Perak · 21 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 294 turns · 48,734 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera, Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Keenam, Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 21 April 2026 pukul 9.04 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan dan wakil agensi kerajaan serta para petugas media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Aturan Urusan Mesyuarat dan senarai giliran soalan-soalan lisan boleh diperolehi dengan mengimbas kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Ahli Yang Berhormat bersama ketua jabatan dikehendaki untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR yang sama.

Perkara yang kedua, hari ini merupakan hari terakhir persidangan dan masih terdapat beberapa perkara berkaitan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) yang akan dijalankan. Sehubungan itu, suka untuk saya mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat agar dapat kekal berdisiplin mematuhi Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Akhir sekali, berkaitan dengan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian, terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk mengemukakan nombor soalan.

Terima kasih, Yang di-Pertua. Soalan saya soalan Nombor 1.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Rungkup bertanyakan isu pencerobohan kawasan rizab sungai dan laut di daerah Bagan Datuk. Kerajaan Negeri memandang serius isu pencerobohan kawasan rizab sungai dan juga laut di daerah Bagan Datuk. Memandangkan daerah ini memiliki garis pantai terpanjang antara semua daerah iaitu sepanjang 35 km dan kaya dengan ekosistem hutan bakau. Pentadbiran negeri melalui PTG serta Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk sentiasa komited dalam memelihara khazanah alam ini.

Melalui tindakan-tindakan berikut. Pertama, tindakan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN). Bagi pencerobohan di atas tanah kerajaan, tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Seksyen 45, Akta 88. Jika disabitkan kesalahan, penceroboh boleh dikenakan denda sehingga RM500ribu atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Kedua, ialah tindakan berkaitan perlindungan hutan simpan bagi pencerobohan dalam kawasan rizab hutan. Tindakan akan diambil di bawah Akta Perhutanan 1984. Ketiga, ialah tindakan operasi bersepadu. Antara contoh tindakan yang telah diambil adalah pada 30 September 2024, satu operasi besar- besaran melibatkan pelbagai agensi iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, PTG, PDRM, APMM, Jabatan Perhutanan telah dilaksanakan di Kampung Sungai Lanchang bagi membanteras pembinaan kolam udang haram seluas 20 ekar. Yang keempat, ialah tindakan pemantauan kawasan hotspot. Tindakan pemantauan berterusan dilakukan di kawasan Hutan Simpan Paya Bakau sedia ada bagi memastikan tiada pencerobohan baharu berlaku.

Bagi memastikan kelestarian hutan bakau di Bagan Datuk, Kerajaan Negeri merangka strategi pencegahan jangka panjang seperti berikut. Pertama, ialah pewartaan zon perlindungan. Tujuannya adalah bagi mengenal pasti kawasan hutan bakau yang berpotensi untuk diwartakan sebagai zon perlindungan pesisir dan atau hutan simpan kekal bagi memberikan perlindungan undang-undang yang lebih kukuh. Yang kedua, ialah integrasi teknologi moden untuk memperkasakan unit penguatkuasaan dengan penggunaan teknologi dron dan remote sensing untuk pemantauan ruang udara yang lebih efisien terutamanya di kawasan yang sukar diakses melalui jalan darat. Yang ketiga, Unit Teknikal dan Penguatkuasaan Berkala.

Bermula tahun 2026 pemantauan berjadual oleh Unit Teknikal dan Penguatkuasaan pada setiap hari Rabu telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat awal dan tindakan segera di lapangan dan keempat, ialah pemulihan ekosistem iaitu pelaksanaan program penanaman semula hutan bakau dengan melibatkan agensi kerajaan dan penyertaan aktif komuniti setempat bagi memulihkan kawasan yang telah terjejas dan yang kelima, ialah kerjasama rentas agensi. Memperkukuh penyelarasan antara PTG, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar dan agensi keselamatan yang lain melalui rondaan bersepadu secara berkala. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Menteri Besar, Rungkup.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada bagi memperketat hukuman terhadap pencerobohan tanah khususnya di kawasan lusun, di kawasan lesen menduduki sementara (LMS) yang melanggar peraturan dan kawasan yang sensitif alam sekitar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Rungkup. Pada hemat Kerajaan Negeri, undang-undang sedia ada sudah mencukupi bagi menghukum mana-mana pihak yang didapati menceroboh tanah kerajaan terutamanya dalam kawasan sensitif alam sekitar. Tindakan pendakwaan ke Mahkamah akan diambil bagi memastikan pihak yang menceroboh dikenakan tindakan kompaun dan penjara. Kanun Tanah Negara (KTN) melalui Seksyen 425 dan 426 menyatakan, jika mana-mana pihak yang menceroboh didapati bersalah di bawah seksyen ini, tindakan denda sebanyak RM500ribu dan penjara 10 tahun boleh dikenakan. Dato' Seri Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, kita faham undang-undang tanpa penguatkuasaan akan menyebabkan peraturan ini tidak dihormati. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri sangat komited untuk mengambil tindakan yang sewajarnya supaya petugas-petugas penguatkuasaan akan dapat mengambil langkah-langkah sepertimana yang sewajarnya termasuk kekerapan mengadakan rondaan dan jika tidak mencukupi anggota, kita kena cari jalan supaya anggota itu dapat ditambah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Bota.

Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, semasa saya membahaskan Titah Tuanku, saya ada menyatakan tentang cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan bidang sains marin. Jadi apabila kita tengok ada kaitan dengan paya bakau sebab paya bakau ini merupakan satu benteng semula jadi untuk kita melindungi pantai dan juga paya bakau merupakan habitat kepada hidupan laut. Kita ada paya bakau yang luas di kawasan Bagan Datuk dan saya rasa di persisiran lain juga seperti Kuala Sepetang juga kita ada paya bakau dan paya bakau merupakan penapis semula jadi. Jadi setuju tak dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekiranya kita Negeri Perak ambil serius dengan Titah Tuanku yang mencadangkan supaya kita benar- benar melihat kepada potensi ekonomi laut untuk Ekonomi Biru Negeri Perak dan cadangan saya untuk kita lihat betul-betul lah. Untuk kita memajukan bidang sains marin supaya anak-anak Perak ramai yang berminat dengan bidang ini. Itu soalan saya. Wallahua'lam. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sama ke? Ada dekat-dekat sama ke tak? Lain? Lain... bagi Menteri Besar jawab dulu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua, terima kasih yang amat Berhormat Bota. Kerajaan Negeri bersetuju untuk kita menubuhkan bidang pengajian Sains Marin itu kerana masa telah pun tiba dan ia perlu dibincangkan bukan sahaja di peringkat Kerajaan Negeri tetapi dengan Kerajaan Persekutuan juga. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Tapi bidang yang samalah?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Bidang yang sama.

Yang di-Pertua

Persoalan yang berkaitan yang samalah? Menteri Besar boleh bagi soalan tambahan? Ok, boleh.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih. Berkaitan dengan, Dato' Seri, boleh la ya? Berkaitan dengan ceroboh tanah kerajaan juga. Cuma yang ini bukan di sungai, di kawasan tadahan air bukit kolam Bukit Merah itu. Yang kita tahu kolam Bukit Merah itu ada reserved tanah kerajaan. Jadi tanah itu telah diceroboh berpuluh tahun. Dia orang buat sawit 20-30 tahun dah buat. Ramai yang terlibat orang-orang kampung itu dan ketika ini menjadi satu mata pencarian kepada depa. Tapi baru ni ada JPS dia ada buat pembangunan lah kawasan itu. Kemudian sekat tak boleh masuk langsung kawasan itu dan beberapa kali diangkat. Jadi tak apalah sekat, depa...depa rela. Kan? Sebab depa tahu depa ceroboh tanah Kerajaan. Tapi depa minta ihsan apabila pembangunan itu dah sampai ke tapak kebun depa tu, ambik lah. Tapi buat sementara belum sampai tu pun.

Yang di-Pertua

Soalan? Soalan?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jap, soalan. Depa keluar, jadi soalan kita, boleh tak agak boleh tak kita nak bagi kelonggaran kepada yang mereka ini lah? Sampai ke kebun mereka ambik lah. Jadi sekarang yang menjadi persoalan depa tengok saja kebun depa dikeluarkan hasil oleh orang lain. Jadi mungkin pertimbangan kemanusiaan daripada Kerajaan Negeri. Itu minta kalau boleh kita boleh bagi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Bawah JPS? JPS ke Jabatan Hutan? JPS. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Semanggol. Insiden seperti ini bukan saja berlaku di Bukit Merah. Di pelbagai tempat sama ada terdapat orang yang menceroboh tanah-tanah di bawah Jabatan Hutan atau pun mereka menceroboh tanah-tanah di bawah penyeliaan JPS atau pun di bawah penyeliaan SS. Apa pun keadaannya Dato' Seri, Seksyen 425 dan 426 itu terpakai kepada semua orang tetapi saya faham permintaan Yang Berhormat itu. Ada kes-kesnya. Contoh, terdapat penceroboh pencerobohan dalam kawasan Jabatan Hutan dan orang bertanam sawit. Selepas bertanam sawit, Jabatan Hutan enforced, dirampas. Kemudian Jabatan Hutan buka tender untuk orang mengeluarkan hasil dan orang yang mengeluarkan hasil itu datang daripada syarikat yang bukan dari kalangan peserta. Adakah itu maksudnya? Sama. Jadi yang ini untuk Jabatan Hutan kita ada satu jawatankuasa khas kita bermesyuarat. Yang ini, Yang Berhormat kita, saya akan minta DO kita mengadakan mesyuarat. Jika ia belum diberikan kepada orang lain secara sah, kita boleh pertimbangkan. Jika kumpulan orang menceroboh itu menubuhkan sebuah koperasi atau pun syarikat untuk mengeluarkan hasil sahaja, makna dia dapat permit mengeluarkan hasil. Bukan memiliki tanah berkenaan. Itu saya kena lihat dengan Pejabat Daerah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk mengemukakan nombor soalan.

Yang Berhormat Dato' Seri, Trong soalan nombor 2.

A‘ūzu billāhi mina asy-syaithānir rajīm, bismillāhir raḥmānir raḥīm. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Trong atas soalan yang dibangkitkan. Soalan yang dibangkitkan oleh Trong berhubung tahap keberkesanan program pembangunan wanita dan keusahawanan yang dilaksanakan di Negeri Perak dalam meningkatkan pendapatan isi rumah.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak mengangkat agenda pemerkasaan wanita sebagai salah satu teras penting pembangunan negeri. Dengan pendekatan yang bersifat menyeluruh, bersepadu dan berasaskan keperluan sebenar kumpulan sasar. Pendekatan ini dilaksanakan melalui Sekteriat Pembangunan Wanita dan Masyarakat (SPW) serta Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang masing-masing memainkan peranan strategik dalam memperkukuhkan dimensi sosial dan ekonomi wanita. Dari sudut pembangunan sosial, SPW telah melaksanakan pelbagai intervensi yang memberi tumpuan kepada pembinaan sahsiah, pengukuhan institusi kekeluargaan, kesejahteraan mental serta perkembangan jaringan sokongan komuniti. Pendekatan ini penting kerana keupayaan wanita untuk menjana pendapatan tidak boleh dilihat secara terasing dari faktor kestabilan emosi, sokongan sosial dan persekitaran keluarga yang kondusif. Keberkesanan pendekatan ini dapat dilihat melalui peningkatan penyertaan wanita dalam program-program yang dilaksanakan. Sebagai indikator sepanjang sambutan Bulan Wanita Negeri Perak Tahun 2026, lebih 2,500 penyertaan telah direkodkan melibatkan wanita dari pelbagai latar belakang termasuk golongan B40. Penyertaan ini bukan sahaja bersifat kuantitatif tetapi turut memberi impak kualitatif dari segi peningkatan keyakinan diri, literasi sosial serta keupayaan berdikari dalam kalangan peserta.

Untuk makluman Yang di-Pertua, sepanjang tahun 2025 sehingga Mac 2026, sebanyak lebih daripada 50 program telah dijalankan dengan usahasama daripada pelbagai pihak bagi membangunkan kapasiti ekonomi wanita Negeri Perak. Bagi tahun 2025 hingga Mac 2026 sebanyak RM900 ribu telah diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program dan projek di bawah pengupayaan wanita dari pelbagai lapisan masyarakat. Dianggarkan lebih dari 7 ribu penerima manfaat melalui pelbagai program yang telah dianjurkan. Dalam aspek kepimpinan pelaksanaan, Program Wanita Inspirasi Negeri Perak atau WIN telah memperkukuhkan lagi ekosistem pembangunan wanita dengan menyediakan platform untuk melahirkan pemimpin wanita yang berwibawa, berdaya tahan dan berupaya menyumbang secara lebih signifikan dalam pembangunan komuniti setempat.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam konteks pengupayaan ekonomi pula, Kerajaan Negeri melalui STeP telah melaksanakan intervensi yang lebih bersasar dan berorientasikan hasil khususnya dalam meningkatkan pendapatan isi rumah. Antara inisiatif utama ialah pelaksanaan geran GERaK iaitu bantuan geran secara one off dengan nilai maksimum RM2,000 bagi meningkatkan kapasiti operasi dan produktiviti perniagaan usahawan mikro. Walaupun geran ini terbuka kepada semua usahawan tanpa mengira jantina, data tahun 2025 menunjukkan bahawa seramai 505 orang penerima atau 6.84% daripada keseluruhan penerima adalah terdiri daripada wanita. Peratusan ini memberi gambaran yang signifikan bahawa wanita bukan sahaja menjadi penerima manfaat utama, malah berupaya memanfaatkan bantuan yang disediakan untuk memperkukuhkan aktiviti ekonomi mereka. Dalam konteks ini, bantuan berskala kecil tetapi bersasar seperti gerak terbukti berkesan dalam membantu usahawan wanita untuk meningkatkan pengeluaran memperbaiki kualiti produk serta menambah keupayaan kapasiti permintaan pasaran. Bagi memperluaskan impak ini. kerajaan negeri akan melaksanakan Geran Usahawan Perak Sejahtera Plus (GERaK Plus) iaitu geran padanan sehingga 5,000 yang memberi penekanan kepada pengembangan perniagaan ke tahap yang lebih mapan dan kompetitif. Pendekatan geran padanan ini juga secara tidak langsung menggalakkan komitmen bersama usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Selain bantuan kewangan, STeP turut menumpukan kepada pembangunan kapasiti melalui pelaksanaan program latihan yang komprehensif merangkumi aspek pengurusan kewangan, pemasaran digital, pembangunan produk dan pembungkusan. Program-program ini dilaksanakan secara strategik melalui kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk NGO wanita seperti Usahanita, Persatuan Usahawan SPA Perak (SISMA) dan Pertubuhan Kasih kita. Antara program utama yang telah dilaksanakan termasuk program teknik mengembangkan perniagaan melalui pengurusan kewangan, bengkel capai sasaran sales melalui Business Model Canvas dan KPI. Program mudahnya berniaga serta bengkel simulasi pemasaran media sosial.

Di samping itu, inisiatif seperti program peningkatan pensijilan dan kualiti usahawan. Jom Kopi STeP@TEKUN Nasional serta Bengkel Transformasi Pembungkusan bersama SIRIM juga memberi nilai tambah kepada keupayaan usahawan untuk bersaing dalam pasaran yang lebih luas. Dalam dapatan pelaksanaan program menunjukkan bahawa penyertaan wanita adalah sangat memberangsangkan. Malah, dalam beberapa inisiatif, wanita merupakan majoriti peserta lebih signifikan. Penilaian impak menunjukkan bahawa sebahagian besar peserta berjaya menjana pendapatan tambahan melalui peningkatan jualan. Perluasan saluran pemasaran khususnya secara digital serta penambahbaikan kecekapan pengurusan perniagaan. Justeru, dapat dirumuskan bahawa pendekatan bersepadu Kerajaan Negeri yang menggabungkan pembangunan sosial, kepimpinan dan ekonomi telah menunjukkan keberkesanan yang jelas dalam membantu meningkatkan pendapatan isi rumah khususnya di kalangan wanita. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan semasa tetapi turut membina asas keupayaan jangka panjang yang lebih mapan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak akan berpuas hati dengan pencapaian semasa. Usaha pemantauan, penilaian dan penambahbaikan berterusan akan terus dilaksanakan bagi memastikan setiap inisiatif kekal relevan, berimpak tinggi dan benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasar secara menyeluruh dan inklusif dan kita juga terbuka kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memberi pandangan dan cadangan agar kita dapat menambah baik dan membuat penambahbaikan kepada inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Trong sila.

Terima kasih Yang Berhormat Temengor kerana memberikan jawapan dan di sana dengan jelas Yang Berhormat telah menyatakan inisiatif-inisiatif yang begitu baik bagi usahawan wanita dan program-program yang sangat baik. Cuma sebagai soalan tambahan yang mana pada soalan saya ialah berkenaan usahawan-usahawan wanita yang berada di luar bandar khususnya. Maklumat tentang inisiatif, geran termasuklah pembiayaan latihan ini, setahu saya mereka tak dapat. Yang mereka tahu Amanah Ikhtiar. Pergilah mana-mana kampung yang mereka tahu hanya Amanah Ikhtiar sahaja. Mereka tak tahu tentang geran, tentang pembiayaan, tentang latihan. Jadi apakah langkah-langkah usaha yang boleh dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri supaya program-program keusahawanan wanita ini bukan bersifat eksklusif tetapi inklusif termasuklah kepada semua golongan wanita di ceruk-ceruk kampung yang mereka tidak mendapat maklumat sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Terima kasih atas soalan tambahan yang diberikan. Timbalan Yang di-Pertua, menjawab soalan tambahan daripada Trong. Pendekatan kita bukan hanya bersifat di peringkat skala di peringkat negeri. Pendekatan kita pendekatan turun padang, kita mengadakan program-program bukan sahaja di sekitar Ipoh tetapi di seluruh daerah. Antara pendekatan program terutamanya dari segi keusahawanan. Kita ada Program Jelajah Hari Usahawan yang memang kita turun membawa agensi-agensi yang berkaitan dengan keusahawanan untuk memberi maklumat informasi. Tapi sayangnya sering saya melihat usahawan-usahawan kita bila kita mengadakan program seumpamanya ini, mereka datang lebih kepada untuk membuat pembelian kepada jualan-jualan yang kita lakukan, tidak pergi kepada agensi-agensi yang telah menyediakan reruai untuk memberi maklumat dan informasi kepada usahawan-usahawan kita. Mungkin lah faktor itu juga.

Yang Berhormat Trong, tahun lepas apa itu bantuan geran GeRAK yang diperolehi oleh Trong hanya dua orang sahaja penerima mungkin mereka tak tahulah mungkin sedangkan perkara ini telah kita sebar luaskan. Sebab itu saya juga minta bantuan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memaklumkan kepada masyarakat di kawasan kita agar mereka tahu ini kita akan buka geran GERaK nanti tolong bagi tahu kepada ahli-ahli ataupun masyarakat-masyarakat rakyat dibawah mengenai inisiatif-inisiatif yang ada daripada kerajaan negeri termasuk juga program one stop centre. Bila kita turun ini, kita mengadakan pendekatan turun padang kita bawa agensi-agensi yang berkaitan dengan padanan bantuan dan sebagainya, agar rakyat di bawah di akar umbi tahu inisiatif dan juga Pelan Perak Sejahtera yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat Negeri Perak. Jadi saya mohon ya saya tak nafikan perkara ini masih lagi berlaku terutamanya orang-orang kampung mereka tak ada kadang-kadang tak tahu nak akses pun kepada internet. Kita kata oh boleh buka page secretariat usahawan atau page secretariat wanita, tetapi mereka tak ada akses kepada itu. Jadi apa yang kita buat ialah kita buat pendekatan turun padang.

Sekadar untuk perkongsian antara program-program kalau di kawasan Yang Berhormat berkaitan dengan keupayaan wanita atau ekonomi, kita ada program yang berkaitan antaranya Program Mesra Hygiene di Dewan KRT Sungai Keran, Program Kesedaran Seksual dan Keselamatan kanak-kanak di SK Padang Gajah, Program e-Juwita di NADI Sungai Tinggi, Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan peringkat Negeri di SK Sungai Tinggi, Program Jiwa Komuniti Madani Sungai Tinggi di RKT Padang Gajah di Dewan RKT Padang Gajah. Kemudian kita ada program gubahan bunga coklat yang melibatkan PDK dan juga program imarah masyarakat di Sungai Tinggi. Ini antara program-program yang kita buat turun ke bawah sehingga peringkat mukim lagi agar kita nak rakyat di negeri Perak tahu apa inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Terima kasih.

Bota soalan tambahan boleh?

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Ayer Kuning

Timbalan Yang di-Pertua

Berkaitan?

Berkaitan.

Ayer Kuning…Ayer Kuning.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Timbalan Speaker. Jadi kita dah dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Exco berkaitan dengan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan. Ayer Kuning ingin bertanyalah dalam suasana global geopolitik yang agak tegang seperti yang berlaku peperangan di antara Iran dan Amerika Syarikat. Dia telah mencetuskan satu fenomena ekonomi yang agak beratlah termasuklah ekonomi domestik, jadi seperti yang telah dijelaskan, cuma saya nak…nak menarik perhatian bagaimana Kerajaan Negeri mencadangkan langkah-langkah ataupun jangka pendek…jangka pendek kepada golongan wanita ini bagi mereka memperkasakan atau melindungi mereka termasuk ibu tunggal (IT) ibu tunggallah, B40 dan sebagainya. Tulah golongan Wanita ni jangka pendek dalam keadaan suasana pada hari ini. Ok terima kasih.

Terima kasih kepada Ayer Kuning atas soalan yang dibangkitkan berkaitan dengan isu yang berlaku antara konflik Asia Barat yang memberi kesan secara langsung kepada tak kira lah wanita ke rakyat di bawah kesan kenaikan harga dan sebagainya. Di bawah portfolio saya, kita sedang mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk kita dapatkan responden daripada rakyat supaya kita dapat membuat keputusan yang bersasar. Kita bukan just hanya hearsay, tetapi kita nak dapatkan maklum balas. Kalau berkaitan impak kepada ekonomi yang berkaitan dengan keusahawanan dan koperasi. Bagaimana solusi yang kami perlu ambil? Begitu juga bagaimana impak sosial yang berlaku kita dan saya bersama agensi-agensi telah pun mengadakan mesyuarat untuk kita mengambil langkah agar kita dapat menangani perkara ini secara bersasar dan juga mengoptimumkan sumber yang ada. Sebab itu saya kira Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah pun menyebut bahawa kita akan tengok dari segi penjajaran semula perbelanjaan ataupun mungkin kita tak tahu ada keperluan untuk membuat supplementary budget. Jadi kita tengah mendapatkan data-data daripada responden-responden yang terlibat terutamanya di bawah portfolio saya agar kita dapat membuat keputusan yang bersasar bukan sekadar kita bagi dan kita tidak mengenal pasti isu sebenar yang dihadapi oleh setiap kelompok kerana setiap kelompok mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Itu sahaja terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih soalan Simpang Pulai soalan tiga.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima Kasih Yang Berhormat Simpang Pulai. Bagi pencapaian semasa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, data berkaitan jumlah pelancong domestik dan antarabangsa adalah tertakluk kepada laporan rasmi daripada Tourism Malaysia serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atau MOTAC. Laporan penuh dijangka akan diterbitkan setelah proses pengumpulan dan pengesahan data selesai dilaksanakan. Dalam usaha memperkukuh promosi pelancongan negeri, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak telah menyediakan pelbagai bahan promosi seperti Perak Pages, Coffee Trail, Mors Trails, Bikes Trail dan sebagainya yang menghimpunkan maklumat berkaitan produk pelancongan termasuk pengusaha homestay, premis penginapan serta penglibatan komuniti setempat.

Sebagai contoh, Perak Pages berfungsi sebagai direktori pelancongan negeri yang menyatukan pelbagai produk dan perkhidmatan dalam satu platform, manakala Coffee Trails dan Mors Trail memberi penekanan kepada segmen pelancongan berasaskan minat atau niche tourism yang mampu menarik pelancong mengikut kecenderungan-kecenderungan tertentu. Pendekatan ini memudahkan pelancong merancang perjalanan serta mengenalpasti lokasi yang ingin dikunjungi sekali gus menggalakkan tempoh penginapan yang lebih panjang dan meningkatkan perbelanjaan pelancongan di sesuatu kawasan. Impaknya ia memberi manfaat langsung kepada peniaga kecil pengusaha homestay dan komuniti setempat melalui pertambahan pelanggan dan peluang menjana pendapatan. Dalam masa yang sama, pelaksanaan program Familiarization Trip atau FAM Trip secara pendek sepanjang tahun 2025 dan 2026 juga turut menjadi antara pendekatan utama dalam memperkenalkan dan mempromosikan produk pelancongan negeri Perak kepada penggiat industri dan pasaran luar.

Antaranya termasuk FAM Trip dari produk pelancongan di Taiping anjuran bersama dengan Majlis Perbandaran Taiping, FAM Trip ke Beyond Penang anjuran bersama dengan Tourism Malaysia Wilayah Utara dan lain-lain serta juga lawatan suai kenal oleh agen-agen pelancongan Korea Selatan bersama dengan Tourism Malaysia yang telah berlaku di pejabat Tourism Malaysia di Seoul. Pejabat Seoul Tourism Malaysia, Pejabat Seoul minta maaf. Penganjuran antara pelancongan turut memberikan impak langsung kepada ekonomi tempatan. Sebagai contoh Pesta Panjut Kuala Kangsar 2026 yang berlangsung daripada 15 ke 18 Mac 2026 berjaya menarik kehadiran kira-kira 40 ribu pengunjung dalam tempoh 4 hari di daerah Kuala Kangsar. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak turut menganjurkan Fiesta Budaya Tahun Baru Cina dan juga Hari Raya di Riverfront @ Old Town di Ipoh atau CMI at Riverfront dan juga rakyat Old @ Riverfront yang berjaya menarik lebih kurang 60 ribu pengunjung ke acara tersebut. Pada masa yang sama, pelaksanaan kursus pemasaran digital yang melibatkan pengusaha dan komuniti tempatan turut membantu meningkatkan keupayaan mereka dalam menghasilkan kandungan promosi yang lebih berkesan serta memanfaatkan platform media sosial seperti Tik tok, Facebook, Instagram dan sebagainya. Sebagai contoh lagi, salah seorang penggiat industri pelancongan di Royal Belum yang sebelum ini hanya mencapai sekitar 164 tontonan bagi kandungan digitalnya telah menunjukkan peningkatan kepada 6391 tontonan selepas mengikuti kursus tersebut. Perkembangan ini menunjukkan peningkatan keterlibatan yang secara langsung berpotensi meningkatkan minat pelancong serta permintaan terhadap produk pelancongan yang ditawarkan. Selain itu, liputan dan promosi produk serta acara pelancongan terus dipergiatkan melalui platform media sosial rasmi bagi meningkatkan keterlihatan destinasi serta menarik minat pelancong daripada pelbagai segmen.

Timbalan Speaker, dalam menghadapi ketidaktentuan global termasuk konflik geopolitik dan krisis antarabangsa, Kerajaan Negeri telah mendapatkan maklum balas daripada penggiat-penggiat industri pelancongan bagi menilai kesan terhadap sektor pelancongan negeri. Sebagai contoh, satu sesi pembentangan telah diadakan pada 02 April 2026 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi membincangkan kesan konflik Timur Tengah terhadap industri pelancongan. Susulan itu, pada tarikh yang sama pada sebelah petangnya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar turut menghadiri Mesyuarat Khas Bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Putrajaya bagi meneliti perkembangan krisis tenaga global serta implikasinya secara keseluruhan. Tourism Perak juga akan menganjurkan sesi libat urus bersama Persatuan-persatuan Pelancongan Negeri Perak termasuklah mereka- mereka seperti MATTA, TTA, MyBHA, MAH, PAM, PKTGA, MITA dan beberapa lagi persatuan lain pada masa terdekat iaitu pada penghujung April nanti. Pendekatan ini membolehkan Kerajaan Negeri mendapatkan maklum balas secara langsung daripada penggiat industri yang terlibat dan terkesan seterusnya menilai langkah-langkah yang bersesuaian dan realistik berdasarkan situasi semasa. Pendekatan ini membolehkan Kerajaan Negeri menilai langkah yang bersesuaian berdasarkan maklum balas industri serta perkembangan semasa, di samping memastikan hala tuju yang diambil adalah selaras dengan dasar dan perancangan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Simpang Pulai, sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih jawapan daripada YB. Exco. Jadi kita nampaklah usaha Tourism Perak dalam menarik pelancong ke negeri Perak. Tapi I nak mohon tanya apakah langkah-langkah yang diambil untuk oleh kerajaan untuk meningkatkan bilangan pelancong yang berbelanja tinggi dan bukan setakat datang sahaja. Jumlah ketibaan yang semata-mata termasuklah apakah strategi untuk memanjangkan tempoh penginapan serta menggalakkan lawatan berulang kembali ke negeri Perak ini? Ini soalan Simpang Pulai.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Timbalan Speaker, ada 10 minit. Saya jawab 10 minit panjang sikit. Ya. Okay. Antara strategi tadi ialah perbelanjaan tinggi is it? (High spending). Terima kasih. Ok. Ada ada 2, 3 benda yang dijawab di situ. Nombor 1, saya rasa pelancong yang berbelanja tinggi and nombor 2 is also menambahkan jangkamasa mereka untuk berada di dalam negeri Perak. Ok, jadi sebenarnya kami suka, tak suka kami kena memperakui di pihak agensi mahupun di pihak pentadbiran. Sebenarnya salah satu benda yang telah dikurniakan kepada Negeri Perak adalah Rahmat yang telah dikurniakan kepada negeri Perak adalah kedudukan geografi kami. Jadi secara langsungnya, kebiasaannya dia secara automatik telah menjadikan Negeri Perak sebagai negeri yang sering dikunjungi. Jadi terutamanya mereka daripada utara ke selatan atau selatan ke utara. Mereka akan singgah di negeri Perak. Dua benda we talk about to stay dulu dengan izin. So, nombor satu, apa yang berlaku is kebiasaan sama ada mereka dari selatan ke utara atau utara ke selatan. Apa yang bakal berlaku, mereka akan singgah di Perak for the day trip. Jadi mereka akan makan, minum whatever lah sama ada mereka berada di Teluk Intan, mereka berada di Manjung, di Perak Tengah, di Taiping, di Sitiawan di mana-mana. Kemudian mereka akan melanjutkan pengembaraan mereka untuk tidur di Penang atau Pulau Pinang dan sebaliknya juga berlaku apabila mereka dari Pulau Pinang mereka akan melakukan aktiviti lebih kurang sama dan mereka akan tidur atau bermalam di Kuala Lumpur dan itu juga akan berlaku apabila mereka balik. Jadi mereka tidak memilih Perak untuk bermalam. Ok. Itu nombor satu.

Jadi dalam kegiatan ini, kami telah dalam keadaan tengah menggiatkan dua benda iaitu dua benda iaitu nombor satu adalah menambahkan lagi penginapan yang berkualiti. Jadi pada pandangan ramai…ramai yang mengatakan sebenarnya kami memerlukan hotel apa yang kita katakan bertaraf 4 bintang, 5 bintang sehingga 6 bintang. Untuk menarik mereka untuk datang kerana mereka tidak suka di hotel-hotel yang kecil dan sebagainya tetapi permasalahannya untuk menarik hotel-hotel yang berkualiti besar, tinggi dengan jenama antarabangsa dan sebagainya agak sukar untuk mereka datang ke Perak kerana kami kekurangan figure dalam orang kata nombor pelancongan dalam konteks bermalam. Jadi, apa yang kami telah usahakan, tengah usahakan dan akan juga usahakan dan kita telah nampak beberapa pencapaian bukan hasil usaha saya seorang sendiri termasuk daripada orang kata keseluruhan SUK dan juga PBT-PBT yang berkaitan juga promosi ejensi pelancongan. Kami telah melihat sekurang-kurangnya di Ipoh sekarang telah naik beberapa hotel yang kami katakan butik hotel. Butik Hotel ini sebenarnya baik untuk mereka dapat kualiti tidur yang bagus. Sebenarnya ramai pelancong sebenarnya mereka tak perlukan hotel 5 bintang, 6 bintang, 7 bintang. Whatever. We don't have 7 bintang lah. But, apa yang berlaku is mereka nak tidur dengan selesa, bersih, tandas yang bersih, bilik air yang bersih, katil yang bersih dan sebagainya. So, in this case, butik hotel coming just nice to the market. Di mana mereka dapat tidur dengan selesa, cantik what ever. Sebab mereka akan bangun awal pagi dan mereka akan keluar melancong. Mereka akan keluar berjalan. Kadang-kadang dengan hotel punya breakfast pun dia tak nak sebab dia nak makan makanan tertentu, makanan yang viral dan sebagainya. So, the main point is dia nak tidur selesa, katil cantik, tuala cantik, bilik mandi cantik dan sebagainya. So, this is where boutique hotel comes in dan kami lihat di Ipoh telah dibuka D'Kelly. Siapa yang belum tengok boleh pergi tengok di D'Kelly. That is a very special boutique hotel yang dengan temanya tersendiri and of course kita juga ada hotel-hotel yang target keadaan tertentu.

Saya suka ambil contoh ni. Saya selalu suka cakap mengenai MU Petite. MU Petite ini adalah 1 hotel nak kata dia bukan bertaraf bintang bintang bintang bintang, tetapi mereka sesuai untuk pelancongan rakyat Malaysia. Mereka mempunyai bilik nak katakan besar tak. Nak katakan kecil tak. Tapi agak cramp tetapi sesuai dengan cara kami. Dia ada di mana katil untuk ibu bapa tetapi ada katil-katil kecil untuk anak-anak. Maknanya seisi keluarga boleh tidur dekat sana dengan selesa. Ok tanpa nak sewa dua, tiga, empat bilik dengan hotel biasa. Jadi mereka boleh cramp dalam bilik tu mereka cuma untuk tidur, tetapi selepas itu mereka boleh pergi berjalan-jalan, makan angin dan sebagainya. So, we have a few segments of this coming. Walau bagaimanapun, kami juga memerlukan brand-brand antarabangsa kalau setidak-tidaknya brand-brand yang serantau ataupun dalam Malaysia. Oleh itu, kami boleh lihat atas usaha agensi-agensi kami boleh melihat AC Marriot telah berada di Ipoh di sebelahnya sedang Wyndham Hotel sedang naik dan juga just sebelahnya ke bawah nanti kami juga akan ada M Hills.

Jadi kita boleh lihat nombor satu dari kategori ini. Kita dah mula ada tempat untuk tidur. Kenapa penting tidur sebab kalau kami tak ada data orang tidur kat Ipoh, kami tak ada data orang tidur kat Penang, kat Taiping eh Penang pulak kat Taiping. Minta maaf ya Timbalan. Kat Taiping dan sebagainya. Susah untuk kami pergi bercakap dengan orang lain. Susah untuk kami minta lebih banyak kereta api. Susah untuk minta kapal terbang. Susah untuk minta hotel antarabangsa datang. So, we need the figure. So that is salah satu cara tetapi pada masa yang sama, kami juga tidak boleh nak minta mereka tidur aje. Sebab kami perlu isi the last mile. Kalau dalam konteks infrastruktur you talking about the last mile travelling antara stesen MRT kepada sampai ke rumah. But in tourism we need to talk about the last mile juga. The Last Mile. Selepas dia jalan satu hari, dia dah makan malam. Dia dah errrrggggh... Macam tu kan? Tapi macam mana, dia tak boleh terus balik tidur. Dia kena ada tempat untuk dia legakan dia punya kepenuhan dalam perut dia tu. So, they need something to go dan di Ipoh kami sedang mempergiatkan beberapa benda.

Antaranya apa yang telah kami lakukan di sini dan kami nampak the POC nya telah berjaya di mana proof of concept telah berjaya antaranya pesta panjut yang kami lakukan di Kuala Kangsar. Alat gerakan lanjutan akan kami bincang dengan MOTAC dan sebagainya untuk mendapatkan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya untuk dibawa ke Kuala Kangsar, untuk memajukan perniagaan di Kuala Kangsar dan juga pelancongan pada waktu malam di Kuala Kangsar. That is It. Selepas sembahyang, selepas makan, you have dalam pukul 8.30-9.00 ke mungkin 11.00. We need event for that kalau takda event mereka takkan datang walaupun tidur. Sebab dia takkan tidur lepas pukul 8.00. That's the thing. So, dalam benda tu semua sama juga benda yang kita lakukan di Riverfront. Di mana Riverfront telah berlaku dan tidak lama nanti juga akan ada pesta kopi di Riverfront. Ini antara benda-benda yang kami lakukan supaya menggalakkan lebih banyak pelancong berkualiti untuk menghabiskan masa lebih panjang di Ipoh.

Pada masa yang sama, sukacita juga saya umumkan selepas aktiviti-aktiviti yang kami lakukan di Riverfront saya difahamkan ada pihak-pihak telah mendekati MBI untuk mendapatkan tempat tersebut untuk event-event mereka. Jadi kami bersyukur atas apa yang telah terjadi supaya kami berharaplah rezeki Negeri Perak ni boleh naik lagi ke tahap yang seterusnya. Antaranya juga kami juga sedang melihat untuk menunggu untuk hotel-hotel ini siap apabila hotel-hotel ini siap, kami mempunyai perancangan untuk mengadakan sort of like pejalan kaki. We close jalan untuk antara The Hotel dekat kawasan antara Excelsior, AC Marriot, Wing Hann, Parade, MBI sehingga ke M Hill dan sebagainya supaya kami mempunyai satu kawasan pejalan kaki atau aktiviti malam apabila hotel-hotel ini siap dan juga itu juga kami target supaya dia menjadikan satu kesenian kesinambungan atau addition kepada gerbang malam di mana the walk ability dalam negeri dalam Ipoh ini boleh dibesarkan. Of course, saya faham apabila saya cakap panjang lebar dengan Ipoh ada juga kawan-kawan kami akan bising termasuk saya sendiri daripada Sungai Siput akan bising kerana kenapa Ipoh ajelah, apa nak jadi dengan saya punya Kuala apa nak jadi dengan Taiping, apa nak jadi dengan saya, Simpang Pulai dan sebagainya. But we need to understand we have to target satu tempat dulu sebelum kami ke tempat lain. Jadi, kami akan mempunyai beberapa target tempat sebelum kami bergerak ke tempat lain. Kami perlu majukan satu tempat sebelum kami bergerak ke tempat lain tanpa kami terlalu mengecilkan modal-modal, dana-dana. Biar daripada sumber manusia, sumber kewangan dan sebagainya. Terima kasih.

Manjoi Timbalan Speaker, Manjoi.

Astaka.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi sila.

Terima kasih Timbalan Speaker dan terima kasih YB Exco. Jawapan yang sangat baik daripada YB Exco. Saya nak bangkitkan persoalan faktor tarikan pelancongan di Perak. Faktor tarikan pelancongan di Perak ini sama macam Melaka. Kita ada apa yang Melaka ada Perak ada. Paling dekat kita ada sungai, jajaran sungai di Kinta Riverfront disebut YB Exco tadi. Tapi kalau tengok Melaka dengan Perak jauh ketinggalan kita di belakang. Kita perlu akui bagaimana Melaka mendapat pelancong yang begitu banyak dan ramai dan Perak masih lagi ketinggalan di belakang. Soalan saya, kalau kita nak ambil contoh Melaka, Melaka dia ada Melaka River Cruise, Melaka River Park and Walks, Melaka ada moral dan seni jambatan, jalanan, Eco Cruise Sungai Linggi. Tapi kita ada juga disebut oleh Exco tadi. Saya ingin menekankan di sini kita betul-betul serius untuk bangunkan kawasan Kinta Riverfront ataupun Kinta River Walk ini dan kalau kita turun ke lapangan, saya kerap minum kopi di situ YB Exco. Situ pun ada kedai-kedai anak muda yang saya support mereka, saya turun untuk mengopi dengan mereka. Situ pun kedai-kedai pun dah banyak tutup.

Banyak kedai-kedai pun dah mula, mula angkat kaki kerana tidak menarik. Pelancong pun tak datang sangat ke situ dan tidak mendapat perhatian dan keadaan di situ sangat tidak terurus. Kalau boleh tadi ada kerjasama dengan MBI, bagus. Bagi saya untuk kita jaga keadaan kebersihan di situ dan jaga pembangunan di situ. Persoalan kepada YB Exco apakah langkah konkrit pihak Exco dalam mewujudkan ekosistem pelancongan yang lebih berkesan khususnya selepas Tahun Melawat Perak yang dilihat kurang menyerlah di peringkat nasional termasuk dari segi pemerkasaan bajet kepada NGO dan juga mana-mana event manager yang cuba untuk membantu sektor pelancongan negeri kita dan soalan tambahan saya, saya juga ikut rapat perkembangan Exco kita ini juga mendapat maklumat-maklumat, bagaimana kerja-kerja Exco dan saya nak tulis sini YB Exco kita kerap.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Timbalan Speaker boleh saya jawab ini dulu sebelum he go to the next one. Saya takut nanti saya, boleh, boleh. Saya ok selagi Timbalan Speaker Ok.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi sila ringkaskan soalan.

Yang terakhir soalan saya. Berdasarkan kekerapan Exco kita turun ke banyak ke Negeri China, ke Negara China, saya tanya apakah hasilnya yang telah diperoleh oleh Negeri Perak dan apakah unjuran pelaburan atau pelan strategik bagi memastikan sektor pelancongan, pelaburan dan seni budaya Perak lebih menyerlah di peringkat antarabangsa? Terima kaih YB Exco. Saya harap apa yang Yb Exco buat itu memberikan kesan baik kepada negeri dan kepada tempat kita. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih saudara YB daripada Manjoi. Sebenarnya mungkin nanti YB akan terkejut saya tidak melawan, tidak memperakui. Sebenarnya saya bersetuju dengan apa yang YB cakap tadi. Nombor satu mengenai Melaka tetapi dalam konteks apabila kita kata mengenai Melaka, Melaka telah mengutamakan produk pelancongan mereka semasa kami dibangku sekolah lagi dan Perak cuma berlaku tidak lama kemudian. Saya rasa dalam berbelas tahun dan sebagainya. So, mereka mempunyai advantages of starting early. Itu nombor satu. Nombor dua, kami nak bandingkan juga keluasan Melaka dengan keluasan Perak. Apa yang telah saya katakan tadi sebenarnya saya ingin ulangkan. Andai kata semua duit pelancongan yang ada dalam Negeri Perak, andai kata juga, Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersetuju saya laburkan dekat satu tempat sahaja. Semua tempat lain tak pergi. Tak melompat ke YB-YB lain. Saya tak kiralah nak letak kat Sungai Siput ke nak letak kat Trong ke, mana-manalah kan. So, apabila modal itu ditumpukan kepada satu kawasan yang khusus seperti di Melaka di bandar Melaka, dengan kita nak perkecilkan ke seluruh Perak itu menipiskan modal kita dan apabila modal kita jadi tipis kami apa yang kami sempat lakukan adalah terhad. Walau bagaimanapun, tidak berkata kami tidak akan bekerja dan sebagainya.

Sebagai contoh, contoh yang terbaik adalah apa yang dikatakan tadi oleh YB Manjoi adalah mengenai Riverfront. Itulah telah tengah kami sedang usahakan. Kami telah ada proof of konsep dan kami telah berjaya membuktikan apa yang kita boleh lakukan di Riverfront. Biar sama dia aktiviti pelbagai kaum daripada Cinanya daripada Melayunya daripada Indianya sebab mengikut apa yang telah berlaku. Ia terbukti boleh berjalan dan ia juga merupakan antara perancangan kami. We need to improve the work ability. Apabila orang tidur dekat malam sini, takde tempat dia nak pergi. Jadi kami kena connect the Dots di mana nombor satu. Contoh macam di gerbang malam. Ok. Nombor dua di Pekan Old Town yang sekarang sebenarnya ramai, ramai usahawan-usahawan muda daripada Melayu, budak-budak Melayu yang agak berjaya. Mereka suka buat bawa cafe yang saya suka katakan, kerusi-kerusi anti tua. Tau kerusi anti-tua kan. Di mana orang-orang muda saja yang duduk dekat situ. Agak berjaya dekat situ dan juga point ke 3 yang sedang kita katakan tadi seperti Kinta Riverfront. Kinta Riverfront agak malap dan sebagainya.

