Perak · 10 September 2026

15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 176 turns · 13,799 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 10 September 2026 jam 9.09 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urus setia, para petugas media sekalian, sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama, seperti kelaziman aturan urusan mesyuarat dan soalan-soalan lisan boleh dimuat turun dengan mengimbas kod QR yang ada di atas meja masing-masing. Selain itu Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan juga dikehendaki untuk mendaftar kehadiran dengan menggunakan kod QR yang sama. Perkara yang kedua berkenaan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam 30 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Seterusnya saya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk mengemukakan soalan. Sila.

Datuk Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Yang Berhormat dari Pengkalan Hulu bertanyakan soalan berkaitan dengan proses pendaftaran surau. Untuk makluman Yang Berhormat permohonan pendaftaran surau hanya boleh dibuat kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) sekiranya tapak bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid atau surau itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan. Oleh itu anggota jawatankuasa surau hendaklah berurusan dengan Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi menguruskan pewakafan tapak bangunan terlebih dahulu. Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah membuat penambahbaikan proses berhubung keperluan pejabat daerah dan tanah untuk menghantar permohonan ukur kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia atau JUPEM bagi penyediaan pelan warta bagi pelan kelulusan perizaban dan pihak berkuasa negeri yang telah mempunyai pelan akui atau PA dan diperuntukkan nombor lot oleh Pengarah Ukur, permintaan ukur tidak perlu dikemukakan lagi kepada pihak JUPEM. Sebaliknya pejabat daerah dan tanah hanya perlu memaklumkan sahaja kepada JUPEM untuk direkodkan setelah proses pewartaan dan pembatalan warta selesai.

Berdasarkan rekod JUPEM Perak dari tahun 2021 hingga 2026 sebanyak 687 permintaan ukur atau PU telah diterima daripada pejabat tanah daerah bagi seluruh Negeri Perak bagi tapak-tapak yang melibatkan Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak. Pecahan status permintaan ukur tersebut adalah seperti berikut. Sebanyak 386 ataupun 56% permintaan ukur daripada keseluruhan permintaan telah diselesaikan dan pelan warta telah dihantar ke Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Perak. Sebanyak 228 atau 33% permintaan ukur daripada keseluruhan permintaan telah selesai penyediaan deraf pelan warta dan masih menunggu pengesahan daripada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Perak. Sebanyak 73 atau 11% permintaan ukur daripada keseluruhan permintaan masih dalam tindakan penyediaan deraf warta oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak. Untuk itu sistem eKadaster telah digunakan sebagai digunakan secara sepenuhnya bagi semua permintaan ukur yang diterima daripada pejabat tanah dan daerah bagi mempercepatkan proses penyediaan pelan warta. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Datuk Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tampan dalam memberikan penjelasan berkaitan dengan soalan yang saya bangkitkan. Sebelum itu saya juga nak merakamkan ucapan terima kasih khususnya kepada MAIPk, JAIPk, Yayasan Perak dan agensi-agensi lain dalam proses penghantaran pelajar-pelajar kita ke Timur Tengah baru-baru ini. Ya banyak yang pertolongan yang telah mereka lakukan kepada anak-anak kita. Dalam soalan tambahan ni saya nak bangkitkan juga berkaitan dengan terdapat permohonan yang agak lama kelewatan dalam mendapatkan sijil-sijil pendaftaran. Bila kita rujuk kebanyakannya kes-kes sangkut mungkin di pihak pentadbir tanah ya. Cuma ada tak satu mekanisme atau langkah yang kita buat supaya proses-proses ini dapat dipercepatkan? Taklah terpaksa menunggu sehingga lebih daripada 4 atau 5 tahun untuk mendapatkan sijil pendaftaran. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua saya memahami apa yang dihasratkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Baharu iaitu mana-mana surau atau masjid yang tidak mendapat sijil pendaftaran wakaf mereka tidak akan dapat bantuan daripada Kerajaan Negeri kerana syarat untuk Kerajaan Negeri mengeluarkan apa-apa bentuk bantuan hendaklah berasaskan kepada pendaftaran yang sah daripada MAIPk. Jadi oleh itu yang disebutkan tadi terdapat beberapa permohonan untuk pendaftaran tersebut barangkali ada tersangkut di mana-mana kaedah sama ada di pejabat tanah atau pun di JUPEM kita akan perhalusi. Jika ada perkara-perkara yang barangkali terlepas pandang kita akan cuba perbaiki. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Gunong Semanggol sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ya. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat. Ada sedikit pertanyaan yang kita tahu bahawa dalam satu-satu proses dia ada satu piagam pelanggan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan satu-satu proses. Jadi kita banyak daripada permohonan daripada awal untuk apa tanah itu diwakafkan melibatkan geran, melibatkan apa pun status tanah yang dibawa ke pejabat daerah. Satu perkara yang pertama yang nak tanya berapa tempoh masa yang diambil mengikut piagam pelanggan ini yang pertama. Yang kedua mungkin kita nak masuk sikit dalam hal ini kita ada macam geran hilang. Kadang-kadang geran tanah tu hilang. Sedangkan geran tanah hilang nak proses tukar nama itu perkara biasa pejabat tanah tu ambil lebih daripada 6 bulan. Jadi itu sahaja sedangkan dokumen-dokumen tu ada dah di pejabat tanah. Kenapa perlukan sampai 6 bulan kadang-kadang 6 bulan pun melebihi daripada itu? Jadi persoalan saya dalam tempoh untuk proses perwartaan tanah surau ini kalau boleh bagi satu tempoh piagam pelanggan yang boleh menjadi ukuran. Kalau kita kata 6 bulan, 6 bulan selepas 6 bulan tu mesti ada satu jawapan, mesti ada satu timbal balik taklah prolong apa panjang sampai kita tak tahu jawapan. Minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Semanggol dan Ahli-ahli Yang Berhormat saya memahami juga apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Semanggol. Ya seperti biasa semua jabatan seharusnya mempunyai piagam pelanggan iaitu satu aku janji daripada tempoh permohonan oleh mana-mana pemohon maka ada tempoh di mana jabatan tersebut perlu menyelesaikan masalahnya. Saya tak ada bertulis dari segi piagam pelanggan bagi JUPEM dan sebagainya MAIPk tapi saya akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Semanggol. Cuma sekadar untuk berkongsi pengalaman. Kadangkala berlaku masalah kelewatan ini ialah kerana dia memerlukan dokumen-dokumen tambahan termasuk kalau kita tahu bahawa jika sekiranya bagi satu-satu hakmilik itu, terdapat lebih daripada satu nama dan urusan untuk mendapat pengesahan daripada semua orang yang ada dalam nama dalam satu geran itu biasanya akan mengambil masa. Kadang-kadang sebahagian telah meninggal dunia, kena dicari pula waris dia sebahagiannya belum pula berlaku bicara kuasa dan ia proses yang agak melambatkan. Yang Berhormat, jika ada perkara- perkara yang very specific, tolong maklumkan kepada saya supaya saya dapat menyediakan bahan rujukan dan kita akan rujuk kembali kepada jabatan-jabatan berkaitan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan soalan. Sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Salam Sejahtera dan selamat pagi. Soalan Simpang Pulai nombor 2. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Pulai yang telah kemukakan soalan tentang Gated dan Guarded Community dengan izin. Pertama sekali saya ingin jelaskan satu kekeliruan yang sering timbul di kalangan masyarakat. Kita biasa menyebut istilah gated and guarded seolah-olah ia satu konsep yang sama. Sebenarnya dari sudut perancangan dan perundangan, gated dan guarded adalah dua konsep yang berbeza. Berdasarkan garis panduan perancangan PLANMalaysia, gated community merujuk kepada Skim Perumahan Komuniti Strata. Contohnya kondominium, ia memang dirancang sejak awal sebagai kawasan yang berpagar dan mempunyai kawalan keluar masuk, manakala kawasan serta kemudahan bersama di dalamnya diurus sebagai harta bersama. Manakala Skim Komuniti Berpengawal atau guarded community biasa melibatkan taman perumahan biasa yang mempunyai hak milik individu. Penduduk boleh mewujudkan kawalan keselamatan tertakluk kepada kelulusan PBT tetapi jalan atau kemudahan awam di dalam kawasan tersebut kekal sebagai milik atau kegunaan awam. Jadi satu perkara perlu kita jelas bahawa kawasan perumahan bukan strata tidak akan menjadi gated community hanya kerana terdapat pondok pengawal (Boom Gate) atau sokongan majoriti penduduk.

Dari segi syarat pula bagi gated community, pembangunan tersebut perlu dirancang dan diluluskan sejak awal sebagai skim perumahan komuniti strata termasuk konsep pagar perimeter, kawalan akses serta pengurusan harta bersama. Bagi Guarded Community pula, antara syarat utama ialah permohonan dibuat oleh persatuan penduduk yang berdaftar dengan ROS dan mendapat sekurang-kurangnya 85% persetujuan daripada rumah yang berpenghuni. Pembinaan pondok pengawal juga perlu mendapat permit bangunan sementara daripada PBT dan lesen pendudukan sementara tol daripada Pejabat Tanah sekiranya struktur tersebut melibatkan rezab jalan awam. Pemasangan boom gate atau bentuk kawalan akses lain pula tertakluk kepada kelulusan PBT dan syarat teknikal yang ditetapkan. Jalan awam tidak boleh ditutup atau dijadikan seolah-olah jalan persendirian dan akses kecemasan mesti sentiasa dipastikan. Penting untuk dijelaskan bahawa 85% persetujuan penduduk adalah syarat untuk memohon skim komuniti berpengawal, tetapi ia bukan hak untuk menutup atau mengambil alih jalan awam. PBT masih perlu melihat fungsi sebenar jalan tersebut jika ia merupakan jalan ke taman lain digunakan untuk kemudahan awam atau penting bagi akses kecemasan. Ia tidak boleh ditutup sesuka hati. Bayangkan jika berlaku kebakaran atau kecemasan perubatan tetapi jentera bomba atau ambulans lewat sampai lewat masuk kerana laluan terhalang ataupun penduduk di taman belakang terputus laluan keluar masuk akibat pembinaan pondok yang tidak sesuai. Sebab itu, apa-apa kawalan akses perlu dirancang supaya fungsi jalan awam dan akses kecemasan tidak terjejas. Kerajaan Negeri memahami keperluan penduduk untuk meningkatkan keselamatan tetapi kawalan keselamatan tetap perlu dilaksanakan dalam kerangka undang-undang tanpa menjejaskan hak pihak lain serta kepentingan awam.

Soalan pecahan B tanyakan tentang langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membantu kawalan perumahan yang sedia ada. Untuk makluman Yang Berhormat bagi kawasan perumahan sedia ada, kerajaan negeri sedar bahawa terdapat skim yang telah lama beroperasi tanpa kelulusan lengkap. Ada yang tidak memenuhi syarat dan ada juga yang masih dalam proses untuk mendapat kelulusan. Ada juga yang timbul pertikaian di kalangan penduduk sendiri tentang akses atau pun tentang caj yang dikenakan. Sebab itu, pendekatan kerajaan negeri bukan semata-mata melalui penguatkuasaan. Keutamaan kita ialah memberi ruang kepada proses pemutihan dan penyelarasan supaya skim yang masih boleh dipatuhi dapat dibantu untuk menjadi sah dan teratur. Antara langkah yang dilaksanakan ialah mempermudahkan proses permohonan melalui senarai semak dan template borang yang lebih standard. Ini membolehkan persatuan penduduk menyediakan permohonan dengan lebih mudah tanpa perlu melantik perunding perancangan yang mahal sekali gus mengurangkan kos kepada penduduk. Kerajaan Negeri juga telah menetapkan supaya PBT menyelaraskan semakan dengan agensi berkenaan termasuk Pejabat Tanah, ROS, KDN, PDRM serta jabatan teknikal yang berkenaan supaya isu berkaitan status tanah, lesen keselamatan dan keperluan teknikal dapat diselesaikan dengan lebih tersusun. Pada masa yang sama, sesi libat urus dan bimbingan teknikal dilaksanakan bersama persatuan penduduk bagi membantu mereka memahami perkara yang perlu diperbetulkan termasuk lokasi pondok, pengawal, palang keselamatan, rizab jalan, aliran trafik dan aspek keselamatan.

