Sabah · 19 July 2022
16th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · not final · 431 turns · 21,474 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Sri Panglima Yong Teck Lee.
Terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Speaker, saya mohon izin untuk memaklumkan satu pembetulan typo, iaitu State Sales Tax Enactment 1958 itu, seharusanya menjadi State Sales Tax Enactment 1998.
Yes, pembetulan diambil.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
*1.
YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN:
a) apakah tindakan diambil bagi menuntut Cukai Jualan Negeri dibawah State Sales Tax Enactment 1958 bagi sektor minyak dan gas; dan b) berapakah jumlah cukai jualan yang dianggarkan diterima oleh kerajaan.
Tuan, Tuan Speaker, soalan number (nombor) satu.
(tidak jelas) Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih Tuan Speaker.
Untuk untuk makluman Ahli Yang Berhormat Dilantik, dan dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri
pada 1 hari bulan April 2020 mula melaksanakan Cukai Jualan Negeri ke atas produk petroleum, iaitu minyak mentah petroleum dan juga gas asli termasuk gas asli cecair pada kadar 5 peratus melalui perintah cukai jualan negeri, kadar cukai 2018.
Selaras dengan seksyen 10 (1) Enakmen Cukai Jualan Negeri 1998. Setiap orang yang menjalankan perniagaan menjual atau membekal produk-produk yang dikenakan cukai hendaklah memohon Lesen Cukai Jualan Negeri kepada Pengarah, Cukai Jualan Negeri. Justeru itu, sehingga kini sejumlah 13 syarikat minyak dan gas telah berdaftar dan diberikan Lesen Cukai Jualan Negeri.
Berdasarkan Seksyen 14 Enakmen Cukai Jualan Negeri 1998, pemegang lesen cukai hendaklah mengemukakan penyata tafsiran, iaitu Borang 4 bersama bayaran cukai dalam tempoh 28 hari daripada tempoh yang dikenakan dibayar cukai. Sebagai contoh, untuk tempoh yang kena dibayar cukai bagi bulan Jun, Borang 4 hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan bersama-sama bayaran pada atau sebelum 28 hari bulan Julai.
Datuk Speaker, menerusi peruntukan-peruntukan di bawah Enakmen Cukai Jualan Negeri 1998.
Kerajaan Negeri adalah berhak untuk mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:
Bagi menuntut cukai yang tidak dibayar oleh syarikat pembayar cukai. 1) Mana-mana orang yang gagal mengemukakan Penyata Tafsiran atau gagal membayar amaun Cukai Jualan Negeri yang genap masanya, boleh dikena didenda tidak melebihi RM 50 000 (lima puluh ribu ringgit) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pengarah cukai jualan, 2) Pengarah, Cukai Jualan Negeri boleh membuat tafsiran mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai yang perlu dibayar.
3) Jika sesuatu amaun Cukai Jualan Negeri tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, penalti sebanyak 10 peratus boleh dikenakan dan dinaikkan 10 perat, 10 perat, dinaikkan 10 peratus lagi bagi setiap 30 hari baki cukai yang tidak dibayar sehingga penalti maksimum sebanyak 50 peratus. 4) Pengarah, Cukai Jualan Negeri boleh membatalkan Lesen Cukai Jualan dan syarikat tidak boleh menjalankan perniagaan tanpa lesen Cukai Lesen Cukai Jualan Negeri.
5) Pengarah, Cukai Jualan Negeri boleh mengeluarkan permintaan kepada Ketua Pengarah Imigresen, supaya orang dihalang daripada meninggalkan Malaysia dan; 6) Cukai Jualan Negeri dan penalti boleh didapatkan sebagai satu Hutang Sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan Negeri.
Datuk Speaker, untuk makluman dewan yang mulia ini, bagi tahun ini, sejumlah RM1.1 bilion ringgit telah dianggarkan sebagai hasil cukai jualan produk petroleum. Setakat 30 hari bulan Jun 2022, Kerajaan Negeri telah mengutiplah RM808 juta ringgit atau 73 peratus daripada anggaran tersebut.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pungutan cukai jualan produk petroleum sejak ia dilaksanakan pada 1 April 2020 sehingga 30 Jun 2022, adalah sebanyak RM 2.458 bilion ringgit. Suka saya mengambil peluang dan kesempatan di dewan yang mulia ini, untuk mengumumkan bahawa dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memperluas sumber dan meningkatkan hasil negeri, dua lagi produk petroleum akan dikenakan Cukai Jualan Negeri bermula 1 hari bulan Ogos 2002.
Produk tersebut adalah Ammonia dan Urea yang dianggap…
… urea yang dianggarkan akan menyumbang sejumlah 46 juta ringgit ke atas hasil negeri pada tahun ini. Datuk Speaker, sesungguhnya Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kutipan hasil negeri bukan sahaja kukuh tetapi juga dioptimumkan untuk menyumbang ke arah pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Oleh itu, kerajaan memandang serius bukan sahaja ke atas pungutan cukai jualan produk petroleum, tetapi juga ke atas semua jenis produk yang dikenakan cukai jualan negeri.
Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan menerusi semua hak perlembagaan dan perundangan untuk mendapatkan semula cukai jualan negeri yang terhutang dan tertunggak, jika ada, demi untuk menjaga kedaulatan negeri ini. Terima kasih Tuan Speaker.
Datuk Yang Berhormat ADUN Dilantik, ada soalan tambahan? Soalan Tambahan
Tuan Speaker, terima kasih diucapkan kepada YB Menteri atas ucapan, jawapan yang lengkap. Tuan Speaker, soalan tambahan.
Dilaporkan bahawa ada dua buah syarikat yang tidak mahu membayar Cukai Jualan Negeri dalam sektor minyak dan gas, iaitu REPSOL Oil & Gas Limited dan SEA Hibiscus Sdn. Bhd.
Soalan, sama ada Kerajaan Negeri sedang mengambil tindakan, dan apakah progres, tindakan undang-undang atau sebagainya yang sedang diambil? Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Saya telah menyediakan, apa itu, barang kali saya tahu Yang Berhormat akan bertanya soalan tambahan ini dan sebagai perkongsian bersama, saya ingin maklumkan dan baca tindakan-tindakan yang kita telah ambil setakat ini, ya. Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa siri tindakan seperti berikut:
1.
Pada 8 Jun 2022, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat menuntut tunggakan bayar Cukai Jualan Negeri daripada syarikat yang terlibat; 2.
Seterusnya pada 14 Jun 2022, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat penolakan kepada rayuan yang dikemukakan kepada syarikat; 3.
Pada 21 Jun 2022, Pengarah Cukai Jualan Negeri telah mengeluarkan notis taksiran kepada pihak syarikat bagi menuntut pembayaran cukai tertunggak berserta penalti, berjumlah 97.31 juta ringgit.
Yang ini terdiri daripada cukai 65.65 juta dan penalti 31.66 juta, ya dan setakat ini, setakat inilah, itulah dia punya jumlah, 97.31 dan ianya perlu dijelaskan secara penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat dikeluarkan, yang mana jika gagal, tindakan sivil akan diambil oleh Kerajaan Negeri; 4.
Pada 22 Jun, Kerajaan Negeri telah mengadakan pertemuan dengan pihak PETRONAS dan syarikat yang terlibat untuk membincangkan pembayaran cukai yang tertunggak berserta penalti yang dikenakan. Keputusannya yang dicapai adalah pihak syarikat meminta tempoh penangguhan atau grace period selama satu minggu untuk berunding dengan PETRONAS dan akan memaklumkan keputusan mereka selepas tempoh tersebut; 5.
Pada 1 Julai 2022, Kerajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat bersama PETRONAS bagi membincangkan tindakan-tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas pihak syarikat susulan kepada persetujuan yang dicapai melalui mesyuarat pada 22 Jun 2022; 6.
Untuk makluman, pada 8 Julai 2022, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan surat kepada syarikat yang berkenaan bagi memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menghentikan dan membatalkan semua pas kerja untuk operasi syarikat berkenaan di Sabah, berkuat kuasa 1 Oktober 2022, sekiranya pihak syarikat masih gagal untuk membayar jumlah CJN yang dituntut. Terima kasih.
Soalan tambahan, silakan Yang Berhormat Senallang.
Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker untuk membolehkan saya sedikit sebanyak bertanya, setelah mendengar apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri dan menyatakan bahawa hasil daripada cukai ini sudah pun mencecah 1 bilion lebih. Cuma saya ingin baca, saya telah menghantar soalan ke Dewan Rakyat semalam, 18 hari bulan, pertanyaan saya kepada Perdana Menteri, "Nyatakan terperinci jangkaan sumbangan PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri kutipan cukai dan pembayaran royalti minyak bagi tahun 2020?". Jawapan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Yang di-Pertua, berdasarkan unjuran dalam Laporan Kewangan PETRONAS, Mac 22 dengan andaian PETRONAS bahawa harga minyak mentah Brent berada pada paras 100 US Dollar per barrel, setong. Jangkaan sumbangan PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan ialah sejumlah 55 bilion hingga 59 bilion.
Bagi Kerajaan Negeri, dengan andaian seperti yang dinyatakan sebelum ini, jangkaan sumbangan Kerajaan Negeri ya, kepada Kerajaan Negeri sumbangan PETRONAS kepada Kerajaan Negeri adalah dianggarkan sekitar 10 bilion sehingga 12 bilion yang merangkumi duty export dan juga cukai jualan’. Ini soalan yang jawapan bertulis Datuk Speaker saya baca untuk makluman semua. Cuma saya ingin, yang kena ada seakan-akan tidak selari 1 bilion kutipan dan itu anggaran dan saya akan bertanya nanti minggu depan di Dewan Rakyat tentang kebenaran perkara ini, persoalan selain daripada hasil. Sebenarnya, bukan hanya hasil yang perlu kita lihat tetapi manafaat yang kita perlu perolehi daripada minyak, minyak reserve.
Datuk Speaker, 1.8 bilion barrel 2019 ialah reserve kita. Manakala reserve gas kita, itu minyak 37 peratus. Malaysia punya reserve wealth 37 percent come from Sabah. Manakala gas kita, 17 peratus penyumbang kepada negara Malaysia. 12 trilion give a pit yang ada datangnya sumber daripada negeri Sabah.
Soalan saya, apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memanafaatkan khazanah yang begini banyak, harta yang begini banyak kepada negeri Sabah, ya?
Sedangkan yang termiskin ialah negeri Sabah.
Downstream tadi disebut Yang Berhormat Menteri, Hibiscus, syarikat daripada Kuala Lumpur. Dahulu Shell yang laksanakan, dikukuh, tetapi sekarang ini Hibiscus take over yang ada ini dan banyak lagi pelantar-pelantar yang ada. Yang kita tahu bahawa kita juga mempunyai vehicle, syarikat, whole company yang dimiliki Kerajaan Negeri dan di samping itu berapakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk melahirkan pihak swasta daripada Kerajaan Negeri seperti negeri jiran kita, wilayah jiran Sarawak.
Dahulu masa saya jadi menteri, saya persoalkan Presiden PETRONAS. Dia cakap ada lapan syarikat yang dapat, tetapi kita hendak tahu ke mana syarikat-syarikat penyertaan daripada negeri Sabah tentang minyak dan gas? Keduanya, saya juga ingin bertanya, bukan hanya hasil, sumber pekerjaan di PETRONAS, di pelantar, jangan jauh di Kimanis sahaja.
Sebahagian besar itu bukan anak negeri Sabah.
Kita hendak tanya, apakah rancangan pihak Kerajaan Negeri tentang skilled labour course yang ada dalam bidang oil ini? But unskilled yang supportive untuk memastikan bukan hanya hasil kita dapat, peluang pekerjaan ada, perniagaan anak-anak kita in a long run supaya comprehensive measure bukan hanya kita bergantung daripada laporan-laporan daripada PETRONAS. We have to be very firm.
So, soalan saya downstreamnya, soalan saya tentang peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah.
Sebahagian besar daripada pelantar-pelantar yang ada, sama ada di Kukup, sama di Semarang, ya.
Dahulu kita bidded dan kita dapat ya di Indonesia, tetapi malangnya PETRONAS delay ya.
Jadi saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih soalan tambahan daripada Senallang, ya.
Sebenarnya ada tiga soalan.
Pertama ialah soalan mengenai kenapa ada percanggahan dari segi angka pungutan hasil yang dinyatakan oleh...
… hasil yang dinyatakan oleh Menteri
Persekutuan dan juga apa yang saya diumumkan, yang saya umumkan tadi ialah 1.1 juta ialah anggaran itu daripada sales tax tidak termasuk royalti dan lain-lain, itu satu. Tetapi, kedua kita juga berdasarkan daripada kenyataan-kenyataan tersebut, barangkali itu juga asas bagi kita untuk mendapat maklumat bagaimana perkiraan yang mereka buat di peringkat persekutuan dan kenapa perkiraan itu tidak seimbang dengan apa yang dibayar dengan Kerajaan Negeri.
Jadi, terima kasih di atas makluman itu, ya.
Kedua ialah sebenarnya, sebenarnya soalan yang kedua atau isu yang kedua ini sudah pun saya jawab pagi apa ini pagi persoalan yang spagia pada persidangan yang lepas, dan saya hanya mengulang-ulang. Saya masih ingat antara yang telah bertanya banyak soalan ialah Ahli Yang Berhormat yang dilantik, ya. Mengenai kenapa kita tidak keluarkan apa ini, apa ini, terma-terma, perjanjian apa itu. Perjanjian antara Petronas dan juga Kerajaan Negeri.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Senallang, antara inisiatif dan antara inti pati perjanjian kita dengan Petronas ialah pewujudan sebuah syarikat baharu milik Kerajaan Negeri, iaitu SMJ Petroleum.
SMJ Petroleum ini akan menjadi syarikat payung bagi membolehkan lebih banyak syarikat-syarikat, apa itu, swasta negeri Sabah untuk diberi peluang untuk bekerja dengan apa itu untuk mendapat kerja dengan Petronas, sebagai makluman tugas SMJ antara lain ialah untuk selain daripada fasilitator kepada peluang-peluang yang lebih banyak bagi syarikat tempatan untuk terlibat industri ini ialah juga untuk membantu untuk upskilling, apa itu, mereka dengan Petronas. Dan, ini sedang kita lakukan sebenarnya. Kita ada jawatankuasa yang bermesyuarat setiap, saya kalau saya tidak silap, sekali beberapa bulan untuk follow up, follow through kemajuan yang dibuat usaha kita untuk memastikan lebih ramai syarikat dan orang-orang Sabah terlibat bidang, apa itu, industri, O and G ini. Dan, ingin saya yakinkan kepada YB Senallang dan semua dewan yang mulia ini, we are very strict on this. We follow secara teliti kemajuan yang dibuat kalau ada kita rasa tidak selari dengan perjanjian yang kita buat, kita akan tegur jawatankuasa ini.
Tetapi, kita memilih untuk tidak banyak bercakap.
Kena fikir pada akhirnya saya atau Kerajaan Negeri akan dihakimi melalui pencapaian kita. Bukan apa, cakap apa
yang kita keluarkan setiap hari. Dengan izin Tuan Speaker, I believe in hard work, quietly working but producing results.
Anybody can talk, saya, semua boleh bercakap, burung murai pun boleh bercakap tetapi dia tidak faham pagi dengan apa yang dinyatakan. Jadi, kalau tidak ada kenyataan-kenyataan yang kita buat bukan bermakna kita tidak buat sesuatu.
Tetapi saya fikir I believe in serious work, in serious result dan itulah yang kita buat.
Tuan Speaker dan Yang Berhormat daripada Senallang dan siapa juga, more than welcome to see me anytime, we can discuss dan saya akan brief apa yang telah kita buat setakat ini.
You see, kita tidak boleh anggap isu ini sebagai sesuatu yang emotional kerana dia adakan apa yang kita kenyataan yang kita buat ada kaitan dan ada kaitan dengan atau boleh influence investment climate negeri kita. Erti dia, kita usaha untuk mempergiatkan bidang perniagaan, kalau kita buat kenyataan yang berbau apa itu yang berbentuk, apa itu, barangkali too critical. We will send us, a raw message to investors mengenai the investment climate in Sabah. So, kita memilih we are tough in the meetings, dan saya ingin ulang sekali lagi Yang Berhormat. Trust me, I may look thin and weak but I can bang table loud as anyone else, when come to meeting because I believe in serious discussion and work dan ada follow up oleh pasukan yang kita telah lantik. So, you are welcome to give us ideas, cadangan dan sebagainya, ya.
Dan, ketiga soalan itu ialah sebenarnya, sejak awal tahun lepas kita telah pun memastikan semua pekerja bukan orang Sabah hendaklah memohon untuk mendapatkan permit kerja di Sabah. Pekerja O and Glah, kerana saya tahu pekerja pelantar minyak ada 2 000 orang Sabah yang ada kemahiran. So, dasar kita ialah Sabah first.
Jadi, kalau semua syarikat minyak daripada luar termasuk daripada Sarawak yang ada kerja dengan Petronas dan pekerja itu datang daripada bukan orang Sabah, mereka kena mohon permit kerja, dan kita akan rujuk kepada pangkalan data kita ada kemahiran ini ada di Sabah. Kalau ada. No, we don’t issue work permit, we had to take the Sabahan.
Ini kita telah melaksanakan, selagi ada orang Sabah yang mempunyai kemahiran bagi pekerja kerja tertentu, mereka akan diberikan keutamaan and we will not
dengan izin Tuan Speaker issue work permit kepada mereka sekiranya orang-orang Sabah atau dikalangan orang-orang Sabah sendiri ada kemahiran yang dimiliki untuk membolehkan mereka bekerja ditempat tersebut.
And so far Tuan Speaker dan untuk makluman Yang Berhormat daripada Senallang, cukup baik. They had been very very cooperative dan kita akan teruskan some day as we go further, kita akan apa itu, tinggikan, apa itu, tinggikan standard yang kita perlu tetapkan untuk membolehkan rakyat Sabah yang berkemahiran akan diberikan sesuai dengan slogan ataupun dasar O and G kita, Sabah first.
Untuk makluman Yang Berhormat, masa yang juga training, upskilling dan sebagainya juga sedang dilakukan dengan Petronas. Insya-Allah, saya yakin kalau kita follow up follow through dengan apa yang dipersetujui, saya fikir insya-Allah beberapa tahun kita boleh bangga bahawa we are now finally going in the right directions to make and sure that’s Sabah had a place industri gas dan minyak di Sabah, di tanah air mereka sendiri. Terima kasih, Tuan Speaker.
Yang Berhormat Menteri.
Soalan tentang pekerja tadi. Datuk menteri dah pun menjawabnya ada rancangan, ada it’s not being very emotional.
Saya tanya tadi di Kimanis, ya.
Jumlah pekerja (suara bertindih)
Minta maaf, ya. I’m not refering to you or the persoalan, i’m just speaking a general statement bahawa (suara bertindih)
No, no, no.
I’m not saying that but ini masalah dia saya tanya (suara bertindih)
Seolah-olah we are tough but we will come investors, begitu dia punya anu itu.
Pasal ini saya nak tanya dengan Yang Berhormat, contohnya, di Kimanis sahaja berapakah jumlah pekerja anak Sabah berbanding dengan orang daripada luar Sabah, di Semarang, di Kenangan, di Tomboyong, di Kinarut.
Ini tempat-tempat di mana operasi yang berlaku, jumlah teknikal skill people yang ada dan mungkin tidak perlu dijawab secara sekarang kalau boleh secara bertulis.
Pasal kita kena tahu performance kita.
Pasal saya ingat, there was no other government imposed sales tax only the last government. Never in history. Walaupun saya bertengkar dengan Perdana Menteri yang dahulu, ya.
Tetapi, I didn’t bother about that, I asked the and give insert that kita punya undang-undang supaya sales tax hasil negeri Sabah dapat kita tingkatkan dan pekerja yang ada ini penting kepada kita, anak-anak Sabah.
Pasal saya pun dibangkitkan cuma bukan hanya di peringkat pelantar. Di peringkat Main Petronas, si Bacho sahaja dengan izin, minta izin, pasal sebut npagia. That is senior vice president yang ada, anak Sabah dari Tawau, ya.
