Sabah · 18 July 2022

16th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · not final · 384 turns · 29,133 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Permesyuarahan Daripada Tuan Speaker

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat, suka saya memberitahu dewan yang mulia ini, iaitu Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah memperkenankan enakmen-enakmen yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri yang Ke-16 yang lalu seperti berikut:

1.

Enakmen Kerajaan Tempatan Pindaan 2022; 2.

Enakmen Bekalan Air Sabah Pindaan 2022; dan 3.

Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2022.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima surat permohonan untuk tidak menghadiri persidangan pada kali ini daripada Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut:

1.

Yang Berhormat N.58 Lamag, pada 18 Julai sahaja tidak hadir; dan 2.

Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Haji Suhaimi Haji Nasir sehingga 20 hari ini sehingga 21 Julai dan saya telah meluluskan permohonan cuti tersebut. Dewan yang mulia ini juga, merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat Tuan Fairuz bin Rendan dan semua ahli keluarga atas pemergian ayah mertua yang dikasihi, Almarhum Abdul Latif bin Datuk Seri Panglima Mohd. Omar Beldram, pada 25 Jun 2022 bersamaan dengan 25 Zulkaedah 1443. Sama-sama kita berdoa agar Allah Subhanahuwataala merahmati roh Almarhum.

Yang kedua, takziah juga kepada Yang Berbahagia Datin Catherine Soledad Kadoh atas pemergian suami yang dikasihi, mendiang Datuk Kadoh Agundong, mantan ADUN...

Speaker

….mantan ADUN bagi kawasan Tenom sekarang Melalap dan mantan Menteri Kabinet Negeri pada 30 Jun 2022.

Untuk makluman Ahli-ahli Berhormat seperti mana yang dilaksanakan pada sidang yang lalu, kita akan meneruskan amalan mengadakan waktu rehat pada jam 12.30 tengah hari dan bersidang semula pada jam 2.00 petang.

Dalam memastikan Mesyuarat Kedua Penggal 3, Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16 ini dapat dilaksanakan dalam keadaan lancar dan selamat, Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang berada di bangunan Dewan Undangan ini diwajibkan untuk menjalani ujian saringan secara Rapid Test Kit, RTK Saliva secara sendiri dan memastikan mendapat keputusan negatif. Bagi ujian secara RTK Saliva sendiri untuk menghadiri sesi persidangan pada 20 hari bulan dan 21 hari bulan Julai, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membuat ujian tersebut di lobi utama luar bangunan Dewan Undangan pada 19 Julai pada bila-bila masa, bermula pada jam 8.00 pagi hingga sesi persidangan pada hari itu selesai, kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perkara ini adalah diwajibkan.

Sekiranya ada yang mendapati diri mereka mempunyai gejala COVID-19, mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan Dewan dan perlu maklumkan perkara ini kepada urus setia Dewan dengan kadar yang segera.

Adalah juga dimohon agar prosedur operasi standard pelaksanaan persidangan Dewan Undangan Negeri yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Berhormat dipatuhi sepenuhnya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penggunaan penghadang lutsinar masih dikekalkan dan untuk memastikan jarak pemisah antara Ahli-ahli Yang Berhormat sehingga suatu ketika yang sesuai ianya tidak perlu digunakan lagi. Bagaimanapun, Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dibenarkan untuk membuka pelitup muka tetapi hanya ketika berucap di dalam Dewan ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat perlu memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas selesai berucap. Seterusnya dalam memastikan keselamatan semua yang berada dalam Dewan Sidang ini, Dewan Sidang ini telah disanitasikan lebih awal dan akan disanitasikan setiap hari setelah selesai persidangan, marilah kita sama-sama berusaha untuk memastikan agar persidangan kita ini berjalan dengan lancar dan selamat, insya-Allah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti dalam aturan urusan mesyuarat yang telah diedarkan tempoh masa persidangan telah ditetapkan untuk diadakan selama empat hari sahaja bermula daripada hari ini 18 Julai sehingga 21 Julai, sesi soal jawab akan diadakan pada jam 10.00 pagi dan diikuti dengan sesi pembentangan dan perbahasan Rang Undang-undang. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan mengambil bahagian dalam perbahasan semasa sidang ini dapat mengemukakan nama dengan sesegeranya supaya pembahagian giliran dan masa berucap dapat diatur. Saya juga menasihatkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat perlu sentiasa berada di dalam dewan yang mulia ini semasa sesi persidangan sedang berlangsung sama ada untuk menunggu giliran berucap ataupun mengikuti perjalanan sidang.

Kepada Yang Berhormat Menteri, sila pastikan kementerian masing-masing mengemukakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat jawapan bertulis untuk pertanyaan lisan yang tidak sempat dijawab dan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang persidangan kali ini sesegera yang boleh. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga mendapati dan memerhatikan ada di kalangan Ahli-ahli Berhormat yang menggunakan media maya untuk memaklumkan yang soalan-soalan atau usul-usul Yang Berhormat-Yang Berhormat kemukakan telah ditolak oleh Dewan Undangan Negeri.

Saya tidak faham dan tidak tahu apakah motif Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk menghebahkan di media maya sama ada untuk maklumkan orang ramai bahawa Yang Berhormat telah berusaha menjalankan tugas atau Yang Berhormat untuk mengadakannya untuk mendapatkan pandangan orang awam demi political mileage secara peribadi, malangnya apa Yang Berhormat Yang Berhormat tidak hebahkan ialah sebab-sebab mengapa soalan atau usul-usul daripada Yang Berhormat itu ditolak, sedangkan sebab penolakan soalan usul daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat itu telah gagal mematuhi proses peraturan tetap sidang DUN. Tetapi cara Yang Berhormat hebahkan soalan-soalan, menghebahkan perkara itu seolah-olah apa Yang Berhormat-Yang Berhormat utarakan tidak langsung diberi pertimbangan oleh DUN. Isu-isu yang perlu diutarakan dalam DUN tidak perlulah buat semata-mata untuk political mileage, jangan hirau, jangan heret Dewan Undangan Negeri into your political agenda hanya kerana PRU-15 akan menjelang, kalau pun hendak dihebahkan, hebahkan the whole truth, never the half truth or not true at all. Setiausaha, sila teruskan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Speaker

Saya jemput Ahli Yang Berhormat Kemabong.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pendekatan Kerajaan Negeri Meningkatkan Ekonomi Rakyat NegeriQuestions

Speaker

*1.

YB. Datuk Rubin Balang [Kemabong] bertanya kepada KETUA MENTERI, apa pendekatan kerajaan negeri untuk meningkatkan ekonomi rakyat negeri ini berikutan kelembapan ekonomi global dan apakah butirannya.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih Datuk Speaker, soalan nombor satu (1).

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Ah Yang Amat Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kemabong serta dewan yang mulia ini, kerajaan negeri komited meningkatkan ekonomi negeri dan rakyat dengan strategi yang lebih mampan.

Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pelan pembangunan SMJ 1.0 daripada tahun 2021 hingga 2025 yang merupakan pelan pembangunan komprehensif sebagai pemandu arah yang memberikan tumpuan untuk memulih dan menjana semula pertumbuhan ekonomi negeri. Hala Tuju ini telah memandu dengan terperinci mengikut sektor utama fokus pertumbuhan ekonomi untuk merangsang pemulihan ekonomi dan meningkatkan ekonomi rakyat di semua peringkat, pelan pembangunan SMJ ini melibatkan 3 elemen utama. Iaitu merangkumi sektor Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan. Melalui pelan pembangunan ini, strategi pemulihan ekonomi melalui perbelanjaan kerajaan untuk memacu aktiviti ekonomi yang memberi nilai berganda dan penglibatan pihak swasta melalui pelaburan dari luar negeri dan dalam negeri. Untuk merealisasikan hasrat ini belanjawan tahun 2022 yang bertemakan serta bermatlamatkan ekonomi pulih rakyat sejahtera telah memperuntukkan Ringgit

Malaysia 4.596 bilion yang mana sebanyak Ringgit Malaysia 90019.18 juta diperuntukkan untuk pembangunan ketiga-tiga sektor utama pembangunan negeri, iaitu sektor pertanian, Ringgit Malaysia 50061.81 juta, sektor perindustrian, Ringgit Malaysia 10029.97 juta, manakala sejumlah Ringgit Malaysia 20027.4 juta diperuntukkan untuk sektor pelancongan.

Untuk memacu pembangunan dalam pelbagai sektor dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi, sejumlah Ringgit Malaysia 1.368 bilion diperuntukkan. Perbelanjaan pembangunan ini tertumpu kepada sektor ekonomi dengan perbelanjaan Ringgit Malaysia 40087.26 juta atau bersamaan dengan 66% daripada perbelanjaan pembangunan.

Melalui perbelanjaan ini, ia bukan saja menambah nilai kepada rantaian ekonomi berikutan kitaran wang di pasaran tetapi juga merangsang ekonomi serta mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat.

Datuk Speaker...

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa hala tuju Sabah Maju Jaya telah membuahkan hasil setakat ini sejumlah 20 MOU atau MOA telah ditandatangani bernilai 47.36 Bilion Ringgit termasuk 6 MOU atau MOA yang dimeterai semasa Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya dengan nilai pelaburan Ringgit Malaysia 19.9 Bilion di Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP). Petronas juga akan meningkatkan pelaburannya di SOGIP melalui pembinaan loji gas asli cecair (ZLNG) pesisir pantai yang pertama dan terbesar di Sabah bernilai Ringgit Malaysia 8.8 Bilion Ringgit. Pelaburan yang telah direalisasikan dalam sektor pertanian ialah pelaburan daripada syarikat Linaco Sdn. Bhd. dengan nilai pelaburan Ringit Malaysia 420 juta untuk membangunkan tanaman kelapa dan juga pembinaan kilang pemprosesan kelapa di Simpang Tiga, Kota Kinabalu, Kudat dan Kota Marudu dengan nilai pelaburan Ringgit Malaysia 200 juta.

Syarikat ini merupakan pengeluar utama produk-produk berasaskan kelapa yang membangunkan projek penanaman kelapa berhasil tinggi.

Inisiatif ini juga

mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 3 250. Penanaman kelapa telah pun bermula pada 9 Mac 2022 dan dalam tempoh 5 tahun dijangka keluasan tanaman ini akan mencapai 5 000 ekar. Dalam sektor perindustrian pula, pelaburan yang telah direalisasikan ialah kilang pembuatan kerajang tembaga oleh Syarikat SK Nexilis bernilai Ringgit Malaysia 4.28 Bilion. Kilang ini dibina di tanah seluas 100 ekar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan dijangka beroperasi pada tahun 2023 dengan mewujudkan lebih 400 peluang pekerjaan.

Semasa fasa pembinaan ini, seramai 3 000 orang dalam pelbagai bidang diperlukan dan pada masa yang sama SK Nexilis telah mula mengeluarkan iklan mencari pekerja dalam bidang kejuruteraan, iaitu kejuruteraan alam sekitar, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elekrikal, sumber manusia, kewangan dan lain-lain. Setakat bulan jun 2022, kemajuan projek ini adalah pada tahap 23.8 peratus. Selain itu, pelaburan syarikat SBH Kibing Solar New Materials Malaysia Sdn. Bhd. bernilai Ringgit Malaysia 2 Bilion dan menawarkan 1 800 peluang pekerjaan. Syarikat ini telah memeterai perjanjian pajakan tanah pada 17 Mac 2022 dan dijangka akan syarikat ini akan beroperasi pada bulan November 2023. Selain itu juga, sebanyak 7 pelaburan domestik dalam bidang industri produk log… logam, fabrikasi, industri pembuatan makanan, industri pembuatan minuman dan industri peralatan pengangkutan telah berjaya dibawa masuk dengan nlai pelaburan keseluruhannya sebanyak 80 juta ringgit di KKIP. Pelaburan ini telah menjana 187 peluang pekerjaan.

Datuk Speaker, seterusnya dalam sektor pelancongan, 2 MOU telah ditandatangani dengan 2 pemaju untuk membangunkan sektor kemudahan pelancongan, iaitu usaha sama Kumpulan Yayasan Sabah dengan Tegas Bangsa Sdn. Bhd. untuk membangunkan Lok Kawi Resort City dengan nilai pelaburan Ringgit Malaysia 7 Bilion dan Pavillion Kota Kinabalu Sdn. Bhd. membangunkan Pavilion Harbour City bernilai 2 Bilion Ringgit.

Usaha Kerajaan Negeri dalam menarik pelancong telah membuahkan hasil. Perkembangannya dapat dilihat melalui peningkatan ketara dalam jumlah kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa ke Sabah. Sepanjang tempoh Januari 2022 hingga Mei 2022 berbanding tempoh sama pada tahun 2021, iaitu

sepanjang Januari 2022 hingga Mei 2022, jumlah keseluruhan pelancong ke negeri Sabah adalah seramai 558169 berbanding 102 965 orang dalam tempoh yang sama pada tahun 2021.

Ini menunjukkan kadar peningkatan jumlah pelancong sebanyak 442 peratus. saya yakin angka ini akan meningkat lagi menjelang hujung tahun ini berikutan pembukaan pintu masuk darat, laut dan udara. Dengan kehadiran pelancong ini sudah tentu sektor perkhidmatan dan yang terkait seperti hotel, pengangkutan dan makanan akan cepat pulih seperti biasa. Ini juga membuktikan keberkesanan pendekatan Kerajaan Negeri memulihkan ekonomi menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, keyakinan pelabur dan perwakilan negara asing terhadap tadbir urus Kerajaan Negeri yang dipandu arah oleh Pelan Pembangunan SMJ juga telah meningkat. Ini dapat dilihat apabila negeri Sabah telah dan terus dikunjungi perwakilan negara asing. Setakat ini kita telah menerima kunjungan daripada 24 Pesuruhjaya Tinggi, Duta dan Konsulat Jeneral daripada negara ASEAN, Asia Timur Tengah dan Eropah.

Datuk Speaker, untuk jangka masa panjang ekonomi rakyat dapat dipacu melalui pembangunan modal insan. Kerajaan Negeri akan memastikan anak-anak Sabah tidak tercicir atau ketinggalan dalam bidang pendidikan demi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, sebagai inisiatif untuk mengelak keciciran ini berlaku, Kerajaan Negeri melalui Pelan Pembangunan SMJ telah memperkenalkan beberapa pakej insentif untuk diberikan kepada anak-anak Sabah bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian mereka.

Pelaksanaan pakej insentif itu dijalankan melalui Program Bantuan Pendidikan yang telah dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah 24 juta ringgit pada tahun 2021 seperti Program Bantuan Institusi Pengajian Tinggi, Program Bantuan Ihsan Komputer, Program Bantuan Khas Tunai Peperiksaan dan Program Bantuan Wang Pendaftaran IPT. Inisiatif ini juga memberikan impak ekonomi melalui kitaran wang di pasaran. Pada masa yang sama, membantu meringankan beban rakyat yang sememangnya terkesan dengan impak pandemik COVID-19.

Kerajaan Negeri juga telah meneruskan dan menambah inisiatif Bantuan Pendidikan yang telah dilaksaanakan pada tahun 2021 seperti Program BUDI, Program BAKTI dan Program BAIK dengan peruntukan berjumlah 35 juta ringgit dan melaksanakan program-program Bantuan Pendidikan baharu melalui Bantuan Ihsan Tabung Pendidiakan Negeri (BISTARI) dengan peruntukan berjumlah 5 juta ringgit, iaitu pemberian bantuan 100 ringgit kepada setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula tahun 2020 melalui pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Selain itu, pada tahun ini juga, Kerajaan Negeri telah melancarkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bertujuan memberikan Bantuan Pendidikan Khusus untuk anak Sabah daripada golongan B40 bagi meningkatkan peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke IPT dengan dana permulaan sebanyak 54...

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

…permulaan sebanyak 54.5 juta ringgit, kerajaan negeri juga telah menubuhkan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) bagi membantu kerajaan negeri dalam menggerakkan agenda kebajikan melalui pemerkasaan hubungan kerjasama di antara kerajaan dengan NGO korporat dan swasta serta badan-badan lain yang bersedia untuk mencari dana dan menyalurkan sumbangan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan berkeperluan khas.

Ini bertujuan agar golongan-golongan ini tidak terus ketinggalan, khususnya di dalam bidang ekonomi. Selain itu, bagi membantu meringankan beban ekonomi rakyat negeri Sabah, khususnya dalam isu pemilikan rumah mampu milik di negeri ini. Kerajaan negeri dalam perancangan untuk membina 1,500 unit rumah mesra SMJ dibina di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri membabitkan perbelanjaan Ringgit Malaysia 125.6 juta ringgit.

Sesungguhnya, penyediaan kemudahan rumah merentasi semua lapisan masyarakat yang memerlukan. Justeru, pada 13 Julai 2022, kerajaan negeri juga turut meluluskan pembangunan perumahan penjawat awam negeri Sabah di bawah Program Perumahan SMJ di atas tanah rizab kerajaan di Kampung Kopimpinan, Papar seluas 136 ekar.

Datuk Speaker, peluang pekerjaan kepada belia terus dipelbagaikan bagi meningkatkan ekonomi kelompok ini. Pada 14 Julai yang lalu, kerajaan melalui pihak berkuasa, Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah atau SEDIA telah menyampaikan bantuan berbentuk motosikal kepada 300 belia melalui inisiatif BizRider300. Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama syarikat seperti Foodpanda, iaitu suatu bentuk perniagaan yang berorientasikan digital bagi membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat dengan melakukan penghantaran makanan dan keperluan harian. Program ini akan diperluaskan supaya lebih ramai belia yang menganggur dapat peluang pekerjaan.

Sementara itu, seramai 42,097 wanita di Sabah menerima manfaat menerusi inisiatif bantuan e-Kasih, dana caruman i-Suri atau Baiduri membabitkan peruntukan 2.5 juta ringgit. Bantuan ini melibatkan dana awal caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara one-off berjumlah RM60.00 seorang kepada wanita dalam kategori e-Kasih yang disasarkan. Inisiatif ini telah memberi peluang wanita e-Kasih mendapat manfaat sebanyak RM480.00 seorang daripada kerajaan persekutan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pelaksanaan inisiatif ini tentunya memberi peluang kepada golongan wanita terutama sekali suri rumah untuk menceburi bidang perniagaan dan membantu mereka menikmati keselamatan sosial yang berkualiti selain meningkatkan keselamatan kewangan seperti yang dinikmati oleh ahli KWSP yang lain.

Datuk Speaker, pemulihan ekonomi negeri Sabah buat masa ini kekal berada di dalam prospek meyakinkan dengan trend yang lebih baik, iaitu dapat dilihat menerusi petunjuk makroekonomi negeri pada tahun 2021 berbanding tahun 2020, di sebalik kelembapan ekonomi yang berlaku di peringkat global disebabkan oleh pelbagai faktor. Misalnya, berdasarkan laporan awal yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah telah direkodkan tumbuh pada kadar positif, iaitu pada kadar 1.1 peratus berbanding pengucupan 9.5 peratus pada tahun sebelumnya.

Selain itu, kutipan hasil negeri yang tertinggi sepanjang sejarah penubuhan negeri ini, iaitu sejumlah Ringgit Malaysia 5.449 billion pada tahun 2021. Pemberian-pemberian dividen oleh agensi dan GLC di bawah kerajaan negeri terus mencatat

peningkatan kepada 116.35 juta ringgit pada tahun 2021 berbanding Ringgit Malaysia 100.39 juta pada tahun 2020.

Datuk Speaker, Pelan Pembangunan SMJ 1.0 adalah pelan jangka panjang, iaitu fasa pertama 1.0 untuk tempoh lima tahun dan akan bersambung pada fasa ke-2 2.5, 2.0 pada lima tahun berikutnya. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua rakyat negeri Sabah untuk sama-sama menjayakannya kerana hala tuju SMJ ini bermatlamat untuk memacu pembangunan yang komprehensif bertunjangkan kekuatan jati diri dan keteguhan semangat patriotisme bersesuaian dengan slogan jata negeri, iaitu Sabah Maju Jaya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jem. Yang Berhormat Kemabong kalau ada soalan tambahan?

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Datuk Speaker, puas hati jawapan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri.

Speaker

Saya menjemput Yang Berhormat Senallang.

Speaker

Aaa…sebelum, sebentar ya Yang Berhormat.

Yang Berhormat Sook, Tungku, Melalap sila pakai face mask (pelitup muka). Silakan Yang Berhormat Senallang, soalan tambahan.

Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Setelah menjelaskan dan menerangkan tentang jawapan yang telah pun dijawab tadi, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, apakah langkah-langkah pihak kerajaan negeri untuk cuba mengatasi masalah-masalah yang pokok dalam menjayakan apa yang telah dibentangkan disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi?

Pertama, masalah buruh yang ada bukan hanya di dalam wilayah Sabah, di seluruh negara pun berhadapan dengan masalah ini.

Bukan hanya yang skilled (berkemahiran), unskilled labour (tidak berkemahiran) yang ada, yang khususnya, contohnya macam plantation (perladangan) dan sektor-sektor yang lain, manufacturing (pembuatan), ya industri yang ada.

Keduanya, apakah langkah-langkah pihak kerajaan negeri untuk cuba mengatasi masalah komponen raw material kerana kita sedar hari ini, banyak bahan yang kita import dari luar yang boleh menjejaskan, bukan hanya ayamnya, makanannya bahkan juga raw material (bahan mentah), steel (keluli), simen, berbagai-bagai, ya ditokok tambah oleh masalah kewangan ringgit yang begitu lemah. Imported inflation is there.

Apakah langkah-langkah pihak kerajaan untuk cuba mengatasi, pertama, pekerja yang amat diperlukan oleh negara kita, khususnya di peringkat negeri Sabah dalam sektor-sektor, apa yang telah disebutkan sama ada dalam pertaniannya, sama ada dalam peridustriannya, dan keduanya tadi tentang raw material yang ada yang diimport daripada luar negara kita.

Speaker

Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, untuk menjawab soalan aaa tambahan daripada wakil rakyat daripada Senallang. Memang pihak kerajaan mengakui sejak kita mengalami pandemik COVID-19, bukan sahaja negara kita tapi seluruh dunia. Masalah-masalah yang ditimbulkan telah berlaku. Keadaan ekonomi di seluruh dunia termasuk negara kita juga boleh dikatakan terjejas teruk. Jadi mengenai dengan isu buruh ini, memang satu isu yang dihadapi oleh di negara kita. Baru-baru kita dapat mendengar isu pengambilan buruh daripada negara-negara lain termasuk Indonesia agak berkurangan terutama dalam bidang plantation ataupun perladangan. Jadi di peringkat negeri Sabah, kita telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk melihat perkara ini kerana apabila isu buruh ini tidak dapat diatasi memang ianya akan menjejas pertumbuhan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

… menjejaskan pertumbuhan ekonomi kita terutama yang bekerja di ladang-ladang dan juga di sector construction (sektor pembinaan).

Jadi, kita akan mengambil usaha yang komited dan satu jawatankuasa telah pun ditubuhkan di peringkat negeri untuk menangani isu ini termasuklah apa nama dia ini raw material (bahan mentah) yang sekarang ini memang ada yang susah kita peroleh dan telah menyebabkan harga barangan naik melonjak termasuklah barangan untuk pembinaan rumah dan sebagainya seperti besi dan lain-lain, tetapi ini pun satu jawatankuasa telah kita tubuhkan di peringkat negeri yang telah diurus setiakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan juga Kesejahteraan Rakyat termasuklah jawatankuasanya daripada Kementerian Pertanian Perindustrian, dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Semua perkara ini kita akan teliti secara serius kerana ia melibatkan kehidupan seluruh masyarakat dan rakyat kita.

Tidak dapat dinafikan kenaikan harga yang mendadak dan juga ada bekalan makanan yang tidak cukup.

Ada sekarang ini bekalan minyak masak, harga ayam yang naik, semua berlaku akibat keadaan yang dialami bukan sahaja oleh negara kita, tetapi di seluruh dunia kerana rantaian bekalan production (pengeluaran) terjejas akibat pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, kerajaan tidak berdiam diri.

Kita akan berusaha sebaik mungkin kerana ini adalah kehidupan rakyat kita terutama mereka yang berkepentingan dan juga mereka yang kurang berkemampuan. Saya akui memang ringgit kita sekarang ini seperti yang disebut oleh ahli daripada Senallang, agak ketara apa nama dia itu nilainya berbanding dengan US Dollar, tetapi saya yakin di peringkat Kerajaan Persekutuan akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengawal keadaan ini. Itu sahaja yang dapat saya jawab ahli daripada Senallang.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, boleh minta laluan? Untuk bertanya soalan tambahan yang penting bagi Sabah.

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Usukan kerana dia baru balik dari haji. Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker. Saya telah mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Ketua Menteri mengenai cadangan perancangan untuk menentukan kita keluar daripada kemelut ekonomi. Saya cuma ingin tahu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kerana saya membaca surat khabar di mana kerajaan pusat akan menangguh projek-projek besar yang belum komited lagi.

Apakah kerajaan pusat ada memaklumkan Kerajaan Negeri dalam perkara ini ataupun tidak? Jika ada, apakah kita tidak merayu? Oleh kerana, ini penting bagi kita selain daripada pihak swasta, pelaburan daripada kerajaan pusat itu penting dilaksanakan di negeri Sabah.

Speaker

Nampaknya Yang Berhormat Usukan tidak lost touch (hilang sentuhan) dengan politik walaupun di Makkah ya.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan daripada Usukan. Isu ini pun baharu saya dapat baca hari ini.

Sebenarnya kita belum dimaklumkan keputusan ataupun tindakan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan peruntukan untuk projek-projek pembangunan di negeri Sabah.

Walau bagaimanapun, memandangkan negeri Sabah ini kita memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk pembangunan infra dan juga lain-lain, kalaulah perkara ini sampai ke pihak negeri, kita akan merayu dan kita akan minta kepada Kerajaan Persekutuan supaya tidak menangguhkan peruntukan-peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada negeri Sabah. (ahli-ahli dewan tepuk meja). Ini amat penting kerana kita pun selalu menyatakan bahawa peruntukan yang diberikan kepada Sabah tidak cukup. Jadi, kalau tidak cukup dorang tarik lagi balik, tangguh lagi balik. Saya rasa ini tidak berapa sesuailah untuk kita di Sabah dan saya memberikan jaminan bahawa kita akan cuba sedaya upaya untuk merayu semula kepada Kerajaan Persekutuan kalau ada dasar begitu, tetapi sehingga kini belum lagi kita terima keputusan itu. Kita akan merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya tidak menangguhkan sebarang projek-projek pembangunan yang telah dirancang untuk negeri Sabah. Terima kasih.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat Moyog.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Ini soalan tambahan akhir ah. Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker dan juga Yang Amat Berhormat.

Dalam langkah dan juga dalam ucapan Yang Amat Berhormat tadi, baik banyak program banyak apa ini rancangan dan langkah untuk mengembangkan i mean to increase (maksud saya untuk meningkatkan) dengan izin our economy (ekonomi kita).