Jadi orang malas nak ke situ. So, what we are doing is we need to do the work ability. Di mana dari point ke point itu sebab utama kami melakukan aktiviti di Riverfront betul-betul di hadapan Hadhramaut supaya apabila mereka berlaku, mereka berasa selamat. Mereka tak nak berjalan melalui tempat yang gelap ataupun walaupun terang tapi tak nampak ada manusia dan sebagainya. We are improving on the walk ability supaya mereka boleh berjalan. Apabila ada orang berjalan, di situlah kemudian akan ada perniagaan. If there is no walk ability you takkan dapat apa apa berlaku. Begitu juga, kami juga sedang menunggu untuk hotel-hotel ini siap. Apabila hotel ini siap, kami juga akan buat sambungan dan extension kepada jaringan Gerbang Malam di mana kami sekarang telah mempunyai Gerbang Malam. Kami juga mempunyai gerai-gerai makan di belakang atau tepi Sekolah Sam Tet. Kami juga mempunyai Ipoh Parade. Kami juga mempunyai gerai-gerai makanan di hadapan MBI, di padang. So, kami nak connect the whole ability. That is satu penting and of course, saya setuju dengan pengalaman Melaka, right. Yes, nak kata kami ikut ke tak ikut ke but that is what we doing. Nombor satu. Nombor dua, saya rasa dalam persetujuan saya dengan apa yang dikatakan oleh YB Manjoi, saya rasa YB Manjoi juga perlu adillah dalam kenyataan YB Manjoi. Apabila katakan kami tidak menyerlah dalam Tahun Melawat Perak. Kami dah jadi jaguh pun 10.2 juta. Kena bertanggungjawab sikitlah. I respect you, you are a very good YB especially first term. Jauh perjalanan ke depan. Lagi, lagi bagus dari certain YB yang saya nampak dekat sini. But please be responsible dengan you punya kenyataan itu. Yang the last once I dah miss dah, apa itu…

The last one YB Exco kerap ke negara China untuk tarik pelabur. Nak tahu apa perkembangan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Sebenarnya, ok terima kasih. Sebenarnya itu satu misconception ok bukan kerap ke China cuma kebetulan saya pegang dua portfolio. Dua portfolio satu, satu industri dan satu is pelancongan di mana kedua-dua portfolio itu menyebabkan saya perlu terbang. Sebenarnya kalau diberi pilihan, saya tak suka terbang. Dia akan kacau setiap kali saya balik daripada oversea trip. Apa yang berlaku, kertas akan bertimbun kat meja. So, sebenarnya tetapi apa yang berlaku nampaknya seolah-olah saya is on different portfolio. That is nombor dua. That's nombor satu, nombor dua tak juga selalu ke sana. Kami juga melakukan promosi ke Singapura, ke Indonesia, ke Thailand dan sebagainya. Jadi, saya rasa kenyataan itu juga tidak betul. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya…

Soalan tambahan boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

YB duduk. Seterusnya saya di jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor satu.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Baharu yang telah tanyakan soalan berkenaan rumah, projek rumah sakit dan terbengkalai. Bagi menjawab soalan nombor yang pertama tentang perkembangan terkini dashboard Perumahan Negeri Perak, untuk makluman Yang Berhormat pembangunan dashboard Hartanah@Perak telah selesai bagi fasa pertama di mana fasa pertama ini melibatkan penyediaan paparan maklumat berkenaan status pembangunan perumahan di seluruh Negeri Perak yang merangkumi kesemua Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, dashboard ini turut memaparkan maklumat berkaitan bilangan dan lokasi projek terbengkalai di negeri Perak. Bagi fasa seterusnya, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bersama Perak GIS akan terus mempertingkat dan mengemaskini fungsi dashboard ini dari semasa ke semasa. Usaha ini bertujuan untuk memastikan lebih banyak maklumat komprehensif dapat dipaparkan untuk makluman umum termasuk berkaitan projek sakit dan projek terbengkalai. Setiap data projek sakit dan terbengkalai yang diperoleh daripada Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan dikemaskini secara berterusan dalam dashboard tersebut bagi memastikan maklumat yang disediakan sentiasa tepat dan terkini. Bagi menjawab soalan pecahan kedua tentang usaha Kerajaan Negeri dalam usaha dalam menangani projek sakit dan terbengkalai.

Untuk makluman Yang Berhormat, susulan kerjasama MOU antara Kerajaan Negeri melalui LPHP dan Jabatan Perumahan Negara yang telah ditandatangani pada 10 Julai 2024, pelbagai langkah proaktif telah dilaksanakan bagi menangani isu projek sakit dan projek terbengkalai di Negeri Perak. Melalui kerjasama ini, pihak JPN telah mula melibatkan LPHP sebagai agensi pemudahcara dalam mesyuarat yang membincangkan isu-isu teknikal berkaitan pelaksanaan projek berkenaan. Selain itu, mesyuarat teknikal secara berkala turut dilaksanakan antara JPN, LPHP dan pihak pemaju bagi memantau perkembangan kerja di tapak serta memastikan setiap langkah pemulihan berjalan ikut perancangan. Di samping itu, saya sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan turut terlibat bersama-sama LPHP dan JPN dengan mengadakan beberapa siri lawatan tapak ke projek-projek sakit dan terbengkalai bagi menilai keadaan sebenar di lokasi serta mengenal pasti tindakan susulan yang perlu diambil. Tidak ketinggalan beberapa sesi perjumpaan bersama para pembeli turut diadakan bagi kita mendengar sendiri hasrat pandangan dan cadangan mereka supaya penyelesaian yang diambil mengambil kira kepentingan semua pihak.

Selain itu, perbincangan bersama pihak pemaju juga dilaksanakan bagi memahami isu dan cabaran yang dihadapi oleh mereka selain membincangkan langkah penyelesaian yang sesuai untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan semula. Selain itu, melalui platform Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pemantau Pemantauan Projek Sakit dan Pemulihan Projek Terbengkalai, LPHP bersama Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa mengadakan perbincangan berkala bagi memantau status projek-projek sakit dan terbengkalai di setiap kawasan PBT. Melalui mesyuarat ini, pelbagai langkah bersesuaian dibincangkan termasuk penyelarasan teknikal, pelantikan pihak penyelamat serta kaedah terbaik untuk mempercepatkan pemulihan projek. Kerajaan Negeri sentiasa menekankan bahawa kepentingan dan hak pembeli rumah sentiasa diberi keutamaan memandangkan ramai pembeli telah membeli, membuat bayaran tetapi masih belum menerima kediaman masing-masing. Oleh itu, tindakan pemantauan dan pemulihan dirancang secara teliti dan berterusan supaya projek dapat disiapkan dan diserahkan kepada pembeli dalam tempoh yang munasabah dan selamat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih di atas penjelasan panjang lebar oleh Yang Berhormat Exco. Cuma saya nak bawa di sini, saya pernah juga membawa isu berkaitan Taman Limau Emas di tempat saya. Taman ini sudah 30 tahun lebih terbengkalai sehinggakan sekarang ini saya kelihatan papan tanda dari pihak PDT Manjung ‘Dilarang Menceroboh’ diletakkan di situ. Pada fikiran saya, saya merasakan mungkinlah pihak pemaju tidak menjelaskan bayaran cukai tanah sehinggakan pihak PBT Manjung meletakkan notis. Jadi apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri terutama dengan adanya LPHP dan di bawah Jabatan Perumahan Negara ini? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani isu tersebut? Memandangkan ramai pembeli yang telah menjelaskan bayaran rumah tersebut dah settle dah tapi mereka tak dapat menduduki rumah. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tambahan yang diberikan. Saya juga ingin ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Baharu atas keprihatinan bangkitkan isu-isu terbengkalai di kawasan termasuk Taman Limau Emas yang dibangkitkan tadi. Di mana ia merupakan salah satu projek terbengkalai yang telah disenaraikan dalam sistem KPKT dan Jabatan Perumahan Negara. Untuk makluman, Yang Berhormat, Kerajaan Negeri secara umumnya dalam menangani projek terbengkalai seperti ini sentiasa memberi tumpuan untuk pemantauan rapi, pengumpulan data teknikal serta pelaksanaan pemulihan projek secara sistematik dan berperingkat dan secara khususnya tentang perkembangan projek Taman Limau Emas di Beruas ini dari segi tindakan semasa Kerajaan Negeri melalui LPHP, JPN serta beberapa agensi teknikal.

Sebelum ini, telah mengadakan lawatan tapak dan mesyuarat teknikal di lokasi projek bagi menilai keadaan sebenar serta keadaan sebenar bagi projek tersebut untuk kita kenalpasti isu-isu teknikal yang perlu diselesaikan sebelum kerja pemulihan dapat dilaksanakan. Jadi, daripada lawatan dan juga mesyuarat yang diadakan, walau bagaimanapun, kita dapati bahawa LPHP sekarang berdepan dengan beberapa kekangan dan cabaran untuk meneruskan sebarang tindakan susulan. Antaranya termasuk kesukaran untuk menghubungi sebahagian pembeli yang terlibat di mana seperti yang digambarkan oleh Yang Berhormat, projek ini mula dibangunkan seawal tahun 1989, telah lebih daripada 30 tahun dan diisytiharkan terbengkalai sejak 2013 iaitu 13 tahun daripada sekarang. Jadi apabila pemaju sudah tiada dalam langkah kita untuk cari penyelesaian. Agak penting untuk kita mengumpulkan semua pembeli-pembeli yang ada supaya kita bincangkan apa hala tuju, apa penyelesaian cadangan yang bersesuaian. Cuma sebelum kita boleh sampai ke penyelesaian, cadangan penyelesaian, kekangan yang dihadapi yang utama sekarang untuk kita hubungi pembeli-pembeli yang terlibat. Seperti yang kita sedia maklum, apabila projek itu dah lebih daripada 30 tahun, memang kesukaran itu sesuatu yang kita hadapi. Yang Berhormat ini inilah antara hakikat dan cabaran di lapangan apabila Kerajaan berhasrat mengadakan sebarang usaha untuk memulihkan mana-mana projek terbengkalai.

Jadi kadang kala walaupun pelbagai usaha telah di gerakkan, realitinya, memang banyak kekangan dan cabaran yang ada yang menyebabkan penyelesaian tidak dapat kita adakan apa-apa tindakan lanjut. Walaubagaimanapun, dalam kes Taman Limau Emas ini, pihak berkenaan masih dalam usaha untuk melalui platform yang ada cuba untuk kumpul balik pembeli-pembeli yang terlibat supaya apabila kita boleh dapat kata sepakat antara pembeli yang terlibat, kita boleh cuba untuk memutuskan way forward dengan izin dan penyelesaian yang sesuai supaya kita boleh ambil tindakan yang lanjut dan Kerajaan Negeri memang kita kekal komited untuk cuba selagi yang boleh supaya projek ini juga ada harapan untuk dipulihkan dalam masa akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Pasir Panjang sila.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Kita sangat menghargailah pihak Kerajaan, usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan untuk memulih dan menyelamatkan projek perumahan terbengkalai dan sakit. Jadi, saya bertanyakan apakah dasar atau langkah-langkah proaktif yang diambil Kerajaan Negeri untuk memastikan tidak bertambahnya projek-projek sebegini dan kalau boleh kita tidak mahu perkara ini berulang pada masa hadapan? Jadi, kita lihat apakah future action yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Panjang. Ya, memang saya setuju dalam kita gerakkan usaha untuk menyelamatkan projek sakit dan terbengkalai. Pada masa yang sama juga sangat penting bagaimana kita ambil langkah proaktif ataupun dari dasar yang ada untuk kita selesaikan masalah dari puncanya iaitu bagaimana kita elakkan berlaku lebih banyak projek sakit dan terbengkalai. Sebab waktu ini memang pasukan LPHP dan semua agensi teknikal, semua pihak yang berkenaan memang perlu habiskan masa yang terlalu banyak dalam adakan penyelesaian cuba untuk memulihkan projek ini. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk kita memperkukuhkan fungsi dasar sebagai satu usaha untuk elakkan berlakunya isu projek perumahan terbengkalai pada masa hadapan.

Justeru melalui pembangunan dashboard Hartanah@Perak itu memang merupakan salah satu usaha yang kita adakan dimana dashboard ini akan menjadi satu platform pemantauan bersepadu yang membolehkan Kerajaan Negeri melalui LPHP dan Pihak Berkuasa Tempatan memantau status semua projek perumahan di negeri Perak yang sedang berjalan secara lebih sistematik. Jadi melalui sistem ini, projek yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan walaupun telah memperoleh kelulusan di peringkat PBT akan dikenalpasti lebih awal supaya tindakan susulan dapat diambil dengan segera. Selain itu, LPHP juga dalam proses melaksanakan kajian Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0 yang dijangka akan dikuatkuasa pada tahun 2027. Di mana beberapa penambahbaikan terhadap dasar sedia ada akan diperkenalkan khususnya dari aspek kawalan, pemantauan dan tadbir urus pembangunan perumahan supaya ia menjadi lebih komprehensif dan juga berkesan. Di samping itu, LPHP juga sentiasa menggalakkan pemaju untuk mengadakan sesi pra-rundingan sebelum mengemukakan sebarang permohonan pembangunan. Ini bagi memastikan projek yang dirancang adalah berdaya maju dari segi kewangan, praktikal, dari sudut pelaksanaan serta mematuhi keperluan teknikal dan perancangan bermula dari peringkat awal lagi.

Jadi peringkat ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kegagalan projek dan memastikan pembangunan perumahan dilaksanakan dengan lebih teratur serta mampan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga mengambil maklum pengumuman terkini oleh KPKT, di mana kajian telah di jalankan supaya untuk menggalakkan ke arah projek dilaksanakan dengan cara build and sell, bina dulu baru jual. Walaubagaimanapun, pihak KPKT juga mengambil kira bahawa cara seperti ini mungkin akan menambah beban kewangan para pemaju. Jadi satu mekanisma dan juga insentif yang bersesuaian juga sedang dibincang di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga sentiasa akan mengikuti perkembangan dan pengumuman serta dasar yang diadakan oleh Kerajaan Persekutuan supaya di peringkat negeri juga kita boleh memanfaatkan daripada dasar serta insentif yang diadakan supaya apabila model build and sell ini diadakan dia memberi satu jaminan yang lebih baik kepada pembeli. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Setiausaha Dewan, sila baca Aturan Urusan Mesyuarat yang seterusnya.

Usul menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Perkara yang keempat usul menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi "Menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. "Ampun Tuanku, patik sekalian iaitu Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua dan Ahli Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di dewan ini. Merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah mendapat sokongan dan telah pun dibahaskan. Justeru, pihak kerajaan akan membuat penggulungan bagi perbahasan ke atas usul ini. Sesi penggulungan di atas usul ini akan dimulakan oleh Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat yang diikuti oleh Yang Berhormat dari kawasan Lintang serta diakhiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

(Bacaan Ayat Al-Quran) "You are the best community ever raised among mankind. You enjoin what is good and you forbid what is evil and you believe in the Almighty God Allah swt." "Kamu adalah sebaik-baik umat dijadikan di kalangan manusia. Kamu menyeru kepada makruf mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah swt." Chapter number three, verse number 101. (Surah Al-Imran 110).

Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera Perak 2030. Salam Kerajaan MADANI. Salam sejahtera kepada semuanya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ex-Officio dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat daripada saf pembangkang dan Kerajaan Negeri, kakitangan-kakitangan agensi-agensi kerajaan sama ada peringkat negeri mahupun persekutuan, pengarah-pengarah, timbalan pengarah, warga media, rakan-rakan daripada warga media, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan, Yop dan Yong sekalian. Merafak sembah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di atas perkenan dan juga kesudian Tuanku merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas.

Alhamdulillah, hari ini diberikan kesempatan bagi bersama-sama Ahli Yang Berhormat dalam sesi penggulungan Titah Diraja bagi mesyuarat kali ini. Merujuk kepada Titah Diraja tempoh hari, Kerajaan Negeri amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan diatas komitmen Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM350 juta untuk projek naik taraf Lebuhraya Timur-Barat beserta struktur turapan sebanyak RM100 juta. Kerajaan Negeri berharap dengan peruntukan ini dapatlah kiranya mengurangkan risiko kemalangan yang kerap berlaku di kawasan tersebut sekali gus meringankan kegusaran Yang Berhormat Pengkalan Hulu. Sedikit tambahan kepada Yang Berhormat Pengkalan Hulu berkaitan Sistem Amaran Awal Lintasan Hidupan Liar. Suka saya nyatakan di sini bahawa Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pemasangan papan tanda amaran lintasan hidupan liar secara lebih meluas dan strategik di sepanjang jalan-jalan yang dikenal pasti sebagai laluan pergerakan haiwan. Papan tanda itu bukan untuk haiwan tu, untuk orang yang lalu lalang dekat jambatan, dekat lebuh raya. Melalui JKR dan Jabatan Perhilitan, sebanyak 52 unit papan tanda lintasan gajah telah dipasang di sepanjang jalan tersebut. Papan tanda ini berfungsi sebagai peringatan kepada pengguna lebuh raya dan juga papan tanda telah pun diseragamkan dari segi reka bentuk dan juga penempatan bagi memastikan keberkesanan keberkesanan maksima. Kerajaan negeri melalui Jabatan Perhilitan turut memperkenalkan pemasangan papan tanda LED gajah yang lengkap dengan sistem pencahayaan dan amaran visual yang lebih jelas khusus di kawasan berisiko tinggi. Setelah ini, sistem ini dipertingkatkan lagi dengan integrasi kamera litar tutup (CCTV) bagi memantau pergerakan hidupan liar secara berterusan.

Timbalan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek tebatan banjir serta penyelenggaraan sungai yang berfokus telah dapat mengurangkan jumlah titik lokasi panas banjir di seluruh negeri daripada 332 lokasi pada tahun 2024 kepada 280 lokasi pada tahun 2025. Kerajaan Negeri amat komited dan berharap lokasi titik panas banjir akan dapat berkurangan lagi pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat daripada saf pembangkang.Seterusnya saya...

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Mohon izin Yang Berhormat Exco, Pengkalan Hulu.

Saya baru nak mula sampai gear 3 karang ok, Insha Allah.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Ok baik, terima kasih.

Terima kasih Pengkalan Hulu. Seterusnya saya ingin menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Changkat Jong berkaitan banjir yang berlaku di kawasan beliau. Satu projek dilaksanakan oleh Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bidor di Changkat Jong Daerah Hilir Perak yang memfokus kawasan hotspot banjir seperti Kampung Lorong Mesra, Kampung Batu Lapan serta Kampung Batu 9 telah dilaksanakan pada tahun 2024 bagi mengurangkan impak kejadian banjir pada musim tengkujuh. Tambahan daripada itu, pihak JPS turut akan meneliti tahap kesiapsiagaan aset-aset sedia ada mahu pun aset tambahan atau pun sokongan dalam memastikan aset-aset tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan juga sempurna dengan melaksanakan penyenggaraan berkala dalam menghadapi banjir-banjir yang memastikan tindakan respon yang lebih efektif dan juga yang lebih yang lebih telus. Di samping itu, cadangan untuk menaiktaraf sistem kunci air sistem kunci ayor sedia ada juga akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan dan juga hasil dapatan kajian yang akan dilaksanakan. Sila. YB Pengkalan Hulu.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Yang Berhormat Exco terima kasih atas jawapan yang baik dan respon kepada apa yang isu yang dan cadangan yang dibawa oleh yang yang inilah yang tadi bawa dalam perbahasan yang lepas dan saya menyambut baiklah usaha-usaha pihak kerajaan memasang papan tanda LED dan sebagainyalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Exco tadi. Cuma saya nak tanya juga Yang Berhormat Exco berkenaan dengan kesesuaian untuk aktifkan semula sistem pagar elektrik gajah yang kita tahu sebelum ini dah dipasang di sepanjang laluan itu walaupun bukannya sepenuh sepenuhnya laluan itu tapi dipasang di kawasan atau pun laluan-laluan hotspot tertentu yang memang tempat gajah ni melintas dan apa pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan inilah cadangan ini? Terima kasih.

Terima kasih YB Pengkalan Hulu. Yang ini akan dikaji oleh JKR bersama dengan Jabatan Perhilitan sama ada sistem untuk mengelakkan gajah masuk ke lebuh raya itu dapat kita kembalikan semula sepertimana dahulu. Pernah dipasang dahulu satu pagar dikawasan yang memang gajah itu melintas digunakan sedikit karen elektrik. Tapi gajah ni pun cerodik yop. Bila di usik itu dia dapat dia dapat kejutan itu, maka dicarinya kayu dan dihempap kayu itu pada pada tiang tiang elektrik dan juga pagar elektrik itu. Jadi menyebabkan dianya boleh menyeberangi. Jadi, Insha-Allah saya akan beritahu kepada Perhilitan untuk tengok balik kesan kebaikan sistem lama mengelakkan gajah daripada yang ada hari ini. Sebab bila kita banyak pasang solar dengan kelulusan Kerajaan Persekutuan itu maka gajah tu dia meragam cara lain. Mana lampu yang terang benderang tu barangkali menyebabkan dia rasa sulit untuk cari makan atau pun dia rasa terang sangat. Maka dia gunakan kaedah- kaedah yang lain yang hari ini kami juga belajar perangai gajah yang baru.

Jadi Insha-Allah saya akan bagi tahu JKR Lebuhraya bersama dengan Perhilitan untuk kaji balik sistem lama yang memang berkesan ketika dahulu tanpa menggunakan solar. Jadi hari ni dengan kelulusan daripada kementerian daripada Persekutuan, kita nak guna kaedah-kaedah yang boleh memberikan laluan selamat bagi mereka. Sebagai tambahan, di samping cadangan untuk menaik taraf sistem kunci ayor di Changkat Jong. Kita pertimbangkan berdasarkan keperluan dan juga hasil dapatan kajian yang akan dilaksanakan. Sebagai tambahan Projek Living River, Sungai Sungai Bidor akan dilaksanakan dalam masa terdekat merangkumi skop-skop keperluan naik taraf pintu ayor struktur kawalan hakisan tebing sungai serta kerja-kerja mendalamkan sungai bagi mengurangkan risiko berlakunya kejadian banjir dengan memberikan jajaran-jajaran yang terkesan teruk dan berisiko berlakunya kejadian banjir khususnya di kawasan Changkat Jong. Kita laksanakan program ini di kawasan di Sungai Bidor, Sungai Bidor lalu dekat Sungai Jong sebelum diteruskan Sungai Sungai Sungai Perak. Saya mengucapkan terima kasih kepada ketua pembangkang ada ketua pembangkang hari ini? Tak ada? Gunong Semanggol. Yang Berhormat Gunong Semanggol yang bertanyakan berkaitan projek tebatan banjir pada hari Jumaat yang lepas. Terima kasih YB Gunong Semanggol.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa bahagian belakang rumah bagi tiga lot iaitu Lot 562 Lot 703 dan Lot 704 berada dalam rizab sungai iaitu ROW Right of Way dengan izin. Projek Rancangan Tebatan Banjir Grik. Kerja-kerja menaik taraf Sungai Kenderong dan Sungai Hangai serta kerja-kerja lain yang berkaitan di daerah Hulu Perak di mana pembinaan flood wall akan dibuat di kawasan tersebut. Terima kasih kepada Gunong Semanggol yang bawa isu ini. JPS Kuala Kangsar dan Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Hulu Perak ini hanya share satu JPS satu JD sahaja. Jadi dia terpaksa ulang alik ulang alik Kuala Kangsar ke ke Hulu Pengkalan Hulu. JPS Kuala Kangsar telah menghantar surat kepada Pejabat Tanah pada 03 Disember 2025 berkaitan permohonan mengeluarkan nota henti kerja terhadap kerja-kerja ubah suai di rumah yang dibina di atas tanah kerajaan kawasan jambatan Sungai Kenderong.

Justeru itu, Unit Penguatkuasaan Pejabat Daerah dan Tanah di Pengkalan Hulu telah turun padang dan menyiasat isu tersebut dan hasil siasatan adalah kawasan yang dimaksudkan adalah tanah kerajaan Lot 431 di wilayah Kampung Padang Kunyit, Kampung Padang Kunyit, Mukim Gerik, daerah Hulu Perak berkeluasan lebih kurang lebih kurang 197 meter persegi yang telah pun dibuat pengambilan bagi tujuan rancangan hidroelektrik Bersia dan Kenering diwartakan juga dengan nombor wartanya 5169/2,12.583. Didapati terhadap…terhadap terdapat 3 buah binaan kekal iaitu 2 buah rumah yang telah pun siap sepenuhnya dan sebuah lagi separa siap. Itulah dikatakan oleh YB Yunus semalam bahawa ada tiga buah rumah di situ. Salah seorang pengusaha tersebut, Puan Siti Aisyah binti Haji Che Din telah menghantar surat rayuan terhadap notis yang telah pun diterima daripada Unit Penguasaan PDT Hulu Perak. Pengusaha tersebut telah memohon PDT Hulu Perak untuk mempertimbangkan perkara-perkara berikut. Mengarahkan semakan semula pelan projek supaya kediaman beliau yang terdapat di situ dielakkan daripada terjejas. Itu hasrat Puan Aishah ini. Membantu mencari penyelesaian yang adil, berperikemanusiaan dan penuh ihsan kepada penduduk yang terlibat. Tiga orang itu. Memberi ruang pertimbangan agar hak keselamatan dan kebajikan rakyat terus terpelihara. Pengusaha tersebut juga telah menyatakan kesediaannya untuk mohon serta membayar TOL. Maknanya lesen pendudukan sementara sehingga jalan di dapat jalan penyelesaian mana dia tawarkan nak bayar sementara untuk menyelesaikan masalah itu. Pengusaha tersebut mengakui warisnya telah menerima wang pampasan daripada TNB. Dia juga mengaku atau lebih dikenali ketika itu sebagai Lembaga Eletrik Negara. Pada 04 Mac 2026, satu lawatan tapak bersama pihak JPS telah diadakan bagi mendapatkan pengesahan kawasan yang terlibat dengan projek rancangan tebatan banjir di kawasan tersebut.

Hasil daripada lawatan tersebut, pihak JPS telah memaklumkan bahawa rumah yang didiami oleh Puan Siti Aisyah binti Haji Che Din dan juga rumah separa siap yang dibina oleh anaknya, Muhammad Fadhli Annur Bashah berada dalam keadaan kawasan projek yang perlu dirobohkan. Itu hasil siasatan tapak di mana dia robohkan rumah dia dengan rumah yang separuh siap itu anak dia. Manakala rumah ketiga berada sedikit jauh daripada kawasan projek. Namun perbincangan bersama pihak kontraktor yang turut hadir bersama sesi lawatan tersebut memaklumkan bahawa rumah tersebut mempunyai risiko mengganggu kerja-kerja pelaksanaan projek tebatan banjir memandangkan kawasan tersebut akan dijadikan kawasan stockpile dengan izin. JPS turut memaklumkan bahawa projek dijangka akan bermula pada Jun 2026 maknanya dua bulan lagi.

Hasil perbincangan bersama pihak JPS dan kontraktor, Puan Siti Aisyah binti Haji Che Din diberi penangguhan masa berpindah sehingga…sehingga selewat-lewatnya pada 7 Mei 2026, pihak JPS telah memberikan sedikit notis kepada Puan Aishah tersebut. Rayuan pengusaha tidak dapat dipertimbangkan atas justifikasi di bawah. Urusan pengambilan semula tanah di bawah Akta 1960 bagi Lot 431 telah sempurna dilaksanakan. Bermakna telah hampir dibayar pampasan. Pampasan telah pun dibayar dan hak milik tersebut telah dibatalkan. Jumlah pampasan yang dibayar sebanyak RM23 ribu untuk rumah dan juga tapak rumah berdasarkan Borang G bertarikh 3 Januari 1985. Lama dahulu. Sehubungan dengan itu, Lot 431, Mukim Gerik telah sah kembali menjadi tanah kerajaan melalui pengambilan tanah bagi Projek Hidroelektrik Bersia dan juga Kenering. Sekiranya tindakan penguat kuasaan tidak diambil, pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Gerik akan terjejas dan lewat siap yang akan memberikan implikasi kepada risiko banjir di daerah Hulu Perak lagi sekali. Pengusaha telah dimaklumkan mengenai perkara ini semasa siasatan di lokasi dibuat dan telahpun dinasihatkan untuk berpindah ke lokasi yang lebih selamat. Jadi, telah pun dinasihatkan kepada pengusaha itu, Puan Aisyah ni untuk dia cari tempat yang lebih selamat yang tidak terlibat dalam tebatan banjir tersebut.

Terdapat bantuan agensi kerajaan seperti bantuan sewa rumah dan bantuan bina rumah baru yang boleh dipohon telah pun oleh pengusaha sekiranya beliau berminat. Berkaitan Rancangan Tebatan Banjir dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chenderiang pula iaitu yang berkaitan dengan Sungai Chenderiang bagi menangani isu banjir di kawasan Kampung Baru Chenderiang adalah di bawah cadangan RTB Sungai Kinta Fasa 3, Daerah Kinta, Kampar, Batang Padang. Ni YB Chenderiang. JPS Negeri Perak telah mengemukakan permohonan bagi projek tersebut di bawah RMK-13, Rolling Plan 2 Tahun 2027 di bawah peruntukan Persekutuan. Soalan ini…selain itu, Jabatan JPS juga telah mengemukakan permohonan bagi melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam ataupun PRISMA Daerah Batang Padang di bawah RMK-13, Rolling Plan 2, Tahun 2027 bagi laluan menyediakan pelan pengurusan banjir secara menyeluruh terutamanya banjir kilat dengan kawasan pembangunan di daerah Batang Padang khususnya di Tapah. Di samping itu, pelaksanaan Kajian Pelan Induk Saliran yang berkomprehensif, PRISMA juga akan menjadi asas penting dalam merangka penyelesaian jangka panjang yang lebih berkesan, holistik dan mampan bagi menangani isu banjir di kawasan tersebut.

Selain itu, Majlis Daerah Tapah (MPT) telah merancang pelaksanaan kerja-kerja melebar dan juga menaik taraf sistem saliran di kawasan terlibat iaitu Taman Tapah II, Taman Perumahan Awam II dan Taman Seri Chenderiang dalam masa yang terdekat ini. Projek ini akan dilaksanakan sebaik sahaja peruntukan sebanyak RM300 ribu daripada Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dapat disalurkan. Bagi Kampung Seri Azam yang dibangkitkan oleh YB Chenderiang hari tu iaitu banjir kilat yang berlaku adalah berpunca daripada aliran air yang tinggi melalui Taman Perumahan atau pun Taman Tapah II yang mengalir terus ke kampung tersebut. Oleh kerana taburan hujan yang agak lebat ketika itu, maka ayor yang mengalir itu terus masuk ke kampung-kampung Taman Tapah itu. Pejabat Daerah Tanah dan Batang Padang juga telah melaksanakan beberapa projek penyelenggaraan longkang yang menampung kualiti ayor yang tinggi melalui kawasan kampung dan juga sekitar pada tahun 2025 iaitu di bawah peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri atau pun MARRIS berjumlah RM55 ribu di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat Parlimen Tapah berjumlah RM50 ribu.

Sedikit tambahan kepada Yang Berhormat Chenderiang berkaitan jambatan di Kampung Batu Melintang yang mana ianya bukan di bawah JKR atau JPS, sebaliknya jambatan tersebut di bawah Pejabat Tanah dan juga Daerah Tapah. Saya nak minta YB Chenderiang majukan isu jambatan di kampung tersebut…Batu Melintang, daripada Pekan Tapah nak pergi ke Dusun Muda tu ada Kampung Batu Melintang tau nama dia. Jambatan tu telahpun ditukar dua kali. Dianya adalah anak sungai daripada Batu Melintang tu mengalir ke Sungai Batang Padang. Tu masalah yang dihadapi oleh kampung tersebut. Jadi saya nak cadangkan supaya dirujuk isu ini kepada PLB Batang Padang, Tapah.

Seterusnya, Yang Berhormat Kampong Gajah menyuarakan kebimbangan berkaitan taburan hujan yang rendah, yang menyebabkan kemerosotan paras air di Sungai Perak. Hal ini juga menjadi kebimbangan Yang Berhormat Pantai Remis mengenai isu yang sama. Bermakna Pantai Remis dan juga Kampong Gajah memberikan satu kerisauan pada masalah yang sama bahawa ada kemungkinan bahawa Sungai Perak ini akan juga surut paras ayor dia. Kerajaan Negeri Perak melalui JPS negeri telah menjalankan satu kajian awal bagi Penilaian Kecukupan Sumber Air Negeri Perak termasuk Sungai Perak melalui kajian Perak State Water Resources Assessment. Bermakna kita arahkan JPR supaya betul-betul kaji bahawa adakah ayor yang datang Temengor itu melalui Sungai Perak ini mencukupi untuk pertanian juga untuk domestik. Kajian itu sedang dibuat oleh JPS hari ni. Kita sekarang ni…buat agak-agak saja…ayor ni cukup, ayor ni tak cukup. Tapi kajian terperinci dengan data-data yang cukup belum lagi dapat diperolehi daripada JPS.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Berkaitan tentang paras air Sungai Perak ini, ia juga bukan sahaja kita nak mengkaji sama ada ia air itu mencukupi tetapi bagi kawasan-kawasan komersial, adakah…kita juga ada satu tindakan apabila berlaku dengan bekalan air yang tu tidak mencukupi bagi pihak-pihak kilang pemprosesan ke, kilang-kilang yang memerlukan air itu, dapat ada satu kita kata plan B supaya mereka boleh teruskan aktiviti mereka? Contoh bagi satu pemprosesan ayam, kilang ayam di Manjung, di Kampung Ache. Sebelum ini telah menghadapi masalah mereka setiap hari perlu menyembelih ayam seramai 200 ribu ekor tapi yang itu hanya untuk pasaran tempatan sahaja. Apabila mereka, jika ingin lagi menambah jumlah eksport itu, mereka perlu menyembelih 400 ribu ekor setiap hari tetapi dengan air yang tidak mencukupi, mereka menghadapi masalah yang besar kerana mereka tidak dapat menjalankan aktiviti itu dan mereka mengalami kerugian. Jadi, bukan sahaja dengan kita memastikan semasa air Sungai Perak itu mencukupi tetapi juga adakah kerajaan ada satu plan B supaya kita dapat mengatasi masalah ini semasa insiden-insiden ini berlaku. Terima kasih.

Ya, Kampong Gajah.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Ok, terima kasih Dato’ Seri. Saya setuju dengan Sungai Manik tadi. Antara langkah ini…eh Pantai Remis tentang langkah berjaga. Cuma buat masa sekarang ini, kalau kita lihat memang dari segi petani dan sebagainya memang tanpa kajian pun kita tahu memang ayor tak cukup. Kalau dibuka di sana itu, sebelum ini untuk air yang daripada Teluk Sena…daripada Sungai Perak masuk Teluk Sena pergi ke Kincir Air Salleh, di situ dipecahkan pada tiga, lima pintu. Dua pintu pergi ke Felcra Changkat Lada. Tiga pintu ke pertanian. Memang tak cukup dan baru ni pun bergaduh tentang air. Kalau dulu boleh, buka kelima-lima. Dia boleh masuk ayor cukup. Sekarang ni tak cukup dah. Yang sekarang ni sampai sekarang, kalau kita turun, ada masa turun di ladang, di sawah, rungutan daripada petani, pesawah tentang air. Semalam pun saya balik kejap tengok. Bila air tak ada, sawah tak jadilah. Jadi memang kalau kata air tak cukup tu…memang tak cukup kan. Jadi kerisauan yang perlu ingatkan kerajaan memang perlu fikirkanlah apa untuk kita. Macam saya sebutkan nak letakkan empangan atau sebagainya untuk dapatkan kepungan air tu tadi.

Terima kasih Kampong Gajah. Saya sebenarnya memahami masalah yang dihadapi oleh Pantai Remis bersama Kampung Gajah kerana dia ada satu ternakan ayam yang tinggi menggunakan air LAP ataupun air daripada JPS. Tapi sebenarnya kala jika berlaku musim kemarau yang akan menyebabkan air daripada Temengor sampai ke Kampong Gajah tu terjejas yang lebih mengetahui awalnya adalah pihak LAP dan juga pihak JPS kerana mereka diberitahu dihubungi oleh TNB. Jadi untuk itu kita akan beritahu persatuan-persatuan dan juga orang kampung supaya mereka bersiap sedia dan kajian yang dibuat oleh JPS adalah kajian yang mengatakan bahawa bilakah masa yang paling baik untuk mereka meneruskan tanaman padi. Jadi kalau sekiranya air ketika itu membuak-buak keluar maka itulah paling baik untuk mereka menanam padi tetapi kalau sekiranya musim itu musim panas kita akan bagi tangguhan supaya dilewatkan sedikit penanaman tersebut. Ianya akan dibuat hasil kajian yang akan dibuat oleh JPS Resource Assessment ini untuk membantu petani-petani dan juga pengguna-pengguna air. Maka saya bagi tahu tadi JPS dan LAP yang menggunakan muka sauk yang pertama mendapat arahan atau pun nasihat daripada TNB sebabkan air itu tak cukup ke cukup. Kalau sekiranya tak cukup maka akan memohon pada TNB untuk lepaskan lebih sikit. Itulah komunikasi di antara TNB dan juga JPS dan LAP kalau sekiranya berlaku masalah ketiadaan air yang tidak cukup di kawasan- kawasan perairan tersebut. Jadi Insha Allah saya akan beritahu kepada JPS dan juga LAP supaya kajian ini dapat dipercepatkan supaya kita bantu petani-petani dan juga air yang diambil oleh LAP ke loji-loji rawatan air mereka. Terima kasih.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Dato' Seri saya ada sedikit tambahan. Untuk pengetahuanlah kita tanya pesawah-pesawah ni kekurangan air untuk masuk petani pesawah ni bukan baru musim yang musim ni. Tak. Dia dah hampir 10 tahun. Maksudnya benda tu tak dapat diselesaikan untuk air kalau kata tadi cukup mudah untuk kita sembang dengan TNB untuk buka lepas air masuk cukup cantiklah tapi sekarang ni benda tu tak berlaku pada realitinya. Ini menyebabkan kerisauan para petani dan bukan petani saja kita pun patut risau kerana ia melibatkan keterjaminan makanan dan sebagainya.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya tumpang juga Dato' Seri ya. Sekarang ni tak ada masalah air di Alor Pongsu. Terlebih air tapi masa berlaku kemarau teruk satu tempat di Parit Simpang Empat Alor Pongsu saya ucap terima kasih pada IADA dia orang pasang pam solar untuk hisap air tu tapi orang kampung kata rupa air kencing kecil sangat tapi masa saya pergi adalah sikit tapi kemusykilan saya yang saya tak sempat nak tanya JD JPS di hujung bendang empat tu selang beberapa kaki ada sungai. Sungai tu air penuh. Adakah tidak dibenarkan atau ada cara. Petani tanya kenapa tak hisap air tu masuk dalam bendang hujung tu? Boleh ke tak boleh sebenarnya ambil air sungai ni masuk dalam bendang yang hujung-hujung yang tak ada air ni? Sebab saya tengok pam solar yang IADA adakan di kawasan Parit Simpang Empat Alor Pongsu tu kurang berkesan. Terima kasih Dato' Seri.

Terima kasih Alor Pongsu. Menjawab soalan daripada Kampong Gajah tadi sungai tu telah pun dinaiki oleh pasir 10 tahun yang lepas dia dalam. Katakan 30 kaki. Hari ni memang tinggal 10 kaki sahaja. Jadi bila laluan air tu tergendala maka itu sebabnya di sana tu kurang mendapat air kerana aliran kurang. Jadi ketika itu saya minta supaya JPS kaji lokasi-lokasi yang memang memerlukan kedalaman air itu untuk dibuang pasir yang memenuhi dalam sungai tersebut. 15 tahun yang kebelakangan ni sungai tu dalam. Akibat masalah inilah kita kena buat pembersihan sungai. Bukan hanya dia punya river cleansing tapi dia stesen. Maknanya kita kena buang pasir-pasir yang telah pun meninggi dalam sungai tersebut. Di Alor Pongsu masalahnya bukan tak cukup air. Air berlebihan. Kita dapati bahawa ada sungai-sungai di situ, Sungai Kurau, Sungai Kerian yang dalam perancangan ORS JPJ dan juga LAP kita boleh sedut air daripada sungai berhampiran untuk dialihkan ke kawasan yang memerlukan air tersebut. Jadi kita tengah nak buat kajian nak ikut perangai daripada JPS Selangor. JPS Selangor telah pun menyiapkan satu projek namanya ORS atau pun river storage water.

Di Perak ini kita nak jadikan Kerian dengan Sungai Kurau itu sebagai tempat yang boleh kita buat simpanan air dan kalau perlu sangat baru kita alirkan ke kawasan-kawasan reservoir tersebut. Terima kasih Alor Pongsu dan saya minta daripada Pantai Remis tadi kalau sekiranya penghasilan ayam itu perlu ditingkatkan berganda makna permintaan daripada rakyat hari ini inginkan ayam tu 400,000 metrik tan barangkali satu hari kalau boleh suruhkan pengusaha itu hubungi pihak LAP berdekatan supaya kita tahu bahawa penggunaan air di kilang ayam tersebut melampaui kebiasaannya dan kita buat persiapan. Jadi kalau perlu ditokok air daripada luar kita akan bantu pengusaha tersebut supaya dia tidak mengalami masalah lebih-lebih lagi hari ini penggunaan ayam tu banyak sangat. Thank You. Terima kasih.

Seterusnya Yang Berhormat Kampong Gajah menyuarakan kebimbangan berkaitan taburan hujan tadi. Kita pun terus menjawab Insha Allah kita akan dapat atasi setelah kajian dibuat oleh JPS. Hasil dapatan awal kajian purata kadar air tahunan bagi Sungai Perak adalah dapat memenuhi permintaan sumber air bagi memenuhi keperluan harian. Buat masa ini tapi belum kata kita kuatkan hujah itu dengan data-data, belum lagi tapi kita lihat bahawa kajian tersebut walau pun belum sempurna tapi air sampailah ke muara itu memenuhi dan mencukupi.

Namun terdapat beberapa penemuan yang memerlukan langkah mitigasi terutamanya apabila kadar air bulanan tertentu yang lebih rendah daripada purata bulanan seperti yang telah berlaku pada bulan Disember tahun lepas. Antara cadangan mitigasi dengan melihat senario yang berlaku sekarang adalah dengan mengoptimumkan takungan termasuk langkah menggunakan cadangan saya sebut tadi off river storage atau pun ORS iaitu kita akan cuba aplikasi dia di Sungai Kurau dan juga Sungai Kerian di Alor Pongsu. Untuk hala tuju seterusnya, Kerajaan Negeri telah mohon pihak JPS mendapatkan sebanyak mungkin data terkini daripada pelbagai agensi bagi memperluaskan tindakan mereka supaya lebih cepat dan lebih teratur. Ini diterokai bagi mendapatkan satu SOP penggunaan pengurusan sumber air Perak termasuk juga kesesuaian cadangan Ampang Jajar Sungai Perak seperti yang telah pun dibangkitkan. Jadi kita minta kajian ini dibuat secepat mungkin supaya dapat kita laksanakan seterusnya. JPS Perak sentiasa memantau secara rapi isu penurunan paras air Sungai Perak berasaskan data hidrologi dan juga teknikal semasa. Keadaan ini dipengaruhi oleh peralihan fasa iklim yang disebabkan oleh pertukaran iklim tu termasuklah fakta-fakta El-Nino dan sebagainya. Yang ini juga ada dibuat kajian oleh METMalaysia untuk membantu supaya ada sebab-sebabnya kenapa kadang-kadang hujan berlebihan taburan dia tidak menentu atau pun tidak hujan. Itu akan dikaji akan dinasihati oleh pihak METMalaysia.

Tindakan jangka pendek yang dilakukan oleh JPS adalah seperti berikut. Pertama pelaksanaan pembenihan awan di kawasan tadahan. Ini merupakan tindakan yang terakhir. Alhamdulillah buat masa ini dua minggu yang lepas kita buat pembenihan awan bukan hanya di Tasik Merah tapi Temengor dia memberikan satu natijah yang baik yang sebelum ni kita tak dapat manafaatnya tapi hari ini Alhamdulillah pembenihan tu awan berjaya. Yang keduanya mengoptimumkan operasi pelepasan empangan secara bersepadu. Makna air daripada Tasik Temengor itu termasuk juga di Kenering, Chenderoh dan Bersia dilepaskan mengikut kaedah-kaedah yang lebih selamat dan optimum. Jadi komunikasi antara TNB, JPS dan LAP boleh dikatakan dalam bentuk setiap jam khususnya bila berlaku suasana tidak menentu. Iklim yang agak-agak parah ni mereka akan berkomunikasi 24 jam. TNB, JPS dan juga LAP. Sebab dia berbeza dengan sungai-sungai lain. Sungai Perak ni dia banyak dia punya fungsi dia. Manakala tindakan jangka panjang pula adalah melaksanakan kajian kebolehlaksanaan berasaskan data terkini bagi menambah baikkan SOP operasi empangan antara agensi-agensi pembangunan takung air, pinggiran sungai off river storage tadi ORS tu.

Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lubok Merbau dalam perbahasan beliau membangkitkan isu ketiadaan lampu jalan. Ingin saya nyatakan di sini bahawa sehingga 31 Disember tahun lepas daerah Kuala Kangsar telah menerima kelulusan bagi pelaksanaan projek pemasangan lampu sebanyak 60 unit iaitu masing-masing menerusi inisiatif Solar Madani daripada Projek Kampung Angkat Madani. Jadi bagi Kuala Kangsar sahaja menikmati sejumlah yang telah pun diluluskan dalam projek

Solar Madani. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 unit lampu, lampu jalan baru telah pun dipasang di kawasan kampung di bawah Dun Lubok Merbau. Mungkin YB Lubok Merbau pun dapat lihat bahawa sekarang ini kawasan-kawasan yang dulunya gelap telah disolarkan. Bagi tahun 2026, permohonan bagi pelaksanaan pemasangan lampu jalan di kampung-kampung daerah Kuala Kangsar telah diangkat menerusi inisiatif Solar Madani di bawah agensi ICU, JPM dengan jumlah keseluruhan sebanyak 197 unit yang mana turut merangkumi kawasan di bawah Dun Lubok Merbau iaitu sebanyak 30 unit. Selain itu, permohonan peruntukan sebanyak RM 550 ribu bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan telah pun diangkat ke ibu pejabat JKR Malaysia untuk kelulusan. So, maknanya JKR Perak telah pun menghantar kepada Kementerian Kerja Raya bagi meluluskan tambahan lampu solar di kawasan tersebut. Seterusnya, Yang Berhormat Titi Serong bertanya berkenaan dengan perbahasan beliau berkaitan penyelenggaraan parit di kawasan beliau. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kebajikan para pesawah di Dun Titi Serong dan ingin menjelaskan bahawa kawasan tersebut sebelum ini diselenggara oleh syarikat konsesi melalui peruntukan MARRIS dengan jadual peruntukan 4 pusingan setahun. Itu yang dibuat sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kontrak konsesi tersebut telah berakhir pada 28 Februari 2026 baru ini dan status terkini kelulusan pelantikan konsesi baru telah diluluskan oleh mesyuarat MMK pada 18 Mac 2026. Makna perlantikan konsesi baru telahpun diluluskan oleh mesyuarat Exco baru-baru ini. Ini adalah sebagai langkah penambahbaikan tata kelola bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dapat dilaksanakan. Jadi itu ada masalah sedikit kerananya konsesi yang lama itu kita perbaharui dan ada skop-skop kerja yang telahpun di dipinda sedikit. Bagi meminimakan kesan kepada pesawah, JPS Kerian telah mengambil inisiatif proaktif dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan juga tebatan kecemasan di terusan utama bagi menjamin kelancaran bekalan air. Ini bermaknanya walaupun ada pertukaran konsesi, JPS masih meneruskan kerja-kerja pembersihan dan juga kerja-kerja untuk pastikan aliran air tidak terkandas. Kerajaan Negeri amat menghargai inisiatif gotong-royong oleh para pesawah dan akan meneliti setiap cadangan-cadangan bantuan secara menyeluruh mengikut prosedur sedia ada. Jadi, kita menghargai pesawah-pesawah ini. Mereka juga membuat gotong-royong. So, kita hargai usaha mereka itu. Ya, Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Mintak maaf Dato' Seri ya. Bila Dato' Seri sebut tentang konsesi itu, saya tiada halangan. Company mana nak ambik pun, ambiklah. Tapi satu benda yang saya nak minta jasa baik Dato' Seri Exco ya, dulu parit-parit dalam kampung ni ketua kampung yang buat. Mungkin orang lama Dato' Zul mungkin ingat kan? Dulu, ketua kampung buat cantik. Cantik sebab dia tak boleh lari. Dia pi surau ke, dia pi kedai kopi ke, dia kena dengan orang kampung. Jadi saya cadangkan kalau dapat disyorkan pada konsesi kalau nak sub sekali pun, pastikan melalui ataupun lantik ketua kampung itu sendiri. Janganlah macam parit di kawasan saya itu, orang Semanggol mai buat kat Alor Pongsu. Dia takde belonging. Tu sebab bila nak serak 24 haribulan 4 ni JPS nak masuk ayaq, masih belum buat lagi. Tapi kot mana pun terima kasihlah. Hari Khamis saya tegur, semalam dah clear dah parit tu. Proaktif lah kan? Tapi, perlu di syorkan konsesi kalau nak buat sub ke apa pun, refer ketua kampung dulu. Terima kasih Dato' Seri.

Terima kasih Alor Pongsu. Memang JPS dan semua-semua JD-JD di Perak ni, kita berikan satu nasihat pada mereka untuk memilih kontraktor untuk disiapkan kerja-kerja daripada konsesi ini kepada yang ada di tempat tersebut dengan syarat mereka memenuhi piawaian-piawaian LAP, mereka ada sedikit pengalaman dan LAP JD-JD LAP akan beri keutamaan kepada syarikat tempatan. Jadi memang betullah. Dalam konsesi yang akan kita perbaharui bulan Mei ini, kita jadikan ianya sebagai faktor di mana, kalaulah pemilihan itu melibatkan kontraktor di luar kawasan, dia akan menambahkan kos. Tapi kalau kita beri kepada kontraktor yang memang asalnya di kampung tersebut, dia memberikan banyak kebaikan. Pertamanya, dia kenal siapa ketua kampung, dia kenal siapa Adun dekat situ dan dia kenal persatuan-persatuan pesawah di situ. Jadi kontraktor itu boleh kerja dengan baik dan sempurna. Mereka boleh tegur dia. Mana orang kampung pesawah dia boleh tegur kontraktor, Din! buat kerja elok sikit, macam tu. Yang jadi adik-beradik, Ya. Jadi saya teruskan.

Selain itu, antara tindakan dan juga penyelesaian yang telah dan sedang dilaksanakan bagi jangka pendek adalah seperti melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan terhadap saliran yang sedia ada. Jadi itu untuk YB Titi Serong. Selain itu MDK, Majlis Daerah Kerian sentiasa memastikan pam ayor milik MDK berada dalam keadaan bersedia bagi mencepatkan mencepatkan aliran keluar ketika hujan lebat ataupun ketika banjir. Itu untuk Titi Serong. Banjir kilat yang berlaku pada 8hb April 2026 bulan lepas, disebabkan juga hujan lebat berkapasiti tinggi dan berterusan dengan, dengan mencatatkan bacaan taburan hujan sedalam 128 mm, mana tinggi. Masa hujan tu tinggi. Dalam masa 2 jam, dalam masa 2 jam itu taburan hujan yang tinggi menyebabkan dia berlaku banjir kilat di kawasan yang telahpun dinyatakan tadi.

Pada tahun 2025, MDK telah menaik taraf sistem perparitan sedia ada di Taman Kerian Tambahan dan juga membina tebatan banjir di sebahagian pusat Bandar Parit Buntar dan membuat pembersihan parit tanah di belakang Taman Kerian Tambahan dengan peruntukan sejumlah RM900 ribu bagi tujuan mengatasi banjir kilat walaupun parit tanah tersebut berada di dalam rizab pihak Perbadanan Aset Keretapi. Maknanya tanah tu tanah daripada kepunyaan KTMB. Tapi mereka bersihkan juga dengan izin daripada KTMB RAC. Pada tahun ini 2026, MDK juga menerima kelulusan peruntukan untuk menaik taraf sistem perparitan di lorong belakang Jalan Maharaja iaitu di Parit Buntar berjumlah RM440 ribu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Pada tahun, bagi perancangan jangka panjang dalam Rancangan Malaysia Ke 13, RMK 13, telah dimasukkan cadangan menaiktaraf sistem saliran di belakang Sekolah Kebangsaan Seri Kerian, belakang Sekolah Seri Kerian tu termasuk penyediaan kajian pelan Induk Saliran Bandar bagi Parit Buntar mengikut kesesuaian JPS untuk menyelesaikan lebih menyeluruh dan juga mampan seperti pembinaan kolam takungan berpusat bagi mengawal limpahan ayor di sebahagian kawasan tersebut.

Jadi JPS akan melaksanakan kerja ini dalam masa terdekat. Bagi pihak Perbadanan Aset Keretapi RAC pula telahpun membuat kerja-kerja khususnya pembersihan, parit sepanjang 900 meter dengan kos sebanyak 50 ribu iaitu dibuat oleh RAC sendiri. Kerja-kerja ini bermula daripada belakang Stesen Keretapi Parit Buntar hingga ke Taman Setia Jaya dan bersambung daripada Sekolah Kebangsaan Kerian, Sekolah Kebangsaan Kriang bukan Kerian hingga ke Taman Melinja. JPS pula selaku agensi teknikal komited membantu dengan mengangkat permohonan kajian Pelan Induk

Saliran Mesra Alam Prisma Daerah Kerian di kawasan di RMK 13, RP 1 dan juga rolling plan 2 sebagai strategi penyelesaian jangka panjang. Kajian komprehensif ini akan meliputi Bandar Parit Buntar, Bandar Bagan Serai, Pekan Kuala Kurau, Pekan Semanggol, Pekan Kuala Gula dan Pekan Tanjung Piandang bagi memastikan semua pihak dapat mengguna pakai pelan induk saliran mesra alam ini untuk perancangan pembangunan serta mengurangkan kejadian banjir kilat. Pelaksanaan pelan tindakan melalui kajian ini adalah kritikal bagi menyelaraskan langkah-langkah penyelesaian sistem saliran yang lebih mampan dan berkesan oleh semua agensi yang berkaitan dan kepentingan untuk dengan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Sepetang, Yang Berhormat Kuala Sepetang bertanyakan berkaitan keselamatan jalan raya di kawasan intervensi di Lebuhraya Timur Barat semasa perbahasan. Perancangan awal telahpun dibuat oleh JKR dengan kerjasama dan juga menaik taraf jalan tersebut seperti butiran berikut. Pada Mac 2023, telahpun dilaksanakan projek yang bernilai RM33 bilion iaitu projek Highway WCE tersebut. Pada Mac 2023 juga sebanyak RM100 juta projek telahpun melibatkan naik taraf di jalan iaitu di seksyen 11.3, menaik taraf jalan tersebut. Projek ini telah ditukar kepada skop penyelenggaraan di bawah fasiliti jalan pada 18 Jun 2024. Pada Jun 2025, sebanyak RM350 juta telah pun diluluskan projek melibatkan naik taraf keseluruhan jajaran iaitu dari Seksyen 83.4 hinggalah Seksyen 198.4. Projek ini telah mendapat kelulusan di bawah RMK-13 Rolling Plan 1.

Maknanya ada masalah yang dihadapi oleh Kuala Sepetang itu dapat kita atasi melalui pelaksanaan projek ini manakala bagi peruntukan sebanyak RM350 juta yang diumumkan pelaksanaannya adalah tertakluk kepada beberapa proses utama termasuk penyediaan skop kerja terperinci, reka bentuk kejuruteraan serta proses perolehan mengikut tatacara kewangan kerajaan. Walau bagaimanapun, pihak JKR telah pun sedang melaksanakan langkah-langkah segera, short-term measures di lokasi kritikal seperti pemasangan papan tanda amaran, kerja-kerja pembaikan permukaan jalan serta penambahbaikan kemudahan keselamatan jalanraya yang sedia ada. Di samping itu juga, perancangan intervensi yang telah pun dibuat secara menyeluruh termasuk cadangan pemasangan lampu jalan dan juga langkah-langkah mitigasi berkaitan hidupan liar dengan kerjasama agensi berkaitan turut diberikan perhatian.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Sungai Rapat, mohon mencelah. Pengkalan Baharu. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya cuma nak mengingatkan ada beberapa perkaralah. Yang pertama berkaitan dengan kerja-kerja penurapan semula jalan-jalan ya. Sama ada jalan federal ataupun jalan state oleh pihak JKR. Kadang-kadang kita dapat lihat tempat-tempat yang telah, yang dibuat kerja tersebut, jalan itu masih cantik. Taklah seteruk tempat-tempat lain yang masih yang saya rasa memerlukan. Jadi, saya haraplah selepas ini pemantauan oleh pihak JKR biarlah kena pada tempatnya ya. Maksudnya biarlah ianya dibuat di tempat yang sangat teruk berbandingkan dengan tempat yang teruk. Sebut istilah itu. Jalan itu rosak tapi biarlah kita buat di tempat yang sangat rosak. Ok. Baru-baru ini di tempat saya di laluan FT 71 ya. Saya bersyukurlah kerana kerja-kerja penurapan di Seksyen 5 di kebetulan di hadapan rumah saya. JKR Manjung dia mungkin skip lah ya. Ok. Kalau buat depan rumah saya lagilah saya kena bahan dengan dengan orang lain. Maksudnya di buat di tempat yang amat memerlukan. Jadi itu yang terbaiklah pada saya ya.

Ok. Yang kedua saya lihat sepanjang jalan antara Ipoh-Lumut ya, FT 05 di Kledang di kawasan Kledang, tengah dibuat pembahagi jalan divider baru. Pada saya, di situ lebih memerlukan pelebaran jalan kerana bila ada divider itu mungkin akan menyulitkan ataupun mengecilkan laluan tersebut. Jadi ia lebih penting dia buat pelebaran jalan daripada dibuat divider yang di tengah-tengah jalan yang sedia ada di FT 05 itu. Ok. Yang ketiga adalah berkaitan dengan LAP. Kes paip-paip pecah. Ini cerita Yang Alor Pongsu bangkitkan. Di tempat saya pun berlaku benda ini. Cuma saya berharaplah agar kerja-kerja menampal ataupun kerja-kerja menurap semula kesan dari kita melakukan korekan untuk penggantian paip dapat dibuat setaraf atau setanding dengan jalan sedia ada yang dibuat oleh pihak JKR. Kadang-kadang bila LAP buat tampalan agak kurang setanding ya. Jadi kita nampak rosak sedangkan jalan tu baru diturap. Terima kasih.

Terima kasih, Pengkalan Baharu. Berkenaan dengan West Coast Expressway tu dia ada dia punya syarikat konsesi dia sendiri dan merekalah telah mengenal pasti di manakah kawasan-kawasan diserang oleh perhilitan ini ataupun haiwan-haiwan yang berkeliaran. Itu satu. Dibuat kajian itu oleh WCE Consession. Syarikat itu sendiri akan memberitahu di manakah mereka akan buat sedikit papan tanda dan tanda-tanda lot pasang lampu solar. Yang keduanya, mereka juga mendapat maklumat bekalan kawasan yang biasanya kalau ada hujan lebat, dia air akan bertakung. Di situ tu, pihak konsesi akan pastikan ianya tidak menjadi beban kepada pengguna-pengguna highway tersebut. Jadi, saya akan beritahu kepada konsesi itu supaya kawasan di Manjung khususnya ada yang perlu diberi perhatian bila berlaku hujan lebat khususnya di kawasan tempat Pengkalan Baharu itu.

Yang keduanya, berkenaan dengan LAP pula kita nak pastikan bahawa kalau sekiranya mereka buat kerja-kerja korekan yang dibuat oleh kontraktor berdaftar oleh LAP, hendaklah mereka sempurnakan selepas kerja itu siap dan dia ada standard dia. Maknanya ada kawasan-kawasan yang kalau tidak diperbaiki secara sempurna, LAP tidak akan buat bayaran. Mereka tahan bayaran dia. Jadi ini adalah yang dibuat oleh LAP bersama-sama dengan subkontraktor yang membuat kerja-kerja galian dan korekan tersebut supaya dia memenuhi piawaian LAP. Kalau tidak, LAP juga kena saman. Pernah LAP kena saman kerana ada kemalangan yang dibuat oleh kontraktor itu tak sempurna. Jadi malam tu dia berlaku kemalangan dia saman LAP pada keesokkannya. Jadi berlaku benda macam itu.

Terima kasih pada Pengkalan Baharu yang beri maklumat tersebut. Seterusnya saya ingin menjawab soalan daripada YB Behrang yang telahpun menanyakan berkenaan dengan perjalanan projek kemajuan kampung iaitu Kampung Ulu Slim. Sebaik-baik sahaja perbahasan itu habis, saya buat semakan dengan LAP Selatan, Wilayah Selatan dan mereka telah pun menyatakan kami telah luluskan penyambungan silang tersebut supaya ianya boleh diteruskan oleh pihak konsultan, kontraktor dan juga pihak pemaju dia. Jadi saya terima kasihlah kepada YB Behrang yang bawa isu ini dan dengan sekelip mata ianya diluluskan oleh pihak Wilayah Selatan dan Alhamdulillah, hari ini mereka boleh teruskan walaupun tak sempat nak menyambut hari raya puasa haritu. Saya mendoakan mudah-mudahan hari raya haji ni mereka dapat rumah baru dan ada saluran ayor. Itu sahaja. Saya berterima kasih kepada LAP Wilayah Selatan dan juga Pengurus Besar LAP.

Berkenaan dengan isu daripada YB Keranji berkenaan dengan pengangkutan awam. Bagi memastikan mutu sistem pengangkutan awam yang lebih sempurna, Kerajaan Negeri semasa sentiasa berusaha memastikan pengangkutan awam yang disediakan membawa transformasi dan juga kemudahan kepada rakyat. YB Keranji cukup-cukup prihatin berkenaan laluan yang melibatkan tak kurang daripada lima buah sekolah. Yang ini memerlukan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan APAD di peringkat Pusat yang meluluskan laluan itu dan sedang diusahakan kerana pembayaran subsidi itu dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bukan Kerajaan Negeri. Di laluan itu sedang dikaji dan pastikan supaya laluan daripada Tanjung Tualang sampai ke Kampung Timah. Kampung Timah pergi ke Tronoh Mines, Tronoh Mines, Kampar, Kampar sampai ke UTAR. UTAR pula pergi sampai ke Gopeng dan juga Kopisan. Laluan sepanjang-panjang itu melibatkan lima buah sekolah yang mereka menggunakan kenderaan awam itu boleh kata hari-hari. Jadi ini kami kena bekerjasama dengan dengan pihak APAD untuk diberikan kelulusan laluan tersebut seterusnya memberi subsidi kepada pengguna-pengguna di kawasan tersebut.

Saya ingin menjawab soalan yang dibawakan oleh YB Pangkor dengan YB Astaka. Mereka agak risau dengan galian bitcoin di kawasan mereka dan di Perak ini yang paling banyak sekali menyalahgunakan perlombongan bitcoin ini adalah di Manjung sebagaimana dibawa oleh YB Pangkor dan disokong oleh YB Astaka. Jadi sebenarnya kami sedang menunggu laporan. Laporan polis telah dibuat oleh TNB berkenaan dengan pengusaha-pengusaha galian tersebut di beberapa premis di kawasan Manjung dan kita beritahu pada Majlis Perbandaran Manjung, jika sekiranya ada dapat maklumat daripada TNB bahawa mereka ini mengusik meter-meter TNB maka tindakan boleh dibuat oleh TNB sendiri. Laporan polis telah dibuat dan Insha-Allah premis-premis tersebut akan diberi fokus untuk mereka memberhentikan usaha-usaha menggali bitcoin ni secara haram. Jadi di Perak ini kita nak pastikan bukan hanya berlaku di Manjung tetapi di kawasan-kawasan lain juga dapat dikenalpasti.

Dalam masa yang sama, peruntukkan di bawah Seksyen 37(1), 37(14) dan (13) Akta Bekalan Elektrik 1990 yang sebelum ini dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Tenaga telah pun diperuntukkan kuasa kepada pihak polis (PDRM). Menurunkan kuasa ini membolehkan PDRM mengambil tindakan terus di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 terhadap kesalahan yang telah dibuat melalui perlombongan bitcoin ini sendiri. Jadi saya nak minta juga kalau sekiranya Majlis-Majlis Bandaran berikan perhatian kepada usaha-usaha yang tak elok ini, yang haram ini kerana dia akan menyebabkan gangguan kepada pengusaha-pengusaha di sekeliling premis tersebut. Manakala premis itu digunakan untuk bitcoin, maka ada beberapa rumah-rumah di keliling tu yang akan menanggung penderitaan kerana ia akan buat tripping dan penggunaan kuasa yang tinggi. Jadi hari ini, LLN/TNB bersama dengan MPM atau pun Majlis Perbandaran akan ambil tindakan buat laporan polis dan mereka boleh ambil tindakan ke atas kesalahan tersebut.

Untuk makluman, Negeri Perak merekodkan kedua tertinggi di semenanjung yang melibatkan kes aktiviti perlombongan haram bitcoin. Aktiviti ini telah mengakibatkan kerugian kepada TNB sebanyak RM5.4bilion bagi tempoh tersebut. Maknanya TNB juga rugi kerana mereka hilang hasil kerana ini adalah kecurian, mereka tamper meter tu kerana bitcoin ini menggunakan tenaga yang tinggi. Sebabnya ada ada rumah di keliling kat premis tu dia akan turun bekalan elektrik dia dan akan ada tripping. Jadi ini yang kita rasakan bahawa dia menjejaskan kepada pengguna- pengguna di sekitar premis tersebut. Sebagai maklumat tambahan, berikut merupakan pecahan kos tertinggi yang melibatkan kawasan di Perak iaitu Daerah Manjung sebanyak 1742 premis. Manjung paling banyak sekali dengan anggaran kerugian sebanyak RM53.4juta. Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar sebanyak 857 premis yang menggunakan bitcoin haram ini sebanyak RM26.2juta iaitu di Perak Tengah, Seri Iskandar. Di samping itu, berdasarkan rekod sehingga Februari 2026, sebanyak 1157 operasi telah dijalankan bersama dengan pihak PDRM yang melibatkan sebanyak 3240 premis perlombongan. Disebabkan peningkatan nilai mata wang kripto bitcoin daripada tahun 2018 hingga 2028, sebanyak 732%, makna peningkatan dan juga manfaat yang mereka dapat itu terlampau tinggi. Maka aktiviti perlombongan bitcoin mata wang kripto telah pun meningkat secara mendadak daripada tahun 2018 hingga ke tahun 2026 Tahun ini. Dicadangkan…

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Tuan Speaker?

Dicadangkan penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan adalah penting kerana mereka mempunyai kuasa berkaitan aspek premis pelesenan, penggunaan tanah dan juga keselamatan bangunan.

Yang di-Pertua

EXCO?

Jadi kalau boleh dihebahkan mana-mana premis yang kosong untuk disewa, beritahu kepada tuan punya tu, kalau penyewa itu ada unsur-unsur nak buat perlombongan bitcoin ini maka jangan diterima penyewaan mereka.

Yang di-Pertua

YB Exco? YB Exco? Malim Nawar nak tanya.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Terima kasih YB Exco. Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Jadi YB Exco, adakah YB Exco bersetuju dengan adanya aktiviti bitcoin yang berleluasa ini yang mengakibatkan kepadahan terhadap komuniti-komuniti atau penduduk-penduduk di kawasan-kawasan ini? Adakah Y.B Exco bersetuju untuk tibalah masanya untuk TNB menaiktarafkan sistem mereka untuk detect dengan izin untuk detect penggunaan elektrik atau energy yang besar ini untuk kita tidak mengalami kerugian? Jadi, satu sistem untuk naiktaraf untuk detect aktiviti-aktiviti sebegini. Pada pendapat saya, YB Exco harus diambil kira supaya it will be a win-win situation. Jadi YB Exco Adakah bersetuju dengan pendapat saya? Terima kasih.

Dato' Seri, Astaka?

Terima kasih Malim Nawar. Saya cukup bersetuju dengan cadangan Malim Nawar itu supaya kita pastikan PBT-PBT ini mengenal pasti kalau sekiranya ada unsur-unsur penyalahgunaan itu hendaklah diambil tindakan secepat mungkin dan dalam kajian PBT juga, mereka sudah memastikan kawasan-kawasan dan penggunaan tenaga dia bersama dengan TNB melebihi paras biasa. Jadi kalau itu makna indikasi bahawa ada penyalahgunaan. Hari ni TNB dah tukar semua meter dia kepada Smart Meter. Smart Meter ni dikaji oleh mereka-mereka yang pakar ni buat, masih boleh diusik. Masih boleh buat tamper. Jadi kat situ tu kalau berlaku benda macam ni maka kita akan buat laporan polis dan akan dilihat, apakah mereka ini tuan punya atau premis bangunan tu? Biasanya tuan punya ni kata, kami dah sewa dah. Ini perjanjian dia. Tapi sebenarnya mereka melakukan perbuatan ini di luar kemampuan di luar kenyataan dan di luar pengetahuan tuan punya bangunan. Jadi Insha Allah saya syorkan kepada semua PBT, bukan hanya di Manjung dan Seri Iskandar. Kalau sekiranya ada insiden-insiden yang mana selalu berlaku tripping dan penggunaan tenaga dia melebihi kawasan biasa, maka hendaklah beri laporan kepada polis supaya jika dibuat pemantauan di TNB. Jadi terima kasih kepada Malim Nawar. Saya setuju dengan cadangan tu.

Yang di-Pertua

YB Exco, Astaka nak mencelah. Astaka nak mencelah. Boleh bagi? Astaka nak mencelah.

Berkaitan dengan bitcoin juga. Terima kasih Dato Seri Speaker. Dan terima kasih Dato Seri yang Berhormat Exco. Memang masalah bitcoin ini bukan sekarang sahaja. Dah berapa tahun ini kita tengok. Kalau harga bitcoin tu tinggi dan kegiatan ini akan juga tinggi dan kami juga hari itu saya Adun-Adun kawasan Manjung ada bermesyuarat dengan TNB dan saya tanya satu soalan kepada TNB, di mana adakah kalau nak menjalankan bitcoin di Malaysia, adakah ia boleh dijalankan dalam keadaan yang sah? Maksudnya buka satu akaun dengan TNB? Dan jawapan daripada TNB adalah memang seluruh Malaysia, ada satu syarikat yang pernah mohon untuk dapatkan satu akaun untuk menjalani bitcoin mining. Tapi yang lain-lain semua tak ada dan juga yang akaun ini pun mereka tak bayar. Ok, soalan saya sekarang memang kita nampak kegiatan bitcoin mining ini dia, dia sebenarnya mengakibatkan banyak masalah-masalah sosial dan masalah kerugian TNB. Penyewa, pemilik premis menjadi mangsa kerana dichargekan bil yang begitu tinggi. Jiran-jiran di sekeliling kawasan itu mengalami gangguan elektrik yang sangat-sangat kerap mengalami kerugian dari segi kerosakan bahan-bahan barang elektrik. Ok so, kita tak nampak apa kebaikan kegiatan mining bitcoin ini sebenarnya datang kepada negeri atau pun masyarakat. Adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk kita kata banned secara keseluruhannya, bitcoin mining ini? Kita tak banned untuk memiliki bitcoin sebab ini adalah kekayaan tetapi adakah kita bersedia untuk banned secara keseluruhannya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok, terima kasih Astaka. YB Exco?

Terima kasih Astaka di atas pemerhatian yang berlaku di Manjung itu sendiri. Kita belum sampai ke tahap untuk memansuhkan dan juga banned industri ini kerana dia masih lagi memberikan manafaat kepada beberapa industri-industri lain. Tapi kalau sekiranya premis itu disalahgunakan, maka akta bukan hanya Akta PBT tetapi Akta Suruhanjaya Elektrik, mereka boleh tutup dan sita bangunan tersebut. Jadi untuk itu, kita nak minta PBT beri kerjasama. Kalau yang tempat itu tempat perumahan, tidak boleh digunakan untuk untuk buat kerja-kerja macam ini. Lebih-lebih lagi kalau ia tempat perniagaan. Dekat sini ni kalau sekiranya kita boleh majukan, apakah cara terbaik bagi memberikan mereka nilai sen barangkali tapi yang mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan? Jadi dekat sini, kita buat kajian di Seri Iskandar dan juga di Seri Manjung tu. Mereka melanggar akta tersebut yang mana boleh diambil tindakan oleh pihak polis dan pihak TNB di atas Akta-Akta Kejuruteraan Elektrik yang ada sekarang ni. Jadi sehubungan itu juga saya nak minta supaya YB Astaka dan juga YB Pangkor buat laporan rasmi kepada pihak TNB dan juga pihak polis. Supaya kawasan tersebut dapat dipantau dan diberikan fokus kepada kesalahan bitcoin ni ya. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Datuk Seri. Minta maaf sebab saya tengok masa dah suntuk. Saya kena sebut juga. Ini hajat orang Alor Pongsu lah. Saya dah sebut dalam perbahasan tentang masalah, dulu hari-hari orang dok WhatsApp saya. Jalan tak elok, jalan tak elok. Semua dah selesai, YB Dato' Seri. Jasa YB Dato' Seri kami akan kenang sampai bila-bila. Sekarang ni masalah kritikal di Alor Pongsu adalah masalah ayaq. Sampai satu hari, 51 tempat bocor. LAP dah tahu semua masalah ni. LAP pro-aktif dah beli paip pun tapi tak boleh buat sebab paip suction tu di tengah-tengah line putih tu. Jalan kita dah buat elok Dato' Seri, takkan nak korek balik. Dua benda saya minta Dato' Seri. Paip dah ada, LAP bagi tahu saya, paip dah beli pun. Depa dah kenalpasti laluan di tepi rail keretapi tu nak buat pengambilan tanah tu perlu kos dan kelulusan. Satu lagi belakang pondok polis Alor Pongsu ada kawasan lapang LAP kata mesti buat satu tangki baru. Bajet tak apalah kita sama-sama cari, tapi Dato' Seri, pihak Kerajaan Negeri kena bantu untuk dapat kelulusan tanah itu. Tanah Kerajaan Negeri telah dikenalpasti. Terima kasih Dato' Seri.

Yang Berhormat Exco.

Terima kasih Alor Pongsu.

Yang Berhormat Exco, mencelah sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Exco, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Sebab masa dah penghujung tu, saya nak ulas jugalah apa yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan saya tentang isu air di Manong dan pagi ini baru terima satu lagi notis daripada LAP Kuala Kangsar, Loji Rawatan Air Manong terpaksa ditutup lagi hari ini. So, apa sudahnya kome ni? Asyik terputus ayor aje ni. Orang Manong dah mengadu hal ni. So, saya nak bagi pandangan sedikitlah Dato' Seri dan juga persoalan di hujungnya. Isu rawatan air ini saya kira wakil agensi LAP pun ada di sini, perlu lihat semula proses rawatan air di LRA Manong tentang retention time dan saya difahamkan bahawa retention time proses rawatan air LRA di Manong sangat singkat, sedikit masanya dan perlu ditambahkan lagi retention point, retention time untuk proses rawatan air. Retention time ini kalau terlampau panjang sangat pun tak elok juga, singkat sangat pun tak elok juga. Sebab ia sangat penting untuk menjaga kualiti rawatan air. Oleh itu, saya minta lah Yang Berhormat Exco, Kerajaan Negeri dan pihak LAP dan juga LPSA tengoklah betul-betul masalah ayor di Manong ini. Sampai pagi ini air ditutup bermula 4.00 pagi tadi sampai bila ia akan dibuka semula. Takkanlah setiap kali hujan LRA Manong terpaksa ditutup. Tiap kali hujan, tutup. Tiap kali hujan, tutup. Apa sudahnya orang Manong ini ayor terputus selalu. Minta agensi LAP beri perhatian sunguh-sungguh isu ini. Ini isu rakyat untuk kepentingan awam. Terima kasih Dato' Seri Speaker.

Terima kasih Manong. Berkenaan dengan paip-paip yang sedang di ganti di Bagan Serai - Alor Pongsu itu, dia memerlukan pengambilan tanah kalau tanah itu tanah kerajaan, dan reserve dia senang sikit. Tapi kalau tanah itu hak milik, kita terpaksa bekerjasama dengan pejabat tanah di Kerian sendiri. Jadi untuk itu, ada kerja-kerja yang kadang-kadang itu, cadangan itu kita kena tengok kenal pasti juga. Untuk buat tangki air yang tinggi di belakang balai polis itu, dia memerlukan kajian tanah itu lembut. Sebabnya hospital di Bagan Serai di Parit Buntar haritu itu bermasalah. Jadi kalau kita nak buat elevated water tank yang tinggi itu, dia kena pastikan bahawa dia tidak ada road tanah. Makna soil road, soil study ini kena buat investigation itu. Jadi itu cara yang baik juga lah. Makna cadangan supaya ada elevated water tank di belakang Balai Polis Bagan Serai itu sendiri. Saya akan minta supaya LAP kaji sama ada sesuai atau tak sesuai. Kalau tak sesuai, cari lokasi lain yang lebih sesuai.

Berkenaan dengan Loji Rawatan Air Manong ini, dia bukan hanya bila hujan lebat kita berhentikan sebab dia kelodakan dia itu dia punya NTU dia tinggi sangat. NTU ini kalau sekiranya 0 sampai 10 tu boleh terima lagi. Tapi kalau dia lebih 500 NTU itu bila hujan lebat, nak tunggu dia tu jernih sikit makan masa lebih 1 hari. Jadi bukan maknanya kita tahan air tu daripada Loji Rawatan Air Manong itu kerana kita tak mahu mereka air. Kerana air itu merbahaya. NTU dia terlampau tinggi dan untuk tunggu supaya retention dia itu dipercepatkan, itu tak dapat lah kita buat. Manakala terlampau tinggi, kita hanya gunakan sedikit kimia yang dibenarkan bagi menurunkan sedikit. Tapi menurunkan sepenuhnya, tunggu masa yang panjang, retention. Jadi kenapa sungai tersebut bila hujan dia agak berkelodak kerana ada aktiviti-aktiviti pengusaha di hilirnya. Itu telah dipantau oleh LAP sendiri dan juga ketua kampung situ supaya jangan ada usaha-usaha mencurah apa sahaja kesan-kesan baja-baja yang lama itu ke dalam sungai tersebut. Jadi ini adalah kajian yang telah dibuat oleh LAP sendiri supaya NTU itu dapat kita kurangkan dan masa retention tu dapat kita pendekkan. Itu aku ada buat Insha Allah. Terima kasih kepada Manong.

Cuma saya harap Yang Berhormat Exco.

Secara.

Cuma saya harapkan kepada pihak LAP la yang saya katakan tadi tengok semula retention time proses Loji Rawatan Air di LAP Manong. Retention time dia perlu ditambahkan lagi dan proses-proses rawatan perlu di upgrade. Kita faham bahawa NTU terlampau tinggi sukar untuk ditapis tetapi takkan tak ada kaedah langsung untuk menambah baik proses rawatan air terutamanya tentang retention time. Itu sangat penting supaya lebih sedikit masa air itu dirawat dan sekurang-kurangnya NTU yang sekadar seribu mungkin boleh turunkan. Kita faham kalau NTU 3000 sukar untuk diturunkan dan mungkin juga solusi dia untuk menambahkan lagi kolam takungan supaya bertakung lama di atas itu, kemudian barulah proses dirawat. So, saya ingat LAP perlu buat sesuatu. Takkan di bior roper itu je. Itu pandangan saya Yang Berhormat Exco. Terima kasih.

Terima kasih Manong. Memang LAP mahu supaya NTU itu dia rendah mungkin supaya penggunaan air tu selamat. Tapi sungai tersebut yang lalu Manong tu sungai yang memang NTU dia tinggi. Jadi kalau boleh kita nak pastikan bahawa kurangnya tu bukan melalui dosage, tapi melalui panjangkan retention time dia itu. Ini makan masa. Kadang-kadang kita dengar berapa negeri di luar Perak ini, kadang-kadang terpaksa mereka tutup LRA itu selama tiga hari baru dia kurang kelodakan dia. Tapi di Perak ini, di Manong ini kira kalau kita tutup sejam kita tutup dua jam, kalau hujan itu dah berhenti, kita masih boleh jalankan kerana kita rasakan air yang itu walaupun dia keruh tapi dia selamat. Jadi untuk itu, kita akan buat kajian supaya NTU di Sungai Manong itu tidak melebihi paras bahaya. Itu saja. Terima kasih Manong.

Jadi secara akhirnya bila saya tutup dekat sini, sekadar maklumat tambahan iaitu pengukuhan keselamatan tenaga negeri di bawah program HLEP nama dia, kita baru lancarkan di Bandariang di Gerik baru-baru ni oleh PKNPK, PLPK bersama dengan syarikat-syarikat luar negara, Stesen Janakuasa Chenderoh, Temenggor, Bersia dan Kenering kini telahpun memasuki fasa pelaksanaan dan juga dari segi teknikal pula mendapat kerjasama baik daripada Tenaga Nasional Berhad Genco bagi memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan keselamatan juga peraturan. Jadi ini adalah usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri nak pastikan bahawa masalah banjir dekat situ dapat kurangkan, masalah tekanan air dekat situ pun dapat memberikan banyak manafaat kepada hiliran kita. Insha-Allah bukan hanya kepada TNB, pada JPS juga LAP. Akhir sekali, persoalan-persoalan tidak sempat saya jawab, saya akan cuba usahakan untuk berikan jawapan bertulis. Kalau ia tidak panjang lebar, saya akan beri jawapan tulis.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Exco, Tronoh. Boleh?

Siapa dia?

Tronoh.

Ya Tronoh.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri. Cuma saya ingin mendapatkan sedikit perkembangan berkenaan dengan Lebuh Raya Ipoh Lumut ini kerana seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Dato' Seri dimana Laluan Ipoh - Lumut ini akan dikurangkan laluan ataupun ditambahkan dengan pusingan u-turn ini. Jadi rakyat di kawasan Dun Tronoh menanti-nantikan apakah perkembangan ini? Mungkin Yang Berhormat Dato' Seri boleh memberi secara bertulis ataupun secara verbal? Dato' Seri boleh memberi perkembangan yang selanjutnya berkenaan dengan kerja-kerja yang akan memperbanyakkan laluan u-turn ini. Terima kasih.

Terima kasih Tronoh, saya akan berikan jawapan bertulis secara rasmi kerana ianya masih lagi dalam kerja-kerja yang telah pun dilaksanakan dan dalam prasarana sekarang ini oleh konsesi lebuh raya tersebut. Jadi perkara-perkara yang mereka akan tambah, mereka akan tokok khusus tempat-tempat yang ada R&R baru ini. Jadi, saya akan sediakan jawapan bertulis kepada YB Tronoh. Terima kasih ya.

Jadi secara akhirnya, saya menutupnya dengan harapan supaya apa yang telah dibincangkan tadi dapat kita laksanakan secepat mungkin. Jadi, sementara kita menunggu penyelesaian daripada agensi-agensi kerajaan ini buat INTAP kita nak pastikan bahawa bantuan dan kerjasama daripada pihak-pihak Adun juga daripada pembangkang dan kerajaan dapat kita kongsi bersama untuk menyelesaikan masalah rakyat ini dan saya sendiri amat bersedia mendengar dan memberikan pandangan kepada mana-mana Adun yang bermasalah berkenaan dengan INTAP, infrastruktur, tenaga, air dan sebagainya. Jadi, untuk itu, saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan saya menutupkan dengan Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dengan Sungai Rapat menyokong Titah Tuanku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Rapat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Lintang untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh (Bacaan Al-Quran). Firman Allah Subhana Ta'ala dalam surah Al Baqarah ayat 155. Dan sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda jiwa serta hasil tanaman. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Salam Sejahtera Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua jabatan persekutuan dan juga negeri, rakan-rakan media pemerhati sama ada berada di dalam Dewan atau luar Dewan. Seterusnya Dewan yang dihormati sekalian.

Izinkan saya untuk turut merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi penghargaan setelah penghormatan yang tiada terperinya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Margfur-Lah yang telah menzahirkan Titah Diraja Ucapan Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas yang sangat mendalam dan menyeluruh. Setiap daripada kita sama ada Ahli Yang Berhormat serta seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri merasa insaf dan mengambil iktibar agar dapat bekerja dengan lebih gigih kepada rakyat dan juga Negeri Perak. Patik dan seluruh anggota pentadbiran kerajaan menjunjung kasih atas titah kepada Kebawah Duli Tuanku dan patik berikrar berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri agar dapat bekerja dengan lebih kuat dan gigih untuk kajian Tuanku demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat menjunjung kasih Tuanku. Ampun Tuanku.

Sebentar tadi saya telah memulakan sesi penggulungan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dalam mengingatkan kita seluruh Ahli Dewan bahawa dalam memimpin dalam kita meneraju sesebuah masyarakat dan juga kerajaan. Ujian itu bukan tanda kegagalan tetapi ujian melihat sejauh mana kita memegang amanah. Seorang pemimpin tidak diukur ketika langit cerah dan jalan terbentang mudah. Ia diuji sangat awan yang bergulung gelap ketika beban serta harapan rakyat terpikul dibahu. Seorang pemimpin seharusnya berjiwa besar dan sabar agar mampu menukarkan setiap ujian menjadi hikmah dan setiap tekanan sebagai tarbiyah. Sesungguhnya Allah Subhanahuwa Ta'ala menjanjikan ketenangan yang tidak mampu dilihat oleh mata mereka yang gopoh. Ketenangan itu adalah anugerah Allah Subhanahuwa Ta'ala yang tidak selalunya nampak pada pandangan mereka yang tergesa gesa menilai kerana hakikatnya hikmah tidak akan datang kepada mereka yang terburu buru tetapi mereka yang bersabar. Hari ini kita dunia yang diselubungi ketidaktentuan dan saudara kita di Asia Barat terus menderita akibat konflik Asia Barat. Kita diingatkan bahawa keamanan dan kestabilan bukanlah sesuatu yang datang tanpa usaha. Ia menuntut kebijaksanaan, strategi yang rapi serta kesiapsiagaan yang tidak berbelah bagi. Kesedaran inilah yang menunjukkan bahawa ancaman sebenar dalam krisis global bukan sekadar peluru dan senjata tetapi juga keterjaminan makanan yang menjadi asas kepada kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Namun, dalam kita mendepani cabaran ini, kita tidak dapat menafikan bahawa ada segelintir pihak yang begitu petah mengkritik tetapi agak berat apabila diminta bersama-sama memikul beban penyelesaian seolah setiap kemelut itu lebih mudah disuarakan berbanding dilaksanakan dengan tindakan.

Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakam setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang atas keprihatinan kematangan serta rasa tanggungjawab yang telah ditunjukkan sepanjang sesi perbahasan ini khususnya melalui pelbagai isu yang dibangkitkan di kawasan masing-masing demi kepentingan rakyat. Seramai 20 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan dengan membangkitkan sebanyak 30 isu yang berkaitan di bawah portfolio saya. Kesemua isu pandangan, cadangan, saranan serta teguran yang membina yang dikemukakan telah diambil maklum oleh seluruh agensi di bawah portfolio saya untuk tindakan susulan yang sewajarnya. Timbalan Yang Di-Pertua, sesi permulaan saya hari ini akan terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu berkaitan dengan sekuriti makanan, padi dan ehwal pesawah, perikanan dan ehwal nelayan, perladangan, pembangunan luar bandar yang berkaitan dengan portfolio saya. Berkaitan dengan isu jaminan makanan.

Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelapang, Menglembu, Hutan Melintang, Ayer Kuning dan Malim Nawar. Menyentuh peranan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan sekuriti makanan melalui peningkatan pengeluaran tempatan, mengurang kebergantungan import serta pembangunan zon pengeluaran makanan strategik negeri. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengeluaran makanan tempatan dengan sasaran mencapai tahap sara diri SSR bagi tanaman makanan utama. Fokus utama adalah memastikan bekalan makanan mencukupi, selamat dan memenuhi keperluan rakyat Negeri Perak dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada import. Pembangunan benih bawang tempatan, contohnya juga sedang giat dilaksanakan bagi meningkatkan hasil pengeluaran.

Timbalan Yang di-Pertua dalam sektor akuakultur, Kerajaan Negeri telah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan memperkasakan projek kebun kerang di Persisiran Pantai Perak melibatkan Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk, Manjung, Larut, Matang dan Kerian dengan keluasan dikenalpasti seluas 12,900 hektar untuk penyusunan semula dan pembangunan secara lebih sistematik. Bagi sektor perikanan tangkapan, kerajaan melaksanakan program pemodenan vessel dan mekanisasi peralatan sebanyak 13 vessel telah diluluskan untuk pindah zon ke Zon C bagi meningkatkan hasil tangkapan. Manakala dua permohonan mereka di sisi peralatan nelayan turut diluluskan dengan peruntukan geran padanan Agrobank berjumlah RM48.3 juta.

Berkaitan dengan Yang Berhormat Jelapang mengenai isu pengurusan haram dan penyalahgunaan tanah pertanian yang dibangkitkan. Majlis Bandaraya Ipoh telah mempergiatkan usaha pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembuangan sampah haram serta penggunaan tanah tanpa kebenaran. Langkah ini termasuk tindakan undang-undang kecil serta kerjasama antara agensi bagi memastikan tanah pertanian tidak disalahgunakan. Kerajaan Negeri komited dengan mengambil pendekatan tegas tetapi konstruktif iaitu menguatkuasakan undang-undang terhadap penyalah penyalahgunaan tanah di samping membuka ruang lebih luas kepada pembangunan pertanian berskala kecil ataupun sederhana yang mampu menjana hasil, mengurangkan tanah terbiar dan memperkukuhkan sekuriti makanan negeri.

Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Hutan Melintang, tanah-tanah yang tidak diusahakan di bawah kawalan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk boleh dipertimbangkan untuk dipajakkan kepada pihak yang berminat mengusahakan tanaman kontan, tertakluk kepada undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan. Untuk makluman, selaras dengan Seksyen 42 Kanun Tanah Negara, semua permohonan akan diproses oleh Sistem e-Tanah dengan mendapat ulasan daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan. Berkaitan zon gunatanah dalam Rancangan Tebatan Daerah ataupun RTD di Bagan Datuk serta agensi teknikal seperti JKR dan JPS yang melibatkan rizab parit, sungai ataupun jalan, pentadbiran ini sentiasa terbuka untuk memaksimumkan penggunaan tanah terbiar bagi tujuan pertanian selagi mana ia mematuhi semua syarat dan mendapat sokongan agensi teknikal yang berkaitan.

Manakala Yang Berhormat Ayer Kuning, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan menyahut baik pandangan Yang Berhormat berkaitan potensi besar pembangunan sektor pertanian di kawasan Ayer Kuning. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian memberikan tumpuan utama ketika ini adalah memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan sebagai asas kepada kestabilan sosial dan kesejahteraan rakyat. Justeru itu, mana-mana kawasan yang berpotensi termasuk Ayer Kuning akan diteliti secara menyeluruh bagi dibangunkan sebagai sebahagian daripada ekosistem pertanian yang mampan. Bukan sekadar pelaksanaan program semata-mata tetapi pembangunan yang menyeluruh melibatkan komuniti, teknologi dan juga rantaian pemasaran.

