Sabah · 23 May 2023

16th Assembly, 4th session, 1st meeting · not final · 600 turns · 56,189 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pemasyuran daripada Tuan Speaker

Setiausaha Dewan

Pemasyuran daripada Tuan Speaker. Tuan

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, iaitu Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah memperkenankan enakmen-enakmen yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dalam Mesyuarat Ketiga dan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-16 yang lalu seperti yang berikut:

1) Enakmen Perbekalan 2023/2022; 2) Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan Pindaan 2022; 3) Enakmen Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Corona Virus (COVID-19) Pindaan 2022; 4) Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023; dan 5) Enakmen Bekalan Gas 2023.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima surat permohonan tidak menghadiri persidangan pada kali ini daripada Yang Berhormat dari kawasan Yang Berhormat N.58 Lamag untuk tidak hadir pada 24 Mei hingga 25 Mei, Yang Berhormat N.37 Karanaan untuk tidak hadir pada 22 Mei 2023, Yang Berhormat N.10 Usukan pada 23 Mei hingga 24 Mei, Yang Berhormat dari kawasan N.2 Bengkoka pada 23 Mei 2023, Yang Berhormat N.11 Kadamaian pada 23 Mei hingga 24 Mei, Yang Berhormat Kawasan N.59 Sukau pada 22 Mei hingga 25 Mei 2023 dan Yang Berhormat Adun Dilantik Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee pada 22 Mei 2023, dan saya telah meluluskan permohonan-permohonan cuti tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat Datuk Harun bin Durabi, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan kepada semua keluarga atas kembalinya ke Rahmatullah menantu yang dikasihi pada 22 Mei 2023 bersamaan 2 Zulkaedah 1444 Hijrah. Semoga roh Almarhum mendapat rahmat daripada Allah Subhanahuwataala. Amin. Ucapan takziah juga kepada Puan Martina Jubilee @ Tinah atas pemergian bapa yang dikasihi, mendiang Datuk Jubilee Kikizen mantan Adun kawasan Sugut pada 12 Januari 2023 dan Yang Berbahagia Puan Jenas bin Atong dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke Rahmatullah suami yang dikasihi Almarhum Tuan Haji Jap bin Haji Umar, Adun Yang Dilantik, mantan Adun dilantik pada 2 Mei 2023 bersamaan 2 Syawal 1244 Hijrah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, walaupun bulan Syawal baru saja berlalu dua hari lepas masih belum terlambat bagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan maaf zahir batin.

Seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada bulan ini bahawa pandemik COVID-19 bukan lagi ancaman kesihatan global. Namun demikian, dinasihatkan agar semua Ahli Yang Berhormat tetap berwaspada dan meningkatkan tahap imuniti masing-masing. Di samping itu juga digalakkan agar semua Ahli Yang Berhormat meneruskan…

Speaker

…meneruskan penggunaan pelitup muka sepanjang berada dalam dewan dan boleh membuka pelitup muka apabila berucap di dewan. Jika ada Ahli-ahli Yang Berhormat berasa tidak sihat mendapati diri mempunyai gelaja COVID-19, saya nasihatkan agar membuat ujian secara kendiri sebelum menghadiri sidang dewan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi persidangan kita pada kali ini akan diteruskan tanpa ada waktu rehat pada jam 12 tengah hari dan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh keluar dewan untuk makan tengah hari, solat dan sebagainya bergilir-gilir.

Ahli-ahli Yang Berhormat adalah dimohon untuk memastikan bilangan kuorum di Dewan Persidangan sentiasa cukup. Diingatkan juga, Ahli Yang Berhormat untuk

memberi jawapan, Ahli Yang Berhormat Menteri untuk memberi jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan yang tidak sempat dijawab dan sila pastikan kementerian masing-masing mengemukakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat jawapan bertulis tersebut dan dikemukakan dalam satu salinan kepada Dewan Undangan Negeri untuk tujuan perekodan di hansard sesegera yang boleh.

Seterusnya, saya juga ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian supaya sentiasa mematuhi peraturan tetap sepanjang sesi persidangan agar persidangan dapat berjalan dengan baik. Marilah kita sama-sama berusaha untuk memastikan agar persidangan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Setiausaha, sila teruskan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Tan Sri, erm, Datuk Yang di-Pertua…

Speaker

Saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Datuk Yang di-Pertua, Standing Order 25.

Speaker

Ya.

Peraturan Tetap tentang susunan urusan sidang. Saya ingin bertanya dengan Datuk Speaker, sama ada dalam susunan yang ada telah pun yang diedarkan dalam sidang ini iaitu Penggubalan Rang Undang-undang yang ada. Saya ingin bertanya kepada Datuk Yang di-Pertua, ini berhubung kait dengan Peraturan 30-31, iaitu tentang Pindaan erm apa ini, Anti-Hop Law bila saya mendengar Datuk Speaker yang buat kenyataan di surat khabar, tidak tahu betul atau tidak, tapi ini gambar yang menyatakan dengan izin.

Kazim opinion that if tabled, the bill will be debated at then by the assembly man and a special sitting would probably will be required. One day would not be enough to

accommodate the debate by the assembly man so if the bill is table at this sitting, they may not be sufficient time. Maybe we’ll have a special sitting ahead. Saya ingin bertanya kepada Datuk Speaker, sama ada pendirian itu, berdasarkan dengan apa yang telah diutarakan oleh Datuk Speaker sebagai susun atur Persidangan ini. Kalau saya melihat, susun atur yang ada, Rang Undang-Undang Wakaf, Rang Undang-undang Hutan, Rang Undang-undang Tanah, Rang Undang-undang Perlembangan Negeri Sabah. Yang terakhir itu, Perlembangan Negeri Sabah, saya yakin tidak tahu sama ada ini berhubung kait dengan Peraturan Anti Hop Law yang ada. Tapi masa itu, Datuk Speaker, saya bimbang. Saya ingin bertanya, sama ada Peraturan ini kerana saya dapati, saya tahu ini embargo, masih embargo tentang Peraturan Pindaan Anti Hop Law yang kita nak-kan, kita akan menyokong Anti Hop Law tapi bila saya melihat ada sebahagiannya tidak perlu kita debate iaitu Pindaan Perlembangan.

Pindaan Perlembangan 67 itu saya bimbang. Jadi sama ada masa ini, diizinkan untuk kita, dengan hanya yang terakhir, saya nampak susun atur ini. Saya minta sama ada masa mencukupi hari Khamis iaitu hanya perkara yang bukan wakaf itu tidak penting, wakaf itu penting.Tapi itu pun diletak penghujung dan kita membentangkan Anti Hop Law dan ini menstabilkan kedudukan Yang Amat Berhormat selaku Ketua Menteri supaya tidak ada ganggu gugat ya. Bukan saya mahu, kalau saya mahu tidak perlu Anti Hop Law. Orang yang telah keluar melompat, saya boleh pujuk untuk lompat balik sama saya. Tapi we want to stabilize keadaan politik di negara kita.

Saya minta penjelasan daripada Datuk Speaker tentang susun atur ini sama ada masa mencukupi untuk kita nak bentangkan Empat Rang Undang-Undang yang ada. Wakaf, tanah dan akhirnya anti-lompat. Terima kasih banyak.

Speaker

Yang Berhormat Senallang. Pertama, laporan akhbar tidak boleh dirujuk dan untuk penjelasan semasa laporan akhbar itu, di… apa ini.. di-interview ditanya kepada saya PC itu, notification daripada pihak kerajaan untuk membentangkan belum tiba kepada saya. Dia hanya tiba pada petangnya. Jadi jawapan saya masih tidak salah sebab saya tidak terima notification dalam

pembentangan dan ah… mengatakan bahawa satu hari tidak cukup adalah pandangan peribadi saya, kalau.. kalau semua mahu berucap. Kan? Tetapi untuk susun atur yang disusun atur sekarang ialah hanya pindaan kecil. Wakaf, tanah dan… dan... perhutanan dan selepas itu, kita akan ambil masa seberapa banyak masa yang boleh untuk memastikan Rang Undang-undang Perlembagaan Pindaan Anti Hop Law ini dapat dibahaskan sepenuhnya oleh yang mahu berbahas. Jadi tidak ada masalah dengan susun atur.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Tuan.. Tuan Speaker.

Standing Order, Datuk Speaker.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Standing Order, Tuan Speaker.

Saya setuju kalau sekiranya itu keputusan. Saya takut, bukan saya tidak akur kalau itu ketetapan yang dinyatakan oleh Datuk Speaker. Pendiriannya, cuma kita akan bagi masa. Kemungkinan penghujungnya itu bila perdebatan, cuma saya minta transparency, penjelasan lebih awal, notice have to be given lebih awal. Contohnya, saya hantar kepada Dewan yang Mulia, private bill, saya hantar, itu bukan surat khabar. There’s no even reply. Saya sudah tahu bahawa bila dia table, Yang Amat Berhormat nyatakan di surat khabar, Alhamdulillah. Saya pun gembira bila akta itu dikatakan akan dibentangkan. Jadi sekurang-kurangnya…

Speaker

No, we replied. We replied to you.

I haven’t received the reply.

Speaker

Better check with your office. We replied to you. We can.. we can prove that. We replied to you.. We replied to you saying that since the government is going to tabled it, there’s no need for a private bill to be tabled. That’s what we replied.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Tuan Speaker…

Tuan Speaker, you have to see the letter where was it addressed. Yang ini pun, saya terima berkenaan, apa ini, saya kena minta dengan pegawai saya pergi Dewan Undangan Negeri. Kita ada alamat semua. Communicate earlier. Online system pun kita gunakan, takkan tak boleh. Handphone saya pun tahu. Terima kasih banyak Datuk Speaker.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Standing Order, Tuan Seaker.

Speaker

Yes?

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Perkara 50 (2), saya pasti Speaker dan juga pegawai telah membincangkan perkara ini dan telah menimbang sedalam-dalamnya bahawa ia sudah diputuskan dan cukup masa. Jadi, saya tidak melihat bahawa ia perlu dikaji dan sudah diputuskan dan Perkara 50 (2) keputusan Speaker adalah muktamad. Tidak boleh dipertikaikan. Terima kasih.

Speaker

Okay, terima kasih. Kita teruskan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Moyog.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Kopivosian. Good morning. Selamat pagi Datuk Speaker. Soalan saya, soalan nombor 1.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Peruntukan Dari Kerajaan Persekutuan DibelanjakanQuestions

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

*1.

YB. Datuk Ignatius Dorell Leiking [Moyog] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dapat dibelanjakan dengan sepenuhnya memandangkan peruntukan yang dikembalikan pada tahun 2022 adalah amat besar.

Speaker

Silakan Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat. Jawapan

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Moyog serta Dewan yang Mulia ini,

Negeri Sabah telah diperuntukkan sebanyak 5.709 bilion Ringgit di bawah peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.457 bilion telah dibelanjakan. Manakala sebanyak RM1.252 bilion tidak dapat dibelanjakan disebabkan isu-isu pelaksanaan seperti yang berikut: 1) Isu Kontraktor. Kontraktor yang dilantik tidak mempunyai kapasiti kewangan mencukupi atau kredit kewangan, tenaga kerja dan kelemahan pengurusan projek.

2) Isu Utiliti. Kelewatan dokumentasi untuk penyambungan utiliti, kelewatan dan juga karenah birokrasi syarikat utiliti dan pemetaan utiliti dalam tanah dan di bawah permukaan sukar dikesan.

3) Isu Tanah. Proses pengambilan balik tanah yang terganggu. Bantahan dari pemilik tanah berdekatan lokasi cadangan untuk pembangunan dan kegunaan didapati kurang sesuai. Keadaan topograpi yang sukar dan ruang atau laluan masuk ke tapak tiada atau terdapat halangan.

4) Isu Pengurusan. Arahan berhenti kerja (stop work order) oleh pegawai penguasa

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

… kesukaran mendapat bahan bekalan binaan dan harga bahan di pasaran naik. Kelima isu agensi pelaksana. Kelewatan menyemak serta meluluskan vio direction order, kelewatan bayaran kepada perunding dan kontraktor, dan pembekal.

Kelewatan menyemak dan meluluskan lanjutan masa atau extension of time. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah yang proaktif dalam menangani perkara-perkara tersebut. Antaranya dengan memastikan kebolehlaksanaan sesuatu projek yang dipohon untuk pelaksanaan adalah tinggi pada tahun semasa dan tahun-tahun berikut.

Kerajaan Negeri juga akan memastikan semua permohonan projek kepada Kerajaan Persekutuan perlu mendapat perakuan daripada Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Seperti yang telah termaktub dalam Garis Panduan Penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 dan Permohonan Projek Pembangunan Tahun 2024-2025 biayaan Persekutuan.

Ini adalah untuk memastikan perancangan mengikut keperluan negeri dan pelaksaan projek disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan dilaksanakan seperti yang dirancang. Usaha-usaha pemantauan dijalankan secara berterusan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri di Sabah (HDO) antaranya melalui Majlis Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri Sabah, yang berperanan dalam memantau dan membincangkan isu-isu pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan di negeri Sabah.

Selain itu, Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Sabah juga, ditubuhkan bagi memastikan keputusan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dilaksanakan sepenuhnya di peringkat negeri.

Di samping itu, pemerkasaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, melalui pengiktirafan jabatan tersebut sebagai jabatan teknik di bawah Arahan Perbendaharaan oleh Kerajaan Persekutuan serta penambahbaik, penambahan pegawai-pegawai teknikal baharu juga merupakan antara inisiatif yang membantu kerajaan negeri dalam merancang dan melaksanakan projek pembangunan negeri dengan lebih efisyen.

Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri juga mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya peruntukan persekutuan dapat disalurkan kepada satu akaun amanah bagi memastikan peruntukan tersebut tidak luput sekiranya tidak dapat dibelanjakan pada tahun semasa. Kerajaan Negeri akan memantau, agar peruntukan dalam akaun amanah tersebut digunakan secara efisyen mengikut maksud pemberian peruntukan tersebut.

Sekian.

Speaker

Soalan tambahan.

Speaker. Speaker. Soalan tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih YAB Ketua Menteri. Saya tertarik dengan jawapan yang akhir berkaitan dengan trust fund ataupun dana amanah ini. Adakah ini telah disebut oleh YB Kedamaian, Keranaan pada 25 Februari 2022, 2023 adakah trust fund ini sudah diluluskan oleh pihak Kabinet YAB. Atau adakah trust fund ini, sudah dapat duit tahun lepas. Soalan kedua, tambahan sikit. Saya juga mengambil satu pendapat bahawa jawapan Ketua Menteri itu, standard answer. Why don’t we do something different? Seperti erti maksud saya adalah…

Speaker

Soalannya, soalan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Ya soalan saya, and this is pertinent setiap kali kita terpaksa kembalikan bajet yang tidak terpakai, tetapi dalam experience saya sedikit. Saya faham bahawa sebelum bajet ini diluluskan, permohonan sudah pun diluluskan di peringkat negeri dan dibawa kepada pusat. Everything has already been done. Kenapakah ada perlu untuk kita, apa ini, discuss dengan kontraktor ataupun adanya masalah tanah ataupun acquisition dengan tanah. All this should have been done. We should just get this money. Dengan satu cara baharu adalah ambil kesempatan dengan state dan federal relationship sekarang, dengan mengambil terus dana ini kepada state. Dan state implementasikan apa yang telah diluluskan oleh kerajaan. Dan ini juga mungkin, baik kepada Menteri JKR bahawa JKR should be dean as an engineering department.

Speaker

Okey, Moyog. Terima kasih.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan daripada Moyog. Seperti yang saya jelaskan tadi

bahawa sebab-sebab kenapa berlaku kelewatan sehingga kita tidak dapat melaksanakan projek tersebut pada tahun yang berkenaan. Ini sudah berlaku, sebelum-sebelum ini pun.

Tetapi kita mengambil pendekatan dan saya telah mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menubuhkan ataupun bersetuju supaya peruntukan tersebut disalurkan kepada satu akaun amanah seperti yang berlaku dengan pemberian khas sejak tahun lalu disimpan ataupun dimasukkan ke dalam satu akaun amanah yang kita boleh gunakan walaupun sudah luput pada tahun itu. Tetapi tujuan peruntukan itu kita boleh melaksanakan untuk projek. Ini yang sedang kita usahakan dan kita berharap Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan kita ini, kerana ini saja cara terbaik supaya kita tidak rugi. Peruntukan yang disalurkan begitu banyak, ada yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerana sebab-sebab yang telah saya sebutkan tadi.

Ada kontraktor yang dilantik, tidak dapat melaksana dan lain-lain. Tetapi perkara ini kita akan lihat daripada pihak Kerajaan Negeri macam mana kita improve. Macam utiliti ada yang belum selesai, sepatutnya kita selesaikan dulu baru mohon dan sebagainya. Itu yang berlaku. Walau bagaimanapun, kita ambil saranan ini, itu sebabnya saya ingat perlu Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan penubuhan ataupun memasukkan peruntukan ini ke dalam satu akaun amanah mana yang boleh kita gunakan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker setujukah YB bahawa, setiap tahun diumumkan bajet yang tinggi, dia datang daripada bajet ataupun wang yang tidak digunakan pada tahun lepas. It’s not good. Tidak bagus untuk kita. War-warkan besar bajet tetapi ini di carry forward sahaja.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya itu masalahnya, ini soal pentadbiran Kerajaan Persekutuanlah, tetapi apapun kita perlu nyatakan cara penyelesaian kepada Kerajaan Persekutuan seperti yang dicadang oleh Yang Berhormat daripada Moyog. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Speaker..Datuk Speaker.

Speaker

Saya kata dua soalan tambahan saja ditanya.

Oh…saya mahu tanya soalan, sebab saya mahu suarakan rakyat di sana. Itu saja.

Speaker

Moyog telah memberikan dua soalan tambahan sila duduk. Jadi saya jemput Yang Berhormat Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Seri Speaker, soalan saya No. 2.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Peruntukan Khas Menaik Taraf Kemudahan SukanQuestions

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

*2. YB. Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob [Sindumin] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN:-a) adakah kementerian mempunyai peruntukan khas untuk menaik taraf kemudahan sukan seperti padang bola dan dewan; dan b) apakah program pembangunan sukan kepada belia-belia khususnya di bahagian pedalaman.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih Tuan Speaker.

Datuk Speaker izinkan saya menjawab soalan no. 2 daripada Ahli Yang Berhormat Sindumin dan juga soalan no. 13 daripada Ahli Yang Berhormat daripada Liawan. Secara serentak, memandangkan soalan-soalan tersebut adalah berkaitan.

Kementerian saya sememangnya mempunyai peruntukan setiap tahun untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan di Sabah, iaitu di bawah kod perbelanjaan perbekalan dan juga pembangunan.

Sebahagian besar daripada peruntukan perbekalan tersebut digunakan untuk menyelenggara dan menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan di kompleks-kompleks sukan dan arena-arena belia. Ini adalah kerana, setiap kemudahan sukan tersebut memerlukan penyelenggaraan dan naik taraf dari semasa ke semasa bagi…

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

… memastikan kemudahan-kemudahan ini senantiasa dapat digunakan dengan selamat serta memenuhi kehendak pengguna dan penyewa. Walau bagaimanapun masih lagi terdapat banyak kemudahan sukan ini yang belum dapat diselenggarakan atau dinaik taraf kerana kos untuk menyelenggara kemudahan-kemudahan sukan di Kompleks-kompleks Sukan dan Arena Belia memerlukan bajet yang tinggi setiap tahun. Justeru, kementerian saya telah merancang secara berjadual untuk menyelenggara dan menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan tersebut dalam tempoh 10 tahun mulai tahun 2021 dengan mengambil kira jumlah peruntukan tahunan kementerian. Manakala di bawah peruntukan pembangunan pula, kementerian saya mempunyai peruntukan untuk naik taraf padang luar bandar dan gelanggang serba guna terbuka di bawah Program Transformasi Luar Bandar. Walau bagaimanapun, di bawah program ini kementerian saya hanya dapat menyasarkan untuk menaik taraf tidak lebih daripada empat (4) padang bola sepak dan 25 gelanggang serbaguna setiap tahun berdasarkan kepada jumlah peruntukan semasa Kementerian saya. Datuk Speaker, kementerian saya maklum dengan keperluan padang-padang bola sepak dan kemudahan-kemudahan sukan yang lain di seluruh Sabah termasuk di kawasan-kawasan pedalaman.

Justeru, pegawai-pegawai kementerian saya sentiasa menjalankan kajian mengenai keperluan kemudahan-kemudahan ini sebagai justifikasi dalam permohonan peruntukan tahunan mahupun peruntukan-peruntukan tambahan setiap tahun.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam memastikan pembangunan sukan di negeri ini sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Saya dan beberapa pegawai kementerian telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan mengemukakan permohonan kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Persekutuan untuk membantu Kerajaan Negeri membangunkan prasarana-prasarana sukan di Sabah termasuk membina padang-padang bola sepak dan gelanggang-gelanggang sukan untuk komuniti setempat.

Kita berharap agar program Belia dan Sukan Persekutuan akan memberi respons yang positif dengan

isu-isu yang telah dibangkitkan oleh kementerian saya. Sukacita juga dimaklumkan, bahawa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mempunyai peruntukan untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan yang terdapat di Sabah.

Pihak Berkuasa Tempatan dan kelab-kelab boleh memohon peruntukan tersebut melalui Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Sabah.

Datuk Speaker, kementerian saya telah menyediakan Pelan Strategik Pembangunan Sabah 2021 hingga 2030. Dalam pelan strategik ini, telah difokuskan tiga (3) teras sukan utama, iaitu:

Teras:

1) Sukan berprestasi tinggi.

2) Industri Sukan.

3) Sukan Massa.

Untuk memastikan ketiga-tiga teras dapat dicapai, maka kementerian saya melaksanakan 12 program utama iaitu:

Program pengenalpastian bakat atau talent identification Program Kementerian melalui Majlis Sukan ini dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri. Program ini menyasarkan pelajar umur seawal (5) lima tahun hingga 15 tahun mengikut jenis sukan. Program dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Peserta setiap program di antara 20 hingga 50 orang mengikut jenis sukan. Jurulatih akan membuat penilaian semua peserta dalam tempoh enam (6) bulan sebelum dimasukkan ke dalam program pembangunan bakat dan pelapis negeri Sabah.

Klinik Sukan Dalam program ini jurulatih Majlis Sukan Negeri Sabah akan menerangkan secara spesifik seperti peraturan pertandingan, peralatan yang digunakan. Kejohanan, perkara-perkara yang berkaitan tertentu. Program ini akan dijalankan di pusat-pusat latihan di daerah, sekolah-sekolah, kompleks-kompleks sukan dan premis persendirian.

Latihan Pusat Program latihan dijalankan secara sepenuh masa dalam tempoh tujuh (7) hingga 14 hari di mana sesi latihan akan diadakan dua (2), tiga (3) sesi setiap hari. Latihan pusat ini diadakan di seluruh negeri Sabah mengikut keperluan sukan. Sebagai contoh, Kompleks Sukan Ranau. Kita ini ah, Kompleks Sukan Ranau ini high educate training.

Penyertaan Kejohanan Pendedahan kepada atlet di dalam program pembangunan bakat dan pelapis negeri menyertai kejohanan-kejohanan seperti sukan SAGA, sukan Malaysia atau SUKMA. Kejohanan Remaja Kebangsaan dan Kejohanan Kebangsaan Terbuka. Penganjuran Mini Kejohanan Bagi memastikan atlet dalam program pembangunan bakat dan pelapis negeri Sabah mempunyai daya saing, kementerian melalui MSN dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri melaksanakan penganjuran mini kejohanan diadakan bertujuan bagi menilai prestasi semasa atlet di dalam program. Ini juga merupakan medan kepada jurulatih mengenal pasti kelemahan-kelemahan atlet untuk diperbaiki melalui analisis-analisis prestasi.

Pemberian Subsidi Geran ini diberikan bagi membantu Persatuan Sukan Negeri melaksanakan program seperti penyertaan kejohanan. Penganjuran kejohanan, penganjuran kursus teknikal pengadil dan penganjuran program pembangunan sukan di daerah. Bantuan geran subsidi diberikan kepada 54 Persatuan Sukan Negeri yang berdaftar di Majlis Sukan Negeri Sabah.

Perkhidmatan Sains Sukan Kementerian saya melalui Majlis Sukan Negeri telah menubuhkan Unit Sains Sukan bagi membantu jurulatih dan atlet dalam memberi perkhidmatan seperti: Suaian fizikal; Psikologi; Pemakanan Sukan; dan Pemulihan.

Pegawai Pembangunan Sukan Kementerian melalui Majlis Sukan Negeri Sabah telah melantik 12 orang Pegawai Pembangunan Sukan terdiri daripada bekas atlet negeri dan kebangsaan. Pegawai Pembangunan Sukan ini akan bekerjasama dengan jurulatih dan Persatuan Sukan Negeri dalam membangunkan sukan di seluruh daerah. Majlis Sukan Negeri Sabah juga telah melantik 40 orang jurulatih daripada tiga (3) orang jurulatih luar negara, 26 jurulatih sepenuh masa dan sembilan (9) orang jurulatih sambilan. Penyediaan Infrastruktur Sukan Kementerian sentiasa merancang untuk membina kompleks sukan baharu di Sabah bagi membolehkan masyarakat terutamanya belia-belia di luar bandar dapat mengakses kemudahan-kemudahan sukan dengan mudah untuk melakukan kegiatan-kegiatan sukan serta dalam menghidupkan semula budaya kesukanan dalam jiwa mereka.

Program Aktif Program budaya bersukan teras aspirasi family sihat adalah program dan aktiviti sukan yang memfokuskan pembudayaan sukan MAKSAK dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti dengan berkonsepkan budaya bersukan teras aspirasi family sihat. Program ini tidak melibatkan pertandingan dan implikasi kewangan yang tinggi tetapi mampu memberikan impak yang positif kepada masyarakat khususnya peringkat akar umbi. Program aktif telah dilancarkan bermula daerah Kota Belud pada 11 Mac 2023 yang lalu diikuti dengan daerah Nabawan, Keningau, Beaufort dan Kapayan pada 29 April yang lalu. Program ini akan berterusan. Sebagai tanda sokongan kementerian kepada program pembangunan sukan di seluruh Sabah demi kesihatan masyarakat.

Program Juara Program meliputi aktiviti sukan yang berkonsepkan pertandingan dengan memfokuskan sukan berprestasi tinggi dan talent …… and development atau pencarian bakat yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bermula di peringkat akar umbi. Pada tahun ini, kementerian saya melalui pengurusan sektor sukan telah melaksanakan beberapa Program Juara melibatkan penyertaan dari berbagai peringkat umur dan daerah. Antaranya adalah seperti functional fitness through down, Sabah Mua Tai Expo 2023 dan Program

Matta Eksport Piala Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan banyak lagi yang bakal dilaksanakan.

Porgram KBSS Turun Padang Program inisiatif Kementerian dalam menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat atau komuniti setempat. Program ini adalah komitmen bagi mempertingkatkan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat …

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

… di samping mampu meningkatkan imej kementerian.

Antara agenda utama program ini adalah melaksanakan pemberian peralatan sukan dan program komuniti sosial. Medium kementerian untuk mengenal pasti keperluan fasiliti sukan dan buah fikiran masyarakat khususnya para belia di peringkat akar umbi di seluruh negeri, di seluruh daerah di Negeri Sabah.

Datuk Speaker, disamping itu, Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan, Negeri Sabah, juga telah melaksanakan pelbagai program ke arah pembangunan sukan khususnya di kawasan luar bandar. Antara program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut, program aktif atau sukan luar bandar. Program ini melibatkan penglibatan dari masyarakat luar bandar. Satu inisiatif kementerian bagi memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk turut serta dalam aktiviti sukan. Antara aktiviti sukan yang dijalankan pertandingan bola sepak, pertandingan sepak takraw, dan lain-lain. Program ini telah dilaksanakan di Kampung Biah Skim, Keningau pada 2019, Kampung Lingkabau, Beluran pada tahun 2022 dan Kampung Meligan, Sipitang pada tahun ini.

Liga sukan komuniti. Program ini dilaksanakan setiap tahun yang meliputi semua kawasan iaitu di bahagian Pantai Barat bahagian Tawau, bahagian Sandakan, bahagian Kudat, bahagian Pedalaman Bawah dan Pedalaman Atas. Acara sukan dipertandingkan adalah seperti futsal, bola keranjang, sepak takraw, dan bola jaring. Acara sukan ini dipertandingkan di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan. Program seperti ini dapat mencungkil bakat baru dalam kalangan penggiat sukan

tempatan sekali gus dapat memartabatkan persatuan-persatuan sukan negeri. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan dari Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Sri Speaker, soalan tambahan. Terima kasih jawapan daripada Menteri yang panjang lebar. Mudah-mudahan dapat dilaksanakan. Jadi, di daerah adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mempastikan juga selari dengan kehendak daerah. Tapi di daerah ini, ada berbagai fasiliti sukan seperti Majlis Daerah, Jabatan Pendidikan, swasta atau individu. Jadi untuk jelasnya di daerah Sipitang khususnya DUN Sindumin, berapakah bilangan fasiliti sukan yang ada dan apakah Kementerian bercadang untuk meletakkan papan tanda bahawa ini milik Kementerian Belia dan Sukan? Supaya kita boleh kenal pasti membezakan di antara satu dengan yang lain. Terima kasih.

Datuk Fairuz bin RenddanBEBASPembantu Menteri Belia dan Sukan · Pintasan

Terima kasih Datuk Speaker. Bagi menjawab pertanyaan tambahan Ahli Yang Berhormat daripada N.35 Sindumin dan maklumat sidang Dewan yang mulia ini, kementerian memandang serius penyediaan prasarana sukan di seluruh Negeri Sabah.

Kementerian merekodkan daerah Sipitang mempunyai fasiliti sukan yang seperti berikut, sebuah kompleks sukan yang merangkumi stadium yang mempunyai boleh menampung seramai 1,050 orang pengunjung, padang bola sepak dengan saiz yang mematuhi piawaian IFAB, FIFA dan AFC. Trek balapan bersaiz 400 meter, gelanggang sepak takraw, gelanggang tenis, gelanggang bola jaring, gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, gelanggang gasing untuk sukan tradisi, dan juga gimnasium.

Selain itu, di daerah Sipitang juga kita mempunyai satu arena belia di Sipitang yang mempunyai satu gelanggang badminton. So, yang tadi signboard mungkin dipacak untuk seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sindumin, Insya-Allah mungkin kementerian ini boleh pertimbangkan kepada Menteri saya. Terima kasih.

Speaker

Okey, soalan tambahan daripada Sri Tanjong.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker. Saya cuma ingin menarik perhatian Menteri tentang Pejabat Belia dan Sukan di Tawau. Setahu saya sudah dua tahun berturut-turut tidak mempunyai seorang pegawai yang mengurus dan mentadbir Pejabat Belia dan Sukan. Jadi, disini saya cuma ingin memaklumkan kepada pihak Menteri untuk secepat mungkin mengisi balik jawatan tersebut. Terima kasih.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih Sri Tanjong. Ini sebenarnya sudah kita maklum dan kita sedang mengambil tindakan untuk menyelesaikan apa nama keadaan-keadaan pejabat kita di daerah-daerah. Terima kasih.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, berikan saya peluang satu soalan kepada Menteri.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Cadangan saja.

Speaker

Tidak tidak tidak. Saya bagi peluang kepada Liawan…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

..stadium..

Speaker

…sebab soalan asal adalah soalan daripada dia.

Datuk Speaker, terima kasih.

Soalan saya kepada Menteri, bagaimanakah cara memohon baik pulih padang ini dan adakah YB-YB ADUN masing-masing boleh terus memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan? Terima kasih.

Tuan Speaker, tadi cakap dua soalan saja.

Kenapa sekarang lebih dua soalan? Tadi you sebut sedangkan awal tadi…

Speaker

You don’t question my authority.

Saya tahu authority..

Speaker

No, because one of the soalan asal, soalan dia. So he has the right dua soalan tambahan.

Tadi pula bukan begitu Speaker.

Speaker

He has the right dua soalan tambahan. You sit down. He has the right dua soalan tambahan.

Tadi…

Speaker

Dia punya soalan asal. Dia punya soalan, dia jawab bersekali dengan Sindumin.

Datuk Speaker, tadi you cakap dua soalan saja.

Speaker

Dua soalan, tapi dia punya soalan tambahan belum ada. Dia ada hak pakai.

Saya boleh..

Tadi, saya boleh tanya soalan tambahan saja.

Speaker

You want to sit down or you want to go out?

Okey. Adil bah.

Speaker

You want to sit down or you want to go out? You sit down.

Kalau adil okeylah.

Speaker

You see, I mean it’s adil because this is soalan tambahan daripada dia bah. Dia soalan asal.

Saya soal, soalan tambahan juga. Kalau saya tanya.

Speaker

Dia soalan asal. Soalan asal ada satu soalan tambahan.

Datuk Speaker, sebenarnya kalau ikut dia bukan soalan asal.

Speaker

Dia soalan asal. Dia jawab bersekali dengan jawapan soalan asal Sindumin.

…soalan asal Sindumin.

Speaker

Dia, Menteri jawab, dia bejauh sekali dengan soalan daripada Liawan. Okey Menteri. Habis sudah soalan?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ada soalan lagi? Okey sila.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Boleh soal? I mean, we must beri peluang kepada ADUN-ADUN untuk bertanya soalan.

Speaker

No, you don’t talk about beri peluang. I’m talking about giving him a chance because he has the right for soalan tambahan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Fair. Fair. Fair.

Speaker

His challenging the decisions.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

But, bolehkah dengan arahan daripada Kerajaan kepada Speaker can we have additional question?

Speaker

So, if you want to ask now, you ask properly. Since he declined his right, you ask right the soalan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Okey, can I ask sekarang?

Speaker

Okey, yes.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Okey, thank you. Terima kasih.

Datuk Speaker, saya belum tanya soalan kenapa you tahu saya..

Speaker

You sit down.

Saya belum tanya pun…

Speaker

You sit down.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

YB Menteri, boleh minta penjelasan, kenapakah ada delay dengan pembaikan kepada Penampang stadium dan banyak orang telah membuat complaint berkenaan dengan tiada fasiliti untuk mereka dan kalau ada fasiliti pun, mereka menggunakan padang yang diberikan oleh Majlis Daerah yang juga dalam tahap yang tidak baik. So, until today, Penampang stadium masih tidak dilengkapkan dengan fasiliti yang telah dijanjikan. Terima kasih.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Saya difahamkan Kompleks Sukan Penampang, dia sedang dibina sebenarnya. Dia hanya ada kelambatan tentang mungkin dia punya apa nama dia punya equipment yang diperlukan ya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Bukan problem kontraktor seperti YB cakap?

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Saya pun tidak tahu ada kaitankah tidak. Jadi, kita minta supaya apa nama peminat-peminat sukan sana tu bersabarlah sementara. We doing our best. Thank you.

Speaker

Okey, sekarang saya persilakan Yang Berhormat Senallang.

Datuk Speaker, soalan nombor tiga.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Mengatasi Masalah Bekalan Air Di SabahQuestions

*3. YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah bekalan air di Sabah yang semakin teruk dan berleluasa lebih-lebih lagi ketika musim cuaca panas serta kering berpanjangan pada masa kini.

Jawapan

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.65 Senallang dan Dewan yang mulia ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Senallang kerana membangkitkan masalah bekalan air di Sabah yang umumnya semua telah maklum isu bekalan air di Sabah ini telah berlarutan agak sekian lama.

Untuk makluman Yang Berhormat dan seluruh sidang Dewan yang mulia, pihak Kementerian Kerja Raya Sabah melalui Jabatan Air Negeri Sabah sedar isu bekalan air yang sedang dihadapi lebih-lebih lagi ketika musim cuaca panas yang dijangka akan melanda di Sabah menjelang pertengahan tahun ini. Di antara isu-isu utama yang dihadapi Jabatan Air Negeri Sabah pada masa ini adalah kejadian paip bocor, paip usang, kecurian air, kualiti sumber air mentah yang semakin merosot dan permintaan air yang melebihi kapasiti pengeluaran.

Bagi mengatasi masalah ini, beberapa langkah penyelesaian jangka pendek serta jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan…

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Melibatkan bukan sahaja kawasan Bandar Kota Kinabalu dan sekitarnya, malah melibatkan seluruh negeri Sabah. Bagi penyelesaian jangka pendek untuk kejadian paip bocor, Jabatan Air Negeri Sabah telah dan akan menawarkan kontrak-

kontrak penyelenggaran paip mengikut zon-zon di seluruh negeri Sabah bagi menggantikan paip yang usang dan berkarat.

Selain itu, sekiranya terdapat aduan ataupun laporan kebocoran paip atau paip pecah daripada pengguna atau orang awam. Pihak Jabatan Air Negeri Sabah akan mengambil tindakan segera dalam jangka masa 24 jam agar kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan.

Kecurian air melalui direct tapping atau illegal tapping yang semakin berleluasa mengakibatkan peningkatan Non-Revenue Water. Bagi mengatasi masalah ini, pihak Jabatan Air Negeri Sabah melaksanakan satu kontrak Prabayar or Small Power Producer Water di kawasan atau tempat-tempat yang telah dikenal pasti padat penduduk atau zon-zon yang berpotensi berlakunya kecurian air. Selain itu, operasi bersepadu yang melibatkan pihak-pihak berwajib seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Tanah dan Ukur, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bagi memantau dan menangani masalah ini agar isu kecurian air semakin berkurangan dan memberi kesedaran kepada masyakat umum.

Pada masa yang sama, pihak Jabatan Air Negeri Sabah akan melaksanakan pengambilan pekerja sambilan harian seramai 211 orang bagi mengisi jawatan bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan pemantauan bekalan air, serta menyokong usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam mencapai sasaran kadar NRW Kebangsaan. Menteri Kewangan sudah bagi tahu sudah sign warrant. Bagi isu kualiti air mentah, pihak Kementerian Kerja Raya Sabah dan Jabatan Air Negeri Sabah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan dan Agensi lain untuk memelihara dan menjaga kawasan tadahan air ataupun catchment area melalui Majlis Sumber Air Negara.

Bagi tindakan penyelesaian jangka panjang, Jabatan Air Negeri Sabah menerima permintaan bekalan air terawat yang tinggi bagi menampung permintaan domestik dan komersial ataupun industri setiap hari. Bagi memastikan permintaan ini dapat dipenuhi, pihak Jabatan Air Negeri Sabah sedang melaksanakan tiga buah projek di

kawasan Kota Kinabalu dan kawasan utara.

Projek-projek yang sedang dilaksanakan adalah Projek Penambahan Kapasiti dari 80 juta liter hari kepada 160 juta liter sehari Telibong 2 Fasa Dua, Tuaran. Urgent Water Supply Scheme Telibong 1, Urgent Water Supply Scheme Telibong 2.

Bagi daerah Tawau pula, antara projek-projek yang sedang dilaksanakan pada masa ini adalah Skim Bekalan Air Tawau, empangan Tawau yang kini di dalam fasa pembinaan. Bagi Daerah Lahad Datu, terdapat satu buah projek kini dalam fasa pembinaan, iaitu Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Baru Lahad Datu Fasa 1 di kawasan Segama, Lahad Datu.

Bagi Daerah Papar, terdapat satu projek yang akan bermula kerja-kerja pembinaan, iaitu Projek Penambahan Kapasiti daripada 40 juta liter sehari kepada 80 juta liter sehari, Loji Rawatan Air Kogopon Fasa 2 yang dijangka bermula pada bulan Julai, Ogos tahun ini.

Sidang dewan yang mulia, Kementerian ini melalui Jabatan Air Negeri Sabah merangka pelan jangka masa panjang yang lebih teratur. Antara projek-projek yang akan dibina dan dirancang adalah Kajian Kemungkinan dan Konsep Reka Bentuk Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa III, status projek kini di peringkat kajian konsep. Bagi daerah Tawau, terdapat dua (2) projek baharu yang telah diluluskan dalam Rolling Plan Tiga melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, iaitu Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 dan Projek Bekalan Air Luar Bandar, Sistem Bekalan Air Balung dan Sekitarnya.

Bagi daerah Sandakan, pihak Jabatan Air Negeri Sabah akan menyenaraikan cadangan pemindahan muka sauk Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan ke Sungai Meliau atau Sungai Kinabatangan sebagai potensi sumber air mentah baharu. Cadangan ini akan turut melibatkan kajian dan reka bentuk terperinci bagi menaik taraf loji air sedia ada serta pembinaan sistem saluran paip air mentah dari sumber air mentah baharu ke Empangan Betotan, Segaliud, Sandakan. Cadangan ini akan dimasukkan sebagai senarai keutamaan dalam Rolling Plan Kelima, Rancangan

Malaysia ke-12, di bawah program Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Cadangan penyelesaian jangka panjang bagi daerah Beaufort, Jabatan Air Negeri Sabah telah menyenaraikan Cadangan Pembinaan Kolam Takungan ataupun Off-River Storage di daerah Beaufort dalam Rolling Plan Empat Tahun 2024, Rancangan Malaysia ke-12 di bawah program Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Takungan kolam ini dapat menampung bekalan sumber air mentah yang akan diproses masuk ke dalam loji rawatan air tanpa henti tugas ataupun mengalami kekeruhan sumber air mentah yang sangat tinggi. Bagi Daerah Sipitang, pihak Jabatan Air Negeri Sabah mencadangkan Cadangan Sistem Bekalan Air Daerah Sipitang Fasa I di dalam Projek Berimpak Tinggi. Dengan adanya projek ini, maka permintaan air secara domestik dan komersial di sekitar Sipitang dapat dibekalkan air terawat dengan konsisten dan terjamin. Di samping itu, Jabatan Air Negeri Sabah telah mencadangkan Sistem Bekalan Air Lahad Datu Fasa II di bawah Biayaan Pinjaman Mudah Persekutuan. Selain itu, Jabatan Air Negeri Sabah juga merancang untuk menambah kakitangan bagi menampung keperluan tugasan sedia ada dan masa akan datang khususnya apabila loji rawatan air yang siap dibina kelak.

Pihak Jabatan Air Negeri Sabah juga telah menyiapkan kerangka struktur organisasi melibatkan penambahan kakitangan seramai 50 orang. Jabatan Air Negeri Sabah juga telah menyediakan pelan tindakan pemantauan operasi dan kecemasan bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan kesan El Nino yang diramalkan melanda negara bermula pertengahan tahun ini. Datuk speaker.

Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat Senallang?

Terima kasih Datuk Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab panjang lebar tentang bekalan air yang perkara ini memang penting dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri setelah mendengar apa yang dihantarkan

lebih awal, 60% Non-Revenue air yang ada di Sabah ini, bukan kita tidak air, ada air. Masalah dia 60% of the revenue doesn’t go. Ke mana ini?

Datuk Speaker, saya balik dua hari dari Semporna di Kampung Larapan tidak ada air. Tapi, kalau beli air di Pekan Semporna, ada. Di Pulau Gaya, kalau beli air di Kota Kinabalu, ada. Tapi, di Pulau Gaya, tidak ada. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan mengatasi masalah rasuah yang tidak disebut? Tentang paip bocor saya sudah dengar 60 tahun. I was a Civil Servant dengan Menteri Kewangan dulu, dia SUT Belia dan Sukan. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun civil servant. Masalah ini perlu diatasi. Setiap daerah mempunyai langkah-langkah pungut air. Air tidak ada, tapi duit ada.

Apakah langkah-langkah untuk membanteras supaya perkara ini memalukan kita dan 60 tahun air tidak ada, elektrik tidak ada. Ke mana kita bawa? Tidak dengar di Sarawak. Saya ingin bertanya apakah langkah-langkah drastik yang diambil supaya memastikan masalah kutipan duit bukan penyaluran air Non-Revenue 60%. Terima kasih banyak.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih ADUN Senallang. Bagi menjawab tentang perkara berhubung dengan Non-Revenue Water. Pihak Jabatan Air Negeri Sabah memang sedang menjalankan program untuk mengurangkan Non-Revenue Water. Berkaitan dengan kutipan hasil, Jabatan Air akan mempertingkatkan jumlah tenaga kerja bagi tujuan membantu meningkatkan ataupun memperkemaskan tadbir urus di jabatan air dan juga memungut hasil-hasil yang tertunggak.

Saya sedar bahawa masalah air yang berlarutan sejak sekian lama di Jabatan Air Negeri Sabah ini adalah berpunca daripada kelewatan pelaksanaan dan juga execution of projek-projek yang telah dirancang dan yang telah diaward. Contohnya, Telibong 2 Fasa Dua. Ianya sepatutnya telah dilaksanakan lebih awal untuk cater for demand tahun 2022. Tetapi sekarang kita sudah memasuki tahun 2023 dan loji itu masih belum siap sepenuhnya dan apa yang mengecewakan saya setelah menjadi Menteri di Kementerian ini lebih kurang 4 bulan.

Speaker

Kalau ikut di sini Telupid, mengikut rekod di sini Telupid dahulu.

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker, saya ingin bertanya kepada kementerian apakah tindakan kepada kontraktor menyelenggara paip sekiranya melakukan kerja dengan begitu lewat? Kerana apabila ada paip bocor dia mengambil masa untuk mengambil dia punya part lagi di Ranau. Contohnya, di Telupid punya masalah kebocoran mengambil beberapa hari air itu bocor kemudian kita punya tangki simpanan kosong dan mengambil masa kadang-kadang tiga hari empat hari untuk dipenuhkan semula.

Saya bertanya kepada kementerian, apakah tindakan kontraktor-kontraktor yang gagal melaksanakan tugas mereka dan siapa yang melantik mereka ini? Kerana apabila dilantik sepatutnya peralatan mereka cukup. Bocor sahaja malam pun boleh buat, tunggu tiga hari empat hari semua tangki sudah habis digunakan dan juga bocor dan kemudian memenuhkan semula itu memerlukan satu minggu kadang-kadang untuk penuh dan baru beri kepada pengguna. Inilah masalah yang sebenarnya kelewatan kontraktor-kontraktor yang ingin menyelenggara paip yang bocor.

Keduanya, mengenai bekalan diesel kadang-kadang kalau di Telupid, siapa yang melantik pembekal diesel untuk membekalkan diesel dan genset kepada pam? Kadang-kadang apabila tiada diesel, air tiada simpanan tangki kita habis digunakan oleh pengguna kemudian diisi balik apabila diesel sudah ada mengambil masa. Jadi, kita minta kepada kementerian mana-mana genset yang masih menggunakan diesel minta kepada SESB.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker ini soalankah atau ucapan?

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Ini ada kaitan, ada kaitan supaya SESB boleh membekalkan bekalan elektrik kepada genset kita supaya tiada kebergantungan diesel kepada genset kita, kalau genset yang terletak di pam jauh di hutan simpan di ulu sungai kemudian banjir, hujan.

Speaker

Soalannya, soalan, soalan.

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Adakah cadangan kementerian untuk memberi kepada SESB? Memohon kepada SESB membekalkan bekalan elektrik kepada setiap enjin kita yang beroperasi di intake pump kita. Terima kasih.

Speaker

Kan ringkas kalau soalannya terus.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih ahli Dewan Undangan Negeri Telupid. Soalannya tadi pasal kontrak, kontraktor penyelenggara tetapi akhirnya kepada SESB. Okey, berkaitan dengan kontrak, kontraktor-kontraktor dia mempunyai kontrak tatacara kontrak saya akan semak dengan Jabatan Air dan itulah sebagaimana saya katakan tadi pemerhatian saya setakat empat bulan berada di kementerian ini saya melihat pengurusan kontrak ada pengurusan projek ada kelemahan yang perlu diperkemaskan, yang perlu diperketatkan agar kita dapat mencapai apa yang telah diperakukan di dalam tatacara kontrak. Tentang bekalan SESB kepada loji intake itu saya akan check faktanya dan akan beri jawapan secara bertulis.

Speaker

Okey, Elopura.

Ya terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kerana kasi saya peluang.

Speaker

Tunggu giliranlah dengan betul. Tunggu giliran dengan betul dapat peluang jangan main berdiri saja. Kena suruh duduk. Okey.

Terima kasih orang Sandakan, terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Okey, memandangkan isu air isu penting saya benarkan satu soalan lagilah.

Yes, yes, yes itu isu Sandakan bukan bekalan air, bekalan air masin lagi saya tahu SUT, TSUT belakang semua Sandakan

orang pun tahu Sandakan air yang sekarang masin mereka pun campur kelmarin start dari kelmarin tak ada air lagi, tekanan tidak kuat pam jalan satu saja saya call itu DE pam jalan satu saja tadi ada peruntukan dengan Ketua Menteri cakap berapa billion, billion, billion punya.

Speaker

Soalan, soalan

Ya, saya dengar dari dulu Tuan Speaker pun tahu sampai hari ini apa macam kita maju air pun tak ada bukan hanya air masin saja air

Speaker

Soalan

Pun tak ada. Jadi saya tahu buat itu loji pergi lain tempat saya tahu ini saya sokong tetapi kita minum 20 tahun air di Segaliud sampai hari ini tidak dapat selesai. Apalah you punya langkah saya ada saya punya cadangan ada 2 kali saya sebut di dalam news dan saya pun ada tulis surat kasih kementerian tetapi belum dapat jawapan apakah langkah kenapa sampai hari ini kita tidak dapat selesai air masin walaupun 2 sudah sampai 200 kan tadi sebut 200 er 60, 280 ppm saya punya test saya punya tester ialah 700 menteri punya tester ialah 280 saya tidak tahu mana satu yang ngam, mana satu yang tidak ngam.

Speaker

You test itu air masin barangkali. Air laut kali you test.

Itulah, itulah kita mesti mahu verify sekarang menteri mesti mau verify kasih faham orang Sandakan apa cara saya ada cadangan dua kali sudah tapi belum ada jawab.

Speaker

Okey, soalan,soalan.

Cadangan punya saya mau tahu cadangan.

Speaker

Itu air masin barangkali Yang Berhormat Elopura, itu air masin mungkin air di Sandakan ini dia mengalir dari Bukit Garam bah. (ketawa) Silakan Yang Amat Berhormat Menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya terima kasih, Yang Berhormat ADUN Elopura atas persoalan yang telah dibangkitkan sebentar tadi. Sebaik saya report duty ke kementerian ini pada bulan Januari pada bulan Februari saya telah melawat tapak di intake Segaliud, Empangan Betotan dan juga Loji Rawatan Air Segaliud untuk mengetahui dan melihat sendiri masalah yang telah berlaku. Hasil daripada itu kita telah menghantar satu pasukan untuk mengendali operasi loji tersebut dan apa yang telah kita capai daripada bulan Mac sehingga sekarang adalah kerosakan di river lope dan river barrage setelah diperbaiki maka kita dapat mengawal silent intrusion kepada intake. Sabar dulu, sabar dulu ya dan seterusnya meningkatkan pengepaman air daripada sungai ke loji ke empangan untuk meningkatkan level of the dam yang pada waktu tersebut agak rendah yang mengakibatkan chloride level begitu tinggi sekali. Namun hasil sehingga pada hari ini dengan pengepaman yang berterusan, river lope telah diperbaiki kadar chloride pada air yang diuji daripada makmal yang bertauliah kita the past three day bacaan telah berada di lingkungan 280, 286. Saya berharap ianya akan terus turun kepada level below 250 dalam sedikit masa lagi. Untuk jangka masa panjang sebagaimana saya telah nyatakan tadi kita mengambil lesen daripada apa yang telah terjadi untuk menghindari risiko silent intrusion berlaku sekali lagi ke dalam intake kita dan juga dan seterusnya ke empangan kita reservoir kita. Jadi itulah kita mencadangkan untuk membuat new intake di sebelah Kinabatangan untuk membuat raw water transfer hantar kepada Betotan Dam supaya kita mendapat air mentah yang bersih dan untuk dirawat pada masa-masa hadapan.

