Sabah · 20 July 2022
16th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · not final · 268 turns · 14,338 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pertanyaan-Peryanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Luyang.
Selamat pagi Datuk Speaker, soalan nombor satu (1).
Kebaikan Dan Keburukan Rancangan Pemindahan Lapangangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (Kkia)
*1 YB. Tuan Phoong Jin Zhe [Luyang] bertanya kepada KETUA MENTERI, jelaskan rancangan pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Kimanis secara terperinci. Adakah penilaian dari segi kebaikan dan keburukan rancangan tersebut telah dibuat sebelum pelaksanaan.
Yang pagi Berhormat. Jawapan
Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Luyang serta dewan yang mulia ini kerajaan negeri telah memberikan kebenaran kepada syarikat Khazanah Sabah Berhad bersama syarikat Berjaya Land Berhad untuk menjalankan kajian terperinci mengenai dengan cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu baharu di Kimanis sebelum perkara ini diangkat kepada perhatian Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk pertimbangan selanjutnya. Sebagai makluman, statistik pergerakan penumpang di (KKIA) pada 2019, iaitu semasa tempoh pra-COVID-19 telah mencatatkan sebanyak 9.4 juta penumpang setahun, iaitu melebihi kapasiti sebenar, iaitu 9 (MPPA) ataupun million passengers per annum.
Walau bagaimanapun, penularan wabak COVID-19 telah memberikan kesan yang ketara terhadap aliran trafik penumpang di (KKIA). Jumlah penumpang pada tahun 2020 telah menurun dengan drastik kepada 2.3 (MPPA) manakala, pada tahun 2021 menurun lagi kepada 2.1 (MPPA) demikian, aliran trafik dijangka
kembali pulih dari pagi tempoh tiga tahun seperti mana sebelum pandemik COVID-19.
Datuk Speaker, negeri Sabah mempunyai potensi yang besar dari pagi sektor pelancongan aliran trafik pasti akan meningkat dari masa ke semasa.
Pembangunan Bandar raya Kota Kinabalu yang pesat mungkin tidak dapat keperluan menaik taraf Lapangan Terbang sedia ada di masa hadapan. Kita juga harus melihat kajian yang bakal dijalankan ini secara positif dengan contoh penempatan semula Lapangan Terbang Subang ke Sepang. Perpindahan ini telah membawa pembangunan yang inklusif kepada bandar Sepang. Kita juga berharap sekiranya hasil kajian mendapati projek ini berdaya maju untuk dilaksanakan ia kelak akan membawa kesan limpahan kepada pembangunan Kimanis dan juga kawasan sekitarnya.
Kerajaan negeri percaya bahawa kajian yang akan dilaksanakan tersebut akan mengambil kira konsep evidence best the planning dari pagi perancangan dan juga pembangunan sektor pengangkutan bagi memenuhi keperluan pasaran. Ini termasuklah memuktamatkan projek tersebut berdaya maju dan berdaya tahan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker, soalan tambahan sedangkan saya sedia tahu bahawa ada keperluannya untuk ada satu airport yang yang boleh menampung keperluan yang lebih besar pada masa yang akan datang dan saya sedar juga kerajaan sedang membuat kajian belum lagi membuat keputusan. Walau bagaimanapun, saya nak tanya apakah pandangan kalau kita nak menampung keperluan yang pada masa yang akan datang sedangkan kita kekalkan (KKIA) ini jangan pindah.
Apakah pandangan kerana bukan semestinya, bukan semestinya airport semestinya terletak jauh daripada bandar raya. Memang ada contoh seperti Sydney dia dekat di pusat bandar so, apakah pandangan kalau kita juga buat kajian untuk kekalkan (KKIA) sedangkan kita boleh kekalkan bandar raya KK kita.
...mestinya terletak jauh daripada bandar raya.
Memang ada contoh seperti Sydney dia dekat di dalam pusat bandar. So, apakah pandangan, kalau kita juga buat kajian untuk kekalkan KKIA, sedangkan kita boleh kekalkan, bandar raya KK kita terus vibrant, terus kompetitif dan terus berdaya maju. Apakah pandangan kalau kita nak kekalkan, sedangkan potensi pelancongan kita masih dapat dipenuhi dari segi potensi pembangunannya.
So, minta penjelasan, terima kasih.
Datuk Speaker, pertama sekali, kita telah minta supaya Khazanah dan juga Berjaya Group untuk menyediakan ataupun membuat kajian.
Untuk makluman bahawa, airport yang ada sekarang ini hanya dapat menampung 9 juta penumpang. Kalaupun kita mahu expand the current airport, the total number, dengan izinnya, per passenger yang dia boleh accommodate ialah 18 juta.
Tetapi saya juga telah difahamkan bahawa by 2035 … 2035 bahawa kurang lebih 36 million passengers yang akan datang ke negeri Sabah. Adakah kita mahu tunggu bahawa masalah ini, masalah congestion at the airport sudah berlaku baru kita membuat perancangan? I think, dengan izinnya, it’s better for us to plan now the requirement of mengadakan satu airport ini.
Dan kalau saya tidak silap juga bahawa dalam tahun 2018, tersiar dalam Borneo Post apabila pemberita menanya mantan YAB Ketua Menteri dahulu, mengenai dengan pemindahan airport ini ke Kimanis.
Jawapannya ialah, dengan izin, the government plans to move the Kota Kinabalu International Airport to Kimanis in Papar ka still on, ini pada 2018.
Dan pada 2018 juga, kerajaan pada waktu itu mengarah SEDIA untuk melantik se anu juruperunding, iaitu juruperunding Fross and Sulivan untuk membuat kajian, mengenai dengan kesesuaian untuk memindahkan airport ini. Tetapi saya difahamkan bahawa, the findings belum lagi dimuktamadkan.
Jadi kita berharap, dengan adanya kajian yang dibuat oleh Khazanah dan juga Berjaya Group ini, akan memberi pandangan kepada kerajaan, sama ada ianya dipindahkan ataupun tidak. Tetapi, seperti mana yang saya katakan tadi, by 2035, 20 the year 2035, the total number of tourist arrival akan bertambah.
Dan ini juga perlu diingatkan bahawa, di Kota Kinabalu kita memerlukan kawasan yang luas untuk pembangunan.
Tetapi, ada beberapa kawasan tanah di Kota Kinabalu ini yang tidak dapat dibangunkan, because ianya terletak, dengan izin, a long the flight… flight park. Jadi ini ada penting, jangan kita katakan bahawa em, jauh, kita tengok di Sepang, dahulunya apabila airport dahulu dipindahkan daripada Kuala Lumpur ke Sepang, banyak orang kata jauh, tetapi sekarang tidak ada yang mengomel lagi.
Dan saya masih ingat, dahulunya airport kita ini depan tan di Tanjung Aru. Sebagai seorang penjawat awam dahulu, saya punya rumah itu depan airport saja. Apabila ianya dipindahkan ke Putatan, banyak yang mengatakan, wah, jauh, jauh, jauh, tetapi sekarang tidak jauh.
Dan mengenai dengan, apa ini, pengangkutan, we will be having kita punya Pan Borneo, yang akan, yang akan mengambil kira mengenai masalah pengangkutan dari Kota Kinabalu ke Kimanis dan vice versa.
Sekian, terima kasih. [mencelah:
Soalan tambahan]
Saya berikan kepada Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Senallang, silakan.
Terima kasih Datuk Speaker, bagi ruang untuk saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, tentang cadangan untuk mewujudkan lapangan terbang.
Sememangnya saya mengakui bahawa kita dahulu pun memang mempunyai rancangan untuk mewujudkan lapangan terbang, kerana menyedari hakikat bahawa ini merupakan di antara sumber pendapatan wilayah Sabah, bukan hanya bergantung dengan pertanian, bukan bergantung dengan minyak, tetapi juga pelancongan dan juga sektor ekonomi. Bukan hanya pelancong datang, business people will come over. Di airport itu perlu satu standard yang amat bersesuaian bertaraf antarabangsa. Dan kesesuaian, saya amat bersetuju kalau dia dipindah, agak bukan dekat jauh pun kena congested, kalau ianya berada di Kepayan, cuma di Kota Kinabalu, ya, kerana ini akan melahirkan satu suasana yang agak membebankan masyarakat yang di bandar.
Saya nak tanya sedikit, bila Yang Berhormat Menteri tanya menjemput tadi. Iaitu berhubung kait dengan pelantikan Khazanah, satu, yang keduanya Berjaya Berhad.
Apakah latar belakang badan ini mempunyai keupayaan untuk memberi pandangan, cadangan, panduan kepada pihak kerajaan berhubung kait dengan kita ingin melahirkan satu lokasi, satu tempat dan satu bangunan lapangan terbang, yang agak convenient untuk masyarakat antarabangsa? Dan berapakah kos yang ditampung oleh pihak kerajaan untuk melantik kedua-dua syarikat, sama ada Khazanah saya tahu tidak ada pengalaman dia, dia cuma anak syarikat kerajaan negeri mungkin kosnya boleh diturunkan, Berjaya Berhad saya tidak tahu, pernahkah mereka terlibat dalam buat kajian, tentang pewujudan lapangan-lapangan terbang di mana-mana negara yang ada, terima kasih banyak.
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Speaker, [batuk] terima kasih kepada soalan tambahan [batuk] daripada Ahli daripada Senallang.
Untuk makluman, kajian kemungkinan ini kita bersetuju untuk melantik Berjaya Group, kerana kita yakin syarikat ini mempunyai pengalaman dalam hal-hal seumpama ini. Tetapi dalam melantik macam kajian ini, kita juga memerlukan satu anak syarikat kerajaan terlibat, walaupun mungkin Khazanah ini tidak mempunyai pengalaman tetapi kepentingan kerajaan melalui anak syarikat ini, kita, apa nama, libatkan.
Dan untuk makluman, Khazanah tidak membayar walau satu sen pun kepada, apa nama, itu membuat kajian kemungkinan airport ini. Jadi Khazanah ataupun kerajaan tidak terlibat ataupun mengeluarkan sebarang kewangan dalam membuat kajian ini. Terima kasih, untuk makluman.
Sekarang saya menjemput ahli dari Silam. [mencelah: Datuk Speaker]. Yang Berhormat, sila. [mencelah: Datuk Speaker]
Datuk Speaker, soalan saya tadi itu, apakah pengalaman Berjaya Berhad dalam membuat kajian untuk mewujudkan lapangan terbang, sama ada mereka pernah membuatnya
di mana-mana tempat? Keduanya, Khazanah saya setuju tidak perlu bayar, tetapi berapakah fee yang dibayar kepada Berjaya Berhad?
Ketua Menteri: Satu, untuk makluman Datuk Speaker, fee untuk kumpulan Berjaya ini kerajaan tidak bayar apa-apa.
Walaupun mungkin Berjaya Group ini tidak mempunyai pengalaman, taruhlah, saya tidak tahu secara menyeluruh, tidak ada, apa nama dia, pengalaman dalam urusan ini tetapi saya yakin mereka akan buat engagement dengan konsultan, sama ada dalam negara ataupun di luar negara yang mempunyai pengalaman membuat, apa nama, mencadangkan pembangunan airport ini. Terima kasih. [mencelah: Datuk Speaker]
Yang Berhormat dari Silam.
[mencelah:
boleh] Yang Berhormat dari Silam. Saya menjemput Yang Berhormat dari Silam.
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya nombor 2.
Silakan, Menteri.
Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Silam, kerajaan negeri, khususnya SESB, memandang serius masalah kecurian elektrik ini, yang semakin berleluasa daripada berpuluh-puluh tahun yang lalu dan terutamanya di kawasan-kawasan yang dikenali sebagai kawasan setinggan, kawasan-kawasan yang bermasalah …
SESB memandang serius masalah kecurian elektrik ini yang semakin berleluasa daripada berpuluh-puluh tahun yang lalu dan terutamanya di kawasan-kawasan yang dikenali sebagai kawasan setinggan, kawasan-kawasan yang bermasalah dengan pihak PBT.
Oleh kerana itu, beberapa langkah atau inisiatif telah diambil oleh kerajaan untuk menentukan bahawa kecurian ini dapat kita kawal
dan dapat kita kurang.
Satu daripadanya, iaitu mempergiatkan lagi operasi bersepadu dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk apa ini penguatkuasa, polis dan sebagainya yang dilaksanakan empat kali setahun.
Yang kedua, perobohan kawasan-kawasan setinggan yang diketuai oleh pihak PBT dan SESB. Dan ini dilakukan apabila terdapat benar-benar masalah yang timbul di kawasan berkenaan.
Yang ketiga, mempergiatkan lagi aktiviti promosi permohonan bekalan elektrik secara sah khususnya di kawasan setinggan sekiranya tidak mempunyai isu tanah atau isu-isu dokumentasi yang lain.
Yang keempat, mempergiatkan lagi aktiviti operasi pencegahan penyambungan haram secara berkala di seluruh kawasan yang berpotensi paling kurang satu bulan satu kali.
Dan untuk makluman Yang Berhormat daripada Silam juga, SESB turut dalam merancang untuk memperkenalkan cadangan bekalan elektrik prabayar di kawasan-kawasan setinggan, iaitu melalui apa ini independent power distributor dengan penempatan kadar tarif letrik khas bagi menangani kes kecurian bekalan eletrik. Dan pihak Suruhanjaya Tenaga Malaysia telah mengeluarkan surat rasmi tarikh 15 Jun 2022 untuk Syarikat Billedge Support Services Sdn. Bhd. selama sepuluh tahun bagi membeli tenaga eletrik secara pukal daripada SESB dan dibekalkan kepada kawasan setinggan di kawasan Kampung Forest Sandakan sebagai projek perintis. Di negeri Sabah dijangka pelaksanaan ini pada penghujung bulan Julai 2022. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Tuan Speaker.