Tapi, jumlah diperingkat Manager Post it’s not there.
Jadi, saya berharap mungkin tidak boleh apa ini kalau pun tidak dapat secara bertulis. Saya pagiat menghargainya. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Senallang.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Langkah Kerajaan Negeri Mengatasi Kenaikan Harga Barangan KeperluanQuestions
*2.
YB. Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal [Senallang] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apa langkah yang diambil kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan keperluan yang amat membebankan rakyat.
Soalan nombor dua (2), Datuk Speaker.
Yang Berhormat Menteri.
Jawapan
Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Senallang, kementerian saya melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ataupun KPDNHEP Sabah sedia maklum tentang isu kenaikan harga barangan keperluan yang membebankan rakyat. Isu ini merupakan fenomena global yang juga di seluruh Malaysia ekoran daripada peningkatan kos bahan mentah, cuaca yang tidak menentu, kos logistik, kekurangan sumber tenaga, pergerakan tukaran mata wang asing dan juga konflik-geopolitik. Kerajaan Negeri melalui kementerian ini telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu …..
... untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Ad hoc bersama KPDNHEP Sabah dan juga Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah untuk membincangkan kesan kenaikan harga barang di Sabah.
Langkah-langkah menangani isu kenaikan harga dan seterusnya mencadangkan makanisme jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang pada Kerajaan Negeri. Beberapa siri mesyuarat Jawatankuasa Ad hoc telah diadakan dan bersetuju bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan oleh KPDNHEP di Sabah adalah bersesuaian dengan keadaan pengguna di Sabah.
Kementerian Pertanian dan Perikanan juga sentiasa memantau dan menyatakan bahawa bekalan bahan makanan terutamanya ayam dan telur ayam adalah mencukupi. Ketiadaan bekalan bahan makanan yang berlaku kini adalah disebabkan oleh gangguan rantaian pengeluar dan pembekal yang dipengaruhi oleh kesan pandemik COVID-19 dan pascapandemik COVID-19 dan juga pemulihan ataupun permintaan yang mendadak kesan daripada pemulihan ekonomi yang kita alami sekarang dan ianya bukan sesuatu yang berkekalan.
Tuan Speaker, antara langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian ini melalui KPDNHEP Sabah dalam menangani isu kenaikan harga barangan keperluan yang dibincangkan adalah seperti berikut:
Pemberian subsidi dan penetapan kawalan harga bersubsidi contohnya kepada beberapa bahan yang saya sempat sebutkan ini seperti tepung gandum, minyak masak, sawit tulin, gas petroleum cecair, petrol, diesel dan sebagainya, keduanya menetapkan harga siling bagi barang yang disenaraikan sebagai barang harga terkawal yang tidak bersubsidi sepanjang masa.
Seterusnya menentukan harga maksimum ayam dan telur ayam yang telah diteruskan sehingga 31 Ogos 2022.
Seterusnya mengadakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dan juga mengadakan Program Jualan Keluarga Malaysia yang telah bermula pada 4 Disember 2021 dan dilaksanakan di negeri Sabah melibatkan 25 kawasan Parlimen dengan kekerapan dua kali sebulan dan semalam Pengerusi Jawatankuasa Khas ahh.. Jihad Inflasi telah mengumumkan bahawa satu lagi program baru yang akan diadakan, iaitu Program Jualan Lebih Murah Keluarga Malaysia yang akan diadakan di 613 kawasan di seluruh negara dengan kekerapan empat kali sebulan dengan ah, assurance bahawa barang-barang yang dijual adalah keperluan asas dan lebih murah sehingga 20% yang ini kita tunggu maklumat lanjut sebab ianya baru dimaklumkan pada petang semalam. Seterusnya melaksanakan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, melaksanakan Program Subsidi Tepung Gandum, melaksanakan Program Penyeragaman Harga Sabah Sarawak dan Labuan, melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu LPG dan Community Draping, melakukan siasatan ke atas kewujudan kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur ayam oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia di bawah KPDNHEP. Seterusnya memperkasakan penguatkuasaan akta dan peraturan-peraturan di bawah kementerian, iaitu Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan memperkenalkan serta melaksanakan beberapa operasi bagi membantu mengekang kenaikan harga barang pengguna seperti Ops Pasar, Ops Minyak Masak, Ops Kit Ujian Pantas, dan yang terkini adalah melaksanakan Ops Ayam, Telur ayam dan Minyak Masak ataupun singkatannya Ops ATM bagi memastikan keberadaan bekalan adalah stabil dan tiada isu berkaitan kegiatan sorok barang kawalan dan keperluan harian di pasaran selaras dengan Ops Antisorok.
Tuan Speaker, selain itu Kementerian saya melalui KPDNHEP Sabah juga mempunyai cadangan mekanisme jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam menangani kesan kenaikan harga barangan. Antara mekanisme jangka masa pendek yang sedang dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut: 1.
Berkenaan dengan Program Jualan Keluarga Malaysia di setiap kawasan. 2.
Untuk makluman, kita telah mendapat tambahan kuota minyak masak paket 1 kg untuk negeri Sabah yang kini berjumlah 5,661 matrik tan sebulan. Daripada jumlah kuota bulanan 5,661 matrik tan tersebut sebanyak 150 matrik tan sebulan diagihkan kepada Syarikat Sabaras Sdn. Bhd. yang merupakan repacker bagi paket minyak masak jenama Onsoi. Baki kuota bagi 5,511 matrik tan diagihkan kepada 35 syarikat repackers minyak masak paket pelbagai jenama yang lain. Di samping itu, satu lagi kumpulan ataupun syarikat berkaitan Kerajaan Negeri, iaitu Kumpulan Sawit Kinabalu juga akan mengeluarkan minyak masak jenama Sayang sebelum hujung tahun ini bagi menambah bekalan minyak masak di pasaran.
Untuk mekanisme jangka panjang, KPDNHEP Sabah sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi serta menyeluruh ke atas semua premis perniagaan. Pemeriksaan dan pemantauan ini merangkumi kawasan bandar dan luar bandar.
KPDNHEP Sabah juga melaksanakan penguatkuasaan serta pemeriksaan untuk menangani isu kenaikan harga barang yang dilaporkan melalui pelbagai pendekatan berterusan dengan pelaksanaan Ops Pasar, Ops Menu dan Ops Catut di seluruh negeri bagi menangani isu kenaikan harga barang tertentu dengan menggunakan perundangan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Saya dengan ini menyeru para pengguna untuk menggunakan hak pengguna mereka dalam mendepani kemungkinan kenaikan harga barang yang tidak munasabah.
Soalan tambahan ada? Soalan Tambahan
Datuk, Datuk Speaker. Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri menjawab soalan tentang harga barang tadi dan saya memantau dua hari lalu di pasar, saya dapati harga tepung, dahulu RM1.80, sekarang ini, RM3.85, itu di Kimanis saya pergi minggu yang lalu. Tiga hari lalu saya pergi di Luyang dan saya dapati ayam, harga ayam 19.00 sekilogram. Biasa dia RM9.00 dan kita merupakan negeri yang ada kilang mengeluarkan ayam di Tawau dan masalah ini berlarutan berbulan-bulan, Datuk Speaker. Tidak ada ayam di Singapura, tidak ada kelapa sawit di Thailand, di Filipina tetapi masalah minyak masak, apakah langkah-langkah...
… ayam… dia merancang keluarga, Yang Berhormat. Ayam itu merancang keluarga. Ayam merancang keluarga hendak bertelur.
Jadi, saya melihat kalau boleh kita pastikan industri-industri yang ada di Tawau kemungkinan ataupun di tempat-tempat lain. Sekarang ini bukan hanya ayam, bahkan daging babi pun menjadi masalah, saya difahamkan oleh masyarakat di peringkat akar umbi, harganya meningkat.
Kenal pasti industri-industri yang ada di Sabah malahan di negara ini. Saya masih ingat, masa saya jadi menteri yang jaga ayam, Datuk Speaker. Tidak sampai dua bulan saya boleh selesaikan. Saya beritahu dengan industri ayam di Kuala Lumpur, lepas itu saya beritahu berapa ekor ayam yang dia boleh keluarkan, 15 juta ekor? Expand more, keluarkan banyak. 30 juta, 10 juta you export, 15 juta go to the local market. Mungkin di Tawau seumpama itu. Berapa ayam yang mereka keluarkan? Tidak boleh lama. Ayam ini hanya boleh lama dalam 30 hari. Kalau dia lama, Datuk Speaker, ayam tua nilai harga di pasaran tidak begitu baik. Jadi ini yang saya harap sungguh langkah-langkah seperti industri ah, ternak ayam, perbanyakkan. Adakah pihak Kerajaan Negeri bekerjasama dengan pihak swasta untuk memperbanyakkan, ya? Usaha untuk mengeluarkan ayam. Adakah pihak Kerajaan Negeri juga bukan hanya tadi disebutkan Onsoi, bukan hanya gold standard di Tawau itu dapat kita keluarkan. Ada GLC Kerajaan yang ada Benta Wawasan, semuanya ada. Macam Petronas, dia gunakan duit berbilion untuk selamatkan MAS, gunakan duit berbilion untuk selamatkan Sapura, takkan GLC ini tidak boleh keluarkan bertan pengeluaran minyak kepala sawit untuk kurangkan harga minyak masak...
Soalan , Soalan tambahan.
Adakah pihak kerajaan mengambil langkah untuk memastikan supaya Fly The Market would be cheaper tetapi enforcement, jangan ada penyeludupan berlaku it must be together as well, dengan izin.
Ya, untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Adun Senallang tersebut seperti tepung, tepung sebenarnya adalah merupakan satu daripada barang keperluan yang...
…barang keperluan yang mendapat kawalan harga dan juga bersubsidi. Untuk makluman, tepung gandum pelbagai guna, yang bersubsidi adalah dijual pada harga. RM1.35 sen sekilo.
Yang banyak di pasaran, yang sedang dijual dengan harga runcit RM 3.85 sen adalah tepung gandum yang tidak bersubsidi.
Dalam tinjauan saya, dengan pasukan saya ke kedai-kedai dan juga kepada banyak pengguna tepung gandum ini.
Ar...
kita, sebab tepung gandum bersubsidi, disebabkan oleh kos pengeluarannya sudah meningkat, maka beberapa pengeluar sudah menghentikan pengeluaran tepung gandum bersubsidi.
Walau bagaimanapun, penggunaan majoriti tepung gandum di pasaran, contohnya untuk membuat kuih dan bahan-bahan masak yang lain. Adalah menggunakan tepung gandum yang tidak bersubsidi. Jadi ia tidak menjadi satu, perkara yang agak besar atau serius disebabkan pengguna menggunakan tap… tepung gandum yang tidak bersubsidi.
Berkenaan dengan ayam pula tadi. Kita telah mengenakan harga siling untuk ayam, tetapi ayam tersebut adalah ayam yang mengikuti spesifikasi. Contohnya kalau, di Pantai Barat Sabah, ayam super, yang bulat tidak ada kepala, tidak ada kaki, yang
sudah disembelih. Dijual dengan harga siling RM12.00 sekilo di Pantai Barat Sabah, dan kalau di pantai timur adalah sebanyak RM12.30 sen. Kemungkinan, yang dijual pada harga RM 19.00 tersebut adalah komponen-komponen ayam yang tidak terkategori sebagai portion ayam yang mempunyai harga siling. Contohnya sekiranya dijual, front quarter, atau back quarter, ianya tidak tertakluk kepada harga siling.
Tetapi ayam bulat, super tertakluk kepada harga siling dan kita mewajibkan kepada peniaga ataupun penjual-penjual ayam, melabelkan label pink di, pada ayam bulat, super tersebut.
Dan berkaitan dengan, contribution daripada GLC, saya ingin mengambil satu, ataupun mengambil kesempatan untuk memuji tindakan Kumpulan Sawit Kinabalu, yang bukan sahaja mereka merupakan satu syarikat yang berfokuskan perniagaan sawit, tetapi mereka juga mula, ataupun telah memulakan perniagaan menternak lembu. Bagi tujuan untuk membantu menambah bekalan protein bagi negeri Sabah kerana atas kesedaran bahawa kita selama ini bergantung kepada sumber daging daripada luar negara. Ini merupakan satu langkah awal, terhadap ataupun ke arah food security bagi negeri kita.
Tuan Speaker...
Soalan tambahan, Tungku...
Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Yang Berhormat Menteri. Saya nak bertanya mengenai, apakah langkah-langkah yang telah di ambil oleh kerajaan Negeri mengenai situasi ini ? Minyak masak bersubsidi, boleh didapati di negara jiran dengan begitu mudah dan harga yang begitu murah, pertama.
Keduanya, pada pandangan saya, saya rasa antara sebab kenaikan barang, harga barang yang ada sekarang ini, adalah disebabkan kos pengeluaran ataupun makanan sebagai contoh ayam dan apa jugalah. Dan ini menglibatkan, disebabkan mata wang ringgit yang begitu rendah. Bercakap soal nilai mata wang ringgit ini.
Kalau selama ini kita trade, dengan menggunakan US Dollar, apa caranya mungkin kita boleh trade dengan
menggunakan renminbi, China.
Yang mungkin nilai mata wang kita, lebih berpadanan. Ataupun dalam usaha kita untuk mendapatkan bahan mentah- bahan mentah, tersebut, mungkin kita boleh gunakan konsep barter trade. Dengan negara-negara yang mengeluarkan sebagai jagungkah, gandumkah… apa. Kita bagi dia orang kita punya sawit, dia orang bagi kita punya gandum supaya kita punya peniaga-peniaga kita di sini, boleh mengeluarkan apa… input pertanian tersebut.
Terima kasih.
… lebih kurang...
Bagi menjawab isu yang ditanya atau di bawah oleh ADUN Tungku tadi.
Berkenaan dengan minyak masak paket bersubsidi, sebagaimana yang saya nyatakan tadi untuk negeri Sabah, kita mempunyai kuota sebanyak 5 661 matrik tan sebulan. Kalau kita convert kepada kilo ertinya kita ada 5 juta...
Soalan saya Menteri, apakah langkah kerajaan untuk menangani soal penyeludupan minyak itu?
Ya, sekejap, saya jawab dahulu.
Tuan Assaffal bin P. Alian [Tungku]:… gelak kecil.
Saya terangkan dahulu, sabar… hahaha… Okey, kita ada cukup minyak paket bersubsidi dan kita mendapat maklum...maklum balas daripada public, bahawa minyak paket bersubsidi tiada di pasaran. Jadi kita bersama dengan KPDHNEP menjalankan Ops ATM, Ops Anti Sorok. Bagi memastikan agar bekalan minyak masak paket bersubsidi ini ada, di pasaran.
Kita faham kerana, dengan jumlah yang ada sepatutnya pengguna dapat, dengan mudah minyak paket bersubsidi di kedai-kedai runcit yang ada di seluruh negeri kita atau negara kita. Namun demikian, hasil daripada operasi-operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa seperti KPDNHEP dibantu oleh anggota keselamatan, maka
ternyata antara punca utama, ketiadaan ataupun kekurangan bekalan minyak masak, paket bersubsidi ini adalah disebabkan oleh penyelewengan, ketirisan. Jadi kita menyeruhlah kepada semua rakyat sama ada penjawat awam, sektor korporat ataupun peniaga sendiri.
Kita adalah pengguna, kita perlu memainkan tanggungjawab kita sebagai pengguna. Menjalankan hak kita, sebagai pengguna. Ada juga saya mendapat laporan, bahawa minyak paket bersubsidi 2 ringgit setengah tersebut dijual di pasar-pasar dengan harga RM5.00. Jadi sebagai pengguna, yang tahu haknya sepatutnya tidak membeli minyak paket itu yang dijual pada harga melebihi 2 ringgit setengah.
Itu yang perlu kita lakukan dan langkah kerajaan tadi adalah melakukan banyak operasi-operasi membenteras penyelewengan.
Berkenaan dengan cadangan, untuk membeli barang dengan menggunakan mata wang selain daripada US Dollar. Itulah adalah di luar bidang kementerian saya, dan mungkin kementerian yang berkaitan boleh memikirkannya kerana, negara-negara lain juga, di dunia ini memang sedang menggunakan kaedah tersebut. Sama ada menggunakan emas dan sebagainya.
Ya, Tuan Speaker.
Tuan Speaker. (suara bertindih)
Sekarang saya jemput.
Tuan Speaker. (suara bertindih) Tuan Calvin Chong Ket Kiun [Elopura]:.Speaker… Speaker…
Yang Berhormat Kawang.
Speaker.
Nombor tiga (3) Datuk Speaker.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Bantuan Budi Dan Bakti Bagi Pelajar Di Negeri SabahQuestions
*3.
YB. Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar [Kawang] bertanya kepada MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS, berapa ramaikah pelajar di negeri Sabah yang mendapat bantuan BUDI, BAKTI dan berapakah bilangan penerima bantuan berkenaan dari daerah Papar.
Jawapan
Tuan Speaker.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kawang dan dewan yang mulia ini. Bantuan BUDI merupakan program bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off.
BUDI untuk pelajar kalangan pelajar B40 dan M40 yang kali pertama masuk ke IPT sepenuh masa di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan. Bantuan tunai sebanyak RM2000.00 diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dan RM1500.00 bagi diploma, Asasi Matrikulasi. Untuk tahun ini, tahun ini 2022. Kerajaan negeri telah memperuntukan 10 juta ringgit. Yang akan memberikan manfaat kepada lebih 5 000 pelajar. Setakat ini, 808 pelajar, IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Telah diluluskan untuk menerima bantuan ini. Bagi daerah Papar, seramai 42 orang pelajar telah diluluskan dan melibatkan peruntukan RM73,500.00.
Bagi Bantuan BAKTI, ia merupakan program bantuan tunai peperiksaan sebanyak RM200.00 seorang. Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM.
Bagi program ini, pejabat kita dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan JHEAINS masih dalam proses memuktamadkan senarai nama pelajar yang layak untuk diberikan bantuan ini. Sekian.
Soalan tambahan. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker. Saya ingin bertanya kepada Menteri, bagaimanakah cara pemilihan BUDI dan BAKTI ini dilaksanakan dan berapakah jumlah penerima BUDI dan BAKTI pada tahun 2021 di seluruh negeri Sabah ? Terima kasih.
Terima kasih... Untuk menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kawang Tuan Speaker, pemilihan....
….Kawang, Tuan Speaker tentang pemilihan BUDI dan BAKTI. Mula-mula BUDI kita pilih berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan, iaitu B40, M40, kemudian kita ada jawatankuasanya. Bagi BAKTI pula, bantuan SPM, SPTM, dan STAM, Sijil Tinggi Agama Malaysia, kita selaras dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, kita ada jawatankuasanya, dengan pengetua dan PPD di seluruh daerah.
Untuk makluman Yang Berhormat Kawang, BUDI atau bantuan untuk pelajar kita yang akan menduduki universiti, diploma dan ijazah seluruh Sabah pada tahun lalu, seramai 5,166 pelajar menerima bantuan ini.
5,166 pelajar di Sabah, anak-anak Sabah kita yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS, diploma dan ijazah pertama. Jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan pada tahun lalu, RM 9,574,000. Untuk daerah Papar, pada tahun lepas, seramai 324 pelajar atau anak-anak Sabah, anak-anak Papar yang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, diploma dan ijazah pertama mendapat bantuan atau mendapat manfaat ini dengan peruntukan sejumlah 595,500 ringgit.
Sementara itu, Tuan Speaker untuk BAKTI, iaitu bantuan peperiksaan SPM, STPM dan STAM seluruh Sabah pada tahun lalu ialah sejumlah 40,084 anak-anak Sabah pelajar kita yang menduduki pemeriksaan SPM, STPM dan STAM menerima manfaat ini dengan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan sejumlah 8,016,800 ringgit.
Di Papar sahaja, pada tahun lalu, anak-anak Papar yang menerima bantuan BAKTI ini sejumlah 1,982 orang pelajar. Mereka ini mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM sejumlah 396,400 ringgit. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, sekarang saya jemput Yang Berhormat Tungku.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Projek Balb Bagi Kg. Bakapit Serta Kampung-Kampung LainQuestions
*4.
