Sabah · 21 July 2022

16th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · not final · 319 turns · 14,740 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Datuk Speaker, Standing Order 31.

Speaker

Berapa?

Dengan izin.

Dengan izin.

Tuan Speaker:Standing order berapa?

31, Datuk Speaker.

Dengan izin.

Saya sudah hantar surat, kepada Datuk Yang di-Pertua.

Daripada petang isnin dan lepas itu, dimana permohonan semula meminta izin, majlis membawa satu usul untuk membincang dan membahas mengenai keselamatan.

Ya, bukan pasal Azerbaijan.

Bukan pasal mahkamah di Spain.

Tetapi, keselamatan, ya. Ancaman yang ada.

Perkara ini cukup penting dan kita menuntut autonomi kita dan perkara ini untuk memastikan supaya keselamatan kita tidak mahu nanti berlaku Datuk Speaker, mereka sudah ada duit. Jangan nanti tunggu berlaku kejadian-kejadian di bumi Sabah.

Keselamatan ni cukup penting walaupun dia dalam Perlembagaan Artikel 140, 137, bidang kuasa ini tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan tetapi ini keselamatan. Saya telah hantar surat Datuk Speaker. Jadi, saya minta supaya perkara ini boleh dibahaskan.

Speaker

Surat permohonan usul tu ialah untuk mengusulkan semula yang usul dibentangkan pada hari Isninkan?

Jadi menurut Peraturan Tetap 23A (2), mana-mana usul yang ditolak dibawah Perenggan 1 tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh dibacakan dalam majlis mesyuarat.

Maka, permohonan itu telah saya tolak. Dan saya rasa saya sudah sampaikan kepada Yang Berhormat.

Tidak, sebenarnya apa yang Datuk Speaker telah sebutkan dalam persidangan yang lalu, iaitu kerana masa singkat, ya. Asasnya, masa singkat 24 jam. Jadi dari semalam daripada hari Rabu hari Selasa, saya telah menunggu apa sebenarnya… (suara bertindih dan kurang jelas)

Speaker

Dia bukan pasal masa Yang Berhormat. (suara bertindih dan kurang jelas) Dia pasal dia sudah dibentangkan dan ditolak, dan dibentangkan semula. Mengikut Peraturan Tetap, dia tidak boleh dibentangkan lagi kalau sudah ditolak.

Tidak pasal, ini bukan bukan oleh kerana asas yang Datuk Speaker telah bagi. Masanya tidak cukup 24 jam. Jadi oleh kerana menyatakan tentang perkara itu, dalam hansard tu ada. Jam 11, Datuk Speaker nyatakan. Jadi saya tunggu daripada malam semalam, hari Selasa, hari Rabu dan hari ini hari Khamis. Pengakhir kita. Kalau boleh kalau… (suara bertindih) Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Yalah. Asas asas 23A (2) yang sudah ditolak, tidak boleh dibincangkan lagi.

Tidak boleh dikemukakan lagi.

You expective what is the asas penolakan, dia sudah ditolak dia tidak boleh dikemukakan lagi dan dibacakan.

Tidak, pasal pasal… Tuan Speaker:That is 23A (2).

Tidak, masa Datuk Speaker sebutkan, waktu, itu asas dia.

Speaker

Saya tahu.

Jadi kerana waktu itu, saya dibagi 24 jam.

Tuan Speaker:I know but you get bigot.

You get bigot.

I reject it because of 24..lack of 24 hours. Yeah. And then you apply, you apply to move of motion of the same matter, according to your letterlah. Dibentangkan semula. So, kalau kita rujuk pada 23 capital A (2), yang sudah ditolak tidak boleh dibaca dan dibentangkan lagi. It is expective what is there reason for penolakan.

Datuk Speaker, isu ini cukup penting kepada wilayah Sabah, keselamatan nyawa manusia. Maka dengan itu, walaupun kemungkinan ditolak di peringkat awal atas asas waktu, atas asas kononnya kalau di Dewan Rakyat menyatakan ini berlaku di Spain. There is no subjudice.

Kalau dari segi undang-undang dia, mahkamah Spain lain, mahkamah Paris lain, mahkamah Malaysia lain.

Tetapi yang penting kepada kita, ialah keselamatan.

Pasal ini yang saya nyatakan, very immediate, kepentingan umum, kepentingan hak kita, autonomi hak kita tentang keadaan nyawa manusia. Jadi saya memohon kepada Datuk Speaker, kalau sekiranya Datuk Speaker itu bidang kuasa.

Datuk Speaker, saya bukan jenis Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri yang kalau sekiranya kita beradab.

Saya mohon itu yang saya nyatakan.

I want in the record the Dewan Undangan Negeri menolak apabila kita minta semula. Pasal I have to be very persistent and I have to be very consistent when come to the interest of Sabah.

Ini untuk kepentingan keselamatan negeri Sabah. Terima kasih banyak.

Speaker

Okey. Merujuk PT 50 (2), sekarang saya jemput Yang Berhormat Sekong.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Peruntukan Uppm Di Kawasan Adun PembangkangQuestions

Speaker

*1.

YB. Tuan Alias bin Sani [Sekong] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri kepada

UPPM di kawasan-kawasan ADUN Pembangkang dan apakah ianya sudah diagihkan.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor satu (1).

Speaker

Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Assalammualaikum, selamat pagi Datuk Speaker.

Untuk makluman dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Sekong, dan dewan yang mulia ini, untuk memastikan kawasan-kawasan ADUN pembangkang tidak ketinggalan daripada pembangunan projek-projek kecil, peruntukan daripada Kerajaan Negeri kepada UPPM di kawasan ADUN pembangkang ada diperuntukkan di bawah peruntukan khas yang diurus oleh Kementerian Kewangan. Permohonan-permohonan bagi mendapatkan peruntukan ini perlu dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan ini bermaksud bahawa peruntukan hanya akan disalurkan ke pejabat yang berkenaan sekiranya ada kelulusan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Dan ia tertakluk kepada prosedur kewangan yang sedia ada.

Sukacita saya maklumkan, setakat Jun 2022 suku tahun suku tahun kedua tahun ini, sebanyak RM nilai RM12.413 juta permohonan peruntukan telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk UPPM kawasan pembangkang.

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

… kawasan pembangkang yang melibatkan sebanyak 354 projek-projek kecil, dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM11.173 juta bersamaan dengan 90% daripada permohonan telah pun dalam proses penyaluran telah diluluskan dan dalam proses penyaluran kepada pejabat di mana UPPM berkenaan yang memohon. Manakala, jumlah yang selebihnya masih dalam proses mendapatkan maklumat lengkap daripada pejabat yang terlibat.

Bagi melicinkan dan mempercepatkan proses penyaluran peruntukan khas ini oleh pihak Kementerian Kewangan, diharapkan pihak UPPM yang terlibat dapat mengemukakan permohonan melalui pihak-pihak

berkuasa majlis perbandaran, majlis daerah ataupun pejabat daerah tempatan di kawasan masing-masing. Sekian.

Tuan Speaker:Soalan tambahan, Sekong.

Soalan Tambahan

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih, Tuan Speaker.

Terima kasih, YB Menteri.

Ada dua soalan tambahan.

Yang pertama, untuk spesifik Sekong, berapakah jumlah yang telah diperuntukkan daripada sejumlah RM12.413 juta yang telah diluluskan?

Soalan yang kedua ialah, di manakah kami, contoh saya di Sekong atau mungkin rakan-rakan lain YB-YB pembangkang mendapatkan maklumat yang details tentang projek-projek yang telah dilaksanakan di kawasan masing-masing. Terima kasih.

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Yang Berhomat Sekong, untuk makluman bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sekong setakat ini, permohonan yang telah diluluskan adalah bernilai RM240 ribu bersamaan dengan 12 projek-projek kecil dan untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan projek-projek yang telah ataupun sedang diselenggara di bawah peruntukan khas ini bolehlah merujuk pertamanya di pejabat-pejabat daerah, majlis daerah ataupun majlis bandaran daerah dan perbandaran. Terima kasih.

Tuan Speaker:Soalan tambahan lain. Moyog.

Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih. Boleh saya bertanya kepada Menteri, jika Menteri boleh mengarahkan UPPM untuk menunjukkan, menyenaraikan apanya projek-projek dibuat di setiap kawasan pembangkang ah, khususnya juga di kawasan saya ah, dan saya ingin mendapat jawapan bertulis berkenaan dengan ini ah, dan tambah sedikit lagi Speaker, em, untuk menerangkan kepada semua masyarakat bahawa UPPM adanya tanggungjawab untuk membuat kerja pembaikan dan juga membawa masalah kepada kerajaan, sebab kami dengar setiap kali tuduhan, jawapan mereka adalah cari YB, cari YB. Boleh, kalau kami ada peruntukan tiada masalah, tetapi tiada peruntukan. Terima kasih.

Speaker

Silakan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, untuk menjawab soalan daripada ahli daripada Moyog, untuk makluman kerajaan telah menyalurkan RM1.195 juta untuk tiga belas projek di kawasan Moyog, ini untuk maklumanlah. Terima kasih.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih atas itu, tetapi kita mesti terangkan, Yang Amat Berhormat, bahawa we need to teach, minta maaf, we need to teach, bagaimana rakyat mendapat penolongan ah, daripada kerajaan, sebab mereka hanya fikir satu, salurkan kepada wakil rakyat.

Macam saya cakap tadi, tiada masalah kalau kami ada peruntukan, tetapi kami juga salurkan kepada kerajaan. Ada beberapa JPKK telah suruh saya menulis kepada kerajaan, itu sedikit confusing sebab mereka dilantik oleh kerajaan. Mereka pergi melalui kami ah, pusat khidmat ah, pejabat kami dan menyerukan kami untuk meminta pembaikan daripada kerajaan.

I would think bahawa kerajaan patut buat reaksi yang cepat apabila adanya complaint daripada JPKK yang telah dilantik oleh mereka. Terima kasih. Tuan Speaker:Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tempasuk.

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Datuk Speaker, soalan saya nombor dua (2).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Inisiatif Kementerian Mewartakan Jeti-Jeti Pemunggahan Ikan Di Negeri SabahQuestions

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

*2.

YB. Tuan Mohd Arsad bin Bistari [Tempasuk] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA, apakah inisiatif pihak kementerian bagi mewartakan jeti-jeti pemunggahan ikan yang wujud di negeri Sabah sama ada wartakan di bawah Kerajaan Negeri Sabah atau pun syarikat berkaitan kerajaan / Government Linked Companies (GLC) seperti Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN). Jawapan

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Dalit.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Ah, untuk makluman ahli Yang Berhormat daripada N.9 Tempasuk, di dewan yang mulia ini, hasil semakan kementerian ini mendapati bahawa merujuk kepada mekanisme perundangan negeri yang sedang berkuat kuasa buat masa ini tidak ada keperluan untuk pewartaan bagi mana-mana jeti untuk tujuan pemunggahan ikan negeri Sabah, walau bagaimanapun untuk memastikan jeti-jeti pemunggahan ikan ini boleh beroperasi maka, sesuai dengan peruntukan perundangan yang termaktub dalam Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2022.

Mana-mana pemilik atau pengendali jeti termasuklah jeti untuk memunggah ikan hendaklah mendapat daripada harbour, daripada Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah. Dan pada masa ini, di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2022 di PDS hanya memainkan peranan untuk mengeluarkan kebenaran dan tiada keperluan pewartaan setakat ini. Sekian, terima kasih, Tuan Speaker.

Tuan Speaker:Soalan tambahan, Tempasuk?

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Tiada Speaker.

Tuan Speaker:Ada atau tiada?

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Tiada, tiada.

Tuan Speaker:Tiada. Siapa mahu tanya soalan tambahan? Gum-Gum, silakan. Soalan Tambahan

Terima kasih, Datuk Speaker. Okey, soalan saya, adakah pihak kementerian ah, berusaha untuk mencari ataupun mengenal pasti koperasi ataupun perikanan dan nelayan ini?

Jeti-jeti yang saya maksudkan, jeti-jeti yang dibuat oleh Ko-Nelayan ini telah uzur dan tidak dibaik pulih. Jadi, soalan saya adakah pihak kementerian bercadang untuk membaik pulih, apa nama, jeti-jeti yang telah usang dan roboh di kawasan Gum-Gum khasnya. Terima kasih.

Tuan Speaker:Ini ah, tentang pembinaan jeti itu, ialah GLC itu. Kementerian Kerja Raya hanya mengeluarkan lesen untuk pembinaan jeti, jadi sama ada dia rosak

tidak berganti apa semua itu terpulang kepada yang pemilik jeti itu, jadi saya rasa bukan dalam bidang kuasa Jabatan Kerja Raya untuk menjawabnya. Itu terpulang kepada yang pemilik jeti tersebut.

Terima kasih.

Tuan Speaker:Sekarang saya jemput, Yang Berhormat Likas.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih, Tuan Speaker. Ah, Tuan Speaker, saya mahu jual pantun Tuan Speaker, pendek saja. Tuan Speaker:Saya tidak mahu beli.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Ah!

Speaker

Saya tidak beli.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Tidak boleh? Okeylah, tidak apalah.

Speaker

Pantunlah, pantun lah.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Mengurangkan Kebergantungan Import Makanan Haiwan, Baja Tanaman Dan Racun SeranggaQuestions

Speaker

*3.

YB. Tuan Tan Lee Fatt [Likas] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN, apakah rancangan kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan import makanan haiwan, baja tanaman dan racun serangga.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Soalan saya, saya soalan nombor tiga (3), terima kasih, Tuan Speaker.

Tuan Speaker:Saya bilang saya tidak beli, bukan tidak boleh.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Tidak apalah, tengok siapa mahu beli. Okey, pantun saya berbunyi:

Ada ADUN, ada Menteri,

Rintihan rakyat sudah diduga; Kalau Menteri bijak bestari, Soalan saya soalan nombor tiga.

Terima kasih.

Jawapan

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Terima kasih, Tuan Speaker. Dan untuk makluman Yang Berhormat Likas, sebelum saya menjelaskan atau menjawab soalan ini, sukacita saya menjelaskan, bilangan import bahan makanan baja dan racun dalam dewan yang mulia ini.

Untuk makluman dewan yang mulia ini, Sabah mengimport sebanyak 150 000.37 tan metrik tan makanan haiwan seperti jagung, soya bean milk dan lain-lain dari pelbagai negara, terutamanya Argentina, iaitu sebanyak 90 081 tan metrik, Semenanjung Malaysia 40 907.89 tan metrik, Thailand 6 167.7 tan metrik, Vietnam 6 625 tan metrik, USA 3 686.63 tan metrik dan China 1 666 tan metrik.

