Sabah · 25 November 2022

16th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · not final · 36 turns · 7,832 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Upacara Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri

Setiausaha Dewan

Seorang ADUN Angkat Sumpah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Jamil bin Datuk Haji Hamzah, ADUN N.66 Bugaya.

[ADUN N.66 Bugaya mengangkat sumpah]

Upacara Angkat Sumpah Selesai

Setiausaha Dewan

Upacara Angkat Sumpah Selesai.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah Upacara Angkat Sumpah bagi ADUN N.66 Bugaya telah selesai. Dengan demikian, Yang Berhormat bolehlah dengan rasminya menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan elaun YB pun mulalah dibayar.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat. Saya percaya Yang Berhormat akan menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri seperti mana yang diharap dan diamanahkan oleh rakyat di kawasan Yang Berhormat. Di samping itu, saya juga mengharapkan Yang Berhormat sentiasa mematuhi Peraturan Dewan seperti yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri yang merupakan panduan dan rujukan utama Yang Berhormat sepanjang berada di dalam Dewan Undangan Negeri. Bertertiblah semasa berucap dan bersidang. Tak perlu tumbuk meja dan sebagainya.

Aturan Urusan Mesyuarat dan UsulMotion

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjemput Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022, saya memohon kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang berada dalam Dewan yang mulia ini supaya mematikan atau mengalihkan telefon bimbit masing-masing ke silent mode dan juga

kurangkan pergerakan keluar masuk semasa Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022 ini.

Ini adalah untuk kita sama-sama memberi perhatian dan tumpuan penuh terhadap ucapan pembentangan yang akan dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan. Oleh itu, saya mohon kerjasama semua. Setiausaha teruskan.

Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022, Bacaan PertamaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022, Bacaan Pertama.

Speaker

Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada sejumlah Wang Yang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023.

Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022.

Speaker

Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan bacaan kedua hari apa?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Hari ini, Tuan Speaker.

Speaker

Baik.

Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022, Bacaan KeduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022, Bacaan Kedua.

Speaker

Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan silakan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022, dibacakan kali kedua sekarang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Maju Jaya.

1.

Dengan penuh takzim, saya mohon izin untuk membentangkan cadangan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2023 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. MUKADIMAH Datuk Speaker, 2.

Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi rasa kesyukuran dan segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah Subhannahu Wa Ta’ala kerana dengan izinNya jua kita dapat berhimpun lagi dan bersidang di Dewan yang mulia ini bagi membentangkan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2023 (Belanjawan 2023). Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wassalam, para sahabat dan keluarga Baginda.

3.

Pada petang Jumaat yang penuh keberkatan ini, saya juga bersyukur kerana berpeluang dan berkesempatan sekali lagi untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan bagi membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan yang mulia ini.

Datuk Speaker, 4.

Pada kesempatan ini, izinkan saya untuk merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang hadir bersama pada petang ini untuk mengikuti sesi pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Yang Mulia ini.

Semoga Allah Subhannahu Wa Ta’ala, Tuhan Yang Maha Esa, melimpahkan rahmat keberkatan, keamanan serta kemakmuran yang berkekalan kepada negeri yang tercinta ini demi kesejahteraan dan kebahagiaan kita semua, Aamiin!

Prestasi Dan Prospek Ekonomi: Dunia Dan Malaysia

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Ekonomi Dunia Datuk Speaker, 5.

Permulaan tahun 2022 yang merekodkan suasana ekonomi global yang tidak menentu telah diburukkan lagi dengan tercetusnya perang di negara Ukraine-Rusia pada akhir Februari lalu.

Situasi itu telah mengakibatkan kesan negatif yang berlarutan terhadap prestasi ekonomi global. Justeru, pertumbuhan ekonomi dunia dijangka akan menguncup daripada 3.2 peratus pada 2022 kepada 2.7 peratus pada 2023 ekoran daripada ketidaktentuan geopolitik, wabak Covid-19 serta tekanan inflasi global. Kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada 2022 diunjurkan 1.6 peratus dan 1 peratus pada 2023 disebabkan oleh inflasi yang berterusan serta kesan daripada dasar kewangan yang diperketatkan di negara berkenaan.

Pertumbuhan Kawasan Eropah pula diunjurkan sederhana di kadar 3.1 peratus pada 2022 sebelum menyusut 0.5 peratus pada 2023.

6.

Sementara itu, ekonomi Negara China akan menyaksikan pertumbuhan perlahan akibat daripada penularan Covid-19 dan krisis hartanah yang semakin meruncing, dengan pertumbuhan diunjurkan sebanyak 3.2 peratus pada 2022, sebelum kembali meningkat kepada 4.4 peratus pada tahun 2023. Sebaliknya, akibat daripada faktor ketidaktentuan ekonomi luaran, Negara India pula yang diunjurkan berkembang di kadar 6.8 peratus pada tahun 2022 sebelum tumbuh sederhana di kadar 6.1 peratus pada tahun 2023.

Ekonomi Malaysia 7.

Meskipun pertumbuhan ekonomi dunia dijangka lebih perlahan, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang di antara 6.5 peratus hingga 7 peratus pada tahun 2022. Unjuran optimistik ini dipacu terutama oleh permintaan domestik yang kukuh berikutan aktiviti ekonomi yang semakin rancak, sokongan dasar Kerajaan yang berterusan melalui inisiatif di bawah Belanjawan Negara Tahun 2022 dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, prospek pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2023 diunjurkan lebih sederhana antara 4

peratus hingga 5 peratus berikutan daripada ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global.

Jumlah pelaburan langsung asing pada penggal pertama tahun 2022 pula telah merekodkan pertumbuhan sebanyak RM87.4 bilion.

Prestasi Dan Prospek Ekonomi: Sabah

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, 8.

Negeri Sabah ini berada pada landasan yang tepat ke arah pemulihan ekonomi dengan merekodkan pertumbuhan positif pada kadar 1.1 peratus pada tahun 2021 berbanding penguncupan 9.2 peratus pada tahun 2020. Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) Negeri Sabah telah meningkat kepada RM78.7 bilion pada tahun 2021 daripada RM77.8 bilion pada tahun 2020. KDNK per kapita Sabah juga telah meningkat kepada RM29,960 pada tahun 2021 berbanding RM24,652 pada tahun sebelumnya.

9.

Pada tahun 2022, Negeri Sabah dijangka akan meneruskan momentum pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Dalam tempoh Januari hingga Ogos 2022, Negeri Sabah telah mencatatkan imbangan perdagangan positif sebanyak RM23.5 bilion berbanding RM13.3 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2021 iaitu dengan peningkatan sebanyak 77 peratus.

Pencapaian ini terutamanya disokong oleh peningkatan jumlah keseluruhan eksport negeri dalam tempoh Januari hingga Ogos 2022 sebanyak 54 peratus dan mencecah RM50.4 bilion berbanding RM32.8 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2021 yang disumbangkan oleh eksport komoditi utama negeri khususnya petroleum dan minyak sawit mentah. Manakala jumlah import direkodkan meningkat sebanyak 35 peratus kepada RM26.5 bilion daripada RM19.5 bilion pada tahun 2021. Datuk Speaker, 10.

Strategi pemulihan ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan meningkatkan perbelanjaan pembangunan melalui Belanjawan Negara Tahun 2022 sebanyak RM5.2 bilion dan Belanjawan Negeri Tahun 2022 sebanyak RM879.28 juta membolehkan Negeri Sabah melaksanakan lebih banyak inisiatif dan program pembangunan khususnya projek berimpak tinggi.

11.

Penggunaan domestik dan swasta diunjurkan terus berkembang dan disokong oleh pendapatan boleh guna isi rumah yang meningkat serta pemulihan pasaran buruh.