Yang Berhormat Malim Nawar, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian mengambil maklum dan menyambut baik cadangan Yang Berhormat Malim Nawar untuk mengangkat kawasan tersebut sebagai zon keterjaminan makanan selaras dengan usaha memperkukuhkan agenda sekuriti makanan negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, Dun Malim Nawar mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan sebagai kawasan pengeluaran makanan termasuk tanaman sayur-sayuran, tanaman kontan serta buah-buahan yang bersesuaian dengan keadaan tanah dan sumber yang sedia ada. Pembangunan secara terancang ini diyakini mampu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian tempatan serta menyumbang kepada peningkatan kadar sara diri negeri. Kerajaan Negeri terus komited dalam memperkukuhkan Malim Nawar sebagai zon keterjaminan makanan strategik yang memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda sekuriti makanan negeri Perak.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manong pula membangkitkan peranan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan berasaskan komuniti melalui penglibatan kerjasama strategik institusi pengajian tinggi dengan bagi memastikan pelaksanaan program lebih mampan dan berimpak tinggi. Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi di bawah sektor pertanian seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, MARDI, FAMA serta Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak ataupun Perak SADC telah pun melaksanakan pelbagai program berasaskan kepada komuniti. Cadangan untuk melibatkan pihak universiti dalam program pertanian komuniti juga disambut baik oleh kerajaan negeri dan akan diperincikan dari segi bentuk kerjasama yang sesuai khususnya dalam aspek penyelidikan, inovasi pemindahan teknologi serta pembangunan modal insan yang bersesuaian dengan keperluan setempat.

Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ayer Kuning pula menekankan impak perubahan cuaca terhadap sektor agro makanan serta keperluan langkah adaptasi yang lebih berkesan. Perubahan iklim yang tidak menentu serta peralihan mendadak dari musim kemarau kepada kejadian banjir ekstrim sememangnya memberi kesan besar kepada perancangan musim penanaman, malah turut menjejaskan kestabilan hasil pengeluaran dan kelangsungan bekalan makanan negeri. Sehubungan itu, kerajaan negeri berpandangan bahawa pendekatan pertanian secara konvensional perlu ditransformasikan kepada Modul Agro-Makanan yang lebih bersepadu moden dan berdaya tahan terhadap perubahan cuaca. Jabatan Pertanian telah merangka beberapa langkah adaptasi termasuk penjadualan semula aktiviti penanaman khususnya bagi mengelakkan musim berisiko tinggi seperti banjir bagi mengurangkan kerugian serta memastikan kesinambungan pengeluaran hasil pertanian.

Manakala Yang Berhormat Selama pula menekankan perhatian terhadap transformasi sektor pertanian moden melalui teknologi dan inovasi bagi meningkatkan produktiviti. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian sentiasa komited dalam usaha mentransformasikan sektor pertanian secara yang lebih moden dan berteknologi tinggi khususnya di kawasan Selama bagi memastikan penyertaan yang lebih meluas. Pelbagai kursus ditawarkan secara percuma dan dilaksanakan di Pusat Latihan Pembangunan Pertanian yang terletak di Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak serta Larut, Matang dan juga Selama. Pendekatan ini membolehkan akses latihan diberikan secara menyeluruh kepada petani dan komuniti setempat. Selain daripada itu, modul latihan sentiasa diperkemaskan dan ditambah baik dari masa ke semasa agar kekal relevan dengan perkembangan teknologi semasa serta keperluan industri pertanian moden.

Berkaitan dengan isu padi dan hal-ehwal pesawah, saya lihat bahawa Ketua Pembangkang Yang Berhormat Gunong Semanggol, begitu memberikan perhatian sangat berkaitan sawah. Tapi saya risau juga Yang Berhormat, tengok Yang Berhormat suara tu tinggi sangat. Risau juga mungkin ada faktor kesihatan dan sebagainya. Tapi ada juga pandangan-pandangan yang perlu kita berikan secara rasional supaya kita dapat mengambil tindakan-tindakan yang sebaik mungkin dan kita perlu ada komitmen dan kerjasama di antara bukan sahaja kerajaan dan juga pembangkang, tetapi pandangan dan idea dan cadangan ini perlulah kita beri perhatian supaya kita memfokuskan apa yang kita bincangkan pada hari ini. Jadi berkaitan dengan isu yang berkaitan dengan isu pesawah ini, kita sama-sama, ketahuilah Yang Berhormat pun dengan Gunong Semanggol. Saya dari Gunong Semanggol memang pernah memikul tanggungjawab ini dan kita amat memahami apa yang dihadapi oleh para pesawah. Jadi termasuklah kekangan dan limitasi. Jadi supaya perkara ini tidak dijadikan bahan politik, tetapi kita mengambil tindakan yang rasional supaya masalah yang dihadapi oleh masyarakat khususnya pesawah sediri dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin dan kalau boleh nak kita segerakan, Insha Allah. Timbalan Yang di-Ppertua saya ingin memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat berhubung hasil perjumpaan dan…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

YB Exco, boleh sikit bab ini.

Boleh.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua, jadi, mengenai dengan isu pesawah yang saya bangkit di kawasan itulah, sebab yang pertama isu ini begitu lama sekali dan kita nampak tidak ada satu tindakan yang berjayalah. Sebagai contoh kata di kawasan Kerian itu khususnya, jadi pendapatan mereka itu tak boleh menampung dengan kos yang ada. Itu satu bab menjadikan walaupun kita ada perundangan bahawa tanah padi ini tidak boleh ditukar tanaman lain tetapi disebabkan tiap-tiap kali musim dua musim dia mengalami kerugian, tiga musim dia mengalami kerugian, maka mereka pun berubah. Tanaman padi itu diubah kepada sawit.

Satu dan isu yang pertama, kalau kita tengok sekarang kita menjaga sekuriti makanan. Jadi apabila keluasan sawah itu makin sempit iaitu satu bab dan yang kedua industri ini orang jadi tak minat. Walaupun ada kekangan orang jadi tak minat sebab tak boleh jadi pulangan kepada dia. Jadi sebab itu kita kata kita kena duduk secara tuntas. Nak menyelesaikan perkara ini. Sebab kalau kita bandingkan dulu, kalau betul apa kita buat apa kajian atau apa untuk mendapatkan pulangan yang lebih untuk satu hektar. Jadi rata-rata purata memang kita tengok purata di Kerian lebih kurang tiga metrik tan per hektar. Tapi rata-rata kita lihat bawah tu ada setengah dapat banyak. Yang bawah tu tak sampai satu tan untuk satu hektar. Tapi kalau kita tengok di kawasan- kawasan lain yang pernah di uar-uarkan macam di cucoq macam di situ dia sampai lapan tan. Pernah pada masa saya Exco dulu kita buat pertandingan hasil yang paling banyak mencecah 12 metrik tan untuk satu hektar. Jadi kalau kita bawa kita ambil medium tengah 6 tan untuk 1 metrik tan rasanya orang akan berbalik kepada sawah.

Cuma nak menerangkan kat sini, mungkin kita kena duduk secara serius untuk tangani perkara ini. Sebab itu kalau kita tengok dulu masalah kita kata pertama di Kerian tu kata tanah tak subur. Tanah tak subur kerana apa apply kot kita kena buat perkapuran. Jadi perkapuran pun tak dibuat. Kemudian tanah tu ada tak tak sama rata. Bila kita buat air tu tempat yang dalam air tu padi tak tumbuh. Maka kena ada proses perataan. Kan? Begitu juga dengan perparitan. Bila gali-gali parit, parit masuk air tu lepas ke bawah, bendang lepas ke atas. Jadi nak masuk tu dia orang kena pakai pam lagi tambah kos lagi. Jadi, kita kena buat pengairan dan tambah lagi yang besar sekali ini mengenai dengan sistem pengairan yang ada di Bukit Merah tu. Jadi Alhamdulillah lah kalau kita kata ada transfer daripada Sungai Perak ke Tasik Merah ni untuk selesaikan masaalah. Saya ingat kalau kita kena seriuslah dalam ni apa Yang Berhormat Exco duduk bersama-sama kita bincang untuk menjaga industri ini. Lepas itu, kalau kita boleh mencukupkan keperluan beras untuk Negeri Perak dan kita pastikan harga beras RM26 itu, orang Perak dapat apa dah rasanya dah cukup dah untuk menangani krisis ini. Minta pandangan sikit.

Terima kasih YB Semanggol. Saya amat bersetuju dan tidak dapat menafikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pesawah. Jadi dalam soal ini, walaupun kita ada subsidi setiap hektar lebih kurang RM600 selain pada harga siling RM1,500 per tan, kita ada RM600. Kita ada subsidi dari segi baja dan sebagainya. Kita ada bahan bahan input yang disubsidi. Tapi dalam keadaan kos yang sedang meningkat ini, kita tidak dapat menafikan bahawa pesawat menghadapi dari segi kekurangan pendapatan. Berkaitan dengan ini dan insha Allah saya amat bersetuju. Inilah cara yang YB Semanggol. Saya amat respect lah hari ini. Cara rasional dan kita bersedia berbincang, Kerajaan Negeri bersedia membincang bersama dengan pihak pembangkang untuk bagi mencari jalan penyelesaian dan perkara ini untuk makluman YB Gunong Semanggol, kita memanglah, Kerajaan Negeri memang sentiasa membuat urusan dengan pihak kementerian dan beberapa perkara YB bangkitkan tadi memang kita telah memaklumkan kepada pihak kementerian berkaitan dengan problem atau masalah yang dihadapi oleh pesawah-pesawah padi. Bukan sahaja di kawasan jelapang padi Kerian, Seberang Perak tetapi di luar kawasan jelapang padi.

Jadi baru-baru ini saya ingin maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kita telah mengadakan satu sesi bersama dengan perjumpaan dan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (KPPM) yang turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian termasuk Ketua Pengarah Veterinar, Jabatan Veterinar Negeri, Vaterinar, Ketua Pengarah, Setiausaha Bahagian, padi, pertanian dan sebagainya dan serta Timbalan Setiausaha Bahagian yang berkaitan. Jadi sebelum perbincangan utama saya telah diberikan taklimat khas berhubung situasi semasa susulan konflik di Asia Barat yang dijangka memberi kesan langsung kepada sektor agro makanan negara. Kenaikan ini dijangka memberi impak ketara kepada kos operasi tanah, operasi petani, minta maaf, penternak dan juga nelayan khususnya melibatkan penggunaan jentera pengangkutan serta rantaian bekalan makanan. Dari segi bekalan input pertanian, dimaklumkan bahawa bekalan baja urea adalah mencukupi sehingga hujung tahun ini. Dengan sokongan negara pembekal seperti Rusia, Iran dan juga Uzbekistan. Walau manapun, harga baja dijangka meningkat sekitar 10 hingga 15 peratus. Bagi makanan ternakan pula, bekalan adalah stabil dan mencukupi susulan kerjasama dengan pihak Rusia dalam memastikan kesinambungan rantaian bekalan.

Jadi dalam soal ini, Timbalan Yang di-Pertua, kita akan mengadakan secara butter trade dengan Rusia, Iran dan Uzbekistan untuk kita bawa import baja dan keperluan-keperluan yang lain. Bagi sector perikanan, Kerajaan Persekutuan mencadangkan untuk mengekalkan subsidi diesel di bawah inisiatif Budi Madani bagi nelayan kategori Lesen A, B dan juga C. Walaupun adapun bagi nelayan kategori C-2, pemberian subsidi adalah sukar untuk dipertimbangkan berikutan isu ketirisan yang tinggi serta risiko penyelewengan penjualan diesel di laut, ni dah berlarutan lama dah. Jadi, pihak kerajaan sedang meneliti dan mengkaji kesesuaiannya sama ada untuk meneruskan bantuan subsidi ataupun tidak. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara pertama yang telah dibincangkan bersama pihak Kementerian Pertanian Makanan adalah seperti berikut. Pertama, cadangan perwartaan kawasan luar jelapang padi kepada kawasan jelapang padi baru di Bota melibatkan keluasan sebanyak 7,561 hektar. Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran padi negeri serta memperkukuhkan tahap sekuriti makanan di Negeri

Perak. Kedua, status permohonan peruntukan di bawah Program Pengukuhan Agromakanan Negara (PPAN) Tahun 2026 oleh Kerajaan Negeri Perak. Daripada jumlah permohonan sebanyak RM30 juta, pihak KPKM telah meluluskan sebanyak RM5.8 juta bagi fasa pertama. Kelulusan ini memberi tumpuan kepada projek-projek pengeluaran makanan yang berimpak tinggi. Mengambil kira kebimbangan terhadap kemungkinan sekatan eksport oleh negara luar susulan ketidaktentuan geopolitik semasa.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih YB Dato’. Terima kasih YB Timbalan Speaker. Bila saya dengar YB Dato’ tadi sebut tentang subsidi nelayan tu, setakat fahaman saya subsidi nelayan cantik pemberiannya, pembahagiannya. Tapi saya nak rayulah supaya tengok juga pengumuman-pengumuman yang telah dibuat untuk petani-petani sawah ni. Nampak gaya tersekat-sekat dan ada yang kata dah 2 musim tak sampai-sampai lagi. Minta Dato’ tengok. Gunakanlah tongkat sakti Dato’ tu dan saya minta juga sebab Kota Tampan pun baru masuk, kalau bolehlah selepas ini mailah, selain daripada tongkat sakti, saya tahu Kota Tampan pun ada tongkat dia, datang kita dengar betul-betul apa masalah dia orang. Dia orang sebenarnya tahu masalah ini besar. Kerajaan Negeri memang dok sakit kepala pikiaq habis-habis. Tapi kehadiran kedua-dua orang sakti kita ni mungkin dapat melembutkan hati mereka. Kemudian satu soalan penting saya nak tanya kalau kena portfolio Dato’, water tunnel daripada Sungai Perak ke tu dah bermula atau belum? Ok itu satu. Yang kedua saya agak kesal. Minggu pertama Menteri Pertanian kata keterjaminan makanan steady semua. Rakyat jangan risau, minggu kedua hangpa semua kena tanam sayur. Apa ni. Signal yang berbeza signal yang minggu pertama steady semua, jangan risau sayur cukup tak terkesan apa-apa. Minggu yang kedua, Mohamad Sabu kata pakat tanam sayur. Jadi orang kampung, saya sendiri pun takut juga kan. Kalau takdak makanan ni macam mana.

Terima kasih Alor Pongsu. Memanglah pertemuan saya dengan Setiausaha Kementerian memang menjadi penekanan bukan sahaja perikanan, ternakan dan sebagainya tapi memberi fokus kepada petani, pesawah. Ini menjadi perhatian kepada daripada pihak kementerian. Jadi berkaitan dengan tunnel tu Dato’ Seri MB akan jawablah. Berkaitan penanaman sayur tu pun supaya ramai menteri yang menyarankan. Tapi memang baik kalau ada kita ada tanah sekangkang kera, kalau kita macam falsafah YAB Menteri Besar pernah mengatakan tanamlah apa yang kita boleh makan, makan apa yang boleh kita tanam, lebih kita jual. Maknanya ada sampingan pendapatan yang kalau ada lebihan tanah yang boleh kita usahakan, insha Allah. Jadi antara kelulusan, antara kelulusan utama di bawah PPAN ialah pelaksanaan Program Beras Perak dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta yang bertujuan memperkasakan industri padi negeri. Kita sedar konflik Asia Barat menuntut pelan tindakan kerajaan negeri yang segera namun membuat keputusan bukan sekadar hanya memetik jari. Ia memerlukan pertimbangan yang teliti supaya setiap langkah yang diambil benar-benar menepati keperluan semasa. Kita tidak mahu keputusan yang gopoh yang hari ini akhirnya menjadi sukar pada kemudian hari.

Justeru, saya berharap Yang Berhormat Ketua, YB Gunong Semanggol dapat melihat perkara ini secara objektif dan bersama menyokong usaha Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuhkan kebajikan pesawah dan menjamin ketersediaan makanan dan saya setuju dengan Gunong Semanggol tadi dan insha Allah kita akan adakan sesi pertemuan, perbincangan berkaitan apa jua berkaitan dengan sekuriti makanan.

YB Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gunong Semanggol, Sungai Manik, Kubu Gajah, Selinsing dan Kampong Gajah membangkitkan isu kenaikan kos input pertanian, keperluan bantuan khas kepada pesawah serta masalah pengairan sawah yang menyebabkan kebergantungan kepada pam diesel dan keperluan membekukan aset bantuan seperti budi agrikomoditi. Kesan ketidak, ketidaktentuan global termasuk konflik di Asia Barat telah memberi tekanan kepada subsektor tanaman makanan, terutamanya kos bahan input seperti benih baja, racun, bahan api seperti diesel, perkhidmatan mekanisasi serta kos logistik sepanjang rantaian pengeluaran. Dalam masa yang sama, kos kerja ladang seperti pembajakan dan perataan tanah meningkat dengan ketara. Dianggarkan hampir 70 hingga 80 peratus sekali gus memberi kesan langsung kepada pendapatan pesawah. Bagi menangani, menangani situasi ini, kerajaan telah mewujudkan bantuan sedia ada kepada pesawah melalui beberapa penambahbaikan utama. Antaranya ialah termasuk kenaikan bantuan agrikomoditi daripada RM300 kepada RM400 serta peningkatan insentif pembajakan daripada RM160 kepada RM300.00 sehektar bagi setiap musim. Yang memberi manfaat besar kepada ribuan petani dan pesawah di Negeri Perak.

Dari segi jumlah penerima, bantuan ini memberi manfaat secara langsung kepada seramai 9,899 orang pesawah di daerah Kerian dan 5,561 orang pesawah di IADA Seberang Perak. Menjadikan jumlah keseluruhan 15,460 orang pesawah di dalam Jelapang yang menerima manfaat secara langsung dari pelbagai insentif dan program bantuan Kerajaan. Di Negeri Perak pelbagai langkah intervensi dan mitigasi turut dilaksanakan secara berterusan melalui IADA dan Jabatan Pertanian bagi memastikan kesan kenaikan kos ini dapat diminimumkan. Melalui peruntukan pembangunan di bawah RMK-13 tahun 2026. Bagi IADA Kerian, sebanyak RM19.84 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Pembangunan Sektor padi. Daripada jumlah ini, RM18.44 juta diperuntukkan bagi program pembangunan dan Pengurusan padi yang melibatkan kerja-kerja perataan tanah, pemuliharaan tanah serta naik taraf infrastruktur sawah. Bagi IADA Seberang Perak pula, sebanyak RM12 juta diperuntukkan bagi tahun 2026 yang memberi manfaat kepada 5,561 pesawah di kawasan yang tersebut. Daripada jumlah ini, RM10.7 juta diperuntukkan bagi program pembangunan dan pengurusan padi yang melibatkan kerja-kerja pemeliharaan tanah, pengapuran, perataan tanah serta naik taraf sistem saliran dan infrastruktur ladang. Ini secara langsung membantu mengurangkan kos operasi serta meningkatkan keberkesanan pengurusan air sawah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Selinsing juga mencadangkan agar diwujudkan satu dana bantuan modal kepada pesawah, yang boleh dipulih yang boleh diperolehi melalui hasil negeri. Kerjasama sektor swasta, syarikat berkaitan Kerajaan, GLC serta institusi zakat, di samping mencadangkan agar agihan zakat turut diperluaskan kepada golongan petani dan pesawah yang layak sebagai asnaf. Kerajaan Negeri sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan pesawah dan juga petani kerana golongan inilah yang menjadi tunjang kepada jaminan keterjaminan makanan negeri dan juga negara. Sumbangan mereka amat besar dan memastikan bekalan makanan rakyat sentiasa mencukupi, mencukupi dan stabil.

Namun begitu, Kerajaan Negeri perlu mengambil pendekatan yang berhemah dan berdisiplin dalam menguruskan kewangan negeri. Setiap perbelanjaan dan bantuan disalurkan hendaklah dilaksanakan secara terancang, berfokus dan berimpak tinggi melalui pengoptimum program sedia ada serta penjajaran semula peruntukan agar sumber yang terhad dapat dimanfaatkan dengan sebaik baiknya. Dalam masa yang sama, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan zakat kepada golongan yang layak. Setiap tahun MAIPk menyediakan pelbagai skim bantuan termasuk Skim Bantuan Modal Perniagaan yang memberi tumpuan kepada golongan fakir miskin, asnaf, fisabilillah bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka. Dalam sektor pertanian pula, MAIPk turut menyalurkan bantuan kepada asnaf yang terlibat dalam aktiviti pertanian termasuk dalam bentuk baja, racun perosak, benih, peralatan kecil serta keperluan input pertanian yang lain tertakluk kepada keperluan dan kelayakan penerima. Berkaitan dengan isu perikanan dan ehwal nelayan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pangkor menyentuh sejauh manakah kenaikan harga diesel menjejaskan pelaksanaan Ekonomi Biru di Pulau Pangkor dan juga Lumut serta apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyokong penggunaan teknologi cekap tenaga tanpa membebankan nelayan kecil dan memastikan kesiapsiagaan mereka menerima perubahan teknologi. Kenaikan harga diesel sememangnya memberi kesan ketara kepada sektor perikanan. Kos operasi penangkapan ikan meningkat. Sekaligus menjejaskan pulangan khususnya bagi vesel yang beroperasi di Zon A hingga ke Zon C. Walaubagaimanapun, kesan ini sebahagiannya dapat diimbangi melalui subsidi bahan api yang masih diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada nelayan di zon-zon tersebut. Kerajaan menjangkakan kemungkinan penurunan pendaratan ikan di Perak termasuk di daerah Manjung dan juga Pangkor. Jika tekanan kos yang dihadapi oleh pengusaha vessel laut dalam.

Yang Berhormat Kuala Sepetang pula menyentuh mekanisme kawalan bagi memastikan program pelepasan benih ikan dan pelupusan ikan asing berkesan dalam menjamin kelestarian spesies tempatan. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan program pelepasan benih ikan dan pelepasan ikan asing dilaksanakan secara berkesan bagi menjamin kelestarian sumber perikanan darat. Kerajaan Negeri juga melaksanakan tindakan kawalan secara langsung melalui program memburu ikan asing di kawasan-kawasan yang kritikal. Pada tahun 2025, sebanyak 3 siri program telah dilaksanakan dengan jayanya dan berjaya mengeluarkan 9.4 tan ikan asing daripada perairan umum di negeri ini. Kerajaan Negeri menyasarkan agar dalam tempoh lima tahun Negeri Perak dapat mencapai status bebas ikan asing melalui pelaksanaan pemantauan berterusan program pemburuan ikan asing, penguatkuasaan undang-undang, peningkatan pengeluaran ikan asli melalui program pembenihan serta pembangunan santuari spesies ikan tempatan.

Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, Bukit Chandan memohon penjelasan mengenai ini. Sebab kebanyakan permohonan ternakan ikan sangkar di sepanjang Sungai Perak tidak diluluskan walaupun permohonan terdiri daripada penduduk kampung di kawasan persisiran sungai yang berminat menjadikan aktiviti tersebut sebagai sumber pendapatan tambahan. Jabatan Perikanan Malaysia ingin menjelaskan bahawa setiap permohonan bagi menjalankan aktiviti ternakan ikan sangkar di Sungai Perak akan dinilai melalui ulasan teknikal yang dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan juga daerah. Sehubungan itu, semua urusan teknikal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan adalah bertujuan memastikan pembangunan sektor akuakultur di Sungai Perak dilaksanakan secara terkawal, berdaya tahan dan tidak menjejaskan kepentingan alam sekitar serta kesejahteraan komuniti setempat. Ulasan ini kemudiannya akan dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah untuk pertimbangan serta keputusan yang muktamad.

Yang Berhomat Kuala Kurau membangkitkan tiga perkara utama iaitu permohonan pembukaan semula lesen sampan dan pelaksanaan program pemutihan nelayan termasuk statistic-statistik pelaksanaannya, keperluan pembinaan jeti nelayan baru di Kuala Sungai Baru, Tanjung Piandang serta isu ketirisan subsidi diesel dan petrol yang memerlukan pemantauan rapi oleh pihak berkaitan bagi memastikan ia sampai kepada golongan sasar. Kerajaan Negeri mengambil maklum keperluan semua semula lesen sampai dibangkitkan, namun pelaksanaannya perlu diteliti secara menyeluruh, berhemah dan berasaskan kelestarian sumber perikanan jangka panjang. Sehingga kini, bilangan nelayan laut berdaftar di daerah Kerian adalah seramai 3,170 orang dengan 1,320 biasa berlesen merangkumi Zon A sehingga Zon C2. Daripada jumlah tersebut, Zon A mencatatkan seramai 2,344 nelayan dengan 1,077 daripadanya merupakan nelayan pantai yang menggunakan sampan. Bagi tujuan pemutihan nelayan, sebanyak 568 Surat Tempoh Sah (STS) telah dikeluarkan pada Mei 2025 dan kini dalam proses siasatan untuk tindakan lanjut termasuk pembatalan lesen. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan mengiktiraf keperluan pembinaan Jeti Nelayan baru di Kuala Sungai Baru, Tanjung Piandang. Bagi membolehkan operasi harian nelayan setempat.

Untuk makluman sebelum ini sebanyak 2 buah jeti nelayan darat telah dibina di daerah Kerian dengan jumlah peruntukan sebanyak RM0.46 juta. Cadangan pembinaan jeti baru ini akan diteliti berdasarkan keperluan semasa kesesuaian teknikal, lokasi serta keutamaan pelaksanaan projek agar setiap pelaburan dibuat memberi impak maksimum kepada komuniti nelayan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, LKIM juga ada menyediakan peruntukan untuk bagi pembinaan jeti pembinaan jeti nelayan. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah mengemukakan permohonan terus kepada LKIM Negeri Perak untuk pembinaan jeti baru. Kalau ada yang kesesuaian mengikut keperluan di tempat masing-masing.

Berkaitan dengan isu perladangan, Timbalan Yang di-Pertua, Yang Behormat Kubu Gajah telah membangkitkan beberapa perkara berkaitan industri penternakan ayam di Perak. Merangkumi jumlah ladang ayam moden dan ladang dan ladang terbuka. Tahap pemilikan bumiputera, jaminan kecukupan bekalan ayam sehingga tahun 2026 termasuk kumpulan import, isu pencemaran serta unjuran pengeluaran sektor tersebut. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak memaklumkan bahawa industri penternakan ayam negeri ini sedang melalui proses transformasi ke arah sistem yang lebih moden dan terkawal. Berdasarkan rekod semasa, terdapat sebanyak 203 buah ladang ayam yang beroperasi menggunakan sistem reban tertutup sepenuhnya. Manakala 177 buah ladang masih menggunakan sistem reban terbuka. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 buah ladang adalah milik usahawan Bumiputra yang berlesen dan masih aktif beroperasi di seluruh negeri Perak. Perkembangan ini jelas menunjukkan peralihan industri ke arah sistem reban tutup yang lebih mampan, berdaya tahan serta meningkatkan tahap biosekuriti dan kecekapan pengeluaran. Kerajaan Negeri turut mengambil maklum kebimbangan rakyat berhubung isu pencemaran khususnya gangguan lalat dan bau yang berpunca daripada ladang ayam terbuka.

Sehubungan itu, selaras dengan dasar yang telah dipersetujui Kerajaan Negeri meletak yang telah dipersetujui. Kerajaan Negeri menetapkan tempoh peralihan sehingga akhir tahun 2026 bagi semua penternak untuk beralih kepada sistem reban tertutup sebelum penguatkuasaan penuh bermula pada 1 Januari 2027. Dalam masa yang sama, Kerajaan ini turut menubuhkan jawatankuasa taskforce peringkat negeri yang melibatkan agensi kerajaan, wakil rakyat, penternak dan komuniti setempat bagi memastikan isu ini ditangani secara menyeluruh dan berkesan. Berkaitan jaminan bekalan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan FAMA melaporkan bahawa bekalan ayam di negeri ini adalah mencukupi sehingga akhir tahun 2026. Berdasarkan kapasiti pengeluaran semasa dan tahap operasi ladang yang stabil. Kadar saderi SSR negeri Perak juga kekal tinggi pada tahap 217%. Sekali gus menunjukkan keupayaan negeri untuk menampung permintaan domestik dengan baik.

Yang Berhormat Bota pula menyentuh perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu penternak kecil yang terkesan oleh kos tanah, bencana, penyakit dan juga pemasaran. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa memberikan perhatian yang serius terhadap kelangsungan hidup penternak kecil. Sama ada dalam sektor ruminan mahupun unggas. Kerajaan Negeri memahami bahawa penternak kecil inilah yang menjadi tulang belakang kepada rantaian bekalan makanan negeri. Namun pada masa yang sama, mereka juga adalah golongan yang paling terkesan apabila berlaku sebarang ketidaktentuan ekonomi dan alam sekitar. Dalam aspek kos makanan ternakan, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pengurangan kebergantungan kepada bahan import dengan mengeluarkan sumber makanan alternatif tempatan. Termasuk galakan penanaman, tinjauan ternakan di kawasan yang sesuai serta memanfaatkan tanah terbiar agar lebih produktif dan memberi pulangan kepada penternak. Dalam menghadapi risiko bencana seperti banjir, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah lebih proaktif melalui pemetaan kawasan berisiko. Galakan perpindahan ladang ke kawasan selamat serta penyediaan pelan kontigensi bagi memastikan penternak tidak terbiar apabila berlaku musibah.

Manakala dalam aspek penyakit ternakan, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga memperkukuhkan sistem kawalan biosekuriti. Pemantauan berterusan serta kesiapsiagaan makmal bagi memastikan sebarang ancaman penyakit dapat dikawal pada peringkat awal sebelum memberi kesan besar kepada industri. Dari sudut pemasaran pula, Kerajaan Negeri Perak sedang memperkukuhkan agenda pensijilan produk ternakan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai tambah hasil penternakan serta memperkukuhkan keyakinan pengguna terhadap aspek kualiti, keselamatan dan kebersihan produk yang dihasilkan.

Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu pembangunan luar bandar. Yang Berhormat Simpang Pulai membangkitkan isu kampung tradisi di kampung yang berada dua pentadbiran berbeza, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Majlis Bandaraya Ipoh, yang menyebabkan ketidaksamarataan pembangunan infrastruktur kerana kekangan pematuhan syarat teknikal MARRIS bagi kerja penyelenggaran jalan lalu memohon pendekatan yang lebih fleksibel mengikut realiti setempat. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, KKDW. Sentiasa komited dalam memastikan pembangunan infrastruktur luar bandar terus dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Khususnya melalui penyediaan kemudahan asas seperti jalan perhubungan desa yang menyokong pembangunan sosio ekonomi setempat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek Jalan Perhubungan Desa JPD adalah tertakluk kepada Garis Panduan pelaksanaan Jalan Desa, JPD dan Program Ameniti Sosial, PAMS Tahun 2020. Berdasarkan garis panduan tersebut, pertimbangan hanya diberikan kepada jalan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan iaitu sama ada berada di luar kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan, PBT atau di kawasan yang diwartakan tetapi belum dikuatkuasakan di bawah Akta PBT. Sehubungan itu, bagi kampung-kampung tradisi di kawasan Simpang Pulai yang mana kriteria tersebut, permohonan boleh dikemukakan melalui Pejabat KKDW Negeri Perak untuk tujuan siasatan dan pertimbangan lanjut di peringkat Kementerian.

Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Selama mencadangkan pelaksanaan Program Pemulihan Jalan Komuniti di kawasan Selama dengan peruntukan tahunan berdasarkan kos sebenar. Khususnya bagi membaiki jalan kampung dan ladang yang rosak tanpa agihan secara sama rata dengan kawasan yang lain. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Selama pada setiap tahun menerima peruntukan di bawah sistem MARRIS bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan jalan kampung yang telah didaftarkan dalam sistem berkenaan. Bagi tahun semasa kerja-kerja penyelenggaraan jalan kampung Fasa 1 dengan peruntukan sebanyak RM1.12 juta sedang giat dilaksanakan melibatkan tujuh buah kampung. Selain daripada itu, PDT Selama turut merancang pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan kampung Fasa 2 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM0.72 juta yang melibatkan sembilan buah kampung tambahan. Pelaksanaan semua kerja ini adalah berasaskan pada prinsip keutamaan dan keperluan sebenar di lapangan.

Yang Berhormat Kubu Gajah membangkitkan isu berkaitan sebuah rumah Baitulmal di Kampung 19 Batu 21, yang telah siap dibina namun masih belum boleh diduduki kerana ketiadaan kemudahan asas seperti akses jalan dan bekalan elektrik serta masih menunggu kelulusan yang berkaitan. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama telah memaklumkan bahawa pihak pentadbiran telah menerima persetujuan daripada Pegawai Khas Yang Berhormat Menteri Besar, Dun Kubu Gajah untuk menggunakan peruntukan Dun bagi pelaksanaan bagi melaksanakan kerja pembinaan jalan akses ke rumah tersebut dengan anggaran kos sebanyak RM5,300.00. Permohonan berkenaan telah dikemukakan kepada Pejabat Menteri Besar dan kini sedang dalam proses pertimbangan untuk disalurkan kepada PDT LMS bagi pelaksanaan kerja di lapangan. Majlis Agama Islam dan ‘Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) juga telah memaklumkan bahawa rumah berkenaan telah siap dibina dan permohonan bagi pembekalan serta pemasangan meter elektrik telah dikemukakan kepada Tenaga Nasional Berhad, TNB.

Yang Berhormat Kampong Gajah, membangkitkan isu ketiadaan infrastruktur asas di kawasan RPT seperti Changkat Lada, Bakar Arang dan Ayer Kuning yang menghalang pembinaan rumah serta membebankan pemilik lot dengan kos sewaan dan memohon tindakan segera Kerajaan Negeri secara berfasa. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, melaksanakan penambahbaikan infrastruktur RPT secara berfasa selaras dengan Agenda Perak Sejahtera 2030. Bagi tahun 2026, peruntukan-peruntukan pembangunan infrastruktur RPT telah ditingkatkan kepada RM5 juta iaitu peningkatan sebanyak RM500,000 atau 11% berbanding tahun sebelumnya. Namun demikian, agihan peruntukan ini dilaksanakan berdasar keutamaan dengan memberi fokus kepada RPT yang mempunyai keperluan paling mendesak di seluruh negeri. Bagi kawasan Dun Kampong Gajah. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20.25 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur di RPT AA Tin sebagai sebahagian daripada usaha berterusan menaiktaraf kemudahan asas di kawasan tersebut.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri mencadangkan agar semua permohonan berkaitan pembangunan RPT diselaraskan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri, UPEN untuk dipertimbangkan sebagai senarai keutamaan di bawah Rolling Plan RMK13 tahun 2027. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap projek dilaksanakan secara terancang, berfokus dan berdasarkan keperluan sebenar di lapangan. Kerajaan Negeri kekal komited untuk memastikan keseimbangan pembangunan di semua kawasan RPT agar tidak ada kumpulan rakyat yang tercicir daripada menikmati kemudahan asas yang sewajarnya.

Yang Berhormat Manong meminta penjelasan mengenai perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan pembangunan sosio-ekonomi Manong, termasuk cadangan pembangunan institusi pendidikan tinggi serta pelaksanaan model industri bandar luar bandar bagi membangunkan komuniti setempat dengan rantaian industri di Negeri Perak. Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam usaha mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan juga luar bandar. Walaubagaimana pun berdasarkan perancangan semasa melalui draf Rancangan Struktur Negeri RSN Perak 2040 kajian semula tumpuan pembangunan kluster Pendidikan Tinggi adalah di pusatkan di zon yang telah dikenal pasti iaitu Daerah Kinta, Tanjong Malim dan juga di daerah Perak Tengah. Justeru itu, sebarang cadangan pembangunan institusi pengajian tinggi di Manong adalah tertakluk kepada penilaian keperluan kajian kebolehlaksanaan serta kesesuaian lokasi oleh pihak yang berkaitan.

Bagi cadangan model industri vendor luar bandar pula, Kerajaan Negeri menyambut baik dalam Rancangan Pembangunan Negeri melalui draf RSN Perak 2040 kajian semula pelaksanaan 9.1.3 telah digariskan sebagai memperkukuhkan integrasi antara Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan dengan industri berskala besar melalui pembangunan vendor, kerjasama strategik serta pemindahan teknologi. Pendekatan ini bertujuan memastikan limpahan ekonomi daripada projek-projek berimpak tinggi negeri seperti Silver Valley Technology Park (SVTP), Automotive High-Tech Valley (AHTV) dan Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) turut dinikmati oleh usahawan luar bandar. Kerajaan Negeri sentiasa komited bagi memastikan pembangunan Manong tidak hanya tertumpu kepada infrastruktur fizikal tetapi turut juga merangkumi pemerkasaan ekonomi, pendidikan kemahiran dan integrasi industri bagi menjamin kesejahteraan jangka panjang rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Chenderiang memohon penjelasan mengenai status projek Jambatan Batu Melintang yang menjadi keperluan infrastruktur setempat. Untuk makluman Yang Berhormat Chenderiang, Jambatan Batu Melintang telah dibina sekitar tahun 1980 dan mula rosak akibat mendapan di bawah jambatan pada sekitar tahun 1994. Jambatan baru telah dibina sebagai alternatif bagi menggantikan jambatan yang telah rosak. Saban tahun laluan tersebut menjadi sibuk dengan penambahan penduduk dan terdapat keperluan bagi menggantikan jambatan yang rosak. Tambahan lagi, jalan lain yang menghubungkan penduduk ke Kampung Batu Melintang merupakan jalan pertanian dan tidak sesuai dilalui oleh kenderaan seperti kereta. Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang telah mengemukakan permohonan bagi membina baharu jambatan dan membaik pulih tebing sungai di Kampung Batu Melintang di bawah Rolling Plan 2 tahun 2027 di bawah Rancangan Malaysia Ke 13, RMK ke 13.

Yang Berhormat Batu Kurau membangkitkan keperluan pengukuhan struktur pentadbiran kampung bagi memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Struktur JPKK ini diketuai oleh seorang pengerusi dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang memainkan peranan penting dalam mengurus hal ehwal kampung, menyelaras kebajikan serta menjadi jambatan antara pentadbiran dan juga rakyat. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa struktur ini merupakan asas penting kepada sistem tadbir urus desa yang dekat dengan rakyat kerana ia membolehkan isu-isu setempat di tangani dengan lebih cepat, berkesan dan berfokus. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa kekuatan sebenar tadbir urus kampung bukan terletak kepada penambahan struktur semata-mata tetapi kepada pengukuhan kapasiti, kecekapan dan sokongan kepada JPKK yang sedia ada. Justeru itu, fokus Kerajaan Negeri adalah untuk memperkasakan JPKK melalui latihan penyelarasan dasar sokongan yang berterusan agar mereka dapat terus menjadi nadi kepada penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan bersih kepada rakyat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pada akhirnya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan pandangan serta cadangan yang membina sepanjang sesi perbahasan ini khususnya yang berkaitan dengan portfolio di bawah tanggungjawab saya. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab dalam sesi penggulungan ini, Kerajaan Negeri akan memastikan jawapan diberikan secara bertulis kepada semua Ahli Yang Berhormat dalam tempoh yang sewajarnya. Sesungguhnya Kerajaan Perpaduan Negeri Perak dan saya sendiri sentiasa bersikap terbuka terhadap sebarang pandangan, teguran serta cadangan penambahbaikan daripada semua ahli Yang Berhormat dalam semangat ini pintu pejabat saya sentiasa terbuka luas untuk menerima kunjungan dan perbincangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita dapat duduk bersama mencari penyelesaian yang terbaik demi kepentingan rakyat di kawasan masing- masing.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta agensi-agensi di bawah 3PIM yang telah bertungkus lumus menyediakan maklum balas serta ulasan teknikal bagi sesi penggulungan pada hari ini. Akhirnya saya ingin menegaskan semula komitmen Kerajaan Negeri dan semua agensi di bawah pentadbiran saya untuk terus bekerja dengan lebih gigih mengukuhkan kerjasama rentas agensi dan rentas politik demi memastikan kesejahteraan rakyat Negeri Perak terus terbela. Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Menjunjung kasih Tuanku. Ampun Tuanku. Lintang turut menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lintang. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Auzzubillahi minajjsyaitonirrojim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil Alamin Wassolatu wassalamu ala sayyidil mursalin wa imam muttaqin wa ala alihi wasahbihi Wasahbihi Ajmain. Yang Berhormat timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan saudara saudari yang saya kasihi sekalian. Dalam suasana yang kian mencabar dan tidak menentu mutakhir ini, marilah kita bersama-sama menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana berkat limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya jua, kita masih dikurniakan kekuatan dan keafiatan untuk hadir di dewan yang mulia ini bagi menggalas amanah bermesyuarah mencari solusi dengan hikmah demi kebaikan negeri dan juga rakyat jelata.

Memulakan tinta penggulungan ini, saya mewakili seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak KElima Belas di Dewan yang mulia ini pada hari Selasa yang lalu. Sesungguhnya kita bertuah kerana tatkala dunia sedang dihambat krisis geopolitik yang turut menggoncang iktisad negeri dan juga negara. Paduka Seri Tuanku mengilhamkan kepada kita pedoman dan nasihat menyuluh jalan yang kian berliku dengan cahaya kebijaksanaan agar dapat dijadikan sandaran dan panduan kepada kita semua sebagai pemegang amanah rakyat dalam menentukan hala tuju yang jelas mendepani situasi sukar ketika ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, saya menyeru setiap daripada kita untuk menyambut titah hasrat Tuanku dengan penuh keinsafan agar kita sama-sama mencari titik persamaan memperkukuh kesatuan dan berganding bahu menangani krisis yang sedang menguji kekuatan kita sebagai sebuah negeri sementelah kebajikan dan kemaslahan rakyat kemaslahatan rakyat dapat ditangani sebaik-baiknya dan Alhamdulillah saya menzahirkan penghargaan atas perbahasan selama tiga hari oleh 44 orang Ahli Yang Berhormat, masing-masing 18 daripada blok kerajaan dan 26 daripada blok pembangkang yang telah mengupas dari pelbagai sudut Titah Paduka Seri Tuanku dengan melontarkan pandangan, menyuarakan teguran serta mengutarakan cadangan dan saranan sekaligus menjadi cerminan sikap peduli Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap cabaran getir yang sedang dihadapi rakyat. Saya akan sedaya upaya memberi respon kepada semua perkara yang dibahaskan berkaitan portfolio saya. Jika tidak berkesempatan, saya mohon maaf tetapi tindakan sewajarnya akan diambil oleh jabatan dan juga agensi-agensi yang berkaitan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menariknya, sesi perbahasan kali ini memperlihatkan kecenderungan yang lebih matang apabila ramai Ahli Yang Berhormat mengemukakan hujah dengan bersandarkan data dan statistik termasuk petunjuk-petunjuk ekonomi negeri dan negara bagi menguatkan hujah masing-masing. Ada yang menggunakan data untuk menilai pencapaian dan tidak kurang juga yang menjadikannya asas untuk menyindir dan mengkritik dasar kerajaan negeri. Ini sesuatu yang positif tetapi malangnya apabila semakan dibuat, terdapat juga segelintir hujah yang dibina atas asas data yang tidak tepat tidak disahkan sumbernya. Malah dalam keadaan tertentu jelas menyimpang jauh daripada fakta sebenar. Ini sesuatu yang tidak boleh saya biarkan berlalu begitu sahaja dalam Dewan ini.