YB. Tuan Assaffal @ Samsul Kamal P. Alian [Tungku] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA, bilakah projek BALB bagi Kg. Bakapit serta kampung-kampung lain seperti Tambisan, Simuning, Bangingod, Tulibas, Mundas dan lain-lain dilaksanakan.
Soalankah Datuk Speaker? Datuk Speaker, soalan saya soalan nombor empat (4).
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih.
Lawa rambut. Jawapan
Tuan Speaker, untuk apa ini jawapan kepada soalan nombor 4, bekalan air luar bandar Kampung Bangigut dan Kampung Sri Hak dan Kampung Talibas, status terkini, iaitu sedang dalam draf dokumen tender dan dijangka perolehan tahun ini akan dilaksanakan tahun 2023, manakala kawasan-kawasan yang lain yang tidak senarai, Kampung Tambisan, Kampung Semuning dan Mondas akan dicadangkan dalam RP4 RMKe-12. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan. Soalan Tambahan
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Menteri, apakah tindakan kerajaan bagi memastikan semua tangki simpanan yang selama ini tidak berfungsi, yang kita nampak cantik, berdiri besar yang ada di seluruh Sabah ini daripada untuk memastikan dia berfungsi semula? Sebab ini adalah salah satu punca kekurangan air, bekalan air kepada pengguna domestik disebabkan tangki-tangki ini tidak berfungsi, yang pertama.
Kedua, salah satu juga sebab kenapa terutamanya di kawasan saya Tungku dan juga Lahad Datu, Segamat, juga kalau ada sini saya boleh beritahu, disebabkan
jadual catuan yang tidak efficient dan ini dilakukan oleh human, oleh manusia yang bertugas untuk membuka valve, tutup buka, tutup buka, tutup. Kita tahu di Lahad Datu ini saya difahamkan oleh pengarah, apa ini, penolong pengarah yang pegawai situlah di Jabatan Air, jumlah air kita memang mencukupi. Lahad Datu cuma 50 peratus NRW, tetapi 50 peratus itu pun sebenarnya mencukupi, tetapi disebabkan cara pengendalian pengagihan itu yang menyebabkan barang-barang ini terjadi. Jadi, apakah rancangan dan tindakan Yang Berhormat Menteri bagi menyelesaikan perkara ini? Terima kasih.
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat, begitu prihatin.
Sebetulnya memang saya akui, terdapat tangki-tangki kita yang tidak berfungsi. Ini disebabkan di kawasan itu bekalan air tidak mencukupi dan untuk makluman dewan yang mulia ini, jabatan kementerian saya sedang dalam perancangan untuk finalised hala tuju air negeri Sabah di seluruh Sabah, bukan sahaja di Tungku. Berkaitan dengan penglibatan pegawai-pegawai di Jabatan Air, ini tidak dapat saya nafikan, apabila manusia lebih daripada seorang, ramai, kita ada dasar ada polisi, tetapi pelaksana itu sendiri dia tidak amanah tanggungjawab dia. Memang ada.
Sebab itu, saya ada beri amaran, melalui penerangan jelas pada Setiausaha Kementerian, mana-mana pegawai yang kita dapati tidak berfungsi, tidak memberi manfaat kepada rakyat, tarik dia dari kawasan itu, pindah dia, simpan dia di mana orang tidak boleh jumpa dia, sebab dia, dia jadi penganiaya kepada rakyat. Ini saya jelaskan, ini memang saya akan lakukan termasuk di Jabatan Air, jabatan JKR sebab saya menerima laporan daripada orang ramai, tiga hari tidak ada di pejabat, tidak boleh jumpa orang, mana boleh. Ini saya kata merosakkan imej kementerian saya, saya jenis manusia suka tolong rakyat, jangan aniaya saya. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan, Kunak. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker. Datuk Menteri, berkenaan dengan pertanyaan saya tentang masalah air yang dijawab oleh Datuk Menteri, juga berkenaan yang disebut oleh YB Tungku, terdapat beberapa tangki besar di Kunak yang hanya menjadi gajah putih. Terima kasih kepada Datuk Menteri, immediately selepas perbahasan itu, pegawai-pegawai Jabatan Air turun ke daerah Kunak. Tetapi malangnya Datuk Menteri, sehingga ke hari ini, saya sebagai wakil rakyat tidak mendapat respon tentang apa sebenarnya yang telah berlaku dan apa proses yang sedang dibuat kerana sehingga ke hari ini, tangki tersebut tidak berfungsi. Jangan tunggu diketuk oleh Datuk Menteri baru dorang bergerak. Jadi sepatutnya perkara ini tidak berlaku, jadi saya berharap agar ada satu usaha, agar semua penglibatan dan semua proses yang dilakukan oleh kementerian Datuk Menteri, terutama Jabatan Air, dimaklumkan kepada kami sebagai wakil kepada rakyat untuk menjelaskan. Terima kasih, Datuk Menteri.
Terima kasih, ADUN Kunak dan insya-Allah, soalan ini soalan spesifik dan saya akan minta, saya pasti Pengarah Air pun ada dalam sekitar ini, dia dengar soalan Yang Berhormat, saya akan minta dia siasat perkara ini serta merta. Terima kasih.
Ya, Datuk Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Pelaburan SogdcQuestions
*5.
YB. Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob [Sindumin] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN, kini setelah 3 bulan, apakah status pelaburan SOGDC berjumlah RM19.86 juta di SOGIP melalui perjanjian pelaburan bertarikh 29 Mac 2022, adakah telah mula dilaksanakan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Sebelum diteruskan, saya ingat ada pembetulan. Ini kesilapan cetak, iaitu baris ketiga berjumlah RM19.86 juta, bukan juta tetapi billion. Datuk Speaker, soalan saya, soalan saya nombor lima.
Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih, Datuk Speaker.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sindumin dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dewan yang mulia ini, sempena dengan ulang tahun pertama Sabah Maju Jaya, Sabah Oil and Gas Development Corporation ataupun SOGDC telah menandatangani dua perjanjian pajakan tanah sublease agreement dan lapan memorandum persefahaman atau MOU dengan syarikat-syarikat pelabur pada 24 dan 29 Mac 2022. Syarikat-syarikat pelabur tersebut ...
Syarikat-syarikat pelabur tersebut ingin membangunkan perniagaan yang berkaitan dengan minyak dan gas di Sipitang, Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) seperti pengurusan sisa pepejal, loji penapis minyak, tangki minyak, loji metal silicon, loji tenaga, loji diesal hijau, kemudahan regatifikasi dan loji hydrogen ammonia dengan jumlah pelaburan sebanyak (RM) Ringgit Malaysia 19.8 bilion dan bukan seperti yang dinyatakan dalam aturan urusan mesyuarat pada pagi ini.
Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat daripada Sindumin, sukacita saya ingin maklumkan bahawa berikutan dengan perjanjian pajakan dan MOU tersebut kementerian saya melalui SOGDC meneruskan perbincangan dan koordinasi dengan syarikat-syarikat pelabur tersebut untuk memastikan mereka boleh mengambil langkah-langkah seterusnya seperti yang dinyatakan dalam perjanjian dan MOU tersebut.
Antara usaha yang dibuat ke arah ini adalah Strategic Engagement Forum with SOGIP investors and service providers pada 8 Jun 2022 di mana semua syarikat pelabur menyatakan sejauh mana usaha mereka setelah ini untuk menunaikan komitmen mereka dan juga bagaimana mereka boleh memanfaatkan kepakaran
masing-masing untuk kepentingan bersama. Melalui pemantauan seperti ini maka kementerian saya dapat melihat dan berasa yakin bahawa mereka dapat melaksanakan perniagaan masing-masing mengikut jadual.
Datuk Speaker, berdasarkan perjanjian pajakan yang telah ditandatangani pelabur diberikan tempoh lima bulan untuk membayar deposit sewa pajakan dalam tempoh tiga tahun pertama.
Mengikut perbincangan di antara SOGDC dengan syarikat-syarikat pelabur mereka akan membuat pembayaran deposit tersebut selewat-lewatnya dalam bulan Ogos 2022. Mengikut perjanjian sewa pajakan akan dibayar secara berperingkat dan akan dibayar sepenuhnya pada tahun 2047, iaitu lima tahun sebelum tempoh pajakan selama 30 tahun tamat pada tahun 2052. Tempoh pajakan boleh diperbaharui atas persetujuan bersama tertakluk kepada terma dan syarat yang baharu termasuk kadar sewa pajakan.
Mengikut perjanjian juga pelabur akan memastikan bahawa segala kelulusan yang diperlukan untuk membangunkan perniagaan mereka seperti pelan pembangunan, pelan bangunan, laporan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA) dan sebagainya dapat diperolehi dalam masa 12 bulan daripada tarikh perjanjian. Seterusnya dalam masa 36 hingga 60 bulan mereka hendaklah menyiapkan segala infrastruktur bangunan dan loji serta segala kelengkapan di mana sejurus selepas itu mereka akan memulakan aktiviti perniagaan. Untuk MOU pula semua syarikat pelabur akan terus bincang dengan SOGDC tentang segala terma dan syarat untuk dimasukkan ke dalam perjanjian seterusnya di mana perjanjian ini hendak ditandatangani dalam tempoh 12 bulan dari tarikh MOU tersebut.
Perjanjian seterusnya ini adalah berbentuk perjanjian pajakan, perjanjian rakan kongsi dan perjanjian pemegang saham.
Datuk Speaker, pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara boleh memainkan peranan penting untuk membantu mengukuhkan ekonomi negeri Sabah di samping memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. Kerajaan Negeri terus menarik pelabur dari dalam dan luar negeri dengan menyediakan persekitaran mesra perniagaan yang komprehensif dan membangunkan kerja mahir yang dinamik yang akan menjadikan negeri Sabah sebuah lokasi pelaburan menarik yang kompetetif di rantau ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri ada soalan tambahan? Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker, soalan tambahan. Terima kasih jawapan menteri, kita telah mendengar pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri masa SMJ jadi kami, saya di Sipitang dan juga seluruh rakyat Sabah mendengar guruh di langit tetapi belum lagi hujan-hujan. Kita harap hujan akan turunlah tetapi bukan hujan banjir tetapi hujan projek ataupun SOGIP. Datuk Speaker, soalan tambahan berikut apakah kerajaan betul-betul telah mengkaji syarikat-syarikat ini dari segi due diligence ataupun kebolehmampuan syarikat. Saya tidak mahu masa yang lalu banyak syarikat-syarikat cuma broker, mereka ini apabila dapat ada MOU dengan SOGIP ataupun dengan kerajaan baharu mereka mencari pelabur. Kita mahu genuine investors bukan broker. Datuk Seri apakah ini telahpun dibuat kajian? Yang kedua, apakah tindakan kita Kerajaan Negeri melalui SOGIP ini.
SOGIP ini sudahpun kita gazet sebagai hub industri Oil and Gas di Sabah dan di Malaysia yang diikhtiraf, tetapi setelah beberapa tahun saya melihat SOGDC tidak membuat apa-apa gerakan cuma yang ada sekarang adalah SAMUR dahulu ataupun Petrochemicals Fertilizers Sendirian Berhad dan ada satu lagi syarikat dari Petronas, iaitu ZLNG akan dibuka tetapi yang lain-lain kita belum nampak.
Apakah SOGDC bertindak ataupun sebagai insentif kerajaan supaya SOGIP ini dibangunkan lebih awal? Pada masa ini Datuk Speaker SOGIP ini hutan tidak ada jalan, tidak ada air, tidak ada elektrik. Kalau kita bawa pelancong ataupun pelabur melawat SOGIP ini yang kita boleh tunjuk ialah hutan dan payah. Bagaimana pelabur berminat untuk melabur di negeri kita?
SOGIP ini sebagai satu kawasan yang kita gazet kita ikhtiraf sebagai pusat perindustrian Oil and Gas tetapi kita tidak membuat apa-apa.
Apakah tindakan kerajaan supaya pelabur yakin bahawa kita menyediakan kawasan yang kompetetif yang baik? Kalau saya pelabur Datuk Seri Speaker, saya pergi ke tempat lain apabila saya tengok hutan. Kita ada tawaran daripada Vietnam, daripada Indonesia yang lebih baik, berbagai-bagai insentif. Terima kasih ya.
Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk makluman Datuk Speaker sebenarnya pihak SLGDC telah membuat due diligence dengan apa ini, terutama yang sudah membuat sublease ataupun pajakan di SOGDC di SOGIP dan juga kepada semua MOU yang telah menandatangani dengan SOGDC dan SOGDC berpendapat bahawa mereka adalah benar-benar berkebolehan dan akan membuat sama ada sublease dan akan meneruskan perancangan untuk melabur di SOGIP. Dan bagi pertanyaan yang kedua di mana Yang Berhormat mengatakan belum ada apa-apa lagi yang terjadi di SOGIP saya pun mengaku bahawa ini, setakat ini belum ada apa-apa tetapi sebenarnya kementerian sedang merangka satu master plan yang sedang dijalankan sekarang ini juga. So, mungkin dalam satu, dua bulan ini kita akan mendapatkan result daripada master plan yang sedang dilaksanakan. Terima kasih Tuan Speaker.
Okey, saya jemput Yang Berhormat Moyog. Soalan ya, jangan berhujah.
Soalan Tambahan
Okey, terima kasih Datuk Speaker.
Menteri boleh minta penjelasan jika supply gas kita, iaitu 120 milion scuff ataupun cubic per day menghalang melabur untuk datang ke Sabah berbanding dengan Sarawak yang ada 420 milion scuff per day. So, adakah ini satu penghalang kepada pelabur yang memasuki Sabah. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya supply gas ini tidak semestinya yang dihasilkan oleh Petronas sahaja. Pelabur-pelabur boleh juga mendapatkan supply gas daripada mana-mana supplier daripada antarabangsa which is kita tidak menghalangkan mereka dan walaupun pada setakat ini kita mendapat...
... kita mendapat er.. lebih kurang 120 million scar daripada
PETRONAS, saya percaya pihak Kerajaan Negeri boleh memohon kepada PETRONAS menambah jikalau ada keperluan yang lebih. Terima kasih.
Sekarang saya jemput...
Menteri, kalau boleh tambahan sedikit?
Adakah akta laut wilayah laut menghalang kita daripada mengambil pentadbiran benua kita, di mana benua ini sepatutnya dilesenkan oleh Sabah sebelum petrol PETRONAS ah, memecahkan tanah benua untuk menarik hydrocarbon yang kita salah menandatangani pada tahun 76 itu? Terima kasih.
You repeat, I cannot hear you properly?
Oh sorry, minta maaf Datuk Speaker.
Terima kasih.
Em, adakah kerajaan setuju bahawa Akta Wilayah Laut ini menghalang kita daripada em, mentadbir benua laut kita, di mana sepatutnya Sabah memberi lesen kepada PETRONAS untuk memecahkan tanah sebelum mereka em, explore oil and gas hydrocarbon di bawah benua kita. So, what I’m trying to say is seperti Petrosi Sarawak telah menandatangani produk, production sharing contract dengan PETRONAS, I believe Sabah pun boleh, jika kita control Akta Laut Wilayah dan meningkatkan supply gas kepada Sabah. Terima kasih.
Saya percaya Tuan Speaker, saya percaya ini sedang ah, dalam perbincangan melalui salah satu Jawatankuasa MA63.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bongawan.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cadangan Meningkatkan Pengeluaran Padi Di SabahQuestions
*6.
YB. Dr. Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN:-a) adakah pihak kementerian bercadang untuk meningkatkan pengeluaran padi di Sabah bagi mengurangkan kebergantungan daripada sumber import; dan
b) berapa luaskah kawasan yang telah ditanam padi dan berapa metrik tan padi yang dikeluarkan di Sabah untuk satu hektar.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor enam (6).
Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan
Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Bongawan dan dewan yang mulia ini, dasar pertanian negeri Sabah ketiga mensasarkan tahap kecukupan sara diri beras Sabah sebanyak 60 peratus menjelang tahun 2030.
Pada tahun 2020, Sabah hanya mencapai 22.8 peratus (SSL) yang mana keluasan fizikal sawah padi adalah dua puluh empat ribu tiga belas hektar melibatkan dua puluh buah daerah penanaman sawah padi, iaitu Kota Belud, Kota Marudu, Keningau, Tambunan, Pitas, Kuala Penyu, Ranau, Papar, Tenom, Sook, Kudat, Tuaran, Nabawan, Beaufort, Tongod, Beluran ,Sipitang, Penampang, Putatan dan Tawau.
Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah telah menggariskan tiga strategi utama untuk meningkatkan hasil padi di negeri Sabah seperti berikut.
Satu, meningkatkan hasil dan produktiviti padi di kawasan sedia ada. Strategi ini merangkumi beberapa pendekatan, iaitu program transformasi penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi. Pakej teknologi dan penanaman padi dua kali setahun. Penggunaan benih padi high yielding variety dan pemulihan tanah sawah terbiar. Melalui inisiatif ini, sasaran penghasilan adalah sebanyak lima hingga enam metrik tan sehektar berbanding purata 3.5 metrik tan sehektar pada ketika ini. Yang kedua, menaik taraf sistem pengairan dan saliran dan research and development. Pada ketika ini, sistem pengairan saliran di kawasan penanaman padi sudah lama dan tidak dapat menampung keperluan semasa. Oleh itu, sistem sedia ada perlu dinaik taraf untuk menyokong peningkatan hasil. Sebagai tambahan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan tanaman padi terus dipergiatkan di Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran.
Yang ketiga, meningkatkan keluasan fizikal sawah padi.
Kementerian Pertanian telah berbincang dengan pihak FELDA untuk membangunkan kawasan seluas 11 ribu hektar di Semenanjung dan Lahad Datu bagi tujuan penanaman padi. Secara prinsip, FELDA bersetuju dengan cadangan tersebut sebagai permulaan Jabatan Pertanian Sabah akan melaksanakan plot percubaan tanaman padi yang dijangka pada hujung tahun ini.
Sekiranya dilaksanakan kelak, jumlah hasil beras adalah sebanyak lapan puluh lima ribu lapan ratus sehingga seratus empat belas ribu empat ratus metrik tan berdasarkan anggaran hasil padi sebanyak enam hingga lapan metrik tan sehektar pada semusim melalui penanaman dua kali setahun yang akan meningkatkan sebanyak dua puluh tiga sehingga tiga puluh satu peratus. Oleh yang demikian, menjelang tahun 2030, sekiranya semua strategi yang dirancang berjaya dilaksanakan, maka keluasan fizikal sawah padi akan bertambah kepada 42 338 ribu hektar berbanding sedia ada yang sekarang ini, iaitu 24 013 hektar sedia ada ditambah dengan 7325 hektar tanah sawah terbiar dan ditambah 11 000 daripada FELDA dengan purata hasil padi sebanyak 4.2 metrik tan sehektar dengan intensiti Felda Mas sebanyak dua kali setahun. Hasil padi yang diperolehi kelak adalah sebanyak 355 639 tan atau 224 053 tan beras dengan tukaran 63 peratus (SSL) yang mampu menyumbang kepada pencapaian 60.88 peratus. Sebagai strategi tambahan, kementerian saya mencadangkan ladang sawit yang melebihi lima ribu hektar memperuntukkan satu peratus daripada ladangnya untuk pengeluaran makanan seperti padi, kelapa, buah-buahan, tanaman-tanaman bijirin atau ternakan dan ikan.
Tuan Speaker, bagi soalan yang kedua, pada ketika ini keluasan fizikal sawah yang aktif bertanam padi adalah sebanyak 24 013 hektar yang mana merangkumi 20 buah daerah penanaman padi di Sabah. Pada tahun 2021, hasil purata padi dianggarkan sebanyak 3460 kg atau 3.46 metrik tan per hektar. Sekian.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Yang Berhormat Bongawan dulu.
