Sabah · 28 November 2022

16th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · not final · 262 turns · 29,156 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pemasyhuran dari Tuan Speaker

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran dari Tuan Speaker.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya, selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Dewan yang mulia ini, iaitu Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah, telah memperkenankan enakmen-enakmen yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri yang ke-16 yang lalu seperti berikut:

1.

Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama 2022, 2022; 2.

Enakmen Peruntukan Diraja Pindaan 2022; 3.

Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri Saraan, Pindaan 2022; dan 4.

Enakmen Mahkamah Syariah Pindaan 2022.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima surat permohonan untuk tidak dapat menghadiri persidangan pada kali ini daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berikut, iaitu:

1.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 28 November sehingga 30 November 2022 kerana bermesyuarat bersama YAB Perdana Menteri. 2.

Yang Amat Berhormat Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Pertanian dan Perikanan pada 28 November hingga 30 November kerana bermesyuarat bersama YAB Perdana Menteri.

3.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Timbalan Ketua Menteri III, pada 28 November hingga 1 Disember kerana mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menghadiri sidang Majlis Raja-Raja.

4.

Yang Berhormat Menteri Luar Bandar merangkap ADUN Tamparuli pada November hingga 1 Disember 2022.

5.

Yang Berhormat daripada N.26 Moyog pada 25 November.

6.

Yang Berhormat N.34 Lumadan pada 25 November.

7.

Yang Berhormat N.6 Bandau pada 25 November.

8.

Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yasin pada 30 November 2022.

9.

Yang Berhormat N.56 Tanjung Papat pada 25 November 2022.

10.

Yang Berhormat N.11 Kadamaian pada 28 dan 29 November.

11.

Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan pada 28 November.

12.

Yang Berhormat ADUN N.10 pada 29 dan 30 November.

Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan Peraturan Tetap 17(1), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah, maka di sini saya memaklumkan bahawa laporan Ketua Audit Negara, mengenai pengurusan aktiviti kementerian dan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri Sabah tahun 2020 Siri 1 dan tahun 2021 Siri 1, sijil-sijil Ketua Audit Negara, mengenai Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019, 31 Disember 2020, dan 31 Disember 2021 seperti yang tersenarai dalam risalah mesyuarat yang dibentangkan pada persidangan kali ini. Dalam Sidang yang mulia ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang Ke-10 pada 24 November 2022. Saya juga ingin mengucapkan tahniah, kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ini, yang telah memenangi, bertanding semasa pilihan raya, PRU-15 baru-baru ini, di kawasan parlimen masing-masing dan pada yang menang saya berharap, Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengimbangkan masa, untuk menghadiri Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan tidak terabai sebenarnya tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran seperti berikut:

1.

Seri Panglima Darjah Kinabalu 1.1 Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri III, merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap ADUN N.36 Kundasang.

2.

Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu, P.G.D.K 2.1 ADUN N.2 Bengkoka, 2.2 ADUN N.8 Pintasan, 2.3 ADUN N.13 Pantai Dalit, 2.4 ADUN N.52 Sungai Sibuga, 2.5 ADUN N.44 Tulid, 2.6 ADUN N.71 Tanjung Batu, 2.7 ADUN N.73 Sebatik, 2.8 ADUN N.9 Tempasuk, 2.9 ADUN N.34 Lumadan, 2.10 Yang Berhormat ADUN N.67 Balung, 2.11 Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Jaffari bin William.

Juga tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II, merangkap ADUN N.39 Tambunan, atas pengurniaan sebagai Jaksa Pendamai dan juga kepada ADUN N.7 Tandek.

Tahniah juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat memenangi kerusi Parlimen baru-baru ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah, mantan TYT yang kesembilan dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah anakanda yang dikasihi, Almarhum Nurshafandi Tun Ahmadshah pada 11 Ogos 2022 bersamaan 13 Muharam 1444 Hijrah. Yang kedua, Yang Berbahagia Datuk Onn Arifin dan semua ahli keluarga atas kembali ke rahmahtullah isteri yang dikasihi, Almarhumah Datuk Hajah Dayang Mahani bin Tun Pengiran Ahmad Raffae, mantan ADUN Lumadan, dan mantan Menteri Kabinet Negeri Sabah yang meninggal pada 5 Ogos 2022, 7 Muharam 1444.

Yang ketiga, Yang Berhormat Datuk Mohamad Hamsan bin Awang Supain dan semua ahli keluarga atas kembali ke rahmatullah anakanda yang dikasihi, Almarhum

Hamizan Mohamad Hamsan pada 28 Ogos 2022, bersamaan 30 Muharram 1444 Hijrah. Yang keempat, Yang Berbahagia Datin Junaidah bin Haji dan semua ahli keluarga atas kembali rahmatullah suami yang dikasihi, Almarhum Datuk Samsudin bin Yahya, mantan ADUN Sekong pada 20 Oktober 2022 bersamaan 23 Rabiulawal ……

Speaker

...23 Rabiulawal 1444 Hijrah dan yang kelima Yang Berhormat ADUN dilantik Tuan Dr. Aliakbar Gulasan dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah abang ipar yang dikasihi pada 27 November 2022 bersamaan 2 Jamadilawal 1444 Hijrah. Sama-sama kita berdoa agar Allah Subhanahuwataala merahmati Almarhum dan Almarhumah semua amin.

Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti Ahli Yang Berhormat sedari penghadang lutsinar yang dipasang bagi memastikan terdapat jarak pemisah antara Ahli-ahli Yang Berhormat telahpun ditanggalkan. Walau bagaimanapun, amatlah digalakkan jika terus mengamalkan jarak 1 meter bagi memastikan keselamatan di antara Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat juga turut digalakkan untuk sentiasa memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam Dewan. Walau bagaimanapun, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membuka pelitup muka ketika berucap di dalam Dewan dan memakainya semula dengan kadar segera selepas selesai berucap. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak berasa sihat dan mendapati diri mempunyai gejala COVID-19, sila buat ujian saringan kendiri terlebih dahulu sebelum menghadiri persidangan dewan.

Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat sesi persidangan kali ini akan diteruskan tanpa waktu rehat pada jam 12 tengah hari, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah keluar Dewan untuk makan tengah hari, solat dan sebagainya secara bergilir-gilir. Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dimohon untuk memastikan bilangan kuorum di dalam sesi persidangan sentiasa mencukupi. Diingatkan juga kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi jawapan secara bertulis kepada pertanyaan lisan yang tidak sempat dijawab semasa sidang. Sila pastikan Kementerian masing-masing mengemukakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat jawapan bertulis tersebut dan dikemukakan satu salinan kepada

Dewan Undangan Negeri untuk tujuan direkodkan di handsard dengan kadar sesegera yang boleh.

Seterusnya, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian supaya sentiasa mematuhi dan menghormati Peraturan-peraturan Tetap sepanjang sesi persidangan agar persidangan dapat berjalan dengan baik. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk memastikan agar persidangan kita berjalan dengan lancar dan sebaik yang boleh insya-Allah, Setiausaha sila teruskan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Speaker

Sekarang saya jemput, wakil Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian. Soalan?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Datuk Speaker, saya diamanahkan ah oleh Yang Berhormat Kadamaian atas sebab beliau tidak dapat menghadiri sesi Dewan ini ah oleh sebab itu, saya mengemukakan soalan hari ini oleh Kadamaian kepada Dewan yang mulia ini, soalan No. 1 Tuan Speaker, terima kasih.

Speaker

Ok, silakan Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha Untuk Membanteras Isu Kanak-Kanak Yang Berkeliaran Dan Mengemis Di Jalan Raya Dan Lampu Trafik Di Sekitar Kota KinabaluQuestions

Speaker

*1.

YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada Ketua Menteri, apakah usaha kejayaan untuk membanteras isu kanak-kanak yang berkeliaran dan mengemis di jalan raya dan lampu trafik di sekitar Kota Kinabalu. Jawapan

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan nombor 23 dan 25, memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian, Silam dan ADUN Dilantik serta Dewan yang mulia ini, kehadiran kanak-kanak yang berkeliaran dan mengemis di jalanraya dan lampu isyarat khususnya di Kota Kinabalu serta bandar-bandar utama seperti Tawau, Sandakan dan Lahad Datu telah mewujudkan kegusaran

awam. Penglibatan mereka dalam aktiviti seperti meminta sedekah,berkeliaran di kawasan tumpuan ramai serta mewujudkan setinggan dalam bandar bukan sahaja memberi imej negatif kepada negeri ini malah memberi persepsi yang salah tentang usaha pembangunan negeri.

Majoriti kumpulan ini adalah daripada suku Palauh yang merupakan kumpulan masyarakat tanpa dokumen yang secara tradisinya menghuni di kawasan pesisir laut dan juga pulau-pulau di pantai timur negeri Sabah. Untuk menangani isu ini, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah selamat dengan mewujudkan pusat perlindungan sementara di setiap Daerah yang dikenal pasti di negeri Sabah. Pusat perlindungan sementara ini, akan diselia oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am serta dibantu oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Pilot projek akan dilaksanakan di Kota Kinabalu dimana Kerajaan Negeri telahpun mengenal pasti sebuah rumah kerajaan yang tidak lagi didiami untuk dijadikan sebagai pusat perlindungan sementara. Peruntukan sebanyak RM250 ribu telahpun disediakan untuk tujuan pengubahsuaian rumah berkenaan agar bersesuaian dengan konsep pusat perlindungan sementara. Pusat perlindungan ini dijangka akan mula beroperasi pada hujung tahun ini.

Tuan Speaker, dari segi konsep sasarannya ialah kanak-kanak Palauh bersama-sama dengan penjaga atau berasingan akan diselamatkan semasa operasi-operasi yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan secara berjadual dan bersasar. Kanak-kanak ini akan dihantar ke pusat perlindungan sementara untuk pengasingan dalam tempoh maksimum sehingga 3 bulan. Pusat ini akan menyediakan program khas yang menerapkan kemahiran mengenai pengurusan diri, kehidupan bermasyarakat dan juga pembelajaran rohani secara tidak rasmi. Selepas itu, kanak-kanak ini akan dikembalikan kepada ibu bapa ataupun penjaga apabila tempoh 3 bulan berakhir. Semasa diserahkan kembali kanak-kanak, ibu bapa ataupun penjaga perlu melalui proses amaran kelakuan dan juga larangan mengulangi kesalahan. Tanggungjawab keselamatan di pusat ini diletakkan dibawah bidang kuasa RELA yang memberikan kawalan 24 jam sepanjang pusat beroperasi, manakala tanggungjawab membuat pemeriksaan sebelum masuk dan isu-isu kesihatan adalah

dibawah penyeliaan Jabatan Kesihatan sepenuhnya. Tuan Speaker, pelaksanaan insiatif ini adalah selaras dengan Convention Geneva 1989 yang menekankan hak-hak kanak-kanak untuk mendapatkan perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya termasuklah kemungkinan pengekplotis…pengeksploitasian terhadap kanak-kanak serta Akta Kanak-kanak tahun 2001 perkara 17 (K)(1) dan (2) dimana ianya melarang kanak-kanak terlibat dengan aktiviti meminta sedekah ataupun mengemis serta aktiviti yang memudaratkan kesihatan atau kebajikan kanak-kanak.

Tuan Speaker, Kerajaan sememangnya menyedari bahawa isu kanak-kanak yang berkeliaran mahupun pengemis secara keseluruhannya perlu ditangani, dan kerajaan akan sentiasa berusaha mencari penyelesaiannya. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Pihak Berkuasa Tempatan akan terus berkolaborasi dan melaksanakan operasi bersepadu dengan Agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan agensi-agensi lain yang berkaitan, bagi membanteras kewujudan kelompok ini serta kegiatan mereka sudah tentunya memerlukan sokongan dan kerjasama seluruh lapisan masyarakat, sekian dan terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, ada soalan tambahan?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih….. Soalan Tambahan

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih, Datuk Speaker dan juga terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Pembantu Menteri. Satu soalan, berapakah anggaran kerajaan kanak-kanak yang berkeliaran di Bandar Raya Kota Kinabalu? Berapakah anggaran kerana susulan tindakan yang telah pun diambil oleh kerajaan negeri untuk mendatakan semua populasi yang tanpa dokumen?

Berapakah anggaran kerajaan, anggaran populasi kanak-kanak yang berkeliaran di seluruh Bandar Raya Kota Kinabalu? Adakah ianya mencukupi pusat perlindungan sementara yang akan beroperasi hujung tahun ini mencukupi untuk menampung

kanak-kanak yang yang sekarang berkeliaran di seluruh bandar Kota Kinabalu. Terima kasih.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, mengikut statistik yang saya perolehi bahawa jumlah masyarakat Palauh yang tinggal di Pulau Gaya adalah seramai 130… eh 1327 orang. Maaf ya, di Pulau Gaya terdapat 228 buah rumah yang mengandungi seramai 130… 1326 orang dan bersebelahan dengan Jabatan Cetak, terdapat sebuah rumah yang mempunyai empat orang. Pusat perlindungan ini adalah satu projek perintis sama ianya berjaya kita akan lihat apabila ianya mula beroperasi. Soalan yang ditimbulkan tadi, iaitu sama ada 1327 itu jumlah yang saya katakan itu dapat menampung, pusat perlindungan itu dapat menampung orang ini. Sebenarnya kita target, kita sasarkan kepada kanak-kanak yang berkeliaran sahaja di Kota Kinabalu.

Kita tidak akan ambil masyarakat Palauh daripada Pulau Gaya ataupun yang bersebelahan dengan Jabatan Cetak itu untuk dimasukkan ke dalam pusat perlindungan tersebut. Tuan Speaker, masalahnya di sini, tidak ada satu jabatan atau agensi kerajaan yang mempunyai kuasa ataupun authority untuk menyelesaikan perkara ini. Dan sekiranya ada pengemis-pengemis yang berkeliaran di Kota Kinabalu, the first agency yang akan, apa itu, yang dituduh tidak mengambil tindakan ialah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan perlu saya maklumkan di sini Tuan Speaker, bahawa DBKK in fact they have been doing their part apabila ada pengemis-pengemis ini di traffic light, mereka akan halau mereka supaya tidak berbuat demikian dan mereka akan lari tetapi ada juga yang tidak mahu lari itu akan dibawa ke pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Seperti yang kita sedia maklum, mereka ini adalah kanak-kanak, we cannot imprisoned them ini, it is against on humanitarian ground dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk makluman Dewan yang mulia ini kita apa ini collection untuk membeli makanan untuk apa ini diberi kepada kanak-kanak ini sehinggalah ibu bapa atau penjaga mereka itu akan datang ke DBKK untuk mengambil kanak-kanak ini. Jadi saya berharap, apa ini, kerjasama di antara Dewan Bandaraya (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) dan Jabatan Kebajikan, Imigresen dan Polis Diraja Malaysia dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini. Tetapi kita berharap dengan adanya nanti pusat perlindungan sementara ini, ianya sekurang-kurangnya kerajaan sekarang telah mengambil tindakan yang proaktif untuk menyelesaikan masalah kanak-kanak Palauh ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Speaker.

Speaker

Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Sindumin. Soalan Tambahan

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih, Datuk Speaker. Saya menghayati jawatan Pembantu Menteri tadi dan sudah ada usaha tetapi saya lihat tidak cukup. Pengemis-pengemis di lampu isyarat dan juga berkeliaran di bandar-bandar ini amat memalukan kita terutamanya sekali kepada pelancong. Imej kita jatuh kita seperti berada di Manila ataupun di Jakarta pada masa lalu. Bukan itu sahaja Datuk Speaker, banyak juga kanak-kanak ini memberi butler service di pasar tetapi anehnya orang-orang kita menggunakan service ini, iaitu anak-anak yang mengangkat barang dari pasar ke kereta. Seharusnya ini dibanteras, saya minta, apakah kerajaan akan ada special team immediately dibentuk? Bukan tunggu tiga bulan, hujung tahun, sekarang juga, hari ini supaya ini kita boleh selesaikan di pasar-pasar, di lorong-lorong dan juga di traffic light. Tadi dikatakan kerjasama bersepadu tapi itu cuma cadangan dan saya minta implementation ataupun pelaksanaan mestilah dibuat bukan bercakap. Kita banyak undang-undang tetapi kita tidak laksanakan undang-undang ini. Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Silakan, Yang Amat Berhormat Menteri.

Datuk Speaker, boleh satu soalan, jawab sekali.

Speaker

Boleh.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, memang tidak boleh disangkal dengan apa yang dikatakan oleh Ahli Yang Amat Berhormat dari Sindumin. Seperti mana yang saya katakan dalam jawapan saya tadi bahawa memang apa yang dibuat oleh kanak-kanak Palauh ini menjatuhkan imej sesebuah negeri dan juga negara apabila dilihat oleh pelancong-pelancong khususnya daripada luar negara. Jadi isu yang timbul ini, kanak-kanak ini membekalkan services seperti butler dan juga menjual barang-barangan dan kita sebagai rakyat Malaysia, khususnya di negeri Sabah ini, sepatutnya tidak melayan

mereka untuk berbuat demikian. Kalau kita tidak memerlukan, apa ini, khidmat yang diberi oleh kanak-kanak ini, sudah tentu ia tidak akan, apa ini, membuat service tersebut dan sebagai satu contoh, saya difahamkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, di mana apabila mereka dapati bahawa ada kanak-kanak Palauh ini menjual makanan macam-macamlah itu, kadang-kadang pisang, saya nampak juga itu pisanglah, kuihlah, dan apa semua, PBT ini akan merampas barang jualan mereka dan mereka akan lari tetapi apabila kita membelinya, this will encourage them, untuk menjual lagi. So what is important is not only the enforcement officer of PBT, terutama sekali DBKK tetapi the society at large should play their role as well. Thank you.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker.

Speaker

Sekarang kita jemput... Kalau ada isu lagi pasal street urchins ini, Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah bangkitkan dalam ucapan bajet nanti ya. Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Usukan.

Tuan Speaker, soalan nombor dua (2).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cadangan Untuk Mewujudkan Sistem Pemantauan Banjir Dan Membina Pusat Pemindahan Sementara Serta Status Projek Tebatan Banjir Di Kota BeludQuestions

*2.

YB. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak [Usukan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN:-a) adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan sistem pemantauan banjir dan membina pusat pemindahan sementara sebagai persediaan menghadapi banjir di daerah-daerah yang terjejas oleh banjir; dan b) apakah status projek tebatan banjir di Kota Belud untuk mengatasi masalah banjir.

Jawapan

Datuk James bin RatibPGRS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Sugut

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Usukan dan Dewan Yang Mulia ini, Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dengan

kerjasama JPS Malaysia sedang membangunkan program ramalan banjir ataupun draf yang membolehkan ramalan banjir monsun tujuh hari lebih awal dan membangunkan sistem yang mampu meramal dan mengibar amaran banjir kilat kepada orang ramai dari satu hingga tiga jam lebih awal berdasarkan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia.

Tuan Speaker, mengenai Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kerajaan telah mengenal pasti keperluan PPS seperti Dewan Masyarakat, dan sebagainya kerajaan akan ambil tindakan yang lain jika diperlukan dari segi pertambahan lokasi dan fasiliti.

Tuan Speaker, mengenai status projek tebatan banjir di Kota Belud...

Datuk James bin RatibPGRS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Sugut

…..tebatan banjir di Kota Belud.

Kementerian saya melalui JPS sedang melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kadamaian, Sungai Tempasuk, Sungai Abai dan Sungai Kawang-kawang, Kota Belud yang melibatkan pembinaan ban dan penstabilan tebing sungai. Projek ini telah bermula pada 21 Mac 2022 dan dijangka siap pada 20 Mac 2023. Sekian.

Speaker

Terima kasih. Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Datuk Speaker, saya ingin, apa ini.

Terima kasihlah atas jawapan Pembantu Menteri.

Saya ingin tahu kriteria untuk mewujudkan pusat pemindahan sementara ini, kerana kita di Kota Belud telah memohon beberapa tempat untuk diwujudkan pusat pemindahan kerana kalau terlalu centralize di daerah, di dewan masyarakat saja, kadang-kadang akan menimbulkan banyak masalah. Jadi apakah kriterianya untuk kita wujudkan pusat pemindahan ini?

Datuk James bin RatibPGRS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Sugut

Kriteria.

Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada Usukan, kriteria yang kita lihat di sini ialah mengenai berapa jumlah, berapa jumlah rakyat yang terkesan oleh banjir dan juga kemudahan-kemudahan yang patut kita sediakan kelak, untuk penyediaan pusat-pusat pemindahan yang baru. Sekian.

Speaker

Ok.

Soalan tambahan seterusnya tak ada.

Saya beralih kepada soalan seterusnya Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Suhaimi bin Haji Nasir, tidak hadir. Tidak ada wakil dan saya beralih kepada Yang Ber... Soalan seterusnya ADUN Sri Tanjong.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Tuan Speaker, soalan saya no,bor empat (4).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Lapangan Terbang Tawau Akan Dinaik Taraf Dan Cadangan Kepada Kerajaan Pusat Di PersekutuanQuestions

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

*4.

YB. Tuan Justin Wong Yung Bin [Sri Tanjong] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, bilakah Lapangan Terbang Tawau akan dinaiktaraf dan adakah kerajaan berjaya mencadangkan kepada Kerajaan Pusat di Persekutuan untuk memasukkannya ke dalam RMK-12. Jawapan

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih Datuk Speaker, izinkan saya untuk menjawab soalan No. 4 daripada Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong pada hari ini dan juga No. 17 daripada Yang Berhormat N.70 Kukusan, pada hari ketiga secara serentak, memandangkan soalan tersebut adalah berkaitan.

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada N.69 Sri Tanjong dan N.70 Kukusan serta Dewan yang mulia ini, penaiktarafan lapangan terbang bukan sahaja di Tawau malahan keseluruhan lapangan terbang utama di negeri ini sememangnya menjadi agenda yang sentiasa diutamakan di peringkat Kerajaan Negeri.

Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2020 semasa merancang program pembangunan bagi Rancangan Malaysia Ke-12, (RMK-12),

Malaysia Airports Berhad, Holdings Berhad (MAHB) telah melaksanakan Kajian Pelan Induk Lapangan Terbang Tawau bagi mengenal pasti keperluan jangka panjang Lapangan Terbang Tawau sehingga tahun 2050.

Berdasarkan kajian ini, Malaysia Airports Holdings Berhad telah mencadangkan supaya Lapangan Terbang Tawau, dinaik taraf daripada 1.5 juta setahun kepada 2.5 juta penumpang setahun. Walau bagaimanapun, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan negatif terhadap industri penerbangan negara dan dalam hubungan ini syarikat penerbangan dijangka memerlukan tempoh masa sehingga tahun 2025 untuk pulih sepenuhnya daripada impak wabak COVID-19, tertakluk kepada situasi semasa penularan wabak tersebut di dalam dan luar negara.

Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2020 dan 2021 jumlah penumpang Lapangan Terbang Tawau telah menunjukkan penurunan ketara, iaitu masing-masing mencatatkan sebanyak 0.5 juta dan 0.4 juta penumpang berbanding tahun 2019, yang mencatatkan sebanyak 1.8 juta penumpang.

Berdasarkan statistik penumpang terkini, kapasiti pengendalian penumpang Lapangan Terbang Tawau pada hari ini masih mampu menampung keperluan permintaan sedia ada.

Datuk Speaker, sungguhpun pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif terhadap industri penerbangan negara, Kerajaan Negeri melalui Kementerian saya sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap keperluan penambahbaikan dan penaiktarafan lapangan-lapangan terbang di negeri ini. Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, Kerajaan Persekutuan melalui kementerian pengangkutan sedang melaksanakan kajian National Airports Strategic Plan atau NASP yang dijangka akan dimuktamadkan pada bulan September tahun 2023. Berdasarkan hasil kajian ini nanti akan membantu Kerajaan dalam menentukan perancangan masa hadapan bagi lapangan-lapangan terbang, termasuk Lapangan Terbang Tawau dengan lebih jelas dan efektif berdasarkan evidence based planning. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan.

Soalan Tambahan

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Pembantu Menteri.

Saya amat berharap pembangunan atau penaiktarafan ini dapat disegerakan untuk, bukan sahaja orang tempatan bahkan juga pelancong dari luar negara. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan isu ketibaan pelancong luar negara yang tidak silap saya pernah berlaku beberapa tahun lalu. Di mana pelancong dari luar negara ditahan di Tawau Airport sepanjang 14 hari oleh kerana kononnya tiada cap imigresen dalam pasport. Jadi soalan saya adalah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi sebelum kemasukan pelancong semula? Terima kasih.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih atas soalan tambahan tersebut, sudah tentulah apa saja yang berlaku, yang boleh membawa kesan yang buruk terhadap persepsi pelancong ke Sabah, kita sentiasa ambil kira dan sudah tentulah kita akan mengadakan engagement dengan pihak yang berkenaan seperti Jabatan Imigresen, untuk memastikan perkara-perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi. Sekian.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Liawan.

Terima kasih Datuk Speaker.

Datuk Speaker, soalan saya soalan No. 5.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Program Yang Telah Dirancang Bagi Membantu Rakyat Keluar Daripada Status Miskin Dan Miskin TegarQuestions

*5.

YB. Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub [Liawan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah program yang telah dirancang bagi membantu rakyat keluar daripada status miskin dan miskin tegar yang kian meningkat.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Jawapan

Datuk Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Bengkoka

Bismillahirrahmanirrahim, Datuk Speaker sebelum menjawab soalan daripada Liawan, suka saya maklumkan kepada rakan-rakan khususnya di dalam Dewan yang mulia ini dan rakyat negeri Sabah secara keseluruhannya. Alhamdulillah, kesihatan Yang Berhormat Menteri KPLB Negeri Sabah sudah pun beransur pulih sepenuhnya cuma perlu mematuhi nasihat doktor dan menjalankan terapi ringan. Insya-Allah, dengan doa kita semua Yang Berhormat Menteri akan dapat bertugas semula dalam masa yang terdekat dua hingga tiga minggu.

Terima kasih, satu makluman.

Yang Berhormat Liawan dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) bagi membantu rakyat keluar daripada status miskin dan miskin tegar.

Bagi program pembangunan usahawan luar bandar, kementerian telah membina lima pusat kemahiran masyarakat sebagai Pusat Pembangunan dan Latihan Keusahawanan untuk membantu meningkatkan potensi kemahiran golongan miskin dan miskin tegar. Pusat ini menyediakan kursus kemahiran dan latihan amali serta praktikal kepada golongan sasar. Selain itu, pembinaan lapan pusat keusahawanan desa, KPD, PKD, yang dilengkapi dengan…

Datuk Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Bengkoka

…menyediakan kursus kemahiran dan latihan amali serta praktikal kepada golongan sasar.

Selain itu, pembinaan 8 Pusat Keusahawanan Desa KPD, PKD yang dilengkapi dengan bangunan bengkel dan peralatan mesin adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada kelompok usahawan bimbingan KPLBS meningkatkan pengeluaran produk dan mengembangkan perniagaan mereka. Contohnya, di bawah PKD Kudat yang terdiri daripada bengkel pemprosesan kosmetik, bengkel pemprosesan kek, bengkel pembuatan mee basah, bengkel pembuatan coklat dan bengkel canting batik.

Tuan Speaker, dalam pada itu kementerian juga ber.. memperkenalkan program keusahawanan berasaskan pertanian dan program penternakan burung walit secara bersasar mengikut keperluan dan kesesuaian di daerah-daerah tertentu. Contohnya, Program Penternakan Burung Walit di Daerah Pitas dan Daerah Kecil Banggi, Program Penanaman Sacha Inchi di Daerah Kecil Tamparuli dan Kiulu. Semua program keusahawanan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian adalah bertujuan dalam membantu golongan miskin tegar dan miskin untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi khususnya peningkatan pendapatan di kalangan komuniti luar bandar.

