Sabah · 10 January 2023
16th Assembly, 3rd session, special meeting · not final · 101 turns · 9,014 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya dan Selamat Tahun Baharu 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hanya ada menerima surat permohonan cuti untuk tidak dapat hadir persidangan pada kali ini daripada Ahli Yang Berhormat ADUN Usukan dan telah meluluskan permohonan cuti tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun SOP untuk COVID-19 telah dilonggarkan tapi khususnya dalam pemakaian pelitup muka, walau bagaimanapun Ahli Yang Berhormat adalah dinasihatkan untuk menggunakan pelitup muka dan hanya membukanya semasa berucap. Ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan semua. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pegawai Kanan Kerajaan, Ketua-ketua Jabatan, para petugas dan semua yang hadir ke persidangan dapat mematuhi tatacara kemasukan ke dalam Dewan Undangan seperti mana yang telah ditetapkan oleh urus setia persidangan bagi menjaga keselamatan kita semua termasuk membuat ujian saringan secara kendiri terlebih dahulu sebelum menghadiri persidangan Dewan hari ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Persidangan Khas kita pada hari ini, ialah untuk pembentangan dua RUU, iaitu pembentukan penubuhan Suruhanjaya Tenaga dan juga RUU Kawal Selia Perbekalan Gas.
Untuk persidangan kali ini, Dewan akan terus bersidang tanpa berhenti rehat.
Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengambil masa mengikut kesesuaian masing-masing untuk makan ataupun solat. Saya juga mengharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengemukakan nama untuk berbahas dan berbahaslah mengikut apa yang telah ditetapkan dalam RUU dan diharap Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas dengan penuh teliti, bertanggungjawab dan bijaksana demi negeri Sabah seterusnya. Seterus itu, adalah harapan saya untuk memastikan bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan Tetap sepanjang sesi persidangan agar persidangan dapat berjalan dengan baik.
Marilah kita bersama-sama berusaha untuk memastikan agar persidangan kita berjalan dengan lancar hari ini. Insya-Allah. Setiausaha sila teruskan.
Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023Bill
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 - Bacaan pertama.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti pembekalan tenaga di Sabah dan menguatkuasakan undang-undang pembekalan tenaga dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023Bill
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023.
Bacaan kedua bila Yang Amat Berhormat?
Hari ini Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 - Bacaan keduaBill
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 - Bacaan kedua.
Yang Berhormat Ketua Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Speaker, pada 2 November 2022, Unit Tenaga Negeri Sabah telah mendapat kelulusan secara prinsip daripada Jemaah Menteri Negeri tentang pelan tindakan
dan garis masa bagi pengambilalihan bagi kuasa kawal selia sektor tenaga negeri Sabah.
Cadangan pengambilalihan kuasa kawal selia akan dilaksanakan secara dua fasa seperti berikut:
Fasa pertama, iaitu pada Januari 2023 akan melibatkan pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan gas yang pada masa ini di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan melalui Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (berkaitan fungsi gas) dan Akta Bekalan Gas 1997.
Fasa kedua, yang dirancang oleh Kerajaan Negeri pada April 2023 akan melibatkan pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu yang pada masa ini di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan melalui Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (berkaitan fungsi elektrik), Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011 dan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Perintah di bawah perkara 95C Perlembagaan Persekutuan, iaitu Penggantungan Akta Bekalan Gas 1997 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (berkaitan fungsi gas) telah diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Disember 2022.
Perintah tersebut telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 27 Disember 2022 dan berkuat kuasa pada 10 Januari 2023, iaitu pada hari ini.
Tuan Speaker. selari dengan penguatkuasaan perintah tersebut, Rang Undang-undang bagi Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 hendaklah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada hari ini bagi memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk mengambil alih kuasa kawal selia sektor tenaga khususnya bekalan gas.
Rang Undang-undang ini bertujuan untuk mewujudkan suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Tenaga Sabah.
… Suruhanjaya Tenaga Sabah (Suruhanjaya).
Setelah diluluskan, suruhanjaya ini akan dikenali sebagai Energy Commission of Sabah dengan nama singkat ECoS atau ECoS.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 ini mengandungi enam bahagian dan 43 Fasal yang saya akan huraikan satu per satu secara ringkas selepas ini. Perincian kepada perkara tersebut adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 yang telah diedarkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk tatapan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Bahagian pertama mengandungi dua fasal yang menyatakan berkenaan dengan tajuk ringkas permulaan kuat kuasa dan peruntukan kepada Rang Undang-undang ini memberi kuasa kepada suruhanjaya mengawal selia dan memastikan pengagihan bekalan gas adalah teratur. Rang Undang-undang ini telah ditetapkan berkuat kuasa pada 10 Januari 2023. Bahagian kedua mengandungi sebelas fasal yang menerangkan berkenaan dengan struktur organisasi penubuhan suruhanjaya. Bahagian ketiga mengandungi lima fasal yang menyatakan fungsi dan kewajipan suruhanjaya, antaranya adalah untuk mengawal selia, menggalakkan kecekapan, keekonomian dan keselamatan dalam segala perkara yang berhubungan dengan pembekalan gas melalui talian paip dan penggunaan gas sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pembekalan Gas.
Bahagian keempat mengandungi tujuh fasal yang memperuntukkan berkenaan dengan pelantikan pegawai dan faedah yang disediakan oleh suruhanjaya.
Bahagian kelima mengandungi sebelas fasal yang memberi penerangan berkenaan dengan prosedur kewangan suruhanjaya.
Satu Kumpulan Wang Tenaga Sabah akan diwujudkan bagi maksud Undang-undang Pembekalan Tenaga yang akan ditadbir dan dikawal oleh suruhanjaya. Bahagian keenam mengandungi tujuh fasal yang memperuntukkan perkara-perkara am antaranya pendakwaan, perkhidmat awam, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, kuasa untuk mengambil kerja, kewajipan kerahsiaan dan representasi dalam prosiding sivil. Tuan Speaker, dengan adanya Rang Undang-undang ini ia akan memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk menjalankan tanggungjawab kuasa kawal selia bagi sektor pembekalan gas di negeri Sabah agar segala aktiviti sektor pembekalan gas yang dijalankan dapat dikawal dan dilaksanakan secara efektif dan efisien. Tuan Speaker, saya mohon mencadang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini yang dibacakan kali yang kedua sekarang terbuka untuk dibahas. Ada Ahli-ahli Yang Berhormat hendak berucap? Silalah berdiri.
Okey, silakan Yang Berhormat Liawan. Berapa minit mahu?
Kasi lama sikit. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Sabah, menteri-menteri, pembantu-pembantu menteri serta Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Teruskan… Terima kasih di atas peluang dan ruang yang diberikan kepada saya untuk serta di dalam perbahasan. Perbahasan penyerahan semula kuasa mengawal selia bekalan gas daripada Kerajaan Persekutuan ini. Datuk Speaker, pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Kesepuluh, pada 24 November tahun 2022 lepas. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Pedana Menteri kerana walau baru berusia dua bulan lebih tetapi begitu proaktif di dalam menangani isu-isu berkatan berkaitan hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Saya difahamkan kuasa mengawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Negeri ini adalah merupakan salah satu daripada lima syor tambahan daripada Kerajaan Negeri yang telah mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pada 4 Januari lepas. Saya melihat perkara ini sebagai satu perkembangan positif serta satu permulaan perhubungan yang cukup memberangsangkan di antara Kerajaan Negeri GRS dan Kerajaan Persekutuan yang baharu di bawah payung Kerajaan Perpaduan.