Soalan Tambahan
Terima kasih atas ah, jawapan yang terperinci. Okey ah, saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk menanam selain padi di kawasan tanah sawah yang sedia ada atau yang terbiar ini, contohnya ah, apa ini, kita boleh tanam ah, seperti bawang dan juga jagung. Adakah kerajaan bercadang untuk apa ini, di masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker, terima kasih soalan tambahan. Sebenarnya buat masa ini, bagi kawasan-kawasan em... sawah yang terbiar, kementerian masih lagi menggalakkan supaya tanah-tanah ini dipulihara dan ditanam semula dengan sumber pemakanan asas, iaitu padi.
Kita sementara ini belum lagi menggalakkan tanaman lain kerana kita masih beranggapan bahawa kita masih boleh dan kita perlu untuk mengusahakan tanah tersebut. Terima kasih.
Yang Berhomat Speaker.
Soalan tambahan seterusnya. Ah, Tungku. Soalan Tambahan
Ah, Yang Berhormat Menteri, memandangkan Menteri ada menyebut mengenai 11 ribu hektar tanah di kawasan Tungku yang akan diusahasamakan dengan FELDA, saya ingin bertanya sebab ini adalah suatu inisiatif yang baik dan saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif ini. Ah, apabila benda ni dilaksanakan nanti, apakah faedah yang boleh didapat oleh masyarakat setempat dari segi peluang pekerjaan sebab pengalaman saya, sejak FELDA dibuka daripada tahun 83, 85 di peringkat awal dia, kebanyakan kakitangan yang bekerja di tempat tersebut adalah kakitangan yang dibawa daripada luar untuk mengerjakan tanah-tanah tersebut.
Kali ini saya minta kalau boleh, buatkan satu dasar ini cadangan sayalah kan, tanah ini tanah kita dan berada di kawasan kita dari segi peluang kerja itu harus diutamakan kepada orang Sabah.
….kepada orang Sabah. Adakah kerajaan mempunyai rancangan tersebut?
Terima kasih Tuan Speaker. Memang sebenarnya.
Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri siapa yang menjawab ni?
Terima kasih kepada soalan tambahan tersebut. Sudah tentunya kita belajar daripada pengalaman-pengalaman masa lampau dan kita tidak mahu lagi mengulangi kesilapan itu. Maka, sebab itu kawasan felda yang dicadangkan untuk penanaman padi ini di dan peninsular akan kita pastikan supaya apa juga peluang pekerjaan yang akan akan diwujudkan akan kita berikan kepada rakyat Sabah. Terutama sekali, dari Tungku terlebih dahulu terima kasih.
Okey, setakat itu sahaja sesi soal jawab kita pada hari ini.
Speaker, satu soalan last.
Setakat itu sahaja sesi soal jawab kita hari ini.
Datuk Speaker, bukan sampai 11:30kah?
Sesi soal jawab hanya sampai pukul 11:00.
Ahli-ahli Yang Berhormat ada usul yang akan dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Silakan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang...
Tidak. Usul.
Oh ini okay. Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bacaan pertama, kedua dan ketiga Rang Undang-undang anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan), (Pindaan 2022) hendaklah dibacakan pada hari ini.
Ada, Ahli Yang Berhormat yang menyokong?
Tuan Speaker, saya turut menyokong. Tq.
Yang Berhormat Speaker, kalau mengikut jadual kita Rang Undang-undang ni sepatutnya esok bah kan?
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bacaan pertama, kedua dan ketiga Rang Undang-undang anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) Pindaan 2022 hendaklah dibincangkan pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Ada usul lagi daripada Yang Berhormat.
Datuk Speaker, kalau mengikut jadual kita, hari ini adalah Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja, 19 hari bulan. Untuk yang dikemukakan tadi oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, adalah pada esok untuk Rang Undang-undang anggota pentadbiran.
Sabar. Itu akan dibincangkan dibentangkan juga hari ini. Ada usul daripada Tanjong Keramat.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan dewan ini tidak digantung sehingga semua urusan-urusan dewan yang tertera dalam aturan urusan mesyuarat pada hari ini selesai ditimbang dan diputuskan.
Menyokong?
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah sidang dewan hari ini tidak digantung sehingga semua urusan-urusan dewan yang tertera dalam aturan mesyuarat pada hari ini selesai ditimbang dan diputuskan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Setiausaha.
Rang Undang-Undang Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022Bill
Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2022 bacaan pertama.
Silakan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan rang satu, Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja 1963.
Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja Pindaan 2022Bill
Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja Pindaan 2022.
Bacaan kali kedua bila?
Hari ini Tuan Speaker.
Baik.
Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja Pindaan 2022 bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja Pindaan 2022 bacaan kedua.
Yang Amat Berhormat silakan.
Saya memohon mencadangkan, bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan balik bagi kali yang kedua sekarang. Datuk Speaker, mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 hari bulan Mac 2022 telah meluluskan pelarasan emolumen Yang di-Pertua Negeri Sabah yang meliputi saraan peribadi, elaun keraian, elaun wilayah. Emolumen Yang di-Pertua Negeri Sabah ini tidak pernah disemak selama 19 tahun, iaitu kali terakhir semakan pada tahun 2003.
Tempoh ini agak lama jika dibandingkan dengan emolumen Yang di-Pertua Negeri dari negeri lain, misalnya Sarawak yang telah pun dibuat pelarasan pada tahun 2013. Justeru, adalah amat bertepatan emolumen Yang di-Pertua Negeri Sabah disemak semula dan diselaraskan mengikut kehendak semasa.
Datuk Speaker, Rang Undang-undang ini digubal bagi meminda Enakmen Peruntukan DiRaja 1963.
Huraian secara ringkas mengenai mengenai Rang Undang-undang ini adalah seperti berikut; 1.
Fasal 1 Rang Undang-undang memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan, iaitu 1 hari bulan Mac 2022. 2.
Fasal 2 Rang Undang-undang adalah bertujuan untuk meminda jadual kepada Enakmen bagi menyelaraskan saraan peribadi, elaun keraian, dan elaun wilayah Yang di-Pertua Negeri secara tahunan.
Perincian kepada perkara-perkara berikut berkaitan dengan pindaan ini adalah seperti mana dinyatakan dalam Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan DiRaja
(Pindaan 2022) yang mana telah diedarkan di dalam dewan yang mulia ini untuk tatapan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Speaker, pelarasan emolumen ini adalah berpatutan adalah wajar dengan taraf kedudukan Yang di-Pertua Negeri sebagai ketua Kerajaan Negeri seiring dengan peranan penting dan tanggungjawab dalam pentadbiran negeri ini. Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Sekarang saja jemput Yang Berhormat Tungku untuk.
11:28 pagi
Terima kasih Yang Berhormat Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama berbahas mengenai Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja 1963 yang akan diubah pada hari ini.
Yang Berhormat Speaker, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang begitu prihatin dan menghargai kedudukan dan peranan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.
Ini adalah merupakan satu pengiktirafan yang jelas daripada kita yang di sini dan seluruh rakyat Sabah betapa pentingnya institusi Tuan Yang Terutama kalau saya sebut Yang di-Pertua Negara Sabah. Yang Berhormat Speaker, hari ini kita bercakap soal menghargai beliau dari segi dan bentuk kewangan.
Dalam masa yang sama, sudah tiba masanya untuk kita memperkasakan institusi ini.
Sebabnya dengan memberikan penghargaan sahaja kepada beliau dalam bentuk emolumen dan juga apa juga yang berbentuk fizikal begini, bagi saya peranan beliau sebagai tonggak kerajaan kepada negeri ini harus diutamakan. Yang pertama yang…
Yang pertama, Yang Berhormat Speaker, saya ingin merujuk kepada Perlembagaan Negeri baharu, nombor satu Artikel Pertama:
“There shall be a Head of State for Sabah, to be called the Yang di-Pertua Negeri” ini sudah menunjukkan kepada kita bagaimana peranan beliau dan kedudukan beliau di negeri Sabah sama ada sebagai lambang dan tonggak dan juga sebagai pertahanan kita yang paling hadapan di negeri Sabah.
Yang pertama.
Yang kedua, Yang Berhormat Speaker peranan beliau: “The executive authority of the State shall be vested in the Yang di-Pertua Negara but executive functions may by law be conferred on other persons.”
Ini juga menunjukkan bagaimana istimewanya Tuan Yang Terutama ini di negeri Sabah. Dan, yang ketiga, yang saya ingin sentuh Artikel 49 Perlembagaan Negeri Sabah: “Subject to the provisions of this Article, all property and assets which immediately before the commencement of this constitution ware vested in Her Majesty for the purposes of the colony of North Borneo shall on the commencement of this constitution vest in the State.” Jadi, Yang Berhormat Speaker saya ingin membawa dewan yang mulia ini untuk menarik satu perkara mengenai betapa pentingnya TYT ini di Negeri Sabah.
Okey, saya agak terkilan, agak terkilan, maafkan saya Yang Berhormat Speaker, saya mohon maaf sangat-sangat, apabila Senallang kemarin membawa usul supaya perkara tuntutan Sulu yang telah merampas aset Petronas di luar telah tidak diterima. Walaupun, tunggu dulu Speaker ya, walaupun mungkin dia tidak memenuhi syarat 32 dalam apa ini dalam kita punya buku ini, tetapi mungkin kita boleh extend ke hadapan mungkin pada hari Rabu ataupun pada hari Khamis.
Itu juga boleh dilakukan semasa dewan ini sedang bersidang, itu yang pertama. Sebabnya, sebagai Governor, sebagai ketua negara Sabah.
Yang Berhormat, Rang Undang-undang kita ialah tentang Saraan DiRaja. So, you stick to that please, okey?
Terima kasih.
You stick to Saraan Diraja.
Jadi, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Saya ingin memberi penghargaan kepada peranan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang ada pada hari ini. Saya ingat kita semua di sini harus berperanan untuk mengangkat beliau kepada satu tahap yang lebih tinggi sebab kalau kita tengok Sabah ini istimewa dari segi Perlembagaan. Saya ingin bacakan satu perkara di sini, Yang Berhormat Speaker, mengenai kuasa yang sepatutnya dahulu ada kepada TYT kita yang mohon supaya dikembalikan. Yang pertama sekali, saya memohon instead of kita bagi dia kelebihan dalam ini, kita tambah dia punya kuasa, iaitu melantik, kembalikan kuasa Tuan Yang Terutama untuk melantik Pesuruhjaya Kehakiman di Sabah.
Ini jauh lebih penting, sebabnya sekarang ini Pesuruhjaya Kehakiman ini lantikan Putrajaya dan apa yang mereka tahu mengenai hal ehwal perundangan di negeri Sabah.
Sebagai contoh, Land Ordinance, itu sebabnya Mahkamah kita.
Yang Berhormat, Rang Undang-undang ialah tentang peruntukan diraja bukan tentang kuasa-kuasa dia yang ada sekarang. Kita mahu tambah, kan? Kalau ada isu itu baru kita bincang, ini kita bincang pasal peruntukan diraja sahaja. Please, don’t divert your argument into other topics.
Tidak berapa jelas Speaker, sebab Datuk Speaker pakai mask.
Rang Undang-undang kita ialah mengenai peruntukan diraja, and so don’t divert your argument to other topics.
Okey-okey. Sekarang saya cuma ingin memberi penghargaan dan mahu dewan yang mulia ini untuk memperkasakan peranan beliau sebagai the govern of the State itu sahaja. Jadi, Yang Berhormat Speaker sebenarnya banyak lagi saya mahu cakap ini, tetapi Yang Berhormat Speaker selalu kacau saya kan jadi terlupa sudah apa saya mahu cakap bah ini.
Bukan kacau. I’m trying to direct you back to your Rang Undang-undang.
Okey Datuk, so, take it easylah kan Datuk Speaker, sebab ini adalah floor rakyat, maka rakyat harus dibenarkan untuk bercakap seperti mana yang sepatutnyalah kan, walaupun ada, walaupun ada…
Iya. We did the ambit of the RUU.
Okey. Jadi, Yang Berhormat Speaker, saya, Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyokong cadangan ini, ini adalah baik, tahniah, tetapi dalam masa yang sama, saya mohon perkasakan institusi Tuan Yang Terutama inikan, terutamanya apabila kita bercakap soal-soal kedaulatan negeri Sabah, segelintir negeri Sabah, saya pun tidak tahu sama ada TYT ada diberi maklum mengenai apa yang sedang berlaku pada ketika ini mengenai tuntutan Sultan Sulu terhadap negeri Sabah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tungku, sekarang saya jemput Yang Berhormat Kunak.
11:35 pagi
Bismillahirahmanirrohim, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Datuk Speaker terima kasih atas peluang ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas inisiatif Rang Undang-undang Enakmen Peruntukan Diraja khusus buat Yang di-Pertua Negeri kita. Yang di-Pertua Negeri kita merupakan tonggak kepada kemuliaan dewan undangan negeri ini, peranan sebagai ketua Kerajaan Negeri termaktub berkali-kali dalam Perlembagaan Negeri Sabah. Namun sehingga hari ini, sekali lagi kita belum menjumpai noktah dalam menamatkan tuntutan warisan Kesultanan Sulu, jadi sesuai dengan apa yang ada dalam Perlembagaan sudah tiba masanya.
Datuk Speaker, kenapa balik-balik keluar topik ini?
Tidak keluar topik.
Kita Rang Undang-undang, balik Sulu, Sulu, Sulu ini.
Tidak keluar, kita mengangkat kemuliaan Yang di-Pertua Negeri.
Ah, Liawan, teruskan, teruskan dulu Kunak, please speak your argument within the RUU of Peruntukan Diraja. Don’t divert to other topics.
No Datuk Speaker, that is why kita sangat berbangga apabila Kerajaan Negeri Sabah mengangkat kemuliaan TYT dan begitu juga kita minta agar Yang di-Pertua Negeri ini diberi kuasa untuk menamatkan tuntutan Sulu yang tidak berkesudahan, begitu juga saya rasa apabila isu ini digunakan untuk melencongkan persepsi kita dan fokus kita di Sabah disebabkan oleh ketidaktulusan di peringkat Persekutuan.
Datuk Speaker, saya juga percaya kenaikan ini sepatutnya jauh lebih baik, jauh lebih berhak, perlu diterima oleh Tuan Yang di-Pertua kita.
Namun, kita hanya melihat kenaikan yang agak sedikit berbanding daripada apa yang kita berhak. Andai kata, hasil Sabah yang 40% itu dikembalikan kepada kita, Tuan Yang di-Pertua Negeri dan keseluruhan Pentadbiran Negeri Sabah akan dapat jauh lebih baik. Kerana, kita tidak perlu takut untuk Persekutuan jatuh bankrap atau muflis, 60% dorang sudah ambil, 40% bagi semula kepada Sabah agar pentadbiran negeri ini boleh diperbaiki. Datuk Speaker, sejurus dan berkaitan juga dengan peruntukan, penambahan peruntukan ini ingin saya sedikit mengambil peluang untuk menyatakan tentang masalah kami di Kunak.
Apabila kami sudah terkekang untuk melakukan pembangunan disebabkan oleh pemilikan tanah-tanah oleh syarikat yang besar, saya mengambil peluang menyeru kepada Ketua Menteri Sabah agar memeriksa semula pajakan-pajakan tanah yang diberikan kepada syarikat besar yang sudah tamat tempoh. Datuk Ketua Menteri, kita mahu rakyat terutama kami di Kunak untuk merasa pembangunan sama dengan daerah-daerah lain, 50% daripada kawasan pertanian di daerah Kunak.
Yang Berhormat, please direct your argument to the peruntukan. Eh, to the RUU of Peruntukan Diraja.
Datuk Speaker
Alright, Datuk Speaker.
Standing order, standing order Datuk Speaker. Standing order.
Tidak apa, let her continue, (suara bertindih) sudah, sudah, sudah.
Standing order, Datuk Speaker.
Not. Let her, let her continue, but please confined your argument to the Peruntukan Diraja. Not directing to other issue, otherwise I'll stop you.
Terima kasih, Datuk Speaker. Sudah tentu, kami di pihak pembangkang menyokong penambahan peruntukan ini bukan sahaja kepada Tuan Yang di-Pertua Negeri juga kelmarin....
…Negeri. Juga kelmarin dan saya percaya esok juga kita akan mendengar perkara yang sama. Namun, saya juga ingin menggesa kepada Kerajaan Negeri agar jangan lupa tentang rakyat marhaen yang “kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang”.
Jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membebankan rakyat dan untuk pengetahuan sidang dewan yang mulia, banyak berlaku perkara-perkara yang melibatkan Land Ordinance yang tidak melalui prosedur yang tepat dan sangat menekan rakyat. Terima kasih Datuk Speaker.
Datuk Speaker, boleh kita tanyakah ADUN Kunak, adakah beliau setuju dengan enakmen ini atau tidak. Itu saja.
Okay. Terima kasih Yang Berhormat Kunak. Tiada lagi perbahasan. Saya jemput Yang Berhormat Ketua Menteri. Silakan.
Sindumin.
Sindumin. 11:42 pagi
Ringkas sahaja Yang Berhormat Speaker, saya ingin mengambil sedikit sahaja bahagian untuk membahas Rang Undang-undang Kenaikan Peruntukan diRaja ini. Pertama sekali, saya menyokong penuh supaya ia dilaksanakan kerana telah lama tidak dikaji dan inilah kali pertama dibawah Yang Berhormat Ketua Menteri sekarang telah ada usaha untuk menaikkan imej TYT kita. Yang kedua, TYT juga manusia biasa. Dia bukan malaikat. Dia macam kita juga. Perlu peruntukan dan juga kewangan untuk perbelanjaan keluarga dan juga aktiviti-aktiviti lain. Lebih-lebih lagi TYT ini sering didatangi oleh orang-orang tertentu. Rakyat biasa. Rakyat ini dia tidak pilih Datuk Seri Speaker. Apabila dia jumpa orang besar TYTkah, Ketua Menterikah, menteri-menterikah, dia akan bercakap “Kami ni orang susah, ada sikit-sikitkah?”
Jadi kalau TYT tidak memberikan dia akan dianggap sebagai ah... orang yang ataupun ketua negeri yang tidak prihatin. Oleh itu, amat wajarlah, saya ingat bukan sahaja hari ini, tetapi esok pun sama. Supaya perkara ini kita timbang. Tetapi kita perlu ingat juga bahawa Kerajaan Negeri memastikan bahawa kita punya cukup kewangan. Seperti yang saya katakan dan saya yakin atas usaha Yang Amat Berhormat Ketua Menteri seperti yang dibentangkan berpendapatan negeri telah pun bertambah. Ditambah lagi dengan cukai dan pelaburan kita ada cukup cash flow untuk membayar ataupun melaksanakan apa yang kita rancang ini. Jadi itu sahaja Datuk Speaker, saya mohon menyokong.
Yang Berhormat, silakan,
Datuk Speaker, pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli daripada Tungku, Kunak dan juga Sindumin yang bangun untuk turut membahas dan memberikan pandangan mengenai Rang Undang-undang ini. Seperti mana
yang saya nyatakan sebentar tadi bahawa pelarasan ini perlu kerana semakan pelarasan ini tidak pernah dibuat selama 19 tahun sejak tahun 2003. Juga mengambil kira taraf Tuan Yang Terutama sebagai ketua negeri. Kerajaan jelas ingin memperkasakan institusi istana dan ditempatkan di tempat yang sewajarnya. Kerana itulah kita ingin membawa Rang Undang-undang ini supaya dapat dipertimbangkan oleh Dewan yang mulia ini. Jika dibuat perbandingan pelarasan ini, ia jauh lebih rendah daripada negeri Sarawak. Implikasi kewangan negeri cuma melibatkan 165 000 satu tahun. Jadi itu sahaja ulasan saya Datuk Speaker. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi. Terima kasih.
Datuk Speaker, saya ingat boleh mencelah sedikit. So, saya tidak ikut dalam perbahasan setelah mendengar dengan izin Datuk Speaker. Setelah mendengar apa yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tadi memperkasakan peranan tanggungjawab Tuan Yang Terutama. Adakah kita dalam perkara-perkara tertentu nak memperkasakan Tuan Yang Terutama ini dengan hanya saya ingat dasar kerajaan negeri yang ada ni. Ya? Untuk emolumen dia ataupun kita juga memperkasakan TYT dengan tanggungjawab itu jauh penting pasal Yang Berhormat Menteri Kerja Raya tadi sebut tentang air, saya tahu, tapi pengarah kalau tidak berfungsi, kalau gajinya pun tinggi tetapi tanggungjawab untuk melaksanakan amanah ini. Jadi persoalan seperti yang dicadangkan ini cadangan walaupun saya minta daripada Datuk Speaker, sedikit kelonggaran dalam perbahasan masa mungkin boleh dihadkan untuk mengelakkan...