Tuan Speaker, di samping itu terdapat juga program yang telah dirancang bagi membantu rakyat keluar daripada status miskin dan miskin tegar sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Antaranya, Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS), Program Satu Azam, Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan Program Mini Estet Sejahtera.. sejahtera MES.. (MESEJ). Program Projek Pembangunan Kecil (PPK), Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA) dan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA). Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan?

Datuk Harun bin DurabiUMNO · BNPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Bengkoka

Jangan lah bah kau soal.

Speaker

Tiada? Ok kita beralih kepada Yang Berhormat, saya jemput Yang Berhormat Nabawan, dari Nabawan.

Datuk Speaker, soalan saya nombor 5. Nombor 6. Sorry.

PIHAK KEMENTERIAN AKAN MEMPERUNTUKKAN SEBARANG AGIHAN UNTUK MEMASTIKAN PENYELENGGARAAN PUSAT-PUSAT REKREASI DI KAWASAN-KAWASAN PERKAMPUNGAN DALAM BAJET TAHUN 2023. *6.

YB. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin [Nabawan] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, adakah pihak kementerian akan

memperuntukkan sebarang agihan untuk memastikan penyelanggaran pusat-pusat rekreasi, seperti padang bola sepak atau gelanggang-gelanggang sepak takraw, bola tampar dan sebagainya yang terletak di kawasan-kawasan perkampungan dalam bajet tahun 2023.

Jawapan

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Nabawan dan makluman Dewan yang mulia ini, pihak kementerian ada memperuntukkan perbelanjaan bagi menyelenggarakan bagi menyelengaraan padang bola sepak atau gelanggang-gelanggang sepak takraw, bola tampar dan sebagainya yang terdapat di kawasan perkampungan dalam Bajet 2023.

Peruntukan yang disediakan pada Bajet 2023 untuk tujuan penyelenggaraan pada bol.. padang bola sepak atau gelanggang-gelanggang sepak takraw, bola tampar dan sebagainya yang terdapat di kawasan perkampungan tidaklah dapat menampung kesemua permohonan yang diterima daripada kelab, persatuan atau jawatankuasa-jawatankuasa peringkat kampung di seluruh Sabah.

Setiap kerja-kerja penyelenggaraan adalah berdasarkan kepada keutamaan.. keutamaan iaitu tertakluk kepada tahap kerosakan dan keperluan fasiliti-fasiliti sukan yang terdapat di kawasan perkampungan di seluruh Sabah. Dengan erti kata lain, tidak ada agihan tetap peruntukan di setiap kawasan perkampungan di seluruh Sabah. Sekian dan terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan?

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat..Yang Berhormat Menteri. Selain daripada ya.. soalan asal saya melalui Bajet 2023 ini, adakah pihak kementerian bercadang untuk mencari bakat baru dengan melaksanakan penganjuran program sukan di kawasan-kawasan pendalaman? Agar bakat-bakat anak muda boleh dicungkil dengan menyeluruh dan bukan sahaja di peringkat sekolah, IPTA ataupun IPTS kerana ramai anak-anak muda kita ini yang tidak melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih daripada ADUN Nabawan.

Kita menyedari bahawa pertandingan atau kejohanan-kejohanan di peringkat sekolah itu memang tidak mencukupi untuk kita mencungkil bakat-bakat

yang mungkin tidak sampai ke sekolah menengah atau di peringkat universiti. Kita sebenarnya sudah mula ya membuat dan juga merancang pertandingan-pertandingan di peringkat kampung ya dan baru-baru ini kita ada buat di Nabawan ya peringkat 12 tahun bola sepak ya.

Dan beberapa pertandingan lagi akan dirancang pada tahun 2023 ini. Terima kasih.

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Soalan, soalan Tuan Speaker.

Speaker

Dijemput Yang….

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Inanam…

Speaker

YB Inanam…

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Inanam… Baru-baru ini berlaku tragedi budak mati dihempap oleh tiang gol di Padang Manggatal. Jadi pertanyaan saya adalah insiden ini memberi membuka mata kepada setiap yang in the loops yang sepatutnya memberi tindakan membaiki kemudahan asas di padang bola kah di mana sahaja. Apakah kementerian sudah mengambil iktibar dan tindakan seterusnya untuk mencegah perkara ini berlaku lagi? Terima kasih.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih ADUN daripada Inanam ya. Setakat ini saya belum menerima laporan ya daripada.. daripada insiden ini. Jadi itu satu. Yang keduanya, dia tidak ada kaitan dengan soalan yang pertama tadi tetapi kita akan meminta ya..

Speaker

Ya dia lah tu penyelenggaraan.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Penyelenggaraan?

Speaker

Ya. Penyelenggaraan soalan, soalan asal tentang penyelenggaraan.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Penyelenggaraan ya…

Speaker

Jadi ini…

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Jadi ini insiden Datuk Speaker.

Speaker

Tidak, maksud dia penyelenggaraan fasiliti yang ada di padang.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya. Secara terperinci Tuan Speaker, saya belum menerima tentang siapakah apa nama pengelola dan juga pemilik apa nama padang ini, jadi mungkin saya akan terus se… se… setelah mendapat perincian ini saya akan memberi jawapan bertulis kepada ADUN Inanam. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Likas.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya nombor 7.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cadangan Pembinaan Urgent Water Supply Echeme (Uwss) Lra Telibong 1 Dan Uwss Lra Telibong 11Questions

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

*7.

YB. Tuan Tan Lee Fatt [Likas] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA, nyatakan status cadangan pembinaan Urgent Water Supply Scheme (UWSS) LRA Telibong 1 dan UWSS LRA Telibong 11.

Jawapan

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih Tuan Speaker, untuk menjawab Ahli Yang Berhormat dari N.19 Likas dan Dewan yang mulia ini, pada masa ini projek Urgent Water Supply Scheme Loji Rawatan Air Telibong 2 dan juga projek Urgent Water Supply Scheme Loji Rawatan Air Telibong 1 adalah dalam fasa pembinaan.

Bagi projek Urgent Water Supply Scheme Loji Rawatan Air Telibong 2, kemajuan projek setakat 31 Oktober 2002 adalah 93% dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Februari 2023.

Loji rawatan air yang akan membekalkan air terawat sebanyak 10 juta sehari ke kawasan KKIP ini dijangka beroperasi pertengahan tahun 2023. Bagi projek Urgent Water Supply Scheme Loji Air Telibong 1, kemajuan projek setakat 31 Oktober 2002 adalah 95%. Loji rawatan air yang akan membekalkan air rawatan sebanyak 5 juta litre sehari dilaksanakan oleh konsesi Air Jetama Sdn Bhd di bawah pengesahan

bekalan air Kota Kinabalu. Projek ini dijangka siap menjelang penghujung tahun ini. Sekian, Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan? Tiada? Masalah air kita banyak, tiada orang mahu tanya soalan tambahan? Ok sekarang saya jemput Yang Berhormat Tempasuk.

Datuk Speaker, soalan saya nombor 8.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Inisiatif Pihak Kementerian Bagi Mengemaskini Sistem Permohonan Bantuan KebajikanQuestions

*8.

YB. Datuk Mohd Arsad bin Bistari [Tempasuk] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah inisiatif oleh pihak kementerian bagi mengemaskini sistem permohonan bantuan kebajikan khususnya kepada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya, memandangkan terdapat beberapa individu kategori golongan ini telah terkeluar daripada sistem sedangkan mereka masih memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan.

Jawapan

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat · Tanjung Keramat

Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Tempasuk, kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am mempunyai satu sistem…

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

….. Kebajikan Am mempunyai satu sistem yang mengemas kini maklumat data penerima secara automatik.

Sistem tersebut telah dikemas kini dengan mengambil kira teguran daripada Audit Negara terutamanya dalam tempoh masa pelaporan oleh penerima-penerima bantuan. Sebagai langkah kawalan bagi mengelakkan berlakunya ketirisan atau terlebih bayar kepada penerima-penerima yang tidak layak atau telah meninggal dunia, semua penerima perlu melapor diri ke Pejabat Kebajikan Daerah masing-masing setiap tiga bulan sekali. Sekiranya mereka gagal melapor dalam tempoh tiga bulan, sistem tersebut

akan mengeluarkan nama penerima secara automatik tanpa mengambil kira sama ada penerima masih memerlukan bantuan atau sebaliknya.

Proses semakan semula penerima akan dibuat selepas tamatnya tiga bulan. Sekiranya terdapat aduan diterima oleh Pejabat Kebajikan Daerah bagi menentukan sama ada penerima itu masih layak dan sesuai diteruskan bantuan atau sebaliknya. Sekiranya bekas penerima masih layak atau sesuai untuk menerima bantuan tersebut, maka Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am akan mengaktifkan semula penerima dalam sistem.

Oleh itu, pengemaskinian data penerima dalam sistem tersebut memadai buat masa ini.

Tuan Speaker, saya ingin memberi nasihat kepada penerima-penerima yang menerima semua bantuan di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bahawa adalah amat penting bagi setiap penerima mengambil maklum tentang keperluan untuk melapor diri sebelum tamat tempoh tiga bulan atau memperbaharui permohonan bantuan mereka sebelum tamat tempoh, sama ada dalam tempoh 24 bulan untuk Bantuan Kebajikan Negeri ataupun 12 bulan untuk Bantuan Kebajikan Persekutuan.

Speaker

Soalan tambahan. Tiada. Ah, silakan ah Kapayan. Soalan Tambahan

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih ah Tuan Speaker dan ah selamat pagi, terima kasih kepada Menteri.

Emm, saya ingin ah bertanya sahaja berkenaan dengan pemakluman kepada penerima-penerima ini, di mana dikatakan mereka mesti melapor ah selepas tiga bulan sebab kita tahu bahawa ramai juga yang mungkin tinggal di kawasan-kawasan terpencil mungkin tidak mendapat makluman tersebut dan juga adakah third party ataupun wakil boleh pergi ah kalau mereka misalnya adalah penyakit dan mereka tidak dapat ke pusat ataupun tempat yang mereka harusnya ah membuat pendaftaran ataupun penyemakan tersebut? Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Ya, terima kasih soalan daripada ADUN Kapayan, ya sebenarnya proses untuk memaklumkan dalam tempoh setiap tiga bulan tersebut

adalah bertujuan untuk memastikan tidak ada ketirisan ataupun terlebih bayar kepada penerima-penerima yang layak, contohnya apabila penerima telah meninggal dunia.

Jadi untuk tujuan pemakluman tersebut, kita memadai hanya sama ada penerima atau wakil penerima yang sah berhubung dengan Pejabat Kebajikan Daerah, tidak secara fizikal secara talian pun diterima. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa tidak ada ketirisan dalam pengagihan bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Ingin saya berkongsi maklumat di sini berdasarkan teguran daripada Audit Negara, kita mempunyai sehingga September 2022, masih ada kes terlebih bayar sejumlah 61 orang penerima. Maka dengan itulah, ah mengambil kira teguran daripada Audit Negara, maka sistem pemakluman ini dilaksanakan bagi memastikan tidak ada ketirisan. Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan seterusnya.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Kunak. Soalan Tambahan

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih Datuk Speaker. Datuk Menteri soalan saya, apakah pula inisiatif Kementerian dalam memastikan pengemaskinian sistem permohonan bantuan ini dapat diatasi dengan menambah jumlah kakitangan di sesetengah daerah yang saya dapat lihat jumlah penerima bantuan sangat ramai dan jumlah kakitangan kebajikan sangat sedikit? Terima kasih Datuk Menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Terima kasih soalan daripada ADUN Kunak.

Saya mengambil maklum tentang persoalan tersebut, buat masa sekarang apa yang saya dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, jumlah staf yang ada adalah mencukupi.

Walau bagaimanapun, kita menerima cadangan tersebut dan akan membuat penambahbaikan daripada semasa ke semasa mengikut tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Karamunting.

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Tuan Speaker ah, soalan saya nombor sembilan (9).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Bilangan Menara TelekomunikasiQuestions

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

5G YANG AKAN DIBINA DI KAWASAN KARAMUNTING DAN USAHA KERAJAAN UNTUK MEMASTIKAN PELAN-PELAN RANGKAI 5G TELEFON MUDAH-ALIH BOLEH DILAYARI. *9.

YB. Tuan Hiew Vun Zin [Karamunting] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDALA) 2021 sehingga 2025 telah memperuntukkan sebanyak RM3.61 bilion untuk Sabah, berapakah menara telekomunikasi 5G yang akan dibina di kawasan Karamunting dan apakah usaha kerajaan untuk pastikan pelan-pelan rangkai 5G telefon mudah-alih boleh dilayari dengan harga berpatutan dan akses yang mudah.

Jawapan

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Tuan Speaker, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Karamunting, suka saya maklumkan bahawa projek pelaksanaan rangkaian 5G sedang dijalankan oleh Digital Nasional Berhad atau DNB secara berfasa bermula di kawasan-kawasan yang mempunyai tarikan aktiviti ekonomi tinggi. Ini adalah kerana teknologi 5G akan memberi impak kepada sektor perusahaan dan industri. Bagi kawasan Karamunting, sebanyak empat tapak 5G telah dirancang di bawah fasa dua. Antara lokasinya adalah SK Karamunting, Jalan Pelabuhan Baru, Lorong Bandar Nam Tung dan Lorong Laila Tiga.

Kesemua tapak ini masih dalam pelaksanaan dan dijangka beroperasi pada penghujung tahun 2023.

Perkhidmatan 5G hanya boleh digunakan sekiranya peranti pengguna ya handphone peranti pengguna mampu menyokong perkhidmatan tersebut. Antara syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan 5G di negara ini ialah Yes, Celcom, Digi, U Mobile dan Telekom Malaysia.

Setakat ini Kerajaan belum menetapkan panduan Pelan Harga Perkhidmatan 5G. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan, ah Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih, ah Datuk Speaker. Kita memang ingin melihat bahawa Negeri Sabah ini maju ke hadapan dalam sistem komunikasi termasuk 5G, tetapi ah apakah rancangan Kerajaan untuk menyelesaikan dahulu pocket-pocket yang tidak ada servis? Kalau kita jalan

daripada Kota Kinabalu ke Sipitang ada beberapa lokasi black spot yang tidak ada servis ah jaraknya berpuluh kilometer. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri, apakah rancangan segera untuk menyelesaikan ah isu pocket-pocket yang tidak ada servis ini dahulu sebelum kita melaksanakan ah 5G ataupun sekali gus melaksanakan 5G ini di seluruh, terutama sekali dalam rangkaian lebuh raya kerana itulah kita berhubung, bila dalam kereta tiba-tiba tidak ada komunikasi. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sindumin, pihak Kerajaan terutamanya Kementerian dan pihak MCMC menyedari masalah ini. Suka saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa langkah-langkah untuk mengatasi dan membina serta pembangunan telekomunikasi di Negeri Sabah adalah dalam perhatian serius Kementerian. Untuk itu, suka saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa proses untuk melaksanakan kerja-kerja penaiktarafan dan pembinaan baru telekomunikasi kita mempunyai kekangannya tersendiri, contoh kadang-kadang di jalan-jalan yang mempunyai kawasan JKR, mempunyai banyak kekangan, pengambilalihan tanah juga mempunyai kekangan.

Kementerian telah pun membentuk satu jawatankuasa yang kita panggil one stop agency ya, kita telah membentuk satu jawatankuasa one stop agency semata-mata untuk kita menyelesaikan dan mencari penyelesaian segera ke atas masalah-masalah yang timbul. Insya-Allah sebenarnya…

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Insya-Allah, sebenarnya kita perancangan dalam bulan April atau selewat-lewatnya bulan Jun, Program JENDELA dapat kita lengkapkan.

Insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Menteri, terima kasih.

Datuk Dr.

Menteri, soalan tambahan.

Speaker

Okey, Sulabayan. Datuk Dr.

Sulabayan. Terima kasih, Tuan Speaker.

Berhubung kait dengan rangkaian telekomunikasi ini, ini pandanganlah. Saya melihat terlalu banyak sudah tower ini dibina tapi sistem itu masih lagi tidak update.

Saya tengok beberapa tempat di Rupai, contoh. Saya tak nampak banyak menara-menara ini tetapi dari segi akses, capaian itu sangat clear. Jangan cerita 5G. Di tempat saya, contoh, di Semporna, Pulau Bum-Bum itu. Saya ingat berapa tiang sudah dibina menara di situ itu. Nak capai 5G, 4G pun belum sampai. So, ada kemungkinan bukan asyik disebut saja JENDELA ni pasal menara. Kemungkinan sistem itu yang saya nampak. Di mana sudah ini? Jadi, saya berharap perkara ini dah lima tahun menjadi isu. Asyik bercakap pasal menara saja. Mungkin alat itu yang diperlukan, bukan menara sepatutnya. Jadi ini, saya lihat bagi saya, negeri Sabah ini sangat perlu bagi kita. Saya melihat jangan berharap sangat pada JENDELA yang diusahakan daripada Federal.

Seingat Yang Berhormat bekas Menteri Komunikasi, ADUN Usukan tahu perkara-perkara ini.

Speaker

Soalannya, soalannya. Datuk Dr.

Itu sajalah. Saya ingat bukan pasal menara tapi sistem yang digunakan itu saya tengok. Terima kasih.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih.

Bagi menjawab ya, soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sulabayan.

Suka saya maklumkan, menara ini adalah satu alat disediakan untuk service provider. Bukan semua menara yang dibina ini ada perkhidmatan semua telco. Contoh, kalaulah menara itu yang dibina di kawasan Yang Berhormat Sulabayan mungkin Celcom ada buat perkhidmatan atau Digi. Sedangkan YB, contohnya Celcom, perkhidmatan Celcom, Yang Berhormat Sulabayan menggunakan Digi. Sudah tentu Yang Berhormat tidak ada akan dapat signal daripada tu. Justeru itu, kementerian telah mengambil langkah untuk meminta dan mewajibkan semua telco yang buat perkhidmatan di Sabah ini agar memberi perkhidmatan dan memasang peralatan mereka di mana juga menara yang ada.

Selain daripada itu, ada juga telefon bimbit yang kita gunakan ataupun peranti yang kita gunakan tidak mencapai tahap sistem yang ada perlu dibetulkan juga. Terima kasih.

Speaker

Kalau begitu, cepat juga naik tarafkan menara di kawasan bangunan DUN Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Datuk Speaker, sebelum ini, dewan ini tidak mempunyai Wi-Fi tetapi kita telah meminta semua telco untuk mengadakan perkhidmatan di dewan ini dan saya yakin, percaya semua sudah dapat merasainya. Betul tak? Terima kasih.

Speaker

Itu saya akui tapi hanya waktu sesi sidang sebab kalau bukan waktu sesi sidang, kami juga perlukan guna Wi-Fi untuk buat kerja Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Ambil perhatian, Datuk Speaker.

Speaker

Sekarang saya jemput wakil Yang Berhormat Kadamaian untuk soalan seterusnya.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Datuk Speaker, saya bagi pihak Kadamaian untuk mengemukakan soalan nombor sepuluh (10).

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Senarai Penerimaan Bantuan Laptop, Biasiswa, Dana Pibg Dan Lain-Lain Bantuan Pendidikan Bagi Kawasan KadamaianQuestions

Speaker

*10.

YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada MENTERI TUGAS TUGAS KHAS DAN PENYELARASAN, berapakah senarai penerima bantuan laptop, biasiswa, dana PIBG dan lain-lain bantuan pendidikan di bawah kementerian bagi kawasan Kadamaian pada tahun ini. Jawapan

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Membakut

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat DUN Kadamaian dan Dewan yang mulia ini, bilangan bagi penerima bagi bantuan pendidikan di bawah Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan bagi kawasan Kadamaian pada tahun ini adalah seperti berikut:

Pertama, Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara on one-off, yakni BUDI, seramai 15 orang penerima dari kawasan Yang Berhormat.

Kemudian, Bantuan Ehsan Komputer atau BAIK, seramai 21 orang penerima dari kawasan Yang Berhormat Kadamaian.

Manakala, Bantuan Aktiviti Guru dan Ibu Bapa Sabah atau disebut sebagai BAGUS, seramai 25 buah sekolah menerima manfaat daripada BAGUS ini. Manakala, Bantuan Ehsan Sekolah Sabah atau BISBAH, seramai 27 buah sekolah di kawasan DUN Kadamaian.

Seterusnya, Biasiswa Kerajaan Negeri seramai 46 pelajar atau penuntut mendapat biasiswa ini dari kawasan Yang Berhormat.

Bagi Bantuan Khas Tunai Peperiksaan atau disebut sebagai BAKTI, iaitu RM200 one-off yang diberikan kepada pelajar yang akan menduduki SPM, STPM, STAM,

kementerian ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dalam proses memuktamadkan senarai nama pelajar yang layak untuk diberi bantuan ini.

Terima kasih, Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan, tak ada? Ada?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Datuk Speaker, oleh kerana soalan ini sangat spesifik adalah untuk kawasan Kadamaian tapi saya mengambil kesempatan ini untuk mendapat maklumat, kalau boleh, secara bertulis untuk dapatkan info untuk kawasan Luyang. Terima kasih.

(suara tidak jelas/bertindih)

Speaker

Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Usukan.

Tuan Speaker, soalan No. 11.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Projek Terbengkalai Dan Tindakan Kerajaan Untuk Membantu Pembeli-Pembeli Yang TerjejasQuestions

*11. YB. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak [Usukan] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN / MENTERI KEWANGAN II, berapakah jumlah projek perumahan terbengkalai termasuk pembangunan kedai dan apakah tindakan kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli yang terjejas.

Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Usukan dan Dewan yang mulia ini, sehingga kini, hanya terdapat dua projek Pembangunan Perumahan Terbengkalai yang direkodkan dalam rekod kementerian. Projek tersebut adalah Platinum Tower, 1 Sulaman dan Gold Tower.

Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah mengambil tindakan penyelarasan terhadap projek-projek tersebut bagi memastikan pembeli-pembeli yang terjejas dapat dibantu. Bagi Platinum Tower, 1 Sulaman, Sijil Menduduki telah pun diperoleh pada 4 Oktober 2022.

Bagi pembangunan Gold Tower, setakat ini projek tersebut telah diambil alih oleh likuidasi luar, iaitu UHYKL Sdn. Bhd.

Kementerian ini telah mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini.

Jawatankuasa ini adalah bertujuan sebagai pemudah cara kepada projek terbengkalai ini. Secara lazimnya, kementerian akan mengadakan mesyuarat bersama dengan pihak likuidasi yang telah mengambil alih pengurusan syarikat pemaju tersebut dan pihak pembeli serta institusi kewangan bagi mencari persefahaman untuk menyelamatkan projek tersebut.

Pada dasarnya, likuidasi akan memberikan beberapa Skim Penyelamat kepada pembeli sekiranya persetujuan mencapai 75% daripada pembeli rumah, maka likuidasi akan melantik kontraktor penyelamat dan diluluskan oleh mahkamah. Projek tersebut akan diteruskan oleh likuidasi dan kontraktor penyelamat yang telah dilantik.

Contohnya projek Platinum Tower, 1 Sulaman yang telah pun memperoleh Sijil Menduduki pada 4 Oktober 2022.

Kementerian telah berbincang dengan pihak likuidasi dan dimaklumkan bahawa pelantikan kontraktor penyelamat akan dibuat dalam masa terdekat apabila persetujuan Skim Penyelesaian kepada Gold Tower dicapai. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, bagi permohonan kedai, kementerian ini tidak mempunyai data permohonan terbengkalai. Walau bagaimanapun, pada dasarnya Projek Pembangunan Kedai yang terbengkalai akan diambil alih juga oleh pihak likuidasi.

Pihak likuidasi akan melantik kontraktor penyelamat untuk meneruskan Projek Pembangunan Kedai yang terbengkalai. Proses pemulihan Projek Pembangunan

Kedai sama seperti proses Pemulihan Rumah Terbengkalai, iaitu likuidasi akan memberikan beberapa Skim Penyelamat kepada pembeli kedai.

Sekiranya persetujuan mencapai 75% daripada pembeli kedai, maka, likuidasi akan melantik kontraktor penyelamat dan diluluskan oleh mahkamah. Projek tersebut akan diteruskan oleh likuidasi ataupun liquidator dan kontraktor penyelamat yang dilantik. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan? Ya ADUN Dilantik, Datuk Yong.

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pembantu Menteri atas jawapan itu. Bolehkah saya tanya, apakah sebabnya dua projek ini terbengkalai? Sama ada sebab pengurusan…

…..terbengkalai? Sama ada sebab pengurusan, kekurangan kewangan, pandemik apa ataupun sebagainya. Apakah sebabnya projek ini terbengkalai? Terima kasih.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik. Ah, buat masa ini saya tidak mempunyai data yang lengkap untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat. Tetapi seperti dimaklumkan, antara kenyataan Yang Berhormat itu ada juga salah puncanya. Mungkin disebabkan kekangan kewangan salah satu dan juga mungkin disebabkan pandemik. Tapi saya akan ah bagi ah maklumkan dengan Yang Berhormat mengenai terperinci lagi maklum maklumatnya. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Okey. Ah Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Soalan terus ah. Soalan terus. 11:11 Pagi

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Soalan tambahan. Ah tahniah kerana dua saja projek terbengkalai Negeri Sabah. Tapi ah rakyat tidak boleh membezakan Datuk Speaker, antara projek negeri dengan persekutuan. Saya difahamkan, banyak projek-projek di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Persekutuan terbengkalai khususnya di bawah PR1MA dan sudah sampai masanya saya rasa Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Persekutuan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai ini. Di kawasan kita pun Yang Berhomat Timbalan Pembantu Menteri ada ah program projek PR1MA ini terbengkalai. Jadi mungkin kalau minta butir-butir berapakah ah keseluruhan ah perumahan dan kedai Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan yang terbengkalai di Sabah ini, ah demi kebaikan rakyat dan Negeri Sabah. Terima kasih.

11:12 Pagi

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Datuk Speaker. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sindumin. Ah dia ada beza Yang Berhomat. Satu terbengkalai dan satu projek sakit. Projek terbengkalai yang saya maklumkan sebentar tadi. Tapi Yang Berhormat beritahu itu projek sakit. Tetapi untuk pengetahuan Ahli Dewan yang mulia ini, sehingga hari ini ah projek sakit ah sebagai contoh PR1MA, sebenarnya PR1MA ini dia tidak terbengkalai, dia sakit. Sikit saja dan ah alhamdulillah sehingga hari ini ah beransur pulihlah. Macam di Beaufort, sudah beransur pulih. Kita telah berbincang dengan pihak PR1MA, berbincang dengan pihak-pihak ah sub-con. Alhamdulillah, sekarang dalam ah baik dan sudah pun diagihkan kepada pembeli. Tidak pakai doktor ini, dia kacau (ketawa). Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, sekarang saya jemput Yang Berhormat Luyang.

11:13 Pagi

Datuk Dr.

Datuk Speaker, boleh tak berkaitan dengan rumah itu? Sikit saja. Boleh?

Speaker

Ya lah. Saya benarkan. Last. Datuk Dr.

Last ini. Pasal ada Menteri di sini. Cuma saya nak tahu pasal PPR ini. Dulu, isu pasal sewa sepanjang hayat. Masa kita dulu Menteri Persekutuan dah setuju.

Speaker

Soalannya terus Yang Berhormat. Jangan berhujah. Soalannya terus.

Datuk Dr.

Adakah RTO itu sudah diteruskan atau macam mana?

Dulu, pasal rumah PPR sewa sepanjang hayat.