Speaker

Okey, soalan-soalan lain Ahli Yang Berhormat boleh bangkitkan dalam ucapan masing-masing nanti. Sekarang saya jemput, saya jemput Yang Berhormat Tanjong Papat.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Tuan Speaker saya soalan nombor empat.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pakar Perubatan Yang Berkhidmat Di Sabah Khususnya Di Daerah SandakanQuestions

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

*4. YB. Datuk Poon Ming Fung @ Frankie [Tanjong Papat] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah perancangan kerajaan negeri untuk menambah dan mengekalkan pakar-pakar perubatan yang berkhidmat di Sabah khususnya di daerah Sandakan.

Jawapan

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat daripada ADUN Tanjong Papat, kementerian saya melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memang sedar tentang keperluan untuk menambah pakar-pakar perubatan di Sabah termasuk daerah Sandakan. Penambahan adalah seperti pakar jantung dan pakar pembedahan mengikut maklumat JKNS terdapat 11 daripada 24 hospital di Sabah yang akan perlu dibuat dalam penambahan bilangan pakar perubatan berhubung dengan usaha mengekalkan pakar-pakar perubatan untuk berkhidmat di Sabah terutamanya di daerah Sandakan.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Kementerian saya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan pelbagai insentif seperti bayaran insentif penempatan pakar ataupun (BIPP) maksimum bayaran RM2500 mengikut gred dan elaun perumahan wilayah (ITPW) maksimum RM2000 mengikut gred untuk Sabah dan Sarawak. Di samping elaun pakar yang sedia ada untuk kesemua pakar perubatan yang terlibat. Tuan Speaker, pada masa yang sama doktor-doktor pakar juga diberi peluang untuk menjalankan khidmat kepakaran di fasiliti-fasiliti swasta mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan silakan.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Soalan tambahan ya, dengan izin Sandakan ya, khususnya Sabah. Di Sandakan adalah five hundred thousand in-term of population including TYT memang asal dari Sandakan.

Speaker

Tapi dia bukan duduk Sandakan bah, dia duduk KK.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Sementaralah mungkin.

Sandakan adalah satu general hospital sahaja dan tidak ada private hospital. At the current moment he has been Kunak with a lot of specialist, however this captain of industry is find Sandakan is not a conducive place because they are no sub-specialist in Sandakan and then they also no space to accommodate the sub-specialist commendation for outsider for our people for interior for the doctor’s and there also car parks and the provision of other matters. So, what other plan to expend the physical structure of Sandakan to accommodate all this if we can get sub-specialist in lung, in accident, in brain issues, blood specialist, infection specialist tiada di sandakan, apabila if this thing happen to anybody in Sandakan, everybody will actually to die not to be treated. I have seen many cases the people can be heal but because of the lack of this sub-specialist nothing can be done, especially if accident happen in the evening they no flight is going out. Yes, you can engagad specialist a plane from Singapore, they will cost you hundred thousand just for a plane to fly in and to take you out and this are for the exclusive and rich people, what about a local people? So…

Speaker

Soalan dia?

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Soalan saya, the plan to expent for Sandakan Hospital at the moment before building another hospital. Thank you.

Speaker

Okey, very simple?

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Tuan Speaker, sebenarnya kita amat mengalu-alukan pelabur-pelabur daripada luar untuk melabur di Sandakan untuk membina Hospital Swasta dan kementerian saya Kementerian Kesihatan akan membantu untuk mendapatkan

lesen dan sebagainya. Itu saja dan untuk specialist ini, dalam planning Kementerian Kesihatan 2023 hingga 2030 kita akan menambah seramai 38 specialist pakar di Sandakan. Terima kasih.

Speaker

Okay, soalan tambahan seterusnya. Tanjong Papat, your speaker please switch off. Okay Senallang.

Datuk Speaker, boleh?

Speaker

Ya.

Terima kasih Datuk Speaker. Saya ingin bertanya dengan Yang Amat Berhormat Menteri, sama ada yang berhormat sedar ataupun tidak dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini? Tahun ini sahaja seramai 131 doktor letak jawatan di Sabah. 131 pakar perubatan, di Semporna saja tujuh pakar perubatan dan saya sudah suarakan dengan Menteri Kesihatan di pusat dan saya sudah maklumkan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya berjumpa dengan dia di Parlimen. Bukan ini masalah setakat air, masalah setakat menyelamatkan nyawa manusia, doktor setiap hari letak jawatan di negara Malaysia dan kebimbangan saya apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Negeri mengatasi masalah ini supaya suara ini bukan hanya di dengar tapi diatasi oleh kerajaan negara ini ya. Kita boleh bahas pasal itu saya wujudkan Kementerian Kesihatan dahulu. Perkara ini penting, bukannya perkara yang kecil one doctor can getter 1,335 people in Sabah di Semenanjung 1 doktor 400..

Speaker

Soalan Yang Berhormat..

Soalan, saya nak tanya yang tadi itu apakah Yang Berhormat sedar dan langkah-langkah drastic bukan hanya kita katakan incarrage them private sector there tapi ini melibatkan tentang pengawalan perubatan pakar-pakar yang ada ubatnya datang exists, ubat yang boleh menyelamatkan nyawa ataupun tidak. Apakah langkah-langkah yang diambil? Terima kasih.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Tuan Speaker, sebenarnya kita sedar, saya sebagai menteri pun sedar perkara ini sebab apabila saya melawat di seluruh hospital di Sabah ini, masalah yang saya hadapi ialah pegawai-pegawai itu berkurangan, kerana apa? Kerana mereka berhenti kerja. Kenapa berhenti kerja? Kerana apabila mereka interview mereka tidak dapat jawatan tetap dan bukan salah Kementerian Kesihatan Malaysia perkara ini berlaku kerana yang mengambil perjawatan ini adalah Jabatan Perkhidmatan Awam, sebab itu kita bermesyuarat baru-baru ini di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya kita pun sedih dan kecewa kerana doktor-doktor pakar-pakar ini ada sebahagian yang belum confirm jawatan itu berhenti tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia tiada kuasa untuk menetapkan perjawatan mereka. Yang berkuasa adalah (JPA). Sekian, terima kasih.

Speaker

Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sulabayan. Datuk Dr.

Terima kasih Datuk Speaker soalan saya, soalan nombor lima.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pelabur Yang Melabur Di Negeri SabahQuestions

*5. YB. Datuk Dr. Haji Jaujan bin Haji Sambakong [Sulabayan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN, sejak kebelakangan ini, berapa jumlah pelabur yang melabur di negeri Sabah dan apakah jenis-jenis pelaburan, di mana lokasi dan berapa jumlah wang yang terlibat

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Datuk Speaker, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah komited untuk menarik pelaburan-pelaburan berimpak tinggi ke Sabah supaya peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan ekonomi dapat dibangunkan.

Justeru, sukacita saya ingin memaklumkan prestasi pelaburan kebelakangan ini adalah amat memberansangkan.

Datuk Sepaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sulabayan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, Sabah mencatat pelaburan sebanyak

11.5 billion ringgit di dalam pelbagai sektor ekonomi pada tahun 2022. Dari segi sektor pembuatan 8.38 billion nilai pelaburan telah diterima oleh Sabah dalam sektor perkilangan pada tahun 2022 berdasarkan maklumat yang telah diterbitkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia iaitu (MIDA). Nilai pelaburan ini telah meningkat sebanyak 3.52 billion ringgit berbanding tahun 2021 dengan nilai pelaburan sebanyak 4.86 billion. Pada tahun 2022, Sabah adalah negeri kelima tertinggi menerima pelaburan dalam sektor perkilangan di Malaysia meningkat dari tempat kelapan tahun 2021.

Datuk Speaker, berdasarkan data pelaburan yang telah diterbitkan oleh pihak (MIDA) maklumat berhubung jumlah pelabur, jenis-jenis pelaburan dan lokasi bagi pelaburan yang telah diluluskan pada tahun 2022 adalah seperti berikut; 1) Jumlah projek perkilangan yang telah diluluskan di seluruh Sabah adalah sejumlah 23 perkilangan.

2) Antara jenis-jenis pelaburan yang telah diluluskan ialah kilang pembuatan kaca solar, kilang pemprosesan pasir silika, kilang penapisan minyak petroleum, kilang pembuatan makanan, kilang pembuatan perabot, kilang petro kimia, kilang pembuatan bahan binaan dan sebaginya.

Lokasi-lokasi pelaburan yang merangkumi pelaburan domestik dan asing ini adalah terletak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP)..

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

…Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), Kudat, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu dan Lahad Datu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sulabayan dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, terdapat beberapa pelaburan yang telah diterima oleh Sabah yang sedang diselaraskan oleh Kerajaan dan melalui kementerian saya. Dengan anggaran nilai pelaburan yang mencecah 20.35 bilion ringgit, pelaburan domestik dan asing yang sedang diselaraskan ini, masih belum disenarai di dalam senarai projek perkilangan yang telah diluluskan oleh MIDA. Memandangkan pihak pelabur sedang menyediakan

dokumentasi yang lengkap bagi permohonan Manufacturing License (ML). Pelaburan yang sedang diselaraskan ini adalah termasuk pelaburan berimpak tinggi, iaitu sebuah syarikat gergasi pembuatan besi yang berpangkalan di Singapura, iaitu Syarikat Istiu Enterprise Sabah Sdn. Bhd. dengan anggaran nilai pelaburan sejumlah 19.8 bilion ringgit melalui tiga fasa pelaburan.

Walaupun beberapa pelaburan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan diselaraskan oleh kementerian saya, ini belum lagi menerima license, Manufacturing License tersebut, namun begitu pihak pelabur telah menyatakan komitmen yang tinggi untuk melabur di Sabah dan dengan ini untuk makluman Dewan yang mulia, saya telah bermesyuarat dengan pihak pelabur ini beberapa kali dan mereka menyatakan komitmen yang tinggi berkenaan niat untuk melabur di Sabah. So, mereka telah menandatangani Perjanjian Pajakan Dana sepertimana yang dilaksanakan oleh pihak Istiu dan dan menandatangani Perjanjian Pajakan Dana di SOGIP pada 30 November 2022. Secara keseluruhannya, dianggarkan sejumlah 33 bilion ringgit, Datuk Speaker, nilai pelaburan yang telah diterima oleh Sabah pada zaman pandemik, sejak hujung tahun 2020. Pencapaian ini adalah kejayaan yang amat membanggakan kerana walaupun kita berdepan dengan pandemik, namun begitu kita dapat mencatat prestasi yang saya rasa amat memberangsangkan. Kementerian saya akan teruskan usaha untuk menarik pelaburan-pelaburan yang berimpak tinggi untuk datang ke Sabah supaya peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan kita dapat membangunkan ekonomi yang lebih mampan untuk Sabah yang kita cintai ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Sulabayan ada soalan tambahan?

Datuk Dr.

Sekejap soalan tambahan. Okey, terima kasih untuk penjelasan itu tetapi pada hakikatnya apa yang saya nampak pelabur ini sudah diumum dengan jumlah yang begitu banyak termasuk pelabur-pelabur gergasi tetapi semua belum dilaksanakan. Pasal sekarang ini, diuar-uarkan, pelabur berjuta-juta ringgit sudah masuk ke Sabah tetapi semuanya belum melaksanakan kerja-kerja mereka. Betul kan? Ah, belum lagi kan? Yalah belum. Cuma nyatakan mahu melabur tetapi belum laksanakan semua pelabur-pelabur itu termasuk yang gergasi saja. Jadi apa yang penting bagi kita ialah

harapan orang Sabah, rakyat Sabah supaya mendapat peluang pekerjaan. Kalau kita sebut tiga pelabur, memang biasalah itu atas kertas. Cuma apa yang dituntut oleh rakyat Sabah sekarang peluang pekerjaan. Apabila pelabur sudah masuk, sudah tentu Kerajaan dapat cukai, tax.

Speaker

Soalan. Soalan. Datuk Dr.

Ah, ini persoalan kita. Terima kasih.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Sulabayan dan juga Datuk Speaker. Saya ingin makluman Dewan yang mulia ini, walaupun saya katakan syarikat gergasi itu mereka sedang buat permohonan Manufacturing License itu adalah masa depan, mungkin tahun ini, tahun depan. Tetapi untuk tahun 2021, 2022 kita telah mencatat prestasi pelaburan yang cukup baik. So, itulah saya memaklumkan dalam jawapan saya tadi, 8.38 bilion ringgit dicatat tahun 2022 dan 4 bilion ringgit 2021. So, ianya kita telah berjaya mengambil pelaburan sebagai contohnya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, kita ada dua kilang besar yang sedang siap dibina dan sudah melepasi pres, itu status pembinaan 50 peratus, iaitu Syarikat Kibing dan juga syarikat itu pembuatan kaca solar seperti yang saya maklumkan tadi dan juga syarikat pembuatan profoil ini YKN Akseris. Dua-dua ini dijangka akan mencipta peluang pekerjaan sebanyak dua ribu, dua-dua ini tambah sama sekali. So, ini adalah prestasi yang kita mencatat dan kita akan teruskan usaha untuk memastikan syarikat yang saya sebutkan tadi akan berjaya untuk melabur di Sabah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Okey, saya persilakan Sri Tanjong.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Ikut senarai saya Sri Tanjong dahulu, Sri Tanjong.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Okey, terima kasih Datuk Speaker.

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh YB Menteri. Saya sebenarnya amat tertarik dengan jawapan menteri berkenaan dengan pelaburan solar, panel solar ni. Walaupun…

Speaker

Soalan dia terus Yang Berhormat. Soalan.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ya. Walaupun sistem solar ini bukan sesuatu yang baharu, tetapi saya menyambut baik kerana Sabah dapat green energy dan di sini saya ingin bertanya kepada Menteri, berapakah rakaman karbon sorry, rakaman persegi panel solar yang diperlukan untuk memastikan bekalan elektrik mencukupi di Sabah? Kedua, adakah pihak kementerian telah pun mengira jejak karbon CO2, dari fasa permulaan pembinaan panel solar ini, dan bersedia untuk mendedahkan kepada umum? Sedangkan di luar negara pembinaan yang involve carbon fullprint, Kerajaan akan mendedahkan kepada umum supaya mereka tahu berapa CO2 akan di admited. Terima kasih.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Tanjong. Untuk soalan pertama, iaitu Syarikat Kibing pembuatan kaca solar ini, mereka memerlukan untuk fasa pertama 60 megawatt dan ianya telah pun dijanji oleh SESB dan kita yakin ianya dapat diselaraskan dan untuk menyampaikan bekalan elektrik yang mereka mahukan dan inginkan untuk memastikan pelaburan ini jalan dengan baik dan saya juga akan berterusan usaha saya untuk berbincang dengan Kementerian Kerja Raya untuk memastikan bekalan elektrik ini kita tak boleh kecewakan pelaburan, pelabur-pelabur di Sabah, bukan sahaja Syarikat Kibing yang pembuatan kaca solar itu, tetapi untuk semua syarikat pelabur yang di Sabah yang sudah pun di Sabah. Keduanya, berkenaan carbon emission so, kita juga sedang dalam beberapa bulan ini saya sedang mencatat dan juga mengutip rekod-rekod berkenaan dengan carbon emission mereka. Dan ini adalah untuk membolehkan kita untuk ada catatan supaya kita boleh tahu berapa rekod carbon mereka yang in needs supaya kita pun boleh buat rancangan tentang carbon storage dan juga…

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

So, adakah pihak kementerian bersedia untuk mendedahkan kepada umum?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Kita sedang, sedang, sedang…

Speaker

Biar dia jawab dulu Yang Berhormat.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya, kita akan bagi info kepada sama Yang Berhormat. Ya?

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Bukan. Adakah pihak kementerian akan mendedahkan dan membuat akan upload di dalam laman web kementerian supaya umum tahu berapa carbon freeprint yang admited from the company.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Emm, seperti saya katakan tadi, saya akan mengutip rekod dulu dan kita akan membuat dasar untuk berkongsi bukan sahaja kepada Ahli Yang Berhormat, tetapi untuk orang awam kerana ini adalah future trending, dan kita perlu ada dasar untuk berkenaan carbon ini dulu. Terima kasih.

Speaker

Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Tempasuk.

Datuk Speaker, soalan saya nombor enam.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Matunggong

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tempasuk serta Dewan yang mulia ini, selaras dengan hasrat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan perolehan…

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Matunggong

Kerja projek pembangunan persekutuan yang dilaksanakan oleh Jabatan Teknik Negeri Sabah dan Sarawak bertarikh 1 Mac 2023. Menurut garis panduan tersebut Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) adalah diiktiraf sebagai Jabatan Teknikal di bawah Arahan Perbendaharaan 182.

Susulan daripada pengiktirafan tersebut, Kerajaan Negeri melalui JKR dan JPS adalah diberi kuasa sebagai agensi pelaksana bagi perolehan kerajaan termasuk perkhidmatan perunding untuk projek pembangunan fizikal Kerajaan Persekutuan di Sabah dengan had nilai sehingga 50 juta Ringgit.

Jabatan berkenaan juga diberi kuasa untuk mempelawa, membuka, menilai, mengesyor dan memperaku tender untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Perolehan Kerajaan Sabah.

Tatacara perolehan bagi projek-projek berkenaan adalah berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan Persekutuan yang berkuatkuasa. Bagi kuasa mengurus peruntukan pada masa ini, masih dikekalkan di bawah Kementerian Pelanggan di mana peruntukan akan disalurkan oleh Kementerian Pelanggan kepada Jabatan Teknik Sabah berdasarkan permohonan unjuran tahunan manakala Kerajaan Negeri Sabah setakat ini belum menerima apa-apa peruntukan memandangkan mesyuarat belum dilaksanakan di peringkat Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, mesyuarat pertama dijangka akan diadakan pada bulan Jun 2023.

Sebagai tambahan, Tuan Speaker serta Datuk Speaker serta Dewan yang mulia ini, Lembaga Perolehan Kerajaan Negeri hanya boleh mempertimbangkan dan menyetuju terima tender dengan syarat keputusan yang dibuat adalah sebulat suara dan tidak melebihi had nilai dan kuasa yang ditetapkan. Keputusan yang tidak sebulat suara dan atau melebihi had nilai kuasa Lembaga Perolehan Negeri. Kerajaan Negeri hendaklah dikemukakan ke Kementerian Kewangan Malaysia untuk keputusan muktamad dengan erti kata lain Lembaga Perolehan Kerajaan Negeri diberi punca kuasa sepenuhnya bagi memutuskan pelantikan dan keputusan adalah muktamad. Bagi pemantauan ke atas pelaksanaan kemajuan projek pula, ia adalah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Teknik, Kementerian Pelanggan dan Unit

Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri. Jabatan Teknik Sabah, Jabatan Teknik adalah bertanggungjawab memastikan maklumat dan kemajuan projek di kemas kini di platform dalam talian yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat Tempasuk? tidak ada? Ada soalan tambahan ? Okey kalau tidak ada, sekian sahaja sesi soal jawab secara lisan pada hari ini.

Usul ucapan terima kasih oleh Yang Berhormat dari SinduminMotion

Setiausaha Dewan

Usul ucapan terima kasih oleh Yang Berhormat dari Sindumin.

Speaker

Ahli Yang Berhormat Sindumin, sila kemukakan usul.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Seri Speaker.

Speaker

25 minit ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya. Ya Datuk Speaker, saya mohon mencadang bahawa usul yang berikut hendaklah dipersetujui bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas ucapan dasar kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Isnin kelmarin 22 Mei.

Datuk Seri Speaker, Bismillahirrahmanirrahim, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Malaysia Madani. Dengan rasa hormat dan tanggungjawab, saya Adun N.35 Sindumin di sini ingin mencadang, menyokong dan membahaskan titah ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang kita dengar kelmarin. Datuk Seri Speaker, saya dan rakyat kawasan saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih akan titah Tuan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang menyentuh perkara menyeluruh untuk kebaikan negeri dan rakyat Sabah, yang memberi peluang dan harapan masa depan untuk rakyat dan negeri ini.

Datuk Seri Speaker, sejak merdeka melalui Malaysia 1963 dan dengan perjanjian Malaysia Agreement 63, negeri kita Sabah adalah terkaya di Malaysia dengan hasil bumi terutama sekali kayu balak pada masa itu. Saya sebagai anak Sabah yang

dihantar belajar ke Semenanjung pada tahun 1963 melalui Program Pelajar Yayasan Sabah, begitu dipandang tinggi pada masa itu dan kami pelajar-pelajar Sabah yang datang ke Semenanjung dianggap sebagai orang yang datang daripada negeri yang kaya. Namun masa berlalu, kerajaan bertukar daripada USNO kepada BERJAYA, PBS, BN, Warisan Plus dan hari ini GRS, keadaan ekonomi kita semakin menurun tetapi di bawah GRS ini, keadaan ekonomi ini sudah bertambah baik dengan pendapatan yang meningkat. Tahniah kepada kerajaan yang baharu ini dan saya yakin kita akan lebih baik di masa-masa mendatang ini.

Kita berhadapan, masih berhadapan dengan ketinggalan daripada pelbagai pembangunan, iaitu infrastruktur kita seperti rangkaian jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air, sistem khidmat internet serta yang lain-lain belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. Masalah infrastruktur utama ini menjadi topik perbualan pertikaian melalui cerita-cerita kedai kopi, cerita daripada media maya seperti Whatsapp, Tiktok, Facebook yang menyalahkan antara satu dengan yang lain, terutama yang cuba menghasut rakyat untuk membenci kerajaan pada hari ini dan membenci Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri kita. Sedangkan Yang Amat Berhormat kadang-kadang tidak ada kaitan pun dengan isu yang dicakapkan. Mengapa ini berlaku? Saya rasa ini kerana sikap kita yang cuma mahu berpolitik. Semua pemimpin politik di Sabah pada hari ini sama ada daripada kerajaan atau pembangkang sebenarnya adalah daripada rumpun yang sama dan pernah menjadi kerajaan memerintah Sabah sebelum ini. Saya merayu sudah sampai masa pemimpin-pemimpin Sabah bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat Sabah dan sama-sama mencari jalan menyelesaikan masalah negeri kita ini. Datuk Seri Speaker, kita terlalu banyak membuang masa di masa lalu. Saya tidak mahu menghuraikan apakah yang berlaku di masa lalu dan apa pemimpin-pemimpin kita lalukan. Rasanya semua kita tahu tetapi cukup sekadar jadi pengajaran kepada sesama kita so itu kita perlu ubah landskap politik Sabah dan pada hari dua (2) hari akan datang, hari Khamis mungkin landskap politik Sabah akan jadi satu yang menerima sejarah baru. Dengan tertubuhnya Kerajaan GRS di Sabah dan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat dan komitmen Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Sabah dan Sarawak diberi keutamaan dari segi pembangunan. Oleh itu, ini adalah harapan baru yang kita semestinya menyambut saranan ataupun keputusan Yang Amat Berhormat.

Oleh itu, isu MA63 tidak perlu lagi dibahas tetapi sekarang adalah masa untuk pelaksanaan. Semestinya Kerajaan GRS menyambut baik kesungguhan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini. Oleh itu, semestinya semua pemimpin-pemimpin Sabah perlu memahami hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan menyokong sepenuhnya. Janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyerahkan projek-projek pembangunan bernilai 50 juta ke bawah diputuskan dan dilaksanakan terus oleh Kerajaan Negeri, juga suatu perkara baharu yang juga mempercepatkan proses pembangunan di Sabah.

Oleh itu, tindakan dan koordinasi di peringkat pegawai pusat dan negeri hendaklah disegerakan. Saya mohon penjelasan daripada kerajaan khususnya Menteri Kerja Raya. Apakah status pelaksanaan projek-projek yang diumumkan 50 juta kebawah ini? Sudahkah ia dikenal pasti berapa banyak projek yang kos dan kos yang diluluskan? Maksudnya ialah jumlah keseluruhan satu projek 50 juta ke bawah dan berapakah yang dicommit oleh Kerajaan Persektuan keseluruhan pada tahun ini? Saya yakin dengan pelaksanaan cara baru ini akan mempercepatkan aktiviti ekonomi Sabah, mencipta peluang pekerjaan dan pemintaan bahan-bahan setempat serta mengubah landskap pembangunan negeri Sabah.

Datuk Seri Speaker, Tuan Yang Terutama juga menyatakan rasa ambil berat beliau tentang industri pelancongan dan memper…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

…perkasakan sebagai suatu sumber ekonomi negeri ini. Kedatangan pelancong ke Sabah sudah cukup baik pada tahun 2015, 2016 dengan kedatangan yang begitu baik pada tahun 2019 iaitu 4.1 juta orang, kemudian oleh kerana Covid ia telah turun dengan mendadak menjadi 957,460 pada tahun 2020 dan 371 yang paling rendah pada tahun 2021, tetapi naik semula pada tahun lalu kepada 1.72 juta dan pada tahun ini 2023 dijangka seramai 2.2 juta pelancong datang ke Sabah yang berupaya menjana pendapatan sekitar 4.1 billion.

Kerajaan khususnya, Kementerian Pelancongan, Sabah Tourism Board tidak terlalu berpuas hati dengan pencapaian yang ada. Seharusnya meningkatkan lagi usaha

promosi produk-produk pelancongan di Sabah keluar daripada Negeri Sabah sama ada di Semenanjung, di Sarawak dan juga luar negara. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan juga Alam Sekitar. Berapakah bajet yang disediakan untuk promosi pelancongan Sabah pada tahun ini dan harap diberi penjelasan?

Ramai pelancong yang datang ke Sabah terutamanya untuk mengikuti aktiviti eko-pelancongan, eko-budaya. Produk-produk ini boleh dimajukan dengan melibatkan komuniti setempat melalui Community Based Tourism ataupun COBT ringkasnya. Oleh itu, Kerajaan perlu proaktif untuk membantu operator-operator COBT ini. Saya minta penjelasan sekali lagi daripada Menteri, berapakah bajet 2023 yang diperuntukkan untuk membantu COBT sebagai meningkat produk-produk pelancongan di peringkat daerah seluruh Sabah?

Datuk Seri Speaker, kawasan saya N.35 Sindumin terdapat 11 lokasi COBT sebagai pusat pelancongan berteraskan budaya dan eko. Saya banyak membantu dari segi promosi dan juga peruntukan kecil seperti membuat tandas, pondok rehat. Namun ini tidak mencukupi, sewajarnya Kementerian sama ada Negeri ataupun Pusat perlu membantu untuk memperbaiki COBT ini dengan membina jalan akses, tandas, kawasan parking dan juga pondok-pondok rehat serta susun aktiviti-aktiviti. Saya minta penjelasan sekali lagi daripada Menteri, apakah bentuk bantuan untuk menaiktaraf COBT ini? Terdapat beberapa COBT ini di kawasan saya yang cukup bagus, yang telahpun maju dan dikunjungi oleh pelancong iaitu seperti sungai di Kampung Melalia, di Long Pasia, di Meligan dan semuanya cantik dan mempunyai tarikan tersendiri.

Datuk Seri Speaker, untuk menarik peluang pelancong ke Sabah dan memperbanyakkan produk pelancongan, perlu usaha bersepadu.

Saya ingin menyatakan beberapa langkah perlu dilaksanakan.

Ini melibatkan beberapa kementerian dan juga agensi- agensi.

Pertama, Kota Kinabalu perlu disusun semula, beberapa tindakan drastik perlu diambil untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar yang cantik yang menjadi

tarikan pelancong dan juga pintu masuk utama pelancong ke Sabah. Kita lihat sekarang Kota Kinabalu agak lesu dan perlu diperbaiki.

Yang pertama, Kota Kinabalu perlu landskap yang kemas, semua kerosakan seperti longkang, pagar, kaki lima perlu sentiasa dalam keadaan kemas. Tadi dan beberapa hari ini ketika memandu daripada SICC hingga ke bangunan Menara Kinabalu banyak longkang pantai yang rosak seperti tidak ada orang yang kisah dan ini cukup menyakitkan pandangan dan gambaran kepada pelancong bahawa nobody take responsibility dengan izin untuk membaiki keadaan ini. Jadi saya berharap ada terutama sekali Dewan Bandaraya Mayor mengambil tindakan.

Yang kedua, bangunan hendaklah kemas dan cantik, diperbaiki kerosakan dan dicat baru. Pemilik bangunan hendaklah diberi notis untuk selenggara dan cat baru bangunan. Kalau kita lihat, lorong-lorong di Bandaran Berjaya, di Sadong bangunan ini penuh dengan kayu ara dan tumbuh-tumbuhan liar yang seolah-olah bangunan ini tidak ada pemilik. Jadi saya minta Dewan Bandaraya untuk Kota Kinabalu. Tumbuh-tumbuhan liar yang ada di bangunan hendaklah dibersihkan, kemudian terusan dan sungai-sungai hendaklah sentiasa bersih dan dipasang trap sampah untuk mengutip sampah dan bahan-bahan barangan seperti botol dan juga plastik, kalau kita lihat sewaktu air pasang, bertaburan botol plastik, sampah di semua terusan. Ini boleh kita lihat hari-hari dan amat memberi gambaran yang tidak baik kepada negeri kita.

Kawasan Sembulan, rumah setinggan dengan bau busuk, seolah-olah kita tidak ada penyelesaian, kita minta kepada supaya orang yang berwajib ataupun pelabur yang mempunyai yang pemilik kawasan itu perlu dibagi notis supaya membangunkan. Yang kelima, pembersihan sampah dan membuang barang-barang yang tidak berguna supaya dimasukkan ke dalam bidang kerja kontraktor pembersih dan juga pemotong rumput. Yang keenam, rumput dan pokok hiasan mestilah sentiasa dalam keadaan pendek dan teratur kemas.

Datuk Seri Speaker, yang kedua untuk mempromosikan pelancongan Pekan Sipitang, ini kebetulan di kawasan saya, Sipitang ini unik, ia adalah pintu masuk daripada Negara Brunei Darussalam dan Sarawak. Landskap Pekan Sipitang

hendaklah juga diperbaiki, ditingkatkan dengan pembersihan dan susun atur yang sempurna yang boleh menarik pelancong ah dan juga sebagai persepsi pertama, bagaimanakah Negeri Sabah itu? Jikalau di Sipitang itu sudah cantik, jadi persepsi apabila pelancong datang ke Sabah, maka cerita bahawa Sipitang, bahawa Sabah itu adalah cantik.

Kemudian ada tiga pekan lain iaitu, pekan Yang Berhormat Menteri Kewangan, Pekan Kundasang seharusnya dijadikan pekan tanah tinggi yang cantik, kalau boleh kita buat seperti pekan di Eropah di Switzerland ataupun di New Zealand yang disusun atur dengan landskap yang cantik dan menjadi in land town yang unik agar menjadi tarikan pelancong dan sebutan ‘a must visit town’ di Sabah. Memang orang akan ke Gunung Kinabalu tetapi bila sampai ke Gunung Kinabalu tidak ada pekan yang menarik, tidak ada yang cantik.

Yang kedua, Pekan Kuala Penyu perlu juga diberi peruntukan khas supaya ia dinaiktaraf dengan landskap tepi sungai dan juga susun atur yang baru. Kalau boleh pekan Kuala Penyu ini kita sama kan seperti di Nudey Beach di Queensland di Australia, kalau siapa yang pernah melawat ke sana ah itu adalah lebih kurang ataupun Pekan Cairns di Queensland juga seperti Kuala Penyu yang cantik. Salah satu ini Pekan Semporna juga salah satu pekan yang menjadi tumpuan pelancong, juga mempunyai air yang jernih dan bersih. Pekan ini perlu dibuat landskap bersih dan tersusun dan kampung-kampung setinggan yang ada itu perlulah kita fikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya, yang ratusan atau ribuan rumah boleh kita convert sebagai floating village yang teratur kemas dan bersih boleh jadi produk pelancongan.

Semua ini perlu kesungguhan, komitmen daripada kerajaan, daripada kementerian dan juga penguasa-penguasa tempatan seperti Mayor, Presiden-presiden ah Sandakan dan Tawau, Pegawai-pegawai Eksekutif Majlis Daerah, di semua Ahli-ahli Penasihat serta Ahli-ahli Majlis Daerah.

Datuk Seri Speaker, dalam sektor pertanian Tuan Yang Terutama juga menekankan pentingnya sektor pertanian. Kita bersyukur kerana persatuan dan rakyat, syarikat-syarikat tempatan dan luar negara, semakin penyertaan rakyat dan syarikat luar

negara juga semakin meningkat di bidang pertanian ini. Namun syarikat-syarikat pelabur ini

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

…agak kecewa sikit kerana mereka kurang dapat layanan ataupun lambat dapat kelulusan. Ini kita kalau boleh Kerajaan Negeri hendaklah mempercepatkan proses ini agar Sabah boleh menjadi hab pengeluar makanan berskala besar yang terkenal di rantau ini. Ini termasuklah tanaman seperti yang disebutkan, iaitu musang king, nenas NB2, pisang, limau bali dan lain-lain tanaman. Namun ini perlu diambil tindakan dan kita lihat secara terperinci agar ia dapat dilaksanakan.

Datuk Seri Speaker, kepimpinan negeri dan kementerian mestilah memahami bahawa pertanian dan ternakan adalah satu industri yang menguntungkan.

Pentingnya sebagai adanya food security atau kecukupan makanan. Kemudian juga sebagai asas kesejahteraan rakyat mendapat bekalan makanan asas seperti beras, gula, tepung, ikan, daging, telur, sayur dan buah-buahan yang mencukupi pada harga yang berpatutan. Oleh itu, pendekatan lama yang tidak menyelesaikan masalah perlulah diubah. Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan hendaklah berani membuat keputusan dan buat pendekatan yang baharu. Syarikat-syarikat GLC Negeri atau Badan-badan Berkanun hendaklah mengambil tanggungjawab ini secara bersendirian atau secara usaha sama untuk pengeluaran makanan atau produk pertanian dan penternakan. Mereka seharusnya membuat pelaburan berskala besar untuk negeri ini.

Agensi ataupun GLC seperti Sawit Kinabalu, SLDB, Benta Wawasan, Khazanah Sabah Berhad, LIGS, SEDIA, RISDA, LKIM dan lain-lain yang ada kaitan dengan pertanian dan produk makanan hendaklah mengambil tindakan dan diselaraskan untuk proses ataupun aktiviti pengeluaran makanan berskala besar dengan pelibatan syarikat-syarikat luar atau secara bersendirian.

Untuk pengeluaran berskala kecil, pelibatan produk luar bandar tanggungjawab ini mesti diperkasakan oleh Jabatan Pertanian. Kemudian, Pertubuhan-pertubuhan

peladang kawasan, persatuan-persatuan nelayan dan kita minta pegawai-pegawai pertanian di daerah, sila ambil tindakan proaktif bukan cuma menunggu kerana ramai juga orang-orang di luar bandar yang ingin terlibat dalam pengeluaran makanan ini. Namun kita semua, sama ada pemimpin politik, pegawai kerajaan dan pemimpin GLC mestilah ada rasa tanggungjawab komitmen untuk membina negeri ini. Perlu fokus elakkan ketirisan, jauhi amalan rasuah dan yang penting semua kita mestilah memikirkan keperluan rakyat dan negeri Sabah sebagai keutamaan kita. Datuk Seri Speaker, beberapa kegelisahan rakyat sejak akhir-akhir ini telah pun diwar-warkan dimainkan dalam media-media maya dan dimuat masuk dengan tambahan gambar-gambar terkini dan juga lama. Seolah-olah tiada tindakan kerajaan. Saya sebagai ADUN N.35 Sindumin dan saya yakin rakan-rakan ADUN yang lain juga serta menteri-menteri adalah menjadi target ataupun menjadi cemuhan rakyat kerana seolah-olah kita tidak ambil tindakan. Isu utama ialah, keadaan jalan raya Pan Borneo dan jalan-jalan di kampung. Yang kedua ialah isu bekalan air banyak diperkatakan, yang ketiga ialah bekalan elektrik dan yang keempat adalah isu liputan Internet.

Kita faham, kesukaran rakyat, sebagai pemimpin kita juga sama-sama melalui kesukaran ini selain itu sebagai ADUN, saya memihak kepada rakyat dan rasa empati kita kepada mereka yang mengalami kesukaran ini. Oleh itu, kerajaan dan jabatan-jabatan yang dipertanggungjawabkan hendaklah mengambil penuh tanggungjawab memahami keadaan ini dan berusaha menyelesaikan dan buatlah pendekatan baharu agar masalah ini selesai.

Yang pertama, keadaan jalan raya Pan Borneo dan jalan-jalan di kampung. Masalah jalan Pan Borneo Highway, terima kasih atas jaminan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya bahawa 15 pakej Pan Borneo akan siap menjelang tahun 2024, hujung tahun 2024. Namun melihat progress yang ada saya tidak yakin ia siap seperti yang dijangkakan. Sebagai orang awam yang melihat yang tidak ada kepakaran teknikal tetapi dari mata kasar bahawa cara kontraktor bekerja tidak profesional, tidak mengikut susunan dan pada kualiti yang rendah. Kontraktor juga tidak ada tanggungjawab keselamatan pengguna dan membiarkan kerosakan dalam keadaan bahaya dan berpanjangan banyak kemalangan dan kerosakan kenderaan. Saya

tidak yakin ia boleh disiapkan dalam penghujung tahun hadapan. Kecuali ada intervensi ataupun usaha-usaha lain untuk mempercepatkan proses ini. Jikalau pada kadar yang ada sekarang ini saya melihat ia ada lagi kelewatan dan saya berharap pada mudah-mudahan hujung tahun hadapan siap semua pakej telah diberikan dan kita bermula pakej yang baharu.

Rakyat tidak membina, membantah permintaan Pan Borneo tetapi perlu siap ikut jadual dan tidak menyusahkan pengguna walau dalam masa pembinaan. Rakyat memohon supaya pemantauan dari JKR sentiasa dibuat dan peraturan-peraturan dipatuhi. Masalah kerosakan jalan di bawah konsesi juga tidak diselesaikan. Pihak konsesi memberi alasan pelbagai yang menyukarkan rakyat. Ringkasnya konsesi tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat.

Oleh itu, kerajaan hendaklah mengembalikan semula konsesi.

Datuk Speaker, ada pencerahan. Boleh Speaker.

Speaker

Ya

Tadi Sindumin ada menyebut perlunya intervensi daripada kerajaan dalam usaha menyelesaikan masalah Pan Borneo secepat mungkin. Apakah Sindumin mempunyai cadangan khusus mengenai intervensi kerajaan tersebut. Terima kasih.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Kerajaan melalui jabatan yang dipertanggungjawabkan seperti JKR Daerah hendaklah memantau secara dekat dan memberitahu kepada kontraktor ini supaya kerja-kerja itu mengikut jadual dan kerosakan-kerosakan jalan itu diperbaiki segera sebelum ada perkara yang tidak baik berlaku. Inilah yang kita inginkan dan kita melihat seolah-olah JKR tidak memberi penekanan kepada individu. Kita sering menegur juga kepada kontraktor tetapi sentiasa berulang dan seolah tiada tindakan jadi kita minta kementerian dan juga Jabatan Kerja Raya minta bantulah tolonglah supaya intervensi ataupun pemantauan ini dibuat dengan berterusan dan rapat dengan kontraktor.

Untuk konsesi yang ada ringkasnya konsesi tidak menyenangkan atau memudahkan rakyat kerana konsesi ini telah diberi begitu lama dan apabila kita tanya dengan konsesi, penyenggaraan itu mengikut jadual ataupun pusingan.

Dia tidak menyelesaikan masalah on the sport. Bila kita tanya ada jalan, kerosakan jalan jawapan diberi adalah belum sampai turn atau belum sampai pusingan. Kita kena tunggu. Rakyat tidak boleh tunggu pusingan. Rakyat mahu kerosakan itu diperbaiki segera kerana mereka pengguna harian kawasan tersebut. Sebab itu saya katakan, konsesi itu tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Ya, mungkin menguntungkan kepada konsesi sahaja ataupun berat sebelah. Kerajaan hendaklah kaji semula konsesi ini supaya efisien atau kalau melanggar perjanjian kita perlu mengambil keputusan yang tegas drastik, iaitu untuk menamatkan konsesi ini. Atau kita ubah tanpa ada konsesi kita balik kepada yang dulu, iaitu diselenggara oleh JKR daerah yang diperkenalkan semula yang dulu dan menempatkan jentera juruteknik dan juga peruntukan khas di centralize kepada daerah agar senggaraan jalan-jalan ini dapat dilaksanakan oleh daerah ataupun kita buat secara short the problem ataupun terus menyelesaikan mengikut aduan dan juga masalah yang…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… rakyat hadapi bukan mengikut pusingan ataupun giliran. Jadi ertinya, senggaraan itu sentiasa 24 jam satu hari, tujuh hari seminggu, 30 hari sebulan dan sepanjang tahun. Bukan tiga bulan sekali, ataupun enam bulan sekali, kerana rakyat tidak boleh tunggu enam bulan untuk lalu di jalan yang rosak.

Datuk Seri Speaker, bekalan air. Kita punya air yang banyak daripada hujan, sungai-sungai dan air bawah tanah. Cuma pengurusan yang ada sekarang saya melihat tidak begitu cekap untuk menyelesaikan masalah air ini. Kita tidak ada penyelesaian jangka panjang yang kekal yang ada. Mungkin ada dirancang tapi pelaksanaannya belum lagi kita lihat. Ditambah pula moral kakitangan Jabatan Air ini agak rendah oleh kerana skandal rasuah yang berlaku di Jabatan Air yang masih lagi menjadi pertikaian.

Ringkasnya, kita gagal mengurus bekalan air negeri ini. Pemberian konsesi polan air ternyata tidak menguntungkan kerajaan.

Ini amat membebankan kerajaan.

Sepatutnya, kementerian diberi untuk sistem retukulasi. Sepatutnya konsesi bukan pengeluaran kerana pengeluaran itu dia keluarkan dan dia tidak kisah air itu sudah sampai ke rumah atau tidak, yang penting meter pengeluaran air berjalan. Sepatutnya pengeluaran air ini, konsesi ini diberi kepada atau dibuat oleh kerajaan melalui GLC-GLC kerajaan, dan yang kita swastakan ialah sistem retukulasi ataupun penyambungan ke rumah-rumah dan pungutan bil-bil supaya ia lebih efisien. Kerana kalau kita beri kepada yang sistem retukulasi, sudah tentu syarikat konsesi akan mempastikan bahawa paip itu tidak bocor dan sampai ke rumah dan mereka yang kutip bil kepada rumah-rumah. Kalau mereka tidak kutip bil, mereka tidak akan dapat keuntungan.

Speaker

Boleh gulung ya Yang Berhormat.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Seri Speaker, sikit lagi satu dua minit. Sudah sampai masa kita meniru cara penggunaan atau pengurusan air di negara-negara yang sudah maju seperti di Singapura. Ya, contohnya di semenanjung di Selangor, bagaimana SYABAS mengurus air yang memang ada isu sedikit tapi pada keseluruhannya ia kemas dan bagaimana cara pengurusan air di negara maju yang efisien? Jadi kita kena belajar. Jadi ini kita kena buat keputusan kerana ia amat penting bukan saja untuk penduduk tempatan tetapi juga kepada pelabur-pelabur. Saya pasti Jabatan Air dan kementerian ada perancangan. Saya minta kementerian atau menteri dapat memberi sedikit penjelasan apakah rancangan untuk menyelesaikan masalah air ini?

Apakah rancangan kita?

Empangan-empangan di Papar, di apa Padas dan yang lain-lain ini, bilakah ia dilaksanakan? Bilakah boleh selesai? Permintaan industri, contohnya di SOGIP, kita masih memikirkan bagaimana untuk membekal air di kawasan ini. Untuk penduduk luar bandar yang terpencil, kaedah-kaedah lama seperti graviti, borehole atau tuaian air hujan juga perlu dilaksanakan.

Datuk Seri Speaker, penghabisan ada dua hal lagi. Itu bekalan elektrik. Banyak diperkatakan mengenai bekalan elektrik di Sabah. Ketidakcukupan bekalan elektrik bukan sahaja menyukarkan rakyat tetapi melambatkan pelaburan dan pertumbuhan. Masalah adalah dari ketidakfahaman rakan kita di pusat, iaitu di Semenanjung, di

mana melambatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga. Sama ada kelulusan untuk hidro, solar atau gas yang ditentukan oleh pusat. Syukur alhamdullilah, pada tahun hadapan kita akan ada ECoS ataupun Suruhanjaya Tenaga Sabah sendiri yang boleh mempercepatkan proses ini.

Kerajaan mesti mengambil langkah untuk membuat pelaburan besar-besaran melalui GLC negeri sendiri atau secara usahasama dengan pelabur luar. GLC seperti Khazanah Sdn. Bhd., Energy Corporation, Yayasan Sabah atau SESB sendiri hendaklah memikul tanggungjawab ini.

Kita mesti bersedia untuk mempastikan pelabur yang datang ke Sabah, dapat kelulusan atau mendapat bekalan elektrik yang mencukupi. Kita perlu melihat jauh ke hadapan dengan pembangunan nusantara dan juga BIMP-EAGA yang akan dilaksanakan. Apakah rancangan Kerajaan Negeri di Sabah dan juga SESB untuk mengatasi masalah ini?

Berapakah bilangan IPP di Sabah?

Dan berapakah kapasiti pengeluaran dari segi megawatt? Apakah rujukan ataupun data permintaan lima tahun akan datang dan berapakah IPP yang diluluskan atau yang akan diluluskan untuk dilaksanakan?

Pemindahan IPP mengambil masa sehingga tiga hingga tujuh tahun. Apakah penyelesaian jangka pendek sebelum IPP yang dirancang ini siap? Apakah status southern grit dari Sipitang ke Nabawan, Tawau dan bilakah ia dimulakan? Datuk Seri Speaker, liputan internet. Kita rakyat Sabah sepatutnya berterima kasih kepada MCMC, Suruhanjaya Komunikasi kerana meluluskan 400 menara fasa satu di bawah jaringan digital negara satu jendela (ada suara: betul). Kemudian ada lagi 600 menara yang akan dilaksanakan pada fasa dua. Namun demikian, fasa satu telah terlambat dari jadual yang sepatutnya siap pada hujung tahun lalu. Saya tidak tahu mengapa, tetapi kita mahu ia disiapkan dan kita berharap fasa dua dapat dilaksanakan. Mungkin Yang Berhormat Menteri nanti dapat menerangkan isu-isu ini. Namun demikian, kerajaan juga mesti meningkatkan liputan 4G di seluruh Negeri Sabah dan 5G di bandar-bandar.

Sebagai penutup Datuk Seri Speaker, pemimpin-pemimpin Sabah sama ada kerajaan atau pembangkang wajib sedar dan faham bahawa negeri kita ini

mempunyai potensi yang sangat besar. Kita punya segalanya khususnya sumber semula jadi seperti minyak, mineral, tanah yang subur dan luas untuk terus maju. Kita cuma perlu kestabilan politik, pengurusan yang baik dan sumber manusia yang berilmu. Berpolitik ada masa dan waktunya. PRN cuma akan diadakan selewat-lewatnya September 2025. Khabar-khabar angin DUN akan dibubar adalah tidak betul. Kerajaan GRS akan berakhir juga tidak betul. Saya melihat Kerajaan GRS akan bertahan lama sehingga emm, habis tempoh (tepuk meja). Ini ramalan saya dan penilaian saya. Kita akan lebih baik daripada kerajaan yang sebelumnya.

Speaker

Tengok mangkukkah? (suara ketawa)

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ada mangkuk agung. Yang ada dalam Kerajaan Perpaduan di dan juga di pusat seharusnya, Ahli Yang Berhormat, yang ada dalam kerajaan negeri dan juga di pusat yang ada dalam Kerajaan Perpaduan termasuk daripada Warisan, daripada UMNO, seharusnya menggunakan peluang Kerajaan Perpaduan ini untuk melobi untuk meminta dan mempastikan dana dan Perjanjian MA63 dilaksanakan supaya lebih banyak peruntukan masuk ke negeri Sabah.

Sikap buruk pemimpin-pemimpin dan juga pemimpin politik dan GLC, pegawai-pegawai kerajaan yang cuma menyukai untuk ataupun menumpukan untuk mengumpul kekayaan, amalan rasuah, mengharap komisen, akan merosakkan negeri ini dan ini perlu dihentikan. Rakyat dan pemimpin rasanya sudah wakil rakyat dan pemimpin rasanya sudah cukup dengan elaun, gaji dan pencen apabila sudah bersara nanti. Tidak perlu ada duit berbilion dalam simpanan di luar negara, tidak boleh pakai pun.

Speaker

Sila gulung.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Jadi kita mintalah ini semua sudah ada dan kita fokus kepada pembangunan negeri Sabah.

Jadi sama-sama kita memajukan negeri ini.

Datuk Seri Speaker, saya mohon mencadang. Terima kasih. (menepuk meja).

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sindumin. Sekarang saya jemput seorang ahli untuk menyokong usul terima kasih.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Tuan Speaker saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tanjung Papat. Masalah di hadapan Dewan ini ialah bahawa usul ini yang berikut, hendaklah dipersetujui bahawa kami, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, atas ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Isnin bersamaan 22 Mei 2023. Ahli-Ahli Yang Berhormat, usul tersebut dibahaskan sekarang. Dengan itu, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Senallang untuk menyampaikan ucapan.

Speaker

25 minit ya.

Speaker

Lima plus minuslah.

Terima kasih Datuk Yang Dipertua, I am always be very proper di Dewan Rakyatkah di Dewan Negeri, I followed the rules. Dan saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Speaker memberi ruang untuk saya sedikit sebanyak…

Kita membahaskan tentang ucapan dasar yang telah pun disampaikan oleh Tuan Yang Terutama dan setelah mendengar dan juga membaca kandungan ini, Sabah Maju Jaya tapi airnya tidak ada. Eletriknya padam. Jalannya berlobang. Doktornya, ubatnya tidak cukup.

Saya dah masuk gelanggang politik ini hampir 35 tahun, Datuk Speaker. 35 tahun bukan masa yang agak pendek dan bila saya melihat rentetan semenjak kita mencapai Kemerdekaan, Pembentukan Malaysia, ke mana kita nak bawa umat ini? Saya tidak mahu bicara tentang politik. Kalau kita cerita tentang politik itu stabil, stabil sana yang merosakkan orang yang melompat-lompat. Kestabilannya itu. Ini yang kita kena bendung tapi yang penting kepada saya, selaku wakil rakyat bersuara.

Dah sudah 3 tahun kerajaan ini memerintah negeri Sabah. 3 tahun dah memerintah. Logo Sabah Maju Jaya. Ke mana kita nak bawa? Masalah air. Saya dengar suara-suara rakyat. Saya wakil rakyat, saya akan menyuarakan suara rakyat yang di peringkat akar undi yang menyatakan “Datuk Seri, kebimbangan kami. Air tidak cukup. Kami mahu minum. Bukan setakat minum, mandi, basuh, memasak.” La hawla wala quwwata.

Kadang-kadang itu, saya ada air mineral water. Orang kampung tidak ada air langsung itu dan kita ini bukan main. Keadaan kita sudah dengan itu, ini tempatnya seperti yang saya suarakan. Beramal. Sebelum saya masuk gelanggang politik secara aktif I was a chairman overly steped company. Baik lagi kerja saya, Datuk Speaker. Gaji berapa ratus ribu setiap bulan. Main saham 5 juta dalam seminggu, dua minggu. Waktu itu, masih 90-an.