Yang Berhormat, you mencela pasal RUU..
Tidak, saya mencela...
..peruntukan diRaja. So stick to that please?
No. Datuk Speaker, ini berhubung kait dengan apa yang dijawab oleh Ketua Menteri, iaitu memperkasakan.
Yes.
… saya bertanya sama ada memperkasakan… Tuan Speaker:This is within a bit of...
…TYT hanya bergantung dengan emolumen.
Within the a bit..
No, no. It’s an ambit .
…opra peruntukan diRaja.
It’s an ambit .
… not about dia punya kuasa. About the kuasa is a different RUU.
It’s an ambit Datuk Speaker..
… you have to tabled.
Datuk Speaker, dengan perbahasan bahawa adakah memperkasakan TYT dengan hanya emolumen atau pun tanggungjawab yang lain. Terima kasih banyak.
Tuan Speaker, Datuk.
maksud saya untuk memperkatakan tadi memperkasakan ini bukan sahaja mengenai dengan kenaikan emolumen tetapi memperkasakan daripada segala tanggungjawab yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri. Kita sentiasa menghormati peranan dan tanggungjawab
Tuan Yang Terutama jadi saya ingat itu sahaja yang saya boleh dapat jawab kepada ahli daripada Senallang. Memang kita memberikan penghormatan yang tinggi kepada institusi istana ini. Terima kasih.
Saya cadangkan kalau boleh dalam memperkasakan tanggungjawab institusi Raja, iaitu 17 perkara yang kita sudah setuju. Kabinet pusat sudah setuju, perkasakan itu ada perkara yang ketujuh yang telah pun dalam perjanjian itu telah pun dipersetujui oleh Kerajaan Pusat. Terima kasih.
Insya-Allah Datuk Speaker, perkara ini kita akan lihat secara serious kerana ia melibatkan peranan Tuan Yang Terutama dalam konteks Perlembagaan Negeri Sabah. Insya-Allah kita akan tengok.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang peruntukan diRaja (Pindaan) 2022Bill
Rang Undang-undang peruntukan diRaja (Pindaan) 2022.
Yang Amat Berhormat, peringkat jawatankuasa hari apa?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila cadangkan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-undang itu.
Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Pengerusi: ...usul dipersetujukan. Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke dewan.
Majlis Bersidang Semula Sebagai Majlis Mesyuarat
Yang Amat Berhormat.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga hari apa ?
Hari ini, Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen peruntukan diraja (Pindaan 2022)Bill
Enakmen peruntukan diraja (Pindaan 2022).
Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan (Saraan), (Pindaan 2022)Bill
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan), (Pindaan 2022), bacaan pertama.
Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan 1981).
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan), (Pindaan 2022)Bill
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan), (Pindaan 2022).
Bacaan kedua bila, Yang Amat Berhormat.
Hari ini Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan), (Pindaan 2022), bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan), (Pindaan 2022), bacaan kedua.
Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri silakan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Speaker, enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan 1981), adalah enakmen berkenaan saraan bagi Anggota Ahli Dewan Undangan, Speaker dan Timbalan Speaker, Dewan Undangan serta Anggota Pentadbiran Negeri, Rang Undang-undang yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk meminda enakmen tersebut, bagi menyemak semula saraan Ahli Dewan Undangan, Speaker dan Timbalan Speaker, Dewan Undangan Negeri serta Anggota Pentadbiran Negeri supaya setara dengan saraan Ahli-ahli Dewan Undangan dan Anggota-anggota Pentadbiran Negeri lain di Malaysia.
Kali terakhir enakmen ini dipinda bagi menyemak semula saraan Ahli-ahli Dewan Undangan dan Anggota-anggota Pentadbiran adalah pada tahun 2015, seiring dengan keadaan semasa dan beban tugas Ahli-ahli Dewan Undangan dan Anggota-anggota Pentadbiran yang semakin berat dan mencabar serta keadaan fizikal negeri yang luas, maka sudah tiba masanya saraan ini disemak semula dan diselaraskan setimpal dengan usaha dan komitmen Ahli-ahli Dewan Undangan dan Anggota-anggota Pentadbiran. Datuk Speaker, bagi maksud melaksanakan cadangan penyelarasan tersebut, pindaan kepada enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan 1981), perlu dilaksanakan melalui Rang Undang-undang ini, huraian secara ringkas mengenai Rang Undang-undang ini adalah seperti berikut, fasa 1, Rang Undang-undang memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa enakmen yang dicadangkan, iaitu pada 1 Mac 2022.
Fasal 2, 3 dan 4 Rang Undang-undang adalah bertujuan untuk meminda seksyen 3, 4 dan 6 enakmen bagi memperuntukkan pelarasan saraan bagi Ahli-ahli Dewan Undangan, Speaker, Timbalan Speaker dan Anggota-anggota Pentadbiran.
Perincian kepada perkara-perkara berkaitan dengan pindaan ini adalah seperti mana dinyatakan dalam Rang Undang-undang, enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan), (Pindaan 2022), yang mana telah diedarkan di dalam dewan yang mulia ini, untuk tatapan Ahli-ahli Yang Berhormat. Datuk Speaker, pelarasan saraan yang dicadangkan melalui Rang Undang-undang ini adalah wajar dipertimbangkan, memandangkan tanggungjawab berat yang dipikul oleh Ahli Dewan Undangan dan anggota pentadbiran negeri pada masa kini dan insya-Allah, pelarasan ini akan dapat meningkatkan peranan dan tanggungjawab semua Ahli Dewan Undangan dan anggota pentadbiran negeri dengan lebih berkesan lagi demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Sekarang saya jemput, Yang Berhormat Sungai Manila, berucap. 11:57 pagi
Terima kasih Datuk Speaker.
Saya daripada Sungai Manila sangat menyokong dengan Rang Undang-undang yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana pada ketika ini, saya sendiri selaku ADUN N.51 Sungai Manila merasakan memang ada keperluan untuk penambahan elaun, terutamanya Ahli Dewan Undangan Negeri kerana seperti juga rakan-rakan yang lain, kami terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang pada ketika ini agak kesempitan dan oleh itu, sumbangan ataupun pertambahan emolumen ataupun elaun ini sangat penting. Ada juga di kalangan rakan-rakan yang menanyakan tentang timing, terutama ketika ini kita sedang juga dilanda masalah ekonomi dan macam-macam lagi, peningkatan harga dan juga kategori kita sebagai negeri yang termiskin, tetapi pada saya, soal timing ini tiada masalah, kita tidak tahu pada masa akan datang, tidak tahu apa akan berlaku, jadi seharusnya masalah
timing yang pernah disuarakan oleh rakan-rakan saya tidak menjadi masalah, yang penting apa yang telah kita ketahui semuanya ialah kerajaan pada ketika ini mampu meningkatkan pendapatan dan telah juga merencanakan beberapa sumber-sumber baharu, jadi wajarlah peningkatan pendapatan ini diselaraskan dengan kenaikan yang, apa ini ah, elaun tahun dan juga emolumen ADUN dan juga anggota perkhidmatan kerajaan, dan saya berharap juga kerajaan bukan hanya mempertimbangkan kenaikan, apa ini, kita punya Ahli-ahli Dewan Negeri dan juga Ahli-Ahli Eksekutif, tetapi juga kalau boleh untuk mempertimbangkan juga anggota-anggota perkhidmatan kerajaan yang lain supaya dapat menikmati hasil kemakmuran yang telah dicapai kerajaan setakat ini. Jadi saya juga mengharapkan dengan peningkatan ini, saya sendiri selaku Ahli Dewan Undangan Negeri akan dapat meningkatkan lagi usaha untuk memajukan masyarakat dan meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat demi untuk menambahkan lagi kemakmuran kepada masyarakat dan juga memberikan idea kepada kerajaan untuk terus meningkatkan hasil dan pendapatan supaya kita juga akan dapat menikmati, orang bilang...
Tuan Mokran Ingkat [Sungai Manila]:… menikmati orang bilang hasil yang lebih kepada sama ada kepada kita sendiri ataupun kepada kerajaan dan kita juga dapat meningkatkan peruntukan kepada kementerian-kementerian dan juga jabatan-jabatan supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Dalam kesempatan ini Datuk Speaker, saya juga ingin mengucapkan apa ini tahniah dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah dapat melaksanakan pelbagai program khususnya di kawasan saya yang telah dapat membantu sedikit sebanyak meningkatkan kapasiti dan kemudahan kepada masyarakat.
Jadi, saya sesungguhnya menyokong dengan peningkatan apa ini rang ataupun Rang Undang-undang ini dan mudah-mudahan apa juga yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan akan dapat membantu kami di kawasan masing-masing untuk meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat dan mudah-mudahan negeri kita akan dapat terus meningkatkan pendapatan lagi dan lain kali, tambah lagi. Jangan tunggu terlampau lama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kalau ada lebih,
macam tadi banyak juga cerita daripada apa ini kemungkinan sumber daripada Petronas jangan tunggu lama-lama kalau tiga tahun ada lebih, tambah lagi ya begitu. Bukan untuk kita di sini dalam dewan ini sahaja, tetapi kepada rakyat kita di luar juga. Sekian, saya mohon menyokong.
Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ahli daripada Tungku. 12:04 tengah hari
Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Bismillahirrahmanirrahim, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang pertama sekali, sekali lagi saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan yang telah berusaha baik dan gigih dalam usaha untuk memperbaiki sistem pentadbiran kerajaan dan juga memberikan pendapatan tambahan kepada… Cadangan berkaitan dengan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri, ceritanya naik gajilah bah ini kan Yang Berhormat Speaker? Namun demikian, dalam masa yang sama saya juga merasa risau sebenarnya. Walau semua pun, kita semua ini suka ini barang ini cuma saya merasa risau mengenai timing seperti mana yang disebut oleh saudara kita tadi itu dan juga mengenai persepsi luar sana nanti kepada kita dalam keadaan negara berhadapan dengan masalah ekonomi.
Jadi Yang Berhormat tidak mahulah?
Mahu.
Oh, okey!
Mahu.
Tutup mulut (audio kurang jelas)… saya… saya… itu yang naik gaji bah ini. Siapa yang tidak mahu naik gaji? Kalau boleh Yang Berhormat, kasih tinggi lagikan? Cuma kita kena tangani persepsi luar nanti.
Yang Amat Berhormat Menteri tentang perkara inikan?
Saya juga setuju
dengan cadangan saudara kita tadi itu, dari mana itu? Mengenai bukan sahaja kita yang ada di sini yang naik gaji.
Kakitangan awam pun naik gaji dan rakyat pun harus menerima limpahan daripada kenaikan gaji ini, kan? Ini… Dengan cara bagaimana kita memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka hasil daripada apa yang kita dapat di sini.
Cuma ada beberapa cadangan Yang Amat Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Speaker mengenai strategi bagaiaman kita harus mengurus benda ini. Sebab ini sensitif bah ini kalau di luar sana.
Time time begini beginikan?
Sensitif sangat ini.
Keluar sahaja ini cakap pasal menteri naik gaji, eh matilah kita. Masyarakat di luar sekarang begitu cynical terhadap kita wakil rakyat ini. Percayalah.
Jangan… jangan tipu dirilah. Kadang-kadang dia orang sahaja kaya, dia orang naik, dia orang ini. Di tempat lain sampai menteri apa semua dihumban masuk ke dalam tong sampah sebab dia orang tidak perform tetapi kita sini perform yang di sini semua perform. Saya rasa barang ini tidak akan berlaku..
YB. YB Tungku, boleh minta laluan?
Ya.
Silakan ya.
Setujukah YB Tungku bahawa apa pun kenaikan gaji ataupun tambahan ini, apa pun semua ini pun kita kasi kembalikan kepada rakyat?
Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Melalap ini ya. Bentuk kembalikan kepada rakyat itu bagaimana? Iaitu perkhidmatan. Dalam masa yang sama, kita juga harus mengurus persepsi rakyat di luar sana mengenai ini.
Saya bagi cadangan Yang Amat Berhormat.. Yang Berhormat Speaker, satu…
Mohon mencelah.
Tunggu dahulu.
Sebagai contoh, i’m not talking about tax evading sebab sekarang ada di antara kita ini disebabkan cara pengurusan kita di DUN ini menanggung cukai disebabkan cara kita mengurus benda ini. Sebagai contoh, kalau dia datang dalam bentuk elaun, barang ini adalah baik, tetapi kalau dia datang dalam bentuk cukai ini mungkin persepsi masyarakat lain. Keduanya, kalau dia datang dalam bentuk elaun dalam sistem kita di DUN ini, ada baiknya bayar elaun-elaun yang diberikan kepada sebagai contoh kepada pemandu terus dikreditkan ke dalam akaun pemandu itu tersebut. Dan saya juga mencadangkan bagi maksud untuk memberikan perkhidmatan terbaik seperti mana Melalap cakap tadi itu.
Kita kasih standard, kasih uniform sebagai contoh kalau boleh, ADUN-ADUN kita semua yang ada sekarang ini selain daripada elaun yang ada, elaun pemandu tambahkan juga elaun pembantu peribadi, elaun kakitangan, elaun pejabat…
Yang Berhormat, hari ini kita ada sasaran berkenaan dengan Yang Berhormat -Yang Berhormat.
Boleh buka? Tidak berapa dengar.
Kalau kita yang apa cadangan Yang Berhormat tadi itu.
Kalau boleh, dikirakan pada masa yang lain.
Oleh kerana pada masa ini, kita menghubungi berkenaan dengan sasaran YB-YB yang ada di sini sekarang.
Iya lah.
Boleh saya pendekkan? Tolong pendekkan.
Boleh, boleh, boleh.
Okey jadi ya strategi tadi tu kena betul Yang Berhormat Speaker sebab saya pun risau juga ini. Takut keluar daripada dewan ini nanti, persepsi masyarakat mengenai timing dan.
Okey.
Luyang minta laluan.
Ya. Sekejap. Ya.
Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Yang Berhormat, Yang Berhormat…
say… say… mencelah.
Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Jangan keluar daripada apa yang tujuan kita hari ini, iaitu persepsi-persepsi orang lain itu.
Bukan, bukan.
Memang sudah. Tauke-tauke kasih naik... harga sudah. Kalau elaun naik.
Okey Tuan Speaker.
Jangan… saya berikan…
Sedikit.
Jangan panjang ya.
Ya, sedikit. Ya, saya setuju dengan Tungku apa yang kita yang penting adalah untuk mengurus dan mengawal persepsi di luar sana dan satu lagi saya setujukah Tungku bahawa kalau kita nak sebut tentang naik emolumen atapun naikkan ini anggota pentadbiran dan juga ADUN punya elaun, kita juga ingin diberikan peranan yang lebih besar di DUN ini?
Mak... kerana kalau kita lihat satu tahun punya sesi DUN pun sangat pendek sahaja. Kalau Tungku setuju, kita patut diberikan peranan yang lebih besar maka kita menggalas tanggungjawab yang lebih besar. Terima kasih.
Saya setuju Luyang dengan cadangan Yang Berhormat Luyang mengenai betapa pentingnya kita harus diberikan tanggungjawab yang lebih besar di masa akan datang selari dengan kenaikan apa yang dicadangkan di sini. Dalam masa yang sama, kalau boleh saya juga mencadangkan kalau melihat kepada pertambahan ini selepas berapa tahun dia baru naik dalam 3 000 lebih sahaja bah ini. Sikit sahaja bah ini kan?
Kalau boleh dikasih tinggi, kasih tinggi lagi, kan?
Dan… dan selain daripada itu Yang Berhormat Speaker, bagi kami wakil rakyat apabila kita mengembalikan kepercayaan yang dibagi oleh kerajaan kepada kita untuk melunaskan tugas kita. Bukan sahaja dalam bentuk ini bah ini tetapi dalam bentuk peruntukan tahunan seperti mana yang pernah dicadangkan oleh Moyog.
Kalau boleh Yang Amat Berhormat Menteri, Ketua Menteri buat satu legasi yang baik pada kali ini. Peruntukan ADUN sama ada sentuhan kasih, peruntukan kasih sama rata kepada semua ADUN. This is a good legacy.
Ya akan ditengok.
Kita lupakanlah.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tetapi dahulu tidak buat pun.
Dahulu kah iya.
Kenapa sekarang baru mahu minta?
Ah inilah.
Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Yang Berhormat.
Ah inilah yang…
Yang Yang Berhormat Kunak terima kasih banyak-banyak.
Sikit satu lagi.
Di atas..
Sokong sahajalah. Kalau tidak mahu itu gaji, serahkan sahajalah kepada rakyat di kawasan.
Ini, ini masalahnya.
Ini masalahnya kan.
Kita harus terima hakikat kita pernah jadi kerajaan, kita pernah jadi pembangkang, jadi kerajaan, jadi pembangkang dan kita melakukan benda yang sama. Do you agree with me?
Kita YB untuk menyokong per..
No, you agree with me?
Penambahan. Sokong sahajalah.
Ini barang ini kalau kita cakap ibarat meludah ke langit bah ini.
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Saya sudah cakap tadi sila berhentikan seperti hujah-hujah itu yang tidak sama dengan kita punya tujuan hari ini. Minta..
Iyalah.
Tolonglah.
Ini untuk kebaikan kita semua dalam memberikan perkhidmatan bah. What is wrong with that?
Nothing wrong.
Seperti Yang Berhormat tidak setuju, seakan…
Saya setuju.
Okey.
Siapa kata saya tak setuju? Malahan saya ucapkan tahniah dan syabas dan terima kasih kepada…
Terima kasih.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri but then kita kena bincang we have to manage this thing carefully. Bukannya simply mahu cakap mahu mencelah apa semua yang tidak patut. Kau tidak sukakah itu?
Yang Berhormat.
Kena kasih naikkah?
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Sokong. Sokong.
Address kepada saya, jangan ke dia.
No, sekarang saya mahu Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya merayu tinggalkan satu legasi yang baik…
….. satu legasi yang baik kepada dewan yang mulia ini. Sebab tidak pernah dilakukan selama ini. Kan? Saya setuju dengan cadangan Moyog. Saya setuju dengan pandangan Sindumin yang menyatakan kita juga kena berhati-hati mengenai sumber pendapatan dan duit yang kita ada. Itu semua harus menjadi perkiraan di kalangan kita. Dalam masa yang sama, dalam masa yang sama, kita wakil rakyat dan tertakluk kepada persepsi masyarakat luar sana. Kan? Dan bagi maksud tersebut saya ingin menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kunak. Saya jemput Yang Berhormat Sindumin.
12:11 tengah hari
Terima kasih Datuk Speaker. Saya awal-awal menyokong Rang Undang-undang ini.
Tetapi sebelum itu, beberapa perkara kita kena lihat. Dari segi latar belakang, untuk apa dan bagaimana perkara ini perlu kita sokong.
Yang pertama, cadangan untuk mengkaji ini melaksanakan enakmen ataupun Rang Undang-undang ini telahpun dicadangkan beberapa kali sebenarnya dan diubah ataupun dipinda pada tahun 19, 2015 tetapi kerajaan yang lalu saya ingat ramai kawan-kawan di sini yang jadi kabinet telah juga merangka untuk meminda tetapi tidak kesampaian. Sebab itu saya ingat tadi rakan kita menyokong kerana ini juga di bawah rancangan kerajaan yang lalu dan ini amat wajar kerana beberapa sebab yang akan saya terangkan kemudian.
Yang kedua, ia juga bersesuaian dengan keperluan masa kini, di mana beban kerja dan tanggungjawab pentadbiran ADUN yang semakin bertambah, seperti kata Yang Amat Berhormat mencadang tadi bahawa bebanan tugas.
Kalau dulu ADUN ini cuma kawasan dia kecil, penduduk dia sedikit.
