Sabah · 24 March 2022

16th Assembly, 3rd session · not final · 350 turns · 25,497 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Untuk memulakan, saya jemput Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Kapor.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Datuk Speaker, soalan saya soalan nombor satu (1).

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Dipersilakan menteri.

PELAKSANAAN CUKAI SST (5%) *1.

YB. Tuan Chong Chen Bin [Tanjong Kapor] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN:-a) adakah pelaksanaan cukai eksport SST 5% telah disahkan; dan b) jika ya, adakah ia akan dikira cukai eksport dari bulan Mei 2021. Jawapan

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Assalamualaikum, selamat pagi.

Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Tanjung Kapor sekaligus menjawab soalan nombor 54 ADUN Elopura dan soalan nombor 57 ADUN Sri Tanjong pada hari kedua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Tanjong Kapor, Elopura, Sri Tanjong dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri melalui Kementerian Kewangan telah mewartakan perintah cukai jualan negeri, Kadar Cukai 2021 bagi mengenakan Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas komoditi perikanan yang dibawa keluar dari negeri Sabah.

Melalui perintah ini, cukai jualan negeri ini telah berkuatkuasa pada 1 Mei 2021. Walau bagaimanapun, mengambil kira rayuan yang diterima daripada pihak industri, maka Kementerian Kewangan melalui notis pengumuman ketiga yang bertarikh 3 November 2021 telah memaklumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan penangguhan ke atas pembayaran cukai. Pembayaran Cukai Jualan Negeri adalah ditangguhkan bermula 1 Mei 2021 sehingga 28 Disember 2021 dan hanya perlu dibayar secara penuh pada atau sebelum 28 Januari 2022. Seterusnya pada bulan Januari 2022, kerajaan negeri melalui notis pengumuman keempat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan telah memutuskan bahawa CJN ini akan mula dikutip dan justeru itu pembayaran CJN yang ditangguhkan bagi tempoh Mei hingga Disember 2021 tersebut, juga perlu dibayar penuh oleh pihak syarikat terlibat sebelum penghujung bulan 2022.

Walau bagaimanapun, pada hari ini saya, bagi pihak kementerian, ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan negeri juga telah bersetuju ke atas tempoh penangguhan pembayaran CJN bagi bulan Mei hingga Disember 2021 dilanjutkan lagi sehingga 30 Jun 2022.

Keputusan ini adalah muktamad dan perincian tentang perkara ini akan diumumkan melalui notis pengumuman yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kelak.

Datuk Speaker, cukai ini adalah dikenakan atas pihak syarikat yang terlibat dalam perniagaan komoditi perikanan yang dibawa keluar dari Sabah dan ianya bukan dikenakan ke atas pihak nelayan. Kerajaan negeri sedar bahawa mana-mana cukai jualan yang dikenakan peniaga pada lazimnya, peniaga atau peraih, pada lazimnya sama ada memilih untuk menyerap cukai tersebut ataupun menurunkan memilih untuk menurunkan cukai itu kepada pihak nelayan. Situasi seperti ini adalah di luar kawalan kerajaan negeri kerana ia berdasarkan amalan komersial yang biasa iaitu willing seller dan willing buyer .

Seterusnya, untuk makluman tujuan kutipan CJN ini diperkenalkan adalah untuk memastikan bekalan perikanan negeri kekal mampan berikutan aduan kurangnya ikan bernilai tinggi untuk kegunaan dalam negeri. Di samping itu juga, kutipan cukai ini diharap dapat meningkatkan hasil negeri berikutan perbelanjaan operasi dan pembangunan negeri yang kian meningkat dari tahun ke tahun. Additional income

for the state.

Selain daripada itu, cukai-cukai yang dikutip oleh kerajaan negeri adalah digunakan juga untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat Sabah dan ini termasuklah juga golongan nelayan di negeri ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Datuk ada soalan tambahan? Soalan Tambahan

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih juga atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Pembantu Menteri. Cuma saya ingin sentuh tentang notis yang disebut tadi pada 5hb Januari. Notis ini juga ada sebut tentang cukai yang dikenakan cukai CJN ini untuk Mei 2021 sehingga Disember 2022. Tapi di sini dia sebut perlu dibayarkan secara penuh pada atau sebelum 28 Januari 2022. Jadi sama ada kerajaan sudah apa sudah sebulat suara dan juga sama ada kerajaan negeri khususnya MOF sudah mengeluarkan pekeliling ini kepada agensi-agensi yang berkenaan supaya pengusaha-pengusaha di industri ikan ini tidak payah bayar cukai ini untuk tahun lalu. Terima kasih.

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Terima kasih ADUN Sri Tanjong.

Seperti yang saya maklumkan tadi, penilaian dan perincian akan dibuat semula. Sebab itu saya kata tadi, mengambil kira rayuan yang kita terima daripada pihak industri, maka Kementerian Kewangan melalui notis pengumuman ketiga yang bertarikh 3 November 2021 akan memaklumkan semula Mei, Mei hingga Disember 2021 dilanjutkan lagi sehingga 30 Jun tahun ini.

Selepas perincian dibuat dan mengambil kira semua keluhan daripada industri juga daripada ADUN-ADUN yang macam saya macam YB-YB juga, yang ada banyak nelayan di kawasan, kita akan buat perincian semula dan Insya-Allah akan dimaklumkan semula nanti dalam tempoh terdekat ini. Terima kasih.

Ya Tuan Speaker. Yang tentang saya saya faham kewangan punya tujuan makna dalam CJN ini. Tapi tentang cukai yang tahun lepas yang sepatutnya secepat mungkin kasih clear punya statement atau yang surat yang jelas.

Sebab ada yang sudah bayar minyak, apa macam?

Jadi yang belum bayar punya dia sedia mahu bayar, mungkin dia sekarang kasih tahu kita, dia mahu tuntut dia punya syarikat. Dia bilang kerajaan mahu cukai dia sedia

mahu bayar RM1 juta begitu. Itu yang masalahnya kerajaan sampai bulan ini bulan 3 hujung sudah. Bulan 4 mahu puasa akan datang. Jadi surat belum jelas dan dia punya info maklumat tidak jelas untuk syarikat-syarikat agent-agent semua. Yang hal yang pertama.

Kedua, kita boleh kah kita adjust balik dia punya cukai? Contoh sekarang Fungzhon punya 5%, yang live punya 10%. Kasih mungkin kita fasa ke fasa lah. Mungkin fasa pertama mungkin boleh 2, 4% lepas itu fasa kedua 3, 6% begitu. Dia satu kali pergi 5,10. Jadi orang apa macam? Sakit juga kan? Terima kasih.

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Terima kasih Elopura.

Saya rasa tiada kena mengenalah kita mahu engage itu bulan puasa atau tidak bulan puasa.

Tapi sebenarnya begini, tujuan kita untuk implement.

It’s not necessarily untuk buat benda complicated. Industri ini industri perikanan yang perlu kita pantau.

2015 dahulu kita pernah cuba perkenalkan cukai ini, tetapi tidak berjalan kerana banyak bantahan. Jadi tujuan kita ini, untuk organize balik industri yang mana sebenarnya boleh kita dia punya apa potential is even bigger.

Kalau kita tidak ada kawalan seberapa banyak komoditi yang dibawa keluar, macam mana kita mahu memantau industri ini kalau tidak ada satu satu indication? So..

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

... tidak ada satu indication? So, this CJN is actually act as indication to how much is actually kita export and potentialy how big it can grow?

Ini yang kita mahu sebenarnya, so berbalik kepada cukai yang telah dibayar of course last year kita ada mengutip tidak banyak cuma 17 ribu cukai yang dipungut last year. It was so minima and looking into that kita juga fikir perlu dikaji semula ini sebab itu saya kata itu tadi, tujuan kita membuat penangguhan ini supaya membuat lebih keterperincian untuk kita implement cukai 5% ini supaya ia lebih teratur.

Bear with us kita ada lagi a few months sebelum bulan Jun untuk kita re-announce balik apa kita punya structure terbaru, Insya-Allah we will come into that, thank you Elopura.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker, actually sebenarnya I think you are missing word from trees, what we are trying to get answer from you is whether the government has already decided to postpone the cukai CJN for the year last year punya sebab pengusaha sudah bayar. They have already paid because as I what as what I have told you itu notis pada 5 Januari 2022 sudah maklumkan kepada semua, mesti mahu bayar sebelum 28hb, maka mereka sudah bayar. Jadi, adakah kerajaan sudah membuat satu ketetapan once and for all answer for them? Than there will be no issue anymore. Thank you.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Ok.

Adakah ia bermaksud pengusaha-pengusaha ini boleh menjalankan kegiatan business mereka seperti biasa?

Contohnya, export ikan-ikan ini tanpa perlu membayar tunggakan-tunggakan cukai dari Mei 2021 sebab ramai yang stuck di sini sebab mahu dibayar dulu itu tunggakan kemudian baru boleh teruskan export dia.

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Keputusan ini telah dimuktamadkan sebenarnya, kita sudah bersetuju untuk kenakan surcharge CJN ini. On how the kutipan is dibuat sebab itu perincian dibuat.

Itu saya kata tadi, kita sedang membuat perincian on how we collect this tax afterwards tetapi muktamadnya ialah caj ini akan dikenakan, memang dikenakan. Last year kita pun sudah punggut 17 ribu masih belum dapat habis, so sekarang ini kita mahu punggut caj ini untuk contribution to the state revenue, itu sahaja. Boleh?

Maksudnya last year masih mahu bubut lah?

Tuan Jasnih Bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Ya.

Oh ok.

Tuan Jasnih Bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Yes.

Masih bubut last year punya?

Tuan Jasnih Bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Ya 2020, 2021.

Ya, kerajaan sudah umum ada surat bilang mahu apa, mahu tangguh tangguhan jadi apa macam you bubut balik? Macam confusing untuk ejen-ejen semua?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Sebenarnya dia bukan confusing, penangguhan itu yang telah diumumkan kerajaan seolah-olah macam moratorium bah.

Misal kata kalau kita hutang pada bank kita simpan moratorium, hutang itu tetap hutang dan mesti mahu bayar juga. Cuma pemunggutannya ditangguh, itu sahaja. Faham kan? Simple bah. Bukan pernah lupus tetapi ditangguh pengutipan dia dan soal bayaran pengutipan nanti don’t worry. We will engaged dengan apa itu pihak apa itu pihak industri, to make it a spendless as possible. I mean that there is no such thing as spendless when come to money. Tetapi yang memudahkan mereka untuk membayar secara teratur. Don’t worry.

We are very orang kata prihatin juga.

Saya faham, kita faham ini, dia punya masalah ini ya.

Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Dipersilakan.

Saya ingin minta penjelasan, sebenarnya penangguhan itu adakah penangguhan pelaksanaan atau penangguhan kutipan? Ini yang tidak jelas sebenarnya.

Jadi kita juga telah mendapat maklumat daripada industri bahawa pihak kastam juga diarahkan untuk memungut sudah hasil-hasil itu. Tetapi masalahnya, saya difahamkan sewaktu mereka mengadakan perjumpaan dengan jabatan perikanan dan juga Kementerian apa itu, Pertanian dan Perikanan. Jadi mereka dimaklumkan bahawa ditangguhkan tetapi surat penangguhan itu tidak ada yang jelas.

Jadi saya minta ini dijelaskan dengan teliti, dengan jelas supaya pihak industri faham sama ada dia ditangguhkan pelaksanaan atau pun ditangguhkan kutipan?

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Terima kasih Merotai.

Tadi saya ada cakap, hari ini kita memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah bersetuju ke atas tempoh penangguhan pembayaran CJN, pembayaran. Maknanya pembayaran itu perlu berlaku, cuma tempoh pembayaran itu, betullah tadi Menteri

Kewangan II cakap, dia seperti moratorium. Maknanya, pembayaran tetap akan berlaku tetapi cara dan modus operandi itu nanti kita perincikan dan kita akan maklumkan nanti sebulan sebelum bulan Jun. Insya-Allah. Ok, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ok, YB-YB semua kita beralih kepada Yang Berhormat daripada Nabawan.

Datuk Speaker, soalan saya nombor dua (2).

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Sila menteri, tolong bang...

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (Belb)Questions

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

*2.

YB. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin [Nabawan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, setakat tahun ini apakah usaha sama yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri dengan kerajaan Persekutuan untuk memastikan program Bekalan Elektrik Luar Bandar atau BELB berada di landasan yang sepatutnya.

Jawapan

Tuan Samad bin Jambri @ JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Bismillahirahmanirrahim. Datuk Speaker, memandangkan soalan nombor 2 dan juga nombor 29 yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat dari N.46 Nabawan dan soalan nombor 27 oleh Yang Berhormat Liawan bertarikh pada 21 Mac yang lalu adalah berkaitan, maka izinkan saya menjawab ketiga-tiga soalan tersebut secara serentak.

Datuk Speaker dan Dewan yang mulia ini, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar sehingga kini masih dilaksanakan di seluruh negeri Sabah di bawah peruntukan kerajaan persekutuan dan dalam memastikan pelaksanaan bekalan elektrik luar bandar berada di landasan yang betul pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah mengambil inisiatif untuk membuat rancangan bekalan elektrik luar bandar secara menyeluruh di negeri Sabah. Dengan perancangan, memberi keutamaan kepada kampung-kampung yang langsung tidak mempunyai bekalan elektrik.

Maklumat-maklumat kampung yang tidak mempunyai bekalan elektrik ini diperolehi melalui Sistem Profail Kampung yang sentiasa dikemas kini oleh pejabat

daerah dari semasa ke semasa yang akan diserahkan kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

Berdasarkan kepada maklumat tersebut, pihak SESB akan membuat perancangan bagi tempoh lima (5) tahun bermula 2021 sehingga 2025 dengan mensasarkan ratusan liputan bekalan elektrik luar bandar mencapai 99% menjelang tahun 2025. Program Cadangan Bekalan Elektrik Luar Bandar ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 318 kampung dan 16,464 buah rumah di negeri Sabah sepanjang lima (5) tahun, cadangan lima (5) tahun.

Datuk Speaker, bagi Daerah Nabawan, sebanyak 62 66 kampung yang telah disenaraikan dan dikenal pasti yang belum mempunyai bekalan elektrik sehingga kini yang melibatkan 982 buah rumah dan dalam senarai ini telah diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri sebagai cadangan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Manakala bagi daerah…

Tuan Samad bin Jambri @ JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

…Manakala bagi daerah Keningau sehingga kini sebanyak 111 kampung melibatkan 5,345 buah rumah yang telah dibekalkan elektrik luar bandar melalui program ini dan masih terdapat projek bekalan elektrik luar bandar di beberapa buah kampung dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka akan siap pada pertengahan 2022 ini.

Datuk Speaker, bagi kampung-kampung di DUN Liawan yang belum mempunyai bekalan elektrik sepenuhnya di mana terdapat rumah-rumah yang tidak mempunyai bekalan elektrik ini kerana tidak termasuk ataupun tinggal dari projek bekalan elektrik luar bandar sebelum ini.

Bekalan elektrik ke rumah tersebut boleh dipohon dengan mengemukakan permohonan ke pejabat daerah ataupun ke pejabat SESB daerah Keningau. Permohonan yang layak akan disambungkan bekalan elektrik melalui program

rumah-rumah yang tertinggal mengguna pakai peruntukan developing fund yang disalurkan kepada SESB daripada KPLB Persekutuan. Sekian, terima kasih.

Datuk Speaker, soalan tambahan..

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Persilakan.

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Bekalan elektrik selain daripada SESB dan juga bekalan air daripada Jabatan Air, bekalan elektrik alternatif seperti Solar dan juga bekalan air seperti Tube Well adalah di bawah seliaan pihak Kementerian KPLB juga, apakah status terkini yang sedang giat dijalankan menerusi program-program ini di bawah seliaan pihak KPLB.

Terima kasih.

Tuan Samad bin Jambri @ JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Datuk Speaker, bagi menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Nabawan. Untuk program tambahan bekalan elektrik luar bandar di kementerian ini, kita akan menyelaraskan program-program ini bersama dengan pihak SESB yang telahpun dimandatkan untuk melaksanakan program ini bagi bekalan elektrik luar bandar melalui Kementerian Luar Bandar Persekutuan di Sabah. Dan juga di peringkat Kementerian Luar Bandar Negeri sememangnya ada program yang baru diperkenalkan untuk memastikan bahawa kemungkinan besar banyak-banyak kampung lagi yang tercicir dengan kaedah yang berlainan seperti solar dan sebagainya. Insya- Allah, mudah-mudahan program ini yang baru dilaksanakan ini untuk memastikan mana-mana kampung-kampung ataupun rumah yang tercicir akan dapat dikenal pasti untuk diperkenalkan program yang baru di bawah Kementerian Luar Bandar Negeri Sabah.

Terima kasih.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker, mohon mencelah.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ada lagi soalan tambahan. Persilakan.

Soalan Tambahan

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker, terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB Menteri. Saya ingin bertanya apakah status projek solar di Pulau Tronglit di dalam DUN Sekong. Terima kasih.

Tuan Samad bin Jambri @ JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Terima kasih soalan tambahan daripada DUN Sekong, untuk mengenal pasti jawapan ini kita memerlukan satu perincian yang sebab...disebabkan tidak ada data terkini.

Insya-Allah, mudah-mudahan ADUN Sekong kementerian akan memberikan jawapan secara terperinci dan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Mohon mencelah.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ada lagi soalan tambahan.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Bukan soalan tambahan, mencelah Tuan Speaker. Untuk makluman kementerian, apa nama ini Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan juga penyelarasan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Negeri sama ada System Solar Hybrid ini dapat pemantauan bersama ataupun kementerian daripada federal hanya melaksana tanpa pengetahuan daripada apa ini Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri.

Pertanyaan saya di sini, apa yang berlaku seperti yang diutarakan System Solar Hybrid pulau-pulau. Hampir tiga tahun pulau-pulau tidak dapat bekalan elektrik sempurna walaupun projek itu sudah terlaksana pada tahun 2014 sehingga 2018.

Tapi sehingga hari ini pulau-pulau seperti pulau Libaran, Tronglit, Shanghai dan beberapa pulau lagi di pantai timur tidak dapat menikmati elektrik yang sebenarnya.

Jadi mohon kementerian dapat mengambil perhatian melalui Kementerian Luar Bandar federal ini. Terima kasih.

Tuan Samad bin Jambri @ JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Tuan Speaker, kes ini specific kita akan ambil tindakan sebaiknya. Terima kasih. Dan kita akan lawati

dan bagi jawapan bertulis juga nanti sebab kes ini bagi kita penting dan besar. Strain case.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ada lagi soalan tambahan. Soalan Tambahan

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Soalan tambahan, terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mencadangkan sebab banyak kampung-kampung kita ini yang pada dasarnya perlu very high cost untuk tarik the transmission electricity line jadi kita tidak boleh menunggu beberapa tahun lagi untuk mereka sengsara, dari segi kemudahan electricity adakah pihak kementerian mempunyai plan B supaya kita boleh guna power source yang lain.

Contohnya, solar ataupun hydro..mini hydro di tempat-tempat yang di tempat kampung yang memang-memang terpencil. Thank you.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ada jawapan daripada Menteri.

Tuan Samad bin Jambri @ JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Terima kasih Yang Berhormat Inanam. Sebenarnya cadangan-cadangan ini juga adalah merupakan apa nama banyak cadangan untuk memastikan bahawa bekalan elektrik luar bandar yang diutarakan oleh pelbagai agensi ini bukan diambil kira, namun demikian kita faham bahawa luar bandar adalah merupakan satu kaedah untuk membekalkan elektrik di luar bandar ini memang bukan mudah. Namun demikian kementerian dan juga agensi-agensi akan memikirkan pelbagai kaedah untuk memastikan bahawa elektrik di luar bandar ini akan dapat dilaksanakan di masa hadapan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Yang Berhormat daripada Tanjong Papat..

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangaan II · Karanaan

Tuan Speaker, boleh saya point of order..

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Persilakan menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangaan II · Karanaan

Ya kelmarin Speaker, dan seterusnya hanya memberi 2 soalan tambahan bagi setiap soalan bagi membolehkan lebih banyak Yang Berhormat dapat bertanyakan soalan kepada Menteri-menteri dan sebagainya. With do you respect Tuan Speaker, perhaps we need the clear guidelines from you, I know its you within your discretion but barangkali lah bagus juga kalau apa ini soalan tambahan ini bagi keutamaan kepada yang menanya dahulu. And probably one or two more supaya lebih banyak soalan yang saya ingat banyak di sini boleh ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormatlah sekadar pendapat saya Tuan Speaker. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Okay, Yang Berhomat Tanjong Papat.

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Datuk Speaker, soalan saya nombor tiga (3).

Timbalan Speaker [Datuk George Anthony Ginibun] Persilakan menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Tanggungjawab Ahli Kaunselor Majlis Perbandaran Sandakan Masalah Kemudahan Awam Di Kawasan SandakanQuestions

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

*3.

YB. Datuk Poon Ming Fung @ Frankie [Tanjong Papat] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN / MENTERI KEWANGAN II, apakah peranan dan tanggungjawab ahli kaunselor Majlis Perbandaran Sandakan untuk menangani pelbagai masalah kemudahan awam di kawasan Sandakan yang bertambah dari hari ke hari.

Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Speaker dan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Tanjong Papat dan makluman Dewan yang mulia ini, peranan dan tanggungjawab Ahli Kaunselor di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan Sabah adalah sebagai mana yang telah dinyatakan dalam Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan juga Perintah Tetap (Standing Order) Pihak Berkuasa Tempatan.

Perintah Tetap Pihak Berkuasa Tempatan telah menyenaraikan beberapa jawatankuasa yang akan dianggotai oleh Ahli Kaunselor.

Antara fungsi utama Ahli Kaunselor adalah membantu Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggubal dasar dan polisi dan juga membantu majlis dalam membuat keputusan bagi hal-hal yang berkaitan dengan perancangan dan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan.

Bagi Majlis Perbandaran Sandakan dibawah Perintah Tetap Majlis Perbandaran Sandakan 1983, Sandakan Municipal Council Standing Order 1983.

Ada jawatankuasa yang khusus membincangkan mengenai kemudahan-kemudahan awam. Perintah Tetap 16(11) jawatankuasa lebuh raya dan kemudahan awam komposisi jawatankuasa ini ialah pengerusi dan 8 orang ahli majlis...

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan [Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ Liasnih]:...dan 8 orang ahli majlis. Selain dari ahli majlis jawatankuasa ini juga dianggotai oleh pegawai jabatan, pegawai jabatan dan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air, Jabatan Saliran dan Pengairan, Jabatan Pembentungan Sabah serta Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB). Terma rujukan jawatankuasa ialah membincangkan tentang kemudahan jalan, jalan raya termasuk jalan termasuk jalan di kawasan luar bandar (rural) kecuali jalan yang di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya ataupun (JKR). Jawatankuasa juga membincangkan mengenai kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik, jambatan, titian, perparitan dan lain-lain kemudahan awam yang penyelenggaraan awam dan penyelenggaraan dan juga pembaikan perhentian bas lay-bys dan terminal.