Tapi kadang-kadang ini, kita kena sedar dan tahu masalah air ini cukup penting kepada masyarakat kita. Kualiti air bukan setakat kita biacarakan air tidak ada di luar bandar dan masuk di dalam bandar pun tidak ada air. Di Kota Kinabalu, di Tuaran tempat Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Ya? Bila kita suarakan tentang perkara-perkara ini, perlu diatasi. Takkan hanya kita cakap, kita tunggu Kuala Lumpur mengatasi masalah ini.

Tidak pernah kita dengar suara masalah air di Sarawak. Tidak pernah kita dengar masalah air di Brunei. Tidak pernah kita dengar masalah air di Dubai, di Arab Emirates kering-kontang. Di situ, masalah dia kena kita faham.

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker. Boleh?

Masalah air itu cukup penting.

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Senallang boleh minta mencelah?

Ya, masa singkat. Masa saya bukan dalam teks tapi banyak daripada suara rakyat. Kenapa? Saya boleh jawab.

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Ah.. saya ingin bertanya kepada Senallang apakah kekangan sebenarnya masalah air kita semasa Senallang menjadi Menteri KKLW? Terima kasih.

Banyak masalah dia. Saya dah sebut. Rasuah. Di setiap district yang ada collection is there. Pungutan-pungutan yang ada di district. Air tidak ada di Pulau Gaya. Air tidak ada di apa nama? Di Sandakan. Ada air pun tempat kampung Datuk Seri Speaker. Masin rasanya. Maka dengan itu, penting kepada kita but monopoly is another one. Kita boleh lantik kontraktor-kontraktor yang ada kewibawaan dia untuk membolehkan mengatasi. There should not be any monopoly dalam usaha kita, we must be buried bud lam. Saya masih ingat ya, iaitu untuk membolehkan pernah mengatasi masalah ini. Tidak pernah ada sejarah di dalam dunia, masalah air yang oleh kerana rasuahnya begitu tinggi. Sixty percent non revenue collection. Itu perkara yang serious. Bukan perkara yang ringan. Tidak pernah ada di dalam sejarah di mana-mana negara terjumpa duit beratus juta di Jabatan Air.

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Boleh tanya lagi sekali YB Senallang?

Saya minta kepada Kerajaan Negeri minta duit itu sama ada daripada SPRM, sama ada daripada jabatan-jabatan Kerajaan Federal untuk kembalikan dan gunakan duit itu..

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Boleh..boleh tanya lagi Datuk Senallang?

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Boleh tanya lagi sekejap?

Boleh. You nak kan tanya [Suara bertindih]

Maka dengan itu, kita perlu reform.

Speaker

Telupid. Telupid. Kalau mahu bertanya sila bangun ah.

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Kita difahamkan semasa Senallang menjadi Menteri, ada kuasa Menteri untuk melaksanakan projek-projek di bawah peruntukan Persekutuan. Jadi saya mahu tanya Senallang lah. Bagaimana kaedah perolehan dan perbelanjaan peruntukan tersebut. Terima kasih.

Terima kasih banyak. Saya ingat Yang Berhormat Kemabong pun tahu. Masa saya jadi menteri, saya sediakan. Saya bagi sediakan peruntukan di Keningau untuk loji dan saya jemput waktu itu, Tan Sri Pairin rasmikannya. Malahan juga, saya juga pastikan supaya loji-loji. Saya ingat Yang Berhormat Kemabong pun faham dan tahu. Datuk Speaker, saya nak minta taklimat daripada..

Speaker

Telupid yang tanya tadi itu. Bukan Kemabong.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Datuk Speaker, bukan Kemabong. Telupid.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Tapi..

Ya saya tahu.

Saya tahu Telupid. Saya nak kaitkan dengan Kemabong sebab waktu itu saya di Keningau.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Oh ya.

Masih ingat tak? Dia tanya pasal apa yang saya buat. Saya buat masa saya Menteri Luar Bandar, Yang Berhormat Kemabong pun tahu. Saya lancarkan, masa itu Yang Berhormat hadir. Keningau. Apa yang saya lancarkan loji air.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Cuma di Kemabong itu belum lagi apa-apa perubahan lah setakat ini.

Tak. Macam mana tidak ada perubahan? Masa nak bagi taklimat. Pejabat Daerah ditutup. Menteri Persekutuan. Tak boleh tutup. Saya di Sarawak Datuk Speaker, tidur di rumah panjang tapi bila sampai ke Tenom, bila sampai di Keningau, pejabat ditutup. Taklimat mana yang diberikan? Yang Berhormat Kemabong tahu tak? Ingat kah? Yang taklimat di Pejabat UMNO, Tenom.

Jadi saya tak mahu cerita politik. Politik sangat lah tapi saya ingat, saya nak tumpukan bagaimana mengatasi masalah Jabatan ini? Penting kepada kita. Alhamdullilah, saya amat setuju apa yang telah diluahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nak bantu mengatasi masalah ini dengan kewangan sama ada pinjamannya pun atau pun pelbagai. Alhamdulillah. Cuma saya nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri.

Bantu kita. Jangan take over this department to become a federal management department.

Kita kena belajar. SESB dah diambil alih oleh TNB. 30 tahun SESB diambil alih oleh ASB. Bila saya ambil alih, hutang 1 billion lebih. Bukan setakat hutang 1 billion lebih. Lampu pun padam. Bukan hanya padam di kampung. Di lapangan terbang pun padam. Di hospital pun padam.

Speaker

Tapi dia bilang ‘Your Light, Our Pride.’

(Ketawa) Your light is our pride tapi masalah dia. Datuk Speaker, perkara ini, suara rakyat yang saya nak utarakan. Ke mana pentadbiran yang kita nak bawa? Sedang hospital pun tidak ada lampu. Tak kan kita nak cadangkan “Oh kita nak beli genset.” Saya masih ingat masa saya bising di Kabinet. Di Tawau, genset was not there. Padam. Saya bangkit di Kabinet. Lepas itu, masa itu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib was making noise every week. Mengatasi masalah, dapat genset pergi Tawau. I visited the genset personally. Bila saya bagi tahu mana genset dia? Ada Datuk Seri. Sedikit sebanyak dapat mengatasi. Tapi bagaimana nak mengatasi dia? Lepas itu saya tanya genset dari mana? Second hand genset. Dari mana? Langkawi. Keman I mean, kita itu yang Perjanjian 63 saya selalu suarakan. Suara rakyat yang ada.

Waktu saya menteri sebenarnya, kalau kamu pergi Sarawak, tengok la di Sarawak Long Pasia di pelabuhan itu Datuk Speaker, Rumah-Rumah Panjang ada aircond. Rumah-rumah Panjang ada bukan lagi gunakan kipas. I was there and how I’ve lifted the Iban. Ya? Untuk membolehkan supaya tapi di welcome me there tapi itu dah cerita lama. Yang penting bagi kita, bagaimana nak mengatasi masalah ini? Jabatan ini. Selagi tidak ada reform secara total, komprehensif untuk mengatasi masalah Jabatan ini. Duit disalurkan daripada federal yang duit itu keluar. Air tidak akan ikut keluar. Percayalah dengan saya. So there must be a firm kind of move by the government to ensure reform the whole system yang ada.

Bukan hanya di peringkat pejabat Kota Kinabalu, tapi di pejabat-pejabat daerah yang ada. Ini tanggungjawab. Waktu itu saya nak reform tapi minta maaf lah masanya agak singkat, 2 tahun. Ya? Tidak membolehkan saya untuk mengatasi masalah severe servant I reform dari segi kedudukan dia supaya realize only those who I able to manage based on not race! Not religion. Religion and believe! Jabatan Tanah, Jabatan itu, AG semua. It’s not because they are different from me tapi kita nak kan supaya pastikan kedudukan ini dapat dilaksanakan.

Datuk Speaker, bila saya mendengar ucapan yang Tuan Yang Terutama berhubung kait dengan apa yang telah disebutkan, masalah air, masalah eletrik. Ya? Ini satu perkara yang cukup penting. Masalah kesihatan saya dah sebutkan tadi. Ini satu

perkara juga yang harus diatasi oleh pihak Kerajaan Negeri jangan kita hanya bergantung dengan Kerajaan Pusat. Saya malu sebenarnya dengan Sarawak

We are better off than Sarawak in terms of minyak 37% minyak reserved kita 1.8 trilion barrel yang ada. Gas yang ada. Kita punya gas, tetapi hantar ke Bintulu. Saya bising dahulu di kabinet. Proses tidak ada. Apabila saya mendengar ucapan Tuan Yang Terutama tentang kerjasama dengan Petronas, saya cadangkan dengan kerajaan negeri. Kerjasama dengan Petronas, don’t go upstream. Upstream ini agak berat kegunaan duit berbilion, beratus juta, tidak ada jaminan akan ada simpanan, akan ada minyak telaga di situ. Kerugiannya cukup besar. Go downstream.

Sudah sampai ketika, kita melaksanakan supaya ada stesen minyak Sabah. Stesen minyak Sabah. Sabah petrol station katakan. Jangan bergantung dengan Shell, jangan bergantung dengan Exxon, jangan bergantung dengan Petronas punya minyak. Minyak kita punya. Takkan tidak boleh kita adakan stesen minyak. If you go downstream, peluang pekerjaan anak-anak kita ada. Tempat-tempat untuk kita katakan stool and everything is there. Job opportunity, business downstream yang ada. Bukan setakat kita perlu untuk melahirkan stesen minyak untuk branding Sabah. Gas, silinder perlu ada. Mengedarnya mungkin akan spill over yang ada.

Speaker

Gas yang ada sama kita gastrik saja.

(ketawa)…gastrik…itulah itu yang dengan kita ada gastrik. Jadi Datuk Speaker, itu yang saya cadangkan sebaik-baiknya, dalam kita masa dahulu pun saya jadi kerajaan, saya ada nasihatkan ya, tentang saya cadangkan dengan kerajaan waktu itu supaya pastikan saya faham dan tahu kadang-kadang kita offshore bidded for the one in Sara in Indonesia. We manage to get it. Syarikat apa nama daripada negeri Sabah, Petronas lepas itu delay that and tetapi yang penting kepada saya seperti yang saya nyatakan tadi go downstream dalam keadaan yang ada pada hari ini

perlu bagi kita untuk pastikan supaya kemudahan asas yang kita punya akan dapat kita manfaatkan.

Satu dari segi pengurusan kerajaan harta yang ada ya. Kadang-kadang saya bimbang, kita cakap tentang environmental changes. Sama ada benar atau tidak saya nak tanya dengan Kerajaan Negeri. Saya difahamkan sudah pun mengissue license mineral meaning yang ada lebih daripada 20 benarkah tidak? Dan di antaranya saya tengok itu fortress mineral to commends prospecting activities at two Sabah concession area. The fortress mineral yang ini, ini (sambil tunjuk kertas) ada merupakan milik syarikat dari Singapura. Di mana di buat? Dibuatnya di kawasan-kawasan Tongod, di kawasan-kawasan apa nama pedalaman Telupid. Lepas itu, it covers 400 kilometre and it is known to be containing nickels, coppers and cobalt. Datuk Speaker, kita kena sedar. Kita kena insaf, belajar. Di Mamut, sudah ada pihak Jepun mengendalikan tahun waktu itu saya pegawai kerajaan for Mamut. Apa yang mereka ambil? Copper? Bukan setakat copper, emas pun ada. Tetapi kita tidak tahu, kita tidak manfaatkannya. Kepakarannya, pekerjaannya. Learn the lesson well. Saya nak tanya daripada kerajaan, adakah ini benar dan apakah asas Kerajaan Negeri yang memberikan hak concession kepada syarikat daripada Singapura ini? Kenapa tidak bagi dengan syarikat Sabah?

Kalau tidak ada syarikat yang di Sabah ini, mungkin tidak ada yang layak, bagilah dengan syarikat yang berasal dari negara Malaysia. Takkan tidak ada tentang mineral. Supaya kita sedar dan tahu sekurang-kurangnya we can control masalah control kita nakkan pelaburan. Saya tahu saya nak kita nakkan pelaburan dari China dari mana-mana negara. We learn what happen to Sri Lanka, what happen to many African countries because we are thinking about money and investment coming in. But all control by them.

Saya masih ingat masa Celica dulu, saya bagi tahu dengan pelaburnya boleh saya bagi, tapi dia nak control jambatan yang ada di Sepanggar. I said no. Jadi, I don’t want to give the endorsement. Saya bagi tahu dengan dia how much is the apa ni ah work jambatan. 100 juta saya punya, i give you the money. No, Malaysian contractor very slow. You do it but let me control the bridge. I don’t want any kind of items coming out from Sabah. We never know pergi Chinakah pergi Jepunkah. We must

have the ways and means. Ini hak kita. Kita tak mahu pengalaman contohnya di Pahang di beberapa kawasan. Syarikat-syarikat dari luar negara, masuk dalam negara kita. Autonominya, controlnya kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada pengurusan kekayaan ini.

Itu setakat saya katakan, mineral yang ada. Bayangkan hari ini, di Tawau berapa orang yang kena tangkap tentang emas. Dikatakan lebih daripada 25 juta duit yang tax not declare. Saya nak tanya dengan Kerajaan Negeri, adakah itu benar? Saya yakin bukan hanya 25 juta, lebih daripada 25 juta undeclare. Ke mana hasil ini? Masa saya jadi kerajaan, saya ingat saya ada cadangkan pada satu ketika bincang sedikit, i want to take over state government to take over tentang ini supaya kita ada control. Hasilnya mesti diperolehi oleh Kerajaan Negeri, untuk membolehkan supaya manfaat ini akan dapat diperoleh oleh anak-anak.

Itu bab emas. Bab kayu balak, saya nak tanya dengan Kerajaan Negeri yang ada. Berbilion duit mungkin undeclare tentang kayu balak yang ada. Tax yang sepatutnya kerajaan negeri dapat peroleh ya. Ini yang kita harap Datuk Speaker, kerajaan negeri akan dapat mengambil langkah-langkah, bukan hanya emasnya, bukan hanya coppernya, bukan hanya nickelnya bahkan kekayaan yang ada ini dapat dimanfaatkan oleh bumi Sabah. Saya sedar dan tahu bukan mudah ya. Kadang-kadang saya waktu itu, you know I was managing four to five billions of money. I was managing as a chief minister I can do wonders. Kuasa untuk nak ambil tanah, nak ambil itu bukan tidak boleh ya. Tetapi kita sedar jangan lupa, di dunia kekal kita takkan kekal. Kekayaan mana yang kita boleh pertahankan. No person, no individual can sustain. Tidak ada akan kekal. Ada yang cakap kerajaan ini akan kekal. Tidak akan kekal, saya dah nampak dah. Dari zaman Mahathir, zaman Najib, zaman Mahyuddin tetapi yang penting kepada kita bagaimana untuk memastikan supaya eksplorasi ini dan juga seperti yang saya sebutkan tentang emasnya, tentang kayu balaknya hasil negeri perlu diperoleh dengan secara detailnya supaya dapat dimanfaatkan.

Seperkara yang saya nak sebutkan Datuk Seri Speaker, satu lagi mengenai dengan Yayasan Sabah dan GLC-GLC dalam ucapan Tuan Yang Terutama perlu di urus baik GLC-GLC ini dengan secara terbaik. Waktu itu saya masih ingat, masa saya jadi Ketua Menteri saya beritahu dengan concession kayu balak yang ada di Tawau.

Ada beberapa ribu ratus ekar yang dia miliki saya bilang return back to Yayasan Sabah. I want Yayasan Sabah to have 30 000 apa ini hectare of plant to be given to Yayasan Sabah supaya saya boleh hasilkan biasiswa kepada anak-anak kita dan saya bertanya sama ada masih kekal tanah itu di urus tadbir oleh Yayasan Sabah ataupun tidak? Pasal saya dengar ada anak-anak kita yang tiga bulan empat bulan berapa penggal biasiswa pun belum dibayar. Where do we get the money? Saya dengar, saya dengar tak tahu betulkah tidak I don’t want to nak tuduh. Malahan GLC-GLC yang ada Bentawasan, berapa pegawai-pegawai kerajaan, staff, special officer kita lantik? That outfit is not meant for special officer. That outfit is meant to help to eradicate poverty, jobs opportunity for this country for this for this state of Sabah. Ini yang saya nak tanya, benarkah tidak dan ini lagi saya dengar Datuk Speaker, tidak tahu betulkah tidak. Belajar, akan belajar dia sentuh belajar ke overseas lawatan Yang Berhormat-Yang Berhormat. Siapa yang tampung itu dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu sihat, dalam keadaan rakyat yang begitu menderita.

Kita boleh study tool but yang akan membuat lawatan ini all graduate, ada degree holder yang kadang-kadang dia graduate daripada overseas pun, we must show to the people on the ground there. Decency kita sebagai seorang pemimpin. Kita talk, walk the talk. Jangan kadang-kadang kita nampak keluar surat khabar keluar segala YouTube oh ini warisan punya kerja. Bukan. Public knews for these happening is not even MCMC pun tidak boleh control apa lagi saya boleh control. Kadang-kadang dibangkitkan persoalan-persoalan ini yang boleh menjejaskan bukan hanya imej Kerajaan Negeri. Saya sebagai orang Sabah malu Datuk Speaker. Apabila berbangkit tentang anti lompat di situ La Hawla Walla Quwwata kadang-kadang nak hide my face as a Sabahan. That’s why kadang-kadang the Sarawakian MP’s yang ada tanya saya what happen to your state Datuk Seri, I said no no I can’t control..

… individual yang ada tapi saya berharap usaha-usaha ini pengurusan GLC yang ada di peringkat negeri ini harus di,ambil tindakan secara serious and let it out and make it

public yang ada, dalam sektor pertanian pun, mungkin rakan saya akan berbahas tapi saya sedikit sebanyak nak sentuh dalam kita ah, ucapan Tuan Yang Terutama di mana kita nak mengambil langkah-langkah untuk memastikan sektor pertanian ini dapat kita tingkatkan, it’s a very fertile land yang ada di Sabah ini. Saya kalau pergi ke Tawau itu, di antara buah-buahan yang paling manis di situlah, rambutan, tahun 50-an, 60-an, itulah kami punya ah, Singapura, kalau pergi tahun 1967, saya pergi Tawau waktu itu naik kapal tidak ada jalan raya lagi, tidak ada jambatan yang connect, di situ buah-buahan, di situ tempat kami beli songkok hari raya ya, tempat apa ni ah, arwah apa? siapa namanya?

Speaker

Ahmad Daid.

Ahmad Daid, di DUN. Kadang-kadangkan kita nampak walaupun sektor ini kita nak tingkatkan seperti ucapan Tuan Yang Terutama, fertile land saya dah initiate blueprint sebenarnya di peringkat awam ya dan saya berharap semoga jangan hanya tanam buah-buahan, sayur-sayuran, go down stream, go down stream diproses, macam saya di rumpai laut di Semporna. MRSM Ulul Albab yang saya wujudkan di Semporna, MRSM Ulul Albab di situ sudah buat kajian tentang how to ensure that we can benefit tentang yang kita katakan rumpai laut yang ada. Kita export pergi Singapore saja.

Speaker

Ketum jangan tanam ya.

Ketum ini bukan tidak boleh tanam Datuk Speaker, tapi kadang-kadang ada langkah-langkah saya pun bahas di Parlimen, ketum itu bukan tidak boleh cuma masalahnya dia …

Speaker

Obvious.

Undang-undang yang ada tapi kita tahu bahawa drug is also used sama ada ianya ketum, sama ada ianya marijuana. Ini yang akan diproses untuk membolehkan supaya drugs dikeluarkan untuk ubat, jangan pula kita ambil drugs untuk kita mabuk ya, it’s

only how you managed it, ya, how you use of it, jadi saya ingat ah, Datuk Speaker beberapa perkara saya tahu masa mungkin saya tidak mahu mengambil masa …

Speaker

Teruskan saja.

… Banyak perkara yang saya.

Speaker

Teruskan sahaja, teruskan.

Speaker

Teruskan.

Ah, tentang ah, contohnya dari segi, perubatan tadi. Saya berharap kepada Datuk apa nama ah, Yang Amat Berhormat Kerajaan Negeri. Saya ada bincang dengan Menteri Kesihatan, saya ada bincang dengan Yang Amat Berhormat ah, Perdana Menteri. Suatu ketika dahulu, saya katakan saya tahu apa yang dijawab tentang JPA, tentang dua (2) jabatan yang mengatasi masalah ini. Satu MOF yang keduanya Jabatan Perkhidmatan Awam ya, ada setengah-setengah jabatan yang ada di Negara Malaysia, kita belanja duit permanent pensionable, Jabatan Penerangan, Jabatan KEMAS, lepas itu saya juga pada masa itu di penerangan, kita belanja berjuta-juta untuk pegawai kerajaan, ini politik but this is more important, tiga ribu doktor yang perlu kita uruskan dengan baik, ambil alih mereka. Who can save human life, mana yang penting? pegawai yang hanya cerita tentang politik atau pun pegawai yang boleh menyelamatkan nyawa manusia yang ada.

Kerajaan sama ada bukan negeri saja pusat, saya akan berada di dewan ah, Parlimen ah, minggu depan, saya akan biasa berbahas tapi perkara-perkara apa yang saya nyatakan cukup penting, kebimbangan saya doktor-doktor bukan setakat ubatnya, kita tidak cukup untuk nak induce them just by saying that okey we incentivize you by giving you lockable housing allowance or whatever it is but that is not good enough, kadang-kadang kita pun saya nyatakan don’t discourage them to

do practising private sectors pasal kita nakkan supaya tourism, medical tourism sector sebagai satu ada kepakaran jantung, ada kepakaran bayangkan kita di Sabah ini, pakar jantung tidak ada di Keningau, pakar jantung tidak ada di Sandakan, pakar jantung tidak ada di Ranau, cuma dua pakar jantung saja yang ada di Kota Kinabalu. Kalau sakit jantung, Datuk Speaker, sama ada di Kota Kinabalu sama ada pergi IJN.

Speaker

Sama ada habis.

Itu yang kadang-kadang masalah dia saya harap sembuhlah ya, dari segi perkara ini bukannya saya nak cerita tentang politik but this is the facts, this is keperluan rakyat kita, kita kena suarakan keperluan rakyat bukan hanya elektrik, bukan hanya air, bukan hanya jalan raya, bukan hanya sekolah-sekolah daif. Kita minta sekolah daif di peringkat negeri Sabah lepas itu saya Ketua Menteri 700, baru-baru ini kita minta daripada sekolah daif 300 saja di Sabah, 600 di Semenanjung lepas saya difahamkan, lagi banyak pula di Semenanjung yang sekolah di situ sudah banyak. Universiti kita ada satu saja, UMS. Nak hantar anak-anak kita, kita taja budak-budak kita ya bukan mudah, saya terpaksa contohnya Zainal Ajmain punya anak hantar pergi Sarawak, belajar di situ.

Banyak lagi anak-anak yang kita terpaksa menampung budak-budak ini untuk masa depan mereka tapi kita bukannya apa ini ada keupayaan, kemampuan mesti alert. Sudah sampai ketikanya kita harus bersuara untuk memastikan there’s must be a lot of University, kalau ada Universiti sighting jangan hanya letak di Kota Kinabalu, this for site Sandakan, Tawaukah supaya kita dekatkan manusia dengan keluarga dia, ini kadang-kadang kalau anak yang masih kecil, masih muda, belasan tahun send them abroad ya, Belize Outbound boleh juga bukan tidak boleh kosnya terlampau tinggi, sudahlah kadang-kadang itu saya dah nasihatkan, saya dah bagi cadangan dengan Menteri Kesihatan ambil pakar-pakar doktor daripada negeri Sabah, ambil pakar-pakar doktor dari Sabah.

UMS must be upgraded into medical faculty dia waktu saya Ketua Menteri saya bagi 1 juta, upgrade the medical faculty di UMS untuk membolehkan kita lahirkan pakar-pakar doktor jadi kalau ada doktor anak-anak Sabah, datangnya dari Keningau, datangnya dari Sipitang, datangnya dari Tawau tidak akan timbul persoalan, tidak ada rumahnya, cost of livings is very high, allowance outstation..

… jadi ini yang kita.

YB Senallang. Terima kasih YB Senallang. It’s a very good move, very good suggestion by YB Senallang tadi yang kita perlu ada reform. It’s a very noble. Dan, saya akan bertanya juga kepada YB Senallang semasa YB Senallang menjadi Menteri KKLW memang ada beberapa apa ini projek-projek yang dilaksanakan daripada masa yang sama ada juga pendengaran pada masa itu dan kita tahu bahawa ada apa ini tiang elektrik tidak apa ini ada cable, masa itu di bawah kementerian YB Senallang semasa menjadi Menteri pada masa itu dan juga air paip yang tidak ada loji, jadi saya ingin ah, it’s a very good thing that ah, YB Senallang kata tadi that we need reforms, cuma saya ingin ingatkan sajalahkan pada masa itu. Terima kasih YB Senallang.

Terima Kasih.

Sebenarnya kalau kita melihat apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat itu ada sebahagiannya daripada peranan Kerajaan Negeri ini.

Masa saya jadi menteri, saya telah pastikan, cadangkan supaya the east coast grid and the west coast grid must be connected until now it’s not connected, pasal apa? Oh, laluan reserve area, forest reserved, kadang-kadang itu bukan senang Kerajaan Negeri ada bidang kuasa dia, ada bidang kuasa itu yang saya bimbang kadang-kadang seperti yang saya cakap tadi itu kalau sampai kepada mineral tadi itu dari syarikat Singapura boleh ambil satu ribu hektar tanah lepas itu kita tidak tahu bukan hanya pokoknya diambil, kayunya juga diambil dan ini kita nak letak tiang eletrik, bukan nak letak ambil potong kayu, tidak dan ini kadang-kadang masyarakat tidak tahu, tidak nampak, oh ini salah saya, ini semua tidak ada air salah Datuk Shafie. Duit yang di Jabatan Air Kerajaan Negeri pun salah saya sampai saya masuk di dalam lokap, saya tanya siapa punya jabatan? siapa punya pengarah? dan kita kena sedar bukan hanya oleh kerana saya selaku waktu itu Ketua Menteri yang dipertanggunjawabkan melihat dari segi kerangka mahu dalam kepala manusia ‘oh dia kaya raya’ tidak, I must tell you dalam keadaan yang ada pada hari ini kebimbangan saya nakkan kerjasama dengan semua pihak melantik saya menjadi

Ketua Menteri, saya pelawa Ketua Menteri, saya pelawa Menteri Kewangan masih hidup lagi boleh kita work together, Unite Sabah. Tidak, bersatu kena masuk, bila bersatu masuk I say ‘no’ pasal saya tahu keadaan ini tidak sepenuhnya berlaku, kerana saya tidak mahu pasal itu saya wujudkan apa ini parti yang kita katakan berbagai bangsa, it is just not only me, if anything happen to me, it is Yang Berhormat Penampang, Moyog akan ambil alih. Saya ada bagi tahu, encourage him, umur saya pun bukannya ah, Datuk Speaker pun tahu, kita …

Speaker

Muda masih, muda muda.

Tapi yang saya mintakan content, saya tidak mahu ceritakan politik sangat cuma saya nak jelaskan. Benar, itu peranan tapi kita juga faham bahawa itu juga peranan pihak Kerajaan Negeri yang perlu menyedari hakikat seperti apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dengar yang itu suara-suara yang 60 tahun dah masalah tanah, bayangkan bulan 9 ini Datuk Speaker …

…pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 bulan 10 belanjawan, kita dengar cerita 50 juta diberikan kepada Negeri Sabah. Ini sudah bulan tengah tahun. Adakah kita boleh siapkan duit? diambil lagi balik dari Kuala Lumpur. Masalah tanah Rancangan Ke-12, lima tahun kita kena cari kerangka bagaimana mengatasi masalah sama ada bekalan elektrik, bekalan air, dan tanah?

Bila time the time projek itu tidak lagi timbul tanah yang ada. Saya masih ingat ada Kementerian Pendidikan wujudkan satu sekolah di Sabah. Air pun tidak ada. Elektrik pun tidak ada. Masa dulu Datuk Hisham saya pun bising dengan dia. I said Menteri Pelajaran bagi apa nama komputer. Saya pergi pulau-pulau, saya pergi kampung-kampung, kau bagi komputer, diletak di store room. Saya tanya dengan Guru Besar, kenapa simpan di store room? Datuk Seri tidak ada lampu, tidak ada elektrik. Computer wastage, more than half of billion of money. Ketirisan ini berlaku. Jadi itu

saya harap apa yang penting kepada kita, pastikan ketirisan ini dapat diurus dengan baik.

Terima kasih, Datuk Speaker. Saya idak mahu mengambil masa, cuma penting kepada kita seperti yang saya nyatakan masalah air, masalah elektrik, masalah kesihatan, masalah pendidikan. Saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri juga perbanyakan universiti swasta. Kalau tidak ada keupayaan Kerajaan Pusat, set up universiti swasta, galakkan mereka. We have linkages seperti di Sarawak, Australia punya universiti sudah ada Swinburne. Banyak lagi. Seingat masa saya, saya galakkan one of my friend mempunyai apa ni, sebuah universiti yang di United Kingdom. Can encourage them, to set up, link it up ya… ,

Speaker

Di Sabah banyak U. YouTube.

(Ketawa) Itu yang kita bimbang kerana Datuk, Datuk Speaker, Youtube ini boleh merosakkan dari segi pemikiran masyarakat kita.Jadi peranan kita saya harap, usaha serius ni bukan hanya pihak kita selaku pemimpin perkhidmatan awam, GLC-GLC ya letaklah agar Sabah ini disegani. Kadang-kadang bila saya nampak di Tanah Arab itu tidak dengar masalah air, tidak dengar lampu padam. Di Sabah, di Sarawak la haula wa la quwwata elektriknya, hospital tidak ada, di lapangan terbang pun tidak ada. Lagi-lagi air yang ada ya. Bila ada orang di kawasan-kawasan check in, bila check in dalam hotel, check out balik. There is no water. Ada air tapi bawa dengan lori. Bagaimana kita mengurus tadbir? Dah 60 tahun lebih Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, terima kasih banyak atas ruang yang diberikan untuk saya berucap dalam perbahasan pada pagi. Terima kasih. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahhmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Saya perhatikan tadi semasa Yang Berhormat Senallang mengatakan bahawa ketum ni ada elemen untuk berubat, saya tengok Yang Berhormat Karambunai khusyuk dia, macam dia ada tanah untuk tanam ketum.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Senallang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat ADUN Dilantik Yang Berhormat Tuan Dr. Aliakbar Bin Gulasan. 15 minit ya.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. Allahumma salli `ala Muhammad wa`ala Ali Muhammad. Terima kasih kepada Datuk Seri Speaker. Pertamanya tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas ucapan Dasar Kerajaan pada 22 Mei semalam dan saya secara peribadi mengucapkan mudah-mudahan hasrat dan juga pencapaian yang sudah dinyatakan dalam ucapan dasar tersebut akan semakin hari semakin baik dan juga mencapai target juga sasaran yang sudah ditentukan. Sebelum saya pergi jauh, Datuk Seri Speaker saya mahu membawa satu kisah yang mudah-mudahan kisah ini menjadi landasan kepada kita sebagai pemimpin-pemimpin dalam masyarakat. Saya sengaja mula dengan kisah ini. Kisah ini boleh membawa suatu natijah supaya pemimpin nanti semakin dekat dan memahami sungguh-sungguh amanah kepimpinan sebenarnya perkara yang paling besar adalah bagaimana menyelesaikan isu dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan rakyat dan juga keperluan rakyat.

Saya yakin Datuk Seri juga biasa mendengar kisah ini. Bagaimana Saidina Umar Al-Khattab R.A. kita memahami Saidina Umar merupakan khalifah yang kedua daripada Khulafa Ar-Rasyidin. Khalifah Umar di dalam sirahnya, dalam sejarahnya merupakan salah seorang pemimpin yang sangat berjiwa rakyat. Dicatat di mana-mana pada siangnya Saidina Umar bekerja sebagai seorang ketua dan sebelah malamnya Saidina Umar turun melihat, memerhati dan mencari apa yang berlaku masalah-masalah kerakyatan di sekitar kepimpinannya. Pada suatu malam, Umar R.A bersama dengan pembantunya yang dikatakan namanya Aslam ini keluar dan menyamar seperti mana rakyat biasa.

Datuk Seri Speaker, pada waktu itu kadangkala kepimpinan pun tidak dikenali maka sampailah Saidina Umar kepada suatu rumah yang kecil yang usang. Duduk di satu desa yang namanya Hara dikatakan begitu, maka kedapatan, kelihatan oleh Saidina Umar Al-Khattab satu orang ibu sedang memasak dan dikelilingi oleh anak-anaknya yang sedang menangis, sambil ibu ini memasak seolah-olah terkeluar daripada kata-katanya, “Mana Saidina Umar?”, “Mana khalifah kita?”, “Kenapa tidak tengok

masalah rakyat yang ada di bawah ini?”, sampai ketika masyarakat rakyat pun tidak ada makan didengari oleh Saidina Umar Al-Khattab. Maka bila ditanya dan didekati oleh Saidina Umar, “Kenapa dibiarkan anak menangis sedangkan masakan sudah masak sudah mendidih?”. Ibu ini kata, “Apa yang dimasak itu adalah batu untuk menenangkan anak-anak yang sedang dalam kelaparan.”

Datuk Seri Speaker, Saidina Umar balik dalam keadaan sedih mengambil gandum daripada Baitulmal dan beberapa hartanya menyerahkan kepada ibu tadi dan besoknya Saidina Umar minta wanita ini datang ke pejabatnya barulah wanita itu mengetahui bahawa yang mengangkat gandum itu dengan sendirinya adalah seorang ketua kerajaan.

Datuk Seri Speaker dan juga seluruh Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini, saya mulakan kisah ini supaya kita memahami bahawa sifat kepimpinan ini adalah suatu amanah yang sangat penting dan Kerajaan tidak semestinya hanya menunggu aduan daripada rakyat bawahan tetapi juga harus turun ke bawah mencari dan menyelesaikan isu-isu yang sangat dekat dengan rakyat. Saya mulakan dengan itu sebab kadangkala kita melihat apa yang berlaku, isu-isu asas yang pasti akan disentuh oleh ramai daripada kita selepas daripada ini. Kadangkala dalam sesi yang lepas kita pernah menimbulkan soal air, soal elektrik dan diulang-ulang. Jalan raya kadangkala ada jawapan yang mengatakan tidak ada aduan. Tidak ada pemakluman kepada pihak berkuasa. Saya ingin menekankan bahawa sebenarnya selain daripada aduan, Kerajaan juga kena turun. Agensi Kerajaan turun ke lapangan untuk mencari dan juga menyelesaikan perkara-perkara yang berada dalam masyarakat sebagai contoh Datuk Speaker. Misalnya isu jalan raya kadangkala kita sangat sedih dengan apa yang berlaku. Memang kita melihat sekarang pejalan jalan raya sedang dibina wujudnya jalan-jalan sementara tapi jalan sementara yang dibina ini kadangkala acuh tidak acuh dengan kualitinya. Boleh Datuk Speaker dan…

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

rakan-rakan yang lain, tidak jauh kita jalan ke Indah Permai dekat daripada sini. Jalan sementara, kita jalan macam gelombang seolah-olah rakyat tidak bayar cukai jalan. Tuan-tuan boleh jalan flyover di Inanam, di Kelombong. Saya ingat sudah empat, lima tahun. Siapa yang ambil lorong yang ketiga boleh terbang kereta dia. Di mana agensi kerajaan pihak-pihak berkuasa? Kita kena jujur, ini amanah. Soal kepimpinan kita, bukan benda yang kecil. Jangan nanti kata tidak ada aduan. Ribuan masyarakat jalan dalam sehari menggunakan jalan raya yang sama, sebab itulah sampai peringkat kita pun pernah dengar kata-kata sebahagiannya kata Hadis, sebahagiannya kata-kata ulama. Kita kena jaga bumi ini bukan setakat jaga untuk kebaikan manusia tetapi kalau kuda pun jalan pada jalan raya yang boleh menyebabkan dia cedera, akan dipersoalkan di hadapan Rabbuljalil.

Ini keadilan pemerintahan yang kita mahu bawa dan mahu persembahkan. Saya doakan dan saya yakin dalam Pelan Perancangan Sabah Maju Jaya, perkara-perkara seumpama ini pasti diambil kira bagaimana kita melatih kepimpinan kita. Latih ketua-ketua jabatan yang kadang kala kita pun duduk dalam masyarakat kita dengar macam-macam cerita, kadang kala agensi tidak turun yang menjadi jurutera di atas jalan adalah buruh-buruh yang membuat jalan raya yang tidak pernah di cerita, yang tidak pernah dipantau dan juga tidak pernah dilihat. Kita tidak mahu menuduh, mudah-mudahan perkara ini tidak betul tetapi jangan sampai ianya berlaku, di situlah sifat amanah dan kepimpinan yang pasti ada. Saya berpandangan daripada ucapan Tuan Yang Terutama semalam, saya melihat dengan jujur dan ikhlas, cukuplah kita saling tumbang-menumbang di antara Kerajaan Negeri Sabah ini. Bagi masa, sekarang masanya untuk kita buktikan kita boleh saja tukar sana tukar sini, rakyat sedang menangis, rakyat sedang menderita, rakyat sambut air hujan, sebahagian tidak ada kemudahan yang mereka rasai nikmat selepas 60 tahun daripada Sabah merdeka. Mungkin ada, kita tidak nafi. Banyak kebaikan tetapi kita masih membicarakan soal asas kemudahan-kemudahan asas di mana-mana pun, itulah di antara perkara yang masih dibincang dan dibicarakan oleh rakyat.

Datuk Speaker, saya ingin menarik perhatian mengenai isu air ataupun elektrik. Saya tidak mahu mengulang, saya yakin pihak berkuasa ada pelan perancangan yang cukup banyak. Saya pernah menimbulkan dalam dua sidang DUN yang lepas, kita kena cari root cause kepada masalah ini. Kita sebut mengenai NRW, kita sebut mengenai ketiadaan elektrik yang sebahagiannya, sebenarnya, root causenya, puncanya adalah daripada kewujudan kawasan setinggan yang tidak diuruskan sejak tahun 70an. Menurut data daripada KPKT, tetapi saya yakin data ini saya tidak begitu yakin. Saya rasa dia lebih daripada data ini. Di Sabah ada 169 kolonis setinggan, lebih daripada 24 ribu rumah, saya rasa cukup sudah kadang kala kawasan setinggan kita pun tahu, saya dulu ahli akademik biasa buat kajian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat diberikan 15 minit tadi,

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Ya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Jadi, saya minta kalau boleh penggulungan dengan secepat mungkin.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Tidak berapa dengar Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ah, Yang Berhormat diberikan 15 minit.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Ya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya, dan saya minta bolehkah membuat pengulungan dengan secepat yang mungkin.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Okey. 1 minit.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Okey, terima kasih. Teruskan.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Saya rasa perlu diurus dengan baik apa ini..kawasan setinggan dan perlu dimanage dan perlu ada satu polisi apabila sasaran kita perlu kena selesai. Kalau itu tidak selesai, saya nampak benda ini akan berulang dan terus berulang.

Datuk Speaker, beberapa benda yang lain. Pertamanya, berkaitan dengan rumah ibadat. Saya nampak beberapa isu besar kebelakangan ini terutamanya pembinaan surau, masjid di kawasan-kawasan perumahan. Sampai masa KPKT dan juga kementerian yang tertentu kena ambil suatu pendekatan dan memudahkan. Kita ada kes sampai peringkat mahkamah. Sebahagian orang Islam mendirikan di open space, ada yang bantah dan sebahagiannya ini saya rasa, di dalam konteks keharmonian, kita tidak perlu menarik, tidak, tidak, tidak, tidak sangat baguslah. Jadi mohon pihak berkuasa, mungkin ada peraturan yang tertentu orang Islam ini dia kena sembahyang lima waktu sehari semalam dan terbaiknya di surau dan di masjid. Jadi kalau boleh, di mana-mana kawasan perumahan digazetkan suatu kawasan yang nanti boleh menjadi apa ini sebagai pusat kepada apa ini kegiatan masyarakat setempat.

Dalam tempoh yang sekejap ini, saya juga ingin bertanya kepada kementerian tertentu mengenai perkembangan Yayasan Pembangunan Ummah yang sudah dijawab oleh apa ini Yang Berhormat Membakut dulu, kalau ada perkembangannya? Dan juga industri kepada Menteri Industri, setakat mana pemantauan emission asap di kawasan itu? Banyak menganggu apa ini masyarakat setempat dan terakhirnya, apa ini Datuk Speaker mohon maaf, Judi Online khususnya kepada KPKT. Adakah dipantau? Kadang-kadang banyak kedai tanpa nama yang kita lihat dan kita tahu masyarakat bagi laporan. Di situlah sebenarnya tempat pusat judi yang menjadi suatu, kita tidak mahu sebut apa kesan dia tetapi macam mana dipantau? Dan bagaimana pengeluaran lesen? Yang kadang-kadang kita dikaburi dengan seolah-olah kedai runcit tetapi dijual judi dan sebagainya. Mohon maaf Datuk Speaker, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Moyog. Silakan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker. Saya cuba ringkaskan semualah sebab 15 minit saja kan?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya, plus minuslah.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Plus minus (ketawa), thank you. Okey, saya ingin menyentuh dengan ucapan TYT berkenaan dengan er, untuk apa ini membangunkan pembudayaan bidang Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM). Saya faham Datuk Speaker bahawa pada laporan November 2022, adanya 177 ribu unemployment ataupun penganggur di Sabah. Ini agak serius dengan announcement ataupun pengumuman pekerjaan ataupun pelaburan yang dibuat ke Sabah, kita ada 177 ribu pengangguran or penganggur. So, dengan apa yang di ucap oleh TYT, adakah kerajaan menyediakan facility ataupun opportunity kepada orang-orang Sabah untuk meningkatkan skills mereka? Saya baca dalam beberapa kenyataan akhbar beberapa tahun lalu dan juga Laporan Audit bahawa ada Institusi di Sabah yang memberikan skills scholarship daripada Kerajaan Sabah dan memberikan skills kepada mereka.

Saya juga telah menghubungi beberapa rakan-rakan yang dalam bidang technology training ini dan saya mendapati bahawa seperti Laporan 2017. Laporan Audit 2017, hanya satu institusi sahaja telah dilantik oleh kerajaan untuk memberikan kursus-kursus bahasa, kursus-kursus information technology ini. Saya ingin tanya kepada kerajaan, adakah ini benar? Bahawa kerajaan telah melantik satu badan, one vocational centre ataupun academic centre di Sabah untuk emm, dengan harga sebanyak 28 juta ataupun lebih untuk memberikan kursus ini sebagai scholarship daripada kerajaan? Dia bermula juga scholarship bagi murid-murid yang berumur sepuluh tahun ke atas dan all the way to adult.

So, this is something I like to know dengan 177 ribu pengangguran di Sabah. Why are we focusing on the younger people? When we have government school also private institution yang patut kita boleh bawa bersama dengan apa ini Kerajaan Kementerian Teknologi ini untuk memberikan peluang-peluang kepada semua including those yang tidak.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

… Ada kerja pada saat ini. 177,00 ribu as of November 2022 why do we give dengan izin why do we give hanya kepada satu institusi untuk menjalankan kursus-kursus teknologi dan bidang bahasa ini. Datuk Speaker kalau Datuk Speaker realize awal tadi sidang tadi youtube disebut, Tiktok disebut semua ini teknologi yang datang daripada machine learning, artificial intelligence dan social punya trending. Kita patutnya juga meningkatkan usaha kita dengan persediaan AI. With so many defect with so many technology yang kita tidak dapat halang, the State Government mesti meningkatkan it’s must increase its technological and control of the advancement of this technology we hear of satu kes di America just minggu ini di mana seseorang politician punya suara telah digunakan oleh AI untuk membuat kempen. These are all problems that we faced, while we have problem on joblessness while we have problem on electricity, water dan sekian-sekian. We also have to start thinking about this future problem that Sabah will face. We have get to ready dengan resources kita orang yang mahir dalam teknologi ini supaya kerajaan dapat menampung dan juga mempertahankan segala attack, cyber attack ataupun segala masalah yang kita tidak dapat mengendalikan kalau we don’t invest on the future for our children.

Ini berkaitan dengan spam so I need to ask the Government adakah benar hanya satu institusi di Sabah telah dilantik untuk mengendalikan kursus-kursus ICT ini ataupun mereka telah memberikan peluang kepada ICT ataupun IPTS yang lain. Berkenaan dengan SESB kita telah membaca Datuk Speaker bahawa banyak dia punya alasan kenapa tiadanya electricity.

Pada 10 Julai 2022 SESB Senior General Manager telah memberi kenyataan akhbar bahawa bad weather causes electricity disruption di Sabah. Kita juga dengar bahawa too much or too many aircond ataupun kipas juga membawa masalah penampungan electricity kita dan has led to the blackout recently. Saya faham, Datuk Speaker pada 1998. No, minta maaf pada 2022 ini baru-baru ini Kerajaan Persekutuan telah memberikan subsidi kepada SESB untuk bahan bakar

sebanyak 761 juta (seven hundred and sixty one million) for bahan bakar subsidi this is not include grand for infrastructure for development so setiap tahun mereka dapat subsidi ini they have to submit SESB mesti menghantar laporan jangka masa panjang mereka every year, they have to give their future assessment how they mitigate blackout etc, so dengan alasan yang diberi gangguan eletrik ataupun penghawa dingin.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat do not jangan menembungkan kepada iklan daripada surat khabar third party….

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Well this is quote daripada SESB General Manager dan juga Menteri…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

… Ya, I know. Ya, I know tetapi itu daripada surat khabar…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

So, we don’t believe anything the papers, right?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

No you can’t it’s that from newspaper its you as a lawyer you shouldn’t have said

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

I know.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

It was stated this way…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Tapi this ada kenyataan akhbar.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

I know but you can’t, I allowed it because to support your answer.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

...ok

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

I allow you but the thing is as a lawyer (suara bertindah).

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Thank you, Datuk Speaker tetapi even as a lawyer access to this for information hanya melalui surat khabar.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Kepada Judge who asked you… (tidak jelas)

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

well in this case you represent the people Datuk Speaker bukan judge….

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

No, no, no I’m not trying to make it into a big deal just make sure that you not going at least the word, I let you.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Well, i ok i put it right allegedly

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

I even saw it on paper saying the reason why all the electricity turn off because the cable was stolen…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Correct,correct.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

It’s all in the newspaper and why people steal it because they get no money and seeing newspaper so think and try do.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Ok, fair.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

I’m not blame you anything, its just to support your statement.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Then we go back to this is under audit and also their report in Parlimen bahawa 761 juta pada 2022 telah diberikan kepada SESB sebagai subsidi bahan bakar this our recorded by this Parlimen. Now my question is this dengan subsidi ini dengan laporan ini SESB menghantar kepada TMB ka ataupun Kementerian Kewangan. Why do we still faced all this problem that already anticipated dalam laporan rancangan jangka masa panjang. Kenapakah we faced problem when we already anticipated all this?

Increase of development KPKT kalau increase of residential building, increase of commercial building, increase of development plans here and there adakah kita tidak bincang dengan SESB bahawa kita akan perlu lebih kuasa, lebih electricity untuk menampung all this new developments. All these things should already part and parcel all their report by SESB now kita baca and now kita dengar. Ini telah diberikan kepada saya Datuk Speaker di mana bukan surat khabar ini telah dishare beberapa tempat but SESB telah menulis, telah minta telah juga mencadang pelan mitigasi untuk menangani situasi kritikal semasa Grid Sabah this was on the 3rd May 2023 surat daripada SESB with it say I don’t know kalau ini benar its true dalam surat ini mereka telah meminta suruhan tenaga suruhanjaya tenaga untuk memberikan mereka permission untuk meningkatkan electricity grid kepada 60 kilowatt ka kalau saya tidak silap I cant really understand all think but its is this. Pemasangan rental set untuk menampung problem selepas blackout ini 15 juta One-Off inclusive of fuel tank, piping, earth foundation, electrical cabling, mobilization and salary works, for 18 months one off payment 15 millions, operations and maintenance per month for 18 months, 3 millions a month that equal 54 millions for 18 months, fuel consume per month 12 hours daily operations 3.60 millions subsidies that fuel for 18 months 21.6 milions market place 4 Ringgit perliter 18 months dan juga subsidi 80.6 milion.

Datuk for 18 months SESB will need a subsidi 4.57 milion more a less for 18 months.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

I give you a few more minute, one more minute.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Ya, but why I want to stress this is. Why I this still in this situation and we talk about billion and billion and billion investment basic utilities tidakpun dirancangkan dengan jangka masa panjang.

Datuk, saya juga ingin tanya kepada Menteri Industri, pelaburan yang telah diumumkan baik very good seperti YB Senallang, YB Sulabayan telah menyoal tadi my question is berapa banyakkah pelabur yang telah keluar dari Sabah ataupun menghentikan investment mereka, pelaburan mereka di Sabah and has that not cause more and employment dan apakah alasan mereka keluar?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

But the question already ask by Sulabayan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Tidak yang keluar yang menghentikan pelaburan mereka, yang sudah melabur di Sabah tapi menghentikan pelaburan mereka?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Can I give you one more minute conclude, one more minute.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Sorry, one more minute?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya your …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

..clashing.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Give me 2 more minutes. A little bit. I plea and impromt. So, we need to know berapa banyak sudah keluar dan I go close to my heart kepada Penampang. Flood mitigasi ataupun penebatan banjir di Penampang Moyog. Kita baca bil.. millions millions billions but bila kita tengok dengan teliti not much work has been done and I anticipate another round of monsoon then kita tetap akan ada masalah banjir yang banjir kilat dan masalah yang besar kepada masyarakat di Penampang dan seluruh Sabah yang akan hilang bukan sahaja pendapatan mereka ataupun kerja mereka. All because of flooding, no electricity, poor water supply and what have you.

Datuk Speaker, we are in a state of mess. So dalam undang-undang, we use to say “ something smells rotten, there is something rotten and corruption is definitely part of it” because An.. Prime Minister, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa corrruption dalam politician dan juga civil servants agak besar and he wants to go after them. So in this case, saya harap Menteri Kewangan dan juga YAB Ketua Menteri boleh memberikan suatu apa ni arahan kepada semua untuk

mengisytiharkan kepada semua dalam perkhidmatan awam dan juga politician untuk mengisytiharkan aset mereka.

We have to find out whether or not these people are corrupt or not corrupt or hanya orang dibuat-buat cerita bahawa mereka rasuah. I remember satu bekas Ketua Menteri, bukan Senallang, satu bekas Ketua Menteri was on the same flight as me ke Kuala Lumpur and there was this civil servant. Dia pergi minta maaf Ketua Menteri itu that, that civil servant was in a business class with the family. I was a practicing lawyer. That was the Chief Minister then. Dia bilang “ Minta maaf Datuk YB Datuk Seri, saya bawa keluarga sya di dalam business class.” So that Ketua Menteri said to me “ I don’t understand kenapa dia minta maaf kalau duit dia”. Kalau duit dia sendiri, fine manatau dia diwarisi duit anak daripada keluarga dia. He’s got or she’s got money. Tapi kalau datangnya duit daripada rasuah, dia boleh bawa semua keluarga dia dalam business class. Something is wrong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Jangan terlampau percaya dengan andaian.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Andaian but we need to reset Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

You must.. please I know.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Kalau you don’t talk about this, we’ll always be protective, defensive of friends and family.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, I think you are very sudah smpai tengah saya ini mau, panggil mau menjemput ahh…daripada Sebatik.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

But Datuk Speaker setuju tak bahawa we have to finish off corruption, rasuah. This is the most problematic besides PTI di Sabah. Dengan itu, I end my speech, PTI dalam bahasa saya means Penampang tidak izinkan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Bukan “datang tanpa isteri” ya?