Masa kita dulu kita minta supaya RTO (Rent-to-Own). Makna sewaan tu selesai, milik dia. Sama ada itu dikekalkankah atau tidak? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih ah Datuk Seri Pengerusi. Soal dasar ini sebenarnya, kadang-kadang bertukar-tukar. Sekejap dasar ini, sekejap dasar itu dan PPR ini adalah milik Kerajaan Persekutuan. Kita cuma Kerajaan Negeri membantu untuk mengurus ya seperti mana Yang Berhormat daripada Sulabayan sedia maklum. Kerana sehingga sekarang belum ada kemajuan. Kita telah mencadangkan beberapa ah, apa penyelesaian, tapi buat masa ini dia masih lagi bersifat sebagai tempat untuk tinggal sementaralah menunggu apa itu. Jangan lupa, konsep PPR ini sebenarnya pada mulanya, ialah untuk sebagai tempat persinggahan sahaja. Jadi mohon sedia maklum. Sementara menunggu dia ada rumah tetap dan dia akan pergi dan orang lain yang mampu yang layak akan masuk balik. Tapi selepas itu ada cadangan supaya dia boleh dibeli, boleh disewa dan beli. Tapi setakat ini, Kerajaan Persekutuan belum lagi ada-apa itu, follow up atau follow through terhadap cadangan tersebutlah.

11:14 Pagi

Speaker

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Luyang.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya No. 12.

Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Rancangan Kerajaan Negeri Untuk Mempertingkatkan Dan Menaik Taraf Kemudahan Sukan Di Seluruh 16 Kompleks Sukan SabahQuestions

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

*12.

YB. Tuan Phoong Jin Zhe [Luyang] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, apakah rancangan kerajaan negeri dari segi jangka pendek dan panjang untuk mempertingkatkan dan menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan yang semakin ketinggalan di seluruh 16 kompleks sukan Sabah. Jawapan

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Luyang dan makluman Dewan yang mulia ini, untuk perancangan jangka pendek, pihak Kementerian akan melaksanakan penyelenggaraan dan menaik taraf kompleks-kompleks sukan berdasarkan peruntukan semasa Kementerian. Pada tahun ini, Kementerian telah pun menjalankan pembaikan kecil dan menaik taraf secara berfasa di 16 buah kompleks sukan di Sabah, iaitu di Tenom, Semporna, Penampang, Keningau, Sipitang, Kota Kinabalu, Tawau, Tambunan, Nabawan, Beaufort, Kota Belud, Kudat, Ranau, Lahad Datu, Beluran dan Kompleks Sukan Sandakan.

Pembaikan kecil dan menaik taraf ini bukan bermaksud bahawa pembaikan kecil atau menaik taraf telah dilaksanakan secara menyeluruh. Semua kerosakan di sesebuah kompleks sukan tersebut kerana masih terdapat banyak lagi kerosakan yang perlu dilaksanakan secara berfasa setiap tahun.

Pada tahun hadapan, penyelenggaraan dan menaik taraf akan terus dilaksanakan di semua kompleks-kompleks sukan berdasarkan kepada peruntukan yang ada yang akan diluluskan oleh Kerajaan Negeri nanti.

Untuk perancangan jangka panjang pula, Kementerian akan sentiasa mengemukakan permohonan di bawah program Pembangunan Rancangan Malaysia biayaan Kerajaan Negeri untuk penambahan kemudahan dan fasiliti di kompleks-kompleks sukan yang sedia ada. Sekian dan terima kasih.

11:16 Pagi

Speaker

Soalan tambahan? 11:17 Pagi

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Ah, terima kasih atas jawapan daripada Yang berhormat Menteri. Apakah cara ataupun langkah-langkah yang akan diambil secara sangat proaktif untuk menambahkan pendapatan ah dari segi Lembaga Sukan? Kerana itu penting ah untuk menambahkan pendapatan untuk Lembaga Sukan supaya mereka ada kemampuan dan ability untuk menyelenggara dan mewujudkan fasiliti yang baik untuk Lembaga Sukan. Apa yang saya difahamkan adalah, Lembaga Sukan pun tidak ada pendapatan yang tinggi, justeru selalunya minta budget daripada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. So, apakah cara, apakah program yang kita akan banyakkan untuk menambahkan pendapatan itu? Terima kasih Datuk Speaker.

11:18 Pagi

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih ah soalan tambahan daripada Luyang. Ketika ini kita sedang mengkaji. Ya. Cara kita untuk menambah ah apa nama pendapatan di semua kompleks-kompleks sukan di Negeri Sabah.

Ah untuk perincian nanti setelah kita memuktamadkan cara kita untuk meningkatkan ah pendapatan ini nanti kita akan menulis surat kepada Yang Berhormat daripada Luyang.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pungut saja hutang-hutang persatuan yang belum mahu bayar itu bah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab sudah selesai. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum perbahasan dimulakan, sukacita saya maklumkan bahawa masa perbahasan yang diberikan pada seorang ahli ialah antara 10 ke 12 minit ya. Ah untuk pencadang saya bagi 30 minit dan untuk where is she? Any delegation to any other party to speak? Ya? 11:19 Pagi

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Boleh saya ucap dulu sebab dia tidak ada sini.

Speaker

Can you discuss among the party concern ?

(ADUN Api-Api berbincang dengan ADUN Tanjong Kapor)

Speaker

Okey. No ah I call you later. First, I call from pencadang daripada Yang Berhormat Telupid first. Okey. 30 minit ya. Yang Berhormat Telupid 30 minit. 11:20 Pagi

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker. Datuk Speaker, saya ingin menzahirkan ucapan syukur dan tahniah.

Speaker

...Telupid first. 30 minit ya. Yang Berhormat Telupid, 30 minit.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih, Datuk Speaker. Datuk Speaker, saya ingin menzahirkan ucapan syukur dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah di dalam Pembentangan Bajet Negeri pada 2023 yang telah disempurnakan dengan jayanya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, kerana telah memberikan izin kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan Bajet Kerajaan Negeri Sabah 2022.

Saya berdiri di sini adalah untuk menyokong bajet negeri yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah. Bagi membolehkan pembangunan sosioekonomi negeri tidak ketinggalan apatah lagi proses pilihan raya umum yang baru selesai pada 19 November 2022 dan pembentukan kerajaan baharu yang dibentuk, maka saya ingin mencadangkan agar penyaluran peruntukan perbelanjaan di dalam pembentangan bajet yang berlangsung pada 25 November 2022 yang lalu bertemakan “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera Dipercepatkan”. Dengan izin, saya berpendapat bahawa waran ataupun dokumen yang membenarkan perbelanjaan peruntukan perlulah diluluskan dengan kadar yang segera bagi membolehkan pelaksanaan dan perbelanjaan ke atas inisiatif projek yang terkandung dalam dokumen perbelanjaan yang dibentangkan dapat diluluskan dan dilaksanakan dengan kadar segera.

Perbelanjaan pembangunan adalah elemen penting dalam memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilakukan dengan lebih teratur dan berkesan. Sebagai contoh komitmen Kerajaan Negeri dalam memacu, menggalakkan, memacugalakkan baharu seperti ekonomi digital dan pembangunan infrastruktur adalah selaras dengan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2021-2025. Justeru, perkara seperti ini adalah amatlah penting bagi menjamin jurang perbezaan kadar penembusan Internet, khususnya di kawasan luar bandar, dapat diatasi dengan lebih berkesan.

Datuk Speaker, saya memetik daripada ucapan bajet baru-baru ini, suka saya mengingatkan bahawa fokus kepada peruntukan perbelanjaan yang besar, iaitu berjumlah RM1.16 bilion di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah bagi tahun 2023 perlulah dilaksanakan dengan kadar segera kerana ianya merupakan salah satu isu utama yang sentiasa membelenggu rakyat di Negeri Sabah.

Sebagai contoh, sebanyak 22 Loji Rawatan Air (LRA) di Sabah berdepan masalah untuk membekalkan air bersih berikut pencemaran sungai yang menjejaskan operasi loji. Loji terbabit terletak di Tuaran, Kinabatangan, Tawau, Kalabakan, Kunak, Keningau, Tenom, Nabawan, Sook, Tulid, Beaufort, Sipitang dan Kota Belud. Sebanyak 84 LRA beroperasi di seluruh Sabah ketika ini, namun 22 buah loji di daerah tersebut dikenal pasti paling bermasalah di Sabah berdepan kekurangan bekalan air sehingga 40% di seluruh negeri Sabah.

Sehubungan dengan itu, RM794.8 juta peruntukan perbelanjaan dibentangkan bagi menyokong pembaikan dan penaiktarafan infrastruktur asas khusus untuk luar bandar, terutamanya bekalan air bersih adalah sangat wajar. Peruntukan ini akan disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Air Negeri Sabah bagi tujuan operasi menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur pengairan dan saliran pengurusan dan pembinaan sistem tebatan banjir serta pembersihan dan pertahanan tebing sungai. Seterusnya untuk melaksanakan kerja pengurusan pentadbiran, penyelenggaraan operasi jabatan demi memastikan bekalan air yang selamat dan berterusan dari segi kuantiti dan kualiti tercapai. Peruntukan ini juga digunakan untuk tujuan operasi pejabat, penyelenggaraan dan pembaikan loji air serta penggantian pam dan motor, penyelenggaraan jana kuasa dan pembaikan paip artikulasi serta pemindahan paip akibat pembesaran dan penaiktarafan jalan raya.

Perhubungan jalan raya terutamanya di kawasan luar bandar juga merupakan satu isu yang harus mendapat perhatian yang sewajarnya dan diselesaikan dengan segera. Antara perhubungan jalan raya yang dikatakan perlu penyelenggaraan, terutamanya di kawasan saya itu di kawasan Telupid, Sandakan dan kawasan luar bandar yang lain. Perkara ini menjadi kebimbangan utama kepada pengguna jala raya terutamanya dalam aspek keselamatan. Peruntukan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya adalah sebanyak RM360.19 juta bagi melaksanakan projek pembangunan berimpak tinggi seperti jalan raya, jambatan, cerun, bangunan dan pengurusan trafik serta keselamatan jalan raya di kawasan bandar, luar bandar serta pekan kecil. Peruntukan khas di bawah Jabatan Kerja Raya Sabah RM35 juta juga diberikan kerana Kerajaan Negeri sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat akibat daripada bencana alam, iaitu banjir. Peruntukan sebanyak RM212.6 juta kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga (KPLB) memberi kelebihan kepada Pejabat-pejabat Daerah dan Pejabat-Pejabat Daerah Kecil bagi meneruskan usaha memperbaiki jalan perhubungan antara kampung dan pekan supaya penduduk luar bandar dapat menggunakan kemudahan asas yang disediakan seperti jalan kampung dan juga balai raya, jambatan serta rumah-rumah ibadah. Di samping itu, saya ingin menyarankan agar operasi dan pengurusan Pejabat Daerah dapat dipertingkatkan dengan melantik juruteknik-juruteknik tambahan di setiap daerah bagi melancarkan pelaksanaan projek-projek dan aktiviti pembangunan di setiap daerah.

Kita mendapat rungutan daripada wakil-wakil rakyat bahawa kekurangan juruteknik di setiap Pejabat Daerah untuk menyediakan BQ untuk pelaksanaan projek-projek kerajaan terutamanya peruntukan yang di bawah peruntukan khas ADUN. Jadi kita memohon supaya ada tambahan juruteknik di setiap Pejabat Daerah untuk kelancaran penyediaan BQ ini nanti. Pada masa yang sama Datuk Speaker, SSL bagi pengeluaran beras Sabah hanya mencapai 24% dan melalui program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB). Pengeluaran hasil padi di negeri Sabah dijangka akan meningkat sebanyak 60% menjelang tahun 2025. Melalui SMART SBB, kawasan sawah luas yang terbiar seperti di Telupid, iaitu kawasan tanah KPD di Bambangan Telupid dan juga Kota Belud serta daerah lain akan dibangunkan dengan penglibatan pesawah tempatan. Ia diharapkan akan mampu mengeluarkan lebih daripada tujuh hingga lapan tan

metrik beras setahun. Program SMART SBB yang dirangka khusus sebagai hala tuju baharu sub sektor padi beras dan negara untuk meningkatkan produktiviti dalam mencapai SSL beras 75% pada tahun 2025. Ketika ini, negara hanya mampu mengeluarkan SSL beras pada tahap 70% sepanjang tempoh negara ini berkecimpung dalam industri padi beras. Antara faktor yang dikenal pasti adalah pengurusan tanah yang tidak cekap. Justeru itu, pihak swasta perlu dilibatkan agar tanah sawah ini boleh diurus dengan efisien bagi mendapatkan pengeluaran hasil yang tinggi.

Di samping itu melalui Belanjawan Negeri Sabah 2022, Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Perikanan sebanyak RM501.54 juta dan sebanyak RM69.2 juta daripada peruntukan tersebut diagihkan untuk tujuan operasi dan pembiayaan pelbagai program bantuan kepada para nelayan dan penternak di negeri Sabah.

Kita memohon kepada Kementerian Pertanian supaya melipat gandakan usaha dalam pengeluaran produk pertanian bagi menghadapi, mengikut andaian dunia bahawa kita akan bakal menghadapi krisis makanan dalam tempoh dua tahun ke hadapan. Justeru itu, belanjawan yang ada pada hari ini, kita memohon kepada kementerian supaya melipat gandakan usaha dalam meningkatkan produk tanaman dan bukan itu sahaja, kita mencadangkan kepada kementerian untuk menjalankan kempen untuk penanaman bijirin dan juga tumbuhan untuk membekalkan makanan kepada ternakan dan haiwan yang pada hari ini kita bergantung…

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

...... kita bergantung kepada import bijirin seperti jagung, untuk dibekalkan kepada penternak-penternak ayam dan juga lembu. Oleh sebab itu, kita menyeru kepada Kementerian Pertanian supaya mengadakan kempen kepada penanam-penanam padi bukit, selepas tanam padi bukit barangkali tanaman bijirin seperti jagung dan tanaman kontang jangka pendek yang lain bolehlah diberikan kepada petani-petani padi bukit ini, supaya mereka juga dapat membekalkan bijirin kepada penternak-penternak ayam, supaya pengusaha-pengusaha ayam yang ada di negeri Sabah ini dapat memberi mendapat bekalan makanan ayam yang secukupnya.

Datuk Speaker, dalam meneruskan belanjawan yang telah dibentangkan oleh kerajaan pada hari ini, kita memerlukan satu kestabilan politik dalam urus tadbir negeri kita. Baru-baru ini kita telah menghadapi pilihan raya dan kerajaan telah pun dibentuk. Oleh sebab itu, dalam memastikan kestabilan politik di negeri Sabah khususnya, saya menyarankan agar semua pihak yang terlibat dalam kancah politik ini perlulah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.

Kestabilan dalam proses pentadbiran negara dan negeri juga adalah bergantung kepada bagaimana proses perjalanan pentadbiran kerajaan. Di negeri kita, di negara kita dapat dilaksanakan tanpa sebarang ancaman ataupun gangguan yang akhirnya boleh menjejaskan kepada semua pihak.

Rakyat telah mendengar bajet yang telah dibentangkan baru-baru ini yang merupakan satu bajet yang agak besar bagi kita. Rakyat sudah tentu ingin melihat sejauh mana kita boleh melaksanakan projek-projek kerajaan di bawah belanjawan ini. Kita tidak mahu, kita cuma mendengar tapi rakyat di bawah tidak dapat melihat apakah pembangunan-pembangunan melalui bajet yang kita sudah bentangkan ini. Kita menyeru setiap kementerian supaya dapat menggunakan perbelanjaan yang telah dibentangkan ini, supaya setiap daerah mendapat peruntukan yang seadil-adilnya. Kita minta supaya kementerian menyalurkan bantuan dan peruntukan kepada daerah-daerah yang benar-benar memerlukan. Kita dapat rungutan juga ada tradisi kementerian-kementerian, memperuntukkan sejumlah wang untuk kawasan mereka sendiri.

Saya menyeru kepada kita semua, terutama kepada pihak kementerian, perbelanjaan ini haruslah diagih sama rata, terutama bagi kawasan luar bandar yang masih banyak memerlukan pembangunan. Justeru itu, kita harus mengikis sikap, sifat kita untuk memajukan kawasan kita dahulu yang diwakili oleh menteri ataupun pembantu menteri. Bagi kami yang bukan dalam kalangan menteri, pembantu menteri tolonglah supaya ada keadilan, ketelusan dalam penyaluran peruntukan kerajaan ini. Kerana sudah tentu daerah-daerah yang tidak mendapat peruntukan, akan menjadi liability kepada kerajaan akhirnya. Justeru, kita meminta kepada kementerian terutamanya kepada pengarah-pengarah supaya turun padang mengenal pasti projek yang diberi keutamaan di setiap daerah supaya belanjawan pada kali ini dapat kita dirasai bersama-sama.

Datuk Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyelitkan beberapa perkara mengenai dengan peruntukan yang telah dibentangkan pada baru-baru ini. Spesifiknya seperti rampasan tanah bagi projek Jalan Singgah Mata ke Jalan Kg.Tapaang, Daerah Telupid yang sehingga kini pampasan tanah melalui Jabatan Tanah dan Ukur belum lagi ditunaikan. Kita sudah membawa semua peserta yang terlibat dengan pampasan tanah, tanaman dan bangunan ini ke Pejabat Daerah bersama-sama dengan Jabatan Tanah, namun pada hari ini kita belum mendapat jawapan ataupun bayaran daripada pihak Jabatan Tanah mengenai dengan pampasan tanah, tanaman dan bangunan ke atas projek Jalan Singgah Mata ke Kg.Tapaang, Daerah Telupid.

Dalam pada itu juga, saya juga ingin mencadangkan supaya satu tambahan bajet bolehlah difikirkan mengenai dengan peruntukan khas untuk penyukatan tanah-tanah adat ini, yang mana kita bergantung kepada peruntukan Persekutuan mengenai dengan penyukatan tanah-tanah adat yang dikenali sebagai PANTAS. Kita memohon melalui bajet Jabatan Ketua Menteri, Menteri Kewangan supaya ada agihan untuk menyelesaikan penyukatan tanah-tanah adat melalui kaedah PANTAS ataupun penyukatan kaedah biasa bagi tujuan menyelesaikan tanah seterusnya tanah itu dapat dikeluarkan geran kepada pemohon-pemohon tanah yang saya rasa di seluruh Sabah ini mengimpi-impikan geran tanah mereka dikeluarkan. Kalau belum diukur, bagaimana pula kita boleh mengeluarkan geran tanah dan pengukuran ini memerlukan kewangan. Justeru itu, kita juga melihat ada keperluan pada kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Ukur supaya membuat penyukatan tanah kepada setiap permohonan tanah yang telahpun dibawa ke LUC meeting dan tinggal menunggu penyukatan.

Datuk Speaker, dalam pembentangan bajet baru-baru ini, kita melihat dan mendengar sesuatu yang agak besar, oleh sebab itu kita minta supaya pembangunan di seluruh negeri Sabah ini dapat dijalankan melalui bajet yang sedia ada . Kita juga perlu melihat kepada sektor-sektor yang boleh dibangunkan terutamanya dari segi pertanian yang sudah saya sebutkan tadi terutamanya juga kepada pelancongan. Walau bagaimanapun, facilities di luar bandar haruslah menjadi keutamaan.

Oleh sebab itu, saya minta supaya agensi-agensi kerajaan, terus melihat keperluan setiap daerah turun padang sendiri membantu wakil-wakil rakyat supaya setiap perbelanjaan yang kita peruntukan ini mengenai sasaran untuk penyelesaian masalah-masalah di daerah supaya dapat diselesaikan. Kita tidak mahu kewangan yang sebegitu banyak dibelanjakan kepada sesuatu yang tidak berimpak tinggi, maksudnya di sini kita harus melihat kepada pembangunan yang berimpak tinggi dari segi kepentingan awam, dari segi penaikan (kenaikan) ekonomi, taraf sosial, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

Banyak lagi sekolah-sekolah yang daif di luar bandar dan memerlukan pembelaan daripada kerajaan. Banyak lagi kampung-kampung yang masih belum mendapat bekalan air bersih seperti yang saya sebutkan tadi.

Demikian juga kawasan-kawasan kampung di tanah rendah yang ada potensi risiko untuk banjir, semua ini kita memerlukan perhatian daripada kerajaan supaya kita dapat laksanakan. Kita tidak mahu, kita hanya syok mendengar dengan bajet yang ada, kita dengar juta-juta, billion-billion selalu orang kampung cakap itu. Kita dengar ratusan juta, billion-billion tapi di mana itu billion-billion, kami tidak nampak. Jadi ini kita mahu supaya kerajaan lebih telus, lebih fokus, lebih serius untuk membelanjakan setiap sen yang ada. Kita kembalikan kepada rakyat kita, kerana rakyat kita dahagakan pembangunan.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

… dahagakan pembangunan. Kita semua akan balik kampung, pencen dari politik, pencen sebagai penjawat awam. Kita akan balik kampung dan menjadi orang biasa, di sanalah kita akan tahu bahawa kita telah gagal membangunkan negeri Sabah ini.

Oleh sebab itu, Datuk Speaker, sekali lagi saya berterima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mencadangkan bajet belanjawan pada kali ini dan sudah tentu harapan kita semua supaya bajet kita kali ini dapat memanfaatkan seluruh rakyat Sabah khususnya.

Walau bagaimanapun, sekiranya kestabilan politik terganggu maka sia-sialah perbentangan bajet pada kali ini. Oleh sebab itu, saya menyeru pada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat terus menyokong kepada Kerajaan sama ada Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana kestabilan politik adalah kunci utama kepada kita semua. Datuk Speaker, sekiranya perancangan dan inisiatif pembangunan yang telah dirancangkan tidak dilaksanakan dengan segera dan mengandaikan krisis ekonomi akan berlaku pada suku pertama tahun 2023. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan status kadar sara sendiri, negeri mahupun negara. Perkara ini amatlah penting kerana dibimbangi ketidakpastian, kestabilan bekalan makanan akibat kos sara diri yang semakin tinggi apabila berlakunya krisis ekonomi berterusan yang melanda negara kita, semua pihak akan berdepan dengan dasar negara luar seperti dasar perlindungan di mana negara luar akan mengurangkan kadar eksport ke negara lain.

Datuk Speaker, saya akhiri perbahasan saya ini di sini, Datuk Speaker dan mencadangkan kelulusan peruntukan perbelanjaan negeri Sabah 2023 supaya dipercepatkan. Sekian dan terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat N.47 Telupid. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Api-Api untuk berucap, 30 minit ya.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Less-less tak begitu panjang. Datuk Speaker, selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua Yang Berhormat yang ada di sini Dewan yang mulia sini. Saya mengalu-alukan belanjawan negeri 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor Jumaat lalu. Ia adalah belanjawan or RM5.138 bilion dengan lebihan RM130.47 juta ke arah pengukuhan ekonomi. Saya berharap belanjawaan ini akan mendorong Sabah ke arah pemulihan ekonomi dan membawa kelonggaran kepada rakyat terutamanya keluarga yang kurang bernasib baik di daerah-daerah termiskin. Datuk Speaker, saya tertarik dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memulih dan membangunkan sektor pelancongan melalui pelbagai inisiatif pada tahun hadapan. Saya berharap ini akan membuahkan hasil untuk meningkatkan ekonomi Sabah.

Satu inisiatif tersebut adalah untuk mempromosikan Sabah di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pilihan untuk konvensyen dan seminar adalah mengembirakan untuk mengambil bahagian bahawa Kerajaan telah menubuhkan Biro Konvensyen Sabah untuk mempercepatkan pertumbuhan industri pelancongan. Datuk Speaker, dengan pemulihan sektor pelancongan, saya menggesa Kerajaan untuk membangunkan lebih banyak destinasi pelancongan baharu untuk menarik pengunjung baharu berulang ke Sabah. Dalam hal ini, saya menyeru Kementerian Pelancongan mempertimbangkan semula cadangan Sanktuari Tenggiling Tawau sebagai tarikan pelancong hidupan liar yang baharu dalam kawasan Taman Bukit Tawau yang dilindungi. Ia dicadangkan pada tahun 2019 semasa saya berkhidmat di Kementerian Pelancongan.

Sebenarnya memorandum persefahaman (MOU) mengenai penubuhan sanktuari telah ditandatangani antara Institut Penyelidikan dan Sanktuari Tenggiling Sabah Arizona atau Sanktuari Arizona dan Jabatan Hidupan Liar Sabah pada bulan Jun tahun 2019. Pengasas Sanktuari Arizona, Encik Peter Chang dari Amerika masih komited dan menunggu untuk kerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi pembangunan projek tersebut.

Datuk Speaker, akhir sekali saya juga berharap memandangkan kita mempunyai Kerajaan Persekutuan yang baharu dengan pemimpin baharu yang memegang tampuk kepimpinan, saya percaya yang Sabah akan diberi perhatian yang lebih dan juga lebih banyak peruntukan kewangan untuk membangun negeri ini keluar daripada kelesuan ekonominya. Kita tahu Rome is not build in one day, Rome tidak dibina dalam sehari. Jadi beri masa yang cukup pada Kerajaan baharu untuk menangani isu-isu mendesak seperti kos sara hidup yang tinggi dan banjir serta jalan yang teruk dan juga kadar kemiskinan dan pengangguran yang tinggi di Sabah. Dengan ini saya mohon untuk menyokong Belanjawan Negeri Sabah tahun 2023. Sebelum saya tamatkan ucapan saya, I wish to every Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan sini, a Merry Christmas and a Happy New Year. Kita jumpa lagi next year. Thank you.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Api-api. Semangat tahun baharu ya.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Thank you, Tuan Speaker. I’m very shocked.

Speaker

(Ketawa kecil) Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sebatik.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Terima kasih, Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya saya diberi kesempatan untuk menyertai perbahasan di Dewan yang mulia ini dan dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Menteri Kewangan merangkap Ketua Menteri Sabah. Dengan penyediaan laporan belanjawan yang komprehensif dan menyantuni hampir semua lapisan masyarakat pada kali ini, saya berharap pelaksanaannya dapat dijayakan dengan sempurna, insya-Allah.

Datuk Speaker, mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Sabah telah mencatatkan peningkatan, iaitu sebanyak RM78.7 bilion pada tahun 2021 berbanding RM77.8 bilion pada tahun 2020, negeri ini adalah antara enam negeri yang kekal sebagai penyumbang utama kepada KDNK Nasional sebanyak 5.7% pada tahun 2021 selepas Selangor, iaitu 24.8%, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 15.7%, Johor 9.5%, Sarawak 9.5% dan Pulau Pinang 7.1%. KDNK per kapita Sabah juga telah meningkat kepada RM29,961 pada… Datuk Hassan A. Gani Pg. Amir [Sebatik]:...kepada RM29,960 pada tahun 2021 berbanding RM24,652 pada tahun sebelumnya .

Datuk Speaker, di sebalik pencapaian positif yang saya sebutkan tadi, Laporan Sosioekonomi Negeri Sabah bagi tahun 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan Insiden Kemiskinan Mutlak di Sabah adalah yang tertinggi iaitu 25.3% pada tahun 2020 berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Saya juga ingin menyentuh laporan Bank Dunia yang menyatakan bahawa kadar kemiskinan di Sabah pada tahun 2020 adalah yang tertinggi di negara ini, iaitu lebih 3 kali ganda daripada Purata Kemiskinan Negara.

Laporan itu juga menyebut hampir 36% daripada kesemua mereka yang hidup dalam kemiskinan di Malaysia berada di Sabah. Pada tahun 2019, hanya daerah Penampang yang mempunyai kadar kemiskinan di bawah Purata Kebangsaan, manakala kadar kemiskinan di daerah Tongod berada pada kira-kira 57%, sekitar 10 kali ganda Purata Kemiskinan Negara.

Datuk Speaker, di dalam memenuhi terma Belanjawan Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera, saya ingin menarik perhatian kepada Ahli Dewan yang mulia ini bagaimana situasi nasib nelayan tradisional di kawasan Pantai Timur terutama sekali di kawasan pulau-pulau.