Peranan ahli majlis di jawatankuasa ini ialah untuk membantu pihak majlis membincangkan dan membuat keputusan untuk penyelenggaraan dan pembaikan termasuk menaik taraf mana-mana kemudahan awam yang dikemukakan oleh pihak majlis dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

Ini juga termasuk cadangan untuk pembinaan atau penyediaan kemudahan awam, di mana kawasan-kawasan di daerah Sandakan yang memerlukan kemudahan yang berkenaaan, berkenaan jawatankuasa ini.

Terima kasih Datuk Speaker.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Dipersilakan. Soalan Tambahan

Ya, terima kasih Speaker, terima kasih Pembantu Menteri yang jawab soalan.

Jadi itu lah cadang cadang sayalah saya bilang counselor sampai hari ini saya tidak pernah jumpa. Betul, saya di Sandakan begitu lama tidak pernah berjumpa counselor, saya tidak tahu siapa yang di Sandakan counselornya. Pertama .

Kedua, kenapa tadi yang menteri yang sebut itu kenapa tidak mahu upload dalam MPS punya page? Semua orang tahu dia punya contact number, dari jawatankuasa mana contohnya licensing. Kita selalu facing licensing, public transport, landscape punya masalah-masalah yang potong rumput atau cat itu playground atau street light, tiada jawatankuasa street light. Jadi senang kita terus cari itu counselor yang siapa ketua jawatankuasa itu, senang.

Jadi tidak payah menteri yang sebut di sini, jadi semua orang tahu MPS website terus faham semua counselor apa contact number di sana, jadi senang kita cari. Sampai hari ini saya tidak pernah jumpa counselor di Sandakan. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Yang Berhormat, saya ingat satu cadangan yang baik lah. Number handphone saya sendiri semua orang tahu, kalau number handphone saya pun semua orang tahu, the counselors patut ada number handphone dia setiap masa. But jangan lupa, mereka ini dipilih dan diajukan nama mereka oleh pemimpin-pemimpin tempatan.

Bukan saya yang pilih walaupun dari segi ordinannya patutnya kuasa tapi kita bagi kebebasan mereka untuk menamakan counselor.

So, saya haraplah itu cerminan kepada sama ada pilihan itu baik atau tidak.

Eventually saya ingat kita kena ambil hakikat dan terima kasih. We have to work, kita kena bagi service kepada rakyat dan saya setujulah dan saya ingin maklumkan barangkali saya akan arahkan SUT pada hari ini untuk semua ahli majlis daerah kerana dia yang buat bukan semua untuk memastikan senarai nama counselor update, pengerusi jawatankuasa kecil apa dan nombor telefon mereka. Jadi memudahkan rakyat untuk menghubungi (tepuk meja). Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ada lagi soalan tambahan?

Laluan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Dari Darau?

Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Datuk Menteri.

Soalan saya adalah, adakah pihak kerajaan pernah bercadang atau memikirkan untuk memastikan bahawa counselor- counselor yang dilantik pada masa akan datang terdiri daripada individu-individu yang mempunyai latar belakang dan pengalaman yang boleh melicinkan kelancaran keberkesanan majlis daerah? Saya ambil contoh terdiri daripada profesional, pesara-pesara kerajaan dan lain-lain lah. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Di dalam kriteria-kriteria pemilihan kita sebenarnya telah pun mengariskan, the ideal candidates ya.

Tapi soal ideal interpretasi atau tafsiran ideal ini berbeza-beza.

Ada pemimpin yang mengatakan yang ada ideal yang menyokong saya.

Tapi bagi saya yang ideal yang dapat khidmat kepada rakyat la.

So, Yang Berhormat saya fikir eventually it will it will be toward that trend lah. Kerana bagi saya sini selaku dengan ikhlas saya nyatakan saya ingat akan saya fikir mana-mana pemimpin yang tidak merasa masih merasakan perlu bagi hanya melantik siapa-siapa dorang suka tanpa melihat kualiti apa itu yang dilantik itu dia akan menjadi cerminan kepada kualiti dan juga parti yang apa itu mengutarakan atau mencadangkan apa ini calon itu lah.

Tapi tapi bagi saya give them time, over time saya ingat kita akan mendapat kualiti yang lebih baik. Kita, ini minta maaf ya mohon maaf, ada orang politik juga yang mempunyai kepakaran itu, no problem. Yes you are an architect and you also are politician at the same time, that is good, very ideal bagi saya. Tetapi kita hendaklah membezakan role kita sebagai ahli majlis tempatan dan juga role dan peranan kita sebagai seorang ahli politik la.

Eventually kita bagi khidmat tanpa apa-apa

kecenderungan kepada apa itu politik apa itu parti-parti politik tertentu dan lebih kepada kecenderungan untuk memberi khidmat kepada masyarakat lah dan saya setuju lah. Eventually i think it will happen la.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya nampak Tanjong Papat .

Soalan Tambahan

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Menteri.

Masalah memang ada banyak lah di Sandakan, seluruh Sandakan.

Saya tidak mahu sebut yang kecil punyalah, saya mahu sebut sahaja tentang lubang di Sandakan.

Kita sudah ada lubang di jalan raya dari Telupid, Check Point ke Telupid, dulu sikit sekarang banyak.

Yang Kedua, in September 2021 ada satu lubang di hadapan Navy yang mahu masuk bus mini ke tempat itu. Saya rasa masa itu itu lubang satu kancil pun tidak boleh masuk. Sekarang bus mini pun boleh masuk sudah. Complain aduan sudah telah dibuat kepada MPS dan relevant authority masa itu.

Berapa kali saya pun pantau di tempat itu lubang masih di sana. Jadi saya tahu juga masalah itu tentang retakan sewerage pipe.

Jadi Sandakan town di old street way sana hari-hari pembentungan masalah, sampai itu owner pun tidak boleh pakai. Bukan beberapa jam atau hari, minggu dan bulan juga. Dengar la rasanya la kalau kita yang tinggal di sana, buat business di sana, macam mana mereka boleh hidup hari-hari begitu? Rasanya lah smell, restaurants, hygiene issues kan? That is one hole. Another hole, lagi dari Bandar naik pergi Sung Siew dulu sama juga lubang kancil tidak boleh masuk, sekarang saya rasa lori pun boleh masuk. Dulu tiada kena berkaitan sama itu jalan raya sekarang setengah jalan raya naik sana pergi sudah diputus tidak boleh.

Kalau orang tidak berapa used to the place masalahnya di sana, mungkin tiada masalah. Sekarang sekarang kalau kita...

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Apa soalan ?

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

...cepat-cepat kasih resolve the problem, we will have what we call deadly incident lah and i hope it will not happen lah.

Apabila saya tanya mereka yang pihak berkuasa dia bilang tiada

peruntukan lah.

So i hope the ministry can help to speed up.

In this case i was asking whether the council actually have gone down to the ground to inspect and speed up the issue? Itu sahaja, thank you very much minister.

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Datuk Speaker...

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Persilakan Menteri.

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

...ada satu soalan lagi.

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih. Begitu juga kita sedar dan tahu Sandakan dicadang sebagai bandaraya tidak lama lagi, tapi masalahnya...

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya benarkan satu sahaja soalan tambahan saja sekarang ini. Soalan Tambahan

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Ya, soalan saya senang sahaja.

Kan kita bayar cukai macam-macam di Sandakan di seluruh Sabah, tapi masalahnya sekarang yang ada di Sandakan ini kita tidak nampak apa fungsi ini MPS...

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

….apa fungsi ini MPS. Seperti YB-YB yang tadi cakap, rumput di taman-taman tidak, tidak potong, kaki lima tiada orang servis, sampah-sampah mana-mana saja nampak itu sampah sarap di di atas laut, di siring jalan, penuh.

Tapi bila kita complain sama MPS, jadi MPS macam tidak ambil tindakan. Jadi ini saya amat bimbang lah. Kita pun risau sebab cukai kalau lewat sedikit bayar kena kompaun. Jadi, tapi tapi servis macam tidak, tidak dengar. Jadi itu sahaja soalan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya fikir apa yang diluahkan hari ini akan disiarkan secara meluas dalam akhbar lah. Jadi kalau Sandakan Municipal Council tidak dengar dan tidak baca juga saya pun tidak tahu

apa mahu buat, ya.

Yang pasti WhatsApp saya, tambah tu yang lubang itu, tidak tahu apa lubang apa.

Jalan kah apa kah, kalau di bawah tanggungjawab apa ini, MPS, insya-Allah saya sendiri akan tengok itu lubang, ya. Tapi kalau di bawah JKR, saya akan minta Datuk Seri Bung tengok itu lubang ya, dan kalau di bawah pembentungan, saya juga akan minta pengarah pembentungan untuk apa itu check dan ambil tindakan.

Tetapi, semalam kita berjumpa pa dan hari ini, saya akan membentangkan Rang Undang-Undang undang mengenai pengurusan pepejal, probably. Saya harap semua menyokong selepas ini. Tidak payah lah kita apa itu bahas-bahas.

Insya-Allah inilah asas kita untuk mengambil tindakan memperbaiki perkhidmatan. Saya akan, saya bagi jaminan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Di sini giliran Yang Berhormat daripada Tempasuk.

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Tuan Speaker, soalan saya nombor empat (4).

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Persilakan menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Langkah-Langkah Kementerian Membantu Mengatasi Masalah Golongan Petani Sawah Di Kawasan Dun TempasukQuestions

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

*4.

YB. Tuan Mohd Arsad bin Bistari [Tempasuk] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN, apakah langkah-langkah diambil oleh kementerian untuk membantu mengatasi masalah golongan petani sawah di kawasan DUN Tempasuk yang mempunyai masalah kekurangan jentera pembajak dan jentuai yang menyebabkan tanah-tanah yang diusahakan untuk tanaman padi tidak dapat diusahakan seperti yang disasarkan mengikut musim. Jawapan

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

(batuk) Terima kasih Tuan Speaker.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tempasuk dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Pertanian dan Perikanan melalui Jabatan Pertanian Sabah sentiasa mengambil berat dan merancang usaha-usaha untuk membantu golongan pesawah di negeri Sabah termasuk kawasan DUN Tempasuk.

Kementerian ini sentiasa berusaha mengukuhkan kerjasama dengan jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung dengan pembangunan tanaman

padi seperti Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, IADA Kota Belud, jabatan, Lembaga Pertubuhan Peladang dan BERNAS.

Tuan Speaker, perkhidmatan kesejahteraan yang melibatkan pembajakan dan penuaian sawah padi di Daerah Kota Belud dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Negeri, Jentera PPN Kota Belud, dan pihak swasta. Perkhidmatan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Kota Belud meliputi keseluruhan kawasan penanaman padi Daerah Kota Belud yang melibatkan empat (4) kawasan DUN iaitu, Kadamaian, Usukan, Tempasuk dan Pintasan.

Sejak tahun 2015, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 980,475.25 bagi pembekalan lima (5) unit traktor beroda dan satu (1) unit jentuai untuk kegunaan Pertubuhan Pelandang Negeri Kota Belud.

Pada tahun 2016, 10 unit daripada 49 unit jentera tersebut telah ditempat di daerah Kota Belud. Satu (1) unit jentuai baru telah dibekalkan pada tahun 2017 manakala pada tahun 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kerajaan Lembaga Pertubuhan Peladang telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 330 ribu bertujuan menaik taraf mekanisme ladang. Di bawah RMK-12, kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 2.34 juta melibatkan pembelian jentera baru, menaik taraf jentera pertanian, pembekalan peralatan bengkel dan peralatan sokongan mekanisasi. Pihak IADA juga menyediakan jentera pembajak dan penuai di kawasan N.9 Tempasuk sejak tahun 2018 sehingga kini. Jentera ini termasuk lah tiga (3) unit jentera pembajak, satu (1) unit jentera pelbagai fungsi iaitu parit, jejari, dan membajak, serta dua (2) unit mini jentera penuai dan satu (1) unit mini jentera pembajak. Terima kasih, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ada soalan tambahan? Soalan Tambahan

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Soalan tambahan Datuk Speaker.

Apakah pihak kementerian dan ataupun agensi dan jabatan di bawah kementerian bersedia bekerjasama dengan pusat-pusat inovasi yang digerakkan oleh NGO-NGO yang menyediakan kepakaran dan juga mesin-mesin seperti jentuai ataupun combine harvester ini?

Di Penampang, kita ada Pusat Inovasi Create Sabah ataupun TONIBUNG yang menyediakan, yang boleh membina combine harvester ini dan juga memberikan latihan-latihan kepada penanam-penanam padi sawah, tetapi mereka memerlukan sokongan contohnya, dana.

Adakah pihak kementerian bersedia mempertimbangkan bentuk kerjasama kepada pusat inovasi tersebut ataupun pusat-pusat inovasi NGO yang menyediakan perkhidmatan ataupun kepakaran serupa untuk membantu melengkapkan usaha kerajaan membantu rakyat terutama penanam-penanam padi sawah kita ini? Terima kasih.

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Ya, sudah tentu kita bersedia.

Kementerian bersedia dan mengalu-alukan kerjasama dengan pihak-pihak NGO mahupun pihak-pihak yang mempunyai kepakaran seperti itu. Apa lagi dalam keadaan sekarang kita memperkasakan sektor penanaman padi. Terima kasih, Yang Berhormat Kadamaian. Terima kasih, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Kalau tiada tambahan, soalan tambahan saya jemput Yang Berhormat daripada Kadamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Datuk Speaker soalan saya nombor lima (5).

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Silakan menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Agensi Teknikal Pelaksana Projek-Projek Biayaan Kerajaan Persekutuan Di SabahQuestions

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

*5.

YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA, apakah inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan negeri sejak Oktober 2020 dalam memastikan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Jabatan Pengairan dan Salinan (JPS) Sabah sebagai agensi teknikal pelaksana projek-projek biayaan Kerajaan Persekutuan di Sabah. Jawapan

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.11 Kadamaian dan Dewan yang mulia ini, pihak Jabatan Kerja Raya Sabah sememangnya telah mengambil beberapa inisiatif dan dalam usaha untuk menjadikan jabatan tersebut diiktiraf sebagai jabatan teknikal seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 182 (1)(a) sejak isu ini dibangkitkan beberapa tahun yang lalu. Jabatan tersebut

telah memberikan penjelasan dan justifikasi kepada pihak seperti Kementerian Kerja Raya Malaysia dan juga Kementerian Kewangan Malaysia berhubung kedudukan Jabatan Kerja Raya Sabah dalam melaksanakan projek-projek pembayaran kerajaan persekutuan sejak penubuhan Persekutuan Malaysia. Selain itu, Jabatan Kerja Raya Sabah juga secara tidak langsung telah terlibat dalam beberapa sesi perbincangan dalam Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963, MA60 1963 di peringkat negeri dan juga persekutuan berhubung isu tersebut. Akhir ini, Jabatan Kerja Raya Sabah telah menyediakan satu kertas kabinet berhubung Dasar Pelaksanaan Projek-projek Pembangunan Fizikal Persekutuan di negeri Sabah mengenai pelaksanaan projek-projek pembangunan fizikal di bawah peruntukan persekutuan yang dilaksanakan di negeri Sabah dan seterusnya memohon persetujuan Jemaah Menteri agar pelaksanaan projek-projek berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya, JKR Sabah. Sekian, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Yang lain?

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Soalan tambahan, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Yes.

Soalan Tambahan

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Apakah sebenarnya halangan ataupun cabaran di pihak kerajaan persekutuan ataupun pihak sebelah sana lah, yang begitu sukar untuk mengiktiraf JKR dan JPS ini sebagai agensi teknikal melaksanakan kerja-kerja persekutuan?

Apakah dari segi pengalaman, kemahiran, kewibawaan jurutera-jurutera kita ataupun adakah jumlah JKR, jurutera kita tidak mencukupi atau adakah sebab-sebab lain yang sehingga hari ini JKR Sabah dan JPS Sabah ini masih belum diiktiraf sebagai agensi teknikal melaksanakan kerja-kerja persekutuan?

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan tambahan daripada Kadamaian, merujuk kepada Arahan Perbendaharaan (AP) Perkara 182, Kerja-Kerja Bagi Jabatan Bukan Teknik Sub Perkara 182 (1) telah menyatakan…

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

… Perkara (182) (1), telah menyatakan semua jabatan bukan teknik hendaklah mendapatkan perkhidmatan daripada jabatan teknik iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia ataupun Jabatan Pengairan dan Saliran bagi melaksanakan sebuah projek tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa dari masa ke semasa.

Jadi permohonan Kerajaan Negeri Sabah dan juga Sarawak supaya JKR Negeri Sabah dan JKR Negeri Sarawak diiktiraf sebagai agensi teknikal akan dibincangkan dan diputuskan oleh Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri dan dalam masa terdekat.

Isu tentang keperluan supaya JKR Sabah dan juga Jabatan Teknik Persekutuan sebagaimana Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan Pengairan di Saliran (JPS) ini tersebut berkait dengan penguatkuat kuasaan Arahan Perbendarahaan (AP) (182) bagi projek-projek kerajaan persekutuan di Sabah dan Sarawak.

Sebagai rekod, AP (182) antara lain telah menggariskan tentang kebertanggungjawaban dan mandat JKR Malaysia dan JPS selaku Jabatan Teknik Persekutuan bagi melaksanakan semua projek pembangunan fizikal yang dibayar menerusi peruntukan persekutuan di negeri ini yang melibatkan semua proses pelaksanaan projek termasuklah perolehan skop, penentuan skop, kos projek dan juga lain-lain.

Jadi permohonan ini telah diacap kali dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan juga Sarawak dalam forum persekutuan negeri termasuk dalam Majlis Khas 1963 bagi maksud cadangan meminda AP (182) supaya dengan itu JKR Negeri Sabah dan juga JKR Negeri Sarawak dapat diiktiraf sebagai Jabatan Teknik Persekutuan sebagai mana JKR Malaysia dan juga JPS Malaysia.

Untuk makluman Dewan yang mulia jaga, N.11 Kadamaian yang di Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, permohonan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak supaya JKR Negeri Sabah, JKR Negeri Sarawak diiktirafkan sebagai Agensi Teknikal dijangka akan dibincangkan dan seterusnya diputuskan oleh Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan turut

dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan juga Yang Amat Berhormat Premier Sarawak dalam masa yang terdekat ini. Marilah kita sama-sama berdoa dan mengharapkan yang terbaik semoga permohonan kita ini nanti diluluskan oleh Majlis Khas, MA 1963, sekian Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Dipersilakan. Soalan Tambahan

Datuk Speaker, terima kasih banyak dan terima kasih atas penjelasan daripada Yang Berhormat Pembantu Menteri tadi.

Dan saya ingin bertanya, sejak bila urusan pentadbiran seumpama ini boleh dimasukkan dalam Perjanjian 63? It is purely dengan izin administrative iaitu pengurusan pentadbiran pengiktirafan. Kalau setiap pengiktirafan yang ada di peringkat Sabah ini memerlukan kelulusan Perjanjian 63 dan saya yakin bahawa kita tidak akan lepas daripada masalah every small integrity isu yang ada pengurusan pentadbiran Sabah ini khususnya teknikal. Bayangkan engineer yang ada daripada JKR itu sama university dengan engineer yang ada di JKR semenanjung.

Why there’s a different?

Persoalan yang dibangkitkan tadi itu, apakah kekangan?

It’s nothing to do with 63 saya ingat.

Mengapa perkara ini harus dibawa ke pengetahuan MA63 walhal it is only administrative resolution, dengan izin. Saya harap perkara ini dibawa kepada pihak pentadbiran khususnya apa nama Ketua Setiausaha Negara, contohnya ya.

Ketua Pengarah JKR contohnya.

Perkara ini boleh dibawa untuk kertas kerja kabinet saja di peringkat persekutuan untuk meluluskan mengiktiraf bahawa JKR Sabah is a technical goodie yang boleh memperakukan setiap projek-projek yang ada di peringkat negeri Sabah, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Silakan menteri.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih.

Untuk menjawab yang tadi N.65 Senallang, perkara ini sudah dibawa telah dibincang oleh pihak kementerian, Kerajaan Negeri Sabah dan juga Kerajaan Negeri Sabah pada Kerajaan Persekutuan dan tambahan lagi apabila perkara ini dirujuk pekeliling

perbendaharaan di bawah Pekeliling Kerajaan (4.2), P.K (4.2) dibawah klausa 5 (5.1) bagi kuasa menandatangani SST, punca kuasa di bawah semua kontrak kerajaan adalah tertakluk kepada Akta Kontrak Kerajaan 1949. Jadi inilah seksyen-seksyen ini supaya kita berdoa supaya Jabatan Kerja Raya dan juga kerajaan negeri ini diiktirafkan untuk mengendalikan projek-projek persekutuan di negeri dan juga di negeri Sabah, sekian Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Kalau tiada sudah soalan tambahan, saya jemput Yang Berhormat daripada Usukan.

Datuk Speaker, soalan nombor enam (6).

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Persilakan Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Memartabatkan Serta Memperkasakan Golongan Wanita Di SabahQuestions

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

*6.

YB. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said [Usukan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri dalam memartabatkan serta memperkasakan golongan wanita di Sabah. Jawapan

Puan Flovia NgSTAR · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tulid

Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan ADUN Usukan, kementerian ini melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) telah merangkap perancangan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang selaras dengan peranan kementerian dalam memacu pembangunan wanita di negeri Sabah. Satu platform untuk memartabatkan dan memperkasakan golongan wanita melalui kementerian ini ialah dengan mewujudkan 1 akademi kepimpinan wanita melalui pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah semasa sambutan Hari Wanita Negeri Sabah pada 4 Disember 2021.

Hasrat akademik kepimpinan wanita ialah melahirkan pemimpin-pemimpin dan pembuat keputusan dalam polisi kerajaan untuk menjaga kepentingan wanita dan

masyarakat dalam pembangunan serta kemajuan wanita di negeri Sabah seiring dengan aspirasi dasar dan hala tuju kerajaan.

Untuk perancangan jangka masa pendek, kementerian ini melalui JHEWA telah menitikberatkan 3 program utama berimpak tinggi untuk pembangunan ibu tunggal, Program Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa dan juga Program Pembangunan Janda. Program Pembangunan Ibu Tunggal memfokuskan kepada program-program yang boleh menambah kemahiran dan peluang keusahawanan kepada para peserta yang mengikuti program.

Sementara itu, Program Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa pula adalah lebih kepada program yang memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita akan kepentingan terhadap kemahiran kepimpinan dan wanita di peringkat pembuat keputusan.