Tetapi adakah perancangan dalam Kerajaan Negeri untuk menggunakan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau ataupun Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) yang telah dilaksanakan pada 18 Mac 2022 dan yang telah pada waktu kerajaan lalu, 19 November 2019, telah concluded (termasuk) pada masa itu di Bangkok dan hanya ditandatangani pada 11 November 2020 dan dilaksanakan pada 18 Mac 2022. Ini penting kerana RCEP ataupun Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau ini memberikan trade liberalization kepada kita khususnya juga di Sabah. Saya ingat dalam perbincangan di Bangkok, Sabah akan mendapat manfaat yang sangat besar dalam RCEP ini.

RCEP Datuk Speaker, represent (menjelaskan) dengan izin, 30 peratus or (atau) 30 percent of the world economy (30 peratus daripada ekonomi dunia).

Speaker

Soalannya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Dan ini soalan saya, adakah kerajaan akan menggunakan perjanjian ini dan menubuhkan dalam Kementerian Kewangan ataupun MID satu unit yang fasih dan expert (pakar) dalam RCEP untuk mengambil peluang bersama dengan Filipina, Indonesia, dan negara-negara serantau melalui RCEP? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Terima kasih wakil daripada Moyog. Soalan ini melibatkan kos dia kita punya ahli daripada Moyog ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa pada waktu itu.

Perjanjian ini saya ingat melibatkan Kerajaan Persekutuan dan tentu Sabah akan menerima manfaat yang baik daripada perjanjian ini.

Jadi, pendirian Kerajaan Negeri mana-mana perkara yang baik yang boleh memberikan impak yang baik kepada ekonomi Sabah, kita akan laksanakan.

Kita tidak akan apa nama dia itu mengganggu setiap usaha yang baik untuk negeri Sabah.

Jadi, saya berharap Kementerian Pembangunan Perindustrian dapat melihat akan kebaikan daripada perjanjian ini dan insya-Allah kalau itu semua baik untuk kita, kita akan laksanakan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha Menyelesaikan Masalah Air Di Pekan RanauQuestions

Speaker

*2.

YB. Datuk Amisah Yassin [ADUN Dilantik] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA, apakah usaha kementerian untuk menyelesaikan masalah air di Loji Rawatan Air Bambangan dan Loji Rawatan Air Kimolohing Ranau yang tidak berfungsi masa hujan dan banjir yang menyebabkan dua atau tiga hari tiada bekalan air paip di kawasan Pekan Ranau pada masa hujan.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Datuk Speaker, soalan nombor dua (2).

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Robert Tawik @ NordinSTAR · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Bingkor

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik dan dewan yang mulia ini izinkan saya menjawab soalan nombor dua (2) dan nombor 36 sekali kerana ada berkaitan. Tindakan serta-merta yang dilaksanakan oleh Jabatan Air Negeri Sabah pada masa ini, Jabatan Air Negeri Sabah daerah Ranau sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan muka sauk Kibas, Loji Rawatan Air Kimolohing, dan muka sauk Loji Rawatan Air Bambangan..

Datuk Robert Tawik @ NordinSTAR · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Bingkor

… Loji Rawatan Air Bambangan secara kontrak, jentera disediakan di tapak sepenuh masa bagi

menjalankan kerja-kerja pengorekan pasir sekiranya muka sauk tersumbat akibat hujan dan banjir.

Jabatan Air Negeri Sabah juga melaksanakan kawalan injap pada agihan bekalan air bertujuan meningkatkan tekanan air dan paras air dari tangki-tangki simpanan sedia ada, supaya agihan air dapat dibekalkan secara sama rata ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Jabatan Air Negeri Sabah Ranau juga menggerakkan lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas termasuklah mendapatkan bantuan lori-lori tangki air tambahan dari jabatan air daerah-daerah yang berhampiran. Pada masa ini, terdapat dua projek dalam peringkat pembinaan, iaitu Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air Kimolohing dan Loji Rawatan Air Bambangan, Ranau. Kedua-dua projek ini yang dianggarkan berjumlah RM15 juta telah memulakan kerja fizikal pada Februari 2022 dan dijangka siap pada Ogos 2023. Pelaksanaan projek ini akan melibatkan kerja-kerja penukaran pam-pam air mentah dan terawat yang baharu serta menaik taraf komponen-komponen penapisan dan sistem perawatan air.

Dengan siapnya kerja-kerja menaik taraf ini, kedua-dua loji dijangka akan meningkatkan dan mengoptimakan pengeluaran air terawat sebanyak 15 juta liter sehari bagi menampung keperluan semasa di daerah Ranau.

Soalan tambahan ya.

Datuk Robert Tawik @ NordinSTAR · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Bingkor

… bagi memastikan permintaan bekalan air daerah Ranau dapat dicapai dalam jangka panjang, perlaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Sistem Bekalan Air Baharu Ranau telah diluluskan dalam RP1 Tahun 2022, RMK-12 di bawah Peruntukan Geran Persekutuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Projek ini melibatkan pembinaan sebuah loji rawatan air baharu yang berkapasiti 60 juta liter sehari dari sumber air Sungai Mengkodu untuk dibekalkan ke kawasan liputan baharu merangkumi kawasan mukim perancangan.

Di samping itu, loji baharu ini juga dijangka akan meningkatkan bekalan air ke kawasan yang sering terjejas, iaitu di kawasan Lohan, Skim 1 Kinorotuan, Poring dan kawasan ke jalan Sandakan. Selain itu, cadangan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan mutu air mentah di loji rawatan air sedia ada daerah Ranau telah dipohon dalam Program

Pembangunan Bekalan Air Negeri Sabah untuk dilaksanakan pada tahun 2023. Projek ini bertujuan untuk menggunakan sumber air baharu, iaitu dari Sungai Ulu Mamut dan Sungai Nangkamura sebagai alternatif kepada kebergantungan sumber air, Sungai Liwagu, yang semakin merosot dari segi kualiti dan kuantiti. Berhubung cadangan penambah, penambahan tangki simpanan air, Jabatan Air Negeri Sabah akan meneliti dan membuat kajian lebih terperinci cadangan ini kerana penambahan tangki simpanan air ini bergantung kepada keupayaan dan rizab dari loji-loji air sedia ada. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan, soalan tambahan.

Speaker

Yang Berhormat ADUN Dilantik ada soalan tambahan?

Tuan Speaker..

Speaker

Tiada, okey. Saya menjemput Yang Berhormat ah...Darau. Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker, tadi Yang Berhormat Pembantu Menteri Kerja Raya ada menyebut tentang projek-projek loji rawatan air. Saya ingin bertanya berkenaan dengan Projek Loji Air Telibong 2. Soalan saya, bilakah anggaran projek ini akan siap? Projek ini menampung bekalan air di sekitar bandar raya Kota Kinabalu, yang mana kita tahu bekalan air di kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya pada masa ini selalu terputus bekalan. Sekian, terima kasih.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada N.17 Darau berkenaan dengan Loji Telibong, pihak jabatan air, kementerian kita dan Jabatan Air Negeri Sabah telah menaik taraf loji Telibong 1 dengan kapasiti 5 juta MLD untuk masa pendek dan juga Telibong 2 itu juga akan dinaik taraf kapasti 10 ribu MLD.

Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan mungkin siap dalam tahun ini ataupun tahun hadapan dan pembinaan loji baharu yang berkapasiti 80 MLD sedang dilaksanakan dan akan siap dalam 2023. Sekian, Tuan Speaker.

Tuan Speaker, Speaker.

Speaker

Terima kasih. Saya jemput … ah, Elopura. Soalan Tambahan

Ya, terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih ya menteri, sebab ah, saya dengar di Sandakan ada tiga tangki nak buat di Sandakan tetapi sampai hari ini rasanya tidak dapat buat, saya kurang pasti sebab apa, sebab hari ini saya baru dapat satu aduan. Dia cerita tentang without notice, without notice, dia tiada air di Sandakan. Saya tinggal di Sandakan lebih 40 tahun, sampai hari ini bilang mahu naik taraf, bilang jadi mahu jadi city lah, Sandakanlah tapi suka-suka air tiada, suka-suka air without notice, air takda. Bila saya telefon pergi jabatan air, bilang pam rosak.

Speaker

Bukan suka-suka, bila-bila masa.

(Ketawa) Dari last time saya dengar ah, pun mahu buat itu pam, sampai hari ini tangki mahu buat sebab mungkin teknikal masalah tender kah, apakah.

Speaker

Okey, soalan dia apa?

Ya, bila saya, kita, dapat satu jawapan yang jelas air boleh selesai di kawasan Sandakan? Terima kasih.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih Tuan Speaker, untuk ah, menjawab soalan daripada Elopura, pihak kementerian saya juga, jabatan saya akan ah, akan mengenal pasti apa punca-punca dan kita akan ah, datang untuk melawat dan tengok apa permasalahan.

Kita percaya pihak jabatan saya juga akan mengenal pasti punca-punca daripada kerosakan pam-pam dan juga loji.

Rasanya tak payah visit kah apakah, sebab ini masalah bukan pertama hari, dari dulu sampai hari ini kita sudah...

Speaker

Yang Berhormat Elopura, itu sudah soalan keempat.

Itu pam masalah bah, tak payah visit lagi. Pam, saya, kita mahu pam dan tangki air.

Speaker

Sudah.

Itu saja kita mahu. Senang saja. Tangki dan pam air, itu saja.

Speaker

Duduk dahulu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Senallang. Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker, setelah mendengar jawapan yang telah diberikan oleh kedua-dua Pembantu Menteri dan juga mendengar apa yang Yang Berhormat sebutkan tentang keperluan, raw material (bahan mentah) saya yakin itu termasuk air juga diperlukan juga dalam pelaburan-pelaburan yang akan datang dan saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dan juga Kerajaan Negeri, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi keperluan kewangan, kerana saya yakin ini memerlukan duit yang begitu banyak, loji yang ada, maintenance yang ada, itu yang terbantut di Ranau tu, maintainizer nya saya yakin di kawasan Yang Amat Berhormat Tuaran pun berhadapan dengan bekalan air yang tidak terjamin ya, dan sudah pasti... Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal [Senallang]:… sudah pasti dia memerlukan kewangan dan kita tahu bahawa kebanga- kewangan terbatas negara kita berhadapan dengan masalah wang.

Apakah langkah-langkah pihak kerajaan mengambil, tentang kes yang berlaku beratus juta duit di Jabatan Air. Kalau bekas Ketua Perdana Menteri boleh dapat duit dia, yang disita daripada rumah dia beratus juta.

Bolehkah? Bolehkah? Apakah langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri.

Speaker

Itu soalan ratusan juta tu ada isu dalam, dalam mahkamah Yang Berhormat.

Yang Berhormat Senallang, isu ratusan juta tu dalam is- dalam kes mahkamah.

Tidak, di ini bukan, bukan dalam saya persoalkan.

Apakah langkah-langkah saya tahu, tetapi apakah langkah-langkah pihak kerajaan nak ambil balik duit yang telah pun diambil daripada sedang pun kes mahkamah Datuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dahulu dapat duit balik.

Sedang pun berjalan kes dia.

Apakah langkah-langkah pihak kerajaan mengambil duit yang beratus juta daripada SPRM untuk dikembalikan untuk kita gunakan keperluan di peringkat negeri Sabah?

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Ah, terima kasih Datuk Speaker.

Untuk menjawab soalan daripada N.65 Senallang, ini, ah.. urusan mahkamah jadi ah.. kita sebagai di kementerian kita ah tidak dapat jawab nanti kita jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Senallang. Terima kasih.

Speaker

Okey sekarang saya menjemput Yang Berhormat Gum-Gum.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Program Bimbingan Keusahawanan Di SabahQuestions

Speaker

*3.

YB. Tuan Arunarnsin bin Taib [Gum-Gum] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN, nyatakan program serta bengkel bimbingan keusahawanan yang terlaksana di seluruh Negeri Sabah khasnya di DUN Gum-Gum dari tahun 2021 dan apakah program tersebut telah mencapai sasaran dan objektif dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan di Sabah.

Terima kasih ah Datuk Speaker, soalan saya nombor (3).

Speaker

Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Tuan Mohd. Tamin @ Tamin bin ZainalUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian · Pantai Manis

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Gum-Gum dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan yang mulia ini. Pada tahun 2021,

sebanyak Kursus Pembangunan Keusahawanan telah dianjurkan oleh kementerian saya termasuk jabatan dan agensi.

Daripada 46, daripada 46 kursus tersebut, kementerian saya telah menganjurkan sebanyak 18 kursus.

Manakala, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) telah menganjurkan 7 kursus dan 21 kursus dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO). Jumlah peserta yang telah mengikuti kursus-kursus tersebut adalah seramai 1 045 peserta, yang mana di bawah MID seramai 42 427 peserta, SEDCO 436 peserta dan di bawah DIDR seramai 182 peserta.

Manakala, dua kursus dan bengkel bimbingan keusahawanan melibatkan 50 peserta telah dilaksanakan di daerah Sandakan.

Kursus tersebut adalah Kursus Asas Persijilan Halal dan Kursus Asas Persijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Dengan terlaksananya kursus-kursus dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, maka sasaran dan objektif dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan di Sabah telah tercapai dan ini dapat dibuktikan dengan peningkatan jumlah usahawan.

Pada tahun 2020, hanya terdapat seramai 4 278 usahawan di negeri Sabah yang berdaftar dengan DIDR.

Jumlah ini meningkat pada tahun 2021 kepada 5 107 usahawan dan jumlah usahawan di Sabah terus meningkat kepada 5 494 usahawan sehingga Julai 2022. Jumlah usahawan di Sandakan pula adalah seramai 312 usahawan yang terbahagi kepada dua sektor, iaitu sektor pembuatan, 190 usahawan dan sektor perkhidmatan pula adalah seramai 122 usahawan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, seramai 104 usahawan dari Sandakan telah menerima bantuan BAIKS daripada IKS pada tahun 2021.

Bantuan ini terdiri daripada bantuan mesin yang telah diagihkan seramai 75 usahawan, iaitu bantuan pembungkusan (packaging) seramai 7 usahawan, bantuan pendigitalan ah… kepada 21 usahawan dan bantuan francais kepada 1 usahawan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan?

Soalan Tambahan

Ah Yang Berhormat Menteri, ah sini soalan tambahan saya.

Saya ingin tahu ah apakah nama, di antara usahawan-usahawan ini apakah jenis-jenis usahawan di sini sebab saya tidak nampak usahawan kita yang di sini daripada usahawan digital.

Semuanya usahawan-usahawan ini untuk kursus-kursus sahaja.

Jadi, saya dalam soalan saya yang di sini ini saya yang nombor (3) ini saya juga minta Yang Berhormat Menteri err, apakah nama dipanggil ini? er… maklumkan kepada saya bahawa usahawan daripada khasnya daripada Gum-Gum itu sendiri. Terima kasih.

Tuan Mohd. Tamin @ Tamin bin ZainalUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian · Pantai Manis

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Gum-Gum. Saya tidak bagi data yang khusus peserta usahawan daripada Gum-Gum dan saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Menaik Taraf Status Majlis Daerah Lahad Datu Dan Majlis Daerah PenampangQuestions

Speaker

*4.

YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN / MENTERI KEWANGAN II, apakah perkembangan cadangan untuk menaik taraf status Majlis Daerah Lahad Datu dan Majlis Daerah Penampang kepada Majlis Perbandaran.

Terima Kasih tuan speaker. Soalan nombor (4).

Speaker

Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Bismillahirrahmanirrohim, terima kasih Datuk Seri Speaker. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik dan makluman

Dewan yang mulia ini, kementerian telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak Majlis Daerah Penampang untuk membuat penilaian kelayakan Majlis Daerah Penampang, dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran dan mengambil kira kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut. Pertama, merupakan bandar utama.

Yang kedua, mempunyai penduduk tidak kurang daripada 150 000 orang.

Yang ketiga, sumber kewangan yang mampan hasil tahunan tidak kurang daripada RM20 juta.

Keempat, mempunyai kegiatan perindustrian, perniagaan, pelancongan dan perumahan sedia ada. Ataupun dalam perancangan dikenal pasti berpotensi, memberikan sumbangan kepada tambahan pegangan yang boleh dikenakan cukai serta penjanaan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Yang kelima, keupayaan menyediakan ruang dan peluang kepada para peniaga disamping menggalakkan pertumbuhan aktiviti pelaburan, perniagaan dan juga komersial.

Yang keenam, mempunyai kemudahan infrastruktur yang memuaskan serta dihubungkan dengan sistem lebuh raya yang cekap.

Mempunyai konsep perancangan bandar yang mampan, yang berupaya menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa didiami.

Yang ketujuh, mempunyai program yang boleh menggalakkan penduduk setempat, untuk membangunkan komuniti masing-masing melalui tadbir urus bandar yang cekap atau pun penglibatan jawatan kuasa penduduk dan, yang kelapan penyelarasan perjawatan sedia ada dan keperluan penambahan penjawatan baharu sesuai dengan taraf pentadbiran organisasi majlis perbandaran. Sekiranya semua kriteria ini, dapat dipenuhi di Majlis Daerah Penampang, maka pihak kementerian akan mengangkat perkara ini kepada kabinet negeri untuk dipertimbangkan.

Bagi Majlis Daerah Lahad Datu pula, kementerian melaksanakan penilaian yang sama dan setakat ini Majlis Daerah Lahad Datu masih belum dapat memenuhi kriteria asas untuk dinaikkan taraf ah kepada majlis perbandaran. Oleh itu, Majlis Daerah Lahad Datu perlu memfokuskan hala tuju pembangunan ekonomi, sosial dan

memantapkan lagi pentadbiran majlis supaya layak untuk dinaik taraf menjadi majlis perbandaran kelak. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan? Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker. Disebabkan ah proses ataupun permohonan menaik taraf dari daerah ke perbandaran diterajui oleh pengerusi majlis daerah masing-masing. Datuk Speaker saya minta YB. Menteri, menyatakan sama ada jawatan pengerusi Majlis Daerah Lahad Datu masa kini sudah kosong, dia juga merangkap pegawai daerah dan sekiranya benar dia sudah kosong. Bilakah jawatan yang penting ini diisi dengan segera? Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih di atas ah soalan tambahan.

Jawatan itu kosong hanya dua hari yang lepas lah.

Ah, itu pegawai daerah baru pincin (pencen) dua hari lepas 16 hari bulan ya. Jadi, insya-Allah, ah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan juga Jabatan Ketua Menteri, iaitu bahagian Perkhidmatan akan mengambil tindakan untuk ah apa ini, menghantar seorang pegawai baharu untuk mengambil alih. Terima kasih.

Speaker

Angkat barang dia lagi tu kan?

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Soalan tambahan?

uan Speaker: Yang Berhormat Moyog. Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih. Terima kasih menteri and (dan) Datuk Speaker dan Menteri. Ermm… terima kasih atas usaha untuk

meningkatkan Majlis Daerah Penampang kepada perbandaran.

Ah adakah kementerian merujuk kepada, apakah yang telah ditemui dalam laporan…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

….ditemui dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 berkenaan dengan Majlis Daerah Penampang dan sama ada em…penemuan yang telah disenaraikan seperti pencapaian untuk mengutip kegagalan REEDA mengutip assessment dan juga masalah dengan pemaju yang tiada lesen dan banyak lagi.

Adakah kerajaan akan menyelesaikan hal ini sebelum jadi perbandaran dan adakah jawatan-jawatan di Majlis Daerah Penampang yang masih dalam kontrak akan dijadikan em… er… sorry dengan they english will absorb as full time staff. Terima kasih.

Speaker

Tiga soalan tadi tu.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

I’m sure the ministers okay?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih di atas soalan tambahan er…ahli Yang Berhormat daripada Moyog.

Semua faktor akan diambil kira. Walau bagaimanapun, dia bukanlah berpandukan pada ini siap dahulu baru ini dilaksanakan, tidak. Ada perkara-perkara yang boleh dibuat secara seiring yakni, pembaikan dan juga apa ini er…penaikan taraf dalam masa yang sama.

Walau bagaimanapun, kita telah apa tu memutuskan bahawa salah satu daripada fokus utama kita ialah untuk melicinkan pentadbiran dan pengurusan semua PBT di Sabah.

Saya ambil maklum bahawa ada beberapa perbincangan dan juga kelemahan di dalam pengurusan PBT dan usaha yang berterusan untuk memastikan ianya dapat diselesaikan ialah kita sering;

1.

Mengadakan kursus dalam apa itu dalam jabatan itu sendiri; 2.

Kita bekerjasama dengan SPRM dan semua apa ini pihak-pihak yang ada kuasa untuk memastikan ketelusan dan juga err apa itu kelicinan dalam pengurusan kerja; dan 3.

Ahli Yang Berhormat mungkin sukacita maklumkan saya sendiri. Secara peribadi saya telah mengambil tindakan termasuk menukar pegawai-pegawai yang saya pikir tidak menunjukkan prestasi yang baik. Sama melalui rehabilitasi di kementerian atau pergi kepada tugas yang err tidak banyak berurusan dengan orang ramai dan akhir sekali saya juga setuju Yang Berhormat bahawa kutipan hasil adalah salah satu daripada keutamaan yang kita beri banyak beri tumpuan dalam apa dalam PBT dan saya tahu kalau kita lihat peratusan yang dikutip dalam apa itu hasil yang sepatutnya dapat patut di kutip.

Manakala ada PBT yang tidaklah prestasinya masih lemah dan ini adalah antara satu daripada tumpuan dan usaha yang berterusan untuk memastikan efficiency dalam memastikan hasil must sold yang sepatutnya dikutip itu, dapat dikutip oleh semua PBT. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pembinaan Rumah Pprt Di Daerah SipitangQuestions

Speaker

*5.

YB. Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob [Sindumin] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR: a) Berapakah buah rumah PPRT yang telah siap di daerah Sipitang sejak tahun 2020; dan b) berapakah keluarga yang layak mendapat rumah PPRT serta berapakah yang telah diluluskan untuk dibina di daerah Sipitang tahun ini.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya, soalan nombor lima (5).

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Jawapan

Tuan Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Bengkoka

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Datuk Speaker.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.36 Sindumin, 35 Sindumin dan dewan yang mulia ini, sebanyak lapan buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT telah dibina pada tahun 2020 dan sebanyak tiga buah rumah PPRT telah dibina pada tahun 2021 di daerah Sipitang. Manakala bagi tahun 2022, sebanyak empat buah rumah PPRT bina baru dan 12 buah unit PPRT baik pulih diperuntukkan kepada daerah Sipitang.

Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada pihak Pejabat Daerah Sipitang, seramai 94 senarai cadangan penerima rumah PPRT bagi daerah Sipitang yang telah dikemukakan di kementerian saya. Terima kasih

Speaker

Soalan tambahan? Soalan Tambahan

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker.

Soalan tambahan.

Kelulusan dan bantuan ini sangat jauh daripada mencukupi seperti yang dijawab oleh Pembantu Menteri tadi.

Di Sipitang, masih ramai yang menunggu untuk dilaksanakan tetapi menunggu ini ada yang sampai 10 tahun Datuk Speaker, dan banyak rumah ini tidak boleh tunggu lagi, ada yang sudah mahu runtuh dan perlu pembaikan segera.

Mengikut bila kita masuk ke kawasan-kawasan, saya ingat daerah lain pun sama bukan sahaja Sipitang.

Saya pasti di Kudat, di Keningau pun sama.

Kita sudah tidak boleh menunggu lagi. Saya ingin bertanya, apakah rancangan kerajaan untuk mempercepatkan prosesnya? Daripada menunggu 10 tahun untuk mengganti rumah-rumah yang lama ini dan juga baik pulih yang begitu banyak, apakah ada strategik baharu? Sama ada kita minta peruntukan yang lebih daripada Kerajaan Persekutuan ataupun kita kumpul dana supaya proses membaik pulih ini dapat kita

segerakan dan tidak lagi menjadi masalah kepada rakyat.

Tentu sekali, rakyat ini tidak sejahtera Datuk Speaker.

Mereka sangat susah di bawah dan dari segi pelaksanaan pula, apa kementerian ada penyelarasan? Kerana masa ini berbagai-bagai agensi yang melaksana. Kadang-kadang kita tidak tahu yang membuat pembaikan ini tiba-tiba datang muncul dan dia bukan untuk menyelesaikan masalah rakyat tetapi masalah kontraktor yang mahu diselesaikan. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, boleh jawab? Mahu jawab?

Tuan Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Bengkoka

Terima kasih.

Soalan tambahan dan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Sindumin sebentar tadi.

Untuk makluman, agihan perumahan PPRT yang kita agihkan di daerah-daerah atau kawasan DUN masing-masing adalah bergantung kepada jumlah kuota peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan dan kita amat menyedari bahawa keperluan ini amat banyak di negeri kita, termasuk daerah saya sendiri pun banyak keperluan yang perlu diselesaikan. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sipitang, kementerian saya telah membuat satu unjuran untuk memudahkan balik kementerian kita untuk memohon peruntukan lebih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.

Kementerian saya telah membuat unjuran lima tahun dan unjuran-unjuran ini dikemukakan oleh pejabat daerah masing-masing.

Jadi, harapan kita supaya unjuran ini dapat kita ajukan permohonan lebih awal dan peruntukan juga kita minta supaya dapat diberikan lebih kepada keperluan yang kita perlukan di negeri kita dan saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih sebab itu merupakan cadangan kepada kerajaan khususnya pentadbiran negeri kita supaya dapat mengambil perhatian serius berhubung dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhannya di negeri kita. Terima kasih.

Datuk Speaker…

Speaker

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Likas.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Satu soalan saja.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

[mencelah] Soalan tambahan Datuk Speaker.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Soalan tambahan juga.

Speaker

Yang Berhormat Likas.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Memartabatkan Dan Memelihara Budaya, Tradisi Dan Cara Hidup Masyarakat Orang Asal Di SabahQuestions

Speaker

*6.

YB. Tuan Tan Lee Fatt [Likas] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah rancangan kerajaan untuk memartabatkan dan memelihara budaya, tradisi dan cara hidup masyarakat orang asal di Sabah.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, soalan nombor enam?

Speaker

Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Likas, kementerian saya menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah mengenal pasti enam bidang keutamaan dalam usaha memelihara dan memartabatkan budaya pelbagai etnik di Sabah seperti berikut:

1.

Pendigitalan Seni Budaya Sesuai dengan tuntutan kemodenan dan norma baharu masa kini serta selaras dengan pelan pembangunan pendigitalan Kerajaan Negeri, pelbagai program pendigitalan telah dilaksanakan seperti membangunkan aplikasi e-Culture yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar Android atau IOS Apps Store.

2.

Pelancongan Budaya Bersepadu Memartabatkan keunikan dan keindahan budaya supaya menjadikan tarikan utama pelancong untuk melawat negeri Sabah. Kementerian telah…

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

….ke negeri Sabah. Kementerian telah memperkenalkan inisiatif ini Pelancongan Budaya Bersepadu sejak tahun 2021.

Di bawah inisiatif ini, kementerian telah memperkenalkan program hentian budaya atau Cultural Pics Stop dengan mengenalpasti beberapa lokasi yang strategik untuk pelaksanaan hentian budaya seperti di Kota Belud dengan konsep Cowboy Of The East.