Tuan Speaker.
Tuan Speaker, ada soalan tambahan.
Yang Berhormat Silam. Silakan.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Yang Berhormat Menteri, saya mahu bertanya.
Adakah satu kajian pernah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri mengenai apakah sebenarnya punca kepada kejadian ini berlaku? Kecurian elektrik ini. Sebab saya rasa dia mengetahui punca kita akan tahu bagaimana jalan penyelesaian dia. Pertama. Keduanya, berapakah anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan hasil daripada aktiviti ini?
Kalau Yang Berhormat Menteri mempunyai angka sekarang ini boleh share dengan kita sekarang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kunak ya.
Aik Tungku, Tungku Tungku. Hehehehe. Kajian menunjukkan bahawa kecurian ini berlaku apabila pihak kerajaan dahulu memutuskan bahawa pihak PBT telah menguatkuasa kawasan setinggan tidak diiktiraf sebagai kawasan perkampungan. Ini bermakna utiliti seperti air, elektrik dan lain-lain tidak boleh dibekalkan. Jadi mereka juga manusia. Apabila tidak ada bekalan, maka dia kena ikhtiar cara lain.
Cara haram, mencuri dan sebagainya.
Sebab itu kita berpendapat bahawa we have to provide them the utilities sama ada setinggan atau tidak dengan cara Prepaid Meter. Sebab di Eropah, Prepaid Meter ini sudah begitu bukan lagi di kepada setinggan, kepada pelanggan-pelanggan biasa pun telah diperkenalkan.
Jadi why not SESB mengambil langkah yang sama sebab itu kita buat perintis dahulu. Sekiranya ini berkesan, kita akan laksanakan juga di seluruh negeri Sabah. Dan this good for business, belum berniaga sudah dapat duit dan orang mencuri pun sudah tidak mahu mencuri sebab masing-masing dia boleh beli kalau dia mau pakai RM10.00 dia beli RM10.00, dia mau pakai RM50.00 dia beli RM50.00. Tapi kalau dia tidak kita sediakan, itulah punca dia.
Soal-soal kerugian itu saya belum ada tafsiran sekarang, saya akan usahakan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Speaker
Tuan Speaker Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Yang Berhormat, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhomat Menteri, bekalan eletrik yang ada di peringkat negeri Sabah ini diurus oleh SESB dan pihak Kerajaan Persekutuan waktu itu di bawah Pakatan Harapan dah pun bersetuju dalam perjanjian yang boleh kita katakan 1963 untuk menyerahkan tenaga energy kepada Kerajaan Negeri Sabah, SESB.
Itu telah disetuju oleh Kabinet Federal.
Dan saya sendiri telah pun hadir pengerusi bersama dengan Menteri Tenaga Persekutuan empat lima kali menguruskan perkara ini.
Apa sudahnya keputusan ataupun pelaksanaan janji diputuskan dan pelaksanaan tinggal tunggu? Apa kesudahan sama ada SESB ini akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Terima kasih Yang Berhormat Senalang. Saya amat tertarik dengan soalan ini dan saya amat bersetuju dengan cadangan itu dan kita sekarang ini saya telah berbincang dengan apa ini Kerajaan Persekutuan dan juga pihak CEO Tenaga Nasional untuk kita meneruskan usaha mengambil alih apa ini SESB Sabah dan kita akan transformkan kepada satu badan yang boleh menguntungkan sebab sekarang ini daripada dahulu ni SESB ni sehingga ini mungkin sudah 20 tahun tidak boleh untung. Dia rugi dua ratus juta, tiga ratus juta. Saya pun hairan. Tidak pernah ada satu apa ini, syarikat yang berniaga elektrik yang rugi dalam dunia ini. Di Sabah sahaja. Sebab itu, saya kata, it’s a high time untuk kita perbetulkan cuma masih ada perkara praktikal yang perlu kita laksanakan sebab SESB ni dia berniaga masih banyak 60 peratus menggunakan diesel. Di dunia-dunia lain tidak ada sudah pakai diesel ini, dia pakai macam-macam apa ini sumber-sumber yang boleh menguntungkan syarikat. Jadi kita sedang buat kajian di Sabah ini pun kita, saya lihat kita ada sumber-sumber asli yang sedia ada seperti coil dan sebagainya. Jadi why not we utilize benda-benda ini untuk untuk kepentingan rakyat sabah. Saya sekarang sudah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan kabinet kalau boleh Sabah kena berani ke depan.
Kita explore apa yang ada di Sabah ini, kita perkayakan negeri Sabah persenangkan rakyat Sabah. Terima kasih Yang Berhormat.
Ya Tuan Speaker, Tuan Speaker, Tuan Speaker, Tuan Speaker, Tuan Speaker kasih saya peluang.
Minta kasi saya peluang.
Tadi Menteri bilang diesel yang untungkan SESB sangat-sangat merugikan SESB. Kenapa kita setiap kasi subsidi untuk SESBlah. Di tangan saya macam tadi Menteri bilang kamu follows. Ada yang SESB yang kasi mark betterkah apakah.
Jadi saya ada tanya SESB bilang kelulusan masih tunggu SD.
SD kasi tahu saya di Sandakan ada 120MV kurang karan, kurang elektrik. Lahad Datu ada 80MV, Tawau ada 100MV kurang eletrik. Walaupun, sekarang transfer dari Kimanis pergi East Cost masih kurang sekarang. Jadi kalau bilang Menteri proposed arang batu boleh generate power.
Kenapa kita tidak fikir yang biogas ada biomass di kilang sawit.
Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Yang Berhormat Elopura, soalannya banyak tadi tu. Apa soalan dia Yang Berhormat? Apa soalan?
Ya, itu soalanlah kenapa kita tidak fikir yang cara langkah-langkah yang sawit itu 3MV setiap kilang di seluruh Sandakan ada 60 kilang sawit boleh generate 180MV di Sandakan. Yang soalan pertama. Kedua, yang Deramakot ada water TM juga. Saya rasanya menteri pun tahu. Jadi saya rasanya ini future untuk yang general power jangan harap itu diesel sahaja.
Okey terima kasih Yang Berhormat daripada Elopura.
Sebetulnya saya tidak pernah berkata SESB menggunakan diesel untung.
Saya katakan tadi rugi.
Mungkin microphone Yang Berhormat tidak berapa jelas di sana. Yang kedua, apa ini, coil ini salah satu daripada sumber. Kita akan fikirkan juga sumber-sumber yang lain yang mana lebih menguntungkan maka itu kita guna. Kalau biomass menguntungkan, why not. Tetapi, biomass ini Yang Berhormat pun tahu. Kos pengeluaran dia tinggi daripada biogas dan sebagainya. Jadi di Sabah bagi saya kepercayaan saya akan pastikan hasrat YB Senallang itu untuk mengambil alih SESB ini dapat kita realisasikan. Terima kasih.
…ST yang penting.
Yang Berhormat, Suruhanjaya Tenaga yang penting. Terima kasih.
Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Yang Berhormat, terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat dari Nabawan.
Cadangan Memastikan Industri Buah Durian Musang King Sebagai Tanaman Utama
*3 YB. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin [Nabawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN, apakah pihak kementerian mempunyai cadangan untuk memastikan industri buah durian di negeri ini khususnya jenis Musang King dijadikan sebagai antara tanaman utama bagi meningkatkan pendapatan masyarakat.
Datuk Speaker, soalan saya nombor tiga (3).
Silakan Menteri.
Silakan menteri. Jawapan
Terima kasih Tuan Speaker.
Ini saya ingin menjawab soalan berkaitan dengan durian.
Tuan Speaker, untuk makluman dewan yang mulia ini, industri tanaman durian khususnya Musang King merupakan antara tanaman keutamaan dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi tahun 2021 hingga 2025. Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12, kementerian saya melalui Jabatan Pertanian akan membangunkan seluas 660 hektar ataupun bersamaan dengan 53 ribu pokok Musang King dan Duri Hitam di 20 daerah termasuk di Daerah Nabawan. Daripada jumlah tersebut, sasaran untuk Nabawan adalah seluas 20 hektar dengan penyertaan 20 orang pengusaha.
Pembangunan tanaman durian ini dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Tanaman Durian Premium yang melibatkan bantuan bernilai RM10 ribu hingga 25
ribu ringgit per hektar. Bantuan ini adalah bentuk satu, pembersihan kawasan; dua, untuk membekalkan anak benih yang berkualiti; dan ketiga, baja dan peralatan ladang seperti piping. Sehingga tahun 2021, terdapat seluas 2 053 hektar tanaman Durian Musang King telah dibangunkan di Sabah yang mana 56 hektar adalah di kawasan Nabawan.
Bagi menyokong pembangunan tanaman durian khususnya Musang King, Jabatan Pertanian melaksanakan beberapa program, iaitu pertama, pengesahan ketulenan pokok induk.
Ini bermakna kita akan memastikan bahawa pokok induk yang dibekalkan kepada para pengusaha durian ini betul-betul Musang King. Kita tidak mahu pula kita tunggu lima tahun Tuan Speaker yang keluar bukan Musang King, tetapi Durian Merah.
Yang kedua, iaitu perkhidmatan pengembangan.
Kita akan perluaskan tanaman pokok Musang King ini di seluruh negeri Sabah. Yang ketiga, iaitu akreditasi ladang dan penyelidikan.
Pada tahun 2022, sebanyak 21 500 anak benih Musang King dan 4 000 Durian Hitam atau Cina bilang Ochee akan dikeluarkan oleh stesen-stesen pertanian. Ketulenan bahan tanaman yang dikeluarkan disahkan melalui Program Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).
Selain Jabatan Pertanian, terdapat empat buah nurseri swasta telah menerima Sijil SPBT dengan jumlah pokok, pokok induk ah, sebanyak 482 pokok Musang King dan 62 pokok Duri Hitam sebagai sumber mata tunas dalam pembiak bakaan.
Nurseri ini berpotensi untuk mengeluarkan sebanyak 125 ribu anak benih Musang King dan Duri Hitam setahun. Untuk memastikan pembangunan tanaman durian dilaksanakan mengikut Amalan Pertanian Baik (APB), kesemua 660 orang peserta projek diberikan kursus dan latihan asas penanaman durian di pusat-pusat latihan pertanian seperti di Sandakan, di Kota Marudu dan Tenom. Khidmat nasihat berkaitan pengurusan tanaman durian juga diberikan oleh ejen-ejen pengembangan di 25 buah pejabat pertanian daerah seluruh negeri Sabah.
Bagi mengikhtiraf ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik, Pensijilan myGAP dan myOrganic dilaksanakan.
Setakat tahun 2021, sebanyak 24 ladang durian ataupun kebun telah menerima Sijil myGAP dan satu myOrganic. Untuk makluman dewan yang mulia ini, myGAP ini orang kata macam surat beranak
kepada durian Musang King itu bermakna ada surat beranaklah Musang King ini. Yang kedua, myOrganic ini dia punya sijil kesihatan dia sihatkah tidak. Bagi program penyelidikan, Jabatan Pertanian sedang melaksanakan pembiak bakaan tanaman Musang King untuk menghasilkan variety (variasi) baharu dan variety (variasi) rintang penyakit. Bermakna jabatan kita, Jabatan Pertanian Sabah di bawah penyelidikan akan membuat variety (variasi) baharu. Kita campur-campurlah Musang King campur Duri Hitam. Mungkin kita boleh buat penjenamaan baharu, mungkin kita boleh letak di situ Sabah Maju Jaya, Durian Sabah Maju Jaya ataupun SMJ. Kalau Durian IOI boleh buat kenapa pula kita buat di Sabah ini durian kita sendiri.
Berdasarkan harga Musang King di ladang ataupun Farm Get Price, kalau di Semenanjung, Semenanjung Malaysia di ladang-ladang ini, Musang King ini dibeli di ladang 60 ringgit sekilo, 60 ringgit sekilo, sekilogram. Jadi, pendapatan kasar bagi sehektar, sehektar ini lebih kurang kalau di Sabah ini 81 pokok. Setahun Musang King kita boleh menjana pendapatan lebih kurang 504 ribu ringgit sekitar 500 ringgit. Bermakna sehektar kita, kalau kita buat optimum lebih 10 tahun kita boleh mencapai pendapatan lebih kurang 500 ribu ringgit sehektar sebab kalau 81 pokok ini satu hektar, kalau 10 tahun ke atas kita ada 70 biji sahaja, 70 biji dalam setahun kita ada 5 600 biji.
Dalam 560 biji itu dalam satu biji ada lebih kurang 1.5 kilo berat dia. Jadi kalau ada 5 600 biji kali dengan 1.5 kilo kita ada 8 400 kilo dalam satu hektar. Jadi kali dengan 60 ringgit kita akan mendapat pendapatan, paling sikit pun lebih kurang 500 ribu. Jadi ini cukup orang bilang memberikan satu keuntungan yang besar terutama sekali kepada pengusaha-pengusaha durian dan pendapatan pengusaha durian juga dapat dipertingkatkan melalui aktiviti downstream seperti membuat ais krim, kek durian, dodol dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, soalan tambahan Speaker.
