Sabah · 24 May 2023

16th Assembly, 4th session, 1st meeting · not final · 746 turns · 53,690 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Segala hormatnya, saya menjemput ADUN Dilantik Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Terima kasih, Tuan Speaker. Perkataan nombor satu.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Tenaga Solar Di SabahQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*1.

YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada KETUA MENTERI, berapakah megawatt (MW) tenaga dari solar power yang kini dijana di Sabah dan apakah sasaran tenaga dari solar power yang diperlukan di Sabah. Jawapan

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik serta dewan yang mulia ini kapasiti tenaga solar di Sabah kini adalah sebanyak 84 megawatt, iaitu terdiri daripada:

1.

Projek solar berskala besar, iaitu projek solar yang berkapasiti melebihi satu megawatt yang berjumlah sebanyak 50 megawatt dan telah beroperasi sejak tahun 2018 di Kudat; 2.

Projek Solar Fotovoltaik atau solar PV, di bawah scheme Feed-in Tariff yang berkapasiti satu megawatt dan ke bawah, iaitu sebanyak 796 pemasangan jenis individu, komersial dan komuniti yang berjumlah sebanyak 34 megawatt. Manakala, kapasiti solar berskala besar yang sedang dalam pelaksanaan adalah 62 megawatt dan dijangka siap pada tahun 2024. Projek solar berskala besar ini lokasinya yang dalam pelaksanaan, lokasinya adalah seperti berikut:-

1.

Satu projek di Beaufort yang berkapasiti enam megawatt; 2.

Satu projek di Kunak yang berkapsiti lima megawatt; 3.

Dua projek di Sandakan dengan jumlah kapasiti 20 megawatt; 4.

Tiga projek di Tawau dengan jumlah kapasiti 16 megawatt, dan 5.

Dua projek di Labuan dengan kapasiti 15 megawatt.

Oleh itu, jumlah besar tenaga solar yang telah dan akan beroperasi di dalam grid Sabah adalah sekitar 146 megawatt atau 11% daripada jumlah kapasiti penjanaan seluruh grid Sabah. Menurut maklumat daripada Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia atau MyRER, Malaysia Renewable Energy Roadmap yang dirangka oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari ataupun SEDA, Sustainable Energy Development Authority. Pada tahun 2021, potensi solar di negeri Sabah adalah terbaik di Malaysia, iaitu sebanyak 99,400 megawatt. Sekiranya…

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Apas

…hanya berdasarkan kepada jumlah kesemua keluasan tanah tidak dibangunkan, iaitu sebanyak 1,887 kilometer persegi atau sekitar 2.6% daripada jumlah keluasan tanah negeri Sabah. Keluasan tanah negeri Sabah ialah 72,500 kilometer persegi. Bagi reka bentuk solar terpasang di permukaan tanah atau jenis ground mounted. Akan tetapi, secara praktikal sekiranya sebahagian kecil daripada keluasan tanah tersebut dibangunkan sebagai ladang solar umpamanya 1% daripada 1,887 kilomater persegi itu, iaitu sekitar 19 kilometer persegi atau 4,600 ekar ianya boleh menghasilkan solar sekitar 1000 megawatt. Namun, bagi memastikan kestabilan grid Sabah, kapasiti terendah solar yang boleh disambung dan disalurkan ke grid Sabah adalah dihadkan kepada 22% daripada kehendak maksima sistem grid, iaitu dihadkan kepada 220 megawatt sahaja pada ketika ini. Memandangkan kepada kuasa tenaga solar yang tidak konsisten dan ia bergantung dengan keadaan sinaran matahari. Oleh itu, sasaran tambahan kapasiti tenaga solar yang dirancang oleh Kerajaan Negeri pada masa akan datang adalah terhad, iaitu sekitar 100 megawatt sehingga tempoh tahun 2027.

Walau bagaimanapun, kapasiti tenaga solar yang disalurkan ke grid elektrik negeri Sabah boleh ditingkatkan lagi sekiranya teknologi sistem simpanan tenaga bateri atau battery energy storage system digabungkan bersama teknologi tenaga solar bagi bila masa teknologi ini matang dan berdaya saing di masa akan datang. Memandangkan kepada had kapasiti seperti mana yang telah dijelaskan dan bagi membolehkan tenaga solar dibangunkan sebanyak mungkin ketika ini tanpa memberikan kesan negatif. Maka, Kerajaan Negeri Sabah melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah ataupun Energy Commission of Sabah (ECoS), iaitu suatu badan berkanun negeri yang akan mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik termasuk tenaga boleh baharu dari Kerajaan Persekutuan pada penghujung tahun ini akan juga menilai pelaksanaan projek-projek tenaga solar yang tidak disambung ke grid elektrik negeri Sabah. Seperti penjanaan penggunaan tenaga kendiri pembekalan khusus umpamanya ke taman perindustrian dan sebagainya. Secara ringkasnya, kerajaan negeri sedar akan potensi manfaat tenaga solar sebagai tenaga boleh baharu dan mesra alam yang berpotensi tinggi di negeri ini. Selain menitikberatkan kemampanan alam sekitar kerajaan juga prihatin dan bertanggungjawab untuk memastikan bekalan tenaga elektrik kepada pengguna di Sabah adalah terjamin dari segi sekuriti bekalan dan dilaksanakan dengan kos yang maksima agar tidak membebankan rakyat di negeri ini. Sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan? Soalan tambahan

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang lengkap dan saya memang amat senang hati mendengar bahawa progress dalam sektor renewable energy ini sedang berkembang dan saya setuju bahawa dari segi energy security solar energy ini satu bidang yang penting untuk Sabah. Soalan tambahan. Supaya solar energy ini atau renewable energy boleh terus berkembang maju di Sabah ini, apakah insentif-insentif dan dasar-dasar galakan yang bakal diberikan oleh kerajaan kepada sektor renewable energy terutamanya solar energy ini? Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan jawab Menteri.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, bagi menjawab Soalan tambahan ADUN dilantik dan dewan yang mulia ini. Projek solar berskala besar atau large scale solar plan adalah berkonsepkan IPP (Independent Power Producer), di mana pihak SESB dan IPP menandatangani perjanjian Power Purchase Agreement atau PPA untuk pembelian tenaga. Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui Energy Commission of Sabah (ECoS) berhasrat untuk melaksanakan pembinaan bagi pembangunan projek-projek solar berskala besar sebanyak 100 megawatt secara berperingkat setelah mengambil alih kuasa kawal selia pembekalan elektrik kelak. Para pelabur boleh memohon untuk insentif yang tersedia oleh Kerajaan Persekutuan seperti yang berikut, iaitu antaranya ialah Green Incentive Tax Allowance atau (GITA) dan Green Incentive Tax Injunction kepada pemaju projek yang dikelolakan oleh Malaysian Investment Development Authorities atau MIDA. Dan yang kedua, insentif di bawah Green Technology Financing Scheme GTMS 3.0 kepada pemaju projek yang dikelolakan oleh Green Tech Malaysia atau Danajamin, di bawah Bank Pembangunan.

Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan pemberian insentif dan galakan yang baru di masa akan datang berdasarkan keperluan selepas pengambilalihan kuasa kawal selia tenaga boleh baharu oleh Kerajaan Negeri Sabah siap dilaksanakan. Sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Okey, Sekong. Soalan tambahan

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih, Tuan Speaker. YB Menteri, saya ingin bertanya, apakah status projek tenaga solar di Pulau Tronglit di Sekong? Terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Apas

Minta maaf Speaker pulau mana?

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Pulau Tronglit .

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Apas

Pulau Tronglit.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Pulau Tronglit, di DUN Sekong.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Apas

Okey, ah, oleh kerana saya tidak mempunyai maklumat berkaitan tentang status terkini. Insya-Allah pihak kita akan memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat ADUN Sekong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya hanya memberi dua Soalan tambahan, tapi oleh kerana Ketua Pembangkang mahu tanya, saya berikan. Ini yang penghabisan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan.

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih atas ruang yang diberikan dan setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh Pembantu Menteri tadi tentang ECoS yang dinyatakan saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat, bagaimana kita dapat melaksanakan sedang pun Electric Enactment Supply tidak ada? Belum ada. How can you enforce that, pertama.

Keduanya, sudahkah pihak kerajaan, meneliti secara total comprehensive tentang keadaan-keadaan di bumi Sabah. Comprehensive study, iaitu land below the wind. Tidak semua kawasan di Sabah ini boleh ada matahari pasal itu bila kita ada di Kudat ada setengah waktu walaupun itu pulau. Setengah waktu dia tidak ada matahari. Lepas itu…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Senallang, Jadi soalan dia apa?

Soalan dia, I said was there any comprehensive study on where the side first thing is that bagaimana enforcement of blow since there is no enactment or electric supply enactment is not there. So, how can you enforce the law? The second part, saya tanya tadi itu tentang keadaan yang kita katakan bagaimana apa nama comprehensive study dan mana kawasan-kawasan kita tidak mahu ketirisan.

Perbelanjaan negara kita banyak, tapi kadang-kadang waktu dulu saya di Sarawak there a certain places membazir. Yang ketiga, di pulau-pulau. Contohnya di Larapan, bila sudah saya bagi tujuh pulau solar under KKLW. But, I trained the local boys, SPM graduated supaya pasal kita tiada maintenance. Kerajaan Negeri tidak ada untuk melatih mana ada technician dia. Jadi kalau sesuatu keadaan terganggu blackout maka mereka boleh pulihkan. Adakah pihak-pihak kerajaan mengambil langkah ini?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, terima kasih. YB Senallang. Yang Berhormat Menteri, kalau tidak dapat kan, kerana banyak data-datanya, boleh soal bertulis.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Apas

Terima kasih di atas ah, Soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Saya memahami dan Kerajaan Negeri juga memahami kerisauan yang disuarakan oleh Yang Berhormat ADUN Senallang berkaitan dengan persiapan kita bagi impose ST Negeri Sabah ini ya seperti mana Yang Berhormat ADUN maklumkan tadi, bahawa adakah kita bersiap sedia sedangkan kita belum mempunyai sumber ya seperti mana yang semua sedia maklum. Sebab itulah Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sulaman telah berusaha berunding dengan kementerian berkaitan di Semenanjung untuk mengambil alih Suruhanjaya Tenaga ini supaya kita dapat lebih mengetahui keadaan keperluan semasa yang ada di Negeri Sabah.

Oleh hal yang demikian, seperti mana yang disuarakan oleh Yang Berhormat ADUN Senallang tadi, kita akan mengambil segala pandangan ini dan insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik melalui eko sini untuk memastikan sumber bekalan dan bekalan tenaga elektrik sekarang ini. Baru bekalan gas kemudian baru bekalan

elektrik supaya dapat diberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat di Negeri Sabah ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima Kasih Menteri.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Terima Kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bongawan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, saya ingin menjawab soalan daripada ADUN Senallang. Sekarang ini, apabila kita meluluskan setiap permohonan tenaga elektrik ini, kita akan rujuk kepada ST di Suruhanjaya Tenaga Elektrik di Federal. Jadi merekalah yang meluluskan apa juga permohonan kita sehingga hari ini.

Sehinggalah kita akan mengambil alih Suruhanjaya Tenaga Elektrik ini pada 1 Januari 2004. Jadi, barulah Kerajaan Negeri akan mempunyai kuasa untuk menentukan dasar tarif dan juga kelulusan kepada permohonan-permohonan yang telah dipohon tetapi sehingga hari ini semua permohonan kita akan kemukakan kepada Suruhanjaya Tenaga Elektrik di Kuala Lumpur dan inilah dia punya hasil yang telah diluluskan.

Cadangan yang ada untuk membolehkan supaya Kerajaan Negeri ada bidang kuasa dia bukan atas permohonan bukan pasal supply. There must be a law in the state preparation to be done before you acquire yang ada kemudahan ini untuk enakmen itu boleh mengawal kadarnya, pungutannya. Bila agaknya enakmen ini dapat diluluskan?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Jadi enakmen itu, cadangannya kita akan bentang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri sebelum akhir tahun ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Sulaman. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bongawan.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor dua.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pengeluaran Daging Ternakan Ruminan Dan Pengeluaran Susu Ternakan Lembu Tenusu Di Negeri SabahQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

3.

YB. Dr. Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH:-a) berapakah peratus tahap sara diri (SSL) bagi pengeluaran daging ternakan ruminan dan pengeluaran susu ternakan lembu tenusu di negeri Sabah; dan b) Apakah rancangan jangka masa panjang kementerian untuk mengurangkan kebergantungan import hasil ternakan dari luar negara. Jawapan

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Jawapan bagi soalan A. Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat N30 Bongawan dan Dewan Yang Mulia ini, tahap sara diri SSL untuk Tahun 2022 bagi pengeluaran daging ternakan ruminan adalah 5.26%. Kadar peratusan SSL ini meningkat sebanyak 2.32% berbanding 2.94% pada Tahun 2021. Peningkatan ini disumbangkan dengan perlaksanaan program pemerkasaan ruminan di Sabah. Projek integrasi ternakan pintar dan program pembangunan usahawan kambing. Dibawah program-program ini, sebanyak 797 ekor lembu betina import, 40 ekor lembu pejantan unggul, 1,010 ekor ternakan kambing pedaging dan bebiri import, 200 ekor kambing katjang dan 60 ekor lembu bali telah diagihkan kepada 50 peserta yang terdiri daripada tiga government link agency, GLC dan 48 lagi kepada penternak semi commercial dan kecil seluruh Sabah untuk Tahun 2022.

Selain itu, bagi memastikan pembiakan ternakan ruminan yang berterusan dan bekalan daging yang mencukupi, DVS telah menguatkuasakan larangan menyembelih lembu, kerbau, kambing atau bebiri betina pada Tahun 2021 dan larangan export ternakan ruminan betina pada 4 April 2022.

Manakala SSL pengeluaran susu adalah 106.58% pada Tahun 2022. Kadar ini menurun daripada 117.02% pada 2020 dan 115.63% pada Tahun 2021. Kadar SSL yang menurun adalah disebabkan oleh Kos Operasi penternakan yang semakin

meningkat akibat kenaikan kos bahan mentah makanan ternakan seperti jagung dan soya di peringkat global.

Selain itu, ketersediaan makanan ternakan logistik juga menjadi isu. Tambahan kos buruh yang tinggi secara tidak langsung meningkatkan kos operasi ladang. Dalam pada itu, peningkatan populasi dan pertambahan jumlah pelancong dalam dan luar negeri juga turut menyumbang kepada peningkatan jumlah permintaan terhadap susu segar.

Walau bagaimanapun, penglibatan Sabah dalam lembah tenusu Borneo dijangka akan meningkatkan semula SSL dengan perolehan 1,500 ekor lembu tenusu dan pelbagai rancangan untuk mencari makanan ternakan alternatif yang dihasilkan secara tempatan.

Jawapan bagi soalan B, untuk makluman yang Dewan Mulia ini, keperluan daging tahunan secara puratanya adalah sebanyak 16,800 tan metrik yang bersamaan dengan 60,000 ekor lembu pedaging yang disembelih. Populasi semasa lembu pedaging hanyalah 43,410 ekor dan dengan mengambil kira kadar ekstraksi dan motaliti sebanyak 10%, Sabah perlu mempunyai 600,000 ekor lembu sebelum mampu menghentikan sebarang intervensi import hasilan ternakan. Keperluan ini akan meningkat sejajar dengan pertambahan populasi Sabah.

Oleh itu, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar DVS Sabah telah membuat 5 perancangan jangka masa panjang bagi mengurangkan kebergantungan import hasil ternakan dari luar negara.

Pertama, meningkatkan tahap sara diri SSL bekalan daging segar selaras dengan inisiatif keselamatan makanan negara melalui penternakan lembu secara feed load. DVS Sabah telah bekerjasama dengan sebuah syarikat berkaitan GLC bagi peningkatan populasi daripda 14,000 ekor kepada 35,000 ekor pada Tahun 2028. GLC berkenaan juga akan memacu perniagaan lembu berkonsepkan lestari dengan mewujudkan tanaman makanan ternakan bagi menyediakan makanan dengan kos lebih murah untuk lembu.

Yang ke-2, memperkasa program penternakan integrasi di bawah kelapa sawit. Di bawah program ini, DVS Sabah akan mengagihkan sebanyak 840 ekor lembu pedaging, 1,050 ekor kambing pedaging dan 320 ekor bebiri setiap tahun bermula Tahun 2021 hingga Tahun 2025. DVS Sabah bersama-sama dengan dua buah GLC, 15 usahawan besar yang mempunyai lebih daripada 50 ekor lembu dan 123 usahawan kecil yang mempunyai kurang daripada 50 ekor lembu akan terus mempergiatkan aktiviti pembiakan dan seterusnya meningkatkan kadar populasi..

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

… ternakan daripada 30 ribu ekor kepada 90 ribu ekor menjelang tahun 2030.

Nombor tiga, penglibatan dalam Program Lembah Tenusu Borneo adalah usaha untuk memoptimumkan pengeluaran ternakan ruminan secara susu dan daging. Dua buah GLC menjadi peserta program ini dan akan melaksanakan perolehan sebanyak 1,500 ekor lembu tenusu pada tahun 2023. Lembu tenusu menyumbang kepada 30% bekalan daging segar di pasaran tempatan.

Yang keempat, di samping itu bagi menyokong usaha memperbaik bakaan yang lebih berkesan, kerajaan mempunyai 18 buah ladang-ladang pembiak bakaan ruminan di seluruh Sabah. Oleh itu para penternak tidak perlu bergantung kepada perolehan baka daripada luar negara.

Yang kelima, selain itu pusat bioteknologi DVS Keningau akan terus aktif melaksanakan Program Permanian Beradas bagi meningkatkan kecekapan pembiakan,memperbaiki genetik ternakan dan mencegah penyebaran penyakit. DVS Sabah telah membekalkan sebanyak 2,833 straw semen pada tahun 2022, 1,871 straw semen pada 2021, 1,071 straw semen pada tahun 2020 kepada GLC dan penternak tempatan. Baka-baka air mani lembu dan kerbau dihasilkan untuk dibekalkan dan dijual kepada penternak, empat penternak terpilih. Sekian. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan Yang Berhormat Bongawan? Kalau tidak ada, saya majukan, saya menjemput ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yasin. Silakan. (suara kurang jelas) Ah, tidak berfungsi?

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Soalan nombor tiga.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Pembinaan Muzium Kebudayaan Dan Kesenian Suku Kaum Dusun Di RanauQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*3.

YB. Datuk Amisah Yassin [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah status pembinaan Muzium Kebudayaan dan Kesenian suku kaum Dusun di Ranau memandangkan upacara perasmian tapak sudah dibuat beberapa tahun yang lalu.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan Yang Berhormat Nabawan. Ada ? Soalan tambahan

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri sehingga kini berapakah pekan baru yang telah dibina dan juga dirancang pembinaannya oleh pihak Kementerian dan adakah Pekan Kecil Pagalungan tersenarai dalam perancangan tersebut? Terima kasih, Datuk Speaker.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Terima kasih Soalan tambahan daripada Nabawan, sehingga hari ini apaini projek sedia ada yang telah dilaksanakan mengenai pekan baru yang sedia ada sebanyak 22 pekan yang telah yang sedang kita laksanakan sebanyak 34 dan yang akan dilaksanakan sebanyak 14 jadi keseluruhannya 22 projek. 22 projek yang sedia ada 34 yang sedang kita laksanakan dan 14 yang kita rancangkan dan untuk Pagalungan saya ingat kita juga dalam proses perancangan. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang saya nampak di sini Sungai Manila.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Ya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Sungai Manila.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Saya cuma ingin penjelasan disebabkan di Sandakan ini ada satu hub pendidikan ia yang saya fikir layak dan sesuai untuk dijadikan sebagai pekan baru yang boleh menjadi satu ikon bagi Sandakan dan juga Negeri Sabah. Adakah pihak Kementerian ada merancang atau memasukkan kawasan ini sebagai salah satu daripada pekan yang 72 kah kalau saya tidak silap yang ingin dibangunkan.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Terima kasih Datuk Speaker untuk menjawab Soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Manila buat masa ini Projek Pekan Baru Sungai Manila sedang kita sedang kita laksanakan Sungai Manila terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Menteri sekarang dengan segala hormatnya saya menjemput Yang Berhormat YB Elopura.

Tuan Speaker soalan saya nombor 6?

Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Industri Perladangan Masih Lagi Berhadapan Dengan Kekurangan PekerjaanQuestions

*6.

YB. Tuan Calvin Chong Ket Kiun [Elopura] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, mengapakah kerajaan masih lagi mengenakan cukai 7.5% sedangkan industri perladangan masih lagi berhadapan dengan kekurangan pekerjaan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Menteri. Jawapan

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Kewangan · Likas

Terima kasih, terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker memandangkan soalan nombor enam daripada Ahli Parlimen Ahli Yang Berhormat Elopura dan soalan nombor 31 dari Ahli Yang Berhormat Senallang berkaitan dengan percukaian ke atas Industri Kelapa Sawit saya akan menjawab soalan ini sekaligus. Untuk makluman Yang Berhormat

daripada Elopura dan Senallang serta Dewan Yang Mulia ini sesungguhnya cukai keuntungan adalah dikutip oleh Kerajaan Persekutuan.

Justeru, agar Kerajaan Negeri Sabah turut menikmati secara langsung limpahan manfaat Industri Kepala Sawit yang merupakan salah satu nadi utama daripada ekonomi negeri maka bermula tahun 1999 Kerajaan Negeri telah mengenakan cukai jualan negeri ke atas minyak sawit mentah atau crude palm oil ataupun juga dikenali sebagai CPO.

Sehingga tahun 2022 kutipan cukai jualan ini telah menyumbang sebanyak RM19.25 billion kepada hasil negeri sepanjang 23 tahun ia dilaksanakan. Untuk tahun 2022 sahaja kutipan cukai jualan adalah berjumlah RM1.57 billion yang menyumbang hampir 23% kepada hasil negeri. Oleh itu, kutipan cukai jualan negeri ke atas minyak sawit mentah adalah sumber pendapatan negeri yang amat penting sumber kewangan ini memberi sumbangan yang sangat significant dalam menyokong agenda belanjawan negeri termasuklah terutamanya dalam membiayai pelbagai pembangunan fizikal dan iInfrastruktur ekonomi dan sosial untuk kesejahteraan rakyat di Sabah secara keseluruhan. Justeru, Kerajaan Negeri berpendirian untuk mengekalkan pengenaan cukai tersebut. Tuan Speaker berdasarkan maklumat yang diterima daripada Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setakat ini Negeri Sabah mempunyai 132 buah kilang pemprosesan kelapa sawit dan 14 buah kilang penapis daerah Sandakan khususnya mempunyai jumlah kilang terbanyak di negeri ini iaitu 66 buah kilang pemprosesan dan 4 buah kilang penapis manakala daerah Keningau mempunyai 4 buah kilang pemprosesan.

Pada tahun 2022, sektor kilang kelapa sawit telah memberikan pekerjaan kepada 5869 pekerja kilang pemprosesan dan 631 pekerja di kilang penapis. Daripada jumlah tersebut, warga tempatan menemui 1789 pekerjaan atau 30.4% di kilang pemprosesan dan sebanyak 626 pekerjaan ataupun 98.9 % di kilang penapis. Maka realiti kesan pembinaan kilang-kilang pemprosesan dan juga penapis ini telah membawah impak ekonomi setempat yang positif dengan penggunaan tanah yang lebih produktif. Pembangunan prasarana dan penyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan yang mampu menjana dan meningkatkan pendapatan. Dalam pada itu, kesan peganda dapat dinikmati oleh Sektor Ekonomi yang lain

seperti sektor peruncitan dan sektor hartanah dengan meningkatnya permintaan domestik bagi barangan dan perkhidmatan.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri telah menubuhkan kluster perindustrian Minyak Sawit (POIC) di Sandakan yang dikendali sebagai Sawit Pump Oil Industrial Cluster Sdn. Bhd. sebuah Anak Syarikat Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. Selain daripada industri berasaskan kelapa sawit, industri yang berasaskan makanan pengilangan dan pembuatan serta pembangunan komersial juga dirancang dan dipelawa untuk menjalankan perniagaan dan pengilangan di POIC Sandakan. Setakat ini, industri yang telah wujud dan beroperasi di POIC Sandakan adalah tangki simpanan pukal parking facility, Jeti Sawit dan facility gudang yang telah menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Di samping itu, Jeti Sawit, POIC Sandakan telah dinaik taraf sebagai jeti berstatus pelabuhan.

Usaha ini secara langsung dapat mempergiatkan lagi industri perkapalan untuk hal-hal logistik pengangkutan produk-produk ke dalam dan luar negara.

Seterusnya, dalam usaha memperkembangkan POIC Sandakan, prasarana asas seperti bekalan elektrik, bekalan air akan ditingkatkan dan dinaik taraf serta bekalan gas Petroleum akan diwujudkan bagi menarik minat lain-lain industri bagi menjalankan perniagaan dan pengilangan di POIC Sandakan. Dengan usaha-usaha dan penglibatan kerajaan dan pihak swasta sendiri, secara tidak langsung mampu memberi sumbangan ekonomi significant serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di Sandakan bahkan di seluruh Negeri Sabah. Sesungguhnya, Kerajaan Negeri sentiasa komited dan akan melipat gandakan usaha dalam memastikan manfaat industri kelapa sawit dapat menyokong aspirasi pembangunan.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSPembantu Menteri Kewangan · Likas

…negeri agar dapat terus dinikmati oleh rakyat Sabah. Sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan, Yang Berhormat.

Soalan tambahan

Terima kasih Pembantu Menteri yang jawab ah, yang dulu kita pun sudah tahu punya jawapan. Ah, sekarang kita punya soalan ialah apa macam selesaikan pekerja walaupun kita ada MPARK, MPOA, MPOC. Dulu punya hasil satu bulan tiga round angkat buah, sekarang satu setengah, hampir satu setengah bulan satu round saja. Jadi, apa macam selesai pekerja di Sabah ini, walaupun tadi pembantu menteri sebut ini kedua besar hasil dari contribute DDP di Sabah ini tapi kita tidak langsung, tidak peduli apa yang kesusahan, apa yang sengsara sekarang di East Coast, semua yang hasil sawit ini. Kedua, bila kita sudah tahu ada 122 palm oils, 14 refinery kita sudah tahu, sampai hari ini kita masih bincang, pembantu menteri ada bincang tentang solar. Kita ada BIOGAS, ada BIOMAS kenapa pendapat begitu banyak hasil dari palm oil, harga-harga dari MPOB punya harga indeks punya itu paling rendah harga, compare dengan Sarawak 5% sales tax saja, Sabah 7.5 sales tax. BIOGAS, BIOMAS tidak ada orang peduli. Saya tidak tahu solar punya di Sandakan ada 20 megawatt saya pun tidak tahu. Mungkin ada yang tempat yang macam pondok golf yang ada offendant punyalah. Saya mungkin termasuk dia punya figurelah, sampai hari ini kilang sawit ada tiga hasil saja, satu ialah crude oil. Tadi ah, pembantu menteri ada sebut kernel, ketua kena income.

Ketiga, kalau dia ada BIOGAS dengan BIOMAS dia ada jenis sale, dia jual di Malaysia tapi lebih hasil.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Elopura, rumuskan soalan tadi berapa soalan?

Yang ketiga, ya itu yang…pekerja pertama, kedua 7.5 punya sales tax, Dia dapat apa yang contribute untuk BIOGAS atau BIOMAS atau tambah hasil untuk kilang-kilang 120 atau 14 di refinery ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Elopura. Menteri boleh nampak?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama, maafkan dulu kalau suara saya ada anu sikit, saya baru keluar daripada hospital ya, jadi..

Pertama sekali, cukai yang dikenakan bukanlah satu cukai yang fix, tinggi pengeluaran, tinggilah bayar CGA, rendah pengeluaran, rendahlah yang dibayar. Erti dia kekurangan buruh walaupun ia satu masalah yang besar tapi cukai CGA ini yang dibayar juga akan turun professionately dalam apa itu dalam “kalau keluarannya sedikit”. So, saya fikir itu dia punya penjelasanlah. Kedua, kita perlu orang kata revenue atau pulangan yang lebih baik daripada apa ini industri sawit ini. Saya nampak apa ini daripada soalan yang dikemukakan oleh Senallang. Saya mesti, sepatutnya kita harus mencari jalan, bagaimana kita meluaskan based, revenue based kita, kerana kebanyakan daripada kebun kelapa sawit yang besar ini dimiliki oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di BSKL di Kuala Lumpur.

What other paying us cukai diisytiharkan di Kuala Lumpur, so erti dia cukai pendapatan dibayar di Kuala Lumpur, kita tidak buat apa-apa. Sehingga Yang Berhormat daripada Elopura, saya faham but dengan izin I think we should ne nationalistic as Sabahan’s. We provide the land and as you only is only apa itu patutnya kita yang mendapat hasil juga daripada tanah yang kita bagi kepada orang lain. Kalau semua kita bagi kepada pengusaha, tidak ada yang tinggal di Sabah. No please sit down, I will give you a time. Kita mahu dia orang untung kita pun untung, ah, itu dia punya itu yang patut kita amalkan. Tapi, dalam masa yang sama kita tidak membuat satu tindakan yang menjadikan suasana pelaburan dalam negeri kita itu dikacau. We want the.. we want to be stable.