Sekarang ini, kawasan, penduduk dia semakin ramai dan berbagai-bagai acara ataupun perkara-perkara yang perlu kita hadiri, mesyuarat dan juga acara-acara di kawasan yang perlu kita hadir. Yang ketiga, Rang Undang-undang ini juga sejujur, sejajar dengan keperluan tanggungjawab kehidupan perbelanjaan yang di, yang ada bagi wakil rakyat itu
sendiri.
Contohnya bebanan yang ada kepada wakil rakyat walaupun kita ada pemandu, elaun pemandu adalah di bawah paras kemiskinan dan untuk top up pemandu kita, kita terpaksa tambah duit sendiri lagi. Begitu juga dengan pembantu rumah, dengan kenaikan kadar gaji minima RM1,500.00 sekarang ini, wakil-wakil rakyat juga terikut untuk menerima beban ini. Tukang kebun kita, tukang cuci atau amah juga menerima beban yang sama.
Kemudian, kita juga sejajar dengan trend, mengikut trend negeri-negeri lain yang rata-rata telahpun menaikkan elaun saraan ataupun saraan pentadbiran Menteri, Pembantu Menteri, Timbalan Menteri, ADUN-ADUN Setiausaha Politik. Cuma yang ketinggalan Sabah sahaja belum dan kitalah mungkin yang terakhir. Sudah tentu negeri-negeri di Semenanjung dan juga Sarawak telahpun memikirkan sedalam-dalamnya dari segi keperluan bukan mereka saja-saja naikkan elaun ataupun kemudahan pentadbiran dan juga ADUN ini ataupun dan juga Setiausaha Politik tentu sekali telah menimbang keseluruhan dari segi keperluan masa kini seperti yang saya nyatakan tadi.
Sebenarnya, kenaikan ini tidaklah begitu membebankan kerajaan cuma sebahagian kecil sahaja penambahan ini daripada peruntukan yang kita ada dan kalau kita lihat, negeri-negeri lain di Semenanjung, Johor misalnya pada masa ini menerima elaun RM9,000.00, Kedah RM11,000.00, Kelantan RM8,000.00, Melaka RM9,000.00, Negeri Sembilan RM8,954.00, Pahang RM11,000.00, Perak RM6,000.00. Ini ADUN, elaun ADUN.
Perlis negeri yang kecil RM6,000.00, Pulau Pinang RM11,250.00, Selangor RM11,250.00, Sarawak RM15,000.00 dan Terengganu RM11,000.00. Yang dicadangkan untuk Sabah, untuk ADUN ialah RM11,130.00 dan kalau dilihat senarai itu, kita adalah tempat yang ketiga. Yang pertama, dua negeri, iaitu negeri Sarawak RM15,000.00 kemudian, ya yang pertama Sarawak, yang kedua sebenarnya ialah dua negeri Pulau Pinang, iaitu RM11,250.00 dan juga Selangor, iaitu RM11,250.00 dan kalau kita laksanakan yang ini, Sabah adalah tempat yang keempat ataupun mungkin ketiga setelah Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang. Untuk kegunaan ataupun kalau kita melihat keluasan yang kita jaga, Sabah kawasan yang paling besar ialah kalau di kawasan sini Kuamut, maafkan saya N.57, kemudian Nabawan kawasan yang paling besar.
Dari segi kawasan, tentu sekali untuk menjaga kawasan ini cukup membebankan. Saya tidak tahu Yang Berhormat Kuamut berapa jam daripada ke hujung ke hujung.
Datuk Speaker, minta laluan.
Terima kasih, Yang Berhormat Sindumin.
Saya mulanya tidak mahu berdiri tetapi balik-balik kena sebut ini.
Datuk Speakar, Yang Berhormat Sindumin ada menyebut tentang kawasan Kuamut.
Adakah Yang Berhormat Sindumin bersetuju bahawa kenaikan gaji kepada anggota pentadbiran dan wakil rakyat ini adalah tepat pada masanya?
Yang pertama, kenapa, sebab apabila kos sara hidup meningkat di seluruh Malaysia dan negeri ini tidak terkecuali.
Yang terkesan kepada harga kenaikan harga ini bukan sahaja rakyat biasa, tetapi wakil-wakil rakyat juga terkesan dengan harga yang melambung tinggi sekarang ini.
Yang ketiga, adakah wakil rakyat Sindumin ini bersetuju bahawa kenaikan gaji ini bukan sahaja boleh merancak dan memperbaiki perkhidmatan kita kepada rakyat, tetapi juga sedarkah kita Yang Berhormat Sindumin bahawa kita juga terkadang bukan sahaja berkhidmat sebagai wakil rakyat menawarkan perkhidmatan kita sebagai wakil rakyat, tetapi terkadang kita juga menjadi doktor apabila ada rakyat yang sakit, kitalah menjadi rujukan sebagai doktor.
Kadang-kadang kita juga sebagai pegawai kebajikan. Kadang-kadang kita juga sebagai peguam. Kadang-kadang kita juga menjadi yang penting sekali ialah apabila ada orang sakit, ada orang kahwin, ada orang kemalangan dan sebagainya.
Kita juga adalah sebagai ATM, ATM. Datuk Masiung Banah [Kuamut]:… menawarkan perkhidmatan kita sebagai wakil rakyat tetapi terkadang kita juga menjadi doktor apabila ada rakyat yang sakit kitalah menjadi rujukan kepada sebagai doktor. Kadang-kadang kita juga sebagai pegawai kebajikan, kadang-kadang kita juga sebagai peguam, kadang-kadang kita juga menjadi yang penting sekali ialah apabila ada orang sakit, ada orang kahwin, ada
orang kemalangan dan sebagainya, kita juga adalah sebagai ATM, ATM bank. Adakah Yang Berhormat Sindumin setuju?
Saya ingat, walaupun kita bahas ini adalah kepentingan untuk kita juga. Untuk wakil rakyat, menteri-menteri, tetapi yang apa yang saya katakan ini saya minta pegawai-pegawai saya minta rakyat di bawah faham seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuamut tadi walaupun ini mungkin dituduh kita meluluskan ini untuk kepentingan kita semua yang ada di dalam dewan ini sama ada kerajaan ataupun pembangkang, tetapi kita mahu rakyat di bawah faham apa tujuan?
Saya setuju dengan Kuamut tadi, apakah ia wajar tepat pada masanya, bukan tepat pada masanya sepatutnya awal-awal lagi sudah naik. Dahulu lagi, mungkin masa kerajaan Warisan dahulu sudah dilaksanakan. Yang kedua, apa tadi tu?
Yang ATM.
Jadi ATM, saya setuju.
Wakil rakyat di samping bebanan kenaikan barang ini terkesan tadi yang kedua kita memang terkesan kerana bila harga barang naik, orang yang pertama rakyat minta, ialah wakil rakyat. Dia kata, sekarang barang sudah naik minta tambah peruntukan, duit peribadi, kalau bakul makanan mungkin kita boleh bagi, tetapi yang lain-lain? Memang betul kita juga terkesan. Saya katakan tadi pemandu, elaun pemandu RM1 300, RM1 300 mana ada pemandu mahu kerja sekarang RM1 300 wakil rakyat siang malam 24 jam kerja ekor ke sana ke mari. Untuk mereka hidup jaga isteri terpaksa top up. Top up banyak bukan sikit, makan dia kena jaga, bilik tidur dia kita kena jaga, bini dia kita kena tolong jagalah supaya dia bagi khidmat kepada kita. Tiadalah perkhidmatan lain maknanya bantuan kewangan.
Tidaklah juga, kita bawa dia outstation bini dia tiada makan susah juga.
Begitu juga dengan pembantu khas, pembantu peribadi. Walaupun kita wakil rakyat biasa, kita ada juga perlu pembantu peribadi yang perlu kita tanggung dan tidak ada dalam peruntukan untuk dibayar. Jadi dari mana kita dapat duit itu, mesti daripada sebahagian daripada elaun kita. Tukang cuci, tukang sapu di rumah pun perlu juga.
Yang ketiga tadi, Yang Berhormat Kuamut kata kita ATM.
Saya sediakan di sini.
Saya dalam Whatsapp saya ini banyak hari-hari ada.
Saya tolong sebagai contohlah hari ini, hari ini “Selamat pagi YB, saya minta tolong duit untuk saya pergi tengok anak saya di Hospital Queen II, tingkat 5 bilik 157” saya tidak sebut nama siapa. “Dia kena hantar 13 Julai 2022 jadi kira hari ini saya pergi tengok pakai kereta teksi. Keperluan kami suami isteri RM500 ringgit. Boleh Datuk bagi?” Apa jawapan kita? Bagi atau tidak? Kalau tidak bagi dia kata YB kedekut. Kalau kita tidak bagi…
Ah… Yang Berhormat Sindumin.
Datuk Dr. Yusof bin Yacob [Sindumin]:Ya.
Berhubung dengan biasanya wakil rakyat kerajaan ini dibekalkan dengan Sentuhan Kasih.
Saya pun tidak pasti berapa.
Biasanya kalau dulu kita 300 ribu kalau tidak silap saya dan saya difahamkan Sentuhan Kasih untuk penyokong kerajaan pada masa ini lebih 700 ribu. Betulkan saya kalau saya salah ya?
Ya, betul.
Jadi kalau urusan untuk ke hospital itu biasanya masuk juga dalam Sentuhan Kasih untuk kita bantu.
Ini, Ini bukan ke hospital. Kalau itu pesakit ini bapa pesakit, saudara pesakit.
Jadi, saya pun tahu peraturan saya tidak akan gunakan duit Sentuhan Kasih untuk bayar teksi bapa pesakit, pelawat. Yang sakit boleh.
Ok. Yang kedua, ini diterima juga. “YB Datuk Dr. Mohon maaf, izinkan saya hantar Whatsapp kepada YB Datuk dengan tujuan saya minta pertolongan bantuan kewangan YB Datuk Dr. untuk dapat membeli satu set contact lens ataupun cataract pelekat mata dengan harga RM850. Ini bukan orang Sipitang, minta maaf YB, orang Putatan. Ini rakyat, dia tidak kira asal kita YB sama ada dari Semporna, dari Kota Marudu, dia tengok YB, dia minta macam-macam. Sebagai contoh tadilah.
Ok satu lagi, ini saya bukan.
Akaun bank ada sudah sini.
“Assalammualaikum Datuk, dan salam hormat buat Datuk YB Datuk Dr., sekarang saya di Lahad Datu, dah lama 2 bulan tidak balik, cuma tidak dapat kerja ada urusan untuk menyambung pasport IMM 13 bini, nak balik Sipitang kurang duit.
Di sini saya tinggal menumpang di rumah keluarga isteri.
Ini akaun saya untuk masukkan duit”.
Banyak lagi kalau saya baca tidak habis.
Ini peribadi kemudian bantuan-bantuan NGO yang tidak boleh dibagi yang pada daerah lain. Memohon sumbangan berbagai-bagai. Kalau yang boleh kita boleh bagi dari Sentuhan Kasih kita boleh tetapi banyak ini yang di luar dari peraturan Sentuhan Kasih.
Yang Berhormat, boleh pendekkan? Nanti sampai besok, kita tidak habis. Terima kasih Yang Berhormat.
Kalau Yang Berhormat kata suruh pendek, saya pendekkanlah.
Jangan, terima kasih Yang Berhormat.
Tidak, tujuan saya bercakap di sini, adalah supaya dimasukkan dalam Hansard.
Yang Berhormat ada lagi Yang Berhormat Berhormat lain hendak berbahas. Tolong ya. Terima kasih.
Supaya rakyat di luar tidak salah anggap, bahawa hari ini kita luluskan, besok rakyat kata tengok YB wakil rakyat enjoy sendiri tidak tahu rakyat di sini susah. Ok, jadi kalau saya mahu baca banyak lagi yang lain-lain dan saya bandingkan bahawa di Kelantan, di Terengganu bahagian ataupun kawasan ADUN dia macam Kuamut tadi kawasan Sipitang 2200 kilometer per segi, keluasan dia sama macam tiga (3) kali negeri Perlis.
Dari hujung ke hujung enam (6) jam. Datuk Seri ketua pembangkang selalu pergi Long Pasia. Daripada hujung ke hujung naik four-wheel drive untuk melawat rakyat. Ok, tambang macam mana? Land Cruiser.
Kalau kita pergi sebuah tidak apa.
Pengiring-pengiring siapa mahu bayar dia punya tambang? Dia punya minyak. Terpaksa juga YB, jadi maksudnya duit yang ada itu, bukan untuk kita. Selama saya jadi ahli parlimen Datuk Speaker, tiga (3) penggal kemudian ADUN dua (2) penggal ini saya rasa, saya tidak makan duit elaun MP ADUN itu semua balik kepada rakyat. Saya makan cuma apabila saya dapat gratuity, apabila dapat pencen.
Sekarang ini pun, perbelanjaan mengurus pejabat lebih besar daripada elaun ADUN. Jadi saya ingat semua pun kita sama.
Ini saya bagi pihak rakan-rakan yang tidak sempat bercakap.
Ok, tetapi untuk lulus ini saya yakin rakyat jangan risau, kebijaksanaan kerajaan yang ada sekarang Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Menteri Kewangan kedua, kita mahu pastikan bahawa cashflow kita lagi sekali saya cakapkan pelaburan kita kita mesti urus. Pendapatan negeri mesti bertambah. Apa yang due dari kerajaan semenanjung cukai petroleum kita kena kutip masuk dalam akaun kita. GLC-GLC kita mesti prudent, mesti hantar atau bagi dividen kepada kerajaan negeri. Bukan 200 syarikat atau GLC cuma dua tiga sahaja bagi dividen. Kita kena urus dengan baik.
Kita minta Yang Amat Berhormat dan juga menteri-menteri kabinet dan menteri-menteri yang menjaga GLC-GLC pastikan bahawa CEO-CEO GLC itu adalah orang yang kompeten dan kita bagi amaran ataupun kita bagi kata dua “if you dont produce, we produce you”. Kita ganti dengan lebih baik.
Tetapi saya yakin, kita semua mempunyai tujuan yang sama. Kita sayangkan negeri kita.
Kita sayangkan rakyat kita.
Apabila kita memegang jawatan itu pleaselah tolonglah lakukan kerja-kerja.
Contohnya SOGIP, saya tidak menyalahkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tetapi saya ingat ini tanggungjawab CEO. Beberapa tahun SOGIP itu sudah sangat hari ini orang yang melabur sahaja buat sesuatu, iaitu sekarang kita ada PC (Petronas Chemicals Fertilizers Sabah Sdn. Bhd.) sahaja yang clear kawasan ini, yang lain hutan.
Saya minta GLC berniagalah cara berniaga.
Buat pelaburan pinjam duit buat infra, buat jalan, bekal air, elektrik, jadi pelabur datang melihat ke sana. Saya, kita boleh tunjuk.
Sebagai wakil rakyat Datuk Seri Speaker, saya malu bawa pelabur ke Sipitang. Apabila dia bawa drive ke sana ini kita punya SOGIP.
Apa SOGIP, hutan, paya, yang ada itulah kita tunjuk satu kilang sahaja, kilang baja samur. Terima kasih menteri tadi, kita akan kutip cukai ah… ammonia dan juga urea daripada PCFS ini yang ada berjumlah sekitar tidak difahamkan apa tadi lebih kurang 40 juta satu tahun. Alhamdulillah bermula dari Ogos kita pastikan. Tetapi yang lain bagaimana? Bagaimana hub yang kita ingin….
... yang kita iktiraf di seluruh Malaysia?
Saya minta maaf Datuk Seri Ketua Menteri, saya mahu kita kena kerjasama. Saya didatangi oleh pelabur daripada Qatar, daripada Dubai untuk tengok saya. Macam mana saya mahu bawa? Jetinya tidak ada, jalan tidak ada, elektrik belum tahu di mana, ICT-nya di mana, internetnya, bagaimana pelabur daripada Dubai, negeri yang begitu maju bila sampai ke negeri kita melihat kita tawarkan tapak pelaburan tetapi kita tidak berbuat apa-apa.
Yang Berhormat, jangan keluar daripada tujuan kita hari ini.
Itu pendapatan, itu cadangan pendapatan supaya…
Saya ingat itu sajalah ah, saya tahu tetapi jangan keluar.
…elaun ADUN-ADUN dan menteri ini dapat dibayar melalui pendapatan. Jadi kita kena, di samping kita membayar elaun yang tinggi…
Cukup dari Dubai itu, tidak boleh. Diorang terlampau kaya.
…pendapatan negeri juga mesti tinggi supaya kita boleh.
Jadi dengan kata-kata itu banyak lagi yang saya mahu cakap sebenarnya tetapi sikit.
Pokoknya ialah bahawa kenaikan kita ini tidaklah menjejaskan negeri dan kita setanding dengan negeri-negeri lain yang tinggi ialah Sarawak, kemudian juga Pulau Pinang, kitalah tempat kedua. Sejajarlah, sesuailah dengan keadaan negeri kita yang luas dan tanggungjawab wakil-wakil rakyat semakin bertambah hari ini. Saya mohon menyokong Datuk Speaker. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sindumin. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Telupid. Telupid bolehkah? Senallang?
12:34 tengah hari
Terima kasih Datuk Speaker atas ruang yang diberikan kepada saya untuk terlibat dalam sesi perbahasan.
Sesi perbahasan ini mengenai dengan Rang Undang-undang Perbekalan kenaikan gaji. Saya ingat Datuk Speaker, saya minta izin menjelaskan sedikit amalan biasa, bila kita membahaskan tentang dasar, dia terbuka tidak spesifik. Kerana ada yang dibangkitkan oleh Sindumin itu tadi, berbagai keadaan itu sepatutnya, seharusnya, manakala di peringkat jawatankuasa spesifik, baru kita tumpukan di situ sahaja.
Saya berharap kadang-kadang kita bagi cadangan, it’s general. Pasal itu perbahasan di peringkat dasar.
Maknanya dasar ini is very macro you know, whereas jawatankuasa itu micro.
I know, kalaupun dewan nak hadkan supaya jimatkan masa, boleh hadkan setengah jam, dua puluh minit, macam di Dewan Rakyat. Bila kita berbahas tentang dasar, dasar dia naik gaji. It must be very large macrodiscussion yang ada dan saya nampak Datuk Speaker tadi pun berbangkit tentang sama ada sokong tidak sokong. Ini perbahasan. Jangan kita tekan sama ada kita sokong ataupun tidak sokong.
Pertemuan dalam rang undang yang ada apabila kita bahas sama ada semuanya setuju ataupun tidak setuju itu lain. Kalau dalam undang-undang kita setuju di peringkat Dewan Rakyat, Dewan Negara, itu
menjadi undang-undang, yang menolak pun dia kena gantung kalau rang undang-undang itu menjadi gantungan. Dia kena bayar gaji.
Yang Berhormat Senallang, itu tidak, tidak sepatutnya yang saya mahu minta mereka setuju atau tidak kerana ini adalah sesuatu amalan yang kita tidak mahu serius, tetapi juga serius dan sebaliknya. Terima kasih.
No, saya sebenarnya, ini yang kita nak update, pasal kebebasan untuk bersuara apabila ada Rang Undang-undang dan saya berharap tentang perkara bekalan ini, tentang Rang Undang-undang bila saya melihat perlu dijelaskan apakah formula yang digunakan tentang kenaikan gaji, ya?
Kalau nak spesifik, gaji untuk Speaker, Timbalan Speaker naik lima ribu, Timbalan Speaker.
Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri 3000, apa asas dia? Asas apa yang kita gunakan kalau persoalan dia untuk kepentingan rakyat. Speaker, Timbalan Speaker tidak ada kawasan yang nak dijaga, naik 5000, naik 3000 yang Dewan Undangan Negeri 3000 sahaja yang banyak kawasan dia.
Jadi ini yang saya lihat. Walaupun saya tahu bahawa kita masa kerajaan pun, kita cadangkan waktu itu tidak ada krisis yang berlaku pada hari ini dan saya simpati dengan apa yang diutarakan oleh apa nama, Tungku, iaitu persoalan yang pokok. Sentimen di peringkat luar, harga barang meningkat, menteri jaga makanan pun ada menyatakan...(mencelah/suara bertindih)
Yang Berhormat Senallang, Yang Berhormat Senallang.