Ya, soalan tambahan saya berikan kepada...
Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat menteri.
Seperti yang dinyatakan bahawa buah durian jenis Musang King merupakan antara jenis buah durian yang premium yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran tidak kira di peringkat domestik ataupun di peringkat antarabangsa khususnya di negara China dengan harga pasaran yang amat luar biasa.
Jadi, persoalan saya, pertanyaan saya adakah pihak kementerian ada bekerjasama ataupun berkolaborasi dengan mana-mana agensi kerajaan untuk program-program pemberian benih-benih bibit buah durian Musang King ini kepada masyarakat kampung khusus penduduk di luar bandar negeri ini untuk, usaha untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka ini.
Tuan Speaker, seperti yang kita sedia maklum bahawa penanaman Musang King ini merupakan satu tanaman yang mepunyai nilai yang tinggi. Walau macam mana pun tanaman Musang King ini bukan boleh ditanam oleh semua orang dan boleh bukan juga boleh ditanam di semua kawasan di Sabah ini.
Ada kadang-kadang rakyat saya mengatakan “Saya mahu Musang King, Datuk saya mahu Musang King”, tetapi bukan senang sebab Musang King ini apabila kita tanam seperti kita menjaga baby, anak kita sendiri kita jaga baharulah boleh berjaya Musang King ini. Sebagai contoh, ada rakan-rakan saya menanam 1 000 pokok yang hidup, 300 pokok rugi berjuta-juta ringgit.
Jadi, selaras dengan ucapan, selaras dengan soalan daripada Nabawan tadi, ya, kementerian saya Jabatan Pertanian sentiasa collaborate terutama sekali dengan Sawit Kinabalu dan juga SLDB supaya rakyat kita di kawasan luar bandar ini dapat menanam Musang-Musang King ini.
Tetapi, dengan syarat kita tidak boleh bagi rakyat dengan begitu sahaja sebab pengalaman-pengalaman kita yang dahulu, kita bagi rakyat kita Tuan Speaker, berpuluh-puluh, beratus Musang King, tetapi apabila saya membuat tinjauan tidak ada yang hidup. Banyak...
….beratus Musang King, tetapi apabila saya buat tinjauan tidak ada yang hidup, banyak yang mati.
Saya rasa tidak sampai 10 peratus yang berjaya.
Jadi, di bawah Jabatan Pertanian saya akan collaborate dengan Sawit Kinabalu, agensi-agensi, GLC-GLC kerajaan supaya bagaimana kita membantu rakyat ini supaya rakyat ini betul-betul boleh mengusaha musang king ini. Supaya kita dapat membahagi bibit mereka dan mereka boleh jaga seperti mereka menjaga baby mereka sendiri supaya musang itu dapat menghasilkan buah yang baik dan boleh dieksport ke luar negara. Terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Speaker. Tuan Speaker.
Saya menjemput Yang Berhormat Sindumin. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker.
Tahniah kepada Pembantu Menteri yang telah menjelaskan mengenai dengan Musang King tadi.
Kita melihat bahawa Musang King ini akan menjadi komoditi utama yang menjana pendapatan yang sangat tinggi kepada negeri dan juga petani-petani. Pasaran cukup luas di seluruh dunia, di China, Indonesia dan Datuk Speaker saya difahamkan adapun sekarang sudah mula mengimport Musang King dengan harga yang cukup tinggi.
Di samping tadi dikatakan industri juga adalah upstream, iaitu menyediakan bibit, baja dan juga downstream kerana masakan buah dan juga hiliran yang lain seperti paste ataupun serbuk untuk aiskrim, kek dan sebagainya. Soalan saya oleh kerana kerajaan sudah memutuskan bahawa musang ini tanaman yang akan jadi tanaman utama, apakah kementerian tidak bercadang supaya ditubuhkan satu lembaga?
Kita ada Lembaga Koko, kita ada Lembaga Nanas, kita ada Lembaga Padi, MPOB untuk sawit.
Apakah kerajaan tidak bercadang untuk menyediakan satu badan khusus untuk Musang King ini supaya kakitangan yang ada di situ experts untuk Musang King dan tidak diserahkan kepada pegawai pertanian yang tidak ada latihan?
Bukan, saya minta maaf pegawai pertanian, kerana penjagaan Musang King seperti kata Yang Berhormat tadi sebagai menjaga baby, tetapi kalau tidak expert ataupun tidak ada kakitangan yang menasihat secara tepat, ia tidak menjadi. Apakah kerajaan bercadang untuk adakan? (audio kurang jelas)
Sila jawab menteri.
Ya.
Terima kasih memang ucapan cukup terbaiklah.
Untuk makluman Tuan Speaker, apabila saya memegang jawatan Pembantu Menteri ini saya nampak Musang King, bibit-bibit musang king ini yang telah diedarkan oleh jabatan-jabtan di peringkat daerah ini memang amat menyedihkan. Dalam 10 yang kita bagi, tidak ada seorang pun yang berjaya. Sebab dia memerlukan penjagaan dan saya amat setuju dengan YB daripada Sindumin tadi bahawa kita ada satu jawatankuasa macam ini Lembaga Nanas. Jadi, kalau ada Lembaga Nanas tetapi kita janganlah bawa Lembaga Nanas di sini kalau boleh. Biarlah Jabatan Pertanian yang sendiri handle, tetapi ini Musang King kita punya sendiri supaya kita ada satu pegawai yang betul-betul terlatih untuk menjaga ini Musang King.
Sebab seperti mana yang kita sedia tahu bahawa tanaman Musang King ini mempunyai satu nilai yang tinggi. Siapa yang mengusaha Musang King berpuluh ekar memang jadi jutawan ini.
Jadi, kalau kita betul-betul usahakan Musang King tidak ada lagi istilah Sabah ini miskin. Rakyat kita susah kecuali orang-orang pulaulah. Minta maaflah pulau-pulau ini, pulau ini untuk makluman tidak sesuai Musang King sebab dia dekat dengan laut. Macam kawasan saya di Pulau Jamuan, ada rakyat saya minta bibit Musang King.
Saya cakap tidak boleh.
Kenapa datuk pilih kasih? Kenapa dorang darat boleh? Kenapa kami orang pulau tidak boleh? Sebab kalau di laut ini dia pasir dan kita kena tahu juga ini kawasan-kawasan yang sesuai. Bukan semua di Sabah ini sesuai dengan tanaman Musang King.
Jadi, saya setuju dengan ini Sindumin supaya kita bincang dengan saya punya big boss, supaya kita ada satu Lembaga Musang King khas untuk Lembaga Musang King sahaja.
Terima kasih Tuan Speaker.
Ya, Tuan Speaker.
Tuan Speaker. Soalan saya, soalan saya Tuan Speaker. Tadi…
Yang Berhormat Karamunting, silakan. Soalan Tambahan
Terima kasih Tuan Speaker. Tentang musang king memang menariklah. Sebab kita, kita sekarang tahu ini Musang King memang big business in the future, minta izin dan yang saya risau dan saya bimbang ini sebab saya pun small planter saya sebetulnya cadang saya punya plantation untuk tukar Musang King but, tetapi yang saya dengar ini tanam ini masa ramai orang tanam Musang King di Sabah.
Tetapi, satu masalahnya esok apabila kita jumpa hasil ini, mana mereka jual? Sebab yang kita nampak selama-lama ini, kita nampak apabila semua berjumpa-jumpa itu buah-buahan hasil-hasil itu semua di pasar lelong, yang susah itu akhirnya yang pen… yang planter ini. Jadi, yang farmer ini apabila dia lelong di pasar, dia tidak untung besar. Memang kita dengar ini 100 satu kilo tetapi, esok apabila jumpa semua ini dilelong di pasar ini tiada harga. Akhirnya, susah rakyat.
Jadi, saya punya cadang kenapa sampai ini hari kita masih ramai orang tanam kelapa sawit? Sebab dia ada collection centre, dia ada kilang.
Yang Berhormat Karamunting, apa soalan dia?
Jadi, saya punya soalan ini sebetulnya kerajaan sekarang seharusnya mahu cadang untuk di manakah set ini collection centre? Kita mesti mahu ada satu planning.
Okey.
Kalau tidak esok jumpa-jumpa di pasar.
Ya. Ya, saya jawab ini.
Terima kasih.
YB saya faham kita punya cakap soalan.
Siapa yang mahu jawab Yang Berhormat?
Saya dahulu Yang Berhormat.
Menteri, menteri ataupun timbalan? (bunyi tepuk meja)
Ini saya boleh.
Saya tambah sikit.
Tidak apa saya jawab ini.
Saya, saya tambah sikit. Saya tambah sikit. Saya tambah sikit ah.
Tidak.
Tidak. Sebab…
Saya tambah sikit.
Sebab saya ingat ini Musang King.
Yang Berhormat Elopura, duduk dahulu sekejap.
Tidak, dia sebenarnya begini.
Kita mempelawa, sekarang ini Tuan Speaker kita mempelawa orang luar. Seperti-seperti Top Fruits. Sekarang, Top Fruits ini telah pun melabur di kawasan kita, KPD seluas 2 000 ekar dan kita juga mempelawa syarikat-syarikat daripada luar untuk melabur di Sabah untuk membuat satu kilang frozen pembeku sejuk, sejuk beku ini dan di Sandakan ini pun kita sedang buat. Untuk makluman YB, YB saya sendiri pun ada sudah angan-angan ini dalam masa satu dua tahun sebab Musang King ini baharu, baharu di Sabah ini. Kalau mahu yang durian biasa-biasa itu berlambak-lambak di pasar itu susah mau dieksport.
Tetapi, variaty Musang King atau Black Thorn ini, memang ini baharu, baharu datang di Sabah ini. Saya rasa belum banyak lagi. Jadi, di bawah kementerian kita, kita telahpun bersiap sedia.
Contoh, di Sandakan kita sudah ada berbincang dengan beberapa syarikat untuk melabur frozen food. Frozen food, sorry frozen ini, ini durian ini, tetapi masalahnya sekarang ini belum jelas ladang-ladang yang ada di Sabah ini. Sebab baharu bermula. Contoh, macam di Keningau. Kita tengok masih lagi kecil-kecil jadi belum cukup untuk dieksport ke luar negara. Terima kasih.
Elopura, teruskan.
Tuan Speaker.
Elopura, teruskan.
Tuan Speaker. Itu yang, itu yang saya.
Elopura sudah berdiri-berdiri. Nanti tiga-tiga, empat menteri berdiri lagi. Okey, Elopura. Soalan Tambahan
Ya, itu yang saya.
Kerana sekarang, Musang King ada di Sandakan juga. Ada di Sandakan. Tadi menteri ada sebab ada sebut belum belum cukup besar tetapi di Sandakan ada 300 sampai 800 hektar yang tanam dalam Musang King. Musang King ini dia guna license yang Semenanjung, dia tumpang license Semenanjunug eksport pergi luar negara. Jadi, kenapa Sabah
tiada satu agensi atau satu yang licencekah apakah direct dari Sabah pergi terus pergi luar negara?
Elopura itu soalan nya?
Ya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sila jawab, Timbalan Menteri.
Sebenarnya di Sandakan kita tahu di Keningau pun ada Musang King, Datuk Yap pun ada Musang King, di mana-mana pun ada Musang King.
Kita punya kapasiti sekarang belum cukup volume. Kalau ada volume kecil-kecil pun, kita boleh pakai A sahaja.
License tak payah volume, licence eksport.
Tidak.
Licence eksport itu senang.
Jumpa dengan kita punya kementerian, memohon dengan kementerian kita, tetapi kita faham kementerian ini pertama melalui dengan kementerian kita dahulu. Lepas itu baharu pergi federal. Federal yang menentukan itu lesen sebenarnya, tetapi setakat ini kita belum menerima mana-mana permohonan untuk memohon lesen durian ini. Setakat ini.
China, China tidak receive yang kamu punya itu yang, mahu Semenanjung baharu boleh. China kenapa dia boleh direct Sabah?
YB Elopura, sila duduk.
Maksudnya di Sabah ini belum ada lesen untuk eksport di China. Sebab belum ada syarikat yang memohon. Cara untuk memohon lesen ini dia memohon dengan kita
dahulu baharu kita forward kepada federal, persekutuan. Baharu persekutuan yang akan membuat audit untuk mengeluarkan lesen itu.
Kenapa mahu pergi Semenanjung, Persekutuan. Tidak direct?
Elopura, YB Elopura, sila duduk. Dia, menteri belum habis lagi.
Maksudnya sekarang kita belum menerima lesen permohonan lesen daripada pengusaha di sini.
Kalau kita menerima lesen-lesen permohonan itu kita forward kepada persekutuan.
Sebab yang mengeluarkan lesen-lesen itu adalah persekutuan atas cadangan kita.
Kita tunggu dan untuk lesen itu dia mesti ada kilang. YB ada kilangkah di Sandakan? Tiadakan? Kalau kita buat ini kilang, mesti ada kita punya kilang, kalau minta lesen mesti ada kilang. Tetapi, setakat ini belum ada kilang. Terima kasih.
Okey.
Saya berikan kepada Karamunting. Ini yang akhir ya kerana nanti kita semua kempunan makan durian.
Ya, terima kasih.
Teruskan.
Terima kasih.
Memang terima kasih Pembantu Menteri, Datuk.