Momentum pemulihan ekonomi pada tahun hadapan dijangka akan terus didorong oleh pemulihan dan kerancakkan semula aktiviti ekonomi terutamanya industri pelancongan; kestabilan eksport; peningkatan penggunaan domestik; perbelanjaan modal sektor awam dan swasta; serta pelaksanaan lebih banyak projek pelaburan berimpak tinggi. Oleh itu, selari dengan perkembangan semasa di peringkat ekonomi global dan nasional, Negeri Sabah dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi secara positif pada tahun 2022 dan 2023 iaitu masing-masing pada kadar 4 hingga 5 peratus.

Tema Dan Fokus Belanjawan 2023Address / budget

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, 12.

Tema Belanjawan 2023 ialah “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”. Tema ini dirangka selaras dengan pertumbuhan ekonomi negeri berpandukan kepada Pelan Pembangunan Negeri Sabah Maju Jaya.

Tumpuan utama dalam Belanjawan 2023 adalah untuk memacu dan memperkasa ekonomi negeri demi memastikan pembangunan Sabah dan kesejahteraan rakyat secara inklusif dan berterusan.

13.

Bagi merealisasikan matlamat tema Belanjawan ini, Kerajaan Negeri mencadangkan Anggaran Perbelanjaan tahun 2023 berjumlah RM5.138 bilion dengan anggaran kutipan hasil sebanyak RM5.268 bilion. Ini bermakna Belanjawan 2023 adalah merupakan satu Belanjawan Lebihan (Surplus Budget) sebanyak RM130.47 juta dan merupakan Belanjawan tertinggi dalam sejarah Belanjawan Negeri Sabah sejak merdeka.

Semoga Belanjawan 2023 ini dapat memberikan manfaat dan kesenangan, juga memberi berkat kepada tampuk kepimpinan saya untuk terus memajukan negeri ini, agar setiap lapisan rakyat dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan.

Datuk Speaker,

14.

Agihan peruntukan Belanjawan 2023 mengikut Kementerian adalah seperti berikut:-Pertama Kementerian Kewangan RM2.16 bilion Kedua Kementerian Kerja Raya RM1.16 bilion Ketiga Jabatan Ketua Menteri RM634.41 juta Keempat Kementerian Pertanian dan Perikanan RM501.54 juta Kelima Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah RM212.63 juta Keenam Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan RM204.03 juta Ketujuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi RM175.61 juta Kelapan Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan RM167.75 juta Kesembilan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat RM157.58 juta Kesepuluh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar RM134.59 juta Kesebelas Kementerian Belia dan Sukan Sabah RM97.50 juta Keduabelas Kementerian Pembangunan Perindustrian RM54.51 juta Ketigabelas Perbelanjaan Tangggungan RM227.24 juta Keempatbelas Perbelanjaan Yang Tidak Termasuk Dalam Kementerian-Kementerian RM38.79 juta ANGGARAN HASIL DAN PERBELANJAAN TAHUN 2023 ANGGARAN HASIL TAHUN 2023 Hasil Negeri Tahun 2021 Datuk Speaker,

15.

Seperti yang kita ketahui pada tahun 2021, ekonomi negeri masih berhadapan dengan pelbagai cabaran pasca pandemik Covid-19, namun alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana Kerajaan Negeri buat pertama kali berjaya menjana hasil menembusi angka RM5 bilion sekaligus menzahirkan satu rekod baharu dengan pungutan yang tertinggi dalam sejarah hasil negeri berjumlah RM5.449 bilion. 16.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kesungguhan, komitmen dan kerjasama jitu yang telah diberikan pada tahun lalu sehingga pungutan hasil meningkat ke paras yang baharu. Hasil Negeri Tahun 2022 17.

Sebagai negeri pengeluar komoditi minyak mentah petroleum dan minyak mentah sawit (CPO), peningkatan harga komoditi yang luar baisa pada tahun ini telah membawa impak positif kepada hasil negeri. Justeru, Kerajaan mengunjurkan Anggaran hasil Disemak Tahun 2022 pada paras yang lebih tinggi iaitu RM5.988 bilion berbanding Anggaran Asal iaitu RM4.707 bilion. Insha Allah, sekiranya harga komoditi terus berada di paras tinggi, kita boleh mencapai angka RM6 bilion. Hasil Negeri Tahun 2023 Datuk Speaker, 18.

Menyedari hakikat bahawa sebahagian besar hasil negeri adalah berasaskan komoditi yang terdedah dengan harga yang tidak menentu ekoran keadaan pasaran dan ekonomi serta geopolitik dunia, maka pendekatan konservatif dalam penyediaan Anggaran Hasil 2023 dikekalkan agar kedudukan kewangan Kerajaan terus kukuh. 19.

Oleh itu, Anggaran Hasil Tahun 2023 diunjurkan sebanyak RM5.268 bilion dengan pecahan seperti berikut:-Pertama:

Hasil Cukai berjumlah RM2.405 bilion yang melibatkan Cukai Jualan Negeri RM2.270 bilian; Sewa Tanah RM90 juta; serta Cukai Pelabuhan dan Dermaga RM44.5 juta.

Kedua:

Hasil Bukan Cukai sebanyak RM2.311 bilion yang merangkumi Royalti Petroleum RM1.35 bilion; Jualan Air RM300 juta; Premium Tanah RM144 juta; Dividen RM137 juta; Royalti Keluaran Hutan dan Eksport Kayu Diproses RM133.5 juta; serta Faedah atas Baki Wang Tunai dan Simpanan Jangka Pendek RM115 juta.

Ketiga:

Terimaan Bukan Hasil sejumlah RM553.17 juta, yang mana antara sumber utama adalah pemberian daripada Kerajaan Persekutuan dengan anggaran RM528.87 juta yang merangkumi lima terimaan seperti Pemberian Khas; Pemberian Mengikut Kiraan Kepala; Pemberian Bagi Membiayai Perbelanjaan Mengurus bagi Jabatan-Jabatan di Bawah Senarai Bersama; Pemberian untuk Menggantikan Duti Import / Eksais Ke atas Petroleum; dan Sumbangan Kepada Kos Pelaksanaan Projek Pembangunan Persekutuan.

Usaha Meningkat dan Memampankan Hasil Negeri Datuk Speaker, 20.

Meskipun berdepan ketidakstabilan ekonomi dan mengharungi pelbagai cabaran, namun, Kerajaan Negeri terus mempergiat dan mempelbagaikan usaha untuk meningkat dan menjana sumber hasil yang lebih mampan. Antara usaha-usaha tersebut adalah:-Pertama:

Menambahbaik pengurusan hasil secara komprehensif dengan memperkasa setiap aspek penguatkuasaan bagi mendapatkan semula tunggakan hasil dan menangani ketirisan hasil. Sebagai contoh, melalui penubuhan Pasukan Petugas Khas Cukai Jualan Negeri ke atas Produk Petroleum dengan kerjasama anggota pasukan daripada Kementerian Kewangan, Jabatan Ketua Menteri dan Jabatan Peguam Besar Negeri serta SMJ Sdn. Bhd. selaku penasihat, berkat usaha tersebut cukai yang tertunggak berjumlah RM132 juta telah berjaya dikutip semula. Dengan ini, kesemua 15…..

25/11/2022 – [RAMENAH] – NELL

…..syarikat minyak dan gas di Sabah telah membuat bayaran cukai ke atas produk petroleum. Di sini, ingin saya mengingatkan semua pembayar cukai jualan negeri bagi semua barangan agar bersikap jujur, responsif dan memastikan pengisytiharan cukai dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, tepat dan teratur. Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang bagi mereka yang gagal berbuat demikian.

Kedua:

Memperluas sumber hasil negeri contohnya melalui pelaksanaan Cukai Jualan Negeri baharu ke atas besi buruk buangan yang bermula pada Februari lalu dengan anggaran sebanyak RM18 juta setahun dan peluasan skop ke atas Cukai Jualan Negeri Petroleum meliputi produk Ammonia dan Urea yang bermula pada bulan Ogos juga dijangka akan menyumbang hasil negeri sebanyak RM110 juta setahun.