Sebagai contoh, di bawah MBI, sesi townhall bersama persatuan penduduk di Zon 24 iaitu di bawah kawasan Yang Berhormat Simpang Pulai juga telah diadakan pada bulan Mei yang lalu bagi menerangkan syarat dan isu berkaitan Skim Komuniti Berpengawal. Dalam pelaksanaannya, PBT perlu memainkan peranan secara proaktif untuk membantu proses pemutihan ini. Jika dokumen tidak lengkap nyatakan apa yang masih diperlukan. Jika terdapat isu teknikal, jelaskan pembetulan yang perlu dibuat. Jika sesuatu struktur masih boleh diselaraskan. Bantu persatuan penduduk mencari jalan untuk mematuhinya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua persatuan penduduk supaya menyemak semula status skim keselamatan di kawasan masing-masing. Hakikat bahawa sesuatu pondok pengawal atau boom gate telah lama beroperasi tidak bermaksud ia secara automatik telah mendapat kelulusan atau mematuhi undang-undang. Sekiranya skim yang sedang beroperasi masih belum mempunyai kelulusan lengkap, jangan tunggu sehingga menerima notis atau tindakan penguatkuasaan. Tampil sekarang, semak status dan kemukakan permohonan kepada PBT. Pada masa yang sama, pemutihan juga tidak bermaksud semua struktur sedia ada akan diluluskan secara automatik. Apa yang dapat diperbetulkan akan kita bantu untuk perbetulkan tetapi jika melibatkan perkara asas seperti penutupan jalan awam, gangguan akses kawasan lain atau isu keselamatan, tindakan pembetulan tetap diperlukan. Pendekatan Kerajaan Negeri ialah memberi ruang kepada pematuhan terlebih dahulu manakala penguatkuasaan dilaksanakan secara berperingkat apabila peluang dan tempoh yang munasabah untuk membuat pembetulan telah diberikan.

Berkenaan soalan C tentang usaha untuk kita mengelakkan isu seperti ini daripada terus berlaku, untuk maklumat Yang Berhormat, bagi masa hadapan kerajaan negeri mahu mengelakkan masalah yang sama daripada terus berulang. Jadi, perkara ini perlu ditangani sejak peringkat perancangan dan pembelian rumah lagi dan bukan hanya selepas penduduk berpindah masuk dan pertikaian mula berlaku. Jadi pertama, status sebenar sesuatu pembangunan perlu jelas sejak peringkat pemasaran. Bahan promosi oleh pemaju perlu selaras dengan status dan kelulusan sebenar pembangunan.

Jika sesuatu pembangunan bukan strata, ia tidak sepatutnya memberi gambaran yang mengelirukan seolah-olah pembeli menikmati hak kawalan seperti sebuah gated community. Kedua, pembeli rumah juga perlu mempunyai kesedaran sebagai pengguna. Jangan hanya lihat perkataan gated and guarded dalam iklan. Semak sama ada pembangunan tersebut strata atau tidak dan apakah bentuk kawalan keselamatan yang sebenarnya diluluskan? Ketiga, PBT dan PlanMalaysia Perak akan terus memperluaskan penerangan melalui garis panduan yang lebih mudah difahami, FAQ, saluran semakan, sesi libaturus serta akses kepada borang dan prosedur permohonan. Matlamat kita adalah supaya orang ramai tahu sejak awal apa yang mereka beli, apa hak mereka dan apa yang sebenarnya dibenarkan oleh undang-undang. Kerajaan Negeri menyokong usaha masyarakat meningkatkan keselamatan kawasan kediaman tetapi pada akhirnya keselamatan perlu dilaksanakan secara sah, teratur dan seimbang dengan hak penduduk yang lain serta kepentingan awam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Simpang Pulai. Sila.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Terima kasih juga Simpang Pulai pula nak ucapkan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah anjurkan penerangan kepada hampir dua puluh lebih persatuan penduduk atas permohonan gated community ini. Akan tetapi setahu saya hanya lapan daripada semua kawasan perumahan di Ipoh mengemukakan permohonan gated community kepada MBI. Jadi dengan kadar yang sangat-sangat rendah ini sebab melibatkan agensi dan jabatan lain. Contohnya permohonan TOL ambil masa. Jadi memang sangat susah untuk persatuan penduduk meneruskan permohonan ini. Jadi atas, atas ini, jadi apakah penambahbaikan supaya proses ini lebih cepat dan dapat mempunyai tempoh penyelesaian yang lebih jelas? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai. Memang selama ini apabila kita mulakan usaha untuk pemutihan kalau ikutkan rekod di bawah MBI tahun 2025, sebanyak 8 permohonan telah diterima dan untuk tahun 2026 pula setakat ini 10 permohonan diterima tetapi buat masa ini masih belum ada permohonan yang telah diluluskan secara sepenuhnya. Ini memang melibatkan proses dan pematuhan dan penyelarasan antara agensi dan bagi persatuan yang telah mengambil langkah untuk buat permohonan, Kerajaan Negeri memang sangat-sangat mengalu-alukan kerjasama ini dan Kerajaan Negeri juga berpendapat bahawa bagi mereka yang telah memberi kerjasama untuk kemukakan permohonan sudah pasti mereka perlu mendapatkan proses dan juga maklumbalas yang lebih jelas, tersusun dalam tempoh yang munasabah. Kerajaan Negeri melihat bahawa selepas persatuan penduduk mengambil langkah untuk memohon, proses kerajaan sendiri juga perlu menjadi lebih tersusun dan mempunyai akauntabiliti yang jelas. Sebab itu, beberapa penambahbaikan telah dan sedang dibuat.

Pertama, PBT perlu menjadi penyelaras utama permohonan dan bertindak sebagai single point of contact supaya persatuan penduduk tidak perlu sendiri berulang-alik antara PBT, pejabat tanah dan agensi teknikal. Kedua, ulasan daripada agensi berkaitan hendaklah dibuat secara serentak sejauh mana yang boleh dan bukan menunggu satu demi satu sehingga memanjangkan tempoh pemprosesan. Ketiga, setiap permohonan perlu mempunyai status yang boleh dikenalpasti dengan jelas samada permohonan lengkap masih menunggu ulasan agensi, memerlukan pembetulan ataupun sudah boleh dirujuk untuk membuat keputusan. Keempat, bagi permohonan yang lengkap, PBT juga perlu menetapkan tempoh pemprosesan yang lebih jelas dan sekiranya keputusan belum dapat diberikan dalam tempoh tersebut, pemohon juga perlu dimaklumkan sebab dan perkara yang masih tertangguh. Jadi prinsip kita mudah bahawa kita tidak mahu melonggarkan syarat tetapi proses untuk mematuhi syarat mesti menjadi lebih jelas, cekap dan teratur. Jika kita mahu penduduk tampil membuat permohonan dan mematuhi undang-undang sistem kerajaan sendiri juga kita akan pastikan sentiasa responsif, mudah diakses dan mampu memberi keputusan dalam tempoh yang munasabah. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Timbalan Yang di-Pertua

Alor Pongsu sila.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih YB Speaker. Saya mendengar jawapan daripada YB Exco tadi. Tapi saya agak terkeliru dengan perkataan penerangan dan penguatkuasaan. Sebab, tak kiralah gated ke, guarded ke, bila tentang teknikal keselamatan tadi saya puas hati dengan penerangan yang YB Exco bagi. Tapi ada beberapa kawasan terutamanya yang di luar Ipoh, bila kita pergi kat guard room tu luncai yang jaga, baju tak menentu. Kadang-kadang budak sekolah yang tekan butang. Memang persatuan penduduk. Saya tanya persatuan penduduk siapa yang atur, kami atur, murah sikit letak orang ni. Jadi saya nakkan PBT bukan sahaja memberi penerangan yang wajar tetapi juga memberi penguatkuasaan. Hatta satu kondo saya pernah pergi 10 guard dia, 8 penagih dadah. Saya tak tahu di mana silapnya. Uniform pun tak pakai. Sebab kita tahu kalau syarikat keselamatan yang betul harganya tinggi dan of course polis akan saring dulu siapa dia dan sebagainya. Jadi saya nak minta ataupun saya nak tanya kepada YB Exco, lebih kepada penguatkuasaan. Bila persatuan penduduk diberi kuasa untuk bab-bab keselamatan ni, saya rasa PBT kena follow sampai habis ataupun jump in bila-bila tengok siapa yang jaga. Ada tempat tu saya pergi pakai baju hari sukan sekolah. Saya tanya kamu sekolah ke? Ha, part time, part time pak cik. Jadi saya mintalah YB Exco tolong tengok perkara ni. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Pongsu. Untuk makluman Yang Berhormat bagi syarat-syarat bagi membolehkan sesuatu persatuan penduduk diluluskan untuk pondok pengawal dan sebagainya dan skim keselamatan yang berkaitan memang ada banyak syarat-syarat dan peraturan yang tadi saya sebut lebih kepada syarat-syarat asas yang utama dan sudah pasti termasuk siapa yang boleh dilantik sebagai pengawal lesen keselamatan semua juga ada dari segi peraturan dan termaktub dalam garis panduan perancang dalam skim yang berkenaan. Jadi sudah pasti bukan sewenang-wenangnya persatuan penduduk boleh melantik siapa-siapa sahaja untuk menjadi pengawal. Lebih-lebih lagi kalau budak sekolah yang seperti yang dimaksudkan memang sudah pasti perlu mematuhi peraturan yang ada bukan sahaja dari segi lesen keselamatan syarikat pengawal tersebut juga dari segi untuk, dari segi, dari segi akta-akta pekerja dan berkaitan yang berkuatkuasa.

Jadi Kerajaan Negeri kita ambil maklum buat masa ini memang kebanyakan dan rata-rata skim kawalan keselamatan ini yang wujud tidak dapat kelulusan bahawa usaha kami dan hala tuju kami adalah fokus untuk pemutihan di mana kita memberi ruang, kita memberi penerangan, kita memberi peluang untuk betulkan apa yang masih kurang betul supaya boleh mematuhi peraturan yang ada dan seterusnya kita boleh melalui pemutihan boleh membolehkan lebih banyak skim-skim ini untuk dapat kelulusan seterusnya beroperasi dengan sah dan teratur dan untuk tindakan penguatkuasa pula dia akan diambil tindakan secara berperingkat. Maksudnya apabila ruang dan masa yang sepenuhnya telah diberi, masih tiada tindakan tidak dapat kerjasama, maka seterusnya tindakan penguatkuasaan adalah pilihan yang seterusnya. Terima kasih.

Tronoh.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Timbalan…

Timbalan Yang di-Pertua

Tronoh sila.

Terima Kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya amat tertarik dengan pencerahan-pencerahan yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Exco tadi di mana kita boleh melihat adanya sesetengah pemaju-pemaju telah membuat satu skim perumahan yang baru beserta dengan guard house yang baru, tetapi guard house yang telah diserahkan kepada penduduk itu tidak dapat lagi kelulusan daripada PBT. Jadi, saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah hala tuju untuk menyelesaikan masalah ini? Sekian terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Tronoh. Untuk mengelakkan peristiwa yang disebut tadi daripada terus berlaku, Kerajaan Negeri juga telah membawa isu ini kepada peringkat KPKT kerana pemaju apabila memohon untuk buat pemasaran dan iklan, memang ada kelulusan yang perlu dimohon dan kita mohon kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan untuk menitikberatkan dan memantau supaya pemaju tidak membuat iklan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar khususnya memberikan gambaran sesuatu yang tidak dapat kelulusan sama sekali. Jadi itu sesuatu yang di peringkat Kerajaan Persekutuan dapat bantu untuk mengawal dan di peringkat PBT dan negeri pula kita pastikan sebarang permohonan yang yang dihantar termasuk pelan dan sebagainya juga sentiasa kita menitikberatkan dan buat semakan untuk pastikan hanya info yang betul disampaikan melalui iklan, pemasaran dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Timbalan, Boleh, boleh tambah sedikit? Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila ringkaskan. Sila, sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Exco. Ialah melihat kepada perkara Guard Integrated House ini dah jadi trend pada masa inilah dan siapa yang duduk dalam kawasan Guard Integrated House ini seolah-olah status sosial dia itu sikit ataslah. Cuma mungkin PBT boleh bagi sedikit apa pencerahan. Yang pertama sebab mengapa trend ini terjadi seolah-olah menggambarkan satu keselamatan ataupun ancaman keselamatan di kawasan-kawasan perumahan awam khususnya telah meningkatlah beberapa tahapnya dan bagaimana dengan komuniti-komuniti yang perumahan awam biasa. Kalau dulu kita ada rukun tetangga untuk mengawal keselamatan dan sekarang ni nampak rukun tetangga pun tak berfungsi. Apa langkah PBT untuk menjamin keselamatan di kawasan-kawasan ataupun perumahan-perumahan awam untuk orang yang sikit status sosial dia bawah sikit. Ok, Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Gunong Semanggol. Dari segi peranan PBT sebab tadi kita bincang tentang keperluan untuk meningkatkan keselamatan. Itu memang sesuatu yang Kerajaan Negeri ambil maklum cuma seperti yang saya terangkan tadi, ada peraturan dan juga asas-asas yang tidak dapat kita benarkan. Contohnya, kalau untuk akses kepada kemudahan awam, jalan yang menjadi akses keselamatan dan juga jalan untuk orang awam, kita tidak boleh menutup atas sebab kita nak jaga keselamatan dan wujudkan kawalan akses. Walaubagaimanapun, bagi persatuan penduduk yang rasa ada keperluan untuk kemukakan permohonan PBT akan membantu untuk memberi bimbingan dari segi teknikal.