Datuk Speaker, kejayaan mendapatkan semula kuasa mengawal selia bekalan gas ini tidak akan menjadi realiti tanpa kerja keras, semangat dan iltizam barisan
kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Walau lembut dalam berbicara, namun tegas dalam tindaknya. Beliau begitu komited dalam memastikan hak-hak Sabah seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutan dapat dikembalikan kepada pembangunan negeri Sabah Maju Jaya ya, Sabah Maju Jaya. Penyerahan semula kuasa mengawal selia bekalan gas ini juga boleh saya umpamakan seperti sirih pulang ke gagang kerana kuasa mengawal selia bekalan gas ini sebenarnya pernah berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri sebelum dipindahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada sekitar tahun 80-an. Datuk Speaker, selain daripada kuasa mengawal selia bekalan gas, saya difahamkan bahawa kuasa mengawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu kini di dalam proses perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Saya mendoakan dan berharap semoga perbincangan kuasa mengawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu ini akan beroleh kejayaan yang sama seperti perpindahan kuasa mengawal selia bekalan gas.
Namun begitu, Datuk Speaker, di dalam kita meraihkan kejayaan perundingan yang telah kita capai ini, saya bertegas dalam memohon agar Kerajaan Negeri tidak alpa, berkompromi malah menyegerakan usaha tuntutan hak-hak Sabah yang lain seperti yang jelas terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63.
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 11C, iaitu bayaran 40% pemberian kutipan hasil dari Sabah dan Perkara 11D, iaitu kajian semula setiap lima tahun bagi pemberian yang dipersetujui.
Sejak dari tahun 1969, Sabah hanya menerima bayaran statik sebanyak 26.7 juta setahun tanpa sebarang peningkatan walaupun kajian semula pembayaran yang dipersetujui bagi setiap lima tahun adalah mandatori berdasarkan Perkara 11D Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Kerajaan Negeri GRS berjaya mendapatkan peningkatan bayaran interim kepada RM125.6 juta pada tahun 2022 dan meningkat setiap tahun sehingga tahun 2026, bayaran ini masih jauh lebih rendah daripada apa yang sepatutnya diterima oleh Sabah. Bayaran ini juga kemudiannya disalah tafsir.
...kemudiannya disalah tafsir, bahkan turut dijadikan modal oleh pihak pembangkang dan mendakwa bahawa Kerajaan Negeri-GRS telah membatalkan tuntutan pemberian khas 40%. Datuk Speaker, maka dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar tuntutan pemberian khas 40%, kutipan hasil dari Sabah disegerakan berdasarkan formula asal bagi menggantikan bayaran interim yang diguna pakai sekarang. Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri segera dalam menuntut sebarang bayaran tunggakan di atas ketiadaan semakan semula pembayaran yang dipersetujui semenjak tahun 1973. Tuntutan-tuntutan ini, pada hemat saya tidak memerlukan pindaan pada Perlembagaan Persekutan dan hanya tinggal perlaksanaan serta strong political will selaras dengan jaminan perlembagaan yang diberikan kepada Sabah semasa membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Datuk Speaker, selain daripada itu, saya berpandangan moving forward biarlah Kerajaan Negeri yang mengutip segala hasil di negeri ini. Kita simpan 40% daripada hasil kutipan tersebut dan baki 60% lagi kita salurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Datuk Speaker, seterusnya saya ingin merujuk Jadual 10, Bahagian 5, Perkara 1 di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sabah mempunyai hak ke atas duti import dan eksais kepada setiap produk petroleum yang diimport ke Sabah melalui peruntukan perlembagaan. Jadual 10, Bahagian 5, iaitu sumber tambahan hasil yang diserahkan kepada Sabah dan Sarawak. Ini sekaligus, merupakan hasil pendapatan kepada kedua-dua Wilayah Borneo ini. Namun demikian, selepas Akta Cukai Jualan 1972 dipindah pada tahun 1999, Sabah telah diberi bayaran pemansuhan duti import dan eksais sebanyak RM120 juta setahun tanpa sebarang peningkatan sehingga ke hari ini sedangkan penggunaan bahan api di negeri ini meningkat saban tahun. Selain daripada itu, mengambil kira faktor inflasi tahunan. Nilai RM120 juta pada tahun 2000 pastinya tidak sama malah jauh lebih rendah nilainya berbanding pada tahun 2023 sekarang.
Datuk Speaker, bayaran pemansuhan duti import dan eksais sebanyak RM120 juta setahun ini juga adalah jauh lebih rendah berbanding hasil duti import dan eksais barangan petroleum yang belum diperolehi oleh Kerajaan Negeri sehingga (suara berbelit) 1999, iaitu antara RM200 juta hingga RM250 juta setahun dan terus meningkat.
Sebagai perbandingan juga, jumlah cukai pendapatan petroleum Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2022 juga adalah dianggarkan sebanyak RM11.5 bilion. Satu angka yang cukup besar, berbanding dengan bayaran 120 setahun yang diterima oleh Sabah. Oleh yang demikian, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar menuntut atau berunding dengan Kerajaan Persekutuan agar satu jumlah bayaran pemansuhan baru bagi menggantikan duti import dan eksais yang lebih adil dan saksama kepada Negeri Sabah dapat dicapai. Alternatifnya pula dari segi perundangan, Perkara 1, Bahagian 5, Jadual 10, Perlembagaan Persekutuan ini, belum pernah dipindah di Parlimen sehingga sekarang dan bukanlah ini bermaksud Sabah masih berhak atas duti import dan eksais ke atas barangan petroleum sebagai hasil tambahan negeri.
Datuk Speaker, saya beralih kepada Perkara 3, juga di dalam Jadual 10, Bahagian 5, Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 ada tertulis, hak Sabah untuk menerima duti eksport ke atas mineral sehingga 10% acolorand sebagai pengganti royalti. Saya ingin mendapatkan kepastian sekiranya Kerajaan Negeri pernah mendapat sebarang bayaran atau membuat tuntutan berdasarkan daripada Perkara 3, Bahagian 5, Jadual 10, Perlembagaan Persekutuan ini. Sama seperti Perkara 1, Bahagian 5, Jadual 10, Perlembagaan Persekutuan, bukankah ini bermaksud Sabah yang berhak ke atas duti eksport, ke atas mineral sebagai hasil tambahan negeri? Datuk Speaker, beberapa perkara yang saya bangkitkan sebentar tadi, iaitu Perkara 1, 1(C) dan 1, 1(D), Bahagian 5 dan Jadual 10, Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan hak hasil kewangan Sabah yang harus dituntut dan wajar dipenuhi oleh Kerajaan Persekutuan. Saya akhiri dengan ikrar kita semua selaku Ahli-ahli Yang Berhormat seluruh Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara. Hasil kewangan ini, yang mana sekiranya berjaya kita tuntut kelak, mampu mencapai bilion mahupun trilion Ringgit Malaysia. Hasil kewangan ini, pastinya mampu menjadi game changer dengan dalam mempercepatkan pembangunan infrastruktur dan juga insan di
Negeri Sabah yang begitu jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Datuk Speaker, berkenaan agihan peruntukan projek daripada Kerajaan Persekutuan, saya menyambut baik kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyerahkan kuasa meluluskan projek pembangunan di bawah RM50 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Sebelum ini, kita sering mendengar rungutan berkaitan kelewatan pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan Persekutuan di Sabah kerana kerenah pengurusan dan birokrasi. Malah saya masih ingat lagi pada tahun lepas, setakat 2022 baru 45.67% daripada RM5.235 bilion peruntukan untuk projek pembangunan di Sabah dapat dilaksanakan. Kelewatan ini, antaranya adalah disebabkan modal agihan peruntukan yang dibuat secara berperingkat atau progresive payment dan bukan lump sum.
Maka saya ingin mencadangkan dalam masa yang terdekat ini, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat kesepakatan untuk menyalurkan 100% peruntukan pembangunan tahunan yang telah diluluskan kepada Sabah melalui Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kewangannya atau mana-mana badan yang dirasakan sesuai. Langkah ini, saya rasakan adalah lebih sesuai dan bertepatan dalam menangani masalah kelewatan pelaksanaan projek Pembangunan Persekutuan di Sabah.