Jadi ini durian itulah kita sekarang ini jangan tunggu sampai ada kilang baharu kita fikir. Sebagai…
… kita fikir. Sebagai Kementerian sekarang, kita mahu siap sedia sebab kita tahu besok nanti memang banyak durian yang yang musang king di Sabah ini. Jadi, itulah kita sekarang mahu set dia punya harga fix
dia punya harga paling rendah berapa supaya ini farmer boleh survive. And then, kedua, ini kita sebetulnya mahu correction center dan kita ini bukan, memang kita mahu ada lembaga ataupun set tetapi ini semua keluar duit sebetulnya kita mencari industry player seperti macam di Sabah ini, ada seorang yang famous Dato Yap, dia memang pengalaman dalam ini pertanian dan juga beliau ini diambil atau di banyak negara ataupun banyak universiti sebagai lecturer atau profesor untuk pertanian ini. Jadi, why not kita minta ini industry player yang kasi ajar kita sebab kadang-kadang kita tahu kementerian ini bukan semua orang pandai tanam durian dan kakitangan ini tetapi kita cari yang yang industry player untuk selesai ini kes.
Ya, YB kita, saya sudah bagi tahu tadi export top di Malaysia ini top fruit kita sudah bawa Dr. Lee. Kita sudah bawa dari Semenanjung, sekarang dia melabur KPD 2000 hektar, 2000 ekar dan begitu juga dengan consultant-consultant dari Pahang. Baru-baru ini, last month saya bawa 5 consultant dari Pahang, saya suruh tunggu di Sandakan dan untuk makluman, saya sendiri pun tengah buat ladang durian secara kecil-kecilan baru 600 ekar sahaja, Lingkabau ini. (sorakan ketawa) Untuk maklumanlah YB, jadi kita tengah set-up kilang di Sandakan frozen tetapi kita mahu buat kilang durian apa kita mahu jual. Jadi, untuk persediaan saya faham, kita faham, sama-sama juga kita ini faham, ini pasal durian ini. Apa YB cakap saya faham juga, saya orang Sandakan, sama-sama orang Sandakan ini. Jadi, kita boleh duduk kedai kopi Sandakan bincang pasal durian, saya pun sangat interesting ini, terima kasih.
Terima kasih, Menteri.
Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Sungai Manila, saya pun, kami pun manusia juga, consumer bayar duit mahu beli.
Kalau boleh ya, Menteri mintalah harga itu diturunkan, jangan timbang sama-sama biji sekali. Ya, itu yang saya mahu minta, kalau bolehlah kerana kami pun ini manusia mahu makan juga, mahu ada duit. Minta ya, kalau boleh. Sekarang saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Sungai Manila.
Perancangan Kerajaan Membangunkan Poic Sandakan
*4 YB. Tuan Mokran Ingkat [Sungai Manila] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN, apakah perancangan kerajaan untuk membangunkan POIC Sandakan dan apakah bentuk industri yang akan diwujudkan di kawasan ini.
Datuk Yang di-Pertua, soalan nombor empat (4).
Jawapan
Terima kasih, Datuk Speaker, dengan izin saya akan menjawab soalan nombor 4 dari Yang Berhormat Sungai Manila dan juga soalan nombor 31 dari Yang Berhormat Tanjong Papat dalam aturan pengesahan mesyuarat hari ini sebab soalannya ada berkaitan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sungai Manila dan Tanjong Papat dan dewan yang mulia ini, Sawit Kinabalu memang ada perancangan untuk membawa pelbagai jenis industri ke POIC Sandakan. Selain daripada industri berasaskan kelapa sawit, POIC Sandakan juga merancang untuk mempelawa industri perkilangan dan pembuatan berasaskan makanan dan bukan makanan serta industri komersial yang serasi. Setakat ini, industri yang sedang beroperasi di POIC Sandakan adalah tangki simpanan pukal atau Banking Facility Jetty dan Facility Gudang yang mana telah mewujudkan peluang pekerjaan seramai 40 orang tempatan.
Datuk Speaker, untuk pengetahuan, POIC Sandakan pada masa dahulunya diwujudkan untuk memperkembangkan Industry Bio-Diesel dan juga kilang penapisan kelapa sawit.
Kemudahan prasarana telah disediakan sejajar dengan keperluan industri yang telah dirancang.
Pada masa ini, POIC Sandakan tersedia dengan penjanaan 11 kilo volt ampere dari pencawang terdekat dan juga mempunyai kapasiti bekalan air sebanyak 12 juta liter tangki simpanan. Dalam usaha untuk mengembangkan lagi lain-lain industri untuk melabur ke POIC Sandakan. Sawit Kinabalu kini dalam usaha untuk meningkatkan dan menaik taraf prasarana asas seperti bekalan elektrik, air dan mewujudkan bekalan gas petroleum.
Kemudahan prasarana ini kelak akan menarik pelabur ke POIC Sandakan yang mana akan meningkatkan ekonomi dari Sandakan serta mewujudkan peluang pekerjaan.
Selain daripada Itu, Sawit Kinabalu juga dalam usaha untuk menaik taraf jeti di POIC Sandakan ke jeti berstatus pelaburan. Usaha ini secara langsung akan dapat menggiatkan lagi industri perkapalan untuk membawa dan mengangkut produk-produk ke dalam dan luar negara.
Sekian, terima kasih.
Ya, soalan tambahan.
Tambahan … silakan.
Tentang soalan tambahan, soalan tambahan, saya punya soalan …
Tanjong Papat tidak ada soalan tambahan. Sekarang saya menjemput … maaf.
Ya.
Saya menjemput Yang Berhormat dari Tanjong Papat.
Tanjong Papat:
Terima kasih, Tuan Speaker, terima kasih juga kepada Menteri yang jawabkan. Ada chance jugalah … Ini masalah.
Datuk Yang di-Pertua.
Ya.
Soalan tambahan dari Sungai Manila setakat ini.
Ya, ya! Baru saya perasan, mohon maaf… kerana telah …
Tunggu sekejap.
Berapakah nilai pelaburan yang sudah komited yang masuk ke POIC di bawah Sawit Kinabalu ini ?
Menteri.
Datuk Speaker, setakat ini saya tiada maklumat di depan saya, nanti kita akan bagi secara bertulis, terima kasih.
Soalan tambahan Speaker, yang POIC … (suara bertindih)
Teruskan.
POIC ini sudah kita sebut 10 tahun yang dulu.
10 tahun sudah.
Jadi, sekarang masih sama punya jawapan, kadang ada elektrik, ada steam pipe line, ada air dan ada port juga dari dulu pun cakap sebut yang sama tetapi kilang yang sama juga ada green field, satu pipe gas ada difinery di situ dan satu baldrine jadi extractionnya saya ada tanya, dia punya harga rendah sebagainyalah tetapi saya tanya di luar macam contoh, Batu Sapi punya kawasan, saya tanya kilang-kilang, kenapa kamu tidak mahu invest atau buat kilang di dalam POIC itu? Dia bilang, harganya mahal, saya buat satu kilang dengan beli tanah lagi murah daripada luar.
Luar pun ada elektrik, ada air, begitu juga ada boiler, dia sendirilah, jadi apa maksudnya extraction dia POIC sekarang. Apa yang saya rasa, dia punya port, Kinabalu Sawit yang manage tetapi Sabah Port tidak issue license bagi Kinabalu Sawit.
Dia mahu Sabah Port yang manage, mungkin Suria yang jagalah, saya kurang pasti apa yang internal document technical, masalah di dalam atau tidak, jadi saya bilang, kenapa kita tidak boleh bangunkan POIC di Sandakan? Dalam 10 tahun ini masih ada dua kilang sahaja. Terima kasih.
Datuk Speaker, untuk soalan tambahan daripada Ahli Yang Berhormat daripada Elopura, walaupun kita sudah menyediakan kawasan Taman
Perindustrian seperti POIC Sandakan ini dan kita juga sentiasa bersedia untuk menarik pelabur-pelabur yang sedia ada, kalau ada masalah itu yang kita akan, apa ini, selesai, cuba selesai bersama dan kalaulah salah satu kelemahan, mungkin ini juga yang menghalang pelabur-pelabur datang ke POIC Sandakan, okey.
Terima kasih Datuk.
Kita akan bincang balik dengan Sawit Kinabalu cara yang terbaik, kalau boleh Ahli Yang Berhormat daripada Elopura juga boleh dijemput bersama-sama dengan Sawit Kinabalu. Terima kasih.
Saya setuju, saya as a volunteer, saya suka ini sebab sekiranya ingin membangunkan Sandakan juga, saya volunteer ini free of charge punya.
Saya suka ini, terima kasih Menteri yang offer ini.
Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai, saya mohon maaf kerana saya terpandang, tersilap pandang yang saya jemput sepatutnya ialah Yang Berhormat dari Usukan.
…Berhormat dari Usukan.
Tuan Speaker, soalan nombor lima (5).
Langkah Holistik Kerajaan Negeri Bekerjasama Dengan Kerajaan Persekutuan Membasmi Jurang Kemiskinan Tegar Di Sabah
*5 YB. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh Tun Said [Usukan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah langkah holistik kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dalam membasmi jurang kemiskinan tegar di Sabah khususnya kawasan luar bandar.
Silakan menteri. Jawapan
Bismillahirrahmanirrahim.
Datuk Speaker dan dewan yang mulia ini, memandangkan pertanyaan nombor lima yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat Usukan, soalan nombor lapan pada 19 Julai, oleh Ahli Yang Berhormat Kedamaian dan pertanyaan nombor 59 pada 19 Julai juga daripada Yang Berhormat daripada Sulabayan adalah merupakan soalan yang berkaitan.
Dengan itu, izinkan saya menjawab ketiga-ketiga pertanyaan tersebut secara serentak. Datuk Yang di-Pertua, Datuk Speaker dan dewan yang mulia ini, kementerian saya sehingga kini masih meneruskan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan daripada negeri dan juga persekutuan yang berkaitan bagi membendung dan juga menangani masalah kemiskinan luar bandar di negeri Sabah.
Antara langkah-langkah holistik yang terlibat adalah seperti berikut, pertamanya Kementerian KPLB Sabah adalah merupakan sebagai penyelaras bagi program-program yang telah diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar persekutuan, KPLB persekutuan seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Jalan Perhubungan Desa (JPD), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Jalan Luar Bandar dan juga Program Amenity Social.
KPLB Sabah juga bersama-sama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri ataupun UPEN Sabah terlibat dalam pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Fasa 1 bagi tahun 2022 ini, yang mana ia telah dilancarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan juga Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri pada tahun ini. Pihak EPU dan UPEN telah berkolaborasi dengan pelbagai pihak dan juga kementerian dengan mengadakan lawatan ke 10 buah daerah yang tersenarai dalam daerah termiskin di Sabah. Ia bertujuan bagi mengenal pasti dan juga menerima cadangan berkenaan dengan aktiviti atau program yang bersesuaian untuk dilaksanakan di daerah-daerah yang tersebut.
Di mana ia memastikan bahawa daerah-daerah tersebut boleh terkeluar daripada senarai daerah termiskin dengan pelbagai program yang dirancang.
Kementerian KPLB Sabah juga bercadang untuk terus meneruskan kerjasama dengan beberapa agensi negeri dan juga persekutuan seperti Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sabah, iaitu di bawah agensi KPLB Persekutuan, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Jabatan Mineral dan Geosains Sabah dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dalam melaksanakan beberapa program pembasmian kemiskinan. Program-program yang terlibat masing-masing adalah merupakan program-program seperti program Kampung Sejahtera, program MESEJ, program BALBA dan juga program Keusahawanan Luar Bandar. Sekian, terima kasih.
Ada tambahan?
Soalan tambahan.
…dari Usukan. Soalan Tambahan
Rancangan itu agak komprehensif ya.
Saya cuma ingin tahu sama ada kita mempunyai data?
Berapakah sudah yang terkeluar daripada kemiskinan tegar ataupun tidak. Kerana selalu kita tahu data berapa jumlah kemiskinan ya tetapi saya ingin tahu oleh kerana untuk menentukan keberkesanan program tersebut, berapa jumlah yang terkeluar sudah, yang sudah bukan lagi dianggap miskin tegar sejak lima tahun tiga tahun yang lalu. Sama ada, ada data tersedia ataupun tidak, Tuan Speaker.
Okay, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Usukan. Sebenarnya perincian data pada ketika ini tidak ada terdapat.
Namun demikian, perincian data kemiskinan tegar ini ia akan dibincang di peringkat daerah melalui apa nama ahli jawatankuasa, focus group di peringkat daerah dan juga ia dibincang di apa nama peringkat focus group negeri Sabah dan pelbagai agensi yang terlibat dalam program ini. Oleh yang demikian, data ini akan berubah setiap kali mesyuarat di mana memang ada yang terkeluar daripada garis kemiskinan. Namun demikian, tidak ada perincian yang ada. Insya-Allah, mudah-mudahan pihak kementerian akan membekalkan data ini kepada Yang Berhormat Usukan, terima kasih.
Datuk Speaker.