Program Pembangunan Janda merupakan program memberi fokus kepada program yang melatih para peserta untuk menjadi pelatih yang peka terhadap isu janda dengan kepakaran khusus dalam bidang tersebut. Program ini memberi kesedaran para peserta terhadap keperluan menyeluruh semua golongan. Tuan Speaker, melalui program-program tersebut, saya yakin sedikit sebanyak berupaya melahirkan keusahawan-usahawan dari kalangan ibu-ibu tunggal, peningkatan peratusan kelibatan wanita dalam membuat keputusan di peringkat yang lebih tinggi dan kesedaran kepekaan janda yang lebih meluas. Bagi perancangan jangka masa panjang pula, kementerian ini akan memastikan pemerkasaan wanita melalui pelan induk pembangunan wanita Sabah dan juga melalui akademik kepimpinan wanita diterajui oleh JHEWA akan terus komited dalam memartabatkan dan memperkasakan wanita dalam kepimpinan korporat, komuniti, politik dan pemimpin muda.

Speaker

Soalan tambahan, Yang Berhormat Usukan. Tiada? Soalan tambahan Yang Berhormat Senallang. Soalan Tambahan

Dengan apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Pembantu Menteri tadi itu, saya ingin

bertanya dengan Yang Berhormat Pembantu Menteri sama ada dasar yang ada di peringkat negeri meletakkan contohnya, penyertaan golongan wanita seperti yang dinyatakan 30% decision making body ya. Bukan hanya dari segi korporat bahkan juga dari segi pimpinan-pimpinan tertentu ya. Contohnya hari ini kabinet, saya tidak nampak seorang wanita pun yang menjadi seorang kabinet. Adakah ia mempunyai dasar untuk menjadi…

... ia mempunyai dasar untuk menjadi ikatan kepada di masa akan datang? Pemerintah yang ada supaya kita mempunyai blueprint di situ. Dasarnya mesti ada 30% contohnya penyertaan golongan wanita untuk bukan hanya menjadi penggubal dasar di peringkat NGO, entrepreneur bahkan juga di peringkat pentadbiran Negeri Sabah contohnya.

Jabatan-jabatan yang ada contohnya dan juga dari segi kedudukan ahli politik yang ada, saya minta sama ada itu ada sudah pun di laid out dalam rancangan untuk memastikan dan keputusan pihak kerajaan negeri untuk membolehkan supaya golongan wanita cukup besar ya penyertaan mereka decision making dia boleh membentuk siapa kerajaan ataupun tidak. Terima kasih banyak.

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Matunggong

Terima kasih pertanyaan tambahan daripada ADUN Senallang, Datuk Seri. Memang kita pun semua faham bahawa 30% sasaran untuk kepimpinan wanita itu adalah satu dasar yang sepatutnya kita capai tapi saya berpendapat bahawa ini adalah satu proses yang bukan hanya dimainkan oleh hanya satu kementerian semata-mata tetapi juga kita sebagai sebuah ataupun sebuah masyarakat bahkan di peringkat dasar seperti, for example, bila kita menurunkan calon saya ingin mencadangkan supaya kita ingat-ingatlah ya kan supaya kita ada mencukupi menteri nanti, kita ada mencukupi ADUN-ADUN nanti. Kalau 73 itu, itu bermakna ada 21 atau 22 ahli Yang Berhormat perempuan yang harus ada di sini tapi itu tidak. So, saya ingin mencadangkan juga kalau itu adalah perkara yang kita setujui pada waktu kita memilih calon-calon itu marilah kita pilih dan mengingat 30% sedia kala di peringkat parti, di peringkat manapun (tepuk meja) termasuk juga memilih di peringkat-peringkat jabatan lebih kurang seperti itu. So, itu

kita menyokong dan sangat alu-alukan dan saya yakin masa akan datang perkara ini kita akan ambil perhatian bersama. Sekian.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Datuk Speaker.

Speaker

Calon boleh dikasih wanita tapi sama ada menang atau tidak itu diminta pada rakyatlah untuk memutuskan. Sekarang saya jemput Kukusan dulu. Soalan Tambahan

Terima kasih, Datuk Speaker. Okay, YB Timbalan Menteri, menteri ya. Apa? Menyentuh pasal program-program tadi yang telah kita sebutkan tadi. Apakah kalau boleh dihuraikan sedikit apakah nama-nama program tersebut ataupun kempen yang telah dilancarkan? Dan siapa yang organize? Dan dimanakah program-program ini disalurkan? Boleh berikan pencerahan sedikit YB? Terima kasih.

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Matunggong

Okay, terima kasih ADUN Kukusan.

Memang kalau kita perincikan semuanya mungkin tidak akan cukup waktulah kerana memang program-program itu menyeluruh di seluruh negeri Sabah tetapi mungkin cukup untuk saya sebutkan contohnya di bahagian di Program Pembangunan Ibu Tunggal kita melaksanakan Program Kemahiran Ibu Tunggal, Program Keusahawanan termasuklah labeling and packaging itu salah satu contoh. Dan, begitu juga di bawah Program Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa kita ada adakan Program Pembangunan Kepimpinan Wanita dan juga Program Etika dan Ketrampilan. Jadi, pengisian itu kita buat bersesuaian dengan program yang dibuat di dalam bentuk kursus, bengkel dan juga seminar dan juga ceramah-ceramah. So, kalau itu perlu perincian di setiap khususnya di kawasan Kukusan barangkali ataupun di kawasan Pantai Timur, kita akan sediakan maklumat dan data yang diperlukan itu. Okay, thank you.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Speaker, kalau boleh?

Speaker

Okay, saya bagi lagi satu soalan sebab wanita dua orang sahaja yang mahu bertanya ini. Kita bagilah nanti dorang bilang tidak adil lagi. Wanita kurang menyoal. Okay, silakan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Kapayan.

Speaker

Kapayan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Tuan Speaker atas keprihatinan kepada wanita dan...

Speaker

Mesti, mesti, mesti prihatin.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

...juga kepada. Kalau kita...

Speaker

Masalah itu kalau tidak prihatin. Soalan Tambahan

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Ya. Kalau kita, kalau kita mendengar tadi ulasan Pembantu Menteri. Kita dengar dia sebagai program dan kita tahu bahawa kalau porgram saja ini biasanya tersekatlah dan saya juga of course terus mengalu-alukan program ataupun pelan induk itu ada satu long term program. Tapi, kita mesti mengambil contoh ataupun memastikan bahawa kita ada dasar. Dasar ini yang penting dan ia memastikan ada kewangan, jadi kita mesti arus perdanakan keseluruhan jentera kerajaan untuk merancang menyampaikan pembangunkan, saya rasa tidak kalau kita kasih piecemeal this is what I called it, kita tidak akan sampai ke tahap yang kita inginkan. 30% itu kuota juga penting dan cadangan saya itulah, Tuan Speaker, adalah lebih kepada dasar bukan sahaja program dan aktiviti supaya kita pergi kepada long term. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Matunggong

Terima kasih ADUN Kapayan saya kira itu lebih berbentuk kepada cadangan dan kita alu-alukan dan kita ambil maklum. Thank you.

Speaker

Ada lagi wanita mahu bertanya? Lelaki nanti pulang rumah orang rumah tanya apa tanya pasal wanita sahaja ini? Okay, sekarang saya jemput Yang Berhormat ADUN Dilantik, Dr. Aliakbar Gulasan.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Assalamualaikum. Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya nombor tujuh (7).

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Memastikan Para Belia Mempunyai Kesedaran Politik Yang TinggiQuestions

Speaker

*7.

YB. Dr. Aliakbar Gulasan [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, apakah usaha kerajaan untuk memastikan para belia mempunyai kesedaran politik yang tinggi.

Jawapan

Tuan Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Belia dan Sukan · Tanjung Batu

Bimillahirahmanirahim. Assalamualaikum W.B.T. Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik dan untuk makluman Dewan yang mulia ini. Sosialisasi Politik merupakan salah satu elemen yang dimasukkan dalam Dasar Belia Sabah. Dalam Sosialisasi Politik ini aspek-aspek yang ditekankan adalah berkaitan dengan pengetahuan, pendidikan, integriti, kepimpinan dan keyakinan belia. Bagi memastikan supaya belia melengkapkan diri mereka dengan aspek-aspek ini, maka mereka hendaklah diberi pendedahan dan penggalakan untuk aktif menyertai Program-program Kepimpinan Belia. Sebagai perintis penghasilan pemimpin Belia Sabah yang berkualiti.

Makluman Ahli Berhormat ADUN Dilantik dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, data daripada kajian Kesejahteraan Belia Sabah pada tahun 2015 mendapati bahawa tahap kesedaran terhadap Sosialisasi Politik Belia Sabah menunjukkan skor 41.78 berada pada tahap tidak memuaskan. Justeru, kementerian saya telah mengambil inisiatif rentas agensi dengan mengadakan jaringan kerjasama bersama dengan agensi yang berkenaan seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mengadakan sesi penglibatan bersama belia seawal umur 15 tahun.

Antara program yang mewujudkan kesedaran Sosialisasi Politik dan Awam adalah program Dewan Belia Sabah yang telah dibuka permohonan pada 15 Mac 2022, baru sahaja di semua 73 Dewan Undangan Negeri Sabah. Penyertaan belia bagi Dewan Belia Sabah adalah belia berumur 15 hingga 30 tahun.

Silibus pendidikan dalam aktiviti Dewan Belia

Sabah adalah mengikut Modul Falsafah Demokrasi sesi mentoring bersama ahli ADUN dan Ahli Parlimen. Simulasi persidangan dan penubuhan jawatankuasa persidangan di Dewan Undangan Sabah selama dua hari dan akan dipengerusikan oleh Timbalan Speaker DUN serta program pasca persidangan.

Datuk Speaker, selain daripada program Dewan Belia Sabah kementerian saya sedang dan akan terus mengadakan program-program sesi libat urus strategik belia dengan pemimpin-pemimpin politik di seluruh Negeri Sabah dan juga bersama belia-belia yang berada di Semenanjung Malaysia. Intipati program ini adalah meliputi elemen-elemen yang digariskan dalam Dasar Belia Sabah iaitu pembangunan kendiri, hubungan sosial, identiti diri, potensi diri, waktu senggang, bebas tingkah laku devian, kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi, kesejahteraan ekonomi, keselamatan, pendidikan dan sosialisasi politik. Jadi, indicator kepada program ini adalah bagi meningkatkan kuantiti belia yang berjaya dalam semua bidang. Program Perpaduan Sosial peringkat akar umbi yang dijenamakan sebagai Leadership Non-Finito yang dilaksanakan di daerah-daerah pedalaman telah mula dilaksanakan bermula tahun 2020 sehingga sekarang. Aktiviti dalam program ini adalah sesi dialog bersama pemimpin-pemimpin tempatan, pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi pembangunan belia seperti Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah dan Majlis Belia Sabah. Program ini memfokuskan kepada agenda penstrukturan mindset belia supaya aktif serta agresif dalam mengambil peluang kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun oleh pihak swasta seperti dalam bidang pertanian, industri perusahaan, perkilangan dan sebagainya. Program ini telah dilaksanakan di daerah Semporna, Imbak Canyon, Tongod, Felda Sahabat, Lahad Datu, daerah Sandakan. Pelaksanaan program ini akan diteruskan pada tahun ini di Long Pasia, Sipitang, Pagalunggan, Pensiangan, Nabawan, Pangi, Tenom serta Pulau Jambongan, Beluran. Terima kasih.

Tuan Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Belia dan Sukan · Tanjung Batu

…Jambongan, Beluran. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat ADUN Dilantik? Soalan Tambahan

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Pembantu Menteri. Soalan tambahan saya sebab kita melihat satu mengenai Dewan Belia Sabah ini satu perkembangan yang sangat baik terutama untuk kesedaran politik dan juga sosialisasi sepertimana yang disebutkan tadi. Cuma saya melihat adakah kementerian bercadang untuk meluaskan skim ini. Contoh misalnya, Dewan Belia Sabah kita bekerjasama dengan negeri-negeri lain di semenanjung supaya ada satu exposure dengan izin, pendedahan interaksi dan juga integrasi dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Terima kasih Speaker, terima kasih Pembantu Menteri.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Belia dan Sukan · Tanjung Batu

Terima kasih soalan daripada ADUN Dilantik.

Untuk makluman dan perkongsian Datuk Speaker dan juga makluman Dewan yang mulia ini, jumlah populasi belia di negeri Sabah ini sudah menghampiri setengah ya, iaitu 54.75% daripada jumlah populasi negeri Sabah.

Jadi, menyedari kepentingan belia ini kepada negeri Sabah ini, kementerian saya telah mengambil inisiatif-inisiatif untuk memastikan ya, kita punya keperibadian, pengetahuan dan juga kepimpinan di peringkat belia ini tetap terpelihara dan tetap ada ya.

Untuk makluman ya ADUN Dilantik, kita memang ada mengadakan ya program-program sedemikian untuk memastikan kesedaran dan juga sosialisasi politik ini terbina bukan hanya di semenanjung tetapi juga kita akan mengadakan exchange programme di negara luar sebagai contoh U.S, U.K dan sebagainya dan ini akan berlangsung setelah, apa kita punya border ini dibuka.

Selain daripada itu, program-program yang seperti saya nyatakan tadi, saya ingin mengambil kesempatanlah di Dewan yang mulia ini untuk memaklumkan agar setiap ADUN-ADUN boleh me...apa, memberikan calon-calon yang sesuai ya untuk menyertai Dewan Belia Sabah ini. It’s a good programme ya untuk sosialisasi politik dan it’s a good programme untuk pendedahan awal ya. Ada 73 ADUN yang akan

kita pilih nanti dan sekarang telah terbuka dan mereka akan menjalani perbincangan ataupun simulasi dewan seperti yang kita buat seperti sekarang ini.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Ada soalan tambahan seterusnya? Tiada. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tempasuk.

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Datuk Speaker, soalan saya nombor lapan (8) soalan berulang. Mohon saya tarik balik.

Speaker

Oh. Terima kasih. Baik, kalau begitu sekian sahaja sesi soal jawab kita pada hari ini.

Ucapan Penggulungan

Setiausaha Dewan

Ucapan penggulungan perbahasan ke atas masalah yang telah dicadangkan pada 21 Mac 2022.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ketua Menteri / Menteri Kewangan untuk menyampaikan Ucapan Penggulungan. Silakan Yang Amat Berhormat.

11:15 pagi

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Keluarga Malaysia. Datuk Speaker, Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah subhanahu wa ta'ala kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka kita dapat bersama-sama di Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada kita untuk terus membangunkan negeri Sabah.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Pembentangan Ucapan Dasar Kerajaan sempena Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 pada 16 Mac yang lalu. Saya juga

mengucapkan terima kasih dan menghargai Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengutarakan pelbagai isu dan cadangan semasa membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan Tahun 2022 semata-mata untuk bersama-sama menjadikan negeri Sabah sebuah negeri yang maju dan makmur.

Tuan Speaker, kerajaan negeri menyambut baik pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mac 2022 yang lalu berkenaan dengan pembukaan sempadan negara untuk membenarkan pelancong-pelancong asing datang ke negara kita atau ke negeri kita bermula pada 1 April yang akan datang ini.

Dengan pembukaan sempadan ini, saya yakin sektor ekonomi pelancongan akan beransur pulih dan juga insya-Allah akan kembali pulih seperti biasa.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri sememangnya sentiasa mengambil berat isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terutama sekali bagi isu-isu yang berkaitan langsung dengan Jabatan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan.

Dengan itu, izinkan saya menjawab beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan. Datuk Speaker, kerajaan negeri telah menerima laporan awal Banci Penduduk dan Perumahan Sabah tahun 2020 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah.

Berdasarkan laporan tersebut, jumlah keseluruhan penduduk di negeri ini adalah seramai 3,418,785 orang.

Daripada jumlah tersebut, 810,443 atau 23.7% adalah bukan warganegara.

Ini bermakna warganegara Malaysia di Sabah ialah 2,608,342 orang.

Ini bermakna jumlah warga Filipina yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Api-Api iaitu 1 juta orang adalah tidak tepat. Namun begitu, kerajaan negeri akan terus berusaha menangani isu-isu berkaitan pendatang asing yang telah berlarutan sejak sekian lama di negeri ini seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Api-Api, Ahli ADUN Dilantik Yang Berhormat Dr. Aliakbar bin Gulasan, ADUN yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Kadamaian, Tanjong Kapor dan Elopura.

Untuk tujuan tersebut, pada 16 Februari 2022 yang lalu kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Peringkat Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan dan dianggotai oleh beberapa orang Ahli Jemaah Menteri.

Jawatankuasa ini akan mencari pendekatan terbaik dan seterusnya mengemukakan semua rekomendasi kepada Jemaah Menteri dalam tempoh tiga (3) bulan.

Ahli Yang Berhormat dari Senallang turut menyentuh tentang perancangan keselamatan di pantai timur. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Senallang, Kerajaan Persekutuan telah mencadangkan untuk menubuhkan satu lagi Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah yang ditempatkan di Daerah Lahad Datu dan 1 Batalion PGA di Daerah Kunak, mewujudkan pos kawalan baru PGA di Kuala Sungai Manalunan, Kinabatangan dan Kuala Maruap, Lahad Datu manakala Forward Operational Base di Pulau Banggi, Kudat dan Pulau Mabul, Semporna. Penguatkuasaan melalui ESSCOM dan Agensi Penguatkuasaan dan Keselamatan yang lain turut dibuat secara berterusan.

Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian membangkitkan isu pengiktirafan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Untuk itu, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf tuntutan Kesultanan Sulu…

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

.. Kesultanan Sulu [menepuk meja] ke atas negeri Sabah. Rakyat negeri ini telahpun membuat keputusan untuk bersama-sama membentuk sebuah Negara Malaysia berdaulat, yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Datuk Speaker...

Yang Berhormat Speaker, boleh saya sekejap? Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Sulaman. Sebelum saya teruskan ke soalan saya Yang Berhormat Speaker, izinkan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat

Berhormat Sulaman atas pencapaian kita dari segi ekonomi ataupun perolehan negeri mencapai RM5.4 bilion.

Saya rasa ini adalah hasil kerja keras kabinet-kabinet yang ada di hadapan, syabas dan tahniah.

Dan saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Sulaman sebab, kalau saya tak silap lawatan pertama Yang Amat Berhormat Sulaman keluar ialah ke kawasan Lahad Datu.

Beliau melawat pos-pos sempadan yang berada di kawasan Lahad Datu dan beliau turun melalui menggunakan helikopter di kampung saya Tanjung Labian. Terima kasih atas keprihatinan keselamatan.

Soalan saya Yang Amat Berhormat Sulaman berkait rapat dengan tuntutan Sultan Sulu tadi.

Saya memang berasa bangga dan berterima kasih atas penafian Yang Amat Berhormat mengenai tuntutan tersebut, sebab saya berada di kawasan kejadian 2013, terima kasih banyak-banyak. Ini adalah satu pendirian yang tegas Yang Amat Berhormat sebagai Ketua Kerajaan.

Namun demikian, saya juga berharap kalau boleh Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan yang sama bahawa kita menolak tuntutan tersebut.

Jadi selain daripada itu, bagi maksud tersebut Yang Amat Berhormat Sulaman, bila bercakap soal negeri, Yang Amat Berhormat adalah yang berkuasa penuh mengenai negeri ini disebut dalam Perlembagaan Negeri Perkara 50, kuasa obligation semua berada di bawah kuasa Yang Amat Berhormat Sulaman.

Adakah Yang Amat Berhormat Sulaman mempunyai inisiatif untuk meminta Kerajaan Persekutuan ataupun Putrajaya mengambil satu langkah penyelesaian tuntas mengenai perkara ini, supaya benda ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Terima kasih Ahli daripada Tungku yang membangkitkan isu ini.

Sebenarnya isu ini memang pun jelas bahawa kerajaan kita tidak mengiktiraf langsung, tuntutan Filipina ataupun waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah, itu jelas. Jadi mengenai cadangan penyelesaian secara tuntas, itu terpulang kepada Kerajaan Persekutuan, Wisma Putra dan juga Kerajaan Persekutuan kita. Jadi bagi negeri Sabah semua di sini saya yakin telahpun ataupun mempunyai pendirian yang jelas dan tegas, bahawa kita tidak mengiktiraf tuntutan itu [menepuk meja]. Jadi bagi saya, perkara ini cukup jelas daripada awal sehinggalah sekarang ini. Jadi tidak perlulah kita politik-politikkan kerana ianya seperti yang saya nyatakan cukup jelas

pendirian kita.

Kita telahpun mengambil keputusan untuk membentuk bersama-sama negara Malaysia ini.

Datuk Speaker, dengan izin.

Terima kasih banyak Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang menjelaskan tentang keselamatan khususnya di Pantai Timur tadi, dengan beberapa rancangan satu briged keselamatan di Lahad Datu dan juga satu batalion di peringkat daerah Kunak.

Saya berharap ianya akan dapat dipantau oleh pihak kerajaan negeri, kerana ini merupakan perkara yang cukup penting yang saya ingin tanya supaya ada pemantauan dia, daripada kerajaan negeri memastikan supaya keselamatan di kawasan Pantai Timur yang boleh menjejaskan bukan hanya nyawa manusia bahkan juga sektor pelancongan , saya dah katakan terima kasih banyak. Yang Amat Berhormat juga telah menyatakan tentang kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf.

Sebenarnya termasuk masa saya menjadi Ketua Menteri pun tak pernah mengiktiraf, tak pernah hantar mana-mana pegawai termasuk diri saya. Walaupun tohmahan, fitnah yang saya kononnya pergi Spain. Kononnya ada juga fitnah tertentu yang menyatakan, perkara-perkara ini tidak benar. Cuma I don’t want to threaten.

Perkara ini, ini adalah urusan seperti apa Yang Amat Berhormat katakan Kerajaan Persekutuan.

Saya masih ingat dulu masa saya berada di Kuala Lumpur bersekali dengan Allahyarham Tun Sakaran, bila berbangkit masalah Ligitan dan Sipadan, perkara ini kita bincang di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Lepas itu dibawa kepada ICJ, Mahkamah Antarabangsa lawan dengan Indonesia.

Bila kita lawan dengan Indonesia, hari ini tidak lagi berbangkit tuntutan Ligitan dan Sipadan. Itu merupakan satu asas fakta dari segi legality, bahawa Semporna bahawa Sabah adalah merupakan sebahagian daripada negara Malaysia.

Walaupun dituntut pulau itu Ligitan dan Sipadan oleh pihak Indonesia dan Mahkamah Antarabangsa telah putuskan.

Saya berharap Kerajaan Negeri bertegas dan mencadangkan supaya perkara ini dipantau secara mendalam khususnya dalam konteks keselamatan negeri Sabah ini. Terima kasih banyak.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Datuk Speaker, isu berkaitan, mohon minta laluan Yang Amat Berhormat.

Saya hanya mewakili rakyat Kadamaian ingin menyatakan sokongan penuh kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Jemaah Kabinet Kerajaan Negeri Sabah, di atas pendirian tegas tidak mengiktiraf tuntutan Sulu dan kalau lah boleh [menepuk meja] semua kita di sini memberi sokongan yang sama kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri [menepuk meja] dan pimpinan, lagi bagus.

Ini di mana kita ada persamaan, satu hati tu 6 pul 79 ADUN...