Kedua, pasal MT fruit branch ini sebenarnya perlu ada self regulatory, regulation di kalangan industri itu sendiri. Masalah sekarang, orang tidak, BIOMAS ini tidak menjadi kerana orang tidak ataupun pengilang tidak mahu apa itu mahu jual kepada kilang BIOMAS. Their rather export, pasal harga dia dapat lebih tinggi kalau dia bagi

kepada kilang BIOMAS. And that’s why sesuai kalau kita lihat di POIC ini, Lahad Datu sampai sekarang orang sudah melabur berpuluh juta untuk buat kilang BIOMAS, tetapi terpaksa tidak boleh buat apa-apa kerana nobody want to sell itu MT fruit branch…pasal kalau dia eksport harga dia lebih baik daripada kalau dia jual kepada apa syarikat tempatan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila duduk.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Datuk, jadi kalau saya boleh simpulkanlah, saya hargai dan juga prihatin dengan apa itu masalah pekerja. But it’s two separating, dua perkara yang berbeza. Perkara pekerjaan itu biar agensi lain yang urus tapi urusan kita ialah memastikan dalam apa juga keadaan, Sabah tidak rugi daripada industri kelapa sawit. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Senallang, silakan. Soalan tambahan

Terima kasih Datuk Speaker dan terima kasih jawapan di peringkat awal menyebut soalan 31 dan saya doakan rakan lama saya dalam keadaan sihat. Berat hati saya nak tanya, pasal dia kurang sihat baru keluar hospital, namun demikian saya ingat just a kalau dapat saya ingin penjelasan seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, rancangan-rancangan Kerajaan Negeri tentang keadaan yang berlaku, listed company FELDA, listed company yang ada di negeri Sabah, FELDA beratus ribu ekar tanah Kerajaan Negeri bagi.

Syarikat-syarikat bursa saham yang berdaftar, keuntungan kalau kita nampak dengar beratus juta duit yang ada ya. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan, pulangkan balik seperti CSR ya. Kita katakan adakah pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah memastikan selain daripada cukai, cukai is important as well. Tapi CSR contohnya dia tak di Sandakan, it’s a dead town, used to be a booming area like Hong Kong, tapi keadaan dia bukan saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri, bukan hanya pekerjaan di antara there’s no split over listed

company Sandakan by hundred of them, what is the return to the Sandakan people, jalannya, CSR, biasiswa anak-anak, di FELDA Umas-Umas di Tawau, FELDA untung dilaporkan beratus juta, tapi kita tidak dengar. Kalau pergi Pekan Tungku gelap, kalau pergi Pekan Tungku berlubang jalan, tapi kalau pergi FELDA sinar, lampu baik, jalan baik. What is the CSR, saya ingat kita kena tekan kalau ada rancangan saya cadangkan seboleh-bolehnya runding sebaik mungkin. Kita tidak boleh matikan syarikat ini tapi runding dengan baik, what other CSR that their can contribute how much can contribute, whats all CSR, education, health, pembangunan, persekitaran daerah yang ada. Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih Yang Berhormat daripada Senallang.

Pertama sekali, tindakan kita ialah memperbaiki rumah kita sendiri, sistem collections cukai. Saya dapati bahawa sebenarnya dan agak mengejutkan saya ialah jumlah kakitangan yang ditugaskan untuk mengutip berbilion ringgit itu tidak ramai. Jadi, langkah pertama kita ialah untuk meluaskan jumlah kakitangan di bawah apa ini seksyen yang mengurus untuk kutipan.

Kedua, memperbaiki sistem kita agar lebih berkesan pungutan kita dari ini kita sedang bekerjasama dengan apa ini ah MPOB dan juga SPRM. Malah, saya boleh nyatakan di sini ah, Yang Berhormat, ini saya belum jawab kepada yang pertamalah. Kita dapati kita telah mengeluarkan lima notis taksiran yang melibatkan 53.36 juta ringgit kepada mereka yang under declared, under declared cukai kelapa sawit yang sepatutnya dibayar oleh kerajaan, yang telah membayar setakat ini berjumlah empat juta tetapi kita ada skim ansuran kepada mereka yang secara tidak sengaja “barangkali mengemukakan akaun yang lebih rendah daripada yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan”

tapi percayalah, Kementerian Kewangan dengan kerjasama agensi-agensi tertentu akan memastikan kita dapat mengutip balik semua yang sepatutnya boleh di collect and ah, kalau saya boleh nyatakan di sini, the amount is really really-really high yang sepatutnya sudah dibayar. Kadang-kadang ada syarikat…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Ada 2.

Statistik yang diberi kepada input YB lain. Itu yang betul tapi statistik yang dikemukan kepada Kementerian Kewangan sedikit. Jadi cukai ialah berlandaskan kepada statistik yang dikemukan kepada Kementerian Kewangan. That’s the reason why, ada kes kakitangan ditangkap dan seingat saya pun dihadapkan di mahkamah kerana dikatakan bersubahat. So we are trying to breach this little problem dengan MPOB. Jadi setiap kali kita mendapat apa ni akaun untuk mengemukakan berapa yang mereka perlu bayar kita akan check dengan MPOB untuk memastikan dia adalah sama atau jumlah itu adalah sama.

Kedua, kalau kita rasa ada masih was-was lagi, kita minta SPRM untuk masuk dan siasat tersendiri. Ini langkah pertama so we put our house in order first. Another second level, second level dia ialah adalah untuk menambah kakitangan. Untuk pengetahuan ahli dewan yang mulia ini, Datuk Speaker dan semua yang ada di dewan ini, kita sedang menunggu untuk upgade section ini kepada satu jabatan tersendiri dalam Kementerian Kewangan. So they have more staff untuk kerja, pasal they collecting billions tapi kakitangan tidak cukup and insya-Allah dengan penambahbaikan sistem pengurusan pentadbiran kita, saya fikir kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik dan yang akhirnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Senallang itu saya sendiri pun setuju. I thing they should do more. They should do more an this our problem bukan saja di Sabah di tempat-tempat lain.

Untung mahu tapi apa yang dikembalikan kepada masyarakat itu kurang. Ini saya ingat sistemik problem dalam sistem pekerjaan kita. People until make profit all the time but returning back minimum to the community that they have serve or are serving them. Jadi saya berharap ini adalah satu topik yang kita berharap kita dapat semua fikirkan. Kita bersedia untuk menerima orang kata cadangan-cadangan yang boleh menambah baik. Menambah baik role atau peranan yang boleh dimainkan oleh syarikat-syarikat besar ni agar keberadaan mereka di kampung atau di mana juga sekurang-kurangnya menjadi satu rahmat kepada mereka yang tinggal di situ. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih. Sekarang saya berikan kepada Moyog. Soalan tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker. YB Menteri, good answer and I give it to you. Ini juga kita juga patut mengesahkan ataupun membuat audit dengan timber all those stamping that now very suspicious. Bagaimana mereka telah membayar balik royalti kepada kita termasuk juga apa yang telah dibangkit oleh beberapa YB di sini awal kelmarin berkaitan dengan emas. I suspect they have I mean just as to quote Datuk Speaker, I have charge someone. So they have remanded someone, they are cheating the government birds nest. I think this is also another asset revenue...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Moyog, please keep to original question. Unless the Minister agree to answer ya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Ya this overall, because banyak kehilangan revenues Sabah atas apa ini manipulation of extraction dan juga production and I think we should not limit only to Palm Oil tetapi all the minerals have been extracted dari Sabah. Terima kasih.

Datuk Dr.

Datuk Speaker, boleh…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Menteri jawab dulu. Yang Berhormat Sulabayan.

(suara bertindih antara Timbalan Speaker, YB Sulabayan dan YB Karanaan)

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Moyog. Memang tugas kita ialah seperti mana saya nyatakan secara jokingly ya, we should act like an Ah Long sekali-sekala untuk pastikan semua hutang yang di apa tu berhutang kerajaan dapat dikutip semula. Bukanlah gaya Ah Long tapi erti dia betul-betul kerja keras untuk pastikan what is

due to the government is pay to the government and we take it up bagi kita anything the revenue that belong to the state, we have to collect it. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab sudah selesai.

Menyambung semula perbahasan ke atas usul melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas ucapan dasar kerajaan yang telah ...Motion

Setiausaha Dewan

Menyambung semula perbahasan ke atas usul melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas ucapan dasar kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Dewan ini ialah bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas ucapan dasar kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Isnin bersamaan 22 Mei 2023.

Dalam pada itu, perbahasan dimulakan. Dengan itu saya menjemput dengan segala hormatnya, Yang Berhormat saya menjemput Yang Berhormat Sulabayan. 15 minit. Datuk Dr.

Terima kasih DUN. Patut 20 minit. Assalamuaikum wbk. Terima kasih Tuan Speaker. Alhamdulillah dan salam sejahtera saya dapat hadir bersama-sama di Dewan yang mulia ini, untuk menzahirkan ucapan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dapat bersama-sama mengambil peranan dalam perhimpunan ini dan seterusnya diberi peluang untuk membahas ucapan dasar kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Tuan Speaker, banyak kandungan-kandungan dalam ucapan dasar kerajaan, cuma saya lebih menyentuh soal pelancongan. Di mana seperti apa yang kita sedia maklum bersama, industri pelancongan Kementerian Pelancongan antara yang awal-awal disebut oleh ucapan dasar yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun dan saya melihat jika kita lihat beberapa figure, dikatakan bahawa industri pelancongan merupakan satu sumber pendapatan utama negeri Sabah. Bila kita melihat data-data yang dibagi, tahun 2022, kedatangan pelancong mencecah 1.73 juta setelah pintu masuk ke negara ini dibuka dan kementerian berkenaan juga

memfokuskan kedatangan pelancong sebanyak 2.2 juta yang dianggarkan juga kita akan mendapat perolehan ataupun pendapatan 4 bilion.

Ini macam sedap didengar ini. Macam sedap didengar figure. Belum lagi datang pelancong sudah fokus 4 persegi.

Persoalan saya disini hari ini, industri pelancongan di Sabah ini menjadi tarikan dari segi bio apa ini ekosistem dia dan juga biodiversiti. Kita menggalakkan pelancong datang kemari banyak masalah-masalah yang saya lihat yang tidak memenuhi kehendak pelancong terutama sekali dari segi tarikan yang ada hari ini hanya berdasarkan keindahan semula jadi. Sedangkan di Sabah seperti apa yang kita sedia maklum banyak tempat-tempat yang menarik. Di Ranau, di Kundasang, di Semporna, di Tambunan, di Kudat. Tetapi saya melihat bila saya dapat feedback daripada pelancong, mereka berkata sayang Sabah ini mempunyai orang kata landskap yang begitu cantik semula jadi. Jadi sebab itu saya tengok, kita hanya fokus kepada kedatangan pelancong dan juga pendapatan yang bakal kita perolehi tetapi persediaan kita, itu yang dalam soalan saya di Kementerian Pelancongan ini, apa perancangan-perancangan persediaan Kementerian Pelancongan untuk menawarkan ataupun menghadapi kedatangan pelancong? Ambil contoh pintu masuk terutama. Airport lapangan terbang, Dari segi udara. Pasal kita belum ada feri lagi kecuali sebelah Tawau. Airport Kota Kinabalu kita tengok ialah walaupun airport lapangan terbang pun nampak physically dia baik tapi kemudahan saya tengok lampu, lebih-lebih lagi di Tawau. Di Tawau kalau last flight pukul 7, gelap.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Boleh mencela sedikit Datuk Speaker?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Boleh kasih Yang Berhormat Sulabayan? Mahu mencelah. Silakan Moyog.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Sedikit sahaja. Setujukah…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

...YB Sulabayan, bahawa airport di Kota Kinabalu, saya tidak tahu di Tawau dan Sandakan. Tapi di Kota Kinabalu, jangan cakap pasal fizikal building dan masalahnya. Parking. Kalau pergi park, kalau menggunakan parking awam, satu saja ini, apa ini. Meter yang boleh keluarkan tiket dan kadang-kadang kalau daripada tiga mesin pembayaran, kalau satu rosak, okey. Dua rosak, susah sudah. Tiga rosak, problem. Dia punya standard tiada. An International Airport, YB Sulabayan. International Airport. Kita cakap pasal mahu ada Sabah Airline dan sekian, ini pun kita tidak boleh selesaikan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan Yang Berhormat Sulabayan. Datuk Dr.

Saya akan masukkan dalam di apa, ucapan saya ini. Bercakap pasal keindahan lapangan terbang tadi, ya lah, bila kita mempelawa, mengharapkan pelancong ramai datang, tapi apa persediaan-persediaan kita? Ini contohlah.

Macam saya cerita Kundasang, saya sungguh kecewalah dengan pembangunan di Kundasang ini. Bila saya bandingkan Kundasang ini, lebih baik daripada Cameron Highland di, di Pahang. Cameron Highland kalau kita bandingkan dia tidak ada seindah gunung Kinabalu ya. Dari segi cuaca lebih hebat lagi Kundasang daripada Cameron Highland.

Tetapi Cameron Highland hari ini, dikategorikan antara Pelancongan bertaraf dunia.

So, dengan melihat jalan raya pun demikian ke Kundasang. Prasarana di situ saya tengok dari segi perancangan rumah-rumah, kebetulan ya lah ini Timbalan Ketua Menteri daripada Kundasang, Datuk, ini apa, Joachim. Saya tengok, sungguh mengecewakan kita. Perancangan di situ, tempat ini sungguh cantik, di Kundasang ini. Tapi selain daripada itu juga, ya tengok pembangunan tidak teratur, pasar-pasar, sedangkan Kundasang itu terkenal dengan sayur-sayuran.

Kalau kita tengok pergi Cameron Highland, yang saya cerita tadi. Disamping penginapan yang baik, jalan raya yang sampai di situ yang baik, juga dia menghidangkan makanan, minuman-minuman daripada hasil-hasil tempatan.

Contoh strawberry, sayur-sayuran, bukan dihidangkan udang ataupun ikan, berdasarkan sumber pertanian. So, dia kena ada related dengan sumber alam yang ada di situ, dan demikian juga di Semporna. Tidak juga orang kata kekurangan dia banyak sangat. Tempat itu antara yang sudah tersohor di, di dunia, hari ini, dari segi scuba diving dan juga keindahan pulau-pulau. Kalau kita bandingkan dengan di Bali, saya pun dah tinjau juga di Bali. Lebih hebat lagi pulau-pulau tempat pantai di Sabah ini daripada di Indonesia. Tetapi mereka menjadi taraf tarikan dunia, pasal apa? Facilities, kemudahan dia.

Hotel, jalan raya serta hidangan makanan-makanan serta juga barang-barang kraftangan jualan dia. Ini yang perlu dipertingkatkan. Hari ini di Semporna, di Ranau pun, di Kota Kinabalu pun, banyak rungutan daripada pelancong, soal harga penginapan hotel ini. Hotel-hotel di tempat kita ini terlalu mahal, itu yang saya nak Kementerian Pelancongan ini supaya mengambil perhatian termasuk juga Kerajaan Tempatan. Hotel, hotel kiosk saja, sampai RM200.00 satu malam. Kalau kita bandingkan dengan di Vietnam, di Cambodia pasal saya ada tinjau juga. Hotel macam taraf Hyatt di Kota Kinabalu ini, standard room, facilities dia sungguh baik, harga baru RM280.00 satu malam. Tempat kita, hotel yang sepatut hanya RM60.00 sampai RM200.00, lebih-lebih lagi dengan kedatangan pelancong ramai ini, kita punya peniaga-peniaga operator pelancongan ini macam mengambil kesempatan pula.

Ini satu tindakan yang tidak baik, pasal dalam usaha kita untuk membangunkan pelancongan di Negeri Sabah ini khususnya, perlu kita fikirkan jangka panjang masa, bukan hanya dengan kedatangan pelancong datang ini, kita pun menik, mengambil kesempatan untuk menaikkan harga, ini yang juga perlu diambil kira. Disamping prasarana yang ada dan juga kemudahan-kemudahan. Restoran pun demikian, penginapan pun demikian, pengangkutan pun demikian, bila ramai pelancong mengambil kesempatan dinaikkan harga. Ini perlu dikawal.

Selain daripada itu juga ada rungutan di. Apa ini. Di Pulau Sipadan, iaitu yang pergi menyelam scuba diving ini. Harga tidak standard, ada kata satu orang dikenakan

menyelam itu RM120.00, ada orang kata juga RM130.00, ada juga kalau international dia letakkan harga RM200.00. Ini juga perlu diambil perhatian kita. Cukup membimbangkan bila perkara ini tidak disusun atur tidak di standardized, mungkin akan jadi satu isu, akan menghilangkan keyakinan para pelancong terutama scuba diving, scuba diving ini akan datang ke Semporna ataupun ke pulau-pulau yang lain, dan demikian juga, antara tarikan pelancong di Semporna ini ialah mendaki Gunung Bohey Dulang, ya. Ini sangat popular sekarang ini, mendaki Gunung Bohey Dulang, Bukit Bohey Dulang untuk mendaki ke puncak, ke puncak tersebut untuk melihat panorama rainbow lagoon di pulau berkenaan. Sekarang ini dikenakan RM60.00 setiap seorang pendaki. Betulkah atau tidak, ini juga perlu diambil perhatian kerana ini menjadi rungutan pelancong yang datang. Dulu, dia kata percuma tetapi memang kita tidak galakkanlah kalau percuma. Tapi sekurang-kurang harga itu kalau RM60.00 satu orang dikenakan agak terlalu mahal, pasal kita fikirkan jangka panjang juga. Ya, kalau hanya mungkin bermusim atau bertempat, saya ingat tidak dapat orang melihat keindahan bumi Negeri Sabah ini. Jadi Datuk Speaker, Tuan Speaker, Kementerian Pelancongan harus mengambil perhatian dalam perkara ini dalam usaha kita. Pelancongan ini satu peluang dalam sektor meningkatkan pendapatan Ibu Negeri Sabah ini.

Selain daripada sektor perlancongan ini juga, saya menekankan juga soal pertanian ini. Antara yang kedua disentuh dalam Ucapan Dasar ini. Pasal bila saya tengok, semua orang tahu Sabah ini mempunyai tanah yang luas, sangat subur dengan sektor pertaniannya. Apa juga ditanam, semua menjadi. Cuma saya lihat masih ditekankan, antara yang jadi keutamaan ini, menanam apa ini, Durian Musang King, belum lagi Black Thorn ini. Kita harapkan Musang King ini, dia pun kalau menghasilkan dalam jangka tiga empat tahun, itu pun kalau dijaga dengan baik. Kalau tidak dijaga dengan baik, modal begitu besar.

Sedangkan, sedangkan di China sekarang ini pun di Pulau Hainan. Di Pulau Hainan, sekarang ini sudah menanam apa ini, durian ini sebanyak 3,000 hektar. Kenapa yang diwar-warkan ini bukan sahaja di Sabah, di semenanjung pun, potensi dia kata Musang King ini Black Thorn ini di China. Sekarang China sudah buat di Pulau

Hainan, 3,000 hektar. Jadi kalau kita galakkan menanam durian ini bukan tak baik, tapi jangan menjadi fokus utama.

Saya melihat bila saya melawat ke pasar ke pasar, di supermarket antara isu yang sekarang ini, harga lada cili cukup mahal sekarang ini. Rata-rata orang banyak makan cili ini, cili padi ini, saya tengok satu kilo RM35.00, cili ini RM35.00. Di Kuala Lumpur, di Sabah pun demikian, kadang-kadang tidak ada bekalan, sedangkan cili ini mempunyai potensi yang baik untuk kita buat downstream. Bukan saja kita makan cili bila makan berlaukkah, perlu ada lada biasanya, tapi downstream itu tiada. Selain daripada cili yang kita makan terus, kita boleh buat cili sos, kita boleh buat lada kering. Lada kering pun kadang tidak ada bekalan, sedangkan ini punya potensi daripada kita buat industri orang kata hightech apa semua, akhirnya mungkin peniaga yang besar dapat menikmati. Tetapi, peniaga-peniaga kecil, orang ramai tidak dapat menikmati. Ini salah satu konsep kita galakkan industri kecil, iaitu dari segi downstream ini, supaya memberi manfaat kepada rakyat dan juga individu ataupun petani-petani di luar bandar ini.

Saya juga lebih suka soal antara yang menarik perhatian saya, ialah perlu adanya jelapang padi ini, tanaman padi ini. Ini juga mempunyai potensi yang sangat besar, kerana jelapang padi ini bukan sahaja kita ambil beras makan nasi, di situ itu banyak downstream kita boleh lakukan. Saya pernah beberapa kali melihat apa ini pameran exhibition di Thailand. Daripada beras ini sahaja, banyak downstream yang mereka boleh buat, bukan saja padi kita makan, tetapi downstream banyak sangat. Ambil contoh, boleh buat apa ini, minyak masak daripada beras ini, dan juga peralatan-peralatan lain, kemudahan-kemudahan lain untuk kesihatan. Ini juga antara yang potensi daripada apa ini, durian ini dan lain-lain.

Dan demikian juga, antara sumber-sumber yang ada kaya di muka Negeri Sabah ini ialah Kayu Gaharu. Ini juga mempunyai potensi, Kayu Gaharu ini. Ada semula jadi tumbuh di Negeri Sabah ini. Ini juga perlu diambil perhatian. Kayu Gaharu ini…

Datuk Dr.

Keluar minyak yang boleh digunakan. Minyak wangi dan juga kemudahan-kemudahan untuk penjagaan badan ini penting. Ini juga perlu kita juga ambil perhatian kerana ini boleh diusahakan oleh masyarakat setempat ataupun pekebun kecil-kecil yang ada tanah. Kita perlu gerakkan tetapi dia ada harus satu jabatan atau agensi ataupun sebagai mentor untuk mengendalikan guided pada diorang.

Itu yang saya tekankan bila kita katakan soal industri makanan ini, ternakan, pertanian, perikanan ini kita perlu ada satu agensi, R&D buat kajian. Kalau kita suruh orang kampung sahaja, suruh buat tanam gaharu ataupun kita suruh apa ini tanam padi apa semua tetapi kalau tidak ada R&D kita tidak dapat. Orang kata downstream yang diberi ada berpotensi kita boleh lakukan.

Jadi, Tuan Speaker inilah antara dua yang perlu saya ambil perhatian dalam ucapan dasar kerajaan negeri pada tahun ini. Selain daripada itu juga, saya tertarik dengan Dasar Pendidikan TVET. Ini juga sangat penting kerana TVET ini, dua negara telah berjaya bila menekankan soal pendidikan TVET, teknologi dan inovasi ini. Ya, teknologi dan inovasi. Antara dia adalah Korea dan juga Jepun. Mereka berjaya membangunkan industri mereka hasil daripada TVET ini, iaitu anek apa ini? Menggalakkan masyarakat supaya mempunyai kemahiran sehingga bila kita menguasai TVET ini, bukan saja kita memberi peluang pekerjaan ataupun mewujudkan pekerja-pekerja yang mahir. Bahkan juga, menggalakkan mereka untuk berniaga melalui kemahiran-kemahiran yang mereka ada ini.

Jadi dengan itu, TVET ini perlu dipertingkatkan terutama sekali di negeri Sabah ini. Kita ada sekolah-sekolah yang tidak di bawah Kerajaan Pusat. Ya. Saya ambil contoh, macam sekolah apa ini? Pertanian, Timbang Menggaris kerana sektor pertanian ini juga sangat penting. Kita perlu menguasai dari segi kemampuan kita untuk menerokai apa saja downstream dalam bidang-bidang pertanian yang kita boleh jana memberi pendapatan dan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri Sabah ini. Dengan sebab itu, kita perlu manfaatkan itu yang masa Kerajaan Parti Warisan dulu kita wujudkan Kementerian Pelajaran dan Inovasi.

Kita tidak mahu campur tangan soal Kementerian Pelajaran Malaysia. Dasar Pendidikan Negara itu kita tidak campur tapi yang penting kita nak lahirkan terutama anak-anak muda ini supaya mereka mempunyai kemahiran dan kemahiran ini sangat penting. Lebih-lebih lagi Sabah akan menuju ke sebuah negeri perindustrian. Bila pelabur datang dalam apa juga jenis pelaburan yang mereka ambil ini yang dengan ini antara pelabur dia tekankan disamping bukan sahaja tanah luas ataupun infra yang cukup seperti elektrik, apa semua, jalan raya, air. Mereka tanya perlu adakah tenaga mahir di negeri Sabah ini? Dan sebab itu penting bagi kita TVET ini perlu dipertingkatkan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Sulabayan sila gulung. Sila gulung. Datuk Dr.

Banyak lagi ni (tidak jelas). Banyak lagi (tidak jelas). Tak apa tiga saja. Tak apa, itu yang saya tekankan mengenai dengan ucapan dasar ini. Pada hakikatnya Datuk Speaker, yang penting kita pun walaupun di peringkat pembangkang kita tanggungjawab untuk memastikan negeri Sabah ini sebuah negeri yang makmur.

Dalam apa perkara yang diperkatakan oleh Ahli Yang Berhormat soal prasarana, soal air, soal elektrik ini semua penting bagi kita.

Saya tidak boleh letakkan semata-mata perkara ini kepada pihak kerajaan. Kita sebagai pembangkang patut ia juga bersama. Sebab itu kita soalkan perkara-perkara ini, perlu didengar, perlu dilihat. Kalau kita diminta berikan peranan bersama insya-Allah, kita akan bekerjasama. Soal air saya contoh, banyak ditekankan pada Jabatan Air saja. Soal air ini. Bila masalah yang timbul sekarang ini tiada air Jabatan Air jadi hambatan. Sedangkan saya tahu kita ada beberapa konsesi Jabatan Air ini. Ini yang kita tanya kerajaan apa peranan konsesi? Ada tiga konsesi yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri. Apa peranan konsesi berkenaan dan demikian juga soal jalan raya yang tidak selesa sekarang, yang katakan jadi bualan siulan masyarakat tiap-tiap hari. Kita ada konsesi dari segi maintenance. Ada tiga konsisi. Ini yang perlu ditekankan kerana mereka telah diberi tugas untuk melaksanakan pembaikan, penyelenggaraan jalan-jalan yang menjadi hambatan, juga kerajaan.

Jabatan Kerja Raya.

Apa guna kita lantik mereka, konsesi kalau mereka melaksanakan tidak seperti apa yang ditarafkan oleh kerajaan ataupun rakyat. Jadi ini perlu. Segala konsesi ini perlu diambil perhatian kalaupun mereka tidak dapat memenuhi seperti apa yang diwasiatkan perlu kita tamatkan ataupun kaji semula peranan mereka. Jadi Tuan Speaker, ada banyak sikit tapi oleh sebab kekangan masa saya kena patuhlah dengan masa yang dibagi kepada saya. To make…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

1 minit. 1 minit lagi. Datuk Dr.

1 minit lagi. Okey. Yang akhirnya Datuk Speaker, untuk menentukan sebuah kerajaan ataupun negara berjaya dalam membangunkan negara kita ini bukan bergantung pada hasil berapa yang kita kutip. Yang penting kepada kita ialah bagaimana kita menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini. Ini yang penting. Hasil banyak didapat tetapi masih rakyat dalam keadaan persoalan yang banyak dari segi ekonomi, dari segi pendapatan. Ini juga penting bagi kita. Jadi, sebelum akhirnya ini, saya minta juga supaya masuk juga di dalam handsard, berulang-ulang kali saya suarakan dalam Dewan Undangan Negeri, iaitu klinik di Pulau Bum Bum. Ya?

Walaupun tidak ada Kementerian Kesihatan tapi saya ingat Jabatan Kesihatan ini ada di sini. Sudah dua kali saya bawa Menteri Kesihatan daripada Kuala Lumpur datang ke klinik Pulau Bum Bum. Masih juga tidak dinaikkan taraf dari segi kemudahan dan demikian juga balai polis di Pulau Bum Bum. Kasihan saya, balai polis di sana. Masih dalam kontena. Bukan saja pejabat bahkan tempat tinggal diorang pun.

Kerajaan dulu, bukan kerajaan sekarang, bukan Kerajaan Warisan telah menjanjikan dulu bahawa akan ada bangunan kekal untuk balai polis Pulau Bum Bum ini. Jadi, ini juga perlu saya tekankan supaya pihak yang berkenaan mengambil perhatian. Jadi Datuk Speaker, akhirnya terima kasih di atas peluang yang dibagi pada saya. Semoga kerajaan hari ini dan akan datang dapat menguruskan masalah rakyat dengan baik.

Sekian, wabillahitaufiqwalhidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, Yang Berhormat Sulabayan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Telupid. Silakan, Yang Berhormat.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih, Tuan Speaker. Tuan Speaker, ucapan dasar kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada 22 Mei 2023 telah pun merangkumi seluruh aspek untuk negeri Sabah yang mana merangkumi ekonomi, pentadbiran, kesihatan, pendidikan, keperluan belia dan juga pembangunan-pembangunan prasarana dan infrastruktur di seluruh negeri Sabah. Namun Datuk Speaker, beberapa aspek yang perlu diambil perhatian serius dan segera oleh kerajaan untuk diselesaikan secara tuntas.

Kalau kita anggap masalah yang diviralkan itu sebagai manusia, kita boleh anggap dia sebagai penyakit berangkai ataupun penyakit serangkai. Iaitu, kalau manusia penyakit jantung, penyakit tinggi darah, penyakit kencing manis atau diabetes. Kalau ini serangkai tidak dapat disembuhkan, penyakit ini manusia akan menjadi lumpuh ataupun matilah. Jadi, ini kita boleh samakan dengan masalah utama di negeri Sabah ini, iaitu masalah air, masalah elektrik, masalah jalan raya dan inilah masalah terangkai atau serangkai bagi negeri Sabah.

