-kerja menaiktaraf parit ladang, pengapuran dan peralatan perataan tanah yang bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah malah memperkukuhkan kecekapan penggunaan sumber secara menyeluruh.

Di samping itu, bantuan baja dan racun perosak turut disalurkan bagi mengurangkan beban kos operasi. Langkah ini bukan saja membantu pesawah daripada sudut kewangan malah berupaya meningkatkan hasil pengeluaran secara mampan. Pada masa yang sama, pengekalan keluasan kawasan penanaman diberi penekanan serius melalui perwartaan zon pertanian dalam rancangan tempatan sejak tahun 2021 termasuk usaha mengaktifkan semula tanah terbiar agar tidak terpinggir daripada rantaian pengeluaran makanan negeri. Bagi menangani cabaran kekurangan air khusus di kawasan Jelapang Padi Kerian ketika musim kemarau, IADA Kerian telah menempatkan sejumlah pam air bergerak di kawasan yang memerlukan bantuan pam. Antara pam yang digunakan termasuklah 7 buah pam 5 cubic second, 6 buah pam sederhana dengan kapasiti 2.5 cubic per second, 2 buah pam bersaiz besar dengan kapasiti 3 cubic per second dan 15 buah pam kecil berkuasa solar 3 Hose Power. Penempatan pam-pam ini bertujuan memastikan bekalan air sentiasa mencukupi bagi tanaman padi, minimakan kesan kemarau terhadap hasil tuaian serta membantu pesawah mengeluarkan produktiviti dan kelangsungan hidup tanaman mereka walaupun dalam keadaan cuaca yang ekstrem. Apa yang berlaku baru-baru ini, pihak kita telah juga menghubungi pihak yang berkaitan dengan Kementerian untuk buat pembenihan awan di kawasan Tasik Merah. Jadi, alhamdulillah pembenihan awan tu berjaya. Sekurang-kurangnya dapat menampung kekurangan air di kawasan yang berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua, selain itu selain yang saya nyatakan tadi melalui Pembenihan Awan (OPA) oleh NADMA pada 2 Februari 2026 telah menunjukkan keberkesanan apabila paras Empangan Bukit Merah berjaya ditingkatkan sekaligus membantu menampung keperluan bekalan air bagi penanam padi. Di samping itu, bagi mengukuhkan jaminan bekalan air, 9 buah telaga sumber air bumi dan kitar semula berkuasa solar dibina di kawasan-kawasan yang kritikal. Pada masa yang sama, perancangan pada RMKe-13 dimana melibatkan pembinaan 100 buah sistem pam booster berkuasa solar akan dibina di pelbagai kawasan di Kerian sebagai langkah mitigasi sekiranya keadaan kemarau atau cuaca ekstrem yang berterusan. Di kawasan Seberang Perak dan Sungai Manik, pengurusan sumber air dilaksanakan secara lebih tersusun, strategik dan responsif terhadap keperluan semasa. Sebanyak 8 pam bergerak telah ditempatkan di Skim Pengairan Seberang Perak manakala 2 lagi di Skim Pengairan Sungai manik bagi mengukuhkan keupayaan bekalan air di kawasan-kawasan yang kritikal. Pendekatan ini membolehkan agihan air dilaksanakan secara optimum dan bersasar selaras dengan pelan setiap fasa pertumbuhan tanaman padi. Pada masa yang sama, pelaksanaan jadual tanaman serta kawalan air di pintu-pintu kunci air diatur secara berperingkat melalui inisiatif Ops Cekap, bagi memastikan pengagihan air yang lebih cekap, seimbang dan menyeluruh kepada para pesawah.

Di samping itu, kerjasama strategik terus diperkukuhkan bersama pelbagai agensi yang berkaitan bagi memastikan setiap langkah mitigasi dan adaptasi terhadap cabaran cuaca serta kekangan sumber air dapat dilaksanakan secara bersepadu, berkesan dan berimpak tinggi. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri terus mengukuhkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi persekutuan, swasta dan institusi penyelidikan seperti LPP, MARDI, SADC, PLANMalaysia dan JAKOA yang kini memfokuskan kepada permodenan sektor pertanian melalui penerapan teknologi pintar, mekanisasi jentera serta inovasi seperti penggunaan dron dan mesin penanam (transplanter). Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi malah mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh serta mengoptimakan hasil dalam keadaan sumber yang terhad.

Secara keseluruhan, melalui gabungan dasar yang bersepadu merangkumi insentif kewangan, permodenan teknologi, pengurusan sumber air yang cekap serta pemerkasaan pesawah, Pihak Kerajaan Negeri komited untuk memastikan subsektor padi di Negeri Perak kekal stabil, berdaya tahan dan berdaya saing. Usaha ini bukan sahaja penting dalam mendepani cabaran semasa seperti kenaikan kos dan perubahan iklim, malah menjadi asas kukuh kepada jaminan keselamatan makanan negeri dan negara pada masa hadapan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Yang Berhormat sila.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih atas penjelasan daripada Yang Berhormat Exco. Ada 2 soalan tambahan saya. Tapi saya kena explain sikitlah. Pada ketika ini kalau kita lihat di medsos atau pun saya turun di lapangan, di kawasan sayalah di Kerian, memang kita akan lihat banyak sangat pak-pak tani kita ni, yang dia kata nak berehat musim ni. Tak mahu, tak mau buat bendang. Jadi ini satu perkara yang membimbangkan untuk kita sebenarnya untuk kita punya keterjaminan makanan. Bila kita selidik tanya, sebenarnya antara antara alasan dia, daripada banyak-banyak tadi disebut masalah-masalah itu menyebabkan hasil mereka 2-3 musim ni, 4-5 musim saya ingat, yang mana modal depa pun tak boleh nak cover. Modal pun tak dapat nak cover. Kemudian nak buat lagi tahun ni dan akhirnya mereka kata, adakah kami ini nak bertani atau nak bersawah untuk berhutang dan bukannya untuk dapat pendapatan? Dan begitu juga dengan apa ini, pengusaha perkhidmatan pertanian ni yang bagi apa, bawa jentani apa semua ni? Mereka ni biasanya bagi pendahuluan kepada pesawah untuk musim ni. Bila dia tak boleh nak kutip balik hutang pendahuluan dia tu sampai dah bermusim-musim, jadi mereka pun dah tak dak duit dah nak bagi pendahuluan. Apatah lagi baru ni saya ada seorang pengusaha tu dia kata, 2 hari untuk 6 biji dia punya jentani tu habis RM6ribu untuk diesel saja. Kalau dulu RM2ribu ja. Ini RM6ribu, jadi dia pun tak mampu dah nak bagi pendahuluan kepada petani. Jadi soalan dia, saya mohon supaya kalau boleh lah. Ada tak tindakan daripada? Baru ini ada, daripada Pusat. Ada isytihar kan untuk dapat insentif. Takpa lah itu ok. Tapi bagi pihak kita Kerajaan Negeri? Untuk pesawah kita ni yang di Kerian ni, ada tak tindakan jangka pendek atau segera yang kita boleh bagi tambahan insentif tambahan ke untuk mereka ni ada apa ini galakan ada initiatif untuk nak tanam supaya mereka tak betul-betul berhenti? Kalau berhenti tu jadi satu masalah pada kita.

Kemudian yang keduanya, soalan kedua saya mohon penjelasan berkaitan dengan R&D inovasi. Tapi berkait dengan benih padi, berkait dengan macam mana racun yang boleh membunuh keladi agas. Bagaimana benih padi yang berkualiti yang boleh tak dak padi angin supaya dia dapat memberikan hasil padi yang baik untuk petani? Saya melihat benda ni YB Exco seolah-olah kita ni balik ke belakang, kita mundur ke belakang. Saya dulu masa saya tingkatan macam tu saya bersawah juga dengan abang saya apa semua. Masa tu kalau tengok pemutuan, saya bagi contohlah pemutuan padi. Kalau dulu ni dia 15, 17 sekilo untuk se tan potongan dia dulu. Tapi sekarang ni dah jadi 20, 25 sampai 35 kan pemotongan itu. Jadi seolah-olahnya dengan kecanggihan teknologi, dengan inovasi yang kita ada, kan, tiba-tiba dia makin tinggi pulak pemotongan. Sepatutnya makin berkualiti lah. Patutnya sekarang ni mungkin 5 kilo ja kan? Jadi ada tak penjelasan berkenaan perkara tersebut. Mohon respon lah daripada pihak YB Exco. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Selinsing dan ini satu perkara yang untuk pengetahuan ahli seisi Dewan berkaitan dengan apa yang dihadapi oleh pesawah kita, bukan sahaja di Kawasan Jelapang Padi Kerian tapi termasuk Seberang Perak, termasuk Sungai Manik dan kawasan di luar Jelapang dan Kerajaan Negeri memang sedar apa yang berlaku, apa yang dihadapi oleh pesawah, oleh pesawah padi dan pada hari ini saya ingin memaklumkan kepada Ahli Dewan berkaitan dengan apa yang telah bukan saja dibangkit oleh YB Selinsing tetapi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol serta Alor Pongsu dan Alor Pongsu. Dia ada kaitan yang sama juga apa yang, walaupun perkara ini sepatutnya saya jawab dalam Pengulungan. Tapi tak apalah oleh kerana soalan tu ia ada berkaitan di antara satu dengan lain. Jadi saya cuba berusaha untuk memberikan penjelasan dan penerangan kepada Yang Berhormat Selinsing dan Ahli-ahli Dewan sekalian.

Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kawasan Jelapang Padi Daerah Kerian merupakan sebahagian daripada Jelapang Padi utama negara yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Pengurusan keseluruhan meliputi aspek dasar, penetapan harga lantai padi, pemberian subsidi, insentif pengeluaran serta pengurusan rantaian bekalan adalah dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui agensi-agensi yang berkaitan 100%. Dari sudut punca kuasa, Kerajaan Negeri tidak mempunyai punca kuasa langsung dalam menentukan dasar harga, kadar potongan padi mahupun pemberian subsidi kepada pesawah. Peranan Kerajaan Negeri adalah sebagai pemilik tanah serta penyediaan khidmat sokongan termasuk penyelarasan di peringkat daerah. Penyediaan infrastruktur asas tertentu serta menjadi penghubung antara pesawah dengan agensi persekutuan. Walau bidang kuasa utama terletak di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak tidak berdiam diri, kita amat sedar dan insaf apa yang harus kita lakukan, kita laksanakan. Kita mengambil pendekatan proaktif melalui jabatan agensi di bawah saya sendiri dengan mengadakan sesi libat urus secara berterusan bersama pesawah, agensi persatuan dan pihak industri bagi mengenalpasti isu sebenar di lapangan. Sebagai contoh, saya sebagai Exco yang dipertanggungjawabkan, saya sendiri telah mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Terjaminan Makanan pada 7 April yang lalu. Dalam sesi tersebut, Kerajaan Negeri telah membangkitkan beberapa isu penting yang memberi kesan langsung kepada golongan pesawah, petani, penternak dan nelayan di Perak termasuk apa yang dibangkitkan oleh YB Selinsing.

Antara perkara yang ditegahkan termasuk tekanan kos operasi yang meningkat. Khususnya rentetan daripada konflik Asia Barat yang memberi kesan kepada rantaian bekalan global serta kenaikan harga bahan api termasuk diesel yang secara langsung menjejaskan kos pengeluaran sektor agro makanan. Alhamdulillah, hasil daripada sesi libat urus tersebut, beberapa isu utama telah diberi perhatian serius oleh pihak kementerian dan telah dibawa ke peringkat mesyuarat Jemaah Menteri. Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan beberapa langkah intervensi segera bagi meringankan beban golongan sasar. Antara langkah yang diluluskan termasuk pelaksanaan bantuan program BUDI Diesel serta peningkatan kadar bantuan pembajak daripada RM160 kepada RM300 per hektar yang diharapkan dapat membantu mengurangkan impak kenaikan kos operasi kepada pesawah dan pemain industri agro makanan. Kita juga melalui LPP Lembaga Pertubuhan Peladang pengeluar benih, benih yang agak berkualiti yang boleh menentukan pesawah mendapat benih padi yang baik dan ini akan dapat juga mempertingkatkan hasil padi untuk masa yang akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri amat memahami tekanan dihadapi pesawah khusus daerah Kerian yang merupakan antara kawasan pengeluar padi utama negeri Perak. Isu seperti kadar potongan padi dibangkitkan, peningkatan kos input dan simpanan dan bekalan sentiasa menjadi keutamaan untuk dibawa dan ditunjukkan dalam setiap platform bersama Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat Menteri Besar sendiri pun sentiasa membawa perkara-perkara ini kepada pengetahuan Perdana Menteri sendiri termasuklah cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan jelapang padi di kawasan Bota, kawasan Bota bagi jelapang padi yang ketiga di dalam negeri Perak, Insha Allah.

Sehubungan itu Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dan penyelaras di samping memastikan setiap isu yang dibangkitkan oleh pesawah disalurkan kepada pihak yang mempunyai kuasa pelaksanaan untuk tindakan lanjut. Maksud saya ialah di peringkat kementerian sendiri. Sebagai penutup, Kerajaan Negeri kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelestarian sektor padi serta menjaga kebajikan pesawah, petani, penternak dan nelayan negeri khusus di kawasan Kerian dan juga termasuk di Sungai Manik. Ini setakat hari ini yang kita dapat perjelaskan kepada Yang Berhormat Selinsing dan Ahli Dewan seisi Dewan pada hari ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungai Manik sila.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih kerana menjawab sekali dengan soalan Sungai Manik. Sebab dah 3 sidang Dewan dah tak ada soalan Sungai Manik naik awal. Saya nak melanjutkan apa yang diutarakan oleh Selinsing tadi. Memang benar sepatutnya bila dah semakin lama kita semakin kuranglah pemotongan. Tapi isu yang samanya berterusan Dato' Exco. Yang keduanya ialah mengenai dengan kerja-kerja pembersihan parit dan saliran. Sebelum ini, kerja-kerja ini diberi kepada kepimpinan kampung untuk uruskan, tapi hari ini masih diberilah tapi cara dan pendekatannya berbeza di bawah IADA. Dia membantu memberi input, beri racun dan sebagainya tapi sebenarnya tidak cukup. Unit-unit PPK diarahkan untuk mengadakan gotong-royong. Baguslah mengadakan gotong-royong tetapi mereka perlu meminta sumbangan daripada orang ramai untuk menampung kos membersihkan parit dan saliran. Jadi, saya minta selaku Exco untuk memanjangkan perkara ini. Bantulah IADA, kalau tak cukup input yang diberi, tambahlah input. Jangan dibebankan lagi kepada mereka. Sudahlah mereka mengadakan gotong-royong secara sukarela. Bagus untuk masyarakat, tetapi daripada satu sudut nampaknya ketidakcukupan pemberian input yang diberikan. Jadi perlu dibuat penambahan. Apa pandangan Yang Berhormat Exco?

Saya amat bersetuju dengan pandangan Sungai Manik tadi dan memang Kerajaan Negeri memberi perhatian pada perkara-perkara yang ini dan dengan tujuan kalau kita dapat menambah bantuan input misalnya, makna kita dapat mengurangkan kos yang paling minimum kepada pesawah dan akan nampak meningkatkan pengeluaran padi di satu-satu kawasan. Insha Allah, Kerajaan Negeri akan beri perhatian dan sentiasa mengambil perhatian dan sentiasa memberikan bantuan dan kita dapat pertingkatkanlah apa yang Kerajaan Negeri boleh sumbang kepada pesawah ini, Insha Allah kita akan berikan dan kita akan bangkitkan sentiasa kepada pihak kementerian supaya melihat perkara ini supaya pesawah pada hari ini yang sedang menghadapi tekanan dengan konflik Asia Barat dan kos sara diesel dan petroleum dan sebagainya dan Insha Allah saya penuh yakin bahawa pihak kementerian akan memberikan perhatian yang serius dan boleh menambah bantuan tentang kos input seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat Sungai Manik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kepayang untuk mengemukakan nombor soalan, sila.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHKepayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Harapan menggunung kepada jawapan yang tepat. Soalan Kepayang nombor empat.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kepayang. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kepayang, Kerajaan Negeri bersama dengan Kerajaan Persekutuan telah mengambil pendekatan yang komprehensif dan berfokus bagi memastikan pelabur asing sedia ada terus kekal serta berkembang di negeri Perak. Pendekatan ini menekankan aspek pengekalan pelabur, pengembangan pelaburan serta penarikan pelaburan berkualiti tinggi yang berimpak tinggi kepada ekonomi negeri. Kerajaan Negeri juga mengambil pendekatan mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak Persekutuan. Hasilnya, dapat kami lihat dengan peningkatan pelaburan ke negeri Perak pada tahun lepas yang meningkat kepada RM15.67 bilion iaitu peningkatan sebanyak 80% dalam perbandingan tahun ke tahun.

Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri juga akan mengambil pendekatan yang lebih berani dalam memperjuangkan isu-isu atau potensi-potensi pelaburan ke Negeri Perak dalam mencuba pelbagai pendekatan yang tidak tradisional. Salah satu cara dari segi pengekalan pelabur, Kerajaan Negeri Perak melalui agensi seperti Invest Perak, MIDA dan MITI terus memainkan peranan sebagai pemudahcara utama dalam sistem fast track dan memastikan segala keperluan pelabur dipenuhi secara efisien termasuk penyelarasan kelulusan, penyediaan infrastruktur serta penyelesaian isu secara pantas melalui pendekatan whole of government dengan izin atau keseluruhan kerajaan.

Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri melalui Invest Perak turut membantu pelabur yang berminat untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan kerja-kerja awal di tapak selepas Kebenaran Merancang dikemukakan di samping mempercepatkan kelulusan KM dalam tempoh 21 hari dan selain ini Invest Perak juga mengambil peranan sebagai konsultan percuma yang dibekalkan kepada pelabur di mana kami bukan sahaja menyelaras dengan agensi-agensi kerajaan. Invest Perak juga mengambil tanggungjawab menyelaras dengan pelbagai pihak swasta seperti pembekal-pembekal utiliti dan infrastruktur seperti TNB, LAP ataupun Gas Malaysia dalam memastikan projek dapat berjalan dengan lancar dan menepati jangka masa. Pelaksanaan ini adalah tertakluk kepada syarat bahawa semua dokumen adalah lengkap serta projek terletak dalam zon perindustrian yang diluluskan. Langkah ini amat penting bagi memastikan pelabur sedia ada dapat terus beroperasi dengan lancar di samping meningkatkan keyakinan mereka untuk mengembangkan operasi di Negeri Perak.

Untuk pemahaman yang lebih mendalam, sebagai contoh, kecekapan proses kelulusan bagi Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian atau KIGIP bukan sahaja dipercepatkan kelulusan dan perlaksanaan projek, malah turut mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Persekutuan. Bahkan, Perdana Menteri kini sendiri turut memuji kecekapan tadbir urus Negeri Perak yang disifatkan sebagai satu contoh kecekapan pentadbiran yang membanggakan di Malaysia. Contoh seterusnya, Kerajaan Negeri juga mengambil inisiatif terhadap Pelaburan BYD di Tanjong Malim. Dalam menjayakan pelaburan berimpak tinggi ini, Kerajaan Negeri juga telah bekerjasama rapat dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan dan swasta yang terlibat bagi mempercepatkan setiap proses kelulusan dan perlaksanaan. Salah satu kejadian dalam projek ini adalah sebagai contohnya selepas kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sendiri telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan dan Gerak Kerja di mana dalam tempoh dua hari telah memuktamadkan urusan-urusan tanah dan yang berkaitan dan hasilnya kawasan ladang kelapa sawit di tapak KLK Tech Park telah mula dibangunkan dan kerja-kerja meratakan tanah dilaksanakan dengan segera. Keseluruhan projek ini atau proses ini hanya mengambil masa sekitar 6 hari, sekaligus membuktikan kecekapan serta ketangkasan pentadbiran negeri dalam memudahcara pelaburan berimpak tinggi. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan persekitaran pelaburan yang kondusif, responsif dan berdaya saing melalui kerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan serta pelaksanaan dasar yang cekap dan proaktif. Pendekatan ini bukan sahaja menjamin kelangsungan pelabur sedia ada, malah memperkukuh keyakinan pelabur baru untuk terus memilih negeri Perak sebagai destinasi pelaburan utama khususnya dalam keadaan krisis geopolitik kini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Kepayang, sila.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHKepayang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga jawapan yang telah diberikan oleh ahli Exco. Syabas dan tahniah saya ucapkan terlebih dahulu kepada Kerajaan Negeri khususnya Exco Pelaburan yang sentiasa berusaha gigih untuk menarik pelabur masuk ke negeri kita, di mana jumlah pelaburan tahun lepas RM15.67 billion telah menjadikan jumlah pelaburan paling tinggi dalam sejarah negeri Perak dan pencapaian ini telah diperakukan oleh Titah Diraja semasa Istiadat Perasmian Dewan kali ini. Isu pokok pelaburan pelaburan tanpa pelaburan dan tidak ada pembangunan tanpa pembangunan tidak ada pekerjaan, tanpa pekerjaan tidak ada pendapatan, tanpa pendapatan tidak ada rezeki nafkah hidup. Oleh kerana itu, adalah amat penting sekali, Negeri Perak kekal menjadi investment friendly state. Saya nak tanya kepada Kerajaan Negeri di Negeri Perak ada tiga, flagship investment AHTV Tanjong Malim, KIGIP Kerian, LuMIC Lumut. Ketiga-tiga projek berimpak tinggi ini memang mampu mengemudi Negeri Perak Gemilang menuju ke arah cemerlang. Bagaimanapun, kita didapati ada cabarannya seperti contoh BYD peribadi adalah kini pengeluar EV terbesar di dunia. Tahun lepas jualan kereta EV melebihi 5 juta unit mengatasi Tesla dan sekiranya BYD bertapak di negeri Perak, dia akan menjadi mangkin pembangunan yang mengwujudkan ribuan pekerjaan yang penting. Tapi pada masa yang sama saya nak tanya Kerajaan Negeri, bagaimana kita nak pastikan pelabur asing khususnya syarikat raksasa yang masuk ini pemindahan teknologinya dia memanfaatkan anak tempatan kita? Kedua, komponen-komponen pelaburan ya, hendak memberikan impak limpahan ekonomi kepada industri domestik.

Oleh kerana itu, saya nak tanya baru-baru ini isu BYD telah pun di war-warkan dan sekiranya boleh saya sudi jadi jambatan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan supaya masalah ini dibawa ke perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk pastikan BYD tidak pergi ke negeri-negeri lain tetapi kekal dalam negeri Perak kita, itu sebab itu saya nak tanya juga kepada Kerajaan Negeri. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk melonggarkan syarat bersedia untuk mempercepatkan kelulusan kerana investor tak boleh tunggu? Time is of the essence. Itu saya nak tunggu jawapan daripada Exco dan juga jika boleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang budiman membantu kita sama-sama menjayakan agenda Perak Sejahtera 2030. Sekian terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat, seperti yang telah dijawab tadi iaitu Kerajaan Negeri Perak mengambil pendekatan-pendekatan yang telah saya sebut tadi tetapi pada masa yang sama yang saya perlu ulang adalah. Kami juga perlu ambil pendekatan yang lebih berani dan tidak tradisional dalam menjamin benefit-benefit atau kepentingan-kepentingan kepada rakyat Negeri Perak dapat dijamin dan oleh itu saya menyambut baik tangan yang dihulur oleh Adun Kepayang yang juga merupakan Yang Berhormat Menteri dalam Kerajaan Persekutuan untuk membantu Kerajaan Negeri Perak menjadi satu hubungan atau orang kata jambatan untuk kami berhubung dengan pihak Persekutuan. Kami percaya bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri mempunyai niat dan hasrat yang terbaik sahaja untuk kerajaan dan juga rakyat negeri dan negara di Malaysia ini. Jadi, saya mengalu-alukan dan berharap kami dapat berbincang secara terus dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua

Sila YB

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih YB Exco. Tahniah di atas kejayaan dan tahniah juga kepada YB Kepayang yang cuba menerangkan semua. Kita tahu bahawa internet perindustrian ini adalah satu elemen yang penting khususnya untuk menaikkan KDNK dalam Negeri Perak. Sebagaimana yang kita nyatakan bahawa kedudukan KDNK Negeri Perak ini amat jauh ke belakang pertama dan yang kedua isu yang kita dapati dalam negeri Perak juga adalah aliran keluar tenaga-tenaga pekerja daripada Negeri Perak pergi ke Selangor dan juga pergi ke Pulau Pinang menjadikan outlet ini mungkin disebabkan oleh kita tidak berjaya menyediakan peluang pekerjaan dalam Negeri Perak. Walaupun kita menyediakan pusat latihan tapi aliran keluar ini amat tinggi. Cuma persoalan saya di sini Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Mengikut semakan saya keupayaan Negeri Perak dan jumlah pelaburan yang diterima dalam Negeri Perak yang diwar-warkan begitu tinggi sekali. Mengikut semakan, saya Negeri Perak berada di tangga yang kelapan di bawah Negeri Sembilan di bawah Sabah di bawah Sarawak di bawah Pulau Pinang di bawah Kedah di bawah Selangor. Sedangkan yang dinyatakan bahawa kawasan perindustrian kita ini amat banyak ada di Tanjong Malim ada LuMIC ada Silver Valley ada di…di…di…di…di Taiping dan sebagainya. Persoalan saya, apakah faktor yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak berminat dalam Negeri Perak ini? Kenapa dan tidak apa adakah inisiatif yang untuk kita bawa supaya kita boleh melonjakkan peluang pekerjaan dan meningkatkan KDNK dan menaikkan taraf kemiskinan yang negeri kita yang amat kaya ini? Minta penjelasan Yang Berhormat Exco.

Sikit soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya nak sila…sila. Manjoi sila Manjoi.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, Manjoi tertarik dengan soalan Kepayang dan juga respon daripada Exco. Pendirian Perak mesti kekal sebagai sebuah negeri yang mesra pelabur khususnya dalam sektor teknologi tinggi seperti kenderaan elektrik EV yang menjadi masa depan industri automotif global. Persoalan yang Manjoi nak sebut di sini ialah ini bukan soal memilih antara BYD ataupun yang lain. So, di sana kita ada Proton Geely. Isu sebenar ialah bagaimana kerajaan mengimbangi pelaburan asing dengan perlindungan kepentingan nasional? Saya nak bertanya pada Kerajaan Negeri YB Exco, adakah pelaburan asing mesti disertai pemindahan teknologi bukan sekadar pemasangan ataupun operasi asas. Adakah keutamaan pekerjaan mesti diberikan kepada anak tempatan khususnya di kawasan Tanjong Malim dan Slim, ketiga YB Exco adakah vendor tempatan perlu diperkasakan bukan sekadar menjadi pemain pinggiran dan rantaian bekalan dan terakhir YB Exco, apakah dasar dan inisiatif yang adil supaya tidak mewujudkan persaingan tidak seimbang yang menjejaskan Proton Geely dan jika kerajaan terlalu memberi kelebihan kepada pelabur baru tanpa angka dasar yang jelas kita berisiko menyaksikan industri tempatan terpinggir di negeri dan negara sendiri? Terima kasih YB Exco.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Ten second boleh? Apa yang kita lihat pada BYD pada pandangan Yang Berhormat Exco, apakah saingan apa yang disyaratkan oleh MITI kepada negeri Perak? Saingan di antara BYD atau nak menjaga institusi Proton itu sendiri? Pandangan Yang Berhormat.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker. Jadi untuk menjawab persoalan nombor satu tadilah. Yang Berhormat daripada Semanggol. Sebenarnya apa yang YB Semanggol bangkitkan dua penggal lepas saya pun dah ada bangkitkan semasa saya duduk di sana lagi. Jadi benda yang ini bukan perkara yang baru berlaku dalam Negeri Perak. Malah, saya rasa benda ini telah berlaku dan kian berlaku semenjak Ahli-ahli Dewan yang senior berada di dalam Dewan ini. Tapi apa yang saya rasakan yang paling penting, kami perlu lihat ada tak perkembangan? Sekiranya ada kami perlu terima. Sekiranya tak ada, kami perlu cakap dan bangkitkan dan di hakikatnya di depan mata kami, kami dah lihat ada perkembangan pelaburan dah masuk. Pelaburan tidak sama dengan pelancongan. Kebetulan saya jaga pelancongan. Apa yang berlaku dalam pelaburan apabila diluluskan, contoh saya tak nak even cakap pasal kilang kita tak luluskan. Contoh Alor Pongsu dah gerenti akan melompat bila saya sebut KIGIP. Betul Alor Pongsu?

Jadi bila kami dah ada kelulusan Kerajaan Persekutuan dan sebagainya, ia memerlukan masa untuk buat segala planning, kelulusan dan libat urus antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri. Lepas tu work on the ground, EIA, SIA, permohonan peruntukan persekutuan, kewangan dan sebagainya. Ini memerlukan masa. Yang penting selama ini untuk masa yang agak lama saya tak kata tak ada untuk masa yang agak lama Kerajaan Persekutuan tiada dana ke Negeri Perak untuk pembangunan ini dan kini kami lihat di bawah Kerajaan Perpaduan di Negeri Perak dengan hubungan erat yang kami ada dengan Kerajaan Persekutuan, kami mampu membawa pelbagai komitmen daripada kerajaan Persekutuan. Biar komitmen kepada LuMIC kepada AHTV dan juga komitmen kepada KIGIP. Jadi ini yang nombor satu dan kita lihat apabila komitmen-komitmen ini di umumkan dan mula langkah-langkah diadakan, maka dalam tempoh dua tahun begini, kami boleh lihat pelaburan dah mula berkembang dan untuk selepas pelaburan berkembang, hasil ekonomi akan mengambil masa. Dia tak berlaku dalam sekelip mata.

Jadi untuk menjawab juga Yang Berhormat Manjoi tadi, saya setuju perlu ada perlindungan kepada rakyat Malaysia termasuk dalam konteks apa yang kita katakan usahawan ataupun industri-industri sebab mungkin kami tidak dapat bersaing. Kalau orang pakai roket kami pakai beca nak kejar macam mana? Saya faham tetapi dalam melindungi konteks industri di Malaysia, kami mempunyai pelbagai cara dan saya rasa Ahli-ahli Dewan dan juga rakan-rakan pegawai dalam Dewan ini, nombor satu yang paling penting perlu percaya kepada Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri Perak. Saya rasa tak ada satu orang biar Ahli Dewan ataupun pegawai yang mempunyai niat jahat dalam Dewan ini. Kami semua mahu yang terbaik sahaja untuk Negeri Perak dan saya bagi satu contoh dalam konteks persaingan, kami tidak perlu merendahkan diri terlalu rendah. Untuk makluman rakan-rakan dalam Dewan ini, Proton eMAS 5 mempunyai satu track record yang amat baik pada masa ini. Berbulan-bulan tempahan untuk mendapatkan kereta ini dan untuk makluman seisi Dewan juga model yang sama telah mengalahkan BYD di China sendiri. Jadi kenapa kami takut sangat? Kenapa kami perlu takut sangat nak katakan bahawa tak boleh Proton tak boleh bersaing? Proton pun tak kata tak boleh bersaing. Yang kami sendiri melompat. Inilah satu paradigm shift yang kami perlu adakan untuk membolehkan apa yang kita katakan rakan-rakan dalam industri kita supaya boleh mengorak langkah yang lebih jauh seperti yang dikatakan tadi untuk saingan baik ke buruk.

Saya jawab dengan senang sahaja. Rakan-rakan pergi warung, berapa kali anda nak ke warung melainkan kalau dekat atau kenal sangat seseorang itu? Bila kami pergi sekeluarga, biasanya kami akan pilih pergi ke food court pergi tempat yang banyak pilihan. Kami tak pergi tempat yang jual Mee Jawa aje. Kami tak pergi ke tempat yang jual roti canai aje apabila kami berkeluarga dan sebagainya. Ini adalah persaingan yang sihat. Apabila bila ada persaingan sihat, tumpuan pelanggan juga akan sihat. Ini juga berlaku dalam konteks makro. Jadi ini sangat penting dan juga saya ingin nak nyatakan fakta sejarah juga di sini. Apabila kami melakukan Proton pada masa itu bukan melalui salah Proton, tetapi kerajaan mengambil tindakan terlalu melindungi sehingga penggiat-penggiat automotif lari ke Thailand. Betul, Thailand tak ada jenama tempatan yang sangat popular dan sebagainya tetapi Thailand kini merupakan antara pengeluar kereta yang terhebat dan juga ketua di dalam rantau ini. Walaupun tanpa jenama, industri automotif mereka mengeksport kenderaan mereka ke serata dunia. Berapakah angka eksport Proton sekarang dengan dasar-dasar negara sekarang? Untuk melindungi pengeluar Malaysia, kami bersetuju tetapi banyak cara bukan dengan mengurangkan persaingan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Setiausaha Dewan, sila baca Aturan Urusan Mesyuarat yang seterusnya.

Usul Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Perkara yang keempat, Usul Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang ialah usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku, Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiranTitah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Tahun Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah mendapat sokongan dan telah pun dibahaskan. Justeru, pihak kerajaan akan membuat penggulungan bagi perbahasan ke atas usul ini. Sesi penggulungan di atas usul ini akan dimulakan oleh Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar yang diikuti oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain mengikut portfolio masing-masing. Masa yang ditetapkan bagi setiap penggulungan ialah selama 45 minit seorang. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani dan Selamat Pagi kepada semua. Di sini, Pasir Bedamar akan memulakan sesi penggulungan dalam perbahasan Titah Diraja. Sebelum saya mulakan, ingin saya mewakili Kerajaan Negeri Perak untuk merakamkan tahniah kepada dua anak jati Malaysia yang baru sahaja memperoleh anugerah bertaraf antarabangsa. Satunya Madam Fish Liew telah memperoleh Pelakon Wanita Terbaik dalam Hong Kong Film Awards. Yang keduanya, Madam Jessica Liew telah memperoleh Pelakon Wanita Terbaik dalam Star Awards, Singapura. Kedua-dua mereka merupakan anak jati Malaysia dan telah mengharumkan nama Malaysia. Pertama sekali saya akan menyentuh tentang segala aspek berkaitan dengan Kampung Baru Cina, hal ehwal masyarakat Cina dan yang berkenaan terlebih dahulu dan akan menyentuh tentang kos sara hidup kemudian. Di sini ingin saya tegaskan bahawa sebab saya kena selalu sebut tentang Kampung Baru Cina dan segala berkenaan dengan masyarakat Cina adalah disebabkan bahawa saya diamanahkan untuk portfolio ini. Maksudnya apabila saya ada ditanggungjawabkan untuk portfolio ini, saya wajiblah untuk berbicara tentangnya, seperti mana Sungkai yang kena menyentuh tentang hal ehwal masyarakat India sebab beliau diamanahkan untuk tanggungjawab tersebut. Sama seperti Kota Tampan, beliau kena sebut tentang urusan perihal hal ehwal agama Islam sebab beliau telah ditanggungjawabkan sebegininya. Oleh itu, saya berharap tidak akan wujudnya suara di mana kenapa Pasir Bedamar hanya sebut tentang masyarakat Cina…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Paham, paham, paham, proceed je. Semua orang dah paham yang tu.

Timbalan Yang di-Pertua

YB, kalau nak bercakap, sila berdiri dulu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok, saya berdirilah.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Jangan melompat, jangan melompat. Biar saya sebut saya tak bagi laluan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tak usah explain la pasal bangsa-bangsa ni. Terus je.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sini tak perlu RESET. Sini tak perlu RESET

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk. Bagi Exco buat penggulungan dulu. Sila duduk.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sini tak perlu RESET. Sini tak perlu RESET. Sini tak perlu RESET. Saya hanya akan, saya akan ceritakan pembangunan Kampung Baru Cina dan saya akan kurang sentuh tentang kampung tradisi dan sebagainya. Logik yang mudah, apabila kami jumpa peguam kami minta nasihat perundangan. Kami bukan jumpa peguam untuk dapatkan nasihat perubatan. Sama seperti di sini nak persoalkan sesuatu isu, kita kena cari orang yang betul, bukannya salahkan orang di depan sahaja. Oleh itu, sekiranya selepas saya terangkan secara panjang lebar, masih ada yang tidak faham-faham atau berpura untuk tidak faham, faham, maka mungkin kena balik ke sekolah untuk menerima pendidikan sekali lagi untuk menambahkan mutu dan kualiti masing-masing.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sangkaan jahat.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Timbalan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan perenggan 33, Titah Diraja di mana Tuanku perkenalkan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPK) untuk membantu banduan-banduan yang dibebaskan dari penjara. Tuanku juga bertitah bahawa supaya lebih banyak entiti boleh tampil ke depan untuk membantu banduan yang selesai menjalani hukuman untuk memulakan kehidupan baru. Sebagai salah satu Exco yang menjaga Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI), ingin saya menyambut baik Titah Diraja dan pejabat saya akan mencuba sedaya upaya untuk bekerjasama dengan rumah ibadat bukan Islam yang sedia ada demi membantu banduan. Dalam pada itu, selain usaha membantu banduan, saya juga menyeru para ahli jawatankuasa rumah ibadat untuk melibatkan diri secara aktif dan semaksimum mungkin untuk menganjurkan program atau aktiviti yang memanfaatkan masyarakat secara umum. Jangan hanya mengadakan aktiviti yang bersifat hiburan atau makan minum tanpa apa-apa makna.

Dalam Titah Diraja, Tuanku bertitah bahawa rakyat hendaklah bijak mengamalkan gaya hidup berjimat tenaga melalui penggunaan elektrik yang terkawal di samping mengamalkan budaya penjimatan dan mengelakkan pembaziran terutamanya bahan makanan. Oleh itu, sebagai Exco yang menjaga rumah ibadat bukan Islam, saya tegaskan bahawa segala penyaluran peruntukan haruslah berasaskan atau berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan tadi iaitu segala program hendaklah tidak membazir dan harus mempunyai budaya berjimat cermat. Peruntukan HEBI yang disalurkan haruslah berorientasikan keperluan rakyat dan disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya agar peruntukan betul-betul membantu masyarakat. Khususnya apabila kita tengok sekarang satu dunia sedang menghadapi krisis kekurangan sumber tenaga. Di sini sila izinkan saya bagi dua contoh di mana dua tokong di Negeri Perak telah menjalankan usaha yang memang berlainan dengan rumah ibadat lain dalam pada itu.

Pertamanya adalah Tokong Paloh Khoo Miu di Ipoh yang bersejarah sebanyak 154 tahun. Maksudnya tokong ini wujud sebelum adanya Perjanjian Pangkor. Pejabat saya telah bekerjasama dengan tokong tersebut. Kita sampaikan anugerah berbentuk wang tunai kepada pelajar-pelajar SPM kawasan Ipoh yang memperoleh A-, A, A+ dalam subjek Bahasa Cina SPM. Usaha ini adalah berpaksikan semangat untuk merancakkan penggunaan bahasa ibunda agar lebih ramai pelajar akan mengambil subjek ini dalam peperiksaan SPM dari semasa ke semasa. Ini membuktikan bahawa tokong yang berada di tengah-tengah Pekan Ipoh ni sebenarnya boleh berperanan sebagai institusi untuk memperkasakan bidang pendidikan dan memanfaatkan golongan pelajar dan bukan sahaja terhad kepada peranan rumah ibadat dalam segi agama sahaja. Untuk makluman semua dalam penyampaian anugerah tersebut, ada juga pelajar berbangsa India, ada juga pelajar berbangsa Melayu yang memperoleh keputusan baik dalam subjek Bahasa Cina SPM dan ini menunjukkan bahawa sebenarnya bahasa bukannya sesuatu isu dan tidak harus dijadikan sebagai bahan politik. Langkah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah keutamaan. This should be a priority, dengan izin tetapi usaha untuk merancakkan penggunaan dan pembelajaran bahasa ibunda pun harus diteruskan. Syabas kepada Paloh Khoo Miu dan juga pelajar-pelajar yang memperoleh anugerah sedemikian.

Keduanya, Tokong Hock Soon Keong di Teluk Intan. Bermulanya tahun lepas pejabat saya telah berkerjasama dengan Tokong Hock Soon Keong untuk menubuhkan dana perubatan demi membantu masyarakat berbilang kaum yang memang memerlukan bantuan dalam segi ini. Bersama dengan tokong tersebut secara dua tahun berturut-turut, saya telah hadir sendiri untuk menyampaikan bantuan perubatan yang memerlukannya. Penerimanya ada yang merupakan orang Asli, ada yang berbangsa India, ada yang berbangsa Melayu tentunya ada yang berbangsa Cina. Ini membuktikan bahawa peruntukan Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) walaupun namanya untuk, untuk bukan Islam namun dari segi perlaksanaan tidak pernah wujudnya isu bahawa peruntukan ataupun bantuan hanya boleh memanfaatkan sesetengah kaum atau agama. Malah, peruntukan tersebut adalah memanfaatkan seluruh masyarakat tidak kira kaum, tidak kira agama, tidak kira latar belakang sebab Kerajaan Madani adalah kerajaan yang berkhidmat untuk semua tanpa mengira apa-apa latar belakang anda.

Selain rumah ibadat, pejabat saya juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta kepada sembilan Sekolah SUWA sebelum Tahun Baru Cina. Untuk makluman semua di Negeri Perak, sebenarnya usaha untuk membantu 9 Sekolah SUWA bermula pada tahun 2008 iaitu bermulanya zaman Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak. Selepas itu pada tahun 2018 apabila Pakatan Harapan mentadbir Negeri Perak, usaha untuk membantu Sekolah SUWA dimula, diteruskan dengan penyaluran peruntukan kepada 9 buah sekolah tersebut dan selepas PRU lepas, Kerajaan Perpaduan pun telah meneruskan usaha murni ini dan terus membantu sekolah-sekolah tersebut. Untuk makluman semua, garis panduan peruntukan kepada 9 buah Sekolah SUWA adalah berorientasikan guru dan pelajar dan bukan semata-mata kita minta sekolah pergi binalah bangunan yang mega, pergi binalah bangunan yang memang cantik, tak. Kita tak nak jadikan sekolah semacam universiti swasta. Ini bukan niat kerajaan. Daripada peruntukan tersebut, pejabat saya menggariskan bahawa wang penghargaan sebanyak RM600 harus diberikan kepada setiap guru Sekolah SUWA dan usaha ini telah bermula pada tahun 2024 di mana guru-guru memperoleh RM500 pada tahun tersebut dan jumlah tersebut dinaikkan sehingga RM600 pada tahun 2025 dan diteruskan pada tahun ini.

Saya berpegang bahawa semua pendidik khususnya guru sekolah tidak kira apa-apa arena sekolah pun sebenarnya haruslah dilayan dengan baik. Selain memanfaatkan peruntukan untuk diberikan kepada pelajar cemerlang, pejabat saya juga mewajibkan peruntukan Sekolah SUWA tersebut haruslah digunakan untuk dijadikan sebagai bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar berpendapatan rendah, pelajar pelajar miskin. Yang penting ini, pelajar-pelajar miskin itu tak kira kaum, agama dan latar belakang kita wajib bantu. Saya juga memberikan anugerah berbentuk wang tunai kepada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam sijil UEC. Saya menggalakkan semua pelajar cemerlang ini melebihi 50 orang untuk terus berkhidmat demi tanah air kita. Tanah…tanah air kita satu saja, Malaysia. Mereka selepas habis belajar dimana-mana pun mereka haruslah balik ke Malaysia sebab Malaysia adalah negara kita. Kita harus menyumbang balik kepada kampung halaman kita apabila kita dah berjaya pada masa depan.

Saya ingat Selinsing berbahas bahawa tenaga muda dan bakat tempatan berhijrah ke luar. Kawasan luar bandar semakin tua, tenaga kerja produktif semakin berkurangan dan ekonomi tempatan semakin kehilangan daya saing. Sebagai wakil rakyat Negeri Perak, adalah sangat tidak senang hati apabila tengok bakat-bakat muda negeri kita untuk berhijrah keluar. Tak kiranya pergi Penang atau Selangor biarpun itu negeri pimpinan Pakatan Harapan. Namun adalah tidak memadai sekiranya kami hanya tidak senang hati tanpa membuat apa-apa perubahan dasar yang membolehkan negara kita berupaya untuk mengekalkan tenaga muda dan bakat tempatan. Oleh itu, saya menyambut baik sangat keputusan Kerajaan Persekutuan yang membenarkan pelajar sijil UEC yang memperoleh kepujian ataupun kredit dalam subjek Bahasa Melayu SPM dan juga lulus dalam subjek Sejarah SPM untuk memasuki universiti awam. Saya yakin keputusan Kabinet tersebut akan membantu negara kita untuk mengekalkan lebih banyak tenaga kerja mahir daripada dirampas oleh negara-negara jiran kita.

Saya ingat dalam perbahasan Ahli Dewan Negeri Trong menceritakan tentang apa yang disarankan Ibnu Khaldun iaitu kena ada perubahan pendekatan pengajaran kepada pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Perlunya untuk menggalakkan pelajar berhujah, bertanya dan menganalisis serta mengintegrasikan kaedah pembelajaran aktif. Saya amat bersetuju dengan pandangan Trong. Saya selalu utarakan bahawa generasi muda, sebenarnya kami tak sesuai untuk panggil mereka sebagai pemimpin negara pada masa depan. Sebenarnya, sesungguhnya generasi muda adalah pemimpin negara pada masa ini, pada zaman kini. Sekiranya generasi muda sudah diberikan kuasa untuk mengundi pada 18 tahun. Maksudnya, harus kita sebagai Kerajaan untuk memperkasakan mereka. Bermula zaman sekolah dan bukannya melayan mereka macam budak dan buat tak tahu tentang keperluan mereka ataupun menidakkan apa yang diminta atau diperlukan mereka.

Oleh itu, untuk menggalakkan pelajar untuk lebih aktif dalam berhujah dan dilatih untuk menganalisis, pada tahun 2025 pejabat Ahli Parlimen Teluk Intan dengan pejabat saya buat kali pertama kita menganjurkan referendum pelajar di SMJK San Min, Teluk Intan. Apa itu referendum pelajar? Maksudnya semua pelajar sekolah tersebut boleh mengundi tentang apa yang mereka nak untuk pembangunan sekolah dan pejabat kami akan menunaikan mengikut keputusan referendum pelajar tersebut. Rata-ratanya melebihi seribu pelajar SMJK San Min, Teluk Intan telah mengundi dan kalau ikut keputusan, mereka pilih untuk menang untuk menambahbaikan bilik darjah, untuk naiktarafkan dewan sekolah dan juga bina ruang kokurikulum. Pejabat Ahli Parlimen Teluk Intan dan saya telah menunaikan apa yang dikehendaki pelajar. Semua meja, semua kipas dalam bilik darjah telah ditukar sepenuhnya. Dewan sekolah juga telah dipasang pendingin hawa dan peruntukan untuk mewujudkan ruang kokurikulum akan disalurkan pada tahun ini juga. Pada April tahun ini, pejabat saya telah mengadakan referendum pelajar di Sekolah Tinggi Nan Hwa, Air Tawar. Sekali lagi beratus-ratus pelajar telah mengundi dan mereka memilih untuk menaiktarafkan tandas pelajar. Pejabat saya tentunya akan menunaikan janji dan memastikan pilihan pertama pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Nan Hwa dilaksanakan sepenuhnya.

Untuk maklumat semua, program-program yang dijalankan atau dilaksanakan di atas adalah berpaksikan kapasiti saya sebagai Exco yang menjaga HEBI dan juga sebagai Adun setempat. Selain itu, saya juga sempat berinteraksi dengan pelajar SMK Convent, SMK St. Anthony dan juga SMK Holy Methodist yang semua berada di dalam Parlimen Teluk Intan pada minggu lepas. Saya difahamkan ada 50 pelajar tingkatan enam SMK Holy Methodist, Teluk Intan telah datang pada pagi ini untuk melawat sidang Dun dan untuk tahu apa yang berlaku di sidang Dun. Selamat datang dan selamat pagi kepada semua pelajar tersebut. Kami sebenarnya galakkan pelajar-pelajar untuk berhujah, untuk berfikir, untuk membuat analisis. Tidak sempat untuk saya laksanakan referendum pelajar. Namun, pandangan, pendapat, cadangan dan sebagainya daripada pelajar-pelajar ketiga-tiga sekolah tersebut telah saya catatkan dan kami akan pastikan suara pelajar diangkat dan pembangunan sekolah haruslah berteraskan permintaan dan keperluan pelajar. Bukan lagi dengan cara konvensional. Yes.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih YB Exco, terima kasih YB Timbalan Speaker. Setuju kah YB Exco dengan saya, bahawa senioriti umur, tua atau muda tak penting. Yang penting kecerdikan akal dia tu, kita nak dia punya brain. Sebab you cakap tadi orang muda perlu diambil kira. Jadi saya suka syorkan you link dengan Exco yang jaga Dewan Belia. Saya tengok kesian tengok Dewan Belia bersidang semua, kita tak ambil kira sangat pandangan dia orang. You kata tadi sekolah kan you ambil pandangan referendum daripada student. Saya rasa perlu kita ambil. Kemudian satu lagi saya rasa you kena buat juga referendum, kenapa daya saing pelaburan kita drop. Kita ada tertiary, kelulusan diploma dan ijazah, only 27%. Ni semua orang muda ni, dia frust and last sekali dua tokong yang you sebut tadi tu. Saya nak tanya ada geran tak? Ada geran tanah tak? Takut kena roboh. You marah lak?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Alor Pongsu. Saya saya pelik la. Bila kami sembang bola sepak Arsenal kalah kepada Manchester City tiba-tiba dia masuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan. Memang soalan yang tak berkaitanlah. Berkenaan dengan geran. Saya rasa adalah tanggungjawab wakil rakyat. Takkan di Alor Pongsu bila ada tokong, masjid ataupun gereja yang menjemput Alor Pongsu untuk aktiviti, Alor Pongsu tanya dia, you ada geran tak? Ini tak masuk akal kan? Ok untuk soalan kedua, saya rasa Exco pelaburan akan buatkan perincian dan sebagainya. Untuk soalan pertama, saya tengok Dewan Belia ini, saya yakin, rakan saya, rakan dari Encik apa tu, Bota, ah Belanja, dia memang cukup baik dalam melaksanakan apa dasar-dasar belia dan sebagainya. Saya rasa kita mungkin boleh perbaikinya. Kita semua manusia, bukan Tuhan. Tentunya bukan sempurna. Bagilah ruang kepada Exco penambahbaikan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, geran tu bukan berniat jahat. Saya pergi ke tokong India, Hindu dan sebagainya, bukan sekarang isu dia tokong ni orang persoal ada geran tak ada geran. Jadi saya kata sebagai wakil rakyat, kita bertanggungjawab. Kita kena tanya, you yang jaga rumah ibadah non muslim, I rasa you kena tanya. Saya kalau timbul isu ni you dipersalahkan. Betul tak? Sorry ya.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih. Memang ini selepas RESET dah tak ada mindset bersatu. Seperti mana Titah Tuanku yang berbunyi bahawa pendidikan merupakan teras utama pembangunan insan. Oleh itu, biarlah kami bermula untuk melahirkan generasi pelajar untuk menjadi pemimpin negara. Galakkan mereka berhujah, dorong mereka untuk berfikiran kritis. Kita memerlukan pelapis sedemikian untuk menjadikan Malaysia lebih baik.