Ahh.. terima kasih Yang Berhormat Moyog. Jadi menyokong yah? Menyokong? Say what? Menyokong?

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Saya menyokong yang baik, menolak yang tidak baik. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Semua yang baik dalam Dewan ini yang mulia. Kalau kita itu yang tidak baik dan yang tidak baik. Intention. Remember? Mentious and acceious. Jadi sekarang say menjemput Yang Berhormat Sebatik.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih Datuk SPeaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Juga 15 minit yah?

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana diberi kesempatan untuk turut sama membahas ucapan Dasar Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tuan Yang di-pertua Negeri Sabah pada 22 Mei 2023. Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Tuan Yang Terutama Tuan Yang di-pertua Negeri Sabah atas ucapan dasar yang sarat dengan hala tuju yang komprehensif dalam pasca pemulihan dan pembangunan negeri Sabah. Amanat ini sangat penting sebagai panduan dan manual kita untuk melangkah kehadapan mengemudi dan mengerakkan perjuangan secara inklusif di semua peringkat. Saya ingin lahirkan jutaan terima kasih kepada pentadbiran kerajaan negeri yang berusaha dengan gigih dalam memastikan penerapan pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ataupun STEM terus dipertingkatkan dalam menarik lebih ramai pelajar yang terlibat dalam bidang ini.

Pendidikan berasaskan STEM amat penting dalam memastikan anak-anak muda di negeri ini dapat mendepani cabaran global dan juga permintaan pasaran kerja pada masa hadapan.

Justeru, kesedaran mengenai kepentingan bidang ini telah mendorong perubahan besar di dalam sistem pendidikan negara dengan pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk lebih memperkasakan STEM. Dalam usaha giat ke arah ini, sudah tentu terdapat cabaran dan rintangan yang harus ditempuhi. Saya tertarik dengan petikan akhbar Sabah Media bertarikh 16 Mei 2023 tentang “Usaha meningkatkan kadar penglibatan pelajar dalam STEM di Sabah” Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah telah menyatakan bahawa pada tahun 2022, jumlah pelajar yang lanjutkan pengajian dalam bidang Sains telah menurun kepada hanya 20% dan masih terlalu jauh daripada sasaran ideal untuk mencapai 60% aliran Sains dan 40% aliran Sastera.

Dalam pada itu, negeri Sabah juga menunjukkan peratusan tercorot di Malaysia. Ekoran daripada itu, saya menyambut baik usaha Kementerian dalam memastikan lebih ramai penglibatan pelajar terlibat di dalam program STEM. Pihak Kementerian telah mengambil inisiatif untuk menyediakan modul yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam Teknikal Sains dan Teknologi bagi memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan.

Di samping itu, Kementerian juga turut menyokong program-program pembudayaan ilmu berasaskan Sains, Teknologi dan Inovasi ataupun STI seperti program “STEM Fiesta” yang bertujuan menarik minat pelajar sekaligus menepis persepsi bawa Sains merupakan pelajaran yang susah.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Sidang Dewan yang mulia ini, dalam usaha menarik lebih ramai pelajar untuk terlibat dalam STEM diharapkan penduduk luar bandar dan kawasan perbatasan sempadan tidak akan tercicir. Merujuk kepada laporan World Bank terbitan Jun 2022 yang bertajuk “ Malaysia Economy Monitor”

Sabah direkodkan mempunyai kadar kelulusan yang kurang cemerlang di dalam kategori mata pelajaran..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Moyog.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

..bahasa Melayu..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Moyog.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

..bahasa Inggeris.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

...ada minta penjelasan?

Yang Berhormat Moyog. Ada minta penjelasan? Tidak? Oh saya ingat berpusing tadi mungkin ada mesyuarat kecil. Saya minta lah ah, pertempuran pity diikutkan bila ada Yang Berhormat bercakap sila memberikan perhatian yah?

Terima kasih.

Teruskan.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Baik. Sabah direkodkan mempunyai kadar kelulusan yang kurang cemerlang di dalam kategori mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains peringkat nasional. Keadaan ini berlaku disebabkan masi kurang fasiliti sekolah dan pembelajaran di kawasan pedalaman termasuk wilayah pembatasan sempadan di Sabah. Situasi ini mencatat dan merencatkan akses pendidikan kepada komuniti luar bandar. Penyataan ini disokong dengan dapatan kajian World Bank yang mana jarak penempatan ke sekolah masih terlalu jauh.

Ini ditambah sukar oleh kurangnya kemudahan infrastruktur lain..

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

... ini seperti jalan raya sekali gus menyukarkan penduduk menghantar anak-anak ke sekolah. Saya menyambut baik inisiatif kerajaan dalam memastikan penduduk luar bandar mendapat akses lebih baik kepada pendidikan.

Antara inisiatif tersebut adalah pada tahun 2021, Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan dengan izin Sabah Educational Transformation Plan ataupun SETP. Transformasi ini menggariskan pelan tindakan lima tahun dengan objektif untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Sabah. Berdasarkan empat fokus utama, iaitu akses, kualiti, ekuiti dan kecekapan. Inisiatif

ini telah membuahkan hasil dengan peningkatan jumlah pelajar yang berdaftar di sekolah luar bandar. Namun begitu, bidang STEM perlu diperluaskan lagi dengan lebih mainstream khususnya di kawasan luar bandar dan wilayah perbatasan sempadan seperti DUN Sebatik.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, seperti yang kita sedia maklum bahawa Presiden Indonesia telah mengumumkan rencana perpindahan Ibu Kota Indonesia ke Kalimantan. Perkara ini sudah tentu akan memberikan impak yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi di Sabah secara tidak langsung terutamanya di kawasan sempadan. Dalam mendepani perpindahan ini, kerajaan Malaysia telah mengenal pasti empat pintu masuk utama, iaitu Pulau Sebatik, Serudong, Bantul dan Long Pasia. Berdasarkan statistik terdapat lebih kurang 178,691 penduduk melibatkan 83 buah kampung yang menetap dalam lingkungan 10 kilometer di kawasan sempadan Malaysia ataupun Sabah dan Indonesia di Kalimantan. Sebatik merupakan sebahagian daripada wilayah ini. Kita perlu menyedari bahawa para penduduk di kawasan sempadan merupakan buffer komuniti dan sekali gus menjadi ejen penggerak ekonomi bagi pihak Sabah dan Malaysia apabila pintu masuk tersebut mula beroperasi kelak.

Justeru itu, adalah amat penting bagi kerajaan untuk melaksanakan program transformasi penduduk sempadan untuk menyediakan mereka dengan peranan dan cabaran baharu ini. Ini sangat berkait dengan aspek pendidikan STEM dan penerapan kemahiran TVET seperti yang saya nyatakan tadi. Apabila berlaku rangkaian di antara wilayah sempadan selatan Sabah ini khususnya perbatasan Sebatik dan Tawau sebelah Indonesia dengan Kota Nusantara dan Wilayah Kalimantan, maka pelbagai peluang pekerjaan akan wujud. Sudah pasti pola dan trend pekerjaan ini akan selari dengan perkembangan IR4.0 yang begitu banyak menuntut kemahiran STEM dan TVET.

Sehubungan dengan itu, dalam konteks mempersiapkan modal insan yang berdaya saing dengan dinamik perubahan geopolitik Kalimantan - Sabah, akses yang lebih baik kepada sistem pendidikan dan pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti sangatlah perlu khususnya yang berteraskan dengan kemahiran-kemahiran kontemporari seperti STEM dan TVET. Oleh itu, saya menyambut baik usaha kerajaan dalam perancangan untuk membina jalan raya yang menghubungkan

Serudong dan Simanggaris serta program JENDELA dalam memastikan capaian telekomunikasi dapat dinikmati komuniti di kawasan sempadan.

Kedua-dua infrastruktur ini secara langsung akan membantu mempertingkatkan akses kepada kemudahan pendidikan komuniti luar bandar.

Datuk Speaker, pembinaan ICQS dan jajaran jalan baharu yang mula di pintu masuk antarabangsa ataupun PMA darat di kawasan batu sipadan 485 Serudong, Kalabakan yang bersempadan dengan Simanggaris - Kalimantan pastinya amat dialu-alukan oleh rakyat daerah Kalabakan. Dengan adanya ICQS dan pembinaan jalan jajaran yang baharu yang amat significant dalam menjadikan daerah Kalabakan khususnya di kawasan pekan dan bandar baharu sebagai bandar sempadan yang strategik, berkembang dan berdaya maju seperti daerah dan bandar sempadan yang lain di negara kita. Ini sekali gus berupaya memanfaatkan dan meningkatkan lagi sosioekonomi masyarakat setempat.

Dalam konteks ini sebagai wakil rakyat yang mewakili harapan dan aspirasi rakyat akar umbi, saya mohon agar mana-mana perancangan pembangunan terutama pembinaan jajaran jalan yang baharu mestilah dibina dengan mengambil kira pandangan pemimpin tempatan dan rakyat akar umbi daerah Kalabakan. Sebarang perancangan pembangunan sama ada yang dilaksanakan oleh mana-mana kementerian, jabatan dan agensi persekutuan dan negeri seperti KKRM dan JKR atau kementerian ekonomi mestilah mengambil kira pandangan dan cadangan stakeholders, iaitu rakyat Kalabakan. Dalam hal ini, kita tidak mahu jajaran jalan yang dibina agak jauh dan terkeluar dari kawasan pekan ataupun bandar baharu Kalabakan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Sebatik, ada lima minit lagi.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Okey.

Jika ini berlaku, matlamat kerajaan untuk memberikan kemakmuran dan limpahan ekonomi kepada kita di Kalabakan tidak akan tercapai. Kita tidak mahu Kalabakan hanya menjadi laluan ataupun limpasan atau terasing jauh daripada jajaran ini. Sedangkan pembinaannya adalah di dalam kawasan pentadbiran daerah Kalabakan

yang perlu meletakkan manfaat dan kepentingannya kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat setempat. Saya mohon kepada KKRM dan JKR Sabah menyatakan status terkini pembinaan, di kawasan manakah cadangan laluan jajaran baharu ini dan saya difahamkan cadangan dari tapak ICQS Serudong, Kalabakan ataupun batu sempadan A485 dan terus keluar ke Merotai.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia, penubuhan daerah penuh Kalabakan telah masuk tahun keempat sejak diwartakan pada 1 Januari 2019. Sejak kewujudannya, Pejabat Daerah Kalabakan telah memainkan peranan dalam merancang dan melaksanakan agenda pembangunan selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan seiring visi dan misi KPLB Sabah untuk menyejahterakan masyarakat luar bandar menerusi program-program kesejahteraan peringkat akar umbi.

Kalabakan satu-satunya daerah yang berstatus penuh yang belum mempunyai Majlis Daerah dan rakyat Kalabakan yang membayar cukai tanah tidak mendapat perkhidmatan PBT seperti yang sepatutnya. Masyarakat daerah Kalabakan kerap mengemukakan aduan berkaitan perkhidmatan seperti pungutan sampah, tempat pembuangan sampah, kebersihan dan perkhidmatan yang lain-lain.

Mereka mengharapkan agar penubuhan majlis daerah dapat dipercepatkan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik seiring keperluan setempat. Memasuki tahun keempat penubuhannya, terdapat keperluan yang amat mendesak untuk penubuhan sebuah majlis daerah bagi memastikan momentum pembangunan yang lebih besar dan pantas sekali gus memenuhi keperluan perkhidmatan sebuah PBT kepada masyarakat daerah Kalabakan.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, telah beberapa kali saya membangkitkan dalam sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri termasuklah pada sesi 29 November 2022 yang lalu dan saya mencadangkan juga dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kalabakan beberapa projek pembangunan sosioekonomi dan komersial di bawah LPPB dan agensi lain telah siap dan sebahagiannya sedang dalam perlaksanaan..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Sebatik, sila gulung.

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Baik. Antara projek yang hampir siap antaranya dewan terbuka dan kiosk…

Datuk Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

... Sosioekonomi. Selain itu, pembinaan Pejabat Dearah Kalabakan fasa 2 dan Masjid Daerah Kalabakan juga dijangka bermula pada tahun ini. Perancangan pembangunan bandar Sempadan dan pembinaan ICQS di Serudong Kalabakan juga memerlukan peranan penting Majlis Daerah Kalabakan dalam memacu pantas pelaksanaan pembangunan daerah ini. Mengambil kira pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan menerusi peruntukan negeri dan persekutuan. Kewujudan Majlis Daerah Kalabakan amat signifikan dalam usaha mempercepatkan keperluan pelaksanaan pembangunan daripada segi penyediaan dan kelulusan pelan pembangunan ataupun DP dan Pelan Bangunan.

Datuk Speaker, pembangunan Bandar Baharu Kalabakan melibatkan kawasan tanah seluas 1000 ekar yang dibangunkan secara berfasa.

Komponen pembangunan melibatkan pejabat-pejabat kerajaan, premis perniagaan, lot komersial, perumahan, stesen minyak, pasar awam dan tamu terbuka. Dalam surat daripada Majlis Perbandaran Tawau kepada Pejabat Daerah Kalabakan bertarikh 18 Julai 2022 telah menyatakan bahawa jumlah kutipan cukai pintu melibatkan 55 harta sebanyak RM760,359.80. Ses tanah 61 harta sebanyak RM4,091.44 dan terdapat 1,222 lesen perniagaan di bawah pentadbiran dearah Kalabakan. Anggaran kutipan ses tanah ladang RM2 juta setahun. Pengalaman Majlis Daerah Pitas. Bagi sikit masa, Datuk Speaker, sikit. Kawasan tanah milik Sawit Kinabalu seluas 500 ekar.

Kawasan inilah yang dibangunkan sebagai lot komersial, perumahan dan lot kedai. Pungutan hasil telah dapat menaik taraf kemudahan infra yang ada, dapat kita usahakan kawasan perkadaran dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Oleh yang demikian, Datuk Speaker. Saya mencadangkan memohon agar pihak Kerajaan Negeri untuk menyalurkan peruntukan tahunan sekurang-kurangnya dalam

tempoh lima (5) tahun sebagai geran permulaan sambil menunggu kemampuan PBT Daerah Kalabakan untuk menjalankan fungsi sebagai pentadbiran dan perkhidmatan. Dengan izin, sebelum saya mengakhiri ucapan pada hari ini, saya ingin menyatakan hasrat saya untuk menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengadakan Program Pembangunan dan Pembudayaan Bidang Sains, Technology Engineering dan Matematik ataupun STEM.

Diharapkan melalui program-program tersebut, kerajaan mampu membentuk modal insan yang memenuhi pasaran pekerjaan. Sama ada di peringkat nasional dan global secara keseluruhannya. Untuk mengakhiri ucapan, saya berharap agar aspirasi dan harapan rakyat marginal di kawasan luar bandar dan wilayah sempadan akan terisi dengan sebaiknya di bawah semangat Sabah Maju Jaya yang sentiasa mendahulukan kesejahteraan dan kemakmuran secara inclusive. Sekian terima kasih, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Sebatik. Sebelum saya menjemput wakil dari Merotai, saya bagi pihak Dewan Undangan Negeri Sabah mengalu-alukan kehadiran mahasiswa daripada UiTM Sabah. Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput dengan segala hormatnya Yang Berhormat dari Merotai. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim..

Speaker

Juga 15 minit. Make it fast.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan Speaker, terima kasih kerana beri peluang dan ruang untuk Perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun pada 22 Mei 2023 semalam. Datuk Speaker, saya tertarik dengan ucapan Tuan Yang Terutama Tun semalam berkenaan dengan pencapaian rekod Hasil Pendapatan Negeri yang kian meningkat, iaitu pada 2021 sebanyak 4.49 billion dan pada 2022 sebanyak 6.69 bilion.

Kita sedia maklum Datuk Speaker bahawa hasil peningkatan ini adalah datangnya sebenarnya daripada cukai jualan Petroleum yang mula dilaksanakan pada 2020.

Sehubungan dengan itu, Datuk Speaker, Tuan Yang Terutama Tun juga telah menyeru untuk kita melipat gandakan usaha ke arah pungutan hasil yang lebih tinggi. Untuk itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Semasa sesi taklimat oleh Kementerian Kewangan pada 2022, kalau tidak silap saya pada Pembentangan Belanjawan 2023. Semasa sesi taklimat tersebut, Menteri Kewangan Kedua, iaitu Menteri Kewangan Satu lah, sekarangkan. Menteri Kewangan sekarang.

Speaker

Yang Berhormat, bagus cepatkan nanti menjawab susah hendak men…

Ya, Menteri Kewangan. Dia menyatakan bahawa usaha sama SMJ dengan Petronas akan mendatangkan hasil yang lebih tinggi berbanding dengan cukai jualan ini dan dinyatakan bahawa akan ditamatkan cukai jualan selepas dua (2), tiga (3) tahun usaha sama ini berjalan dengan lancar. Jadi saya risau, Datuk Speaker. Sumber cukai jualan ini adalah satu sumber yang paling besar dan inilah juga sumber yang digunakan untuk kita membayar gaji penjawat awam, mengurus kerajaan, memberi peruntukan kepada ADUN-ADUN, memberi gaji kepada kita Wakil Rakyat. Jadi, saya risau Datuk Spaker. Saya ingin meminta penjelasan yang lanjut berkenaan dengan perkara ini. Adakah usaha sama ini SMJ Sdn. Bhd. dengan Syarikat Petronas dapat cover hasil pendapatan yang begitu tinggi jika cukai jualan ini kita mansuhkan?

Datuk Speaker, baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan penangkapan beberapa individu yang memiliki lombong emas, konsesi lombong emas di Balung dan kita difahamkan oleh laporan SPRM.

Speaker

Yang Berhormat ah…. Berhati-hati kalau membuat statement tersebut kerana mungkin ada siasatan going on. Ya, berhati-hati.

Ya, siasatan memang masih berjalan Datuk Speaker. Cuma kita, kita nyatakan di sini.

Speaker

Saya benarkan. Tapi, hati-hati.

Ini merupakan hak rakyat. Perlu. Perlu kita nyatakan di sini. Ini, Dewan yang mulia ini supaya kita sama-sama menjaga apa itu hak rakyat. Untuk kita sama-sama tahu. Rakyat juga perlu tahu. SPRM menyatakan bahawa 25 juta diselewengkan dan kerajaan rugi 1.25 juta, iaitu 5% daripada hasil royalti. Jadi, kita berharap SPRM menjalankan siasatan dengan telus. Mengheret semua yang terlibat dalam penyelewengan ini dan dihadapkan ke Mahkamah dan Datuk Speaker, dahulu semasa kerajaan Warisan kita ada cadangkan. Kita bercadang untuk ambil alih lombong emas ini. Sekurang-kurangnya 51% share sebab itu kita tidak ada kuasa mengawal. Kita tidak ada share langsung terhadap lombong emas ini dan kita hanya menerima 5% cukai ataupun royalti dan sekarang terbukti bahawa ada penyelewengan. Apa yang dideclare, tidak sama apa hasil yang mereka perolehi dan yang rugi adalah rakyat, negeri.

Datuk Speaker, dan saya minta Kerajaan Negeri bertindak secara tegas. Kalau boleh hentikan dahulu operasi lombong emas ini sehingga siasatan SPRM selesai. Datuk Speaker.

Speaker

Yang Berhormat.

Datuk Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Merotai, mungkin ah, rakyat juga mahu tahu, adakah lesen itu dikeluar daripada state ataupun daripada…

Konsesi ini daripada …

…diberikan oleh state Datuk Speaker…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tahun bila.

ini milik mineral milik syarikat milik…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ini bukan baharu, Bila.

Lama sudah Datuk Speaker, kalau tidak silap saya semasa zaman Barisan Nasional sebelum Warisan dahulu. Saya tidak mahu sebutlah siapa Ketua Menteri kita tahu lah. Tapi saya tidak kaitkan dengan Ketua Menteri dulu tidak. Saya tidak kaitan dengan mana-mana orang individu, Datuk Speaker, cuma Datuk Speaker tanya saya saya bagitahu zaman sebelum Warisan, Okay Datuk Speaeker clear?

Datuk Speaker, hasil negeri ini bukan sahaja sebenarnya daripada Royalty dan cukai jualan. Saya ini cukup concern ini adalah punca Datuk Speaker, kalau disebut pasal hasil dan sebagainya ini lah untuk kita menjana pendapatan untuk kita bayar utiliti sebagainya gaji pengurusan kerajaan Negeri dan sebagainya sebab itu saya begitu concern Datuk Speaker.

Selain daripada hasil cukai, cukai jualan dan juga Royalty kita juga menerima dividen daripada GLC-GLC Datuk Speaker, jadi GLC ini kebanyakan mereka akan meminiumkan kos-kos operasi supaya mereka dapat untung Datuk Speaker supaya boleh menyumbang kepada hasil negeri dividen dalam bentuk dividen tapi Datuk Speaker saya tidak tahu benar sebab itu saya mahu tanya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya dengar banyak lantikan-lantikan politik ataupun pegawai-pegawai khas di GLC-GLC contohnya macam Sawit Kinabalu, Sabah Saw food, Bentau Wawasan dilantik pegawai-pegawai khas yang tidak bekerja di sana Datuk Speaker dan yang menjadi beban adalah GLC bila GLC rugi ataupun kurang untung maka hasilnya tidak balik kepada kerajaan Negeri. Datuk Speaker dividen kurang bayangkan kalau 2 ribu seorang kalau 50 10000.00 ribu satu bulan dan akhirnya kalau satu tahun 1.2 juta ini merugikan GLC jadi saya minta lah kalau benar ini berlaku tolonglah hentikan jangan perah GLC ini untuk kepentingan -kepentingan individu ataupun kepentingan mana-mana pihak ini kita tidak mahu Datuk Speaker. Datuk Speaker salah satu hala tuju Maju Jaya yang saya baca adalah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat apa saya nyatakan di sini kemakmuran itu banyak bentuk tapi dari segi saya kalau kemakmuran itu biasanya dari segi ekonomi, Spill over economy semua orang rasa bagaimana ada pendapatan Datuk Speaker tapi Datuk Speaker saya rasa sedih dan kecewa bila saya dapat maklumat bila ada kontraktor-

kontraktor bumiputera datang berjumpa dengan saya mereka mengatakan bahawa kontrak mereka tidak disambung dan satu syarikat sahaja yang disambung maksud saya, di Sabah Saw Food Datuk Speaker ini juga syarikat GLC di sabah saw food kontrakter hanya satu sahaja kontrakter tunggal yang dilantik iaitu CH Global Sdn Bhd yang mengangkut minyak CPO sedangkan sebelum ini banyak kontrakter-kontrakter bumiputera ada tujuh atau lapan dan CH Global ini dilantik biasanya kalau lantikan kontrakter ini Datuk Speaker biasanya di mana-mana apa ini mana-mana Estate ataupun kilang-kilang sawit biasanya, setahun sahaja tetapi yang peliknya CH Global ini dilantik lima tahun dan dia sahaja yang tunggal mana ini kesian kontraktor-kontraktor bumiputera lain ada yang masih menanggung bayaran bulanan Datuk Speaker. Siapa punya mic…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Lampu telah menyala menunjukan bahawa masa sudah tiba untuk menggulung…

Oh masa sudah tiba Datuk Speaker. Okay baik Datuk Speaker, ada dua perkara lagi Datuk Speaker biar lah kasih lah saya habis Datuk Speaker. Boleh?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Dua minit.

Okay tiga minit. Datuk Speaker bila-bila kontraktor-kontraktor ini datang pada saya, saya cukup kesian. Mereka masih menanggung bayaran bulanan dan sampai sekarang bulan 5 tidak disambung dan CH GLOBAL ini Datuk Speaker bukan juga memiliki lori-lori yang cukup bahkan dia sewa juga pada lori orang lain syarikat lain. Jadi saya minta tidak tahu lah ini arahan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menterikah pada masa itu beliau adalah masih Chairman kepada Sabah Saw Food tersebut jadi saya minta penjelasan kepada Yang Amat Berhormat kalau boleh tolong lah bantu lah mereka di mana laungan Sabah Maju Jaya demi kemakuran dan Kesejahteraan rakyat Datuk Speaker.

Datuk Speaker, saya juga kadang-kadang tersentuh Datuk Speaker berkenaan isu tanah adat ini. Baru-baru ini kita tengok viral video dan sebagainya ada tanah adat yang saya pun tidak faham asal-usulnya bagaimana mereka terpaksa dihalau

daripada tanah-tanah mereka. Saya merasa sedih Datuk Speaker, mana rasa nurani kita. Saya tertarik dengan Yang Berhormat Dilantik tadi daripada PAS. Dia menyatakan bahawa kita semua ini dipertanggunjawabkan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat, hari ini kalau bukan Raya Datuk Speaker, semua wakil rakyat termasuk saya ini tidak ada di sini Datuk Speaker tiada ada di sini Datuk Speaker jadi rakyat ini mengharapkan kita membantu mereka dalam masalah-masalah yang mereka hadapi bukan tambah menyusahkan mereka mereka tidak mampu melawan dengan kuasa yang kita ada tetapi kalau boleh kuasa ini jadikan lah sebagai amalan kita untuk dunia dan akhirat kita Datuk Speaker.

Yang peliknya Datuk Speaker viral pula kelulusan tanah 320 ekar atas nama seorang wakil rakyat yang berada di sini. Wakil rakyat Nabawan 320 ekar rakyat susah dapat tetapi wakil rakyat dapat bukan itu sahaja Datuk Speaker, viral lagi ini ada dapat tanah 1000 ekar membalak di Kampung lama Ranau kalau tidak silap saya. Syarikat sama mensari Sdn Bhd 1000 ekar tujuan dia membalak. Bila saya chcek dengan SSM Datuk Speaker, apa nature of business dia export and import live stock apa asas dia kerajaan memberikan tanah untuk kayu balak kepada syarikat ini dan saya sudah lihat Datuk Speaker saya bila check SSM, siapa direktor-direkteror dia Burhanudin n bin suhaimin, maza binti abdul malip, sarbanun erliana binti narawih, suhaibul binti ismail, dewi santi binti salih…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, nama-nama yang disebutkan itu tolang jangan disebut kerana mereka-mekera itu tidak ada disini.

Ini daripada SSM Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya tahu, kerana mereka-mereka…

Ini pun sebenarnya untuk tatapan awam tiada masalah suruhanjaya. Siapa-siapa pun boleh check ini Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Boleh saya cakap sedikit?

Okay baik Datuk Speaker. Tidak apa kalau Datuk Speaker saya sebut okay tidak apa. Saya tidak sebut…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Bukan. Mereke-mereka itu tidak ada disini untuk membela mereka…

Tidak saya nyatakan ini supaya Yang Amat Berhormat menjawab ini Datuk Speaker…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Jangan.

Okay baik Datuk Speaker, terima kasih saya terima teguran Datuk Speaker…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tolong tarik balik itu nama-nama yang kamu sudah sebut.

Okay baik Datuk Speaker saya tarik balik Datuk Speaker tapi rakyat boleh semak sendiri di SSM siapa pemilik-pemilik.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ah itu yang baik.

Okay Datuk Speaker, sebelum saya gulung Datuk Speaker sebagai wakil rakyat Merotai saya juga ada masalah sebenarnya banyak saya mahu sentuh tetapi akhirnya balik juga saya ke kawasan saya. Rakyat memilih saya untuk menyuarakan apa yang rakyat hadapi di kawasan saya khususnya Datuk Speaker masalah air yang berlanjutan sekian lama Datuk Speaker kampung-kampung seperti Kampung Iban, Kuala Merotai, Kampung Jagung, Kampung Durian, Pekan Merotai, Kampung Simpang Tiga, Tanah Merah, Mengaris. Ini semua masalah berlarutan sekian lama Datuk Speaker, sekiranya mati air, karen pun mati juga. Karen mati air pun mati combo.

Jadi Datuk Speaker, kadang-kadang saya sedih saya tidak tahu apa lagi perlu kita lakukan kadang-kadang saya telefon juga Jabatan Air minta mereka hantar tapi sampai bila Datuk Speaker, kadang-kadang bukan satu hari dua hari mati,

berminggu-minggu Datuk Speaker berminggu-minggu terpaksa kadang-kadang saya sumbang juga lah walapun saya ini tiada peruntukan ADUN, sumbang juga lah gaji saya sebab kalau tidak ada rakyat undi saya, tidak ada di sini saya tiada gaji juga itu, yang saya rasa dan jadi saya sumbang jugalah beberapa…

…Ok baik Datuk Speaker, Ok saya gulung, Datuk Speaker. Terima kasih Datuk Speaker atas ruang dan peluang ini ya Datuk Speaker. Ada beberapa point yang saya cakap tadi, saya harap kerajaan negeri jawab dengan betul.

1) Hasil berkenaan pembatalan dengan cukai jualan. Datuk Speaker. 2) Lombong emas. Datuk Speaker.

3) Lantikan politik atau pegawai khas ke GLC.

4) Datuk Speaker, pelantikan syarikat tunggal, iaitu CH Global Sdn. Bhd. di Sabah Soft Wood.

5) Datuk Speaker, isu adat tanah yang berkaitan dengan memberikan konsesi balak dan juga tadi tanah kepada atas nama wakil rakyat yang ada di sini, Datuk Speaker.

6) Isu air di Merotai dan Internet, Datuk Speaker.

Jadi dengan itu Datuk Speaker, saya dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Saya rasa sempat lagi ada lagi yang terlanjur bahasa, minta maaf dan saya ucapkan juga Selamat Menyambut Pesta Kaamatan, Datuk Speaker. Sekian, terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Satu lagi lupa.

Ya Datuk Speaker.

Speaker

Saya menyokong.

Saya menyokong Datuk Speaker yang mana yang baik-baik untuk negeri dan negara kita, Datuk Speaker.

Speaker

Terima kasih.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Sekarang saya menjemput wakil dari YB Kukusan. Wakil dari Kukusan. Silakan Yang Berhormat.

Ya terima kasih, Datuk Speaker, Bismillahirrahmanirrahim, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4…

Speaker

Yang Berhormat Kukusan, jauh sikit daripada mic tu kalau boleh.

Jauh..

Speaker

Berdiri tegak.

Berdiri tegak, okey… saya mulakan ya Datuk Speaker.

Speaker

Silakan.

Okey. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kosa kata “MADANI” itu bermaksud membawa erti maju daripada segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan sama ada dalam masyarakat, generasi dan sebagainya. Madani ini juga memberi makna usaha untuk membentuk masyarakat dengan menyemai, nilai-nilai murni kekeluargaan, kurikulum yang juga terarah kepada pembinaan masyarakat. Perkataan Madani inilah yang saya bayangkan apabila mendengarkan ucapan teks, ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah semalam.

Baiklah, bahas ucapan dasar hari ini. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri melalui Ucapan Dasar Kerajaan oleh Yang Terutama

Negeri Sabah, Tun Datuk Sri Panglima Dr. Haji Johar, semalam. Di satu ucapan, yang begitu inklusif merangkumi segenap keperluan pembangunan hala tuju Sabah Maju Jaya daripada aspek teknologi dan inovasi, perladangan, tanaman komoditi, pelan-pelan pembangunan ekonomi yang konsisten seterusnya mampu membuka peluang pekerjaan yang lebih besar telah memperlihatkan kita bahawa usaha-usaha terus diselam demi mendorong tahap sosioekonomi Sabah berada di tempat sewajarnya. Hari ini, kita melihat setelah 60 tahun, Dewan Undangan Negeri Sabah bersidang di bawah sebuah negeri merdeka. Akhirnya, Perjanjian Malaysia yang termaktub pada tahun 1963 lalu mencerahkan kembali harapan anak-anak Sabah. Pelaksanaan yang ketara, bermula daripada penyerahan kawal selia gas awal tahun ini telah memberikan gambaran bahawa kedudukan kita sebagai pemimpin harus kekal berprinsip memperjuangkan hak anak-anak Sabah pasti membuahkan hasil. Insya-Allah.

Mengapa agaknya kita masih membahaskan isu ini, malah, mungkin, pada hari ini kita sudah boleh berbahas mengenai kualiti pengurusan memaksimumkan penggunaan teknologi yang efisien bagi gaya hidup masyarakat kini. Hakikatnya, kita masih tidak mampu berbicara lebih dalam ke situ kerana kita masih di peringkat asas mencari bekalan air bersih dan catuan elektrik yang masih lagi belum usai. Tuntutan reformasi pembangunan infrastruktur terus menjadi perkara asas dalam suara kita bersama rakyat yang sepatutnya sudah lama merasai kemudahan infrastruktur yang lebih baik. Semalam juga, kami telah mendengar taklimat mengenai dua permasalahan utama ini dan kami melihat bagaimana pembinaan atau penyediaan infrastruktur bagi elektrik dan air di Sabah telah dibantutkan oleh sistem urus tadbir yang mengelirukan, tenaga elektrik misalnya perlahan-lahan kerja naik taraf penjanaan tenaga elektrik yang telah diluluskan di peringkat Federal telah ditarik ataupun dibatalkan atas desakan kos yang tinggi.

Akhirnya, rakyat meletakkan kesalahan kepada pihak Kerajaan Negeri, walhal isu ini menjadi sebahagian besar tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikannya. Bukan ingin menuding jari ke arah satu pihak sahaja.Kita di peringkat pimpinan Kerajaan Negeri juga harus bertindak lebih agresif dalam memastikan peruntukan kemudahan ini dapat disalurkan bagi menyelesaikan keperluan mendesak di bumi Sabah.

Datuk Speaker, saya rasa tidak pantas juga kita bercakap mengenai hasil bumi Sabah yang kaya dengan penghasilan peningkatan lumayan. Walhal keperluan asas ini belum dapat dilunaskan. Kita sudah sepatutnya bersedia untuk kehidupan sepuluh tahun akan datang. Bersedia menyambut kepesatan penduduk dengan perancangan jaringan ekonomi yang mampan. Namun kita masih di dewan yang mulia ini, bercerita mengenai isu-isu lapok ketinggalan zaman, masih lagi mencari lilin untuk dinyalakan, masih lagi mencari botol kosong untuk tadahan. Saya faham rakyat sudah terlalu lama kecewa dengan masalah ini. Jadi, jika ada perlu penyelesaian yang perlu dituntaskan kita ingin menyalahkan pihak pemimpin atau para penjawat awam, kenapa tidak laksanakan pengisytiharan harta jika ini dirasakan tidak telus daripada pihak pemerintahan pemimpin itu sendiri? Kenapa tidak?

Tuan Speaker, jika tahun lalu saya memberi tumpuan untuk aspek keselamatan awam, iaitu dengan menyediakan lampu jalan solar, berbalik kepada kawasan saya ya, Datuk Speaker. Di kawasan kediaman penduduk termasuk di perkampungan setinggan yang banyak di Kukusan dengan mengambil kira kes jenayah seperti peras ugut dan sebagainya sering berlaku di kawasan yang gelap. Tahun ini saya juga memberi fokus kepada aspek kesihatan penduduk di kawasan Kukusan. Program “Home Work” yang dijalankan JKM juga antara aktiviti-aktiviti yang giat dilakukan. Alhamdulillah, Kukusan mendapat kerjasama baik daripada pengurusan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menteri bukan sekadar menyampaikan katil “Home Work”. Kami turut mempelawa Pegawai Kebajikan, doktor dan petugas daripada Klinik Kesihatan Tawau dan pihak berkaitan hadir sama menjayakan dan menziarahi penerima, ibarat sambil menyelam minum air.

Menerusi kaedah ini, pemeriksaan kesihatan secara langsung dapat dilakukan oleh petugas kesihatan termasuk pemantauan dan konsultasi perubatan terhadap pesakit. Sekiranya, pemeriksaan lanjut di hospital perlu dilakukan, doktor akan menasihatkan agar ahli keluarga dapat membawa pesakit ke hospital ataupun klinik kesihatan dan memberikan kad janji temu tersendiri bagi membolehkan mereka menerima pemeriksaan segera. Sehingga hari ini seramai lebih kurang 500 warga Kukusan yang terlantar sakit tanpa mengira bendera parti mana yang mereka kibarkan. Kami tetap menerima dan melawat mereka dan ada juga sesetengah mereka yang sudah pergi meninggalkan kita selama-lamanya.

Tuan Speaker, seterusnya mungkin sedikit saya ingin menyentuh berhubung isu MA63 yang mana Kerajaan Negeri akan memastikan hak kita dalam tuntutan hasil serta keperluan kepentingan rakyat akan sentiasa diutamakan menerusi Majlis Tindakan Pelaksana Malaysia 1963. Penghargaan turut saya ucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana bersetuju memindahkan kuasa kawal selia tenaga bekalan gas kepada Kerajaan Negeri seterusnya membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Sabah pada 10 Januari 2023. Malah dalam konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, PM ke-10 kita sekali lagi memberi jaminan untuk membantu Sabah dalam menyelesaikan kemelut bekalan air dan elektrik yang cukup menjadi sebutan. Justeru, saya yakin melalui Tuntutan MA63, kita pastinya boleh memperoleh lebih banyak hasil dan dapat pendapatan negeri yang akhirnya boleh digunakan untuk pembangunan di Sabah. Dalam hal ini juga, saya ingin menyampaikan salam terima kasih kami di Kukusan dan penduduk sekitar kerana akhirnya peruntukan daripada Kerajaan Negeri menggunakan sepenuhnya sebanyak lebih daripada 200 juta ringgit bagi menaik taraf jalan utara yang pastinya memberi impak besar kepada lebih sepuluh ribu pengguna jalan raya saban hari. Semuanya, hasil daripada perolehan pendapatan yang berjaya dijana oleh Kerajaan Negeri menerusi Pelan Pembangunan SMJ. Boleh dikatakan lebih daripada separuh laluan berkenaan sudah diratakan dan saya berharap agar projek ini siap mengikut jadual dan seterusnya memberi kemudahan ribuan kenderaan di situ.

Untuk makluman juga, saya telah menyatakan hasrat kepada Yang Berhormat Menteri JKR agar pampasan sewajarnya diberikan kepada penduduk yang terjejas ekoran projek berkenaan ia termasuk pemilik 15 buah setinggan yang berkelayakan dan menetap lebih 30 tahun di situ untuk diberikan sekurang-kurangnya pampasan minimum oleh pemaju. Kalau dapat lebih, alhamdulillah. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Cuma, ingin saya sampaikan dalam keghairahan melakukan pekerja pengurusan pentadbiran harus disusun atur dengan rapi agar rakyat yang terlibat dalam menikmati usaha ini dapat memahami dan memberi kerjasama.

… kepada Yang Amat Berhormat Menteri Jabatan Kerja Raya agar pampasan sewajarnya diberikan kepada penduduk yang terjejas ekoran projek berkenaan. Ia termasuk pemilik 15 rumah setinggan yang berkelayakan dan menetap lebih 30 tahun di situ untuk diberikan sekurang-kurangnya pampasan minimum oleh pemaju.

Kalau dapat lebih alhamdulillah, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Cuma ingin saya sampaikan dalam keghairahan dalam melakukan kerja pengurusan pentadbiran harus disusun atur dengan rapi agar rakyat yang terlibat dalam menikmati usaha ini dapat memahami dan memberi kerjasama kepada pemaju melaksanakan kerja-kerja berkenaan.

Sehingga kini tiada briefing ataupun penyampaian maklumat daripada pemaju kepada pemilik-pemilik premis kediaman dan kawasan yang terlibat di sepanjang jalan tersebut.

Saya juga telah mengemukakan persoalan ini kepada pihak kementerian.

Bagaimanapun pihak kami juga, pihak kami dan juga pihak PBT masih lagi belum menerima khabar dari peringkat daerah sehingga kini. Jadi Datuk Speaker, saya juga ingin melihat ya, keperluan pemerkasaan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri, iaitu GLC juga perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera agar memberi revenue atau pulangan keuntungan besar kepada Kerajaan Negeri Sabah sekaligus terus kompeten mentadbir urus niaga. Misalnya Khazanah Negeri Sabah dilaporkan mengalami kerugian walhal perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana syarikat tersebut merupakan antara GLC yang terbesar dan sepatutnya menyumbang keuntungan besar kepada pertumbuhan ekonomi Kerajaan Negeri. Dalam masa yang sama prestasi baik beberapa syarikat GLC milik Kerajaan Negara, Negeri seperti Sabah Energy Corporation.

Tahniah YB Sindumin, kita sentuh sedikit pasal khazanah ah, dan seperti Sabah Energy Corporation dan Sabah Oil and Gas Development Corporation memberikan pulangan keuntungan yang besar dan ini sepatutnya menjadi kayu ukur kepada syarikat-syarikat milik kerajaan lain. Saya berharap juga pihak Kerajaan Negeri akan

mengambil tindakan tegas dalam pemerkasaan GLC ini adalah kebergantungan ekonomi Kerajaan Negeri kita kepada prestasi GLC yang diharapkan. Jadi Tuan Speaker, dalam persidangan yang lalu juga saya turut menyuarakan rintihan penuntut universiti yang menerima tajaan biasiswa daripada Kerajaan Negeri kerana atas isu kelewatan bayaran biasiswa. Alhamdulillah Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan proaktif saya difahamkan bermula semester baharu ini, bayaran biasiswa diterima awal oleh penuntut malah ada tajaan biasiswa dikreditkan ke akaun milik penerima pada hari pertama semester baharu. Begitu juga dengan cadangan menaikkan pointer dengan izin daripada 2.05 kepada 3.0 bagi membolehkan mereka terus menerima biasiswa juga dikatakan dilaksanakan dalam usaha melahirkan graduan yang cemerlang dan berprestasi tinggi. Terima kasih daripada kami kepada Kerajaan Negeri.

Tuan Speaker, saya juga menyambut baik perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasa bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik ataupun STEM khususnya pembinaan Pusat Sains dan Maker Space di Perpustakaan Negeri Cawangan Tawau dan Sandakan. Saya percaya menerusi perancangan ini ia akan mampu menarik minat orang ramai untuk turut sama meneroka sekaligus menawarkan tarikan terbaharu Perpustakaan Cawangan. Namun begitu seperti persidangan DUN yang sebelum ini saya mengharapkan agar masalah sistem pengudaraan dan penghawa dingin di Perpustakaan Cawangan Tawau dapat ditangani segera biarpun ada usaha penyelesaian jangka masa pendek dilakukan. Namun ia masih belum mencukupi.

Saya gulung sudah perbahasan saya Datuk Speaker. Saya gulung dengan pantunlah ya.

Cantik si dara memakai sarung,

Speaker

Jangan terlampau cepat. Kalau pantun jangan cepat.

Okey, tak payah bersyair ya lah. Cantik si dara memakai sarung,

Sarung dipakai bersama kebaya; Jangan jadi tin yang kosong, Diketuk bising tetapi isinya tiada. Pergi ke pasar membeli santan,

Cukup slow, ya Datuk Speaker.

Speaker

Sangat slow, dorang mau tertidur sudah.) Santan dibeli bersama pegaga, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya perlu diteruskan, Demi memastikan kesejahteraan kita bersama.

Itu sahaja daripada ADUN Kukusan. Demi rakyat, harapan rakyat Kukusan.

Speaker

… dan menyokong.

Puan Rina binti Haji Jainal [Kukusan]:… dan menyokong. Datuk Speaker terbaik.

Speaker

Terima Kasih Yang Berhormat Kukusan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Bugaya. Silakan Yang Berhormat. Juga ada 15 minit.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah illadzi arsala rosulahu bilhudawati nil hug asyhadu alla ilaha illallah waasyhadu Anna Muhammadan Aabduhu warasulluh Allahumma Salli Ala Muhammad Wa Ala Alihi Wasahbihi Ajmain hilahi anta maksuddi aktini mahakbata wamarikfatan. Terima kasih Datuk Speaker. Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT limpah dan kurnia-Nya dapat memberi peluang kepada kita dan juga untuk berbahas untuk Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Dipertua Negeri Sabah bagi sidang DUN Yang ke-16 Penggal ke-4.

Datuk Speaker, pertamanya izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di atas titah Ucapan Dasar yang telah disampaikan oleh beliau semalam. Terima kasih juga kepada Datuk Speaker atas peluang yang diberikan kali ini.

Datuk Speaker, tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-60 pembentukan Malaysia yang dibentuk secara bersama oleh tiga buah Wilayah Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu. Pimpinan kita terdahulu dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu untuk melihat sendiri pembangunan yang ada dan yang bakal akan dirasai oleh rakyat kita. Dijajah dengan penuh harapan dan impian. 60 tahun berlalu pergi. Impian tinggal impian. Harapan tidak kesampaian. Jurang antara Tanah Melayu dengan Sabah semakin melebar malah jurang antara wilayah di antara Sabah itu sendiri juga turut sering melebar daripada setiap sudut kita jauh ketinggalan. Kemiskinan rakyat kita pula semakin membara.

Saya tertarik untuk mengulas point 27 yang di dalam Ucapan Dasar yang menyentuh tentang kadar kemiskinan di Sabah. Di kawasan DUN Bugaya ini, di kawasan ini sendiri, kadar kemiskinan adalah 2,120 orang setakat 1 Oktober 2022 dan 5,072 orang secara keseluruhannya di daerah Semporna itu sendiri dan statistik ini meletakkan daerah Semporna itu di dalam kedudukan yang keenam yang terakhir. Keadaan semakin parah lagi bila mana ada kebakaran yang berlaku seperti di Kampung Simunul, Kampung Bangau-Bangau dan Kampung Air. Sehingga kini masih lagi mereka ini tinggal ataupun menumpang di rumah keluarga. Satu daripada empat rakyat kita ini di negeri Sabah ini miskin berdasarkan daripada statistik ya, 25% dalam masa yang sama kita masih menjuarai carta kadar pengangguran di Sabah 8.5% berbanding dengar purata nasional 3.5%. Manakala siswazah dan belia di Sabah juga turut sama mencatatkan kadar pengangguran yang tertinggi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah memberikan, saya dimaklumkan setiap DUN ada rumah SMJ. Jadi saya mohon jasa baik…

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri agar Rumah SMJ ini juga diberikan kepada mangsa-mangsa kebakaran terutamanya di Kampung Bangau-Bangau dan juga Kampung Simundul dan juga Kampung Air ini.

Datuk Speaker, mengapa kemiskinan dan juga ketidaksamarataan di Sabah ini berlaku? Infrastruktur asas yang masih terhad dan diabaikan. Bukan sahaja di kawasan di kampung pedalaman Sabah kekurangan infrastruktur yang mencukupi seperti akses kepada air bersih, elektrik, jalan raya, kemudahan asas dan pengangkutan malah kawasan-kawasan yang telah pun dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti di bandar dan juga pinggir bandar, kerap mengalami gangguan bekalan seperti di kawasan saya wakili di Kampung Simundul, Kampung Air, Kampung Bangau-Bangau, Kampung Lihak dan hampir semua kampung-kampung mengalami masalah yang sama. Ada yang menghadapi masalah air ini sampai tiga, empat hari. Ada yang sampai seminggu pun masih tidak ada air juga. Jadi kecacatan ini telah merencatkan kualiti hidup dan peluang ekonomi. Pengagihan kekayaan yang tidak sama rata, ketidaksamaan pendapatan merupakan faktor yang penting yang menyumbang kepada kemiskinan di Sabah. Perbezaan golongan kaya dan juga golongan miskin dan jurang antara mereka kekal ketara. Peluang pekerjaan yang terhad dan gaji yang rendah memburukkan lagi jurang ekonomi.

Jurang pendidikan.

Akses yang terhad kepada pendidikan yang berkualiti merupakan satu lagi faktor penyumbang kemiskinan di Sabah. Memastikan akses sama rata kepada pendidikan di seluruh Negeri Sabah terutamanya kawasan terpencil dan luar bandar adalah penting. Pendidikan dan juga kemahiran yang tidak mencukupi, menghalangi prospek pekerjaan dan mobiliti sosial.

Datuk Seri Speaker, sewaktu Pembentangan Belanjawan 2023 yang dibuat di Kerajaan Persekutuan, ada dinyatakan bahawa Ketua Menteri Sabah telah bersetuju untuk menggunakan sebahagian bayaran hasil petroleum ke Sabah bagi Program

Pembasmian Kemiskinan Tegar. Di samping itu, status sosioekonomi anak Negeri Sabah, baik di antaranya melalui Program Khas Anak Negeri Sabah melalui pewujudan lebih banyak peluang latihan pekerjaan, pemilikan tanah dan juga aktiviti ekonomi (suara tidak jelas) bagi meningkatkan (suara tidak jelas) serta mengurangkan kemiskinan (suara tidak jelas) perataan dalam kalangan rakyat. Soalan saya yang pertama berkenaan dengan penggunaan bayaran hasil Petroleum ke Sabah. Apakah yang Ketua Menteri persetujui? Apakah mekanisme yang akan diguna pakai? Adakah melalui data eKasih atau data yang sedia ada? Atau kerajaan merancang untuk membangunkan sistem baru? Yang kedua, berapakah jumlah ataupun peratusan hasil petroleum yang akan digunakan dan siapakah yang akan menjadi pelaksana? Sabah ataupun Persekutuan? Ketiga, apakah mekanisme tatacara dan juga prosedur pengunaan duit tersebut? Adakah ianya berbentuk bantuan tunai ataupun latihan atau bagaimana?

Berkenaan dengan Program Khas Anak Negeri Sabah, saya mohon ianya diperincikan sebaiknya bagaimana kerajaan dapat memastikan program ini tidak berlaku pertindihan dengan program-program lain khususnya inisiatif menggunakan hasil petroleum untuk membasmi kemiskinan. Saya melahirkan rasa kebimbangan mengenai proses pelaksanaan, kaedah pengagihan dan juga penyampaian inilah yang selalu dipertikaikan. Ingatlah, kemiskinan tidak mengenal warna kulit, daerah mahupun ideologi politik. Jangan sesekali dipinggirkan rakyat di kawasan yang tidak dimenangi kerajaan.

Datuk Speaker, hari ini kita berbicara bagaimana ingin memperkasakan ekonomi rakyat dan juga mengatasi kemiskinan. Di Sabah, cabaran untuk memperkasa ekonomi di sini sebenarnya lebih straight forward ataupun lebih mudah dan tidak kompleks. Kenapa saya katakan begitu? Strateginya seperti pembangunan tanah atau Semenanjung Tanah Melayu di awal 70-an dan juga 90-an iaitu membangunkan dan juga memperkasakan infrastruktur asas maka datanglah pelaburan, wujudlah industri-industri berat dan akhirnya terhasillah limpahan peluang pekerjaan (suara tidak jelas) maka datanglah dan wujudlah (suara tidak jelas) limpahan peluang pekerjaan kepada (suara tidak jelas) mereka. Ekonomi rakyat dapat diperkasa sekaligus…jauh sikit. Ok.