Seterusnya Yang Berhormat Kedamaian. Kadamaian ya. Soalan Tambahan
Tetapi adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan Akta Pembangunan Wilayah Utara Sabah, misalnya untuk mengeluarkan daerah-daerah termiskin di utara ini daripada kepompong kemiskinan ataupun sekurang-kurangnya 1 agensi khusus dibawah KPLB Sabah untuk melihat khusus untuk cara dan usaha agresif kita mengeluarkan daerah-daerah termiskin ini. Kerana kalau saya dengar tadi penjelasannya itu seolah-olah pendekatan kita pendekatan yang sama. Pendekatan biasa, program yang sama sahaja. Untuk kita keluarkan daerah-daerah ini pada saya, saya berpandangan pada usaha yang lebih agresif, pendekatan yang lebih agresif. Kalau cara sama, pendekatan sama, saya fikir daerah ini 10 tahun akan kemudian pun masih dalam senarai yang sama. Ini cadang, soalan juga merangkap cadangan. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Kedamaian.
Ya, sebenarnya program-program dibawah kementerian KPLB ini adalah merupakan masih program yang tersedia dan masih dalam sedia ada, maksudnya dan ia peringkat pelaksanaan. Namun demikian, cadangan daripada Yang Berhormat Kedamaian adalah satu cadangan yang baik dan insya-Allah mudah-mudahan pihak kementerian akan menilai dan juga meneliti cadangan ini dan untuk kita angkat sama-sama bagi memastikan bahawa satu program pendekatan yang lebih menjurus bagi memastikan bahawa kemiskinan tegar ataupun miskin di negeri Sabah ini dapat kita tangani dengan sebaik yang mungkin, terima kasih.
Saya nampak YB Sulabayan tadi berdiri.
Datuk Speaker. Soalan Tambahan
Datuk Dr.
Terima kasih Tuan Speaker, kerana ini ada berkaitan juga disebut.
Saya pun ada mengemukakan soalan berkenaan beberapa daerah termiskin ini.
Terima kasih di atas penjelasan tadi. Soalan tambahan saya senang sahaja. Time frame ada tidak di buat? Terutama sekali saya juga setuju dengan pandangan daripada soalan tambahan daripada Kedamaian tadi.
Kalau berdasarkan kaedah-kaedah lama, soal INFRA, soal PPRT, ini semua tidak akan dapat memberikan satu lonjakan yang baharu kerana kita pun sebagai orang Sabah amat terasa apabila di sebut daerah termiskin ni. Sudahlah pula bukan satu, dah lapan dah daerah. Kita cukup terkesan.
Cuma saya nak tanya terutama sekali bukan sahaja dari konsep yang lama tadi seperti apa yang di sebut dan ini sudah melibatkan agensi persekutuan seperti apa yang di sebut INFRA, APTS dan juga agensi-agensi lain. Cuma saya nak tanya perlu ada time frame, jangan ada perancangan sahaja. Tetapi, kita nak time frame kerana ini perkara serius yang sehingga di Sabah ini dikenali begitu antara daerah termiskin, negeri Sabah kaya tetapi rakyatnya, tempatnya miskin.
Jawap menteri? Datuk Dr.
Itu sahaja soalan saya.
Time frame ada tidak di bagi? Terima kasih.
Okey, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sulabayan. Berkenaan apa nama cadangan apa nama, time frame dan sebagainya, ini adalah merupakan satu apa nama gabungan. Sebab itulah pihak-pihak yang terlibat seperti EPU, UPEN Sabah dan juga pihak ICU dan juga Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan adalah merupakan rakan strategi kita untuk sama-sama.
Time frame mana? Time frame 21 tahun itu.
Datuk Dr.
Bagi laporan itu.
Dalam proses. Datuk Dr.
Selama 21 tahun yang keduakah.
Yang Berhormat, time frame ini adalah merupakan satu peringkat. Jadi ianya adalah dalam perbincangan untuk bagi kita memastikan bahawa satu time frame untuk menangani masalah kemiskinan ini dapat diatasi secepat yang mungkin. Jadi, inilah sebenarnya pihak kementerian KPLB Sabah akan terus berkerjasama bagi memastikan time frame itu dapat kita capai.
… dapat kita capai. Langkah-langkah ke hadapan untuk kita memastikan bahawa proses kita untuk mengeluarkan mereka-mereka yang, apa nama, tersenarai dalam miskin tegar dan juga miskin ini, dapat kita tangani dalam masa yang terdekat.
Jadi, time frame dia itu kalau dapat, kita dapat ah, pastikan untuk mengikut kesesuaian masa dalam pelbagai program yang dicadang. Terima kasih, Yang Berhormat.
Saya nampak Yang Berhormat Moyog tadi berdiri. Silakan Moyog. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih menteri.
Soalan tambahan saya adalah, dengan pengumuman kerajaan bahawa
mereka akan mendapat 54 bilion daripada kutipan SST, kutipan petroleum dan sekian, termasuk juga jawapan Menteri Kewangan kepada Parlimen Semporna dua hari lepas di Parlimen, di mana anggaran yang akan diberikan kepada Sabah, Datuk Seri ah, Datuk Speaker, adalah 10 ke 12 bilion tahun ini dengan lonjakan yang tinggi. Kutipan ataupun pemberian kepada Sabah yang, you know, yang mungkin mencapai enam puluhkah tujuh puluh bilion dalam satu tahun ini. Adakah rancangan kerajaan, soalan saya, adakah rancangan kerajaan untuk menggunakan kutipan ini untuk membasmi kemiskinan di lapan daerah dan yang termiskin, dan juga daerah-daerah yang mungkin akan mundur kerana kita gagal dengan infrastructure dan membawa pembangunan di kawasan tersebut di Sabah. Terima kasih.
Ah, Datuk Speaker! (suara bertindih)
Sila jawab, Menteri.
Datuk Speaker, Datuk Speaker, N.1 Banggi.
Datuk Speaker, saya mendengar dengan teliti soalan yang dibangkitkan oleh kawan-kawan sebentar tadi.
Pertamanya, pendekatan untuk mengatasi ataupun pembasmian kemiskinan itu adalah sesuatu yang dinamik, keadaan masa lalu dengan keadaan sekarang sudah berbeda ah, situasinya. Kalau dulu, masalah kemiskinan kita boleh, ataupun pembasmian kemiskinan kita boleh selesaikan dengan membuka tanah-tanah baru, tetapi sekarang masalah tanah semakin sempit. Jadi kita membuat satu pendekatan baru yang sekarang sedang dalam perancangan ah, sesuai dengan keperluan semasa, kita sedang, kementerian sedang membincangkan dengan serius, bagaimana untuk menangani atau mengambil langkah pembasmian kemiskinan itu dengan efektif, minimum kos, maksimum impak. Itu sedang kita usahakan sekarang. Mengenai dengan dana yang mungkin seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat, mudah-mudahan kita dapat fikirkan, bagaimana sebahagian daripada dana itu digunakan sepenuhnya untuk digunakan bagi negeri Sabah, sementara menunggu daripada pihak Federal. Terima kasih.
Datuk Speaker ...
Saya sekarang menjemput ah, saya sekarang menjemput Yang Berhormat Tanjong Papat. Silakan. Maaf kerana telah menunggu tadi, ada kesilapan, ya. Terima kasih.
Datuk Speaker, soalan saya nombor enam (6). Terima kasih.
Kemudahan-Kemudahan Awam Yang Kurang Diselenggarakan
*6 YB. Datuk Poon Ming Fung @ Frankie [Tanjong Papat] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN / MENTERI KEWANGAN I, apakah rancangan kerajaan terhadap kemudahan-kemudahan awam Pihak Berkuasa Tempatan yang kurang diselenggarakan.
Silakan, Menteri.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Ah, minum air dulu sikit!
Tuan Speaker, izinkan saya untuk menjawab soalan bersama-sama dengan soalan nombor 34, memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan ada berkaitan.
Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong Papat dan Ahli Yang Berhormat Datuk Haji Raimie Unggi ADUN Dilantik serta makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri pada tahun ini telah meluluskan peruntukan Perbekalan S39 berjumlah RM8 800 000 untuk tujuan menaik taraf kemudahan-kemudahan awam yang usang. Daripada jumlah tersebut, 1 juta adalah untuk pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan titian umum. Yang kedua, RM5 juta untuk pembinaan pembaikan dan penyelenggaraan sistem saluran parit dan longkang dan RM2.8 juta untuk pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan taman dan kemudahan-kemudahan awam yang lain. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga
telah meluluskan peruntukan BP1 berjumlah RM48,151,560 dan peruntukan Kumpulan Wang COVID berjumlah RM36.1 juta kepada kementerian saya untuk tujuan pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam yang usang.
Manakala bagi tujuan pengindahan kawasan PBT, satu kementerian melalui RMKe-12 pembiayaan Kerajaan Negeri bagi sepanjang tahun 2021 dan 2025 di bawah program naik taraf landskap memperuntukkan sejumlah kira-kira RM2.1 juta bagi naik taraf landskap kawasan lapang dan taman-taman awam bagi PBT. Bagi PBT berkeutamaan dan melalui program landskap di bawah kementerian, peruntukan secara tahunan sebanyak RM350 ribu adalah melibatkan baik pulih taman, inisiatif penghijauan dan juga penggalakan PBT hijau.
Kerajaan Negeri turut mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan melalui KPKT. Menerusi program naik taraf taman awam ini, diluluskan sejumlah RM2.25 juta melibatkan PBT yang memenuhi kriteria dan peruntukan kepada program geran pemangkin bandar-bandar rendah karbon atau GERAK, diperuntukkan kepada seluruh PBT Sabah berjumlah kira-kira RM6.25 juta bagi tujuan melaksanakan dan memperkasakan inisiatif KKTP masyarakat rendah karbon PBT Sabah. Melalui tanggungjawab PBT, program menaik taraf, baik pulih dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam serta mengindahkan bandar merupakan antara keutamaan kementerian.
Ini adalah bagi memastikan keselamatan dan fungsi kemudahan-kemudahan awam di tahap optimum, demi mewujudkan persekitaran kondusif dan komuniti yang sejahtera serta memperkasakan lagi perkhidmatan PBT berada di tahap terbaik kepada orang awam. Sekian dan terima kasih.
Soalan tambahan Datuk Speaker, soalan tambahan.
Silakan, Yang Berhormat, silakan.
Soalan Tambahan
Terima kasih, Tuan Speaker, terima kasih kepada menteri apa yang jelaskan dengan peruntukanlah daripada persekutuan dan negeri juga, masalah ini ada macam tadi saya baru mahu sebut juga dan di isu POIC tetapi tidak diberikanlah, tetapi masalah ini sekarang saya mahu know about issue, about timing, about ah, apa itu, maintenance, contohnya dua tahun sebelum ini, Sim-Simlah ada satu kampung, jambatannya ada diberi peruntukan untuk buat itu tiang yang menahankan itu dia punya walkway tetapi ini tiang sudah jatuh, tetapi itu jambatan masih di sana, saya panggil ini tiang, tiang taufu, dia sendiri pandai tidur ah, itu masalah. Baru-baru ini minggu, hari kelmarin jatuh lagi. Tiang sendiri jatuh, jambatan masih di sana.
Kita ada buat laporan kepada MPS, tetapi sampai sekarang MPS pun tidak ada buat apa-apa. Sebulan sebelum ini, saya pun ada lawat satu tempat jambatan dia turun, memang turun, apa yang buat satu, jambatan baru belum dibuat, itu satu bulan sudah, ada penduduk di sana tidak mana boleh melalui jalan yang di tempat itu ...
…..yang di tempat itu. Dia harus berjalan melalui lain satu jambatan. This is the issue, this is the problem, ada banyak duit diperuntukkan tetapi tidak dilaksanakan untuk maintenance. Much money but where did it go?. What is the timing? What is the issue? Why is it taking so long for the government to respond?
They must be emergency fund for this whole things. The whole bridge collapse. Imagine people cannot reach their home, these are not rich people, these are pure people from the kampong and they came very…
Yang Berhormat soalan dia, cuba berikan yang terang-terang.
Ya soalan dia, I need to know, what is the respond time from the government in during this emergency matter and maintenance and all maintenance issue?, so that we don’t have a repeated problem of this sought in the future. Thank you.
Silakan Menteri.
And I assume that this problem does not rise when you are the minister, isn’t that the…
In my time, there was one happen, but I rectify the matter within one week.
That is the answer.
See, Semuanya banyak bergantung kepada keaktifan Ahli-ahli Yang Berhormat dan mereka yang lebih bertanggungjawab di peringkat daerah. You see PBT ada, PBT most of them ada duit, Sandakan is one of the richest PBT for your information. So, soal tiada wang itu tidak timbul to be honest ya. Kita di peringkat kementerian, kita ambil peruntukan, tetapi sama ada peruntukkan itu digunakan secepat mana digunakan bergantung kepada sejauh mana sesebuah PBT itu, atau pengurusannya efisien atau sebaliknya. So this where kalau saya boleh dengan izinlah, kalau perkara-perkara ini timbul I mean Yang Berhormat pun ada you sekali sekala maklumkan saya. Feel free to call me and I will call immediately to Presiden atau siapa the chairman, tiada, tiada masalah.
Tetapi, we have to work together, we cannot be complaining the newspaper and not telling me ya or telling my officers. So, anggap ini seperti mana yang saya nyatakan tadi, lets do it together, tidak kira you’re on that side, or I am in the side by the end of the day, we serve the same people.
So, saya punya anu, saya ambil maklumlah apa pandangan dan juga apa ini aduan daripada Yang Berhormat in fact, terus terang saya katakan there are few PBT yang bukan bilang sukarlah, tetapi very challenging to manage them. We are dealing with people and not all people are the same, not all people are like you and like me. Kita kalau masalah itu belum selesai, we cannot sleep but some people can sleep at 7.00 pm, even if the problem is not solve ya.