Nilai import keseluruhan makanan haiwan adalah sebanyak RM498.2 juta pada tahun 2021.

Sabah mengimport sebanyak 1 103 745 tan metrik baja …

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

….sebanyak 1 103 745 tan metrik baja tanaman dari pelbagai negara terutama sekali China sebanyak 290 369 tan metrik , Rusia 110 100 tan metrik , Semenanjung Malaysia 51 246.59 metrik, Vietnam 8 509.94 tan metrik dan Korea 7 224.35 tan metrik.

Nilai import keseluruhan bajet tanaman adalah sebanyak 1.32 bilion pada tahun 2021.

Sabah mengimport sebanyak 18 922 tan metrik racun serangga dari Semenanjung Malaysia, iaitu 16 638.58 tan metrik dan China sebanyak 1 845.36 tan metrik dan nilai import keseluruhan racun serangga sebanyak RM228.6 juta pada tahun 2021.

Peningkatan harga makanan haiwan, baja tanaman dan racun serangga ini telah meningkat melebihi 40 peratus akibat peningkatan logistik, kekurangan bahan akibat

kemarau khususnya jagung dari Argentina, pandemik COVID-19, penurunan nilai ringgit dan perang Russia-Ukraine.

Selain itu, perubahan dasar luar negara serantau juga mempengaruhi harga dan bekalan.

Pada ketika ini, fenomena kenaikan harga ini menunjukkan trend yang semakin meningkat.

Tuan Speaker, kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah menggalakkan industri pengeluaran baja tempatan dan mengurangkan penggunaan racun kimia melalui langkah-langkah berikut; Yang pertama, menggalakkan petani mengamalkan pengurusan perosak bersepadu ataupun Integrated Pest Management bagi mengurangkan kebergantungan terhadap racun kimia melalui kawalan secara kultura, iaitu semua kerja-kerja mekanikal, penjagaan rumput yang tidak melibatkan baja dan bahan kimia dan kawalan fizikal serta kawalan biologi.

Yang kedua, menggalakkan dan mempromosikan penggunaan input pertanian berasaskan mikroorganisma berfaedah seperti plant booster, growth enhancer dan Bokashi, iaitu baja kompos yang dihasilkan melalui proses fermentasi atau peragihan bahan organik dengan efektif mikro organisma.

Yang ketiga, menggalakkan pengunaan-pengunaan bahan sisa tanaman seperti jerami padi untuk dijadikan baja kompos.

Yang keempat, menjalankan aktiviti pengembangan bagi mendidik petani untuk menggunakan baja dan racun perosak mengikut keperluan dan sukatan yang tepat dengan teknik-teknik yang betul supaya penggunaan input adalah secara berhemah dan berkesan.

Tuan Speaker, beberapa kajian mendapati bahawa penggunaan sisa ladang kelapa sawit boleh dijadikan sebagai bahan makanan alternatif ternakan ayam.

Penggunaan Palm Kernal Cake atau PKC boleh dijadikan sebagai sumber karbohidrat dalam campuran makanan ayam ternakan. Ini boleh menjimatkan kos-kos pertanian, kandungan nutrisi PKC lebih berserat berbanding dengan jagung bijirin, larva, lalat black soldier fly pula boleh dijadikan serbuk dan sumber protein.

Produk sampingan daripada pemprosesan sisa ikan juga boleh dijadikan sebagai sumber makanan tempatan. Terima kasih.

Soalan tambahan, Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan, Likas dahulu. Likas baharu Sindumin ah. Soalan Tambahan

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih.

Terima kasih.

Terima kasih, Tuan Speaker.

Terima kasih, YB Menteri.

Soalan tambahan saya adakah kerajaan mempunyai rancangan ataupun jawatankuasa bagi menyelaras program kerjasama bagi mengawal harga makanan dan produk pertanian?

Jika ada contohnyalah, sebenarnya Sabah ataupun negara kita sendiri mengeluarkan ammonia atau urea dan ammonia dan urea ini bahan utama baja.

Jadi, saya hairan kenapa kita ada bahan utama untuk membuat baja, tetapi kita masih lagi import. Kedua, contohnya jabatan mungkin ada kerjasama ataupun kajian dengan kerjasama jabatan pembentungan untuk ekstrak ini nitrite atau force trait dari bahan kumbahan contohnya, dan juga sebenarnya dalam persidangan yang lalu saya pernah cadang bagi cadanganlah menggunakan ini jus buah-buahan ataupun teknik horticulture untuk mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia, baja dan sebagainya, dan soalan kedua adakah kerajaan mempunyai.

Speaker

Satu. Satu soalan tambahan sahaja Yang Berhormat.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Ok, terima kasih.

Speaker

Dalam satu itu pun sudah ada tiga isi dia. Ok, biar menteri jawab.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Ok, terima kasih Tuan Speaker.

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Terima kasih Yang Berhormat, Luyang, Likas atas soalan tambahan.

Sememangnya Kementerian Pertanian menggalakkan usaha dan kerjasama industri untuk membuat ataupun melabur dalam sektor pembuatan baja dan racun ini. Kita mengalu-alukan

usaha sama ada secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran agar kita dapat mengurangkan kebergantungan import terhadap penggunaan racun dan baja ini. Mengenai soalan kedua tadi itu, setakat ini belum ada usaha yang dibuat melalui kolaborasi di antara jabatan pembentungan dengan kementerian. Terima kasih.

Speaker

Sindumin.

Soalan Tambahan

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker.

Soalan tambahan, jawapan Yang Berhormat Pembantu Menteri tadi cukup kemas saya melihat.

Tetapi, kita kena melihat jauh kehadapan.

Yang Berhormat rakan saya daripada Likas dia tidak faham mungkin, dia tidak tahu sebenarnya di Sipitang, SOGIP sudah ada kilang baja dan urea Yang Berhormat.

Speaker

Soalan. Soalan.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Saya bagi tahu, terima kasih, speaker.

Hala tuju negeri kita ialah pertanian dan juga ternakan. Salah satu daripada fokus SMJ dan juga sebagai food security itu penting. Kita mengimport begitu banyak baja daripada luar negara dan tadi Yang Berhormat menyatakan kita mempunyai banyak bahan-bahan mentah seperti sisa sawit, jerami padi yang boleh dijadikan baja kompos. Tetapi, prosesnya kita tidak ada siapa yang memproses ini, saya bertanya Yang Berhormat apakah cadangan Yang Berhormat Pembantu Menteri atau kementerian mengadakan kilang sendiri ataupun memproses membuat sendiri daripada bahan mentah yang ada ini, untuk memenuhi keperluan tempatan daripada kita mengimport beratus juta daripada luar negara. Saya ingat pasaran kita cukup luas untuk negeri Sabah, Sarawak dan juga Kalimantan yang akan berkembang nanti. Terima kasih.

Tuan Speaker:Silakan.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Terima kasih soalan tambahan daripada Sindumin.

Setakat ini kementerian saya melalui jabatan pertanian melalui R&D sedang mengkaji cara mana lagi kita boleh buat untuk menggantikan bahan-bahan

import, sebab bahan-bahan lain yang nda ada. Tetapi, ada juga bahan-bahan yang lain yang masih lagi perlu diimport daripada negara-negara seperti Brazil dan China, ada juga daripada Ukraine.

Walau bagaimanapun, kita sedang mempromosikan menarik pelabur untuk melabur dalam pengeluaran baja dan racun tempatan sebenarnya dan kilang itu juga boleh dipertimbangkan, selagi kita mendapatkan apa ini kepastian daripada R&D kita yang semua bahan-bahan ini.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

… r yang semua bahan-bahan ini mencukupi untuk dikilangkan. Terima kasih.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Soalan tambahan, Datuk Speaker.

Soalan tambahan, soalan tambahan.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker, so ...

Speaker ...

Speaker

Senallang apa? Soalan tambahankah?

Soalan tambahan. Minta, minta.

Speaker

Senallang.

Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, mengurangkan pergantungan dengan pengimportan baja dari luar negara, mengurangkan penggunaan barangan makanan yang mengandungi, tidak ada kesihatan dia, apakah langkah-langkah pihak kementerian mempastikan seperti organik?

Sekarang ini, dunia nak kan untuk kita makan organic food. Organic vegetable yang ada. Saya tahu di dekat rumah Yang Berhormat pun ada situ. Ya. Mereka telah

melakukan. Saya galak mereka untuk menanam. Malahan, waktu saya jadi Ketua Menteri, saya bagi peruntukan kepada UMS buat kajian secara mendalam, bagaimana kita mendaulatkan fertigation?

Waktu saya menteri di Pusat Kejora, mereka buat nanas. Mereka buat apa ini? Nangka, dengan menggunakan kaedah fertigation. Hanya air, tidak menggunakan baja. Toxic to the health, to the human. Jadi saya ingat, sudah sampai ketika dia dunia malahan, kita sebagai wilayah yang mempunyai tanah yang subur, cannot be dependent on import of baja pada setiap tahun yang menelan belanja berbilion. We must be inventive, we must be creative.

Jadi apakah langkah-langkah secara berskala besar? Jangan kecil sahaja. Macam dekat siring rumah, yang perumahan itu. Mungkin ada rancangan dahulu, masa saya Menteri, sama ada diteruskan, 20 ribu ekar tanah di Tawau dimiliki oleh Yayasan Sabah untuk tanam all food. Food Security for the future.

Sebagai pengeluar, adakah rancangan pihak kerajaan bukan hanya menggunakan fertigation, bahkan, juga rancangan untuk meletakkan Sabah menjadi pengeluar makanan organik yang terbesar di dunia. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Okey.

Terima kasih pada Yang Berhormat daripada Senallang.

Sememangnya ini adalah satu trend dalam dunia dan saya setuju ini perlu dipertimbangkan sebagai satu approach, iaitu organik dan ada lagi satu cadangan sebenarnya, yang sedang dipromosikan di Semenanjung, iaitu natural agriculture.

Ini natural agriculture tidak menggunakan apa-apa tetapi menggunakan microorganism untuk menghidupkan semula. Apa ini? Sebab tanah ini kan benda yang hidup. Dia bukan benda yang mati, dan bila dia terlalu diberikan baja ataupun chemical, dia akan mati. Microorganism dia akan mati. Jadi, satu approach adalah untuk mempromosikan, apa ini? Natural agriculture selain daripada organic farming, dan ini juga sedang kita teliti sebab yang mempromosikannya adalah seorang yang pernah bekerja di Sabah, iaitu Dr. Ho dan saya harap ini dapat kita promosikan.

Saya juga ingin menyebutkan di sini bahawa, kita ada, sebenarnya kita ada pengusaha organik. Organik baja, yang bukan sahaja boleh diberikan kepada ikan, tetapi boleh diberikan kepada binatang dan boleh diberikan kepada tumbuh-tumbuhan dan beliau ini? Bekerjasama dengan MARDI, bekerjasama dengan UMS dan saya harap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat boleh membantu beliau, pengusaha ini, supaya membesarkan, apa ini, perusahaan dia.

Ini untuk mempromosikan organic farming dan saya setuju 100 peratus.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Feedstock dari natural gas.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Ini tujuan kita untuk going green lah.

Everything going green now. Farming pun green, hutan pun green, konservasi dan sebagainya. Ya.

Ya, Speaker. Speaker!

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Terima kasih.

Puan Norazlinah binti Arif [Kunak]:: Datuk Speaker. Tuan Speaker:Dijemput Yang Berhormat Gum-Gum.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker!

Satu lagi, Datuk Speaker.

Please, from Kunak.

Tuan Speaker:Okeylah, saya bagi Kunak. Last ya.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Last.

Soalan Tambahan

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

I’m struggle here, Datuk Speaker.

Kurang tinggi jadi selalu Datuk Speaker indak nampak saya. Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya kepada Menteri Pertanian, adalah ...

Tuan Speaker:Boleh juga kalau mahu di depan, jadi presiden.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih, Datuk Speaker.

Soalan saya adalah tentang kebergantungan kita terhadap import haiwan. Untuk pengetahuan Datuk Menteri, di Kunak sahaja ada usahawan kambing, hampir 50 usahawan yang aktif.

Jadi, saya ingin bertanya kepada Datuk Menteri, bagaimana usaha kementerian untuk memastikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar agar bekerja lebih aktif dan efektif, kerana di Kunak sahaja, bantuan induk sangat perlahan. Tahun 2021, daripada 50 yang diminta, Kunak hanya dapat 15 sahaja. Begitu juga bantuan makanan ternakan, seperti dedak dan sebagainya. Sangat sukar untuk kami perolehi daripada Jabatan Veterinar. Begitu ya, dan yang terakhir, Datuk Menteri adalah syarat-syarat Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk melayakkan usahawan ini berdaftar sangat rigid dan sangat ketat. Jadi, saya merayu dalam keterbatasan rakyat bergelut dengan kehidupan hari ini untuk melonggarkan sedikit syarat pendaftaran tersebut. Terima kasih, Datuk Menteri. Tuan Speaker:ilakan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Ya, Terima kasih.

Soalan daripada, bukan soalan, sebenarnya adalah cadangan daripada ...

Speaker

Soalan dan cadangan itu.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

… ahli daripada Kunak.

Kementerian saya bersama-sama dengan Jabatan DVS akan mempertimbangkan apa yang dicadangkan. Terima kasih.

Tuan Speaker:Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Gum-Gum.

Terima Kasih, Datuk Speaker. Soalan saya nombor empat (4).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha Melahirkan Usahawan Serta Mempertingkatkan Keseimbangan Ekonomi Di Daerah Kurang MembangunQuestions

*4.

YB. Tuan Arunarnsin bin Taib [Gum-Gum] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN, adakah kerajaan bercadang memberikan Aspirasi Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) memenuhi Aspirasi Keluarga Malaysia dan RMK-12 dalam usaha melahirkan usahawan serta mempertingkatkan lagi keseimbangan ekonomi khususnya di daerah kurang membangun.

Jawapan

Tuan Mohd. Tamin @ Tamin bin ZainalUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian · Pantai Manis

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Gum-Gum dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam dewan yang mulia ini, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional, yang membawa citra untuk menyediakan kerangka atau ekosistem, yang holistik untuk pembangunan usahawan di Malaysia, Kementerian saya, sedang giat berusaha untuk mempertingkatkan pembangunan keusahawanan, khususnya di kawasan, di daerah yang kurang membangun. Antara inisiatif yang telah dijalankan oleh kementerian saya adalah Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah, yang mana kempen ini bertujuan untuk memperkenalkan produk buatan usahawan IKS Sabah kepada masyarakat dan menggalakkan pengguna untuk menyokong serta membeli barangan buatan Sabah. Sebanyak 17 program telah disusun sepanjang tahun 2022 bagi menjayakan “Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah” dan merancakkan semula ekonomi domestik sekali gus, mempertingkat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Sabah.