Ketiga:

Mempertahan dan memperjuangkan hak Negeri Sabah. Walaupun bayaran interim Pemberian Khas oleh Kerajaan Persekutuan dinaikkan kepada RM129.7 juta pada tahun 2023, Kerajaan Negeri akan terus berunding bersama Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan kajian semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Keempat:

Mempergiatkan lagi penguatkuasaan kutipan dividen Syarikat Milik Kerajaan dan Badan-badan Berkanun melalui pemantauan pengurusan dan kedudukan kewangan serta strategi pelaburan dan perniagaan baharu agar agensi-agensi Kerajaan sentiasa berada pada kedudukan kewangan yang positif. Hasil adalah nadi kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, justeru, saya menyeru kepada semua pihak agar kita bersama-sama meneruskan perjuangan menggalas tanggungjawab dan mengembeleng tenaga untuk memacu hasil negeri ke arah kutipan hasil yang lebih mampan dan kukuh yang boleh menjamin kestabilan ekonomi serta pembangunan negeri dan mensejahterahkan kehidupan rakyat secara berterusan. Insha Allah.

Anggaran Perbelanjaan Perbekalan Tahun 2023

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker,

22.

Untuk membiayai perbelanjaan operasi dan pengurusan, Kerajaan Negeri mencadangkan sebanyak RM5,138 bilion bagi tahun 2023 melibatkan kenaikan sebanyak RM541.23 juta atau 11.77 peratus berbanding dengan anggaran asal tahun 2022 sebanyak RM4.597 bilion.

Jumlah ini diagihkan untuk tujuan pembayaran Emolumen, Perbelanjaan Berulang dan Perbelanjaan Khas. Daripada jumlah keseluruhan Anggaran Perbekalan 2023, sejumlah 15.4 peratus ataupun RM792.28 juta disyorkan untuk Emolumen.

Manakala, Perbelanjaan Berulang disyorkan sebanyak RM1.977 bilion ataupun 38.5 peratus bagi menampung keperluan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan; Program Perkhidmatan Sosial, Pemberian Bantuan Am, Anak Yatim dan Miskin; Bantuan Khas Pendidikan; Program Pembangunan Masjid, Surau dan Sekolah Agama; serta Program Pengurusan Banjir dan Kerja-Kerja Pengairan dan Saliran.

23.

Bagi Perbelanjaan Khas pula disyorkan sebanyak RM2.369 bilion atau bersamaan dengan 4.61 peratus.

Agihan Perbelanjaan Khas tahun 2023 ini menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan untuk memberi kesenangan kepada rakyat yang melibatkan peningkatan peruntukan penyelenggaraan infrastruktur; Bantuan Khas Kepada Nelayan, Petani dan Penternak; Pemberian Kepada Sekolah-Sekolah dan Badan-badan Keagamaan Bukan Islam; serta Bantuan Kepada Badan-Badan Berkanun, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, 24.

Bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan merancakkan program pembangunan, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM788.94 juta pada tahun 2023 untuk perbelanjaan pembangunan. Walaupun Belanjawan Negara 2023 belum diluluskan, Kerajaan Negeri telah menganggarkan keperluan pembangunan dalam bentuk pembiayaan pinjaman dan imbuhan balik di sekitar RM604.67 juta bagi maksud kesinambungan pelaksanaan projek-projek sedia ada biayaan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2023.

25.

Selaras dengan intipati tema Belanjawan 2023, Sektor Ekonomi menerima agihan terbesar iaitu sebanyak RM515.81 juta atau bersamaan dengan 65.3 peratus. Ini diikuti oleh Sektor Sosial yang diagihkan sebanyak RM254.93 juta atau 32.4 peratus dan seterusnya Sektor Pentadbiran Am sebanyak RM18.2 juta iaitu bersamaan 2.3 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan untuk tahun 2023.

Sektor Utama Fokus Pertumbuhan Ekonomi

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, 26.

Strategi dan pendekatan untuk merancakkan pembangunan akan tertumpu kepada pertumbuhan sektor-sektor produktif iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan.

Pada tahun 2023, sebanyak RM808.06 juta akan diperuntukkan untuk tujuan pembangunan ketiga-tiga sektor tersebut.

Sektor Pertanian

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, 27.

Kerajaan Negeri akan terus memacu sektor pertanian dengan memperkasakan 4 subsektor iaitu tanaman; ternakan; perikanan dan akuakultur; serta komoditi getah.

Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri mengagihkan sejumlah RM501.54 juta kepada Kementerian Pertanian dan Perikanan serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM69.2 juta diagihkan untuk tujuan operasi dan membiayai pelbagai program bantuan kepada para petani, nelayan dan penternak.

28.

Bagi subsektor tanaman, usaha diteruskan untuk meningkatkan pengeluaran pelbagai hasil tanaman bagi menjana pendapatan golongan petani daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan. Justeru itu, sebanyak RM115.39 juta akan diperuntukkan kepada Jabatan pertanian. Usaha Kerajaan untuk membantu golongan sasar B40 dan miskin tegar diteruskan menerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) dengan peruntukan berjumlah RM20.28 juta. Seramai 2,015 peserta akan menerima manfaat daripada pelaksanaan pelbagai program

ternakan dan tanaman. Disamping itu, KPD Smart System telahpun dibangun dan akan digunakan di pusat-pusat pengumpulan hasil tani KPD.

Datuk Speaker, 29.

Selain itu, bagi subsektor perikanan dan akuakultur pula, Kerajaan sedar mengenai potensi negeri dalam pengeluaran hasil ikan. Sehubungan itu, sejumlah RM46.09 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perikanan bagi meneruskan pelbagai program jaminan pengeluaran hasil perikanan mampan untuk menampung pasaran dalam negara dan antarabangsa.

Imbangan Import dan Eksport Perdagangan dalam sektor ini menunjukkan angka positif dalam lingkungan RM600 juta hingga RM900 juta setiap tahun. Bagi terus merangsang perkembangan subsektor ini, bak kata pepatah ”berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau”, maka usaha dipergiatkan dalam memperkukuhkan bantuan kepada komuniti nelayan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana melalui Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah yang diperuntukkan sebanyak RM14.8 juta pada tahun hadapan.

30.

Manakala bagi subsektor ternakan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM75.51 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah untuk melaksanakan program yang meningkatkan pengeluaran dan hasil ternakan; program kawalan penyakit dan penguatkuasaan veterinar; pembangunan industri sarang burung walit; dan pembangunan produk hiliran berasaskan ternakan. Selain itu, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM16.35 juta kepada Lembaga Industri Getah Sabah bagi pemabngunan Subsektor komoditi getah. Pembayaran Insentif Harga Getah kepada para pekebun kecil akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

31.

Jabatan Pengairan dan Saliran yang menyokong kepada pembangunan sektor pertanian mendapat agihan sebanyak RM 175.92 juta. Peruntukan ini digunakan antaranya untuk operasi; menaiktaraf dan penyelenggaraan infrastruktur pengairan dan saliran; pengurusan dan pembangunan sistem tebatan banjir; serta pembersihan dan pertahanan tebing sungai. Selebihnya sebanyak RM75.42 juta adalah diagihkan kepada kementerian dan jabatan lain yang turut menyokong sektor pertanian.

Sektor Perindustrian

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, 32.

Perkembangan pesat sektor perindustrian di Sabah memberi petunjuk bahawa ekonomi negeri semakin mampan. Setakat ini, Sabah telah menerima pelaburan asing bernilai RM11.9 bilion dan pelaburan domestik RM942 juta di sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan. Ini telah menjadikan Sabah sebagai negeri penerima pelaburan ketiga tertinggi di Malaysia dalam tempoh suku kedua tahun 2022.

33.