Sebagai contoh, Teluk Wallace di Pulau Sebatik yang kaya dengan hasil laut tidak dapat dinikmati secara maksimum kerana bersaing dengan nelayan pukat tunda yang bukan dimiliki oleh masyarakat Sebatik dan diselenggarakan oleh warga asing.

Di sini, saya ingin mencadangkan satu program transformasi nelayan moden yang mana kerajaan menyediakan geran untuk pembinaan kapal yang dianggotai oleh 5 orang nelayan secara perkongsian di bawah program bantuan yang diperuntukkan RM69.2 juta kepada Kementerian Pertanian dan Perikanan.

Pastinya dengan bot yang besar ini membolehkan mereka mendapat hasil yang lebih dan mampu menyaingi pukat tunda yang semakin rakus melangkaui zon larangan menunda pukat mereka.

Datuk Speaker, kadar pengangguran di Sabah juga direkodkan adalah yang tertinggi di antara lima negeri yang ketinggalan atau lagging state dengan izin di Malaysia seperti Sarawak, Kedah, Kelantan dan Perlis.

Menurut laporan Bank Dunia pada tahun 2019, iaitu sebelum pandemik COVID-19 kadar pengangguran Sabah adalah yang kedua tertinggi di Malaysia, iaitu 5.8% selepas pandemik meningkat sebanyak 2.4% kepada 8.2% pada tahun 2021. Pada suku kedua tahun 2022 terus merekodkan kadar pengangguran tertinggi, iaitu 8.6%.

Kadar pengangguran dalam kalangan siswazah Sabah juga merekodkan peratusan yang tinggi setiap tahun, iaitu 8.1% pada tahun 2019, 9.5% pada tahun 2020 dan 8.4% pada tahun 2021.

Seperti yang kita sedia maklum, golongan belia adalah antara

aset negara yang harus diberi peluang dalam pembangunan ekonomi. Dengan penglibatan aktif mereka dalam aktiviti pembangunan ekonomi, kadar pengangguran dalam kalangan belia luar bandar dan graduan baharu dijangka dapat dikurangkan. Datuk Speaker, (berdeham) saya juga ingin mencadangkan agar usaha bersepadu dalam membantu pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman sawit di kawasan-kawasan pulau di seluruh Sabah , sebagai contoh di Pulau Sebatik di mana ketika ini ramai pekebun kecil yang menjual hasil sawit mereka kepada syarikat swasta setempat, terpaksa menjual dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga sawit di Tanah Besar dan ini pastinya mengurangkan keperkasaan ekonomi yang menggugat kesejahteraan rakyat.

Datuk Speaker, (berdeham) mewakili rakyat DUN Sebatik dan juga mewakili setiap individu daripada DUN Sebatik saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dengan rancangan untuk pelaksanaan pekan baharu Kalabakan dan Sungai Melayu di Pulau Sebatik yang pastinya memberi nafas baharu buat rakyat di DUN Sebatik. Namun setiap daripada kita sebagai rakyat Malaysia yang mampu menjaga nama baik negara tercinta ini harus melihat kepada realiti di bumi Sebatik.

Jika dibandingkan panorama Sebatik, sebelah negara jiran dengan pelabuhan bertaraf antarabangsa lima bintang yang sedang dalam pembinaan serta infrastruktur yang agak ke hadapan, berbanding dengan apa yang ada di tanah Sebatik di sebelah negara, kita pasti terdetik rasa kegusaran yang menebal. Sebagai contoh, baru-baru ini, sebuah jeti kegunaan anak-anak Pulau Sebatik di beberapa buah kampung terpaksa dirobohkan. Seba… seba… sebahagiannya atas faktor keselamatan dan media sosial ataupun Facebook saya dipertanggungjawabkan oleh rakan-rakan politik setempat kerana robohnya jeti tersebut, sedangkan hakikatnya para pegawai di Pejabat DUN N.73 Sebatik dan saya sudah berusaha memastikan jeti tersebut diselamatkan dengan kapasiti kewangan yang terhad.

Maka dengan rendah diri, saya merayu kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah yang memperoleh peruntukan RM21.88 juta agar dapat membantu untuk membina jeti konkrit berskala sesuai dan mampu dibanggakan apabila orang luar dan pelancong melihat jeti di setiap kampung di pulau.

Datuk Speaker, akhir sekali saya juga ingin mencadangkan agar daerah Kalabakan mempunyai sebuah majlis daerah supaya dapat melonjakkan ekonomi daerah tersebut dan juga dapat menyumbang kepada pendapatan negeri Sabah amnya. Saya yakin bahawa sebagai sebuah daerah penuh dan dikelilingi oleh ladang-ladang syarikat swasta dan GLC, begitu juga dengan kepadatan penduduk yang semakin meningkat, sudah pastinya Pejabat Daerah Kalabakan bakal mendapat kutipan hasil yang mampu membangunkan daerah Kalabakan itu sendiri.

Selaras dengan tema dengan belanjawan negeri kali ini juga iaitu Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera, saya menggesa pihak kerajaan menumpukan kepada usaha mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu dan mempergiatkan lagi program-program pembasmian kemiskinan sebagai usaha untuk mengurangkan pengangguran dan seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah dan kumpulan sasar.

Datuk Speaker, hanya ini sahaja yang saya dapat bentangkan dan bahas pada kali ini, dan untuk mengakhiri ucapan saya terimalah serangkap pantun. Sampai masa nikmat dirasa, Sebatik membangun terjulang negara; Menyantuni jiwa segenap darwarsa, Ekonomi diperkasa, Rakyat Sejahtera.

Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih..

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Sebatik.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.56 Tanjong Papat. 12 minit ya, twelve minutes.

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Terima kasih, cukup juga Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan bajet untuk tahun 2023 yang telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada 25 November 2022. Sandakan telah menyaksikan zaman kegemilangannya pada tahun 1970-an hingga 2000-an. Daripada ledakan industri kayu balak ke industri perladangan koko dan kemodenan ke industri kelapa sawit sejak 20 lebih tahun yang lalu. Banyak kilang pembuatan produk berasaskan kayu telah ditutup dan hanya tinggal beberapa yang masih dalam penghasilan. Ramai pekerja telah terjejas dan diberhentikan kerja malah banyak kilang yang terbiar dan usang sudah boleh dilihat dengan ketara di kawasan tepi jalan Batu Sapi. Ini berkemungkinan sebahagian daripada sebab kekurangan dasar untuk memperkembangkan industri hiliran oleh Kerajaan Negeri ketika itu.

Begitu juga industri kelapa sawit, minyak sawit telah menjadi tanaman emas kepada Sabah dan Malaysia dengan pengeluaran minyak sawit mentah sebanyak 4.36 juta tan metrik untuk Sabah pada tahun 2021 dengan 4.02 juta tan dieksport. Kerajaan telah mengakui fakta ini. Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan Sales and Service Tax, dengan izin, selama beberapa tahun ke atas penjualan buah tandan segar. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sabah telah menyaksikan perkurangan atau penurunan dramatik pekerja asing dalam bidang ini menyebabkan peringatan kos buruh dan kerugian hasil tanaman akibat kekurangan buruh, bahan mentah seperti baja dan pelbagai bahan kimia yang diperlukan untuk tujuan tersebut telah mengalami peningkatan kos pembeliannya. Semua ini akan memberi kesan buruk kepada hasil negeri jika Kerajaan Negeri tidak mengambil rancangan untuk menangani dan menyelesaikan semua isu berkaitan. Datuk Speaker, semua bahan mentah di Sabah datang dari dan melalui Semenanjung Malaysia. Fakta bahawa Sandakan tidak mempunyai pelabuhan yang besar, baik, cekap dan kemudahan yang menyenangkan, keadaan ini tidak membantu dalam membawa masuk mana-mana pelabur atau syarikat pembuatan yang besar. Tanpa jumlah pengeluaran produk yang tinggi dari Sandakan, sudah tentu tidak wajar bagi syarikat perkapalan untuk menjadikan Sandakan sebagai

salah satu pelabuhan panggilannya. Jika tidak, ia akan melibatkan kos yang lebih tinggi bagi pengilang-pengilang untuk penghasilan dan logistik di Sandakan. Adakah Kerajaan Negeri kita telah membuat sebarang usaha untuk memperbesarkan pelabuhan di Sandakan untuk menambah kapasiti dan menjadikannya lebih cekap? Adakah kita mewujudkan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk dasar cukai dan insentif lain untuk memindahkan keluar sedia ada di ke Sandakan serta menarik pelabur dalam dan luar negara? Sudah tentu, satu pertimbangan lain ialah penyediaan pekerja mahir dan terlatih untuk membekalkan kepada industri pembuatan. Dalam perkara ini, adakah Kerajaan Negeri telah membuat penjajaran semula dengan pihak terlibat termasuk pakar pelabur terhadap pekerja mahir yang akan diperlukan untuk operasi penghasilan pelabur?

POIC Sandakan kekal tidak dihuni oleh industri walaupun ia telah dibina untuk pelabur antara satu hingga dua dekad yang lalu. Persoalannya adalah mengapakah pelabur tidak berminat? Adakah Kerajaan telah menjalankan sebarang kaji selidik untuk mengetahui mengetahui pelbagai sebab kurangannya minat pelabur terhadap lokasi yang kelihatan sebagai lokasi utama? Bolehkah kerajaan menyediakan insentif yang diperlukan untuk menarik pelabur di kawasan itu bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada ramai penduduk tempatan yang masih tiada pekerjaan? Datuk Speaker, dalam peruntukan kepada Perpustakaan Negeri Sabah, saya berharap agar perhatian dan tumpuan diberikan kepada penyelenggaran pelbagai struktur fizikal di Sandakan di bangunan tersebut. Jika tidak, ia akan menjadi lebih teruk dilihat dan tidak menyenangkan para pengunjung.

Datuk Speaker, walaupun saya berbesar hati mendengar peruntukan sebanyak RM 120 juta untuk 1500 unit rumah di Sabah untuk kumpulan sasar, saya ingin mengingatkan Kementerian berkenaan bahawa Sandakan mempunyai ramai penduduk miskin tegar dan peruntukan yang adil harus diperuntukkan kepada Sandakan.

Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah telah diperuntukkan sebanyak RM 90.94 juta. Banyak kawasan perumahan dan khususnya bandar Sandakan telah mengalami masalah besar dengan penyumbatan pembentungan selama beberapa

tahun. Saya berharap kakitangan Jabatan dapat sentiasa memberikan maklum balas segera terhadap setiap aduan.

Datuk Speaker, Dengan demikian saya mengakhiri ucapan perbahasan saya dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua penganut Kristian dan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Papat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan di sini bahawa kita tidak ada lunch break ya, kita akan teruskan persidangan kita. Kita tidak ada buat usul untuk buat lunch break. Jadi, setakat ini saya hanya ada berbaki tujuh orang nama untuk berucap pada hari ini. Jadi saya sarankan ahli-ahli yang mana masih belum hantar nama itu dan berhasrat untuk berucap, sila kemukakan nama dan janganlah tunggu pada esok hari nanti semua orang berucap masa makin singkat. Okey, terima kasih. Jadi, sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Amat Berhormat Datuk Raimie Unggi.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Terima kasih, Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Keluarga Malaysia dan juga Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Kewangan dalam kerajaan hari ini atas pembentangan bajet pada tahun hadapan dengan anggaran perbelanjaan belanjawan berjumlah RM5.138 bilion dengan anggaran kutipan hasil sebanyak RM5.268 bilion, iaitu belanjawan lebihan surplus bajet berjumlah RM130.47 juta yang telah dibentangkan pada minggu lepas. Saya juga menyambut baik pembentangan bajet yang telah dilaksanakan yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat bagi memacu dan memperkasa ekonomi negeri demi memastikan pembangunan Sabah, kesejahteraan rakyat secara inklusif dan berterusan bersesuaian dengan tema bajet kita kepada kali ini, iaitu “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”.

Datuk Speaker, kos sara hidup memandangkan kadar inflasi negeri Sabah dalam tempoh Januari hingga Jun...

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

…tempoh Januari hingga Jun 2021 adalah 1.4%, isu kos sara hidup dan kenaikan pelbagai harga barang yang sangat keterlaluan amat membimbangkan kehidupan rakyat khususnya golongan marhaen dan rentetan ditambah pula dengan saiz keluarga yang ramai yang mana menyebabkan mereka semakin terhimpit.

Kita sering mendengar keluhan dan rungutan daripada suri rumah di luar sana berkaitan harga barang keperluan harian seperti ikan, ayam, telur dan sayur-sayur naik secara mendadak, sumber daripada Utusan Malaysia pada 29 Oktober 2021.

Datuk Speaker, secara teorinya, semakin meningkat kos sara hidup, semakin kurang kuasa beli pengguna. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan boleh guna. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga barang atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu yang akan memberi kesan kepada kuasa beli mereka, juga kualiti hidup secara keseluruhannya. Hal demikian bukan sahaja menyukarkan mereka untuk menabung, menyimpan wang malah ada yang terpaksa mengikat perut demi memastikan kelangsungan hidup, diri dan keluarga.

Datuk Speaker, implikasi peningkatan kos sara hidup. Peningkatan kos sara hidup yang drastik ini amat mengganggu situasi rakyat, akibat ketidak cukupan pendapatan untuk menampung keperluan asas seperti bebanan hutang yang ditanggung bagi menampung kenaikan kos barangan, perkhidmatan dan juga kos keperluan harian. Meskipun pertumbuhan ekonomi sudah beransur pulih dan memperolehi momentum ke arah pemulihan secara beransur-ansur, namun negara kita antara negara yang mencatat kadar hutang isi rumah yang tinggi di rantau Asia, iaitu 84.5% berbanding Singapura 69.7%, manakala Indonesia 17.2% dan Filipina 9.9%.

Sumber Bank Negara Malaysia melalui tinjauan kestabilan kewangan separuh pertama 2022.

Jumlah hutang tersebut merangkumi pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, hutang kad kredit dan hutang-hutang lain. Ini merupakan petanda kurang baik yang akan mendatangkan pelbagai implikasi buruk kepada psikologi sosial dan pengangguran.

Datuk Speaker, kesan daripada psikologi ini walaupun ungkapan wang bukan segala-galanya tetapi hakikatnya kesejahteraan rakyat bergantung rapat dengan kestabilan hidup. Kestabilan hidup pula bergantung kepada perkara asas seperti makanan, tempat tinggal, pekerjaan dan kemampuan menyara hidup harian. Kesan buruk yang utama dikenal pasti adalah dari sudut psikologi. Psikologi seseorang akan terjejas akibat daripada ketidakmampuan untuk menjelaskan bebanan hutang, seseorang individu akan berasa tertekan berhadapan dengan situasi ini yang akan mengundang simptom tekanan seperti sukar untuk tidur, hilang selera makan, sakit kepala, kebimbangan yang melampau, mudah marah dan dikhuatiri akan mengundang penyakit mental kronik seperti bipolar (kecelaruan) dan schizophrenia. Datuk Speaker, kenaikan kos sara hidup juga turut mempengaruhi aspek sosial. Apabila pendapatan isi rumah tidak dapat menampung perbelanjaan, maka inidividu terpaksa mencari pekerjaan sambilan atau tambahan bagi menampung keperluan perbelanjaan yang tidak mencukupi. Ini akan menyebabkan individu tersebut melakukan dua pekerjaan, iaitu meneruskan kerja tambahan selepas kerja hakiki selesai. Disebabkan kesibukan masa bekerja, masa berkualiti bersama anak-anak berkurangan terutama bagi mereka yang telah berumah tangga dan akhirnya akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan. Sekiranya berterusan natijahnya menyebabkan masalah sosial berlaku seperti penceraian, pergaduhan, penderaan dan juga gejala sosial dalam kalangan remaja.

Datuk Speaker, kita bersyukur kerana walaupun pandemik COVID-19 melanda dunia dan negara kita, namun keadaan di negara kita masih terkawal dan jauh lebih baik berbanding di negara lain.

Ini semua adalah hasil kerjasama semua pihak terutamanya barisan hadapan yang sanggup bertarung nyawa demi rakyat dan negara tercinta. Namun begitu, dikala kita mengharungi pasca pandemik dan peningkatan kos sara hidup, kita juga terpaksa berhadapan dengan isu pengangguran. Merujuk kepada data dan maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 768 700 orang penduduk Malaysia telah hilang

pekerjaan atau masih menganggur, meningkat 4.8% dari bulan sebelumnya, sumber Berita Harian pada 9 Ogos 2021.

Di Sabah pula, mencatat kadar pengangguran 8.7%, iaitu sumber daripada Sinar Harian 14 September 2021. Kadar pengangguran yang tinggi ini merupakan antara punca Sabah di bawah garis kemiskinan negara.

Ini, inilah juga punca suara-suara sumbang kedengaran menghantui rakyat Sabah, iaitu negara kaya tetapi rakyatnya miskin. Seperkara lagi yang ingin saya sentuh adalah mengenai isu Under Employment.

Ini jarang sekali dibicara dalam khalayak ramai kerana tumpuan sering diberikan kepada angka-angka pengangguran. Untuk menambah pendapatan isi rumah, salah satu cara adalah melalui gaji yang lebih baik kepada golongan siswazah.

Namun apa yang berlaku hari ini, jumlah graduan pada tahun 2020 telah direkodkan seramai 260 701 orang siswazah yang bersedia untuk memasuki pasaran kerja. Namun jumlah pekerja mengikut kelayakan yang tersedia untuk siswazah dalam negara pada tahun tersebut hanya 73 000 pekerjaan, iaitu merosot 31 000 dari tahun sebelumnya.

Ini menyebabkan ramai dalam kalangan para siswazah, kumpulan siswazah ini mendapat pekerjaan Under Employment, iaitu bekerja dibawah kelayakan akademik. Ini bermaksud segala bakat, ilmu dan potensi yang dimiliki oleh graduan semasa dalam pengajian tidak digunakan secara optimum ketika mereka memasuki pasaran buruh.

Dakwaan liar yang kononnya kegagalan graduan mendapat pekerjaan yang seringkali dimomokkan Datuk Speaker, dengan masalah tidak petah bercakap, tidak boleh berfikir kritis, minta gaji tinggi dan memilih pekerjaan adalah tidak benar. Datuk Speaker, apa yang menggusarkan ibu bapa masa kini ialah apabila golongan siswazah berebut mendapatkan pekerjaan selain daripada kelayakan. Sebagai contohnya, pekerjaan yang dikhaskan untuk lepasan SPM, STPM atau Diploma golongan B40 yang berpendidikan sederhana dan rendah untuk mendapatkan pekerjaan semakin terhad, bahkan terpinggir.

Misalnya pada tahun 2020 Datuk Speaker, sebanyak 1.89 juta lepasan siswazah bekerja dalam sektor separa mahir dan tanpa kemahiran.

Ini merangkumi 37.4% jumlah pekerja yang mempunyai kelayakan lepasan ijazah, ini bermakna pada tahun 2020 sebanyak 1.89 juta pekerjaan yang sepatutnya untuk lepasan SPM, STPM dan Diploma telah diisi oleh pekerja siswazah yang bekerja di bawah kelayakan. Kajian menunjukkan bahawa

Under Employment bukan sahaja menyekat pemulihan ekonomi negara dan negeri ini, tetapi juga akan membawa kepada jurang kemiskinan yang semakin melebar serta ketidakpadanan, mismatching yang besar dalam pasaran buruh. Datuk Speaker, saya amat menghargai usaha kerajaan dalam meningkatkan nilai pelaburan sehingga menjadikan negeri ini penerima pelaburan ketiga tertinggi di Malaysia. Sesungguhnya Datuk Speaker, pelaburan yang merangkumi pembinaan kilang pembuatan panel, kaca solar, perlombongan dan pembinaan kilang memproses pasir dan kilang keranjang tembaga akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di samping mewujudkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran.

Datuk Speaker, ekoran daripada permasalahan tersebut saya ingin tahu apakah langkah-langkah komprehensif daripada pihak kerajaan bagi menangani masalah ini dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang? Mungkinkah sudah tiba masanya untuk mendidik masyarakat agar celik wang, lebih kreatif, berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada subsidi daripada pihak kerajaan. Kita sedar bahawa trend peningkatan kos sara hidup sangat merunsingkan rakyat.

Speaker

Cakap pasal jangka panjang, panjang lagi?

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Ah, sikit lagi Datuk Speaker.

Speaker

Okey.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Ah, ekoran rantaian dan impaknya melibatkan sokongan semua pihak, adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan perundingan dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mencari solusi menangani keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat. Di samping Jabatan atau Agensi berkaitan perlu kerap turun padang secara mengejut atau memantau harga..

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

…sehubungan itu, adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan perundingan dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan, untuk mencari solusi menangani keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat? Di samping jabatan atau agensi berkaitan perlu kerap turun padang secara mengejut atau memantau harga barang, serta mengambil tindakan tegas kepada pembekal, orang tengah dan peruncit supaya tidak dimanipulasikan harga untuk mengaut keuntungan yang tidak muhasabah.

Mungkinkah dasar-dasar atau akta Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Negeri, seperti kawalan harga Anti Pencatutan dan Akta Persaingan kurang berkesan atau tidak mencukupi untuk mengawal kenaikan harga barang dan rantaian bekalan?

Datuk Speaker, akhirnya Datuk Speaker dalam Dewan mulia ini saya izinkan saya untuk mengucapkan tahniah, kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Sesungguhnya, hubungan yang baik antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan amatlah diperlukan, selari dengan hasrat kita untuk menjadikan negeri kita sebagai Sabah Maju Jaya. Justeru itu, saya berharap komitmen dan kerjasama erat ini akan memberi manafaat kepada negeri ini, yang menghadapi suasana sukar akibat kenaikan kos sara hidup. Kita sedia maklum bahawa isu ini bukan mudah untuk ditangani namun, di saat kita mengharungi keadaan yang serba mencabar ini, kita mahu tema bajet “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera” dapat meleraikan bebanan ekonomi rakyat dan juga benar-benar dapat memenuhi kehendak dan juga aspirasi, bukan sahaja bukan sebaliknya.

Sehubungan itu, mohon Kerajaan dan pimpinan yang adil lagi bijaksana ini dapat memberi solusi tuntas agar rakyat tidak dibelenggu dengan kesengsaraan. Dengan itu, saya mohon menyokong Datuk Speaker.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Dilantik. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat ADUN N.30 Bongawan.

Terima kasih, Tuan Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalammualaikum WBT. Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah bagi tahun 2023, yang telah dibentangkan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor Jumaat lalu. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri atas belanjawan yang bersifat inklusif berjumlah RM5.138 dengan lebihan RM130.47 juta untuk bajet tahun 2023 depan, sekali gus mencatat sejarah bagi belanjawan terbesar Sabah. Terima kasih juga kerana belanjawan tahun 2023 ini sememangnya amat disokong bagi memastikan kerancakan ekonomi dan pembangunan negeri sentiasa berterusan, demi kepentingan rakyat di semua peringkat golongan yang telah ketinggalan dalam pelbagai serba-serbi kemajuan berbanding wilayah lain di Malaysia. Tema “Ekonomi Perkasa, Rakyat Sejahtera” juga menepati aspirasi rakyat namun kita enggan ia hanya bersifat retorik tanpa ada pemerkasaan yang mantap dari semua pihak bagi memastikan pelaksanaan semua perancangan mampu memberi manafaat secara langsung kepada rakyat Sabah.

Datuk Speaker, sebagaimana dinyatakan Ketua Menteri semasa sesi pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2023 Jumaat lalu, mengenai situasi ketidakketentuan ekonomi global sebelum ini susulan pandemik COVID-19, dan terbaru tercetusnya Perang Rusia Ukraine, Februari tahun ini yang dilihat telah memberi impak negatif terhadap prestasi ekonomi global. Situasi ini harus kita jadikan satu pengajaran bahawa kita harus sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku terhadap situasi global khususnya, berkaitan ekonomi dunia yang sudah tentu akan turut memberi kesan besar bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi juga terhadap Sabah dan rakyat kita.

Ditambah lagi dengan kemungkinan ekonomi dunia pada tahun depan yang dijangka merundum lebih parah memerlukan kita menyediakan satu mekanisme penting sebagai persiapan, sekiranya dijangka ramai pakar ekonomi dunia itu menjadi kenyataan. Antara persediaan yang kita harus fokus adalah memastikan bekalan makanan, iaitu padi dan beras mencukupi tanpa berterusan bergantung penuh kepada input terutamanya dari Vietnam. Vietnam yang merupakan pengeluar beras ketiga terbesar di dunia seperti Thailand dan India, sebelum ini pada tahun 2020 lalu

pernah menghentikan sementara eksport beras, mereka dengan enggan menandatangani sebarang kontrak tersebut sebelum memastikan sama ada stok bekalan beras domestik mereka mencukupi bagi menghadapi pandemik COVID-19 ketika itu.

Jika negara pengeksport makanan mengehadkan bekalan untuk melindungi sekuriti makanan negara mereka, ia akan menjadi satu kebimbangan yang sangat besar. Eksport beras Vietnam bagi tempoh dua bulan pertama tahun 2020, menokok 31.7% kepada 928,798 tan berbanding tahun sebelumnya.

Jika eksport terus meningkat pada tahap ini, Vietnam akan berdepan risiko kekurangan stok bagi penggunaan domestik. Ditambah lagi sekiranya berlaku situasi merundum ekonomi global, seperti mana diramalkan berlaku pada tahun depan, dikhuatiri kita akan menghadapi krisis beras jika kita tidak melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi cabaran ini. Datuk Speaker, antara cadangan saya, kita harus melaksanakan semula projek tanaman padi kita sendiri sebagaimana yang pernah kita lakukan tahun-tahun sebelum ini. Kita mempunyai tanah untuk tanaman padi yang luas dan pernah digunakan sebelum ini namun kita telah terbiar akibat beberapa faktor, yang bagi saya harus diselesaikan bagi memastikan usaha untuk menjadi pengeluar beras tercapai. Kita harus mulakan langkah ini secepat mungkin. Kita mempunyai keluasan tanah sawah yang luas, khususnya di Kota Belud yang sebelum ini pernah dicadangkan untuk pelaksanaan projek Jelapang Padi Sabah yang sehingga kini belum langsung direalisasikan. Malah di daerah Papar juga mempunyai potensi sama begitu juga kawasan saya sendiri, iaitu Bongawan yang sebelum ini pernah menjadi antara kawasan aktif bagi penanaman padi.

Di Bongawan, kita mempunyai keluasan kira-kira 300 ekar kawasan sawah padi yang berpotensi dibangunkan dan pada masa sama mampu menghasilkan sehingga ribuan tan metrik setahun ketika di bawah pentadbiran Kerajaan Warisan. Saya sendiri telah memastikan separuh daripada keluasan sawah padi itu dibangun dengan kerjasama dengan beberapa pihak antaranya swasta membabitkan seramai 60 petani setempat.

Itu belum lagi termasuk potensi sama ada di daerah Papar, Kota Belud yang saya jangkakan mampu memenuhi permintaan bekalan beras domestik.

Melalui peruntukan disediakan di bawah Belanjawan Sabah 2023 ini untuk sektor pertanian, penternakan dan perikanan berjumlah RM501.54 juta, kita yakin mampu merealisasikan usaha memperkasakan pembangunan sawah padi untuk memenuhi permintaan domestik, sekali gus mengurangkan kebergantungan kita terhadap hasil-hasil beras negara luar dan pada masa sama juga sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan krisis yang berlaku susulan jangkaan sesuai situasi merundum ekonomi dunia tahun depan.