3.

Pemuliharaan Kebudayaan Keutamaan pemuliharaan budaya menjurus kepada pemuliharaan bahasa bahasa sukuan Sabah khususnya bahasa-bahasa orang asal yang kini diancam kepupusan.

4.

Pengukuhan Hubungan Etnik.

Bagi memastikan perpaduan dan hubungan etnik di tahap yang memuaskan, kementerian telah mengkhususkan perayaan Hari Etnik Sabah sempena hari jadi rasmi Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sabah sebagai hari untuk meraihkan kepelbagaian budaya etnik dan toleransi di antara etnik bermula pada tahun 2021 dan pada tahun ini, hari etnik akan diadakan pada bulan Oktober.

5.

Dokumentasi dan Penyelidikan Mendokumenkan keunikan budaya tradisi dan cara hidup masyarakat orang asal di negeri Sabah.

6.

Pelan Pembangunan Kebudayaan Negeri Sabah Bagi memastikan rancangan pembangunan kebudayaan yang sistematik dalam masa jangka panjang, Pelan Pembangunan Kebudayaan Negeri Sabah

akan dibangunkan yang melibatkan beberapa pelan tindakan yang menjurus kepada memartabatkan khazanah warisan ke peringkat yang lebih tinggi. Datuk Speaker, kementerian juga melalui Jabatan Muzium Negeri Sabah dalam usaha untuk memartabatkan dan memulihara budaya tradisi dan cara hidup masyarakat orang asal di negeri Sabah.

Melipatgandakan pelaksanaan pendokumentasian, pengumpulan dan perolehan koleksi artifak, melaksanakan program kesedaran berkaitan budaya seperti kraf, adat resam, muzik dan sebagainya.

Di samping itu, Jabatan Muzium Negeri Sabah juga giat dalam mengenalpasti dan mewartakan tapak-tapak yang berkepentingan sejarah selaras dengan tuntutan enakmen warisan negeri pada 2017. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih, ada soalan tambahan.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Hujung, Datuk Speaker tidak nampak di hujung tu.

Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih menteri. Untuk soalan tambahan. Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk orang asal dunia. Jadi apakah adakah kerajaan memperuntukkan dana untuk menyambut Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia pada setiap 9 Ogos setiap tahun dan juga soalan kedua apakah pencapaian kerajaan dari segi mempertahankan hak tanah adat? Terima kasih.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Untuk perayaan Hari Orang Asal, kerajaan kementerian saya memang mengambil maklum dan akan mengadakan program bersempena dengan sambutan Hari Orang Asal setiap tahun. Dan berkenaan dengan soalan kedua, tentang tanah adat. Yang ini merupakan pertanyaan luar daripada isu yang telah dibangkitkan berkenaan dengan kebudayaan yang telah dibangkitan melalui soalan yang pertama tadi. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tungku. Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker, soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri adalah, Yang Berhormat Menteri ada menyebut mengenai salah satu inisiatif pendigitalan seni budaya adalah pengukuhan hubungan etnik melalui Hari Etnik Sabah. Bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi sedikit penjelasan apakah pengisian tersebut dan apakah result ataupun keputusan yang ingin kita capai melalui langkah-langkah tersebut. Terima kasih.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Pengukuhan hubungan etnik.

Bagi memastikan perpaduan dan hubungan etnik berada di tahap memuaskan, kementerian saya telah mengkhususkan perayaan Hari Etnik Sabah sempena hari jadi TYT dan ini semua kita sempena hari jadi TYT dan ianya merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh kementerian ini. Pengisiannya, kita akan menghimpunkan pelbagai etnik diseluruh negeri Sabah dengan menjemput semua majoriti of the religion masyarakat kaum etnik negeri Sabah dengan satu perkumpulan secara besar-besaran sempena dengan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dengan pelbagai bentuk pameran dan juga pakaian serta memastikan mereka mampu untuk kita ketengahkan sebagai identiti masyarakat asal.

Kalau boleh Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan ya, memandangkan program ini bagus saya harus berterima kasih kepada menteri mengenai program ini. Tetapi ada baiknya daripada sekarang pun kita sudah mempunyai satu perancangan yang baik mengenai pengisian program tersebut.

Sebab ini memang berkaitan selain daripada hubungan etnik di negeri Sabah juga dari segi pendapatan negeri dari segi pelancongan. Dan kalau ini boleh dilakukan dengan baik, saya rasa kementerian apa..

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih dari Adun Tungku, saya mengambil maklum dan sudah pasti kementerian saya akan cuba membuat yang terbaik untuk kebudayaan masyarakat

asal dan juga kalau boleh sekaligus untuk memastikan ianya kita jadikan sebagai salah satu usaha untuk menarik pelancong datang ke negeri Sabah. Terima kasih.

Speaker

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Karamunting.

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor tujuh (7).

Jawapan

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Karamunting, kementerian ini melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sedia maklum mengenai kes denggi di Sabah.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengambil berat tentang peningkatan kes denggi yang berlaku sejak kebelakangan ini. Oleh itu, langkah-langkah proaktif untuk menangani kes denggi ini telah bermula dan sedang giat dilaksanakan.

Mengikut rekod Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, sebanyak 1791 kes denggi telah didaftarkan di negeri Sabah sehingga akhir minggu epidemiology 26 iaitu pada 2 Julai 2022.

Bilangan kes denggi semasa iaitu 1791 merupakan peningkatan kes sebanyak 101.9 peratus berbanding tempoh masa yang sama iaitu sebanyak 887 kes pada tahun 2021.

Bagi daerah Sandakan, jumlah kes denggi didaftarkan sehingga 2 Julai 2022 adalah sebanyak 327 kes. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 436 peratus berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas dan masih terdapat 6 kawasan wabak denggi yang aktif dilaporkan di Sandakan. Jabatan Kesihatan...

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

… Sandakan. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah dan sedang melaksanakan langkah-langkah proaktif dalam menangani kes denggi di negeri Sabah. Dan langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

Pertama, pemantauan kes dan aktiviti kawalan denggi. Yang mana keperluan pemantauan, kawalan, pencegahan dan penambahbaikan bagi daerah yang dilapor bagi memutuskan rangkaian jangkitan.

Seterusnya, menjalankan aktiviti kawalan vektor yang melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan untuk setiap kes tunggal ataupun wabak.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaksanakan Gotong-Royong Mega Negeri Sabah pada 25 hari bulan Jun 2022 dan juga sebanyak 30 aktiviti gotong-royong kecil dilaksanakan di daerah-daerah yang ada di negeri Sabah. Pemeriksaan premis pembiakan nyamuk Aedes dan operasi penguatkuasaan juga dikenakan, yang mana sebanyak 192,967 premis telah diperiksa dan 567 kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kepada pemilik premis yang terdapat pembiakan nyamuk aedes. Sebanyak 183,654 premis telah dibuat semburan kabus.

Operasi penguatkuasaan bersepadu telah dilaksanakan di kawasan berisiko tinggi wabak denggi.

Promosi kesihatan melalui infografik situasi semasa kes denggi di media sosial dan media massa juga dilakukan. Bagi daerah Sandakan yang mempunyai 11 hotspot, kementerian ini melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah menggerakkan pasukan bantuan dan logistik kepada daerah Sandakan bagi membendung kes denggi yang semakin meningkat. Terdapat 18 lokaliti seluruh Sandakan yang telah mengadakan gotong-royong kecil untuk membendung wabak denggi. Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, ada soalan tambahan? Soalan Tambahan

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih. Terima kasih Tuan Speaker.

Terima kasih Datuk Menteri. Ya, memang saya dengar jawapan dari Datuk Menteri, memang banyak cara-cara untuk gotong-royongkah, apakah termasuk kompaun, saman. Jadi yang ini saman, saya mahu tanya Datuk Menteri sebab baru-baru saya dapat memang banyak saman ,dari complain sebab saya rasa punca ini nyamuk denggi banyak dari parit dan juga ,rumput panjang dari kawasan-kawasan khususnya di taman-taman. Tetapi ini bukan owner house, owner boleh minta izin.

House owner boleh buat gotong-royong. Tetapi ini, under PBT ataupun Majlis Perbandaran Sandakan untuk cuci parit dengan teratur dan juga potong rumput. Sebab ini yang akan berlaku denggi yang tinggi. Ini saya sudah banyak kali minta sama Majlis Perbandaran Sandakan tentang isu ini…

Speaker

Tetapi, itu bukan di bawah Kementerian dia Yang Berhormat.

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Tetapi… tetapi ah…

Speaker

Yang Berhormat, mengenai ah, apa ini tanggungjawab PBT, bukan di bawah Kementerian dia. You tidak boleh ajukan kepada dia.

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Ya, Tuan Speaker. Ini memang bukan Kementerian, tetapi ini boleh buat satu jawatankuasa ataupun bentuk…

Speaker

Okey, kalau you mahu ajukan juga you buat secara bertulis pada menteri PBT dan saya minta ada soalan.tambahan yang lain?

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Ya, okey. Terima kasih, Tuan Speaker. Jadi ini saya rasa ah, bila kompaun ini under kementerian boleh kemukakan.

Speaker

Okey, Luyang. Soalan Tambahan

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih ah, saya ah, kawasan saya Luyang pun merupakan satu kawasan hot spot yang berlakunya denggi. So, saya punya soalan adalah, soalan tambahan saya Tuan Speaker, adalah mengenai apakah SOP ataupun kerjasama bersama dengan PBT yang… bolehkan Kementerian, Datuk Speaker, Datuk Menteri untuk memantau, kerana pemantauan dan pelaksanaan untuk membendung wabak itu adalah di bawah dia ah, kuasa Kementerian. So, apakah kerjasama yang telah pun diwujudkan ataupun SOP yang telah pun diwujudkan bersama dengan PBT untuk mencari bagaimana kita mengatasi masalah ini sebelum wabak berlaku. Kerana ini penting, kalau kita sudah tunggu selepas wabak itu berlaku, kita buat semburan ataupun usaha-usaha untuk menyelamatkan usaha itu. Tetapi apa yang penting adalah sebelum itu.

Speaker

Soalan. Jangan berhujah.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Apakah usaha atau kerjasama yang telahpun diwujudkan? Terima kasih Datuk Speaker.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Ya. Bagi menjawab ah, persoalan yang dilontarkan oleh DUN daripada kawasan Luyang. Sebenarnya, di setiap PBT ataupun daerah mereka mempunyai jawatankuasa kesihatan yang dianggotai oleh aa pelbagai jabatan yang ada di daerah tersebut. Jadi sudah pastinya, sewaktu mereka mengadakan mesyuarat terutama dalam hal-hal kesihatan perkara ini telah diambil kira. Jadi saya mengambil maklum lontaran yang telah dikemukakan oleh ADUN Karamunting dan juga ADUN Luyang tadi untuk dibawa ke pengetahuan Pihak Berkuasa Tempatan melalui jabatan kesihatan ataupun pegawai-pegawai kesihatan yang ada di daerah-daerah negeri Sabah. Terima kasih.

Speaker

Okey, selesailah sesi soal jawab kita.

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada 3 Mac 2022, saya telah menerima satu aduan melalui pemberitahu usul di bawah Peraturan Tetap 30 (b) daripada Yang Berhormat N.69 Seri Tanjong dan Yang Berhormat N.55 Elopura. Untuk merujuk Ahli Yang Berhormat N.39 Tambunan ke Jawatankuasa Hak-hak dan Kebebasan. Ini adalah kerana Ahli Yang Berhormat N.39, telah dituduh mengeluarkan satu kenyataan yang mengelirukan dewan semasa sesi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri bertarikh 8 Disember 2021 apabila beliau menyatakan bahawa fed up capital bagi Hot Standard Private Limited ialah RM… US 10 Juta. Usul tersebut adalah berbunyi bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan untuk merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tambunan ke Jawatankuasa Hak-hak dan Kebebasan kerana telah mengelirukan dewan dan Tuan Speaker, pada sesi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16. Setelah meneliti aduan tersebut, saya berpendapat aduan itu adalah tertakluk di bawah Peraturan Tetap 90 (6) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah, kerana pemberitahu usul tersebut adalah dibuat semasa dewan tidak bersidang. Saya telah memohon penjelasan lanjut daripada Ahli Yang Berhormat

N.39 melalui satu surat bertarikh 26 April 2022 berkenaan kenyataan yang dianggapkan mengeluar… mengelirukan itu dan untuk mengemukakan sebarang dokumen yang menyokong kenyataan tersebut.

Ahli Yang Berhormat N.39 Tambunan telah memberi maklum balas pada saya pada 27 April 2022. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sebelum seseorang itu boleh disabitkan dan seterusnya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak-hak dan Kebebasan, tiga elemen perlu dipatuhi. Yang pertama, kenyataan yang dibuat hendaklah satu kenyataan yang mengelirukan dewan. Kedua, ahli yang membuat kenyataan itu hendaklah tahu bahawa pada masa kenyataan itu dibuat kenyataan tersebut adalah tidak tepat. Dan yang ketiga, semasa memberi kenyataan tersebut ahli tersebut memang berniat mengelirukan dewan.

Setelah meneliti dokumen-dokumen dan penjelasan yang telah dikemukakan kepada saya dan bukti-bukti lain yang berkaitan, aduan tersebut saya telah membuat satu keputusan dan memaklumkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Hak-hak dan juga Kebebasan pada 13 Mei 2022. Bahawa…

Speaker

… bahawa Ahli Yang Berhormat N.39 Tambunan adalah, bahawa kenyataan Ahli Yang Berhormat N.39 Tambunan, yang dibuat semasa sesi mesyuarat bertarikh 8 Disember 2022, adalah tanpa berniat dan tidak berunsur untuk mengelirukan Dewan.

Maka, kenyataan tersebut adalah tidak tertakluk di bawah Peraturan Tetap 90 Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah.

Selain itu, perkara utama yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut adalah dalam proses mahkamah. Oleh itu, tertakluk kepada prinsip sub-judice. Walaupun di dalam perkara ini diputuskan, kenyataan Ahli Yang Berhormat N.39 adalah tanpa berniat dan tidak berunsur untuk mengelirukan Dewan, ini bukanlah satu kes presiden bagi aduan-aduan lain di masa akan datang yang mungkin akan dirujuk ke Dewan.

Seterusnya, oleh kerana Ahli Dewan Ahli Yang Berhormat N.39 Tambunan, kenyataan beliau telah direkodkan dicatat di dalam Penyata Rasmi bertarikh 8 hari bulan 12 2021.

Saya telah memutuskan Ahli Yang Berhormat N.39 wajib untuk membetulkan kenyataan tersebut, dengan membuat suatu permohonan maaf secara bertulis kepada saya.

Saya telah menerima permohonan maaf bertulis tersebut.

Permohonan maaf itu saya bacakan sekarang, dan hendaklah direkodkan di dalam Penyata Rasmi. Bunyi permohonan maafnya ialah sedemikian.

Surat ditujukan kepada saya sebagai

Speaker

Tuan Speaker, pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana telah memberikan peluang pada saya untuk mengemukakan permohonan maaf di dalam dewan yang mulia ini.

Untuk makluman Tuan Speaker, semasa sesi mesyuarat kedua penggal kedua Dewan Undangan Negeri Sabah khususnya pada 8 hari bulan 12 2021 semasa giliran penggulungan saya, isu berkenaan status Carbon Credit dan Hot Standard Private Limited telah dibangkitkan beberapa kali.

Ketika saya ditanya berkenaan jumlah Paid Up Capital bagi syarikat Hot Standard Private Limited, pada masa itu, saya telah tanpa sengaja dan tanpa niat menyatakan bahawa Paid Up Capital syarikat Hot Standard Private Limited adalah R US 10 juta. Amaun tersebut saya dapati melalui satu surat berkenaan saya berkenaan syarikat tersebut yang mana ada pada bersama saya beserta dengan dokumen-dokumen persidangan lain pada masa itu.

Namun begitu, setelah saya teliti maklumat dalam surat tersebut, maklumat yang ada yang berkenaan ialah mengenai total endorsement value of the company bukannya Paid Up Capital.

Oleh yang demikian, saya ingin dengan keizinan tuan Speaker untuk menyampaikan permohonan maaf secara terbuka di dewan yang mulia ini, kerana menimbulkan kekeliruan dalam Paid Up Capital syarikat Hot Standard Private Limited.

Saya sesunguhnya tidak berniat untuk mengelirukan dewan yang mulia ini dan pada masa saya membuat kenyataan tersebut saya yakin dan percaya bahawa jumlah paid up capital itu adalah jum maklumat yang benar dan merujuk kepada Paid Up Capital syarikat Hot Standard Private Limited.

Maka oleh itu, atas kesilapan tersebut saya memohon maaf dan dengan ini memohon untuk kenyataan saya diperbetulkan di dalam rekod Dewan Undangan Negeri hansard (penyata rasmi).

Sekian, yang ikhlas, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, ADUN N.39 Tambunan.

Datuk Speaker, Datuk Speaker Yang Berhor, kalau boleh saya mencadang sedikit Datuk Speaker ya. Sikit saja. E… apabila bercakap soal ini kalau boleh saya mencadangkan ada baiknya Yang Berhormat N.39 daripada awal tadi mesti berada dalam dewan yang mulia ini, yang pertama. Keduanya, permohonan maaf tu kalau boleh saya mencadanglah, since dia ada di sini ada baiknya kalau dia sendiri baca [menepuk meja] kepada kita yang ada di sini bukan Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat Tungku, saya yang membacanya. Yang Berhormat, dengan itu saya menerima permohonan maaf secara terbuka daripada Yang Berhormat N.39 Tambunan. Ada usul? Ada usul Yang Berhormat Menteri?

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa di bawah Peraturan Tetap 2(2)(A) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri sepanjang tempoh persidangan dewan pada kali ini, sidang dewan digantung mulai jam 12.30 tengah hari dan hendaklah disambung semula pada jam 2.00 petang.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Sugut

Tuan Speaker, saya mohon menyokong, terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah sepanjang tempoh persidangan dewan kali ini sidang dewan digantung mulai jam 12.30 tengah hari dan hendaklah disambung semula pada jam 2.00 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan bersetuju [semua: Setuju] yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama (2022), 2022 (Bacaan Pertama)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama (2022), 2022 bacaan pertama.

Datuk Speaker, Datuk Speaker, saya mohon sebelum Rang Undang-undang itu dapat di saya minta izin bahawa usul Peraturan 31(A&B) ya, sama ada kita langsungkan apa yang kerajaan agenda kerajaan ataupun usul ini kerana ini usul yang agak mendesak.

Speaker

21

Dengan izin, dengan izin kalau boleh, Peraturan 31 (A&B), ini tentang kedaulatan, keselamatan nyawa manusia.

Saya melihat bahawa perkara ini perlu ada pandangan dan pendapat daripada Dewan Undangan Negeri, dan rakyat wilayah Sabah. Bukan hanya bergantung kepada jawatankuasa dibentuk dan Kerajaan Persekutuan. Usul yang saya ingin cadangkan ialah untuk meminta izin majlis membawa satu usul, untuk membincangkan dan membahaskan mengenai ancaman keselamatan daripada pihak warisan Kesultanan Sulu, kerana ini membabitkan bukan hanya nyawa, bukan hanya ekonomi negara kita, kedaulatan negara kita dan ini juga dipolitikkan bukan bererti apabila kita suarakan perkara ini kita mengiktiraf kedaulatan kesultanan.

Is not the sovereign entity Kesultanan Sulu, kerajaan Philipine pun tidak iktiraf.

Tetapi, dalam perkara ini membabitkan tentang nyawa manusia di wilayah Sabah, rakyat Malaysia di Sabah ini khususnya pantai timur yang ada. Ekonomi kita hari ini disitar, kekayaan kita di luar negara diabaikan, jadi kalau boleh dengan izin Datuk Speaker saya nak bentangkan usul ini dan kalau perlu dengan izin Datuk Speaker dibahaskan selanjutnya.

Speaker

Yang Berhormat Senallang, usul di bawah 31 hendaklah dibuat dalam tempoh masa tujuh hari genap.

Datuk Speaker, tengah sidang bersidang dan saya mengemukakan supaya usul ini saya bagi dengan Datuk, Setiausaha Dewan tengah dalam persidangan yang ada. Ingat pernah dilakukan masa dahulu Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua bahawa usul dan kita benarkan untuk beliau membahaskan usul itu di peringkat sidang masa kerajaan pemerintahan dahulu.

Speaker

Ok, saya gantung mesyuarat untuk 20 minit. 12.25 tengah hari

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu usul daripada Yang Berhormat Senallang pada jam 11:20 pagi tadi di bawah Peraturan Mesyuarat 23 (1).

Namun demikian, setelah meneliti Peraturan 23, saya memutuskan untuk menolak usul tersebut berasaskan Peraturan 23 (2).

Dimana permohonan telah dibuat kurang daripada 24 jam yang ditetapkan sebelum bermulanya sidang. Jadi, disebabkan usul hanya dikemukakan pada 11:25 pagi tadi, maka masa 24 jam tidak dipenuhi di bawah PT 23 (2) dan dengan itu, usul ditolak.

Datuk Speaker, minta izin kalau boleh Datuk Speaker. Saya faham, saya tahu, peraturan itu yang yang Yang Berhormat Datuk Speaker boleh menolaknya.

Tetapi, oleh kerana saya pun dah menghantar usul ini, tidak semestinya dibahaskan sekarang. Hari ini, ya.

Mungkin satu ketika, penghujung hari Khamis kerana ini merupakan satu kedaulatan Sabah, umat di negeri Sabah dah 65 tahun isu ini menghantui kita. Saya bukan mengiktiraf Sultan Sulu itu, tidak.

Tetapi, perkara ini perundangan undang-undang yang ada dan saya juga akan bawa pergi Parlimen minggu depan. Perkara ini perkara yang penting kepada negeri Sabah yang tidak menghantuinya. Terima kasih. Tidak semestinya hari ini, saya minta izin Datuk Speaker kalau boleh, kalau...

Speaker

Yang Berhormat Senallang, sesuailah kalau Berhormat Senallang sebagai Yang Berhormat Semporna membawanya di Parlimen. Pada sidang yang sedang berlangsung ini, memandangkan ini adalah perkara di bawah federalist dan perkara yang harus ditangani oleh Kerajaan Persekututan.

Saya faham Datuk Speaker, tetapi ini merupakan perlunya suara dewan yang berdaulat ini. Rakyat Sabah bukan rakyat yang ada PAS, ada UMNO di semenanjung, di Dewan Rakyat. Tetapi dewan yang mulia ini, kena didengar suara dia kerana ini berhubung kait dengan kedaulatan sempadan kita di Sabah ini.

Speaker

Saya telah meneliti hansard (penyata rasmi) dari tahun 93 tidak pernah ada masalah untuk kita memperakui tentang kedaulatan sultan Kesultanan Sulu ini di negeri Sabah ini Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022, 2022, bacaan pertamaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022, 2022, bacaan pertama.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mengemukakan satu Rang Undang-undang bernama suatu enakmen untuk memakai sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan bagi perbelanjaan tambahan bagi tahun 2022.

Timbalan Setiausaha: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022, 2022.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, bacaan kedua hari apa?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Baiklah.

Timbalan Setiausaha: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022, 2022, bacaan kedua.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022, dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Speaker, saya ingin mengemukakan usul agar Undang-undang Perbekalan Tambahan 2022 dibaca sekarang buat kali yang kedua dan berikut, Tuan Speaker ialah penjelasan bagi Rang Undang-undang ini.

Terlebih dahulu saya ingin memaklumkan pada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan yang mulia ini bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2022 memerlukan peruntukan tambahan sebanyak Ringgit Malaysia 688 349 704.00, 688 349 704.00 ringgit.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, jam telah menunjukkan tepat 12:30. Maka, dewan digantungkan dan Yang Berhormat Menteri boleh sambung semula jam 2 petang nanti.

Speaker

… Saya menjemput Menteri yang telah bermula untuk memberikan ucapan berkenaan dengan RUU tadi. Silakan Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Datuk Speaker, dengan izin Datuk Speaker saya ingin memulakan semula apa ini ya... ucapan pembentangan bagi peruntukan tambahan bagi 2022.

Terlebih dahulu, saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan yang mulia ini bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Tahun 2022 memerlukan peruntukan tambahan sebanyak Ringgit Malaysia 688,349,704.00

saya ulang 668,349,704.00 ringgit untuk beberapa kepala perbelanjaan seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual Rang Undang-undang tersebut.

Speaker

Ahli Yang Berhormat Menteri, sekejap ya. Ahli-ahli Yang Berhormat ada terdengar echo dalam bilik ini? Ada terdengar? Boleh dengar dengan jelas? Tiada masalah? Maafkan saya, teruskan Menteri. Minta maaf.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Butir-butir lanjut mengenai peruntukan di bawah setiap perpecahan kepala perbelanjaan ini adalah dicatatkan dalam penyata anggaran pembekalan tambahan tahun 2022 yang telah pun diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat di bawah kertas arahan CND 1/2022 dan juga CND 2. Penyata anggaran pembekalan tambahan tersebut telah pun menjelaskan bahawa semua anggaran tambahan ini adalah mustahak bagi melicinkan operasi pentadbiran kerajaan khususnya untuk tempoh tahun ke-4 tahun 2022. Datuk Speaker, seperti yang kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini, keadaan cuaca adalah tidak menentu. Hujan lebat yang diikuti dengan bencana banjir semakin kerap berlaku di beberapa daerah di negeri Sabah yang menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalan-jalan raya dan jambatan serta runtuhan cerun. Banjir kilat dan banjir besar juga telah menyebabkan runtuhan tebing sungai dan kehilangan serta kerosakan harta benda. Kerajaan prihatin dan memandang serius terhadap masalah yang berlaku dan memberi tumpuan untuk membaik pulih dan membantu rakyat yang terkesan akibat daripada bencana tersebut. Oleh yang demikian, di dalam anggaran perbekalan tambahan tahun 2022 ini sejumlah 149.52 juta atau 21.72 peratus diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Ini termasuklah peruntukan bantuan kepada rakyat sebanyak 7 juta ringgit. Datuk Speaker, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, selanjutnya sejumlah 261.38 juta atau 37.97 peratus atau hampir 38 peratus diperuntukkan kepada Kementerian Kewangan Negeri sebagai tambahan kumpulan wang berkanun bagi menggurangkan defisit pembangunan serta caruman kepada Kumpulan Wang Amanah dan lain-lain keperluan.

Di samping..

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Di samping itu sejumlah enam puluh enam perpuluhan dua puluh.. dua lapan peratus, enam puluh enam. Disamping itu, sejumlah enam puluh lima perpuluhan dua lapan juta pula, diperuntukkan bagi penyelenggaraan loji air. Pam booster, tangki dan paip air, pembayaran konsesi air dan penswastaan serta perolehan, penjana kuasa dan pembekalan air. Manakala, sejumlah lima puluh lapan perpuluhan sembilan dua juta pula diperuntukkan bagi tujuan pentadbiran pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kerajaan.