Timbalan Yang di-Pertua, Tuanku bertitah bahawa dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan menganut pelbagai agama, keharmonian adalah aset paling berharga yang wajib dipertahankan. Sehubungan dengan itu, pejabat saya telah menjalankan usahasama dan kerjasama dengan pertubuhan atau entiti rakyat untuk menganjurkan program kebudayaan yang meraikan keharmonian. Selama tiga tahun berturut-turut, pejabat saya telah bekerjasama rapat dengan Dewan Perhimpunan Cina Perak untuk menganjurkan program Malam Kebudayaan dan Perarakan Chap Goh Mei sempena Tahun Baru Cina. Perarakan tersebut bermula dari Padang Ipoh dan tamat di Taman Dr dan disusuli dengan persembahan kebudayaan. Program tersebut yang saya nampak bukan sahaja kita khususkan kepada masyarakat Cina sahaja. Sebenarnya telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat bukan Cina.

Untuk makluman semua, mungkin ramai di sini yang salah faham bahawa Gendang 24 musim adalah berasal dari negara China. Namun, faktanya bukan sedemikian. Untuk makluman semua, Gendang 24 Musim adalah berasal dari Johor, dari Malaysia dan dicipta pada tahun 1980-an dan merupakan salah satu aset kebudayaan Malaysia yang unik. Negara lain semua takda, Malaysia saja yang cipta dan kita sekarang kembangkan ke seluruh dunia. Oleh itu, untuk mempromosikan aset kebudayaan ini, pejabat saya telah bekerjasama dengan Persatuan Kebudayaan Tradisional Masyarakat Perak untuk menganjurkan acara Kejohanan Gendang 24 Musim Sekolah Rendah dan Menengah peringkat Perak dari tahun 2024 sehinggalah tahun 2026. Sebelum acara kejohanan ini, sebenarnya tidak pernah ada kerajaan atau entiti atau wakil rakyat yang menganjurkan pertandingan berskala besar sebegini di Negeri Perak secara berterusan. Pertandingan ini bagi saya adalah sangat penting dan wajar diteruskan untuk mengiktiraf usaha keras murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah yang telah membuat yang terbaik demi mengharumkan nama sekolah masing-masing.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sekolah-sekolah rendah di kawasan luar bandar. Dulunya langsung tiada pasukan, kini bukan sahaja ada, malah merupakan pasukan yang kuat dalam kawasannya. Saya baru sahaja membantu SJKC Jelapang untuk menubuhkan sebuah Pasukan Gendang 24 Musim baru-baru ini. Kebanyakan murid-muridnya bukan berbangsa Cina. Kebanyakan murid-muridnya majoritinya Melayu, secondarynya India dan selepas itu baru sampai Cina. Saya berharap sangat pasukan ini yang berbilang kaum akan berusaha keras dan berlatih bersungguh-sungguh dan mempamerkan yang terbaik apabila ada persembahan. Di sini saya alu-alukan semua sekolah, tidak kira aliran sekolah apa-apa pun. Asalkan berminat, asalkan nak menubuhkan Pasukan Gendang 24 Musim, hubungilah pejabat saya. Kami sedia membantu dan akan membantu sebaik mungkin. Dalam tiga tahun ini, melalui pertandingan tersebut, saya memerhatikan bahawa sebenarnya ekosistem Gendang 24 Musim adalah amat rancak di kawasan Manjung. Kawasan Manjung memang ada banyak pasukan yang memang saya rasa sangat baik. Contoh SJKC Hua Lian 1 yang berasal dari Pulau Pangkor telah muncul sebagai juara dalam pertandingan tersebut pada tahun 2024 dan tahun 2025. Murid-murid sekolah tersebut yang sudah dewasa kebanyakannya akan belajar di SMJK Dinding, Lumut dan sebahagian kecilnya belajar di Sekolah Tinggi Nan Hua. Itu sebabnya tahun lepas SMJK Dinding, Lumut muncul sebagai juara sekolah menengah dalam pertandingan tersebut dan tahun ini tetap kekal berdaya saing dalam pusingan pertama. Malah Sekolah Tinggi Nan Hua juga menunjukkan peningkatan mutu dan kualiti yang ketara dalam pusingan pertama juga. Sebagai Exco yang juga merupakan anak muda, saya berharap Pesta Gendang 24 Musim yang akan dianjurkan pada Jun tahun ini akan terus melahirkan ekosistem yang lebih banyak bukan sahaja di Manjung tetapi di tempat lain juga.

YB Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sila

Terima kasih YB Exco, saya mengucapkan tahniah dan amat berterima kasih kerana YB Exco memberi satu keutamaan di mana kita menggalakkan kebudayaan, tak kiralah kebudayaan Cina ataupun yang lain. Ini adalah satu cara untuk kita memupuk perpaduan dan sebenarnya apa yang YB Exco sebutkan tadi memang di SMJK Dinding memberi satu contoh yang sangat baik kepada semua rakyat Malaysia. Di mana SMJK ini sebenarnya pelajar bukan Cinanya dah melebihi pelajar Cina dan termasuklah di dalam persembahan Gendang 24 Musim ini, terdapat ramai pelajar bukan Cina yang menganggotainya dan ini telah memupuk satu semangat perpaduan dan harmoni di sekolah itu. Saya diberitahu baru-baru ini ada keperluan untuk mereka membeli gendang dan saya harap YB Exco boleh membantu dari segi itu, terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih sahabat daripada Astaka. Tak ada masalah, saya akan lawat kemudian dan kita akan bantu sebaik mungkin. Sebenarnya, kesemua contoh program, aktiviti dan pertandingan di atas membuktikan bahawa kerjasama dan usahasama rapat bersama dengan persatuan adalah sangat penting. Pejabat saya akan terus bergerak mengikut hala tuju tersebut untuk memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum terus dipelihara.

Speaker, Kerajaan Negeri Perak adalah amat menghargai keprihatinan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah pimpinan Kepayang yang memang menyalurkan peruntukan pembangunan yang berterusan kepada setiap Kampung Baru Cina untuk menaiktarafkan infrastruktur dan kemudahan awam. Saya rasa saya dah berkali-kali sebut dalam Dewan yang mulia ini bahawa pejabat saya akan berteraskan konsep place making dengan izin untuk merancakkan ekonomi Kampung Baru Cina dan menarik anak anak muda untuk balik ke kampung halaman masing-masing untuk mencari rezeki dan sebagainya. Saya pun ingat bahawa dalam perbahasan kebanyakan YB-YB di sini isu peluang pekerjaan disentuh. Ada yang risau perkembangan ekonomi Perak tidak memanfaatkan anak-anak muda Perak dan sebagainya. Saya tidak berniat untuk berbicara berpanjang lebar tentang isu ini, namun ingin saya bagikan beberapa contoh pengusaha tempatan Kampung Baru Cina yang berjaya bertapak di kampung halaman masing-masing dalam beberapa tahun ini. Mereka mungkin mempunyai latar belakang yang berbeza. Bidang perniagaan pun berbeda namun persamaan mereka adalah masing-masing merupakan anak jati negeri Perak dan rela balik dari luar negara untuk menetap di kampung halaman masing-masing untuk mencari rezeki, untuk wujudkan peluang pekerjaan.

Satu, Puan Lim Tek Chia dari Kampung Baru Sungai Pinang, Pulau Pangkor. Beliau adalah seorang arkitek. Belajar di luar negara, bekerja di luar negara. Selepas beberapa tahun balik ke Pulau Pangkor, satu tempat yang kononnya ekonomi tak begitu rancak. Beliau bangunkan produk makanan yang berasaskan ciptaan dan resipi sendiri iaitu Sos Minjo. Dia tegas nak gunakan bahan tempatan. Dia tak nak guna bahan-bahan asal dari tempat lain. Dia tak nak import bahan-bahan dari negara lain dan beliau juga berjaya untuk hasilkan mee segera yang sedia dimakan pada bila-bila masa dan produk ini, saya difahamkan bukan saja dijual di kawasan Pulau Pangkor, kawasan Manjung tapi sebenarnya diseluruh Perak. Ini satu.

Keduanya, Encik Loo Khow Loong yang berasal dari Kampung Baru Khantan yang berada dalam Parlimen Tambun. Encik Loo, dia sebenarnya jenama dia saya rasa mungkin video di sini pernah nampak di shopping mall, Mr. Yellow Bean. Dia sebenarnya satu produk tradisional yang namanya fucuk. Dia sebagai makanan ringan yang mudah dimakan oleh setiap lapisan masyarakat. Beliau sering kali menjalankan inovasi tak kiralah dari segi pemprosesan, pembungkusan, promosi dan sebagainya agar produknya lebih menarik dan selalu ada tempatnya di pasaran moden. Zaman ini banyak kanak-kanak, mereka suka tengok phone mereka tak suka makan makanan tradisional tapi saya difahamkan apa yang dihasilkan oleh Encik Loo ini merupakan kegemaran kanak kanak. Ini tunjukkan bahawa produk Kampung Baru Cina sebenarnya ada nilai komersial yang sangat tinggi.

Ketiganya, Encik Khong Chun Hui dari Kampung Baru Chui Chak. Encik Khong telah memanfaatkan pemandangan sawah padi di Chui Chak sebagai tarikan utama. Beliau bangunkan penginapan homestay dan satu kafe Haako untuk menarik kedatangan pelancong. Ini sebenarnya bila kita ada tubuhkan kafe di tengah-tengah sawah padi. Ini tentunya akan memeriahkan suasana kampung. Sudah tentunya sektor pelancongan akan dibawa dan ekonomi setempat akan lebih baik dan peluang pekerjaan pun akan ada.

Keempatnya, Puan Vanessa Chong Wen Yi dari Kampung Baru Bercham, Ipoh. Puan Vanessa ni sebenarnya ada kerjaya di New Zealand. Beliau balik ke Ipoh untuk meneruskan perniagaan keluarganya yang berasaskan produk colok atau kemenyan tradisional yang berjenama Foo Kwai Heong. Daripada perniagaan keluarga yang asal yang memang cukup tradisional, memang tak ada generasi muda yang lahir sejak tahun 1980-an akan masuk kilang tersebut. Beliau telah transformasikan sekarang rangkaian bisnes adalah lebih kepada produk wangian dan aroma dan saya difahamkan ada satu kilang di Ipoh, SW Aroma Ipoh. Ini tunjukkan bahawa bakat muda Kampung Baru bukan sahaja mampu mempertahankan bisnes asal tetapi berjaya memperluaskannya dan menjadikan produk Kampung Baru lebih dikenali di pasaran yang lebih besar.

Akhir sekali, Encik Frankie Tan dari Kampung Baru Jalan Pantai, Kuala Kurau. Encik Frankie ini keluarganya menghasilkan telur masin dulu selepas menghasilkan telur masin, kawasannya memang tak bersih, tidak cukup memberangsangkan, kurang ada pelancong yang nak melawat tapi sekarang berbeza. Encik Frankie daripada hanya menghasilkan telur masin, dia sekarang perluaskan perniagaan kepada produk makanan yang berasaskan telur masin. Malah, beliau telah buka sebuah kafe sebagai platform untuk pasarkan produk di samping memperkenalkan kampung halamannya. Dulu secara jujur, banyak yang tak tahu mana Kampung Baru Jalan Pantai ni. Semua tahu Kuala Kurau tapi tak tahu Kampung Baru Jalan Pantai. Tapi kini pelancong semuanya tahu mana kampung tersebut lantaran sebiji telur masin.

Lima contoh di atas tunjukkan bahawa konsep place making yang saya utarakan sejak tiga tahun lepas sebenarnya adalah mampu dilaksanakan. Oleh itu, untuk membolehkan produk-produk Kampung Baru tersebut mempunyai platform yang lebih besar untuk dipamerkan dan dipromosikan, pejabat saya sekali lagi akan menganjurkan Ekspo Kampung Baru Cina Perak di Paloh 101, Ipoh pada 24 dan 25 April pada tahun ini. Nak tahu apa yang ada dalam Ekspo tersebut terus singgah dan kunjung dan anda akan tahu lebih banyak. Sempena dengan penganjuran Ekspo Kampung Baru Cina kali ini, satu pakej Hadiah Kampung Baru Cina Perak akan diperkenalkan. Pakej hadiah tersebut akan merangkumi melebihi 10 produk tempatan Kampung Baru Cina dan dibungkuskan dalam bentuk yang menarik. Tujuannya satu sahaja iaitu memastikan produk-produk baik dari Kampung Baru Cina kena dipromosikan semaksimum mungkin. Kerajaan tidak boleh hanya berperanan sebagai penonton. Kita sebagai kerajaan haruslah membantu pengusaha. Tak kira kaum, tak kira agama, tak kira latar belakang. Sudah tentunya kalau kita bantu ekonomi akan dijanakan susulan itu dan semua akan dapat limpahan.

Selain itu, pejabat saya juga akan meneruskan program pemerkasaan Kampung Baru Cina pada tahun ini. Saya masih ingat ada dua kampung yang memang menarik perhatian saya bila saya lawat tahun lepas. Satunya Kampung Baru Matang Taiping satunya nama Kampung Baru Liman Kati, Kuala Kangsar. Mereka memang tunjukkan hasil kerja yang sangat baik dalam program tersebut. Program ini akan diteruskan pada tahun ini dan tema tahun ini adalah perpaduan dan kepelbagaian. Saya mengalu-alukan semua entiti tidak kiranya NGO, JPKK atau sekolah untuk sama-sama menyertai program ini demi memperkasakan kampung masing-masing. Seterusnya, saya akan…

YB Exco…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…masuk ke bab kos sara hidup…

YB Exco, Timbalan Speaker. Terima kasih kepada YB Exco. Saya tertarik saya remind sikit berkenaan dengan UEC tadi. Satu persoalan yang saya nak bangkitkan di sini. Selepas pulang dari Sabah, kita melihat DAP mendesak supaya UEC diiktiraf di dalam negara menuntut supaya Perdana Menteri untuk…untuk untuk iktiraf UEC di negara kita. Desakan itu dibuat sebagaimana kita melihat perubahan penolakan pengundi-pengundi Sabah terhadap DAP dan sekarang ni Sarawak pula bawa suara untuk menolak DAP. Persoalan saya di sini terhadap YB Exco, saya tengok laporan daripada UMNO Online pada 12 Disember 2025, laporan UMNO Online menyatakan Pemuda UMNO Ipoh Barat berpendirian untuk tidak menyokong pengiktirafan UEC kerana ia tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang tidak menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantara. YB Exco yang berkenaan sepatutnya di sini apakah pendirian YB Exco terhadap kenyataan Pemuda UMNO Ipoh Barat ini yang mana Pemuda UMNO Ipoh Barat tidak bersetuju dengan UEC dan YB Exco cuba untuk menyemarakkan isu UEC dalam Dewan pada hari ini. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih soalan daripada Manjoi. Apa yang diutarakan pihak lain seperti mana yang saya sebut awal-awal tadi. Tanyalah orang yang berkenaan. Dia yang dia yang katakan apa tanyalah dia. Yang kedua sijil UEC ini saya rasa isu yang cukup menjadi polemik dulu bila PAS bersama dalam Pakatan Rakyat, sijil pengiktirafan pengiktirafan Sijil UEC merupakan salah satu manifesto bersama. Apabila PAS dengan DAP bersama. Saya nak masuk bab kos sara hidup ini adalah isu yang lebih yang berkaitan dengan rakyat.

YB Exco satu-satu.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Bila saya nak ceritakan tentang apa yang berkaitan dengan rakyat….

Ini bukan soal UEC. Sekejap…sekejap.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Biarlah saya ceritakan. Takkan semua penonton online semua penjawat awam…

Manong, Manong YB Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Nak tengok pembangkang mainkan isu politik.

Bukan politik…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Biarkan saya jawab.

…kita bertanya dengan hujah.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…isu kos sara hidup. Saya dah bagi ruang dengan cukup profesional…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Manjoi sila duduk.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya dah bagi ruang biar saya jawab kos sara hidup.

Sekarang dalam satu kerajaan…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ini isu yang

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…terkesan…

UMNO tak setuju UEC…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Manjoi, sila duduk

DAP nak UEC.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Manjoi saya tak bagi laluan.

Saya nak tanya persoalan…

YB ENCIK WOO KAH LEONG (PASIR BEDAMAR Manjoi, Manjoi saya tak bagi laluan.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat saya sudah bagi amaran. Sila duduk.

Yang Berhormat Exco, ini isu lain.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sebelum sebelum saya teruskan…

Yang Berhormat Exco, mohon laluan

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya…sekejap…sekejap sebelum saya teruskan. Biar saya refer semua kepada hansard 15 April 2026. Dr. Hashim bin Bujang. Saya rasa adalah Yang Berhormat Bukit Chandan yang saya hormati. Perintah Tetap Perkara 41 (a) dan (b). Tiada ahli boleh mencelah ahli yang sedang berucap kecuali dengan berdiri di tempatnya dan mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Pada masa itu, ahli yang sedang berucap itu hendaklah duduk dan ahli yang mencelah itu hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikemukakan untuk pengetahuan mesyuarat dan menyerahkan perkara itu kepada pengerusi untuk keputusannya. Apa yang Bukit Chandan sebut maksudnya di sini kalau nak mencelah kena bangun minta izin, minta izin diizinkan oleh saya saya baru boleh cakap. Bukan bangun terus berucap bukan bangun terus bantah. Ini yang disebut rakan-rakan anda di dalam blok pembangkang. Ikutlah apa peraturan mesyuarat.

YB Exco minta izin.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Oleh itu seterusnya…

Timbalan Speaker minta izin.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…saya akan masuk ke bab kos sara hidup.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya akan bagi ruang untuk kos sara hidup. Sebab ini isu yang memang semua rakyat terkesan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Kalau ada pembangkang…

YB Exco. Timbalan Speaker

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…yang memang sibuk nak main isu politik. Saya rasa gelanggang yang lebih sesuai adalah medan PRU.

Saya minta izin.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Masuklah dalam Parlimen Tambun untuk bertanding. Seterusnya saya akan masuk ke bab kos sara hidup.

Saya minta izin tapi YB Exco tak bagi saya.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Isu ini adalah isu yang hangat sekali.

Timbalan Yang di-Pertua

YB sila duduk.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Exco mohon celah.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Takpe biar…biar…biar…biar…biar saya teruskan. Isu kos sara hidup adalah isu terhangat sekali yang dibahaskan dalam Dewan ini sejak Rabu lepas. Setiap hari kita akan dengar frasa minyak, frasa petrol, kenaikan kos dan sebagainya. Namun begitu, biarkan saya selesaikan bab lain dulu sebelum betul-betul masuk bahagian ini. Saya membaca hansard setiap malam saya tengok kebanyakan Ahli-ahli Dewan Negeri pembangkang sangat hebat. Saya puji sangat hebat dalam menceritakan permasalahan. Namun, sejujurnya saya jarang saya bukan kata tidaklah saya cakap saya jarang dengar cadangan penambahbaikan dan sebagainya. Bila saya tengok balik hansard saya ingat apa yang dicadangkan oleh Manong. Kalau tak silap Manong adalah satu satunya ahli pembangkang yang betul-betul serius dalam mengajukan cadangan secara komprehensif bukan main hentam bagi info salah mentafsirkan data sesuka hati. Lepas tu mencelah minta maaf…

Untuk makluman semua, Manong mencadangkan 3 langkah untuk diambil untuk mengatasi isu kos sara hidup. Pertamanya kena lindungi rakyat iaitu mengekalkan pemberian subsidi sehingga harga penawaran di pasaran kembali ke paras munasabah di samping meneruskan penyaluran bantuan wang tunai kepada golongan yang memerlukan. Keduanya kena ada kawalan harga iaitu mempertingkatkan mekanisme kawalan harga barangan dipasaran. Ketiganya adalah tentang tahap sara diri iaitu mewujudkan dan memperkasakan sasaran bekalan makanan di peringkat daerah bagi menjamin sekuriti makanan setempat. Saya tidak masuk cadangan ketiga sebab saya rasa yang lebih sesuai untuk memberikan maklum balas adalah Exco Pertanian.

Tapi untuk cadangan kedua, sebagai Exco yang menyelia KPDN Perak ingin saya memberikan jaminan bahawa boleh dikatakan hampir setiap hari termasuk Sabtu-Ahad pasukan Penguatkuasaan KPDN Perak sedang menjalankan kegiatan penguatkuasaan di peringkat akar umbi sekali. Kita nak pastikan mekanisme kawalan harga barangan di pasaran tidak akan mengalami apa apa masalah. KPDN memang diberikan kuasa di bawah Akta Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk mengawal harga barangan dan seterusnya memastikan bekalan makanan mencukupi khususnya ketika musim perayaan. KPDN ada penetapan harga maksimum bagi barangan keperluan asas ada pelaksanaan skim harga maksimum musim perayaan. Saya tidak perlu berbicara panjang lebar tentang perihal ini. Saya juga difahamkan oleh Pengarah KPDN Perak bahawa dasar atau pun policy work from home bekerja dari rumah yang melibatkan sesetengah penjawat awam adalah tidak melibatkan sesiapa. Anggota penguatkuasa KPDN Perak maksudnya kerja tetap dijalankan. Tiada kompromi terhadap peniaga yang suka-suka menaikkan harga tanpa alasan munasabah.

Tentang cadangan pertama Manong tadi, saya setuju bahawa dalam negara bukan berpendapatan tinggi seperti Malaysia, subsidi adalah harus diberikan. Namun, kita harus berikan dalam kadar yang sesuai dan munasabah dan tidak memudaratkan kewangan negara sebagai salah satu anggota pentadbiran kerajaan negeri, saya bersetuju dengan kebanyakan Ahli Dewan Negeri bahawa tindakan pantas harus diambil Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat untuk mengharungi kemelut ekonomi ini. Yang rasa-rasanya, saya rasa kita tak mahu bagi gambaran cantik. Saya rasa kemelut ini akan berlangsungan sekian lama. Alor Pongsu?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Boleh? Minta kebenaran. Ok. Saya pun nak masuk dalam senarai yang mencadangkan resolusi, sebab yang saya cadang selama ni mungkin tak dikira cadangan kot. Yang pertama saya nak ucap tahniah terima kasih. Tentang apa Jualan Rahmah tu memang membantu rakyat. Tapi saya nak bagi cadangan minta YB Exco note yang ni kalau nak diterima sebagai cadangan lah. Jualan Rahmah datang seminggu sekali sebulan sekali. Baru-baru ni timbul cerita apa MADANI Mart. Mungkin Perak belum lagi lah. Saya cadangkan kita dapat tolong berpanjangan dalam krisis ini. Lebih baik kita bantu kedai runcit yang sedia ada. Dia orang dapat jual rahmah setiap hari di kawasan tu. Ok. Tentang lokasi very nice. Saya tegur ubah. Saya tegur ubah cantik dah. Tapi saya minta supaya peruncit-peruncit sedia ada. Contoh di taman saya tu. Kita perkasakan dia instead of lori rahmah datang daripada Ipoh MADANI Mart dan sebagainya. Kemudian satu lagi bersasar penting ni, bila sebut bersasar, rakyat Malaysia ada 32 juta orang. Takkan semua nak dibantu. Saya ingat peringkat negeri kita tunjuk contoh kat Pusat. Kita nak bersasar subsidi bukan untuk 32 juta orang penduduk Malaysia. Perak kita start dulu. Kita ni YB tak payahlah subsidi, nu orang kampung nu nak bagi subsidi. Terima kasih. Ok eh solusi tu eh?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Alor Pongsu. Sebenarnya saya nak ceritakan tentang apa yang kita nak buat atau apa yang saya nak cadang. Tapi Alor Pongsu kalau boleh bila Pegawai Khas saya tanya mana lokasi cadangan Jualan Rahmah minta respon sebab saya tengok di sini tiada cadangan. Trong? Soalan berkaitan.

Saya nak saya bangkitkan perintah tetap.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sila…sila.

Iaitu peraturan 40(3)(a) yang mana seseorang Ahli Dewan hendaklah bertanggungjawab atas kenyataan dan isi kandungan ucapannya, yang mana Yang Berhormat Pasir Bedamar tadi menyebutkan sewaktu manifesto Pakatan Rakyat, PAS bersama dengan DAP mengiktiraf UEC. Itu adalah fakta yang salah. Tidak ada dalam manifesto Pakatan Rakyat pada waktu itu mengiktiraf UEC. Ini satu pembohongan dalam Dewan yang mulia ini. Sila tarik balik. Saya mohon tarik balik. Perkataan PAS mengiktiraf UEC itu satu pembohongan dan penipuan dalam Dewan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya rasa saya ingat Trong akan bangkitkan isu kos sara hidup tapi rupa-rupanya teruskan pembohongan. PAS memang bersama dengan DAP dan PKR. Janganlah nafikan pernah nak bersama-sama nak mengiktiraf sijil UEC. Jangan makan diri. Itu sahaja respon saya. Saya rasa cadangan belanjawan tambahan daripada…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Ruling daripada Speaker...

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

...yang dicadangkan oleh...

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Kalau nak berucap, sila berdiri dulu. Saya sudah berulang kali, banyak kali.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Saya minta ruling daripada Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Tadi Yang Berhormat Exco sudah menjawab, sudah menjelaskan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tak menjawab pun.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Jangan…jangan ganggu Exco yang nak bagi. Yang nak bagi ruang…

Timbalan Yang di-Pertua

Saya nak mengingatkan Yang Berhormat…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…apa yang kita boleh bantu dari segi kerajaan negeri…

Timbalan Yang di-Pertua

…tinggal lima minit sahaja.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…untuk ringankan kos sara hidup. Saya harap semua penonton yang tengok secara online, tengoklah pembangkang. Bila saya sebut tentang kos sara hidup semua kacau dengan isu politik. Ini memang pembangkang yang paling…

…sebab Exco bagi fakta yang salah.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang dibangkitkan oleh Trong adalah peraturan Dewan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Timbalan Speaker saya tak bagi laluan.

…jawablah.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya faham. You boleh rujuk dalam hansard. Saya faham semua Yang Berhormat mesti bertanggungjawab dalam semua perkataan. Saya faham. Saya nak minta Yang Berhormat teruskan sebab tinggal lima minit sahaja.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Timbalan Speaker…yang dibangkitkan oleh Trong adalah…

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

YB Exco, Tarik balik tadi. Tarik balik. PAS tak iktiraf UEC.

Pas hanya bersama dalam Pakatan Rakyat.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang dibangkitan oleh Trong adalah peraturan Dewan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Tarik balik YB.

Timbalan Yang di-Pertua

Tadi saya sudah berucap…

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

YB Exco Tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Saya kata berhenti, maka berhenti. Saya bertugas di sini sebagai Speaker. Kalau ada apa masalah, sila rujukan dalam hansard.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Sekarang....Yang Berhormat...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tak…saya nak membetulkan apa yang dibangkitkan oleh Trong adalah peraturan Dewan dan jawapan yang dikemukakan oleh….

Timbalan Yang di-Pertua

Tadi saya sudah berhujah rujukan dalam hansard pada malam ini.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Peraturan mesyuarat….

Timbalan Yang di-Pertua

Jadi saya nak minta Yang Berhormat sila teruskan ini sahaja sebab tinggal lima minit. Faham tak Yang Berhormat.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sebaiknya tarik je apa yang dia ucap tadi. Tak betul.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ini…ini peraturan Dewan…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tak kemukakan bukti.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…dibangkitkan bercanggah dengan peraturan Dewan…

Tuduh sini, jawab sini.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Bila dibangkitkan bercanggah dengan peraturan Dewan maka Puan Speaker kena minta Exco berkenaan jawab kepada…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat saya sudah berucap berapa kali tadi. Sila rujukan dalam hansard. Kalau ada masalah, sila hantar surat kepada pejabat Speaker. Ini sahaja. Faham tak? Saya nak minta Yang Berhormat sila teruskan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tarik balikla, mohon tarik balik lah.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita nak selesaikan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Kalau tak…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sudah…dia sudah menjelaskan…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

...buat perbahasan di dalam Dewan.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Penipuan itu berlaku dalam Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat semua, sila duduk. Are you challenge me sekarang? Saya nak mohon semua duduk dulu. Kalau ada apa masalah, sila rujukan dalam hansard pada malam ini. Ini sahaja.

Tak boleh Timbalan Speaker…

Timbalan Yang di-Pertua

Sila sambungkan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Berkenaan dengan apa undang-undang…mohon tarik balik.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Mohon tarik balik.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Saya pernah jadi Timbalan Speaker…

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Tarik balik, tarik balik.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Mohon tarik balik.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Oleh itu? Kalau dah pernah jadi Timbalan Speaker. Oleh itu?

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Dah salah fakta tu…tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya sudah buat ruling sekarang. Kalau ada masalah, sila hantar surat kepada pejabat Speaker. Are you challenge me semua

Yang Berhormat? Saya bertugas di sini dan trauma di depan saya. Are you challenge me sekarang? Saya minta semua Yang Berhormat sila duduk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak ada masalah. Tarik balik tuduhan dia tu.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat….

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Timbalan Speaker, kami bukan mencabar Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya sudah buat ruling. Kalau ada apa masalah, sila hantar surat kepada pejabat Speaker. Rujukan dalam hansard. Yang Berhormat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Speaker ni pengadil bukan nak menyebelahi.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya…maka saya sudah cakap berapa kali. sila berhenti. Saya nak minta Yang Berhormat Exco sambungkan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Perkara yang boleh diselesaikan di sini mengapa kita nak drag?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila rujukan dalam hansard pada malam ini. Semua boleh duduk. Yang Berhormat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Bersetuju untuk tarik balik. Minta Pasir Bedamar tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat semua sila duduk. Pasir Bedamar, sila sambungkan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, tak betul juga tadi, saya concern about sara diri. You kata pembangkang tak concern. Saya baru cakap lima minit tadi. You lupa ni.

Timbalan Yang di-Pertua

Pasir Bedamar, sila.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya rasa cadangan belanjawan tambahan yang dicadangkan Kepayang adalah diperlukan dalam hal ini. Tidak kira ia dijajarkan semula bajet asalnya ataupun Kerajaan Negeri cari dana baru ataupun dengan apa-apa cara pun, saya rasa yang penting adalah kita salurkan bantuan. Senang cerita rakyat nak tahu macam mana boleh dibantu. Saya difahamkan terdapatnya Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini. Sila izinkan saya untuk membaca serba sedikit mengenainya. Dalam pakej tersebut macam-macam ada Jelajah Rahmah, Gudang Makanan Selangor, Baucar Kita Selangor, Bantuan Sektor Pertanian, Bantuan Sarapan Percuma Sekolah, Subsidi Tambang Pengangkutan Awam, Pemerkasaan Usahawan Koperasi Selangor. Saya rasa adalah tanggungjawab kita untuk belajar daripada yang murni dan buang yang keruh. Saya yakin Kerajaan Negeri Perak pun mampu menghasilkan pakej sedemikian.

Mungkin dengan pengubahsuaian sedikit. Sebenarnya bukan kerja seorang Exco untuk mencadang. Sepatutnya backbenchers seperti pembangkang yang harus cadangkan dan saya memberikan maklum balas. Tapi sejujurnya kurang…kurang dapat cadangan konstruktif daripada pembangkang dalam beberapa hari lepas. Oleh itu, sekiranya belanjawan tambahan dibentangkan, ingin saya cadangkan bahawa Kerajaan Negeri Perak boleh mempertimbangkan untuk merancakkan lagi bantuan BUDI diesel. Maksudnya sekarang individu yang memperoleh bantuan ini adalah RM400 sebulan. Kalau tak silap, saya sudah melonjak RM200 sejak bulan Februari. Namun, saya memahami ini adalah tidak mencukupi dengan kenaikan harga diesel. Sekiranya ada pakej rangsangan…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tinggal seminit saja.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon tambahan masa sebab banyak lagi berkenaan dengan kos sara hidup. Rakyat tengah tengok.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Speaker minta…minta.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sekiranya ada pakej rangsangan sebegini,

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Speaker minta laluan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…Kerajaan Negeri mungkin boleh berikan tambahan RM100 kepada penerima BUDI diesel…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Exco…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…yang berasal dari negeri Perak…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Exco…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…untuk beberapa bulan ini. Ini penting sebab bantuan sebegini akan tunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan yang terjejas. Yang keduanya, saya cadangkan kita murnikan segala mekanisme bantuan Kerajaan Negeri sekarang. Maksudnya selain memurnikan kita pun boleh tambahkan sekian jumlah untuk beberapa bantuan yang ada sekarang. Memang memang susah untuk kami di peringkat negeri untuk ubahkan dasar Kerajaan Persekutuan. Contoh, penerima SARA hanya dibenarkan untuk berbelanja di kedai-kedai tertentu. Biar pun sebenarnya ada 600 kedai untuk dijadikan pilihan untuk menghabiskan bantuan SARA. Namun di peringkat negeri, mungkin kesemua kami boleh bersama untuk mempermudahkan cara penduduk B40 untuk menggunakan bantuan Kerajaan Negeri. Contoh, kita membolehkan mereka untuk berbelanja di kedai-kedai runcit mana mana pun. Saya faham ada kesukaran susah untuk kita nak ke sana secara sepenuhnya. Tapi rakyat di luar sana ingin lihat kami membuat sesuatu yang berbeza dalam keadaan kritikal ini. Dengan izin, we need extra ordinary measure in this extra ordinary time.

Cadangan ketiga, saya rasa kita kena tambahkan bilangan Jualan Rahmah tetapi pada masa yang sama kita bantu B40, kita kena pastikan peniaga kecil, peruncit kecil yang merupakan M40, kita jangan abaikan. B40 kena bantu, M40 pun kena bantu. Kita kena pastikan B40 dapat beli barang dalam harga yang murah. Untuk pastikan tiada orang akan angkat bendera putih untuk minta bantuan. Tapi pada masa yang sama harus juga kita pastikan M40 seperti peniaga dan peruncit kita dijaga. Saya tahu ada banyak peniaga kecil yang merupakan rakan strategik Jualan Rahmah. Saya bagi beberapa contoh Fida Niaga, Pasar Mini Intan Nor Shatika, Pakdin Enterprise, Pasar Mini Permata Wira dan sebagainya. Tapi ramai lagi yang belum daftar. Saya harap, saya seru lagi ramai untuk daftar sebagai rakan strategik. Kita sambil bantu B40, kita bantulah peniaga kecil yang dari kampung yang merupakan M40. Kita sama-sama bantu mereka dan saya alu-alukan semua Ahli Dewan Negeri khususnya pembangkang untuk bagikan saya cadangan lokasi penganjuran Jualan Rahmah. Ada yang bagi saya berterima kasih sebab rela bantu rakyat di kawasan anda. Ada yang tak bagi. So, saya harap memang selepas ini kita sama-sama untuk bantu rakyat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Minta…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya selalu ingat pesan…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Minta laluan sikit.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dato' Speaker. Saya selalu ingat…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sebab kami bertanggungjawab juga untuk membantu rakyat sebab kami tahu di kawasan susah. Kami nak …

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ketua Pembangkang biar saya jawab dulu. Masa dah suntuklah. Terima kasih. Saya selalu ingat pesanan Dato' Seri Speaker iaitu kita kena menyentuh apa yang berlaku dalam sidang Dun dengan berpaksikan fakta dan bukti. Saya faham kerja politik. Rata-ratanya pembangkang nak tanam persepsi buruk, kerajaan tak jaga rakyat. Kenapa harga sini dengan harga sana lain. Kenapa harga Australia, Indonesia dengan Malaysia lain dan sebagainya. Saya faham ini tanggungjawab anda. Dalam hansard sidang Dun yang mulia ini yang bertarikh 16 Disember 2021, pernah ada satu Ahli Dewan Negeri pada waktu tersebut yang berbunyi sedemikian. Biar saya bacakan. Ini dalam hansard. Isu kenaikan harga ni selagi mana kita hidup selagi itu takkan selesai. Itu kita kena terima fact ini. Kita kena terima. Kalau kita tak terima fakta tu kita boleh main. Kita memainkan isu kangkung naik 200%. Ini adalah dalam hansard bertarikh 16 Disember 2021 muka surat 163 oleh Gunong Semanggol. Selepas 5 tahun iaitu pada 15 April 2026 Gunong Semanggol sebut bahawa pada hemat saya pengumuman kenaikan harga minyak dalam tempoh perayaan seperti ini amatlah tidak wajar. Saya serah kepada Dewan yang mulia ini serta penjawat-penjawat awam di sini dan penonton yang menonton secara online untuk menilai sendiri betapa hipokritnya kenyataan.

Masa DAP dalam pembangkang dulu apa DAP tak buat.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Yang berkonflik antara satu sama lain.

Masa DAP dalam dulu dia pun guling-guling.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Apabila sudah memegang jawatan. Saya tak bagi laluan.

DAPlah paling lantang sekali. DAP yang mengajak rakyat keluar.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Exco nak bagi laluan tak? Kalau tak bagi.

Masa DAP pembangkang dulu apa DAP buat?

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi tak bagi? Yang Berhormat sila duduk yang lain. Yang Berhormat sila duduk semua sila duduk. Saya nak YB Exco sila teruskan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak betul tak adil. Ini tak adil.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Move on, YAB MB kata move.

Yang Berhormat ini floor dia.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila teruskan.

Ini floor Pasir Bedamar. Jangan nak putar belit lagi. Cukuplah cukuplah Gunong Semanggol. Kredibiliti tu dah kosong dah Gunong Semanggol.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk dan semua.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tak hormat Dewan la Semanggol.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Bagi Pasir Bedamar habiskan dulu.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Semanggol tak hormat Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco sila teruskan. Yang lain semua sila duduk.

Bagi Pasir Bedamar habiskan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Move on. Move on.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Apa yang ingin diperkatakan semua dalam hansard. Sekarang nak cabar kewibawaan sidang Dun yang mulia ni ke? Nak cabar sidang Dun ke? Apa yang lompat? Tunggulah saya jawab. Bila Gunong Semanggol menjawab saya tak ganggu pun. Saya tak lompat pun. Saya duduk di sini saya dengar. Kenapa lompat. Ini ke mutu dan kualiti pembangkang? Semua rakyat boleh tengok inilah cara Ketua Pembangkang Perak. Memang tak berguna dan tak berfungsi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Inilah cara DAP memerintah.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dalam hansard bertarikh 15 April 2026 muka surat 40 juga ada persoalan daripada Gunong Semanggol…

Peraturan Dewan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…mengenai harga minyak pada tahun 2008 dan juga harga minyak sekarang. Ayatnya sebegini.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Peraturan Dewan.

Peraturan Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila baca.

43(a) ‘seorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya’ Ok, saya dengar kenyataan daripada YB Exco berkenaan dengan kenyataan lama daripada YB Semanggol berkenaan dengan kenaikan harga barang memang tak boleh elakkan, itu memang normallah tetapi apa perbahasan yang timbul ialah bukan kita menafikan kenaikan harga barang. Itu kenyataan yang kontradiklah. Perbandingan yang tidak sama. Apa yang dibangkitkan ialah sebab kenaikan harga barang boleh berlaku kerana kenaikan diesel. Kita tidak nafikan kenaikan harga barang. Jadi kontradik itu saya minta persamaan yang tidak sama itu dibandingkan dengan ucapan hari ini saya minta YB Exco tarik balik sebab tak sama.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada calon bakal Menteri Besar.

Siapa pun tak nafikan kenaikan harga barang.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Biar saya jawab dulu semua dalam teks saya.

Kalau kenyataan…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Selepas saya jawab semua, kalau tak menepati apa yang nak barulah bangkitkan usul dan sebagainya. Dalam hansard bertarikh 15 April 2026 muka surat 40 juga ada persoalan daripada Gunong Semanggol mengenai harga minyak pada tahun 2008 dan juga harga minyak sekarang. Ayatnya sebegini. Tahun 2008 harga minyak dunia 148 USD Dollar dengan izin, harga diesel di pam RM2 sedangkan pada masa ini harga minyak dunia sekitar 100 US Dollar. Boleh check dia paling tinggi pergi 120. Yang menghairankan apa justifikasi yang dibuat menyebabkan harga di pam RM6.72. Dulu USD Dollar 140 harga diesel RM2. Sekarang 100 harga diesel RM6.70. Bila Gunong Semanggol bagi ayat-ayat ini, saya tak pernah mengganggu. Saya tak lompat. Saya tak pernah kacau. Kini biarkan saya jawab. Adalah sangat dangkal untuk bandingkan keadaan tahun 2008 dengan tahun 2026. Tahun 2008 bukan zaman perang. Dulu harga minyak mentah melonjak tapi harga produk berlapis seperti petrol dan diesel tidak pernah melonjak. Sebab dulu tiada isu bekalan terputus. Dulu tidak berlakunya fasiliti minyak diserang dengan bom. Sekarang Selat Hormuz apa ceritanya? Dibuka. Ditutup. Dibuka. Ditutup.

Kalau banding dengan dulu kapal-kapal tangki minyak yang berjaya melalui laluan tersebut adalah sangat sedikit. Saya juga ingatkan YB-YB pembangkang di sini. Harga petrol bukannya ditentukan oleh harga minyak mentah sahaja. Bukannya kata bahawa satu kapal berjaya melalui Selat Hormuz, maka esok Shell, Petronas, BHP, Petron, di depan rumah anda sudah ada bekalan Ron95 dan diesel. Jangan percaya kepada berita palsu yang cytro anda sendiri yang sebarkan di Tiktok. Saya terus bagikan fakta di sini. Sebenarnya kos penghantaran dan insurans kini adalah sebab utama kenaikan harga. Sebelum perang, minyak mentah brand setong adalah dalam USD Dollar 66 setong. Kini melonjak ke USD Dollar 101.50 se tong. Kos penghantaran juga bertambah. Dulu RM7.5 juta untuk setiap perjalanan untuk setiap trip. Sekarang berapa? 8 ke 9 ke atau 10 ke. Bukan, kini setiap trip perjalanan RM20.5 juta. Yang paling penting sekali premium insurans. Dulu sebelum perang, USD Dollar 112, 500 untuk setiap trip perjalanan. Setiap. Kini bukannya bertambah 10 ribu. Bukannya bertambah 100 ribu. Sebaliknya terus melonjak ke USD Dollar RM1.9 juta untuk setiap perjalanan.

YB Speaker, YB Exco

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya jawab dulu semua fakta. Jangan lupa…

Saya nak refer fakta YB Exco

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Selat Hormuz dibuka ditutup dan dibuka dan ditutup.

Timbalan Speaker, YB Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Gangguan bekalan tentunya akan menambahkan kos operasi.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Apa yang saya…

Timbalan Speaker…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…sebut yang di atas…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Bedamar bagi laluan ke?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Apa yang saya sebut di atas…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sila duduk Manjoi.

Saya nak bercakap tentang data dan fakta. Nak betulkan data fakta sikit.

Biar Exco jawab dulu. Biar Exco jawab dulu.

Nak Betulkan fakta.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Manjoi, sila duduk dulu.

YB Exco kata 2008 tidak ada perang. 2008 berlaku peperangan di peringkat antarabangsa. Iraq berperang dengan Amerika waktu tersebut. Rusia juga berperang dan kesan tu…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Apa yang saya sebut…saya tak bagi ruang…

…sampai ke Malaysia. Waktu tersebut harga minyak di Malaysia naik. Sama je sekarang.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Manjoi, biar saya jawab dulu. Bila masa…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Manjoi bagi Exco jawab dulu.

…tidak berlaku perang. 2008…

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

DAP tak bawa fakta.

2008…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Exco sudah jawab.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Minta izin…minta izin. Pasir Pinji.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Minta izin dulu Tronoh, minta izin.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco sila teruskan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Apa yang saya sebut di atas adalah info rasmi daripada Kementerian Kewangan. Saya rasa biar pun…

Minta YB Exco betulkan fakta sebelum berhujah.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

…kalangan kami…

Maklumat bagi tak betul mengelirukan Dewan. Buat homework dulu YB Exco.

YB Exco kena…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dalam perbahasan Gunong Semanggol cuba ditonjolkan perbandingan antara harga diesel yang dulunya RM2 dengan harganya RM6.70 sekarang. Sebagai ahli politik yang bertanggungjawab kalau nak bandingkan sesuatu bandingkan dengan benda yang setara. Bukannya bandingkan antara durian dengan oren. Harga RM6.72 yang kini diturunkan kepada RM5 lebih itu adalah harga diesel tanpa subsidi. Tanpa itu without faham tak? Kenapa tidak sebut harga diesel yang ada subsidi. Dalam SKDS 2.0 pelbagai jenis kenderaan layak menikmati harga diesel RM2.15, kenapa tidak disebut? Di bawah SKDS 1.0 kenderaan kegunaan awam seperti bas sekolah, ambulans, kereta bomba semua menikmati harga diesel serendah RM1.88, kenapa tidak disebut? Saya difahamkan harga diesel untuk nelayan, majoriti kelasnya kekal dalam harga serendah RM1.65 sahaja.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

YB Exco, sata sahaja…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Kenapa tidak disebut? BUDI diesel yang ada sekarang. Dari asalnya 200…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Apakah proses minyak pada tahun 2008, berbeza dengan proses minyak…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Kenapa tidak disebut?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…menyebabkan harga berbeza, jawab itu juga. Jangan bagi teknikalnya. Proses minyak 2008…

Minta izin, minta izin. Perintah Tetap…Perintah Tetap Timbalan Speaker. Perintah Tetap, Timbalan Speaker Perintah Tetap.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sekalian sila duduk. Perintah Tetap, sila baca.

Kamunting, Gunong Semanggol atau Alor Pongsu nak tegur tak?

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tronoh sila duduk dulu.

Perkara 41…perkara 41. Tiada ahli boleh mencelah ahli yang sedang berucap kecuali dengan berdiri di tempatnya dan mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib. Pada masa itu, ahli yang sedang berucap itu hendaklah duduk dan ahli yang mencelah itu hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikemukakan untuk pengetahuan ataupun dah mintak izin. Tadi YB Exco sudah banyak kali kata dia tak beri izin tapi pembangkang sengaja bangun mencelah, mengacau mengacau.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Macam Tronoh buat, macam Tronoh.

Timbalan Speaker, saya mencadangkan kalau mereka tak ikut Perintah Tetap lagi kita rehatkan ketua pembangkang.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tronoh, Pasir Pinji pun bangun.

Kalau dia tidak mengikut Perintah Tetap. Bukit Chandan sendiri juga membangkitkan Perintah Tetap sebelum ini. Saya harap pembangkang boleh hormat kepada Perintah Tetap

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya tanya Yang Berhormat, banyak lagi isu?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya kena jawab kos sara hidup semua...

Timbalan Yang di-Pertua

Sila teruskan. Yang Berhormat semua sila duduk. YB Exco sila teruskan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

YB Exco, kita kena berlaku adil. YB Exco ini Kerajaan.

Kamunting nak tegur, Kamunting nak tegur. Kamunting nak tegur Gunong Semanggol.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Saya nak harap Dewan yang mulia ini tidak jatuh standard. Saya mohon Yang Berhormat Exco sila teruskan. Ini sahaja.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. BUDI diesel yang ada sekarang dari asalnya RM200 sudah meningkat kepada RM400. Kenapa tidak disebut BUDI agrikomoditi RM300 juga kenapa tidak disebut? Bandinglah antara harga diesel RM2 pada tahun 2008 dengan harga diesel sekarang ini yang ada subsidi seperti RM1.65, seperti RM1.80, seperti RM2.15. Bukannya petik sini sana dan seterusnya saya tengok juga ada akhir masuk perbandingan oleh Manjoi apabila mencelah dalam sesi perbahasan. Ayatnya adalah sebegini; Arab Saudi, negeri…negara pengeluar minyak tak pernah naikkan harga minyak secara krisis. Bahkan negara jiran kita Indonesia tidak naikkan harga minyak. Sudah masuk minggu kelapan sejak krisis dua bulan yang lalu. Harga di Singapore hanya naik sekitar 13 peratus sebelum krisis dan selepas krisis. Australia yang naik yang nak beli minyak dari Malaysia pun hanya naik 50 sen sahaja. Australia dollars kita 29 peratus. Di Thailand, bukan negara pengeluar minyak, tapi diesel naik sekitar 40 peratus.

Pertama sekali, jangan sesekali bandingkan harga diesel negara lain yang telah diberikan subsidi diesel berlambak-lambak dan bandingkannya dengan harga diesel negara kita yang diberikan yang tidak diberikan subsidi. Don't ever compare a durian with an apple. Jumlah pengeluaran minyak Arab Saudi adalah sebanyak 10.5 tong sehari. Malaysia hanya 500 ribu tong sehari. Kalau berbicara minyak bahan api sahaja, Malaysia hanyalah pengimport bersih bukan lagi pengeksport bersih bahan api ya. Macam mana nak banding. Cruide negara kita lain dengan negara lain. Cruide Malaysia adalah lebih bersih, mudah diproses tetapi mahal. Cruide negara lain adalah tidak bersih, tidak mudah diproses tapi murah. Maksudnya kami jual dengan mahal tapi beli dengan murah untuk memprosesnya. Senang cerita, negara kita tidak memproses minyak negara sendiri. Itu sebabnya bila Selat Hormuz ditutup terjejaslah Malaysia.

