Sabah · 29 November 2022

16th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · not final · 421 turns · 47,906 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya jemput Ahli Yang Berhormat, ADUN Dilantik, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Silakan.

Selamat pagi Tuan Speaker. Soalan No. 1.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Cukai Jualan Negeri Yang Dianggarkan Diterima Pada Tahun Ini Bagi Sektor Minyak Dan GasQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*1.

YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, berapakah jumlah Cukai Jualan Negeri yang dianggarkan diterima pada tahun ini bagi sektor minyak dan gas. Jawapan

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, sukacita saya maklumkan bahawa jumlah ah hasil daripada charge atau CJN petroleum adalah lebih tinggi daripada apa yang kita jangka dan kita anggarkan. Setakat 28 November ya, dua hari yang lepas, kita telah menerima RM1.79 bilion dalam hasil daripada CJN ah produk petroleum. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tahniah kerana mencapai hasil yang begitu tinggi. Cuma saya nak tanya.

Apakah benchmark?

Apakah harga pasaran yang digunakan Kementerian Kewangan untuk menganggarkan menentukan harga supaya kita

mencapai hasil ini? Misalnya, adakah kita menggunakan itu bench oil ataupun west taxes intermediate? Mana satu yang digunakan? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Pada dasarnya, kita mengambil ah apa itu piawaian apa itu yang digunakan di peringkat antarabangsa ya dan dia sering apa itu berubah-ubah dari masa ke masa kerana pergerakan apa itu harga minyak di dunia ini ah berubah-ubah ya. Malah, untuk pengetahuan Yang Berhormat Yang Dilantik, pada mulanya, kita hanya menganggarkan kita akan hanya menerima RM1.1 bilion dari segi daripada apa ini hasil CJN ini atas andaian harga minyak antarabangsa ialah $53 USD satu barrel ya. Ah, lepas itu kita telah buat ah pengubahsuaian tetapi seperti mana Yang Berhormat Yang Dilantik daripada Likas sedia maklum, ah pasaran apa itu minyak ini, dia bergerak terlalu cepat. Dia boleh apa itu, boleh bertukar sekelip mata daripada 80 pergi 40 atau 40 daripada 100 lebihlah. Jadi, andaian kita ialah untuk menjawab soalan ialah ah kita menggunakan apa itu piawaian biasa antarabangsa yang sering digunakan oleh juga oleh Treasury Malaysia ataupun Perbendaharaan Malaysia untuk membuat apa itu perkiraan dan harapan kita ialah ah apa ini ah, kalau saya boleh tambahlah, minyak ini atau hasil minyak ini, dia ada kebaikan dan dia punya apa itu, down sidelah. Down side dia kalau tertinggi, hasil dia, harga minyak tinggi, harga komoditi, barangan pengguna juga akan naik. Fred akan tinggi, jadi kita akhirnya membayar sendiri masalah yang baik yang kita terima daripada hasil tersebutlah. Terima kasih. Saya harap...

Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

...Yong.

Beri saya peluang.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ia, terus.

Ya, terima kasih. Amat penting Yang Berhomat Menteri tadi ah menjelaskan bahawa ah kalau harga minyak terlalu tinggi, kos sara hidup pun, inflasi pun naik. Bukankah itu yang ditanggung oleh Kerajaan Pusat? Tapi lebih baik untuk Kerajaan Negeri, sekiranya harga

minyak tinggi supaya hasil Kerajaan Negeri bertambah. Ah, hasil Kerajaan Negeri bertambah. Inflasi itu satu subjek di bawah Kerajaan Pusat kerana dia ada melibatkan import, eksport dan sebagainya. Jadi, bagi saya ini sama ada Menteri setuju bahawa harga minyak naik ini lebih baik daripada buruk kepada Kerajaan Negeri Sabah. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tidak semestinya, Yang Berhormat Yang Dilantik kerana kebanyakan barangan komoditi kita yang kita gunakan adalah diimport ya. Ambil misalan sebagai apa itu. Misal kata, apa itu ah apa itu chicken feet ah, iaitu grains ya. Kita import daripada Eropah. Dia memerlukan, apa itu kos, dia telah naik sampai 40% hingga 50%. Akhirnya, kita sendiri yang menanggung apa itu di Sabah. Malangnya, kita tidak produce kebanyakan daripada barangan kita yang kita gunakan setiap hari. Jadi walaupun ada kebenaran, apa yang di apa itu disentuh oleh Yang Berhormat Yang Dilantik tapi ah saya tak fikir kita apa itu. Orang kata ini yang dikatakan apa ini ah gula dan madulah.

Speaker, Speaker, beri saya...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan. Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih ah, Datuk Speaker. Ah, kalau dibandingkan Sabah dengan Sarawak, hasil minyak negeri Sabah ah lebih tinggi daripada Sarawak. Ah tetapi cukai ah petroleum ataupun produk-produk petroleum Sarawak dikutip lebih tinggi. Ah saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah faktor-faktor yang menjauhkan kita banyak perbezaan dari segi kutipan cukai, ah minyak dan produk-produk petroleum ini? Dan apakah ada cadangan Kerajaan Negeri Sabah untuk berunding dengan Sarawak? Supaya tidak ada yang tertinggal dalam kutipan cukai ini. Ataupun tidak ada yang terlepas pandang supaya semua produk-produk petroleum ah kita bandingkan dengan Sarawak dan kita dapat hak kita sebagai pengeluar petroleum Negeri Sabah. Terima kasih.

(batuk)

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Sebenarnya Sarawak, dia lebih di hadapan dari segi down streaming ya. Down streaming daripada produk petroleum. Jadi down streaming produk semuanya apa tu tertakluk kepada cukai. Jadi,kerana itu mereka mendapat atau mengutip cukai lebih tinggi daripada Sabah. Ah, kita juga telahpun apa itu secara perlahan-lahan meluaskan base apa itu revenue based dari segi dalam produk petroleum. Yang terbaru ialah...

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

…petroleum. Yang terbaru ialah kita telah pun mula mengutip cukai jualan bgi produk urea dan juga ammonialah. Ini kita harapkan sedikit sebanyak walaupun sumbangannya tidaklah terlalu banyak tetapi secara perlahan-lahan bila industri itu berkembang ia akan dapat menghasilkan cukai tambahan kepada negeri Sabah. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat, wakil dari Silam.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Assalamualaikum Datuk Speaker. Soalan saya, soalan No. 2.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Masalah Pengangguran Dalam Kalangan Lepasan SekolahQuestions

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

*2.

YB. Tuan Haji Dumi Pg Masdal [Silam] bertanya kepada MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI, apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, Menteri.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Tuan Speaker.

Tuan Speaker, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Silam, Kementerian melalui jabatan dan agensi melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mengurangkan

masalah pengangguran di kalangan lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Antara pendekatan Kementerian adalah seperti berikut:

1) Kementerian telah melaksanakan Sabah Talent Entrepreneurship Programme atau STEP di bawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Tiga program STEP yang disertai oleh 60 orang lepasan sekolah dan belia Sabah telah dilaksanakan. Program ini bertujuan melahirkan usahawan belia yang dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan yang baharu. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan belia terhadap pekerjaan sektor kerajaan dan swasta. Melalui program Pitch Borneo, iaitu program mencungkil usahawan berasakan teknologi, pihak KSTI telah berjaya melahirkan seramai 1300 orang usahawan sehingga kini. 112 orang daripada usahawan tersebut telah menerima sumbangan untuk mengembangkan idea dan produk mereka. 2) Menawarkan 15 jenis kursus latihan debat melalui JPSM kepada pelajar lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi di ILTP yang ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia atau SKM, Sijil Kemahiran JPSM, PETRONAS dan Suruhanjaya Tenaga.

Kursus seperti ini turut dilaksanakan oleh pelbagai agensi seperti MARA dan Politeknik. 3) Kementerian melaksanakan kursus latihan kemahiran jangka panjang yang bertujuan membantu golongan sasar, iaitu belia, beliawanis, B40 dan pencari kerja. Seramai 90 orang peserta telah menyertai Kursus Pemandu Penyelam atau Divemaster Rigging and Slinging Advance dan Plaster Planter Level 1 dan Level 2 dan Kursus Perkapalan. Seramai 39 peserta kursus telah berjaya mendapat pekerjaan.

4) Kementerian melaksanakan Hospitality Engagement Learning Program atau (HEALTH) dengan rangkaian hotel lima bintang terpilih. Setakat ini, seramai 13 pelatih telah ditawarkan pekerjaan di Hotel Shangri-la Rasa Ria, Kota Kinabalu. 5) Melaksanakan 11 siri Jelajah Karnival Kerjaya bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO di seluruh Sabah. Seramai 1390 orang telah ditawarkan pekerjaan melalui program ini. Di samping itu, JPSM telah

mengadakan temu duga terbuka secara bersemuka di Ibu Pejabat JPSM, Kota Kinabalu. Setakat ini, dua siri telah dilaksanakan dan 16 orang telah mendapat pekerjaan. Kementerian menyediakan platform Sabah Jobs Portal dan My Future Jobs yang dikendalikan PERKESO dan JPSM sebagai platform pencarian kerja. Seramai 4634 pencari kerja dan 170 majikan berdaftar di Sabah Jobs Portal manakala sebanyak 84 078 jawatan kosong telah diiklankan daripada 6712 majikan melalui portal My Future Jobs.

6) Melaksanakan program upskilling for deep check and future skills melalui Sabah Skills Training Centre atau pun SSTC. Seramai 533 orang peserta program ini telah mendapat pekerjaan. Di samping itu, SSTC telah melatih seramai 1,014 belia untuk program peningkatan kemahiran seperti pengurusan, peruncitan, kimpalan, penyeliaan kelapa sawit, teknologi drone, keusahawanan dan sebagainya.

7) Melaksanakan program creative digital melalui pusat kreatif, ekonomi dan inovasi Sabah atau SINEC. Seramai 10 pelajar berjaya diserap ke dalam beberapa syarikat animasi dan 11 orang telah dilatih meningkatkan literasi digital dalam program Raid To Take dengan Capital Air Venture Berhad. SINEC berkolaborasi dengan pelbagai agensi seperti SOSI, My Harapan dan Yayasan Hassanah dalam mengangkat Ekosistem Sosial Enterprise.

8) Melaksanakan program up skilling dan literasi ICT melalui AMC College Seramai 33 198 orang belia telah dilatih sepanjang tahun 2022 melalui 149 kursus.

9) Melaksanakan kursus kemahiran keusahawanan jangka pendek di semua kawasan DUN. Sebanyak 147 kursus dilaksanakan melibatkan 3082 orang peserta. Secara keseluruhan, seramai 15 554 orang belia telah mendapat pekerjaan melalui pelbagai program dan inisiatif KSTI dan PERKESO sepanjang 2022. Terima kasih.

Tuan Speaker, soalan tambahan untuk saya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Nanti. Daripada yang soal tadi, ada? Kalau tidak…

Terima kasih Tuan Speaker. Ya, terima kasih tadi punya jawapan, ah Menteri. Saya mahu tanya, apa Sabah punya kerajaan punya pandangan atau future punya planning for the service line, atau for the industry line, for the engineering line. Jadi itu student bila graduate dia ada sendiri punya fokus pigi (pergi) mana. Sebab contohnya kalau pergi pelancongan itu student boleh pergi pelancongan punya sektor lah. Contoh hotel or the sukan Sabah mahu buat satu apa. Tourism Heaven kah. Atau mau buat satu… financekah. Apa yang sekarang future yang sekarang yang Sabah ini mahu fokus? Jadi student tidak blur, know dia study apa subjek, apa silibus dia mahu fokus punya. Terima kasih Menteri.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih atas soalan tersebut.

Sebenarnya pihak KSTI juga telah merancang untuk mengadakan kolaborasi dengan syarikat-syarikat swasta. Contohnya yang saya sebut tadi yang dilaksanakan dengan SSTC, di mana SSTC ada kolaborasi dengan syarikat-syarikat tempatan. Setiap pelatih yang kita lahirkan sudah pasti mendapat peluang pekerjaan. Sudah tentulah niat kita siapa sahaja yang kita lahirkan daripada usaha membantu ini…

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

... daripada usaha membantu ini akan mendapat peluang pekerjaan tetapi bukanlah semudah seperti yang kita perkatakan. Saya menyeru kepada Ahli Dewan yang mulia ini, bahawa tanggungjawab ini bukan sahaja tanggungjawab kementerian ini semata-mata.

Kita Ahli Dewan yang mulia ini juga mempunyai tanggungjawab bersama. Justeru, saya menyeru kepada Ahli Dewan semua kalau ada barangkali pandangan, ada idea yang boleh kita guna pakai tampillah bersama-sama kementerian. Saya mengalu-alukan semua Ahli Dewan membantu kementerian, membantu Kerajaan untuk mencapai usaha Sabah Maju Jaya. Terima kasih.

Bukan sebab itu ba, sebab itu kita punya direction ba. Bukan kita beri cadangan, bukan. Kita punya direction ialah apa, yang Sabah punya sekarang Kerajaan Sabah punya direction sekarang ialah apa? Ya.

Bukan sebab kita cadang. Bukan. Saya tidak mahu cadangan. Sekarang kita apa direction? Saya langsung tidak tahu apa sekarang punya direction ba.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Yang Berhormat, kalau kita…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Telupid, Yang Berhormat Telupid sila duduk. Teruskan.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Yang Berhormat, kalau kita melihat kepada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa direction ini bukan hanya bergantung kepada satu kementerian. Right? Kita mempunyai berbagai kementerian.

Contoh pelancongan, Kementerian Pelancongan juga mempunyai direction ke arah mana.

Justeru itu, saya dalam Kementerian KSTI ini, telah berbincang juga untuk melihat apa direction-direction yang sepatutnya kita lakukan melihat ke hadapan yang mana perubahan semasa, contohnya teknologi. Teknologi yang ada pada hari ini mungkin tidak sesuai di masa hadapan. Saya menyarankan kepada pihak Kementerian untuk melihat ke hadapan sebagai direction kita untuk membina negeri kita, rakyat kita ke arah yang lebih ke depan. Ataupun macam saya katakan tadi, tidaklah ah semudah yang seperti kita nyatakan.

Makanya kita lebih kepada memandu direction kepada pelancongan, pertanian, industri untuk memacu ke arah yang lebih maju. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Satu lagi soalan tambahan Yang Berhormat Telupid.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ya, saya ingin ah... bertanya kepada kementerian adakah cadangan untuk emm... menempatkan pegawai Jabatan Pembangunan Sumber Manusia di setiap Pejabat Daerah?

Ini cadangan.

Bagi membolehkan mereka untuk membantu pencari-pencari peluang pekerjaan di Pejabat Daerah ataupun di Majlis Perbandaran untuk mendaftarkan atau membantu pencari-pencari peluang pekerjaan ini terutama di luar bandar. Menempatkan

pegawai-pegawai JPSM di setiap Pejabat Daerah. Kalau macam e-kasih, ada staff yang akan menguruskan e-kasih untuk membuat pangkalan data kepada miskin tegar. Jadi pencari peluang pekerjaan ini terutama di luar bandar.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat soalan dia? Soalan dia?

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Adakah cadangan-cadangan kepada kementerian untuk menempatkan pegawai JPSM di setiap daerah untuk mengurus…

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri kalau tidak mahu jawab pun boleh kerana ada sedikit lari daripada soalan yang asal.

Sedikit lari daripada soalan asal.

Kalau mahu jawab, boleh jawab.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Tidak apa lah saya bagi jawab sedikitlah. Terima kasih atas saranan itu. Saya akan memberi perhatian. Walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi dalam dunia yang serba moden ini. Ah, setiap orang mempunyai handphone, gadget seperti yang tadi saya nyatakan bahawa peluang pekerjaan ini boleh kita layari melalui Sabah Job Portal dan juga My Future Jobs. Tanpa kita meletakkan pegawai di mana-mana pun kita layari, kita akan tahu di mana-mana peluang pekerjaan, kekosongan yang ada tetapi walau bagaimanapun saranan tersebut akan saya ambil perhatian. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Usukan. Saya menjemput Yang Berhormat Banggi, silakan.

Datuk Speaker, soalan saya No. 4.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Bilangan Maktab Perguruan Dan Institusi Pendidikan Awam Yang Beroperasi Di SabahQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*4.

YB. Tuan Mohammad bin Mohamarin [Banggi] bertanya kepada MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS DAN PENYELARASAN:-a) berapakah bilangan Maktab Perguruan yang beroperasi di Sabah ketika ini; dan b) apakah dan berapakah bilangan institusi pendidikan awam negeri di Sabah ketika ini.

Jawapan

Datuk Fairuz bin RenddanBEBASPembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Pintasan

Terima kasih Datuk Speaker. Datuk Speaker untuk makluman Ahli Yang Berhormat DUN Banggi dan Dewan yang mulia ini, bilangan maktab perguruan yang beroperasi di Sabah ketika ini adalah sebanyak empat buah, iaitu yang pertama, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya di Kota Kinabalu, kedua, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent di Tuaran, ketiga, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau di keningau dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau di Tawau. Bagi Institut Pendidikan Awam Negeri yang beroperasi di Sabah ketika ini adalah sebanyak 16 buah, iaitu universiti awam yang pertama, Universiti Malaysia Sabah Kampus Kota Kinabalu, kedua Universiti Malaysia Sabah Kampus Tawau,, ketiga Universiti Malaysia Sabah Labuan, Universiti Teknologi MARA Kampus Kota Kinabalu dan Universiti Teknologi MARA Kampus Tawau. Bagi Kolej Komuniti pula Kolej Komuniti Tawau, Kolej Komuniti Semporna, Kolej Komuniti Lahad Datu, Kolej Komuniti Sandakan, Kolej Komuniti Tambunan, Kolej Komuniti Beaufort, Kolej Komuniti Penampang dan Kolej Komuniti Kota Marudu.

Politeknik pula, Politeknik Kota Kinabalu, Politeknik Tawau dan Politeknik Sandakan. Sekian. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan? Teruskan.

Soalan Tambahan

Ah… terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri.

Saya ingat soalan kedua tadi, saya menjurus kepada Institusi Pendidikan Awam Negeri yang tidak melibatkan Persekutuan lah. Tapi saya ada

soalan tambahan.

Ah, apakah perancangan pihak Kementerian ataupun Kerajaan Negeri untuk sama ada berkolaberatif dengan Kementerian Pendidikan Tinggi ataupun Kementerian Pendidikan Malaysia, ataupun dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ataupun dengan Maktab-maktab Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi untuk sama ada menyelaraskan atau memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah kekurangan guru di negeri Sabah, khasnya melibatkan option-option tertentu yang agak kritikal? Umpamanya seperti Bahasa Inggeris dan kalau saya tidak silap Matematik dan soalan kedua, adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang atau pihak Kementerian untuk mewujudkan pusat pendidikan berkonsepkan kekayaan yang ada di negeri Sabah seperti minyak dan gas ataupun perkara-perkara lain dalam jangka masa panjang boleh membekalkan kita sumber tenaga pakar yang khasnya daripada anak jati Sabah sendiri. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan menteri.

Datuk Fairuz bin RenddanBEBASPembantu Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Pintasan

Datuk Speaker untuk makluman Ahli Yang Berhormat Banggi, soalan itu ah apa, masih dalam perancangan kementerian.Insya-Allah, apa pun info dan keputusannya , kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat.

Ah, sedikit maklumat tambahan.

Untuk makluman ah, penerimaan guru daripada JPN dalam tiga tahun lepas penempatan guru baharu bagi sekolah rendah ah, pada tahun 2020 seramai 788 orang, pada tahun 2021 seramai 852 orang, pada tahun 2022 seramai 1,902 orang penerimaan guru baru daripada JPN.

Jadi yang seterusnya untuk makluman Yang Berhormat, ada sedikit permasalahan kekurangan guru di negeri ini adalah berfaktor daripada punca kekurangan guru. Pertama, ada guru bersara wajib, kedua ada guru bersara pilihan, ketiga guru bersara sebab sakit, keempat ah kekurangan maksud dia, guru yang mengambil bidang itu, contohnya dalam Pendidikan Islam, kita ada kekurangan di situ lah, permintaan itu. Okey, jadi yang seterusnya, untuk mewujudkan ini ah seperti soalan kedua tadi Yang Berhormat, insya-Allah mungkin ini pun dalam perancangan Kementerian, apapun keputusannya nanti kita akan maklumkan Yang Berhormat Banggi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Sindumin.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih, Datuk Speaker. Ini soal guru.

Kerajaan Negeri Sabah seharusnya mempunyai unjuran bilangan pelajar dan juga keperluan guru di negeri Sabah. Kita faham penduduk hari ini semakin bertambah dan sudah tentu ada pembesaran sekolah, ada sekolah-sekolah baharu.

Kebanyakan guru ini dilatih di UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris) dan saya difahamkan, tidak kurang 1000 orang pelajar Sabah yang ada di UPSI ini. Dalam rancangan jangka panjang, apakah sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Sabah ada Kerajaan Sabah ada universiti sendiri ataupun membuka cabang ah, Universiti Perguruan Sultan Idris ini dibuat di Sabah? Kerana kos kita untuk menghantar pelajar ke situ dan juga kesukaran-kesukaran yang dihadapi pelajar banyak. Saya daripada Sindumin memang banyak kita hantar ke UPSI ini dan saya sentiasa menerima laporan dan juga permasalahan pelajar di situ.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, ulangkan soalan tu. Ulangkan soalan tu sekali lagi. Ulangkan soalan tu sekali lagi.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Sikit ja. Soalan sudah. Apakah rancangan masa depan kita ada universiti seperti UPSI di Sabah?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Pembantu Menteri?

Datuk Mohamad Hamsan bin Awang SupainUMNO · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Sungai Sibuga

Terima kasih Datuk Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Sindumin, terima kasih. Soalan yang baik dan cadangan yang baik.

Insya-Allah kita minta kongsikan juga, insya-Allah kita akan bincangkan bersama Kementerian dan Menteri saya nanti. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kapayan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya, soalan No. 5.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Inisiatif Untuk Meningkatkan Penyertaan Wanita Sebagai Ketua Adat / KampungQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*5.

YB. Puan Jannie Lasimbang [Kapayan] bertanya MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN / MENTERI KEWANGAN II, apakah inisiatif-inisiatif yang sudah dilaksanakan atau bakal dilaksanakan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai wanita sebagai Ketua adat/kampung. Jawapan

Datuk Mohamad Hamsan bin Awang SupainUMNO · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Sungai Sibuga

Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Kapayan dan makluman Dewan yang mulia ini, kementerian saya telah melantik seramai 288 orang Ketua Adat Wanita bagi sesi 2020 hingga 2023. Ini merangkumi Ketua Daerah (KD) seorang, Ketua Anak Negeri (KAN) seramai 16 orang, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) 89 orang, Ketua Kampung 170 orang dan Ketua Masyarakat Cina (KMC) 12 orang.

Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 7.6% berbanding hanya 266 Ketua Adat Wanita bagi sesi 2018 dan 2020. Pada sesi 2020 dan 2023, terdapat seorang penyandang jawatan Ketua Daerah Wanita yakni Puan Edna Majibun yang telah dilantik sebagai Ketua Daerah Kota Kinabalu.

Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Daerah di negeri Sabah. Kemudian saya mengambil serius penglibatan wanita dan akan memastikan lebih ramai penglibatan wanita dalam urus takbir Ketua Adat bagi sesi yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Dengan izin Datuk Speaker, em… does the ministry plans to adopt a quota? I mean, saya rasa itu adalah satu yang ah, baguslah saya dengar ah, penambahan itu tadi ah, tapi kita masih lagi kekuranganlah. Dan adakah kita mahu ah, lebih ah, terutamanya kalau kita lihat ah, di KPLB, di mana 30% adalah wanita bagi JPKK, adakah ah, Kementerian ah, ingin membuat satu training juga untuk wanita supaya lebih ramai lagi di masa depan akan menjadi ah, ketua-ketua adat? Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya apa ini, soal peratusan dan kuota ni agak apa ni, kita kena semua bekerjasamalah. Kalau kita lihat, sistem pelantikan Ketua Adat ini sebenarnya datang daripada pemimpin-pemimpin di bawahan. It’s not top-down, it’s bottom-up ya sistem dia. Yakni pemimpin di bawah mencadangkan kepada kita di atas dan kebiasaannya kita akan akur kepada pemilihan di bawah. Cara yang terbaik barangkali ialah satu, ialah penukaran sikap di kalangan pemimpin-pemimpin di bawah kita, ADUN, MP, pemimpin di bawah dan sebagainya. Selagi kita tidak menerima keberadaan dan keupayaan wanita dan hanya mencadangkan laki-laki, selagi itulah kita tidak akan mendapat kuota yang cukup untuk diisi oleh wanita. Itu satulah. Kedua pula, kita seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, ILMAN telah ditubuhkan, Institut Latihan apa tu, Anak Negeri kan, di Kapayan dan kita harapkan itu nanti akan menjadi satu institusi yang akan dapat melatih lebih ramai wanita dan juga like what untuk dilantik sebagai ah, apa ini sebagai Ketua Adat malah ah, perancangan jangka panjang kita ialah dipoliticize pelantikan Ketua-ketua Adat ni agar mereka juga terdiri daripada mereka yang ada kemahiran dan profesionalisme sendiri, profession sendiri bukan sekadar kerana is politically convenients untuk melantik siapa-siapalah. Itulah harapan kita dan saya setuju there’s more lot of thing that we need to do to make sure that more ladies, more women are in the system but it takes everybody to cooperate in order to get that done. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Kita berikan satu lagi soalan tambahan. Teruskan, Yang Berhormat.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih. Bagi saya, satu daripada cadangan yang pernah dibuat adalah penubuhan Jabatan Kehakiman Anak Negeri. Jadi adakah perancangan daripada Kementerian untuk memastikan jabatan ini akan diwujudkan? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Yes, masih ya. Sebenarnya, cadangan itu masih orang kata masih berjalan tapi dalam apa itu ah, dalam orang kata, kajian. Bagi saya secara peribadilah Yang Berhormat daripada Kapayan, kita kena lihat inilah, respect yang lain.

Satu, kita perlu a full of talent dalam soal ini sebelum kita bercakap pasal ah, apa itu, membuat Jabatan Kehakiman Anak Negeri ya. Another word it’s not something that you pluck here and then put it there. I think they need a full of talents yang memang khusus untuk inilah. Jadi i think kita kena revise satu sistem di mana ada ah sistem di mana kita melatih dan mengiktiraf kemahiran apa ini mereka yang tertentu bagi membolehkan kita mengisi jawatan-jawatan dan seterusnya mewujudkan Jabatan Kehakiman Anak Negeri. But i want to share you their dalam perancangan kita dan dalam perbincanganlah ya dan kita akan mendapat maklum balas yang lebih banyak daripada semua yang kita fikirkan ah, berkebolehan untuk memberi pandanganlah termasuk Yang Berhormat ya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Datuk Speaker, satu lagi Datuk Speaker, satu saja Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ah, nanti boleh, nanti buat dalam perbahasan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Because it’s pasal Ketua Kampung Speaker, I’ve raised that issue once, tapi tidak ada tindakan. Please Datuk Speaker?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ok, I give it to you because you are lady and not many women around.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

ah (ketawa). Terima kasih Datuk Speaker, Datuk Menteri. Berkenaan dengan Ketua Adat atau Ketua Kampung, saya pernah suarakan isu yang sama, di mana di Kunak ada terdapat empat kampung yang setelah Kerajaan GRS mengambil tampuk pemerintahan tidak mempunyai Ketua Kampung kerana di empat kampung tersebut penduduknya dipenuhi dengan suku yang bukan daripada etnik bumiputera. So saya rasa perkara seperti ini masih boleh diatasi dan perlu ada satu bentuk pengecualian ah kerana 4 kampung ini…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Yang Berhormat, panjang sudah soalan tu, cuba kasi soalan tu?

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Ah, so saya minta Datuk Menteri untuk mengambil perhatian empat kampung ini masih tidak ada Ketua Kampung setelah dua tahun lebih. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Kita ambil maklum, Yang Berhormat. Boleh tulis kepada saya, Whatsapp kepada saya dan insya-Allah saya akan, apa tu, saya akan tengoklah ya. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat wakil daripada Liawan.

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan No. 6.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Rancangan Untuk Menaik Taraf Jalan-Jalan Pertanian Di Dun N.41 LiawanQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*6.

YB. Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub [Liawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN, adakah rancangan pihak kerajaan untuk menaik taraf jalan-jalan pertanian di DUN N.41 Liawan.

Jawapan

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Tuan Speaker. Soalan ini dijawab bersama dengan soalan No. 18 kerana soalan-soalan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Liawan dan Ahli Yang Berhormat Nabawan serta Dewan yang mulia ini, Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah hanya terlibat dalam membina jalan ladang bagi membantu melancarkan aktiviti di dalam ladang-ladang pertanian. Jabatan Pertanian Sabah, tidak mempunyai peruntukan khusus untuk menaik taraf jalan-jalan pertanian. Kementerian saya sedang merancang agar jalan-jalan pertanian ini mendapat perhatian…

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

.. ini mendapat perhatian dan peruntukan khusus di masa akan datang. Jika mendapat peruntukan yang lebih, Kementerian pasti akan melaksanakannya. Bagi jalan-jalan pertanian di kawasan Projek Lembaga Industri Getah Sabah, Kerajaan telah menyalurkan peruntukan bagi menyelenggara jalan-jalan ladang sepanjang tempoh pembangunan sehinggalah ladang ini diserah balik kepada peserta (berdaham).

Pada tahun 2022, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan kepada LIGS dan setakat ini kerja-kerja menaik taraf jalan-jalan ladang tersebut sepanjang 106 km telah dilaksanakan melibatkan peruntukan sebanyak RM8 juta. Bagi kawasan DUN Liawan, disebabkan peruntukan yang terhad setakat ini LIGS hanya mampu untuk menaik taraf jalan ladang di Kg. Meninipir sepanjang 10.29 km melibatkan peruntukan sebanyak RM660 850. LIGS juga merancang untuk menaik

taraf jalan-jalan ladang di Kg. Kitung sepanjang 7 km yang melibatkan peruntukan sebanyak RM525 ribu pada tahun hadapan.

Kementerian saya juga menerima permohonan-permohonan daripada pejabat daerah untuk menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan pertanian. Sehubungan dengan itu, Kementerian saya akan memohon peruntukan di bawah kajian separuh penggal KSP RMKe-12 pada tahun 2023. Sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan, jika ada. Yang Berhormat.

Terima kasih,

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan.

Yang Berhormat Datuk Speaker. Ah Yang Berhormat Menteri, Pembantu Menteri, bolehkah dimasukkan dalam kepala perbelanjaan Kementerian mengenai projek pembaikan jalan-jalan pertanian ini sebab saya lihat jalan-jalan pertanian sekarang ini amat penting terutama sekali bagi pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit. Kita tahu bahawa kelapa sawit adalah antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negeri dan juga negara dan kalau keadaan jalan tidak baik untuk pekebun kecil mengeluarkan hasil dan membawa input pertanian, ini sedikit sebanyak akan apa ini mengganggu sedikit ah produktiviti mereka. Terima kasih.

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Terima kasih ah Yang Berhormat Tungku.

Iya, emm kita bersetuju dan kita akan cuba usahakan serta akan membincangkan perkara ini di peringkat Kementerian agar mendapat peruntukan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Tungku. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Liawan soalan tambahan ada? Satu lagi soalan tambahan kalau ada? Kalau tidak.

Terima kasih ah soalan saya soalan tambahan saya pada Yang Berhormat Menteri.

Adakah jalan-jalan pertanian di kampung ah di kawasan DUN Gum-Gum? Kalau ada apakah status jalan-jalan tersebut? Terima kasih.

Tuan Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Tandek

Ah terima kasih Yang Berhormat ah setakat ini saya tidak ada data yang tepat dan khusus mengenai perkara ini, jadi saya akan berikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Pembantu Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Bongawan. Silakan.

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya No. 7.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Loji Air Di Kawasan Ulu Lumagar, BongawanQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*7.

YB. Dr. Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA, apakah status loji air di kawasan Ulu Lumagar, Bongawan.

Jawapan

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.30 Bongawan dan Dewan yang mulia ini. Projek yang dimaksudkan adalah projek bekalan air luar bandar di LB Loji Air Bongawan, Membakut, Sabah.

Projek ini telah diluluskan dibawah biayaan geran persekutuan Projek Bekalan Air Luar Bandar di LB negeri Sabah sejak Rancangan Malaysia ah 11 RMKe-11. Status projek pada masa kini berada dalam peringkat akhir semakan reka bentuk terperinci.

Proses- proses perolehan dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2023 setelah perincian reka bentuk dan dokumen perolehan dimuktamadkan. Persediaan pelaksanaan turut bergantung kepada pengurusan pengambilan tanah yang turut diurus pada masa ini dan diharap dapat diselesaikan menjelang pertengahan tahun 2023. Sekian, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada soalan tambahan?

Terima kasih, kalau tidak ada saya akan… Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Telupid.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya No. 8.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perancangan Kementerian Untuk Membina Sebuah Kompleks Sukan Serba Lengkap Di Daerah TelupidQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*8.

YB. Tuan Jonnybone J. Kurum [Telupid] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, adakah perancangan kementerian untuk membina sebuah kompleks sukan serba lengkap di daerah Telupid, bagi memudahkan sebarang aktiviti sukan atau program kerajaan dijalankan serta menjimatkan kos pengangkutan memandangkan tanah telah pun tersedia sebesar 20 ekar. Jawapan

Datuk Andi Muhammad Suryady bin BandyUMNO · GRSPembantu Menteri Belia dan Sukan · Tanjung Batu

Datuk Speaker.

Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Telupid dan makluman Dewan yang mulia ini, pihak Kementerian belum lagi menerima dokumen kelulusan tanah sebesar 20 ekar untuk tujuan pembinaan sebuah kompleks sukan serba lengkap di daerah Telupid. Pihak Kementerian akan membuat kajian menyeluruh mengenai pembinaan sebuah Kompleks Sukan Telupid selepas tanah yang sesuai diperolehi dan seterusnya memajukan permohonan peruntukan kepada pihak kerajaan di bawah pembangunan Rancangan Malaysia biayaan Kerajaan Negeri.

Pada masa ini, Kementerian saya sedang menumpukan perhatian menyiapkan Kompleks Sukan Tuaran, Kompleks Sukan Tongod dan Kompleks Sukan Kota Marudu yang sedang dalam pembinaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan jika ada?

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ah Yang Berhormat emm Pembantu Menteri sekiranya dokumen ini nanti akan disubmit kepada pihak Kementerian, adakah perancangan untuk dimasukkan bajet tahun depan? Terima kasih.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih, rakan dari Telupid. Apa yang kita katakan tadi itu setelah kita mendapat dokumen daripada Jabatan Tanah kita akan terus membuat kajian yang sesuai apa yang kita patut bina, kompleks apa dan jenis apa, dan juga facilities apa yang kita akan buat di sana. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya berikan satu lagi soalan tambahan kalau ada. Kalau tiada saya teruskan.

Terima kasih.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kadamaian.

Saya teruskan, saya menjemput Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Haji Nasir ADUN Dilantik. Pun tidak ada. Cutikah ini hari?

Dengan segala hormatnya sekarang saya menjemput Yang Berhormat wakil dari Liawan.

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan No.11.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perancangan Kerajaan Berkenaan Program Bina Baru Rumah Program Perumahan Rakyat (Ppr)Questions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*11. YB. Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub [Liawan] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN / MENTERI KEWANGAN II, apakah perancangan kerajaan berkenaan program bina baru rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi mengatasi masalah setinggan di kawasan bandar khasnya daerah Keningau.

Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat dari Liawan ah bukan Liwan Liawan serta Dewan yang mulia ini, pada ketika ini terdapat 300 unit rumah PPR yang sedia ada di Majlis Daerah Keningau. PPR yang dinamakan sebagai PPR Taman Anggerik yang telah disiapkan pada tahun 2014. Tujuan PPR ini adalah untuk menempatkan golongan berpendapatan rendah B40 dan segelintir penempatan semula setinggan.

Pada ketika ini juga, Kementerian saya dengan kerjasama Majlis Daerah Keningau sedang berusaha mengenal pasti beberapa lokasi baru yang sesuai untuk perancangan pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di daerah Keningau bagi tujuan penempatan golongan berpendapatan rendah B40 dan penempatan semula setinggan.

Apabila lokasi yang sesuai telah diputuskan, pihak Kementerian saya dengan kerjasama Majlis Daerah Keningau akan mengemukakan permohonan cadangan pembangunan PPR baharu kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan (KPKT). Cadangan ah permohonan PPR baru di daerah Keningau akan mengambil kira penempatan semula sembilan ah koloni setinggan yang melibatkan 856 rumah dengan bilangan isi rumah 1725 orang. Walau bagaimanapun, tapisan akan dibuat bagi mengenal pasti mereka yang layak sahaja untuk dipertimbangkan mendiami unit rumah PPR yang baru kelak. Terima kasih. Soalan Tambahan

Ah soalan tambahan. Soalan tambahan. Ya, terima kasih Speaker.

….Terima kasih, Speaker. Terima kasih Menteri, Pembantu Menteri yang jawab sebab rasanya itu PPR di Sandakan yang namanya Harmoni belum ada lantik satu management. Sampai sekarang ada isu-isu yang masalah haiwan liar, anjing, kucing, sampah, tandas, air, rasa Menteri pun tahu dan Menteri YB Sungai Sibuga pun tahulah isu-isu ini. Bila ada laksana satu management untuk jaga tempat itu? Yang satu blok yang hujung itu pun belum siapkah atau belum ada OC kah? Untuk orang banyak apply di MPS. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih di atas apa itu, soalan tambahan Yang Berhormat itu. Yang Berhormat sedia maklum, saya sendiri telah melawat tempat itu ya baru-baru ini, kalau tidak silap, Yang Berhormat pun ada ikut. Soalan dia…

Belum jemput saya.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Oh, Ahli Parlimen dia yang ikut saya. Masalah dia begini, ada tempat yang masih perlu diperbaiki dan kerana itu selagi belum diperbaiki kita boleh belum menawar apa itu, bidaan untuk apa itu, untuk mengurus tempat itu dia punya management dia ya. Kebiasaannya rumah PPR ini ialah di apa itu, diurus oleh satu syarikatlah, seperti mana juga PPR-PPR yang lain. Dalam soal Taman Harmoni ini, ada yang belum berapa siap atau ada kerosakan yang perlu diperbaiki dan kita telah meminta pihak yang berkenaan untuk memperbaikinya sebelum kita menawarkan atau memanggil tender untuk minta bidaan daripada syarikat pengurusan.

Orang bilang kita boleh jawab dengan bentuknya atau bila ada security, sebab sekarang banyak pencuri ataupun yang pagar pun habis hancur.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya, itu kita telah saya dimaklumkan, malah kita telah meminta untuk pengetahuanlah, pada mulanya pihak daripada apa itu polis ya PDRM lah telah menulis surat kepada kita untuk menempatkan sebahagian daripada staf dia untuk tinggal disitu kerana mereka kekurangan apa itu tempat tinggal. Tetapi konsep PPR ini ialah sebagai Rumah Persinggahan ya ataupun Rumah Transit bagi mereka yang memerlukan tempat tinggal.

Jadi, pihak Kerajaan Pusat sedang memikirkan, sama ada itu sesuai untuk disewakan buat sementara waktu atas andaian bahawa barangkali kalau kita setuju untuk disewakan kerosakan dan juga yang belum berapa siap itu boleh ditanggung oleh pihak yang menyewa. Tapi belum ada keputusan sehingga sekaranglah. Jadi, keadaannya sekarang ialah kita sedang berurusan dengan pihak apa itu pihak Persekutuan.

PPR ini adalah milik apa itu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan ya. Kita negeri cuma membantu untuk mengurus sahaja. Dan apabila siap barulah kita apa itu siap sepenuhnya barulah kita panggil bidaan untuk syarikat bagi mengurus tetapi kita faham dengan apa yang dinyatakan itu dan

sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu apa itu jawatankuasa apa itu bertindak yang terdiri daripada mereka yang tinggal disitu dan kita ada langkah untuk memastikan cara-cara untuk mengurangkan kes-kes apa itu apa itu vendalisma dan sebagainyalah. Please be sure and we will do it something about this.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Menteri.

Berikan satu lagi soalan tambahan. Yang Berhormat Kapayan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Datuk Speaker. Saya ingin menarik perhatian kepada PPR Kibabaig dan saya pasti banyak sudah yang dibuat untuk follow up bersama dengan KPTP dan juga bersama Pejabat Daerah Penampang tapi masih menjadi masalah disana. Apakah status dia dan bolehkah Yang Berhormat Menteri mengambil tindakan agar ini diselesaikan? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya, Yang Berhormat, kita juga pihak KKTP juga is argue as you untuk apa itu tempat tersebut boleh digunakan. Masalah dia belum diserahkan sepenuhnya kepada pihak Majlis Daerah Penampanglah kerana ada beberapa masalah teknikal yang perlu disiapkan. Tetapi, saya ingin beri perakuan itulah salah satu daripada PPR yang saya fikir yang mendapat perhatian rapi daripada kementerian kerana kita mahu dia dapat diserahkan segera agar mereka yang layak untuk mendudukinya dapat kita pindah disitu. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, Menteri.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Tuan Speaker, boleh minta satu tambahan saja?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tidak pun, boleh you nanti dalam berbahas.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Menteri telah memberikan peluang. Thank you. Menteri, terima kasih atas jawapan. Berkaitan dengan PPR Kibabaig itu, saya dengar the previous one banyak orang telah mohon tetapi tidak dapat. Tetapi kita

juga dapat bahawa dengar maybe your enforcement can check bahawa ramai orang menyewa. Ada juga yang ada dua tiga melalu dua tiga apartment itu melalui ploksi mereka. I think the enforcement should really check on this. Thank you.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih. Sebenarnya ini bukan sesuatu yang apa itu orang kata berlaku disitu sahaja dia berlaku di tempat-tempat lain. Kita telah membentuk satu jawatankuasa satu task forcelah untuk apa itu, membuat pemeriksaan kepada semua PPR bagi memastikan mereka yang layak sahaja yang duduk disitu. Betullah apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada Moyog, kadang-kadang kita dukacita juga yang PPR ini sepatutnya orang yang B40 atau berpendapatan rendah. Tapi saya tidak tahu sama ada mereka driverkah tidak tapi ada juga ninja berparking di bawah sana so I don’t know which one in which. Tetapi saya mintalah melalui Dewan ini, tolonglah kita terus terang, saya mengatakan saya tahu ini satu tindakan yang tidak popular, but jawatankuasa task force ini akan mengambil tindakan untuk mengeluarkan mereka yang tidak layak tinggal di situ dan saya harap mereka fahamlah. Niat kita bukanlah untuk menganggu kehidupan mereka tetapi ada orang yang lebih memerlukan tempat itu daripada mereka itulah. Jadi, saya juga minta semua Yang Berhormatlah, kalau ada kawan pun yang minta apa itu, recommend supaya terus tinggal tolonglah jangan bagi surat recommendation lah. Yang layak, layak, yang tidak, tidak, that’s it. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Bongawan.

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya No. 12.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Inisiatif Dan Bantuan Kebajikan Diberikan Kepada Orang Tua, Keluarga Daif Dan Miskin TegarQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*12.

YB. Dr.

Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah inisiatif dan bantuan yang boleh diberikan kepada orang tua, keluarga daif dan miskin tegar kerana ada segelintir daripada mereka telah dihentikan bantuan kebajikan yang mereka terima dan ada juga yang sedang berusaha untuk memohon bantuan kebajikan tetapi masih dalam proses menunggu. Jawapan

Datuk Flovia NgSTAR · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tulid

Tuan Speaker. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Bongawan.

Pada masa ini Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bercadang untuk mewujudkan satu program baharu dalam membantu keluarga dari golongan daif untuk kesejahteraan mereka. Walau bagaimanapun, program ini masih dalam proses kajian di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

Sebagai makluman, JPKA masih menyediakan bantuan kewangan bulanan kepada golongan rentan dan yang memerlukan seperti berikut:

A. Skim Bantuan Am B. Skim Bantuan Anak Yatim C. Bantuan Warga Emas D. Bantuan Kanak-Kanak E. Bantuan Penjagaan OKU atau Pesakit Terlantar F. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja G. Elaun Pekerja Cacat Berhubung dengan segelintir mereka yang telah diberhentikan bantuan kebajikan, kemungkinan besar disebabkan oleh mereka yang tidak melapor dalam tempoh tiga bulan sekali kepada Pejabat Kebajikan daerah masing-masing. Mereka yang hilang kelayakan disebabkan oleh umur kanak-kanak melebihi 18 tahun untuk bantuan kanak-kanak atau mereka yang telah meninggal dunia.

Tuan Speaker,

Berhubung dengan isu mereka yang masih menunggu bantuan kebajikan, sebagai makluman, jumlah peruntukan tahunan yang disediakan untuk bantuan kebajikan terutamanya untuk warga emas adalah terhad. Oleh yang demikian, bukan semua warga emas dapat diberi pertimbangan dalam permohonan baharu mereka dan mereka perlu memenuhi syarat kelayakan permohonan serta tertakluk kepada kedudukan kewangan sedia ada yang belum ada komitmen. Selain daripada sistem sedia ada Kementerian saya melalui JPKA… Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat [Datuk Flovia Ng]:… saya melalui JPKA telah membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian yang akan beroperasi pada 1 Januari 2023.