Pada kempen ini juga, kementerian saya melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan DIDR, akan membuka empat lagi pusat IKS Sabah, di daerah Keningau, Tuaran, Tawau dan Kota Marudu.

Pembukaan pusat ini adalah bertujuan untuk menyediakan ruang bagi mengumpul, mempamer, mempromosi dan menjual produk keluaran tempatan dari seluruh

daerah termasuk produk usahawan informal. Melalui program ini, usahawan baharu boleh menghantar dan memasarkan produk mereka di Pusat Produk IKS dan pihak DIDR akan mengenal pasti produk yang berpotensi untuk dikomersialkan. Datuk Speaker, di samping itu, bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dalam kalangan industri kecil dan sederhana IKS, kementerian saya telah menyediakan beberapa bantuan kepada usahawan seperti Skim Pembiayaan Usahawan Bumiputera Sabah melalui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah, SEDCO dan Bantuan IKS (BAIKS) melalui DIDR.

Kementerian juga membantu usahawan baharu yang mempunyai produk dan berpotensi dengan memberi bantuan dari segi reka bentuk pembungkusan baru termasuk logo, kandungan nutrisi, kod bar serta mencetak pembungkusan. Tujuan program ini adalah untuk membantu usahawan baru memasarkan produk mereka di pasar raya tempatan seperti di Pasar Raya Bataras dan Kedai Mesra PETRONAS. Program Bantuan Keusahawan ini adalah sebagai pemangkin untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat setempat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan sekali gus mewujudkan ekosistem yang holistik untuk pembangunan keusahawanan di negeri ini.

Kementerian saya yakin dan percaya bahawa pemesatan ekonomi ...

Tuan Mohd. Tamin @ Tamin bin ZainalUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian · Pantai Manis

... ekonomi keusahawan dapat melonjakkan pengeluaran produk dalam kalangan masyarakat setempat sekali gus, mengurangan kebergantungan terhadap produk import. Rakaman ini juga seterusnya akan mendorong kitaran ekonomi yang dapat menjamin rantaian bekalan makanan di negeri Sabah.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pemain industri untuk bekerjasama meningkatkan aktiviti keusahawanan di negeri ini, selaras dengan Aspirasi Keluarga Malaysia yang membawa cerita keterangkuman kebersamaan dan kesyukuran. Kementerian saya sentiasa terbuka untuk menerima apa juga cadangan mahupun

saranan penambahbaikan untuk melestarikan permohanan keusahawanan di negeri Sabah selari dengan Hala Tuju Sabah, sekian, terima kasih.

Tuan Speaker:Soalan tambahan Gum-Gum.

Soalan Tambahan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya tertarik ah… bahawa sebanyak 17 program yang telah disusun sepanjang tahun 2022.

saya ingin tahu dimanakah program-program sebanyak 17 ini dilaksanakan dan satu lagi saya juga ingin bertanya bahawa ada 4 lagi pusat produk IKS Sabah yang dibuka. Adakah pihak Kementerian bercadangan juga membuka di kawasan Dun Gum-Gum, terima kasih.

Tuan Mohd. Tamin @ Tamin bin ZainalUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian · Pantai Manis

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Gum-gum. Sebenarnya pihak kementerian telah membuat takwim sepanjang tahun ini untuk membantu para usahawan diantaranya yang telah kita laksanakan ialah Expo Ramadan dan baru-baru ini Expo Raya Kaamatan dan banyak lagi dan senarai ini saya boleh bagi dengan Yang Amat Berhormat secara bertulis nanti dan untuk kedai-kedai IKS selain yang saya sebut tadi kita, kementerian dalam perancangan untuk menambah lagi kedai-kedai IKS mengikut peruntukan yang sedia ada. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ok.

Datuk Speaker soalan tambahan.

Speaker

Tambahan Soalan Tambahan

Tambahan, soalan tambahan. Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri kita telah mendengar bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan berbillion ringgit untuk usahawan belia di seluruh Malaysia. Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat menteri berapakah jumlah usahawan di negeri Sabah yang telah

mendapat peruntukan ini dan yang akan mendapat peruntukan ini sehingga akhir tahun? Terima kasih.

Tuan Mohd. Tamin @ Tamin bin ZainalUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian · Pantai Manis

Terima kasih soalan daripada Berhormat, sebenarnya memang ada data-data itu tetapi tidak bersama saya pada hari in, saya akan bagi jawatan jawaban secara bertulis.

Speaker

Ok , saya jemput Yang Berhormat Kunak.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih Datuk Speaker, soalan saya Tuan Speaker:I see you now is it Kunak , i can see you now thats why i call you.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

I will use high heel next time Datuk Speaker.

Terima kasih Datuk Speaker, soalan saya soalan nombor lima (5).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Membina Kawasan Riadah Di Daerah KunakQuestions

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

*5.

YB. Puan Norazlinah Arif [Kunak] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN / MENTERI KEWANGAN II, adakah kerajaan bercadang untuk membina kawasan riadah buat penduduk daerah Kunak bagi menggalakkan amalan budaya hidup sihat.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Assalamualaikum, bismillahirraamanirrahim, untuk Datuk Speaker. Untuk menjawab Ahli Yang Berhormat daripada Kunak dan makluman Dewan Yang Mulia ini, menerusi rancangan ini RMKe-12, 2021 hingga 2025 pihak kementerian bersama dengan Majlis Dearah Kunak telahpun mengenalpasti kawasan bagi penyediaan dan penambahbaikan kemudahan rekreasi untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti riadah sesuai kepada pelbagai peringkat umur dan golongan sasaran.

Rancangan penyediaan dan plan cadangan tersebut telah dikemukakan dalam senarai keutamaan kementerian dan pelaksanaan, dipertimbangan mengikut

keutamaan ketersediaan peruntukan semasa. Sehubungan itu, melalui peranan di bawah kementerian saya inisiatif naik taraf landskap dan amalan hidup sihat adalah sebahagian usaha penting demi mewujudkan persekitaran kontensif dan komuniti yang sejahtera.

Sebagai tambahan juga, menerusi cadangan keutamaan daripada kementerian disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 RMKe-12 antaranya adalah ini rancangan menaik taraf Taman Awam Kunak bagi Majlis Dearah Kunak dengan kos lebih kurang dalam RM RM500 000.00 dan menerusi program naik taraf persekitaran taman awam ini akan melibatkan pemindahan, penghijuan dan kemudahan rekreasi seperti laluan pejalan kaki, jogging track, taman permainan, gelanggang sukan dan ruang riadah serta kemudahan sokongan seperti papan tanda dan sistem pencahayaan. Terima kasih.

Tuan Speaker:Soalan tambahan.

Soalan Tambahan

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Menteri soalan tambahan saya adakah projek yang dimaksudkan disebutkan tadi dinaik taraf kerana untuk pengetahuan Menteri, kalau di naik taraf kita masih menggunakan taman sedia ada jadi ingin saya maklumkan taman sedia ada sangat tidak sesuai kerana bersebelahan dengan tanah perkuburan, nanti time jogging keteguran pula orang. Jadi saya mengharap agar pihak menteri untuk memeriksa semula perkara ini dan kalau boleh saya cadangkan untuk mendapatkan kawasan baharu lebih sesuai untuk taman riadah dearah Kunak, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Kunak, kita ambil maklum bah, dia berdekatan dengan apa itu perkuburan tetapi jangan khuatir la yang mati sudah mati tidak mengganggu tu.

Speaker

Soalan tambahan, seterusnya.

Soalan tambahan, Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Ok.

Soalan Tambahan Tuan Assaffal bin P. Alian [Tungku]:: Yang Berhormat Menteri, saya mau bertanya sama ada pihak kementerian mempunyai insiatif untuk memastikan bahawa taman-taman ataupun pusat-pusat riadah ini dijaga dengan baik dan sempurna sebab melalui pengalaman saya yang ada sekarang ini, apa yang kita nampak taman-taman ini tidak diselengarakan dan tidak dijaga dengan sempurna sehinggalah terjadi seperti mana Yang Berhormat Kunak cakap tadi mungkin ada orang keteguran disebabkan menggunakan atau mungkin taman-taman ini boleh diswastakanlah Datuk Menteri, supaya sebab saya tengok kakitangan kita tidak cukup menjaga taman-taman tersebut, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Sebenarnya, konsep penjagaan ataupun persediaan kemudahan-kemudahan awam di semua PBT ini ada sebaiknya, konsepnya ialah, kita bayar income ataupun hasil kepada PBT itu agar PBT itu ada duit untuk menyelengarakan ataupun menyediakan kemudahan-kemudahan dan tersebut itu satu konsep erti dia, bukan kerajaan ataupun kementerian yang buat, tetapi dia datang daripada penjanaan hasil oleh PBT.

Oleh kerana itu, salah satu daripada matlamat dan juga fokus utama kita ialah untuk memperkasakan atau memperbaiki tahap pengutipan cukai oleh PBT supaya mereka ada pendapatan yang cukup untuk menyediakan lebih banyak kemudahan itu satlah.

Kedua, kita boleh mempertimbangkan apa ini cadangan daripada apa itu daripada PBTlah, kalau dia katakan taman itu perlu diselengarakan dengan baik ya, kalau diswastakan kita akan sedia mempertimbangkan dengan syarat dia tidak akan menjadi beban kepada pengguna tadi itu penting ya tu. Bukannya menjadi beban kepada pengguna dan balik kepada Kunak tadi Yang Berhormat mungkin apa itu , untuk makluman bahawa sebenarnya kita telah mengemukakan peruntuk apa itu permohonan 500 ribu kepada pihak Kerajaan Persekutuan untuk perbaiki Taman Awam Kunak ni ya. Kita harapkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 kalau peruntukan itu apa itu dapat diluluskan insya-Allah Kunak akan dapat melihat apa itu

kemudahan awam yang lebih baik pada apa yang dilakukan pada sekarang, terima kasih.

Speaker

Ok sekarang, saya jemput Yang Berhormat Kedamaian.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Soalan nombor lima (6), Tuan Speaker.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cadangan Untuk Melibatkan Adun-Adun Bukan Kerajaan Dalam Mesyuarat JawatankuasaQuestions

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

*6.

YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, adakah kerajaan negeri bercadang untuk melibatkan ADUN-ADUN bukan kerajaan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Tuan Speaker:Silakan Yang Berhormat Menteri.

Jawapan

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.11 Kedamaian dan Dewan Yang Mulia ini. Pada masa ini pihak kerajaan belum membuat sebarang keputusan dalam soal melibatkan Adun-Adun bukan kerajaan dalam mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa tindakan dearah, jawatankuasa penggunaan tanah dearah dan juga jawatankuasa pengurusan bencana dearah. Cadangan ini akan terus menerus diteliti sebaiknya, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan silakan. Soalan Tambahan

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Terima kasih Yang berhormat Menteri, sementara kerajaan meneruskan penelitian terhadap cadangan ini.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

….terhadap cadangan ini, apakah mekanisme ataupun adakah kerajaan boleh memberikan arahan ataupun dasar pentadbiran yang membolehkan pejabat daerah ataupun pegawai daerah

membekalkan maklumat kepada wakil-wakil rakyat bukan kerajaan ini, terutama tentang berkaitan permohonan tanah misalnya, ataupun, apa ini, pembangunan-pembangunan yang dilaksanakan di kawasan yang diwakili masing-masing? Kerana di dewan ini, kita bersama-sama meluluskan belanjawan tahunan dan juga belanjawan tambahan dan alangkah baiknya sokongan yang sama itu kita boleh berikan kepada kerajaan di peringkat daerah.

Speaker

(Mencelah) Soalan, soalan, jangan berhujah! Soalan terus.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Adakah Kerajaan Negeri bersedia memberikan arahan kepada pejabat daerah ataupun pegawai daerah untuk membekalkan kami maklumat yang kita perlukan? Kalau itu dapat dilaksanakan, saya percaya banyak soalan itu tidak perlu kita kemuka di dewan ini sebab kita sudah dibekalkan di peringkat daerah. Adakah kerajaan boleh memperkenalkan dasar pentadbiran ini bagi pejabat daerah atau pegawai daerah membekalkan maklumat tersebut kepada kami? Terima kasih.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Terima kasih soalan tambahan daripada Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian, tidak menjadi keberatan untuk kerajaan mengizinkan pegawai-pegawai daerah ataupun Pengerusi LUC untuk membekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sila teruskan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, soalan ...

Speaker

Moyog, soalan tambahan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Okey, terima kasih menteri.

Thank you Datuk Speaker, menteri. Berkaitan dengan apa yang dicadang oleh Kadamaian tadi, kita di kawasan yang bukan kerajaan mengalami banyak masalah dalam soalan

dihujah kepada kami oleh akar umbi. Tindakan mereka, i mean, tindakan dan juga pembaikan yang mereka ingini daripada kerajaan, jarang di react, minta maaf dalam bahasa Inggeris ...

Speaker

(mencelah) Soalan, soalan, jangan berhujah! Soalan!

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Ya, but I’ll get to the point Datuk Speaker.

Speaker

Ya, go to the point, go to the question.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

The reaction is very slow di pihak tindakan daerah. So, soalan saya adalah, bukankah ianya satu cadangan yang baik bahawa ADUN pembangkang ataupun ADUN bukan kerajaan, boleh bersama dengan kerajaan tempatan ataupun kerajaan, sorry, majlis, bertindak di daerah untuk menyelesaikan hal ini supaya kami boleh fahamkan akar umbi? Terima kasih.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Moyog. Datuk Speaker, dalam tindakan-tindakan daerah, khususnya kerajaan lalu, Tindakan Daerah itu dipengerusikan oleh Ahli Yang Berhormat. Kita membuat sedikit sebanyak pembaikan, selaras dengan Arahan Nombor 1, Majlis Tindakan Negara, di mana pegawai daerah harus mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Daerah.

Pada masa ini, PPM mewakili wakil rakyat bukan kerajaan dalam Mesyuarat Tindakan-tindakan Daerah. Saya selaku kementerian, saya selaku yang dipertanggungjawabkan untuk melihat pentadbiran daerah ingin mengesyorkan supaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin, perlu maklumat atau apa juga keperluan, silalah bertemu dengan pegawai daerah sekerap yang mungkin, kerana mereka tidak mempunyai halangan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya apabila diperlukan oleh saudara-saudara atau Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak, walaupun bukan dari pihak kerajaan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih, menteri. Minta penjelasan sedikit.