Keduanya, berkenaan dengan Indonesia, tentulah Indonesia boleh menampilkan harga diesel yang murah sebab seluruh kewangan kekuatan, kekuatan kewangan negara tersebut telah digunakan untuk menampung sebagai seluruh subsidi. Indonesia tak ada SKDS 1.0. Indonesia tak ada SKDS 2.0 istimewa untuk nelayan. Tak ada BUDI diesel, tak ada BUDI agrikomoditi. Bahasa yang mudah adalah Malaysia laksanakan subsidi secara bersasar. Indonesia bukan. Yang ketiganya Singapura, tentulah peratusan peningkatan tidak tinggi sebab selama ini negara ini tidak menawarkan harga diesel yang diberikan subsidi. Itu sebab selalu kita nampak ada kereta Singapura yang isi minyak di Johor sebelum Kerajaan Perpaduan ambil alih. Selepas itu Australia. Adakah YB-YB di sini tahu bahawa fuel excise atau cukai minyak di Australia telah dikurangkan separuh. Bukan kurang 1%, bukan kurang 10%. Cukai minyak kurangkan separuh sejak peperangan berlaku. Tentulah akan jadi murah dan tidak menampakkan peningkatan yang ketara sangat. Bila cerita tentang Thailand,

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pasir Bedamar. sikit ja sikit ja.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Kenapa tidak ceritakan mereka tak ada sumber sewaktu perang berlaku dan malah kena tutup stesen minyak. Malah sekarang, mungkin mereka mungkin akan ada dasar untuk hadkan waktu operasi stesen minyak sebab tak cukup minyak. Saya rasa sebagai ahli yang bertanggungjawab, perbandingan antara negara dengan negara, kita mesti berpaksikan konsep oren kepada oren atau durian kepada durian. Bukannya cerita sesuka hati tanam persepsi buruk. Lepas tu kalau didakwa fitnah minta maaf bayar ganti rugi. Ini bukan cara berpolitik yang matang. Kalau kita suka banding antara oren dengan durian kan, banding la harga RON 91 di Australia pada 17 April 2026 dengan harga RON 95 di Malaysia pada 17 April 2026. Tau tak berapa harga Ron 91 di Australia? Sebanyak 5.90 sen. Tapi di Malaysia RM1.99. Boleh tak kita bandingkan sedemikian. Tak boleh kan? Satunya harga minyak tanpa subsidi, satunya harga minyak yang ada subsidi. Tak boleh banding sebegini kan? Oleh itu, kita jangan double standard. Paling last sekali, saya tahu ada yang tertanya tanya, kenapa saya rasa ini isu yang memang concern semua. Kenapa PETRONAS tidak dikorek…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok lah Pasir Berdamar. Last…last…last.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sampai habis untuk dijadikan bantuan kepada rakyat. Kan pembangkang suka katakan PETRONAS untung besar kan? Harga minyak Malaysia adalah diapungkan mengikut perubahan di peringkat global. Maksudnya, harga minyak kita dijejaskan oleh faktor luar. Harga minyak naik tidak bermaksud PETRONAS untung secara terus. Dengar baik-baik. Biar pun PETRONAS untung, itu tidak bermaksud kerajaan untung secara terus. PETRONAS kena bayar cukai, PETRONAS kena bayar gaji, PETRONAS kena bayar hutang. PETRONAS kena bayar kos pengoperasian, kos pengangkutan dan lain lain dan sebagainya. Saya bagi satu contoh yang cukup mudah difahami sebab kita semuanya datang dari kampung. Cuba bayangkan kalau anda buka satu kedai runcit di kampung anda sudah seminggu kurang bisnes. Sehari seorang dua datang, takda bisnes. Kita, adakah kita nak gunakan semua wang simpanan yang kita ada kita tabur atau kita habiskan? Lepas itu kalau kita gunakan habis, macam mana kita beli stok baru? Macam mana kita bayar gaji? Macam mana kita jaga anak di rumah? Tak masuk akal kan. Itu sama seperti untuk PETRONAS, jangan sesekali kami bertindak untuk tidak bertanggungjawab dan makan masa depan. Kerajaan Perpaduan secara jujur saya rasa, kita bukan kerajaan sempurna. We never perfect tapi kita subject to criticism dan rakyat boleh melukakan kami di gelanggang PRU kalau rasa kami tak jalankan amanah dengan baik. Ini demokrasi. Tapi jangan sesekali mengagungkan kerajaan dulu yang menyebabkan rakyat kena angkat bendera putih. Rakyat kena ambil duit KWSP sendiri. Ini adalah pentadbiran yang sangat tak bertanggungjawab.

Zaman tu zaman covid. Masalah kesihatan

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Harga RON95 adalah RM1.99 sen.

Jangan compare…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pasir Berdamar, move on lah.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya rasa kita kena tengok, harga RON 95.

Zaman tu kalau kerajaan tidak bertindak, kita pun tak ada di sini.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi…Manjoi, sila duduk.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Harga Ron 95.

Timbalan Yang di-Pertua

Alor Pongsu sila duduk.

Timbalan Speaker, zaman itu kalau kerajaan tidak bertindak, kita semua tidak ada di sini.

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi tak bagi? Kalau tak bagi… sila duduk Yang Berhormat.

Zaman itu krisis kesihatan.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sila duduk.

Jangan hina rakyat.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pasir Berdamar, last.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Exco, ada berapa lagi?

Ini sengaja. Yang Berhormat Exco, dah berapa kali? Dia berdiri terus berucap sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang semua Berhormat,

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya minta izin…saya minta izin.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat semua sila duduk.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya rasa kita semua tahu harga RON95 sekarang adalah RM1.99 sekarang. Bandinglah dengan negara mana-mana pun, kami hanya kalah kepada Brunei. Let’s Be Fair dengan izin sedangkan semua sibuk serang kerajaan Madani, tengoklah Kelantan dan Terengganu masih tak tahu nak buat apa. Exco Kedah lagi hebat. Bila ditanya perancangan Kerajaan Negeri, dia serang PMX. Perlis pun hebat. Sampai kena tangguh sidang Dun. Memang malu. Ada sebabnya negeri SG4 dia ada nama baru. Apa nama SG tu? SG tu sangat gagal. Memang sah, pembangkang yang paling tak berguna dan berfungsi dalam sejarah. Sekian sahaja daripada saya Pasir Bedamar menjunjung Titah Tuanku, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Sekarang, saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan, dipersilakan.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat

Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, petugas-petugas dewan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT, berkat limpahan rahmat dan kasih sayangNya jua kita semua dipertemukan sekali lagi di Dewan yang mulia ini, medan untuk kita menjunjung semangat demokrasi mencari kearifan dalam setiap pandangan dan merungkai solusi bagi setiap permasalahan. Patik dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah ketika mencemar duli merasmikan Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Kelima Belas di Dewan yang mulia ini. Sesungguhnya titah yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku penuh dengan hikmah dan keprihatinan mendalam Tuanku terhadap kesejahteraan rakyat jelata malah memperlihatkan iltizam berterusan Tuanku dalam memastikan kemakmuran negeri sentiasa terpelihara. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam mengupas intipati Titah Paduka Seri Tuanku dari segenap isu. Seramai tujuh orang ahli Yang Berhormat dan sebanyak 10 isu berkaitan portfolio komunikasi dan multimedia telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Chandan telah bertanya status pembangunan Perak dengan izin Perak Integrated Command Centre. Untuk makluman, Yang Berhormat Perak Integrated Command Centre atau pun dikenali sebagai PINOCC merupakan salah satu komponen utama di bawah Program Infrastruktur Digital Pintar Negeri Perak. Program ini merupakan kolaborasi strategik antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Digital Perak Corporation Holdings sebagai agensi pelaksana bagi memacu pembangunan bandar pintar di negeri Perak. Program ini merangkumi tiga komponen utama iaitu PINOCC, infrastruktur digital pintar dan komponen pra pelaksanaan yang dibiayai sepenuhnya oleh SKMM. Status pembangunan Perak Integrated Command Centre pada masa ini berada pada peringkat penyelarasan teknikal, perancangan, pelaksanaan dan penyediaan dokumen untuk perolehan melalui proses tender oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia setelah mendapat input dari pihak Digital Perak dan SUK.

Fasa ini merupakan satu peringkat yang kritikal bagi memastikan semua keperluan teknikal, spesifikasi projek serta skop pelaksanaan diteliti secara menyeluruh dan diselaraskan dengan keperluan sebenar pembangunan negeri Perak. Proses ini turut melibatkan kerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Bahagian Kerajaan Tempatan dan Bahagian Digital Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dijalankan secara tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi. Pendekatan ini juga penting dalam memastikan pembangunan Perak Integrated Command Centre dapat direalisasikan sebagai sebuah pusat kawalan bersepadu berteknologi hijau yang efisien dan juga mampan. Selain itu, pembangunan turut melibatkan infrastruktur digital pintar yang menjadi asas kepada kelancaran operasi pusat kawalan tersebut. Ini termasuk pelaksanaan rangkaian gentian optik di kawasan strategik bagi memastikan kesalinghubungan berkelajuan tinggi dan stabil. Pemasangan struktur telekomunikasi moden seperti smart pole dengan izin yang menyokong pelbagai aplikasi bandar pintar serta penggunaan teknologi Low Earth Orbit atau pun LEO bagi memastikan capaian internet berkelajuan tinggi dapat dinikmati secara inklusif khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Keseluruhan komponen ini akan diintegrasikan secara holistik bagi membantu satu ekosistem bandar pintar yang cekap, responsif dan lestari demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.

Yang Berhormat Bukit Chandan juga menyentuh isu berkaitan ancaman jenayah siber dan sindiket scammer. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi seperti PDRM dan juga SKMM untuk pelaksanaan pelbagai usaha bagi mengurangkan kadar kejadian penipuan dalam talian. Bagi menangani isu ini, penubuhan dengan izin National Scam Response Centre ataupun NSRC telah dibentuk pada tahun 2022 yang terdiri daripada PDRM, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Dalam Negeri bagi tujuan mempercepatkan tindakan menyekat transaksi dan mengesan akaun penjenayah di samping mempergiat kempen kesedaran seperti siri program Kempen Internet Selamat yang dilaksanakan oleh SKMM dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan dalam talian.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Sepetang telah membangkitkan persoalan berkaitan sejauh mana usaha ke arah pendigitalan serta penggunaan teknologi seperti 5G dan kecerdasan buatan AI memberi manfaat kepada rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa integrasi teknologi, inovasi dan pendigitalan khususnya melalui 5G dan AI masih berada pada fasa rintis dan memerlukan tempoh kematangan bagi memastikan ketepatan data serta keberkesanan pelaksanaan. Namun begitu, usaha ini diyakini mampu meningkatkan kecekapan tadbir urus, mengurangkan pembaziran kos serta memperkukuh perancangan pembangunan dan kesiapsiagaan bencana negeri. Sejajar dengan perkembangan tersebut, Kerajaan Negeri sedang giat, mempergiat agenda kecerdasan buatan melalui sesi libat urus dan perbincangan strategik bersama pemegang taruh seperti PASAK, STeP, NAIO, MDEC serta Kementerian Digital. Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri di bawah Majlis Ekonomi Digital dalam memperkukuh penggunaan AI bagi menyokong pembuatan keputusan berasaskan data yang lebih tepat, pantas dan telus. Hasil perbincangan ini, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan penubuhan Jawatankuasa Khas atau pun Pasukan Petugas Khas AI bagi menyelaras dasar untuk memastikan impak kepada perkhidmatan awam serta memperkukuh tadbir urus digital yang lebih pintar untuk kesejahteraan rakyat. Dalam masa yang sama, tumpuan turut diberi kepada tiga aspek utama iaitu memperluas infrastruktur digital termasuk liputan gentian optik dan 5G memperkasa pembangunan bakat dalam bidang sains, data dan AI serta memastikan aspek etika dan perlindungan data sentiasa diberi keutamaan dalam pelaksanaan teknologi ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam sesi perbahasan Yang Berhormat Hutan Melintang telah membangkitkan isu akses internet berkelajuan tinggi di sekolah rendah dan menengah. Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan internet dibekalkan melalui kontrak perkhidmatan internet Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi tempoh 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026. Di Dun Hutan Melintang, semua sekolah menggunakan fiber kecuali SK Tebing Rebak yang menggunakan Starlink dengan kelajuan 100 Mbps. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan capaian internet yang menyeluruh dan berkualiti bagi menyokong keperluan pendidikan digital di negeri ini.

Berkaitan cadangan Yang Berhormat Hutan Melintang untuk memperkenalkan digitalisasi kepada guru KAFA, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran guru dan pentadbir institusi pendidikan Islam termasuk guru KAFA yang kini berjumlah lebih 3,000 orang. Tumpuan diberikan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan sekolah serta kewangan dengan pelaksanaan kursus dan bengkel melalui sokongan dana khas Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak. Dari sudut digitalisasi sepanjang tahun 2025 sehinggalah kini 2 kursus telah dilaksanakan iaitu Bengkel Pembangunan Modul AI dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris serta Kursus Kreativiti Digital menggunakan Canva bersama Kolej Komuniti Chenderoh dan latihan ini dilaksanakan melalui pendekatan jurulatih utama untuk disebarluaskan kepada guru lain termasuk guru KAFA. Usaha memperkukuh kemahiran digital dalam kalangan guru akan terus diperkasakan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan pendidikan sentiasa seiring perkembangan teknologi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, Alor Pongsu nak celah sikit.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Ya, sila.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok, terima kasih YB Exco. Sebenarnya YB Exco ni saya tak banyak complaint lah. Takde complaint pun. Semua cakap, ditunaikan. Tahniah lah. Orang muda lagi kan? Saya faham YB Exco cakap tadi bila pasang pemancar, dia takde golongan-golongan. Tujuan kerajaan ataupun YB Exco sendiri pasang pemancar kawasan saya, takde kategori-kategori penerima talian tu dan saya juga nak nyatakan, kadang-kadang kami di belah sini ni main bola atas padang hoki. Kami tiada pilihan. Bila sikap Exco-Exco yang tak bagi laluan dan sebagainya, jadi saya ucapkan terima kasih kerana pemancar dipasangkan tanpa mengikut kategori-kategori penerima talian itu. Yang kami pertikaikan, ha sebab main bola kat padang hoki ni, 32 juta rakyat Malaysia, adakah cerdik subsidi bersasar untuk warganegara semua? Mati lah negara macam ni. 32 juta orang. Orang kaya, jutawan semua dapat subsidi. Minta diperbetulkan. Yang kedualah, saya nak main bola di padang hoki sikitlah. Kenapa kami pertikai sikit pasal insentif baja, insentif subsidi ni? Petani kawasan saya dah 3 musim, janji nak bagi pampasan semua, tak dapat-dapat sampai la. Tapi kot mana pun terima kasih YB Exco, pemancar yang dijanji semua saya dapat. Terima kasih. Bagi lagi na?

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih. Insha Allah. Saya teruskan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berhubung aduan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan isu liputan telekomunikasi yang lemah, pihak kerajaan sentiasa memandang serius isu ini. Pelbagai inisiatif telah diambil seperti pembinaan menara telekomunikasi yang baru, menaiktaraf menara telekomunikasi sedia ada dan penyediaan internet berkelajuan tinggi melalui gentian optik. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kerajaan melalui SKMM turut memperkenalkan aplikasi SKMM NEXUS iaitu aplikasi mudah alih untuk mengukur prestasi internet dan rangkaian setempat bagi memastikan ianya mematuhi standard mandatori kualiti perkhidmatan. Aplikasi ini membolehkan orang ramai melaksanakan pengujian kualiti rangkaian mudah alih yang kemudiannya akan direkodkan secara terus oleh SKMM. Semua pengguna terutamanya penduduk luar bandar perlu mengambil inisiatif menggunakan aplikasi SKMM NEXUS ini bagi memudahkan pihak SKMM mengenalpasti kawasan yang menghadapi isu liputan di samping bertindak balas segera terhadap aduan yang diterima dan memastikan liputan diperbaiki mengikut keperluan setempat.

Oleh yang demikian, satu taklimat berkaitan cara penggunaan aplikasi NEXUS akan diadakan pada esok hari, 21 April 2026, yang mana kita telah menjemput semua pegawai Ahli-ahli Yang Berhormat untuk hadir bagi mendengar dan memahami kaedah penggunaan aplikasi ini. Taklimat ini amat penting agar selepas ini Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menggunakan aplikasi NEXUS dengan lebih berkesan untuk membuat aduan secara terus sekiranya berlaku isu liputan internet yang lemah di kawasan masing-masing. Kerajaan Negeri Perak terus berusaha menyelaras dan melaksanakan pembangunan infrastruktur digital dengan lebih berkesan melalui bekerjasama Digital Perak, SKMM, agensi dan Jabatan Persekutuan dan Negeri bagi merapatkan jurang digital yang masih ada.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Trong telah mengemukakan isu operasi menara telekomunikasi dan gangguan capaian di Kampung Temerloh. Untuk makluman Yang Berhormat bagi isu berkaitan operasi menara telekomunikasi baru yang telah dipasang, tetapi berhadapan dengan kekangan beroperasi menggunakan janakuasa mudah alih, secara kelazimannya setelah menerima kelulusan penuh permit struktur dari pihak PBT, semua menara telekomunikasi baru akan membuat permohonan. Permohonan bekalan elektrik daripada pihak Tenaga Nasional Berhad. Pihak TNB selaku agensi teknikal dalam kelulusan permit akan mengambil maklum berkaitan permohonan bekalan elektrik bagi struktur tersebut semasa menyediakan ulasan teknikal kepada permohonan yang dikemukakan. Berkaitan gangguan capaian di Kampung Temerloh, hasil semakan mendapati terdapat 2 buah menara telekomunikasi berdekatan di kawasan berkenaan. Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan secara segera pihak SKMM untuk turun bagi menilai kualiti liputan telekomunikasi dan seterusnya membantu untuk menyelesaikan isu ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri amat mengambil maklum akan peningkatan kes lurang terbuka yang semakin membimbangkan serta implikasi seriusnya terhadap keselamatan awam. Perkara ini telah dibangkitkan dengan jelas oleh Yang Berhormat Jelapang dan Yang Berhormat Pasir Pinji dalam sesi perbahasan yang lalu. Selain itu, saya turut menerima pelbagai pertanyaan dan juga aduan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung isu yang sama yang mencerminkan keprihatinan kita bersama terhadap keselamatan rakyat serta keperluan tindakan segera dan berkesan. Isu pencerobohan terhadap aset Telekom Malaysia (TM) bukanlah perkara baru, namun sifat dan impaknya telah berubah mengikut masa. Sejak sekitar tahun 2015 kejadian pencerobohan kebanyakannya tertumpu kepada kes kecurian kabel bawah tanah pada ketika itu. Namun tiada laporan berkaitan lurang terbuka direkodkan. Namun demikian, bermula tahun 2024 trend ini menunjukkan perubahan ketara apabila kes lurang terbuka mula dilaporkan secara meluas. Fenomena ini berpunca daripada tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mencuri kabel bawah tanah dan apabila mendapati kabel tersebut telah tiada, penutup lurang yang dibuka dibiarkan tanpa ditutup semula. Perkembangan ini telah mewujudkan risiko keselamatan yang serius kepada orang awam khususnya pengguna jalan raya memandangkan banyak lurang terletak di laluan trafik aktif. Keadaan ini bukan sahaja mencerminkan isu jenayah, malah turut menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan infrastruktur awam di Negeri Perak.

Data semasa menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan dalam kes lurang terbuka di Negeri ini. Pada tahun 2024, sebanyak 539 kes telah direkodkan dan angka ini meningkat dengan ketara pada kepada 908 kes pada tahun 2025. Bagi tahun 2026 pula, sehingga bulan Mac sahaja, sebanyak 377 kes telah direkodkan iaitu peningkatan sebanyak 68% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Secara keseluruhannya, trend ini jelas menggambarkan isu pencerobohan dan lurang terbuka masih berleluasa walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dan sehubungan itu, pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu antara agensi berkaitan di samping penglibatan aktif masyarakat amatlah diperlukan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Pihak Kerajaan Negeri telah mengarahkan pihak Telekom Malaysia bagi melaksanakan beberapa beberapa langkah proaktif-proaktif seperti yang pertama, inisiatif patri penutup lurang dan lapisan kedua. Dari tahun 2024 hingga 2025, sebanyak 1,052 lurang telah dipatri termasuk 316 di Daerah Kinta. Sehingga Mac 2026, tambahan 361 lurang telah dipatri menjadikan jumlah keseluruhan 1,413 lurang. Namun begitu, masih juga terdapat kes penutup yang telah dipatri itu dipecahkan. Kedua, rondaan keselamatan dan kerjasama polis. Rondaan berkala dilaksanakan di kawasan panas dengan kerjasama pihak polis. Ketiga, pengeluaran kabel tembaga bawah tanah. TM Perak sedang melaksanakan pengeluaran kabel tembaga yang tidak lagi digunakan selaras peralihan kepada teknologi fiber, aktiviti ini dijalankan mengikut prosedur operasi standard termasuk pemakluman kepada pihak polis bagi mengelakkan sebarang salah faham atau penyamaran. Keempat, penubuhan pasukan maklumbalas dan tindakan cepat dengan izin Rapid Response Team ataupun shortform bagi RRT. Hasil perbincangan pejabat saya bersama dengan SKMM dan pihak TM, maka satu penubuhan pasukan maklumbalas dan tindakan cepat oleh pihak TM digerakkan sebagai salah satu langkah proaktif dalam memperkukuh aspek keselamatan awam khususnya dalam menangani isu lurang terbuka yang semakin membimbangkan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan untuk memastikan sebarang risiko kepada pengguna jalan raya dapat diminimumkan melalui tindakan yang pantas dan berkesan. Peluasan ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan masa respon serta memperluas liputan tindakan di lapangan sekaligus memperkukuh usaha pencegahan dan menjamin keselamatan awam serta secara lebih menyeluruh. Sehingga 31 Mac 2026 hanya 1 RRT telah ditempatkan di kawasan Kinta. Walaubagaimanapun, selaras dengan keperluan semasa dan peningkatan kes yang dilaporkan, penambahan ketara telah dilaksanakan dan bermula 15 April 2026 sejumlah 14 pasukan RRT telah ditubuhkan di Negeri Perak dan 3 daripadanya ditempatkan di kawasan Kinta manakala masing-masing 1 pasukan di tempatkan di Daerah Kampar, Perak Tengah, Batang Padang, Hilir Perak, Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Muallim dan Bagan Datuk. Fungsi utama pasukan RRT adalah untuk memberi respon segera terhadap aduan atau pengesanan lurang terbuka. Tindakan yang diambil termasuk menutup lurang tersebut dengan kadar segera atau sekurang-kurangnya memasang kon keselamatan atau penghadang sebagai langkah perlindungan sementara.

Pendekatan ini amat penting bagi mengelakkan kemalangan terutamanya melibatkan pengguna jalan raya yang berisiko tinggi terdedah kepada bahaya tersebut.

Yang kelima kerjasama pelbagai pihak dan penubuhan dengan izin whatsapp group dengan pihak-pihak berkepentingan. Kerjasama strategik bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Polis Diraja Malaysia, wakil rakyat, ketua kampung serta komuniti setempat harus diperkukuh. Penubuhan kumpulan whatsapp bersama pihak-pihak berkepentingan merupakan satu inisiatif strategik bagi memperkukuh saluran komunikasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat berkaitan isu insfrastruktur telekomunikasi. Platform ini berfungsi sebagai medium utama untuk mempercepatkan penyaluran maklumat disamping membolehkan pihak berkaitan berkongsi maklumbalas secara segera berhubung tindakan yang telah diambil oleh pihak Telekom. Sehingga 15 April 2026, sebanyak tujuh kumpulan telah diwujudkan bagi melibatkan kerjasama dengan pihak-pihak berikut. Yang pertama Ahli Majlis Lembah Kinta, kemudian Penghulu Mukim Grik, group whatsapp Ahli Majlis Kampar, Ketua Kampung Parlimen Tambun, Yang Berhormat dan Ahli Majlis Daerah Lembah Kinta, Adun dan Ahli Majlis Parlimen Taiping, Ahli Majlis Teluk Intan. Justeru itu, pejabat saya menyarankan agar pihak TM untuk segera menubuhkan kumpulan whatsapp disetiap daerah yang melibatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai platform aduan awal berkaitan kes lurang terbuka di kawasan masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini talian hotline berkaitan infrastruktur TM yang tersedia ialah seratus 100, aplikasi unifi serta platform media sosial rasmi seperti twitter dan juga facebook. Bagi kes waktu pejabat, pelanggan juga boleh hadir ke Unifi store berhampiran untuk mendapatkan bantuan atau mengemukakan aduan secara bersemuka.

Keenam, tuntutan pampasan untuk kes kemalangan berkaitan infrastruktur Telekom. Pengurusan tuntutan pampasan bagi kes kemalangan yang melibatkan infrastruktur Telekom Malaysia dilaksanakan melalui prosedur yang tersusun dan telus bagi memastikan setiap permohonan dinilai secara adil berasaskan bukti yang sah. Bagi tujuan tersebut, pihak penuntut boleh mengemukakan permohonan tuntutan melalui mana-mana Unifi store ataupun kedai TM yang berhampiran. Setiap tuntutan yang diterima akan melalui proses siasatan terperinci termasuk semakan kesahihan maklumat serta dokumen sokongan sebelum sebarang keputusan dibuat. Maklumat dan dokumen diperlukan adalah seperti berikut, laporan polis, gambar lokasi kejadian yang jelas, alamat penuh lokasi kejadian, resit pembaikan kenderaan, resit perubatan sekiranya berkaitan, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, salinan geran kenderaan, salinan insurans kenderaan dan dokumen sokongan lain yang berkaitan bagi mengukuhkan tuntutan. Pendekatan ini memastikan setiap tuntutan diuruskan secara menyeluruh dan berintegriti dengan mengambil kira aspek teknikal, pematuhan prosedur serta kepentingan komuniti.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, kes kecurian kabel tembaga dan kes lurang terbuka ini juga melibatkan kes khianat iaitu vandalisme. Pemotongan kabel fiber serta merosakkan FDC dengan izin fiber distribution cabinet yang berada di tepi jalan. Pada tahun 2025 terdapat 411 kes dan pada tahun 2026 sehingga 31 Mac sebanyak 106 kes. Kes-kes khianat yang berlaku menyebabkan perkhidmatan telekomunikasi melibatkan perkhidmatan suara serta jalur lebar talian tetap dan mudah alih. Sebagai contoh, untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat pada minggu lepas, 13 April 2026 telah berlaku satu insiden kita sifatkan sebagai khianat dan sabotaj terhadap infrastruktur telekomunikasi apabila dua gentian kabel optik di dalam saluran paip telah dipotong dengan sengaja di kilometer 3.56, jalan utama Bandar Meru Raya menghala ke Pekan Jelapang.

Untuk makluman, tiada kabel tembaga di laluan tersebut dan tiada unsur kecurian dilaporkan. Sebaliknya, penceroboh telah merosakkan saluran paip sehingga menyebabkan kabel gentian optik di dalamnya terputus. Kejadian ini telah mengakibatkan gangguan perkhidmatan kepada seramai 1,892 orang pengguna Unifi serta menjejaskan liputan di kawasan Bandar Meru Raya dan Taman Meru. Pihak TM telah mengambil tindakan segera dengan melaksanakan kerja penarikan dan penggantian dua kabel gentian optik sepanjang kira-kira 1,500 meter. Kerja-kerja penyambungan telah berjaya diselesaikan dan perkhidmatan dipulihkan sepenuhnya secara berperingkat. Dalam masa yang sama, pihak TM turut mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap insiden tersebut. Yang hormat Timbalan Yang di-Pertua, perbuatan vandalisme...

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

YB Exco...

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

...yang tidak bertanggungjawab. Ha, sila.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih YB Exco. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Contoh tadi YB Exco menyatakan kecurian kabel. Jadi kita tengok boleh katakan tiap-tiap hari, dalam media sosial itu direct terus nampak orang curi kabel. Jadi ada tak perancangan pihak terutama bahagian Exco untuk buat perjanjian MoU dengan kedai-kedai pembeli barang-barang lusuh ini? Sebab difahamkan barang-barang yang diambil itu semua hantar ke kedai-kedai yang pembeli barang lusuh. Ada tak kot ada perancangan nak MoU untuk nak mendakwa mereka yang, apa, bila dilaporkan tentang kecurian memang ada bukti tetapi tak dapat nak didakwa. Mungkin ada akta ataupun yang perlu diperkemaskan. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Changkat Jering yang membangkitkan perkara tersebut. Isu ini pada saya bukan isu, kita bersendirian, isu ini ialah isu negara pada saya terima kasih dan saya akan ulas, ada perkara yang saya akan ulas dalam perbahasan saya di belakang akan menyentuh apa yang keprihatinan Yang Berhormat tadi. Saya teruskan ya. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, perbuatan vandalisme yang tidak bertanggungjawab ini adalah khianat dan sabotaj kepada kemudahan infrastruktur telekomunikasi. Sebarang tindakan yang menjejaskan kemudahan tersebut adalah kesalahan serius di bawah Seksyen 235, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda sehingga RM500 ribu atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan berdasarkan pindaan pada tahun 2025.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, menyedari ancaman serius isu yang melibatkan unsur khianat dan sabotaj terhadap kemudahan telekomunikasi negara, Kerajaan Negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa rentas agensi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bertindak sebagai urusetia dan jawatankuasa ini juga akan melibatkan penyedia perkhidmatan sebagai anggota. Jawatankuasa ini akan menjadi platform utama penyelarasan antara agensi-agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan tindakan yang lebih tersusun bersepadu dan berkesan dalam membanteras isu ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Berhormat, Dato’ Seri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan dalam usaha memperkasakan pembangunan dan keselamatan infrastruktur telekomunikasi.

Sehubungan itu, pemantauan berterusan penambahbaikan sistem serta penguatkuasaan yang lebih tegas akan dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia bagi memastikan isu-isu berbangkit dapat ditangani secara lebih berkesan. Dengan iltizam dan komitmen yang tinggi, Insya-Allah kita akan terus melangkah ke hadapan dalam membina masa depan negeri yang lebih lestari, selamat dan harmoni. Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Sekian Tualang Sekah menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat daripada Tualang Sekah yang telah menamatkan penggulungan beliau. Sekarang saya menjemput mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Belanja untuk menggulung perbahasan mempersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahita’ala. Wabarakatuh. Salam Sejahtera, salam Malaysia Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, para pemerhati, para penonton sama ada secara langsung di media sosial. Seterusnya, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Segala puji bagi Allah subhana wata'ala, pencipta sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam, keluarga para sahabat serta para tabi'i. Di kesempatan waktu ini merafak sembah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di atas limpah perkenan Tuanku berangkat mencemar duli merasmikan pembukaan sidang Dewan Negeri pada kali ini. Sesungguhnya titah ucapan Tuanku sarat dengan peringatan dan nasihat serta pedoman dan panduan kepada seluruh Ahli Dewan dalam melaksanakan tanggung jawab dengan penuh amanah dan keikhlasan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri. Patik menjunjung kasih atas titah dan nasihat tuanku yang penuh dengan hikmah serta panduan yang jelas khususnya dalam memelihara keharmonian masyarakat dan memastikan agenda pembangunan dilaksanakan secara tertib dan berterusan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menggulung bagi portfolio pendidikan pengajian tinggi, belia dan sukan pada pagi ini. Juga terima kasih dan penghargaan kepada rakan-rakan Ahli Dewan yang memberikan pandangan, kritikan, nasihat dan peringatan terhadap perkara-perkara yang melibatkan portfolio di bawah jagaan saya. Insha Allah dalam ruang waktu yang diperuntukan ini, saya akan cuba memberikan maklumbalas yang sebaiknya.

Saya buka penggulungan saya pada tengah hari ini dengan portfolio pendidikan. Sebagai makluman kepada Dewan yang mulia, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2025 telah diumumkan pada Selasa 31 Mac yang lalu yang melibatkan seramai 28,058 calon. Alhamdulillah dan penuh syukur Negeri Perak sekali lagi mencatatkan keputusan yang cemerlang dan meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya buat kali ke 5 tahun berturut-turut. Suka saya berkongsi kepada Dewan ini gred purata Negeri ialah 4.49 meningkat sebanyak 0.14 berbanding 4.63 pada tahun 2024 dan 4.75 pada tahun 2023. Gred purata negeri ini lagi rendah lagi baik. Seramai 26 orang pelajar mendapat semua straight A+ dan sebanyak 1,008 orang pelajar mendapat keputusan semua A dalam semua mata pelajaran berbanding tahun 2024 yang hanya sembilan orang mendapat straight semua straight A+ dan 937 orang semua A. Bagi yang layak mendapat sijil, seramai 26,182 orang pelajar yang layak jika dibandingkan pada tahun 2024, 25,774 iaitu mewakili 94.4 peratus berbanding 93.86 peratus pada tahun 2024. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Baung yang mana calonnya 100% murid Orang Asli telah berjaya mengekalkan keputusan layak mendapat sijil 100 % selama tiga tahun berturut-turut. Peningkatan ini adalah hasil pelaksanaan ekosistem sokongan pendidikan yang menyeluruh melalui kerjasama strategik semua pihak bermula daripada sokongan ibu bapa, keluarga, pengorbanan para pendidik dan guru, Pejabat Pendidikan Daerah, pemantauan berterusan Jabatan Pendidikan Negeri, sokongan agensi kerajaan mahupun GLC dan sokongan berterusan daripada Kerajaan Negeri yang telah menghasilkan keputusan yang dibanggakan ini. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan syabas kepada anak-anak yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan lulus sijil tempoh hari.

Ucapan terima kasih juga kepada badan pertubuhan bukan kerajaan, Syarikat-syarikat swasta mahupun persatuan dan komuniti setempat yang turut sama berganding bahu dan membantu program-program pendidikan yang sewajarnya. Terima kasih daun keladi. Pencapaian ini juga turut disokong dengan program-program seperti Bantuan Makanan Percuma, Tuisyen Cikgu Saarani. Kesempatan ini suka saya sebutkan terima kasih kepada lima agensi utama negeri iaitu Pejabat Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), Lembaga Air Perak (LAP), Menteri Besar Incorporated (MBInc), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) harap boleh tambah lagi sumbangan untuk tahun ini supaya kita dapat panjangkan lagi tempoh tuisyen berkenaan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, program-program seperti Buku Rujukan Tambahan, Jelajah Nyalaan Bara Api, Biasiswa Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Program YP Smart Target, Bantuan Cermin Mata, Dialog Prestasi Bersama Pengetua, Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera (Teras), Bengkel Pecutan Akhir dan pelbagai lagi program sokongan yang telah memberikan impak yang positif kepada keputusan SPM 2025. Terima kasih sekali lagi kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Yayasan Perak, Yayasan Bina Upaya dan semua pihak yang terlibat dan juga saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat sama ada di pihak kerajaan dan pihak pembangkang yang turut sama-sama membantu atas kapasiti masing-masing. Apabila berlaku peningkatan prestasi, tidak salah kalau dalam peruntukan bajet 2027 bagi portfolio pendidikan ini diberi keutamaan dan penambahan bajet nanti oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan juga Pegawai Kewangan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh sahabat Ahli Dewan dalam perbahasan minggu lalu, Yang Berhormat Pasir Panjang telah membangkitkan perkara berkenaan status pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung, Pusat Tingkatan 6 Daerah Manjung dan juga pembinaan sekolah berasrama penuh juga di Daerah Manjung. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Panjang, Pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung telah diluluskan sebanyak RM62 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke 12 RMK12. Rolling Plan ke 5. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dalam tindakan penyediaan dokumen tender dengan sasaran tarikh pelawaan tender pra kelayakan pada 15 Jun 2026.

Bagi penubuhan Kolej Tingkatan 6 pula, cadangan itu telah diluluskan di bawah RMK13, RP 1. Namun begitu, kelulusan berkenaan telah ditukarkan kepada penubuhan Kolej Matrikulasi. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perak sedang meneliti dan mengusahakan alternatif yang bersesuaian bagi mengatasi isu kepadatan murid sekolah menengah dan juga penyuraian pelajar Tingkatan 6 di Daerah Manjung. Berkenaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Daerah Manjung yang mana telah dibatalkan cadangannya pada tahun 2018, berdasarkan maklumat semasa daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh BPSBP, Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa tiada keperluan untuk mewujudkan sekolah berasrama penuh baharu di mana-mana negeri buat masa ini.

Yang Berhormat Manjoi pula menyuarakan berkenaan tapak pembinaan kompleks sekolah di kawasan Klebang. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui JPN atau Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara mengambil maklum akan perkara ini selari dengan peningkatan serta keperluan penduduk setempat. Namun begitu, seperti yang sedia maklum, permohonan perolehan tanah bagi tujuan tersebut di bawah RP1 RMK13 tidak diluluskan oleh Kementerian Ekonomi. Dalam masa yang sama, kita juga berharap perkara ini dapat dibawa dalam RP3 RMK13 bagi memastikan keperluan kemudahan pendidikan di kawasan berkenaan dapat direalisasikan pada masa-masa akan datang.

Yang Berhormat Kenering pula membangkitkan keperluan pembinaan sekolah baru yang mana pembinaan Sekolah Kebangsaan Kenering telah diluluskan di bawah peruntukan RMK12 RP3 bagi pembinaan sekolah gantian penuh di tapak baru yang dicadangkan bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering. Ini bagi mengatasi isu banjir yang kerap berlaku setiap kali hujan lebat di lokasi sedia ada. Akan tetapi, hasil penilaian teknikal mendapati anggaran kos pembinaan di tapak tersebut adalah tinggi bagi kerja-kerja tanah sehingga menjadikan projek tersebut tidak ekonomik dan melebihi peruntukan yang telah diluluskan. Sehubungan itu, cadangan alternatif untuk melaksanakan pembinaan di tapak sedia ada dengan menaikkan aras platform turut dipertimbangkan bagi mengurangkan kos risiko banjir. Namun, pendekatan ini memerlukan perobohan blok bangunan sedia ada dan akan melibatkan operasi sekolah secara sementara di lokasi lain sepanjang tempoh pembinaan. Dalam masa ini, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mendapatkan persetujuan tentang kaedah pelaksanaan yang paling sesuai sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. Masih lagi isu di sekolah…

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

YB mohon mencelahkan sikit. Terima kasih Exco. Saya nak tanya satu soalan, di Kuala Kangsar ada satu rancangan untuk membina satu kompleks pendidikan yang baru di kawasan berhampiran dengan USAS. Jadi saya nak minta Exco dapat tengok apa perkembangan atau status seterusnya tentang projek ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Chandan. Berkaitan dengan pembinaan Kompleks Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, pihak Kerajaan Negeri telahpun angkat kepada pendidikan dan Insha Allah ia akan kita cuba masukkan dalam RMK13 RP2 atau RP3 nanti. Insha Allah. Masih lagi isu di sekolah, kali ini daripada Yang Berhormat Chenderiang berkaitan berkenaan pembinaan Sekolah Model Khas Komprehensif K11 di Batu 10, Jalan Pahang, Tapah. Untuk maklumat Yang Berhormat Chenderiang, cadangan pembinaan Sekolah Kebangsaan Batu 10, dengan pelaksanaan Program Komprehensif K9 adalah dalam perancangan di mana tapak cadangan telah dikenalpasti dan dibawa ke RMK13 RP 2. Kelulusan perolehan tanah ini merupakan prasyarat utama sebelum proses pembinaan sekolah baru dapat dilaksanakan. Namun demikian, terdapat tapak cadangan yang telah dikenalpasti dan permohonan akan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi selepas selesai proses perolehan tanah berkenaan kerana statusnya adalah hak milik persendirian. Berdasarkan semakan terkini yang dibuat dengan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang pada 16 April 2026, didapati cadangan pembinaan sebuah sekolah model khas Program Komprehensif K11 adalah di Lot 34380, hak milik 405122 berkelulusan 14 ekar dalam Mukim Batang Padang, Daerah Batang Padang. Ianya masih dalam peringkat perancangan oleh JPN dan PPD dan permohonan projek akan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi selepas proses perolehan tanah diluluskan. Status tanah adalah tanah hakmilik persendirian dan perlu melalui proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 960, Akta 486.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kuala Sepetang, melibatkan Program Murid Orang Asli, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa membantu pengagihan bantuan program Pro Khas dan K11 dilaksanakan mengikut panduan yang sewajarnya. Untuk mekanisme semakan, setiap senarai penerima disaring melalui sistem pangkalan data bersepadu bagi memastikan tiada keciciran yang berlaku. Selain itu juga, pemantau berkala iaitu laporan prestasi, perbelanjaan dan agihan turut dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Antara Sekolah bagi menjamin ketelusan peruntukan yang diturunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam pada itu, kecukupan tenaga pengajar dan infrastruktur turut diberi keutamaan khususnya penempatan guru-guru serta elaun khas mereka. Pada 3 April yang lalu telah diluluskan set perjawatan pentadbir, sekolah K11 berdasarkan penggredan baharu dan ia turut melibatkan 3 buah sekolah iaitu SMK RPS Khemar, SMK RPS Banun dan SMK Jernang. Manakala bagi perkara yang melibatkan infrastruktur, penyelenggaraan bangunan sekolah dan asrama dilakukan secara berfasa dan sudah tentu fokus utamanya kepada penyediaan kemudahan kelas serta kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan capaian internet. Seterusnya berkaitan kualiti kehidupan asrama yang mana asrama bukan sekadar tempat tinggal, malah berfungsi sebagai pusat pembangunan modal insan dengan penyusunan program-program seperti Program Seronok Belajar, Program K11, Program Transformasi Asrama Madani, Pusat Intelek Pelajar Orang Asli, Program Sekolah Terapung serta bantuan-bantuan kebajikan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sendiri. Secara tidak langsung, program-program ini dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan serta memastikan ekosistem pendidikan pelajar Orang Asli setanding dengan aliran perdana.

Yang Berhormat Kuala Sepetang juga membangkitkan berkenaan isu program pendidikan berkaitan dengan keterjaminan makanan terhadap perubahan tingkah laku pelajar. Suka saya maklumkan ada beberapa indikator atau KPI bagi program ini, antaranya peningkatan pengetahuan dan kesedaran, yang kedua, perubahan tingkah laku pelajar, yang ketiga, penglibatan aktif dalam aktiviti amali lestari, yang keempat, kesinambungan dan penginstitusian program, yang kelima, penglibatan program dan rakan strategik serta yang keenam impak alam sekitar dalam jangka panjang. Program Junior Food Security Invitation Challenge (J-Sinc) yang memberi fokus kepada peningkatan pengetahuan dan kesedaran pelajar telah menerima sambutan yang baik dari kalangan pelajar menerusi peningkatan jumlah penyertaan sejak 2024. Contohnya, seperti pertandingan Laman Dapur pada tahun 2024 hanya melibatkan 45 sekolah rendah yang melibatkan peserta atau bilangan pelajar 225. Manakala bagi tahun 2025, sebanyak 113 sekolah rendah iaitu 565 orang pelajar terlibat manakala bagi Pertandingan Inovasi 2024 hanya melibatkan 28 sekolah menengah manakala bagi tahun 2025 melibatkan 53 buah sekolah. Ianya secara tidak langsung telah memberi impak terhadap peningkatan enrolmen pelajar yang mengambil mata pelajaran berkaitan pertanian dan peningkatan terhadap keputusan SPM bagi subjek berkenaan.

Menjawab soalan Yang Berhormat Keranji berkaitan Sekolah Kebangsaan Methodist Air, Methodist Malim Nawar yang telah diisytiharkan tidak selamat, Jabatan Pendidikan Negeri telah mengeluarkan surat makluman balas permohonan sekolah berkenaan dan PPD Kinta Selatan pada 7 April 2026 yang lalu. Antara cadangan yang dipersetujui adalah penyuraian pelajar iaitu mereka berpindah ke sekolah berhampiran dan menumpang sementara di bangunan SK Malim Nawar pada sesi petang bermula pada 4 April sehingga 31 Disember 2026.

Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Pongsu berkaitan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tahfiz Modul Ulul Albab di Kerian berkaitan dengan keadaan yang agak daif dan juga perlu diberi bantuan dan sebagainya. Di sini ingin saya nyatakan pada tahun 2022 Kementerian Pendidikan telah pun menyalurkan peruntukan penyelenggaraan dan naiktaraf sebanyak RM216 ribu, 2023-RM569,090.00, manakala bagi tahun 2024 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1,673,855.00 yang melibatkan berkaitan dengan asrama dan juga dewan makan. Manakala bagi tahun 2025, sebanyak RM659 ribu telah disalurkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pengurusan Bahagian Pendidikan Islam iaitu berkaitan dengan kekemasan ataupun berkaitan dengan paip yang bocor, penyelenggaraan Dewan Ibnu Khaldun dan juga penurapan tar di kawasan sekolah. Manakala bagi tahun 2026 sehingga Mac 2026, sebanyak RM304 ribu telah disalurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tahfiz Modul Ulul Albab di Kerian.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, izinkan saya beralih kepada portfolio pengajian tinggi. Menjawab soalan Yang Berhormat...

Yang Berhormat, boleh saya mencelah? Terima kasih Yang Berhormat Belanja. Ada dua persoalan yang saya ingin bangkitkan. Yang pertama berkenaan SJK(C)…SJK(C), boleh atau tidak kalau kita mencadangkan beberapa SJK(C) ini berlaku kekurangan pelajar, guru lebih ramai daripada pelajar umpamanya di SK…SJK(C) Sungai Rotan dan juga Air Terjun. Kalau sekiranya bolehlah untuk digabungkan antara sekolah ini supaya berlaku penjimatan bagi dana kerajaan yang mana bila terlalu kurang murid 4 orang guru ada 7 orang berlaku di situ seperti pembaziran. Jadi, saya harap pihak kerajaan mengambil satu inisiatif menggabungkan sekolah-sekolah ini supaya mereka belajar dengan lebih seronok, ramai kawan-kawan dan di sana berlaku penjimatan kepada dana kerajaan. Yang kedua Yang Berhormat, saya ingin mencadangkan supaya sekolah-sekolah yang berjaya cemerlang dalam SPM, STPM, STAM, diberikan satu ganjaran insentif yang lebih baik kepada sekolah-sekolah tersebut sebagai satu pengiktirafan dan galakan kepada sekolah-sekolah berkenaan supaya lebih maju dan berjaya dalam keputusan masing masing. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Trong berkaitan dengan kita kategorikan sekolah yang pelajar kurang daripada seratus adalah sekolah kurang murid kategori dan sekolah kurang murid ini bukan hanya melibatkan SJK(C) sahaja. Sekolah SJK, SK pun ada SK JKT pun ada dan kalau di kawasan saya untuk maklumat Yang Berhormat Trong, kita ada 23 sekolah kurang murid di PPD Perak Tengah dan ada pelajarnya hanya 6 orang, guru ada 8 orang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Trong tadi. Proses untuk kita mengikut ataupun cadangan daripada pihak YB Trong untuk kita gabungkan sekolah untuk kita padatkan satu sekolah dia memerlukan kajian yang cukup detail kerana yang pertama kita lihat lokasi ataupun jarak antara satu sekolah dengan satu sekolah itu agak jauh dan mungkin ada akan timbul isu dari segi pengangkutan, dari segi ibu dan ayah nak hantar tetapi untuk proses menutup sekolah ini, ia bukan satu perkara yang cukup mudah. Dia perlu penelitian perlu dibuat mesyuarat ataupun jawatankuasa khas bagi pelaksanaan program tetapi cadangan daripada Yang Berhormat Trong ini, kita akan angkat sebagai salah satu kaedah untuk kita mengimarahkan sesebuah sekolah itu dengan jumlah murid yang ramai, boleh melaksanakan aktiviti yang lebih baik dan sebagainya.

Yang kedua Yang Berhormat tersebut menyatakan berkaitan dengan insentif ataupun penghargaan dan pengiktirafan. Sebenarnya pihak Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, kita saban tahun melaksanakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Negeri Perak di mana kita akan memberi pengiktirafan penghargaan kepada sekolah yang berjaya dalam peperiksaan awam SPM, STPM, STAM dan juga kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan juga sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi yang cukup melonjak yang kita panggil lompatan saujana dan perkara ini, insha Allah untuk peperiksaan awam SPM, STPM dan STAM 2025 ini kita akan laksanakan dalam sedikit masa lagi.

Saya teruskan Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, menjawab soalan YB Bota berkenaan Penubuhan Pusat Sains Marin Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat Bota, Negeri Perak kita mempunyai beberapa institusi pendidikan yang berkaitan dengan sektor maritim seperti UniKL MIMET, Politeknik Maritim Bagan Datok dan Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Lumut. Apapun, terima kasih atas cadangan berkenaan dan ianya sudah tentulah perlukan penelitian dan perbincangan lanjut bagi memastikan ianya mampu memenuhi keperluan dan berfungsi dengan sebaiknya serta tidak bersifat mengambilalih peranan agensi sedia ada.

Yang Berhormat Changkat Jong dalam perbahasan minggu yang lalu telah membangkitkan berkenaan isu bantuan awal bagi pendaftaran kemasukan ke universiti. Saya sependapat dengan Yang Berhormat Changkat Jong tentang perkara ini dan kita akui akan beban kewangan terhadap keluarga berpendapatan rendah dan yang kurang berkemampuan. Namun begitu, sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang prihatin, melalui Yayasan Perak kita menawarkan inisiatif bantuan awal kepada anak Perak yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi melalui insentif siswa bagi pengajian dalam dan juga luar negara. Kadar bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut pengajian. Bagi pengajian dalam negara kadar bantuannya adalah seperti berikut, RM300 bagi sijil dan diploma kolej vokasional, RM500 bagi diploma dan RM1 ribu untuk ijazah sarjana muda. Manakala untuk pengajian luar negara pula, RM1,500 untuk diploma kategori A dan RM2,500 untuk diploma kategori B, RM3 ribu untuk ijazah sarjana muda kategori A dan RM5 ribu bagi ijazah sarjana kategori B.

Mereka yang telah menerima surat tawaran hanya perlu mengisi permohonan secara atas talian dengan mengemukakan dokumen dan sekiranya memenuhi syarat pembayaran akan diproses dan terus dikreditkan ke akaun pemohon, ke dalam akaun pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja tetapi tertakluk kepada permohonan yang lengkap serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) turut menyediakan Skim Bantuan Persediaan Pengajian Tinggi yang memberi fokus kepada persediaan kemasukan ke IPT. Bagi pelajar dalam kategori asnaf, fakir dan miskin, pihak MAIPk akan mempertimbangkan kelulusan segera sekiranya…sekiranya terdapat keperluan untuk membuat bayaran awal kepada IPT. Bantuan ini boleh disalurkan tanpa menggunakan kaedah surat jaminan dan ianya tertakluk kepada kelayakan dan pengesahan status asnaf pemohon tersebut.