Oleh itu, bagi mereka yang memerlukan permohonan bantuan tersebut, bolehlah melayari pautan ini jpka.sabah.gov.my.

Permohonan dalam talian ini disediakan untuk memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan bagi keselesaan dan kesejahteraan mereka. Sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan jika ada? Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker.

Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya. Berapa ramaikah penduduk di kawasan DUN Gum-Gum yang dikategorikan dalam miskin tegar dan berapa jumlahkah yang telah mendapat bantuan daripada kerajaan setakat ini? Sekian.

Datuk Flovia NgSTAR · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tulid

Terima kasih soalan tambahan daripada ADUN Gum-Gum.

Disebabkan soalan itu adalah spesifik. Maka, Kementerian saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Menteri.

Saya sekarang menjemput Yang Berhormat dari Kapayan, silakan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Datuk Speaker, soalan saya adalah soalan No. 13.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha-Usaha Yang Telah Diambil Untuk Memastikan Talian Internet Yang Lancar Dan Laju Di Kawasan Luar BandarQuestions

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

*13.

YB. Jannie Lasimbang [Kapayan] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, apakah status usaha-usaha yang telah diambil untuk memastikan talian internet yang lancar dan laju di kawasan luar bandar. Jawapan

Dato Seri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pitas

Terima kasih Datuk Speaker. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya kepada semua sidang Dewan yang mulia yang ada pada hari ini. Sebelum saya menjawab soalan, izinkan saya berpantun satu, Datuk Speaker, boleh?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Boleh juga.

Dato Seri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pitas

Boleh.

Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon jati; Bukan datang sembarang datang, Datang menjawab soalan Kapayan hari ini.

Bagi menjawab soalan pertanyaan YB daripada Kapayan, Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar melalui pelaksanaan Pelan Jalinan Digital JENDELA Fasa Satu. Pelan JENDELA bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti pengalaman perkhidmatan jalur lebar melalui inisiatif-inisiatif yang telah dikenal pasti serta mempersiapkan ke arah teknologi 5G.

Pelaksanaan pelan JENDELA fasa 1 telah pun bermula sejak September 2020 sehingga penghujung tahun 2022. Memberi fokus kepada perluasan liputan gentian optik dan pembangunan infrastruktur digital termasuk pembinaan tapak 4G baru dan menaik taraf menara telekomunikasi sedia ada kepada teknologi 4G.

Bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan 4G di seluruh negara, sekali gus memperbaiki mutu Internet di luar bandar.

Penyediaan capaian gentian optik ke permis dan penyediaan jalur lebar satellite.

Pas sasaran fasa 1 adalah memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G kepada 90% di kawasan yang berpenduduk.

Sehingga suku pertama 2023, 2022 peratusan 4G di kawasan berpenduduk di Sabah telah meningkat kepada 88.06% berbanding 73.41% sebelum melaksanakan JENDELA pada suku kedua 2020.

Setakat suku ketiga 2020, sebanyak 154 buah daripada 661 buah menara yang baru yang dirancang telah siap dibina. Sebanyak 3810 buah menara telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G. Daripada 3984 buah menara yang dirancang, manakala bagi inisiatif peluasan perkhidmatan jalur lebar talian tetap sebanyak 134 116 premis daripada 250 251, 165 premis disediakan sambungan gantian optik berkelajuan gigabit.

Bagi memastikan capaian Internet yang laju dan lancar di kawasan luar bandar dan pedalaman, Kerajaan telah melaksanakan sebanyak 138 buah projek jalur lebar satellite yang telah siap beroperasi sepenuhnya pada April 2022. Projek-projek ini dijangka siap secara berperingkat sehingga penghujung tahun 2022. Sebagai usaha melengkapkan projek JENDELA, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) telah memasang kemudahan Internet teknologi, satelit VESAT di 24 lokasi.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKOMM) telah meluluskan pemasangan 300 VESAT pada tahun 2023.

Membuktikan hubungan erat antara KSTI dan KKOMM dalam memastikan kesalinghubungan Internet termasuk infrastruktur digital di Sabah diperkasakan.

Inisiatif pembangunan infrastruktur digital memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutama di Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Kerajaan Negeri untuk memudah cara proses kelulusan bagi projek-projek yang telah dirancang dan akan dilaksanakan.

Dengan kerjasama yang erat, masalah ini dapat diatasi secara tuntas dan meletakkan kembali pembangunan jaringan komunikasi di landasan yang betul. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Kapayan diiringi dengan pantun kalau ada yang sesuai, saya benarkan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

ADUN gelak.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Aiya pantun susah sikit. Boleh nyanyi? Boleh juga. Okey arr.

Kapayan menyoal mengharap jawapan berinovasi; Jika jawapan berulang perlu bertanya sekali lagi. (Gelak) Tidak pandai berpantun ini Tuan Speaker. Tapi, jadi…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya ingat itu boleh.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Jadi soalan tambahan saya, emm antara masalah yang dikenal pasti adalah ah kenapa yang walaupun sudah dengar sebelum ini tentang JENDELA dan lain-lain, masih lagi di ah ada masalah yang misalnya dikenal pasti, syarikat telco tidak mengikut standard dari segi alat-alat yang dibuat ini. Adakah ini sudah disiasat dan adakah sesuatu yang boleh dibuat tentang ini? Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan YB.

Dato Seri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pitas

Untuk makluman YB, makluman tambahan, status pelaksanaan projek JENDELA, sebelum saya menjawab di kawasan DUN Kapayan.

Untuk makluman Kapayan, setakat suku ketiga tahun 2022 adalah seperti berikut, di Kapayan arr YB, 6 menara baru telah siap dibina daripada 6 yang dirancang. 147 buah menara telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G daripada 148 yang dirancang. 13 019 premis telah disediakan gentian optik daripada 15 768 yang dirancang.

Untuk makluman Kapayan okey.

Soalan bagi masalah yang berlaku terhadap masalah pencapaian akses Internet yang kurang memuaskan dan banyak berlaku perkara-perkara.

Ini sememangnya Kementerian telah pun mengambil kira keperluan ini kerana kita tahu bukan sahaja di kawasan bandar, di luar bandar juga mempunyai masalah sedemikian. Kita akan pastikan bahawa segala perkhidmatan melalui jalur lebar Internet ini, perlu kita ambil tindakan sebaik mungkin, secepatnya. Kerana ini, adalah keperluan rakyat.

Rakyat membayar.

Jadi rakyat membayar sudah pasti, rakyat perlu diambil perhatian.

Jadi, Kementerian ini akan mempastikan bersama-sama Menteri akan menghubungkan kepada mana-mana syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah-masalah akses bagi Internet dan talian ini kepada seluruh rakyat di negeri Sabah kita akan percepatkan dan akan kita ambil tindakan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, ini bukan soalan tambahan.

Tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat ada di sini pun bermasalah berkenaan dengan Internet tidak ada di Dewan ini. Ya jadi…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

….Dewan ini ya, jadi tolonglah, sekali lagi kami minta, kami pun jangan dianaktirikan, terima kasih ah...

Boleh satu soalan, YB Menteri, Tuan Speaker?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Okey, saya berikan satu ya.

Okey, ah… tadi..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Kukusan, Kukusan kan?

Ya, boleh? Round-round (Bersiar-siar) di bandar KK, dua rangkap pantun okey?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Takut pantun banyak, nanti saya tak kasi lagi lain kali, satu saja cukup. Soalan Tambahan

Okey, YB Menteri, apa pula ya, sebab tadi bercakap mengenai penaiktarafan 4G dan 5G sebagainya. Bagaimana pula dengan insiatif untuk ke arah zero, sifar, zero bar access kawasan-kawasan yang tidak mempunyai akses kepada Internet langsung, adakah pihak Menteri sudah mengenal pasti kawasan-kawasan yang zero bar access ini? Adakah insiatif yang langkah agresif yang akan dilakukan untuk ke arah sifar zero bar access ini ya? Terima kasih.

Dato Seri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pitas

Terima kasih ah, Kukusan, ah, sebenarnya kita dalam Kementerian ini bersama Menteri kita telah menjelajah. Untuk makluman, saya asal saja ada aduan sama ada daripada Wakil Rakyat, tidak kira pembangkang ataupun Kerajaan kita pergi. Saya sudah pergi ke Pulau Banggi tempat YB Mohammad Mohamarin, saya sudah pergi ke kampung Lihak-Lihak, Semporna. Banyak tempat kita sudah melihat agar keperluan ini, kita dapat mencapai zero seperti apa yang Kukusan utarakan tadi. Akan tetapi begini, kita memang kenal pasti bahawa perkara ini amat-amat diperlukan untuk diselesaikan segera. Akan tetapi, kekangan daripada menaik taraf kemudahan ini seperti yang berlakulah. Untuk makluman Ahli Dewan yang Mulia, yang berlaku hari ini, peruntukan Kerajaan telah salurkan melalui Kerajaan Malaysia melalui negeri Sabah di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Kita target pencapaian kita pada tahun 2022 akan selesai pembinaan menara dan sebagainya. Tetapi kekangan dari segi tanah berlaku maka itu juga melambatkan proses-proses yang kita hadapi pada ketika ini. Saya turun padang, Menteri turun padang bersama-sama memastikan bahawa kita berbincang dengan Pejabat Daerah dan juga tanah-tanah yang terlibat. Jadi untuk mencapai sifar ini sememangnya kita dalam perancangan dan percayalah kita akan usahakan dan minta kepada semua Wakil Rakyat yang ada, ajukan kepada kami di Kementerian dan saya janji ajukan dalam minggu ini, dua minggu pastikan orang itu ada bersama saya, akan datang bersama Kementerian untuk periksa kawasan tersebut, ini janji Kementerian kami, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Okey Menteri, sekarang saya...

Datuk Speaker, satu soalan?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Boleh dalam perbahasan, boleh, boleh bawa, okey ya. Sekarang saya menjemput, Yang Berhormat dari Liawan, silakan.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Soalan No. 14.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Peruntukan Khas Mengenai Penambahbaikan Kemudahan- Kemudahan Di Sekolah-Sekolah Di Negeri IniQuestions

*14. YB. Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub [Liawan] bertanya kepada MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS DAN PENYELARASAN, adakah kerajaan menyediakan apa-apa peruntukan khas berkaitan penambahbaikan kemudahan-kemudahan di sekolah-sekolah di negeri ini kerana ADUN sering menerima permohonan sumbangan untuk hal sedemikian. Jawapan

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Membakut

Tuan Speaker, kata kunci kepada soalan Liawan… Yang Berhormat Liawan tadi ialah antaranya sering YB… Yang Berhormat ADUN sering permohonan sumbangan untuk hal sedemikian, memang semua merasakan apa yang dirasakan oleh Yang Berhormat ADUN Liawan ini.

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat DUN Liawan dan Dewan yang Mulia ini, Kerajaan menyediakan peruntukan penyelenggaraan institusi pendidikan setiap tahun bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih di sekolah. Walau bagaimanapun, peruntukan yang disalurkan bagi tujuan tersebut adalah terhad. Jabatan Pendidikan atau Pejabat Pendidikan Daerah perlu merancang dan menyusun keutamaan dalam menguruskan peruntukan yang ada.

Tuan Speaker, secara lazimnya, pihak sekolah memohon peruntukan penyelenggaraan melalui PPD, namun usaha pihak sekolah memohon dengan wakil rakyat masing-masing adalah insiatif sekolah. Yang Berhormat yang menerima

permohonan ini bolehlah memanjangkan perkara tersebut kepada PPD atau JPN atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk perhatian dan tindakan dan untuk makluman, JPN ada menyediakan peruntukan khas bagi bencana banjir dan lain-lain kecemasan luar jangka.

Manakala, bagi kerja selenggara yang lain JPN dan PPD melaksanakan kerja selenggara berpandukan kepada keutamaan dan peruntukan yang ada, Kerajaan dari masa ke semasa berusaha mempertingkatkan kualiti prasarana di sekolah. Untuk rekod, sejak tahun 2020 sehingga tahun 2022, Kerajaan telah memperuntukkan RM248 289 780.48 melibatkan 1699 projek. Walau bagaimanapun, Kerajaan menyedari masih wujud keperluan penyelenggaraan dan baik pulih di sekolah-sekolah untuk tahun 2023. Jabatan Pendidikan Negeri menganggarkan keperluan adalah lebih tinggi mencecah ratusan juta ringgit namun secara realistiknya, Jabatan Pendidikan Negeri tidak akan dapat menyediakan peruntukan kepada semua 1297 sekolah di negeri ini. Justeru, Jabatan Pendidikan Negeri sentiasa meneliti, menyusun strategi dan merancang keutamaan kerja selenggara berkenan.

Kerajaan Negeri juga, melalui Kementerian Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan menyediakan beberapa insiatif bantuan untuk meringankan Ahli-ahli Yang Berhormat kita. Bantuan tersebut adalah antaranya Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), iaitu insiatif ini merupakan bantuan bekalan alat-alat kelengkapan sekolah seperti komputer, mesin pencetak dan multimedia projector, perabot dan lain-lain peralatan sekolah bertujuan untuk menambah baik suasana pembelajaran di sekolah seluruh negeri Sabah. Bagi inisiatif ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sejumlah RM12.6 juta yang akan memberi manafaat kepada 1500 buah sekolah. Ini bantuan BISBAH untuk memudahkan Ahli Yang Berhormat kita, ringan dari sudut bantuan. Di kawasan Keningau, di kawasan Yang Berhormat Liawan, dalam daerah Keningau, bantuan BISBAH kita berikan untuk seluruh sekolah. Demikian juga di seluruh sekolah di negeri Sabah ini, 1500 buah sekolah. Demikian juga, yang kedua, bantuan yang kita sediakan ialah bantuan aktiviti guru dan ibu bapa sekolah. Ini juga sering dirujuk sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat, bantuan ini dinamakan sebagai BAGUS iaitu bantuan one off sejumlah RM2000 kepada PIBG sekolah, seluruh sekolah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama

Negeri, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Cina juga boleh dan kita berikan RM2000 untuk anak-anak untuk PIBG, kalau di kawasan Yang Berhomat Liawan Daerah Keningau bantuan BAGUS kita sudah memberikan sejumlah 65 buah Sekolah untuk PIBG di Sekolah Daerah berkenaan.

Tuan Speaker, bantuan BAGUS ini kita sediakan peruntukan sejumlah RM3 juta. Melalui bantuan ini, Kementerian ini juga yakin ia dapat digunakan dengan sebaiknya untuk menambah baik kemudahan di sekolah, selain untuk melaksanakan program atau aktiviti PIBG di sekolah berkenaan. Walaupun RM2000 itu tidak mencukupi tetapi sekurang-kurangnya boleh membantu PIBG kita. Kita juga ada bantuan BAIK, Bantuan Ihsan Komputer untuk anak-anak kita yang melanjutkan pengajian di peringkat IPT. Bantuan BAIK ini kalau di kawasan Keningau, Liawan, bantuan BUDI maksud saya ialah 95 pelajar IPT telah kita berikan bantuan sedemikian. Di samping itu, Kementerian juga merancang untuk menyediakan peruntukan bagi pembaikan dan penyelenggaraan kecil sekolah, insya-Allah pada tahun hadapan. Sekian, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sesi soal jawab sudah selesai.

Menyambung semula

Setiausaha Dewan

Menyambung semula...

Menyambung semula perbahasan ke atas masalah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023, 2022 dan usul untuk membawa anggaran perbelanjaan pembangunan 2023 ...Bill

Setiausaha Dewan

Menyambung semula perbahasan ke atas masalah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023, 2022 dan usul untuk membawa anggaran perbelanjaan pembangunan 2023 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya mempersilakan ahli-ahli untuk berucap. Dengan hormatnya saya menjemput Yang Berhormat dari Sulabayan. Dalam masa 12 minit.

Datuk Dr.

Extend sikit lah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tak apa saya kurangkan 10 minit pun boleh. Datuk Dr.

Assalammualikum warahmatullahi wataala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang, ruang kepada saya turut sama serta membahas ucapan Bajet negeri Sabah tahun 2023 yang bertemakan “Ekonomi Diperkasa Rakyat Sejahtera”. Sedap memang yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Menteri Kewangan pada 25 November 2022 pada sidang DUN Yang ke-16 Penggal Ketiga. Sebelum itu, saya suka mengajak ahli-ahli, rakan-rakan Yang Berhormat di dalam Dewan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana dapat menaik taraf kawasan dewan ini.

Boleh bagi tepukan semua (meja ditepuk) banyak perubahan yang dibuat, terima kasih banyak-banyak terutamanya juga saya tengok semalam bilik air tandas sudah bersih mengikut piawaian. Terima kasih banyak.

Tuan Speaker, sehubungan dengan itu saya ingin berbahas perkara seperti mana yang diharapkan oleh rakyat di kawasan saya, iaitu DUN Sulabayan. Negara kita Malaysia sejak enam tahun kebelakangan ini rakyat marahin (marhaen) golongan pertengahan penjawat awam, pegawai keselamatan dan setiap ahli politik banyak isu yang diketengahkan soal ketidakpuasan hati golongan berkenaan. Kita sebagai rakyat dan juga pentadbir sedia maklum tentang isu-isu yang menjadi sajian harian di kedai-kedai kopi antaranya agihan pembangunan yang tidak seimbang prasarana, pendidikan, keselamatan ekonomi serta budaya dan sosial. Kesan daripada perkara ini maka berlakulah ketidaktentuan geopolitic ditambah pula wabak pandemik COVID-19 akhirnya tekanan inflasi masih berubah. Berlaku Pilihan Raya Umum ke-14 rentetean daripada itu juga berlaku tempoh tidak sampai lima tahun atau satu penggal tiga Kerajaan, tiga Perdana Menteri telah bertukar. Akhirnya negara berada dalam reputasi yang kurang baik, rakyat dan pelabur luar hilang keyakinan, ekonomi merosot, pendapatan rakyat berkurangan dan ramai peniaga kecil dan sederhana juga gulung tikar serta pengangguran meningkat.

Hari ini, di bawah Kerajaan Perpaduan di Sabah (GRS) tentunya rakyat menuntut harus ada langkah-langkah drastik yang dilakukan agar rakyat yakin keyakinan rakyat dapat dipulihkan. Kos sara hidup yang tinggi, peluang pekerjaan dan pendapatan perlu ditingkatkan.

Bajet negeri 2023 tidak dinafikan adalah tertinggi dalam sejarah negeri ini dibentangkan melebihi lima bilion. Saya lihat antara sektor yang diberi peruntukan adalah merangkumi semua Kementerian dan Jabatan. Ini merupakan satu pendekatan yang baik sesuai dengan tema “Ekonomi Diperkasa Rakyat Sejahtera”.

Saya juga telah meneliti semua peruntukan yang disalurkan kepada 13 Kementerian di negeri Sabah. Saya melihat Kementerian Pertanian dan Perikanan diperuntukkan RM501.5 juta mempunyai hubung kait dengan keperluan barangan harian rakyat. Oleh itu, peruntukan kementerian ini harus dipertingkatkan lagi kerana berkaitan dengan kos sara hidup rakyat.

Kita harus mempunyai food security ataupun keselamatan makanan yang terjamin di negara ini khusunya di negeri Sabah.

Kita sudah mengalami sendiri masalah food security selama dua tahun sebelum ini, iaitu sepanjang COVID-19 ini kita tidak boleh biarkan perkara ini berulang lagi.

Selain itu juga, saya juga lihat Kementerian Kerja Raya diperuntukan RM1.6 bilion dalam belanjawan ini perlu juga ditambah. Ini kerana jalan raya masih menjadi isu besar di negeri Sabah.

Saya berpendapat seperti membaiki dan membina jalan Kerajaan Negeri tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat.

Kerajaan sebolehnya mempunyai langkah-langkah tersendiri dan kementerian ini perlu diperkasakan kerana soal jalan raya juga melibatkan keselamatan dan juga merupakan satu isu besar di negeri Sabah. Saya berpendapat pihak kerajaan dalam perbelanjaan Bajet lebih RM5 bilion ini, Kementerian Kerja Raya harus ditambah peruntukannya. Ini kerana bukan sahaja peruntukan itu diperlukan untuk lebuh raya seperti Pan Borneo tetapi juga jalan-jalan raya di antara daerah sangat teruk dan memerlukan pembaikan segera.

Jalan raya menjadi keperluan harian dan masyarakat setempat sekiranya keadaan ini tidak berubah maka rakyat masih melihat kerajaan kita hari ini tidak membuat sesuatu yang mengatasi masalah jalan raya.

Selain itu juga, saya tertarik dengan Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan yang menerima peruntukan sebanyak RM167.75 juta. Banyak insentif yang diberi, insentif yang baik seperti bantuan khas pendidikan bagi membantu para

pelajar yang akan memasuki pusat pengajian tinggi dan yang akan menghadapi peperiksaan.

Bantuan Persatuan Ibu bapa (BAGUS), Bantuan Ehsan Sekolah (NISBAH), Bantuan Kecil Infra Sekolah, Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKSA) dan Bantuan Khas Pendidikan dibantu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM43 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM8 juta berbanding tahun 2022. Walau bagaimanapun, sekiranya boleh ada menteri di sini, Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan mampu membantu pelajar Sabah lepasan Universiti yang disenaraihitamkan oleh Bank Negara Malaysia disebabkan kegagalan membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ataupun (PTPTN).

Ramai lepasan Universiti gagal mencari kerja di luar negara, berniaga disebabkan disenaraihitamkan. Dijangkakan hampir 3000 pelajar ini berhutang antara RM10 000 ribu hingga RM15 000 ribu. Kerajaan Negeri dipohon kalau boleh untuk membantu menyelesaikan perkara ini agar anak-anak yang disenaraihitamkan ini boleh berdikari dengan bekerja di tempat lain atau menjalankan perniagaan masing-masing dengan erti kata lain kita perlu bebaskan yang berhutang ini daripada senarai hitam.

Tuan Speaker, mengenai kawasan saya Kerajaan Negeri juga dipohon untuk segerakan pembinaan rumah-rumah baharu kepada penduduk kampung Bangau-Bangau, Semporna yang menjadi mangsa kebakaran pada tahun 2017. Kerajaan Negeri sudah pun meluluskan sejumlah RM8 juta untuk tujuan berkenaan tetapi pelaksanaannya masih belum dimulakan sehingga hari ini. Ini merupakan rungutan utama penduduk di kawasan berkenaan khususnya perkampungan yang terlibat. Demikian juga bagi kawasan Sulabayan Kerajaan Negeri perlu berhubung dengan Kerajaan Pusat berkenaan pembinaan jambatan Pulau Bum-Bum.

Projek berkenaan sudah diluluskan ketika Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kerja-kerja awal juga sudah pun dilaksanakan yang melibatkan RM25 juta.

Skop reka bentuk juga sudah dilaksanakan, Kerajaan Negeri wajar kalau dapat mohon merujuk perkara ini kepada Kerajaan Pusat sekiranya Kerajaan Negeri tidak mempunyai bajet secukupnya untuk membina jambatan ini. Kemudahan ini juga menjadi keperluan penduduk rakyat di kawasan saya Sulabayan khususnya mereka yang tinggal di Pulau Bum-Bum.

Tuan Speaker, juga satu perkara yang antara isu juga yang saya dapat laporan iaitu tentang pengisytiharan palsu.

Kementerian Kewangan Negeri Sabah perlu mengambil tindakan tegas terhadap kilang-kilang yang membuat pengisytiharan palsu, harap pihak Yang Berhormat Menteri ada di sini. Saya mencadangkan agar Unit Audit dan Penguatkuasaan memantau cukai...

Datuk Dr.

…yang memantau cukai jualan negeri diperkasakan, sudah pun wujud. Perkara ini penting kerana ia melibatkan tujuh jenis cukai berjumlah hampir RM250 juta setahun atau RM3 bilion. Laporan media sebelum ini turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah berjaya mengesan berlakunya ketirisan dan pemalsuan dalam pengisytiharan cukai jualan sawit oleh kilang-kilang sawit di negeri Sabah sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri kehilangan jutaan ringgit. Dalam isu ini, saya juga mahu mengucapkan tahniah kepada badan SPRM di bawah pimpinan Datuk Karunanithy kerana telah membongkar jenayah berkenaan. Oleh itu, saya ingin mengetahui apakah langkah-langkah seterusnya tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri khususnya Kementerian Kewangan untuk menangani perkara ini supaya jenayah ini dapat dibendung dan apakah tindakan yang telah atau akan diambil ke atas kilang-kilang yang disyaki membuat pengisytiharan palsu ini?

Tuan Speaker, akhirnya saya pendekkan masa. Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas peluang yang diberikan ini dan adalah diharapkan Bajet 2023 ini dirancang dengan baik, teratur dan dapat dilaksanakan dengan baik. Saya harap bajet ini apabila di peringkat pelaksanaan ia dapat menepati sasaran dan jangan sampai tersasar.

Sebelum mengakhiri perbahasan ini, saya ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada rakan-rakan yang ada di dewan ini. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wasalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.

Tuan

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Sulabayan, sekarang saya persilakan Yang Berhormat Segama. 12 minit, ya.

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih kepada YB Datuk Seri Panglima Speaker DUN Sabah kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah bagi tahun 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada hari Jumaat yang lepas. Terlebih dahulu saya mewakili rakyat Segama, Lahad Datu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah selaku Pengerusi GRS dan juga Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Bung Moktar selaku Ketua Barisan Nasional Sabah kerana bersama-sama menyertai dan menyokong Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik dan mengutamakan kesejahteraan rakyat terutamanya negeri Sabah. Datuk Seri Speaker, sungguhpun negeri Sabah mencatat unjuran ekonomi yang dilihat positif dengan kadar pertumbuhan 1.1% pada tahun 2021, berbanding negatif 9.2% pada tahun 2020, hakikatnya mutakhir ini, ekonomi global menunjukkan trend yang menguncupkan, diikuti pula kenaikan kadar inflasi. Kadar inflasi mendadak di merata negara dunia, pastinya situasi yang dipanggil kemelesetan ekonomi ini menjadi cabaran getir untuk Malaysia dan Sabah khususnya menjelang tahun 2023. Menyedari situasi ini mungkin berlaku, peniaga-peniaga kecil, usahawan di kampung-kampung, rakyat biasa dari kalangan M40 dan B40 adalah kumpulan yang biasanya akan paling terkesan sekali.

Oleh itu, pihak Kerajaan Negeri disarankan agar proaktif dan tangkas menyediakan inisiatif-inisiatif ekonomi berimpak tinggi dan bersasar. Bagi ini, meminimumkan kesan krisis ekonomi dan peningkatan kos sara hidup yang dijangka melanda pada tahun hadapan kerana seluruh negara kita baharu sahaja pulih dari krisis kesihatan global akibat pandemik COVID-19.

Langkah-langkah yang saya sebutkan di atas adalah seperti memperbanyakkan skop kursus-kursus kemahiran IKS, menggunakan platform Pemasaran Digital K-Ekonomi, Digital Ekonomi bagi usahawan luar bandar dan usahawan wanita, melaksanakan Program Business Matching, pemberian geran pemadanan dalam bentuk in-kind serta Program Mentor Mentee kepada belia usahawan muda. Agensi-agensi berkaitan keusahawanan dan bank milik Kerajaan Negeri pula diharap memudah cara kelulusan pinjaman global perniagaan kepada usahawan serta memperkenal skim pinjaman tanpa faedah or zero interest kepada usahawan mikro. Mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan I Negeri Sabah, usul Belanjawan Negeri Sabah 2023 pada hari Jumaat lalu, saya merasa berpuas hati dengan perkembangan prestasi industri pelancongan negeri Sabah sehingga Ogos 2022 yang mencatat peningkatan sebanyak 705.8% jumlah ketibaan pelancong asing ke negeri ini, berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021. Penganjuran acara pelancongan antarabangsa seperti World Tourism Conference yang sedang berjalan bermula 28 November hingga 30 November 2022 adalah tindakan yang tepat. Syabas saya ucapkan kepada pihak Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Di samping menjalankan ekonomi menarik pelancong asing ke Sabah, kerajaan juga perlu menambah baik perkhidmatan pelancongan sedia ada untuk menyokong pertumbuhan industri ini. Produk-produk baharu tempatan hendaklah dikenalkan sebagai sajian pengalaman unik kembara pelancong ke bumi di bawah bayu. Masih menyentuh soal sektor pelancongan negeri Sabah, saya juga menggesa pihak Kerajaan Negeri terutama Kementerian KEPKAS agar mengkaji semula keperluan mewartakan kawasan Teluk Darvel, Lahad Datu di bawah Ordinan Taman Negara atau Taman-taman Sabah, kerana saya khuatir perkara ini menjejaskan mata pencarian orang kampung terutama para nelayan.

Saya berkeyakinan tinggi bahawanya nelayan-nelayan di Lahad Datu terdari, terdiri daripada etnik-etnik Bajau. Penghidupan mereka ini adalah daripada segi mencari ikan-ikan, memancing ikan di laut dan dengan…

Datuk Mohamaddin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

... memancing ikan di laut dan dengan diwartakan menjadi Taman-taman Sabah. I’m quite afraid mereka ini macam kena deprive dia punya right as a fisherman untuk mencari penghidupan. So, saya mohon supaya perkara ini oleh kerana nelayan ini tidak boleh mencari ikan jauh, oleh kerana takut mundu, bersempadan pula ini dengan perairan Filipina, jadi mereka ini mencari ikan di dalam sedikit, di tepi.

Speaker

Bikin kawan saja tu mundulah YB.

Datuk Mohamaddin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Ya?

Speaker

Bikin kawan saja mundu-mundu tu.

Datuk Mohamaddin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Terima kasih, Tuan Speaker. So, saya mencadangkan agar pihak kementerian dan agensi berkaitan mengadakan sesi libat urus di Lahad Datu bersama penduduk kampung dan stakeholders terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Di samping itu, rakyat saya menyampaikan aspirasi mereka dalam Dewan yang mulia ini supaya pihak Kerajaan Negeri dapatlah kiranya membubarkan warta-warta kawasan, this one is another problem I’m talking about. Warta kawasan tadahan air di bawah DUN Segama, iaitu di kawasan Kampung Burung dan sekiranya kawasan tersebut dapat dipohon untuk dijadikan perkampungan yang sah.

Kalau sekiranya tadahan air ini boleh dilonggarkan daripada dia punya warta. Oleh kerana sekarang ini pun tadahan air ini tidak lagi digunakan dan juga orang kampung banyak membuat rumah di situ. Jadi saya rasa kalau sudah tidak digunakan, sudah berapa puluh tahun tidak digunakan, might do as well open untuk orang-orang kampung ini memohon jadi perkampungan. Datuk Speaker, “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana sepakat”.

Saya melihat banyak inisiatif baik yang dirangka oleh pihak kerajaan untuk rakyat Sabah dan saya difahamkan bahawa sebanyak 1500 unit rumah Sabah Maju Jaya

akan dibina pada tahun hadapan. Dengan itu, saya memohon agar projek Rumah SMJ tersebut dapatlah juga dibina di kawasan DUN Segama serta seluruh DUN di bawah Lahad Datu kerana ini adalah keperluan rakyat.

Projek Bekalan Air Alternatif juga adalah satu keperluan yang mendesak di kawasan saya seperti di Kampung Ulu Segama. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat mengambil perhatian dan melaksanakan projek ini di Segama dengan kadar segera. Tidak lupa juga masalah bekalan air di Damrud, Damrud dalam kawasan saya supaya dapat diselesaikan.

Oleh kerana saya sangat menyokong Belanjawan ini dan saya tidaklah banyak mahu bercakap. Kalau saya tidak menyokong, banyaklah saya cakap tapi oleh kerana saya menyokong, di akhir perbahasan saya ingin menyatakan keyakinan saya kepada komitmen dan iltizam pihak Kerajaan Negeri untuk menjadikan negeri Sabah maju dan rakyatnya berjaya.

Mengakhiri kata, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Kementerian Kewangan di atas Belanjawan Negeri 2023 yang inklusif ini. Saya menyokong usul Belanjawan Negeri Sabah tahun 2023. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Segama.

Saya setuju dengan pendirian Yang Berhormat kerana menyokong, Yang Berhormat tidak mahu cakap banyak lah. Jadi sekarang..

Datuk Mohamaddin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Terima kasih, Tuan Speaker.

Speaker

Sekarang saya jemput, saya persilakan Yang Berhormat Inanam. Sokongkah tidak?

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Datuk…

Speaker

Sokongkah tidak?

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Sokong.

Speaker

Jangan cakap banyaklah. 12 minit ya?

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Okey, terima kasih Datuk Speaker. Salam hormat dan selamat sejahtera.

Tahniah kepada Ketua Menteri yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Tahun 2023. Tahniah juga kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, bos saya. Saya ulang balik, bos saya…

Speaker

Tahu juga kami itu.

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Rakyat sangat happy dengan pelantikan ini. Terima kasih juga kepada kepimpinan Ketua Menteri yang telah memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Datuk Speaker, sesungguhnya tumpuan utama dalam Belanjawan ini harus mencari penyelesaian ke atas pertama, mengurangkan kos sara hidup dan harga barang yang meningkat. Yang kedua, menghapuskan amalan perbelanjaan mewah dengan mengambil, mengamalkan perbelanjaaan berhemah.

Ketiga, mengamalkan terus tetap kelola pentadbiran kerajaan berkualiti, telus, berkesan dan berintegriti. Dan yang keempat, mengutamakan keperluan dan membantu golongan sasaran miskin tegar B40 dalam bidang aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh membantu mereka keluar daripada kemelut kemiskinan.

Saya yakin kerajaan Sabah juga akan menjadikan polisi dan dasar pentadbiran pusat sebagai panduan. Ini termasuklah fokus kepada menyelesaikan masalah rakyat, pentadbiran berintegriti, mengutamakan hubungan kaum dan agama yang lebih baik dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

Adalah penting semua kementerian, jabatan dan kumpulan kerja memastikan setiap sen peruntukan yang diberikan pada tahun 2023 dapat dibelanjakan dengan penuh tanggungjawab dan mencapai tujuan peruntukan itu diberikan.

Janganlah berlaku ketirisan, kelewatan dan kegagalan disebabkan faktor manusia. Sesungguhnya keseluruhan rakyat mahu tindakan dan hasil kerja mengatasi masalah umum yang mereka alami daripada kita semua wakil rakyat. Inilah masanya untuk kita bersama-sama melaksanakan tuntutan rakyat itu.

Datuk Speaker, keputusan PRU-15 memberi isyarat yang jelas bahawa pola keputusan telah dipengaruhi oleh Undi 18, outer register voters. Muda-mudi perlu pembelaan dalam peluang-peluang pekerjaan, perniagaan dan sek..dalam sektor ekonomi yang lain dengan kadar gaji dan pulangan yang setimpal. Saya ingin bertanya kepada kementerian berkaitan, apakah program-program yang akan dirancang dan dilaksanakan berkaitan perkara ini dalam tahun 2023 dan berapakah kos perbelanjaan yang terlibat?

Datuk Speaker, khususnya saya ingin bertanya beberapa soalan kepada kementerian yang berkaitan dengan…

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

… kepada Kementerian yang berkaitan dengan status isu-isu setempat di kawasan Inanam dan Sepanggar.

Yang pertama, masalah bekalan air bersih di kebanyakan tempat, perumahan dan premis perniagaan Sepanggar, Telipok dan Manggatal. Apakah tindakan jangka pendek yang dilakukan dan akan dilakukan melalui bajet ini?

Yang kedua, masalah lampu jalan flyover, persimpangan Jalan Kolombong yang tidak berfungsi sejak flyover itu dibuka kepada kenderaan tiga tahun lalu. Saya sudah bertanya perkara ini banyak kali, secara bertulis. Saya paksa, saya bawa ini kali dalam Sidang DUN.

Ketiga, kelewatan projek mendalamkan Sungai Rampayan yang belum siap-siap. I think projek ini terlewat tiga tahun.

Keempat, projek naik taraf Jalan Kionsom-Babagon Toki yang telah lama diluluskan dan dianugerahkan kepada vendor tetapi belum dimulakan.

Kelima, projek jalan raya bypass Jalan Kionsom-Taipan Inanam, projek ini telah dimulakan walaupun terlewat beberapa tahun. Namun mohon pihak JKR dan yang berkaitan dapat semak semula reka bentuk jalan raya yang akan disambung di

kawasan Taipan supaya saya khuatir pembinaan jalan raya ini tidak mengurangkan kesesakan malahan menjadi kesesakan lebih teruk.

Yang keenam, apakah tindakan jangka pendek pihak Kementerian khususnya JKR, DBKK, Jabatan Parit dan Saliran mengatasi masalah banjir kilat yang selalu berlaku di Taman Nelly Kolombong, Taman Wijaya Park Manggatal dan jalan raya Inanam-Manggatal? Dicadangkan supaya pemasangan sistem paip pam, di samping memastikan sistem perparitan diselenggara dengan baik.

Yang ketujuh, apakah tindakan JKR dan Pan Borneo dan Jabatan Parit dan Saliran untuk elakkan banjir kilat sepanjang Sungai Kitobu Inanam yang dikhuatiri sungai menjadi cetek dan jumlah air bertambah disebabkan pembinaan jalan raya Pan Borneo di kawasan ini?

Dan yang kelapan, baru-baru ini berlaku tragedi kemalangan maut budak sekolah di padang bola sepak terbuka padang Manggatal, kerana dihempap tiang gol bola sepak yang uzur. Mohon bertanya, apakah langkah pencegahan oleh Kementerian dan Majlis Kerajaan Tempatan untuk mengelakkan kejadian ini berulang dan adakah pampasan kepada keluarga berkaitan telah diberikan?

Saya amat setuju, Para 85 ucapan belanjawan berbunyi begini, “dengan selesainya Pilihan Raya Umum, maka Kerajaan Negeri perlu segera kembali fokus kepada tugas mengurus dan mentadbir negeri, sesuai dengan mandat dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri yang Ke-16 lalu”. Saya amat berharap dengan konsep kebersamaan dalam kerajaan perpaduan peringkat pusat dan negeri, impian kita mengurus dan mentadbir negeri ini akan menjadi mudah, berkesan dan berkualiti.

Dan akhir sekali, memang tepat Para 87 mengucapkan, ucapan belanjawan mengatakan, “bukan senang mentadbir negeri ini dan harus dilalui dan ditempuhi dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan, biarlah semua pemegang taruh kuasa pemerintahan dan pentadbiran negeri ini bertindak seadilnya dan sebijaksana sebolehnya untuk mencapai impian mensejahterakan rakyat Sabah. Saya wakil rakyat N.18 Inanam, akhir sekali mohon menyokong dan mendukung Belanjawan

2023 ini demi kesinambungan pembangunan dan kemajuan negeri Sabah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Inanam. Sabar, saya panggil juga itu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kemabong.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih, Datuk Speaker. Saya akur kepada masa sepuluh minit yang diperuntukkan kepada kami.

Speaker

Dua belas.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Dua belas minit. Terima kasih tambahan dua minit.

Speaker

Tapi kalau mahu sepuluh boleh juga.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Saya cuba, terima kasih. Sebagai ADUN backbenchers untuk membahaskan Belanjawan Negeri pada kali ini, pertama, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan di atas pembentangan Belanjawan Tahun 2023, untuk membangunkan negeri Sabah demi kesejahteraan rakyat negeri ini yang berjumlah RM5.138 bilion. Saya juga mengucapkan syabas di atas kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ketua Menteri, sebagai nakhoda menerajui Kerajaan Negeri yang berupaya menstabilkan suasana politik serta kemakmuran rakyat negeri ini secara terbaik.

Tuan Speaker, sebelum meneruskan perbahasan ini, izinkan saya turut menyampaikan ucapan tanhiah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Saya penuh yakin di atas pengalaman beliau yang luas serta hala tuju oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang merangkumkan semua bangsa dan agama akan berjaya meneraju negara Malaysia dengan maju, aman dan harmoni.

Justeru itu, rakyat negeri Sabah mengharapkan agar Malaysian Agreement 1963 ataupun MA63 segera diselesaikan, serta 40% agihan hasil negeri seperti yang termaktub dalam MA63 dan tawaran manifesto oleh Pakatan Harapan (PH). Datuk Speaker, kembali kepada pembentangan belanjawan negeri ini, di Dewan yang mulia ini saya mohon merayu supaya prasarana asas di kawasan yang saya wakili, iaitu N.43 Kemabong, terutama sekali kemudahan-kemudahan asas. Dalam ucapan saya ini, Datuk Speaker ada sebelas perkara, yang pertama, iaitu masalah air diselesaikan dengan segera. Mohon diselesaikan dengan segera. Walaupun daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong mempunyai sumber air yang mencukupi dari beberapa sungai, namun Jabatan Air tidak dapat membekalkan air bersih secukupnya, malah sama sekali tidak berupaya untuk menampung bekalan air seperti yang dikehendaki oleh rakyat di kedua-dua daerah ini. Rakyat sangat kecewa dengan cara Jabatan Air mengendalikan pentadbiran dan pengurusan air di daerah ini.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri Kerja Raya selaku Timbalan Ketua Menteri supaya mengambil perhatian yang serius, seterusnya mengambil tindakan yang segera ke atas perkara ini.

Kedua juga adalah masalah air. Air adalah satu-satunya perkara ataupun benda yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Paip-paip graviti sebagai alternatif kepada masalah oleh Jabatan Air.

Saya mohon kepada kerajaan supaya menyalurkan peruntukan membina paip-paip graviti yang belum ada paip graviti dan di kawasan saya, dan memberi peruntukan membaik pulih paip-paip graviti yang rosak akibat musim tengkujuh ataupun musim musim monsun baru-baru ini. Yang ketiga, masalah jalan raya. Datuk Speaker, banjir yang melanda di daerah kecil Kemabong, daerah Tenom pada tahun 2021 adalah merupakan banjir yang terbesar berlaku sejak Sabah merdeka, yang telah merosakkan jalan raya-jalan raya di kampung-kampung dan tahun ini 2022, pada bulan Mei yang lepas, sekali lagi berlaku banjir di daerah kecil Kemabong.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

….. adalah merupakan banjir yang terbesar berlaku sejak Sabah merdeka yang telah merosakkan jalan raya-jalan raya di kampung-kampung dan tahun ini, 2022.

Pada bulan yang lepas, sekali lagi berlaku banjir di daerah kecil Kemabong menambah kerosakan jalan raya-jalan raya di kampung-kampung yang terkesan. Sedihnya, agensi atau jabatan serta konsesi yang terlibat dalam menyelenggarakan jalan raya tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk membaik pulih jalan raya-jalan raya tersebut dengan alasan ketiadaan peruntukan dan dibiarkan begitu sahaja.

Justeru, saya telah menggunakan peruntukan wakil rakyat ADUN N.43 Kemabong, namun tidak mencukupi kerana terlalu banyak prasarana yang rosak. Saya mohon pihak Kementerian Kerja Raya dan juga Kementerian-Kementerian yang lain untuk mengambil tindakan serius untuk membantu selenggarakan jalan raya-jalan raya rosak dengan kadar yang segera.

Kasihan rakyat, terpaksa berjalan kaki dan mengangkat barangan mereka dengan tenaga sendiri tanpa menggunakan kereta dan sebagainya di beberapa tempat yang berlaku banjir dua kali. Yang keempat, peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan SDO ataupun ICU daripada Kerajaan Persekutuan. Kalaulah dirancang dan diurus dengan baik, saya penuh yakin peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tersebut boleh dan dapat dimanfaatkan untuk menangani masalah rakyat seperti jalan raya kampung dan baik pulih paip-paip graviti.

Kerajaan Negeri harus memantau penggunaan kewangan ini dengan sebaiknya supaya dapat dinikmati ataupun memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini kerana yang apa yang saya lihat, yang kami lihat sebagai wakil rakyat, peruntukan yang banyak, yang besar ini daripada Kerajaan Persekutuan tidak mecapai sasaran yang sepatutnya.

Yang kelima, jalan raya Kemabong-Gumisi-Inubai, Tenom.

Datuk Speaker, saya mohon kepada kerajaan khasnya Kementerian Kerja Raya supaya mempercepatkan pembinaan jalan raya penghubung Gumisi-Inubai untuk menghubungkan jalan raya di antara daerah Tenom dan daerah kecil Kemabong kerana di seberang sana dari Taman Pertanian sehingga ke Rundum tidak ada jalan untuk menghubungkan kedua-dua daerah ini.

Yang keenam, masalah bekalan elektrik. Bekalan elektrik SESB di Kemabong seringkali terputus, mengecewakan banyak pihak.

Hampir tiga kali sehari.

Adakalanya sehingga sepanjang malam. Kadang-kadang enam jam putus. Saya mohon supaya Kerajaan Negeri juga mengambil kira perkara ini. Mengambil perhatian secara serius sudah.

Bagaimana menangani masalah-masalah ini?

Kerana sentiasa berlaku, setiap hari. Musim ada kecemasan, ada kematian tiba-tiba elektrik itu blackout, Datuk Speaker. Jadi, ini sangat-sangat mengecewakanlah kita dan memalukan kerajaan.

Yang ketujuh, menaik taraf daerah kecil Kemabong kepada daerah penuh. Datuk Speaker, pewujudan daerah kecil Kemabong berlaku pada tahun 1996 hasil jasa baik oleh ADUN Dilantik dengan izin Yang Berhormat Datuk Sri Panglima Yong Teck Lee.

Ketika beliau meneraju Kerajaan Negeri sebagai Ketua Menteri Sabah pada waktu itu.