Datuk Speaker, dengan itu, saya mohon mencadang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, Liawan. Tapi saya rasa intipati perbahasan tadi lebih sesuai untuk RUU selepas ini ah. Tapi tidak apalah, dia ada kaitan. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan selamat kembali kepada Yang Berhormat Tamparuli ke dalam dewan.
[ketukan meja]
Silakan Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Yong Teck Lee.
Terima kasih, Tuan Speaker. Saya berdiri memohon… menyokong Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah dan bagi saya ini ah satu langkah yang cukup positif, yang lama kita menunggu. Bagi saya, secara peribadi, sejak tahun 1980-an apabila Lembaga Elektrik Sabah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada musim itu. Di mana Sabah sudah kehilangan segalanya dalam sektor tenaga. Maka hari ini, walaupun Rang Undang-Undang ini bukan bermakna kita mengambil alih semua aspek termasuk ownership of gas belum lagi termasuk power generation belum lagi tapi Rang Undang-Undang ini dengan ada wujudnya Suruhanjaya Tenaga Sabah ini akan memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk memulakan satu proses mengambil alih sektor tenaga yang amat penting bagi pembangunan Negeri Sabah ini.
Tuan Speaker, pada masa yang sama, saya ingin ah merujuk kepada Hansard Parlimen pada 3 Oktober, seminggu sebelum Parlimen lalu dibubar, di mana waktu perbahasan Pindaan Rang Undang-undang tenaga boleh baharu Pindaan 2022. Pada 3 Oktober di Parlimen, menteri yang berkenaan pada masa itu, apabila dalam perbahasan Rang Undang-undang ini diminta memberikan penjelasan tentang apakah akan terjadi kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebelum ini dikenali sebagai SEB (Sabah Electricity Board). Di mana ah, diceritakan dalam… Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik]:…..Di mana ah, diceritakan dalam hansard ini, dan juga dilaporkan dalam news bahawa Kerajaan Negeri berniat untuk mengambil balik SESB, Sabah Electricity Sdn.Bhd. Jadi saya berharap usaha selepas kita sudah ada ini, dua-dua Rang Undang-undang diluluskan, selepas kita sudah diberikan kuasa dari segi undang-undang.
Selepas kita sudah ada, badan dan juga pegawai-pegawai yang berkenaan bolehlah kita merancang mengambil alih. Mengambil balik SESB.
Maka saya berharap, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, dapat memberikan tiket penjelasan tentang usaha ini.
Hari ini kita dapat debate Rang Undang-undang ini dalam sektor tenaga, ini untuk maklumanlah. Mungkin ada Ahli-ahli DUN ini, belum dimaklumkan bahawa sebenarnya pada 3 Oktober lalu.
Selepas Kerajaan Pusat
dan Kerajaan Negeri pada bulan Ogos lalu bersetuju untuk menyerahkan kawal selia bekalan gas ini kepada Sabah, maka kita terikat dengan akta yang lain, iaitu Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, Sustainable Energy Development Act 2011 ataupun Akta 726 dan juga Akta Tenaga Boleh Baharu 2011. Renewable Energy Act 2011.
Di mana dua akta ini, memberikan kuasa kepada kerajaan Pusat dalam sektor tenaga dan bekalan gas dan bekalan city Sabah. Maka amat terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini.
Merestui apa yang telah diputuskan dulu, dimana pindaan kepada dua Rang Undang-undang ini. Memasuki peruntukan penggantungan pemakaian akta. Di mana-mana Malaysia. Kerana ada pindaan itu, maka menteri yang berkenaan boleh menggantung itu suspend application to act parliament anyway in Malaysia. Dan saya amat berbesar hati kerana perbahasan di Parlimen bahawa, hanya Sabah dan Sarawak diberikan kuasa ini. Dan bukan tempat-tempat lainlah. Ini selaras dengan MA36 … MA63. (ADUN ketawa) MA63 di mana kita…
36 musim Jepun itu. (ADUN-ADUN ketawa)
..musim Jepun kah. Baru mahu datang itu. Ya.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Satu, apakah perancangan kerajaan Negeri mengambil balik SESB. Kedua ini akan menjadi satu badan baru. Satu statutory body baru. Macam SEDCO, Ko-Nelayan dan sebagainya.
Jadi saya berharaplah.
Kerana pun banyak isu juga.
Kadang-kadang kita punya GLC, kita punya Badan-badan Berkanun tidak dilengkapi dengan aset, maka paling penting Amat Berhormat melantik anggota lembaga itu dengan baik-baik, orang profesional. Janganlah sektor tenaga ini macam juga sektor air, di
Sabah. Saya tidak menuduh siapa-siapa cuma masalah air masih menjadi masalah di Sabah. Walaupun di dalam bidang kuasa negeri Sabah, dan bukan Persekutuan. Satu, dia punya anggota lembaga kedua, iaitu pihak pengurusan. Pegawai-pegawai yang telah dikenal pasti dalam Rang Undang-undang ini.
Satu, SESB bila balik, kedua memberikan ansurance bahawa anggota lembaga dan bahawa pengurusan ini, akan membawa kebanggaan kepada rakyat Sabah ini.
Sekian terima kasih. Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Yong.
Seterusnya. Ya, Yang Berhormat Kadamaian. Terima kasih hadir datang walaupun sibuk.
(ADUN-ADUN ketuk meja) …di Persekutuan.
Tuan Speaker, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Pengambilalihan kuasa, kawal selia sektor tenaga.
Bekalan gas dan elektrik merupakan sebahagian daripada perjanjian Malaysia, hasrat rakyat Sabah sudah sekian lama dan hari ini, terlaksana dengan pembentangan.
Dan saya percaya, semua yang hadir dalam di Dewan ini akan meluluskan Rang Undang-undang ini. Saya berbangga, kerana saya menjadi sebahagian daripada keputusan di Putrajaya baru-baru ini dan sekali lagi akan menjadi sebahagian daripada keputusan kita meluluskan Rang Undang-undang ini, pada hari ini.
Sepatutnya inilah fokus kita, untuk kita menuntut hak-hak kita dalam perjanjian Malaysia. Hak-hak kita di dalam perlembangan Persekutuan dan bukan lain-lain hal.
Susun menyusun kerusi di Dewan ini. Ini patut fokus kita, dan saya ucap tahniah.
(ADUN-ADUN ketuk meja)
Kepada kerajaan Sabah.
Di atas ketegasan di dalam bebrapa hari ini yang membawa kita kepada pembentangan Rang Undang-undang ini.
Ini, susun kerusi dalam Dewan ini, saya punya kerja ba ini YB.
Ya. (ADUN gelak)
Macam saya yang kena tegur ini tau.
Dan untuk ini, Datuk Speaker saya, saya percaya lebih banyak lagi hak kita. Yang kita akan terus perjuangkan. Dan saya ingin mengulangi syor saya selama ini untuk kita adakan satu jawatankuasa bersama antara parti di peringkat Dewan Undangan Negeri.
Untuk kita terus bincang, dan terus tuntut dan terus lawan bila perlu. Hak kita di dalam Perjanjian Malaysia dan hak kita di dalam Perlembagaan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Liawan juga sebentar tadi, termasuk perkara berkaitan dengan 40% yang telah disebut oleh Yang Berhormat Liawan.
Seterusnya, Datuk Speaker, Saya percaya dengan usaha konsisten dan berterusan kita ini. Selepas kita mendapat banyak lagi hak-hak kita. Dalam masa terdekat dan dalam masa akan datang. Ada keperluan pada pandangan saya. Untuk kerajaan Sabah, untuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri perkasakan Pentadbiran Kerajaan, Sabah.
Dengan barangkali, menambah kementerian supaya ada satu menteri yang khas untuk melihat hal-hal berkaitan dengan tenaga, utiliti dan sebagainya.
