Perak · 8 September 2026

15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 164 turns · 19,498 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan, pada hari Selasa, 8 September 2026 jam 9.04 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara pertama sebelum kita memulakan urusan, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah bagi pihak Dewan Negeri kepada Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Pengkalan Baharu yang telah dikurniakan pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Perkara yang kedua, suka saya mengingatkan bahawa terdapat kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod tersebut dan menyemak Aturan Urusan Mesyuarat berserta senarai gilliran soalan-soalan lisan. Ahli Yang Berhormat serta wakil jabatan juga dikehendaki untuk mendaftar keahlian dengan mengimbas kod QR yang sama. Seperti kelazimannya, persidangan kita pada hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini akan dijawab secara bertulis melalui sistem E-Dewan dan juga seperti lazimnya kadang-kadang ada soalan-soalan yang agak popular dan ia memerlukan perhatian yang lebih teliti dan yang lebih mungkin dengan izin Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau Ahli Exco yang berkenaan kita boleh tambah soalan lisan dua atau tambahan lagi.

Perkara yang ketiga, berkaitan dengan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Akhir sekali, untuk makluman semua yang berada di dalam Dewan Negeri, terdapat tiga agensi yang membuka reruai bagi persidangan kali ini terdiri daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Zakat Perak dan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.). Sekian terima kasih.

Membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

Setiausaha

Perkara yang ketiga membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari bilangan 04/2026 hingga 22/2026 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 26 Ogos 2026.

Bil. 4/2026 - Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Ipoh Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 5/2026 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Taiping Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 6/2026 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Manjung Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 7/2026 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Teluk Intan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 8/2026 - Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 9/2026 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Batu Gajah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 10/2026 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Kerian Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 11/2026 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Kampar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 12/2026 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Tanjong Malim Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 13/2026 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Perak Tengah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 14/2026 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Gerik Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 15/2026 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Tapah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 16/2026 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Lenggong Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 17/2026 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 18/2026 - Penyata Kewangan Majlis Daerah Selama Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

Bil. 19/2026 - Laporan Tahunan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi Tahun 2024

Bil. 20/2026 - Penyata Jawatankuasa Pemilih

Bil. 21/2026 - Laporan Tahunan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Bil. 22/2026 - Laporan Tahunan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 . Setiausaha.

Soalan-soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang keempat. Soalan-soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam 30 minit. 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja tertakluk kepada sepertimana yang saya nyatakan tadi dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk mengemukakan nombor soalan.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Selamat Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Soalan Buntong, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Buntong bertanyakan soalan yang berkaitan dengan Pembangunan Ipoh Central dan juga impak langsung kepada kawasan Dewan Undangan Negeri Buntong.

Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Pembangunan Ipoh Central merupakan projek pembangunan bercampur terbesar bernilai RM6.2 billion di Pusat Bandar Ipoh bakal menyuntik impak positif secara langsung kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Buntong, memandangkan lokasinya yang bersempadan dengan

Pusat Bandar Ipoh. Pelaksanaan Projek Ipoh Central dimulakan dengan pembinaan taman landskap pada awal tahun 2026, diikuti pembinaan masjid yang bermula pada penghujung tahun 2026 selama tempoh 2 tahun. Seterusnya, perancangan terminal bersepadu dan pusat membeli-belah dijadualkan bermula pada tahun 2027 dengan tempoh pelaksanaan selama 5 hingga 6 tahun. Manakala fasa pembangunan kediaman disasarkan bermula pada tahun 2028. Secara keseluruhannya, pembangunan fasa-fasa seterusnya bagi projek ini akan dilanjutkan secara fleksibel dalam tempoh horizon 20 tahun mengikut keadaan pasaran. Limpahan kemajuan ini bakal dinikmati secara menyeluruh merentasi dimensi ekonomi, mobiliti, kualiti hidup dan sektor pelancongan di Daerah Kinta. Dari segi dimensi ekonomi dan pekerjaan, projek ini diunjurkan mampu menjana antara 8,000 hingga 9,000 peluang pekerjaan semasa fasa pembinaan serta melebihi 10,000 peluang pekerjaan setelah siap sepenuhnya dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, perkhidmatan, logistik dan perdagangan.

Perkembangan ini secara tidak langsung meransang aktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan di Buntong, merangkumi perniagaan runcit, kulinari dan pengangkutan di samping berupaya meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitar. Bagi dimensi mobiliti dan kebolehcapaian, pembinaan hub transit bersepadu ini menyatukan khidmat ETS, komuter utara, bas, teksi dan e-hailing di bawah 1 bumbung. Kemudahan ini membolehkan rakyat menikmati sambungan terus ke pusat ekonomi utama seperti Kuala Lumpur, KL Central dan Penang Central dengan lebih cekap dan mampan.

Dari segi dimensi sosial dan kualiti hidup, projek yang selaras dengan Ipoh Smart City Master Plan 2030 ini menawarkan pelbagai kemudahan komuniti, ruang pejabat, perniagaan dan pangsapuri servis. Persekitaran komuniti turut diperkasakan menerusi penyediaan kawasan hijau terbuka, laluan pejalan kaki untuk gaya hidup sihat serta pembinaan ruang interaksi sosio-budaya pada fasa pertama pembangunan. Seterusnya dari aspek pelancongan dan perkhidmatan. Peningkatan ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa ke Ipoh Central akan membawa limpahan ekonomi terus ke Buntong dan Negeri Perak amnya. Kemasukan pelancong ini dijangka merancakkan lagi sektor perhotelan tempatan, industri kulinari warisan serta pasaran produk ikonik tempatan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Buntong?

Terima kasih Dato' Seri. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Adakah Projek Ipoh Central akan melibatkan pengambilan tanah individu menyebabkan pemilik hartanah terpaksa berpindah? Ini adalah soalan tambahan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Buntong. Untuk makluman semua, setakat ini Projek Ipoh Central tidak melibatkan pengambilan tanah mana-mana individu. Pelaksanaan semasa projek adalah melibatkan tanah yang telah diluluskan kepada RAC (Railway Asset Corporation) bagi tujuan pemajuan tersebut. Setakat ini, PTG belum menerima apa-apa maksud pengambilan tanah yang melibatkan Pembangunan Ipoh Central. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ok, dengan ini saya menjemput, tak ada soalan tambahan lain. Saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kepayang untuk mengemukakan nombor soalan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHKepayang

Salam Tuan Yang di-Pertua.

Merdeka kita aman berseri, Jalur Gemilang megah menyeri, Tuan Yang di-Pertua segak berdiri, Soalan Kepayang dekat di hati.

Yang di-Pertua

Exco.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Kepayang, berdasarkan kepada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM, ketibaan pelancong domestik yang bermalam di Negeri Perak meningkat kepada 10.4 juta pada 2025 berbanding 10.2 juta pada 2024 manakala jumlah pelancong antarabangsa pula seramai 944,578 orang. Secara amnya, usaha Kerajaan Negeri terbahagi kepada, nombor 1, mengenalpasti produk-produk yang telah melalui cubaan masa. Usaha untuk upgrade dan upskill, dengan izin produk-produk tersebut dilakukan secara berterusan. Kerajaan Negeri akan mempunyai peruntukan dalam Belanjawan Negeri untuk usaha tersebut setiap tahun seperti peruntukan untuk papan tanda dan juga tunjuk arah serta naik taraf infrastruktur. Pada masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Exco Pelancongan dan juga Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan juga Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atau MOTAC untuk mendapatkan pelbagai peruntukan seperti projek pemulihan, pemeliharaan, ubahsuai dan menaiktaraf (PPUN) untuk produk fizikal dan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) serta Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) untuk menyokong pembangunan dan penganjuran produk berasaskan acara.

Tourism Perak pula sebagai agensi pemasaran pelancongan Perak giat melakukan pelbagai acara serta program latihan untuk pemain industri termasuk libaturus pemain industri, latihan pemasaran digital, acara promosi dalam dan luar negeri, Familiarization Trip atau FAM Trip dan sebagainya. Nombor dua, merancang merealisasi serta mempromosikan produk-produk baru sama ada fizikal atau acara untuk masa hadapan. Sebagai contoh, beberapa acara yang telah dianjurkan untuk proof of concept tahun ini dan mendapat sambutan hangat adalah seperti Pesta Panjut di Kuala Kangsar, Tahun Baru Cina di Riverfront, Pre-Raya di Riverfront. Julung kalinya diadakan juga MATTA Connect yang membawa lebih 200 wakil syarikat daripada 27 negara di Ipoh dan juga Pesta Kopi di Riverfront yang akan diadakan bersama Astro pada 10 hingga 13 haribulan di Riverfront.

Selain itu, Kerajaan Negeri sentiasa bekerja sebagai satu pasukan juga menganjurkan pelbagai aktiviti iaitu sebagai contoh, pesta makanan sempena kemerdekaan yang baru-baru ini dianjurkan oleh Pejabat YB Exco Hal Ehwal Pengguna di PALO dan juga Bazar Ramadhan yang telah diadakan di Bulatan Amanjaya anjuran PKNP. Untuk acara-acara yang telah terbukti mempunyai sambutan hangat seperti di atas, pihak Kerajaan Negeri akan mengekalkannya dan juga upgrade dan upskill dengan izin untuk tahun hadapan. Kerajaan Negeri tidak akan berhenti dengan pencapaian-pencapaian hari ini dan masa lampau, malah Kerajaan Negeri masih dan sedang melakukan perancangan untuk masa hadapan.

Sebagai contoh, Kerajaan Negeri akan giat mempromosikan Taiping di Daerah Larut, Matang dan Selama sebagai pusat aktiviti sukan udara. Kuala Kangsar pula akan di utarakan sebagai Bandar Warisan DiRaja Budaya di mana ia mempunyai pemusatan pelbagai aktiviti warisan. Lenggong pula yang baru-baru ini mempunyai pengiktirafan UNESCO Global Geopark akan digandakan usahanya. Taman Negeri Royal Belum pula bakal mendapat pengiktirafan resort hijau atau sustainable bertaraf dunia. Tidak ketinggalan juga Kapal KD Hang Tuah yang bakal dibangunkan sebagai sebuah muzium oleh MB Inc. di Lumut. Kerajaan Negeri sentiasa melakukan SWOT analysys untuk mengenal pasti peluang dan kekuatan serta melihat ke dalam ancaman dan kelemahan yang ada. Sebagai contoh, usaha bersama pelbagai pihak telah berjaya menambah bilangan pembangunan penginapan hotel yang dilihat bakal membolehkan penambahan bilangan statistik penginapan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Perak memerlukan connectibility atau infrastruktur perhubungan yang lebih baik sekiranya ingin memperkembangkan ekonomi pelancongannya dan juga industri pelaburan mahupun komersial. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Kepayang.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHKepayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua sebelum saya kemukakan soalan tambahan saya, semua pihak dapat perhatikan di mana masalah jerebu pagi ini di kawasan Ipoh serius. Sebab itu saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri sekiranya mampu, susunkan langkah segera bersama NADMA melakukan pembenihan awan supaya menjaga kesejahteraan dan juga kesihatan rakyat di kawasan Bandaraya Ipoh.

Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah pun membuat keputusan supaya Tahun Melawat Malaysia 2026 dilanjutkan ke 2027. Memandangkan industri pelancongan kini merupakan sumber pendapatan kedua terbesar negara kita dan juga dianggap sebagai mesra alam. Adakah Kerajaan Negeri sanggup menubuhkan satu dana khas pembangunan industri pelancongan untuk menyelenggara kemudahan awam kawasan pelancongan serta membina keupayaan pemain industri Negeri Perak supaya kita dapat menjaga kedudukan Negeri Perak sebagai negeri paling popular pada Tahun Melawat Perak tahun 2025, Perak berjaya. Syabas, tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana Perak berjaya muncul sebagai negeri paling popular didatangi dengan paling ramai pelancong di seluruh negara.

Yang kedua, kepelbagaian budaya merupakan kekuatan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mengoptimumkan kelebihan ini untuk membangunkan industri pelancongan Negeri Perak selaras dengan slogan Malaysia Truly Asia. Ini termasuk juga pembangunan ekonomi jingga supaya industri pelancongan dalam Negeri Perak kekal berdaya saing. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Exco.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepayang. Jadi cadangan Yang Berhormat Kepayang untuk mengadakan dana khas pelancongan merupakan satu idea yang sangat baik dan saya akan bawa kepada pentadbiran negeri dan pertimbangan sewajarnya akan dilakukan dan juga untuk maklumat Yang Berhormat Kepayang mengenai kepelbagaian iaitu Malaysia Truly Asia. Selama ini, Kerajaan Negeri Perak dan juga Kerajaan Persekutuan memang memasarkan pasaran-pasaran kami dan juga produk-produk kami selaras dengan slogan Malaysia Truly Asia dan juga iaitu kami memasarkan produk-produk kami yang dilihat mampu dipasarkan sama ada di domestik atau di luar negeri tanpa mengira bangsa atau kaum. Apa-apa warisan budaya yang kami lihat berpotensi akan dibangunkan. Sebagai contoh, kita boleh lihat Pesta Panjut sekali lagi di Kuala Kangsar yang dibangunkan sebagai Bandar DiRaja yang mempunyai warisan dan budaya. Kita boleh lihat seni dan warisan juga Melayu yang ada di situ. Sebagai contoh lagi, seperti yang saya tadi dalam jawapan telah utarakan bahawa pesta makanan yang diadakan oleh YB Exco Hal Ehwal Pengguna merupakan satu produk yang sangat baik iaitu mempunyai kandungan-kandungan makanan. Warga Ipoh khususnya dan warga Perak secara amnya akan juga dikekalkan dan dibangunkan lagi pada tahun-tahun hadapan. Pada masa yang sama seperti yang dikatakan juga pada esok di mana iaitu bermula esok hingga ke 13 haribulan kami juga akan mengadakan Pesta Kopi di mana kepelbagaian minuman kopi juga akan diadakan di Riverfront. Biar daripada minuman kopi warisan daripada yang berbangsa India yang berbangsa Melayu dan juga yang berbangsa Cina juga akan diutarakan.

Ini kerana apabila pelancong datang ke Malaysia, mereka tidak melihat ia sebagai, mereka tidak melihat Malaysia tidak melihat kami dalam kaca mata warna kulit kami atau dalam kaca agama kami. Mereka melihat Malaysia sebagai satu negara yang mempunyai pelbagai kaum yang hidup dengan aman damai dan juga mempunyai pelbagai budaya. Jadi, kami akan kekalkan semua apa yang dikatakan pembangunan Malaysia Truly Asia ini dengan pengiktirafan dan juga pembangunan cross border untuk semua agama, semua budaya dan juga pada masa yang sama juga, kami sedang cuba mempastikan bahawa dalam jualan-jualan produk kami, kami juga akan memastikan kepelbagaian dalam media penyampaian kami iaitu bukan sahaja dalam satu bahasa, ya kami mengutamakan Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi pada masa yang sama kami perlu juga mengadakan cross platform semua bahasa-bahasa utama supaya pelancong datang ke Malaysia atau ke Perak ini dapat mempunyai maklumat dan juga dapat mengetahui sejarah dan budaya kami. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Dato' Seri Speaker. YB Exco, pertamanya ucapan tahniah lah kerana Perak jadi negeri yang popular. Tapi saya rasa yang lebih popular Menteri daripada Perak ini memang popular.

Ok, 3 benda soalan saya. Aktiviti semua acara-acara yang melibatkan pelancongan, tahniah. Memang hebat, memang berjaya tetapi macam mana dengan pusat ataupun pelancongan yang sedia ada. Tiga benda saya nak sebut. Orang Utan Island di Bukit Merah. The only Orang Utan Island di Semenanjung, the only. What happen now? Bird International Airport di Kuala Gula. Pelancong luar negara, kalau tengok dalam media sosial semua tahu pasal Kuala Gula. Kita? Kita lupakan dan satu lagi yang selalu di utarakan dalam media sosial dan sebagainya tentang Terengganu Bike Week. Kita kena sedar, Taiping Bike Week lebih awal lagi daripada Terengganu. Masa saya hadir yang pertama Taiping Bike Week hundred years dulu dekat-dekat 30 ribu orang datang. Kita lupakan. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk tiga yang sedia ada. Aktiviti yang baru ini, tahniah very good. Yang sedia ada perlu digilap semula. International Birth, Birth International Airport, you know, international. Bukan di Asia saja, International. Terima kasih YB Exco.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih pada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat untuk figure-figure dan juga data-data kepada peruntukan yang telah diberikan kepada pelbagai daerah kepada semua daerah ada dengan saya. So kalau, memang panjang sangat tebal hampir 1 cm semua kertas ni, jadi kalau Yang Berhormat berminat boleh datang berjumpa dengan saya, Saya boleh terangkan peruntukan-peruntukan yang telah diturunkan. Namun, untuk cadangan-cadangan seperti yang dikatakan untuk orang utan tu, memang kami akan sedang kami sedang dan selalu pasarkan pulau orang utan itu tetapi permasalahannya ia merupakan kawasan persendirian. Jadi adalah tidak wajar untuk kerajaan memasukkan duit atau peruntukan ke dalam kawasan… syarikat swasta itu satu tetapi dari konteks dari konteks pemasaran, kami memang sentiasa melakukan pemasaran, malah kami menghadapi masalah apabila tasik itu kekeringan. Ok, so, itu juga merupakan satu kekangan kepada kami dalam apabila kami memasarkan sebab kadang-kadang mereka melakukan pemasaran dalam konteks 3 bulan hingga ke 6 bulan, tetapi apabila pelancong datang, mereka menghadapi kekangan di mana bot tak boleh jalan dah kekeringan.