Kata kuncinya di sini ialah infrastruktur. Kekangan (suara tidak jelas) dan halangan kepada kemajuan ekonomi kita adalah kerana infrastruktur asas kita seperti (suara tidak jelas) sangat mendukacitakan apa yang berlaku hari ini, hak asasi manusia di Sabah ini seolah-olah dinafikan dan diabaikan. Air itu merupakan hak asasi. Elektrik dan jalan raya ini merupakan hak asasi. Ini bukan baru berlaku hari ini. Sudah berlanjutan puluhan tahun lamanya dan selama itulah juga rakyat Sabah menderita dan juga terseksa. Saya kecewa kerana bukan sahaja keadaan semakin kritikal ya seperti jalan-jalan kita kan? dengan keadaan air lagi ini, begitu juga dengan keadaan elektrik. Malah respon kerajaan juga ya agak perlahan kan? Bayangkan sudah lebih enam bulan keadaan teruk ini berlanjutan, baru saja beberapa hari ini ya yang mana (suara tidak jelas) jaminan daripada kerajaan ini ya dapat direalisasikan dan untuk menyelesaikan masalah air dan juga elektrik ini.

Datuk Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan ini ya tentang pengumuman bahawa jemaah haji yang membuat rayuan bagi semua kategori perlu membayar kos penuh iaitu RM 30,850.00 seorang.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

YB, lagi dua minit ya.

okay, dua minit. Baik terima kasih Tuan.. Datuk Speaker. Subsidi golongan untuk B80 hanya RM10980.00 dan RM 15980 untuk M40. Jadi rata-rata rayuan daripada negeri Sabah bukan sahaja daripada golongan M40 mahupun T20, jadi majoriti mereka ini terdiri daripada golongan M40 kerana sememangnya golongan inilah yang majoriti diubah. (suara tidak jelas) dan percaya peluang mereka untuk mengerjakan haji semakin (suara tidak jelas). Justeru, bagi memberkati hasil Sabah yang semakin meningkat setiap tahun ini, gunakanlah kesempatan ini untuk membantu rakyat Sabah khususnya mereka yang dalam golongan B40 untuk mengerjakan haji dengan memberikan subsidi kepada perayu yang telah berjaya dalam permohonan mereka. Lebih cantik lagi jika Kerajaan Negeri melakukan engagement dengan ta.

… Tabung Haji dan mencari kaedah yang terbaik untuk rakyat Sabah yang tergolong di dalam golongan yang saya sebutkan tadi.

Datuk Speaker, di sini, apa isu-isu yang berkait rapat (suara bertindih) yang mana berkaitan dengan ekonomi yang menghimpit rakyat pada hari ini. Apa yang penting adalah perlu kita perkasakan infrastruktur untuk membangunkan negeri kita dan juga terutamanya kita punya rakyat-rakyat yang mana masih lagi tidak dapat peluang pekerjaan, begitu juga dengan mahasiswa yang masih lagi menganggur. Diharap dengan peningkatan pendapatan Negeri Sabah seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita dan juga seperti yang dinyatakan dalam ucapan dasar ini dapat digunakan dengan sebaiknya.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

YB, masa sudah sampai ya. (suara bertindih)

… untuk kebaikan rakyat keseluruhannya. Dengan itu, saya mohon kepada Dewan ini untuk menyokong dan juga mencadang. Eh, menyokong dan juga mencadang. Ya, sekian terima kasih, wabillahi taufik walhidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih N66 Bugaya.

Di sini, saya jemput N43 Kemabong. Dipersilakan.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih, Datuk Speaker. Salam hormat, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Menjunjung kasih di atas perkenan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah menyampaikan ucapan dasar kerajaan yang menekankan perpaduan untuk membangunkan negeri Sabah ini demi kesejahteraan rakyat jelata.

Pada hemat saya, inti pati ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah adalah menekankan perpaduan, semua lapisan masyarakat negeri ini yang

menganut berbagai kepercayaan dan agama sama ada di pihak rakyat, penjawat awam, pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang juga haruslah sepakat untuk membela berjuang demi kepentingan negeri tercinta ini dalam konteks menuntut hak negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (Malaysian Agreement 1963 - MA63) apatah lagi kedaulatan negara dan juga negeri. Datuk Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam ucapan dasar oleh kerajaan yang dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada hari, pada hari kelmarin yang tersebut berhubung dengan dasar kerajaan ke arah pertumbuhan ekonomi melalui bidang pertanian yang sememangnya menjadi tradisi kepada masyarakat luar bandar.

Di kala ini disarankan mengeluarkan hasil pertanian dan saya menyentuh pertanian buah-buahan yang kita galakkan kepada para petani untuk mengeluarkan hasil buah-buahan yang bermutu tinggi. Apabila kita sarankan para petani kita berbuat demikian maka kerajaan haruslah juga memberi panduan berkaitan teknologi ataupun pertanian secara moden dan memberi bantuan benih dan baja kepada mereka yang didapati menunjukkan bukti yang mereka itu adalah benar-benar berminat dalam bidang tersebut. Saya melihat dan yakin, pasaran hasil buah-buahan yang berkualiti tidak menjadi masalah kepada kita di negeri ini untuk menanam secara komersial kerana pasaran adalah cukup, cukup luas untuk kita memasarkan hasil-hasil pertanian dan ataupun juga buah-buahan.

Selain daripada itu juga, kita boleh menggalakkan dan sarankan kepada kerajaan dengan bimbingan kita juga dan sedikit sokongan melalui bantuan peruntukan seperti benih buah-buahan dan juga baja. Apa yang saya katakan tadi ialah membantu mereka yang benar-benar terbukti yang mereka itu berminat sebab kita tidak mahu peruntukan itu diberi kemudian tidak mendatangkan hasil. Sebab itu, saya hanya sarankan kepada kerajaan, cadangkan kepada kerajaan supaya membantu mereka yang benar-benar berminat sahaja, yang menunjuk minat malah, tetapi yang lain itu kita boleh beri galakan kepada mereka-mereka yang ingin maju. Selain daripada itu, kita juga menawarkan ternakan haiwan secara komersial. Seperti ternakan lembu, daging dan lembu tenusu, itik, kambing dan ayam juga ternakan ikan air tawar.

Datuk Speaker, apabila kita mencadangkan ini, sebenarnya dari dulu memang sudah ada tetapi tidak ada pemantauan yang kerap dan tidak ada bimbingan daripada mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang cukup untuk membolehkan mereka terus maju dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Semua ini, adalah merupakan suatu potensi yang tinggi untuk menjana ekonomi rakyat. Petani dan pihak kerajaan haruslah membimbing di antara satu dengan yang lain. Misalnya, petani yang sudah maju. Dia boleh memberi apa ini makluman kepada pegawai-pegawai yang berkaitan tentang kemajuan oleh para petani tersebut ataupun penternak tersebut. Supaya ianya menjadi satu panduan ataupun contoh kepada para petani yang ingin menceburi dalam bidang yang tersebut.

Perkara kedua, Datuk Speaker ialah prasarana utiliti kepada rakyat, iaitu bekalan air bersih, bekalan elektrik, Internet dan jalan raya. Ini yang saya petik dalam ucapan apa ini ucapan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, ada dalam teks. Ada empat perkara ini adalah sangat penting sebagai satu kemudahan asas yang dimestikan oleh kita sebagai manusia, iaitu yang pertama, iaitu bekalan air. Di daerah kecil Kemabong telah mengalami masalah air minum dan air makan selama lebih kurang 10 tahun yang lalu.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, apakah langkah kementerian untuk menangani masalah air di Kemabong dalam jangka masa yang segera? Sebelum ini mantan Menteri Kerja Raya, ADUN Lamag dengan izin telah menjawab pertanyaan saya bahawa hanya menunggu reka bentuk siap, design dan peruntukan daripada pihak kerajaan. Apabila design ataupun reka bentuk siap dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sampai maka logi penapis air yang baharu di Kemabong akan dibina. Ini jawapan di awal tahun yang lepas, sekarang sudah hampir pertengahan tahun. Bilakah ia akan dimulakan atau dilaksanakan? Datuk Speaker, untuk membantu rakyat yang menghadapi masalah bekalan air…

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

…saya mohon kepada pihak kerajaan, supaya menghulurkan peruntukan khas membina takungan air paip, paip graviti di daerah Kecil Kemabong.

Maksud saya, sementara waktu belum ada, iaitu pembinaan loji penapir… penapis air yang bersih. Saya mohon kepada pihak kerajaan Negeri ataupun Persekutuan, supaya menghulurkan peruntukan bantuan kepada Pejabat Daerah untuk membina… membina bekalan air daripada paip graviti di kampung-kampung. Air tiada masalah, yang… kalau di Kemabong atau di Tenom, Sungai Padas basar dia punya sungai, ada Sungai Tengkosang, ada Sungai Tomani, banyak sungai di situ, Bakalan pun ada di situ tapi Bakalan hendak kotor lah, arr sorry with do you respect, ia terlalu banyak workshop di situ.

Tapi Sungai Padas boleh digunakan dan sungai-sungai kecil juga banyak, boleh digunakan untuk menyalur bekalan paip graviti di daerah Tenom. Tapi kita tidak cukup peruntukan. Kita gunakan peruntukan ADUN, tapi kita tidak cukup Datuk Speaker.

Perkara yang kedua, juga dalam utiliti ini ialah masalah bekalan elektrik di daerah Kecil Kemabong. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak SESB memberikan taklimat kepada hari kelmarin termasuk juga Jabatan Air dan saya sudah berkata dengan mereka bahawa, saya akan ulang balik soalan ini dan ucapan ini di Dewan Undangan Negeri juga. Kerana kelmarin itu adalah tertutup dan rakyat di kawasan itu tidak mendengar. Seolah-olah kita tidak memperjuangkan masalah mereka. Walhal setiap tahun dalam ucapan dasar kerajaan dalam apa ini, belanjawan negeri juga kita berbahas dan menyuarakan masalah-masalah, tetapi masih juga tidak selesai sehingga ke hari ini.

Berhubung dengan masalah bekalan elektrik tadi. Di Kemabong hampir setiap hari bekalan elektrik terputus. Blackout dan diperakukan oleh CEO kelmarin dan akan mereka bergerak nanti untuk mempercepatkan. Tetapi ini sudah lebih 10 tahun Datuk Speaker. Apa sebab-sebab semua ini. Sedangkan, walhal di… hidro di

Penampang itu, berada di Tenom, di Kemabong pun. Tetapi di situ pula yang tidak ada cukup bekalan elektrik. Saya mohon apapun jua, pihak SESB ambillah langkah-langkah segera untuk mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku dan memperbaiki dan melaksanakan pembaikan dengan secepat yang mungkin. Ada majlis, apatah lagi kalau ada masalah orang meninggal tiba-tiba bekalan elektrik terputus orang sangat kecewa. Rakyat sangat kecewa, mereka persalahkan pemimpin atau wakil rakyat apa boleh buatlah siapa suruh kita ikut politik jadi wakil rakyat. Yang itu memang, tetapi memang tidak wajar persalahkan kita, sebab itu adalah daripada pihak yang bertanggungjawab sebenarnya dan kita sampaikan perkara ini kepada kerajaan melalui Sidang Dewan Undangan Negeri ini, dan bersurat tindakan daerah ataupun pembangunan daerah.

Datuk Speaker, berkaitan dengan jalan raya, di akhir-akhir ini bukannya waktu ini lebih kurang 10 tahun yang lepas juga. Bahawa jalan raya ke kampung-kampung jarang sekali diselenggarakan. Iaitu sejak, jalan raya JKR, Jabatan Kerja Raya dan Jalan Majlis Daerah diswastakan. Dan seterusnya peralatan jentera mesin-mesin yang ada di Jabatan Kerja Raya atau di JKR itu termasuklah mesin-mesin jentera yang ada di Majlis Daerah itu, dijual oleh pihak kerajaan pada ketika itu.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Lagi 2 minit YB.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih, mahu habis sudah ni Datuk Speaker. Dijual, akhirnya tidak ada jentera untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak. Sama ada Majlis Daerah ataupun juga JKR. Datuk Speaker, melalui persidangan ini, saya mohon supaya kerajaan agar membeli semula jentera-jentera mesin termasuk lori untuk dibekalkan, disediakan kepada setiap Jabatan Kerja Raya Daerah dan juga Majlis Daerah. Supaya mereka boleh selenggara jalan-jalan yang rosak apabila ada aduan ataupun rutin setiap dua (2) minggu selenggara dilakukan seperti di masa-masa yang dahulu. Sekarang ini tiada kita boleh mengadu, tidak ada semua diswastakan. Kita mahu jumpa siapa-siapa pihak konsesi itu. Sukar untuk berjumpa dengan mereka, mereka tidak laksanakan dengan betul. Jadi ini saya fikir Datuk Speaker, sudah sampai masanya batalkan semua konsesi itu. Batalkan semua dan kita runding balik. Jangan satu Sabah ini, satu konsesi sahaja. Kalau boleh lantik

setiap daerah, iaitu ada pihak kontraktor, setiap dari itu ada yang dilantik. Jangan satu Sabah satu konsesi satu syarikat sahaja. Kerana ia menjadi satu masalah. Yang akhir itu Datuk Speaker, coverage ini, internet. Pembentangan Belanjawan Negara ada menyebut berhubung dengan peruntukan Menara Pemancar atau tower. Sepatutnya Kementerian Komunikasi Multimedia melalui MCMC segera membina, iaitu… iaitu pemancar ataupun Menara Pemancar…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Masa sudah habis YB, masa sudah sampai.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Menara Pemancar ataupun tower di tempat-tempat yang belum ada coverage dengan… dengan seberapa segeranya. Datuk Speaker, terima kasih di atas peluang yang diberikan dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih Kemabong. Di sini saya ingin menjemput YB Tanjung Aru. Dipersilakan.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih, terima kasih Datuk Speaker.

Kerana beri peluanglah. Izinkan saya, akan mix lah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Erm… Ya I always thought dalam ini dua (2) tahun akan datang. The most challenging punya issue arr… before akan face… ataupun government has to focus untuk addresslah adalah isu keadaan tentang tackling inflation dan stimulte economic activities dan juga mungkin manage the ever rising high cost of the livinglah. Saya rasa ini adalah cabaran yang akan dihadapi oleh rakyatlah. Dalam ini dua (2) tahun akan datang. Tapi sebenarnya saya salah ini. Because I think sekarang arr… kalau terkini sekarang I think the more thing pressing issue for Sabahan. Now is a the basic everyday necessary i think Sabahan, sudah dekat lupa sudah ini isu yang sangat penting. Bila kita… saya pergi, lawat ke Singapore, saya lawat ke Indonesia, saya lawat ke Hong Kong. Di mana-mana tempat saya jumpa di KL pun dia orang tackle isu yang to do economylah.

Basic cost a living, and economy but here in Sabah, we still talking about basic necessity water and electricity. I just read quickly want back to put perspective Datuk Speaker. And tight KK City. I also facing very-very big water issue. People talk about choose very quickly, secara ringkas emm… you see places like in KK ar, macam di Bayan Sutera Harbour, high class never hood, dia orang beli air tu sekarang. Setakat beberapa bulan sudah ini, sampai sekarang.

Tempat di Luyang, dia punya Luyang dia tahulah kan. YB Menteri daripada Luyang. Event Damai, event Likas, daripada Likas. Sekarang Taman Khidmat, tiga (3) hari tiada air sudah. Tiga (3) hari Taman Khidmat sekarang setakat sekarang pun tiada air. There a few condos in Damai, saya diberitahu sampai sekarang ada water… meant arr… ada satu kondo yang saya tidak mahu sebut nama dialah, kondo dia daripada jam 5 sampai jam 8 ada air, selepas itu tiada air. Malam itu dari jam 6 sampai 9 ada air selepas itu tiada air, setiap hari. Berapa hari sudah. So, managementnya untuk beli air untuk menampung supaya dia orang ada airlah setiap hari. Spends 12 thousand only for six days to supply water for them. So ini yang sekarang, isu yang di… rakyat yang bimbang hari-hari ini sekarang. Bukan isu cost of living dan sebagainya sudah. So, sampai Hotel Sutera Harbour, Marriot Hotel, pun mahu beli air. Sampai ini airport pun tiada air, sampai saya diberitahu lagi tadi UMS pun tiada air. Universiti Apartment sampai hampir berminggu tiada air and saya pun fahamlah tadi seorang Menteri ada jawab berapa bagi dia punya jawapan, saya rasa we have to really look the this issue very seriously, bukan mahu bagi alasan…

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

…bukan saya cakap dia. Saya pun sympathy dengan Menteri itu sebab dia empat bulan ambil ini satu jawatan yang cukup berat dan kerja dia cukup cekap. We understand this. Not easy because we were in the government before. We also know they are water problem. So when we got pick or we got elected as a government, when you are being appointed as a Ministers rakyat expect us to resolve the problem but kalau you tak dapat resolve itu problem pun you can improve the situation. Kalau tak dapat improve itu situation pun,

kita contain the problem but the problem here right now in KK in Sabah is the problem has worsen. The situation has got out of hand.

So inilah yang situation yang sekarang yang kita mahu highlight ini. So they should we should not used the same excuses before to justify the problem that we are facing today because that problem has been people curi-curian air. Ini apa lagi ah macam-macamlah tak cukup air. Ini masalah sudah lama. It’s not a today’s problem. It’s not a recently problem. It has been ongoing. So every government has take over. They have been trying to improve the situation, they contain the problem. But ini the last three years, I must say the problems has worsen really-really badly and it’s got out of our hand. It’s not a problem of basic punya problem sekarang ini. Kecurian air non-revenue water.

Just now, Menteri pernah jawab kalau saya tak silap saya dengar juga sekarang non-revenue water 60%. Tapi 60% waktu kita jadi kerajaan sama juga. Why no water? Ah jangan ini ada lagi ah tadi Menteri ada jawab dia cakap em ada berapa rancangan untuk bina empangan sepatut mau disiap pada tahun 2022 tapi sampai hari ini pun belum buat. Saya rasa itu bukan satu ah alasan yang cukup strong juga. Sebab kenapa, jangan kita lupa waktu kita jadi kerajaan yang dahulu kerajaan kita masih lagi ada tourist 3 juta 4 juta daripada China. 1 juta daripada Korean. Setengah juta daripada European. Setiap tahun and now we don’t have this tourist. Sekarang there’s no tourist in Sabah and yet our normal people are facing this problems. So apa lagi kalau ini pelancongan start to come back to Sabah.

The next one are four to five million come back to Sabah, what’s gonna happen to us? I think there is a very pressing serious critical situation right here that it’s not jangan kita bagi alasan. Just really look into this ah issue and how to resolve it and I think it’s not issue off no air. I don’t know what is the problemlah. So, ini yang saya mahu sampaikan and saya mahu tanya satu saya nak tanya satu soalan. Tadi saya mahu tanya tapi tidak diberi peluang lagi tadi pagi itu. Bila kita tiada air, tiada air daripada paiplah maksud saya dari tiada air daripada paip, macam mana kita dapat air? Beli air? Semua orang pun samalah. Tawaukah, Keningaukah, manalah semualah KK kah sama. Tapi bila you beli air daripada swasta, ada air. So di mana, dimana itu swasta dapat itu air itu?

Ini yang betul-betul saya ada sikit confuselah. I don’t understand. How come if we buy from the private we can get water. But if we get from government we cannot get because I don’t think any private companies owns any reservoir. The water must come from the government. So I don’t know how that happens. So maybe Menteri ini boleh kasih ah sedikit penjelasanlah supaya kita faham. Di mana itu, mana itu air datang daripada private itu. So this one ya. So, again I’m just putting things into perspective. I think the rakyat understand the situation. Ah its difficult. Masalah air. That’s one very big problems but at least if you cannot improve the situation, you tidak boleh selesaikan masalah ini, at least you contain the problem as keadaan yang dahulu. Ini at leastlah.

The least expectation from the government but this is very worse very bad. Ya ini yang isu dialah. So lets get back to cost of living sebab saya rasa ini ialah isu yang sangat penting tapi Sabahan sudah tidak bincang pasal isu ini. The cost of living. Sebelum itu pun saya nak tanya ah Menteri jugalah. Bila itu Pulau Gaya boleh disambung air tu sebab tu berapa sesi sudah kita tanya itu jabatan pun masih lagi dapat air daripada Pulau Gaya. So saya nak tanya inilah supaya boleh dapat satu jawapan, jawapan daripada Menterilah.

So, Datuk Speaker, do we know how much our cost of living has risen? Menteri-menteri punlah semua. Do we know the last three years, how much have ah the cost of livings increases? Of course inflation things increase. Ini normallah because inflation kan. So kalau di daripada Semenanjung, kalau tengok daripada Singapore, 3 to 4% that’s quite normal because inflation. Kalau you care quite serious reset-ion the rest is yours. But when you look into KK, Sabah lah. Okey so to speak we talk about Sabah, just now I just saw a photo, 2012 itu Sarawak mee di Sarawak. 2.50. 2022 dan baru-baru inilah, 5 eh 4.50. Kalau di Sabah ini bagus. RM10 belum tahu kalau boleh dapatlah. Sekarang setakat ini ah.

So the cost of living ah Datuk Seri ah Datuk Speaker. You see ah I just do a very quick researchlah. I stand to be corrected a figure but I state this quite accurate lah. 2 months ago, I do the check. If we to get last time ah during risen 2 or 3 years ago lah 3 or 4 years ago, to get a 5kg drumstick ah 500kg drusmtick. 1kg will cost us about RM12.80. Last time ah harga ini. Now if you want to buy a drumstick, you kena beli RM9.90,1kg. That’s more than there’s almost 40% increment in prices and

there’s no stop. Now you want to buy chicken wing ah. Dahulu zaman arisen you mahu beli chicken wing 1kg RM7.50. Now you buy go and buy chicken wings from ah today is RM17.50. That was more than 100% increment you know. More than 100% increment the chicken wings.

Now sugar. Sugar pun saya rasa ini ialah terkawallah. Tapi saya tak faham kenapa juga ini sugar punya harga boleh naiklah. Ah during Warisan time, 50kg is about RM100 and 4 or 3 ringgit and today is RM185.00 and still no stop. Kena bayar cash itu. Kalau tiada cash, tidak dapat. Eggs, dulu Gred B 30 bijilah, satu traylah. You boleh dapat RM10.80. Hari ini hampir RM22.50 satu tray. Tapi kalau boleh dapatlah. Sebab saya tahu ini baru-baru ini Hari Raya baru limpas, banyak pun berkomplen tidak dapat buat itu kek kuih yang jual. Biasalahkan kita ada banyak aunty-aunty makcik-makcik buat itu kek kuih semua untuk jual. Tapi kali ini tidak dapat buat. Sebab kenapa? Dia punya..

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Datuk Speaker, ah minta laluan. Ucapan Yang…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Yes. Yes.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih. Saya melihat…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Tanjong Aru, mahu kasih laluan?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Yes.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Dia beri.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Dalam fahaman saya, ucapan Yang Berhormat dia buat ah perbandingan. Are you want to compare Warisan government or GRS government? Just ah..

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Itu bukan tujuan dia. Sorry ah YB itu salah. Itu bukan tujuan dia ah.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Okey.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Saya tidak banding kerajaan dengan kerajaanlah. Hanya saya mahu kasih fahamkan itu harga saja yang jauh beza dialah. Itu yang penting. Untuk kita punya rakyat ya. So ah bila whole chicken ah ini whole chicken. Dulu tiga tahun yang dahululah you boleh dapat RM70.50 hampir RM 9.40. Hari ini RM11.80 paling murah. Ada yang baru-baru saya pergi tengok RM12 lebih sudah. RM 12.40 mungkin kalau saya tak silaplah. So kalau itu khinzir ah ini we talk about khinzir ah. Khinzir ini pun sangat teruklah. Ini dia punya increment of the price of khinzir ini sangat-sangat teruk. Because I went to KL.

So bila pergi KL untuk beli di KL dia punya part yang paling mahal punyalah okey yang part yang paling mahal di KL dia hampir dulu RM27, dua bulan yang dahulu. Tapi sekarang sudah increase. Saya ada pergi check juga. Dia sudah ada increase RM30. Hampir ada yang hampir RM40 sekaranglah di KL dan saya ada banyak kawan di Sarawak. Kita pergi beli di Sarawak RM32 hampir RM38. So, sebab RM32 to RM40 lah around that. Kalau kita beli di Sabah, it’s RM50 to RM58. During Chinese New Year, it was 58 lah. So I don’t know what’s the pricing now. But it’s almost even if we banding dalam satu Malaysia ah, di KL atau di Sarawak you boleh dapat 38. Tapi di Sabah you kena beli 58. So, dia tidak masuk akal bah. There’s a lot of that’s a huge problem here in Sabah but we don’t know what exactly is that problem.

So hope the Ministry atau Menteri yang berkenaan boleh kasih address ini issue and di sini saya juga ah nak bertanyalah. Bila kita ah menghadapi dengan isu yang tak cukup ayam tak cukup semua ini makanan sebab bird flu because of swine fever dan sebagainya. I think during our time, I was that Menteri jaga dengan ini perkara inilah. Kita pun mengalami dengan ini isu ah menghadapi dengan ah ini bird flu, ini swine fever. Tapi kita tidak ah kita kalau bila kita menghadapi dengan isu ini kita terus kawal dengan isu itu. Tidak pandai sampai satu tahap dimana you tiada you run out of chicken, you run out of pork all together lah. So I don’t know exactly what happen. So then I understand lah. From ah today the government issue import license. The issue import license…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

You have another two minutes.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

I give another three minutes ah. Very fast and just the issue import license. So I want to ask the government how many import license was actually given because import license when you give the import license, we don’t used to give import license ah. Now they give import license. Last time is the hard one maybe seasonal. But now, they give the import license I don’t know betulkah tidak so saya minta Menteri untuk beri penjelasan, adakah dia sudah bagi itu import license secara keseluruhanlah. How many was imported because.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Give the import license, chicken you boleh import, whole chicken boleh import, pork boleh import. So, you menjejas local industries then your gonna cost local industries into are there compromise our interest our local industries. So, in the long run possibility become a problem but the short terms, the price did not come down. The price did not come down. So, it does not justified policy decisions. So, this is a one. So, very quickly. Jump to my another topic. Ermm.

Ini, rumah pangsa ini, I want to follow up on the rumah. Ya. So, what is the status of the rumah pangsa sekarang sebab dahulu saya masih ingat menteri daripada kerajaan jugalah menteri daripada itu, waktu itu perumahanlah sudah buat janjian di sini Dewan Undangan sini dia sudah janji bahawa dia tidak akan halaulah penghuni keluar daripada rumah pangsa tanpa bagi rumah sama diaoranglah. Ini that’s the janji before, there was a first janji so saya nak follow uplah, nombor satu. Kedua, waktu itu kita ada buat itu test on the rumah pangsa punya building sebab waktu itu diaorang ada, ada reportlah notsah, yang katakan bahawa itu building tak safe lagi untuk occupied. Tetapi, itu test diaorang sudah jalankan. Tetapi hari ini belum lagi nampak itu result dan kita mintalah kalau itu result boleh dibentangkan supaya penghuni-penghuni tahu kalau itu rumah betul-betulkah tidak sah untuk bertinggal terus atau macam mana. So, we want to follow uplah dengan isu itu.

Speaker

Times is up.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ya, ya, okey very quickly, very quickly. So, I think recently the, the Tadika Kemas di rumah pangsa ini di menerima notis daripada LPPB untuk tutup itu sekolah sudah. Ini recently, so, diaorang sudah bawa ini isu ke Timbalan Ketua Menteri Tanjong Keramatlah untuk bawa ini isu. So, saya haraplah, ini juga adalah pengundi dia so saya harap juga nanti daripada Tanjong Keramat boleh cakap sama menteri. Apa ini? Timbalan Ketua Menteri daripada Kundasang untuk supaya kita handle ini issuelah, ya. So, itu ialah satu isu yang last. Ini isu Tanjong Aru beach bah. I don’t understand why Tanjong Aru beach been closed down now. Macam ini bukan lagi seolah-olah ini beach bukan lagi satu beach untuk orang awam, now. Dulu, orang they can go there and have family activities dan sekarang kena stop. Ada yang bawa dia punya, yang anjing, ada yang bawa kucing sekarang pergi jogging pun kena stop. Tetapi, dia sudah bawa 20 tahun yang dahulu, sekarang tiba-tiba kena stop sudah. So, there a lot of restriction today which we don’t understand and hope Ketua Menteri can look into it and arahkan kepada TAED untuk buka semula untuk orang awamlah ini sangat penting. Untuk sekali lagi because Tanjong Aru beach whether we like it or not, the only last public beach for our public in Sabah ini. So, we need to protect that.

Ya, Datuk speaker, and last, the, the Sports Minister, just now saya mahu bagi cadangan tetapi tiada diberi peluanglah. Saya ingin cadangkan bahawa, dia ada mengeluarkan peruntukan untuk naik taraf semua itu football bah, I want to cadang maybe can locate fund to actually upgrade or build more futsal hari ini. Because there a lot futsal become very popular today. A lot of youngster love it, is very popular and the kids don’t have to buy the football boots. Itu boots itu, mahal itu. So, kalau dia tidak payah ada, beli itu football boots. Pakai itu, apa ini, kasut bata pun boleh main. So, banyak kids can actually get involve in exercise in futsal. Itu adalah satu cadangan saya cukup, saya rasa cukup baiklah. Jadi dengan itu, sajalah. Datuk speaker saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya menyokongkah tidak, thank you. Sini saya jemput, YB Kepayan. Persilakan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Datuk Speaker atas ruang ini bagi membahas, membahas Dasar Kerajaan, yang dibentangkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, pada 22, iaitu kelmarin. Datuk Speaker, kita semua telah terjejas dan dengan kekurangan air dan gangguan elektrik dan dalam usaha kita untuk mencari penyelesaian pakar dari agensi berkenaan telah menasihatkan kita untuk menerima pakai pembangunan yang seimbang untuk jangka masa yang panjang.

Kita juga diberitahu untuk bersiap sedia menghadapi El Nino yang ekstrem yang dijangka selama tujuh atau lapan bulan.

Ia akan mengambil masa untuk melaksanakan sepenuhnya projek-projek untuk penyelesaian jangka masa panjang, jadi untuk jangka masa pendek kita mesti mencari cara lain untuk meringankan beban rakyat terlebih dahulu. Saya percaya penyelesaian masalah lama ini bukan hanya datang daripada agensi kerajaan dan daripada projek-projek yang menelan belanja berjuta-juta atau berbilion-bilion tetapi juga daripada rakyat sendiri. Lebih banyak usaha harus dilakukan untuk melibatkan penduduk bagi mengurangkan penggunaan air dan membantu orang lain yang memerlukannya. Inisiatif komuniti seperti membina air graviti dan menjaga kawasan tadahan air komuniti juga boleh menjadi cara yang amat sesuai untuk menyelesaikan isu air dan yang kerajaan sepatutnya sedia menyokong dan menyediakan peruntukan untuk tujuan tersebut.

Selain itu, teknologi telaga tiub juga boleh menjadi penyelesaian berbentuk jangka masa pendek. Setiap telaga di tempat sesuai, mampu membekalkan air kepada kira-kira 300 isi rumah. Anggaran kos sekitar 300 hingga, 200 hingga 300 ringgit dan boleh siap dalam tempoh tiga atau lima bulan termasuk kajian feasibility. Satu modal inisiatif diterajui komuniti yang baik untuk menyelesaikan sesuatu isu ialah penggunaan sistem pengurusan Tagal dan sungai. Dengan dorongan dan beberapa peruntukan kepada komuniti oleh kerajaan, populasi ikan dan perlindungan sungai lebih daripada 300 sungai di Sabah telah dipulihkan.

Berkaitan dengan isu bekalan elektrik pula, penyelesaian yang berbentuk small is beautiful adalah penting juga. Adakah kerajaan merancang untuk memasang lebih banyak micro dan mini hydro dan solar untuk menjana elektrik di kawasan yang

sesuai. Saya percaya pemasangan hydro dan solar tersebut akan mengurangkan beban kepada sistem bekalan SESB dan pembelian generator yang tidak begitu mampan.

Datuk Speaker, langkah yang diambil kerajaan untuk penjagaan alam sekitar dan pengurusan tadahan air seperti yang disebut dalam Ucapan Dasar 2023 adalah langkah yang tepat. Pelibatan komuniti dalam pengurusan kawasan tadahan air amatlah penting.MSaya percaya, inisiatif payment for ecosystem services, iaitu kerjasama kerajaan, NGO, dan komuniti di kawasan tadahan air Babagon yang melibatkan kampung Kolosunon, Babagon Toki dan Tampasak adalah penting dan harus diiktiraf dan diguna pakai di seluruh Sabah. Saya syorkan agar kerajaan Sabah mengiktiraf ini sebagai salah satu matlamat penjagaan hutan dan tadahan air komuniti dan mempromosi inisiatif tersebut secara meluas.

Datuk Speaker, saya juga mengalu-alukan langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kadar sara diri ataupun SSR bagi hasil tanaman dan industri ternakan ruminan. Selain program-program yang telah diperkenalkan oleh kerajaan, saya percaya lebih banyak usaha untuk menyokong petani tempatan dalam pengeluaran makanan perlu diambil.

Secara khususnya, adakah terdapat usaha yang serius untuk sentiasa menambah baik jalan-jalan kebun bagi membolehkan petani mengangkut hasil keluaran mereka ke pasaran atau ke pusat pengumpulan yang ditubuhkan oleh agensi kerajaan seperti Koperasi Pembangunan Desa. Mekanisasi untuk mengurangkan beban petani dan membuat kerja lebih efisien juga amat diperlukan. Pembungkusan produk untuk mengoptimumkan jangka hayat barangan mereka adalah penting dan pelbagai pilihan harus disediakan untuk petani sama ada secara sendirian atau di pusat pengumpulan produk tani. R&D dan sokongan jangkauan atau outreach juga harus dipertingkatkan untuk membolehkan petani mengetahui kaedah pertanian dan pengetahuan teknologi.

Dalam hal ini juga, pengiktirafan hak tanah, hak tanah adat adalah penting bagi memastikan pengeluaran makanan terjamin dan terus berkembang.

Usaha konsisten kerajaan dalam pengukuran lot tanah anak negeri dipuji. Namun, sasaran 2023 untuk mengukur 7500 lot tanah anak negeri pun.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Perlu ditambah lagi kerana masih terdapat banyak permohonan pengukuran di seluruh Sabah. Saya ingin mencadangkan agar kaedah lain digunakan untuk mempercepatkan pengukuran berkelompok Tanah Anak Negeri seperti terkandung dalam Ordinan Tanah Sabah termasuklah pengiktirafan tanah adat atau Native Customs Rights land dan geran terminal yang berdasarkan tuntutan tanah adat.

Datuk Speaker, adalah juga penting untuk kerajaan sentiasa menambah baik penjagaan dan kemudahan untuk warga emas dan OKU khususnya untuk kanak-kanak autisme. Saya mendapati bahawa kita masih lemah dalam intervensi awal yang berinstitusi penjagaan profesional dan komuniti memandangkan terdapat peningkatan bilangan kanak-kanak autistik dan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kelainan upaya ataupun multiple disabilities yang tidak dapat menghadiri sekolah pendidikan khas.

Saya ingin melihat lebih banyak pusat pemulihan dalam komuniti ataupun PDK di mana ibu bapa, ahli profesional dan komuniti boleh menyumbang kepada penjagaan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kelainan upaya.

Majoriti agensi dan syarikat juga tidak mewujudkan dasar khusus bagi perlindungan hak dan kebajikan OKU bagi menjayakan misi-misi yang digariskan dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008.

Untuk memperkasakan lagi usaha menjamin hak OKU menerusi dasar dan urus tadbir Sabah, saya mencadangkan kerajaan membentuk Majlis OKU Sabah seperti yang ditubuhkan di peringkat kebangsaan. Tujuannya adalah untuk memantau pelaksanaan dasar-dasar nasional berkenaan hak dan kebajikan OKU yang majoritinya belum terlaksana.

Berkaitan warga emas pula, adakah kerajaan akan membantu mewujudkan pusat penjagaan komuniti untuk warga emas? Ramai warga emas kita mungkin tidak suka pergi ke rumah warga emas yang disediakan. Jadi pusat jagaan warga emas

komuniti bukan sahaja akan memastikan kebajikan mereka tetapi keluarga mereka yang memerlukan bantuan.

Berkaitan Sistem Sabah Social Time Bank, bolehkah sukarelawan yang bekerja di PDK atau Pusat Jagaan Masyarakat Warga Emas dikreditkan di bawah sistem tersebut yang ditubuhkan dan akan dilancarkan pada Julai tahun ini? Ini adalah idea baru dan harus dipromosikan dengan lebih meluas dan credit hours akan merangkumi perkhidmatan sosial dalam komuniti.

Memandangkan JPKK dan JKDB mempunyai jawatankuasa yang ditugaskan dengan sokongan sosial komuniti, mereka boleh membantu untuk merekrut sukarelawan dan juga merekodkan waktu kredit perkhidmatan.

Datuk Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, saya telah ditegur oleh organisasi dan pemimpin wanita kerana bilangan ahli wanita yang sangat rendah di DUN dengan hanya tujuh daripada 78, iaitu kurang daripada 9%. Dengan adanya lebih ramai wanita di DUN, lebih banyak isu-isu yang dihadapi oleh golongan wanita akan diangkat. Terdapat keperluan untuk mewujudkan lebih banyak program untuk melibatkan wanita supaya berminat dalam politik dan menggesa parti politik menyediakan kuota untuk wanita dalam struktur kepimpinan mereka dan sebagai calon, wanita sebagai calon. Saya percaya ini juga akan memanfaatkan Dewan yang mulia ini jika lebih ramai ADUN dilantik adalah di kalangan wanita. Saya juga ingin mengulangi cadangan awal saya untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Gender dan Pembangunan di bawah DUN Sabah kerana melalui jawatankuasa tersebut, Ahli DUN berpeluang untuk meningkatkan minat wanita untuk menceburi dalam bidang politik serta mencari penyelesaian bersama terhadap isu-isu yang dihadapi oleh wanita.

Saya ingin Tuan Speaker. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan kerana memberi tumpuan kepada perancangan membina baru dan menaik taraf tapak-tapak pelupusan sampah serta memulakan inisiatif mengurangkan sampah dengan penyediaan cabin collection centre 3R, food waste composter dan Pusat Lestari

kepada PBT. Ini adalah berita baik bagi kawasan Kapayan yang giat membangun dan juga padat penduduk.

Soalan saya, berapakah peruntukan untuk membina tapak pelupusan sampah di kawasan Penampang dan khususnya di Kapayan? Saya juga ingin tahu berapakah peruntukan kepada NGO yang giat mempromosikan program kitar semula bertujuan mengurangkan sampah?

Berkenaan flagship project di bawah Pelan Pembangunan SMJ, saya ingin bertanya tentang perlombongan pasir silika di Sikuati Kudat, saya difahamkan penduduk setempat tidak berpuas hati dengan proses penilaian impact alam sekitar dan ingin mengetahui proses EIA tersebut.

Datuk Speaker, saya berterima kasih atas perancangan pemasangan kemudahan VSAT di 300 lokasi yang akan memanfaatkan penduduk di pedalaman. Tapi permintaan ini saya yang saya inginkan ini tidak jauh hanya untuk kawasan Tamu Donggongon di Penampang supaya ianya dibekalkan dengan internet percuma dan laju bagi memudahkan transaksi atas talian memandangkan sudah terdapat usaha pihak swasta memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga Tamu Donggongon untuk berurusan atas talian melalui penggunaan QR Code.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

YB, you have 2 minutes.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Ya, mau terima kasih Datuk Speaker. Ya, untuk mengakhiri saya ingin mengambil peluang ini untuk ucapkan Kotobian Konsikaan Tadau Tagazo Do Kaamatan, selamat menyambut pesta menuai kepada semua. Seperti erti Kaamatan, marilah berterima kasih atas segala kurnia tuhan dan semoga usaha-usaha baik dan murni kita dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat kita akan diberkati. Sekian, terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih Kapayan.

Saya jemput YB daripada Darau. Persilakan and you have 15 minutes.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Seperti yang Ahli Dewan sedia maklum, bekalan elektrik di Sabah sekarang ini telah mengalami gangguan dan kerosakan sehingga pihak SESB sendiri terpaksa melakukan catuan bekalan. Saya bawa perhatian Ahli Dewan berkaitan status bekalan elektrik kita di Malaysia. Di Wilayah Semenanjung, bekalan elektrik sedia ada adalah sebanyak 25,962 megawatt. Di Sarawak, bekalan sedia ada adalah sebanyak 5,996 megawatt. Manakala kita di Sabah bekalan elektrik yang sedia ada adalah sebanyak 1,200 megawatt sahaja. Dari jumlah ini, kita dapat lihat betapa kita di Sabah ini masih jauh terlalu jauh ketinggalan berbanding Sarawak dan Semenanjung. Semua tahu bekalan elektrik yang stabil merupakan antara faktor utama yang dilihat oleh pihak pelabur jika ingin melabur di tempat kita.

Merujuk siaran akhbar bertarikh 17 Mei 2023, gangguan bekalan adalah berpunca dari kerosakan teknikal di pencawang masuk utama milik SESB sehingga menyebabkan sistem grid Sabah kehilangan kapasiti sebanyak 200 megawatt. Pada 12 April 2023, satu Independent Power Producer atau IPP, 100 megawatt telah rosak dan sekali lagi pada 27 dan 28 April, terdapat kerosakan janakuasa SESB dan IPP yang menyebabkan kehilangan 64 megawatt, dan yang paling kritikal adalah keadaan di mana Hospital Queen Elizabeth 1, telah mengalami gangguan bekalan elektrik untuk 1 jangka masa yang lama pada 16 Mei 2023 baru-baru ini. Bayangkan keadaan pesakit yang bergantung sepenuhnya kepada peralatan sokongan seperti bekalan oksigen semasa sesi pembedahan dan mesin pemantauan kesihatan yang terganggu.

… akibat daripada gangguan bekalan elektrik ini. Sabah dengan bekalan elektrik sedia ada sebanyak 1200 mega watt dan permintaan bekalan elektrik sebanyak 970 mega watt dengan permintaan puncak sebanyak 1029 mega watt telah di catat pada 26 April 2023. Ini sebenarnya tidak stabil, kenapa saya katakan tidak stabil, merujuk kepada Report On Peninsular Malaysia Generation Development Plan reserved margin adalah pada sekitar 20

hingga 28% daripada jumlah permintaan. Jumlah sekitar 20% ini adalah merujuk kepada kapasiti penjanaan iaitu sebanyak 25 ribu lebih penjanaan bermakna mereka mempunyai 5 ribu mega watt sebagai sokongan sekiranya berlaku sebarang kerosakan kecil DIPP.

Sabah jika kita lihat dari sudut penjanaan juga mempunyai reserved margin sekitar 20% iaitu penjanaan sebanyak 1200 mega watt berbanding permintaan 970 mega watt tetapi jumlah 20% dari 1200 mega watt ini hanyalah sekitar 240 mega watt, jumlah ini terlalu kecil dan tidak mustahil mana-mana kerosakan kecil dan kerosakan IPP pastinya akan memberikan tindakan catuan bekalan, kerajaan perlu melihat perkara ini bukan sahaja dari aspek reserved margin 20% tapi dari aspek mega watts. Seperti contohnya, reserved margin perlu sekurang-kurangnya 400 mega watt kepada penjanaan bekalan elektrik di Sabah dari segi aspek peratus reserved margin perlu dinaikkan kepada 30 hingga 40% kestabilan ekonomi kestabilan bekalan ini bukan sahaja dilihat akan memberikan kesejahteraan-kesejahteraan bekalan kepada rakyat Sabah tetapi juga memberikan nilai ekonomi kepada pelabur yang ingin melabur di Negeri Sabah. Tindakan drastik dan perancangan agresif perlu dilakukan terhadap penjanaan dan juga sistem bekalan yang lebih efisyen perlu dilaksanakan oleh SESB. Kerajaan Negeri sepatutnya telah memainkan peranan dalam memastikan SESB bertindak untuk menstabilkan bekalan elektrik-elektrik di Sabah, bukannya setelah terhantuk baru tengadah.

Hasil lawatan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya bertarikh 17 Januari 2023 telah mendapati kapasiti pengeluaran di dua loji di Penampang adalah sebanyak 235 mld, ini saya sentuh pasal air ya berbanting, berbanding permintaan semasa sekitar 250 mld. Terdapat kehilangan sehingga 60% yang dikenali sebagai NRW dan berbaki pun hanya 40% sahaja yang sampai kepada pengguna.

Gangguan bekalan menjadi lebih serius sejak bulan April baru-baru ini dan keadaan menjadi kritikal seperti gangguan bekalan air terawat kepada 20 ribu pelajar UMS yang memerlukan sekitar 400 ribu liter sehari, bagi UMS dan Sepanggar punca air terawat adalah dari loji rawatan air Telibong yang hanya dapat membekalkan 164 juta mld sehari berbanding keperluan sebenar sebanyak 190 juta mld sehari. Rakyat yang kini terhimpit dengan pelbagai isu ekonomi dibebani lagi dengan kos tambahan membeli air bagi menampung keperluan seharian seperti minum dan memasak.

Bukan sahaja itu, ramai rakyat di kawasan saya contohnya yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan yang menjual makanan bermasak dan air minuman di gerai-gerai mahu pun di kedai makan terjejas dengan teruk dan ada yang terpaksa menutup perniagaan akibat gangguan. Begitu juga dalam keadaan di mana terdapat kematian dikalangan orang-orang Islam yang memerlukan bekalan air yang cukup untuk tujuan pengurusan jenazah.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang saya muliakan, elektrik dan air merupakan dua perkara asas kita di era ini, jika perkara asas seumpama ini pun sukar untuk ditangani apa lagi pembinaan yang berteknologi tinggi seperti pembangunan pelancaran kapal angkasa. Saya secara peribadi tidak menolak kepada segala kemungkinan dan apatah lagi yang melibatkan pembangunan ekonomi hiliran kepada rakyat Sabah tetapi sewajibnya memberikan tumpuan kepada perkara asas iaitu elektrik dan air.

Pembangunan loji rawatan air perlu dibangunkan di beberapa kawasan di Sabah seperti Pantai Barat, Pantai Timur dan Pedalaman Sabah. Pembangunan empangan yang dapat menjadi loji rawatan air sama ada berkapisiti sederhana dan besar seperti seribu mld perlu diwujudkan di kawasan strategik agar pembekalan air terawat kepada rakyat dapat disalurkan dengan baik disamping dapat membekalkan elektrik menggunakan teknologi yang ada sedia ada. Tindakan mengekang aktiviti mencuri air perlu dipertingkatkan bagi memastikan NRW dapat dikurangkan, tindakan yang sistematik dan berterusan perlu diadakan dengan lebih berkesan lagi belum pernah dalam sejarah Sabah selepas merdeka krisis ketiadaan bekalan air dan gangguan bekalan elektrik berlaku secara serentak untuk satu jangka masa yang agak lama, mustahil juga pihak SESB dengan Jabatan Air ni berpakat sama-sama kita ah apa ni buat gangguan air dan bekalan elektrik.

Yang berhormat Datuk Speaker, pada 25 April eh pada 25 Februari maaf 2023 peruntukan sebanyak 6.5 billion telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai peruntukan pembangunan di Sabah. Kita berharap, kita berharap kerajaan negeri dapat memainkan peranan agar pembangunan elektrik dan air dapat diberikan keutamaan agar ianya selaras dengan ungkapan di papan-papan tanda yang banyak didirikan di seluruh pelusuk Wilayah Sabah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Dan sebanyak 5.26 billion ringgit sebagai anggaran kutipan hasil

yang di umumkan oleh Ketua Menteri semasa Belanjawan 2023 pada November 2022 yang bertemakan ekonomi diperkasa rakyat sejahtera. Kalau dilihat dari jumlah yang diumumkan ditambah lagi dengan pengumuman peruntukan daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM 6.5 billion nampak banyak sekali duit kerajaan yang ada pada hari ini persoalannya, ekonomi mana yang diperkasa dan rakyat mana yang sejahtera dengan gangguan bekalan elektrik yang tidak stabil dan bekalan air terawat yang tidak mencukupi ditambah pula dengan kadar harga dan letrik yang tidak mesra pelabur. Bagaimana kita mampu menarik minat pelabur untuk melabur di Sabah. Saya harap Yang Berhormat er Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan Negeri, Yang Berhormat Phoong Jin Zhe semasa lawatan beliau ke China tidak lupa memaklumkan pihak pelabur di sana yang gergasi itu bahawa keadaan di Sabah pada masa ini pada hakikatnya untuk melabur di Wilayah Sabah adalah tidak…adalah terlalu mahal dan tidak menarik buat masa ini. Kesimpulannya bagi saya, selesaikan dahulu masalah asas seperti tenaga letrik dan air di Sabah baru kita boleh bercerita mengenai kejayaan menarik para pelabur asing, ini belum lagi mengambil kira, belum lagi saya menyentuh kedaifan infrastruktur seperti di jalan raya kita memandangkan kekangan masa yang diberikan adalah terlalu terhad untuk saya membahas hari ini. Akhir sekali, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan masalah di kawasan saya bersama dengan timbalan er apa ni Inanam, masalah perpindahan penduduk yang telah menjadi kekangan kepada penyiapan kebesaran Sungai Darau eh Sungai Rampaian, Sungai Rampaian di mana setiap kali hujan, setiap kali itu la kami terpaksa ke Rampaian, setiap kali hujan banjir, setiap kali hujan banjir jadi saya mohon kepada pihak yang berkaitan agar mempercepatkan penyiapan Sungai Rampaian dan menyelesaikan masalah perpindahan penduduk terutama penduduk di kawasan Kampung Seradan kerana perkara ini sudah berlarutan…

Sekian lama dan telah beberapa tahun tertangguh. Rakyat susah mungkin kita tidak nampak tapi bagi saya orang yang selalu berada di kawasan hari-hari di kawasan, saya memahami apa masalah

yang mereka hadapi. Jangan kita asyik melaung-laungkan, apa ini pembangunan tetapi nampak pembangunan itu tiada. Ini simple, ini basic. Rakyat sudah menderita seberapa lama. Setiap kali banjir berapa banyak harta kerugian? Berapa banyak belanja yang perlu dikeluarkan? Setiap kali banjir pindah, setiap kali banjir pindah. Ini kena faham.

Saya mohon kerajaan yang ada pada hari ini untuk memberi perhatian dan mengambil berat dengan masalah ini sebab ianya menjadi tanggungjawab kita. Walaupun saya di pihak pembangkang, saya sedar akan tanggungjawab saya dan begitu juga kerajaan yang ada pada hari ini mentadbir negeri ini perlu mengambil serius perkara ini. Rakyat sedang memerhati dan menilai. Datuk Speaker, saya menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Darau. Sekarang dengan segala hormatnya saya menjemput Yang Berhormat dari Liawan. Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

15 minit, minus-plus.

For the first time you pronounce Liawan correctly Datuk Speaker.

Speaker

I’m most (tidak jelas). Terima kasih banyak-banyak.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, dengan takzim saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Speaker kerana sudi memberikan saya ruang dan peluang untuk sama-sama menyertai sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah semalam.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran dan segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan

izin-Nya dapat kita berhimpun lagi dan bersidang di dewan yang mulia ini bersama-sama mendengar membincangkan berkenaan isu-isu semasa yang sedang akan dihadapi oleh rakyat di luar sana. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda.

Saya dan keluarga juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan salam ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada Datuk Speaker, rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, seluruh rakyat di DUN N.41 Liawan khasnya di Sabah amnya.

Datuk Speaker, seperti yang kita semua sedia maklum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia telah membentangkan Belanjawan 2023 memperlihatkan peruntukan pembangunan kepada Sabah meningkat 3.1% pada 6.5 bilion daripada RM6.3 bilion. Seperti yang telah dibentangkan oleh kerajaan lalu, pada Oktober tahun 2022 Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ini pada hemat saya telah mengambarkan komitmen Kerajaan Perpaduan Persekutuan terhadap harapan inspirasi suara dan denyut nadi rakyat di Sabah.