Untuk makluman Ahli Dewan, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan bantuan sara diri mahasiswa dan bantuan kecemasan mahasiswa bagi membantu mahasiswa anak Perak yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dan berada disemester kedua dan ke atas. Bantuan sara diri secara one off ini telah mula dibuka bermula 2 Mac hingga 30 April 2026 dan bantuan kecemasan pula dibuka sehingga 31 Oktober 2026. Kadar bantuan sara diri Diploma RM500, Ijazah Sarjana Muda RM700, Ijazah Sarjana RM800 dan Doktor Falsafah RM1 ribu. Setakat 17 April yang lalu, sebanyak 4,946 permohonan telah diterima secara atas talian bagi kedua-dua permohonan atau bantuan berkenaan. 1,793 permohonan telah diluluskan yang telah menepati syarat kelulusan seperti anak Perak, pengajian sepenuh masa, pendapatan isi rumah ibu bapa RM5 ribu ke bawah, GPA 3.0 ke atas dan IPT yang diiktiraf. Bagi bantuan kecemasan, sebanyak 23 permohonan telah diterima dan 5 telah diluluskan yang melibatkan kes-kes seperti kemalangan, kemusnahan harta benda dan juga masalah kesihatan. Selain itu juga, baucar buku mahasiswa turut memberi manfaat kepada 5,000 mahasiswa anak Perak dan permohonan ini dibuka sehingga 30 April 2026. Inisiatif oleh Kerajaan Negeri ini merupakan satu bentuk sokongan kepada mahasiswa dan keluarga yang berpendapatan rendah dalam tempoh pengajian. Buat masa ini, untuk makluman, ada berlaku sedikit gangguan kepada laman sesawang bantuan sara diri dan kecemasan kerana kadar trafik yang sangat tinggi dan kita sedang mengatasi masalah yang tersebut dan seperti saya maklumkan awal tadi, apabila keputusan SPM negeri semakin baik dan sudah tentulah berlakunya pertambahan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dan memerlukan kita untuk menilai inisiatif yang sedia ada baik dari segi penambahan bajet mahupun memperkenalkan inisiatif baru sesuai dengan kantung kewangan Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya terus kepada portfolio belia. Menjawab soalan sahabat saya Yang Berhormat Sungai Manik, berkaitan, People of Remarkable Talent atau PORT. Saya mengambil maklum akan pandangan dan cadangan Yang Berhormat Sungai Manik terhadap perkara ini. Saya akui masih terdapat ruang yang perlu ditambah baik dan diberi perhatian yang sewajarnya. Ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Belia dan Sukan…

Dato' Speaker, YB Exco. Terima kasih kepada YB Exco. Saya nak bertanya tertarik berkenaan dengan isu bantuan sara hidup ataupun biasiswa. Kerajaan Negeri Perak kita, kita berbangga dengan dengan pengajian-pengajian TVET kita dan kita antara negeri yang banyak menghasilkan graduan TVET. Saya nak bertanya adakah adakah bantuan ataupun adakah biasiswa terhadap para pelajar kita yang yang mengambil bidang TVET ini untuk mereka sambung pengajian? Yang ada mungkin pelajar-pelajar IPTS-IPTS yang yang lain. Tapi untuk khusus TVET ini ada tak? Khusus pelajar TVET yang memang mereka ini tertarik dengan dengan saranan ke negeri untuk masuk bidang TVET. Tapi bila masuk TVET mereka tidak ada biasiswa ataupun bantuan daripada Kerajaan Negeri. Kalau ada saya mohon maaf, kalau saya tak tahu. Tapi kalau tiada adakah dibolehkan untuk kita mengadakan biasiswa dan bantuan kepada student-student TVET kita tu? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi atas pertanyaan berkaitan dengan bantuan kepada mereka yang terlibat dengan kursus TVET. Seperti saya maklumkan tadi, bantuan sara diri mahasiswa ini dia ada syarat. Dia ada apa dia punya panduan dan juga antaranya mesti mengambil kursus pengajian yang diiktiraf di institut pengajian samada tinggi awam atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi ataupun MQA itu sepenuh masa dan ianya mengikut syarat. Contohnya anak Perak, pendapatan ibu dan ayah bawah pada RM5 ribu. Kemudian CGPA 3.0 ke atas. Kalau mereka yang mengambil kursus TVET secara sepenuh masa, samada di IPT atau di kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Pengajian Tinggi. Mereka juga layak memohon. Dan mungkin selepas ini kita kena memikirkan apa kaedah seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Manjoi tadi untuk kita memberi ruang dan peluang kepada peserta-peserta kursus TVET jangka pendek ataupun dalam tempoh, contohnya 2 tahun atau 1 tahun juga di beri ruang dan peluang untuk menikmati bantuan sara diri nanti. Insha Allah perkara ini kita akan pertimbangkan untuk kita jadikan salah satu elemen yang boleh dibuat penambahbaikan kepada bantuan sara diri ini.

Terima kasih Speaker dan terima kasih YB Exco, itulah maksud saya. Kita berikan tumpuan lebarkan lagi untuk kita bantu anak-anak kita dalam bidang yang mungkin short-short term ini. Tapi mereka di kalangan B40 dan orang susah dan perkara tersebut kerana sering di Pusat Khidmat Adun Manjoi, pelajar ini datang dan kami hanya boleh bagi sumbangan-sumbangan peribadi. Negeri jika ambil tangungjawab ini, saya ucap terima kasih banyak.

Terima kasih…terima kasih.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Satu soalan sahaja. Boleh, Dato' Speaker, Dato Exco. Kami ahli politik daripada pembangkang dilarang masuk ke sekolah buat aktiviti. Kalau nak masuk pun boleh tapi kena buat surat permohonan, dah dapat kelulusan baru boleh masuk dan perkara ini birokrasi yang bukan mudah bagi pembangkang. Tapi di kawasan saya ada ahli politik bebas, ahli politik bebas, tak ada partilah maksudnya. Tapi keluar masuk keluar masuk sekolah buat aktiviti. Boleh pulak? Dan pegawai-pegawai khas MB pun sama juga. Keluar masuk keluar masuk sekolah buat aktiviti. Macam-macam aktiviti lah. Jemputan PIBG, sukan dan jamuan macam-macam lah di sekolah. Mintak penjelasan pada Exco. Terima kasih.

Yang Berhormat Bukit Chandan, saya rasa saya dah jawab soalan berkaitan dengan kebenaran masuk ke sekolah ini pada sidang yang lepas. Siapa pun boleh masuk tak kiralah daripada Yang Berhormat Kerajaan, Yang Berhormat Pembangkang daripada parti bebas. Sebab dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, dia cuma memaklumkan kebenaran mengundang, menjemput dan kebenaran masuk kepada ahli politik atau pun tokoh-tokoh ternama. Permohonan itu perlu dibuat. Saya pun masuk ke sekolah ada surat permohonan kebenaran khas. Saya boleh tunjuk kalau Yang Berhormat Ahli Dewan tak percaya. Saya setiap kali pergi ke sekolah, dia kena mohon kebenaran dan saya sudah pasti kebanyakan pegawai-pegawai khas Yang Amat Berhormat Menteri Besar masuk ini, mereka juga telah pun menerima surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pendaftar Sekolah iaitu Pengarah Pendidikan Negeri dalam masa 30 hari sebelum program dilaksanakan. So, kalau Yang Berhormat rasa ingin masuk, saya cadangkan mohon permohonan itu kepada Pendaftar iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Mereka yang berhak untuk membenar dan tidak benarkan sebab dia ada garis panduan garis panduan tertentu yang telah dinyatakan seperti dalam surat pekeliling ikhtisas.

Saya sambung seterusnya. Ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) kerana memanjangkan program Sejati Madani kepada anak muda melalui persatuan belia. Saya yakin program ini bakal memberi manafaat kepada 699 pertubuhan belia berdaftar di negeri Perak yang terdiri daripada 360 pertubuhan belia tunggal dan 339 pertubuhan belia bercawangan. Untuk maklumat bagi proses permohonan Sejati Madani bagi pertubuhan belia ini, taklimat dan juga penerangan akan dilaksanakan pada 25 April yang melibatkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM Negeri Perak, Pendaftar Pertubuhan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta Majlis Belia Daerah serta pemimpin-pemimpin belia. Inisiatif ini secara tidak langsung menyokong hasrat kerajaan untuk memastikan bantuan dan pembiayaan disalurkan kepada pertubuhan belia yang berkelayakan, berkeupayaan, berdaya saing dan berorientasikan keperluan sebenar komuniti.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya pergi ke portfolio yang terakhir iaitu Sukan. Sukan Malaysia atau SUKMA bakal berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos 2026. Kurang lebih berbaki empat bulan menuju temasya sukan berkenaan yang mempertandingkan 30 acara sukan wajib dan 7 sukan pilihan yang meliputi 468 acara yang dipertandingkan. Sudah tentunya segala persiapan dan perancangan sedang dan bakal berjalan di bawah kendalian Majlis Sukan Negeri Perak. Ini termasuklah pelaksanaan Kem…Kem Latihan Pusat, 6 Fokus Projek Belang Tarung 3 Warna 2.0, penyertaan Karnival Bakat Olimpik Kebangsaan, Kejohanan Pra Sukma, program Atlet Sepenuh Masa, bantuan kewangan, Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan Teknikal, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan serta jabatan dan agensi angkat.

Suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini untuk Sukma Selangor ke-22 kali ini. Sekali lagi, Yang Berhormat Dato' Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen manakala Yang Berhormat Dato' Mohd Zaki Mahyuddin selaku Timbalan Ketua Kontinjen dan juga Yang Berbahagia Dato’ Leong Mun Yee, bekas atlet negeri dan kebangsaan selaku Timbalan Ketua Kontinjen kedua. Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang menghargai jasa dan pengorbanan atlet sukan negeri, insentif kecemerlangan atlet sebanyak RM133,700 telah diberikan kepada atlet yang bawa pulang pingat pada Sukan SEA dan Sukan SEA Para di Thailand pada Disember 2025 dan Januari 2026. Pemberian insentif kecemerlangan ini merangkumi 89,300 bagi Sukan SEA dan 4,400 bagi Sukan SEA PARA yang melibatkan seramai 40 orang atlet biasa dan 14 atlet PARA.

Berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titi Serong berkaitan dengan Liga Bola Sepak Sejahtera. Pada hemat saya, perkara ini tidak perlu dipolitikkan secara berlebihan kerana sentimen politik kepartian. Untuk makluman Yang Berhormat Titi Serong daripada liga berkenaan, dua orang pemain daripada Bagan Serai dan Ipoh Timur telah dipilih bermain untuk pasukan Liga A1 Negeri Perak. Saudara Mohd Amirul Aiman Nasaruddin, 24 tahun yang berasal dari Tanjung Piandang yang bermain untuk pasukan Bagan Serai di posisi midfield dan saudara Muhammad Hazim bin Jamal Hisham dari Tasek, Ipoh yang mewakili pasukan Ipoh Timur juga di posisi midfield. Mereka dipilih oleh jurulatih Perak berdasarkan bakat dan kemahiran bukan atas faktor politik. Sesuailah dengan objektif penganjuran Liga Perak Sejahtera 2030 untuk mencungkil bakat anak muda. Memberi ruang pendedahan pemain muda, merancakkan aktiviti sukan bola sepak dan sudah tentulah menggalakkan gaya hidup sihat serta menyemarakkan semangat kesukanan di kalangan anak muda.

Yang Berhormat Exco..

Berkenaan penganjuran liga… Biar saya habis dulu. Berkenaan penganjuran liga berkenaan adalah bersifat kerjasama komuniti bukan penguasaan politik dan penganjuran berkenaan tidak melibatkan peruntukan RM2 juta oleh pihak Kerajaan Negeri Perak kepada PAFA sebelum ini.

Yang Berhormat Exco boleh mencelah? Boleh mencelah ye Yang Berhormat Exco. Saya bangun baik-baik je. Yang Berhormat Exco saya sebenarnya jangan salah sangka. Kami tak bantah pembangunan bola sepak. Baguslah dianjurkan bola sepak peringkat negeri Perak. Sebelum-sebelum ini dianjurkan dianjurkan Liga Perak Sejahtera yang join pula adalah persatuan-persatuan yang rasmi di bawah PAFA itu tak jadi masalah. Dah bertahun-tahun dah kita pun sedia maklum. Cuma yang...yang kita bangkitkan, Yang Berhormat Exco perlu tahu yang tadi Yang Berhormat Exco sebut tadi bukan kepentingan politik, tetapi yang jelas sampai hari ini boleh kita akses di Facebook sebagainya. Poster-poster Liga Perak Sejahtera sendiri logo UMNO. Saya bangkit saya tegur benda tu. Nampak seolah-olah parti politik sempit ini sedang menunggang. Ni poster ni pulak bawah ini ada SADC, semua agensi kerajaan. Yang saya bangkitkan ni bukan saya secara peribadi. Yang saya bangkitkan ni adalah daripada suara anak-anak muda yang di luar sana. Tambahan pula ada pernyataan yang jelas, RM2 juta itu diperuntukkan untuk pembangunan bola sepak Perak. Tak apalah, lepas tu ada pula ditulis Liga Perak Sejahtera. Ini keratan lain lah. Banyak sangat keratan. Dah jelas itu yang kami tanya. Sebenarnya berapa yang digunakan untuk Liga Perak Sejahtera yang terang-terang ada logo UMNO, pemuda-pemuda yang kawasan-kawasan pun semuanya UMNO, UMNO itu yang menjadi persoalan dan teguran?

Saya ulang balik RM2 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada Persatuan Bola Sepak Perak tidak terlibat dengan penganjuran Liga Perak Sejahtera. Ini adalah kertas permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Perak kepada pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan dengan peruntukan RM2 juta. Saya akan sebutkan semuanya. RM2 juta berkenaan meliputi anggaran perbelanjaan seperti pasukan Liga A1 yang sekarang Perak sedang bermain melibatkan kos RM950 ribu, Pasukan Belia RM300 ribu, Pasukan SUKMA yang bermain di Liga Ipoh, RM50 ribu. Persiapan pasukan SUKMA bermula pada 2025 hingga 2026, RM200 ribu. Program pembangunan, RM200 ribu. Kepengadilan 50 ribu. Futsal dan Bola Sepak Pantai RM100 ribu. Bola Sepak Wanita RM50 ribu. Bola Sepak kurang upaya RM100 ribu. Total semua RM2 juta adalah berkaitan dengan duit yang telah dibentangkan dalam bajet yang lepas seperti yang tertera dalam kertas kerja permohonan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Perak.

Berkaitan dengan Liga Perak Sejahtera ini, pihak PAFA boleh membuat koloborasi dengan siapa sahaja yang bertujuan untuk melahirkan, mengenengahkan bakat-bakat muda. Kalau pihak Yang Berhormat Titi Serong ada keinginan untuk menganjurkan liga yang sama bersama dengan PAFA, saya alu-alukan. Berkaitan dengan kolaborasi itu, kita galakkan. Tidak ada sebarang perbalahan dan sebagainya. Cuma apabila disebut penggunaan RM2 juta untuk Liga Perak Sejahtera. Saya selaku Exco yang terlibat dengan sukan saya nafikan kerana ini adalah kertas kerja yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet tempoh hari.

Ya boleh Yang Berhormat Exco bagi laluan. Yang pertamanya tadi Yang Berhormat Exco kata kalau pihak kami nak buat juga menggunakan PAFA yang datang direct daripada dana kerajaan. Masuk ke PAFA, PAFA itu pula Liga Perak Sejahtera. Liga Sejahtera itu pula terang-terang ada logo parti termasuk parti daripada belah sini. Saya tak setuju. Ini prinsip kami. Sebab itu saya bangun, saya tegur benda ini. Liga Perak Sejahtera ini bagus 100% kami sokong.Ya betul beberapa orang pun telah pun masuk dalam liga dan sebagainya kan. Tapi yang saya bangun saya tegur ini jelas sangat demi kepentingan sempit parti politik. Anak-anak muda yang masuk tak puas hati bagitahu kat saya, bagi tahu kat sahabat supaya bangkitkan benda ni supaya benda ni tak berulang lagi. Nampak jelas sangat. Tadi berapa digunakan dana untuk Liga Perak Sejahtera tadi.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya nak...

Berapa dana yang digunakan bagi Liga Perak...

Yang di-Pertua

Okla tu.

Bab dana Liga Perak Sejahtera ini..

Yang di-Pertua

Titi Serong bagi Exco nak jawab..

...sebab bukan di bawah Kerajaan Negeri, bukan di bawah Kerajaan Negeri bukan di bawah pejabat saya, bukan di bawah pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, itu di antara kolaborasi. Saya sebut tadi kolaborasi kerjasama di antara pihak yang menganjurkan...

Kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata diperuntukkan RM2 juta untuk pembangunan bola sepak, clear dan ada lagi satu kenyataan. Kenyataan ada untuk Liga Perak Sejahtera dana tu dia peruntukkan untuk situ, jelas Liga Perak Sejahtera yang mana liga ini ada jelas-jelas

Yang Berhormat Titi Serong...

...ada logo UMNO.

Yang Berhormat Titi Serong. Saya nyatakan saya boleh beri salinan ini kepada Yang Berhormat Titi Serong, tidak ada pun dana RM2 juta digunakan untuk penganjuran Liga Perak Sejahtera, very clear yang ini kita pakai yang inilah.

Ada kenyataan mengatakan RM2 juta untuk Pembangunan Bola Sepak Sejahtera. Satu, tak apa lah itu. Itu umum. Ada lagi satu Liga Perak Sejahtera. Liga Perak Sejahtera.

Saya dah maklum tadi...

YB ENCIK MUHAMMAD HAKIMI HAMZI BIN MOHD HAYATl (TITI SERONG): Kita nak tau berapa?

Liga Perak Sejahtera, dia bukan kaitan dengan peruntukan RM2 juta yang disalurkan.

Kita ni cuma nak tahu berapa sebab dah dimaklumkan. Itu saja.

Itu saya sekarang ni saya maklumkan RM2 juta itu tidak termasuk Liga Perak Sejahtera. Saya boleh bagi pada

Yang Berhormat Titi Serong salinan ini untuk lihat apa perincian-perincian yang di tulis dalam ini dan diluluskan dalam pembentangan bajet tempoh hari.

Yang di-Pertua

Titi Serong, betul lah tu jawapan dia tu. Apa lagi..

Ok takpe lah, cuma teguran saya jangan berlaku.

Saya menerima teguran Yang Berhormat Titi Serong tetapi Titi Serong juga kena menerima ini adalah peruntukan RM2 juta seperti yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada PAFA. Saya minta Yang Berhormat Titi Serong menerima seperti mana saya menerima pandangan daripada Yang Berhormat Titi Serong supaya tidak melibatkan politik dalam sukan dan sebagainya.

Kerajaan sepatutnya lepas ini tengok nak salur kepada PAFA dan juga Liga Perak Sejahtera atau pun apa-apa sahaja yang nak menggunakan deck yang jelas betul...betul ada logo politik tak perlu salur dah termasuk kalau parti saya sendiri pun. Ini tatakelola yang tata ke laut.

Saya ulang balik, duit RM2 juta seperti yang disebutkan tidak ada kaitan dengan Liga Perak Sejahtera. Very clear yang ni kalau Yang Berhormat Titi Serong kata menggunakan duit RM2 juta ini saya nafikan. Bab berkaitan dengan peruntukan-peruntukan lain tu itu saya tidak dapat maklumatnya kerana ianya bukan di bawah kawalan saya.

Takpe nanti kita bawa balik keratan. Jelas. Takpe lah..

Takpe lah saya beri..

Yang di-Pertua

Titi Serong jelas lah tu, sudahlah.

Kenyataan jelas daripada

Yang di-Pertua

Betul la tu..

...Yang Amat Berhormat.

Yang di-Pertua

Betul laa..

RM2 juta..

Yang di-Pertua

Itu kerajaan lain, PAFA lain, tanya pada PAFA atau tulis surat kepada PAFA.

Saya bercakap...

Yang di-Pertua

Minta penjelasan daripada PAFA. PAFA ini Persatuan Bolasepak.

Pelaksanaan Liga Perak Sejahtera menggunakan duit RM2 juta yang disalurkan. So, kita jelaskanlah penggunaan duit RM2 juta ni, contohnya kita ada program pembangunan...

Kenapa..kenapa?

Bagi saya cakap ada program pembangunan, kursus kejurulatihan akar umbi kita buat di SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, 18 haribulan 4, Program Pembangunan Bola Sepak bersama JPN Perak pada Mesyuarat Penyelarasan yang pada 16 haribulan 4 yang melibatkan peringkat umur bawah 8 hingga 16 tahun. Kemudian kita ada perasmian Liga Puteri yang melibatkan bola sepak wanita di mana Perak mengambil bahagian bermula pada 19 April. Perkara-perkara ini tertera dalam bajet ataupun kertas kerja permohonan peruntukan oleh PAFA kepada Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Exco kenapa pihak kerajaan dah tahu tahu nak peruntukkan RM2 juta dah jelas yang liga itu adalah liga yang memang jelas parti politik nak ambil kesempatan kenapa salur juga? Jelas…

Saya ulang balik penyaluran RM2 juta tu tidak terlibat dengan penganjuran Liga Bola Sepak Perak.

Tetapi kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar…

Saya pulak kenyataan saya…

…yang mengatakan RM2 juta tu digunakan untuk…

…berpegang pada yang ini. Saya pegang yang ini…

Perak Sejahtera dan juga Liga Perak Sejahtera…

Saya tahu Perak Sejahtera ni semua orang boleh guna.

Jelas ada kenyataan, Astro Awani pun bangkit. Dana itu digunakan untuk pembangunan Perak dan juga Liga Perak Sejahtera…

Penggunaan nama Perak Sejahtera…

…dan Liga Perak Sejahtera ini adalah liga yang ditunggang oleh UMNO itu sahaja. Jelas.

Saya ulang balik…

…kita mohon berapa dia gunakan?

Saya bercakap bagi pihak kerajaan bukan bercakap dari sisi pihak parti, pihak kerajaan RM2 juta ini disalurkan untuk program pembangunan seperti yang saya disenaraikan ada sembilan item dan

Liga Perak Sejahtera itu saya quote daripada kenyataan akhbar.

Itu penyataan akhbar yang ini saya bercakap daripada…

Jadi nak saman, saman kenyataan akhbar.

Saya cakap kat situ ada fakta kita bukan nak cerita,

Kita cuma nak tau berapa yang digunakan Liga Perak Sejahtera?

Cuma saya nak minta Yang Berhormat Titi Serong mengakui bahawa…

Berapa yang digunakan kami nak tau?

Bahawa peruntukan RM2 juta ni tidak digunakan untuk Liga Perak Sejahtera.

Yang di-Pertua

Haa jelas kan dah tu. Dia kata dah Exco kata dia jawab macam tu nak ulang lagi dah dia kata tak ada duit langsung daripada RM2 juta itu disalurkan kepada Liga Perak Sejahtera. Tak ada lah. Itulah jawapan dia kan?

Ok Yang Berhormat Dato' Seri yang di-Pertua masa saya pun semakin tamat. Saya ingin tamatkan berkaitan dengan penggulungan saya.

YB Speaker. Maknanya kenyataan akhbar tu tak benar. Itu maksud daripada YB Exco.

Sebab Yang Berhormat Kamunting saya berdasarkan pada…

Yelah maknanya akhbar melaporkan…

Saya tetap berpegang kepada yang ini. Sebab ini benda ni yang dibincangkan bersama saya sebelum dimajukan kepada pejabat Yang Berhormat Menteri Besar berkaitan Liga Perak sahaja kerana tidak ada.

Saya nak bagi tahu bahawa kenyataan akhbar ni bermakna tidak benar. Jadi saya mintalah daripada pihak kerajaan nafikan daripada kenyataan akhbar yang tidak benar itu. Sebab itu daripada itu yang dibaca dan dilihat dan persepsi yang tidak baik yang dilihat oleh anak muda.

Ok, kita akan pertimbangkan selepas perbincangan bersama dengan PAFA yang terlibat dalam program ini. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri penggulungan saya. Saya ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa Perak akan akan menganjurkan Bazar Buku Perak 2026 bermula 23 hingga 26 April di Stadium Indera Mulia untuk apa untuk mewar-warkan kepada masyarakat kerana kita mensasarkan lebih kurang 100,000 pengunjung untuk berkunjung ke Bazar Buku Perak di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Penggulungan saya sudah tiba ke penghujungnya. Sekali lagi, saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan portfolio di bawah tanggungjawab saya.

YB Speaker satu penting saya nak bagi cadangan penambahbaikan kepada YB Exco. Terima kasih pada Dato' Speaker. Saya, saya tengok pembangunan bola sepak di Perak ini kita perlu tingkatkan prestasi. Saya, saya merenung nasib anak-anak kita di Sekolah Sukan Negeri, sekolah sukan kita ini SMGR, saya nak bertanya sini ke manakah anak-anak sukan Sekolah Sukan SMGR kita ini pergi? Lepas sekolah SMGR ni sekolah sukan ini, zaman-zaman kami dulu sebab saya juga daripada sekolah daerah Ipoh ini zaman tersebut kita akan pergi ke Piala Belia. Kemudian kita akan pergi ke Piala Presiden. Sekarang ini kita tidak ada Piala Belia dan Piala Presiden. Betul tak YB Exco? Kita tidak ada penyertaan dalam Kejohanan Piala Belia dan Piala Presiden. Terus nak pergi ke Piala A One. Apatah lagi nak ke Liga Super jauh lagi. Persoalan saya di sini. Saya nak tanya kepada YB Exco macam mana kita nak membantu anak-anak di sekolah sukan kita ini supaya dia orang punya bakat-bakat sukan mereka ini mereka berkorban pagi petang siang malam. Mak ayah yang…yang betul-betul hantar anak sekolah sukan ini betul-betul berkorban bukan setakat korban duit tenaga sebagainya. Tapi bila anak maka keluar dari SMGR sekolah sukan anak mereka tidak dapat menyambung…

Yang di-Pertua

Ok Manjoi…

…menyambung apa ini mereka punya bakat ke peringkat lebih tinggi. Persoalan saya dengan apa yang sebut oleh

Exco tadi tentang kita ada PAFA yang telah pun kita bangunkan semula kemudian YB Exco pun bagi penerangan tentang kita nak bangunkan sukan di negeri ini. Setakat ini saya tengok kita hanya ada SUKMA saja. Perak kita hanya SUKMA saja.

YANG DI-PERTUA Ok.

Patutnya saya mencadangkan supaya kita kena sertai Piala Belia…

Yang di-Pertua

Ok.

Piala Presiden, SUKMA dan juga Piala A-One ini.

YANG DI-PERTUA Ok, terima kasih.

…dan kemudian ke arah kita masuk Liga Super. Sekarang ini memang Perak tidak ada tersebut.

YANG DI-PERTUA Ok.

Mungkin YB Exco boleh jawab.

Yang di-Pertua

Ok sebelum Exco tamatkan tak ada tak ada pencelahan dah ya. Saya minta Exco landing dan landing dah.

Ok. Izinkan saya menjawab sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Manjoi. Saya setuju apa Yang…Yang Berhormat Manjoi kata apabila budak atau pun atlet atau pemain bola sepak kita apabila selesai menamatkan sesi persekolahan sama ada di Sekolah Sukan Negeri atau pun sekolah-sekolah lain mereka ini tidak ada ruang dan peluang. Untuk makluman, kita ada menubuhkan pasukan belia di bawah PAFA yang kita apa kategorikan di bawah umur 19 tahun supaya mereka yang lepasan sekolah ini juga diberi ruang untuk terus mempamerkan bakat mereka sebelum mereka pergi ke peringkat yang lebih tinggi di SUKMA atau pun di peringkat belia Malaysia. So, perkara itu di bawah tanggungjawab PAFA untuk kita laksanakan program belia bawah 19 tahun dan mereka juga ada yang bertanding di kita berikan pendedahan dulu di kejohanan-kejohanan liga domestik di peringkat-peringkat liga tempatan. Sebelum mereka ni kita bawa ke peringkat Liga Belia Kebangsaan yang akan dilaksanakan nanti.

Berkaitan dengan juga pelajar-pelajar yang berjaya, pelajar yang sukan yang berjaya dalam SPM tempoh hari kita ada program kolaborasi dengan beberapa institusi pendidikan tinggi supaya mereka ini diberi laluan khas untuk melanjutkan pelajaran atas sumbangan khidmat bakti dan juga pengorbanan mereka sebagai atlet yang telah berjaya menaikkan nama negeri Perak contohnya di UPSI, di Politeknik Ungku Omar, UiTM dan juga Politeknik Sultan Azlan Shah. Itu di antara pendekatan-pendekatan yang kita laksanakan supaya bakat mereka tidak terbantut atau pun terhapus dalam mereka tamat sesi persekolahan di sekolah menengah tetapi diberi ruang untuk mereka menambahkan lagi pengalaman dan kemahiran mereka apabila berada di IPT dan juga kolej yang berkenaan. Semoga apa yang dicadangkan apa yang dibahaskan mahupun yang ditegur dengan niat yang baik dan ikhlas akhirnya memberi manafaat kepada seluruh rakyat negeri ini. Baik yang berada di utara mahu pun di selatan yang di timur mahu pun yang di barat yang biru yang merah yang hijau mahu pun yang tidak berwarna. Percayalah, kerajaan ini adalah kerajaan yang sentiasa mendengar dan meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai agenda utamanya. Belanja menjunjung kasih titah Tuanku. Sekian Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wassalam warrahmatullah hiwabarokatuh. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Belanja. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Teja untuk menggulung perbahasan. 45 minit.

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media, petugas Dewan serta semua yang sedang mengikuti siaran siaran langsung persidangan ini. Patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menyempurnakan Titah Diraja bagi Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Belas Dewan Keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Ampun Tuanku. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pelbagai isu, pandangan dan cadangan di bawah portfolio perumahan dan kerajaan tempatan. Semua perkara yang dibangkitkan telah saya ambil perhatian. Izinkan saya memulakan penggulungan dengan beberapa penjelasan berkaitan dasar, perancangan serta keutamaan semasa sebelum memberi respon lanjut kepada isu-isu yang telah dibangkitkan.

Saya akan mula dengan portfolio perumahan di mana bagi tahun 2026, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah merangka pelbagai perancangan strategik yang bertujuan memperkukuh sektor perumahan negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan LPHP dalam memastikan akses kepada perumahan yang berkualiti, mampu milik dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat. Saya ingin berkongsi tentang usaha memperkasakan Skim Sewa Perak Sejahtera (SSPS). Kerajaan Negeri melalui LPHP komited untuk memastikan keperluan perumahan rakyat terus terpelihara di samping membantu golongan berkelayakan mendapatkan kediaman yang sesuai. Namun perlu ditekankan bahawa pemilikan rumah melalui pembelian bukanlah satu-satunya penyelesaian kepada isu perumahan di negeri Perak.

Hasil penelitian LPHP mendapati bahawa cabaran utama yang dihadapi rakyat khususnya golongan belia adalah kemampuan kewangan untuk mendapatkan pinjaman perumahan. Ramai memerlukan masa untuk menstabilkan kedudukan kewangan sebelum mampu memiliki rumah sendiri. Sehubungan itu, LPHP telah memperkenalkan Skim Sewa Perak Sejahtera iaitu singkatannya SSPS sebagai satu alternatif dengan menawarkan unit kediaman pada kadar sewaan sehingga 20% lebih rendah daripada pasaran. Sejak diperkenalkan pada tahun 2023 dengan 12 unit, jumlah ini telah meningkat kepada 64 unit pada awal tahun 2026. Walaubagaimanapun, LPHP mengakui terdapat kekangan dalam pelaksanaan semasa khususnya dari segi lokasi unit yang kebanyakan berada di luar bandar dan kurang memenuhi keperluan golongan muda yang bekerja dan menetap di kawasan bandar.

Maka bagi tahun 2026, LPHP akan memberi tumpuan kepada penambahan unit SSPS di kawasan bandar dan pekan utama melalui beberapa pendekatan baharu. Antaranya termasuk pembelian unit kediaman di pasaran sekunder khususnya hartanah mampu milik yang dilelong pada harga yang lebih rendah daripada pasaran. Selain itu, LPHP turut meneroka kerjasama dengan agensi atau institusi yang berkaitan bagi memudahkan pembiayaan pembelian unit yang berpotensi dijadikan sebagai stok SSPS. Dalam masa yang sama, LPHP juga sedang meneliti penggunaan semula hartanah yang dirampas akibat tunggakan cukai tanah sebagai sebahagian daripada sumber unit kediaman. Pendekatan ini bukan sahaja dapat mengoptimumkan aset sedia ada malah membantu mengurangkan hartanah terbiar serta menyediakan lebih banyak pilihan kediaman kepada rakyat. Justeru, Kerajaan Negeri akan terus memperkasa pendekatan ini kerana fokus kita bukan sekadar menyediakan rumah tetapi memastikan rakyat benar-benar mempunyai tempat tinggal yang sesuai dengan kemampuan mereka.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, bantuan perumahan kepada golongan asnaf merupakan antara keutamaan Kerajaan Negeri dalam memastikan keperluan asas khususnya tempat tinggal yang selamat dan selesa dapat dipenuhi oleh golongan yang kurang berkemampuan. Melalui LPHP, program ini dilaksanakan secara kerjasama strategik bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah inisiatif Projek Baiti Jannati. Projek ini menyasarkan golongan asnaf yang tidak memiliki rumah dengan pemilihan penerima dibuat oleh Pejabat Daerah dan Tanah serta disahkan oleh pihak Baitulmal bagi memastikan kelayakan. Di bawah pelaksanaan ini, LPHP bertanggungjawab menyediakan unit kediaman manakala kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh TNB melalui kaedah wakalah zakat. Sejak diperkenalkan pada tahun 2024, sebanyak lapan unit rumah telah diserahkan kepada penerima di beberapa daerah. Bagi tahun 2025 pula, sebanyak sepuluh penerima telah dikenalpasti untuk pelaksanaan seterusnya. Bagi tahun ini, program ini akan diteruskan dengan penambahbaikan dari segi pelaksanaan serta perluasan kerjasama termasuk melibatkan Lembaga Air Perak (LAP) melalui program wakalah bagi meningkatkan jumlah penerima yang dapat dibantu. Pendekatan ini bukan sahaja membantu menyediakan kediaman kepada golongan asnaf, malah mengoptimumkan kerjasama antara agensi kerajaan dan sektor korporat dalam memastikan bantuan dapat disalurkan secara lebih tersusun, berkesan dan berterusan.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Dasar Perumahan Negeri Perak (DPNP) 2.0 yang diterajui oleh LPHP akan menjadi rujukan utama Kerajaan Negeri dalam merancang pembangunan perumahan secara lebih tersusun dan relevan dengan keperluan semasa. Kajian semula dasar ini penting bagi memastikan akses kepada perumahan yang mencukupi, mampu milik dan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Tanpa semakan berkala, dasar sedia ada akan ada risiko tidak lagi selari dengan perubahan harga pasaran dan juga kemampuan rakyat. Maka DPNP 2.0 akan memberi tumpuan kepada tiga teras yang utama iaitu dengan izin Accessibility, Availability dan Affordability. Dari sudut Accessibility, fokus akan diberikan kepada keupayaan rakyat untuk mendapatkan pembiayaan perumahan. Ini termasuk keperluan untuk memperkukuh kerjasama dengan institusi kewangan bagi menyediakan pembiayaan yang lebih bersasar dan mesra kepada golongan B40 dan M40. Dari sudut Availability, dasar ini pula menekankan keseimbangan antara penawaran dan permintaan supaya pembangunan perumahan lebih sejajar dengan keperluan sebenar rakyat, sekaligus mengelakkan ketidak sepadanan seperti lebihan rumah tidak terjual atau kekurangan rumah mampu milik. Manakala dari sudut Affordability, penilaian semula akan melibatkan aspek harga siling rumah mampu milik, skim bantuan serta mekanisme pembiayaan bagi memastikan lebih ramai rakyat berupaya memiliki atau menyewa kediaman yang sesuai.

Gerak kerja penambahbaikan DPNP 2.0 telah bermula sejak tahun 2025 dan akan diteruskan sepanjang tahun 2026 melalui penglibatan pelbagai agensi termasuk Jabatan Perumahan Negara, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, PlanMalaysia, Perak, REHDA, Perak serta wakil institusi pengajian tinggi. Pendekatan ini berasaskan data dan analisa semasa bagi memastikan dasar yang dirangka bukan sahaja praktikal tetapi mampu memberi impak jangka panjang serta responsif terhadap cabaran semasa dan keperluan masa hadapan. DPNP 2.0 dijangka akan dikuatkuasakan pada suku pertama tahun 2027 dengan penekanan termasuk penetapan peratus serta spesifikasi Rumah Perakku yang lebih seimbang antara keperluan pembeli dan keupayaan pemaju.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, dalam memastikan agenda perumahan rakyat terus diperkukuh, Kerajaan Negeri melalui LPHP komited menyediakan perumahan sosial yang lebih berkesan dan holistik menerusi Program Residensi Rakyat iaitu PRR. Program ini memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah khususnya mereka yang berpendapatan di bawah RM3,860 dan tidak mampu memiliki rumah sendiri. Sehingga ini sebanyak 2,857 unit telah disediakan di 16 lokasi di seluruh Negeri Perak. Bagi memenuhi keperluan perumahan sosial yang masih tinggi, Kerajaan Persekutuan turut meluluskan dua projek baharu di bawah penjenamaan semula daripada PPR kepada PRR iaitu Program Residensi Rakyat. Dua projek PRR yang telah diluluskan adalah seperti berikut. Pertama, 180 unit kediaman teres satu tingkat di Kampung Chain, Lenggong dengan peruntukan sebanyak RM48 juta dan kedua, 500 unit kediaman berstrata di Chemor, Ipoh dengan peruntukan sebanyak RM148 juta. Bagi projek 180 unit kediaman di Lenggong, LPHP telah dilantik sebagai agensi pelaksana. Pembangunan dijangka bermula pada suku keempat tahun ini. Manakala bagi projek 500 unit kediaman di Chemor, ia akan dilaksanakan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan dijangka pembangunan akan bermula pada suku kedua tahun 2026. Syukur dengan usaha dan kerjasama semua pihak dua projek baharu yang telah dinanti-nantikan oleh rakyat Negeri Perak akhirnya akan bermula kerja pelaksanaan dalam tahun ini juga. Kerajaan negeri menaruh harapan agar pembangunan ini bukan sahaja menyediakan tempat tinggal tetapi turut merangsang aktiviti sosio ekonomi setempat dan meningkatkan kualiti hidup penduduk. Seterusnya…

Laluan boleh?

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih YB Exco. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, tadi tentang cadangan ataupun projek untuk perumahan…perumahan PPR khususnya. Jadi, saya nak bangkitkan di sini, adakah perancangan untuk nak buat rumah baru perumahan mampu milik atau pun PPR di kawasan Changkat Jering sebab saya bangkitkan di sini PPR yang ada sekarang satu ni memang queue ramai? Jadi tak dapat nak memenuhi keperluan. Saya harap mintak Exco tolong perancangan untuk buat tambahan rumah mampu milik. Terima kasih.

Sambung. Terima kasih YB Exco, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Exco mengumumkan tentang penambahan perumahan dari beberapa agensi. Cuma saya nak sebut sebenarnya kita membawa keresahan rakyat bila mana kita umumkan beberapa perumahan baru rakyat kata rumah lama pun tak siap lagi rumah baru dah umum. Jadi itu persepsi rakyat yang dimainkan. Saya rasa mungkin perlu ada satu pelan yang terbaik untuk menyelesaikan projek perumahan gajah putih ini. Kita pun dah rasa malu nak jawab depan rakyat dah sebab tidak ada progress dalam perumahan yang ada yang terbengkalai. Terima kasih.

Terima kasih bagi cadangan Yang Berhormat Changkat Jering. Memang permintaan tentang perumahan sosial ini seperti PPR atau pun sekarang, jenama baru PRR sangat tinggi dan ada juga kawasan daerah yang masih belum ada diberi kelulusan projek ini. Jadi memang dari masa ke semasa apa yang Kerajaan Negeri akan buat kita akan meneliti semua cadangan yang ada tetapi pentingnya bagi permulaan penting untuk kita kenalpasti sama ada kawasan yang terdapat keperluan ada tak tapak yang sesuai, ada tak ruang untuk kita buat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan dan seterusnya juga queue yang perlu tunggu juga agak panjang sebab bukan sahaja Negeri Perak, negeri lain juga banyak permohonan yang ditujukan kepada KPKT untuk untuk mohon PRR baru ini. Walau bagaimanapun yang penting kalau ada keperluan kita memang alu-alukan cadangan tetapi kita perlu mula dengan cadangan tapak yang sesuai untuk kita telitikan dan seterusnya mulakan proses permohonan yang sepatutnya.

Kepada Yang Berhormat Slim juga memang saya faham keresahan apabila berkaitan dengan projek terbengkalai dan projek sakit. Pada masa sama apabila projek yang baru diumumkan dan dinaik perasaan pembeli yang memang nasib mereka, mereka harapkan sesuatu dapat diusahakan. Itu sebab di bawah jawatankuasa yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pemantauan Projek Sakit dan Pemulihan Projek Terbengkalai, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan juga semua agensi yang terlibat memang kita cuba sedaya upaya untuk lihat setiap projek sakit, projek terbengkalai, apa masalah apa punca yang menyebabkan tidak dapat dilaksanakan. Seterusnya apa yang kita boleh mudah cara bagaimana kita selaraskan antara beberapa pihak yang terlibat untuk kita cari penyelesaian. Walau bagaimanapun tidak setiap projek ada penyelesaian yang mudah. Itu sebab selalunya kita ambil masa yang lama untuk cari penyelesaian yang sangat bergantung pada pemaju yang terlibat dan kerjasama daripada semua pihak yang berlainan dan pada masa yang sama projek yang tidak melibatkan projek sakit terbengkalai seperti yang saya umumkan PRR yang baru di mana kita terima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan memang kita sentiasa gerakkan supaya dengan harapan isu perumahan di Negeri Perak ini kita akan dapat lebih banyak platform lebih banyak pilihan kepada rakyat. Walau bagaimanapun, saya ambil maklum isu yang dibangkit dan jaminan saya memang sentiasa LPHP dengan semua jawatankuasa agensi yang ada dibawah jawatankuasa projek terbengkalai dan sakit kita sentiasa cuba untuk usahakan penyelesaian.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi menguruskan projek perumahan rakyat yang sedia ada dalam komitmen untuk memastikan kesejahteraan rakyat di kawasan PPR. Dana ini akan digunakan bagi urusan penyelenggaraan, perkhidmatan pembersihan, penyelenggaraan lif serta pembayaran bil utiliti yang menjadi nadi kepada kelancaran kehidupan harian penghuni. Usaha ini bukan sekadar memperbaiki bangunan atau membayar bil tetapi ia ia adalah simbol tanggungjawab kerajaan dalam menyediakan persekitaran hidup yang bersih, selamat dan selesa. Lif yang berfungsi dengan baik, kawasan yang sentiasa terjaga serta utiliti yang tidak terganggu akan memberi ketenangan kepada ribuan keluarga yang bergantung kepada PPR sebagai tempat berteduh. Kita percaya apabila rakyat menikmati kemudahan asas yang sempurna mereka akan lebih bersemangat membina masa depan yang cerah. Pada masa yang sama langkah ini memperkukuh semangat kebersamaan dan meningkatkan kualiti hidup komuniti bandar. Selain perancangan dan pelaksanaan projek baharu Kerajaan Negeri juga memberi perhatian serius terhadap penyelesaian projek terbengkalai yang memberi kesan langsung kepada rakyat. Ini sama selaras seperti apa yang saya jawab kepada Yang Berhormat Slim sebentar tadi. Pada asasnya pelaksanaan projek perumahan adalah tanggungjawab pihak pemaju.

Namun apabila sesuatu projek diisytiharkan terbengkalai, Kerajaan Negeri perlu campur tangan bagi melindungi kepentingan pembeli yang telah membuat komitmen kewangan dan menentu sekian lama. Dalam kes projek di Aman Residensi proses pemulihan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia melibatkan pelbagai usaha penyelarasan, penyelesaian isu tertunggak, kewangan serta keperluan teknikal yang perlu ditangani secara berperingkat. Sepanjang pelaksanaan timbul pula cabaran dan faktor luar jangkaan yang menyebabkan sasaran penyiapan projek terpaksa disemak semula dari masa ke semasa. Melalui penyelarasan berterusan oleh Kerajaan Negeri bersama Jabatan Perumahan Negara, LPHP serta agensi teknikal berkaitan projek ini akhirnya berjaya dipulihkan dan sama-sama kita harapkan segala isu yang ada dapat di selesaikan dengan baik sehingga boleh serah kunci kepada penduduk. Jadi setelah melalui tempoh yang panjang dan penuh cabaran serta pelbagai isu yang perlu diselesaikan, satu persatu suka ingin saya berkongsikan satu perkembangan penting yang terkini yang juga merupakan satu berita baik buat semua pembeli projek D Aman Residensi bahawa projek D Aman Residensi yang diisytiharkan sebagai projek terbengkalai ini akhirnya telah memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan iaitu CCC pada 16 April 2026. Jadi perakuan telah diberikan bagi Fasa 2A yang melibatkan satu blok apartment mampu milik 15 tingkat iaitu Blok G berjumlah 240 unit dan juga kepada Fasa 2B iaitu satu blok apartment mampu milik 15 tingkat Blok H yang berjumlah 240 unit.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Jabatan Perumahan Negara, LPHP, agensi teknikal, pihak pemaju serta seluruh pasukan yang telah bertungkus lumus tanpa mengira masa termasuk mereka yang banyak berkorban di belakang tabir. Ahli-ahli Yang Berhormat projek terbengkalai D Aman Residensi ini memang dekat di hati saya kerana ia merupakan antara projek pertama yang saya kendali sebaik sahaja saya ambil alih portfolio perumahan dan kumpulan pembeli D Aman Residensi juga merupakan antara kumpulan pembeli pertama yang saya berjumpa dan sebelum ini semasa saya memegang jawatan Exco Perumahan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun juga memesan supaya saya lihat isu ini untuk mencari membantu pembeli mencari penyelesaian yang baik.

Jadi apabila Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Sakit dan Pemulihan Projek Terbengkalai Negeri Perak ditubuhkan projek terbengkalai D Aman Residensi juga menjadi antara projek utama yang kita fokus untuk cari penyelesaian dan saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Adun Kota Tampan atas keprihatinan dan sokongan padu kepada usaha memulihkan projek terbengkalai ini dan terima kasih setinggi penghargaan saya nak ucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama berada dalam perjalanan yang agak panjang dan berliku ini.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Exco minta celahan sikit. Tadi Exco ada menyebut tentang projek terbengkalai, projek sakit dan sebagainya. Jadi saya nak tanya, adakah isu yang sama bangkitkan berkaitan dengan Perumahan Perakku Batu 10 tu di…dimasukkan dalam kategori projek terbengkalai atau projek sakit sebab banyak soalan daripada penduduk tentang projek yang tidak disiapkan itu. Sebabnya daripada 340 unit yang dijanjikan untuk dibangunkan, cuma 24 sahaja siap dan disebabkan oleh 24 unit itulah yang menjadi persoalan orang tu. Kata projek terbengkalai, ditinggalkan, kerajaan gagal dan sebagainya dan kita pernah sebut juga bahawa antara sebab dulu, sebab ditinggalkan ialah pemaju kurang dana dan juga pembeli tidak tidak berjaya mendapat pinjaman bank. Jadi apakah usaha-usaha kita untuk meneruskan projek tersebut? Lokasi sangat cantik. Kalau kata kita nak tukar nama daripada Perumahan Perakku kepada projek lain pun tak apa. Saya pasti ada orang yang akan membeli sebab demand rumah ini di kawasan Pasir Panjang, Lekir semua memang tinggi. Jadi, saya cadangkan boleh tak kita kenalpasti pemaju yang berkelayakan, yang berkemampuan untuk meneruskan projek ini mungkin ditukar nama pun tak apa. Asalkan projek itu diteruskan dan penduduk dapat membeli rumah di situ. Saya yakin ada yang ramai yang boleh membeli tapi kalau dulu kita letak sebagai golongan B40 saja boleh, memang tak bolehlah sebab tak dapat kelulusan daripada bank. Jadi, saya harap Exco beri pertimbangan kepada permintaan kami ini. Terima kasih Exco.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Panjang. Walaupun projek yang disebutkan tidak tersenarai dalam projek terbengkalai, tetapi itu juga antara projek yang Kerajaan Negeri memberi perhatian untuk kita cuba selesaikan masalah yang ada seperti yang disebut termasuk pemaju yang asalnya sepatutnya laksanakan projek tetapi tidak dapat meneruskan dan pada masa yang sama isu yang timbul juga tentang pemilik yang layak untuk membeli rumah Perakku tetapi gagal untuk dapat pembiayaan bank. Jadi itu antara 2 isu yang kita perlu lihat dan cari penyelesaian dan sudah pasti jika terdapat pemaju yang layak lagi pun berminat untuk menyertai dalam projek ini dan menyebabkan projek ini dapat diteruskan, itu memang sesuatu yang paling ideal dan itu juga apa yang sedang diusahakan di peringkat kerajaan negeri. Memang kita lihat dari segi keperluan perumahan di kawasan Yang Berhormat jika projek tersebut dapat dilaksanakan disempurnakan, memang dia akan menjadi satu jawapan kepada mereka yang menantikan rumah sendiri. Terima kasih.