Kalau ada keperluan untuk contohnya letak palang keselamatan, apa waktu operasinya, apa lokasi yang sesuai supaya kita minimumkan, isu-isu atau pertikaian yang timbul dan untuk isu-isu keselamatan juga, saya rasa ini juga melibatkan beberapa pihak agensi yang berlainan dan termasuk tadi KRT Bagaimana kita giatkan fungsi KRT untuk sama ada melalui skim rondaan ataupun aktiviti yang lain untuk meningkat, sama-sama meningkatkan keselamatan komuniti dan juga jika terdapat isu dan sebagainya. Kerjasama dengan pihak polis juga menjadi sangat penting dan juga di bawah inisiatif Smart City juga PBT cuba untuk meningkatkan dari segi kemudahan awam, contohnya pemasangan CCTV, lampu dan sebagainya dan semua ini juga usaha ke arah untuk kita meningkatkan keselamatan di peringkat komuniti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk mengemukakan nombor soalan.Sila.

Terima kasih, Timbalan Speaker. Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Lubok Merbau soalan nombor tiga.

Assalamualaikum Warahmatullahitaa’la Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Lubok Merbau yang bertanya berkaitan dengan belia TVET.

Untuk makluman Yang Berhormat Lubok Merbau, ekosistem TVET di Negeri Perak kini dilestarikan dengan bersandarkan pada Pelan Perak Sejahtera 2030 khususnya di bawah agenda pembangunan modal insan dan agenda koridor TVET negara. Bagi memastikan pelajar lepasan TVET terus berdaya saing dalam bidang kemahiran yang mereka ceburi, dasarnya perlu diperkukuhkan terlebih dahulu. Sehubungan itu,

Kerajaan Negeri melalui PASAK terus mempergiatkan pelaksanaan pemerkasaan program TVET termasuklah latihan, peningkatan kemahiran ataupun upskilling dan latihan kemahiran semula reskilling di seluruh Negeri Perak. Pendekatan ini dilaksanakan bagi memastikan belia khususnya lepasan TVET sentiasa memiliki kemahiran yang relevan, kekal berdaya saing dan mampu membina kerjaya yang mampan dalam bidang yang diceburi.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menggalakkan mereka terus bekerja dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Perak. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri melalui PASAK telah menjalankan program TVET Modular Industri yang merupakan satu program latihan yang mengikut acuan industri dan menjamin ruang pekerjaan kepada peserta setelah tamat latihan. Melalui program TVET Modular Industri ini, Kerajaan Negeri melalui PASAK juga telah menetapkan bahawa pelaksanaan program-program TVET perlu melibatkan pemain industri yang bertauliah dan ia perlulah beroperasi di dalam Negeri Perak. Dasar ini bertujuan memastikan manfaat daripada inisiatif pemerkasaan TVET dapat dinikmati secara menyeluruh oleh industri tempatan yang berdaftar di negeri ini. Melalui pendekatan tersebut, peluang latihan akan diberikan keutamaan kepada anak-anak Perak manakala padanan dan penetapan penempatan pekerjaan turut difokuskan kepada peluang kerjaya yang tersedia dalam negeri.

Dengan demikian, pembangunan TVET bukan sahaja dapat memperkukuh kebolehpasaran belia, malah membantu memenuhi keperluan tenaga kerja industri tempatan serta menyokong pertumbuhan ekonomi Perak secara berterusan. Berdasarkan rekod, sepanjang tahun 2022 hingga Jun 2026, Kerajaan Negeri Perak melalui PASAK telah menjalankan sebanyak 289 program TVET Modular Industri yang telah memberi manfaat kepada seramai 4,662 orang peserta dalam kalangan rakyat Perak. Keberkesanan program TVET Modular Industri ini terbukti apabila sebanyak 90.09% atau seramai 4,200 orang peserta telah ditempatkan bekerja selepas tamat latihan. Selain program TVET Modular Industri, terdapat 11 lagi program TVET di bawah PASAK yang berteraskan latihan praktikal jangka pendek. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memperluaskan akses serta peluang peningkatan kemahiran kepada anak-anak Perak. Berdasarkan rekod, bagi tahun 2022 hingga Jun 2026, sebanyak 430 program latihan TVET telah dilaksanakan dan memberi manfaat seramai 7,161 orang peserta dalam kalangan rakyat Negeri Perak.

Pelaksanaan program TVET jangka pendek ini telah memberi ruang kepada anak-anak Perak untuk memperoleh pendedahan awal terhadap asas-asas kemahiran dalam pelbagai bidang. Pada masa yang sama, program ini turut berperanan sebagai medium untuk menyemai minat terhadap TVET terutama sekali golongan belia agar mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Secara tidak langsung, usaha ini dapat menyumbang kepada peningkatan enrolmen pelajar ke institusi-institusi latihan awam di Negeri Perak. Bagi memastikan mereka terus berdaya saing dalam bidang yang diceburi, Majlis TVET Negeri Perak memainkan peranan penting dalam menyelaraskan semula ekosistem TVET di Negeri Perak melalui persiapan tenaga mahir daripada institusi latihan dengan penawaran peluang pekerjaan daripada pasaran industri bagi menepati keperluan pembangunan negeri dan pemerkasaan modal insan di Negeri Perak menjelang tahun 2030. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Lubok Merbau, sila.

Terima kasih, YB Exco. Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) seperti sedia maklum adalah antara badan penyelaras bagi koridor TVET di Negeri Perak. Jadi soalannya berapa jumlahkah belia yang telah berdaftar dengan PASAK yang telah memperoleh pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang mereka pelajari dan adakah perkembangan mereka ini sentiasa dipantau di bawah PASAK bagi mereka ini sentiasa kekal bertahan dalam kerjaya mereka?

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Merbau yang bertanya berkaitan dengan bilangan peserta ataupun bilangan belia yang terlibat dalam program TVET di bawah PASAK. Untuk makluman seperti yang kita sedia maklum, Akta Pembangunan Belia yang baru dikuatkuasa iaitu Akta 786 yang meletakkan umur di antara 15 hingga 30 tahun itu dari segi jumlah penyertaan ataupun peserta belia yang terlibat dalam 11 kluster Program TVET yang diuruskan oleh PASAK. Data yang saya boleh beri, yang pertama bagi tahun 2022 seramai 611 orang. 2023 seramai 861 orang. 2024, 839 orang. 2025, 883 orang. Bagi Januari hingga Jun 2026, 276 orang. Yang berjumlah keseluruhan dari Jun hingga daripada 2022 hingga Jun 2026, seramai 3,470. Berkaitan dengan kaedah dan juga cara untuk kita memastikan mereka yang menyertai kursus ini mendapat peluang pekerjaan dan diberi ruang dan peluangnya, bergantunglah kepada kemampuan atau pun juga tindak susul daripada pihak-pihak agensi yang melaksanakan kursus dan dapatan daripada pelaksana kursus itu atau pun pengurus latihan itu memberi peluang-peluang pekerjaan, ada yang diberi ruang dan tawaran pekerjaan selepas sahaja selesai tamat dan ada di kalangan para belia yang menyertai kursus-kursus tertentu. Contoh, Kursus TVET Mahir Kerja yang boleh berjaya berdikari dengan sendiri. Contohnya seperti kursus gunting rambut, kursus berkaitan dengan pembuat kek dan sebagainya. So, makna benda ruang dan peluang kursus itu berdasarkan kepada kemampuan dan juga kebolehan peserta dan akhirnya pihak PASAK akan memastikan mereka yang diberi tawaran kerja itu dapat mendapat gaji yang cukup baik berdasar kepada kemahiran yang telah mereka pelajari.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Soalan tambahan. Pengkalan Hulu.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Soalan tambahan. Ayer Kuning.

Timbalan Yang di-Pertua

Ayer Kuning, sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Pengkalan Hulu dulu.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Dato' Exco, soalan tambahan saya, apakah mekanisme utama Kerajaan Negeri bagi memastikan bahawa latihan TVET itu selari dengan keperluan industri yang ada di Negeri Perak ini? Dan yang kedua, jika adalah dinyatakan bahawa jenis-jenis latihan TVET yang menjadi kegemaran kepada belia-belia di Perak ini supaya boleh diketengahkan kepada mereka pada masa hadapan. Terima kasih.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Timbalan Speaker, YB Exco. Boleh bersekali? Sebab berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya mohon YB Exco menjawab dulu.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Ok, terima kasih.

Terima kasih kepada YB Ayer Kuning yang bertanya berkaitan dengan mekanisme Kerajaan Negeri bagi memastikan latihan TVET itu betul-betul selari dengan keperluan industri. Seperti yang saya sebutkan tadi, Kerajaan Negeri melalui PASAK yang menjalankan Program TVET Modular Industri iaitu sebuah latihan jangka pendek yang menyediakan modul-modul latihan mengikut acuan industri dan juga menjaminkan penempatan kerjaya selepas tamat latihan kepada peserta yang menunjukkan prestasi atau pun potensi cemerlang dalam kemahiran yang dipelajari. Bagi memastikan program-program TVET yang ditawar itu benar-benar selari dengan keperluan industri, Kerajaan Negeri telah pun menubuhkan Majlis TVET Negeri pada tahun 2024 sebagai Badan yang akan menjadi penyelaras kepada inisiatif-inisiatif pemerkasaan TVET di Negeri Perak antara Badan-Badan Kerajaan, pemain industri, institusi-institusi latihan yang terdapat di Negeri Perak. Selain itu, kita juga atau Kerajaan Negeri melalui PASAK akan menjalankan bengkel dan kerjasama serta perbincangan dengan badan-badan berkepentingan dalam pembangunan 5 Nod Pertumbuhan Negeri. Antaranya Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal TVET dan Bengkel Industri Academia Collaboration Workshop Perak bagi membincangkan hala tuju TVET Negeri Perak di bawah Agenda Pelan Perak Sejahtera 2030 dan juga perbincangan bersama dengan industri dan penyedia latihan bagi menyelaraskan input bagi menyediakan modul-modul latihan yang menyokong kepada keperluan industri. Terima kasih.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Timbalan Speaker, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila, ringkaskan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Yang Berhormat Exco, saya sangat tertarik bila disebut berkenaan dengan TVET kerana saya juga adalah lepasan TVET dan saya menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri melaksanakan Program Jelajah AIM TVET Negeri Perak. Ini inisiatif daripada PASAK yang dilaksanakan saban tahun dan mungkin yang terdekat programnya adalah pada 19 dan 20 September di Stadium Indera Mulia. Cuma tahun lalu sepatutnya diadakan di daerah Hulu Perak dan diubah ke Tapah. Saya bersama-bersama mesyuarat dengan Yang Berhormat Exco di KKN Lenggong waktu tu dan saya nak minta nak mohonlah kepada Yang Berhormat EXCO dan Kerajaan Negeri supaya diadakan di daerah Hulu Perak kerana di daerah Hulu Perak ini mempunyai akses yang sangat jauh dengan bandar. Kami di daerah pulak hanya ada satu kolej komuniti sahaja atau pun pusat TVET. Jadi anak-anak belia, anak muda Hulu Perak ini sukar untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan TVET. Saya sendiri terpaksa belajar di luar negeri. Di Kedah dan juga di Perlis. Jadi saya nak mencadangkan supaya diadakan Jelajah TVET mungkin selepas ini, tahun ke depan di Daerah Hulu Perak dan soalan saya berkenaan dengan apakah bentuk bantuan susulan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri termasuk latihan, peningkatan kemahiran ataupun pensijilan profesional, pembiayaan serta padanan pekerjaan bagi memastikan lepasan TVET kekal berdayasaing khususnya buat anak-anak muda lepasan TVET di Negeri Perak yang mana mereka tidak akan tercicir bila mana mereka menceburi bidang TVET ini dan akan menjadi pasaran dalam sektor pekerjaan khususnya di Negeri Perak ni? Itu sahaja soalan saya kepada Yang Berhormat Exco. Terima kasih.

Berkaitan, terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Hulu berkaitan dengan Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani yang merupakan antara platform yang kita gunakan sebagai promosi dan juga pendedahan TVET kepada murid sekolah dan juga komuniti setempat. Dan program ini kita lihat cukup membantu mengubah persepsi masyarakat khususnya kepada masyarakat yang masih menganggap kerjaya atau pun TVET Ini sebagai pilihan kedua dalam pilihan kerjaya dan ianya dengan adanya Program AIM TVET with Cikgu Saarani yang kita laksanakan itu juga ianya memberi ruang dan peluang untuk golongan-golongan tertentu mencari dan mendapat laluan kerjaya berkemahiran tinggi khususnya kepada anak-anak muda Perak.