Dalam pada itu saya turut mengalu-alukan peruntukan RM2.5 bilion lagi pada Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan projek kemudahan awam seperti jalan raya, lampu jalan, bekalan elektrik serta air. Saya juga menyambut baik peruntukan untuk pelaksanaan projek-projek di Sabah merangkumi pelbagai aspek termasuklah kesihatan, pendidikan dan pengangkutan.

Menyentuh soal peruntukan pembangunan kepada Sabah, saya ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada cadangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan juga ADUN Kerajaan selaku Menteri Kewangan Sabah berhubung cadangan mewujudkan Tabung Amanah Pembangunan bagi menjamin keseluruhan peruntukan pembangunan kepada Sabah pada tahun semasa dapat dibelanjakan sepenuhnya bagi projek-projek pembangunan untuk tahun yang sama. Tabung ini juga dilihat dapat menghentikan kitaran baki peruntukan pembangunan untuk Sabah yang lebih daripada 50% dibawa perbelanjaan, belanjawan tahun seterusnya serta mengurangkan kerenah birokrasi di peringkat pusat.

Pendekatan ini saya lihat adalah lebih adil pada Sabah yang mampu menyelesaikan masalah kelewatan agihan peruntukan dan pelaksanaan projek pembangunan di bawah peruntukan tersebut. Saya yakin dan percaya pada kakitangan awam Kerajaan Negeri Sabah terutamanya Kementerian Kewangan Sabah mempunyai keupayaan untuk mengurus dan mengagih-agihkan peruntukan pembangunan tersebut secara efisien dan efektif.

Kewujudan tabung ini juga pasti dapat mengatasi masalah kelewatan pembayaran kepada kontraktor-kontraktor tempatan serta merancakkan lagi aktiviti pembangunan dan ekonomi setempat.

Datuk Speaker, ada cadangan untuk mewujudkan JPKKP, iaitu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan di negeri ini.

Saya berpendirian bahawa kewujudan dua jawatan yang sama dalam satu kampung hanya akan membawa kepada perpecahan dan bukannya perpaduan serta mampu merosakkan imej Kerajaan Perpaduan. Saya dengan itu, menolak sekeras-kerasnya kewujudan jawatan JPKKP di negeri ini.

Datuk Speaker, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada perkara-perkara berkaitan kawasan DUN N.41 Liawan. Pertama, terdapat banyak kawasan padang ragut di Daerah Keningau yang tidak digunakan lagi, dan dibiarkan begitu saja. Saya mencadangkan agar reserve padang ragut yang tidak digunakan lagi dapat ditukarkan kepada reserve tanah kampung, lot-lot perumahan kampung dan juga tanah perkuburan dan sebagainya. Bagi padang ragut yang masih digunakan pula, saya memohon agar dana peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan dapat disalurkan dengan segera bagi tujuan pemasangan tiang dan kawat berduri. Selaras dengan dasar kerajaan dalam menuju status negeri maju menjelang 2030 saya berharap agar kemudahan fasiliti-fasiliti umum seperti pasar umum Keningau dan padang-padang bola, dapat dinaiktarafkan serta satu dewan masyarakat baharu yang lagi besar dan selesa dapat dibina di Keningau. Saya juga menyokong cadangan yang mewujudkan satu pusat sukan atau akademi sukan di bahagian pedalaman khususnya di Daerah Keningau.

Pembangunan ekonomi di Daerah Keningau telah membawa kepada penghijrahan penduduk dari daerah-daerah lain di Sabah ke Keningau untuk turut serta dalam aktiviti ekonomi dan juga peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini. Namun ianya telah menimbulkan isu kekurangan rumah mampu milik untuk dibeli ataupun disewa. Justeru, saya ingin menyarankan pada Kerajaan Negeri bagi membina rumah PPR tambahan untuk memenuhi keperluan tempat kediaman khususnya di DUN N.41 Liawan. Selain daripada itu, masih terdapat golongan miskin dan miskin tegar yang belum menikmati kemudahan asas dan kemudahan kediaman yang lebih selesa. Program pembaikan rumah yang telah dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sejak kebelakangan ini perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Satu perancangan perlulah dirangka agar program pembaikan rumah dapat diambil alih oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah sepenuhnya supaya pejabat daerah melalui pegawai daerah dapat mengawal selia kerja-kerja pembaikan tersebut agar lebih telus dan…

Profesional. Datuk Speaker, Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung adalah inisiatif kerajaan dalam menambah baik kemudahan di kampung-kampung. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebilangan besar jalan kampung di kawasan N.41 Liawan yang belum menikmati kemudahan tersebut dan perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan. Masih terdapat jalan-jalan terutama di kawasan pinggir bandar seperti jalan Senagang, Keritan, dan Jalan Gaulan Sigapon yang kekal keadaannya seperti beberapa puluh tahun dahulu. Sedangkan bilangan kenderaan semakin bertambah. Kerja-kerja untuk menaik taraf jalan-jalan kampung tersebut perlu dijalan segera demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna dan penduduk kampung.

Selain daripada itu, peruntukan untuk menyelenggara naik taraf jalan-jalan kampung di negeri Sabah yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan haruslah mengagih mengikut pecahan daerah di negeri dengan seimbang. Kerajaan Negeri khususnya

jabatan… Jabatan Air Negeri Sabah perlu sentiasa peka terhadap isu gangguan bekalan air paip yang berlaku hampir di seluruh daerah di negeri ini. Masalah ini antaranya disebabkan oleh kebocoran paip-paip utama yang dibina dan tidak pernah ditukar sekian lama. Itu satu daripada masalah. Satu garis panduan berhubung langkah-langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut perlu disegerakan dan penggantian saluran-saluran paip yang telah uzur, terutama di daerah Keningau… Keningau perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Rungutan masyarakat sekitar daerah Keningau yang sering kali tidak menerima penyata pembayaran bil air dilihat menjadi salah satu faktor pelanggannya tidak membayar penyata penggunaan air mengikut jadual yang telah ditetapkan. Perkara ini akhirnya akan merugikan pihak Jabatan Air Negeri Sabah dan juga Kerajaan Negeri. Saya menyarankan agar Jabatan Air Negeri Sabah dapat menambah baik lagi sistem penyampaian… penyampaiannya agar isu sebegini dapat dikurangkan. Saya juga ingin menyentuh berkenaan bekalan air terawat. Terdapat 20 kampung, lima (5) buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di daerah Keningau yang belum menerima bekalan air terawat. Khususnya di mukim Menawo dan Mukim Mansiat. Ini bukan di kawasan saya tapi di kawasan DUN Tulid. Tapi tidak apalah kami sama satu daerah. Aduan… walaupun aduan sudah seringkali dibuat, memandang… sudah sering kali dibuat, memandangkan bajet pengurusan air terawat telah dimasukkan pada belanjaan… belanjawan tahun ini, saya berharap projek berkenaan dapat dimulakan oleh pihak kerajaan dalam masa yang terdekat. Datuk Speaker, menyentuh tentang bekalan air. Saya ingin menyarankan pelan induk yang holistik untuk menyelesaikan masalah air juga perlu dirangka. Ini memandangkan air juga ada sumber penting kepada industri pembuatan bagi menarik lebih ramai pelabur dalam dan luar negara. Ini termasuklah merangka pelan jangka masa panjang supaya bekalan dan penyaluran air ke seluruh negeri dapat dibuat dengan lebih cekap dan… lebih cekap. Pelan ini juga harus menyentuh tentang penstrukturan semula industri air termasuklah kawal selia dan pengurusan air, di mana pelan induk ini juga perlu membuat perbandingan kejayaan struktur industri air di negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Di sini saya juga ingin menyentuh tentang keperluan tenaga yang amat kritikal bagi negeri Sabah. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keputusan SESB untuk melakukan dengan… aa load… load shedding. Di mana antara lain masalah kapasiti penjanaan elektrik tidak lagi mampu menampung permintaan. Ini menyebabkan SESB tidak mempunyai pilihan lain untuk membuat… membuat gangguan elektrik… elektrik secara terpilih di seluruh negeri bagi memasti… bagi memastikan tiada kegagalan total system grid Sabah. Dan ini dijangka akan berpanjangan sehingga bulan Julai.

Bukan sahaja Sabah mempunyai permasalahan dari segi ketidakseimbangan bahan api penjanaan elektrik Sabah, kita juga mempunyai permasalahan dari segi security of supply. Di sini saya ingin menyarankan Suruhanjaya Tenaga Sabah yang baharu untuk melihat secara dengan lebih mendalam lagi menyelesaikan… untuk menyelesaikan permasalahan secara quick fix with long term solutions. Dengan pengambil... pengambilalihan kawal selia elektrik tidak lama lagi adalah menjadi tanggungjawab besar negeri Sabah untuk memastikan industri elektrik sentiasa dalam keadaan yang lebih cekap, kondusif dan kompetetif.

Adalah menjadi harapan rakyat di luar sana agar segala persoalan dan juga permasalahan yang disuarakan bukan sahaja didengar, tetapi juga diselesaikan oleh kita semua di Dewan yang mulia ini. Kepada rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakyat di kawasan saya di DUN N.41 Liawan khasnya dan di seluruh Negeri Sabah amnya, saya dan seluruh kepimpinan di peringkat kawasan N.41 Liawan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2023. Semoga di hari-hari mendatang kita semua akan terus maju dan negeri Sabah ini terus aman, makmur dan sentosa. Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Liawan. Sekarang dengan segala hormatnya saya menjemput Yang Berhormat Silam. Silakan.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah.

Alhamdulillah.

Allahuakbar.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, beri peluang untuk saya mengambil bahagian untuk membahas ucapan dasar kerajaan yang

disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr.

Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas pada pagi Isnin 22 hari bulan 5 2023. Datuk Speaker, tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dalam usaha memperkasakan sektor pertanian dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program pembangunan komuniti tanaman seperti Musa… Musang King, Pisang Sabah, jagung, nenas, avocado dan lain-lain tanaman. Peruntukan untuk penanaman padi di Beluran eh… di 1,600 hektar tanah Terusan Sapi di Beluran untuk memperkukuh jaminan bekalan beras. Program ini pekebun-pekebun kecil dapat manfaatnya dengan menjual hasil tanaman mereka tapi lain pula nasib rakyat di Parlimen P.144 Lahad Datu. Seramai 1,500 orang peserta di Skim Pekebun Kecil Bagahak tidak berpuas hati dan merungut kerana mereka tidak tahu kepada siapa yang sepatutnya mereka merujuk bila ada ketidakpuasan hati mereka. Mereka mengharapkan di akhir tahun terutama hari perayaan dengan harga sawit mentah hingga lebih 1,000 Ringgit satu tan dapatlah meringan perbelanjaan mereka. Tapi mereka kecewa dalam setahun beroperasi, dan setahun beroperasi mereka cuma mendapat 8… aa... terutama hari perayaan dengan harga sawit mentah hingga lebih 1,000 Ringgit satu tan, dapatlah meringan perbelanjaan mereka tapi mereka kecewa.

Dalam setahun beroperasi mereka cuma diberi 8 sen satu unit. Kalau lot tanah peserta 12 unit cuma dapat Ringgit Malaysia 960 ringgit setahun. Ada yang… ada yang meluahkan perasaan mereka dengan berkata “baguslah jual tanah itu”. Kita minta penjelasan di Dewan yang mulia ini, dapat jawapan yang telus semasa pengulunggan kementerian yang bertanggungjawab. Apakah puncanya masalah ini berlaku? Adakah pengurusan yang kurang cekap?

Datuk Speaker, isu kedua yang terlintas di fikiran saya untuk dibahas ialah isu kesihatan di kalangan rakyat khususnya kawasan Parlimen Lahad Datu dan DUN Silam. Dengan wujudnya Hospital Lahad Datu mudah untuk mereka dapat rawatan yang diperlukan. Tapi…

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Apa yang membimbangkan saya Datuk Speaker dialisis tiga kali seminggu, 19 orang dari pesakit ini tinggal jauh di Tambisan, Tanjung Labian, Sinakut, Felda Sahabat, Tungku dan Lembatu jauhnya lebih kurang diantara 60 hingga 120 kilometer. Mereka tiada berpendapatan tetap cuma sebagai nelayan dan berkebun. Kos pengangkutan mereka untuk ke Hospital Lahad Datu 3 kali seminggu begitu tinggi dengan membebankan mereka. Kita berharap tindakan segera harus diambil perhatian difahamkan 2 tahun lalu pengubasuaian bilik untuk tempatkan Mesin Dialisis Hospital Tungku tergendala kerana kriteria bangunan tidak sesuai kalaupun bilik diubahsuai boleh digunakan difahamkan staf tidak mencukupi dan mesin dialisis cuma ada 2 buah itupun ehsan dari penderma. Kita mohon di Dewan yang mulia ini supaya Kementerian yang bertanggungjawab ataupun pengaruh Hospital Ahli Dewan ini ambil tindakan segera selenggarakan bilik yang untuk tempatkan dialisis di Hospital Tungku supaya pesakit 19 orang ini dapat jimatkan kos dan masa mereka.

Datuk Speaker, tahniah kepada Kerajaan Negeri untuk membudayakan Masyarakat Perihatin termasuk Program Pusat Kanak-kanak perihatin memberi pendidikan awal kawasan Luar Bandar. Di kawasan Bandar Tabika Kemas adalah satu pusat pembelajaran kanak-kanak belajar A, B, C tapi keadaan tempat mereka belajar tidak selesa, di Parlimen Lahad Datu ada 93 kelas Tabika Kemas dan 14 Taska jumlah kanak-kanak sebanyak 2163 orang, Taska 77 orang dan Tenaga Pengajar 107 orang ada 43 premis Kemas selebinya di balai-balai raya dan lain-lain tempat. Pentadbiran Kemas Lahad Datu menyewa bangunan kedai sejak 1995 dan pada tahun ini 2023 mereka berpindah ke bangunan Tabika Kemas di Kampung Tabanak Cenderawasih bersebelahan dengan kelas kanak-kanak belajar. Di lain-lain di Sabah ada pusat kegiatan kemas tapi di Parlimen Lahad Datu yang mempunyai empat kawasan DUN tidak pusat kegiatan kemas mereka sewa dewan bila adakan bengkel dan program.

di Dewan yang mulia ini, saya mohon untuk wujudkan Pusat Kegiatan Kemas di Parlimen Lahad Datu sebab di Parlimen Semporna, Kota Belud, Kinabatangan, Sandakan dan lain-lain Parlimen di Sabah.

Datuk Speaker, Kerajaan Negeri memberikan tumpuan kemudahan awam seperti pasar umum, tapak tamu, gerai-gerai perniagaan dan lain-lain kemudahan untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat tapi kita minta Kementerian Tempatan Perumahan untuk melihat konsesi yang telah diberi kepada syarikat-syarikat, contohnya pemungut sampah yang mana tidak selenggarakan dengan baik di Lahad Datu, syarikat yang diberikan konsesi ini tidak mengikut jadual dua atau tiga hari baru mereka angkat yang mana sampah sudah busuk dan berselerak dan syarikat ini diberi 10 tahun untuk konsesi angkat sampah mereka tidak bersungguh-sungguh. Kementerian haruslah melihat keupayaan syarikat ini. Yang Berhormat Menteri mempunyai kuasa untuk menegur bahkan membatalkan lesen syarikat ini dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk membangunkan dan memesrakan rakyat dengan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk kumpulan B40 dengan kos harga 47 ribu di Sukau, Kinabatangan, Melalap, Tenom dan Beluran mudah-mudahan perasan saya di DUN 52 Silam tidak ketinggalan dengan komitmen kerajaan ini membina rumah kos rendah seperti di daerah-daerah yang lain. Oleh itu, saya mengucapkan banyak-banyak ribuan terima kasih dan diberi peluang pada hari ini dan mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Pesta Kaamatan kepada semua masyarakat KDM dan saya ingin menyokong terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Silam sekarang saya menjemput Yang Berhormat Nabawan, silakan.

Terima kasih Datuk Speaker, Assalamu alaikum Warahmatullahi wabarakatuhu, Salam Perpaduan, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Pertama sekali dalam kesempatan ini, ingin mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin di atas ucapan dasar yang disampaikan kepada kita semua pada tempoh hari. Datuk Speaker, peribahasa melayu ada mengatakan tidak ada bukit yang tidak dapat didaki tak ada lurah yang tidak dapat dituruni bermaksud setiap cabaran atau rintangan pasti akan dapat diatasi dan ada jalan penyelesaian. Semut di seberang lautan kelihatan, gajah di pelupuk mata tidak nampak maksudnya kesilapan kecil kita boleh nampak tetapi masalah depan mata dan dekat dengan kita belum dapat

diselesaikan.

Oleh itu, di Dewan yang mulia pada hari ini saya akan mengutarakan dan mengupas beberapa aspek penting dalam mencari titik temu penyelesaian bagi memastikan agenda Pelan Pembangunan SMJ dapat membuktikan hala tujunya yang inklusif menyeluruh untuk negeri Sabah yang kita cintai. Kita tidak mahu Sabah Maju Jaya hanya menjadi laungan di bibir sahaja dan marilah kita memaksimakan usaha dan kesungguhan yang sebenarnya dalam usaha membuahkan hasil untuk bermanfaat dan kesejahteraan bersama.

Kali ini, saya tidak bercakap dalam skop yang besar elok sekirannya saya bercakap dalam konteks yang lebih kecil yakni menyuarakan isu-isu penting yang dekat dengan saya terutamanya mengenai pembangunan dalam aspek jaringan infrastruktur di daerah Nabawan. Pertama, saya ingin bertanya apakah status terkini penaiktarafan jambatan kayu kepada jambatan konkrit terhadap dua buah jambatan yang menuju ke Pekan Nabawan ini masih lagi guna jambatan besi ini kayu ini jadi soalan saya apakah tindakan pihak Kementerian terutama pihak Jabatan Kerja Raya untuk menyelesaikan isu ini kerana sudah sekian lama dua buah jambatan utama ini belum dinaiktaraf dan sering kali diperbaiki disebabkan selalu berlakunya kerosakan. Keadaan ini amat membimbangkan untuk keselamatan orang ramai dan sekali lagi saya menyeru kepada pihak bertanggungjawab yang berwajib untuk menyelesaikan perkara-perkara ini dengan kadar segera demi keselesaan dan kesejahteraan pengguna jalan atau jambatan utama menuju ke Pekan Nabawan.

Kedua, saya juga ingin bertanya daripada pihak Kementerian berkenaan khusunya Kementerian Kerja Raya mengenai status, saya sudah menyuarakan beberapa kali jalan-jalan bekas pembalakan di daerah Nabawan ini kerana kebanyakan jalan bekas pembalakan ini kini telah menjadi jalan perhubungan ataupun laluan utama masyarakat di daerah ini apakah status terkini dan bilakah pihak JKR akan mengambil alih untuk menyelenggara jalan-jalan bekas balak ini. Perkara ini penting perlu diambil perhatian untuk menfaat keselehan masyarakat di daerah Nabawan. Jalan-jalan bekas pembalakan perlu di selenggara untuk memudahkan aktiviti sosial ataupun ekonomi masyarakat yang menggunakan. Kita tidak mahu lagi ada isu yang viral di media sosial melihat anak-anak kita ke sekolah ataupun orang-orang yang sakit yang ingin mendapatakan rawatan menghadapi kesukaran dengan bejalan kaki

disebabkan keadaan jalan yang teruk tidak dapat dilalui oleh kenderaan seperti berlakunya jambatan runtuh, terputus, jalan licin, belumpur dan berlubang. Datuk Speaker, hari ini saya bersyukur ada isu yang telah dilontarkan atau di kemukakan khususnya oleh YB Merotai mengenai isu tanah ini saya akan kupaskan sedikit mengenai 2 perkara. Pertama, mengenai isu ataupun saya terpanggil untuk memberikan pencerahan mengenai permohonan tanah bil 20,23,15,027 seluas 320 ekar atas nama Abdul Ghani bin Muhammad Yasin yang telah viral di media sosial. Saya untuk makluman semua Ahli Dewan Yang Mulia ini kawasan yang dipohon terletak di daerah Nabawan kawasan tersebut adalah bekas hutan.

….Simpan Pensiangan kelas dua yang kini, yang telah dibubarkan dan kini berstatus Tanah Kerajaan Tatalaan di Daerah Nabawan ini. Untuk makluman ataupun kepada semua pemimpin-pemimpin masyarakat khususnya dari Mahkamah Anak Negeri, Ketua Anak Negeri, WKAN, Ketua Kampung dan juga Pengerusi JPKK telah apa ini menemui saya dan mendapati banyak apabila tanah ini dibubarkan menjadi anu ini, tanah kerajaan ini mereka dapati bahawa banyak permohonan-permohonan dari orang luar ini ya, yang bukan daripada asal Daerah Nabawan dan juga daripada syarikat-syarikat luar yang sangat berminat untuk memohon ini tanah tersebut, khususnya TOL untuk membalak. Ini yang bikin pening kepala saya dalam ilusi yang setiap ilusi dan untuk TOL membalak ini, untuk makluman hampir semua permohonan membalak ini dengan syarat TOL ini diluluskan sebelum September 2020. Faham maksud saya, siapa kerajaan siapa yang meluluskan sebelum September tahun 2020 okey.

Dimaklumkan beberapa penduduk kampung lain juga datang kepada saya, sebagai Wakil Rakyat mahu tanah ini, tidak mahu tanah ini jatuh ke tangan luar. Mungkin tidak ada bersyarat, tidak ada kaedah ataupun undang-undang yang sesiapa tidak boleh memohon. Ini terbuka siapa-siapa pun boleh memohon. Oleh itu, mereka merancang untuk terlebih dulu memohon kawasan tersebut, sebahagian kawasan tersebut dan saya bersyukur alhamdulillah kebanyakan kawasan-kawasan itu dalam

Mesyuarat LUC, saya telah tetapkan kampung-kampung yang terlibat itu kita jadikan kampung rizab, maksud dia itu mungkin ada apa ini, kawasan berbagai saiz dalam beribu-ribu ekar dan juga oleh itu mereka merancang untuk menubuhkan satu koperasi ini.

Jadi untuk projek ternakan dan juga dengan usaha sama bersama dengan SLDB, kita sudah buat perancangan, kita sudah buat anu Kertas Kerja Cadangan Pembinaan Permukaan dengan menggunakan sistem float, bekerjasama strategik di antara SLDBSB dengan koperasi pemilik, koperasi ini. Jadi tujuan kita ini ialah untuk ada ladang pengganda. SLDB mempunyai seluas 400 ekar di Binakaan Sook tidak dapat menampung, maka kerana itu kita mencari tanah yang sekitar, yang dekat-dekat di sana untuk menampung program penalakan ini. Jadi pada saya, daripada memberi SLDB tanah kenapa tidak kita cari tanah untuk orang kampung, untuk anu apa ini untuk buat anu ni ini koperasi ini dengan usaha sama dengan SLDB tetapi masalahnya itu, dalam kita merancang itu tanah yang ada itu mereka ini pemimpin-pemimpin sana penduduk kampung ataupun koperasi yang akan ditubuhkan ini tidak yakin untuk memohon tanah ini. Kata mereka koperasi belum pun diluluskan, jadi mereka minta saya untuk datang, meminta saya untuk menggunakan tanah saya dengan tujuan, mereka merayu mereka berjumpa dan merayu kepada saya agar kalau boleh permohonan ini dibuat atas nama saya bersifat sementara, sedangkan saya pun sudah tulis surat anu untuk pembatalan, pembatalan PT ini yang tidak bertarikh. Maksud dia itu, setelah koperasi ditubuhkan kita taruh (simpan) tinggal taruh anu saja apa ini tinggal taruh nama koperasi itu saja. Jadi Datuk Speaker, ini semua secara bersifat sementara dalam perancangan kita menubuhkan koperasi tersebut, setelah saya berfikir dan telah membuat pertimbangan saya setuju dengan cadangan pemimpin masyarakat ini, dengan memikirkan sekiranya permohonan dibuat atas nama saya, mereka beranggapan bahawa apa ini tidak ada mana-mana individu ataupun syarikat-syarikat yang orang bilang berani memohon tanah itu. (Kedengaran suara percakapan yang tidak jelas). Pasal sebenarnya saya tidak salah, sebagai apa ini orang asal Nabawan, saya tidak di apa ini tidak dikecualikan untuk memohon tanah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Nabawan duduk sekejap.

Ya, ya..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya punya cadangan, tidak, tidak payah untuk memberikan perkara ini mendedahkan di sini, adalah lebih baik kalau buat secara bertulis untuk meneruskan kepada orang yang berkenaan kerana ini akan memakan masa dan mungkin tidak boleh memberi tujuan yang tepat Yang Berhormat. Ini hanya cadangan saja.

Terima kasih Datuk Speaker, cuma saya merasakan apabila dibawa di dalam dewan yang mulia ini, saya perlu pertahankan diri saya. Jadi kalau saya secara bertulis dan ajukan kepada yang membawa itu, tidak orang bilang tidak adillahkan. Jadi saya terpaksalah, sedikit saja lagi Datuk Speaker, please untuk saya. Saya menunggu-nunggu…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya kasih, saya kasih masa untuk menyenangkan Yang Berhormat sendiri sahaja.

Saya sebelum ini, perkara ini diviralkan di mana-mana, saya tidak menjawab. Kalau saya terus menjawab, seolah-olah oh ini YB tidak steady dia bilang, takut itu ini mempertahankan. Saya tunggu, saya tunggu di dewan ini disuarakan. Jadi untuk menyambung apa ini ah penjelasan ini, saya secara ikhlas bersetuju tetapi dengan bersyarat sekiranya, ada isu-isu negatif yang muncul kerana ini, maka mereka-mereka ini yang datang saja ini hendaklah bersedia untuk memberikan penjelasan dan juga ah, apa ini em, dan ah, menjadi penjelasan dan perkara ini tidak sepatutnya dipolitikkan. Saya sebagai Wakil Rakyat, saya sebagai benteng, apa guna saya sebagai Wakil Rakyat kalau tidak memenuhi kehendak mereka ini ya. Jadi apabila sampai masanya nanti Datuk Speaker, saya akan menarik diri tidak ada masalah. Saya cakapkan secara terang-terang dan menyerahkan perkara ini dan boleh diteruskan kepada koperasi yang saya sebutkan. Saya ingin nyatakan dalam dewan yang mulia ini juga, kalau saya pemimpin yang ambil kesempatan, sejak saya jadi masuk dalam politik ini, mengetuai apa ini parti politik di kawasan ini sudah 30 tahun Datuk Seri, satu PT atas nama saya, saya tidak pernah buat. Tidak pernah ada permohonan tanah yang diluluskan atas nama saya, yang menjual itu adalah, jadi sejak saya jadi

apa ini dan sudah banyak peluang kalau boleh, kalau banyak peluang yang patut saya ada, saya orang asal di sana sepatutnya. Dalam geran komunal itupun nama saya pun tidak ada Datuk Speaker, walaupun saya orang di sana ini. Jadi, tetapi saya bukan pemimpin yang peralatkan, yang peralatkan kedudukan saya untuk kepentingan peribadi.

Datuk Speaker, saya rasa cukuplah mengenai perkara itu, sebagai penutup saya menyimpulkan mungkin juga ada jawapan ataupun jawapan-jawapan yang saya ajukan ini. Kalau mahu minta saya bersendiri buat ah kenyataan saya akan buat di luar nanti, menyimpulkan setiap persoalan yang telah saya kupas sebentar tadi ia ini mengenai keperluan untuk mendapat penjelasan serta kemas kini tindakan yang pihak-pihak berwajib supaya gerak kerja dapat disegerakan agar tadbir urus dalam aspek pembangunan Kerajaan Negeri terus bergerak di landasan yang sewajarnya, terutama sekali mengenai keperluan jaringan-jaringan infrastruktur, jalan-jalan perhubungan, penyelesaian masalah air dan juga isu penyelesaian dalam pemilikan tanah bukan saja di kawasan saya di Nabawan, begitu juga di kawasan-kawasan di seluruh negeri di Sabah ini.

Selain itu, saya juga telah menyentuh isu keperluan liputan Internet yang serta pembasmian kemiskinan masyarakat di kawasan pedalaman di perbahasan-perbahasan yang lalu dan perkara-perkara ini adalah fokus utama yang perlu dinoktahkan dengan segera demi kesejahteraan dan masa depan Sabah yang lebih maju. Mengakhiri ucapan, saya ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan andai ada keterlanjuran kata atau bahasa yang tidak menyenangkan, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan tahun 2023.

Saya titipkan dua pantun Datuk Speaker, Menanam tebu di tepi sawah, Masak gulai bercampur pandan; Aidilfitri berlalu penuh meriah, Raikan pula Gawai dan Kaamatan, Sayang Sabah negeri onsoi….

Buah nenas lambung-lambungan, hendak dibawa dengan berkonvoi, tinggallah emas tinggal junjungan, sekian wabillaihitaufik walhidayah. Assalamualaikum wbk. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Nabawan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Tanjong Papat. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tuan Speaker.

Aaa minta maaf kita ada usul akan dibawah oleh Menteri. Silakan Menteri.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Ya. Usul penangguhan Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bawah menurut Peraturan Tetap (2) (1b) Peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang menyokong?

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Inanam

Tuan Speaker, saya memohon mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat. Speaker emm, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ini ialah, Dewan ini tidak akan ditangguh seperti mana yang dicadangkan.

Ahli-ahli yang bersetuju, katakan ‘bersetuju’.

Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’.

Lebih suara yang bersetuju.

Usul disetujukan.

Yang Berhormat Tanjong Papat silakan.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Terima kasih pada Datuk Speaker. Dengan izin saya membacakan emm, ulasan ini dalam bahasa Inggeris. First of all I wish…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Just for in apa ni your information, you’re allowed to speak in English or Malay. So no need dengan izin.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Yes. Thank you Datuk Speaker. First of all, I wish to take this opportunity to thank Datuk Speaker for the opportunity to response to The Excelency Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah in this…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, can you make the microphone directly in front of you? Please.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Yes. Thank you. Datuk Speaker, this SMJ theme is definitely a very good slogan and the way forward. Since it was launched in March 2021 by our Honourable Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. However there appears to be some hiccup along the way as those in charge of certain portfolios have not been up to the mark when discharging responsibilities.

The way forward in the tourism industry is by far the most and fastest way to speed up or slow down our economy in Sabah. Tourism in Sabah make up to almost 10% of the total income for Sabah in the year 2019 compare to Malaysia as a whole 6.8%. The pandemic in late 2019 and early 2020 led to shutting down of our border town, border doors to international visitors, had almost crippled our economy, that beside

palm oil, as much as our income was derived from tourism related businesses. Since then, many have change their job to other businesses. Those in the tourism industries are facing many challenges. Maybe the Ministry can enhance tourism industry with new tourism product such as historical tourism, mini sports tourism, food tourism, charity tourism, all targeting at niche market. Sandakan in particular has many historical aspects to her with the infamous Death Marches and the two memorial services by the Anzac in April pre-dawn service and the MPS in August. These are the annual events. There’s also a little-known post World War 2 Japanese cemetery in Sandakan, with rich historical aspect to its presence. These historical places should be promoted and enhanced.

Datuk Speaker, the infrastructure in electricity and supply of treated water to various communities are of absolute importance to the community and businesses. However, the supply of both service have been anything except good in recent days. In the matter of water, 70% of the residents in Sandakan, I’m talking about 350 thousands people in Sandakan have been consuming and using salted treated water for the period of not less than half a year. Meaning seven months and this has seriously and adversely impacted the quality of lives of the affected residents. The current situation has also seriously and adversely impacted the health of many from itchy body skin to upset stomach and high blood pressure. This unwarranted incident which has persisted until today has affected until monitory damages by the hundreds monthly to at least 70% of Sandakan residents for every household. Businesses have also been adversely impacted. Water is a serious security issue. My question? Why has not the issue of excessive salt in treated water being detected by the authority much earlier? Why was no serious action being taken much earlier? What are the measures taken to bring the salinity of the treated water to an acceptable level in occurs to the host and that weather there is a plan in place to prevent reoccurances to such shocking breach of security issue to our source of water. While such incidents should never happened at all. Is there any guarantee that will be not such reoccurances again?

Similarly, Datuk Speaker, the supply of electricity by SESB has been below standard with power outage unknown beforehand by the relevant authorities. However according to the Minister of Industrial Development and Entrepreneurs, in a recent

press statement, SESB could have anticipated the power outage and prevented the incidents. I therefore find the behaviour of SESB unacceptable. Datuk Speaker, it is recognised that Sabah is short of skilled and trained workes for various industries. Indeed, efforts to train our people to up-skilling and deskilling according to TVET is good. However, I think it is also necessary to set a target for various training programs so that each trained program will be able to achieve and to supply to the respective needs of the different industries in Sabah as Sabah is now promoting for more FDI and DDI investment to Sabah.

In addition, our government and State GLC should also make maximum use of their land to increase FDI or DDI industries participation which would increase local employment provided we have relevant workers ready to take on the new jobs. Such case in point is POIC in Sandakan which has been lying idle since day one and that has been more than 15 years.

Is it due to improper planning or failure implementation of various asset?

Public transports need improvement in our midst to cater to the needs of the public and visitors in general. There should be more consistent, reliable and affordable transportation. Example some PPR housing are built in some remote areas. Like for example in Sandakan, Sungai Manila which is quites far away atleast 12 to miles in Taman Muhibbah. Such housing would not be popular to those needing cheap housing and yet cost much to rely on public transport to commute to and from their place of work.

Datuk Speaker, System Sabah social time bank sounds good and seem a forward saving scheme to save our government as well as the community much costs in now…

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

...in future when launched. It will help many with much time and passion to helping others and getting credit points in return. The scheme or system would be better use with the addition of credit hours

to those participants who may need social services for themselves in time of need I expect as I expect costs of labour would continue to rise. Such credit hours earned can be utilized, among others, to buy back the hours required that they require in the future. Such credit hours earned under the scheme or system should also be deemed an assist to make it transferable to anyone they choose whether by a Will or otherwise.

Datuk Speaker, of course, building of new public facilities according to the needs of to each location is good. However, this should be followed by annual and regular maintenance work to ensure that the facilities do not fall fail to serve the purpose that it was built for.

Datuk Speaker, while I agree that solid waste management and hygiene are related issue, the Authorities concern should follow through with education and enforcement to ensure such efforts would not be wasted. The government should be serious and be persistent in not just making Laws, but to enfire them enforce them. Local authorities have anti-littering by law, but they are hardly enforced. Indeed, we have many laws but they become useless when they are not implemented or enforced. Datuk Speaker, I’ll be finishing in shortly. In the days of Pandemic, flights and shipping between Tarakan of Indonesia and Tawau were stopped and interruptions of these services have had caused many immense disruptions to businesses to Tawau. I am made to understand that until to date these services have not been restored. Needless to say, such disruptions have caused loss of revenues to businesses and as well to the government. Whether the government can look into these issues to boost cross-border businesses in Tawau in view that Indonesia is implementing their plan to move their Capital next to our border. Lastly, one very important issue that our government should take serious attention is Dengue all over Sabah, with Sandakan being hit the hardest.

Instead of using regular and common practice, maybe the government should be more innovatative in educating the public to help in the fight against Dengue.

Thus, Datuk Speaker, I conclude my speech by whishing Kotobian Tadau Kaamatan to all Sabah ethnics groups who will be celebrating Harvest Festivals in the whole month of May. Thank you. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (YB Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Thank you Yang Berhormat Tanjong Papat. Now, I like to call Yang Berhormat Sekong.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Bismillah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang, terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker atas kesempatan yang membolehkan saya terlibat sama, dalam perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan, yang telahpun disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.

Tuan Speaker dan rakan-rakan sidang DUN yang dimuliakan, Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 akan berakhir pada tahun 2025, yakni dua tahun dari sekarang. Dalam masa yang sama pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0, 2021 hingga 2025 dinyatakan telah membuahkan hasil. Ucapan semalam juga telah menyebut istilah Sabah Maju Jaya sebanyak 16 kali, dengan catatan sasaran 2.2 juta pelancung, yang dianggarkan memberi pulangan pendapatan RM4.1billion. Saya mengucapkan tahniah, kepada Kerajaan Sabah Maju Jaya dan moga ianya dapat dicapai.

Namun, Tuan Speaker, izinkan saya berkongsi senario yang dialami rakyat di Sekong dan amnya di Sandakan. Disebalik kenyataan, bahawa Sabah Maju Jaya melakar pungutan hasil cukai 2022, berjumlah RM6.96 billion, atau pertambahan 28% dari angka tahun 2021, dan ditambah dengan peruntukan pembangunan dari Kerajaan Persekutuan berjumlah RM6.5 billion. Bahkan tidak cukup dengan itu, Kerajaan Persekutuan telah menambah lagi RM2.5 billion untuk Sabah dan Sarawak, akan tetapi, rakyat Sekong, rakyat Sandakan, terus berada dalam lembah kesusahan, dan kesusahan-kesusahan yang rakyat alami ini adalah di luar kawalan mereka, kerana ianya adalah dalam kawalan kerajaan. Harga barang yang naik sampai-sampai harga mineral water naik 4 ringgit daripada 9 ringgit kepada harga RM14.00, dan ditambah kemudahan prasarana yang teruk menjadi mimpi ngeri kami rakyat Sandakan.

Kemudahan jalan raya, sepertimana yang kita ketahui sangat teruk, menjadi penyebab kepada kemalangan bahkan sehingga meragut nyawa rakyat di Sandakan. Ia menyusahkan semua segmen sosial masyarakat yang menggunakan jalan raya, sama ada para guru, anggota keselamatan, pengangkutan awam, para peniaga dan lain-lain.

Isu pengangguran, Tuan Speaker, yang kian hari kian membengkak, sehingga kadar penganggulan pengangguran dalam kalangan golongan siswazah semakin membimbangkan.

Tuan Speaker yang saya hormati, pernahkan Tuan Speaker mendengar orang yang mengalami sakit darah tinggi, terpaksa berkongsi atau meminjam ubat darah tinggi dari jiran sebelah rumah, kerana tidak ada wang untuk pergi ke hospital Sandakan, tidak ada wang untuk membeli ubat maka, terpaksa pinjam ubat daripada jirannya disebelah rumah, lantaran ketiadaan wang. Tuan Speaker, ianya berlaku di Sekong di Sandakan.

Lampu jalan jangan ceritalah. Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat berkongsi masalah di kawasan masing-masing, sama ada di kawasan ADUN Kerajaan ataupun pembangkang seumur mati lampu. Aduan dibuat tetapi respon sangat mengecewakan. Begitu juga setelah lebih 50 tahun Negeri Sabah merdeka, bekalan elektrik masih ditekuk lama. Kita asyik sepan memasuki tiga tahun mendendangkan lagu yang sama, kerana perkara sama masih berlaku. Negeri-negeri lain di Malaysia telah mendendangkan lagu-lagu baru, tetapi kita di Sabah masih lagi mendendangkan lagu-lagu lama, lagu-lagu Bob Tutopoli. Negeri lain bercahaya, namun Sabah Maju Jaya

Speaker

Lagu-lagu klasik itu, lagu klasik.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

(ketawa) ya, negeri lain bercahaya Tuan Speaker, namun Sabah Maju Jaya malam. Dari rumah sehingga ke premis perniagaan, sehingga ke pejabat-pejabat, ke rumah Ibadat, bahkan hospital dan lapangan terbang mengalami kejadian mati karon, dan ianya telah menjejaskan aktiviti kehidupan rakyat kita di Sabah.

Tuan Speaker, tidak dapat dikongsikan penderitaan kami di Sandakan, yang terpaksa meminum air masin selama lebih enam bulan, jika saya tidak silap bermula bulan Oktober tahun lalu. Tidak juga dapat digambarkan, kepayahan rakyat Sekong dan Sandakan Tuan Speaker, bila mana kejadian mati air sejak tahun lalu kerap berlaku. Jadi ianya bukan isu politik, tetapi ianya isu kemudahan asas yang menjadi…

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Kewajipan kita sebagai pemimpin untuk menyediakannya kepada rakyat yang ada di kawasan kita dan keadaan ini telah menjejaskan kesejahteraan rakyat di Sekong dan juga di Sandakan. Menjejaskan anak-anak kecil, warga tua, OKU dan semua kalangan termasuk menjejaskan aktiviti peniaga-peniaga kecil dan menjejaskan daya saing dan hidup rakyat Sandakan. Bagaimana status bekalan air di Kampung Bambangan yang sehingga kini mereka belum mendapat bekalan air bersih? Apakah kerajaan telah memulai usaha-usaha untuk melakukan atau menyalurkan bekalan air bersih di kampung berkenaan. Mohon penjelasan daripada YB Menteri. Tuan Speaker, saya berumur 55 tahun.

Speaker

Muda masih.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih. Saya berumur 55 tahun namun, saya tidak pernah berhadapan dengan keadaan di mana jenazah yang perlu dimandikan tetapi tiada bekalan air. Ini memang berlaku. Saya kongsikan gambar rakyat di Batu Sapi mengangkat air kerana tidak ada air untuk memandikan jenazah. Ini isu kita semua. Bukan isu kami di peringkat pembangkang namun, isu di pihak kerajaan juga. Bagaimana kita mencari jalan komprehensif sebagaimana yang ditekankan oleh YB Menteri Kerja Raya dalam mengatasi perkara ini.

Tuan Speaker, kejadian bekalan air masin selama enam bulan bukan hanya menyusahkan rakyat Sandakan tetapi mendedahkan kami di Sandakan kepada ancaman kesihatan. Pada peringkat awal, kanak-kanak cirit-birit demikian juga orang dewasa termasuk saya.

Setelah enam bulan kami di Sandakan meminum air masin dan kerap mengalami ketiadaan bekalan air, maka baru beberapa hari yang lepas jika saya tidak silap pada 19 Mei Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah turun dan mengambil perhatian serius terhadap perkara ini. Saya alu-alukan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas inisiatif beliau. Namun saya ingin bertanya Tuan Speaker, apakah kesihatan dan nyawa rakyat Sandakan tidak penting sehingga Ketua Menteri memerlukan enam bulan untuk turun ataupun respon menang menanganinya walaupun kami faham Ketua Menteri mempunyai kerja yang terlalu banyak.

Bukankah Ketua Menteri Sabah secara moralnya adalah bapa kepada rakyat Sabah? Bukankah Ketua Menteri Sabah bertanggungjawab melindungi anak-anaknya rakyat Sabah dari sebarang masalah yang membahayakan mereka. Saya mendoakan agar Yang Amat Berhormat Ketua Menteri diberikan kekuatan untuk menguruskan perkara ini dengan lebih baik.

Benarkah kerajaan yang ada telah memenuhi karakteristik The People’s Government. Mengapa di sebalik pendapatan dan peruntukan yang bertambah sebagaimana dalam perkara nombor 39 dan 46 ucapan dasar kerajaan namun, rakyat dari seluruh pelosok Sabah sama ada Kadazan, Murut, Sungai, Rungus, Bajau, Suluk, Bugis, Cina, India dan lain-lain semakin tersusah. Sebab itu Tuan Speaker, Sekong dengan rendah hati menyeru agar kerajaan perlu lebih kelihatan cekap menangani isu yang melingkari kehidupan rakyat yang di bawah kuasa dan tanggungjawab kerajaan. Kerajaan, apapun slogannya harus membuktikan kecekapan tindakan mereka dalam mengurus rakyat dan negeri yang kita cintai ini.

Saya tutup Tuan Speaker.

Kita semua adalah pelakon di seluruh dunia sementara ini namun, biarlah kita ini berlakon dengan jujur, benar dan ikhlas sehingga kita diredai oleh Tuhan dan dapat dipercayai oleh penonton kita yakni rakyat jelata. Sabah memang negeri yang kaya namun amat memalukan kerana Sabah juga kaya dengan YB-YB yang suka lompat.

Rakyat mempertikaikan kewibawaan. Kami para wakil rakyat dan ternyata Tuan Speaker tidak keterlaluan jika saya katakan anak kecil di zaman Khalifah Umar Radiallahuanhu lebih dapat dipegang kesaksiannya berbanding kesaksian kami para YB di Sabah. Saya pun tidak pasti Tuan Speaker jika Umar Al-Khatab Khalifah yang kedua itu hidup di ketika ini maka, apakah yang akan ia lakukan terhadap para pemimpin yang membelakangi kepercayaan rakyat.

Akhirnya, saya memohon kerajaan dan semua kalangan yang ada di dalam dewan yang mulia ini tampil dengan pendekatan yang unggul yang tulus untuk dipersembahkan kepada rakyat Sabah sehingga menjadilah kita semua kapitalis kepada kebangkitan semula rakyat dan negeri Sabah yang kita cintai ini. Tuan Speaker, saya ulang. Jika seekor kambing hilang di tebing Sungai Furat maka, Umar akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah tentang kehilangannya. Jika rakyat Sabah susah, maka para pemimpin yang memegang tampuk kuasa akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Buya Hamka menukilkan bahawa sejarah tidak akan pernah berulang tetapi sikap manusialah yang tidak akan pernah berubah. Tuan Speaker, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Sekong mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sekong. Sekarang saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Karambunai. Ada ketum?

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdullilahi rabbil 'alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-i wal mursalin…

Speaker

15 minit ya.

Datuk Haji Yakubah Khan [Karambunai]:…wa ala alihi washahbihi ajmain. Robbisrohli Sodri wayassirli amri wahlul 'uqdatanmillisani yafqohu qouli. Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali washahbihi ajmain.

Datuk Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta menjadi salah seorang pembahas ucapan dasar kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari semalam.

Datuk Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang mulia, dalam pada dunia saling kejar-mengejar, berlumba-lumba untuk mencipta teknologi dan kepelbagaian namun, kita di negeri Sabah ini masih lagi bergelut dengan masalah yang melibatkan keperluan asas hidup, iaitu air, elektrik dan juga kemudahan asas yang lain. Umum mengetahui, bahawa perkara ini bukan sahaja baru berlaku sekarang. Namun, ianya telah berlarutan berpanjangan sejak beberapa kerajaan yang sudah. Tampilnya saya pada hari ini, saya tidak mahu menuding jari atau mencari kesalahan sesiapa tetapi marilah kita dalam dewan mulia ini sama-sama memikirkan, melahirkan idea. Apa solusi yang boleh kita bawa kepada rakyat di luar sana? Kita jangan lagi memikirkan tentang permasalahan, perselisihan politik yang akhirnya, rakyat yang menanggung beban. Datuk Speaker, kita tahu masalah air ini adalah menjadi tekanan, bebanan hidup kepada masyarakat keseluruhannya. Ianya bukan sahaja mendatangkan kesan kepada kekurangan air itu, kepada masalah peribadi, masalah emosi malahan juga, ekonomi yang mana rakyat, pengguna perlu menambah kos. Contohnya, membeli air mineral untuk meneruskan kehidupan yang mana kalau kita gambarkan satu kotak air mineral bernilai 20 ringgit, dalam satu keluarga yang mempunyai lima orang. Berapa kotak kita perlukan dalam sehari. Belum kita kira lagi keperluan membasuh pakaian, untuk membersihkan najis dan pelbagai. Lain cerita seperti yang dikatakan oleh sahabat dari Sekong tadi, begitu juga ADUN Lantik..

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

…kan yang menyebutkan pengurusan jenazah juga akan terkesan daripada perkara-perkara seumpama ini. Selain itu, ia juga akan menjadi penjejas kepada kesihatan kehidupan kita harian. Justeru itu, saya mencadangkan agar kita cari solusi saya di sini mencadangkan agar satu inisiatif membina seperti apa yang dikatakan oleh Wakil Rakyat Kepayan tadi

bahawa, penyelesaian jangka singkat kita boleh menggunakan sistem tube oil di mana di setiap loji-loji ah, di setiap tangki kekal yang ada itu, kita binalah sebuah atau dua buah tube oil untuk membekalkan air kepada tangki yang tersedia. Saya yakin dan percaya kalau ini kita dapat lakukan, sedikit sebanyaknya kita akan dapat mengurangkan kesesakan kesusahan berhadapan dengan masalah air ini. Selain daripada itu, pemantauan daripada pihak berkuasa dan pihak yang berwajib terhadap kecurian, kebocoran air di mana-mana. Kita sering menyalahkan rakyat yang duduk di kampung-kampung setinggan. Saya tidak berniat membela mereka, mereka juga manusia seperti kita. Memerlukan air sebagai bahan asas hidup mereka. Suka tidak suka, mereka akan melakukan apa cara sekali pun walaupun mereka sedari apa yang mereka lakukan itu adalah satu kesalahan. Tetapi, keadaan memaksa mereka. Mereka juga cuba membuat permohonan seperti mereka yang duduk di kampung-kampung yang digazetkan.

Namun peraturan kita tidak membenarkan, mereka yang di duduk dekat tanah-tanah setinggan ini untuk mendapatkan bekalan air mahu pun elektrik kerana menyalahi peraturan PBT kita. Justeru itu, carilah satu penyelesaian agar mereka ini dapat bekalan air dengan cara halal. Seperti sistem kupon atau berpukal, kita buat di kawasan-kawasan yang kita fikir inilah kawasan yang patut menerima bekalan air.

Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh tentang masalah jalan raya. Kalau di kawasan DUN Karambunai ini, rakyatnya terpisah tiada dengan masalah kesesakan jalan raya di sepanjang masa. Tidak kira pagi, tengah hari, petang, malam, hari cuti suasananya tetap sama dengan kesesakan jalan raya.

Speaker

Rakyatnya banyak kereta bah itu.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Apa dia ?

Speaker

Rakyat Karambunai banyak kereta bah.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Datuk Speaker, jalan Karambunai ini adalah jalan utama. Dari Sandakan, dari Tawau, Kudat, Kota Belud semua terpaksa melalui Karambunai. Jadi, Karambunai ini bolehlah dikatakan pintu masuk ke Bandaraya Kota Kinabalu. Justeru itu, masalah jalan raya ini yang khususnya Pan

Borneo yang dalam pembinaan perlu kawal selia daripada pihak Kementerian Kerja Raya. Janganlah mereka dibiarkan pemaju ini dibiarkan melakukan kerja sesuka hati. Setiap kali pengubahan laluan jalan itu, ya bagi kita yang duduk di sekitar ini sudah biasa dengan selok belok. Bagaimana rakan-rakan kita pengguna yang datang dari daerah lain. Maka berlakulah kemalangan malahan kemalangan yang melibatkan nyawa. Saya ada statistik berkenaan dengan kemalangan yang melibatkan nyawa di kawasan DUN Karambunai.

Untuk makluman Datuk Speaker dan Ahli-Ahli Dewan Yang Dihormati, jumlah kemalangan dicatatkan sepanjang tempoh kajian mengikut kategori kemalangan yang dikeluarkan bermula daripada tahun 2021 sehingga 2023. Kemalangan maut 11, cedera parah 7, cedera ringan 17. Adakah begitu bernilai mahalnya pembinaan jalan kita sehingga mengorbankan melibatkan jiwa menjadikan isteri sebagai balu, menjadikan suami pula sebagai apa? Anak-anak menjadi anak yatim kerana kecuaian kita dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan jalan raya. Tidak cukup dengan penyelenggaraannya itu, pencahayaan di waktu malam, jalan-jalan ini berada dalam keadaan gelap yang sukar bagi pemandu khususnya di waktu hujan. Jadi saya berharap, kepada kementerian atau agensi yang bertanggungjawab berilah tumpuan, perhatian supaya kita dapat menghentikan kemalangan-kemalangan khususnya yang melibatkan jiwa di kawasan-kawasan yang dalam pembinaan, iaitu dalam jalan-jalan Pan Borneo ini. Ianya mendatangkan kesan juga kerosakan kereta, akhirnya menjadi kos tambahan kepada pengguna jalan raya. Absorber kereta yang sepatutnya boleh dipakai setahun, 3 bulan sudah perlu diganti. Bush-bush kereta kita ini yang boleh dipakai bertahun hanya 3 4 bulan sudah perlu diganti. Akhirnya, rakyat juga yang akan berhadapan dengan kos-kos tambahan.