YB Exco. Terima kasih kepada YB Exco. Saya juga mengambil ruang kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih banyak. Saya rasa mungkin mungkin ada pihak yang akan menyatakan mungkin kita nak claim dan sebagai tidak. Kerjasama semua pihak kerana YB Exco sebut tadi YB Exco menjadi Exco sesi ini dan dapat selesaikan isu ini. Saya juga rasa berbangga dan terima kasih YB Exco kerana berikan komitmen yang baik untuk selesaikan masalah ini. Semenjak saya jadi Adun sesi ini, sesi saya jadi Adun sesi ini daripada sidang Dewan Pertama sampailah sidang Dewan yang baru-baru ini. Isu

D Aman ini memang saya bawa daripada awal. Isu ini isu dah berlangsung kurang lebih 8 tahun. Rakyat kita merana dan terseksa. Sebahagian dalam SUK ini pun ada mereka yang membeli rumah D Aman dan semalam pun tengah malam pukul 12.00 tengah malam ada penjawat awam gitu call saya bagi tahu yang kalau boleh bangkit isu D Aman ini dan terima kasih banyak kepada YB Exco kerana di zaman kita YB Exco jadi Exco dan saya jadi Adun Manjoi di sini kita dapat selesai isu ini.

Isu ini isu tertunggak tertangguh begitu lama. Bertukar-tukar ahli parlimen, bertukar Adun akhirnya baru selesai dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi mewakili masyarakat di sini dan Insha Allah mudahan isu itu menjadi satu berita gembira kepada masyarakat kita. Cuma satu soalan yang saya nak bertanya di sini, saya juga check data tadi berdasarkan data National Property Information Centre ataupun Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Negeri Perak kita ini mencatatkan antara negeri dengan angka tertinggi unit rumah siap dibina tapi tidak terjual ataupun overhang. Saya nak bertanya di sini, walaupun data-data tersebut tidak melibatkan perumahan kos rendah dan harga mampu milik, apakah pendekatan Kerajaan Negeri dalam mengatasi perumahan siap dibina tapi tidak dijual di negeri kita? Yang ini banyak dan jika di kawasan daerah Kinta ni pun banyak dan Manjung jiran saya Pasir Panjang juga banyak dan bagaimanakah kita nak selesaikan isu tersebut? Terima kasih YB Exco.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi. Saya rasa saya habis dulu tentang di Aman Residensi sebelum saya jawab kepada property overhang. Baik, jadi....

YB Exco, Behrang. Saya ingin mendapat sedikit maklumat. Berapakah jumlah projek sakit ataupun rumah terbengkalai dalam Negeri Perak dan berapa yang telah berjaya diselesaikan? Contohnya, macam di mungkin tak masuk dalam senarai projek sakit ya sebab Perumahan Perakku Prihatin Perak di Behrang dan di Slim sejak saya jadi wakil rakyat zero percent dia punya pergerakan peratus pergerakan projek tersebut. Jadi harap sangatlah ya. Adakah projek ini termasuk atau tidak dan kita harapkan dapatlah segera diselesaikan ya. Diberi perhatian khusus sebabnya ini projek kerajaan dan zero percent pergerakan ya untuk terutamanya di Behrang lah. Yang di Slim saya tengok ada sikitlah pergerakan tapi di Behrang ni zero percent sejak saya jadi YB ni, zero percent pergerakan. Jadi harap perhatian daripada Kerajaan Negeri, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Behrang. Saya akan respon selepas ini. Baik, sememangnya saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi kerana bangkitkan isu di Aman Residensi ini. Ini memang antara isu yang banyak saya dapat daripada permintaan dan yang but ramai pihak yang bangkitkan isu sepanjang apabila saya mengambil alih pejabat portfolio Exco. Jadi, memang saya faham dia menjadi perhatian kepada ramai pihak dan khususnya di kalangan pembeli. Itu sebab kita memberi fokus dan memang syukur semua usaha itu akhirnya dapat membawa kepada hasil, membawa kepada penyelesaian pada hari ini dan saya memang ingin mengambil peluang ini untuk ucapkan setinggi penghargaan khususnya semua pegawai yang terlibat. Mereka adalah adalah wira-wira di belakang tabir yang bertungkus lumus sehingga isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Jadi sedikit info tentang status isu projek D Aman Residensi bahawa dengan perolehan CCC, projek kini. Saya habiskan dulu tentang D Aman Residensi boleh? Baik. Jadi dengan perolehan CCC, projek ini kini berada di fasa akhir sebelum pembeli dapat mengambil kunci dan seterusnya menduduki kediaman masing-masing. Penyerahan milikan kosong dengan izin Vacant Possession dijangka dapat dilaksanakan sekitar bulan Mei 2026. Bagi para pembeli, ini bukan sekadar satu pencapaian projek tetapi detik yang telah lama dinantikan. Setelah melalui tempoh yang penuh ketidakpastian dan penantian yang panjang, perolehan CCC ini menjadi sinar di hujung terowong. Satu tanda bahawa penantian mereka akhirnya terbalas dan impian untuk memiliki kediaman sendiri kini semakin hampir menjadi kenyataan dan sama-samalah kita doa agar prosedur yang berbaki ini berjalan dengan lancar sehingga hari penyerahan kunci.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih YB Exco dan tahniah di atas usaha untuk menyediakan perumahan kepada rakyat. Cuma nak rujuk sikit sini, kalau ikut data daripada Jabatan Perangkaan, kadar pemilikan rumah kerajaan di Malaysia ini hanya sekitar 78 peratus. Baki 22 peratus daripada isi rumah yang belum ada rumah. Kalau dalam konteks Negeri Perak ni, dia ada lebih kurang 154 ribu yang belum ada rumah. Jadi, cuma nak tanya dalam usaha kerajaan, apakah langkah-langkah untuk memberi, menyediakan perumahan kepada mereka ini? Sebagaimana yang dimaklumkan tadi kadang-kadang mereka ini tidak layak untuk dapat perumahan, pinjaman dan sebagainya. Tapi kita tak boleh tinggalkan mereka ini dalam keadaan itu berpanjangan. Kita mesti ada satu mekanisme untuk menolong mereka dan kami di peringkat bawah ini memang biasa berjumpa dengan yang pernah dibangkitkan berpuluh tahun menyewa rumah dan sebagainya kan dan apa tidak ada satu jalan keluar bagi mereka ini. Cuma nak tanya ada ke bawah Exco ini, apa perancangan untuk mengatasi masalah mereka ini? Ini Focus Group yang perlu kita beri tumpuan. Minta penjelasan Yang Berhormat Exco, terima kasih.

Terima kasih. Ok, baik. Saya akan respon kepada beberapa isu yang di bangkitkan oleh beberapa orang Yang Berhormat sebentar tadi. Untuk isu rumah tidak terjual. Memang apabila kita telitikan, isu-isu projek, angka laporan rumah projek tidak terjual di Negeri Perak kita dapati mana-mana projek yang melibatkan projek rumah mampu milik khususnya rumah kos rendah, kos sederhana memang tiada isu yang tidak terjual. Maksudnya keperluan dan juga pasaran kepada rakyat di negeri Perak memang banyak permintaan yang tinggi kepada rumah kos rendah, kos sederhana dan sebagainya. Itu sebab kita juga banyak kongsikan laporan seperti ini sebab apabila sesuatu projek pembangunan dilaksanakan menjadi tanggungjawab pemaju dan pemilik tanah dan sebagainya untuk buat feasibility study untuk pastikan kedudukan yang ada. Apakah pasaran yang akan menjadi buyer berpotensi bagi kawasan itu? Jadi perlu kita buat perancangan yang berpadanan dengan pasaran yang ada supaya boleh dapat sambutan. Kalau tidak mungkin rumah yang di lancarkan pada harga yang lebih daripada kemampuan akhirnya kurang dapat sambutan dan menjadi rumah yang tidak terjual. Itu sesuatu yang kita tidak diingini dan di peringkat Kerajaan Negeri juga dia bersentuh dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol.

Melalui dasar perumahan yang ada, memang kita wajibkan mana-mana projek pembangunan lebih daripada 20 ekar untuk kita wajibkan komponen rumah mampu milik, kos rendah, kos sederhana dan sebagainya sebab kita nampak itu memang komponen dan juga harapan rakyat untuk memiliki rumah untuk ada juga projek yang menawarkan harga kos rendah dan kos sederhana dan pada masa yang sama, banyak juga usaha dan agensi. Contohnya di peringkat persekutuan, ada SPNB yang menawarkan skim Projek Rumah Mesra Rakyat yang di mana mereka juga bantu mereka yang mempunyai tanah supaya dapat subsidi daripada kerajaan dan boleh ada skim yang boleh bantu mereka bina rumah kemudian bayar bulanan. Jadi itu boleh bantu mereka untuk elak daripada isu gagal untuk dapat pembiayaan bank dan sebagainya dan di peringkat negeri juga kita lancarkan program literasi kewangan dengan harapan apabila kita memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya golongan belia, golongan muda tentang pentingnya bagaimana kita jaga rekod kewangan. Bagaimana kita faham tentang bagaimana pihak bank buat pertimbangan apabila luluskan pembiayaan bank. Jadi boleh bantu mereka untuk buat persiapan. Bagaimana perlu kita uruskan kewangan.

Bagaimana kita buat persiapan untuk pastikan rekod kewangan cantik supaya nanti senang untuk dapat pinjaman daripada bank. Jadi itu antara beberapa usaha yang sedang berjalan dan dari masa ke semasa juga GLC-GLC tertentu juga terlibat dalam melancarkan projek pembangunan untuk membantu mewujudkan lebih banyak skim perumahan yang ada, yang boleh menjadi pilihan kepada rakyat yang ingin memiliki rumah dan untuk menjawab isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Behrang, memang selalunya masalah yang dihadapi kadang kala projek terbengkalai, projek sakit. Walaupun kita sudah banyak habiskan masa bermesyuarat berjumpa turun padang tapi kesudahannya tak semesti ia sepadan dengan usaha yang kita adakan. Kadang kala dia bergantung kepada isu dalaman antara pemilik tanah dengan pemaju. Status kewangan, pemaju dan sebagainya yang menjadi halangan daripada kita nak selesai masalah. Walau bagaimanapun, itu memang menjadi satu kebiasaan apabila kita mengendali isu-isu projek sakit dan projek terbengkalai tetapi dengan komitmen untuk nak selesai masalah, nak membela nasib rakyat tetap kita akan cuba dan memang kita sangat-sangat harapkan kerjasama daripada semua pihak termasuk di pihak kerajaan, dari wakil rakyat dan juga pemaju supaya sama-sama kita boleh dapat cari jalan penyelesaian yang ada.

YB Exco, sikit lagi saya nak bangkit berkenaan dengan D'Aman. Saya rasa bagi saya ini agak penting. Persoalan yang mungkin YB Exco tidak jelaskan tadi berkenaan dengan sewaktu mereka beli rumah sebelum ini isu yang 7-8 tahun lepas, kan kita beli rumah kita ada perjanjian ataupun LAD dengan pemaju. Masalah sekarang ialah yang saya bimbang kita dapat selesai isu ini tapi berbangkit isu LAD ini perjanjian pampasan dan pampasan ini adakah dapat kita tuntut sebab rakyat yg beli rumah 7-8 tahun ini diaorang dah merasai keperitan, kepayahan kewangan terpaksa bayar rumah kedua mereka. Sewa rumah lain kemudian tekanan emosi. Semua masalah dikumpul di situ. Itu satu. Kedua, masalah rumah dah 7-8 tahun tidak diduduki. Pastinya saya yakin pastinya ada kerosakan rumah yang ada yang dah masuk sekarang ini pun saya pergi buat ziarah lawatan pun ada masalah di rumah D'Aman ini apatah lagi rumah yang akan mereka masuk ini.

Saya nak tanya di sini apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk memastikan pemaju atau pihak berwajib ini tidak lagi tidak cuci tangan. Kita pun tak nak kerajaan dah settle kan pemaju yang dah untung ini cuci tangan. Akhirnya, katalah saya beli rumah tersebut. Saya masuk rumah tersebut saya kena keluarkan modal puluh ribu pula saya nak kena repair rumah sedangkan dah 7-8 tahun saya dah gunakan duit saya, duit gaji saya yang sederhana ini untuk saya sewa rumah lain. Kemudian saya nak kena bayar pula masalah ini. Apa jaminan pihak kita supaya jika rakyat bertanya dan rakyat tuntut dan dah tanya pun pada saya bagaimana dengan pampasan kami? Adakah perkara ini diambil kira oleh Kerajaan Negeri dan macam mana nak pastikan supaya pemaju ini tidak cuci tangan? Tak lari lepas mana dia buat masalah dan akhirnya kerajaan dan juga rakyat yang kena tanggung. Terima kasih kepada YB Exco.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang mengingatkan Yang Berhormat tinggal 9 minit sahaja.

Terima kasih. Bagi semua perumahan walaupun dia pernah menjadi satu projek terbengkalai, memang menjadi tanggungjawab pemaju untuk pastikan rumah yang diserahkan dalam keadaan yang baik dan juga ada tempoh untuk jika terdapat apa-apa yang tidak memenuhi spesifikasi dan sebagainya boleh rujuk untuk tindakan pemaju untuk pastikan rumah itu dalam keadaan yang baik. Itu memang tidak kira projek terbengkalai atau pun projek biasa memang menjadi satu peraturan dan kewajipan dan tanggungjawab bagi pemaju. Baik, untuk projek terbengkalai ini fokus dan tanggungjawab kerajaan kita utamakan kita nak hidup balik, memulih balik projek ini sehingga dia daripada asalnya terbengkalai, boleh siap, boleh selesai dan boleh serah kunci kepada penduduk dan saya faham timbul isu LAD yang sebelum ini mungkin mereka letak tepi untuk pastikan projek selesai dahulu dan apabila isu LAD ini sudah pasti ada agreement yang telah ditandatangani. Ada undang-undang berkenaan yang berkuat kuasa. Jadi itu nanti dia akan apa itu ikut undang-undang yang ada, peraturan yang ada, terma-terma perjanjian yang ada di mana pihak yang berkenaan perlu ambil tanggungjawab untuk laksanakan tanggungjawab seperti yang dalam perjanjian. Baik, terima kasih. Masa tidak izin.

Timbalan Yang di-Pertua seterusnya, saya ingin beralih kepada portfolio kerajaan tempatan di mana Pihak Berkuasa Tempatan merupakan institusi kerajaan yang paling hampir dengan kehidupan harian rakyat. Maka peranannya tidak hanya tertumpu kepada penyelenggaraan fizikal tetapi juga mencerminkan tahap kesejahteraan dan keteraturan komuniti. Kerajaan Negeri komited memacu agenda bandar pintar sebagai pendekatan utama dalam memperkukuh tadbir urus bandar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Pendekatan ini bukan sahaja sekadar usaha digitalisasi tetapi memberi penekanan kepada penyelesaian yang lebih cekap, responsif dan berpaksikan rakyat. Inisiatif ini dipandu oleh dua dokumen yang utama iaitu Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040 dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030. Setakat ini, tujuh PBT di Negeri Perak telah berjaya mencapai pengiktirafan Smart City Early Adopter di bawah program Penarafan Bandar Pintar Malaysia. Pencapaian ini menunjukkan kesiapsiagaan PBT dalam memenuhi indikator asas bandar pintar termasuk dari segi tadbir urus, penggunaan data serta pembangunan pusat operasi bersepadu.

Melangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri menyasarkan agar kesemua lima belas PBT di Perak mencapai status Smart City Early Adopter secara berperingkat menjelang tahun 2030. Bagi menyokong matlamat ini, peruntukan sebanyak RM800,000 telah disediakan dalam Belanjawan 2026 bagi membantu empat PBT yang masih belum mencapai status tersebut khususnya dalam penyediaan Pelan Tindakan Bandar Pintar. Di peringkat pelaksanaan penyelarasan diperkukuh melalui Jawatankuasa Bandar Pintar Negeri Perak serta penglibatan aktif PBT melalui unit

Bandar Pintar masing-masing bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan selaras dan memberi impak sebenar. Seterusnya, saya akan cuba menjawab isu-isu yang telah dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini. Merujuk kepada isu gangguan kutipan sisa pepejal di daerah Kuala Kangsar yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Chandan dan Yang Berhormat Manong, Kerajaan Negeri memandang serius gangguan kutipan sisa pepejal yang berlaku di beberapa kawasan di Kuala Kangsar sejak awal bulan April dan saya ingin memohon maaf kepada penduduk yang terjejas atas kesulitan yang dialami. Gangguan ini melibatkan 5 zon yang berada di bawah tanggungjawab kontraktor Mainiza Mantap Sdn. Bhd.

Siasatan mendapati gangguan berpunca daripada kegagalan pihak kontraktor menjelaskan bayaran sewaan lori kompaktor yang seterusnya menyebabkan kenderaan ditarik oleh pembekal semasa operasi dijalankan. Keadaan ini telah menjejaskan jadual kutipan dan mengakibatkan longgokan sampah di kawasan terlibat. Sejurus isu ini dikenalpasti, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) telah mengambil tindakan segera dengan menggerakkan aset dan tenaga kerja dalaman bagi memastikan perkhidmatan asas kepada penduduk dapat diteruskan. Dalam masa yang sama, MPKK juga telah mengeluarkan notis ketidakpatuhan kepada kontraktor yang terlibat. Sekiranya kegagalan ini tidak diperbaiki dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan penamatan kontrak akan diambil tanpa kompromi. Bagi mempercepatkan kerja pemulihan, MPKK juga telah melantik kontraktor tambahan secara kecemasan bagi menjalankan kerja-kerja kutipan dan pembersihan termasuk sisa tertunggak di kawasan yang terjejas. Operasi pembersihan dilaksanakan secara intensif termasuk pada waktu malam. Setakat ini, kerja-kerja pemulihan sedang berjalan bagi mempercepatkan proses pembersihan dan mengurangkan kesan kepada penduduk dan dijangka akan selesai pada 22 April 2026. Saya ingin menegaskan bahawa kegagalan seperti ini tidak boleh diterima lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perkhidmatan asas yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat.

Yang Berhormat Exco? Minta mencelah.

Maaf, saya masa suntuk.

Seminit.

Saya habis isu-isu yang Ahli Berhormat bangkitkan semasa perbahasan, ada masa saya izinkan.

Boleh, ya?

MPKK kekal komited untuk menyelesaikan isu ini dengan segera serta memulihkan perkhidmatan kutipan sisa pepejal agar kembali stabil, teratur dan konsisten demi kesejahteraan rakyat. Kerajaan Negeri bersama MPKK akan terus memantau rapat perkembangan di lapangan bagi memastikan keadaan kembali pulih sepenuhnya dan tidak berulang. Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang isu pemindahan gajah dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Tennoji Zoo, Osaka, Jepun. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang

Berhormat Pokok Assam, isu ini telah mendapat perhatian luas dan pandangan-pandangan dan pandangan-pandangan berkenaan telah kita ambil maklum dan telitikan. Saya percaya ia berpunca daripada rasa prihatin dan kasih sayang terhadap haiwan, khususnya gajah yang dekat di hati rakyat. Untuk diperjelaskan pemindahan 3 ekor anjing, 3 ekor gajah, maaf, 3 ekor gajah ini bukan urus niaga komersial dan bukan penjualan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada kerjasama rasmi antara Zoo Taiping dan Night Safari dengan Tennoji Zoo, Osaka di bawah konsep 'Sister Zoo' yang memfokus kepada pemulihan, perkongsian kepakaran dan peningkatan standard penjagaan haiwan. Kerjasama seperti ini adalah amalan biasa di peringkat antarabangsa. Dalam konteks konservasi, penempatan dan pertukaran haiwan dibuat berdasarkan kesesuaian fasiliti, kepakaran serta keperluan jangka panjang spesies tersebut. Yang penting adalah kebajikan haiwan itu sendiri dipastikan melalui sistem yang jelas dan dipatuhi.

Dalam kes ini, mohon maaf saya banyak lagi yang belum selesai. Dalam kes ini, keseluruhan proses telah dilaksanakan secara terancang sejak tahun 2021 dan melalui pelbagai peringkat kelulusan. Ini termasuk kelulusan daripada Perhilitan, permit eksport serta pengesahan di bawah saintis iaitu dengan izin, Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora oleh pihak Malaysia dan juga Jepun. Selain itu, pelaksanaan ini juga selaras dengan National Elephant Conservation Action Plan (NECAP) serta tertakluk kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 atau Akta 716. Sebelum pemindahan dilaksanakan, penilaian teknikal telah dibuat termasuk lawatan ke fasiliti di Osaka dan penambahbaikan telah dilaksanakan bagi memastikan ia memenuhi standard yang ditetapkan. Kakitangan Tennoji Zoo juga telah menjalankan latihan di Zoo Taiping dengan penglibatan pihak Perhilitan bagi memastikan pengurusan dan penjagaan gajah dilaksanakan mengikut amalan yang betul. Di bawah perjanjian ini, tanggungjawab kebajikan gajah adalah jelas dan terikat termasuk penyediaan habitat yang sesuai, pemakanan dan penjagaan kesihatan veterinar secara berkala serta pelaksanaan sistem keselamatan dan pelan kecemasan. Pihak zoo di Osaka juga perlu menyediakan laporan berkala dan pelaksanaan ini dipantau melalui mekanisme bersama.

Untuk makluman, ketiga-tiga gajah ini kekal sebagai milik Zoo Taiping dan Night Safari dan tidak melibatkan sebarang pemindahan hak milik atau urus niaga jual beli. Berhubung isu-isu yang dibangkitkan termasuk perkara-perkara teknikal berkaitan pengurusan gajah, semuanya dilaksanakan berdasarkan penilaian veterinar, keperluan fisiologi haiwan serta garis panduan pemuliharaan yang ditetapkan. Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini dan akan terus memastikan bahawa setiap kerjasama yang dilaksanakan adalah berlandaskan adalah berlandaskan tanggungjawab pematuhan kepada undang-undang serta keutamaan.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, banyak lagi?

Saya cuba untuk pendek kan.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya bagi 5 minit.

Baik. Terima kasih.

Boleh mencelah sikit? Ada cadangan. Saya rasa sekejap je.

Sudah tidak sempat. Mohon maaf.

30 saat, boleh? 30 saat, boleh? 30 saat.

Nanti saya cuba habiskan dulu. Keprihatinan masyarakat terhadap isu ini amat dihargai. Pada masa yang sama adalah penting untuk kita melihat perkara ini secara menyeluruh agar setiap keputusan yang diambil dapat difaham dalam konteks yang sebenar. Timbalan Yang di-Pertua, bagi menjawab isu Yang Berhormat Behrang berkenaan projek perumahan sakit di Taman Malim Putra, Tanjong Malim. Projek ini telah diisytiharkan sebagai projek sakit oleh Jabatan Perumahan Rumah antaranya disebabkan isu teknikal yang memerlukan penelitian lanjut oleh agensi teknikal sebelum kelulusan dapat diberikan. Pada masa ini, projek berada di bawah pemantauan Majlis Daerah Tanjong Malim dan turut dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kerja Projek Sakit dan Terbengkalai Negeri bagi memastikan penyelarasan tindakan dapat dibuat secara berperingkat. Dari segi penguatkuasaan, tindakan terhadap pemaju adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perumahan Negara selaras dengan Akta Pemajuan Perumahan 1966. Dari sudut pelaksanaan di peringkat tempatan, Majlis Daerah Tanjong Malim telah mengadakan beberapa sesi perbincangan bersama pihak pemaju dan agensi teknikal. Hasilnya pemaju dikehendaki mengemukakan dokumen lengkap bagi Kebenaran Merancang dan pelan bangunan fasa 1. Namun, setakat ini dokumen tersebut masih belum dikemukakan sepenuhnya. Sehubungan itu, notis pematuhan telah dikeluarkan dan pemaju diberi tempoh 14 hari untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan. Sekiranya gagal dipatuhi, tindakan lanjut termasuk siasatan dan pendakwaan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.

Yang Berhormat Hutan Melintang telah membangkitkan isu pembangunan stesen pengecasan kenderaan elektrik di Hutan Melintang. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan EV Charging Valley di kawasan PBT dilaksanakan melalui kerjasama antara PBT dan pihak swasta berdasarkan keperluan setempat serta kesesuaian lokasi. Setakat ini sebanyak 8 tapak telah dibangunkan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan perluasan kemudahan ini melalui kerjasama strategik bagi menyokong penyediaan infrastruktur yang berkaitan dengan penggunaan kenderaan elektrik di peringkat tempatan.

Yang Berhormat Chenderoh telah membangkitkan isu kutipan sampah di Kota Lama Kiri dan Jamon serta pembinaan dewan serbaguna dan padang awam. Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan kutipan sampah adalah di bawah bidang kuasa pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang dilaksanakan melalui lantikan kontrak kontraktor. Walaubagaimanapun, perkhidmatan kutipan sampah ini hanya disediakan bagi kawasan-kawasan yang berada di bawah kawasan operasi PBT yang dikenakan cukai taksiran sahaja. Melalui semakan, Kota Lama Kiri berada di luar kawasan operasi PBT dan setakat ini tidak menerima sebarang perkhidmatan kutipan sampah berjadual. Pada masa, dalam pada itu juga, pihak MPKK tidak menerima sebarang aduan berhubung isu Isu kutipan sampah di jamuan dan pihak operator yang dilantik di kawasan berkenaan setakat ini melaksanakan kutipan sampah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan semakan semasa, kawasan Dun Chenderoh mempunyai beberapa kemudahan dewan serbaguna dan padang awam yang sedia ada dan masih mampu menampung keperluan masyarakat setempat mengikut populasi dan corak penggunaan semasa. Antara kemudahan dewan sedia ada termasuk Dewan Pasoh, Dewan Serbaguna Sauk, Dewan Kati, Dewan RPA Lima Kati, Dewan Kampung Baru Liman dan lain-lain kemudahan yang turut menyokong aktiviti komuniti setempat. Manakala bagi kemudahan padang permainan, ia telah disediakan di kebanyakan skim perumahan sedia ada serta di kawasan pembangunan baharu. Walau bagaimanapun, pihak kami mengambil maklum cadangan pembinaan baharu dewan serbaguna dan padang awam tersebut.

Sehubungan itu, setiap cadangan pembangunan baru perlu diteliti secara menyeluruh dari aspek keperluan sebenar, lokasi strategik, kadar penggunaan serta keupayaan penyelenggaraan bagi memastikan kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang awam dan tidak terbiar atau kurang diselenggara oleh mana-mana pihak. Dalam hal ini, pihak MPKK bersama pejabat tanah akan turut melihat dan meneliti lokasi yang bersesuaian sekiranya cadangan tersebut memenuhi kriteria keperluan penyediaan dewan dan kawasan lapang di kawasan berkaitan. Timbalan Yang di-Pertua setakat ini sahaja, penjelasan yang sempat saya kemukakan berhubung isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan. Bagi isu-isu lain yang tidak sempat saya sentuh, jawapan lanjut akan dikemukakan secara bertulis.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Yang Berhormat, sebelum landing boleh celah sikit?

Timbalan Yang di-Pertua

Tak bagi. Bagi? Yang Berhormat sudah siap belum?

Saya merakamkan penghargaan kepada semua ahli Yang Berhormat atas pandangan, cadangan dan isu yang dibangkitkan. Perkara-perkara tersebut akan terus diteliti dan diambil tindakan sewajarnya. Komitmen kita kekal untuk memastikan setiap isu yang dibangkitkan ditangani dengan tuntas.

Tinggi merbau di tengah rimba, Tempat berteduh sang unggas desa, Marilah kita sepakat bersama, Perak makmur...

Yang Berhormat

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Saya minta satu minit sahaja.

Ya...

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Sebab bencana ribut semalam

Sikit saja.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Sedikit sahaja. Bagi saya satu minit.

Timbalan Yang di-Pertua

Sudah tamat sebab masa tinggal...

Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua

...seminit sahaja. Sila masuk perenggan terakhir.

Yang Berhormat, yang ini adalah isu, Timbalan Yang di-Pertua. Ini adalah isu yang memang keprihatinan rakyat. Jadi kami ingin mendapatkan sedikit pencerahan

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

ya sebab Kerajaan Tempatan.

Daripada Yang Berhormat Exco.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Mohon tambah dua minit kepada YB Exco.

Timbalan Yang di-Pertua

Hanya 1 minit sahaja.

1 minit, saya sudah

Bagi la 2 minit, bagi 2 minit.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila ringkaskan.

Timbalan Yang di-Pertua...

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Tronoh

Ok, Tronoh dulu.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Ok sebab semalam sudah berlaku bencana ribut. Ini kali kedua dalam sebulanlah dalam tempoh sebulan. So, kita nampaklah berpuluh-puluh pokok sudah tumbang dan setakat ini sudah 5 buah kereta terhempap. Sebab pokok. So, saya minta tolong atau minta pandangan YB Exco, apa pandangan supaya Bahagian Landskap MBI boleh semak semula semua pokok, aduan pokok di kawasan MBI supaya kerugian awam ini boleh dikurangkan? Terima kasih.

Yang Berhormat Exco saya akan ajukan soalan juga berkenaan dengan haiwan yang berkeliaran di kawasan perumahan khususnya seperti lembu dan kerbau yang sangat serius di kawasan Dun Tronoh ini. Jadi, saya ingin meminta jasa baik daripada Yang Berhormat Exco untuk memanjangkan isu ini kepada PBT yang berkenaan supaya tindakan penguatkuasaan itu dapat diadakan secara lebih kerap kerana setakat ini dalam pemerhatian saya, saya melihat sebenarnya tindakan penguatkuasaan itu bermula diambil oleh Majlis Daerah Batu Gajah tetapi nampaknya dia punya kalian, ok untuk memperhebatkan tindakan penguatkuasa itu. Saya ingin mendapatkan sedikit pencerahan daripada Yang Berhormat Exco sama ada MDBG akan mengambil tindakan penguatkuasaan ini secara lebih kerap. Terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Last selit boleh? 30 saat.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila ringkaskan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok, terima kasih. Tentang perbahasan saya minggu lepas ada berbangkit tentang Ipoh Parade. Tentang dia punya escalator. Pihak Ipoh Parade telah membalas, kata mereka perlukan 30 minggu, 30 minggu untuk selesaikan masalah ini. Jadi setahu saya 30 minggu ini, maksudnya 7 bulan setengah. Jadi adakah untuk selenggarakan escalator tersebut perlukan 30 minggu? Kalau bagi kat orang selang masa di tempat lain, bangunan itu sudah boleh siap bina. Tapi Ipoh Parade perlu 30 minggu untuk siap. Saya tahu ini walaupun bukan bangunan kerajaan tetapi harap kerajaan tempatan bagi tekanan lagi agar singkatkan masa agar Manjoi pun boleh pergi Ipoh Parade berjalan-jalan. Terima kasih.

Yang Berhormat Exco, saya bangun dari tadi lagi YB Exco..30 saat je saya, bolehya?. Saya boleh. Titi Serong, Titi Serong, boleh? 30 saat, baik Yang Berhormat Exco, berkaitan dengan isu Majlis Perbandaran Kuala Kangsar baru-baru ini yang isu sampah yang kita sedia maklum banyak pihak yang terlibat membantu. Dan saya nak maklumkan Dewan yang mulia ini pihak yang terlibat untuk membantu untuk mengurangkan sisa pepejal sampah itu adalah daripada Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak dan sayalah wakil memberitahu kepada Yang Berhormat Exco kalau perlu kepada kepada bantuan, pihak kami, Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak sudi membantu dalam apa jua perkara melibatkan bencana dan juga kerja kerja kebajikan termasuk yang berkaitan. Terima kasih.

Baik, terima kasih. Isu yang di bangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai, baik saya ambil maklum tentang kejadian pokok tumbang dan kemalangan yang makin kerap berlaku di mana kita lihat apabila fenomena perubahan iklim ini menjadi sesuatu yang menjadi norma baru memang lebih banyak risiko tentang isu yang berkenaan khususnya melibatkan pokok berisiko tinggi dan sebagainya. Jadi memang pihak berkuasa akan mengambil tindakan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa dari segi perancangan kerja, dari segi keutamaan dan dari segi tindakan untuk diambil terhadap aduan yang telah dibangkitkan. Jadi, saya setuju, kita perlu lihat balik dengan perkembangan terkini ini supaya dalam isu kita mengelakkan , kemalangan yang berkaitan dengan pokok tumbang berlaku, dari segi penyelenggaraan dan tindakan itu boleh diperkasakan ditambah baik dari masa ke semasa supaya semua aduan diberi fokus dan diberi tindakan yang cepat untuk kita elakkan kemalangan daripada berlaku.

Keduanya daripada Yang Berhormat Tronoh, memang dari masa ke semasa pihak PBT berdasarkan aduan yang diterima menjalankan operasi penguatkuasaan. Cuma memang setiap PBT juga ada kekangan dari segi tenaga pekerja dan juga peruntukan yang ada. Namun, bagaimana setiap aduan yang diterima memang mereka akan cuba sebaiknya untuk ambil tindakan dan secara khususnya untuk kawasan Tronoh juga saya telitikan Majlis Daerah Batu Gajah dari masa ke semasa selepas aduan diambil, diterima, tindakan diambil juga mereka akan kongsikan war-warkan supaya sebagai satu tindakan peringatan, amaran dan juga pendidikan kepada semua pihak yang terlibat supaya mereka faham tindakan penguatkuasaan kalau ada kacau ganggu haiwan berkeliaran di kawasan operasi PBT memang PBT akan ambil tindakan dan untuk jangka masa panjang di mana kalau melibatkan haiwan berkeliaran yang jenis ternakan memang di peringkat negeri.

Susulan daripada laporan Jawatankuasa Pilihan Dewan di mana ada cadangan untuk kita lihat secara lebih menyeluruh sebab dalam kita menyokong aktiviti yang berkaitan dengan food security dengan izin memang penting untuk kita lihat dari segi keperluan, contohnya padang ragut dan sebagainya. Pendaftaran haiwan ternakan supaya kita boleh menangani isu daripada punca. Kita elak daripada berlaku daripada sekarang memang kita fokus kepada fire-fighting dengan izin dan penguatkuasaan. Jadi kalau dapat kita meneliti isu ini secara menyeluruh, saya percaya ada strategi baru yang kita boleh laksanakan yang lebih membantu daripada tindakan penguatkuasaan semata mata pada masa sekarang dan saya ambil maklum terhadap isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bercham dan juga Titi Serong. Kita alu-alukan kerjasama daripada semua pihak. Kalau ada isu khususnya tentang kutipan sisa pepejal di kawasan kuala, kalau ada mana yang perlukan perhatian dan mana yang boleh memberi kerjasama juga kita alu-alukan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua banyak kelonggaran diberi untuk supaya bagi saya masa yang cukup untuk memberi respon kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Cuma tadi saya tak sempat habiskan pantun mohon izin satu minit lagi.

Tinggi Merbau di tengah rimba, Tempat berteduh sang unggas desa, Marilah kita sepakat bersama, Perak makmur rakyat sejahtera.

Teja merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Teja. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Aulong untuk menggulung perbahasan 45 minit sila.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bersama rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, yang turut bersama dalam Dewan atau mengikuti secara atas talian. Patik menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan mencemar duli merasmikan Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada 14 April 2026 yang lalu. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan semasa menyampaikan titah di Dewan yang mulia ini telah menyentuh bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program dan projek bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati manfaat pembangunan serta ekonomi selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam menikmati kemakmuran dan kekayaan hasil negeri dikongsi secara adil dan saksama.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan semasa menyampaikan titah baginda di Dewan yang mulia ini telah menyentuh pelbagai isu alam sekitar dan menekankan betapa pentingnya usaha sama semua pihak membantu Kerajaan Negeri untuk memastikan kelestarian alam Negeri Perak. Patik yang diamanah untuk mengurus Jawatankuasa Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau menjunjung kasih keprihatinan Tuanku dan menyokong sepenuhnya titah yang disampaikan oleh Tuanku. Sebelum saya meneruskan penggulungan pada hari ini, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tanggungjawab saya.

Saya akan menjawab isu yang dibangkitkan mengenai penggunaan beg plastik di Negeri Perak dan usaha yang diambil dalam mengurangkan sisa plastik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bercham bersekali dengan pertanyaan-pertanyaan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai, Yang Berhormat Kuala Sepetang dan Yang Berhormat Pokok Assam. Pengurusan sisa pepejal termasuk dasar pembungkusan dan penggunaan plastik secara asasnya adalah dibawah pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan. Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi sentiasa komited dan mengambil langkah drastik bagi menyokong inisiatif kelestarian alam sekitar. Susulan daripada ketidakberkesanan, konsep pengguna berbayar iaitu User Pay Principal sebelum ini, pihak MMK pada 17 Disember 2025, telah membuat ketetapan baru untuk memperkasakan kempen tiada beg plastik di negeri ini.

Bagi menjawab persoalan Bercham nombor satu, memperkasa program pengurangan beg jinjit sekali guna dan yang kedua mengharamkan penggunaan beg, pengurangan penggunaan plastik polisterine. Kerajaan Negeri telah meluluskan cadangan larangan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna di seluruh Negeri Perak yang berkuat kuasa mulai 01 Mac 2026. Penguatkuasaan ini terpakai pada setiap hari di premis-premis tetap di bawah seliaan PBT serta di kawasan-kawasan sensitif alam sekitar seperti hutan simpan, taman negeri dan geopark. Bagi memastikan persediaan yang rapi daripada semua pihak, tempoh peralihan selama enam bulan diperuntukkan sebelum penguatkuasaan penuh larangan tersebut dilaksanakan. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju supaya larangan ini turut diperluaskan kepada penggunaan dan pembelian bekas makanan serta minuman plastik sekali guna termasuk polisterine secara berfasa dalam jangka masa panjang di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, pengecualian sementara masih diberikan kepada pasar basah, penjaja kecil, pasar malam dan pengusaha makanan sehingga satu kaedah atau alternatif yang sesuai dan tidak membebankan dikenalpasti. Berkenaan cadangan tiga pemberian insentif oleh pihak penjual, pemberian insentif oleh pihak penjual dan yang kelima pengurangan kadar cukai kepada premis. Pelaksanaan dasar larangan ini akan dikuatkuasa mulai ketetapan syarat lesen perniagaan oleh PBT selaras dengan Akta Kerajaan Tempatan 976. Pelaksanaan dasar ini dirangka agar tidak memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri, sebaliknya ia bertujuan membantu mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal yang ditanggung oleh pihak PBT di samping memupuk kesedaran kesedaran alam sekitar dan premis perniagaan yang terlibat juga akan menikmati penjimatan kos. Beg plastik jinjit sekali guna yang tidak diberi.

Oleh yang demikian, tiada pengurangan cukai seperti cukai taksiran atau fi lesen diperuntukkan kepada premis buat masa ini. Walau bagaimanapun, sebagai alternatif, pengusaha amat digalakkan untuk mengambil inisiatif menjual atau membekalkan beg guna semula, review semua beg pada harga yang berpatutan kepada pengguna bagi melancarkan urusan jual beli harian. Bagi menjawab cadangan nombor empat mengenai mengenal pasti kaedah penggantian pembungkusan parcel pembelian dalam talian. Kerajaan Negeri menyedari peningkatan penggunaan plastik dalam sektor logistik dan e-dagang. Walaupun ia melangkaui skop kawal selia PBT secara langsung, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak giat melaksanakan advokasi dari peringkat akar umbi untuk mengurangkan kebergantungan kepada plastik sekali guna. Kempen ini telah diserapkan ke dalam program anjuran JAS di peringkat sekolah bagi mempromosi mempromosikan penyertaan dalam pertandingan Sekolah Lestari bagi tahun 2026 di peringkat komuniti. Kempen Hindari Plastik Sekali Guna turut diperluaskan penglibatannya di institusi masjid terpilih di negeri Perak melalui program Anugerah Masjid Lestari Hub Kelestarian Alam Sekitar dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak, JAIPk dan MAIPk. Kesedaran berterusan ini diharap dapat mendorong pemegang taruh dan masyarakat untuk beralih kepada pembungkusan mesra alam pada masa hadapan.

Berhubung cadangan Yang Berhormat Simpang Pulai mengenai larangan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna. Kerajaan Negeri telah mengambil ketetapan baru yang lebih tegas bagi menggantikan konsep caj pencemaran sedia ada. Penguatkuasaan ini terpakai setiap hari di premis tetap di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan termasuk pasar raya besar, kedai serbaneka, restoran, makanan segera dan farmasi. Selain itu, larangan ini turut diwajibkan di kawasan sensitif alam sekitar seperti hutan simpan, taman negeri dan geopark. Dasar yang diluluskan ini adalah jelas komprehensif serta seragam di seluruh Negeri Perak bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Dari segi pelaksanaan, Kerajaan Negeri tidak hanya menumpukan kepada aspek penguatkuasaan semata-mata malah turut memberi penekanan kepada strategi komunikasi yang berkesan. Pelbagai inisiatif seperti kempen kesedaran, program pendidikan serta sesi libat urus awam dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pemahaman dan penerimaan rakyat terhadap dasar ini. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, tempoh peralihan selama enam bulan diperuntukkan sebelum penguatkuasaan penuh dilaksanakan. Sepanjang tempoh ini, PBT yang terlibat akan menjalankan kempen program serta sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Pendekatan ini mencerminkan pelaksanaan secara berperingkat dengan garis masa yang jelas.

Selain itu, cadangan untuk melaksanakan pendekatan Extended Producer Responsibility iaitu EPR adalah disambut baik oleh Kerajaan Negeri dan akan diteliti serta dikaji secara menyeluruh bagi memastikan kesesuaian pelaksanaannya dalam konteks penggunaan plastik di negeri ini. Untuk makluman Dewan yang mulia, saya tertarik dengan perkongsian daripada Yang Berhormat Pokok Assam dalam perbahasannya mengenai Majlis Perbandaran Taiping telah menunjukkan teladan yang jelas dalam memacu agenda kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan inisiatif di Arked Siang Malam, Taiping. Melalui arahan rasmi bertarikh 10 November 2025, MPT telah melaksanakan larangan penggunaan bekas makanan dan minuman sekali guna seperti plastik dan polisterin melibatkan ke semua 29 penyewa, disokong dengan pemantauan berterusan serta penguatkuasaan yang tegas. Pendekatan ini membuktikan keupayaan PBT dalam menterjemahkan dasar kepada tindakan konkrit di peringkat lapangan. Pelaksanaan ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila pengurangan ketara sisa plastik harian dapat dicapai di samping peningkatan tahap kebersihan dan kesihatan kawasan serta kesedaran dalam kalangan peniaga dan peranan terhadap amalan mesra alam. Kejayaan ini dipacu melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi sesi libat urus bersama penyewa, gerakan penggunaan alternatif seperti bekas biodegradasi dan guna semula serta pelaksanaan kempen kesedaran awam seperti inisiatif bawa bekas sendiri. Walaupun berdepan cabaran seperti kos alternatif yang lebih tinggi dan tahap penerimaan yang berbeza, MPT telah memperkukuhkan pelaksanaan melalui penambahbaik berterusan. Inisiatif ini membuktikan bahawa perubahan tingkah laku masyarakat dapat dicapai melalui dasar yang jelas, penguatkuasaan yang konsisten dan pendekatan yang inklusif. Sila Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok terima kasih Exco peluang yang diberi dan terima kasih atas respon cadangan saya pada perbahasan saya tentang penggunaan plastik sekali guna dan juga kepada penggunaan plastik di perkhidmatan logistik dan cadangan saya. Tadi saya teliti dengar percakapan YB Exco tadi kata tempoh percubaan untuk larangan guna plastik sekali untuk setengah tahun tapi berkecuali untuk penjaja ataupun gerai-gerai. Tapi cadangan saya harap kalau boleh bukan galakan atau kempen sahaja digunakan ke atas mereka. Katakan kita ada penjaja-penjaja yang menjadi perintis-perintis percubaan untuk gerai-gerai tertentu. Mereka gunakan tak gunakan langsung. Gunakan bawa bekas sendiri. Lepas tu kita berikan galakan dari segi pengiktirafan sijil daripada kerajaan tempatan ke daripada Kerajaan Negeri agar bagi kepada mereka. Kadang kala mereka tak nak kata nak kurangkan kos lesen ke kos sewa mereka. Kadang kala mereka pun dah kaya dah tetapi mereka nak sesuatu pengiktirafan untuk bagi kepada mereka. Itu adalah cadangan pertama saya untuk gerai- gerai dan untuk logistik pula, kadangkala kalau kita beli barang sesuatu kita beli daripada Shopee, kita pun tak tahu penjual-penjual tu datang dari katakan di Ipoh. Saya beli barang saya pun tak tahu penjual tu datang dari Ipoh. Sebenarnya kalau mereka datang dari Ipoh, saya boleh pergi ke sana untuk ambil barangan tersebut.

Jadi dah kurangkan penggunaan plastik untuk membungkus tetapi kalau option ni cadangan diberikan daripada Kerajaan Negeri berikan kepada syarikat Shopee, Lazada, Tiktok seller agar mereka ambil option bila kita nak beli. Kalau kita nak kurangkan kos penghantaran atau pun kos untuk nak membungkus kita option, kita boleh pergi ambil. Jadi ini adalah satu cadangan untuk kurangkan penggunaan plastik. Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Bercham atas cadangan dan pandangan. Mengenai pengurangan atau insentif atau lesen kepada penjaja sebenarnya kaedah ini boleh dilakukan di peringkat PBT. Tapi ia perlu adakan satu kaedah yang lebih teliti. Bukan senang nak lakukan sebab tahap kita ni kita nak kurangkan penggunaan plastik. Sebenarnya penggunaan plastik yang berlebihan itu satu tingkah laku yang kurang baik. Bila kita berubah kepada tingkah laku yang lebih baik yang sepatutnya itu, saya rasa mungkin kurang sesuai juga untuk kita memberi insentif yang terlalu banyak ok dan kepada penggunaan plastik dari segi edagang tu …

YB Exco…

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Sekejap… bukan senang nak kawal sebab bukan saja Lazada, Shopee saja dan kita mendapati kadar penggunaan plastik dan kotak-kotak dalam pembungkusan-pembungkusan edagang ini dan amat ketara dan saya berharap di peringkat Persekutuan, mereka kena ada satu kaedah yang lebih menyeluruh atau satu arahan yang lebih ketat kepada pengusaha-pengusaha lain. Ok Simpang Pulai.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih YB Exco. Sebenarnya untuk contohnya ialah untuk kerajaan Pulau Pinang. Mereka pun ambil 7 tahun dari plastik beg 1.0 ke 2.0. Sebenarnya kita tahu ini usaha memang bukan senang. Itu sebab kita faham kena ada satu garis masa yang tepat. Jadi i nampak adalah kita bagi Grace Period setengah tahun sahaja nampaknya tidak cukup. Lepas itu kita pun masih tak ada garis panduan supaya tak ada fenomena Greenwashing. Jadilah yang nampak walaupun ada banyak usaha JAS buat ke melalui kempen PBT sendiri, akan tetapi I rasa tidak cukup masa dan cukup tidak tepat untuk kesedaran awam untuk meningkatkan pematuhan dengan larangan ini.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih atas pandangan daripada Simpang Pulai. Untuk menjawab pertanyaan daripada Simpang Pulai memang susah untuk mencapai sampai tahap 100% untuk 6 bulan ini tetapi sekurang-kurangnya kita kena tetapkan satu tempoh masa. Kalau tidak takkan kita pergi pelonggaran untuk 3 tahun 5 tahun dan kita tahu juga kempen hindari plastik ini dah bermula sejak 5, 6 tahun yang lalu dan hari ini kita masih menghadapi masalah yang sama. Ok. Saya berharap dengan kerjasama semua pihak beransur-ansur kita akan mencapai tahap yang lebih jauh lebih berjaya dalam hindari plastik sekali guna ini. Silakan Manong.

Yang Berhormat Exco, boleh? Terima kasih Timbalan Speaker. Berkaitan dengan single use plastic dengan izin ataupun plastik sekali guna di antara penyumbang terbesar dalam menyediakan atau membekalkan plastik sekali guna ini adalah industri botol air mineral. So, botol air mineral yang kita tengok bertaburan di merata tempat botol air mineral yang menggunakan plastik. So, apakah perancangan ataupun perbincangan pihak kerajaan ini dengan industri air mineral ini? Adakah satu perbincangan diadakan supaya pihak industri yang boleh mengganti botol air mineral tu kepada alternatif bekas yang lain?

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih kepada cadangan daripada Yang Berhormat Manong. Satu cadangan yang bagus. Memang kita tahu botol air ini merupakan satu masalah yang besar pada masa ini dan di peringkat Persekutuan, Federal. Saya rasa KPKT dan kementerian-kementerian lain telah mengadakan perbincangan macam mana nak mengurangkan penggunaan botol-botol tersebut dan dan kita hari ini kita nampak satu kaedah yang baru telah di digunakan dalam hotel-hotel kita, rantaian hotel, di mana botol kaca itu diguna semula atau pembekalan mineral water dalam beg yang besar dimana mereka bawa tupperware sendiri untuk isi air. Ini merupakan kaedah-kaedah yang kreatif dan inovatif untuk masa depan dan pada masa yang sama juga pernah kita juga berbincang dengan pembekal air dan mereka juga tengah, tengah mencari jalan macam mana nak menambah baik kaedah, kaedah mereka membekalkan air minuman tersebut.

YB Exco…Ialah titah Tuanku pun sebut berkenaan dengan plastik ni. Maknanya, kebimbangan Tuanku lah berkenaan dengan beg plastik sekali guna. Jadi kalau kita tengok di pasaraya, ada barang-barang yang kecil yang dia beli kalaulah tak ada beg plastik memang bermasalahlah, bermasalah sendiri kepada pusat jualan tadi. Kalaulah tidak ada kempennya, tidak ada langsung plastik, dia mungkin akan tinggalkan barang kat situ. Dia tak ada apa. Ok. Satu lagi untuk mengukur indikator kejayaan beg plastik sekali guna ni, saya ingat mungkin ada data berkenaan dengan jumlah sampah tan metrik yang yang kita terima di Negeri Perak dan berapa jumlah plastik yang terkumpul beberapa tan metrik daripada jumlah sampah tersebut dan boleh kita lihat perbandingan daripada tahun ke tahun. Semenjak kempen ini, adakah berkurangan ataupun tak berkurangan. Kalau tak berkurangan, maknanya kempen beg plastik ini gagal dan tidak membantulah. Maknanya beg plastik masih lagi banyak dan pusat membeli belah masih menjual beg plastik RM0.20, dia dapat untung dan perniagaan itu masih lagi berpotensi. Jadi saya rasa mungkin YB Exco boleh lihat data tersebut. Kita boleh tengok adakah berlaku kejayaan tersebut.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ok, terima kasih atas cadangan yang diajukan oleh Yang Berhormat Kamunting. Ok, untuk mengatasi, untuk mengatasi cara mereka membeli belah itu nak ambil barang seperti yang dikatakan nak ambil barang balik pun susah kan. Ok saya rasa beg eco beg itu merupakan satu kaedah yang baguslah buat masa ini dan pada masa yang sama, pada masa yang sama, kita juga risau, kita juga risau rombakan eko beg dipasaran. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, kempen seterusnya yang kita akan lancarkan ialah kempen bawa beg sendiri. Saya rasa kalau, kalau masyarakat umum boleh ubah tingkah laku mereka ini kearah untuk bawa beg sendiri atau bawa bakul sendiri atau ada bawa bawa kotak sendiri itu dan kita akan dapat mengatasi masalah isu beg plastik yang terlalu banyak. Terima kasih. Seterusnya menjawab kepada pertanyaan yang diajukan oleh Yang Berhormat Kuala Sepetang iaitu berkaitan kebimbangan bahawa kawasan habitat liar khususnya Harimau Malaya dan gajah tidak dilindungi secara menyeluruh daripada aktiviti pembangunan. Untuk makluman, Yang Berhormat Kuala Sepetang, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan menghargai keprihatinan Yang Berhormat Kuala Sepetang berhubung isu perlindungan habitat hidupan liar khususnya Harimau Malaya dan Gajah.