(ADUN-ADUN ketuk meja) Ini, kita boleh bincang.Kenapa perlu mahu heboh sangat. Perkara boleh bincang, kenapa perlu heboh diluar. Pada saya, ini cadangan saya untuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan pimpinan Sabah. Barangkali bukan pada hari ini, tetapi pada masa yang akan datang supaya barangkali jumlah Jemaah Menteri boleh ditambah seorang dua lagi. Untuk kita accommodate, pengambilalihan kita, hak-hak kita dalam Perjanjian Malaysia dan juga hak-hak kita, dalam Perlembagaan Persekutuan. Untuk ini Datuk Speaker saya mohon menyokong. Terima kasih.
(ADUN-ADUN ketuk meja)
Terima kasih Kadamaian. Siapa lagi mahu berucap. Silakan Yang Berhormat Sindumin.
Terima kasih Datuk Speaker.
Saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah tahun 2023.
Pertama, saya ingin ucap tahniah.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana menyarankan.
Ini adalah agenda penting untuk negeri Sabah, dan mesti diluluskan.
(ADUN-ADUN ketuk meja) Dan inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah.
Tetapi saya kecewa sebelah sana sebiji pun tidak ada. Sepatutnya ini menjadi priority. Saya minta maaf juga. Saya ini kawan juga.
Saya bukan mengungkit tetapi sepatutnya kita sama-sama memperjuangkan, kerana kepentingan rakyat Sabah.
(ADUN-ADUN ketuk meja) Saya tidak ada personal Datuk Seri…Speaker.
Yang kedua, terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Kerana telah berunding di Kuala Lumpur, bermesyuarat dan membuat satu cadangan penyelesaian bagaimana suara-suara permintaan rakyat Sabah ini, dapat dipenuhi.
Melalui Perjanjian Malaysia 63 atau MA63 ini.
Dan sekarang kita telah melihat buah apakah kesalahan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Beliau telahpun mengurus negeri ini dengan baik demi untuk rakyat dan negeri Sabah.
(ADUN-ADUN ketuk meja) Saya bersetuju, dengan Yang Berhormat Kedamaian. Saya kalau sebahagian dari wakil. Masa kita inilah ia menjadi kenyataan di Sabah. Ditunggu puluhan tahun.
Hari ini 10 Januari 2023 adalah sejarah bahawa hak kita dalam Petroleum
sebahagian, bukan semua lagi.
Sebahagian ini sebagai permulaan diberi kepada negeri…..
… diberi kepada negeri Sabah.
Datuk Speaker, kita juga berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang menjaga Sabah, Sarawak yang ditelah diberi amanah untuk memastikan pelaksanaan MA63 ini jadi kenyataan. Dato’ Sri Fadillah Yusof yang memastikan usaha-usaha ini perlu direalisasikan dan pada hari ini, ia sudah nampak buahnya. Juga, tahniah kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Sabah Sarawak juga sebahagian daripada komponen yang mengatur program ini. Datuk Speaker, walaupun dua bulan kerajaan baharu ini saya katakan tadi ini MA63 ini sudah nampak buahnya.
Sekarang bukan lagi fasa untuk berunding.
Fasa berunding sudah lama selesai. Mendatang ini adalah fasa untuk pelaksanaan yang diperlukan oleh orang-orang Sabah, rakyat Sabah dan pelaksanaan ini dalam komponen MA63.
Datuk Speaker, saya pasti usaha-usaha untuk melaksanakan MA63 secara berperingkat yang lebih jauh lagi akan datang, akan dibuat selepas ini dan inilah hasrat rakyat Sabah sebenarnya.
Datuk Speaker, kuasa ini sudah diserahkan kepada Sabah, iaitu Suruhanjaya Tenaga dan kuasa ini akan ditadbir oleh negeri Sabah, kita ada menteri yang menjaga.
Saya setuju dengan Kadamaian tadi mencadangkan seharus kerana ini adalah satu program yang sangat besar yang akan menyajikan satu perubahan, game changer untuk negeri Sabah kerana kitalah pengeluar gas dan petroleum yang terbesar di Malaysia.
Sudah tentu kita ada perlu orang yang berwibawa, saya berharap suruhanjaya, pengerusinya, ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik nanti dan juga pegawai-pegawai yang melaksanakan haruslah orang yang berwibawa. Kita tidak mahu ia menjadi bahan ketawa orang luar.
Datuk Speaker, ini saya katakan permulaan.
Kita mahu rakyat Sabah faham ia bukan menyerahkan kuasa mentadbir petroleum itu keseluruhan, ini kena faham. Fasa pertama ini adalah kuasa untuk menyelia downstream gas. Kuasa untuk mencari petroleum di Sabah, kuasa untuk mencari gas, cari gali masih lagi kita
terikat di bawah Akta Pembangunan Petroleum ataupun Petroleum Development Act 1974.
Walaupun, downstream ini sudah diserahkan.
Tapi, kita juga minta Yang Amat Berhormat dan juga melalui Menteri, Timbalan, Timbalan Perdana Menteri supaya kalau tidaklah dipindah pun Akta Pembangunan Petroleum ini untuk kepentingan negeri Sabah. Tetapi, kita mesti juga membawa negeri Sabah dalam industri upstream di bawah Akta Pembangunan Petrol ini dan kita minta petroleum berunding dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk tujuan masa akan datang dan saya terbaca tadi bahawa ini sudah dimulakan oleh SMJ Sdn. Bhd.
Di bawah tadi saya menyaksikan tandatangan usaha sama ataupun pengambilan 25 peratus daripada petroleum fertilizer chemical, petrol, chemical, Petrochemical Fertilizer Sdn. Bhd. di Sipitang. 25 peratur ekuiti daripada kilang tersebut. Tahniah kepada SMJ dan juga Menteri Kewangan yang telah pun mengatur perkara ini dan kita harap banyak lagi usaha-usaha downstream, usaha sama dengan Petronas ataupun Petrochemical Group. Bukan saja di downstream, tetapi juga upstream. Misalnya, dalam cari gali bukan saja syarikat ataupun dibagi right oleh Petronas kepada syarikat-syarikat Sabah yang berkeupayaan ataupun secara usaha sama dengan syarikat-syarikat GLC utama negeri Sabah.
Kita berharap, saya minta penjelasan juga Yang Amat Berhormat apakah perancangan kita ini, masa depan ini apakah kita ada cadangan ke arah itu?
Melalui GLC Sabah dan saya melihat ini merupakan gold mine untuk generasi akan datang untuk negeri Sabah. Datuk Speaker, bila saya melihat secara terperincian di bawah Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 ini, kuasa yang diberi kepada kita di bawah suruhanjaya ini sangatlah besar.
Kalau kita lihat, di muka surat sebelas, iaitu di bawah perlesenan aktiviti untuk perlesenan, perkara 41, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti mengimportan ke terminal, pengesan semula, memprosesan gas, pengesanan semula gas, pengiriman gas, pengangkutan gas, pengagihan gas, peruncitan gas, penggunaan gas, semua akan diatur oleh suruhanjaya ini.
Begitu juga dengan permohonan lesen, memproses, begitu juga dengan pemberian lesen, begitu juga dengan penarikan lesen dan kita berharap suruhanjaya ini betul-betul boleh mengatur apa yang penting untuk negeri Sabah melalui suruhanjaya ini.
Datuk Speaker, kita sudah memulakan dan kita harap ia akan berterusan dan ini saya melihat bahawa sebagai satu alaf baru dalam industri hiliran gas ini, yang mana sekarang ini Sabah telah diberi peluang dan kesempatan, dan kita berharap ia akan menjadi kenyataan dan membuka peluang yang lebih besar kepada negeri Sabah. Dengan ini Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Sindumin.
Ada siapa lagi?
Tidak ada sesiapa lagi mahu berucap dari wakil-wakil YB wanita tidak ada? Okey, kalau tidak ada saya minta Yang Berhormat Ketua Menteri menjawab.
Tuan Speaker, pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang turut membahas Rang Undang-undang ini, iaitu ahli daripada Liawan, ADUN Dilantik, ahli daripada Kadamaian dan juga ahli daripada Sindumin.