Apa yang harus kita lakukan ketika ini adalah mengenal pasti permasalahan yang menyebabkan banyak tanah sawah padi kita terbiar dan tidak diusahakan, yang pada saya selalunya berkaitan dengan masalah pengairan dan perparitan termasuk masalah jentera, baja dan tuai milik yang pernah melaksanakan kerjasama dengan petani sebelum ini. Semua ini perlu penyelesaian segera daripada pihak Kerajaan melalui jabatan atau kementerian berkaitan.

Kita harus bersedia dan menjadikan usaha ini satu realiti demi kepentingan rakyat sebelum terlambat. Datuk Speaker, melalui insentif di bawah peruntukan Belanjawan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengutarakan pembangunan produk pertanian lain yang mampu memberi pulangan segera secara terus pada penguasaha yang pada hemat saya harus disokong oleh Kerajaan.

Situasi yang sering berlaku ketika ini adalah kita sering menggalakkan rakyat kita khususnya golongan petani dan penternak untuk berbudi kepada tanah dengan menanam pelbagai jenis tanaman untuk meningkatkan ekonomi diri, namun apa yang berlaku adalah komuniti ataupun produk tanaman itu, susah dijual hingga berlaku lambakan pasaran yang serius hingga bukan sahaja merugikan masa depan dan tenaga tetapi juga kepada…

... tenaga tetapi juga kepada wang para petani. Saya mencadangkan sebaik-baiknya Kerajaan Negeri melalui Jabatan atau Kementerian berkaitan, bekerjasama dengan banyak koperasi yang mempunyai produk dan pasaran yang sedia ada bagi memastikan setiap produk tanaman atau ternakan petani dapat terjual dengan mudah tanpa perlu petani atau penternak bersusah payah. Ini bukan sahaja memudahkan golongan terbabit dalam aspek

pemasaran, tetapi juga mampu memberikan pulangan lumayan sekali gus meningkatkan pendapatan mereka. Pada masa sama, pihak koperasi juga turut mendapat manfaat hasil kerjasama tersebut.

Sekali gus, merancakkan pembangunan ekonomi negeri di bawah sektor pertanian. Datuk Speaker, antara yang berpotensi diceburi ialah tanaman jagung kasar untuk makanan ayam ternakan. Selama ini, kita banyak bergantung dengan eksport makanan ayam dari negara luar khususnya Brazil. Sekali gus, kita meningkatkan harga ayam ternakan susulan harga eksport yang dikenakan. Ditambah lagi dengan senario ekonomi global termasuk kekurangan bekalan jagung yang berlaku di negara itu hingga eksport komoditi yang terhad menyebabkan kenaikan drastik harga ayam daging di negeri ini. Justeru, kita harus bekerjasama dengan koperasi-koperasi yang…yang ini khususnya koperasi wawasan yang sekian lama terlibat aktif memperkenalkan tanaman jagung kasar untuk sumber makanan ayam ternakan. Kerana, selain mampu mengatasi harga ayam daging yang melambung, usaha ini juga dapat membantu kerajaan menangani inflasi dan pada masa sama dapat meningkatkan pendapatan serta kualiti kehidupan penguasa yang terlibat dalam politik ini. Usaha ini sebenarnya mudah...

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

YB…YB…boleh… mencelah.

Iaitu hanya sediakan tanah yang tidak ditakungi air, sudah boleh menanam jagung kasar ini yang memerlukan…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat…

Masa hanya 3 bulan..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada..ada minta laluan. Boleh berikan?

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Mencelah sedikit..sedikit.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Boleh berikan?

Boleh.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker. Ah, setujukah Yang Berhormat bahawa dalam bajet ini, ah, fokus kepada food security kurang.

Walaupun ah bajet diberikan sebanyak RM501.54 Juta .

Sepat..ah..pengalaman kita waktu COVID-19, pengalaman kita ah dengan rantaian pembekalan pun ah menunjuk bahawa fokus di Sabah sepatutnya food security dan membina ah di Pantai Timur dan juga di ah Pantai Barat termasuk pedalaman ah peluang untuk crop baharu ah pembekalan makanan baharu supaya kita boleh ah you know ah, berniaga. Ataupun jadi suatu supply chain kepada ah South East Asia. Dengan tanah yang luas, lebar di Sabah. Terima kasih.

Ya. Saya sebenarnya bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh YB Moyog, dan kita sedia maklum bahawa Sabah ini merupakan negeri yang kaya dengan tanah.

Dan kita mempunyai banyak sebenarnya tanah-tanah yang terbiar, yang belum lagi kita apa...majukan.

Sepatutnya kerajaan ambil ah apa ini ambil berat perkara ini mengenai dengan sekuriti makanan ini. Kerana ini penting untuk masa depan rakyat kita dan juga negeri Sabah.

Okey ah tuan-tuan dan puan-puan ah yang dihormati sekalian, Yang Berhormat dan juga Datuk Speaker, malah pihak koperasi ya, wawasan apa ni bukan sahaja membekalkan benih jagung kasar ini tetapi juga akan membeli semula hasil secara tunai tanpa perlu pengusaha bersusah-payah. Pada masa yang sama, mampu mengurangkan atau berterusan bergantung harap kepada produk import dari luar, kerana kita sendiri mampu menghasilkannya. Datuk Speaker, usaha dan kerjasama seumpama ini yang harus dilaksanakan Kerajaan Negeri melalui jabatan atau agensi yang berkaitan sebagai salah satu mekanisme utama untuk meningkatkan ekonomi rakyat khususnya mereka yang mempunyai tanah yang terbiar tanpa perlu risau pasaran. Jika koperasi boleh melakukannya, mengapa Jabatan atau Agensi Kerajaan tidak boleh. Insentif ini tidak terbatas dengan pertanian sahaja tetapi juga melibatkan bidang penternakan seperti ayam, ayam daging, kambing dan lembu. Banyak pihak seperti koperasi yang mempunyai kaedah penternakan serta pasaran tetap untuk semua produk makanan yang perlu Kerajaan Negeri galakkan rakyat untuk terlibat sama bagi meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarga. Sekali gus mengurangkan garis kemiskinan di Sabah. Semua alternatif ini adalah cadangan saya bagi memastikan bekalan sumber makanan kita sentiasa cukup untuk

berhadapan dengan sebarang kemungkinan di masa hadapan. Kerana kita sudah pernah merasainya ketika pandemik COVID-19 sebelum ini yang jika lambat ditangani akan menyebabkan pelbagai krisis khusus bekalan makanan. Datuk Speaker, dalam aspek pemuliharaan sumber perikanan kita di bawah Belanjawan Sabah 2023 ini, saya tegaskan disini supaya Kerajaan Negeri melalui jabatan atau agensi bertanggungjawab perlu produktif untuk mengekalkan bekalan sumber perikanan kita yang difahamkan semakin kritikal susulan pelbagai ancaman aktiviti perikanan yang berterusan sejak lebih 40 tahun yang lalu. Situasi ini berlaku di seluruh negara bahkan di perairan Sabah ini sendiri, cabaran nelayan…cabaran nelayan kita bukan sahaja melibatkan faktor cuaca yang tidak menentu ketika ini tetapi juga banyak faktor lain yang memerlukan tindakan drastik daripada pihak Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan.

Antara cadangan saya adalah memperbanyakkan tukun tiruan di…di perairan laut kita sebagai…sebagai mana dilaksanakan di negeri-negeri lain di...seperti Sarawak dan Johor. Melalui usaha ini, yang semua sedia maklum memberikan hasil positif kita mampu mengatasi masalah kekurangan stok ikan dan pada masa sama...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, saya...saya berikan 3 minit lagi. Tambahan.

Menjamin kesinambungan ekosistem marin di perairan laut kita sekali gus memberi manfaat kepada komuniti nelayan kita. Sarawak kini menjadi wilayah yang mencatatkan rekod sebagai kawasan projek ikon...tukun tiruan jenis red bells terpanjang di dunia, iaitu dari Tanjung Datu hingga ke Lawas. Pada masa sama memberi manfaat besar kepada nelayan di sepanjang perairan tersebut. Begitu juga dengan Johor, melalui projek Tukun Tiruan Johor 2020 dengan kos RM435 ribu di bawah Rancangan Malaysia ke-11 yang jelas berkongsi matlamat sama, iaitu memastikan sumber perikanan terpelihara. Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan wajar mencontohi insentif ini menerusi pelaksanaan projek sama ada di kawasan terpilih yang jelas mampu memberikan mana...manfaat terus kepada golongan nelayan.

Datuk Speaker, saya menyambut baik peruntukan bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar berjumlah 200.. RM12.63 juta memberi tumpuan kepada Program

Pembasmian Kemiskinan sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan isi rumah golongan sasar termasuk meneruskan usaha bagi memperbaiki jalan perhubungan antara kampung dan pekan supaya penduduk luar bandar dapat menggunakan kemudahan asas yang disediakan seperti jalan kampung, balai raya, jambatan serta rumah ibadah. Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif dan Bekalan Air Luar Bandar Alternatif juga akan diteruskan pada tahun hadapan. Semua usaha ini dilihat mampu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat luar bandar khususnya di kawasan saya Bongawan yang masih ketinggalan daripada kemudahan asas seperti elektrik dan air terutamanya di kampung-kampung di Ulu Bongawan dan juga di Ulu Kimanis.

Terdapat beberapa kampung di Ulu Bongawan dan di Ulu Kimanis yang masih menggunakan sumber air daripada graviti untuk mendapatkan bekalan harian. Namun ini tidak menjamin bekalan berterusan khususnya ketika berlaku musim kemarau. Situasi ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita sudah lama merdeka dan sewajarnya usaha dibawah peruntukan ini mampu memberi manfaat kepada mereka supaya menikmati kemudahan asas sebagai mana penduduk di kawasan lain. Masalah ini bukan baru, tetapi sudah berlangsung sekian lama tanpa penyelesaian di peringkat Kerajaan walaupun pemimpin sekarang dan sebelumnya sudah berkali-kali memohon supaya masalah ini diambil perhatian. Antara cadangan saya untuk menyelesaikan secara total masalah bekalan air ini adalah dengan membina sebuah loji rawatan air di Ulu Bongawan, kerana potensi di kawasan ini yang mempunyai sumber air diperlukan. Lokasi untuk loji berkenaan juga sudah dikenal pasti jika Kerajaan Negeri merealisasikan cadangan ini loji ini bukan sahaja membekalkan air kepada penduduk di Bongawan tetapi juga penduduk di Membakut sekali gus memenuhi impian masyarakat di kawasan ini.

Cadangan kedua saya, jika peruntukan tidak mencukupi… mencukupi adalah membina tangki menyimpan air.

… tangki menyimpan air di beberapa kawasan yang terjejas bagi mengatasi masalah tekanan air rendah yang kerap berlaku ketika ini hingga menjejaskan ramai penduduk khususnya di Ulu Kimanis. Terdapat kira-kira lapan kampung yang terjejas termasuk Daingin, Kampung Batu 14,

Kampung Belatik serta beberapa kampung lain di kawasan DUN Bongawan. Dalam aspek bekalan elektrik, masih banyak…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, sila gulung. Kalau boleh.

…di kawasan khususnya di kedua-dua lokasi disebutkan tadi tidak menerima kemudahan asas ini malahan kampung berdekatan yang mempunyai bekalan elektrik tetapi kerap mengalami gangguan elektrik hingga menyebabkan banyak barang-barang elektrik milik penduduk yang rosak sekali gus menyusahkan hidup penduduk yang sedia ada di dalam kawasan ini.

Tuan Speaker, oleh kerana banyak lagi tapi walau bagaimanapun saya akan meringkaskan ucapan ini. Usaha kerajaan negeri bagi memastikan penglibatan aktif anak jati Sabah dalam industri minyak dan gas amat saya sambut baik dan menyokong penuh insentif murni itu. Kita perlukan satu perancangan bagi menjaga kepentingan anak-anak kita dalam industri ini kerana minyak dan gas adalah hasil semula jadi utama dan sewajarnya anak-anak jati Sabah diberi keutamaan untuk bekerja secara aktif dalam sektor ini. Saya menyambut baik usaha peruntukan yang disediakan khususnya melibatkan jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau membabitkan pembangunan infrastruktur dan uniti yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pelbagai insentif dilaksanakan di bawah objektif ini yang amat saya sokong sekali namun apa yang saya ingin tekankan di sini adalah dari segi pelaksanaan yang harus menepati standard kualiti yang ditetapkan tanpa ada sebarang ketirisan mahupun penyelewengan.

Menepati kualiti ditetapkan penting kerana membabitkan kemudahan rakyat yang seharusnya dilaksanakan dengan penuh amanah oleh mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan.

Kita enggan segala usaha murni kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dipandang ringan sehingga merugikan rakyat dan merosakkan kredibiliti Kerajaan Negeri. Kita perlu tegas bagi memastikan segala agenda khususnya Sabah Maju Jaya tercapai matlamat.

Datuk Speaker, tahun 2023 akan menjadi satu tahun yang mencabar untuk kita semua memandangkan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu. Semoga

Belanjawan Negeri Sabah 2023 mampu membawa hasil manis untuk semua rakyat sekali gus memakmurkan Sabah tercinta ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan, agensi, dan badan berkanun kerajaan yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Sabah ini. Saya merayu kepada rakan-rakan di Dewan yang mulia ini untuk berusaha bersama-sama membantu negeri Sabah mengharungi cabaran dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat.

Sekian, saya ingin menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Bongawan. Sekarang saya menjemput wakil Yang Berhormat wakil dari Sungai Manila. Silakan.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Terima kasih Datuk Yang Dipertua.

Bismillahirahmanirahim, alhamdulilah puji dan syukur ke hadirat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka kita dapat berkumpul di Dewan yang mulia ini bagi meneruskan amanah serta tanggungjawab dalam membahaskan ucapan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2023.

Datuk Yang Dipertua, saya amat menghargai dan bangga dengan keupayaan kerajaan mencadangkan anggaran perbelanjaan surplus RM5.138 bilion berbanding dengan RM4.597 bilion pada tahun lalu. Peningkatan peruntukan ini disertai dengan peningkatan kutipan hasil yang dijangka akan mencecah RM6 bilion menjelang hujung tahun ini menyerlahkan usaha sungguh-sungguh Kerajaan Negeri untuk terus memacu pembangunan negeri ini. Saya yakin peruntukan yang sebanyak ini digabungkan dengan anggaran peruntukan RM6.3 bilion daripada Kerajaan Persekutuan mudah-mudahan diluluskan akan mampu melonjakkan lagi ekonomi Sabah melintasi tahap pemulihan walaupun kita masih memerlukan peruntukan yang lebih banyak untuk mengurangkan jurang perbezaan pembangunan dan kemajuan dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Datuk Yang Dipertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menambah peruntukan ADUN pada tahun hadapan kepada RM3 juta.

Peruntukan ini sudah tentu akan dapat membantu kami untuk menggiatkan lagi usaha membangunkan kawasan masing-masing. Saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas kemampuan memberikan bonus setengah bulan gaji minima RM1000 kepada kakitangan kerajaan dan Bantuan Khas RM500 untuk Hari Raya dan Kaamatan.

Datuk Yang Dipertua, namun begitu bagi memastikan usaha-usaha untuk memajukan negeri ini dapat menggapai matlamat seperti yang telah dicanangkan saya mohon mencadangkan perkara-perkara berikut untuk diambil kira dalam pelaksanaan pelbagai program belanjawan, iaitu:

Pertama, meneruskan usaha untuk meningkatkan keupayaan sistem penyampaian kerana masih ada kegusaran mengenai kelewatan pelaksanaan projek di peringkat daerah. Ada kejadian yang waran sudah tamat tempoh tetapi projek belum dapat dilaksanakan kerana kelemahan juruteknik untuk menyediakan keperluan untuk pelaksanaan. Ini berlaku di kawasan saya. Oleh itu dicadangkan supaya kerajaan mempastikan (memastikan) mesyuarat-mesyuarat penting seperti Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC), dan lain-lain mesyuarat di peringkat daerah mesti dihadiri oleh ketua-ketua pejabat. Bukan hanya menghantar wakil yang tidak boleh membuat keputusan ketika mesyuarat. Seterusnya, mewajibkan kakitangan utama hadir terutamanya juruteknik yang berkewibawaan dan berkebolehan untuk melaksanakan pemeriksaan di lapangan untuk mempastikan (memastikan) masalah-masalah dapat diselesaikan dengan segera ketika lawatan lapangan dan tidak perlu berulang-ulang membuat lawatan yang boleh mengakibatkan masa terbuang.

Datuk Speaker, penekanan kepada sektor pertanian sebagai salah satu daripada tiga sektor pemacu utama ekonomi negeri Sabah amat bertepatan. Walau bagaimanapun, usaha untuk meningkatkan penyertaan rakyat tempatan dalam sektor pertanian harus terus diperkasakan. Kita tidak mahu melihat kita terkenal dalam sektor pertanian tetapi di monopoli oleh rakyat asing. Sebagai contoh, di sektor perikanan komersial yang bukan tradisi seperti aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda dan pukat jerut di laut dalam, ramai pekerja bukan warganegara yang terlibat berbanding dengan warganegara. Oleh itu, kemajuan dalam sektor ini masih lagi kurang memberikan manfaat kepada rakyat kita

walaupun kita dapat mengeluarkan hasil perikanan yang melebihi daripada keperluan kita sendiri.

Usaha harus ditingkatkan untuk menarik anak-anak muda kita untukbekerja di bidang ini. Berdasarkan pengamatan saya, keengganan atau ketidakminatan warga tempatan untuk bekerja di bidang perikanan ini adalah kerana fasiliti tempat kerja yang disediakan oleh majikan tidak dapat menarik minat anak-anak muda kita. Kerajaan harus mencari pendekatan yang boleh menarik anak-anak muda untuk bekerja sebagai nelayan moden. Kita lihat saja kalau di petronas sama juga kerja di laut, di pelantar berbulan-bulan tetapi rakyat tempatan kita berminat kerana mereka dibekalkan dengan imej gear yang canggih iaitu salah satu daripada kemudahan tempat tinggal yang selesa dan kemudahan tempat riadah di pelantar yang baik. Tetapi di dalam kapal saya nampak kapal-kapal di Kota Kinabalu ini sekadar untuk baring dan melepaskan penat saja. Tidak ada keselesaan seperti di rumah. Oleh itu kita kena buat rebranding Datuk Yang Dipertua. Apa bezanya pemandu bas dengan pilot kapal terbang dan pilot kapal? Bezanya dorang ni nampak gah sebab uniform, ada pangkat tapi pemandu bas tidak ada. Pakai baju biasa saja padahal sama-sama jadi pemandu bawa orang dan bawa barang. Oleh yang demikian Datuk Yang Dipertua, saya mencadangkan kepada kerajaan untuk mencari satu kaedah untuk mempastikan imej kita dapat tonjolkan. rebranding. Kasih apa ini, kerja-kerja yang seperti ini sesuatu apa ni imej yang dapat menarik anak-anak muda kita. Datuk Yang di-Pertua, kita juga perlu mempertingkatkan kemudahan asas kita. Mempastikan (memastikan) liputan internet dipantau sejauh mana pelaksanaannya. Saya setuju dengan kenyataan ADUN Sulabayan dan ADUN Sindumin mengenai dengan kekurangan liputan…

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

…imej yang dapat menarik anak-anak muda kita. Datuk Yang di-Pertua kita juga perlu mempertingkatkan kemudahan asas kita, mempastikan liputan internet dipantau sejauh mana pelaksanaannya.

Saya setuju dengan kenyataan ADUN Sulabayan dan ADUN Sindumin mengenai kekurangan liputan internet di Sabah.

Kita masih lagi ternanti-nanti hasil Program Jendela dan inisiatif-inisiatif lain peningkatan liputan internet. Di tempat saya sendiri pun menara ada tetapi apa ini, internetnya tiada. Jadi itulah keresahan kita dan itu juga sering mendapat kecaman daripada masyarakat kerana liputan kita yang belum memuaskan dan belum stabil.

Datuk Yang di-Pertua keresahan masyarakat masih lagi berkisar kepada isu-isu asas yang utama seperti jalan dan air. Isu jalan bukan saja jalan utama tetapi jalan-jalan kampung juga masih menghantui penduduk dan sudah tentu kami wakil rakyat selalu jadi tempat sasaran.

Saya berharap daripada jumlah peruntukan perbelanjaan khas sebanyak 2.369 bilion akan lebih banyak disalurkan untuk menyelesaikan masalah infrastruktur asas khususnya penurapan jalanraya di kampung-kampung.

Mengenai air, saya mengucapkan terima kasih atas usaha Kerajaan meningkatkan bekalan air di negeri Sabah. Di sana sini kita nampak banyak projek peningkatan bekalan air. Cumanya, agak menggusarkan ialah kelewatan pelaksanaan projek-projek berkaitan kemudahan air. Saya ambil contoh ah, Projek Bekalan Air Tawau Fasa 3. Ini baru mencapai 6.93%. Begitu juga dengan Projek Empangan Kaiduan, Papar yang masih lagi dalam peringkat kajian. Kita berharap kerajaan memberikan perhatian yang serius untuk mempastikan bekalan air siap pada waktunya. Saya bukan tok nujum Yang di-Pertua yang boleh meramal cuaca tetapi mengambil kira musim hujan yang sudah berlarutan selama tiga tahun akan bakal menyusul, menyusul musim kemarau yang mungkin panjang. Kitaran kemarau di Sabah berlaku setiap 10 hingga 15 tahun. Kita sekarang dalam julat ini. Sekurang-sekurangnya jika empangan yang dirancang telah tersedia, kita ada security air yang mencukupi untuk kegunaan negeri ketika kemarau.

Datuk Yang di-Pertua, saya kejap ya, saya mengucapkan terima kasih dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan juga kerana telah memberikan peruntukan sebanyak RM5 juta dalam tahun 2023 untuk menyiapkan Pusat Islam di Sungai Kayu, Sandakan. Mudah-mudahan pada tahun 2023, Pusat Islam di Sungai Kayu, Sandakan ini akan dapat disiapkan menjelang hujung tahun hadapan.

Datuk Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri perbahasan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat Sabah yang beragama Kristian dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2023 untuk semua.

Mudah-mudahan, tahun 2023 akan membawa kebahagiaan, kesejahteraan, kestabilan dan kemakmuran kepada kita negeri Sabah dan negara kita.

Dari Sungai Manila ke Dewan Negeri, Melihat indah sinar mentari; Mari sematkan di dalam hati, Bersatu hati majukan negeri.

Datuk Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat wakil dari Bugaya. Wakil dari Yang Berhormat, wakil dari Bugaya tiada di sini? Dengan itu, saya menjemput Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yassin.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya .

Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih Datuk Speaker kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan atas ucapan baik bajet tahun 2023 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 25 November. Saya bersama-sama rakan seperjuangan yang lain memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-16 untuk meneruskan, menerajui dan memimpin Negeri Sabah di Bawah Bayu ini hinggalah PRN ke-17 nanti.

Sokongan yang melambangkan sokongan kita kepada Kerajaan dalam mengharungi pelbagai situasi pandemik dan pascapandemik COVID-19 serta cabaran ekonomi semasa. Saya doakan semoga Allah SWT memberikan perlindungan kesihatan yang baik dan diberikan taufik dan

hidayah kepada seluruh kepimpinan negeri Sabah yang tercinta. Amin ya rabbal alamin.

Saya di sini juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 hasil pembentukan Kerajaan yang baharu selepas PRU ke-15. Semoga di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Sri Anwar, negara dapat terus melangkah ke depan khususnya bagi mengharungi suasana kemerosotan ekonomi dunia selain terus memastikan aspek kebajikan rakyat dalam keadaan baik.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana dapat membentangkan sebuah bajet 2023 yang begitu komprehensif dan mampan meliputi semua aspek. Moga tahun hadapan kewangan kita akan bertambah baik dan meningkat supaya dapat membantu lebih banyak lagi rakyat negeri Sabah serta memajukan negeri Sabah ini seperti yang kita rancangkan dalam hala tuju kita, iaitu Sabah Maju Jaya. Kita berharap juga dengan bertambahnya peruntukan ini Kerajaan dapat memberi tumpuan, khasnya di luar bandar dengan membaiki jalan-jalan kampung dan serta memastikan dapat memberikan air yang bersih kepada penduduk kampung. Bagi kita di Ranau, masalah besar kita ialah air seperti mana kita sedia maklum dan saya juga telah sebut dalam mesyuarat Dewan yang lalu, bila saja hujan tiada air di Ranau. Betul-betul tiada air seluruh pekan, tiada air dan ini sangat-sangat memberi kemudaratan kepada ahli-ahli perniagaan dan juga warga kampung atau warga pekan itu sendiri.

Jadi moga projek yang sedang dilaksanakan untuk memperbaiki keadaan ini dapat dikendalikan dengan baik dan moga kontraktor mengendalikan kerja ini adalah kontraktor yang berwibawa. Kita tidak mahu nanti kontraktor yang dipilih,hanya setengah jalan. Projek terbengkalai tidak dapat diteruskan disebabkan kurang berwibawa, kurang berkemampuan dan sebagainya. Jadi, saya menyerulah mudah-mudahan kontraktor yang akan menjalankan pembaikan loji air itu adalah kontraktor yang berwibawa dan dapat melaksanakan projek yang akan diadakan.

Datuk Speaker, di Dewan yang mulia ini saya ingin menggesa supaya dilaksanakan penambahbaikan Perjanjian Malaysia 63 dengan mengkaji persempadanan semula kawasan-kawasan Parlimen di Sabah ini.

Kajian semula dengan melibatkan penambahan kerusi amat bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa memandangkan sesetengah kawasan Parlimen terlalu besar dan sukar untuk dilaksanakan proses pemantauan dan pembangunan. Untuk melaksanakan tugas berkhidmat kepada rakyat dan penghuni dengan efektif, sewajarnya proses persempadanan semula dilaksanakan secepat mungkin khususnya bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Datuk Speaker, akhir-akhir ini banyak dibincangkan mengenai isu sukatan mata pelajaran yang bukan sahaja membebankan guru tetapi juga pelajar dan ibu bapa. Saya membawa perkara ini Datuk Speaker disebabkan ada beberapa ibu bapa dan NGO telah menghubungi saya supaya membawa perkara ini ke Dewan yang mulia ini. Ada pandangan bahawa sukatan pelajar agak berat bagi pelajar tahap satu yang sepatutnya mempelajari suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Kita mahukan penjelasan apakah objektif dan jangkaan pencapaian keseluruhan daripada reka bentuk sukatan pelajaran masa ini dan sejauh mana pencapaian daripada anak-anak atau pelajar secara keseluruhan.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

...secara keseluruhan.

Kami amat berharap pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah turun padang membuat tinjauan secara komprehensif di seluruh Malaysia khasnya di Sabah, malah mengambil kira pandangan ibu bapa, pendidik, guru, pusat tuisyen terutamanya dari kanak-kanak dan pelajar itu sendiri. Kami faham bahawa bermula dari darjah satu, murid perlu membuat tugasan dengan kerap. Boleh saya bertanya, bagaimana kita mengharapkan kanak-kanak dari darjah satu boleh menulis tugasan seperti orang dewasa? Adakah guru sekolah menerima kanak-kanak membuat tugasan mereka dengan lukisan dan perkataan untuk

membentangkan tugasan mereka? Apakah tindakan pihak Kementerian Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan yang menjaga hal ehwal pendidikan di Sabah? Atau adakah sistem pendidikan Malaysia kita hari ini direka untuk tahap kanak-kanak genius dan sederhana?

Datuk Speaker, sejajar dengan keperluan semasa termasuk banyaknya penglibatan dan sumbangan wanita, tiba masanya Kementerian Wanita dan Keluarga diwujudkan di Sabah. Seperti mana di peringkat Kerajaan Pusat dan juga yang wujud oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Kementerian Wanita dan Keluarga perlu diwujudkan bagi memainkan peranan untuk menggubal, melaksana serta mengimbangkan keupayaan wanita bagi menghadapi dunia ekonomi dan sosial secara lebih efektif dan komprehensif.