Jadi, oleh yang demikian Datuk Speaker, kita tidak boleh menganggap remeh mengenai dengan masalah-masalah ini kerana sudah tentu ini akan melumpuhkan negeri kita dan pentadbiran kita. Kerana masalah ini boleh menimbulkan tekanan, stress dan juga panik di kalangan masyarakat kita. Ambil contoh sajalah. Orang meninggal, tiada elektrik. Kemudian, tunggu keluarga balik dari Kuala Lumpurkah atau daerah yang jauh perlu peti sejuk. Tiada elektrik. Bayangkan. Hari raya orang mahu menyediakan juadah tiada air, tiada elektrik..

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Tempat-tempat awam seperti lapangan terbang, hospital tiada air, tiada elektrik. Tempat-tempat perindustrian, premis-premis perniagaan tiada air, tiada elektrik ini akan melumpuhkan kerajaan dan negeri kita. Ini, sebab itulah kita minta kepada kerajaan supaya menyelesaikan masalah asas ini, iaitu penyakit serangkai ini sebelum menjadi kronik. Jangan sampai rakyat kita marah, tertekan. Mereka akan membuat demonstrasi. Sri Lanka ada contoh, Pakistan, India. Kemudian juga negara-negara maju seperti Britain pernah mogok. Pengangkutan lumpuh, berapa bilion kerugian mereka dan saya minta kepada kerajaan supaya mengambil tindakan tegas. Tindakan yang benar-benar menyelesaikan masalah ini. Jangan kita balik-balik di Dewan Undangan Negeri bercakap dengan perkara yang sama berpuluh tahun.

Jadi Datuk Speaker, beberapa cadangan untuk masalah air ini dipertimbangkan oleh pihak kementerian iaitu; Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri Sabah atau SPANS yang bertanggungjawab untuk merancang dan membuat unjuran penggunaan air.

Menyelaras serta memastikan bekalan air bersih di seluruh Sabah, terpelihara dan mencapai kadar 100% pemasangan di setiap daerah. Suruhanjaya ini juga menguat kuasa peraturan dan menetapkan kadar bekalan air serta memantau kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan mengenai Jabatan Air.

Penubuhan syarikat kerajaan, iaitu GLC ataupun konstituen air di Sabah yang akan bersaing dengan syarikat lain untuk kerja-kerja pemasangan paip, penyelenggaraan paip, penyediaan bekalan air bersih ke seluruh Sabah pada kadar harga yang bersesuaian dan tidak membebankan rakyat.

Menstruktur fungsi Jabatan Air Negeri Sabah agar dapat menumpukan pada penyelenggaraan loji dan empangan air demi memastikan bekalan air yang bersih dan konsisten pembekalannya. Kita kurangkan kuasa monopoli air di Sabah tapi wujudkan persaingan sihat yang menguntungkan rakyat Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah.

Jadi ini kita boleh cadangkan kepada kementerian untuk diambil tindakan bagi mengurangkan ataupun menyelesaikan masalah air di negeri Sabah ini. Kita mahu juga supaya perancangan-perancangan yang lebih terperinci yang lebih efisien untuk membuat projek-projek bekalan air di luar bandar terutamanya kalau macam di daerah Telupid, beberapa projek yang tidak dapat digunakan sebelum saya menjadi YB. Pemaju Mukim pernah mengutarakan perkara ini. Kenapa projek ini tidak dapat digunakan seperti tangki di Batu 6 Kampung Wonod, Batu 7 Kampung Wonod sampai sekarang jadi sarang kelawar. Tidak dapat digunakan, tidak ada fungsi. Ada beberapa tangki lagi Simpang Lumou, ada booster pam air tiada. Paip ada, air tiada. Jadi sepatutnya kerajaan apabila membuat perancangan, saya mintalah pengarah, jurutera duduk dengan wakil rakyat supaya kita boleh sama-sama kenal pasti dan merancang projek-projek keutamaan di setiap daerah. Ini kadang-kadang, minta maaf speaker, kadang-kadang masalah ketua-ketua jabatan kita ada yang tidak suka hadir dalam Mesyuarat Tindakan Daerah. Jadi justeru itu, Datuk Speaker saya memohon kepada Pengarah, Setiausaha Tetap Kerajaan Negeri serta Menteri supaya sentiasa turun padang untuk memantau sendiri masalah yang berlaku sambil-sambil menjenguk pegawai dan kakitangan-kakitangan jabatan di bawah kementerian yang berkaitan.

Saya sentuh tadi mengenai dengan beberapa ketua-ketua jabatan yang tidak datang, yang selalu hantar wakil ke Mesyuarat Tindakan Daerah. Saya minta kepada pengarah, mengambil peranan supaya memanjangkan perkara ini kepada pegawai-pegawai di bawahan supaya mereka mengambil peranan. Supaya apabila kita berbincang dalam Mesyuarat Tindakan Daerah, kita boleh bantu kepada mereka, supaya kita dilibatkan sama dan kita boleh sama-sama dapat memperjelaskan keadaan sebenar masalah yang dihadapi. Kalau wakil rakyat saja kena bombard, kena maki, kita dijemput ke hari raya kita dapat mesej Sabah Maju Jaya tapi mengasi mati semua orang. Bagaimana? Jadi Datuk Speaker, perkara ini kita harus mengambil tindakan. Kita minta juga kepada pihak ah, pengarah supaya apa-apa perancangan di daerah sebelum meluluskan, tolonglah bagi juga makluman kepada wakil rakyat. Ini kadang-kadang, ini minta maaf Datuk Speaker dengan izin, kadang-kadang itu kontraktor lebih penting daripada wakil rakyat. Konraktorlah pula yang sediakan itu kerja-kerja saya tidak tahulah ini betul atau tidak tapi, kebiasaannya cakap-cakap di kalangan kawan, wakil rakyat tidak dilibatkan.

Jadi Datuk Speaker, mengenai dengan masalah elektrik juga. Masalah elektrik juga kita hadapi bersama. Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan ada tanggungjawab untuk meneroka sumber tenaga baru dan saya bersetuju dengan kementerian mengenai dengan ah, projek solar dan sebagainya. Namun sumber-sumber yang baru seperti arang batu dan juga hidroelektrik perlu dipertimbangkan memandangkan keadaan elektrik kita semakin kritikal. Selain daripada itu juga, mengenai dengan jalan raya. Jalan raya yang begitu kritikal juga terutamanya jalan Telupid - Sandakan, Ranau ke Telupid, Sandakan checkpoint ke Lahad Datu jalan yang begitu teruk sekali. Mungkin kita boleh mencadangkan kepada kerajaan supaya jalan-jalan persekutuan ini kita ambil semula kerana rugi saja kita bayar cukai jalan kepada persekutuan. Tapi kalau soal menyalurkan bantuan untuk membina jalan raya kita ataupun menyelenggara jalan raya kita, terpaksa kita menyembah kepada persekutuan. Jadi, saya mencadangkan kepada kementerian melalui Dewan yang mulia ini, mungkin juga boleh kita timbangkan memasang tol jalan-jalan persekutuan dan jalan-jalan persekutuan ini kita ambil alih dan kita terpaksa pasang tol, kerana mungkin itulah penyelesaian dia untuk penyelenggaraan jalan-jalan di masa akan datang. Apabila Pan Borneo atau laluan-laluan utama ini siap. Macam di Kuala Lumpur, mereka pasang tol jalan mereka bagus.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Telupid, saya ambil kesempatan. Sila duduk sekejap. Tadi Yang Berhormat Telupid ada menyebutkan bahawa kerajaan apa Sabah Maju Jaya tetapi apa perkataan yang Yang Berhormat buat tadi?

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ah, satu makian yang saya rasa saya tidak perlu cakap di sini ah, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih. Begini, sila duduk. Saya kagum kerana tiap-tiap kali ah, bila saya duduk di sini, dengar Yang Berhormat-berhormat bukan semua, mengatakan bahawa Sabah Maju Jaya tetapi tidak membuat perkara-perkara yang disuruhkan mereka sebagai oleh rakyat. Okey. Jadi, perkataan Sabah Maju Jaya ini jangan digunakan sebagai satu ah, tohmahan dan satu kehinaan kepada kerajaan yang ada ini. Saya sebagai speaker…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

… Memegang Perlembagaan Negeri Sabah dan kamu-kamu semua juga. Kalau ada AhIi Yang Berhormat ada masa suatu hari, ambil Buku Perlembagaan Negeri Sabah, lihat di muka yang di mana dia mengatakan bahawa Perlembagaan yang menunjukkan bahawa bendera itu adalah bendera juga dalam Perlembagaan dan bila dan juga logo, itu juga Perlembagaan pasal dia satu kan.

Bila Yang Berhormat-Yang Berhormat angkat sumpah ya, minta maaf saya beritahu sedikit sahaja, ‘Saya setelah dipilih atau menjadi atau dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri adalah dengan sesungguhnya mengangkat sumpah upaya saya bahawa saya akan menumpukan taat setia yang sebenar kepada Negeri Sabah dan juga Persekutuan Malaysia dan bahawa saya akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sabah dan juga Perlembagaan Negeri ah Persekutuan’.

Jadi bila kamu ugut-ugutkan ‘Sabah Maju Jaya’ kamu kaitkan dengan kerajaan yang sedia ada, itu salah. Itu tidak, kalau kamu di negeri kalau Yang Berhormat menggunakan perkataan ini, kalau berada di negeri-negeri Pakistan di mana kamu sudah kena tembak, kena bawa kerana sini tiada undang-undang okey. Jadi saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat elakkan menggunakan, mencacikan Perlembagaan kita ya.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya, saya mintalah. Yang Berhormat yang ada di sini.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

… Elakkan. Jangan lagi gunakan. Kalau saya duduk di sini, saya dengar saya terus apa ini, ini satu fatwa

yang saya bawa, tolong. Terima kasih banyak-banyak. Silakan saya berikan lagi masa untuk menghabiskan.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker. Sebenarnya Datuk Speaker, perkataan tadi bukanlah keluar dari mulut saya dan bukanlah niat saya untuk meng… memaki ataupun tidak menghormati seperti Aku Janji saya sebagai wakil rakyat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Itu lambang kita. Tengok di atas. Dulu waktu British ada Pergo Art Perego ya.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sekarang kita ada ini.

Bukan-bukan dibuat oleh kerajaan baru ini. Ini dibuat oleh kerajaan yang dulu, Tun Mustapha yang lain-lain lagi ya. Terima kasih. Teruskan.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Okay. Terima kasih Datuk Speaker.

Mengenai dengan jalan raya yang saya sebutkan tadi, beberapa contoh ataupun cadangan yang saya kemukakan tadi, mohonlah kepada Kementerian supaya dapat mempertimbangkan seperti yang saya sebutkan tadi daripada kita minta-minta, menyembah kepada Kerajaan Persekutuan mengenai dengan peruntukan untuk menyelenggara jalan raya, membina baru jalan raya tetapi tiada kujung tiba. Jadi saya cadangkan supaya jalan-jalan Persekutuan ini diambil alih oleh Kerajaan Negeri dengan syarat mungkin sampai masa kita akan mengutip melalui tol kerana kejayaan di Semenanjung apabila kita nampak jalan raya mereka ada konsensi ataupun syarikat yang menyelenggara dan terpaksalah … (kurang jelas), kalau itulah penyelesaian dia, kita cadangkan kepada kerajaan mengenai dengan penyelesaian masalah jalan raya yang kita sangat daif di seluruh Negeri Sabah ini. Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh mengenai dengan pembasmian kemiskinan dalam Ucapan Dasar oleh Tuan Yang Terutama.

Pembasmian kemiskinan adalah suatu yang perlu kita usahakan memandangkan Negeri Sabah ini adalah negeri yang termiskin juga di Negara Malaysia. Oleh sebab itu saya menyeru

kepada kerajaan supaya mempertingkatkan usaha untuk menarik pelabur bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga kepada kawasan luar bandar dan kita berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan usaha dalam menyediakan rumah mampu milik ‘SMJ’ yang berharga 70 ribu seunit kepada B40 ini kita sangat alu-alukan dan kita mahu mohon supaya projek seperti ini disebar luas ke seluruh pelusuk Negeri Sabah supaya seluruh masyarakat kita dapat menikmati rumah mampu milik ini.

Di samping itu juga, Datuk Speaker, saya menyentuh mengenai dengan usaha menarik pelabur sebentar tadi untuk dikembangkan di kawasan luar bandar sepertinya perindustrian yang berorientasikan kayu. Kalau di Telupid dia dikelilingi oleh Forest Management Unit iaitu suatu unit yang di hutan simpan yang diberikan kepada konsensi pembalakan selama 100 tahun iaitu menumbang dan menuai juga menanam, menanam kayu balak seperti getah dan sebagainya.

Jadi kita nampak ada sumber. Kita minta kepada kerajaan supaya menarik lebih ramai pelabur kerana ah kayu balak ini mungkin kita boleh proses sebagai perabot. Jadi apabila ada kilang, ada industri di luar bandar, contohnya di Telupid yang dikelilingi oleh syarikat ‘FMU’, bolehlah menjemput pelabur untuk mendirikan kilang perabot dan sebagainya kayu gergaji, papan lapis dan sebagainya. Dan ini sudah tentu akan menyediakan peluang pekerjaan kepada belia-belia kita. Jadi ini kita minta kepada pihak kerajaan supaya melihat juga peluang-peluang pelaburan di kawasan luar bandar, bukan di Telupid saja tapi di daerah-daerah luar bandar yang lain yang ada sumbernya sendiri.

Di samping itu juga, pelaburan yang berasaskan dengan pertanian seperti daging, susu dan sebagainya. Kalau di Telupid ada kawasan yang luas daripada Jabatan Haiwan jadi selalu saya sentuh dalam Dewan ini apakah fungsi Jabatan Haiwan? Adakah cuma menternak, menyelidik? Tetapi kita bukan pengeluar susu, bukan pengeluar daging. Jadi apa guna kawasan yang luas ini, kalau tidak dibangunkan? Kalau tiada keupayaan, tariklah pelabur. Kalau ada pelabur, ada peluang pekerjaan maka kita boleh membasmi kemiskinan melalui penyediaan peluang pekerjaan kepada belia kita. Kasihan belia-belia kita ini, ramai pergi Semenanjung. Kelulusan ada tapi tiada peluang pekerjaan. Jadi kita minta kepada kementerian dan juga kerajaan supaya mengambil langkah-langkah yang lebih serius, efisien, yang lebih

kreatif untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan menerusi inisiatif dan usaha menarik lebih ramai pelabur datang ke negeri kita.

Di samping itu juga, dalam pembasmian kemiskinan ini saya selalu menekankan mengenai dengan pengeluaran geran tanah kerana geran tanah ini juga menjadi salah satu yang boleh mengeluarkan orang-orang kampung ini daripada kepompong kemiskinan kerana apabila mereka ada geran tanah, mereka boleh memohon bantuan daripada kerajaan seperti daripada Jabatan Pertanian Datuk Speaker. Tanam musang king. Boleh tanam itu ‘MPOB’ (Malaysian Palm Oil Brand) ini kelapa sawit kalau ada geran dan ini semua mesti memerlukan geran daripada ‘LIGS’ (Lembaga Industri Getah Sabah). perlu geran.

Jadi justeru itu, saya minta kepada kementerian, kepada Jabatan Tanah, keluarkanlah geran-geran tanah orang-orang kampung yang sudah lama tidak keluar geran. Pada ketika sidang saya tidak ingat, saya dijawap oleh Dewan yang mulia ini, 400 keping geran tanah untuk diserahkan di Daerah Telupid tetapi apabila Yang Amat Berhormat, dengan izin datang ke Telupid pada bulan April, tidak tahu tahun 2021 kah itu? Cuma ada 100 keping geran tanah saja kena bagi. Dia bilang yang 400 itu satu kesilapan kami kerana tercampur dengan geran tanah di Tongod. Jadi tolonglah apabila kita sudah bercakap di Dewan Undangan Negeri ini, saya terus sampaikan kepada rakyat saya. 400 keping dan yang bakal akan diserahkan lagi, ada lagi beratus keping. Jadi 400 keping itu pun tidak sampai, apalagi yang beratus-ratus itu kemudian.

Jadi saya memintalah kepada Jabatan Tanah, kita seriuslah kasih keluar geran tanah orang-orang kampung kerana ini juga yang membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan. Malu, kita ini miskin tapi ada peranan. Jabatan-jabatan ini menolong kita daripada garis kemiskinan. Jangan orang politik saja yang kena ini. Tolonglah supaya kita serius dalam membantu masalah tanah di setiap, saya rasa bukan di Telupid sajalah, seluruh daerah. Kelmarin ada demostrasi, di depan PPNS (Pusat Pentadbiran Negeri Sabah) dan saya difahamkan …

Tuan Jonnybone J Kurum [Telupid]:…saya difahamkan ada juga daripada Telupid, Sugud, Kuamut, Tongod, saya tidak tahu yang lain dari mana punya daerah.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Yang Berhormat, minta laluan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Saya juga ada melihat ada demonstrasi dalam Facebook. Saya teliti demonstrasi ini adalah dibuat-buat oleh orang luar daripada Sabah maka dari Semenanjung. Jadi, ada motif yang motif politik. Yang lain-lain itu, demonstrasi itu kebanyakannya tidak betul, tiada fakta. Terima kasih.

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih, Kemabong. Namun, optikal tidak boleh menutup fakta apabila orang sudah nampak, mungkin kita boleh jelaskan kepada kita tetapi yang lain sudah tersebar luas, diorang akan cakap masalah tanah tetap berlaku. Jadi, Datuk Speaker, inilah yang perlu kita selesaikan sebagai kerajaan untuk mempercepatkan masalah-masalah ini supaya rakyat kita di luar sana dapat kita bantu sebaik-baiknya.

Datuk Speaker, mengenai dengan masalah kecurian air yang melibatkan jumlah yang begitu besar kerugian kita akibat daripada kecurian air yang disebabkan mengikut siasatan dan juga pemantauan penguatkuasa, kebanyakannya melibatkan kawasan setinggan dan sudah tentu kalau setinggan ini adalah melibatkan pendatang tanpa izin. Jadi, oleh sebab itu, kita minta di dalam dewan ini juga membangkitkan saya membangkitkan tentang penyelesaian pendatang tanpa izin yang di negeri Sabah ini yang rasa-rasanya macam sudah malap-malap sudah disentuh. Oleh kerana sudahlah masalah air kita tiada, dicuri lagi, bukan setakat air, elektrik pun kena curi. Jadi, orang kampung ini kadang-kadang kalau terdesak pun, tidaklah sampai bergayut dengan kabel elektrik ini untuk sambung karan tapi saya rasa ini adalah dilakukan oleh orang-orang yang terdesak dan mungkin ini juga dilakukan oleh pendatang tanpa izin. Jadi, oleh sebab itu, ini ada kaitan semua juga

dari segi menyelesaikan masalah. Kita minta pada kerajaan supaya serius dalam menyelesaikan masalah tanpa izin, pendatang tanpa izin.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang, Yang Berhormat, adakah ini hanya andaian daripada PTI ataupun Yang Berhormat telah membuat satu reasearch berkenaan dengan pencurian elektrik a…

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Ya, kita ada...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada juga terdapat yang orang dari kita, orang kita juga.

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Ya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Jadi, jangan don’t make a sweeping statement. Tolong ya.

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

Ya, betul Datuk. Yang orang kita itu bila nampak itu kepakaran di sebelah itu pakar dia pun mau pok silap dapat itu air free dan juga itu karan free, jadi dia terikut-ikutlah itu, Datuk Speaker. Dia mau pok silap tapi saya rasa bukan orang kita yang memulakan ini.

Jadi, Datuk Speaker, ini semua ada kaitannya oleh sebab itu saya ingin mencadangkan di dewan yang mulia ini, supaya ada suatu tindakan yang drastik dan yang benar-benar berkesan mengenai dengan masalah pendatang tanpa izin ini seperti yang kita sudah kemukakan begitu lama, iaitu untuk mencadangkan supaya sebuah Jawatankuasa Bipartisan dapat diwujudkan oleh Dewan Undangan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini. Kita pasti semua pihak terlibat, kita pastikan semua pihak terlibat termasuk pihak pembangkang agar mereka dapat bersama-sama dalam mengemukakan cadangan penyelesaian dan seterusnya bersetuju dengan semua keputusan yang diambil di peringkat jawatankuasa tersebut dan saya yakin pewujudan Jawatankuasa Bipartisan ini, kita boleh mengorak langkah ke arah Sabah yang lebih makmur, aman dan sejahtera.

Datuk Speaker, sekali lagi saya ingin menyentuh mengenai dengan kerjasama di antara pihak pelaksana dengan juga penggubal dasar, iaitu ahli-ahli politik dan juga pegawai-pegawai kerajaan supaya terus bekerjasama kepada kami. Janganlah teguran-teguran daripada Yang Berhormat-Yang berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri ini kepada pegawai-pegawai menjadikan jurang kita untuk bermusuhan di dalam mentadbir Kerajaan Negeri. Janganlah ada terlintas sedikit pun dalam fikiran penjawat-penjawat awam untuk mensabotaj kepada agenda-agenda kerajaan disebabkan kita lantang mengkritik kepada penjawat-penjawat awam. Bukanlah niat kita sebenarnya tetapi kita ada usaha untuk mencari kolaborasi, kerjasama yang lebih baik. Oleh sebab itu, kita menumpukan kerjasama ini kerana rakyat di luar sana itu adalah bangsa kita, keluarga kita, anak-anak kita, masyarakat kita. Jadi, janganlah ada sedikit pun terlintas kepada penjawat-penjawat awam selaku pelaksana dasar untuk bergaduh ataupun bermasam muka dengan ahli-ahli politik kerana kita mahu negeri Sabah ini, kita mahu bangunkan bersama. Kita ingat, kita ingatlah bahawa jawatan yang ada ini adalah suatu bukan keistimewaan tetapi adalah satu amanah dan tanggungjawab kita. Kedudukan yang ada kita pada sekarang ini, bukanlah hasil kekuatan kita tetapi kesempatan dan anugerah Tuhan yang Tuhan berikan kepada kita. Marilah kita tumpahkan khidmat bakti yang penuh dedikasi dan juga penuh amanah demi untuk negeri Sabah yang tercinta ini.

Datuk Speaker, dalam kesempatan ini saya ingin menyampaikan Salam Kaamatan kepada semua penduduk negeri Sabah dan juga saya Telupid menyokong ke atas ucapan dasar yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat wakil dari Telupid. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat wakil dari Tanjong Papat. Kalau dia ada dalam dewan. Minta maaf, Tanjong Kapor. Tulisan itu nampak macam Tanjong Papat jadi saya menjemput dengan segala hormatnya Yang Berhormat dari Tanjong Papat. Silakan. Sorry, Tanjong Kapur.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan dasar kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri

pada hari Isnin yang lalu. Saya ingin membawa kepada perhatian dewan ini berkenaan dengan beberapa masalah yang sedang membelenggu rakyat saya di Kudat dan juga hampir seluruh rakyat Sabah, iaitu gangguan bekalan elektrik dan air, lampu jalan dan jalan raya yang berlubang-lubang terutamanya di kampung-kampung yang semakin merunsing.

Untuk makluman, sejak kebelakangan ini, masalah keperluan asas ini sudah ke satu tahap yang genting sehingga ia sudah mula menjejaskan setiap lapisan masyarakat termasuklah anak-anak yang bersekolah dan peniaga-peniaga kecil yang berharap kepada bekalan elektrik untuk kehidupan seharian dan juga untuk menjalankan perniagaan mereka. Kadang-kadang bekalan elektrik dan air terputus waktu musim peperiksaan umum, ini sememangnya akan menjejaskan persiapan pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang penting seperti SPM atau STPM, dan kadangkala peniaga-peniaga kecil yang sudah menyediakan bahan-bahan mentah tersebut dan terpaksa buang bahan-bahan mentah itu kerana tidak dapat teruskan penyediaan makanan disebabkan tiada elektrik dan air dan bekalan elektrik.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Elektrik yang tidak stabil menyebabkan peralatan elektrik, elektronik di rumah-rumah menjadi rosak dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, di kawasan-kawasan pedalaman seperti Kudat, pencawang-pencawang telefon dan pam-pam air milik Jabatan Air Negeri Sabah juga bergantung kepada bekalan elektrik untuk berfungsi.

Ini bermakna apabila terputusnya bekalan elektrik, akan berlakunya 'pakej kombo’, iaitu sekali gus tiada elektrik, tiada air dan juga tiada liputan telefon. Ini telah menjejaskan hampir semua industri dan masyarakat setempat, termasuklah sekolah, perniagaan, pelancongan, pejabat-pejabat swasta dan juga kerajaan.

Masalah ini membawa banyak persoalan khasnya kepada rakyat saya yang berada di Kudat. Rakyat tahu Kudat ada Solar Plant, rakyat tahu Solar Plant ini boleh menghasilkan 50 megawatt sehari, dan jumlah penggunaan elektrik untuk seluruh Kudat hanya lebih kurang dalam 5 megawatt sahaja. Jadi, rakyat Kudat turut menanya, Kudat sepatutnya tidak mengalami masalah bekalan elektrik. Apa

gunanya ada Solar Plant tapi selalu terputus elektrik? Kalau Kudat dengan Solar Plant boleh berdepan dengan gangguan elektrik macam ini apa lagi kawasan lain yang tiada Solar Plant. Rakyat juga turut mempersoalkan dan menyindir soal pencatuan elektrik seperti mana berlaku di kawasan lain. Semua persoalan ini perlu dijawab oleh pihak atasan SESB yang lebih mempunyai pengetahuan teknikal tentang elektrik. Pegawai-pegawai inilah yang perlu memainkan peranan penting untuk menerangkan kepada rakyat supaya rakyat faham faktor utama yg menyebabkan perlunya pencatuan elektrik ini. Kegagalan pihak pengurusan SESB untuk jelaskan punca masalah ini telah menyebabkan rakyat yang menyalahkan wakil rakyat dan juga kerajaan.

Kebanyakan luahan dan rintihan rakyat di media sosial menunjukkan bahawa mereka marah dan anggap bahawa wakil rakyat atau kerajaan telah gagal untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan perkara ini boleh diperbetulkan jika agensi yang bertanggungjawab memainkan peranan dalam menangani isu-isu ini dan bukan memilih untuk berdiam sahaja. Dalam membangkitkan persoalan ini, saya juga menyedari bahawa masalah ini bukanlah sesuatu yang baru dan yang berpunca dari kerajaan sekarang. Masalah ini sudah melangkaui pelbagai kerajaan dan pemimpin. Cuma masalah ini telah menjadi ketara dan terasa kesannya selepas pembangunan industri yang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, di mana industri dan kilang-kilang yang baru memerlukan lebih banyak penggunaan tenaga.

Oleh itu, saya mohon kepada YB Menteri supaya dapat memberikan penjelasan yang lebih terperinci berkenaan apakah punca di sebalik masalah ini, dan lebih penting lagi supaya memberikan satu pelan atau strategi jangka pendek dan juga jangka panjang yang sedang diusahakan untuk mengatasi masalah bekalan elektrik dan air ini. Semua sudah sedia maklum bahawa, kita di Sabah sekarang sedang mengalami satu masalah yang amat serius yang telah mengundang kemarahan rakyat Sabah di kebanyakan tempat.

Datuk Speaker, Saya juga ingin membawa kepada perhatian YB Menteri berkenaan dengan Projek Perlombongan Pasir Silika di Sikuati, Kudat oleh Syarikat Kibing Sdn. Bhd. yang berasal dari China. Saya ingin memaklumkan bahawa masih terdapat

orang-orang kampung yang berhampiran yang tidak setuju dan membantah projek tersebut. Ini adalah kerana mereka khuatir akan kesan-kesan projek ini terhadap kemudaratan alam sekitar dan juga keselamatan dan kesihatan mereka untuk generasi yang akan datang. Oleh itu saya mohon kepada pihak kerajaan supaya meneliti semula laporan-laporan dari agensi-agensi penguatkuasa yang terlibat dalam projek tersebut dan memastikan supaya semua laporan dan kelulusan adalah telus dan boleh diakses oleh penduduk-penduduk yang terjejas oleh projek ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan kerana telah mengambil inisiatif untuk membuat lawatan ke tapak tersebut baru-baru ini pada 18 Mei 2023 untuk mendengar sendiri keluhan dan kerisauan orang-orang kampung yang berdekatan. Namun saya sangat berharap, pihak YB Menteri akan menitik beratkan kerisauan dan pandangan orang-orang kampung untuk memastikan projek ini tidak memberi impak yang negatif dari segi keselamatan dan kesihatan orang kampung yang berdekatan. Datuk Speaker, saya juga ingin memberikan beberapa cadangan saya kepada Jabatan Air Negeri Sabah atau mana-mana jabatan Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan. Saya selalu dengar pengguna marah apabila Jabatan Air Negeri Sabah Careline Centre sangat tidak mesra pelanggan. Saya sendiri sudah cuba menghubungi talian tersebut tapi tidak pernah dijawab sehingga memaksakan saya berhubung dengan pegawai atasan mereka di peringkat daerah. Mungkin mereka takut atau sudah tidak sanggup berhadapan dengan api kemarahan pengguna namun mereka ini dibayar gaji untuk melakukan tugasan sedemikian maka tiada alasan untuk mereka berhadapan dengan pelanggan mereka. Sama juga di platform media sosial, ruangan komen di Facebook telah dinyah aktif atau disable. Saya mohon agar YB Menteri Kerja Raya mungkin boleh pertimbangkan agar pegawai bahagian customer service Jabatan Air Negeri Sabah dapat diberi latihan secara khusus bagi berhadapan dengan pengguna yang tidak berpuas hati dengan service yang mereka terima. Mereka adalah the Frontliner dalam Jabatan Air Negeri Sabah. Jika mereka dapat mengawal kebanyakan aduan daripada pengguna, saya pasti isu ini dapat dikawal sebaik mungkin seterusnya bukan wakil rakyat atau Kerajaan Negeri yang dipersalahkan.