Saya, kami diberikan elaun tahun ini oleh kerana kami pun digelarkan sebagai Yang Berhormat.
Apa yang telah dihujah-hujahkan tadi, mereka juga mereka juga yang rakyat-rakyat pun jumpa dengan kami untuk meminta sedikit sebanyak. Jadi itu sebablah ini perkara dibawa semula untuk memberikan sedikit sebanyak pertolongan kepada rakyat.
Kami pun juga sebagai ATM Yang Berhormat. Jadi jangan sasarkan kepada kami sebagai Speaker.
No, no, saya tidak sasarkan. (mencelah/suara bertindih)
Terima kasih. I’m, saya tidak senang hati, terima kasih banyak-banyak untuk… (suara bertindih) Teruskan, teruskan ya.
Saya tidak sasarkan kepada Speaker, Timbalan Speaker, cuma saya nak tanya formula apa yang kita guna, kalau berdasarkan oleh kerana sepatutnya Ahli-ahli Dewan Negeri ini berhadapan dengan masalah.
Saya tahu masalah bukan kita sahaja, bahkan juga rakyat di peringkat akar umbi.
Adakah senario yang ada pada hari ini membolehkan keadaan seumpama ini kita boleh laksanakan ataupun tidak. Ini yang kita mahu bahaskan.
Saya bertanya apa formula dia?
Bagaimana peningkatan?
Contohnya ADUN, cuma 3,180. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, 9,438 ringgit peningkatan yang ada.
Saya tahu bebanan banyak kerana tanggungjawab dia pun banyak. Itu saya tahu, tanggungjawab saya pun selaku Ketua Pembangkang banyak, bukan sikit. Cuma saya nak tanya, formula apa dia, dan saya bimbang.
Datuk Speaker, dalam keadaan ekonomi yang semakin merosot saya persoalkan tentang FELDA, hari ini dah pun dilaksanakan gaji CEO FELDA 480 ribu sebulan.
Bayangkan peneroka FELDA di Umas-Umas, peneroka FELDA di Tawau, dia keluarkan duit hutang, beli makanan di kedai, di Umas-Umas, di Lahad Datu meningkat hutang mereka, tetapi 400 ribu gaji CEO yang ada dan mereka tidak tahu.
Saya tahu FELDA bukannya macam ya, IOI, bukan macam Guard Read. Kena beli tanah kalau IOI untuk melahirkan untung yang begitu banyak.
FELDA tidak perlu beli tanah. Tanah kita bagi dekat dia 300 lebih ribu ekar di Tawau di Lahad Datu. No cost incurred dengan izin for them to acquire asset from the very beginning compare to the private sectors but increased of salary is time must be very precise time kan.
Saya tahu Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat memerlukan kewangan yang ada tetapi cuma saya nak bangkitkan, is it the right time or not ya. Pasal saya tahu perkara ini membimbangkan kita di peringkat akar umbi. Here we are di peringkat Dewan Undangan Negeri, keadaan yang berlaku kita nak naikkan gaji kita.
Saya tahu bebanan banyak ya.
Bukan tidak banyak bebanan dia tetapi saya berharap sungguh apa yang telah saya soalkan tadi itu, formula apa yang kita gunakan, kaedah apa yang kita gunakan?
Saya tahu Kerajaan Negeri hari ini mempunyai hasil yang banyak. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ada sebutkan hasil kita meningkat, bukan hanya daripada cukai, tax yang ada, apa ini SST, minyak, royalti ada kelapa sawit dia punya apa sales tax dia meningkat waktu harga kelapa sawit meningkat dan kita tahu dalam keadaan peningkatan hasil negeri kita terus naikkan gaji kita, walaupun mungkin dia tidak setimpal.
Saya tahu, saya tahu banding dengan negeri-negeri lain pun kita berhadapan. Gaji Sarawak ya, ADUN dia dan menteri-menteri dia jauh lebih besar daripada kita tetapi adakah perkara ini bersesuaian ataupun tidak dalam keadaan ekonomi yang semakin membebankan rakyat saban hari cukai negara kita ya. Kita nampak hutang negara semakin meningkat. Are we contributing to the problem face for the people ya?
Kalaupun kita nak bantu wakil rakyat seperti apa yang dibahaskan oleh rakan-rakan lain, ada kaedah dia. Pembangunan, bantuan yang ada kepada rakyat di peringkat akar umbi untuk mempastikan supaya, saya tahu rakyat juga berhadapan dengan berbagai karenah, ya. Tak perlulah nak highlight siapa-siapa daripada mana, sama ada Sempornakah ataupun dari Sinduminkah, itu amalan kita. Tak perlu highlight, bagi kita, serahkan kepada Allah Subhanahuwataala, sama ada nampak ataupun tidak nampak yang penting kepada kita membantu.
Tetapi saya bimbang, Datuk Speaker, ya.
Yang Berhormat Senallang, point taken.
Boleh saya tunjukkan kerana saya mahu tunggu.
Point taken. Can we proceed untuk mengadakan lagi satu perbahasan selepas ini.
Perbahasan apa itu?
Ada lagi yang mahu bahas, Yang Berhormat.
Okey. Saya, Datuk Speaker, sebenarnya saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan ini. Terima kasih banyak.
Terima kasih Ketua Pembangkang. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat dari Telupid.
Terima kasih Datuk Speaker. 12:40 tengah hari
Terima kasih Datuk Speaker. Ah, saya bersetuju dengan beberapa Yang Berhormat telah mengambil bahagian mengenai dengan meminda Enakmen anggota pentadbiran dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri. Selaku wakil rakyat yang baharu, saya tidak boleh bayangkanlah kepada wakil rakyat yang sudah lama seperti Senallang, yang sudah begitu berapa penggal selaku wakil rakyat. Tetapi selaku wakil rakyat yang baharu, memang menjadi satu kekangan kita apabila bercakap tentang perbelanjaan peribadi. Oleh sebab itu, saya menyokong supaya penyelarasan ini diteruskan oleh kerajaan kerana betul juga kita dihimpit dengan masalah ekonomi, masalah perbelanjaan isi rumah yang meningkat. Tetapi dalam masa yang sama kalau boleh diibaratkan perahu atau kereta, wakil rakyat ini macam perahu ini, macam kereta juga. Kalau kereta tidak cukup minyak, macam mana itu kereta boleh bergerak. Kalau itu pendayung tidak cukup makan, macam mana boleh kita berdayung. Jadi, wakil rakyat ini ibarat kereta, kereta kepada rakyat, perahu kepada rakyat. Jadi, kenaikan ini merupakan motivasi, motivasi kepada wakil rakyat sebagai satu penghargaan. Bukan satu kebanggaan.
Motivasi untuk terus berkerja kepada rakyat seperti perahu, seperti kereta.
Jadi, saya menyokong ke atas pelarasan ini dalam masa yang sama ingin juga supaya kerajaan seperti yang dikatakan oleh Sindumin, memastikan setiap perbelanjaan kita kena kepada sasaran untuk membantu masyarakat kita di luar bandar yang terkesan dengan ekonomi. Pengurusan kewangan yang cekap kepada sasaran yang tepat.
Ini yang kita mahu kepada kerajaan.
Saya rasa rakyat di bawah sana pun faham juga, kita pun rakyat juga ini, pembayar cukai. Cuma kita dipanggil yang berkhidmat bukan yang berhormat. Kerana inilah tanggungjawab yang diberi rakyat kepada kita.
Kita berkhidmat. Layaklah kita diberikan gaji.
Jadi Datuk Speaker, seperti yang saya katakan tadi saya sangat menyokong supaya pelarasan ini diluluskan kepada anggota pentadbiran dan juga ahli dewan undangan termasuklah speaker dan timbalan speaker kerana kita semua ada tanggungjawab. Jadi, saya tidak mahu bercakap panjang kerana rakan-rakan daripada kawasan yang lain telah pun menyokong dan mengenai dengan yang disentuh oleh Senallang tadi beliau beberapa penggal selaku wakil rakyat. Tetapi yang baharu ini saya rasa terkesan dengan gaji yang memang saya setuju dengan Sindumin, tidak pun terasa gaji kerana menjadi ATM kepada rakyat kita. So, sekali lagi saya menyokong pada pindaan untuk enakmen anggota pentadbiran dan juga ahli dewan undangan negeri melalui pelarasan ini. Saya menyokong Datuk Speaker. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Sri Tanjong. 12.44 tengah hari
Terima kasih kepada Datuk Speaker, kerana memberi peluang dan ruang saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang ini. Datuk Speaker, saya rasa Rang Undang-undang ini memberikan satu amaran ataupun memberikan satu kesusahan kepada ADUN-ADUN yang termasuk juga di kabinet sedangkan kami ini diberikan amanah untuk mewakili wakil rakyat, mewakili rakyat dan sedangkan rakyat kita di luar memang berhadapan dengan kebanyakan susah dan juga saya lihat sama ada pembentangan ini adalah sesuai untuk dilakukan pada sidang kali ini dan saya juga berpendapat bahawa kenaikan gaji ini sebenarnya bukan banyak untuk ADUN, cuma tiga ribu. Tetapi, yang apa yang kami akan dilihat di luar itu adalah kami tidak bersama rakyat sewaktu mereka berhadapan dengan krisis.
Saya bagi contoh di beberapa negara seperti New Zealand dan Singapura, semasa negara itu dilanda dengan wabak COVID.
Kerajaan mereka yang sendiri mengambil inisiatif untuk memotong gaji sebanyak 20% in solidarity with their people to show that kerajaan walaupun bebanan yang besar tetapi yang langkah itu memberikan satu gambaran di mana wakil rakyat selalu bersama dengan rakyat. Jadi dengan itu, sebenarnya
daripada bentangkan kenaikan gaji ini saya lebih berpandangan bahawa kerajaan yang sedia ada harus melakukan beberapa reform di institusi dewan ini. Di mana sudah banyak pihak dari dahulu pernah mencadangkan bahawa satu akta harus diwujudkan untuk memberikan peruntukan kepada setiap ADUN.
Ini adalah salah satu institutional reform yang lebih bagi saya diterima oleh rakyat kita di Sabah, di peringkat Sabah ini dan juga itu akan mekanisme itu akan juga di pantau oleh jawatankuasa di dewan supaya perbelanjaan yang wakil rakyat telah pun lakukan akan dilihat dengan secara lebih transparent dan juga kalau saya boleh bagi contoh di United Kingdom di mana mereka mempunyai satu mekanisme di House of Commons ataupun Dewan Rakyat. Mereka mewujudkan satu skim, namanya Short Money. Short Money ini adalah perbelanjaan tax payer punya money dan diperuntukkan kepada wakil pembangkang dan setiap kuarter mereka mempunyai satu select committee untuk membuat semakan sama ada perbelanjaan itu adalah sesuai ataupun sama ada perbelanjaan.
….. sama ada perbelanjaan itu telahpun melanggar apa yang sepatutnya seorang wakil rakyat harus belanja.
Datuk Speaker, boleh minta laluan?
Boleh.
Terima kasih, Sri Tanjong, terima kasih Datuk Speaker.
Cadangan yang dibuat oleh Sri Tanjong adalah munasabah sebab kita perlunya suatu reformasi ataupun apa ini institution reform di Dewan Rakyat ini, Dewan Undangan Negeri ini maaf kerana we should support executive dan juga legislative di mana legislative patut mentadbir peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri. That should be the way forward for us sebab satu reformasi, setuju kah? Sri Tanjong bahawa satu reformasinya adalah untuk mentadbir peruntukan kepada semua ADUN biarlah dia daripada pembangkang ataupun kerajaan dan kita boleh
menunjuk bahawa tiada tekanan daripada executive ataupun choice dari legislative..executive untuk memberi peruntukan yang hanya kepada ahli kerajaan, terima kasih.
Terima kasih kepada Moyog, saya sebenarnya amat mengalu-alukan cadangan untuk menambah baik institusi dewan. Kita di sini sedangkan saya seorang wakil yang penggal pertama kalau saya tidak sendiri menunjuk kepada generasi yang muda dan yang akan datang bahawa wakil rakyat ini yang merupakan seorang law maker.
Law maker harus melihat macam mana kami boleh tambah baik institusi kita dan juga Datuk Speaker, saya melihat kenaikan gaji ini walaupun ADUN mempunyai banyak tanggungjawab. Saya sendiri pun, saya mewakili satu kawasan di bandar tetapi saya pun selalu didatangi dengan pelbagai permohonan dari segi bantuan kah, ataupun sumbangan tetapi kami harus mengasingkan perkara ini dengan keadaan yang sedia ada.
Di mana, jikalau kerajaan sekarang yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dari Sulaman boleh memberi satu komitmen di mana satu akta ikut allocation ini dapat diwujudkan.
Saya rasa tidak ada orang di sini akan tolak, termasuk juga dengan pembangkang sedangkan ini dapat memanfaatkan wakil rakyat yang sedia ada dan yang akan datang jadi dengan itu saya berharap bahawa kerajaan sekarang haruslah...
Tuan Speaker…
Tanjung Aru, [mencelah]
Saya minta mencelah sahaja, boleh?
Ya, terima kasih Datuk Speaker setujukah ADUN daripada Sri Tanjong bahawa saya rasa tiada orang argue lah bahawa sebagai satu law maker di Sabah State Assembly ini gaji itu kalau bagi sayalah terlampau rendah sudah as a law maker it’s too low tetapi soal dia bukan pasal salary ini soal dia ialah timing dia timing yang di mana kita laksanakan atau buat naikkan gaji ini adalah tidak sesuailah pada masa ini, adakah YB setuju? Terima kasih.
Tanjung Aru, sebenarnya saya tadi sudah sebut pasal kalau kami melihat kerajaan Negara-negara maju seperti Singapura dan New Zealand, mereka mengambil inisiatif untuk...
[Mencelah] Minta ruang, Sri Tanjong.
Nanti dulu ah, saya kasi habis dulu, sorry ah. Saya kasi habis dulu ya, kami harus mencerminkan ataupun mengambil negara-negara ini sebagai contoh semasa rakyat kita susah kami harus in solidarity with them ya. Boleh, Moyog...Melalap.
Yang Berhormat Melalap, silakan..
Terima kasih Yang Berhormat Sri Tanjong, apa yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Sri Tanjong seolah-olah beliau ini membantah kenaikan gaji yang cuma berjumlah mungkin 300… tiga ribu satu ratus lebih untuk wakil-wakil rakyat, jadi seperti yang kita maklum sebelum ini, semua kakitangan kerajaan ini sudahpun dinaikkan gaji-gaji sebelum ini. Jadi hari ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mencadangkan ataupun membawa satu usul untuk menaikkan sedikit imbuhan kepada semua wakil-wakil rakyat termasuk juga kepada wakil rakyat pembangkang tetapi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Tanjong seolah-olah beliau ini tidak bersetuju dengan kenaikan gaji tetapi beliau bersetuju dengan pemberian, apa ini, peruntukan ADUN, jadi apa beza dia itu? Lagi besar peruntukan ADUN daripada gaji, gaji cuma 300...3000 peruntukan ADUN itu berapa?
So kalau mahu minta, kalau mahu bersetuju, bersetujulah untuk kenaikan gaji ini dan bersetuju untuk diberikan peruntukan ADUN, kepada memohon peruntukan ADUN untuk diberikan kepada pembangkang itu kita terima, tetapi seolah-olah 3000 ini tidak setuju tetapi 2 juta itu bersetuju jadi itu seolah-olah tidak begitu adil ataupun tidak begitu logik.
Datuk Speaker….
Terima kasih, YB Melalap.
Er, Yang Berhormat Sri Tanjong, tolong gulungkan.
Yang Berhormat Sri Tanjong…
Datuk Speaker, saya sebenarnya tidak setuju untuk membentangkan kenaikan gaji pada sidang ini tadi saya sudah sebut.
[suara bertindih] Minta laluan.
Sebab apa yang saya lihat, yang dikatakan oleh Tanjung Aru dan Moyog sebentar tadi bahawa timing is time is of the essence.
Adakah kami sesuai untuk menambah gaji kita pada waktu keadaan inflasi yang sedia ada yang dihadapi rakyat kita, sama ada kita harus menunjukkan kami sebenarnya in solidarity with them.
Jadi dengan itu, Datuk Speaker, saya melihat bahawa kalau kita mewujudkan akta eco allocation ini dia berlainan sebab dia itu akan dipantau oleh jawatankuasa maka ada ketelusannya jadi dengan itu saya berharap Kerajaan Sabah yang sedia ada ini boleh menerima cadangan untuk mewujudkan satu akta.
Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat, minta laluan…
Yang Berhormat Sri Tanjong, menyokong?
Saya tidak menyokong.
Er, Luyang.
Terima kasih, Datuk Speaker. Bagi pendapat saya, saya rasa apa yang dikatakan oleh rakan-rakan saya di pembangkang adalah betul.
Maka timing adalah sangat penting sekali kalau kita lihat dari segi kenaikan gaji ini kerana kita tidak mahukan persepsi di luar sana ada satu persepsi yang buruk dan negatif.
Bahawasanya, kita di sini cuma mahu naik gaji sedangkan sidang DUN cuma bersidang tidak lebih 15 hari 1 tahun so saya rasakan…
Yang Berhormat Luyang, kalau Yang Berhormat baca Peraturan Tetap itu sudah ditetapkan dan juga constitution jadi di ulangkaji balik-balik perkataan itu tidaklah sesuai. Saya minta janganlah sentuh itu.
[Suara Bertindih] Saya setuju itu, Datuk Speaker.
[suara bertindih] Kerana Dewan Undangan berpandukan kepada constitution dan juga.
[suara bertindih] Ok, Datuk Speaker.
[suara bertindih] Standing order…
[suara bertindih] Apa yang cuba saya nak katakan, apa yang saya nak katakan, adalah…
[suara bertindih] Refresh, refresh your statement.
Ok, apa yang saya cuma nak katakan, kita sebagai ADUN.
Kalau kita nak naik gaji, saya rasa memang setuju bahawa kita punya gaji...punya gaji ADUN adalah sangat rendah berbanding kepada negeri-negeri lain.
Apa yang saya nak ulaskan adalah, tanggungjawab harus selaras dengan gaji itu, kalau kita nak naik gaji, kita mesti naikkan tanggungjawab, naikkan tugas dalam Cina kata [bahasa cina] dengan izin, apa yang saya nak jelaskan tanpa kerja yang banyak tanpa gaji, kita mesti ada kerja yang lebih menggalas tugas dan tanggung…
… lebih menggalas tugas dan tanggungjawab yang lebih besar. Saya rasa tidak ada orang bantah dengan cadangan ini kerana ini sememangnya kita punya tanggungjawab dan kita punya tugas.
YB Luyang, mohon mencelah.
YB, Boleh cakap sikit?
Silakan.
Yang Berhormat Luyang boleh cakap?
Yang mana dahulu? Sindumin ataupun Kemabong?
Kemabong berdiri dahulu, Kemabong berdiri.
Sindumin? Yang Berhormat beri laluan.
Kemabong dahulu.
Ok.
Yang Berhormat Luyang, kasi laluan.
Saya a…
Ini kalau…
Terima kasih.
Saya mendapat fahaman bahawa gaji ini tidak setimpal dengan tugas menteri, tugas ADUN wakil rakyat Luyang kerana mungkin dia tidak banyak tugas. Dia dekat dari rumah main telepon sahaja tetapi wakil rakyat yang luas kawasan dia yang bertugas tiap-tiap hari ini,
sebenarnya kalau ikut yang dikatakan oleh Tungku, oleh Sindumin tadi dan Senallang pun menyatakan bahawa sebenarnya kenaikan ini adalah masih rendah sebenarnya.
Dan seolah-olah wakil rakyat Luyang ini tidak memerlukan elaun daripada kerajaan sebagai wakil rakyat.
Tetapi kawasan-kawasan yang jauh ini saya fikir memerlukan. Terima kasih.
Yang Berhormat Luyang, mau kasi laluan kepada Sindumin?
Iya saya jawab dahulu.
Saya tidak mempertikaikan.