Namun demikian, adalah tidak tepat untuk mengatakan bahawa usaha pemuliharaan yang dilaksanakan hanya bersifat kosmetik kerana pelbagai langkah konkrit telah dan sedang dilaksanakan secara bersepadu. Yang pertama, dari segi penguatkuasaan undang-undang dan kawalan pembangunan. Semua aktiviti pembangunan dan pembukaan kawasan tertakluk kepada keperluan penilaian kesan alam sekitar yang dilaksanakan secara menyeluruh bagi kawasan yang melibatkan habitat hidupan liar. Pemaju diwajibkan menyediakan wildlife management plan yang komprehensif dan perlu mendapat kelulusan Jabatan Perhilitan sebelum sebarang kerja dimulakan. Kerajaan Negeri juga melaksanakan saringan awal yang ketat dan tidak akan teragak-agak untuk menolak mana-mana projek yang didapati memberi impak negatif yang signifikan kepada habitat hidupan liar walaupun projek tersebut mempunyai nilai pelaburan yang tinggi. Kedua melalui perlindungan kawasan sensitif alam sekitar. Habitat kritikal dikenal pasti secara saintifik dan diklasifikasi, diklasifikasikan mengikut tahap kepekaan tertentu. Bagi kawasan sensitif alam sekitar tahap 1, sebarang pembangunan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Manakala bagi tahap lain, ia dikawal secara ketat dan syarat-syarat yang tegas.

Pengkelasan ini turut diintegrasikan dalam perancangan fizikal negeri bagi memastikan pemeliharaan alam sekitar menjadi asas dalam setiap keputusan pembangunan dan yang ketiga kerjasama strategik dengan Jabatan Perhilitan dan agensi berkaitan terus diperkukuhkan melalui perkongsian data kepakaran teknikal dan pelaksanaan operasi bersepadu rondaan bersama. Penggunaan teknologi seperti kamera perangkap dan dron serta tindakan penguatkuasaan terhadap pemburuan dan pencerobohan hutan dipergiatkan bagi memastikan perlindungan hidupan liar dilaksanakan secara berkesan.

Pendekatan berasaskan sains dan bukti sentiasa menjadi teras dalam setiap keputusan yang diambil dan keempat inisiatif pemuliharaan dan pembangunan koridor ekologi turut diberi penekanan sebagai langkah jangka panjang. Koridor ini berfungsi menghubungkan habitat yang terpisah dan memastikan laluan migrasi hidupan liar tidak terganggu. Usaha pemuliharaan kawasan terosot, penanaman semula hutan serta integrasi koridor dalam perancangan gunatanah negeri dilaksanakan bagi menjamin kesinambungan ekosistem. Pada masa yang sama, langkah-langkah mitigasi seperti pengurusan konflik manusia hidupan liar turut diperkasakan bagi melindungi kedua-dua pihak. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri menegaskan bahawa keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar bukanlah satu pilihan tetapi satu keperluan yang diurus secara teliti dan bertanggungjawab. Komitmen ini diterjemahkan melalui dasar yang jelas, penguatkuasaan yang tegas serta pelaksanaan yang berasaskan sains. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan terus memperkukuhkan usaha sedia ada bagi memastikan habitat hidupan liar di negeri ini terus dilindungi secara mampan selaras dengan kepentingan biodiversiti dan biodiversiti dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Untuk makluman Dewan yang mulia, sebagaimana yang diketahui, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menguruskan sumber biodiversiti yang terdapat di dalam negeri ini. Umum sedia maklum berkenaan projek pembinaan santuri gajah di negeri kita ini. Perak Elephant Sanctuary merupakan satu usaha pihak Kerajaan Negeri dalam menjaga hidupan liar yang terancam di negeri ini selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030. Tapak pembinaan Perak Elephant Sanctuary ini terletak di Batu 11, Lebuh Raya Timur Barat Mukim Temenggor yang berada dalam Daerah Hulu Perak. Kawasan ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik berhampiran dengan habitat semula jadi gajah liar sekali gus sesuai dijadikan pusat konservasi dan pemuliharaan spesies tersebut. Kerajaan Negeri Perak telah mewartakan seluas 709.74 hektar tanah di kawasan ini bagi tujuan pembangunan projek Perak Elephant Sanctuary. Penwartaan tanah ini melambangkan, melambangkan komitmen Kerajaan Negeri Perak terhadap usaha pemeliharaan hidupan liar serta pembangunan eko pelancongan berasaskan konservasi yang mampan. Projek Perak Elephant Sanctuary ini telah mendapat kelulusan dan dana pembinaan daripada Rancangan Malaysia Ke-13, fasa 1 memfokuskan pembinaan asas bagi santuari gajah yang melibatkan pembinaan kompleks pejabat, kurungan gajah dan baret kakitangan. Manakala fasa 2 melibatkan pembinaan fasiliti eko pelancongan.

Kerja pembinaan fasa pertama ini bermula pada tahun ini dan jangkaan siap pada akhir tahun 2030 yang akan menelan kos keseluruhan sebanyak RM52 juta. Yang Berhormat Dato'. Yang Berhormat Timbalan Speaker. Kerajaan akan terus komited memastikan projek ini dilaksanakan secara berfasa, terancang dan sistematik dengan mengambil kira segala keperluan teknikal, pematuhan kepada spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan di samping meneliti aspek keberkesanan kos dan tempoh pelaksanaan. Dalam masa yang sama, perhatian khusus turut diberikan terhadap impak projek ini kepada pemuliharaan habitat hidupan liar khususnya dalam memastikan kelestarian ekosistem gajah serta keseimbangan alam sekitar. Kerajaan juga akan memastikan bahawa pembangunan yang dilaksanakan memberi manfaat kepada komuniti setempat melalui inisiatif pembangunan komuniti, peningkatan sosioekonomi dan penglibatan pihak berkepentingan secara inklusif dan berterusan. Seterusnya, Yang Berhormat Slim telah menyatakan terdapat isu pencemaran sungai…

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Yang Berhormat, minta laluan. Pengkalan Hulu.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Yah silakan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Ok, terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Sebelum masuk ke topik lain tu ada sikitlah bila Yang Berhormat Exco sebut berkenaan dengan Santuari Gajah dan ianya tak larilah daripada daerah kami, daerah Hulu Perak dan Pengkalan Hulu juga terlibat secara langsunglah dengan konflik gajah dengan manusia ni dan baru-baru ni berlaku inilah gangguan daripada gajah liar. Memang kita sayangkan gajah ni dan binatang-binatang lain juga dan kita Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan berusaha menguruskan konflik yang berlaku ini. Cuma saya nak bawa suara orang kampung, orang Pengkalan Hulu dan juga khususnya daripada pekebun-pekebun lah. Orang yang menjalankan aktiviti pertanian. Di Pengkalan Hulu ini juga di daerah Hulu Perak ini konflik antara manusia dengan gajah ini memang sangat tinggi. Hinggakan menyebabkan kerugian yang amat tinggi lah dan berlaku beberapa siri gangguan gajah masuk ke kebun-kebun, memusnahkan makan hasil pertanian penduduk kampung.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih atas pertanyaan daripada Pengkalan Hulu. Saya rasa isu ini dah diterima dan kita sedang menanganinya dan mengenai isu pampasan itu. Sila buat laporan di pejabat Perhilitan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Cuma soalan sayalah kepada Yang Berhormat Exco ada satu. Selain daripada pampasan biasa yang memang boleh diuruskan oleh Pejabat Perhilitan Daerah dan memang akan dibayar oleh pihak Perhilitan atau pun pihak kerajaanlah. Adakah Yang Berhormat Exco bersetuju juga jika diwujudkan dan kerajaan perlu mengkaji perkara ini, wujudkan satu skim insuran, satu skim insuran komuniti hidupan liar yang mungkin boleh membantu untuk ganti rugi kepada pekebun kecil.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ok kita akan kaji dalam mesyuarat dan saya rasa Perhilitan akan memberi jawapan yang lebih teliti dalam bab ini. Ok. Saya teruskan lah. Seterusnya, Yang Berhormat Slim telah menyatakan terdapat isu pencemaran sungai memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat termasuk nelayan darat yang bergantung kepada sumber perikanan sungai sebagai punca pendapatan dan kelangsungan hidup. Untuk makluman Dewan yang mulia, aspek pemantauan kualiti air sungai dilaksanakan secara berterusan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Malaysia melalui rangkaian stesen persampelan di seluruh negara. Bagi Negeri Perak, sebanyak 2 stesen automatik dan 150 stesen manual telah disediakan melibatkan 68 batang sungai. Pada tahun 2025 negeri Perak telah mencatatkan sebanyak 71 stesen pemantauan bacaan Indeks Kualiti Air berada di dalam kelas 1 iaitu sangat bersih, 62 stesen pemantauan di kelas 2 iaitu bersih dan 17 stesen pemantauan berada di kelas 3 iaitu sederhana tercemar. Tiada stesen yang mencatatkan IKA di kelas 4 iaitu tercemar dan 5 sangat tercemar. Walaubagaimanapun, cabaran memastikan kualiti air sungai masih wujud. Antaranya ialah isu pembuangan sisa secara haram, kekangan sumber penguatkuasaan yang terhad, jarak liputan kawasan yang luas serta keperluan untuk mempertingkatkan pemantauan secara masa nyata iaitu Real Time Monitoring.

Oleh itu, usaha penambah baikan senang dan akan terus dilaksanakan termasuk memperluaskan penggunaan teknologi pemantauan automatik dan kedua mempertingkatkan kapasiti penguatkuasaan dan ketiga memperhebat tindakan terhadap pesalah berulang dan keempat menggalakkan kerjasama komuniti melalui pelaporan awam dan kelima pemantauan penguatkuasaan serta bersama bagi agensi-agensi lain. Kesimpulannya, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran sungai adalah dilaksanakan secara berterusan dan sistematik oleh pihak Kerajaan. Namun begitu, pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu termasuk penglibatan semua pihak adalah amat penting bagi memastikan sumber air sungai terus terpelihara demi kepentingan rakyat khususnya golongan nelayan rakyat.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, beralih kepada isu seterusnya. Daripada Yang Berhormat Pengkalan Hulu yang membangkitkan pertanyaan berkaitan dengan cadangan pengurusan alam sekitar di negeri Perak. Untuk makluman Dewan yang mulia, pada masa ini, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah awal ke arah pengurusan karbon secara lebih tersusun melalui pelaksanaan projek-projek berkaitan pembiayaan karbon dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi iaitu Nature Based Solutions dengan izin seperti berikut. Projek Protecting, Connecting and Restoring, Perak's Rainforest: Enabling Carbon Financing for The Biodiversity Conservation. Projek ini merupakan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Perak, Yayasan Hasanah dan South-East Asia Rainforest Research Partnership. Projek ini telah bermula pada Ogos 2025 dan dijadualkan berakhir pada Februari 2027. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada perlindungan penyambungan dan pemulihan pemulihan landskap hutan hujan di Perak di samping meneroka mekanisme pembiayaan karbon bagi menyokong pemuliharaan biodiversiti secara mampan dan yang kedua, projek Kajian Penilaian Awal Pembangunan Karbon berasaskan Nature Based Solutions. Kajian ini dilaksanakan oleh Petronas dan melibatkan kawasan cadangan di Hutan Paya Laut Matang serta Hutan Simpan Amanjaya, Gerik. Pada masa ini, projek tersebut masih berada dalam fasa pengumpulan data awal.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan meneliti dapatan akhir kajian-kajian ini sebelum mempertimbangkan sebarang keputusan dasar atau tindakan susulan termasuk potensi pembangunan kerangka bajet karbon negeri secara menyeluruh. Sebagai langkah ke arah memperkukuh memperkukuh pembiayaan pemuliharaan biodiversiti biodiversiti. Kerajaan Negeri memanfaatkan peruntukan di bawah inisiatif Ecology Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation iaitu EFT yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Melalui mekanisme ini, peruntukan kewangan diagih kepada Kerajaan Negeri berdasarkan tahap perlindungan kawasan hutan dan biodiversiti. Kerajaan Negeri seterusnya meluluskan dana tersebut kepada jabatan dan agensi berkaitan yang mengemukakan permohonan program projek atau projek berkaitan dalam usaha konservasi biodiversiti. Pendekatan ini secara tidak langsung berfungsi sebagai asas kepada konsep bank ekosistem di mana pemeliharaan sumber semula jadi diberikan nilai ekonomi dan insentif kewangan. Kerajaan Negeri akan terus meneliti potensi untuk memperkukuh mekanisme ini ke arah model yang lebih komprehensif dan berstruktur pada masa hadapan. Selaras dengan aspirasi nasional ke arah ekonomi rendah karbon serta komitmen Malaysia terhadap agenda pembangunan mampan dan sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050. Kerajaan Negeri melalui kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak telah mengambil pendekatan yang lebih tersusun dan bersepadu dalam memacu pembangunan sektor teknologi hijau dan tenaga boleh baru di Negeri Perak.

Sejajar dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Baginda Tuanku menegaskan Kerajaan Negeri perlu melihat krisis ini sebagai satu loceng amaran untuk merintis langkah-langkah proaktif termasuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil sebagai penyelesaian jangka panjang. Justeru itu, usaha perlu disegerakan bagi membangunkan kemudahan yang membolehkan rakyat mempunyai pilihan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti kenderaan elektrik serta sumber tenaga boleh diperbaharui termasuk solar dan hidro. Pendekatan ini dilaksanakan selari dengan dasar utama negara seperti Dasar Tenaga Negara dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta diperkukuh dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 khususnya di bawah teras Pembangunan Ekonomi Mampan dan Pengurusan Sumber Strategik negeri yang menekankan keperluan memperkukuhkan keselamatan tenaga air dan guna tanah secara bersepadu.

Dalam konteks ini, pembangunan sektor teknologi hijau dan tenaga boleh baharu turut dipacu melalui Inisiatif GreenTech Perak 2025 yang memberi fokus kepada pembentukan ekosistem tenaga hijau negeri merangkumi penjanaan infrastruktur serta penggunaan industri di samping menarik pelaburan berkualiti dan meningkatkan daya tahan negeri dalam mendepani peralihan tenaga global. Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif untuk memperkasa pembangunan tenaga boleh baharu serta pengurusan sumber air sebagai keutamaan strategik negeri. Selaras dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan. Inisiatif ini bukan lagi sekadar perancangan dasar tetapi telah diterjemahkan melalui pelaksanaan program dan projek yang menyokong agenda pembangunan mampan negeri Perak. Di peringkat pelaksanaan PKNPk melalui anak syarikatnya iaitu Maju Perak Holding Berhad, Perak Corporation Berhad. Perak Industrial Resources Sdn Bhd Berhad dan Hidro2Perak Sdn Bhd telah membangunkan portfolio tenaga boleh baharu yang komprehensif merangkumi pelbagai inisiatif strategik.

Yang pertama, pembangunan projek mini-hidro elektrik melalui pemanfaatan hub-hub air negeri yang diperuntukkan kepada PKNPk di mana projek ini dilaksanakan secara mampan serta membuka ruang kerjasama dengan pelabur dan operator berteknologi. Yang kedua pembangunan tenaga solar berskala besar dan teragih termasuk projek Large Scale Solar, Net Energy Metering solar terapung di tasik bekas lombong serta solar roof-top di premis industri dan kerajaan yang turut disokong melalui Skim Tenaga Suria Perak. Ketiga, Program Pemanjangan Hayat Hidro yang melibatkan menaik taraf aset empangan sedia ada bagi meningkatkan kecekapan operasi, memanjangkan jangka hayat loji serta mengoptimumkan output tenaga tanpa pembangunan baru yang intensif. Keempat banyak lagi. Keempat pembangunan infrastruktur mobiliti hijau melalui rangkaian stesen mengecas kenderaan elektrik iaitu EV charging di lokasi strategik bagi menyokong peralihan kepada mobiliti rendah karbon dan kelima penerokaan teknologi baru seperti hidrogen hijau, battery energy storage system serta inisiatif tenaga korporat melalui Corporate Renewable Energy Supply scheme bagi memperkukuh daya tahan sistem tenaga negeri.

Untuk makluman Dewan yang mulia, pelaksanaan Program Pemanjangan Hayat Hidro juga merupakan inisiatif strategik yang bukan sahaja penting kepada negeri Perak tetapi juga kepada keselamatan tenaga negara. Tenaga Nasional Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya TNB Genco telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan Program Perlanjutan Hayat Hidro bagi enam stesen jana kuasa hidroelektrik di bawah Skim Hidro-Elektrik Sungai Perak. Yang Berhormat Timbalan Speaker saya minta masa tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Lima minit. Sila.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Saya ingat dalam masa 8 minit, Ok. Pelaburan strategik bernilai kira-kira RM5.8 billion yang bertujuan memanjangkan jangka hayat stesen-stesen janakuasa hidro di Sungai Perak sehingga 30 ke 40 tahun lagi. Projek ini penting untuk memastikan kesinambungan bekalan tenaga bersih menyokong agenda peralihan tenaga negara serta memperkukuh keselamatan tenaga negeri dalam jangka masa panjang. Rangkaian stesen jana kuasa hidro Sungai Perak ini terdiri daripada Temengor, Bersia, Kenering, Chenderoh dan Sungai Piah Hulu dan Hilir dan apabila telah dipulihkan kelak akan menghasilkan kapasiti gabungan sebanyak 650.75 megawatt dengan pengeluaran tenaga tahunan melebihi 2,200 gigawatt power. Projek ini bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan operasi stesen jana kuasa hidroelektrik, malah memperkukuh peranan perak sebagai pusat strategik tenaga bersih yang mampu menarik pelaburan bernilai tinggi termasuk dalam sektor teknologi hijau dan pusat data.

Untuk makluman Dewan yang mulia Program Pelanjutan Hayat Hidro ini sedang giat dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi sebagai sebahagian daripada agenda strategik untuk memperkukuh dan menjamin keperluan tenaga negara serta kestabilan grid nasional. Dalam konteks pengurusan sumber strategik negeri, pelaksanaan Northern Perak Water Supply Scheme turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh jaminan bekalan air jangka panjang di daerah Kerian. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong keperluan domestik dan pertumbuhan populasi tetapi juga menjadi pemangkin utama kepada pembangunan industri, pelaburan serta perancangan guna tanah yang lebih tersusun. Bagi pembangunan tenaga boleh baharu khususnya projek solar berskala besar kerana melupakan aset strategik negeri yang perlu diurus secara berhemat terkawal dan mematuhi sepenuhnya kerangka perundangan sedia ada. Seiring dengan itu, aspek tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan terus diperkukuh dalam setiap peringkat perancangan dan pelaksanaan projek. Selaras dengan tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam memastikan pengurusan aset negeri dilaksanakan secara berintegriti serta memberikan pulangan optimum kepada negeri. Pembangunan sektor tenaga boleh baharu kekal sebagai keutamaan strategik dalam menyokong peralihan kepada ekonomi rendah karbon. Selaras dengan aspirasi Malaysia, National Energy Transition Roadmap yang mensasarkan peningkatan kapasiti tenaga boleh baru secara signifikan menjelang tahun 2050. Menyasarkan pelepasan gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050 dengan fokus meningkatkan kapasiti tenaga boleh baru kepada 70% menjelang tahun tersebut.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat dalam konteks pelaksanaan perkembangan Program Pelanjutan Hayat Hidro, Projek Mini Hidro, Projek Mini Hidroelektrik Hidro2 serta pembangunan ladang solar berskala besar di Mukim Kampong Gajah menunjukkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh ekosistem tenaga boleh baru. Projek-projek ini merangkumi pelaburan strategik, pemindahan teknologi serta kerjasama dengan rakan industri tempatan dan antarabangsa yang bukan sahaja meningkatkan kapasiti tenaga negeri tetapi juga mewujudkan rantaian nilai nilai ekonomi baru. Secara khusus, pembangunan hydro hybrid floating solar di Sungai Perak berpotensi menjadi penanda aras kepada pembangunan tenaga hibrid hidro solar berskala besar di Malaysia dengan kapasiti sehingga 500 megawatt merangkumi Empangan Temengor, Bersia dan Kenering. Pada masa yang sama, projek mini hidro melalui Hidro2 serta Projek Ladang Solar Berskala Besar di Perak Tengah dan Pembangunan Ekosistem Hidrogen Hijau oleh Perak Industrial Resources Berhad menunjukkan pendekatan menyeluruh PKNP dalam membangunkan rantaian tenaga hijau yang lengkap daripada penjanaan hingga kepada penggunaan industri. Pendekatan ini membuktikan bahawa Negeri Perak bukan sahaja menjadi peneraju dalam tenaga boleh baharu tetapi juga senang membina ekosistem tenaga hijau yang menyeluruh, inklusif dan berdaya saing.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, khazanah Alam semula jadi adalah warisan yang berharga. Justeru itu, Harimau Malaya merupakan simbol kebanggaan negara dan menjadi khazanah alam di negeri Perak terutamanya usaha pemuliharaan Harimau Malaya sebagaimana yang dizahirkan dalam titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Khazanah alam semula jadi merupakan manifestasi keagungan Ilahi. Justeru, manusia serta hidupan liar perlu hidup secara harmoni demi keseimbangan ekosistem berpandukan berpandukan semangat tersebut. Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Negeri Perak adalah berteraskan kelestarian keseimbangan dan tanggungjawab bersama. Pandangan dan cadangan yang dikemukakan jelas menunjukkan kesepakatan bahawa isu ini bukan lagi isu pinggiran tetapi satu tanggungjawab bersama yang mendesak dan strategik.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, izinkan saya menegaskan bahawa Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Negeri Perak ini bukan sekadar satu dokumen perancangan dan ini merupakan satu penyata dasar yang jelas dan tegas bahawa Kerajaan Negeri komited untuk memelihara khazanah biodiversiti negeri khususnya Harimau Malaya sebagai spesies ikonik negara. Kita harus mengakui bahawa kita kini berada pada satu titik yang amat kritikal. Populasi Harimau Malaya di Semenanjung Malaysia masih berada pada tahap yang membimbangkan dan negeri Perak merupakan antara benteng terakhir bagi kelangsungan spesies ini. Ini bermakna apa jua keputusan dan tindakan yang kita ambil hari ini akan menentukan sama ada spesis ini akan terus wujud pada masa hadapan atau hanya tinggal sebagai warisan dalam catatan sejarah. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, kepentingan Negeri Perak dalam usaha ini tidak boleh dipandang ringan. Landskap hutan di negeri ini yang meliputi kawasan seperti Kompleks Hutan Belum, Temenggor, Banjaran Bintang Hijau dan Kompleks Hutan Korbu Pia merupakan antara habitat utama Harimau Malaya di Semenanjung Malaysia. Kawasan-kawasan ini bukan sahaja penting dari segi perlindungan habitat tetapi juga memainkan peranan kritikal dalam memastikan kesinambungan ekologi pergerakan hidupan liar serta kestabilan ekosistem secara keseluruhan. Oleh itu, pendekatan pemuliharaan yang diambil tidak boleh berasingan atau terhad kepada kawasan tertentu sahaja. Ia perlu dilaksanakan secara menyeluruh merentasi landskap dan mengambil kira hubungan antara habitat spesies serta aktiviti manusia.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Pelan Tindakan Pemulihan Harimau Negeri Perak dirangka sebagai satu pelan strategik yang menyokong agenda pemuliharaan di peringkat kebangsaan selari dengan aspirasi pembangunan negeri Perak serta memperkukuh kedudukan negeri sebagai peneraju dalam pemuliharaan biodiversiti. Dalam masa yang sama, pelan ini juga mengiktiraf peranan komuniti sebagai rakan strategik dalam menyokong pelaksanaan serta memperkukuh perlindungan dan konservasi Harimau Malaya di Negeri Perak. Di samping itu juga, usaha ini menekankan kehidupan bersama yang lebih seimbang antara antara manusia dan hidupan liar melalui penglibatan aktif komuniti tempatan termasuk masyarakat orang Asli. Sehubungan itu, pendekatan bersepadu ini bukan sahaja membantu mengurangkan konflik tetapi juga memastikan manfaat pemuliharaan dapat dikongsi secara lebih adil dan mampan. Saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada semua agensi dan rakan strategik yang telah terlibat dalam pembangunan. Pelan ini termasuk seperti RIMAU, WWF Malaysia dan Green Spine Network.

Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa pelan ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh komitmen Negeri Perak terhadap kelestarian alam dan pemuliharaan pemuliharaan biodiversiti. Kelestarian alam sekitar merupakan agenda penting mana-mana pihak dan menjadi tanggungjawab setiap individu dalam menjaga anugerah berharga ciptaan Yang Maha Esa. Menyedari ini, Kerajaan Negeri komited dalam memastikan kelestarian alam sekitar menjadi tonggak kepentingan negeri selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030. Pokok Assam mengakhiri dengan menjunjung kasih…

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Timbalan Yang di-Pertua,

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

… menjunjung kasih dan

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Exco…Exco.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

… menjunjung kasih Titah Tuanku.

Timbalan Yang di-Pertua

Tak cukup masa sebab tinggal satu minit.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Sikit je. Cadangan bukanlah apa-apa. Kita pernah bawa Selama dan saya pernah bawa tentang ancaman monyet tu kepada aktiviti pertanian, kerosakan harta benda dan keselamatan rakyat

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Yang itu…

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

…jadikan saya. Boleh tak saya nak minta untuk.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Perhilitan akan

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

…ditubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk menangani isu ini. Itu je.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Satu taskforce kan yang taskforce tu saya rasa buat masa ini taskforce belum sampai tahap memerlukan taskforce dan kita akan cuba menangani dengan secara lebih teliti dan dan lebih fokus kepada isu yang dibangkitkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Temenggor untuk menggulung perbahasan. 45 minit. Sila.

A'uzubillahi Minas Syaitonirrojim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wassolatu wassalamu ala asyrof al anbiya mursalin wa ala alihi wasahbihi Ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri mahu pun persekutuan. Seterusnya, pengamal pengamal-pengamal media dan seluruh rakyat yang sedang menyaksikan persidangan ini secara atas talian. Yang Berbahagia Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Pembuka bicara Izinkan saya memetik firman Allah Subhana Wata'ala dalam Surah An-Nisa ayat 58 yang bermaksud. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah kamu menghukum dengan adil. Ayat ini mengingatkan kita mengingatkan saya bahawa amanah-amanah yang dipikul di dewan yang mulia ini bukan sekadar amanah yang pentadbiran tetapi amanah untuk berlaku adil bercakap benar menyampaikan fakta dengan jujur dan memastikan setiap keputusan yang diambil akhirnya kembali memberi manfaat kepada rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat izinkan saya merafak sembah dengan penuh takzim menjunjung kasih setinggi-tingginya ke hadapan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas titah ucapan pembukaan yang penuh hikmah penuh kebijaksanaan dan sangat dekat dengan denyut nadi kehidupan rakyat. Titah Tuanku bukan sekadar menzahirkan pencapaian negeri tetapi turut mengingatkan kita tentang cabaran sebenar yang masih dihadapi rakyat termasuk tekanan kos sara hidup, isu kemiskinan yang bersifat dinamik, keperluan yang keperluan, memperkukuhkan pembangunan modal insan dan juga peri mustahaknya pentadbiran yang sentiasa responsif terhadap keperluan rakyat. Dalam konteks ini, patik menjunjung kasih atas keprihatinan tuanku yang sentiasa cakna terhadap kebajikan rakyat negeri Perak. Titah ini menjadi pedoman yang jelas kepada patik dan seluruh pentadbiran kerajaan negeri di bawah portfolio patik untuk terus memperkukuhkan sistem memperkemaskan pelaksanaan dan memastikan setiap dasar yang digerakkan benar-benar sampai dan dirasai oleh rakyat.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Titah Diraja dengan penuh komitmen. Setiap isu yang dibangkitkan sama ada menyentuh kebajikan masyarakat, pembangunan wanita, keusahawanan mahupun sistem penyampaian bantuan dan mencerminkan keprihatinan bersama terhadap isu rakyat. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan dan saya akan cuba semampu yang boleh untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan. Namun demikian, dalam kita berbahas dan menyuarakan pandangan, marilah kita sentiasa berpegang kepada tuntutan agama supaya berlaku adil dan berkata benar. Sekiranya ada perkara yang baik dilaksanakan oleh kerajaan, maka sampaikanlah kepada rakyat dengan benar dan sekiranya ada kelemahan, maka bawalah hujah yang benar dan berasaskan fakta supaya kita dapat bersama-sama mencari penyelesaian. Pada akhirnya, apa juga perbezaan pandangan dalam dewan ini, matlamatnya kita, matlamatnya tetap satu iaitu memastikan rakyat dibantu, dibela, dipelihara nasib mereka.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, merujuk kepada isu kemiskinan dan tekanan kos sara hidup yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubu Gajah dan Yang Berhormat Kuala Sepetang, Kerajaan Negeri mengambil maklum kebimbangan tersebut dan melihatnya sebagai isu yang memerlukan pendekatan yang berterusan, menyeluruh dan tidak boleh diselesaikan secara bermusim ataupun secara one off semata-mata. Sebagaimana yang dizahirkan dalam Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Perak telah berjaya mengeluarkan seramai 11648 ketua isi rumah daripada senarai miskin manakala seramai 732 ketua isi rumah miskin tegar telah berjaya dinoktahkan sepenuhnya sehingga mencapai sifar miskin tegar. Namun demikian, Kerajaan Negeri tidak pernah menganggap bahawa kerja ini telah selesai. Sebaliknya, kerajaan mengakui bahawa kemiskinan adalah bersifat dinamik, boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa dan boleh berulang akibat tekanan kos sara hidup, hutang isi rumah, masalah kesihatan, perubahan struktur keluarga dan pelbagai faktor lain. Justeru, strategi bantuan hari ini tidak lagi boleh dilihat sebagai bantuan jangka pendek atau sekadar pemberian kewangan semata-mata tetapi perlu beralih kepada pengukuhan modal insan sebagai pemacu mobiliti sosial dan pemulihan sosial ekonomi keluarga.

Atas kesedaran itulah, Kerajaan Negeri telah memperkemaskan pendekatan melalui program One Stop Centre Sejahtera Sosial yang mana program ini bukan lagi melihat kemiskinan sebagai isu individu semata-mata tetapi sebagai isu yang melibatkan keseluruhan institusi keluarga. Bagi tahun 2026, program ini diperkemaskan kepada model intervensi berasaskan keluarga yang lebih berfokus dan berimpak. Setiap daerah akan mengenal pasti sekurang-kurangnya 100 ketua isi rumah daripada kategori miskin dan juga miskin tegar dalam data eKasih untuk dijadikan keluarga yang disantuni, yang mana setiap keluarga ini akan melalui proses profiling secara menyeluruh. Berdasarkan profiling tersebut setiap keluarga akan dikelaskan mengikut kluster keperluan sebenar mereka seperti kesihatan, pendidikan, keusahawanan dan juga latihan kemahiran. Intervensi yang dilaksanakan kemudiannya disokong oleh rakan strategik yang terdiri dari pelbagai agensi kerajaan, institusi latihan dan sektor swasta supaya bantuan yang diberikan lebih tersasar dan benar-benar berimpak. Program ini juga dilaksanakan secara berfasa melibatkan pemilihan keluarga, penglibatan komuniti serta pemantauan berterusan terhadap kemajuan keluarga sasaran.

Bagi menjayakannya, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah meluluskan sebanyak RM600 ribu dengan setiap daerah menerima RM50 ribu bagi memastikan pelaksanaan yang menyeluruh. Ertinya kerajaan hari ini bukan sekadar mengurus bantuan tetapi sedang mengurus laluan keluar daripada kemiskinan. Masih dalam konteks kemiskinan Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh persoalan yang sering timbul berhubung isu keciciran. Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Taskforce Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat di peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan disertai oleh semua agensi pemberi bantuan bagi memastikan data sentiasa dikemaskini dan setiap kes baharu dinilai secara telus dan menyeluruh. Ini menunjukkan bahawa kerajaan bukan menafikan kemungkinan ada keciciran tetapi sedang membina sistem yang lebih matang dan berupaya menanganinya dengan lebih berkesan.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, selain inisiatif yang telah dinyatakan sebentar tadi, saya juga ingin menarik perhatian Ahli Dewan yang mulia ini mengenai peranan koperasi sebagai sektor ketiga terpenting selain kepada kerajaan dan swasta dalam membantu menangani isu kemiskinan di negeri Perak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2025, terdapat sebanyak 1755 buah koperasi berdaftar di negeri Perak dengan keanggotaan melebihi 355 ribu orang yang menyumbang syer dan yuran sebanyak RM553 juta. Nilai aset koperasi pula berjumlah RM1.62 bilion manakala sumbangan perolehan perniagaan koperasi pula meningkat sebanyak 12% daripada RM706 juta pada tahun 2024 kepada RM792 juta pada tahun 2025. Petunjuk ekonomi ini bukan sekadar angka yang menggambarkan kekuatan gerakan koperasi di negeri ini, bahkan ianya turut membuktikan peranan koperasi yang menjadi tulang belakang sosio ekonomi dengan menyediakan peluang pekerjaan dan aktiviti keusahawanan kepada komuniti setempat. Melalui pelbagai aktiviti ekonomi seperti pertanian dan perladangan, koperasi menggerakkan pembangunan sosio ekonomi setempat dengan mengusahakan tanah-tanah yang terbiar secara tidak langsung menyediakan peluang pekerjaan tidak formal kepada masyarakat khususnya golongan miskin dan B40. Selain itu, melalui koperasi juga produk ataupun barangan serta hasil pertanian yang diusahakan oleh golongan ini secara kecil-kecilan boleh turut dipasarkan di kedai ataupun premis koperasi. Secara tidak langsung, usaha ini memupuk minat dan meningkatkan keupayaan serta pendapatan kepada golongan ini melalui aktiviti keusahawanan. Selain itu, sebagai sebuah entiti sosio ekonomi, gerakan koperasi turut menyumbangkan semula keuntungan yang diperolehi melalui aktiviti perniagaan kepada komuniti setempat sama ada melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat, CSR mahupun dalam bentuk formal seperti pembayaran zakat perniagaan kepada asnaf yang layak. Inilah sumbangan yang tidak nyata koperasi yang tidak didendangkan dalam membantu kerajaan menangani isu kemiskinan.

Timbalan Yang di-Pertua, berhubung isu mekanisme penyaluran bantuan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Changkat Jering, ingin saya jelaskan bahawa sistem penyampaian bantuan di Perak hari ini bukan dilaksanakan secara rawak tetapi melalui satu rantaian proses yang tersusun, berlapis dan bersepadu. Prosedur permohonan bantuan dilaksanakan melalui padanan bantuan dalam sistem e-Kasih khususnya kepada golongan miskin tegar dan miskin. Mana-mana ketua isi rumah yang memerlukan bantuan boleh mendaftar di Pejabat Penghulu Mukim yang berdekatan melalui sistem e-Penghulu. Aplikasi e-Penghulu ini sendiri merupakan satu langkah transformasi digital kerajaan negeri yang memudahkan urusan penyampaian perkhidmatan di 76 Pejabat Penghulu di seluruh negeri Perak khususnya berkaitan pendaftaran bantuan mangsa bencana dan permohonan eKasih. Setelah nama didaftarkan, senarai berkenaan akan dibentangkan dalam mesyuarat Focus Group Discussion Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah untuk pertimbangan. Setelah diperakukan, pihak ICU Perak akan menjalankan bancian dan verifikasi di lapangan. Hanya ketua isi rumah yang benar-benar layak akan diperakukan untuk padanan bantuan oleh agensi pemberi bantuan. Di samping itu, Mesyuarat Focus Group Discussion Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri Bilangan 3 Tahun 2025 pada 27 Oktober 2025 juga telah memutuskan supaya semua Pegawai Daerah menyelaras bersama PBT dan agensi pemberi bantuan di peringkat daerah agar tindakan segera dapat diambil terhadap golongan miskin dan miskin tegar. Ini menunjukkan bahawa sistem bantuan yang ada bukan sahaja berasaskan data, malah disokong oleh koordinasi merentas agensi dan pengesahan di lapangan.

Berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Pongsu isu kad Perak Sejahtera. Saya ingin menjelaskan bahawa pengurusan borang permohonan dibuat secara terkawal atas sebab tadbir urus dan integriti. Pejabat Adun sebenarnya boleh memohon Kad Perak Sejahtera ini melalui Pembangunan Wanita dan ia tertakluk kepada kawasan kelulusan dalaman jabatan. Setiap borang mempunyai nombor siri dan tidak dibenarkan dibuat salinan bagi memastikan ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak. Sekiranya memerlukan tambahan borang perkara tersebut hanya perlu dimaklumkan dan borang akan dibekalkan mengikut keperluan.

Untuk makluman Dewan juga borang bukan hanya diedarkan kepada pejabat Adun tetapi turut disalurkan melalui pentadbiran daerah di Pejabat Daerah dan Tanah serta Pejabat Penghulu. Daerah Kerian dan Larut, Matang dan Selama antara PDT yang aktif mengenal pasti penerima KPS yang layak. Permohonan juga dibuka kepada orang awam secara walk in di pejabat atau pun program. Manakala bagi kawasan yang jauh daripada Kinta borang boleh dipos kepada Sekretariat Wanita. Kita akan pos kalau ada keperluan dan data menunjukkan peningkatan yang cukup ketara apabila sebanyak 2874 permohonan diluluskan pada tahun 2025 berbanding 1594 pada tahun 2024. Antara kawasan dengan kelulusan tertinggi ialah Pengkalan Hulu, Manjoi, Lubuk Merbau, Bukit Chandan dan Kampong Gajah.

Justeru gambaran sebenar ialah bukan wujud kekurangan sistematik dari sudut akses kepada borang tetapi kerajaan mengawal proses ini secara tertib supaya pengagihan kekal telus, teratur dan berlandaskan kelayakan. Cuba bayangkan kalau kita tidak mengawal permohonan borang ini. Semenjak KPF ini disediakan atau pun dibuat oleh kerajaan Negeri Perak 2019 tiada kawalan kepada borang permohonan pada ketika itu kad Perak Prihatin menyebabkan permohonan yang bertimbun-timbun sampai ke Pejabat Sekretariat Wanita yang mengakibatkan sepatutnya kita boleh bantu dengan kadar segera kepada orang-orang yang berkelayakan tidak dapat dibantu dengan kadar segera sebab proses permohonan yang perlu mengambil masa dan kita menghadapi kekangan dari segi penjawatan. Jadi sebab itu kita mengucapkan ribuan terima kasih sewaktu pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Permohonan kepada kad Perak Sejahtera kalau sebelum ini menerima kepada 20 ribu penerima manafaat tapi pada bajet tahun ini telah ditambah kepada 21 ribu penerima manafaat yang mana pada tahun ini sehingga hari ini saya nak maklumkan kita telah pun menggunakan lebih kurang 20286 penerima manafaat.

Jadi untuk kad Perak Sejahtera ini kita tinggal berbaki lebih kurang 800. Jadi kalau kata kita mengedarkan borang tanpa kawalan dan saya harap kita tidak hanya ingin menjadi populis sebab kita nak bagi orang kat kawasan kita tak apa tak apa isi…isi …isi…isi…isi borang sedangkan kita menyerahkan tanggungjawab ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atau pun sesiapa sahaja juga yang mengambil borang ini supaya nilai dan kenal pasti betul-betul siapa yang harus kita bantu agar kita dapat mengoptimumkan sumber yang ada untuk kad Perak Sejahtera ini.

Timbalan Yang di-Pertua menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bota berhubung isu pengurangan bilangan taska dan keperluan pemerkasaan sektor pendidikan awal kanak-kanak. Ingin saya tegaskan bahawa semua taska termasuk taska di rumah tertakluk di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 atau pun Akta 308. Semua permohonan pendaftaran taska di rumah perlu mendapatkan sokongan daripada tiga agensi teknikal iaitu Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan sebelum permohonan diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Keperluan ini dikuatkuasakan bagi menambah baik kualiti perkhidmatan dan memastikan keselamatan kanak-kanak yang diasuh sentiasa terjamin. Kerajaan Negeri memahami cabaran pengusaha untuk beroperasi secara sah dan mematuhi semua syarat ini dan inilah antara sebabnya berlaku pengurangan taska berdaftar khususnya bagi pengusaha taska di rumah yang tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan.

Namun Kerajaan Negeri tidak berdiam diri. Menyedari kepentingan perkhidmatan taska kepada ibu bapa yang bekerja JKM mengambil inisiatif melaksanakan One Stop Centre Taska di peringkat negeri dan juga daerah untuk memudah cara proses pendaftaran sehingga pengusaha memenuhi syarat daripada agensi teknikal. Pengusaha digalakkan berdaftar dengan JKM bagi memberi keyakinan kepada ibu bapa dan penjaga untuk menghantar anak mereka ke taska yang sah. Selain itu bagi tujuan pengurusan rekod operasi dan pemantauan, JKM dengan kerjasama UPSI telah membangunkan National Child Data Centre sejak tahun 2016. Sistem ini mengumpul dan menyimpan data kanak-kanak, pengasuh dan pendidik di taska berdaftar di seluruh Negeri Perak dan ia digunakan untuk memantau, menilai serta mengawasi taska yang berdaftar. Maka isu taska ini perlu difahami bukan semata-mata dari sudut bilangan tetapi dari sudut standard, kita nak jaga keselamatan, kita nak berikan keyakinan kepada orang awam terhadap sistem penjagaan kanak-kanak.

Sebab itu kalau kita tengok geraf atau pun apabila kita melakukan one stop centre pendaftaran taska ini pada tahun 2025 pendaftaran taska di Negeri Perak ialah berjumlah 180 dan apabila kita membantu dapat ditingkatkan menjadi 183 sebab kita nak supaya taska yang berdaftar itu benar-benar taska yang mematuhi dan saya yakin dan percaya ibu bapa juga dah tentulah bila nak pergi bekerja nak meletakkan satu-satunya atau pun anak-anak permata kita ini kepada sebuah institusi yang mempunyai keyakinan dari segi standard penjagaan dan sebagainya. Kita khuatiri apabila ada berlaku berlaku perkara yang tidak diingini akhirnya perkara itu disalahkan semula kepada pihak KPM terutamanya kerana tidak membuat pemantauan kepada taska-taska yang tidak berdaftar. Jangan risau kita bukan nak sekat punca pendapatan orang. Kalau betul-betul nak ini datang kita akan bantu kita akan guide dan sebenarnya proses untuk kelulusan hanya mengambil masa lebih kurang 14 hingga 21 hari sekiranya segala dokumentasi, proses melengkapkan maklumat-maklumat telah disediakan oleh pengusaha taska. Jadi Insha Allah kita akan cuba bantu. Timbalan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Trong…

Nak tanya sekejap. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya nak tanya YB Exco bagaimana dengan cadangan saya untuk pihak Kerajaan Negeri menyediakan latihan-latihan yang diperlukan oleh pengusaha taska dan juga pengasuh di taska?

Untuk makluman Yang Berhormat memang kita ada program-program bersama Persatuan Pengusaha Taska Negeri Perak. Kita ada program yang kita lakukan bersama mereka untuk menambahkan tahap kemahiran dan kita juga mengharapkan agar pengusaha-pengusaha taska mengambil pekerja atau pun pengasuh yang ada tauliah supaya mereka tahu bagaimana nak menyantuni dan ada kredibiliti. Perkara itu memang kita lakukan bersama Kerajaan Negeri bersama Persatuan Pengusaha Taska Negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua, berhubung cadangan Yang Berhormat Trong supaya penyaluran bantuan wang ihsan NADMA dan bantuan wang ihsan Kerajaan Negeri disekalikan serta cadangan membuka semula PPS di Masjid Trong. Saya ingin menjelaskan bahawa kedua-dua bentuk bantuan tersebut beroperasi di bawah tatacara pelaksanaan yang berbeza. Selaras dengan Garis Panduan Agensi Pengurusan Bencana Negara Bilangan 2 Tahun 2025 penyaluran bantuan wang ihsan yang berkuatkuasa mulai November 2025 hendaklah dilaksanakan sepenuhnya melalui kaedah perbankan yang diintegrasikan secara sistematik dengan platform yang dibangunkan oleh JKM iaitu MyIBJKM manakala pembayaran wang ehsan Kerajaan Negeri dilaksanakan secara tunai melalui mekanisme baucar kecil panjar khas. Oleh sebab itu saluran sumber peruntukan dan bidang kuasa yang berbeza maka adalah tidak wajar disatukan pelaksanaannya secara serentak.

Dari sudut pengisytiharan dan pengaktifan PPS ia berada di bawah kuasa Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Segala urusan berkaitan PPS termasuk penyelarasan dan pengurusan mangsa dilaksanakan melalui agensi-agensi berkaitan di bawah JPBD ataupun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. PPS hanya akan dibuka apabila keadaan benar-benar memerlukan pemindahan mangsa dan mestilah melalui arahan serta penyelarasan rasmi pihak berkuasa. Jadi isu ini bukan soal keengganan kerajaan tetapi soal mematuhi tatacara pengurusan bencana yang telah ditetapkan demi keselamatan dan kebajikan mangsa.

Saya beralih pula kepada isu pembangunan usahawan. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rungkup dan Yang Berhormat Hutan Melintang berhubung impak kenaikan kos bahan api dan konflik Asia Barat terhadap usahawan. Sekratiat Usahawan Negeri Perak dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan telah melaksanakan satu tinjauan awal yang melibatkan 844 usahawan PMKS di seluruh Negeri Perak. Walaupun tinjauan ini bersifat sementara dan belum merupakan kajian rasmi yang menyeluruh, dapatan awalnya tetap penting sebagai indikator awal keadaan semasa. Majoriti responden melaporkan peningkatan kos operasi khususnya melibatkan bahan mentah, tenaga seperti minyak dan gas serta kos logistik. Peningkatan kos ini berada dalam julat 10 hingga 50% dan memberi tekanan langsung kepada margin keuntungan syarikat. Tekanan ini menjadi lebih berat apabila berlaku perubahan pada pola pembelian pengguna yang lebih berhati-hati dalam berbelanja, sekali gus menyebabkan penurunan jualan terhadap usahawan sedia ada. Tinjauan ini juga menunjukkan ketidakseimbangan taburan lokasi perniagaan dengan kebergantungan yang tinggi terhadap daerah-daerah tertentu seperti Kinta, diikuti LMS, Hulu Perak, Perak Tengah, Manjung dan Kuala Kangsar yang menunjukkan tahap penglibatan sederhana. Sebaliknya daerah seperti Muallim, Hilir Perak, Kampar, Kerian dan Bagan Datuk menunjukkan tahap penglibatan yang masih rendah. Majoriti responden memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengurangkan kos operasi dan menaikkan harga produk ataupun perkhidmatan bagi mengekalkan margin keuntungan dan kelangsungan perniagaan. Ada juga responden yang mencadangkan kawalan harga barangan asas subsidi berperingkat dan sokongan kewangan tambahan. Kerajaan Negeri mengambil dapatan ini dengan serius dan kekal komited membantu sektor usahawan dan koperasi termasuk melalui perbincangan lanjut dalam mesyuarat khas berkaitan impak krisis Asia Barat.

Ertinya, kerajaan tidak menunggu. Masalah tunggu jadi besar, kita tak tunggu tetapi kita telah mula membaca isyarat awal dan menggerakkan respons yang bersesuaian. Berhubung isu industri halal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Sepetang, Kerajaan Negeri memandang industri halal sebagai satu sektor yang berkembang pesat dan berpotensi menjadi enjin pertumbuhan ekonomi baru. Melalui Sekratiat Usahawan Perak dengan kerjasama JAIPk, MARA, SADC dan pelbagai agensi lain, kerajaan terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu seramai mungkin usahawan Perak menceburi pasaran halal meliputi program latihan, bimbingan, akses kepada bantuan serta perluasan pasaran dalam dan luar negara. Kerajaan juga telah membawa ramai usahawan dan produk Perak yang mempunyai pensijilan halal ke ke pelbagai pameran perdagangan dan jualan di dalam dan luar negara. Antara bukti praktikal kejayaan ini ialah pelepasan kontena ke Kemboja yang mengandungi produk susu formula bayi dan produk sambal untuk dibekalkan kepada Saudi Airlines yang kesemuanya memenuhi keperluan pensijilan halal bagi kegunaan pengguna di negara terbabit. Pada masa yang sama, kerajaan juga mengakui bahawa masih wujud jurang kesiapsiagaan yang besar. Data rasmi JAIPk menunjukkan sepanjang tahun 2025, terdapat 1,181 permohonan pensijilan halal tetapi hanya 480 diluluskan dan angka ini menunjukkan bahawa cabaran sebenar bukan kekurangan aspirasi tetapi jurang dari segi dari sudut kesiapsiagaan premis, operasi dan juga pematuhan standard oleh peniaga, usahawan-usahawan atau peniaga-peniaga.