Berlainan pulak dengan customer service di SESB. Mereka sangat proaktif dan saya puji kepada respond daripada mereka dalam setiap aduan yang dikemukakan. Cuma masalahnya pula, saya lihat technical issue dalam SESB yang sudah terlalu uzur dan perlu pembaharuan. Saya cadangkan agar SESB melaporkan setiap masalah teknikal yang memerlukan bajet yang besar kepada kerajaan supaya kerajaan boleh membekalkan peruntukan kepada SESB untuk pembaharuan. Kita bertuah kerana mempunyai Perdana Menteri yang perihatin terhadap masalah kita di Sabah dan sanggup salurkan dana yang besar bagi mengatasi masalah ini. Saya juga ingin bertanya kepada YB Menteri, apakah pihak SESB dan juga Jabatan Air Negeri Sabah akan fikir sebarang ganjaran atau rebate secara 'One Off' kepada rakyat yang terjejas dengan masalah gangguan elektrik dan air supaya dapat meringankan sedikit beban rakyat di seluruh negeri Sabah?

Datuk Speaker, saya juga ingin cadangkan agar syarikat-syarikat konsesi yang telah mendapat kontrak yang besar bagi penyelenggaraan jalan raya di Sabah ini untuk tingkatkan lagi prestasi mereka. Agensi tertentu harus memantau prestasi mereka dengan ketat terutama dari segi jadual maintenance ke atas jalan raya di Sabah ini yang harus diperingkatkan untuk mengurangkan masalah jalan raya yang berlubang-lubang sehingga mengakibatkan kemalangan. Kalau boleh, jangan sering kali tampal menampal…

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

…kerana ini adalah cara penyelesaian masalah jangka masa pendek dan ianya pasti akan berlubang lagi kalau kena musim hujan tampalan tersebut akan pecah dan lepas tu tampal lagi tambah lagi menampal pun tidak mengikut aspek sampai bilakah kerja sia-sia macam ini mahu diteruskan sedangkan maintenance kontrak mereka yang begitu besar dan lumayan. Akhir kata Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Kotobian Tadau Tagazo Do Kamaatan” kepada seluruh rakyat saya yang berada di kawasan N.4 Tanjong Kapor khasnya dan seluruh Rakyat Sabah Amnya, Tanjong Kapor mohon menyokong terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Kapor sekarang saya persilakan Yang Berhormat Banggi, 15 minit ya.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh…

Speaker

Walaikumussalam.

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan sama berbahas menyatakan pendirian, harapan dan sokongan kepada ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Di Pertua Negeri Sabah pada hari Isnin yang lalu sebagai Wakil Rakyat dan Ahli Dewan Yang Mulia ini saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Kerajaan junjungan Tuan Yang Terutama Tun….

Speaker

Sebentar ya Yang Berhormat. Sebentar, sebentar. Selepas Banggi, Kunak, Limbahau dan selepas Limbahau, Kuamut ya. So please be ready, ok silakan teruskan Yang Berhormat Banggi.

Yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mudah-mudahan segala perancangan yang terkandung dalam ucapan Dasar Kerajaan itu benar-benar dapat diterjemahkan dan dirasai segenap lapisan masyarakat terutama mereka yang berada di luar bandar dan pedalaman kerana tidak ada maknanya kemajuan yang dikecapi jika golongan ini terus terpinggir dan jauh daripada apa jua program pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tuan Speaker, bagi menterjemahkan segala perancangan dalam Dasar Kerajaan itu menuntut peranan dan tanggungjawab cemerlang warga Dewan Yang Mulia ini termasuklah Barisan Kabinet Negeri semua Wakil Rakyat dan Barisan Tertinggi Penjawat Awam Negeri dan juga Persekutuan. Bagaimana pastikan perancangan dalam “Sabah Maju Jaya” itu menular ke semua kawasan di seluruh Sabah dan setiap Kementerian perlu turun ke bawah ke kawasan-kawasan pedalaman meneliti setiap keperluan rakyat selain daripada mendengar dan melaksanakan permintaan yang disuarakan atau yang dipanjangkan oleh setiap Wakil Rakyat.

Datuk Speaker, perbahasan saya kali ini akan menyentuh keseluruhan tentang Pulau Banggi yang mungkin kita tidak melihat kelebihannya tetapi begitu banyak pihak luar telah mendalami, mengkaji dan meneliti segenap potensi pulau ini. Pulau Banggi merupakan kluster pulau yang terletak di Timur Laut Kudat berdekatan dengan Teluk Merudu adalah terdiri daripada Pulau Balambangan, Pulau Banggi itu sendiri, Pulau Munawali serta beberapa pulau-pulau kecil yang terdapat dalam lingkungan Tun Mustapha Park (TMP). Terletak di lokasi paling hujung di utara Negeri Sabah dan berkedudukan di pertengahan Laut China Selatan dan Laut Celebes serta dikelilingi oleh negara-negara jiran seperti Filipina, Thailand, Kemboja, Vietnam, Singapura, China dan juga Indonesia dalam lokasi yang sama Pulau Banggi juga berada dalam lingkaran aktif Perdagangan BIMP-EAGA yang memiliki penduduk seramai 57.5 juta orang selain berada di kedudukan laluan strategik pintu keluar masuk ke kawasan perdagangan Timur Jauh. Kedudukan Pulau Banggi merupakan lokasi yang sangat strategik dan amat sesuai dijadikan sebagai kawasan tumpuan dan tarikan pelabur serta pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik dan Antarabangsa yang menjadikan Pulau Banggi sebagai katalis sekaligus sebagai hab dan pusat perdagangan bagi menyokong dan merancakkan aktiviti perdagangan di Rantau Asia yag rata-rata masih mundur dan sedang mencari identiti yang jelas untuk melakar way forward masing-masing. Oleh itu, peluang yang… oleh itu peluang untuk menjadikan Pulau Banggi sebagai pulau bebas cukai digital pintar atau seangkatan dengannya perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, kita akui Pulau Banggi masih jauh ketinggalan dalam arus perdana pembangunan, Pulau Banggi umpama cerita dongeng ‘The Sleeping Beauty’ yang masih lena dan belum dikejutkan untuk dibangunkan. Justeru itu, diharapkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah akan dapat memegang watak utama sebagai putera raja yang dihadirkan untuk menyentuh dan mencium ‘The sleeping Beauty’ agar ia terjaga dari tidurnya dan bangun dan sebagai sebuah pulau yang hebat, indah dan membangun.

Tuan Speaker, menyentuh ucapan Dasar Kerajaan terdapat beberapa sektor yang terkandung dalam ucapan dasar itu sangat sinonim dengan Pulau Banggi antara lain, antaranya ialah sektor pelancongan, sektor pertanian dan perdagangan, perladangan serta sektor penternakan darat laut dan akuakultur yang saya fikir perlu menjadi teras pembangunan di Pulau Banggi jika kita ingin melihat pulau ini dan rakyatnya terbela dan membangun dengan jayanya. Maka,…

Speaker

Tanjung Aru, jangan main hp…

Maka dengan itu, dalam soal peluang pembangunan sektor pelancongan selain usaha yang perlu diperkemas dan dipergiat bagi menggalakkan pelancong datang ke destinasi yang telah sedia ada. Saya juga menyarankan Pihak Kerajaan Negeri dan juga Kementerian Pelancongan agar meneroka kawasan atau destinasi baharu yang berpotensi khasnya di kawasan luar bandar tidak terkecuali kawasan yang saya wakili iaitu Pulau Banggi untuk makluman Dewan Yang Mulai ini dan juga Menteri bertanggung jawab Pulau Banggi tidak kurangnya mempunyai puluhan pulau-pulau kecil yang cantik dan indah, pantai yang bersih, terumbu karang dan hidupan laut yang pelbagai serta dengan izin Datuk Speaker, Pulau Banggi mendapat jolokan sebagai the longest white sandy beach di Malaysia cumanya masih belum pernah dilawati oleh para menteri sebelum ini.

Maka ayuh saya alu-alukan Yang Berhormat Menteri dan juga Pihak Kementerian datanglah berkunjung ke pulau banggi dan pulau-pulau sekitarnya dan bantulah kami untuk membangunkan prasarana yang sesuai untuk menjadikan Pulau Banggi ini sebagai satu destinasi yang dapat membantu mengangkat kesejahteraan rakyat dan juga ekonomi mereka.

Tuan Speaker, meskipun hanya sebuah pulau. Pulau Banggi ini mempunyai agropolitan namun program agropolitan ini kurang memberi impak kepada pembangunan sosial ekonomi peserta yang terlibat. Oleh yang demikian, saya ingin memohon pencerahan daripada Yang Amat Berhomat Ketua Menteri ataupun Menteri Kewangan berkenaan status pengambilalihan agropolitan ini atau juga dikenali sebagai FELCRA dan apakah perancangan seterusnya jika proses pengambilalihan ini berjaya kelak dan saya juga mohon mencadang agar pihak kerajaan dalam membangunkan kawasan ini adalah lebih baik jika usaha membawa pelabur untuk penanaman kelapa matag, kelapa mawar dan juga kelapa pandan selain jenis buah-buahan lain seperti mangga dan nenas. Penternakan burung walit, lembu, rusa, ayam untuk telur dan juga daging dan aktiviti akuakultur seperti penternakan ikan kerapu, udang kara, ketam nipah, udang dan juga gamat atau balad putih juga sangat sesuai dibangunkan di pulau ini. Semua ini bukan sahaja berpotensi menampung keperluan sumber bekalan perikanan tempatan bahkan berpotensi besar untuk pasaran eksport maka sewajarnya pihak Kementerian

Pertanian memandang serius potensi ini dan mengangkat pulau ini sebagai hub ekonomi untuk dibangunkan.

Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh soal kemudahan asas di Pulau Banggi khususnya tiga perkara utama iaitu:-Bekalan air bersih, elektrik dan juga jalan raya yang masih di tahap yang membimbangkan bahkan belum dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat di Pulau Banggi termasuklah pada musim tertentu kemudahan ini terputus dan tidak dirasai atau tidak boleh digunakan oleh penduduk setempat. Bekalan air bersih misalnya hanya dirasai oleh 1/3 daripada lebih 30,000 ribu penduduk terutama mereka yang berada di pulau utama...di pulau-pulau kecil dan selebihnya penduduk yang berada di pedalaman di kampung-kampung seperti di sebelah utara Pulau Banggi iaitu…

…Kampung Dogoton, Kampung Semayan, Kampung Lok Agung, Kampung Pulau Sibogoh dan beberapa buah kampung lagi.

Hal ini berlaku disebabkan tidak mencukupi sumber air tidak mencukupi dengan erti kata lain loji rawatan air Banggi ini tidak ada kolam takungan air, kapasiti loji yang masih kecil kerosakan pada batang paip lama dan perlu diganti, ketiadaan minyak diesel untuk menghidupkan enjin water pump dan kadangkala disebabkan berlaku kerosakan pada enjin water pump tersebut.

Manakala, bekalan elektrik di Pulau Banggi cuma meliputi kurang 50% sahaja termasuk kepulauan. Selebihnya, penduduk di pulau ini hanya menggunakan inisiatif sendiri sama ada menggunakan tenaga solar, menggunakan enjin genset yang kecil atau hanya mengguna pelita pada waktu malam.

Saya memohon kepada kementerian berkenaan agar enjin sedia ada di SESB diganti baharu atau ditambah bilangannya dan pemasangan tiang elektrik perlu

dilaksanakan ke kampung-kampung yang belum mendapat bekalan elektrik serta bagi kawasan pulau-pulau lain pula diberikan peruntukan pembinaan solar hybrid. Manakala bagi kemudahan jalan raya berturap di Pulau Banggi, hanya sejauh 15km bermula daripada Pekan Kerakit hingga ke Kampung Limbak Laut. Selebihnya dianggarkan lebih kurang 100km mengelilingi pulau ini belum berturap, malah keadaan jalannya sangat teruk dan tidak boleh dilalui bila musim hujan. Dalam masa yang sama, jalan raya sepanjang 15km yang berturap ini pula telah rosak dan banyak lubang serta tidak ada penyelenggaraan atau pembaikan. Keadaan ini sangat berbahaya dilalui khasnya bagi penunggang motosikal terutamanya pada waktu malam. Mohon keprihatinan menteri dan juga Kementerian Kerja Raya dan saya ingin bertanya kepada kementerian sekiranya ada perancangan atau usaha untuk mengatasi ketiga-tiga isu ini.

Tuan Speaker, bagi kemudahan telekomunikasi di Pulau Banggi masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. Selain ianya belum dapat dirasai oleh semua tempat ataupun kampung di kawasan pulau ini. Maka, perlu ada usaha menyegerakan pembinaan pencawang telekomunikasi khasnya di kawasan lebih pedalaman di utara Pulau Banggi dan sekitar pulau-pulau seperti Pulau Balambangan, Pulau Tigabu dan juga Pulau Manawali.

Dalam masa yang sama, Datuk Speaker, dalam masa yang sama saya menyeru kepada Kementerian Belia dan Sukan agar dapat menyediakan fasiliti sukan dan rekreasi yang sesuai seperti pusat sukan atau sekurang-kurangnya dibina padang daerah agar penduduk di sekitar pulau ini dapat menjalankan aktiviti riadah dan juga program sukan yang bersesuaian.

Mewakili masyarakat Pulau Banggi, kami memohon kepada kementerian juga untuk mempertimbangkan pembinaan gelanggang futsal daerah kerana sukan ini sangat diminati para belia. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengisi masa senggang dengan aktiviti sihat dan berfaedah.

Datuk Speaker, sekali lagi saya ingin mengangkat isu kemudahan kesihatan kepada pihak kerajaan dan juga kementerian yang berkaitan supaya klinik kesihatan yang

kini ada di Pulau Banggi dapat dinaiktaraf kepada hospital dengan dilengkapi kemudahan dan juga peralatan yang sesuai serta tenaga pakar berpatutan kerana pulau ini jauh terpisah dari tanah besar Kudat. Dikhuatiri bila berlakunya kecemasan dan pada musim tengkujuh atau cuaca tidak baik adalah sukar untuk pesakit dibawa keluar mendapatkan rawatan di Hospital Kudat dan yang berdekatan. Datuk Speaker, itu sahaja perbahasan saya kali ini. Banggi mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Banggi. Untuk penjelas untuk pencerahan ya, berapa keluasan Pulau Banggi ini?

Datuk Speaker, lebih kurang 442km persegi.

Speaker

Oh, lebih kurang saiz Singapuralah?

Saya ingat ya lebih kurang.

Speaker

Okay, terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kunak.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Bismillahirrahmanirrahim.

Speaker

15 minit ya.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Speaker. Subhanallah, alhamdulillah, pertama sekali terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya dalam membahaskan ucapan dasar kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Terlebih dahulu ingin saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat Dewan Undangan Negeri Sabah yang telah 60 tahun berjaya mentadbir perjalanan pentadbiran dewan yang mulia ini dengan penuh makmur dan cemerlang.

Speaker

Kalau di perkhidmatan awam dia pencen sudah tu.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker, berdasarkan ucapan dasar kerajaan yang disampaikan, tidak dapat kita nafikan hari ini kerajaan telah berjaya menunjukkan penambahbaikan.

Saya yakin jika kerajaan ini terus diberi peluang dan sokongan pasti akan memberi impak yang lebih baik. Besar harapan saya juga agar sokongan yang baharu sahaja saya berikan selaku ADUN Kunak bersama beberapa orang rakan ADUN lain akan memberi lebih kestabilan agar kerajaan dapat melaksanakan segala perancangan tanpa perlu risau dengan drama-drama politik yang meresahkan. Selaku wakil ADUN Kunak juga, saya berjanji walaupun telah menyokong kerajaan, ini tidak akan mengunci mulut saya untuk memberi teguran, cadangan mahupun kritikan.

Datuk Speaker, saya ingin memulakan perbahasan saya untuk masalah legasi Sabah, iaitu infrastruktur dengan tekad kerajaan menyegerakan pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo, kita berharap pengalaman jalan di bulan kita akan berakhir. Terutama kami yang terpaksa melalui jalan ini setiap kali balik ke kawasan halaman. Datuk Speaker, dua perkara saya mohon diberi perhatian.

Pertama, Kunak sangat berharap agar jajaran pakej Pan Borneo akan melalui jalan utama daerah Kunak bagi memastikan ekonomi daerah kami yang selama ini dipanggil “Pekan Koboi” dapatlah merasa limpahan pengaktifan ekonomi. Kedua, saya merayu untuk Jalan Tingkayu sepanjang hampir 40km dinaik taraf dan walaupun sejujurnya saya akur dengan kekangan peruntukan namun saya berharap agar kerajaan terutama Jabatan Kerja Raya lebih tegas dengan pelaksanaan penyelenggaraan jalan oleh kontraktor yang dibayar jutaan ringgit setiap tahun untuk benar-benar melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan maklumat yang saya terima 10 juta untuk tempoh lima tahun, saya rasa jauh lebih baik sekiranya kerajaan menaik taraf jalan ini fasa demi fasa.

Datuk Speaker, ucapan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan dalam melaksanakan program dan projek berimpak tinggi. Namun, dalam keterujaan kita menerima pelabur-pelabur yang besar, apakah perkiraan dan pertimbangan yang dibuat oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan agar kapasiti loji rawatan air, stesen jana kuasa elektrik termasuk jalan raya kita mampu menerima bebanan yang baharu yang dibawa oleh pelabur-pelabur ini?

Apa yang kita lihat, kompetesi antara industri dan domestik menjejaskan kesejahteraan rakyat. Justeru, saya menyarankan agar ada satu usaha dalam menyediakan loji air yang khas dan bekalan jana kuasa elektrik yang khas kepada industri terutama di taman-taman perindustrian seperti Palm Oil Industrial Cluster. Masih banyak lagi ruang untuk kita bina solar farm di kawasan tersebut. Kegigihan kerajaan menarik pelabur sudah tentu untuk manfaat rakyat Sabah. Jadi, jangan pula dengan kehadiran pelabur ini hanya diukur dari sudut nilai wang ringgit tetapi menggugat kesejahteraan rakyat kita. Tidak lupa, saya merayu dan menyeru hakikat pentadbiran pengurusan Jabatan Air yang sangat lemah perlu tindakan yang drastik. Datuk Speaker, masalah gangguan bekalan elektrik yang baru berlaku ini amat membebankan rakyat.

Maaf jika saya terpaksa bersetuju dengan komen kebanyakan rakyat yang menganggap alasan penggunaan penghawa dingin adalah alasan yang agak lucu.

Begitu juga alasan faktor cuaca panas sebagai punca catuan elektrik di Sabah. Persoalannya, adakah Sarawak dan negeri-negeri lain di Malaysia tidak mengalami perkara yang sama?

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Kenapa Sabah sahaja yang terkesan dengan cuaca panas dan alat penghawa dingin ini? Kita juga dimaklumkan tentang kerosakan pencawang sebagai alasan untuk masalah bekalan elektrik di Sabah. Apa kata kita fokus kepada masalah akar, masalah utama adalah ketidakmampuan

stesen janakuasa elektrik kita untuk membekalkan elektrik di seluruh Sabah. Mana pergi unjuran jangkaan bebanan dan puncanya juga adalah kerana TNB atau lebih mudah pihak persekutuan telah gagal menambah janakuasa di Sabah. Taklimat dari SESB dua hari yang lepas, membuktikan sejak 2018 tidak ada pembinaan penambahan stesen janakuasa di Sabah. Justeru, kita sangat mengalu-alukan Kerajaan Sabah yang mengambil balik alih kawal selia SESB bermula 1 Januari 2024 sebagai satu langkah yang berani bagi memperjuangkan hak Sabah. Datuk Speaker, Ucapan Dasar Kerajaan telah dijelaskan dengan begitu komprehensif. Hampir semua sektor dirancang dengan penuh teliti. Namun, saya tidak mendengar sektor kesihatan disebut secara serius. Saya ingin menggesa kerajaan hari ini untuk tegas dalam memantau dan memastikan penyampaian perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Keperluan menambah pakar-pakar perubatan, penurunan peruntukan untuk membeli peralatan atau mesin yang sangat perlahan ke Sabah mesti kita suarakan. Baru-baru ini, saya sempat menjenguk surat lantikan jururawat kontrak ke tetap fasa 2 dan penempatan jururawat fasa 2 tahun 2023 bertarikh 21 April 2023. Dari 358 orang, 81 orang jururawat kontrak Sabah yang dinaikkan ke tetap, hanya empat orang yang dikekalkan di Sabah, 1.1%. Justeru, bayangkan bebanan kerja jururawat yang dialami di Sabah.

Saya mohon penjelasan kerajaan tentang pandangan mengenai keperluan mewujudkan semula Kementerian Kesihatan Sabah agar negeri ini memiliki sebuah agensi yang betul-betul dedikasi menangani apa juga perkara berkaitan kesihatan. Yang paling penting kementerian berkenaan boleh menjadi pemantau dan wakil suara warga kesihatan Sabah agar tidak perlu lagi menunggu lampu hijau dari kerajaan pusat hanya kerana kita tahu orang Sabah sahaja tahu dan orang Sabah sahaja yang memahami urusan kesihatan di Sabah ini dengan lebih jelas. Datuk Speaker, saya yakin segala pelan strategik yang dilaksanakan adalah berfokus kepada kemajuan Sabah dan kesejahteraan rakyatnya. Namun, adakah kita bersedia untuk mengorbankan kesejahteraan rakyat demi mengejar pembangunan semata-mata. Izinkan saya mewakili rakyat Kunak yang tinggal di sekitar Kampung Kunak Jaya dan Kampung Bagiang sejak tahun 1970-an, beberapa

dokumen masih disimpan yang mana penduduk kampung telah pernah memohon kawasan ini agar digazetkan sebagai kampung sejak tahun 1970-an. Namun, pada tahun 1988 dan 1990 kawasan ini telah pun diberikan menjadi hak milik LPPB. Pengerusinya ada di sebelah saya. Pengerusi LPPB, Datuk Masiung dan selepas hampir 30 tahun kini, ada cadangan untuk membangunkan kawasan ini dan penduduk diminta untuk berpindah keluar.

Datuk Speaker, seramai hampir 2500 penduduk yang terlibat. Saya tidak melihat perkara ini mudah untuk kita uruskan dan pemindahan rakyat dalam jumlah yang besar ini bukan suatu yang mudah. Justeru, saya merayu agar kerajaan bermurah hati untuk membantu rakyat Kunak yang terlibat agar tanah LPPB ini ditukar ganti ke kawasan lain. Untuk rekod juga, lebih 90% penduduk yang terlibat adalah dalam kategori miskin tegar.

Datuk Speaker, tahniah juga buat kerajaan yang telah memberi tumpuan kepada usaha merancakkan pembinaan dan penyelenggaraan dan kemudahan awam seperti pasar, taman dan sebagainya. Untuk Kunak, saya mohon agar kerajaan mengambil perhatian menaik taraf jalan tunggal masuk ke kawasan jeti utama perikanan dan pasar ikan di pangkalan Kunak, yang sangat sempit dan masalah trafik yang sangat serius. Terutama di waktu pagi, kerana jalan yang sama ini digunakan oleh rakyat, juga lori-lori punggahan ikan dan jalan ini adalah jalan mati yang mana tiada alternatif keluar kecuali membuat pusingan u-turn. Saya mohon agar pembesaran jalan yang melibatkan timbus tanah dibuat di kawasan ini. Datuk Speaker, sekali lagi kita mendengar usaha menggiatkan industri perhutanan dengan pembangunan sektor rekreasi dan ekopelancongan melalui pemantapan dan menaik taraf pusat-pusat sejadi yang sedia ada. Soalan saya, apakah perancangan terperinci kerajaan untuk Pusat Sejadi Air Terjun Madai, Kunak yang sehingga kini masih tidak boleh dikunjungi kesan fasiliti yang uzur dan tidak selamat. Kedua, apakah perancangan kerajaan untuk mempromosikan untuk Blue Hole Ring atau juga dikenali sebagai Blue Ring Reef di Kunak yang bertaraf dunia untuk penggemar skuba. Untuk pengetahuan semua, Blue Hole Ring ini hanya terdapat lebih kurang sepuluh sahaja di dunia dan Kunak salah satunya.

Ketiga, saya mohon penjelasan usaha kerajaan dalam mendapatkan kebenaran masuk ke kawasan-kawasan pelancongan menarik daerah Kunak seperti kolam lumpur, kolam air panas, tapak terowong Jepun yang berada di kawasan Sime Darby. Yang malangnya, Sime Darby tidak membenarkan orang awam menikmati keindahan produk pelancongan ini.

Datuk Speaker, kadar kemiskinan masih lagi tidak mengambarkan penguncupan. Program pembasmian kemiskinan terutama di luar bandar sangat dituntut. Izinkan saya mendapatkan penjelasan tentang perancangan pelaksanaan mesej sejahtera Pangi, Kunak, yang nyata masih gagal membantu menaik taraf peserta-peserta di kawasan tersebut.

Datuk Speaker, sebagai pejuang rakyat yang banyak berbicara soal MA63 secara peribadi saya amat lega apabila hampir semua orang sudah celik dan berani mengangkat hak Sabah dalam MA63, dan yang paling melegakan adalah apabila PM 10 kita juga, tidak putus-putus memberi keyakinan bahawa hak ini akan dipulangkan.

Justeru saya berharap agar pihak kerajaan tidak leka dengan hanya sekadar ucapan. Kita mesti bekerja keras agar semua yang dituntut, dipulangkan dan dilaksanakan segera. Saya dengan ini memohon untuk penyenaraian secara terperinci tentang semua hak yang telah dipulangkan dan bakal dilaksanakan. Ini perlu kita kongsi kepada rakyat kerana ini adalah indikasi kejayaan perjuangan kerajaan GRS dalam menunaikan aspirasi rakyat Sabah sejak tahun 1963.

Justeru akhir kata dari saya, saya mewakili kepimpinan muda dalam dewan yang mulia ini sangat berharap agar pemimpin politik Sabah terus terbuka dalam berjuang untuk rakyat tanpa dibatasi perbezaan parti. Setiap kali ada masalah, jeritan ganti kerajaan.

Ganti ketua menteri.

Seakan-akan kalau Ketua Menteri diganti, penggantinya itu akan menyelesaikan semua masalah sekelip mata. Jeritan ini hanyalah gambaran keputusasaan pembangkang yang telah dan pernah pun memegang tampuk pemerintahan dan masalah tersebut masih kita warisi. Ayuh semua kita fokus bekerja walaupun tidak sempurna tapi ikhtiar menuju pembaikan itu jelas ada. Alhamdulilah, Kunak bersuara. Kunak mohon menyokong, sekian trima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Kunak yang berucap dengan penuh semangat. Orang mudalah katakan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Limbahau.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Terima kasih, Datuk Speaker. Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, terutama sekali setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Speaker dan semua anggota dewan yang…

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

… yang terlibat dalam sesi perbahasan ucapan dasar kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin bagi penggal Keempat untuk sidang DUN yang Ke-16 ini.

Saya juga ingin memanjangkan ucapan terima kasih atas ruang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan dasar kerajaan pada hari ini. Masalah air menjadi isu panas dalam kalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Dengan kita diramalkan bakal menghadapi el nino extreme berterusan. Isu air pastinya menjadi semakin mustahak untuk diselesaikan. Saya sedar bahawa Kerajaan Negeri kita ini sedang mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah air. Begitu pun, izinkan saya memberi input saya sebagai Wakil Rakyat di DUN Limbahau khususnya dan Papar amnya. Saya yakin tiba masanya untuk Loji Rawatan Air Limbahau dinaik taraf. Terdapat keperluan untuk menambah kapasiti pengeluaran air di Loji ini untuk menampung permintaan pengguna yang semakin meningkat di Papar. Ketika ini bekalan air tidak mencukupi di Papar dan saya difahamkan bekalan tambahan terpaksa dilakukan melalui projek skim bekalan air kecemasan di Limbahau. Selain itu, Loji ini juga sudah berusia dan telah dibina sejak tahun 1960-an lagi. Jadi sudah tiba masanya kemudahan ini dinaik taraf bagi menjamin Loji Rawatan Air Limbahau ini sentiasa mempunyai air mentah yang mencukupi dan menampung permintaan air di Papar dan kawasan sekitarnya untuk jangka masa panjang. Selain itu, setiap kali hujan lebat atau kemarau keadaan air di Sungai Papar akan menjadi terlalu keruh dan Loji Rawatan terpaksa dihentikan tugas bagi mengelak kerosakan

peralatan dan kemudahan ini. Apabila ini berlaku, catuan air terpaksa dilakukan. Mungkin langkah catuan ini perlu dilakukan untuk menggawal keadaan. Tetapi sampai bila situasi ini terus berterusan? Berhubung perkara ini saya mencadangkan, kerajaan melalui Jabatan Air Negeri Sabah untuk membina tangki pra mendapan di Loji Rawatan Air Limbahau bagi mengatasi masalah air keruh ini. Saya juga mencadangkan pembinaan sistem penyimpanan air terawat di bahagian Limbahau ini bagi menambah ataupun menambah kapasiti takungan air di kawasan ini. Saya juga memberi sokongan sepenuhnya kepada kerajaan sekiranya Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk membina satu empangan di Papar agar dapat menyelesaikan masalah air bukan sahaja di Papar tetapi juga seluruh Pantai Barat Sabah yang sekarang ini menghadapi masalah bekalan air yang agak serius. Datuk Speaker, saya berterima kasih atas keprihatinan kerajaan kerana telah menaik taraf Jalan Manggis Kaiduan Tampasak. Bagaimanapun, saya mendapati Jalan Kampung Gunsiang, Bisuang tidak disenaraikan dalam pakej ini. Pada mulanya memang Kampung Bisuang disenaraikan dalam pakej ini tetapi tiba-tiba tidak disenaraikan. Maka dengan itu, saya memohon Kementerian Kerja Raya dapat memberikan peruntukan untuk menaik taraf Jalan ke Kampung Bisuang dan juga Sekolah SK Kaiduan ini.