Maka saya mengambil keputusan untuk memberi pencerahan dan betulkan statistik yang disalah petik ataupun salah sebut sama ada dengan niat ataupun secara tak sengaja. Kerajaan Negeri tidak takut kepada sebarang kritikan, malah mengalu-alukan tetapi biarlah ia berteraskan fakta yang sahih, fakta yang betul dan fakta yang boleh dipertanggungjawabkan. Isunya bukan pada data dan statistik yang digunakan tetapi bagaimana ia ditaksirkan sama ada ia dilontarkan dengan jujur atau dipilih-pilih untuk menyokong naratif yang akhirnya mengelirukan rakyat di luar sana. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, angka empat itu boleh ditafsirkan sebagai dua kali dua. Dua darab dua adalah empat. Ada orang mentafsirkan angka empat itu ialah lima tolak satu, bersamaan empat. Ada orang mentafsirkan empat itu adalah 30 tolak 26. Empat, ada orang mentafsirkan 100 tolak 96. Masih empat. Angka empat tetapi bagaimana dia menggunakan tafsiran itu. Yang paling penting sebab jika statistik itu disalah tafsir disampaikan dengan niat-niat yang tertentu, sampai kepada pemberita, sampai kepada surat khabar, kepada media sosial, disebarkan tafsiran yang salah, ia menjadikan tindak balas-tindak balas berikutnya adalah salah. Sebab itu dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 di antara sembilan cabang, sembilan agenda, kita sebut membuat keputusan berasaskan data.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, maka saya mohon izin sementelah kita ada skrin besar, skrin kecil ni Dato’ Seri Yang di-Pertua, supaya saya diberi peluang untuk memaparkan statistik-statistik yang juga dipetik oleh beberapa orang Yang Berhormat. Saya tahu Yang Berhormat telah menggunakan buku statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Ekonomi. Pejabat Menteri Besar dapat buku ini pada 6 Februari 2026, di mana terkandungnya laporan survey pendapatan isi rumah 2024. Saya tak pasti kalau ada YB dapat yang lebih terkemudian sebab saya pun dapat pada 6 Februari 2026. Yang kedua, laporan survey Perbelanjaan Isi Rumah 2024. Yang ketiga, kemiskinan di Malaysia 2024. Yang keempat, Ketidaksamarataan Pendapatan Malaysia 2024 dan yang kelima, Intisari Pendapatan, Perbelanjaan, Kemiskinan dan Ketidaksamarataan 2024. Jadi, izinkan saya menggunakan skrin yang ada ini untuk memaparkan statistik-statistik yang saya petik daripada buku ini. Bukan daripada saya sendiri ataupun daripada lain sumber melainkan daripada buku ini. Itu adalah rujukan yang sah bagi statistik di Malaysia ini. Tanpa niat untuk berdebat, tanpa niat untuk berhujah ataupun nak berlawan debat dengan tuan-tuan tapi sekadar untuk…sebagai ketua kerajaan, saya mesti membetulkan jika terdapat fakta, terdapat angka yang salah ataupun taksiran yang salah.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita lihat kepada statistik yang berkaitan dengan perangkaan-perangkaan yang ada. Saya harap urusetia dapat membantu saya untuk paparkan statistik ini. Yang Berhormat, mata cerah, tengok yang skrin kecik. Yang tak nampak, tengok yang skrin besar. Dato’ tengok yang sana. Ini gambaran yang membawa beberapa tafsiran, beberapa perangkaan, beberapa pengetahuan. Yang di atas sana bulat-bulat biru itu adalah yang berkaitan dengan pertumbuhan. Ia bukan angka KDNK. Ia ialah pertumbuhan KDNK bagi tahun 2024. Yang oren di bawah itu adalah pertumbuhan bagi tahun 2023. Yang di bawah sikit, yang kotak-kotak itu adalah kadar sumbangan KDNK negeri kepada KDNK negara dan graf si bawah itu sebenarnya adalah nilai KDNK bagi negeri-negeri. Saya tak payah nak sebut, Yang Berhormat semua boleh bilang…nombor 1, nombor 2, nombor 3, 4, 5, nombor 6. Daripada kiri Perak berada nombor enam terbaik. Macam mana ada beberapa orang YB bercakap Perak berada nombor enam ke bawah. Minta maaf. I was a mathematic teacher. Saya belajar statistik. Angka itu dengan jelas menunjukkan bahawa Perak berada nombor satu, nombor dua, nombor tiga, nombor empat, nombor lima, nombor enam. Dari segi nilai KDNK, kita berada pada tahap RM86.2 billion. Nombor 6. Walaupun sahabat saya, Ketua Pembangkang mula-mula sebut 8.9, lepas tu 82. No, no, no, 86, RM86.2 bilion ringgit. Kita nombor 6. Nak pi nombor satu, kenalah jadi ibu negara, kenalah ada pelabuhan antarabangsa, kenalah ada lapangan terbang antarabangsa tetapi kita berada pada tahap itu dan saya sangat terkejut bila ada rakan sebelah pembangkang sebut 5.2% sumbangan KDNK Perak kepada Malaysia sangat kecil.

Ada YB sanggup sebut dengan angka itu kita gagal. Oo oo Dato’ Seri Speaker, kalau Perak yang menyumbang 5.2% itu dikatakan gagal, kita nombor enam. Orang hat nombor tujuh, 5.1, 4.2, 3.29, 3.27 tu kita nak panggil apa? Super gagal? Tersangat gagal? Gagal sesungguh-sungguhnya? Gagal premium? So, jangan ikut sedap mulut saja. Syukurlah kepada Allah. Kita tak gagal Yang Berhormat. Tidak gagal Yang Berhormat Hulu Kinta. Jangan bimbang.

Ya Cikgu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Tak. Ini bukan saya tipu, ini angka dia. Kot ada sapa-sapa nak kata…saya tak kata… ni saya ada hansard ni, saya baca. Siapa kata apa saya ada sini. So, Dato’ Yang di-Pertua, saya sebutkan tadi, jika saya benarkan perbahasan oleh rakan-rakan sebelah sana mengatakan bahawa kita berada pada tahap yang keenam di bawah, kita merupakan negeri yang paling kecil menyumbang, kita negeri gagal. Kalau saya tak betulkan hari ini, maka ucapan itu akan dibaca oleh generasi akan datang, dipetik oleh surat khabar, pelabur-pelabur kata Perak gagal, orang kampung kata Perak gagal. Saya bersimpati dengan semua ketua jabatan negeri dan persekutuan yang bekerja siang malam pagi petang. Bukan lagi 5 hari seminggu tapi 7 hari seminggu. Bekerja siang malam untuk pastikan bahawa kita dapat mencapai 86.2%. Terima kasihlah ketua-ketua jabatan sekali lagi I love you all.

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya pernah memberi analogi ini. Ada dua orang pelajar sekolah. Pada bulan Mac pelajar A dapat 60%, pelajar B dapat 40%. Pada bulan April pelajar A dapat 60%, pelajar B dapat 40%. Maka dikatakan pelajar A nombor satu, pelajar B nombor dua. Pada bulan berikutnya pelajar A dapat 65% dia tambah 5%. Pelajar B daripada 40 dapat 60%. Dari segi angka pelajar B jauh lebih berjaya sebab daripada 40 naik kepada 60. Pelajar A hanya naik 5% tapi nombor 1. Pelajar B tetap jugak nombor 2. Dari segi kualiti pelajar B jauh lebih baik daripada pelajar A. Sebab peningkatan dia sebanyak 20%. Janganlah dibandingkan Perak nombor 6 dengan Selangor nombor 1. Bandingkan Perak, slide berikutnya cuba tengok Perak. KDNK Perak tahun 2019, RM75.998 billion, 2020 Covid RM74.26 bilion, 2021 naik RM76.9 bilion, 2022 meningkat 80, 2023-82.68, 2024-86.2. Graf ni sahaja pun menunjukkan peningkatan. Siapa di antara kita dalam Dewan ini mengatakan penurunan dalam KDNK?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YAB Dato' Seri.

Gunong Semanggol.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri menunjukkan carta daripada DOSM. Saya tak dapat laluan untuk tunjuk kat situ. Saya juga memegang daripada source DOSM pada 2025 yang terkini. Kita tak kata gagal. Sayalah atas kapasiti saya saya tak kata gagal tapi kita tengok sebelum Covid pertumbuhan ekonomi Malaysia 5.3%, Perak 6.1% Perak mengatasi federal tetapi bila sampai era Covid itulah bermulanya kerencatan tu. Average Malaysia 2.8 Perak dah turun kepada 3.3% dan yang saya menegur atas kapasiti saya, average Malaysia pertumbuhan ekonomi skarang 5.2%, Perak 3.8%. Kita compare notes dengan Selangor bukan maksud Selangor tu hebat sangat. Kita juga nak kata pertumbuhan fizikal ekonomi Perak hebat. Hasil Perak hebat. Hutang terkawal hebat tapi kita nak mengesyorkan agar kita tolak cerita pasal minyak semua dulu. Kita nak mengesyorkan kalau Perak dulu boleh mencecah 6.1% mengatasi Federal saya rasa dengan kepimpinan dengan Perak Sejahtera sekarang kita tak sepatut berada pada 3.8%. Saya rasa kita boleh naik lagi. Itu yang kita tegur tu. Bukan kita kata gagal, ransangan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato' Yang di-Pertua, boleh bagi peluang sikit dan kalau boleh reverse balik untuk kita tengok data yang sebelumnya, slide yang sebelumnya boleh kita sama-sama tengok sebab saya nak ulas yang sebelumnya. Sebab itu kita mengatakan bahawa dalam carta yang ditunjukkan sebelumnya boleh slide tu pergi sebelumnya sebab kita kata KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar ekonomi dan kita ada 86.2. Ini kita sebut dan dalam carta itu juga menunjukkan bahawa sumbangan kepada KDNK Malaysia 5.2, so, kita mengatakan tidak gagal tapi dengan potensi yang ada dalam Negeri Perak memang di bawahnya ada lagi Kelantan, Kedah, Terengganu dan sebagainya. Jadi potensi Negeri Perak itu sepatutnya kita boleh pergi lebih lagi sebab kita mempunyai infrastruktur yang cukup lengkap. Kawasan perindustrian kita yang diuar-uarkan LuMIC dan sebagainya ada 5. Kemudian kita punya Inland Port Ipoh dah ada boleh direct clearance sini terus masuk Port Klang. Kita ada Port LuMIC dan di selatan sana dekat dengan Port Klang. Di utara sana dekat dengan Pulau Pinang. Kita mengatakan 86.2 KDNK dan 5.2% menyumbang kepada pendapatan KDNK negara itu kecil. Itu yang kita minta compare apple to apple.

Jadi kalau nak bandingkan dengan Kedah, bandingkan dengan Kelantan, bandingkan dengan Sabah dan Sarawak memang kita di atas tapi saiz yang sama. Ini sebab kita nampak potensi ini kita boleh lagi membangun. Ni Dato' Seri ini kita boleh bersama-sama membangun. Ini yang kita bangkitkan. Jadi bukan kita hendak mengelirukan rakyat.

Yang di-Pertua

Ok Semanggol ok. Bagi YAB MB jawab.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Beberapa orang dalam Dewan ini guru. Guru yang baik dalam report kad pelajar Alor Pongsu, dia tulis walau pun kamu dapat 40% tetapi cikgu yakin jika kamu berusaha keras kamu akan dapat 50% 60%. Itu cikgu yang baik. Cikgu yang tak baik dia tulis kamu gagal. Yang Berhormat Gunong

Semanggol, Dato' Yang di-Pertua saya minta diminitkan. Yang Berhormat Alor Pongsu, Yang Berhormat Semanggol katakanlah Perak tidak gagal. Setuju? Setuju?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tak setuju. Saya tak kata gagal. Saya kata boleh dipertingkatkan lagi.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Ok YB.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ayat itu masuk dalam hansard. Saya pun nak betulkan hansard juga Dato’ Seri. Salah tu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya nak baca ni ya. Gunong Semanggol semasa dia mencelah ucapan daripada YB Tronoh. Cerita yang setuju atau pun tidak yang Selama bahawasanya indikator dan pencapaian kepada pembangunan dan juga untuk bawa ekonomi ke rakyat negeri ini kerajaan gagal. Setuju tak? Ini tertulis ni bukan saya tipu. Dengan pembelaan Yang Berhormat tadi dan juga pengakuan Yang Berhormat Alor Pongsu saya nak Dewan ini menerima pakai bahawa Dewan ini mengisytiharkan Perak tidak gagal. Cikgu, cikgu yang baik akan tulis macam cikgu sebut tu. Ustazah, walau pun kamu dapat 40 markah cikgu yakin kamu boleh berjaya jika kamu berusaha keras. Ia berbeza dengan tulis kamu gagal.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

B+ bukan A, B+. Boleh pi jadi A.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Tak apalah. Apa pun no saya minta maaf Yang Berhormat Semanggol saya maksudkan tadi, jika kita isytihar kita gagal mana pelabur nak mari melabur negeri gagal. Kalau kita kakta negeri kita berpotensi untuk terus meningkat maju, baru pelabur datang. Itu sahaja maksud saya. Yang Berhormat. Ok. Kita tidak mahu bertengkar di situ hanya sekadar untuk menyebutkan ini. Itulah peningkatan yang berlaku iaitu kadar KDNK kita bertambah dari tahun ke tahun. Hasil usaha kerja kita bertambah baik.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang Berhormat sikitlah sikit nak sebut sebab gagal dan berjaya itu interpretasi. Sebab itu kalau 5.2% dengan infrastruktur kemudahan yang kita ada tu kalau nak kata gagal pun layak. Betul tak? 5.2% sumbangan.

Yang di-Pertua

Oklah tu, oklah interpretasi Semanggol macam tu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Tak ada Yang Berhormat. Tak ada siapa pun

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi kita balik kepada figure yang sebelumnya. Kita tengok boleh slide dulu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Oklah..oklah. Dah…dah..dah.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita tengok…

Yang di-Pertua

Oklah Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato’ Seri, kita tak mahu diberi interpretasi bahawa

Speaker.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…kita mengatakan gagal. Tadi kita dah mengatakan bahawa kita boleh improve tapi kalau potensi kita ada 10 ekar kita dapat banyak itu sahaja, kita nak mengatakan 10 ekar sawitlah contoh kita dapat 5 tan kita kata kita gagal. Sepatutnya 10 ekar sawit kita dapat 10 tan.

Yang di-Pertua

Ok…ok Semanggol...ok…ok.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…boleh kita katakan gagal tapi itu bukan daya pengukur. Kalau nak ukur gagal membawa investment ke dalam Negeri Perak boleh kata gagal. Sebab kita kata hanya boleh kita gagal.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya maksudkan tadi bukan nak diperdebatkan tajuk itu. Saya katakan tadi saya lebih suka jika disebut negeri ini masih berpotensi untuk maju supaya pelabur-pelabur ada keyakinan kepada Negeri Perak. Budak sekolah kalau cikgu tulis kamu gagal buat balik jumpa mak dia bawak tu teriak mak dia sebab anak yang dikandung 9 bulan 10 hari, anak yang dilahirkan tu cikgu kata gagal. Frust pak tu. So, please la. Saya masukkan janganlah kata gagal. Ia telah memusnahkan harapan ni, ketua-ketua jabatan yang bekerja siang malam ni tau. Depa pulun siang malam pagi petang untuk memajukan negeri. Tiba-tiba kita kata gagal. Oh oh, oh oh, I Love You.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri masih sebut lagi perkataan gagal. Gagal tu datang daripada mulut Dato' Seri. Saya tetap mempertahankan bahawa hujah-hujah kami ni tegur supaya boleh dipertingkatkan. Kalau saya jadi Kota Tampan, yang bantuan hari raya tu bukan RM1500, RM2000 bagi penjawat awam. Sebab dia orang kerja kuat. Dia orang kutip hasil, hasil naik. Baguslah, hasil naik. Bagus.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya terima itu. Cuma saya nak minta kalau itulah sebutannya, marilah kita bersama-sama mengaku dalam Dewan Negeri ini, kita minitkan bersama bahawa Negeri Perak tidak gagal tetapi masih ada potensi untuk dipertingkatkan pembangunannya. Dah la tu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

On the right track. Tapi screw kena lebih ketat lagi.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dah, dah. Dah, sudah la tu.

Speaker…

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Minta maaf sekali lagi. Saya tidak mengundang perbalahan ini, hanya sekadar nak sebut. Tujuan saya ialah sebagai ketua kerajaan negeri, saya nak pergi jemput orang datang melabur. Saya mesti meyakinkan mereka bahawa kita adalah negeri yang ada potensi, tu je. Nak diistilah gagal tak gagal ni very subjective Yang Berhormat Semanggol. Memanglah, ada orang kata, belum mencapai kejayaan. Ada orang kata, kejayaan yang tertangguh. Sama lah, belum sampai. Nanti lah dulu. Ok, sorry-sorry.

Cikgu, cikgu. Cikgu, Jap.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Ada lagi?

Dato' Speaker, sepanjang perbahasan kita nampak kebanyakan pembangkang memang sebut soal Perak gagal. Kita tak nafikan. Yang Berhormat cikgu pun dah tunjuk bukti, Ketua Pembangkang sendiri keluarkan perkataan gagal. Tapi sekarang, pembangkang sama kata

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Hulu Kinta yang gagal.

Siapa ni?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Hang nak merepek duduklah?

Ini perangai buruk ni. Ini orang panggil perangai buruk, tau tak buruk. Duduk tekan tak boleh, nak bangun tak nak bangun tak apa. Sekarang ni, sekarang pembangkang kata, tidak. Ada yang kata ada, gagal. Ada yang kata tak gagal. Maka selama ini pembangkanglah yang bagi war-warkan kepada negeri Perak bagi apa persepsi negatif pasal Perak, pasal pelaburan, masalah yang buat pembangkang hari inilah yang berikan macam membawa ketidakstabilan politik, nak rampas kerajaan dan sebagainya. Tapi mereka pula kata nak berjaya. Ada kata tak berjaya, ada kata berjaya. So, akhirnya kita boleh buktikan hari ini, Alor Pongsu Adun daripada Bersatu tidak setuju dengan Gunong Semanggol.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Reset…reset…reset…reset. Bukan Bersatu.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Hulu Kinta yang gagal.

Alor Pongsu tak setuju dengan Gunong Semanggol daripada PAS kata gagal. Alor Pongsu setuju bahawa Perak adalah tak gagal. Boleh la kot.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tak best langsung hujah.

Yang di-Pertua

Ok, Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Hulu Kinta. Dato' Seri Yang di-Pertua, saya seringkali teruja dengan perbahasan oleh Alor Pongsu. Sebab setiap kali dia nak bagi angka statistik, dia akan sebut saya rasa sedih ni…aya rasa sedih’. Saya tak… nak sebut, dia rasa sedih sebab dia bandingkan Perak dengan Selangor. Ketua Pembangkang kata jangan bandingkan epal dengan durian. Bandingkan epal dengan epal. Tapi kalau nak bandingkan Perak dengan Selangor, memanglah tak jumpa. Sebab itu kita, Dato' Seri Yang di-Pertua, bila kita nak bercakap tentang kesejahteraan rakyat Negeri Perak, negeri lain, itu bukan sahaja berkaitan dengan KDNK. Ada banyak perkara yang perlu diambil kira. Faktor-faktor yang menentukan kesejahteraan kita ni Dato' Yang di-Pertua, saya ada di situ iaitu pertama, ia berkaitan dengan beberapa faktor lain. Contoh struktur ekonomi akan menentukan kejayaan. Yang kedua, tahap perindustrian. Sebab itu kita bertungkus lumus dalam Pelan Perak Sejahtera 2030, kita nak tukar status Negeri Perak daripada negeri berasaskan pertanian kepada negeri berasaskan perindustrian. Sebab kena tengok negeri-negeri maju termasuk Selangor yang disebut oleh Alor Pongsu tadi mereka itu berasaskan perindustrian. Sebab itu kita nak buat. Sebab itu kita jemput orang datang melabur di AHTV. Orang datang melabur di LuMIC. Orang datang melabur di KIGIP. Itulah tujuannya. Sebab kita faham kedudukan kita, Pelan Perak Sejahtera 2030 kita gunakan tagline "Perak Makmur, Rakyat Sejahtera". Tujuan dia ialah untuk membekalkan peluang-peluang pekerjaan kepada orang Perak. Supaya bila orang Perak ada pekerjaan, dia ada gaji tetap. Bila ada gaji tetap, dia nak berbelanja. Bila nak berbelanja, dia beli barang-barang. Maka penjual-penjual barang pun akan dapat nikmat. Saya faham maksud itu rantaian ekonomi.

Jadi, sebab itu ia juga bergantung kepada saiz populasi. Saya rakyat. Tuan-tuan bandingkan Perak dengan Perlis la contohnya, akan kelihatan lebih ramai orang Perak yang miskin sebab bilangan orang Perak lebih ramai daripada orang Perlis. Jadi ada banyak benda. Saya pun sekali lagi Yang Berhormat, saya tidak berhajat untuk hanya berhajat untuk membetulkan supaya kita bila bercakap nanti kita akan bertanggungjawab dan tujuan dia ialah untuk meyakinkan kepada rakyat bahawa kita berada di tempat yang betul. Kalau semua orang pakat kata kita gagal, memang la berpusu-pusu orang akan keluar daripada Negeri Perak. Tapi kalau kita kata Insha-Allah negeri kita ada potensi untuk maju. Tunggu dalam Perak ni. Dia akan tunggu la. Tu lah tujuannya. I'm a teacher. Saya kena cakap macam tu. Dato' Seri Yang di-Pertua, baik. Yang Berhormat-Yang Berhormat berminat nak menggunakan statistik ini juga berkaitan dengan kebolehpasaran anak Perak berkaitan dengan pekerjaan. Saya ada statistik Yang Berhormat. Dalam perbincangan yang kita, dalam pembentangan yang kita sebut ni, minta maaf Yang Berhormat sahabat saya Semanggol. Saya tengok 5-6 kali, dia kata 37 peratus pengangguran. Saya tengok, dia kata bukan … 30%. Biar betul ni? Tapi sebab dia orang Patani mungkin bahasanya, saya boleh faham sikit lah. Dia mungkin tak berhajat 36 peratus, 37 peratus. Sebenarnya 3.6 peratus sehingga tahun 2024. Sebutannya mungkin. Semalam, saya pergi perbetul di telinga saya ada masalah pendengaran di klinik. Doktor kata telinga saya elok. Jadi, sahlah minta maaf Yang Berhormat. Yang Berhormat salah sebut perkataan 37%. It is not true. Kadar pengangguran Negeri Perak hanyalah pada kadar 36% sahaja dan janganlah kita dengan hanya itu, maka kita berani menyebutkan bahawa Perak gagal menyediakan peluang pekerjaan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya Pengerusi TVET. Dato' Seri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Berapa ramaikah pekerja-pekerja asing dalam Negeri Perak ini? Ramai. Daripada Indon, daripada Bangladesh, daripada Myanmar. Satu hari, Yang

Berhormat Lintang bawa beberapa orang rakan kita pergi ke Institut Pertanian Bogor. Sebelum sampai ke Bogor, kita pergi ke Medan dulu. Dalam bas di Medan itu, pemandu pelancong itu sama ada dia bercakap untuk menyindir saya atau membakar semangat saya, saya tak pasti tapi saya rasa tersentuh sebab dia kata bapak Menteri Besar lihat sebelah kiri, rumah yang besar-besar itu wang dari Perak. Tak terguris kah hati saya. Lihat sebelah kanan, kilang-kilang yang besar itu wang daripada Perak. Dia bermaksud wang itu dihantar oleh orang-orang Medan, orang-orang Indonesia yang bekerja di Perak. Maknanya ada peluang pekerjaan yang besar yang tak di ambil peluangnya oleh orang Perak maka diisi oleh orang luar. It is unfair kalau kita tiba-tiba simply kata kerajaan gagal untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada anak Perak.

Sebab saya minta pegawai saya cari statistik yang berkaitan dengan peluang pekerjaan yang telah pun disediakan oleh PASAK. 2021 hingga 2025 PASAK berjaya membantu 7,663 orang anak negeri Perak untuk ditempatkan ke dalam industri melalui peluang pekerjaan yang meliputi sektor pembuatan (EM&E), perkhidmatan dan pembinaan. Daripada jumlah itu, 58% adalah perjawatan dalam bidang separa mahir, 34% perjawatan mahir, 8% perjawatan profesional. Sehingga 2025, PASAK berjaya membantu kira-kira 1,000 orang anak Perak untuk ditempatkan di AHTV dan juga 110 orang anak Perak dalam program yang dianjurkan oleh PKNP untuk pelatih LuMIC. Yang Berhormat Sungkai, kadang-kadang bila kita buat Hari Bertemu Pelanggan, dia buat temuduga terbuka oleh PASAK dan ada pekerja yang dapat surat lantikan, surat tawaran pekerjaan pada hari yang sama. Takkan itu dikira gagal lagi. Kesian Yang Berhormat, kesian PASAK.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri, kalau kita nak bermain dengan angka, Dato' Seri boleh sebut ribu-ribu. Ketua pembangkang, saya tengah bercakap sekarang.

Yang di-Pertua

Semanggol...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri memang sebut betul ribu, penuh dewan. PASAK memang buat kerja saya tahu, tapi kita jika kita nak bermain dengan angka yang rasmi. Saya juga ada carta daripada DOSM yang mengatakan kita hanya menyediakan 27% tertiary iaitu lulusan diploma dan juga ijazah 27%. Bila kita 27% itu menyebabkan persaingan kita untuk tarik pelaburan kita jadi down. Pelabur dia tengok angka tu. Jadi saya nak gesalah PASAK ke, siapa ke, termasuk kami sendiri ya. Kita gerakkan lagi supaya lulusan diploma dan ijazah ini terus meningkat. Kemudian cerita Dato' Seri sebut TVET, saya dah tegur semalam. TVET ini kalau kita berpusat pada satu kuasa yang mengawal lebih mudah tapi sindrom kita mungkin juga termasuk Kerajaan Negeri mungkin semua pihak nak TVET. Bila Dato' Seri Zahid Hamidi, TPM, Pengerusi TVET kan? Bila dia TVET, sana TVET. Sana TVET tapi penumpuan tak ada. Dato' Seri, suka saya nyatakanlah. Saya sebut dekat PASAK semalam dekat YB Exco semalam. KIGIP sedang bermula, nak bermula. Apakah persediaan ataupun bantuan kita supaya anak-anak muda di Alor Pongsu, Bagan Serai ini bersedia untuk terima perubahan industri hijau ini? Satu je saya sebut juga hari tu kat Pekan, kat Exco dengan Dato' Seri. Satu contoh kolej. Satu kolej je di Alor Pongsu swasta. Kolej Segatronic. Naik lalang dah Dato' Seri. Itu yang saya sedih. Terima kasih Dato' Seri.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Boleh jawab sekali sebab main figure ni tadi kadang-kadang kita keliru. Kalau kita tengok memang orang kalau daripada keseluruhannya tidak ada penganggur. Orang akan bekerja untuk cari makan. Memang kita akui figure tadi tiga lebih adalah penganggur. Mungkin dia tak boleh bekerja. Persoalan yang saya bangkit dalam perbahasan adalah lebih kurang 30% under employment. Bekerja di bawah kemampuan dia. Dia ada degree tapi dia terpaksa bekerja untuk menampung hidup, bawa Grab, kerja pam minyak dan sebagainya. Kenapa sedemikian? Kerana tadi peluang berkerja yang kita ada. Kita tak boleh dikelirukan perkara ini. Kita bincang secara serius. Kita pergi tengok dan begitu juga kita kata kalau kita menyediakan peluang pekerjaan, industri kita ada, orang bekerja kita ini melonjak semua sebab itu KDNK dan sebagainya petunjuk kepada

Yang di-Pertua

Ok...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

...kemampuan kita menyediakan peluang pekerjaan, Dato' Seri.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi kita tak mahu di luar sana dikelirukan juga fakta itu oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri sebab kita nak figure ini supaya kita fahami bersama.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Ya, terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak ada orang menganggur, orang semua kerja.

Yang di-Pertua

Ok...

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Ok, terima kasih. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, macam mana Alor Pongsu tak bagi saya guna angka? Perbahasan semua pakai angka. Yang saya guna ini sebab saya nak jawab angka. Kalau Yang Berhormat dalam perbahasan tak sebut bab statistik ni saya pun tak jawab. Saya jawab ini sebab Yang Berhormat dalam perbahasan menggunakan angka. Saya kena guna angka baru betul. Tidak saya tak jawab. Jadi, saya menerima pakai Yang Berhormat Alor Pongsu, Yang Berhormat Semanggol yang disebutkan tadi. Cuma saya tak suka perkataan-perkataan negatif. Gagal. Sebab ia memberi maksud yang berbeza dengan meletakkan harapan. Yang Berhormat Alor Pongsu bagi cadangan supaya dilatih digunakan kolej berkenaan untuk latih E&E tu kita buat termasuk di ADTEC. Yang Berhormat, kita buat. Itu cadangan yang baik untuk sebagai persiapan. Right? Tapi saya nak sebut lagi...lagi. Saya umum Perak Sejahtera 2030, 15 Jun 2022. Saya sebut Perak Sejahtera 2030 empat tahun daripada sekarang. Adakah Yang Berhormat harap hari ini sudah dapat pekerjaan? Slowly lah. Di LuMIC dapat 110 orang dah. Di AHTV ni kalau siap keseluruhan nanti di AHTV, di LuMIC, di apa nama KIGIP, di Silver Valley Technology Park, di Perak HIP, siap semua pelabur datang, kilang dibuka insha-Allah, pekerja-pekerja akan diisi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri, kami pun bersabar. Kami pun faham tapi dalam perjalanan kita menuju 2030, teguran kami sebagai pembangkang semak dan imbang, kami kena bagi teguran-teguran yang kami rasa membina. Walaupun Kerajaan Negeri rasa sedih ke, marah ke sebab kita tak mahu di tahap 2025-2030, kalau kita hidup lagilah. Masa tu nasi dah jadi bubur.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Ok, Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dari segi angka saya nak sebut juga.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Awal tadi saya ada sebut. Saya tak takut kepada kritikan. Tak takut.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Bukan soal takut.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya tak takut cuma saya nak sebutkan tadi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Bukan soal takut.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat bagi pandangan baik itu, kita ambil kira semua ni.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasihlah sebab backbencher banyak kali tukar betul-betul tu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Kita ambil kira cuma saya nak betulkan benda yang saya kata saya tak suka perkataan gagal sebab saya ni minta maaf sebelum jadi YB, saya motivator.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok, Dato' Seri.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Itu perkataan...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kalau, kalaulah dalam hansard saya, saya atas kapasiti diri saya, saya sebut gagal. Saya tarik balik. Bukan gagal. Boleh dipertingkat.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Baik, terima kasih. Saya nak pergi ke slide berikutnya, Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Ini tafsiran berkaitan dengan kemiskinan. Saya sebelum jadi Menteri Besar ini menjadi Exco Pembangunan Rakyat Termiskin. Setiap kali kita bincang tak pernah satu pun kita katakan bahawa kita berjaya, kerana miskin itu sangat subjektif maksud dia. Ada orang dia ukur kemiskinan berasaskan kepada pendapatan. Ada orang berasaskan kepada bilangan isi rumah. Ada orang berasaskan kepada ada rumah ke tak ada rumah. Dia sangat subjektif. Saya minta maaf benda ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, Yang Berhormat sekalian, saya selalu bagi analogi satu orang yang berpendapatan RM10 ribu sebulan, anak 12. Tiga orang di universiti, dua orang sekolah menengah, tiga orang lagi di sekolah rendah tak cukup. Berbanding dengan satu orang lain yang berpendapatan RM5 ribu sebulan hanya untuk belanja dia dan isterinya, anak seorang. Subjektif. So, sebab itu ikut ketafsiran daripada Alor Pongsu ni dia kata kita nombor dua di bawah lepas Kelantan. Sebab dia berasaskan kepada pendapatan menengah. Kan? Saya cuma nak menarik perhatian kepada satu lagi slide ni berkaitan dengan perbelanjaan asas kehidupan wajar ataupun orang Alor Pongsu, kata cost of living. Orang Batu Kurau kata kos kehidupan.

Banjar? Cuba tengok ni purata perbelanjaan asas kehidupan wajar bulanan isi rumah mengikut negeri dan strata. Kalau kita tengok angka yang paling kecil, Perak RM3,727.00. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur RM5,468.00. Ini maknanya kalau kita ada duit RM3,727, kita boleh hidup selesa di Perak. Itu maksud dia. Duk Kuala Lumpur tak lepas. Duk di Kedah pun tak lepas. Duk di Pulau Pinang pun tak lepas sebab cost of living itu tinggi. Jadi ini yang saya katakan tadi kalau kita duk berdebat bab ini sebab itu tuan-tuan tengok ni RM3,727.00 dok di Perak ini insha-Allah hidupnya selesa kerana makanan asas semua cukup tapi dengan amaun yang sama kita tak mungkin dapat hidup selesa di negeri lain kerana cost of living dia tinggi. Yang Berhormat, berikutnya...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sikit lagi pasal kemiskinan ini yang sebab kita berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh DOSM mengatakan bahawa data menunjukkan pendapatan medium isi rumah di Perak adalah sekitar RM4,687 kan. Kalau tengok pengukuran yang dibuat tu nombor dua daripada bawah. Ada strata dia. Nombor 2 daripada bawah. Pendapatan Medium RM4,687.00. Kemudian anggaran perbelanjaan keperluan asas kehidupan adalah sekitar RM4,634.00. Ini bermakna kita hanya tinggal RM50.00 sahaja. Banyak miskin dan kita terletak nombor 2 daripada bawah. Ini yang kita kata ini satu indikator pengukuran. Bukan nak kata gagal, tak gagal lah maknanya tu. Kita duduk, takpa. Kita tak setuju dengan perkataan gagal. Kita boleh setuju. Tapi kedudukan kita tu, dengan keupayaan yang kita ada nombor 2 daripada bawah pendapatan medium rakyat Negeri Perak. Macam mana kita nak kata kita berjaya, Dato' Seri? Ini kita tak mahu kelirukan orang bawah.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Tak, tak keliru. Sebab Yang Berhormat membuat tafsiran negeri ini miskin sebab pendapatan penengahan. Saya sebut awal tadi. Miskin jangan diasaskan kepada satu faktor. Mengapa tak buat tadi? Yang pendapatan RM3,727.00 itu adalah pendapatan yang mencukupi untuk hidup. Kita bukan nak debat bab itu. Kita nak bagi tahu bahawa kalau kita gunakan statistik medium penengah itu miskin, padahal yang saya sebutkan tadi ia adalah satu kedudukan di mana Alhamdulillah dengan pendapatan yang rendah itu, kita boleh hidup selesa. Tuan-tuan dan puan-puan, sekali lagi minta maaf. Cerita bab kemiskinan ini bukan nak menidakkannya tetapi ada banyak faktor kena lihat. Ada banyak angka kena lihat dan banyak lagi dia punya indikator-indikator ini perlu diperhalusi. Kalau tidak, kita akan tersilap arah dan tersalah sasar sehingga menyebabkan tujuan untuk membantu membasmi kemiskinan ini tak akan tercapai. Terima kasih kepada Yang Berhormat bercakap...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri, sekali lagi saya setuju. Saya setuju tu. Tak boleh pakai indikator itu sahaja. Tapi sebagai cikgu, kita sama-sama cikgu. Cikgu ni bila dia tengok anak murid yang sana berjaya, "Eh, hangpa kena ikut tau anak pak long tu." Toksah kira la dia teknikal ke apa kan? Yang penting kejayaan dia. Makna saya nak tegur carta tadi, kalau dapat undur balik. Carta

DOSM yang tadi tu saya rasa tak tepat ni. Carta DOSM yang terkini 2025 ada kat tangan saya ni. Tentang pakau tadi, Bahasa Banjar tadi, pakau tadi. Bukan RM3,700 lagi dah. Pakau yang terkini, Perak adalah RM4,634 dan pakau jika kita sebut yang paling tak selesa bukan Lenggong, bukan Alor Pongsu. Kinta. Orang Ipoh sekali hidup paling tak selesa. Manjoi? Tak tau. Dia tau, tak tau? RM10ribu gaji pun cuba duduk Ipoh tengok. Saya makan malam tadi, makan daging merah dengan dengan sup ekor je dekat dekat RM40.00. Duit saya ada tapi tak selesa. Kalau beli kat Alor Pongsu. Alor Pongsu, kalau ada RM50.00 dah 3 hari tahan tu. Jadi saya minta Dato' Seri ya, kalau dapat patah balik. Saya rasa data tu salah. Data DOSM tu salah. Yang terkini yang ada kat tangan saya ni source DOSM 2025. Ayat ni tolong dengar lah semua orang. ‘Unfortunately, on the ground Perak hebat lah, saya translate sikit. And the household level life is getting tougher di Perak. Tough. Kalau orang Kinta pun pakau dia merosot teruk, saya tak boleh bayanglah petani kawasan saya yang tak dah tak dapat hasil 2-3 musim. Terima kasih Dato' Seri.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih atas pandangan-pandangan yang berkaitan itu dan saya percaya Ketua-Ketua Jabatan yang dengar ni kita ambil kira semua pandangan itu kerana tujuan kita bukan nak bertengkar di sini. Tujuan kita ialah untuk mencari jalan penyelesaian supaya perkara-perkara yang dibangkitkan oleh-oleh Yang Berhormat itu akan menjadi pedoman dan panduan kepada Kerajaan Negeri yang diberi tanggungjawab untuk memperbaiki keadaan. Jangan musnahkan harapan orang. Jangan kata gagal Yang Berhormat. Jangan bersedih Yang Berhormat. Yang Berhormat sedih, saya lagi sedih. Ok, Dato Seri Yang di-Pertua, saya tak nak masa yang panjang itu kerana ada lagi perkara yang perlu saya ulas.

Sebab ada satu lagi saya perlukan slide ini kerana kelihatan kecenderungan Yang Berhormat-Yang Berhormat mengkritik atau pun rasa tak sabar untuk melihat kejayaan 5 Nod Pembangunan. Bila saya bercakap tentang AHTV, ada orang kata AHTV tidak bergerak. Bila cakap tentang LuMIC, ada orang kata LuMIC ini hanyalah retorik Menteri Besar. Bila saya bercakap tentang KIGIP, ada orang pula kata KIGIP ini bohong saja. Silver Valley Technology Park pun bohong. Perak HIP pun bohong. So, sebagai Ketua Kerajaan, saya nak jelaskan secara slide. Ada 5 Nod Penubuhan Pertumbuhan yang kita katakan sebagai pemangkin kepada Pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu untuk menyediakan peluang pekerjaan. Kerana itu, 5 Nod Pertumbuhan tersebut pertama sekali, ialah berkaitan dengan, mana Urusetia? 5 Nod Pertumbuhan ini berkaitan dengan AHTV. Urusetia? AHTV. Dato' Seri, Dato'-Dato', Proton dah tutup dah production dia di Shah Alam. Tutup dah. Production Proton dah dibawa ke Proton City. Saya diberi peluang untuk datang ke Proton City, pecah tanah kilang kereta EV. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang untuk merasmi kilang tersebut.

Saya diberi peluang untuk hadir merasmikan, melancarkan sebuah kilang vendor yang buat seat kereta itu. Pekerja-pekerja Proton sudah mula berpindah secara perlahan-lahan daripada 3000, 5000, 7000. Menjelang 2027 keseluruhannya akan berpindah. Mungkinlah ada di antara Yang Berhormat tak dijemput ke majlis-majlis untuk rasmi kilang ka, untuk itu. But it does not mean that kita kata tak berjalan. Ia telah berjalan. Kalau pun ada tersangkut-sangkut, ada sebab-sebab tak dapat dielakkan tetapi dari segi fizikalnya, percaya cakap saya. AHTV is on the right track dan jika ia betul-betul dapat dimajukan, maka peluang pekerjaan yang tinggi dapat kita buka kepada anak Perak. Dulu, ramai anak orang Perak, anak orang Bagan

Serai, anak orang Taiping, orang Batu Kurau, Batu Gajah lari meninggalkan Perak menyeberangi Sungai Bernam nak pergi ke Shah Alam. Nak cari kerja dalam kilang Proton. Wahai orang Perak, tak perlu ke Shah Alam sekarang. Ada pekerjaan yang disediakan di Proton City. Di bawah jenama hub automotif Negeri Perak, Daerah Batang Padang dan Daerah Muallim. Kut tuan-tuan rasa saya bohong, "Bohong MB ni. Cakap saja." Ha, pi tengok. YB Behrang bagilah makan tengahari ka rombongan ni. No, i'm serious. Kalau YB kata sedih, saya lagi sedih sebab saya dok pi tengok tempat tu memang dah dimajukan. Insha Allah. Janganlah kata tak berjaya. Sian

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato’ Seri...Dato’ Seri.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

YB apa nama tu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri, sebab sedih dia terlibat dengan saya ni. Bila, dak, saya maksudkan dalam perbahasan saya kehebatan Kota Tampan, kehebatan Perak Sejahtera, kehebatan ketua-ketua jabatan, 4 daerah yang dibanggakan tu, kami pun gelak sampai telinga. Punya seronok. 4 daerah. Tapi untuk memastikan kesejahteraan Perak, pendapatan atau pun pelaburan mesti diagihkan semua. Kalau 4 daerah maju macam saya katalah, kepala sampai pinggang kuat, strong. Kaki kena strok, lumpuh tak guna. Macam mana dengan nasib, saya tegur 9 daerah yang Kota Tampan tak sebut tu? Apa nak jadi ini? Pendapatan tak diserak rata di Perak ni. Kalau kita nak menuju Perak Sejahtera, kalau kita bangga dengan AHTV, LuMIC, Larut Matang, Perak Tengah sahaja tak cukup Dato' Seri. Yang saya sedih yang 9 tu. Nangis sikit-sikit saja.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Faham, faham. Takkan kita nak bina 9 buah, 13 buah, 12 buah kilang di 12 daerah kot. Tak mungkinlah. Takkan saya nak bina 12 LuMIC di 12 daerah? 12 tu tak mungkin. LuMIC melibatkan 2 daerah. Daerah Manjung dan juga daerah Bagan Datuk. KIGIP melibatkan 2 Parlimen 1 daerah, Daerah Kerian. Silver Valley Technology Park melibatkan Daerah Kinta tapi melibatkan beberapa parlimen. Saya faham tujuan agihan ini tapi itu adalah ideal...ideal.

Hari tu kita bawa pelabur kilang kertas daripada Korea nak melabur di Lenggong. Marah orang Lenggong itu Yang Berhormat. Sebab kilang kertas itu akan menyedut air Sungai Perak itu banyak. Marah dek orang Llenggong. Jadi Yang Berhormat saya faham kita perlu agihkan supaya semua daerah ini ada pembangunan. Biar lah 5 berjaya dulu. Insha Allah Yang Berhormat, jangan bimbang bab itu ya. Baik, satu lagi selain daripada AHTV tadi, apa urusetia nak tunjuk ini kepada kita? Cuba tengok LuMIC, exit LuMIC. LuMIC ini saya rujuk kepada Datuk Redza Rafiq, apakah status dia? Saya bagi tahu, itu LuMIC ini akan dibangunkan selama 25 tahun. Ini baru tahun yang keempat. Ada tujuh LuMIC iaitu LuMIC satu, LuMIC dua sampai LuMIC lima di daerah Manjung, LuMIC enam dan tujuh di daerah Bagan Datuk. Ia telah dimulakan dengan RGT3, Insha Allah. Yang Berhormat kita tidak berdiam diri, kita terus bekerja dan percaya jangan sebut gagal tapi sebutkan bahawa potensi yang sangat besar untuk RM72 bilion pelaburan dengan 50 ribu peluang pekerjaan. Baru ini Yang Berhormat Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri KPT bawa rombongan datang jumpa kita. Salah satu daripada yang pasti ialah pembinaan cawangan Universiti Pertahanan Malaysia di Segari.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri, Dato' Seri, cerita LuMIC apa semua itu Dato' Seri dah cerita kat kami dah tunjuk kat kami berkali-kali bukanlah muak, seronok dengar kejayaan dan sebagainya. Saya impikan, kalau Dato' Seri dapat list sikit mikro pembangunan mikro di daerah 9 yang tersingkir ini, lebih kurang tersingkir lah kan. Cerita yang itu, yang ni tak larat tengok dah Dato' Seri.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Baik, baik. Dengan ini kita nak isytiharkan bahawa semua Ahli Dewan Rakyat dah faham bahawa 5 nod itu adalah berjaya dan tak gagal. Itu maksudnya kan? Tak payah cakap banyak lah. Lain kali jangan bangunkan benda itu dalam soalan-soalan dalam ucapan, hangpa tanya aku tak jawablah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kenapa cakap suara kecil itu tak dengar?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Lain kali kalau dah faham dalam soalan Dewan, dalam perbahasan jangan dikritik, jangan disindir seolah-olah 5 nod pertumbuhan ini tidak berjalan. Tuan-tuan kata macam itu saya kena jawab.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri bukan sindir. Kita, kita cikgu. Tadi saya sebut tadi kan, anak pak long itu dapat 10A, hangpa ini yang dapat 3A yang baru nak SPM tahun ini tengok anak pak long itu macam mana dia dapat 10A. Jadi kami tumpang bangga Dato' Seri. Saya ini kalau cerita bab-bab daerah ini tak cukup cawan minum kopi.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Baik...baik...baik, terima kasih. Saya nak keputusan itu saja. Terimalah Dewan ini bahawa 5 nod pertubuhan itu dalam progress on the right track, Insha Allah kita kerja sama-sama untuk bangunkan dia. Ha, minatkan urus setia supaya anak cucu cicit kita akan baca hansard ini.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sikit lagi nak sentuh Dato' Seri.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Baik, ada lagi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Cantik, saya memang tabik dengan hala tuju yang dibuat oleh sahabat saya YAB Kota Tampan buat hala tuju roadmap kita untuk mencapai 2030. Memang kita kagum dan saya pun mengatakan bahawa tak mau jadi first class document sebab dokumen nampak cantik sebab berdasarkan kepada sejarah kita lalu, saya pernah ungkit dalam Dewan ini, sejarah kita lalu 2030, 2020 negara perindustrian, dasar ekonomi baru. Tapi bila sampai masa, kejayaan yang tak ada, itu yang membimbangkan kita. Itu yang kita nak minta sama-sama. Jadi kita tak mau sekarang ini, tak mau sekarang rakyat ditipu. Ok, saya dengar dengan podcast Dato' Seri, memang tertarik kita. Kita jual masa depan. Saya pun terpinga. Memang kita nak masa depan tapi kita lupa ke belakang. Tapi sejarah hitam kita itu tak menunjukkan bahawa destinasi ini we will achieved. Itu yang nak mintak itu. Sebab itu kita nak minta sama kita sama yang ada dalam Dewan ini.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih...terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sikit lagi nak sambung, sebab itu saya rasa dulu kawan-kawan kita ini memang pandai membangkang. Tapi sekarang penyokong saja walaupun salah.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Seri Speaker yang ini saya kena betulkan. Hari ini baru jelas dia tersebut. Masa dia bahas tak lepas. Yang Berhormat pi tengok podcast saya itu, Yang Berhormat salah tafsir. Saya ditanya oleh orang yang wawancara, apakah pandangan Yang Berhormat Dato' Seri tentang pola pemikiran pengundi baru. Itu asalnya. Saya jawab pengundi baru tak macam pengundi lama. Pengundi lama ini yang macam YB Alor Pongsu, YB Sungai Rapat, YB Sungkai ini, kita ceramah dulu, kita cerita bagaimana Barisan Nasional, UMNO membantu memerdekakan tanah air, bangunkan negeri sebab orang ini semua terlibat. Tapi new voters ini dia tak dan you pi cerita bab merdeka kalu, bukan. Sebab itu saya kata, kalau kita dalam kempen pilihan raya nak cerita lagi kepada orang muda ini, "ingatlah anak-anak zaman sebelum merdeka" tak dapat undi lah. Yang dia nak tahu, apa Yang Berhormat Pengerusi Barisan Nasional Perak ini offer untuk dia. Ha tu lah wahai pengundi-pengundi muda. Ini sesi kempen percuma ini. Beri kepercayaan kepada saya, saya nak bangunkan Perak untuk orang muda. Tu,

Dato’ Speaker...