Berkaitan dengan hasrat dan juga permohonan daripada Yang Berhormat Pengkalan Hulu, Insha Allah bulan November ni kita akan buat satu lagi yang terakhir. Jelajah AIM TVET di kawasan Lenggong dan juga Pengkalan Hulu. Maksudnya apa yang kita janji pada tahun lepas, kita tunaikan pada tahun ini dan Insha Allah pada bulan 11 nanti, ianya akan dilaksanakan kerana kita lihat Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani ini adalah salah satu program yang cukup memberi ruang kepada anak-anak muda dan dari segi jumlah yang menerima atau pun kehadiran daripada pengunjung yang boleh dapat saya nyatakan data di sini, pada tahun 2025, 19 April, Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani di Tapah, kita menerima pengunjung kalangan anak muda dan juga murid sekolah 2,384. Jelajah 30 Jun Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani sempena Pelan Pembentangan Laporan Pelan Perak Sejahtera 2030 di Lenggong, 315 orang. Manakala 4 Julai Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani di Gerik, 195 orang. 2021 yang kita akan dilaksanakan semasa KAMU tahun lepas kita berjaya menerima pengunjung sebanyak 2,598 orang. 25 Oktober tahun lepas di Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani sempena sambutan 60 tahun Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani seramai 161 orang dan pada 2026, semasa Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani sempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, kita menerima pengunjung di Meru, sebanyak 593 dan kita lihat ianya cukup memberi ruang dan peluang. Program ini adalah kolaborasi antara pihak Jabatan Pendidikan Negeri, pemain-pemain industri samada awam dan swasta dan juga institusi latihan.

Berkaitan dengan soalan yang kedua, berkaitan dengan apakah bantuan atau pun perkara-perkara yang boleh kita bantu? Apabila mereka ini diberikan kursus secara jangka pendek, mungkin selepas mereka bekerja, pihak pemain industri boleh menawarkan mereka untuk kursus lanjutan sebagai salah satu elemen untuk kita pastikan anak-anak muda ini tidak lari daripada industri yang telah mereka kerja sekarang kerana kita mahu mereka ini berterusan bekerja di industri-industri berkenaan dengan mendapat lanjutan pendedahan kemahiran dan juga ilmu yang berkaitan dengan kursus yang tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya, saya menjemput ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua

Sila difahamkan ini hot topic. Boleh jumpa. Terima kasih YB. Seterusnya saya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Tronoh, soalan nombor 4. Terima Kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Tronoh, untuk makluman Yang Berhormat Tronoh dan Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada pembangunan tenaga boleh baharu termasuk tenaga solar sebagai salah satu sektor yang berpotensi menarik pelaburan baharu, menjana aktiviti ekonomi serta menyokong agenda peralihan tenaga. Perak mempunyai kekayaan sumber semulajadi. Keluasan tanah serta rangkaian infrastruktur yang menawarkan potensi besar untuk pembangunan tenaga boleh baru. Melihat potensi tersebut, kerajaan melalui PKNPk, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak menerusi anak syarikatnya dan rakan strategiknya terus meneroka serta melaksanakan pelbagai inisiatif tenaga solar hidro dan teknologi hijau di seluruh negeri. Kerajaan Negeri telah memberi mandat kepada PKNPk untuk menyelaras pembangunan ladang solar khususnya di Mukim Kampong Gajah dan Mukim Pasir Panjang Hulu, Daerah Perak Tengah. Daripada tanah yang kurang produktif kepada pembangunan ladang solar berskala besar dan sistem solar PV kepada floating solar di empangan tenaga hidro, lampu jalan solar pintar serta pemasangan solar di bangunan awam dan masjid. Inisiatif ini mencerminkan pendekatan bersepadu PKNPk dalam mengoptimumkan sumber dan aset negeri bagi menjana nilai ekonomi yang mampan.

Usaha ini bukan sekadar menghasilkan tenaga bersih. Ia turut membuka kepada pelaburan, mewujudkan peluang ekonomi, memperkukuh penglibatan industri tempatan dan membantu mengurangkan jejak karbon demi sebuah perak yang lebih mampan untuk generasi hari ini dan masa depan. Berdasarkan rekod semasa, terdapat 28 projek Large Scale Solar (LSS) di Negeri Perak dengan jumlah kapasiti keseluruhannya sebanyak 1,441.3 megawatt yang merangkumi dua puluh satu projek yang telah beroperasi dengan kapasiti 542.18 megawatt dan tujuh projek yang sedang dalam pembangunan dengan kapasiti 899.12 megawatt. Bagi projek yang telah beroperasi sepanjang 21 projek dengan kapasiti keseluruhannya, 542.18 megawatt telah dibangunkan di beberapa daerah di Negeri Perak. Daerah Kerian merekodkan kapasiti tertinggi dengan empat projek berjumlah 190.95 megawatt diikuti Batang Padang dengan tiga projek berjumlah 73 megawatt. Gopeng dengan 1 projek berkapasiti 50 megawatt dan Sungai Siput dengan 1 projek berkapasiti 49 megawatt. Sementara itu, Manjung mempunyai 3 projek dengan kapasiti 46.99 megawatt. Kampar 3 projek berjumlah 34.99 megawatt. Bidor 1 projek berkapasiti 30 megawatt dan Kinta 2 projek berjumlah 24.99 megawatt.

Projek yang telah beroperasi turut terdapat di Perak Tengah dengan kapasiti 17.36 megawatt. Larut Matang dan Selama sebanyak 24 megawatt. Bagi projek yang sedang dalam pembangunan pula, terdapat sebanyak 7 projek dengan jumlah kapasiti 899.12 megawatt. Projek berkapasiti terbesar ialah di Daerah Larut Matang melibatkan kapasiti 470 megawatt, diikuti Hilir Perak dengan 95 megawatt, Perak Tengah dengan 29.99 megawatt dan Selama dengan 4.16 megawatt. Selain itu, terdapat tiga projek dalam pembangunan dengan jumlah kapasiti 299.97 megawatt. Masing-masing mempunyai kapasiti 99.99 megawatt. Secara keseluruhannya, perkembangan projek LSS ini menunjukkan bahawa kapasiti tenaga solar di Negeri Perak bukan sahaja telah mencapai tahap operasi yang signifikan, malah mempunyai potensi pertambahan kapasiti yang besar melalui projek-projek yang sedang dalam pembangunan dengan tambahan kapasiti sebanyak 899.12 megawatt. Daripada projek-projek dalam pembangunan, jumlah kapasiti LSS di Negeri Perak berpotensi mencecah sekitar 1,441.3 megawatt apabila keseluruhan projek tersebut siap dan mula beroperasi.

Untuk makluman Dewan yang mulia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak menerusi anak syarikatnya Maju Perak Holding Berhad terus memainkan peranan sebagai antara peneraju inisiatif tenaga boleh baharu dan tenaga hijau di Negeri Perak khususnya melalui pembangunan projek tenaga solar bagi institusi agama dan pendidikan. Bagi sektor institusi agama, Maju Perak Holdings Berhad telah menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui pelaksanaan projek pemasangan panel solar photovoltaic di 20 buah masjid perintis di beberapa daerah di Negeri Perak. Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha memperluas penggunaan tenaga bersih di samping membantu masjid mengurangkan kebergantungan kepada bekalan elektrik konvensional serta mengoptimumkan kos utiliti dalam jangka panjang. Sebelum pelaksanaan projek kajian teknikal awal telah dilaksanakan terhadap 85 buah masjid, 20 masjid telah dikenalpasti sebagai lokasi perintis. Keseluruhan projek 20 masjid tersebut melibatkan kapasiti penjanaan sebanyak 513.01 kilowatt dengan nilai pelaburan awal berjumlah RM 2.25 juta. Antara projek yang telah siap ialah Masjid Sultan Yussuf Izzuddin Shah di Kuala Kangsar yang mempunyai kapasiti solar sebanyak 52.7 kilowatt dan berperanan sebagai salah satu contoh pembangunan masjid rendah karbon di Negeri Perak. Pelaksanaan projek solar masjid ini turut menggunakan pendekatan Skim Pemeteran Tenaga Bersih 3.0 yang membolehkan lebihan tenaga elektrik yang dijana pada waktu siang disalurkan semula ke grid. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga, malah memberikan manfaat ekonomi kepada pihak masjid dalam tempoh jangka panjang.

Bagi sektor pendidikan pula, inisiatif tenaga solar turut diperluaskan melalui projek solar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) khususnya di kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Ujian ini dilaksanakan melalui kerjasama UPSI Holdings Sdn Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan rakan strategik dengan pembangunan kemudahan solar termasuk struktur parkir berbumbung solar. Projek tersebut mempunyai kapasiti penjanaan sebanyak 3.24 megawatt dan dijangka memberi penjimatan kos elektrik sekitar RM1.35 juta hingga RM1.55 juta setahun. Pemasangan solar ini turut mengaplikasikan konsep penggunaan ruang secara dwi fungsi, antaranya di kawasan parkir kenderaan, kompleks sukan, tapak pesta konvensyen serta bangunan fakulti dan masjid universiti. Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek-projek ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyokong agenda peralihan tenaga dan kelestarian Negeri Perak. Bukan sahaja melalui pembangunan kapasiti tenaga boleh baru tetapi juga dengan memastikan manfaat ekonomi alam sekitar dan sosial dapat dinikmati oleh institusi serta komuniti setempat. Melalui pendekatan ini, PKNPk bukan sekadar bertindak sebagai pemudahcara pembangunan ekonomi, malah turut memainkan peranan strategik dalam memperkukuh ekosistem teknologi hijau dan tenaga boleh baru di Negeri Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat Tronoh, dari segi manfaat kepada Kerajaan Negeri, pembangunan projek ini berpotensi membawa masuk pelaburan baru serta menjana hasil melalui instrumen berkaitan tanah dan sumber negeri seperti pajakan premium fee dan caj air bergantung kepada struktur setiap projek dan tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa. Dari segi manfaat kepada rakyat pembangunan sektor solar berpotensi mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan secara langsung dan tidak langsung khususnya dalam bidang pembinaan, kejuruteraan, pemasangan operasi dan penyelenggaraan. Pada masa yang sama, sektor ini membuka ruang kepada penglibatan kontraktor, pembekal dan penyedia perkhidmatan tempatan, sekaligus merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta meningkatkan kemahiran dan kapasiti tenaga kerja tempatan dan dalam bidang tenaga boleh baharu. Secara keseluruhannya, perkembangan industri solar bukan sahaja menyokong agenda tenaga bersih dan kelestarian. Malah memberi limpahan ekonomi yang dapat dinikmati oleh rakyat dan komuniti setempat. Pendekatan Kerajaan Negeri bukan sahaja bertujuan meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh baru malah menjadi sektor ini sebagai pemangkin kepada kemasukan pelaburan, penjanaan hasil dan aktiviti ekonomi serta pembangunan rantaian nilai tenaga bersih di negeri Perak. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Tronoh, sila.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas satu jawapan yang begitu menyeluruh dan satu jawapan yang boleh dikatakan di bawah portfolio Yang Berhormat Exco begitu pentingnya bagi pembangunan ekonomi di Negeri Perak ini. Dengan itu saya melihat bahawa dalam projek LSS ini, dia telah menyumbang banyak kepada ekonomi Negeri Perak dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Exco. Pada masa hari ini kita dapat melihat ladang ladang solar ini berkembang dengan pesat dan maju di Negeri Perak dan apakah langkah seterusnya bagi Negeri Kerajaan Negeri untuk memasang sistem solar ini di dalam bangunan-bangunan yang milik Kerajaan Negeri ini kerana saya melihat sekiranya kita boleh memasang sistem solar ini di bangunan-bangunan Kerajaan Negeri ini, maka saya percaya kos pentadbiran akan berkurang pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tronoh yang membawa soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat Tronoh, kalau dibandingkan dengan solar di atas atap itu dengan LSS scale skalanya memang tidak sebesar bergitu. Walau bagaimanapun, Bahagian Khidmat Pengurusan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah menerima beberapa cadangan berkaitan pemasangan sistem solar di premis-premis Kerajaan Negeri. Secara rasanya, dasarnya pentadbiran Kerajaan Negeri tiada halangan kepada mana mana jabatan dan agensi Kerajaan Negeri untuk melaksanakan inisiatif pemasangan sistem solar di premis masing-masing tertakluk kepada kesesuaian premis serta pematuhan kepada peraturan dan tatacara yang sedang berkuatkuasa. Walaubagaimanapun, sebarang cadangan pemasangan sistem solar hendaklah terlebih dahulu mengambilkira dan meneliti faktor-faktor teknikal, keselamatan, kesesuaian struktur bangunan, kapasiti dan keupayaan sistem elektrik sedia ada. Impak terhadap utiliti serta implikasi kos dan penyelenggaraan bagi memastikan pemasangan tersebut tidak menjejaskan keselamatan dan fungsi bangunan Kerajaan Negeri. Sehingga kini, portfolio solar bumbung Kerajaan Negeri melalui Maju Perak Holding melibatkan sembilan lokasi dengan jumlah kapasiti terpasang kira-kira enam ratus 70 kilowatt. Lokasi tersebut merangkumi Bazar Ipoh, Majlis Daerah Perak Tengah, Majlis Daerah Selama, Majlis Daerah Pengkalan Hulu serta beberapa buah masjid di negeri Perak. Pelaksanaan sistem solar ini membantu mengurangkan penggunaan elektrik daripada grid, menjimatkan kos utiliti dan mengurangkan pelepasan karbon. Pada masa yang sama, ia menunjukkan bahawa agenda tenaga boleh baharu Negeri Perak tidak hanya tertumpu kepada projek solar berskala besar tetapi turut diperluaskan kepada bangunan kerajaan, aset komersial dan institusi kemasyarakatan.