Kerajaan Negeri telah menerima pelaburan dari Negara China iaitu Syarikat Kumpulan Kibing dengan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion dan akan mewujudkan 2,100 peluang pekerjaan. Pelaburan ini merangkumi pembinaan sebuah Kilang Pembuatan Panel Kaca Solar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) serta perlombongan dan pembinaan Kilang Pemprosesan Pasir Silika di Sikuati, Kudat. Kedua-dua kilang tersebut dijangka akan beroperasi sepenuhnya masing-masing pada bulan September dan Oktober tahun 2023. Syarikat SK Nexilis (M) Sdn. Bhd. Telah merekrut dan menghantar 30 orang jurutera yang merupakan anak watan Sabah ke Korea Selatan untuk mendapatkan latihan kemahiran sebagai persiapan untuk bekerja di kilang tersebut.

Datuk Speaker, 34.

Kementerian Pembangunan Perindustrian dan jabatan di bawahnya akan diperuntukkan sejumlah RM54.51 juta pada tahun 2023 bagi membangun keusahawanan serta memastikan infrastruktur asas industri sentiasa kondusif untuk menarik pelaburan. Pada masa ini, pelaburan domestik khususnya di KKIP telah menyediakan sebanyak 1.081 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan RM587 juta. Manakala, melalui kerjasama dengan Federation of Malaysia Manufacturing pula telah menarik pelaburan di sektor pembuatan domestik dengan nilai RM900 juta dan mewujudkan sebanyak 3,000 peluang pekerjaan.

35.

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terus diberi tumpuan sebagai industri pendukung dan pemangkin kepada sektor pembuatan. Penglibatan Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU serta syarikat-syarikat swasta seperti Petronas dan Bataras dalam pembangunan IKS banyak membantu syarikat Bumiputera di Sabah mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Kolaborasi seumpama ini akan dipergiatkan lagi kerana ia telah memberikan impak positif terhadap peranan usahawan IKS Sabah dalam ekonomi Sabah.

36.

Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan diperuntukkan sejumlah RM6.17 juta bagi mempergiatkan promosi produk-produk Sabah ke pasaran domestik dan antarabangsa.

Disamping itu, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pusat Produk IKS di Lahad Datu, Tawau, Kota Kinabalu dan Penampang pada tahun hadapan. Program Bantuan IKS yang telah memberi manfaat kepada seramai 3,343 orang usahawan akan diteruskan. Bagi memperkasa dan memantapkan lagi Program Bantuan IKS ini, maka Program Persijilan MESTI dan Halal akan diperkenalkan bermula tahun hadapan bagi melayakkan produk IKS Sabah bersaing di peringkat antarabangsa. Untuk itu, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi menyokong program ini.

37.

Usaha menyedia dan membangunkan premis perniagaan, kedai-kedai sosioekonomi dan lain-lain program keusahawanan akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan berjumlah RM8.71 juta diagihkan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO). Sebanyak 4 lokasi baharu akan dibangunkan iaitu di Beaufort, Matunggong, Pitas dan Telupid.

Selebihnya, sebanyak RM42 juta adalah diagihkan kepada Kementerian yang turut menyokong sektor perindustrian.

Sektor Pelancongan

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, 38.

Jumlah ketibaan pelancong ke negeri ini dalam tempoh Januari hingga Ogos 2022 telah meningkat secara signifikan iaitu sebanyak 705.8 peratus meliputi seramai 1,012,119 orang berbanding 125,601 orang dalam tempoh sama pada

tahun 2021. Saya optimis bahawa jumlah ini akan terus meningkat menjelang hujung tahun berikutan lebih banyak negara melonggarkan syarat keluar masuk untuk tujuan pelancongan. Pada masa yang sama, pemulihan sektor pelancongan akan mewujudkan kesan limpahan dan memberi manfaat kepada aktiviti pengangkutan; hotel dan restoran; borong dan runcit; sertra makanan dan minuman. 39.

Kerajaan terus berusaha untuk memulih dan membangunkan sektor pelancongan melalui pelbagai program pada tahun hadapan. Untuk itu, sejumlah RM134.59 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan jabatan di bawahnya. Peruntukan ini akan digunakan bagi melaksanakan program menaiktaraf kemudahan asas pelancongan demi keselesaaan dan keselamatan para pelancong serta pembangunan modal insan untuk pengusaha pelancongan berasaskan komuniti (CoBT). Penganjuran acara “CoBT Roadshow 2023” akan dipergiatkan bagi menggalakkan pelancong asing dan domestik melancong ke kawasan luar bandar agar dapat menjana aktiviti dan pendapatan kepada penduduk setempat.

40.

Lembaga Pelancongan Sabah terus mengaktifkan pengembangan rangkaian udara bagi penerbangan domestik dan antarabangsa. Statistik menunjukkan 96 peratus kemasukan pelancong ke Sabah adalah melalui udara. Setakat ini bulan September 2022, Sabah mempunyai akses ke 10 destinasi melalui 343 penerbangan domestik dan 5 destinasi dengan 47 penerbangan antarabangsa setiap minggu. Walaupun kekerapan penerbangan ini masih rendah berbanding sebelum pandemik Covid-19 melanda, tetapi ia telah menunjukkan Negeri Sabah sebagai destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa. 25/11/2022 – [ANNETY] – NELL 41.

Di samping itu, usaha untuk menaiktaraf kemudahan pelancongan di kawasan Taman-Taman Sabah akan diteruskan pada tahun hadapan dengan keutamaan diberi kepada Pulau Bohey Dulang di Taman Marin Tun Sakaran Semporna dan Sub-Stesen Serinsim Taman Kinabalu di Kota Marudu. Selain itu, pewartaan Teluk Darvel di Lahad Datu melalui kerjasama antara Taman-Taman Sabah dan World Wide Fund for Nature-Malaysia (WWF) sebagai Taman Kesepuluh di bawah pengurusan Taman-Taman Sabah sedang diusahakan.

Pusat Arahan

Penguatkuasaan Taman-Taman Sabah akan terus dimantapkan lagi dengan menggunakan aplikasi digital.

42.

Sabah bakal menambah tapak `Mahkota-Tiga`Serangkai` dengan pengistiharan Geoprak Global Kinabalu di Perhimpunan Agung UNESCO yang dijadualkan pada bulan April 2023.

Pelbagai program bagi memulihara kekayaan dan warisan seni budaya etnik negeri ini sedang dirangka seperti Hentian Budaya (Cultural Pit-Stop) telah dirangka untuk memperkasakan industri pelancongan berasaskan budaya dengan 2 lokasi baharu di Kota Belud dan Tawau. Justeru itu, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta kepada Lembaga Kebudayaan Sabah untuk melaksanakan program yang telah dirancang tersebut. 43.

Bagi mempromosikan Sabah di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pilihan konvensyen dan seminar, Kerajaan telah menubuhkan Biro Konvensyen Sabah yang akan beroperasi dalam masa terdekat.

Biro ini akan membantu mempercepatkan pertumbuhan industri pelancongan menerusi penganjuran Mesyuarat, Insentif, Konvensyen, dan Pameran (MICE) serta business events lain yang akan menjana aktiviti ekonomi dan memberi manfaat kepada sektor hospitaliti, logistik, penerbangan dna lain-lain yang berkaitan.

44.

Jabatan Muzium yang bertanggungjawab untuk membangunkan khazanah budaya dan sejarah sebagai produk pelancongan akan diperuntukkan sebanyak RM17.31 juta pada tahun 2023.

Projek Penaiktarafan Kemudahan Pelawat di Muzium Gua Batu Tulug Kinabatangan akan dilaksanakan pada tahun hadapan di samping meneruskan Projek Penaiktarafan Kemudahan Kompleks Muzium Sabah.

Modal Insan Dan Kesejahteraan Rakyat

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Latihan, Pendidikan dan Keagamaan Datuk Speaker, 45.