Speaker

Pakai parts yang orilah.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Beli yang ori mahal bos. Datuk Speaker, berkenaan dengan elektrik di kawasan Sepanggar ini khususnya di kawasan Karambunai. Ianya adalah kawasan yang menjadi hab pendidikan, hab industri, di situlah juga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kalau kita lihat penggunaan elektrik ini sangat tinggi, di situlah juga KKIP. Bererti kawasan Karambunai ini, penggunaan elektriknya sangat tinggi. Namun sejak akhir-akhir ini, kekerapan putusnya perkhidmatan elektrik ini sangat-sangat menjejaskan kehidupan rakyat.

Apatah lagi, kepada pemain industri. Sudah tentu merugikan pendapatan mereka. Justeru itu, marilah kita sama fikir bagaimana kaedah untuk menangani masalah ini. Jangan kita asyik menuding jari mencari kesalahan sesiapa. Mari kita sama-sama berganding bahu mencari penyelesaian yang sepatutnya.

Seperti yang dikatakan oleh sahabat saya YB daripada Darau, yang mana Sarawak mempunyai 5,996 kilowatt, kita di sini baru ada 1,200 kilowatt sedangkan penggunaan kita sepatutnya pada kadar 1,800. Namun tuan-tuan ah, dan rakan-rakan yang dihormati, kesan ini juga daripada kerosakan elektrik bekalan elektrik ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan malahan menjejaskan alat-alat elektrik pengguna di rumah. Kedatangan elektrik yang mengejut pada sesuatu masa, akhirnya barang-barang elektrik di rumah juga turut terjejas. Datuk Speaker, saya juga mengamnbil kesempatan merakamkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah menaik taraf gerai-gerai yang ada di kawasan kelapa bakar di Jalan Tuaran, Jalan Sulaman Salut yang dikenali dengan kelapa bakar. Namun, kenaikan taraf daripada gerai yang agak tradisi kepada yang tersusun telah mendatangkan beban kepada peniaga-peniaga di situ yang mana akhirnya mereka terpaksa mengeluarkan wang untuk membayar gerai-gerai ini sebanyak 600 ringgit sebulan. Saya meminta pihak berkuasa untuk mengkaji semula tentang caj yang dikenakan ini agar berpatutan, bersesuaian dengan perniagaan yang dilakukan di situ, aktiviti perniagaan di situ yang pendapatannya kadang-kadang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Selain daripada itu…

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

… Saya juga ingin mengambil kesempatan ini kepada Menteri Belia dan Sukan, agar melihat berkenaan dengan Sukan E-Sport. Tadi dalam jawatan, jawapan yang diberikan kepada soalan yang telah dibangkitkan saya tidak ada mendapati berkenaan dengan E-Sport. E-Sport ini sudah menjadi satu sukan yang popular pada masa ini, malahan boleh menjadi menjana pendapatan kepada ahli-ahli Sukan E-Sport. Jadi harap Sukan E-Sport ini tidak ketinggalan untuk diberi perhatian.

Selain itu, saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Speaker, Datuk Speaker dan juga pengurusan Dewan yang mana dari hari sehari kita nampak sistem dan perubahan yang dilakukan di dalam Dewan ini. Syabas dan tahniah, saya lihat di surau pun ada perubahan. Tahniah sekali lagi. Biduk berlalu, Kiambang bertaut; Sedangkan lidah lagi tergigit, Apakan pula suami isteri.

Pendekatan yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya sangat menghargai yang mana sanggup mengenepikan segala permasalahan demi untuk rakyat Negeri Sabah ini. Setinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, di kesempatan ini saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘Kotobian Tadau Tagazo’ kepada rakan-rakan kita sama ada di dalam Dewan ini mahupun rakyat di keseluruh Negeri Sabah yang meraikannya. Mudah-mudahan perayaan pada kali ini membawa satu rahmat yang baru. Rahmat yang berbesar hati kepada negeri yang kita sayangi ini.

Datuk Speaker, saya Karambunai memohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Karambunai. Terima kasih juga kerana menghargai perubahan yang telah dibuat tapi penghargaan juga harus diberi kepada KKR (Kementerian Kerja Raya) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) dan juga KSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) bermula daripada semasa diterajui Yang Berhormat Datuk Seri kerana telah memberi kerjasama untuk membuat perubahan dalam Dewan Undangan Negeri ini. So ini bukan usaha saya sendiri, ini usaha semua yang terlibat.

Sekarang, saya persilakan Yang Berhormat Tungku. Lama sudah dia menunggu.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih, Datuk Seri Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk terus serta dalam perbahasan mengenai Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada malam semalam ah kelmarin.

Speaker

15 minit ya.

Ah saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan juga kakitangan kerajaan berkat dasar dan juga apa ini yang telah berjaya menyediakan ucapan dan juga teks yang ada di tangan saya ini. Saya cuba membaca daripada muka pertama hingga lah ke muka yang ke-25, perenggan pertama hingga lah ke perenggan 52 untuk melihat sendiri dan membaca dan mendapatkan maklumat mengenai apa yang terkandung dalam teks ucapan ini. Namun, saya harus bersikap jujur untuk menyatakannya. Datuk Seri Speaker, apabila saya mendengar ucapan ataupun perbualan dengan sesiapa sahaja. Saya suka mendengar untuk mendapatkan maklumat dan apabila saya membaca apa juga sama ada dalam buku ataupun journal ataupun apa saja, saya ingin melihat data dan fakta yang boleh menyokong. Apa saja yang dinyatakan dalam ucapan dan tulisan tersebut.

Namun demikian, meneliti kepada teks ucapan ini, saya dapati bahawa teks ucapan ini tidak lebih daripada macam lebih bersifat retorik dan juga tidak keterlaluan saya boleh nyatakan macam novel picisan sebab nya ia cuma tulisan-tulisan yang biasa yang kita baca daripada dulu sampai sekarang. Sepatutnya teks ucapan ini harus lah menggambarkan kalau dia dasar, dia mestilah dasar kerajaan dan kalau dasar kerajaan mestilah mempunyai data dan fakta yang boleh menyokong apa yang mereka nyatakan supaya boleh saya bagi tahu kepada rakyat secara lebih jelas lagi. Jadi saya mohon kepada kakitangan kerajaan yang ada di sana, tolong lihat kepada perkara ini.

Sudah 60 tahun kita ini merdeka, ceritanya sudah beberapa penggal rakan-rakan yang ada di sana berada dalam kerajaan. Sudah tiba masanya untuk kita melihat ke hadapan, bagaimana kita harus lebih bersikap progresif dalam apa juga yang kita lakukan.

Datuk Seri Speaker, walaupun mungkin ucapan permulaan saya ini ada sedikit pedas dan keras untuk didengar, saya tidak lupa untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sulaman atas semua inisiatif yang dinyatakan di sini dan pencapaian ekonomi dan hasil yang ditulis di sini. Peningkatan 1.1%, ekonomi kita berbanding dengan penguncupan 9.2% yang dinyatakan di sini. Ini merupakan rebounds yang begitu tinggi yang kita boleh lihat dalam buku ini. Namun demikian, seperti mana yang saya katakan tidak cukup dengan cuma menyatakan di dalam ucapan, tidak cukup cuma dengan menyatakan di dalam buku begini tetapi rakyat dan kita sendiri harus merasa apa yang dinyatakan dan apa yang ditulis dalam buku ini.

Datuk Seri Speaker, saya mendengar ucapan rakan-rakan bermula daripada jam 11 tadi hingga lah sekarang. Perkara-pekara yang disebut tidak lari daripada air, elektrik, jalan raya, jalinan komunikasi, ekonomi rakyat, kemiskinan, tanah, perumahan, perubatan kesihatan, peluang pekerjaan, pendidikan, semua ada di sebut di sini. Semua ada disebut di sini cuma saya merasa simpati terhadap Yang Amat Berhormat Sulaman. Mungkin beliau berada pada masa yang salah, tempat yang salah. Dalam keadaan kita berhadapan dengan ekonomi yang begitu sukar, dalam keadaan kita berhadapan dengan cuaca yang begitu ah membara, semua keadaan ini berlaku.

Namun demikian, saya berharap dan saya berdoa semoga beliau bersifat redah dan terima bahawa ini lah kenyataan yang kita ada pada hari ini. Kita bukannya, contoh mahu menyalahkan 100% kepada rakan-rakan yang ada di sana ataupun beliau mengenai masalah rakyat, air, elektrik, jalan raya, sebab seperti mana yang dinyatakan kadang-kadang kawan di sana berkata ah ini bermula daripada kerajaan dahulu. Kerajaan dulu yang mana? Kerajaan yang sebelum ini kah? Atau kerajaan yang sebelum ini sebelum ini kah ? Ataupun sebelum ini?

Speaker

Mungkin sejak azali.

(ketawa) Mungkin sejak azali tetapi realitinya Datuk Seri Speaker, barang ini sudah berterusan sekian lama dan ini harus menjadi pengajaran kepada kita. Kenapa barang ini boleh berlaku dan berlarutan dan

berlanjutan sehingga ke hari ini 60 tahun? Selalu kita merasa bangga dengan pencapaian-pencapaian atlet-atlet kita dan kita merasa bangga dengan announcement yang begitu gah. Sebagai contoh, kita mahu menjadi, membuat kajian untuk menjadi pusat pelancaran roket ke angkasa. I mean come on, this is not the time.

Speaker

Roket bunga api kali bah.

Perkara yang paling asas sekali pun, air, elektrik, jalan raya, kemiskinan, kesihatan, pendidikan, kita masih belum boleh selesaikan.

Namun demikian, Datuk Seri Speaker, saya rasa mungkin betul apa yang dinyatakan oleh salah seorang pembahas kita tadi itu. Besok adalah besok ataupun lusa mungkin satu titik tolak yang baru bagi kita di Sabah apabila kerajaan walaupun masih embargo membentangkan Rang Undang-undang ‘Anti Lompat Parti’.

Keadaan ini akan menjadikan politik kita lebih stabil. Keadaan ini akan menjadikan sebuah kerajaan akan mempunyai masa yang cukup untuk merancang dan melaksanakan apa juga yang mereka inginkan dan keadaan ini akan memberi peluang kepada …

Pembahas kita tadi itu. Besok adalah besok ataupun lusa mungkin satu titik tolak yang baharu bagi kita di Sabah apabila kerajaan walaupun masih embargo membentangkan Rang Undang-undang Anti-Lompat Parti. Keadaan ini akan menjadikan politik kita lebih stabil. Keadaan ini akan menjadikan sebuah kerajaan akan mempunyai masa yang cukup untuk merancang dan melaksanakan apa juga yang mereka inginkan dan keadaan ini akan memberi peluang kepada mereka-mereka yang dipilih untuk menerajui kerajaan untuk membuktikan apa juga yang mereka nyatakan dalam manifesto mereka akan boleh dilaksanakan.

Now, bertitik tolak daripada ini saya amat mengharapkan bahawa kita terimalah hakikat. This is it. Inilah kita, jangan lagi mahu menyalahkan siapa-siapa. Mahu menyalahkan Senallang kah, mahu menyalahkan Tun Mustapha dulukah, Datuk Pairinkah atau siapakah. Ini semua salah kita. Orang Sabah, rakyat Sabah yang sudah diberi peluang untuk menggalas amanah, memegang tugas tetapi tidak boleh melaksanakan amanah dan tugas itu sepatutnya dan ada juga di kalangan kita ini menggunakan kedudukan dan kesempatan yang kita ada cuma semata-mata untuk kepentingan diri kita sendiri.

Datuk Seri Speaker, masalah kita utama di sini orang Sabah adalah kita tidak pernah bersatu. Tidak pernah bersatu dan tidak mahu duduk untuk berbincang demi negeri Sabah, demi rakyat Sabah. Kita asyik berbalah dan bertelingkah dan perbalahan dan pertelingkahan ini diambil kesempatan oleh pihak lain dalam usaha mereka juga turut untuk kekal berkuasa. Jadi, sebelum saya bercakap lebih panjang mengenai perkara ini, saya tidak mahu terlepas bercakap mengenai kawasan saya Datuk Seri Speaker. Saya mahu apa juga inisiatif kerajaan yang ada dalam buku ini, dalam perancangan Sabah Maju Jaya, dengan flagship yang begitu banyak yang mereka lakukan, saya mahu kawasan Tungku tidak terpinggir dan tidak terabai dari segi kemudahan asas air, elektrik, jalan raya, telekomunikasi, kesihatan, pendidikan, kemiskinan, tanah dan sebagainya. Saya mahu kampung-kampung daripada kawasan Tambisan, Sungai Nipah, Tambisan Laut, Tambisan Darat, Simuning, Pemanhutan, Lok Buani, Tanjung Labian, Tanjung Batu sampailah ke Segangan tidak terkecuali daripada menerima inisiatif pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Datuk Seri Speaker, seperkara yang ingin saya mahu tanya kepada kerajaan dalam ucapan saya ni adalah mengenai inisiatif Sabah Maju Jaya yang sudah masuk tahun kedua dilaksanakan dibentangkan oleh kerajaan. Kalau boleh, kita mahu satu report card mengenai pencapaian yang telah mereka capai sebabnya tidak guna kita bercakap dan mewar-warkan perkara ini seolah-olah kita ini maju sangat, seolah-olah ini kita ini baik sangat tetapi lihatlah kepada realiti. Sebab saya risau pernah satu ketika menteri kita, bahagian ini, ini perindustrian, Luyang. Dia pernah bercakap he is in the dark mengenai pelaburan yang masuk ke negeri Sabah.

Saya tidak tahu kenapa seorang menteri boleh bercakap begitu he is in the dark mengenai jumlah pelaburan yang masuk ke Sabah. Ini adalah gambaran yang jelas mengenai sistem yang ada kita guna. Dan perkara ini harus diperbetulkan dan diperbaiki. Saya ulangi sekali lagi apabila kita menegur, apabila saya cakap begini bukan bermakna kita tidak suka yang di sana itu. Kita mahu mereka boleh perform. This is democracy. Negara kita mengamalkan demokrasi di mana pilihan raya akan memilih dan menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan. Yang tidak menjadi kerajaan akan menjalankan kerja-kerja semak dan imbang. Yang menjadi kerajaan akan membuat dasar dan polisi manakala kakitangan kerajaan yang di sana akan melaksanakan dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan diputuskan di dewan yang mulia ini. Itu sahaja. Jangan terlampau politik.

Datuk Seri Speaker, saya tidak akan bercakap lebih panjang lagi mengenai ini sebab saya mau reserve sikit untuk RUU yang terakhir pada hari yang terakhir. Sekali lagi kepada rakan-rakan yang ada di sana, lihatlah inilah kita, tidak payahlah kita terlampau mendabik dada ataupun berasa seolah-olah kita ini pandai sangat, bagus sangat. Rakyat di sana berasa apa pun yang kita cakap, apa pun yang kita bincang di sini, yang penting rakyat di sana berasa air mereka masin, yang penting rakyat di sana berasa bagaimana mereka terpaksa membeli air 50 ringgit setiap satu tong. Rakyat di bawah sana merasa bagaimana Karambunai tadi cakap begitu susahnya untuk membayar absorber dan tidak sanggup untuk membayar absorber sebuah yang original yang macam Datuk Speaker, sebabnya rakyat tidak mempunyai sumber pendapatan yang baik. Sumber pendapatan yang baik, peluang pekerjaan yang baik akan dibuat hanya boleh dilakukan oleh kerajaan.

Speaker

Tidak ori tidak apa. Jangan yang modified punya.

Datuk Speaker, terima kasih dan sekali lagi Datuk Speaker saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Speaker, saya nampak dewan yang mulia ini sudah semakin ceria. Kita punya macam yang apa Karambunai cakap surau pun bagus, karpet sedap, cuma kalau boleh Datuk Speaker mungkin sudah tiba masanya kita membuka ruang-ruang yang di sana untuk rakyat turun sama-sama memerhatikan bagaimana kita buat kerja di sini.

Speaker

Kita buka tetapi secara permohonan. Kita tidak buka terus sebab kita bagi masa. Dia tidak boleh duduk sehari-harian. Kita bagi dia masa.

Orang-orang, kalau boleh bukalah tidak perlu permohonan, Datuk Speaker. Kadang-kadang orang kita ini tidak suka sangat peraturan bah ini. Itulah tu masalah kita ini. Kalau memohon lagi apa semua. Apa ini bikin susah, tidak payahlah kalau begitu.

Speaker

Dia, dia memohon hanya untuk masuk menjadi pemerhati saja. Bukan memohon apa pun.

Boleh.

Speaker

Very simple.

Jadi, Datuk Seri Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang berhormat Tungku. Sekarang saya jemput Kunak, adakah di sini? Ahh? Okey, sekarang kita jemput Yang Berhormat ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera. Salam Sabah Maju Jaya. Salam Malaysia Madani. Datuk Speaker dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Speaker

Lima belas minit ya.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Sebelum saya teruskan ucapan ini, izinkan saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana berjaya mentadbir negeri ini dengan baik, begitu baik. Ini semua juga adalah hasil kesungguhan pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Sabah sekarang ditadbir oleh Gabungan Rakyat Sabah sejak tahun 2020 tidak putus-putus memberi perhatian dan keutamaan kepada permasalahan dan keperluan negeri kita. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama yang telah menyampaikan ucapan Dasar Kerajaan yang begitu padat isinya. Mudah-

mudahan semoga kita berdoa segala apa yang dirancang itu akan tercapai sebaik mungkin dalam masa yang terdekat.

Datuk Speaker, saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10 Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan semasa membentang Belanjawan 2023 Malaysia Madani pada 24 Februari lalu. Pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani pada 24 Februari yang lalu, Negeri Sabah dan Sarawak masing-masing menerima peruntukkan pembangunan sebanyak 6.5 bilion dan 5.6 bilion. Ia satu itu.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Suatu peruntukan yang besar yang besar sekali gus melahirkan perhatian yang besar terhadap kesejahteraan dan kemajuan negeri. Kita di Sabah ini juga amat yakin dengan peruntukan itu, kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, dapat melaksanakan Program Pembangunan dan Program Kesejahteraan Rakyat dengan lebih berkesan dan mencapai sasaran. Kita juga yakin, melalui peruntukan itu dapat kita manfaatkan untuk melaksanakan perancangan membangunkan bandar-bandar bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia seperti Kalabakan, Sabah dan beberapa bandar lain yang bersempadan.

Dalam isu ini, kita di Sabah tidak boleh ketinggalan menyediakan prasarana bagi menyokong pembangunan sekiranya susulan perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan. Perpindahan ini penting bukan sahaja dilihat mampu melonjak ekonomi Sabah dan Sarawak tetapi juga peluang keemasan bagi menambah peluang-peluang ekonomi yang sekali gus menjana peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan baik dalam industri pelancongan, industri kecil dan sederhana serta lain-lain industri hiliran. Saya juga ingin menarik perhatian mengenai Belanjawan 2023 mengenai peruntukan lebih RM2.5 bilion untuk projek melibatkan prasarana awam, antaranya projek jalan dan lampu juga serta bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak yang diharap mampu menambah baik penyediaan kemudahan asas itu kepada penduduk di luar bandar.

Datuk Speaker, kita juga berharap peruntukan berkenaan dapat menyegerakan pelaksanaan lebuh raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak, Sabah Link Road yang dianggarkan menelan kos keseluruhan RM20 bilion dengan jajaran lebih 1,000 km. Isu-isu kemudahan klinik, bank dan mahkamah bergerak yang dibangkitkan sebelum ini juga diharapkan dapat terus kita tambah baik melalui peruntukan RM30 juta untuk pembangunan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang kita dengar sebentar tadi ada juga kita punya Ahli Yang Berhormat telah menyentuhkan bahawa lebihan peruntukan yang begitu banyak dihantar balik ke Semenanjung bila tidak dipakai. Saya rasa sudah sampai masanya Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama bekerja sama dengan Kerajaan Federal untuk memastikan bahawa duit lebihan itu tidak dihantar ke Semenanjung tapi dikekalkan di negeri Sabah dengan mungkin mendirikan sebuah tabung atau trust di mana akan diurus tadbir bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan supaya belanjawan peruntukan itu dapat diguna pakai tahun ke hadapan. Saya rasa adalah tidak adil sekiranya peruntukan yang diberi kepada kita bila tidak dihabis pakai dikembalikan sedangkan sebab-sebabnya tidak terpakai bukanlah kesalahan kerajaan semata-mata tetapi beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Jadi harapan kita mudah-mudahan perkara tersebut dapat difikir sebaik-baiknya agar duit peruntukan yang untuk Sabah ini tidak dikembalikan walaupun tidak diguna pakai pada tahun yang berkenaan. Datuk Speaker, dan sidang yang mulia, hari ini kita masih kecewa dengan isu sekolah usang dan daif yang masih banyak terdapat di Sabah dan ini juga antara suatu perkara yang sentiasa kita bangkitkan dan seringkali kita ulang sebut kepada Kementerian Pendidikan. Isu sekolah daif ini amat dekat di hati kita kerana hanya dengan pendidikan sahaja kita mampu mengeluarkan keluarga-keluarga miskin daripada kepompong kesusahan sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka. Begitu juga dengan pendidikan, keluarga-keluarga miskin ini mampu bangkit mengubah masa depan mereka agar mampu berdiri sama tinggi dengan penduduk luar bandar dan negeri maju.

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti 289 sekolah usang di Sabah dengan 64 disifatkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Daripada 64 sekolah ini diberi penarafan 7 berdasarkan skor gred impak, manakala 225 sekolah berada pada skala 6.

Untuk pengetahuan, bangunan bertaraf 1 hingga 4 skala masih berfungsi, selamat diguna dan hanya memerlukan penyelenggaran berkala, manakala bangunan bertaraf 5 ke atas dianggap tidak selamat. Lebih menyedihkan lagi daripada jumlah berkenaan Ranau mempunyai bilangan sekolah usang terbanyak dengan 44, diikuti Pensiangan 34, Beaufort 29, Keningau 21, Tuaran 18, Kudat 17 dan Silam 15. Libaran dan Sepanggar masing-masing mempunyai 14 sekolah usang diikuti Beluran 13, Kota Belud 12, Kinabatangan 10, Papar 8, Sipitang 7 dan Tenom 6. Kami amat berharap, Eksco Pendidikan Sabah, melalui Jabatan Pendidikan Negeri lebih agresif dalam menyelesaikan isu sekolah daif ini dalam masa dalam usaha meningkatkan keselesaan para pelajar dan guru. Kita juga sama sekali tidak mahu berkompromi dalam memastikan keselamatan pelajar dan guru berada pada tahap terbaik, guru berada di pada tahap terbaik. Bagaimana kita mahu membuat lonjakan pencapaian akademik pelajar jika mereka ini terpaksa belajar dalam suasana tidak selesa dan tidak selamat? Pada Sidang Dewan ini, saya memohon mencadangkan agar ditubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pemantau Sekolah Daif melibatkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam usaha menyelesaikan isu sekolah berkenaan. Saya menggesa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sama serta agensi-agensi kerajaan yang berkenaan akan terlibat sama.

Datuk Speaker, baru-baru ini dilaporkan bahawa sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi melibatkan 11 kawasan. Jumlah keseluruhan kes denggi di Sabah setakat 17 Mei lalu ialah 3,727 dengan lima 5 kematian direkodkan. Daerah Sandakan mencatat jumlah tertinggi kes wabak denggi sebanyak 1,046 kes diikuti Tawau 698 kes, Kota Kinabalu 648, Lahad Datu 350, Putatan 102, Penampang 164, Semporna 92, Kudat 88 dan Kunak 73 kes. Kita bimbang jika kes-kes wabak denggi menjadi lebih tidak terkawal pada masa akan datang berikutan keadaan cuaca semasa selain kecuaian orang ramai dalam menjaga kebersihan persekitaran. Kita telah melalui fasa wabak Covid-19 yang sangat memeritkan, dan sewajarnya kita tidak boleh lagi menghadapi wabak lain yang boleh menjejaskan kesihatan diri, malah sehingga meragut nyawa. Oleh itu, kita amat berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih agresif dalam

melaksanakan operasi-operasi pemeriksaan bagi mengekang daripada wabak denggi terus meningkat. Begitu juga kempen-kempen kesedaran perlu ditingkatkan dalam kalangan orang ramai agar masing-masing menjaga kawasan kediaman dan persekitaran mereka daripada menjadi lubuk pembiakan nyamuk. Datuk Speaker, berdasarkan satu laporan baru-baru ini, jumlah kes kesalahan seksual membabitkan kanak-kanak bawah umur di Sabah mencapai rekod baharu, iaitu 22 kes, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan tahun lepas. Kes-kes yang dibawa ke mahkamah sejak Januari lalu antaranya 17 kes melibatkan kes rogol, manakala selebihnya adalah bentuk gangguan seksual lain. Beberapa kes adalah pengakuan baharu, ada yang sedang menunggu perbicaraan, manakala yang lain tertuduh dilepas tanpa dibebaskan. Sepanjang tahun lepas, 56 kes didengar dan ada, dan apa yang menakutkan ialah pemangsa dalam kebanyakan kes adalah ahli keluarga atau individu yang dikenal oleh mangsa.

Sehubungan dengan itu, kita menggesa Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah supaya pihak-pihak bertanggungjawab yang mungkin melibatkan beberapa kementerian segera bertindak melakukan kajian senario ini yang cukup membimbangkan kita. Kita kajian harus merangkumi pelbagai isu dan masalah daripada aspek kecelaruan minda, keselamatan diri kanak-kanak, ibu-bapa dan penjaga, kemiskinan, pendidikan, keadaan kediaman dan sebagainya.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

...isu seperti ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan bagi mengelakkan masa depan kanak-kanak sebagai mangsa menjadi gelap.

Mereka ini diselubungi trauma sepanjang hayat, bayangkan kehidupan yang terpaksa mereka lalui selepas menjadi mangsa kerakusan individu tidak bertanggungjawab apatah lagi melibatkan orang-orang yang dikenali. Datuk Speaker, internet hari ini bukan lagi satu barang mewah tetapi satu keperluan asas termasuk seperti keperluan air, letrik dan jalan raya ia bukan lagi keperluan bagi penduduk bandar tetapi penduduk luar bandar dan pedalaman. Oleh itu, oleh sebab itu kita menggesa pihak berkenaan khususnya Kementerian Komunikasi dan

Digital serta Kementerian Desa dan Wilayah agar mempercepatkan projek-projek menyediakan frasarana khususnya melibatkan Pelan Jendela Fasa 2023-2025. Internet kepada penduduk hari ini bukan sahaja penting dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran di rumah tetapi juga dalam setiap urusan harian seperti urus niaga dalam talian dan sebagainya.

Datuk Speaker, semoga kita…semoga ada iltizam yang kukuh dalam kalangan pihak bertanggungjawab dalam mempercepatkan dan menyegerakan pembinaan frasarana supaya kemudahan internet dapat dinikmati dan lebih menyeluruh dalam kalangan penduduk luar bandar. Datuk Speaker, sebagaimana kita semua sedia maklum sebagai Wakil Rakyat amat berharap sangat agar berharap..agar semangat dan komitmen ini menjalar hati nurani setiap seorang daripada kita. Semangat ini, semangat itu tidak boleh terkecuali daripada Pemimpin Parti, Pemimpin Masyarakat, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan malah sehingga kepada kakitangan.

Speaker

Mula gulung ya, mula gulung…

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Sikit lagi Datuk Speaker, bahawa tidak kira apa jawatan peranan mereka dalam sesuatu agensi apalagi melihat..melibat organisasi barisan hadapan yang saban waktu berhadapan dengan rakyat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Klinik-klinik Kesihatan, Hospital Awam, Anggota Polis serta Pihak Berkuasa. Menyentuh mengenai Jabatan Kebajikan Masyarakat, saya ingin menarik perhatian apabila kebelakangan ini banyak masalah timbul apabila orang ramai keliru dengan syarat-syarat kelulusan sesuatu skim bantuan kebajikan yang disediakan Kerajaan.

Berikutan keadaan itu sebilangan rakyat yang merasakan mereka ini miskin daif, ibu tunggal dan sakit layak untuk menerima bantuan tetapi apabila membuat permohonan tidak diluluskan akhirnya menjadi mangsa iaitu menjadi imej kerajaan akhirnya menjadi mangsa ialah imej kerajaan apabila mereka ini membuat kesimpulan sendiri bahawa kerajaan telah sendiri gagal membela nasib rakyat. Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dan Jabatan Kebajikan merupakan sebuah kementerian yang paling terdekat dengan rakyat berdasarkan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan setiap rakyat di negeri

ini. Harapan saya kementerian ini akan terus memperjuangkan nasib rakyat yang memerlukan bantuan dan dapat di bela dengan sewajarnya saya juga memohon garis panduan tersebut itu diiklankan atau diberi penerangan secara menyeluruh dan terperinci kepada pemohon-pemohon dan orang ramai supaya mereka ini lebih faham peranan dan fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ada kes di mana penerima bantuan miskin apabila mengunjungi Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tarikh-tarikh yang sepatutnya untuk mengambil elaun mereka terpaksa pulang dengan penuh kehampaan kerana elaun tersebut dikatakan belum dibayar atas sebab-sebab tertentu malah ada yang sampai elaun bantuan mereka tertunggak sehingga berbulan-bulan lamanya. Ada pula sejak tahun lepas 2020 belum dibayar dan bantuan itu terhenti tanpa sebarang makluman sehingga penerima bantuan terpaksa ke Pejabat Jabatan Kebajikan berdekatan untuk bertanya kenapa bayaran elaun dihentikan. Bila hendak mohon semula kouta sudah penuh, bayangkanlah bagaimana hampanya dan peritnya golongan miskin dan cacat anggota,orang kurang upaya ini apabila berdepan dengan masalah seperti itu kerana terpaksa berulang-alik dari rumah mereka jauh di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman untuk ke Jabatan Kebajikan bukan sahaja masa mereka terbuang begitu sahaja malah mereka ini terbeban pula dengan kos pegangkutan. Masalah mungkin tidak begitu menyusah bagi golongan penerima mempunyai akaun bank tetapi bagaimana jika ada akaun bank yang bermasalah tentunya para penerima bantuan akan kecewa dan saya harap pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat menyelesaikan masalah ini agar mereka penerima bantuan tidak kecewa. Sayugia itu, kita merayu pihak Jabatan Kebajikan juga supaya dapat memastikan proses pembayaran elaun kepada golongan penerima ini dilaksanakan dengan lebih efisyen dan sistematik agar peraturan atau budaya kerja lama dan lapuk perlu dihapuskan dan digantikan dengan sistem kerja baharu yang lebih efisyen bagi membolehkan kita menjadi dan mendapatkan status sebagai sebuah negara maju.

Sebagai penutup, Datuk Speaker akhir kalam marilah kita bertekad untuk memperbaharui diri kita dan melangkah ke arah kebaikan khususnya dalam perhubungan kita antara satu sama yang lain. Jika kita semua tanpa mengira kaum dan bangsa mengambil langkah ini nescaya hubungan kita akan lebih erat dan perpaduan yang menjadi lambang kejayaan kita akan terus teguh dan kukuh demi

menjamin masa depan yang lebih cerah untuk negara. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Kamaatan dan Selamat menyambut Hari Aidilfitri kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan kepada Datuk Speaker dan saya akhiri dengan Wabilahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, tiada pantun ini kali.

Saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, kamu punya sedikit itu macam tiga lembar.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sungai Manila selepas Sungai Manila Sri Tanjong selepas Sri Tanjong, Bongawan. Ok, Sungai Manila silakan persembahan.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Terima kasih Datuk Speaker, bismillahirrahmanhirrahim.

Speaker

15 minit.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada semua rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Yang Mulia.

Pertamanya saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanallah Taala mendapat peluang untuk berucap di Dewan Yang Mulia ini sempena dengan Sidang Dewan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keenam Belas. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan di atas ucapan dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertuan Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin yang boleh dikatakan merangkumi keseluruhan aspek yang perlu diambil perhatian dalam usaha memajukan Negeri Sabah ini. Seterusnya seperti juga rakan dari Karambunai dan juga Tungku kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Speaker dan lain-lain agensi yang telah membantu menyediakan kita satu frasarana canggih yang setanding dengan negara-negara maju dan seingat saya dulu pernah saya

kemukakan tentang perkara di mesyuarat yang pertama dulu kita bersidang untuk ini Dewan Undangan ini.

Tuan Yang Di Pertua, Datuk Yang Di Pertua masalah asas air, elektrik dan jalan raya telahpun diulas panjang lebar oleh rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat namun begitu Datuk Speaker, saya masih terpanggil untuk mengulangi gesaan supaya kerajaan berusaha menyelesaikan.

Tuan

Speaker

Bongawan matikan speaker..Bongawan, Bongawan matikan speaker..

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Hello okey, supaya kerajaan menyelesaikan isu air yang masin di Sandakan dan kerap juga langsung tidak ada air sebab di kawasan Sandakan ini sudah 2 kali…

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

..rakyat tunjuk perasaan ya pasal air ni.

Pertamanya air masin, yang keduanya air tidak ada langsung dan selain daripada itu, kami selaku wakil rakyat di kawasan ini juga hari-hari apa ini mendapat teguran, tomahan, cercaan mengenai dengan air ini. Begitu juga dengan bekalan elektrik yang tidak stabil.

Mengimbau kata-kata ataupun ucapan ketika saya bertugas di Kudat dahulu oleh Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Chong Kah Kiat, apabila masyarakat di Pulau Banggi memohon untuk ditingkatkan bekalan elektrik daripada 12 jam kepada 24 jam dan pada ketika itu ADOkah, dia kata dia kaji-kaji dululah. Kaji dulu keperluan. Tan Sri Chong Kah Kiat ketika itu menjawab ini masalah air, elektrik nda payah kaji-kaji sebab ini keperluan orang hari-hari. Mesti buat segera dan alhamdullilah dalam tempoh 60 hari bekalan elektrik di Pulau Banggi sudah menjadi 24 jam. Jadi kalau boleh, begitulah tindakan yang kita mahu apabila masalah ini timbul, kita ambil tindakan dengan segera dengan apa cara sekalipun.

Seingat saya, di Konvensyen Kerajaan Perpaduan baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengatakan duit itu bukan masalah, yang penting kita mahu buat dengan apa ni dengan seberapa segera sebab ini keperluan. Keperluan harian yang perlu ada. Jadi tuan-tuan dan puan-puan, saya juga ingin mengimbau pada mesyuarat DUN November 2022, saya telah meramalkan bahawa musim kemarau akan berlaku pada tahun ini dan nampak gayanya tanda-tanda kemarau ini sudah berlaku dan kita harapkan dia tidak akan berlaku begitu panjang.

Speaker

Macam bomohlah Yang Berhormat ni, boleh meramal.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Ya Datuk. Ah, kalau saya imbau kembali tahun 1981-1982, ketika itu kemarau yang paling panjang di mana satu juta hektar hutan kita terbakar kemudian diulangi pada tahun 1997, di mana tujuh bulan kemarau dan banyak juga hutan simpan kita yang terbakar dan sekarang ini kita dalam julat yang begini.

Jadi saya ingin, apa ini ingin mencadangkanlah untuk memastikan bahawa rakyat di negeri Sabah ini sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi. Pertama sekali, rakan-rakan tadi banyak mengatakan juga bahawa bukan masalah air di Sabah ini yang sebenarnya, kita ini banyak sumber air. Hutan simpan kita 48% kalau dicampur dengan Taman Negara masih lagi lebih daripada 51%. Jadi masalahnya ialah pengagihan air. Jadi untuk buat paip tu mungkin mengambil masa yang lama. Jadi saya mintalah kepada pihak yang berkenaan, barangkali Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Tanjung Keramat, di Sandakan ini lorry tankernya macam satu saja. Jadi kalau kemarau benar-benar terjadi, memang tidak cukup untuk mengagihkan air ke kampung-kampung. Jadi kita mintalah pihak JKR untuk menambah tangki air, tangki, lori tangki supaya bekalan dapat disampaikan.

Kemudian di kawasan-kawasan kampung yang padat juga kita wujudkan sistem distribusi air. Kita letakkan tangki seperti mana yang telah saya buat di Kampung Lubuh. Saya meletakkan empat, empat tangki air untuk lebih kurang 6400 liter untuk menangani masalah air di kampung tersebut dan alhamdulilah telah dapat menyelesaikan masalah.

Bagi masalah elektrik pula, saya fikir tidak ada jalan yang lain selain daripada kita menambah IPP jika dengan kadar segera. Suruhanjaya Tenaga Sabah sudah ada dan tidak ada lagi masalah yang terpaksa kita merujuk pergi Semenanjung untuk kita melaksanakan ini apa peningkatan bekalan elektrik dan begitu juga kalau kita cari pelabur-pelabur IPP ini memang banyak. Tinggal menunggu saja ni. Jadi saya rasa, sudah tiba masanya untuk kita meningkat ah, menambah kita punya IPP dan kalau boleh ada IPP yang sudah tutup macam di Libaran ada satu, di kawasan Sandakan ada satu, di Tawau pun ada juga yang sudah tutup mungkin kita boleh komisyenkan semula sehingga ada IPP baharu yang benar-benar dapat menjana elektrik yang kita perlukan.

Selain daripada itu, ketika saya di Tawau juga, menjadi Pegawai Perhutanan, ada satu kawasan ya projek penjanaan elektrik menggunakan tenaga geotermal. Itu pun saya rasa boleh juga diteruskan sebab ini merupakan satu daripada “baby project” ketika itu oleh Kerajaan Persekutuan.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin mengulangi mengenai dengan sistem penyampaian yang masih kita boleh perbaiki terutamanya di peringkat Majlis Perbandaran dan juga daerah-daerah sebab masih lagi berlaku kelewatan tentang pelaksanaan-pelaksanaan projek. Contohnya, di tempat saya dua tahun lebih sudah kita minta untuk penggantian paip air di PPR Sungai Manila dan perkara ini sudah diluluskan oleh Menteri Kerajaan Tempatan ketika itu, iaitu Yang Berhormat Karanaan. Tetapi sampai sekarang pelaksanaan projeknya belum, belum lagi. Jadi, perkara ini sudah tentunya perlu disegerakan untuk memastikan distribusi air di PPR, iaitu seramai sebanyak 1000 unit dapat dipercepatkan.

Begitu juga dengan, Pusat Kesihatan Sungai Manila. Saya telah dimaklumkan dari tahun 2021, 2022 projek ini akan dimulakan dan menjadi keutamaan tetapi sampai sekarang belum pun start. Jadi ini projek Kerajaan Persekutuan, jadi saya minta tolonglah pada Kerajaan Negeri untuk meminta Kerajaan Persekutuan mempercepatkan dan memberikan keutamaan perkara ini kerana di Sandakan ini cuma ada satu saja hospital. Tidak ada pusat kesihatan. Jadi memang sangat-sangat membebankan Hospital Duchess of Kentlah.

Satu lagi, Datuk Yang di-Pertua, stesen bas Sandakan. Yang Berhormat daripada Lamag, Yang Berhormat daripada Karanaan sudah melawat menteri pada ketika itu. Tetapi sampai sekarang stesen bas ini belum lagi beroperasi. Macam mahu rosak sudah balik. Jadi kita mintalah ya supaya stesen bas ini dioperasikan dengan segera kemudian…

Speaker

Yang Berhormat, di mana tu stesen tu?

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Di Batu 3 Sandakan. Ya di stesen baharu, stesen bas baharu ni. Lama sudah siap tetapi tidak dapat dioperasikan sebab banyak masalah dan kita punya menteri, dua menteri sudah pergi melawat tetapi masih juga belum apa ni, beroperasi.

Kemudian Datuk Sri, Datuk Sri Yang di-Pertua mengenai dengan pelaksanaan rumah SMJ, kita di kawasan Sungai Manila diperuntukkan 20 buah. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan pelaksanaannya sempat hanya dua buah saja pada tahun 2021. Pada tahun, dua buah saja. Kemudian, ah 2022. Pada 2023, adalah 18 lagi yang mahu dilaksanakan tetapi masalahnya bila pertukaran PPM ni yang penerima rumah itu pun mahu ditukar itu yang kadang-kadang melambatkan pelaksanaan itu projek.

Jadi bagi saya, saya sesudah dipilih, yang pilih tu cadangan daripada Ahli Yang Berhormat setelah diperiksa oleh PPM dan juga Majlis Perbandaran sahlah tu, kalau sudah begitu. Apa lagi mahu tukar-tukar teruskanlah. Sebab akan datang ada lagi tetapi itu yang melambatkannya apabila PPM yang baharu apa ni, mencari lagi, minta lagi orang-orang untuk ditukar.

Jadi ini akan menimbulkan masalah kelambatan.

Kemudian Datuk Seri Yang di-Pertua, lampu jalan, ya. Sandakan ini kalau dikira merupakan bandar yang kedua terbesar di negeri Sabah. Tetapi kalau tidak percaya, di simpang Batu 10, simpang Jalan UMS, Sungai Batang ah tunggu di sana pukul 6, masih nampak tiang-tiang lampu yang cantik apa semua tetapi tunggu pukul 7, gelap gelita. Jadi ndada (tiada) gunalah lampu tu, tiang lampu tu, di situ belanja berjuta-juta untuk pasang lampu tetapi lampu tidak ada. Jadi kita minta juga pihak apa ni yang berkenaan untuk memastikan lampu-lampu ini dipulihkan semula.

Speaker

Ya tunggu lampu Aladdinlah.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Datuk Seri Yang di-Pertua, satu lagi saya memohonlah bagi pihak masyarakat Sandakan ah baru-baru ni Yang Berhormat Ahli Parlimen Libaran telah membawa perkara ini ke Parlimen tetapi…

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

…dimaklumkan bahawa cadangan jalan dua hala Batu 16, Batu 32 tidak dalam prioriti. Tetapi saya fikir kalau Sandakan itu bandar teruk kedua yang terbesar macam amat terpinggirlah kami ini, ya. Jalan dua, dua lorong paling jauh pun sampai Batu 16 saja. Jadi, jalan yang ada sekarang ini pun memang amat teruklah. Jadi, saya mintalah kepada Menteri, ya, Yang Berhormat Tanjong Keramat minta tolonglah perkara ini diangkat supaya dijadi, jadi keutamaan.

Kemudian, saya minta bantu jugalah kepada Yang Berhormat Klias. Ada keperluan untuk pasar di kawasan Sungai Batang dalam area dalam kawasan Sungai Manila. Jadi kalau dapat ditengoklah cadangan untuk bikin padang itu. Aik. Bikin apa, bikin pasar-pasar baru di kawasan Sungai Batang berhampiran dengan UMS. Kemudian, kesian juga Sungai Manila ini Datuk, Yang Berbah, Yang Berhormat Datuk Speaker, kami di Sungai Manila ini kekurangan padang. Adapun padang di dalam kawasan institusi pengajian tinggi yang nda bebas kita masuk. Maksudnya, masalah budak-budak ini nda ada tempat bermain. Jadi, saya minta tolong jugalah kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah untuk membina satu padang. Bukan juga yang mahal kosnya itu, padang rumput sahaja, kawasan sudah tersedia. Jadi minta tolonglah kalau dapat kami dibantu untuk mendapatkan sebuah padang permainan, padang bola sepak, ya, sebab di situ ada SMK. Tidak ada tempat budak-budak bermain. Jadi saya ingat Datuk Seri macam lebih kurang begitu sajalah ucapan saya pada hari ini.

Tapi, sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah memberikan

peruntukan untuk membuat jambatan gantung di Kampung Nelayan Tengah yang sebelum ini memang saya selalu kena viral dan sekarang ini saya sudah siap. Begitu juga kepada YB Membakut. Menteri, apa ini, dulu dia Menteri di Jabatan Ketua Menteri Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin yang telah memberikan peruntukan sehingga masjid terbakar di Kampung Sungai di Kampung Nelayan, Sungai Manila, Kampung Nelayan Sungai Batang yang sekarang ini siap sedia untuk dipakai.

Speaker

Diguna. Diguna bukan dipakai.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Seterusnya.

Speaker

Diguna.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Boleh diguna sudah, ya. Kalau dipakai ini dibawa jalan-jalankan Datuk Speaker. Ya.

Speaker

Pakai dibadan.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Okay. Seterusnya, saya ingin memberikan penghargaan kepada rakan-rakan sekerja saya dahulu di Jabatan Perhutanan sebab masih berjaya mengekalkan Hutan Simpan di Sabah ini. Sekarang ini, tiga juta 574 ribu hektar 518 ribu, 3,574,518 hektar mewakili 48 peratus keseluruhan hutan kawasan keluasan Negeri Sabah. Kalau campur dengan Taman Negara, kita punya kawasan hutan di Sabah ini masih lagi lebih daripada separuh daripada seluruh tanah negeri Sabah dan saya lihat juga ada Rang Undang-undang mengenai Pembubaran dan Penambahan Hutan Simpan.

Jadi, sebenarnya itulah tujuan kenapa kita menyimpan hutan simpan, hutan sebahagian kawasan kita ini sebagai hutan simpan supaya dapat digunakan untuk pembangunan kerajaan di masa hadapan. Jadi, jangan bimbang tuan-tuan dan puan-puan kita masih banyak tanah.

Cumanya, Jabatan Perhutanan perlu memastikan bahawa hutan, kawasan ini dipelihara sebab kalau dia jadi tanah kerajaan, sudah orang apply semua. Sekarang ini tanah kerajaan pun susah kita mahu dapat sudah. Jadi, tahniahlah kepada Pengarah Perhutanan dan seluruh kakitangan Jabatan Perhutanan dan mereka sepatutnya mendapat penghargaan

daripada kita semua. Datuk Yang di-Pertua, Sungai Manila nama diberi, di situ aku menumpang mandi.

Speaker

Bilang tiada air.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

[Ketawa] Sungai Manila tok, bukan paip.

Mungkin kita berbeza naluri, tetapi niat sama memajukan negeri.

Speaker

Amin.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Sebelum saya mengakhiri, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada semua sekali. Dengan itu, Datuk Yang di-Pertua saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Manila, ini sahabat saya dari dulu bah ini. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjong, 15 minit ya.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ya. Terima Kasih Datuk Speaker.

Terlebih dahulu saya ingin memulakan ucapan perbahasan saya untuk bercakap tentang keperluan jalan akses alternatif menuju masuk ke Pusat Bandar Tawau. Seperti apa Yang Ahli-ahli Berhormat di Dewan yang mulia ini yang sedia maklum, buat masa ini daerah Tawau hanya ada satu sahaja lebuh raya. Kesian betul yang menuju masuk ke bandar Tawau daripada check point Batu 38. Bayangkan, sebagai salah satu bandar terbesar di Sabah hanya terdapat satu jalan sahaja ke pusat bandar. Jalan ini disediakan bukan sahaja sebagai laluan kepada pengguna jalan raya biasa. Tetapi juga kenderaan besar seperti lori, trak ataupun kargo yang mengangkut barangan kayu ataupun tandan kelapa sawit setiap hari. Sebelum ini, dilaporkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 30 pusat pengumpulan kelapa sawit ataupun FFB di sekitar kawasan Apas dan Balung. Setiap FFB collecting center ini mempunyai sekurang-kurangnya lebih 100 unit lori yang memuat buah sawit setiap hari. Ditambah lagi dengan lori yang mengangkut balak daripada kawasan Balung yang juga menggunakan lebuh raya yang sama, iaitu jalan Tawau ke Sandakan ke Somiu berhampiran.

Datuk Speaker, menjadi satu-satunya akses tunggal jalan raya dari kawasan luar telah menyebabkan kebimbangan besar terhadap isu kesesakan lalu lintas penduduk Tawau setiap hari yang tinggal diluar kawasan bandar terpaksa menghadap dan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas berjam-jam untuk pergi dan semasa pulang dari tempat kerja.

Di Balung terdapat sekurang-kurangnya lima ribu unit rumah kediaman termasuk Ranggu, Wakuba, Bandar Sri Indah dan Taman Prima yang baru siap. Siap di Ranggu. Tambahan pula, terdapat dua ribu unit PPR, iaitu Sri Balung dan Sri Apas yang kebanyakannya adalah kakitangan dan perlu ke bandar setiap hari untuk bekerja.

Di sepanjang Jalan Apas, terdapat sekurang-kurangnya lima buah sekolah yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah dan lalu lintas akan menjadi lebih teruk pada waktu tertentu. Khususnya, ketika waktu pergi dan balik sekolah. Ini bermakna dalam sehari, Jalan Apas mengalami kesesakan daripada pagi hingga petang kerana jalan itu dilalui oleh pelbagai golongan termasuklah daripada golongan pekerja pejabat hingga golongan pelajar serta pekerja sektor logistik. Sudah ada cadangan, iaitu dengan membina laluan akses alternatif yang dibina berhampiran pantai. Ini saya merujuk dengan coaster highway ataupun jalan persisiran yang pertama kali diutarakan semasa era PBS, pada tahun 1990-an dan sudah tentu ada kajian kemungkinan yang dilakukan dan pelan reka bentuk yang melihat akses bermula dari kawasan Tinagat dan tanah di Jalan Damai berhampiran masjid besar di bandar dengan panjang keseluruhan kira-kira 7 km dan saya mendesak, saya menggesa Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan secara serius cadangan ini kerana ianya akan menjadi game changer dan pastinya akan membantu Tawau dari segi pembangunan di masa hadapan.

Sudah sekian lama orang Tawau tidak mendengar sebarang perkembangan besar. Justeru itu, saya berharap Kerajaan Negeri akan meluluskan cadangan pembinaan laluan akses alternatif ini untuk manfaat 500 ribu penduduk di Tawau. Saya juga berharap YB-YB yang lain terutamanya dari Tawau dan Kalabakan yang berada di dalam blok kerajaan untuk menyokong perkara ini.

Datuk Speaker, isu kemiskinan masih kekal antara cabaran utama di Sabah. Tahun lepas dilaporkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah termasuk antara negeri yang ketinggalan ataupun lagging state dengan kadar kemiskinannya tiga kali ganda dibawah daripada purata negara. Institut Penyelidikan Khazanah berkata faktor yang menyumbang kepada kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah dan Sarawak adalah disebabkan penduduk luar bandar yang tinggi, pekerjaan berkemahiran rendah, tahap pendidikan rendah, akses infrastruktur.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

itu yang masih lemah dan sebagainya.

Hari ini saya terkejut dengan berita bahawa kadar pengangguran di Sabah masih berada pada paras 7.7% iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada purata negara dan merupakan yang tertinggi di Malaysia.

Sudah cukup lama kita mendengar bagaimana Sabah adalah underdeveloped dan angka-angka ini bukan sahaja mengerikan tetapi juga agak menyedihkan. Memandangkan beberapa banyak sumber asli yang dimiliki oleh Sabah. Tahun ini genap 60 tahun penubuhan Malaysia, tetapi Sabah masih jauh ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia. Perbezaan antara kedua-dua wilayah menyebabkan rakyat Sabah terpaksa mencari pekerjaaan di luar daripada Sabah. Ini kerana ramai rakyat Sabah berpendapat bahawa tiada prospek pekerjaan yang baik dan terjamin di Sabah dan terpaksa mencari pekerjaan di Semenanjung untuk peluang dan gaji yang lebih baik.