Kini kami berpendapat bahawa sudah tiba masanya daerah kecil Kemabong dinaik taraf layak kerana aktiviti ekonomi, sumber hasil pendapatan serta penduduk yang mencukupi di daerah ini, layak pada pandangan kami untuk dinaik taraf.

Yang kelapan, perhubungan jalan raya Tenom-Pangi-Rayoh-Beaufort. Saya mohon kerajaan supaya bertindak menyelesaikan jalan raya perhubungan rakyat di Pangi, Rayoh yang sekian lama menderita akibat masalah perhubungan kereta api yang menyukarkan mereka untuk keluar berurusan di mana-mana Jabatan Kerajaan serta ke bandar. Apatah lagi apabila berlaku kecemasan sangat sukar mereka terpaksa menggunakan trolley. Mereka gunakan trolley sendiri kerana kadang-kadang kereta api tidak berjalan,rosak walaupun dalam keadaan berbahaya. Selesailah cepat masalah mereka sama ada membina jalan raya Tenom-Beaufort seperti yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohammad pada tahun 2001, iaitu pada tanggal 24 dan 25 April agar dikaji semula untuk dilaksanakan.

Itulah satu-satunya cara menyelesaikan masalah kampung-kampung laluan dari Tenom ke Beaufort.

Yang kesembilan, padang bola sepak pekan Kemabong. Pada Persidangan DUN di Dewan yang mulia ini, pada tahun lepas saya ada menyuarakan untuk memohon supaya padang bola sepak pekan Kemabong dinaik taraf demi memudahkan aktiviti sukan dan bola sepak oleh para belia di daerah ini dilaksanakan secepatnya. Yang kesepuluh, menggalakkan penanaman buah-buahan untuk pertumbuhan ekonomi.

Datuk Speaker, saya memohon mengesyorkan supaya melalui bajet ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyediakan peruntukan khas kepada para belia untuk diberi latihan pertanian cara moden dengan tanaman berkualiti tinggi hybrid untuk mengeluarkan hasil buah-buahan tempatan di pasaran dalam negara atau pun di luar negara serta menyediakan pinjaman mudah kewangan kepada mereka yang berminat secara serius dalam bidang tersebut. Nombor sebelas, penanaman padi sawah dan juga padi bukit. Selaku wakil rakyat, saya mohon kepada kerajaan supaya membantu para pengusaha tanaman padi sawah dan padi bukit.

Cara-cara, kaedah, pengurusan serta memperbanyakkan produktiviti pengeluaran padi di negeri ini demi mempastikan beras mencukupi secara berterusan di negeri ini mahupun di seluruh negara.

Datuk Speaker, sebelum saya akhiri ucapan ini, saya mohon selepas Sidang Dewan Undangan Negeri ini berlalu, ditutup, saya harap pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang serius kepada ucapan-ucapan kami daripada wakil-wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat dengan segera kerana dua tahun masalahnya yang tidak selesai.

Jadi seolah-olah kita tidak ada yang bertanggungjawab dalam kerajaan kita.

Kita mintalah secara serius.

Arahkan mana-mana jabatan untuk melihat apa yang kami kemukakan di Dewan Undangan Negeri yang mulia ini, Datuk Speaker.

Sebelum akhiri ucapan ini, saya menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, selaku wakil rakyat Sulaman untuk terus memimpin menerajui Kerajaan Negeri Sabah yang tercinta ini, serta bermohon, marilah kita berganding tangan, bersatu dan bekerjasama untuk memastikan

pembangunan serta keharmonian rakyat negeri ini dengan mengurangkan politicking yang merugikan kita semua, rakyat dan negeri ini.

Datuk Speaker, saya mohon menyokong Pembentangan Belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selaku Menteri Kewangan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, saya mohon Ahli-ahli Pentadbiran mengambil perhatian rayuan daripada Ahli-ahli dari Kemabong tadi untuk diambil serius rayuan, rintihan yang telah disampaikan, ya? Ahli-ahli Yang Berhormat saya baru dimaklumkan bahawa kita ada seorang tetamu dari Pulau Pinang, YB Yeoh Soon Hin, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi Pelancongan. Saya mahu cakap selamat datang Yang Berhormat.

(Bunyi ketukan meja) Seterus itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Moyog.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih and kotohuadan, Datuk Speaker.

Selaras dengan hak dalam Standing Order saya akan bahas dalam bahasa inggeris dan juga bahasa Malaysia. Terima kasih.

Datuk Speaker, kita telah baca dalam Pengumuman Pembentangan Bajet ini di mana Ketua Menteri telah memberi tema ‘Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera’. Datuk Speaker, dalam Pembentangan Bajet 2022, Ketua Menteri telah membentang dan mengumumkan kepada kita semua bahawa fokus dalam Industri Bajet 2022, ya? Adalah untuk…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

...adalah untuk merancak merancakkan pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan. Dalam bajet waktu itu, sebanyak RM919.18 million telah diluluskan. Tetapi Datuk Speaker, pada bajet tahun ini ah, bagi Bajet 2023 ah, ucapan Yang Amat Berhormat ah, telah menunjuk bahawa ada pengurangan dalam sektor yang juga telah dirancang tahun lepas dan juga sekarang ah sebanyak RM111.12 milion. Em, di mana Datuk Menteri, sorry YB

Menteri telah mengumumkan bahawa sektor yang sama penurunan, eh maaf, sektor yang sama, iaitu untuk merancangkan ataupun menaikkan pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan hanya RM806.06 million. So, saya ingin tanya kepada Kerajaan, kenapakah ada penurunan sebanyak RM111 juta itu? Datuk Speaker, saya juga ingin merujuk kepada pengumuman YB Ketua Menteri di mana digital ataupun pendataan pendatang asing akan dibuat dan saya ingin tanya, apa sudah, em you know em, dia punya status kali ini? Sama ada ah, pendataan ini sudah dimulakan dan sama ada ini akan juga menyelesaikan hal ataupun masalah pendatang tanpa izin di Sabah dan suatu guarantee dari Kerajaan bahawa orang yang telah didatakan ini tidak boleh memohon kewarganegaraan melalui Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Speaker, saya juga ingin merujuk kepada pengumuman mantan Menteri Ekonomi pada waktu itu, Mac 2022, di mana Sabah telah mencatatkan kadar tertinggi kemiskinan iaitu 19.5%. Beliau juga telah mengumumkan pada Jun 2022 bahawa Sabah juga telah menaikkan kadar kemiskinan Sabah dan kita sekarang ini adalah negeri yang termiskin. Bukan sahaja kita ada lapan daerah yang termiskin di seluruh Persekutuan Malaysia tetapi kita juga adalah negeri termiskin kerana ah penurunan kadar kemiskinan ini tidak dapat dicapai. Ah, I would like to ask the Chief Minister, what are the plans? Dengan surplus budget yang sudah diumumkan sejak 2015 hingga ke hari ini, adakah strategi ataupun adakah cara untuk menurunkan masalah Sabah yang melanda kita dengan sangat serius ini? Em, saya juga ingin tanya, adakah policy punya failure? Is this a policy failure of the State Government? Adakah dia juga berkaitan dengan policy kita berkaitan dengan education and access to education orang-orang yang daerah-daerah yang telah dilanda ataupun telah dikadarkan sebagai yang termiskin?

Datuk Speaker, would you agree dengan saya juga dan I hope the government will agree bahawa corruption, rasuah, abuse and possible leakages adalah juga punca atas policy yang telah gagal kepada membasmikan kemiskinan di Sabah. Datuk Speaker, saya juga merekodkan bahawa ada banyak pelaburan yang telah memasuki Sabah dan tahniah juga kepada Kerajaan kerana telah membuat yang sedemikian. Hanya saya ingin tanya, what are the incentives yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan kepada pelabur-pelabur yang

telah memasuki ke Sabah ini dan adakah em Kerajaan Sabah em waives ataupun melepaskan contribution mereka terhadap SESB capital contribution. Ini saya ingin tanya di Menteri Kewangan ah khususnya Yang Amat Berhormat berkaitan dengan insentif yang diberikan kepada pelabur-pelabur ini.

Datuk Speaker, juga yang berkaitan, berapa banyakkah multinational di Sabah yang telah keluar di Sabah semasa waktu COVID-19 dan pada masa sekarang ah di mana mereka telah melepaskan pelaburan mereka di Sabah? Adakah kita telah mencari penyelesaian untuk memastikan bahawa multinational ini tidak keluar dari Sabah? Saya ingin meminta jawapan yang terperinci berkaitan dengan ah jika adanya multinational keluar daripada Sabah dan melepaskan pelaburan mereka. Datuk Speaker, berkaitan juga dengan pelaburan, saya ingin bertanya ah sebab ada suatu pengumuman Ketua Menteri di mana beliau cakap, beliau telah membahaskan bahawa sebanyak 30 orang jurutera yang merupakan anak watan Sabah ke Korea Selatan telah dihantar ke Korea Selatan untuk mendapatkan latihan kemahiran. Baik, this is good but are we not suppose to train them also di Sabah dengan modul-modul daripada pelabur ini ah then mereka patut (gia) menggunakan insti institusi kemahiran di Sabah untuk melatihkan engineer kita, melatihkan orang-orang yang ingin upskillkan ah kemahiran mereka dalam industri yang telah dimasuki melalui pelaburan ini. I think Sabah needs to increase dia punya what we call access to technology dengan mem membuatkan satu syarat kepada pelabur-pelabur di mana modul mereka boleh digunakan oleh institusi-institusi kemahiran di Sabah. Datuk Speaker, berkaitan dengan apa yang sudah diucapkan oleh rakan-rakan di sini juga.

Em Article (Perkara) 112 dan Article (Perkara) 112D dan C dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan pulangan balik 40% tax nett revenue return Kerajaan Sabah. Sebab Kerajaan telah bersetuju dengan Kerajaan sebelum ini, sebelum Kerajaan dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim ah bahawa kita akan mendapat stages of payment berkaitan dengan 40% ini. I think this is the opportunity bagi State Government to revoke or di gazette apa yang sudah dipersetujui dan meminta dengan sepenuhnya pelaksanaan 40% memakai formula original yang telah dipersetujui pada tahun 63. Iaitu teruskan dengan 40% nett revenue return to Sabah and we should and I would like to know daripada Ketua Menteri dan Menteri Kewangan berapa banyakkah cukai yang kita bayar kepada Persekutuan supaya

kita dapat mendapat gambaran berapa 40% yang sepatutnya dikembalikan kepada Sabah.

Datuk Speaker, em saya ingin juga menyentuh ucapan pembahasan ah Ketua Menteri di mana beliau telah mengumumkan bahawa hasil bukan cukai sebanyak RM2.311 bilion telah dicollect ataupun dirangkumi melalui payment cash cash payment royalty jualan air dan premium tanah. Berkaitan dengan premium tanah, RM144 juta telah dikutip oleh Kerajaan Negeri. Saya ingin tanya, sama ada ini kutipan datangnya daripada renewal of title, renewal of lease of title ataupun ini adalah permohonan tanah baru di mana em tanah Kerajaan telah dipohon oleh syarikat ataupun individu untuk ah kegunaan mereka sendiri. So, I would like to know daripada Kerajaan berkaitan dengan ini.

Berkaitan juga dengan collection hasil bukan cukai ini, saya tidak nampak ah any collection berkaitan dengan Gold Industry. Saya faham di Tawau adanya Gold Industry kita di Tawau dan saya ingin bertanya kepada Kerajaan berapakah kutipan yang telah dibuat oleh Kerajaan berkaitan dengan proses collection atau proses cari gali ataupun di you know di di gold mining that is being done by contractors of the government? Datuk Speaker, berkaitan dengan banjir di kawasan saya di Penampang dan Moyog, saya ingin tanya, apa perkembangan penebatan banjir yang telah diumumkan sejak 2017 oleh Kerajaan Persekutuan dan sama ada fasa-fasa yang mereka telah janji untuk menyelesaikan banjir di Penampang sudah mencapai ke tahap mana dan jika adanya juga penambahan penebatan banjir akan diadakan di Sabah dan di Penampang khususnya?

Ah Datuk Speaker, banjir ini sangat serius di kawasan saya di Moyog ah dan banyak telah membuat andaian ataupun juga dengan fakta berkaitan dengan Pan Borneo yang sekarang dinamakan sebagai jenama ‘pain borneo’ di Penampang. So I think the government needs to explain to the rakyat, explain to the people ah on this. Saya juga ingin meminta pengesahan ah sama ada pengumuman Ketua Menteri ataupun Yang Amat Berhormat berkaitan dengan peruntukan di kawasan ADUN juga termasuk kawasan ADUN yang diwakili oleh pihak pembangkang.

Tahun lepas, satu pengumuman oleh Ketua Menteri ah beliau telah cakap bahawa RM2 juta diberikan kepada setiap kawasan pembangkang. Ini bukan betul dan juga

disahkan oleh Ketua Menteri bahawa RM2 juta ini bukan melalui ADUN Pembangkang tetapi melalui pejabat Ketua Menteri Sabah. So, I need to make this clear dan harap beliau juga akan menjelaskan sekali lagi supaya orang boleh faham….

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

...beliau juga menjelaskan sekali lagi supaya orang boleh faham policy Kerajaan adalah RM3 juta yang diumumkan baru-baru ini bukan disalur kepada wakil rakyat Pembangkang tetapi melalui Ketua Menteri Sabah.

Let make this clear once and for all because a truth full honest government is important. What saw the government want to have Maju Jaya if it still that’s not tell the truth to the people, terima kasih.

Berkaitan dengan masalah pembekalan air, pembekalan air di Moyog juga selalu ada masalah and this is so consistent with Jabatan Air. I believe adanya masalah berkaitan dengan masalah rasuah, abuse of power juga sebab kita sudah nampak Pengarah, mantan Pengarah dan juga mantan Timbalan Pengarah telah dibawa ke Mahkamah tetapi I think they got off or one of them got off but the fact remain hundred a millions were found in that office so saya ingin tanya sama ada what ever settlement the government had those with this people sama ada apa yang telah dibuat dan telah dibongkar waktu itu telah membawa masalah pembekalan air or water treatment plant di Sabah. There are not in small number, it is about hundred and hundred of millions waktu itu. So we need to find a solution the government is tell the people apanya solution mereka berkaitan dengan pembekalan air kepada seluruh Sabah.

That is also another problem bagi pelabur. Kalau pembekalan air ada masalah, how can they investors come in?.

Juga dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd., kes ataupun non stop blackout selalu ada di kawasan kami di Penampang termasuk Kapayan dan juga Moyog, I believe di kawasan lain juga. Sampai orang pun they make jenama SESB sekarang dikenali sebagai Sabah Electricity selalu blackout. I think we need to find a solution for this sebab di Kuala Lumpur I don’t think there is any blackout and even if they have are ada orang hilang jawatan. We need to make people responsible berkaitan dengan

pembekalan elektrik di seluruh Sabah termasuk di kawasan kita and setiap kali mereka membuat pengumuman, notis untuk pembaikan it is just unbelievable Datuk Speaker. Every weeks it is not every two other weeks ada pembaikan, something is wrong dengan pembekalan electricity di Sabah khususnya di kawasan kami di Penampang, Moyog, Kapayan and adakah mereka menggunakan equipment yang tidak tinggi taraf ataupun second hand I need to know and I think the public needs to have clear explanation daripada Kerajaan berkaitan dengan syarikat yang mereka ada pelaburan, iaitu SESB.

Datuk Speaker, saya ingin juga sebelum saya mengakhiri, saya ingin bertanya dengan keadaan abuses ataupun rasuah dalam Kerajaan whether or not government servant had been asked to declare assets.

I think we need to know because every time kita dengar, ada masalah berkaitan dengan services. Why is there is not services being done? or quick ataupun dengan secepat kepada wakil…maaf kepada rakyat yang sepatutnya diberikan perkhidmatan ini. A good government must make sure that all is branches a clear from any of abuses, so I believe that Sabah can do this and I, with the new Government, Federal Government, I would like to ask the Chief Minister to work with the Prime Minister to make sure that SPRM has more power including juga monitoring oleh Ketua Menteri, Pejabat Ketua Menteri dengan Agensi-agensi termasuk Kementerian-kementerian dibawah seliaan beliau.

Berkaitan dengan agensi, dalam ucapan Ketua Menteri, beliau juga telah mengumumkan bahawa adanya satu Pasukan Petugas Khas Cukai Jualan Negeri ke atas produk Petroleum. Saya ingin tanya kepada YAB sama ada kita boleh guna kuasa imigresen atau kuasa visa work permit Sabah untuk mengawal orang yang duduk di platform-platform offshore kita yang meneliti berapa banyakkah produk petroleum dan gas dikeluarkan melalui platform-platform yang ada di Sabah and berapa banyakkah keluaran ini dinaikkan kepada kapal kontena mereka dan dibawa ke Pengerang instead of going to Labuan ataupun Kota Kinabalu. We need to monitor them differently sekarang because I believe that Sarawakian has found a solution dan it is no shame for Sabah to ask the Sarawakian bagaimana mereka mengawal produk-produk petroleum yang dikeluarkan oleh Petronas ataupun rakan kerja Petronas.

Datuk Speaker, I would like to bring to your attention..

Speaker

Mula gulung ya. Mula gulung.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

ya, tapi, I like to bring to your attention and kepada semua rakan di sini. Petro Sarawak telah diumumkan sebagai syarikat minyak terkaya, ketiga terkaya di Persekutuan Malaysia. How there they do that in less than 5 years. Mereka memegang pelantar benua kita, mereka. There is a policy that I believe Tan Sri Muhyiddin as a Prime Minister give to the Sarawakian dimana mereka memegang less a kawalan pentadbiran pelantar benua di Sarawak dan itu adalah suatu saham yang mereka boleh guna dengan Petronas untuk membuat perjanjian Petroleum production ataupun production sharing contract dengan Petronas. So I think Sabah should do the same, we should not lost is opportunity what more dengan Perdana Menteri yang baharu.

Datuk Speaker, the last one adalah berkaitan dengan dressing up di Dewan Undangan Negeri.

Why can’t we do something more simpler macam Singapura dimana we don’t need to use the necktie, maybe just a jacket then make it as an easy and simple as possible after all we all working as a Wakil Rakyat and I don’t think we need to be over formal hanya pada sidang pertama DUN but I would like satu reform daripada Datuk Speaker, di mana kita tidak lagi payah dress up too much, no need too much fancy ties and what ever tapi we just use something very simple as a Singaporean more so dalam Parlimen Singapore.

Terima kasih, Kotohuadan and Merry Christmas to all.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Moyog. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Keluarga Perpaduan Malaysia. Ini istilah baru Datuk Speaker. Datuk Speaker, saya sangat bersyukur pada sidang kali ini kerana apa yang saya impikan selama ini telah menjadi kenyataan. Apakah impian saya itu? Impian itu adalah melihat pemimpin-pemimpin Sabah bersatu bergabung demi untuk rakyat Negeri Sabah dan begitu juga di Persekutuan, adanya

Kerajaan Perpaduan tetapi yang lebih besar sebenarnya di Sabah dimana mendapat sokongan semua ADUN-ADUN kecuali yang belum declare ialah daripada Warisan, di peringkat Negeri. Jadi kita ada 61 Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini telah menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah (Ahli Dewan tepuk meja). Mungkin ini adalah landasan baharu yang penting dan membelakangkan kepentingan peribadi parti masing-masing demi untuk rakyat dan negeri Sabah dan kita berharap ia berterusan sampai bila-bila. Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan buat pertama kalinya pada tahun 2023 ini adalah bajet tertinggi dalam sejarah negeri Sabah berjumlah RM5.138 bilion dan di sini sebagai belanjawan surplus sebanyak RM130 juta. Namun demikian, mungkin ada kekeliruan daripada pegawai ataupun pembentangan ini, yang mana kalau dilihat pada muka surat 22 teks ucapan ataupun pembentangan ini, perkara 22 muka surat 9, amaun RM5.138 bilion adalah untuk perbelanjaan operasi dan pengurusan, iaitu RM792.38 bilion...juta minta maaf ada emolumen. RM1.97 bilion untuk perbelanjaan berulang dan RM2.369 bilion perbelanjaan khas. Apa yang menjadi kemusykilan ialah apabila kita membaca para 24, iaitu perbelanjaan pembangunan bahawa di sini ada RM788 juta…RM788.94 juta pada tahun 2023, perbelanjaan pembangunan adalah dalam bentuk pembiayaan pinjaman dan imbuhan balik. Jadi saya tidak tahu sama ada ini daripada kawasan mana ataupun daripada peruntukan mana. Jadi kalau kita membaca ataupun pelabur-pelabur ataupun sesiapa juga membaca mungkin keliru dengan ini. Saya harap Kementerian Kewangan atau pegawai dapat memberi penerangan tentang perbelanjaan pembangunan ini. Kerana pada kebiasaannya...

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

…penerangan tentang ah perbelanjaan pembangunan ini kerana pada biasanya ah bajet belanjawan dibagitahu (diberitahu) bahawa jumlah keseluruhan kemudian belanja pengurusan dan juga ah perbelanjaan pembangunan, tetapi kali ini agak lain sedikit. Saya berharap ah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atau Menteri Kewangan dapat memberi penjelasan tentang ah perkara ini.

Datuk Speaker, fokus saya ialah sebenarnya ialah ada dua perkara yang penting untuk negeri Sabah ini ialah, kalau kita lihat ah belanjawan kita begitu rendah ah berbanding dengan negeri jiran kita di Sarawak, iaitu di Sarawak pada tahun ini bajet belanjawan Sarawak adalah RM10.979 bilion. Pengurusan dan operasi berjumlah RM3.997 bilion, pembangunan RM6.8 bilion. Kalau dibandingkan dengan negeri Sabah RM5 bilion untuk keseluruhan dan pembangunan cuma RM788 bilion, kita perlu mengejar lebih kurang lapan ke sepuluh tahun untuk sama seperti Sarawak. Jadi ertinya kita begitu jauh ketinggalan berbanding dengan negeri jiran kita, iaitu Sarawak walaupun ah Sarawak itu ah kita lihat ada peningkatan seperti jawapan ah Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan ah, Menteri Kewangan II tadi ah, Sarawak mempunyai pendapatan yang lebih daripada berbagai aspek. Namun demikian, inilah yang kita perlu lihat, kaji dan kita rasa tidak malu untuk kita belajar daripada Sarawak. Bukan soal maruah tetapi atas kepentingan ah negeri Sabah, seharusnya kita ah belajar ataupun bertanya, berjumpa dengan rakan kita di Sarawak bagaimana cara untuk menambah ah pendapatan negeri terutama sekali yang berasaskan ah daripada sumber petroleum ataupun produk-produk petroleum Yang Berhormat Menteri Kewangan II tadi menyatakan dalam jawapan balas, soalan tambahan mengatakan bahawa Sarawak mempunyai ah industri hiliran upstream dan downstream, jadi kalaulah itu caranya di Sarawak apakah kita juga ah tidak boleh mempercepatkan proses adanya industri ah downstream dan upstream berasaskan petroleum supaya pendapatan ah negeri kita bertambah dan kita ah sama seperti Sarawak.

Perkara yang kedua Yang Berhomat Datuk Speaker ialah, ah kita lihat bahawa pendapatan ini ah di Sabah kita ada lebih 200 GLC, tetapi sumbangan daripada GLC Sabah cuma 137 juta sahaja dan cuma lebih kurang sepuluh GLC yang memberi dividen kepada negeri Sabah. Kita berharap Kerajaan Negeri, saya mohon agensi-agensi, kementerian-kementerian yang ada GLC mesti membuat kata dua kepada GLC ini untuk memastikan GLC ini diurus secara profesional supaya memberi pulangan kepada negeri Sabah.

Saya difahamkan GLC-GLC di Sarawak, saya merujuk kepada Sarawak kerana kita melihat benda yang baik dan belajar daripada yang baik, telah diuruskan dengan

baik dan boleh dikatakan semua GLC di Sarawak memberi pulangan, dividen ah yang cukup tinggi kepada negeri Sarawak.

Datuk Speaker, oleh kerana kita inginkan pembangunan dan kita jauh ketinggalan, sekarang melalui Kerajaan Perpaduan ini, saya rasa sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin negeri Sabah, khususnya ketua-ketua parti dan juga ah barisan Kabinet Negeri Sabah berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagaimana untuk mendapat bantuan ataupun apa-apa hak kita dapat ditunaikan untuk negeri Sabah dan kita tidak lagi menunggu, meminta seharusnya ia dilaksanakan seperti dalam jadual jadi saya berharap ah pemimpin-pemimpin Sabah bersatu hati teruskan usaha ini supaya pendapatan negeri Sabah ah ataupun peruntukan untuk negeri Sabah dan mengejar apa yang kita belum dapat ah selama ini.

Datuk Speaker, saya ingin menyentuh mengenai keluhan rakyat di kawasan saya, kawasan Sipitang ah Sindumin ah daerah Sipitang dan juga ada kaitan dengan daerah-daerah lain.

Yang pertama, iaitu mengenai dengan keluhan rakyat bersangkutan dengan keadaan jalan raya di Sabah. Kita dimomok berbagai-bagai dalam Tiktok, dalam Whatsapp, dalam video-video ringkas ah kita dimomok dengan keadaan jalan yang buruk, berlubang-lubang dan saya bahagi kepada beberapa kategori Datuk Speaker. Yang pertama jalan Pan Borneo, jalan Pan Borneo ini kita tidak ah saya rasanya rakyat tidak kisah siapa yang dapat ah membuat jalan Pan Borneo ini tetapi akibat pembinaan ini yang tidak teratur dan tidak kemas ini, banyak kemalangan berlaku, banyak juga yang sudah terkorban, banyak kenderaan rosak, kelambatan perjalanan dan ketidakselesaan kepada pengguna-pengguna dan menurunkan taraf kehidupan rakyat.

Saya minta, saya mohon kerajaan supaya masuk campur dan berurus dengan kontraktor-kontraktor Pan Borneo ini untuk supaya kontraktor lebih bertanggunjawab dan menjaga keselamatan pengguna dan mensejahterakan kehidupan rakyat ataupun pengguna jalan raya ini. Untuk memastikan dalam setiap masa jalan-jalan ini dalam keadaan baik contohnya, ditar dengan membina siap sebelum mengorek jalan yang lama. Apa yang berlaku Datuk Seri ah Datuk Speaker, kontraktor ini ah dia tidak buat itu, dia korek jalan yang lama membiarkan pengguna jalan lalu di situ dan sudah tentu kereta rosak, kereta kotor, becak bila hujan dan ber berhabuk bila kemarau, jadi ini kita minta kerajaan masuk campur dan juga akibat daripada pembinaan Pan Borneo ini,

banyak paip-paip yang rosak. Banyak kampung ataupun yang banjir akibat ah paip ataupun longkang tersumbat, dan kita berharap kerajaan juga masuk campur agar paip-paip yang rosak ini dapat diperbaiki segera kawasan-kawasan banjir dapat dibina longkang dengan segera. Itu mengenai dengan jalan Pan Borneo Datuk Speaker.

Yang kedua, jalan konsesi. Jalan konsesi ini menyusahkan rakyat. Ada dua jalan konsesi iaitu, jalan konsesi daripada majlis daerah dan juga jalan konsesi lebuh raya. Di kawasan saya, satu jalan konsesi yang agak teruk iaitu, jalan daripada Maligan ke Long Pasia. Saya difahamkan jalan konsesi ini di bawah Kekal Mewah. Apa yang menjadi kemusykilan penduduk Long Pasia ialah itu adalah satu-satunya jalan untuk memberi khidmat dan untuk keluar masuk ke kawasan tersebut. Yang dipersalahkan ialah wakil rakyat dan juga pemimpin setempat kerana jalan ini tidak diselenggara ataupun tidak dipantau oleh JKR. Ia dipantau terus kepada Kementerian Kewangan, saya minta penjelasan daripada Menteri Kewangan ataupun kementerian, apakah bentuk seliaan kontraktor-kontrakror konsesi ini kerana apabila kita tanya kepada kontraktor ini, mereka menjawab membaiki jalan itu ikut jadual ataupun ikut giliran. Rakyat tidak mahu ikut giliran, rakyat mahu kerosakan hari ini, mesti siap hari ini ataupun satu dua hari. Tapi kalau sudah berterusan dan tidak dibaiki, rakyat akan ah bising dan juga marah dengan kerajaan. Saya berharap kementerian dapat mengkaji semula konsesi daripada Maligan ke Long Pasia ini.

Daripada Mendolong ke Maligan tidak ada masalah, tapi Kekal Mewah yang mendapat konsesi daripada Maligan ke Long Pasia ini saya lihat dia telah melanggar peraturan, ah saya minta jawapan daripada kementerian dan perlu dikaji. Begitu juga dengan jalan-jalan majlis daerah. Bila jalan itu rosak, ah kita hubungi jurutera dia kata belum sampai giliran. Rakyat tidak boleh tunggu giliran Datuk Speaker, rakyat mahu jalan itu baik dalam sehari dua kerana itulah penghidupan mereka. Jadi, saya minta kerajaan mengkaji semula prosedur ini dan barangkali konsesi ini boleh dibatalkan kalau tidak menguntungkan rakyat dan menyusahkan rakyat.

Kita mahu balik kepada yang dulu, lebih baik diselia oleh JKR dan mesin-mesin itu diletak di JKR dan kalau ada complaint daripada rakyat, JKR terus membaiki ataupun JKR terus melantik kontraktor-kontraktor setempat untuk membaiki jalan-jalan yang rosak itu bukan menunggu giliran seperti yang diberitahu oleh ah.…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… seperti yang diberitahu oleh ah …

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Ah Datuk Speaker, boleh mencelah sedikit?

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Okey.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih YB, emm setujukah YB bahawa konsesi ini patut ditamatkan seperti yang diucapkan oleh Datuk tadi supaya JKR boleh membuat kerjanya jika ada keperluan seperti banjir ataupun ah, any ah incident di kawasan kita semua. Terima kasih.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk ah Yang Berhormat Moyog. Itulah yang saya katakan kalau konsesi ini, kontrak ini tidak menguntungkan rakyat seharusnya di ah, kaji semula dan kontrak ini begitu lama. Saya difahamkan yang di Sindumin ini kontrak cuma tamat tahun 2027, sekarang 2022 dan ada lima tahun lagi. Sudah sepuluh tahun berlalu ah dan begitu lama tapi kesannya …

Speaker

Mula gulung ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya.

Speaker

Mula gulung.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya, terima kasih ah Datuk Speaker. Ah perkara berikut saya kena sebut mengenai dengan masalah rakyat di kawasan saya, saya minta masa sedikit Yang Berhormat Datuk Speaker.

Ah yang pertama,mengenai dengan keadaan di Sipitang. Kalau saya tidak sebut ini rakyat Sipitang emm marah. Itu soal SFI ini, apakah rancangan sama ada hidupkan semula ataupun kita matikan SFI ini?

Kita kena buat keputusan.

Saya ambil perhatian kerana kepentingan ah rakyat di Sipitang, yang pertama SFI ini berada di DUN Sindumin dan ada aset berbilion yang beku di situ.

Sepatutnya aset ini

menjadi pendapatan sama ada peluang pekerjaan ataupun pendapatan kepada negeri tapi sekarang aset ini beku. Tiada pendapatan kepada negeri. Yang kedua, pasal pekerja 1280 orang, pekerja SFI yang tidak tahu untung nasib mereka sama ada di terminated ataupun masih lagi digunakan, mereka ini tergantung-gantung.

Yang ketiga, ah 26 sub kontraktor yang masih belum dibayar oleh SFI dahulu. Sepatutnya mereka ini adalah receivership ataupun penerima kepentingan itu, dan juga banyak isu-isu kalau saya bercakap pasal SFI ini. Ah isu ini sangat panjang. Cuma saya minta Kerajaan memberi penjelasan apakah keputusan kita? Aset SFI telah diberi kepada Yayasan Sabah dan apakah perancangan terdekat tentang isu ini? Itu yang...

Kemudian berikutnya ah Datuk Speaker, masalah air. Di Sindumin ini, sering kali air ini putus, dua tiga hari, berminggu tetapi Jabatan Air tidak seolah-olah tidak boleh bertindak. Tidak pandai menyelesaikan masalah.

Saya minta Kementerian dan Jabatan Air Sabah melalui Jabatan Air Sipitang membuat keputusan ataupun merangka bagaimana cara penyelesaian bekalan air ini secara tepat. Kalau boleh Jabatan Air Negeri Sabah review semua Jabatan air di daerah Sipitang supaya isu air ini dapat kita selesaikan.

Sepatutnya air ini terputus, dalam SOP kita mesti selesaikan kurang daripada 24 jam.

Kalau air tiada di kampung itu, ada lori menghantarkan air atau bagaimana ah supaya air sampai ke kampung tersebut. Yang keempat, ah yang ketiga tadi ini, yang keempat ini telekomunikasi. Semalam saya sudah beritahu ah banyak respon di kawasan Sindumin sama ada sepanjang jalan ataupun di kampung-kampung, khususnya Kampung Ulu Sipitang. Ah belum ada menara, belum ada improvement , dari segi telekomunikasi. Kemudian kelima, kehidupan nelayan dan juga masalah banjir ah Datuk Speaker, kuala sungai yang cetek.

Kemudian, ah nelayan tidak boleh keluar masuk dan menyebabkan banjir.

Apakah tindakan kerajaan?

Kita sudah sering beritahu ini, setakat ini belum ada penyelesaian tepat. Ada dicadangkan untuk korek tapi belum juga korek-korek di kawasan emm Sungai Lukutan, Sungai Mengalong, dan juga Sungai Naparan dan ini yang menyebabkan nelayan tidak boleh keluar kerana kuala

yang cetek dan juga menghalang aliran keluar air yang menyebabkan banjir di kawasan tersebut. Jadi saya minta apakah penyelesaian daripada kementerian? Kemudian, saya juga ingin menyebut sedikit tentang pendapatan ah penduduk di Sipitang, iaitu mengenai dengan produk pelancongan di Sipitang ataupun DUN Sindumin ada sepuluh (COBT) Community Based ah Tourism. Dengan adanya pelancong daripada Korea, China saya mohon kementerian membantu untuk memajukan COBT-COBT ini dengan memberikan infra dan juga kemudahan-kemudahan lain. Ini akan mempelbagaikan produk-produk pelancongan ke daerah Sipitang dan saya minta supaya sebahagian daripada pelancong yang datang ke Sabah ini, juga disalurkan untuk datang melawat ke Sipitang dengan kita ada produk-produk yang boleh ah, kita ada sate yang sedap, kita ada kawasan-kawasan kampung yang ada…

Speaker

Bawa lah sate itu.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ah ya, yang boleh kita ah promosi, jadi saya mohon Kerajaan…

Speaker

Gulung-gulung.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ah habis lah ini Datuk Speaker.

Jadi akhirnya, sebenarnya banyak yang perlu dicakap tapi oleh kerana menghormati peraturan yang ditetapkan…

Speaker

Semalam saya bagi banyak masa tiada orang mahu bercakap…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya, semalam…

Speaker

Sekarang banyak mahu bercakap, masa tidak cukup…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya.

Speaker

So tepatkan masa yang diberikan ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya ya, ok. Akhirnya saya ucapkan terima kasih sekali lagi dan saya menyokong Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita dan mudah-mudahan apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan baik demi untuk rakyat dan negeri Sabah. Saya berdoa kerajaan kita ini akan menjadi kukuh dan pendapatan kita bertambah dan rakyat sejahtera seperti yang diungkapkan. Kepada kaum penganut Kristian, saya ucapkan Selamat Hari Christmas dan yang lain Selamat Menyambut Tahun Baharu.

Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sindumin. Sekali sekala bawa lah sate sedap dari Sipitang itu.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Boleh atur Datuk Speaker.

Speaker

Okey, sekarang saya persilakan Yang Berhormat Luyang. 12 minit ya.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Ngam-ngam boleh habis lah untuk sampai jam 1 kan? Oh tiada masa rehat? Okey-okey.

Terima kasih Datuk Speaker, ah saya tertarik dengan unjuran yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri bahawa anggaran hasil disemak tahun 2022 adalah mencecah RM6 bilion ringgit. Ini merupakan perkembangan yang positif dan sudah tentu akan bawa kebaikan untuk rakyat Sabah, jika kita mengurus kewangan ini dengan bijaksana. Sesungguhnya saya memahami, memandangkan situasi ini keadaan pasaran dan ekonomi dunia masih tidak menentu, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan konservatif dalam penyediaan anggaran hasil dan pembelanjaan untuk tahun 2023.

Walaupun saya percaya dan saya juga berpendapat bahawa memandangkan kita mencatatkan kenaikan hasil negeri, berturut-turut sejak tahun 2021, saya rasa kita harus mengambil pendekatan expansionary bajet dalam penyediaan belanjawan tahunan. Datuk Speaker, idea ini adalah kerana apabila kita mempunyai hasil yang lebih tinggi, wajib kita mengagihkan perbelanjaan ke atas keperluan yang mendesak,

selesaikan masalah yang mendesak dan serius, infrastruktur yang amat diperlukan di tempat masing-masing, pelaburan demi masa depan dan sebagainya. Sedangkan kita mula mengutip cukai jualan ke atas produk petroleum dan gas, telah membawa hasil melebihi RM1 bilion ringgit tambahan setiap tahun kepada Sabah. Saya rasa boleh merujuk kepada beberapa role model seperti negara Norway, negara-negara seperti di Middle East dan juga jiran kita Sarawak, bahawa kita mesti bersedia untuk wujudkan ataupun menubuhkan satu sovereign wealth fund untuk membantu nelayan kita, untuk membuat pelaburan ataupun investment yang strategik bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia.

Datuk Speaker, inisiatif ini telah dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan telah pun di bawah Rang Undang-undang ke DUN berkaitan Sovereign Fund ini dan sudah pun diluluskan minggu lepas di Sarawak.

Ini sesuai…

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

... minggu lepas di Sarawak. Ini sesuatu yang kita mesti tidak ketinggalan dan matlamat kita adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat Sabah dalam jangka masa jangka panjang dapat dipelihara dan dijaga dengan baik dan pastikan pelaburan yang strategik untuk pembangunan Sabah juga diutamakan.

Datuk Speaker, kita mesti sedar sedangkan hasil kita semakin meningkat, jangkaan ataupun expectation di kalangan rakyat orang ramai itu adalah semakin tinggi. Seperti saya maklumkan tadi, rakyat mahu lihat ada perubahan dari segi infrastruktur, dari segi masalah mereka supaya masalah mereka dapat diselesaikan. Jangan kita syok sendiri saja. Di sini hasil meningkat tapi sebenarnya hakikatnya di kalangan orang ramai hasil meningkat tapi masalah tidak dapat diselesaikan, infrastruktur tidak ada. So ini saya merayu dan saya harap kerajaan mengambil perhatian. Sedangkan kita ada hasil meningkat setiap tahun RM1 bilion tambah-tambah. Kalau boleh kita agihkan kepada infrastruktur yang amat diperlukan di kalangan orang ramai.

Datuk Speaker, banyak kali saya bahaskan isu-isu yang penting buat warga Kota Kinabalu yang amat dirasai oleh warga Kota Kinabalu, iaitu orang KK masih sengsara kerana masalah gangguan air dan elektrik. Setiap hari masih kerap berlaku, setiap hari. Kalau di KK, ibu kota, kita masih sengsara dengan bekalan air. Saya baru terima mesej pagi tadi Taman Golden View di kawasan Luyang yang diduduki oleh seorang pegawai kerajaan. Dia minta saya untuk bawa isu ini ke Dewan yang mulia. So kalau kita bayangkan, kalau kita tinggal di bandar pun ada isu sebegini, bagaimana kita nak maju jaya? Ini adalah sesuatu yang saya harap supaya rakyat tidak rasa, kita baca surat khabar, hasil meningkat RM1 bilion, RM2 bilion tapi sememangnya masalah tidak dapat diselesaikan.

Selain itu, orang KK masih sengsara kerana masalah kesesakan jalan raya semakin serius dan keperluan untuk sistem pengangkutan awam semakin diperlukan dan semakin mendesak. Orang KK masih sengsara kerana masalah banjir semakin teruk. Orang KK masih sengsara kerana kos sara hidup kita semakin tinggi berbanding di seluruh negara.

Datuk Speaker, masalah-masalah ini walaupun saya sudah sentuh banyak kali, saya tak nak hujah dengan lebih lanjut. Kita semua maklum, kita sedia maklum, kita tau masalah air, masalah elektrik, masalah jalan raya, masalah sesak jalan tapi saya haraplah kerajaan mengambil pendekatan yang baharu, membuat reformasi ke atas satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang yang sudah banyak kali kita sentuh dalam Dewan yang mulia ini.

Datuk Speaker, selain daripada masalah-masalah yang sedia ada, saya juga ingin meminta kerajaan untuk mengambil pendekatan yang baharu berkenaan pembaharuan bandar raya kita, khususnya di bandar raya Kota Kinabalu ataupun dikenali sebagai urban renewal. Kita sedar dan tahu bahawa bandar raya kita mempunyai sejarah yang semakin lama. Ini ertinya kita mempunyai semakin banyak bangunan yang lama dan semakin tidak selamat di sekitar Kota Kinabalu, semakin uzur. Apabila bangunan semakin lama sudah tentunya ada masalah keselamatan dari segi struktur bangunan. Saya ingin minta kerajaan bagi penjelasan yang terperinci bagaimana kita mengendali masalah ini yang saya lihat akan menjadi satu isu dan masalah yang agak besar masa depan.

Ini bukan sesuatu masalah yang baru di seluruh dunia. Di seluruh dunia mereka ada pelbagai kaedah, pelbagai pendekatan untuk deal with the old buildings ya. So saya rasa di Kota Kinabalu banyak struktur bangunan saya lihat di kawasan saya, Luyang pun banyak bangunan-bangunan komersial, bangunan-bangunan shoplot yang mungkin dia pakai dulu untuk bina sekarang semakin uzur dan tidak selamat. Di bangunan-bangunan perumahan pun ada masalah begini. So saya minta kerajaan kalau boleh mengemukakan satu rancangan bagaimana kita bekerjasama dengan pihak kerajaan tempatan, bagaimana kita nak membantu pihak pemilik premis, pihak penyewa dan semua pihak supaya kita dapat membaharui bangunan itu ataupun membina semula ataupun bagaimana kita membaharui.

Datuk Speaker, saya juga menerima banyak aduan berkenaan masalah projek perumahan yang terbengkalai ataupun bukan diumumkan terbengkalai tapi dilewatkan daripada tarikh yang sepatutnya disiap, dibina. So, satu 1 Jesselton, Kepayan Rich, satu adalah di Triconic Tower dekat Kepayan. So, saya saya kasihan dengan apa yang mereka rasa kerana tarikh yang sepatutnya disiap bina adalah 2018 bagi 1 Jesselton Project saya dimaklumkan. Saya terima kasih kepada Datuk Menteri bahawa ada kontrator baharu dilantik untuk meneruskan projek itu tapi apa yang saya nak tekankan di sini dan saya merayu minta di sini adalah untuk kita memantau bagaimana untuk memastikan pihak pemaju dan ataupun pihak kontraktor akan menyelesaikan mensiap bina semua projek-projek perumahan mengikut tarikh yang ditetapkan. Kerana ini saya lihat kalau kita tak handle dengan baik ianya akan menjadi satu loophole dan ianya akan menjadi satu budaya, amalan yang tidak sihat.

Semakin banyak projek perumahan kita bina, kita bina dan ianya tidak dapat disiap bina oleh pihak pemaju, ianya akan membawa satu impak ataupun implikasi yang sangat buruk buat ibu kota kita. So saya lihat, saya difahamkan di Semenanjung Malaysia, undang-undang berkenaan perumahan, mereka ada peruntukan undang-undang yang sangat tegas untuk mengenakan hukuman kepada pihak pemaju yang tidak dapat siap bina dalam masa yang ditentukan. Tapi saya difahamkan undang-undang kita di Sabah ini mungkin masih tidak mencukupi, so saya mintalah kalau boleh kita kerjasama bagaimana kita nak dapat memelihara kepentingan mereka, menjaga kepentingan pihak pembeli. Kalau kita sebut kita nak memperkenalkan inisiatif Sabah Second Home dan kita menjemput rakan-rakan dari seluruh dunia

untuk datang melabur, membeli rumah. Bayangkan kalau kita punya projek-projek perumahan tidak dapat disiap bina, bagaimana apakah perasaan mereka? Ianya akan memburukkan imej negeri kita.

So, Datuk Speaker, saya juga menerima banyak mesej berkenaan kerisauan dan persoalan berkenaan penutupan sementara sehingga tahun 2024 Taman Tun Fuad, Bukit Padang. Walaupun saya sedar bahawa penutupan ini adalah untuk memberi laluan untuk projek pembinaan Taman Botani, Botanical Park, Sabah. Tapi saya ingin secara lisan mendapat jawapan daripada pihak berkenaan, berkenaan perincian maklumat secara terperinci projek pembinaan ini. Ramai penduduk Kota Kinabalu mempunyai kerisauan bahawa taman rekreasi ini tidak lagi wujud selepas sebarang pembinaan yang bakal dibina.

Soalan pertama saya, adakah Taman Rekreasi Orang Awam akan diwujudkan di Taman Botani tersebut? Keduanya...

Speaker

Mula gulung.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Okey. Keduanya, adakah trek joging akan terus diwujudkan untuk tujuan senaman orang ramai? Adakah kolam masih wujud di Taman Botani tersebut? Apakah fasiliti yang kita ada di Taman Botani tersebut? Berapakah kos yang dianggarkan? Dan apakah maklumat yang terperinci berkenaan Taman Botani itu. So, saya minta semua perkara ini dapat diberi penjelasan secara terperinci.

Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Saya harap ini...

Tuan Phoong Jin Zhe [Luyang]:… Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Saya harap ini adalah permulaan untuk negara yang kita cintai ini untuk terus menuju ke arah masa depan yang cerah demokratik, maju dan adil untuk semua. Saya harap dan

saya yakin janji-janji dalam manifesto Pakatan Harapan akan ditunaikan dan mesti ditunaikan seperti 40% hasil cukai mesti diagihkan secara adil kepada Sabah seperti dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan Perpaduan bakal ditubuhkan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkumi parti-parti politik termasuk Sabah dan Sarawak. Ini memerlukan kerjasama dari semua pihak untuk memastikan Malaysia dan Sabah terus maju di bawah kerajaan yang stabil dan kukuh dalam semangat kekitaan ini. Semangat demokrasi ini saya minta Kerajaan Sabah melakukan reformasi seperti peruntukan sama rata pada semua wakil rakyat dan memperkasakan institusi Dewan Demokrasi kita, Dewan Undangan Negeri kita supaya Sabah terus menjadi sebuah wilayah yang demokratik. Sebelum saya akhiri, saya nak ucapkan selamat menyambut Hari Krismas, Tahun Baharu 2023, Happy New Year, Tahun Baharu Cina, Gong xi fa cai xin nian kuai le kepada semua. Semoga tahun baharu ini penuh dengan harapan dan diberkati dengan kesejahteraan dan kegembiraan.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Luyang. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Tungku. Selepas giliran Yang Berhormat Tungku ini, giliran Yang Berhormat Kukusan ya, bersedia. Silakan Yang Berhormat Tungku.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Speaker atas ruang dan peluang yang Datuk Seri berikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2023 dengan tema “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera’’. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan belanjawan lebihan berjumlah RM130.47 juta dua tahun berturut-turut dengan unjuran kutipan hasil sebanyak RM5.268 bilion dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM5.138 bilion. Belanjawan kali ini dianggap sebagai belanjawan tertinggi dalam sejarah Sabah.

Datuk Seri Speaker, bila bercakap soal belanjawan, belanjawan adalah merupakan satu penyertaan unjuran hasil dan perbelanjaan bagi tahun hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan pengurusan sumber ekonomi negeri ataupun negara untuk memenuhi keperluan rakyat. Bajet juga dirangka dan dirancang berperanan sebagai alat dasar fiskal yang akan menjalankan fungsi peruntukan, fungsi agihan dan juga fungsi penstabilan ekonomi.

Dalam masa yang sama, belanjawan dibuat sebagai instrument alat pengurusan dalam mengurus sumber kewangan, dokumen kawalan belanjawan dan kewangan serta alat pengurusan prestasi. Ada beberapa perkara yang berkaitan dengan bajet yang mungkin perlu kita ketahui juga Datuk Seri Speaker. Sebagai contoh, bajet kali ini adalah bajet lebihan surplus budget. Dalam keadaan ekonomi baik, bajet ini adalah sepatutnya dilaksanakan sebabnya akan meningkatkan simpanan dan juga rizab negeri. Tetapi, dalam keadaan ekonomi tidak baik deficit budget ataupun bajet kurangan boleh dicuba sebabnya akan meningkatkan kecairan pasaran dan juga kecairan pergerakan kewangan dalam sistem ekonomi.

Namun demikian, harus juga berhati-hati biasanya dalam keadaan bajet kurangan ini akan mendatangkan kesan terhadap peningkatan inflasi. Tetapi, harus diingat juga bajet ini akan menyatakan kesan baik kepada KDNK. Sebabnya akan mendatangkan pendapatan yang lebih kepada negeri dan biasanya sebuah kerajaan akan membuat satu bajet yang popular ataupun selamat. Popular mungkin lebihan dan selamat mungkin berimbang. Jadi, bajet ini sebenarnya kerajaan boleh menggunakan seterusnya bajet bagi mengurus ekonomi negeri ataupun negara yang akan membawa kepada kestabilan pentadbiran negeri dan kesejahteraan rakyat.

Berbalik kepada bajet yang telah dibentangkan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, saya ingin mengucapkan terima kasih Datuk Seri Speaker disebabkan dalam bajet ini ada tiga perkara yang saya rasa penting bagi kawasan yang saya wakili, Tungku disebut secara spesifik. Yang pertama sekali, peruntukan pembinaan Pusat Perkembangan Kanak-kanak di Kg. Tambisan, usaha untuk mempercepatkan pewartaan Teluk Darvel sebagai Taman ke-10 Taman-Taman Sabah dan juga projek pembangunan kawasan perairan di bawah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga yang dipanggil Hab Pelabuhan Bakapit. Walaupun secara jujur saya akui di sini,

saya tidak tahu apa maksud Hab Pelabuhan Bakapit ini? Kalau boleh Yang Amat Berhormat Menteri tolong bagi penjelasan, apakah projek ini? dan tolong bagi penjelasan kepada kita bagaimana usaha-usaha untuk mewartakan Teluk Darvel sebagai Taman ke-10 dan juga projek pembangunan kawasan perairan boleh mendatangkan impak terhadap ekonomi peluang pekerjaan bagi rakyat di negeri Sabah?

Saya ingin teruskan kepada kawasan saya Datuk Seri Speaker supaya saya tidak terlepas takut-takut nanti masa tidak mencukupi dan saya tidak bercadang juga untuk bercakap panjang. Yang pertama sekali, bagi kawasan Tambisan, saya mohon mencadang kepada Kementerian Pertanian yang telah diberikan peruntukan ketiga tertinggi tahun ini untuk membawa satu inisiatif menjadikan Tambisan untuk dijadikan sebagai hab dan pusat pendaratan ikan. Sebabnya pada pandangan saya, Tambisan ini dari segi geografinya adalah tempat yang paling sesuai untuk dijadikan hab pendaratan ikan ataupun untuk tujuan aktiviti akuakultur serta pusat pemprosesan hasil laut dan Tambisan ini mempunyai nilai sentimentalnya sendiri. Yang pertama sekali, mantan TYT kita Tun Sakaran pernah bertugas di Tambisan sebagai Ketua Kerani. Keduanya, Tuan Yang Terutama Tun yang sekarang pun berasal daripada Tambisan.

Saya rasa adalah wajar dan tidak menjadi masalah kalau kawasan Tambisan ini kita bangunkan sebagai satu kawasan untuk tujuan hab dan pusat pendaratan ikan bagi sektor dan sebelah Pantai Timur dan ada satu projek satu inisiatif yang sebelum ini dibuat KO-NELAYAN kalau saya tidak silap mengenai, saya tidak tahu apa konsep yang dibuat di situ? tetapi ada satu bangunan KO-NELAYAN di situ yang saya sudah lihat agak uzur dan sudah tidak beroperasi sekian lama. Saya mohon Kerajaan Negeri melalui Kementerian yang berkaitan supaya melihat semula projek tersebut.

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai bekalan air luar bandar di kawasan Tanjung Labian. Ada satu projek bekalan air luar bandar yang telah siap sebelum ini tetapi belum beroperasi disebabkan masalah spesifikasi kerja yang tidak dipenuhi oleh kontraktor yang sebelum ini. Akibatnya, Jabatan Bekalan Air tidak menerima projek tersebut untuk di apa ini handover tidak di terima, tidak dilakukan disebabkan spec dia tidak betul. Bagi maksud tersebut, saya memohon supaya satu peruntukan

khas daripada RM618.88 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Bekalan Air digunakan bagi....

..diperuntukkan kepada Jabatan Bekalan Air digunakan bagi maksud menyiapkan projek tersebut sehinggalah ia sesuai dan boleh diterima oleh Jabatan Bekalan Air.

Sebabnya, saya risau kalau perkara ini tidak diselesaikan akan menjadi projek “Gajah Putih” atau pun dia akan berakhir dengan begitu sahaja, menjadi besi buruk.

Seterusnya Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, saya juga ingin memohon kepada Kerajaan Negeri untuk melihat kepada masalah, bukan masalah, keadaan yang sedang dialami oleh peneroka-peneroka di kawasan FELDA, ya? Walaupun FELDA ni adalah sebuah Agensi di bawah Kerajaan Persekutuan tetapi kawasan FELDA ini tanahnya adalah di bawah Kerajaan Negeri dan nasib peneroka yang berada di situ harus dibela. Masalah seperti hak milik geran, hak milik tanah yang belum berada di tangan mereka, pertama. Kedua, beban hutang yang begitu membebankan mereka yang saya pun tidak tahu bagaimana struktur hutang itu boleh ada dalam dalam kehidupan mereka dan seterusnya setelah 30 tahun lebih, FELDA sahabat ini diwujudkan generasi kedua dan generasi ketiga harus juga diberi perhatian untuk dibantu.

Sebabnya apa yang saya lihat bila bercakap soal peneroka di Semenanjung Malaysia, bukan sahaja generasi pertama tetapi generasi kedua dan ketiga, peneroka juga diberi keutamaan dan bantuan dari segi perumahan dan peluang ekonomi mereka untuk meneruskan kehidupan.

Seterusnya, Datuk Seri Speaker, saya ingin bercakap soal kawasan Tungku.

Centre Tungku itu sendiri.

Mengenai cadangan Pekan Baru Tungku.

Saya rasa pengerusi LPPB ada di sini ni, ya?

Pekan Baru Tungku yang sehingga kini belum lagi dimulakan.

Ah, inisiatif ini sudah agak lama, sudah mengambil masa saya ingat 2 tahun, 3 tahun. Tetapi inilah masalah yang sedang kita hadapi di negeri ini, Datuk Seri Speaker. Kita lambat berkerja dan lambat menyelesaikan masalah. Akibatnya, perkara-perkara yang baik

seperti ini yang sepatutnya memberikan pulangan dan limpahan kepada masyarakat setempat tidak dapat dilaksanakan dan yang paling teruk sekali adalah imej kerajaan di mata rakyat.

Dan di kawasan centre Tungku itu ada satu kampung yang selama ini begitu terkenal sampailah ke peringkat kebangsaaan, iaitu Kampung Telisai. Saya mohon sebab ada disebutkan di sini dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri mengenai jalan-jalan kampung yang akan dibaiki.

Saya mohon Jalan kampung di Kampung Telisai, Kampung Tersusun, Telisai untuk dibaiki bukan saja jalan malahan paip bukan paip, dia punya perparitan, sistem perparitan juga harus dibuat sebab kampung ini pada ketika ini selalu berhadapan dengan masalah banjir kilat. Untuk kawasan Silabukan juga satu perkara berkaitan dengan peneroka. Sebab “Rancangan Pekebun Kecil Silabukan” adalah “Rancangan Pekebun Kecil” milik Kerajaan Negeri Sabah dan saya lihat selepas berpuluh tahun bila saya masuk ke kawasan itu, nampaknya peneroka-peneroka kita yang ada di situ, kehidupan mereka jauh daripada seperti mana yang kita harapkan pada masa ataupun niat asal untuk menjadikan skim ini memberi pulangan yang baik kepada kehidupan mereka. Begitu juga dengan generasi kedua skim ini, mereka memerlukan satu pembelaan daripada Kerajaan Negeri supaya kehidupan mereka boleh diteruskan seperti biasa. (Minum air) Last, mengenai kawasan saya Datuk Seri Speaker, Taman Khazanah Indah.

Taman Khazanah Indah selalu berhadapan dengan masalah air walaupun sudah beberapa inisiatif yang saya lakukan, saya sendiri naik ke tangki. Saya sendiri bermesyuarat dengan pihak pemaju tetapi tidak juga boleh selesai-selesai. Saya rasa masalah ini sebenarnya masalah tekanan air yang tidak mencukupi di kawasan ini dan begitu juga “Program Tebatan Banjir” di kawasan tersebut di mana kawasan ini akan selalu berhadapan dengan banjir kilat disebabkan sistem perparitan yang dibina oleh pemaju selama ini tidak sesuai dan perkara yang paling menyedihkan saya Datuk Seri Speaker adalah saya tidak tahu sama ada saya ini kurang pandai atau dia orang yang kurang pandai. Mereka cuba menyelesaikan masalah dengan cuma membuat benteng dan mendalamkan sungai. Sedangkan cuma lebih kurang 100 meter, 200 meter daripada tempat tersebut, di situ terletaknya bottleneck.

Bottleneck tersebut disebabkan sungai itu tidak disalurkan terus ke laut. Alasan dia sebabnya kononnya kawasan tersebut menjadi milik Jabatan Perhutanan. Tetapi apabila saya merujuk kepada Jabatan Perhutanan Negeri Sabah di Lahad Datu, saya diberitahu kawasan tersebut adalah kawasan State Land dan perkara-perkara beginilah kadang-kadang saya minta maaf kepada kakitangan kerajaan kalau mungkin apa yang saya katakan ini sedikit mengguris tetapi kita perlukan kebijaksanaan dan kita perlukan proaktif, sikap proaktif dalam kalangan kita. Kita tidak boleh menyelesaikan masalah di atas meja. Kita harus menyelesaikan masalah dengan turun ke bawah dan melihat sendiri mengenai apa yang sedang berlaku. Datuk Seri Speaker, apabila bercakap soal bajet kita pada kali ini, saya ingin bercakap soal ucapan Yang Amat Berhormat Menteri mengenai hasil, kan? Berkaitan dengan bagaimana Kerajaan Negeri berusaha untuk meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri. Yang pertama sekali, di sini dinyatakan menambah baik pengurusan hasil secara komprehensif. Yang kedua, memperluas sumber hasil negeri. Contohnya, melalui Pelaksanaan Cukai Jualan Negeri ke atas besi buruk. Ketiga, Mempertahankan dan Memperjuangkan Hak Negeri Sabah. Keempat, Mempergiatkan lagi Penguatkkuasaan Kutipan Dividen Syarikat Milik Kerajaan. Ada satu perkara berkaitan dengan hasil negeri ini, Datuk Seri Speaker, iaitu aset yang paling berharga bagi kita di negeri Sabah, iaitu hasil minyak. Saya mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri mengenai warta Kerajaan Persekutuan yang diwartakan pada… mana tarikh dia? yang ini Datuk Speaker. Ini adalah berkaitan dengan perkara 112(D) dan juga 112(C), ya? Di mana Kerajaan Negeri dinyatakan di sini telah bersetuju untuk menerima bayaran secara interim sehinggalah tahun 2026.

Persoalannya, ingin saya tanya di sini adalah, adakah dengan persetujuan Kerajaan Negeri ini bermaksud pemberian 40% yang sepatutnya berada dalam Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak terpakai? Pertama.

Keduanya, saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan ataupun Menteri, bagaimana proses ini berjalan tanpa melalui Dewan Undangan Negeri. Saya tahu dan saya faham apabila bercakap soal hak-hak negeri dalam perlembagaan ini ada disebut mengenai “Perlindungan Hak Negeri Sabah dan Sarawak selepas pembentukan Malaysia”.

Artikel 161(E), Artikel 159 ada

menyatakan bagaimana hal-hal yang berkaitan dengan negeri Sabah harus dibincangkan dahulu sebelum ada apa-apa perubahan dan perkara ini saya risau, saya risau Datuk Speaker, kalau perkara ini berterusan di sinilah kita mula kehilangan hak… Tuan Assaffal bin P. Alian [Tungku]:…. mula kehilangan hak kita, kekayaan kita di negeri Sabah. 40% cukai yang sepatutnya dikembalikan sudah tidak ada lagi dan digantikan dengan …

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Speaker.

… pembayaran interim.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Boleh saya benar respon supaya dia tidak lagi berlarutan apa itu, itu kata-kata yang seolah-olah..

Menteri boleh nanti dalam..

Speaker

Tak apa nanti you jawab dalam penggulungan saja.

Dalam penggulungan, minta maaf Menteri ya.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya, Yang Berhormat kerana seolah-olah ni kita sudah beri hak.

It’s okey.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Saya sudah nyatakan dalam apa tu, jawapan pada ah persidangan yang lepas bahawa kita tidak soalkan pun 40% tidak timbul sama sekali. We are on it. So janganlah cakap macam yang buat-buat lagi cakap bilang mana sudah 40% kenapa tidak bawa ke sini.

Yang Berhomat Berhomat Menteri nanti, you you boleh jawab dalam penggulungan nanti ya.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Ya, ini kerana saya sudah jawab dulu jadi apa lagi yang mau di…

It’s okey, it’s okey.

You listen first.

You listen first. Alright ? You have your flow. Relax dulu. Sekejap Speaker.

Kita kena belajar daripada pengalaman yang lepas Speaker, 1976 kita banyak kehilangan hak-hak kita di negeri Sabah. Apabila kita menandatangani persetujuan untuk memberikan hak eksklusif kepada pihak PETRONAS, untuk mencari gali minyak di negeri Sabah tanpa dibawa berbincang di Dewan Undangan Negeri.

Itu baru satu, dan ini mungkin menyusul, ini mungkin menyusul.

Saya harap perkara ini haruslah dibincangkan dan dijelaskan sebaik mungkin.

Sebabnya, kita risau Yang Berhormat Menteri saya risau.

Kalau kita melakukan kesilapan yang sama, moving forward, bergerak ke hadapan kita akan mula kehilangan semua hak-hak yang kita ada.

Okey.

Datuk Seri Speaker, saya juga..

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Emm YB Tungku, sedikit mencelah Datuk Speaker.

Berkaitan dengan hasil, ah cukai hasil YB Tungku setujukah bahawa Carbon Trading ataupun Carbon Credits yang diuar-uarkan, tidak termasuk dalam bajet ini. Itu bukankah satu juga cukai hasil pendapatan Kerajaan Sabah? Terima kasih.

Saya setuju Moyog, dengan apa yang mereka katakan dan saya mohon benda ni dimasukkan dalam ucapan perbahasan

saya. Sebabnya saya nampak bajet ni tidak inklusif dan tidak menyeluruh dan ada beberapa kelemahan yang harus dilihat, Datuk Seri Speaker.

Mengakhiri ucapan Belanjawan saya pada petang ini, Datuk Seri Speaker kali ini memandangkan kerajaan baharu sudah dibentuk, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-10, dan saya mengharapkan apa yang terdapat dalam manifesto Harapan. Tawaran Harapan PRU ke-15 kita boleh laksanakan Perjanjian Malaysia 1963, salah satu daripada manifesto pilihan raya Parti Harapan. Memastikan hak serta keistimewaan yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta laporan jawatankuasa antara kerajaan dilaksanakan. Kali ini saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri, sebab kalau melihat kepada ucapan ini, dia masih lagi sebut dirunding. This is not the time for runding sudah. Ini adalah masa untuk dilaksanakan. Insya-Allah, kalau ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri, kita yang berada di sini sudah tentulah akan menyokong apa juga tindakan.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, minta laluan.

Terima kasih Tungku.

Saya cuma ingin ah membetulkan fakta bahawa Kerajaan Persekutuan yang dibentuk sekarang ini bukanlah Kerajaan Pakatan Harapan. Ia adalah Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Cumanya diketuai oleh pengerusi Pakatan Harapan, dan untuk menjadikan Kerajaan Perpaduan ini sebagai sebuah kerajaan juga disokong oleh Parti Warisan. So, dengan erti kata yang lain untuk mencapai agenda MA63 ini supaya diboleh dilaksanakan, saya percaya tanggungjawab ini bukan sahaja kepada Pakatan Harapan juga dan Warisan yang telah mendokong bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan ni. Terima kasih.

Terima kasih Kuamut.

Ini adalah endorsement bahawa Warisan adalah Kerajaan Persekutuan.

Terima kasih.

Betulkan? (ketawa).

Jadi itulah Datuk Seri Speaker, ah kita mohonlah kali ini Kerajaan Negeri supaya lebih bersungguh-sungguh.

Sebab sumber kekayaan kita sebenarnya untuk memenuhi bajet negeri ini terletak di situ bah. Sumber kekayaan, dan juga kuasa autonomi yang sepatutnya berada pada kita, tidak ada.

Jadi, kali ini saya mohon Kerajaan Negeri untuk lebih bersungguh-sungguh, dalam meminta Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan sebab sudah dua kali PRU ni, PRU ke-14 pun

dorang (mereka) cakap begini PRU ke-15 pun dorang (mereka) cakap begini. Kali ini adalah masa untuk dilaksanakan dan bukan masa untuk dirunding ataupun dibincang, sebab perkara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan selepas Pindaan Perlembagaan yang baru-baru itu dibuat, mengenai Perkara 112, iaitu mengembalikan semula keadaan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah yang sama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Satu lagi cara untuk menambahkan pendapatan negeri pada sayalah Datuk Seri Speaker, kalau boleh dipertimbangkan. Kerajaan Negeri harus memohon supaya bilangan perwakilan di Dewan Rakyat daripada Negeri Sabah haruslah ditambah melihat kepada keluasan negeri ini.

Sebagai contoh, dengan adanya 73 DUN di negeri Sabah ini, sepatutnya kita mempunyai 37 Parlimen, itu saya punya perkiraan biasa sajalah. Setiap satu Parlimen dua DUN dan melihat kepada keluasan negeri Sabah. Dengan adanya bilangan perwakilan yang banyak di Dewan Rakyat, saya yakin dan percaya suara kita yang kuat dan juga untuk mendapatkan 1/3 suara kita yang sepatutnya sudah dinyatakan dalam IGC, akan menjadi kenyataan. Datuk Seri Speaker, sekali lagi saya mohon supaya perkara-perkara yang saya sebutkan mengenai hak-hak Sabah yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dipersetujui pada tahun 1963 untuk dilaksanakan sepenuhnya bukan untuk dirunding bukan untuk dibincang. Kita belajarlah daripada pengalaman yang lepas kita.

59 tahun sepatutnya kita setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, ataupun setidak-tidaknya di Sarawak.

Speaker

Gulung-gulung.

Ah setidak-tidaknya di Sarawak.

Tetapi salah satu sebab kenapa kita agak jauh ketinggalan, saya membawa satu naratif Datuk Seri Speaker kalau boleh diizinkan.

Kita terimalah hakikat kita wakil-wakil rakyat disini, dan pemain-pemain politik di sini antara sebab kenapa negeri kita ni jauh ketinggalan, disebabkan ketidakstabilan politik di negeri Sabah. Pertama, ketidakstabilan politik di negeri Sabah kita boleh lihat dengan kerapnya bertukar Kerajaan, daripada satu parti kepada satu parti, daripada satu Ketua Menteri kepada satu Ketua Menteri.

Dengan kerapnya pertukaran ini, dasar dan polisi pembangunan Kerajaan tidak berjalan lancar seperti mana sepatutnya.

Dan

penyebab kepada perkara ini, ketidakstabilan politik kita di negeri Sabah ini disebabkan adanya elemen-elemen divide and rule daripada satu-satu pihak yang menyebabkan kita di Sabah ni berpecah.

Kita mula lupa bahawa kita ini orang Sabah. Kita ini rakyat Sabah bertanggungjawab terhadap bumi Sabah ini. Dan memandangkan kali ini kerajaan disebut sebagai Kerajaan Perpaduan, ini adalah masa yang terbaik untuk kita di Sabah. To reset and to revert back keadaan kita.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker mohon mencelah lagi.

Mahu habis sudah bos.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Sekejap saja.

Boleh? Adakah Yang Berhormat Tungku bersetuju dengan saya bahawa ketidakstabilan politik di negeri Sabah ini akibat ada sedikit perselisihan faham antara pemimpin-pemimpin parti politik utama di negeri Sabah, pertama.

Yang kedua, adakah Yang Berhormat setuju bahawa ada tiga pemimpin utama di negeri Sabah iaitu GRS - BN dan juga PH…

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

..GRS-BN dan juga PH dan juga Warisan? Yang ketiga, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kunci untuk kestabilan politik di negeri Sabah ini ialah kita menyokong kerajaan yang ada sekarang ini? Dan untuk makluman, GRS-BN telah menubuhkan kerajaan, Pakatan Harapan sudah pun menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri, tinggal sahajalah kita menunggu keprihatinan daripada parti Warisan untuk menyokong kerajaan ini supaya kerajaan kita ini stabil dan boleh berjalan dengan baik. Adakah Yang Berhormat Tungku bersetuju?

Terima kasih Kuamut. Ada satu dua yang saya setuju. Ada satu perkara yang lebih kurang. Tetapi yang paling penting bagi saya Datuk Seri Speaker, sebagai orang Sabah, lahir di Sabah, membesar di Sabah, akan dikebumikan di negeri bertuah ini, kita sebagai orang Sabah harus berjiwa besar.

Speaker

Itu kita hendak tahu tu YB. Di mana dikebumikan kita tidak tahu.

Harap-harap di sinilah Datuk Speaker. Saya memilih untuk dikebumikan di sini. Cinta saya kepada negeri Sabah. Saya harap kita semua di sini berjiwa besar. Berjiwa besar. Kita ketepikanlah apa jua perbezaan. Perbezaan tu adalah satu nikmat yang harus kita raikan. Sebab Allah SWT sengaja menciptakan perbezaan itu, supaya kita ini saling kenal-mengenal dan ada kebaikan yang harus kita ambil Datuk Speaker. Datuk Speaker, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan ucapan, Selamat Hari Natal, Selamat Tahun Baharu, saya mahu ikut sikit cakap macam Cina, dorang bilang, Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le ah boleh juga. Lebih kurang bunyinya juga bah kan? Dan ah, kepada rakan-rakan yang ada di sini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah membawa negeri kita, Sabah, kepada satu lagi era yang saya rasa pada masa akan datang akan lebih baik. Dengan syarat, kita bermula daripada satu permulaan yang baik daripada sekarang. Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Tungku. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Kukusan, selepas ini giliran Yang Berhormat Liawan. Bersedia ya.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Datuk Speaker. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, dan salam Sabah Maju Jaya. Di kesempatan 12 minit ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada rakan-rakan Yang Berhormat, yang telah terpilih sebagai Ahli Parlimen pada PRU baru-baru ini. Masih belum terlambat juga, YB 10 ini ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Semoga dengan pelantikan ini hubungan antara Sabah dengan Kerajaan Pusat terus kekal utuh dan maju bersama. Seperti juga yang lain, sudah tentu saya mengharapkan Kerajaan Perpaduan yang baharu terbentuk di Putrajaya ini tidak sesekali meminggirkan Sabah sebagai wilayah yang membentuk Malaysia bersama Sarawak dan Tanah Melayu. Semoga berlabuhnya tirai PRU-15 ini, kita mampu bersatu ke arah Malaysia yang stabil, gemilang dan menjaga kebajikan rakyat walau apa jua warna bendera parti yang kita kibarkan.

Datuk Speaker, mungkin suratan atau kebetulan. Sebenarnya apa yang berlaku di Putrajaya hari ini telah berlaku awal di Sabah. Baik daripada segi pilihan raya ke

arah kestabilan politik, sehingga lah ke arah peningkatan ekonomi yang lebih baik. Mungkin masih terlalu awal kita berbicara tentang kehebatan Perdana Menteri ke-10. Namun, berdasarkan laporan media arus perdana dalam tempoh beberapa hari ini, ia menampakkan perubahan positif termasuk membabitkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. Perkara ini juga telah berlaku di Sabah sebenarnya. Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Ia dibuktikan menerusi laporan Belanjawan yang telah dibentangkan Jumaat lalu yang mana Sabah menerima pelaburan asing bernilai RM11.9 bilion, dan pelaburan domestik sebanyak RM942 juta di sektor utama perkilangan dan perkhidmatan, menjadikan Sabah sebagai negeri ketiga tertinggi menerima laporan, menerima pelaburan, bagi tempoh suku kedua suku tahun ini. Begitu juga dengan peningkatan sektor pelancongan yang semakin merancak di pasca pandemik COVID-19 selain perkembangan positif sektor lain, sekali gus selari dengan belanjawan lebihan atau dengan izin, surplus budget pada tahun 2023. Perkara seperti inilah yang harus dihargai dan disokong kerana ia memberi manfaat kepada rakyat dan Sabah dalam berdepan cabaran ekonomi mendatang. Berhentilah menjaja cerita yang kononnya meragui sokongan Kerajaan Negeri Sabah terhadap Putrajaya. Kerana ia bukan sahaja boleh menimbulkan pertelingkahan malah membuatkan rakyat semakin jelak dengan perangai ahli politik seterusnya diterjemah dalam bentuk penolakkan sokongan dan undian ketika pilihan raya.

Datuk Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, kerana telah menaikkan peruntukan kepada ADUN sebanyak RM3 juta pada tahun hadapan.

Sesungguhnya, peruntukan khas sebegini, amat diperlukan dalam membantu rakyat membabitkan aspek pembangunan dan kebajikan.

Umum mengetahui, Jun lalu, saya telah mengambil langkah menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah seterusnya mesra Kerajaan Negeri. Sebelum itu, dua tahun saya bergerak sebagai ADUN di blok pembangkang. Namun, untuk tempoh tiga tahun, insya-Allah, ya, tiga tahun ini, saya berazam untuk terus membangunkan Kukusan menerusi peruntukan yang diberikan Kerajaan Negeri kepada setiap ADUN. Saya bersyukur dalam tempoh lima bulan ini, Kerajaan Negeri banyak membantu saya dalam membantu memastikan pembangunan, kebajikan dan keperluan rakyat Kukusan dijaga. Buktinya, dalam tempoh lima bulan ini, lebih 30 projek yang sudah dan sedang dilaksanakan. Berjaya dilakukan pejabat saya menerusi peruntukan ADUN yang diberikan pada tahun ini. Begitu juga, dengan sumbangan-sumbangan

kebajikan, berjaya dilakukan merangkumi aspek pendidikan, sekolah, golongan rentan, aktiviti persatuan, golongan belia dan sebagainya. Antara sumbangan hampir RM20 ribu kepada tabung persatuan ibu bapa dan guru, di semua sekolah yang terletak di mukim Kukusan. Bagi memastikan aktiviti pendidikan di Kukusan berjalan lancar. Jumlah itu juga tidak termasuk projek menaik taraf kemudahan infrastruktur sekolah seperti dewan, surau, kelas dan sebagainya. Begitu juga, dengan sumbangan lima buah kerusi roda dalam tempoh kurang dua bulan. Bagi menggantikan kerusi roda, milik rakyat di Kukusan yang uzur dan perlu diperbaiki. Komputer riba untuk pelajar-pelajar sekolah dan banyak lagi. Ini termasuk juga sumbangan meringankan beban bagi membantu perbelanjaan membawa pulang jenazah, warga Kukusan yang meninggal dunia di Australia baru-baru ini. Semua perkara di atas adalah keperluan rakyat Kukusan, yang menjadi perhatian saya sejak menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Biar pun sering dipersenda, dengan undi majoriti 10, ia tidak akan berbekas di hati saya. Apa yang penting, kepercayaan pengundi Kukusan tidak akan sia-sia menerusi pembinaan kemudahan infrastruktur dan kebajikan yang diperlukan oleh mereka.

Datuk Speaker, melihat kembali perbelanjaan lebihan yang dibentangkan saya ingin membawa beberapa perkara sebagai cadangan dan permintaan untuk perhatian Kerajaan Negeri Sabah. Pertamanya, berkaitan Jalan Utara Baharu yang sering saya bawa setiap kali persidangan DUN Sabah sejak akhir tahun lalu. Alhamdulillah, perkara ini mendapat perhatian Kerajaan Negeri, apabila Ketua Menteri sendiri mengumumkan mengenai kerja menaik taraf jalan utama tersebut. Seperti yang saya katakan sebelum ini, naik taraf dan pelebaran Jalan Utara Baharu adalah satu keperluan mendesak, memandangkan bilangan penduduk dan perumahan yang semakin bertambah di kawasan berkenaan, sekali gus menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing.

Selain Jalan Kuhara, Jalan Utara Baharu juga merupakan jalan utama penghubung penduduk untuk ke pusat bandar atau sebaliknya. Saya percaya, dengan usaha menaik taraf jalan berkenaan, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada hampir 30 ribu penduduk Kukusan, tetapi turut merangkumi penduduk-penduduk daripada kawasan sekitar termasuk DUN Merotai, Tanjong Batu sehinggalah kawasan Kalabakan.

Datuk Speaker, saya juga ingin sekali membawa perhatian Kerajaan Negeri, terhadap pembangunan semula kawasan lapangan terbang lama, atau cukup dikenali sebagai airport lama.

Sebelum ini dimaklumkan bahawa terdapat perancangan pembangunan Bandar Pintar, mohon izin, iaitu Smart City, di kawasan berkenaan termasuklah dikatakan bakal menempatkan secara berpusat pentadbiran kerajaan di daerah Tawau. Sebagai ADUN kawasan, saya menyokong usaha ini kerana sudah tiba masanya kita memanfaatkan kawasan berkenaan, sebaik mungkin bagi menyumbang ke arah pembangunan dan perkembangan daerah Tawau sekali gus, selari dengan usaha ke arah menjadikan Tawau sebagai sebuah bandaraya. Saya melihat, ia sebagai satu langkah yang bijak khususnya selepas mengambil kira perpindahan ibu negara Indonesia yang baharu di kawasan Borneo. Dalam pada itu, saya juga berharap agar Pojek Perumahan Rakyat (PPR), juga dapat dibina di situ bagi tujuan penempatan semula penduduk setinggan di sekitar Kukusan. Sebagai makluman sidang Dewan sekalian, setakat ini hanya dua buah kampung yang digazetkan bagi DUN Kukusan iaitu Kampung Jawa dan Muhibbah Raya. Sedangkan masih banyak penempatan berstatus penempatan setinggan dan dihuni oleh penduduk tempatan yang memerlukan pembelaan sewajarnya. Justeru, demi kesejahteraan rakyat di Kukusan, saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian akan...

….Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian akan perkara ini. Semoga kita dapat menyediakan satu suasana kediaman yang lebih kondusif dan sistematik terhadap penduduk tempatan di Kukusan. Ia sekaligus dapat mengatasi banyak masalah setinggan termasuk sistem perparitan, kebersihan, keselamatan, dan persekitaran sosial yang lebih baik khususnya kepada generasi muda.

Datuk Speaker, menyentuh mengenai kediaman yang selesa, saya juga ingin menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan negeri berkaitan pembinaan Rumah Mesra SMJ. Berdasarkan pembentangan belanjawan yang dilakukan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM120 juta bagi pembinaan 1,500 unit rumah SMJ seluruh Sabah yang disediakan khusus kepada rakyat miskin tegar. Bagaimanapun suka

untuk saya maklumkan mengenai beberapa kekangan yang dihadapi pemohon rumah SMJ di Kukusan. Pihak kami mendapati masalah utama yang dihadapi oleh pemohon di Kukusan adalah berkaitan pemilikan tanah memandangkan sebahagian besar daripada mereka tinggal di kawasan penempatan setinggan. Uniknya, Kukusan adalah keluasan kawasannya hanya sekitar lapan kilometer persegi dengan kepadatan penduduk hampir mencecah 30 ribu orang dan hanya dua buah kampung yang digajetkan. Justeru, sebahagian besar golongan miskin tegar ini terpaksa tinggal di kawasan setinggan sekaligus tidak memiliki tapak atau tanah sendiri bagi tujuan pembinaan rumah mesra SMJ.

Berdasarkan rujukan di Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, terdapat beberapa kawasan tapak tanah di Kukusan adalah milik Kerajaan Negeri dengan keluasan melebihi satu hektar. Justeru, saya mencadangkan agar pemohon Rumah Mesra SMJ di kawasan Kukusan yang tidak mempunyai tapak atau tanah sendiri yang memerlukan kediaman dapatlah ditempatkan secara berkelompok di tapak tanah milik Kerajaan Negeri di Mukim Kukusan dan dikenali sebagai Taman Rumah Mesra SMJ seterusnya menjadi tapak yang pertama seumpanya di Sabah. Menerusi idea ini, Kerajaan Negeri turut boleh melakukan pembangunan kawasan secara lebih terancang termasuklah membabitkan sistem perparitan, susun atur kediaman dan sebagainya kepada penduduk miskin tegar Kukusan. Ia sekaligus menjadi perintis kepada kawasan lain di Sabah yang turut berdepan masalah yang sama seperti yang kami alami di Kukusan.

Datuk Speaker, seterusnya, saya ingin membawa perhatian pihak Kerajaan Negeri terhadap pemerkasaan Askar Wataniah dan Rela di negeri Sabah secara keseluruhan.

Umum mengetahui Askar Wataniah terdiri daripada penduduk tempatan yang juga merupakan pengundi dan rakyat Sabah. Bagaimanapun difahamkan minat untuk terlibat dalam pasukan keselamatan berkenaan semakin berkurangan dan perkara ini seharusnya perlu diambil berat. Saya melihat kehadiran Askar Wataniah sebenarnya menjadi aset simpanan kepada kerajaan negeri dan negara khususnya membabitkan aspek keselamatan negara.

Fungsi mereka bukan hanya terletak pada latihan ketenteraan semata-mata, sebaliknya boleh bertindak sebagai barisan hadapan ketika berdepan situasi genting

seperti masalah pandemik COVID-19 baru-baru ini, bencana alam sehingga boleh membantu dalam kempen derma darah bagi hospital-hospital yang berdepan krisis bekalan darah seperti di Hospital Tawau. Bagaimanapun, peruntukan yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan untuk askar wataniah adalah tidak mencukupi. Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat menyediakan sejumlah peruntukan bagi membantu pembayaran elaun kepada askar wataniah di Sabah seperti mana yang dilakukan di negeri jiran kita iaitu Sarawak. Saya sedar, pasukan keselamatan ini di bawah pengurusan Kerajaan Persekutuan namun tidak salah sekiranya kita tidak turut sama memainkan peranan dalam menjaga kebajikan askar wataniah di Sabah menerusi pemberian elaun kerana mereka adalah anak watan pengundi dan aset kepada Sabah. Perhatian ini juga saya harap dapat diberikan kepada pasukan rela. Ia sekaligus dapat menggalakkan dan menarik lebih ramai minat penduduk tempatan untuk menyertai askar wataniah dan rela pada masa yang akan datang.

Datuk Speaker, saya juga ingin membawa perhatian Sidang Dewan sekalian mengenai sistem pendidikan sekolah di Sabah. Berdasarkan sumber maklumat yang dikongsikan, saya difahamkan bahawa sistem kontrak kawalan keselamatan di sekolah seluruh Sabah dikendalikan sepenuhnya oleh pihak atau syarikat yang beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Saya melihat perkara ini perlu ada penambahbaikan dan dikendalikan secara internal oleh Kerajaan Negeri Sabah. Bukannya dikendalikan oleh syarikat daripada luar Sabah.

Begitu juga dengan bekalan internet dan jalur lebar di sekolah. Ini kerana masalah sekolah di Sabah tidak sama dengan masalah sekolah di Semenanjung. Sekaligus memungkinkan syarikat-syarikat yang dilantik KPM tidak begitu memahami cabaran sebenar sekolah di sini. Justeru, saya berharap masalah ini dapat ditangani dan diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi mengendali sepenuhnya kontrak berkaitan kawalan keselamatan dan bekalan Internet sekolah-sekolah di Sabah. Saya percaya, menerusi cara ini kita dapat mengurangkan masalah birokrasi dan pihak pengurusan sekolah-sekolah di Sabah dan tidak perlu menunggu masa lama bagi menyelesaikan masalah berkaitan.

Datuk Speaker, juga saya ingin menyentuh mengenai program Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah iaitu BKNS yang didakwa agak remeh dan perlukan pembaharuan. Khususnya berkaitan pembayaran atau pengkreditan BKNS ke akaun pelajar iaitu penerima yang mengambil masa agak lama iaitu sekitar dua bulan atau lebih. Sudah tentu ia akan mempengaruhi kehidupan penerima terbabit bagi memenuhi keperluan dan kehendak pembelajaran yang serba pantas ditambah dengan perbelanjaan meningkat kos yang berkaitan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga boleh mengkaji atau mengemaskini pencapaian syarat CGPA daripada 2.5 kepada 3.0 dalam memastikan kita dapat melahirkan mahasiswa Sabahan berilmu tinggi, cemerlang sekaligus keboleh pasaran mereka apabila bekerja kelak. Biarlah kelayakan dan syarat BKNS ini selari dengan syarat biasiswa yang lain seperti JPA, PETRONAS dan sebagainya bagi memastikan penerima menghargai dan memandang serius setiap kemudahan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada mereka.

Datuk Speaker, Pandemik COVID-19 yang melanda negara kita telah membuktikan mengenai kepentingan jaringan internet di Sabah. Suka atau tidak, kita perlu bersedia dalam memberikan perkhidmatan jaringan Internet secara lebih meluas di seluruh Sabah khususnya di kawasan pedalaman. Saya mencadangkan agar tumpuan menaik taraf rangkaian fiber dan jaringan Internet di kawasan dengan izin iaitu zerobite access seperti di kawasan pedalaman di Pensiangan, Kota Belud, Kalabakan dan sebagainya. Ini kerana jaringan Internet penting sebagai jalan penghubung setiap rakyat Sabah kepada dunia luar termasuk membabitkan pendidikan, ekonomi, dan sosial. Akses juga perlu merangkumi kestabilan capaian jaringan Internet dan ia memerlukan penglibatan serta kerjasama erat syarikat telekomunikasi yang ada.

Datuk Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Sabah yang cukup prihatin memberi ruang, peluang dan faedah kepada golongan wanita di negeri ini menerusi peruntukan sebanyak RM5.83 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah. Saya pasti akan dapat membantu memperkasa program-program pembangunan wanita di negeri ini. Begitu juga dengan kemudahan pinjaman mikro berjumlah RM10 juta yang disalurkan kepada Yayasan Usaha Maju. Semoga

menerusi peruntukan ini dapat membantu membela nasib golongan wanita di Sabah ke arah lebih baik seterusnya menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi dan kesejahteraan negeri Sabah. Namun masih banyak rintangan yang dihadapi wanita di negeri ini dan memerlukan pembelaan sewajarnya daripada Kerajaan Negeri khususnya berkaitan penyampaian dan kemudahan maklumat kepada mereka. Dalam hal ini, pejabat ADUN dan UPPM perlu memainkan peranan yang lebih penting dalam membantu menyampaikan maklumat mengenai inisiatif kerajaan kepada golongan wanita.

Di peringkat pejabat saya, saya turut mengambil berat mengenai isu pemerkasaan golongan wanita menerusi inisiatif Parti Harapan Rakyat Sabah yang saya tubuhkan sama menubuhkan Skuad Wanita Harapan saya panggilkan SWAH yang dianggotai oleh sukarelawan wanita di Kukusan dan kawasan sekitar. Menerusi SWAH ini juga, kami berfungsi mencari dan membantu golongan wanita yang memerlukan bukan sahaja membabitkan bantuan kewangan tetapi juga khidmat nasihat dan kebajikan yang berkaitan. Malah ia juga menjadi wadah kepada golongan wanita di Kukusan dan kawasan sekitar untuk berkongsi pandangan dan aktiviti bersama ke arah pemerkasaan wanita.

Datuk Speaker, sebelum saya mengahkiri ucapan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas buat semua rakan-rakan dan semua penganut masyarakat Kristian di Negeri ini. Juga diucapkan selamat tahun baru buat semua. Semoga tahun 2023 membawa negeri kita Sabah dan Malaysia ke arah kestabilan dan kemakmuran bersama. Dengan ini saya ADUN Kukusan Rina Haji Zainal menyokong penuh Belanjawan 2023. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Walaupun Yang Berhormat telah melebihi masa lima minit, tapi oleh sebab wakil wanita tidak ramai di Dewan ini wakil wanita diberi masa lebih.

Cukup laju sudah saya cakap.

Speaker

Ok sekarang saya jemput Yang Berhormat Liawan. Selepas Yang Berhormat Liawan ni, Yang Berhormat Kadamaian ya bersedia. Silakan YB.

Terima kasih Datuk Speaker. Bissmila…..

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, saya menzahirkan kesyukuran kerana diberikan peluang untuk membahaskan Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah pada 25 November 2022.

Pada kesempatan ini, izinkan saya untuk merakamkan ucapan terima kasih dan syabas serta tahniah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah atas pembentangan belanjawan yang saya kira sebagai tepat pada masanya.

Di kesempatan ini juga yang saya dan seluruh di kawasan N.41 Liawan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Semoga dengan kepimpinan beliau, negara kita Malaysia akan terus maju dan harmoni hendaknya. Dengan adanya belanjawan yang tertinggi dalam sejarah belanjawan negeri Sabah ini, projek-projek pembangunan akan dapat dilaksanakan untuk memajukan negeri ini agar setiap lapisan rakyat dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan.

Memulakan perbahasan pada petang ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu yang berlaku di kawasan saya, iaitu N.41 Liawan. Perkara yang ingin saya utarakan adalah berhubung bencana banjir kilat.

Fenomena kejadian banjir kilat kerap berlaku khasnya di daerah Keningau.

Kejadian yang semakin meningkat kebelakangan ini, sedikit sebanyak memberi kesan dari segi ekonomi, kewangan dan persekitaran secara amnya. Oleh yang demikian, saya memohon

kepada Kerajaan agar dapat memberikan peruntukan yang lebih untuk kawasan Keningau, bagi membaiki tebing-tebing sungai dan juga kerja-kerja pembersihan sungai-sungai utama.

Datuk Speaker, dalam pada itu demikian juga halnya dengan kemudahan jalan raya di kampung-kampung di kawasan pendalaman. Kita sering menyaksikan di dada-dada akhbar atau skrin media sosial, keadaan jalan raya yang sangat teruk. Walaupun Kerajaan telah mengambil tindakan terhadap masalah jalan raya yang diutarakan melalui media-media cetak dan elektronik tapi masih banyak lagi kemudahan jalan raya di kawasan luar bandar yang menyedihkan. Janganlah menunggu rakyat menularkan atau mendedahkan dalam media sosial atau melalui akhbar, barulah jabatan berkenaan mengambil tindakan.