Saya ingin memberi jaminan bahawa semua pandangan dan saranan penambahbaikan akan diberi perhatian dan juga tindakan.
Tuan Speaker, seperti yang saya nyatakan bahawa ini adalah satu permulaan yang cukup baik bagi Sabah untuk berkuasa ke atas perkara-perkara yang menjadi hak kita seperti yang termaktub di dalam Perjanjian MA63.
Saya ingin menyentuh sedikit mengenai dengan Rang Undang-undang ini dan bagi menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Dewan kita sebentar tadi.
Satu daripadanya ialah selepas pengambilan kawal selia gas ini. Fasa kedua ialah kita akan mengambil alih kuasa bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu.
Dalam mesyuarat pada tahun lepas, bulan Ogos yang saya pengerusikan bersama dengan Menteri KeTSA pada waktu itu, Kerajaan Negeri telah memohon supaya kawal selia gas ini diberi kuasa kepada Kerajaan Negeri dan hari ini menjadi kenyataan.
Kerajaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada kita dan kita mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri ini untuk menyambut hak ataupun kawal selia yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Fasa kedua ialah pengambilan bekalan elektrik dan tenaga baharu.
Perkara ini juga telah dibawa di dalam mesyuarat dan secara prinsipnya Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menyerahkan…
…bersetuju untuk menyerahkan kawalan ataupun kuasa bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu ini pada tahun ini. Itu menjadi fasa kedua dan insha-Allah jika sekiranya semua perkara-perkara dapat dilakukan pada tahun ini, kita jangka kita akan bersidang lagi untuk menubuhkan Suruhanjaya Elektrik dan Tenaga Baharu untuk kita mengambil alih bekalan elektrik dan tenaga baharu untuk Sabah. Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan juga jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana bersetuju menyerahkan kuasa kawal selia gas ini kepada Sabah.
Beliau wajar diberi sokongan oleh kita rakyat Sabah.
Untuk makluman, kita tidak akan berhenti di sini dalam tuntutan kita kepada hak-hak kita. Saya yakin negara Malaysia akan lebih disayangi oleh segenap lapisan rakyat negeri ini dan tentu akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang dibanggakan oleh seluruh rakyat tanpa mengira suku kaum, keturunan dan kepercayaan agama. Jadi, saya berharap dengan Rang Undang-undang ini seperti yang saya nyatakan adalah satu permulaan yang amat baik untuk kita mengambil alih akan kuasa dan hak-hak kita yang telah dipegang oleh Kerajaan Persekutuan selama ini. Terima kasih, Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat (tepuk meja). Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023Bill
Rang Undang-undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, peringkat jawatankuasa bila?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan agar mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 43 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah jadual dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 43 dan jadual dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’.
Tidak bersetuju katakan ‘tidak’.
Lebih suara bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Yang Berhormat Ketua Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga bila Yang Berhormat?
Sekarang, Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga, sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju katakan ‘bersetuju’.
Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan (tepukan meja).
Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023Bill
Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023.
Rang Undang-Undang Bekalan Gas 2023Bill
Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023, bacaan pertama.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu Rang Undang-undang untuk mengadakan peruntukan perlesenan bagi pengimportan ke terminal penggasan semula, pemprosesan penggasan semula, pengiriman, pengangkutan, pengagihan, peruncitan atau penggunaan gas dalam pembekalan gas melalui talian paip dan perkara yang berkaitan.
Pembekalan gas pada harga yang munasabah, kawalan talian paip, pemasangan dan perkakas bekalan gas mengenai perkara yang berhubungan dengan keselamatan orang dalam pengagihan peruncitan atau penggunaan gas dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023Bill
Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023.
Bacaan kedua bila Yang Amat Berhormat?
Hari ini, Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023Bill
Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023. Bacaan kedua.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang.
Tuan Speaker, penyerahan kuasa kawal selia gas kepada Kerajaan Negeri Sabah merupakan satu isu tuntutan di bawah MA63.
Beberapa siri perbincangan telah diadakan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dan akhirnya pada 21 Disember 2022, Mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan telah meluluskan penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas melalui perintah di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan, iaitu Penggantungan Akta Bekalan Gas 1997 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 (berkaitan fungsi gas).
Perintah tersebut telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, pada 27 Disember 2022 dan berkuatkuasa pada hari ini 10 Januari 2023. Maka dengan itu, Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 hendaklah dibentang pada hari ini, bertujuan untuk mengambil alih kuasa kawal selia bekalan gas, merangkumi bekalan gas daratan on-shore, iaitu pengimportan gas ke terminal, penggasan semula, pemprosesan gas, penggasan semula gas, pengiriman gas, pengangkutan, penghantaran gas, pengagihan gas, peruncitan gas dan penggunaan gas atau dalam bahasa inggerisnya dengan izin, importation of gas into regasification terminal, processing of gas, regasification, shipping of gas, transportation, transmission of gas, distribution of gas, retail of gas and use of gas. Rang Undang-undang ini akan ditadbir dan dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (Suruhanjaya).
Tuan Speaker, Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 ini mengandungi tujuh bahagian dan 81 Fasal yang saya akan huraikan satu per satu secara ringkas selepas ini.
Perincian kepada perkara tersebut adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Rang Undang… Ketua Menteri/Menteri Kewangan [Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor]:…. dinyatakan dalam Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 yang telah diedarkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk tatapan Ahli-ahli Yang Berhormat. Bahagian pertama mengandungi dua Fasal yang menyatakan tajuk ringkas permulaan kuat kuasa dan peruntukan bahawa Rang Undang-undang ini memberi kuasa kepada aktiviti pembekalan gas. Rang Undang-undang ini telah ditetapkan berkuat kuasa pada 10 Januari 2023.
Bahagian kedua mengandungi satu Fasal yang menerangkan fungsi dan kewajipan suruhanjaya, antaranya adalah untuk melindungi kepentingan pengguna gas yang dibekalkan oleh pemegang lesen.
Suruhanjaya juga berfungsi untuk membangun dan mengeluarkan kod, garis panduan dan arahan berkenaan dengan pembekalan gas.
Bahagian ketiga mengandungi tujuh Fasal yang menyatakan berkenaan dengan pelesenan, proses permohonan lesen, pemberian lesen, cagaran semasa pemberian lesen jika diperlukan, syarat-syarat pemberian lesen, kuasa untuk mengenakan syarat-syarat tambahan atau meminda syarat-syarat lesen, penggantungan dan pembatalan lesen.
Bahagian keempat mengandungi 23 Fasal yang antara lain menerangkan perkara-perkara berkaitan dengan lesen, bekalan gas, kuasa menetapkan tarif dan caj dan piawaian bekalan gas.
Bahagian kelima mengandungi sembilan Fasal yang memperuntukkan berkenaan dengan perbuatan salah kerja atau aktiviti yang tidak dibenarkan, kesalahan percubaan dan subahat, beban pembuktian, pemberian maklumat, kerahsiaan,
perintah pembayaran kos pendakwaan dan pampasan, peruntukan mengenai wang yang boleh dibayar sebagai kos atau pampasan, kesalahan yang menyebabkan kecederaan kepada nyawa atau tubuh manusia atau kerosakkan kepada apa-apa harta boleh apabila disabitkan di denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Bahagian keenam mengandungi 18 Fasal yang menyatakan tentang penguatkuasaan. Bahagian ketujuh mengandungi 21 Fasal yang memperuntukkan perkara-perkara pelbagai antara lain, iaitu kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, penalti am, pengkompaunan kesalahan, pendakwaan, rekod pendaftaran, borang kompeten, pengauditan pemegang lesen, kemalangan serius hendaklah dilaporkan, perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang, kuasa khas semasa darurat, kecualian dan peralihan dengan izin Tuan Speaker, saving and transaction selama enam bulan.