Selebihnya sejumlah seratus lima puluh tiga perpuluhan dua lima juta diagih kepada beberapa kementerian dan jabatan seperti berikut.

Pertama, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan sebanyak empat puluh perpuluhan enam juta, bagi caruman penggantian kadar pemuliharaan kawasan dan geran kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Kedua, Kementerian Belia dan Sukan… Sukan Sabah sebanyak enam belas perpuluhan satu tujuh juta ringgit bagi membiayai pentadbiran pembangunan sukan dan pemberian kepada Majlis Sukan Negeri dan Lembaga Sukan Sabah. Ketiga, Jabatan Hal Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah sebayak dua puluh dua perpuluhan tiga satu juta ringgit untuk membiayai penyelenggaraan dan pengendalian, masjid, surau dan sekolah agama. Keempat, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat sebanyak lima belas perpuluhan empat enam juta ringgit untuk pelbagai program perkhidmatan sosial termasuklah pemberian bantuan anak yatim dan bantuan Am tabar… tabung rayuan, derma serta bantuan kepada warga tua… dan orang kurang upaya (OKU) dan kelima, pelbagai kementerian dan jabatan sebanyak lima puluh lapan perpuluhan enam empat juta ringgit untuk menampung keperluan sehingga hujung tahun ini.

Datuk Speaker, anggaran perbekalan tambahan tahun 2022, terbahagi kepada dua bahagian, iaitu yang tidak melibatkan aliran wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia satu ratus sembilan belas juta lapan ratus dua puluh ribu dan tiga ratus empat puluh empat.

Seratus sembilan belas juta lapan ratus dua puluh ribu tiga ratus empat puluh empat atau tujuh belas perpuluhan empat satu peratus yang diperlukan bagi tujuan pelarasan akaun, semata-mata untuk mematuhi peraturan perakaunan. Manakala, sebahagian lagi iaitu Ringgit Malaysia lima ratus enam puluh lapan juta lima ratus dua puluh sembilan ribu dan tiga ratus enam puluh, saya ulang lima ratus

enam puluh lapan juta, lima ratus dua puluh sembilan ribu tiga ratus enam puluh ringgit. Atau lapan puluh dua perpuluhan lima sembilan peratus adalah melibatkan aliran wang tunai.

Peruntukan tambahan terbesar yang melibatkan aliran wang tunai sebanyak ar… seratus enam puluh juta tiga ratus lapan puluh ribu dan sepuluh ringgit disyorkan untuk menampung perbelanjaan di bawah perkhidmatan Am, Perbendaharaan yang meliputi pelbagai keperluan, iaitu sebanyak lapan puluh empat perpuluhan lima juta untuk pelaburan ekuiti.

Pinjaman pertukaran kepada geran, untuk Badan Berkanun Negeri sebanyak enam puluh juta untuk menampung keperluan lain dibawah keperluan khas, dan tiga perpuluhan kosong dua juta ringgit untuk bayaran perkhidmatan konsultan, bayaran perubatan dan insurans.

Selain daripada itu, sejumlah enam puluh tujuh juta seratus lima puluh sembilan ribu tiga ratus empat puluh dua diperuntukkan kepada Jabatan Kerja Raya untuk membiayai kerja-kerja pembaikan kerosakan akibat ribut dan banjir dan pembaikan cerun sebanyak tiga puluh perpuluhan dua lima juta.

Penyenggaraan dan penyelenggaraan bangunan sebanyak dua puluh dua perpuluhan sembilan empat juta dan sewa pejabat sebanyak lima belas perpuluhan dua, dua juta. Manakala, sejumlah enam puluh enam juta dua ratus lapan puluh ribu dua ratus dua puluh empat ringgit diperuntukkan bagi menampung keperluan Jabatan Air Negeri Sabah untuk membiayai pembayaran konsesi dan penswastaan air, serta perbelanjaan loji tangki dan paip air.

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di dewan yang yang mulia ini, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan diperuntukkan sejumlah empat puluh juta seratus tujuh puluh sembilan ribu lapan ratus lapan puluh ringgit bagi tujuan pemberian kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menampung bayaran elaun Ketua Anak Negeri, Ketua Daerah, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Masyarakat dan juga Ketua Kampung.

Seterusnya sejumlah enam belas juta empat ribu ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi membiayai pentadbiran pembangunan sukan serta pemberian kepada Majlis Sukan Negeri Sabah dan Lembaga Sukan Negeri Sabah.

Manakala lima belas juta tiga ratus tujuh puluh tiga ribu, enam ratus empat puluh lima ringgit pula, diperuntukkan diberikan kepada Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat bagi membiayai program perkhidmatan sosial, bayaran bantuan Am dan anak yatim, tabung rayuan derma, bantuan kepada orang tua dan orang kurang upaya (OKU).

Selebihnya empat puluh lima juta empat ratus dua belas ribu tujuh ratus tujuh puluh enam ringgit pula, adalah untuk membiayai perbelanjaan kementerian dan jabatan yang meliputi pembayaran gaji, bantuan khas kewangan dan perbelanjaan bantuan pentadbiran Am pejabat.

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, penyata tambahan kepada anggaran tahunan dua ribu dua puluh dua, dibawah kertas-kertas CMD. Dua tahun dua ribu dua puluh dua, memerlukan peruntukan tambahan sebanyak dua ratus empat puluh juta sembilan ratus dua puluh lima ribu tujuh ratus empat puluh dua ringgit yang melibatkan tiga puluh lima vot peruntukan dibawah sepuluh buah kementerian. Daripada jumlah tersebut, seratus tiga puluh tujuh juta tujuh ratus sembilan ribu empat ratus tiga puluh empat ringgit diperuntukkan dibawah kumpulan wang negeri. Manakala, sebanyak satu juta tujuh puluh tujuh ribu seratus dua puluh satu ringgit pula, merupakan pembiayaan dibawah bayaran balik Persekutuan. Bakinya sebanyak seratus dua juta seratus tiga puluh sembilan ribu seratus lapan puluh tujuh ringgit adalah dibiayai dibawah pinjaman persekutuan.

Datuk Speaker, agihan tersebut… agihan terbesar dibawah anggaran tambahan pembangunan sejumlah seratus enam puluh lapan juta seratus tujuh puluh tiga ribu tiga ratus tujuh puluh satu ringgit atau enam puluh… enam puluh sembilan perpuluhan lapan peratus diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya. Bagi membiayai projek berstatus impak tinggi dibawah pinjaman Persekutuan, sebanyak seratus juta ringgit. Manakala, enam puluh lapan juta seratus tujuh puluh tiga ribu, tiga ratus tujuh puluh satu dibiayai dibawah kumpulan wang negeri.

Agihan kedua terbesar ialah, tiga puluh satu juta lapan ratus ribu ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pembanguan Luar Bandar dibawah peruntukan khas. Manakala, sejumlah dua puluh juta ringgit pula diperuntukkan kepada jabatan ketua… ketua menteri bagi membiayai pembayaran pampasan pengambilan tanah dan projek pembangunan khas yang telah diluluskan.

Selain daripada itu, sejumlah tiga… sembilan juta tiga ratus tujuh puluh ribu tujuh belas ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian daripada jumlah tersebut dua juta seratus tiga puluh sembilan ribu seratus lapan puluh tujuh ringgit adalah dibawah… dibiayai dibawah pinjaman Persekutuan dan bakinya sejumlah tujuh juta dua ratus tiga puluh ribu lapan ratus dua puluh sembilan ringgit daripada kumpulan wang negeri untuk membiayai projek… beberapa projek pembangunan.

Datuk Speaker, tambahan peruntukan dalam anggaran pembangunan tahun dua ribu dua puluh dua ini juga memperuntukkan sebanyak lima juta tujuh ratus tujuh puluh tujuh ribu lima puluh tiga ringgit kepada Kementerian Pertanian dan Perikanan. Daripada jumlah tersebut empat juta enam ratus sembilan puluh sembilan ribu sembilan ratus tiga puluh tiga diperuntukkan dibawah wang negeri untuk membiayai projek-projek Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Jabatan Perkhidmatan Vetenar. Veterinar. Bakinya sejumlah satu juta tujuh puluh tujuh ribu seratus dua puluh ringgit diperuntukkan dibawah bayaran balik Persekutuan untuk menampung bayaran akhir projek pembinaan infrastruktur incubator di Gum-Gum, Sandakan. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan diperuntukkan...

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan peruntukan 944,300 ringgit di bawah kumpulan wang negeri untuk pemberian capital kepada kuasa-kuasa tempatan dan pembangunan landskap sejumlah 850,000 pula diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat untuk projek pembinaan bangunan baru KDKU Sandakan dan koperasi bersepadu orang kurang upaya dan warga emas.

Akhir sekali, tambahan peruntukan sebanyak 700 ribu ringgit diagihkan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Alam Sekitar bagi membiayai kajian penyelidikan pelantikan untuk mempertingkatkan keberkesanan prosedur dan proses penilaian Alam Sekitar IEA di Sabah.

Datuk Speaker, dengan huraian yang saya telah berikan tadi mengenai peruntukan-peruntukan tambahan di dalam anggaran perbekalan tambahan tahun 2022, maka saya usulkan sekali lagi agar Rang Undang-undang perbekalan tambahan tahun 2022 dibacakan sekali lagi dibaca sekarang bagi kali yang kedua. Sekian dan terima kasih.

Speaker

Ada Ahli Yang Berhormat menyokong?

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Sokong Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih.

Speaker

Usul untuk membawa anggaran perbekalan tambahan pertama 2022 dan anggaran permohonan tambahan pertama 2022.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan usul kepada jawatankuasa perbekalan seperti berikut bahawa walau apa pun jua kehendak peraturan-peraturan tetap itu, anggaran tambahan perbelanjaan yang pertama perbekalan 2022, kertas CM Desa untuk tahun 2022, penyata tambahan pertama anggaran perbelanjaan pembangunan 2022, kertas CM di tahun 2022 jawatankuasa perbekalan bacaan current bacaan kedua dan ketiga dibaca Rang Undang-undang perbekalan tambahan pertama 2022 hendaklah dibincang pada hari ini.

Speaker

Ada Ahli Yang Berhormat menyokong?

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Sokong Datuk Speaker.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahas sekarang. Ada Ahli yang ingin mengambil bahagian silakan. Saya nampak Yang Berhormat Sindumin berdiri dulu.

02:25 petang

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker, saya ingat tadi giliran saya belakang sedikit tetapi telah diberi ruang untuk membahas Rang Undang-undang perbekalan tambahan tahun 2022.

Datuk Speaker, perbekalan tambahan ini adalah perlu dan normal untuk mana-mana Kerajaan dan diusulkan melalui sidang Dewan Undangan Negeri.

Ini juga telah dilaksanakan di peringkat Parlimen jadi ertinya peruntukan tambahan ini bukan suatu yang luar biasa dan menjadi keperluan.

Rang Undang-undang perbekalan ini dilaksanakan terutama untuk keperluan kecemasan ataupun dasar-dasar baru yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua sebentar tadi. Namun demikian, kerajaan juga perlu berhati-hati, perlu melihat dalam konteks meluluskan perbelanjaan ini supaya tidak menjadi perbelanjaan negeri yang defisit atau yang menyebabkan kerajaan terbeban dengan hutang oleh kerana dasar-dasar baru yang dilaksanakan. Kemudian juga kerajaan pastikan penjanaan pendapatan atau cash flow masa kini adalah positif ataupun in favor untuk kelulusan perbelanjaan tambahan ini. Kita tidak mahu kita teruskan perbelanjaan tambahan ini dengan menambah hutang ataupun menjadi beban kepada negeri.

Yang ketiga, Kerajaan sudah ada bajet yang diluluskan pada tahun 2022 melalui perbentangan bajet pada tahun lalu, perbelanjaan tambahan ini diperlukan sebolehnya, iaitu untuk projek-projek atau program yang ada kesan peningkatan ekonomi merangkai ataupun spin of economi dan hasilnya ada feel good kepada rakyat, seperti cipta peluang pekerjaan ataupun menambah ekonomi negeri serta menyelesaikan masalah rakyat supaya rakyat rasa terbela dan rasa selesa dengan peruntukan tambahan ini.

Projek-projek ataupun program-program yang ada kesan peningkatan ekonomi barang kali juga dilihat oleh rakyat suatu peluang baru dalam merempuh keadaan semasa yang mencabar dalam keadaan harga barangan yang naik perniagaan yang tidak begitu memberangsangkan ataupun keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan terutama sekali di kawasan kampung. Kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, di Unit Perancang Ekonomi untuk menangguhkan projek-projek yang belum mula agak mengejutkan kita, saya pun membaca juga seperti Yang Amat Berhormat Menteri membaca.

Kita perlu minta penjelasan, apakah alasan sebab penangguhan ini, itu yang pertama. Yang kedua, apakah jenis projek ataupun sektor mana yang perlu ditangguhkan. Sebelum penangguhan ini dilaksanakan, Kerajaaan Negeri perlulah dirunding. Perbincangan dua hala supaya Kerajaan Negeri dapat melihat dan dapat pandangan daripada kita kerana negeri Sabah ini masih jauh tertinggal, terutama sekali dalam projek-projek infra seperti jalan raya, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar, pembasmian kemiskinan, perumahan dan sebagainya.

Kalau projek-projek yang ada spin economy ataupun menjadi keselesaan rakyat ini ditangguh, sudah tentu tidak begitu baik untuk negeri kita dan Kerajaan Negeri ada hak untuk mempertahankan apa yang dirancang selama ini.

Datuk Speaker, untuk perbekalan tambahan ini, walaupun ada butiran yang telah dibentangkan tadi, tetapi saya ingat, banyak lagi benda-benda yang lain menjadi priority kepada kita yang perlu dilaksanakan melalui peruntukan tambahan ini. Saya tidak akan membincang kesemua pecahan kepala atau nombor kepala tapi saya melihat beberapa perkara.

Yang pertama di bawah S15, Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Tahniah kepada JHEINS kerana dapat peruntukan sebanyak 23 juta, iaitu telah dibentangkan tadi untuk pembaikan sekolah-sekolah agama, surau-surau dan masjid. Namun, keadaan yang ada di bawah jauh lebih parah dan serius ialah kebanyakan sekolah-sekolah ini walaupun ada bangunan baru yang nanti dibaiki masih lagi ada masalah-masalah lain, iaitu bilangan guru-guru yang mengajar di sekolah agama ini tidak mencukupi.

Saya minta penjelasan daripada menteri yang bertanggungjawab atau Menteri Kewangan, apakah ada peruntukan untuk lantikan guru-guru sekolah agama ini, yang pada masa ini saya difahamkan bahawa guru-guru di sekolah agama telah ditaja orang-orang tertentu yang bilangan ataupun nilai duitnya di bawah paras kemiskinan. Jikalau ini diteruskan, ertinya guru-guru yang mengajar secara sambilan ataupun ditaja ini mereka hidup dalam keadaan kemiskinan, mereka mengajar tetapi elaun cuma sedemikian. Saya mohon supaya ini dikaji semula dan dapat dilantik jawatan-jawatan kosong ataupun melantik guru-guru kontrak dan dibayar gaji setimpal dengan kelulusan yang mereka ada. Kalau kita buat kajian di seluruh negeri Sabah ini keadaan rata-rata menyeluruh bukan sahaja di kawasan DUN Sindumin tetapi saya melihat di seluruh negeri Sabah ini perlu kajian supaya masalah ini... Datuk Dr. Yusof bin Yacob [Sindumin]:… guru-guru kontrak dan dibayar gaji setimpal dengan kelulusan yang mereka ada.

Kalau kita buat kajian di seluruh negeri Sabah ini, keadaannya rata-rata menyeluruh bukan sahaja di area (kawasan) Dun Sindumin, tetapi saya melihat di seluruh negeri Sabah ini perlu kajian supaya masalah ini diselesaikan.

Datuk Speaker, pejahan (pecahan) kepala S29 Jabatan Pengairan dan Saliran seperti yang dinyatakan tadi telah pun ada tambahan 95.6 juta untuk Jabatan Parit dan Saliran ini.

Saya mengalu-alukan.

Saya setuju dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua tadi yang mengatakan bahawa keadaan di Sabah ini tidak menentu. Di mana kadang-kadang hujan lebat, ada banjir, dua hari sudah keadaan air pasang besar di Laut China Selatan dan di Sindumin ombak naik ke kawasan pekan dan kawasan pekan ada sebahagiannya banjir. Oleh kerana paras air yang tinggi ini dan juga parit-parit air tidak mengalir banyaklah kawasan rumah terkena banjir. Kita harap melalui peruntukan ini sebagai priority (keutamaan) kita, penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk menyelenggara parit-parit, semua longkang-longkang, dan juga sungai-sungai yang tersumbat supaya dibersihkan dan terima kasih atas peruntukan ini.

Saya berasakan bahawa ini adalah satu penyelesaiaan peringkat pertama.

Namun, penyelesaian jangka panjang yang perlu peruntukan yang besar juga harus diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran di negeri Sabah.

Datuk Speaker, di bawah S36 Jabatan Kerja Raya, saya memikirkan supaya peruntukan tambahan dapat diberikan kepada Jabatan Kerja Raya kerana beberapa isu di luar bandar terutama sekali pembinaan jambatan.

Pada sidang yang lalu, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya menyatakan di kawasan saya, sekurang-kurangnya ada enam jambatan yang lalu di bawah air ataupun low-lying bridge dan jambatan ini seperti Jambatan Tamparuli pada masa dahulu, bila hujan sedikit sahaja air naik jambatan tenggelam dan apabila tenggelam ia sangat berbahaya, airnya deras. Tetapi, ada orang kampung penduduk terpaksa melalui di Jambatan Mendulong, satu peristiwa yang lalu telah di mana kereta yang lalu telah hanyut oleh kerana air dan telah meninggal.

Begitu juga di Jambatan Meligan di mana airnya naik, anak-anak sekolah dengan kereta yang lalu banyak yang telah terkorban dan baru-baru ini amat menyulitkan penduduk luar bandar apabila jambatan ini ditenggelami air maka perhubungan terputus, terutama sekali apabila ia terputus di bahagian di kawasan ataupun waktu petang di mana orang balik dari bekerja tidak dapat melalui jambatan ini dan mereka bermalam dalam kereta ataupun di seberang yang tidak mereka tidak dapat menyeberang sungai ini, dan kita berharap melalui peruntukan tambahan, ada sebahagian, kita tidak minta semua sekali gus, ada sebahagian jambatan ini yang dirasakan dalam kecemasan perlu diselesaikan segera.

Datuk Speaker, kita juga melihat bahawa beberapa jalan ini mempunyai masalah terutama sekali jalan-jalan yang di bawah konsesi. Orang kampung membuat aduan beberapa jalan perlu diperbaiki secara kecemasan, tetapi syarikat konsesi ini memberitahu mereka ada pusingan jadual untuk menyelenggara jalan-jalan tersebut. Apabila mereka ada jadual, walaupun ada complain (aduan) ataupun aduan daripada orang kampung, mereka mengatakan ini belum masuk lagi dalam pusingan. Datuk Speaker, orang kampung, dia tidak faham konsesi yang dia mahu ialah jalan itu baik pada hari itu juga atau hari berikutnya kerana jalan itu tempat laluan mereka mencari makan. Tetapi, kalau syarikat konsesi, kita bagi laporan, jawapan daripada konsesi mengatakan bahawa ini belum lagi masuk jadual pembaikan maka ini masalah kepada kita.

Saya melihat bahawa konsesi ini menyusahkan rakyat juga dan saya cadang kalau boleh kita review (kaji semula) bukan semua jalan ini perlu

dibagi kepada konsesi.

Ada jalan-jalan yang perlu diselenggara oleh JKR seperti dahulu.

Kalau dahulu ada jalan-jalan di bawah JKR. JKR ada mesin sendiri. Kalau orang kampung complain (aduan) pagi, tengah hari sudah siap di mana Jabatan Kerja Raya datang sendiri menggunakan mesin yang ada menyelesaikan on the spot (dengan kadar segera) aduan-aduan itu.

Sekarang ini wakil rakyat dan juga pemimpin-pemimpin setempat UPPM menjadi beban, Datuk Speaker, dan kita berharap kementerian melihat walaupun ada konsesi tetapi ada peruntukan khas kecemasan di bawah kementerian ataupun Jabatan Kerja Raya ditempatkan di daerah-daerah supaya masalah seperti ini dapat diselesaikan dan saya melihat tidak ada peruntukan tambahan untuk itu dan kalau boleh ada mungkin requirement (keperluan) ataupun susun semula peruntukan ini supaya dapat diagihkan. Kami di bawah, Datuk Speaker, tidak boleh tunggu. Rakyat tidak boleh tidak mahu jawapan yang sebegitu. Rakyat mahu jalan kami baik. Maka itu, kami sebagai wakil rakyat di bawah terpaksa juga berusaha bagaimana untuk berusaha menyelesaikan masalah ini termasuklah penggunaan dan dana-dana ataupun minta bantuan daripada kontraktor agar jalan ini diperbaiki segera.

Speaker

Yang Berhormat, sila gulung.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih.

Saya faham Yang Berhormat Speaker. Okey, yang penghabisan dua hal, iaitu di bawah Kepala S40 dan S41 Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan.

Tahniah kepada menteri. Kita mahu rakyat ini sejahtera di saya berharap dengan peruntukan ini, penyusunan semula pejabat-pejabat ataupun Jabatan Kebajikan Daerah dapat dilaksanakan dan dapat meningkatkan perkhidmatan. Saya minta Yang Berhormat menteri lihat-lihatlah Dun Sindumin.

Saya difahamkan dahulu sudah ada jabatan ataupun pejabat yang baharu, tetapi sudah diperiksa. Dekat setahun sudah, periksa sahaja belum lagi dilaksanakan dan tidak ada penambahan kakitangan.

Saya bukan, saya merayu sahaja Yang Berhormat menteri kerana rakyat di kawasan saya ini pun perlu juga perkhidmatan kebajikan dan banyak dan terima kasih kalau dapat dibayar gaji-gaji untuk orang tua ini. Banyak juga permintaan. Saya pun tidak tahu apa garis panduan. Ada yang

complain (aduan) kita sama ada cut off dia 70 tahun, 80 tahun, ada yang 90 tahun pun dia kata, jumpa kita, Datuk saya ini sudah tua, tetapi belum pernah dapat gaji tua dan tiap-tiap tahun memang bilangan orang tua ini bertambah kerana umur kita bertambah. Jadi, mungkin ada dasar baharu dari kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

Yang akhir Datuk Speaker, iaitu di bawah S27, perbendaharaan 161 juta, tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa pelaburan ekuiti 84 juta.

Saya ingin memberikan pandangan kita kena ikut negeri Sarawak, Datuk Speaker. Kita tidak semestinya memberikan duit kepada syarikat-syarikat di mana kita mahu melabur terutama sekali apabila pelabar-pelabur datang ke Sabah.

Kita perlu ada garis panduan.

Semua pelabur yang datang ke Sabah kita bagi dasar, saya cadangan Yang Berhormat kepada menteri, Ketua Menteri. Kita mesti melabur, tetapi bukan cara melabur secara tunai.

Kita boleh melabur secara delayed payment (tangguh bayar). Maksudnya, kita ambil seperti Sarawak 30 peratus, tetapi tidak semua kita bayar ekuiti itu ataupun pelaburan itu saham kita on the spot (dengan kadar segera). Kita boleh teruskan perniagaan rekodkan kita melabur 30 peratus ataupun 40 peratus, tetapi kita bayar ekuiti itu secara ansuran mengikut dividen yang kita akan terima beberapa tahun akan datang.

Oleh itu, komitmen kita masa kini, duit yang ada ini yang 84 juta ini kalau kita berikan kepada syarikat, mereka akan gunakan dan sepatutnya duit itu kita tidak belanjakan sekarang.

Kita duit yang ada ini kita belanjakan untuk yang lain dan keuntungan daripada pelaburan ataupun dividen yang bakal diterima, kita tidak terima kita ambil melalui pemberian saham secara beransur-ansur.

Mungkin kita bahagi dua, sebahagian dividen itu kita ambil sebagai tunai dan sebahagian kita pulangkan balik untuk membayar ekuiti yang kita ada dalam syarikat pelaburan itu dan saya tidak tahu apakah 84 juta ini untuk syarikat mana, palaburan yang mana. Mungkin Yang Berhormat menteri dapat jelaskan masa penggulungan nanti.

Itu sahaja Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Saya menjemput Yang Berhormat dari Nabawan. Silakan. 02:39 petang

Terima kasih, Datuk Speaker.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih Datuk Speaker kerana memberikan peluang kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2022. Memetik laporan yang di...

Assalammualaikum waramatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, salam Sabah Maju Jaya.

Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2022. Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau (FAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada awal bulan Julai tahun ini bahawa jumlah penduduk dunia yang berdepan dengan kebuluran makanan meningkat kepada 828 juta pada tahun ini meningkat sebanyak 46 juta berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan ketara yang banyak berlaku mungkin disebabkan oleh masalah krisis ekonomi dan krisis kesihatan global yang tidak menentu.

Kita di Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi ancaman ekonomi dan kesihatan ini dan pada ketika ini kita sedang berdepan dengan isu inflasi dengan peningkatan 2.8 peratus setakat April tahun ini berbanding tahun lalu yang menyebabkan pelbagai masalah berlaku seperti kenaikan harga barang dan sebagainya.

Oleh itu, menjadi keutamaan kita untuk memastikan dasar-dasar murni kerajaan dalam usaha untuk menangani isu-isu tersebut dapat diterjemahkan dengan sebaiknya. Datuk Speaker, oleh yang demikian, selain daripada perbekalan tambahan ini, saya tampilkan beberapa perkara yang penting pada hemat saya, ia adalah isu meja yang perlu saya utarakan dan dicadangkan dalam dewan yang mulia ini agar hal ini diambil perhatian untuk diperhalusi supaya mendapat sokongan dan kelulusan untuk dilaksanakan.

Pertama sekali mengenai cadangan saya agar pihak kerajaan menubuhkan Program Gedung Makanan atau PGM atau ianya sebagai Food Security untuk negeri Sabah dengan izin dan mengapa saya cadangkan perkara ini kerana yang terjadi pada dunia amnya ketika ini termasuk Malaysia dan juga khususnya negeri Sabah sendiri sebenarnya kita sedang berdepan dengan krisis makanan. Sehinggakan berlaku kenaikan harga barang terutama barang keperluan

asas ditambah pula dengan tidak keseimbangan ekosistem dalam industri pertanian mahupun ternakan berasaskan makanan juga turut berlaku yang membawa kepada kesan terhadap pengeluaran produk makanan yang menyebabkan ketidakstabilan harga barang dan kekurangan stok makanan.

Walaupun sebenarnya kita mempunyai sumber dan tanah yang luas untuk mengeluarkan dan menghasilkan produk-produk makanan yang berkualiti, persoalannya, mengapakah kita tidak melaksanakan program murni sebegini rupa secara serius untuk manafaat semua. Selain itu, apa yang menjadi persoalan mengapa kita di negeri Sabah ini yang memiliki pelbagai sumber...