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat pi tembak, pi tembak yang itu sebab tak kena. Nak relevan dengan...dengan isu pada hari ini. Dah lah itu Yang Behormat, saya nak panjang, nak ni, apa nama

Saya nak, Kota Tampan, sikit saya nak, MB, sikit saya nak bagi cadangan. Tadi saya mendengar tentang pendedahan isu LuMIC dan projek-projek besar ini. Suka Manjoi mencadangkan, terima kasih pada PKNP, Datuk Redza pun ada sini. Sebelum ini kita buat libat urus antara semua Adun kerajaan dan juga pembangkang supaya kami tahu tentang perkembangan terkini negeri dan kita dapat taklimat secara, cara inilah, cara pembentangan. Suka saya cadang di sini, jika boleh kalau PKNP bersetuju dan juga Dato' Seri MB bersetuju, selepas ini libat uruskan kami untuk turun ke site, turun tengok ke lapangan, tengok apa yang sedang berlaku, tengok apa yang progress yang terkini supaya dalam Dewan ini kita tidaklah bercakap benda-benda yang mungkin. Bila tidak dibentangkan dengan teliti tidak bagi tahu dengan dengan jelas, maka kita tidak boleh menyalahkan pembangkang. Kita bertanya untuk semak imbang. Tapi kalau PKNP bagi ruang bawa semua Adun bukan sahaja pembangkang bahkan kerajaan, tengok ini progress terkini dan kita juga boleh menjadi jurucakap kepada rakyat tentang apa yang sedang berlaku ketika ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Tak ada sebab kita nak sembunyikan pun. Tapi kena pakai topi putih itu lah supaya keselamatan adalah keutamaan. Pergi, Datuk Redza, Pengerusi PKNP, buat surat rasmi kepada PKNP, bawalah, bagilah makan. Topi putih jangan lupa. Yang Berhormat, terima kasih.

Dato' Seri Yang di-Petua, saya nak habiskan penggulungan saya ini. Tadi gulung dah tapi ini menghabiskan pengulungan. Dato' Seri Yang di-Pertua, bagaimana pun Dato' Seri Yang di-Pertua, saya perlu sebutkan di sini bahawa saya sangat menghargai banyak intipati perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat lain yang sarat dengan cadangan yang konkrit dan membina. Walaupun ada teguran tetapi didokong dengan fakta dan pertimbangan yang jernih. Walaupun ada kritikan tetapi diutarakan dengan tertib dan semangat untuk memperbaiki bukan sekadar mempolitikkan keadaan. Saya sempat menekuni perbahasan Yang Berhormat Bercham, Yang Berhormat Sungai Manik, Yang Berhormat Pengkalan Hulu, Behrang, Selinsing, Trong, Pokok Assam, Selama, Pantai Remis, Ayer Kuning, Batu Kurau dan Pasir Pinji secara live. Minta maaf kadang kadang tak sempat sebab dalam waktu itu saya ada sesi jumpa pelabur, mesyuarat dan sebagainya. Mereka telah berjaya menukilkan hujah-hujah berteraskan realiti semasa khususnya dalam mengupas isu krisis tenaga yang kian menghimpit dan membenam kehidupan rakyat di bawah. Sepanjang 2 hari sesi perbahasan, sekurang-kurangnya 223 isu telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dengan sebahagian besarnya menyentuh mengenai impak krisis di Asia Barat. Daripada jumlah itu, 50 isu adalah berkaitan dengan portfolio saya iaitu menyentuh hal ehwal agama Islam, kewangan, keselamatan, tanah, sumber asli, perancangan ekonomi dan juga GLC. Manakala selebihnya sudah pun disentuh, dijawab oleh rakan-rakan Exco dalam sesi penggulungan yang telah bermula semalam.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan penggulungan ini dengan memberi maklum balas terhadap beberapa perkara yang paling banyak dibangkitkan dalam sesi perbahasan ini iaitu mengenai impak geopolitik Asia Barat dan krisis tenaga. Ada Yang Berhormat menyuarakan keresahan mengenai kenaikan kos bahan api khususnya diesel yang bukan sahaja meningkatkan kos operasi malah meresap terus ke dalam harga barangan dan menekan kehidupan rakyat. Ada yang bertanya dengan penuh keprihatinan, apakah langkah segera kerajaan dalam meredakan tekanan ini khususnya terhadap sektor-sektor yang paling terdedah seperti pengangkutan, pertanian dan perikanan terutamanya di kawasan pinggir dan luar bandar. Saya turut menelusuri perbahasan yang mengangkat keperluan pendekatan yang lebih menyeluruh melangkaui respon jangka pendek kepada strategi berfasa yang mampu memperkukuh daya tahan ekonomi negeri dalam jangka panjang. Beberapa wakil rakyat juga mencadangkan supaya kerajaan membentangkan belanjawan tambahan atau supplementery budget bagi menangani krisis yang tidak diduga ini. Tidak kurang juga yang mengingatkan tentang ketahanan rantaian bekalan makanan serta kesannya kepada golongan berpendapatan rendah yang paling terkesan. Saya mengambil maklum beberapa isu yang dibangkitkan berkaitan harga diesel. Perbezaan harga antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta dakwaan mengenai eksport bahan api yang sesekali menghangatkan sesi perbahasan.

Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, isu-isu berkenaan sudah menjadi perbahasan umum. Malah, ia turut diutarakan dan dibincangkan panjang lebar dalam sesi-sesi libat urus antara kepimpinan negeri dan persekutuan dan Kerajaan Persekutuan sudah melaksanakan beberapa langkah mitigasi yang kemudiannya disusuli sesi-sesi penerangan merentasi kementerian, jabatan atau agensi yang berkaitan. Sudah tentulah tidak semua tindakan mitigasi dan penjelasan yang dibuat dapat memuaskan hati semua pihak tetapi apa yang saya pasti kerajaan sama ada di peringkat Negeri mahupun Persekutuan, tidak berdiam diri dalam isu ini. Yang lebih penting pada ketika ini Dato’ Seri Yang di-Pertua bukanlah untuk kita memanjangkan polemik mengenai punca, tetapi bagaimana kita melindungi rakyat daripada kesan yang sedang mereka tanggung. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri teguh berprinsip bahawa tanggungjawab kita adalah untuk bertindak dalam ruang yang kita ada untuk memastikan kesan kenaikan kos ini dapat ditangani sebaik-baiknya khususnya untuk mendampingi dan membantu golongan yang paling terkesan. Dalam hubungan ini, saya menghargai sikap peduli Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Gunong Semanggol yang bertanya apakah tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri dalam menangani krisis ini, sedangkan negeri lain seperti Selangor sudah membuat langkah awal menubuhkan jawatankuasa khusus untuk menanganinya?

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak berdiam diri atau mengambil sikap tunggu dan lihat. Dalam isu ini, malah telah mengambil pendekatan proaktif dan terselaras sejak awal lagi termasuk mengambil bahagian secara aktif ketika Mesyuarat Khas Menteri Besar, Ketua Menteri pada 2 April 2026 yang secara khusus membincangkan impak krisis tenaga global serta langkah mitigasi yang perlu dilaksanakan di semua peringkat. Pada 8 April 2024 sewaktu mesyuarat Exco dijalankan, saya telah membentangkan laporan Mesyuarat Khas dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan yang perlu. Susulan daripada itu, satu mesyuarat penyelarasan bersama ketua-ketua jabatan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri telahpun diadakan pada 14 April 2026 untuk mendapatkan maklum balas terperinci daripada semua jabatan dan agensi mengenai impak krisis, bukan sahaja terhadap sektor-sektor ekonomi negeri tetapi juga kesannya kepada kehidupan rakyat. Hasil daripada penyelarasan ini, beberapa tindakan awal telah digerakkan termasuk penetapan keutamaan kepada sektor keterjaminan makanan, Penilaian semula peruntukan agar lebih tertumpu kepada hal-hal yang menyentuh keperluan yang mendesak. Institut Darul Ridzuan (IDR) juga telah membuat kajian awal yang memperincikan kesan krisis ini yang disusuli dengan syor-syor kepada Kerajaan Negeri untuk merangka tindakan yang tangkas, menyusun pelan komunikasi dan melaksanakan langkah-langkah intervensi berdasarkan data di lapangan.

Mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Kerajaan Negeri kemudiannya telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan dua jawatankuasa khas di peringkat negeri bagi melaksanakan pelan mitigasi impak krisis iaitu pertama Jawatankuasa Khas Mitigasi Impak Krisis, yang kedua Jawatankuasa Pemantauan Impak Krisis. Peranan khusus kedua-dua jawatankuasa ini akan diperincikan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri esok, yang akan disusuli dengan pelaksanaan Langkah-langkah mitigasi dan intervensi secara berfasa. Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang akan diperhalusi akan mengambil kira tindakan intervensi yang sedang dan akan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan mengelakkan sebarang pertindihan atau ketirisan sumber di samping memastikan setiap usaha yang digerakkan benar-benar melengkapi dan memperkukuh pendekatan sedia ada. Fasa awal langkah mitigasi akan menumpukan kepada perkara yang paling asas iaitu menyentuh keperluan di dapur dan meja makan rakyat. Memastikan keperluan makanan rakyat terus terjamin khususnya bagi golongan yang paling terkesan dengan tekanan kos sara hidup ketika ini.

Fasa-fasa seterusnya juga akan menekankan komitmen komitmen Kerajaan Negeri untuk melaksanakan langkah-langkah mitigasi terhadap sektor-sektor strategik negeri selain memastikan golongan seperti petani dan usahawan kecil dapat diupayakan sekiranya keadaan krisis tenaga bertambah buruk. Ikhtiar kerajaan juga bertumpu kepada memastikan bekalan makanan kekal stabil membantu sektor-sektor yang terkesan seperti pengangkutan, pertanian dan perikanan serta memperkukuh daya tahan ekonomi negeri dalam menghadapi ketidaktentuan global ini. Bagi memastikan pelan mitigasi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, kerajaan negeri akan melaksanakan penjajaran semula perbelanjaan bagi tahun 2026 dengan memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang benar-benar menyentuh keperluan rakyat dalam situasi semasa. Peruntukan-peruntukan yang kurang kritikal akan diteliti semula supaya sumber yang ada dapat dimanafaatkan secara lebih optimum bagi menyokong pelaksanaan langkah-langkah intervensi ini. Dalam masa yang sama, sekiranya keadaan memerlukan, sekiranya keadaan kritikal dan memerlukan, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkan pelaksanaan belanjawan tambahan bagi memperkukuh usaha mitigasi khususnya dalam melindungi kebajikan rakyat menyokong sektor-sektor yang terjejas serta memastikan kesinambungan pertumbuhan negeri. Kesinambungan pertumbuhan ekonomi negeri akan terus terpelihara.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga amat menghargai sikap cakna Yang Berhormat Sungai Manik, yang mencadangkan supaya Dashboard Pelan Perak Sejahtera 2030 ditambah baik agar benar-benar dapat mencerminkan kemajuan terkini dalam pelan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sungai Manik, indikator dalam Dashboard Perak Sejahtera 2030 sememangnya memberi penekanan kepada aspek output ataupun kemajuan fizikal projek…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato’ Seri boleh tambah sikit sebab tadi mengalih daripada isu kesan daripada krisis global tadi. Macam mana cara tindakan? Sebab itu kita tengok sekarang ini kita seluruh hampir seluruh negeri-negeri hanya tumpu kepada effect kesan daripada kenaikan harga diesel itu, sedangkan banyaklah kita perbahaskan. Kan jadi banyak negeri ini pun keluar belanja. Kita pun akan keluar belanja. Lagi pun akan keluar belanja untuk menangani kesan. So, boleh lah kita kata kalau mengapa kita tak tumpukan segala keupayaan yang ada mengekang kenaikan harga diesel itu sendiri. Sebab kita dah baca keuntungan import, kita ada data semua keuntungan import kenapa kita boleh kekang daripada kenaikan supaya effect dia tidak menyalah. Tapi kita sekarang dok dok dok kira nak ubat sakit, penyakit dia kita letak ubat jadi penyakit tu dulu tu. Saya suka mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat kena sampailah kat atas tu kan? Kami tak merintah kalau tidak boleh sampai juga. Terima kasih Dato’ Seri.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya tak fikir pertama, negeri akan mampu untuk menurunkan harga diesel untuk orang Perak. Habis orang Selangor, orang Kedah, Perlis pakat lari ke Perak beli diesel besok sebab mahal di negeri depa. Tak mungkin…tak mungkin Yang Berhormat Alor Pongsu eh, tak mungkin Perak dapat menurunkan harga jual minyak untuk orang Perak saja. Sebab nanti kita akan ini tumpuan. Tapi saya faham Yang Berhormat Semanggol maksudnya janganlah ambil pilih-pilih. Kita cari kesan dia sebab itu kita ada dua jawatankuasa tadi. Jawatankuasa Khas Mitigasi Impak Krisis satu, satu lagi Jawatankuasa Pemantauan Impak Krisis. Kita kena lihat apa yang kita buat dan kena pantau sama ada ia berkesan ataupun tidak berkesan. Terima kasih Yang Berhormat Semanggol…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri. Dah sebut Alor Pongsu. Saya kena bangun lah kan. Ok. Saya tahu, saya sengaja sebut sepanjang sidang tiga hari ini. Saya tahu, Kota Tampan ketua negeri, kami ni pun anak negeri Perak. Siapa nak hancur. Nak perbetul diesel, orang Kedah sat lagi, Hulu Kinta mana? Sat lagi orang Kedah mai sini pula. Saya setuju kita selesaikan benda- benda yang Titbit…Titbit ni. Tapi saya nak tekankan satu perkataan, saya baru dapat daripada seorang pakar ekonomi. Sekarang bisul dah membengkak tapi bisul tak pecah lagi. Nanah belum keluar lagi. Dijangka dalam tiga 4 bulan lagi nanah akan keluar. Jadi bila nanah keluar kita tak sebut inflasi lagi. Kita sebut stagflasi. Keadaan ekonomi lembab dan disertai dengan inflasi yang tinggi. Tapi saya yakin sebab back benchers sepanjang tiga hari ni dok sebut tentang surplus…surplus. Saya nak bagi tahu semua terutama back bencher lah. Yang ni pun kena dengar juga lah sebelah saya ni. Negara kita merdeka dah 60 tahun lebih Dato' Seri. Baru 5 tahun negara surplus. Perak tiga tahun berturut-turut surplus. Apa yang kita nak risau. Kan? Ada apa, perkembangan fizikal ekonomi stabil, hutang terkawal. Steady lah kalau macam ni. Jadi masalah ini, Pusat cerita lain saya tak mau sentuh. Tapi saya rasa negeri boleh handle masalah ini. Kami akan sokong. Insha Allah.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Dato' Seri Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri amat menghargai sikap cakna Yang Berhormat Sungai Manik. Sebut selalu panjang umur. Yang mencadangkan supaya dashboard, maaf dah sampai ke mana tadi, dashboard Perak Sejahtera 2030 ditambah baik. Saya sebutkan tadi bahawa pemantauan berasaskan output ini penting kerana ia berada dalam kawalan langsung Kerajaan Negeri bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual. Peruntukan diurus dengan baik dan sebarang isu dapat ditangani dengan segera. Ini merupakan asas sebelum outcome impak sebenar dapat dirasai oleh rakyat. Walaupun bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum keperluan untuk memperkukuh pengukuran outcome. Sebagai pelengkap kepada dashboard tersebut, Laporan Kemajuan Perak Sejahtera 2030 diterbitkan setiap tahun bagi menilai impak secara langsung kepada rakyat termasuk peningkatan sosioekonomi kumpulan sasar serta pengalaman sebenar penerima manafaat. Dalam masa yang sama, penambahbaikan indikator outcome ini telah diangkat sebagai agenda utama dalam Kajian Separuh Penggal Pelan Perak Sejahtera 2030 pada tahun ini dan sesi libat urus ini akan dilaksanakan untuk memperincikan kriteria dan juga parameter projek baru untuk tahun 2026 hingga 2030.

Yang Berhormat Kuala Sepetang telah membangkitkan persoalan mengenai pelaksanaan Ekonomi Biru di Negeri Perak khususnya sejauh mana inisiatif tersebut benar-benar memberi limpahan manfaat kepada nelayan kecil termasuk keberkesanan pelaksanaan projek konservasi seperti tukun tiruan serta usaha pemuliharaan marin dalam menjamin kelestarian sumber secara berterusan. Untuk makluman Yang Berhormat, Ekonomi Biru Negeri Perak bukan sekadar tentang perikanan atau akuakultur, tetapi satu pendekatan menyeluruh yang merangkumi pelancongan biru, industri maritim, tenaga lestari serta pemeliharaan ekosistem marin dan pesisir. Namun yang lebih penting, pendekatan ini mesti memberi manfaat kepada mereka yang bergantung terus kepada laut terutamanya nelayan kecil. Sebab itu, Kerajaan Negeri bukan sekadar memperkenalkan teknologi tetapi memastikan ia sampai kepada nelayan melalui latihan, pemindahan pengetahuan dan juga sokongan yang berterusan. Sehingga kini, lebih 7,000 nelayan telah dilibatkan. Disokong dengan pelaburan RM3.78 juta bagi memperkukuh infrastruktur pendaratan.

Dari sudut hasil, kawasan ternakan kerang telah diperluaskan kepada hampir 3,000 hektar dengan pendaratan sebanyak 15,970 metrik tan pada tahun 2025 yang memberi pulangan langsung kepada peserta-peserta tempatan. Dalam masa yang sama, asas kepada ekonomi biru ini adalah kekuatan ekosistem itu sendiri. Kawasan seperti Hutan Simpan Paya Laut Matang dan Kuala Gula bukan sahaja melindungi biodiversiti, malah menjadi tapak pembiakan semulajadi yang memastikan sumber laut terus lestari di samping menyumbang kepada potensi eko pelancongan dan juga karbon biru. Berhubung isu tukun tiruan, Kerajaan Negeri setuju bahawa ia tidak boleh sekadar jadi projek kosmetik. Sebab itu sebanyak 99 unit telah dilabuhkan dengan pelaburan RM1.1 juta dan dipantau setiap enam bulan bagi menilai keberkesanannya dari sudut ekologi dan hasil tangkapan. Usaha pemuliharaan juga dilaksanakan secara berterusan termasuk 400 fragmen karang di Kepulauan Sembilan serta pelepasan 175 induk Gamat Emas di Pulau Pangkor yang disertai dengan kawalan seperti Zon Larangan Memukat bagi memastikan keberkesanan jangka panjang.

Yang Berhormat Pengkalan Baharu memohon supaya kerajaan membantu peserta di bawah 3 projek FELCRA di kawasannya iaitu Projek Felcra Bukit Che Ali, Projek Felcra Paya Ara dan Projek FELCRA Tanjung Tualang. Seramai lebih kurang 200 isi rumah peserta meluahkan kegusaran kerana mereka kini tidak lagi menerima bayaran dividen akibat kejatuhan harga getah global yang merudum di paras RM2 hingga RM3 sekilogram, sekali gus mengakibatkan kerugian yang berterusan kepada para peserta. Dato' Seri Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Baharu, Projek Bukit Che Ali, Projek Paya Ara dan Projek Kurnia Tualang telah dikategorikan sebagai projek kurang berdaya maju oleh FELCRA sejak tahun 2015 berikutan kejatuhan harga komoditi getah pada ketika itu. Sehubungan itu, aktiviti penorehan dan perladangan bagi projek-projek berkenaan telahpun dihentikan kerana jika diteruskan, ia akan menambah hutang pembangunan serta menyebabkan kerugian berterusan kepada projek. Projek-projek ini masih mempunyai baki hutang seperti berikut. Bagi projek Bukit Che Ali sebanyak RM910,082.00. Projek Paya Ara sebanyak RM1,346,268.00 dan Projek Kurnia Tualang sebanyak RM1,096,543.00.

Pihak pengurusan FELCRA Berhad telah menyenaraikan projek-projek ini untuk pelupusan hutang melalui bantuan Kerajaan Persekutuan di bawah peruntukan hutang legasi yang akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan projek-projek kurang berdaya maju di seluruh negara. Polisi FELCRA Berhad menetapkan bahawa keluasan ekonomik dan praktikal ialah sekurang-kurangnya 40 hektar ataupun 100 ekar dalam satu kawasan berkelompok. Keadaan lot di Projek Bukit Che Ali, Projek Paya Ara dan Projek Kurnia Tualang yang semakin kecil, berselerak serta terdapat kawasan berbukit telah menyebabkan kos pembangunan semula menjadi terlalu tinggi dan tidak berdaya maju. Sehubungan dengan itu, projek-projek ini akan diserahkan semula kepada peserta setelah pelupusan hutang dilaksanakan memandangkan ia tidak lagi ekonomik untuk diteruskan dengan penanaman semula. Selepas diserahkan semula kepada peserta mereka boleh mengusahakan tanah masing-masing dengan tanaman alternatif yang lebih menguntungkan seperti tanaman buah-buahan, kelapa, kelapa sawit di kawasan yang sesuai ataupun tanaman kontan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Panjang pula memohon penjelasan status terkini projek-projek pembangunan di daerah Manjung termasuk kemajuan pembinaan, kemudahan pendidikan dan agama, baik pulih tadika Islam serta isu Projek Perumahan PerakKu Batu 10 yang masih belum disempurnakan. Untuk maklumat Yang Berhormat Pasir Panjang, Kerajaan Negeri sedaya upaya untuk memastikan agenda pembangunan dapat melebar meliputi kesemua 12 daerah.

Dalam konteks ini, antara projek-projek yang diutarakan oleh Yang Berhormat di Daerah Manjung juga menjadi keutamaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Projek pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM62 juta di bawah RMK12 Rolling Plan 5. Bagi status terkini projek ini, Jabatan Kerja Raya Malaysia sedang dalam tindakan menyediakan dokumen tender dengan sasaran tarikh pelawaan tender pra-kelayakan pada 15 Jun 2026. Mengenai cadangan penubuhan Kolej Tingkatan Enam Seri Manjung pula, kelulusan bagi pembelian aset pembangunan dan tanah telah diluluskan di bawah RMK-13 RP1 dengan kos RM70 juta. Bagaimanapun kelulusan tersebut telah ditukarkan kepada penubuhan Kolej Matrikulasi. Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sedang meneliti dan mengenal pasti alternatif yang bersesuaian bagi mengatasi isu kepadatan murid sekolah menengah serta agihan kemasukan murid tingkatan 6 di Daerah Manjung.

Berhubung baik pulih surau bagi kegunaan Tadika Islam Perak, suratan hak milik telah dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Manjung pada 16 Februari 2026 manakala pihak MAIPk akan mendapatkan ketetapan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bagi memastikan permohonan penukaran wakaf surau kepada tadika Islam bertepatan dan dibenarkan oleh hukum syarak. Bagi permohonan pembinaan Pejabat Agama Islam Daerah Manjung, adalah dicadangkan supaya permohonan dikemukakan untuk pertimbangan dalam belanjawan negeri tahun hadapan memandangkan ia tidak diwajibkan dalam tahun dalam belanjawan 2026. Manakala cadangan pembinaan Sekolah Berasrama Penuh di Daerah Manjung telah dibatalkan pada tahun 2018 dan tanahnya masih lagi kepunyaan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pelajaran. Berdasarkan maklumat semasa daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa pada masa ini belum ada keperluan untuk mewujudkan sekolah berasrama penuh baharu di mana-mana negeri. Walau bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan terus memantau keperluan semasa dan membuat penilaian dari masa ke semasa selaras dengan dasar serta keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri menyanjung tinggi saranan Yang Berhormat Kubu Gajah dan Yang Berhormat Pasir Panjang yang menyarankan supaya zakat dimanfaatkan secara lebih menyeluruh sebagai instrumen pemerkasaan ekonomi termasuklah cadangan memperluaskan penggunaannya dalam sektor pertanian dan perikanan bagi meningkatkan produktiviti serta pendapatan golongan asnaf. Untuk makluman, Yang Berhormat Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, MAIPK telah melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf atau singkatannya (PROPER A) yang melibatkan pelbagai bidang termasuk pertanian seperti tanaman fertigasi, cendawan dan tanaman kontan di samping penyediaan bantuan modal merangkumi kelengkapan, input pertanian serta sokongan kepada nelayan asnaf termasuk bot, enjin dan juga pukat. Sehingga kini, pada tahun 2025, sebanyak RM2.6 juta telah diperuntukkan di bawah Skim Bantuan Modal yang memberi manafaat kepada 380 orang penerima daripada pelbagai sektor ekonomi. Walaubagaimanapun, peruntukkan ini perlu diagihkan secara menyeluruh kepada pelbagai kategori asnaf dan keadaan ini menyebabkan keupayaan semasa masih belum dapat menampung keseluruhan permohonan. Sehubungan itu, pendekatan agihan zakat akan terus ditambah baik agar bukan sahaja bersifat bantuan tetapi mampu memperkukuhkan kedudukan ekonomi asnaf secara lebih mampan.

Saya juga tertarik dengan cadangan bernas Yang Berhormat Kampong Gajah yang menyarankan agar penggunaan sistem solar diperluaskan sekolah…ke sekolah agama sebagai langkah penjimatan kos jangka panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan ini selaras dengan agenda kelestarian dan penjimatan kos jangka panjang. Pada masa ini, Jabatan Agama Islam Perak telah menerima beberapa permohonan daripada syarikat swasta bagi pemasangan panel solar namun pelaksanaannya tertakluk kepada kelulusan dan garis panduan JAIPk khususnya hanya melibatkan sekolah berdaftar serta di bawah pemantauan rapi bagi mengelakkan sebarang risiko atau beban kewangan yang tersembunyi. Bagi sekolah yang melibatkan tanah wakaf, cadangan juga tertakluk kepada kelulusan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak termasuk syarat pemilikan tanah, pendaftaran sekolah serta kesesuaian bangunan. Kerajaan Negeri akan memastikan setiap pelaksanaan dibuat secara terkawal dan mematuhi syarat yang ditetapkan di samping mengelakkan sebarang unsur eksploitasi terhadap institusi pendidikan agama.

Yang Berhormat Lubok Merbau pula membangkitkan keperluan meningkatkan infrastruktur pendidikan Islam di luar bandar termasuk sekolah KAFA, tahfiz dan pondok. Dalam perbahasannya, Yang Berhormat Lubok Merbau juga meminta agar dipertimbangkan pembinaan kantin di Sekolah Agama Rakyat KAFA An-Nur. Untuk maklumat Yang Berhormat Lubok Merbau, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Menteri Besar sentiasa menyediakan peruntukan tahunan bagi menyokong institusi pendidikan Islam termasuk KAFA, tahfiz dan juga sekolah pondok khususnya dari segi kemudahan asas dan prasarana. Bagi tahun 2026, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan untuk tujuan ini. Berhubung dengan cadangan pembinaan kantin di Sekolah Rendah Agama Rakyat An-Nur, pihak sekolah boleh mengemukakan permohonan rasmi kepada Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk diteliti dan dipertimbangkan berdasarkan keperluan serta kedudukan peruntukan semasa.

Berhubung cadangan Yang Berhormat Lubok Merbau supaya pembangunan tanah wakaf dibangunkan secara lebih strategik, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Dana Wakaf Perak Ar-Ridzuan telah melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi. Ini termasuklah pembangunan pusat perniagaan wakaf di Ipoh, asrama kediaman pelajar USAS di Kuala Kangsar, Pusat Dialisis Wakaf di Manjung serta projek Hotel Waqaf, Projek Hotel Wakaf fasa 1 dan fasa 2 iaitu Hotel Warisan Taiping. Selain itu, kemudahan sosial turut diperkasa melalui penubuhan pusat dobi wakaf di masjid-masjid terpilih dan penyediaan bot wakaf bagi kegunaan mubaligh untuk menyantuni penduduk-penduduk pedalaman di Tasik Banding, Gerik. Buat masa ini, MAIPk juga sedang giat menggerakkan pembangunan untuk terus mengoptimumkan potensi tanah wakaf melalui pelbagai pembangunan strategik yang telah dirancang.

Dalam hal yang berkaitan, sahabat saya Yang Berhormat Kenering turut membangkitkan isu pembinaan Masjid Kampung Malau yang terhenti sejak September 2025 serta langkah susulan bagi memastikan projek tersebut tidak mengalami kelewatan berpanjangan. Untuk makluman, Yang Berhormat Kenering, projek pembinaan Masjid Al-Ansari, Kampung Malau dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk). Kerja pembinaan sebelum ini terjejas berikutan kegagalan kontraktor menyiapkan projek walaupun telah diberikan lanjutan masa pada tahun 2025. Susulan itu, Jawatankuasa Kariah telah memohon agar kontraktor baharu dilantik bagi meneruskan pelaksanaan projek. Untuk makluman Yang Berhormat, sewaktu saya melawat Sekolah Kebangsaan Kenering yang dilanda banjir pada tahun lepas, saya dijemput oleh penduduk Kampung Malau untuk juga melihat proses pembinaan Masjid Al-Ansari itu. Saya datang dan saya lihat ketinggian masjid itu akan tenggelam kerana ia berada di bawah paras banjir. Jadi atas permohonan jawatankuasa masjid, saya juga telah meluluskan RM125,000. No, teruskan RM250,000.00 untuk membolehkan kontraktor menaik ketinggian sebanyak dua kaki bagi mengelak daripada ia ditenggelami banjir. Itu bantuan peruntukan dari pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar tetapi projek asal tidak mencapai seperti mana yang sepatutnya kerana setakat ini kemajuan fizikal projek telah mencapai 82%. Kerajaan Negeri akan terus memantau pelaksanaan projek ini dan memastikan tindakan sewajarnya diambil supaya pembinaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Yang Berhormat Manjoi turut membangkitkan keperluan pembinaan Kompleks Jabatan Agama Islam Perak yang bersepadu bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran Hal Ehwal Islam di negeri ini. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan tersebut adalah selari dengan perancangan Kerajaan Negeri dan pada masa ini sedang diperincikan dari aspek teknikal termasuk kelulusan reka bentuk, kesesuaian tapak, keperluan infrastruktur sokongan serta kos projek yang selaras dengan kemampuan kewangan semasa. Mari kita doakan semoga hasrat ini akan tercapai. Insha Allah.

Susulan isu dibangkitkan Yang Berhormat Manjoi mengenai penganjuran Program Tidur Lambak. Saya pun baru dengar yang saya tu joget lambak saja, ada tidur lambak. Kerajaan Negeri amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat dalam memastikan setiap aktiviti yang melibatkan masyarakat Islam sentiasa mematuhi batas syarak serta tidak mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat. Untuk makluman Yang Berhormat Manjoi, Kerajaan Negeri tegas dengan pendirian bahawa sebarang pandangan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak adalah merupakan keputusan bersifat authoritative dan muktamad dalam hal-hal yang melibatkan hukum syarak serta sensitiviti Agama Islam di Negeri Perak. Sehubungan dengan itu, segala ketetapan tersebut hendaklah dihormati dan dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak tanpa sebarang pengecualian. Dalam konteks penganjuran Program Tidur Lambak, Jabatan Mufti Negeri Perak melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 27 Mac 2026 tidak membantah secara keseluruhan aktiviti yang dirangka, namun berpandangan bahawa acara sedemikian perlu kepada penelitian yang saksama dengan merujuk kepada elemen syarak dan adat Melayu agar pelaksanaannya tidak mengundang fitnah.

Jadi, penganjur boleh tukarlah nama program itu. Toksah la pakai nama program yang walaupun catchy tapi mengundang syak wasangka. Ada lambak pulak, lepas ni ada macam-macam lambak lagi. Bukan saja jualan lambak, joget lambak ni ada tidur lambak. So, program tersebut telah diteruskan, setelah pihak penganjur memberikan jaminan untuk melaksanakan penambahbaikan yang sewajarnya terhadap pelan aktiviti serta kaedah pelaksanaan. Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Perak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah melaksanakan pemantauan di lokasi semasa program berlangsung dan mendapati bahawa pengasingan peserta lelaki dan perempuan telah dilaksanakan serta tiada kesalahan syariah dikesan sepanjang tempoh tersebut. Kerajaan Negeri memandang serius penganjuran aktiviti di kalangan masyarakat Islam yang bertentangan dengan nilai-nilai ajaran Islam.

Mengambil iktibar daripada isu ini, Kerajaan Negeri telahpun mengarahkan jabatan serta agensi kerajaan berkaitan supaya lebih teliti dalam mempertimbangkan kelulusan penganjuran program yang berpotensi menyentuh sensitiviti umat Islam selain daripada mempertimbangkan pemantauan terhadap pematuhan peraturan yang berkuat kuasa.

Saya amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat Batu Kurau yang melontarkan pandangan bernas mengenai keperluan Pihak Berkuasa Agama meneliti proses bancian tapak dalam pewartaan status pemilikan tanah setiap masjid dan surau bagi mengelakkan insiden pertikaian seperti yang pernah berlaku di Alor Pongsu sebelum ini. Banyak kali sebut Alor Pongsu ni tahun ni. Jangan sedih YB. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Kurau, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Majlis Agama Islam dan MAIPk sememangnya memandang serius isu pemilikan tanah institusi rumah ibadat bagi menjamin kelestarian aset umat Islam. Sebagai langkah proaktif untuk mengelakkan pertikaian sempadan atau pertindihan hak milik, Kerajaan Negeri telah menetapkan supaya tapak-tapak masjid dan surau di ukur secara halus dikeluarkan hak milik berdaftar dan diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu. Bagi mempercepatkan urusan ini kuasa meluluskan permohonan tapak rumah ibadat sedia ada telah diwakilkan terus kepada Pengarah PTG.

Menyentuh isu spesifik Masjid Al-Kurauwi di Batu Kurau. Tapak tersebut sebenarnya merupakan tanah rezab masjid yang telah diwartakan sejak tahun 1908. Walau bagaimanapun, bagi memperkemas status pemilikan di bawah Kanun Tanah Negara, MAIPk selaku pemegang amanah tunggal telah mengemukakan permohonan pemberimilikan kepada Pejabat Tanah Larut dan Matang pada 6 Oktober 2017. Permohonan tersebut telah diluluskan pada Mac 2022 dan MAIPk telah menjelaskan sepenuhnya bayaran premium melalui notis 5(A) pada 25 Mac 2022 dalam tempoh yang ditetapkan. Untuk makluman Yang Berhormat juga mengenai kelewatan pengeluaran geran hak milik, perkara ini berpunca daripada proses teknikal, penyempurnaan pewartaan kawasan tersebut sebagai Kawasan Rezab Melayu. Proses ini memerlukan penjelasan rapi antara beberapa agensi utama iaitu Pentadbiran Tanah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tujuan ukuran halus serta Percetakan Nasional Malaysia Berhad untuk urusan warta. Hak milik berdaftar hanya dapat dikeluarkan sebaik sahaja proses pengistiharan dan pewartaan Kawasan Rezab Melayu tersebut dimuktamadkan sepenuhnya. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa usaha pemantauan dan penyelarasan untuk memperkasakan pengeluaran hak milik kepada MAIPk sedang dilaksanakan secara berterusan. Meskipun dokumen Siar Warta kerajaan sedia ada tahun 1908 adalah sah. Untuk tujuan pembangunan, Kerajaan Negeri tetap komited menyelesaikan proses pengeluaran geran hak milik Masjid Al-Kurauwi dan masjid-masjid lain di Negeri Perak bagi memastikan jaminan pemilikan yang lebih kukuh dan lebih bersistematik.

Yang Berhormat Manjoi membangkitkan keperluan pembinaan sekolah di kawasan Klebang yang kini tidak mempunyai sekolah menengah sendiri dan berdepan dengan isu kepadatan. Yang Berhormat Manjoi turut bertanyakan sama ada Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk merizabkan tapak yang dicadangkan bagi pembinaan SMK Klebang Mutiara bagi mengelakkan ia dibangunkan untuk tujuan lain. Seperti sedia maklum, permohonan pengambilan tanah bagi pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang Mutiara yang diangkat melalui RMK-13 RP1 tidak diluluskan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pengambilan tanah hanya boleh dilaksanakan sekiranya melibatkan tanah yang berstatus milik persendirian. Dalam keadaan tersebut, proses pengambilan perlu melalui proses perundangan yang ditetapkan. Sehubungan itu, tanah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Manjoi tidak boleh ditandakan atau dirizabkan kerana ia berstatus tanah milik. Namun begitu, Kerajaan Negeri bersedia bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri bagi meneliti tapak baharu yang bersesuaian dan menyegerakan permohonan berkaitan tanah tapak sekolah bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Ketika berbahas, Yang Berhormat Manjoi juga telah membangkitkan isu berkaitan tadbir urus Institut Darul Ridzuan (IDR) termasuk melontarkan persoalan mengenai perubahan kepimpinan, langkah pembaikan, susulan teguran audit serta hala tuju institut tersebut dalam memastikan peranannya kekal relevan dalam mendokong pelaksanaan Perak Sejahtera 2030. Untuk makluman Yang Berhormat Manjoi, Ketua Pegawai Eksekutif IDR yang lalu Dr. Maisarah Ahmad telah mengemukakan notis peletakan jawatan secara sukarela pada 25 Ogos 2025 dan menamatkan perkhidmatan pada 24 November 2025 atas pertimbangan peribadi. Keputusan ini diterima oleh Lembaga Pengarah selaras dengan prinsip tadbir urus yang berkuat kuasa. Namun demikian, pemergian individu tidak boleh melemahkan Institut Darul Ridzuan. IDR kekal berfungsi dengan baik, didokong oleh barisan pengurusan kanan yang berpengalaman serta sistem yang kukuh. Insha Allah. Ketua Pegawai Eksekutif IDR yang baharu akan melaporkan diri pada 1 Julai 2026 setelah ianya melalui proses temuduga dan diperakukan oleh ahli-ahli panel temuduga. Kerajaan Negeri melihat audit yang dilaksanakan sebagai satu proses pengukuhan. Saya ingin menegaskan bahawa dapatan audit tidak menunjukkan sebarang unsur penyelewengan, salah laku mahupun ketirisan kewangan. Sebaliknya, ia bertumpu kepada penambahbaikan sistem dan juga kawalan dalaman. Sehubungan itu, IDR bersama anak syarikatnya, PASAK dan juga PORT telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan Pelan Tindakan Tadbir Urus berasaskan Malaysian Code on Corporate Governance dan juga The Green Book. Fokusnya adalah untuk memperkukuh kawalan dalaman memperkemas pemantauan prestasi dan memperjelas pematuhan pelaksanaan telah bermula sejak suku keempat 2025.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Seri, saya nak celah sikit pasal IDR tadi, sebab saya dapati Perak Sejahtera ini antara beat dia yang paling kuat sekali adalah IDR. Jadi bila berlaku apa peralihan CEO lama dah keluar dan Dato' Seri sebut tadi dalam proses temu duga ke apa sahaja tentang pemilihan CEO yang baru. Suka saya mohon pada Dato' Seri dan Kerajaan Negerilah. Kita pilih calon yang betul betul faham tentang ekonomi bukan PhD Pemasaran bukan PhD Audit. Kita cari orang yang betul-betul pakar cermin mata ekonomi supaya dapat menjamin Perak Sejahtera on right track dan dapat membantu Dato' Seri. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih, pandangan itu memang kita telah mengadakan sesi temu duga untuk beberapa orang calon tetapi calon telah kita putuskan ini Yang Berhormat, Insha-Allah pada pendapat Kerajaan Negeri akan mampu untuk menjayakan IDR kalaupun tidak lebih baik daripada yang lalu, Insha-Allah sama taraf dengan apa yang telah disumbangkan oleh Dr. Maisarah sebelum ini.

Dalam masa yang sama pelbagai penambahbaikan turut digerakkan termasuk pembangunan strategik map dan balanced scorecard. Pengemaskinian S.O.P, penilaian semula hala tuju organisasi serta pengukuhan komunikasi dan pelaporan. Program integriti juga diperkukuhkan dengan kerjasama SPRM. Yang penting pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 tidak bergantung kepada mana-mana individu. Ia dilaksanakan secara kolektif dan dipantau melalui jawatankuasa pemandu dan juga jawatankuasa teknikal di peringkat negeri. Jawatankuasa pemandu dipengerusikan oleh MB, jawatankuasa teknikal di pengerusikan oleh Yang Berhormat S.S. Ke hadapan IDR akan terus diperkasakan sebagai pusat pemikiran strategik negeri berasaskan data dan analisis dengan penekanan kepada pemantauan lebih tersusun, penyelarasan antara agensi serta peningkatan ketelusan dan akauntabiliti.

Dato' Yang di-Pertua masa ada lagi? Ada lagi. Terima kasih. Saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap satu isu yang sangat dekat di hati Yang Berhormat Gunong Semanggol. YB, jangan marah iaitu Penyata Kewangan PKNPk. Untuk kesekian kalinya, Yang Berhormat Gunong Semanggol mempersoalkan kenapa PKNPk tidak mengemukakan penyata kewangan tahun 2023, 2024? Yang Berhormat dengan penuh semangat dan beremosi, saya pun hantar WhatsApp kepada dia. Jangan terlampau emosi bila beremosi jantung berdegup laju, sayanglah jantung kita. Terima kasih.

Pertamanya, Yang Berhormat sekali lagi ditegaskan bahawa PKNPk tidak pernah gagal menyediakan penyata kewangan kepada audit negara setiap tahun termasuklah bagi tahun 2023 dan 2024. Malah, PKNPk telah memperoleh Sijil Bersih secara konsisten bagi lima tahun berturut-turut iaitu bagi tahun Kewangan 2020 hingga tahun 2024. Perlu difahami bahawa PKNPk tidak perlu membentangkan penyata kewangannya kepada Dewan Negeri. Yang perlu dibentangkan setiap tahun ialah laporan tahunan PKNPk. Ada dua beza laporan tahunan, laporan kewangan tetapi setiap kali laporan tahunan dibentangkan, maka di dalamnya ada mengandungi penyata kewangan tahunan. Jadi kalau kita bentang tahunan, ia dalam itu ada sekali penyata kewangan. Masalah yang timbul ialah PKNPk belum memuktamadkan laporan tahunan bagi tahun 2023 dan 2024 untuk dibentangkan di Dewan Negeri ini. Maka itulah sebabnya kemusykilan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol. Saya pernah sebutkan dalam Dewan yang mulia ini bagaimana PKNPk terpaksa berhempas pulas untuk membentangkan lima laporan secara serentak pada tahun 2024 iaitu laporan tahunan tertunggak tahun 2018 hingga 2022.

Apa puncanya sehingga PKNPk terpaksa membentang lima tahun secara serentak kerana kenapa tidak dibentangkan setiap tahun? Ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya sudah jawab sebelum ini dan jika ikutkan hati saya tidak mahulah mengungkit hal ini kerana ia mungkin mengguris hati kepemimpinan PKNPk yang terdahulu tetapi oleh kerana Yang Berhormat macam tak puas hati kan membangkitkannya setiap kali persidangan, maka biarlah saya jelaskan sekali lagi Yang Berhormat tanpa niat untuk memburukkan menunding jari kepada orang lain. Kita semua faham, saya masuk Pejabat Menteri Besar pada 10 Disember 2020. Saya dimaklumkan bahawa kepimpinan PKNPk tidak membentang laporan tahunan tiga tahun berturut-turut iaitu 2018, 2019, 2020. Bila saya masuk tu dah ada tiga tahun tertunggak. Toksah tanyalah siapa Pengerusi PKNPk tu confirm bukan saya lah, kan? Tapi Yang Berhormat Sungai Manik kenal lah orang tu. Oleh itu, sebaik sahaja Kerajaan Negeri telah melantik Datuk Redza Rafiq Abdul

Razak untuk menerajui PKNPk sebagai CEO pada tahun 2021. Saya telah mengarahkan Datuk Redza supaya dia dan pasukannya memperbaiki kelompongan itu. Mereka diminta menyiapkan laporan tahunan yang tertunggak. Jadi Datuk Redza dan team, dia kena buat kerja yang tertunggak itu dan hendaklah melakukan pemulihan itu tidaklah mudah. Saya faham Yang Berhormat Gunong Semanggol pernah berada dalam kerajaan. Kita pun tengok YB, Yang Berhormat sepatutnya tentu mengetahui bahawa hendak menyiapkan senaskhah buku laporan tahunan bukanlah mudah, apatah lagi untuk menggabungkan laporan tahunan yang tertunggak sehingga tiga tahun kerana untuk menyediakan satu buku laporan tahunan pihak pengurusan PKNPk perlu menyiapkan pelbagai perkara penting termasuklah penyata kewangan pada setiap tahun dan hendak menyediakan penyata kewangan itu pula bukan kerja yang mudah kerana PKNPk bukan sahaja perlu menyediakan laporan kewangannya sendiri tetapi juga perlu menggabungkan laporan daripada anak-anak syarikatnya yang sebahagiannya adalah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Maka PKNPk menghadapi cabaran getir dalam memenuhi garis masa enam bulan seperti disebutkan oleh Yang Berhormat Semanggol untuk penghantaran laporan kewangan setiap tahun.