Kedua-dua lokasi ini agak jauh daripada jalan besar yang mana memakan masa antara 30 hingga 40 minit sekiranya berjalan kaki. Selain itu, keadaan jalan raya juga kurang baik terutama pada waktu hujan. Sementara itu, saya turut memohon agar Jalan Kampung Mikik, Sook, Rampazan untuk dinaik taraf jalan ini di bawah selian Jabatan Kerja Raya dan sepanjang kira-kira lapan kilometer ini memerlukan naik taraf demi manfaat hampir 300 penduduk dan diharapkan pihak Kementerian dapat mengambil perhatian dengan sewajarnya dan menaik tarafkan jalan tersebut dengan keadaan yang segera.

Datuk Speaker, dengan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, Jalan lama Papar ke Kota Kinabalu kini menjadi laluan untuk mereka yang berulang alik dari Kota Kinabalu antara Papar dan Kinarut serta pengguna daripada daerah-daerah berdekatan seperti Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Menumbok. Bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya ini, saya mengesyorkan agar lebih banyak lampu jalan dipasang di sepanjang laluan ini khususnya di setiap kawasan pusingan U.

Disebabkan kekurangan fasiliti ini, saya sedih apabila mengetahui banyak kemalangan berlaku di kawasan ini sehingga melibatkan nyawa pengguna jalan raya. Datuk Speaker, di Dewan yang mulia ini saya sekali lagi memohon pihak Kerajaan untuk menimbangkan cadangan saya sebelum ini untuk membina gerai buah-buahan di Kampung Manggis, Papar. Pada musim buah saya lihat terlalu ramai yang berniaga di bahu-bahu jalan di sepanjang Jalan Pan Borneo. Gerai-gerai ini boleh dibina dengan reka bentuk yang lebih moden yang mana saya percaya boleh berfungsi sebagai tempat rehat dan lawat di Limbahau. Sekiranya pembinaan infrastruktur ini dapat dapat direalisasikan, penjual kecil-kecilan ini boleh ditempatkan di lot gerai ini supaya lebih teratur. Maka boleh berniaga ditempat yang lebih selesa dan lengkap dengan kemudahan asas dan keselamatan mereka juga terjamin.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan Undangan yang dihormati, sekali lagi saya ingin menarik perhatian berhubung dengan pembinaan sekolah menengah di Kampung Gana. Semenjak saya dipilih sebagai ADUN Limbahau saya tidak pernah gagal dalam mengutarakan atau perjuangkan isu ini dalam sidang-sidang yang DUN yang lalu. Di kawasan saya terdapat 16 buah sekolah rendah bagaimanapun tidak ada satu pun sekolah menengah dengan kedudukan geografinya Kampung Gana yang jauh daripada Bandar dan Pekan Besar. Sebuah sekolah menengah berasrama amatlah diperlukan.

Jika diperincikan pelajar-pelajar Limbahau di kawasan Limbahau ini buat masa ini terpaksa bersekolah di SMK Kinarut yang hanya kapasitinya kira-kira 1000 pelajar dan berikut ianya melebihi kapasiti. Dua sesi persekolahan terpaksa dilaksanakan di asrama.

Dilaksanakan dan asrama juga tidak dapat menampung keperluan penduduk yang sebilanganya daripada kawasan N27 Limbahau. Bahkan ada pelajar yang tinggal jauh dari Pekan Kinarut dan Papar kadang-kadang tidak dapat hadir mengikuti sesi pembelajaran di sekolah disebabkan ketiadaan kenderaan mahupun tidak mampu membayar tambang bas.

Ini adalah satu situasi yang cukup menyedihkan apabila anak-anak luar bandar ini tercicir daripada pendidikan mendapat pendidikan berkualiti disebabkan kekangan ini. Jadi saya ingin bertanya apakah faktor-faktor yang menyukarkan untuk pembinaan sekolah menengah di Kampung Gana ini di realisasikan?

Datuk Speaker, saya menyambut baik pengumuman Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan seluas 1600 hektar tanah di Terusan Sapi untuk penanaman padi sebagai langkah untuk memperkukuhkan jaminan bekalan beras iaitu seperti makanan.

Bagaimanapun, besar harapan saya agar keluhan pesawah-pesawah padi di kawasan Papar ini turut diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Masalah kekurangan jentera menuai dan membajak masih lagi penghalang utama untuk pesawah-pesawah memaksimumkan hasil tanaman mereka. Buat masa ini, saya difahamkan dengan keluasan sawah pada kira-kira 1000 ekar di Papar dan Pertubuhan Peladang kawasan pula hanya mempunyai dua jentera. Jelas sekali ia tidak dapat menampung keperluan pesawah-pesawah di daerah ini. Justeru itu, penduduk kampung cuba untuk membawa Lembaga Tanah Negeri Sabah untuk membantu bekerjasama dengan mereka untuk mengatasi kekurangan jentera ini. Namun sebagai Wakil Rakyat, saya ingin memohon kepada Kementerian ataupun Kerajaan yang berkaitan agar dapat membantu dalam perkara ini.

Datuk Speaker, mengenai pembangunan belia saya gembira apabila Kerajaan Negeri menaik taraf kemudahan-kemudahan sukan komuniti seperti padang bola, dan gelanggang serba guna di kawasan luar bandar khususnya. Selaras usaha Kerajaan Negeri, untuk menyemarakkan budaya sukan di semua lapisan masyarakat, saya juga memohon agar sebuah mini stadium di bina di kawasan Limbahau. Buat masa ini, kawasan saya masih belum ada tempat khusus untuk belia-belia tempatan khusus…

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

…untuk bersukan serta beriadah. Datuk Speaker, akhir sekali saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan Selamat Hari Kaamatan, semoga negeri Sabah terus makmur dan aman selaras dengan pelan Pembangunan Negeri Sabah Maju Jaya, saya memohon untuk menyokong usul. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Terima kasih Limbahau.nSekarang kita jemput Yang Berhormat Kuamut. 15 minit saja.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Terima kasih Datuk Speaker. Pertama sekali sebelum saya meneruskan ucapan ini, saya mohon ketetapan di dewan yang mulia ini tentang panggilan Sabah ini. Apakah kita sebut sebagai wilayah ataupun kita sebut sebagai negeri kerana bukan sahaja saya keliru malahan apa yang berlaku di luar juga keliru sebab ada di kalangan pemimpin-pemimpin utama negara kita, apabila berucap mereka sebut Sabah ini wilayah tetapi pada masa yang sama ada pemimpin-pemimpin kita juga menyebut Sabah ini sebagai negeri. Terima kasih Datuk Speaker.

Datuk Speaker, pada 22 Mei yang lalu, kita semua hadir dan kita semua dengar tentang ucapan dasar yang dibacakan oleh Tuan Yang Terutama. Dalam ucapan itu saya dapat merumuskan ada tiga perkara penting. Yang pertamanya, Tuan Yang Terutama inginkan supaya kita di Sabah ini menggenggam dan meneruskan kehidupan kita memelihara perpaduan dan keharmonian. Yang kedua, Tuan Yang Terutama mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah bijak mentadbir dan mengurus pentadbiran kerajaan kita negeri kita. Dan yang ketiga, Tuan Yang Terutama mohon minta supaya usaha-usaha seterusnya sama ada orang penggubal dasar ataupun pelaksana-pelaksana dasar dapat meneruskan khidmat yang terbaik untuk negeri dan untuk masa depan anak-anak kita di Sabah ini.

Datuk Speaker, malang sekali beberapa minggu ataupun beberapa hari yang lalu kita menghadapi satu masalah yang besar yang tidak pernah kita ramal dan tidak pernah kita terfikir. Tiba-tiba sahaja satu Sabah bermasalah elektrik dan air. Bagi saya Datuk Speaker, saya berpendapat itu bagus kita ada masalah air kita ada masalah elektrik. Kenapa saya cakap bagus sebab sekurang-kurangnya orang-orang di bandar ini, orang-orang kaya ini, orang-orang YB, pegawai-pegawai kerajaan, tauke-tauke dapat merasai kegelapan kekurangan air seperti yang kami rasai di Kuamut berpuluh-puluh tahun. Tiada air, tiada elektrik ini yang kami rasa sekurang-kurangnya pengalaman ini dapatlah kita bertukar-tukar dapat merasai bersama.

Datuk Speaker, saya dengar dan saya mengikuti taklimat daripada SESB dan juga Jabatan Air. Mereka mengatakan akan ada catuan, saya pun sokong tetapi kalau buat catuan ataupun blackout sebagainya Datuk Speaker, saya pesan kepada Jabatan Air dan juga SESB tolong pilih rumah-rumah orang kaya ataupun mereka-mereka pegawai-pegawai kerajaan yang tinggi-tinggi gajinya besar ataupun mungkin YB-YB kenapa saya mahu ini dipilih sebab apabila aircond mereka rosak, apabila ice box mereka rosak apabila TV mereka rosak, mereka ada keupayaan untuk membaiki jangan pilih perumahan-perumahan jangan pilih tempat-tempat rakyat yang susah. Sebab apa, apabila ice box mereka rosak, kipas mereka rosak, satu tahun mereka simpan duit untuk perbelanjaan anak sekolah mereka dibelanjakan untuk membaiki ice box dan kipas.

Datuk Speaker, di dalam taklimat itu juga disebut bahawa ada 320 juta kerugian yang tidak dapat dipungut. Saya pun hairan Datuk Speaker, lima tahun yang lalu di dewan ini saya mendengar seorang menteri yang bertanggungjawab air menyatakan bahawa kerugian pada masa itu 200 juta tapi lima tahun kemudian dia bukan menurun tapi meningkat kepada 320 juta. Datuk Speaker, apa sudah terjadi kepada Sabah kita ini. Sedangkan saya berada di sini bermula tahun 2008 hari ini 2023 pendek kata mungkin 13-14 tahunlah Datuk Speaker, saya tidak pernah mendengar kerana saya juga terlibat meluluskan belanjawan negeri saya tidak pernah terdengar peruntukan negeri itu mengurang kepada kementerian-kementerian.

Bermula daripada 1 billion naik kepada 2 billion, 3 billion, 4 billion dan sekarang ini 4 billion lebih yang diperuntukkan oleh kerajaan apabila Kerajaan Negeri meningkat peruntukannya ertinya kementerian-kementerian ini juga meningkat peruntukannya tetapi masalah ini bukan mengurang dia meningkat. Siapa yang salah? Kita nampak di media sosial dan juga dalam taklimat ada kecurian air, kita nampak paip-paip ada sambungan haram dan sebagainya kita nampak sambungan haram SESB dan sebagainya.

Datuk Speaker, jangan kasi tahu saya yang pegawai-pegawai SESB, pegawai-pegawai Jabatan Air tidak tahu masalah ini. Jangan kasih tahu saya pemimpin-pemimpin masyarakat tidak tahu masalah ini, jangan kasih tahu saya jiran-jiran yang mencuri elektrik, mencuri air tidak tahu tentang masalah ini, jangan kasih tahu saya pembaca-pembaca bil tidak tahu masalah ini, mereka tahu tetapi sama ada dorang mahu menyelesaikan atau tidak. Mungkin mau ambil tindakan sudah tetapi bila

ditanya ada harapankah Joe? bila ada harapan tindakan tidak diambil. Ini serius Datuk Speaker, mesti mahu diselesaikan berapa juta berapa billion pun dicurahkan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini dia tidak akan selesai kalau kita tidak ada hati untuk menyelesaikannya.

Datuk Speaker, pada 2010 saya telah mengikuti mendengar taklimat daripada SESB dan juga air setiap kadang-kadang satu penggal kita dapat taklimat daripada agensi-agensi ataupun jabatan-jabatan dan saya hadir. Salah satu yang saya dengar dan saya angkat di sini. SESB dan Jabatan Air sudah memberitahu kepada kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa itu, tahun 2025 akan ada krisis tenaga elektrik, akan ada krisis air kerana apa kerana..

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

… kependudukan sudah meningkat dan dia lebih lagi teruk pada tahun 2030. Ini yang dinyatakan oleh SESB dan Jabatan Air. Sebab itu kerajaan dulu telah mengusahakan satu inisiatif bagaimana menyelesaikan perkara ini. Antara inisiatif-inisiatif itu ialah membina empangan air. Saya tidak mau sebutlah di mana, kamu semua sudah tau.

Pertama, empangan ini untuk menyediakan air kepada seluruh negeri Sabah tetapi yang sedihnya Datuk Speaker, orang-orang politik telah angkat isu ini untuk mempertingkatkan populariti mereka, untuk menidakkan usaha-usaha ini supaya kelihatan Kerajaan Negeri tidak mempunyai kesungguhan untuk menyelesaikan ini beserta dengan NGO-NGO yang suda pasti mereka juga ada objektif yang lain. Sehingga dam atau empangan itu ditangguhkan. Itu 2010. Demikian juga Datuk Speaker, Kerajaan Negeri telah sudah membaca dan tahu gas kita berkurangan. Kalau kita pakai generator, kita pakai diesel itu mahal. Maka lahirlah satu idea untuk kita membuka sumber baru, arang batu untuk digunakan untuk menjaga elektrik kita. Sekali lagi Datuk Speaker, malang sekali. Datang lagi ahli-ahli politik, datang lagi NGO-NGO menghasut rakyat sehingga kerajaan pada masa itu terpaksa sekali lagi menangguhkan projek itu kerana seolah-olah digembar-gemburkan apabila dam ini dibuat, arang batu dibuat, seolah-olah ada satu malapetaka yang besar kepada egeri Sabah, seolah-olah kita mau kiamat sudah Datuk Speaker.

Datuk Speaker, jawapannya adalah pada hari ini. Memang betullah Jabatan Air, betullah SESB. Datuk Speaker, mohonlah kita ahli-ahli politik, kita ahli-ahli ataupun penjawat-penjawat awam, kita kena sedarkan diri demi untuk negeri kita yang tercinta ini. Sebab itu pimpinan GRS di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengangkat “Sabah Maju Jaya“ yang sudah sekian lama berada di Jata Negeri Sabah. Dia angkat bukan mau menyelesaikan masalah satu hari seperti yang didendangkan oleh pembangkang. Dia angkat bukan melebihi Tuhan. Asal ada masalah “Sabah Maju Jaya” selesaikan.

Tetapi dalam bacaan saya, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengangkat “Sabah Maju Jaya” sebagai agen untuk mengembalikan semangat patriotik kita supaya kita mengutamakan negeri kita ini melebih segala-galanya. Apa juga tindakan kita, apa juga urusan kita, apa jua kepentingan peribadi, lupakan. Tanamkan Sabah di hati kita, Sabah First supaya apa Datuk Speaker, apabila kita semua mempunyai semangat negeri kita, patriotik cintakan kepada negeri kita, percayalah bahawa tidak ada lagi unsur-unsur kepentingan peribadi melainkan kepentingan negeri yang tercinta ini.

Speaker

Ini Sabah first ini tidak masuk kahwin bah kan?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ah?

Speaker

Sabah first ni nda termasuk kahwin bah kan?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, dalam “Sabah Maju Jaya” ini ada terpampang di depan. Minta maaf Datuk Speaker, ada tunjuk sikit. Apa erti dia maju? Kita mau supaya negeri kita ini maju. Macam mana dia maju? Kita kena kuat bekerja. Macam mana dia maju? Seperti saya katakan tadi, lupakanlah itu pangkat, lupakanlah itu jawatan, lupakanlah itu kepentingan-kepentingan yang lain. Mari bersama-sama kita genggam semangat untuk memajukan negeri Sabah. Apabila kita sudah maju Datuk Speaker, kita semua berjaya. Macam mana kita tidak berjaya? Masalah air kita sudah selesai, masalah elektrik kita sudah selesai, masalah jalan raya kita sudah selesai dan sebagainya. Pelabur-pelabur datang membawa duit berbilion-billion. Ada kemudahan, ada peluang pekerjaan kepada rakyat kita. Rakyat kita tidak menganggur. Mereka mempunyai pendapatan, boleh bersekolah, tidak

melepak di sana, melepak di sini yang mewujudkan keadaan sosial yang tidak baik. Inilah dia jaya, “Sabah Maju Jaya”.

Kepada mereka yang memesongkan apa itu “Sabah Maju Jaya” mungkin boleh belajar sikit-sikit penghuraian saya ini. Datuk Speaker, ada masa lagi kah?

Speaker

Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Okey Datuk Speaker, ah, …

Speaker

Ada teksmu kah?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Hasil kepentingan daripada negeri Sabah ini, …

Speaker

YB ada tekskah? Tiada kan? Nda juga boleh berhenti, teruskan saja dulu.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Okey, Datuk Speaker tiba-tiba saya teringat, satu ustaz di TikTok. Ustaz ini cukup popularlah sebab saya pun kadang-kadang tengok TikTok dan sebagainya. Saya pun lupa nama dia. Ustaz Das kah? Dia bercerita pasal jambatan, Datuk Speaker. Dia bercerita pasal jambatan. Dia cakap ada dua kawan ini, kawan baik. Mungkin kamu pun dengar. Cuma saya kenapa saya ambil ini sebab dia menyentuh saya punya kehidupan dan perlu saya kongsikan. Dia bercerita pasal syurga dan neraka. Jadi orang syurga ini cakap, hi bro, siok oh dia bilang di syurga ini. Aman dan damai. Jadi orang neraka ini dia cakap eh, buli jalan-jalan sanakah? Boleh sembang-sembangkah sana? Dia bilang boleh tetapi kita tidak boleh berjumpa. Kau tidak boleh pergi apa ini, syurga pergi neraka begitu saja. Kita mesti mau buat jambatan tapi kita bertemu di tengah-tengah. Kau buat daripada neraka pergi tengah-tengah, kemudian saya buat dari syurga pergi tengah-tengah. So dia bilang okey, selesai. Kalau itu saja masalah, kecil bah. Syurga bilang, kau taulah orang syurga ini memang prihatin. So orang neraka ini pun dia buat. Dia buat projek pigi jambatan. Menurut si ustaz, dia cakap ah, 5 bulan pertamakah, siap 30 %. So bulan ke seterusnya, 70 %. Bulan seterusnya lagi 100% siap jambatan. Sudah siap, dia pergi tengok di syurga. Belum ada apa-apa projek dari syurga. Macam mana mau pergi syurga? Dia cakap, “oi Jo, mana sudah jambatanmu? Kau belum

buat? Macam mana kami pergi syurga?” Oi… dia bilang Si Jo, bro macam mana kami buat tu jambatan? Engineer, pemborong-pemborong, penjual simen, penjual material di tempat kamu, bukan di tempat kami. Saya tiada konsultan, pemborong apa semua.

Speaker

Ini hanya jenakalahkan? Tiada ditujukan sama siapalahkan?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ah, jadi Datuk Speaker …

Speaker

Ah, YB? Ini hanya jenaka tidak ditujukan kepada sesiapa?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Tiada.

Speaker

Okey.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Tetapi kalau ada yang terasa mungkin saya boleh terangkan lagi. Jangan sampai nanti Ustaz Das, buat ah, Saad, Dasad buat lagi satu TikTok, apa tu dalam satu ceramah dia mengatakan, “Eh Jo, kenapa kau tidak buat apa ini? Kenapa air dan elektrik dan jambatan dan jalan raya tidak pandai ke syurga …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Nah tidak sampai. Nanti orang malaikat cakap apa ini orang syurga cakap dia cakap eh macam mana boleh sampai? Jadi minta maaf lah supaya kita tahu semua macam mana saya mahu buat. Menteri, Mantan Menteri, Pengarah-pengarah, YB-YB termasuk saya. Ah untuk adil lah. Pengarah-pengarah, D.A-D.A semua, pembaca-pembaca meter di tempat kamu bukan di tempat kami. Macam mana kita mahu buat pergi syurga? So ilmu yang kita belajar di sini Datuk Speaker, walaupun kadang-kadang ya lah menyentuh hati kita, tetapi itulah saya katakan tadi. Saya terharu dengan ceramah ini dan biar ini dijadikan sebagai satu panduan dan pedoman kepada kita.

Datuk Speaker, tidak adil untuk saya mengakhir ucapan ini kalau tidak menyentuh mengenai kawasan saya. Saya angkat sebuah buku tebal yang dipanggil sebagai Pelan Pembangunan Daerah Tongod di 2022-2030 tapi jangan susah Datuk Speaker, saya tidak baca semua ini. Maksud saya ini.

Speaker

Saya mahu suruh gulung sudah.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ya. Maksud saya Datuk Speaker, pada persidangan yang lalu, saya sudah cakap saya tidak akan baca tapi saya akan bagi kepada menteri-menteri yang berkenaan. Kerana buku ini adalah aspirasi dan keinginan dan kemahuan rakyat Kuamut yang saya pimpin. Idea ini bukan idea saya satu orang. Ini adalah input idea daripada rakyat di Kuamut, kakitangan kerajaan di Kuamut dan sebagainya. Kepada menteri-menteri yang bakal nanti saya akan bagi, tolong jangan jadikan ini sebagai perhiasan di almari. Tolong baca sebab inilah nanti panduan kamu bagaimana kamu membantu kami di kawasan.

Datuk Speaker yang terakhir, semua orang tahu Tongod ini merupakan daerah, antara 8 daerah yang termiskin. Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana ada kesungguhan dan keinginan untuk menoktahkan kadar kemiskinan di kawasan-kawasan ini. Dan syukur Datuk Speaker, ketika ini sedang berjalan projek-projek ICU untuk memelihara ikan dan sebagainya. Tetapi untuk makluman Datuk Speaker, sebenarnya Kerajaan Negeri pun telah lama buat seumpama ini. Cuma yang saya mahu kongsikan Datuk Speaker, saya simple sahaja .

Saya sudah study bagaimana mengurangkan kadar kemiskinan di Kuamut, mungkin kolam ini, mungkin menternak ayam, menternak daging ini hanya sementara. Untuk jangka pindik ok tetapi untuk jangka panjang, simple sahaja Datuk Speaker. Buat lah jalan raya utama. Naik tarafkan jalan-jalan pertanian mereka supaya mereka mempunyai kemudahan untuk mengeluarkan hasil-hasil tanaman. Orang Tongod ini rajin-rajin Datuk Speaker.

Selain daripada lelakinya handsome-handsome, perempuannya cantik-cantik. Ah betul macam YB Kuamut, bukan saya cakap Datuk Speaker ini ADUN Liawan ini, saya kasih tahu sahaja.

Speaker

Masalah dia itu kalau dia begitu.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Masalah lah. Datuk speaker, mereka rajin.

Tinggal sahaja kita membantu mereka mana-mana kampung yang belum ada jalan raya utama contohnya ke Kuamut, ke Inarad, ke Keronggu dan pelbagai lagi, sediakan jalan raya Datuk Speaker. Sebagai penggulungan Datuk Speaker, rumusan daripada masalah-masalah yang kita timbulkan ini, kami di Kuamut sekali lagi ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada pimpinan Negara, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato seri Anwar bin Ibrahim dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Kita sudah nampak hubungan yang baik sehingga waktu Konvensyen perpaduan, hasil daripada hubungn yang baik ini. Semua orang tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan komitmen yang amat tinggi. Pertama apa? Menyelesaikan MA63 yang tetangguh. Kedua apa? Dia tahu kita ada masalah air, dia tahu kita banyak masalah. Kalau saya tidak silap Datuk Speaker, kalau saya boleh ulang di sini. Dia cakap bagi saya dua minggu, saya akan selesaikan ataupun saya akan jemput Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk berbincang. Datuk Speaker, saya mahu tanya kerajaan, mungkin belum sampai dua minggu. Kita tidak juga mengharap Ketua Menteri ataupun Perdana Menteri mengingat itu jadual tapi minta kepada pegawai-pegawai, ingatkan Perdana Menteri, ingatkan Ketua Menteri tentang hubungan ini.

Datuk Speaker, yang terakhir, saya tekankan sekali lagi. Jangan kita takut meneroka sumber-sumber yang kita ada. Demi untuk survive sebagai contoh untuk elektrik kita. Kita ada arang batu, saya sendiri sudah servay. kita ada simpanan satu ratus lebih juta tan di Sabah. Kalau kita takut, saya sudah ke Singapore, saya sudah ke Kuching, saya sudah ke Semenanjung. Datuk Speaker, kita sahaja belum meneroka arang batu ini untuk bekalan elektrik. Cuma kita berani atau tidak sahaja tetapi Datuk Speaker, saya minta kerajaan. Kalau inilah salah satu pilihan yang terbaik supaya kita tidak ada gangguan masalah elektrik di masa akan datang, kenapa kita mahu simpan sumber yang ada?

Sebab apa Datuk Speaker? Sebagai contoh saya ada buat kajian. Saya boleh kongsikan di sini. Kekuatan jana kuasa bekalan elektrik yang kita ada hanya enam ribu lebih sahaja, sedangkan di Sarawak, 28,000 megawatt.

Kemudian di Semenanjung, 125. Berapa jauh Datuk Speaker? Apakah kita berdalih kerana

Semenanjung kerana tidak pakai arang batu untuk elektrik? Tidak. Apakah kita mahu lagi menafikan bahawa Sarawak juga sudah mengusahkan arang batunya untuk tenaga elektrik? Tidak. Mereka sudah bertahun-tahun Datuk Speaker, di Singapore, di Semenanjung, sudah bertahun-tahun malah di Asia Tenggara, kita semua sudah tahu menggunakan.

Speaker

Sila gulung.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Apa ini arang batu sebagai elektrik. Kalau kita menurut SESB, kita hanya menggunakan gas asli tapi Datuk Speaker, kalau ada lagi kebocoran gas, bukan minta-minta di masa akan datang, kau bayangkanlah satu Sabah akan bergelap. Jadi Datuk Speaker, saya rasa itu sahaja lah ucapan saya pada kali ini. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas peluang ini dan saya mohon menyokong. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kuamut. Dengan berakhirnya ucapan daripada Kuamut, itu sahaja senarai pembahas yang ada pada saya pada hari ini, kecuali ada yang belum bagi nama, mahu berbahas. Kalau tidak ada, kita teruskan pada aturcara urusan menyuarat seterusnya.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih Tuan Speaker .

Speaker

Belum, belum, belum, belum saya panggil.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Oh.

Speaker

Belum lagi. Saya punya setiausaha.

Speaker

Dari tadi dia khusyuk ja dengar ucapan daripada Kuamut tu. Dia lupa di mana dia mau masuk.

Ucapan penggulungan perbahasan ke atas masalah yang telah dijalankan pada 23 Mei 2023

Timbalan Setiausaha Dewan

Ucapan penggulungan perbahasan ke atas masalah yang telah dijalankan pada 23 Mei 2023.

Speaker

Oleh itu, sekarang saya menjemput Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Dipersilakan. Panjang kah penggulungan?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih. Ada sikit-sikit.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, panjang?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tidak juga. Kalau cukup masa boleh…

Speaker

Berapa minit? Agak-agak, 20?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tidak sampai.

Speaker

Tidak sampai? Okey, 20 minit.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Okey.

Terima kasih Tuan Speaker.

Bismillahirahmanirahim, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, syukur ke hadirat Allah kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita dapat hadir dan berhimpun sekali lagi dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang DUN Negeri Sabah ke-16 di dewan yang mulia ini. Pertama sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di atas ucapan dasar yang komprehensif dan holistik pada 22 Mei 2023 merangkumi semua bidang termasuk sektor sains, teknologi dan inovasi yang dikenalpasti sebagai salah satu pemboleh daya (enabler)

dan pemangkin penting pemacu pembangunan sosio negeri di bawah pelan Sabah Maju Jaya.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji bin Haji Noor di atas pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 2021-2025 yang memasuki tahun kedua pada tahun ini.

Inisiatif-inisiatif transformasi melalui pelaksanaan pelan ini membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan membangun semua sektor demi kesejahteraan rakyat.

Terima kasih saya rakamkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas persoalan dan pandangan yang telah dikemukakan berkaitan kementerian ini. Sesungguhnya kementerian mengambil berat dan prihatin ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan. Kajian menunjukkan bahawa 60% faktor pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri dan negara tertakluk kepada intervensi sains, teknologi dan inovasi.

Pihak kementerian merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong pembudayaan dan pemerkasaan STIE di Sabah (Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi).

Untuk makluman Yang Berhormat Sebatik dan Yang Berhormat Kukusan serta dewan yang mulia ini, murid STEM (Science, Technology, Engineering dan Mathematics) di peringkat nasional merekodkan enrolmen merekodkan 42% manakala di peringkat negeri hanya 27%. Antara faktor utama kepada penguncupan peratusan ini adalah kerana subjek sains masih dianggap satu subjek yang sukar. Di masa PKP dua tahun lalu Tuan Speaker, turun 20%. Alhamdulillah sekarang sudah meningkat 27%.

Sehubungan itu, pihak kementerian giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merangsang minat masyarakat terhadap bidang sains teknologi. Antara program projek utama KSTI ialah pembinaan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi di Perpustakaan Keningau dengan kos sebanyak RM3 juta dan dijangka siap pada penghujung 2023.

Pusat ini dilengkapi dengan pengisian teknologi terkini berkonsepkan asas sains, iaitu matematik, fizik, biologi dan kimia dengan diorama persekitaran yang menyeronokkan dan berinformasi.