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Tuan Speaker, mencelah sekejap.

Speaker

Boleh berikan pencelah?

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Ah, sedikit.

Speaker

Yang Berhormat, silakan.

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Em, saya perhatikan apabila kita bahas atau menyokong sebagainya masih lagi kita menyebut negeri Sabah. Sebetulnya kita ini MA63 sudah em… revive dengan izin. Di Parlimen, Sabah, Sarawak, Malaya equal partner.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Sekurang-kurangnya...

Speaker

...berhenti dulu di sana.

Hari ini, kita menyokong atau tidak menyokong apa yang telah dibincangkan.

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Saya menyokong... Tuan

Speaker

...Saya minta Yang Berhormat ikut peraturan, iaitu jangan menyentuh lain subject matter. Boleh? Sila duduk Yang Berhormat.

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Tuan Speaker, saya menyokong hanya pembetulan.

Speaker

Sebelum...

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Kalau boleh, hanya pembetulan tidak menggunakan negeri Sabah, wilayah kalau boleh ataupun setidak-tidaknya negara kerana Sabah ini dulu TYT kita ini dipanggil yang di-Pertua Negara.

Speaker

Yang Berhormat, saya tidak mahu panjang lebar berkenaan dengan perkataan waran dan ulasan-ulasan yang tadi, saya minta Yang Berhormat kalau mahupun buat permohonan yang tertentu, terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat. Teruskan.

Terima kasih, Datuk Speaker dan selain daripada itu, apa yang menjadi persoalan mengapa kita di Wilayah Sabah ini, boleh ya? (ketuk meja) Yang Berhormat, Datuk-Datuk yang memiliki pelbagai sumber yang berpotensi dan tanah yang luas, tidak mampu untuk menampung keperluan populasi penduduk Wilayah Sabah ini sendiri yang hanya berjumlah lebih kurang empat juta orang.

Buktinya, kita masih lagi mengimport barangan makanan asas seperti sayur-sayuran, beras, minyak masak dan juga daging ayam dan sebagainya. Melihat beberapa faktor tersebut yang menjadi penyumbang kepada krisis makanan, oleh itu perlunya tindakan bijak dan pantas daripada pihak kerajaan menubuhkan program Gedung Makanan yang bersepadu dan komprehensif dalam usaha kita menjamin sumber makanan dapat dibekalkan secara berterusan.

Datuk Speaker, saya pasti menjadi persoalan semua mengenai mekanisme pelaksanaan idea ini terutama sekali bagi memastikan misi utama untuk direalisasikan.

Saya cadangkan program ini dilaksanakan secara berfasa dan apakah pihak kerajaan ada merancang, mencadang dan serta menyediakan peruntukan bagi program ini kepada kementerian-kementerian khususnya

Kementerian Pertanian dan Perikanan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar? Selaras dengan itu juga, suka saya cadangkan agar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai SLDB sebagai sebuah agensi badan berkanun Kerajaan Negeri diberi kepercayaan untuk menerajui pelaksanaan program ini kerana dengan kapasiti dan fungsi SLDB yang sesuai di samping SLDB sebagai badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri yang mempunyai kerjasama dengan pelbagai kementerian, agensi, jabatan-jabatan kerajaan di peringkat negeri dan juga mahupun persekutuan, contohnya dengan pihak KPLB pusat sendiri. Selain dari itu, seperti yang terkandung dalam seksyen 24 Bahagian 5 Enakmen Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah 1981 (Sabah No.23 Tahun 1981), LKTNS sebuah badan berkanun yang ditubuhkan bagi menjalankan fungsi selaras dengan kewajipan lembaga bagi memajukan dan membantu dalam penyiasatan, perumusan, pelaksanaan projek-projek bagi kemajuan dan penempatan tanah dalam negeri. Pada ketika ini juga, pelbagai program yang disebut sebagai AET ataupun Aktiviti Ekonomi Tambahan sedang giat dilaksanakan oleh SLDB yang memberi manafaat kepada peneroka atau peserta di luar bandar.

Namun demikian, cadangan untuk mewujudkan food security yang berkonsepkan contract farming dan kaedah anchor farming boleh dipraktikkan untuk memulai program ini bagi memastikan tanah-tanah para peneroka yang luas dan terbiar.

Begitu juga dengan tanah-tanah reserve kerajaan boleh dibangunkan dengan sewajarnya. Sebagai contoh, aktiviti pertanian berasaskan makanan adalah dengan mengusahakan tanaman kontan dalam skala yang lebih besar.

Begitu juga dengan pelaksanaan Projek ShoSho seperti horticulture, agriculture dan juga ternakan.

Datuk Speaker, walaupun begitu, terlebih dahulu ada persoalan major lain yang perlu diselesaikan dengan serius dan dengan kadar segera mengenai isu hak pemilikan atau pengeluaran geran-geran tanah ini seperti di kawasan saya sendiri di Nabawan.

Sebenarnya masih banyak tanah lapang yang luas dan terbiar di kawasan pedalaman ini, di daerah ini, yang belum dapat diusahakan kerana banyak perkara-perkara yang berlaku seperti hak pemilikan tanah ataupun geran tanah yang belum dikeluarkan.

Begitu juga dengan penyiasatan kesesuaian tanah itu, tanah oleh pihak tertentu yang kita belum mendapat keputusan sepenuhnya. Isu sebegini sepatutnya dapat ditangani dengan kadar segera agar pembangunan tanah-tanah ini untuk aktiviti pertanian, ternakan dapat dilaksanakan dengan mudah, lancar dan teratur untuk manafaat masyarakat amnya negeri Sabah sendiri.

Saya menyeru agar kerajaan mengambil perkara ini secara serius.

Perkara ini adalah untuk mencari solusi supaya perkara ini dapat diselesaikan...

…dapat diselesaikan.

Contohnya, saya cadangkan agar kerajaan dapat menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pemantau ataupun penyiasat untuk menyelesaikan isu pemilikan ataupun pengeluaran geran tanah di negeri ini. Pihak LKTNS atau SLDB amat berbesar hati untuk merintis program yang memberikan impak tinggi kepada masyarakat negeri Sabah sendiri. Misi program ini jugalah adalah untuk memastikan adanya agensi atau badan-badan berkanun kerajaan negeri yang lain, menjadi pemain utama dalam mengendalikan pengeluaran dan pengedaran produk makanan. Ini bermaksud, pelaksanaan program ini memerlukan sokongan khusus suntikan dari segi bentuk dana, pelaksanaan mahupun sokongan pengurusan untuk menerajui penubuhan food security (keselamatan makanan) ini. Selain itu, Pihak SLDB juga memerlukan sokongan daripada pihak-pihak agensi kerajaan, jabatan-jabatan, pihak universiti dan juga golongan pakar lain untuk melaksanakan dasar ini supaya program ini dapat memberikan manafaat dan juga pulangan menguntungkan untuk masyarakat di wilayah Sabah ini.

Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, bukan sahaja di luar bandar, malah di kawasan bandar juga kerana kita bukan sahaja menumpuhkan untuk membantu masyarakat luar bandar kita juga ingin memastikan penglibatan orang awam di seluruh negeri ini untuk menjayakan program yang dicadangkan. Sekiranya program ini dijayakan, maka rakyat negeri Sabah tidak perlu begitu risau lagi tentang isu kekurangan seperti stok bekalan beras, minyak, minyak masak, daging ayam dan pelbagai keperluan kerana agensi kerajaan sebagai pelaksana bukanlah

syarikat swasta, tetapi sebagai sebuah badan pelaksana daripada pihak kerajaan yang prihatin untuk menjalankan mandat rakyat.

Datuk Speaker,….

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Behormat, sila gulung.

Sebelum, Datuk Speaker.

Sebelum saya mengakhiri ucapan aaa ucapan, suka untuk saya menekankan inti pati utama dalam membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2022 sebentar tadi.

Cadangan utamanya adalah mengenai cadangan penubuhan program gedung makanan ataupun food security (keselamatan makanan) yang bersepadu dan komprehensif.

Kedua, mengenai cadangan kepada pihak kerajaan untuk menubuhkan ahli jawatankuasa pemantau dan penyiasat mengenai isu-isu pengeluaran geran tanah yang terbiar khususnya agar program-program yang melibatkan pembangunan tanah khususnya dalam aktiviti pertanian, penternakan dalam usaha memaksimakan pengeluaran produk-produk makanan di negeri ini dapat direalisasikan. Adalah menjadi harapan saya untuk perkara-perkara tersebut diambil perhatian serta diperhalusi untuk disokong dan seterusnya diluluskan untuk dilaksanakan. Sekian, terima kasih Datuk Speaker.

Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya jemput Yang Berhormat Sebatik?

Sebatik memberikan laluan kepada Yang Berhormat Kemabong? Yang Berhormat Sebatik. 02:54 petang

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih Datuk Speaker dan terima kasih banyak daripada Yang Berhormat Sebatik, bagi peluang.

Saya harap lepas saya berucap beri peluang pula kepada beliau.

Saya janji saya akan short-cut (pendekkan) ucapan saya.

Datuk Speaker, saya penuh yakin bahawa ah… perbekalan tambahan kewangan tahun 2022 ini telah pun diambil kira dalam pelbagai aspek kerana yang melakukan ini adalah Kementerian Kewangan dan juga diterajui oleh dua menteri kita dan penjawat awam yang memang ahh… sungguh berpengalaman.

Saya ah...

menyokong sepenuhnya bajet ini bajet tambahan ini dan cuma memberikan sedikit pandangan dan juga melaporkan perkara-perkara yang ada kaitan dengan masalah di kawasan saya.

Datuk Speaker, pertama saya sarankanlah tadi dalam jawapan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Perkhidmatan Awam ah… Perkhidmatan Masyarakat bahawa jawatankuasa ditubuhkan untuk mencari kaedah menangani masalah kenaikan harga barangan saya mohon ah… supaya perkara ini ah... dipercepatkan ah... dan bagaimana kaedah-kaedah ah... strategi kerajaan untuk ah... mengekang ah... kenaikan harga barangan ini kerana saya dapati ada di antara mereka yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan ini yang tidak sepatutnya.

Perkara yang kedua er... daripada harga barangan ini juga kita mempunyai produk-produk tempatan yang boleh kita apa ni ah… fix (baiki) dia punya harga yang tidak boleh apa ini yang di samakan dengan harga barangan yang diimport daripada luar negara, iaitu hasil dalam negeri.

Perkara yang keduanya, Datuk Speaker, saya melihat tadi erm… ada beberapa kepala er... dalam pembentangan ini, saya cuma ambil Kepala S29, iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran.

Saya berharap dalam peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) supaya hakisan tanah runtuhan ah… Sungai Padas di Dun Kemabong hari itu saya telah mohon 5 tempat yang memang sedang terhakis terancam kepada kampung dan kalau boleh sekurang-kurangnya separuh daripada itu dapat dilaksanakan dalam bajet tambahan ini. Yang ketiganya, Kepala S36, iaitu bekalan tambahan kepada Jabatan Kerja Raya. Tadi, Yang Berhormat Sindumin telah menyatakankan bahawa, jalan raya ini tidak diselenggara, saya melaporkan di sini bahawa, di kawasan saya pun ada sudah satu jalan raya 3 bulan tidak, langsung tidak diselenggara, dan mereka sering kali

untuk meminta saya supaya membantu mereka dan saya telah beritahu JKR, tetapi JKR kata ini adalah Kekal Mewah, konsesi Kekal Mewah sudah 3 bulan dan jalan raya itu teruk.

So, saya mohonlah ah... kepada kerajaan di mana beradanya Kekal Mewah ini dan semua konsesi-konsesi ini supaya mereka diarah untuk segera memperbaiki jalan-jalan yang rosak ini. Al-maklum, sekarang ini musim tengkujuh dan ah… sering kali jalan raya rosak, apatah lagi yang saya katakan tadi di Kampung Mansasoh, Ulu Mansasoh dan beberapa tempat itu rosak sampai sekarang tidak diperbaiki jadi saya selaku wakil rakyat saya rasa ini adalah satu kelemahan dan saya mengharapkanlah dan menyarankan supaya perkara ini dapat diselesaikanlah dengan segera dengan memastikan bahawa syarikat konsesi ini mestilah bertanggungjawab untuk menyelenggara, memperbaiki jalan-jalan mereka.

Sekiranya mereka gagal sepatutnya konsesi itu ditarik balik dan diberikan kepada orang lain ataupun kita beri jentera mesin jentera kepada pihak JKR supaya mereka boleh perbaiki jalan ini ataupun juga pihak Majlis Daerah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Mencelah .

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Bagi peluang Kemabong.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Minta penjelasan.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Yang Berhormat Kemabong saya ingat Sindumin dan Kemabong ataupun dari daerah lain pun sama Yang Berhormat Speaker kita beri peluang kepada konsesi ini melaksanakan, tetapi dia tidak memihak kepada rakyat, dia memihak kepada diri mereka saya kerajaan kena lihat kaji semula kita bukan menghalang ataupun menyakat konsesi ini kalau ia baik untuk rakyat tetapi seperti kata Yang Berhormat Kemabong tadi sudah 3 bulan tidak dibaiki kawasan saya pun ada yang berbulan-bulan Datuk Speaker bertahun pun ada. Satu kawasan di Kampung Marau…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… di Kampung Marau, siapa yang jalan daripada Sipitang ke Tenom ataupun Tenom ke Sipitang, beberapa kawasan sudah bertahun-tahun tidak pernah dibaiki. Sama ada konsesi itu Globinaco ataupun Kekal Mewah yang mana saja.

Maksud kita ialah, supaya syarikat konsesi ini bertanggungjawab dan respon kepada kesusahan rakyat.

Bukan cuma untuk menyenangkan diri mereka dan mereka membuat mengikut jadual. Dia kata kalau belum masuk jadual tidak boleh dibaiki. Ini yang kita ingin supaya kerajaan masuk campur untuk menyelesaikan masalah rakyat. Terima kasih Kemabong.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ya, terima kasih. Tuan Speaker, memang jalan jalan raya sama ada jalan JKR atau pun konsesi-konsesi daripada majlis daerah, memang di DUN Kemabong tu sangat banyak rosak sampai sekarang tidak diperbaiki. Selain pada itu, saya ingin maklumkan bahawa ucapan saya pada tahun lepas dan tahun ini, saya telah mengutarakan supaya perhubungan jalan raya di antara daerah Tenom daerah Kemabong dapat dibina.

Apabila banjir berlaku dua kali tahun lepas dan tahun ini, tidak ada jalan raya penghubung. Jadi sukar untuk mereka berpindah dari lokasi yang kena banjir, iaitu nama jalan ialah jalan raya dari Kampung Gumisi ke Kampung Inubai, iaitu di antara daerah kecil Kemabong dan juga daerah Tenom.

Itu saya mohonlah untuk bajet tahun depan ini, pihak Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya dapat diberi peruntukanlah untuk tahun depan.

Kemudian ya, yang akhir berkaitan dengan banjir yang berlaku sering kali musim tengkujuh ini, saya berterima kasih kepada kerajaan, khasnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, telah menaikkan peruntukan ADUN ini, tahun ini, sebanyak 2 juta ringgit kalau boleh mohon supaya ditambah lagi. Kerana peruntukan ADUN ini kita, saya gunakanlah (hentak-hentak meja) untuk membantu mereka-mereka yang kena banjir, masalah-masalah yang berlaku musim tengkujuh dan sebagainya. Jadi habis sudah peruntukan. Kalau boleh ada dalam tambahan ini, harap-harap ada beberapa ratus ribu, setengah juta, satu ADUN pun okeylah, dan ah, saya mohon supaya peruntukan ADUN tahun depan ini dapat ditambah. Terima kasih dan saya mohon menyokong.

Speaker

Sebatik. ADUN Sebatik. 03:03 petang

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih kerana memberi ruang dan peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama tahun 2022 ini. Secara peribadi, perbelanjaan tambahan ini adalah merupakan satu perkara yang lazim. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, dimana kerajaan membuat pertimbangan perbekalan tambahan pertama, tambahan kedua, dan seterusnya supplementary budget atau mini supplementary, dengan izin, bersesuaian dengan justifikasi kerajaan.

Oleh yang demikian, mengambil kira keperluan perbekalan tambahan kerajaan sebanyak Ringgit Malaysia 688,349,794.00 ringgit yang dibentangkan pada hari ini, serta mengambil kira juga kekangan masa untuk perbekalan tambahan ini dibentangkan di dewan yang mulia ini sebelum mendapat kelulusan. Maka tindakan segera kerajaan sekiranya RUU ataupun Rang Undang-undang ini diluluskan kelak adalah amat penting sekali.

Ini kerana sebarang kelewatan dalam menyediakan peruntukan bagi perbelanjaan-perbelanjaan yang mendesak, pastinya akan memberikan kesan yang negatif kepada urus tadbir kerajaan dan juga rakyat di negeri ini.

Datuk Speaker dan ahli dewan yang mulia ini, perbelanjaan-perbelanjaan mendesak, saya ingin menyentuh pecahan Kepala S34 senada dengan rakan-rakan saya yang membahas sebelum ini, bahawa keperluan bekalan air bersih ini amat getir pada ketika ini. Terutama sekali bagi penduduk-penduduk di daerah Kalabakan dan juga Pulau Sebatik khasnya.

Datuk Speaker, daerah Kalabakan merupakan sebuah daerah yang penuh dan ada beberapa cadangan atau pun rancangan kerajaan untuk membangunkan daerah ini sebagai satu bandar atau ia ini bandar baharu Kalabakan.

Begitu juga di Pulau Sebatik yang mana kerajaan bercadang untuk membangunkan bandar sempadan, Bandar Sempadan Sungai Melayu, melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).

Jadi, selain daripada keperluan untuk masyarakat atau pun rakyat setempat yang terdesak dengan keperluan bekalan air bersih ini, pendapat saya projek-projek pembangunan di kawasan ini pun memerlukan air.

Bagaimana mungkin sebuah pembangunan ini dapat dilaksanakan secara tuntas sekiranya bekalan air bersih ini dapat, tidak dapat kita tangani.

Jadi Datuk Speaker, saya mencadangkan agar bekalan air bersih ini dapat diberi keutamaan.

Untuk makluman di dalam dewan yang mulia ini, beberapa bulan yang lepas di dalam DUN Sebatik, di Kampung Sungai Udin dan Berantian sebagai contoh, kekurangan bekalan air, apabila penduduk-penduduk mengadu, masyarakat mengadu, saya terpaksa di pihak DUN terpaksa membeli air dengan harga 800 ringgit satu tangki.

Dan kita terpaksa membekalkan air sebanyak empat tangki dalam masa dua minggu. Sekiranya berlaku kemarau berlarutan dan berpanjangan, maka penduduk akan mengadu semula untuk kita membekalkan air bersih ini.

Jadi saya memohon kepada pihak kementerian khususnya Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini, mohon ambil perhatian dan timbangkan dan perlunya ada kajian yang terperinci untuk mengatasi bekalan air bersih ini.

Datuk Speaker, dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah baru-baru ini, kita mendapat maklumat daripada UPEN bahawa ada kajian rekabentuk terperinci empangan air kawasan Kalabakan dan peruntukan ini telah pun diluluskan dengan jumlah syiling sebanyak RM1.7 juta pada, yang akan dimasukkan dalam RMK ke-12, di bawah peruntukan pembangunan biayaan Kerajaan Negeri. Pandangan peribadi saya Datuk Speaker dan ahli dewan yang mulia ini, saya mencadangkan selain daripada memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk kajian, ada baiknya kerajaan memikirkan untuk mengatasi masalah yang sedang mendesak pada ketika ini iaitu mengatasi masalah bekalan air.

Pada sidang dewan yang lepas, saya ada menimbulkan beberapa kes, mangsa diserang buaya, dibaham buaya, kali ini saya timbulkan sekali lagi.

Ini disebabkan kekurangan bekalan air bersih.

Masyarakat-masyarakat yang tinggal di pesisiran sungai, Sungai Kalabakan, Sungai Serudung Laut, dan Sungai Berhentian, kesemua penduduk menghadapi masalah bekalan air bersih dan saya juga mengucapkan terima kasih atas usaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar…

Tuan Hassan A.

Gani Pg.

Amir [Sebatik]:… atas usaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang telah meluluskan projek bekalan air bersih di Kampung Sungai Udin tetapi walau bagaimanapun projek ini belum siap sepenuhnya hanya kita menunggu bekalan elektrik untuk supaya projek ini berfungsi dengan sempurna. Terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Datuk Speaker, selain daripada pecahan kepala 34 ini, saya juga ingin menyentuh pecahan kepala S33 senada dengan rakan daripada Sindumin begitu juga dengan Yang Berhormat daripada Kemabong. Ya, menyentuh dengan masalah jalan raya. Saya sangat bersetuju sebab kita pernah mengadu kepada pihak konsesi berkenaan dengan jalan raya, jalan raya yang perlu dibaik pulih dengan segera, tetapi malangnya kita mendapat jawapan daripada pihak konsesi, peruntukan belum ada. Kami belum diberi kelulusan untuk menjalankan kerja baik pulih. Jadi, saya mohon kepada pihak kementerian agar mengambil perhatian perkara ini sebab ini boleh menjejaskan kerajaan kita yang ada pada hari ini.

Jadi Datuk Speaker, dan ahli dewan yang mulia ini, ini adalah merupakan infra asas yang sangat-sangat diperlukan seperti yang saya sebutkan tadi iaitulah jalan raya dan juga bekalan air bersih.

Selain daripada itu juga, Datuk Speaker saya ingin menyentuh berkenaan dengan pecahan kepala S39 iaitu Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah. Daerah Kalabakan yang telah diiktiraf sebagai sebuah daerah penuh bukan daerah kecil dan di daerah ini alhamdulillah telah dilantik seorang ketua daerah tapi untuk makluman kita masih lagi memerlukan beberapa jawatan yang perlu diisi di dalam organisasi ini. Sebagai contoh, ketua anak negeri dan juga wakil Ketua Anak Negeri bagi kaum yang bukan Islam, bumiputera bukan Islam. Jadi, saya berharap pihak kementerian dapat mempertimbangkan perkara ini dan dapat diberi kelulusan. Datuk Speaker, di samping itu saya ingin mencadangkan dan juga menegaskan agar karenah birokrasi di peringkat kementerian, agensi-agensi dan jabatan kerajaan dapat terus dikurangkan demi memastikan peruntukan-peruntukan kerajaan ini dapat terus dibelanjakan dan disalurkan kepada kumpulan sasar dengan segera. Perkara ini memerlukan langkah proaktif serta pemantauan berterusan oleh pihak kerajaan negeri.

Datuk Speaker, rasanya sekali lagi saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri dan juga pada pihak kabinet agar dapat mempertimbangkan segala apa yang diperlukan oleh masyarakat yang mendesak. Kita memohon agar perkara-perkara yang mendesak ini diberi keutamaan. Datuk Speaker, untuk sekian kalinya saya mohon menyokong Rang Undang-undang ini. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Kini saya jemput ADUN dilantik Datuk Amisah.

Datuk Speaker, standing order. Peraturan 42. Saya minta kerjasama daripada Datuk Speaker dalam perbahasan yang ada pada pagi ini, pada petang ini, daripada pagi kita mendengar tadi tengah hari pembentangan daripada Menteri Kewangan dan saya nampak daripada petang tadi tidak ada pun daripada ahli Yang Berhormat pembangkang yang telah pun kita memix kind of opinion. Tidak seorang pun daripada pembangkang bangkit untuk membahaskan.

Semuanya sama ada kerajaan yang membentangkan lepas itu penyokong kerajaan yang ada. Saya minta supaya kita berlaku adil walaupun dalam Peraturan 42, kita tahu bahawa kita perlu request daripada Datuk Speaker untuk kelulusan, saya berharap selepas ini bagilah ruang untuk Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang untuk membahas perkara yang penting ini.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, saya sokong dan saya sedia membahas juga. Terima kasih.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Speaker. Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Perhatikan. Tadi saya sudah panggil ADUN dilantik dan selepas dia, nanti Datuk Darell daripada Moyog. Okey? Thank you.

03:16 petang

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Speaker. Datuk Speaker dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, assalammualaikum, salam

sejahtera, salam Sabah Maju Jaya dan Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang pembekalan tambahan bagi tahun 2022. Datuk Speaker, kesesakkan jalan raya seperti yang kita semua sedia maklum bahawa Gunung Kinabalu, Kundasang dan Ranau adalah merupakan destinasi utama pelancong baik dari dalam negeri, luar negeri mahupun luar negara. Malangnya akhir-akhir ini berikutan pembukaan semula industri pelancongan tiada lagi sekatan jalan perjalanan kita menerima banyak aduan daripada penduduk tempat setempat dan pengunjung kerana mengenai kesesakkan jalan raya yang dialami. Ada yang memberi tahu mereka terpaksa menempuh perjalanan hampir 2 jam dalam kesesakan jalan raya dari Kundasang ke pekan Ranau yang cuma 15 kilometer pada masa cuti atau hujung minggu. Masalah ini jika tidak diatasi segera, bukan sahaja boleh memburukkan imej Ranau sebagai destinasi percutian tetapi juga boleh menyusahkan penduduk setempat khususnya mereka yang mempunyai urusan-urusan harian dan kes-kes kecemasan. Oleh itu, kita meminta penjelasan daripada kerajaan, apakah langkah yang bakal diambil untuk mengatasi isu yang ditimbulkan ini. Mungkin juga pihak JKR boleh membina lebih banyak tempat yang boleh menjadi ruang untuk overtake dengan izin-Nya. Moga dengan pertambahan dengan pertambahan peruntukkan kali ini dapat membantu untuk membina lebih banyak tempat-tempat yang boleh memberi keselesaan kepada pengunjung ke kawasan ini iaitu membina lebih banyak tempat-tempat overtake dengan izin. Diharap pihak JKR, Jabatan Kerja Raya, memantau syarikat penyelanggara jalan berkenaan supaya kualiti tampalan mematuhi standard yang sebenarnya bagi mengelak risiko berlakunya kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

Datuk Speaker, menyentuh dengan kenaikan harga barang kita sedia maklum mengenai masalah harga barang yang berlaku di mana sahaja sejak akhir-akhir ini dan kita faham pelbagai faktor diluar kawalan kita yang menjadi penyebab kepada berlakunya masalah inflasi hingga makanan melonjak tinggi.

Malah, kita percaya kerajaan telah berusaha dengan sebaik mungkin bagi mengurangkan impak dan tekanan yang dihadapi oleh rakyat ketika ini. Pelbagai bantuan, inisiatif dan subsidi yang telah disediakan oleh kerajaan yang begitu prihatin dengan masalah rakyat. Namun, suatu yang kita bimbang ialah sikap tidak bertanggungjawab dikalangan pengeluar, pembekal dan pemborong atau orang yang tengah yang cuba mengambil

kesempatan di atas isu bekalan makanan ini.

Sehubungan dengan itu, kita mendesak kerajaan khususnya pihak berkuasa supaya bertindak lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan daripada masalah harga barang.