Tuan Speaker, dengan adanya Rang Undang-Undang ini, ia akan memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal selia sektor pembekalan gas di negeri Sabah agar segala aktiviti sektor pembekalan gas yang dijalankan dapat dikawal dan dilaksanakan secara efektif dan efisien.
Tuan Speaker, saya mohon mencadang (tepuk meja).
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas sekarang. Tanpa dijemput, saya persilakan Yang Berhormat, er…
Nabawan.
Nabawan.
Terima kasih, Datuk Speaker kerana memberi saya ataupun mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023. Saya berdiri di sini untuk menyokong Rang Undang-undang Bekalan Gas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju secara prinsip untuk menyerahkan kuasa kawal selia industri bekalan gas kepada Kerajaan Sabah. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Kerajaan Sabah bagi cadangan Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023 yang bertujuan untuk mengambil alih kuasa kawal selia bekalan gas merangkumi bekalan gas daratan, iaitu pengimportan gas ke terminal penggasan semula, pemprosesan gas, penggasan semula gas, pengiriman gas, pengangkutan, penghantaran gas, pengagihan gas, peruncitan gas dan juga penggunaan gas oleh pemegang lesen persendirian.
Datuk Speaker, Rang Undang-undang ini adalah merupakan satu sejarah yang amat penting bagi negeri Sabah kerana penyerahan kuasa kawal selia gas ini kepada Kerajaan Sabah merupakan salah satu isu tuntutan di bawah MA63 yang selama ini kita perjuangkan. Saya sungguh percaya penyerahan gas kuasa selia ini memberi impak sangat positif terhadap pelaburan di Sabah dan ada… adanya Rang Undang-undang ini dengan adanya Rang Undang-undang ini, ia akan memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal selia sektor pembekalan gas di negeri Sabah agar segala aktiviti sektor pembekalan gas yang dijalankan dapat dikawal dan dilaksanakan secara efektif dan efisien.
Rang Undang-undang ini merangkumi banyak skop penting antaranya kawal selia, perihal lesen dan pendaftaran, penguatkuasaan, tarif dan juga caj serta klaus… klausa transisi. Rang Undang-undang ini juga merupakan kepada Akta Bekalan Gas dan Akta Suruhanjaya Tenaga dan penting sekali dalam mendukung visi Kerajaan Sabah dari segi kemandirian kuasa kawal selia tenaga.
Ia juga mengandungi semakan kadar fi bagi lesen bekalan gas yang akan memberikan impact ataupun impak munasabah kepada pemegang lesen utama, iaitu Sabah Energy Corporation ataupun SEC dan juga PETRONAS dalam memastikan kelestarian operasi Suruhanjaya Tenaga Sabah.
Datuk Speaker, saya ingin mengakhiri ucapan saya dan saya juga mohon untuk menyokong. Terima kasih (bunyi ketukan meja).
Terima kasih, Nabawan.
Okey, dipersilakan Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Yong Teck Lee.
Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri membentangkan satu Rang Undang-undang yang akan memberi isi kepada Suruhanjaya Tenaga yang baru tadi diluluskan. Saya straight to the point Tuan Speaker. Saya ingin merujuk kepada Fasal 30 dan 27 kerana Fasal 30 saya baca secara ringkaslah summary daripada fasal ini.
Fasal 30 bila mana, ia perlu untuk tujuan menyenggara, membaiki atau menaik taraf mana-mana talian paip dan sebagainya maka pihak berlesen boleh menggunakan kuasa dalam enakmen ini.
Kita merujuk kepada Fasal 27 pula, kuasa untuk memasuki tanah bukan kerajaan ah ini yang saya berharap pihak berkuasa Suruhanjaya Tenaga dapat mengambil perhatian kerana Ahli-ahli Yang Berhormat yang meluluskan undang-undang ini lain hari kita akan jawab.
….ini lain hari kita akan jawab. Kenapa seperti saya baca sekarang ini, bila mana didapati oleh pemegang license bahawa ada menjadi pelbaginya menjalankan kuasa yang diberikannya kepadanya oleh enakmen ini yang kita akan lulus maka pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya selepas memberikan notis kurang-kurangnya 24 jam kepada penghuni tanah.
Memasuki tanah itu membuat pengukuran dan melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu untuk menentukan kesesuaian tanah itu.
Dengan izin Tuan Speaker, saya ulang ini dalam bahasa english kuasa 27 cross 27 in the enakmen. Power to enter examine non state land we never piers the licensee ini companylah. Ini are will be a necessary for him to exercise the power conferred upon him by this enakmen. The licensee oh any person authorize by him may after given notice not less than 24 hours notice to occupier thereof, if any, enter upon the land, survey and take level and do any order acts necessary dan sebagainya.
Tuan Speaker, kalau kuasa ini diberikan kepada Jabatan Tanah dan Pegawai Tanah, saya kurang risau kerana Pegawai Kerajaan, Pegawai Tanah diorang terlatih,
diorang ada tatatertib, diorang disiplin, do now what to do, do now what to do tapi kuasa ini diberikan kepada pelesen witches just a company ataupun orang yang diberikan kuasanya witches are contractor ataupun subcontractor yang kita tidak tahu pun siapa, kalau Pegawai Tanah kita tahu in the civil service list dan sebagainya tapi ini kontraktor subkontraktor dia punya pekerja, dia punya mandur dan sebagainya.
Dalam 24 notis atau 24 jam notis misalnya jam 11.00 pagi ini kontraktor bagi pihak berlesen datang pergi tanah for sure resultkah, resortkah, plantacionkah, kebunkah dan sebagainya. Dia berikan notis kepada penghuni jam 11.00 pagi esok petang dia datang. Adakah tuan punya tanah bersedia, misalnya dan dalam kuasa 27 ini disebut penghuni, apakah penghuni ? Adakah pemilik tanah, adakah manager kebun, adakah forest director dan sebagainya.
Maka, saya mencadangkan Tuan Speaker supaya pihak pengurusan, pihak berkuasa memberikan syarat-syarat peraturan yang lebih jelas.
Under what circumstances made a licensee ataupun dia punya vaquer enter the land.
Dia 2 jenis, saya bayangkanlah ada letupan there’s a pipe burst gas pipe burst takkanlah kita tunggu 24 jam itu kerana specify bahawa sekiranya ada emergency second census dia boleh masuk dengan syarat-syarat yang tertentu tetapi dalam fasa 30 ini they maintenance dia repair. Kalau maintenance misalnya berbulan-bulan sebelum hari yang tertentu sudah company, sudah berlesen tahu dia sudah merancang dia sudah merancang bulan depan maintenance, tahun depan maintenance, maka kenapa lagi hanya beri notis 24 jam.
Jadi bagi maintenance, repair dan sebagainya saya berharap lebih notis diberikan dan kepada yang siapa? janganlah itu kontraktor hantar itu notis pergi pagar orang esok petang dia datang sudah masuk nanti wakil-wakil rakyat kena marah ini kalau ini berlaku ah...
Kedua, sekirannya kadang-kadang tanah abandon dia ini sama ada kita buat iklan ataupun tindakan yang sebagainya supaya pemilik tanah betul-betul tahu adalah the license akan memasuki tanah yang berkenaan.
Ini satu ah… Tuan Speaker meminta pihak berkuasa ambil maklum bahawa sensitivity masuk tanah orang. Nanti hilang durian, hilang kerbau ada rosak ini itu banyak isu ah… itu satu.
Beli di tamu saja.
Ah…
Kalau hilang durian cari di tamu saja.
Ha… ada sebagainyalah pasal ini masuk orang punya tanah orang hantar-hantar dan sebagainyakan. Jadi satu kena define under second sense made the licensee.