Ada ADUN-ADUN yang di kawasan luar bandar.
Dia memang, mereka memainkan peranan yang penting masuk kampung, melawat setiap kampung kerana kawasan yang sangat luas sangat besar.
Tetapi kita sebagai ADUN di bawah sistem berparlimen demokrasi, kita ada tugas yang besar untuk memainkan kita punya peranan di Dewan DUN, Iaitu saya nak mencadangkan untuk memperhebatkan, untuk mengadakan institutional form di Dewan DUN ini. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Moyog itu adalah sangat betul. Saya tidak pertikaikan kita ini seolah-olah kesalahan Speaker ataupun sesiapa. Kita ada sidang yang sangat pendek setahun. Tetapi apa yang saya nak cadangkan, kalau kita nak naik gaji kita mesti menggalas tugas yang lebih besar lagi. Mungkin dari 15 hari ke satu bulan.
Satu tahun ada satu bulan untuk kita mengadakan sesi DUN tidak bukan satu cadangan yang sangat melampau.
Kita ada tanggungjawab untuk membawa suara rakyat di dewan yang mulia ini. Ini yang saya nak cakap.
Yang Berhormat Luyang, Sindumin mahu mencelah.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Luyang. Luyang bercakap soal kawasan. Luyang dari hujung ke hujung 15 minit habis.
Hospital Queen Elizabeth 15 minit sampai.
Hospital Kanak-kanak Ibu 5 minit sampai.
Tapi kami yang jauh di Sindumin di kawasan lain perlu khidmat yang lebih jauh. Jadi kalau kita ingin samakan dari segi tugas wakil rakyat untuk hadir di Dewan Undangan Negeri untuk membahas Rang Undang-undang, betul pendek.
Tetapi wakil rakyat bukan semua bertugas di sini.
Dia bertugas di kawasan masing-masing.
Berkhidmat kepada rakyat.
Kawasan-
kawasan Yang Berhormat DAP dia di bandar.
Kecil kawasannya. Tadi Yang Berhormat daripada Sri Tanjong, minta maaf, dia mengatakan bahawa elaun itu kita rendah dan kita mahu tinggi, betul. Elaun Singapura 70 000.00 satu bulan. Tinggi. Tetapi wakil rakyat Singapura tidak didatangi oleh orang minta tambang bas. Tidak minta tambang ke hospital, kerana mereka mentaliti mereka sudah lain. Rakyat mereka ahli wakil rakyat bandar. Mereka lawmakers, bukan ATM macam yang kita cakap tadi. Mungkin satu masa nanti kita boleh seperti Singapura, seperti England, seperti Australia. Mungkin 20 tahun, 30 tahun akan datang.
Terima kasih Sindumin.
Teruskan Luyang.
Saya rasa apa yang Sindumin mengatakan adalah sangat interesting. Ya we are lawmakers. That is the reason why we want to raise the concerns of kita mesti adakan lebih banyak sesi, mesti adakan lebih banyak tugas dan tanggungjawab di Dewan DUN ini. Kalau kita lihat bukan sahaja masalah sesi DUN adalah tidak mencukupi, saya lihat kalau kita berbanding kepada parlimen jangan kita berbanding kepada negara asing.
Di Parlimen mereka tubuhkan banyak jawatankuasa pilihan untuk membincang dan juga membahas isu-isu yang penting. Jawatankuasa pilihan mengenai kesihatan, jawatankuasa pilihan mengenai pendidikan, semua ini adalah sangat penting tapi kita punya Dewan belum ada lagi jawatankuasa pilihan berkenaan.
Itulah sebab saya cadangkan adalah penting untuk kita sebagai wakil rakyat sedangkan kita akan naik gaji ini kita menggalas tugas dan tanggungjawab yang lebih besar. Ini adalah apa yang saya cakap.
Yang Berhormat Luyang, ada mencelah daripada Melalap.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat daripada Luyang. Kita semua maklum hari ini kita Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bentangkan satu usul untuk kenaikan gaji, sekiranya ada usul-usul yang lain kita buat di hari yang lain. Buat awal, serahkan kepada Dewan ataupun serah kepada Speaker lebih awal dan kita boleh buat persediaan. Kalau kita
bincangkan satu usul kenaikan gaji pada hari ini, dan kita bincangkan hal-hal yang tidak berkaitan pun dia sudah terkeluar daripada usul apa yang kita mahu bincangkan Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Melalap.
Saya tidak bersetuju bahawa cadangan saya adalah tidak berkaitan. Saya rasa ianya adalah berkaitan kerana kalau kita nak sebut naik gaji kepada wakil rakyat, maka kita ada tanggungjawab yang lebih besar. Kalau kita nak naik minta kita sebagai macam di pihak swasta, kita minta naik gaji. Bos kita mesti panggil kita untuk menggalas lebih banyak tugas yang lebih penting dari mungkin saya sebagai cashier saya minta tambah gaji.
Saya sebagai manager, saya akan menolak dan memberikan tanggungjawab yang lebih besar.
Yang Berhormat Melalap.
Yang Berhormat, beri laluan.
Yang Berhormat Luyang
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Betul kita boleh tambah hari saya di Parlimen 3 Penggal, kalau tambah sesi kita bincang kalau tiada benda yang kita bincang, masa datang ke Dewan dibayar elaun. Ada gaji bukan free datang sini. Bukan free datang ke KL. Setiap hari bersidang, wakil rakyat di samping gaji ada lagi elaun harian.
Lojing, yang juga menambah kos kepada pentadbiran negeri ataupun negara.
Dia bukan free, bukan masuk dalam gaji. Dia elaun lagi lain. Terima kasih.
Luyang. Yang Berhormat Luyang sila duduk sekejap.
Saya gulung saya gulung.
No! Sila duduk sekejap.
Sila duduk.
Selama ini Yang Berhormat Luyang telah membuat cadangan seperti yang apaitu extension of time for Dewan. Jadi itu diulang balik, ulang balik. Tadi
pun sudah ulang balik. Jadi saya menggunakan kuasa saya kalau boleh jangan lagi ulang itu dan saya berikan untuk penutupan dan terima kasih.
Okey. Apa yang nak saya cadangkan di sini saya ulangi sekali lagi adalah penting sekali untuk memperkasakan institusi Dewan ini. Ini adalah point saya sekiranya kita nak tambah gaji, kita mesti diberikan tanggungjawab dan juga tugas yang lebih besar. Ini adalah point saya. Justeru itu, saya simpulkan dan terima kasih.
Oleh kerana tidak ada lagi membahas, dengan segala hormat saya ingin menjemput Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Silakan.
Ada. Speaker, Speaker saya punya nama tadi ada submit kasih Speaker.
Datuk Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli daripada Sungai Manila, Tungku, Sindumin, Senallang, Telupid, Sri Tanjong, Luyang dan juga ada daripada yang menyampuk tadi daripada Tongod, Merotai, Tanjung Aru dan Melalap. Mereka turut membahas Rang Undang-undang ini.
Saya mengambil maklum pandangan-pandangan yang telah diberikan sebentar tadi. Bagi saya yang penting ialah kita tidak lupa akan masalah rakyat. Sekarang ini, sekarang ini kita.
Saya mengambil maklum pandangan-pandangan yang telah diberikan sebentar tadi.
Bagi saya, yang penting ialah kita tidak lupa akan masalah rakyat. Sekarang ini, sekarang ini kita mempunyai satu dasar dan usaha yang baik untuk menaik taraf hidup rakyat.
Soal timing, soal formula, untuk makluman ahli-ahli dewan yang mulia ini, sebelum Rang Undang-undang ini dibawa ke dewan yang mulia ini, ianya telah dikaji dengan teliti oleh satu jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Sebenarnya, perkara ini telah dicadang sejak sekian lama lagi.
Sejak Kerajaan Barisan Nasional,
sampailah ke kerajaan yang ada pada hari ini.
Kerana itu kerajaan berpendapat, semakan pelarasan ini perlu. Memandangkan kedudukan negeri Sabah yang luas, dan sebagai negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak serta mengambil kira situasi semasa, di mana tanggungjawab anggota perkhidmatan semakin mencabar, semakin besar, terutama berurusan setiap hari dengan kerenah dan juga keperluan rakyat.
Saya ingin membuat sedikit perbandingan.
Jika kita membuat perbandingan, sekarang ini Sabah adalah rendah jika dibandingkan dengan beberapa negeri di dalam Malaysia seperti Sarawak, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak, dan lain-lain dan kedudukan emolumen untuk ahli-ahli anggota kerajaan ataupun dewan negeri ini agak rendah jika dibandingkan dengan beberapa negeri di Semenanjung. Kerana itulah kita mengambil inisiatif memandangkan keadaan yang yang berlaku di persekitaran kita sekarang ini walaupun kita faham mungkin di luar sana rakyat akan bercakap “kenapa dalam keadaan sekarang?” Timingnya dan sebagainya, tetapi asas utama ialah untuk wakil rakyat ataupun anggota kerajaan ini memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
Kerajaan mesti mempunyai satu dasar yang baik untuk memastikan bahawa taraf hidup rakyat yang ada sekarang ini ditingkatkan.
Kita berusaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat. Ini yang paling penting. Bukan soal kalau sekiranya ahli-ahli dewan yang mulia pada hari ini tidak bersetuju dengan cadangan ini, kita boleh buat keputusan.
Datuk Speaker, minta laluan. Yang Berhormat Ketua Menteri.
Sebentar tadi di permulaan penggulungan, Yang Berhormat Ketua Menteri ada menyatakan bahawa kajian kenaikan gaji ini sudah dibuat kajian, melalui apa ini, bermula daripada Barisan Nasional dulu sehingga lah sekarang. Saya mohon supaya dimasukkan dalam ucapan itu dibuat kajian semasa Barisan Nasional dan juga kerajaan Warisan dan sekarang ini. Terima kasih.
Teruskan, Yang Berhormat.
Terima kasih. Kerana itulah memandangkan keadaan, apa nama dia itu, sekarang ini memang tidak dapat dinafikan, persepsi, memang ada. Apabila dewan ini mengambil keputusan untuk mempertimbangkan Rang Undang-undang ini. Apa juga yang kita bawa di sini memang akan mengundang, apa nama, respon daripada rakyat, tetapi seperti mana yang saya jelaskan tadi, yang penting ialah kerajaan mempunyai satu usaha ataupun dasar yang baik untuk memastikan bahawa rakyat kita, terutama daripada golongan yang kurang kemampuan ini dibantu. Kita ada dasar yang baik dan dengan kenaikan emolumen ini gaji ini juga adalah digunakan oleh wakil rakyat membantu rakyat. Inilah budaya di Sabah sekarang ini. Setiap hari, wakil rakyat akan dikunjungi oleh rakyat mereka. Saya setuju sesetengahnya mungkin gaji yang diterima ini ataupun emolumen elaun ini tidak cukup untuk membantu rakyat.
Jadi, kerajaan mengambil sedikit inisiatif untuk menaikkan kadar emolumen ini supaya dapat meringankan sedikit, apa nama dia, tanggungjawab dari segi kewangan di kalangan anggota kerajaan dan juga wakil-wakil rakyat.
Jadi, selain daripada itu implikasi kewangan juga tidak membebankan. Ianya cuma melibatkan lebih kurang 5.6 juta satu tahun sahaja.
5.6 juta satu tahun.
Inilah tanggungan kerajaan jika Rang Undang-undang ini diluluskan. Terima kasih, Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022Bill
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, peringkat jawatankuasa hari apa?
Hari ini, Tuan Speaker.
Sila cadang, Yang Amat Berhormat.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa
Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1, 2, 3, dan 4 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke dewan.
Majlis Dalam Peringkat Majlis Sidang
Silakan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, selepas ini.
Yang Berhormat.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga hari apa?
Hari ini, Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan)Bill
Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan).
Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) Pindaan 2022Bill
Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) Pindaan 2022.
Ucapan pengaturan.
Saya menjemput Yang Berhormat Menteri.
Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Tetap 4(3) mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan sekarang.
Yang Berhormat, saya mohon yang menyokong.
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Ahli Yang Berhormat Luyang, silakan. 10 minit ya.
Ya.
Terima kasih Datuk Speaker kerana ah… membenarkan ucapan penangguhan.
Ah, saya rasa sudah lama kita tidak ada ucapan penangguhan.
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Speaker kerana membenarkan ucapan penangguhan dibenarkan untuk membangkitkan di dewan yang mulia ini.
So, saya baca ucapan penangguhan yang saya sudahpun sediakan dan ditujukan kepada Menteri Kerja Raya.
Kawasan Pantai Barat Sabah termasuk Bandar Raya Kota Kinabalu telah mengalami kekurangan bekalan air yang semakin serius, dan telah menjejaskan kehidupan harian rakyat. Saya difahamkan bahawa keperluan bekalan air di seluruh kawasan Pantai Barat Sabah, telah melebihi keupayaan pengeluaran bekalan air semasa yang dianggarkan.
Pada ketika ini defisit bekalan kita adalah setinggi 30 peratus, untuk kawasan Pantai Barat Sabah. Kejadian ini bertambah serius setiap hari, kerana semakin banyak projek pembangunan yang baharu, termasuk pembinaan taman perumahan dan kondo-kondo.
Namun, pengeluaran bekalan air tidak mampu menampung keperluan yang semakin bertambah. Pada pandangan saya, masalah ini akan menjadi satu krisis yang besar bagi seluruh Pantai Barat Sabah, khususnya Bandar Raya Kota Kinabalu, jika tidak ada tindakan yang diambil dengan segera.
Saya minta Kerajaan Sabah menjelaskan pendirian, pendekatan dan perancangan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang untuk mengatasi masalah tersebut.
Kita sedia maklum, bahawa satu perancangan Kerajaan Negeri ialah membina empangan besar. Saya minta penjelasan secara terperinci, adakah Kerajaan Sabah hari ini akan
meneruskan perancangan tersebut?
Jika tidak, apakah alternatif yang kita ada untuk mengatasi masalah yang saya sebut tadi.
Selain itu, pada ketika ini adalah penting bagi Jabatan Air Sabah, untuk wujudkan satu sistem pemantauan bagi mengenal pasti jika ada berlakunya gangguan bekalan. Ini kerana, sememangnya masalah gangguan perkhidmatan ini berlaku hampir setiap hari, termasuk di kawasan saya Luyang.
Justeru, saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada sistem pemantauan Jabatan Air masih berfungsi dengan berkesan.
Saya difahamkan, terdapat satu sistem yang telah digunakan oleh Jabatan Air sebelum ini iaitu dikenali NRW Manager, berfungsi untuk membantu Jabatan Air untuk memantau penyampaian perkhidmatan bekalan air di seluruh Sabah. Adakah sistem ini masih berfungsi dengan biasa? Adakah sistem ini akan dinaik taraf bagi meningkatkan perkhidmatan Jabatan Air? Saya sokong dengan sistem pemantauan yang berkesan kerana jika ada kawasan yang mengalami tekanan air rendah ataupun kekurangan air, sistem ini akan memaklumkan Jabatan Air Sabah untuk tindakan lanjut.
Sistem ini juga akan membolehkan Jabatan Air mengenal pasti lokasi yang berlakunya kebocoran ataupun ke rosakan paip.
Ini juga dapat meningkatkan kecekapan Jabatan Air Sabah untuk memulihkan bekatan, bekalan air dengan secepat mungkin.
Kesimpulannya, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Sabah pada hari ini, mesti mengambil tindakan yang secara proaktif dan pantas serta membuat keputusan untuk mencari cara penyelesaian masalah bekalan air, bukan sahaja di Pantai Barat Sabah tetapi seluruh Sabah.
Konsensus mesti dicari dan dicapai melalui dewan yang mulia ini yang mewakili seluruh rakyat Sabah. Apakah perancangan dan kaedah yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah ini sama ada membina empangan ataupun alternatif lain?
Kita mesti membincang dengan baik supaya masa depan Sabah terus dibela dan dipelihara. Sekian, mohon penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sila jawap.
Terima kasih Tuan Speaker, dan ah… terima kasih juga kepada penghargaan kepada Yang Berhormat daripada Luyang untuk membangkitkan perkara ini, dan saya juga sebenarnya ingin platform seumpama ini, supaya saya boleh menjelaskan hala tuju, perancangan dan rakyat boleh mendengar. Bab apabila saya memasuki mengambil alih di kementerian ini, memang menjadi matlamat saya, bukan sahaja menyelesaikan masalah jalan raya, masalah air, masalah pembentungan dan lain-lain. Sebab Ini adalah amanah diberikan kepada saya dan juga kerajaan yang ada pada hari ini.
Justeru itu, untuk makluman Yang Berhormat Luyang bahawa pihak kementerian bersama dengan Jabatan Air Negeri Sabah, kita telah tiga kali mengadakan seminar, libat urus melibatkan seluruh engineer Jabatan Air dan juga pakar-pakar air untuk menentukan hala tuju air Negeri Sabah ini, dan daripada situ kita dapat maklumat-maklumat yang terperinci. Masalah yang kita hadapi, iaitu seperti Yang Berhormat maklum, masalah air ini bukan hanya di Kota Kinabalu tetapi masalahnya melibatkan seluruh negeri Sabah.
Dan bagi pihak KKR dan Jabatan Air, kita telah membuat dua kali kajian. Tetapi kajian ini merupakan kajian dalaman dan kita perlukan satu kajian daripada konsultan yang bertauliah.
Dan saya telah membuat Cabinet Paper untuk minta kabinet meluluskan pelantikan konsultan, dan bulan Mac yang lalu kabinet telah meluluskan, dan sekarang ini konsultan bertauliah sedang kita pilih lantik untuk membuat kajian seterusnya, sebab kita mahu puas hati di mana punca-punca air ini tidak boleh di deliver kepada rakyat.
Pertama, daripada 84 loji kita ada, 22 loji air ini sudah tidak berfungsi sebab air tercemar. Apabila dicemari ada hujan satu hari lojipun tenggelam. Bermakna air ini dia, air ini memang sensitif. Dia rosak satu item perlu satu minggu untuk produce air lagi. Sudahlah rosak paip air kita non revenue water. Sekarang ini Sabah I think the highest 65 percent non revenue water sebab air paip kita ini dibina zaman British lagi. Kita pakai paip abastos, ah, ini masalah. Jadi untuk daripada kajian awal kita untuk pulihkan air di Sabah ini memerlukan 27 bilion.
Jadi saya tengah membuat perencanaan hala tuju selepas kajian ini dan dalam masa yang sama kerajaan juga mempertimbangkan untuk meneruskan cadangan kerajaan dahulu, iaitu Kerajaan Warisan untuk membina empangan Papar. Ini, mana perancangan yang baik saya kata kita teruskan.
Ini untuk rakyat, jangan bukan Pakatan Harapan dulu, perancangan baikpun dia batal, akhirnya negara kita hampir muflis.
Warisan pun begitu, perancangan BN yang baik pun tangguh batal, Pan Borneo batal. Akhirnya, kita rakyat Sabah menerima limpahan Pan Borneo itu susah [audien menepuk meja]. Kita sini lain saya cakap dengan Ketua Menteri, biarpun cadangan daripada Warisan dahulu kalau baik kita teruskan.
Ini untuk rakyat sebab kita datang daripada rakyat, kita kembali kepada rakyat [audien menepuk meja]. Tidak boleh, justeru itu cadangan-cadangan air Yang Berhormat, saya terima kasih, tetapi konsensus yang saya perlukan if you have your own proposal cadangan yang baik come to me, bantu saya.
Saya pun mahu menyelesai masalah air ini.
Bagi saya kepercayaan dan kementerian.
Saya percaya, Jabatan Air dan kementerian saya dalam tiga tahun sebelum pilihan raya insya-Allah, kita akan pastikan air di Sabah ini dapat di...
.….
pastikan air di Sabah ini dapat dinikmati oleh rakyat negeri Sabah, terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, atas jawapan yang sangat bersemangat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini Dewan ditangguhkan dan bermesyuarat semula pada 20 Julai 2022 jam 10:00 pagi.
(Meja diketuk tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 1:30 petang.
Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga jam 10:00 pagi, 20 Julai 2022”.
SDN19072022/bnm