Itu satu. Di mana nombor dua juga dalam konteks burung juga iaitu Bird Watch sebenarnya mempunyai bukan satu sahaja Kuala Gula memang terkenal saya iktiraf saya faham. Termasuk juga di Teluk Intan, termasuk juga di Kinta Geopark sekarang dan juga di Belum. Ia memang merupakan antara tarikan tarikan kepada pelancong untuk datang. Especially Bird Watchers mereka memang suka. Kadang-kadang mereka boleh tak makan tak tidur satu dua malam demi nak tengok satu burung, itu kami kenal pasti tetapi dari konteks pembangunan fizikalnya mungkin perlu dilihat semula atau dibincang dengan majlis daerah atau pejabat daerah, kerana kadang kadang terlalu banyak bangunan mungkin menyebabkan burung tidak hadir tetapi saya percaya untuk pembangunan fizikal itu di mana infrastruktur yang perlu memang perlu dihasilkan. Saya cadangkan Yang Berhormat berbincang dengan pejabat daerah.

Nombor 3 apa? Taiping Bike Week sebenarnya Bike Week sebenarnya pada hari pertama saya sebagai Exco pun saya ada melihat ke dalam Bike Week ini. Secara jujurnya, saya pun minat motor jugak, kadang-kadang rempit jugak kan, tetapi pada masa yang sama dalam penganjuran Bike Week kita perlu melihat dalam konteks di mana daripada saiz dan juga daripada segi penerimaan. Betul Bike Week penerimaan menerima satu apa yang dikatakan sambutan yang amat hangat daripada peminat-peminat yang beroda dua tetapi pada masa yang sama juga kita, kita tak perlu nak cakap mengenai satu negeri, saya tak ingin bertelagah dengan mana mana negeri. Ada negeri yang menganjurkan Bike Week memang berjaya. Memang ramai yang datang tetapi pada masa yang sama ada juga negeri yang apabila mereka mengadakan Bike Week, ramai orang awam juga yang bangun membantah dan juga keadaan kemalangan dan sebagainya di jalanraya di mana apabila mereka berpusat dan sebagainya. Jadi, ia merupakan satu kekhuatiran kepada negeri untuk mengadakan Bike Week yang terlampau besar.

Jadi pada sekarang, Perak memang sentiasa mempunyai Bike Week. Saya rasa dalam setahun mungkin ada empat ke lima Bike Week yang berlaku dalam Perak tetapi pada Kerajaan Negeri Perak, kami tidak berhasrat untuk mengadakan Bike Week itu sehingga satu saiz yang terlampau besar sehingga mengadakan kacau yang lalu lintas, kegusaran awam dan juga mungkin kehilangan nyawa dan sebagainya. Terima kasih.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih Dato' Seri Speaker, Terima kasih Yang Berhormat Exco. Satu soalan berkenaan dengan pelancongan dalam Daerah Larut, Matang dan Selama dia ada satu Lata, Lata Putih yang saya pernah sebut sebelum ni. Alhamdulillah, ada sedikit perkembangan. Cumanya orang nak pelancong-pelancong nak datang ni agak seram sikit. Sebabnya di sudut infra ada tak berapa nak cantik dengan lampu jalan yang jalan yang berliku gelap. Cuma saya untuk penambahan infra di Lata Putih, yang keduanya di adalah di Telaga Gergasi. Telaga Gergasi ini dibina oleh British 1936 yang masih kukuh hingga sekarang tempat pelancongan yang sungguh cantik. Cumanya sudut infra juga jalan sekerat dia ada tar yang lain semuanya caseran-caseran saja. Mintak sikit komen daripada Exco kita mungkin boleh tambahbaik berkenaan dengan infra dua tempat ni.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Berbalik kepada jawapan yang lebih kurang sama dengan Yang Berhormat tadi sebenarnya infra perlu minta daripada pejabat daerah untuk submit kan ke atas Kerajaan Negeri untuk kelulusan itu satu, nombor dua pula di keadaan di telaga itu kiri kanan terusan kan dia ban kan? That is under agency yang punya control. Jadi kadang-kadang saya rasa perlu berbincang dengan agensi juga di mana Kerajaan Negeri tidak ingin melakukan kerja-kerja yang mungkin mempunyai apa yang kita katakan, masalah kemudian yang mungkin menyebabkan sektor pertanian pula menghadapi masalah daripada apa yang kami lakukan, tetapi kami memang bersetuju, itu merupakan satu tempat yang unik. Walaubagaimanapun, saya ingin juga menyampaikan maklumat kepada Yang Berhormat dalam pemasaran kami, orang yang pergi ke daerah LMS di Selama ini, sebenarnya mereka adalah golongan pelancong yang berlainan. Mereka bukan golongan pelancong yang nak hotel lima bintang atau sepuluh atau nak SPA nak nak nak shopping centre dan sebagainya. Mereka mempunyai minat tersendiri especially on the adventure side dan juga mereka yang orang katakan nak healing. Kalau boleh telefon pun dia nak tutup.

Jadi untuk geng-geng ni sebenarnya saya rasa Selama sekarang sepatutnya dibangunkan adalah penginapan. Sebenarnya ramai orang datang ke Selama tapi kami tak dapat capture. Terutamanya pada pasar pagi terpanjang di Malaysia. Terpanjang di Malaysia, tetapi kami tak dapat capture sebab apa sebab dia tidur dekat Pulau Pinang. So, macam saya katakan tadi dalam jawapan asal iaitu bangunkan penginapan dulu. Apabila kami tak dapat bangunkan penginapan jumlah figure pelancong, kami akan rendah apabila jumlah figure pelancong kami rendah apabila mereka tidur di Selangor melancong di Perak, tidur di Penang Melancong di Perak, figure kami akan rendah. Apabila figure kami rendah susah untuk kami nak mendapatkan benda-benda atau berbincang dengan Kerajaan Pusat. Sebagai contoh, apabila nak meminta kereta api nak kapal terbang nak perluasan jalan dan sebagainya kerana MOTAC akan mempunyai satu figure daripada kawasan-kawasan lain atau negeri-negeri lain yang lebih baik. Jadi, antara benda utamanya adalah penginapan. Jadi khususkan naikkan penginapan yang ada di situ. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Memandangkan topik ini topik yang agak popular, saya benarkan satu last question daripada Tronoh.

Terima kasih kepada Dato' Seri Yang di-Pertua. Tronoh ingin membangkitkan berkenaan dengan pelancongan ini di mana kami dapat melihat sektor pelancongan ini dia pelbagai laluan dia. Terutamanya seperti yang baru-baru ini dilaksanakan di pekan Ipoh di mana lampu perhiasan yang telah menarik ramai pelancong untuk datang ke Ipoh dan juga baru-baru ini juga di Menara Jam Batu Gajah turut telah ditambah dengan pencahayaan lampu perhiasan ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Exco apakah langkah- langkah ataupun hala tuju Kerajaan Negeri bagi menambahkan pencahayaan lampu perhiasan di negeri Perak ini bagi menarik lebih ramai pelancong? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Jawapannya bincang dengan pejabat daerah. Masukkan kertas permohonan itu satu. Nombor dua, apa yang YB bangun bangunkan tadi atau apa yang YB tak bangkitkan tadi isu tadi. Sebenarnya semenjak Kerajaan Perpaduan ini saya rasa bukan sahaja usaha di pihak pelancongan tapi dia usaha pelbagai pihak. Saya nampak especially sekarang Kerajaan Negeri Perak yang Perpaduan sekarang ini dalam tiga tahun ini, setiap perayaan tak kira Hari Raya, tak kira Tahun Baru Cina, tak kira Deepavali dan sebagainya di pelbagai tempat lampu-lampu jalan memang penuh dengan perhiasan. Ini merupakan satu usaha sebagai sebuah pasukan oleh semua pihak. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menaikkan lampu-lampu hiasan untuk mencantikkan kawasan-kawasan terutamanya semasa masa-masa perayaan. Jadi saya ucapkan terima kasih tapi untuk tempat-tempat yang perlukan lampu-lampu perhiasan, saya cadangkan untuk bincang dengan pihak untuk naikkan apa kata katakan permohonan peruntukan tadi, tetapi pada masa yang sama, saya juga ingin syorkan kepada Yang Berhormat untuk lihat sama ada kadang-kadang lampu yang lebih penting atau infrastruktur yang lebih penting. Sekiranya infrastruktur dah penuh, tak ada masalah naikkan lampu sekiranya ada infrastruktur lain yang lebih diperlukan, mungkin lampu akan dikemudiankanlah, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco, sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pengkalan Hulu soalan nombor 3

Yang di-Pertua

YB Exco

Terima Kasih Yang di-Pertua, Dato' Seri Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah wa syukurillah. Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Kemerdekaan yang ke-69. Alhamdulillah wa syukurillah wassolatu Wassalamu ala Rasulillah. Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya berhasrat untuk menjawab soalan Pengkalan Hulu bersekali dengan soalan yang di kemukakan oleh YB Selama. Sebab bunyinya sama soalannya bunyi sama. Jadi saya nak jawab sama sekali.

Untuk maklumat Yang Berhormat Pengkalan Hulu, Bekalan ayor bersih bagi kawasan Dun Pengkalan Hulu adalah melalui Loji Rawatan Ayor Pengkalan Hulu Kroh 3, Pengkalan Hulu Kroh 3 dengan kapasiti reka bentuk sebanyak 13.64 pada asal dahulu juta liter sehari. Itu loji Rawatan Air Kroh 3 dia akan mengeluarkan ayor satu hari 13.6 juta liter untuk kawasan-kawasan YB Dato’, YB. Sumber air mentah pula diperolehi daripada Sungai Kuak, Sungai Kuak, tahu Sungai Kuak dan dimaklumkan bahawa bekalan air bersih bagi kawasan Dun Pengkalan Hulu adalah mencukupi, stabil dan mematuhi piawaian kualiti ayor yang ditetapkan melalui kerjasama yang baik antara LAP, Lembaga Air Perak dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM). Unit Kawalan Mutu Ayor Minum sentiasa menjalankan pemeriksaan menerusi jadual persampelan, persampelan, sampel, sampling tahunan di setiap stesen sampling yang telahpun ditentukan oleh KKM, itu di buat oleh KKM sama LAP sepanjang masa setiap hari tu. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memantau parameter fizikal dan kimia seperti menguji kadar bacaan baki klorin untuk memastikan keberkesanan pembasmian kuman. Tahap PH, PH level, kekeruhan warna dan juga jumlah pepejal terlarut (TDS) dengan izin Dato' Seri, supaya air terawat dari loji rawatan ayor adalah bersih dan selamat diminum dan digunakan. Kebanyakan aduan gangguan bekalan air yang berlaku adalah bersifat sementara disebabkan berlakunya kadang-kadang kejadian paip bocor, paip pecah yang mana tindakan membaik pulih dan dilaksanakan dengan kadar segera. Jadi kalau makluman paip pecah tu diketahui cepat waktu maghrib waktu isyak ke dan subuh ke LAP bertanggungjawab untuk pergi ke tempat itu secepat mungkin dan selesaikan masalah paip bocor tu. Itu adalah SOP daripada LAP.

Purata aduan paip pecah dan paip bocor bagi, bagi Pusat Operasi Pengkalan Hulu adalah sebanyak 50 aduan sebulan. Satu bulan tu lebih kurang 50 aduan. Namun tidak semua aduan tu berkenaan dengan melibatkan penutupan loji rawatan air dan gangguan bekalan ayor kepada pengguna. Pihak LAP sentiasa melaksanakan program penggantian paip secara berkala bagi kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai infrastruktur paip yang berisiko. Untuk mengelakkan gangguan bekalan ayor kepada pengguna pihak LAP mengesyorkan agar penyediaan dan juga penggunaan tangki simpanan ayor berkapasiti selama 1 hari 24 jam. Berdasarkan unjuran anggaran permintaan ayor di setiap premis kediaman, bangunan kerajaan, institusi pengajian dan lain-lain tempat yang dapat dipatuhi adalah selaras dengan garis panduan Suruhanjaya Perkhidmatan Air SPAN Malaysia. Memang itu adalah syor daripada SPAN. Di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 Akta 656 dan kaedah-kaedah industri perkhidmatan ayor retikulasi dan juga pemasangan paip 2014. Jadi dalam banyak hari-hari bertemu pelanggan yang yang complaint itu di kawasan bandar dan luar bandar. Sama ada tekanan ayor tu kurang ayor tak mandang biasa je kita kenalpasti rumah dia tu tak takde tangki. SPAN mengesyorkan melalui LAP setiap rumah kalau boleh di Perak ni diadakan dengan tangki ayor dan tangki tu boleh bertahan sekurang-kurang 1 hari 24 jam. Lebih kurang 1 liter 1000 liter air dalam tangki tu.

Menjawab kepada pertanyaan Yang Berhormat Selama, Selama tak mandang. Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan rekod semakan pihak LAP bekalan air di kawasan Selama adalah stabil terkawal dalam keadaan operasi biasa selama-lamanya begitu. Walaubagaimanapun, gangguan bekalan ayor berlaku terutama pada waktu puncak dan ketika musim perayaan di apabila berlaku kejadian paip pecah yang sukar dijumpai ataupun dikesan dalam kawasan-kawasan hutan, belukar dan seumpamanya. Yang ini kadang-kadang makan masa kita tahu tekanan itu kurang, ayor dah bocor hilang tapi di mana bocornya lokasi itu makan masa nak kenalpasti. Ada satu kes tu ayor paip tu tersembunyi bawah, bawah kolam. Dalam ayor tempat tu, lambat nak kenalpasti macam dia Selama ni yang banyak masalahnya paip tu lalu di kawasan-kawasan hutan kawasan belukar. Antara langkah penyelesaian jangka pendek yang dilaksanakan adalah projek penggantian paip lama dan kerap bocor. Jadi kalaulah paip itu memang dah bocor 2 kali 3 kali, dengan itu kita akan ganti, Insha Allah sebab dia dah memang paip lama dan paip-paip tu selalu bocor di kawasan Selama mengikut keutamaan berdasarkan keperluan. Sehubungan itu, bagi tujuan penyelesaian jangka panjang pula, pihak LAP sedang merancangkan menaiktaraf sistem agihan utama di kawasan Selama dekat main moad…main road Selama agihan utama yang diberikan tumpuan sedang dalam proses melantik juru perunding bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. LAP dalam proses nak melantik juru perunding nak kaji kawasan itu supaya dapat di bekalkan dengan paip yang lebih, lebih kuat paip baru la kiranya. Sekian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Soalan tambahan daripada Pengkalan Hulu.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang begitu baik dan tadi disebutkan lebih 50 aduan yang telah direkodkan dan kita sedia maklum memang Pengkalan Hulu mempunyai satu LRA ataupun rumah pam yang agak besarlah dan boleh menampung jumlah kapasiti penduduk yang ada. Cuma masalahnya, Pengkalan Hulu ini ada hanya satu rumah pam sahaja di Mukim Pengkalan Hulu la di Mukim Pengkalan Hulu dan apa punca yang dikenalpasti adalah masih terdapat banyak lagi paip-paip lama paip AC, paip simen tu paip zaman tok kadok deme katakan. Jadi bila berlaku tekanan yang tinggi ada complaint daripada pengguna LAP naikkan tekanan paip itu akan pecah, mudah pecah jadi ini memang menyukarkan pihak khususnya LAP pihak kontraktor juga sebab kerap sangat nak…nak repair. Memang LAP datang repair memang LAP buat kerja dia cuma terlalu kerap sehinggakan mengganggu aktiviti harian lah lebih-lebihnya, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan inilah kediaman. Jadi saya nak tanya kepada Yang Berhormat Exco, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf sistem perpaipan paip lama menaiktaraf kepada paip baru di Mukim Pengkalan Hulu lebih lebihnya di dalam pekan Pengkalan Hulu yang rata-ratanya paip berada di betul-betul tengah jalan bukan yang tepi jalan. Jadi orang itu mengamuk juga JKR, JKR baru turap jalan tiba-tiba paip pecah kena korek pula. Kan dah jadi satu hal nak kena turap balik. Jadi saya nak tanya adakah ada cadangan untuk menaiktaraf paip baru, paip lama daripada paip AC kepada paip baru, khususnya di dalam kawasan Pengkalan Hulu dan Pekan Pengkalan Hulu itu sendiri? Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Terima kasih YB Pengkalan Hulu berkenaan dengan kerisauan kekerapan berlakunya di kawasan Pengkalan Hulu tu paip yang pecah, betul dalam kajian untuk kita melantik perunding ini, mana-mana paip utama itu khususnya paip lama, asbestos ataupun paip simen ni kita akan berikan tumpuan digantikan dengan paip yang baru yang jauh, jauh lebih mahal. Cumanya LAP di banyak kawasan-kawasan kita buat Hari Bertemu Pelanggan ni tidak boleh nak ganti paip simen tu, sekaligus di semua kawasan bukannya di Pengkalan Hulu. Tapi kadang-kadang tu kita buat Hari Bertemu Pelanggan di Bagan Datuk, Hari Bertemu Pelanggan di Setiawan semua-semua ni kadang-kadang tu komplain yang sama, paip yang pecah tempat yang sama. Jadi kalau LAP nak tukar semua paip sekaligus memang tanggal seluar yeop. Kalau LAP nak tukar nak tukar semua. Jadi kita kena tukar berperingkat-peringkat di mana-mana paip yang memang lama mengikut usia tu kita beri keutamaan. Kemudian baru kita pergi peringkat lama peringkat yang ke dua peringkat yang ketiga. Jadi, saya terima kasih kepada YB Pengkalan Hulu yang pun berikan perhatian, perhatian kuat kepada masalah yang dihadapi oleh air. Masalah ini kalau sekiranya kita dapat aduan musim perayaan kerana tekanan rendah kalau LAP secara buta tuli terus bagi tekanan tu besar, tekanan yang...yang...yang kuat. Kita khuatir paip itu akan meletup. Banyak insiden paip-paip simen ni kalau kita tak berhati hati, dia akan meletup pecah bawah tanah itu. Jadi untuk mengelakkan tu pada hari raya, hari perayaan tu kita bagi tekanan tu secara kawalan. Kita control betul-betul. Kita khuatir ia akan meletup secara tiba-tiba. Inilah kerja yang dibuat oleh LAP, boleh katakan tiap-tiap hari dan kita dibantu oleh perunding nak pastikan di manakah paip yang asal yang simen keutamaan diganti dengan paip baharu. Saya terima kasihlah kepada YB Pengkalan Hulu. Kalau boleh teruskan apa ni…Terima kasih

Manjoi, Timbalan Speaker, Manjoi

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu

Manjoi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu

Timbalan Speaker.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Speaker, Alor Pongsu

Penting ini

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Baharu, sila

Datuk Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih, terima kasih Timbalan Speaker ya ialah berkaitan dengan gangguan bekalan air. Gangguan bekalan air yang sering dialami oleh di kawasan pengkalan di Pantai Remis, di Beruas di Teluk Senangin, di Pulau Pangkor ya. Apakah puncanya? Sama ada paip pecah ataupun memang bekalan air memang tiada daripada Sungai Perak, terima kasih. Apa puncanya. Yang kerap kita mengalami masalah gangguan bekalan air.