PPM mewakili ADUN yang bukan kerajaan di dalam Majlis Tindakan ini, I mean, Mesyuarat Tindakan Daerah ini. Itu confirm kan? Terima kasih.

Speaker

Okey, sekarang saya jemput, Yang Berhormat Api-Api. Now I got it right.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Terima kasih, YB Datuk Speaker.

Soalan saya nombor tujuh (7).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Bilangan Balu, Ibu Tunggal Dan Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Kawasan Api-Api Menerima Bantuan Sepanjang Tempoh Pandemik Covid 19 (2020-2021)Questions

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

*7.

YB. Datuk Christina Liew [Api-Api] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, berapakah bilangan balu, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) dari kawasan Api-Api yang menerima bantuan daripada kerajaan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 (2020 dan 2021).

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Matunggong

Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Api-Api, sukacita dimaklumkan dalam dewan yang mulia ini, bahawa sepanjang tempoh pandemik yang telah berlalu Kerajaan Negeri telah memberi bantuan mengikut kategori seperti berikut:

1. Kategori kuarantin di rumah atas perintah KKM; 2. Kategori PKPD atau lockdown; 3. Kategori B40; yang terakhir 4. Kategori e-Kasih.

Berdasarkan rekod agihan, sebanyak 3 852 bakul makanan, bantuan ini telah diagihkan kepada kawasan Api-Api. Bantuan ini tidak berdasarkan kepada kategori balu, ibu tunggal atau OKU.

Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, iaitu dalam tempoh dalam tahun 2020 sehingga 2021, kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA) telah meluluskan permohonan bantuan kebajikan kepada tiga, yang pertama, tiga orang balu dalam Skim Bantuan Am, kedua, 69 orang ibu tunggal melalui Skim Bantuan Kanak-kanak, yang ketiga, 43 orang golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah menerima manfaat daripada pelbagai bantuan.

Jenis bantuan, iaitu Bantuan OKU Tidak Berupaya Berkerja,

Bantuan Penjagaan OKU atau Pesakit Kronik Terlantar, dan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri telahpun mengagihkan bantuan tunai di bawah Pakej Bantuan Sabah Prihatin 1.0, 2.0 dan 3.0 kepada setiap penerima golongan sasar kementerian ini dengan kadar bayaran yang berjumlah sebanyak 300 ringgit. Bantuan Sabah Prihatin 1.0, 2.0 dan 3.0 tidak mengambil kira sama ada orang itu balu, ibu tunggal, mahupun OKU.

Bantuan ini diberikan kepada golongan sasar kementerian ini. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui kementerian ini tidak berhasrat untuk meneruskan pengagihan bakul makanan pada masa ini disebabkan ekonomi sudah dibuka dan tidak ada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Speaker

Soalan tambahan, Api-Api.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Soalan tambahan adalah, adakah program baharu untuk golongan wanita yang memerlukan ...

Speaker

Take off your mask, Api-Api. Take off your mask, you are allowed to when you, when you are talking.

Soalan Tambahan

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Sorry, alright. So, maaf ya, adakah program baharu untuk golongan wanita yang memerlukan, balu, ibu tunggal dan wanita yang kurang upaya yang dilaksanakan tahun ini sahaja oleh kementerian di bawah Yang Berhormat Menteri, memandangkan kos sara hidup yang kian meningkat sekarang? Thank you.

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Matunggong

Terima kasih pertanyaan tambahan daripada ADUN Api-Api. Seperti yang telah saya maklumkan sebentar tadi, kementerian ini sebenarnya telah tidak meneruskan bantuan-bantuan bakul makanan seperti yang kita lakukan dalam tempoh pandemik. So there is non, kecuali, seperti juga yang saya sebutkan kepada golongan sasar kementerian ini.

Speaker

Soalan tambahan, Yang Berhormat Kukusan.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Tambahan.

Soalan Tambahan

Terima kasih, Datuk Speaker.

Okey.

Yang Berhormat Menteri, saya menerima banyak feedback, aduan daripada masyarakat dekat kawasan sayalah.

Banyak sebenarnya permohonan-permohonan kebajikan yang tidak dapat lagi, mengikut daripada kebajikan di kawasan saya, siasatan terhadap kes-kes permohonan kebajikan daripada mereka ini, permohonan tidak dapat dilaksanakan. Jadi, banyak mereka yang memohon ini, banyak yang tercicir dan belum lagi menerima jawapan maklum balas sejak bertahun-tahun sudah. Apatah lagi, apabila COVID-19, pandemik baru-baru ini yang banyak menyekat sebenarnya pergerakan untuk turun ke bawah dan menyiasat kes-kes yang dimohon oleh pemohon.

Jadi, apakah langkah yang proaktif yang boleh diambil oleh pihak menteri untuk mengenal pasti permohonan-permohonan ini yang sudah lama tercicir yang memerlukan bantuan yang secepat mungkin? Terima kasih.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Ya, untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Wakil Rakyat Kukusan sebentar tadi, saya mengambil maklum dan akan berhubung dengan Pejabat Kebajikan Daerah yang terlibat untuk memantau perkembangan permohonan-permohonan yang tertunggak.

Speaker

Sekarang saya jemput ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Tuan Speaker.

Terima kasih Datuk Speaker, soalan nombor lapan (8).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perancangan Menambah Baik Infrastruktur Pelancongan Di Bawah Jagaan Taman-Taman SabahQuestions

*8.

YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah perancangan kementerian untuk menambah baik infrastruktur pelancongan yang berada di bawah jagaan Taman-Taman Sabah.

Terima kasih Datuk Speaker, soalan nombor lapan (8).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perancangan Menambah Baik Infrastruktur Pelancongan Di Bawah Jagaan Taman-Taman SabahQuestions

*8.

YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah perancangan kementerian untuk menambah baik infrastruktur pelancongan yang berada di bawah jagaan Taman-Taman Sabah.

Tuan Speaker:Silakan Yang Berhormat Menteri.

Jawapan

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik dan untuk makluman dewan yang mulia ini, kawasan Taman-Taman Sabah sememangnya merupakan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi yang terpenting yang mampu menarik ramai pelancong domestik dan antarabangsa untuk datang ke negeri ini. Di tambah lagi dengan pengiktirafan kepada salah satu taman, iaitu Taman Kinabalu sebagai tapak Geopark Kebangsaan dan kini sedang menjalani penilaian UNESCO untuk diangkat sebagai tapak Geopark Global UNESCO maka ia menjadi tanggungjawab berat yang harus dipikul oleh kementerian dan juga Taman-Taman Sabah untuk memastikan perancangan dan penambahbaikan secara holistik dititikberatkan dan diambil perhatian terutama dari aspek keselesaan dan kemudahan para pelancong. Datuk Speaker, pelbagai perancangan dan matlamat telah digubal dan dilaksanakan oleh kementerian saya melalui Taman-Taman Sabah dalam proses transformasi demi mendepani risiko dan cabaran akan datang.

Terdapat lapan teras strategik

yang komprehensif telah digubal dalam pelan strategik Taman-Taman Sabah 2025 yang dijadikan panduan dalam memenuhi wawasan dan misi taman-taman, iaitu: 1.

Meningkatkan pengurusan taman.

2.

Mewujudkan tarikan iconic.

3.

Membina keupayaan kita.

4.

Menyasar semula penyelidikan kita.

5.

Memperkasakan pendidikan alam sekitar.

6.

Meningkatkan dan mempelbagaikan pendapatan.

7.

Meningkatkan pemasaran.

8.

Memupuk hubungan dengan pihak berkepentingan.

Dalam pelan ini juga, Taman-Taman Sabah telah menggariskan beberapa perkara untuk pelaksanaan segera.

Antaranya, adalah untuk memulakan projek tarikan iconic untuk mewujudkan konservasi bertaraf dunia seperti “The Turtle Islands Park” dan juga “Kinabalu Eastern Plateau”.

Melalui inisiatif pelan pembangunan Sabah Maju Jaya, Taman-Taman Sabah telah menyenaraikan dua fokus semasa, iaitu yang pertama, untuk mewujudkan “Mount Kinabalu International High Altitude Training Centre” di Taman-Taman Sabah, Kundasang. Yang kedua, membina produk pelancongan yang membawa impak yang tinggi dan pulangan yang cepat seperti scuba, rangka kapal, bebola terumbu dan lain-lain. Taman-Taman Sabah telah menyasarkan penyediaan infrastruktur kemudahan pelancongan alam semula jadi taman sebanyak 20 lokasi berpontesi di sembilan buah taman di seluruh Sabah telah dikenal pasti sesuai dibangunkan sebagai tempat tarikan pelancongan.

Pelbagai konsep pembangunan dan produk ekopelancongan yang bersesuaian boleh dibangunkan untuk menonjolkan keunikan kawasan taman di lokasi berkenaan.

Anak syarikat Taman-Taman Sabah, iaitu Sabah Park Eco Sdn.

Bhd.

yang berperanan merancang pembangunan pelancongan di kawasan Taman-Taman Sabah ini. Di samping itu juga, dari aspek kemudahan capaian, Taman-Taman Sabah telah menambahkan inisiatif pendigitalan sebagai matlamat jangka panjang dalam Perancangan Strategik Taman 2025.

Antaranya, adalah menyasarkan pembangunan sistem aplikasi tempahan dalam talian dan juga pangkalan data atau Data Base. Rangkaian capaian internet di semua stesen-stesen taman juga dinaik taraf.

Penggunaan peralatan berteknologi terkini serta penerapan budaya ICT dalam pengurusan taman. Ini bagi

memberikan kemudahan kepada pelancong atau pelawat menggunakan atau melayari perkhidmatan taman secara end to end services dengan lebih mudah. Datuk Speaker, dalam memastikan infrastrukstur pelancongan Taman-Taman Sabah sentiasa dalam keadaan baik dan selesa serta kualiti perkhidmatan yang memuaskan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah Ringgit Malaysia RM24 100 000.00 bagi kerja-kerja membaik pulih, memulihara dan memperkasakan kawasan Taman-Taman Sabah manakala, Kerajaan Persekutuan pula telah memperuntukkan sejumlah RM13 800 000.00 ringgit untuk pembangunan pelancongan di kawasan Layang-layang.

Kilometer 4 Gunung Kinabalu yang meliputi pembinaan tambahan bangunan asrama untuk para pendaki gunung seperti mana di Panalaban.

Projek ini dijangka siap pada tahun hadapan. Terima kasih.

Tuan Speaker:Soalan tambahan ADUN.

Soalan Tambahan

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada YB Pembantu Menteri atas jawapan yang lengkap. Cuma satu soalan tambahan ialah apakah tempoh masa, iaitu time frame proses transformasi, plan-plan yang digubal, peruntukan yang disediakan yang diluluskan kerajaan. Apakah tempoh masa ini diambil untuk melaksanakan perkara-perkara yang telah disebut oleh YB menteri. Terima kasih.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih atas soalan tambahan itu. There’s no specific time frame tetapi, usaha itu berterusan yang penting ialah pencapaian kita itu.

Kita usahakan apabila we plan something we try to apa itu, implement secepat mungkin but there’s no specific time frame. Terima kasih. Tuan Speaker:Okey. Yang Berhormat Tungku tadi bangun dahulu.

Yang Berhormat Menteri, terima kasih tuan Speaker.

Speaker

Dia tinggi bah itulah senang nampak.

Soalan saya Yang Berhormat menteri, selain daripada pusat yang berada di Taman-Taman Sabah ada juga pusat pelancongan, apakah tarikan pelancongan yang berada di agensi lain.

Sebagai contoh, Menara Kayangan di Lahad Datu yang berada di kawasan forestry dan saya dapati bahawa tempat tersebut sudah agak tidak terjaga. Apakah kementerian mempunyai usaha untuk bekerjasama dengan kementerian yang lain untuk memastikan bahawa pusat-pusat tersebut boleh dijaga dengan baik.

Seterusnya, satu lagi tuan Speaker, boleh ya? Sebelum kita telah kehilangan badak kita yang terakhir di negeri Sabah dan ada juga hearsay saya dengar daripada orang kampung yang pernah terjumpa terserempak dengan binatang ini… sebelum ini.

Speaker

Haiwan.

Tetapi, saya tidak tahu kebenarannya.

Tuan Speaker:: Haiwan.

Tuan Assaffal bin P. Alian [Tungku]:: Haiwan... haiwan... dan adakah kementerian mempunyai usaha untuk meneruskan memelihara haiwan tersebut dan apakah status kita punya Rehab Centre di Tabin Wildlife di Lahad Datu? Terima kasih.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih atas soalan tambahan itu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang kita dalam kementerian sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi.

When it come to, apa tu, to create more tourism product, kalau ada di Taman-Taman Sabah atau di kawasan forestry, kita ada perbincangan dan memang pun perbincangan sudah dimulakan. Kita sedar banyak tempat-tempat yang menarik di kawasan forestry ini yang perlu diterokai dan perbincangan memang sedang berjalan. Teirma kasih.

Dan, juga soal, apa itu, Rhinoceros itu. Kalaulah betul ada yang dijumpai, I think this is good news. Sila maklumkan kepada Sabah Wildlife supaya kita boleh cari mana dia pergi tapuk ini. Kalau masih adalah. Terima kasih.

Tuan Speaker:Senallang masih mau tanya tadi?

Datuk Dr.

Minta soalan tambahan.

Speaker

Okey bagi Sulabayan. Soalan Tambahan Datuk Dr.

Terima kasih tuan Speaker. Terima kasih Menteri. Saya cukup tertarik dengan perancangan soal pelancongan ini dan sudah tentu tidak dapat dinafikan Sabah ini mempunyai ekosistem pelancongan yang cukup kaya dan apa yang disebut tadi soal program-program itu memang kalau dapat dilaksanakan dengan baik akan dapat meningkatkan lagi pendapatan ekonomi negeri Sabah.

Soalan saya, berapakah jumlah peluang-peluang perjawatan terutama sekali renjer yang ada di Taman-Taman Sabah ini. Kerana saya melihat program itu banyak dan tempat-tempat itu banyak. Jadi, adakah… Datuk Dr.

Jadi, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan data untuk memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah yang ramai mengganggur?