Untuk makluman Dewan yang mulia. Kerajaan Negeri akan terus meneliti potensi untuk memperluaskan model ini ke lebih banyak aset milik Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan tertakluk kepada daya maju, teknikal dan kewangan setiap projek. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Kamunting, sila

Exco, adakah pihak kerajaan yang membuat kajian berkenaan dengan keluasan tanah yang diperlukan untuk sebuah ladang solar? Sebab di Perak ini dia banyak lombong dan kalau kita menggunakan tanah dia akan konflik nanti dengan ladang-ladang untuk menghasilkan makanan. Jadi saya nak tahu berapakah daripada ladang-ladang solar ini menggunakan floating panel ini untuk dibangunkan ladang solar dan berapa banyak yang dibangunkan menggunakan tanah dan apakah yang akan datang kita memikirkan untuk menggunakan tanah juga untuk dibuat ladang solar ataupun kita cari lombong-lombong yang terbiar ataupun tasik-tasik ini untuk dibangunkan ladang solar ini? Sebab dia akan jadi konflik kalau kita menggunakan tanah yang memang solar ni amat baik dan kalau boleh berapa ladang solar yang telah kita bangunkan dengan menggunakan floating tadi dan berapa yang telah kita gunakan tanah dan bagaimana yang akan datang pada kata dasar ataupun halatuju kerajaan. Adakah kita nak gunakan tanah jugak ataupun kita nak cari lombong-lombong yang terbiar? Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Kamunting. Okay untuk makluman Yang Berhormat Kamunting, memang banyak kawasan di negeri Perak yang telah diperuntukkan untuk projek solar ini, adalah terlibat dalam kolam-kolam lombong yang telah terbiar, sebab itu banyak khususnya di mukim Daerah Perak Tengah dan juga dan juga di projek solar terapung yang senang dalam bukan sahaja kajian stage yang terakhir untuk dimajukan di Tasik Kenering dan Tasik Temenggor. Jadi untuk maklumat yang lebih lanjut, mungkin saya boleh aturkan dengan secara bertulis. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan soalan, sila.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, putih-putih melati, merah-merah delima. Rakyat Muallim sedang menanti soalan Behrang nombor 5. Terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Alhamdulillah, Wa Syukurillah Wassolatu Wassalamu Ala Rasulillah. Terutamanya saya bertimakasih kepada YB Behrang, yang ingin tahu berkenaan dengan jumlah kemalangan yang berlaku di kawasan Behrang khususnya daripada Tanjong Malim sampailah ke Behrang dan Proton City. FT001 maknanya Jalan Persekutuan Tanjung Malim Seksyen 468 hingga 501 di Muallim.

Jumlah pada tahun 2023 adalah 14 kemalangan, 2024 (19), 2025 (20), 2026 (13). Keseluruhan kemalangan di seksyen itu sebanyak 66. Bagi seksyen FT258 pula Proton City, seksyen 0 - 0 - 0 sehingga 9 Muallim Jumlah kemalangan 2-0-0. 2023(0), 2024 (1),2025 (0,) 2026 (0)... tak habis lagi dan jumlahnya keseluruhan adalah 1. Bagi Seksyen Jalan FT193 Jalan Persimpangan Tanjong Malim sampai ke Behrang Stesen, Seksyen 0-0-0 sehingga 13 di Muallim, jumlah kemalangan 2023 adalah 1, 2024 (0) 2025 (1), 2026 belum habis lagi 6 jumlah kemalangan di seksyen tersebut adalah 8. Jumlah yang dinyatakan di atas merupakan rekod daripada pihak JKR melalui Road Accident Monitoring System ataupun RAMS dengan izin Jabatan Kerja Raya. Tu RAMS situ memang di aplikasi daripada Jabatan Kerja Raya Perak.

Bagi rekod pihak polis PDRM pula, jumlah kemalangan yang direkodkan berlaku di sepanjang laluan Tanjong Malim Behrang Proton City daripada tahun 2024, 26, 25, dan 26 adalah sebanyak 340 kes. Dia ada beza sikit, ye. Namun begitu, pihak PDRM terutamanya Bahagian Siasatan dan juga Penguatkuasaan Trafik Daerah Ibu Pejabat Daerah Polis Muallim akan sentiasa melaksanakan penguatkuasaan di kawasan terbabit bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Untuk makluman Yang Berhormat Behrang, rekod kemalangan antara JKR dan PDRM dia agak berbeza sikit sebab dia tidak di...di masukkan ke dalam Road Accident Monitoring System (RAMS) yg dibuat oleh JKR. Antara usaha yang dilakukan oleh pihak JKR bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tersebut, adalah pihak JKR telah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah program rawatan kawasan kerap berlaku kemalangan ataupun blackspot bagi melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan struktur jalan serta penambahan perabot jalan yang bersesuaian. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, memberi amaran dan juga panduan yang lebih jelas kepada pengguna jalan raya serta mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Bagi tahun 2026, pihak JKR telah melaksanakan program memperelok lokasi kerap berlaku kemalangan di FT001 Laluan Ipoh - Tanjung Malim Seksyen 487 di Daerah Muallim dan telahpun siap minggu lepas. Kepesatan pembangunan Tanjung Malim, khususnya di susulan kawalan...pewujudan bandar Proton City, telah memberikan impak terhadap kapasiti jalan-jalan di bawah seliaan JKR. Ini disebabkan oleh kemasukan ramai petugas-petugas Proton… Proton sendiri dan juga daripada Universiti UPSI dan juga daripada Politeknik… err Politeknik di Behrang. Peningkatan jumlah trafik terutamanya pada waktu puncak berpotensi menyebabkan kesesakan lalu lintas serta menjejaskan kelancaran pergerakan pengguna jalanraya.

Sehubungan itu, bagi memastikan aspek keselamatan kelancaran trafik dan juga keselesaan pengguna sentiasa terjamin, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan kerja-kerja menaik taraf Laluan Persekutuan FT001 di bawah tajuk menaik taraf Lebuh Raya Tanjong Malim, Lumut Fasa 1 Jalan FT001 di Kawasan Perindustrian

Daerah Muallim CKD01 dari Seksyen 473 sehingga Seksyen 4476 dan kerja-kerja awalan Jalan FT001 daripada Seksyen 466 sehingga Seksyen 483 reka bentuk iaitu di yang di kawasan tersebut.

JKR akan menjalankan audit keselamatan jalan raya di lokasi-lokasi yang telah pun dikenalpasti di dalam kawasan Dun Behrang bagi meneliti punca utama kemalangan sama ada disebabkan oleh faktor geometri jalan, kekurangan pencahayaan ataupun kecacatan perabot jalan. Tidak ketinggalan juga, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak telah mengenalpasti beberapa lokasi blackspot ataupun kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan di kawasan Dun Behrang, iaitu dibuat kajian oleh JPJ Negeri Perak bersama sama dengan MKJR Negeri Perak. Kawasan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya di sekitar Behrang Perak ialah di laluan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), lokasi utama kemalangan jalan raya di Behrang PLUS ialah… jadi mereka yang lalu dekat kawasan lebuh raya PLUS itu di kawasan ini, perlu berhati-hati sedikit. Yang pertamanya Kilometer 378 sehingga Kilometer 386 Slim River dan Behrang. Di sini berlaku kerap kenderaan-kenderaan besar ni ataupun tanker-tanker ni kadang terbalik di kawasan tersebut. B, kilometer 393 arah selatan laluan Behrang-Tanjong Malim. Jadi makna daripada Behrang nak menyampai Tanjong Malim itu kawasan tu juga kerap berlaku kemalangan, dan yang ketiganya Kilometer 390 laluan Lebuh Raya PLUS. Bagi kawasan Dun Behrang, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan tindakan keselamatan jalan raya melalui pendekatan berikut; pengenalpastian dan juga pemetaan lokasi berisiko tinggi berdasarkan analisis data kemalangan termasuk juga faktor lokasi jenis kemalangan, masalah kejadian dan juga tahap-tahap ke... ke...keterukan kemalangan, tahap-tahap keterukan kemalangan.

Timbalan Yang di-Pertua, pemeriksaan keselamatan jalan raya atau Road Safety Audit & Inspection dengan izin secara berkala bagi mengenal pasti faktor fizikal dan juga persekitaran jalan-jalan yang boleh menyumbang kepada kemalangan. Penambahbaikan infrastruktur keselamatan jalan raya antaranya pemasangan ataupun penambahbaikan lampu jalan, lampu isyarat, papan tanda, garis jalan Road Line Road Stars, penghadang jalan ataupun guardrail serta kemudahan lain yang bersesuaian berdasarkan keperluan lokasi. Penguatkuasaan secara bersasar oleh JPJ dan PDRM di lokasi di lokasi dan juga waktu-waktu yang tertentu dikenalpasti berisiko tinggi. Khususnya terhadap kesalahan aspek memandu laju, memotong dua di garisan berkembar, memandu secara berbahaya serta kesalahan yang sering menyumbang kepada kemalangan. Pemantauan terhadap keadaan dan juga pemantauan pengguna jalan raya termasuk kenderaan perdagangan, motorsikal dan juga kenderaan persendirian melalui operasi penguatkuasaan serta pemeriksaan-pemeriksaan dari masa ke semasa berkala. Program pendidikan dan juga advokasi keselamatan jalan raya kepada komuniti setempat, sekolah, institusi pendidikan dan juga pengguna jalanraya bagi meningkatkan kesedaran pengguna risiko kemalangan serta kepentingan pematuhan undang-undang jalan raya. Kerjasama antara agensi melalui perkongsian data dan juga penyelarasan tindakan antara Kerajaan Negeri, JPJ, Kementerian Pengangkutan, JKR dan juga PDRM, pihak berkuasa tempatan dan juga agensi berkaitan bagi memastikan tindakan pembetulan dapat dilaksanakan secara bersepadu.

Kerajaan Negeri Perak juga akan terus memantau keberkesanan langkah-langkah intervensi yang dilaksanakan dan mengambil tindakan susulan berdasar perkembangan serta kemalangan semasa. Pendekatan ini penting bagi memastikan kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi dapat ditangani secara fokus sekiranya mengurangkan kadar kemalangan dan meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di DUN Behrang khususnya. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Behrang sila.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri atas jawapan yang bagi saya sangat lengkap dan dapat meredakan sedikit pertanyaan-pertanyaan bagi masyarakat di Dun Behrang. Cumanya, ingin saya mendapatkan sedikit penjelasan bagaimana pihak JKR ataupun kerajaan melihat atau menangani isu-isu yang kadang-kadang diterbit eh ditimbulkan oleh masyarakat terutamanya melalui media sosial. Ya kadang-kadang mereka ini memerlukan jawapan segera dan tidak perlu orang kata sehingga terpaksa dibangkitkan di sidang Dun dan sebagainya. Ya, bagaimana pihak daripada JKR memantau setiap isu-isu yang timbul, ya oleh rakyat di kawasan supaya mereka ini tidak orang kata memendam kemarahan itu sehingga mendapat jawapan dalam sidang Dun, ya dalam mesyuarat dan sebagainya? Terima kasih.

Baik terima kasih Behrang di atas soalan tambahan. Di Kementerian Kerja Raya, kami ada satu unit yang dipanggil sebagai Crash Construction Units, Crash Reconstruction Unit ataupun dalam bahasa kita MIROS. MIROS ini memberikan kajian kebanyakan kemalangan-kemalangan yang mereka kaji bukan hanya di Dun Behrang tetapi seluruh negara kita disebabkan oleh pemanduan yang amat berisiko. Orang Malaysia ni bila memandu dia duduk atas jalanraya dia pandu kenderaan dia berisiko. Yang keduanya terlalu laju walaupun kami meletakkan had laju tapi kebanyakan pemandu ini laju. Yang ketiganya faktor kemalangan ni kerana mereka ni cepat letih. Pemandu Malaysia ni cepat letih, masa letih tu dia bawak kereta tu berbahaya tapi bukan hanya faktor itu saja, MIROS juga mendapat faktor-faktor lain misalannya suasana jalan, landskap jalan tu sendiri. Yang keduanya adalah faktor kenderaan mereka. Faktor kenderaan itu dan alam sekeliling termasuk cuaca, hujan dan juga kadang-kadang melanggar binatang-binatang liar ini yang menyeberang jalan itu pada malam hari dan di Muallim ini terkenal dengan banyak binatang-binatang liar yang suka berkeliaran di jalan-jalan FT 001. Jadi itu menyebabkan punca kemalangan ini kerap berlaku di kawasan Muallim yang dikatakan tadi 35, 356 kes tu.