Oleh itu, STeP pada tahun ini dengan kerjasama PASAK melalui dana TVET dan sokongan pelbagai agensi akan melaksanakan Program Bimbingan Khas Usahawan Perak bagi mendapatkan sijil halal ke arah pensijilan halal dengan sasaran sekurang-kurangnya 200 usahawan pelbagai jenis perniagaan bagi membantu mereka memahami proses mendapatkan pensijilan halal dan juga membimbing mereka menjadi kelompok usahawan yang lebih berdaya tahan. Insha Allah, program ini akan dijalankan mulai bulan Mei dan kita akan sasarkan sekurang-kurangnya 20 syarikat atau usahawan dari program ini akan mendapat sijil halal. Selain itu, STeP juga melaksanakan Geran Pembangunan Industri Halal Negeri Perak yang bukan sekadar instrumen bantuan kewangan tetapi pembangunan strategik memperkukuhkan daya saing PKS Perak dalam ekosistem halal yang semakin kompetitif.

Tambahan pula, kewujudan Halal Park MARA di Tambun menjadi komponen penting dalam ekosistem ini untuk platform sebagai satu platform pembangunan usahawan halal yang mana kita sediakan ruang kemudahan dan sokongan dalam persekitaran perniagaan yang lebih teratur dan berdaya saing. Memetik Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, ekosistem industri halal turut diperkukuhkan dengan peruntukan RM124.7 juta untuk pembangunan Taman Industri Halal Halal Park, Perak di Lekir. Oleh itu, pembangunan industri halal perlu dilihat sebagai satu ekosistem kolaboratif yang sedang dibina dan ditambah baik secara berterusan bukan sebagai usaha yang bersifat terpisah-pisah. Berhubung isu bantuan tambahan kepada PKS dan IKS yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hutan Melintang, Kerajaan Negeri sentiasa komited memperkasakan golongan peniaga kecil termasuk PKS dan IKS melalui pelbagai program komprehensif yang memberi tumpuan kepada bantuan kewangan serta peningkatan kapasiti usahawan. Melalui Sekratiat Usahawan Perak, kerajaan melaksanakan geran usahawan perak sejahtera ataupun GERAK iaitu bantuan secara one off sehingga maksimum dua ribu ringgit bagi pembelian peralatan, barangan serta penyertaan kursus dan latihan. Inisiatif ini bertujuan membantu mengurangkan kos operasi usahawan.

Melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak pula, kerajaan menyediakan bantuan peralatan perniagaan BizNita Negeri Perak dalam bentuk peralatan dengan nilai maksimum sehingga 2,500 setiap penerima. Bantuan ini bertujuan meningkatkan kapasiti pengeluaran, produktiviti dan kualiti produk usahawan kecil dengan keutamaan kepada wanita yang merupakan ketua isi rumah. Berhubung cadangan proses permohonan yang lebih mudah dan kurang birokrasi, kerajaan ingin menegaskan bahawa setiap bantuan yang disalurkan tetap tertakluk kepada SOP dan garis panduan bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti serta agihan yang adil. Prosedur ini juga penting untuk mengelakkan ketirisan, pertindihan bantuan dan memastikan setiap peruntukan memberi impak yang optimum. Namun dalam masa yang sama, kerajaan sentiasa meneliti ruang penambahbaikan untuk memperkemaskan proses permohonan agar lebih efisien dan mesra usahawan khususnya golongan muda dan wanita tanpa menjejaskan prinsip tadbir urus yang baik.

Masih menjawab Yang Berhormat Hutan Melintang, berhubung cadangan pewujudan hub ekonomi belia dan wanita. Kerajaan negeri merakamkan penghargaan atas cadangan tersebut dan sebenarnya telah mengambil beberapa langkah awal ke arah itu. Untuk makluman Dewan, Pusat Sebaran Maklumat Nasional ataupun NADI disaran dijadikan asas hub keusahawanan digital, latihan, inovasi serta industri kreatif. NADI telah berfungsi sebagai pusat latihan program e-Juwita yang dilaksanakan di setiap daerah dalam negeri Perak dengan kerjasama Sekretariat Wanita dan Masyarakat Negeri Perak. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil langkah awal memperkasakan pembangunan ekonomi wanita dan komuniti melalui pewujudan Pusat Aktiviti Suri Sejahtera di Jalan Jambul Jack, Ipoh. Pusat ini telah siap pada Mac 2026 dan telah mula beroperasi. Penubuhan Suri Sejahtera bertujuan menyediakan ruang yang kondusif dan inklusif bagi memperkasa wanita serta komuniti setempat. Pelbagai, untuk melalui pelbagai aktiviti pembangunan diri dan sosio-ekonomi.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk ruang aktiviti masakan dan keusahawanan asas, ruang sokongan bagi pesakit demensia, ruang sesi kaunseling dan sokongan sosial serta ruang pelaksanaan aktiviti wanita & komuniti. Inisiatif ini merupakan langkah permulaan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan eko-sistem pembangunan wanita dan komuniti, termasuk sebagai platform kepada aktiviti keusahawanan, kesejahteraan diri, sokongan sosial dan pembangunan kemahiran. Kerajaan negeri juga sedang meneliti cadangan memperluaskan konsep pusat seumpama ini ke daerah-daerah secara berperingkat dengan mengambil kira keperluan setempat serta potensi untuk dikembangkan sebagai hub ekonomi yang lebih menyeluruh termasuk penglibatan golongan belia dalam bidang digital, inovasi dan industri kreatif.

Berhubung cadangan Yang Berhormat Selama berkaitan pembangunan usahawan kecil serta peluang pekerjaan negeri, kerajaan sebenarnya telah meletakkan beberapa asas penting yang kukuh. Pertama, Kerajaan Negeri telah membangunkan satu sistem pangkalan data bersepadu yang dikenali sebagai Perak SME D-Base di bawah seliaan STeP. Sistem ini berfungsi sebagai repositori utama data usahawan negeri yang merangkumi profil perniagaan, kategori usahawan, lokasi operasi serta rekod bantuan yang telah diterima. Pengumpulan data ini membolehkan analisa berasaskan bukti dilaksanakan untuk menyokong pemantauan prestasi, perancangan program dan penambahbaikan dasar pembangunan PKS secara lebih sistematik dan efektif. STeP juga melaksanakan lawatan secara berterusan kepada usahawan di seluruh negeri bagi menilai keberkesanan bantuan yang diberikan serta mengenal pasti bantuan lain yang boleh disalurkan. Kedua, pelbagai inisiatif turun padang seperti Jelajah Usahawan dan Program Moh Usahawan Perak yang dilaksanakan di seluruh daerah dan mukim bagi mendekati komuniti usahawan di peringkat akar umbi. Program-program ini membolehkan isu sebenar di lapangan dikenal pasti dan pada masa yang sama jumlah peniaga kecil yang menerima manfaat dapat direkod secara sistematik melalui SME D-Base.

Atas faktor itulah, saya sentiasa berulang kali menyebut kepada usahawan-usahawan, kepada peniaga-peniaga atau pun agensi-agensi yang berkaitan kalau ada usahawan di bawah agensi atau pun usahawan itu sendiri, kita minta untuk mereka daftar secara langsung kepada sistem Perak SME D-Base supaya kita boleh melihat data-data dan keperluan-keperluan usahawan yang perlu kita bantu. Ketiga, berkaitan dana permulaan berbentuk geran mikro. Kerajaan telah merangka pelbagai program komprehensif dengan tumpuan kepada bantuan kewangan serta meningkatkan kapasiti usahawan termasuk geran GERAK yang permohonannya dipermudah melalui sistem. Pemohon hanya perlu mengemukakan salinan kad pengenalan, salinan SSM dan salinan sebut harga peralatan tanpa pengesahan tambahan dan tanpa lawatan penilaian bagi memudahkan proses. Sejak diperkenalkan pada tahun 2023, hampir 2,500 penerima manfaat telah mendapat manfaat atas geran ini dan saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat nanti sikit masa lagi kita nak lancarkan untuk tahun ini. Minta tolong kita boleh war-warkan kepada usahawan-usahawan yang memerlukan tapi kalau dah dapat tahun lepas, mintalah deme jangan isi lagi. Kita bagi peluang pada orang lain pula. Keempat berhubung portal pekerjaan negeri.

Selain portal sedia ada, Kerajaan Negeri melalui PASAK telah memperkenalkan aplikasi Talent Perak sejak 2021. Platform ini direka sebagai One Stop Centre bagi pencari kerja mencari peluang mengikuti lokaliti yang mengikut lokaliti mendapatkan pemadanan kerjaya, membolehkan majikan mempromosikan kekosongan jawatan, memberi akses kepada peluang TVET dan latihan soft skills serta menghebahkan program-program PASAK. Sehingga kini, Talent Perak telah memberi manfaat kepada 636 majikan. Membuka 22,261 peluang pekerjaan dan melibatkan 68,871 pengguna. Justeru, jawapan kepada Yang Berhormat Selama bukan sekadar pada peringkat niat tetapi sudah diterjemahkan kepada sistem data, geran, program lapangan dan platform pekerjaan yang sedang berfungsi.

Berhubung cadangan Yang Berhormat Malim Nawar berkaitan pemerkasaan produk tempatan serta keperluan memperkasakan pemasaran digital bagi IKS. Timbalan Yang di-Pertua, produk-produk IKS seperti sambal nasi lemak, sate dan kuih-muih tradisional, kerajaan mengakui bahawa pemasaran digital kini merupakan aspek utama yang wajib diberi perhatian oleh usahawan-usahawan PMKS Negeri Perak. Atas sebab itu, pelbagai kursus dan program latihan, peningkatan kemahiran, pemasaran dan bimbingan telah dilaksanakan secara berterusan oleh STeP bersama agensi lain seperti INSKEN, FAMA, MARA, TEKUN ni kita buat program-program untuk memberi ilmu kepada usahawan-usahawan. Antara program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025 termasuk Program Pengurusan Kewangan Penjaja Pengkalan Hulu dan Gerik, Bengkel Capai Sasaran Sales melalui Business Model Canvas dan KPI, Program Mudahnya Berniaga, Simulasi Sosial Media Marketing, Program Peningkatan Pensijilan dan Kualiti Usahawan Perak, Program Latihan Pemasaran Digital atau pun Kewangan Digital, Business Coach Kerjasama STeP dan TEKUN Nasional, Program Teknik Mengembangkan Perniagaan melalui Pengurusan Kewangan, Bengkel Transformasi Peranan Pembungkusan Dalam Kejayaan PKS bersama dengan SIRIM serta Seminar Usahawan MADANI, Pembangunan Produk dan Servis. Bagi tahun 2026, program-program ini akan diteruskan dengan penambahbaikan dari sudut sasaran peserta dan bilangan pelaksanaan. Keseluruhan usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan bukan mengabaikan usahawan kecil tempatan bahkan sedang menyediakan ekosistem latihan, pemasaran dan pembangunan kapasiti secara berterusan supaya produk tempatan boleh kekal kompetitif dan diangkat sebagai kekuatan ekonomi negeri.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, menutup penggulungan ini, di sebalik setiap angka yang kita sebut di dewan ini ada ada peluh. Ada komitmen. Ada kesungguhan daripada insan-insan yang hebat dari seluruh jentera pentadbiran negeri yang bekerja dengan penuh dedikasi demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi kerajaan khususnya di bawah portfolio saya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat daerah dan tanah di peringkat pejabat di peringkat pentadbiran daerah, pihak berkuasa tempatan, penghulu-penghulu, STeP, PASAK, Wanita Perak, SKM serta seluruh petugas di lapangan yg sentiasa bersama menjayakan setiap inisiatif kerajaan. Komitmen mereka termasuk dalam keadaan mendesak di luar waktu pejabat dan ketika hari-hari cuti adalah kekuatan sebenar kepada keberkesanan sistem penyampaian kerajaan.

Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada rakan strategik, NGO, sukarelawan, pemimpin komuniti, institusi latihan, sektor swasta dan semua pihak yang sentiasa berganding bahu membantu kerajaan menyampaikan bantuan dan sokongan kepada rakyat. Sesungguhnya kekuatan pentadbiran hari ini bukan hanya terletak pada dasar yang dirangka tetapi pada keikhlasan dan kesungguhan semua pihak yang melaksanakannya dengan penuh rasa tanggungjawab. Dengan penuh iltizam dan dengan rasa amanah, Kerajaan Negeri akan terus bekerja memperkukuhkan sistem, memperkemaskan pelaksanaan dan memastikan setiap dasar benar-benar memberi makna kepada kehidupan rakyat. Kerajaan hari ini saya yakin di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan benar-benar memberi makna kepada kehidupan rakyat. Kerajaan ini akan terus bekerja bukan untuk dilihat tetapi untuk memastikan rakyat merasa kerana akhirnya ukuran sebenar kejayaan pentadbiran bukanlah pada apa yang diumumkan tetapi pada perubahan yang benar-benar dirasai oleh rakyat itu sendiri. Itu sahaja daripada saya. Timbalan Yang di-Pertua, Temengor menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak. Temengor, menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Temengor. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Jalong untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih, Timbalan Speaker. Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Perak Sejahtera 2030. Sebelum memulakan penggulungan, patik ingin memohon ampun Tuanku. Patik merafak sembah dan menjunjung kasih di atas Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah ketika mencemar duli menyampaikan Titah Diraja dan merasmikan Mesyuarat Pertama, Tahun K,eempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan di Dewan yang mulia ini pada minggu lepas.

Timbalan Yang di-Pertua, sektor pelancongan terus memainkan peranan strategik sebagai pemacu dan juga antara pemacu utama pembangunan sosioekonomi dan pertumbuhan negeri Perak. Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri memperkukuh daya saing industri ini secara mampan berdasarkan juga pencapaian kukuh yang merekodkan 10.2 juta pelancong domestik pada tahun 2024 sehingga meletakkan Perak sebagai destinasi paling kerap dikunjungi di Malaysia. Kerajaan Negeri menyasarkan peningkatan kepada 10.5 juta pelancong domestik dan 1.2 juta pelancong antarabangsa menjelang 2026 sejajar dengan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026 sekali gus memastikan limpahan manfaat ekonomi terus dinikmati oleh komuniti setempat dan pemain industri pelancongan. Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak memainkan peranan sebagai agensi peneraju dalam menyelaras serta mempromosikan pembangunan sektor pelancongan di negeri Perak secara holistik. Dari aspek promosi, Tourism Perak terus melaksanakan inisiatif pemasaran secara strategik di peringkat domestik dan antarabangsa termasuk penyertaan dalam misi jualan dan promosi ke luar negara khususnya ke pasaran negeri jiran atau negara jiran seperti Thailand, China, Indonesia dan sebagainya. Usaha ini bertujuan memperluas capaian pasaran serta memastikan Negeri Perak kekal kompetitif dan terus menjadi pilihan pelancong utama dari dalam dan juga luar Negara. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak telah menjalinkan kerjasama dengan 2 artis antarabangsa yang berasal daripada Ipoh masing-masing dalam bidang masing-masing, dalam segmen yang berlainan, tetapi penyanyi dan juga artis sebagai usaha memperkukuhkan pendekatan promosi Negeri Perak yang lebih kreatif, inovatif dan berimpak tinggi khususnya dalam menembusi pasaran di China Selatan.

Kerajaan Negeri juga sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama pihak, pelbagai pihak bagi mempergiat usaha promosi ke pasaran lain seperti Indonesia, sekali gus bagi memperkukuhkan kedudukan Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan pilihan di peringkat serantau. Oleh itu, Tourism Perak juga sedang mencari artis yang berminat untuk mewakili Ipoh dan juga Negeri Perak bagi mempromosikan pasaran kami di Indonesia. Jadi selain aspek promosi, Tourism Perak turut bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta dalam sektor pelancongan bagi memperkasa kemahiran penggiat industri serta komuniti setempat. Kerajaan Negeri kekal komited dalam pembangunan infrastruktur pelancongan melalui usaha menaik taraf pembinaan baru serta penambahbaikan kemudahan asas di kawasan-kawasan tumpuan pelancongan.

Timbalan Speaker, dalam perbahasan Yang Berhormat sekalian di Dewan ini pada minggu yang lalu, Yang Berhormat Bercham sebagai wakil rakyat sebagai wakil rakyat 4 penggal telah yang berpengalaman dalam Dewan ini telah membangkitkan beberapa isu yang keperluan transformasi dalam aspek pengurusan, penyelenggaraan infrastruktur serta keselamatan sektor pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, isu infrastruktur ini sebenarnya yang di pusat membeli-belah di Ipoh merupakan tanggungjawab pihak swasta. Pihak pengurusan telah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa atau 2 hari lepas bahawa kontraktor yang dilantik akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan eskalator tersebut mengikut perancangan yang ditetapkan dengan jangka masa pelaksanaan dianggarkan sebanyak 28 hingga 38 minggu. Berhubung juga dengan isu kekurangan tempat letak kereta di Tasik Cermin dan juga penutupan operasi di Qing Xin Ling. Untuk ini, untuk makluman Yang Berhormat juga, ini merupakan di bawah Exco PBT.

Jadi, walau bagaimanapun, pejabat saya telah mengambil inisiatif mengemukakan cadangan kepada jabatan berkenaan dan telah melakukan pelbagai perbincangan dan dalam masa yang sama, Tourism Perak berperanan sebagai penyelaras dan juga pelaksana promosi pelancongan. Hasil penyelarasan mendapati bahawa Qing Xin Ling masih belum memperolehi kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak serta Jawatankuasa Khas Pembangunan Kaki Bukit kerana belum melaksanakan kerja-kerja keselamatan yang disyorkan oleh konsultan. Jadi sehubungan itu, saya mencadangkan agar Yang Berhormat Bercham dapat bekerjasama dengan lebih erat dan juga memantau dan memperhalusi tindakan yang diambil dan bekerjasama rapat dengan Exco yang terlibat.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, dukacita dimaklumkan bahawa isu-isu berkaitan sektor pelancongan ini hanya dibangkitkan oleh 2 pihak sahaja. Jadi, pihak pembangkang yang sepatutnya memainkan peranan semak dan imbang dalam Dewan ini dilihat langsung tidak menumpukan perhatian terhadap isu-isu yang menjadi keprihatinan rakyat, sebaliknya lebih cenderung kepada bermain isu politik. Jadi sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri terpaksa mengambil pendekatan proaktif untuk melaksanakan fungsi semak imbang secara sendiri, kendiri demi memastikan kepentingan rakyat. Jadi, saya terpaksa menyoal saya sendirilah sebab tak ada orang soal portfolio kami.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ya, ya saya soal. Saya soal.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Tak apa, nanti. Ini dah saya masuk ke pembangkang dah. Tak apa dah you duduk. Jadi sehubungan dengan itu, salah satu isu utama yang dibangkitkan oleh masyarakat yang menjadi sekarang yang saya rasa tidak dibawa adalah merupakan Jeti Lumut di Daerah Manjung. Jadi untuk makluman Yang Berhormat sekalian, Jeti Lumut telah diluluskan pemberimilikan kepada Jabatan Laut Malaysia melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau

MMK pada Disember 2024 dan telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Januari 2026 di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Seterusnya pada 15 April 2026 pengesahan pemilikan tanah ini telah dimuktamadkan membolehkan Jabatan Laut mengambil tindakan segera bagi pengurusan dan penambahbaikan kawasan tersebut dan susulan daripada itu, Jabatan Laut dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung atau MPM telah menggerakkan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan awal melibatkan kawasan menunggu, tandas serta persekitaran jeti. Tandas awam yang sedang dalam proses baik pulih dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya pada minggu ketiga April 2026. Manakala kemudahan alternatif turut disediakan bagi kegunaan orang awam. MPM juga melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat atau CSR termasuk kerja-kerja pembersihan dan pengindahan laluan pejalan kaki serta kawasan sekitar bagi memastikan keselesaan pengunjung kekal terjamin. Pegawai Jabatan Laut dan MPM turut menjalankan pemantauan berkala di lapangan. Manakala aspek teknikal turut dan juga struktur untuk naik taraf utama kekal di bawah bidang kuasa Jabatan Laut. Dari segi perancangan jangka panjang, Jabatan Laut sedang mendapatkan kelulusan peruntukan daripada Ibu Pejabat bagi kerja-kerja naik taraf menyeluruh termasuk penambahbaikan imej, kemudahan awam dan pengalaman pengguna sebagai pintu masuk utama ke Pulau Pangkor. Jadi secara keseluruhannya, penambahbaikan ini dilaksanakan secara berfasa melalui kerjasama strategik antara Jabatan Laut dan MPM dengan fokus untuk kebersihan, keselesaan, keselamatan serta potensi peningkatan tarikan pelancong di Jeti Lumut.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Exco, Bercham dan Astaka berdiri.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Tak payah la. Tak cukup. Isu terlalu panjang.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sila duduk.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Seterusnya adalah.

Berkaitan dengan Lumut ya, Yang Berhormat.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Seterusnya adalah isu lesen jurupandu geopark daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atau MOTAC dan Jabatan Mineral dan Geosains atau JGM di kawasan Geopark, Lenggong. Yang Berhormat Timbalan Speaker, sedihnya isu ini telah dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikannya sebagai isu perkauman tetapi sukacita saya ingin mengumumkan bahawa golongan yang terkesan ini terdiri daripada peserta-peserta yang tidak mengikuti kursus penuh jurupandu geopark. Sebaliknya, hanya menyertai kursus 4 hari anjuran Universiti Sains Malaysia atau USM yang khusus untuk Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong seperti Galeri Arkeologi, gua-gua UNESCO dan Bukit Bunuh. Bagi menangani isu ini, Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Lenggong dan agensi kerajaan berkaitan telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan GeoGuide Lenggong, Geopark pada Februari lalu dan berpandangan bahawa tiada halangan bagi pemegang sijil USM untuk menjalankan lawatan di Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong. Jadi pada masa yang sama, usaha sedang digerakkan untuk mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang Berhormat...

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kursus GeoGuide Lenggong, Geopark yang baru...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Yang Berhormat Jalong...

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

bagi membuka peluang kepada peserta sedia ada dan serta komuniti baru...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sikit ya, Berkenaan dengan yang isu perkauman tadi.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

termasuk dari Gerik untuk memperolehi lesen rasmi MOTAC. Jadi konsep utama yang dibawa adalah "The More the Merrier" dengan izin, dengan matlamat memastikan lebih ramai komuniti tempatan dapat terlibat dalam industri pelancongan secara sah dan teratur sebagai langkah segera atau quick win. Satu sesi libat urus akan diadakan, telah diadakan pun antara Persatuan GeoGuide Lenggong, pemandu-pemandu pelancong Sijil USM, JWM, MOTAC Perak, JMG Perak, Tourism Perak serta Badan-badan Pengurusan Lenggong Geopark bagi mencari penyelesaian yang menyeluruh untuk semua pihak.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Jalong? Sikit lagi.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Jadi tak perlu. Sebab di sesi soal pembentangan tak ada orang bawak. So, ini saya bawa sendiri. So, tak perlu tambah.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Nak tanya berkenaan isu perkauman tadi.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Jadi Timbalan Speaker...

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

…saya juga ingin mengambil kesempatan ini

YB ENCIK KHALIL BIN YAHAYA (KUBU GAJAH:) Isu perkauman tadi.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

untuk menegaskan bahawa Kerajaan Negeri sama sekali.

Exco kena bagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang lain semua sila duduk.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kerajaan Negeri sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan atau kenyataan yang cuba mempolitikkan industri pelancongan secara perkauman atau berasaskan...

YB baca je.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

...agama serta boleh menjejaskan keharmonian hubungan antara kerajaan, pemain industri dan masyarakat. Industri pelancongan perlu terus diperkukuh sebagai platform inklusif menyatukan semua pihak...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ada sebut mengenai dengan perkauman. Cuba jelaskan dalam Dewan ni.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

...bukan dijadikan medan perpecahan yang boleh merugikan pembangunan sektor ini secara keseluruhan. Timbalan Speaker, isu utama yang terakhir dibangkitkan oleh masyarakat. Masyarakat, bukan YB-YB. Yang dibangkitkan oleh masyarakat adalah.

Bagi ruang Adun bercakap.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Isu menaik taraf infrastruktur Bukit Larut, Taiping. Jadi, Bukit Larut telah ditutup sementara sejak Oktober 2019 berikutan kejadian hujan lebat berterusan yang menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh serta kerosakan jalan, sekali gus menjejaskan akses ke kawasan tersebut. Susulan itu, perkhidmatan jip ke puncak tersebut dihentikan dan hanya aktiviti pendakian berjalan kaki dibenarkan untuk pengunjung.Jadi bagi tujuan pemulihan dan pembangunan semula, Kerajaan Negeri melalui...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

YB Exco minta sikit untuk produk pelancongan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Majlis Perbandaran Taiping telah melaksanakan pelbagai projek pembangunan di Bukit Larut bagi tempoh 2023 hingga tempoh 2026 dengan jumlah peruntukan melebihi RM2 juta yang melibatkan pelbagai sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen serta Adun-Adun tempatan. Projek tersebut merangkumi kerja-kerja menaik taraf banglo dan rumah rehat, pembaikan pintu masuk utama serta pagar dan kerja-kerja menceriakan pencahayaan serta memperindahkan kawasan pelancongan tersebut. Dalam masa yang sama, Universiti Malaya telah memilih Bukit Larut sebagai Program Angkat Madani dan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Taiping dalam pelaksanaan beberapa inisiatif serta program di kawasan tersebut termasuk pemasangan lampu solar, sistem daftar masuk atau check in penyediaan gerai serta penganjuran pelbagai program dan majlis bagi menghidupkan semula daya tarikan Bukit Larut sebagai destinasi Pelancongan Warisan Alam. Timbalan Speaker...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jalong, ni destinasi pelancongan nak masuk sikit, bagi peluang sikitlah. Ini baru ada perbincangan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya rasa semua YB telah diberi peluang semasa ucapan YB-YB masing-masing tetapi tidak membawa isu tersebut. Sekarang ini saya bawa isu saya. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita nak...

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dia tak bagi, sila duduk.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dalam sektor pelancongan yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam memperkukuh pembangunan industri pelancongan negeri serta meningkatkan daya tarikan destinasi pelancong. Kesimpulannya, sektor pelancongan Negeri Perak akan terus diperkukuh melalui pendekatan yang adaptif dan berfokus selaras dengan dengan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 agar ekonomi domestik diperkukuh, inovasi dipergiat dan pembangunan dilaksanakan secara lestari. Dengan kekuatan sedia ada serta komitmen semua pihak, negeri Perak berada pada landasan yang jelas untuk mencapai sasaran yang ditetapkan serta memastikan manfaat pelancongan terus dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.

Timbalan Speaker, berdasarkan data rasmi daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA, Negeri Perak telah mencatatkan satu lonjakan pelaburan yang amat signifikan dan bersejarah. Jumlah pelaburan yang diluluskan telah meningkat daripada RM8.5 bilion pada tahun 2023 kepada RM8.76 bilion pada 2024 dan akhirnya melonjak secara drastik kepada RM15.76 bilion pada tahun 2025. Ini merupakan satu trajektori pertumbuhan yang amat memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 80% dalam perbandingan tahun ke tahun. Lonjakan ini bukan sekadar angka statistik, tetapi ia membawa impak langsung kepada kesejahteraan rakyat Negeri Perak melalui penciptaan peluang pekerjaan berkualiti. Jumlah peluang pekerjaan yang dijangka akan diwujudkan telah meningkat daripada 4,353 pada tahun 2024 kepada 10,704 pekerjaan pada tahun 2025. Satu peningkatan lebih...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Peraturan mesyuarat.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

...daripada 2 kali ganda yang mencerminkan peralihan Perak ke arah industri.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Peraturan mesyuarat

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

...berintensif teknologi dan Kemahiran tinggi

Yang di-Pertua

Exco, Standing Order daripada Alor Pongsu. Standing Order berapa?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kali pertama saya pegang buku ini Peraturan-Peraturan Berbahas 39 (6) seseorang Ahli tidak boleh membaca ucapannya tetapi boleh dibaca cabutan daripada buku atau surat yang menyokong hujahnya dan boleh rujuk nota bagi mengingatkan semula sebarang yang hendak diucapkannya.

Yang di-Pertua

Ok. Jadi...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya minta jangan baca macam baca berita ini.

Yang di-Pertua

Haaa ya.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tak ada nada berbahas.

Yang di-Pertua

Ok. YB Exco dia ingatkan supaya jangan baca macam membaca sangat.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Jangan nampak macam baca, dia nak minta saya cabut, saya pun cabutlah. Kejayaan ini dipacu oleh sektor pembuatan manufacturing yang telah muncul sebagai tulang belakang ekonomi negeri dengan nilai pelaburan...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Still baca tu

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

...sebanyak RM9.39 billion atau 60% daripada keseluruhan pelaburan

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terbaik Jalong.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

...tahun 2025. Lima subsektor pembuatan utama yang telah meletakkan Perak di peta pelaburan global adalah industri kelengkapan pengangkutan, industri, pembuatan makanan, industri produk mineral bukan logam, industri elektrik atau E&E dan elektronik, industri produk logam, fabrikasi dan lain-lain. Jadi pihak Kerajaan Negeri, saya bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi persekutuan dan negeri khususnya MITI dan juga MIDA dan juga Invest Perak dan agensi-agensi teknikal yang berkaitan baik agensi persekutuan dan juga negeri kerana kerjasama erat yang telah ditunjukkan telah memudahkan proses penarikan pelaburan dan perjalanan pelabur di Negeri Perak melalui penyediaan infrastruktur yang kondusif dan proses kelulusan yang efisien sekali gus membuktikan bahawa Perak adalah destinasi yang serius dalam memacu kemakmuran ekonomi.

Dato' Seri Yang di-Pertua, kejayaan mencatatkan pelaburan bernilai RM15.76 bilion ini seharusnya tidak seharusnya menjadikan kita leka untuk mengekalkan momentum ini. Sinergi antara negeri dan persekutuan mestilah diperkukuh ke tahap yang lebih agresif. Kita perlu memastikan bahawa konsep ease of doing business dengan izin ini diterjemahkan ke dalam semua bentuk realiti operasi bukan sekadar retorik di atas kertas. Ia melibatkan penyediaan infrastruktur utiliti yang bersifat ready to go. Proses kelulusan permit yang pantas serta fasilitasi pusat sehenti atau one stop centre yang benar-benar berfungsi sebagai pemudah cara dan penyelesai masalah pelabur secara proaktif. Melangkah ke depan semua pihak terpaksa atau termasuk minta maaf. Semua pihak termasuk agensi negeri dan persekutuan perlu terus memperkukuh usaha bagi memastikan Perak kekal sebagai destinasi pelaburan terbaik di Malaysia sama ada bagi pihak pelabur baru mahupun pelabur sedia ada. Perlu diingat bahawa pelabur sedia ada merupakan tunjang utama ekonomi Perak. Komitmen berterusan mereka untuk menyumbang dan juga berkembang serta melabur semula di negeri ini mencerminkan keyakinan terhadap kestabilan serta daya saing ekosistem pelaburan kami.

Sebagai rumusan prestasi pelaburan yang memberangsangkan ini membuktikan bahawa Negeri Perak berada di landasan yang tepat. Namun, kejayaan sebenar bukan sekadar pada angka tetapi pada sejauh mana manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat. Dengan strategi yang jelas merangkumi pengukuhan ekosistem industri, kerjasama antara agensi pembangunan bakat serta jaminan kesejahteraan pelabur. Kita yakin Perak mampu melangkah lebih jauh sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif. Marilah kita terus berganding bahu demi memastikan kemakmuran ini dapat di nikmati secara inklusif oleh seluruh rakyat Negeri Perak.

Yang Berhormat Exco, mohon mencelah?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ok, saya cabut lagi.

Yang Berhormat Exco mohon mencelah?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Exco dan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Berkaitan dengan industri dan juga pelaburan, saya ada sentuh dalam perbahasan saya satu cadangan supaya Negeri Perak kalau boleh meneroka satu bentuk strategi industri yang saya namakan sebagai industri vendor luar bandar. Industri vendor luar bandar ini bukanlah asing sebenarnya. Ianya telah digunakan di banyak negara maju dan juga di negara membangun termasuk Jerman, Jepun, Korea Selatan, India dan juga China dan industri vendor luar ini yang ada angker daripada industri besar membangunkan komponen-komponen industri di luar-luar bandar, kilang-kilang kecil di luar bandar. Dengan ini industri vendor ini boleh memajukan luar bandar secara tidak langsung boleh memajukan sektor ekonomi di luar bandar. So, pertanyaan saya ataupun apakah ada perancangan di peringkat Kerajaan Negeri untuk memperluaskan industri vendor luar bandar ini ada di bawah perancangan Kerajaan Negeri sebab kalau melihat daripada Malaysia ini masih lagi kurang berkembang, industri vendor luar? Bukan tidak ada kurang berkembang. So, adakah perancangan peringkat negeri untuk memperluaskan lagi industri vendor luar supaya majukan lagi bandar di luar? Ok itu sahaja.

Yang di-Pertua

Manong, industri vendor ya?

Vendor.

Yang di-Pertua

Vendor luar bandar.

Ya, Komponen-komponen dibangunkan atau boleh buat di luar bandar seperti yang dibuat di Jerman banyaknya. Terima kasih Dato' Speaker.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Dato' Seri Speaker. Saya ambil maklum cadangan Yang Berhormat tetapi saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sebenarnya tidak terletak di bawah agensi saya tetapi di bawah portfolio saudara Exco, saudari Exco yang berlainan. Jadi, Dato' Seri Yang di-Pertua, jadi kebelakangan ini saya rasa pangkat tiga abjad ini asyik naik sahaja dalam Dewan, termasuk juga dalam Berita Nasional. Jadi berkenaan dengan isu BYD.

Ok. Jadi pertama saya mewakili pihak Kerajaan Negeri dan juga rakyat Negeri Perak mengucapkan terima kasih yang paling mendalam kepada MITI dan juga MIDA dalam segala bantuan penyelarasan dan libat urus mereka untuk menjayakan pelaburan dalam Negeri Perak. Kejayaan Perak membuat lonjatan sebanyak 80% dari tahun ke tahun atau year to year dengan izin, adalah satu bukti terbaik penglibatan dan komitmen MITI dalam memperkembangkan pelaburan Perak.

Jadi isu yang berbangkit pada hari ini bukanlah satu isu di mana ok, kami boleh melihat atau sepatutnya dilihat sebagai isu kami sedang menentang MITI atau sedang bergaduh, tetapi ia cuma merupakan satu keadaan di mana kami merekodkan hasrat negeri hasrat rakyat Negeri Perak termasuk pentadbiran Negeri Perak dan juga untuk pencerahan kepada ahli-ahli dalam dewan ini. Saya ulang lagi pencapaian 80 peratus lonjakkan tahun ke tahun tidak mungkin berlaku tanpa bantuan MITI. Jadi kedua, Kerajaan Negeri cuma memohon supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melihat ke dalam rayuan Negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak akan menerima pandangan dan keputusan yang diambil oleh Yang Amat Berhormat setelah mendengar pandangan dan hujahan kedua-dua belah pihak.

Namun, untuk menjawab pertanyaan rakan-rakan Yang Berhormat berkenaan isu BYD. Berikut adalah kronologi projek untuk pemahaman seisi Dewan tetapi untuk makluman, ada juga isi-isi dan kandungan-kandungan yang akan dikeluarkan kerana ia mungkin terpalit atau terkena dengan rahsia-rahsia syarikat atau rahsia-rahsia perdagangan. Jadi, kronologi dan status terkini projek BYD di KLK Tech Park, Tanjong Malim, Perak sehingga ke tarikh 10 April 2026. Pada 30 Oktober 2024 Pertemuan Invest Perak bersama Syarikat BYD Company Limited di Shengzhen, China diketuai oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak. Pertemuan ini turut disertai Pengarah MIDA, Guangzhou. Semasa pertemuan tersebut, pihak syarikat memaklumkan hasrat untuk membuat pelaburan pertama mereka di Malaysia dan Invest Perak telah mencadangkan beberapa lokasi kepada syarikat iaitu antaranya seperti Silver Valley Technology Park dan beberapa lokasi lain di Tanjong Malim.

Susulan daripada pertemuan tersebut, pihak syarikat menyatakan minat untuk melabur di daerah Muallim berbanding daerah lain, memandangkan daerah tersebut sudah dikenali sebagai Automotif Hub negeri…negara menerusi kewujudan AHTV atau Automotive Hi-Tech Valley yang lengkap dengan ekosistem dan rantaian nilai rantaian sektor automotif di mana secara langsung dan tidak langsung akan memudahkan syarikat-syarikat yang bertapak di situ untuk mendapatkan bekalan bagi produk-produk atau vendor-vendor pengeluaran produk produk mereka di negara ini 27 November 2024. Pihak syarikat telah menghantar pasukan teknikal bagi melihat sendiri beberapa tapak cadangan di Tanjong Malim bagi meninjau kesesuaian tapak iaitu nombor 1, Tanjong Malim Industrial Hi-Tech Park yang akan dibangunkan oleh Setia Awan Land Sendirian Berhad dan nombor 2, KLK Industrial minta maaf KLK Industrial Valley atau KLK Tech Park yang akan dibangunkan oleh KLK Land Sendirian Berhad. Lawatan tapak ini disusuli dengan mesyuarat Penyelarasan khas yang dikoordinasi oleh Invest Perak dan dipengerusikan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan

Koridor Negeri Perak serta melibatkan agensi Kerajaan Negeri dan persekutuan termasuk MITI dan MIDA Perak. Malah, Menteri Besar Perak Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad telah mengadakan majlis makan tengahari atau meeting lunch dengan izin sebagai alu-aluan kepada delegasi BYD yang dianjurkan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak.

Saya ingat lagi hari tu hari tu adalah MMK Perak di mana YB bergegas terus daripada SUK terbang turun ke Tanjong Malim makan tak sampai 40 minit lepas tu terpaksa bergegas balik ke Ipoh. Betul tak Dato’ Seri? Selain itu, pasukan teknikal yang dihantar pihak syarikat juga telah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi di negeri lain antaranya seperti Kawasan Perindustrian Banting di Selangor dan kawasan Perindustrian Labu di Negeri Sembilan. 27 Februari 2025 pertemuan khas antara BYD dan Yang Amat Berhormat TPM telah diadakan di bangunan Parlimen di mana pihak BYD telah membentangkan cadangan projek pelaburan mereka di Malaysia. Pertemuan turut disertai jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan termasuk MITI dan MIDA di ibu pejabat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming pula mengadakan dinner meeting sebagai alu-aluan kepada delegasi tersebut.

Pada 09 April 2025 lawatan dan Mesyuarat Penyelarasan Kedua telah diadakan di Tanjong Malim dipengerusikan oleh YB. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak di mana lawatan ini merupakan lawatan terakhir sebelum pihak syarikat menyenarai pendek pilihan dan juga untuk memilih KLK Industrial Valley sebagai lokasi pelaburan mereka di Malaysia. 30 April 2025 susulan daripada keputusan peribadi memutuskan untuk melabur di KLK Industrial Valley, satu sesi taklimat projek kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) telah diadakan di mana MMK membuat ketetapan bersetuju untuk memberi pemprosesan laluan secara fast track kepada pelaksanaan projek ini khususnya yang melibatkan bidang kuasa Negeri Perak.

7 Mei 2025, Mesyuarat Khas antara Invest Perak, KLK Land, BYD serta penyedia utiliti seperti TNB, Gas Malaysia dan lain-lain bagi memudahcara dan mempercepatkan proses kelulusan. 9 Mei lanjutan daripada ketetapan yang dibuat oleh MMK pada 9 Mei 2025 satu mesyuarat khas dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri telah diadakan di Majlis Daerah Tanjong Malim melibatkan setiap jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan cadangan pembangunan projek ini diberi perhatian secara serius serta laluan pemprosesan secara fast track khususnya yang melibatkan bidang kuasa negeri. 2 Jun 2025 pihak BYD telah mendaftarkan penubuhan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama pendaftaran baru iaitu BYD Automotive Malaysia Sendirian Berhad. 20 Jun 2025 pihak BYD secara rasmi telah menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah atau S&P bersama KLK Land Sendirian Berhad.

16 Julai 2025 Sesi perbincangan antara bersama MIDA, Perak, Invest Perak dan Majlis Daerah Tanjong Malim berkaitan dengan penyelarasan permohonan lesen permit ubahsuai kilang serta lawatan tapak bersama delegasi BYD. 22 Julai 2025 Mesyuarat khas antara MIDA, Invest Perak dan delegasi BYD telah diadakan di MIDA, HQ dipengerusikan oleh Tuan Norizam Nor Hisham minta maaf Ibrahim, Pengarah Eksekutif Pembangunan Perkilangan, Bukan Sumber dan Ketua Pegawai Digital atau CDO MIDA bertujuan menyelaras permohonan lesen pengilang atau ML pas ekspatriat atau EP pas lawatan profesional atau PVP. Pihak BYD secara rasmi telah membuat permohonan lesen pengilang atau ML kepada MIDA setelah beberapa siri perbincangan telah diadakan antara syarikat dan MIDA. Sehingga ini, pihak negeri mahupun pihak BYD tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan dasar atau syarat baru pelaburan oleh MITI mahupun mana-mana agensi kerajaan Persekutuan. 31 Julai 2025 permohonan menjalankan kerja-kerja awal di tapak permohonan kebenaran...Kebenaran Merancang atau KM dan juga pelan bangunan telah mendapat kelulusan daripada Majlis Daerah Tanjong Malim atau MDTM.

12 September 2025 majlis pelancaran KLK Tech Park telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Majlis turut dihadiri oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjong Malim. 29 September 2025, permohonan lesen pengilang atau ML oleh BYD kepada MIDA telah diluluskan secara interim dengan syarat-syarat berikut. Nombor 1, Limited to 20% of capacity for domestic market. Maknanya BYD cuma dibenarkan untuk menjual 20% daripada pengeluarannya dan 80% adalah untuk pasaran eksport dengan kuantiti-kuantiti yang telah dicadangkan oleh BYD counter offer by MITI pada hari tersebut. Saya tidak ingin umumkan angka tersebut sebab saya risau mungkin akan terpalit dalam kerahsiaan syarikat ataupun dalam perbincangan MITI. Saya rasa ini saya tak nak umumkan nombor tersebut. Nombor 2, syarat untuk tidak menggunakan PBS. Aktiviti pengeluaran di kilang BYD hendaklah berasaskan nilai tambah yang tinggi. Oleh itu, aktiviti pengeluaran yang menggunakan Painted Body Shell atau PBS yang diimport adalah tidak dibenarkan khususnya bagi keluaran kenderaan untuk pasaran domestik. Nombor 3, Minimum on the Road Price of RM100 ribu. Kenderaan yang dihasilkan tempatan untuk pasaran domestik adalah tertakluk kepada sekatan harga jualan On the Road minimum sebanyak RM100 ribu ke atas.

Jadi ini saya ingin terangkan sekali lagi sebab banyak desas-desus di dalam media. Biar rasmi biar tak rasmi yang menuduh MITI dengan pelbagai angka saya rasa itu tidak adil daripada permulaan MITI telah menekankan RM100 ribu. Bukan seperti yang kita nampak dalam gembar-gembur dalam social media. Ada yang menerima apa yang kami katakan, dia kata RM150 ribu, RM200 ribu, RM250 ribu. Pada awalnya, dari mula MITI memang menetapkan RM100 ribu sahaja. 80% Local Malaysian Higher, jadi jumlah guna tenaga sepenuh masa keseluruhan syarikat hendaklah terdiri daripada sekurang kurangnya 80% warganegara Malaysia. Penggajian rakyat asing termasuk pekerjaan diperolehi melalui penyumberan luar adalah tertakluk kepada dasar ini. Jadi itu adalah apa yang telah diumumkan atau diberi pada ML tersebut pada 29 September. 30 September 2025, sesi pertemuan khas antara BYD dengan Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara penting khususnya melibatkan syarat-syarat yang terkandung dalam ML MIDA.

Pihak BYD membangkitkan keresahan mengenai syarat 1 dan syarat 2, di mana mereka merasakan agak sukar untuk dipenuhi. 15 Oktober 2025, susulan daripada pertemuan khas antara BYD dan YB. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, sesi rundingan susulan antara BYD dan MIDA telah diadakan bagi membincangkan syarat-syarat yang terkandung dalam ML seperti mana yang telah dinyatakan tadi. 28 Oktober, Mesyuarat Lembaga Eksekutif Invest Perak dalam bilangan 2025 telah membincangkan mengenai kemungkinan BYD menarik diri daripada melabur di Tanjong Malim susulan daripada syarat-syarat yang ketat yang telah dikenakan kepada mereka seperti mana yang terkandung dalam kelulusan interim, lesen pengilang atau ML.

Justeru, mesyuarat bersetuju untuk membuat ketetapan untuk membawa perkara ini ke peringkat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi memastikan isu ini dihadapi ketika ia dapat diselesaikan dengan baik sekaligus menyakinkan semua pihak BYD untuk meneruskan projek pelaburan mereka di Tanjong Malim. 24 November 2025, BYD telah mengemukakan rayuan kepada MITI dan MITI telah menyemak cadangan pindaan termasuk terhadap syarat-syarat ML dan komitmen tambahan ditawarkan oleh BYD. Secara prinsipnya, MITI menyambut baik komitmen tambahan yang dicadangkan oleh syarikat bagi pelaksanaan lokalisasi bermula tahun 2030 dan juga beberapa tawaran BYD yang saya rasa saya tidak akan umumkan di sini sepatutnya ia biar dia diuruskan dalam perbincangan nanti. 24 Disember, MITI menerusi surat bertulis mengekalkan pendirian bahawa syarat-syarat asal ML ditetapkan untuk BYD harus dikekalkan. Namun, cadangan syarikat untuk menggunakan 4 ribu Pre-Budget Statement (PBS) bagi tahun pertama operasi pengeluaran 2027 boleh dipertimbangkan bagi model yang mempunyai harga jualan melebihi RM180 ribu. 9 January 2026, Kerajaan Negeri menerusi YB. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak telah menulis surat kepada CEO MIDA bagi mendapatkan maklum balas terkini berhubung perkembangan situasi terkini.

Ini kerana isu ini telah mula dibangkitkan oleh Adun-Adun dan menjadi perbincangan hangat semasa dalam Dewan Undangan Negeri Perak pada bulan Disember 2025. 12 Januari 2026, sewaktu mesyuarat susulan antara MITI, MIDA, BYD dan Sime Auto telah diadakan bagi membincangkan mengenai keputusan MITI pada 24 Disember 2025. MITI turut menasihatkan BYD untuk mengkaji semula cadangan tersebut bagi memastikan projek ini selaras dengan objektif kerajaan dan menjana limpahan ekonomi tempatan. 26 Januari 2026, CEO MIDA telah memberi maklum balas secara bertulis kepada surat yang diberikan kepada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak bertarikh 9 Januari 2026. MIDA telah memaklumkan siri perbincangan dan libat urus berterusan bersama BYD masih berjalan bagi membantu menyelesaikan perkara tersebut. 10 Februari 2026, Invest Perak telah mengadakan perbincangan khas bersama KLK Land dan BYD untuk mendapatkan maklum balas terkini dalam perbincangan antara BYD dan MITI. Semasa pertemuan, pihak BYD menyediakan beberapa cadangan dan juga ini saya rasa lebih baik dibincangkan semasa perbincangan antara MITI, BYD dan Yang Amat Berhormat nanti. Jadi yang ini pun saya juga tidak akan umumkan. 11 Februari 2026, Invest Perak telah mengadakan sesi pertemuan dan kunjungan hormat kepada KSU MITI dan juga CEO MIDA.

Dalam pertemuan, Invest Perak telah memaklumkan hasil perbincangan bersama BYD dan tindakan susulan akan diambil oleh BYD termasuk mengemukakan permohonan rayuan serta komitmen tambahan yang akan dilaksanakan oleh syarikat. 14 Februari 2026, BYD telah mengemukakan rayuan kedua kepada MITI beserta komitmen tambahan syarikat merangkumi cadangan-cadangan pelan pembangunan. Ini pun saya takkan sebut. 2 Mac 2026, susulan daripada permohonan rayuan yang dikemukakan oleh BYD sewaktu perbincangan antara BYD dan MIDA, Kuala Lumpur telah diadakan. 6 Mac 2026, perbincangan susulan antara Invest Perak & MIDA Kuala Lumpur telah diadakan bagi mendapatkan maklum balas terkini rayuan yang dikemukakan oleh BYD. Pihak MIDA memaklumkan MITI ketika ini sedang dalam penelitian terhadap rayuan yang dikemukakan dan membuat keputusan akhir. 11 Mac 2026, perbincangan dan pertemuan khas antara YB. Menteri MITI, MIDA, BYD, KLK & Sime Darby telah diadakan. Semasa pertemuan MITI tetap kekal dengan keputusan dan syarat sedia ada di mana 80% daripada jumlah pengeluaran di Malaysia adalah untuk pasaran eksport. 9 April 2026, susulan daripada pertemuan yang telah diadakan 11 Mac lalu, Invest Perak telah mengadakan perbincangan bersama BYD bagi mendapatkan pandangan dan pencerahan khusus berkaitan hala tuju syarikat seterusnya.

Pihak BYD memaklumkan sehingga kini masih belum membuat apa-apa keputusan secara rasmi dan masih menunggu keputusan akhir daripada Ibu pejabat BYD di China. Namun, ketika ini terdapat dua pilihan iaitu sama ada BYD terus kekal melabur di Tanjong Malim atau dua, menjalankan usahasama dengan mana-mana syarikat pemasangan kenderaan tempatan sedia ada. Maknanya keluar daripada Perak. Walau bagaimanapun, BYD memutuskan untuk bekerjasama dengan Sime Auto. Besar kemungkinan setiap model kenderaan BYD akan dipasang dan dikeluarkan di sebuah negeri luar daripada Negeri Perak dan kami di Negeri Perak berasa keputusan ini merugikan Perak. Jadi pada 10 April 2026 susulan daripada pertemuan BYD yang telah diadakan pada 9 Mac tersebut. Invest Perak telah mengadakan perbincangan khas bersama MITI Kuala Lumpur. Di mana MITI memaklumkan syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan lesen pengilang masih terpakai. Invest Perak telah mengadakan pandangan dan telah menyatakan pandangan dan kebimbangan kepada MITI sekiranya BYD menjalankan kerjasama dengan syarikat pemasangan kereta tempatan di mana potensi menyebabkan setiap model keluaran BYD akan dipasang di luar Negeri Perak. Justeru, Invest Perak telah mengadakan dan menyatakan pendirian yang jelas di mana pentadbiran ini menghormati setiap keputusan yang telah ditetapkan oleh MITI khususnya berkaitan syarat yang ditetapkan dalam ML.