Saya tertanya-tanya sama ada rangka tindakan Sabah Maju Jaya di bawah Kerajaan GRS sebenarnya berkesan dalam mengurangkan kadar kemiskinan. Kemiskinan dan dapat mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Adakah pelaburan besar yang dikatakan dibawa masuk oleh kerajaan membantu dalam perkara ini? Berapa banyak kekosongan kerja berkemahiran tinggi dijawatkan kepada rakyat Sabah dalam perjanjian Esteel di antara syarikat Esteel dan SOGDC? Adakah Kerajaan mengharuskan syarikat itu menyediakan kursus latihan untuk memastikan pekerja tempatan kita boleh dinaikkan pangkat ke peringkat eksekutif ataupun pengurusan?

Di sini saya baru-baru menerima jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dari Kementerian Perindustrian cuma di sini dia tidak ada sebut berapa peluang pekerjaan akan dikendalikan kepada orang Sabah. Dia cuma nyatakan di sini sejumlah berapa peluang pekerjaan tapi dia tidak ada nyatakan berapa pekerjaan akan diberikan kepada orang Sabah.

Di samping itu, saya juga berpendapat selain daripada mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang Sabah saya juga berharap Kementerian boleh membincangkan perkara ini dengan, berbincang perkara dengan syarikat gergasi seperti Esteel untuk menaik ataupun meningkatkan sosioekonomi khususnya di Sipitang ataupun bandar-bandar yang berhampiran. Sedangkan Sipitang merupakan salah satu sempadan dari Brunei ataupun Sarawak jadi sudah tentu syarikat gergasi ini bukan sahaja dapat memberikan pekerjaan kepada orang Sabah tetapi juga boleh improve the standard of living in Sipitang.

Datuk Speaker, saya berharap kerajaan mengambil kira kepentingan mempunyai pekerjaan yang berkualiti dan bukannya kuantiti pekerjaan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan ketidaksamaan pendapatan di Sabah. Selain itu, kerajaan telah mengumumkan untuk membina rumah mampu milik iaitu rumah SMJ di 73 kawasan Mukim DUN dengan jumlah 1500 unit. Namun sehingga hari ini, saya tidak mendengar bilakah ia akan dibina di kawasan saya, apa lagi di Daerah Tawau. Saya nak tanya bila Kerajaan akan membina perumahan SMJ di kawasan Tawau khususnya di Sri Tanjong? Saya juga berharap kerajaan tidak mengabaikan kawasan Sri Tanjong semata-mata kerana kebanyak…kerana kawasan itu dipegang oleh pembangkang. Kerana kerajaan mempunyai kewajipan dari segi undang-undang dan moral untuk berkhidmat secara adil. Jika kerajaan benar-benar ikhlas untuk menangani isu kemiskinan mereka tidak seharusnya pandai-pandai hanya pandai mengumumkan yang membuat orang feel good tetapi tanpa pengisian. Pelaksanaan adalah kunci untuk membuktikan mereka benar-benar bercakap dan bukan retorik semata-mata.

Datuk Speaker, kemudahan kesihatan di Sabah adalah pada tahap yang membimbangkan. Walaupun hospital berada di bawah Kerajaan Persekutuan cabaran utama yang dihadapi oleh mereka adalah berkait rapat dengan kerajaan negeri menjadikannya sebahagian daripada urusan negeri. Antara cabaran utama

yang dihadapi sudah tentu keadaan jalan negeri yang teruk. Umum mengetahui bahawa jalan raya di Sabah penuh dengan kejutan di mana jalan berlubang boleh ditemui hampir di mana-mana di seluruh negeri.

Kerajaan mesti memandang serius perkara ini kerana ia akan menjadi tragedi kepada pengguna jalan raya kerana kemalangan mudah berlaku disebabkan keadaan jalan raya yang teruk. Hospital dan klinik kesihatan terjejas teruk oleh keadaan jalan raya yang teruk. Saya difahamkan terdapat sekurang-kurangnya empat buah ambulan rosak ketika kenderaan melalui jalan berlubang besar pada waktu bekerja. Bayangkan berapa banyak risiko yang perlu dihadapi oleh pemandu dan pesakit untuk dihantar ke hospital. Pastinya terdapat ramai mangsa ataupun kecederaan yang tidak dilaporkan atau dihiraukan secara sengaja untuk menggelakkan penelitian. Adakah Sabah masih Maju Jaya? sudah tiba masanya untuk kerajaan sedar kita tidak mampu untuk membiarkan nyawa dipertaruhkan setiap masa hanya kerana kerajaan gagal menyediakan infrastruktur asas kepada rakyat.

Isu mengenai catuan elektrik juga turut menjejaskan operasi harian hospital. Malah lebih kerap tiada notis awal yang diberikan daripada SESB untuk memaklumkan terlebih dahulu bahawa akan ada catuan elektrik di beberapa kawasan. Bolehkah anda bayangkan gangguan bekalan elektrik berlaku semasa operasi pembedahan dijalankan. Saya telah diberitahu banyak hospital di Sabah mengalami gangguan bekalan hos.., bekalan elektrik dan menyebabkan penjana kuasa mereka rosak akibat ketidakstabilan bekalan kuasa. Ini adalah amat membimbangkan dan kerajaan negeri mempunyai financial obligations untuk memastikan operasi harian di hospital dapat berjalan lancar kerana bekalan elektrik adalah merupakan dan jua..juga tanggungjawab mereka.

Datuk Speaker, akhir-akhir ini kita semua mengalami catuan bekalan elektrik termasuk ibu kota, Kota Kinabalu. Black out bukan sesuatu yang baru bagi Sabah tetapi apa yang berlaku sejak beberapa minggu yang lalu seolah-olah kerajaan kita telah hilang kawalan untuk menstabilkan bekalan elektrik kita. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, dalam ucapan saya tentang catuan elektrik terhadap fasiliti kesihatan adalah amat membimbangkan. Bukan sahaja itu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) turut terjejas akibat gangguan bekalan elektrik.

Saya menerima gambar keadaan di lapangan terbang pada waktu malam di mana ia melibatkan total black out, total black out dan penumpang terpaksa menunggu dalam keadaan yang panas. Ini sudah tentu menjejaskan nama Negara kita di mata pelancong asing kerana KKIA adalah merupakan pintu masuk antarabangsa, international gateway kepada banyak Negara seperi China, Korea, Jepun, Singapura, Taiwan dan sebagainya.

Mungkin Pantai Barat khususnya KK tidak mengalami black out sekerap macam Pantai Timur. Di Tawau kita telah lama mengalami kekerapan black out sejak 60 tahun lalu.

Nampaknya tiada penyelesaian drastik yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Rakyat tidak mahu tahu apa punca black out mereka mahu kerajaan memberi jalan penyelesaian. Apa yang menyedihkan setiap kali berlaku catuan bekalan elektrik menteri kita hanya meminta rakyat berjimat untuk gunakan elektrik tanpa ada penyelesaian. Saya ingin mengingatkan kerajaan dan Ketua Menteri…

Speaker

Sila gulung.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Okey, bahawa mereka, sikit lagi Datuk Speaker. Ini adalah pentadbir dan kerajaan pemerintah hari ini. Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk memastikan bekalan elektrik stabil dan mencukupi. Bukan semata-mata cuba mengelak ataupun meletakkan kesalahan kepada rakyat. Baru-baru ini, kami juga mendengar cadangan daripada menteri bahawa penyelesaian untuk isu black out adalah dengan memasang panel solar di setiap rumah. Saya secara peribadi amat menyokong tenaga boleh diperbaharui ataupun renewable energy dan tenaga solar pastinya sesuai. Tetapi saya di sini ingin bertanya sama ada cadangan ini telah disokong dengan pengumpulan data. Adakah kerajaan benar-benar melakukan apa-apa kerja tentang berapa banyak square footages untuk menjana kuasa yang mencukupi...

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

bagi memastikan blackout tidak akan berlaku lagi. Kedua, jika ini benar-benar menjadi kenyataan, saya ingin tahu siapa

yang akan menanggung kos pemasangan. Adakah kerajaan akan menanggung kosnya? Saya ingin memberitahu kerajaan bahawa jika ini tidak dapat dijawab maka jangan buat apa-apa pengumuman yang hanya untuk mengaburi ataupun sekadar buat sedap hati rakyat saja. Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahaskan ucapan terhadap dasar daripada TYT daripada kerajaan saya juga ingin…

Speaker

Yang Berhormat bila menyebut nama yang Dipertuan Negeri jangan sebut TYT sahaja mesti penuh Tuan Yang Terutama.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Dasar daripada kerajaan…

Speaker

Bukan nama kedai runcit nama dia tu, Tuan Yang Terutama.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Abbreviation…

Speaker

No no no abbreviation for him.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Okay, tetapi saya tukar kepada kerajaan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam kaamatan kepada semua warga Sabah khususnya golongan KDM kami Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan, sekian terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhomat Bongawan. Bongawan Solo.

Terima kasih, Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, terima kasih Datuk Speaker, kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Tun Sempena Istiadat Pembukaan tanggal keempat Persidangan DUN Sabah yang ke-16 pada 22 Mei 2023. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas segala perancangan dan pelaksanaan pelbagai insentif berimpak tinggi sepanjang mentadbir Sabah. Datuk Speaker, saya menyambut baik semua insentif dan perancangan oleh Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri

Datuk Seri Hajiji Mohamad Noor dalam semua sektor membabitkan pertanian, penternakan dan pelbagai lagi industri bagi memperkasa ekonomi Sabah. Dalam sektor pertanian contohnya, pelbagai usaha telah yang bakal dilaksanakan seperti pembangunan beberapa komuniti tanaman bagi meningkatkan hasil Sabah tahun ini antaranya durian Musang King, nanas MD2, avocado, pisang Sabah dan mangga cangkonan serta beberapa lagi produk tanaman lainya.

Persoalan saya di sini apakah jaminan Kerajaan Negeri bahawa semua komuniti mempunyai pasaran tetap. Kita risau apabila dikomersialkan kelak hanya akan menyebabkan lambakan produk ekoran ketiadaan pasaran tetap yang mampu menjamin pembeli semula. Sudah tentu ia satu pembaziran bukan sahaja kepada peruntukan yang dikeluarkan untuk pelaksanaan enam buah taman kekal pengeluaran makanan dan enam buah mini TKPM yang menekankan aktiviti pertanian berskala besar tetapi juga masa yang dilaburkan oleh mana-mana pihak terutamanya rakyat. Situasi yang sering berlaku adalah kita sering menggalakkan rakyat kita untuk berbudi kepada tanah dengan menanam pelbagai jenis tanaman untuk meningkatkan ekonomi diri, namun apa yang berlaku adalah komuniti ataupun produk tanaman itu susah dijual hingga berlaku lambakan pasaran yang serius hingga bukan sahaja merugikan masa dan tenaga tetapi juga wang para petani. Datuk Speaker, jaminan pasaran memainkan peranan penting dalam semua kitaran perniagaan khususnya sektor pertanian dan penternakan. Sekiranya jaminan pasaran sememangnya sudah tersedia kita amat mengalu-alukan usaha kerajaan ini, namun sekiranya pasaran belum kukuh adalah lebih baik kita menumpukan kepada usaha menambah bekalan makanan kita kepada komuniti yang sememangnya mempunyai jaminan pasaran dan pada masa sama dapat menambahkan hasil bekalan makanan domestik sebagai persediaan kita menghadapi sebarang krisis di masa depan.

Datuk Speaker, persoalan kedua saya adakah kita mempunyai peruntukan mencukupi dan kepakaran melaksanakan semua perancangan ini, usaha untuk memperluaskan pembangunan pertanian ataupun penternakan memerlukan dana yang besar bagi memastikan kita mampu sukses sebagaimana kejayaan dicapai negara jiran seperti Thailand yang memiliki teknologi pertanian canggih dan mampu

memberikan hasil terbaik dalam jangka masa pendek sekaligus menjana ekonomi petani-petani dan negara itu. Jika peruntukan tidak mencukupi sememangnya semua maklum bahawa itu yang berlaku adalah baik tumpukan kepada pembangunan komuniti benar-benar mampu membawa manfaat bukan sahaja kepada sektor pertanian kita tetapi juga kepada petani kita sendiri, ini lebih baik daripada sekadar menyedapkan hati mata dan telinga sedangkan hakikatnya semua yang dikatakan ini tidak mungkin atau tidak akan mampu dilaksanakan kerana tidak ada jaminan pasaran tetap dan tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengutarakan pembangunan produk pertanian lainnya yang mampu memberi pulangan segera terus kepada pengusaha yang pada hemat saya harus disokong oleh kerajaan. Antara cadangan saya sebaiknya Kerajaan Negeri melalui jabatan atau kementerian berkaitan bekerjasama dengan banyak koperasi yang mempunyai produk dan pasaran sedia ada, bagi memastikan setiap produk tanaman atau ternakan petani dapat terjual dengan mudah tanpa perlu bersusah payah. Antara yang berpotensi diceburi adalah tanaman jagung kasar untuk makanan ayam daging, selama ini kita banyak bergantung dengan eksport jagung kasar daripada Brazil dan juga Argentina sekaligus meningkatkan harga ayam ternakan susulan harga eksport yang dikenakan. Ditambah lagi dengan senario ekonomi global termasuk kekurangan bekalan jagung yang berlaku di negara itu sehingga eksport komuniti yang terhad menyebabkan kenaikan drastik harga ayam daging di negeri ini. Datuk Speaker, saya cadangkan Kerajaan Negeri supaya selain memperluaskan tanaman jagung kasar, Kerajaan Negeri juga sebaiknya menggunakan peruntukan sedia ada untuk pertanian dan penternakan ini dengan membina kilang makanan ayam sendiri. Usaha ini selain dapat menjana pendapatan kerajaan negeri ia juga mampu menurunkan secara drastik harga ayam daging di negeri ini kerana kita adalah pengeluar sendiri produk ini tanpa lagi berharap import luar. Semua maklum perbelanjaan terbesar dalam setiap perniagaan khususnya penternakan ayam daging adalah kos makanan yang merangkupi sehingga 60% hingga harga ayam daging terpaksa dinaikkan bagi mengimbangi kos-kos tersebut. Namun ia dapat diselesaikan sekiranya kita mempunyai kilang makanan ayam sendiri sekaligus dapat turunkan kos makanan ayam sehingga 35% serta kualiti kehidupan pengusaha yang terlibat dalam projek ini.

Datuk Speaker, saya menyokong usaha penuh usaha kerajaan untuk memperkukuhkan jaminan bekalan beras melalui pelbagai insentif yang akan dilakukan. Namun saya berharap ia dilaksanakan secara lebih agresif dengan turut menumpukan kawasan tanaman padi sedia ada ketika ini yang terhenti susulan masalah pengairan dan juga perparitan termasuk jentera-jentera pembajak dan menuai yang sebahagian besarnya sudah tidak berfungsi hingga menyebabkan industri padi kita tidak bernyawa. Selain projek tanaman padi di Beluran, alangkah baiknya jika projek sama dilaksanakan di kawasan Kota Belud yang dahulunya mahu dijadikan sebagai jelapang padi Sabah namun sunyi hingga hari ini.

Di Papar, Bongawan dan Membakut dihidupkan semula memandangkan kawasan ini sebelumnya adalah penyumbang terbesar hasil padi Sabah namun telah terhenti disebabkan faktor yang saya sebutkan di atas tadi. Datuk Speaker, kita bergantung penuh input bekalan beras kita daripada Vietnam dan Vietnam sebagai pengeluar ketiga beras dunia selepas Thailand dan India ini pernah menghentikan sementara eksport beras mereka pada tahun 2020 kerana khuatiri stok beras tidak mencukupi bagi menghadapi pandemik COVID-19 sebelum ini. Jika negara pengeskspot makanan mengehadkan bekalan untuk melindungi sekuriti makanan mereka, ia akan menjadi satu kebimbangan yang sangat besar dan dikhuatiri kita akan menghadapi krisis beras jika kita tidak melakukan sesuatu sebagai persediaan menghadapi cabaran ini.

Datuk Speaker, susulan isu bekalan elektrik yang banyak ditimbulkan dan air yang banyak ditimbulkan kebelakangan ini, sebagai Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera, sebaiknya Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera untuk mengatasi kerana sebagai pihak yang bertanggungjawab masalah ini harus diselesaikan kerana bagaimana pelabur-pelabur luar mahu masuk ke Sabah, jika kemudahan asas pun kita bermasalah.

Seluruh kawasan mengalami masalah termasuk di kawasan saya, Bongawan yang sememangnya sebelum ini sering mengalami gangguan bekalan air dan elektrik. Namun bertambah parah, sejak akhir-akhir ini sehingga menjejaskan kualiti

kehidupan rakyat sedangkan kita sudah merdeka lebih 60 tahun namun menyediakan keperluan asas ini masih ketinggalan malah lebih teruk berbanding kawasan lain.

Sampai bila rakyat harus bersabar dengan situasi ini tanpa penyelesaian total di pihak kerajaan? Janganlah rakyat yang marah. Jangankan rakyat yang marah, pelabur luar juga enggan melabur di negeri ini sekiranya keperluan asas pun bermasalah.

Datuk Speaker, susulan kelulusan Membakut sebagai daerah penuh yang merangkumi kawasan Kimanis, Bongawan hingga Mambakut, saya berharap DUN Bongawan tidak ketinggalan dari segi pembangunan infrastuktur dan kemudahan asas. Ini perlu memandangkan DUN Bongawan cukup ketinggalan dari semua segi sebelum ini dan kita berharap kali ini kami tidak dipinggirkan di bawah pentadbiran Daerah Membakut. Saya juga menyambut baik usaha ADUN Mambakut yang mencadangkan supaya Pejabat Pendidikan Daerah Mambakut dibina di Bongawan yang sememangnya amat saya sokong. Saya sebagai ADUN Bongawan sudah tentu gembira dan menyambut baik usaha murni ini dan pada masa sama akan memberikan kerjasama serta sokongan padu, walau berbeza ideologi, politik bagi memastikan daerah kita membangun kerana perkara utama bagi saya adalah kepentingan rakyat.

Saya juga akan sentiasa menyokong sebarang usaha memperkasa ekonomi masyarakat di daerah Mambakut ini melalui kerjasama dengan pemimpin-pemimpin setempat sedia ada. Pada masa sama, berharap satu pembangunan ekonomi dapat diwujudkan di daerah ini seperti kilang ataupun industri tertentu untuk membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak di kawasan kita.

Datuk Speaker, saya berharap tahun 2023 akan membawa kemajuan yang mampan kepada negeri tercinta ini, dan pada masa kepentingan rakyat juga terpelihara memandangkan tahap kehidupan rakyat semakin terjejas dengan situasi ekonomi ketika ini yang memerlukan pembelaan berterusan Kerajaan Negeri. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2023 kepada semua Yang Berhormat yang berada di ADUN ini dan semua rakyat negeri Sabah.

Sekian saja ucapan pembahasaan saya dan saya akhiri dengan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan saya mohon menyokong.

Speaker

Waalaikumsalam. Terima kasih yang berhormat Bongawan. Tepat masa dia. Sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Jafarri Waliam. Selepas itu selepas giliran ADUN dilantik, giliran kawan saya dari Elopura. Selepas Elopura, dari Gum-gum.

Selepas Gum-gum, Balong.

Silakan Yang Berhormat ADUN dilantik.

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

15 minit.

Sabar Datuk Speaker.

Speaker

Kalau pendek lagi bagus.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat kepada sidang yang mulia ini, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Malaysia Madani. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun, pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada 22 Mei kelmarin. Pada persidangan kali ini, saya ingin membawa beberapa masalah yang dihadapi oleh rakyat, khususnya di kawasan Libaran dan juga Sandakan. Beberapa-beberapa masalah ingin saya bangkitkan dalam persidangan kali ini agar ianya mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya daripada pihak agensi atau jabatan kerajaan yang terlibat dan juga daripada pihak Kerajaan Negeri Sabah di bawah kementerian yang berkaitan.

Pertama, saya ingin mengutarakan masalah berkaitan masalah lampu jalan di simpang Beluran bermula di Batu 32 hingga Batu 12 yang pernah saya suarakan dalam Dewan yang mulia ini pada tahun lalu. Belum lagi ada tindakan daripada pihak yang berwajib. Saya memohon kepada pihak yang berwajib untuk simpang

Beluran untuk dipasang lampu solar sebab di kawasan itu adalah jalan utama ke simpang Beluran dan ke Sandakan dan ke Kota Kinabalu.

Makluman Dewan yang mulia ini, lampu jalan ini amat penting untuk keselamatan pengguna jalan raya yang menggunakan jalan ini pada setiap hari memandangkan jalan ini adalah laluan utama dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Saya mohon agar ianya dapat diambil tindakan yang segera demi kepentingan rakyat. Yang kedua adalah, saya ingin mencadangkan dalam dewan yang mulia ini agar pihak berwajib negeri Sabah agar dapat meneliti dan memeriksa dengan lebih ketat kemasukan pertubuhan atau NGO dari luar yang masuk ke negeri ini bagi mengelakkan berlakunya hasutan kepada rakyat terutamanya yang melibatkan isu tanah adat kerana ada laporan pertubuhan atau NGO ini datang ke negeri ini semata-mata menggunakan rakyat di kawasan untuk agenda tersembunyi mereka bagi menggunakan sentimen isu tanah untuk tujuan agar rakyat membenci dan marah kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor sedang berusaha…

Ah berusaha sebaik yang mungkin untuk menyelesaikan tuntutan tanah adat agar rakyat yang layak mendapat geran mereka dan proses tersebut sedang giat dilakukan.Dan isu ini selalu dimain oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Yang ketiga adalah masalah air yang seakan tidak ada kesudahan. Semua sedia maklum bahawa air ini adalah perkara yang penting, asas terutama. Namun sejak kebelakangan ini, masalah air telah menjadi satu isu yang hangat terutama di media sosial. Saya ingin meminta kepada Jabatan Air Negeri Sabah agar mengambil langkah yang serius sebaik dalam jangka pendek mahupun jangka panjang.

Jabatan Air perlu menyediakan lori tangki, air yang mencukupi untuk setiap daerah agar bekalan air bersih dapat dihantar kepada penduduk atau kawasan yang terjejas dengan segera, yang boleh bagi melakukan penduduk terputus bekalan air dan

seterusnya menjejaskan aktiviti harian mereka selain menjejaskan aktiviti perniagaan. Datuk Speaker dan sidang Dewan yang saya kasihi sekalian, saya bangga dengan kerajaan GRS, dengan slogan Sabah Maju Jaya.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah di atas insentif beliau dengan mewujudkan Program Rumah Sabah Maju Jaya untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Program Rumah Sabah Maju Jaya ini akan dibina sebanyak 20 Unit setiap tahun yang melibatkan 73 DUN seluruh Sabah. Insentif ini adalah yang pertama dilakukan bagi membantu golongan miskin tegar. 73 DUN ada yang menyebut tidak dapat di kawasan mereka sebab kawasan mereka adalah kawasan pembangkang itu adalah tidak betul. Kerajaan Negeri menjadikan 20 Unit setiap DUN di 73 DUN di seluruh Sabah ini tidak terkecuali di kawasan pembangkang terutamanya di kawasan yang saya. Di kawasan saya sendiri di DUN Gum-Gum yang saya selalu bantu, pun tidak terkecuali mendapat 20 Unit. Ah.. Rumah SMJ. Golongan ah.. untuk membantu golongan B40 yang tidak mempunyai kediaman sendiri dan ataupun kediaman yang sudah usang.

Sesungguhnya ini adalah satu berita gembira buat rakyat negeri ini, sinar untuk rakyat Sabah memiliki dan merasai rumah sendiri. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi saya ruang masa ini untuk membawa suara daripada rakyat bawah agar diambil perhatian oleh Sidang Dewan dan pihak Kerajaan Negeri. Saya mendoakan semoga kita semua diberikan kesihatan agar kita wakil rakyat dapat memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat Negeri Sabah ini yang tercinta. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan saya menyokong, Wasalam.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Dilantik, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Elopura.

Salam sejahtera dan selamat petang.

Speaker

15 minit ya.

Ya. Terima kasih yang.

Speaker

Jangan bilang saya tidak adil lagi.

Okay. Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi peluang lah kepada saya. Terima kasih Tuan Spekaer. Yang pertama, Datuk Speaker, saya ingin membahas isu kekurangan bekalan air. Tadi saya rasanya banyak YB-YB di Sandakan pun cerita tentang kekurangan air. Di Sandakan lebih kurang population ada 300,000, melebih 300,000 ribu tetapi sekarang minum air yang masin. Bahawa beliau telah menghantarkan pasukan khas untuk menyelesaikan masalah ini atau tidak, kurang pasti lah. Sampai hari ini saya tidak dapat nampak apa-apa yang tindakan khas untuk menyelesaikan masalah ini. Nyawa.. nyawa orang Sandakan seolah-olah dibiarkan. Bolehkah pihak Kementerian Kerja.. Kerja Raya menjelaskan kelanjutan progress menyelesai isu ini? Pihak Kementerian Kerja Raya ada menyatakan pada Mac lalu bahawa perkara ini harus diselesaikan tempoh tiga atau empat minggu.

Apakah kesan tindakan sehingga hari ini? Kerana sudah jelas isu air masin ini masih lagi berlarutan sehingga hari ini dan bilakah masa lagi dan tuntas sepenuhnya? Rakyat yang cukup tujuh bulan, dari bulan sebelas tahun lepas sampai hari ini menghadapi air masin. Sesiapa yang akan tanggungjawab? Siapa yang boleh peduli rakyat Sandakan ini? Macam Sandakan, orang sandakan dibiarkan sahaja walaupun contohnya tiba-tiba estet punya racun jatuh di.. jatuh di sungai itu. Terpaksa orang Sandakan minum air racunlah. Ini yang masalahnya sampai hari ini, sampai tidak dapat jaga sungai ada jaga, water treament begitu lah.

Point yang kedua, masalah elektrik. Saya rasanya ada orang cadang di dalam newspaper. Saya nampak banyak orang guna arang batu tetapi kita ada fikirkah? Di tangan kita asalnya yang.. yang di sandakan 60 kilang sawit boleh guna Biogas atau Biodesel atau Biomass, boleh generate current? kenapa kita mesti mahu guna arang batu? Arang batu tadi YB Sri Tanjong pun ada sebut carbon credit kita apa macam. Itu hutan simpanan apa macam? Orang hutan kita apa macam? Pelancongan kita apa macam? Jadi saya rasanya tidak setuju guna arang batu di kawasan Sabah, seluruh Sabah ini. Dan biogas dan biomass sepatutnya mesti mahu improve atau upgrade dia punya sistem EPD, SSP punya power supply.

Selain daripada itu , sepatutnya Sandakan ada satu biogas. Bukan, bukan sorry, bukan biogas, itu gas powerplant, gas powerplant. Sepatutnya ada plant pipeline dari Kimanis sampai Sandakan atau guna kapal angkat tu gas pergi Sandakan atau Lahad Datu atau east coast lah, Pantai Timur yang generate power. Jangan sampai itu safety factor generate power itu safety factor lebih kurang 30% guna habis, baru SESB cerita dengan kita, Sabah tidak cukup current. Sepatutnya semua power plant apa saya tahu ada safety factor 30% tapi kenapa sampai tahap begitu? Habis itu 30% yang.. yang safety factor itu sampai habis. Jangan masalahnya.. jangan salahkan penduduk guna air.. guna current yang tinggi sebab musim yang panas. Di Sandakan, ada suhunya 37% darjah celcius. Datuk Speaker, kita betul-betul cukup panas tapi sekarang minum air masin lagi, darah lagi tinggi, lagi panas. Jangan salah saya.

Speaker

KK pun panas oh. Pagi-pagi sudah panas.

Yang point yang ketiga, jadi saya ada sebut, Datuk Yong pun ada sokong, Yb Lantikan, saya.. saya bilang ini Sabah Palm Oil Board. Jangan harap Malaysia Palm Oil Board lagi (MPOB). Sabah palm Oil Board mesti mahu jalankan. Kenapa masalah ini tidak selesai? Pertama, perkerja. Kedua, itu spare part. Ketiga, itu logistik. Keempat, dia punya harganya, logistik ada yang bajanya tidak turun sebab ini Kerajaan Sabah dengan board ini dan ladang-ladang kecil ini sepatutnya ada satu komunikasi. Jangan biar dia begitu. 20 tahun dari dulu saya kerja di ladang sampai hari ini, itu perkerja tidak dapat selesai masalah ini. Apa sebabnya?

Kenapa kita.. ini kedua besar income GDP yang contribution untuk orang Sabah untuk kewangan Sabah, untuk Kerajaan Sabah. Tapi masalahnya Kerajaan Sabah macam biar dia ini palm oil industry. Ini saya banyak sedih, saya banyak sakit hati, kenapa kerajaan Sabah biar ini industri? Saya rasanya tidak lama lagi tenaga asing ini berbanding peladang-peladang tempatan ini, industri akan musnah, extinct ah, langsung. Mungkin di tangan Sandakan.. di kawasan Sandakan, IJM sudah jual dia punya ladang termasuk di Sabang termasuk Sabang.. Sabang satu, Sabang dua. Sudah jual dia punya kilang. Kenapa dia jual dia punya kilang? Dia..

Speaker

Dia.. dia sudah untung banyak bah.

Dia invest in Indonesia sebab Indonesia tidak pa..tidak macam licence bermacam-macam, ada MPOB, ada S.. ISPO dan sebagainya dan Sarawak dengan Sabah, dia sama. Kenapa Sarawak tak bayar fire certificate? Sabah kilang-kilang semua kilang-kilang mahu fire certificate. Saya pun tidak tahu apa beza Sarawak punya kilang sawit dengan Sabah punya kilang sawit. Kenapa Sarawak punya kilang sawit tidak sama dengan kita?

Speaker

Sarawak lain kerajaan, Sabah lain kerajaan.

Kalau you jawab begitu, tidak lama semua industri palm oil ini akan.

Speaker

Tidak, itu dasar..dasar negeri dia, ini dasar Negeri Sabah.

Ya lah. Kalau kita masih guna sikap begitu, selamanya.. tidak lamanya ini industri akan musnah, betul.

Speaker

bukan pasal musnah, you cakap you hairan kenapa Sarawak lain, Sabah lain?

Iyalah. Itulah saya pun hairan.

Speaker

Dasar Sarawak lain, dasar Sabah lain ya.

Iyalah, saya pun sama, saya hairanlah apa bezanya. Industri yang sama tetapi sistem yang tidak sama. Saya pun, kita satu Malaysiakah atau apa macam. Tidak sama punya, okey tenaga asinglah. Keempat ialah cukai. 7.5% sales tax dari dulu sampai hari ini masih yang sama. Tidak kira dia jatuh harga, tidak kira dia naik harga, 7.5% tetap enough. Peduli dia untungkah, rugikah, musnahkah, matikah, tak kisah. Ini hanya tax 7.5% saja. Ini yang Sabah, mengapa? Hal yang kedualah, mengapa harga buah Sabah lebih

murah berbanding semenanjung dalam index setiap hari Palm Oil FFP ini? Saya pun tidak faham kenapa Semenanjung punya harga tinggi walaupun Semenanjung punya jalan raya bagus daripada Sabah, logistik yang murah, pekerja yang murah, spare part yang murah, bateri yang murah, tayar yang murah. Kenapa hanya Sabah punya harga yang rendah daripada berbanding dengan Semenanjung? Itu yang saya pun tidak faham. Jadi itu yang Palm Oil Board mesti suarakan bersama dengan ladang dan kerajaan Sabah. Jangan biar yang MPOB apabila Sabah punya orang yang cerita, bilang Sabah punya kerajaan yang suarakan. Saya harap industri ini akan jawab punya soalanlah.

Hal yang keenam Tuan Speaker. Seperti yang sudah kita sedia maklum, keadaan jalan raya ini masih lagi menunjukkan perubahan negatif. Masalah ini sangat berpotensi menaikkan jumlah kemalangan dan satu bahaya keselamatan menggunakan jalan di Sabah ini. Hampir-hampir 20 tahun kita guna jalan raya yang dari Gum-Gum sampai check point, sekarang masih belum masuk dalam Pakej 27A. Saya tanya TSUT di pusat kerajaan, saya cakap UPEN, UPEN ada kerajaan belum ada surat kasi saya yang ini jalan potensi ada yang jalan-jalan di Sandakan yang potensi. Dia memang ada list dari Sabah pigi Kerajaan Pusat tapi bukan di kawasan Sandakan. Saya rasa Sandakan mesti ada satu jalan kasi menteri kasi sebutlah, kasi satu jalanlah. Minta tolong. Jangan semua yang di lain-lain tempat. Kasi satu jalan. Contohnya jalan Simolika, jalan Chin Ho, Jalan Pion dan sebagainya. Kenapa sampai pusat kerajaan saya tanya soalan, ini semua jalan ini bukan saya punya list priority. The list yang belakang ini. Saya pun tidak faham apa sebab. Yes. Thank you. Thank you menteri. Itu yang saya tidak tahu apa sebablah. Mungkin besok atau lusa, menteri akan jawab ini pusat kerajaan punya soalan. Nanti saya akan teks itu SU apakah.

Yang keenam, haiwan liar. Sorry , selalu kita sebut sini anjing, kucing, biawak, buaya di bandar sekarang ya. Bukan di hulu, tetapi bandar. Sekarang cari sampah, gigit budak-budak dan sebagainya. Ada satu kes kematian yang diakibatkan oleh anjing liar telah berlaku di Sandakan sudah. Itu saya, mungkin Kerajaan Perumahan mahu ubah dia punya undang-undang atau kawan dengan SPCA atau NGO-NGOnya selesaikan masalah ini. Sampai hari ini kita masih berbincang dalam dewan yang mulia ini, binatang liar, haiwan liar. Ini tidak boleh selesai masalahnya.

Ketujuh, lampu jalan raya. Saya rasanya bulan 12 yang last year sampai sekarang masih cakap lampu jalan raya. Saya tidak tahu bila boleh selesai. Lampu jalan raya saja, bukan air bukan karan bukan apa. Lampu jalan raya. Ada yang jawab saya sekali rosak dua buah sekali rosak. Sekarang tinggal satu. Satu bukan semua yang kawal lampu, ada yang pokok jatuhlah. Macam-macam punyalah. Satu kenderaan boleh cover semua seluruh Sandakan. Itu yang saya harap Perumahan dapat jawab ini atau yang JKR boleh jawab inilah. Walaupun saya tahu kontraktor sudah dilantik KOPKAP Sandakan sana, tetapi saya harap start kerja atau start pasang, atau start perbaiki secepat mungkin. Jangan ada accident baru salah siapa. Salah ini salah itu. Ini yang saya tidak harap ini rakyat Sandakan punya nyawa. Saya harap menteri boleh tanggungjawab dan menyelesaikan secepat mungkin.

Yang kelapan, hospital. Hospital saya rasa ramai orang ada sebut hospital issue kerajaan negeri ini pasal masalah kekurangan katil, kerosakan mesin, masalah peralatan, masalah perubatan tidak cukup atau usang dan masa menunggu yang lama untuk membaikinya dan menyelenggarakan dan sudah kerap berlaku di hospital. Hospital ada sebut kasi tau saya dia punya kos makin tinggi sebab selalu blackout. Dia punya genset mengguna lebih diesel. Jadi siapa yang tanggung ini. Apa yang saya tahu sampai bulan empat ini, sampai empat bulan yang lalulah. Kerajaan Pusat hanya turun RM1.8 bilion sahaja untuk fasiliti hospital seluruh Sabah. Yang 2022 berbanding 2023, 2022 ya lebih 20 juta kasi Sabah. 20 juta hanya hospital sahaja. Tetapi sekarang sampai bulan empat 1.8 bilion saja. Jadi apa macam kita dapat bayar itu orang yang…

Speaker

Sila Gulung.

Ya. Jadi apa macam kita dapat bayar itu kontraktor-kontraktor yang supply ini diesel untuk hospital. Dan lagipun, van ambulans berbanding 50 kes yang dicatatkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ada total lost. Total lost dari 2019 sampai sekarang. Bila ada van boleh gantikan ini ambulans. Saya tahu dari Tawau ada driver dia punya penyakit pigi, orang sakitlah pigi Sandakan yang mungkin ada Sandakan ada lebih instruments berbanding dengan Tawau. Jadi saya harap keadaan ini dapat gantikan ini van ambulans.

Akhirnya, akhirnya point ialah bas terminal Sandakan. Bas express terminal Sandakan sampai hari ini saya tidak tahu janji lebih tiga kali sampai hari ini masih biar begitulah. Masih tak ada operasilah. Masih begitu. Tuan Speaker saya rasa hari raya ini ada balik Sandakan, terminal begitu sajalah. Kita…

Speaker

Saya balik pandu sendiri.

(ketawa) Baik kita, apa macam Sandakan mahu biar begitu sajakah, janji kosong begitu sajakah atau apa kita mahu sepatutnya. Saya tidak tahu. Saya tak ada satu cara atau satu jawapan yang jelas. Selalu saya di newspaper, di facebook saya, saya dapat jawapan dari kementerian, inilah, itulah, inilah. Berjuta-juta ringgitlah, masa dan tempoh inilah tetapi saya tidak nampak Sandakan yang maju. Simple saja, bas terminal sudah siap tetapi tidak tahu bila dapat using. Itu saya tidak faham. Saya harap kementerian ini secepat mungkin kasi selesaikan bas terminal. Ini ialah salah satu imej untuk orang Sandakan dan pelancong-pelancong untuk Sandakan. Jadi di sini saya terima kasih Speaker, Datuk Speaker dan orang Sandakan kasi peluang saya untuk membahaskan musim ini. Selamat menyambut Hari Kaamatan dan salam sejahtera. Kita berdoa bersama-sama semoga sihat panjang umur. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Elopura. You punya bahasa ada improve sudah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gum-Gum. Sandakan juga ini.

Assalamualaikum waramahtulahi ta’alah wabarakatuh dan salam sejahtera Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah syukur ke hadirat Allah subhanuwatallah kerana izin-Nya jua saya hadir mewakili masyarakat DUN Gum-Gum untuk sama-sama dengan wakil rakyat yang lain membahas ucapan dasar Tuan Yang Terutama Tun pada 22 Mei 2023 kelmarin.

Datuk Speaker. Saya sangat ter…

… tarikh dengan ucapan Tuan Yang Terutama Tun yang mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi negeri Sabah ini mencatat 1.1% pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Kehadiran pelancong sahaja telah mencatat 1.73 juta orang berbanding 371,187 orang yang direkodkan daripada tahun sebelumnya. Soalan saya daripada 1.73 juta pelancong yang datang itu, berapakah yang datang terus atau yang singgah tempat-tempat pelancongan di daerah Sandakan seperti Taman Orang Utan Sepilok, Proboscis Monkey dan juga Pulau Selingan yang ada di Sandakan.

Datuk Speaker, seperti juga di tempat lain, di kawasan saya juga mengalami masalah prasarana yang amat teruk. Bekalan air yang bersih tidak mencukupi malahan ada banyak lagi kampung di tempat saya. Paip pun belum ada seperti Kampung Semaung Laut. Kesian mereka ini, Datuk Speaker terpaksa membeli air bersih daripada kampung berhampiran atau membeli air mineral untuk memasak dan kegunaan yang lainnya. Ada juga kampung yang sudah ada paip tetapi bekalan air bersih belum juga disalurkan seperti Kampung Kuala Gum Gum, Kampung Dandulit, Kampung Sungai Beruang, Kampung Sungai Monyet, Kampung Banting. Soalan saya, bilakah agaknya masalah air di kawasan Libaran ini, khasnya di kawasan DUN Gum Gum dapat diselesaikan? Seterusnya masalah banjir kilat juga turut membimbangkan saya. Banyak harta benda yang rosak yang mengakibatkan kerosakan kerugian mangsa yang terlibat. Di antara kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Jaya Bakti, Kampung Sungai Memanjang, Kampung Sungai Kapur, Kampung Batu 25, Kampung Pangkalan Batu 16 Gum Gum.

Soalan saya di sini, apakah keputusan kajian kerajaan berkenaan dengan banjir ini sejak dua tahun yang lalu? Ini Datuk Speaker, asyik kaji saja. Laksana tiada. Jadi, mudah-mudahan pada tahun 2023 ini, bukan lagi kita asyik mengkaji tetapi kita laksanakan terus apa yang ada sebab kita semua tahu bahawa pertumbuhan ekonomi ah, sejak kerajaan GRS ini telah membuat pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

Datuk Speaker, selain daripada itu, masalah jalur lebar juga turut menyumbang masalah hampir seluruh kawasan DUN Gum Gum tidak mendapat liputan Internet yang memuaskan. Kita semua tahu bahawa Internet ini bukan lagi satu kehendak tetapi ianya sudah menjadi keperluan terutamanya pelajar sekolah rendah, menengah, urusan orang awam dan juga urusan perniagaan.

Soalan saya di sini, adakah usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah jalur lebar ini? Sekiranya ada, apakah bentuk usaha yang telah dilaksanakan dan berapakah kos yang sudah dibelanjakan? Datuk Speaker, banyak lagi perkara yang saya hendak bahaskan kali ini. Namun, saya pasti masa tak mencukupi. Justeru itu, di kesempatan ini, saya hanya ingin terus bertanya kepada pihak kerajaan. Yang pertama, bilakah agaknya masalah elektrik di kawasan DUN Gum Gum dapat diselesaikan?

Yang kedua, apakah status pembinaan solar di Pulau Libaran yang sekian lama terbengkalai?

Ini Datuk Speaker, untuk pengetahuan eh, Datuk Speaker dan juga Dewan yang Mulia ini, pembinaan solar di Pulau Libaran ini sudah lama sejak kalau saya tidak silap tahun 2015 lagi. Sampai sekarang tidak dapat keputusan yang lebih baik dan sekarang…

Speaker

Tidak ada matahari kali sana? Tidak ada matahari kali sana? (suara bertindih)

Ini pulau, Datuk Speaker, jadi erm, apa nama bekalan elektrik memang tidak sampai. Dia orang guna generator. Kesian dia orang. Yang ketiga, apakah tindakan kerajaan kepada Syarikat Konsesi yang tidak menjalankan penyelenggaraan jalan-jalan yang diamanahkan dengan baik, khususnya di kawasan DUN Gum Gum. Ini juga masalah ah, banyak yang jalan raya yang di kawasan DUN Gum Gum ini termasuk yang disebut oleh wakil rakyat Elopura tadi, Jalan Cheng Ho tidak disenggarakan dengan baik.

Jadi ini menyebabkan lebih kurang 300 hingga 400 masyarakat yang di situ mengalami erm, apa nama kesulitan berjalan dan banyak kereta-kereta yang rosak di kawasan itu.

Datuk Speaker, selain daripada itu, masalah binatang seperti monyet dan buaya juga turut mengganggu ketenteraman di kawasan saya. Monyet-monyet ini, bukan sahaja mengganggu tanaman bahkan berani masuk ke rumah dan merosakkan pinggan mangkuk yang ada. Buaya pula sering dilihat, bukan sahaja di dalam sungai tetapi juga di kawasan laut. Jadi, erm, apa nama jadi apa nama…

Speaker

Darat tiada? Di darat.

Apa nama dipanggil? (suara ketawa) Yang dulu pun, kita sudah cerita pasal monyet tetapi masih lagi ada, tiada tindakan. Jadi saya, erm, soalan saya, untuk yang ini, apakah bentuk tindakan pihak kerajaan untuk menangani masalah ini? Datuk Speaker, itu saja daripada saya untuk yang hari ini. Jadi sebelum mengakhiri ucapan bahas saya pada kali ini, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas ruang dan peluang yang Datuk Speaker berikan. Seterusnya, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2023. Akhir kalam, saya mendoakan semoga Tuan Yang Terutama Tun serta keluarga kekal sihat dan di dalam lindungan Allah subhanahu wa taala. Amin. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Datuk Speaker. Saya Arunarnsin bin Taib, ADUN N.50 Gum Gum mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Gum Gum. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Balung. 15 minit ya.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, yang telah memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas dalam sidangan Dewan Undangan Negeri yang Mulia ini. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah, Tuan…Negeri Sabah yang mana telah menyempurnakan ucapan dasar Kerajaan Negeri Sabah yang telah disampaikan pada hari Isnin bersamaan dengan 22 Mei 2023.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang telah berjaya memimpin Kerajaan Negeri Sabah ini hingga mencapai kecemerlangan yang mana kita lihat bahawa Kerajaan telah mendapat erm apa ini telah mendapat kecemerlangan untuk meningkatkan pendapatan Negeri Sabah daripada tahun 2022 dan seterusnya meningkat kepada tahun 2023 ini. Ini adalah berkat kerjasama di antara semua pemimpin yang ada di peringkat Kerajaan Negeri dan juga di peringkat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Tuan Yang Terutama..Yang Berhormat Datuk Speaker, sebenarnya erm saya punya giliran adalah pada hari esok tetapi oleh kerana Speaker meminta saya untuk bercakap pada hari ini, maka saya ingin menyampaikan sedikit masalah yang timbul di kawasan ah DUN saya, yang mana di kawasan DUN saya sekarang ini ah amat-amatlah ya memerlukan ah pembangunan infra, khususnya jambatan yang ada di kawasan DUN Balung yang begitu lama sekali belum lagi dapat dinaik tarafkan dan ini sedikit sebanyak…

Menjejaskan perkhidmatan para pekebun-pekebun kecil kita yang ada, di kawasab DUN Balung yang mengeluarkan hasil-hasil sawit mereka.

Jambatan-jambatan yang saya maksudkan ini, Datuk Seri, Datuk Speaker. Ialah Jambatan Sungai Serudung di kilometer 96 Kinabutan Kecil Tiku. Begitu juga, lampu jalan di Persekutuan. Di jalan Persekutuan yang mana pada hari ini, didapati bahawa lampu jalan ini telahpun tidak,..apa ni tidak berfungsi sepenuhnya disebabkan oleh masalah-masalah yang tertentu.

Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat. Untuk makluman Datuk Speaker. Untuk makluman Datuk Speaker bahawa lampu-lampu jalan ini telahpun 2 tahun yang lalu ya, malap tidak berfungsi dengan baik dan ini menyebabkan laluan daripada bandar Tawau ke Airport Tawau, menghadapi gelap gelita di waktu malam. Dan ianya amat merbahaya, kepada para pengguna jalan ini dan ianya amat

mendesak sekali, dan saya meminta supaya Kementerian Kerja Raya yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan supaya lampu-lampu jalan ini, dapat diselenggarakan dengan baik. Dan juga saya berharap…dan saya berharap agar jalan seperti tiang dan ridep pillar yang rosak serta lampu tidak menyala. Kerosakan bermula dari lapangan terbang Tawau sehinggalah ke bandar Tawau dan dia telah diambil.

Mengikut laporan yang saya terima daripada pihak JKR Tawau, bahawa masalah ini timbul adalah disebabkan oleh kerana pada waktu itu lampu jalan ini adalah dibawah penjagaan Majlis Perbandaran Tawau. Tetapi bila dia diambil alih oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia sejak 1 Julai 2021. Walau bagaimanapun sehingga kini, kebanyakan lampu-lampu tersebut tidak menyala atau rosak yang boleh menyebabkan keselamatan pengguna jalan raya terjejas, terutama sekali pada waktu malam.

Pihak JKR Sabah telah mengemukakan permohonan untuk, menyelenggara lampu-lampu ini namun sehingga kini belum ada kelulusan dari pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Jadi saya berharaplah, oleh kerana perkara ini amat mendesak sekali saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Sabah agar dapat menyuarakan kepada pihak Kementerian Malaysia untuk menyegerakan pembaikan, lampu-lampu jalan yang menuju ke Airport Tawau ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh sedikit masalah…masalah Sungai Serudung yang mana Sungai Serudung 2 ini, sentiasa kalau hujan lebat ia akan mengakibatkan banjir. Dan ia akan menjejaskan Sekolah Rendah Batu 22 Apas Proper. Oleh itu, saya mohon kepada Kementerian Pertanian yang dibawah pengawasan kementerian ini agar dapat meminta supaya Jabatan Parit dan Saliran mengambil perhatian untuk mengatasi masalah banjir ini. Bila hujan lebat, kerana ianya menjejaskan Sekolah Rendah Batu 22 Apas Proper dan ini akan mengakibatkan gangguan kepada para pelajar, dan juga kepada apa ini. Alat-alat sekolah yang akan rosak disebabkan oleh banjir yang berlaku di kawasan sekolah ini.

Jadi saya minta kerjasamalah dari kementerian, untuk mengambil berat perkara ini. Dan sebenarnya perkara ini sudah saya suarakan juga di Dewan Undangan Negeri

yang lalu, tetapi sehingga hari ini belum ada lagi tindakan yang positif, untuk menyelesaikan masalah banjir yang melibatkan Sekolah Rendah Batu 22 Apas Proper.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa…apa ni, kita punya…kita punya ini apa sungai…loji air Balung. Yang mana loji air Balung ini pada hari ini hanya dapat mengeluarkan kapasiti sejumlah 20 juta liter sehari. Sedangkan ianya di kawasan DUN Balung ini mempunyai Taman-taman Perumahan yang begitu banyak sekali, dan termasuklah yang baru-baru ini Perumahan Prima ya. Telahpun dibuka dan telahpun dimasuki oleh pengguna-pengguna taman ini. Dan ini menjejaskan bekalan air Daerah Tawau sekiranya, loji Balung ini tidak dinaik tarafkan pengeluaran kapasiti air bersihnya kepada 60 juta liter sehari. Dan sekiranya ini dapat dilaksanakan maka kita yakin bahawa masalah air di Balung ini dan juga di kawasan DUN Apas dan sekitarnya akan dapat kita atasi untuk masa-masa yang apa ni…akan datang.

Dan ianya akan juga mengurangkan ya, masalah masyarakat penduduk-penduduk kampung, di kampung-kampung di kawasan DUN Balung dan Apas ini untuk mendapat bekalan air bersih. Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker saya berharaplah juga kepada Yang Berhormat Kementerian Kerja Raya Sabah agar dapat, kerana Jabatan Air ini dibawah jagaan kementerian agar dapat memastikan bekalan air di kawasan DUN Balung ini dapat diperhatikan. Supaya ianya dapat dilaksanakan secepat yang mungkin. Jadi saya rasa itu saja yang dapat saya sampaikan Tuan Speaker.

Jadi, walau macam manapun, sebelum saya menyokong ucapan dasar Yang Amat Berhormat. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Sabah, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang ada di sini. Dan juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker, yang telah memberi ruang kepada saya untuk melibatkan dalam perbahasan pada petang ini. Dengan itu, saya menyokong ucapan dasar Yang Amat Berhormat. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Sabah. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Balung. Ada usul Menteri ?

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Tuan Speaker, menurut Peraturan Tetap 21(b), Peraturan-peraturan Tetap Dewan. Tanpa menghiraukan usul terdahulu saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang.

Speaker

Ada menyokong.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Tuan Speaker. Saya sokong penuh.

Speaker

Mahu pulang awal ini.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Pulang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan ini, ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ditangguhkan sehingga esok selasa 24 Mei 2023 jam 10.00 pagi. Hari rabu, hari rabu…Emm…hari rabu jam 10.00 pagi 24 Mei 2023. (Tukul diketuk) Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 6.48 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga esok pukul 10.00 pagi, 24 Mei 2023.”

SDN23052023/bnm