Pembangunan modal insan dan ICT adalah agenda utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Pada tahun 2023, Kementerian ini dan jabatan di

bawahnya akan diperuntukkan sebanyak RM175.61 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 79.46 juta yang diagihkan kepada Kementerian ini akan dimanfaatkan untuk tujuan operasi dan pelaksanaan Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) termasuk pembangunan Pusat STI; penganjuran Karnival Sains Sabah; Jelajah Astronomi Sabah; Fiesta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matametik (STEM); ROBONEO; dan PITCHBORNEO sebagai inisiatif untuk meningkatkan kadar penglibatan pelajar dalam bidang STI dan STEM.

46.

Selain itu, Kerajaan Negeri terus komited untuk memantapkan penyampaian perkhidmatannya dengan mengukuhkan pentadbiran dan kelengkapan peralatan digital perkhidmatan awam negeri.

Untuk tujuan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri akan diperuntukkan sejumlah RM 26.15 juta pada tahun hadapan bagi perbelanjaan operasi dan pembangunan sistem aplikas untuk agensi-agensi Kerajaan Negeri.

47.

Di samping itu, Sabah Net akan meneruskan kerja menaiktaraf rangkaian fiber di semua premis Kerajaan Negeri dengan peruntukan sebanyak RM 32 juta pada tahun hadapan.

Bagi meningkatkan keselamatan siber, Sabah Net akan menggunakan teknologi terkini di samping menjadi Pusat Hentian Setempat untuk perkhidmatan pengkomputeran awam.

Sabah Net juga berperanan merapatkan jurang digital di kawasan pedalaman dengan menaiktaraf rangkaian internet di Pusat-pusat e-Desa bagi memperluaskan penerimaan digital demi memacu transformasi digital di Sabah.

48.

Pembangunan ICT di Sabah turut disokong oleh Agensi Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan menambah menara baharu; menaiktaraf stesen pemancar sedia ada dan juga menaiktaraf Pusat Internet Desa.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi turut memasang kemudahan internet teknologi satelit (VSAT) di 300 lokasi di seluruh Sabah yang tidak tersenarai di bawah program JENDELA pada tahun 2023. Datuk Speaker, 49.

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia diperuntukkan sebanyak RM26.25 juta pada thaun 2023. Peruntukan ini akan digunakan untuk pengendalian kursus dna latihan kemahiran dalam bidang teknologi, teknikal dan perdagangan. Di

samping meneruskan Sabah Talent Entrepreneurship Program dan Program Karnival Kerjaya, satu program baharu iaitu Program Train and Place akan dilaksanakan.

50.

Sabah Skills & Technology Centre pula akan melaksanakan Program Pembangunan XR (Extended Reality) bertujuan untuk membangun dan menyokong perkembangan industri digital, di samping meneruskan latihan teknologi Revolusi Industri 4.0 sepanjang tahun hadapan.

Sabah Creative Economy an Innovation Centre akan juga meneruskan program bagi memastikan bakat modal insan di Sabah terus digilap.

51.

Perpustakaan Negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM 43.51 juta untuk perbelanjaan operasi dan pengurusan perpustakaan di seluruh negeri. Pembinaan 3 buah perpustakaan cawangan di daerah Kunak, Tenom dan Kota Marudu serta penggantian 2 buah Perpustakaan Desa di Kg Entilibon, Tongod, dan Kg Karakit, Banggi akan dilaksanakan.

Di samping itu, Perpustakaan Negeri Sabah akan meneruskan program-program lain bagi memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat Sabah.

52.

Pemberian Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajar Negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk memberi peluang kepada anak watan Sabah melanjutkan pengajian dan latihan ke peringkat lebih tinggi.

Untuk tujuan tersebut, sebanyak RM 57 juta diperuntukkan pada tahun hadapan.

Datuk Speaker, 53.

Satu lagi pencapaian dalam usaha pembangunan modal insan di Sabah apabila termeterainya satu memorandum persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Petronas dan Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) pada 11 Oktober 2022 di mana kedua-dua pihak akan bekerjasama dan UCSF akan menawarkan kursus-kursus berkaitan Minyak dan Gas di kampusnya.

UCSF dijangka akan melahirkan lebih ramai pelajar tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan sektor berkenaan.

54.

Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan program-program keagamaan dan kerohanian dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 176.16 juta. Sebanyak RM 54.05 juta merupakan pemebrian kepada sekolah-sekolah dan perkembangan badan-badan keagamaan bukan Islam iaitu dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM 7.05 juta pada tahun hadapan. Manakala selebihnya iaitu RM 122.11 juta diagihkan kepada Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk perbelanjaan operasi, pengendalian, penyenggaraan dan kelengkapan masjid, surau dan sekolah agama.

Bantuan Khas Pendidikan Datuk Speaker, 55.

Kerajaan Negeri prihatin dengan para pelajar kita yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian kerana kekangan kewangan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan yang baharu ditubuhkan akan menyelaras dan mengendalikan Bantuan Khas Pendidikan bagi membatnu para pelajara yang akan memasuki pusat pengajian tinggi dan yang akan menghadapi peperiksaan.

Program-program bantuan sedia ada kana diteruskan dengan penambahan 5 program baharu untuk menyokong institusi pendidikan pada tahun 2023 iaitu BAntuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (BAGUS); Bantuan Ihsan Skeolah (BISBAH); Bantuan Kecil Infra Sekolah; Anugerah Khas Kecemerlangan Pendidikan (AKSA) dan Bantuan Khas Pendidikan (BANTU) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 43 juta iaitu peningkatan sebanyak RM 8 juta berbanding tahun 2022.

Kesejahteraan dan Kebajikan Rakyat Datuk Speaker, 56.

Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM 157.58 juta kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan jabatan di bawahnya untuk memastikan nasib rakyat dibela secara berterusan. Daripada jumlah tersebut, RM 50.15 juta diagihkan kepada Kementerian ini untuk perbelanjaan operasi dan bagi meneruskan pelaksanaan Program Bantuan Sosial

Sekolah dengan peningkatan peruntukan kepada RM 24.55 juta. Program ini akan memberi manfaat kepada seramai 289,347 orang murid sekolah di 1,075 buah sekolah rendah.

57.

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am diperuntukkan sebanyak RM 107.43 juta pada tahun 2023, antara lain bagi meneruskan projek pembinaan Kompleks Bersepadu Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Warga Emas; serta pembinaan bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan; dan Kompleks Latihan OKU di Daerah Sandakan.

Di samping itu, bagi meneruskan pemberian bantuan kepada golongan rentan khususnya OKU, Warga Emas, Anak Yatim dan Ibu Tunggal serta Bantuan Am di seluruh negeri ini. Kerajaan bersetuju menaikkan peruntukan kepada RM 76.29 juta pada tahun 2023. Seramai 24, 781 orang akan menikmati manfaat di bawah bantuan ini.

58.

Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK) adalah merupakan Program Pembangunan Masyarakat yang berimpak tinggi. Setakat ini, terdapat sebanyak 35 buah PPKK dan seramai 1,170 orang akank-kanak telah berdaftar dengan pusat-pusat ini. Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri akan meneruskan program ini dengan membuka 2 buah PPKK baharu di Kg. Tambisan, Tungku dan Kg. Mapat, Pitas. Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Datuk Speaker, 59.

Kerajaan Negeri amat prihatin dan akan memastikan golongan wanita mendapat peluang dan faedah yang sama rata.

Justeru itu, bagi memperkasa program-progam pembangunan wanita, sebanyak RM 5.83 juta diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah untuk membiayai pelbagai program kepimpinan dan pembangunan wanita.

Kemudahan pinjaman mikro kepada golongan wanita akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM 10 juta yang disalurkan kepada Yayasan Usaha Maju (YUM).

60.

Kementerian Belia dan Sukan Sabah diperuntukkan sebanyak RM 97.5 juta pada tahun hadpaan bagi pembangunan belia dan sukan. Seperti yang kita sedia maklum, belia merupakan aset dan golongan yang perlu diberi peluang dalam

pembangunan ekonomi negeri.