Harga bekalan makanan ini, baik makanan mentah atau barangan basah mahupun bekalan makanan lain yang diperlukan setiap hari.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

YB yang dilantik, boleh duduklah kalau bercakap kalau tidak berapa selesa boleh duduk.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

……berapa selesa, boleh duduk dan berucap, ya. Thank you.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Terima kasih, bolehkah? Operation dia baik sudah sikit.

Kita mendesak pihak berkuasa supaya membiarkan golongan tidak bertanggungjawab ini, menaikkan harga barang sesuka hati, menyorok atau menyembunyi barang, mengenakan caj terlalu mahal dan pelbagai taktik bagi sah lagi sehingga menyusahkan pengguna dan orang ramai.

Kepada pengguna pula, mereka sepatutnya bersatu hati dan melaporkan kepada pihak berkuasa sebarang aktiviti perniagaan yang melanggar undang-undang, malah boleh bertindak memboikot perniaga yang cuba mengaut keuntungan berlebihan. Datuk Speaker, berkenaan dengan muflis belia, saya pada sidang dewan ini juga ingin menarik perhatian mengenai isu ramai dalam kalangan belia dan orang muda yang terjebak dengan masalah hutang, sekali gus menyebabkan mereka diisytiharkan muflis. Oleh kerana status muflis, ramai yang sukar bangkit mencari pekerjaan dan memulakan semula perniagaan, dan aktiviti meraih pendapatan lain.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji semula undang-undang berkaitan kebankrapan ini, bagaimana mungkin seseorang itu boleh keluar daripada status bankrap jika mereka ini disekat daripada bekerja dan menjalankan perniagaan bagi melunaskan hutang.

Hari ini, jumlah golongan terbabit yang diisytiharkan muflis amat membimbangkan, kerajaan pernah menaikkan nilai

ambang kebankrapan daripada lima puluh ribu kepada seratus ribu, kita pernah tangguhkan tindakan undang-undang melibatkan kebankrapan pada 2020 semasa pandemik, mengapa tidak kerajaan terus melaksanakan satu langkah membantu golongan tersebut khususnya mereka yang mempunyai kemahiran, bakat dan trek rekod tertentu untuk dibantu, untuk membolehkan mereka ini keluar menjana pendapatan baru.

Saya percaya mereka yang bankrap atau muflis ini bukan semuanya gagal menguruskan hutang dengan baik tetapi sebilangan terperangkap sebagai penjamin, rakan niaga, ditipu dan sebagainya.

Semoga dengan bantuan yang disediakan oleh kerajaan membantu golongan tersebut mampu memberikan kehidupan baru kepada mereka serta menyambung semula kepada pembangunan dan kemajuan negara dan negeri.

Saya menggesa Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi untuk menangani isu muflis kalangan, di kalangan belia ini.

Datuk Speaker, saya menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Dijemput N.26 Moyog, please.

03:25 petang

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Baik terima kasih ah Datuk Speaker, dan saya minta izin awal untuk berbahas dalam bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris.

Terima kasih, thank you, kopivosian. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara dalam bajet ini tetapi sebelum itu saya ingin ah sebelum menyebut kepala bajet tambahan ini, saya ingin membawa beberapa isu berkenaan dengan permintaan di kawasan DUN Moyog um khususnya di kawasan Apo Moyog dan Sugud, dimana um banjir telah melanda di sana beberapa kerap kali ah termasuk juga, minta maaf Datuk Speaker, ah kawasan Lowo Moyog di Penampang Proper dimana banjir kerap kali ah terjadi dan response daripada authority sangat slow, kita nampak APM datang, kita nampak ah um Majlis Daerah datang, Pejabat Daerah tetapi it is still slow ah Datuk Speaker.

So we need expedite immediate solution dan dengan itu saya minta pihak kerajaan untuk ah um memberi penerangan berkenaan dengan ah kerja penebatan banjir di kawasan Moyog Penampang.

Datuk Speaker, banyak juga jalan raya di kawasan daerah Penampang dan juga Moyog ini yang sudah expired kerana banyak lubang seperti mana yang dibangkit oleh rakan di sini awal tadi konsesi ini ada yang kalau dia dekat town cepat dia buat tetapi di dalam kampung dia sangat slow, maybe it’s time JKR adanya suatu emergency allocation di mana mereka boleh beli mesin dan juga mixer yang boleh diguna untuk menyelaraskan dan memperbaiki masalah, I mean, masalah yang dari kampung berkenaan dengan jalan rosak dan tebing sungai yang rosak dan sekian. Juga Datuk Speaker, mungkin ini saya ajukan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, dekat tiap-tiap hari saya dapat permohonan sumbangan, permohonan untuk pembaikan dan juga banyak permohonan oleh kawasan saya. Sebagai ahli DUN dan juga ahli Parlimen, mereka fikir kami adanya peruntukan, di pihak Parlimen kami tidak ada peruntukan sebab kami tidak menandatangani MOU dengan kerajaan pakatan, they ah sorry, kerajaan Perikatan Nasional di kawasan DUN pula yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, pada sidang lepas, 2 sidang lepas, di mana adanya 2 juta kepada seluruh kawasan daerah walaupun daerah diwakili itu oleh Pembangkang tetapi hingga ke hari ini, ah saya sebagai ADUN Moyog tidak pun tahu bagaimana 2 juta ini telah dilaksanakan, disalurkan dan digunakan di kawasan DUN Moyog, maybe, mungkin dalam tema Sabah Maju Jaya, who knows, Datuk Yang Amat Berhormat mengambil satu reform yang baru, iaitu memberi kepada ADUN Pembangkang allocation ini, tetapi dengan syarat bahawa kami membuat report card dengan setiap perbelanjaan yang kami buat, kami boleh terangkan dan memberi penjelasaan berapa, apa dan hingga ke sen apa yang diguna peruntukan ini. Itu adalah satu reformasi yang patut dibuat dalam tema Sabah Maju Jaya sebab yang akhirnya dapat manfaat bukan wakil rakyat tetapi kawasan dan orang di kawasan itu.

Ah Datuk Speaker, saya ingin membawa beberapa kepala S14, saya nampak dan perhatikan suatu penambahan dibelanja berkaitan dengan Sabah Maju Jaya di mana tambahan 1.2 juta dinaikkan dalam perbelanjaan ini adalah untuk menampungkan kos-kos Sabah Maju Jaya, saya pun tidak faham kenapa penambahan ini sangat tinggi daripada 400 ribu kepada 1.2 juta, it is a very high cost but maybe the government can explain kenapa duit ini dipakai dan kenapa dia tidak dianggarkan di bajet 2022. Pada masa yang sama juga Tuan Datuk Speaker, dalam kepala S29 adanya tambahan 3 juta, minta maaf adanya tambahan 20 juta, 424 dan

410 juta hanya di kawasan Tuaran, Tenom, Kota Belud, Beluran dan Tambunan berkaitan dengan pembaikan dan juga pictures yang perlu ambil, pembaikan yang perlu berkaitan dengan sungai but in Moyog tidak pun ada penambahan ataupun saya pun tidak tahu bahawa adanya pelaksanaan sebabnya setiap kali kita nampak Datuk Speaker, di kawasan Moyog ini banjir puncanya datang daripada sungai di Moyog, maybe kita minta penjelasan daripada kerajaan kenapa kawasan yang disebut tadi itu hanya adanya penambahan tetapi di kawasan yang bukan seperti Moyog tidak diberikan, saya juga kagum bahawa adanya penambahan dalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tetapi bagi badan-badan yang bukan Islam, saya tidak nampak di sini unless I missed it out, tidak diberikan kepada rumah ibadah ataupun gereja, kuil yang bukan ditadbir oleh satu badan tetapi their unknown muslim bodies that required this ah lebih juga dengan keadaan COVID yang baru we have just overcome dan mereka perlu dana dan juga sumbangan daripada kerajaan, as wakil rakyat we try, kami cuba mendapat dana daripada rakan-rakan dan juga NGO untuk salur kepada mereka but I think it is time for the government to help the none muslim bodies because we shared this land together sebagai orang Sabah. At the same time, ah Datuk Speaker saya juga ingin...

Speaker

Sebentar ya, Yang Berhormat, sebentar ya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

- Okey ya, saya akan mengakhiri berkenaan dengan ...

Speaker

Sebentar ...

Speaker

Sebentar ya Yang Berhormat. Sebentar ya..

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Ya okay.

Saya akan mengakhiri berkenaan dengan..

Speaker

Tidak. Tidak. Sebentar sahaja. Sebentar sahaja. Sebentar. Sebentar. Sebentar. Sebentar. Yang Berhormat Tungku.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Sorry (maaf).

Speaker

Tungku. Tungku.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Oh Tungku. Its okay, minta maaf. I need to finish this very fast. Datuk Speaker, saya ingin juga membawa satu isu yang selalu dibawa kepada saya sebagai wakil rakyat. While kita ingin mengadakan satu Sabah yang tidak mengira kaum ataupun keagamaan seseorang itu, kita nampak bahawa ada juga kebenaran maybe I need to be corrected by the Chief Minister dan juga rakan-rakan di depan ini bahawa ramai kakitangan awam yang bukan Islam, they feel that they have been discriminated.

Saya tahu, saya nampak ada juga bukan Islam yang yang ada jawatan tinggi tetapi majoritinya yang saya jumpa unless saya diberikan maklumat yang salah. They… they feel are not given a chance to go up. I don’t know apa-apa reason itu tetapi we have to consider. We build Sabah together, we should not build Sabah based on kaum ataupun religion. Bagi orang Kadazan, orang Dusun, they come from mix religion. Tiada masalah. They come from Islam, they come from Christian even other religion.

For muslims, they regardless kaum. Adanya Bajau, adanya Kadazan, adanya Dusun, adanya Cina, adanya all other kaum. Orang Sabah ini when they are Muslim, they are all Muslims but the Non-Muslims, you will have a Kadazan Non-Muslim, you have a Dusun Non-Muslim, you will have a Chinese Non-Muslim so its a bit different so they feel mereka ini disingkirkan ataupun they are discriminated atas kepercayaan mereka.

I don’t know kalau ini betul but I think we need to talk about this eventually then saya harap dengan seorang Ketua Menteri yang sangat you know berbuka hati dan with an open mind maybe you can help the civil service to train, to think as Sabahan. Jangan kita fikir sebagai orang Kadazankah, orang Bajaukah, orang Cinakah but we have to think as Sabahan so we must give equal opportunity di perkhidmatan awam. Atleast I raised this sebab saya boleh jawab apabila saya attend weddingkah, attend function di mana saya kerap kali ditanya kenapa kami tidak diberikan peluang?

Kenapa ini? Kenapa itu? They don’t talk to the top bosses sebab dia orang pun takut dengan top bosses. SKN pun dia orang takut, Director Establishment pun dia orang takut but di bawah mereka bawa isu ini. So…

Speaker

Apa dia orang takut?

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

let us find a solution to solve this.

Speaker

Kenapa dia orang takut mahu tanya?

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Saya pun tidak tahu.

Speaker

Ah… itu yang masalah.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

That is why i’m saying. Dia orang bawa kepada saya dan saya ajukan kepada Dewan Undangan Negeri ini dan dengan peluang berdepan dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang boleh meminta penjelasan daripada SKN Sabah. Satu lagi yang ingin saya bawakan adalah berkenaan… berkaitan dengan penambahan belanja dalam Kepala S44 Program Promosi Pemasaran dan Eksport Industri Kecil dan Sederhana. Peruntukan ini Datuk Speaker adalah diperlukan untuk menampung sebahagian kos penubuhan dan operasi pejabat perdagangan dan pelancongan di Singapura sebanyak 4.2 juta lebih.

Now, saya ingin tanya kepada kerajaan, kenapa kita membelanja sangat banyak membuka pejabat di Singa… di Singapura? When we can do and work bersama dengan MIDA ataupun MITI. Mereka patut memberikan peluang kita dalam pejabat mereka di Singapura dan kita lampirkan, kita put on Sabah punya emblem but share cost dengan MIDA dan MITI.

Saya tahu Singa… Sarawak ada pejabat sendiri but Sarawak is a different case. Mereka banyak reserve dan duit but we will reach there. But for the time being I don’t think this is necessary, we should in fact use kita punya peluang bersama dengan MITI dan MIDA sebab akhirnya MITI dan MIDA patut realisasikan bahawa satunya tujuan mereka sebagai Kerajaan Persekutuan adalah menolong rakan kongsi penubuhan Persekutuan Malaysia, iaitu Sabah.

So they must give way to Sabah and I think Menteri MITI di Pusat Persekutuan patut memberikan bilik ataupun sebahagian pejabat MITI ataupun MIDA di Singapura. Datuk Speaker, I have nothing much to say other than saya harap Ketua Menteri dapat menelit… you know memberikan penerangan dan juga memberikan peluang untuk membuat sesuatu penambahan kepada peruntukan kepada semua ADUN dan this time round berikan kepada ADUN Pembakang juga sebagai suatu jalan reformasi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Terima kasih, kotohuadan.

Speaker

Terima kasih yang Berhormat Moyog. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kadamaian.

03:35 petang

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas belanjawan tambahan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II sebentar tadi. Kalau kita tengok itu trend belanjawan tahunan, belanjawan tambahan yang dibentang oleh Kerajaan-kerajaan terdahulu sehingga kerajaan hari ini, trendnya perbelanjaan mengurus itu sentiasa lebih besar daripada perbelanjaaan pembangunan. Ini yang merisaukan kita kerana rakyat di luar dewan ini, mereka memerlukan dan mengimpikan peruntukan pembangunan itu jauh lebih besar daripada peruntukan mengurus ataupun perbelanjaaan untuk mengurus kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, badan-badan berkanun kerajaan kita. Maka, dengan itu Tuan Speaker, saya berpandangan tidak ada cara lain, kita kena cari jalan untuk menjana revenue baharu dan kata lain banyak sebenarnya sama ada yang telah dinyatakan di dalam Perlembagaaan Persekutuan ataupun dalam Perjanjian Malaysia yang telah dan sedang dirundingkan oleh Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan, kita kena ubah pendekatan.

Selama 59 tahun ini, kita menggunakan pendekatan berunding. Ini ditandatangani 59 tahun yang lepas. Tahun hadapan umur negara kita 60 tahun, perbelanjaan mengurus kita semakin bertambah berbanding dengan perbelanjaan yang diimpikan oleh rakyat. Itu sebabnya saya ingin mengulangi cadangan saya yang saya

lontarkan dalam sidang-sidang terdahulu. Saya ingin mengulangi semula ini. Adanya keperluan untuk kita mengadakan jawatankuasa antara parti di dalam dewan ini. Bagaimana kita tuntut hak-hak yang menjana revenue baru kita yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia ini yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Di sebelah sana ketua Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dengan Menteri Kewangan II boleh teruskan berunding. Sebahagian kami boleh memilih untuk mengangkat pertikaian-pertikaian tertentu menggunakan platfrom mahkamah supaya kita dapat interpretasi ke atas pertikaian itu dengan lebih cepat.

Saya maklum dan saya mendengar ada hujah yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II mengatakan Perkara 112 itu misalnya. Dia sukar mendapat kata sepakat kerana Kerajaan Negeri, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan mempunyai interpretasi yang berbeza. Ini saya dengar satu sidang media yang dibuat. Itu makanya sambil kita meneruskan perundingan itu melalui jawatankuasa ataupun majlis yang telah diwujudkan. Kenapa kita tidak consider?

Speaker

Sebentar ya Yang Berhormat.

Sebentar.

Sebentar. Yang Berhormat Dalit, Yang Berhormat Sulabayan, sila pakai pelitup muka.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Terima kasih Tuan Speaker. Sila pakai ya rakan-rakan. Saya ingin mengulangi Tuan Speaker sambil kita menghargai usaha melalui proses perundingan ini, kenapa kita tidak gunakan platform perundangan mahkamah untuk menuntut hak kita? Ataupun menggunakan platform di dewan ini sendiri. 2019 yang lepas, dewan ini meluluskan Enakmen Cukai Jualan Produk Gas dan Minyak, 5 peratus yang hari ini sudah menjana lebih 1.5 Billion kepada sumber revenue Kerajaan Sabah.

Itu kerana kita menggunakan kekuatan kita di dewan ini untuk mengenakan peraturan-peraturan ataupun undang-undang untuk kita memungut sumber baharu, revenue kepada kerajaan. Kita boleh gunakan, wujudkan Enakmen-Enakmen tambahan dalam perlembagaan itu Artikel 112, kita berhak mendapat tem..

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

… Artikel 112 kita berhak mendapat 40 peratus. Kalaulah kita wujudkan enakmen kita sendiri di dewan ini untuk memungut untuk compel Kerajaan Persekutuan serahkan 40 peratus itu, kenapa tidak kita gunakan platform dewan ini?

Selain daripada itu, kita boleh ke mahkamah. Di luar di sebelah sana dia sudah ke Sepanyol, dia sudah ke Perancis tuntut hak mereka.

Hari ini di Parlimen heboh kerana aset-aset PETRONAS mulai diambil alih kerana keputusan arbitrary. Ini merisaukan rakyat kita. Sedang kita di sini seolah-olah, rakan saya daripada Lamag mengatakan melukut di tepi, saya pun tidak berapa faham tetapi lebih kurang begitulah. Seolah-olah kita ini minta kasihan sahaja dengan Kerajaan Persekutuan, setiap kali kita menuntut hak kita dan mencari sumber-sumber baru, apa nama…

Kadamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

. revenue kita ini.

Kadamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Tuan Speaker.

Kadamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Sekejap.

Boleh bagi laluan sedikit sahaja, sedikit, sedikit, sedikit.

Berkenaan dengan, Datuk Speaker, terima kasih.

Berkenaan dengan jawatankuasa MA63 yang disebut tadi di dewan. Sedarkah Yang Berhormat bahawa ada aku janji semasa Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16, Gabungan Rakyat Sabah, iaitu membentuk jawatankuasa khas Dewan Undangan Negeri berkaitan hak Sabah.

Tetapi setakat ini, sudah lebih kurang dua tahun masih belum ada jawatankuasa yang dibentuk.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Mudah-mudahan dan saya amat yakin Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan rakan-rakan di sebelah sana sangat komited kepada janji tersebut dan bila ia dilaksanakan mari sama-sama kita..

Yang Berhormat Kadamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

. menyokong kepimpinan Ketua Menteri dan melakukan yang terbaik melalui jawatankuasa itu.

Datuk Speaker.

Speaker

Kadamaian, ada minta laluan.

Kadamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Ya. Sekejap saya ingin teruskan.

Tambahan kepada MA63 yang Kadamaian cakap.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Okey.

Setujukah Kadamaian kalau saya mencadangkan bahawa sebab sebelum ini kita diberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan ada menghantar rombongan ke UK untuk meneliti perjanjian MA63, dan setujukah Kadamaian kalau saya minta supaya laporan ataupun findings, apa yang mereka jumpa di situ untuk dibentangkan kepada kita di sidang ini, pertama. Kedua, apakah tindakan kerajaan apabila menteri tersebut menyatakan, terpulanglah kepada kerajaan Sabah untuk mengambil tindakan yang sepatutnya? Kedua.

Yang ketiganya, setujukah Kadamaian kalau saya menyatakan dan Yang Berhormat Speaker, sebab MA63 adalah legal document.

Dia ada legitimacy.

Jika sudah terdapat pelanggaran terhadap syarat-syarat perjanjian tersebut, apakah implikasi dan definisi perundangan terhadap perjanjian tersebut? Ini mesti dinyatakan di sini.

Seterusnya, saya mohon dimasukkan dalam ucapan Yang Berhormat Kadamaian mengenai cadangan untuk membuat perjanjian baru ataupun a new deal. Apakah pendirian Kerajaan Negeri dalam hal ini? Bukankah benda ini sepatutnya sudah tiba masanya, Yang Berhormat Kadamaian, kita berjiwa besar orang Sabah. Let’s sit together, seperti mana dinyatakan oleh Tambunan, “Sabah first, Party Second”. Sabah first, yang penting kita berjuang untuk Sabah. Soal parti itu kita tolak ke tepi dahulu. Terima kasih.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Tuan Speaker, saya bersetuju dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tungku dan kita sama-sama menyampaikan kepada pihak kerajaan supaya ini dapat digulung nanti. Tetapi saya amat yakin Yang Berhormat Ketua Menteri akan memberikan satu harapan baru.

Pendekatan kita dalam mengolah bagaimana kita mendapatkan semula ataupun mendapatkan hak-hak kita di dalam perjanjian ini dan juga di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita boleh adakan sidang khas untuk bercakap tentang ini sahaja. Pada saya, tidak ada keperluan pun untuk buat perjanjian baru. Kalau pada saya, saya melihat cadangan itu untuk melengahkan lagi apa yang sepatutnya kita perolehi dalam 59 tahun ini.

Tuan Speaker, saya ingin meneruskan perbahasan saya. Ahli-ahli ini di dewan ini akan menyokong belanjawan tambahan ini.

Tetapi alangkah baiknya kalau sokongan ini juga dapat kita terjemahkan, kita boleh bawa ke peringkat daerah supaya semua ahli dewan ini, di sini, di hujung sanakah, di hujung sinikah, di tengah-tengah, semua kita dapat dijemput untuk menyertai sekurang-kurangnya tiga jawatankuasa utama di peringkat daerah.

Pertama, Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah.

Yang kedua, Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah dan yang ketiga, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, supaya belanjawan-belanjawan yang kita turut sama sokong dan luluskan di dewan pada hari ini dapat kita juga sokong pelaksanaannya di peringkat daerah.

Saya menghargai jemputan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk semua ahli menghadiri sambutan-sambutan tertentu. Sambutan ulang tahun Sabah Maju Jaya, sambutan Kaamatan, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan acara-acara lain. Tetapi

alangkah baiknya kalau jemputan seperti ini juga dapat dibawa semangatnya itu di peringkat daerah supaya semua kita ini dapat menghadiri mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa yang saya sebutkan tadi.

Ini juga satu reformasi yang boleh diperkenalkan oleh pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Tuan Speaker, untuk kita ini mara ke hadapan, untuk kita melaksanakan belanjawan tahunan, belanjawan tambahan seperti mana yang kita mahu luluskan hari ini, kita mesti bebas daripada keraguan-keraguan.

Di luar dewan ini, rakyat bertanya tentang pihak yang mendakwa waris Sulu menuntut Sabah.

Sejauh mana belanjawan yang kita luluskan yang kita dapat mahu melaksanakan, tetap ada keraguan. Rakyat itu di luar sana sambil menikmati pembangunan itu sentiasa akan timbul keraguan selagi ini tidak dimuktamadkan di Dewan Undangan Negeri. Saya tahu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengeluarkan kenyataan tidak mengiktiraf dan kita kena sokong, tetapi tidak pernah dalam dewan ini membuat satu resolusi untuk menyokong Ketua Menteri ataupun tidak mengiktiraf sebarang tuntutan dari pihak lain ke atas Sabah. Ini yang kita boleh menyatukan semua ahli dewan ini. Saya tidak pastilah ada yang mahu sokong tuntutan tersebut, tetapi saya pasti 79 ahli dewan ini ataupun 78 ahli yang ada sekarang bersatu hati untuk tidak mengiktiraf tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah dan tidak menerima keputusan arbitrary yang dibuat di Perancis tersebut.

Speaker

Sila gulung.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Supaya rakyat kita ini jelas…..

Speaker

Yang Berhormat, sila…..

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

… bahawa kerajaan mempunyai…..

Speaker

Yang Berhormat, sila gulung.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Ya, mempunyai tahap confidence yang sangat tinggi untuk melaksanakan belanjawan tahunan ataupun belanjawan-belanjawan tambahan yang dibentangkan.

Datuk Speaker, rakyat Kadamaian telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Kadamaian yang disediakan oleh Institut Kajian Pembangunan Sabah yang sebahagiannya telah dilaksanakan dan banyak lagi perlu dilaksanakan. Saya gembira kerana sebahagiannya itu masih diteruskan. Jalan-jalan raya masuk dalam senarai yang diluluskan pada tahun ini mahu dilaksanakan fasiliti pendidikan, kemudahan ameniti socials, penyukatan tanah secara pantas seperti mana disebut dalam pelan itu banyak diteruskan dan untuk itu, saya merakam penghargaan kepada kerajaan kerana meneruskan impian rakyat Kadamaian.

Saya berharap dalam belanjawan tambahan ini, impian Kadamaian tersebut itu dapat diteruskan. Dengan ini Datuk Speaker, Tuan Speaker, saya menyokong belanjawan tambahan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua sebentar tadi. Terima kasih, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Kadamaian. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Tanjong Papat.

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Terima kasih kepada Yang di-Pertua Datuk dan persidangan ini. Sama juga saya akan memakai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Speaker

Silakan.

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Terima kasih, Datuk. Hari ini saya mahu kata live matters….

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

… sama juga saya akan memakai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Speaker

Silakan.

03:50 petang

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Terima kasih Datuk. Hari ini saya mahu kata life matters dan juga saya mahu bawa satu isu sahaja ini tentanglah penyelenggaraan maintenance issue khususnya di Sandakan. Kalau saya tak silap pada bulan tiga persidangan last sitting saya adalah bawa isu tentang jalan raya ada satu lubang yang besar. Lubang itu adalah dari bandar naik pergi bukit di Maiwon. Masa itu saya kata lubang itu boleh masuk satu bas mini. Hari ini lubang itu boleh masuk coach lagi lebih besar.

Kalau saya tidak silap, Menteri Kerja Raya adalah pergi sana bulan yang lalu sama-sama YB Vivian, MP Sandakan dan dia ada kata juga dia akan membawa menuntut 1.3 milion untuk penyelenggaran di tempat itulah. Tetapi sampai masa saya tidak ada nampak apa-apa kerja telah berlaku di sana. That’s why I said life matters. Ada banyak kawan ada dalam group pun tidak tahu mana tempat itu sebab mereka tidak mahu turun pergi bandar sudah. Ada lagi kawan kata “saya tidak mahu melalui jalan sana, kalau mahu balik pergi atas melalui Sim-sim atau daripada Sapi sahaja. It is a cause for concern, especially if we all bring up for tourism, tourist may not know the situation down there in Sandakan.

Jadi, how they know about issue terkadang dengan perdaya maintenance.

This is an issue that has happen sejak 60-an dahulu bukan baru sahaja berlaku. Ini saya pun ada berlaku bawa ini dalam isu, dalam newspaper (surat khabar) dan juga di dewan ini juga. Jadi, saya marahkanlah kerajaan cuba pay much attention for the concern of the rakyat whom use the road there and also not only the road ada masalah tentang ah… the lighting system in the whole Sandakan which is terrible. Banyak tidak ada di apa ah… the blackout has happen all the time, no lights has been replaced. Apabila saya pergi minta dari MPS masalah apa dari dua tiga tahun dahulu, mereka selalu ulang balik kurang kereta skylift.

This is not the issue, this has happen since tiga tahun dahulu. Saya minta mereka kenapa tidak pergi sewa? Tidak mahal juga.