Berapakah perbelanjaan perjawatan pentadbiran yang diperlukan oleh kementerian untuk memenuhi keperluan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan Sabah ini. Terima kasih.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Sulabayan. Sudah tentulah kita di Taman-Taman Sabah juga mempunyai peranan, apabila ada produk-produk pelancongan baharu atau, apa ini, aktiviti-aktiviti baharu, memang bertujuan untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru. I can not

give a specific answer sudah berapa, but kita akan bagi jawapan secara bertulis. Terima kasih.

Speaker

Ok, sekarang saya jemput Yang Berhormat dari Pintasan.

Datuk Speaker, soalan saya nombor sembilan (9).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Bantuan Aktiviti Pibg Sabah (Bagus) Dan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (Bisbah) Di Daerah Kota BeludQuestions

*9.

YB. Tuan Fairuz bin Renddan [Pintasan] bertanya kepada MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS, berapa buah sekolahkah yang mendapat Bantuan Aktiviti PIBG SABAH (BAGUS) dan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) bagi daerah Kota Belud.

Jawapan

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Tuan Speaker, untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat dari Pintasan dan bagi maklumat dewan yang mulia ini, bagi memperkasa atau membantu peranan PIBG di sekolah-sekolah, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas pada tahun ini telah diperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk melaksanakan program Bantuan Aktiviti Guru dan Ibu Bapa Sabah, singkatannya BAGUS. Program ini merupakan bantuan peruntukan one off sebanyak RM2000 yang diberikan kepada 1 500 PIBG sekolah di seluruh negeri Sabah agar mereka dapat dibantu dalam melaksanakan aktiviti mereka di sekolah berkenaan. Setakat ini bagi daerah Kota Belud, sebanyak 16 Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah telah dibantu yang melibatkan peruntukan sebanyak 32 000.

Tuan Speaker, bagi Bantuan Ihsan Sekolah Sabah atau disebut sebagai BISBAH, program ini merupakan bantuan bagi pembekalan alat-alat kelengkapan sekolah seperti komputer, mesin pencetak, peralatan multimedia, projektor dan alat-alat bantuan pembelajaran. Bantuan ini juga akan diberikan kepada 1 500 buah sekolah di seluruh negeri Sabah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM12.6 juta dan bagi daerah Kota Belud, sebanyak 66 buah sekolah kita berikan bantuan BISBAH. Sekian, Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan, Pintasan? Soalan Tambahan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya, bagaimanakah cara memohon BAGUS dan BISBAH ini? Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Ya, BISBAH dan BAGUS ini kita ada jawatankuasa yang bersama dengan Jabatan Pendidikan dan JHEAINS kerana melibatkan sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sekolah agama negeri, sekolah menengah agama negeri, dan SJKC. Kita ada membuat makluman dan meminta kepada pejabat Pengarah Jabatan Pendidikan untuk memberikan maklumat kepada PPD dan sekolah-sekolah tersebut. Boleh juga pihak sekolah melalui PIBG memohon melalui online atau bersurat dan kita ada QR Codenya dan demikian juga BISBAH, kita akan bekalkan berdasarkan keseluruhan sekolah di negeri Sabah. Terima kasih.

Tuan Speaker:Ok, Senallang.

Minta soalan tambahan.

Tuan Speaker:Senallang, Senallang.

Datuk Speaker, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri dengan izin, beberapa bulan yang lalu, persoalan dia, apakah langkah-langkah oleh pihak kementerian Yang Berhormat Menteri untuk mengatasi masalah anak-anak Sabah, yang memohon guru-guru, peluang pekerjaan yang kontrak? Beberapa bulan yang lalu, pihak menteri yang bertanggungjawab di pusat telah mengumumkan bahawa seramai 2 400 guru-guru yang telah pun dilantik. Daripada 2 400 guru-guru ini, 292 anak-anak Sabah yang terkandas tidak dapat.

Mereka ini guru kontrak yang sepatutnya mengajar tetapi tidak dapat.

Pekerjaan yang dihantar daripada Kuala Lumpur itu ialah guru-guru daripada Kuala Lumpur, datang ke Sabah mengajar di Sabah.

Dan saya tahu dalam keadaan ekonomi merosot, apakah langkah-langkah hendak mengurangkan belanja?

Guru dibawa dari Semenanjung, di Sabah ini sudah ada guru yang kontrak ini yang telah pun menerusi proses ujian-ujian, mereka lulus. Tetapi pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil guru-guru yang tidak ada latihannya tetapi degree dia dalam bidang pendidikan. Itu sahaja syaratnya. Jadi, apakah langkah-langkah untuk memastikan supaya 292 guru-guru ini akan dapat dilantik oleh pihak Kerajaan Pusat untuk ditempatkan dan mengajar anak-anak kita. Terima kasih banyak.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan daripada Senallang ini adalah di luar soalan asal, soalan asal yang diinginkan, pemberian bantuan-bantuan. Dia ingin bertanyakan keadaan guru-guru tetapi saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri sama ada mahu jawab secara lisan ataupun secara bertulis?

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Saya jawab sedikit secara lisan. Terima kasih Tuan Speaker.

Saya ada mendapat makluman daripada Pejabat Pendidikan Negeri Sabah baru-baru ini, berhubung dengan isu Yang Berhormat kemukakan sebelum ini, tentang anak-anak Sabah yang tidak dapat tempat dalam lantikan kontrak mereka dan apabila saya rujuk jawapan daripada Jabatan Pendidikan Sabah, setakat ini, daripada 600 yang dibuat lantikan dan 300 anak-anak Sabah yang ditemu duga, keseluruhannya telahpun dilantik dan saya difahamkan sedemikian. Walau bagaimanapun, saya akan rujuk semula dan akan kemukakan secara bertulis kepada Yang Berhormat figure yang sebenarnya atau jumlah yang sebenar dan itulah yang saya difahamkan.

Tidak ada anak Sabah yang kontrak yang tidak dilantik melainkan yang ada masalah sedikit dari segi integriti dan temu duganya. Terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin.

Datuk Speaker, boleh satu soalan Datuk Speaker? Satu soalan.

Speaker

Dari Banggi?

Banggi.

Speaker

Okeylah. Dari Banggi, jauh dia ini.

Terima kasih Datuk Speaker. Datuk Menteri, saya ingin kemukakan satu persoalan.

Speaker

Soalan terus ah, jangan hujah.

Mohammad bin MohamarinPGRS · GRSBanggi

Ah?

Speaker

Tanya soalan terus, jangan berhujah. Soalan Tambahan

Berkenaan dengan bantuan BISBAH kepada sekolah-sekolah, saya mahu tahu, adakah bantuan ini sama bagi kategori sekolah menengah dan juga sekolah rendah, dari segi nilai, dan adakah perbezaan sama ada sekolah bandar dan luar bandar ataupun pedalaman? Dan cadangan saya, dilihat kadar bantuan itu kepada sekolah-sekolah yang berada di luar bandar kerana sekolah ini dari segi infra, dari segi jarak mungkin agak sukar untuk mendapatkan keperluan-keperluan yang berkaitanlah. Jadi, jika nilai itu ditingkatkan mungkin mereka boleh gunakan untuk pelbagai keperluan, misalnya dari segi peralatan-peralatan yang sesuai untuk PDP. Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk menjawab pertanyaan daripada ADUN Yang Berhormat Banggi, BISBAH bantuan ini menyeluruh, kita sediakan peralatan komputer dan alat bantu mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan, sekolah agama negeri, sekolah menengah, sekolah menengah agama negeri dan beberapa sekolah dan sekolah Cina manakala BAGUS ini kita sediakan untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Semuanya RM2 000 setakat ini kepada seluruh sekolah 1,500 sekolah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta kepada ADUN atau Ahli-ahli Yang

Berhormat sekalian, sekiranya ada sekolah di kawasan Ahli Yang Berhormat masing-masing belum mendapat bantuan ...

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

… masing-masing belum mendapat bantuan BAGUS ini, saya meminta agar dimaklumkan dan meminta kepada Yang di-Pertua ataupun Pengerusi PIBG memohon membuat permohonan melalui apa yang saya sebut tadi online ada QR yang disediakan, dan boleh juga ke PPD masing-masing untuk kita memberikan bantuan dengan seberapa segera yang mungkin. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Okay sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sindumin. Datuk Dr.

Datuk Speaker.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker, soalan saya soalan nombor sepuluh (10).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Akademik Sukan-Sukan Di Setiap DaerahQuestions

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

*10.

YB. Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob [Sindumin] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, satu masa dahulu Sabah sangat cemerlang di Malaysia dalam acara olahraga dan sukan-sukan lain:-a) apakah status ini sama atau menurun; dan b) apakah kerajaan bercadang atau sudah ada akademik sukan-sukan terpilih di setiap daerah supaya Sabah cemerlang semula.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat ADUN Sindumin dan makluman dewan yang mulia ini, prestasi sukan negeri Sabah boleh diukur dalam 4 keadaan, iaitu pertama penyertaan atlet dalam setiap jenis sukan dalam negeri. Kedua, penyertaan atlet dalam skuad kebangsaan.

Ketiga, pungutan pingat oleh atlet Sabah sama ada di

peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Keempat pencapaian dalam acara-acara yang boleh diukur seperti kepantasan, ketinggian dan kejauhan ya.

Speaker

Yang Berhormat Sri Tanjong sila duduk tempat sendiri ya. Ini waktu sidang.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Adalah dimaklumkan bahawa pada masa ini sejumlah 54 persatuan sukan negeri yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negeri Sabah berbanding dengan bilangan persatuan sukan negeri untuk tempoh 10 tahun yang lalu. Pada tahun 2012, hanya 48 sahaja ini bermakna ramai penduduk di negeri Sabah ini berminat untuk terlibat dalam program sukan. Tuan Speaker, pertambahan bilangan penyertaan dan beberapa siri kejayaan-kejayaan baharu dilakar oleh atlet Sabah dalam beberapa jenis sukan sama ada mewakili negeri khasnya mahupun penyertaan di dalam skuad kebangsaan amnya, adalah meningkat seperti sukan bola sepak wanita, sepak takraw wanita, memanah, pencak silat, hoki, ragbi, olahraga dan sukan e-sports.

Walaupun demikian, memang tidak dinafikan terdapat juga penurunan penyertaan dan kejayaan sukan dari Sabah, dalam beberapa jenis sukan seperti sukan renang yang satu ketika dahulu negeri Sabah mempunyai atlet sukan renang dengan nama-nama besar di penyertaan Olimpik seperti Alex Lim, Lim Kiat, Elvin Chia, Leung Chii Lin, Chui Lai Kwan dan ramai lagi sehingga Sabah pernah mendapat jolokan sebagai negeri ‘power house’ dengan izin bagi sukan renang. Selain itu, sukan golf, angkat berat, pelayaran, karate dan lawan pedang antara jenis sukan yang menurun dari segi bilangan penyertaan dan pencapaian.

Tuan Speaker, dari segi pencapaian atlet negeri Sabah di peringkat kebangsaan di SUKMA merupakan penganjuran sukan di peringkat negeri yang prestij dan menjadi penanda aras tinggi bagi setiap negeri.

Demikian juga negeri Sabah mempunyai lakaran pencapaian tersendiri seperti memenangi keseluruhan pingat emas yang dipertandingkan untuk sukan Tenpin Bowling semasa Sukma Kedah 2006, memenangi ibu segala pingat bagi sukan bola sepak pasukan lelaki di SUKMA Pahang 2012. Memperbaiki rekod pencapaian pungutan pingat semasa penyertaan SUKMA Perak 2018, dengan meraih pungutan pingat sebanyak 32 pingat emas keseluruhan mengatasi jumlah pungutan pingat di SUKMA Sabah 2002, iaitu 28

pingat emas.

Memenangi pingat emas untuk sukan hoki berpasukan lelaki dan pingat emas, pingat perak untuk sukan hoki berpasukan wanita selama tempoh 20 tahun penyertaan di temasya sukan SUKMA.

Rentetan kemenangan tanpa kalah dalam semua perlawanan bagi sukan ragbi, dan memenangi 10 pingat emas untuk sukan pancak silat di SUKMA Perak 2018. Beberapa nama atlet negeri Sabah yang pernah diberikan anugerah Olahragawan dan Olahragawati SUKMA, iaitu atlet wanita terbaik Frency Titus dari acara sukan angkat berat pada SUKMA Pahang 2012. Manakala, atlet lelaki terbaik adik Eugenius Loh dalam sukan memanah pada temasya sukan Perak 2018. Adalah antara peningkatan pencapaian dalam senario sukan di negeri Sabah hasil kepercayaan kerajaan negeri kepada kementerian saya, dalam usaha memartabatkan sukan tanah air dan mengharumkan nama negeri di persada sukan.

Pencapaian terkini bagi sukan olahraga pada kejohanan 97 Malaysian Open Athletics Championship 2022 yang telah diadakan pada 3 hingga 7 Mac 2022, di stadium Bukit Jalil, Kontingen Sabah telah berjaya memperoleh 6 pingat emas, 6 perak, dan 4 gangsa.

Tuan Speaker, bilangan penyertaan atlet Sabah dalam skuad kebangsaan juga menampakkan trend peningkatan dari semasa ke semasa.

Bilangan penyertaan dan Pegawai Sabah di sukan SEA Ke-30 Philippine 2019 adalah antara bilangan penyertaan atlet Sabah di skuad kebangsaan teramai, iaitu berjumlah 53 orang dengan penyertaan sebanyak 20 jenis sukan.

Speaker

Berapakah yang dapat pingat?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini..

Speaker

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya.

Speaker

Dari 53 orang atlet Sabah yang menyertai, berapa yang dapat pingat?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Maaf ah, Tuan Speaker, tidak berapa dengar.

Speaker

Dari 53 atlet Sabah yang menyertai skuad ke sukan SEA, berapa orang yang mendapat pingat?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ah, ini saya tidak ada di dalam, apa nama data kita ini. Tetapi mereka ini mewakili 20 jenis sukan. Tetapi, kalau Tuan Speaker, mahu kita akan bagi data itulah. Terima kasih. (ketawa). Untuk makluman dewan yang mulia ini, seramai 42 orang atlet Sabah terpilih mewakili sukan SEA dan 23 orang atlet telah menyumbangkan pingat, iaitu 4 emas, 4 perak dan 11 pingat gangsa kepada Kontingen Malaysia dalam temasya sukan SEA ke-31.

Speaker

Tu ada itu.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.

Speaker

Ada itu berapa yang dapat pingat.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya, Tuan Speaker ?

Speaker

Ada sudah dia punya data tu. Detail dia.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

(menggeleng tangan).