Jadi untuk itu, kami nak pastikan bahawa jabatan-jabatan yang ada kena mengena dengan jalan ini termasuk JPJ, Kementerian Pengangkutan dan juga daripada Majlis Keselamatan Jalan Raya, PDRM dan juga Pihak Berkuasa Tempatan bekerjasama untuk pastikan perkara-perkara telah dikenalpasti dapat dikurangkan. Itu arahan-arahan yang kita akan pastikan bukannya di bawah JPJ Negeri Perak di bawah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak sendiri. Jadi untuk itu, kita akan pastikan bahawa kerja-kerja yang yang kita kenalpasti spot-spot di Behrang yang sentiasa kemalangan berlaku yang saya sebut tadi itu, khususnya di lebuh raya antara Tanjong Malim sampailah ke Behrang tu sendiri kerap berlaku. Jadi ini kita kena banyak buat program-program advokasi dan pemantauan serta penguatkuasaan. Jadi mudah mudahan dengan adanya program-program ini dapat mengurangkan kemalangan di kawasan YB Behrang. Terima kasih.

Speaker Manjoi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor pongsu.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi sila.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker. YB Exco, Manjoi ingin bertanya satu isu besar di kawasan saya. Kaitan dengan isu kemalangan YB Exco di Laluan Persekutuan Utama, Chemor ke Klebang, Klebang ke Chemor lebih mudah disebut di hadapan McD, McDonald Klebang Restu persimpangan nak ke Medan Klebang Restu. Untuk makluman YB Exco di tengah-tengah jalan tu ada satu manhole. Manhole ni ayor ni keluar melimpah-limpah tak berhenti sehingga ke hari ini dan aduan ini saya kira menjadi satu isu besar di di peringkat penduduk. Kalau tengok di group-group social media, group taman orang bincang kenapa isu tak boleh settle sedangkan manhole tu ada di situ dan masalah tu nampak depan mata kita. Ayor keluar tu mengganggu pengguna jalanraya. Jalan makin mendap dan berlaku beberapa kejadian kemalangan di situ khususnya kepada rider-rider yang bawa motor. Persoalan saya di sini JKR memaklumkan kepada saya JKR dah JKR bagi tahu itu bukan JKR punya bukan bawah JKR manhole tu, yang keluar yang melimpah tak pasti ayor…ayor daripada kumbahan ataupun ayor daripada bawah tanah tapi ada manhole. Kurangnya JKR bagitahu pada saya JKR ada berhubung dengan dengan company syarikat utiliti ni semuanya tak mengaku dah tanya pada TM, TM kata bukan, tanya TNB bukan tanya pada LAP bukan tanya pada IWK pun semua tak mengaku kata bukan kami punya.

Saya bangkitkan di sini kerana isu ini dah lama berlaku dan saya kira kita kena muktamadkan isu ni kita kena turun selesaikan. Sebab rakyat terkesan menyebabkan imej kita ini tak cantik. Orang cakap, takkanlah isu ni nak kami bising macam mana lagi. Jadi minta Adun Manjoi bercakap di sini dan saya cakap sini isu tak settle dan saya yakin dalam Dewan ini pun ada yang lalu jalan tersebut dan kejap lagi pun saya boleh yakinkan di sini tuan-tuan balik petang ni tuan-tuan lalu di situ tuan-tuan akan langgor limpahan ayor daripada manhole yang hingga hari ini tak ada siapa mengaku menjadi pemilik pada manhole tersebut. Mungkin dengan campur tangan YB Exco isu ini boleh selesai. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Timbalan Speaker.

Terima kasih Manjoi. Ah jalan di antara Chemor ke Klebang itu biasa berlaku kadang-kadang kemalangan itu bukan sahaja kerana air melimpah di situ tapi ada kemalangan ada sebab-sebab lain. Tapi saya juga kenal pasti minta beberapa agensi tengok di mana ayor itu keluar. Adakah puncanya ayor bawah tanah ataupun puncanya daripada daripada paip LAP yang dekat situ. Dekat dengan VAT69 komando tu. Atau pun daripada punca lain. Jadi buat masa ni, saya sendiri tak kenalpasti apakah puncanya. Kalau ianya berlaku kemalangan kerana banyak ayor berkeliaran dari situ, maka kita kena cari di mana ayor tu datang dan kita tutup sumbat balik punca ayor tu. Jadi itu akan.

Pembetulan YB Exco

Saya buat kajian daripada LAP daripada JKR juga MBI.

Pembetulan bukan di bukan berkaitan dengan VAT69. VAT69 ni di belah Ulu Kinta ni di hadapan McDonald Klebang Restu persimpangan nak masuk ke ke Medan Klebang Restu. Kalau YB Exco tengok ada traffic light di situ simpang empat tu kat situ. Mungkin takut terkhilaf maklumat tu nanti saya forward pada YB Exco.

Terima kasih.

Kalau boleh YB Manjoi, hantarkan saya lokasi dia sendiri dan saya akan minta beberapa agensi pergi tengok apakah puncanya air tu sentiasa berkeliaran atas jalan. Terima kasih.

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Timbalan Speaker.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Ayer Kuning.

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Chenderiang.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Timbalan Speaker.

Astaka.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Ayer Kuning.

Timbalan Yang di-Pertua

Ayer Kuning sila.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengajukan soalan ini kepada Exco berkaitan itu iaitu berkaitan dengan satu isu jalan jambatan. Di kawasan Dun Ayer Kuning. Jadi pada kesempatan ini, saya ingin tanya kepada Exco yang bertanggungjawab, adakah pihak JKR bercadang untuk menaiktaraf jambatan sempit, satu jambatan sempit di Sungai Chenderiang. FT 001 Seksyen 546 yang berisiko banjir dan kemalangan yang baru-baru ini kira kira 10 hari lalu dalam lingkaran itu berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian seorang guru agamalah antaranya yang yang terbarulah. Jadi adakah pihak? Sekali lagi, adakah pihak JKR bercadang untuk naiktaraf jambatan sempit tersebut. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dr. Ayer Kuning. Jambatan tu sebenarnya jambatan di bina lebih dari 50 tahun ye yang jambatan tu sempit dan masih lagi sempit sekarang ni. Tapi salah satu punca kemalangan di situ YB, bukan banyak sangat kerana ianya ada corner selepas jambatan tu ada simpang yang cukup tajam. Bukan itu sangat, tapi mereka nak pastikan di manakah lokasi Capati Chenderiang tu sendiri yang menyebabkan mereka kemalangan. Jadi untuk itu, pihak JKR telah mohon supaya jambatan tu dimasukkan dalam RMK Rolling Plan ke-13 ni untuk diganti baru supaya ianya lebih jelas nak pergi ke kuari belah kanan tu ada kuari besar kemudian nak terus ke pekan Tapah. Jadi untuk itu tu bukan hanya banjir bila air keluar daripada pekan Chenderiang tu daripada gunung belakang pekan Chenderiang tu ada kepala ayor, kepala ayor aku akan menghentam titi tu sendiri jambatan, gotak tu jadi gotak sentiasa dalam bahaya. Jadi untuk itu tu, JKR telah menghantar untuk dimasukkan satu perancangan di ganti jambatan lama tu dengan yang yang sesuai. Itulah perancangan JKR hari ini, yang berkenaan banjir tu sama dengan masalah kemalangan di situ baru baru ni yang itu pun kita akan kenalpasti apakah kalau kita lebarkan jambatan tu akan mengurangkan kesan kemalangan ataupun akan mengurangkan air tidak terkandas dekat jambatan tu. Terima kasih.

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Dato’ Yang di-Pertua, Chenderiang.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Proposal penting melibatkan Tuanku ini.

Yang di-Pertua

Ini…ini dah 3 soalan tambahan lah kan dah 3 soalan tambahan lah kan

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Boleh boleh penting ni Dato Speaker.

Yang di-Pertua

Dah 3 soalan tambahan dah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu penting

Yang di-Pertua

Ini…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Libatkan tuanku

Yang di-Pertua

Exco boleh ke tambah satu lagi soalan ke cukup dah. Dua lagi soalan. Dua lagi soalan tambah lagi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih

Yang di-Pertua

Ok.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Yang di-Pertua

Jap…jap, saya minta. Saya nampak Alor Pongsu dengan Chenderiang yang lain tak ada dah. So, bagi Alor Pongsu tanya dulu lepas tu Chenderiang. Lepas tu saya nak ke soalan yang berikutnya ok. Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Dato’ Seri Speaker Terima kasih YB Exco. Kalau macam ni seronok sidang banyak hal rakyat yang boleh sebut. Yang pertamanya saya ucap terima kasihlah pada YB Infra dan Kerajaan Negeri 70% jalan di kawasan Dun Alor Pongsu dah ok. Tapi saya nak ingatkan tu yang saya sebut Tuanku tadi 22 haribulan ni Tuanku merasmi Hospital Parit Buntar. Kita naikkan 80% jalan Alor Pongsu makin ok. Bila Behrang sebut tentang kemalangan, saya nak gelincir sikit kemalangan yang berlaku di Bagan Serai di Alor Pongsu sekarang ni bukan jalanraya. Saya nak sebut stesen kereta api di Bagan Serai. Dun saya di Dun saya 10 tahun minta lif tak dapat 10 tahun minta tangga elektrik tak dapat. Sekarang kemalangan besar berlaku di KTM di lobi tu,siapa naik dan turun kereta pasti sangkut ekzos pasti tercabut. KTM buat bodoh je.

Yang di-Pertua

Ok, soalan-soalan

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Mintak. Jadi soalannya adakah YB Exco dapat aduan ini dan apakah tindakan?

Yang di-Pertua

Exco

Sebelum saya lupa,saya belum mendapat aduan rasmi. Cuma saya dengar-dengar sahaja ada berlaku kemalangan. Tapi saya akan minta bukan hanya Majlis Bandaran Kerian. Tapi saya akan minta JPJ, JKR untuk kaji kenapakah ianya kerap berlaku di kawasan itu khususnya bila nak bila Hospital Parit Buntar akan dirasmikan nanti, ianya akan mastikan kami akan periksa semua itu sebelum perasmian hospital tersebut. Terima kasih banyak

Yang di-Pertua

Chenderiang

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada YB Exco kerana memberi satu jawapan yang baik kepada Dun Chenderiang untuk menaikkan taraf jambatan yang ada di Sungai Chenderiang dan soalan tambahan saya kemalangan sering berlaku di Laluan Tapah - Cameron Highland. Apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan ciri keselamatan untuk laluan Tapah Cameron Highland. Terima kasih?

Yang itu saya memerlukan pemeriksaan daripada JKR Perak sendiri. Apakah perancangan kita masa pendek dan masa panjang bagi laluan yang…yang YB sebut tadi tu? Jadi kalau sekiranya ada dimasukkan, kita akan cuba pasti untuk dimasukkan pemilik pemuliharaan jalan itu di dalam rancangan kita yang akan datang. Insha Allah, saya akan minta JKR berikan dia punya penerangan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB Exco Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan nombor soalan

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Bismillahirrahmanirrahim. Soalan Pengkalan Hulu soalan nombor 6. Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030 Salam Malaysia MADANI.Terima Kasih juga kepada Yang Berhormat Pengkalan Hulu yang cakna dan bertanyakan persoalan yang berkaitan dengan portfolio saya. Untuk makluman Yang Berhormat Pelan Jalinan Digital Negara ataupun dikenali sebagai JENDELA merupakan inisiatif utama yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di seluruh negara termasuklah di Dun Pengkalan Hulu bagi memperkukuh infrastruktur digital menerusi penyediaan internet berkelajuan tinggi serta memperluas kesalinghubungan digital secara inklusif. SKMM bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak serta pemberi penyedia perkhidmatan bagi memantau dan meningkatkan liputan serta kualiti perkhidmatan komunikasi khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.Di Dun Pengkalan Hulu sehingga 31 Julai 2026, kesemua 11 menara komunikasi baru yang dirancang di bawah Pelan JENDELA telah siap dibina dan beroperasi, manakala sebanyak 47 stesen pemancar sedia ada telah siap dinaiktaraf dan sebanyak 4,093 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik.