Pasal ini bukan silap pegawai tahu, ini bukan polis, ini bukan pegawai Jabatan Tanah ini, ini pay license ada vaquenya jadi kontraktorlah, subkontraktorlah, dia punya pekerjalah satu. Kedua, siapa yang layak menerima notis itu? Adakah company itu betul-betul pengusaha supaya tuan punya tanah atau dan ah… last ini, Tuan Speaker bahawa bahawa pihak berkuasa buat saya mencadangkanlah buat subsidiary legislation kerana Rang Undang-undang ini atau tak mungkin buat begitu detaillah tapi subsidiary legislation saya difahamkan kerana ini satu statutory body dia akan membuat laporan setiap tahun kepada Dewan Negeri maka diminta subsidiary legislation syarat-syarat dan sebagainya tentang kuasa memasuki tanah ini bersama dengan laporan dimaklumkan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ini. Dengan itu, Tuan Speaker saya memohon menyokong Rang Undang-undang ini sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik Yong Teck Lee, seterunya silakan Yang Berhormat Kuamut.
Terima kasih Datuk Speaker.
Jangan maraton ya.
Saya sebenarnya Datuk Speaker tidaklah berniat untuk mahu berucap kerana apa yang penting saya rasa agenda kita pada hari ini street forward, iaitu meluluskan Rang Undang-undang 2 Rang Undang-undang yang kita semua tahu merupakan kepentingan masyarakat apa pun Datuk Speaker selain daripada saya berbangga menjadi salah satu sebahagian yang akan meluluskan rang undang-undang ini, saya juga menampilkan diri supaya sekurang-kurangnya anak cucu kita di masa akan datang melihat bahawa ADUN Kuamut juga
terlibat berdiri dan membahas rang undang-undang ini untuk masa depan mereka. Datuk Speaker hari ini 10 hari bulan kita berada di sini bukan sahaja meluluskan kedua-dua rang undang-undang ini untuk masa depan negeri Sabah, tetapi saya boleh istiharkan bahawa rang undang-undang ini merupakan satu kemenangan yang besar kepada Warga Malaysia khususnya Warga Sabah yang tinggal di Sabah kerana Datuk Speaker kenapa saya nyatakan ini merupakan satu kemenangan yang besar sebab agenda tuntutan MA63 ini merupakan agenda yang didendangkan berpuluh-puluh tahun oleh sama ada Ahli-ahli Politik, ahli-ahli NGO dan anggota-anggota pentadbiran bukan sahaja didendangkan di Dewan Undangan Negeri ini malahan di forum-forum yang lain sebagai contoh perjumpaan-perjumpaan parti politik, konvensyen-konvensyen dan sebagainya dia juga diceritakan di kedai-kedai kopi, di media-media sosial dan kemucaknya setiap kali pilihan raya agenda MA63 ini adalah satu agenda yang besar di angkat oleh setiap Pertubuhan Politik untuk mendapatkan sokongan daripada Rakyat. Tetapi, hari ini Datuk Speaker kita sendiri melihat bahawa apakah ini agenda yang dibawa oleh setiap Parti Politik ini hanya merupakan satu perkara untuk kepentingan individu ataupun Parti-parti Politik tertentu kerana Datuk Speaker kita lihat sendiri kedudukan kita di dalam Dewan Negeri ini kita membicarakan satu agenda yang besar.
... satu agenda yang besar sepatutnya hari ini kita meraikan bersama-sama kemenangan ini. Kita meraikan kemenangan hasil daripada keprihatinan pimpinan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
(ADUN tepuk meja) Dan kita juga harus bersama-sama berkumpul di sini meraikan kejayaan ini kerana selain daripada keprihatinan daripada Perdana Menteri, kita juga mempunyai Ketua Menteri yang saya, rakan tadi menyatakan selain walaupun dia ini bersuara lembut tetapi hatinya keras demi masa depan negeri Sabah.
(ADUN tepuk meja)
Datuk Speaker.
Bukan keras, tegas.
Tegas. Keras itu lebih hebat Datuk Speaker kalaulah…
Kalau keras, darah tidak naik pergi pam untuk pergi hati dia.
Terima kasih Datuk Speaker. Jadi seperti yang saya katakan tadi, walaupun ini seperti yang dinyatakan oleh rakan-rakan yang lain merupakan satu permulaan.
Tetapi kita nampak apabila kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berterusan dan Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat daripada Sulaman berterusan, percayalah bahawa akan ada lagi kejayaan-kejayaan yang mendatang yang lebih besar daripada yang kita gubal pada hari ini.
(ADUN tepuk meja) Sebab itu Datuk Speaker, walaupun mutakhir ini ada perkembangan-perkembangan yang tidak berapa disenangi oleh semua pihak seperti ucapan-ucapan saya sebelum itu Datuk Speaker mohonlah kepada semua pihak yang terlibat termasuk kita ini. Kita letakkanlah agenda pembangunan negeri Sabah ini.
Kita buatlah genjatan senjata politik demi untuk masa depan wilayah Sabah kita yang tercinta ini. Datuk Speaker, hari ni saya rasa tidak ada masalah untuk kita luluskan dan sudah pun diluluskan rang undang-undang pertama dan yang kedua ini. Selepas ini rakyat akan menonton kita.
Terutama bagi mereka yang diberikan amanah untuk mengemudi jabatan-jabatan atau pun GLC yang terlibat ini. Mereka akan memantau. Pantauan itu kita tidak ketahui. Kita sedia maklum bahawa pemantauan itu ada di mana-mana melalui media sosial dan sebagainya. Apa yang dibuat oleh kerajaan diketahui oleh semua rakyat.
Saya setuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain supaya kita mohon pimpinan negeri perlu berhati-hati
untuk melantik bagi mereka-mereka yang diamanahkan untuk menganggotai dan menjaga GLC-GLC ini.
Saya setuju dengan ADUN Dilantik, Datuk Yong, dengan izin. Bahawa kita berapi-api untuk mendapatkan kuasa untuk mentadbir GLC-GLC ataupun jabatan-jabatan kita sendiri.
Dia telah sebut pasal Jabatan Air. Jabatan Air kita berkuasa sepenuhnya, ditadbir oleh kita sendiri. Tetapi daripada “Merdeka”, Sabah ini sehinggalah ini sekarang kita bercerita pasal air tiada, air kotor dan sebagainya. (ADUN tepukan meja) Selain daripada Datuk Speaker, selain daripada kegagalan jabatan kita sendiri yang kita tadbir sendiri, suatu ketika dahulu kita pernah dengar, kita pernah tonton di media sosial, ada barang yang tersembunyi di bumbung dan sebagainya. Ini kita tidak mahu berlaku Datuk Speaker.
Jadi kita mohon Kerajaan Negeri memantau sebaik-baiknya jangan ada perkara-perkara yang tidak diingini lagi akan berlaku kerana kita tidak mahu rakyat muak dengan sistem yang kita jalankan selama ini. Rakyat mahu penyelesaian, rakyat tidak mahu mendengar retorik dan retorik dan retorik. Rakyat mahu penyelesaian yang yang tuntas kerana mereka juga berhak untuk mendapatkan apa juga kemudahan yang diberikan oleh pimpinan kita pada masa ini dan di masa-masa akan datang.
Datuk Speaker, saya rasa itu saja.
Daripada kami warga DUN Kuamut, menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuamut atas perbahasan yang bersemangat sangat tapi tenang, tenang dengan tenang. Lain? Silakan Kadamaian.
Ya Datuk Speaker, ada tiga perkara yang pertama tentang bahagian empat peruntukan berhubung dengan pemegang lesen pembekalan gas kemasukan ke tanah terutamanya kuasa untuk menetapkan tarif
dan charge di bawah rang undang-undang ini diletakkan sepenuhnya kepada kuasa menteri dan saya okey dengan perkara tersebut tetapi pada saya, pada pandangan saya wajar kuasa menteri itu refleks kuasa kabinet ataupun kuasa Kerajaan Sabah maka apa-apa yang berkaitan dengan penetapan tarif dan charge pada pandangan saya sesuai diangkat kepada kerajaan kepada kabinet untuk dilulus dan diumum seterusnya oleh menteri yang bertanggungjawab kepada rang undang-undang ini. Itu yang pertama.