You beli satu baru punya maybe it costs you seven hundred thousand. Sekarang, if you borrow, if you lease it probably costs you 400 ringgit per day. If you do on long term bases, it may only cost you 10 thousand per month but if you have a consistent lighting system tourist come here they safe, they feel safe yang sesiapa pakai itu jalan raya pun feel safe.

Kalau tidak kereta melalui mana-mana satu tempat mungkin tidak nampak atau orang yang cross crossing the roadlah. Ada banyak nyawa yang hilang sebab because of the lighting system.

Itulah I am concern for my people down there and also concern for every new road users on the road because sometimes situation happen because not everyone want it to happen but because of the lack of maintenance issue. This is the culture saya harap kerajaan akan ambil tindakan untuk rakyat Malaysia.

Tuan, thank you very much and saya sokong juga.

Tuan Speaker:: Terima kasih.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kapayan.

How are you Kapayan?

03:54 petang

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih.

Terima kasih Tuan Speaker kerana membenarkan membahas Rang Undang-undang Pembekalan Tambahan Pertama 2022 yang dibentang oleh Menteri Kewangan II pagi tadi. Saya ingin menyentuh Tuan Speaker berkaitan dengan pembaikan pulih sistem pembetungan dan skim pembetungan juga yang telah dimasukkan dalam belanjawan tambahan ini. Pejabat ADUN saya telah banyak kali menerima aduan-aduan pam pembetungan yang sudah rosak dan khususnya ini di daerah Penampang, tetapi khususnya di Taman Deluxe dan Taman Kepayan Ridge di kawasan saya, iaitu di Kapayan sendiri. Isu ini telah menjadi serius dan bukan sahaja memerlukan pembaikan sistem pembetungan ini, tetapi juga memerlukan penggantian pam di tempat-tempat ini dan kita sedia maklum bahawa berkaitan dengan pembetungan ini bukan perkara yang, perkara yang seriuslah.

Hari-hari bau yang daripada air yang melimpah sudah di kawasan ini telah membawa banyak keresahan dan tekanan kepada penduduk di sana sehingga hari-hari mereka telah memberikan aduan ataupun memanggil pegawai-pegawai saya untuk membuat sesuatu dan saya berterima kasih kepada jabatan pembetungan, memang mereka telah bersedia dan telah pergi untuk membaikinya, tetapi hanya dalam masa terdekat lagi mereka katakan ada satu pam yang akan digantikan tetapi belum ada kepastian ya. Jadi, hanya dengan membaiki sekarang ini tidak cukuplah Tuan Speaker.

Saya ingin bertanyalah sama ada peruntukan tambahan yang ada kita akan luluskan nanti akan merangkumi Taman Deluxe dan juga Taman Kepayan Ridge. Saya juga ingin menyentuh Datuk Speaker

tentang isu banjir di kawasan kampung dan perumahan khususnya di kawasan Ganang, Kapayan.

Adalah penting peruntukan tambahan diberikan untuk menangani, menangani banjir yang berlaku yang sering berlaku sekarang.

Sehubungan ini, kadar pembersihan parit yang saya difahamkan oleh Majlis Daerah Penampang berlaku dua kali setahun tetapi kita tahu bahawa ini tidak cukup dan parit-parit ini sentiasa cepat terutamanya masa musim hujan jadi rumput-rumput ini akan menjadi lebih kerap pembersihan lebih kerap yang sekurang-kurangnya dalam setahun saya cadangkan tiga hingga empat kali di kawasan ini.

Selain itu, saya ingin membangkitkan tentang pembinaan Tamu Donggongan. Tamu Donggongon ini adalah satu tamu yang ramai pengunjung bukan sahaja tempatan, tetapi juga pelancong yang datang ke sana dan adalah tempat yang tumpuan untuk bukan sahaja di kawasan Kapayan sendiri tetapi di Moyog dan juga di daerah-daerah lain seperti saya dengar dari sehingga Pensiangan, Nabawan, Keningau dan dari utara daripada Kota Marudu datang untuk menjual di kawasan Tamu Dongongon ini. Tetapi keadaan tamu sekarang ini sungguh teruk dan kerana sudah uzur dan ada berlaku di mana ada satu kali di mana jatuh siling itu dan nasiblah tidak ada orang yang cedera tetapi oleh kerana ini saya harap pembinaan bangunan Tamu Donggongon ini yang sudah dijanjikan sebetulnya pada tahun 2018 dan saya ingin supaya ada tindakan segera dan kita akan melihat daripada peruntukan yang ada ini.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, usul peruntukan juga peruntukan tambahan dalam CMD 1 ini melibatkan jumlah yang besar. Sebahagian besar yang saya lihat di sini adalah untuk emolumen kakitangan kerajaan termasuklah elaun tambah masa, elaun lebih masalah dan juga insentif...

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

...termasuklah elaun tambah masa, ah, elaun lebih masa lah dan juga insentif-insentif yang lain.

Saya tidak ada niat membantah pembayaran yang merupakan hak kakitangan kerajaan, tetapi saya ingin bangkitkan aduan-aduan yang saya terima banyak, yang semakin banyak lah saya terima sekarang mengatakan bahawa terdapat kesulitan berjumpa dengan kakitangan kerajaan dan er..telefon mereka ke pejabat berkenaan yang mereka ingin dapat itu, tidak disambut ataupun tidak diangkat, walaupun dalam masa pejabat dan saya pun merasa sedihlah, bahawa saya sebagai ADUN, mereka meminta saya contact pengarah ataupun contact kakitangan itu untuk mendapat appointment dan saya rasa ini sepatutnya tidak wujud.

Saya amat berharap agar kelulusan perbelanjaan, dengan kelulusan perbelanjaan tambahan untuk emolumen dan kakitangan kerajaan ini, mereka mempunyai insentif, dan yang penting adalah mereka akan menjalankan tugas dengan penuh komitmen, tanggungjawab dan juga prihatin terhadap rakyat yang susah-susah untuk mencari penyelesaian kepada isu-isu mereka.

Em… begitu saja tambahan saya untuk perbahasan ini.

Datuk Speaker, saya memohon, saya mohon menyokong dengan ah, untuk perbelanjaan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Kapayan, how are you? Are you alright? Kapayan, how’s your health?

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Tuan Speaker, and i am happy you raised this, ah, mungkin dari segi kesihatan, syukur kepada Tuhan dan juga terima kasih kepada ah, semua prayers dan doa daripada rakan-rakan. Yang saya ingin bangkitkan di sini, Tuan Speaker adalah berkaitan dengan, mungkin tidak sesuai tetapi hanya mengatakan bahawa dari our claim lah, our claim for any medical kita ini untuk melalui insurance agak lambat. So, I think is something I hope because if we are all covered under the government scheme, this can be look into lah. Terima kasih.

Speaker

Okay, thank you. Noted.

Ah, Tuan Speaker.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjong. Eh, sorry! Yang Berhormat Api-Api. Sebab dia ini dua tempat bah, jadi saya silap. 04:03 petang

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Terima kasih Datuk Speaker. Saya, sangat lama tidak jumpa, kau lupa saya sudah.

Saya akan ambil masa sedikit tentang perkara itu, mengenai sektor pelancongan di bawah STB. Ah, berapa kali saya sudah ah, travel, travel amount in between and overseas we have to use the toilets in the airports. It is a very terrible state that we have a dirty and about toilets, even in (KKIA) Kota Kinabalu International Airport, especially now our tourism is picking up slowly to the credit of the year Kementerian Pelancongan, there are picking up so slowly but i think the hard way we need to be improved, sebab, can you imagined when the tourist come, the first thing they do where they want to visit toilet and the toilet is the very bad situation.

Saya difahamkan, of course the management of the toilets at the airport are done by the Malaysia Airports Berhad, I know tetapi oleh kerana condition nya begitu lama and then sebut sikit I wrote to them, email to them, to start improved it the one day last talk was yesterday, i travel from Kuala Lumpur to KK and no improvement. Saya tanya itu seorang wanita yang bersih, bertugas sana, dia bilang ini saja kami diarah buat, kebersihan begitu, and this is not good enough. May i suggest that under the (STB) Sabah Tourism Board to have a allocation, to hire our own people to follow up sampai they can do the management Malaysia Airports Berhad management is able to provide a better service that under our local STB to that if that will be very good for to promote our tourism.

Jadi kita Sabah is a beautiful state, we don’t want the tourist to look at us, they said because dirtiness is of the toilet is not our culture okay. Kalau kita boleh buat ini, then i think we will promote the things and i have been complained, i received many calls from people they complaining to me that our toilets are very bad in the airport. I said yes, yes but i know i cannot bising, always came out in the newspaper inspecting toilets is not my job.

So, walaupun saya ADUN Api and also Tawau but is not only our airport and also Api but all over the state i believed Sandakan also i have some problems. Ini cadangan saja ah Tuan Speaker.

I have ah, I believed that ah tourism sector is gonna build up but we are monitoring also what we can do to contribute to help, to promote the tourism sector. Dengan ini ah, saya mohon sokong ah pelancaran for..

Speaker

Ya Api-Api, Ahli-Ahli Yang Berhormat saya ingin menasihati di sini apabila Ahli-Ahli Yang Berhormat menyentuh tentang perjawatan awam, tolong jangan sentuh dia punya jawatan atau orang ya, because it’s unfair they are not in the Dewan to defend and answered for themselves.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Okey.

Speaker

So please make it general. Thank you. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Luyang.

04:06 petang

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Datuk Speaker.

Thank you so much, pertama sekali saya nak menyentuh tentang, apabila saya melihat dan membaca perbelanjaan tambahan yang dikemukakan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri, saya nampak ada tambahan bajet sebanyak near to 1 billion, saya tidak ada komen ah berkenaan keperluan kepada projek-projek yang memang perlu nak dijalankan untuk kebaikan rakyat, tetapi saya nampak permintaan untuk tambah bajet 1 billion ini, lebih kurang 1 billion ini ah mungkin ada kekurangannya untuk menangani isu inflasi yang sedang melanda seluruh negeri Sabah. Ini adalah satu isu yang sangat dekat kepada hati rakyat dan saya lihat, saya baca, mungkin ada kekurangan, mungkin enlightening during the penggulungan tapi saya rasa memang ada keperluannya untuk tambah bajet untuk, ataupun tambah bajet itu, permohonan itu, permintaan itu haruslah ditumpukan ataupun diutamakan untuk menangani masalah ini, kerana kita lihat hampir semua barang khususnya makanan-makanan sudah pun menaik, harganya menaik secara sangat mendadak. Khususnya apa yang saya pernah membangkitkan di Dewan Yang Mulia ini, ah persidangan yang lalu, iaitu daging khinzir, sudah naik beberapa kali tujuh, lapan kali secara sangat-sangat mendadak, hampir seratus peratus kenaikan harganya.

Baru kita baca kelmarin, ada satu kenyataan media daripada Yang Berhormat Menteri bahawa ada, memang ada masalah pembekalan dari segi produk daging khinzir dan dia ah Datuk Menteri bagi kelulusan untuk lesen untuk import daging khinzir daripada negara asing. Tapi apa yang saya hairan ialah, kenapa sampai hari ini, kita sudah tahu masalah ini. Saya sudah sebut masalah ini enam bulan yang lalu, tapi sehingga hari ini baru ada tindakan, sedangkan naik, itu harga sudah naik sangat mendadak dan apakah tindakan, sedangkan kita nak menilai dan meluluskan bajet tambahan ini.

Apakah tindakan, apakah usaha kerajaan secara amnya untuk menangani isu ini, inflasi ini.

Kita mesti tahu ini mengikut Bank Negara, food inflation kenaikannya adalah 4.1 peratus, salah satu yang tertinggi sekali dalam 10 tahun ini.

So, kita sedang menghadapi satu crisis yang cukup besar, khususnya buat golongan B40, golongan berpendapatan rendah.

Bagaimana mereka nak mengharungi cabaran-cabaran yang sedia ada, bagaimana mereka melihat bajet...

Tuan Phoong Jin Zhe [Luyang]:… melihat bajet ini, bagaimana mereka dapat dimanfaatkan at the end of the day.

So, saya rasa ini adalah satu isu yang cukup penting.

Saya harap kita menilai, sedangkan kita nak meluluskan bajet ini satu bilion.

Bagaimana kita nak cari jalan ataupun cari satu dasar yang secara pokoknya yang dapat sekurang-kurangnya memanfaatkan sekumpulan ataupun satu group yang besar di Sabah ini. Sebagai contohnya, di Pulau Pinang kita lihat Kerajaan Negeri dia ada sediakan program untuk bayi baru yang lahir. Dia bagi 200 ringgit untuk bayi yang baru lahir. Sebagai contohnya, adakah kerajaan pada hari ini, kita mencari jalan 200 ringgit setiap bayi yang baru lahir itu bukan amaun yang sangat besar.

Tetapi, apa yang saya nak ketengahkan, apa yang saya nak lontarkan adalah, melalui bajet yang tambahan ini, bagaimana kita membantu rakyat yang betul-betul dalam keadaan yang susah dan mereka memerlukan bantuan ini. So, ini sebagai satu contoh.

So, saya juga ingin sentuh ah… satu ah… program ataupun item dalam bajet ini, iaitu D46 tempahan bajet kepada Kompleks Sukan Tuaran 3 juta. So, kalau saya

tidak silap Kompleks Sukan Tuaran dan juga Kompleks Sukan Kota Marudu telah pun diluluskan dan diumumkan perasmiannya pada tahun 2020. Tetapi, saya nak membangkitkan persoalan, apakah status apa terjadi kepada Kompleks Sukan Kota Marudu? Saya difahamkan bahawa ada ah… delay, belum lagi. Walaupun sudah dirasmikan, belum lagi dijalankan. Ah… apakah akibat yang mewujudkan masalah itu? So, dari segi kompleks sukan saya lihat dalam bajet ini cuma 3 juta tambahan diberikan kepada Kompleks Sukan Tuaran.

Tapi saya lihat saya baca komen-komen, baru-baru ini khususnya Stadium Kota Kinabalu ada satu football match antara Sabah Football Club dan juga JDT. Ah… banyak komen-komen dikemukakan, iaitu fasiliti Stadium Kota Kinabalu telah tua dan ada keperluannya untuk naik taraf.

So, saya rasa sudah tiba masanya, saya rasa kita perlu melihat isu ini dengan serius. Ah… bukan sahaja Kompleks Sukan Kota Kinabalu ada isu. Saya rasa kesemua 16 kompleks sukan di seluruh Sabah pun ada menghadapi masalah fasiliti (kemudahan) yang kita betul-betul nak menambahkan bajet untuk membaiki fasiliti (kemudahan) yang sedia ada. Tetapi, khasnya untuk Kota Kinabalu kerana kita akan hostkan, host football match. Bukan sahaja di peringkat negara, mungkin kita akan host friendly match dengan peringkat antarabangsa.

Apakah dari segi jangka panjang, bagaimana kita nak memperbaikkan fasiliti (kemudahan) khususnya di Stadium Kota Kinabalu dan juga indoor stadium.

So, saya rasa ini adalah keperluan yang sangat mendesak. So, saya minta kalau boleh, kerajaan dapat mencari satu jalan bukan sahaja melalui perbelanjaan kerajaan. Tetapi, kita boleh melihat kepada model di Bukit Jalil, yang mana mereka melalui JV, mereka menubuhkan satu bandar yang baru, iaitu Bandar Sukan Kuala Lumpur, iaitu adalah satu kaedah ataupun jalan yang kita boleh wujudkan fasiliti (kemudahan)sukan yang baik untuk Kota Kinabalu khasnya.

So, begitu sahaja saya nak nak membagikan.

Secara kesimpulannya, saya minta kerajaan kalau boleh dalam peruntukan yang tambahan ini, kalau kita sudah luluskan, saya cadang kita cari satu jalan untuk kita menangani masalah inflasi ini, kerana rakyat Sabah sedang menghadapi masalah yang sangat susah. Kalau boleh kita tambahkan bajet untuk mereka. Terima kasih. Thank you.

Tuan Speaker Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Likas.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tuan Speaker. Tuan Speaker, usul penangguhan. Usul penangguhan Tuan Speaker.

Speaker

Ya, ya. Usul apa? Usul apa tu?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Usul penangguhan.

Speaker

Tidak payah. Tidak payah, tidak payah. Likas, saya jemput Yang Berhormat Likas. Saya panggil Likas. Kamu sudah tukar kawasankah? 04:16 petang

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Okay ah. Tidak apalah. Terima kasih Tuan Speaker.

Okey tidak banyak yang ingin saya apa ni ulaskan di sini.

Cuma saya minta masalah, masalah apa ni masalah bekalan air yang baru-baru ini, saya nampak ada penambahan. Saya harap, bekalan air ni tidak akan, tidak akan berlakulah. Ah… putus bekalan air di kawasan KK dan saya difahamkan oleh Jabatan Air tentang perlunya pembaikan paip utama di paip utama di jalan jalan apa ni simpang jalan Tuaran, jalan Pasir berdekatan dengan Plaza Likas.

Saya harap kementerian berkenaan ambil maklum tentang hal ini dan saya juga ingin maklumkan kepada kementerian yang berkenaan tentang masalah-masalah paip bocor juga paip usang di kawasan KK juga yang berlaku baru-baru ini. Begitu juga dengan tekanan air yang rendah, mungkin perlu penambahbaikan dari segi pam, rumah pam atau sebagainya untuk pastikan tekanan air di kawasan KK berada di tahap yang memuaskan.

Selain itu juga, saya juga minta beberapa kawasan lah, di tempat saya seperti di jalan Tuaran apa ni di kawasan Gereja SDA.

Parit di sana masih lagi parit yang tanah bukan yang parit konkrit. Jadi saya minta di upgrade lah, di upgrade sebab ini kawasan bandar dan juga saya masih lagi menerima aduan berkenaan dengan apa ini, pembersihan longkang dan parit-parit di kawasan ah di kawasan di bawah konsesi JKR.

Saya harap penyenggaraan ini di pantau dan pastikan kawasan-

kawasan ini bersih dan tidak akan berlaku banjir kilat seperti selalu. Asal musim hujan banjir, asal musim hujan ah memang berbunyilah saya punya telefon itu. Semua pun complaint.

Juga dengan, pembersihan baru-baru ini saya tengok sekejap sahaja. Ini kawasan parit, longkang di sama ada di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan ataupun JKR atau JPS masih di penuhi dengan tumbuh-tumbuhan apa ni dengan rumput. Saya harap ambil maklum, sebab ini masalah yang selalu saya terima aduan-aduan dari rakyat.

Jadi saya harap dengan adanya penambahan peruntukan ini, isu-isu seperti ketiadaan air dan juga kebersihan parit dapat diselesai dengan lebih baiklah. Okey, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Elopura. 4:20 petang

Terima kasih Datuk Speaker.

Terima kasih, kasih saya peluang terima kasih. Tahun depan ialah 60 tahun kita kemerdekaan.

….. 60 tahun kita Kemerdekaan Sabah.

Sabah ini, sekarang kita jumpa banyak masalah dalam saya nampak ini baca ini yang bajet yang di dalam dewan undangan ada item yang tanpa Mesyuarat Dewan Undangan 1 milion, 1 jutalah. Jadi, saya rasanya sekarang kita sesi berapa dalam tahun ini mungkin dua sahajalah mahu habis sudah.

Kedua, saya nampak ini Jabatan Ketua Menteri spending 1 Milion for a bonus Januari punya dan Aidilfitri punya pembayaran ini 1 milion. 2.6 milion untuk itu SICC punya hari kebesaran mahu bayar dan perumahan 25 milion untuk perumahan tempatan punya isulah. Di sini, saya bilang kita spending berjuta-juta untuk walaupun di Kementerian punya department jadi apa yang saya nak katakan di sekeliling rakyat di bawah kita, di kawasan kita, telur satu kotak 17 ringgit, ayam tiada selling price sudah, daging khinzir ternakan.

Saya rasanya banyak orang dia tahu sebab itu…

Speaker

[mencelah]… Tetapi rokok mahal dia tidak pernah complain?

Sorry, come again…

Speaker

Rokok mahal dia tidak pernah complain?

Speaker

Rokok, rokok…

Ya ada, saya ada sebut juga.

Speaker

Ada orang komplain? Ada orang komplainkah rokok mahal? [ketawa]

Nanti saya sebut juga. [ketawa] .Ya, daging khinzir di daging khinzir ini orang bilang sebab row material, di candle cake sebab itu palm carnel cake sebab animal feed sebab jagung yang import punya mahal jadi kita naik harga sampai 50 ringgit di KKlah 50 ringgit sekilo. Jadi, saya tanya sebab ada saya rasanya Jabatan Pertanian pun tahu sebab itu penyakit jadi banyak khinzir matilah.

Banyak babi yang mati sebab ini mati punya babi jadi dia sepatutnya 120 kilo sampai 160 kilo dia baharu pergi pasaran tetapi sekarang 90 kilo hingga 80 kilo pun pergi pasaran sudah jadi tidak ada khinzir sudah, dia makin naik harga compare (banding) dengan Sarawak kenapa Sarawak.

Speaker

[mencelah] PKP bah itu.

Tiada masalah…

Speaker

Itu haiwan pun PKP juga, itulah tidak banyak keluar makan.

That right.

Haiwan pun mungkin ada MCO juga saya rasanya pun turut begitulah. Yang lain juga minyak masak sampai hari ini Sandakan masih kurang minyak masak saya kurang pasti apa sebab?

Sabah yang paling besar di seluruh Malaysia yang yang produce minyak sawit punya tetapi kita orang Sabah dalam minyak masak memang ada subsidi punyalah dalam minyak masak subsidi maksud kita mahu hidup jiran tetapi anak sendiri biar dia yang mati, hidup jiran dahulu. Hidup kita punya negara lain dahulu kita sendiri punya anak-anak dalam minyak masak yang subsidi punya biar dia matilah. Ini yang kita kerajaan sekarang yang apa yang kita buat.

Speaker

Yang Berhormat, yang sebenarnya ialah “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

Itulah saya bilang mesti mahu mahu hidup sendiri dahulu.

Hidup orang Sabah dahulu baharu kita itu yang saya cadang. Contohnya, FELDA FELDA di Sabah paling besar punya land bank di Sabah jadi boleh hanya FELDA punya hasil hanya transaksi di Sabah sahajakah? Jangan pergi Semenanjung lagi kasih hidup Sabah dahulu baharu hidup Semenanjung.

Bolehkah? Ini GLC juga, jadi saya selalu saya bilang saya mesti mahu industri mesti mahu naik taraf palm oil downstream tetapi sampai hari ini saya tidak jumpa upstream dan downstream pun tidak ada improve begitu sahaja. Cukai 7.5 percent sahaja biar palm oil punya industri mati itu yang kita punya kerajaan apa yang kita buatlah.

Saya kurang pasti apa yang future apa future di industri di Sabah, future apa ada? Sampai hari ini masih 7 peratus contribution GTP di Sabah jadi kita di Menteri-menteri, YB-YB kita orang Sabah ini bukan orang lain kenapa kita tidak boleh kasih hidup kita sendiri?

Palm oil downstream FELDA begitu besar, Sime Darby begitu besar atau yang Borneo Samudera Sabah Softwood begitu besar land banknya. Kenapa kita tidak boleh downstream kasih hidupkan dahulu baharu hidupkan jiran kita ini yang harap di masa depan Sabah ada future bah, kita hanya kita sudah Merdeka 60 tahun tetapi kita macam kemiskinan sekarang Sabah ada dalam rakyat kitalah. Saya mesti mahu selalu cakap ekonomi mesti mahu ada itu barang-barang ada subsidi hidup rakyat dahulu baharu kita yang bilang ada bajet berbilion-bilion ditangan kita, buku ini tetapi rakyat kita sengsara hidup kita yang sengsara itu yang

saya harap masa depan ada satu ubah dalam bajet inilah. Jadi saya harap seluruh Sabahan mesti mahu jaga anak-anak kita, rakyat kita. Terima kasih Speaker.

Speaker

Terima kasih, sekarang saya jemput YB Menteri untuk menjawab.

Speaker, sudah habis perbahasan?

Speaker

Tiada nama, tiada nama…

Tiada nama?

Speaker

Ya, kita sudah sedia tu mahu berbahas…

Kami semua sudah sedia untuk berbahas Datuk Speaker.

Speaker

Sebab di dalam permesyuarahan, saya sudah ingatkan hantar nama.

Kita tidak ada dimaklumkan Datuk Speaker?

Speaker

Dalam permasyuaharan ada saya maklumkan.

Bila Datuk Speaker? Kalau saya terlepas mungkin…

Speaker

Permasyuahara, permasyuaharan pagi tadi.

Ada? tiada Datuk Speaker, mungkin saya terlepas.

Speaker

Ok, tidak apa you boleh cakaplah kalau you mahu cakap 5 minit. 04:27 petang

Terima kasih, Datuk Speaker. [ketawa] Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.

Speaker

Senyum kau ah…?

Mesti mahu senyum, Datuk Speaker. [ketawa] Di bagi peluang ni 5 minit pun cukup bermakna Datuk Speaker. [Berdehem] Terima kasih Datuk Speaker atas ruang dan peluang ini untuk membahaskan tentang Rang Undang-undang perbekalan tambahan ya… Datuk Speaker ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan.

Sebenarnya sudah disentuh juga ada beberapa perkara berkenaan dengan peruntukkan jalan raya, Jabatan Air dan sebagainya.

Saya tidak perlu sentuhlah, kawasan-kawasan saya pun perlukan ya peruntukkan ini untuk menyelenggara jalan-jalan khususnya di jalan daripada Merotai hingga ke Kalabakan ya.

Ada beberapa jalan tu sudahpun downgrade kepada jalan gravel sudah bukan sudah jalan tar jadi ini perlu di tengok dan diteliti supaya memastikan jalan-jalan ini dapat di selenggara dengan baik dengan peruntukkan yang akan diluluskan kelak ya.

Datuk Speaker, ada satu item Datuk Speaker, iaitu S49, Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi, iaitu kod S49 kursus dan latihan Kemahiran Sains Teknologi dan Inovasi perkhidmatan iktisas dan perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitality ada tambahan sebanyak 3.5 juta Datuk Speaker.

Peruntukkan tambahan ini adalah diperuntukkan bagi membiayai caj SST yang dikenakan ke atas perkhidmatan konsultasi dan pendidikan yang dibekalkan oleh Syarikat Advance Business.

Datuk Speaker, saya rasa perkhidmatan-perkhidmatan begini ya daripada kerajaan untuk rakyat sepatutnya dikecualikan daripada SST mungkin kita boleh memohon kepada MOF Persekutuan untuk memastikan bahawa ini dikecualikan sebab bukan sikit ia memakan belanja 3.4, 3.5 juta Datuk Speaker.

Datuk Speaker, setelah meneliti semua item-item yang ter….

… semua item-item yang tercatat dalam Rang Undang-undang ini, saya melihat ada beberapa perkara yang perlu dan lebih penting lagi Datuk Speaker, yang perlu diambil berat oleh kerajaan. Kerajaan Negeri khususnya ya, rakyat kita mempunyai jumlah 3 juta lebih Datuk Speaker. Apa yang membimbangkan kita ialah peruntukan kepada jabatan ataupun Kementerian Pertanian dan Perikanan agak kurang dan ini membimbangkan kita kerana kita memerlukan food security ataupun jaminan makanan.