Speaker

8.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

...78 yang ada hari ini, bangkit, berdiri kah, tumbuk meja kah, by wise vote kah, beri sokongan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri [menepuk meja] dalam perkara ini.

Terima kasih, Kadamaian menyokong.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Terima kasih aa...

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Datuk Seri...

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Ada lagi kah?

Speaker

Time issue, time issue.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Datuk..Datuk Speaker, saya saya rasa Datuk Seri, seperti mana YB Kadamaian menyatakan tadi.

Saya cadangkan Datuk Seri bawa satu usul kerajaan, usul tergempar ke Dewan yang mulia ini supaya kita bersama-sama setuju untuk defend our surrounding. Thank you so much.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Kalaulah, kalau itu diperlukan sama ada kita akan bawa dalam apa nama dia tu mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang akan datang. Tapi saya nampak jelas tanpa prejudis, semua di sini dan rakyat kita juga apa nama mengambil apa nama pendirian yang tegas, bahawa kita tidak mengiktiraf sama sekali tuntutan ke atas negeri Sabah.

Jadi Datuk Speaker, saya kalau bercakap mengenai dengan keselamatan ini memang ianya menjadi satu agenda utama kita.

Kerana itu, apabila saya dibenarkan melawat daerah di Sabah akibat dengan daripada PKP ini, pertama yang saya lawat ialah pasukan keselamatan kita, ESCOM di Pantai Timur Sabah di Lahad Datu.

Kerana bagi saya apapun yang kita buat di dalam negeri ini yang paling utama ialah mengenai dengan keselamatan negeri kita.

Kerana itu apabila saya dibenar untuk melawat jumpa dengan rakyat, saya jadual pertama saya ialah pergi ke Pantai Timur dan melawat ketumbukan pasukan keselamatan kita di Lahad Datu. Jadi saya teruskan Datuk Speaker.

Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat daripada Tempasuk, Tungku, Senallang, Kadamaian, Petagas, Darau, Kapayan, Luyang dan Api-Api membangkitkan juga isu-isu tuntutan ke atas hak-hak negeri Sabah, seperti terkandung dalam MA63 dan Perlembagaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri akan terus mempertahankan hak-hak Sabah seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963, serta Perlembagaan Persekutuan, tuntutan berkaitan MA63 akan terus dibuat berteraskan semangat Keluarga Malaysia.

Secara khusus, Ahli Yang Berhormat dari Senallang mencadangkan pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman di bawah Tuan Yang Terutama Yang di-Per…

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

...Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Dalam hal ini, kerajaan negeri melalui Jabatan Peguam Besar Negeri sedang dalam perbincangan dengan badan kehakiman untuk mencapai hasrat tersebut.

Ahli Yang Berhormat dari Api-Api turut mencadangkan penukaran gelaran Ketua Menteri Sabah kepada Premier.

Pada masa ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk menukar gelaran tersebut.

Ahli Yang Berhormat dari Darau dan Kunak telah membangkitkan isu Akta Laut Wilayah 2012, North Borneo (Alteration Of Boundaries Order In Council 1954) dan Akta Kemajuan Petroleum 1974. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Darau dan Kunak, Kerajaan Negeri Sabah berpendirian bahawa hak dan kepentingan negeri adalah seperti termaktub di bawah North Borneo (Alteration Of Boundaries Order In Council 1954) yang meliputi pelantar benua atau continental shelf. Oleh itu, hak dan kepentingan negeri ini telah pun dimaklumkan kepada kerajaan persekutuan melalui Mesyuarat Majlis Khas MA63. (tepuk meja) Ahli Yang Berhormat daripada Tungku dan Kapayan turut bertanya tentang status negeri Sabah.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Sabah dan Sarawak adalah merupakan Borneo States seperti yang termaktub dalam Pindaan Perlembagaan Perkara 1(2) iaitu, Negeri-Negeri Borneo adalah Sabah dan Sarawak dan ini adalah selaras dengan IGC Report .

Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mencadangkan agar diwujudkan jawatankuasa di peringkat kabinet bagi mempertimbangkan pengeluaran Sabah IC, mengembalikan Wilayah Persekutuan Labuan kepada Sabah dan meminta kerajaan persekutuan membenarkan penerbitan laporan nahas kapal terbang GAF Nomad pada 6 Jun 1976 untuk pengetahuan umum.

Berhubung 3 perkara yang dibangkitkan oleh Ahli yang Berhormat ADUN Dilantik itu, perkara-perkara yang telah disebutkan seperti pengeluaran IC Sabah dan Tragedi Double Six itu, sesungguhnya melibatkan bidang kuasa kerajaan persekutuan, manakala dalam isu Pulau Labuan pula perkara ini melibatkan rakyat tempatan di pulau berkenaan kerana mereka juga berhak menentukan kedudukan wilayah tersebut. Keprihatinan Yang Berhormat akan diambil maklum dan akan dibawa ke peringkat Jemaah Kabinet Negeri untuk perbincangan dan pertimbangan seterusnya.

Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Api-Api telah membangkitkan tentang isu projek sakit di negeri ini. Kerajaan negeri adalah komited dalam memastikan semua projek yang diluluskan, dilaksanakan mengikut jadual, agar rakyat yang disasarkan untuk projek tersebut mendapat manfaat. Oleh itu, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Negeri, saya telah meminta kepada kerajaan persekutuan agar menyelesaikan isu-isu berkaitan projek sakit tersebut.

Keutamaan saya adalah setiap projek yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan dalam setiap Bajet Negara dan Rancangan Malaysia Ke-12 hendaklah dilaksanakan mengikut jadual.

Pada masa yang sama, saya telah mengarahkan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan agar mengambil perhatian serius tentang perkara tersebut. (ketuk meja).

Speaker

Ada pencela, pencelahan Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Sebenarnya saya ingin bertanya lebih awal tadi kerana berhubung kait dengan MA63 itu. Saya harap ia nya ada lagi jawapan kemungkinan, khususnya berhubung kait dengan beberapa perkara yang saya turut bangkitkan dalam perbahasan iaitu berhubung kait dengan, contohnya 40%. Sama ada itu akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat ataupun kalau tidak saya nak tanya. Perkara ini adalah merupakan satu perkara yang penting iaitu terkandung dalam perlembagaan, yang sudah pun dipersetujui dan bila saya mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan Persekutuan, bahawa perkara ini tidak lagi timbul.

Maknanya, ini sebenarnya sudah pun bercanggah dengan apa yang telah kita janjikan dalam 63.

It means that there is a breach in the contract that we had formed di antara kerajaan waktu itu, Malaya dan juga North Borneo dan diperhatikan oleh pihak Queen Elizabeth. Jadi saya ingin bertanya sama ada perkara ini dapat disusuli oleh pihak kerajaan negeri, sebahagian daripada kerangka untuk memastikan whatever tax that they have collected from the State of Sabah, irrespective what sector yang ada harus dikembalikan kepada peringkat Kerajaan Negeri Sabah, termasuk beberapa perkara yang telah pun masa kita jadi kerajaan, daripada 20 Perkara ada 17 Perkara

termasuk tenaga, power yang ada sudah pun Kabinet Persekutuan setuju bahawa dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Sabah, ya. SESB saya maklumkan. Ketiga iaitu berhubung kait apa yang telah dibangkitkan, continental shelf. Ini juga perkara yang pokok.

Kalaupun ada hubung kait dengan apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II, iaitu commercial business, apa ini relationship dengan PETRONAS. Kalau sekiranya perkara ini dapat kita pertahankan continental shelf, maka eksplorasi sama ada gas dan minyak itu membatasi berapa kilometer seperti apa yang mereka, PETRONAS lakukan hari ini. Itu menjadi hasil kerajaan negeri. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Senallang. Mengenai dengan 40% tuntutan, sepatutnya cukai itu diberikan kepada kerajaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perkara ini menjadi keutamaan kepada kita. Walau apa yang disebut di peringkat federal tetapi ini menjadi asas kepada tuntutan kita dalam MA63. Kerajaan negeri, saya ingin maklumkan bahawa kerajaan negeri akan terus apa nama menuntut, usaha untuk mendapatkan 40% kutipan cukai daripada Sabah ini.

Itu pendirian kita, jadi..

Speaker

Ada lagi?

Ya, Yang Amat Berhormat, sedikit.

Jadi bolehkah saya menyimpulkan bahawa apa Yang Amat Berhormat katakan tadi adalah apa yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul itu adalah benda yang tidak betul, yang menyata..

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Itu, itu pandangan ataupun pendapat mereka, tapi bagi apa nama dia itu, pendirian kerajaan negeri, kita akan terus tuntut 40% ini. Terima kasih. (kedengaran bunyi tepuk meja). Begitu juga perkara-perkara yang lain, seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Senallang, mana-mana yang tersenarai sebagai tuntutan utama kita, kita tidak pernah apa nama dia itu gugurkan. Kita akan terus tuntut sehingga kita dapat perolehan daripada apa yang telah dijanjikan dalam semangat Malaysia 63. Terima kasih.

Ahli Yang Berhormat daripada Nabawan menyentuh tentang keperluan menyegerakan Kompleks ICQS sebagai persediaan perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Nabawan, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri dan agensi-agensi pelaksana sedang giat memastikan agar projek ini dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, melalui kerjasama dan peruntukan daripada agensi persekutuan. Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Telupid, Pintasan, Kapayan, Kawang dan Silam membangkitkan isu berkaitan pengeluaran geran tanah khususnya rizab perkampungan dan geran tanah untuk anak negeri. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Program Perkhidmatan Khas Tanah Anak Negeri Sabah atau PANTAS yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah berjaya mempercepatkan pengukuran dan pengeluaran geran-geran tanah anak negeri. Sehingga kini, sejumlah 27,200 lot...

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

…kini sejumlah 27,200 lot yang telah diduduki dan diusahakan secara turun temurun oleh anak negeri Sabah dengan keluasan 44,205.77 hektar melibatkan 135 buah kampung dari 21 daerah di negeri Sabah telah selesai diukur. Peratus tanah anak negeri yang diberi milik telah meningkat melalui pelaksanaan Program Perkhidmatan Khas Tanah Anak Negeri Sabah.

Pada tahun 2012, luas pemilikan geran tanah anak negeri adalah 550,988 hektar atau 26.8% daripada jumlah tanah yang diberi milik.

Manakala jumlah luas pemilikan geran tanah anak negeri pada tahun 2021 telah meningkat kepada 1,135,116 hektar atau 42.7% daripada jumlah tanah yang diberi milik.

Laporan daripada SUHAKAM juga menunjukkan program ini telah memberikan impak positif terhadap penyelesaian isu-isu tanah hak anak negeri Sabah, di mana aduan-aduan mengenai isu tanah anak negeri yang diterima oleh SUHAKAM telah berkurangan iaitu dari 153 kes aduan pada tahun 2011, 2011 ke sebanyak 14 kes aduan pada tahun 2021.

Berkaitan dengan pengeluaran geran tanah yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Telupid, kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah menjalankan pengukuran tanah anak negeri melalui Program PANTAS melibatkan sembilan (9) buah kampung di Telupid iaitu Kampung Wonod, Kampung Berayong, Kampung Togoron, Kampung Mau, Kampung Gambaron, Kampung Bautu, Kampung Taviu, Kampung Tapaang dan Kampung Telupid.

Sehingga 22 Mac 2022, sejumlah 734 geran tanah telah dikeluarkan daripada sejumlah 1,190 lot yang telah selesai diukur. Manakala baki sebanyak 456 lot tanah masih dalam proses penyemakan dan penyediaan geran tanah dijangka akan disediakan geran sebelum bulan September 2022.

Mengenai dengan tanah rizab perkampungan Beringgis dan Kawang yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kawang, sukacita dimaklumkan bahawa pelan warta untuk Cadangan Tapak Kediaman Anak Negeri Kampung Kawang dan Kampung Beringgis telah disediakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur pada 3 Disember 2021. Tapak kediaman anak negeri Kampung Beringgis adalah seluas 48.1 hektar dan tapak kediaman anak negeri Kampung Kawang seluas 80.9 hektar.

Ahli Yang Berhormat dari Kukusan dan Silam bertanya tentang status pewartaan…

Yang Amat Berhormat. Yang Amat Berhormat, boleh saya bertanya sedikit?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Boleh.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Saya ada sebut dalam ucapan perbahasan saya mengenai permohonan saya mengenai pengeluaran geran kepada peneroka di kawasan FELDA Sahabat yang hingga pada masa ini yang belum lagi berada di tangan mereka. Dalam ucapan tersebut, saya ada nyatakan bahawa antara perkara yang menjadi kekangan mereka adalah mengenai jumlah premium yang terpaksa mereka bayar disebab benda itu sudah sekian lama.

Saya memohon supaya satu mekanisme yang boleh memudahkan mereka memiliki tanah tersebut ataupun mengurangkan premium ataupun boleh lah saya cakap bagi pihak masyarakat saya di FELDA. Sebab ini di

bawah bidang kuasa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, minta waive kan premium tersebut. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Terima kasih.

Saya akan jawab itu, sebenarnya ada sudah jawapan tapi belum sampai lagi jadi saya baca ini. Nanti selepas itu dia akan sampai. Ok Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Kukusan dan Silam bertanya tentang status pewartaan kampung.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kukusan, kedudukan Kampung Airport Lama dan Kampung Sentosa terletak di dalam kawasan Lapangan Terbang Lama Tawau yang masih diwartakan sebagai Tawau Aerodrome Reserve di bawah G.N.S 75/55, aero Aerodrome ataupun (control of obstruction) Ordinance 1950. Sehubungan itu, mana-mana permohonan tanah yang telah didaftarkan di kawasan ini buat masa sekarang ini belum dapat diproses selanjutnya.

Bagi status pewartaan Kampung Suaian, Kampung Seri Aman, Kampung Dasar Baru, Kampung PPRT, Kampung Desa Bajau dan Kampung Sabah Baru yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Silam, Kampung Sabah Baru telah diwartakan di bawah G.N.200-2021 pada 5 April 2021 dengan keluasan 58.5 hektar. Manakala lima (5) buah kampung yang lain iaitu Kampung Suaian, Kampung Seri Aman, Kampung Dasar Baru, Kampung PPRT dan Kampung Desa Bajau sedang dalam semakan dan tindakan Jabatan Tanah dan ukur.

Ahli Yang Berhormat dari Nabawan bertanya sama ada wajar sekiranya agensi-agensi kerajaan diberi kuasa terhadap penguasaan tanah khususnya agensi yang mengusahakan sektor pertanian, penternakan mahu pun pemeliharaan dan pemuliharaan di negeri ini.

Untuk ahli untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Nabawan, kerajaan negeri tidak dapat mempertimbangkan untuk memberi kuasa kepada agensi-agensi lain memandangkan struktur dan perundangan pengurusan tanah terletak kepada Jabatan Tanah dan Ukur dan Pejabat Hasil Bumi. Ini dianggap sebagai memadai untuk menangani hal ehwal tanah di Sabah. Ahli Yang Berhormat daripada Tungku meminta kerajaan mempertimbangkan premium pecah bahagi tanah untuk peneroka FELDA dapat dikurangkan atau dikecualikan supaya geran tanah dapat dikeluarkan kepada peneroka-peneroka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Tungku, premium yang dikenakan untuk 835 lot peneroka ini adalah sebanyak RM835,000 sahaja. Ini bermakna premium pecah tanah untuk setiap lot hanya RM1,000 sahaja. Kadar premium ini adalah kadar premium yang sedang berkuatkuasa dan adalah nominal untuk premium pecah bahagi tanah, pajakan atau lease. Oleh itu, permintaan untuk pengecualian premium atau pengurangan premium untuk pecah bahagi tanah lot peneroka FELDA ini tidak dapat dipertimbangkan.

Selayaknya, FELDA lah menjelaskan premium sebanyak RM835,000 ini dan bukan peneroka.

Terima kasih, terima kasih banyak. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Kita akan sampaikan perkara ini kepada pihak FELDA supaya mereka bantulah peneroka.

Jangan lagi mereka minta RM1,000 untuk bayar premium ataupun pembahagian pecah tanah ini dan pendirian kerajaan negeri ini kita akan sampaikan kepada pihak FELDA.

Mereka banyak juga untung hasil daripada penerokaan di sana (kedengaran bunyi ketukan meja). Kita akan sampaikan ya.

Terima kasih Yang Amat Berhormat jawapan yang diberikan tentang premium tanah tadi. Sehubungan dengan perkara ini, kita sedar dan tahu bahawa kerajaan negeri telah memberi besar kawasan yang besar, luas tanah di FELDA dengan tujuan untuk mempastikan supaya ada penyertaan anak-anak tempatan menerokai tanah-tanah yang ada.

Saya difahamkan sebahagian besar daripada tanah yang dimiliki sekarang ini diurus tadbir oleh FELDA bukan untuk diberi kepada peneroka. Cuma berapa peratus saja.

Masih lagi anak-anak tempatan khususnya di tempat-tempat seperti Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak yang memerlukan sebagai bukan hanya peneroka, mat mata pencarian, pekerjaan. Tapi malangnya saya difahamkan pengurusan FELDA yang ada di Kuala Lumpur menidakkan perkara ini walhal perjanjian di antara Kerajaan Berjaya dengan pemerin waktu itu pengurusan FELDA ialah it must be given dengan izin to all Sabahan to ensure that they can be jadi peneroka yang ada. Jadi saya minta supaya perkara ini dibawa...

.. minta supaya perkara ini, dibawa ataupun kita desak pihak pengurusan FELDA, berapa sebenarnya yang telahpun dimajukan tanah-tanah yang ada oleh rakyat di peringkat negeri Sabah ini. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Tuan Speaker Insya-Allah, apa yang diutarakan ataupun yang dicadangkan oleh Ahli daripada Senallang saya akan bawa perkara ini kepada pihak FELDA. Kerana semangat apa nama dia tu pemajuan ataupun pengurusan di apabila kita bagi tanah ini untuk di majukan oleh FELDA itulah sebenarnya apa nama dia ini dia punya spirit.

Jadi perkara ini akan saya bawa kepada pihak berkuasa FELDA. Terima kasih.

Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Sri Tanjong meminta supaya isu pengambilan tanah yang terlibat dalam Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Tawau diselesaikan segera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Sri Tanjong, Projek Rancangan Tebatan Banjir Tawau melibatkan 14 tanah bergeran dan juga kawasan simpanan tebing sungai.

Surat tawaran untuk 14 hak milik dan 174 struktur bangunan yang terlibat telah dikeluarkan sejak Februari 2019. Daripada 174 struktur yang terlibat, sebanyak 161 struktur telah selesai dibayar dan hanya tinggal 13 struktur lagi belum selesai kerana pemilik struktur tidak bersetuju untuk menerima surat tawaran.

Kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur bersama Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Peguam Besar Negeri akan bekerjasama untuk mengatasi perkara ini. Termasuklah mengambil tindakan perundangan untuk pengusiran agar projek ini dapat dilaksanakan. Berkaitan dengan isu geran-geran tanah yang telah tamat tempoh di Kampung Sembulan Tengah dan Sembulan Lama yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Petagas. Kawasan yang dimaksudkan adalah termasuk dalam Sembulan Urban Renewal Scheme Phase 3. Fasa 3 kerajaan negeri telah memutuskan untuk membangunkan semula kawasan tersebut.

Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Kapayan menyentuh tentang pembangunan ladang hutan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kapayan, pembangunan seluas 400,000 hektar ladang hutan dalam kawasan hutan simpan menjelang tahun 2036 adalah melibatkan kawasan Hutan Simpan Kelas II Komersial di bawah lesen jangka panjang Sustainable Forest Management License Agreement (SFMLA) yang telah dikenal pasti berdasarkan kepada Pelan Pengurusan Hutan atau Forest Management Plan untuk tujuan pengeluaran kayu hutan di masa akan datang.

Ianya tidak akan melibatkan sebarang pindaan terhadap Enakmen Hutan 1968.

Cadangan ini adalah selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah untuk melestarikan sumber-sumber hutan seperti yang dinyatakan dalam Teras satu (1) Dasar Hutan Sabah 2018.

Iaitu bagi mengoptimumkan pengeluaran hutan simpan secara mapan mampan. Pembangunan ladang hutan ini adalah bagi meningkatkan keupayaan kapasiti pengeluaran kayu balak negeri sehingga 6 juta meter padu setahun bagi menampung keperluan bekalan industri perkayuan negeri Sabah dan seterusnya meningkatkan kutipan hasil negeri.

Selain menambahkan stok dirian kayu hutan pada masa depan, usaha ini juga bakal menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus membantu meningkatkan pembangunan sosio ekonomi masyarakat.

Berkaitan dengan status Sabah Forest Industries (SFI) dan kebajikan pekerja yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Aru. Kerajaan negeri dan agensi berkaitan telah menubuhkan sebuah konsortium bagi menerajui pelaburan baharu di Sipitang.

Bagi menggiat dan mengaktifkan industri kayu-kayan di kawasan tersebut. Sekaligus akan menangani isu kebajikan pekerja-pekerja SFI yang terlibat.

Pelaburan swasta baru ini akan dipantau oleh kerajaan negeri dan yang paling penting pemilikan tanah, perindustrian dan hutan akan tetap kekal sebagai hak negeri. Datuk Speaker, kerajaan negeri akan terus menjaga kebajikan penjawat awam negeri.

Yang Amat Berhormat boleh minta izin sikit SFI tadi.

Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat tentang konsortium yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi. Sama ada konsortium ini dengan seluas tanah yang begitu besar hampir 700,000. Ya dan saya ingin bertanya sama ada hasil kayu-kayan yang ada yang akan di harvest dengan izin oleh pihak kemungkinan konsortium itu akan digunakan untuk memastikan bahawa SFI itu diwujudkan dengan tujuan untuk mengeluarkan produk-

produk yang berhubungkait dengan kertas sama ada tissue paper sama ada kertas kegunaan pejabat dan berbagai ataupun konsortium ini akan extract with timber to export ya dan saya ingin tahu dari tadi pun Yang Amat Berhormat telah membangkitkan tentang pengeksportan kayu balak yang ada.

Daripada extraction timber ini berapa peratus yang kita nak extract ini nak digunakan untuk menyuburkan supaya kilang-kilang plywood, kilang-kilang perabot yang ada di peringkat Negeri Sabah ini akan diberikan kepada mereka dengan harga yang berpatutan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada anak-anak tempatan. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Senallang.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, konsortium yang dimaksudkan ialah terdiri daripada Yayasan Sabah dan tiga buah syarikat swasta untuk mengendalikan perhutanan di SFI ini dan memang kita bagi keutamaan kepada proses hiliran downstream untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan sebagainya. Jadi antara yang akan kita masukkan dalam, dalam pelaksanaan projek tersebut ialah untuk mengeluarkan kertas dan sebagainya seperti yang disebutkan tadi.

Jadi, dan juga yang paling utama ialah kebajikan para pekerja yang ada sekarang ini.