Melalui kementerian ini, banyak aspek boleh dilaksanakan secara lebih berfokus. Misalnya, program-program pembangunan wanita dalam bidang ekonomi.

Kepakaran intelektual bermula dari kanak-kanak, remaja di pusat pengajian tinggi, institusi latihan kemahiran dan sebagainya. Semua itu secara tidak langsung membolehkan Kerajaan GRS-Barisan Nasional memperkasakan program pembangunan wanita, seiring dengan keperluan semasa khususnya bagi meningkatkan lagi penyertaan wanita dalam sektor ekonomi dan sosial. Wanita ini bagaikan pohon yang rendang Datuk Speaker, dengan buah yang banyak mampu memayungi dan menjaga ramai di bawahnya. Seiring dengan itu, tidak mustahil usaha untuk menampilkan lebih ramai calon wanita pada Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Negeri akan datang dapat direalisasikan dengan lebih cepat.

Saya mencadangkan pada PRN akan datang, calon wanita perlu diketengahkan kerana kita mempunyai 73 DUN.

Sekurang-kurangnya sepuluh hingga 20 calon terdiri daripada kalangan wanita.

Bagi perjawatan dalam kabinet pula, hendaklah dilantik dua wanita sebagai menteri penuh dan enam pembantu menteri. Cadangan ini juga wajar dipertimbangkan secara serius memandangkan perutusan kaum wanita pada masa ini sudah jauh meningkat, selain merupakan penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial rakyat.

Sehingga kini, penglibatan ramai wanita dalam

kumpulan pembuat keputusan masih kecil.

Malah daripada 127 wanita yang bertanding dalam PRU-15 lalu cuma 32 calon wanita sahaja yang menang. Datuk Speaker, the world is not just for man, it is for both man and woman, dengan izin. Penglibatan lebih ramai golongan wanita dalam peringkat politik atau pembuat keputusan diberikan perhatian serius oleh semua pihak. Ianya bukan semata-mata untuk kesaksamaan gender tapi lebih dari itu untuk perjuangkan suara dan keperluan golongan wanita secara menyeluruh.

Maka selaras dengan hasrat untuk mereformasikan Dewan Undangan Negeri Sabah, saya mencadangkan pada PRN akan datang sekurang-kurangnya 30% kerusi Dewan Undangan Negeri diisi oleh kaum wanita. Saya juga mencadangkan agar 30% Ahli Dewan Negara terdiri daripada kaum wanita. Dalam kesempatan ini juga, saya mencadangkan wakil wanita dilantik menganggotai GLC bagi memastikan isu dan keperluan wanita diambil kira sebagai pembuat dasar.

Saya ingin mencadangkan...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, tidak berapa jelas. Suara yang sebut tadi berkenaan dengan corporatization GLC?

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Yes.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Saya ingin mencadangkan wanita yang layak, wanita yang layak, Tuan Speaker. Saya ingin mencadangkan wanita yang layak dan berkebolehan dilantik sebagai Pengerusi GLC, bukan setakat memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat milik kerajaan GLC atau syarikat pelaburan kerajaan JLIC. Ini adalah bukti kesungguhan Kerajaan GRS-Barisan Nasional untuk mengangkat tahap wanita menerajui jawatan penting dalam sektor korporat.

Selain itu, saya di sini turut mengambil kesempatan meminta semua kementerian agar mengambil inisiatif dalam memperbanyakkan peluang wanita, iaitu peluang

kepada kontraktor wanita untuk mendapatkan peluang-peluang kerja di kementerian masing-masing.

Sebagai penutup Datuk Speaker, perjuangan untuk rakyat adalah tuntas dan ianya satu proses yang berterusan. Adalah menjadi harapan kepada semua rakyat marhean agar suara mereka dapat didengar di dalam Dewan yang mulia ini. Saya yang dilantik sebagai wakil mereka amat berharap perubahan ini dapat berlaku dalam kadar yang segera kerana tuntutan ini telah lama ditagihkan oleh rakyat. Inilah masanya dan kitalah orangnya yang memacu kepada perubahan, perubahan kepada rakyat untuk rakyat.

Akhir sekali, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas tahun 2022 kepada semua yang beragama Kristian, Selamat Menyambut Tahun Baharu 2023 dan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2023 kepada semua. Diakhiri dengan pantun:

Pohon meranti berdaun jati, Merimbun tinggi tegak berdiri; Datuk Hajiji Noor pemimpin sejati, Jasa dan khidmat amat disanjungi.

Aman damai rakyat jelata, Hidup sepakat membawa bahagia; Pelbagai kaum di negeri Sabah tercinta, Moga kekal bersatu aman sejahtera.

Dengan kata-kata sedemikian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat wakil dari Nabawan. Silakan.

Terima kasih, Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera” tema Belanjawan Tahun 2023 ini menggambarkan bahawa kerajaan Sabah mampu memacu pertumbuhan dan pembangunan Sabah berada dalam landasan yang tepat. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Menurut keadaan ekonomi semasa, sektor pertanian antara penyumbang utama hasil negeri. Buktinya, peningkatan harga komoditi yang luar biasa telah dicatatkan dan telah memberikan hasil yang lebih tinggi dari tahun-tahun sebelumnya. Sehubungan dengan itu, untuk tempoh tahun 2021, Sabah telah mencipta rekod tersendiri apabila buat pertama kalinya Kerajaan Negeri telah merekodkan kutipan hasil yang tertinggi semenjak merdeka yang berjumlah RM5.449 bilion. Oleh yang demikian, sekali lagi di dalam Dewan yang mulia ini, sektor pertanian adalah fokus utama saya dan sebagai usaha kita untuk meningkatkan taraf hidup atau sosioekonomi, sekali gus dalam usaha membasmi kemiskinan rakyat di luar bandar dapat diteruskan dengan lebih konsisten. Suka untuk saya cadangkan di dalam Dewan yang mulia ini, agar program pembasmian kemiskinan terutama untuk daerah-daerah yang termiskin di Sabah dapat diberi keutamaan oleh pihak yang berwajib. Kita haruslah memaksimakan kapasiti yang ada dengan sebaiknya untuk melaksanakan projek-projek atau program-program yang berimpak tinggi serta mampu menjayakan agenda pembasmian kemiskinan. Persoalannya, apakah akan ada suntikan dana kepada agensi-agensi kerajaan? Kerana ironinya badan-badan pelaksana memerlukan suntikan yang wajar untuk menjayakan agenda murni kerajaan sesuai dengan Hala Tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, keadaan yang menuntut kita untuk berani bertindak dengan lebih bijak, untuk mengambil peluang yang terhidang dalam sektor ekonomi adalah dengan mempelbagaikan aktiviti pertanian kerana aktiviti pertanian dilihat mampu memberi pulangan…

…dilihat mampu memberi pulangan yang memberangsangkan. Buktinya, melihat hasil komoditi di Sabah dan

industri hiliran juga yang dilihat memberikan impak tinggi.

Kita perlu sentiasa bersedia untuk mendepani kemungkinan perubahan iklim ekonomi global dan kita perlu menggunakan hasil bumi dengan sebaiknya. Tanah yang subur kawasan yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pertanian. Marilah bersama merintis kepelbagaian aktiviti pertanian.

Sabah mempunyai potensi tinggi dengan mempelbagaikan sektor pertanian ini. Selain itu, menerusi cadangan belanjawan ini suka untuk saya petik terma aktiviti ekonomi tambahan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan seperti SLDB dan juga ini kami sentiasa memberi peluang dan suntikan dari segi dana bagi memastikan program-program sebegini dapat terus dirancakkan di seluruh Sabah sekali gus memberi impak tinggi pulangan kepada rakyat Sabah khususnya untuk meningkatkan hasil pendapatan Sabah ini sendiri. Datuk Speaker, beralih kepada isu pembangunan, melalui Belanjawan Tahun 2023 saya mencadangkan kepada kerajaan untuk sama ah turut sama memberi fokus kepada isu-isu pertikaian tanah. Tanah-tanah terbiar khususnya atau other land dengan izin supaya badan-badan pelaksana kerajaan diberi peluang untuk meneroka ah peluang yang ada dalam usaha membangunkan tanah-tanah terbiar ini kerana menurut kajian daripada Anim Agro Technology Malaysia, Wilayah Sabah merupakan kedua tertinggi di Malaysia dengan keluasan 8110.9 hektar tanah terbiar yang wajar untuk diusahakan.

Oleh yang demikian, saya berharap agar Belanjawan Tahun 2023 ini mampu merintis program-program pembangunan tanah tidak kira untuk sektor pelancongan, pertanian, penternakan dan sebagainya mahu pun perindustrian selari dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya.

Contohnya, kawasan saya di Nabawan, kita memiliki banyak kawasan yang berpotensi dan boleh dibangunkan melalui pelbagai program ekonomi yang dilihat boleh memberikan pulangan lumayan kerana kawasan seperti tanah-tanah ini mungkin ada sebahagian kecil tanah-tanah rizab kerajaan yang kita boleh dibangunkan dan diusahakan dengan mewujudkan peluang pekerjaan sekali gus merancakkan kepelbagaian dalam sektor ekonomi. Berkaitan dengan isu tanah ini, saya juga ingin ah memohon pencerahan dari pihak ah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hasil Bumi dan juga Jabatan Tanah, apakah status geran-geran komunal khususnya di Nabawan ini? Saya juga sama ada yang sudah diserahkan kembali kepada pihak kerajaan dan yang masih belum diserahkan.

Khususnya, saya juga ingin memohon pencerahan apakah status ah di dalam geran tanah ini yang ada aktiviti ataupun program-program agropolitan itu sama ada masih berstatus geran komunal atau sebaliknya dan juga itu berkaitan di tanah Kerajaan dan untuk hutan-hutan simpan.

Di Nabawan ini banyak hutan-hutan simpan jadi kita mahu ah saya juga ingin ah tahu apakah status sebenar Jabatan Hutan ini? Sama ada masih di bawah SPMU dan juga saya meminta status kedudukan kampung-kampung yang ada dalam Hutan Simpan ini.

Sama ada telah dirancang untuk dikeluarkan daripada hutan simpan itu dan selain daripada itu di tanah-tanah hutan simpan ini, saya mencadangkan atau saya memohon kepada pihak kerajaan melalui Jabatan Perhutanan di dalam hutan simpan ini kalau ikut turun-temurun ini kita dulu memburu ya, untuk mencari pendapatan di sana.

Jadi saya cadangkan ataupun dipertimbangkan ah apa ini sekiranya ada masa untuk musim memburu ataupun hunting season.

Ini di luar negara seperti di Amerika Syarikat ada kaedah ini.

Jadi kita minta ah Jabatan Perhutanan untuk mengkaji perkara ini kerana saya sebagai wakil rakyat di Nabawan ini selalu disuarakan apabila masuk pergi hutan simpan ini sebenarnya kita tidak boleh ceroboh hutan simpan. Tapi sebenarnya, ini sudah ada jadi adat dari dulu. Jadi saya mohon kepada pihak ah Jabatan Hutan untuk mengkaji perkara ini.

Datuk Speaker, beralih kepada isu pembangunan melalui Pelan Belanjawan Tahun 2022-2023 ini . Selain itu, adalah menjadi keutamaan kita bersama-sama sebagai wakil rakyat untuk sentiasa peka terhadap isu-isu pembangunan infrastruktur di Sabah.

Saya menyeru kepada pihak ah yang berwajib khususnya pihak Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga Kementerian Pertanian dan Perikanan agar lebih terperinci dan menyeluruh dengan setiap projek pembinaan yang dilaksanakan atau penyelenggaraan projek-projek infrastruktur awam untuk lebih teratur dan berhati-hati mengikut keperluan keadaan semasa. Ini kerana isu-isu kemudahan infrastruktur ini khususnya seperti jalan-jalan perhubungan, sistem perparitan, bangunan ataupun perindustrian awam perlu dikaji dan diteliti.

Pada masa ini, masalah seperti bencana alam seperti risiko banjir, tanah runtuh dan sebagainya agak sukar dibendung.

Mungkin penyebabnya, akibat daripada kesan pembinaan ataupun pelaksanaan projek awam termasuk penyelenggaraan prasarana awam yang tidak diatur dengan baik.

Oleh itu, menerusi Belanjawan Tahun 2023, saya percaya kita semua akan lebih bijak untuk melihat di sisi ini, dan memastikan agihan bajet disediakan dalam memastikan masalah-masalah ini dapat diatasi dengan segera.

Datuk Speaker, tuntasnya dalam membahas Belanjawan Tahun 2023, tiga indikator utama yang telah saya tekankan dan kupas sebentar tadi adalah aspek ekonomi melalui ah pelbagai platform, sektor pertanian, penternakan dan perikanan. Kedua, mengenai isu-isu tanah terbiar untuk pihak kerajaan memberi peluang tanah yang wajar untuk diusahakan dan bukan ah untuk menjadi hak milik oleh badan-badan pelaksana seperti agensi-agensi kerajaan sendiri dan ketiga mengenai keutamaan serta penekanan terhadap pelaksanaan mahupun penyelenggaraan prasarana atau infrastruktur awam di seluruh kawasan tidak kira di kawasan bandar, di pinggir bandar mahupun di luar bandar dan kawasan-kawasan di pedalaman Sabah kerana walaupun pembangunan terus bergerak rancak, ah bagaimana ihsan dan keprihatinan kita terhadap keselamatan kelestarian alam sekitar yang menggambarkan kesejahteraan kepada rakyat jelata khususnya dalam mengurangkan kesan dan risiko bencana alam.

Sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan ini, saya ingin juga mengambil ruang dan kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Semoga Malaysia dan Wilayah Sabah terus maju dan sentiasa bekerjasama, aman damai di bawah pentadbiran kerajaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang baharu. Akhir sekali, kepada semua rakan-rakan, Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat dan seluruh rakyat Sabah khususnya kepada mereka yang merayakan Sambutan Hari Natal, Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2023. Saya juga ingin titipkan dua buah pantun:

Gagah mematuk Ayam Serama, Sambil memagut daun pegaga; Perpaduan dipupuk sekian lama,

Jangan dikeruh air telaga.

Harum mewangi bunga diperah, Disusun tinggi dialas bata; Perpaduan rakyat agenda Negara, Pembangunan dikongsi rakyat jelata.

Sekian Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah. Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Daun selasih daun mengkudu, Terima kasih thank you Yang Berhormat Nabawan.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Papat. Tiada? Adun Dilantik Yang Berhormat Datuk Jaffari Walliam. Panjang kah ucapan?

Sikit.

Speaker

Sikit? Cakap saja kalau mahu cakap. Banyak masa kita ini.

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Kita ada 1, 2, 3 orang saja lagi 4 gitu. Kalau mahu gulung pun gulung boleh.

(Ketawa) Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Terima

kasih Datuk Speaker kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta di dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah 2023 ini. Datuk Speaker, terlebih dahulu saya ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Sabah atas kejayaan membentangkan Bajet 2023 pada 25 November 2022 yang lalu. Datuk Speaker, kita telah mendengar pembentangan bajet dan kita telah mendapati bahawa bajet untuk tahun 2023 telah mengalami pertambahan jika dibandingkan dengan bajet dua tahun yang lalu. Keadaan ini telah membuktikan bahawa Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berada di landasan yang tepat dengan hala tuju yang amat jelas dalam memulihkan ekonomi negeri ini yang terjejas disebabkan oleh COVID-19 yang telah melanda dunia hampir tiga tahun.

Datuk Speaker, melalui tema Belanjawan 2023 “Ekonomi Diperkasa Rakyat Sejahtera” amat bertepatan dengan slogan Sabah Maju Jaya. Belanjawan ini adalah belanjawan yang tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah negeri ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan sekali lagi di atas segala komitmen semua pihak yang telibat dalam memulihkan kembali keadaan ekonomi negeri ini. Ramai yang di luar sana yang amat ternanti-nantikan dengan belanjawan yang telah dibentangkan ini. Mereka amat mengharapkan sesuatu yang lebih baik dapat diberikan kepada mereka bagi membantu memulihkan sumber ekonomi mereka yang terjejas disebabkan oleh COVID-19.

Kerajaan Negeri Sabah juga melalui Belanjawan 2023 ini telah memastikan setiap lapisan masyarakat menerima kebaikan dan impak. Tidak lupa juga golongan OKU dan para wanita turut diberi perhatian yang sewajarnya oleh Kerajaan Negeri. Sesungguhnya, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah sentiasa mendengar rintihan rakyat negeri ini tanpa mengira ideologi atapun fahaman politik. Saya mendoakan agar kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri terus maju ke hadapan demi kemakmuran ekonomi negeri Sabah.

Datuk Speaker, di kesempatan ini saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan di kawasan Libaran

khususnya DUN Gum-Gum bagi memastikan kepentingan rakyat diutamakan. Pertama, soal jalan raya yang gravel yang perlu dinaik taraf ke jalan raya konkrit di Kampung Wawasan Desa yang menghubungi Kampung Semawang Batu 19 yang saya rasa sangat mendesak untuk dilaksanakan kerana laluan ini juga melibatkan resort pelancongan yang sentiasa melalui jalan tersebut. Keluar masuk membawa pelancong luar negara atau tempatan dan saya mengharapkan pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat merealisasikan impian penduduk kampung tersebut.

Kedua, soal lampu jalan.

Kebanyakan lampu jalan yang menghubungkan Sandakan-Beluran perlu ada penyelenggaraan segera dan pembaikan. Kerana jalan-jalan ini sangat gelap pada waktu malam dan boleh mendatangkan masalah kepada penumpang-penumpang bas ekspres yang menurunkan penumpang dia orang di simpang Beluran pada waktu malam dan dari simpang Beluran ke Kampung Jaya Bakti, Kampung Memanjang dan Kampung Satura adalah di dalam kawasan DUN Gum-Gum. Antara kawasan yang terlibat dari bulatan jalan Batu 11 ke lampu trafik Batu 12 dan dari jalan batu hingga ke Batu 32 ke simpang Beluran. Saya berharap masalah ini dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Yang terakhir, soalan… soal ganguan air.

Permasalahan gangguan air yang berlaku di Kampung Sebaik, Batu 10 dimana gangguan sering kali terputus dan tekanan air terlalu rendah menyebabkan air tidak sampai ke perkampungan Sebait. Hal ini dirasai oleh penduduk kampung selama tiga ke empat hari dalam seminggu. Saya mengharapkan pihak kerajaan dapat mengambil berat hal ini kerana melibatkan rakyat yang sangat memerlukan perhatian daripada kerajaan Negeri. Datuk Speaker, semua permasalahan-permasalahan ini yang saya bentangkan dapatlah dilaksanakan selari dengan tema Belanjawan 2023 yang kita dengar pada 25 November 2022 “Ekonomi Diperkasa Rakyat Sejahtera”. Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri sesi perbahasan ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta rakyat yang beragama Kristian dan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya Negeri Sabah. Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Adun Dilantik. Yang Berhormat Tungku, bila berucap ya?

Besok, Datuk Speaker.

Speaker

Banyaknya masa hari ini. Tiada gangguan lagi kalau kau berucap.

Belum habis baca buku tebal.

Speaker

(ketawa) Kuamut?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Saya besok.

Speaker

Besok juga?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ya, ada dalam jadual.

Speaker

Okey, kalau begitu saya jemput sekarang Yang Berhormat Bugaya. Bugaya ni maiden speech, so I don’t limit your time. Speak as much as you want. But stop when I tell you to stop. Okey silakan.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulilah segala puji dan syukur kepada Allah SWT yang maha hebat yang maha perkasa dan atas limpah dan juga rahmat-Nya selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Izinkan saya, Datuk Speaker untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Bugaya yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mewakili mereka semua. Tugas ini membawa tanggungjawab yang cukup besar dan saya berikrar untuk berusaha sedaya-upaya semampu saya untuk memenuhi amanah ini dengan sebaiknya.

Datuk Speaker, izinkan saya bercakap dalam bahasa Bajau untuk rakyat Bugaya. Magsukul aku ni kam kememon atas kepercayaan bi ni aku untuk mewakili kam kememon.

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya ADUN baru belajar, Kalau salah Datuk Speaker tolong tunjukkan.

Speaker

Sempat kau jolok, orang sudah ambil kali di luar.

(ketawa) Yang saya hormati Datuk Speaker dan semua Yang Berhormat di dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah membentangkan bajet yang mampan dan juga tahniah juga direkodkan setinggi-tingginya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Speaker, Sabah sebuah wilayah yang kaya dengan hasil buminya, namun rakyatnya serba serbi jauh ketinggalan. Potensi Sabah sememangnya besar dan diakui semua pihak termasuk komuniti antarabangsa. Bukan sahaja kaya dengan hasil bumi, malah kedudukan Sabah juga strategik di rantau ini. Geografi kita lebih dekat dengan negara kuasa besar seperti Jepun, China dan juga Hong Kong. Sepatunya, pelabur lebih tertarik untuk datang melabur ke Sabah berbanding negeri-negeri di Malaya. Namun sebaliknya yang berlaku. Mengapa ini terjadi? Pelabur tidak melihat dari segi aspek hasil bumi dan kedudukan geografi sahaja. Infrastruktur asas pengangkutan, guna tenaga kerja dan industri hiliran tempatan juga memainkan peranan penting dalam mereka membuat keputusan untuk mereka melabur. Di sini kita jauh ketinggalan berbanding dengan Malaya. Mengapa ini berlaku? Jawapannya, ketamakan, ketidakadilan…

Guna tenaga kerja dan industri hiliran tempatan juga memainkan peranan penting dalam mereka membuat keputusan untuk melabur. Disini kita jauh ketinggalan berbanding dengan Malaya, mengapa ini berlaku? Jawapannya ketamakan, ketidakadilan dan penindasan yang berlarutan lamanya mengakibatkan sosioekonomi rakyat Sabah hari ini ketinggalan jauh

berbanding rakan kita di sebelah sana.

Memburukkan lagi keadaan apabila segelintir pemimpin yang mementingkan jawatan dan poket mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka membela rakyat.

Mengorak langkah ke hadapan kita sebagai pemimpin tidak lagi boleh membenarkan sebarang cubaan sebarang penindasan dan salah guna kuasa sama ada dalam kalangan pemimpin atasan mahupun pelaksana.

Datuk Speaker, daripada Belanjawan 2015 hinggalah Belanjawan 2023, kita berterusan membentangkan belanjawan lebihan surplus (lebihan) bajet. Jika diteliti, jumlah lebihan berjumlah 130.4 juta ini, melebihi peruntukan yang diberikan kepada tiga kementerian dan hampir menyamai peruntukan Kementerian Pelancongan. Dalam mana kita meluahkan ketidakpuasan mengenai kekurangan peruntukan bagi membangunkan infrastruktur di Sabah, menjadi persoalan mengapa lebihan ini tidak dibelanjakan bagi tujuan ini.

Saya tertarik untuk mengulas point 18, di dalam ucapan belanjawan ini di mana, disebutkan sebahagian besar hasil negeri adalah berasaskan komoditi yang terdedah dengan harga yang tidak menentu. Jika naik harga komoditi, maka makin bertambahlah hasil kerajaan dan sebaliknya pula berlaku jika harga menurun. Jika dilihat pada tahun 2021 dan 2022, jumlah hasil daripada komoditi meningkat disebabkan kenaikan pengeluaran dan juga harga dan jika dibandingkan pada tahun 2018 dan 2019 kejatuhan harga dan permintaan komoditi global telahpun menyebabkan hasil Kerajaan Negeri menurun.

Di sini nyatalah, bahawa momokan bahawa Kerajaan Negeri Sabah di bawah pemerintahan Warisan dahulu tidak pandai mentadbir ekonomi adalah pembohongan semata-mata.

Harus diingat, jika tidak kerana Kerajaan Warisan yang menguatkuasakan cukai jualan produk petroleum kita tidak melihat penambahan besar hasil Kerajaan Negeri seperti yang dirasai hari ini. Walaupun ada cakap-cakap yang cuba menidakkan perkara ini, realiti dan fakta sebenar tidak boleh disangkal. Menyentuh mengenai hasil bukan cukai, pada tahun 2018, kita mengutip RM2.68 bilion, 2019 meningkat kepada RM2.79 bilion, 2020

menurun kepada RM1.88 bilion, 2021 RM2 bilion dan 2022 kita anggarkan RM2.1 bilion.

Saya ingin mendapat penjelasan komponen manakah yang masih lagi terjejas ataupun mengalami pertumbuhan yang perlahan? Point yang ke-20, iaitu mengenai peningkatan dan memampankan hasil negeri dengan memperkasa aspek penguasaan. Pertama, disebutkan bagaimana kerajaan bertindak bagi menangani ketirisan hasil.

Pada tahun 2010, pengasas PETRONAS, Tengku Razaleigh Hamzah, pernah mencadangkan agar dipasang meter gauge, supaya Kerajaan Negeri dapat mengukur jumlah pengeluaran minyak dan gas yang dibuat oleh syarikat-syarikat minyak di perairan Sabah.

Walaupun jumlah pengeluar minyak dan gas ada dinyatakan di dalam buku Laporan Tahunan PETRONAS, namun tidak dinyatakan secara spesifik jumlah pengeluaran mengikut wilayah dan negeri. Justeru, saya mohon perincian daripada Kerajaan Negeri, adakah meter gauge ini telah dipasang dan jika tidak apakah kaedah yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri bagi menentukan jumlah pengeluaran minyak dan gas kita oleh PETRONAS mahupun oleh syarikat cari gali minyak yang lain.

Saya juga ingin menyentuh mengenai Perkara Ketiga di dalam point ke-20, iaitu mengenai pemberian khas persekutuan di bawah Perkara 112D.

Agak menghairankan, apabila tidak langsung disebut mengenai Perkara 112C, sedangkan Kerajaan Negeri sebelum ini berkeras dan tetap memperjuangkan 40% hasil yang dikutip di Sabah perlu dipulangkan semula kepada Sabah. Adakah Kerajaan Negeri sudah bersetuju bersama Persekutuan bahawa Perkara 112C tidak lagi terpakai? Datuk Speaker, satu perkara yang saya teliti, tidak disebutkan langsung mengenai langkah Kerajaan Negeri bagi menangani kos sara hidup rakyat Sabah yang semakin menekan hari ini.

Kadar inflasi semasa di Sabah juga tidak dinyatakan.

Saya berpandangan, tidak sepatutnya isu kos sara hidup rakyat hanya diletakkan sepenuhnya di bahu Kerajaan Persekutuan memandangkan banyak inisiatif dan program yang boleh dilaksanakan di Sabah bagi menangani beban rakyat Sabah.

Sebagai contoh, program subsidi atau baucar bersasar bagi barang makanan asas kepada golongan sasar boleh dilakukan.

Disamping itu kerjasama dengan KPDNHEP bagi meluaskan jualan murah di setiap daerah di Sabah perlu diberi penekanan.

Ini contoh-contoh yang saya lihat ,Kerajaan Negeri boleh pertimbangkan kerana memberikan impak langsung kepada rakyat kebanyakan. Datuk Speaker, orang-orang Malaya sibuk memperkatakan mengenai teknologi kecerdasan buatan AI, Industri 4.0, teknologi 5G dan pelbagai lagi teknologi moden yang sedang dan akan dibangunkan. Malangnya, kita di Sabah masih menceritakan keperluan pembinaan infrastrukstur asas seperti jalanraya, bekalan air, bekalan eletrik, internet dan talian mudah alih.

Lihat saja di mukim tempat DUN Bugaya, iaitu Sungai Tuhuk, Semporna Darat dan Bugaya. Sehingga ke hari ini, liputan talian telefon dan internet di sini sangat lemah, malah kebanyakan tempat sememangnya tiada talian. Ini menyukarkan penduduk terutamanya pelajar sekolah yang kebanyakan bahan rujukan diperolehi daripada internet.