Kerajaan Negeri telah menggariskan hala tujunya, iaitu Sabah Maju Jaya di mana rakyat diutamakan dalam penyediaan infrastruktur penting seperti air, jalan raya dan bekalan elektrik. Adalah diharapkan pihak-pihak berwajib melaksanakan matlamat atau aspirasi pemimpin-pemimpin kita khasnya di dalam menjayakan slogan “Sabah Maju Jaya”.

Satu lagi isu yang penting untuk diberikan penekanan oleh jabatan dan agensi Kerajaan ialah program perumahan untuk rakyat. Program Perumahan Rakyat mestilah dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan serta kehendak rakyat di sesuatu kawasan. Bagi kawasan saya N.41 Liawan, Program Perumahan Rakyat amat diperlukan untuk dilaksanakan. Saya berharap kementerian berkaitan dapat melaksanakan kajian supaya rakyat yang benar-benar memerlukan rumah dapat dibantu.

Datuk Speaker, terdapat lebih 30 empangan water intake, sawah padi di daerah Keningau yang masih menggunakan cara konvensional. Empangan tersebut mudah mengalami kerosakan apabila berlaku banjir kilat. Maka dengan itu, pihak Kerajaan perlu menaiktarafkan empangan-empangan yang sedia ada dengan lebih sistematik yang boleh dikawal apabila berlaku banjir kilat.

Di samping isu-isu yang saya jelaskan tadi, satu lagi isu yang sedang dihadapi oleh penduduk di pendalaman khasnya Keningau, iaitu jalan-jalan kampung yang masih

daif. Seperti yang kita sedia maklum, masih terdapat jalan-jalan kampung yang belum berturap dan berlubang-lubang. Oleh yang demikian, sudah tiba waktu dan sewajarnya pihak Kerajaan mempertimbangkan untuk menaiktarafkan jalan-jalan tersebut untuk keselesaan kepada pengguna dan masyarakat.

Jika kita perhatikan agihan peruntukan belanjawan tahun hadapan, jumlah tertinggi RM1.16 bilion telah disediakan kepada Kementerian Kerja Raya. Ini menjadi manifestasi bahawa penyediaan prasana akan diutamakan. Saya mengemukakan permasalahan ini dengan niat dan tujuan yang murni supaya kerjaan dapat membantu mengatasi masalah-masalah. Masalah-masalah tersebut yang mana akhirnya akan memberi manfaat yang besar rakyat keseluruhannya. Saya juga memohon kepada Kementerian Kerja Raya supaya menaik taraf atau mengganti low level crossing yang terdapat di daerah Keningau kepada jambatan kekal. Tujuannya adalah untuk keselamatan dan faedah buat penduduk kampung dan seluruh penggunaan jalan raya. Rakyat telah membantu dan menolong, menolong Kerajaan selama ini. Maka, sudah tiba masanya rakyat diberi keutamaan dan diberikan kemudahan yang selayaknya mereka perolehi.

Rakyat sudah menjalankan kewajipan mereka, kini Kerajaan pula menjalankan kewajipannya kepada rakyat.

Datuk Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada Kerajaan untuk memastikan peruntukan projek baik pulih rumah yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan dapat disalurkan terus kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Saya merasa terkilan kerana sudah setahun saya mengemukakan masalah melibatkan penyediaan projek baik pulih perumahan ini, juga melalui Dewan yang mulia ini tidak ada sebarang maklumat diberikan.

Saya menerima maklumat bahawa peruntukan lebih dari RM1 juta untuk tujuan projek berkenaan telah diberikan kepada DUN Liawan tanpa pengetahuan saya selaku ADUN. Jikalau peruntukan telah disalurkan, apakah yang menjadi masalah besar untuk mereka menghubungi ADUN? Saya berharap perkara seperti ini tidak akan berterusan, kerana langkah ini boleh menyebabkan masalah bukan saja

kepada ADUN yang berkenaan, tetapi juga kepada rakyat yang sangat memerlukan bantuan Kerajaan.

Datuk Speaker, di sini saya juga ingin mengambil kesempatan, untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan-kakitangan Kerajaan, seperti Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah Keningau dan Pejabat Daerah Keningau di atas kerjasama yang diberikan di kawasan saya DUN Liawan selama ini.

Datuk Speaker, Sektor Janakuasa Elektrik merupakan salah satu tunjang utama dalam memacu pembangunan negeri Sabah dalam mencapai hala tuju Sabah Maju Jaya. Mutakhir ini, negeri Sabah telah menjadi tumpuan pelabur-pelabur luar yang berminat untuk melabur di dalam pelbagai sektor, perkembangan pelbagai sektor. Perkembangan positif ini sudah pasti akan membawa banyak manfaat kepada rakyat Sabah seperti peluang pekerjaan, pembangunan ekonomi setempat dan pelbagai lagi. Namun, pertambahan pelaburan asing khususnya di sektor industri akan meningkatkan permintaan bekalan stabil dan boleh dipercayai.

Walau bagaimanapun, keupayaan untuk memenuhi permintaan ini adalah terbatas dan terlalu bergantung kepada sumber bahan api gas asli untuk penjanaan elektrik. Berdasarkan data SESB sebanyak 86% daripada keseluruhan penjanaan elektrik negeri Sabah adalah berasaskan bahan api gas asli. Kebergantungan yang tinggi kepada satu sumber bahan…

…yang tinggi kepada satu sumber bahan bakar ini akan membawa impak negatif kepada keselamatan dalam pembekalan elektrik negeri Sabah.

Oleh yang demikian, saya menyarankan agar kerajaan negeri melalui UTNS dan SESB untuk mengambil langkah proaktif untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber penjanaan seperti hydroelectric, solar, biomass dan lain-lain. Kepelbagaian jana kuasa generation mix ini akan membolehkan sumber gas asli yang sedia ada

dapat ditumpukan kepada sektor industri yang sudah pasti mempunyai nilai tambah dan manfaat lebih baik kepada negeri Sabah.

Sebelum mengundurkan diri, saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut membahaskan Belanjawan Negeri Sabah bagi tahun 2023. Saya juga ingin mengucapkan kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, juga buat rakyat di kawasan saya di DUN N.41 Liawan khususnya dan di seluruh negeri Sabah amnya yang beragama Kristian, saya dan seluruh kepimpinan di peringkat kawasan N.41 Liawan ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas dan selamat Tahun Baharu 2023. Semoga di hari-hari mendatang kita semua akan terus maju dan negeri Sabah ini terus aman, makmur dan sentosa.

Datuk Speaker, Liawan mohon menyokong.

Terima Kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Di sini saya panggil N.11 Kadamaian. Dipersilakan.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Terima kasih Tuan Speaker, Kadamaian ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Pertama sekali saya ucap salam perpaduan kepada pimpinan kerajaan Sabah dan mengucapkan tahniah atas pembentangan Belanjawan.

Tahun hadapan satu belanjawan lebihan yang saya fikir satu sejarah baru buat Sabah kerana buat pertama kalinya kita telah membentangkan Belanjawan melebihi RM5 bilion.

Dan pilihan raya yang telah berlalu juga telah mewujudkan suatu dinamik baharu di seluruh negara dan kita amat mengalu-alukan satu kesatuan usaha kita dalam melaksanakan Belanjawan seperti ini bukan hanya di peringkat Sabah tetapi juga kelak di peringkat Persekutuan.

Dan dalam perbahasan ringkas saya ini, saya ingin mencadangkan beberapa syor yang berkaitan untuk menambah baik pelaksanaan Belanjawan ini untuk rakyat kita di Sabah.

Yang pertama sekali, saya ingin mengulangi cadangan saya terdahulu untuk kita mewujudkan satu jawatankuasa antara parti di Dewan Undangan Negeri ini bagi kita bersama-sama menuntut hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia dan dalam Perlembagaan Persekutuan terutama berkaitan dengan hak kita 40% hasil Persekutuan di Sabah.

Kita semua tahu di peringkat kerajaan Sabah akan

meneruskan rundingan-rundingan yang berkaitan sebahagian kita di sebelah sini telah ke mahkamah untuk menuntut hak sama ini. Dan dalam dinamik hari ini saya amat percaya kita perlu menggembleng usaha ini, satu usaha bersama dan sudah tentunya dengan adanya jawatankuasa bersama itu kita boleh melihat usaha yang terbaik untuk kita perjuangkan hak-hak seperti yang saya sebutkan tadi. Dan antara lain yang mungkin kita boleh perjuangkan bersama, bagaimana 40% ini dapat dilaksanakan mungkin dengan mengutip cukai-cukai yang mudah dikira. Cukai pendapatan misalnya, saya percaya mudah dihitung berbanding dengan hasil-hasil persekutuan yang lain. Dan kenapa kita tidak bermula daripada pemungutan hasil cukai rakyat Sabah kepada Persekutuan? Ambil 40% misalnya ataupun cukai-cukai lain yang mudah dihitung sebenarnya.

Itu cadangan pertama saya, syor pertama saya.

Yang kedua, kita maklum dalam penjelasan yang diberikan selama ini Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah meneruskan rundingan walaupun terdapat interpretasi yang berbeza tetapi masih ada komitmen.

Dan saya percaya di bawah Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang ini, sudah tentu komitmen ini akan diperkasakan akan ditambah baik lagi.

Dan saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Sabah dapat menerbitkan bon-bon pembangunan yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Kalau dia tidak boleh membayar keseluruhan 40% itu bersekali gus, sekurang-kurangnya dia boleh menjaminkan bon pembangunan yang diterbitkan oleh Kerajaan Sabah untuk kita membiayai keperluan-keperluan pembangunan di Sabah terutama berkaitan dengan infrastuktur jalan raya, elektrik, air, sekolah, hospital dan sebagainya.

Syor saya yang ketiga, adalah untuk kita Kerajaan Sabah ini menubuhkan satu Trust Fund ataupun Akaun Amanah Khas bagi menyalurkan peruntukan-peruntukan Persekutuan yang diguna untuk projek-projek infrastuktur seperti jalan luar bandar, air luar bandar, elektrik luar bandar, hospital-hospital dan juga sekolah-sekolah dan projek-projek besar lain supaya tidak lagi berulang pada hujung tahun kerana projek itu tidak dapat terlaksana ataupun tidak sempat dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan peruntukan tersebut terpaksa dikembalikan semula kepada Kerajaan Persekutuan.

Dan kalau kita melalui sidang DUN ini dapat meluluskan akaun amanah tersebut, kenapa tidak Kerajaan Persekutuan salurkan sahaja peruntukan tersebut ke Trust Fund yang diwujudkan itu supaya senang.

Itu memang sudah diberikan kepada Sabah kenapa perlu dikembalikan kepada Kerajaan Persekutuan? Apa yang kita perlukan adalah pemantauan yang lebih tegas, lebih efisien supaya kontraktor-kontraktor ataupun konsultan-konsultan yang diberikan mandat melaksanakan projek itu mengikut ketegasan yang diberikan oleh Kerajaan Sabah. Yang keempat, cadangan saya adalah supaya wakil-wakil rakyat ini sama ada Ahli Parlimen kita ataupun ADUN kita dibolehkan untuk mempengerusikan jawatankuasa pemantauan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di kawasan masing-masing supaya kita menjadi sebahagian daripada proses memantau, supaya tidak berulang kejadian ataupun insiden yang saya sebutkan tadi, di mana peruntukan terpaksa dikembalikan semula kepada perbendaharan.

Dan saya percaya banyak pelaksanaan projek ini yang boleh diselesaikan di peringkat daerah tapi ada juga kekangan-kekangan tertentu yang tidak boleh diselesaikan di peringkat daerah. Maka tanggungjawab wakil rakyat itu membawa terus sama ada di Dewan ini ataupun Dewan Rakyat ataupun Kabinet untuk kita mendapatkan keputusan-keputusan Kabinet yang boleh mempercepatkan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di daerah-daerah di kawasan yang diwakili.

Dan saya fikir inilah Datuk Speaker, Tuan Speaker syor ringkas saya bagaimana kita dapat memperkasakan pelaksanan Belanjawan ini termasuk Belanjawan Persekutuan yang saya percaya akan dibentangkan semula dan dapat diusahakan pelaksanan itu sebaik mungkin melalui satu kerjasama, satu kesatuan semua wakil rakyat di sini.

Kerana saya percaya dengan dinamik baru ini, rakyat sangat menghargai kesatuan seperti mana juga yang berlaku di Kerajaan Persekutuan pada hari ini, sebaik-baik itu juga yang pastinya akan berlaku di peringkat negeri. Belanjawan yang telah dibentangkan ini Belanjawan lebihan RM5.13 bilion. Saya percaya dengan kerjasama semua pihak Ahli-ahli Dewan dengan pimpinan pentadbiran awam di peringkat kementerian dan di peringkat daerah, saya percaya ini kita dapat pastikan rakyat benar-benar merasai pelaksanaan apa yang telah dibajetkan di sini.

Cumanya saya ingin sekali lagi mengulangi mudah-mudahan dengan adanya kerjasama yang kita akan bina bersama-sama selepas ini kita akan dapat membina ataupun menjana lebih banyak hasil kepada Sabah supaya yang akhirnya mendapat manfaat adalah rakyat kita.

Tuan Speaker, saya itu sahaja ringkas sahaja daripada Kadamaian kali ini. Saya mengalu-alukan dan bersedia bekerjasama dengan pimpinan Kerajaan Sabah…

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

...membina ataupun menjana lebih banyak hasil kepada Sabah supaya yang akhirnya mendapat manfaat adalah ah rakyat kita. Tuan Speaker, itu sahaja, ringkas sahaja daripada Kadamaian ah kali ini. Saya mengalu-alukan dan bersedia bekerjasama dengan pimpinan Kerajaan Sabah kerana kita mahu yang terbaik bagi rakyat kita. Tuan Speaker ah, saya menyokong ah, apa nama? Belanjawan ini dan juga mengucapkan salam perpaduan, salam Krismas, salam Tahun Baharu, salam Tahun Baru Cina dan salam semua yang baik-baik untuk rakyat kita, untuk kita semua di Dewan ini. Terima kasih. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih, Kadamaian.

Di sini, saya panggil N.25 Kapayan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Datuk Speaker, kasi peluang membahas Belanjawan Sabah 2023 yang bertemakan, “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”. Belanjawan 2023 adalah cukup besar dan mampu membawa impak dan perubahan yang berkekalan, tapi hanya jika penyampaian dilaksanakan dengan cara yang berkesan dan peruntukan diberikan secara adil dan berhemah dan oleh yang demikian, pendekatan dalam penyampaian program dan aktiviti adalah amat penting. Seperti kita sedia maklum, matlamat pembangunan mapan ataupun Sustainable Development Goals (SDG) yang diterima pakai oleh Malaysia merangkumi banyak matlamat yang ingin dicapai melalui Belanjawan 2023 ini dan pendekatan SDG dengan sasaran dan petunjuk yang jelas boleh dicontohi dan diterima pakai oleh Kerajaan Sabah melalui semua jabatan, agensi dan badan pelaksana Belanjawan

2023 ini. Contohnya, dalam penggemblengan sumber yang mencukupi bagi melaksana program dan dasar untuk menamatkan kemiskinan. Sesuatu yang penting bagi kedua-dua di Sabah dan juga di dalam SDG ini. Sumber yang diperuntukkan haruslah ditumpukan kepada perkhidmatan penting seperti pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial.

Datuk Speaker, satu lagi persamaan antara matlamat SDG dan Belanjawan Sabah 2023 ini ialah pemerkasaan wanita dan salah satu sasaran adalah dalam menghapuskan amalan perkahwinan kanak-kanak. Saya ingin bertanya kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, adakah terdapat peruntukan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan sosial di bawah Rancangan 10 tahun menamatkan perkahwinan kanak-kanak yang sudah ada sebelum ini?

Satu lagi pendekatan penting SDG ialah membina kerjasama dengan pelbagai pihak. Sebagai contoh, bagi menangani isu kanak-kanak jalanan ataupun menyara ibu tunggal, kerajaan perlu bekerjasama dengan pelbagai NGO yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Oleh itu, peruntukan kepada NGO-NGO tersebut adalah penting untuk terus memperkukuhkan emm libat urus dan juga membina rangkaian. Saya juga mengesyorkan agar belanjawan di bawah emm perbelanjaan khas ya, yang membolehkan fleksibiliti diberikan kepada inisiatif yang diurus oleh komuniti, yang diurus oleh komuniti untuk penjagaan warga emas dan OKU. Walaupun banyak emm perhatian dan tumpuan telah diberikan kepada konsep emm Keluarga Malaysia ya emm yang mungkin tidak dapat emm ataupun tidak berkesan emm bagi keluarga yang tidak berkemampuan, membantu ahli keluarga mereka yang emm emm warga emas ataupun OKU.

Datuk Speaker, berkenaan perubahan iklim, matlamat 13 SDG mempunyai sasaran dan petunjuk yang penting untuk mengukuhkan daya tahan dan kapasiti penyesuaian komuniti terhadap bahayanya iklim dan bencana alam. Dalam Belanjawan Sabah 2023, apakah aktiviti yang terlibat dalam peruntukan sejumlah RM500 ribu untuk mitigasi perubahan iklim? Adakah agensi yang berkenaan juga akan mengkaji teknologi untuk menyediakan komuniti di kawasan yang selalu terdedah kepada banjir dengan lebih baik? Em, perlu dikongsikan di sini Datuk Speaker, berkenaan satu anugerah yang telah diterima oleh pelajar Sekolah

Menengah St. Michael, Penampang baru-baru ini emm untuk ciptaan weaver ah, iaitu peranti sistem amaran banjir yang mengesan paras air dan mengeluarkan amaran dan pemberitahuan aplikasi.

This ah, Datuk Speaker emm is a emm is a system that emm when it is, when the water is above normal, weaver will active, mengaktifkan siren dan lampu LED kuning emm kalau emm dia sudah beyond average ya the water emm dan memberi amaran kepada orang ramai. Apabila air itu mencecah lebih emm tinggi iaitu emm bahaya sudah emm dia akan mengeluarkan satu siren emm dan lampu LED merah dan emm memaklumkan emm kepada penduduk bahawa paras air telah mencapai had kritikal. Dengan weaver ini orang ramai mempunyai masa untuk mempersiapkan diri emm dan emm sebelumlah banjir itu melanda. Em, pemberitahuan aplikasi tersebut juga memberi amaran kepada penduduk walaupun mereka tidak berada di rumah ataupun mereka sedang tidur. So I think ini adalah satu contoh teknologi yang boleh kita ambil dan saya difahamkan hanya di harga dia di bawah RM500 satu. So, saya harap Kementerian boleh melihat kepada sistem seperti ini.

Datuk Speaker, oleh kerana isu banjir di seluruh Sabah ini sering berlaku, pendekatan tradisional untuk membantu mangsa banjir biasanya dalam bentuk bantuan kewangan one-off. Ini perlu ditukar. Kerosakan mencecah ribuan ringgit bagi keluarga yang sering dilanda banjir. Sudah tiba masanya untuk kerajaan memperuntukkan bantuan bencana banjir yang dapat mengukuhkan daya tahan rakyat. Resilience of the community seperti yang mengalakkan orang ramai yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir dengan bahan seperti perabot dan kelengkapan yang kalis air ah serta mudah dirombak dan dipasang semula. Masyarakat, NGO, tentera dan yang sedia membantu harus diiktiraf, dilatih dan digerakkan apabila diperlukan.

Datuk Speaker, saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah menerima Kerajaan Perpaduan sebagai satu langkah ke depan untuk Malaysia. Di Sabah, kita boleh meng emm memanfaatkan konsep Kerajaan Perpaduan dengan kerjasama semua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.

Saya percaya dengan penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Khas Dewan bagi setiap kementerian, Ahli-ahli DUN boleh menyumbang kepada memastikan Belanjawan 2023 ini dilaksanakan dengan adil dan teratur. Satu daripada jawatankuasa penting adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Gender dan Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat. Saya amat berharap,

ini akan dapat sokongan kepada kamu emm emm Timbalan Speaker dan juga Datuk Speaker sendiri dan semua ADUN supaya gender budgeting menjadi amalan baik apabila belanjawan tahunan disediakan bagi memastikan peruntukan yang seimbang diberikan kepada pembangunan wanita.

Datuk Speaker, tanah adat bagi Orang Asal Sabah merupakan asas ekonomi dan kelangsungan hidup. Oleh itu, pengendalian belanjawan untuk mempercepatkan proses penyerahan geran tanah kepada Orang Asal yang layak memilikinya akan membela martabat Orang Asal di Sabah. Saya juga mem mencadangkan agar Hak Tanah Adat ataupun Native Customary Rights to Land diperkukuhkan dengan meminda undang-undang dan memperkenalkan dasar yang berkaitan diberi perhatian serius dan sebuah tribunal tanah untuk mengendalikan pertikaian Hak Tanah Adat ditubuhkan.

Selain itu, saya juga sarankan agar autonomi dan kebebasan Mahkamah Anak Negeri Sabah diperkuatkan lagi dengan mempercepatkan pewujudan Jabatan Kehakiman Anak Negeri.

Datuk Speaker, untuk memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2023 digunakan dengan bersih...

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

…..digunakan dengan bersih dan amanah oleh semua Kerajaan Tempatan di daerah-daerah, Pelan Daerah dan Pelan-pelan Tempatan menjadi dokumen yang penting.

Dalam pada itu saya ingin bertanya kepada Menteri KKTP bilakah Draf Pelan-pelan Daerah Penampang akan digazet? Saya juga ingin bertanya apakah status rancangan untuk menaik taraf Daerah Penampang kepada Majlis Perbandaran. Masalah kesesakan lalu lintas yang pada masa kini berlaku di beberapa kawasan di Kepayan perlu ditangani misalnya dalam bentuk penaiktarafan jalan raya atau laluan alternatif. Apakah rancangan tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk mengatasi kesesakan lalu lintas di Cyber City dan di Donggongon?

Tuan Speaker, kawasan Kepayan sedang berkembang dengan pesat dan saya sering mendapat aduan berkaitan pembangunan yang tidak dilaksanakan dengan

baik. Apakah tindakan dan pendekatan yang boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap individu atau pemaju yang tidak bertanggungjawab termsuk dalam isu pemotongan bukit dan penimbusan tanah? Saya juga sarankan agar KKTP memberi tumpuan kepada Kondominium Menara Tryponice yang terbengkalai sejak 2019.

Penyebaran maklumat, Tuan Speaker tentang pencapaian Kerajaan dan pelaporan status pelaksanaan program dan aktiviti mengikut belanjawan yang diluluskan harus menjadi kebiasaan semua Kementerian. Tidak perlu lagi ditanya di dalam Dewan. Tidak perlu lagi kita menulis.

Kita semua Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan mempunyai website tersendiri. Saya sarankan agar web….

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Sila gulungkanlah YB.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Saya sarankan agar website Jabatan-jabatan tersebut senantiasa dikemas kini. Akhir kata, Datuk Speaker saya ucapkan Selamat Hari Krismas, Tahun Baharu 2023, Tahun Baharu Cina kepada semua. Semoga Tuhan memberkati segala usaha baik kita dalam menjalankan tanggunjawab kepada rakyat dan semoga era baru pemerintahan Kerajaan Perpaduan dapat mengembalikan kestabilan politik, memacu ekonomi negara dan meningkatkan hidup rakyat. Terima kasih Datuk Speaker. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih Kapayan. Di sini saya menjemput YB dari Melalap.

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Salam sejahtera.

Salam perpaduan kepada semua rakan-rakan seperjuangan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Terima kasih Datuk Speaker, kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Pembentangan Bajet 2023 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas Pembentangan Bajet 2023 yang begitu menyeluruh termasuk mengambil kira permasalahan rakyat Sabah.

Menjunjung kasih Tuanku.

Tahniah kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Bajet 2023 ini sudah pasti akan dapat merancakkan lagi pembentangan atau

pun pembangunan ekonomi yang sebelum ini agak suram. Apabila kita menghadapi pelbagai rintangan terutama musibah Pandemik Covid yang baharu lalu. Datuk Speaker, ringkas daripada saya mewakili Melalap, Tenom terutamanya melibatkan pembinaan, iaitu upgrading Jalan Tenom ke Keningau yang sebelum ini tidak pernah dinaik taraf.

Jadi, saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan agar dapat mempertimbangkan supaya pembinaan upgrading Jalan Tenom-Keningau ini dapat dipertimbangkan oleh kerana jalan ini semakin hari semakin teruk.

Dan yang keduanya ialah pembinaan landasan kereta api, iaitu daripada Tenom ke Melalap. Sebelum ini pembinaan ini sepatutnya telah diluluskan oleh Kerajaan yang lama tetapi kemungkinan berlaku masalah bajet atau sebagainya maka pembinaan ini tidak diteruskan. Jadi, saya berharap agar Yang Amat Berhormat dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur atau pun JKR dapat mempertimbangkan semula pembinaan tersebut disebabkan inilah laluan atau pun pengangkutan utama di kawasan Pendalaman Tenom. Jadi, saya percaya dengan terbinanya pembinaan kereta api Tenom ke Melalap ini akan dapat membantu ramai terutama kepada petani-petani kita untuk membawa hasil pertanian mereka terus ke Kota Kinabalu untuk dipasarkan. Begitu juga dengan kedudukan penyelenggaraan kereta api yang berlaku di kawasan Beaufort hingga ke Tenom.

Baru-baru ini berlaku hujan yang begitu lebat mengakibatkan banyak cerun-cerun yang jatuh di kawasan landasan kereta api.

Ini mengakibatkan bukan sahaja pelajar-pelajar tidak dapat ke Tenom atau pun ke Beaufort untuk mengikuti persekolahan mereka tetapi juga kedudukan permasalahan penduduk-penduduk yang tidak dapat membeli atau pun mendapatkan bekalan harian mereka.

Jadi, saya lihat ramai di antara mereka ini mengambil jalan yang pintas di mana mereka bergotong-royong di kampung tersebut di Pangi untuk mengalihkan kesemua runtuhan tersebut. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri JKR ini dapatlah memberikan sedikit bantuan atau pun bajet untuk dimasukkan sekiranya ini berlaku di masa-masa mendatang sedikit sebanyak dapatlah membantu masyarakat di kawasan tersebut. Ketiganya, ialah pembinaan Pekan Baru Melalap. Ini sebenarnya telah diilhamkan atau pun dicadangkan dan diluluskan sebelum ini.

Tetapi sehingga kini, tapak pembinaan tersebut telah diratakan atau disediakan.

Namun sehingga kini projek

atau pun pelaksanaan ini diberhentikan.

Jadi saya berharap kepada Kementerian Kerajaan Tempatan ini dapat membantu kami di kawasan Melalap. Oleh kerana Yang Berhormat Menteri, di kawasan saya ini cuma ada satu bangunan British. Bangunan British yang sudah mahu runtuh. Jadi tolonglah, sekurang-kurangnya di kawasan kami itu dapatlah kami satu pasar, ada satu baris kedai, satu blok kedai pun memadailah pada atau pun ke hadapan Yang Berhormat Menteri. Dan, yang keempat ialah melibatkan penambahbaikan dari segi perkhidmatan SESB. Datuk Speaker, di kawasan saya di mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada Kemabong tadi. Bukan sahaja kedudukan perkhidmatan terjejas di kawasan Kemabong tetapi juga di seluruh kawasan Tenom termasuk juga di kawasan saya, iaitu Melalap.

Saya pun cukup hairan tapi apa pun kita mintalah supaya Yang Berhormat Menteri nanti itu dapatlah mengambil iktibar daripada ini disebabkan memang menghairankan setiap kali kadang-kadang dua jam putus karan (elektrik).

Dua jam kita terputus bekalan.

Jadi, ini mengakibatkan bukan sahaja kita tidak mendapat bekalan tetapi juga mengakibatkan banyak kerosakan kepada peralatan elektrik kita.

Termasuk icebox terutama dia.

Bila karan putus datang putus datang, mati hidup mati hidup.

Jadi, ini mengakibatkan peralatan-peralatan seperti kipas, peti sejuk sebagainya ini rosak.

Jadi, saya harap di peringkat SESB ini dapat diusahakan atau pun diperbaiki. Saya ingat kalaulah ada sesuatu berlaku di peringkat sesuatu kawasan itu di mana kemungkinan berlaku upgrading terutama kepada sistem elektrik, maka saya mencadangkan supaya pihak SESB ini dapatlah genset bukan sahaja di kawasan saya tetapi di kawasan-kawasan yang lain.

Saya ingat pun mengalami masalah yang sama.

Apatah lagi pada ketika ini Pan Borneo tengah begitu rancak dilaksanakan. Jadi, kadang-kadang bila kita tanya kenapa bekalan elektrik terputus dan mereka menyatakan bahawa disebabkan ada kabel yang telah dikorek…

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

… ada kabel yang telah dikorek semasa pembaikan ataupun pembinaan Pan Borneo.

Jadi saya berharap satu kaedah ataupun mekanisme yang baik bagi menyelesaikan ataupun membendung masalah ini supaya bukan sahaja keadaan ini dapat diperbaiki tetapi dapat juga memberi keselesaan kepada penduduk-penduduk kita terutama di kawasan luar bandar. Dan saya juga ingin mengambil ah kesempatan ini untuk memohon supaya pihak SESB terutamanya di kawasan Tenom kawasan saya di Melalap. Pangi adalah satu penyumbang kepada bekalan elektrik di negeri Sabah ini tapi malangnya kadang-kadang SESB ini mereka cuma mahu mencari untung. Dari segi kebajikan yang melibatkan ah kawasan-kawasan yang seperti di Tenom, Malalap ini, sepatutnya kedudukan bekalan terutamanya street light, pembaikan, perkhidmatan ini diberi percuma kepada daerah-daerah yang mengeluarkan sumber berbilion ringgit disumbangkan oleh kawasan Melalap Tenom ini. Tetapi apabila sahaja melibatkan kebajikan ini, pembaikan terutamanya street light, street light di kawasan Melalap, Tenom ini tidak diambil peduli oleh SESB.

Jadi saya menyarankan atau memohon supaya perkara ini diambil kira. Oleh kerana disanalah sebenarnya hasil ini dikeluarkan dan sepatutnya hasil ini dikembalikan di kawasan tersebut. Begitu juga dengan sumbangan kebajikan kepada penduduk-penduduk di kawasan Melalap terutama di Pangi.

Bila sahaja hujan lebat maka empangan-empangan itu terpaksa ditutup dan bila sahaja ia terlalu penuh ia terpaksa dilepaskan. Bila ia dilepaskan berlaku kematian dimana ah penduduk-penduduk saya di kawasan Pangi ini terpaksa menyeberangi sungai yang begitu deras. Baru-baru ini, musibah yang berlaku di sana mudah-mudahan ini tidak lagi berlaku di masa mendatang tapi saya cuba berharap supaya kebajikan kepada orang-orang kampung terutama di kawasan Pangi tersebut ini dapatlah diambil kira ataupun dapatlah dibantu.

Jadi Tuan Speaker, baru-baru ini pun pilihan raya pun sudah berlaku jadi saya harap yang sudah lepas itu, sudahlah. Oleh kerana kita pun telah berjaya membentuk satu Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim jadi saya berharap ah Ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan seperjuangan, marilah kita bersama-sama untuk membina satu negeri ataupun negara yang maju, marilah kita bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk merealisasikan bajet kita pada ah tahun ini. Mudah-mudahan dengan kesepakatan kita bersama ini ah Sabah akan lagi dapat maju ke hadapan.

Malaysia akan dapat apa ni maju ke hadapan dan akhir sekali saya ah

bagi pihak seluruh ahli parti ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan, tutur bahasa yang kasar selama pilihan raya yang lalu, kami mohon ampun dan maaf dan ah akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu. Melalap mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih Melalap kerana tepat dengan masa. Di sini saya jemput N.34 Lumadan.

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Sabah Maju Jaya. Terlebih dahulu, saya ingin menzahirkan syukur kepada Allah SWT di atas keizinannya kita dapat berkumpul di Dewan yang mulia ini. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di atas pembentangan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2023. Belanjawan 2023. Saya mewakili rakyat Lumadan menyambut baik pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 25 November, Jumaat lalu. Sesungguhnya, ia sudah tentu akan memacu pertumbuhan ekonomi Negeri ini.

Tema pada belanjawan tahun 2023 ialah “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera” amat sinonim dengan tema kami di DUN Lumadan, iaitu “Lumadan Sejahtera”.

Saya selaku wakil rakyat, di Dewan Undangan Negeri DUN Lumadan terpanggil untuk menyuarakan hasrat dan impian kami di DUN Lumadan. Sejajar dengan bajet Kementerian Kerja Raya, iaitu sebanyak RM1.16 Billion, saya berterima kasih kepada Kementerian ini melalui Jabatan Air Daerah Beaufort dimana isu air Daerah Beaufort khususnya DUN Lumadan telah pun berjaya diselesaikan sebanyak 80% dan kini rakyat dapat menikmati air bersih.

Di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengutarakan beberapa cadangan. Pertama cadangan saya ialah, pembinaan takungan air yang berkapasiti besar bagi tempoh masa yang lebih lama daripada dua bulan hingga tiga bulan. Untuk makluman, loji yang sedia ada hanya mampu menampung kapasiti air dalam jangka masa pendek. Dalam tempoh dua jam sahaja. Tujuan adalah untuk mengatasi masalah semasa air Sungai Padas mengalami kekeruhan yang tidak dapat diproses oleh loji

mengakibatkan terhentinya penyaluran bekalan air bersih kepada rakyat. Situasi ini apabila berlaku banjir loji tidak dapat memproses air bersih kerana air terlalu keruh. Demikian juga, semasa kemarau sungai terlalu cetek.

Oleh itu, saya amatlah merayu supaya perkara ini diberikan perhatian serius oleh Kerajaan demi rakyat sejahtera.

Datuk Speaker, cadangan saya yang kedua, bagi megurangkan isu banjir di daerah Beaufort, di mana rakyat di sini terkesan dengan ancaman banjir, maka jalan raya di sepanjang jalan utama perlu ditinggikan, misalnya bypass Limbawang. Selain itu, Jalan Bintuka daripada Limbawang ke Kampung Kurian, Padas Damit, Jalan Bangkalalak dan Jalan Suasa antara jalan yang perlu ditinggikan untuk mengelakkan putus perhubungan ketika banjir berlaku.

Pada masa yang sama, isu terputus perhubungan semasa banjir juga selalu berlaku di daerah Beaufort. Justeru sistem perparitan yang sistematik amat diperlukan di sepanjang laluan jalan raya yang saya nyatakan tadi.

Datuk Speaker, di bawah perbelanjaan yang tidak termasuk dalam Kementerian-kementerian yang berjumlah RM38.9 juta saya mencadangkan peruntukan ini dapat disalurkan bagi menaik taraf jalan Kampung Mentulud merangkumi Jalan Mentulud 1 dan Jalan Mentulud 2 sejauh 2.5 kilometer. Keadaan jalan raya di kampung ini sudah menjadi satu isu semasa kempen pilihan raya yang lepas. Penduduk di kampung ini seramai lebih kurang 1200 orang mempersoalkan di mana jalan raya yang berusia selama 40 tahun masih belum dinaik taraf jalan raya berturap. Untuk pengetahuan, kampung ini juga mempunyai tiga kawasan JPKK dan berpotensi dimajukan sebagai pusat pelancongan, pertanian dan perikanan. Datuk Speaker, melalui peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan juga Perikanan berjumlah RM501.54 juta, besarlah harapan saya agar sektor pertanian…

... saya agar sektor Pertanian melalui Jabatan Veterinar dapat memajukan kawasan-kawasan padang ragut yang

terbiar di kawasan DUN Lumadan. Yang telah pun dikenal pasti terdapat sebanyak tujuh kawasan dikenal pasti antaranya Padas Damit, Gadung, Bangkalalak, Bintukagarama, Mintulut dan Kampung Lupak yang sesuai dijadikan kawasan penternakan kerbau yang lebih komersial ini adalah kerana kerbau sudah semakin berkurangan di negeri Sabah dan pada masa yang sama ia mendapat permintaan yang tinggi harga jualan seekor kerbau juga tinggi.

Ini sudah tentu dapat meningkatkan ekonomi rakyat terutama bagi penduduk dalam kategori B40 dan pada masa yang sama kita tidak lagi bergantung kepada import daging daripada luar negara. Sehubungan dengan itu, memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda sekali gus mengurangkan penghijrahan anak-anak muda ke bandar seperti di Semenanjung Malaysia mahupun di luar negara.

Datuk Speaker, merujuk kepada bajet di bawah Kementerian Kewangan, yang berjumlah RM2.16 bilion, saya merayu dana disalurkan kepada koperasi-koperasi komuniti yang berpotensi untuk dimajukan.

Terdapat banyak koperasi yang wu…yang yang sudah diwujudkan dan terbukti menyumbang kepada ekonomi negara dan memberikan manfaat kepada rakyat melalui peluang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Dengan adanya suntikan dana daripada pihak kerajaan ini, pastinya perkembangan gerakan koperasi di negeri Sabah, menjadi lebih cepat daripada kluster mikro, kecil kah, sederhana dan sederhana ke besar sebagai nilai tambah kepada usaha ini.

Aktiviti di koperasi seperti pelancongan dan akan perikanan serta produk IKS akan semakin berkembang dan menyumbang kepada kemasukan pelabur dan pelancong di luar negara.

Datuk Speaker, di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, saya mencadangkan agar elaun Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dinaikkan.

Kita tahu yang mereka ini adalah nadi kepada jentera pentadbiran di peringkat kampung, bukan hanya tertumpu kepada JPKK kawasan DUN Lumadan tetapi ia merangkumi seluruh JPKK Negeri Sabah. Mereka ini adalah mata dan telinga kerajaan yang membawa suara daripada rakyat di akar umbi.

Oleh itu, saya selaku wakil rakyat khususnya DUN Lumadan, menyuarakan dan merayu agar perkara ini diberi perhatian dan pertimbangan oleh pihak kerajaan.

Saya yakin, peruntukan sebanyak RM212.363 juta dapat disalurkan kepada JPKK dengan mengenakan kenaikan elaun mereka sejajar dengan peranan serta tanggungjawab yang dipikul oleh mereka berikutan dengan bebanan sara hidup yang semakin meningkat.

Datuk Speaker, selain itu saya juga mencadangkan supaya elaun Mahkamah Anak Negeri (MAN) yang terdiri daripada Ketua Daerah (KD), Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Masyarakat Cina (KMC), Ketua Kampung dinaikkan.

Antara peranan penting yang dimainkan oleh MAN, adalah memastikan hak-hak setiap kaum masyarakat di negeri ini terpelihara setimpal dengan komitmen mereka ini sewajarlah kiranya di Dewan yang mulia ini, saya merayu kepada Kerajaan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan melalui peruntukan sebanyak RM204.03 juta dapat disalurkan bagi kenaikan elaun MAN di seluruh negeri Sabah.

Untuk makluman di Dewan yang mulia ini, sudah tiba masanya elaun MAN dikaji semula dan diberikan kenaikan yang sewajarnya. Dengan ini akan dapat membantu semua ahli MAN dalam menampung hidup seharian mereka. Saya berharap semua yang dinyatakan di sini akan dapat dipenuhi oleh pihak Kerajaan dan sesungguhnya yakin, mengetahui bahawa Kerajaan amat mengambil berat terhadap segenap penduduk di kawasan Lumadan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Selamat mentadbir negara Malaysia.

Juga kepada yang Ahli-ahli Yang Berhormat yang menang PRU ke-15 baru-baru ini dan Ahli Yang Berhormat Bugaya bagi pilihan raya kecil. Tahniah diucapkan. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua yang merayakan dan Selamat Tahun Baharu tahun 2023 yang akan tiba dan Selamat Tahun Baharu Cina. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini suka saya, bacakan serangkap pantun di sini, Pak Abu menanam kacang, Kacang habis dimakan kera; Bersama kita terus berjuang, Ekonomi perkasa rakyat sejahtera.

Datuk Speaker mohon mencadang…menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih Lumadan kerana masa yang tepat sekali. Di sini saya menjemput N.67 Balung.

Terima kasih Datuk Speaker, Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat Petang, Salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pertama sekali izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Merangkap Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor atas pembentangan Bajet Kerajaan Negeri tahun 2023 yang telah dibentangkan pada 25 November 2022 pada hari Jumaat yang lalu. Bajet ini saya sifatkan sangat mantap, mesra dan membela rakyat dan merangkumi semua aspek pembangunan yang menyeluruh bagi Negeri Sabah. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, yang memberikan peluang kepada saya untuk turut serta membahas Bajet Belanjawan 2023 di Dewan yang mulia ini.

Belanjawan Negeri Sabah, tahun 2023 yang memperuntukkan sebanyak RM5.138 bilion dengan belanjawan lebihan sebanyak RM13047 juta.

Bekalan tujuan untuk mensejahterakan rakyat.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah atas pencapaian ini dan bertepatan dengan slogan “Sabah Maju Jaya” yang berteraskan ekonomi diperkasa, rakyat sejahtera amatlah tepat pada masanya. Justeru untuk menjayakan dan merealisasikan hasrat ini, Kerajaan perlu fokus kepada pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk memastikan sistem penyampaian secara efektif dan telus sekali gus dapat dirasai dan dinikmati oleh rakyat keseluruhannya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menyuarakan hasrat dan aspirasi rakyat kawasan saya, DUN Balung dan juga di daerah Tawau dalam Dewan yang mulia ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Luar Bandar Malaysia telah memberi peruntukan ke atas projek bekalan air Kampung Ranggu dan sekitarnya. Di mana projek ini dijangkakan siap pada bulan Disember tahun ini.

Dengan adanya peruntukan sebegini dapat

menyelesaikan masalah air di beberapa taman perumahan yang juga termasuk perumahan PRIMA Berhad dan di kawasan Kampung Ranggu, Kampung Andrasi dan sekitarnya. Yang Berhormat...

...Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam Perkara 68 Jabatan Air Negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM618.88 juta untuk melaksanakan kerja pengurusan, pentadbiran dan penyelenggaraan dan pembaikan loji air serta penggantian pam dan motor pembaikan paip kritikalasi. Untuk menampung bekalan air yang mencukupi dalam jangka masa panjang bagi kawasan DUN Balung dan DUN Apas, saya mencadangkan kepada kementerian melalui Jabatan Air untuk memberikan peruntukan naik taraf pengeluaran loji air Balung daripada 20 juta liter sehari kepada 60 juta liter sehari serta menaik taraf paip-paip dan tangki air sedia ada untuk memastikan masalah bekalan air terawat pada masa akan datang cuk mencukupi kepada penduduk-penduduk di kawasan ini. Yang Behormat Datuk Speaker, saya juga ingin merujuk Perkara 69 Kementerian Kerja Raya diperuntukkan RM360.19 juta bagi projek pembangunan impak tinggi. Jalan raya dan jambatan, cerun, bangunan pengurusan trafik dan keselamatan jalan raya di kawasan bandar, luar bandar dan pekan kecil.

Yang Behormat Datuk Speaker, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Kerja Raya agar dapat menaik taraf Jalan Maria Kilometer 6 dan Jalan Barat Daya dan juga Jambatan Sungai Serudung Baru Kilometer 6 Jalan Maria dan Jambatan Sungai Kinabutan 1.98 km Jalan Sin On Tiku. Untuk makluman Yang Behormat Menteri, Jalan Maria telah wujud sejak tahun 60-an lagi. Tetapi sehingga hari ini belum lagi dinaik taraf sedangkan jalan-jalan di sekeliling dan sekitar jalan ini telah pun diaspal jadi sedangkan jalan-jalan ini sudah diaspal jadi saya mohon kepada Yang Behormat Menteri agar dapat memberikan peruntukan segera ke atas perkara ini kerana ia sudah ketinggalan jauh dan rosak teruk, berlobang menjadi rungutan sekian lama kepada penduduk sekitar yang menggunakan jalan ini.

Saya juga ingin meminta kepada pihak kementerian agar jambatan Sungai Serudung dan Sungai Kinabutan 1 dapat dinaik tarafkan ke jambatan konkrit dua hala. Untuk makluman Jalan Maria 8 dan jabatan-jabatan yang saya sebutkan tadi adalah sebagai merupakan laluan utama bagi penduduk di kawasan kampung untuk melakukan aktiviti harian mereka dan juga pekebun kecil yang ingin mengeluarkan hasil tanaman mereka.

Di samping itu, ianya juga merupakan jalan atau laluan ke sekolah-sekolah yang ada di kawasan Kampung Ranggu, Kampung Andrasi dan Kampung Blok 31 dan jalan penghubung ke Lapangan Terbang Tawau.

Untuk makluman, Yang Behormat Menteri Kerja Raya saya juga ingin menyentuh soalan lampu-lampu jalan di sepanjang jalan menuju ke lapangan terbang yang bermula daripada bulatan Batu 4 Jalan Apas.

Jarak lampu-lampu jalan kebanyakannya tidak berfungsi dan jalan raya di sepanjang kawasan itu gelap gelita menyebabkan ketidakselesaan pemandu untuk memandu dalam keadaan ini. Saya juga ingin menarik perhatian bahawa banyak lampu-lampu jalan di kawasan kampung-kampung luar bandar di DUN Balung dan juga DUN Apas dan sekitarnya tidak berfungsi dan beberapa kawasan kampung yang masih lagi tiada bekalan lampu jalan. Dan saya mencadangkan kepada pihak kementerian agar kampung-kampung yang belum mempunyai lampu jalan ini kalau dapat diperuntukan lampu solar.

Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya juga ingin menarik perhatian Kementerian Pertanian dan Perikanan. Dalam subsektor tanaman Perkara 28 dalam bajet 2023 yang mana mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri RM115.39 juta kepada Jabatan Pertanian dan tujuan untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman bagi golongan B40.

Pengujudan TKPM Tawau telah banyak memberi impak yang baik dari segi pendapatan dan pengeluaran sayur-sayuran untuk rakyat kawasan Tawau. Projek ini harus dikembangkan atau diperbesarkan lagi supaya rakyat khususnya di kawasan Tawau terlibat dalam memberikan sumbangan pengeluaran makanan untuk kawasan Tawau khasnya dan Sabah amnya. Untuk maksud ini, Yang Behormat

Datuk Speaker dicadangkan pengujudan taman kekal pengeluaran makanan kedua di daerah Tawau. Konsep TKPM yang kedua ini adalah tanaman buah-buahan seperti musang king, avokado, nanas yang mempunyai nilai taman nilai tanaman tinggi high value crops dengan izin.

Projek yang dicadangkan ini adalah memudahkan tanah Jabatan Pertanian Sabah di kawasan Tawau yang masih luas. Projek KTPM yang ke-2 ini dicadangkan seluas 300 ekar menggunakan tanah Jabatan Pertanian Sabah di Batu 15. Sekiranya perkara ini dapat direalisasikan ia juga akan dapat membantu menjana pendapatan kepada golongan B40 yang menyertai projek ini sekali gus menjadikan Tawau sebagai penyumbang pengeluaran buah-buahan tempatan yang berkualiti tinggi bagi negeri Sabah. Yang Berhormat Datuk Speaker, merujuk muka surat 31 Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah Kementerian Pertanian yang mendapat peruntukan sebanyak RM175.92 juta bagi pembangunan sistem petebatan banjir serta pembersihan pertahanan tebing sungai. Saya selaku ADUN kawasan N67 Balung memohon kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian agar dapat memberikan peruntukan bagi pembangunan tebatan banjir dan pertahanan tebing sungai ke atas Sungai Gading Batu 22 yang mana sungai ini setiap kali berlaku banjir yang melibatkan SK Batu 22 Apas Proper dan ianya sangat menyulitkan pihak sekolah dan para pelajar bila berlaku banjir.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Balung saya berikan dua minit lagi untuk gulung.

Boleh tambah lagi sikit Datuk Speaker. Tinggal dua seja perkara yang saya sampaikan ini. Dengan adanya peruntukan jambatan di Sungai Gading 2 ini akan dapat menyelesaikan masalah banjir di SK Batu 22 dan kampung sekitarnya di masa akan datang. Yang Behormat Datuk Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Perkara 63 Kerajaan Kementerian kerajaan Tempatan dan Perumahan telah diperuntukkan dalam Bajet 2023 sebanyak RM204 juta bagi mentransformasikan pencapaian perkhidmatan PBT dan memantapkan fungsi-fungsi peranan Mahkamah Anak Negeri. Saya ingin meminta kepada Kementerian Kerajaan Tempatan, khususnya

kepada Yang Behormat Menteri mengenai pejabat Mahkamah Anak Negeri Tawau. Di mana, pejabat ini telah berkongsi pejabat dengan Majlis Perbandaran Tawau sebagai Pejabat Pentadbiran dan Pengurusan Mahkamah Anak Negeri sejak tahun 80-an sehingga hari ini iaitu lebih kurang 40 tahun. Pejabat Mahkamah Anak Negeri Tawau agak kecil dan sempit dan tidak mempunyai bilik khas sekiranya ada kes-kes pembicaraan mahkamah anak negeri dijalankan serta mempunyai bilangan kakitangan seramai 13 orang dan ianya tidak kondusif serta menerbitkan rasa tidak selesa kepada warga Tawau yang ingin datang ke Mahkamah Anak Negeri atas urusan-urusan rasmi.

Saya dimaklumkan oleh Ketua Daerah Tawau bahawa tapak bangunan Mahkamah Anak Negeri Tawau ada direkodkan di Pejabat Tanah dan Ukur dalam pelan juruukur daerah bagi keluasan 1.138 ekar dan sedang dalam proses pewartaan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Tawau. Tapak yang.…

...Ukur, Tawau.

Tapak yang dimaksudkan terletak di jalan utara berhampiran dengan bangunan perumahan kerajaan, dan sekiranya tapak ini tersedia maka adalah wajar untuk pihak kementerian memberikan peruntukan, untuk membina bangunan baharu Mahkamah Anak Negeri Tawau, bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran dilaksanakan, dan kes-kes perbicaraan dijalankan dengan teratur dan baik, dan juga akan menjadi kebanggaan penduduk daerah Tawau mendapatkan bangunan sendiri Mahkamah Anak Negeri Tawau ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, yang telah meluluskan peruntukan untuk Ahli-ahli Dewan sebanyak tiga juta, dan juga Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1000 kepada penjawat awam negeri Sabah dan RM500 Bantuan Khas Sambutan Hari Raya dan Pesta Kaamatan.

Saya, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya amat menyokong inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah seiring dengan slogan “Sabah Maju Jaya”. Sejajar dengan tema Belanjawan 2023 “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera”. Sebelum mengakhiri ucapan perbahasan saya, ingin saya menyertai rakan-rakan Ahli Dewan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada yang beragama Kristian dan Tahun Baharu kepada rakan-rakan Dewan dan seluruh penduduk negeri Sabah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Balung. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Bandau. Wakil Bandau.

Datuk Wetrom bin BahandaBERSATU · GRSBandau

Bismillahirrahmanirrahim, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Datuk Speaker, pertamanya saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Perdana Menteri, atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, atas sokongan bersama dengan Kerajaan Perpaduan demi masa depan dan pembangunan yang berterusan bagi negeri Sabah. [berdeham] Datuk Speaker, dalam ucapan saya bagi membahas belanjawan yang telah dibentangkan, saya lebih menjurus kepada keperluan yang amat mendesak bagi Kawasan Bandau serta Kota Marudu.

Dalam kesempatan ini, sesuai dengan salah satu hala tuju Kerajaan, membangunkan infrastruktur negeri ini, saya ingin merujuk beberapa keperluan asas rakyat Kota Marudu yang amat mendesak seperti berikut:

1.

Menaik taraf jalan berkembar Langkon-Pitas, Kota Marudu ataupun lebih dikenali sebagai Jalan Pekan Kota Marudu sepanjang 3.4 km, yang telah diumumkan sendiri peruntukannya, peruntukan awal RM5 juta tahun ini oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah ketika merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat Kota Marudu pada 23 Ogos yang lepas. Rakyat Kota Marudu amat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, dan berharap pelaksanaan dapat dimulakan pada tahun hadapan, dan berharap agar peruntukan jalan ini termasuk dalam belanjawan RM1.6 bilion di bawah Kementerian Kerja Raya. Jalan ini merupakan nadi untuk pembangunan Kota Marudu. [berdeham] 2.

Menaik taraf Jalan Samparita ke Sunsukon Magandai, Jalan Toringai, Jalan Mangin dan Jalan Rondomon Patah Tuhau.

Difahamkan jalan ini telah mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan dan saya memohon agar Kerajaan Negeri Sabah dan JKR Negeri Sabah dapat membantu merujuk perkara ini, supaya pelaksanaan jalan ini dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera.

Saya juga mohon perhatian dari pihak JKR Negeri Sabah agar dapat senaraikan beberapa batang jalan, ataupun menaiktarafkan jalan-jalan tersebut kerana merupakan jalan-jalan yang melibatkan penduduk luar bandar, iaitu Jalan Tanjung Batu ke Koromoko, Jalan Panaitan, Jalan Porintidoi Kontoi ke Pampang Poring, Jalan Kirangawan, Jalan Tambun dan juga Marudu Laut.

Ini, Datuk Speaker, ekonomi rakyat secara langsung amat berkait rapat dengan jaringan jalan raya perhubungan yang baik agar mereka dapat memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.

Kota Marudu adalah antara sepuluh daerah termiskin di Malaysia. Usaha pertama untuk mengatasi masalah kemiskinan ini, kerajaan harus serius dalam menaik taraf jalan, jaringan jalan raya luar bandar dan memberikan peruntukan yang lebih besar.

Datuk Speaker, saya juga ingin membawa sedikit permasalahan, soal Hospital Kota Marudu.

Saya juga ingin merujuk Hospital Kota Marudu yang bukan sahaja perlu dinaik taraf malah keperluan untuk membaiki segala peralatan kritikal serta kemudahan lain perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera.

Ini amat penting kerana melibatkan nyawa rakyat, yang memerlukan rawatan yang segera. Bukan saja bangunan yang uzur, yang sudah tidak menampung keperluan rakyat Kota Marudu, tapi juga banyak peralatan hospital yang telah rosak. Baru-baru ini, saya telah didatangi oleh beberapa ah, apa ini rakyat Kota Marudu, yang mana peti sejuk untuk mayat pun tidak disimpan di Kota Marudu kerana semua peti sejuk untuk mayat Kota Marudu telah rosak. Dia terpaksa dihantar di Pitas dan juga di Kudat. Ini akan ah, apa ini menyusahkan rakyat Kota Marudu. Selain daripada itu, kekurangan bekalan perubatan seperti oksigen. Baru-baru ini telah ada satu , apa ini kemalangan yang telah berlaku. Saya difahamkan 40 minit apa ini, mangsa kemalangan ini telah tiba di Hospital Kota Marudu, baru mendapat bekalan oksigen, dan apa ini mangsa ini telah gagal untuk diselamatkan. Kalau mungkin oksigen bekalan oksigen dapat dibekalkan dengan awal, mungkin nyawa boleh diselamatkan.

Lagi satu, iaitu doktor pakar di Kota Marudu. Kita ketiadaan doktor pakar. Semua yang doktor-doktor yang ada di Kota Marudu, adalah doktor baru, ataupun doktor yang masih praktikal.

Salah satu kekurangan juga yang amat kritikal ialah ambulans kita. Ambulans Kota Marudu tinggal dua yang beroperasi.

Bayangkan kalau ada perkara-perkara emergency serentak, bukan saja accident ataupun menghantar pesakit-pesakit ke Kota Kinabalu. Ini akan mengakibatkan nyawa juga akan terancam. Datuk Speaker, Kota Marudu juga terkenal sebagai kawasan banjir. Setiap tahun acara banjir ini seperti acara tahunan kami. Ribuan mangsa yang perlu dipindahkan ketika musim banjir. Masalah utama ialah kita memerlukan pusat pemindahan yang lebih teratur, supaya tidak lagi mengganggu sekolah-sekolah sebagai pusat pemindahan.

Ada kalanya, kita bermasalah dengan pihak sekolah kerana maklumlah, kadang-kadang apabila kita buat pemindahan, bukan sahaja orang

dewasa tetapi kanak-kanak boleh merosakkan peralatan sekolah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pihak sekolah.

Justeru itu kita mohon, jasa baik Kerajaan Negeri agar dapat menyediakan kalau boleh, peruntukan khas bagi membina pusat-pusat pemindahan yang teratur dan lengkap dengan kemudahan asas untuk memudahkan bagi pihak pentadbir daerah mengatur masalah mangsa banjir ini.

Datuk Speaker, seperkara lagi yang merupakan masalah utama Kota Marudu, iaitu tanah SAFODA. Saya mohon Dewan yang mulia ini kerana tanah SAFODA ini telah banyak kali dinyatakan dalam Dewan yang mulia ini supaya Kerajaan Negeri serius untuk ah menyelesaikan masalah tanah SAFODA.

Banyak tanah kampung yang termasuk dalam tanah SAFODA dan juga kebun-kebun rakyat kita yang masih termasuk dalam tanah SAFODA.

Saya mohon sebagai pemimpin di kawasan ini supaya Kerajaan Negeri akan dapat mengeluarkan tanah-tanah ini untuk diberikan kepada kepentingan penduduk rakyat di kawasan Kota Marudu, dan kalaulah kita melihat bahawa perkara yang sebelum ini, bila kita keluarkan tanah SAFODA ini, akan ada orang yang menjual kepada pihak yang ketiga.

Saya juga mohon kepada Dewan yang mulia ini dan Jabatan Tanah dan Ukur, kalau boleh, kalau kita keluarkan tanah SAFODA ini biar catat dalam syarat-syarat pemberian kelulusan supaya tidak boleh dijual melainkan diturunkan kepada keluarga seperti mana yang Kerajaan Negeri buat pada apa ini ah, apa ini program pengeluaran tanah sebelum ini.

Datuk Speaker, akhir sekali, saya mengharapkan belanjawan yang inklusif ini akan memberikan impak yang besar, dalam merancakkan pembangunan negeri Sabah. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan dalam perbahasan ini dan sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya mengucapkan kepada rakan-rakan saya yang Kristian, Selamat Menyambut Hari Krismas, kepada semua Selamat Menyambut Tahun Baharu 2023.

Sekian.

Saya mohon menyokong belanjawan yang telah dibentangkan.

Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Bandau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tmenjemput Yang Berhormat dari Gam-Gam. Gum-Gum or Gam-Gam?

Gum-Gum. Oleh kerana dia tidak ada di sini, saya sekarang menjemput Yang Berhormat dari Kunak.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Bismillahirahmanirahim, assalammualaikum WBT dan salam sejahtera. Subhanallah, alhamdullilah, terima kasih untuk peluang dan kesempatan kepada saya menyampaikan suara hati dan denyut nadi masyarakat Kunak dalam perbahasan ucapan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2023 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri pada Jumaat yang lepas dengan tema “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”.

PRU-15 sudah pun melabuhkan tirai, Perdana Menteri telah pun mengangkat sumpah, Kerajaan Perpaduan juga telah pun dibentuk sekali gus rentetan peristiwa yang berlaku pra dan pasca-PRU telah semakin menyedarkan saya dan mengingatkan saya, betapa politik itu sangat dinamik. Hari ini saling menyalahkan, besok saling berpegangan tangan.

Usai pilihan raya, bicara kita hanya untuk rakyat. Sejajar dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, justeru saya berharap semua peruntukan pembangunan termasuklah, peruntukan ADUN haruslah lebih menyeluruh dan diagihkan secara saksama. Bukan hanya untuk rakyat di kawasan yang diwakili oleh ADUN Kerajaan tetapi sewajarnya merangkumi dan menjangkaui semua kawasan di seluruh pelusuk negeri Sabah.

Datuk Speaker, sejujurnya saya menantikan ucapan yang menyentuh usaha meningkatkan pelaburan ke Sabah.

Usaha dalam menangani peratusan

pengangguran yang sangat tinggi dan migrasi anak Sabah ke semenanjung untuk mencari sesuap nasi.

Apa tindakan Kerajaan terhadap kadar minima gaji yang rendah di Sabah? Apa usaha Kerajaan dalam melayan golongan yang miskin tegar? Realitinya jika ucapan Belanjawan seharusnya ditunggu-tunggu, tapi kita di Sabah ucapan ini sedikit hambar dan hampir sama setiap tahun dengan angka yang sedikit berbeza.

Datuk Speaker, setiap kali saya mengambil bahagian dalam perbahasan, setiap kali itu jugalah masalah yang hampir sama saya bangkitkan.

Masalah air, di semua kawasan termasuk di Kunak yang seolah-olah tidak ada penghujungnya. Wakil rakyat sudah ditukar, Kerajaan sudah diganti, Menteri sudah bersilih ganti, jadi di mana sebenarnya silapnya? Loji masih balik-balik rosak, kemarau tiada air, hujan pun tiada juga air, tangki besar masih tidak boleh digunakan. Saya rasa sistem kerja yang menjadi pokok masalah. Masalah jalan rosak, permohonan jalan berturap di Tingkayu, masalah jalan rosak di kampung-kampung dan masalah internet buat kesekian kalinya saya mohon diambil tindakan tuntas.

Peruntukan JKR dalam Belanjawan 2021 berjumlah RM995.69 juta, 2022 RM1.015 bilion dan kini 2023, RM1.16 bilion. Takkanlah peruntukan sebesar ini hampir setiap tahun tidak mampu membaiki kerosakan di Loji Air Kunak yang sekian lama? Datuk Speaker, dengan anggaran perbelanjaan yang berjumlah RM5.138 billion, Kunak sangat berharap agar masyarakat Kunak juga dapat merasa manfaat serta untuk turut menikmati tempias pembangunan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2023.

Seperti mana kami di Kunak juga turut sama menyumbang dalam pembangunan negeri Sabah.

Datuk Speaker dan sidang Dewan, seperti yang kita maklum Sabah merupakan negeri pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia dengan 11 kilang penapisan minyak sawit. Namun industri kelapa sawit Sabah didominasi oleh konglomerat dari Semenanjung Malaysia.

Seperti Wilmar International, QL Resources, KL-Kepong, IOI Corporation, Genting Plantation, Sime Darby dan begitu juga syarikat milik Kerajaan Persekutuan, iaitu FELDA.

Tahukah kita, hanya 20% hingga 30 %, sahaja pekebun kecil milik rakyat Sabah? Ini antara bukti kenapa negerinya kaya tapi rakyatnya miskin.

Untuk pengetahuan sidang Dewan, Kunak menyumbang 65% daripada jumlah kawasan tanaman di Sabah. Untuk kilang penapisan minyak yang menghasilkan minyak masak daripada 11 kilang yang ada, dua terletak di daerah Kunak.

Namun hasilnya untuk rakyat Kunak amat sukar dirasa. Majoriti jawatan eksekutif ke atas diisi oleh kakitangan asal semenanjung.

Sekolah di kawasan ladang masih daif dan tidak mencukupi. Jalan ke ladang sawit seperti di kawasan Tingkayu, teruknya bukan kepalang.

Malah ramai di kalangan generasi warga emas menyifatkan tidak ubah seperti kembali ke era tahun 70-an tatkala melalui jalan tersebut. Jalan di bulan, jalan kotak telur, itulah menjadi gurauan trauma kepada pengguna-pengguna di jalan ini.

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan minyak masak jenama Sayang. Penambahan kepada minyak masak jenama BESS, GOLD dan ONSOI yang dibuat oleh Kerajaan Warisan. Justeru, Kunak ingin mencadangkan agar Kerajaan membina kilang pembungkusan minyak sawit di Kunak. Pastinya peluang pekerjaan yang bakal terhasil nanti memberi manfaat kepada rakyat Kunak yang selama ini hanya menjadi pemberi manfaat namun tidak menerima hasil selayaknya kami.

Datuk Speaker, sektor pelancongan kini bakal mekar kembali. Justeru berulang kali saya suarakan, Kunak juga merayu agar mendapat limpahan peruntukan.

Penglibatan rakyat tempatan dalam sektor pelancongan di Kunak amat menggalakkan. Pusat-pusat pelancongan sudah mula tumbuh seperti Double Lagoon, Sarina Beach dan terkini Farfiq Sparkle, The Hidden Sanctuary dan Pirates Bay di Kunak.

Namun, rata-rata pengusaha ini menggunakan inisiatif sendiri. Justeru saya memohon agar Kerajaan memberi bantuan suntikan modal dan juga melalui kementerian dan agensi berkaitan untuk tampil membantu mereka dari segi tunjuk ajar dan menjadi pemudah cara kepada mereka. Justeru, pelancongan lestari melalui community-based tourism amat perlu untuk memberi kesedaran, potensi dan peluang ekonomi buat masyarakat setempat.

Datuk Speaker, pada kesempatan ini saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih atas pembinaan Perpustakaan Daerah Kunak. Namun saya mohon penjelasan anggaran tempoh siap. Bila pembinaan perpustakaan ini, dapat dinikmati oleh anak-anak Kunak?

Belanjawan juga menjelaskan, sebanyak RM352.3 juta untuk sektor agama. Saya memohon agar ada… minta maaf Speaker. Saya mohon agar ada pembinaan masjid daerah yang baharu, bagi menggantikan masjid lama yang sudah tidak dapat menampung kapasiti. Excuse me. Untuk rekod, masjid sedia ada telah dibina pada tahun 80-an.

Begitu juga agihan peruntukan sebanyak RM122.11 juta untuk JHEAINS di Kunak. Untuk pengetahuan, di Kunak kerosakan lantai mozek Pejabat JHEAINS agak serius sehingga kerosakan tersebut telah menyebabkan berlakunya kes kecederaan melibatkan orang awam. Saya mohon JHEAINS agar perkara ini diambil perhatian serius.

Datuk Speaker, dalam aspek kesejahteraan dan kebajikan rakyat, ingin saya mengambil perhatian tentang masalah pesakit mental dari golongan bukan warganegara.

Dua kes di Kunak amat serius. Pesakit-pesakit mental ini sering bertindak ganas seperti membaling batu, bertindak kasar kepada orang awam dan paling menyedihkan adalah sering kali tidak ada seutas benang pun di badan mereka. Namun tiada agensi yang mempunyai punca kuasa sebenar untuk mengambil tindakan. Kata IPD ini bukan kes jenayah, kata kebajikan dan hospital, mereka ini bukan warganegara.

Jadi pada siapa harus masalah ini disuarakan?

Saya merayu agar Kerajaan mengambil inisiatif seperti yang dibuat ke atas anak-anak Palauh. Gunakanlah kuasa kemanusiaan yang ada.

Datuk Speaker, saya memohon penjelasan tentang permohonan kami tentang pembinaan Kompleks Sukan Daerah Kunak yang….

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

... jadi kepada siapa masalah ini harus disuarakan, saya merayu agar kerajaan mengambil insiatif seperti yang dibuat ke atas anak-anak Palauh. Gunakanlah kuasa kemanusiaan yang ada. Datuk Speaker, saya memohon penjelasan tentang permohonan kami tentang pembinaan Kompleks Sukan Daerah Kunak yang sekian lama kami suarakan dan kami impikan. Namun agak malang sehingga ke hari ini belum kelihatan komitmen kerajaan. Anak-anak Kunak sudah banyak mengharumkan nama Sabah di peringkat Kebangsaan.

Terkini, pelajar SMK Kunak Jaya, adik Yee Aleng yang berjaya menyumbang pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Sekolah Malaysia dan Adik Shahrizan Hattam yang membantu Sabah Rhino merangkul naib johan dalam Kejohanan Liga Bola Tampar Malaysia.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, saya berikan tiga minit lagi, oleh kerana batuk-batuk dan minum air, sila gulung kalau boleh, terima kasih.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih, Datuk Speaker. Sesuai dengan moto Kerajaan Negeri Sabah yakni Sabah Maju Jaya, saya ingin mengambil perhatian kepada Kementerian KKTP tentang keperluan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Kunak.

Perkhidmatan mereka Datuk Speaker perlu ditransformasi. Ini kerana pada masa ini, kelihatan cara penyampaian yang agak pasif dan sangat perlahan. Contohnya isu anjing liar dan ganas yang masih gagal ditangani sehingga kini. Pembinaan kedai sementara, kes kedai atau gerai sementara pembinaannya sudah siap barulah notis pemberhentian dan arahan merobohkan dikeluarkan. Ini bukan soal menggalakkan rakyat mendirikan binaan secara haram dan terkawal, tetapi ini adalah gambaran betapa kerja pemantauan dan penguatkuasaan agak lemah dan tidak proaktif.

Bangunan baru di pasar minggu masih tidak beroperasi telah dinyatakan dalam Daily Express ditulis dengan jelas betapa bangunan baru itu siap

pada bulan Mac tetapi sehingga kini tidak ada penghuninya.

Tandas awam yang bernilai hampir RM300 ribu sudah lebih tahun dibina tetapi tidak dioperasikan. Datuk Speaker, saya tertarik dengan peruntukan RM5.83 juta JHEWA untuk program Kepimpinan dan Pembangunan Wanita, namun hanya enam ADUN daripada 73 ADUN adalah wanita berbanding lapan ADUN wanita pada penggal sebelum ini. Saya mohon penjelasan, apa strategi JHEWA dalam program ini bagi memastikan jumlah ADUN wanita ini dapat bertambah pada tahun mendatang dan mencerminkan hasil yang sesuai dengan peruntukan yang digunakan. Datuk Speaker, kali ketiga Datuk Seri Hajiji membuat ucapan Belanjawan 2021 temanya “Rakyat Sejahtera, Ekonomi Mampan”, 2022 temanya “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera”, 2023 “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”, yang menjadi persoalan adalah kita tidak dapat melihat impak yang besar terhadap ekonomi kita. Saya gagal merasai iltizam politik yang kuat untuk melonjakkan ekonomi negeri dan membela hak Sabah seperti yang diperjuangkan dalam perjanjian keramat kita, Perjanjian 1963.

Saya ingin memetik ucapan Belanjawan YAB Ketua Menteri minggu lepas dan merujuk pada perenggan 20 berkenaan mempertahankan dan memperjuangkan …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang, Yang, Yang Berhormat..

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Yes, this is the last,

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, be consistent tadi sebut nama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tapi yang sebelum itu memanggil nama dia, tarik balik.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Alright, alright Datuk Speaker. Dan merujuk pada perenggan 20 berkenaan mempertahankan dan memperjuangkan hak negeri Sabah. Dikatakan di situ bayaran interim pemberian khas telah dinaikkan, bayaran interim.

Walhal, yang sebenarnya ini bukanlah suatu bayaran interim, inilah pembayaran pemberian khas yang baharu.

Ini adalah hasil daripada review baru yang berlaku pada tahun ini PU(S119) 2022, perintah ini telah menggantikan review

lama PU(A328)1970. Review lama langsung tidak menggunakan formula 40% dan review baru ini pun sama juga tidak mengunakan formula 40% yang hanya berubah adalah amaunnya daripada RM26.27 juta kepada RM129.7 juta yang ini juga tidak menggambarkan langsung semangat pemberian khas 40% yang dipersetujui daripada MA63.

Bila adanya sebuah perintah seperti ini, it is a done deal, it is no more bayaran interim pemberian khas as if negotiation is going behind the scenes, janganlah gunakan perkataan bayaran interim seolah-olah kerajaan pada hari ini akan benar-benar akan melakukannya. Saya tanya adakah kerajaan benar-benar serius mempertahankan dan memperjuangkan hak Sabah? Ayuh Kerajaan GRS walaupun kita berlainan wadah politik, namun saya sangat berharap Kerajaan GRS menjadi Kerajaan yang berani, Kerajaan yang tegas menuntut hak kita yang telah dinafikan selama ini. Ingatlah pesanan pemimpin agung Sabah, Tun Mustapha berkata “jagalah negeri ini dan jangan sampai jatuh ke tangan orang lain lagi, jangan sampai negeri ini ditadbir hanya secara zahir oleh orang Sabah tetapi dikongkong secara batin oleh orang luar”, sekian Kunak bersuara.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sokong ah, Kunak?

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya mohon menyokong Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Menyokong, terima kasih.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Off course, thanks.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari Darau. Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Datuk Speaker, Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera, Yang Berhormat Datuk Speaker, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk membahas Bajet 2023 Sabah yang betemakan “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera” yang telah dibentangkan Yang Amat

Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor yang juga Menteri Kewangan Negeri pada 25 November 2022 yang lalu.

Sebelum saya meneruskan perbahasan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Semoga dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Malaysia akan bergerak keluar dari kemelut ekonomi ini serta corak pentadbiran yang lebih sistematik dan inklusif.

Saya sangat tertarik dengan perkongsian Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kongsikan dalam pembentangan Bajet 2023 tema yang hanya sedikit berbeza sahaja dimana tema 2022 “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera” manakala tema pada tahun 2023 “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera” manakala Bajet 2022 yang diperuntukkan pada 2022 adalah RM4.596 bilion berbanding Bajet 2023 adalah RM5.26 bilion dengan kadar kemiskinan di negeri Sabah yang masih dengan status lapan daerah termiskin yang masih berada dalam status quo. Saya harap dengan peningkatan ini, dapat sedikit sebanyak menurunkan ah kadar kemiskinan yang ada bukan sahaja di lapan daerah berkenaan malahan di seluruh daerah di negeri Sabah.

Rakyat di luar sana berharap agar bajet yang besar seperti ini dapat memberikan kesan yang besar dan impak yang signifikan terutama dalam menaikkan taraf ekonomi penduduk atau sekurang-kurangnya keluar daripada kepompong kemiskinan terutamanya di lapan buah daerah yang telah diisytihar miskin pada tahun lalu. Saya ingin merujuk kepada pembentangan Bajet 2023 Bilangan 20, Perkara 3 menyebut walaupun bayaran interim bayaran khas Kerajaan Persekutuan dinaikkan kepada RM129 juta ringgit pada tahun 2023, Kerajaan Negeri akan terus berunding bersama Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan kajian semula pemberian khas di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sabah dapat memohon peruntukan yang lebih realistik dengan pembangunan ekonomi Malaysia.

Datuk Speaker, negara China dalam beberapa dekad sahaja mampu mengeluarkan lebih 60% warganya atau rakyatnya daripada belenggu kemiskinan 60 …

…. belenggu kemiskinan. 60% daripada 1443.6 bilion penduduk sama dengan 900 juta warganya keluar dari kepompong kemiskinan. Di Malaysia pula merujuk kenyataan mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Yassin pada satu program rasmi di Kuala Lumpur pada Mac 2021 telah menjelaskan bahawa kumpulan rentan telah meningkat daripada B40 kini menjadi B50. Ini bukan hanya sekadar trend tetapi hakikat yang perlu diambil perhatian dan tindakan proaktif di pihak kerajaan.

Bagaimanapun pula keadaan kita di Sabah?

Merujuk Berita Harian telah memaklumkan bahawa terdapat sepuluh daerah termiskin di Malaysia dan lapan darinya adalah di Sabah, iaitu Pitas, Kudat, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan. Keadaan ini masih kekal dan tidak ada sebarang perubahan walaupun dengan bajet yang besar tahun ini dan tahun hadapan. Kebimbangan saya, sampai bila keadaan ini harus berterusan dan saya ingin mencadangkan agar sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi merancanakan pemulihan ekonomi yang holistik terhadap daerah-daerah ini.

Datuk Speaker dan semua rakan-rakan Ahli Dewan, saya ingin merujuk di kawasan DUN Darau, seperti yang sedia maklum Kampung Rampayan terlalu kerap mengalami banjir. Pada tahun 2022 sahaja, mengikut pengiraan saya kampung ini telah 24 kali dilanda banjir manakala menurut kiraan penduduk kampung berlaku 28 kali banjir dan untuk makluman pada bulan November 2022 ini sahaja terdapat empat kali berlakunya banjir di kawasan ini. Kejadiaan yang berulang kali ini amat membebankan rakyat yang terpaksa menaggung beban kerugian harta benda seperti peralatan elektrik, perabot dan kenderaan. Bukan setakat itu sahaja setiap kali banjir sekolah di kawasan tersebut terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan dan ini menjejaskan pembelajaran anak-anak kita di sana. Beberapa hari lepas, saya bersama Ahli Parlimen Sepanggar, Yang Berhormat Haji Mustapha Mahmud telah mengadakan lawatan bersama ke kawasan tersebut termasuk Sungai Rampayan. Kami mendapati antara faktor utama banjir kilat yang kerap berlaku di sana adalah kerana aliran air dari Ulu Sungai Rampayan tidak lancar disebabkan terdapatnya mandapan lumpur dan pasir di sepanjang sungai tersebut. Kedalaman sungai tersebut sebelum ini yang mempunyai kedalaman

dianggarkan sembilan kaki kini hanya menjadi sekitar tiga hingga empat kaki sahaja. Untuk itu, bagi tujuan penyelesaian jangka pendek, saya memohon agar peruntukan Belanjawan 2023 yang diperuntukkan ke Kementerian Kerja Raya yang berjumlah RM1.16 bilion dapat disalurkan sedikit bagi tujuan kerja-kerja mengorek mandapan lumpur dan pasir di sungai berkenaan.

Mudah-mudahan dengan langkah jangka pendek ini dapat mengurangkan kesan banjir sementara menunggu projek tembatan sungai Rempayan siap sepenuhnya. Saya juga ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini mengenai keadaan jambatan-jambatan kayu di Kampung Kalansanan dan sekitar Kampung Likas yang terlalu usang dan membahayakan kepada penduduk. Untuk makluman, terlalu kerap berlaku kejadian-kejadian kemalangan yang membahayakan nyawa penduduk. Telah berlaku di Kalansanan yang melibatkan penduduk jatuh dan saya telah dimaklumkan sehingga menyebabkan satu kematian.

Sehubungan itu, saya mencadangkan bahawa peruntukan dapat disalurkan bagi tujuan pembaikan jambatan-jambatan kayu yang sangat usang. Seperti yang kita sedia maklum, di kawasan DUN Darau cukup terkesan dengan isu banjir. Saya ingin membawa perhatian, Datuk Speaker kawasan Kampung Gandangon Kembirian Menggatal yang masih dihantui perkara ini ketika hujan lebat turun. Ini berpunca daripada masalah peparitan yang menghubungkan terus ke Sungai Menggatal yang tersumbat teruk. Penyelesaian harus dilaksanakan dalam kadar segera kerana isu ini telah berlarutan sekian lama. Permasalahan ini juga menjadi mimpi ngeri penduduk setempat kerana impak dari banjir tersebut akan menenggelamkan Tanah Perkuburan Kristian di kawasan terbabit dan mengakibatkan Tanah Perkuburan mendap dan menyukarkan kerja-kerja pengebumian di kawasan tersebut. Untuk itu, saya mohon agar peruntukan dapat disalurkan bagi membina dan memperbaiki sistem perparitan yang sedia ada di kawasan tersebut. Isu banjir yang serius juga perlu diambil kira di Kampung Sunsuyon Kembirian. Jalan raya di kampung ini adalah dalam keadaan yang sangat tidak wajar akibat dari daripada kesan banjir yang kerap berlaku dan ini membahayakan penduduk yang menggunakan laluan ini setiap hari. Untuk ini juga, saya memohon agar peruntukan bagi penambahbaikan parit sekitar sepanjang 150 meter di kampung ini.

Datuk Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan membawa perhatian Dewan ini, Dewan yang mulia ini kepada isu kebajikan pelajar-pelajar Sabah yang belajar di universiti-universiti tempatan. Isu ini telah diutarakan oleh ramai oleh pelajar UiTM berkaitan isu tempat tinggal. Sebagai makluman Datuk Speaker dan ahli dewan Universiti dan Kolej hanya menyediakan kemudahan tempat tinggal bagi semester pertama pengajian, manakala semester kedua dan seterusnya pelajar perlu menyewa di luar kampus. Masalah ini berlaku bila mana pelajar tersebut datang dari golongan miskin tegar dan B40, B40. Terdapat pelajar yang tidak dapat meneruskan pengajian akibat tidak mampu membayar sewa bilik atau rumah walaupun menyewa secara berkelompok.

Saya teringat pada sidang sebelum ini, satu tabung pendidikan telah ditubuhkan dan diluluskan di dewan ini. Untuk itu saya mencadangkan agar isu kebajikan dan sewa bilik atau rumah pelajar bagi golongan kesan ini dimasukkan sebagai bantuan menggunakan tabung atau dana yang telah disediakan agar mereka ini dapat dibantu.

Akhir sekali, saya mencadangkan kepada kerajaan negeri mempertimbangkan pembayaran elaun bulanan kepada bilal-bilal dan Tok Siak di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan JHEAINS di negeri Sabah. Seperti ramai yang sedia maklum, elaun-elaun untuk bilal dan Tok Siak pada masa ini secara amnya dibayar oleh jawantankuasa masjid dan surau melalui pungutan tabung masjid dan surau. Perlu diingat, tidak semua masjid dan surau mampu mendapat pungutan atau sumbangan bagi menampung elaun-elaun tersebut. Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini saya ingin merakamkan setinggi-tingi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin merangkap Menteri Kerja Raya atas tindakan beliau, tindakan segera beliau yang telah diambil bagi menyelesaikan isu laluan perahu nelayan di Sungai Rampayan baru-baru ini. Dalam lawatan saya beberapa hari yang lepas, saya telah menyaksikan laluan tersebut sedang dalam proses pembinaan. Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Merry Christmas kepada semua ahli-ahli yang berhormat yang meraikannya dan tidak lupa juga kepada semua kakitangan Dewan Undangan Negeri Sabah. Datuk Speaker saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Darau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gum-Gum untuk berucap.

Terima kasih, Datuk Sepaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberi ruang dan peluang ini untuk saya menyampaikan ucapan dalam perbahasan Belanjawan negeri Sabah bagi tahun 2023 yang telah dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada jumaat yang lepas. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 seterusnya pada rakan-rakan yang berhormat yang dikasihi sekalian. Sukacitanya.…

…..dikasihi sekalian.

Sukacita saya dengan ini mengemukakan beberapa isu penting yang tentunya memerlukan jawapan.

Sekali gus, menyelesaikan segala maklum balas kepada aduan rakyat dan juga menyelesaikan kepada perkara yang saya kemukakan antara lainnya mengetengahkan permasalahan rakyat dan isu-isu yang berkait rapat dengan pembangunan dan kesejahteraan rakyat khasnya di kawasan DUN Gum-Gum. Datuk Speaker, pada sidang yang lepas masalah isu nelayan di mana saya telah maklumkan kepada Kerajaan bahawa beberapa buah kampung haruslah diberi perhatian dengan kadar segera.

Masalah seperti ketiadaan jeti, jeti yang perlu dibaik pulih untuk kemudahan masyarakat nelayan masih belum diselesaikan. Antaranya seperti kampung yang terlibat, seperti Kampung Sungai Kapur, Kampung Banting dan Kampung Kuala Gum-Gum.

Bagi Kampung Songong pula saya memohon agar dapat Kerajaan membina jeti yang baharu untuk kemudahan nelayan memunggah hasil-hasil tangkapan mereka dan juga untuk kegunaan anak-anak sekolah dari Kampung Semawang Laut ke SK Semawang.

Harapan saya peruntukan Kementerian Pertanian dan Perikanan sebanyak RM501.54 juta tersebut

dapatlah disalurkan sebahagiannya di kawasan DUN Gum-Gum, supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Datuk Speaker, seperti di tempat-tempat lain banjir juga masih menjadi masalah di kawasan kampung di kawasan saya seperti Kampung Jaya Bakti, Kampung Sungai Memanjang, Kampung Sungai Kapur dan Kampung Pertanian Batu 25. Saya percaya kajian tentang masalah banjir ini seperti mana yang dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri pada sidang DUN yang lepas telah mendapat jawapan dan saya berharap agar masalah banjir ini dapat diselesaikan dengan kadar segera, supaya kehidupan masyarakat kampung yang terlibat menjadi tenang walaupun musim hujan turun dengan lebatnya. Seterusnya, pada sidang yang lalu saya juga memohon supaya pihak Kerajaan dapat menyediakan sebuah bot, perahu untuk kegunaan semasa banjir. Soalan saya sudahkah ada perahu tersebut? Datuk Speaker, pada sidang yang lalu juga saya telah kemukakan masalah makhluk perosak seperti monyet dan beruk, yang sangat membimbangkan masyarakat yang bukan sahaja memusnahkan hasil tanaman malahan mengancam keselamatan atau ketenteraman awam.

Di mana monyet dan beruk tersebut telah menceroboh ke dalam kediaman masyarakat kampung.

Soalan saya apakah sudah ada pelan tindakan oleh Jabatan Hidupan Liar untuk menyelesaikan masalah tersebut? Seterusnya utnuk meringankan beban pekebun-pekebun kecil ini, pada sidang yang lalu juga saya memohon kepada Kerajaan supaya membina sebuah pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian, yang ini adalah memudahkan pekebun kecil memasarkan hasil pertanian mereka, tetapi sehingga kini masih belum dapat dilaksanakan.

Saya juga ingin bertanya adakah pihak Kerajaan berhasrat untuk membina pusat pengumpulan hasil-hasil ini untuk kegunaan masyarakat kampung? Datuk Speaker, seterusnya saya juga ingin memaklumkan melalui Dewan yang mulia ini bahawa di kawasan saya ada beberapa masalah kemudahan asas seperti yang menyebabkan kecewaan rakyat yang belum diselesaikan terutama sekali jalan raya. Sudah lama penduduk mengharapkan jalan raya yang selesa untuk ulang-alik dari kampung ke bandar dan yang paling penting untuk mereka membawa hasil-hasil pertanian dan hasil tangkapan untuk dipasarkan di pusat bandar. Malangnya, sehingga kini masalah jalan raya yang amat teruk yang dialami beberapa buah

kampung seperti Kampung Sungai Tiram, Kampung Wawasan Desa dan terus ke Kampung Semawang, jalan raya ke Kampung Sungai Memanjang, jalan raya Kampung Sungai Beruang terus ke Kampung Kuala Gum-Gum dan juga jalan masuk ke simpang Kampung Piyun masih lagi teruk dan menyusahkan penduduk kampung berkenaan.

Datuk Speaker, saya ingin bertanya kepada Kerajaan adakah pihak Kerajaan mempunyai rancangan jangka pendek atau peruntukan segera untuk mengatasi masalah jalan raya kampung yang teruk ini supaya diselenggarakan dengan segera? Saya berharap peruntukan Kementerian Kerja Raya sebanyak RM1.16 bilion ini dapat disalurkan sebahagiannya ke kawasan DUN Gum-Gum supaya masalah jalan raya ini dapatlah diselesaikan dengan kadar segera.

Keduanya, Datuk Speaker, di kawasan DUN Gum-Gum ini bekalan air bersih juga menjadi masalah utama beberapa buah kampung seperti Kampung Laut, Semawang Laut yang mereka ini terpaksa membeli air bersih dari kampung berkenaan untuk memasak.

Kampung Dandulit, Kampung Banting, Kampung Sungai Beruang, Kampung Kuala Gum-Gum dan Kampung Rancangan Luboh Peringkat 6 ini pula lain masalahnya.

Ada paip tapi tiada air.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pemasangan paip air telah dilaksanakan ke kampung-kampung di atas. Namun sehingga kini bekalan air bersih masih tidak ada. Soalan saya bilakah bekalan air bersih ini dapat dibekalkan kepada kampung-kampung yang terlibat?

Datuk Speaker, isu terakhir saya berkenaan liputan jaringan telekomunikasi jalur lebar atau Internet. Di sidang DUN lepas, isu ini telah pun saya bangkitkan namun sehingga kini isu jalur lebar ini masih satu masalah kepada rakyat. Keadaan luar bandar yang terperinci sepatutnya tidak ketinggalan daripada menikmati kemudahan liputan jaringan telekomunikasi ini.

Ketiadaan kemudahan jalur lebar yang baik capaiannya akan menjejaskan pembelajaran anak-anak sekolah kita yang menuntut di luar bandar terutama yang tinggal di kawasan Gum-Gum yang saya wakili. Saya yakin dan percaya dengan jumlah peruntukan RM175.61 juta yang diagihkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kali ini dapat menyalurkan sebahagian peruntukan ke kawasan DUN Gum-Gum agar masalah jalur lebar ini

dapat ditangani dan diatasi dengan segera.

Kerana kaedah pembelajaran kokurikum Kementerian Pelajaran Malaysia sekarang ini banyak mengendalikan pelajaran secara online daripada rumah. Soalan saya adakah Kerajaan bercadang membina menara telekomunikasi 5G di kawasan DUN Gum-Gum dan adakah pelan strategik bagi menyediakan kesalinghubungan digital ini dapat dilaksanakan. Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya sidang DUN yang ketiga ini, saya mohon maaf sekiranya ada perkataan saya yang kurang sedap di dengar dan di kesempatan ini juga saya turut mendoakan semoga Yang Mulia Tun serta keluarga senantiasa kekal sihat dan di dalam lindungan Allah SWT. Kepada masyarakat Sabah yang beragama Kristian, saya mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year. Semoga rakyat Sabah diberkati dan dirahmati Allah SWT. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Arunarnsin bin Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri N.50 Gum-Gum, mohon menyokong. Ya.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Gum-Gum. Macam mahu angkat sumpah kau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Silam untuk berucap.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Terima kasih Datuk Seri Speaker.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih YB Datuk Seri Speaker beri ruang dan peluang untuk saya mengambil bahagian untuk membahas ucapan Belanjawan Tahun 2023 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan pada petang Jumaat 25 November 2022. Tema belanjawan pada tahun ini “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”. Tujuan utama memperkasa ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah. RM5.138 bilion merupakan belanjawan tertinggi negeri sejak merdeka. Semoga belanjawan ini dapat membantu dan meringankan kehidupan rakyat. Kita berharap masyarakat saya di DUN 62 Silam dapat sedikit tempiasnya dengan belanjawan ini. Datuk Seri Speaker, saya tertarik dengan perancangan Kerajaan untuk memperkasakan empat subsektor, iaitu tanaman, ternakan, perikanan dan aquaculture serta komoditi getah. Kerajaan…

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

...dan meringankan kehidupan rakyat. Kita berharap masyarakat saya di DUN 62. Silam dapat sedikit tempiasnya dengan belanjawan ini. Datuk Seri Speaker, saya tertarik dengan perancangan kerajaan untuk memperkasakan empat subsektor, iaitu tanaman, ternakan, perikanan dan aquaculture serta komoditi getah. Kerajaan negeri harus ambil perhatian yang serius terhadap sektor pertanian untuk membantu pekebun-pekebun kecil yang terbeban dengan kos harga baja dan racun..yang racun rumpai yang begitu tinggi. Begitu juga kesusahan dan kepayahan nelayan-nelayan kita terutamanya di Pantai Timur Sabah. Kita syorkan dan mohon supaya nelayan ini diberikan subsidi enjin sangkut untuk mudahkan mereka ke laut menangkap ikan khususnya nelayan-nelayan di kawasan saya di DUN 62 Silam. Dan peruntukan Belanjawan Malaysia RM501.54 juta kepada Kementerian Pertanian dan Perikanan agar peruntukan ini dapat disalurkan kepada nelayan-nelayan kita di pantai timur dan berharap agar kerajaan negeri terutama kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk membiayai pelbagai program bantuan kepada kumpulan ini supaya dapat meringankan beban dan kos operasi mereka dengan memberi subsidi kepada pekebun kecil dan nelayan-nelayan ini.