Speaker

Ada, ada you bagi dia punya tu jumlah berapa yang dapat pingat. You baru baca tadi tu.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Bagilah Tuan Speaker, nanti kita bincang di luar tidak dengar ni. Tuan Speaker / Ahli Dewan: (ketawa).

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Boleh ah, Tuan Speaker?

Sukan Asia, iaitu sukan Asia di Jakarta Palembang, Indonesia 2018 menyenaraikan bilangan penyertaan seramai 12 orang atlet dari negeri Sabah, dengan menyertai lapan jenis acara sukan.

Sukan Komanwel yang akan datang, iaitu 20 Komanwel yang ke-22 di Birmingham telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dengan meletakkan sasaran enam pingat emas, kepada kontingen negara.

Turut menyenaraikan penyertaan seramai tujuh orang atlet dari negeri Sabah, dengan penyertaan lima jenis acara sukan. Namun demikian, bilangan penyertaan untuk sukan Olimpik adalah menurun pada tahun pengunjuran 2008 dan 2016, iaitu masing-masing hanya menyenaraikan satu orang penyertaan dari Sabah.

Namun, bermula pada temasya Paralimpik London 2012, seramai 3 orang atlet Orang Kurang Upaya dari negeri Sabah layak menyertai sukan Olahraga dan pelayaran dan sukan Paralimpik Tokyo 2020, dengan bilangan penyertaan atlet Sabah seramai lima orang termasuk dua orang pegawai pengiring, telah menyertai acara sukan seperti acara badminton, olahraga dan renang. Bukan sahaja atlet normal.

Speaker

Apas.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ini telah membawa kecemerlangan sukan dengan mewakili negara, Atlet-atlet Kelainan Upaya atau lebih dikenali sebagai “Para”, atlet “Para” yang juga menyumbangkan kepada kecemerlangan sukan seperti Wong Ka Ji, Didin Tareso dan Brenda Anellia Larry yang telah layak secara merit ke temasya sukan Paralimpik Ke-16 pada tahun 2021 di Tokyo, Jepun. Pada tahun 2022 juga, atlet Eddy Bernard telah berjaya mendapat pingat perak dalam acara lompat jauh di World Para Athletics Grand Prix Dubai 2022. Tuan Speaker, untuk makluman ahli dewan yang mulia ini, seramai tujuh atlet Sabah telah terpilih mewakili Malaysia di temasya sukan Komanwel.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

…Sukan Komanwel ke-22 di Birmingham, England yang akan berlangsung pada 28 Julai, Ogos hingga Ogos 2022. Manakala, enam atlet para Sabah telah terpilih mewakili ke temasya Para

Asian ke-11 di Surakarta Indonesia 2022 akan berlangsung pada 30 Julai hingga 6 Ogos 2022.

Dari segi pencapaian, rekod kejohanan yang disertai oleh atlet Sabah beberapa nama atlet turut mengharumkan negeri Sabah seperti Andre Anurah Anuar dari sukan olahraga di kejohanan Sukan SEA 2019 dalam acara lompat jauh telah memecahkan rekod kebangsaan dengan lompatan 8.02 meter mengatasi rekod lama yang dipegang oleh atlet dari Sabah Josbert Tinus dengan pencapaian sejauh 7.88 meter.

Rayzam Shah Wan Soffian turut memegang rekod kebangsaan sehingga kini dengan catatan 13.67 saat untuk acara 100 meter larian berpagar …

Speaker

110 …

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya, 110 meter.

Speaker

Ya.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tuan Speaker pun boleh tahan juga ini. Acara 110 meter lompat pagar ya, untuk mengatasi rekod lama Nur Herman Majid 13.73 saat. Sukan lain seperti sukan renang menerusi atlet Loo Yie Bing yang baru berumur 14 tahun turut menjadikan Sabah sebagai pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter free style wanita pada kejohanan MILO/MAS NCM Malaysia National H Group Swimming Championship pada 2 hingga 5 Jun 2022 dengan catatan masa 57.56 saat dengan memecah rekod lama 57.60 saat yang dicatit oleh Chui Lai Kwan dan juga atlet dari negeri Sabah. Tuan Speaker, pencapaian rekod kejohanan peringkat antarabangsa pula Meilaura Dora Jimmy sukan bina badan kategori wanita yang telah menjuarai kejohanan Bina Badan Dunia 2021. Selain itu, atlet Joffey Jolly juga merupakan pemegang pingat emas bagi kategori lelaki senior 70 kg kejohanan gusti lengan dunia 2009 oleh International Federation of Arm Wrestling Word Arm Wrestling. Tuan Speaker, melalui empat keadaan pengukuran ini, maka ada disimpulkan bahawa penyertaan atlet dalam setiap sukan jenis sukan dalam negeri adalah meningkat.

Penyertaan atlet dalam skuad kebangsaan juga meningkat pungutan

pingat oleh atlet Sabah ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa skuad atlet turut meningkat dan pencapaian rekod kejohanan yang disertai oleh Sabah masih relevan sehingga kini kerana masih mempunyai rekod kebangsaan yang dipegang oleh atlet negeri Sabah. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat penurunan penglibatan dan pencapaian beberapa jenis sukan oleh atlet Sabah. Kementerian sentiasa prihatin terhadap perkembangan sukan, terutamanya di peringkat akar umbi, sukan-sukan yang telah dikenal pasti seperti sukan angkat berat yang berpusat di Tambunan dan Sekolah Sukan Malaysia Sabah, sukan berbasikal yang mempunyai pusat latihan di Kota Belud dan Nabawan, sukan akuatik, renang dan terjun yang berpusat di Kota Kinabalu dan Sandakan, pusat akademi squasy di Kota Kinabalu, Pusat Latihan Negeri Sukan Menembak di Lok Kawi dan secara keseluruhan, negeri Sabah mempunyai 30 pusat latihan negeri dan 14 pusat latihan daerah yang ada di daerah-daerah negeri Sabah. Pembangunan sukan di negeri Sabah telah menunjukkan perkembangan positif terutama dari aspek pengguna insfratruktur. Setakat ini, terdapat 16 buah kompleks sukan yang sudah sedia ada dan tiga lagi dalam proses pembinaan di negeri ini. Usaha ini merupakan salah satu usaha murni kerajaan untuk membudayakan sukan di negeri Sabah dan sekali gus dapat meningkatkan prestasi sukan di negeri ini seiring dengan pembangunan insfraktruktur ini. Maka Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2016 -2030 telah dibangunkan yang mengandungi perincian langkah-langkah dan tindakan efektif dan efisien bagi mencapai visi melahirkan atlet bertaraf dunia.

Dalam usaha meningkatkan korporat di negeri ini kursus atlet Sabah Kementerian Belia dan Sukan Sabah melalui Majlis Sukan Negeri Sabah juga telah memeterai perjanjian persefaham MOU selama lima tahun dengan Universiti Malaysia Sabah bermula pada tahun 2021 sehingga 2025.

MOU ini melibatkan bantuan teknologi dalam meningkatkan prestasi atlet melalui ujian-ujian lab yang spesifik termasuk mengesan kecederaan dan faktor diikuti khidmat nasihat dalam usaha mengatasi kelemahan atau masalah yang dihadapi.

Kementerian saya akan mengadakan kerjasama dengan institusi yang mempunyai kepakaran atau saintis untuk menjalankan kajian-kajian bakat sukan. Ini bagi

mengatasi atlet muda berbakat mengikut kepada bidang sukan yang diceburi dan mula berlatih dengan program latihan yang lebih sistematik agar atlet muda ini mampu bersaing walaupun dalam usia yang muda.

Sebagai contoh, bakat-bakat muda yang mempunyai kopensi gantian otot atau dalam bahasa Inggeris, slow twitch muscle fiber adalah sesuai acara sukan seperti maraton, acara olahraga jarak panjang 3 000 meter, 5 000 meter atau 10 000 meter sesuai manakala bakat yang lebih dominan, fast twitch muscle fiber lebih sesuai menceburi dalam acara-acara pecut seperti 100 meter, 200 meter dan 400 meter, sukan yang memerlukan kekuatan explosive power seperti angkat berat.

Kementerian saya sedang mengkaji semula insentif kemenangan yang … kemenangan yang diberikan oleh kerajaan negeri Sabah antara yang dikaji dan akan dikaji semula ialah skim pencen yang diberikan semula kerajaan pusat bagi pemenang-pemenang bagi pingat atlet temasya Sukan Olimpik.

Selain daripada insentif kemenangan yang diberikan oleh kerajaan negeri, pihak kementerian juga telah berbincang dengan pihak kumpulan wang simpanan pekerja ataupun (KWSP) untuk membantu atlet-atlet yang telah layak masuk program bakat termasuk SUKMA, para SUKMA membuat caruman seawal umur 12 tahun, walaupun belum lagi memenangi pingat dalam sukan yang diikuti ini bagi menarik minat lebih ramai bakat baharu muda dan juga sokongan ibu bapa yang menyertai sukan yang sering digelar tidak mempunyai masa hadapan atau hanya mampu perhatian dalam pembelajaran yang boleh menjamin masa anak-anak mereka.

Majlis Sukan Negeri Sabah juga dalam proses mewujudkan dan menyediakan Enakmen Majlis Sukan Negeri sebagai punca kuasa memastikan kelancaran pengurusan dan pembangunan sukan di negeri Sabah.

Kementerian saya mempunyai program jangka panjang yang memfokuskan kepada acara-acara sukan yang berpotensi meraihkan pingat dalam kejohanan negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Antara acara-acara sukan sudah dikenal pasti ialah seperti sukan ping pong, angkat berat dan takraw, sukan-sukan lain juga kita sedang kaji, ya. Sukan-sukan ini tidak memerlukan saiz fizikal seperti ketinggian, berbanding dengan sukan-sukan yang lain. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Menteri ini dia pernah pegang rekod 100 meter kebangsaan.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih, Tuan Speaker

Speaker

Tetapi tidak tahu, sudah pecahkah tidak.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tidak boleh sudah sekarang.

Speaker

Memang you tidak boleh kasi pecah tetapi orang lain sudah kasi pecah, kan.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Soalan tambahan, Datuk Speaker.

Speaker

Sindumin, soalan tambahan. Soalan Tambahan

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih, Datuk Speaker, terima kasih jawapan menteri yang panjang dan sangat lebar dan menyeluruh tetapi tadi Datuk Speaker bantu saya juga, ambil soalan saya juga. Soalan tambahan. Tetapi tidak apa selepas ini bagi Kemabong lagi

Speaker

Tidak payahlah, kasi orang lainlah, soalan tambahan.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Speaker, Datuk Speaker, yang tidak disebut tadi ialah barangkali tahniahlah, sebelum itu tahniah kepada anak-anak Sabah yang mengharumkan nama negeri dan negara dan yang telah disebut tadi, insentif-insentif kepada mereka yang mengharumkan tetapi yang mungkin ketinggalan ialah senior sport ataupun ahli sukan senior ini, Yang Berhormat Menteri tiada sebut berapa orang, salah satunya ialah Encik Aliudin bin Jumat yang baru-baru ini bertanding lompat pagar di Sweden mendapat walaupun dapat tempat ketujuh tetapi ...

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

...yang ketujuh tetapi ia sudah cukup bagus, kerana ia tujuh nombor tujuh di seluruh dunia.

Jadi, apakah ini juga dimasukkan dalam rancangan Yang Berhormat Menteri? Untuk menghargai pemain-

pemain ataupun mereka yang senior ini, yang mengharumkan nama Sabah dan juga Malaysia. Terima kasih.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih Yang Berhormat Sindumin ya. Kita akan mengkaji insentif-insentif yang kita kira mungkin tidak adil ya, termasuklah yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi Sindumin. Tadi tentang ahli-ahli sukan, yang dahulu aktif sampai sekarang masih aktif lagi.

Jadi kita akan pertimbangkan itu, dan saya kira mungkin tidak ada masalah juga, sebab kita mahu melihat walaupun masa muda itu sudah berakhir, tetapi masa itu juga tidak terhad ya, tidak bilang kita berhenti untuk aktif dalam sukan.

Jadi, pada saya kita akan pertimbangkan ini. Terima kasih. [mencela/Merotai: Datuk Speaker]

Speaker

Sekian sahaja sesi soal jawap kita pada hari ini. Alah, you Menteri Sukan dahulu, you banyak tahu sudah maklumat.

[mencela 3 orang:

Datuk Speaker, Standing Order] Yes, Luyang, tambahankah?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Standing Order Datuk Speaker.

Speaker

Soalan tambahan?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Ok, terima kasih Datuk Speaker. So, saya rasa ini soalan tambahan yang terakhir.

Apakah, terima kasih Datuk Menteri atas jawapan yang menyeluruh bagi memantapkan kecemerlangan atlet-atlet sukan di negeri Sabah, ini yang kita ingin-inginkan.

Apakah perkembangan ataupun status untuk kita menubuhkan satu high performance sport centre pusat ataupun institusi sukan berprestasi tinggi? Kerana ini amat diperlukan untuk kita terus ada atlet-atlet anak-anak Sabah, tidak tanpa pergi ke KL, melatih kapasiti yang tinggi di Sabah ini. So, saya rasa ini dalam perancangan itupun sudahpun disebut Yang Berhormat Menteri tahun yang lepas. So, apakah perkembangan bagi kita terus memantapkan prestasi yang tinggi daripada Sabah? Terima kasih.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih Yang Berhormat daripada Luyang.

Tadi dalam jawapan saya, ada menyentuh tentang kolaborasi dengan saintis-saintis sukan daripada UMS. Jadi antara lain yang kita bincang kita kena bincang itu tentang high performance sport ya, jadi saya kira kita kena tunggu

kajian-kajian daripada saintis-saintis tersebut, baharu tindakan yang sewajar dia itu kita boleh ambil. Terima kasih.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, soalan tambahan. Minta peluang satu sahaja.

Speaker

Bolehlah.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Boleh?

Speaker

Boleh, boleh, boleh.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Soalan sahaja ya, jangan hujah-hujah lagi.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Percayalah saya, saya terus kepada soalan [ramai orang ketawa]. Datuk Speaker, Yang Berhormat Datuk Menteri, terima kasih. Jawapan yang panjang.

Saya memerhati dan saya menelaah jawapan daripada Yang Berhormat Datuk Menteri, ada satu, ada beberapa perkara yang saya dapat input daripada Yang Berhormat Menteri. Satu, sejarah kecemerlangan atlet-atlet kita di negeri Sabah. Apakah, saya punya soalan ialah, adakah kementerian mempunyai satu perancangan drastik, untuk meningkatkan dan mengembalikan kecemerlangan sukan di negeri Sabah? Seperti yang Datuk Menteri tadi cerakinkan atlet-atlet yang pernah mengharumkan negeri Sabah. Satu, kedua.