Ianya kerajaan telah meminta syarikat konsortium ini mengambil semua pekerja-pekerja yang berkerja di sana dan dalam kertas cadangan yang telah diberikan kepada kerajaan memang apabila projek ini berjalan dengan baik, peluang pekerjaan ialah dianggarkan di antara 15 hingga 20 ribu orang.

Jadi, inilah usaha-usaha yang saya rasa perlu kita lakukan untuk mepmpastikan peluang pekerjaan bagi anak-anak Sabah dapat diperbanyakkan untuk keperluan rakyat kita ataupun anak-anak tempatan kita. Jadi...

Speaker

Teruskan Yang Berhormat Menteri, teruskan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker saya teruskanlah. Jadi Datuk Speaker, kerajaan negeri akan terus menjaga kebajikan penjawat awam negeri selaku nadi dan tentera kepada perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.

Sehubungan itu, cadangan Yang Berhormat daripada Banggi supaya kerajaan mengkaji serta menyelaras gaji serta elaun perumahan dan elaun hidup susah penjawat awam akan diberi perhatian. Datuk

Speaker, beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Ahli Yang Berhormat dari Tempasuk, Senallang dan Kadamaian telah menyentuh perkara mengenai kajian semula pemberian khas. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perjuangan ke atas hak-hak Negeri Sabah merupakan agenda utama Kerajaan GRS. Justeru sebarang persetujuan ke atas bayaran pembayaran pemberian khas adalah tanpa prejudis Hak Kerajaan Negeri untuk bergan..

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

... Kerajaan Negeri untuk bergantung kepada formula asal seperti yang dinyatakan dalam perkara 112C dan Bahagian Empat (4) Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

Perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Persekutuan masih lagi diteruskan.

Datuk Speaker, sebagai mengakhiri Ucapan Penggulungan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan isu-isu yang berkaitan dengan Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan. Dalam usaha merealisasikan Hala Tuju SMJ, saya ingin mengajak semua Ahli Yang Berhormat untuk mengetepikan apa juga perbezaan dan berganding bahu dalam merealisasikan perjuangan untuk terus menyemarakkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri Sabah.

Sesungguhnya...

Speaker, minta izin pasal saya bangkitkan dalam perbahasan juga berhubung-kait dengan apa ini, ini Kementerian Kewangan. Pasal waktu saya Menteri Kewangan saya ada luluskan RM8 juta saya ingat kalau tidak silap RM7 juta untuk tujuan pembinaan rumah PPRT di Bangau-Bangau tapi saya difahamkan sampai sekarang tak dapat dilaksanakan dan duit itu kita salurkan kepada JKR sehingga kalau tidak silap Kementerian Kerja Raya? Jadi saya berharap perkara ini, dapat diambil perhatian kerana masih lagi penduduk di kawasan itu tidur di cabin dan mereka dah sudah bebe..berap.. beberapa tahun sejak kebakaran itu. Saya berharap perkara ini dapat diatasi diselesaikan kalaupun duit itu dah pun digunakan oleh mana-mana pihak tapi saya berharap perkara ini merupakan satu perkara yang telah kita maklumkan

kepada rakyat yang masih dalam keadaan yang begitu daif. Tidur di kabin, ini Rakyat Malaysia bukan PTI. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Ya, terima kasih Yang Berhormat daripada Senallang. Saya pun turut bersimpati dan saya akan err tengok ataupun check perkara ini, er saya baru mendapat makluman ini bahawa rupanya ada peruntukan RM8 Juta untuk membina rumah-rumah PPRT di Kampung Bangau-bangau, di Semporna ini.

Speaker

Kabin kah kontena? Kabin kah kontena?

…dan mereka tinggal sekarang ini dalam satu kontena yang agak kecik.

Speaker

oh, kontena lah bukan kabin?

…dan ada yang menggunakan plywood saja.

Speaker

Kabin ni mewah, Yang Berhormat.

Speaker

Kalau kabin ini dia mewah.

(rakaman suara kurang jelas)

Speaker

Kontena lah kontena. Datuk Seri Panglima Haji Mohd.

Shafie Bin Haji Apdal [Senallang]:.........diberikan kediaman seumpamanya (rakaman suara kurang jelas)

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Ya.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, masa kebakaran di otentik di Tawau, Agong turun ke bawah lepas itu kita bagi tanah tu, geran dan selesaikan masalah setinggan yang ada di kawasan Tawau. Terima kasih banyak, saya berharap perkara ini dapat diatasilah.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Ya, terima kasih Yang Berhormat daripada Senallang. saya ingat ini perlu ah diberi perhatian yang serius ah oleh ah pihak Kerajaan saya akan ah cuba berbincang dan er check perkara ini kerana kalau ianya berterusan dan pin er sudah ada dan ianya perlu dilaksanakan kita tidak mahu rakyat kita di sana tinggal macam dalam kotak atau sebagainya. Insya allah, Yang Berhormat daripada Ahli Senallang. Datuk Speaker, saya teruskan..

Speaker

Silakan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Sesungguhnya, Hala Tuju SMJ adalah satu perjalanan satu journey. Justeru, ada yang dapat dinikmati oleh kita semasa perjalanan dan yang paling penting adalah usaha kita bina pada masa ini akan apa yang kita bina pada masa ini akan dinikmati oleh generasi akan datang secara lestari.

Dari itu, saya menjemput semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama meraihkan Ulang Tahun Pertama SMJ pada 28 - 31 Mac 2022 di SICC, Kota Kinabalu kerana di sana kita akan adakan satu (1) pameran dan juga untuk menunjukkan inisiatif-inisiatif yang telah kita dapat jayakan selama satu (1) tahun ah Hala Tuju SMJ ini.

Saya juga berharap walaupun sempadan negara untuk kemasukan pelancong-pelancong asing akan dibuka pada 01 April 2022, namun kita hendaklah terus mematuhi apa juga SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua Ahli Yang Berhormat yang berga..berga..beragama islam. Sekian, terima kasih Datuk Speaker.

(Ahli Dewan tepuk meja)

Speaker

Terima kasih, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di depan.. di hadapan Dewan ini ialah usul yang telah dicadangkan pada 21 March 2022 iaitu bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang terutama pada hari Rabu bersamaan 16 March 2022 itu hendaklah dipersetujukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

(Ahli Dewan tepuk meja)

Speaker

Setiausaha?

Rang Undang-Undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2022, bacaan pertama.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Speaker, terima kasih saya andaikan saya akan mendahului dengan Pembentangan Rang Undang-undang Pinda..Undang-undang Kerajaan Tempatan Pindaan 2022 ya. Ya, setiausaha ya betul? Betul kah?

Rang Undang-Undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2022.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk memindah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.

Speaker

Bacaan kali kedua, bila?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Hari ini.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, silakan..

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-undang Ordinan Kerajaan Tempatan Pindaan 2022 dibaca kali kedua sekarang. Tuan Speaker, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 adalah Undang-undang yang menggariskan berkenaan penubuhan, tanggungjawab dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah. Pihak Berkuasa Tempatan atau diken..dikenali sebagai PBT merupakan Kerajaan peringkat ketiga dalam pentadbiran Negeri Sabah. Secara umumnya PBT merupakan satu badan yang ditubuhkan melalui Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir sesuatu kawasan berasaskan kepentingan tempatan.

Tuan Speaker, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 telah dipindah kali terakhir pada tahun 2000 semenjak itu terdapat keperluan untuk mengemaskini Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 bagi memantap dan menambah baik punca kuasa perundangan berkaitan PBT di Sabah sebagai agensi barisan hadapan berurusan terus dengan rakyat.

Tuan Speaker, secara umumnya Rang Undang-undang Ordinan Kerajaan Tempatan Pindaan 2022 ini adalah satu (1) pindaan positif yang akan memperkasakan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 agar dapat memenuhi tuntutan rakyat yang menginginkan pencapaian perkhidmatan yang lebih efisien dan juga effective. Rang Undang-undang ini melibatkan Pindaan kepada beberapa seksyen seperti seksyen …

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

…seperti seksyen 2, 3, 6, 13, 53, 54, 67, dan 71 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.

Fasal 2 Rang Undang-Undang bertujuan untuk memasukkan takrif baharu dan meminda tarif tertentu bagi istilah-istilah tertentu yang digunakan dalam Seksyen 2 Ordinan Kerajaan Tempatan 1991.

Fasal 3 bertujuan meminda Seksyen 3 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 bagi memberi kuasa kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk menubuhkan Majlis Bandaraya.

Saya ingin menjelaskan bahawa walaupun pindaan-pindaan kepada peruntukan ini telah dibuat, penubuhan sesebuah Majlis Bandaraya masih tertakluk kepada pelbagai tatacara dan hendaklah memenuhi semua kriteria sebelum layak dipertimbangkan untuk diisyitiharkan sebagai Majlis Bandaraya. Fasal 9 Rang Undang-Undang akan memperluaskan lagi fungsi PBT sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 49 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 di mana PBT akan diberi kuasa untuk memberikan atau melesenkan penggunaan premis bagi pub dan ruang istirahat bar.

Tuan Speaker, saya kurang arif apa pub dalam Bahasa Melayu tetapi ejaannya tetap sama pub dan juga ruang istirahat bar. Bar ini saya pun tidak pasti apa terminologi dalam Bahasa Melayu jadi kita masih gunakan pub dan juga bar. Terima kasih, Tuan Speaker.

Dengan adanya cadangan Pindaan ini, PBT akan dapat mempertingkatkan pengurusan kawalan penggunaan premis bagi pub dan ruang istirahat bar dan sekaligus dapat mempertingkatkan pendapatan PBT.

Seterusnya, Fasal 10 dan 11 Rang Undang-Undang bertujuan untuk meningkatkan jumlah penalti bagi kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam Seksyen 52 dan 52A Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Secara khusus, pindaan yang dibuat adalah bertujuan untuk memperuntukkan penalti dan kompaun yang lebih tinggi berbanding dengan yang sedia ada.

Pindaan Seksyen 52 yang melibatkan penalti untuk pelanggaran Undang-undang Kecil yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000.00 dan denda tidak melebihi RM5,000.00 sehari bagi sesuatu kesalahan yang berterusan.

Pindaan Seksyen 52A adalah melibatkan kuasa mengkompaun oleh PBT di mana kadar maksimum bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun adalah tidak melebihi RM5,000.00.

Akhir sekali, Fasal 16 adalah untuk meminda takrif bangunan yang dinyatakan dalam Seksyen 72 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 bagi memasukkan apa-apa loji atau jentera yang digunakan untuk pengeluaran dan pemprosesan minyak dan gas. Pindaan ini adalah untuk membolehkan PBT mengenakan kadar ke atas struktur minyak dan gas yang terdapat dalam kawasan PBT dan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan PBT.

Pindaan lain yang tidak secara khusus, pindaan lain yang tidak secara khusus dalam ucapan pembentangan saya ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit. Tuan Speaker, Pindaan Undang-Undang ini melalui proses yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan seperti kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Rang Undang-Undang ini turut melibatkan kajian yang komprehensif dan rujukan terhadap model Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Sarawak. Hasilnya, Rang Undang-Undang Ordinan Tempatan Pindaan 2022 ini digubal untuk memperkasakan lagi Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua dan terbuka untuk dibahas sekarang. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat N.73 Sebatik. 12:15 tengah hari

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Terima kasih Datuk Speaker. Saya berhasrat untuk membahas Rang Undang-Undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2022 dengan mengalu-alukan cadangan pindaan bagi perkara berikut: Yang pertama, Seksyen 49 memperluaskan fungsi PBT untuk melesenkan penggunaan premis bagi pub dan ruang istirahat pub, bar.

Cadangan bagi memperluaskan fungsi PBT untuk melesenkan penggunaan premis bagi pub dan

ruang istirahat bar dilihat satu kaedah berkesan bagi memastikan premis-premis ini dibuka mengikut kesesuaian zon.

Ini mampu membantu mengimbangi kesejahteraan penduduk sekitar di samping mampu mengekang penularan aktiviti tidak sihat seperti perjudian haram dan gejala sosial. Selain itu, ia juga merupakan cara bagi memaksimumkan sumber pendapatan PBT khususnya melalui kutipan cukai.

Seterusnya, Seksyen 52 iaitu memperuntukkan penalti yang lebih tinggi berbanding dengan yang sedia ada. Seksyen 52A, penalti untuk pelanggaran Undang-Undang Kecil yang memperuntukkan denda yang tidak melebihi RM100,000.00 dan denda tidak melebihi RM5,000.00 sehari bagi sesuatu kesalahan yang berterusan. Seksyen 52A ini juga memperuntukkan kesalahan di bawah mana-mana Undang-Undang Kecil yang boleh dikompaun oleh PBT. Kuasa mengkompaun oleh PBT di mana kadar maksimum bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun adalah tidak melebihi RM5,000.00. Bagi cadangan Pindaan Seksyen 52, cadangan ini amat bertepatan dengan usaha pihak PBT untuk meningkatkan ekonomi setempat melalui kutipan penalti bagi kesalahan-kesalahan antaranya yang berkaitan dengan lesen dan cukai dan kompaun di samping memastikan kawalan pematuhan kepada undang-undang yang digubal dipatuhi oleh semua pihak.

Walau bagaimanapun, mekanisme yang teratur dan sistematik perlu dibangunkan bagi memastikan kutipan yang cekap dan boleh diakses semua orang awam. Ini membantu mengelakkan isu tunggakan kutipan pembayaran yang sekaligus memberikan kesan kepada pendapatan PBT setiap tahun. Berdasarkan hujah-hujah ini saya menyokong kepada Pindaan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Sekian, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.8 Pintasan. 12:18 tengah hari

Terima kasih Datuk Speaker. Saya bangun untuk membahas Rang Undang-Undang Kerajaan Tempatan Pindaan 2022 dengan mengalu-alukan cadangan pindaan bagi perkara-perkara berikut;

Sebagaimana yang kita maklum, struktur pentadbiran Majlis Bandaraya adalah diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan dianggotai oleh 24 Ahli Majlis yang terdiri daripada Wakil Rakyat, wakil parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Peletakan kuasa untuk menubuhkan Majlis Bandaraya di bawah bidang kuasa Yang di-Pertua Negeri akan memberikan imej baru yang lebih kukuh dan mampu memperkasakan tadbir urus Majlis Bandaraya khususnya menyelesaikan isu birokrasi.

Ini kerana Yang di-Pertua Negeri merupakan hierarki tertinggi dalam kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

Dalam Seksyen 72, meminda takrif bangunan untuk memasukkan infrastruktur cari gali memproses minyak dan gas.

Cadangan bagi meminda takrif bangunan untuk memasukkan infrastruktur cari gali dan memproses minyak dan gas akan memberi kelebihan kepada pihak PBT yang mempunyai sumber di kawasan mereka. Komponen sumber asli ini mampu menyumbang kepada peningkatan ketara dalam pendapatan PBT, antaranya dari segi kutipan cukai.

Berdasarkan hujah-hujah ini saya menyokong kepada Pindaan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Sekian.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pintasan. Ada siapa lagi mahu berucap? Dipersilakan Yang Berhormat Senallang.

Speaker

Dipersilakan, Yang Berhormat Senallang.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Panjang kah?

Ya.

Kalau tidak sempat saya boleh..

Speaker

Tidak, boleh. Teruskan. Teruskan.

Perkara ini pendek sahaja. Kalau masa..

Speaker

Teruskan. Teruskan. Teruskan.

Speaker

Boleh.

12:21 tengah hari

Saya tengok pasal kita habis dalam 2.30, ya.

Terima kasih, Datuk Speaker. Saya ingin sedikit sebanyak membangkitkan tentang perkara pindaan Rang Undang-Undang ini. Pertama, dari segi kerangka Rang Undang-Undang ini. Maknanya, kuasa yang ada tidak lagi terletak kepada badan yang sedia ada. Menentukan untuk pengiktirafan ini diserahkan kepada Tuan Yang Terutama, dan selepas itu, kebiasaannya majlis ataupun dewan bandar raya adalah di bawah pentadbiran Ketua Menteri, ya. Sama ada itu masih kekal ataupun tidak, ini satu perkara yang saya ingin tahu. Kalau itu berlaku, maka penting bagi kita kena me pengiktirafan bukan hanya pada namanya. Kerana majlis perbandaran ini bila kita iktiraf dia sebagai majlis perbandaran, dia ada kriteria dia, ya.

Syarat-syarat yang kita letakkan bukan hanya dari segi pungutan hasil yang diperolehi, jumlah penduduk yang ada malahan seperti yang kita lihat, dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Tanjong Papat, prasarana yang ada. Sama ada ia boleh diiktiraf sebagai satu dewan bandar raya ataupun majlis bandar raya. Terkadang itu kalau kita naik tarafkan mereka sebagai satu majlis bandar raya, maknanya kita hanya bukan melihat dari segi kutipan kewangannya. Tapi, bukan hanya dari segi contohnya, kemudahan prasarana yang ada, bandar raya itu, sistem pengangkutan yang ada, sistem perjalanan yang ada. Pasal saya masih ingat masa saya jadi Timbalan Menteri Perumahan, ada beberapa kriteria yang kita letakkan untuk membolehkan supaya ia boleh diiktiraf.

There is very stringent kind of requirement di peringkat pusat untuk kita classified bahawa majlis ini ataupun dewan ini sudah pun kita naikkan menjadi satu majlis,

sudah pun kita naikkan menjadi satu dewan bandar raya, ya.

Sama ada syarat-syarat seumpama itu bukan hanya bergantung dengan pindaan-pindaan yang ada, dan termasuk bila saya melihat tadi Kerangka Perundangan dari segi Seksyen 6, ya, 16, 72 Enakmen ini dipinda dalam takrif building dengan menggantikan perkataan storage dan distribution of gas dengan perkataan extraction processing storage distribution of oil and gas. Processing tidak apa lah.

Storage tidak apa.

Tapi extraction, maknanya bidang kuasa ini kita serahkan kepada kerajaan tempatan. Walhal sebenarnya ini termaktub dalam aturan peraturan yang kita katakan kalau dia in land, of course kerajaan negeri punya bidang kuasa.

Kalau continental shelf masih lagi di bawah rang undang, apa PDA tahun 1974, PETRONAS they can extract.

Tapi ini dalam negeri.

Kalau extraction of oil, saya tidak tahu sama ada extraction of oil dan juga gas membabitkan drilling down the line there dan ini kita letakkan dengan kerajaan tempatan.

Saya berharap Ketua Menteri sebenarnya mempunyai bidang kuasa, bukan hanya timba, bukan hanya mineral yang ada. Itu di bawah Jabatan Ketua Menteri. Jadi, peralihan kuasa ini cukup besar. Saya melihat bahawa kita serahkan bahawa extraction of oil and gas main land yang ada ini kita serahkan kepada kerajaan tempatan.

Sama ada ini perubahan perlembagaan, ya, yang ada ataupun perubahan peraturan-peraturan yang ada yang kita harus selaraskan. Kita tidak mahu nanti kuasa Ketua Menteri itu dah pun lesap dan dia di bidang kuasa kerajaan tempatan yang ada.

Saya ingin menjadi mendapat penjelasan sedikit sebanyak daripada Yang Berhormat Menteri tentang perkara ini supaya kita tahu dan sedar bahawa pindaan dari segi apa nama Enakmen ini akan boleh menjejaskan bidang kuasa Ketua Menteri dan juga peraturan yang perlukan 2 per 3 daripada undi untuk membolehkan bahawa ini merupakan satu Enakmen dan juga Pindaan Perlembagaan di peringkat negeri Sabah.

Datuk Yang di-Pertua, itu merupakan di antara perkara yang saya ingin bangkitkan untuk membolehkan supaya dapat kita naik apa ini dapat kita tambah baik pengurusan pentadbiran bandar bandar raya ataupun majlis perbandaran yang ada di peringkat negeri Sabah ini kerana saya cukup bimbang pada hari ini, banyak di antara pertindihan.

Contohnya, bila bidang kuasa extraction yang ada, majlis perbandaran contohnya, ada bidang kuasa perparitan, ya.

Itu merupakan bidang

kuasa Majlis Perbandaran Penampang, ya.

Bila berlaku satu kejadian banjir di kawasan perumahan yang saya menetap, di Bundusan.

Bila kita bertanya, ini bidang kuasa Majlis Perbandaran Penampang. Lepas itu parit yang ada, ya. Tapi terkadang itu ada juga pertindihan setengah parit di Bandaraya Kota Kinabalu, bidang kuasa JKR. Lepas itu, kita tanya ini di bidang kuasa Kementerian Pertanian. 3 badan yang bertanggungjawab dalam usaha untuk menjaga.

Cuma parit saja.

Longkang parit. Takkan kita tak boleh selaraskan.

Jadi saya berharap kalau ada pindaan seumpama ini dapat kita lakukan very comprehensive, ya.

Pindaan-pindaan yang kita lakukan bukan hanya dari segi contohnya, storage minyak yang ada tetapi pengurusan, pentadbiran majlis itu yang membolehkan supaya keselesaan bila rakyat buat complaint kepada mana jabatan yang kita nak tuntut.

Walhal, Kementerian Pertanian dan Perikanan tidak seharusnya berada di bandar raya.

Dia menjaga ikan.

Dia menanam sayur.

Tapi terkadang itu mereka juga bertanggungjawab untuk mengurus tadbir perparitan di bandar raya. Sama ada di Tawau. Sama ada di Kota Kinabalu. Sama ada di Sandakan. Jadi perkara ini perlu kita selaraskan. Saya berharap ianya dapat di very comprehensive kind of approach amendment of enactment yang ada supaya membolehkan bila kita bagi kuasa kepada majlis perbandaran ini mempunyai bidang-bidang kuasa, tidak ada pertindihan dia, ya. Bukan hanya seperti yang saya sebutkan tentang pengurusan pentadbiran perparitan cuma saya ingin melihat dari segi extraction of oil and gas. Saya cukup bimbang itu, ya. Kerana ini kita bagi kuasa kepada kerajaan tempatan, ya, yang sepatutnya ini merupakan bidang kuasa Ketua Menteri yang ada yang boleh menentukan tentang pelantikan syarikat-syarikat extraction of gas and oil. Contoh, macam kita lihat bagaimana berlaku piping yang telahpun dicadangkan berapa tahun dahulu.

Duit kita belanja beberapa bilion tapi paip dari sampai ke Sandakan ke Kota Kinabalu, ya. Daripada apa nama Sipitang ya, sepatutnya dibina untuk membolehkan supaya bekalan-bekalan gas yang ada dapat kita berikan kepada masyarakat di peringkat akar umbi khususnya di daerah-daerah yang yang agak berjauhan.

Jadi Datuk, yang Speaker saya ingat masa agak singkat.

Saya harap perkara-perkara seperti apa yang saya sebutkan tadi dapat dijelaskan oleh Yang Berhormat

Menteri untuk bagaimana menghalusi supaya bidang kuasa ini kalaupun ada pindaan ya, dia perlu merangkumi beberapa perkara dan yang perlu bukan hanya dari segi kutipan yang perlu kita perolehi, tapi pengurusan pentadbiran majlis itu harus merangkumi contohnya, kemudahan-kemudahan asas yang ada baru kita letakkan dia diiktiraf sebagai majlis.