Datuk Seri Speaker, semasa perbahasan saya pada 22 Mac 2022 yang lalu, saya kemukakan dan memohon untuk pembinaan sebuah sekolah menengah agama di Parlimen P.188 Lahad Datu untuk menampung permintaan yang tinggi dari ibu bapa untuk anak-anak mereka belajar agama untuk menem..memantapkan akidah mereka dan negara kita mempunyai penduduk dan warga yang mempunyai akhlak yang baik di masa akan datang.

Dengan peruntukan perbelanjaan berulang RM1.977 bilion untuk bantuan kos program pembangunan masjid, surau dan sekolah agama maka sukacitalah sekiranya pihak kementerian mengambil langkah serius untuk membina sekolah agama tersebut di Parlimen P.188 Lahad Datu. Datuk Seri Speaker, setiap kali Dewan yang mulia ini bersidang, isu prasarana dan kemudahan asas tidak pernah terkecuali dari disentuh dan dibahas oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Isu seperti

bekalan elektrik, jalan raya dan bekalan air bersih di Lahad Datu. Bekalan air bersih masih membelenggu rakyat Lahad Datu.

Pada persidangan DUN pada 9 Disember 2021, Yang Amat Berhormat Menteri Kerja Raya pada sesi soal jawab mengatakan Segama, Lahad Datu water supply akan siap pada pertengahan tahun 2023 bulan Jun dan boleh membekalkan air bersih di kawasan Segama, Jalan Dam, Kampung Sabah Baru, Desa Bajau, Kampung Dasar Baru dan POIC. Pada hakikatnya, projek ini belum pun sampai 30% pembinaannya. Dengan peruntukan Jabatan Air Negeri Sabah sebanyak RM618.88 juta agar dapat peruntukan ini disalurkan kepada projek tersebut untuk disiapkan mengikut jadual pada bulan Jun 2023.

Datuk Speaker, masalah ini sering kali saya mohon dan maklumkan di Dewan yang mulia ini untuk diambil perhatian dan tindakan iaitu di Kilometer 5 Jalan Lahad Datu - Kunak di Kampung Sepagaya apabila hujan, air akan melimpah hingga kawasan rumah orang kampung dan tanah perkuburan. Peruntukan RM175.92 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran digunakan untuk operasi penyelenggaraan infrastructure dan pembangunan sistem tebatan banjir dan pertahanan tebing sungai. Adalah diharapkan agar separuh peruntukan ini dapat diagihkan ke Kampung Sepagaya tersebut untuk projek pertahanan tebing sungai supaya air tidak melimpah bila hujan dan mengakibatkan banjir.

Datuk Speaker, saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri melalui pembangunan perindustrian dan penyelidikan yang diperuntukkan RM6.17 juta menubuhkan Pusat IKS di Lahad Datu dan Silam. Ingin tahu bilakah projek ini dilaksanakan? Dan adalah diharapkan Kementerian Pembangunan Bandar Sabah dapat membantu mewujudkan kursus keusahawan bagi yang berminat di kawasan Parlimen P.188. Lahad Datu. Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh berkaitan peruntukan kawasan DUN terutama kawasan ADUN Pembangkang yang mana peruntukan dan DUN tersebut disalurkan kepada Unit Pembangunan..Pembangunan Masyarakat atau Pegawai Daerah. Peruntukan ini tidak sampai kepada sasaran kerana mereka yang mengendalikan tidak prihatin, hanya untuk isi poket mereka saja sebab itulah ramai ADUN Pembangkang yang kononnya demi rakyat, melompat meninggalkan parti asal mereka dan ada yang mendapat kedudukan yang selesa dan..dan gelaran dan sekali pun.

Sebab itulah lapan kawasan di Sabah dikategorikan sebagai miskin kerana peruntukan DUN tidak dapat dilaksanakan oleh ADUN Pembangkang di kawasan tersebut. Adalah disyorkan di masa-masa akan datang supaya peruntukan DUN disalurkan kepada setiap ADUN di semua 73 kawasan DUN di Sabah supaya slogan “Sabah Maju Jaya”

dapat direalisasikan.

Akhir sekali Datuk Speaker, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dapat membentangkan bajet yang tertinggi di dalam keseluruhan Negeri Sabah. Dan semoga bajet ini memanfaat kepada rakyat Sabah supaya slogan Sabah Maju Jaya dapat direalisasikan. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya ingin memohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Silam. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Kapor.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Datuk Speaker, terima kasih kerana memberi ruang untuk saya membawa suara N.4 Tanjong Kapor untuk membahas Belajawan Wilayah Sabah 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Jumaat yang lepas. Tahniah diucapkan kepada pihak kerajaan kerana telah berjaya membentangkan belanjawan dengan anggaran lebihan sebanyak RM130.47 juta dan yang terbesar dalam sejarah dengan anggaran RM5.268 bilion bertemakan “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”. Belanjawan ini memberi gambaran usaha kerajaan negeri untuk memperkasakan ekonomi Sabah demi kesejahteraan rakyat Sabah. Pada tahun ini, Kerajaan Sabah sudah mula mendapat pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan yang berjumlah RM125.6 juta. Saya hargai usaha kerajaan untuk membina 1500 buah rumah mesra Sabah Maju Jaya di seluruh Sabah hasil daripada pemberian khas tersebut. Semoga kawasan saya N.4 Tanjong Kapor tidak ketinggalan mendapat kuota yang bersesuaian.

Sebagai tambahan, boleh saya tahu bilakah projek ini akan bermula? Apakah syarat kelayakan pemohon? Dan bilakah permohonan mula dibuka kepada mereka yang berkelayakan? Datuk Speaker, di kesempatan ini, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkenaan dengan isu Pemberian Khas yang telah

diwartakan pada 20 April 2022 PU(S119). Pewartaan ini bertajuk “Perintah Perlembagaan Persekutuan Kajian Semula Pemberian Khas di Bawah Perkara 112D Negeri Sabah 2022”.

Saya mohon penjelasan atas formula apakah yang diguna pakai kenaikan kadar pemberian semula itu? Dan kenapa perkara ini tidak pernah dibincangkan di Dewan yang mulia ini sebelum rundingan dilakukan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri? Mengikut pewartaan tersebut, Sabah akan dibayar RM125.6 juta pada tahun 2022 sebelum dinaikkan kepada RM129.7 juta untuk 2023, RM133.8 juta pada tahun 2024, RM138.1 juta untuk 2025 dan RM142.6 juta untuk 2026. Pada tahun 2022 hingga ke 2024, kita nampak penambahan RM4.1 juta setiap tahun namun pada tahun berikutnya naik kepada RM...

Speaker

Yang Berhormat.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

3 Juta….

Speaker

Yang Berhormat, boleh berhenti? Boleh berhenti? Sekejap. Berhenti sekejap, ada usul.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut.…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

….mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap 2 (1B) Peraturan-peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga jam enam petang ini.

Speaker

Ada penyokong?

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Matunggong

Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di depan majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju. Lesu ja (saja) ni, yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujui.

Sila teruskan Yang Berhormat Tanjong Kapor. Bukan saya suruh berhenti terus tadi, saya suruh berhenti sekejap ja (saja).

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Okey.

Speaker

Teruskan.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Namun pada tahun berikutnya naik kepada RM4.3 juta dan RM4.5 juta tahun berikutnya. Soalan ini bukan bermaksud saya tidak menghargai kenaikan tersebut, tapi tidak konsisten dan agak mengelirukan kerana tiga tahun pertama kadar kenaikan hanya RM4.1 juta sahaja. Jadi mohon penerangan tentang formula yang diguna pakai, agar mudah untuk saya memperjelaskan kepada rakyat di kawasan saya nanti.

Dalam jangka masa yang sama, saya berharap Kerajaan Negeri akan tunaikan janji untuk terus menuntut perkara 112C agar hak kita berjaya dikembalikan semula.

Datuk Speaker, saya menyambut baik usaha Kerajaan ingin membantu ramai pemain Industri Kecil Sederhana (IKS). Walau bagaimanapun, memandangkan Kerajaan Negeri menganggarkan pendapatan yang lebih tinggi pada tahun hadapan, sesuai dengan penambahan dari segi pemberian khas dan 5% kutipan cukai penjualan produk petroleum, adalah sewajarnya bajet untuk membantu golongan IKS ditambah daripada apa yang sudah dinyatakan.

Ramai pengusaha IKS di Kudat sudah gulung tikar akibat dari kesan pandemik sejak 2020. Sewajarnya Kerajaan memberi peruntukan khas kepada golongan ini untuk memyambung semula perniagaan mereka sama ada melalui kaedah dana khas ataupun pinjaman tanpa faedah. Usaha daripada kerajaan ini pasti akan memberi nafas baru kepada lebih daripada 100 pengusaha IKS di seluruh Kudat. Saya juga

ingin menyarankan agar peruntukan yang lebih besar harus diberikan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran agar masalah banjir kilat dapat dikurangkan. Bukan sahaja di kawasan pertanian tapi juga di tempat-tempat yang biasa dilanda banjir kilat di sekitar Tanjong Kapor.

Selain itu, saya juga ingin meminta Menteri Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan, dapat menyediakan peruntukan khasnya kepada Sekolah Agama Negeri yang berada di seluruh Kudat.

Saya difahamkan bahawa bangunan atau infrastruktur Sekolah-sekolah Agama Negeri ini telah usang dan sangat terhad, sehingga tidak cukup untuk menampung bilangan murid yang kian meningkat di seluruh Kudat. Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya pada kali ini, izinkan saya melontarkan beberapa persoalan kepada Kerajaan Negeri seperti berikut: Yang pertama, apakah perkembangan berkenaan dengan cadangan kerajaan untuk pendaftaran digital warga asing di Sabah yang sepatutnya telah dibentangkan kepada kerajaan pada Jun lepas?

Yang kedua, berkenaan dengan isu carbon credit. Adakah Kerajaan Negeri sudah mendapat pelepasan daripada Persekutuan Negeri untuk meneruskan usaha atau masih under KIV lagi?

Yang ketiga, berapakah jumlah hasil Persekutuan yang dikutip di Sabah pada tahun 2020 dan pada tahun 2021?

Yang keempat, persoalan ini berkenaan dengan persoalan kelmarin, iaitu permasalahan Palauh sebagai pengemis di sekitar Kota Kinabalu. Sebenarnya saya pun banyak mendapat aduan daripada orang-orang Kudat yang mengunjungi ke Kota Kinabalu sama ada melancong ataupun bekerja, they feel unsafe when come to Kota Kinabalu.

Maklumlah orang kampung datang ke bandar besar.

Nampak keadaan pengemis di tengah-tengah jalan raya, kadang kala mereka pandai tiba-tiba muncul di tepi tingkap, sambil mengetuk tingkap lagi.

Keadaan ini berterusan begitu sehingga menyebabkan sebilangan orang beranggapan bahawa kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan

masalah ini. Saya difahamkan, Palauh ini hanya tinggal di kapal atau bot mereka. Mereka tidak akan pergi ke darat, tetapi dengan data kelmarin yang mengatakan bahawa terdapat 200 lebih rumah yang dimiliki oleh Palauh ini di sekitar kampung Pulau Gaya dan jumlah Palauh mencecah 1000 lebih orang. Jadi saya ingin, memandangkan pihak penguasa telah berjaya mengesan jumlah rumah yang dimiliki oleh Palauh ini dan saya ingin menyeru kepada pihak berkuasa untuk mengesan jumlah bot atau kapal yang masih dimiliki oleh Palauh ini. Jangan-jangan palauh ini tidak mempunyai kapal atau bot lagi.

Jangan-jangan satu hari nanti Palauh ini tinggal di Luyang atau Damai dan kita masih menganggap mereka sebagai Palauh lagi. Jangan-jangan ada nama baru pula nanti. Itu Palauh moden kononnya. Datuk Speaker, itu sahaja dari saya mewakili suara N.4 Tanjong Kapor. Sebelum saya mengakhiri, ingin saya mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan Merry Christmas kepada semua yang meraikannya dan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada semua rakan-rakan saya yang berada dalam Dewan ini dan juga seluruh rakyat yang berada di N.4 Tanjong Kapor khasnya. Sekian dan terima kasih.

Speaker

Terima kasih Tanjong Kapor. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Elopura.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker kerana telah memberikan kesempatan N.55 Elopura untuk membahaskan dalam Dewan yang mulia ini.

Yang pertama Datuk Speaker, berkenaan dengan Bajet 2022 sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pada tahun lepas.

Ramai rakyat yang berfikir bahawa Bajet tersebut diberikan langsung kepada setiap ADUN, sedangkan Bajet tersebut rasanya tidak jelas lagi diberikan kepada siapa dan agak mengelirukan rakyat sebenarnya, kerana (sebutan tidak jelas) bajet dua juta itu tersebut masih lagi tidak jelas. Bolehkah pihak yang bertanggungjawab ke atas peruntukan tersebut jelaskan kegunaan dan beberapakah lagi baki daripada dua juta tersebut? Sekiranya Bajet tersebut digunakan untuk membangunkan kawasan ADUN masing-masing, kenapa Elopura tidak dapat satu sen pun daripada RM2 juta tersebut dan

boleh jelaskan berapa Bajet yang diberikan kepada ADUN itu atau UPPM itu? Terima kasih.

Apa yang kedua, seperti yang sedia maklum pada baru-baru ini, lapangan terbang di Sandakan telah dinaik taraf, sudah siap dan telah diluaskan daripada kelulusan yang sebelum ini.

Tetapi kenapa masih takda (tiada) ejen atau AirAsia atau MAS yang flight ke Sandakan untuk bereconomy atau yang business atau pelancong ke kawasan Sandakan walaupun di Sabah juga?

… Sandakan walaupun di Sabah juga?

Jadi saya harap pelancongan atau yang kementerian dapat buat sesuatu untuk membangunkan tourism industry atau ekonomi di Sandakan ini.

Yang hal yang ketiga, Datuk Speaker bolehkah pihak Kementerian tolong jelaskan dan terangkan secara lebih terperinci mengenai beberapa jumlah kah telah diterima dan telah dihantar ke Semenanjung sekiranya cukai bagi sektor minyak dan gas diterima sebanyak 5% daripada hasil cukai jumlahnya negeri kita? Sekiranya kalau kita dapat 20% daripada Semenanjung, berapakah Sabah dapat hasilnya? Sejumlahnya? Kalau kita dapat 20 peratuslah.

Yang point keempat Datuk Speaker, mengenai permohonan trading license di MPS, kenapa semakin sukar untuk didapatkan? Dan kini harga untuk mendapatkan trading license juga kini semakin tinggi sehingga memberi keluhan kepada peniaga-peniaga kecil termasuk peniaga yang berniaga menggunakan kenderaan seperti van atau put-put lah kita cakap dan juga mobile truck kerana keuntungan daripada setiap hasil jualan harian mereka hanya sen-sen sahaja tetapi untuk mendapatkan license berniaga atau renew license boleh mencecah sehingga hampir RM1000 sehingga peniaga kecil-kecil ini pun sukar mendapatkan license perniagaan.

Pihak berkuasa seharusnya memudahkan orang awam untuk mendapatkan license perniagaan untuk mereka untuk memulakan business mereka walaupun hanya kecil-kecilan sahaja.

Seterusnya point saya yang kelima, bilakah east coast akan dapat membina satu kuasa hydropower?

Membangunkan lagi ekonomi di kawasan east coast kerana Sungai Kinabatangan merupakan sungai terpanjang di pantai timur. Ini merupakan satu projek dan idea untuk membangunkan bangunan dan ekonomi dan industri walaupun masih lagi kekurangan 300 megawatt di kawasan pantai timur itu. Seterusnya Datuk Speaker, point saya yang keenam, bilakah pihak berkuasa ataupun Kerajaan dapat menyelasaikan segala masalah yang terhadapi di Sandakan berkenaan dengan isu lampu jalan yang gelap bermasalahkan dan gelap mengalamai kerosakan seperti di Taman Harmoni menaju ke jalan utama dan juga apartmen sampalai menaju ke Sabah Hotel yang mempunyai masalah lampu jalan raya yang tidak berfungsi bertahun-tahun dan bilakah bisa, bilakah pihak berkuasa akan ambil tindakan atau membaiki lampu jalan tersebut?

Walaupun di Jalan Saint Monica menuju ke Kompleks Sukan, Sandakan.

Speaker

Yang Berhormat Luyang, tumpu pada perbahasan bukannya baca handphone.

(Ketawa) Okey, ya.

Lampu jalan raya Kompleks Sukan, tidak ada satu lampu jalan pun yang ada di kawasan tersebut. Hal ini sangat lah membahayakan pengguna jalan raya ada waktu malam sehingga boleh berlakukan kemalangan jalan raya di kawasan tersebut.

Datuk Speaker, point saya yang ketujuh. Kalau diperhatian di kawasan Sandakan terdapat banyak masalah kehinggaan sign board di kawasan terutamakan di kawasan di Elopura yang masuk Taman Indah atau yang sebagainya walaupun hal ini saya sudah melaporkan pada pihak berkuasa.

Namun, sehingga sekarang kawasan sign board yang telah saya aduan kepada pihak MPS tidak akan lagi sebarang tindakan.

Walaupun isu kehilangan dan kerosakan sign board itu tidak terlalu mendapat perhatian dan tidak penting bagi beberapa pihak namun, isu ini

tidak akan sign board atau boleh hilang sign board ini sebenarnya memberi impact kepada pemandu-pemandu Grab atau yang Food Panda pada masa dia hantar makanan ada yang service di kawasan di si tersebut.

Point yang kelapan, mengenai isu pembangunan sampah ke kawasan luar bandar seperti Batu 8 yang ke atas. Saya mendapat maklumat kepada penduduk kawasan tersebut bahawa sampah mereka perlu mereka bakar atau perlu mereka timbus sendiri disebabkan inda ada pihak yang berkuasa untuk memberikan, untuk menggumpul sampah sarap mereka.

Sedangkan mereka juga membayar cukai pintu setiap tahun tetapi sampah sarap mereka tidak terjaga atau tidak diurus. Point yang saya kesembilan, Datuk Speaker ini juga saya hal yang perlu diban, di di di diseriuskan di mana Pasar Muhibah walaupun ini pasar yang sementara seperti tidak perlu dipanjangkan serius oleh pihak keman kementerian.

Speaker

Apa itu?

Ah, ah, walaupun ini pasar sementara lah.

Speaker

Apa? Apa sementara?

Pasar sementara. Pasar Muhibah.

Speaker

Pasar.

Ah pasar. Pasar Muhibah.

Speaker

Oh. Okey.

Pasar Muhibah yang pasar sementara lah.

Walaupun ini yang masa yang sementara, saya harap kementerian dapat look into for this matter kerana pasar tersebut merupakan satu pasar yang menjadi tumpuan mereka ramai dan pasar tersebut juga tidak pernah kurang pengunjung kepada keadaan pasar tersebut sangat lah teruk di mana jalan tidak disimen atau sekiranya berlaku hujan akan menyebabkan kekotoran dan akan menggunakan peniaga-

peniaga pasar sehingga akan berlaku kekurangan penganjung-penganjung di pasar tersebut dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pendapatan harian peniaga juga.

Oleh itu, saya mohon Datuk Speaker akan pihak kementerian dapat menaik taraf pasar tersebut, lantai disimen atau bumbung dibaiki, ada di tandas atau air diprovidekan atau elektrik dibagikan yang termasuk PPR di Taman Mesra juga. Bukan hanya yang pasar sementara, macam contoh, Pasar Mesra atau yang Pasar Muhibah yang sekarang Pasar Kim Fung juga seperti yang sudah tidak terju terjaga. Tidak terjaga dan tidak diurus lagi dari segi kebersihan kerana tidak ada lagi tukang sapu di kawasan pasar tersebut.

Walaupun saya ada visit Pasar yang Kim Fung di Batu 4, saya sendiri dengan rombongan Elopura pun pe ramai yang ada gotong-royong di kawasan di situ. Walaupun itu gerai-gerai ada bayar yuran setiap bulan atau setiap tahun. Point saya yang kesepuluh Datuk Speaker, saya mahu bertanya mengenai status permohonan PPR daripada penduduk setinggan yang tinggal di belakang PETRONAS, Batu 3 kerana mereka kerap bertanya kepada saya mengenai status permohonan mereka kerana setakat ini mereka tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya menumpang rumah keluarga.

Kalau boleh, saya harapkan agar kementerian memberikan keutamaan kepada mereka yang pendapatan rendah apatah lagi mereka yang berhadapan dengan notis perobohan mereka. Mereka yang diutama kepada mereka yang sangat memerlukan kerana rumah mereka telah diroboh walaupun dia status bukan warganegara. Sekiranya masalah ini sukar untuk diselesaikan, pihak kerajaan seharusnya menyediakan rumah dahulu untuk mereka sebelum meroboh mereka rumahnya. Saya selalu sebut kalau rumah PPR belum sediakan, itu rumah jangan dirobohkan. Walaupun, sekarang buat sekolah Sungai Alip di kawasan situ pun belum dijadikan tapi rumahnya sudah diroboh tapi keluarganya tidak tahu pergi tempat mana yang sesuai.

Mana yang saya harap atau MPS ambil tindakan secepat mungkin sebab hujung tahun.…

..mungkin sebab hujung tahun musim hujan sudah datang. Saya harap MPS atau kementerian dapat ambil tindakan tentang hal yang tersebut.

Yang akhirnya, saya mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada yang merayakan dan Selamat Tahun Baharu 2023 dan 60 tahun kita merupakan kerajaan dan Dongzhi Winter Solstice Festival dan Chinese New Year kepada semua yang merayakan. Terima kasih Tuan Speaker kasi (beri) peluang kepada saya.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Elopura. Tahniah atas usaha Yang Berhormat untuk berucap dalam Bahasa Malaysia ya.

Sedang sedang apa belajar. Thank you.

Speaker

Teruskan belajar.

Thank you.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, itulah saja nama-nama yang telah dikemukakan kepada saya untuk berucap dan saya andaikan tiada lagi yang mahu berucap sebab tidak ada nama lagi yang sampai. Ah ?

(N.1 Banggi bercakap dengan Tuan Speaker)

Speaker

Kenapa ndak (tidak) bagi nama?

Ah baru selesai Datuk Speaker.

Speaker

Apa dia ?

Mengamati teks ucapan rakan-rakan yang lain. Sekejap saja Datuk Speaker. Boleh?

Speaker

Okey.

Terima kasih Datuk Speaker, atas ruang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan singkat ini. Belanjawan dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah 2023 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Panglima Ketua Menteri yang bertemakan “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”. Tahniah saya ucapkan dengan harapan menggunung agar segala perancangan yang terkandung dalam Belanjawan ini benar-benar dapat direalisasikan. Kerana saya yakin pihak yang paling gembira meneliti Bajet ini adalah rakyat Sabah di luar sana.

Realitinya kita harapkan kelak bila ekonomi rakyat dapat diperkasa selain sejahtera, moga rakyat kita juga mampu berfungsi mendepani kehidupan kini yang kian mencabar.

Datuk Speaker, perkara pokok perbelanjaaan kali ini ialah ekonomi rakyat yang perlu diperkasa. Maka dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan agar peruntukan kepada kementerian-kementerian yang terlibat secara langsung dalam program atau aktiviti pembangunan ekonomi rakyat dapat ditambah. Umpamanya Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang hanya mendapat peruntukan RM212.63 juta. Kalau boleh Kementerian ini juga perlu ditingkatkan ah peruntukannya kerana banyak program yang menjurus kepada pembangunan ekonomi rakyat. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang hanya diperuntukkan RM204.03 juta, Kementerian Pelancongan RM134.59 juta, Kementerian Perindustrian hanya mendapat peruntukan RM54.51 juta dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hanya mendapat RM175.61 juta. Datuk Speaker, saya membangkitkan hal ini kerana memikirkan agar lebih ramai akan terlibat dan dapat diperluaskan ke seluruh penduduk sama ada di luar bandar atau pedalaman, kepada pengusaha-pengusaha kecil dan juga kepada golongan B40.

Bukan hanya di kawasan-kawasan tertentu tapi di semua DUN atau daerah penuh atau daerah kecil yang terlibat.

Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan singkat untuk membawa isu di kawasan yang saya wakili yang masih sangat ketinggalan dari arus pembangunan. Tiga perkara asas seperti air, elektrik dan jalan raya sangat menuntut Kementerian Pembangunan dan Infrastruktur dan juga Kementerian Kewangan untuk melihat dan

mengambil tindakan tuntas. Bukan hanya agar rakyat dapat merasainya akan tetapi membantu memacu ekonomi mereka suatu hari nanti.

Selain itu Datuk Speaker, N.1 Banggi juga mengharapkan Kementerian Kewangan dan yang berkaitan untuk mewujudkan atau membina pekan kecil dengan dilengkapi prasarana-prasarana tertentu seperti bangunan kedai SEDCO, perpustakaan, dewan masyarakat, pasar tani, pusat sukan dan rekreasi, balai bomba, balai polis yang perlu penyelenggaraan atau upgrade dari segi bangunan dan aset dan mewujudkan cawangan-cawangan pejabat-pejabat tertentu seperti pejabat pertanian, pejabat pendaftaran negara, pejabat JKR dan yang berkaitan agar dapat membantu pejabat daerah memantau keperluan-keperluan masyarakat di N.1 Banggi untuk diselesaikan sesegera mungkin.

Datuk Speaker, akhir sekali saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Juga kepada Ketua Menteri Sabah atas kejayaan merealisasikan perbelanjaan bagi negeri Sabah bagi tahun 2023 dan juga kepada rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini dan rakyat di luar sana, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baharu.

Datuk Speaker, saya mohon menyokong, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Banggi. Hanya saya ingin menegur tentang etika berucap atau bercakap kepada Speaker di dalam Dewan Undangan Negeri ini Yang Berhormat Banggi ya. Bila Yang Berhormat bercakap dengan Speaker, Yang Berhormat kena bangun. Jangan duduk di atas kerusi. Ini bukan kerana saya minta dihormat, ini etika dalam DUN. DUN punya persidangan ini bukan yang mesyuarat ahli lembaga pengarah atau mesyuarat majlis daerah. So, etika dia you kena berdiri. Ya? Okey. Teruskan Setiausaha.

Ucapan penggulungan perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2023/2022Bill

Setiausaha Dewan

Ucapan penggulungan perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2023/2022.

Speaker

Saya menjemput menteri-menteri yang sudah bersedia untuk menyampaikan ucapan penggulungan.

Yang pertama, dengan itu saya mempersilakan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.Dengan gagah dia berdiri.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Saya mulai dengan serangkap pantun.

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.

Tuan Speaker, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayah dan kurnia-Nya jua telah mengizinkan saya untuk bersama-sama menyertai sesi pembentangan Bajet Tahun 2023 di Dewan yang mulia ini sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16. Sukacita, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana telah berjaya membentangkan Bajet surplus bagi tahun 2023 yang bertemakan “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera”.

Sesungguhnya Bajet ini, telah dirancang dengan sebaik-baiknya bagi memastikan kehidupan rakyat di negeri ini terus sejahtera selari dengan hala tuju Sabah Maju Jaya dengan berpaksikan kepada ekonomi yang mampan.

Saya amat berbesar hati, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah secara keseluruhannya telah diperuntukan sebanyak RM175 610 juta peruntukan perbekalan dan RM10 458 960 juta peruntukan pembangunan. Dengan pemberian Bajet ini, dapatlah kementerian saya menjalankan fungsi dan peranannya dalam memastikan program kesalinghubungan internet..

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

…dan RM10 peruntukan pembangunan.

Dengan pemberian bajet ini dapatlah Kementerian saya menjalankan fungsi dan peranannya dalam memastikan program kesalinghubungan Internet, pembudayaan sains, teknologi dan inovasi serta pembangunan modal insan dilaksana secara mampan. Tuan Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengutarakan persoalan yang memerlukan penjelasan saya di Dewan yang mulia ini. Saya yakin semua persoalan ini mewakili surat hati rakyat yang dahagakan pembangunan di negeri yang kita cintai ini.

Sebagai makluman, berkaitan soalan yang dibangkitkan dan komen oleh Yang Berhormat ADUN Sebatik, tiada dalam dewan sudah ini. Boleh saya tidak jawabkah ini, Datuk Speaker, ah? Jawab ja ah? Baik.

Sebagai makluman, berkaitan soalan yang dibangkitkan dan komen oleh Yang Berhormat ADUN Sebatik dan ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Raimie Unggi tentang pengangguran dalam golongan belia dan siswazah.

Data statistik rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bilangan dan kadar pengangguran Negeri Sabah pada tahun 2021, iaitu 184 200 orang atau 9%, manakala pada suku tahun pertama 2022 adalah 188 300 atau 9.1%. Namun, pada suku tahun kedua 2022, bilangan dan kadar pengangguran telah berkurangan kepada 177 000 atau 8.6% dan terus menurun pada suku tahun ketiga 2022 kepada 174 200 atau 8.2%. Data statistik tersebut menunjukkan keberkesanan program-program berimpak tinggi seperti program Pitch Borneo, Karnival Pekerjaan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Hospitality Engagement Learning Programme (HELP), program usahawan seperti Sabah Talent Entrepreneurship Program (STEP) dan pelbagai latihan dalam meningkatkan kemahiran dan kompetensi belia dan siswazah serta membolehkan mereka lebih berdaya saing untuk memasuki pasaran pekerjaan. Alhamdulillah, secara keseluruhan seramai 15 554 orang belia telah mendapat pekerjaan sepanjang tahun 2022 melalui pelbagai inisiatif KSTI.

Berkaitan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Elopura, KSTI melalui JPSM dengan kerjasama Institute For Development Studies (IDS) telah melaksanakan kajian Human Capital Development Blueprint 2021-2025. Kajian ini meliputi tiga Rancangan Malaysia, iaitu RMKe-12, RMKe-13, dan RMKe-14. Hasil kajian tersebut mendapati sektor berimpak tinggi untuk diberi perhatian oleh agensi Kerajaan Negeri dalam perancangan program latihan untuk rakyat Sabah adalah dalam bidang pertanian, perkilangan, minyak dan gas, pelancongan, kreatif dan inovatif dan logistik. Bidang-bidang ini yang perlu menjadi asas kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran.

Cadangan Yang Berhormat ADUN Telupid berkaitan dengan penempatan kakitangan JPSM di setiap daerah, JPSM pada dasarnya sentiasa bekerjasama dengan pejabat daerah untuk mengatasi isu tersebut. Dengan kepesatan teknologi masa kini, masyarakat boleh mengakses Sabah Jobs Portal dan MyFuture Jobs pada bila-bila masa dan tanpa sempadan. JPSM dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial atau (PERKESO) akan terus melaksanakan Jelajah Karnival Kerjaya di seluruh daerah negeri Sabah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sungai Manila, setakat ini belum ada perancangan untuk membina menara baharu di DUN Sungai Manila. Walau bagaimanpun, di bawah Pelan JENDELA Fasa 1, sebanyak 30 buah menara sedia ada telah pun dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G. Manakala bagi meluaskan perkhidmatan jalur lebar talian tetap, sebanyak 639 premis telah pun siap dipasang gentian optik dari 803 jumlah premis yang dirancang. Kesemua projek ini dijangka akan siap secara berperingkat pada penghujung tahun 2022.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Limbahau, bagi status pelaksanaan Pelan JENDELA fasa 1 bagi kawasan DUN Limbahau setakat suku ketiga 2022, sebanyak lima buah menara baharu dijangka akan siap di penghujung tahun 2023. Sebanyak 18 buah menara telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G daripada 19 yang dirancang. Sebanyak 675 premis telah pun siap dipasang dengan gentian optik dari 1031 jumlah premis yang dirancang dan sebanyak tiga unit VSAT telah pun siap dipasang dan beroperasi. Setakat ini, lokasi 300 VSAT bagi tahun 2023 belum lagi dimuktamadkan.

Untuk makluman Tuan Speaker, bagi mengatasi isu liputan indoor di kawasan bangunan Dewan Undangan Negeri, pihak Celcom telah pun memasang sebanyak empat in-building Coverage (IBC) struktur secara kekal di luar bangunan dewan DUN, Dewan Persidangan, Lobi Utama dan Dewan Bankuasi. Perkhidmatan IBC yang disediakan termasuk Celcom, U Mobile, Digi dan Maxis. Pihak KSTI akan berbincang dengan pihak MCMC untuk mengatasi masalah connectivity di kawasan DUN secara komprehensif.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sindumin, bagi status pelaksanaan Pelan JENDELA Fasa 1 di DUN Sindumin setakat suku ketiga 2022, sebanyak satu buah menara baharu telah siap di Kampung Lumut daripada lapan yang dirancang. Sebanyak 74 buah menara telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G daripada 78 buah yang dirancang. Sebanyak 776 premis telah pun siap dipasang dengan gentian optik dari 927 premis yang dirancang dan sebanyak satu unit VSAT telah pun siap dipasang dan beroperasi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bugaya, bagi status pelaksanaan Pelan JENDELA Fasa 1 di DUN Bugaya setakat suku ketiga 2022, empat buah menara baharu masih dalam pelaksanaan dan dijangka siap penghujung 2022. Sebanyak 41 buah menara telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G daripada 46 buah yang dirancang.

Sebanyak 2051 premis telah pun siap dipasang dengan gentian optik dari 2753 premis yang dirancang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kukusan, bagi status pelaksanaan Pelan JENDELA Fasa 1 di DUN Kukusan setakat suku ketiga 2022, empat buah menara baharu yang telah siap beroperasi. Sebanyak 38 buah menara telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G daripada 38 buah menara yang dirancang. Sebanyak 893 premis telah pun siap dipasang dengan gentian optik dari 1820 premis yang dirancang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kunak, bagi status pelaksanaan Pelan JENDELA Fasa 1 di DUN Kunak setakat suku ketiga 2022, lima buah menara

baharu yang telah siap beroperasi daripada sepuluh yang dirancang. Sebanyak 80 buah menara….

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Sebanyak 80 buah menara telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G daripada 84 buah menara yang dirancang. Sebanyak 548 premis telah pun siap dipasang dengan gentian optik dari 946 premis yang dirancang.

Dua jalur lebar satelit telah siap dan beroperasi.

Kementerian melalui MCMC sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar melalui pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA Fasa 1.

Pelan JENDELA bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti pengalaman perkhidmatan jalur lebar melalui inisiatif-inisiatif yang telah dikenal pasti serta mempersiapkan negara ke arah teknologi 5G.

Sasaran Fasa 1 adalah memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G kepada 90%, di kawasan yang berpenduduk sehingga kini liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sabah telah meningkat kepada 88.06%. 154 buah daripada 611 buah menara baharu yang dirancang telah siap dibina. 3810 buah menara telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G daripada 3984 buah menara yang dirancang. 134 116 premis daripada 251 165 premis telah disediakan sambungan gentian optik berkelajuan Gigabyte dan 138 buah projek jalur lebar satelit yang telah siap. Sabah menyasarkan mencapai tahap 100% connectivity menjelang akhir 2025. Pihak KSTI melalui MCMC akan memasang 300 unit VSAT pada tahun 2023 untuk mengatasi masalah kesalinghubungan di luar bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat Bugaya serta Dewan yang mulia ini, KSTI turut melaksanakan program berbentuk coding dan robotic serta inovasi agar ekosistem SCIE di Sabah dapat diperkasakan. Antara program tersebut ialah Program Robo RoboNeo bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif dan minda inovatif pelajar sekolah dan IPT melalui robotic. Mengenal pasti produk dan idea yang berpotensi, mengumpul komuniti yang berfikiran sama dengan aplikasi IT, elektronik, mekanik dan kejuruteraan. Sabah Data Fest adalah bertujuan memberi pendedahan kepada

para peserta dalam pembangunan dashboard menggunakan google data studio. (batuk) Meningkatkan kemahiran dalam mengaplikasi google data studio serta tools yang berhubung kait dengannya atau kategori advanced memberi panduan dalam menganalisis data dan menggalakkan penggunaan data-data terbuka. Borneo Tech Summit adalah acara teknologi pertama di Sabah yang menyerlahkan penggunaan teknologi dan inovasi secara progresif dalam ekosistem negeri seperti pemain industri-industri pengajian tinggi, (batuk) pihak berkepentingan kerajaan dan startups. Digital IoT Sandbox, merupakan Sandbox pertama di Borneo dan ke-8 di Malaysia, iaitu satu inisiatif KSTI untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk menguji solusi inovasi di dalam persekitaran yang sebenar. Sandbox dapat menjadi test bed untuk menguji idea baharu yang seterusnya dapat memacu ekonomi produktiviti sektor awam dan swasta. (minum air dan batuk).

My Reskill IoT Programme bertujuan untuk melatih syarikat-syarikat di Sabah dalam Bidang IoT. Objektif program adalah membantu syarikat menyesuaikan industri 4.0 dalam kalangan industri tempatan memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan Industri IoT untuk bukan pengekodan dan membimbing, melatih, menyediakan dan membolehkan 5000 syarikat yang mengambil bahagian menjalankan Projek IoT di syarikat masing-masing. Malaysia Techlympics diadakan secara berperingkat dan besar-besaran di seluruh negara dalam usaha meningkatkan bakat muda dalam bidang AI, robotic, code, drone dan juga bidang teknologi baharu dalam kalangan peserta berumur tujuh hingga tiga puluh tahun.

Sabah telah berjaya mendapat tiga pingat emas dan satu pingat perak. Di samping itu, KSTI akan mempergiatkan kolaborasi dengan pelbagai kementerian dan agensi persekutuan serta pihak swasta dalam usaha menyediakan tenaga kerja masa hadapan. KSTI telah pun memulakan Program Deeptech dan Upskilling dalam Bidang IR 4.0, AI Black Chain, Electronic dan bahan termaju bersama MOSTI sebagai persediaan ke arah negara berteknologi tinggi melalui dasar sains, teknologi dan inovasi negara 2021, 2020 dan rangka kerja MySet.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kunak, prestasi pembangunan Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Kunak ketika ini telah mencapai 22.62% dan dijangka siap

pada penghujung tahun 2023. Kos keseluruhan projek-projek ini sebanyak RM612 3400 juta.

Peruntukan pembangunan di bawah RMKe-12 Tahun 2021 sebanyak RM1.5 juta bagi pembangunan prasarana sains akan dimanfaatkan sebaiknya. Pusat STI pertama adalah di Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Keningau dan ketika ini dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada tahun 2023. Selain itu, dua Pusat Sains dan Mega Space akan dibina di Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Tawau dan Cawangan Sandakan dengan kos RM10.2 juta ditanggung sepenuhnya oleh Petronas.

Bagi mewujudkan suasana pembelajaran SCI yang kondusif, Kementerian akan meneruskan program naik taraf makmal sains sekolah menengah, program pembinaan sudut sains dan program pembinaan pusat inovasi. Pihak KSTI telah menaik taraf 16 makmal sains dan membina 16 sudut sains di sekolah-sekolah. Bagi memastikan kadar penglibatan pelajar dalam bidang STEM dapat dipertingkatkan, Kementerian akan meneruskan pelbagai program pembudayaan STI seperti Karnival Sains Sabah, Jelajah Astronomi, 24 Siri STEM Fiesta, program jangkauan STEM dengan kerjasama rakan-rakan strategik KSTI.

Pada tahun 2023, Kementerian akan mengadakan Jelajah SMJ KSTI ke enam daerah terpilih. Semua jabatan dan agensi akan memberikan perkhidmatan terus kepada masyarakat mengikut fungsi dan peranan masing-masing. Bagi melahirkan usahawan berteraskan teknologi, KSTI akan meneruskan dan menambah baik program tahunan seperti Pitch Borneo SE…

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

…seperti Pitch Borneo, SE Summit, Borneo Tech Summit, MYHackathon dan MYStartup. Di samping itu, Kementerian juga akan meningkatkan penglibatan usahawan sosial untuk menimbah pengalaman dalam program seperti Buy For Impact dan Borneo Native Festival. Bagi menarik minat belia dalam industri kreatif, Kementerian akan meneruskan program Sabah Screen Fest dan pertandingan Animasi Video Pendek

berkaitan STI. Lebih ramai belia akan dilatih di Pusat Animasi Latihan, Toon Boom di SCENIC. Bagi mengiktiraf dan menyemarakkan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi, buat julung kalinya pada tahun 2023, KSTI akan menganjurkan Majlis Anugerah Sains Sabah.

Bagi pembangunan modal insan pada tahun 2023, JPSM akan melaksanakan 130 program kursus tajaan kemahiran dan keusahawanan, SSTC akan melaksanakan 25 kursus berteraskan teknologi digital, teknikal dan keusahawanan. AMC College akan meneruskan 153 kursus ICT dan bahasa.

Manakala SCENIC akan mempergiatkan program pemperkasaan usahawan sosial, 10 siri program karnival kerjaya akan diteruskan di daerah-daerah terpilih bagi menangani masalah pengangguran.

Dari Pitas ke Karambunai, Berehat sebentar di tepi pantai; Selesai sudah amanat tertunai, Moga semua ceria dan santai.

Mohon Speaker.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Sebelum mengakhiri ucapan. Ya saya ?

Speaker

Ah, pencerahan di bawah pimpinan.

Ah, Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas semua penjelasan dan maklumat yang telah diberikan tadi.

Ah, saya mahu bertanya, apakah Yang Berhormat Menteri mempunyai maklumat berkenaan apa jua inisiatif KSTI bagi kawasan Tungku pada ketika ini? Terima kasih.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih, Yang Berhormat. Em, saya tidak ada maklumat terperinci. Nanti kita akan salurkan secara bertulis ya terima kasih.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal bagi yang meraikan dan Selamat Tahun Baru 2023. Marilah kita bersama-sama komited untuk terus bekerja keras bagi menunaikan amanah rakyat demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat yang kita cintai. Sekiranya ada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab, Kementerian saya akan menjawabnya secara bertulis. Terima kasih, Tuan Speaker. Sekian, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih ah, Datuk Speaker.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah ke atas pembentangan bajet tahun 2023 pada 25 November 2022 yang lalu.

Belanjawan Negeri Sabah tahun 2023 yang bertemakan “Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera” merupakan satu bajet yang menjurus kepada komitmen Kerajaan Negeri untuk memacu dan memperkasa ekonomi demi pembangunan Sabah dan kesejahteraan rakyat yang inklusif.

Datuk Speaker, saya amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana telah meluluskan peruntukan kepada Kementerian saya dan agensi di bawahnya, iaitu sejumlah RM134.59 juta bagi tahun 2023.

Selaras dengan Belanjawan Kerajaan Negeri ini, Kementerian saya komited untuk memastikan sasaran Kerajaan di bawah portfolio Kementerian dapat dicapai. Kementerian saya akan menggunakan peruntukan tahun 2023 dengan sebaik-

baiknya dalam usaha untuk memantapkan lagi sektor pelancongan, memperkasakan kebudayaan dan melestarikan kehijauan di negeri yang dicintai ini. Saya juga akan memastikan Kementerian saya sentiasa komited menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negeri seiring dengan pertumbuhan dan pengukuhan sektor pelancongan secara global.

Datuk Speaker, sukacita saya ingin mengumumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawasanya Sabah telah berjaya mencapai sasaran ketibaan pelancong tahun 2022, iaitu sebanyak 1.3 juta pelawat dalam hanya tempoh 10 bulan. Setakat bulan Oktober 2022, Sabah telah menerima sebanyak 1 356 000 jumlah pelawat dengan anggaran RM2.4 bilion perbelanjaan pelancongan. Ini merupakan satu peningkatan yang besar, iaitu 752.9% berbanding tahun sebelum ini. Pecahan ini terbahagi kepada sektor pelancongan domestik yang sememangnya menjadi penyumbang yang terbanyak iaitu seramai 1 180 050 pelawat manakala pelancong anatarabangsa direkodkan seramai 176 009 orang. Peningkatan yang ketara ditunjukkan bagi beberapa pasaran antarabangsa seperti negara Singapura, Brunei dan beberapa pasaran ah Eropah seperti United Kingdom, Jerman, Perancis dan Belanda yang telah mencapai 43% sehingga 65% daripada paras prapandemik. Datuk Speaker, trend peningkatan ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri Sabah sejak pembukaan pintu sempadan bulan April lepas adalah didorong oleh jaringan pengangkutan udara yang semakin positif dan memberangsangkan. Pada ketika ini, negeri Sabah telah menerima sejumlah 354 penerbangan domestik dengan kapasiti 57 991 tempat duduk setiap minggu daripada Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Kota Bahru, Labuan, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan Mulu. Manakala bagi penerbangan antarabangsa, negeri Sabah telah dihubungkan dengan penerbangan terus daripada lima destinasi antarabangsa, iaitu Singapura, Bandar Seri Begawan, Incheon di Korea, Manila dan juga Bangkok dengan jumlah keseluruhan sebanyak 47 penerbangan seminggu dan kapasiti sejumlah 8558 tempat duduk.