Terima kasih YB Pengkalan Hulu...Pengkalan Baharu, Datuk. Ya, memang punca dia kalau sekiranya dia tidak menepati piawaian SPAN tu, maka LAP akan bertindak. Puncanya utama kalau hujan lebat sangat, jadi kemasukan air yang kita sedut air mentah daripada sungai berhampiran itu memang dah keruh berkelodak. Kita tak boleh benarkan loji rawatan air tu beroperasi. Kita kena tutup ketika itu kalau sekiranya hujan terlalu lebat. Yang keduanya kalau ada bocor tu, memanglah kita kena repair itu dan cadangan daripada Pengkalan Hulu tadi yang akan kita akan kita periksa cadangan itu, melihat sama ada loji rawatan air yang asal dahulu itu perlu dipertingkatkan kerana penggunaan air telah melebihi, loji rawatan air dekat Sungai Kuak itu dia hanya boleh sedut air daripada Sungai Kuak itu sebanyak 13.64 juta liter sehari. Jadi kalau sekiranya ada keperluan supaya kita kaji balik bahawa loji rawatan air itu perlu ambil air yang besar yang luas, jadi kita akan pergi ke arah situ. Jadi buat masa ini, tidak ada lagi keperluan begitu. Berkenaan Pengkalan Baharu tadi, kekerapan berlaku itu sebabnya kadang-kadang tu dia ada masalah loji rawatan air itu sendiri iaitu kita kena berhentikan lah dan kita kena repair dan baiki semula tapi biasanya tak lama. Masalah yang...yang kita kata tadi kekeruhan itu ataupun dia TDU itu adalah hasil daripada sungai itu yang menerima air kekeruhan daripada sama ada benteng pecah ataupun daripada kelodak-kelodak yang turun daripada gunung tersebut. Jadi, Insha Allah kalau ada berlaku benda macam tu itu memang dalam kawalan LAP dan mereka akan pastikan.

Yang keduanya kadang-kadang kalau air itu dikerohi ataupun dimasuk dicampurkan dengan elemen lain, misalnya yang berlaku dekat Bukit Panchor aritu, air itu telah dimasuki diesel. Ada orang curi ayor. Bila pencuri ayor, maka paip itu akan akan menemui masalah. Bila berlaku ujian itu, kita kena pastikan berhentikan semua LRA di air terjun misalannya. LRA dekat situ dekat mana tempatnya nama air terjun. Jadi kita akan pastikan bahawa tidak ada kelodak masuk dalam sistem air itu supaya kita dapat teruskan. Inilah sebab sebabnya kenapa kadang kadang tu air tu gangguan. Ada gangguan bekalan dia. Wallahualam. Terima kasih

Timbalan Speaker, Manjoi

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tajuk penting. Timbalan Speaker tambah satu Alor Pongsu

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi sila

Terima kasih Timbalan Speaker yang saya hormati YB Exco yang saya disegani, soalan daripada Manjoi. Masalah tekanan air rendah yang kerap berlaku di kawasan perumahan, berkaitan juga macam Pengkalan Hulu. Tapi ini di kawasan bandar ataupun dalam kawasan Ipoh ini berlaku di Desa Chemor Setia Kampung Chepor dalam Kampung RPT Chepor dan juga Kampung Seri Kelebang. YB Exco antara perkara yang saya nak bangkitkan di sini ialah masalah yang berlaku tekanan air rendah dan kerap berlaku terutama pada waktu puncak waktu pagi petang dan malam. Kedua aliran air perlahan menyebabkan aktiviti harian penduduk terganggu. Ketiga bekalan air tidak mencukupi untuk kegunaan isi rumah. Dan terakhir masalah berlaku berulang. Dato’ Seri YB Exco sejak empat tahun yang lalu dan menjejaskan keselesaan penduduk. Lebih lebih saya ikuti rapat kerana di kawasan perumahan ini ada 2 orang penghulu Mukim Chemor kita tinggal di kawasan tersebut. Penghulu di situ pun tak boleh nak selesaikan. Jadi jika isu ni dah masuk tahun ke 4 saya mohon jika diberikan keutamaan untuk bantu penduduk di 4 taman dan kampung ini. Di pihak YB Exco Terima Kasih.

Terima kasih YB Manjoi, kita berikan perhatian kepada kawasan loji rawatan air yang membekalkan air di Klebang, Chemor dan Chepor tu. Tapi kadang-kadang tu ada juga masalah yang mana kadang-kadang paip pecah. Paip pecah tu bukan kerana apa kadang-kadang di langgar oleh lori kadang-kadang ditebuk oleh kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Maka berlakulah gangguan tu. Tekanan air tu kurang, perkara biasa, maknanya saya bersyukur kerana kawasan-kawasan yang YB sebut tadi memang ada bekalan ayor, dianya menjadi semput itu kalau sekiranya air tak mandang. Yang ni Ayor ada tapi bekalan dia kadang-kadang tu waktu puncak dia kurang sebab lebih orang sampai Maghrib atau melebihi orang sampai Saubuh atau melebihi orang Tahajud. Jadi bila Ayor digunakan, tekanan kurang tu iaitu dalam dalam bidang kuasa LAP nak monitor. Kalau dia berterusan sepanjang hari iaitu masalah besar. Tapi kalau dia hanya sebahagian hari-hari masa puncak sahaja, dia tekanan rendah yang tu. Insha Allah kita akan dapat atasi dia dengan memberikan sedikit tekanan yang kuat. Bagi...

Boleh saya tambah, isunya dia dia berlaku hampir setiap hari. Jadi saya rasa mungkin ada perkara yang perlu dilihat secara rapi oleh LAP sebab bila dia kerap berlaku ni. Jika aduan tu kerap-kerap saya terima dan saya menunggu sidang Dun untuk bercakap kerana di peringkat lain saya dah bercakap. Mungkin apa yang di sebut oleh YB Exco tu penting dan mungkin ada perkara yang perlu kita lihat YB Exco. Terima kasih.

Terima kasih YB Manjoi. Kalau sekiranya ia berlaku setiap hari. Waktu puncak tu bukannya makna malam pun ia berlaku juga tapi waktu puncak tu perkara biasa. Saya akan arahkan LAP untuk pergi tengok kawasan tu dan sukat dia punya dia punya pressure dia tekanan dia. Kalau betul apa yg tekanan tu dialami oleh domestik orang-orang kat situ kita akan cuba cari jalan supaya dapat kita tambahkan tekanan. Jadi ini juga melambangkan satu budaya yang baik bagi kawasan YB sebab ramai orang bertahajud. Jadi penggunaan ayor itu banyak sangat. 5 kali sehari bagus la. Tanda-tanda baik dan tanda-tanda positif. Tapi kami juga LAP akan pastikan bahawa bila depe nak ambil wudhuk, mana tidak masalah macam air kencing keluar. Ada kawasan-kawasan nak ambil wudhu’ macam air kencing. Tapi di...di Klebang ni dengan Chepor ni tidaklah begitu mana bolehler ayor berdebor-debor keluar. Cuma kita kena kena saving kena kena jimat sikit.Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

YB Speaker satu lagi boleh tak?

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Panjang, sila...sila duduk. Yang seterusnya saya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Selamat Pagi kepada semua, soalan Simpang Pulai soalan ke 4.

Terima Kasih Timbalan Yang di-Pertua Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera. Selamat Pagi Malaysia. Salam Malaysia MADANI, Salam Perak Sejahtera 2030. (bacaan doa) Timbalan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai atas soalan yang menyentuh aspek strategik dan kemajuan Pelan Sekuriti Makanan Negeri Perak khususnya dalam penerapan teknologi pertanian moden serta usaha kerajaan membantu pengusaha tempatan meningkatkan produktiviti dan menangani peningkatan kos input pertanian.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri sentiasa meletakkan agenda keterjaminan makanan sebagai antara keutamaan. Utama pembangunan negeri selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 dan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Negeri Perak. Pendekatan kerajaan bukan sahaja tertumpu kepada peningkatan pengeluaran makanan tetapi turut merangkumi pemodenan sistem pengeluaran, mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber, peningkatan produktiviti, pengurangan kos pengeluaran serta pengukuhan rantaian bekalan-bekalan makanan. Pencapaian sektor tanaman negeri Perak telah mencapai kadar sara diri SSR melebihi 100% bagi 18 daripada 30 komoditi makanan utama antaranya beras, kelapa, jagung manis dan durian. Perak juga memainkan peranan penting sebagai pengeluar makanan utama negara. Antaranya Perak menyumbang 98.3 peratus pengeluaran sengkuang 44.6 peratus ubi keledek dan 29.8 peratus jagung manis di peringkat nasional.

Selain daripada itu, Perak kekal di kedudukan kedua tertinggi bagi pengeluaran padi sejak tahun 2023 serta berada di kedudukan ketiga tertinggi bagi pengeluaran pisang dan juga durian. Pencapaian ini menunjukkan bahawa Perak mempunyai asas yang kukuh untuk terus diperkasakan sebagai hub pengeluaran makanan utama negara. Strategi menjadikan Perak hub pengeluaran makanan Bagi jangka panjang pula, pendekatan yang dilaksanakan adalah melalui pengkhususan tanaman mengikut daerah berdasarkan kesesuaian tanah, agro, iklim, infrastruktur dan potensi pasaran. Sebagai contoh, tumpuan tanaman kelapa diberikan di Bagan Datuk, durian di Larut, Matang dan Selama serta Hulu Perak. Jagung Manis di Perak Tengah dan juga Daerah Kinta manakala pengeluaran sayur-sayuran utama diperkasakan di Daerah Kinta dan juga Kampar. Berkaitan penerapan Smart Farming di Lembah Kinta khususnya di kawasan Lembah Kinta yang merangkumi daerah Kinta dan Kampar, Kerajaan Negeri melihat Smart Farming sebagai antara pendekatan penting untuk meningkatkan produktiviti dalam keadaan sumber tanah yang semakin terhad dan loji seperti IoT, kecerdasan buatan AI, penderia EC, elektrikal konduktiviti dan ph serta sistem kawalan nutrien secara automatik mula diterapkan dalam aktiviti hidroponik dan fertigasi.

Pada masa ini dianggarkan 38 peratus projek hidroponik dan fertigasi di Daerah Kinta dan Kampar telah menggunakan teknologi berasaskan IoT dan kadar penerimaan ini dijangka terus meningkat selaras dengan perkembangan teknologi serta kos pengoperasian yang semakin kompetitif. Selain itu, melalui SADC, pihak Kerajaan Negeri turut memberikan tumpuan kepada pembangunan Smart Indoor Farming khususnya bagi kawasan... bagi kawasan bandar seperti Lembah Kinta. Projek rintis ini menggunakan teknologi MARDI melalui sistem Fully Climate Controlled Indoor Farming termasuk kaedah vertical farming dengan kawalan pencahayaan, suhu, kelembapan nutrien dan kualiti udara. Pendekatan... pendekatan ini amat sesuai untuk kawasan bandar kerana membolehkan ruang yang terhad dimanfaatkan secara optimum bagi pengeluaran makanan. Konsep Adaptive Reuse juga diteroka melalui pemanfaatan bangunan terbiar khususnya di sekitar Bandaraya Ipoh sebagai ruang pengeluaran pertanian moden.

Untuk makluman Yang Berhormat, fasa pertama projek telah dimulakan pada suku keempat tahun 2025 dan kini telah memasuki fasa kedua pembangunan. Teknologi ini berpotensi memendekkan tempoh pengeluaran menghasilkan sayuran-sayuran berkualiti tinggi tanpa penggunaan racun perosak serta meningkatkan produktiviti bagi setiap unit keluasan, perancangan pemodenan, sektor pertanian penternakan. Bagi sub sektor pertanian pula, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak terus memperkukuhkan pengeluaran sumber protein haiwan khususnya daging, telur dan juga susu. Fokus diberikan kepada Smart Farming. Pengurusan berasaskan data, peningkatan genetik, automasi, biosekuriti dan pengurusan alam sekitar bagi industri ruminan. Guna sistem MiFID teknologi permanian berhadas diperkasakan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan makanan, pembiakan dan kualiti genetik ternakan.

Bagi industri ungags, peralihan kepada sistem reban ayam tertutup merupakan salah satu langkah penting ke arah permodenan industri. Tempoh peralihan yang ditetapkan sehingga akhir tahun 2026 dengan penguatkuasaan sepenuhnya bermula 1 Januari 2027. Sistem ini juga menjadi asas kepada Smart Farming melalui kawalan suhu, kelembapan, pengudaraan pemakanan dan juga air secara lebih sistematik. Pemerkasaan akuakultur dan perikanan berasaskan sektor perikanan pula kerajaan negeri bersama Jabatan Perikanan memberikan tumpuan kepada peningkatan pengeluaran akuakultur sebagai sumber protein ikan yang stabil dan berterusan. Beberapa kawasan telah dikenalpasti dan dizonkan sebagai Zon Industri Akuakultur ZIA iaitu ZIA Tasik Temenggor ZIA di Tasik Kenering, ZIA Sungai Dala dan Air Kebun Kerang Lekir dengan keluasan keseluruhan 4819 hektar. Pada masa yang sama, kemudahan teknologi seperti Automasi Mekanisasi, pemantauan Kualiti Air IoT AI, sistem bioflok RAS dan automasi. Pemberian makanan terus digalakkan mengikut kesesuaian sistem ternakan.

Bagi tahun 2026 di bawah RMK 13, Jabatan Perikanan turut menyediakan peruntukan bagi pemodenan teknologi yang digunakan oleh penternak. Antara teknologi yang sedang dikembangkan sistem bioflok. Dengan bantuan peralatan bernilai sehingga RM100 ribu bagi satu set untuk seorang penternak khususnya di Lembah Kinta. Pendekatan perikanan bandar dan akuakultur berskala kecil juga mempunyai potensi untuk diperkembangkan dengan menggunakan ruang yang bersesuaian serta teknologi ternakan ekstensif, bagi berusaha membantu pengusaha menangani kenaikan kos.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri amat memahami bahawa peningkatan... peningkatan kos import merupakan antara cabaran utama yang sedang dihadapi oleh pengusaha agromakanan pada masa kini. Kenaikan kos bukan sahaja melibatkan baja dan racun tetapi turut merangkumi benih bahan api, penyediaan dan operasi ladang, tenaga pengangkutan serta perkhidmatan sokongan sepanjang rantaian pengeluaran makanan. Di peringkat negeri, kerajaan turut menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM8 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak. Justeru itu, pendekatan kerajaan adalah melalui bantuan bersasar, peningkatan produktiviti dan penerapan teknologi supaya peningkatan kos dapat diimbang, diimbangi dengan peningkatan hasil dan nilai pengeluaran. Di peringkat persekutuan. Antara penambahbaikan yang memberi manfaat kepada pengusaha tani ialah peningkatan bantuan diesel bulanan daripada RM300 kepada RM400 bagi kategori agrikomoditi dan diesel individu.

Bagi pesawah pula, insentif pembajakan telah dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar semusim. Manakala insentif penuaian sebanyak RM50 sehektar semusim turut diperkenalkan. Pembangunan industri buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman industri dan tanaman kontan. Peruntukan ini juga turut menyokong usaha pemodenan pertanian melalui teknologi seperti fertigasi dan hidroponik. Pertanian Bandar pembangunan kluster tanaman baru termasuk bawang serta pengiktirafan pensijilan MyGAP. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri terus memberi perhatian kepada perlindungan kawasan pengeluaran makanan melalui rancangan struktur negeri Perak 2040 kajian semula termasuk pengukuhan pengezonan sawah padi dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) bagi sub sektor perikanan pula. Bantuan diberikan dalam bentuk peralatan dan input khidmat teknikal, latihan serta penerapan teknologi. Pada tahun 2025, sebanyak RM1.5 juta telah disalurkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Perak bagi membantu nelayan meningkatkan pengeluaran makanan serta meningkatkan bebanan ekonomi. Meringankan bebanan ekonomi yang dihadapi. Kerajaan juga menggalakkan penggunaan teknologi yang dapat mengoptimumkan input seperti makanan, air dan juga tenaga. Pendekatan ini penting kerana penyelesaian kepada kenaikan kos tidak semestinya bergantung kepada pemberian subsidi semata-mata tetapi juga melalui peningkatan kecekapan dan produktiviti setiap unit kawasan atau ternakan.