Dengan penglibatan para belia secara aktif, kadar pengangguran di kalangan belia dan para graduan dijangka dapat dikurangkan. Bagi melahirkan pemimpin belia yang berkualiti tinggi, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM 16.42 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia yang meliputi aktiviti kesukarelawnan dan perpaduan sosial.

61.

Di samping itu, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam pembangunan sukan dan atlet di negeri ini agar golongan ini dapat bersinar hingga ke peringkat antarabangsa. Tahniah kepada atlet Sabah, antaranya ialah Gabriel Gilbert Daim yang memenangi pingat perak Sukan Akuatik Terjun dalam Temasya Sukan Komanwel; Abdul Halim Mohammad, Ethan Yin Jun Khoo dan Brenda Anellia Larry dalam Sukan Akuatik Renang; serta Eddy Bernard dalam Sukan Olahraga dengan membawa balik pingat emas sempena Temasya Para ASEAN pada bulan Ogos yang lalu. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 27.02 juta untuk perbelanjaan pembangunan dan kemajuan sukan termasuk menjalankan kajian Sains Sukan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan agensi-agensi berkaitan.

62.

Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM 21.6 juta bagi kerja-kerja membaikpulih kompleks sukan termasuk arena belia di seluruh negeri demi untuk memastikan kemudahan sukan dan asrama dalam keadaan baik dan kondusif. Sebanyak RM 23 juta diperuntukkan kepada Lembaga Sukan Sabah bagi mentadbir dan menyelenggara 16 buah kompleks serta 5 buah asrama sedia ada. Pembangunan Bandar Datuk Speaker, 63.

Kerajaan juga berhasrat untuk memastikan pembangunan wilayah yang seimbang bagi mengurangkan jurang pembangunan di antara kawasan bandar dan pekan di seluruh negeri melalui penekanan terhdap 4 teras utama iaitu Mentransformasi Penyampaian Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

Memantap dan Melestarikan Pembangunan Sektor Perumahan; Perancangan Pembangunan Guna Tanah Yang Mampan dan Sitematik; serta Memantapkan Fungsi dan Peranan Mahkamah Anak Negri.

Dengan itu, pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM204 juta kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) bagi tujuan operasi dan meneruskan projek sedia ada di samping melaksanakan pelbagai projek baharu seperti menaiktaraf pasar awam, tapak tamu dan gerai-gerai di Pekan Beaufort, Membakut, Weston dan Keningau; Membina Sewall di Sandakan; Taman Tasik Pekan Beaufort; serta Tapak Pelupusan Sampah di Kuala Penyu dan Kinabatangan. 64.

KKTP juga akan meneruskan projek berfasa Jeti Baharu Kota Kinabalu dengan peruntukan sebanyak RM 22.5 juta pada tahun 2023 untuk memberi keselesaan kepada para peniaga dan masyarakat umum di kawasan Bandaray. Pembinaan jeti ini dinjangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2024. Selain itu, Kerajaan Negeri akan meneruskan pemberian geran dan peruntukan pembangunan sebanyak RM 36.2 juta kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi memantapkan lagi aspek pengurusan dan pembangunan dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai ibu negeri.

Datuk Speaker, 65.

Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, pada tahun hadapan, KKTP melalui Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) akan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederahan memiliki rumah yang selesa menerusi projek pembinaan perumahan awam mampu milik sebanyak 175 unit di Kemabong dan Melalap di Tenom; Sukau di Kinabatangan dan di Daerah Beluran. LPPB juga komited untuk meneruskan agedna pembangunan Pekan Baharu Kalabakan, Tongod, Merotai dan juga Sungai Melayu Sebatik yang bakal menjadi Bandar Sempadan yang akan menghubungkan Sabah, Malaysia dan Indonesia. Bagi memastikan kebajikan dan adat resam Anak Negeri yang tinggal di kawasan luar bandar terus terpelihara, Kerajaan akan meneruskan projek pembinaan Mahkamah Anak Negeri Tamparuli, Sook, Paitan dan Pagalungan. Pembangunan Luar Bandar

Datuk Speaker, 66.

Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM 212.63 juta kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) , Pejabat-Pejabat Daerah dan Pejabat-Pejabat Daerah Kecil dengan memberi tumpuan kepada program pembasmian kemiskinan sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan isi rumah golongan sasar.

KPLB juga akan menersukan usaha bagi memperbaiki jalan penghubung anatra kampung dan pekan supaya penduduk luar bandar dapat menggunakan kemudahan asas yang disediakan seperti jalan kampung, balai raya, jambatan serta rumah ibadah. Program Bekalan Eletrik Luar Bandar Alternatif dan Bekalan Air Luar Bandar Alternatif juga akan diteruskan pada tahun hadapan. Di samping itu, Kerajaan juga peka terhadap keluhan golongan miskin dan miskin tegar yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Oleh itu, pada tahun hadapan, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 120 juta bagi pembinaan sebanyak 1500 buah Rumah Mesra SMJ di seluruh Sabah khas untuk golongan sasar ini.

Jaringan Infrastruktur Dan Kelestarian Hijau

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Pembangunan Infrastuktur dan Utiliti Datuk Speaker, 67.

Pembangunan infrastuktur dapat meningkatkan taraf hidup rakyat yang meliputi pembangunan rangakian jalanraya, komuniksi, sistem pengangkutan, bekalan air dan sistem pembentungan.

Kementerian Kerja Raya yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program dan projek infratsuktur tersebut akan diperuntukkan sebanyak RM 1.16 bilion bagi tahun 2023. 25/11/2022 – [SABRINA] – NELL 68.

Jabatan Air Negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM618.88 juta untuk melaksanakan kerja pengurusan, pentadbiran, penyenggaraan dan operasi jabatan demi memastikan bekalan air yang selamat dan berterusan dari segi kuantiti dan kualiti tercapai. Peruntukan tersebut akan digunakan untuk tujuan operasi pejabat;

penyelenggaraan jana kuasa dan pembaikan paip retikulasi; serta pemindahan paip akibat pembesaran dan peningkatan taraf jalanraya.

Jabatan Air juga akan meneruskan pelaksanaan pelbagai projek di bawah Projek Pembangunan Bekalan Air Terawat bagi memenuhi keperluan rakyat secara terancang dan berperingkat. 69.

Jabatan Kerja Raya diperuntukkan sebanyak RM360.19 juta bagi melaksanakan projek pembangunan berimpak tinggi jalanraya, jambatan, cerun, bangunan dan pengurusan trafik dan keselamatan jalanraya di kawasan bandar, luar bandar dan pekan kecil. Prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat akibat daripada bencana alam, maka pada tahun hadapan Kerajaan meningkatkan peruntukan pembaikan cerun-cerun dan jambatan sebanyak RM35 juta. Datuk Speaker, 70.

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah pula diperuntukkan sebanyak RM90.94 juta bagi tujuan operasi dan penyelenggaraan perkhidmatan pembetungan demi memastikan kelestarian serta kebersihan persekitaran bandar, bandar-bandar kecil dan perumahan awam sentiasa terpelihara.

Di samping itu, Jabatan ini juga akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program utama antara lain Skim Pembetungan Kota Kinabalu, Tawau dan Bandar-bandar Kecil; Skim Pembetungan PBT; serta Program Mekanikal dan Elektrikal.

71.

Jabatan Keretapi Negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM68.93 juta untuk pengurusan operasi perkhidmatan keretapi termasuk meneruskan perlaksanaan projek-projek di bawah inisiatif Sabah Maju Jaya. Jabatan Keretapi juga akan melancarkan beberapa perkhidmatan baharu yang melibatkan sektor pelancongan dan rekreasi, serta tambahan kekerapan perkhidmatan yang dijangka akan dimulakan secara berperingkat awal tahun 2023 di samping meneruskan pelbagai projek yang telah dirancang.