Maka pihak pengurusan bukan sahaja perlu tertakluk kepada garis masa dan pematuhan yang ketat, malah laporan yang disediakan mestilah teratur dan sistematik serta memenuhi piawaian yang standard tadbir urus dan ketelusan yang tertinggi termasuklah oleh Bursa Malaysia dan sehingga kini Yang Berhormat proses menyiapkan laporan yang tertunggak masih berjalan. Saya dimaklumkan Laporan Tahunan 2023 dan 2024 PKNPk telah siap dan berada di peringkat akhir untuk kelulusan MMK sebelum dibentang dalam sidang Dun yang terdekat, September. Barangkali. Insha-Allah kalau semuanya selesai, kita akan bentangkan untuk makluman dan juga panduan Yang…Yang Berhormat Exco-Exco Yang Berhormat Adun-Adun.

Yang Berhormat Manong memohon agar pihak Kerajaan Negeri memberi perhatian terhadap Projek Ladang Siswa di bawah SADC yang dilihat terbengkalai dan terbiar tanpa sebarang pembangunan sekali gus dikhuatiri mengundang pelbagai risiko serta gelongsoran tanah landslide banjir lumpur dan juga pencemaran sungai. Untuk makluman Yang Berhormat Manong, Projek Ladang Siswa di kawasan Senggang…Senggang dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Merupakan sebahagian daripada pembangunan Program Agro Makanan Perak atau pun Lembah Makanan Negara. Projek ini dilaksanakan bagi memposisikan Mukim Senggang sebagai sebuah hub pengeluaran makanan bernilai tinggi dengan memaksimumkan kapasiti guna tanah di kawasan tersebut. Ia memberikan tumpuan khusus kepada pemerkasaan golongan belia dan graduan melalui penerapan teknologi serta amalan pertanian moden. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW yang telah meluluskan geran pembangunan berjumlah RM5.6 juta dengan peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 bagi tahun 2026. Kerja -kerja perancangan awal bagi pembangunan kawasan ini telah dilaksanakan termasuk pematuhan terhadap keperluan penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), penyediaan spesifikasi tender serta perancangan pelaksanaan usahasama strategik bersama pemain industri berkaitan.

Walau bagaimanapun, Perak SADC telah dimaklumkan oleh pihak KKDW bahawa penyaluran peruntukan tersebut ditangguhkan sebagai sebahagian daripada langkah penyelarasan semula keutamaan projek pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan. Keputusan ini dibuat susulan ketidaktentuan ekonomi global dan penangguhan ini turut melibatkan projek-projek lain di bawah RP1 tahun 2026 merentasi pelbagai kementerian.

Yang Berhormat Pengkalan Baharu sekali lagi membangkitkan cadangan supaya kawasan Felcra Bukit Che Ali dan Paya Ara dibangunkan sebagai tapak untuk pembangunan kuari agar dapat menambah pendapatan peserta. Bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Baharu, rekod pemetaan geologi sedia ada yang dikendalikan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mendapati sebahagian besar formasi geologi di kawasan tersebut terdiri daripada endapan aluvial iaitu tanah lembut. Berdasarkan prinsip sains geologi serta peruntukan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 kawasan yang didominasi oleh endapan aluvial lazimnya tidak mempunyai kualiti batuan yang mencukupi untuk tujuan pengkorek pengkuarian. Jadi Yang Berhormat boleh maklumkan kepada rakan-rakan di bawah sana bukan Kerajaan Negeri tak sudi menerima pandangan itu, tetapi jabatan teknikal telah mengatakan bahawa ia tidak mengandungi mineral seperti mana yang kita harapkan.

Sehubungan itu, Yang Berhormat Dato' Seri, secara asasnya kawasan ini dilihat tidak mempunyai potensi teknikal yang signifikan bagi pembangunan kuari bahan batuan yang ekonomik dan selamat. Justeru, sebarang pembangunan mineral hendaklah berasaskan fakta geologi yang tepat bagi mengelakkan pembaziran sumber serta risiko kegagalan projek. Namun yang demikian, sekiranya pemilik tanah berpendapat bahawa masih wujud potensi rizab mineral…rizab mineral lain yang berdaya maju untuk diusahakan, inisiatif tersebut boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri selaras dengan Seksyen 81 Enakmen Mineral Perak 2003. Pemilik tanah…pemilik tanah pemilik tanah beri…hendaklah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan lesen melombong tuan punya kepada Pihak Berkuasa Negeri. Sebarang prasyarat kepada permohonan tersebut, pemilik tanah perlu melantik perunding atau jurutera perlombongan berdaftar dengan kos ditanggung sendiri untuk menjalankan kajian deposit sumber mineral serta menyediakan laporan kebolehlaksanaan.

Yang Berhormat Kampong Gajah pula telah membangkitkan persoalan mengenai status terkini pewartaan kawasan lombong di Sungai Galah khususnya sama ada penilaian teknikal dan impak yang dijalankan telah dimuktamadkan serta apakah keputusan yang telah dicapai setakat ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Pentadbiran Daerah Kampong Gajah dengan kerjasama Jabatan Perikanan kini berada pada fasa akhir semakan dan penetapan kawasan yang akan diwartakan. Proses ini dilaksanakan secara teliti bagi memastikan tiada pertindihan dengan sebarang perancangan pembangunan sedia ada di kawasan berkenaan. Seterusnya setelah penentuan kawasan dimuktamadkan, kerja-kerja ukur halus akan dilaksanakan bagi menentukan keluasan sebenar kawasan serta menyediakan anggaran peruntukan yang diperlukan secara tepat dan terperinci. Kerajaan negeri kekal komited dalam menyokong pembangunan aktiviti perikanan darat sebagai salah satu inisiatif strategik ke arah memperkukuh keterjaminan makanan. Sehubungan itu, pewartaan kawasan ini adalah amat penting bagi menjamin kelestarian serta kesinambungan aktiviti perikanan darat pada masa depan. Dalam masa yang sama, langkah ini juga akan memastikan golongan nelayan dapat meneruskan aktiviti mereka secara mampan demi menjamin sumber pendapatan dan kesejahteraan hidup pada masa hadapan. Apakah langkah-langkah kerajaan dalam menangani aktiviti perlombongan pasir secara haram yang mengakibatkan hakisan sungai sekaligus merosak hasil tanaman penduduk? Soalan ini juga ditanya oleh Yang Berhormat daripada Kampung Gajah.

Yang Berhormat Bota telah membangkitkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan dalam menangani aktiviti perlombongan pasir secara haram yang memberi kesan kepada hakisan sungai serta menjejaskan hasil tanaman penduduk. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini terdapat seramai 21 pemegang permit perlombongan pasir sungai yang beroperasi secara sah di sepanjang Sungai Perak dalam daerah Perak Tengah termasuklah daerah kecil Kampong Gajah. Kerajaan Negeri melalui pentadbiran Daerah Perak Tengah sentiasa melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan pematuhan syarat permit serta membanteras sebarang aktiviti perlombongan pasir secara haram demi memperkukuh usaha pencegahan ini rondaan berjadual oleh Pasukan Penguatkuasa Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah turut dilaksanakan secara konsisten termasuk pada hujung minggu. Sehingga kini, tiada laporan diterima berhubung aktiviti perlombongan pasir haram di daerah Perak Tengah. Jikalah Yang Berhormat Bota mempunyai maklumat tersebut, silalah membuat laporan kepada pihak yang berkenaan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, dalam mendepani situasi global yang semakin tidak menentu, saya mengambil kesempatan ini mengajak kita semua untuk benar-benar menekuni hikmah di sebalik titah hasrat Paduka Seri Tuanku supaya kita mencari titik-titik persamaan, memperkukuh semangat kebersamaan serta berganding bahu demi memastikan kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Ingatan tuanku ini perlu kita dokong atas kesedaran bahawa tatkala negeri dan negara diuji dengan kesusahan rakyat menuntut kita semua sebagai penjaga amanah penjaga amanah negeri bukan sekadar bercakap dan berhujah tetapi bertindak dengan jiwa yang satu dan tekad yang sama. Dalam keadaan begini, kerajaan rakyat tidak lagi melihat kita semua sebagai blok kerajaan atau pun blok pembangkang. Mereka melihat kita sebagai tempat bergantung harapan. Harapan untuk dipimpin keluar daripada segala kesulitan yang sedang mereka hadapi. Justeru, marilah kita mengenepikan segala perbezaan yang memisahkan dan mengangkat semua kebaikan yang menyatukan. Seperti firman Allah dalam surah Al Anfal ayat 46 yang bermaksud “Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan. Kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato’ Seri sebelum landing tu… jadi nak minta Dato’ Seri, Speaker ya, nak minta sedikit ruang. Untuk pengetahuan Dato’ Seri dan Ahli-ahli Dewan, dulu pembangkang…Ketua Pembangkang diberi ruang untuk menggulung kan…beberapa minit. Tapi benda ni dah dimansuhkan, tak apa, kita boleh terima keadaan tu tapi sebab kita ada ruang untuk berbahas dan kemudian boleh mencelah apabila Yang Amat Berhormat ataupun Exco berkenaan bangkit isu-isu, kita boleh mencelah untuk menjelaskan. Tapi saya cuba mencadangkan untuk kita memperbaiki lah ada beberapa perkara yang saya nak masukkan, tak sempat pada masa itu, dalam kaedah kita mengendalikan Dewan. Dua, Exco…kan? dia tak bagi ruang langsung. Dia tutup ruang, kemudian kita nak ruang balik, dia tak beri ruang. Saya minta yang ini yang pertama yang Dato’ Seri Speaker sebagai ketua dalam Dewan ini dan Yang Amat Berhormat sebagai ketua pentadbiran kena ambil perhatian.

Yang di-Pertua

Ok.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Soalan yang saya nak bangkitkan dalam Exco yang tidak diberi. Yang pertama, kita kata ada satu dulu…ingat Dato’ Seri pun ingat saya bangkitkan Gunong Semanggol nak dijadikan satu daripada produk pelancongan, nak buat paragliding dan tiap-tiap minggu pada masa itu menjadi tarikan lah orang muda untuk mendaki. Tapi apabila Jabatan Hutan telah menguatkuasakan…menguatkuasakan kena RM10, maka telah stuck tempat itu. Dah tak ada lagi. Jadi yang pertama ini nak minta Dato’ Seri ambil perhatian sikitlah untuk itu dan yang kedua untuk paragliding tadi. Dulu masa Dato’ Seri, kita dah luluskan. Saya rasa dah luluskan, kita dah pergi. Kemudian projek itu ditarik balik. Saya nak mintalah status itu dan yang kedua, saya nak minta juga kita minta hansard dalam pergulungan daripada Exco Pandamar itu membangkitkan dan memberi satu naratif seolah-olah bersetuju dengan kenaikan harga…harga minyak, memberi pengiraan-pengiraan yang amat mengelirukan. Kita nak bangkit minta explanation, dia tak bagi. Jadi, tak ada ruang. Jadi ini satu yang tidak adil Dato’ Seri dan juga saya minta lah Timbalan Speaker ini kena bagi betul lah sikit kan naratif ni. Betul kerana… sebab ini semak dan imbang. Kita tak ada masalah macam mana yang dibuat oleh Dato’ Seri, keluar figure, kita bangkit. Boleh terima kan? Macam mana yang dibuat oleh Teja tu…terima kasih. Saya minta. Boleh betulkan ni. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri, terima kasih atas semua jawapan dan Insha Allah kita boleh perbaiki dewan kita ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Gunong Semanggol. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana berjaya mengendalikan perjalanan persidangan kali ini dengan baik. Tidak lupa sekali lagi penghargaan kepada semua pihak termasuk ketua-ketua jabatan dan agensi yang sama-sama bertungkus lumus membantu menyediakan sebaik-baik pencerahan terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam persidangan ini. Dato’ Seri Yang di-Pertua, demikian ucapan penggulungan saya. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum wbt. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam wbt. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menamatkan penggulungan perbahasan beliau. Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. ‘Ampun Tuanku, patik sekalian iaitu Yang di-Pertua Timbalan, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah disokong, dibahas dan digulung’. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat untuk mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju, (SETUJU) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Sebulat suara bersuara bersetuju, maka usul itu dipersetujui.

Rang Undang-Undang Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026Bill

Setiausaha

Perkara Yang Kelima Rang Undang-Undang Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026 dibaca bagi kali pertama.

Yang di-Pertua

Bila bacaan kali yang kedua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dalam mesyuarat ini juga.

Yang di-Pertua

Sekarang, saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan Notis Bacaan kali yang kedua sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 57(1). Sila Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Akta A1667 bagi maksud meminda Enakmen Akta Perhutanan 1984 (Pemakaian) 1985 Enakmen Bilangan 3 Tahun 1985. Sekarang dibaca bagi kali yang kedua.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Pengkalan Baharu menyokong.

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama Suatu enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026 dibaca kali yang kedua sekarang. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Akta Perhutanan Negara 1984, Akta 313 merupakan suatu akta yang memperuntukkan bagi pentadbiran, pengurusan dan pembangunan perhutanan dalam negeri di Malaysia dan bagi maksud yang berkaitan. Akta ini dibuat bagi maksud menyeragamkan undang-undang bagi negeri-negeri dalam Malaysia berdasarkan Fasal (1)(b) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan. Akta 313 telah diwartakan pada 31 Disember 1984 dan kemudiannya disusuli dengan diterima pakai oleh semua negeri di Semenanjung Malaysia melalui Enakmen Perhutanan (Pemakaian) mengikut negeri masing-masing. Akta 313 telah dipinda buat pertama kali pada tahun 1993 sejajar dengan perkembangan sektor perhutanan pada ketika itu dan masalah kegiatan pencerobohan hutan serta pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran yang serius pada akhir tahun 1980an dan awal tahun 1990an. Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah menerima pakai Akta 313 berkuat kuasa mulai 21 Disember 1985 serta Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 iaitu Akta A684 yang berkuat kuasa mulai 8 Jun 1994 penerima pakaian akta tersebut beserta pindaannya adalah melalui Enakmen Perhutanan Negara (Penerima Pakaian) (Pindaan) 1994.

Selain itu Kerajaan Negeri Perak juga telah membuat pindaan kepada Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian 1985) melalui Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian 1985) (Pindaan) 2015 yakni Enakmen A37/2015 yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2016. Majlis Perhutanan Negara ke-21 pada 18 September 2007 telah bersetuju supaya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam atau NRES serta Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk menyemak semula Akta 313 (Pindaan 1993). Tujuan pindaan ini adalah untuk memperkemas peruntukan undang-undang khususnya bagi memantapkan penguatkuasaan hutan dalam membanteras kegiatan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran dan meningkatkan pelaksanaan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Sesi libat urus pindaan Akta 313 telah diadakan bersama pihak berkepentingan iaitu pihak berkuasa negeri, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan telah melalui proses Regulatory Impact Assessment yang diselia oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia pada tahun 2019 dan telah diluluskan pada 26 Februari 2020.

Cadangan pindaan Akta 313 telah mendapat kelulusan secara prinsip daripada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Mei 2020 dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke 77 pada 8 September 2020. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke 77, kementerian telah dipohon untuk mengadakan konsultasi lanjut dengan kerajaan-kerajaan negeri berhubung cadangan pindaan Akta 313. Bagi Negeri Perak sesi konsultasi ini telah pun dilaksanakan pada 24 Ogos 2020 dan secara keseluruhannya agensi-agensi yang hadir tiada halangan dan secara dasarnya bersetuju dengan pindaan Akta 313 tertakluk kepada kepentingan Kerajaan Negeri sentiasa terpelihara dan terjamin. Sehubungan itu, Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan 2022) telah dibentangkan di Parlimen dan telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 18 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 8 Ogos 2022. Rang Undang-Undang tersebut telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan disiar warta pada 20 September 2022. Akta pindaan ini dinamakan sebagai Akta Perhutanan Negara (Pindaan 2022) atau dikenali sebagai Akta A1667.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Akta A1667 dilaksanakan bagi memastikan kerangka perundangan perhutanan negara bergerak seiring dengan perkembangan semasa yang mencakupi aspek-aspek pencegahan pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran, menambah baik dan memantapkan pengurusan kawasan-kawasan hutan simpan kekal serta pembangunan sektor perhutanan negara. Menurut Fasa (1)(B) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan Parlimen boleh mengadakan undang-undang bagi tujuan keseragaman undang-undang bagi negeri di Malaysia mengenai pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan. Walau bagaimanapun sebarang pindaan atau pemansuhan mana-mana peruntukan dalam Akta 1667 yang diterima pakai hendaklah mematuhi peruntukan fasal (3) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan.

Secara umumnya pindaan di dalam Akta 1667 ini memberikan penekanan kepada aspek-aspek berikut. Pertama pengukuhan dan pemantapan penguatkuasaan termasuk kebenaran kepada Pegawai Perhutanan Persekutuan untuk membantu dalam penyiasatan dan pelaksanaan penguatkuasaan dengan kebenaran pihak berkuasa negeri. Yang kedua pengelasan baharu hutan simpan kekal dengan penambahan kategori Hutan Taman Negeri. Yang ketiga peningkatan kadar denda dan hukuman terhadap kesalahan hutan yang melibatkan pindaan 21 seksyen. Yang keempat penambahbaikan pengurusan lesen dan permit termasuk kuasa, syarat dan tempoh sah lesen dan permit serta pelucutan deposit. Yang kelima peningkatan aspek kewangan dan royalti termasuk penggunaan lebih meluas Kumpulan Wang Pembangunan Hutan. Yang keenam pengenalan kesalahan baharu seperti kesalahan menghalang kerja-kerja penguatkuasaan, memberikan kenyataan palsu dan persubahatan dan tatacara baharu bagi menjalankan penguatkuasaan seperti menjalankan operasi sekatan jalan raya dan yang ketujuh penambahbaikan pentadbiran termasuk kuasa tambahan kepada Pihak Berkuasa Negeri dan juga Pengarah Perhutanan Negeri.

Akta A1667 turut memperuntukkan kuasa kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk melucut hak wang deposit yang berkaitan dengan lesen, lesen pemindah, lesen kecil, permit penggunaan serta permit jalan sekiranya mana-mana pelesen atau pemegang permit termasuk perkhidmat atau ejennya didapati melanggar mana-mana peruntukan akta ini. Peruntukan ini adalah penting bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dapat dikuatkuasakan secara lebih tegas di samping memperkukuh integriti dan keberkesanan sistem pengurusan serta penguatkuasaan perhutanan negeri. Untuk aspek penguatkuasaan pindaan memberi penekanan kepada keberkesanan tindakan undang-undang melalui peningkatan kadar denda dan hukuman terhadap kesalahan hutan di samping memperkukuh pelaksanaan penguatkuasaan sehingga ke peringkat pengkompaunan dan pendakwaan di mahkamah.

Pindaan ini bertujuan memastikan setiap pelanggaran peruntukan undang-undang dapat ditangani secara lebih tegas, berkesan dan berwibawa. Penetapan hukuman denda dan penjara ini adalah tertakluk kepada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh Seksyen 15 (3) di bawah Akta 313 yang berkaitan dengan kesalahan mengambil hasil hutan dari hutan simpanan kekal atau tanah kerajaan tanpa lesen peruntukan seksyen ini tidak menetapkan jumlah denda dalam bentuk nilai tetap sebaliknya hanya berdasarkan kadar tidak melebihi 10 kali ganda royalti premium nilai hasil hutan serta lain-lain caj yang berkaitan serta tidak memperuntukkan hukuman penjara. Pendekatan ini dilihat kurang memberi kesan pencegahan yang optimum berkaitan kesalahan ambil hasil hutan seperti pembalakan haram. Pindaan seksyen melalui Akta 1667 ini telah membezakan keseriusan kesalahan kepada tiga kategori iaitu hasil utama hutan, tumbuhan daratan dan hasil kecil hutan. Peruntukan penalti juga telah diperkukuh secara signifikan dengan memperkenalkan hukuman yang jauh lebih tegas khususnya bagi pengambilan hasil hutan 5 meter padu dan lebih iaitu penjara tidak kurang daripada 5 tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun serta denda tidak melebihi RM 5 juta. Antara contoh lain ialah Seksyen 82 (2) di bawah Akta 313 yang berkaitan dengan kesalahan pembakaran di dalam kawasan hutan simpanan kekal. Penalti bagi peruntukan ini sebelum pindaan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Manakala melalui pindaan terbaharu kadar penalti telah dipertingkatkan kepada denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketetapan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan yang tegas dan serius dalam membanteras kesalahan berkaitan hutan di samping bertindak sebagai mekanisme pencegahan yang lebih berkesan terhadap sebarang bentuk pencerobohan serta eksploitasi sumber hutan secara tidak sah. Peningkatan kadar penalti yang dikenakan terhadap pesalah hutan berfungsi sebagai langkah pencegahan yang signifikan bukan sahaja bagi menghalang pengulangan kesalahan atau pelaku yang sama, malah sebagai isyarat yang jelas dan tegas kepada masyarakat umum bahawa sebarang pelanggaran undang-undang perhutanan tidak akan dikompromi. Pendekatan ini secara langsung dapat memperkukuh integriti pengurusan hutan negara di samping mempertingkatkan keberkesanan aspek penguatkuasaan secara menyeluruh dan bersepadu.

Selanjutnya, penambahan peruntukan kuasa kepada pegawai perhutanan diadakan bagi memperkukuh pelaksanaan penguatkuasaan secara lebih berkesan. Kuasa-kuasa tersebut merangkumi kuasa untuk menangkap, menggeledah, menyita dan menyiasat kesalahan hutan serta kuasa untuk mengadakan sekatan jalan raya bagi tujuan pemeriksaan terhadap kenderaan yang mengangkut hasil hutan. Akta A1667 turut memperuntukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 3A, yang memberi kuasa kepada Pegawai Perhutanan Persekutuan untuk membantu pegawai di negeri dalam aspek pelaksanaan penyiasatan serta penguatkuasaan di lapangan tertakluk kepada kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Negeri. Peruntukan ini memperkukuh penyelarasan kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri secara lebih efektif dan menyeluruh, khususnya dalam mempertingkatkan keberkesanan, mempertingkat keberkesanan tindakan penguatkuasaan, mempercepat siasatan kes pencerobohan hutan serta memperkukuh keupayaan pemantauan dan kawalan aktiviti berkaitan hasil hutan dari tahun 2023 sehingga 2025 sebab pelbagai usaha penguatkuasaan dan pemantauan telah dilaksanakan dengan komitmen tinggi bagi memastikan kelestarian kawasan hutan sentiasa terpelihara. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 8,075 aktiviti pemantauan telah dijalankan di lapangan meliputi kawasan hutan simpanan kekal bagi memperkukuh kawalan serta pengesanan awal terhadap sebarang aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan.

Di samping itu, sebanyak 13 operasi bersepadu turut dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan berkaitan yang bertujuan meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh dan bersepadu di lapangan. Hasil daripada pelaksanaan usaha berterusan ini, sebanyak 127 kes kesalahan hutan telah direkodkan termasuk 28 kes yang melibatkan aktiviti pembalakan haram. Dalam tempoh yang sama, seramai 228 individu telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Daripada jumlah keseluruhan kes yang disiasat, sebanyak 7 kes telah berjaya dituduh di mahkamah untuk tindakan perundangan lanjut. Daripada keseluruhan tindakan penguatkuasaan tersebut, sebanyak RM1,155,450.00 kompaun dan gantirugi telah dikeluarkan dan RM146 ribu denda telah dikenakan serta diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa. Semua pencapaian ini mencerminkan keberkesanan pelaksanaan penguatkuasaan secara berterusan serta komitmen bersepadu dalam memastikan pengurusan hutan dilaksanakan secara lebih berintegriti, tegas lagi berkesan. Maka apabila pemakaian Akta A1667 ini dikuatkuasakan, keberkesanan tindakan penguatkuasaan dijangka akan meningkat dengan lebih ketara di samping memperkukuh keupayaan pihak berkuasa dalam menangani kesalahan berkaitan hutan secara lebih tegas dan menyeluruh.

Pemakaian Akta A1667 ini juga dijangka menyumbang kepada peningkatan jumlah kompaun dan denda yang dikenakan bergantung kepada tahap pematuhan serta keberkesanan tindakan penguatkuasaan di lapangan. Pemakaian Akta A1667 di

Negeri Perak turut dapat memperkukuh asas perundangan kerajaan negeri dalam pengurusan hutan simpan kekal secara lebih tersusun, telus dan berkesan. Pengukuhan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan, malah membuka ruang yang lebih luas kepada pembangunan perkhidmatan ekosistem hutan secara mampan. Antaranya termasuk penerokaan mekanisma perdagangan karbon, pengukuhan inisiatif eko-pelancongan berasaskan sumber semula jadi serta pengoptimuman nilai ekonomi hutan tanpa menjejaskan fungsi ekologinya. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, pemakaian Akta A1667 ini turut memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengenakan dan menerima fi bagi perkhidmatan hutan tertentu selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Perkara ini membolehkan Kerajaan Negeri mewujudkan mekanisma penjanaan hasil yang lebih sistematik melalui pelaksanaan perkhidmatan eko-sistem hutan di samping memastikan setiap aktiviti yang dijalankan adalah teratur, terkawal dan memberi pulangan yang sewajarnya kepada negeri.

Justeru, pelaksanaan akta ini berpotensi menjadi pemangkin kepada penjanaan sumber pendapatan baharu bagi negeri Perak di samping memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang. Sehingga 31 Mac 2026, keluasan keseluruhan hutan simpan kekal di Negeri Perak adalah seluas 988,723.93 hektar yang merangkumi 97.4 peratus daripada keseluruhan kawasan berhutan di negeri ini. Dari tahun 2023 hingga 2025, Kerajaan Negeri telah menunjukkan komitmen berterusan dalam usaha memperkukuh agenda pemeliharaan dan pemuliharaan hutan melalui pewartaan tambahan hutan simpan kekal baharu seluas 6,139.59 hektar yang melibatkan 5,486.41 hektar hutan darat dan 653.18 hektar hutan paya laut. Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan iltizam kerajaan negeri dalam memastikan kelestarian sumber hutan terus terpelihara, maka malah memperkukuh kedudukan Negeri Perak sebagai negeri yang mempunyai peratusan hutan simpan kekal tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 49%. Secara ringkasnya, pindaan ini melibatkan 8 daripada 10 bahagian yang melibatkan 62 seksyen daripada 117 seksyen. Bilangan seksyen yang dipinda adalah sebanyak 44 seksyen termasuk 2 jadual pengwujudan seksyen baharu adalah sebanyak 12 seksyen. Penggantian seksyen sedia ada sebanyak 5 seksyen dan 1 seksyen dipotong ataupun dikeluarkan.

Terdapat 117 seksyen asal dalam APN Negara, Akta Perhutanan Negara akta 313 (1984), maka selepas dibuat pindaan, bilangan keseluruhan seksyen ini adalah meningkat menjadi 128 seksyen manakala bilangan bahagian dan jadual adalah masih sama. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Bil. 2180 bertarikh 29 Mei 2025 telah bersetuju untuk meluluskan penerimaan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 dengan pengecualian Seksyen 7, 8, Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 24 dalam Kurungan A dan dalam kurungan B dalam kurungan I serta 60 dalam kurungan D. Pindaan rang undang-undang yang dicadangkan diterimapakai adalah seperti berikut. Pindaan Bahagian I, Permulaan. Seksyen 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan-peruntukan tentang permulaan kuat kuasa akta. Seksyen 2 bertujuan untuk meminda takrif Seksyen 2, Akta 313. Pindaan Bahagian II iaitu Pentadbiran. Seksyen 3, memasukkan seksyen baharu 3A dalam Akta 313 untuk membenarkan Pihak Berkuasa Negeri memberi kuasa kepada mana-mana pegawai dari Jabatan Perhutanan Persekutuan untuk menjalankan kerja penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Bahagian VIII, Akta 313. Seksyen 4 bertujuan untuk meminda perenggan 4(e) Akta 313 untuk membenarkan pengarah menyediakan dan melaksanakan program di bawah semua pengelasan hutan di bawah Subseksyen 10(1), Akta 313. Seksyen 5 bertujuan untuk meminda Subseksyen 5(1) Akta 313 untuk membenarkan pengarah menurunkan kuasa dan penjalanan tugas di bawah Akta 313 kepada mana-mana pegawai hutan.

Pindaan Bahagian III, Hutan Simpanan Kekal. Seksyen 6 bertujuan untuk meminda Seksyen 10, Akta 313 dengan memasukkan Hutan Taman Negeri sebagai pengelasan baharu bagi hutan simpan kekal. Pindaan Bahagian IV, Pengurusan dan Pembangunan Hutan. Seksyen 9 bertujuan untuk meminda Seksyen 15, Akta 313 untuk membezakan kesalahan kepada tiga kategori iaitu hasil utama hutan, tumbuhan daratan dan hasil kecil hutan serta menambah hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen itu. Seksyen 10 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 19A untuk memberi kuasa kepada pengarah untuk mengeluarkan dan membaharui lesen. Seksyen 11 bertujuan untuk meminda Seksyen 21, Akta 313 untuk menetapkan had tempoh baharu bagi lesen yang dikeluarkan di bawah Akta 3. Seksyen 12 bertujuan untuk meminda Seksyen 25, Akta 313 untuk menambah hukuman bagi kesalahan gagal memberhentikan kerja di kawasan lesen di bawah seksyen itu. Seksyen 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 29A ke dalam Akta 313 berkenaan keperluan untuk menyediakan pelan kawasan lesen kecil untuk pemohon kepada pengarah. Seksyen 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 31A untuk memberi kuasa kepada pengarah untuk menggantung atau membatalkan lesen kecil.

Seksyen 15 bertujuan untuk meminda Seksyen 32, Akta 313 untuk menambah hukuman bagi kesalahan menduduki atau menjalankan aktiviti dalam HSK tanpa permit penggunaan. Seksyen 16 bertujuan untuk meminda Seksyen 40, Akta 313 untuk membezakan kesalahan kepada dua kategori iaitu hasil hutan, hasil utama hutan dan hasil kecil hutan serta menambah hukuman bagi kesalahan memindah hasil hutan tanpa lesen pemindah. Seksyen 17 bertujuan untuk meminda Seksyen 43, Akta 313 dengan memasukkan perenggan berkenaan prosedur membaharui lesen pemindah. Seksyen 18 bertujuan untuk meminda Seksyen 47, Akta 313 untuk meluaskan pengecualian yang diberikan di bawah seksyen kepada pemegang lesen kecil dan pemegang permit jalan dan menambah hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen itu. Seksyen 19 bertujuan untuk meminda Seksyen 48, Akta 313 bagi pindaan berbangkit Seksyen 47, Akta 313. Seksyen 20 bertujuan untuk meminda Seksyen 50, Akta 313 untuk memberi kuasa kepada pengarah untuk membenarkan pegawai hutan untuk mengeluarkan permit jalan dan menambah hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen itu. Seksyen 21 bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 50A dalam Akta 313 berkenaan tempoh, syarat dan pembaharuan permit jalan.

Seksyen 22 bertujuan untuk meminda Seksyen 58, Akta 313 dengan mengadakan peruntukan mengenai penggunaan tambahan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan bagi semua jenis hutan simpan kekal dan bagi pengurusan dan pembangunan mampan Hutan Simpan Kekal. Seksyen 23 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 60A dengan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengurangkan, meringankan atau mengecualikan ses pembangunan hutan. Pindaan Bahagian V, Royalti dan Premium. Seksyen 24 kecuali Subseksyen (a) dan (b)(l) adalah bertujuan untuk meminda Seksyen 66 Akta 313 dengan meluaskan keperluan di bawah seksyen kepada lesen kecil dan menambah hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen itu. Seksyen 25, 26 dan 27 bertujuan untuk meminda masing-masing Seksyen 67, 68 dan 69 Akta 313 dan menambahkan hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen-seksyen itu.

Seksyen 28 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 70A dengan membolehkan Pihak Berkuasa Negeri untuk mengeluarkan pas lain selain pas pemindah bagi mana-mana orang yang memiliki, menjaga atau mengawal apa-apa hasil hutan. Seksyen 29 bertujuan untuk meminda Seksyen 73, Akta 313 dengan meluaskan penggunaan seksyen tersebut kepada lesen kecil dan permit penggunaan. Seksyen 30 bertujuan untuk meminda Seksyen 75, Akta 313 dengan memperkenalkan bentuk baharu pembayaran deposit di bawah Akta 313 yang mana deposit tersebut boleh dilucut hak. Seksyen 31 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 75A dengan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengenakan caj dan menerima fee di atas apa-apa bayaran perkhidmatan.

Pindaan Bahagian ke-VII, Pelbagai Kesalahan dan Penalti. Seksyen 32 bertujuan untuk meminda Seksyen 81 dengan menambah hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen itu. Seksyen 33 bertujuan untuk meminda Seksyen 82 dengan memberi kuasa kepada pengarah untuk mengawal penggunaan api dalam Hutan Simpan Kekal dan menambah hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen itu. Seksyen 34, 35, 36, dan 37 bertujuan untuk meminda Seksyen 83, 84, 85 dan 86 masing-masingnya dengan menambah hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen-seksyen itu. Seksyen 38 bertujuan memasukkan Seksyen baharu 86A, 86B, 86C dan 86D ke dalam Akta 313 dengan memasukkan kesalahan baharu dan penalti bagi menghalang menjalankan tugas dan kuasa, kenyataan palsu, percubaan melakukan kesalahan dan persubahatan dalam Akta 313. Seksyen 39 bertujuan untuk meminda Seksyen 87 Akta 313 bagi menaikkan tempoh pemenjaraan dalam penalti am. Pindaan Bahagian VIII, Penguatkuasaan. Seksyen 80, maaf. Seksyen 40 hingga 46 bertujuan untuk meminda Seksyen 88, 89, 90, 91, 91A, 92 dan 93 Akta 313 berhubung kuasa penguatkuasaan. Pindaan ini membolehkan pegawai hutan, pegawai diberi kuasa dan pegawai polis mempunyai kuasa komprehensif untuk menguatkuasakan Akta 313 dan peruntukkan baharu iaitu pemeriksaan orang.

Seksyen 47 bertujuan untuk memasukkan Seksyen 95A dalam Akta 313 dengan memasukkan peruntukan berkenaan kos memegang hasil hutan yang disita oleh Pihak Berkuasa Negeri dan mendapatkan kos bagi jagaan hasil hutan yang disita. Seksyen 48, bertujuan untuk meminda Seksyen 96, Akta 313 dengan menambah penalti hukuman seksyen tersebut. Seksyen 49, bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 96A ke dalam Akta 313 yang memperuntukkan kuasa mengadakan sekatan jalan. Seksyen 50 dan 51, bertujuan untuk meminda Seksyen 97 dan 98 masing-masing dengan menaikkan kadar penalti kesalahan di bawah seksyen-seksyen tersebut. Seksyen 52, bertujuan untuk meminda Seksyen 99 dengan memasukkan pegawai diberi kuasa dalam seksyen tersebut. Seksyen 53 bertujuan untuk meminda Seksyen 100 dengan menaikkan penalti kesalahan di bawah seksyen tersebut. Seksyen 54, bertujuan untuk meminda Seksyen 101, Akta 313 dan mengadakan peruntukan kompaun dengan keizinan Pendakwa Raya.

Pindaan Bahagian ke-9 : Pelbagai. Seksyen 55 bertujuan untuk meminda Seksyen 103, Akta 313 untuk menyatakan tiada pendakwaan yang boleh dimulakan tanpa persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya. Seksyen 56, bertujuan untuk meminda Seksyen 104, Akta 313 untuk menambah peruntukan baharu berkenaan anggapan. Seksyen 57 bertujuan untuk meminda Seksyen 106 dengan memasukkan pegawai diberi kuasa dan mengeluarkan anggota angkatan tentera dalam seksyen tersebut. Seksyen 58 bertujuan untuk memotong Seksyen 107, Akta 313. Seksyen 59 bertujuan untuk meminda Seksyen 109, Akta 313 bagi menerangkan kesalahan oleh Pertubuhan/Perbadanan. Seksyen 60, bertujuan untuk meminda Subseksyen 111(II) Akta 313 dengan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri membuat kaedah untuk mengatur pentadbiran, pembangunan, aktiviti, fi, fungsi dan segala hal lain bagi setiap pengelasan (HSK) Hutan Simpan Kekal seperti pengelasan di bawah Seksyen 10 Akta 313 serta untuk memasukkan peruntukan berkenaan pelanggaran kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah. Seksyen 61 dan 62 bertujuan untuk memasukkan peruntukan baharu berkenaan pindaan pada Jadual Kedua dan Jadual Keenam Akta 313. Pindaan-pindaan lain yang tidak dinyatakan secara jelas dalam huraian adalah pindaan kecil dan bersifat berbangkit.

Secara keseluruhannya, Rang Undang-Undang ini memperkukuh usaha ke arah pengurusan hutan yang lebih mampan, berintegriti dan berdaya tahan bagi menjamin kelestarian sumber serta kepentingan jangka panjang Negeri dan Negara. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan untuk Rang Undang-Undang Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 ini dipertimbang dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri serta seterusnya menjadi Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa Rang Undang-Undang Yang Bernama Suatu Enakmen Untuk Menerimapakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 Bagi Maksud Meminda Enakmen Akta Perhutanan 1984 (Pemakaian) 1985 Enakmen Bil.3 Tahun 1985 telah dibaca lagi kali yang kedua dan telah disokong. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan adalah selama 5 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Seterus saya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Yang Amat Berhormat Kota Tampan, barisan-barisan Exco Kerajaan Negeri Perak, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri, semua ketua-ketua jabatan, pemerhati yang mengikuti perjalanan sidang Dewan, rakan-rakan media serta yang mengikuti secara maya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kerana saya diberi peluang untuk sama-sama membahas dalam pindaan RUU yang bernama Enakmen Perhutanan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2002 (Pemakaian) 2026 pada hari ini yang telah dibentang dengan panjang lebar oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Negeri Perak yang mempunyai keluasan hutan hampir 1 juta hektar dalam Hutan Simpan Kekal atau disebut HSK ini. Terdapat di dalamnya juga sebanyak 43 ribu hektar hutan paya bakau. Sudah tentulah ianya memerlukan pengawasan yang agak rapi. Memandangkan jumlah anggota perkhidmatan di Jabatan Perhutanan yang tak sampai pun bilangan 800 orang, saya nampak agak khuatir untuk setiap inci kawasan hutan simpan ini dapat dipelihara. Pada tahun 2022 telah diluluskan Akta A1667 (Pindaan) dan telah mendapat perkenan Diraja dan telah pun diwartakan. Namun Akta Perhutanan dan Tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang perlu untuk dibawa dan dibahaskan dalam Sidang Dun sebelum diguna pakai menjadi satu undang-undang.

Dalam, Dato' Timbalan Yang di-Pertua, dalam Akta A1667 ini juga turut memperuntukkan satu seksyen baru yang disebut iaitu Seksyen 3(A) iaitu memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri. Memberi kuasa kepada mana-mana pegawai Persekutuan yang bertugas di Jabatan Perhutanan bagi membantu segala bentuk tugasan seperti dari segi aspek penyiasatan, penguatkuasaan di lapangan dengan membolehkan mereka terlibat sama dalam mana-mana operasi bagi tujuan untuk mencegah, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang supaya semua kegiatan yang menyalahi dari sudut perundangan dapat dijalankan. Secara umumnya, Pengkalan Baharu berpendapat bahawa pindaan berkaitan beberapa seksyen di dalam akta ini terutama berkaitan Seksyen 3(A) yang memperuntukkan bidang kuasa kepada Pegawai Perhutanan Persekutuan diberi kuasa untuk membolehkan mereka membantu dalam mana-mana operasi penguatkuasaan bagi membendung kegiatan pencerobohan hutan simpan supaya dapat ditangani dengan lebih awal. Hal ini sangat sesuai memandangkan kita tidak mahu lagi kes-kes yang melibatkan pencerobohan hutan terutamanya hutan simpan sebagaimana yang telah berlaku sejak sekian lama dahulu berulang kembali. Adalah lebih baik aspek pemantauan dan pencegahan perlu dilakukan di peringkat awal sebelum sesuatu kawasan hutan simpan bertukar menjadi ladang atau pun kebun khususnya tanaman kelapa sawit. Hal ini kerana kita tidak mahu rakyat di luar sana akan mempersoalkan semula kenapa baru sekarang kita bertindak. Kerajaan baru bertindak sedangkan sejak awal penerokaan lagi ianya tidak diambil tindakan. Secara tidak langsung hal ini menyebabkan mereka akan kehilangan punca pendapatan dan kerugian dari segi wang ringgit semasa proses pembukaan ladang tersebut.

Akhir sekali, Pengkalan Baharu mohon menyokong pindaan ini sebagaimana yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan sebentar tadi termasuk pengecualian Seksyen 7,8, 24(a), (b)(i) dan 60(d). Perkara ini mestilah sudah pasti Kerajaan Negeri telah mengkaji sejauh mana perkara-perkara yang dikecualikan tersebut akan membawa lebih kebaikan kepada Kerajaan Negeri dan paling mustahak ianya nanti akan menambah baik dan memantapkan pengurusan kawasan hutan simpan di dalam negeri kita. Pengkalan Baharu mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Bharu. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Timbalan Yang di-Pertua. Firman Allah Subhanahu Wataala. (Bacaan Ayat Al-Quran). Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah ia diperbaiki. Dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harap. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. Timbalan Speaker, Kamunting bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Akta PerhutananNegara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026 dengan satu pendirian yang jelas bahawa pengurusan hutan adalah amanah besar yang menyentuh keseimbangan antara pembangunan kelestarian alam dan tanggungjawab kita kepada generasi akan datang. Sebagaimana yang dibentangkan dalam program libat urus tempoh hari pindaan tahun 2022 ini bertujuan memperkukuh tadbir urus hutan melalui beberapa pendekatan penting, antaranya memperkenalkan prosedur lebih ketat dalam penyahwartaan Hutan Simpan Kekal. Meningkatkan penalti terhadap kesalahan pembalakan haram sehingga RM500 ribu dan hukuman penjara serta mewajibkan pengurusan hutan melalui pelan yang lebih sistematik dan berlesen. Dalam membahaskan rang undang-undang ini, kita tidak boleh lari daripada melihat kedudukan sebenar sumber hutan di negeri Perak. Keluasan Negeri Perak adalah sekitar 2.087 juta hektar dan daripada jumlah ini hampir 1.015 juta hektar merupakan kawasan berhutan. Lebih besar nilai sesuatu aset, lebih besar tanggungjawab untuk menguruskannya dengan amanah.

Atas sebab itu, saya ingin memberi tumpuan khusus kepada Seksyen 11 iaitu peruntukan yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengeluarkan kawasan daripada Hutan Simpan kekal. Pindaan yang dicadangkan memperkenalkan kewajipan siasatan awam sebelum penyahwartaan dibuat namun difahamkan Kerajaan Negeri tidak mengesyorkan pendekatan ini atas kebimbangan bahawa skop siasatan awam terlalu terbuka boleh mengundang penglibatan pihak luar tanpa sempadan sekali gus berpotensi menjejaskan kedaulatan negeri dalam membuat keputusan terhadap sumber asli. Kamunting memahami kebimbangan ini. Namun dalam masa yang sama, kita juga tidak boleh menafikan bahawa dalam sejarah negara, isu penyahwartaan hutan sering menjadi kontroversi akibat kekurangan ketelusan. Sebagai contoh, kes penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara di Selangor pada tahun 2020 hingga 2021 telah mencetuskan bantahan besar daripada rakyat, NGO dan pakar alam sekitar. Keputusan tersebut akhirnya dibatalkan setelah tekanan awam meningkat. Ini membuktikan bahawa apabila proses tidak diyakini telus, keputusan kerajaan akan dipersoalkan dan kepercayaan rakyat akan terhakis.

Dalam konteks ini, kita juga terikat dengan piawaian antarabangsa dan nasional seperti Malaysian Criteria and indicator. Khususnya kriteria 6.10 yang menetapkan bahawa penukaran hutan kepada guna tanah lain hanya boleh berlaku secara sangat terhad tidak melibatkan kawasan bernilai pemuliharaan tinggi, tidak menjejaskan koridor ekologi dan mesti memberi manfaat ekonomi serta sosial yang jelas dan berkekalan. Justeru, persoalan pokok di hadapan kita ialah Seksyen 11 dikekalkan. Jika Seksyen 11 dikekalkan tanpa pindaan yang mewajibkan siasatan awam, apakah jaminan bahawa setiap keputusan penyahwartaan akan benar-benar telus, berintegriti dan mematuhi piawaian ini?