Timbalan Yang di-Pertua, kesimpulannya Kerajaan Negeri mengambil pendekatan bahawa sekuriti makanan bukan hanya soal meningkatkan pengeluaran tetapi memastikan sistem pengeluaran makanan kita lebih moden, cekap, berdaya tahan dan berdaya saing. Oleh itu, penerapan Smart Farming IoT AI Automasi Mekanisasi pertanian terkawal dan teknologi akuakultur akan terus diperkasakan mengikut kesesuaian kesesuaian setiap subsektor. Kerajaan Negeri juga akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, jabatan agensi teknikal, institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi serta pihak industri bagi memastikan teknologi yang diperkenalkan benar-benar memberi manfaat kepada pengusaha. Matlamat akhir ini adalah jelas iaitu peningkatan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan pendapatan pengusaha, memperkukuhkan keterjaminan makanan dan seterusnya menjadikan negeri Perak sebagai salah satu hub pengeluaran makanan utama negara. Insha Allah, Kerajaan Negeri akan terus memastikan sektor agromakanan Perak bukan sahaja mampu memenuhi keperluan rakyat negeri, malah berupaya berkembang ke tahap yang lebih kompetitif, bernilai tinggi dan berorientasikan pasaran domestik serta eksport. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Simpang Pulai, sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Simpang Pulai. Terima kasih. Simpang Pulai mohon tahu, melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Negeri Perak ini. Apakah pencapaian atau keberhasilan dari segi peningkatan pengeluaran makanan, keluasan kawasan pengeluaran serta nilai hasil pertanian dan bagaimana pencapaian ini dapat diukur? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai atas soalan tambahan berkenaan berkenaan pencapaian

Pelan Tindakan Strategi Makanan Negeri Perak, dari segi pengeluaran makanan, keluasan kawasan pengeluaran dan hasil pertanian serta kaedah pengukuran. Untuk makluman, Yang Berhormat, kayu ukur utama bagi menilai pelaksanaan Pelan Tindakan Strategi Makanan Negeri Perak. Khususnya dari segi peningkatan pengeluaran makanan, keluasan kawasan pengeluaran dan nilai hasil pertanian adalah milik Kadar Sara Diri (SSR) bagi komoditi tanaman di negeri Perak. Antara usaha Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dalam memperkukuhkan sekuriti makanan adalah dengan meningkatkan produktiviti dan pengeluaran hasil pertanian negeri, memperluaskan kawasan pengeluaran yang berpotensi serta meningkatkan pendapatan sektor pertanian di samping mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan import. Berdasarkan data Jabatan Pertanian Negeri Perak bagi tahun 2025, pelaksanaan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Negeri Perak telah merekodkan pencapaian kadar sara diri (SSR) melebihi 100% bagi 18 daripada 30 komoditi makanan utama. Antaranya beras, kelapa, jagung manis dan juga durian. Di peringkat nasional pula, negeri Perak kekal berdaya saing sebagai antara pengeluar utama bagi beberapa komoditi makanan. Khususnya sengkuang dengan sumbangan sebanyak 98%, ubi keledek dan juga jagung seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Selepas itu, negeri Perak turut kekal berada dikedudukan kedua tertinggi pengeluar padi sejak tahun 2023. Iaitu yang kedua tertinggi pengeluaran pisang dan juga durian.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri mengakui masih terdapat komuniti SSR yang belum mencapai 100% termasuk padi dan beberapa jenis buah-buahan dan sayuran tertentu. Justeru, komoditi ini terus diberi keutamaan di kawasan Pelan Tindakan Strategik Makanan Negeri Perak. Dari segi nilai hasil peningkatan pengeluaran turut memberi kesan kepada nilai ekonomi sektor pertanian. Kerajaan Negeri bukan sahaja meningkatkan jumlah pengeluaran tetapi memastikan hasil tersebut mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi, mempunyai rantaian nilai yang lengkap serta mampu menjana pendapatan yang lebih baik kepada petani, penternak dan juga usahawan Agro. Untuk memastikan pencapaiannya dapat diukur secara objektif. Kerajaan Negeri menggunakan data dan pemantauan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak, Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga agensi-agensi yang berkaitan serta data banci pertanian di samping mengambil kira indikator seperti keluasan bertanam, keluasan berhasil, produktiviti sehektar jumlah pengeluaran, nilai pengeluaran dan SSR. Kesimpulannya, ukuran kejayaan pelan sekuriti makanan bukan sekadar berapa banyak projek yang kita laksanakan tetapi sejauh mana projek tersebut berjaya meningkatkan pengeluaran makanan, meningkatkan produktiviti tanah, menambah pendapatan pengusaha dan yang paling penting mengurangkan kebergantungan negeri Perak kepada bekalan makanan daripada luar. Kerajaan Negeri akan terus memberikan tumpuan kepada komoditi yang masih mempunyai jurang SSR, memperluas penggunaan teknologi pertanian moden serta meningkatkan kecekapan rantaian bekalan supaya Perak terus kekal sebagai antara negeri pengeluar makanan utama negara. Selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Selinsing, mohon Selinsing.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Alor Pongsu sila.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih pada Speaker. YB Exco, saya ucap tahniah lah. Kalau tengokkan senarai yang Kerajaan Negeri buat ni. Teknologinya, sistemnya, dananya, insentifnya. Saya bagi pihak rakyat ucap terima kasih banyak lah. Terus lagi usaha ni. Tapi ada satu tertinggal sikitlah saya rasa iaitu tentang dari segi kita nak push semangat dan kebajikan petani tu. Sebagai contoh, bukan sahaja sebagai contoh soalan saya dan desakan saya kepada YB Exco. Pampasan bencana di Dun Alor Pongsu, dah setahun. Daripada 129 orang yang disalurkan melalui bank, Agro Bank, 60 orang dah dapat. Lebih kurang 60 ke 69 orang, Jabatan Pertanian kata semua dah complete. Pergi ke Agrobank, Bagan Serai, semua dah complete. Agro Bank HQ pendam. Bukan sebulan bukan 6 bulan, dah 1 tahun Dato' Seri. Jadi minta YB Exco tolong pi tanya Bank Pertanian, Agro Bank. Terima kasih. Itu saja soalan saya.

Terima kasih kepada YB yang telah memberikan maklumat dan info kepada saya dan Insha Allah pihak saya akan mengambil tindakan secepat yang boleh bagi pesawah mendapat menerima pampasan seperti yang dinyatakan. Terima kasih.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Satu lagi boleh Selinsing.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila duduk. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk mengemukakan soalan. Sila.

Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya soalan nombor 5.

Selamat. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang dihormati Puan Timbalan Speaker. Soalan ke daripada Yang Berhormat Rungkup. Soalan ini merupakan satu soalan berkaitan dengan kesihatan dan satu soalan yang merupakan kepentingan awam dan jawapan soalan ini boleh diterimapakai untuk semua daerah di kawasan. Iaitu secara khususnya adalah berkaitan dengan kriteria-kriteria dan keperluan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan sebuah Hospital Kerajaan baru di sebuah sesuatu daerah. Dalam isu pembinaan Hospital Kerajaan di Malaysia, KKM menggunakan pendekatan, perancangan berasaskan keperluan kesihatan, beban perkhidmatan, sumber sedia ada dan keperluan dan kemampuan pembangunan. Bahagian perancangan KKM sendiri menyatakan bahawa perancangan fasiliti, perlu diambil kira dengan izin health needs, skop perkhidmatan beban kerja dan sumber manusia.

Kriteria-kriteria utama yang perlu dinilai adalah seperti berikut. Yang pertama, jumlah dan pertumbuhan penduduk serta liputan. Perkara yang perlu dibuktikan adalah populasi semasa unjuran 10 hingga 20 tahun, pertumbuhan penduduk dan kepadatan. Kedua, kapasiti hospital berhampiran. Jarak ke hospital terdekat, kapasiti hospital tersebut dan sama ada hospital sedia ada sudah terlebih beban. Yang ketiga, akses dan jarak perjalanan. Masa perjalanan penduduk ke hospital, keadaan jalan, pengangkutan awam dan akses ambulans. Kriteria keempat, profil kesihatan penduduk iaitu penyakit utama, kadar kematian, penyakit tidak berjangkit, kes ibu dan anak, kecemasan dan keperluan khusus. Kelima, sumber manusia. Keperluan doktor, jururawat, pegawai perubatan, farmasi, radiografi, makmal dan tenaga sokongan.

Keenam, tanah dan tapak. Saiz tanah yang mencukupi, status pemilikan, kesesuaian tapak, akses jalan dan potensi pembangunan. Ketujuh, rangkaian hospital atau kluster. Peranan hospital baru dalam rangkaian hospital sedia ada dan sistem Hospital Kluster dan kelapan kebolehlaksanaan projek iaitu Kesediaan Medical Brief of Requirement, reka bentuk, peruntukan dan kelulusan projek. Perancangan fisikal sesuatu fasiliti tertumpu kepada keutamaan taktikal lain. Daya maju atau feasibility projek serta mengoptimumkan peruntukan di bawah permohonan Rolling Plan, Rancangan Malaysia atau RMK. Selain itu, tumpuan peruntukan pembangunan fisikal yang disalurkan untuk menaiktaraf struktur, ruang rawatan dan perkhidmatan sokongan sedia ada khususnya di klinik kesihatan yang berhampiran termasuk unit diagnostik, makmal, perkhidmatan hemodialisis serta ruang kecemasan menjadi kriteria tambahan bagi menentukan keperluan fasiliti baru di sesebuah kawasan khususnya klinik di Bagan Datuk. Ia adalah Klinik Kesihatan Bagan Datuk, Klinik Kesihatan Hutan Melintang, Klinik Kesihatan Rungkup dan Klinik Kesihatan Sungai Sumun.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, berbicara mengenai keperluan sebuah hospital baru di daerah Bagan Datuk, jumlah populasi semasa adalah mencecah 85 ribu orang dan jumlah ini dari segi peningkatan penduduk ini boleh mencecah lebih kurang 95 orang menjelang tahun 2035. Meninjau mengenai jarak untuk mencapai perkhidmatan di hospital berhampiran dari Daerah Bagan Datuk iaitu Hospital Teluk Intan mengambil masa 1 jam dengan jarak kedudukan sejauh 56km manakala jarak daripada Hospital Seri Manjung pula yang terletak 50km mengambil masa 45 minit. Memandangkan klasifikasi Hospital Manjung adalah lead hospital bagi cluster minor yang hanya fokus kepada penduduk Manjung dan Pangkor, maka ruang untuk menampung tambahan pesakit dari Bagan Datuk masih tersedia. Sehingga kini Hospital Manjung memiliki jumlah katil sebanyak 356 manakala Hospital Teluk Intan pula memiliki jumlah katil sebanyak 548 katil. Isu akses perkhidmatan menjadi semakin mudah dengan pembinaan jambatan baru yang menghubungi Daerah Bagan Datuk dan Manjung adalah mengurangkan masa perjalanan berbanding jumlah masa yang diambil sebelum ini. Suasana begini membolehkan penduduk Daerah Bagan Datuk memiliki akses pencapaian perkhidmatan kesihatan daripada kedua-dua hospital ini berdasarkan masa yang munasabah dan kita tidak dapat menafikan bahawa kedua-dua hospital ini adalah hospital pakar sepenuhnya.

Berbicara mengenai akses perkhidmatan kesihatan primer yang tersedia di Daerah Bagan Datuk pula masih memiliki standard penyampaian perkhidmatan kesihatan yang memberangsangkan. Secara keseluruhannya, jumlah taburan Klinik Kesihatan dan Klinik Desa adalah seperti berikut. Lima buah Klinik Kesihatan Jenis Tiga, jumlah hadiran adalah daripada 300 hingga 500 pesakit sehari. Klinik Kesihatan Hutan Melintang Jenis ke-Empat Bagan Datuk, Klinik Kesihatan Sungai Sumun, Klinik Kesihatan Selekoh dan Klinik Kesihatan Sungai Tiang. Selain daripada itu juga terdapat 10 buah Klinik Desa iaitu Klinik Desa Sungai Manila, Klinik Desa Sungai Samak, Klinik Desa Bagan Lalang, Sungai Desa Teluk Buloh, Sungai Desa Bagan

Pasir Laut, Klinik Desa Sungai Dulang, Klinik Desa Bagan Pasir, Sungai Desa Rungkup, Sungai Desa Sungai Balai dan Sungai Desa Sungai Pergam.

Jumlah pesakit yang mendapat rawatan di setiap klinik kesihatan di Bagan Datuk bagi tahun 2023 hingga 2025 adalah seperti berikut. Di Klinik Kesihatan Jenis 3 iaitu Hutan Melintang pada tahun 2023, sebanyak 250 pesakit telah menerima rawatan, padahal jumlah ini telah meningkat kepada 320 orang sehari pada tahun 2025. Di Klinik Kesihatan Sungai Sumun sebanyak 111 orang pesakit telah menerima rawatan pada tahun 2023 manakala angka ini meningkat kepada 157 orang pesakit pada tahun 2025. Bagi Klinik Kesihatan Selekoh pulak pada tahun 2023, secara harian seramai 93 pesakit telah menerima rawatan dan angka ini telah meningkat kepada 114 orang pesakit pada tahun 2025 dan Klinik Kesihatan Jenis 4 Bagan Datuk pada tahun 2023, secara purata setiap hari 117 orang pesakit telah menerima rawatan dan angka ini telah meningkat kepada 144 orang pesakit sehari pada tahun 2025. Bagi Klinik Kesihatan Sungai Tiang, 23 orang pesakit telah menerima rawatan seharian dan angka ini telah meningkat kepada 39 orang yang menerima rawatan pada tahun 2025 dan keseluruhan bagi kelima-lima klinik ini sebanyak 633 orang telah menerima rawatan dan bagi tahun 2025 telah meningkat kepada 800 pesakit sehari dan secara klasifikasi klinik kesihatan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Klinik Kesihatan Malaysia.

Secara praktikal perkhidmatan di Klinik Kesihatan tersebut merangkumi, yang pertama adalah pesakit luar, yang kedua adalah ibu dan anak, yang ketiga adalah kecemasan, yang keempat adalah makmal, yang kelima adalah farmasi, yang keenam adalah pergigian dan yang ketujuh adalah rehabilitasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Desa di Daerah Bagan Datuk adalah yang pertama kesihatan ibu, pemeriksaan antenatal pemantauan kehamilan dan penjagaan selepas bersalin. Kedua, kesihatan bayi dan kanak kanak, pemeriksaan tumbesaran dan perkembangan berat atau tinggi, status pemakanan dan imunisasi. Yang ketiga, rawatan penyakit ringan iaitu rawatan asas bagi penyakit akut ringan atau ringan yang boleh diuruskan di peringkat khidmat. Keempat, pendidikan kesihatan, nasihat kesihatan, pemakanan, penjagaan ibu dan anak serta pencegahan penyakit dan perkhidmatan. Yang kelima, yang ditawarkan oleh klinik desa adalah pengesanan awal, masalah kesihatan ibu dan kanak-kanak serta rujukan jika diperlukan. Keenam rawatan ke rumah, lawatan oleh anggota kesihatan bagi kes-kes tertentu khususnya ibu dan kanak-kanak. Ketujuh, perkhidmatan kesihatan keluarga, aktiviti berkaitan kesihatan produktif, reproduktif keluarga dan penjagaan kanak-kanak. Kelapan rujukan ke Klinik Kesihatan dan hospital. Kes yang memerlukan pemeriksaan rawatan dan perkhidmatan lebih khusus.

Untuk perhatian Yang Berhormat Rungkup dan Yang Berhormat yang lain, satu masa dahulu kita ada perkhidmatan bidan-bidan di perkampungan tetapi sekarang dah tidak ada. Setiap klinik desa memiliki purata perjawatan rawatan terlatih seramai tiga hingga empat orang. Sebilangan besar jawatan bidan yang dahulunya dilantik bagi mengendalikan kes kelahiran di kawasan terpencil kini secara beransur digantikan dengan jawatan jururawat terlatih. Walaubagaimanapun, perkhidmatan asas menjaga kesihatan ibu dan anak menjadi prospek penting dan seiring itu dengan kapasiti dan kemampuan sedia ada, KKM masih berdaya bagi membekalkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik bagi penduduk Bagan Datuk. Walaupun pada peringkat ini, perancangan bagi menubuhkan satu hospital awam masih dalam perancangan bagi menubuhkan satu hospital awam masih dalam peringkat penelitian dan kajian rapi. Namun, suasana dan keperluan bersifat dinamik dan boleh mengalami perubahan nanti. Klinik Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Kerajaan Negeri sentiasa komited dengan keperluan semasa masyarakat khususnya bagi membina sebuah masyarakat yang sihat dan sejahtera selain prihatin dari segi kesihatan sambal meningkatkan kesedaran dan membina gaya hidup yang sihat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Solan tambahan Rungkup sila.