Selain itu Tuan Speaker, kementerian juga turut merancang melaksanakan satu projek berimpak tinggi, iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu. KSTI dalam proses mengenalpasti tapak yang sesuai bagi pembinaan Pusat Sains Sabah tersebut.

Pihak kementerian telah berjaya mendapatkan persetujuan pembinaan Pusat Sains di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau dan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sandakan yang bernilai RM10.2 juta daripada Petronas. RM5.1 juta untuk setiap satu. Diharapkan kerjasama dengan Petronas dapat diteruskan di semua baki 20 cawangan perpustakaan negeri yang lain untuk mewujudkan pusat sains di perpustakaan masing-masing.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah akan meneruskan usaha pembudayaan sains melalui program pembudayaan dan pengadaptasian STI/STEM dengan kolaborasi rakan strategik daripada persekutuan serta agensi dalam dan luar negara. Di antara program pembudayaan STEM yang dilaksanakan pada tahun ini ada sepuluh. Tiga daripadanya; Satu, dengan MOSTI. Karnival Sains Sabah Tahun 2023 sempena Minggu Sains Negara dengan kerjasama MOSTI.

Kedua, dengan kerjasama dengan Akademi Sains Negara. Kembara Sains Borneo dan program bersama dengan PPD, STEM, FIESTA di 24 pejabat Pendidikan Daerah. Kita berikan bantuan kepada PPD seluruh daerah untuk mewujudkan program ini.

Datuk Speaker, potensi pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi di negeri ini juga dijangka meningkat dengan kemasukan 50 bahan pameran berkaitan sains dan teknologi dari China. Program ini akan direalisasikan pada penghujung tahun ini. Insya-Allah. Setelah kementerian saya dan pihak Konsulat China menandatangani perjanjian persefahaman yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Tuan Speaker, kementerian saya juga turut memperkasakan program-program berasaskan teknologi dan inovasi bagi membekalkan anak-anak muda dengan

pelbagai kemahiran dan seterusnya membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baharu. Antara program yang dilaksanakan adalah berbentuk coding dan robotik seperti Program Roboneo, Sabah Data Fest, Borneo Tech Summit dan Malaysia Techlympics.

Memahami kehendak kebolehpasaran bakat kreatif di Sabah, Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) telah menganjurkan pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti melalui SCENIC Creative Academy yang juga merupakan pusat latihan bertauliah bagi Toon Boom yang pertama di Malaysia yang diperakui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Toon Boom merupakan sebuah perisian aplikasi bagi animasi 2D berpangkalan di Kanada. Perisian Toon Boom merupakan standard industri dalam bidang animasi dan banyak digunakan oleh syarikat besar animasi terkemuka dunia. Kurikulum SCA melalui program Industrial Bridging Program Toon Boom adalah selari dengan kehendak industri terkini supaya bakat kreatif kita tersedia dengan elemen yang diperlukan oleh industri sebenar. Tuan Speaker, bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, kementerian ini akan terus melaksanakan pembangunan ICT melalui Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri. Rangka tindakan ICT ataupun ICT Blueprint untuk negeri Sabah sedang dalam proses penyediaan dan dijangka akan diterbitkan pada pertengahan tahun 2024. Rangka Tindakan ICT ini antara lain menyasarkan penyediaan satu platform yang fleksibel dan kalis masa hadapan yang mana ianya bersedia untuk menghoskan dan mengintegrasikan aplikasi-aplikasi yang kecil ataupun besar dan rumit.

Rangkaian tindakan ini merangkumi aspek-aspek berkaitan Artificial Intelligence atau kecerdasan pintar, pembangunan ICT untuk ekonomi digital, penggunaan teknologi ICT dalam bidang pertanian, perikanan, penternakan, pelancongan, perindustrian, pembangunan dan pembasmian kemiskinan luar bandar serta mewujudkan enakmen dan autoriti bagi mengawal selia pembangunan ICT di Sabah. Ianya penting untuk memastikan Sabah dapat memanfaatkan teknologi digital untuk memacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan memainkan peranan dalam mencapai matlamat inisiatif pembangunan ekonomi digital negara dan negeri. Inisiatif inilah selaras dengan aspirasi yang dibahas oleh YB Moyog.

Pada tahun ini, lebih banyak premis Kerajaan Negeri akan menikmati kemudahan rangkaian Internet dengan kelajuan yang lebih pantas dan disediakan kemudahan WIFI. Program ini adalah merupakan usaha berterusan kementerian untuk memodenkan infrastruktur rangkaian Kerajaan Negeri. Kemudahan ini juga akan dipanjangkan kepada komuniti yang berkunjung ke premis kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan agensi yang tertentu.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

...seterusnya, sebagai usaha penerimagunaan kemunculan teknologi baharu dalam informasi digital sektor awam, JPKN daripada aspek keselamatan siber akan menggunakan kecerdasan buatan untuk memantau, mengawal, mengenal pasti dan memastikan keselamatan siber dan keselamatan maklumat Kerajaan Negeri akan terus terpelihara. Pihak KSTI bekerjasama dengan siber… dengan Cyber Security Malaysia dalam konteks pemerkasaan keselamatan siber. Dalam usaha ke arah satu sumber maklumat yang bersepadu, iaitu penghasilan dashboard di setiap kementerian dan agensi. JPKN akan terus membimbing dan membantu menintergrasikan sistem aplikasi agensi-agensi yang telah bersedia.

Tahun ini, disasarkan sebanyak lima Kementerian akan menghasilkan dashboard masing-masing. JPKN juga sedang berusaha untuk memperbanyakkan sistem aplikasi di semua agensi serta bersedia untuk perlaksanaan transaksi urus niaga dalam talian dan tandatangan digital serta sijil digital. Pembangunan ICT dalam sektor Perkhidmatan Awam Negeri ini adalah selaras dengan pelan strategik pendigitalan sektor awam di peringkat kebangsaan.

Untuk makluman, Yang Berhormat Moyog, kursus-kursus berkaitan ICT dan bahasa secara percuma turut diberikan kepada rakyat Sabah. Kursus-kursus tersebut diselaraskan oleh sebuah syarikat yang telah dilantik oleh kerajaan terdahulu. Sebanyak 112 kursus berkaitan ICT ditawarkan dan lebih 500 orang peserta telah mendapat manafaat daripada kursus-kursus yang dianjurkan sejak 2011. Ahli-ahli Yang Berhormat dipohon menggalakkan rakyat di kawasan masing-masing untuk

menyertai kursus-kursus yang ditawarkan. Maklumat boleh diperolehi daripada laman web KSTI. Berikutan isu pengangguran dan modal insan…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

YB Datuk, YB Datuk Speaker. Datuk Speaker? Boleh mencelah sedikit? Terima kasih atas jawapan YB Menteri. Emm, yang saya ingin tanya ada kebenarankah bahawa hanya satu institusi sahaja yang dilantik oleh kerajaan untuk mengendalikan kursus-kursus ah, bahasa ICT dan sekian ini? dan diberikan, yang saya dapat maklumat dan daripada laporan audit 2017, yang audit lain tidak sebut. Tetapi 2017, dia mengatakan bahawa ah, kolej ini telah dapat sebanyak 28 juta sebagai ah, scholarship ataupun value scholarshiplah diberikan kepada mereka dalam kontrak yang telah disignkan. Saya ingin tanya Menteri, kenapa tidak diberikan peluang kepada institusi-institusi yang lain ah, yang mungkin ada lebih kepakaran dan kemahiran ah, baik daripada, yang lebih baik daripada kolej ini. Ah, terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Yang Berhormat Moyog. Untuk makluman ah, kontrak ini dimeterai 15 Disember 2010 hingga 2025. Ah, sejak sejak kerajaan sebelumnya kemudian disambung kemudian disambung oleh kita sehingga 2025. Kita sedang emm, membuat kajian…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

YB Datuk, bolehkah kontrak ini dikaji balik ataupun ditamatkan? Supaya ada ah, more apa ini lebih inovatif caranya untuk memberikan peluang kepada murid-murid kita di Sabah. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Di samping dari ah, kursus-kursus seumpama ini YB, Yang Berhormat Moyog, kita juga di agensi-agensi yang lain termasuk kita yang di bawah KSTI ada membuat kursus-kursus ah, yang berhubung dengan latihan-latihan termasuk IR4.0, Toon Boon yang saya sebutkan tadi dan ini untuk memperluaskan lagi kepada ah, rakyat keseluruhannya dan apabila kita letakkan di bawah kementerian dan agensi sahaja, tidak cukup untuk kita melaksanakannya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Tetapi YB Datuk, erm banyak institusi seperti Coding Institute ataupun institusi yang ah ada lebih kepakaran. Mungkin ah, I

don’t know siapa tetapi saya berpendapat banyak institusi-institusi di Sabah yang boleh mengendalikan kursus yang sama ataupun lebih baik daripada singular monopoly institute ini. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Kita akan perhalusi cadangan dan pandangan, Yang Berhormat.

Tuan Speaker, berikutan isu pengangguran dan modal insan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Moyog, Yang Berhormat Sebatik, Yang Berhormat Sekong dan Yang Berhormat Sri Tanjong, termasuk Yang Berhormat Sulabayan. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2022 menunjukkan kadar pengangguran di negeri, peringkat negeri telah menurun daripada 8.1% kepada 7.7% daripada 176,700 kepada 169,800 hasil daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak ah, kerajaan, KSTI dan pelbagai agensi.

Antara inisiatif yang dirancang oleh pihak kementerian tahun ini ialah pelaksanaan 91 kursus kemahiran, iaitu 59 kursus kemahiran jangka pendek, 10 kursus kemahiran jangka panjang dan 22 kursus kemahiran khas (kerjasama strategik) melalui JPSM. Kursus ini akan memanfaatkan 1,774 orang di 73 kawasan DUN. Di samping itu, Jabatan ini juga melaksanakan tiga ah, Sabah Entrepreneurship Program (STEP) pada tahun ini. Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) dan juga menyediakan latihan bagi menyokong usaha-usaha berkenaan. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, program kebolehpasaran pekerjaan seperti Karnival Kerjaya yang dianjurkan bersama oleh JPSM dan PERKESO juga telah berjaya menempatkan seramai 36,000 belia dalam pelbagai sektor pekerjaan 2021 hingga 2023. Sebanyak 10 siri Karnival Kerjaya yang dirancang pada tahun ini, insya-Allah. Pihak KSTI, PERKESO dan Jabatan Tenaga Kerja akan berbincang dengan Jabatan Statistik Malaysia bagi memperhalusi data pengangguran di Sabah dengan mengambil kira anak-anak Sabah yang bekerja di luar, khususnya di Semenanjung kerana ah, statistik ini perlu mengambil kira anak-anak kita yang bekerja di Semenanjung juga. Seperti di mana dulu er, statistik vaksin, kita kurang peratus ah, kerana sudah bervaksin di Semenanjung sebahagiannya…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

YB Datuk, boleh saya tanya YB Datuk Speaker?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ah, memberi mencelah.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

YB Datuk, adakah data, saya faham kamu akan memperhalusikan tetapi YB Datuk mungkin juga tahu dan juga dapat banyak maklumat bahawa ramai orang Sabah, mungkin belia dan juga yang sudah ada umur sikit ingin keluar daripada Sabah kerana mereka tidak dapat gaji yang lumayan di Sabah, mereka tiada peluang pekerjaan di Sabah ataupun mereka rasa mereka tiada apa ini kemahiran ataupun kemahiran mereka tidak dapat ah, kerja di Sabah emm, tidak mendapat kelayakan kerja di Sabah because either they’re over qualified atau pun ah, mereka tiada skill set. So, kita invision Datuk Speaker, with all these orang muda-muda keluar dari Sabah dalam jangka masa lima atau pun 10 tahun dari sekarang, mungkin kita hanya tinggal dengan umur macam kita saja ini di Sabah. All the young people have left Sabah, so we have to create satu dynamism di Sabah, di mana kita memanggil mereka balik. But we need the industry, we need the skills set dan juga kita mesti appreciate mereka. Adakah data ini juga akan dikeluarkan oleh YB Datuk, Kementerian YB Datuk, ah, bagaimana kita boleh mitigasikan, mengurangkan kemungkinan kehilangan talent di Sabah. Terima kasih.

Ya, emm, sorry Datuk Speaker, mungkin tadi yang Moyog ah, cerita itu yang softwarelah tapi sekarang saya sebut the half way. Contoh di Sandakan, ada Sungai Batang ada itu education hub eh, sekarang ada tiga buah universiti di sana saja. Bukan universitilah, dia punya ah you tahu lah itu macam ah Vocational School di situ. Tiga buah saja. Err, murid-murid mahu makan atau ada yang mahu beli, mahu yang ATMkah, apakah, mahu pergi perpustakaankah, dia turun bandar lagi. Sebab dari 10 naik Grabkah, apakah dia kos tinggi. Sana langsung tak ada, tak ada bangunan, kalau boleh berak lembukah atau haiwan-haiwan lain memang base kawasan di situ. Saya atau apa langkah-langkah half waylah, saya ada pergi KL yang jumpa Menteri Pendidikan Tinggi. Dia cakap, belum ada plan untuk itu education hub ini? Saya cakap bolehkah orang yang mesti yang tidak minat punya, boleh tukarkah? Tukar pergi yang universiti yang luar negarakah atau lokal punya universiti, UUMkah, mana-manakah yang minat datang Sandakan. Jadi orang mudakah, tidak pergi KL, Singapore, Australia, lain-lain tempat. Saya rasanya err, anak kamu pun di luar negara juga. Terima kasih, Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Moyog dan ah,…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ah, Menteri. Boleh saya bercakap sikit? Ahli Yang Berhormat…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Jikalau hendak mencelah beritahu saya dan saya boleh tanya dengan Menteri. Kadang-kadang akan menggugatkan dia punya kedudukan untuk memberikan kelancaran ya. Minta maaf. Teruskan Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Moyog dan Elopura.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Elopura.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Kita sedangkan usahakan apa yang saya dipersoal ditanya daripada Moyog tadi, usaha untuk mendapat mengumpul data dan sekarang di peringkat pertengahan kita usahakan dan cadangan-cadangan daripada Moyog kalau ada yang baru kita akan ambil kira dan kita akan sentiasa bekerjasama. Demikian juga cadangan tadi daripada Elopura juga merupakan cadangan daripada Yang Berhormat Senallang, berhubung dengan institusi-institusi yang perlu mengisi hub pendidikan di Sandakan. Kita alu-alukan seperti mana dicadangkan oleh Elopura kalau ada. Kalau ada daripada luar negara ahlan wasalan, kita alu-alukan. Terima kasih.

Sorry Menteri, sorry Menteri sorry Speaker. Saya sudah tulis lebih 40 surat pergi luar negara atau yang ini tiga lain-lain tempat.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Nanti kita bincang. (suara bertindih)

Tiada orang yang jawab kita, sebab saya pembangkang. Ya terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Saya akan hubungi Yang Berhormat Elopura. Terima kasih.

Disamping itu, kementerian-kementerian lain terutama Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawan turut memainkan peranan penting dalam penyediaan peluang-peluang pekerjaan dan inilah sebabnya kenapa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita dan rakan-rakan yang lain dalam kabinet yang berkaitan berusaha agar lebih banyak pelabur datang ke Sabah untuk memastikan anak-anak kita belajar bekerja. Belajar, bekerja di Sabah seperti mana yang Yang Berhormat semua inginkan.

Sukacita, saya maklumkan kepada Yang Berhormat Sebatik bahawa pihak KSTI dalam perancangan untuk menubuhkan lima (5) buah kampus satelit TVET JPSM bagi meluaskan akses latihan vokasional. Ini juga telah dibangkitkan oleh beberapa orang YB kita. Penilaian sedang dilaksanakan untuk melihat potensi pembangunan di Telupid, Pitas, Kota Marudu, Sipitang, Semporna dan Keningau. Peruntukan akan dipohon dalam RMK-13. KSTI turut mencadangkan penubuhan satu (1) lagi pusat TVET di kawasan bandar sempadan yang akan dibangunkan kelak. Tuan Speaker, sukacita saya maklumkan kepada Yang Berhormat Sindumin, Yang Berhormat Sebatik, Yang Berhormat Merotai, Yang Berhormat Kemabong, Yang Berhormat Nabawan dan Yang Berhormat Gum-Gum, selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadi sebuah negeri yang berteknologi tinggi adalah menjadi fokus utama kementerian untuk meningkatkan dan memperluaskan liputan internet terutamanya kawasan luar bandar dan terpencil di negeri ini dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ini juga banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan semua.

Melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), beberapa rangka kerja telahpun dirancang seperti pembinaan menara baharu, penaiktarafan menara sedia ada

kepada perkhidmatan 4G, peluasan penyediaan perkhidmatan gentian optik dan penyediaan jalur lebar satelit. Antara projek yang telah dilaksanakan adalah 169 daripada 616 buah menara yang dirancang telahpun siap. Ertinya 616 buah menara dirancang, 169 sudah siap. 4,186 stesen pemancar yang telah dirancang, 4,159 daripadanya telahpun dinaik taraf kepada 4G.

Daripada 303,569 premis telahpun tersedia dengan gentian kelajuan gigabit, 180,346 sudah tersedia. 139 lokasi perkhidmatan jalur lebar VSAT di bawah MCMC dan 23 VSAT di bawah KSTI telahpun siap sepenuhnya.

Bagi pelaksanaan perluasan rangkaian 5G, sebanyak 243 tapak telah beroperasi daripada 624 tapak yang dirancang. 624 dirancang, 243 siap. Manakala bagi 381 tapak pula sedang dalam pelaksanaan. Setakat suku pertama tahun 2023, peratusan liputan 5G di kawasan…

Tuan Speaker, mohon mencelah.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Sekejap YB ya. Penduduk Sabah telah mencapai 29.0%. Silakan.

Yang Berhormat Menteri, saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan berapa menara yang telah siap dibina di Sabah ini. Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri, kawasan di Semporna termasuk saya di Bugaya kerana perkara ini saya ada bangkitkan beberapa kali dalam sesi yang lepas dan saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri berapa cawangan ah menara ataupun yang telah siap yang ada di kawasan Semporna khususnya di Bugaya?

Yang Berhormat Menteri teruskan dengan area Tungku sekali berapa sudah menara dan inisiatif yang telah siap. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih. Semporna, Yang Berhormat Bugaya, perancangan menara baharu 20, siap menara baharu lapan. Kemudian perancangan naik taraf

pemancar 120, siap naik taraf pemancar 120. Perancangan sambungan ke premis kita ada rancang 7,204, yang sudah siap 4,990. Kemudian perancangan BWS satelit dua, siap dua. Perancangan PD lima, siap lima. Kita ada di Semporna ada kita buat PoP yang mana untuk memudahkan anak-anak kita mendapat apa ini liputan ini di Pulau Bum Bum dan ada sebuah SK, PoP ini untuk liputan di sekolah dan boleh membuat liputan kurang dua kilometer dan dia boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

Lahad Datu, Tungku. Lahad Datu, 47 perancangan menara baharu, sembilan (9) sudah siap. Lahad Datu perancangan menaik taraf pemancar 413409 sudah siap naik taraf. Kemudian perancangan sambungan ke premis 9000 kita rancang 9610, dan 8387 siap.

Untuk Tungku, Tungku perancangan menara baharu 19, satu (1) siap. Insya-Allah kita akan usahakan Yang Berhormat. Kita akan pastikan yang menara JENDELA ini pada tahun ini yang disediakan jumlahnya kita akan usaha supaya 2023 ini akan siap seperti mana yang kita perlukan. Setakat ini ada 300 yang perlu kita siapkan. Di sana ada, kita akan usahakan. Saya sudah panggil dalam satu jawatankuasa infradigital ini untuk memanggil syarikat-syarikat berkenaan untuk memastikan 2023 kita perlu apa yang kita rancang itu dapat. Insya-Allah.

Bolehkah Yang Berhormat Menteri bagitahu saya apa sebab kelewatan pembinaan ini di kawasan Tungku. Sehinggakan cuma satu (1) daripada 19 yang dirancang siap. Kalaupun mahu siap dalam hujung tahun ini, saya rasa tak mungkinlah dalam 18 itu boleh disiapkan.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Ini yang kita rancang bukan tahun ini. Setahun berikutnya. Yang sembilan (9) ini. Tapi dia termasuk ada beberapa yang perlu siap pada 2023. Okey YB, apa-apa nanti kita berhubung. No problem.

Tuan Speaker…

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Ya.

Boleh sedikit? Yang Berhormat Menteri, bolehkah saya cadangkan kalau boleh, setiap ADUN diberi maklumat secara bertulis berkenaan dengan menara-menara yang dicadang ataupun yang telah dibina? Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Boleh YB, kita ada laman…

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

MCMC boleh layari di sana. Kita boleh dapati semua ada, parlimen dan sekarang kita akan buat antara DUN-DUN. Setakat ini, parlimen. Keseluruhan parlimen. Kita akan buat DUN-DUN semua. Insya-Allah. Terima kasih. Manakala, tadi sudah saya jawab.

Tuan Speaker, saya hanya tinggal sedikit masa lagi. Saya akan pergi ke, selaku EXCO pendidikan, saya menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan pendidikan yang telah diamanahkan kepada saya dalam usaha untuk memperkasa modal insan. Bantuan-bantuan yang telah diluluskan dan diilhamkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebelum ini, jalan terus, dan alhamdulilah telah memberi manfaat ramai anak-anak kita.

Misalnya, Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara online, BUDI. Sepuluh juta yang memberi faedah kepada 5000 pelajar dengan bantuan 1500 diploma, 2,000 ijazah, yang layak 5000 menerima. Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), 7.5 juta peruntukan kita. 38 000 anak-anak kita ini SPM, STPM, STAM dapat manfaat ini. Bantuan IHSAN Komputer kepada pelajar (BAIK). Ini pelajar IPT, YB-YB kalau ada. 1000 pelajar IPT dengan peruntukan dua juta. Bantuan aktiviti guru, ini yang baru sebahagian yang memohon. Saya mohon YB-YB ambil perhatian. Maklumkan kepada pengerusi-pengerusi PIBG, Yang Dipertua PIBG. Ada di antara mereka yang

tidak memohon. Kita ada peruntukan untuk 2000, satu PIBG. Jadi, tidak perlulah YB-YB beri peruntukan lagi. Kalau ada tambahan, bagus juga untuk sekolah, untuk PIBG. 2000 setiap PIBG. Sekolah agama, sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sekolah cina dan sekolah agama rakyat, semua dapat. PIBG. 2000. Jadi, memohon kepada kementerian di pejabat.

Yang Berhormat Menteri, boleh, boleh sikit.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Ya.

Berkenaan dengan PIBG ini. Sometimes, dorang ini fikir, contohnya macam di kalangan kami ini, mereka beranggapan yang kami ini pembangkang dan bolehkah sekiranya PIBG ini memohon melalui kami dan kami mohon kepada kementerian. Biar jelas supaya rakyat di luar ataupun pihak PIBG atau pihak sekolah, kalau kami tidak diiktiraf atau kami diiktiraf untuk memohon membantu untuk permohonan tersebut.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Boleh, Yang Berhormat. Melalui YB dan melalui PPM pun boleh, UPPM. Senaraikan dengan nombor akaun. Ada juga masalah PIBG tidak ada nombor akaun. Jadi kita tidak boleh berikan. Ada YB kita yang menghantar senarai dua puluh sekolah kebangsaan, sekolah agama. Itu lagi mudah dan saya harap.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Insya-Allah kami akan menyusul selepas ini.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Sama-sama. Kemudian, Bantuan Kecemerlangan Pendidik (AKSA). Bagi bantuan ini, sebanyak 50 000 peruntukan disediakan. AKSA ini bagi anak kita yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, mereka akan dapat sijil dan wang tunai daripada kita. Baru ini, kita berikan ada beberapa orang anak kita yang mendapat, pelajar kita yang berjaya di Sukan SEA. Mendapat pingat.

Kemudian, Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBA), bantuan berupa kelengkapan sekolah seperti smart TV, portable speaker, portable aircond. Ini juga ada peruntukan untuk sekolah-sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah agama dan sebagainya. Tahun lalu, kita sudah sampaikan dan ini juga diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita. Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS), ini sudah saya umumkan tahun lepas dan alhamdulilah saya minta kerjasama semua. Jadi, ini saja antaranya. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi. Saya mohon menyokong. Sekian.

Speaker. Kasih sikit. (Suara bertindih)

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Silakan Menteri.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Terima kasih Datuk Speaker. Saya menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas ucapan dasar kerajaan yang telah disampaikan di dewan yang mulia ini pada 22 Mei 2023 lalu. Selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri melalui Rancangan Malaysia ke-12 dan juga hala tuju Sabah Maju Jaya, kementerian saya sentiasa komited untuk memastikan sasaran kerajaan di bawah portfolio kementerian dicapai.

Datuk Speaker, sejak kelonggaran Kawalan Perintah Pergerakan pemula (Pemulihan) sekitar suku ketiga 2021, kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah telah merangka dan melaksanakan promosi domestik dan antarabangsa berdasarkan empat strategi utama ke arah pemulihan antaranya adalah; 1.

Memperkasakan keyakinan konsumer; 2.

Menyokong penggiat industri; 3.

Mempertingkatkan segmen-segmen berpotensi; dan 4.

Membina semula jaringan laluan utara.

Datuk Speaker, kerancakan. Kerancakan sektor pelancongan mulai kian terasa dengan kehadiran pelancong antarabangsa dari China, Korea, Brunei Darussalam dan Singapura di beberapa kawasan pelancongan negeri ini. Satu perkembangan positif yang dilihat untuk negeri ini dan kementerian saya akan terus memastikan startegi yang kesiapsiagaan para pemain industri pelancongan di tahap yang tinggi, diarah pertumbuhan ekonomi lebih baik dan stabil. Pada masa yang sama, alam sekitar dan warisan budaya yang merupakan aset utama pelancongan negeri akan kekal terpelihara dan terpulihara.

Dalam sektor pelancongan, Datuk Speaker berdasarkan perkembangan positif sektor pelancongan negeri. Pada ketika ini, kementerian saya amat yakin ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa mampu mencapai sehingga 2.2 juta dengan anggaran pendapatan pelancong lebih kurang RM4 bilion pada tahun ini. Ini adalah didorong oleh pemulihan rangkaian penerbangan domestik dan antarabangsa ke negeri ini.

Setakat bulan Februari 2023, ketibaan pelancong ke negeri ini adalah berjumlah 366 988 orang berbanding dengan tahun 2022, iaitu seramai 200 027 orang datang tempoh yang sama. Meningkatkan sebanyak 83.5% berbanding tahun sebelum itu, ini. Manakala bagi industri penerbangan pula, penerbangan domestik pada ketika ini telah mencatatkan sebanyak 396 penerbangan dalam seminggu daripada Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Kota Bahru dan Sarawak.

Manakala, bagi penerbangan antarabangsa adalah sebanyak 93 penerbangan seminggu daripada negara Singapura, Taipei, Korea Selatan, Filipina dan beberapa wilayah di China. Datuk Speaker, sukacita saya ingin memaklumkan dalam sidang dewan yang mulia ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Negeri Sabah akan menerima.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, ada pencelahan. Mahu kasi? Daripada Senallang.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Boleh bagi saya habis dulu atau setengah dulu. Masih panjang oh. Sorry ah.

(Suara Bertindih) We’re worried.. The point. If I ask you. If the subject is different.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

[Suara Bertindih] I have to finish it, at least half.

[Suara Bertindih] Then, I am worried that you’re not able to recall that.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

You must ask nowkah?

That’s it, normally, in this, when the subject matters is discuss.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, terpulang kepada Yang Berhormat Menteri mahu kasi atau tidak.

Saya minta izin sama Tuan Speaker.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Saya mohon maaf kepada…

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Datuk Seri, bolehkah, bagi saya 10 minit lagi.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Okey, Thank you very much. I will be you. Very fast.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Datuk Speaker, sukacita saya ingin memaklumkan dengan sidang Dewan yang mulia ini negeri Sabah akan menerima perkhidmatan penerbangan terus daripada beberapa bandar raya di China lagi bermula bulan Jun ini, iaitu penerbangan AirAsia daripada Beijing sebanyak tiga kali seminggu, bermula 2 Julai 2023 penerbangan daripada Macau sebanyak daripada empat kali seminggu, mulai 16 Julai 2023 dan penerbangan daripada Guangzhao, bermula 1 Jun 2023 sebanyak tiga kali seminggu oleh China Southern Airlines. Peningkatan yang positif dalam jaringan pengangkutan udara ini mampu merancakkan lagi momentum industri pelancongan negeri ini dan kementerian saya komited untuk berbincang dan memperluaskan lagi hubungan kerjasama dengan syarikat penerbangan di negara yang berpotensi pada tahun ini seperti Australia dan negara Timur Tengah Middle East. Okey.

Dengan izin Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Senallang.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah mengulas tentang sektor pelancongan. Cuma, saya telah mendengar what do you have said just now dengan izin mungkin you can digest if i speak in english better then bahasa. So, i do hoped that the mean in Dewan you can use all your answer in English anyway. So, i think what is important your better able to comprehend what i am going to ask you. I said you already

highlight with the guard to international tourist overseas. But, i’m asking about domestic as well.