So (ketawa), harapan kitalah lets learn togetherlah, at least part of the learning curve I’m going through. But dealing with people saya terus teranglah mengurus manusia lebih sukar daripada mengurus yang lainlah kerana dia ada sikap dia sendiri dan sebagainya and we are inherited the
problem as much as you inherited the problem. But trust me, we are getting better and better insya-Allah ya. Terima kasih.
Soalan tambahan
Datuk Speaker, soalan tambahan
Soalan tambahan, Speaker. Speaker, soalan tambahan
Saya berikan kepada ketua pembangkang. Soalan Tambahan
Speaker, apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat tadi berhubung kait dengan work with you, there is no problem with us, work with you. But persoalan dia, essence of the infrastructure yang ada, structure. Majlis Perbandaran patut berfungsi, kita tidak boleh berhubung dengan menteri setiap hours setiap kalau timbul i have done it. When i was in KL, kadang-kadang saya berhubung dengan menteri wilayah, contohnya jalan ini berlubang, how long will it take? But this is no how we operate, in a develope country.
Yang Berhormat Senallang, Yang Berhormat Senallang sekejap. Yang Berhormat, Yang Berhormat sila duduk kerana Yang Berhormat berdiri untuk menjawab, nanti semua berdiri, nanti semua berdiri saya bingung tidak tahu siapa yang bercakap. Sila duduk.
Silakan Yang Berhormat.
Datuk Speaker saya ingat dalam saya, saya tidak ada masalah dengan kita, cuma saya berharap ya, dan saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri ya and at what level perkhidmatan majlis-majlis daerah, majlis-majlis perbandaran di negeri Sabah ini untuk meletakkan Wilayah Sabah ini sebagai sebuah tempat yang membangun, memaju untuk membantu rakyat dalam perkhidmatan service bekalan air, transport
yang ada, bekalan elektrik, kemudahan jalan raya tidak diperbaiki. Ini kadang-kadang penting bagi kita Yang Berhormat. Saya, yakin kalau ini kita dapat tambah baik ya, bukan hanya pihak pembangkang Yang Berhormat coordinate with you but kementerian coordinate every hour, every day supaya we will love to see Sabah to be a very progressive wilayah, ini harapan kita ya. Jadi, saya berharap saya minta apa ini pertanyaan, at what level prestasi-prestasi sama ada dari segi buang sampah, sama ada dari segi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Tanjong Papat tadi itu, you know. Terima kasih banyak.
Silakan Menteri.
Kalau standard saya simple, kalau dalam bahasa inggeris, “don’t wait tomorrow what you can do today lah”, jangan tunggu esok apa yang kita boleh buat hari ini.
Itu sepatutnya standard service kepada semua masyarakat dan terus terang saya katakan dan ini kita telah memaklumkan semua PBT. Jangan, ini bukan soal apabila dia melibatkan service kepada rakyat. Jangan anggap aduan itu daripada pembangkangkah atau dari mana yang kita tidak suka, itu kurang diberi perhatian.
I think semua harus diberikan perhatian yang samalah because dorang pun duduk di situ and we constant dengan izin Datuk Speaker. I, we constantly try to upgrade dorang punya apa itu kemampuan untuk bertindak atau respond time, tetapi pada akhirnya, in the final analysis as I was saying, we are dealing with people with different apa itu, mental set up. Ada yang cepat ada yang tidak cepat, ada yang lembik, ada yang proaktif. Jadi, I cannot generalize yang mengatakan this is what we going to do because everyone is different in this world bah, ini masalah dia. Yang ini bagus tetapi di bawah dia tidak bagus. If we take Sandakan kalau kira betul, they should be able to do well.
Ada tiga Timbalan Presiden and he is one of the richest municipality di Sabah. Jadi, cuma give us time I know Sandakan is one of quite a challenging apa itu area, bagikan masa I have ask my Timbalan Setiausaha Tetap to personally focus on a few PBT and salah satunya ialah Sandakanlah. Tujuan kita bukanlah kerana potensi untuk apa itu menjadi apa itu potensi pengurusan itu untuk (tidak jelas) cukup baik, cuma barangkali apa yang perlu ialah i
think they need to focus instead of people need to focus on sudden things. Terima kasih.
I catch, I off Tungku dahulu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat tadi ketua pembangkang sudah menghuraikan general question ok dan itu semua tambahan. Sila duduk, duduk dahulu, duduk dahulu. Semua orang mahu bercakap Yang Berhormat. Duduk dahulu. Saya tahu Sandakan isu, semua ada isu tetapi…
Tetapi, Datuk Speaker sudah sentuh tentang kawasan...
Dia berdiri dahulu, tidak, kalau tidak orang semua berdiri nanti. Tunggu. Sila duduk, saya nampak, tunggu. Tungku.
Tungku sudah beberapa kali mendapat peluang untuk menyuarakan masalah rakyat.
Itu keputusan saya. Silakan Tungku.
Ok. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, kalau boleh saya mencadangankan Yang Berhormat Menteri. Di Sabah ini, kita ada two layers government.
Soalan juga Tungku.
Ya, ini soalan dan cadangan.
Two layers government system. Kita ada Kerajaan Negeri dan kita ada local government. Kerajaan Negeri adalah pencipta dasar, local government adalah pelaksana dasar dan polisi.
Saya rasa sudah tiba masanya Yang Berhormat Menteri, sebab local government Federal tidak boleh campur, itu beyond dorang punya tidak boleh kacau langsung pun.
Ini semua kita punya kuasa, sudah tiba masanya saya ingat local
government ini mesti ada reformasi program, kena reform betul-betul. Kita punya sistem perjawatan, budaya kerja dan kita harus ingat kalau local government ini tidak berfungsi dengan baik, bagaimana kita di peringkat kerajaan di atas ini, ya, ok, adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai rancangan untuk reform kita punya local government. Terima kasih.
Silakan Menteri.
Saya fikir isu dia bukan reform local government…
….bukan reform government, apa itu local government. Reform our mind ... mindset itu yang patut reform. Cara kita melihat tugas kita. Minta maaflah. Saya bukan bercakap seolah-olah saya ini pintar betul tetapi kalau setiap kita anggap kerjaya kita sebahagian daripada amal ibadah, kita akan bagi yang terbaik. Tidak kira kita beragama Islam ataupun bukan Islam. We will do the best kerana dalam agama kita excellence ya. Excellence is the essence ... sesuatu perbuatan itu diangkat menjadi ibadah. Dan kalau kita boleh transfer same principle ini ke dalam kerja kita, tidak perlu menunggu telefon daripada Yang Berhormat daripada mana-mana. Kita akan buat kerja tanpa disuruh. Why? Kerana kita sudah anggap kerja itu sebahagian daripada amal ibadah kita. Dan yang menyukarkan ini, Tungku ini. Bukan soal berapa banyak Undang-undang yang kita buat tetapi kalau mental set, mindset kita sama, it doesn’t solve kita punya problem. What is important ialah mencari jalan bagaimana memastikan setiap orang daripada kita, orang Sabah, seperti kata Senallang tadi berasa bangga membuat sesuatu kerana Sabah.
Bangga membuat sesuatu kerana dia mahu perbuatan dia itu, service dia itu diangkat menjadi satu amal ibadah. Itulah bagi saya, motivasi yang terbesar untuk kita menjadi pekerja yang terbaik. Terima kasih.
Ya, Tuan Speaker.
Terima kasih.
Tuan Speaker.
Jangan tuduh saya kasi orang Sandakan saja, ah! Silakan Gum-Gum.
Sri Tanjong, Datuk Speaker.
Speaker, tutup. Tutup sudah. Terima kasih, Datuk Speaker.
Elopura, sila duduk Elopura.
Okay.
Yang Berhormat, tidak. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya sama ada pihak Kementerian …
Tuan Speaker, soal jawab sudah habis.
Untuk mewujudkan kemudahan awam seperti internet percuma di lokasi-lokasi bandar ataupun bandar raya ataupun mungkin juga luar bandar yang terpilih untuk dijadikan sebagai program rintis untuk hab pintar ataupun hab digital, selain ianya memberikan kemudahan kepada orang awam. Saya ingat ia juga penting sebagai alternatif kepada para pelajar dan juga mahasiswa dan juga mungkin juga kepada pengusaha atau usahawan-usahawan kecil untuk mempromosikan produk tempatan yang bersesuaian. Terima kasih.
Terima kasih. Sebenarnya soalan itu boleh dijawab oleh pelbagai kementerianlah kerana fungsi dia berlapis, cuma konsep ini perbandaran, kemudahan dalam bandar dan sebagainya. Kalau kita lihat ialah menjadikan kehidupan dalam bandar itu mempunyai nilai, kualiti kehidupan kerana itulah kita bercakap pasal membangun bandar.
Sebenarnya kita membangun dan memperbaiki kualiti kehidupan bagi mereka yang tinggal di bandar dan mereka yang datang ke bandar. Antara kemudahan asas memanglah rangkaian internet dan sebagainya. Ini berlaku di banyak tempat di seluruh dunia. Barangkali kita di Sabah ini, belum sampai ke tahap itu, ya. Tetapi saya ingat, suatu hari nanti, saya fikir semua ini akan datang, bukan sahaja ada, tetapi mungkin secara percuma atau very minimum cost. Saya setuju. Ambil pelancongan misal kata, kalau internet misal kata atau service internet ada di bandar, di mana-mana. Actually pelancong itu dengan sendirinya menjadi jurucakap, jurujual negeri kita. Dia ambil gambar, dia selfie dan dia terus kirim ke keluarga dia ataupun sahabat-sahabat dia seluruh dunia. Jadi ini kebaikan apabila servis atau perkhidmatan internet itu ada di mana-mana.
Tetapi saya ingin nyatakan kita belum barangkali sampai ke tahap itu walaupun rancangan dan ini telah diumumkan oleh kementerian, apa itu, kementerian pusat dan juga sahabat saya dalam kementerian IT, tetapi saya ingat dia akan mengambil masa secara perlahan-lahanlah.
Datuk Menteri, saya ingat pernah dilancarkan kalau saya tidak silap pada tahun pada Oktober 2017. Mohon maaf kalau saya tersilap dan telah dilancarkan oleh Ketua Menteri pada ketika itu di sekitar Kota Kinabalu, iaitu merangkumi Oceanus sehingga ke Suria Sabah.
Kerana itu kadang-kadang kalau kita lalu ada handphone dia terus datang wifi is available dia bilang. Dia masih ada tetapi sama ada berjalan, beroperasi dengan baik itu di luar pengetahuan sayalah.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Gum-Gum, seharusnya soalan itu tidak boleh disoal, dibawa baliklah kerana sudah lalu kan. Jemput …
Datuk Speaker.
Yang Berhormat
Datuk Speaker, boleh minta lagi soalan tambahan?
Yang Berhormat Datuk, Yang Berhormat Api-Api. Silakan.
Thank you Speaker. Soalan saya adalah nombor tujuh (7).
Status Terkini Santuari Tenggiling Di Tawau Dan Langkah Untuk Melindungi Haiwan Ini
*7.
YB. Datuk Christina Liew [Api-Api] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah status terkini Santuari Tenggiling di Tawau yang telah dilancarkan semasa Pentadbiran Warisan Plus, dan apakah langkah diambil untuk melindungi haiwan ini.
Menteri. Jawapan
Terima kasih Datuk Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Api-Api dan dewan yang mulia ini, cadangan pemulihan sanktuari tenggiling di Taman Bukit Tawau yang dikenali sebagai Sabah Pangolin Sanctuary and Research Institute atau singkatannya, SAPSARI yang telah dilancarkan pada tahun 2019 telah ditangguhkan pada ketika ini. Datuk Speaker, sebagai makluman dewan yang mulia ini, khususnya Yang Berhormat Api-Api, kementerian saya melalui Jabatan Hidupan Liar telah
mengadakan perbincangan dan bengkel pada 20 November 2019 yang diketuai oleh pihak SAPSARI bersama para NGO yang terlibat dan tujuan perbincangan dan bengkel itu diadakan untuk yang pertama membincangkan lokasi pemilihan tapak SAPSARI yang sesuai.
Yang kedua, bincangkan perancangan SAPSARI jangka panjang dan yang ketiga, membincangkan hasil-hasil dapatan dan keputusan untuk penyediaan laporan komprehensif kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hidupan Liar. Beberapa dapatan dan hasil berdasarkan penilaian telah dibincangkan secara terperinci dan diputuskan semasa bengkel ini dan antaranya SAPSARI telah digariskan untuk dilaksanakan dalam tiga fasa, iaitu bermula fasa awalan, iaitu pertama, fasa 1, keperluan untuk mewujudkan standard operating procedure ... prosedur untuk tenggiling yang diselamatkan dan yang dirampas.
Dalam fasa ini juga, telah ditekankan berhubung kepentingan untuk mengadakan kempen kesedaran pemuliharaan yang menjadi tunjang kepada proses perancangan projek ini. Yang kedua adalah untuk memberi tumpuan kepada penyelidikan termasuk penternakan, pemakanan, pemantauan dan sebagainya. Pendekatan secara uji kaji terhadap penternakan perlu dibuat sebelum reka bentuk dan pembinaan diputuskan.