Memburukkan lagi keadaan, sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran dan kemalangan. Bagaimana mereka ingin menghubungi pihak berwajib bagi mendapatkan bantuan?

Yang saya sendiri, Datuk Speaker pada tahun hadapan dengan peruntukan berjumlah RM360 juta bagi melaksanakan projek berimpak tinggi jalanraya, jambatan, cerun, bangunan dan sebagainya. Begitu juga dengan projek bekalan air dan juga bekalan eletrik, jika mengikut butiran pembangunan, masing-masing disediakan peruntukan RM1 juta.

Namun jumlah ini akan lebih besar sekiranya diambil kira projek-projek di bawah Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, saya mohon diberikan perincian bagi ketiga-tiga projek ini, berapakah daripada jumlah ini akan dibelanjakan di daerah Semporna amnya dan Bugaya khususnya.

Datuk Speaker, sejak tahun 2017 dan telah masuk tahun yang kelima mangsa kebakaran di Kampung Bangau-Bangau seolah-olah diabaikan begitu sahaja tanpa dipedulikan.

Mereka ini rakyat Malaysia dan layanan yang adil dan berperikemanusiaan wajib diberikan oleh Kerajaan.

Sewaktu Kerajaan Warisan kita telah ah, Kerajaan telah menyalurkan peruntukan RM8 juta bagi pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur di sini. Namun setelah hampir tiga tahun berlalu, hanya pengumuman saja yang dibuat oleh Kerajaan Negeri namun masih tidak ada tindakan yang diambil. Saya mohon diberikan perincian bilakah projek ini akan dimulakan dan dijangka siap dan adakah Kerajaan bercadang menyediakan penempatan sementara yang lebih kondusif kepada mereka sepanjang projek ini berjalan.

Begitu juga dengan mangsa kebakaran di Kampung Simunul, mereka ini telah ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat PPR.

Namun ini bukan rumah kekal kerana ini hanyalah sekadar skim sewaan. Justeru saya memohon, pertimbangan Kerajaan Negeri atas permintaan rakyat agar menukar skim sedia ada kepada skim sewa beli yang mana inilah permintaan semua penduduk di sana.

...Perumahan Rakyat (PPR) namun ini bukan rumah kekal kerana ia hanyalah sekadar skim sewaan. Justeru, saya memohon pertimbangan Kerajaan Negeri atas permintaan rakyat agar menukar skim sedia ada kepada skim sewa beli yang mana inilah permintaan semua penduduk di sana yang minta saya suarakan perkara ini.

Datuk Speaker, tahun ini sektor pertanian menerima peruntukan RM561 juta bagi meningkatkan produktiviti dan juga kualiti hasil sektor pertanian dan perikanan. Namun jika diteliti bagi Belanjawan 2023 jumlah ini telah berkurangan kepada RM501 juta. Adakah sasaran kerajaan negeri bagi memastikan tahap sara diri (SSL) pengeluaran bahan makanan Sabah telah berubah Bugaya merupakan kawasan yang terbesar di Parlimen Semporna namun sektor pertanian tidak dioptimumkan sebaiknya. Hanya empat daripada 17 syarikat tanaman yang terlibat di dalam sektor pertanian letaknya di Bugaya di dalam Parlimen Semporna. Adakah kerajaan bercadang untuk membuka kawasan pertanian baru di Bugaya dan apakah tanaman yang dirasakan sesuai diusahakan di sini?

Begitu juga dengan sektor penternakan, menjadi persoalan mengapa tidak ada data mengenai syarikat ternakan di Semporna walaupun keluasan muka bumi di Semporna dilihat sesuai untuk diwujudkan sektor ternakan khususnya ternakan ayam, lembu dan juga kambing. Saya mohon kerajaan jelaskan.

Menyentuh mengenai sektor perikanan, Semporna memang terkenal dengan kekayaan hasil lautnya. Namun saya dimaklumkan begitu sukar untuk pengusaha kita di sini mendapatkan bantuan daripada kerajaan dan agensi yang terlibat. Begitu juga dengan pengusaha ikan sangkar sama ada bantuan benih mahupun bantuan membesarkan kolam kita bercakap mengenai usaha meningkatkan pendapatan petani daripada RM2 ribu kepada RM4 ribu sebulan. Namun pendapatan nelayan dan pengusaha ikan tidak diberikan perhatian. Begitu juga dengan industri rumpai laut, yang menjadi penyumbang besar kepada ekonomi di Semporna. Mereka telah lama terjejas akibat serangan penyu sejak tujuh tahun lalu. Saya dimaklumkan perbincangan telah pun dibuat di antara pengusaha dan juga agensi terlibat. Malah syor juga telah diberikan. Tetapi hingga ke hari ini tiada jalan penyelesaian malah tiada insentif dan bantuan yang diberikan kepada mereka. Alasan yang diberikan kerana kos terlalu tinggi tidak boleh diterima kerana masalah ini bukan baru semalam berlaku tetapi telah pun berlaku sejak tujuh tahun yang lalu dan masih berlaku sehingga ke hari ini.

Datuk Speaker, sememangnya pelabuhan kluster industri minyak sawit POIC di Lahad Datu. Berpotensi besar menjadi salah satu hab pemindahan penghantaran utama di rantau ini memandangkan kedudukannya yang strategik. Namun terdapat persoalan sejauh manakah ia memberi kelebihan dan nilai tambah kepada daerah-daerah berdekatan termasuk di daerah semporna. Apakah perancangan kerajaan bagi memastikan daerah Semporna dan rakyatnya tidak tertinggal dan dapat merasai limpahan ekonomi yang dijana melalui POIC?

Keindahan alam semula jadi yang dimiliki di Semporna, sukar ditandingi di tempat-tempat lain di dalam Malaysia malah ianya setanding dengan Maldives, Mauritius, Hawaii dan juga sebagainya. Namun jika tidak diurus dengan baik dan profesional maka hasrat menjadikan daerah Semporna sebagai hab pelancongan dunia akan terjejas.

Terdapat beberapa isu dan masalah yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan negeri. Pertama, mengenai ejen pelancongan yang tidak berdaftar. Mereka telah didapat didapati memanipulasi harga pakej pelancongan menyebabkan pengusaha pelancong mengalami kerugian. Isu ini perlu diberi perhatian serius kerana ianya bukan sahaja menjejaskan pendapatan rakyat di sini malah ianya juga turut melibatkan isu keselamatan pelancong.

Kedua, berkenaan infrastruktur pelancongan. Jeti pelancongan yang lebih sistematik perlu dibina kerana jeti sedia ada tidak teratur malah ada di kalangan mereka yang tidak berlesen ini menggunakan jeti pelancongan.

Ketiga, adalah mengenai soal kebersihan dan juga pencemaran. Diharap memohon kepada Kerajaan Negeri lebih serius untuk menyelesaikan isu sampah ini serta sasaran yang ditetapkan. Di sini saya ingin bertanya juga adakah “Kempen Sabah Bebas Sampah, Semporna Bersih dan Indah” masa ini diteruskan? Datuk Speaker, saban tahun kita membentangkan berbilion-bilion belanjawan peruntukan besar sana dan sini namun hasilnya tidaklah seperti yang dirancangkan. Apabila kita membaca laporan Ketua Audit Negara isu yang sama dan kerap ditegur adalah mengenai pencapaian pelaksanaan projek-projek pembangunan. Ini bukan sahaja, melibatkan projek Persekutuan malah terkait juga dengan projek negeri. Sampai bila ianya berterusan? Kita umum RM100 juta pertengahan tahun dipindah kepada RM50 juta dan hanya digunakan sebanyak RM20 juta. Lebih malang lagi ianya membabitkan projek infrastruktur asas yang sangat-sangat diperlukan oleh rakyat Sabah. Sudah sampai masanya dan ketika, sama ada daripada peringkat menteri, pihak atasan hinggalah ke peringkat pelaksana. Mengubah cara kerja agar lebih efisien dan produktif. Kita tidak boleh bersikap berterusan menyalahkan pihak Persekutuan jika kita sendiri tidak ingin mengubah sikap dan bersifat lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada kita.

Izinkan saya memetik ayat al-Quran Datuk Speaker, daripada Surah al-Zalzalah, ayat 7-8. (Bacaan ayat) “Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya”. Sabda Rasulullah:

“Wahai Tuhanku, barang siapa yang dilantik menguruskan urusan umatku ini lalu dia menyusahkan urusan umatku, maka susahkanlah urusan mereka dan barang siapa yang dilantik mengurus urusan umatku dan dia melakukan dalam keadaan yang baik dan lembut, maka engkau berlaku lembutlah terhadap mereka”. Hadis Riwayat Muslim.

Datuk Speaker, akhir kalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam menjayakan pembentangan bajet pada tahun 2023 ini. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan sentiasa di dalam reda Allah SWT. Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Bugaya. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Sekong, 12 minit ya.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil Alamiin wabinasta’ain, rabbis rolli sadiri wayas sirli amri wahlul hukdatan milli sani yaf kauhu kauli. Tuan Speaker, terima kasih sekali lagi atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan peruntukan Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada hari Jumaat yang lalu. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah membentangkan Belanjawan 2023. Bertemakan “Ekonomi Diperkasa Rakyat Sejahtera” dan tumpuan utama belanjawan ini adalah untuk memacu pemerkasaan ekonomi negeri demi mempastikan pembangunan Sabah dan kesejahteraan rakyat Sabah dapat diteruskan.

Mewakili rakyat Sekong, kami ingin melihat bahawa bajet ini, bajet ini, bajet kali ini benar-benar akan dilaksanakan dan sampai kepada penduduk Sekong yang 70% adalah terdiri daripada kategori B40. Isu-isu fundamental rakyat di Sekong, di pesisir pantai perkampungan tradisi yang masih belum digazetkan selain daripada itu bekalan elektrik, air di taman perumahan dan perkampungan amat mendukacitakan masih lagi berlaku, Tuan Speaker. Maka saya mohon Sekong dibenarkan menikmati daripada perbelanjaan...

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

...kampung tradisi yang masih belum digazetkan.

Selain daripada itu, bekalan elektrik, air, di taman perumahan dan perkampungan amat mendukacitakan masih lagi berlaku.

Tuan Speaker, maka saya mohon Sekong dibenarkan menikmati daripada perbelanjaan khas sebanyak RM2.369 bilion.

Antara lain melibatkan penyelenggaraan infrastruktur dan bantuan khas nelayan. Sejumlah dana daripada bajet ini hendaklah disalurkan kepada masyarakat Sekong terutama bantuan khas nelayan dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan di kampung dan jalanraya dipertingkatkan.

Begitu juga isu parit dan saliran di kawasan perumahan, daripada peruntukan RM1.16 bilion diperuntukkan antara lain untuk bekalan air dan pembentungan. Kampung Bambangan yang terletak kurang lebih 17 km daripada pusat bandar, memakan masa 30 minit perjalanan hingga ke hari, ini belum lagi menikmati bekalan air bersih, bagi kegunaan harian penduduk di kampung berkenaan. Diharapkan melalui bajet ini masyarakat Kampung Bambangan tidak dianaktirikan oleh kerajaan. Demikianlah juga masyarakat di kepulauan Sekong, seperti di Pulau Tronglit, Pulau Shanghai dan beberapa kepulauan lain, yang masih menanti pembuktian kerajaan dengan agenda memajukan rakyat Sabah dengan jayanya.

Pada hari ini masih tidak mendapat bekalan air bersih, yang semoga bajet ini tidak hanya menjadi utopia belaka. Mereka semuanya adalah rakyat Sabah yang wajib menerima bekalan air bersih. Kawasan taman perumahan seperti Taman Mawar, Taman Sibuga, juga acapkali menghadapi isu tekanan air yang lemah, yang menjejaskan aktiviti kehidupan para penduduk di taman berkenaan.

Maka, Tuan Speaker, perlu sejumlah peruntukan daripada RM618.58 juta disalurkan bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Sekong ini, kerana kita perlu membuktikan dukungan ikhlas kita kepada kemajuan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang kita cintai.

Tuan Speaker, Bajet 2023, memperuntukkan sejumlah RM212.63 juta untuk pembangunan luar bandar. Antaranya melibatkan program pembasmian kemiskinan, membaiki jalan penghubung antara kampung dan pekan, bekalan elektrik serta air di luar bandar. Saya berharap masyarakat di DUN Sekong, tidak dinafikan hak mereka sebagai rakyat Sabah untuk menikmati hasil pembangunan daripada bajet RM212.63 juta itu. Sebagai contoh, Kampung Bakau yang telah digazet pada tahun 2020, sehingga ke hari ini masih tidak menerima bekalan lektrik (elektrik) daripada pembekal utama SESB, yang menyebabkan tenaga lektrik (elektrik) di kampung berkenaan kerap terjejas, demikian juga Kampung Sundar.

Apakah langkah kerajaan untuk membantu rakyat Sabah di dua perkampungan ini terhadap isu bekalan air, ah bekalan letrik (elektrik) yang telah berlalu dan berlarutan berpuluh tahun yang lalu.

Tuan Speaker, Sekong juga ingin berkongsi kerisauan atas keterpurukan (porak-peranda) ekonomi Sabah di sebalik kayanya, banyaknya hasil sumber negeri Sabah yang kita cintai. Statistik angka tentang prestasi ekonomi, kadar pengangguran dan daya saing Sabah mendepani isu semasa, yang dijelaskan secara terperinci oleh Yang Berhormat Sebatik tadi, menjadi patukan kerisauan kami di Sekong. Izinkan saya berkongsikan fakta perbandingan antara Sabah yang mempunyai keluasan 73 000 km persegi, dengan hasil minyak antara 300 ribu tong sehari, dengan GDP perkapita RM21 ribu setahun mengikut data 2020, dengan negara Singapura yang mempunyai hanya mempunyai keluasan 728 km persegi dengan zero tong minyak sehari tetapi mempunyai GDP perkapita, USD Singapore 59 ribu atau RM266 099.

Maka, Tuan Speaker, Sabah sepatutnya lebih kaya dan lebih maju daripada Singapura, namun hakikat yang kita hadapi pada ketika ini berlaku kebalikannya (sebaliknya).

Mengapakah ini berlaku?

Antara sebab yang kami fikirkan di Sekong, ialah kita telah kehilangan kuasa terhadap kekayaan kita sendiri.

Minyak, gas bahkan tax yang kita milik, tax revenue yang sepatutnya kita dapat kita tidak peroleh selama ini. Maka, Sekong mengharapkan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat

Berhormat Ketua Menteri, secara berterusan, secara berusaha, dengan tegas, dengan berani dan teguh menuntut hak-hak kita, sebagai mana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963, terkait hasil minyak dan gas dan juga tax revenue 40%, yang jika kita peroleh semua ini menjadi pendapatan tambahan besar kepada kita di Sabah, yang membolehkan kita memacu dan mengangkat agenda rakyat dan Negeri Sabah, supaya lebih maju pada masa hadapan.

Sekong juga ingin mencadangkan agar DUN ini membuat pertimbangan resolusi, menuntut hak-hak kita yang merentasi kepartian, terhadap hak kita yang selama ini gagal diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Semoga, kerajaan baru pimpinan Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam konteks borneo misalnya, mampu memenuhi segala perkara yang sebelum ini tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan yang lalu.

Tuan Speaker, kita semua di sini memegang amanah 3.4 juta rakyat Sabah. Di noktah perjalanan ini, bukankah hari ini seharusnya lebih baik daripada kelmarin, dan bukankah hari esok seharusnya lebih baik daripada hari ini. Respektif YB Kerajaan or YB Pembangkang, our duty is to ensure in demonstrate good government transparent and greater account tability dalam menentukan hala tuju pelaksanaan pembangunan Negeri Sabah yang kita cintai ini.

Tuan Speaker, Khalifah Islam yang kedua, Saidinah Omar RA, pernah mengatakan bahawa, “sekiranya seekor kambing yang hilang di tebing sungai Furat maka, Omar akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhannya kelak”, moga menjadi peringatan untuk kita semua yang ada di Dewan yang mulia ini. Tuan Speaker, dengan ini Sekong mohon mencadangkan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sekong. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Kawang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatu,

Speaker

12 minit juga ya. 12 minit.

Jalan-jalan mencari lokan, Dapat pula si pari-pari; Datuk Speaker terima kasih saya ungkapkan, Atas peluang berucap dan tambahan masa yang akan diberi. [menepuk meja dan ada suara ketawa]

Speaker

Belum berucap minta tambah, macam mana ini?

Sudah kena warning awal-awal.

Datuk Speaker, bagi memulakan perbahasan atas Belanjawan 2023 ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu wataala, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, dapat kita terus bersidang buat kesekian kalinya di Dewan yang mulia ini, dan mendengar pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan pada 25 November yang lepas.

Marilah kita bersama-sama menadah tangan, memohon doa mensyukuri rahmat kemakmuran negeri tercinta.

Moga-moga negeri kita ini terus dilimpahi kemajuan, disuburi kedamaian dan dilimpahi kesejahteraan.

Mengamati inti pati belanjawan kali ini yang berjumlah RM5.138 bilion, dan dipersembahkan dengan tema ‘Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera’. Nampaknya diikat dengan kuat dan disimpul dengan kemas dan teliti.

Menepati kehendak membawa kemakmuran seiring hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Umumnya, rakyat sejagat mendapat nikmat dan manfaat daripada pembentangan belanjawan ini, kerana bersifat inklusif lagi menyeluruh. Mengutamakan kepentingan negeri tanpa mengabaikan tanggungjawab untuk masyarakat desa khususnya, yang mengharapkan kemajuan dan pembelaan.

Syabas dan tahniah kepada pimpinan Kerajaan Negeri yang merangka dan menggarap inti pati belanjawan ini

…lagi menyeluruh, mengutamakan kepentingan negeri tanpa mengabaikan tanggungjawab untuk masyarakat desa khususnya yang mengharapkan kemajuan dan pembelaan. Syabas dan tahniah pada pimpinan Kerajaan Negeri yang merangka dan menggarap inti pati belanjawan ini yang terbaik dan holistik lagi adil sifatnya ini. Datuk Speaker, angka-angka pertumbuhan yang dihuraikan dalam belanjawan ini menunjuk bahawa Sabah berada di landasan betul ke arah pembangunan mampan. Ini kerana ia mengandungi perancangan strategik untuk menjadikan Sabah antara negeri terbaik dari segi ekonomi. Walaupun tidak mengatasi negeri-negeri lain dan jika ekonomi negeri subur pasti rakyat dapat hidup makmur.

Kita sedang berada di atas papan luncur Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bersedia melonjak makmur menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi. Secara spesifik, saya ingin merujuk perenggan kelapan belanjawan tempoh hari, yang menyebut negeri Sabah kini berada pada landasan yang tepat ke arah pemulihan ekonomi dengan merekodkan pertumbuhan positif pada kadar 1.1% pada tahun 2021 berbanding pengucupan 9.2% pada tahun 2020. Ini bukti jelas keupayaan dan komitmen pimpinan kita, mengurus ekonomi dengan bijaksana, berpaksi dasar-dasar pragmatik yang disediakan oleh jentera pentadbiran sebagai pelaksananya. Datuk Speaker, berkongsi ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, pada perenggan ke-84, ucapan belanjawannya, saya juga turut merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 pada hari Khamis yang lepas. Begitu juga pada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dan yang lain, Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini dan yang lain, kerana telah dipilih sebagai Ahli Parlimen dalam pilihan raya, PRU-15 baru-baru ini. Saya tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada anakanda ADUN Bugaya yang baharu terpilih sama.

Seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan amat penting dan kritikal bagi memastikan kemajuan negeri dan kesejahteraan hidup rakyat. Oleh yang demikian, saya berpandangan bahawa adalah penting supaya hubungan dua hala antara Kota Kinabalu dan Putrajaya terus diperkukuh, menerusi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk di peringkat Pusat.

Datuk Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai sejumlah RM501.54 juta yang disediakan kepada Kementerian Pertanian dan Perikanan, iaitu kementerian keempat menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2023. Ini merupakan suatu peruntukan yang wajar, sebuah kementerian yang amat relevan dalam memastikan kita di negeri ini mampu bertahan dan sara diri dari segi bekalan makanan.

Kita berharap peruntukan yang disediakan itu dapat memastikan program bagi sektor-sektor makanan terus berkembang maju demi untuk memenuhi permintaan pengguna dan keperluan dalam negeri.

Contohnya, beras, sayur-sayuran, bijiran, buah-buahan serta ikan, daging, ayam, telur dan seumpamanya yang diperlukan oleh rakyat setiap hari.

Bagi saya, sewajarnya Kerajaan memberi fokus dan keutamaan kepada sektor makanan dan pada waktu pascapandemik, pandemik COVID-19 ini, yang mengheret ekonomi di seluruh pelusuk dunia dalam ketidaktentuan, di mana dikhuatiri krisis ekonomi global merundum dan inflasi meningkat.

Langkah-langkah Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Pusat pada April tahun ini, bagi penggunaan sektor agromakanan di negeri ini amat bertepatan sekali. Turut dimeterai adalah MOU antara Agro Bank dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi (SEDCO) bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam aktiviti pelaburan dan meningkatkan sinergi bagi membangunkan Sabah Agro Industrial Precinct, iaitu SAIP.

SAIP merupakan sebuah presint teknologi yang berfungsi sebagai platform untuk pembangunan industri asas tani yang memberi tumpuan kepada pembangunan

agromakanan dan tanaman khusus produk semula jadi, didorong oleh inovasi pemprosesan teknologi dan R&D di kawasan seluas 215 ekar terletak di Kimanis, Papar. Usaha-usaha dan kerjasama strategik yang dilaksana ini, diharap mampu meningkatkan jaminan bekalan makanan serta menjamin security makanan selain membantu petani dan pengusaha agromakanan. Sesungguhnya adalah penting bagi Kerajaan mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor moden dan dinamik.

Datuk Speaker, bersama juga rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain, saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada Yang Amat Berhormat merangkap Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan atas kenaikan peruntukan ADUN kepada RM3 juta. Sesungguhnya peningkatan peruntukan tersebut akan dapat membantu kami para wakil rakyat untuk terus memberi khidmat kepada rakyat yang telah pun memberi mandat dengan peruntukan tersebut, maka dapatlah kami menyantuni rakyat di peringkat akar umbi yang sentiasa dahagakan pembelaan.

Datuk Speaker, mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya memahatkan penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2023 yang menebarkan harapan buat rakyat sejagat.

Didesak lagi belanjawan ini menjadi penyegar mencapai cita-cita besar pimpinan kita, meskipun berhadapan cabaran sukar di gelanggang ekonomi dunia yang masih mencabar. Saya yakin dan percaya perencanaan dan pelaksanaan teras ini mampu dicapai kerana kita dikerumuni pimpinan nakhoda negeri yang hebat-hebat dan kuat semangat untuk membela nasib rakyat terbanyak, insya-Allah. Pujangga berpesan, kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih, marilah kita sama-sama mendaya usaha, sekuat mungkin untuk membangunkan rakyat dan negeri yang kita cintai.

Datuk Speaker, Kawang mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Masa yang dikasi pun nda habis, mau minta tambah, macam mana? Jadi setakat ini, itulah saja nama yang ada diberikan untuk berucap, tapi bagaimanapun, kalau ada yang sudah sedia untuk berucap sekarang saya boleh benarkan.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Boleh jugalah Datuk Speaker, kalau masih banyak masa.

Speaker

Banyak masa. Boleh. Teruskan, Yang Berhormat Kuamut.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Terima kasih, Datuk Speaker. Nampak gayanya Datuk Speaker ini hari ini, segak, handsome lagi.

Speaker

Lama juga masa tu, 12 minit juga tu bos. (Ahli-ahli Dewan ketawa)

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta berbahas belanjawan yang telah dibentangkan pada Jumaat yang lalu.

Seperti yang kita sedia maklum Datuk Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan telah membentangkan belanjawan.

Anggaran belanjawan berjumlah ah, RM5.138 bilion dan jangkaan hasil, sebanyak RM5.68 bilion, iaitu lebihan sebanyak RM130.647 juta di bawah tema “Ekonomi Diperkasa Rakyat Sejahtera”.

Datuk Speaker, saya tidak ingin merungkai semua isi kandungan yang ada terdapat di belanjawan ini. Cumanya ketika kita membahas isi kandungan belanjawan ini, dalam dunia tanpa sempadan ini, dengan Internet media rasmi Kerajaan dan sebagainya, belanjawan ini bukan sahaja dibahas dan diikuti oleh warga Dewan Undangan Negeri ini dan juga warga negeri Sabah tetapi ianya diikuti dan dibahas oleh rakyat kita di seluruh dunia di mana juga mereka berada, dan seperti yang kita sudah sedia maklum sejak kebelakangan ini, belanjawan ini semakin hari, semakin meningkat dan ini membuktikan bahawa…

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

...ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri ini berupaya bukan sahaja berupaya untuk mencari faktor-faktor baharu untuk menambah kantung pendapatan negeri Sabah tetapi juga mempunyai sikap berhemah untuk membelanjakan perbelanjaan seperti yang dinyatakan di sini. Datuk Speaker, persoalan yang berlegar di luar ialah, apakah belanjawan ini hanya dalam bentuk angka? Kerana apa Tuan Speaker? Rakyat sekarang ini sudah bijak menilai mereka mahu melihat apa yang berlaku di lapangan. Mereka mahu melihat hasil daripada belanjawan dan perbahasan-perbahasan yang kita buat setiap tahun. Sebagai contoh Datuk Speaker, saya dimaklumkan ada beberapa projek sama ada yang besar ataupun yang kecil, sama ada projek dalam bentuk perkhidmatan ataupun pembangunan, ada lagi projek-projek ini yang belum dikeluarkan, belum dilaksanakan sedangkan pada hari ini kita sudah berada di penghujung tahun. Jadi persoalnya Datuk Speaker, rakyat bertanya.

Saban setiap tahun kita mengisytiharkan berbilion ringgit ini tetapi di bawah sana belum merasai. Memang tidak dapat dinafikan ada sudah projek-projek yang sedang dilaksanakan, nah kekhuatiran kita Datuk Speaker apatah lagi di hujung tahun, akaun mulai ditutup. Kalaupun ada projek-projek nanti yang akan dilaksana, kita akan menghadapi cuaca yang tidak menentu. Jadi persoalannya sekarang apakah ini boleh duit yang tahun lalu habis dilaksanakan pada tahun ini? Dan begitu jugalah belanjawan pada tahun hadapan habis pada tahun hadapan?

Tuan Speaker, saya rasa di bawah pimpinan baharu Perdana Menteri yang terkenal dengan reform reformasi, sudah sampai masanya kita adaptasikan perkataan reform itu di Dewan Undangan Negeri bersama-sama dengan pelaksana-pelaksana dasar, jabatan-jabatan, kementerian-kementerian, GLC-GLC kerajaan.

Kita harus reform sikap kerja kita kerana bagi kami wakil rakyat ini tugas kita ialah meluluskan belanjawan ini dan kita tidak lagi mampu berada di lapangan untuk melaksanakan projek-projek yang sudah diluluskan Dewan Undangan Negeri melainkan rakan-rakan kita daripada pelaksana-pelaksana dasarlah yang akan melakukan ini supaya

akhirnya dapat dinikmati oleh rakyat jelata yang mendukung kerajaan kita pada hari ini.

Datuk Speaker, sebab itu saya amat berterima kasih, mengucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan dan kita sedia maklum bukan sahaja bonus RM1000, Kaamaatan pun ada RM500, Hari Raya Haji pun ada RM500 ertinya pendek cerita RM2000. Di sini kita dapat gambarkan bagaimana Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bukan sahaja prihatin, tetapi pada masa yang sama ada tersirat ingin membawa pelaksana-pelaksana dasar ini supaya bergerak bersama-sama, bersama dengan Ketua Menteri untuk membangun melaksanakan apa juga agenda yang dibincang dan dibuat oleh Dewan Undangan Negeri ataupun Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sendiri.