You have highlight Airline will be coming in out out and in AirAsia from China from so many part of the world. But, just wonder how your going to enhance the domestic tourism in this country while we realize that currently there is only Firefly, there is only Firefly going not only from Tawau to KK, from KK to Sandakan. And the load this so small and how can u entice and how can u encourage people giving convenience for them comfortable for them to travel when only using a propeller to engine like that rather then if you have seen flight from KL to Johor, flight from KL to Langkawi, flight from KL to Alor Setar and Penang MAS 737. It’s can load more than how many peoples there. But, it’s doesn’t biased there, i mean what is the action taken by the government of the day to ensure that it must also be a level flying field. You know, giving that sort of encouragement so that, we can produce an incentive to encourage people not only about tourism from outside but also domestic tourism. Thank you.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Terima kasih soalan tersebut. Just to be very clear. This is actually the first part of my speech di belakang adalah i mention Airlines going to Tawau to Sandakan. So, that’s why just now i mohon maaf i give me a bit time we will explain.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Sorry, distrub Datuk Speaker. Can i just ask? Boleh saya tanya YB Menteri. You might as well get prepared the answer so I give her in advance. Emm, dengan izin boleh saya perbahasan menyoal dalam bahasa Inggeris. Er, YB Menteri with the advance of all this domestic airlines and you bite me talking about, are you open for Sky policy? and will be that be Hala Tuju of the State Government. Emm, where we can meet again state airlines, focus on open polices Increases our load by working together the hotel, the resort, and another tourism institution where you no need to wasted your money airlines in Sabah. An also at the same time when we talk about days, take a drive as a Minister and try to get a parking in KKIA, imagine its horrible you can't even pay a decent ticket and there have ah and blackout, no water and have you. So, don’t talk about

tourism tourist coming in when we can’t even handle our simple basic simple infrastructure. Thank you.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Thank you emm, Yang Berhormat dari Moyog. The international, can I answer now those the I don’t want to wait the last minute and there are. The international tourism kita baru buka itu border. We know that, March only this year we start baru buka, and there are some countries saya tidak akan sebut nama-nama country itu there have this what we called this policies of ah not allowing their tourist to certain area in the East Coast. Its is still on. That’s is why we are now opening up to the international involve but encourage some are they come but that divert that intention to Sandakan and to Tawau. This one i will sebut later. So, about the parking lot ahh. I think this is out of my hand u know i can bring it up to the MAS…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Malaysian Airport Berhad but overall you are the state government ah, its has a fact over your tourism enticement of people to coming because basic decent thing also can’t be manage.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Yes, Yes. I understand what u mean, and i feel the same where as well. Ah, because other then that tourist coming to Sabah, the first part is the Airport. And the airport plays the important role. Not only, not only ahh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

YB Elopura, can you sit down for little while first, give Menteri a chance to answer the two question first.

Yeah, yeah. After the answer finish.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

A later on please.

Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:: Duduk dulu.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

So… ahh, I would like to mention ah…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Do touch on the Open Sky Policies. Thank you.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

The policy of certain country that they don’t allowed there are tourist or there are certain part of the state.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat we don’t want to have a dialogue in this place. Can u let the Minister ask answer question later on, if your feel not been answered. Tanya dia lagi. Yeah.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

To answer the first question ah, about the whether the international tourist come in and what do we do in term we divert them we market them and for your information we are now in the process of chattering ah chatter flight from South Korea direct to Tawau already. We start already. So, they don’t have a regular price now but we are now moving on. Okey.

Yeah, okey.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, do you want to give way to Elopura. Yes or no?

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

I’m very sorry, uh can i finish first.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yes, Elopura.

Saya takut, saya takut macam Menteri tadi, sebab saya mahu berdiri nanti.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Dia tidak lari.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

No, no jangan takut. Saya tidak akan lari. I will be here don’t worry.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Please carry on.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Thank you very much Speaker. Datuk Speaker. Datuk Speaker, bagi memperkasakan industri pelancongan negeri ini serta sebagai persediaan ke arah tahun melawat Malaysia yang akan datang pelbagai inisiatif telah dan perlu dirancang terutama sekali dalam pembangunan membangunkan produk-produk dan fasiliti pelancongan yang baharu terutama di kawasan-kawasan tumpuan para pelancong. Ini juga adalah sebagai satu usaha untuk menambah nilai dan meningkatkan kapasiti pelancong serta menjadikan kawasan tersebut sebagai destinasi pilihan yang mesti dilawati di negeri ini. Antara inisiatif pelancongan pembangunan adalah satu meningkatkan kemudahan pelancongan di Pulau Manukan, meningkatkan kemudahan pelancong di Kolam Mata Air Panas Poring, Ranau dan penaiktarafan Taman Hidupan Liar Lok Kawi sebagai Night Safari. Pada ketika ini, kementerian sedang dalam proses mengenal pasti potensi, pelabur-pelabur yang berminat dan perbincangan terperinci masih dijalankan di antara kementerian dan juga para pelabur. Datuk Speaker, pengurusan alam semula jadi yang mampan, dan kepelbagaian biodiversiti yang terpelihara adalah tunjang utama melestarikan khazanah alam semula jadi untuk dinikmati oleh generasi akan datang, kekayaan sumber…

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Alam semula jadi ini merupakan aset utama produk pelancongan negeri ini. Justeru itu, kementerian saya melalui Taman-taman Sabah akan melaksanakan satu penambahbaikan pintu gerbang Pondok Timpohon di Taman Kinabalu Ranau, penaiktarafan jeti Pulau Manukan di Taman Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu, penambahbaikan kemudahan perkelahan di Air Terjun Sandakan, di

Taman Banjaran Crocker, Keningau dan pembinaan Bangunan Galeri Hidupan Marin di Taman Tun Mustapha, Kudat.

Pada tahun ini, Taman-taman Sabah juga akan melaksanakan satu projek flag ship di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya dengan pembinaan Pusat Latihan Pendakian altitude tinggi atau High Altitude Training Centre di atas Gunung Kinabalu. Pembinaan pusat latihan khas ini akan menyediakan kemudahan latihan pendakian gunung yang bertaraf dunia untuk mempersiapkan para pendaki elit dari seluruh dunia yang berhajat untuk mendaki Gunung Everest.

Datuk Speaker, dari aspek pengurusan hidupan liar yang menjadi tarikan utama pelancongan bagi pasaran Eropah. Program-program penguatkuasaan pengawalan dan kajian-kajian hidupan liar menjadi antara program yang akan ditekankan pada tahun ini. Penaiktarafan exhibit kajian di Taman Hidupan Liar Lok Kawi adalah merupakan fokus utama kementerian dalam menambah baik pengurusan dan fasiliti gajah demi memastikan kebajikan dan keselamatan kakitangan hidupan liar terpelihara dan juga kebajikan gajah tersebut.

Dari aspek kelestarian pengurusan alam sekitar secara mampan pemeliharaan serta pemuliharaan khazanah alam semula jadi akan tetap menjadi keutamaan pada masa sama mengimbangi keperluan pembangunan ekonomi masyarakat di samping menerapkan tanggungjawab bersama masyarakat dalam memastikan pembangunan Negeri Sabah tidak ___ kepelbagaian biologi alam sekitar dan keunikan budaya masyarakatnya yang unik.

Justeru pelbagai program dan aktiviti sama ada di peringkat akademik mahupun peringkat profesional telah dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan untuk memastikan pembangunan di Negeri Sabah seiring dengan pengurusan alam sekitar yang teratur, terancang dan bersepadu.

Datuk Speaker, hubungan etnik yang harmoni merupakan kunci keamanan dan kemakmuran sesebuah kerajaan khususnya negeri yang mempunyai pelbagai etnik dan agama. Bagi menjadikan Sabah sebuah negeri yang kekal aman dan unik serta maju pembangunan pelancongan berasaskan budaya.

Kementerian saya akan meneruskan dan memperbanyakkan program-program pembudayaan yang mampu menjadi satu pengalaman kepada para pelancong yang berkunjung di negeri ini. Disamping itu juga kementerian saya akan berusaha merancang dalam membangunkan cultural village di Kinarut agar kepentingan warisan khazanah yang tidak ternilai dapat dilindungi malah berpotensi meningkatkan pendapatan dari limpahan ekonomi ini.

Datuk Speaker, sebelum saya menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas saranan dan cadangan yang telah dikemukakan kepada kementerian saya. Kementerian mengalu-alukan cadangan dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita bersama-sama membantu memulihkan serta meningkatkan lagi kualiti sektor pelancongan negeri ke peringkat lebih tinggi, melestarikan alam sekitar dan kebudayaan.

Dengan itu, izinkan saya memberi penjelasan kepada beberapa isu yang telah dibangkitkan kepada kementerian saya.

Datuk Speaker, bagi menjawab Ahli Yang Berhormat N35 Sindumin berhubung bajet yang diperuntukan untuk tujuan promosi pada Tahun 2023, jumlah peruntukan bajet untuk mempromosi Sabah sebagai destinasi pelancongan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Tahun 2023 adalah sebanyak RM11.35 juta. Peruntukan ini adalah merangkumi promosi dan pemasaran dalam dan luar negara termasuklah bagi acara business events.

Datuk Speaker, berhubung pertanyaan Yang Berhormat Sinduman berkenaan peruntukan kepada komuniti pelancongan luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi menyokong pembangunan fizikal pelancongan luar bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kementerian saya telah diperuntukan sebanyak RM6 juta pada tahun ini di bawah program pembangunan pelancongan luar bandar. Peruntukan ini adalah melibatkan penaiktarafan dan penambahbaikan di kawasan-kawasan pelancongan yang sering dilawati oleh para pelancong dan kawasan yang dijalankan oleh komuniti setempat termasuklah Community Based Tourism.

Selain daripada peruntukan di bawah RMKe-12 ini, kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah juga telah memperuntukan sejumlah RM1.25 juta kepada 27 persatuan pelancongan daerah bagi tujuan bantuan sokongan produk pada tahun ini. Datuk Speaker, Kementerian saya mengalu-alukan dengan…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Speaker, minta laluan.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Bolehkah saya habiskan?

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Penjelasan. Boleh?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Mahu beri laluan Menteri?

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

No. No. No.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tidak. Dia tidak beri.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Sorry saya 10 minit lagi 10 minit lagi.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila duduk Yang Berhormat Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Okey. Mungkin lepas inilah.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Kementerian saya mengalu-alukan dengan saranan Yang Berhormat Sindumin agar kerajaan mencantikkan bandar dan pintu masuk utama pelancong. Kementerian bersedia untuk bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan pihak berkuasa tempatan untuk mencantikkan landskap dan juga memulihara dan memelihara mana-mana bangunan bersejarah yang berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan.

Datuk Speaker, untuk menjawab soalan Yang Berhormat N56, Tanjong Papat berkenaan kawasan pelancongan yang perlu dipromosi di Daerah Sandakan. Sukacita saya memaklumkan kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah mempromosikan Sandakan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang harus diterokai oleh para pelancong khususnya pasaran antarabangsa. Malah, Sandakan sudah pun dikenali dan dipromosikan sebagai Get Way To Nature and Wild Life.

Selain itu, Sandakan juga telah dipromosikan ke pasaran high end di Amerika Syarikat.

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

… syarikat Tanjung Park melalui syarikat berprestij tinggi, iaitu National Geographic dan Upper Compact and Camp. Pelancong-pelancong berprofil tinggi ini diterbangkan dengan pesawat jet peribadi untuk menerokai pelbagai negara di seluruh dunia dan Sandakan adalah destinasi yang terpilih bagi perhentian-perhentian mereka di Malaysia.

Di samping itu, Lembaga Pelancongan Sabah telah menghasilkan satu pangkalan data berbentuk risalah yang ditambahkan “things to do in the district of Sabah” di mana maklumat mengenai tempat-tempat pelancongan, produk-produk pelancongan, tempat-tempat pelancongan berasaskan komuniti dan tempat-tempat bersejarah di seluruh daerah di Sabah direkodkan. Ini termasuk daerah Sandakan. Laman web di Lembaga Pelancongan Sabah juga mempamerkan maklumat-maklumat pelancongan serta acara-acara yang diadakan di seluruh daerah di Sabah termasuk acara di Taman Peringatan Sandakan.

Datuk Speaker, untuk menjawab soalan Yang Berhormat N.50 berkenaan jumlah pelancong yang datang ke Sandakan, kementerian tidak mempunyai data spesifik mengenai dengan jumlah pelancong yang datang ke Sandakan.

Namun, kementerian mempunyai data ketibaan pelancong di Sandakan bagi kawasan pelancongan seperti berikut:-

Taman, pulau-pulau or Turtle Island ketibaan pelancong pada tahun 2022 adalah sebanyak, iaitu 1090 pelancong tempatan dan 3384 pelancong luar negara. Kedua, bagi Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok sebanyak 89 516 pelawat tempatan dan antarabangsa pada tahun 2022 manakala setakat April 2023 adalah sebanyak 35 376 pelawat. Sugud Island Marine Conservation Area, adalah 1446 pelawat pada tahun 2022, 280 pelawat setakat April 2023.

Empat, pelawat ke Santuari Hidupan Liar Kinabatangan 5448 pelawat pada tahun 2022 dan 1328 pelawat setakat April 2023.

Datuk Speaker, berkenaan masalah ganggu monyet di daerah Sandakan dan cara (kurang jelas) konflik wayar untuk makluman dewan yang mulia ini, kementerian saya melalui Jabatan Hidupan Liar telah memasang perangkap monyet bagi mengurangkan populasi monyet dengan memasang dan mewujudkan pasukan pengawalan monyet di kawasan yang terlibat. Jumlah monyet yang telah ditangkap pindah sejak Januari 2022 sehingga April 2023 di daerah Sandakan adalah 57 ekor. Selain daripada ini, kementerian saya melalui Jabatan Hidupan Liar sedang mendraf pelan, we are drafting the plan pengurusan monyet di Sabah untuk tindakan pengurusan populasi yang bermasalah bukan saja untuk daerah Sandakan tetapi untuk seluruh Sabah.

Bagi melaksanakan (kurang jelas) konflik buaya pula tindakan bersepadu menambat buaya untuk mengurangkan populasi buaya bagi kawasan yang mempunyai risiko serangan buaya dan konflik yang tinggi telah dilaksanakan. Papan tanda untuk kawasan yang berisiko tinggi turut dipasang untuk memberikan amaran tentang kehadiran buaya kepada orang awam.

Datuk Speaker, program kesedaran mengenai aktiviti yang tidak digalakkan di kawasan tersebut juga dilaksanakan dengan penduduk yang tinggi berdekatan dengan kawasan yang berisiko dengan cara penyebaran pamphlet dan sesi bertemu pelanggan.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat N.25 Kepayan berhubung proses laporan penilaian kesan alam sekitar EIA bagi perlombongan pasir silika seperti perkara ini telah pun dijawab dalam soalan lisan nombor 21 pada hari ini dan soalan bertulis number 72.

Penutup Datuk Speaker, mungkin terdapat saranan-saranan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di dewan yang mulia ini tidak sempat …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri mohon beri laluan kepada Tungku?

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

No.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila duduk Tungku.

Oh, come on.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tungku jangan...

Datuk Liew Chin Jin @Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Api-Api

Let me finish first, okey? I already answered three of your questions. Mungkin, namun saya ingin menjelaskan bahawa sekiranya terdapat isu-isu atau saranan Yang Berhormat semua ingin kemukakan kepada kementerian terutama sekali isu-isu berkaitan dengan pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar, pejabat saya akan sentiasa terbuka dan saya mengalu-alukan semua bentangan dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat di dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, dengan ini saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menteri dia sudah habis.

(suara kurang jelas)

Persoalan dia tadi dia janji akan jawab soalan-soalan yang kita bangkitkan tapi walaupun saya sedar dan tahu bahawa ini merupakan hak dia tapi dewan yang mulia ini perlu tahu kerana kita berbangkit ke soalan-soalan, minta maaflah pasal kita hanya mempunyai masa yang singkat sektor-sektor yang kita sentuh. We don’t have the time jadi dengan izin, saya minta izin kalau dapat Speaker, a few dari segi tadi itu bukan hanya membabitkan tentang penerbangan untuk pelancong tempatan, pelancong overseas pun. Itu merupakan satu dan kalau kita benarkan charter the aircraft, it will kill domestic airline, persoalan open sky, what is our policy?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Senallang ah, dia pun dalam kerajaan untuk mengatasi segala soalan-soalan yang telah diberi, diutarakan dari kepada beliau. Jadi, Yang Berhormat Menteri kalau mau balas balik dalam secara bertulis boleh. Terpulang kepada budi bicara ya.

Yang Berhormat Speaker kita terlalu terbatas Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya tahu, saya tahu.

Kita diberikan sepuluh minit hingga 15 minit untuk kita berbahas, lepas tu di peringkat penggulungan soalan pun tidak diberikan so kita ada berapa masa saja Speaker.

(Mencelah)

… apa guna, apa guna kita upgrade semua di sini … (suara bertindih)

(Mencelah) kalau dia mau jawab kemudian secara bertuliskah itu terserah dengan dia…

Patut dia terima sahaja soalan…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Jangan tolong duduk, bertenang…

Datuk Speaker, kita bertenang.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Kamu pun bekas menteri.

Kamu pun bekas… kamu pun bekas menteri dulu.

Kita cuma bagi cadangan Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Kamu pun bekas menteri dulu. Kamu faham.

Soalan saya berkaitan buaya melibatkan nyawa manusia Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya tahu. Sila duduk. Saya bercakap.

Dan banyak berlaku di tempat saya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya bercakap bukan wayang. Sila… sila duduk. Tolong.

Tanya soalan tidak boleh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tolong. Ini… ini…

Berbahas 15 minit 10 minit diberikan.

Apa guna dewan ini?

Apa guna kami datang di dewan ini Datuk Speaker?

Dewan ini untuk usul bah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

Soalan seolah-olah macam mahu bunuh orang kami ni. (Kurang jelas)...kalau tidak boleh jawab.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila duduk.

Jawab secara bertulis.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila duduk.

Please. I mean…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Menteri sudah jawab tadi.

Sebab kasi chance saya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menteri.

Ada chance saya untuk saya yang tadi ada masa untuk saya…

Sangat-sangat mengecewakan Datuk Speaker. Cantik-cantik sudah di… di… direnovation ini.

Ada chance untuk masa saya bah.

Sekarang sebelum menteri yang start boleh saya cadang atau yang saya tanya soalan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila duduk. Saya… saya sekarang bercakap. Kamu tidak memberikan kehormatan di… di Dewan yang mulia ini. Saya sudah berikan laluan.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Spe…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila duduk.

Tuan Alias bin Sani [Sekong]:Tuan Speaker…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan menteri. Pengulunggan.

Datuk Speaker, kita… kita. Datuk Speaker, kita ni seolah-olah…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya faham. Duduk. Sila duduk.

Kita bukan mahu membantai kerajaan, Datuk Speaker. Kita cuma bertanya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila… sila… Tidak ada orang mahu membantai kerajaan. Sila duduk.

Kita cuma mahu bertanya secara polite, secara baik.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Dia… tidak mahu menjawab kamu orang punya… dia akan memberikan aa, bertulis.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker… Tuan Speaker, sekejap Tuan Speaker.

Kalau tidak mahu jawab Datuk Speaker, tak payah jadi menteri!

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Eh…

Tak payah jadi menteri!

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Eh… tarik. Tarik balik.

Jangan cakap begitu. Ndak boleh dalam Dewan yang mulia ini.

Ya. Dewan ini memang mulia Datuk Speaker.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker…

Kalau semua tidak boleh…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Bukan… ada kamu…

Apa guna.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Dengar. Ada kamu…

Apa guna ada kerajaan. Apa guna ada YB.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Dengar. Ada pernah kamu kena ugut begitu? Waktu kamu menteri.

Bukan ugut Datuk Speaker. Kita cuma menyatakan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada kamu pernah kena ugut? Jawab saya dulu. Jawab saya.

Kita cuma menyatakan apa yang sepatutnya Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada? Ada? Ada kamu kena ugut dulu begitu? Tidak ada kan? Jadi, duduk.

Soalan pun tidak boleh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Be fair. Be fair.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan… Tuan Speaker… Tuan Speaker…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Be fair. Diam, Sekong.

Apalah guna kami duduk di sini Datuk Speaker? Cuma mendengar. Bagus kami duduk di rumah online.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya… saya… saya sudah panggil. Terpulang. Saya sudah panggil menteri, teruskan.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker, izinkan Sekong sekejap Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Nanti… nanti.

Kami mahu cuba bagitahu rakyat Datuk Speaker, rakyat di luar ini dengar. Supaya dorang tidak rasa bila kami duduk di sini, kami diam! Kami tidak tanya soalan!

Tuan Speaker, perkara kedua dalam ucapan dasar kerajaan mengharapkan agar DUN Sabah…

Datuk Speaker, rakyat di luar tanya bila masa untuk… Bila kami tanya Datuk Speaker, tidak dibenarkan orang lain tahu di luar…(kurang jelas)… Online ni Datuk Speaker. Rakyat tahu ni di luar Datuk Speaker.

Datuk Speaker, atleast Datuk Speaker berperanan sebagai fasilitator dan berlaku adil kepada semua.

Datuk Speaker Standing Order 25 Peraturan Persidangan yang…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Baca.

Minta izin Datuk Speaker, saya ingat selaku Dewan Yang di-Pertua kalau boleh susun atur bagaimana perbahasan, persoalan, jawapan kena dibimbing untuk membolehkan supaya bukan hanya pihak dewan diurus tadbir dengan secara baik, tapi peranan menteri-menteri. Pasal saya bila kita lihat bidang kuasa juga Datuk Speaker boleh menentukan. Dia ada hak untuk menjawab tidak menjawab tapi kalau kita mendengar rentetan apa yang telah dijelaskan tadi dan kita minta, kita patuh, kita akur. We are a very discipline people. Nanti dia akan jawab, nanti dia akan bagi peluang. Sindumin pun juga bangun tapi tak juga diberi peluang tapi saya ingat kalau boleh kalau dia dah janji, tunaikan janji. It’s not a question of you cannot answer whatever, you can answer secara bertulis ataupun tidak. Tapi perkara ini penting kepada kita untuk menjelaskan kepada umum. Pasal kita tahu, this is viral. Ini rakyat mendengar dengan kita persoalan tentang bagaimana maklumat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih.

Yang mereka dengar, and they need to be on board. Sektor pelancongan, need to be on board on how to ride on the business opportunity that they have. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ah, terima kasih Yang..

Yang Berhormat Menteri. Silakan.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih kepada Datuk Speaker. Selamat tengah hari. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Sabah Maju Jaya, aa, a very good evening to everyone of you, da jia hao. Datuk Speaker, izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapkan… ucapan terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan usul ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 22 Mei 2023. Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas pembentangan ucapan Dasar Kerajaan. Datuk Speaker, saya cuba untuk ringkaskan aa, ucapan aa, Dasar… Aa, i mean pengulunggan pada hari ini, dan saya akan buka aa, untuk pertanyaan-pertanyaan daripada rakan-rakan untuk kita optimumkan masa yang akan datang.

Datuk Speaker, sepanjang mengikuti sesi perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, saya telah mendengar dan mengambil maklum pelbagai rintihan berhubung dengan keperluan asas infrastruktur dan utiliti terutamanya bekalan elektrik, air bagi membangunkan sektor perindustrian di Sabah. Tidak dapat dinafikan sedangkan kementerian saya sedang berusaha untuk membangunkan perindustrian di Sabah, memang kita akui aa, cabaran dari segi bekalan elektrik dan air itu adalah amat ketara. Oleh itu, sejak beberapa bulan ini, kementerian saya telah mengadakan beberapa mesyuarat libat urus engagement session bersama dengan pelbagai kementerian termasuk MITI di peringkat pusat dan juga aa, kementerian… kementerian-kementerian yang berkenaan. Untuk kita bagaimana sedangkan kita usaha untuk membangunkan industri di Sabah yang kita perlukan dan kita meanwhile we need to solve and address our infrastructure problem. Datuk Speaker, aa, saya telah maklumkan… maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa prestasi pelaburan pada tahun 2022 itu adalah amat positif. 8.38 billion ringgit yang kita mencatat aa, ianya dilihat ada peningkatan dan kita Sabah, negeri yang kelima dari prestasi penerimaan pelaburan aa, pada tahun lepas. Ini menunjukkan momentum di Sabah aa, dari segi penerimaan pelaburan di Sabah dan ianya dijangka akan terus meningkat pada tahun ini dengan usaha kita terus untuk mewujudkan satu ekosistem perindustrian yang baik untuk Sabah.

Kementerian saya telah kerjasama dengan…

Datuk Dr.

Tuan Speaker… Tuan Speaker…

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

… aa, Kementerian Pelaburan Perdagangan…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, ada pencelahan daripada YB Sulabayan. Datuk Dr.

Boleh ya? Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat menteri. Ini saya bagi pandangan. Pasal apa yang diucap dibawa Kementerian Pelancongan contoh, sudah pun dalam ucapan Dasar. Yang di… dibaca oleh Tuan Yang Terutama. Yang lebih penting ialah menteri-menteri menjawab soalan-soalan, itu beri keutamaan. Ini balik juga baca apa yang dibaca oleh ucapan Dasar, jadi tiada ruang. Jawapan yang diberi, itu yang kita perlukan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan menteri.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Sulabayan. Nanti saya akan ringkaskan ini mukadimah. Nanti saya akan aa, memberikan jawapan untuk yang dibangkitkan aa, sesi perbahasan tadi kelmarin dan hari ini. Kementerian saya telah kerjasama dengan Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri Malaysia, iaitu MITI, untuk kita sama-sama mencari langkah-langkah yang sesuai untuk kita terus aa, mewujudkan ekosistem pelaburan dan juga pembangunan perindustrian di Sabah. So beberapa sesi kita telah adakan dan juga suka saya untuk berkongsi beberapa sektor yang kita rasa aa, sesuai untuk kita bertumpu, iaitu pertama, pelaburan berasaskan teknologi hijau. Kedua, pelaburan dalam industri hiliran berasaskan sumber yang tersedia. Ketiga, pelaburan dalam industri tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Dan keempat, pelaburan dalam industri berasaskan penggunaan tenaga yang rendah (low energy intensity) aa… industri. So, beberapa ini telah pun juga disebut dalam ucapan aa, sesi soal jawab menteri MITI di Dewan Negara bulan lepas. Justeru itu, kementerian saya akan berusaha

sudah sedaya upaya untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam sek… sektor tenaga terutamanya dalam renewable energy. Pada masa ini, bekalan air yang digunakan oleh pelabur adalah menggunakan sumber bekalan air yang sama dengan pengguna.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Domestik iaitu bekalan air terawat yang mana sebahagian besar kilang-kilang pelabur ini hanya mengeluarkan memerlukan air bersih tidak terawat. Oleh itu Jemaah Menteri pada 22 November 2022 telah meluluskan cadangan untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembekalan Industrial Water untuk air bersih tidak terawat ataupun Non Portable Water di taman-taman perindustrian oleh Syarikat Jetama Sdn Bhd.

Kajian ini sedang dijalankan oleh pihak Jetama dan dijangka akan disiap pada hujung tahun ini. Sekirannya pembekalan Industrial Water ini dapat direalisasikan makanya sedikit sebanyak akan membantu situasi yang kita hadapi sekarang iaitu ketidakcukupan bekalan air di bukan sahaja di Taman Perindustrian tapi seluruh Kota Kinabalu. So ianya kita sedang mengkaji sama ada kita dapat wujudkan satu sistem untuk kita supply Industrial Water tanpa untuk membebankan bekalan air yang terawat.

Datuk Speaker, kementerian saya melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR) dan SEDCO sememangnya komited untuk Pembangunan Keusahawan di Sabah. Misi Kementerian adalah untuk menggalakkan Keusahawan Micro kecil dan sederhana (PNKS) sebagai industri sokongan utama dan pemangkin kepada pembangunan industri pembuatan. Pelbagai program dan insiatif telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini, salah satu inisiatif yang telah dirancang adalah untuk menubuhkan satu Majlis Pembangunan Usahawan penjajah dan Peniaga Kecil bagi kita menyelaraskan the dasar dan juga hala tuju Pembangunan Usahawan ini juga akan bekerjasama dengan KUSKOP di peringkat pusat supaya kita ada penyelarasan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri supaya kita dapat tumpukan focus kita dan resources kita untuk membantu

usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga kecil, so banyak program kita ketahui di peringkat pusat ataupun di peringkat Negeri tapi kita mesti ada satu penyelarasan supaya kita dapat mempastikan program-program itu akan membantu usahawan-usahawan.

So dan juga untuk makluman Dewan Yang Mulia ini Kementerian saya melalui Programme (SME OUB) ataupun Program Bantuan (IKS) pada tahun ini telah dinaikkan kepada 15 juta dari 10 juta pada tahun lepas, tahun ini 15 juta dan kita akan memastikan penyaluran saluran ini bantuan-bantuan ini kepada usahawan-usahawan yang memerlukan dan kita tumpuhkan kepada 4 sektor iaitu pembungkusan packaging keduanya, machine kalau sekirannya usahawan-usahawan memerlukan bantuan untuk beli machine untuk upskilling dia entrepreneurship dan ketiganya, persijilan mesti dan halal dan juga digital marketing so empat.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Fokus ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri ada mencelah daripada Yang Berhormat Senallang, terima kasih.

Datuk Speaker terima kasih Yang Berhormat Menteri telah mendengar apa yang telah diutarakan peningkatan dari segi insiatif yang diberikan 15 juta setakat apa yang dinyatakan dan menggalakan beberapa usahawan IKS. Saya nak bertanya dengan Yang Amat Berhormat Menteri data yang ada dah berapa yang dapat perolehan berapa jumlah syarikat-syarikat yang mendapat manfaat daripada ini ya.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Untuk makluman Yang Berhormat Senallang program ini baru saja kita buka untuk permohonan dan saya alu-alukan Ahli Yang Berhormat untuk mendapatkan maklumat daripada pegawai saya untuk mengemukakan permohonan supaya kita

cuba untuk membantu lebih banyak usahawan-usahawan yang memerlukan bantuan-bantuan tersebut. So kini sedang dibuka dan ianya akan kita tapis pada pertengahan Jun dan kita akan salurkan peruntukan tersebut kepada usahawan-usahwan yang berjaya di apa di terima yang, ya Kementerian saya juga bekerjasama rapat dengan Kementerian KUSKOP di bawah pimpinan Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick untuk membantu wujudkan lebih banyak program pada tahun ini untuk kita seperti mana saya katakan tadi kita akan wujudkan lebih banyak program dan juga mendapatkan lebih banyak peruntukan untuk membantu usahawan-usahawan di Sabah khasnya.