Namun, sekiranya BYD membuat keputusan untuk bekerjasama dengan syarikat pemasangan kenderaan tempatan, Negeri Perak sangat berharap dan berpandangan bahawa projek tersebut harus dikekalkan oleh Kerajaan Persekutuan di Tanjong Malim, Perak. Jadi, saya rasa, untuk maklumat dan maklumat dan juga infomation rakan-rakan dalam Dewan ini sebenarnya saya rasa tidak timbul isu di mana Negeri Perak bergaduh dengan Persekutuan, tidak timbul isu di mana Persekutuan tidak menyokong negeri. Apa yang timbul sekarang cuma adalah kami belum menjumpai titik pertemuan. Sekiranya kami lihat ke dalam kronologi ini, ada titik-titik di mana Negeri Perak membuat kompromi tetapi pada masa yang sama saya ingin nyatakan di sini ada juga masanya di mana syarikat-syarikat membuat kompromi dan juga ada masanya di mana MITI juga membuat kompromi. Jadi saya rasa isu perbalahan tidak ada, tidak wujud. Cuma yang ada isunya Perak ingin apa yang kami katakan pelaburan BYD dalam apa-apa bentuk kekal di Tanjong Malim, Perak. Itu sahaja kehendak atau rayuan pentadbiran Negeri Perak terhadap pembuat keputusan nanti. Jadi menuju Dato’ Seri Yang di-Pertua, menuju kepada pengakhiran penggulungan saya, saya cuma ingin membawa beberapa persoalan untuk pertimbangan semua.

Saya yakin di pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri mempunyai niat dan hasrat yang terbaik untuk negara dan mereka memerlukan maklumat yang paling tepat, tidak terpesong dan lari daripada pelbagai sudut untuk membuat keputusan. Oleh itu, penyampai maklumat-maklumat yang non-bias, dengan izin adalah amat penting. Namun, dalam keadaan begini, adakah kemungkinan berlakunya pencemaran maklumat biar disampai kepada, yang disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang disampaikan kepada Menteri ataupun yang disampaikan kepada Pejabat Exco Pelaburan. Pencemaran Maklumat. Jadi ini kami perlu tengok. Mungkin titik persamaan tidak kami sampai kerana terdapat maklumat yang tidak tepat sampai kepada pembuat keputusan. Kemungkinan nombor dua, kemungkinan syarat-syarat baru akan diperkenalkan tidak pernah dibangkitkan walaupun pertanyaan berulang kali daripada pihak syarikat atau negeri sejak permulaan promosi dan proses perbincangan. Pihak syarikat dan negeri cuma dimaklumkan syarat-syarat baru selepas kemasukan permohonan oleh BYD dan adakah ini akan menjejaskan imej Malaysia sebagai, Malaysia dan juga Perak sebagai destinasi pelaburan kerana perubahan dasar dan syarat secara spontan merupakan antara pantang yang paling besar dalam dunia pelaburan. Persoalan industri, sekiranya ini berlaku atau sekiranya ini boleh berlaku kepada penghulu atau pendahulu atau pendahulu sesebuah syarikat dalam sebuah industri, maka adakah industri lain atau syarikat-syarikat lain dalam industri yang sama tidak akan tergugat. Soalan ketiga. Adakah syarat yang dikenakan kepada BYD sama dengan yang dikenakan kepada syarikat-syarikat lain?

Menurut kenyataan terbaru Timbalan Menteri, polisi terbaru oleh MITI, harga CBU perlu melebihi yang dipasarkan di Malaysia. Harga EV CBU terbaru yang dipasarkan di Malaysia perlu melebihi RM250,000.00 dan CKD perlu melebihi RM100,000.00 tetapi timbul kekeliruan kalangan rakyat dan agensi negeri kerana pada masa yang sama dalam beberapa minggu ini sahaja terdapat beberapa model EV dan Hybrid yang dilancarkan di pasaran. Ada model CKD berjenama China yang dilancarkan di bawah RM100,000.00. Kalau saya tak silap di bawah RM70,000.00 dan ada pula beberapa model jenama Jepun yang dilancarkan di bawah RM150,000.00. Jadi mana konsistensi syarat. Jadi disini kami perlu penjelasan supaya sekurang-kurangnya pihak pelaburan di Negeri Perak apabila kami didepani oleh mereka yang menanya nanti kami kena tahulah nak jawab macam mana sebab tak boleh hari ni jawab A, esok jawab B, C. Nombor 4, adakah industri EV di negara ini mampu untuk masa ini, pada masa ini mampu untuk membekalkan 40% kandungan tempatan pada masa ini dan adakah peratus kandungan tempatan, apakah kandungan peratus tempatan tertinggi pada masa ini oleh mana-mana syarikat di Malaysia dan saya merujuk kepada EV bukan ais, bukan enjin yang telan petrol, bukan enjin yang minum diesel? EV kerana EV dengan ais adalah berlainan. Dah nak landing dah Dato’ Seri. Jadi, soalan kelima dan penghujung yang kami nak dapatkan penjelasan. Itu yang saya katakan mungkin berlaku pencemaran maklumat. Jadi mengapakah Invest Perak tidak dibenarkan terlibat atau tidak terlibat langsung dalam perbincangan-perbincangan rasmi antara MITI dengan BYD di mana Invest Perak tidak dapat berada di dalam perbincangan tersebut.

Jadi Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang kami cuba bangkitkan di sini adalah, kami sedang berusaha. Kami berada dilandasan yang betul. Hubungan negeri dengan persekutuan berada pada tahap yang paling tinggi sekarang. Seperti yang saya katakan tadi tanpa MITI, Perak takkan bergerak. Jadi, jangan ada pihak yang cuba menangkap apa, yang cuba mengapi-apikan dan memburuk-burukkan kononnya negeri sedang bertelingkah dengan Persekutuan. Tidak wujud sama sekali. Tak ada masalah. Pegawai MITI sedang, Pegawai MIDA sedang duduk disitu. Saya minum dengan dia tak ada masalah. Dia tak marah saya jadi tak ada masalah.

Jadi, jangan buruk-burukkan perkara ini. Jadi untuk ini saya ingin jelaskan juga saya ingin mengucapkan sekarang sekali lagi mewakili Negeri Perak mengucapkan terima kasih yang paling mendalam kepada pihak Persekutuan kerana telah membantu kami bukan sahaja daripada MITI, saya ingin tegaskan bukan saja daripada MITI, malah sebelum ini untuk berpuluh tahun agak susah untuk Kerajaan Negeri Perak mendapat bantuan dalam pembangunan kawasan industry tetapi dalam dua tiga tahun ini, Kerajaan Persekutuan telah memberi kepada Negeri Perak persetujuan bukan sahaja persetujuan secara orang kata polisi tetapi wang telah disalurkan kepada KIGIP, kepada Silver Valley Technology Park, kepada LuMIC. Jadi untuk itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Persekutuan. Kami Cuma memohon untuk supaya isu BYD ini dapat dilihat dengan lebih mendalam. Terima kasih Dato’ Seri.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco dari Sungkai yang telah pun menamatkan perbahasannya. Sekarang saya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungkai untuk menggulung perbahasan. Silakan. 45 Minit. Terima kasih.

Salam Sejahtera, salam Malaysia, salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Berhormat kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, ketua-ketua agensi, para petugas dewan negeri, para pemerhati dan rakan-rakan media.

Pertama sekali saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Dewan kerana telah memberi ruang kepada saya pada petang ini bagi sesi penggulungan di bawah portfolio Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India. Dalam menyahut seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Sempena dengan pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Portfolio di bawah pentadbiran saya akan terus komited dalam menjayakan inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri yang telah dirangka dan akan dilaksanakan sejajar dengan Pelan Perak Sejahtera 2030. Demi meningkatkan nilai tambah kerjaya, kebolehpasaran dan kemahiran rakyat Perak tanpa mengira latar belakang agama, budaya mahupun kaum. Tidak dilupakan sekalung penghargaan diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada pihak kerajaan atau pun pembangkang yang telah memberikan pandangan serta cadangan membina sepanjang tiga hari perbahasan berlangsung khususnya berkaitan portfolio saya demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat di Negeri Perak.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan penggulungan saya dengan menyentuh fokus yang pertama iaitu pembangunan kesihatan di Negeri Perak. Bagi merespon kepada perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Keranji berkaitan stok vaksin Influenza. Untuk makluman Dewan, jangkitan influenza tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan atau notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Namun, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak sentiasa memantau trend aktiviti influenza. Mahupun kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan, Influenza Like Illness atau ILI. Melalui sistem pelaporan sedia ada dan daripada lokasi-lokasi Sentinel yang telah dikenalpasti di seluruh negara. Berdasarkan Pelaporan kluster

ILI. Malaysia telah mencatatkan sebanyak 320 kluster ILI pada tahun 2023. 456 Kluster pada tahun 2024 dan 939 Kluster pada tahun 2025. Bagi tahun 2026 sehingga 4 April 2026 yang bersamaan dengan minggu epidemiologi ke-13, sebanyak 28 kluster ILI telah dilaporkan berbanding dengan berbanding 57 kluster bagi tempoh yang sama tahun 2025. Ini adalah penurunan sebanyak 50.88%. Bagi situasi di Negeri Perak secara khususnya, bilangan kluster ILI yang dilaporkan pada tahun 2023 adalah sebanyak 41 kluster kemudian turun kepada 29 kluster pada tahun 2024 dan meningkat semula kepada 64 kluster pada tahun 2025. Walaubagaimanapun, sehingga 11 April 2026 atau bersamaan dengan minggu minggu epidemiologi ke 14 sebanyak 5 kluster ILI telah dilaporkan di Negeri Perak dan tiada atau kosong kluster ILI di daerah Kampar. Dalam tempoh yang sama, tiada atau kosong, kes kematian Influenza A dilaporkan di seluruh Negeri Perak atau pun di daerah Kampar.

Oleh itu, KKM akan terus memperkasakan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bagi memastikan situasi jangkitan ini kekal terkawal demi kesejahteraan rakyat. Analisis terperinci mengikut kategori umur menunjukkan bahawa kumpulan kanak-kanak berumur kurang daripada 18 tahun mencatatkan kadar konsultasi yang lebih tinggi berbanding kumpulan dewasa. Pada tahun 2023, kadar bagi kanak-kanak adalah sebanyak 14.06%. Sedikit menurun pada tahun, sedikit menurun 11.80 bagi tahun 2024 sebelum meningkat kepada 15.09% pada pada tahun 2025. Bagi tempoh awal tahun 2026 sehingga minggu ke-14, kadar tersebut berada pada tahap 13.75%. Jurang perbezaan ini adalah konsisten dengan sifat jangkitan influenza yang lebih mudah menular di kalangan kanak-kanak berikut faktor imuniti dan persekitaran sekolah. Bagi kumpulan dewasa pula yang berumur 18 tahun dan ke atas pula, kadar konsultasi ILI menunjukkan trend yang lebih rendah dan konsisten sepanjang tempoh tiga tahun tersebut. Pada tahun 2023 kadar yang direkodkan adalah sebanyak 3.99% diikuti dengan 3.2 1% pada tahun 2024 dan 4.07% pada tahun 2025. Diikuti dengan 3.21 pada 24 dan 4. Manakala bagi laporan terkini sehingga minggu ke-14, kadar konsultasi bagi golongan dewasa adalah sebanyak 4%. Kementerian Kesihatan prihatin terhadap keperluan perlindungan kesihatan khususnya dalam kalangan warga emas yang berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan influenza dan komited untuk memastikan akses kepada perkhidmatan imunisasi ini dilaksanakan secara berperingkat dan bersasar.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah memperuntukkan sebanyak 17,000 dos vaksin influenza bagi tahun 2026 dan perlaksanaannya dijalankan di 83 fasiliti klinik kesihatan di seluruh Negeri Perak. Jabatan Kesihatan Negeri Perak tiada isu dalam mendapatkan bekalan vaksin. Pihak JKN Perak sentiasa memantau status bekalan dari semasa ke semasa dan akan mengagihkan semula stok secara strategik sekiranya terdapat keperluan mendesak tertakluk kepada bekalan semasa di peringkat negeri dan kebangsaan. Kementerian Kesihatan Malaysia prihatin terhadap keperluan perlindungan kesihatan. Khususnya dalam kalangan warga emas yang berisiko tinggi, mendapatkan komplikasi jangkitan influenza dan komited untuk memastikan akses kepada perkhidmatan imunisasi ini dilaksanakan secara berperingkat dan bersasar. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengambil maklum bahawa terhadap isu kedua yang diutarakan oleh Yang Berhormat Keranji tentang tempoh menunggu mendapatkan rawatan. Beban kerja yang tinggi dalam perkhidmatan endoskopi seperti prosedur OGDS dan kolonoskopi menyebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan pendekatan penjadualan prosedur berdasarkan kategori keutamaan klinikal dengan tempoh menunggu yang berbeza. Bagi prosedur kolonoskopi, keutamaan diberi kepada kes disyaki kanser bagi memastikan pesakit mendapat pengesahan diagnosa dan rawatan awal.

Pada masa yang sama, pihak KKM telah melaksanakan inisiatif Hospital Services Outsourcing Program atau HSP yang melibatkan rujukan pesakit dari Hospital KKM untuk menjalani prosedur di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta. Bagi menambah kapasiti perkhidmatan kolonoskopi di Negeri Perak. Sehingga 15 April 2026, sebanyak tiga buah hospital swasta iaitu Hospital Tunku Abdul Rahman, Hospital Al-Ridzuan dan KPJ Ipoh Specialist Hospital terlibat dalam pelaksanaan pengeluaran perkhidmatan kolonoskopi bagi pesakit dari Hospital KKM. Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kamunting, JKN Perak telah merancang pembinaan Klinik Kesihatan Taman Panglima dalam Rancangan Malaysia Ke-13 melalui Pelan Induk Fasiliti Kesihatan Awam Negeri Perak untuk mengurangkan beban kerja Klinik Kesihatan Taiping dan Kamunting. Klinik Kesihatan Taman Panglima dijangka akan memberi perkhidmatan kepada lebih kurang 40,000 penduduk sekitar kawasan Aulong, Kampung Pinang dan kawasan perumahan di sekitarnya. Permohonan memberimilikan tanah kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. Melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah dikemukakan. Status terkini masih dalam proses pemberimilikan. Sekiranya selesai tempoh keseluruhan projek lazimnya dianggarkan antara tiga hingga lima tahun bergantung kepada skop dan kelulusan semasa.

Selain Klinik Kesihatan Taman Panglima, Kerajaan Negeri turut memberi fokus terhadap Klinik Kesihatan Kamunting. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Klinik Kesihatan Kamunting merupakan klinik kesihatan jenis ketiga yang telah dibina pada tahun 1989 dan mula beroperasi pada 21 Mei 1991. Dengan keluasan 3.64 hektar, klinik kesihatan ini memiliki dua bangunan. Bangunan asas terdiri daripada unit pesakit luar atau kecemasan atau farmasi dan unit rehabilitasi, manakala bangunan yang satu lagi terdiri daripada unit-unit MHS, makmal pengimejan dan dikongsi dengan unit pergigian.

Terdapat satu Klinik Desa Changkat Larah dan satu klinik komuniti iaitu Klinik Komuniti Kamunting berada di bawah seliaan operasi KK Kamunting. Berikut adalah senarai perincian Klinik Kesihatan Kamunting. Perkhidmatan yang di sediakan oleh Klinik Kesihatan Kamunting: rawatan penyakit acute, rawatan penyakit kronik, diabetes, HPT, asthma, COPD, klinik berhenti merokok setiap jumaat, Klinik TB dan DOTS, rawatan luka moden, rawatan kecemasan dan prosedur, pemeriksaan perubatan, pemeriksaan bakal jemaah haji, saringan kesihatan untuk warga emas, remaja dan dewasa, saringan kesihatan mental, saringan HIV pra perkahwinan, saringan kesihatan staf, verifikasi kematian, virtual clinic, Covid-19, influenza, vaccination centre, INR clinic. Jumlah pesakit di Klinik Kesihatan Kamunting pada tahun 2023 adalah 240,799 pesakit dan pada tahun 2025 adalah 248,559. Maka adalah peningkatan 8,000 pesakit bagi bulanan adalah pada tahun 2023 adalah 20,066 pesakit dan pada tahun lepas adalah 20,713 pesakit dan harian adalah sebanyak pada tahun 2023 adalah 660 pesakit dan tahun lepas adalah 660 pesakit dan tahun lepas adalah 681 pesakit.

Berbalik kepada jumlah kakitangan di Klinik Kesihatan Kamunting, pakar perubatan keluarga ada dua pakar, pegawai perubatan ada 15 orang, pegawai farmasi 15 orang, penolong pegawai perubatan seorang, Penolong Pegawai Perubatan U5, 9 orang. Penyelia Jururawat U9 satu orang. Penyelia Jururawat Gred U6, satu orang. Ketua Jururawat Kesihatan U6 tiga orang. Jururawat U6 tiga orang. Jururawat U5 11 orang. Jururawat masyarakat dan sebagainya teknologi makmal U5 dan sebagainya adalah sebanyak 106 orang staf. Klinik kesihatan kementerian antara fasiliti kesihatan utama di Daerah Larut, Matang dan Selama. Klinik ini sememangnya mengalami tekanan dari segi jumlah kehadiran tinggi khususnya pada masa puncak. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Pejabat Kesihatan Larut, Daerah Larut, Matang dan Selama telah menjalankan beberapa langkah penambahbaikan termasuk kerja-kerja naik taraf, fasiliti, penggantian alat perubatan, penambahbaikan aliran kerja, pendigitalan rekod perubatan menggunakan Cloud Based Clinic Management System dan sistem temu janji bagi mengurangkan kesesakan dan tempoh menunggu. Secara umumnya, tiada isu keselamatan atau gangguan perkhidmatan yang kritikal dilaporkan. Yang Berhormat Dato' Seri Di-Pertua bagi merespon kepada isu yang dibangkitkan oleh yang Bota dan Yang Berhormat Pengkalan Hulu...

YB Exco berkenaan Klinik Kesihatan Kamunting tadi. Terima kasih atas penjelasan Exco. Jadi daripada penjelasan YB Exco tadi menampakkan bahawa keadaan klinik di Kamunting ni sangat kritikal. Sebab dia jenis 3 yang hanya boleh menerima 300 ke 500. Tapi tadi saya dengar dah sampai ke 600. Maknanya dia dah perlu di upgrade kepada jenis 2 dan kalau YB Exco pergi sendiri ke klinik ni ruang dalam sangat sempit. Kemudian ruang duduk tak ada. Terpaksa luar dengan khemah yang risikonya panas dan kalau hujan akan menyebabkan basahlah. Kemudian bila keadaan begitu ada yang duduk bersila. Yang datang tu mengandung. Yang datang itu yang tidak sihat. Yang datang tu orang tua dan saya lihat tandas tu takde tandas cangkung dia tandas duduk. Jadi bila air kencing nak ambil tu kesian saya tengok lah makcik-makcik tua yang pregnant ni dan sebagainya. Problem masalah jadi yang satu lagi yang Taman Panglima tu takpe lah. Tapi saya minta upgrade lah daripada kelas jenis tiga ni kepada jenis dua supaya Klinik Kamunting ini dapat fasiliti yang selayaknya dan dapat keselesaan. Ruang parking pun takde. Ruang parking ada sebelah, kebetulan masjid itulah tempat parking dan kalau selebihnya parking di sisi tepi jalan. Kalau banjir kalau hujan menyebabkan lumpur dan sebagainya yang menyusahkan saya mintalah perhatian daripada YB Exco lihatlah apa ni Klinik Kesihatan Kamunting ini. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Kamunting, saya setuju. Saya pernah melawat Klinik Kesihatan Kamunting ini. Sebuah klinik yang sangat sibuk dibina lebih kurang 35 tahun dahulu. Jadi perlu menaik taraf dan ada beberapa persediaan yang telah dilakukan dan saya mohon bukan sahaja Yang Berhormat daripada Kamunting, Yang Berhormat, Yang Berhormat lain-lain dari kedua-dua pihak. Jika ada masalah hantarlah surat kepada saya. Janganlah tunggu sampai Dewan bersidang, jadi hantar surat mungkin saya dapat jawab lebih awal lagi. Terima kasih.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah Matang telah menyarankan bagi respon kepada Pengkalan Hulu dan Kerajaan Negeri Perak menyambut baik cadangan penubuhan Pusat Trauma di Lebuh Raya Timur Barat. Walau bagaimanapun, buat masa ini berikutan kekangan sumber sedia ada, pihak Kementerian Kesihatan tidak dapat membina fasiliti baru. Namun Pusat Penyelaras

Kecemasan Perubatan MACC telah mengenal pasti fasiliti KKM bagi penugasan terhadap respon kecemasan di sepanjang laluan Lebuh Raya Grik-Jeli.

Sehubungan dengan itu, pihak JKR telah menubuhkan sebuah pasukan tindak balas awal. First responder team yang bersepadu dan ditempatkan secara strategik di sepanjang lebuh raya berkenaan. Kesemua cadangan yang diutarakan akan diteliti dan dikemukakan ke peringkat ibu pejabat JKR Malaysia untuk dipertimbangkan. Selain daripada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga mempunyai pelan tindakan bencana yang mana pelan ini turut boleh diguna pakai sekiranya terjadi sebarang kes bencana di lebuh raya tersebut. Pelan tindakan bencana ini bersifat menyeluruh dan akan turut melibatkan agensi-agensi lain. Latihan Table Top & Latihan Simulasi Drill juga telah dijalankan bagi menguji keberkesanan susunan semasa dan meningkatkan ke setiap sediaan anggota di lapangan. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri juga sentiasa memanjangkan permohonan bagi menambah kakitangan, aset perubatan dan pertambahan serta penggantian ambulans bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan kecemasan di Negeri Perak. Berkenaan pengisian jawatan di Hospital Seri Iskandar. Ia dilaksanakan secara berperingkat di bawah tindakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk makluman semua Ahli Dewan, pengisian penjawatan di Hospital Seri Iskandar adalah dibuat dengan menggunakan waran penjawatan Hospital Changkat Melintang dan waran perjawatan Hospital Seri Iskandar. Pengisian jawatan menggunakan waran jawatan Hospital Seri Iskandar. Pertambahan 516 jawatan dibuat secara mengambil kira pelbagai faktor seperti penerimaan personal dari pihak kementerian dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital. Jabatan ini sentiasa berusaha untuk mengagihkan personal mengikut keperluan perkhidmatan atas saranan. Ketua perkhidmatan dan ketua profession setiap skim sehingga kini, jawatan yang diisi adalah sebanyak 180 manakala masih terdapat 337 kekosongan yang menerima personal dan pengisian dari masa ke masa berdasarkan keperluan yang dikemukakan oleh Ketua Perkhidmatan dan ketua Profesion setiap skim.

Seterusnya, Kerajaan Negeri menyambut baik terhadap cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Chenderiang berkenaan pembinaan kantin baru di Hospital Tapah. Walaubagaimanapun, cadangan awal pembinaan kantin melalui kaedah pembiayaan alternatif iaitu CSR terpaksa dinilai semula kerana terdapat kekangan teknikal dan kini masih dalam status tindakan pihak pemohon. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan melalui surat bertarikh 06 Mac 2026 memaklumkan bahawa hasil semakan bersama syarikat pemaju tersebut dimaklumkan telah menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan permohonan tersebut berikutan percanggahan antara cadangan asal dan yang berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat atau pun CSR dengan penetapan nilai semasa tanah yang dikemukakan. Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang melalui surat bertarikh 18 Mac 2026 memohon syarikat pemaju bagi mengemukakan maklum balas secara bertulis sebelum 30 April 2026 mengenai hasrat bagi meneruskan projek ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Perak bersedia membuat penilaian semula bagi menyediakan ruang atau tapak untuk syarikat yang berminat membuka kemudahan perkhidmatan kantin sedia setelah melalui proses dan prosedur premis sedia ada. Perkara ini penting berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Hospital Tapah yang kini memiliki bilangan staf hospital sebanyak 319 kakitangan. Manakala bilangan katil operasi adalah 100 katil. Setiap hari dijangka waris yang hadir dianggarkan sebanyak 168 orang. Selain itu, jumlah pesakit waris dan staf bagi sehari ia telah memerlukan perkhidmatan kafeteria. Dianggarkan sebanyak 276 orang.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kurau tentang pertambahan pegawai perubatan dan kemudahan di klinik dan hospital. Pihak KKM sedia maklum keperluan bagi pengisian kakitangan perubatan di hospital-hospital KKM Negeri Perak termasuk di Hospital Taiping. Penempatan kakitangan di Hospital Taiping dan lain-lain akan dilaksanakan bila masa terdapat pertukaran masuk ke Perak. Seperti mana sedia maklum, kes-kes kecemasan yang dilihat di Jabatan Kecemasan adalah berdasarkan keadaan dan keseriusan penyakit yang dialami oleh pesakit serta garis panduan sedia ada. Keutamaan diberikan kepada pesakit yang mengalami keadaan serius yang memerlukan rawatan kecemasan.

Justeru, kes-kes kecemasan yang lain akan dilihat kemudian dan berkemungkinan perlu menunggu lebih lama untuk mendapat rawatan. Selain itu, Klinik Kesihatan Batu Kurau merupakan Klinik Kesihatan Jenis 4 yang mula dibuka pada 10 April 1965. Berikutan adalah perincian berkenaan Klinik Kesihatan Batu Kurau iaitu rawatan penyakit accute, rawatan penyakit kronik diabetes, HPT Asma, COPD Klinik Berhenti Merokok. Rawatan kecemasan dan prosedur pemeriksaan perubatan, pemeriksaan bakal jemaah haji dan lain-lain. Jumlah pesakit secara puratanya adalah sekitar 300 pesakit harian atau 7,000 pesakit bulanan dan 82,000 pesakit tahunan. Jumlah kakitangan adalah 55 orang termasuk pakar pegawai perubatan sebanyak 8 orang dan sebagainya. Untuk makluman Dewan, Klinik Kesihatan Batu Kurau merupakan fasiliti kesihatan lama yang telah beroperasi sejak tahun 1965. Walaubagaimanapun, ia telah melalui beberapa fasa naik taraf fasiliti dari segi lokasi ia terletak di kawasan berbukit dan ini merupakan akses sukar untuk warga emas dan pesakit kurang upaya. Walaubagaimanapun, klinik ini masih berfungsi dengan baik dan tidak gangguan kritikal pada masa ini. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengambil maklum keperluan menaik taraf dan cadangan membina klinik kesihatan baru telah dikenalpasti dalam perancangan jangka panjang tertakluk kepada kelulusan dan peruntukan semasa.

Respon kepada Yang Berhormat Alor pongsu tentang perkhidmatan Pasukan Kesihatan Bergerak Mobile Team. Susulan penutupan Klinik Desa Changkat Lobak. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan…Ahli-Ahli Dewan, Klinik Desa Changkat Lobak telah bermula beroperasi sejak tahun 1967 sebagai klinik...klinik bidan. Keputusan penutupan Klinik Desa Changkat Lobak dibuat setelah penilaian menyeluruh dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengambil kira beberapa fakta utama seperti tahap penggunaan perkhidmatan kurang 6 client sehari, 6 client atau 16 pesakit sehari. Keadaan infrastruktur yang usang. Optimalisasi sumber manusia serta keperluan untuk memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif di Klinik Kesihatan Alor Pongsu yang berjarak kira-kira 11 kilometer atau 12 minit perjalanan kenderaan. Pendekatan semasa KKM adalah menumpukan perkhidmatan di klinik kesihatan berhampiran yang mempunyai kemudahan dan kepakaran yang lebih lengkap. Ini termasuk perkhidmatan rawatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, penyakit tidak berjangkit serta sokongan diagnosis yang lebih menyeluruh. Penduduk yang sebelum ini mendapat perkhidmatan di Klinik Desa Changkat Lobak telah disalurkan kepada fasiliti kesihatan terdekat yang mampu memberi rawatan yang lebih berkualiti dan bersepadu. Pada masa ini tiada perancangan untuk melaksanakan klinik bergerak di kawasan tersebut. Ini kerana liputan perkhidmatan oleh klinik kesihatan sedia ada adalah mencukupi dan masih mampu menampung keperluan penduduk setempat. Walau bagaimanapun, pihak KKM sentiasa memantau keperluan dan akses perkhidmatan kesihatan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat keperluan mendesak atau jurang akses yang ketara. Langkah-langkah bersesuaian akan dipertimbangkan bagi memastikan kebajikan dan kesihatan rakyat terus dipelihara.

Saya terus mengulung. Penggulungan saya dengan menyentuh aspek pembangunan sumber manusia di Negeri Perak. Memandangkan topik ini mendapat perhatian serta perbahasan yang meluas dalam Dewan yang mulia ini. Bagi merespon isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Changkat Jering. Untuk makluman, makluman Zon Ekonomi Perindustrian telah dipecahkan di bawah projek berkepentingan negeri di mana limpahan ini akan turut dinikmati di kawasan luar bandar. Sebagai contoh, di Kawasan Perindustrian Taiping terdapat 1,117 peluang pekerjaan aktif dalam bidang teknikal. Pemasangan, pemasaran digital, logistik dan industri elektronik pembuatan. Bagi memastikan momentum ini berterusan, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan dengan mengukuhkan kluster ekonomi daerah. Padanan pekerjaan dan kemahiran atau TVET di mana graduan tempatan disalurkan terus ke industri serta mempergiat usaha pelaburan berimpak tinggi bagi mewujudkan lebih banyak lapangan pekerjaan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau PKNP sedang giat menjalankan transformasi pendekatan ekosistem ekonomi walaupun cadangan untuk mewujudkan Zon ekonomi belia secara fizikal di setiap daerah adalah baik. Ia memerlukan penelitian mendalam dari segi kesesuaian skala ekonomi dan potensi pelaburan setempat.

Bagi menjawab respon perbahasan daripada Bukit Chandan yang telah menyentuh berkaitan fungsi dan peranan PASAK, saya selaku Pengerusi yang bertanggungjawab akan menerangkan sekali lagi walaupun telah berkali-kali di setiap persidangan menerangkan fungsi dan peranan PASAK dalam penggulungan saya dan saya harap YB benar-benar memberi perhatian serta tumpuan kepada penjelasan saya yang secara tidak langsung boleh membantu menerangkan fungsi PASAK kepada rakyat Perak. Saya ingin membetulkan fakta Yang Berhormat berkaitan portfolio agensi di mana PASAK diletakkan di bawah portfolio saya iaitu Jawatankuasa Sumber Manusia dan bukan di bawah portfolio pendidikan. Namun begitu, sebagai agensi Kerajaan Negeri, PASAK turut terlibat dalam perlaksanaan program dan inisiatif di bawah Exco-Exco berkaitan terutama belia, pendidikan pengajian tinggi dan keusahawanan melalui Program Cross Agency seperti pemberian baucar buku kepada mahasiswa yang merupakan inisiatif di bawah Exco Pendidikan.

Namun begitu, Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa bukan berada di bawah kelolaan PASAK tetapi di bawah Pejabat Exco Pendidikan secara terus untuk makluman Yang Berhormat. Fungsi utama PASAK adalah membantu Kerajaan Negeri bagi membangunkan modal insan, persediaan kerjaya, haluan kerjaya, pembangunan softskill, peningkatan kemahiran melalui agenda TVET dan membantu industri serta pelaburan dalam penempatan tenaga kerja tempatan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh PASAK yang saya akan pecahkan kepada output hasil mengikut program bagi tahun 2023 hingga 2026 yang akan saya jawab sekali dengan respon perbahasan Yang Berhormat Sungai Manik dan Hutan Melintang. Pertama, Program Pembangunan Kerjaya.

Di bawah Program Pembangunan Kerjaya ini, terdapat empat program utama yang dilaksanakan iaitu Jelajah Kerjaya Daerah yang membawa syarikat-syarikat kepada rakyat untuk temu duga. Program Moh Kerja yang dilaksanakan di Pejabat Penghulu dan di syarikat untuk temu duga. Program Latihan Kemahiran untuk melatih anak negeri dalam bidang kemahiran melalui latihan upskilling, reskilling and cross skilling serta aplikasi Talent Perak untuk menawarkan kekosongan jawatan dalam talian (online). Melalui inisiatif ini, sepanjang 2023 hingga 2026, sebanyak 83 program telah dilaksanakan di mana telah memberi seramai 4435 anak negeri Perak ditempatkan di dalam industri di pelbagai peringkat jawatan dan dengan jumlah janaan ekonomi sebanyak RM11 juta melalui penempatan pekerjaan ini. Ini menunjukkan kejayaan PASAK ini, bukan hanya diukur melalui indikator output tetapi juga diukur melalui indikator hasil atau outcome untuk setiap program yang dilaksanakan. Kedua, Program Pembangunan Modal Insan melalui program Klinik Kerjaya, Eksplorasi Kampus, Kelab Kerjaya di Sekolah, Latihan Bina Insan dan Pemetaan Kerjaya di mana sebanyak 241 program telah dilaksanakan melibatkan 19962 anak negeri Perak sebagai persediaan ke arah keperluan dan kehendak pasaran pekerjaan semasa dan jangka panjang. Selain itu, PASAK juga memainkan peranan penting dalam menyelaras maklumat dan data lepasan institusi anak negeri Perak untuk diselaraskan dengan keperluan projek kepentingan negeri. Bagi menjawab respon isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selinsing…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

YB Exco, boleh bagi peluang? Haa...macam nilah YB Exco, kena bagi peluang dan gunalah Dewan kita untuk semak dan imbang kan Dato' Seri Pengerusi. Kadang-kadang YB Exco ini kita bertanya, menggulung, kita nak berbolak balik, tak boleh, macam ini baru kita boleh bagi contoh. Insha Allah kami sedia membantu. Cuma nak menyentuh sikit mengenai dengan PASAK. Isu yang kita bangkitkan bahawa yang pertama, kita tengok aliran keluar tenaga-tenaga mahir daripada negeri Perak ke luar negeri Perak dibangkitkan contoh kepada Selangor dan juga Pulau Pinang sedangkan kita menyediakan platform PASAK untuk memberi kemahiran kepada tenaga-tenaga dalam negeri Perak dengan harapan mereka ini boleh menyumbang kepada sosio ekonomi dan juga menyumbang kepada KDNK Negeri Perak dengan kemudahan-kemudahan yang ada. Jadi kita dok nampak sebagaimana yang dibangkitkan tadi. Di Perak walaupun kita tidak ada kosongnya…sikitlah yang menganggur sebab orang semua bekerja…tak ada dalam istilah menganggur. Dia nak makan, dia kerja. Tapi isu dalam Negeri Perak adalah Under Employment. Bekerja di luar daripada kemampuan dia, sijil dia. Ini satu perlu di atasi. Dok nampak kerajaan buat dan yang kedua, apabila kita latih dia nak teruskan hidup, peluang pekerjaan kita tak sedia dalam negeri Perak, macam tak ada connect. Lepas tu dia terpaksa pergi Pulau Pinang, dia terpaksa pergi ke Selangor dan lebih teruk daripada sana, dia pergi kat Kulim Hi-Tech Park. Kita masih lagi dalam keadaan yang ini. Cuma nak tanya YB Exco lah, kerajaan yang ada…apakah langkah-langkah yang kita ambil supaya kita mengguna tenaga Perak ini orang bijak-bijak semua? Tambah barisan ni…semua lagi bijak kan? Tapi masalah dia kan tak diberi kesempatan. Yang tak bijak jadi Exco…ni yang payah ni. Macam ni bijak. Ok, steady punya. Jadi, itu yang saya mintak Dato’ Seri, tolong jelaskan. Apa langkah? Kesian…tak membangun. Kita dok banggalah, kita kata dengan KDNK sekian berapa, sekian berapa, tapi kita tak banding, kita tengok kita. Ok, terima kasih. Kalau boleh bagi penjelasan sikit. Kami sedia membantu. Insha Allah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, saya sambung sikit sebab dah sebut tentang PASAK. Boleh ke? Terima kasih. Fatherly soft spoken but gentleman YB Exco ni. Ok, terima kasih YB Exco. Terima kasih Dato’ Seri Speaker. Bila Ketua Pembangkang sebut tentang kerjaya, penjawatan semua ni…saya nak tanya satu saja. PASAK sedar tak angka yang DOSM, yang saya sebut masa perbahasan itu hari, teachery iaitu lepasan diploma dan ijazah hanya dapat dibekalkan 27% di Negeri Perak. Kita compare notes. Penang 49, Selangor 40. Jadi kita ada jarak di situ. Itu menyebabkan persaingan kita untuk mendapat pelaburan lemah. Sebab Exco Pelaburan tak mahu dengar benda ini. Saya rasa YB Exco layak untuk mendengar dan kalau ada jawapan, terima kasih.

Saya jawab soalan Yang Berhormat Alor Pongsu dulu yang mengatakan bahawa perbandingan di antara Penang, Selangor berkaitan dengan pelaburan dan tawaran pekerjaan. Kita semua harus setuju tahap pembangunan di Penang dan Selangor ataupun Johor, banding dengan Johor agak tinggi tetapi kita juga nampak ada perbezaan dalam lima tahun ini. Dalam lima tahun ini, kadar pengangguran di Negeri Perak telah menurun. Itu...that is the fact dengan izin dan sekarang melalui PASAK yang kita latih, kita train anak-anak muda Perak. Gaji minima sekarang adalah RM1700. Gaji minima di undang-undang di seluruh negara adalah RM1700 tetapi selepas menghadiri kursus dua minggu, syarikat dah sedia ambil mereka dan gaji mereka dengan kelulusan Tingkatan Lima adalah sehingga RM2200. Tak ada lagi RM1700. They can get up to two thousand two hundred ringgit. Jadi masalah pengangguran ini adalah macam-macam. Balik kepada yang soalan daripada Gunong Semanggol. The brain drain daripada negeri kita. Yang brain drain ini bukan sahaja ada di negeri kita, malah Selangor pun ada. Selangor punya brain drain bukan ke wilayah, mungkin ke Jepun, mungkin ke Singapura sebab gaji di sana jauh lebih tinggi. Baru-baru ni ada satu kenyataan dalam surat khabar, pencuci tandas di Singapura, SD8000 gajinya. Sing Dollar. SD8000. Jadi macam mana orang kita tak pergi sana. Pergi sana cuci tandas pun okaylah, dapat SD8000. Tukar dengan duit kita tetapi jurang itu…jurang gaji tu, sudah kita dapat kurangkan sekarang. Pada masa yang sama, tawaran latihan dan juga kemahiran tetapi ada juga universiti-universiti kita keluarkan anak-anak kita di kursus-kursus di mana tidak diperlukan di swasta….

Kelulusan hasil kursus-kursus berkenaan dah out of date. Jadi macam mana mereka nak dapat jawatan dengan kelulusan mereka. Golongan itu adalah satu golongan masih yang under employed yang kita panggil under employed. Jadi ada qualification tapi qualification tidak selaras dengan kehendak di pasaran. Jadi saya harap kerajaan harus revisit back kursus-kursus yang ditawarkan kenapa mereka tak boleh dapat. Saya teruskan. Bagi menjawab respon isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selinsing, Yang Berhormat Ayer Kuning dan Simpang Pulai Kerajaan Negeri dalam usaha menangani isu penghijrahan sama tenaga kerja kemahiran tinggi dan brain drain dengan memperkasakan TVET di Perak dan dalam masa yang sama merealisasikan agenda koridor TVET negara seperti yang telah digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Kerajaan Negeri melihat TVET sebagai pemangkin mobiliti sosial yang mampu menjamin peluang pekerjaan yang sepadan dengan taraf kelayakan dan setara dengan kerjaya-kerjaya kolar putih yang lain. Ini terbukti apabila keboleh pasaran graduan politeknik mencapai 96.6% manakala graduan Kolej Komuniti mencapai 99.5%.

Dalam menyokong hal ini, Kerajaan Negeri melalui PASAK giat melaksanakan program-program pendedahan awal TVET dari peringkat akar umbi lagi iaitu dengan turun padang ke sekolah-sekolah untuk memberi pendedahan dan menerangkan potensi peluang pekerjaan yang akan wujud di Negeri Perak demi memastikan lepasan SPM tidak tersilap memilih haluan pendidikan mereka dalam menentukan kerjaya pada masa hadapan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian terhadap graduan-graduan yang terlibat dalam isu brain drain ini antara Kerajaan Negeri melalui PASAK telah memperkenalkan program Place and Train iaitu latihan TVET modular industry bagi melatih semula graduan-graduan ini untuk ditempatkan ke dalam industri. Konsep ini diguna pakai kepada penyelia latihan yang menawarkan kursus latihan wajib mempunyai letter of intent dari industri sebelum latihan ditawarkan. Sekiranya konsep train and place digunakan Kerajaan Negeri khuatir selepas peserta menamatkan latihan tiada penempatan pekerjaan yang diberikan kepada peserta-peserta ini. Sehingga tahun 2025 sebanyak 245 kluster modular industry telah laksanakan melibatkan 4016 peserta terlibat untuk ditempatkan ke dalam industri. Melalui program ini persefahaman antara majikan telah dicapai dengan tawaran untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi dari gaji minima iaitu RM1700 selepas mereka berjaya menamatkan latihan yang diadakan majikan yang mampu menawarkan sehingga lebih RM2500 untuk diserap bekerja.

Menjawab respon perbahasan Yang Berhormat Chenderiang pembangunan baru latihan institusi latihan TVET adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Untuk makluman Daerah Batang Padang telah dipecah sebagai zon selatan di mana merangkumi sehingga jajaran daerah Muallim. Terdapat tujuh institusi kemahiran di zon selatan ini iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris atau UPSI, Politeknik Sultan Azlan Shah, Giat MARA Tapah, Giat MARA Slim River, Kolej Vokasional Slim River, Kolej Komuniti Tapah dan Geometrik Institute di Tanjong Malim. Saya juga telah menekankan agar kursus-kursus latihan di zon selatan ini difokuskan kepada bidang automotif bagi menyokong pembangunan TVET di Tanjong Malim. Dato' Yang di-Pertua, bagi merespon kepada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol, Yang Berhormat Kamunting, Yang Berhormat Chenderoh dan Yang Berhormat Manjoi, untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius mengenai realiti ekonomi semasa serta kebimbingan berhubung isu guna tenaga dan kos sara hidup rakyat di Negeri Perak.

Sehubungan itu Perkeso mengambil tanggungjawab dalam memastikan isu pekerjaan di bawah kelayakan pendidikan under employment terutama sekali dalam kalangan graduan dapat ditangani secara berkesan supaya penghijrahan graduan Negeri Perak ke negeri lain dapat dikurangkan dan sekaligus menjamin kesejahteraan ekonomi serta pembangunan Negeri Perak yang seimbang. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut, melaksanakan Graduate Employability Roundtable Programme yang melibatkan 91 wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan, universiti awam dan swasta serta politik seluruh negara. Program ini merupakan projek platform perbincangan untuk bertukar pandangan dan membincangkan hala tuju ekosistem iaitu labor market exchange termasuk trend semasa pasaran buruh di samping membuka ruang kerjasama strategik merangkumi integrasi sistem, perkongsian data serta inisiatif jangka panjang bersama institusi pendidikan dalam memperkasakan keboleh pasaran graduan negara melalui pendekatan berasaskan data. Perkeso juga turut menjalinkan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam melaksanakan sesi pemprofilan dan temu duga untuk kerjaya dalam perkhidmatan awam serta bahagian pendidikan khas untuk membuka tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Diploma Pendidikan Lepasan ijazah kepada graduan OKU yang berminat untuk menceburi kerjaya guru. Ketiga melaksanakan program MyFuture Job atau Career Launchpad bagi meningkatkan persediaan transisi pelajar institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian tinggi swasta ke alam kerjaya dengan menawarkan elemen profiling pencari kerja program keboleh pasaran, aktiviti eksplorasi kerja dan temuduga kerjaya.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab berkaitan dengan gaji minima perlu kita memahami apakah itu definisi gaji minima. Gaji minima merupakan kadar upah terendah yang ditetapkan oleh undang-undang yang wajib dibayar oleh majikan kepada pekerja yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 dan bertujuan melindungi pendapatan pekerja. Untuk makluman Malaysia merupakan negara yang telah menyertai International Labour Organization atau ILO atau Pertubuhan Buruh Antarabangsa di mana pada Konvensyen ILO 1970 Nombor 131 telah menetapkan garis panduan bagaimana sesebuah negara patut mewujudkan dan menyemak sistem gaji minima secara adil. Pelaksanaan gaji minima di Malaysia telah bermula pada tahun 2013 secara berperingkat dan Malaysia merupakan antara negara yang satu langkah ke hadapan berbanding dengan negara seperti Denmark, Sweden mahu pun negara-negara jiran seperti Singapura dan Brunei di mana tidak ada undang-undang berkaitan dengan Akta Minima…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco sebelum you go far tentang gaji minima dan sebagainya, setuju tak YB Exco dengan saya, saya rasa its high time untuk Perak melalui portfolio YB mewujudkan gagasan tripartite iaitu kerajaan industri dan rakyat. Contoh saya bagi kawasan saya KIGIP. Semua orang bercakap tentang apa infra, dah mula ke belum tapi kita juga mesti mempersediakan rakyat dengan ilmu dan kemahiran. Jadi saya rasa berkaitan dengan portfolio perlu kita bina ILP or anything yang supaya bila kilang-kilang itu terbentuk rakyat di kawasan saya dah ada sijil dah. Let say about green mereka yang budak-budak muda ni dah ada green cert. Jadi saya cadangkan kita wujudkan gagasan tripartite ini kerajaan, industri dan juga rakyat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya percaya Yang Berhormat boleh mulakan satu gagasan seperti ini di kawasan Yang Berhormat sendiri and see how it works dengan izin. Tidak ada halangan to me tetapi kita ada banyak kawasan ada untuk pekerja. Kita ada kesatuan MTUC untuk perkhidmatan swasta. Untuk perkhidmatan awam kita ada CUEPACS dan di bawah CUEPACS kita ada lebih kurang 865000 ahli. Di bawah MTUC ada 1.6 juta ahli dan lebih kurang 500 lebih kesatuan. Bolehlah kita gunakan kesatuan ini dan menubuhkan ini di tempat masing-masing. Jadi kalau ada mana-mana Yang Berhormat nak mula bolehlah jumpa saya bila-bila masa. I'm for it, thank you. Kerajaan Persekutuan melalui, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Perunding Gaji Negara telah diberi mandat untuk memastikan aras gaji di negara ini bersesuaian dengan edaran semasa. Melihat pada pelaksanaan gaji minima di Malaysia dan implikasi terhadap pasaran kerja semasa, melalui kajian dan semakan Majlis Perundingan Gaji Negara, kadar gaji minima telah dimeningkatkan secara berperingkat dengan perintah gaji minima 2,024. Menetapkan gaji minima baru sebanyak RM1,700 sebelum dan telah berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Ogos 2025 bagi semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja. Majlis Perunding Gaji Negara dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja dan EDEC, JTM telah mengadakan sesi libat urus bagi mendapatkan maklum balas dari golongan stakeholders, dari kalangan majikan, persatuan, kesatuan sekerja dan pekerja yang melibatkan seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bermula dari 30 Mac 2026 hingga 29 April 2026 di 21 lokasi seluruh negara. Objektif dan dasar gaji minima adalah untuk memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga mereka dapat dipenuhi. Kedua, memberi perlindungan sosial yang mencukupi kepada pekerja-pekerja. Ketiga, mengalakkan industri meningkatkan rantaian pengeluaran dengan melabur dalam teknologi intensif dan peningkatan produktiviti buruh. Keempat, mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing tidak mahir. Rasionalnya, kerajaan telah menetapkan lantai gaji untuk memastikan majikan membayar upah yang adil selari dengan peningkatan kos sara hidup. Walaubagaimanapun, isu kadar purata kenaikan gaji yang mendatar pada sekitar 2% sememangnya tidak seiring dengan sara hidup semasa. Saya yakin dan percaya kerajaan akan sentiasa memantau pelaksanaan gaji minima ini seiring dengan perkembangan ekonomi negara.

Berkaitan dengan integrasi, Integrasi Nasional…Integrasi Nasional serta Pembangunan Dewan Masyarakat India merupakan antara tunjang utama dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 yang perlu terus diperkukuhkan dan dihayati sebagai asas kepada usaha menyatupadukan serta keharmonian rakyat di Negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak mengambil maklum dan menghargai keprihatinan Yang Berhormat Kuala Kurau berhubung keadaan tapak perkuburan kaum India di Jalan Bagan Tanjung, Tanjung Piandang yang terjejas akibat banjir dan hakisan sungai. Walau bagaimanapun untuk penjelasan Dewan yang mulia ini, setakat ini tidak ada sebarang permohonan atau permintaan rasmi yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada jawatankuasa pengurusan tapak perkuburan tersebut bagi tujuan naik taraf atau bantuan kewangan. Sekiranya terdapat keperluan mendesak, adalah penting untuk mana-mana pihak mengemukakan permohonan secara rasmi iaitu permohonan lengkap beserta anggaran kos serta sumbangan yang mampu disediakan oleh pihak mereka sendiri agar penilaian dan tindakan lanjut dapat dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini bagi memastikan Kerajaan Negeri dapat menilai keperluan sebenar secara telus dan menyeluruh sebelum mempertimbangkan sebarang bentuk bantuan atau peruntukan tambahan. Kerajaan Negeri kekal komited untuk membantu berdasarkan keutamaan dan keperluan sebenar di lapangan selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik serta Aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, mengakhiri penggulungan saya pada petang ini, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak atas kepimpinannya yang cemerlang dan bertindak strategik dalam menerajui negeri Perak ke arah kemajuan dengan mengutamakan kesejahteraan dan kepentingan rakyat Perak. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dan Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri yang menjadi tulang belakang terhadap kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Tidak dilupakan juga kepada barisan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang bersama-sama berganding bahu dalam menyumbang idea, tenaga dan masa demi mencapai matlamat yang sama. Marilah kita bersama-sama memainkan peranan yang dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan bersandarkan pada Pelan Perak Sejahtera 2030 demi membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat. Sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Sungkai yang telah pun menamatkan penggulungan perbahasan pada petang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa, 21 April 2026 pada pukul 9.00 pagi. Terima kasih.