Datuk Speaker, yang kedua kami di Kuamut dan saya sendiri ingin mengucapkan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong kerana telah membuat satu gencatan politik di negeri ataupun negara kita ini. Gencatan politik ini telah dibuat dan telah dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan. Dan kita sekarang sudah melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemudi gencatan politik ini dan juga menerajui Kerajaan Perpaduan ini. Kenapa kita sokong? Sebab Datuk Speaker sudah sampai masanya semua pemimpin-pemimpin politik di Malaysia ini harus berjiwa besar demi untuk negara kita.

Kita terlalu penat Datuk Speaker bertelingkah antara satu dengan yang lain. Kita terlalu lama memikirkan soal parti-parti masing-masing. So kita mintalah kepada pemimpin-pemimpin besar kita, gunakan lah gencatan politik ini untuk kita bersatu-padu. Lupakan dulu kepentingan perjuangan parti masing-masing. Kerana apa? Satu, rakyat sudah penat. Kedua, kita dalam proses pemulihan ekonomi hasil daripada krisis COVID-19 yang bukan sahaja menjejaskan ekonomi kita malahan ramai rakyat kita yang mati akibat COVID-19 tersebut.

Jadi Datuk Speaker, saya harap gencatan politik itu di negara Malaysia kita ini dibawa ke negeri Sabah. Kita mahu pemimpin-pemimpin di negeri Sabah juga harus bergerak ke arah itu.

Kerana apa? Kita juga harus selari dengan Kerajaan Persekutuan dan inilah peluang yang terbaik untuk pemimpin-pemimpin Kerajaan

Negeri Sabah supaya berkoordinasi dengan pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan.

Kalau selama itu bersengketa kita kerana fahaman politik sehingga ada tuntutan-tuntutan tertentu MA63 ka apa juga MA sekali pun, inilah masanya dalam gencatan politik ini Kerajaan Perpaduan ini, berbincanglah kamu, bermusyawarah lah kamu, bermuafakat lah kamu demi untuk negara, demi untuk negeri kita yang tercinta ini.

Datuk Speaker, inilah harapan kita supaya apabila negara kita membangun, negeri kita juga membangun dan kita yakin dan percaya dengan hubungan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Kita nampak selepas sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saham kita meningkat, ringgit kita meningkat dan sebagainya.

Mendapat telefon daripada pemimpin-pemimpin luar negara yang terbilang dan itu satu petanda yang baik bagaimana negara kita ini akan terus maju kehadapan, mudah-mudahan.

Demikian juga Datuk Speaker di peringkat negeri Sabah.

Apa kurangnya dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri? Setelah mengambil alih pimpinan Kerajaan Negeri, banyak pelabur-pelabur dengan dasar pelaburan yang terbuka, banyak pelabur-pelabur sudah datang ke negeri Sabah ini untuk mengadakan sama ada GV ataupun MOU dan sebagainya.

Jadi Datuk Speaker, jangan kita hambat pembangunan dan persefahaman ini akibat daripada perselisihan perjuangan parti yang mengongkong ideologi kita sehingga kita tidak boleh bersatu padu untuk membangunkan negeri dan negara kita yang tercinta ini.

Datuk Speaker, saya angkat sebuah buku pembangunan DUN Kuamut, Daerah Tongod yang saya panggil sebagai Pelan Pembangunan Daerah Tongod 2022 - 2030.

Ini merupakan cetakan kedua bermula daripada 2008.

Sebab itu saya tidaklah mengambil masa yang banyak daripada kawan-kawan mana tahu yang mahu berucap, saya tidak akan titipkan satu persatu permasalahan yang saya minta dan yang saya dambakan di kawasan DUN Kuamut. Tetapi memadai yang pertama, melalui ucapan-ucapan saya sebelum itu. Yang kedua, melalui handsard ada dan yang ketiga, saya bukukan di sini dan sebentar nanti saya akan bagi kepada Yang Berhormat-berhormat Menteri untuk perhatian supaya kami di Kawasan Kuamut ini

dapat dibela, dapat dibangun bersama-sama dengan DUN apa ini kawasan-kawasan DUN yang lain.

Cuma Datuk Speaker satu lagi, saya, Menteri Pelancongan ada di sini. Saya tadi mendapat Whatsapp. Datuk dia cakap tolong bawa isu ini. Di kawasan kami Datuk Speaker, banyak ini gajah-gajah masuk ke kampung-kampung merosakkan tanaman orang kampung dan sebagainya. Masalah dia tidak ada satu undang-undang yang boleh.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

…tolong bawa isu ini. Di kawasan kami Datuk Speaker, banyak ini gajah masuk ke kampung-kampung merosakkan tanaman orang kampung dan sebagainya. Masalah dia, tidak ada satu undang-undang yang boleh membela orang-orang kita. Menurut mereka katanya, kalau binatang itu masuk ke kampung merosakkan tanaman lepas itu kita kasi bunuh itu binatang, orang kampung yang kena tangkap dan sebagainya. Tapi masalahnya, kalau binatang itu mengancam nyawa orang kampung sehingga yang ada mati tidak ada apa-apa pun pampasan dan juga bayaran yang diberikan oleh kerajaan kepada penduduk setempat sama ada dalam bentuk ganjaran dari segi pertanian ataupun nyawa dan sebagainya.

Jadi kita mohon, kerajaan ini mengkaji semula Rang Undang-undang (RUU) ini ataupun enakmen ataupun akta yang berkaitanlah supaya masalah ini boleh diberi pertimbangan kerana kasihan juga Datuk Speaker, kadang-kadang ini gajah dia tidak tengok keadaan, dia tidak ada keprihatinan, dia nampak sawah padi, dia balun habis, dia nampak kelapa sawit, dia tumbang habis dan orang-orang kita bergantung sangat kehidupan mereka kepada padi dan kelapa sawit dan sebagainya. Jadi Datuk Speaker, saya rasa itu sajalah ucapan saya pada hari ini. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan masa yang diberikan oleh Datuk Speaker saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kuamut. Ada siapa lagi? Yang bersedia untuk berucap? Darau ada? Mahu?

Speaker

Likas. Silakan Likas.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Okey, terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas ucapan Belanjawan Negeri Sabah tahun 2023 yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Jumaat yang lalu bersamaan dengan 28 November 2022 (25 November 2022) di Dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah, terbentuknya Kerajaan Perpaduan ini menunjukkan kematangan politik di tanah air kita. Parti dan ahli politik mahukan kerajaan yang stabil demi kepentingan rakyat berbanding dengan ideologi politik masing-masing.

Datuk Speaker, antara isu yang dibangkitkan rakyat semasa Pilihan Raya Umum yang lalu ialah kos sara hidup yang tinggi. Malah, peniaga juga tidak terlepas dari kos bahan mentah yang tinggi. Jadi saya harap, kerajaan boleh mengkaji dasar atau program yang boleh menurunkan harga bahan mentah sekali gus menurunkan harga barang dan makanan. Tuan Speaker, salah satu isu yang dihadapi rakyat ialah isu banjir. Di Likas, isu banjir memang bukan asing lagi jadi saya harap pihak JKR, DBKK, JPS boleh menyelesaikan isu banjir di Likas dan juga kawasan lain secepat mungkin. Saya minta supaya longkang dan parit monsun diselenggara dengan sebaik mungkin, juga naik taraf longkang dan parit jika perlu. Saya minta pihak JKR, JPS dan DBKK mengkaji semula perancangan bandar untuk memastikan longkang dan parit boleh menampung air hujan. Saya ingin mencadangkan juga di sini supaya parit boleh dibina di bawah jalan raya bagi tujuan tadahan air atau retention pond dan juga menampung air hujan.

Datuk Speaker, sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu dan juga bandar-bandar lain di Sabah terbukti tidak berkesan. Jadi saya harap, kerajaan boleh memperbaik dan naik taraf sistem pengangkutan awam di Sabah, mengkaji semula rancangan sistem pengangkutan awam supaya rakyat boleh mengurangkan kos pengangkutan. Datuk Speaker, isu bekalan air juga sudah mencapai satu tahap yang kritikal. Tekanan air rendah, paip pecah dan permintaan bekalan air yang tinggi menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat. Lebih teruk lagi kawasan kampung, di dekat kawasan Pekan Tamparuli pun tidak ada saluran paip yang bersih malah

masih banyak kawasan kampung dan pedalaman yang tiada talian telefon apa lagi liputan Internet, jalan pun teruk.

Datuk Speaker, saya masih dengar isu pelajar tidak mendapat bantuan dan biasiswa walaupun memperolehi keputusan yang cemerlang. Malah, rakyat Sabah tidak diberi keutamaan dalam sektor awam. Tidak mustahil pelajar-pelajar atau rakyat Sabah yang bijak pandai akan hijrah ke negara lain suatu hari nanti dan menyebabkan brand drain jika mereka tidak diberi keutamaan. Mustahil kita tidak boleh membantu pelajar-pelajar kita yang cemerlang ini.

Tuan Speaker, ini berkenaan kedai lama di Membakut. Saya minta apakah status…

Speaker

Jauh juga kau dari Likas pergi Membakut. [ketawa]

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

…Kampung bah kampung. [ketawa] Datuk tahu juga itu [ketawa]. Jadi, apakah status tanah kedai lama yang terbakar? Adakah kerajaan akan membina semula kedai lama ini dan sebagainya? Sebab ada peniaga dan pemilik kedai yang berjumpa dengan saya dan mencadangkan supaya status tanah itu diubah ke status komersial supaya kedai atau premis perniagaan berteraskan komersial seperti kedai tayar dan sebagainya boleh dibuka di sana. Datuk Speaker, tahun depan 60 tahun pembentukan Malaysia dan Sabah sebagai rakan kongsi sepatutnya boleh maju ke hadapan. Saya harap dengan adanya kerjasama dengan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan Malaysia, isu-isu yang dibangkitkan oleh saya dan juga ADUN-ADUN Dewan yang mulia ini boleh diselesaikan dengan segera dan dengan cara yang baik.

Di sini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Merry Christmas, Selamat Tahun Baharu, Happy New Year dan Gong Xi Fa Cai kepada semua.

Itu saja dari saya. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Likas dan juga Membakut. Siapa lagi? Okey, Limbahau.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Terima kasih, Datuk Speaker. Sepatutnya esok saya membahaskan ini tapi ada masa hari ini terima kasihlah. Datuk Speaker, salam

sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih Datuk Speaker, memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut bersama membahas berkaitan Belanjawan Negeri Sabah untuk tahun 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah. Saya secara peribadi merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan bajet yang saya lihat secara dasarnya adalah bagi memastikan ekonomi negeri kembali pulih dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19 dan pergolakan kuasa di kaca antarabangsa.

Berdiri saya di sini seperti mana Ahli-ahli Dewan Undangan yang lain adalah bertujuan bagi membukukan input-input saya selaku wakil suara rakyat mengenai Belanjawan Negeri 2023 yang dibentangkan pada Jumaat lalu.

Mana yang positif patut saya sokong dan jika ada kekurangan saya harap ia dapat ditampung. Saya kira belanjawan berjumlah 5.138 bilion ini adalah yang tertinggi dalam sejarah Belanjawan Negeri Sabah sejak merdeka. Oleh itu, saya berharap agar Bajet 2023 pada kali ini benar-benar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin sejajar dengan tema “Ekonomi Diperkasa Rakyat Sejahtera”

Datuk Speaker.…

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Datuk Speaker, pertama sekali saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia berkenaan peruntukan sebanyak RM69.2 juta daripada RM501.54 juta yang disediakan khusus untuk tujuan operasi dan membiayai pelbagai program bantuan kepada orang ramai, para petani, nelayan, penternak di bawah Kementerian Pertanian dan Perikanan. Daripada jumlah RM69.2 juta ini besarlah harapan saya agar sekurang-kurangnya RM1 juta diperuntukkan bagi membeli kira-kira 10 buah mesin pembajak untuk kegunaan pesawah-pesawah di Papar, khususnya untuk DUN Limbahau.

Sejak saya dipilih menjadi ADUN Limbahau pada tahun 2020, isu kekurangan mesin pembajak ini tidak pernah gagal saya utarakan di dalam Dewan yang mulia ini,

dengan potensi besar Papar sebagai pengeluar padi utama di Sabah. Isu kekurangan mesin pembajak ini adalah cukup mendesak.

Buat masa ini saya difahamkan dengan keluasan sawah padi kira-kira 1000 ekar di Papar dan Pertubuhan Peladang kawasan pula, hanya mempunyai dua mesin pembajak.

Jelas sekali tidak dapat menampung keperluan pesawah-pesawah di daerah ini. Situasi sekarang, proses menuai padi terpaksa dijalankan secara berperingkat atau bergilir-gilir, yang mana bukan sahaja menjejaskan pendapatan petani bahkan menjejaskan kualiti padi.

Kalau terlalu lama menunggu, hasil-hasil padi di sawah berisiko rosak ekoran serangan burung pipit.

Jahat pipit ini, sengsara orang kampung menjaga padi ini sebab itu kita perlu ada jentera pembajak dan juga jentuai, yang lebih banyak agar proses menuai dapat disegerakan.

Sekali gus, meminimumkan serangan pipit yang boleh menjejaskan hasil padi. Datuk Speaker, kedua, saya ingin merujuk kepada peruntukan sebanyak RM75.51 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah untuk melaksanakan program yang meningkatkan pengeluaran dan hasil ternakan dan pembangunan produk hiliran berasaskan ternakan antara lain.

Bagi menyokong insentif dan hasrat kerajaan ini, saya ingin mencadangkan agar kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah untuk melihat prospek industri penternakan burung puyuh.

Di Papar, saya lihat semakin ramai pengusaha burung puyuh kecil-kecilan dan terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap penjualan daging burung puyuh untuk dijadikan hidangan, khususnya di restoran. Ini adalah perkembangan positif yang boleh memberi pendapatan tambahan khususnya kepada golongan B40. Saya difahamkan, untuk seekor burung puyuh dijual pada harga RM5 ringgit.

Daripada berita-berita yang saya baca dalam prospek industri penternakan puyuh itu sendiri memiliki potensi yang baik apabila produk boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu, penjualan daging, penjualan telur, penjualan anak puyuh dan penjualan najis bagi penggunaan pembuatan baja pertanian. Datuk Speaker, dengan isu bekalan akhir-akhir, bekalan ayam sering menjadi polemik kepada kebelakangan ini sehingga mengundang kenaikan harga yang mencanang.

Telur puyuh juga dianggap sebagai alternatif kerana dikatakan mirip

dengan telur ayam, sama ada dari segi struktur dan rasa.

Selain itu, berbanding industri burung walit yang mengambil masa lama untuk mendapatkan hasilnya. Difahamkan kadar tumbuh besar untuk burung puyuh dalam contoh ini, baka puyuh kita hanya mengambil masa antara 21 hingga 28 hari untuk mendapat saiz yang sesuai sebelum dijual.

Baka seekor induk, boleh menghasilkan 240 hingga 280 ekor setahun, ini untuk prospek pasaran daging.

Bagi tujuan industri telur pula, puyuh kita akan mula bertelur seawal umur 42 hari. Saya difahamkan untuk menternak puyuh, bibit puyuh mesti didapatkan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah. Bagaimanapun, malangnya juga tiada peruntukan khusus daripada jabatan ini untuk industri penternakan burung puyuh ini.

Justeru itu, saya berharap kerajaan negeri dapat memberi perhatian lebih kepada industri ini dengan menyediakan program bantuan dari segi kewangan, kemahiran, kelengkapan dan pelbagai lagi untuk menyokong industri penternakan burung puyuh khususnya dalam pasaran domestik. Sekali gus, menyokong pembangunan produk hiliran berasakan ternakan di negeri ini.

Datuk Speaker, saya menyambut baik usaha dan fokus kerajaan negeri yang bukan sahaja memandang serius aspek meningkatkan syiar Islam tetapi turut prihatin terhadap keperluan agama-agama lain.

Ucapan terima kasih dan tahniah saya berikan atas usaha dan kecaknaan kerajaan negeri khususnya dalam pemberian sebanyak RM54.05 juta kepada sekolah-sekolah dan perkembangan badan-badan keagamaan bukan islam, iaitu dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM7.05 juta pada tahun hadapan. Dengan itu, dengan dana ini, saya mencadangkan agar peruntukan diberikan kepada sekolah-sekolah mubaligh yang dalam keadaan daif di negeri ini.

Kita tahu sekolah-sekolah ini tidak menerima peruntukan khusus daripada Kerajaan Persekutuan.

Kalau ada sekalipun lebih kepada peruntukan untuk penyediaan tenaga pengajar.

Dari segi pembangunan, seperti untuk tujuan pembinaan prasarana baru ataupun membaik pulih, pilihan dana bergantung kepada sumbangan mahupun hasil pengumpulan dana oleh pihak sekolah sendiri. Saya yakin dan seumpama ini dapat membantu sekolah-sekolah mubaligh yang daif ini,

sekurang-kurangnya membaik pulih infrastruktur sedia ada demi keselesaan pelajar dan tenaga pengajar.

Datuk Speaker, isu keempat yang saya ingin tekankan disini ialah mengenai nasib anak-anak kita yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia. Saya merayu kepada kerajaan untuk memudahkan mereka pulang ke kampung halaman khususnya ketika musim perayaan dan cuti semester dengan meringankan beban mereka, dan juga keluarga dari segi tambang penerbangan. Datuk Speaker, saya rasa sampai masanya sudah kita kerajaan negeri untuk membantu anak-anak kita yang bersekolah di semenanjung ini, kalau kita lihat apabila musim perayaan ataupun cuti sekolah , anak-anak kita apabila mahu balik ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga mereka, tambang mahal. Mungkin kita dapat rasa apabila anak kita daripada Kuala Lumpur ini, daripada semenanjung bila balik ke Sabah ini, bila musim cuti ataupun perayaan. Harga tiket itu mendadak naik, ada sampai seribu, lebih baik lagi apa ini, daripada Kuala Lumpur ke Manila, Manila ke KK ini, lebih murah lagi daripada kapal daripada semenanjung ke Sabah ini.

Speaker

Selalu pergi Manila kah?

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Kadang-kadanglah. Kadang-kadanglah.

Ini ada satu, satu apa ini, satu bebanan kepada anak-anak kita dan juga keluarga yang kurang mampu. Kadang-kadang ada.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

ADUN Limbahau ada harapan kah jo?

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Ada. Ini semua saya rasa kalau apa ini, anak-anak kita mahu balik pada musim cuti ataupun perayaan, kita terpaksa menampung harga tiket yang mahal. Jadi kita mintalah kerajaan negeri, kalau dapat supaya ada pengurangan apa ini, tambang tiket ini, kapal terbang ini supaya dapat diringankan secara orang bilang penuntut ini ada pas.

Pas belajar, gunakan pas itu supaya tambang murah itu akan diberikan kepada pelajar ini, jangan kita membebankan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Tetapi kalau mungkin wakil-wakil rakyat yang ada anak di semenanjung, kalau di sini ini, mungkin oklah. Tapi bagi

rakyat kita yang ada di bawah sana, anak-anak mereka mahu pulang untuk setahun mungkin dua kali, tiga kali dalam perayaan ataupun…

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

…… dalam perayaan ataupun cuti sekolah. Ini kita cubalah kita minta Kerajaan untuk mempertimbangkan agar semua penerbangan ini ataupun ya yang mengendalikan penerbangan ini boleh, apa ini, diberi sedikit kelonggaranlah untuk beri tambang murah kepada anak-anak kita yang bersekolah di semenanjung ini.

Ini kadang-kadang mahu balik pun kena bayar tiket mencecah ribuan ringgit. Itu saya katakan tadi ialah kalau pergi dari KL ke Manila, Manila ke KK lagi murah mungkin RM700 lagi murah dari direct KL ke Kota Kinabalu.

Jadi saya mencadangkan agar Kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini. Clark pun boleh juga. Datuk Ghulam bilang daripada Kawang ini, dia bilang Clark dulu ada direct flight, sekarang tiada sudah.

Okey Datuk Speaker, saya ingat saya mencadangkan itu adalah untuk kebaikan kita semua. Bukan kita di sini tetapi menyeluruh kepada rakyat dan juga keluarga yang ada di negeri Sabah ini. Datuk Speaker, kelima, saya ingin menyuarakan mengenai kawasan saya ini. Saya ingat sudah dua tahun berlalunya banjir di, apa ini, Maang dan juga kawasan Limbahau, terutama sekali Kampung Labak ini sehingga sekarang masih belum lagi dilaksanakan ataupun pembinaan jambatan yang telah roboh ataupun dihanyutkan oleh banjir. Berkali-kali saya bercakap dalam Dewan ini bahawa jambatan banyak rosak, jalan banyak rosak sehingga belum juga dilaksanakan sehingga sekarang. Keluhan orang kampung, ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk ke sekolah ini amat menyedihkanlah. Jambatan belum dibuat sehingga sekarang, kita balik-balik telah bertanya dengan keadaan jambatan yang apa ini, yang roboh itu masih belum dibaiki lagi.

Jadi saya mintalah, kalau boleh jambatan yang roboh yang ada di Kampung Labak ini dapat dibina dengan segera. Begitu juga dengan keadaan air kadang-kadang hujan sedikit, dua tiga hari tidak apa ini, tiada bekalan air di terutama sekali di

Kampung Labak di Kinarut ini. Jadi saya mohonlah dalam Dewan ini, kalau dapat disegerakanlah untuk membaik ataupun membina jambatan yang telah dihanyutkan apa ini, air banjir yang tahun lepaslah, sudah dua tahun.

Datuk Speaker, yang keenam, saya ingin berterima kasih kepada pembinaan menara telekomunikasi yang dirancang untuk tiga kawasan di Limbahau, iaitu Kampung Gana, Tanaki dan Kampung Mandalipau.

Saya ingat bila saja saya duduk dalam Dewan ini, menteri ada yang senyum-senyum, saya memang setiap kali saya akan menghubungi beliau, bila akan dibina apa ini, menara ini dan terima kasihlah, sudah pun dibina untuk satu di Kampung Gana mungkin akan dapat digunakan pada awal tahun depan. Terima kasih menteri yang bertanggungjawab. Ada dua lagilah daripada Mandalipau dan juga Tanaki sebab ini adalah satu keperluan. Sudah lama ada anak-anak yang belajar sehingga naik bukit cari Internet kemudian ada pengguna jalan raya sudah, jalan ini Pan Borneo, belum ada lagi apa ini kemudahan ini. Kalau ada kemalangan, kalau ada accident, memang susah untuk menghubungi, apa ini, terutama sekali ambulans dengan polis tapi terima kasihlah kepada Menteri Sains yang telah berusaha setiap kali saya menghubungi beliau, dia akan susah hati.

Tapi hari ini dia senyum-senyum. Terima kasihlah Menteri ini dan mungkin sudah tentu saya turut menyambut baik untuk apa inisiatif Kerajaan Negeri sendiri menerusi ini kita apa ini dengan memasang kemudahan internet teknologi satelite untuk 300 lokasi di seluruh Sabah ini. Saya juga memhon lah kalau boleh dapat diagihkan di kawasan Limbahau untuk…

Speaker

Di kawasan DUN.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Kawasan DUN Limbahau. Yang terakhir sekali ialah mengenai dengan saya telah membangkitkan soal projek yang dilaksanakan ataupun yang akan dilaksana di dalam kawasan ADUN ini. Kalau boleh supaya mana-mana projek yang hendak dilaksanakan di dalam kawasan ADUN ini hendaklah dimaklumkan kepada pihak wakil rakyat. Sebab apa sekarang ini kita tidak amat bercelaru kadang-kadang apabila sebuah projek ataupun yang akan dilaksana dalam kawasan ADUN itu, ADUN sendiri, wakil rakyat tidak dimaklumkan.

Kadang-kadang rakyat bertanya “YB, ini projek siapa punya?” akan ditanya kepada Wakil Rakyat. Kadang-kadang, kalau kita jawab, kita tidak tahu, malu juga kita kan? Sebagai wakil rakyat mesti tahu, siapakah mengendalikan projek itu, siapa yang melaksanakannya? Sekurang-kurangnya kita dimaklumkan.

Takkan kita di bypass begitu seolah-olah kita tidak ada, apa ini, sebagai wakil rakyat yang tidak mempunyai tanggungjawab. Kadang-kadang rakyat bertanya, siapa punya projek? Siapa punya yang melaksanakan ini?

Kalau kau orang tidak tahu seolah-olah kita ini bukan wakil rakyat. Siapa Wakil Rakyat yang bertanggungjawab jadi saya mintalah kalau boleh daripada pihak Kerajaan, daripada Pegawai Daerah sini, maklumkan bahawa projek-projek yang akan dilaksana di dalam kawasan ADUN, maklumkan kepada Wakil Rakyat supaya Wakil Rakyat dapat menjawab dan Wakil Rakyat akan mengetahui dari mana peruntukan sebenarnya.

Kita tidak mahulah kita sebagai wakil rakyat di bypass tanpa tahu mungkin projek ini kita tiada tahu kemudian kalau ditanya wakil rakyat pun tidak tahu seolah-olah wakil rakyat tidak mempunyai tanggungjawab yang sebenar. Jadi..

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Limbahau, mohon laluan, Limbahau.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Okey.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Setujukah Limbahau sekiranya ada surat pekeliling daripada Kerajaan Negeri diberikan kepada setiap Majlis Daerah ataupun Pejabat Daerah, Majlis Tempatan untuk menerangkan bahawa setiap projek pembangunan di kawasan setiap DUN ini haruslah dimaklumkan kepada ADUN, ADUN kawasan itu sendiri.

Setujukah Yang Berhormat sekiranya ada pekeliling daripada Kerajaan Negeri berkenaan dengan perkara ini? Terima kasih.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Saya amat bersetuju dengan Sebatik. Kalau boleh, keluarkan surat pekeliling kepada Pegawai-pegawai Daerah, Majlis Perbandaran supaya satu pekeliling apa jua projek itu harus dimaklumkan kepada wakil rakyat yang bertanggungjawab agar supaya wakil-wakil rakyat itu akan memaklumkan kepada rakyat berhadapan dan mengetahui siapa yang pelaksana

dan siapa yang bertanggungjawab dalam perkara ini.

Saya bersetuju dengan saudara kita daripada Sebatik. Jadi saya mohonlah agar Kerajaan dapat mengambil perhatian dalam perkara ini.

Saya ingat itu sajalah daripada daripada Limbahau lah. Jadi sebelum itu, ini saya punya bos daripada Kawang ini memang dia campin (hebat) berpantun. Dia suruh saya baca ini pantun:

Ikan julung-julung, Masuk dalam kelong; Datuk Speaker orangnya tak sombong, Baik hati dan suka menolong.

Terima kasih. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Sudah juga, sudah juga giliran dia itu. Tidak juga dia dapat masa lagi.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Terima kasih, saya mohon menyokong.

Speaker

Kalau tidak ada, saya minta seorang Menteri buat usul. Wah, cepat dia buat usul!

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa mengikut Peraturan Tetap 4(3) mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Speaker

Ada penyokong?

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Sokong. Sokong Klias. Lambat itu.

Speaker

Cepat juga dia.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Lambat itu.

Speaker

Kalau Apas, beg sudah atas meja itu..

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Saya menyokong. Macam banyak menyokong ini.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, bahawa Dewan ini akan ditangguhkan seperti mana yang disarankan. Ahli-Ahli yang bersetuju, katakan bersetuju. Semua Ahli-Ahli Yang Berhormat : Setuju.

Speaker

Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan maka itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditangguhkan. Bermesyuarat semula pada 29 November 2022.

(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 2:50 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 29 November 2022”.

SDN25112022/bnm