Dan yang ketiga, fasa ketiga adalah lebih kepada pengurusan dan pentadbiran yang bersepadu. Datuk Speaker, selain daripada rangka pelaksanaan secara berfasa ini, para penyelidik juga menilai keperluan fasiliti untuk penyimpanan sementara tenggiling-tenggiling yang dirampas mahupun yang diserahkan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal adalah lebih sesuai berbanding dengan keperluan pembinaan sanktuari.
Ini adalah kerana tenggiling merupakan spesies yang perlu dibebaskan dengan segera ke habitat asal dan bukannya spesies haiwan yang lazim dipelihara sepertimana spesies haiwan yang sedia ada dalam sanktuari. Sehubungan itu, berdasarkan perbincangan oleh pakar-pakar pangolin ini, disyorkan agar pewujudan sanktuari ini ditangguhkan.
Walau bagaimanapun, proses pelaksanaan fasa-fasa ini tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang telah ditetapkan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda. Namun, bengkel bagi membincangkan SOP untuk tenggiling yang diselamatkan mahupun dirampas telah mula dilaksanakan kembali pada awal tahun 2022 ini. Datuk Speaker, sebagai langkah untuk melindungi pangolin ini pada tahun 2017, tenggiling telah dinaikkan status perlindungannya daripada dilindungi kepada dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997. Justeru, sejajar dengan status perlindungan yang tertinggi ini …
...status perlindungan yang tertinggi ini, penguatkuasaan dan operasi bersepadu juga telah dipertingkatkan di antara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Hidupan Liar dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain. Pada masa yang sama juga, penguatkuasaan dan operasi sekatan jalan dan rondaan di kawasan-kawasan hutan turut dilaksanakan untuk semua hidupan liar dilindungi di Sabah bagi mengekang jenayah hidupan liar.
Datuk Speaker, untuk makluman dewan yang mulia ini pengumpulan data dan penyelarasan penyelidikan yang sedang giat dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar bagi mewujudkan pelan tindakan tenggiling di Sabah dengan mengambil kira keperluan untuk mewujudkan pusat penyimpanan sementara tenggiling sebelum dibebaskan ke habitat asal.
Selain aktiviti penguatkuasaan undang-undang, Jabatan Hidupan Liar juga giat mengadakan kempen kesedaran awam tentang kepentingan konservasi tenggiling dan hidupan liar yang lain menerusi program-program pendidikan dan media massa. Sekian.
Api-api ada soalan tambahan? Silakan.
Soalan Tambahan
Soalan tambahan. Ah, okay sepatutnya saya mahu tanya, why is there no news on this sanctuary which in the previous government who have ah, sign the MOU with this American who came to Sabah and donated one million dollar, one million ringgit for us to start with this sanctuary. Sebab ada banyak report also from the mahkamah report you can see huge, huge ah interest in this wildlife and ah, ex exported by the tons to overseas. I don’t want to mention the country because mereka percaya kalau gunakan ini tenggiling for making herbs soup it will be very beneficial to the people especially to men.
I don’t understand.
I don’t believe but that’s what they believe.
So, Yang Amat…
Yang Amat Berhormat, please refrain from innuendo.
Okay, okay alright. I take back what I said but that is the belief.
Okay so, the reason why we have this paper Yang Berhormat ah... during the last ah government was that, we believe for two-of (raise?) two reason:
1.
It was recommended in the laporan given to me by the pengarah of the wildlife department you can ask him dia, he’s in your, he’s still in your ministry: 2.
Based on that analysis, laporan and all this recommendation, we agree to set up this sanctuary supaya kita boleh justify, why we are doing this so that when tourist come to Tawau, this is one of the places that they can visit. A lot of people especially foreigners are very interested in this ah...
Yang Berhormat your question please.
Ah… sir?
Your question?
Oh okey. Question...
We have...
Question okay, soalan saya number ah two, two reasons. Number one is, why did you cancell it? You said a lot of things but I’d like you to go back to the ah, recommendation and the MOU that were signed between ah ah, wildlife department and this ah, NGO company. All the reason ah why we are standing up this. That was a basis for ah the proposal to set it. Number two is ah what happen to the MOU and also the money one million ringgit donated by this people to promote this one for ah Sabah’s ah panggolin ah, what you call ah sanctuary and number three is this ah was supposed to be one of the attraction for Sabah for tourist coming to visit Tawau. Because not every ah Tawau doesn’t have a lot of ah itself, it doesn’t have a lof of ah visiting spots, hotspots. Except people transit Tawau then go straight to Semporna go all this ah wildlife ah and also going to this ah, sea diving activities. But holding tourist in Tawau for overnight at least one or two days we need to have more, more programmes and more hostspots ah areas for them to visit. That’s one of the three reasons why are we enter into this one. So I want to know whether the cancellation of this ah, the cancellation of this sanctuary ah, does it, is it justifiable? Of course I accept the fact that ah because of the pandemic, the SOP, all work have to be held for a few years two three years. Okey, alright. Thank you.
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Itu soalan pun panjang-panjang saya pun tidak tahu mana satu yang harus dijawab. But, if you listen carefully...
Ah, you have to listen when we speak.
(Bertindih dengan Api-api) No, Yang Berhormat, Yang Berhormat if you listen carefully saya tidak cakap cancell. Ditangguhkan.
(Bertindih dengan Kiulu) I know, but my, my answer is why you batal. Tangguh and batal I think quite the same.
(Rakaman kurang jelas kerana suara bertindih dengan Api-api) Tuan
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat...
And also you have, you have to tell us very specific what is the reason. There are terms in MOU, read in… (rakaman kurang jelas)
YB menteri, boleh Menteri?
I’m here, I’m here YB Menteri. I’m talking to you.
Oh, okey.
Saya binggung sudah. (bertindih dengan Tuan Speaker). You want me to answer Datuk Speaker.
Because you are attracted by the... wait, wait. You are attracted by the beauty and the beast. I’m the beast. Okey ah, Yang Berhormat Api-api, actually ah Minister was saying not cancelling, ditangguhkan.
Okay, you are right.
I just want to tell you that you are right and nobody is wrong, okay. So it’s all a matter of muttering here and there, we cannot hear. Menteri teruskan.
Terima kasih ah, Datuk Speaker.
Kita sedar you know it’s important for us to have as many attraction di seluruh Sabah ini. Tetapi, dalam soal ah, apa ini, sanctuary ini there are various factor that need to be considered, ya.
Dari segi sustainable fundingnya ya, jika jumlah pelawat itu tidak seberapa banyak mungkin kita punya pendapatan supaya kita boleh menampung kos ah pengendalian operasi sanctuary itu harus diambil kira dan yang kedua, tentang funding itu. You know the signing of a one year MOU that was in 2019 so
dia sudah lapse.
Tetapi, apapun yang saya tahu ah, this NGO called Subsari Arizona was supposed to raise 1 million but to the best of ah my knowledge, this 1 million was never raised. Okey, so that’s among the reason. But yang penting ialah apabila kita memperkenalkan satu-satu produk pelancongan itu, we have to make sure that they are sustainable, ya. It’s important, I know Tawau it’s ahh you know, you diving harus. Tetapi kalau ini tidak boleh kita laksanakan dengan alasan-alasan yang saya sudah beri, kita try to identify other tarikan yang kita boleh develop ya, YB. Cuma itu sahaja yang saya boleh jawab. Terima kasih.
Datuk Speaker, Datuk Speaker soalan tambahan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab sudah selesai.
Datuk Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat, ada usul yang akan dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa sidang dewan pada hari ini tidak digantung sehingga semua urusan-urusan dewan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini selesai ditimbang dan diputuskan.
Menteri menyokong?
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk membuat usul berkenaan dengan PT (5).
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Tetap 4(3) mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan sekarang.
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Saya menjemput Yang Berhormat Luyang.
Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih ah kerana membenarkan ucapan penangguhan, dibenarkan untuk dibangkit dan dibahas dan juga dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Saya akan membaca ucapan yang penangguhan yang saya telah pun...
…..yang saya telah pun kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri.
Kajian Indeks Kebahagiaan tahun 2021 yang dilakukan oleh MuniNets di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jelas menunjukkan bahawa Kota Kinabalu merupakan bandar yang kedua paling tidak bahagia, di seluruh Malaysia. Ini adalah amat, mengejutkan bukan … bukan sangat funny ya.
Sangat mengejutkan ...
Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, ini perkara serius, teruskan.
Ini merupakan satu perkara yang saya mendapati sangat mengejutkan dan membimbangkan.
Ini adalah kajian yang dibuat oleh kementerian KPKT pusat yang mana Kota Kinabalu didapati bahawa merupakan bandar yang paling tidak ...
Yang Berhormat Luyang, skip, keep to the script.
Ya, ya.
Kedua, paling tidak bahagia di seluruh Malaysia.
Dalam pandangan saya, kegagalan untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang mampan dan mesra rakyat merupakan salah satu faktor yang menyebabkan warga Kota Kinabalu tidak bahagia.
Adalah penting untuk kita memandang serius masalah kesesakan lalu lintas ataupun kesesakan jalan raya yang semakin teruk.
Saya rasa semua rakan-rakan di sini merasai, khususnya waktu kemuncak, dan perbelanjaan pengangkutan bagi keluarga dan isi rumah adalah semakin meningkat.
Sudah tentu kejadian ini membawa cabaran yang sangat kritikal bagi warga Kota Kinabalu, terutamanya golongan B40.
Oleh kerana ketiadaan sistem pengangkutan awam yang mampan, rakyat terpaksa memikul beban besar untuk membuat pinjaman dari bank untuk membeli kenderaan. Jangan kita lupa bahawa kos barangan di Sabah adalah lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia, tetapi gaji dan pendapatan rakyat adalah jauh lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia.
Sedangkan di Semenanjung Malaysia, kita melihat MRT 2 yang baru dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. MRT 3 bakal dibina dan ECRL (High Speed Rail) juga akan dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dalam masa yang terdekat.
Namun, ia adalah amat mengecewakan bahawa sistem BRT (Bus Rapid Transit) yang dijangka mengguna pakai peruntukan 1 bilion sahaja yang telah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri pada tahun 2015, masih tiada sebarang perkembangan sehingga hari ini.
Merujuk kepada Pelan Kereta Kota Kinabalu yang sudah lama dirancang, 10 tahun yang lalu, Bus Rapid Transit (BRT) Kota Kinabalu sepatutnya disiap bina dan beroperasi pada tahun 2020.
Malangnya kini BRT sudah menjadi satu janji kosong. Malah sistem bas yang sedia ada di sekitar Kota Kinabalu juga masih jauh ketinggalan jika berbanding dengan bas di Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, dalam Pelan Kereta Kota Kinabalu, sepatutnya terminal bas Inanam dan Kepayan, northern dan southern bus terminal
juga akan disiap bina menjelang tahun 2020. Bagi membina sistem pengangkutan awam yang bakal dibina seperti BRT dan bas-bas yang moden. Tetapi jelas sekali kedua-dua terminal bas ini pun belum lagi disediakan.
Walaupun saya mengalu-alukan usaha kerajaan baru-baru ini melancarkan bas elektrik di Kota Kinabalu sebagai satu eksperimen, tetapi nampak usaha untuk menstruktur semula sistem bas dan sistem pengangkutan awam, maka saya rasa risau ia berkemungkinan tidak akan berjaya.
Saya difahamkan, terdapat hampir 700 pengusaha bas berlesen sedang beroperasi di sekitar Kota Kinabalu pada tahun 2018. Sekiranya tiada usaha untuk menyatukan ataupun menyeragamkan untuk menyusun semula bas-bas yang sedia ada, maka sistem bas kita mungkin tidak akan berjalan dengan teratur dan meyakinkan warga Kota Kinabalu.
Itulah sebab saya minta kerajaan mesti wujudkan satu jawatankuasa yang melibatkan agensi-agensi yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam sistem pengangkutan awam kita. Kita mesti sedar bahawa membina lebih banyak jalan raya tidak akan membantu dalam mengatasi masalah kesesakan jalan di Kota Kinabalu. Ini sudah kita tahu di seluruh dunia. Justeru, sudah tiba masanya untuk memandang serius perkara ini dan mulakan pelaksanaan TOD (Transit Oriented Development) yang mana sistem pengangkutan awam mesti diutamakan dan didahului sebelum perancangan bandar raya kita. Saya merayu kepada kerajaan Sabah untuk mengangkat pembangunan dan perancangan sistem pengangkutan awam sebagai agenda yang paling utama. Sebelum kita stuck di trafik sepanjang satu jam, dua jam, tiga jam, tiap-tiap hari. Saya ingin mengulangi cadangan saya untuk menubuhkan satu jawatankuasa pilihan khas, pengangkutan awam di Dewan Undangan Negeri Sabah supaya isu-isu yang saya bangkitkan tadi dapat termasuk cabaran-cabaran yang kita sedang hadapi akan diteliti, dan seterusnya dipastikan cadangan yang dikemukakan akan diambil tindakan oleh kerajaan mahupun negeri ataupun persekutuan.
Selain meminta Yang Berhormat Menteri memandang serius isu ini, saya juga meminta Yang Berhormat Menteri mengulas secara terperinci ke atas perancangan pengangkutan awam untuk Kota Kinabalu, sama ada BRT akan diteruskan, sama ada sistem bas akan dirombak semula, sama ada terminal bas yang sepatutnya disiap bina akan disiapkan secepat mungkin dan sama ada kerajaan Sabah akan memulakan perancangan pengangkutan rail seperti LRT ataupun MRT untuk Kota Kinabalu. Dengan ini saya mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Luyang.