Timbalan Yang di-Pertua, Kamunting berpandangan bahawa kita perlu mencari titik keseimbangan antara kedaulatan negeri dan akauntabiliti awam. Sehubungan dengan itu, Kamunting mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan yang bersifat konstruktif. Pertama, Kerajaan Negeri perlu mewujudkan satu kerangka ketelusan mandatori di mana setiap cadangan penyahwartaan wajib disertakan dengan laporan justifikasi lengkap termasuk keperluan projek, analisis kos, faedah serta impak alam sekitar dan sosial dan laporan ini hendaklah dibuka kepada penelitian umum. Kedua pematuhan kepada kriteria 6.10, Malaysian Criteria and Indicator hendaklah disahkan melalui penilaian bebas oleh pihak ketiga bagi memastikan keputusan tidak hanya bergantung kepada penilaian dalaman. Ketiga,

Kerajaan Negeri mesti menetapkan prinsip bahawa hanya kawasan Hutan Simpan Kekal yang mempunyai nilai ekologi paling rendah dan tidak kritikal sahaja boleh dipertimbangkan untuk penyahwartaan. Keempat, sebelum sebarang keputusan dibuat, satu sesi libat urus rasmi bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah dilaksanakan sebagai mekanisme semak dan imbang institusi. Kelima Kerajaan Negeri perlu mengguna pakai prinsip no net loss of forest iaitu setiap penyahwartaan mesti disertai dengan penggantian kawasan hutan yang setara atau lebih luas berserta pelan pemuliharaan jelas dan berjadual. Keenam, satu laporan tahunan kepada Dewan Undangan Negeri berkaitan status Hutan Simpan Kekal termasuk keluasan, penyahwartaan dan pemulihan serta dibentangkan bagi memastikan akauntabiliti berterusan.

Akhirnya Timbalan Yang di-Pertua, hutan bukan sekadar warisan fizikal tetapi suatu warisan amanah. Kita boleh memilih untuk melihatnya sebagai sumber jangka pendek atau sebagai pelindung jangka panjang kepada kehidupan rakyat daripada sumber air, kestabilan tanah sehingga kepada keseimbangan ekosistem alam. Dengan itu, Kamunting menyatakan bahawa saya boleh menyokong rang undang-undang ini dengan beberapa prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kelestarian dijadikan asas yang tidak boleh dikompromi dalam setiap keputusan Kerajaan Negeri. Sekian terima kasih. Assalamualaikum.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kamunting. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Firman Allah Subhana Wata'ala bermaksud dalam Surah Al-Rum, telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan lautan dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Changkat Jong bagi mengikuti sesi perbahasan Rang Undang undang Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026. Apa yang sedang kita bahaskan pada hari ini bukan sekadar pindaan undang-undang semata mata tetapi satu penentuan arah sama ada kita benar benar mahu mempertahankan hutan negeri ini atau sekadar memperhalusi peraturan tanpa mengubah keadaan sebenar di lapangan. Pindaan ini membawa niat yang baik. Niat yang baik inilah tanpa pelaksanaan yang tegas hanya akan mengulangi kelemahan diri kita sendiri dan di sinilah letaknya tanggungjawab kita untuk memastikan apa yang diluluskan hari ini benar-benar memberi kesan pada hari esok.

Timbalan Yang di-Pertua, dalam menilai rang undang-undang ini, saya melihat dari sudut yang lebih besar iaitu keupayaan kita untuk menjaga hutan sebagai satu amanah, bukan sekadar sumber yang boleh diganti. Tahun 2020 Perak mempunyai 1,000 hektar hutan semula jadi meliputi 49% keluasan Negeri Perak iaitu seluas 21,146,000 ribu hektar. Berdasarkan data pemantauan antarabangsa oleh Global Forest Watch, tahun 2024 Negeri Perak dianggarkan kehilangan kira-kira 3,200 hektar hutan semula jadi dalam tempoh tahun tersebut dan kehilangan ini berlaku secara meluas di seluruh negeri bukan tertumpu di kawasan satu kawasan sahaja. Ini memberi gambaran bahawa tekanan terhadap hutan kita bukan lagi bersifat terpencil tetapi berterusan dan menyeluruh. Dalam masa yang sama, hampir separuh daripada keluasan negeri ini masih diliputi kawasan hutan. Ini adalah satu kekuatan strategik yang sangat besar. Namun, kekuatan ini juga datang dengan tanggungjawab yang lebih berat untuk memastikan ia tidak terus terhakis secara perlahan tanpa kita sedari. Pengenalan kategori seperti hutan taman negeri serta pendekatan baharu agar perkhidmatan ekosistem dan perdagangan karbon adalah langkah yang progresif. Namun, saya ingin menegaskan tanpa kawalan yang ketat. Ia juga boleh membuka ruang kepada eksploitasi yang lebih berterusan. Kerajaan Negeri perlu berani menetapkan garis panduan yang jelas bahawa ada kawasan yang tidak boleh disentuh walau dalam keadaan apa sekali pun khususnya kawasan yang sensitif yang menjadi nadi kepada keseimbangan ekologi negara…negeri.

Timbalan Yang di-Pertua, saya beralih kepada aspek yang paling menentukan iaitu penguatkuasaan. Pindaan ini jelas memperlihatkan usaha untuk memperkukuh kuasa pegawai termasuk dalam aspek pemeriksaan, rampasan sekatan jalan serta peningkatan hukuman yang jauh lebih berat. Ini adalah satu mesej yang baik dari sudut yang besar. Namun persoalan yang lebih penting, adakah ketegasan ini akan benar-benar dirasai di lapangan? Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia dalam sektor perhutanan, aktiviti pembalakan melibatkan pengeluaran yang besar berterusan. Ini menunjukkan bahawa tekanan terhadap hutan kita bukan bersifat sementara tetapi didorong oleh kepentingan ekonomi yang kuat, sebab itu pendekatan penguatkuasaan tidak boleh lagi bersifat konvensional. Kerajaan Negeri perlu bergerak ke arah sistem penguatkuasaan yang lebih bersepadu dan berteknologi. Penggunaan pemantauan dron, sistem penjejakan digital dan pusat kawalan berpusat perlu dijadikan norma bukan pilihan. Dalam masa yang sama, aspek integriti mesti diperkukuh dengan lebih serius. Kita tidak boleh menafikan bahawa dalam mana-mana sistem kelemahan boleh berlaku jika kawalan tidak cukup ketat. Sebagai penutup, saya menyokong rang pindaan pemakaian rang undang-undang ini dengan ketelusan untuk dalam dalam pelaksanaan itu. Sekian Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Changkat Jong. Seterusnya di jemput Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam Perak Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, para pemerhati serta semua yang mengikuti secara dalam talian. Sebelum saya membahaskan penerimaan Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Perak atas langkah penting dalam pemeliharaan hutan sepanjang 5 tahun yang lalu.

Pertama bagi tempoh 2020 hingga 2025, Kerajaan Negeri telah membatalkan status Hutan Simpanan Kekal seluas 5,277.9 hektar. Namun, pada masa yang sama mewartakan kawasan baharu seluas 7,408.73 hektar sebagai Hutan Simpanan Kekal. Ini bermakna terdapat pertambahan bersih sebanyak 2,130.83 hektar berbanding kawasan yang dibatalkan. Dalam tempoh yang sama sebanyak 343 kes pelanggaran terhadap 16 seksyen di bawah di bawah Akta Perhutanan Negara, 1984 telah direkodkan. Jabatan Perhutanan Perak telah mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun, tuntutan ganti rugi serta denda mahkamah yang berjumlah RM7,459,000,277.65. Sehingga 31 Mac 2026 keluasan keseluruhan Hutan Simpanan Kekal di negeri Perak ialah 988,723.93 hektar merangkumi 97.4% daripada keseluruhan kawasan berhutan di negeri ini dan Negeri Perak juga mencatatkan peratusan Hutan Simpanan Kekal tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 49%. Tahniah sekali saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan Perak.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pindaan akta ini memperkenalkan dua seksyen baru yang penting. Pertama memberi kuasa kepada kerajaan negeri melantik pegawai Jabatan Perhutanan Persekutuan sebagai pegawai penguatkuasa di negeri dan juga kita menambah Hutan Taman Negeri sebagai kategori baharu Hutan Simpanan Kekal yang menjadikan Taman Negeri bukan sahaja sekadar tanah kerajaan tetapi sebahagian daripada rangka perlindungan hutan kekal. Selain itu, pindaan ini turut meningkatkan hukuman dan menaikkan jumlah denda serta tempoh memenjarakan bukan sahaja meningkatkan denda. Ada subseksyennya sebelum ini hanya dikenakan denda apabila disabitkan melanggar seksyen tetapi bagi pindaan baru, dia juga menambah hukuman penjara. Contohnya, seksyen asal 81 (2)(A). Jika kesalahan itu di bawah Perengan A subseksyen 1 denda tidak melebihi RM10 ribu. Bagi pindaan itu telah menjadi jika kesalahan itu di bawah perenggan A didenda tidak melebihi RM20 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Dengan penambahan hukuman ini, harap dapat meningkatkan kesan pencegahan terhadap aktiviti pembalakan dan perlombongan haram.

Walau bagaimanapun, kita tahu bagi pihak kerajaan telah memutuskan tidak menerima pindaan ini…Telah memutuskan untuk menerima pindaan ini tetapi tidak menerima 5 seksyen tertentu khususnya bagi Seksyen 7 dan 8. Bagi Seksyen 7 menetapkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri yang ingin mengeluarkan sesuatu kawasan daripada Hutan Simpanan Kekal perlu menjalankan siasatan awam terlebih dahulu. Sebelum ini, tiada keperluan sedemikian menyebabkan banyak kawasan hutan dibatal atau dikeluarkan tanpa pengetahuan pengetahuan umum dan ia digunakan untuk pembangunan ataupun diswastakan sehingga memberi kesan yang tidak boleh dipulihkan kepada alam sekitar dan komuniti setempat. Pihak Kerajaan Negeri menyatakan bahawa berdasarkan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan serta Jadual Senarai Dua Senarai Negeri, Hal Ehwal Tanah berada di bawah bidang kuasa eksklusif Kerajaan Negeri. Walau pun begitu, kuasa tersebut tidak seharusnya menafikan hak rakyat untuk mengetahui proses pengeluaran kawasan daripada hutan simpanan kekal dan walaupun siasatan awam mungkin dilihat melibatkan pihak ketiga dan menjejaskan kecekapan pentadbiran, tetapi bagi pengawasan awam yang lebih teliti sebenarnya mampu memastikan ketelusan akauntabiliti serta mengurangkan risiko penyalahgunaan kuasa.

Timbalan Yang di-Pertua, walaupun dalam 5 tahun kebelakangan ini terdapat pertambahan bersih 2000 hektar Hutan Simpanan Kekal. Tapi persoalannya ialah apakah yang berlaku dalam tempoh 10, 20 atau 30 tahun sebelumnya? Adakah pembatalan kawasan hutan sebelum ini melalui proses yang telus dan rasional? Adakah kawasan baharu diwartakan semula dan semua info ini sukar diketahui tanpa siasatan awam sebelum pembatalan dibuat? Contohnya, bagi kawasan berkeliling di

Hutan Simpanan Kekal Segari Melintang berhampiran dengan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Segari. Banyak kompartment telah dibatalkan dan telah dijadikan tempat aktiviti industri dan juga industri berat seperti perlombongan di kawasan yang sensitif bagi tempat pendaratan penyu, jadi penyusutan kawasan paya bakau juga menjejaskan keseimbangan ekosistem dan rantaian makanan. Kawasan kuari yang dikeluarkan daripada Hutan Simpanan Kekal juga tidak dipulihkan walaupun menjejaskan kawasan bersebelahan yang masih berstatus hutan simpan kekal yang melalui kejadian tanah runtuh dan hakisan.

Dalam sesi libat urus sebelum ini, saya telah bertanya sesiapa yang perlu bertanggungjawab memulihkan kawasan tersebut, namun tiada jawapan jelas diberikan. Sekiranya kawasan kuari kekal di bawah Hutan Simpanan Kekal dan seliaan Jabatan Perhutanan pemegang lesen dapat dipastikan bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pemulihan. Saya sentiasa percaya bahawa melalui sistem dan institusi yang kukuh, kita dapat memastikan tadbir urus yang baik, keseimbangan kuasa serta kedaulatan undang-undang yang mengatasi pemerintahan berasaskan individu. Timbalan Yang di-Pertua, Pantai Remis berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menerima juga Seksyen 7 dan 8. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya di jemput Yang Berhormat dari Kawasan Manong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan. Hutan adalah amanah Allah SWT kepada manusia yang perlu dipelihara sesuai dengan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Penjagaan dan pemeliharaan hutan bukan sekadar tuntutan undang-undang dan moral, tetapi jauh lebih dari itu Islam meletakkan ia sebagai satu tuntutan agama yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua secara keseluruhannya, Manong melihat pindaan Enakmen Akta Perhutanan ini sebagai satu usaha yang boleh meningkatkan keberkesanan pengurusan hutan Perak. Walau bagaimanapun, Manong ingin menarik perhatian Dewan dengan beberapa isu iaitu pertamanya, isu penggantian kawasan tanah yang telah dikeluarkan daripada Hutan Simpan Kekal (HSK). Perkara ini merujuk kepada Seksyen 8(1). Berdasarkan Laporan Tahunan 2023 dan 2024 Jabatan Perhutanan Perak, data menunjukkan pada tahun 2023 keluasan Hutan Simpan Kekal adalah seluas 988,703.63 hektar. Manakala data tahun 2024, keluasan Hutan Simpan Kekal adalah seluas 987,963.09 hektar. Perbandingan data 2023 dan 2024 menunjukkan pengurangan keluasan Hutan Simpan Kekal sebanyak 740.54 hektar. Pengurangan keluasan HSK ini mungkin dilihat kecil sedangkan data 2023 menunjukkan keluasan cadangan Hutan Simpan Kekal (HSK) sebanyak 1,761.44 hektar. Adakah cadangan-cadangan Hutan Simpan Kekal ini tidak dilaksanakan? Apa yang ingin saya bawa adalah jaminan penggantian kawasan atau tanah yang telah dikeluarkan dari Hutan Simpan Kekal. Apa jaminan yang kerajaan boleh beri supaya tidak berlaku pengurangan keluasan Hutan Simpan Kekal? Walaupun Perak tidak bercadang untuk menerima Seksyen 8 (1) dan (2), tetapi apakah mekanisme yang boleh atau yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan berlaku penggantian tanah atau kawasan yang telah dinyahwartakan?

Sehubungan dengan itu, Manong mencadangkan kepada kerajaan agar meneruskan proses pewartaan masuk HSK dan mewartakan segera kawasan cadangan Hutan Simpan Kekal (HSK) tahun 2024 yang menunjukkan data seluas 27,690.90 hektar. Proses pewartaan ini perlu dilakukan dengan segera. Isu seterusnya, berkaitan hutan tadahan air. Hutan ini dikhaskan secara khusus untuk melindungi bekalan air mentah. Ia merupakan kawasan hutan yang berfungsi, mengumpul, menyimpan dan menyalur air hujan ke sungai, tasik dan empangan. Hutan tadahan air bukan sekadar kawasan hijau tetapi juga merupakan aset kritikal negara. Jika dimusnahkan, kesannya termasuk krisis air, banjir dan kemerosotan kualiti hidup. Aktiviti manusia seperti pembalakan dan pengeluaran hasil hutan di kawasan hutan tadahan air perlu dikawal dengan syarat yang ketat. Kawalan terhadap buffer zone perlu dipertingkatkan. Buffer zone ialah lapisan perlindungan pertama kepada sumber air. Pencerobohan kawasan buffer zone mengundang pelbagai risiko kerosakan alam dan bencana. Tanpa kawalan yang ketat, kawasan tadahan air akan mudah tercemar dan akhirnya menjejaskan bekalan air mentah kepada manusia. Akhirnya saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana berjaya melakukan penebangan hutan lebih rendah daripada jumlah Catuan Tebangan Tahunan ataupun CTT. Tahniah juga kepada Kerajaan Negeri Perak di tangga kedua keluasan kawasan hutan selepas Pahang iaitu lebih 1 juta hektar ataupun 48.6 %. Dengan ini, Manong menyokong RUU Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2002 (Pemakaian) 2026. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, para pegawai kanan kerajaan dan wakil-wakil agensi, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 5 minit sahaja. Jadi, saya ingin menyinggung apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kamunting tadi tentang kebimbangan kepada kuasa yang diberikan kepada Kerajaan Negeri. Sememangnya kalau kita membaca Rang Undang-Undang ini dengan tidak menyedari bahawa sifat ataupun peruntukan itu kita berasa bimbang tetapi sebenarnya di sisi undang- undang apabila disebutkan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah The State Authority shall itu satu keperluan mandatori dan sesiapa juga yang berkepentingan yang ada locus standi boleh pergi ke mahkamah untuk memaksa Kerajaan Negeri itu compell dengan izin pihak Kerajaan Negeri untuk melakukan apa yang dipanggil sebagai siasatan awam. Jadi, prosedur ataupun SOP itu adalah sesuatu yang wajib yang tidak boleh diketepikan. Bagi saya, apa yang menjadi kebimbangan kepada pelaksanaan undang-undang ini ialah bahawa masyarakat ataupun khalayak ramai tidak begitu peduli dengan masalah ataupun isu alam sekitar ini. Itu yang pada saya menjadi kebimbangan dan ini telah pun kita lihat dalam pelbagai siasatan awam ataupun public inquiry yang dibuat oleh pihak berkuasa sama ada Persekutuan ataupun pihak Negeri dalam isu-isu yang berhubung dengan perkara yang membangkitkan kepentingan awam.

Bagi saya, apa yang lebih membimbangkan ataupun menarik perhatian Timbalan Yang di-Pertua itu ialah soal yang dipinda kepada Seksyen 86B di bawah Akta (A1667) ini yang pada saya boleh menimbulkan rasa takut dan bimbang di kalangan NGO terutamanya dan mereka yang kita panggil whistle blower dengan izin oleh kerana denda yang ditetapkan dan juga penjara yang disebutkan dalam pindaan ini begitu berat. Ya. Walaupun begitu, saya bersangka baik oleh kerana saya fikir dengan cadangan pindaan Perlembagaan yang akan dibuat di Parlimen dalam sesi akan datang untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, saya fikir kita boleh berasa selesa dengan pindaan ini yang kita harapkan akan dapat dilaksanakan dan digunakan dengan cara yang berhemah.

Oleh kerana saya rasa dan kita tahu bahawa isu-isu alam sekitar dan perhutanan ini adalah sesuatu isu yang banyak bergantung kepada setakat mana khalayak kita masyarakat kita komited dengan dengan isu yang berkenaan dan saya rasa itulah jaminan kita untuk mempastikan bahawa pindaan yang dibuat ini akan mencapai maksudnya dan satu lagi perkara yang saya ingin sebutkan ialah tentang pindaan ini dibuat boleh dikatakan hampir serta merta sebab kalau kita lihat kepada tawaran Pakatan Harapan dalam PRU-15, dia telah pun dilaksanakan maknanya pindaan telah pun dibuat. Kalau kita lihat tawaran nombor 22 dan 23 yang menyentuh soal banjir besar dan juga soal alam sekitar. Jadi bermakna ini telah pun dilaksanakan hampir serta merta selepas PRU yang lepas.

Jadi, kita mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Yang Berhormat Tambun dan saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan pembentangan yang panjang lebar tadi dan jelas daripada apa yang beliau kemukakan itu ialah bahawa hutan ini merupakan suatu warisan negeri yang perlu dipelihara dan untuk itu, saya mencadangkan supaya seperti Universiti Sultan Azlan Shah dapat mengadakan pengajian ataupun memberikan suatu kursus kepada mereka yang ingin mengambil ijazah sarjana ataupun kedoktoran tentang pentadbiran hutan dan sejarah kelestarian kita dan juga hal-hal sumber-sumber yang menjadi kebanggaan negara kita. Jadi Tebing Tinggi mohon mencadang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalahnya sekarang ialah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 bagi maksud meminta Enakmen Akta Perhutanan 1984 (Pemakaian) 1985 Enakmen Bil 3 tahun 1985 dibaca bagi kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Sekarang saya menempohkan Dewan selama satu jam bagi memberi peluang Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menyediakan teks penggulungan. Dewan akan bersambung semula pada pukul 4.51 petang. Dewan ditempohkan

[DEWAN DITEMPOHKAN SEKETIKA]

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Dewan bersidang semula. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membuat penggulungan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan tuan dan puan puan yang dihormati sekalian. Izinkan saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan memetik firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 30 yang bermaksud, dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Mereka bertanya adakah engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah sedangkan kami sentiasa bertasbih memujiMu dan mensucikanMu. Allah berfirman, sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. Dato’ Yang di-Pertua, ayat ini dengan jelas menegaskan bahawa manusia diangkat sebagai khalifah di bumi, dimuka bumi ini bukan untuk mengeksploitasi dengan sewenang-wenangnya, tetapi untuk memikul amanah, memelihara dan mempertahankan khazanah alam yang telah diamanahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Dalam hubungan ini, segala sumber hutan, biodiversiti dan kekayaan semula jadi bukan semata-mata menjadi aset ekonomi tetapi warisan yang wajib kita lindungi dengan penuh tanggungjawab agar tidak musnah ditangan generasi hari ini dan terus terpelihara untuk generasi yang akan datang. Maka saya merakamkan penghargaan atas sesi perbahasan Rang Undang-Undang Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026 ini yang berlangsung secara konstruktif dan terbuka berteraskan keikhlasan kita bersama untuk memelihara khazanah hutan negeri, memperkukuh tadbir urus sumber asli serta memastikan pembangunan tidak mengkhianati amanah kita sebagai khalifah di bumi ini.

Seramai enam orang wakil rakyat telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang melibatkan kedua-dua pihak dari blok kerajaan dan pembangkang iaitu Yang Berhormat Pengkalan Baharu, Yang Berhormat Kamunting, Pantai Remis, Changkat Jong, Manong dan juga Yang Berhormat Tebing Tinggi. Syukur alhamdulillah, walaupun tempoh perbahasan yang begitu singkat, kesemua pembahas secara umumnya berjaya mengupas rang undang-undang ini dari pelbagai perspektif dengan dipandu hasrat secara kolektif untuk melihat pengurusan hutan negeri diperkasakan, kelestarian alam sekitar terus terjamin serta khazanah semula jadi dipelihara secara bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan generasi akan datang. Begitu juga lontaran pandangan dan pencerahan dengan menghuraikan hujah dari perspektif perundangan sedia ada serta penyelesaian terhadap isu-isu yang berkaitan pengurusan hutan termasuk perlindungan kawasan tadahan air negeri. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya menekuni beberapa tajuk perbahasan yang membangkitkan isu-isu bersifat teknikal khususnya berkaitan bagaimana pindaan ini mempertahankan prinsip ketelusan dan akauntabiliti serta memastikan setiap keputusan dalam pengurusan hutan tidak dibuat secara sewenang-wenangnya, sebaliknya berlandaskan proses data dan kerangka tadbir urus yang jelas.

Antara perkara yang paling banyak disentuh dalam sesi perbahasan tadi ialah berkenaan pengecualian Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 24(A) dan Seksyen (B)(i) serta Seksyen 60(D) yang dikupas dengan baik oleh Yang Berhormat Kamunting, Yang Berhormat Pantai Remis dan juga Tebing Tinggi. Wujud kebimbangan pengecualian ini akan menjejaskan aspek ketelusan, semak dan imbang dalam proses membuat keputusan khususnya berkaitan pewartaan keluar hutan simpan kekal serta pengurusan sumber hutan negeri. Perlu juga ditegaskan bahawa pengecualian seksyen berkenaan adalah selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 74, Perlembagaan Persekutuan serta Jadual Kesembilan, Senarai Kedua iaitu senarai negeri yang memperuntukkan bahawa segala hal ehwal berkaitan pentadbiran tanah adalah terletak di bawah bidang kuasa eksekutif Kerajaan Negeri. Namun begitu, ingin saya tekankan bahawa pengecualian ini tidak bermaksud Kerajaan Negeri mengetepikan prinsip ketelusan sebaliknya dibuat berdasarkan pertimbangan perundangan, kecekapan pentadbiran serta kekukuhan mekanisme sedia ada yang telah terbukti berfungsi dengan baik.

Dalam konteks ini, keputusan berkaitan penentuan gunatanah termasuk pewartaan keluar Hutan Simpan Kekal adalah dirangka secara komprehensif berdasarkan dokumen perancangan utama negeri seperti rancangan struktur negeri dan rancangan tempatan daerah yang telah pun wujud proses siasatan awam. Ia mengambil kira keseimbangan antara keperluan pembangunan, pemeliharaan alam sekitar serta kepentingan sosio ekonomi negeri. Kerajaan Negeri juga tidak berhasrat untuk melibatkan pihak ketiga atau pihak luar dalam proses membuat keputusan tersebut. Bagi memastikan autoriti dan kedaulatan negeri dalam hal ehwal tanah tidak terjejas. Pendekatan ini turut bertujuan mengelakkan pertindihan tafsiran, campur tangan luar serta sebarang gangguan terhadap kelancaran proses pentadbiran. Selain itu, pengecualian pelaksanaan kaedah penyiasatan awam ini adalah bagi memastikan proses pentadbiran kekal cekap, tersusun dan tidak menjejaskan kesinambungan dasar guna tanah negeri. Kerajaan Negeri berpendirian bahawa setiap keputusan berkaitan pewartaan, perubahan status tanah dan pengurusan Hutan Simpan Kekal perlu dilaksanakan melalui saluran pentadbiran yang sah, jelas dan berlandaskan kerangka perundangan sedia ada.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri sentiasa menekankan prinsip pembangunan mampan, sustainable development yang menyeimbangkan keperluan pembangunan ekonomi, pemeliharaan alam sekitar serta kesejahteraan rakyat. Oleh itu, setiap pertimbangan berkaitan perubahan status Hutan Simpanan Kekal dibuat secara teliti dengan mengambil kira impak jangka panjang terhadap ekosistem hutan, biodiversiti serta potensi hasil negeri. Kerajaan Negeri turut berpandangan bahawa mekanisme sedia ada dalam struktur pentadbiran tanah dan perhutanan adalah mencukupi serta berkesan dalam memastikan setiap keputusan dibuat secara berintegriti berasaskan data dan selaras dengan dasar pembangunan negeri. Justeru, tiada keperluan untuk memperkenalkan mekanisme tambahan yang boleh melambatkan proses keputusan atau menimbulkan ketidakselarasan pelaksanaan dasar.

Berdasarkan kedudukan tersebut, pelaksanaan kaedah penyiasatan awam dalam konteks pewartaan keluar HSK, Hutan Simpanan Kekal dilihat tidak memberi nilai tambah yang signifikan, malah berpotensi memperlahankan proses membuat keputusan serta mewujudkan pertindihan prosedur dengan mekanisme sedia ada. Keadaan ini boleh menjejaskan kecekapan pentadbiran serta kelancaran pelaksanaan dasar guna tanah negeri yang telah dirancang secara bersepadu. Kerajaan Negeri Perak menegaskan bahawa setiap keputusan berkaitan perubahan status Hutan Simpanan Kekal tidak dibuat secara sewenang-wenangnya. Sebaliknya mengambil kira pelbagai faktor termasuk kepentingan alam sekitar, keperluan pembangunan strategik, keseimbangan ekosistem serta kepentingan sosio ekonomi rakyat. Pendekatan ini memastikan setiap keputusan adalah holistik berasaskan data serta selaras dengan prinsip pembangunan mampan. Secara keseluruhannya, pendirian Kerajaan Negeri untuk tidak melaksanakan kaedah penyiasatan awam bagi tujuan pewartaan keluar HSK pada masa ini adalah berdasarkan pertimbangan perundangan, kecekapan pentadbiran serta kekukuhan sistem tadbir urus sedia ada. Ia juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Perak dalam memastikan pengurusan hutan simpanan kekal dilaksanakan secara berintegriti, teratur dan berpaksikan kepentingan negeri secara menyeluruh.

Kerajaan Negeri Perak mengambil maklum ke atas cadangan-cadangan penambahbaikan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kamunting tadi. Untuk makluman juga, Kerajaan Negeri Perak beriltizam mengekalkan pengiktirafan antarabangsa melalui Malaysia Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management di bawah Malaysian Timber Certification Scheme yang sedang berkuatkuasa sejak 24 April 2024 hingga 31 Mei 2029. Setiap tahun penilaian oleh Badan Penilaian Bebas Pensijilan Pengurusan Hutan yang dilantik akan melaksanakan pengauditan di kawasan Hutan Simpanan Kekal bagi memastikan keterjaminan pengiktirafan dan pematuhan ke atas kehendak piawaian antarabangsa yang ditetapkan. Untuk makluman, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menerbitkan Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Perak selari dengan kewajiban Pengarah Perhutanan Negeri Perak di bawah Seksyen 4 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985. Laporan tahunan ini turut melaporkan maklumat mengenai sumber hutan di Negeri Perak.

Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri menghargai keprihatinan Ahli Yang Berhormat Pengkalan Baharu dan Changkat Jong berhubung aspek keberkesanan penguatkuasaan dan pemantauan di lapangan. Untuk maklumat Yang Berhormat, dalam usaha memperkukuh pencegahan kesalahan hutan, pendekatan pemantauan di bawah Hutan Simpanan Kekal turut dipertingkatkan khususnya di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan panas atau hotspot. Kaedah pemantauan yang dilaksanakan merangkumi rondaan dan pemeriksaan di lapangan. Pemantauan udara menggunakan helikopter serta penggunaan teknologi penderiaan jauh, remote sensing melalui war room bagi tujuan pengesanan awal dan pemantauan berterusan. Selain itu, penggunaan pesawat udara tanpa pemandu atau dron turut dipergiatkan bagi meningkatkan liputan pemantauan khususnya di kawasan yang sukar diakses. Di samping itu, kolaborasi strategik bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain terus diperkukuh melalui perkongsian maklumat, pelaksanaan operasi bersepadu dan penyelarasan tindakan di lapangan. Pendekatan ini amat penting bagi memastikan aktiviti kesalahan hutan, khususnya di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Negeri Perak dapat dibanteras secara lebih menyeluruh tersusun lagi berkesan. Akta A1667 memperuntukkan seksyen baru iaitu Seksyen 3A yang memberi kuasa kepada Pegawai Perhutanan Persekutuan untuk membantu pegawai di peringkat negeri dalam pelaksanaan penyiasatan dan penguatkuasaan di lapangan termasuk kepada kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Negeri.

Peruntukan ini memperkukuh penyelarasan serta kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri secara lebih efektif dan menyeluruh. Khususnya dalam meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan, mempercepatkan siasatan kes pencerobohan hutan serta mempertingkat keupayaan pemantauan dan kawalan aktiviti berkaitan hasil hutan. Pindaan melalui Akta A1667 adalah pengukuhan penguatkuasaan undang-undang, peningkatan kadar denda dan hukuman, penambahbaikan pengurusan lesen dan permit, pengenalan kesalahan baharu serta pemantapan aspek pentadbiran dan kewangan. Kadar denda maksimum telah dinaikkan sehingga RM5 juta dan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Sebagai langkah tegas membanteras kesalahan hutan. Selain itu, pemakaian pindaan ini turut memperluas kuasa Pegawai Perhutanan termasuk kuasa menangkap, menggeledah, menyita dan menjalankan sekatan jalan raya di samping memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam aspek penguatkuasaan.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manong membangkitkan persoalan mengenai jaminan penggantian Hutan Simpan Kekal yang akan terus dipatuhi susulan pindaan ini. Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, Seksyen 8 adalah berkaitan penggantian serentak kawasan Hutan Simpanan Kekal yang telah diwartakan keluar. Pelaksanaan penggantian serentak di kawasan Hutan Simpanan kekal secara mutlak adalah kurang praktikal dalam konteks semasa pengurusan sumber tanah dan hutan negeri ini. Ini adalah disebabkan oleh kekangan ketara dari aspek ketersediaan tanah milik Kerajaan Negeri yang benar-benar sesuai untuk dijadikan kawasan gantian Hutan Simpanan Kekal khususnya dari segi keluasan, lokasi dan status guna tanah memandangkan keutamaan perancangan pembangunan negeri turut perlu diambil kira. Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih berterusan dan berjaya mengekalkan keluasan keseluruhan Hutan Simpanan Kekal Negeri Perak seluas 988,723.93 hektar yang merangkumi 97.4% daripada keseluruhan kawasan berhutan di negeri ini. Dari tahun 2023 sehingga 2025, Kerajaan Negeri telah menunjukkan komitmen berterusan dalam usaha memperkukuh agenda pemeliharaan dan pemuliharaan hutan melalui pewartaan tambahan Hutan Simpanan Kekal baharu seluas 6,139.59 hektar yang melibatkan 5,486.41 hektar Hutan Darat dan 653.18 hektar Hutan Paya Laut. Usaha mewartakan cadangan Hutan Simpanan Kekal akan diteruskan dari masa ke semasa.

Selain itu, pelaksanaan mekanisme ini tidak semestinya menjamin kesetaraan nilai ekologi antara kawasan Hutan Simpanan Kekal yang diwartakan keluar. Dengan kawasan gantian, kemungkinan terdapatnya risiko fragmentasi habitat. Gangguan kesinambungan ekosistem serta perbezaan tahap kematangan hutan yang memerlukan tempoh pemulihan yang panjang. Ini akan melibatkan keperluan peruntukan yang lebih tinggi bagi tujuan pemulihan kawasan hutan sekaligus boleh menjejaskan fungsi sebenar Hutan Simpanan kekal sebagai kawasan konservasi yang berkesan. Sehubungan itu, dalam usaha mengekalkan keluasan Hutan Simpanan Kekal sedia ada serta memastikan prinsip kelestarian alam sekitar terus dipelihara. Mengenai isu perlindungan kawasan tadahan air seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manong, sukacita dimaklumkan bahawa daripada keluasan Hutan Simpanan Kekal, seluas 988,723.93 hektar yang mana sebanyak 50.09% ataupun 495,273.33 hektar adalah merupakan kawasan Hutan Perlindungan yang mana tiada sebarang kelulusan diberikan bagi kerja-kerja pengusaha hasilan di kawasan hutan di bawah hutan perlindungan. Dalam pengelasan Hutan Tadahan Air sebagaimana Seksyen 10 Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985. Manakala sebanyak 49.91% dengan keluasan 493,450.6 hektar merupakan di bawah kelas fungsi hutan pengeluaran kayu di bawah perolehan berkekalan yang mana merupakan kawasan hutan yang dilaksanakan pembalakan.

Bagi Hutan Perlindungan tersebut, seluas 294,500 hektar telah dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air, seluas 190,162.82 hektar sebagai Hutan Perlindungan Tanah, seluas 3,216 hektar sebagai Hutan Tebus Guna Tanah, seluas 19,117.36 hektar sebagai Hutan Perlindungan Hidupan Liar, seluas 6,525.18 hektar sebagai Hutan Simpanan Hutan Dara, seluas 3,151.1 hektar sebagai Hutan Lipur, seluas 50 hektar sebagai Hutan Pelajaran, seluas 1,797 hektar sebagai Hutan Penyelidikan, seluas 50 hektar sebagai Hutan Maksud Persekutuan dan seluas 117,500 hektar sebagai Hutan Taman Negeri di Hutan Simpan Belum. Untuk makluman juga, amalan pengurusan hutan secara lestari diamalkan di Negeri Perak di mana penguatkuasaan dalam pemeliharaan hutan terutama melibatkan zon penampan sangat dititikberatkan selari dengan Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bilangan 5 Tahun 2014. Kerajaan Negeri juga menyambut baik cadangan Yang Berhormat Tebing Tinggi supaya memperluaskan bidang pendidikan perhutanan ke Universiti Sultan Azlan Shah. Ini secara tidak langsung akan memberi galakan dan kesedaran tentang perhutanan kepada golongan belia.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Pemakaian) 2026 ini. Penghargaan yang sama juga saya tujukan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dengan pandangan, cadangan dan teguran yang membina. Inilah keindahan musyawarah yang sebenar apabila perbezaan pandangan dizahirkan dengan tertib dan hikmah lalu dihimpunkan menjadi kekuatan bersama dalam memperkukuh dasar serta tadbir urus negeri. Saya yakin melalui perbahasan yang matang seperti ini, usaha kita dalam memelihara khazanah hutan, memperkukuh pengurusan sumber asli serta memastikan keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian alam akan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berintegriti dan berimpak tinggi demi kesejahteraan negeri dan generasi akan datang. Insha Allah. Yang Berhormat Dato' Seri Yang Di-Pertua, demikianlah ucapan penggulungan saya. Wabillahi Taufiq Walhidayah wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 bagi maksud meminda Enakmen Akta Perhutanan 1984 (Pemakaian) 1985 atau Enakmen Bilangan 3 tahun 1985 telah dibaca bagi kali yang kedua. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju. (SETUJU) dan yang tidak bersetuju, sila bersara tidak. Lebih suara setuju, maka usul itu dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Seri Yang Di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 bagi maksud meminda Enakmen Akta Perhutanan 1984 (Pemakaian) 1985 Enakmen Bilangan 3 tahun 1985 diserahkan kepada Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri untuk menimbang Rang Undang-Undang itu dari sefasal ke sefasal.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Dato Seri Yang di-Pertua, Pengkalan Baharu menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Dewan bertukar diri menjadi sebuah Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri untuk menimbang Rang Undang-Undang itu dari sefasal ke sefasal.

[DEWAN BERTUKAR MENJADI JAWATANKUASA]

Setiausaha

Fasal 1 dan Fasal 2.

Pengerusi

Masalahnya bahawa Fasal 1 dan Fasal 2 di perintah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada dipersilakan. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju, (SETUJU) dan yang yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Pengerusi-Pengerusi saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 iaitu Akta A1667 bagi maksud meminda Enakmen Akta Perhutanan 1984 (Pemakaian) 1985 iaitu Enakmen Bilangan 3 tahun 1985 yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta merta.

Pengerusi

Ada sokongan?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Dato’ Seri Pengerusi, Pengkalan Baharu menyokong.

Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara dalam kurungan pindaan 2022 Akta A1667 bagi maksud meminda Enakmen Akta Perhutanan 1984 (Pemakaian) 1985 Enakmen Bilangan 3 Tahun 1985 yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju. (SETUJU) dan yang tidak bersetuju sila bersara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.

[DEWAN BERSIDANG SEMULA]

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara. Dalam kurungan pindaan 2022 iaitu Akta A 1667 bagi maksud meminda Enakmen Akta Perhutanan 1984 (Pemakaian) 1985 iaitu Enakmen Bilangan 3 Tahun 1985 telah pun dipertimbangkan dari sefasal ke sefasal dalam Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Dato' Seri Yang di-Pertua, Pengkalan Baharu menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekarang saya mengemukakan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 bagi maksud meminda Enakmen Akta Perhutanan 1984 (Pemakaian) 1985 Enakmen Bilangan 3 Tahun 1985 dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju (SETUJU) Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Setiausaha.

Setiausaha

Suatu enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 iaitu Akta A 1667 bagi maksud meminda Enakmen Akta Perhutanan 1984 (Pemakaian) 1985 iaitu Enakmen Bilangan 3 Tahun 1985 dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Perkara yang keenam. Usul cadangan pindaan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan usul.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Negeri bertarikh 1 April 2026 iaitu berkaitan Cadangan Pindaan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Berdasarkan kepada Perkara 44 (1), Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan Perintah Tetap 75(2) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi iaitu cadangan untuk meminda Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan menambah satu peruntukan baharu baru bersama tiga pindaan bagi kedua-dua teks Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Perkara baharu tersebut merujuk kepada Perintah Tetap 77 A dan pindaan kepada Perintah Tetap 78, 79 dan 80. Oleh itu, saya mencadangkan agar usul ini diterima. Terima kasih Dato Seri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Dato' Seri Yang di-Pertua Bota menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji dan telah mendapat sokongan. Berdasarkan kepada Perkara 44(1) Bahagian 1, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan Perintah Tetap 75(2) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berbunyi seperti berikut. Cadangan untuk meminda Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan menambah satu peruntukan baru bersama 3 pindaan bagi kedua-dua teks bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Perkara baru tersebut merujuk kepada Perintah Tetap 77A dan pindaan kepada Perintah Tetap 78, 79 dan 80 diterima dan diluluskan serta berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Dewan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada dewan untuk diundi. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Setiausaha.

Tujuh usul melantik ahli Jawatankuasa PemilihMotion

Setiausaha

Perkara yang ke tujuh usul melantik ahli Jawatankuasa Pemilih.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Lintang untuk mengemukakan usul.

Assalamualaikum Warahmatullahi taala Wabarakatuh. Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Negeri bertarikh 1 April 2026 iaitu berdasarkan Perkara 44(1) Bahagian (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan iaitu cadangan Keanggotaan Jawatankuasa Pemilih Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang akan dilantik oleh Dewan Negeri adalah seperti berikut.

Yang pertama Yang di-Pertua selaku Pengerusi. Yang kedua Timbalan Yang di-Pertua selaku Timbalan Pengerusi. Yang ketiga, Yang Berhormat Dato' Mohd Zolkafly bin Harun ahli, Ahli Dewan Negeri Lintang. Yang Keempat, Yang Berhormat Dato' Sivanesan A/L Achalingam, Ahli Dewan Negeri Sungkai sebagai ahli. Yang Berhormat Encik Ong Boon Piow, Ahli Dewan Negeri Bercham sebagai ahli. Yang Berhormat Tuan Haji Razman bin Zakaria, Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol sebagai ahli. Yang Berhormat Encik Mohd Akmal bin Kamarudin, Ahli Dewan Negeri Selama sebagai ahli. Yang kelapan Yang Berhormat Encik Nadziruddin Bin Mohamed Bandi, Ahli Dewan Negeri Changkat Jong sebagai ahli.

Dato Seri Yang di-Pertua, jawatankuasa ini berperanan untuk mewujudkan dan meluluskan terma rujukan, tugas dan tanggungjawab serta memilih ahli-ahli Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas. Dato Seri Yang di-Pertua, semua ahli yang dicadangkan adalah difikirkan layak dan sesuai untuk menjadi ahli-ahli jawatankuasa tersebut. Dengan demikian, saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya dewan melantik ahli-ahli jawatankuasa pemilih seperti yang dicadangkan.

YANG DI-PERTUA Ada sokongan?

Dato' Seri Yang di-Pertua Sungai Rapat menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Lintang dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan sekiranya ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Lintang yang berbunyi iaitu cadangan keanggotaan Jawatankuasa Pemilih Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang akan dilantik oleh Dewan Negeri adalah seperti berikut.

Yang di-Pertua, Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi. Tiga, Yang Berhormat Dato' Mohd Zolkafly bin Harun ahli Dewan Negeri Lintang, ahli. Yang Berhormat Dato' Sivanesan A/L Achalingam, Ahli Dewan Negara Sungkai, ahli. Yang Berhormat Encik Ong Boon Piow, Ahli Dewan Negeri Bercham, ahli. Yang Berhormat Tuan Haji Razman bin Zakaria, Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol, ahli. Yang Berhormat Encik Mohd Akmal bin Kamarudin Ahli Dewan Negeri Selama, ahli. Yang Berhormat Encik Nazifuddin bin Mohd Bandi Ahli Dewan Negeri Changkat Jong, ahli. Tiada perbahasan dan Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju (setuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul ini dipersetujui. Setiausaha.

Usul cadangan mewujudkan empat Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negeri Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Perkara yang kelapan usul cadangan mewujudkan empat Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Temengor untuk mengemukakan usul.

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Negeri bertarikh 1 April 2026 iaitu berdasarkan Perintah Tetap 78. Sebuah jawatankuasa pilihan yang lain daripada Jawatankuasa Penggalan akan dikenali dengan Jawatankuasa Pilihan Khas. Jawatankuasa ini hendaklah dilantik dengan perintah Dewan Negeri dan jawatankuasa ini hendaklah mengandungi ahli yang dilantik oleh Dewan Negeri. Saya dengan ini mengemukakan usul bagi mewujudkan empat jawatankuasa pilihan khas seperti berikut.

Pertama - Jawatankuasa Pilihan Khas Masyarakat Menua. Kedua - Jawatankuasa Pilihan Khas Miskin Bandar. Ketiga - Jawatankuasa Pilihan Khas Bandar Pintar. Keempat - Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Makanan.

Keahlian dan terma rujukan keempat-empat Jawatankuasa Pilihan Khas ini akan dibentangkan melalui satu Penyata Jawatankuasa Pemilih kepada Dewan Negeri. Dengan demikian, saya mohon izin mencadangkan supaya Dewan memberi kelulusan untuk mewujudkan keempat-empat Jawatankuasa Pilihan Khas ini. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dato’ Seri Yang di-Pertua, Teja menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Temengor dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan sekiranya ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Temengor yang berbunyi berdasarkan Perintah Tetap 78 sebuah jawatankuasa pilihan yang lain daripada Jawatankuasa Penggalan akan dikenali dengan Jawatankuasa Pilihan Khas. Jawatankuasa ini hendaklah dilantik dengan perintah Dewan Negeri dan jawatankuasa ini hendaklah mengandungi ahli yang dilantik oleh Dewan Negeri. Dengan ini mengemukakan usul bagi mewujudkan empat Jawatankuasa Pilihan Khas seperti berikut.

Pertama - Jawatankuasa Pilihan Khas Masyarakat Menua. Kedua - Jawatankuasa Pilihan Khas Miskin Bandar. Ketiga - Jawatankuasa Pilihan Khas Bandar Pintar dan Keempat - Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Makanan.

Tiada perbahasan dan Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju (SETUJU) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul ini dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Lintang menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.