Yang Berhormat Timbalan Speaker saya mohon untuk memberi laluan kepada Yang Berhormat Hutan Melintang untuk bertanya soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Hutan Melintang, sila.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih kepada Dato' atas laluan ini dan soalan tambahan saya kepada, saya mintalah kami dah dengar panjang berkenaan dengan hospital daerah, kewujudan hospital daerah di Bagan Datuk dan merupakan beberapa perkara penting yang telah dibagi tahu tadi. Tapi saya rasa keadaan sekarang yang berikutan dengan kita tengok cuaca sekarang pun tidak begitu elok dan skop budak-budak tak apa tak tak dapat pergi sekolah pun kadang-kadang. Tapi saya rasa keberadaan klinik-klinik di kawasan Bagan Datuk ni saya rasa mungkin boleh juga ditambahbaik dan juga yang ini adalah soalan untuk soalan-soalan tambahan untuk keberadaan Hospital Bagan Datuk. Tapi ini lebih menuju kepada Klinik Kesihatan jenis 3 di Hutan Melintang di mana yang telah diluluskan pada di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-12 dan sampai hari ini kami tidak mendapat apa-apa status berkenaan dengan pembinaan projek klinik kesihatan ini. Saya mohon Dato' menjawab soalan saya itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Bagan Datuk dan saya sangat prihatin berkaitan dengan warga Bagan Datuk dan percaya kedua-dua YB daripada Rungkup sahabat saya dan juga daripada Hutan Melintang tidak akan menafikan bahawa saya berasal daripada Bagan Datuk. Jadi Bagan Datuk ini sentiasa ada di hati saya dan sekarang ada berita baik untuk warga Hutan Melintang. Seperti pepatah Inggeris, now you will see the light at the end of tunnel dengan izin. Klinik yang sedia ada di Hutan Melintang adalah klinik jenis ketiga yang memberi rawatan luas iaitu skop adalah klinik pesakit luar, klinik ibu dan anak, pergigian, kecemasan, rehabilitasi, median atau CR, farmasi, infectious disease, sistem TPC, YCSS, CCTV, peralatan perubatan dan sebagainya. Jadi wide scope of medical services telah ditawarkan di klinik ini dan balik kepada keadaan klinik baru. Projek klinik kesihatan jenis ketiga dengan kuarters Hutan Melintang Perak diluluskan pada RMK-12 iaitu rancangan Rolling Plan Ke-4 dengan kos keseluruhan sebanyak RM40 juta. Projek ini diserahkan kepada Cawangan Kerja Kesihatan JKR Malaysia sebagai agensi pelaksanaan.

Projek ini bermula dengan mesyuarat permulaan dan lawatan tapak pada 08 April 2024. Pada peringkat permulaan, semua kerja-kerja penyiasatan tanah dan tambakan tanah dan kerja-kerja ukur tanah telah dilaksanakan sepenuhnya sebelum sehingga awal tahun 2025. Draf pelan tapak dan rekabentuk konsep telah dibangunkan dengan mendapat kelulusan KKM Kementerian Kesihatan menjelang Mac 2025. Pada masa yang sama, pihak JKR mengadakan perbincangan bersama

Majlis Perbandaran Teluk Intan. JKR telah mengemukakan anggaran kos awalan pada 06 Mei 2026 bernilai RM47.2 juta. Setelah itu, pihak KKM telah memohon justifikasi kenaikan kos bersama sebab dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang diluluskan adalah sebanyak RM14 juta sekarang telah meningkat kepada RM47.2 juta. Jadi KKM ingin tahu justifikasi kenaikan kos dan JKR dan maklum balas yang diperolehi sebelum permohonan Notice of Change dikemukakan oleh KKM kepada Kementerian Ekonomi pada 4 September 2025.

Pada masa yang sama, JKR telah menyediakan dokumen bagi urusan rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta 172 kepada PlanMalaysia Perak. Dari segi perancangan, urusan tender boleh dilaksanakan setelah memperolehi kelulusan NOC nanti daripada Kementerian Ekonomi. Kementerian Ekonomi telah mengumpulkan query berkaitan dengan permohonan NOC melalui e-mel bertarikh 06 Oktober 2026. JKR juga telah mengemukakan maklum maklumat tambahan berdasarkan query Kementerian Ekonomi pada 31 Oktober 2027. Setelah itu, KKM mengemukakan semula permohonan NOC kenaikan kos kepada Kementerian Ekonomi melalui surat bertarikh 20 November 2025 berjumlah RM47.2 juta. Seterusnya pada 5 Jun…5 Mac 2023, Kementerian Ekonomi juga telah meluluskan permohonan NOC peningkatan kos kepada RM47.2 juta. Kelulusan preliminary detailed abstract juga telah diterima daripada KKM melalui surat Bahagian Pembangunan bertarikh 13 Mac 2026. Pada masa yang sama, pada 18 Jun 2026, Laporan Akhir Kajian Penilaian Impak Lalu Lintas atau Traffic Impact Assessment juga telah diterima daripada perunding dan kini sedang dalam semakan adopt design team dan JKR dalam peringkat reka bentuk terperinci dan dalam proses melengkapkan keperluan dokumen bagi permohonan urusan rundingan 20A kepada pihak Pihak Berkuasa Tempatan yang dijadualkan pada Ogos 2026. Projek ini dijangka diiklankan pada Oktober 2026 manakala surat setuju terima dijangka akan dikeluarkan pada bulan Januari 2027. So, your dream is coming to an end. You will see a fresh klinik and new klinik kesihatan in Hutan Melintang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput Ahli Yang…

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Selinsing.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan sila.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. YB Exco ada sedikitlah soalan saya berkaitan dengan kesihatan berkaitlah. Kalau ikutkan isu yang paling dekat dengan rakyat ni ialah kalau di hospital ni isu, isu menunggu lah, menunggu kan yang lama. Banyak tempat kadang-kadang lepas jumpa doktor kena pergi farmasi tunggu lagi. Tapi tak apalah yang saya nak sebut ni ialah ada satu laporan pada April daripada Hospital Raja Perempuan Bainun lah berkenaan dengan kesesakan hospital dan juga kekurangan katil ini. Laporan itu menyebut terdapat pesakit yang ditempatkan sebagai lodger di wad lain kerana kekurangan katil. Jadi saya punya soalan tu ialah adakah kapasiti katil hospital kerajaan di negeri Perak ini mencukupi berbanding dengan pertambahan penduduk dan juga peningkatan penyakit kronik yang ada pada ketika ini? Itu soalan saya terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Selinsing. Yang ya ada dua perkara satu adalah berkaitan dengan isu menunggu. Saya percaya ini adalah satu soalan am yang berlaku di hampir semua Klinik Kesihatan dan hospital dan kita terima aduan ini dari masa ke semasa. Dan apabila kita kaji ada beberapa fakta yang terlibat dalam isu ini. Malah, ini tidak bermakna di hospital swasta seorang pesakit dengan kad medical card insurans boleh terus jalan dan berjumpa dengan doktor. Di hospital swasta dari pengalaman saya dan aduan yang saya terima perkhidmatan tidak dapat di soalkan tetapi yang masa menunggu untuk diterima untuk rawatan sebab mereka ini kena dapatkan pengesahan daripada syarikat insurans dulu dan untuk dapatkan pengesahan itu kadang-kadang akan ambil masa. Di sini kita tidak ada isu berkaitan dengan syarikat insurans. Kita boleh terima mereka tetapi selepas discharge...selepas discharge, ni ada patient yang menunggu 8 jam, disuruh duduk atas katil di hospital swasta di Ipoh kerana tidak dapat kelulusan daripada insurans. Doktor yang rawat akan berbincang dengan syarikat insurans berkaitan dengan kadar caj dan pihak insurans ada masanya tidak terima dengan jumlah yang dikenakan. Jadi mereka merunding dan rundingan ini akan masa ambil masa berjam-jam dan pesakit ini tidak dibenarkan keluar daripada hospital. Kalau seorang pesakit ini nak keluar dari hospital, dia kena bayar dulu. Keadaan ini tidak ada dalam hospital kerajaan. Di mana-mana hospital kerajaan, discharge terus boleh balik. Ada seorang contohnya student kolej masuk rawatan hospital swasta. Caj adalah satu jumlah. Lepas itu pulak dah discharge, suruh duduk. Tak dapat makan, tak dapat minum sebab kena discharge dah. Tapi tak boleh balik rumah pun. Duduk selama 5 jam baru dapat balik. Kalau nak balik sebelum itu, bayar.

Itu keadaan keperimanusiaan di swasta. But that is a corporate field tetapi di hospital kerajaan tidak ada. Yang kesesakan ini memang ada. Saya tidak menafikan tetapi ada fakta-fakta dia. Ini adalah kerana apabila kita bagi temu janji kepada mereka untuk datang, mereka... kebiasaan apabila ibu bapa, orang tua, warga emas datang bukan datang seorang. Dia datang dengan anak dia. Dia perlu seseorang untuk membawa dia. Jadi, tambahan kesesakan dan tak cukup tempat untuk duduklah dan mereka tak dapat ikut temu janji yang diberi, mereka akan datang awal. Mereka fikir kalau datang awal boleh masuk jumpa doktor awal. Tapi doktor pada asalnya pada sesi pagi, dia akan melawat wad. Kita ada doktor sini. Doktor boleh? Dia akan cakap ya, dia akan melawat. Jadi, ada duty-duty dia yang dia sanggup sepatutnya habiskan, lepas tu datang jumpa tetapi apabila mereka mengadu tentang kesesakan di hospital, tolong tanya satu soalan. Apakah anda memuaskan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh doktor? Jawapannya tetap ya. Sebab setiap kali saya pergi melawat... saya melawat orang awam, saya akan tanya apa khabar. Apa masalah. Puas hati tak...dia akan cakap kena tunggu lama, tak ada parking. Ketiga itu, haa mesti kena tunggu lama. Ini tiga aduan. Jadi ketiga-tiga aduan ini, pihak KKM telah cuba sedaya upaya dan telah baik pulih dari beberapa segi. Contohnya farmasi sekarang drive in boleh. Telefon, buat appointment, saya akan datang 10.00 pagi. Apabila sampai ke farmasi, telefon farmasi. Staff dari farmasi akan bawa ubat ke kereta dan ambil terus drive out. Kedua, sekarang kita implement satu lagi iaitu melalui courier service. Ada satu caj yang kecil. Bayar caj, ubat itu akan sampai ke rumah.

Jadi inilah baik pulih yang kita sedang buat sekarang ini dan kesesakan katil...berkaitan dengan katil. Kita ada 15 hospital di negeri Perak dan Hospital Raja Permaisuri Bainun sahaja ada lebih kurang 1500 katil. Hospital Taiping, 650 katil. Hospital Teluk Intan, lebih kurang 600 katil. Hospital Seri Manjung, lebih kurang 360 katil dan Slim River dan sebagainya. Jumlah katil adalah sebanyak lebih kurang 6000 katil dan katil yang beroperasi ada lebih kurang 5600 katil. Masih ada 400 katil kosong dan ICU ada 96 katil dan katil ICU beroperasi adalah lebih kurang 75. Kadang-kadang apabila adanya satu penyakit yang kita tak sangka, tiba-tiba. Katakanlah kolera. Kita tak jangka, tiba-tiba. Jadi apabila meningkat, memanglah kita ada masalah lah dan terjadi kecemasan (emergency). Berlakunya satu kemalangan macam... berlaku yang berkaitan dengan murid-murid UPSI. Tak sangka. Tidak ada yang sangka. Bawa ke Gerik, tak cukup katil. Bawa ke Taiping lepas tu kena bawa ke Tunku Bainun. Jadi ada masa-masa itu mungkin kita ada masalah tetapi...tetapi tidak ada aduan selama ini yang diterima daripada hospital mahupun di klinik kesihatan kita sebanyak 89 klinik kesihatan dan lebih kurang 180 lebih klinik desa dan 15 hospital ini yang mengatakan...saya pergi ke emergency, mereka halau saya keluar sebab tidak ada katil. Tak berlaku. Jadi kerajaan...hospital kerajaan dan klinik kesihatan kerajaan sentiasa mementingkan kepentingan pesakit dan menawarkan perkhidmatan yang sungguh bagus. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput last sekali...Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk mengemukakan nombor soalan.

Terima kasih kepada YB Dato’ Speaker. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi-pagi pergi bersenam, soalan Bota nombor enam.

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Bota yang kemukakan soalan berkaitan dengan projek sakit dan projek terbengkalai di negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut takrif Jabatan Perumahan Negara, projek sakit merujuk kepada projek yang lewat melebihi 30% berbanding kemajuan sepatutnya atau lebih melepasi tempoh perjanjian jual beli. Projek terbengkalai pula berada pada tahap yang lebih serius antaranya apabila tiada aktiviti pembinaan yang ketara selama enam bulan secara berterusan dan kemudiannya telah disahkan di bawah Akta 118 iaitu Akta Pemajuan Perumahan. Berdasarkan data rasmi Portal Teduh iaitu dengan izin transforming and empowering data usage in housing di bawah Jabatan Perumahan Negara KPKT, kini terdapat enam projek perumahan swasta terbengkalai dan 51 projek sakit di negeri Perak. Dari segi bidang kuasa, pemantauan dan pemulihan projek ini berada dibawah JPN KPKT. Di peringkat negeri pula, LPHP memberi perhatian khusus kepada projek yang melibatkan Rumah Perakku. Namun, apabila sesuatu projek memerlukan tindakan dan penyelarasan di peringkat negeri, kita tidak hanya menunggu tindakan persekutuan.

Antara contoh usaha pemulihan paling significant adalah D’Aman Residensi di Meru Raya yang telah diberi perhatian khusus sejak awal saya memegang portfolio perumahan. Pemulihan D’Aman Residensi bukan sekadar meminta pemaju masuk semula ke tapak untuk sambung kerja. Ia memerlukan LPHP bersama JPN, MBI, agensi teknikal, utiliti dan pemaju untuk menyelesaikan isu demi isu termasuk kemajuan fizikal, keperluan teknikal dan utiliti, kewangan, hak milik strata sehinggalah proses mendapatkan CCC. Banyak kerja berlaku di belakang tabir. Ini termasuk mesyuarat teknikal, lawatan tapak, pemantauan dan susulan berulang kali sehingga akhirnya dua blok yang melibatkan 480 unit memperoleh CCC pada 16 April 2026 dan sejak Julai yang lalu, pembeli juga telah mula menerima kunci kediaman masing-masing. Saya ingin ambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pegawai dan agensi yang terlibat yang telah komited bantu kita selesaikan isu ini. Apa yang kita nampak akhirnya adalah perolehan CCC dan penyerahan kunci tetapi untuk sampai ke garisan penamat, banyak masalah yang perlu diselesaikan satu persatu sehingga pembeli yang telah lama tunggu bertahun-tahun akhirnya menerima rumah mereka.

Selain itu, contoh pemulihan juga salah satu contoh pemulihan adalah projek oleh Osaka Holdings Sdn. Bhd. yang sebelum ini berstatus projek sakit dan melibatkan komponen Rumah Perakku 1. Dengan kerjasama dan penyelarasan semua pihak, projek ini juga telah berjaya disiapkan dan oleh CCC pada 7 Mei 2026. Soalan pecahan kedua tanya tentang pendekatan pihak kerajaan dalam menangani isu-isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat walau pun bidang kuasa utama di bawah Akta 118 berada pada KPKT dan JPN, Kerajaan Negeri juga sentiasa mengambil peranan proaktif kerana banyak isu yang menentukan sama ada sesuatu projek boleh bergerak semula atau tidak melibatkan PBT, dana, infrastruktur, utiliti dan juga agensi negeri. Sebab itu kita wujudkan Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Sakit dan Pemulihan Projek Terbengkalai (JKPSPT) yang telah menghimpunkan LPHP, JPN, PBT, PTG dan agensi teknikal untuk lihat setiap projek secara khusus. Pada 10 Julai 2024 juga LPHP dan JPN telah menandatangani MoU berkaitan pemulihan projek bermasalah. Perak merupakan negeri pertama yang memulakan kolaborasi strategik seumpama ini bersama Kerajaan Persekutuan dan yang penting bukanlah sekadar majlis untuk menandatangani MoU tersebut tetapi yang lebih penting selepas wujud kerjasama ini perkongsian data maklumat teknikal dan penyelarasan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menjadi lebih tersusun.

Dalam pemulihan projek memang tiada satu formula yang boleh sesuai untuk semua masalah yang dihadapi. Ini kerana ada projek yang bermasalah kerana isu kewangan, ada kerana dana, kontraktor, utiliti, infrastruktur atau syarat teknikal. Malah selalunya sesuatu projek mempunyai beberapa masalah yang saling berkait. Sebab itu kita gunakan pendekatan case by case dengan izin dan cuba untuk mengenal pasti bottleneck yang sebenar. Dalam bidang kuasa negeri dan PBT pemudahcaraan boleh melibatkan antaranya untuk mempercepatkan proses tertentu, lanjutan tempoh, pertimbangan pengurangan atau pengecualian caj tertentu, penyelarasan syarat teknikal, infrastruktur dan utiliti atau pun membantu membuka ruang kepada kontraktor atau pemaju penyelamat tetapi saya ingin tegaskan bahawa pemudahcaraan ini tidak bermaksud untuk mengetepikan undang-undang atau keselamatan. Itu memang sama sekali tidak akan dikompromi dan kerajaan negeri juga tidak mengambil alih tanggungjawab pemaju. Tanggungjawab untuk menyiapkan projek tetap kepada pemaju. Peranan kita adalah untuk memastikan perkara yang boleh diselesaikan melalui kuasa dan penyelarasan kerajaan tidak menjadi sebab projek terus tersekat dan pembeli terus menunggu.

Saya ingin teruskan untuk jawab soalan pecahan 3 tentang langkah-langkah untuk mencegah sesuatu projek daripada menjadi projek sakit dan projek terbengkalai. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam jangka masa panjang keutamaan Kerajaan Negeri memang adalah untuk mengesan tanda-tanda masalah lebih awal sebelum sesuatu projek sampai ke tahap sakit atau terbengkalai. Ini kerana apabila projek sudah terhenti sepenuhnya proses pemulihan akan menjadi jauh lebih rumit dan sukar. Sebab itu kita mahu bergerak daripada pendekatan reaktif kepada preventive dengan izin. Pemantauan projek perumahan swasta berlesen dilaksanakan oleh JPN. Di peringkat negeri kita melengkapkan pemantauan tersebut melalui LPHP,

PBT, agensi teknikal serta perkongsian maklumat bersama JPN. Antara instrumen yang telah dibangunkan ialah Dashboard Hartanah@Perak yang merangkumi maklumat pembangunan perumahan daripada semua PBT di negeri Perak.