Speaker

Hei, satu sahaja, satu sahaja, satu sahaja.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Satu sahaja?

Speaker

Satu sahaja.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, ini penting.

Speaker

Satu sahaja.[suara ramai ketawa]

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ok.

Speaker

Biar dia jawaplah satu itu.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih, Yang Berhormat daripada Kuamut. Dalam jawapan saya tadi soalan 10 tadi itu pun saya ada mengatakan, sekarang ini kita tengah berkolaborasi dengan saintis-saintis. Jadi, apapun tindakan kita untuk melihat, untuk mengembalikan kecemerlangan sukan di negeri Sabah ini, kita perlu dengar kajian-kajian daripada saintis ini. Mereka tahu apa kelemahan kita, dari sudut insentif, dari sudut prestasi sukan. Daripada pembaikan-pembaikan atau menaik taraf apa nama kemahiran, untuk melatih kepada atlet-atlet kita ya. Jadi, kita akan tunggu apa nama kajian-kajian ini. Barulah saya katakan tadi itu, supaya tindakan-tindakan sewajar dapat kita ambil, untuk mengembalikan kecemerlangan atlet-atlet kita dalam 50-an, 60-an dan juga 70-an. Terima kasih.

Speaker

Ok. Sekian sahaja sesi soal-jawab kita hari ini.

Standing Order Datuk Speaker.

Speaker

Apa lagi ini?

Terima kasih Datuk Speaker, Standing Order 31. Satu, Datuk Speaker berkenaan dengan usul.

Pada 19 hari bulan saya ada permohonan meminta izin majlis membawa satu usul, untuk membahas mengenai tahap keselamatan makanan ataupun security dan juga kos sara hidup. Datuk Speaker, perkara ini sangat penting Datuk Speaker untuk dibahaskan, sebab di luar sana rakyat ingin mengetahui sebenarnya, banyak masalah yang berlaku tentang bekalan. Baru-baru ini Menteri Pertanian dan Perikanan ada menyatakan bahawa telur cukup, tetapi bila kita berada di pasar telurpun tidak cukup. Bahkan, di pasar-pasar raya juga di kedai runcit.

Speaker

Yang Berhormat Merotai, permohonan kamu itu sudah saya jawap secara bertulis, beserta dengan alasan-alasan dia kenapa tidak dapat di tidak perlu dibahaskan.

Datuk Speaker, ini penting Datuk Speaker.

Bukan apa, kita boleh berbincang dua jam berkenaan dengan kenaikan gaji kita.

Speaker

When you say amat penting subjective to is penting but it has been handle, you look at my reply semua sudah ada disediakan dan ditangani oleh pihak kerajaan.

Datuk, Datuk Speaker, kita sudah juga mendengar jawapan Menteri Kesejahteraan baru-baru ini.

Speaker

I made my rulling, can you please.

Yang Berhormat, I made my rulling, I answered your permohonan and you sit down please.

Datuk Speaker, kita boleh berbincang berkenaan dengan kenaikan gaji kita dua jam tiga jam Datuk Speaker, tetapi berkenaan dengan kos sara hidup, kos food security ini Datuk Speaker kita tidak boleh bincang, kotak telurpun kena bayar 30 sen Datuk Speaker.

Speaker

Bukan tidak boleh bincang itu sedang ditangani oleh kerajaan.

Kita mahu penjelasan yang lebih lanjut supaya semua.

Speaker

Biar dia selesai dia punya apa ini yang dia bentuk semua itu baharu dia bentangkan, [suara bercakap tetapi tidak jelas) benda masih dalam proses buat apa mahu ditanya [menepuk meja].

Datuk Speaker, perkara ini, Datuk Speaker, perkara ini berlaku di luar Datuk Speaker.

Speaker

Ini yang perkara tidak ada ini, adakah semestinya bekalan tidak ada, ada orang menyorok.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, ini tidak adil, saya satu soalan sahaja, ini banyak masa ini.

Semalam pun Datuk Speaker

Speaker

Shut up, sit down.

Speaker

Ah…

Tuan Speaker, Speaker, walaupun kita sudah tulis tetapi belum ada jawab kita. [Mencela: Tuan Speaker] Walaupun kita usul yang sama juga tetapi belum jawap kita.

Speaker

Sudah jawap sana apa lagi kau tanya.

Tuan Speaker, point of order about that sama-sama juga belum ada jawap kita juga. Speaker sudah buat keputusan, dapat rolling, ahli-ahli majlis kena terima.

Janganlah pihak pembangkang ini buat drama. Pasal saya sendiri punya usul pun pernah ditolak. 15 hari bulan Mac jawapan dari Speaker 15 hari bulan Mac 2022 dan 1 Disember 2021. Saya usul pun kena tolak dan jawapan diberikan.

Apakah sebabnya usul ditolak?

Jadi, ini saya terima.

Yang Berhormat, saya tidak setuju dengan perkataan Yang Berhormat kita buat drama, saya tidak setuju, Yang Berhormat harus lihat perkara yang berlaku di luar sana Yang Berhormat.

Speaker

Sudah buat ruling, dua-dua Yang Berhormat duduk, saya mahu teruskan sidang.

Ya pasal, janganlah pihak pembangkang.

Yang Berhormat, Yang Berhormat, kamu ada jawapan lagi, kita tidak ada jawapan.

Speaker

Ellopura, you cakap pun tidak sempurna, duduk sana!

Tuan Speaker, pasal kita semua duduk di sini atas perintah Standing Order.

Speaker

Saya sudah buat ruling Yang Berhormat ADUN Dilantik. So, kita teruskan aturan Mesyuarat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, ada usul dikemukakan hari ini oleh Menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Sidang Dewan pada hari ini tidak digantung, sehingga semua urusan-urusan Dewan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini, selesai ditimbang dan diputuskan.

Speaker

Ada yang menyokong?

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Datuk Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Sidang Dewan pada hari ini tidak digantung, sehingga semua urusan-urusan dewan yang tertera dalam Aturan Mesyuarat pada hari ini selesai ditimbang dan diputuskan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Speaker

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan 2022) Bacaan PertamaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan 2022) Bacaan Pertama.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah 2004.

Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan 2022)Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan 2022).

Speaker

Bacaan Kedua bila?

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Hari ini, Tuan Speaker.

Speaker

Baiklah.

Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan 2022) Bacaan KeduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan 2022) Bacaan Kedua.

Speaker

YB Menteri, silakan.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Tuan Speaker, saya memohon mencadang bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Tuan Speaker, Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan 2022) digubal bertujuan untuk menambah peruntukan baharu berkenaan kuasa Ketua Hakim Syariah Negeri untuk mengeluarkan arahan atau arahan amalan berhubung dengan pentadbiran, berhubung dengan perjalanan dan tatacara Mahkamah Syariah di negeri ini dari semasa ke semasa.

Tuan Speaker, cadangan pindaan undang-undang ini telah disemak dan diteliti di peringkat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak (JATUS), iaitu satu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Ugama Islam Sabah bagi menyemak, bagi meneliti undang-undang Islam di negeri ini.

Seterusnya Tuan Speaker, cadangan pindaan undang-undang ini telah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi MUIS melalui Mesyuarat Bil. 2/2022 yang diadakan

pada 28 Jun 2022.

Sehingga kini Tuan Speaker, tidak ada sebarang peruntukan undang-undang negeri yang memberi kuasa kepada Ketua Hakim Syariah Negeri untuk mengeluarkan arahan atau arahan amalan berhubung dengan pentadbiran. Perjalanan dan tatacara Mahkamah Syariah di negeri ini atas ketidakwujudan peruntukan itu, ia menimbulkan polemik dan perbahasan di kalangan pengamal perundangan syariah di negeri ini berkaitan keabsahan arahan atau arahan amalan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syariah Negeri terutamanya dari sudut pemakaian arahan amalan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pembinaan Arahan Amalan Mahkamah Syariah di peringkat persekutuan di negeri ini. Oleh itu, cadangan pindaan undang-undang ini bertujuan agar arahan atau amalan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syariah Negeri mempunyai kesan perundangan dan tidak boleh dicabar atau dipertikai.

Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini melibatkan pindaan kepada dua pasal sahaja sebagaimana lazimnya Fasal 1, Rang Undang-undang ini memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa undang-undang ini. Fasal 2 pula Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini memperkenalkan seksyen baharu 28 A yang memperuntukkan kuasa Ketua Hakim Syariah Negeri untuk mengeluarkan arahan atau arahan amalan berhubung dengan pentadbiran, berhubung dengan perjalanan dan tatacara Mahkamah Syariah.

Rang Undang-undang ini Tuan Speaker memperuntukkan bahawa apa-apa arahan atau arahan amalan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syariah Negeri. Sebelum tarikh kuat kuasa Rang Undang-undang ini hendaklah disifatkan sebagai diberi atau dikeluarkan di bawah seksyen baharu ini.

Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini tidak akan memberi implikasi kewangan kepada negeri Sabah.

Oleh itu, Tuan Speaker, saya dengan ini memohon agar dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan Rang Undang-undang ini demi membolehkan Ketua Hakim Syariah Negeri mengeluarkan apa-apa arahan atau arahan amalan Mahkamah Syariah di negeri ini dari semasa ke semasa. Dengan ini, saya memohon mencadangkan agar Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan 2022) ini dibacakan bagi kali kedua. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Rang Undang-undang itu dibacakan lagi bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Sekarang saya menjemput ADUN yang Dilantik Yang Berhormat Dr. Aliakbar Gulasan.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih kepada Datuk Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri ...

Speaker

Siapa yang ada mahu berucap, sila kemukakan nama ya.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Yang pertama, syukur kepada Allah Taala Subhanallahu wafiratul Islam, wakalimatul ikhlas, waalladi Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam, waallamillatina Ibrahim, wahanifah ulamakalaminal musrikin.

Saya bangun pada pagi ini di peringkat awal sebagai tanda sokongan kepada satu lagi pindaan Enakmen Mahkamah Syariah (Pindaan 2022) Rang Undang-undang ini yang saya kira ini merupakan salah satu lagi daripada kaedah dan cara untuk kita mengangkat sedikit lagi martabat Mahkamah Syariah, dan daripada apa yang sudah dibentangkan daripada makluman Yang Berhormat Menteri tadi.

Sebelum daripada ini arahan amalan adalah datang daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, bermakna kalaulah Rang Undang-undang ini diluluskan, Ketua Hakim Syarii Negeri mempunyai satu kuasa yang lebih baik berbanding daripada sebelumnya dan juga boleh mengeluarkan arahan-arahan amalan yang baru yang saya kira ini sebagai salah satu daripada sebagai kaedah dan cara seperti mana yang saya sebutkan tadi untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah. Selain daripada itu Datuk Speaker, saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang sudah kita melihat kita punya satu mahkamah yang berdiri megah.

Mahkamah Syariah yang saya kira menjadi di antara ikon khususnya di Kota Kinabalu dan juga Sabah yang saya nampak ini juga sebagai salah satu cara keyakinan dan juga untuk kita mengangkat martabat Mahkamah Syariah supaya boleh beroperasi dengan baik yang kita melihat perkara-perkara yang berkaitan

syariah ini saya yakin semakin hari semakin banyak untuk diperbicarakan dan juga untuk diangkat ke mahkamah.

Saya mencadangkan beberapa perkara juga memandangkan kita melihat sepanjang isu, sepanjang berlakunya pandemik COVID-19, bila kita duduk bersama dengan masyarakat kita melihat terlalu banyak kes-kes yang tertangguh, terutamanya kes-kes yang sangat perlu disegerakan, kes penceraian dan juga kes nafkah. Kalau kita berjumpa dengan masyarakat di lapangan, kes ini ataupun perkara seumpama ini menjadi topik perbincangan yang agak penting dalam masyarakat. Penangguhan ataupun tunggakan kes yang terlalu besar yang menyebabkan urusan-urusan syariah yang lain tertangguh pastinya akan memberi kesan kepada urusan keluarga perwarisan, keturunan dan sebagainya.

Jadi kita melihat perkara ini di antaranya boleh menjadi tumpuan dalam konteks membangunkan masyarakat dan keluarga.

Saya mencadangkan beberapa perkara Datuk Speaker.

Yang pertama, saya melihat, kalau kita meneliti kepada apa yang sudah dibuat oleh Civil Court, mahkamah, mahkamah awam, sudah ada pergerakan kepada yang disebut sebagai mobile court mahkamah pendengaran kes di luar mahkamah. Ini di antaranya dalam konteks Sabah khususnya, dalam konteks geografi kita yang lebih besar bila kita berjumpa masyarakat di kawasan Pitas, di kawasan Paitan, di kawasan Nabawan, Sook yang jauh.

Mobile court ini menjadi di antara langkah penyelesaian yang penting. Maka Mahkamah Syariah pada saya harus bersifat progresif dan proaktif supaya kes-kes yang jauh ini yang kita tahu masyarakat luar bandar mempunyai accessibility yang mungkin terhad maka perkara ini boleh menjadi keutamaan dalam penyelesaian kes-kes yang melibatkan Mahkamah Syariah. Di samping itu ...

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Di samping itu, kita melihat ada beberapa negeri lain khususnya, negeri Selangor pernah membuat pendengaran

kes pada waktu malam. Saya kira ini juga antara strategi yang perlu difikirkan dalam keadaan dua tahun kita pandemik, kes yang tertunggak terlalu besar saya difahamkan oleh mahkamah syariah, maka perlu juga langkah-langkah untuk menyelesaikan hatta kalau kita berjumpa di apa ini berjumpa masyarakat ada yang kita jumpa sampai setahun dua tahun tidak selesai kes perceraian. Yang menyedihkan, mahkamah tidak selesai, tetapi dia terpaksa buat keputusan sendiri kahwin dahulu baharu tunggu surat daripada dokumen daripada, ini realiti yang kita tidak boleh nafikan berlaku dalam masyarakat dan saya lihat juga kalau kita pergi kepada jabatan-jabatan agama, terutamanya yang melibatkan kaunselor kaunseling kekeluargaan. Dalam keadaan sekarang fenomena yang berlaku masyarakat dalam keadaan susah kita tidak boleh nafi keluarga mungkin sedikit sebanyak akan terkesan.

Ruang pekerjaan yang terhad, barangan yang semakin mahal, pendapatan yang semakin sukar.

Betulkan saya kalau saya silap apa ni Datuk Speaker dan juga Yang Berhormat Menteri.