72.

Seterusnya, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah diperuntukkan sebanyak RM21.88 juta untuk meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan pelabuhan di seluruh Sabah antaranya dermaga kerajaan yang merangkumi jeti awam dan jeti tukar barang, struktur alat bantuan pelayaran, bangunan pejabat dan terminal, menara kawalan trafik perkapalan dan meneruskan

Projek Menaiktaraf Kemudahan Sedia Ada Di Kawasan Terminal Feri Menumbok. Di samping itu, Jabatan ini juga akan melaksanakan beberapa projek pembangunan di kawasan perairan Had Pelabuhan Bakapit, perairan sungai di Beaufort dan muara sungai Papar.

Kelestarian Hijau Datuk Speaker, 73.

Kerajaan Negeri Sabah akan sentiasa memastikan pelaksanaan pembangunan sosial dan ekonomi menjamin kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan demi kesejahteraan rakyat.

Pengurusan dan tadbir urus persekitaran adalah berdasarkan kepada aspek tematik alam sekitar iaitu darat, udara, air, biodiversiti dan sosial.

74.

Bagi mengarusperdanakan aspek alam sekitar dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi negeri, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar diperuntukkan sebanyak RM6.92 juta untuk melaksanakan beberapa strategi, program dan pelan tindakan selaras dengan elemen utama Kelestarian Hijau. Usaha perwartaan perluasan kawasan terlindung perairan marin yang melibatkan Taman Pulau Mengalum dan Pulau Ligitan, serta kawasan terlindung daratan yang melibatkan kawasan tapak bekas Lombong Mamut di Ranau, Tanah Tinggi Long Pasia di Sipitang dan kawasan hutan di sepanjang rizab jalan Keningau-Kimanis di Papar akan turut dimulakan pada tahun hadapan.

75.

Kerajaan turut memberi tumpuan kepada aspek kelestarian hidupan liar. Justeru itu, pada tahun 2023, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM26.41 juta kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tujuan operasi, aktiviti penguatkuasaan dan pelaksanaan program kesedaran serta perlindungan hidupan liar di samping mengurus mitigasi konflik hidupan liar dengan manusia. Selain itu, inisiatif baharu turut diperkenalkan seperti pewujudan Rapid Response Team; pendekatan aktif dalam memperkaya habitat gajah di Daerah Tawau; dan kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan Malaysian Palm Oil Council Green Foundation (MPOCGF) bagi memantau populasi hidupan liar dan melindungi spesis terancam ini.

76.

Kerajaan turut memperuntukkan sejumlah RM118.88 juta kepada Jabatan Perhutanan Sabah dan Pusat Biodiversiti Sabah yang turut menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan berasaskan alam semulajadi.

Jabatan Perhutanan akan melaksanakan 2 projek baharu iaitu Projek Eko Pelancongan dan Pengurusan Hutan Simpan Pulau Berhala Sandakan dan Projek Kem Cinta Alam di Hutan Simpan Paitan di samping meneruskan projek sedia ada. Manakala, Pusat Biodiversiti Sabah akan meneruskan program pembangunan Atlas Biodiversiti Sabah; Pencalonan Sukau-Kinabatangan sebagai Tapak Biodiversiti Reserve UNESCO; dan Kajian Halatuju Pembangunan Bioteknologi Negeri Sabah pada tahun 2023.

Badan Berkanun Dan Agensi Kerajaan Negeri

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, 77.

Peranan Badan-Badan Berkanun dan Agensi Awam Negeri amat signifikan kerana prestasi yang dicapai akan memberi impak terhadap kemajuan sosio ekonomi dan sumbangan hasil kepada Kerajaan Negeri.

Justeru itu, Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Negeri akan memastikan pembayaran dividen dan bayaran balik faedah dan pinjaman adalah mengikut jadual dan meningkat dari semasa ke semasa.

Setakat bulan November tahun ini, Kerajaan Negeri telah menerima sejumlah RM92.83 juta dividen dan sumbangan serta dijangka akan meningkat lagi menjelang akhir tahun ini.

78.

Di kesempatan ini, Kerajaan Negeri mengucapkan syabat dan tahniah kepada Badan-Badan Berkanun dan Agensi Awam Negeri yang telah merekodkan keuntungan dan membayar dividen kepada Kerajaan iaitu Sawit Kinabalu Berhad, Sabah Electricity Sdn Bhd, K.K.I.P. Sdn. Bhd., Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd., Progressive Insurance Berhad, Felda Global Ventures Holdings Bhd, Petronas Dagangan Berhad, Keningau Agro-Venture Sdn. Bhd. dan Suria Capital Holdings Berhad serta sumbangan daripada Lembaga Industri Getah Sabah dan Korporasi Pembangunan Desa.

Datuk Speaker,

79.

Prospek Kerajaan Negeri dalam industri minyak dan gas adalah berkembang positif dan dijangka akan memberi pulangan hasil yang tinggi selaras usaha Kerajaan menerokai potensi rantaian industri gas asli negeri ini. Perkembangan positif ini akan memberi pulangan ekonomi yang baik kepada negeri, sekali gus membolehkan Sabah memperolehi bukan sahaja perkongsian hasil yang lebih besar tetapi juga penyertaan dan penguasaan dalam industri minyak dan gas melalui usahasama Petronas dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Setakat tahun ini, dengan peningkatan pegangan ekuiti kepada 10 peratus dalam syarikat PETRONAS LNG9 Sdn. Bhd., telah menambahkan kutipan pendapatan sebanyak RM202 juta kepada Kerajaan Negeri. Manakala, dengan pemindahan aset huluan gas Petronas dan kontrak pembekalan gas melalui Commercial Colaboration Agreement (CCA) telah menjadikan Agensi Kerajaan Negeri sebagai pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di Malaysia dengan menyediakan 250 juta kaki padu standard sehari gas asli kepada Penjana-Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan Non-Power Sector.

80.

Petronas juga telah bersetuju untuk meningkatkan jumlah nilai kontrak kepada kontraktor tempatan yang layak sehingga melebihi 10 peratus atau dianggarkan RM300 juta setiap tahun bagi tempoh 2020-2022, dan seterusnya akan meningkat dua kali ganda pada tahun 2023 dan tiga kali ganda pada tahun 2024. Dalam usaha melibatkan anak jati Sabah dalam bidang minyak dan gas, satu rangka kerja sedang disediakan untuk meningkatkan penglibatan pekerja tempatan yang dijangka siap pada akhir tahun ini.

81.

Selain daripada itu, bagi memastikan Kerajaan terus menjana pendapatan negeri, penglibatan dalam aset minyak dan gas yang berpangkalan di Negeri Sabah sedang dalam proses perundingan akhir. SMJ Sdn. Bhd. sebuah anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri yang ditubuhkan selepas CCA dimeterai pada akhir tahun lepas, kini berperanan sepenuhnya membantu Kerajaan Negeri dalam siri perundingan utama dengan Petronas untuk sebilangan aset dan projek dari aktiviti huluan, Liquefied Natural Gas (LNG), dan Petrokimia.

Pengumuman yang lebih terperinci akan dibuat dalam masa terdekat sejurus selepas perjanjian pemerolehan dapat diselesaikan.

Perkhidmatan Awam Negeri

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, 82.

Untuk memantapkan perkhidmatan awam, agensi-agensi Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan menerusi pendigitalan bagi mengurangkan proses birokrasi dan meningkatkan keupayaan institusi sektor awam. Usaha pembangunan kapasiti perlu terus dipertingkatkan untuk memastikan penjawat awam mampu menggerak dan memacu agenda pembangunan negeri. Bagi tujuan ini, sejumlah RM12.83 juta telah diperuntukkan pada tahun hadapan kepada semua Kementerian dan Jabatan untuk Program Pembangunan Sumber Manusia.