Sebagai kesinambungan kepada inisiatif terdahulu, SKMM sedang dalam proses melaksanakan proses Projek JENDELA 2 di peringkat nasional. Projek ini dijangka akan bermula pada suku ke 3-2026 dan akan siap secara berperingkat. Pelaksanaan projek ini melalui penyediaan dua jenis bentuk penyelesaian iaitu perkhidmatan selular awam dan 4G atau gabungan 4G dan 5G jika bersesuaian atau perkhidmatan jalur lebar melalui satelit. Pemilihan jenis penyelesaian ini akan ditentukan berdasarkan kaedah pemberian perkhidmatan yang bersesuaian dengan izin Fit for Purpose dengan mengambil kira faktor seperti kepadatan penduduk, bentuk muka bumi serta ketersediaan infrastruktur sedia ada berdekatan di tapak tersebut. Pendekatan ini bertujuan memastikan penyediaan capaian internet yang menyeluruh kepada kawasan berpenduduk di seluruh negara termasuklah di Negeri Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat, kualiti liputan internet dan komunikasi di kawasan yang dibangkitkan oleh ahli Yang Berhormat boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor teknikal dan persekitaran. Antaranya kepadatan kapasiti rangkaian jarak daripada stesen pemancar, keupayaan infrastruktur rangkaian sedia ada serta faktor persekitaran seperti halangan fizikal yang boleh menjejaskan penyebaran isyarat. Selain itu, insiden vandalisme dan kecurian peralatan komunikasi turut boleh menyebabkan gangguan perkhidmatan yang seterusnya menjadikan kualiti dan kesinambungan liputan komunikasi jejaskan kualiti dan kesinambungan liputan komunikasi. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan perbezaan dari segi pengalaman pengguna walaupun kawasan tersebut telah mempunyai liputan komunikasi. Berhubung isu aduan, masalah gangguan dan ketidakstabilan capaian Internet bagi DUN Pengkalan Hulu. Pada tahun 2025, sebanyak 24 aduan berkaitan perkhidmatan Internet telah direkodkan bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Ogos 2026. Sebanyak 23 aduan melibatkan 11 lokasi telah diterima untuk tindakan lanjut. Susulan aduan yang diterima, SKMM Perak telah menjalankan pengujian di kesemua 11 lokasi aduan pada bulan Mei dan Ogos 2026 dan kini sedang mendapatkan penilaian teknikal dan pelan tindakan daripada pemberi perkhidmatan yang berkenaan.

Bagi memastikan prestasi rangkaian sentiasa dipantau, SKMM turut menjalankan audit berkualiti, audit kualiti di seluruh negara termasuk di Negeri Perak bagi memastikan penyedia perkhidmatan sentiasa sentiasa mematuhi standard mandatori, kualiti perkhidmatan ataupun dalam (MSQoS) yang ditetapkan dari 1 Januari 2026 sehinggalah 31 Ogos 2026, sebanyak 4, 4 ketidakpatuhan telah dikenal pasti di empat lokasi dalam Dun Pengkalan Hulu. Notis di bawah subseksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah diserahkan kepada pemberi perkhidmatan yang terlibat bagi mendapatkan tindakan dan juga maklum balas.

Ahli Yang Berhormat dan orang awam juga dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan lokasi-lokasi yang mengalami masalah kualiti perkhidmatan melalui aplikasi MCMC NEXUS ujian yang menunjukkan kelajuan muat turun di bawah 10 Mbps secara konsisten akan disalurkan kepada pemberi perkhidmatan untuk disiasat dan diselesaikan. Pada masa yang sama, SKMM juga menjalankan audit bagi memastikan tindakan penambahbaikan dilaksanakan dengan sewajarnya. Selain itu, kita menyeru juga para pengguna boleh menyalurkan aduan di portal aduan MCMC menerusi pautan laman web aduan.mcmc.gov.my berhubung sebarang juga sebarang masalah kualiti perkhidmatan komunikasi yang dihadapi. Sekian terima kasih. Dato’ Seri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Exco. Pengkalan Hulu.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Soalan tambahan. Terima kasih kepada YB Exco atas jawapan yang diberikan dan saya ucapkan terima kasih atas 11 menara yang telah dibina di dalam Dun Pengkalan Hulu di bawah Projek JENDELA. Cuma yang saya nak fokuskan adalah menara yang sedia ada. Menara lama yang perlu dinaiktaraf yang mungkin masih memakai jenis microwave dan perlu di upgrade kepada fiber yang baru ni dan fokus saya adalah kepada menara telco di beberapa kampung. Antara salah satunya adalah Kampung Pahit, Kampung Pahit Dalam yang perlu diambil tindakan yang serius lah oleh pihak MCMC bersama dengan syarikat telco. Dalam rekod saya, rekod pejabat saya yang kami terima aduan daripada bulan Jun sehingga bulan Ogos. Bulan Jun terdapat sepuluh aduan yang melibatkan gangguan selama 10 hari, bulan Julai terdapat 7 aduan yang merekodkan gangguan sebanyak 9 hari dan bulan Ogos ada 5 aduan yang melibatkan gangguan sebanyak 5 hari. Jadi 3 bulan berturut-turut berlaku gangguan menara telekomunikasi di Kampung Pahit dalam fokusnya. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Exco saya memuji dan menghargai menara baru yang telah dipasang. Cuma saya nak nak mengambil perhatian Kerajaan Negeri melalui MCMC untuk menaiktaraf menara-menara sedia ada dan soalan saya adalah, apakah langkah Kerajaan Negeri ataupun apakah tempoh penyelesaian dan petunjuk prestasi kepada penyedia perkhidmatan bagi menangani setiap aduan gangguan internet yang berulang kali jadi ini? Hampir 3 bulan berturut-turut jadi. Serta apakah tindakan yang diambil sekiranya tahap perkhidmatan gagal dipenuhi? Apakah tindakan kepada syarikat telco yang gagal memenuhi syarat-syarat ataupun peraturan yang telah ditetapkan ataupun SOP yang telah ditetapkan oleh MCMC? Dan boleh tak Yang Berhormat, Exco menyatakan 11 lokasi menara baru yang telah di dibina di dalam Adun Pengkalan Hulu. Terima kasih banyak.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB. YB Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Pengkalan Hulu yang cakna tentang permasalahan telekomunikasi di kawasannya. Di sini saya ingin memaklumkan kepada…Untuk makluman Yang Berhormat terdapat 11 menara komunikasi baharu di dalam kawasan Ahli Yang Berhormat yang pertama adalah Kampung Orang Asli Bukit Asu, kedua, PPRT Kampung Pahit, Ketiga, Kampung Tersusun Bukit Buluh, Keempat, Kampung Klian Intan, Kelima Kampung Pahit Luar, Keenam PPMS Tanah Hitam, Ketujuh, Kampung Kuak Luar, Lapan, Air Panas, Kesembilan, Bukit Berapit Kastam, Kesepuluh, Kampung Baru Tasik dan Kesebelah Pengkalan Hulu. Nanti saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat dan juga sedikit maklumat berkaitan isu Kampung Parit Dalam seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat.

Satu taklimat akan diadakan di PBT, Pejabat Daerah Hulu Perak pada 21 September iaitu Isnin pukul 10.00 pagi. Taklimat tersebut lebih kepada penjelasan kepada kekerapan gangguan liputan di kampung tersebut dan taklimat ini juga ingin membincangkan mitigasi-mitigasi yang sedang dirangka khususnya oleh Celcom Digi untuk pengetahuan Yang Berhormat dan antara faktor gangguan yang diterima daripada Celcom Digi adalah disebabkan kabel dirosakkan oleh haiwan liar dan terdapat juga beberapa insiden dengan izin multiple fiber cuts yang menyebabkan proses pemulihan dan penyelesaian gangguan mengambil sedikit masa dan saya nak merujuk juga kepada persoalan daripada Ahli Yang Berhormat tentang notis di bawah…notis yang kita keluarkan ketidakpatuhan seperti mana saya sebutkan dalam jawapan yang pertama tadi. Notis ini akan dikeluarkan di bawah Subseksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588. Jadi sepertimana saya sebutkan tadi jikalau kelajuan muat turun di bawah 10 Mbps ini secara konsisten, maka kita akan maklumkan kepada penyedia perkhidmatan dan jikalau gagal untuk menyelesaikan dalam waktu yang kita tetapkan dan kita akan keluarkan notis ketidakpatuhan ini. Tapi tentang saranan Ahli Yang Berhormat tadi, berapa lama tempoh yang kita tetapkan ni saya akan ambil saranan Yang Berhormat ini dan kita akan angkat kepada peringkat MCMC untuk lebih kita menghalusi detail tentang tempoh notis dan jikalau ada kecuaian terhadap penyedia perkhidmatan menyiapkan menyelesaikan masalah di dalam tempoh ditetapkan. Mungkin kita boleh ambil tindakan. Kerajaan Negeri tidak sesekali bertolak ansur dengan unsur-unsur jikalau ini akan merumitkan kegiatan seharian khususnya masyarakat dan negeri Perak. Sekian terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Yang di-Pertua

Alor Pongsu

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih, YB Speaker.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Changkat Jering, boleh ke Changkat Jering?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco pertamanya untuk semua. Saya nak ucapkan syafakallah buat ayahanda YB Exco yang sedang dirawat di KPJ. Sama samalah kita mendoakan agar kembali sembuh. Alor Pongsu tak ada masalah macam Pengkalan Hulu.

Terima kasih 2 pemancar. Tapi Alor Pongsu nak tanya jugalah. Rakyat menuntut pemancar di Parit Sungai Dungun, Sungai Bogak, Parit Lebai Kadir. Bila nak bua?. Yang kedua soalan saya YB Exco sedar tak? Tentang registration of end user iaitu pembelian kad SIM yang baru dikeluarkan pada 26 Februari 2026 oleh MCMC. Seorang warganegara boleh beli lima kad SIM, bukan warganegara boleh beli 2 kad SIM. YB Exco sedar tak? Ataupun perlu tak kita kurangkan pembelian tu sebab scammer-scammer sekarang semua pakai handphone. Beli SIM kad ikut suka je. Bila kita report polis refer MCMC. MCMC kata pula berjuta talian. Jadi saya nak minta dan saya nak tanya pada YB Exco dan Kerajaan Negeri boleh tak kita kurangkan kadar pembelian kad SIM? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila Exco

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kekanda saya daripada Alor Pongsu yang membangkitkan tentang dua perkara tadi. Yang pertama tadi disebutkan tanya kepada saya tentang pemancar-pemancar. Yang ini Ahli Yang Berhormat saya akan minta MCMC untuk sediakan list tersebut dan kita akan bagi kepada Ahli Yang Berhormat. Yang kedua tadi tentang saranan tentang saranan yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat Alor Pongsu tentang SIM kad ini. Kita sedar perkara tersebut kita akan perhalusi saranan yang baik. Pada saya ada keperluan untuk kerajaan menangani tapi dari konteks Kerajaan Negeri Perak, kita ambil saranan tersebut. Kita akan angkat kepada peringkat MCMC juga kementerian untuk minta mereka halusi. Kalau ini boleh diguna pakai oleh scammer, tentulah kita daripada Kerajaan Negeri Perak tidak akan bersetuju dan kita akan minta untuk diperhalusi lagi. Di peringkat kementerian khususnya, kita akan bawa perbincangan dengan peringkat MCMC juga. Sekian terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Simpang Pulai.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Kalau boleh satu lagi boleh?

Yang di-Pertua

Changkat Jering nanti jap Simpang Pulai.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Simpang Pulai ingin tanyakan tadi YB EXCO ada sebut dengan aplikasi MCMC NEXUS ini saya mohon tahu apa manfaat untuk guna aplikasi ini dan juga data-data yang dikumpul oleh aplikasi ini? Macam mana dia boleh bantu untuk mengenalpasti dan menambahbaikan liputan dan kualiti perkhidmatan dan beberapa ramai pengguna untuk menggunakan aplikasi ini di Negeri Perak?

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada adinda saya daripada Simpang Pulai yang cakna. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, format penggunaan aplikasi MCMC NEXUS memberi manfaat kepada orang awam kerana membolehkan prestasi dan kualiti rangkaian internet di sesuatu lokasi diuji dalam masa nyata termasuk kelajuan muat turun dan kelajuan naik ping serta jitter. Dengan izin. Data yang dikumpulkan daripada aplikasi ini dapat membantu MCMC dan penyedia perkhidmatan mengenal pasti kawasan yang mempunyai masalah liputan ataupun kualiti perkhidmatan dengan lebih tepat seterusnya membolehkan tindakan penambahbaikan dilaksanakan secara lebih bersasar. Sehubungan dengan itu, orang ramai digalakkan untuk menggunakan MCMC NEXUS, khususnya dengan menjalankan ujian di kawasan yang mengalami masalah capaian aplikasi internet. Setiap ujian yang dilakukan dapat menyumbang kepada pengumpulan data dan lebih menyeluruh dan membantu pihak berkaitan mendapatkan gambaran sebenar keadaan rangkaian di sesuatu kawasan. Secara tidak langsung, masyarakat turut memainkan peranan dalam usaha bersama untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi negara.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan taklimat berkaitan aplikasi NEXUS pada 21 April 2026 kepada semua pegawai khas ADUN serta pegawai khas Menteri Besar. Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman kepada para pegawai mengenai fungsi-fungsi serta kaedah penggunaan aplikasi NEXUS dalam membantu memperkemas pengurusan maklumat khususnya berkaitan isu dan aduan yang diterima daripada rakyat dan tentang pertanyaan Ahli Yang Berhormat tentang data kepenggunaan NEXUS ni. Berapa ramai yang telah menggunakan NEXUS dalam Negeri Perak ini? Jadi saya akan angkat pertanyaan Yang Berhormat kita akan minta MCMC untuk kita dapatkan data di peringkat MCMC, federal HQ supaya kita dapat melakukan lebih banyak awareness tentang ini. Bahkan taklimat NEXUS ini di peringkat Kerajaan Negeri, kita akan teruskan supaya lebih ramai lagi bukan sahaja pegawai khas dan juga pegawai MB, Pegawai khas Ahli-ahli Berhormat kita akan teruskan di peringkat pimpinan masyarakat dan juga masyarakat seterusnya amnya supaya dapat menggunakan dan seterusnya. Dapatan daripada penggunaan NEXUS itu, kita gunakan bagi perancangan dan mengatasi masalah capaian yang dialami di kawasan kawasan tertentu khususnya di Negeri Perak. Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Boleh kot Changkat Jering sikit je.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Exco, Changkat Jering…

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Boleh kot Changkat Jering sikit?