Jangan hanya iktiraf majlis tapi dia, kemudahannya, pengangkutan bas, kemudahan asas, bekalan elektrik, bekalan air dan kemudahan-kemudahan jalan raya yang sepatutnya menjadi perkara yang dekat dengan jiwa manusia di kawasan-kawasan majlis perbandaran.

Terima kasih banyak atas peluang yang diberikan untuk saya terlibat dalam perbahasan ini. Terima kasih banyak.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Yang Berhormat Menteri boleh jawab?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih kepada 3 Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tadi, daripada Sebatik, ya. Sebatik daripada Pintasan dan juga daripada Senallang. Pertama yang saya ingin nyatakan ialah proses menyediakan Rang Undang-Undang ini telah dibuat secara komprehensif. Bukan sahaja kita telah memanggil ataupun melibatkan semua yang terlibat dalam pengurusan nanti tapi juga daripada peguam dan sebagainya. Soal, saya jawab dulu kepada apa ini daripada Senallang.

Soal mengambil alih apa ini kuasa Ketua Menteri tidak, Ketua Menteri tidak timbul sama sekali. Apa yang kita tambah ialah selain daripada bangunan, kita juga masukkan struktur. Struktur penggalian atau pemprosesan minyak.

Minyak, Ketua Menteri atau PETRONAS.

Tapi, apa itu syarikat bangunan itu, itu bangunan kena cukai. So, kita kena bezakan struktur bangunan dan juga fungsi bangunan tersebut. Macam juga minyak, minyak apa itu, minyak kelapa sawit. Kita ada apa itu, kita dirikan minyak kelapa sawit. Apa itu..

Tuan

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, jam menunjukkan tepat 12.30. Yang Berhormat Menteri boleh sambung balik jam 2.00 ya.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Jadi, menjadi kilang kelapa sawit.

Kilang kelapa sawit dimesinkan...

24/03/2022 – RAKAMAN 15(a) [12:30 PM – 12:37 PM] – [LOVELLA] – BNM

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

…. kelapa sawit dimesinkan oleh agensi lain, tapi bangunan itu dia mesti bayar cukai. Habis,

Speaker

Yang Berhormat Menteri…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Sekejap je Tuan Speaker, 5 minit selesai. Itu satu, so saya boleh bagi assurance atau perakuan kepada Senallang tidak timbul soal pertindihan kuasa, yang ini ambil lah cukai tapi ini jangan lupa bayar cukai kepada PPT, ah itu dia punya tujuan tu iaitu cukai bangunan, cukai struktur itu saja, itu kedua.

Satu, kedua sebenarnya Majlis Bandaraya tiada kaitan dengan Dewan Bandaraya. Dewan Bandaraya di bawah Jabatan Ketua Menteri dan dia sebenarnya is governed by the city of Kinabalu macam kalau kita Kinabalulah. City of Kinabalu Enactment 1996, yang ini is governed by apa ini local government ordinance 1961 dan sekarang pindaan local government ordinance amendment 2022 these are two different things all together.

Nombor tiga, syarat seperti mana yang saya telah umumkan tadi tetap sama. We are not, dengan izin Tuan Speaker we are not going to compromise, need to comply with all the required all the criteria to apa tu untuk menaikkan taraf menjadi sebuah Bandaraya, dan akhir sekali Tuan Speaker, barangkali saya setuju dengan apa itu Senallang infrastructure asas tu penting perhaps untuk amendment ini, ini akan menjadi insentif kepada bandar-bandar yang menjadi calon untuk dilantik apa itu Majlis Bandaraya untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan yang ada, Tuan Speaker.

Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Safie bin Haji Apdal [Senallang] :Terima kasih Yang Berhormat Menteri ya telah menjelaskan tentang pada apa ini bukan Majlis ni lain sikit ya, tapi bila saya baca enactment yang ada ini contohnya, Pindaan Seksyen 54 ya, Seksyen 54 ibu dipindah dengan memasukkan sebelum perkataan mini

superb council kepada perkataan sebelum ini perkataan dia mini superb council dewan ya, and now kita pindah kepada City Council Majlis Perbandaraan. Ya but the same? Is it the same? Is it not the same? Because we are talking about the people adakah penamabahan dari segi authority yang ada.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Kita elevate they become Majlis Bandaraya, sebelum dia jadi Majlis Bandaraya dia jadi Majlis Perbandaraan. So, sebenarnya kita tambah satu peringkat Dewan Bandaraya di bawah Bandaraya Dewan Bandaraya under JKM, di bawah bandaraya sikit sikit juga ada bawah ah itu Majlis Bandaraya, di bawah Majlis Bandaraya Majlis Perbandaraan, di bawah Majlis Perbandaraan apa itu…

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sidang digantung dan disambung semula pada jam 2:00 petang.

Meaning there is a new body? Meaning there is a new body? is a new body?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

is a new body.

New body bukannya…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Bukan, bukan, bukan…

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat Senallang, Ahli Yang Berhormat Menteri sidang digantung dan disambung semula pada jam 2:00 petang. Oleh itu Yang Berhormat boleh sambung semula ya.

Sidang Berhenti Rehat [12:30 tengah hari - 02:00 petang]

Speaker

Yang Berhormat Menteri, sila sambung.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih, Tuan Speaker.

Sepertimana yang saya perjelaskan tadi, kebimbangan dan juga cadangan yang telah dizahirkan oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri khususnya ADUN daripada Senallang. Saya telah pun memberi penjelasan dan untuk menyatakan bahawa pertama dia tidak timbul apa ini, pertindihan kuasa di antara menteri atau kementerian lain dan juga Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Kedua, saya juga telah perjelaskan bahawa struktur pengeluaran minyak dan sebagainya yang dinyatakan disini bukan merujuk kepada kerja mengorek. Dia merujuk kepada struktur yang dibinakan yang dibina untuk membolehkan kerja mengorek itu misal kata dapat dilakukan.

Dalam rumusan yang pendek Tuan Speaker, apa yang saya ingin nyatakan ialah soal mengambil minyak, soal mengorek minyak itu urusan perlesenan oleh agensi lain.

Tetapi selagi dia mengakibatkan pembinaan struktur dia perlu bayar cukai akses kepada PBT. Jadi itulah sepatutnya penjelasan yang saya ingin nyatakan pada hari ini Tuan Speaker dan kalau secara ringkas saya boleh simpul, saya ucapkan terima kasih di atas partisipasi ataupun penyertaan daripada semua ADUN, 4 orang kalau saya tidak silap atau 3 orang daripada Sebatik, Pintasan dan Senallang. Dan untuk pengetahuan yang Tuan Speaker, sebenarnya saya sudah pun ada engagement dengan semua wakil rakyat kemarin untuk memberi penjelasan secara terperinci setiap intipati. Apa ini, Rang Undang-Undang ini agar tidak ada kekeliruan mahupun salah faham mengenai matlamat dan fungsi dan fungsi Rang Undang-Undang ini. Tuan Speaker, terima kasih di atas perhatian yang telah diberi kepada Rang Undang-Undang ini.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2022.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa hari apa?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Sila cadang.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-Undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan disegerakan dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Majlis Dalam Jawatankuasa Peringkat Jawatankuasa

Speaker

[Cokmar diturunkan oleh Betara Mesyuarat] Pengerusi:

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga Fasal 17 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-Undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula Sebagai Majlis Mesyuarat

Speaker

[Cokmar dinaikkan oleh Bentara Mesyuarat]

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang...

Speaker

Sebentar Yang Berhormat Menteri.

Sebentar sebentar. Cokmar belum diangkat jadi kita masih dalam. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang itu telah pun dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada apa-apa pindaan.

Speaker

Bacaan ketiga hari apa? Sila jalankan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Enakmen Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2022.

Rang Undang-Undang Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022, Bacaan Pertama.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Rang Undang-Undang Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022.

Speaker

Bacaan yang kedua bila Yang Berhormat Menteri?

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Baiklah.

Rang Undang-Undang Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022, Bacaan KeduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022, Bacaan Kedua.

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Speaker

Silakan.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Pembekalan Air Sabah 2003 yang bertajuk Rang Undang-Undang Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022.

Tujuan utama pindaan enakmen ini adalah untuk memperkukuhkan dan memperkasakan peruntukan perundangan termasuk kuasa penguatkuasaan serta menambah baik mutu perkhidmatan bekalan air yang sedia ada. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada ketika ini enakmen ini telah dilaksanakan sejak 19 tahun yang lalu tidak ada perubahan dan kita melihat bahawa Jabatan Air Negeri Sabah ini diibaratkan seumpama harimau yang garang tetapi tidak ada taringnya. Justeru itu, kita mengemukakan satu pindaan untuk memastikan jabatan air dapat memainkan peranan secara lebih mantap dan berstruktur serta mengikuti peredaran masa dari masa ke semasa.

Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat dan sedia maklum, Jabatan Air Negeri Sabah menjalankan operasi selaras dengan bidang kuasa pihak berkuasa air negeri sebagaimana yang termaktub di dalam Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.

Semua enakmen yang dikuatkuasakan pada 2 Januari 2004 bagi menggantikan Ordinan Bekalan Air Sabah 1961. Pindaan enakmen ini dilakukan bersama dengan penggubalan peraturan baru yang dinamakan Peraturan-peraturan Bekalan Air Sabah Retikulasi Air dan Pemasangan Paip 2022 bagi menambah baik keperluan dalam aspek teknikal dan operasi Jabatan Air Negeri Sabah yang sedia ada berdasarkan Peraturan-peraturan Bekalan Air Sabah 1961.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, undang-undang yang diguna pakai pada masa ini adalah Enakmen Bekalan Air Sabah 2003, Peraturan Bekalan Air 1961 dan Peraturan-peraturan Bekalan Air Sabah Pelesenan 2021 sebagai standard dan garis panduan dalam pentadbiran pengurusan air di negeri Sabah.

Bagi merealisasikan keperluan ini, sebanyak 3 kali siri bengkel menyemak dan menggubal pindaan enakmen ini telah diadakan bermula pada 13 hingga 15 Julai 2020 hingga 2022 Disember 2021 dan 10 hingga 14 Januari 2022 yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Air Negeri Sabah bersama dengan pihak Kementerian Kerja Raya, pegawai-pegawai bahagian gubalan undang-undang, pejabat Peguam Besar Sabah telah bekerjasama dalam menggubal undang-undang ini. Antara justifikasi lain..

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Antara justifikasi lain undang-undang yang akan saya bentangkan ini adalah untuk meningkatkan amaun penalti yang lama dan sudah lapuk bagi setiap kesalahan.

Maka ini dapat membantu meningkatkan pungutan hasil air negeri Sabah melalui pengeluaran kompaun dan penambahbaikan pengurusan pembayaran tunggakan hasil.

Hari ini pun, berpuluh-puluh juta Datuk Di-Pertua yang tidak dapat apa ini dihasilkan itu melalui bil-bil air yang tertunggak. Dalam masa yang sama, jabatan air kerugian lebih kurang 59%, air yang tidak berhasil ataupun non revenue water disebabkan banyak apa ini tiping di paip jabatan air, banyak tiping haram dan sebagainya dan ini menyukarkan kita, untuk terus memastikan bahawa jabatan air boleh benar-benar memainkan peranan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Sabah.

Justeru itu secara umum, isi kandungan cadangan Rang Undang-Undang ini mempunyai sebanyak 20 Pindaan Seksyen, 7 Seksyen Baharu, 7 Seksyen Mengganti dan 4 Pemotongan Seksyen yang dibuat berdasarkan Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah Pindaan 2022. Antara 20 Pindaan Seksyen yang dibuat Pindaan Am Seksyen 2, 8, 9, 23, 26, 34, 49, 50, 51, 53, 54, 56, 59, 60, 61, 64 dan 72. Sebanyak 7 Seksyen baharu telah digubal dan dimasukkan bagi menguatkan lagi fungsi Jabatan Air Negeri Sabah iaitu Seksyen baharu 4A, 7A, 15A, 22A, 29A, 66A, 72A dan 72B. Sebanyak 1 bahagian dan 5 Seksyen penggantian yang terlibat iaitu penggantian keseluruhan pada bahagian 7, Penguatkuasaan Seksyen 52, 65, 66, 67 dan 74.

Datuk Speaker, Fasal 1 mengandungi 7 ringkas, 7 tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuatkuasa enakmen yang dicadangkan.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda Seksyen 2 Enakmen untuk memasukkan tarif baru untuk menggantikan tarif tertentu dan memotong tarif istilah tertentu yang digunakan dalam enakmen. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan Seksyen Baharu 4A bagi memberi kuasa kepada pihak berkuasa air negeri Sabah, untuk membuat perjanjian penswastaan dan dengan konsesi perkhidmatan bekalan air.

Fasal 5 bertujuan untuk memotong Seksyen 5 dan 6 memandangkan perkara yang diperkatakan dalam Seksyen-Seksyen itu telah dimasukkan dalam Seksyen baharu 7A yang dicadang dalam Fasa 6.

Fasa 6 bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 7A bagi memberi kuasa kepada pihak berkuasa air negeri untuk mewakili fungsi, mewakilkan fungsi atau kuasanya kepada mana-mana pegawai. Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 15A, bagi memberi kuasa kepada pihak berkuasa air negeri untuk menolak dan menggubal, menggabungkan akaun pengguna. Fasal 10, bertujuan untuk memasukkan Seksyen Baharu 2022 bagi memperuntukkan bahawa tiada bahan kimia untuk merawat air boleh diguna melainkan jika telah diluluskan oleh pihak berkuasa air negeri dan bagi mengawal selia penggunaan dan penyimpanan bahan kimia perawatan air. Fasal 13, bertujuan untuk memasukkan Seksyen baharu 20A bagi mengadakan peruntukan yang berhubungkan dengan ganjaran. Fasal 16, bertujuan untuk menggantikan. Ganjaran ini Datuk Di-Pertua adalah apabila kita dapati, ada public yang suspek ada pencurian air dan dia melaporkan kepada jabatan air, maka kita akan memberi ganjaran kepada yang melapor sebab apabila laporan itu tepat dan betul setelah kita siasatkan, sudah tentu jabatan air dapat menjimatkan lagi kebocoran air dan kecurian air dan sebagainya sebab itu kita gunakan sistem ganjaran.

Fasal 16, untuk menggantikan bahagian 7 dengan bahagian 7 yang baharu, berhubung dengan penguatkuasaan. Bahagian baru ini mengandungi Seksyen baharu 7, 37A hingga 37R. Seksyen-seksyen baharu ini memperuntukkan antara lain kuasa penyiasatan, penggeledahan dengan waran, penggeledahan tanpa waran, kuasa untuk menyita kelengkapan dan sebagainya. Kuasa untuk mengelak premis pelucutan hak dan pelepasan. 72B dalam bahagian 10 untuk menambah baik peruntukan pengkomponen kesalahan.

Fasal 38, bertujuan untuk menggantikan Seksyen 74 Enakmen bagi mengadakan peruntukan bagi perlindungan pihak berkuasa air negeri. Pegawai-pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang menjalankan kuasa di bawah enakmen daripada tindakan guaman jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati. Pindaan

lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam Rang Undang-Undang ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

Tuan Speaker, seperti yang saya telah bentangkan tadi tujuan utama pindaan enakmen ini adalah untuk memperkukuh dan memperkasakan peruntukan perundangan termasuk kuasa penguatkuasa serta menambah baik mutu perkhidmatan bekalan air yang sedia ada.

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas sekarang. Dengan itu, saya menjemput Ahli Yang Berhormat N.6, N.9 Tempasuk untuk berucap 10 minit ya.

2:16 petang

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Datuk Speaker, terima kasih kerana memberikan izin kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-Undang Pengurusan Bekalan Air Sabah Pindaan 2022.

Saya berdiri di sini untuk menyokong Rang Undang-Undang yang telah dibentangkan oleh Menteri Kementerian Kerja Raya. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada ketua menteri dan Kerajaan GRS yang telah menyokong cadangan Pindaan Rang Undang-Undang Bekalan Air 2022.

Saya ingin menegaskan bahawa melalui pindaan ini hanya mampu menaikkan jumlah penalti bagi setiap kesalahan dan memberi peringatan dan pengajaran kepada pesalah. Di samping itu, ia dapat membantu meningkatkan pungutan hasil dalam pengeluaran kompaun dan sedikit sebanyak mampu menangani isu seperti kes penyambungan bekalan air secara haram yang berlaku secara berleluasa. Datuk Speaker, sehubungan dengan itu sekali lagi saya, saya ingin menekankan bahawa keperluan terhadap pindaan ini adalah amat wajar bagi membolehkan penggubalan peraturan baru yang kini Peraturan-Peraturan Bekalan Air Sabah. Saya akhiri perbahasan saya di sini Datuk Speaker. Saya menyokong terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tempasuk. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat N.25 Kapayan. How are you today, YB?

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Thank you, Speaker, ya baik terima kasih.

Speaker

Good.

2:19 petang

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Datuk Speaker atas peluang ini untuk mengambil bahagian membahas Rang Undang-Undang Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah Pindaan Sabah 2022 satu point saja Datuk Speaker, YB Menteri. Saya melihat Seksyen 4A berkenaan dengan perjanjian penswastaan ini yang memberi kuasa contractor untuk membuat beberapa perkara dalam seksyen ini termasuklah membina, mengurus, memeriksa, mengendali atau menyelenggara mana-mana sistem bekalan air memberikan perkhidmatan bekalan air dan membuat apa-apa perkara lain yang perlu. Datuk Speaker, saya ingin bertanya adakah terdapat garis panduan berkaitan perjanjian penswastaan supaya contractor tersebut akan diteliti dan dikawal selia oleh kementerian bagi memastikan perjanjian tidak akan mendatangi mendatangkan masalah ataupun membebankan rakyat?

Kita sedar di mana beberapa penswastaan yang kita lihat sebelum ini boleh memperbaiki...

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

… boleh memperbaiki peringatan tapi boleh juga boleh bererti peningkatan harga atau caj air kerana menampung kos-kos berkaitan pembekalan air tersebut.

Saya mencadangkan Datuk Speaker, agar garis panduan tersebut supaya sebelum pindaan ini berkuatkuasa.

Saya juga ingin bertanya kepada Menteri, berkaitan statement tadi, berkenaan non revenue water dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani non revenue water tersebut sebab ini ada kaitan dengan Pindaan Undang-undang yang dibentangkan.

Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, Kapayan. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat N.47 Telupid. 10 minit ya.

2:21 petang

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih kerana memberikan izin kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang Pengurusan Bekalan Air (Pindaan) 2022. Saya berdiri di sini untuk menyokong Rang Undang-undang yang telah dibentangkan oleh Menteri, Kementerian Kerja Raya.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan kepada Ketua Menteri dan Kerajaan GRS kerana telah menyokong cadangan Pindaan Rang Undang-undang Bekalan Air Pindaan 2022 yang bertujuan untuk memperkasakan perundangan dan penguatkuasaan serta menambah baik mutu perkhidmatan bekalan air yang sedia ada.

Datuk Speaker, Pindaan Rang Undang-undang ini adalah amat penting bagi membolehkan Pihak Berkuasa Air Negeri memberikan kuasa perwakilan atau authorization kepada mana-mana pegawai yang berkuasa di bawah pindaan enakmen yang dibentangkan tadi.

Selain itu, pindaan ini juga mampu menambahbaik mutu dan sistem perkhidmatan bekalan air di negeri Sabah.

Saya akhiri perbahasan ini, di sini Datuk Speaker, saya menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat.

Kali pertama kamu tidak masa tambahan. Kamu tidak minta masa tambahan ya. Bagus. Yang Berhormat Menteri, sila jawab dan gulung.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri kerja Raya · Lamag

Tuan Speaker, terima kasih kepada apa ini 3 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang daripada Tempasuk, Kapayan dan juga Telupid.

Dan apa ini?

Daripada Tempasuk. Saya ingin nyatakan bahawa matlamat ataupun tujuan akta ini bukan hanya untuk membebankan kepada pesalah ataupun sengaja untuk kita

mencari tambahan, income kepada kerajaan. Tetapi mesej kita iaitu supaya sama ada individu ataupun mana-mana syarikat, supaya mereka berhati-hati dan bertanggungjawab apabila diberikan apa ini?

Contohnya, projek, tender dan tidak tender. Mereka perlu melihat bahawa keperluan utilities di bawah itu perlu diperlihara dan jangan orang kata radu terus apa yang dia nampak. Sebab saya nyatakan hampir semua kontraktor yang mendapat projek Pan Borneo kah apa kah?

Telah melakukan kesalahan tidak kurang daripada 10 kali tetapi mereka tidak endahkan sebab kompaun dia RM5 ribu, RM3 ribu. Jadi sebab itu, kita introducekan Akta Baru ini kepada RM50 ribu, kesalahan kedua ke RM100 ribu, mungkin RM200 ribu.

Jadi ini untuk memastikan apabila paip air atau elektrik ini dilanggar begitu sahaja, jadi rakyat bising.

Air tidak jalan, untuk repair air bukan boleh repair serta merta. Panggil kontraktor lagi, buat elektrik pun begitu.

Jadi seolah-olah kita tidak ada peraturan yang dihormati.

Bagi menjawab Ahli Dewan Undangan daripada Kapayan, sebenarnya akta ini kita duduk bersama-sama dengan pihak Peguam Besar Negeri Sabah dan kita akan buat comparison mana yang baik dan tidak membebankan mana-mana pihak dan tidak juga apa ini? Orang kata sengaja mencari kesilapan sebab itu apabila akta ini kita masukkan iaitu ada enforcement with warrant, ada yang without. Without warrant itu bermakna di premis kerajaan di mana kita boleh masuk yang berwaran itu bermakna bukan premis kita, public premis tapi kita gunakan waran untuk masuk sebab kita tidak mahu kita lengah-lengahkan.

Akhirnya bukti untuk kita membawa kes itu ke Mahkamah sudah dihilangkan.

Jadi, kita Insya-Allah kita akan memastikan perjanjian-perjanjian yang kita meteraikan ini termasuk memberi lesen kepada operator-operator air. Selama ini kita tidak ada, Jabatan Air tidak ada kuasa pun untuk memberi lesen kepada mereka.

Jadi kita berikan mereka authority untuk melesenkan dan agreement ini akan kita bentang secara transparent kepada mana-mana pihak. Kita tidak mahu lagi berlaku ada termeterai perjanjian 20, 30 tahun yang lalu yang mengakibatkan air di Sabah ini berhadapan dengan masalah yang besar.

Demikian juga dengan ADUN daripada Telupid. Terima kasih Yang Berhormat apa ini memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan usaha murni ini untuk kita memastikan bahawa misi kita menjelang 2024 tidak lagi ada isu air tidak diterima oleh rakyat negeri Sabah.

Ini misi kita.

Sekurang-kurangnya kita kurangkan mungkin 50% masalah ini dari masa ke semasa.

Terima kasih iaitu Yang di-Pertua, saya apa ini mohon untuk meneruskan lah mencadangkan perkara ini. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali Kedua.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, Peringkat Jawatankuasa bila?