Melalui dashboard ini perjalanan sesuatu projek dapat dipantau dengan lebih sistematik sekiranya projek yang telah mendapat kelulusan tetapi selepas satu tempoh masih tidak menunjukkan perkembangan yang munasabah, semakan dan tindakan susulan boleh dibuat lebih awal tanpa menunggu sehingga projek itu menjadi sakit atau terbengkalai. Mesyuarat melalui JKPSPT serta perkongsian maklumat bersama JPN turut membantu mengenal pasti projek yang mula menunjukkan risiko. Hala tuju kita adalah untuk menggunakan data dan penyelarasan antara agensi supaya tanda-tanda masalah dapat dikesan lebih awal. Lebih awal kita tahu lebih banyak pilihan penyelesaian yang mungkin kita gerakkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Bota soalan tambahan.

Soalan tambahan YB Exco. Terima kasih. Saya nak tahu ada tak Kerajaan Negeri menyediakan sebarang bentuk bantuan atau sokongan kepada pembeli rumah projek-projek yang terbengkalai. Kemudian sekiranya projek-projek yang dikatakan 6 projek terbengkalai itu boleh tak saya tahu di manakah daerahnya dan adakah Kerajaan Negeri yakin projek ini boleh dipulihkan dan bilakah dijangka akan diselesaikan semua projek terbengkalai dan juga projek sakit. Di situ ada beberapa soalan. Terima kasih YB Exco. Terima kasih.

Baik terima kasih. Untuk soalan tambahan yang dikemukakan oleh Bota bagi bantuan atau pun insentif yang diberikan kepada pembeli. Buat masa ini memang tiada bantuan untuk meringankan beban secara kewangan yang diberikan terus daripada kerajaan kepada pembeli. Cuma apa yang kita boleh bantukan adalah contoh melalui rundingan dengan pihak yang berkenaan tentang pinjaman yang sedang berjalan, pinjaman bulanan yang perlu dibayar dan sebagainya dan kita lebih fokus kepada pemulihan supaya seperti saya kongsikan tadi daripada proses kelulusan yang kita boleh percepatkan supaya dengan harapan projek tersebut dapat digerakkan, diselesaikan dan akhirnya rumah dapat diserahkan kepada pembeli dan kedua projek terbengkalai dan sakit yang ada yang terlibat buat masa ini dalam sistem TEDUH melibatkan beberapa daerah termasuk daerah Kinta, daerah Manjung, daerah Kampar dan sebagainya.

Untuk maklumat terperinci mungkin Yang Berhormat juga boleh layari di website TEDUH. Di situ memang KPKT sediakan maklumat yang terperinci dan terkini tentang projek-projek sakit terbengkalai di setiap negeri dan mengikut daerah juga dan berkenaan tentang usaha dan bagaimana dan jangka bila kerajaan nak selesaikan semua projek terbengkalai dan projek sakit ini sememangnya kerajaan negeri memahami hasrat dan keinginan Yang Berhormat dan juga para pembeli yang terlibat supaya mendapat kepastian dan supaya projek sakit dan terbengkalai yang terlibat dapat diselesaikan secepat mungkin. Prinsip Kerajaan Negeri adalah bahawa setiap projek sakit dan terbengkalai juga memang perlu diberi perhatian dan kita sentiasa prihatin dan mahu dan kita komited untuk memastikan sebanyak mungkin projek dapat dipulihkan dapat diselesaikan. Namun kita juga perlu berpijak pada realiti kerana tahap kebolehpulihan setiap projek adalah sangat berbeza.

Ini sebab ada projek yang pemajunya masih berkeupayaan masih ingin teruskan projek dan status tanah jelas dan masalah memang nampak boleh diselesaikan tetapi ada juga projek yang syarikatnya telah digulung berdepan dengan pertikaian tanah atau undang-undang dan menghadapi jurang kewangan yang besar atau pun tiada pemaju penyelamat yang bersedia untuk mengambil alih. Sebab itu kita tidak boleh menggunakan satu formula atau menjanjikan satu tempoh yang sama untuk semua projek. Yang penting kita mengenal pasti masalah sebenar menilai pilihan yang ada yang dan viable dengan izin dan mencari penyelesaian yang paling praktikal demi kepentingan pembeli. Selagi masih ada jalan untuk projek tersebut dipulihkan kita akan cuba sedaya upaya untuk menggerakkannya tetapi saya juga tidak mahu memberi harapan atau tarikh yang tidak realistik semata-mata untuk memberikan jawapan yang sedap didengar. Apa pun komitmen kerajaan adalah jelas bahawa setiap projek yang dikenal pasti akan diteliti dengan serius dan selagi masih ada jalan penyelesaian yang munasabah dan boleh dilaksanakan Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranan untuk membantu mencari jalan keluar. Terima kasih.

Speaker, Manjoi.

Yang di-Pertua

Hutan Melintang.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih Yang di-Pertua. Ucapan syabas dan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam menangani masalah projek sakit ini secara sistematik dan juga very inclusive tetapi soalan saya apabila sesuatu projek sakit atau terbengkalai ini apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pemaju yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka dan kalau boleh nyatakan juga statistiknya. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Hutan Melintang. Ya saya rasa itu memang sesuatu soalan yang sering ditanya-tanyakan oleh pembeli yang terlibat mahu pun orang awam. Dalam kerajaan berusaha untuk memulihkan projek sakit, projek terbengkalai bantu untuk selesaikan masalah. Pada masa yang sama, apa pula tindakan yang patut diambil terhadap pemaju yang telah menimbulkan isu ini dan telah membawa masalah kepada pembeli? Untuk makluman Yang Berhormat, dari segi undang-undang, tindakan penguatkuasaan terhadap pemaju perumahan swasta berada di bawah KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara berdasarkan Akta 118. Antara tindakan yang boleh dambil termasuk kompaun dan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta 118. Selain menyenarai hitam pemaju dan Ahli Lembaga Pengarah yang terlibat dengan projek sakit atau terbengkalai gagal membayar kompaun, ingkar Award Tribunal atau menjalankan pemajuan tanpa lesen. Bagi projek yang telah disahkan terbengkalai, pemaju dan Ahli Lembaga Pengarah yang disenarai hitam boleh disekat daripada memohon lesen pemajuan baharu, manakala akaun pemajuan perumahan atau HDA yang sedia ada juga boleh dibekukan.

Namun, kita juga perlu mengakui bahawa undang-undang sedia ada mempunyai batasan-batasannya. Dalam sesetengah kes, apabila syarikat telah digulung atau melalui proses pelikuidasi, tindakan terhadap syarikat asal menjadi lebih rumit dan pada masa yang sama keutamaan masih perlu diberikan kepada mencari jalan supaya kepentingan pembeli dapat diselesaikan. Oleh kerana itu, KPKT sekarang sedang meneliti penambahbaikan kepada Akta 118 untuk memperkukuhkan penguatkuasaan dan perlindungan pembeli. Antara cadangan yang sedang diteliti termasuk sekatan perjalanan ke luar negara terhadap pemaju atau Ahli Lembaga Pengarah yang telah disenarai hitam serta memperluaskan tindakan kepada pihak yang berkaitan dengan struktur syarikat supaya mereka tidak mudah melepaskan diri daripada tanggungjawab melalui syarikat lain. Semua ini bertujuan untuk memastikan pemaju yang gagal menjalankan tanggungjawab tertakluk kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Jadi, Kerajaan Negeri juga sentiasa mengikuti perkembangan untuk penambahbaikan akta ini di peringkat Kerajaan Persekutuan supaya tindakan susulan yang bersesuaian juga boleh dilaksanakan di peringkat negeri. Terima kasih.

Speaker...

Yang di-Pertua

Exco boleh ke satu last one final question lagi daripada Manjoi? Ok Manjoi, sila.

Terima kasih Dato' Speaker.

Yang di-Pertua

Pendek je. Pendek je soalan dia.

Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih YB Exco. Saya mengikuti rapat isu berkenaan dengan pembeli rumah D'Aman Residensi Blok G dan H. Pertama saya ucapkan terima kasih dan tahniah pada YB. Exco atas kerja keras untuk menyelesaikan masalah rakyat ini dan juga pihak kerajaan negeri. Terima kasih banyak mewakili penduduk. Soalan saya, ada pun isu yang mungkin saya perlu penjelasan daripada Exco pertama berkaitan dengan penyerahan rumah re-access. Adakah benar pemaju tidak berbincang mengenai pampasan bayaran balik ganti rugi atas kelewatan urusan pembinaan rumah tersebut walaupun dalam perjanjian telah ditetapkan dalam LAD isu pertama. Kedua, isu berkaitan dengan penyerahan kunci tidak seragam dan masih terdapat pembeli yang belum menerima kunci walaupun bayaran telahpun dilunaskan dan juga ketiga yang penting, saya nak sebut di sini berkenaan caj dan bayaran. Saya dimaklumkan maintenance fee dan caj IWK dikenakan sebelum sesetengah pembeli menerima kunci atau menduduki rumah tersebut. Ini 3 isu utama yang dibangkitkan. Ada lagi isu lain. Cuma isu ini isu yang sering dinyatakan dan semalam Dato' Speaker, saya masih bertemu dengan penduduk di situ, menyatakan isu ini masih lagi belum mendapat penjelasan daripada kita. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok Exco.

Sorry, apa soalan pertama?

Pemaju tidak berbincang mengenai pampasan bayaran balik ganti rugi atas kelewatan urusan pembinaan rumah tersebut walaupun dalam perjanjian telah ditetapkan dalam LAD.

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Manjoi tentang beberapa soalan yang telah dikemukakan bagi Projek Meru D'Aman Residensi Meru Raya, fokus kita dan peranan kerajaan adalah untuk memastikan projek terbengkalai ini dapat dipulihkan dan akhirnya realitinya ia juga berjaya dipulihkan sehingga kerja fizikal selesai, CCC diperolehi dan sehingga proses penyerahan kunci dapat dijalankan. Baik. Selepas itu, apabila rumah telah diterima, masih ada isu-isu yang perlu diselesai termasuk untuk LAD, pampasan atas kelewatan ini memang termaktub dalam perjanjian jual beli juga ada dalam undang-undang yang berkaitan. Jadi itu merupakan sesuatu yang pihak pemaju perlu memasuki fasa perbincangan dengan pembeli supaya untuk selesaikan masalah ini. Projek ini terbengkalai atas beberapa faktor dan antaranya dari segi kewangan, pemaju juga antara faktor yang menyumbang kepada projek ini terbengkalai sebelum ini. Jadi memang sememangnya ini menjadi sebahagian daripada tanggungjawab pemaju untuk uruskan. Walaupun selepas rumah telah selesai bina, isu-isu sampingan termasuk pampasan ini masih menjadi tanggungjawab mereka untuk dibincangkan dan saya difahamkan sebelum ini dalam perbincangan dan sebagainya juga pemaju akan bagi cadangan apa penyelesaian yang perlu dan sekiranya pembeli terdapat sebarang yang rasa tidak tidak puas hati ataupun tindakan yang perlu memang termasuk tindakan undang-undang.

Antara saluran yang boleh diambil untuk pastikan hak mereka dijamin dan apa yang tanggungjawab pemaju akan dilaksanakan sebaik mungkin dan berkaitan dengan tempoh penyerahan yang tidak seragam. Saya difahamkan apabila masuk fasa penyerahan kunci, memang surat pemakluman itu dihantar kepada kesemua pembeli yang melibatkan sebanyak 480 unit dan seterusnya dia bergantung kepada beberapa urusan termasuk untuk jelaskan semua bayaran deposit yang berkenaan dan seterusnya untuk mengaturkan temu janji untuk sama sama dua pihak untuk turun untuk inspect rumah sebelum proses penyerahan kunci itu dapat dijalankan. Jadi sememangnya tarikh penyerahan kunci itu, dia tidak seragam sebab dia bergantung kepada beberapa urusan yang perlu diselesaikan dan pengaturan antara pemaju dan pembeli. Cuma pada kerajaan negeri yang penting, kita nak pastikan komunikasi antara pemaju dan pembeli. Info rasmi perlu disampai dan saluran komunikasi jika pembeli terdapat apa-apa kemusykilan, pertanyaan sentiasa ada saluran untuk mencapai pada pemaju boleh diajukan soalan dan soalan yang ditanyakan ada jawapan daripada pemaju. Jadi itu saya kira setakat ini semua berjalan dengan lancar dan yang penting apabila saluran komunikasi ini berjalan dengan baik berfungsi dengan baik, apa apa isu boleh dibawa bincang antara pemaju dan pembeli.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang seterusnya.

Membawa Rang Undang-Undang, Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2026Bill

Setiausaha

Perkara yang kelima, membawa Rang Undang-Undang, Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2026.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan rang undang-undang yang bernama Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2026 dibaca bagi kali pertama.

Yang di-Pertua

Bila bacaan kali kedua?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dalam mesyuarat ini juga.

Yang di-Pertua

Sekarang, saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan Notis Bacaan Kali Yang Kedua sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 57 (1).

[EDARAN NOTIS BACAAN KALI KEDUA]

Yang di-Pertua

Sila YAB Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengemukakan rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukkan berhubung dengan saraan bagi anggota pentadbiran dan ahli dewan negeri serta perkara lain yang berkaitan dengannya sekarang dibaca bagi kali yang kedua. Dato' Seri Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Dato Seri Yang d-Pertua. Bercham, menyokong.

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi membentangkan Rang Undang-Undang, Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2026.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mencadangkan bahawa rang undang-undang yang bernama Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2026 dibaca kali yang kedua sekarang. Rang undang-undang yang dibentang pada hari ini pada asasnya merupakan suatu usaha untuk memodenkan, menyusun semula dan memperkemas peruntukan undang-undang berkaitan saraan anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri yang telah berkuat kuasa sejak tahun 1980. Setelah lebih empat dekad dan melalui sebanyak 13 kali pindaan, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa sudah sampai masanya enakmen sedia ada diteliti secara menyeluruh supaya susunan tafsiran dan peruntukannya lebih jelas, teratur serta selaras dengan kaedah penggubalan undang-undang semasa. Atas pertimbangan tersebut, satu proses semakan dan pemurnian telah dilaksanakan sebelum rang undang-undang ini dimuktamadkan untuk dibawa ke Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, proses semakan ini telah bermula sejak tahun 2025 melalui beberapa siri bengkel dan perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Bengkel pertama telah diadakan pada 13 hingga 14 Oktober 2025 bagi meneliti Enakmen Anggota Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) 1980 serta melihat keperluan untuk mengharmonikan peruntukannya dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan 1980). Bengkel tersebut melibatkan Yang di-Pertua Dewan Negeri, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, wakil-wakil pentadbiran dan kewangan kerajaan negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri daripada pihak kerajaan dan pembangkang serta dua orang mantan Ahli Dewan Negeri. Susulan bengkel berkenaan, penelitian lanjut telah dilaksanakan bersama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi memperhalusi dapatan dan cadangan yang dikemukakan. Seterusnya dalam bengkel kedua yang berlangsung pada 18 hingga 19 Mei 2026 setelah mengambil kira usia enakmen sedia ada yang telah berkuat kuasa sejak tahun 1980 serta melalui 13 kali pindaan diputuskan bahawa pendekatan yang lebih sesuai adalah dengan mengubal suatu enakmen baharu berbanding meneruskan pindaan secara berperingkat terhadap enakmen yang sama. Pendekatan ini membolehkan keseluruhan peruntukan disusun semula secara lebih sistematik, jelas dan sesuai dengan keperluan penggubalan undang-undang semasa.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, penggubalan rang undang-undang ini bukanlah bertujuan untuk mengubah keseluruhan dasar dan kerangka saraan yang sedia ada. Sebaliknya, sebahagian besar penambahbaikan yang dibuat bersifat pemodenan, penyusunan semula dan penjelasan peruntukan undang-undang disamping beberapa pindaan tertentu bagi memenuhi keperluan semasa. Penambahbaikan tersebut boleh dilihat dalam beberapa aspek utama. Pertama, memperjelas tafsiran dan memodenkan peruntukan undang-undang. Ini termasuk penggunaan laras bahasa yang lebih terkini dan selaras dengan standard penggubalan undang-undang moden selain memperincikan tafsiran tertentu supaya maksud dan pemakaiannya menjadi lebih jelas. Kedua, memperkemas peruntukan berkaitan institusi dan keanggotaan dewan, keanggotaan Dewan Negeri. Antaranya termasuk memasukkan jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri dalam tafsir, tafsiran ahli serta mewujudkan peruntukan khusus berkaitan elaun ketua pembangkang. Ketiga, penyusunan, menyusun semula beberapa peruntukan pentadbiran dan perundangan. Ini termasuk peruntukan berkaitan perwakilan kuasa, pelaksanaan perintah mahkamah, urusan berkaitan pentadbiran harta pusaka serta pemansuhan enakmen lama dengan pengecualian tertentu bagi memastikan hak dan pembayaran yang telah wujud di bawah Enakmen 1980 tidak terjejas. Keempat, memperjelaskan peruntukan berkaitan faedah dan hak ahli. Formula pengiraan pencen dan ganjaran yang diperuntukkan dibawah Enakmen 1980 pada asasnya dikekalkan manakala peruntukan berkaitan faedah akibat kemalangan disusun mengikut jawatan supaya lebih jelas dan teratur. Kadar faedah akibat kemalangan sedia ada juga dikekalkan.