Di samping itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi pembiayaan biasiswa dan kos latihan pegawai-pegawai Kerajaan di dalam dan di luar negeri. 83.

Kerajaan sangat prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan penjawat awam. Kecekapan penjawat awam dalam melunaskan amanah dan tanggungjawab yang menyumbang kepada pembangunan negeri dengan tidak berbelah bahagi amat dihargai.

Justeru itu, di dalam Belanjawan 2023, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minima RM1,000 kepada seramai 20, 271 orang penjawat awam negeri dan akan dibayar pada bulan Januari 2023.

Bayaran Bantuan Khas ini diharap akan dapat meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan anak-anak dan untuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Selain daripada itu, Bantuan Khas sebanyak RM500.00 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan juga akan diberikan dan dibayar pada bulan April 2023. Dengan pemberian insentif ini saya berharap agar para penjawat awam dapat berusaha dengan cekap dan lebih gigih lagi bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan. PENUTUP Datuk Speaker, 84.

Kita baharu sahaja selesai mengadakan Pilihanraya Umum yang ke-15 dan proses pilihanraya kali ini telah berlangsung dengan baik tanpa sebarang insiden serius yang tidak diingini, Alhamdulillah.

Pada kesempatan ini, saya ingin

mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-Sepuluh. Semoga hubungan baik antara Kerajaan Negeri Sabah dengan Kerajaan Persekutuan yang sedia terjalin akan dapat diperkukuhkan demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya, para petugas pilihanraya dan kepada pasukan keselamatan yang telah bekerja keras bagi memastikan proses pilihanraya berlangsung dengan baik dan sempurna.

85.

Dengan selesainya Pilihanraya Umum, maka Kerajaan Negeri perlu segera kembali fokus kepada tugas mengurus dan mentadbir negeri, sesuai dengan mandat dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihanraya Negeri Ke-16 yang lalu. Tempoh 5 tahun yang diberikan kepada Kerajaan GRS-BN ini masih berbaki 3 tahun lagi untuk kita melaksanakan apa yang telah dijanji, khususnya perancangan pembangunan, sesuai dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu Dasar Pembangunan Negeri.

Halatuju SMJ yang menjadi asas kepada matlamat memakmurkan Negeri Sabah yang tercinta ini, kian membuahkan hasil yang positif, malah cogan kata Sabah Maju Jaya, semakin menjadi sebutan ramai, walaupun ada ketikanya cogan kata keramat itu dimanipulasi oleh segelintir pihak bertujuan untuk menyindir atau mencemuh Kerajaan.

86.

Apapun bentuk sindiran atau kata-kata nista yang dilemparkan terhadap Kerajaan pilihan rakyat ini, namun ia tidak sekali-kali memudarkan hasrat dan iltizam Kerajaan Negeri untuk melipatgandakan usaha bagi melaksanakan dasar-dasar pembangunan dalam tempoh 3 tahun mendatang, dan tahun-tahun berikutnya, Insha Allah, demi kemajuan negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat.

Sememangnya inilah yang kita impikan, Negeri Sabah yang maju, pesat membangun, aman dan makmur.

87.

Tugas dan tanggungjawab memakmurkan negeri, mensejahterakan rakyat, sebagaimana yang kita galas ini, bukanlah mudah.

Melihat kepada suasana semasa dengan keadaan politik yang tidak menentu serta iklim ekonomi yang lembab, kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Kecekalan dan ketahanan diri semata-mata belum mencukupi untuk kita membuat perubahan atau

mencipta kejayaan.

Sekali lagi saya tekankan, perjuangan mentadbir negeri ini bukan suatu perkara yang mudah.

Pelbagai tribulasi harus dilalui dan ditempuhi dengan penuh kesabaran serta kebijaksanaan, dan yang lebih penting, kita mempunyai iltizam politik atau political will, untuk melakukan perubahan dan kemajuan yang holistik pada negeri yang tercinta ini!

Datuk Speaker, 88.

Adat bernegara; tanahair dijaga.

Adat berkerajaan; negeri dan rakyat diutamakan. Adat berkuasa; kuasa dijunjung dengan penuh amanah lagi saksama. Adat berbakti; niat dikunci dengan hati yang suci, dan adat berjuang; jiwa dan raga menjadi taruhan.

89.

Meskipun suasana politik dan ekonomi global diramal masih tidak menentu sepanjang 2023 nanti, namun Kerajaan Negeri akan terus mempertingkatkan usaha dan bertekad memastikan ekonomi dan pembangunan negeri dipacu dan diperhebatkan. Untuk itu, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi selaras dengan pencapaian hasil negeri. Bagi membantu melancarkan program pembangunan di Kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sukacita saya memaklumkan bahawa peruntukan ADUN Kerajaan pada tahun hadapan akan ditambah kepada RM3 juta dengan agihan RM2.5 juta untuk projek-projek kecil dan RM500 ribu untuk Sentuhan Kasih.

Saya berharap agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat akan menggunakan peruntukan ini dengan lebih bijak dan saksama demi pembangunan di kawasan masing-masing.

90.

Marilah kita bersama-sama menyokong dan mendukung Belanjawan 2023 ini demi kesinambungan pembangunan dan kemajuan negeri yang kita sayangi. Semoga dengan Belanjawan 2023 ini, ekonomi Negeri Sabah akan dapat diperkasakan lagi ke arah masa hadapan yang lebih cerah, ekonomi yang lebih mampan dan seterusnya menjamin kesejahteraan hidup rakyat. Bunga Cempaka di dalam pasu Tumbuh subur kerana baja Bajet dirangka berhalatuju Negeri makmur matlamat kita

Kalau bercuti ke Pantai Timur Jangan lupa rantai mutiara Jika negeri maju dan makmur Hidup rakyat pasti sejahtera 91.

Akhirul kalam, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta rakyat yang beragama Kristian, Selamat Menyambut Hari Krismas dan kepada seluruh penduduk Negeri Sabah yang dikasihi, Selamat Tahun Baharu 2023.

Semoga Negeri Sabah yang tercinta ini akan terus maju, aman, makmur dan sentosa.

Datuk Speaker, saya mohon mencadang.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya minta seorang Ahli untuk menyokong.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Usul untuk membawa Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023Motion

Setiausaha Dewan

Usul untuk membawa Resolusi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023.

Speaker

Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan resolusi kepada Jawatankuasa Perbekalan seperti berikut. “Bahawa walau apa jua kehendak Peraturan-Peraturan Tetap itu, Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi tahun 2023 yang terkandung dalam Kertas CMD 3 Tahun 2022, Jawatankuasa Perbekalan, Bacaan Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022 hendaklah dibincangkan pada persidangan ini”.

Speaker

Ada Ahli yang menyokong?

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya · Lamag

Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Peraturan Tetap 82 (3) Dewan hendaklah ditangguhkan selama tidak kurang daripada masa sehari genap, untuk memulakan perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022 dan usul untuk membawa Resolusi Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi tahun 2023.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahuan daripada di bawah Peraturan 1 (2) Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri daripada Ketua Dewan selaku Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyesyorkan agar sesi sidang Dewan pada 28 November 2022, hari Isnin diteruskan walaupun tarikh tersebut telah diumumkan sebagai hari kelepasan am oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baharu.

Oleh itu, saya memutuskan sidang Dewan diteruskan pada tarikh tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Mahu cutikah? Kerjalah. Sebelum saya menangguhkan sidang Dewan ini, saya minta Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berhasrat untuk mengambil bahagian pada sesi perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022 mengemukakan nama kepada saya dengan segera.

Kuning emas, masaknya padi, Mawar mekar dalam jambangan; Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Bajet 2023 ada juga penganuan.

Oleh yang demikian, Dewan ini ditangguhkan sekarang dan akan bersidang semula pada 28 November 2022 pukul 10:00 pagi.

(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 4:30 petang.

Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 28 November 2022”.

SDN25112022/bnm