Keduanya, sudah tentu selepas kita luluskan rang undang-undang ini kita memerlukan bekalan gas untuk kegunaan rakyat Sabah, sebab itu saya mencadang kepada Kerajaan Sabah ataupun Menteri yang bertanggungjawab kepada rang undang-undang ini untuk terus berbincang dengan Petronas kalau ada gas yang diekstrak oleh Petronas sebelum dia jual kepada pihak lain, guna dulu untuk kegunaan rakyat Sabah di bawah rang undang-undang ini. Itu yang kedua. Dan seterusnya saya ingin mencadangkan ataupun ingin merekodkan di dalam sidang DUN pada hari ini tentang projek Gas Pipeline ataupun Trans Sabah Gas Pipeline daripada Pantai Barat ke Pantai Timur Sabah yang kita semua tahu sudah melibatkan pembayaran tertentu kepada konsortium pelaksana tetapi projek fizikal belum bermula. Pada saya, kita cadang kepada Kerajaan Sabah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan dan kita semualah supaya ini dikaji semula dan kita gunakan pembayaran yang telah diberi kepada konsortium itu lebih baik diguna untuk buat misalnya projek talian penghantaran Southern Link Sabah ini lebih baik daripada buat pipeline gas daripada Kimanis ke Sandakan. Saya fikir itu, pada pandangan saya tidak lagi sesuai. Sebaliknya oleh kerana kita juga akan bincang tentang elektrik nanti dan sedang berbincang kenapa tidak kita minta konsortium itu buat Southern Link barangkali yang lebih diperlukan oleh rakyat Sabah terutama kampung-kampung yang belum ada elektrik di sepanjang laluan ini penting pada saya.
Datuk Speaker, untuk saya rekodkan di dalam sidang DUN ini sebagai satu cadangan tambahan dari saya. Terima kasih, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kadamaian. Kalau tiada… oh… Sindumin. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya cuma mengambil sedikit dan menyokong rang undang-undang bekalan gas ini. Cuma satu saya ingin penjelasan daripada Yang Amat Berhomat Menteri, mengenai dengan pengagihan gas ini kepada pengguna Consumer Industrial The Commercial Consumer Sipitang sudah kita gazzetekan sebagai Pusat Industri Petroleum ataupun SOGIP dan beberapa rungutan daripada pelabur juga apabila untuk membuka industri untuk di kilang di SOGIP ini, soalan yang pertama ialah berapa banyakkah gas yang kami boleh dapat dapat daripada bekalan? Saya ingat Yang Berhormat Menteri Perindustrian tahu. Yang kedua, berapa lama lagikah gas ini akan kami dapat? Apakah pelaburan yang kami laburkan di Sipitang itu dari segi out all eye, pulangannya berbaloi atau tidak dengan pelaburan yang berbilion ringgit. Jadi ini juga kita perlu ah… quantifide atau pun pastikan volume bekalan gas ini supaya apabila pelabur-pelabur datang ada kepastian bahawa gas yang kita urus ini mencukupi. Yang pertama. Yang kedua, pada harga yang berpatutan siapakah yang mengawal harga untuk…
… mengawal harga untuk ah industrial consumer ini ataupun ah commercial consumer ini?
Kalau kita tidak boleh berunding dan kita tidak ada satu harga, paras harga yang minimum sama ada dibuat secara staggered ah increasing in price ataupun secara forward looking ataupun hygiene price. Mungkin kita sukar, jadi ah bagaimanakah cara kita pastikan bahawa hygiene price ini boleh kita gunakan untuk pelabur-pelabur yang mungkin datang?
Bukan sahaja di Sipitang tetapi juga di KKIP, di POIC ataupun di mana-mana saja di Sabah yang mengeluarkan gas ini dan kita minta ah… ini penting untuk pertumbuhan industri.
Kalau ini kita tidak ada kepastian dan susah kita untuk ah menjual Sogip ini ataupun Sabah ini sebagai ah pusat industri yang ada sangkut paut dengan penggunaan gas kerana itulah keperluan terharga sama ada industri hiliran secara terus produk-produk by product daripada gas seperti textiles, seperti pembuatan gam, apa-apa juga yang dihasilkan melalui industri hiliran gas ini
ataupun sebagai bahan bakar terus untuk menjana elektrik ataupun menjana kilang ataupun industri ah… yang dilaburkan di kawasan Sogip kita ataupun kawasan lain. Saya ingat itu sahaja Yang Berhormat Speaker. Saya minta penjelasan dan mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sindumin.
Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk menjawab.
Tuan Speaker, pertama saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan ini yang mengambil bahagian untuk membahas Rang Undang-undang ini, iaitu ADUN daripada Nabawan, ADUN yang Dilantik, ADUN Kuamut, ADUN daripada Kadamaian dan juga Sindumin kerana mengambil bahagian di dalam perbahasan ini. Insya-Allah saya akan mengambil perhatian dan tindakan terhadap ah isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat ini dan kita berharap ah saranan dan juga cadangan boleh dibuat penambahbaikan hasil daripada suara yang telah diutarakan oleh ADUN-ADUN kita yang mengambil bahagian ini. Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara katakan bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023Bill
Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri peringkat jawatankuasa bila?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan rang undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan rang undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan ‘bersetuju’.
Tidak bersetuju katakan ‘tidak’.
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 81 dijadikan sebahagian daripada rang undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah jadual dijadikan sebahagian daripada rang undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 hingga 81 dan jadual dijadikan sebahagian daripada rang undang-undang itu.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju, katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, silakan.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa rang undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga bila Yang Amat Berhormat?
Sekarang Tuan Speaker.
Sila jalankan. Sila jalankan. Bacaan ketiga.
Sekarang Tuan Speaker.
Ya, bacaan ketiga dia punya.
Mencadangkan supaya Rang Undang-undang dibacakan kali ketiga, sekarang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju, katakan ‘tidak’, Lebih suara bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Bekalan Gas 2023Bill
Enakmen Bekalan Gas 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur alhamdulillah Sidang Mesyuarat Khas Penggal Ke-3 Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 hari ini telah berjalan dengan lancar dan teratur atas kerjasama dan keprihatinan semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya serta kedua-dua Timbalan, saya ingin merakamkan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas kedua-dua Rang Undang-undang pada hari ini. Syabas atas perbahasan yang amat komprehensif, padat, berinformasi dan bernas. Saya juga minta supaya Ahli-ahli Berhormat sila semak cabutan draf penyata rasmi yang akan diedarkan kepada Yang Berhormat yang berkaitan dan ucapan Yang Berhormat dengan harapan Yang Berhormat akan kembalikan semula kepada Pentadbiran Dewan Negeri untuk sekiranya terdapat sebarang kebetulan dengan kadar segera.
Terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pegawai kerajaan, kakitangan Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Mesyuarat Khas ah… mesyuarat sepanjang tempoh Mesyuarat Khas kali ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum ditangguhkan Sidang Khas pada hari ini, saya ingin mengucap, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada Ahli-ahli Berhormat yang dari kaum Cina dan juga seluruh masyarakat Sabah yang akan dirayakan lebih kurang dua minggu dari sekarang ya dan Ahli-ahli Berhormat saya juga ingin mengucapkan selamat pulang, selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Pada Ahli-ahli Yang Berhormat, pandulah yang memandu, pandulah dengan cermat dan berhati-hati dan berhemah di jalan raya dan semoga Ahli-ahli Yang Berhormat selamat sampai dan sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Angin bertiup debu bertebaran, Duri menusuk, luka di tangan; Terima kasih atas sokongan, Memperkasakan kerajaan teruskan perjuangan.
(ADUN ketuk meja)
Ahli-ahli Berhormat, mesyuarat kita pada hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 11:39 pagi. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga suatu tarikh yang belum ditetapkan”.
SDN10012023/bnm