Ini yang lebih penting di masa-masa akan datang ya.

Pertubuhan Dunia juga, PBB juga ada mengatakan bahawa kita akan menghadapi krisis makanan, Datuk Speaker. Ya. Bila krisis makanan ini berlaku, kita ini Sabah terlalu bergantung kepada import Datuk Speaker. Beras sahaja menurut kementerian, sorry Jabatan Kawal Selia Beras Sabah, dia menyatakan kepada saya kita mengimport setahun 234 ribu tan beras. 234 ribu tan dan menurut daripada kenyataan Menteri MAFI baru-baru ini, Sabah hanya mengeluarkan 24 peratus daripada beras di negeri Sabah. Bayangkan Datuk Speaker, sekiranya berlaku masalah yang tidak diingini sekarang ini pandemik covid-19 baru-baru ini dan sekarang ini krisis Rusia-Ukraine peperangan dan akan datang Datuk Speaker, dijangkakan masalah perubahan iklim.

Bayangkanlah jika berlaku kemarau yang berpanjangan di Vietnam, di Thailand ataupun mana-mana pengeluar ataupun sumber import kita, apa yang kita mahu bagi makanan kepada rakyat. Mungkin kita boleh memilih tempat-tempat lain, mungkin kita boleh import daripada Korea mungkin, mungkin juga kita boleh import daripada Jepun tetapi harganya sudah berbeza dan yang menjadi mangsa adalah rakyat di negeri kita ini. Kita sepatutnya memfokuskan kepada arah ini. Contoh, ayam lagi Datuk Speaker. Ayam, kenapa ayam selalu berkurangan? Ataupun telur ayam selalu berkurangan. Kita back to basic. Apa masalah? Sekarang ini pentenak timbul masalah mereka untuk mendapatkan bekalan makanan ternakan. Sebagai contoh, jagung ataupun soya. Ya.

Apabila jagung naik harga disebabkan oleh ringgit yang naik, jatuhnya wang a… sorry US naik ringgit jatuh, sekarang ini harga setan jagung RM2 500.00 setan kalau tidak silap saya pada hari ini. Sebelum ini RM1 200.00 Datuk Speaker. Jadi saya ingin mencadangkan kepada kerajaan perkara ini harus diteliti. Saya faham banyak masalah yang berlaku kepada kita.

Khususnya dari dulu sampai sekarang yang kita bincangkan infrastruktur, pembangunan dan sebagainya. Tetapi hal ini akan menjadi masalah lagi akan datang bila rakyat kita lapar, barang makan

mahal. Ada duit pun tidak boleh beli, orang-orang kaya pun ada duit pun tidak boleh beli sebab tidak ada bekalan makanan. Apa lagi orang-orang rakyat yang di bawah B40. Sudahlah peluang pekerjaan ekonomi semakin teruk.

Kita sebagai kerajaan harus memfokuskan kepada benda yang lebih penting lagi. Food security, ini yang lebih penting. Ya.

Berikan peruntukan.

Saya minta lah kalau boleh di masa akan datang untuk bajet 2023, saya minta supaya Kementerian Pertanian dan Perikanan diberikan peruntukan yang lebih untuk memastikan food security kita ini dapat dijamin di negeri Sabah. Untuk kita kasih makan rakyat kita 3 juta lebih. Bahkan kalau boleh, kalau boleh kita mewujudkan lebih banyak. Bahkan kalau boleh kita sebagai pengeksport. Ya. Pengeluar dan pengeksport. Bukan lagi sebagai negeri pengguna dan pengimport. Ya. Kebergantungan kita Datuk Speaker.

Speaker

Sila gulung.

Saya gulung, saya gulung Datuk Speaker.

Kita terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan. Bila harga ayam tinggi, kita minta Persekutuan melalui KPDNKK letakkan harga siling. Ia tidak akan menjamin makanan ayam ini tidak akan naik harganya. Sebab apa, penternak jika kita paksa dia jual harga begitu sedangkan dia pun rugi bagus dia tutup kilang. Tutup penternakan. Ini yang berlaku Datuk Speaker. Jadi saya minta, saya gulung Datuk Speaker.

Saya minta supaya kerajaan memberi peruntukan lebih kepada Kementerian Pertanian dan juga memastikan GLC-GLC ini terlibat secara langsung dalam pengeluaran makanan ternakan dan juga makanan ruji kita, beras. Ya. Kita ada GLC, seperti Felda, seperti Sawit Kinabalu. Kita memastikan supaya kita sebagai kerajaan boleh mengarahkan kepada semua syarikat-syarikat ini bukan sahaja GLC swasta yang menanam kelapa sawit ini untuk memastikan mereka 10 peratus daripada tanah mereka ini tidak boleh semua ditanam kelapa sawit. 10 peratus mesti diperuntukkan untuk contohnya menanam makanan ternakan.

Contohnya, menanam padi sebagai contoh supaya kita boleh memastikan food security di negeri kita ini tidak menjadi masalah pada masa akan datang. Kita boleh plan 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun akan datang.

Mungkin 30 tahun kita sudah menjadi negeri pengeluar dan pengeksport bahkan kita boleh menjadikan Sabah sebagai food security bukan sahaja di Sabah tetapi di peringkat nasional negara kita Datuk Speaker.

Sekian Datuk Speaker. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, sekarang saya jemput...

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Bolehkah? 5 minitlah Datuk Speaker.

Speaker

3 minit.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

5 lah. Hehehe

Speaker

Mahu tawar-tawar lagikah. 04:38 petang

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Datuk Speaker, thank you Datuk Speaker. Terima kasihlah untuk beri peluang kepada saya untuk berbahaslah. Saya teruskan sajalah.

Saya rasa saya setuju dengan cadangan daripada rakan saya tadi.

Saya nampak daripada semua bajet ini yang di bahagian dalam supplementary budget ini, saya nampak saya tak pertikaikanlah. Saya rasa itu perlu untuk jaga urusan kerajaan. Saya boleh nampak banyak dia adalah emolumen, ada gaji, apa ni gajian sambilan, sewa, banyaklah kebanyakan dia, kebanyakan. Saya tak pertikaikan, saya rasa itu perlu tetapi saya tidak nampak ada yang bajet untuk bantu kebanyakan fokus dengan rakyat. Satu, sebab sekarang itu ekonomi yang susah, I think the government to spent now. Spent money and put money into the economy because rakyat sekarang kebanyakan dia tidak mahu spent. Saya nampak sekarang memang situation ekonomi yang cukup mencabar. Banyak orang pun diorang save lah, save of the money and government has to spent now. Have to spent and put money into the market and sekarang tidak nampak ada usaha begini dan saya cadanglah kalau boleh kena fokus dengan spending money and helping the economic supaya ada cash flow dalam ekonomi itu supaya ekonomi boleh jalan. Ini satu.

Kedua, tidak nampak ada bajet untuk bantu sama petani, penternak, fisherman, dan sebagainya. Sebab tadi saya teruskanlah dengan apa yang tadi rakan saya sentuh

tu perkara pasal ayam tu.

Ayam tu masalah tu bukan sebab tiada labour atau Ukraine, itu pasal.

Speaker

Ayam sudah banyak orang sebutlah, sebut lainlah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Iya, diorang tak produce skip we have shortage of ayam. Itu sebab kita itu government policy tu tak hands on. Dia kasih cape itu harga dia tapi dia tidak peduli berapa dia punya cost of range a chicken. Itu lah masalah, farm dia tutup atau dia tidak mahu produce. Apabila dia tidak produce, tiada sudah ayam di Malaysia ini baru diorang kelam kabut. Sekarang kasi let keep balik lagi. So, for the industry pun takut.

Ini masalah dia.

Thats a kerajaan kena hand soon the what is happening on the ground.

Thats why itu boleh diatasi lah kalau kerajaan is hands on. Dan dia tiada bajet untuk a...

04:40 petang

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

…..hands on. Dan ada tiada bajet untuk allocation untuk bantu sama SME. SME is very important. I think last debate pun saya sudah sentuh tetapi belum nampak lagi juga usaha untuk bantu sama SME. Urm… and now diaorang ada lagi masalah minimum income 1 500. Itu bukan saya rasa kalau daripada last increment ialah 1 200 hingga 1 500. Itu 25 peratus. Untuk costing lah. Costing… corporate costing. Tetapi, itu bukan its not as simple as that. Macam kalau saya ada 10 saya punya tu workers. Okay. Ada yang memang junior. Ada yang senior. Ada yang sudah lamalah. So, tetapi kita junior sekarang pun sudah tingkat ke 1 500. Saya punya orang yang memang pekerja yang middle tu atau yang kerja senior sikit pun 1 500. Kena tingkat juga. Kalau tidak, nanti mana mahu kerja kan? Itu masalah juga. Challenge cabaran. Cabaran daripada corporate. So, kalau ada inisiatif atau apa ni… pakej demi pakej atau inisiatif untuk insentif untuk bantu sama SME tentang ini pun pentinglah.

Jadi high cost of living banyak pun sudah sentuh. Saya tidak sentuh banyak tetapi ada satu masalah subsidi cooking oil sugar tu memang susah mahu carilah, Datuk Speaker. Ini memang satu masalah yang cukup penting dan ada satu saya ingin sentuh disinilah satu isu SST tu. SST untuk seafood tu. Urm… saya akan rujuk

kepada satu surat pada 20 Januari 2022 daripada ah… Timbalan Ketua Menteri dari untuk jaga perikananlah. Dia tulis satu surat kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Yang Berhormat Ketua Menteri pun ada sudah tandatangan dia ada satu nota di sini SUT kewangan di sini setuju ditangguhkan.

Yalah.

Setujulah ditangguhkan. Tetapi sekarang, itu apa ini daripada… Diaorang sekarang player daripada perikanan. Diaorang dapat surat daripada itu nanti sekejap daripada MOF. Untuk bubut balik untuk suruh diaorang bayar. Bayar itu SST. Dan yang bubut balik sampai last year. Last year May. Dia kira daripada last year May lagi. Dia bubut balik. Itu saya nampak ada satu tidak tahu ini adalah… ya itu surat pada 30 Mac 2022. Daripada MOF dia tulis surat kepada players and minta diaorang bayar. And then bubut balik lagi. Bukan sahaja diaorang ditangguhkan itu pelaksanaan SST tu. Tetapi dorang bubut balik. Until last year May. Dia kena bayar semua. I think itu, kita we have to look into it especially Yang Amat Berhormat sebab itu adalah satu a… directive atau keputusan daripada Yang Amat Berhormat kepada MOF. Dan sekarang nampaknya MOF tidak ikut dengan arahan tu. Dan sampai sekarang belum ada pengumuman apabila itu dilaksanakan. Jadi, saya rasa this is a direct insubordination is a very err serious issue. Daripada MOF tidak ambil directive daripada Yang Amat Berhormat.

Jadi saya minta jugalah kalau boleh ini verified atau bagi satu penjelasanlah. Jadi di sini saya hanya nampak itu economic ada slow down. Rakyat memang tidak mahu spend sudah market is very slow. Ringgit is getting bigger. Kita bergantung apa ini import. Nampaklah tanda dia recession akan datang next year. Saya harap saya salahlah. Saya harap saya salah Datuk Speaker a… tetapi saya nampak dia ada tanda dia. Recession is coming. And government need to gear up and ready for the possible economic slow down sekarang. Sekarang pun dia kena buat sudah. Untuk bantu sama rakyat dan juga SME dan sebagainyalah. Semua untuk gear up supaya kita boleh age against aaa any risk or mungkin ada langkah-langkah untuk minimize damage dia sebelum dia datanglah. Jadi itu sahajalah saya mahu menyokong. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Okay, sekarang saya jemput.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker.

Speaker

Okay, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker. Berikan peluang kepada orang muda.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Menteri tolong gulung. Lain kali kasih nama awal-awal. Kalau saya balik-balik kasih laluan tiada kasih nama… main beginilah.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Sikit… sikit pun boleh Datuk Speaker.

Speaker

Tiada tiada tiada tiada. Kasih nama. Saya sudah kasih tahu tadi bagi namakan?

04:44 petang

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Tuan Speaker. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 15 ahli Dewan Undangan Negeri yang turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai bajet tambahan atau peruntukan tambahan yang saya telah bentangkan tadi. Pertamanya, ADUN daripada Sindumin telah menyentuh pasal malah beliau sekadar memberikan peringatan mengenai satu peruntukan untuk tujuan caruman dalam pelaburan dan sebagainya. Sukacita, saya maklumkan bahawa Kementerian Kewangan dan khususnya kerajaan negeri amat berhati-hati dalam membuat sebarang pelaburan. Kerana dalam… dalam pengalaman kita yang lepas, kita tahu banyak peruntukan ataupun pelaburan kerajaan yang tidak mendatangkan hasil. Tetapi, ingin juga saya maklumkan sebagai satu misalan, baru-baru ini kita melabur dengan mengambil option 5 peratus dalam LNG 9. LNG 9 ya. Petronas. Kos pelaburan 230 Juta Ringgit untuk 5% tapi, within a month..1 month kita mendapat dividen 88 Juta Ringgit. Dan sekali lagi pada hujung tahun ini, kita dijangka akan mendapat bayaran 120 juta sekali lagi… jadi untuk masa 10 tahun akan datang, sekiranya harganya… apa

itu…harga… komoditi tu… masih apa tu… baik. Kita dijangka… mengenai pelaburan ini bagi 10 tahun akan datang akan menjana 1.2 Billion Ringgit untuk Sabah. Jadi saya nyatakan ini bukanlah minta puji dan sebagainya, tetapi sekadar untuk menyakinkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, kita berhati-hati dalam membuat pelaburan dalam syarikat dan kita hanya pilih cuba pilih pelaburan yang hampir ada kepastian untuk menjana pendapatan, ya.

Tuan Speaker, semua Yang Berhormat daripada Sindumin juga menyatakan bahawa kita harus berhati-hati supaya kita tidak jatuh balik kepada defisit ya. Dalam pembentang sukacita saya maklumkan, kalau kita ambil 6 bulan pertama tahun ini banding dengan 6 bulan yang lepas mengenai pungutan hasil kita, kita telah pun berjaya mengutip 6.62% daripada unjuran pendapatan kita untuk tahun ini. Dalam, statik… dalam wang… apa ni… dalam… dalam apa ni… dalam… erti kata yang lain, setakat 30 haribulan Jun 2022, kita telah pun berjaya mengutip 2.9 Billion Ringgit daripada unjuran hasil kita, yakni 600 juta lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada tahun lepas. Jadi saya yakin, a... tidak ada risiko bagi kita untuk a... balik kepada apa ini.… perbelanjaan defisit. Walaupun kita memohon bekalan tambahan yang agak tinggi pada tahun ini, ya.

Kedua, saya juga bersetuju dengan ramai orang mengenai apa ini… Phone security dan saya fikir menteri-menteri yang seterusnya akan memberikan penjelasan kepada beberapa isu yang telah dibangkitkan. Saya dapati bahawa ada ADUN, ada dua kementerian yang banyak terkait dengan komen daripada Ahli-ahli Yang Berhormat antaranya ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertanian dan sebagainya.

Sekadar untuk makluman, apabila Yang Berhormat daripada Merotaikah tadi ya. Menyatakan bahawa kenapa Kementerian Pertanian itu tidak sedikit diberikan sedikit pertamanya setuju bahawa kita bersetuju bahawa phone security penting. Jangan lupa ini adalah peruntukan tambahan. Peruntukan yang lepas itu bajet 2021 antara penerima peruntukan yang paling tinggi ialah Kementerian Pertanian itu sendiri. Jadi, kita beri mengikut apa yang diperlukan dan diminta oleh kementerian-kementerian masing-masing. Malah, permohonan dari tambahan sebenarnya lebih daripada 688 juta seperti yang kita telah apa tu… telah bentangkan hari ini. Tetapi dalam usaha kita untuk apa ini membuat perbelanjaan

yang berhemah. Kita hanya bentangkan 688 juta kerana kita mahu maintain atau kekalkan apa ini... bajet yang 11 bagi tahun ini. Tetapi saya yakin…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

... tahun ini. Tetapi saya yakin isu mengenai food security ini ada isu yang akan di apa itu diberi perhatian di masa-masa akan datang.

Kalau diizinkan oleh Ahli Yang Berhormat Menteri Pertanian, antara satu yang kerajaan negeri atau kabinet telah bersetuju secara prinsipnya ialah untuk mengembalikan semula fungsi Lembaga Padi Sabah, bagi tujuan apa ini penanaman padi secara besar-besaran.

Inilah sebagai untuk meyakinkan kepada semua Ahli Yang Berhormat bahawa food security ini adalah dekat dihati kita semua. Saya juga megam apa itu, ya, saya juga mengambilkira beberapa isu yang saya fikir Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan bangkitkan dalam penggulungan, seperti dakwaan mengenai apa yang di apa ini apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada Moyog, yang apa ini seolah-olah ada apa ini diskriminasi dalam perkhidmatan awam, dan saya yakin ini akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat dalam penggulungan nanti.

Tetapi percayalah sekadar, sekadar untuk saya yakinkan kepada Yang Berhormat daripada Moyog saya tidak fikir ada niat seperti itulah, cuma barangkali yang kita nampak naik pangkat sekarang ini ialah mereka yang buk beragama Islam, tetapi banyak lagi yang tidak disiarkan.

Saya fikir bukan yang datang daripada apa ini agama Islam yang telah pun dinaik pangkat, tetapi ini Ahli Yang Berhormat daripada Moyog, kita sama-sama membuat pemantauan dan percayalah saya sendiri secara peribadi, saya juga ini KDM walaupun beragama Islam dan semua KDM ini saya anggap macam my own brother and sister [menepuk meja].

Jadi saya sendiri ambil maklum dengan apa yang sedang berlaku dan ini termasuklah dengan agihan apa ini peruntukan untuk apa ini keperluan agama-agama yang bukan Islam.

Kebetulan saya juga Pengerusi dia di Kementerian

Kewangan ya, dan dengan izin, I want to see (kurang jelas) you, I want to tell you and show you that we’ve been very fair way for possible (audio kurang jelas). In fact in my own kawasan sometime I give more to the non-Muslim rather than the Muslim pray and worship because we give according to what is needed and not according to who is us give for it. Kita harapkanlah apa ini dasar begini akan berterusan. Tanjung apa ini Kadamaian telah membangkitkan pasal usaha yang bersepadu, untuk kita sama-sama berkerja untuk agar kita dapat menuntut lebih banyak apa ini peruntukan kewangan daripada Kerajaan Pusat.

Semua kita setuju.

Saya ingat tidak ada masalah begitu. Cuma ingin saya nyatakan bahawa walaupun kita tidak banyak memberi kenyataan-kenyataan akhbar yang mendesak, untuk tujuan ini, tapi percayalah kita secara diam-diam bekerja keras untuk merel merealisasikan apa yang semua kita dambakan atau kita inginkan.

Saya juga sekali lagi kebetulan apa ini Ketua Perunding apa ini mengenai tuntutan 40 peratus tersebut and saya mahu beritahu Yang Berhormat bahawa we are making progress. Of course ada tindakan-tindakan lain barangkali yang boleh dibuat, dan kita berharapkan tindakan ini sebenarnya telahpun dibuat oleh pihak yang lain, yang pada pandangan kami membantu dalam usaha kita untuk merealisasikan jumlah yang lebih tinggi. Antaranya tindakan undang-undang yang telah dibuat oleh apa ini Sabah Law Society.

Itu sedikit sebanyak secara simboliknya telahpun memberi kekuatan kepada kita membuat tindakan yang lain.

Kalau boleh saya katakan dalam hal ini kita sama-sama gotong-royong untuk mendapat hasil yang sama, ya.

Bagi projek-projek yang apa itu dinyatakan itu, saya serahkan kepada apa ini semua kementerian yang terlibat, yang telahpun dinyatakan dalam oleh semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, yang telah mengambil bahagian.

Sekadar untuk menyatakan bahawa apa ini, oleh kerana saya kebetulan saya juga apa ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, saya am ambil maklum mengei mengenai keadaan yang agak tidak baik mengenai tamu di Donggongon lah. Saya amat setuju Donggongon, Tamu Donggongon is a very special tamu kerana dia melibatkan orang bandar dan orang kampung, sama-sama berhimpun di situ this one of the most dengan izin the most active apa itu open market di Sabah. I will personally make sure that it is, it is apa itu those authority take, take care I meant take action to get it done.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, YB Menteri. Boleh minta penjelasan, sebab saya faham bahawa Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan untuk pembaikpulih dan pembinaan balik Tamu Donggongon. Waktu kerajaan sebelum Perikatan Nasional, adanya permohonan lagi dan saya diberitahu pada Mei 2020, selepas Kerajaan Perikatan Nasional di pusat mengambil alih, kelulusan 8.5 juta million itu dikembalikan, dan dan dia diguna juga pada pilihan raya keci pilihan raya negeri September 2020, di mana mereka cakap kelulusan sudah didapati daripada Perdana Menteri waktu itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan it has been about 20 lebih bulan.

Masih tidak ada you know pembaikan di Tamu Donggongon hingga ke hari ini, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih, Yang Berhormat.

Kita akan cuba untuk mendapat dan menuntut atau kata orang bahasa Sabah menagih balik apa yang telah di apa itu di apa tadi dijanjikan, tetapi saya ingat dan saya yakin Yang Berhormat Ketua Menteri orang Sabah, orang yang prihatin terhadap orang-orang biasa ini.

Kalau susah betullah kita dapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat, kita harapkanlah pada tahun ini tahun akan datang jumlah pendapatan kita akan bertambah, dan saya yakin kita tidak akan tunggu untuk menunggu durian yang tidak pandai-pandai runtuh, tak pandai-pandai jatuh, insya-Allah kita akan dapat peruntukan daripada kerajaan negeri sendiri untuk memastikan tempat itu dibaik pulih, ya.

Dan sekadar untuk apa ini barangkali kita lupa juga, bahawa apa itu dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atau Ketua Menteri, kita juga telahpun mengumumkan peruntukan-peruntukan yang lebih tinggi daripada sebelum ini, dan ini termasuklah peruntukan yang lebih tinggi bagi apa ini pengurusan apa ini tempat-tempat ibadah bagi yang bukan Islam. Erti dia kadang-kadang bila kita bercakap sese pertambahan, untuk apa ini badan-badan tertentu pada bajet ini, bukanlah bermakna yang lain itu kita pinggirkan. Dengan izin, we are always open I meant Sabah belong to all of us, dan Sabahan ini datang daripada pelbagai kaum, pelbagai anutan agama dan setiap daripada kita ini mempunyai ahli keluarga yang bukan seagama dengan kita and what hurts them also hurts us. So saya yakinlah, semua Yang Berhormat, kerajaan yang ada sekarang will be forever

govern for all people of Sabah and not just for some people of Sabah. Dan dengan partisipasi atau penyertaan daripada semua Ahli Yang Berhormat dalam perbahasan kita pada hari ini, ianya sedikit sebanyak telah menyuntik semangat dan juga apa ini semangat dan motivasi kami untuk bekerja lebih keras untuk semua rakyat negeri Sabah. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Sudah habis? Sudah habis?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Macam, Tuan Speaker. Sudah habis.

Speaker

Jawapan kementerian-kementerian lain?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, kebanyakan yang ada isu yang tadi itu kebanyakannya ditujukan kepada kementerian lain, tetapi dimasukkan dalam perbahasan dalam apa ini dalam perbahasan bajet tambahan bajet ini. Jadi saya andaikan menteri-menteri yang berkenaan ataupun pegawai mereka sudah pun mengambil nota dengan apa yang ditimbulkan oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat, dan akan mereka jawab sendiri. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Secara bertulis?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya?

Speaker

Secara bertulis?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Secara bertulis ataupun kalau ada yang dijemput nanti untuk membuat apa ini….

Speaker

ASP tidak ada secara…..

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Secara bertulis atau pun kalau ada yang dijemput nanti untuk membuat apa ini.

Speaker

ASP(?) tidak ada secara ah individual kementerian ni.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ada beberapa isu yang akan di saya fikir akan dijawab sendiri oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Jadi itu, kita reserve kepada Yang Amat Berhormat untuk menjawab yang lain, yang kecil-kecil itu saya sudah fikir, saya sudah jawablah Yang Berhormat.

Speaker

Okey. Sekarang saya jemput Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker saya ingat dalam Rang Undang-undang Perbekalan ini tidak ada penggulungan yang dibuat.

Speaker

Itu yang saya faham. Itu yang saya faham. Itu yang saya tanya tu. Tetapi dia bilang dijawapkan oleh kementerian masing-masing sama ada yang bertulis atau lisan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Ah… jadi, saya ingat mana-mana persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang ini bolehlah diambil perhatian oleh menteri-menteri dan bagi jawapan secara bertulis dan diambil tindakan. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Timbalan Setiausaha: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022, 2022.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa hari apa?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Baiklah, sila cadangkan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Bentara, silakan.

Speaker

Ringkasan jumlah anggaran-anggaran ada dinyatakan dalam Kertas-kertas CMD 1 Tahun 2022 dan CMD 2 tahun 2022, Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah wang yang disebutkan bagi kepala-kepala perbelanjaan, yang dinyatakan di dalam ringkasan jumlah sebagaimana terkandung dalam Kertas CMD 1 Tahun 2022 dan CMD 2 Tahun 2022 dijadikan sebahagian daripada anggaran-anggaran perbelanjaan bagi tahun 2020.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah wang sejumlah RM688 349 704.00 hendaklah diberikan kepada kerajaan di bawah kepala-kepala perbelanjaan bagi perkhidmatan awam yang dinyatakan di dalam anggaran-anggaran perbelanjaan bagi tahun 2020, seperti yang terkandung dalam Kertas CMD 1 tahun 2022 dan CMD 2 Tahun 2022.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Ketetapan itu, ini hendaklah dilaporkan balik ke dewan. Bentara, silakan.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah diputuskan dengan tidak ada sebarang pindaan.

Timbalan Setiausaha:

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022, 2022 bacaan kali yang ketiga.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu seterusnya dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”,

Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Timbalan Setiausaha: Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama (2022), 2022. Usul anggaran perbelanjaan pertama perbekalan 2022 dan penyata tambahan pertama anggaran perbelanjaan pembangunan 2022.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu usul untuk meluluskan anggaran tambahan, perbelanjaan pertama perbekalan 2022 dan penyata tambahan pertama anggaran perbelanjaan pembangunan 2022 seperti yang terkandung dalam Kertas CMD 1 Tahun 2022 dan CMD 2 Tahun 2022.

Speaker

Ada ahli yang menyokong? Menteri? Tamparuli: Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan dewan ialah bahawa usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri hendaklah dipersetujukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, disebabkan kita telah selesai untuk urusan mesyuarat pada hari ini, maka dewan ini ditangguh dan kita akan bermesyuarat semula pada 19 Julai 2022 jam 10.00 pagi.

(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 5:08 petang.

Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga jam 10:00 pagi, 19 Julai 2022”.

SDN18072022/bnm