Sabah juga dijangka akan memperoleh perkhidmatan penerbangan antarabangsa tambahan daripada Taipei (Taiwan), Narita (Jepun), Busan dan Hong Kong mulai Disember iaitu bulan depan ini.

Ini akan menambah rangkaian penerbangan

daripada 47 kepada 71 penerbangan seminggu mulai Januari tahun hadapan. Bagi sektor penerbangan domestik pula, Sabah dijangka akan mempunyai tambahan perkhidmatan penerbangan baru daripada MY Airline yang dijangka akan memulakan penerbangan dua kali sehari mulai 1 Disember ini. Pengembangan rangkaian udara akan terus menjadi agenda terpenting pada tahun hadapan dan pelbagai inisiatif dan insentif yang telah dirancang tahun ini akan diteruskan pada tahun hadapan untuk menyokong dan menggalakkan syarikat penerbangan memulakan semula laluan udara yang terhenti, membuka ah laluan udara baharu mahupun mengadakan penerbangan sewa khas ke Sabah. Datuk Speaker, seperti mana dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, pembangunan pelancongan luar bandar akan tetap menjadi komitmen Kerajaan sebagai usaha untuk memperkasa ekopelancongan berasaskan komuniti..

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

... berasaskan komuniti di daerah-daerah yang berpotensi...

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Datuk Speaker...

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

...dengan pengiktirafan berprestij Mahkota 3 Serangkai ataupun Triple Crown yang dianugerahkan kepada negeri Sabah yang melibatkan Tapak Warisan Dunia Kinabalu, Rizab...

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Datuk Menteri, minta, minta pencerahan

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada. Ada mencelah ya Menteri...

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Saya habiskan ini perenggan dulu ya.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Ok.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Warisan Dunia Kinabalu, Rizab Biosfera dan Manusia Banjaran Crocker dan Geopark Global Kinabalu menjadi indikator kepada Kementerian saya di mana pembangunan hendaklah selari dan seiring dengan pemuliharaan serta pemeliharaan dalam alam semula jadi. Yes, please.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Ya, terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri. Berkenaan saya, ucapan syabas dan mengalu-alukan usaha dan inisiatif kerajaan untuk membuka lebih banyak penerbangan direct flight ke negara asing antarabangsa dan satu rayuan daripada sedangkan kita ada ramai orang Sabah di Australia khususnya di bandar Perth, so saya ada ramai kawan-kawan saya membuat rayuan, so saya mengambil kesempatan ini apa membuat rayuan kepada pihak kerajaan sama ada kita boleh minta Malaysia Airlines dulu ada satu penerbangan setiap minggu pergi ke Perth. So, sekarang belum lagi dipulih, so saya minta pihak kerajaan untuk mengambil pendekatan untuk berbincang dengan syarikat penerbangan khususnya Malaysia Airlines untuk wujudkan semula penerbangan itu. Terima kasih.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih ahli Yang Berhormat dari Luyang.

Satu saranan yang begitu baik sekali. Sudah tentulah Kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah terbuka kepada cadangan-cadangan ini dan kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan berkenaan. Sehubungan itu, kementerian saya menzahirkan penghargaan terima kasih atas peningkatan Bajet di bawah Program Pembangunan Pelancongan Luar Bandar bagi tahun 2023, iaitu sebanyak RM6 juta. Peruntukan ini Kementerian saya akan gunakan untuk melaksanakan program-program komuniti serta pembangunan dan penaiktarafan produk pelancongan dan fasiliti kemudahan asas di destinasi-destinasi pelancongan demi keselesaan dan peningkatan mutu perkhidmatan kepada para

pelancong.

Ini perlu untuk membantu komuniti luar bandar mendapatkan pengiktirafan di bawah ‘ASEAN TOURISM STANDARD’, iaitu Community Based Tourism and Home stay dan juga mencapai ‘Sustainable Development Goals’. Di kesempatan ini juga, kementerian berharap agar peruntukan bagi pembangunan pelancongan luar bandar ini dapat ditambah lagi pada tahun hadapan memandangkan sektor pelancongan merupakan antara sektor yang menjadi keutamaan dalam pelan “Hala Tuju Sabah Maju Jaya”.

Datuk Speaker, kementerian saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada pewujudan Biro Konvensyen Sabah atau Sabah Convention Bureau yang akan berfungsi sebagai peneraju industri business events negeri Sabah. Penubuhan biro ini sememangnya akan mampu menyumbang kepada penjanaan ekonomi serta manfaat kepada pelbagai sektor.

Seperti mana penganjuran acara berprestij yang diadakan pada tahun ini, iaitu Asian Park Congress dan juga World Tourism Conference yang sedang berlangsung sekarang yang dihadiri oleh 1000 orang peserta daripada seluruh dunia merangkumi pakar penyelidik, para pemain industri pelancongan dari luar negara dan dalam negara. Justeru, dengan adanya biro yang akan menjadi medium organisasi dalam menarik pelbagai program business events untuk dianjurkan di negeri Sabah. Datuk Speaker, hubungan etnik yang harmoni merupakan kunci keamanan dan kemakmuran sesebuah kerajaan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, ada yang nak pencerahan. Mahu kasi (beri).

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Jiran.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, YB Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih, Datuk Speaker. Tahniah kepada Kementerian Pelancongan yang memberi peruntukan RM6 juta untuk industri pelancongan berasaskan komuniti ataupun CoBT. Pemain-pemain industri pelancongan CoBT ini memang begitu ghairah untuk membuka kawasan-kawasan tertentu yang berasaskan alam semula jadi dan selalunya tempat yang dibuka ini

agak jauh daripada perhubungan awam. Jadi, apakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula kepada semua CoBT-CoBT, di Sindumin ada 10 CoBT, ada yang dekat, ada yang jauh. Dan yang jauh ini perlukan infra seperti jalan raya dan juga kemudahan lain. Saya lihat RM6 juta itu terlalu sedikit untuk negeri Sabah. Apakah kerajaan bercadang untuk menambah dan saya mintalah supaya CoBT di Sindumin ini diberi perhatian. Terima kasih.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih wakil daripada Sindumin. Sudah tentulah apabila kita membuka sesuatu produk pelancongan baru sama ada individu atau yang berasaskan komuniti keperluan infrastruktur itu amat penting sekali. Dan untuk makluman Ahli daripada Sindumin kita telah mewujudkan satu jawatankuasa bersama antara Kementerian Pelancongan, Kementerian saya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga Kementerian Pertanian bagi tujuan melihat semua ini. Keperluan infra ya so dalam jawatankuasa bersama itu kita akan buat syor jika ada sesuatu tempat atau pelancongan komuniti yang amat popular tapi keadaan jalannya daif, so di sinilah kita berbincang dan kita buat syor melalui jawatankuasa bersama itu. So, ini adalah antara pendekatan yang telah kita ambil. Dan, mengenai peruntukan RM6 juta itu sudah tentulah saya bersetuju dengan ahli daripada Sindumin, memang tidak mencukupi kerana sambutan yang begitu baik sekali.

Untuk makluman kita dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pelancongan komuniti di seluruh Sabah sudah melebihi daripada 50 dan juga yang diusahakan oleh individu ini pelancongan luar bandar melebihi 300. Jadi, potensinya besar dan sudah tentulah memerlukan peruntukan yang lebih besar. Terima kasih. Hubungan etnik yang harmoni merupakan kunci keamanan dan kemakmuran sesebuah kerajaan khususnya negeri yang mempunyai pelbagai etnik dan agama. Bagi menjadikan Sabah sebuah negeri yang kekal aman dan unik serta memacu pembangunan pelancongan berasaskan budaya, Kementerian saya melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan memperluaskan serta memperkasa garis panduan Protokol Budaya Komuniti (CCP) kepada komuniti luar bandar untuk menggalakkan pemuliharaan budaya agar dapat diintegrasikan dengan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti.

Selain itu, kementerian saya juga akan meneruskan projek pemetaan budaya yang akan melibatkan sebelas etnik, di empat zon di Sabah. Secara kesuluruhannya projek pemetaan ini telahpun meliputi 18 etnik dan kementerian merancang untuk memohon tambahan peruntukan di bawah kajian separuh penggal untuk meneruskan kajian bagi etnik-etnik yang lain.

Di bawah program Pelancongan Budaya Bersepadu, Kementerian saya juga akan memperbanyakkan program pengalaman budaya di seluruh Sabah kepada para pelancong yang berkunjung di negeri ini.

Datuk Speaker, kementerian juga menyambut baik peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kepada Jabatan Muzium Negeri Sabah pada tahun 2023.

Dengan peruntukan ini, pelbagai program, aktiviti dan pembangunan akan dapat dilaksanakan demi meningkatkan kesedaran dan kepentingan warisan khazanah yang tidak ternilai dapat dilindungi malah berpotensi meningkatkan pendapatan daripada limpahan ekonomi ini.

Datuk Speaker, usaha kementerian saya di bawah Taman-Taman Sabah untuk memperluaskan kawasan terlindung akan dipergiatkan lagi pada tahun hadapan di samping usaha untuk mewartakan Taman Pulau Mantanani, Kota Belud dan Taman Teluk Darvel, Lahad Datu tidak lama lagi. Kementerian saya juga melalui Taman-Taman Sabah sedang dalam usaha...

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

….. melalui Taman-Taman Sabah sedang dalam usaha untuk mewartakan semula kawasan tapak bekas Lombong Mamut seluas 5219 hektar atau 2112 hektar ke dalam Taman Kinabalu. Selain itu juga, Taman-Taman Sabah juga berhasrat untuk menyasarkan kawasan terlindung melibatkan tanah tinggi Long Pasia, Sipitang dan kawasan hutan di sepanjang rizab di sepanjang jalan Keningau, Kimanis, Papar di Taman Banjaran Crocker dengan terlaksananya usaha dan inisiatif ini secara langsung

mencerminkan komitmen negeri, Kerajaan Negeri yang lebih serius dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam semula jadi. Pada masa yang sama, limpahan ekonomi akan turut dirasai.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

[mencelah] Yang Berhormat Menteri…

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Dan di nikmati…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri…

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Oleh Komuniti-komuniti…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri...

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Di dalam kawasan yang diwartakan, yes…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada, terima kasih.

Yang Berhormat Pembantu Menteri.

Bolehkah, Yang Berhormat Pembantu Menteri bagi tarikh tetap kemungkinan Teluk Darvel diwartakan sebagai taman apa taman di bawah Taman-Taman Sabah pertama. Keduanya, saya mengambil kira ucapan daripada Segama tadi itu mengenai pandangan beliau mengenai pewartaan tanam tersebut. Adakah pihak Kementerian telah membuat engagement ataupun libat urus dan penjelasan yang komprehensif kepada masyarakat setempat mengenai perkara ini? Terima kasih.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Terima kasih atas pertanyaan itu, I will go into that later. Memang ada jawapan apa yang dibangkitkan oleh ahli daripada Segama dan juga Tungku.

Datuk Speaker, Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian saya akan sentiasa menekankan pematuhan prinsip pembangunan yang mampan dalam perlaksanaan pembangunan sosial dan ekonomi agar kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat di Sabah di kekalkan. Negeri Sabah amat bertuah mempunyai dasar alam sekitar negeri Sabah serta pelan tindakan dasar alam sekitar negeri Sabah yang membawa kepada prinsip pembangunan mampan.

Pada tahun hadapan, Kementerian saya, melalui Jabatan Pelancongan Sabah akan melakukan beberapa projek kajian termasuklah kajian semula Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Sabah ini akan menjadikan nilai Sabah kepada negeri terhadap pengurusan persisiran pantai yang komprehensif.

Kementerian saya juga sentiasa bekerjasama dengan sektor swasta dalam usaha pemuliharaan dan pemiliharaan alam sekitar. Pada Jun tahun ini, eh tahun lepas, Kementerian saya melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar telah menandatangani memorandum persefahaman MOU bersama-sama Sime Darby Plantation Sabah Sdn. Bhd. yang bertujuan untuk menggalakkan Sime Darby melaksanakan pematuhan kendiri ke atas perjanjian syarat-syarat alam sekitar serta menyampaikan program kesedaran alam sekitar dari masa ke semasa. Datuk Speaker, sebelum saya menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas saranan dan cadangan yang telah dikemukakan kepada Kementerian saya dan Kementerian mengalu-alukan cadangan dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita bersama-sama memulihkan serta meningkatkan lagi kualiti sektor pelancongan negeri ke peringkat lebih tinggi. Dengan itu, izinkan saya memberi penjelasan kepada beberapa isu yang telah dibangkitkan kepada Kementerian saya.

Datuk Speaker, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat N.20 Api-Api, dia tiada sini. Adalah dimaklumkan bahawa Memorandum Of Understanding ataupun MOU cadangan penubuhan Sanktuari Tenggiling di Taman Bukit Tawau yang dikenali sebagai Sabah Pangolin Sanctuary and Research Institute atau dengan singkatan SABSARI yang ditandatangani antara Jabatan Hidupan Liar dan SABSARI pada tahun 2019 telah tamat tempoh dan kini Jabatan Hidupan Liar dan SABSARI dalam proses untuk memuktamadkan MOU yang baharu, tetapi pada

masa yang sama Jabatan Hidupan Liar juga dalam proses pemurnian untuk menentukan sama ada keperluan fasiliti tenggiling masih relevan untuk dilaksanakan. Datuk Speaker, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat N.66 Bugaya, Lembaga Pelancongan Sabah melalui laman web rasmi Lembaga Pelancongan Sabah secara berterusan sentiasa menasihati pelancong untuk mendapatkan informasi dan perkhidmatan daripada agen pelancongan yang berlesen dengan MOTAC, senarai agen pelancongan berlesen ini boleh didapati di laman sesawang MOTAC, Persatuan Agen-agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATA), serta laman sesawang Lembaga Pelancongan Sabah.

Kementerian saya juga sentiasa menghubungi dan bekerjasama dengan pihak MOTAC dari masa ke semasa dalam setiap isu yang berkaitan pelancongan di negeri Sabah.

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini khasnya Yang Berhormat N.66 Bugaya, Kementerian saya sedia maklum dengan isu jeti di daerah Semporna yang sememangnya telah menjadi perhatian Kementerian sejak sekian lama dan perkara ini juga turut dibangkitkan semasa sesi libat urus di antara Kementerian dan pengusaha pelancongan Daerah Semporna. Pembinaan baharu atau penaik tarafan jeti ini adalah tertakluk di bawah kuasa Majlis Daerah Semporna dan Jabatan Pelabuan dan Dermaga Sabah. Namun, Kementerian menyokong perkara ini dan akan komited khususnya dalam aspek untuk kebaikan Daerah Semporna.

Datuk Speaker, isu kebersihan di S emporna sememangnya menjadi perhatian Kementerian saya sejak sekian lama.

Kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah sedang merancang untuk membuat program kesedaran yang sama seperti mana yang telah dilakukan pada tahun 2018. Perancangan ini telah dikemukkan kepada Kementerian untuk diperhalusi dan dipertimbangkan agar program ini dibuat secara inklusif bukan sahaja daerah Semporna bahkan melibatkan keseluruhan daerah di negeri Sabah.

Datuk Speaker, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat N.57 Kuamut, Kementerian saya melalui Jabatan Hidupan Liar, sentiasa berusaha membantu pekebun kecil dalam menangani ancaman gajah terhadap tanaman

mereka dengan membuat aktiviti mengawal dan mengiring gajah-gajah tersebut keluar daripada kawasan kebun mereka, tindakan menangkap pindah gajah juga dibuat sekiranya gajah tersebut sukar untuk dikawal.

Datuk Speaker, mengenai dengan cadangan untuk mewujudkan bantuan serta pampasan dalam undang-undang yang terpakai, iaitu Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997. Kementerian saya juga akan meneliti perkara ini dan akan melakukan pindaan sekiranya perlu untuk memasukkan peruntukkan yang melibatkan pampasan atau bantuan yang diakibatkan oleh serangan hidupan liar seperti gajah terhadap tanaman.

Datuk Speaker, Kementerian mengambil maklum terhadap saranan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat N.47 Telupid dan dalam hal ini Kementerian saya….

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

… hal ini Kementerian saya akan mengarahkan semua Ketua-ketua Jabatan di bawah Agensi Kementerian untuk kerap turun padang untuk memantau program dan aktiviti yang dilaksanakan yang berkaitan dengan portfolio masing-masing.

Berhubung dengan pembangunan pelancongan luar bandar khususnya yang melibatkan komuniti, Kementerian saya akan mengarahkan Lembaga Pelancongan Sabah untuk memberikan perkhidmatan bimbingan dari aspek promosi, khidmat nasihat mahupun sokongan dana kepada para pengusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan keselesaan para pelawat.

Datuk Speaker bagi menjawab soalan Yang Berhormat N.41 Segama dan N.40 Tungku yang telah dikemukakan semasa perbahasan sebentar tadi, matlamat utama Teluk Darvel ini dicadangkan untuk dijadikan sebagai taman marin adalah untuk memelihara dan memulihara kepelbagaian hidupan marin, terumbu karang dan pesisir pantainya, menambah baik industri perikanan agar lebih lestari dan faedah

komuniti setempat termasuklah untuk membuka lebih banyak peluang pembangunan industri pelancongan di negeri Sabah.

Hal ini secara langsung akan merancakkan lagi ekonomi hiliran, peluang pekerjaan dan juga kesejahteraan kepada komuniti setempat seperti mana yang berlaku di kawasan taman yang lain. Contohnya di Taman Kinabalu dan Taman Tunku Abdul Rahman.

Namun dalam tempoh persediaan ke arah perwartaan kawasan Teluk Darvel sebagai sebuah taman marin di bawah Enakmen Taman-taman 1984, salah satu pendekatan pengurusan bersama-sama atau co-manage akan diperkenalkan dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan wakil komuniti tempatan dalam beberapa jawatankuasa dan kumpulan kerja yang akan dibentuk untuk membincangkan secara terperinci dalam memastikan terdapat peluang dan kesamarataan untuk pembangunan mampan dan holistik.

Satu pelan pengurusan berintegriti akan dibangunkan melalui Taman-Taman Sabah dengan penglibatan daripada kalangan pelbagai pihak berkepentingan daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan yang berkaitan, Badan Bukan Kerajaan dan juga wakil masyarakat sekitarnya untuk memastikan faedah daripada perwartaan tersebut tercapai untuk jangka panjang dan termasuklah yang berkaitan dengan isu perikanan di perairan tersebut.

Beberapa program dan aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan ketika ini, antaranya adalah sesi libat urus bersama-sama pihak yang berkepentingan melalui Bengkel Permulaan Teluk Darvell atau Darvel Bay Inception Workshop. Bagi inisiatif perwartaan dan pembangunan pengurusan berkenaan cadangan Teluk Darvel telah diadakan di Hotel Klagan, Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2022. Bengkel yang sama sedang dirancang dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat di peringkat daerah, iaitu di Lahad Datu dan Kunak untuk mendapatkan maklum balas awal daripada kalangan pihak yang berkepentingan dan memastikan kita berada di landasan yang betul selari dengan matlamat perwartaannya dalam Rancangan Pembangunan Pelan Pengurusan tersebut tanpa membelakangkan faedah yang seharusnya diperolehi oleh setiap ahli atau pihak yang berkepentingan. Datuk Speaker, mengenai saranan dan soalan Yang Berhormat yang tidak sempat ah, saya berikan penjelasan, Kementerian saya akan memberi ah, penjelasan

secara bertulis.

Datuk speaker di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal dan juga Tahun Baharu 2023. Dengan ini, saya mohon menyokong.

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

… Sekian, terima kasih.

Boleh lagi kah?

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Ai, sudah sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Dia tiada apa-apa lagi yang...

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

...telah menyokong pun. Tidak apalah brother nanti kita tulis.

Okey.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih menteri.

Sekarang saya menjemput Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat. Silakan.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Datuk Speaker, alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya jua telah mengizinkan kita bersama-sama di Dewan yang mulia ini sempena Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Yang ke-16.

Bagi pihak seluruh warga Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, saya mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor atas pembentangan Bajet 2023 yang bertemakan "Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera" pada 25 November 2022. Sesungguhnya belanjawan tersebut melambangkan komitmen Kerajaan Negeri kepada kelestarian kesejahteraan rakyat sejajar dengan hala tuju Kementerian saya. Pada masa yang sama dapat meningkatkan kejayaan rekod yang cemerlang dalam pengurusan kewangan Kerajaan Negeri.

Datuk Speaker selaras dengan tema Kementerian saya iaitu "Masyarakat Prihatin dan Bertanggungjawab" pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan untuk kesejahteraan golongan sasar Kementerian, iaitu golongan rentan dan yang memerlukan.

Di samping itu, Kementerian saya telah berusaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar Kementerian dengan merakyatkan perkhidmatan.

Antara program dan aktiviti berimpak tinggi, Kementerian saya di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya yang telah berjaya dilaksanakan ialah Program Homeward, Program Outreach Santuni Wanita dan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak atau dalam singkatannya PPKK. Selain itu, program pendigitalan dalam talian di Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Wanita juga dilaksanakan untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

Selain itu, program pendigitalan dalam talian di Kementerian saya telah pun bermula dengan terlaksananya Sistem Digital Electronic Women Information atau DEWI dan Sistem Digital Ledger atau "D-Ledger" di bawah JHEWA.

Sementara itu, Sistem Permohonan Bantuan Kebajikan dalam talian juga akan beroperasi mulai 1 Januari 2023.

Pendigitalan Kementerian saya adalah selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri Sabah melalui Konsep 5A iaitu "Accessible by Anyone at Any time, Anywhere and by Any Mobile Device" yang memberi keselesaan bagi kesejahteraan rakyat. Sistem

JPKA boleh diakses melalui pautan jpka.sabah.gov.my manakala Sistem JHEWA boleh diakses melalui pautan wise.sabah.gov.my dan dledger.sabah.gov.my. Kementerian saya diperuntukkan sebanyak RM157.58 juta yang terbahagi kepada perbekalan sebanyak RM148.88 juta dan pembangunan sebanyak RM11.7 juta. Daripada itu, terdapat kenaikan peruntukan sebanyak RM23.46 juta, iaitu 17.5% berbanding peruntukan bagi tahun 2022 untuk Kementerian ini. Ini menunjukkan komitmen tinggi dan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membangun dan mensejahterakan masyarakat khususnya golongan rentan dan yang memerlukan melalui projek dan program yang telah dirancang sepanjang tahun 2023. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian saya telah melaksanakan program pembangunan masyarakat berimpak tinggi sejak 2021, iaitu Program Homeward untuk golongan sasar sakit terlantar.

Bilangan pesakit terlantar yang dibantu oleh Kementerian saya adalah sebanyak 378 orang setakat ini. Bagi tahun 2022, program berimpak tinggi Kementerian saya, iaitu Pusat Perkembangan Kanak-Kanak ataupun PPKK adalah tertumpu kepada kanak-kanak di luar bandar atau pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan asas pembelajaran awal. Oleh itu, PPKK yang merupakan program pembangunan di bawah Inisiatif Flagship Sabah Maju Jaya akan diteruskan dalam...

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

… Sabah Maju Jaya, akan diteruskan dalam tahun 2023 dengan mewujudkan dua buah lagi PPKK di luar bandar atau pedalaman. Menjelang akhir tahun ini, dijangka terdapat tambahan dua buah lagi PPKK menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 37 buah PPKK yang akan beroperasi sepenuhnya dengan bilangan kanak-kanak berdaftar seramai 1264 orang. Datuk Speaker, kementerian saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Kukusan kerana turut serta berperanan dalam melaksanakan

program dan aktiviti pemerkasaan wanita.

Diharapkan Kementerian saya dapat membantu memantapkan lagi program dan aktiviti untuk pembangunan wanita. Untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat ADUN Kapayan, berkenaan peruntukan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan sosial di bawah perancangan 10 tahun menamatkan perkahwinan kanak-kanak, Kementerian saya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita ataupun JHEWA telah mengambil langkah dengan menganjurkan program kesedaran menangani isu perkahwinan kanak-kanak kepada ibu bapa, pelajar sekolah menengah, guru-guru dan pemimpin akar umbi. Antara tujuan program ini adalah memberi kesedaran dan pengetahuan kepada kanak-kanak, keluarga dan masyarakat mengenai isu perkahwinan kanak-kanak, serta membantu dalam memahami psikologi, perkahwinan, kesihatan, reproduktif dan bimbingan.

Selain daripada program kesedaran untuk perkahwinan kanak-kanak di bawah Kementerian ini, isu perundangan bukanlah di bawah bidang Kementerian saya.

Berhubung dengan pemberian geran peruntukan kepada NGO bagi meningkatkan usaha memberikan penjagaan dan pembelaan kepada OKU dan warga emas, Kementerian saya memang ada menyediakan peruntukan secara tetap kepada NGO yang berdaftar di bawah Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah ataupun singkatannya MPMS. Bagi memastikan perkhidmatan kepada OKU dapat ditingkatkan, sejumlah RM1.3 juta telahpun disalurkan setiap tahun kepada NGO. Melalui peruntukan ini, adalah dianggarkan sejumlah 1000 orang OKU telah dapat diberi perlindungan, penjagaan dan bantuan pembangunan kapasiti masing-masing. Sementara itu, berhubung usaha meningkatkan penjagaan kepada warga emas khususnya yang mengalami keadaan sakit, Kementerian saya mempunyai Program Khidmat Bantu Di Rumah di bawah MPMS. Melalui program ini, sukarelawan akan membuat lawatan dengan kekerapan seminggu sekali kepada warga emas yang telah dikenal pasti.

Bagi tahun 2022, sejumlah RM1.9 juta telahpun dibelanjakan dan program ini akan diteruskan untuk tahun seterusnya. Berhubung dengan gender Bajet, Kementerian saya telah mengambil kira semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti di bawah Kementerian ini. Bagi pertanyaan-

pertanyaan yang tidak dapat dijawab pada masa ini, contohnya daripada Ahli Yang Berhormat Bandau dan juga Kunak, pertanyaan itu akan dijawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan.

Datuk Speaker, sebagai mengakhiri ucapan, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada penganut agama Kristian yang meraikannya dan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2023. Bagi mencapai kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Negeri di Bawah Bayu ini, saya menyeru agar kita bersama-sama bertekad untuk terus meningkatkan usaha dalam menunaikan amanah rakyat.

Marilah kita bersama-sama memupuk semangat masyarakat prihatin dan juga bertanggungjawab seiring dengan tema Kementerian saya, bagi menyokong kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di negeri Sabah. Sebelum saya mengakhiri penggulungan saya, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.

Dari Ranau ke KK, Pandu kereta berhati-hati; Program HomeWard dan PPKK, Mensejahterakan rakyat hidup berkualiti.

Sekian, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Saya menjemput siapa lagi menteri-menteri ingin hendak menggulung? Kita ada masa dekat setengah jam, kurang lebih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Membakut

Saya mohon.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Menteri Tugas-Tugas Khas? Teruskan.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim,

alhamdulillahirrabil’alamin wassalatu wassalamu ala rosulillah ‘alamin wa’ala alihi wasahbihi ajma’in.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah dirafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya berpeluang membuat penggulungan sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16.

Penggulungan berkaitan isu-isu yang berkaitan dengan perkara yang diamanahkan kepada Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan, yang baru sahaja dinaik taraf daripada Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menukilkan setinggi-tinggi tahniah atas pembentangan Bajet 2023 yang sangat cemerlang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, merangkap Menteri Kewangan yang saya sifatkan sebagai jamik wa manik, mencukupi mencakupi semua sektor, semua peringkat dari semua bidang dalam mencapai hasrat untuk mensejahterakan Sabah menerusi ekonomi yang mampan selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Tuan Speaker, selaras dengan salah satu kompenan Sabah Maju Jaya, iaitu Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Menteri Kewangan kerana meluluskan tambahan peruntukan untuk bantuan-bantuan atau inisiatif-inisiatif pendidikan kepada Kementerian saya sebanyak RM8 juta berbanding peruntukan tahun lalu RM43 juta demi untuk memperkasa Modal Insan, sebagaimana dalam Sabah Maju Jaya.

Tuan Speaker, kementerian saya, alhamdulillah akan meneruskan inisiatif-inisiatif yang telah sedia ada pada tahun lepas, dan membuat beberapa tambahan inisiatif untuk anak-anak kita dan untuk warga pendidik dan memperkasa pendidikan dan keilmuan.

Pertama, Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one-off, iaitu (BUDI). Peruntukan RM10 juta untuk sasaran 5000 pelajar dengan bantuan RM1500 untuk Diploma, RM2000 untuk Ijazah.

Yang kedua, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan, peruntukan sejumlah RM8 juta untuk sasaran 40 ribu pelajar yang akan mengambil SPM, mengambil STPM, dan mengambil STAM dengan bayaran one-off RM2000, RM200 seorang. Yang ketiga, Bantuan Ihsan Komputer kepada pelajar yang kita namakan sebagai BAIK. Peruntukan sebanyak RM2 juta untuk sasaran 1000 pelajar. Keempat, Bantuan Aktiviti Guru dan Ibu Bapa, iaitu BAGUS, Bantuan Ibu Bapa Aktiviti Guru dan Ibu Bapa Sabah, peruntukan sebanyak RM3 juta kepada 1500 PIBG dengan bantuan one-off RM2000.

Untuk tahun lalu, saya juga memohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat agar memaklumkan kepada sekolah-sekolah di dalam jagaan Ahli-ahli Yang Berhormat agar mengemukakan permohonan kepada pejabat kita atau Kementerian kita, kerana ada kalangan PIBG belum memohon kepada kita untuk mendapat one-off RM2000 bagi kegiatan atau aktiviti PIBG untuk BAGUS ini.

Yang kelima, Anugerah Khas Kecemerlangan Pendidikan atau AKSA, bayaran insentif sebanyak RM2000 hingga RM5000 peringkat kebangsaan dan RM4000 hingga RM6000 peringkat antarabangsa, anak-anak kita yang cemerlang dalam pendidikan kokurikulum dan korikulum.

Yang seterusnya Tuan Speaker, berhubung dengan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah atau BISBAH, bantuan berupa kelengkapan sekolah seperti komputer, mesin pencetak, perabot kepada 1600 sekolah kebangsaan dan sekolah agama dengan peruntukan RM12 juta.

Inisiatif terbaharu Tuan Speaker, ialah bantuan yang kita sebut sebagai Bantuan Aktiviti Pendidikan dan Keilmuan atau ILMU. Bantuan kewangan kepada persatuan, warga pendidik untuk melaksanakan program-program untuk memajukan pendidikan dan keilmuan di Sabah dengan peruntukan sejumlah RM500 ribu untuk 2023. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat….

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan [Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. Arif]:…untuk 2023.

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang diminta untuk bantuan seumpama ini di kawasan masing-masing bolehlah mengemukakan atau memberikan sokongan kepada sekolah-sekolah, atau badan-badan atau persatuan yang akan mengadakan program keilmuan dan pendidikan yang sesuai ah yang boleh membantu memperkasakan keilmuan dan pendidikan untuk kita bantu sedikit sebanyak mengurangkan bebanan Yang Berhormat masing-masing di kawasan. Inisiatif baharu yang kedua ialah Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah yang kita sebut sebagai BALKIS. Bantuan ini baharu.

Bantuan penyelenggaraan dan menambah baik penambahbaikan yang kecil di sekolah-sekolah dengan kos RM50 ribu ke bawah.

Peruntukan yang diperuntukkan sebanyak RM3 juta.

Ini juga sekurang-kurangnya boleh Ahli-ahli Yang Berhormat kemukakan dengan kadar yang boleh membantu kita serta sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan berkenaan.

Datuk Speaker, boleh mencelah?

Terima kasih menteri.

Saya ingin ah bertanya tentang sumbangan-sumbangan aktiviti-aktiviti sukan yang diadakan oleh sekolah-sekolah. Sebab kebanyakan sumbangan-sumbangan ini terus kepada kita wakil rakyat dan biasanya aktiviti sukan ini bulan-bulan dan semua kita kena keluar sendiri. Jadi ingin tanya dengan Menteri, adakah sumbangan dan peruntukan untuk sumbangan-sumbangan ini? Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Membakut

Terima kasih Liawan. Ah aktiviti kegiatan sukan ini boleh juga kita gunakan bagus sumbangan bagus untuk PIBG dan Insya-Allah kita akan cari jalan macam mana membantu sekiranya peruntukan ini boleh digunakan. Tapi lebih kepada kegiatan keilmuan dan pendidikan. Insya-Allah kita akan cari jalan macam mana ah mungkin peringkat daerah atau peringkat bahagian. Kalau peringkat semua sekolah mungkin ada halangan dengan peruntukan yang sedia ada. Tuan Speaker..

Ah Datuk Speaker, boleh mencelah?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Membakut

Boleh.

Datuk Menteri, ah terima kasih. Tadi Datuk Menteri ada menyebut berkenaan dengan bantuan pembaikan sekolah berjumlah RM50 ribu kan? Dan peruntukan itu ada sebanyak RM3 juta. Bermakna ada 60 buah permohonanlah. Apakah kaedah permohonan itu? Bagaimana? Dan apakah kriteria-kriteria yang dibenarkan. Dengan satu lagi, jika boleh mencadang supaya peruntukan ini ataupun bantuan ini diberikan kalau boleh setiap satu DUN atau setiap satu Parlimen ada sekolah-sekolah terpilihlah. So, maksudnya kalau setiap tahun bantuan itu diturunkan bermakna tidak tertumpu kepada satu-satu kawasan sahajalah. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Membakut

Terima kasih Banggi. Cadangan yang baik dan kita akan perincikan. Ah RM50 ribu ke bawah, mungkin RM20 ribu, RM30 ribu, RM40 ribu, RM50 ribu dan kita akan perincikan apa keperluan-keperluannya, biasa keperluan kalau kita melawat di kawasan mungkin penambahbaikan tandas dan lain-lain. YB-YB pun tahu macam mana keperluan-keperluan berkenaan.

Kami akan buat perkara-perkara yang perlu untuk kesesuaian kita memohon perkara berkenaan. Mengenai cadangan supaya di setiap DUN diberikan peruntukan yang berdasarkan kuota berkenaan juga amat sesuai.

Nanti kita akan perincikan apa yang perlu.

Tuan Speaker.

Datuk Menteri, boleh sikit. Cara-cara permohonan dibuat sama ada melalui PPD atau terus kepada Kementerian Datuk Menteri?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Membakut

Ya. Kita ada Jawatankuasa Pendidikan bersama-sama dengan PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan kita juga boleh menerima cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kerana Ahli-ahli Yang Berhormat lebih tahu hal-hal di kawasan kita.

Tuan Speaker, saya teruskan.

Yang ketiga, inisiatif

ketiga ialah penubuhan Sekretariat Mahasiswa Sabah yang kita namakan sebagai SEMESTA. Sekretariat Mahasiswa Sabah yang telah pun dilancarkan penubuhannya oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita pada 30 Oktober 2022 yang lalu adalah sebagai badan penghubung yang mendengar suara mahasiswa Sabah di seluruh negara kepada Kerajaan Negeri Sabah. Menjadi badan perantara dalam menyampaikan informasi-informasi berkenaan dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri Sabah dan memastikan pergerakan dan aktiviti persatuan-persatuan mahasiswa Sabah di seluruh negara dan dunia selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Melalui SEMESTA juga persatuan pelajar juga dapat membantu membekalkan informasi pelajar untuk melengkapkan Sistem Informasi Pendidikan Sabah (SIPS) yang sedang dibangun oleh Kementerian.

Tuan Speaker, Kementerian saya juga bertanggungjawab dalam memastikan sistem pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dilaksanakan oleh agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan dengan efisien dan efektif dan selaras dengan undang-undang dan syariat Islam.

Penubuhan Majlis Halal Sabah (MAHAS).

Majlis Halal Sabah melalui mesyuarat Kabinet pada 2023 November pada 23 November 2023 bagi membincang dan memutuskan isu-isu halal di negeri ini. Menyelaras tindakan yang melibatkan bidang kuasa agensi berkenaan produk, bahan atau makanan halal dan mencadangkan apa-apa langkah baharu bagi menangani isu yang berkaitan dengan halal di negeri ini yang tertakluk kepada dasar semasa kerajaan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Isu kemasukan produk makanan khususnya produk daging, lembu, kerbau, ayam yang diragui ketidak halalannya dari segi syarak, mendorong kepada penyelarasan di peringkat agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berkaitan dengan bidang kuasa masing-masing.

Penyelesaian yang melibatkan semua agensi yang berkaitan perlu dibuat melihat kepada bidang kuasa yang diperuntukkan di agensi-agensi berkenaan. Kementerian juga telah melaksanakan pendekatan dalam membantu Industri Mikro di negeri ini melalui pengeluaran Surat Perakuan Patuh Syariah (SPPS) yang diberikan kepada pengusaha mikro yang menghasilkan produk-produk makanan dan minuman yang beroperasi di negeri ini. SPPS ini dibangunkan oleh MUIS Halal Hub bersama-sama rakan-rakan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan SIRIM. Ia merupakan satu pengiktirafan bahawa produk tersebut adalah halal dan selamat (toyyiban) dimakan dan digunakan serta

mematuhi prinsip makanan dan minuman dalam syarak. SPPS ini dibangunkan bagi memberi ruang kepada industri mikro di negeri ini untuk mendapatkan pengiktirafan patuh Syariah bagi produk makanan dan minuman yang dipasarkan kepada masyarakat awam. SPPS ini juga sebagai sokongan untuk mendapatkan perakuan dan logo halal Malaysia selaras dengan kehendak subperenggan 4(1)(a)(b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011).

Tuan Speaker, Kementerian melalui agensi agama di bawahnya telah melaksanakan pembangunan fizikal spiritual. Pembangunan fizikal ini termasuklah pembinaan masjid yang melibatkan enam buah masjid, surau dan sekolah. Melibatkan lima buah sekolah agama baharu bagi perancangan baharu 2023.

Ini termasuk penyelenggaraan rumah anak yatim, pengendalian Maahad Tahfiz (ITQAS), masjid, surau, sekolah dan taman perkuburan. Pembangunan insan di bawah modal insan di bawah Kementerian ini telah dan akan diperhebat lagi melalui program-program yang melibatkan masyarakat awam dan pegawai serta kakitangan Kementerian dan agensi di bawahnya.

Tuan Speaker, Kementerian ini juga telah melaksanakan pendekatan pengeluaran sijil nikah di daerah-daerah di Sabah.

Bagi mempercepat dan memudahkan masyarakat dalam urusan perkahwinan dan telah melancarkan Sistem SMS Mahkamah Syariah.

Sistem Sijil Nikah di daerah-daerah sebelum ini kita mengeluarkan sijil berpusat di ibu pejabat tetapi sekarang boleh dikeluarkan di daerah-daerah. Tapi dengan syarat yang sama juga.

Melancarkan Sistem SMS Mahkamah Syariah yang berfungsi sebagai hebahan dan penyampaian maklumat secara digital dengan pantas dan berkesan tanpa memerlukan rangkaian internet menjadikan teknologi sebagai penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Inovasi yang dihasilkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah selari dengan hasrat Kerajaan untuk mendigitalkan perkhidmatan sedia ada dan lebih penting bagi menyenangkan pelanggan yang berurusan dengan agensi-agensi agama.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Membakut

… agensi-agensi agama.

Tuan Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN-ADUN yang telah memberikan cadangan, pertanyaan dan syor kepada kementerian ini di sidang ini. Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Amisah bin Yassin yang membangkitkan persoalan berkaitan objektif sukatan…

Speaker

Binti Yassin. Datuk Amisah binti Yassin.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan · Membakut

Datuk Amisah binti Yassin, saya minta maaf, yang membangkitkan persoalan berkaitan objektif sukatan pelajaran dan pencapaian pelajar secara keseluruhan daripada reka bentuk sukatan pelajaran masa kini. Murid Darjah 1 perlu membuat tugasan secara bertulis seperti orang dewasa.

Pada masa sekarang Tuan Speaker, Sukatan Pelajaran telah digantikan dengan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) mulai tahun 2011. Objektif DSKP ini berbeza mengikut mata pelajaran. Secara keseluruhan DSKP ini telah dapat melahirkan murid-murid yang dapat menguasai pelajaran mengikut Tahap Penguasaan. Buktinya lebih 90% murid mendapat Tahap Penguasaan 3, tahap minimum penguasaan pelajaran. Penulisan untuk Tahun 1 hanyalah penulisan yang asas sahaja dan tidak terlalu membebankan. Contohnya, diberi gambar bola dan murid diminta menulis nama benda dalam gambar tersebut.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, JHEAINS juga telah membuat kurikulum baharu dan mencetak buku-buku teks yang baharu berdasarkan kurikulum yang telah diubah suai. Dan buku tersebut telah diberikan secara percuma kepada seluruh pelajar di Sekolah Agama Negeri.

Tuan Speaker, Ahli Dewan Yang Berhormat Banggi membangkitkan, apakah perancangan pihak Kementerian bagi mengatasi masalah kekurangan guru

khususnya Bahasa Ingelish dan Matematik?

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi maklumat tentang kekurangan guru di Malaysia termasuk Sabah kepada agensi pengeluar guru seperti IPG (Institut Pendidikan Guru), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Maklumat ini adalah untuk keperluan agensi tersebut untuk mengambil guru pelatih seterusnya diserap kepada Kementerian Pendidikan. Untuk makluman juga, berdasarkan 90/10 dasar kita di Sabah, yang amat kekurangan ialah dari sudut guru agama. Ahli Yang Berhormat DUN Sulabayan yang mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melalui Kementerian Tugas-tugas Khas dan Penyelarasan membantu pelajar lepasan universiti yang disenaraikan hitam oleh Bank Negara Malaysia disebabkan kegagalan membayar hutang PTPTN. Kementerian ini mengambil maklum perkara ini, walau bagaimapaun tanggungjawab untuk membayar kembali hutang pinjaman ini merupakan tanggungjawab peminjam.

InsyaAllah kita akan mencari jalan dan kita akan berbincang dengan Ahli Yang Berhormat dan mana-mana yang boleh memberikan dapatan idea untuk kita sama-sama membantu anak-anak kita ini. Mereka perlu dibantu untuk mendapat pekerjaan agar dapat membayar balik pinjaman mereka.

Ahli Yang Berhormat Sindumin mencadangkan, supaya dalam rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri Sabah menyediakan universiti sendiri ataupun membuka cabang UPSI di Sabah, kerana kos-kos untuk menghantar pelajar ke situ dan juga kesukaran-kesukaran dilihat oleh pelajar banyak. Kementerian ini mengambil maklum perkara tersebut, pembukaan cawangan baru UPSI di Sabah merupakan tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun, buat masa sekarang negeri Sabah telah mempunyai empat buah IPG (Institut Pendidikan Guru) yang sedang beroperasi, iaitu Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Tuaran Kent, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Keningau, Keningau dan Tawau.

Melalui pengwujudan Institut Pendidikan Guru ini, ia telah dapat mengeluarkan guru yang terlatih. Secara tidak langsung dapat mengurangkan kos untuk menghantar pelajar mengikut pengajian tersebut.

Selain itu, MOSTAC, iaitu kementerian ini juga telah berkolaborasi dengan pihak UMS untuk menawarkan lebih banyak program Diploma Pendidikan dan Pendidikan Islam bagi mengatasi graduan-graduan untuk dilantik sebagai Guru Pendidikan

Islam. Saya juga mengambil maklum apa yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kunak berhubung dengan pejabat JHEAINS Kunak yang rosak lantai sehingga membawa mudarat kepada pelanggan.

Saya mengarahkan kepada JHEAINS untuk mengambil tindakan segera melihat perkara ini dan memperbaikinya. Saya juga mengambil maklum tentang isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Darau, iaitu isu pelajar UiTM yang memerlukan bantuan. Untuk makluman Yang Berhormat Darau, baru-baru ini kita juga telah membantu pelajar sejumlah 121 orang seperti mana yang diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dari Universiti Sains dan Teknologi Damansara yang menghadapi masalah dan alhamdulillah melalui tabung pendidikan Negeri Sabah kita telah membantu RM3250 setahun bagi mereka dan untuk 121 orang.

Tuan Speaker, dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Mudah-mudahan dengan keprihatinan beliau sejak dahulu berhubung dengan pendidikan tamadun kerana beliaulah yang mengemukakan idea berhubung dengan masyarakat madani, rakyat rabbani dan sebagainya. Berhubung dengan pendidikan, dapatlah kita memperkasa pendidikan termasuk di negeri Sabah ini.

Selamat menyambut Hari Natal dan Tahun Baru. Wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon menyokong Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ada kementerian yang sudah bersediakah? Kementerian seterusnya. Kementerian Luar Bandar? Belum. Kerajaan Tempatan, belum? JKM, belum? Belumkah, inda mau (tidak mahu)? Timbalan Ketua Menteri juga tiada. Jadi, kita tunggulah sampai pukul 6.00 saya mahu kasi tangguh pun menyalahi PT. Kita tunggulah sampai pukul 6.00. Ahli-ahli Yang Berhormat, disebabkan penggulungan pada hari sudah selesai oleh empat kementerian saya ucapkan berbanyak terima kasih. Dan kita ada tujuh lagi kementerian yang akan menggulung pada esok hari dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Menteri Kewangan akan menggulung pada hari Khamis pagi

selepas sesi soal jawab dan untuk itu saya tangguhkanlah mesyuarat kita pada hari ini pada 30 November 2022, pukul 10.00 pagi.

(Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 6:00 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 30 November 2022”.

SDN29112022/bnm