Dengan penyusunan ini, rang undang-undang baharu dapat menyediakan suatu kerangka perundangan yang lebih tersusun dan mudah dirujuk di samping memastikan hak dan pembayaran yang telah wujud di bawah Enakmen 1980 terus terpelihara sebagaimana yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, selain proses semakan dan penggubalan yang telah saya jelaskan tadi, draf rang undang-undang ini turut dibentangkan dalam sesi libat urus bersama Ahli-ahli Dewan Negeri dan pihak berkepentingan pada 21 Julai 2026 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sesi libat urus tersebut memberi ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pihak berkepentingan untuk meneliti draft yang dicadangkan serta mengemukakan pandangan dan cadangan sebelum ia dimuktamadkan. Antara cadangan yang dikemukakan dalam sesi tersebut ialah supaya dasar maksimum pencen bulanan dinaikkan daripada 1/2 atau 50% kepada 3/5 atau 60% daripada gaji. Cadangan ini turut mengambil kira perbandingan dengan peruntukan yang berkuat kuasa di peringkat Parlimen Malaysia dan beberapa buah negeri.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Parlimen Malaysia, Pulau Pinang dan Selangor memperuntukkan kadar maksimum pencen sebanyak 3/5 atau 60% daripada gaji. Johor pula memperuntukkan kadar maksimum 3/5 daripada gaji tertinggi bagi tempoh perkhidmatan yang melebihi 87 bulan. Manakala beberapa negeri lain masih menetapkan kadar maksimum pencen sebanyak 1/2 atau 50% daripada gaji. Perbandingan ini telah diambil kira bersama pandangan yang dikemukakan dalam sesi libat urus sebelum cadangan tersebut dipertimbangkan oleh kerajaan negeri. Susulan daripada sesi libat urus tersebut, pandangan dan cadangan yang dikemukakan telah diteliti dan penambahbaikan sewajarnya dibuat sebelum draf rang undang-undang ini diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pada 12 Ogos 2026, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan draf rang undang-undang anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2026 untuk dibentangkan, dibahas dan seterusnya diluluskan oleh Dewan Negeri. Dalam masa yang sama, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan kadar maksimum pencen bulanan daripada 1/2 atau 50% kepada 3/5 atau 60% daripada gaji.

Selain itu, pindaan turut dibuat kepada Seksyen 15 (1) berkaitan kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk membuat dan meminda jadual sekiranya difikirkan perlu dan wajar. Walau bagaimanapun, sebarang jadual yang dibuat atau dipinda melalui peruntukan, peruntukan tersebut hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Negeri dan hanya akan mula berkuatkuasa melalui pemberitahuan dalam warta. Peruntukan ini memastikan keperluan pentadbiran dapat dilaksanakan secara teratur dengan sebarang perubahan yang dibuat tetap di bawa ke pengetahuan Dewan Negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini. Sehubungan itu, saya menyerahkan rang undang-undang ini untuk pertimbangan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Masalahnya sekarang ialah bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan saraan bagi anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri serta perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali yang kedua dan telah disokong. Sekarang, masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang adalah selama 15 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih. Salam Sejahtera. Selamat Pagi. Salam Malaysia Madani diucapkan kepada Dato' Seri Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga kepada ketua-ketua jabatan, para media, para pemerhati sekalian dan terima kasih diucapkan kepada Dato Seri Yang di-Pertua untuk mengizinkan Bercham untuk mewakili blok kerajaan untuk mengemukakan pembahasan pihak kerajaan.

Jadi setelah mendengar pencerahan daripada Menteri Besar tadi, terima kasih dan kita tahu di mana rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 2026 ini memang menepati masanya untuk tiba masanya kita buat setelah 1980, hampir 40 lebih daripada 40 tahun dan juga 13 kali setelah pindaan telah dijalankan dalam masa sudah tibalah kita untuk membuat sesuatu untuk pindaan menyeluruh kepada rang undang-undang ini dan dalam saya, setahu saya kalau bila pengalaman saya beritahu saya kalau sebarang pindaan ini dulu kita cuma ada satu platform selain daripada Dewan yang mulia ini, kita ada satu jawatan kuasa hak dan kebebasan untuk mengemukakan pindaan tersebut dan juga kini itu wujud lagi satu jawatankuasa untuk kebajikan Adun dan kita ini platform yang diberikan pada pagi ini. Kita tahu banyak pindaan-pindaan yang telah dijalankan malahan sesi libat urus pun melibatkan tidak kira daripada pihak kerajaan malahan pembangkang pun sama-sama kita berada di Dewan Bankuet pada bulan-bulan yang lepas, kita pun telah mengemukakan seperti dibangkitkan oleh Menteri Besar tadi tentang pencen di mana 1/2, 50% ditukar akan dianjakkan kepada 3/5 iaitu 60%. Ini memang menepati masanya. Ini bukan rang undang-undang ini itu tidak hanya memelihara hak ataupun mana-mana tetapi kita melindungi tidak kira ahli-ahli yang sekarang di dalam Dewan ini tetapi kepada mereka yang telah pencen ataupun mereka yang bakal menjadi wakil rakyat di Dewan yang mulia ini.

Jadi setelah saya memperhalusi semua intipati terkandung dalam warta kerajaan ini memang saya nampak ada banyak pembaharuan di masa terma-terma ataupun perkataan-perkataan mengikut aliran terkini memang patut kita buat dan di sini saya pun ada buat beberapa point di mana saya ingin pihak kerajaan untuk lebih memperhalusi ke arah lebih kita tak ada katakan rang undang-undang yang sempurna tetapi kita menghala ke tuju untuk lebih baik tidak kira untuk kita ini. Jadi dalam setelah saya meneliti banyak jadual-jadual dalam sub perenggan-sub perenggan dan tentang kemudahan perubatan bagi ahli-ahli yang telah pencen, di sini saya ingin mengemukakan satu cadangan. Selain daripada kemudahan perubatan dan sini saya ingin mencadangkan agar ahli-ahli yang telah berpencen boleh menerima kad KTM di mana untuk yang telah ahli yang telah berpencen. Selain daripada ahli tersebut ataupun pasangan tersebut boleh menerima kad KTM ataupun parking-parking secara percuma dimana saya nampak ada mantan-mantan, saya nampak ada mantan Malim Nawar. Beliau telah untuk demi nak dapat parking percuma, dia tidak menanggalkan itu lambang Kerajaan Negeri, jata negeri itu di kereta dia. Jadi saya harap kalau kita boleh kita berikan satu parking. Keistimewaan parking percuma untuk ahli-ahli yang telah berpencen dan juga kepada kalau bolehlah kalau katakan cukai tanah untuk sebuah rumah mereka untuk demi meringankan bebanan selepas mereka telah pencen. Jadi ini adalah cadangan tambahan untuk memperhalusi RUU ini untuk golongan yang telah pencen.

Jadi telah shortlist, setelah saya lihat kepada jadual kedua tentang ruangan ruang kedua di mana jikalau berlaku akibat kecederaan dialami dalam kematian, dalam kemalangan di mana kalau kita bandingkan dengan yang dahulu kalau seorang ahli ni, Ahli Dewan ni meninggal semasa berkhidmat, dia cuma dapat RM 40,000 sahaja. Kalau katakan dulu mendiang Ayer kuning, beliau cuma boleh layak terima RM40,000 sahaja. Kalau ini dari RM40,000 dari tahun 1980, sampai sekarang amaun dia tetap sama. Kalau pihak kerajaan boleh, sekiranya boleh sekiranya status kewangan mengizinkan kita anjakkan lebih satu-satu tahap yang lebih munasabah. RM40,000 ni kalau pampasan diberikan kepada pasangan ataupun wasiatnya, jadi RM40,000 kalau nak melangsaikan satu sebuah kereta Myvi pun tak cukup. Bayangkanlah RM40,000 sahaja. Kalau bolehlah kita anjakkan ke RM150,000 itu kita PA. PA kalau kita beli di pasaran luar RM100.00 saja setahun pun boleh dapat perlindungan sebanyak lebih daripada RM100,000. Kalau ini MB saya nampak dia punya perlindungan RM500,000, Exco pula RM60,000, Yang di-Pertua Dewan Negeri pun RM60,000, Timbalan RM40,000. Sama dengan kitalah.

Jadi kalau kita boleh jika, jikalah kita tak nak boleh mempertimbangkan kadar tersebut daripada MB RM500,000. Kalau pun boleh meningkat sikitlah MB punya nyawa pun RM500,000 sahaja. Ah, ok. Kalau boleh ahli MMK boleh anjak ke RM250,000 dan Ahli Dewan Negeri dianjakkan ke RM150,000. Ini adalah cadangan daripada pihak saya mewakili Ahli-ahli Yang Berhormat semua tidak kira saya sahaja, pihak sana pun melibatkan dan juga kalau kita lihat kepada jika hilang kekal, keupayaan kekal disebabkan oleh kecederaan dialami dalam kemalangan ataupun hilang keupayaan. Jadi, pampasan yang diterima adalah lebih. Lebih sikit. RM80,000 dan MB pula RM100,000, Ahli Exco RM120,000, Yang di-Pertua RM120,000, Timbalan Yang di-Pertua RM80,0000, Ahli Dewan RM80,000.

Kalau bolehlah ya. Ini kalau katakan ini telah sudah jadi OKU pula, RM80,000 ini susahlah kalau bagi orang yang kalau katakan yang muda. Saya tak kata orang tua pun tak pentinglah. Tua ni jadi OKU pun susah juga. Kalau boleh kita tambahkan RM80,000 ini ke RM200,000 agar mereka boleh menampung kehidupan masa depan agar mereka terjamin. Saya tahulah kebanyakan kita ni ada beli Life Insurance, General Insurance. Mungkin ada skim dulu pernah kerja ada pencen dekat SOCSO ataupun EPF tetapi kalau untuk menjamin kesejahteraan Ahli-ahli di dalam Dewan ini, saya mencadangkan agar pihak…pihak kerajaan untuk menimbang cadangan saya walaupun tak semestinya yang saya cadangkan tetapi ada perubahan sikit sebab sudah 40 tahun lebih. Sudah 1980 sampai hari ini 2026. Keadaan ini tetap sama. Tiada, tiada perubahan. Jadi ini adalah cadangan daripada saya dan juga saya yakin beri satu contoh di mana seorang di pihak Pakatan Harapan iaitu seorang mantan Exco. Beliau merupakan Ahli Yang Berhormat mantan Keranji. Beliau di sebabkan beliau pernah menjadi Exco sebanyak 11 bulan semasa 2008. 11 bulan sahaja, berlaku peralihan kuasa. Jadi beliau jadi Ahli Berhormat biasa sampai sekarang sudah pencen tetapi hari ini, tahukah tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian? Apakah karier beliau? Beliau telah menjadi penjaja. Seorang penjaja jual french fries di pasar malam. Disebabkan kalau dan tambahan lagi, beliau sedang menghidapi kanser. Kanser. Kalau kita disebabkan pencen tersebut kekurangan. Pencen ahli sebagai Adun, dia ada tetapi pencen dia dari segi Exco nya, tak ada. Jadi kalau boleh moga pihak kerajaan untuk menimbang semula. Di sini saya rasa termasuk juga kepada, banyaklah sini ada yang pernah jadi, tempoh yang singkat. Kita ada pertimbangan bertimbang rasa sikit agar kita, wah masa cuma tinggal 4 minit aje. Itu saja. Banyak perkara-perkara yang baik telah dijalankan oleh pihak kerajaan.

Tahniah dan syabas kepada Kerajaan yang telah bertungkus-lumus untuk menyediakan RUU ini tetapi ada satu cadangan lebihan daripada saya iaitu kalau memandang sidang akan datang adalah merupakan bajet, kita ini untuk nak menuju ke sesuatu peringkat pemikiran politik yang lebih matang, lebih profesional dan lebih harmoni. Saya ingin mencadangkan agar bajet depan, pihak untuk terutama sekali peruntukan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat. Tak kira nya blok kerajaan atau blok pembangkang kita sama rata. Diberikan secara sama rata. Itulah cadangan daripada saya. Ini adalah ikhlas daripada saya. Jadi tak kira daripada peruntukan OG ke P07 ke atau pun hari-hari keistimewaan, kita sama-sama. Kita jangan, kita harap pada sidang akan datang atau pun bakal-bakal datang, kita ada satu suasana lebih harmoni dalam Dewan ini agar kita isi kandungan perbahasan kita.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bercham, sikit Bercham?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Boleh, boleh. Ok.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Sepatutnya cadangan Bercham tu cantik itu. Peruntukan. Sepatutnya jangan mula sesi depan. Mula sekarang. Mula sekarang. Apa pandangan Bercham?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ya cadangan saya, sekarang.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Cadangan sekarang.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Kalau bajet, biar akan datanglah. Biar MB untuk umum. Sebab saya pasal pencen saja.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Dah rasa nak jadi Pembangkang ke?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok. Disebabkan oleh faktor masa yang terhad, jadi pihak saya mewakili pihak kerajaan menyokong RUU yang dibahaskan di Dewan yang mulia. Sekian, terima kasih. Thank You.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Bercham. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan. 15 minit. Dipersilakan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Alhamdulillahi rabbil Alamin. Wassalamualaikum Ashrof Al Ambia Mursalin. Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain. (Bacaan Doa). Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, barisan Exco Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, para pemerhati dan juga rakyat Negeri Perak yang menyaksikan secara langsung sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada kali ini. Saya selaku Ketua Whip mewakili blok pembangkang ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah menentang jika saraan yang berpatutan dan adil dapat disalurkan kepada mereka yang sewajarnya. Cuma kita perlulah menetapkan saraan ini secara yang komprehensif dan juga memerlukan semakan oleh pihak-pihak tertentu dengan penuh akauntabiliti.

Saya suka nak memaklumkan khususnya kepada rakyat Negeri Perak untuk mengetahui berapakah jumlah pendapatan yang diperolehi oleh setiap Adun sebenarnya untuk Negeri Perak. Ahli Dewan Undangan Negeri menerima elaun RM11ribu sebulan. Ketua Pembangkang mendapat tambahan RM3ribu menjadikan RM14ribu. Yang di-Pertua mendapat tambahan RM12,500.00 menjadikan jumlah dia RM23,500.00. Timbalan Yang di-Pertua mendapat tambahan RM6,250.00 menjadikan jumlah sebenarnya adalah RM17,250.00. Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri mendapat tambahan RM12,500.00 menjadikan jumlah sebenarnya RM23,500.00. Menteri Besar mendapat tambahan RM25ribu menjadikan jumlah sebenarnya RM36ribu. Inilah pendapatan yang diperolehi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri sehinggalah ke peringkat Menteri Besar. Bagi pihak blok Pembangkang, kami merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan untuk hadir dalam beberapa siri libat urus yang dianjurkan oleh Dewan Undangan Negeri khususnya kepada Speaker di atas inisiatif yang diambil dan sudah tentu dalam perbincangan-perbincangan tersebut, banyak pandangan-pandangan yang telah pun diutarakan yang dikongsikan untuk manfaat kita bersama. Cuma ada beberapa pandangan yang dikemukakan oleh rakan-rakan daripada blok pembangkang untuk kita melihat apa juga tindakan yang ingin kita laksanakan dapat menepati dan dapat memenuhi aspirasi sebahagian. Sebenarnya apa yang disebut oleh rakan saya Bercham tadi. Ada yang bekerja sebagai penjual kentang goreng. Sebenarnya ramai lagi yang menghadapi kesulitan hidup.

Walaupun sebelum itu mereka adalah YB. Sebab nak jadi YB ni kalau penjawat awam kena letak jawatan. Ada yang dapat pencen, ada yg tak dapat pencen. Jadi banyaklah perkara-perkara yang pertimbangkan. Sebab itu untuk sidang Dewan kali ini, ramai rakan-rakan bekas-bekas wakil rakyat telefon. Bila nak lulus? Bila lulus? Saya pun memula tak berapa perasan. Rupanya ianya ada berkaitan tetapi itulah hakikat dalam politik ni tidak semuanya nampak indah. Orang nampak kita jadi wakil rakyat ni seronok ke sana ke mari. Tapi bebanan tanggungjawab itu mungkin sukar untuk digambarkan. Hanya keluarga sahaja yang mengetahui. Bagi mereka yang dah lama jadi wakil rakyat, anak membesar pun tak sedar. Tiba-tiba dah besar dah, nak kahwin dah. Tambah macam saya ni. Dah 4 penggal. Jadi sedar-sedar dah ada cucu dah rupanya. Semasa bila kita jumpa anak pun kita dah lupa. Inilah hakikat yang kadang-kadang rakyat tak dapat gambaran. Cuma kadangkala apabila isu ni timbul khususnya baru-baru ni hangat di Parlimen mempertikaikan Ahli-ahli Parlimen yang mendapat pencen walaupun hanya hanya bertugas 1 penggal (36 bulan) ini menjadi perdebatan yang hebat di kalangan masyarakat sehingga ada Ahli Parlimen yang cuba nak membawa usul untuk dilihat semula. Jadi perkara-perkara ini sebenarnya amat dekat di hati rakyat. Bukan kita tak bersetuju dengan penilaian mereka. Tapi mereka ada pandangan dan pandangan ini adalah pandangan yang jujur.

Sebab pernah satu ketika dahulu, Dato' Saarani pun selaku Menteri Besar pun ingat. Kita dulu kalau dah masuk dua penggal baru dapat pencen penuh, penggal pertama dapat separuh pencen je tetapi perubahan masa dan juga suasana itu kadangkala menuntut sesuatu tindakan yang memang tidak popular tetapi ianya amat perlu. Sebab tak semua yang lepas menjadi wakil rakyat, hidup mereka selesa. Ramai di kalangan mereka yang hari ini kalau dulu kita panggil penerima BRIM, popular di masa itu. Siapa Adun-Adun yang pencen waktu itu adalah penerima BRIM sebab bawah RM3,500 sebulan. Jadi, hinanya seorang bekas YB sebagai penerima BRIM waktu itulah. Tapi hari ini kita dah melangkah jauh dan banyak perkara-perkara yang perlu dilihat untuk kita sama-sama perhalusi.