Yang di-Pertua

Dia mantan pegawai Telekom. Dia nak mintak merayu sangat soalan terakhir dia, boleh ke? Ok boleh Changkat Jering last ni last lah.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Ok. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Dato' Seri Speaker dan Terima kasih EXCO memberi peluang kepada saya, soalannya, sepertimana yang Pengkalan Hulu jugaklah, gangguan masih lagi berlaku di Changkat Jering. Cuma saya nak tanya setakat hari ini lah, bagaimana penggunaan system automatic follower itu automatic follower dengan izin. Iaitu Multi One Multi Networks Follower iaitu satu sistem jalur lebar yang boleh Auto Switch. Auto Switch, contohnya daripada Celcom ataupun Celcom Digi. Bila failed Celcom Digi, dia akan automatik kepada pergi kepada syarikat telco yang lain. Jadi setakat ini, kalau boleh, boleh bagi berapa peratus yang digunakan setakat ini dan apabila pulih balik laluan yang utama tadi, Celcom tadi dia akan kembali kepada sistem yang asal? Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat, kekanda daripada Changkat Jering yang bertanya tentang perkara ini tadi. Jadi, saya minta MCMC ada dalam ni, kita akan dapatkan dari segi sebab ini teknikal. Mungkin kita akan dapatkan secara bertulis dan kita akan sampaikan. Mungkin juga perbincangan dengan Ahli Yang Berhormat tentang perkara yang disebutkan tadi. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat seterusnya.

Usul yang telah diberi notis usul pemilihan Ahli Dewan NegaraMotion

Setiausaha

Perkara yang keempat, usul yang telah diberi notis usul pemilihan Ahli Dewan Negara.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengemukakan usul.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Seri Yang Di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan usul yang berbunyi, pemilihan Ahli Dewan Negara. Dato' Seri Yang di-Pertua, mengikut Perkara 45 (1)(A) Perlembagaan Persekutuan, telah berlaku satu kekosongan kerusi dalam Dewan Negara untuk ahli yang dipilih oleh Dewan Negeri Perak kerana telah tamat tempoh keahliannya pada 24 Mei 2026. Justeru itu, saya mohon mengemukakan supaya Dewan Negeri dapat membuat pemilihan Ahli Dewan Negara pada hari ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dato' Seri Yang di-Pertua. Teja menyokong.

Yang di-Pertua

Berdasarkan Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan, apabila semua penamaan telah diterima, pegawai pengerusi hendaklah mengumumkan nama orang yang dinamakan itu mengikut susunan abjad dan kemudiannya hendaklah mengemukakan nama mereka mengikut susunan itu untuk diundi. Sekarang dijemput calon pertama Encik Mohamad Hairul Amir bin Sabri untuk dibawa ke hadapan. Dimohon, pencadang Encik Mohamad Hairul Amir. Dimohon pencadang Encik Mohamad Hairul Amir bin Sabri untuk mengemukakan cadangan dan memperkenalkan calon kepada Dewan yang mulia ini.

Salam Sejahtera Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, izinkan saya memperkenalkan seorang seorang tokoh muda anak jati Perak yang telah dicadangkan sebagai calon Ahli Dewan Negara iaitu saudara Mohamad Hairul Amir bin Sabri. Beliau merupakan anak kelahiran Tambun, Ipoh yang kini berusia 38 tahun. Beliau mendapat pendidikan tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang sains politik. Kini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Khas di Pejabat Ahli Parlimen Tambun yang juga merupakan pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Pengalaman ini memberikan beliau pendedahan secara langsung dalam urusan pentadbiran, dasar serta hal ehwal rakyat khususnya di peringkat Parlimen dan Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, beliau turut diberi kepercayaan untuk berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Air Perak serta Ahli Jawatankuasa Audit yang bebas dan bukan Eksekutif bagi Kanger International Berhad. Dalam bidang politik pula, beliau kini merupakan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak. Jawatan yang disandang sejak tahun 2024 hingga kini. Dalam kapasiti tersebut, beliau terus memainkan peranan dalam memperkukuhkan organisasi parti di samping mendekati rakyat dan membawa suara rakyat Perak.

Dari Perak membawa suara, Menjunjung amanah penuh setia, Dari negeri ke Dewan Negara, Suara rakyat terus dibawa.

Justeru, saya dengan penuh hormat ingin memperkenalkan dan mengangkat saudara Mohamad Hairul Amir bin Sabri sebagai calon Ahli Dewan Negara yang kita harapkan dapat memberikan khidmat terbaik membawa suara rakyat Perak serta memperjuangkan kepentingan negeri di peringkat Dewan Negara. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Teja. Ada sokongan?

Dato' Seri Yang di-Pertua, Lintang menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Terima kasih. Sekarang saya mempersilakan calon yang kedua Encik Muhamad Zulkifli bin Mohamad Zakaria untuk dibawa ke hadapan. Dimohon pencadang Encik Muhamad Zulkifli bin Mohamad Zakaria untuk mengemukakan cadangan dan memperkenalkan calon kepada Dewan yang mulia ini.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Dato' Seri Speaker, Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Exco dan pihak Kerajaan dan Pembangkang. Di sebuah kematangan politik. Saya mencadangkan mewakili pihak Pembangkang Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Muhamad Zulkifli bin Mohamad Zakaria yang berada di hadapan tuan-tuan ketika ini. Beliau dilahirkan pada 17 September 1969, di Kampung Pengkalan Ikan, Kuak, Kuala Kangsar, Perak. Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Raban, Kuak sebelum meneruskan pengajian di Madrasah Misbah Al-Falah, Parit Panjang, Baling, Kedah. Kecintaan beliau terhadap ilmu kemudiannya membawa beliau melanjutkan pengajian ke luar negara. Antaranya di beberapa buah tempat di luar negara, Ma'ahad Salman Al-Farisi, Peshawar, Ma'ahad Imam Abu Hanifah, Peshawar dan Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan. Dalam bidang pendidikan dan dakwah, beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Mudir Madrasah Nurul Hidayah Kuala Ketil, Kedah serta Timbalan Pengetua Ismu Tarbiah Waal Imamah atau Qiam, Seri Manjung. Beliau juga pernah menjadi pensyarah di Akademi Pengajian Islam dan Dakwah Seri Manjung sejak tahun 2008.

Sehingga kini, beliau memegang amanah sebagai Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Dar Abrar, Seri Manjung dan beliau turut menjadi penasihat kepada Ma'had Tahfiz Zawiyah Shafie, Sungai Buloh, Selangor dan Pondok Dakwah Dar Abrar, Teluk Senangin, Lumut. Dalam lapangan kemasyarakatan, Al-Fadhil Ustaz Muhamad Zulkifli bin Mohamad Zakaria merupakan Setiausaha Badan Kebajikan Pembangunan Insan Muslim Perak dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al Abrar Malaysia atau Abrar Care Malaysia. Beliau juga merupakan mantan anggota ulama dibawah Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perak. Komitmen beliau terhadap kerja kebajikan turut terserlah apabila menyertai misi kemanusiaan di dalam dan luar negara di beberapa buah negara dan juga aktif di dalam negara dalam membantu masyarakat.

Dalam misi-misi kemanusiaan. Dalam politik pula, beliau pernah memegang taklifan dan amanah yang penting. Antaranya Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Negeri Perak, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Perak, Ketua Institut Latihan Kepimpinan dan Kehadiran Dakwah Islamiah atau Ilham Negeri Perak dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat. Beliau juga pernah diberikan kepercayaan untuk mewakili PAS sebagai calon bagi kerusi Parlimen Lenggong dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan kerusi Parlimen Tambun dalam Piliharaya Umum ke-14. Sejak 2009, sejak 2019 hingga kini, beliau diberikan amanah sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Perak dan beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat serta Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya, Dewan Ulama PAS Malaysia. Sesungguhnya Insha Allah dengan pengalaman luas yang ada kepada beliau dalam bidang pendidikan, dakwah, kebajikan, kemasyarakatan dan politik menjadikan beliau seorang tokoh yang disegani serta dihormati dan Insha Allah boleh membawa suara kita ke Dewan Negara. Sekian, assalamualaikum wbt.

Yang di-Pertua

Waalaikumsaalam wbt. Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat daripada Manjoi. Ada sokongan?

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Sungai Manik menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari Sungai Manik. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan terdapat dua pencalonan, maka saya akan menjalankan undian secara bersurat. Dia macam ini ya. Dia ada kertas undi yang ada di tangan saya, sekejap lagi pihak urusetia Dewan, petugas Dewan akan mengedarkan kertas undian ini. Ada dua nama sepertimana calon-calon kita tadi atas kertas undi ini, minta Ahli-ahli Yang Berhormat undi. Pangkah dekat kotak yang sebelah itu. Kemudian ada tempat tandatangan, tandatangan atau initial lah di kertas ini menandakan kertas ini, kertas undi yang sah. Kemudian boleh lipat dan di waktu yang sama petugas Dewan akan juga bawa peti undi untuk dimasukkan kertas undi itu ke dalam peti undi. Ok, sekarang saya mohon petugas Dewan untuk mengedarkan kertas undian…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ada wakil calon tak untuk kira undi?

Yang di-Pertua

Ada, ada. Kemudian, itu kemudian. Terima kasih Semanggol. Saya mohon kepada petugas Dewan untuk mengedarkan kertas undian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Peti undi dia ada tadi? Setiausaha Dewan, mana? Boleh tunjuk peti undi dia, ni peti undi dia.

[UNDI BERSURAT SEDANG DIJALANKAN]

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato' Speaker, tak pernah kertas undi kena sign.

Yang di-Pertua

Ini memang peraturan bersurat dalam Standing Order kita ada.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dalam, dalam.

Yang di-Pertua

Memang dia kadang.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya ingat sama dengan SPR.

Yang di-Pertua

Dia sign boleh initial boleh. Terpulanglah tandatangan dia macam mana. Ini memang amalan dalam Dewan. Dinyatakan dalam Standing Order. Ok. Terima kasih.

Datuk Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Dato' Seri Yang di-Pertua, boleh tak dapat satu lagi borang? Satu lagi kertas undi. Silap tanda dua-dua.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Pengkalan Baharu, undi dua- dua apa.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Dia tandatangan sudah masuk kotak.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Undi rosak.

Yang di-Pertua

Tak apa kalau jelas, apa niat mana nak mengundi itu dengan pangkah itu. Kalau, kalau dia bukan undi pangkah dua-dua itu, nanti kita pertimbangkanlah. Ya.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Dato' Seri Speaker, kita perlukan satu counting agent kan? You pergilah, saya namakan Simpang Pulai untuk jadi counting agent sebelah pihak kerajaan.

Yang di-Pertua

Diminta seorang wakil dari pihak kerajaan tadi, pihak kerajaan ada menamakan Adun Simpang Pulai sebagai wakil. Pihak pembangkang? Ada wakil untuk kira undi ada tak?

YB TUAN HAJI RAZMAN BIN ZAKARIA (KAMUNTING) Kamunting.

Yang di-Pertua

Kamunting? Ok, sila kedua-dua Ahli Yang Berhormat datang ke depan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Selepas pengundian dijalankan, berikut adalah keputusannya. Usul pemilihan Ahli Dewan Negara. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan ialah 59. Jumlah kertas undi yang dikembalikan, 59. Jumlah yang mengundi 59. Berikut adalah undian yang diterima. Encik Mohamad Hairul Amir bin Sabri, 33 undi dan Encik Muhamad Zulkifli bin Mohamad Zakaria, 26 undi. Jumlah undi rosak, 0. Oleh yang demikian, saya mengumumkan Encik Mohamad Hairul Amir bin Sabri dipilih sebagai wakil Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Negeri Perak.

Hantak dua beradik?

Yang di-Pertua

Untuk makluman semua, nama Ahli Dewan Negara yang telah dipilih akan dikemukakan dengan seberapa segera kepada Pejabat Setiausaha Dewan Negara bertujuan untuk menjalankan pelantikan selanjutnya yang akan diuruskan dan disempurnakan oleh Urusetia Dewan Negara Parlimen Malaysia. Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Lintang menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.