Sebelum, Menteri jawab, saya akan (audio tidak jelas) usul....
Tidak boleh. Ini tidak. Ini PT5, tidak boleh.
Sila duduk.
Tiada perbahasan.
Menteri saya berikan 15 minit untuk menjawab. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Speaker dan Yang Berhormat.
Ada mencelah juga. Teruskan.
Terima kasih Speaker. Yang Berhormat daripada Luyang. Apa ini, untuk makluman Yang Berhormat Luyang dan dewan yang mulia ini, iaitu pada tahun 2012, satu kajian induk pengangkutan awam telah dilaksanakan oleh Unit Pengangkutan Awam, Kementerian Kerja Raya Sabah, dan telah diluluskan Kabinet pada tahun 2016.
Untuk ini, termasuk Bandar Raya Kota Kinabalu sahaja dan kajian ini telah menyenaraikan 17 cadangan yang komprehensif untuk, apa ini, dilaksanakan, dan dua daripadanya telah pun dilaksanakan dan diluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta, dan sedang berada dalam peringkat perancangan perolehan, penggabungan. Satu, pengabungan operator-operator bas, yang kedua, analisa permintaan.
Kekangan yang kita hadapi daripada kajian tersebut, terdapat 15 agensi kerajaan yang berperanan hampir sama dan bertindih kuasa, sehingga hari ini belum dapat diselaraskan dan saya melalui kementerian, saya telah mengarahkan Setiausaha Tetap kementerian menyediakan satu kabinet paper untuk kita mewujudkan satu penubuhan pusat agensi pengangkutan awam negeri Sabah.
Sebab selagi tidak, selagi 17 agensi ini berebut-rebut untuk menjatuhkan macam-macam. Agensi ini saya sebut Yang Berhormat, ya. Pertama, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) berperanan untuk licensing.
Kedua, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) permit dan enforcement.
Ketiga, Kementerian Pelancongan Seni Budaya (MOTAC) Persekutuan, licensing and permit, Jabatan Kerja Raya Sabah, infrastructure, transport, muds, Kementerian Kerja Raya Sabah (KKR)...
…Kementerian Kerja Raya Sabah (KKR), Infrastructure dan lain-lain. Jabatan Kereta Api, Planning and Management, Pusat Permeriksaan Kenderaan Berkomputer Puspakom, Jabatan Perlabuhan dan Dermaga.
Apa lagi? Jadi, biar Yang Berhormat faham. Saya pun binggung ini kementerian ini. Terlampau banyak Agensi dia.
Kementerian Kerajaan Tempatan, Jabatan Perancangan Bandar Wilayah, Unit Perancang Ekonomi, Sabah Economic Development, SEDIA, Dewan Bandaraya, DBP, MPT dan sebagainya. So, we have to synchronize all this agensi dan saya akan apa ini... kemukakan paper kepada Kerajaan Negeri untuk diberikan persetujuan dan untuk makluman Yang Berhormat, 17 perancangan yang dicadangkan itu, iaitu:
1.
Penubuhan Pusat Agensi Pengangkutan Awam Negeri Sabah.
2.
Pengabungan operator-operator bas.
Menggabungkan operator-operator bas kepada satu atau beberapa syarikat sahaja.
3.
Pengabungan operator-operator teksi.
Mengabungkan operator-operator teksi kepada satu atau beberapa syarikat teksi sahaja.
4.
Pengukuran Prestasi.
Mewujudkan… sebelum itu, untuk makluman Yang Berhormat, negara-negara lain pun memberikan permit teksi kepada individu dia. Tetapi, mereka melalui cooperative atau koperasi. Jadi, Koperasi itu mengurus teksi ini dengan baik. Dia tidak diurus oleh individu.
Ada juga negara-negara dia melalui individu tetapi, mereka patuh apa yang diarah setelah mereka mendapat permit. Tetapi, kita di Sabah ini lain sikit... mostly kalau drive, drive satu orang satu kereta relax.
Lorong laju dia pergi slow. Jadi, susah cuba Yang Berhormat pandu, saya selalu pandu kereta.
Kita pandu depan kita dia relax depan lorong kanan, lorong kiri kosong.
Dia tak nak masuk kiri.
Kita hon dia marah… ah… ini masalah… dia bilang kita ganas.
Inilah pemandu-pemandu di Sabah ini.
Kebanyakkan bukan sahaja di Sabah di semenanjung pun begitu. Tetapi, apabila kita apa ini... kita cerita yang sebenar dia marah kita. Dia kata saya racist.
Saya bukan racist saya nampak.
Sebab saya suka memandu. Jadi kita… dia slow kita hon dia marah-marah. Jadi, ini antara lain faktor-faktor menyebabkan apa ini, bandar raya kita ini kedua yang tidak bahagia.
Tetapi, alhamdulilah masyarakat di Sabah ini, di Kota Kinabalu masih juga bahagia saya nampak walaupun bandar kita kurang bahagia. Dan, pengabungan operator-operator teksi ini perlu untuk kita selaraskan. Sebab kita teksi ini frontliner.
Apabila ada pelancong datang teksi kenalah cantik.
Kalau di Eropah teksi dia daripada Mercedes, BMW, apa ini... Audi. Kita di sini teksi kita, tahulah macam mana kualiti dia.
Jadi, ini salah satu juga punca kita tidak bahagia.
4.
Pengukuran Prestasi.
Mewujudkan satu sistem untuk pengukuran prestasi bagi mematuhi dan menerima laporan prestasi. Ini penting.
5.
Analisa Permintaan.
Menggunakan teknik pengumpulan data yang canggih untuk menganalisa dan memahami cara pergerakkan manusia dan permintaan kepada perkhidmatan pengangkutan.
6.
Seperti Yang Berhormat sebut tadi bus repeat transit (BRT) dan bas troli atau tram di bandar raya Kota Kinabalu yang mempunyai laporan yang lebih terperinci yang boleh di buat fasa by fasa.
Ini pun sedang kita dalam perancangan.
7.
Gudang Maklumat Pengangkutan.
Data atau maklumat pengangkutan daripada pelbagai agensi akan disimpan pada satu agensi yang boleh dipercayai untuk menyimpan data diambil untuk analisa dan membuat keputusan.
8.
Kebolehlaksanaan Penguatkuasaan.
Menjalankan satu kajian bagaimana penguatkuasaan boleh menjadi satu kunci untuk menyokong Perkhidmatan Pengangkutan Awam.
9.
Perkhidmatan Maklumat Asas Perjalanan.
Melaksanakan satu sistem maklumat perjalanan yang efficient, yang membolehkan pengguna pengangkut awam mendapat maklumat yang mudah dan merancang perjalanan.
10.
Menaik taraf perjalanan terhadap Kemudahan Pengangkutan Awam. Bagi menambah jumlah pengangkutan-pengangkutan awam, kemudahan fizikal infrastruktur bas berhenti-henti dan terminal mesti ditingkatkan. Ini pun satu masalah.
Di mana kerajaan contohnya, di Inanam kita membina satu bas terminal, muatan dia untuk 30 bas tetapi LPKP mengeluarkan lesen tanpa limit. Jadi, benda ini pun berlambaklah. Terminal 30 bas 80. Terpaksa dia sampai tepi jalanlah.
This... that this... why… saya kata mesti mahu ada satu synchronize di kalangan semua agensi ini. Okey, kita punya terminal muatan dia 60 so LPKP supposed to be release lesen untuk 60 kalau kau bagi 100, 40 simpan mana? Ah, ini tidak berlaku selama ini dan sekarang ini kita akan cuba gabungkan apa ini... pandangan-pandangan sebegini untuk memastikan
bahawa apa yang kita rancang ini untuk membahagiakan bandar raya Kota Kinabalu ini.
11.
Sistem Tambang Automatik.
Iaitu menggunakan teknologi kad pintar prabayar tanpa sentuhan atau memudahkan pengguna untuk membayar tambang pengangkutan awam tanpa membawa duit secara tunai. Without cash dia boleh jalan dengan menggunakan kad.
12.
Perancangan Perjalanan.
Peningkatan dalam satu sistem penyampaian maklumat perjalanan akan menghasilkan keselesaan dan keyakinan kepada pengguna pengangkutan awam. Maklumat perjalanan yang menarik akan mewujudkan suasana orang awam boleh membuat keputusan penggunaan Mod Pengangkutan dan laluan dari masa ke semasa.
13.
Kempen Penggunaan Pengangkutan Awam.
Aktiviti mempromosikan dan memasarkan sistem pengangkutan awam yang telah ditingkatkan adalah penting untuk meningkatkan jumlah bilangan penumpang. Tetapi, saya juga berfikir, nak buat promosi apa? Kalau pengangkutan awam kita tidak good on the ground tidak ada lagi. Belum lagi apa ini... diterjemahkan. Justeru itu, saya memberikan jaminan kepada dewan ini, saya akan meminta jawatankuasa ini untuk lebih efficient dan pastikan bahawa bandar raya Kota Kinabalu ini terkeluar daripada kurang bahagia. Kita mahu bandar raya bahagia, orangnya pun bahagia, YB pun saya mahu bahagia juga.
14.
Penajaan Korporat dan Pengiklanan.
Iaitu kita menggalakkan juga pihak koperat dan pihak syarikat-syarikat untuk membuat iklan apa ini… di dalam pengangkutan awam yang akan kita sediakan nanti.
Dan, yang seterusnya, iaitu kajian Pekhidmatan Bas Ulang Balik bagi bagi kakitangan kerajaan dan pelajar-pelajar sekolah. Ini pun kita akan masukkan
dalam planning kita sebab ini akan memberikan kemudahan kepada pekerja-pekerja, kita punya penjawat awam dan sebagainya dan budak-budak sekolah. 16.
Program Latihan dan Pemanduan Bas dan Pemandu Teksi.
Salah satu kriteria bagi pemandu bas dan teksi untuk mendapatkan lesen mereka hendaklah menghadiri satu program latihan. Ini penting sebab saya katakan saya kadang-kadang bertanya bagaimana pemandu ini mendapat lesen memandu.
Dia, seharusnya sebelum dia mendapat lesen dia sudah tahu laluan laju di mana laluan perlahan di mana. Tetapi, apabila dia mendapat lesen dia seronok ikut lorong kanan seperti saya katakan tadi dengan perlahan, dengan pegang telefon, dengan dating dengan siapa-siapa you boleh dating saya kata tetapi ke tepi. Jangan dating di lorong kita. Yang ini saya pun mahu apa ini… JPJ perketatkan ini sebelum dapat lesen tanya ini pemandu.
Kau tahu peraturan sudah? Tidak boleh memandu di lorong laju, perlahan kalau tidak tahu jangan bagi lesenlah. Banyak... ini mengakibatkan juga accident, pelanggaran, sebab tiba-tiba dia mem-break di lorong laju.
Jiwa kita memanglah kita tidak tenteram sudah, tidak bahagia sebab susah dan yang ke-17.
… yang ke-17, Skim Perkongsian Basikal Awam ini pun penting untuk kita buat laluan kepada laluan awam untuk berbasikal seperti di Amsterdam. Mereka boleh pergi kerja dengan basikal dan sebagai selamat.
Tetapi di Sabah ini, masalahnya kurang selamat.
Di Amsterdam you simpan you punya basikal mana-mana tidak hilang. Tempat kita ini kau simpan satu jam hilang. Ini masalah, ini pun perlu kita buat kajian bermakna perlu ada sebilion punya kamera di sana sini. Macam di China, macam di Amerika, you tak nampak ada polis. Tetapi apabila you buat perkara salah, within five minutes polis sudah tangkap kau. Tetapi kita ini, seharusnya bandar raya kita kena begini.
Tak nampak polis tetapi orang takut akan melakukan jenayah.
Ini pun perlu dibuat sebab itu saya kata bandar raya-bandar raya kita perlu melihat perkara ini ke arah yang lebih ke depan. Jangan
kita ini masalah kita perparitan pun ndak selesai macam mana nak lihat ke depan. Jadi perlu dilihat, kita akan saya akan panggil satu mesyuarat untuk kita selaraskan perkara-perkara ini.
We want to move on.
Kalau on the way to move on seperti, apa ini, menteri Kerajaan Tempatan kata, mentality change our mentality. Tetapi kalau kita menteri yang buat, kakitangan kerajaan tak buat orang awam tidak buat, di sana tidak want to change how to change? Hidup di one way must be all the way we change our mentality to progress on. On order to progress on, you guide it. Tolong kita di sini, jangan hentam kita, bantu kita.
Bolehkah tidak?
Sebagai tambahan, Yang Berhormat, saya juga melalui kementerian, MOU telah dibuat untuk mewujudkan Sky Train.
Yang Berhormat Menteri …
Kota Kinabalu.
… ada 3 minit lagi Yang Berhormat Menteri, 3 more minutes.
Oi, lebih cukup!
Aku satu minit berhenti sudah ini. Sky Train di Kota Kinabalu dan ini akan membantu juga untuk sebagai pedal kepada pengangkutan awam di negeri Sabah.
Jadi itulah Yang Berhormat, yang dapat saya jelaskan.
Terima kasih. Terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dewan ini ditangguh dan bermesyuarat semula pada 21 Julai 2022, jam 10:00 pagi.
(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 11:58 pagi.
Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga jam 10:00 pagi, 21 Julai 2022”.
SDN20072022/bnm