Cuma pandangan kami di blok pembangkang ingin menambah baik. Ada beberapa perkara yang dikatakan tidak ada unsur-unsur kebebasan ataupun hilang hak kita sebagai Ahli Dewan. Ada beberapa fasa-fasa tertentu di mana hanya peringkat MMK sahaja buat keputusan dan dibentangkan sahaja dalam Dewan. Ianya seolah-olah berlawanan dengan prinsip Dewan itu sendiri yang dianggap sebagai platform yang paling tinggi dalam struktur kerajaan di peringkat negeri Perak. Dengan cadangan-cadangan ini, saya harap ianya dapat memberi satu tambahan nilai tambah kepada enakmen yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat sebentar tadi.

Sebagai contoh, kita perlu menyatakan berapakah implikasi kewangan yang bakal terlibat setiap kali sidang Dewan khususnya berkaitan dengan kos pentadbiran dan kos saraan untuk dibentangkan supaya Dewan tahu dan masyarakat maklum hakikat yang sebenarnya kemampuan kerajaan itu untuk mengolah pendapatan dia untuk disalurkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan termasuk mereka yang telah pun meninggalkan jawatan sebagai Yang Berhormat.

Justifikasi implikasi kewangan ini, saya rasa perlu dibentangkan dan ianya merupakan satu kos yang agak fix tetap, kos tetap yang yang akan berlarutan mungkin sehingga Yang Berhormat pencen ataupun meninggal. Jadi perlu ada perancangan sebab ianya melibatkan bajet tahunan di peringkat Kerajaan Negeri. Apa yang lebih penting bagaimana kita nak reform kita punya enakmen ini adalah dengan melihat elemen-elemen yang berkaitan dengan individu itu sendiri. Kadangkala kita terlepas pandang, dalam negara kita, kita ada undang-undang. Ada bab-bab tertentu kita kena lihat. Contohnya penjawat awam lah, kalau mereka terlibat dengan salah laku rasuah dan sebagainya, mereka hilang kelayakan. Kenapa tidak dalam enakmen ini juga diambil kira perkara-perkara ini untuk kita mendidik, bukan sahaja mendidik masyarakat, mendidik kita sebagai pemimpin. Kalau kita melakukan kesalahan terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang undang, kita juga akan hilang kelayakan rakan ini. Yang ini perlu dilihat sebagai satu elemen yang dapat memastikan integriti di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak itu sendiri. Ini pandangan kami di blok pembangkang.

Yang seterusnya kita juga perlu merangka satu saraan ataupun jadual yang konsisten. Tadi Yang Berhormat Bercham sentuh tentang bantuan-bantuan bencana, kematian dan sebagainya. Saya bersetuju. Perbezaan-perbezaan itu tidaklah terlalu ketara sangat di antara Yang Amat Berhormat dengan Adun biasa. Kita juga ada peranan dan tanggungjawab dan kita juga ada tugas yang perlu dilaksanakan bersama. Apa pun, bagi pihak pembangkang antara syor-syor tambahan yang kita nak lihat dalam enakmen pada kali ini adalah tentang bagaimana pindaan Jadual Pemberitahuan iaitu Fasal 15, yang mana pencen dan ganjaran boleh diubah tanpa kelulusan Dewan. Ada beberapa fasal yang melibatkan keputusan dibuat melalui MMK dan ini antara perkara-perkara yang mungkin boleh menjadi pertikaian tetapi kalau diberi justifikasi dan bagaimana ianya dilaksanakan dan bagaimana kita nak mengangkat Dewan ini sebagai Dewan yang mulia, Dewan yang paling tinggi buat keputusan, ianya wajar dibentangkan dalam Dewan dan diterima dulu dan diluluskan dalam Dewan dan barulah kita laksanakan. Ini merupakan beberapa tindakan, saya tak pastilah negeri lain pun ada rujukan yang kita rujuk untuk kita buat keputusan hanya di peringkat MMK dan hanya dimaklumkan dalam Dewan. Ini pandangan kami di blok pembangkang.

Yang seterusnya adalah berkaitan dengan hak berkanun syiling dalam Fasal 5 dan Fasal 6 di mana ini juga perlu ditetapkan dalam setiap bajet yang akan dibentangkan. Pindaan jadual ini seperti saya sebut tadi perlulah melalui usul Dewan dan bukan hanya setakat pemberitahuan MMK tetapi kalau dalam kita punya libat urus dah beri penjelasan tetapi saya rasa perlu dijelaskan sekali lagilah dalam sidang Dewan ini agar rakyat faham kenapa beberapa perkara itu perlu diambil tindakan segera. Sebab kalau kita nak menunggu sidang Dewan, saya faham, kadang-kadang 6 bulan baru kita akan sampai ke sidang Dewan yang akan datang. Tapi justifikasi itu perlu dinyatakan dalam Dewan ini supaya rakyat jelas dan dapat melihat hala tuju yang betul. Apakah tujuan dan matlamat enakmen ini di laksanakan. Memang agak lama,

1980, 4 dekad dah berlalu. Walaupun ada 13 tadi apa, 11 kali pindaan yang dibuat tetapi kalau kita mempunyai perbincangan awal seperti yang dilakukan dalam libat urus. Saya ingat perkara-perkara ini dapat dilaksanakan dengan lebih lebih lancar dan lebih baik.

Yang seterusnya kita perlulah ada klausa perlucutan pencen. Macam saya sebut tadi. Sebab negara kita ada undang-undang ada peraturan. Kita tak lah terlepas daripada peraturan dan undang-undang negara. Kalau kita buat salah walaupun kita dah pencen, hilang lah hak kita. Tapi perkara ini perlu dinyatakan untuk menunjukkan kepada rakyat berapa komitednya Ahli-ahli Yang Berhormat ini kepada integriti. Ini yang saya nak jelaskan.

Yang seterusnya adalah berkaitan dengan penerbitan kos fizikal penuh dan liabiliti pencen untuk tempoh mungkin 20 tahun yang dulu ataupun 20 tahun yang akan datang supaya kita boleh buat perbandingan berapakah gaji atau elaun yang diterima oleh Adun sebelum 1980. Itu yang realiti berlaku hari ini. Apabila pelarasan ini dibuat, sekurang-kurangnya kita dapat menghargai sumbangan dan peranan yang telah diberikan oleh wakil-wakil rakyat dulu. Niat tersirat melalui enakmen ini sebenarnya amat murni, tetapi pelaksanaannya perlu jelas dan nyata agar tidak menyinggung juga sebahagian perasaan dan hasrat masyarakat dan rakyat negeri Perak dan Begitu juga apabila kita nak melaksanakan satu peraturan ini ada tempoh-tempoh tertentu. Tempoh bertenang, tempoh yang sesuai dan sebagainya. Kita mencadangkan, blok pembangkang mencadangkan, enakmen ini dapat dilaksanakan kalau boleh memanglah secepat mungkin tetapi biarlah rasional dan berpijak di bumi nyata mengikut kemampuan kewangan dan kemampuan kita untuk membayar. Sebab implikasi kewangannya tidak dibentangkan pada hari ini, jadi kita pun tak tahu berapakah implikasi kewangan yang bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya ianya diluluskan. Saya yakin ia diluluskan. Kami pun bukan ramai pun, dua puluh enam orang saja. Tapi inilah pandangan pandangan yang dikemukakan rakan rakan di sebelah sini agar dapat diambil kira sebagai penambahbaikan dalam apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat untuk enakmen pada kali ini.

Dan yang terakhir satu lagi perkara yang saya rasa amat penting. Kita juga perlu ada satu badan semakan bebas dan perlu menjadi sebagai alternatif rujukan yang boleh di rujuk bukan saja oleh Kerajaan Negeri, malah boleh dirujuk oleh masyarakat. Seperti yang saya sebutkan tadi, justifikasi setiap tindakan sebab hari ini kita menjadi sasaran di kalangan rakyat untuk melihat apakah tindakan kita itu demi kepentingan kita sebagai wakil rakyat atau demi perkhidmatan kita kepada rakyat. Itulah analisa dan penilaian yang bakal diterima oleh semua wakil rakyat, kesan daripada kita meluluskan enakmen ini. Jadi perlu diambil kira perkara-perkara ini supaya kita menjadi kerajaan yang penuh integriti dan bertanggungjawab dan berkemampuan dengan sumber pendapatan yang setiap tahun bertambah dan sebelum saya mengakhiri saya nak ambik kesempatan sikit. Yang Berhormat Speaker, jangan menung tu. Terima kasih kepada Yang Berhormat dan juga khususnya kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak. Saya bentang yang lepas dah lulus dah kan, tapak rumah saya yang 15 tahun kan, tapi minta lewat sikit bayar la mahai la rupanya, 4 ekar RM200 ribu premiumnya, boleh buat rayuan kot. Yang keduanya terima kasih juga kepada pihak-pihak jabatan-jabatan yang membantu kita khususnya kami di pihak pembangkang ini di peringkat daerah kepada DO-DO khususnya DO saya lah yang yang begitu hebat yang baru-baru ini juara perbarisan kemerdekaan. Tahniah kepada Pejabat Daerah Hilir Perak bagila tepukan sikit.

Berapa lama tak dapat tak dapat juara. Saya sebutkan sini supaya ianya direkodkan. Walaupun saya hanya dijemput untuk mesyuarat Jawatan Kuasa Tindakan Daerah, tapi saya yakin Mesyuarat Tindakan Daerah Hilir Perak adalah yang terbaiklah bagi saya. Terima kasih. Saya sudahi dengan Wabillahitaufik, Walhidayah Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang ialah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan saraan bagi anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri serta perkara lain yang berkaitan dengannya. Dibaca bagi kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Syukur Alhamdulillah. Pertama sekali saya merakamkan tahniah syabas dan terima kasih kepada kedua-dua orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan rang undang-undang yang telah saya bawa dan disokong oleh Bercham sebentar tadi. Pertama saya yakin semua hujah yang telah disampaikan oleh kedua-dua Ahli Yang Berhormat tadi adalah berasaskan kepada persefahaman bersama. Setelah kita melalui proses yang agak panjang bermula daripada Oktober tahun 2025 sehinggalah pada Julai 2026, beberapa sesi libat urus perbincangan mendengar daripada pelbagai pihak untuk membolehkan kita mengemukakan usul pada hari ini. Jadi, oleh itu, saya lihat ada beberapa cadangan-cadangan tambahan itu. Sebab itu kita sebutkan dalam tadi di antara perkara yang kita minta diberi perhatian ialah tentang Seksyen 15 bagi membolehkan 15 dalam kurungan satu. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh membuat dan meminda jadual jika difikirkan perlu dan wajar untuk berbuat demikian dan hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan mula berkuatkuasa melalui pemberitahuan dalam warta. Maksudnya barangkali ada perkara-perkara sampingan tetapi perlu dilaksanakan. Ia boleh dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan telah juga diadakan sesi libat urus. Tak perlu dibawa ke dalam sidang Dewan Negeri ini. Itu perkara yang paling penting sebab saya percaya tak ada satu benda pun yang sempurna akan ada dari masa ke semasa keperluan untuk membuat penambah baikan. Termasuk yang membuat Bercham sebutkan tadi.

Jika boleh semua orang yang pencen ini ada kad pencen dan dalam kad pencen itu dinyatakan apakah keistimewaan-keistimewaan yang perlu dia dapat. Itu tak perlu kita keluar dewan hanya perlu diluluskan oleh jawatan jadual yang diputuskan oleh Majlis Kerajaan Negeri. Ia Dato' Seri Yang di-Pertua, saya gembira walaupun saya katakan tadi ada beberapa kelemahan di sana sini, tapi yang paling penting setelah perbahasan ini, saya harap nanti kita dapat memperhalusinya daripada fasa ke fasa dan kita sama-sama bersetuju supaya ia dapat diluluskan dalam Dewan Negeri. Ini kerana pembentangan tadi sangat jelas tujuannya ialah untuk kebaikan setelah berpuluh tahun ia tidak diperhalusi dan dipinda. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan saraan bagi anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri serta perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali yang kedua. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua suara bersetuju, maka usul itu dipersetujui sebulat suara. Setiausaha.

Setiausaha

Suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan saranan bagi anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri serta perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali yang kedua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukkan berhubung dengan saraan bagi anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri serta perkara lain yang berkaitan dengannya diserahkan kepada Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri untuk menimbangkan rang undang-undang itu dari Fasal ke Fasal.

Yang di-Pertua

Sokongan

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Dato' Seri Yang di-Pertua, Bercham sokong

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatankuasa seisi Dewan Negeri untuk menimbang Rang Undang-Undang itu dari Fasal ke Fasal.

[DEWAN BERTUKAR MENJADI JAWATANKUASA SEISI DEWAN]

Masalahnya bahawa Fasal 1 dan Fasal 2 diperintah menjadi, ada perbahasan tak Fasal 1 dan Fasal 2. Ok kalau takde masalahnya bawah Fasal 1 dan Fasal 2 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada dipersilakan. Memandangkan tiada perbahasan di jemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju, sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara bersetuju maka usul itu dipersetujui.

Setiausaha

Fasal 3 hingga Fasal 5

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa Fasal 3 Fasal 5 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada dipersilakan. Memandangkan tiada perbahasan, di jemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak, lebih bersuara setuju, maka usul itu di persetujui.

Setiausaha

Fasal 6 hingga Fasal 8.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa Fasal 6 hingga Fasal 8 di perintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan. Ya…

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

61, 62, 63, mungkin boleh semak Fasal 11 yang mengatasi Fasal 5 dan Fasal 6. Itu pandangan sayalah.

Yang di-Pertua

Ok. Menteri Besar

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Seri Yang di-Pertua, Fasal 6 itu adalah berkaitan dengan saraan yang selama ini diterima oleh semua yang berkenaan termasuk Menteri Besar, Ahli MMK dan Ahli Dewan Negeri. Fasal 11 itu ialah berkaitan dengan mengelakkan penggandaan gaji, elaun dan faedah. Itu maksud dia. Jadi kalau ikut itu melainkan jika diperuntukkan selainnya, seseorang ahli yang layak menerima gaji elaun atau faedah di bawah enakmen ini hanya berhak menerima satu gaji elaun atau faedah saja. Jika seseorang ahli memegang dua jawatan atau lebih yang masing masing melayakkannya menerima gaji, elaun atau faedah di bawah enakmen ini dan terdapat perbezaan amaun gaji, elaun atau faedah bagi jawatan tersebut. Ahli itu hendaklah dibayar gaji elaun atau faedah mengikut jawatan yang memperuntukkan gaji tertinggi. Ini tidak ada pindaan ini adalah perkara yang selama ini kita amalkan tidak ada berlaku pertindihan oleh kerana dalam peruntukan ini telah menyebutkan jika seseorang itu, contohnya dia adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dia dibayar gaji sebagai anggota pentadbiran pada waktu yang sama dia juga menerima elaun bulanan sebagai seorang Adun itu tidak berlaku pertindihan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ok…Ok Ahli-ahli Yang Berhormat ada lagi? Tak da. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara bersetuju, maka usul itu dipersetujui.

Setiausaha

Fasal 12 hingga Fasal 14.

Yang di-Pertua

Fasal 12 hingga Fasal 14. Masalahnya bahawa Fasal 12 hingga Fasal 14 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Ya.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Fasal 12 hingga 14.

Yang di-Pertua

Ok.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Mohon menghadkan keputusan MMK ini kepada hal pentadbiran seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat di awal.

Yang di-Pertua

Ni Fasal berapa? Fasal 14?

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Fasal 14.

Yang di-Pertua

Fasal 14. Ok.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Manakala dalam keputusan untuk saraan, mohon kan penjelasan. Dari segi pentadbiran MMK akan buat rule ok. Dari segi saraan pun MMK juga yang akan buat?

Yang di-Pertua

Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Manik. Seperti yang kita fahami bahawa kita ada Jadual 1 dan Jadual 2. Sebab itu bila kita meluluskan Fasal 15 nanti ia bermakna perkara-perkara yang berkaitan dengan Jadual Pertama dia ada 2 termasuk pencen ni ia akan diputuskan di dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dibentangkan dalam Dewan tu maksud dia.

Yang di-Pertua

By policies council la dalam raja dalam majlis dalam…dalam baik by cabinet. Ok. Ok Sungai Manik. Ok Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Setiausaha.

Setiausaha

Fasal 15 dan Fasal 16.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa Fasal 15 dan Fasal 16 di perintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan di jemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju, sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih suara bersetuju, maka usul itu dipersetujui. Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukkan berhubung dengan saraan bagi anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri serta perkara lain yang berkaitan dengannya telahpun dipertimbangkan dari Fasal ke Fasal dalam Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekarang saya mengemukakan. Terima kasih Yang Berhormat sekarang bahawa Rang Undang-undang bernama suatu enakmen yang suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubungan dengan saraan bagi anggota pentadbiran dan ahli dewan negeri serta perkara lain berkaitan dengannya dan telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara bersetuju. Maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula. MB.

[DEWAN BERSIDANG SEMULA]

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Seri Yang di-Pertua saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan saraan bagi anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri serta perkara lain yang berkaitan dengannya telahpun dipertimbangkan dari Fasal ke Fasal dalam Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli Yang Berhormat sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubungan dengan saraan bagi anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri serta perkara lain yang berkaitan dengannya dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Setiausaha.

Setiausaha

Suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan saraan bagi anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri serta perkara lain yang berkaitan dengannya. Dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan dewan akan bersidang semula pada hari Rabu, 9 September 2026, jam 9.00 pagi.