Di JHEAINS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, di Sabah hanya ada satu orang kaunselor yang ditempatkan di JHEAINS, Kota Kinabalu yang saya kira perkara ini harus diteliti dengan sesungguhnya dan mendalam oleh kerajaan untuk menangani isu-isu kekeluargaan ini. Agak mustahil kalau hanyalah seorang pegawai yang seumpama itu dalam keadaan geografi Sabah penduduk Sabah yang semakin besar, saya nampak perkara seumpama itu harus ditangani segera oleh pihak kerajaan khususnya.

Yang terakhir apa ini Datuk Speaker, yang mungkin juga kita kata dari segi pentadbirannya kita perlu teliti, “cinta ini buta”.

Ada di kalangan masyarakat tempatan yang berkahwin dengan masyarakat yang tidak ada dokumen. Saya tahu yang ini tidak boleh diselesaikan di peringkat pentadbiran khususnya berkaitan dengan jabatan agama dan juga urusan pendaftaran nikah dan cerai. Tetapi, realitinya dalam konteks Sabah perkara ini sudah menjadi kita tidak mahu kata kebiasaan, tetapi tidak boleh dielakkan.

Sama ada salah seorang ataupun dua-duanya.

Jadi, saya mungkin perlu daripada makluman daripada pihak kerajaan bagaimana kita menangani isu seumpama itu dan bagaimana data yang kita ada, bagaimana kita nak mengurus masyarakat yang seumpama ini yang saya yakin dalam konteks

syariahnya kena selesai, pentadbirannya kena selesai, dan dari segi urusan kenegerian juga kita kena selesai, sebab inilah nanti yang akan memberikan kesan kepada perancangan kita untuk jangka panjang membangunkan dan menguruskan keluarga dan juga menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan juga syariah.

Di akhir ini, sekali lagi saya menyokong pindaan yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri dan saya yakin ini merupakan satu perkara yang perlu mendapat sokongan daripada semua dan ini salah satu langkah kita ulang semula untuk memartabatkan semula mahkamah syariah dan saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri, fikir dan terus berfikir supaya mahkamah syariah ini dimartabatkan sebab kita melihat ada kawasan zon yang ramai umat Islam, tetapi tidak ada bangunan mahkamah syariah contohnya, dalam konteks ini di Tawau. Sebagai contohnya, masyarakat Islam ramai walaupun ada pejabat, tetapi tidak ada bangunan mahkamah syariah.

Saya kira sampai masanya kawasan-kawasan tertentu untuk memudahkan aksesibiliti masyarakat untuk sampai kepada mahkamah syariah ini, dibangunkan bangunan-bangunan mahkamah syariah di kawasan-kawasan tertentu.

Sekali lagi saya meyokong.

Terima kasih, mudah-mudahan kita mendapat persetujuan daripada apa yang sudah dibentangkan. Wallahualam, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tungku.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pendek sahaja Yang Berhormat Speaker.

Yang pertama sekali saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan dan juga menteri yang telah berusaha untuk empower memperkasakan mahkamah syariah kita di negeri Sabah. Cuma, saya ingin sentuh mengenai tambahan Seksyen 28A kepada apa ini 28A ini dari segi bahasa yang digunakan Yang Berhormat Speaker sebab kita tahu ini adalah perkara yang melibatkan undang-undang dan biasanya apabila melibatkan undang-undang, peguam-peguam yang terlibat apabila ada kes yang dibicarakan mereka akan menggunakan bahasa sebagai satu kuasa untuk definisi.

Sebagai contoh, bunyi dia, “Kuasa Ketua Hakim Syarii Negeri untuk mengeluarkan Arahan 28A yang dicadangkan, Ketua Hakim Syarii Negeri boleh dari masa ke semasa mengeluarkan arahan atau arahan amalan berhubung dengan pentadbiran, perjalanan, atau tatacara mahkamah syariah sebagaimana yang difikirkannya perlu”. Saya ingat Yang Berhormat Speaker kalau mendapat ini di dalam kita punya tahu bagaimana mahu pusing ini barang ini.

Jadi, dengan syarat Yang Berhormat Menteri ada perubahan kepada ini saya sokong, tetapi kalau tidak ada perubahan ini dia akan mengundang pelbagai definisi yang akan digunakan dalam proses perbicaraan.

Sebabnya sebagai contoh, difikirkannya perlu katalah hakim ini sebab kalau kita di federal, sepatutnya kita merujuk kepada Ahli Sunah Waljamaah.

Tetapi, tiba-tiba yang dia ini mungkin Malikikah Hambalikah, apakah dan dia gunakan apa yang untuk keputusan dia. Jadi, barang ini mesti mahu diperjelaskan mengikut kepada framework sepertimana yang sepatutnya dengan syarat benda ini diperbetulkan, saya menyokong. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tungku. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari Pintasan. Silakan.

Terima kasih Datuk Speaker. Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya mengambil bahagian dalam membahas Rang Undang-undang, RUU Enakmen Mahkamah Syariah Pindaan 2022.

Tahniah kepada kerajaan kerana mengemukakan RUU ini untuk diluluskan di DUN oleh DUN yang bersidang pada kali ini.

RUU ini bagi saya straightforward dan jelas yang tujuannya sebagai satu lagi usaha untuk mempermudahkan dan melancarkan serta menyegerakan urusan mahkamah syariah.

Ia sudah pasti bermatlamatkan untuk mempermudahkan, melancarkan serta menyegerakan urusan rakyat di mahkamah syariah. Saya juga percaya mahkamah syariah di negeri lain negara kita ada yang telah dan sedang berusaha melaksanakan pindaan seumpama ini.

Bagi memudahkan urusan para hakim syarii, peguam syarii juga masyarakat yang berurusan di mahkamah syariah.

Saya percaya selaras peraturan yang kita praktikkan, maka rahmat kemudahan untuk masyarakat akan semakin merata dan

menyeluruh.

Hakim mahkamah syariah dari pelbagai peringkat akan mudah dan tambah yakin dengan adanya pindaan ini yang datang daripada ketua hakim mereka tanpa ragu dengan amalan prosedur dan ketetapan peraturan dicabar pada masa akan datang.

Datuk Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta pihak mahkamah syariah di negeri Sabah termasuk di bahagian-bahagian di negeri ini akan terus efisien serta mempermudahkan urusan rakyat yang berurusan di daerah-daerah yang kebanyakannya mengenai urusan nikah, wali hakim, perceraian, nafkah dan faraid.

Sudah tiba masanya mahkamah syariah membuat roadshow atau jerayawara di peringkat daerah berhubung dengan makluman perundangan dan enakmen yang ada bagi memberikan nilai ilmu dan panduan kepada rakyat mengenai peranan mahkamah syariah.

Dalam mempermudahkan urusan Islam di negeri ini, maklumat serta panduan seperti ini boleh juga dibuat melalui khutbah ataupun forum agar kita dapat memasyarakatkan nilai perundangan syariah yang kita praktikkan melalui enakmen yang ada.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana bergerak selangkah lagi dengan mengemukakan RUU ini yang sudah pastinya memberi manfaat kepada pentadbiran mahkamah dan rakyat yang berurusan dengannya. Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat dari Pintasan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Banggi.

Terima kasih Tuan Speaker dan syabas saya ucapkan kepada kementerian yang berkaitan berhubung dengan...

…..berkaitan berhubung dengan penambahbaikan seksyen baru 28(A). Saya tertarik dengan apa yang dikemukakan oleh YB Tungku tadi dan mohon izin Datuk Speaker, saya mencadangkan agar kalau boleh dimasukkan ayat seperti sambungan.

Saya sebutkan Ketua Hakim

Syarii Negeri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan atau arahan amalan berhubung dengan pentadbiran, perjalanan atau tatacara Mahkamah Syariah sebagaimana yang difikirkan perlu. Kalau boleh ada penambahan supaya dari segi apa yang dimaksudkan oleh YB Assaffal tadi, iaitu mengikut dari syariat Islam. Terima kasih,

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Banggi. Ada lagi? Tiada? Menteri sila jawab.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker.

Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada ADUN-ADUN yang telah mengambil bahagian dalam membahas Rang Undang-undang ini, iaitu rakan kita ADUN dilantik, kemudian ADUN Tungku terima kasih banyak, ADUN Pintasan, terima kasih dan ADUN Banggi.

Syukran Jazilan dan keseluruhannya menjurus kepada usaha meningkatkan dan memartabatkan syariah melalui Rang Undang-undang yang kita bahas pada hari ini. Dan, saya mengambil maklum dan mengambil perhatian yang mendalam terhadap beberapa cadangan berhubung dengan usaha untuk memartabatkan atau memberikan keselesaan, kelancaran, apa-apa yang berhubung dengan Mahkamah Syariah. Ada dua hal yang berhubung dengan Mahkamah Syariah dan satu lagi berhubung dengan JHEAINS, yang mana urusan misalnya, urusan perkahwinan dan pernikahan ada dua yang terlibat.

1.

Bahagian Pentadbiran Syariah.

Bahagian Pentadbiran Syariah ini di bawah JHEAINS. Inilah yang mengurus urusan perkhawinan dan pernikahan.

Mahkamah Syariah ada dalam beberapa hal memberikan kebenaran untuk perkahwinan yang beberapa kes masuk, termasuk poligami. Termasuk contohnya, misalnya, kalau poligami dalam Enakmen Keluarga Islam 2004 Seksyen 124.

Kemudian dari sudut kebenaran wali hakim ini juga daripada Mahkamah Syariah. Juga ada dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2004 dan selepas itu bolehlah berkahwin tetapi diurus pelaksanaan perkahwinannya oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Bahagian Pentadbiran Syariah.

Urusan penceraian juga, ada juga terlibat dari sudut Mahkamah Syariah apabila berlaku penceraian luar mahkamah kerana penceraian tidak boleh sembarangan. Ini ada dalam Seksyen 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Demikianlah disebut dalam pembubaran perkahwinan Seksyen 45 sehingga Seksyen 59. Nafkah yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi juga Seksyen 60 dan 81. Sebab itulah kita berusaha untuk dari masa ke masa memperkemas, memerta, memperkemas pentadbiran kedua-dua agensi ini, iaitu JHEAINS, Bahagian Pentadbiran Syariah. Dahulu, kita sebut Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk.

Itu sebab, ada sebahagian awam keliru disebut syariah, Bahagian Pentadbiran Syariah.

Jadi, disebut Mahkamah Syariah. Jadi, demikian juga berhubung dengan kemudahan-kemudahan mengenai Mahkamah Syariah.

Untuk makluman kita sudah ada Mahkamah Syariah yang baharu seperti mana disebut tadi mudah-mudahan ini boleh memberikan kemudahan, kelancaran dan efisien kepada mahkamah kita kerana kompleks Mahkamah Syariah kita yang baharu ini ada tiga Dewan Mahkamah Rendah, ada dua Dewan Mahkamah Tinggi dan satu Dewan Mahkamah Rayuan. Dan, kita ada 13 Hakim Mahkamah Rendah dan Hakim Mahkamah Tinggi ada 4 dan Seorang Ketua Hakim.

Tuan Speaker, kes yang didaftar merujuk kepada tertunggak kes tadi, kes yang didaftar setakat ini 8 223 dan dapat diselesaikan oleh Mahkamah Syariah 6 884. Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan adanya kemudahan Mahkamah Syariah yang baharu ini, kemudahan dewan yang ada kita dapat menyelesaikan beberapa tunggakan yang terjadi.

Tuan Speaker, juga menyebut berhubung dengan apa yang ditimbulkan oleh rakan kita daripada Tungku dan Banggi tadi.

Sebenarnya difikir, yang difikirkan perlu ungkapan itu adalah merujuk kepada, saya merujuk kepada Peguam Besar dan ini adalah bahasa undang-undang dan demikian juga kita apabila disebut difikirkan perlu itu bukan sesuka hati Hakim atau Ketua Hakim itu. Bagi mengelak peruntukan ini disalah guna, arahan atau arahan amalan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarii Negeri akan dirujuk kepada Peguam Besar Negeri bagi tujuan mendapatkan pandangan sebelum arahan dan arahan amalan ini dikuatkuasakan. Ini memang kita ambil perhatian yang mendalam.

Demikian juga dari sudut syarak yang disebutkan oleh rakan kita daripada Banggi, dan memangpun namanya Mahkamah Syariah dan dia tidak terlepas daripada panduan-panduan hukum syarak yang ditetapkan kepada kita semua. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada empat ahli dewan yang telah membahaskan dan mudah-mudahan beroleh berkat daripada hasil pandangan anda semua dan berkat juga kita dapat meluluskan peruntukan yang ada. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang Mahkamah Syariah [Pindaan 2022]Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Mahkamah Syariah [Pindaan 2022]

Speaker

Yang Berhormat menteri, peringkat jawatankuasa bila?

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Hari ini Tuan Speaker.

Speaker

Sila cadang.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan majlis dalam jawatankuasa.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1, 2 dan 3 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah Fasal 1, 2 dan 3 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli

yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan. Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke dewan. Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetuju dengan tidak ada pindaan.

Speaker

Bacaan ketiga, bila?

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Hari ini juga, Tuan Speaker.

Speaker

Sila jalankan.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan untuk kali ketiga sekarang.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

….dibacakan untuk kali ketiga sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Sidang Dewan pada hari ini tidak digantung, sehingga semua urusan-urusan dewan yang tertera dalam Aturan Mesyuarat pada hari ini selesai ditimbang dan diputuskan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.

Enakmen Mahkamah Syariah, (Pindaan 2022)Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Mahkamah Syariah, (Pindaan 2022).

Tuan Speaker Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur alhamdulillah sidang Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16, yang telah berlangsung selama empat hari mulai dari hari Isnin, 18 Julai hingga hari ini hari Khamis, 21 Julai telah berjalan dengan lancar. Saya serta kedua-dua timbalan saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah memberikan kerjasama yang membolehkan perjalanan persidangan dapat disempurnakan sepanjang tempoh empat hari ini. Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para petugas dan pegawai daripada Majlis Keselamatan Negara, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Bomba, SESB, Jabatan Penerangan dan semua kakitangan dan pegawai kementerian yang tidak dapat disebutkan satu persatu dan juga kakitangan Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan majlis mesyuarat sepanjang tempoh dewan kali ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Pada ahli-ahli yang memandu, pandulah dengan cermat dan berhati-hati dan berhemah di jalan raya dan semoga Ahli-ahli Yang Berhormat selamat sampai dan sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat kita pada hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 12:14 tengah hari. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.”

SDN21072022/bnm