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri kerja Raya · Lamag

Hari ini Yang di-Pertua.

Speaker

Sila cadang.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri kerja Raya · Lamag

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah Jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Majlis Dalam Jawatankuasa Peringkat Jawatankuasa

Speaker

[Cokmar diturunkan oleh Betara Mesyuarat] Pengerusi:

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 39 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah Fasal 1 hingga 39 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula Sebagai Majlis Mesyuarat

Speaker

[Cokmar dinaikkan oleh Bentara Mesyuarat]

Speaker

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri kerja Raya · Lamag

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.

Speaker

Bacaan Ketiga hari bila?

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri kerja Raya · Lamag

Hari ini juga Tuan Speaker.

Speaker

Sila jalankan. Sila jalankan.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri kerja Raya · Lamag

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibaca kali yang Ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali Ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Bekalan Air Sabah (Pindaan) 2022.

Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2022Bill

Setiausaha Dewan

Setiausaha Dewan:

Rang Undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022, bacaan Pertama.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal selia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam bagi maksud menyelenggarakan kebersihan yang sepatutnya dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya...

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II [Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun]:... perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Setiausaha Dewan:

Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022.

Speaker

Bacaan kedua bila?.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Baiklah.

Setiausaha Dewan:

Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022, bacaan kedua.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangankan bahawa Rang Undang-Undang itu dibaca bagi kali yang kedua sekarang. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan satu Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022 dibaca kali kedua sekarang. Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan dan mengawal selia pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Sabah.

Tuan Speaker, sebagaimana yang Ahli-ahli Berhormat sedia maklum, pengurusan dan pelupusan sisa pepejal merupakan salah satu fungsi utama Pihak Berkuasa Tempatan.

Walau bagaimanapun, tanggungjawab serta tatacara pengurusan tidak dinyatakan dengan terperinci di bawah Seksyen 49 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 23 Mac 2016 telah sebulat suara menolak pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau apa yang dipanggil Akta 672 dan Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau dikenali sebagai Akta 673. Jemaah Menteri negeri Sabah sebaliknya telah memutuskan agar satu enakmen diwujudkan untuk melaksanakan tugas pengurusan pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam di

negeri Sabah, selain memastikan kuasa eksekutif pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Tuan Speaker, dengan adanya Rang Undang-Undang ini, Majlis Pengurusan Sisa Pepejal Negeri Sabah akan ditubuhkan.

Majlis ini akan memberi fokus yang lebih terperinci kepada masalah pengurusan dan pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan lebih sistematik, holistik, dan efektif untuk semua Pihak Berkuasa Tempatan.

Melalui penubuhan majlis ini juga, Kerajaan Pusat boleh menyalurkan peruntukan kewangan terus kepada majlis ini kelak selaras dengan Bahagian 4 Rang Undang-Undang yang dicadangan kerana ianya berkemampuan untuk mengendalikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara menyeluruh di negeri Sabah.

Tambahan pula perkara berkaitan kebersihan, adalah di bawah senarai bersama dalam Jadual Kesembilan (9) Perlembagaan Persekutuan.

Antara fungsi dan tanggungjawab majlis seperti berikut; a) Untuk memberi arahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pentadbiran wajar serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan juga pembersihan awam; b) Merumuskan dasar pelan dan strategi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam; dan c) Memantau dan mencadang apa-apa penambahbaikan mengenai teknologi baharu pengurusan sisa pepejal dan juga pembersihan awam. Tuan Speaker, keanggotaan majlis adalah terdiri daripada anggota pegawai-pegawai kerajaan yang sedia ada dan 5 anggota lain daripada kalangan NGO yang mempunyai kepakaran masing-masing dan yang akan dilantik oleh menteri yang berkenaan.

Tuan Speaker secara umumnya, isi kandungan cadangan Rang Undang-Undang ini mempunyai 12 Bahagian dan 72 Seksyen.

Tempoh kuat kuasa cadangan Rang Undang-Undang adalah daripada tarikh disiarkan melalui warta. Bahagian satu (1),

mengandungi perkara permulaan, tajuk ringkas, enakmen dan tarikh kuat kuasa enakmen dan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam untuk membuat perjanjian dengan mana-mana orang tentang perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam.

Bahagian dua (2), mengadakan peruntukan bagi penubuhan Pihak Berkuasa Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta fungsi dan kuasanya bahagian ini dan fungsi dan kuasa bahagian ini juga memberi menteri kuasa untuk memberi arahan kepada pihak berkuasa.

Bahagian ketiga (3), mengandungi peruntukan berhubungan dengan Majlis Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

Bahagian keempat (4), mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan kumpulan wang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Bahagian lima (5), mengadakan peruntukan mengenai larangan pembinaan, pengubahan atau penutupan mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam terlebih dahulu.

Bahagian empat (4), memperkatakan tentang perlesenan mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, menguruskan atau mengendalikan apa-apa kemudahan pengurusan sisa pepejal dan juga mengusahakan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam.

Bahagian tujuh (7) pula, memperkatakan tentang caj. Bahagian ini memberi Menteri kuasa untuk menetapkan caj, fee atau levi bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan untuk memberi kuasa mana-mana orang yang dengannya satu perjanjian telah dibuat dan mengadakan peruntukan bagi mendapatkan caj, fee atau levi oleh orang dengannya dengan perjanjian itu.

Bahagian kelapan (8), memperkatakan tentang kawalan ke atas penghasil sisa ya, pepejal ke atas hasil sisa pepejal dan orang yang memiliki sisa pepejal terkawal.

Bahagian sembilan (9), memperkatakan tentang peruntukan penguatkuasaan. Bahagian kesepuluh (10), membuat peruntukan berkenaan dengan pengurangan dan mendapatkan semula sisa pepejal terkawal.

Bahagian sembilan (9), sebelas (11), mengandungi peruntukan am dan Bahagian dua belas (12), memperkatakan tentang peruntukan kecualian dan peralihan. Pengubalan Rang Undang-Undang ini telah melibatkan semua pemegang taruh atau stakeholders. Isu-isu yang dimasukkan dalam Rang Undang-Undang ini, diperolehi melalui salah satu sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Rang Undang-Undang ini turut melibatkan kajian yang komprehensif dan rujukan terhadap Model Undang-Undang Kerajaan Persekutuan. Hasilnya Rang Undang-Undang ini digubal sebagai suatu undang-undang dengan mengambil kira keperluan semasa dalam negeri Sabah dan lebih menjaga kepentingan pelbagai pihak. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahaskan sekarang. Dengan itu saya menjemput Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik, Yang Berhormat Dr. Aliakhbar bin Gulasan. 10 minit.

2.39 petang

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya menyokong penuh lah Rang Undang-Undang yang telah dibentangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tadi. Dan kedua, saya juga mengucapkan tahniah sepertimana yang diucapkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kerajaan Sabah menolak penggunaan ataupun penguatkuasaan Akta 672. Maknanya kita akan menguruskan sisa pepejal ini dengan sendirinya.

Sebelum saya pergi kepada perkara-perkara yang akan dibangkitkan, saya ingat semasa saya di universiti, saya mengajar subjek yang lebih kurang seumpama yang dibayangkan ini. Isu sisa pepejal ini merupakan isu yang sangat besar terutamanya di negara-negara sedang membangun termasuklah di negeri kita di Sabah ini. Saya panjangkan kepada pelajar saya dan boleh mungkin kita boleh bawa ke sidang DUN ini juga kepada Dewan yang mulia.

Kita bawa satu konsep saya menyampaikan kepada pelajar...

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

... kepada pelajar saya dan boleh mungkin kita boleh bawa ke sidang DUN ini juga kepada Dewan yang mulia. Kita bawa satu konsep.

Saya menyampaikan kepada pelajar ini, “satu sampah, satu dosa” sebab soal sampah ini kita kena kaitkan juga dengan ketuhanan. Mana-mana agama pun kita tidak mahu ada dosa.

Bila saya pergi ke Ranau, saya nampak satu bunting, ya, “satu sampah, satu dosa”. Saya cari siapa yang buat bunting itu, bekas pelajar saya di universiti. So, kita kena terapkan ini.

Kita kena terapkan ini, termasuklah juga apa ini, Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan ini.

Kadang-kadang mungkin ada, minta maaf cakaplah, puntung-puntung rokok. Ini, ini kita kena jaga sungguh-sungguh. Bukan, tidak ada sifat prejudis, tetapi maknanya itu merupakan satu saranan yang perlu kita sama-sama jaga.

Speaker

Kalau itu, satu puntung, dua dosa.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

(ketawa) Yang itu Speaker cakap, bukan saya cakap. Yang kedua, soal kepimpinan melalui teladan. Isu sampah ini sepertimana kita lah, mungkin bila kita kerajaan negeri membawa usul seumpama ini dan akan dikanunkan, maka perkara yang penting adalah kerajaan negeri kena memulakan dahulu terutamanya, misalnya paperless.

Mungkin saya panjangkan juga kepada Datuk Speaker.

Saya difahamkan kalau saya silap, maafkanlah. Sekarang, kita punya handsard pun kita tidak masih belum, belum boleh akses melalui online. Mungkin lepas ini, insya-Allah boleh. Masih lagi

kita tengok dengan kertas secara hard copy. Mungkin ini soal-soal yang perlu kita timbulkan daripada semasa ke semasa, sebab soal sampah ini bukan saya soal kanun dan undang-undang, ataupun soal bidang kuasa tetapi juga adalah soal kesedaran, yang paling penting adalah soal kepimpinan yang orang boleh tengok. Kerajaan sudah memulakan, ada sifat-sifat dan nilai-nilai yang baik, dan berkebetulan juga sebelum saya masuk juga bila kata-kata “satu sampah, satu dosa” ini, Islam pula lebih mendalam dalam konteks ini.

Sebab itu Islam menyebutkan attahuru shatrul iman.

Dikaitkan pula dengan iman, sampah sarap kebersihan ini. Maka, ini satu kekuatan lagi. Seolah-olahnya bila kita buang sampah, ish, kita ini seolah-olah ada gangguan dari segi kekuatan hubungan kita dengan Tuhan. Allah Taala tambah lagi, wa siyaabaka fatahhir. Eh, kamu ini kena bersih, tidak boleh kotor.

Soal kebersihan bukan perkara-perkara, bukan perkara yang main-main. Kalau ayat Quran itu, sampah sarap di luar, wa siyaabaka fatahhir, ditambah pula, warrujza fahjur, dalam kamu juga kena bersih sebab dalam sifat, nilai, kamu juga kena jauh daripada khianat, kena amanah, jauh daripada hasad dan sebagainya. Jadi, saya kira itu di antara mukadimah. Berkait dengan apa ini kuasa ataupun Rang Undang-undang yang dibentangkan tadi, saya melihat ini merupakan satu perkara yang sangat dekat dengan konsep sustainable development. Kita meyakini dan kita melihat suasana sekarang sampah sarap ini di antara perkara yang sangat mengganggu masyarakat, yang nanti, yang saya ingin timbulkan bukan soal penubuhan majlis, tetapi soal penguatkuasaan selepas daripada itu.

Saya nampak itu di antara perkara yang sangat penting.

Sebagai contoh, apa ini, Datuk Speaker dan juga Ahli Dewan yang mulia, walaupun mungkin sebahagiannya bukan bidang kuasa kerajaan negeri.

Larangan merokok di tempat-tempat awam. Saya ingin mengambil credit daripada kerajaan-kerajaan yang lepas.

Ini satu kebaikan, tetapi sekarang kita melihat penguatkuasaan kita sudah jarang nampak jabatan kesihatan berada di restoran-restoran untuk mengadakan operasi.

Jadi, saya kira peraturan ini hanya tinggal di atas kertas sebahagiannya tetapi tidak turun kepada masyarakat yang akhirnya dia tidak mencapai matlamat yang kita inginkan.

Yang seterusnya apa ini, Datuk Speaker dan Yang Berhormat Menteri dan juga sidang Dewan yang mulia, saya tengok, katalah ditubuhkan Majlis Pengurusan Sisa Pepejal ini, bagaimana kita mahu menangani yang pertamanya sampah sarap di kawasan rating area?

Itu mungkin tidak terlalu sukar untuk ditangani di kawasan perkadaran tetapi di kawasan-kawasan yang jauh dan juga kawasan setinggan, remote area.

Kawasan-kawasan kampung yang kita melihat sampai sekarang rumah-rumah sampah ini, seolah-olah tidak ada yang mengurus rumah sampah ini. Dia kita kata bertimbun-timbun lah, sampah itu. Macam tidak ada Pihak Berkuasa Tempatan yang menguruskan.

Mungkin, selepas daripada ini kita mengharapkan perkara ini tidak berlaku lagi dengan adanya Rang Undang-Undang ini, kalau diluluskan sudah menjadi undang-undang nanti.

Perkara-perkara yang berlaku sebelum daripada ini, sifat yang membawa kepada nilai-nilai yang negatif, tidak berlaku.

Termasuk juga kawasan setinggan, kita tahu kawasan ini dia tidak digazetkan. Tapi perlu ada satu institusi ataupun apa-apa mekanisme. Mungkin tuan-tuan pun tahu lah dia kadang-kadang di kawasan setinggan sampah sarap ini bukan setakat kita nampak, dia timbul seumpama itu tetapi boleh berjalan di atas sampah. Maknanya, masyarakat kita agak sukar dan saya yakin PBT mungkin sebahagian tidak punya kuasa ada yang meletakkan tong sampah dan sebagainya tapi tidak mendapat kerjasama daripada penduduk.

Saya melihat perlu ada satu mekanisme yang bersungguh untuk mencapai matlamat dan objektif Sabah bersih dan juga mesra alam, seperti mana yang sangat kita inginkan.

Yang seterusnya Datuk Speaker, bila kita melihat kepada negara-negara yang sudah maju ke depan dan juga mengambil berat soal sisa pepejal ini. Kita saya rasa perlu meletakkan suatu unit ataupun paling kurang peringkat awal suatu pegawai khas yang mampu untuk terlibat secara langsung di pihak majlis tadi, untuk menjalankan penyelidikan berkala.

Soal sisa pepejal ini merupakan suatu perkara yang perlu dinilai dan perlu ada indicator-indicator untuk kita menilai kejayaan dan juga keberkesanan polisi yang kita bawa. Saya nampak itu perkara yang perlu juga kita, yang perlu kita tekankan.

Di samping itu, saya menekankan semula lagi dalam ucapan ini, dalam perbahasan ini, saya sudah sebut dalam perbahasan juga.

Saya rasa kita tidak punya, tidak

perlu bertangguh lagi, terlalu lama. Soal untuk menerapkan Konsep 3R ini, Reduce, Reuse, Recycle.

Kalau kita tidak lakukan sekarang, kata lah ditubuh, diluluskan undang-undang ini, ada majlis pengurusan sisa pepejal, saya rasa kita tidak boleh bertangguh sudah.

Perlu dijalankan Konsep 3R ini, kena didik masyarakat untuk mengasingkan sampah sebab di sana juga boleh menggambarkan nilai masyarakat itu dan juga kalau kita lihat di negara-negara maju, khususnya Jepun. Mereka diberi insentif, sampah yang diasingkan ini ditukar dengan bahan makanan dan barangan dapur.

Jadi andai lah misalnya, penduduk kita saya rasa peringkat awal ini kita kena bagi lah, hadiah dan insentif sebagainya supaya kita win-win situation. Negeri kita, negara kita, kawasan kita bersih dan masyarakat juga ada imbalan biarpun mungkin sedikit.

Biarpun hanyalah berbentuk cenderamata.

Saya nampak itu di antara kaedah untuk kita mengangkat nilai yang baik.

Pengalaman saya Datuk Speaker, menjalankan sedikit kajian berkaitan sisa pepejal bersama dengan team kita di Universiti Malaysia Sabah dulu, di antara perkara, di antara sampah yang susah mencari tempat adalah sisa elektrik daripada rumah, yang ini, dumping site.

Setahu saya lah, tidak tahu lah sekarang sudah berubah.

Kita mahu buang, contohnya di sini di Kayu Madang, tidak diterima sampah sarap elektrik ini.

Sekarang memang banyak lah dengan komputernya, dengan TVnya, mesin basuhnya, kalau daripada industri, lagi banyak.

Jadi maknanya perkara seumpama ini juga yang harus ditekankan oleh pihak apa ini, pihak apa ini, kementerian khususnya.

Mungkin juga berkait dengan sisa pepejal, dia ada kaitan dengan sosioekonomi. Kalau apa ini, Ahli-ahli Yang Berhormat pergi kepada di kawasan-kawasan dumping site ini, tuan-tuan akan nampak ramai scavenger.

Pencari-pencari, apa ini, pengutip-pengutip sampah ini.

Saya tengok perkara seumpama ini dia berantai lah, dia ada, ada circle dia, ada chain dia yang mungkin bukan hanya kementerian sebab dia juga boleh membantu sosioekonomi tetapi hanya perlu diurus supaya sampah sarap yang sampai kepada dumping site tadi, apa ini kawasan pembuangan sampah, tidak keluar semula dan memberi, menyebabkan kawasan lain pula yang, yang kotor selepas daripada itu.

Jadi saya kira apa ini, Datuk Speaker dan juga Yang Berhormat Menteri, saya sudah menyentuh lah mungkin serba sedikit dalam perbahasan ini.

Yang terakhir saya tengok, mahu tidak mahu dalam era ICT ini, kita kena juga ada engagement yang serius dengan mengguna pakai kaedah teknologi maklumat.

Ada mungkin ada pelbagai kaedah, misalnya IoT, internet pelbagai, pelbagai benda, disebut IoT ini…

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Saya tengok mahu tidak mahu dalam era ICT ini, kita kena juga ada engagement yang serius dengan mengguna pakai kaedah teknologi maklumat.

Ada mungkin ada pelbagai kaedah misalnya IOT internet pelbagai, pelbagai benda disebut IOT ini. Dia boleh tahu dimana sampah, rumah sampah yang sudah penuh, berapa ramai berapa banyak lori yang perlu diangkat, berapa ramai petugas. So, itu lebih sistematik, dan saya tengok sampah kita akan lebih terurus selepas daripada itu. Saya nampak itulah mungkin di antara perkara-perkara yang saya perlu sebutkan pada petang ini. Akhirnya saya dengan rendah diri menyokong, apa ini cadangan untuk kem, untuk Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Pindaan 2022.

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya hanya ingin membuat satu pembetulan.

Hansard yang diedarkan secara hardcopy itu hanyalah cabutan ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat masing-masing.

Untuk mendapat pembetulan, correction sebelum diserahkan balik pada DUN, untuk di upload online dan di dipaparkan di online. Jadi pembetulan ini kita tidak boleh buat online. Mesti secara hardcopy dan ini pun sudah ini sudah pun dibuat sejak sidang yang lepas. Dan sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat N.41 Liawan.

2:51 petang

Datuk Speaker, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ini 2022.

Datuk Speaker, pertama kali saya ingin mencadangkan agar kontraktor-kontraktor yang dilantik dalam pengurusan sisa pepejal terutama di peringkat daerah-daerah nanti, adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar berkelayakan dan berkemampuan dari segi modal, jentera dan tenaga kerja. Ini kerana kita tidak ingin mendengar aduan dan keluhan daripada rakyat berkenaan kelewatan dalam jadual kutipan sampah sehingga menyebabkan pencemaran bau disebabkan oleh kelewatan daripada kontraktor lantikan.

Datuk Speaker, saya juga berpandangan agar kempen-kempen kepentingan kitar semula di kalangan masyarakat dapat diadakan secara lebih kreatif dan inovatif melalui platform media-media sosial yang popular dan digunakan setiap hari oleh ramai pengguna seperti Tiktok dan Facebook.

Kempen dan pertandingan seperti menukar sisa sampah kepada seni atau waste to art, juga boleh dipertimbangkan terutama di peringkat daerah dan kampung bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan dan faedah kitar semula.

Akhir sekali Datuk Speaker, saya merasakan bahawa kita boleh mengambil sedikit iktibar daripada pusat pembuangan sampah di Pulau Semakau Singapura, tentang bagaimana kerajaan Singapura berjaya menjadikan pulau tersebut sebagai tapak pelupusan sampah yang mampu menjadi tarikan pelancongan serta habitat pelbagai jenis burung dan haiwan yang sukar dijumpai.

Itu sahaja Datuk Speaker, saya menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Liawan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.25 Kapayan.

2:54 petang

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Tuan Speaker memberi ruang mengambil bahagian dalam membahas Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022. Terima kasih YB Menteri, saya minta maaf sebab kelmarin tidak dapat pergi ke briefing kerana ada program sebelum ini yang sudah ditetapkan.

Saya menyambut baiklah YB Menteri dalam undang-undang ataupun undang-undang dalam ini kita terdapat dalam penubuhan majlis ini, telah sudah tetapkan bahawa 5 NGO akan dimasukkan dalam majlis pengurusan tersebut

dan saya rasa ini first time YB Menteri dan saya ingat satu penghormatan kepada pihak NGO.

Saya juga ingin sentuh kepada seksyen 18 yang memerlukan sesiapa yang mengendalikan khidmat ataupun mengusahakan pengurusan sisa pepejal mesti mendapat lesen dan saya ingin bertanyalah sama ada NGO-NGO atau mana-mana orang ataupun badan yang menjalankan kitar semula dengan tujuan bukan saja mengurangkan bebanan kepada kita punya PBT yang sekarang ini menjalankan tugas-tugas pengurusan sisa pepejal ini tapi juga bagi saya memberi kesedaran masyarakat secara am. Dan adakah mereka ini akan diperlukan mengambil lesen? Saya lihat seperti kita maklumlah ada beberapa NGO yang saya tahu sekarang Persatuan Suci misalnya, zero waste, habib plastik dan ada juga banyak sekolah. Saya juga banyak membantu sekolah-sekolah yang memungut sisa-sisa ini. Di kawasan saya ramai ataupun banyak sekolah yang membuat ini dan mereka meminta supaya ibu bapa dan pelajar-pelajar itu membawa misalnya bahan-bahan yang boleh dikitar semula plastik ataupun minyak dan ini bukan sahaja membawa sedikit kewangan kepada mereka tapi juga memberi kesedaran.

Ini yang penting YB Menteri, Tuan Speaker, untuk kanak-kanak kita ini supaya pada masa akan datang mereka juga akan tahu bahawa pentingnya kita mengurangkan sisa-sisa ini di rumah kita sendiri mula dengan keluarga kita. Saya juga banyak menjalankan program dengan Pengerusi JKK ataupun kampung-kampung untuk memungut. Ini bagi saya adalah satu pengurusan sisa-sisa ini dan mengambil dia dan menghantar supaya dia mengurangkan juga bebanan. Kalau di Penampang itu dihantar ke Kayu Madang.

Dan inilah saya cadangkan supaya ada pengecualian kepada mereka yang mengusahakan ataupun meningkatkan kesedaran dalam menyumbangkan kepada apa yang dituju tujuan Rang Undang-Undang ini. Satu lagi, seksyen, beberapa seksyen yang saya ingin sentuh adalah, Seksyen 32 hingga 34 di mana ini melibatkan arahan-arahan terhadap orang awam dan pihak yang berkepentinganlah dalam usaha mencapai pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam ini.

Oleh kerana denda yang dinyatakan dalam Seksyen 32 sama sehingga 38 ini agak besar, adakah kementerian akan menjalankan kesedaran dan ini harus dibuat dengan teliti ya kepada awam, the public lah. Dalam jangka masa yang tertentu sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan. Saya

pernah pergi ke Penang dan mereka mengambil sekurang-kurangnya 1 tahun dan dengan kesedaran awam dengan semua program pendidikan ini dibuat sebelum dikuatkuasakan denda pengenaan denda ini dan saya rasa ini adalah sesuatu yang penting sebab bukan sahaja kita bertujuan untuk memastikan bahawa sisa dan juga pembersihan ini dibuat tapi kita sendiri dari mula dari kita sendiri mula. Saya sendiri happylah mahu sharing sedikit sejak saya mula recycling 70% daripada sampah saya sendiri telah di berkurangan. Dan ini adalah sesuatu saya rasa yang kita mesti buat sendirilah untuk baru kita tahu bagaimana susahnya membuat ataupun senangnya membuat sesuatu tugas seperti itu.

Dan akhirnya bahagian 4 YB Menteri, Tuan Speaker, kumpulan wang yang untuk pengurusan ini kita tahu bahawa PBT yang menjalankan pembersihan pemungutan pengurusan sisa ini sentiasa mempunyai masalah yang banyak.

Lori rosak dan ataupun mereka tidak dapat mengikuti jadual yang berkala yang sudah ada ataupun mungkin tidak ada jadual langsung. So ini juga saya rasa penting bahawa kumpulan wang ini difokuskan untuk membantu PBT untuk memastikan bahawa kerja-kerja untuk tujuan pengurusan pepejal dan pembersihan awam ini dijalankan. Sekian terima kasih dan saya menyokong ...

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

….saya menyokong kepada Rang Undang-Undang yang dibentangkan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kapayan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.21 Luyang. 3:00 petang

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Datuk Speaker. Saya mengambil kesempatan ini untuk membahas sedikit sebanyak berkenaan pengurusan…

Speaker

10 minit lah.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Tak payahlah. Tak payah. Sekejap saja.

Speaker

Ah bagus.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Sisa pepejal. Saya lihat memang sememangnya ada keperluan untuk untuk untuk menubuhkan satu majlis untuk menguruskan sisa pepejal khususnya dari segi teknologi yang ada. So, saya rasa kalau kita lihat dari segi sampah-sampah dari rumah Taman Perumahan sehingga ke proses yang terakhir, saya lihat memang ada kekurangannya. So, saya minta majlis yang akan ditubuhkan itu melihat bagaimana kita dapat menambah baik seluruh proses itu. Dari dari awalnya hingga ke hujung. Kalau kita lihat baru-baru ini kita ada menerima banyak aduan. Kereta sampah compacter itu banyak banyak rosak di Kota Kinabalu. Saya difahamkan memang ada tambah bajet untuk membeli compacter yang baru atau pun lori kutip sampah yang baru. Tapi selalunya masih tidak mencukupi. Tapi juga cuba juga itu kereta lori yang mengutip sampah itu dia adalah sangat efficient. Dia sangat busuk, dia bukan yang yang canggih punya.

Dia bukan yang moden punya. So, kalau kita berbanding kepada negara atau pun city-city yang yang lebih advance.

Kita lihat satu orang boleh boleh apa pakai lori itu atau pun control the lorry itu. Sebagai contohnya, kalau kita lihat di Kota Kinabalu walau pun ibu kota kita dikatakan kita mahu menjadi satu bandaraya yang maju, canggih tapi kita punya lori kutip sampah masih busuk-busuk.

Sampai ke mana itu itu ada empat lima orang untuk kutip sampah tapi tapi kalau kita berbanding kepada bandaraya seperti di Australia, di Europe mereka ada kereta atau pun lori kutip sampah yang lebih canggih. Satu orang boleh kawal. Boleh pandu. Boleh kawal. Dia pakai teknologi yang ada untuk kutip sampah dan seterusnya itu, itu ada kebaikannya kerana kita boleh bayar gaji kepada sesiapa yang pakai lori itu dan kita boleh bagi mungkin 2000, 3000 sebulan. Satu orang kawal. Kutip sampah pakai itu lori. Seterusnya dia akan mewujudkan pekerjaan yang lebih mampan untuk kita punya anak-anak muda yang pakai lori itu. Apa yang saya cuba untuk utarakan adalah kita perlu pakai atau pun kita perlu utilize majlis ini untuk menambah baik teknologi yang ada. Kita tak boleh kembali ke old way of doing things. So, dengan adanya majlis ini tadi Yang Berhormat Menteri kata salah satu fungsi adalah melihat kepada teknologi yang ada untuk untuk menambah baikkan seluruh proses dari awal ke hujung. Bagaimana kita boleh dengan pakai guna dengan belajar dengan pengalaman-pengalaman dari bandaraya-bandaraya yang canggih dan dan lebih moden dan bagaimana mereka mengurus sisa pepejal.

ini yang saya nak katakan.

Kita terima banyak aduan sehingga hari ini Kota Kinabalu khususnya di bawah di kawasan saya. Sampah

sudah banyak tapi tak cukup lori untuk kutip sampah. Ianya adalah amat tidak baik untuk bandaraya kita.

So, saya minta majlis ini dapat memainkan peranan yang penting dari awalnya bagaimana kita boleh mengurus sampah dan pakai dengan teknologi yang ada untuk menambah baikkan seluruh proses ini.

Dengan itu saya menamatkan perbahasan saya.

Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada Luyang. Terima kasih.

Speaker

Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sulabayan. 3:08 petang Datuk Dr.

Terima kasih Tuan Speaker.

Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama membahas pasal cadangan Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan.

Terima kasih banyak.

So, bila kita bercakap tentang sampah.

Pengurusan sampah ini.

Ianya bukan lagi masalah dunia.

Masa dulu saya di kementerian Datuk, saya ucapkan terima kasihlah supaya kerana dapat membawa perkara ini dalam sidang dewan kali ini.

Sampah ini merupakan isu nasional di negara kita dan sampah ini saya melihat di merata rata tempat inilah yang kita katakan melambangkan kemajuan satu bangsa dan saya melihat 14 Negeri di Malaysia ini Sabah agak ketinggalan.

Sarawak dah selesai dah dan beberapa negeri lain. Jadi sangat tiba masa dialah perkara ini dibawa kerana ini seperti yang saya katakan apa juga pembangunan yang kita bawa untuk memajukan Negeri Sabah ini selagi sampah ini berkeliaran. Memang itu lah seperti apa yang dikatakan oleh YB Dilantik tadi soal sampah ini dia melibatkan diri kita sendiri. Sampah bukan datang daripada mana-mana.

Datang daripada kita.

Kalau sampah ini kita tidak urus, makna kita sendiri tidak dapat mengurus diri kita pasal kebersihan itu menjadi tuntutan.

Saya ringkaskan sahaja lah.

Kalau bercakap pasal sampah ini panjang sangat ini.

Saya yakin pihak kementerian pun telah bersedia untuk apa ini mengambil tanggungjawab sekalipun Rang Undang-Undang ini InsyAllah kita akan memang sokong penuh kerana ini menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat di Negeri Sabah ini. Kita cukup malu bila kita lihat macam Semporna masa tiga tahun yang lepas, sampai dikategorikan daerah yang terkotor sehingga kita buat waktu itu bila saya di kementerian ini bermacam-macam kaedah.

Kita nak buat siapa buang

sampah denda RM 500.00, RM1,000.00. Yang buang sampah ini orang yang tidak ada kemampuan.

Nak didenda mana nak dapat duit.

Nak masuk dalam tahanan atau penjara tak cukup. Hari-hari nak buang sampah. Ah itu yang kita buat kaedah, siapa buang sampah didapati oleh Pihak Berkuasa Pegawai Daerah waktu dulu dan juga kita punya Ketua Polis Daerah Peter Umbuas dulu.

Bagi satu idea, Datuk kalau kita denda pun memang tak mampu bayar. So, kita buat bila buang sampah suruh buat kerja pakai jaket monyet tulis di belakang dan sangat berkesan sehingga waktu itu ramai pihak-pihak NGO pun kritik kita. Ini sudah orang kata human right sampai buat laporan tapi kita tak peduli.

Pasal niat kita nak tempat itu bersih.

Tempat pelancong.

Maka kita dapat buat.

Alhamdulilah waktu itu dapat kita kurangkan sehingga waktu kita kementerian saya ingat Datuk Seri you punya pegawai saya bawa melawat ke Balik Papan.

Pasal Balik Papan ini dia menggunakan konvensional. Bukan menggunakan teknologi ini. pasal kita lawat ke Pulau Pinang.

Kita lawat ke Johor pun dorang menggunakan apa ini, generator yang begitu canggih dan kos banyak. Bila saya lawat ke Balik Papan, jumpa dengan dia punya Gabenor apa kaedah dorang buat.

Dia menggunakan sistem manual tanpa ada kos dan land field pun dapat dikurangkan.

Bagi mereka sampah is economy.

Jadi saya tanya macam mana sampah ekonomi apa semua.

Pertama yang penting ialah sekalipun ada undang-undang ialah kesedaran. Ah itu yang dikatakan 3R tadi ya Reduce, Recycle and Reuse. Ah ini penting kepada kita pasal perkara ini yang membebankan kita ini kita tahu daripada sikap daripada masalah setinggan yang berlaku kerana contoh di Kampung Air.

Kawasan-kawasan laut.

Macam mana nak dipungut dia punya sampah. Di Semporna nak bagi tong sampah tiap-tiap rumah tak dipakai. Digunakan itu tong sampah simpan beras, simpan gula apa semua. Ah ini masalah setinggan juga ini. Kalau selagi masalah setinggan ini berlaku, tidak mudah bagi kita. Tapi program-program kesedaran dan yang penting juga yang saya katakan di Kalimantan tadi untuk sharing lah. Bila kita ada undang-undang, pendekatan kita buat ini ialah industri itu mesti ada sehingga di sana tidak ada land field sudah..

Datuk Dr.

…tidak ada land field sudah.

Pasal diasingkan plastik di mana dia buat..letak, kertas di mana dia buat, sisa makanan dia buat, lepas itu yang macam besi hardware di mana nak buat pasal

ada buyer, ada pembeli.

Plastik ada orang beli, kertas ada orang beli, lepas itu hardware macam bahan besi kah plastik ada orang beli sebab ada industri dan saya yakin pegawai-pegawai Yang Berhormat Datuk sudah maklum perkara ini. Saya pun tak mahu berucap panjang jadi saya ucapkan tahniah.

Saya menyokong Cadangan Rang Undang-undang ini supaya kita luluskan. Terima kasih banyak.

Tuan

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan.

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Kukusan.

Terima kasih Datuk Speaker.

Sedikit sahaja tidak banyak ya, untuk saya bahaskan tetapi saya ingin menyentuh mengenai sebelum ini apakah saya ingin mengambil perhatian kepada YB Datuk Seri, sebelum ini ada pernah berlaku kekurangannya petugas untuk mengambil sampah sehingga macam di kawasan saya ya, sehingga lebih daripada 1 minggu sampah tidak berkutip disebabkan kebanyakan petugas-petugas menghidap COVID pada masa itu. Jadi masalah seperti begini saya rasa pasti akan berulang lagi. Jadi untuk perhatian Datuk Seri, sebab sebelum ini sehinggakan sampah-sampah itu dibuang ke dalam sungai sebab terlalu banyak sampah jadi kepada mereka yang mengambil convenient way lah dengan membuang sampah di sungai.

Jadi ini pun memberi satu apa tu, kesan negatif juga ya, jika pengurusan sampah itu tidak didahului dengan apa itu, perkara-perkara yang akan timbul seperti begini lah masalah COVID yang menjejaskan prestasi kerja petugas-petugas sampah.

Jadi saya ingin mengambil perhatian Datuk Seri supaya langkah-langkah advanced untuk tidak mengulangi masalah seperti ini yang akan berlaku yang saya foresee akan berlaku pada masa akan datang juga.

Dan selain daripada itu, mengenai, recycle untuk sisa-sisa pepejal ini saya juga ingin apa mencadangkan agar penduduk-penduduk kampung kerana masalah sampah yang teruk ini sebenarnya banyak juga bermula daripada kawasan setinggan yang tidak mempunyai apa itu, perkhidmatan pengurusan sampah yang betul. Dan kebanyakan mereka juga kalau di kampung-kampung setinggan ini menggunakan “patak-patak”, diaorang berkumpul-kumpul duit untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Jadi mungkin juga untuk menggalakkan orang-orang kampung ini, penduduk setinggan ini, supaya lebih apa itu bertanggungjawab dengan sampah mereka. Mungkin kita boleh memberikan satu inisiatif agar mereka dapat melakukan recycle itu sendiri dan untuk mencari untuk apa untuk menjana pendapatan mereka sendiri daripada sampah-sampah itu.

Jadi lebih baik jika kita dapat melibatkan mereka secara langsung dan secara tidak secara dan secara tidak langsung juga dapatlah mengurangkan masalah-masalah sampah ini disebabkan ini tanggungjawab bersama kan. Ini mungkin kita boleh apa boleh praktikkan lah dan cuba, cuba untuk melakukan sesuatu ke arah itu.

Dan satu lagi mengenai program, program-program kesedaran. Saya rasa mungkin sepatutnya mungkin ada satu langkah agresif untuk melibatkan pelajar-pelajar atau yang anak-anak, budak-budak baru inikan maksud saya budak-budak muda, budak sekolah, anak-anak sekolah supaya diberikan pendedahan yang daripada awal lagi tentang keseriusan masalah sampah ini jika tidak di tidak di apa ditangani dengan baik kerana ini semua pun bermula daripada rumah. Ini semua daripada kita punya habitual dalam memegang sampah itu sendiri, dalam mengurus sampah kita masing-masing. Jadi tidak banyak juga saya boleh bahaskan. Jadi itu sahaja Datuk Seri untuk mendapat perhatian. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kukusan atas ucapan yang bukan sedikit.

Silakan Yang Berhormat Menteri jawab dan gulung.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Boleh mencelahkah Tuan Speaker?

Speaker

Mahu gulung sudah.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Tuan Speaker. Pertamanya saya mahu merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri, 7 orang kalau tidak silap dimulakan dengan apa ini Ahli Yang Dilantik apa itu Yang Berhormat, ahli terima kasih.

Saya beruntung pada hari ini selain daripada mendapat manafaat ilmu yang diberi.

Saya ingat kita juga

mendengar satu tazkirah mengenai kebersihan dan memang saya setuju kebersihan itu separuh daripada iman dan inilah yang kita dengar pada hari inilah ya. Kedua, saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Liawan, ADUN Kapayan dan ADUN Luyang, Kukusan dan Sulabayan.

ADUN Sulabayan adalah predecessor saya ataupun apa itu menteri yang pernah bertugas di KKTP dan saya betul, dia cepat dan dia faham dengan masalah yang kita hadapi.

Apa pun undang-undang yang kita ingin perkenalkan Tuan Speaker, pada akhirnya dia banyak bergantung kepada sikap rakyat itu sendiri lah. The best law cannot solve our problems unless the people themselves.

They cannot participant active..activist dalam memastikan ada penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Kedua juga, saya ingin memberi assurance kepada ADUN Kapayan soal penalti ini. It will be a last resolve.

Kita lebih suka memulakan dengan pendidikan unless kecuali rakyat faham mengerti undang-undang itu dan tidak, saya fikir undang-undang itu tidak akan berkesan. So dia akan bermula dengan pendidikan, education, dan saya bagi apa itu perakuan kita tidak akan melaksanakan secara terburu-buru sehingga kita dapat rasa masanya sesuai dan masyarakat sudah faham. They have been educated on the apa itu, dalam peraturan enakmen ini dan barulah mudah bagi kita untuk melaksanakan.

Kedua juga daripada ADUN Luyang dan dan ong..minta maaf, Kapayan. In fact jangan kata NGO daripada kita bagi penalti in fact we will try to hurt them kerana bukan semua penaliti dan penalti juga harus kita lihat sebagai satu bentuk mendidik bukan sebagai satu punishment.

Ini konsep undang-undang ini kita kena faham betul-betul.

So saya, I, dengan izin Tuan Speaker, I can assure you, instead of finalizing and we are doing something we good. We will actually try to help them. Bagaimana kita boleh bekerjasama tapi apa yang perlu ialah kita bagi peruntukan undang-undang ini untuk pastikan penyelarasan dalam tugas, penyelarasan dalam penguatkuasaan undang-undang ini. Itu yang matlamat bukan untuk tujuan, apa itu, mengenakan penalti dan sebagainya.

Saya faham dan sepertimana apa yang dinyatakan oleh ADUN Kukusan juga, in fact sewaktu saya jadi Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dahulu pun kita sudah ada skim serasi kalau saya tidak silap dan semua sekolah dan salah satu daripada intipati dan mesej apa ini

program tersebut ialah memberi kesedaran kepada perlunya menjaga alam sekitar dan menjaga kebersihan.

Dan kita akan teruskan kerjasama majlis yang bakal ditubuhkan ini dan saya ingin beri perakuan juga mudah-mudahan Tuhan memberi saya kekuatan kita akan lantik dan cadangkan NGO ini mereka yang betul-betul peka, ada kepakaran dalam soal ini bukan sekadar kerana they are politically reliant atau politically compatible with it. No, I will be the last one to do that. Saya mahu practical considerations. Orang yang boleh membantu saya dan membantu semua kerajaan, membantu kerajaan untuk melaksanakan undang-undang ini. And be rest assured dengan izin Tuan Speaker, we try to put in people that who really know what are there doing that. At the end of the day to me as a politician sama ada apa itu, Ahli Yang Berhormat pandang tinggi atau rendah, saya semua ada pada saya untung kepada prestasi saya sebagai seorang menteri bukan kerana saya ahli parti itu atau ahli parti ini. Ini saya ingin peringatkan diri saya sendiri lah. So we will work together dengan NGO untuk memastikan kajian peraturan ini.

Daripada Sulabayan memang betul dan saya harus mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Semporna sebenarnya. Semporna lebih bersih sekarang. Saya tahu ini apa itu it’s very-very challenging. Anything that is good tapi tidak popular that is why selalu …

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

... is why selalu Yang Berhormat Datuk apa tu kawan saya dapat apa itu Sulabayan, saya tahu dengan izin Tuan Speaker. What is good is not necessarily what we called popular, unfortunately good or right or popular are not synonymous. Most people want something that is popular, kadang-kadang seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Dilantik tadi pasal merokok, syabu ah.

Kita tahu itu merokok itu merbahaya, tetapi you try to build restriction, we become very unpopular.

Speaker

Besiga pun bahaya juga.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya, tepat sekali Tuan Speaker. Itulah what is popular and what is good is not synonymous. Jadi kalau bolehlah, kita sepakat kita buat yang baik yang betul, bukan sekadar kerana dia popular. When we have the orang kata kekuatan untuk membuat lebih banyak yang baik dan betul Insya-Allah, Allah S.W.T akan memandu kita membuat yang betul.

Ini bagi pandangan saya sendirilah.

Kepada Ahli Yang Berhormat daripada Luyang, saya sangat setuju. Lori sampah tidak semestinya bau macam sampah, saya faham betul. Tetapi kadang-kadang teknologi di Eropah itu dan teknologi kita itu is I think is between macam seolah-olah, beza dia antara bumi dengan apa itu matahari atau dengan apa itu bulanlah. Masih jauh. But Insya-Allah I think one day we will get there lah little by little we get there. We, Tuan Speaker barang kali itulah sedikit sebanyak apa yang saya turut mengucapkan terima kasih kepada tujuh orang sahabat apa itu Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang telah menyertai dalam perbahasan ini, saya anggap penyertaan mereka adalah lambang dan juga cerminan prihatin kita terhadap masalah sampah di negeri kita yang tercinta ini.

Yang Tuan Speaker, begitulah jawapan saya kepada persoalan yang telah ditimbulkan oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri pada hari ini. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan. Setiausaha Dewan:

Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2022.

Speaker

Peringkat Jawatankuasa bila, Yang Berhormat Menteri?.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Hari ini juga Tuan Speaker.

Speaker

Sila cadang.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebagai satu Jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-Undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah Jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Majlis Dalam Jawatankuasa Peringkat Jawatankuasa

Speaker

[Cokmar diturunkan oleh Bentara Mesyuarat] Pengerusi:

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 72 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah Fasal 1 hingga 72 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-Undang itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan. Rang Undang-Undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula Sebagai Majlis Mesyuarat

Speaker

[Cokmar dinaikkan oleh Bentara Mesyuarat]

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang itu telah dipertimbangkan dan telah dipersetujui dengan tidak ada apa-apa pindaan.

Speaker

Dalam Jawatankuasa?.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Sila jalankan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai lah sudah ahli aturcara mesyuarat kita pada sidang kali ini, sebelum saya menangguh.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Datuk Speaker, Datuk Speaker, Standing order.

Datuk Speaker, saya nak bangkit sedikit berkenaan pertanyaan-pertanyaan. Tiap-tiap kali sudah dua kali saya cuma terima, saya hantar 20, cuma dapat jawapan lebih kurang 10. So, saya boleh saya minta Datuk Speaker buat satu ruling supaya kementerian-kementerian saya yang terima pertanyaan-pertanyaan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat memberi lah jawapan kepada kita...

Speaker

Saya sedang buat dalam, saya sudah buat dalam pemasyhuran saya pada hari yang pertama.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Untuk menunaikan tanggungjawab kita.

Speaker

Sebelum saya menangguhkan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keenam Belas ini, sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian dalam perbahasan dengan penuh aktif dan memberi pandangan yang bernas dalam sesi soal jawab semasa dan juga kepada Menteri-Menteri ke atas jawapan-jawapan semasa penggulungan Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada 16 Mac 2022. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua. Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para petugas dan pegawai daripada Majlis Keselamatan Negara, ahli Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, SESB, Jabatan Penerangan dan semua kakitangan dan pegawai kementerian serta semua pegawai dan kakitangan Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil media massa serta semua yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan majlis mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini bersidang.

Ahli-ahli Yang Berhormat dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi dan seterusnya Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Tidak lupa juga saya mengucapkan Happy Easter kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang

meraihkannya dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2022 kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang merayakannya.

Saya mengucapkan kepada semua selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Kepada Ahli-ahli yang memandu, pandulah dengan cermat dan berhati-hatilah di jalan raya untuk dua (2) tiga (3) tahun ini lagi dan semoga Ahli-ahli Yang Berhormat selamat sampai dan sentiasa sihat wal afiat di samping keluarga tersayang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat dewan pada hari ini ditangguh pada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Sekian terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.

Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 3:28 petang Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.”

SDN24032022/bnm