So Datuk Speaker sukacita saya ingin menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan 2 hari ini, so untuk makluman untuk menjawab soalan dari Sulabayan dan juga Sri Tanjong berhubung dengan pelaburan bagi syarikat-syarikat pelabur asing yang besar seperti Sk Nexilis Sdn Bhd dan kumpulan Kibing, dan juga East New yang banyak kita berbincang semalam adalah seperti maklumat-maklumat yang terperinci seperti berikut untuk Sk Nexilis itu kilang pembuatan Copper Foil status pembinaan kilang setakat adalah 75.9% pembinaan itu dan ianya akan dijangka siap pada hujung tahun ini dan ianya akan dijangka akan mula test plan bulan depan.

Jumlah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan setakat ini adalah 210 daripada 500 yang dianggarkan dan peratusan jumlah pekerjaan yang diperolehi oleh Rakyat Sabah adalah 78%. 78% are Sabahan untuk kumpulan kabin oh Sk Nexilis nilai pelaburannya adalah 4.28 billion ringgit, Kumpulan Kibing iaitu pembuatan kaca solar nilai pelaburannya adalah 2.48 billion ringgit setakat ini status pembinaan kilang adalah 50%. Jumlah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan adalah 652 daripada 1800 dan peratusan jumlah pekerjaan yang diperolehi oleh rakyat Sabah setakat ini adalah 70%. 70% are Sabahan dan untuk kilang pemprosesan Pasir Sirikan di Sikuati Kudat status pembinaan kilang adalah 45% setakat ini jumlah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan ada 134 daripada 300 yang dianggarkan peratusan jumlah pekerjaan yang diperolehi oleh rakyat Sabah setakat ini adalah 79%. 79% are Sabahan.

Untuk East Steel kemarin kita ada bincang tentang East Steel sama ada mereka dan saya telah memberikan jawapan bahawa East Steel company ini nilai pelaburannya

adalah agak besar 19.8 billion ringgit dan mereka menyatakan komitmen untuk melabur di Sipitang SOGIP, so untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat kini pelabur sedang menyediakan reka bentuk kilang dan jeti dan pelan pembangunan DP dan laporan EIA kilang ini dijangka akan siap quarter four tahun 2026 dan jumlah peluang pekerjaan yang telah diwujudkan setakat ini, ini adalah untuk menunjukan komitmen mereka sudah ambil upah 19 orang untuk operasi awal di Sipitang saya ada beberapa sesi mesyuarat bersama dengan mereka juga, so komitmen itu memang ada dan cabaran mesti akan ada, so peratusan jumlah pekerjaan yang diperolehi oleh rakyat Sabah setakat ini adalah 63%. Ini juga sekali gus untuk menjawab Yang Berhormat Sri Tanjong berkenaan berapa peratus anak-anak Sabah yang akan diambil untuk dalam… Datuk Dr.

Minta lalu.. peratusan tadi cukup baik 70 63% orang Sabah, so jenis… Datuk Dr.

...kategori mana on servay sama ada pekerja buruhkah atau teknikalkah macam mana?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

…kini cuma 19 orang yang diambil, kita dapat ini semua kerja-kerja yang awam, yang mereka untuk mengambil, untuk melantik perunding dan sebagainya. So, sudah tentu ah, untuk institut ini apabila mereka start to hiring, kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat.

Datuk Dr.

Perlukah ini? Kalau saya tengok tadi 70% peluang anak-anak orang Sabah, 60%. So, adakah 60%, 70% ini, dia punya skill, kemahiran dia sejauh mana? Sama ada hanya sebagai pekerja buruhkah ah, itu yang kita nak perlukan, pasal sekarang ini kes pengangguran terutama anak-anak lepasan universiti ini. Itu yang kita lihat, pelabur ini bukan saja kita terima mana-mana pelabur nak datang, dia perlu juga pelabur ini, bagi saya yang menjurus kepada keperluan di Sabah terutama sekali peluang pekerjaan.

Kalau pelabur itu datang berbentuk high takers, contoh itu tidak dapat menyelesaikan masalah pengangguran di Sabah. Ah, ini yang kita perlukan data-data seumpama ini. Terima kasih.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. Ah, saya bagi anggaran daripada Syarikat Esteel berkenaan peluang pekerjaan yang akan diwujudkan, iaitu 1752 peluang pekerjaan yang akan diwujudkan sekiranya ia mulai beroperasi. So, sukacita saya kongsikan berapa peratus ah, untuk anak-anak Sabah dan juga pekerja-pekerja yang mereka akan ambil, apakah peratus, peratusan dia untuk kerja-kerja seperti berikut; Pengurusan 5%, Jurutera 10%, Juruteknik 27%, Pekerja mahir 49% dan perkeranian pemasaran 9%. So, itu adalah anggaran dia. So, sekiranya kilang mulai bina dan juga beroperasi, saya akan maklumkan kepada dewan yang mulia ini from time to time.

Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan kepada Sri Tanjong ah, berkenaan jumlah kekosongan ah, pekerjaan yang ditawarkan oleh kepada rakyat Sabah dan kursus atau latihan yang diberikan melalui FDI, Syarikat Esteel ini antara syarat atau garis panduan untuk kelulusan manufacturing license yang telah ditetapkan oleh MAIDA adalah jumlah tenaga kerja sepenuh masa. Syarikat pelabur mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia manakala 20% adalah pekerja asing atau expert.

Lanjutan daripada itu, kerajaan Sabah telah menetapkan agar 80% daripada 80% syarikat minima jumlah tenaga kerja sepenuh masa, hendaklah ditawarkan kepada rakyat Sabah. Secara pengiraan kasarnya sejumlah 1100 peluang pekerjaan hendaklah diisi oleh rakyat Sabah. Itu anggaranlah seperti tadi saya bagi tadi. Kementerian saya akan sentiasa menggalakkan ah, pelabur, pihak pelabur untuk menyediakan kursus dan latihan sebaiknya yang telah disambut baik galakkan ini oleh pelabur terutamanya menghantar rakyat Sabah yang telah mendapat pekerjaan ke kilang pelabur di luar negeri.

Untuk makluman Yang Berhormat, ah, Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah menghantar lebih 100 anak-anak Sabah pergi ke Korea dan juga China untuk

menerima kursus latihan dan saya sendiri pun buat fare well dinner dengan mereka untuk memberi sedikit sebanyak suntikan semangat kepada mereka, supaya mereka dan diharapkan mereka pergi ke China Guong Zhou kilang besar untuk belajar kemahiran-kemahiran yang ada untuk dan kembali ke Sabah. Ini adalah kita hasratkan dengan ada kilang-kilang FDI ini, ianya akan melakukan ini skill transfer yang mana mungkin sepuluh tahun kemudian, mereka sudah mendapat kemahiran-kemahiran yang canggih, yang maju dan yang mereka akan ah memainkan peranan untuk terus memajukan perindustrian di Sabah ini.

So, untuk makluman kejayaan inisiatif ini, kita setakat ini SK Nexilis telah menghantar sejumlah 107 jurutera Sabahan ke Korea Selatan manakala Kumpulan Kibing telah menghantar sejumlah 94 jurutera tempatan ke negara China untuk menjalani latihan.

Datuk Speaker, untuk makluman, untuk menjawab Ahli Yang Berhormat Senallang dan Ahli-ahli yang mulia ini, di dalam dewan yang mulia ini mengenai kawalan ke atas pelabur-pelabur asing di Sabah, satu Task Force ataupun Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan melalui oleh kementerian saya untuk pemudah cara dan menyelaras semua cadangan pelaburan domestik dan asing juga akan memantau perkilangan, pembinaan kilang sehingga kilang pelabur ini beroperasi. Berdasarkan skop tanggungjawab task force ini, sudah pasti kawalan ke atas pelabur asing dapat dijalankan untuk memastikan pelabur-pelabur ini terikat dengan perundangan yang berkuatkuasa di Sabah dan juga Malaysia.

Datuk Speaker, berdasarkan pelabur-pelabur asing yang telah saya nyatakan tadi diperhatikan bahawa pelabur pelaburan ini sedikit sebanyak telah membuahkan hasil ah, terutamanya dalam aspek limpahan ekonomi, economy split over yang telah diwujudkan. Melalui pelaburan ini, industri logistik adalah merupakan antara industri yang terawal mendapat manfaat melalui pelaburan-pelaburan ini, yang mana barangan import dari pihak pelabur semasa pembinaan kilang mereka telah dikendalikan oleh syarikat tempatan juga.

Industri logistik ini dijangkakan akan terus berkembang semasa kilang pelabur-pelabur ini beroperasi, yang mana dianggarkan sejumlah 254 lori akan diguna

digunakan setiap hari untuk mengangkut bahan import dan eksport pihak pelabur, sekaligus akan merancakkan lagi aktiviti import dan eksport di Sabah. Selain itu, syarikat-syarikat tempatan juga mendapat manfaat melalui pelaburan asing ini terutamanya syarikat juru perunding dan pembekal bahan pembinaan. Sebagai tambahan, limpahan ekonomi-ekonomi split over ini ini turut dirasai oleh usahawan-usahawan setempat dalam bidang makanan dan minuman, bagi memenuhi ah, keperluan pekerja-pekerja semasa pembinaan kilang pelabur. Di samping itu, pelaburan-pelaburan asing juga telah mewujudkan peluang-peluang pekerjaan semasa pembinaan kilang, iaitu seperti berikut; tiga ribu dari SK Nexilis, dua ribu di KKIP oleh Kumpulan Kibing dan dijangka semasa pembinaan 10 ribu ah, pekerja akan terlibat dalam pembinaan Kilang Esteel.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

YB Menteri, YB Datuk Speaker. Terima kasih. Emm, berkaitan dengan pekerja-pekerja yang dalam pembangunan ini ya, pembangunan plants ataupun industri ini, industri yang mereka menubuhkan, adakah pekerja-pekerja ini orang Sabah ataupun daripada China? Saya dapati bahawa construction site bukan investment ini, tapi construction site kebanyakannya dari China dan adakah Kibing menggunakan yang sama ataupun Korea juga menggunakan sama?

Soalan juga berkaitan dengan pengumuman investment yang banyak ini, adakah elektrik ah, sorry, our energy able to corp dengan ah investment ini? Saya faham macam Kibing face three mereka pun sudah macam mereka mengguna tiga ribu lebih kilowatt per hour, macam Sabah punya entire usage, we able to corp. Terima kasih.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Untuk fasa pertama Yang Berhormat, memang kita able to corp at this point of time. Untuk fasa yang akan datang kementerian memang memerlukan penjana kuasa yang baharu. Kita perlukan lebih banyak supaya, kalau tidak kita tak payah, tak mampu corp dengan keperluan-keperluan yang semakin meningkat. Ini cuma untuk tiga syarikat saja, untuk syarikat-syarikat yang akan datang itu, kita harap ah,

itulah sebab saya katakan ah, kita juga akan berusaha untuk menarik pelabur untuk melabur…

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Melabur di bidang renewable energy. So ini juga agak penting untuk kita ada energy mix yang safe. So dan juga untuk menjawab.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, YB Menteri. Fasa 2 you may not be able to coop. Tapi itu big punya fasa 3, is the entire power grade of Sabah dia punya usage. We ready to coop .

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Don’t mention about fasa 3 dulu. Kita akan berusaha untuk fasa pertama, pastikan fasa pertama kita akan coop dulu dan fasa kedua juga.

Fasa ketiga tu, agak-agaknya berapa tahun dari sekarang? Fasa ketiga tu berapa tahun dari sekarang?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Untuk makluman, 10 tahun.

10 tahun. Adakah dalam masa jangka 10 tahun tu kita boleh menyediakan sumber tenaga yang mereka perlukan?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ini adalah satu soalan yang cukup baik. Saya akan kerjasama dengan Kementerian Kerja Raya untuk memastikan aspirasi mereka dapat ditemui. So, ini saya untuk rekod Dewan yang mulia ini, kita komited untuk membantu ini pelaburan-pelaburan ini sukses dan saya akan kerjasama dengan Kementerian Kerja Raya untuk memastikan aspirasi mereka dapat ditemui.

Dengan izin Datuk Speaker, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, bila mendengar soalan dibangkitkan, jawapannya dibangkitkan, seakan kita ini tidak begitu jelas tentang concrete planning yang ada. Jadi that is why, pasal itulah kadang-kadang negara Malaysia ini jauh ketinggalan berbanding dengan Vietnam, berbanding dengan India, bebanding dengan Indonesia.

Pasal kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, they have access supply yang membolehkan mereka boleh menarik seramai mungkin pelabur yang ada. Yang saya bimbang kalau mendengar apa yang dijelaskan mengambil masa untuk kita nak sediakan. Kalau seperti target 3000 kilowatt yang diperlukan, the whole including universiti UMS pun padam tahu. Apalagi office dan sekarang pun kita dah padam dah.

Lapangan terbang, hospital, saya ingat they must be some kind of concrete the planning to ensure. Jangan nanti besok pelabur datang, lepas itu it’s not sustainable. Dia akan merebak satu berita di luar negara, don’t invest in Malaysia, in Sabah. Pasal they don’t have the capacity. Tidak ada keupayaan mereka. Lagi lama kita nak apply investers kalau sekiranya kita tidak lengkap dengan berbagai kemudahan untuk menarik para pelabur yang datang dalam negara kita.

Kalau saya dengar, contohnya pun saya dengar ucapan Yang Berhormat ini berbilion Datuk Sepaker. Tapi kalau saya dengar ucapan TYT 8.4 bilion. Jadi lebih daripada 8 bilion ini dan saya ingat sama ada maklumat pun tally dengan apa ni TYT. How many of this project has been realize. This is very important but saya inginkan yang penting ialah pengurusan pentadbiran kemudahan asas ya. Air dan elektrik you must have that sama ada rancangan ini dapat disempurnakan dahulu sebelum menarik banyak pelabur. Pasal pelabur baru-baru in pun Korean manager pun kena tumbuk. Bukan cerita pasal elektrik, bukan cerita pasal air. Gaji pun dia tak bagi ya. Terima kasih banyak.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Saya setuju masalah ini prasarana dan juga keperluanlah. Keperluan asas seperti air dan elektrik itu adalah amat-amat penting untuk bagi kita memenuhi aspirasi pelabur-pelabur dan kita juga menghargai pelabur-pelabur sudi datang ke Sabah untuk melabur. Ini adalah usaha berterusan

kementerian saya untuk kita untuk kita merancakkan ekonomi Sabah. So saya akan seperti saya maklumkan tadi saya tidak ada maklumat-maklumat berhubung dengan prasarana.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Mahu berikan laluan kepada Yang Berhormat Tungku?

Yang Berhormat Menteri, bolehkah saya mencadangkan instead of membawa pelabur yang membawa high impack terhadap kita punya sistem ekonomi, dalam keadaan kita berhadapan dengan masalah infra yang tidak mencukupi, mungkin ada baiknya pelaburan itu dalam bentuk syarikat-syarikat yang boleh membangunkan infra kita. Boleh membantu kita dalam projek air, boleh membantu kita dalam projek elektrik ataupun renewable energy whatsoever? Mungkin itu lebih perlu diutamakan berbanding dengan apa Yang Berhormat Menteri cakap. Terima kasih.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Yang Berhormat Tungku. Itu memang adalah salah satu prioriti dan salah satu kerja-kerja yang saya sedang berusaha untuk bukan sahaja menarik pelaburan dari segi private sektor tapi juga untuk menarik pelaburan untuk khususnya untuk tenaga. Ianya adalah salah satu yang kita boleh tumpukan fokus tersebut. So terima kasihlah Yang Berhormat Tungku atas cadangan tersebut. Datuk Speaker, untuk menjawap soalan yang dibangkitkan oleh Kepayan dan Tanjung Kapor berkenaan pelaburan Syarikat Kumpulan Kibing di Sikuati, Kudat adalah merangkumi pembinaan kilang pemprosesan termasuk pengekstrakan pasir silika serta jeti di Sikuati, Kudat. Pasir silika yang diekstrak dan diproses di Sikuati, Kudat ini akan di hantar ke KKIP bagi tujuan pembuatan kaca solar. Proses kajian laporan Impak Alam Sekitar (EIA) sememangnya telahpun dibuat dan telah melibatkan kajian impak alam sekitar yang komprehensif untuk kawasan persekitaran yang terlibat termasuk penduduk berdekatan. Semua isu yang alam sekitar, yang dibangkitkan oleh orang awam telah diambil kira dalam kajian EIA ini. Satu jawatankuasa penilai EIA yang terdiri daripada jabatan, agensi dan NGO telah ditubuhkan untuk menilai kajian EIA tersebut.

Segala pelaksanaan projek

mengekstrak dan memproses pasir silika ini adalah dipantau dan dikawal selia melalui DP dan EIA. Sebagai maklum, laporan EIA ini adalah untuk adalah bersifat dinamik dan boleh dipindah mengikut kesuaian dan keperluan. Kementerian saya bersama dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan penduduk setempat pada 9 September 2022 yang bertempat di Pejabat Daerah Kudat untuk memberi penjelasan lanjut berhubung laporan EIA tersebut. Penerangan ini merangkumi langkah-langkah mitigasi ke atas aktiviti pengekstrakan pasir silika serta rehabilitation kawasan pengekstrakan tersebut.

Selain itu, saya sendiri telah mengadakan lawatan ke Sikuati, Kudat pada 18 Mei 2023 baru-baru ini untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama dengan penduduk setempat mengenai perkara ini dan dimaklumkan juga bahawa laporan ini EIA ini adalah terbuka kepada awam dan boleh dirujuk oleh penduduk setempat di pejabat Jabatan Perlindungan Alam Sekitar. Kementerian saya akan memastikan ianya dapat kita boleh kongsikan maklumat-maklumat berkenaan kandungan EIA ini kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakyat yang mempunyai keluhan dan kebimbangan.

Kementerian saya juga memantau prestasi dan juga perjalanan pelabur asing ini supaya memastikan peluang pekerjaan yang diwujudkan itu adalah diutamakan kepada penduduk setempat. So setakat ini 88 peluang pekerjaan telah diperolehi oleh penduduk setempat dan daerah Kudat.

Datuk Speaker, untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Moyog berhubung berapa banyakkah pelabur yang telah keluar dari Sabah ataupun menghentikan pelaburan mereka di Sabah, setakat ini tidak ada syarikat pelabur yang menamatkan operasi dan keluar dari negeri Sabah. So ini adalah satu perkara yang baik dan kita akan terus berusaha untuk bekerjasama dengan mereka.

Datuk Speaker, di samping itu sedangkan kita ada pelaburan-pelaburan masuk, khususnya di KKIP dan SOGIP, dan Kementerian saya juga bertanggungjawab untuk untuk mengurus salah satu taman perindu…

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Iaitu POIC di Lahad Datu.

So, kita juga meneruskan usaha untuk mempromosikan, pelaburan Taman Perindustrian di Lahad Datu iaitu POIC dan ianya sukacita saya, saya umumkan, seperti kita sedia maklum, POIC telah mendapat kelulusan dasar untuk wujudkan satu kawasan zon perdagangan bebas iaitu, Free Trade Zone di Taman Perindustrian POIC, Lahad Datu. Pewujudan FTZ ini akan melibatkan kawasan seluas 3,000 ekar, dan akan dibangunkan secara berfasa.

Untuk permulaan, dalam fasa satu, kawasan seluas 1000 ekar akan dibangunkan terlebih dahulu. Pada masa yang akan datang, FTZ di POIC Lahad Datu ini, juga akan mendapat memenuhi permintaan perdagangan dan export, dengan jirannya khususnya Kalimantan, yang bakal menempatkan ibu negara baru Indonesia iaitu Nusantara, serta negara lain di wilayah BIMP-EAGA, dengan memanfaatkan laluan perkapalan utama Selat Lombok Makassar yang melalui Lahad Datu. Tuan Speaker, sesungguhnya kemudahan prasarana dan jaringan komunikasi, merupakan aspek yang perlu diberikan penandak, penekanan, dalam memastikan proses pembangunan dapat berjalan dengan lancar. Kekurangan prasarana yang lengkap, pastinya akan menjejaskan pelaksanaan pembangunan kawasan FTZ berkenaan. Dalam perkara ini, untuk memastikan Taman Perindustrian POIC sentiasa mendapat perhatian para pelabur asing, penambahbaikan dan penaiktarafan, pemaju-pemaju muktama harus dilaksanakan dengan kadar yang segara. Ini kita sedang berusaha untuk memastikan ianya dapat kita.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, ada pencelahan daripada…

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya, saya habis peranggan, perenggan ini dulu, supaya memastikan bekalan utili asas yang konsisten, stabil dan mencukupi seperti air dan elektriklah, serta telekomunikasi yang pantas dan lebih diyakini. Sesungguhnya pengujudan FTZ ini

boleh memainkan peranan sebagai game changer. So, kita kena buat yang terbaik, supaya pastikan eko-sistem itu ada dan infrastruktur itu ada, ya. Datuk Speaker, sama juga untuk SOGIP, Sipitang Oil and Gas Industrial Park, dengan adanya projek-projek yang dinyatakan tadi, sudah tentu ianya ianya akan merancakkan aktiviti import dan export di Sabah, dan dengan itu SOGIP akan menjadi satu hak aktiviti untuk industri berat, the heavy industry. So, kita pun harap SOGIP ini akan akan memainkan peranan yang besar, dengan estau yang kita akan mendapatkan pelaburan itu ianya akan mengujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat setempat, dan harap ini Sipitang pun akan dimanfaatkan, ya.

Datuk Speaker, boleh ya. Tadi, Yang Berhormat Menteri ada menyebut pasal FTZ di POIC Lahad Datu, ya. Kita mengambil peluang daripada aktiviti perkapalan yang akan melalui apa ini Teluk apa ini, Selat Lombok dan Makassar. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa barang ini akan berhadapan dengan masalah kabotaj polisi Kerajaan Persekutuan nanti? Dan bagaimanakah Yang Berhormat Menteri mahu menyelesaikan perkara ini supaya usaha tersebut boleh menjadi kenyataan? Terima kasih.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Seperti saya maklumkan tadi, kini kita diperingkat kelulusan dasar. Ianya akan, prosesnya belum lagi habis, supaya kita ada beberapa mesyuarat dan sesi libat urus akan diadakan dan dijalankan, supaya untuk mengatasi masalah-masalah yang akan timbul, dan mereka pun ada akan membangkitkan persoalan-persoalan kepada pihak kita. So, kita sedang menyelaraskan perkara-perkara yang akan timbul, dan harap-harap the next sitting kita akan dapatkan lebih banyak maklumat dan saya akan maklumkan kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih Yang Berhormat Tungku.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Darau mahu mencelah.

Ya, terima kasih Speaker. Yang Berhormat Menteri, semasa Yang Berhormat Menteri mengadakan lawatan ke China, dan kalau mengikut Yang Berhormat Menteri, banyak pelaburan berbilion-bilion yang

akan dibawa masuk ke Negeri Sabah. Adakah YB Menteri ada menyatakan, memaklumkan pelabur dari China itu, berkenaan dengan masalah air dan eletrik di negeri kita? Dan sekiranya kita ada cukup bekalan air dan letrik, adakah sudah dimaklumkan bahawa kadar elektrik dan air ditempat kita ini tidak investor friendly? Adakah mereka telah dimaklumkan berkenaan dengan perkara ini? Terima kasih YB.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Kita memang ada perhubungan, hubungan yang erat bersama dengan pihak-pihak pelabur. Khususnya untuk KKIP lah, in the case of KKIP, saya hampir setiap minggu ataupun setiap dua minggu saya akan berjumpa dengan mereka. Untuk memastikan kerisauan ataupun perkara-perkara yang timbul dan bangkit itu, dapat ditemui dan kita dapat melaksanakan untuk kemudahan mereka. Saya faham dan saya setuju, sedangkan mereka telah mendatangkan berbilion ringgit ke sini, takkan kita tidak dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

Ini juga adalah antaranya satu keutamaan, dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Darau, sememangnya saya, empat hari saya di China, saya bertemu dengan beberapa syarikat khasnya dalam bidang energy. So, saya juga harap ini adalah hasrat saya, untuk mendapatkan pelaburan mereka, bukan sahaja untuk sektor swasta tapi Ahli Berhormat, I think Yang Berhormat, you’re right. It’s very important to get them. Also, to look into the opportunity to invest in our energy sector. Yes.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

YB Menteri, Datuk Speaker. YB Menteri, there are. Saya juga mengulas apa yang telah ditanya oleh Darau. Investor dari China yang akan datang, mereka juga terikat di negara mereka, di mana clean ataupun no coal energy, non-coal energy adalah satu polisi China. I’m wondering, kalau Sabah memasuki coal akan memulakan coal energy, clean coal energy, whatever jenama you call it. Adakah investor ini akan masih masuk ke melay, ke Sabah? Because it will affect as well their standing or their sustainable government goal di China, because dia operating on coal energy in Sabah. Thank you.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Two statement. Satu, renewable energy kita perlu tumpukan comfort focused, dan banyak pelabur-pelabur pun berminat dalam renewable energy, khususnya kita

pun melihat potensi yang besar, after you use the renewable energry to produce hydrogen sepertimana Sarawak yang is doing. The other one, now even at once then Semenanjung Malaysia mereka start producing hydrogen melalui renewable energry and clean energy. This is a very good thing, and second thing is that coal, regarding coal I have heard some of the Ahli Yang Berhormat membangkitkan soal coal, belum lagi ada dasar untuk kerajaan untuk coal ini, dan saya, saya alu-alukan perbincangan perbahasan yang berterusan berkenaan perkara ini. I, for me, for me, I focus on renewable energy and investment to it. Thank you.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

We both disagree on coal energy. Thank you.

Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan saya tadi. Adakah mereka ini investor-investor ini telah dimaklumkan berkenaan kekurangan yang kita hadapi, air dan tenaga letrik dan juga rate, tenaga letrik dan air. Soalan saya itu.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

I am sure they all are aware, because they…

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

They also watching live in this sepanjang sesi dewan ini I don’t I don’t think

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Elopura.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

I selalu. I think. I think. Begini. Kita ada sesi untuk berbincang dengan mereka. So we won’t, we won’t, we won’t say that is its not enough because we already committed. Kita sudah berjanji kena kepada mereka kita pastikan akan menjalankan komitmen kita untuk memastikan bekalan itu sampai kepada mereka. Ini adalah tugas kita. We have no way return. We have to do it and we have to commit it. Ini adalah komitmen kita.

Okey. Dalam soalan saya tadi, semasa Yang Berhormat Menteri melawat ke China, bukan pada minggu ini. Semasa kita bersidang. Soalan saya adalah semasa Yang Berhormat Menteri melawat ke China, adakah mereka ini telah dimaklumkan berkenaan dengan masalah di negeri kita ini? Terima kasih.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya. Kita secara sangat honest. We are not. We go everywhere kalau pelabur-pelabur mendaftarkan minyak mereka untuk melabur di Sabah, kita akan memberi tahu apakah kedudukan terkini. Sebagai contohnya, kapasiti energy, kapasiti air. Kita akan memaklumkan kepada pihak pelabur. So, ini dan sama ada kita boleh commit untuk energy dan juga air yang mereka mahu melabur di sini, kita akan maklumkan kepada mereka melalui satu jawatankuasa khas task force untuk memastikan semua kriteria yang mereka memerlukan dapat ditemui baru kita boleh melaksanakan pelaburan tersebut. Ya? Emm ya? Elopura? No. It’s okay. It’s okay. It won’t. We give to Elopura first. Ya. Ya. Teruskan. Teruskan. Teruskan.

Terima kasih. Ertinya, kalau sebab Yang Berhormat Menteri katakan tahun ini. Pelabur-pelabur ini tahun ini juga dia anu. Masalahnya, air dan elektrik ini, untuk kegunaan kita sendiri pun kita masih belum mampu. Don’t tell me ada program khas untuk pelabur yang datang. Bagaimana dengan rakyat kita? Ya? Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya. Terima kasih. So seperti yang saya maklumkan tadi, kita apabila kita berbincang berkenaan potensi pelaburan di Sabah, sudah tentu kita akan melihat perancangan yang kita ada buat setakat ini. So saya tidak dapat menjawab on behalf of the Kementerian Kerja Raya dan saya rasa nanti Kementerian Kerja Raya kita teruskan ini sesi nanti dia akan jawab berkenaan berkenaan keperluan-keperluan dan juga bekalan ini. Ah, (ketawa)

Terima kasih. Terima kasih. Itu yang saya mahu tahu itu.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

(ketawa) Thank you. Elopura?

Terima kasih Speaker kasi saya peluang.

Terima kasih menteri. Menteri, terima kasih yang satu menteri yang bagus untuk kita yang tanya soalan tidak kisah berapa banyak ada. Jawab saja. Bagus. Ini yang satu contoh yang bagus untuk semua menteri-menteri yang duduk depan ini. Ini menteri yang bagus.Ya, tidak macam yang sebelum tu ah, tu yang takut jawab soalan. Saya tunggu habis ini gulungan menteri saya masih tidak dengar di kawasan Sandakan ada yang apa? Membangunkan industri bah. Itu yang saya macam, macam, tiada soalan untuk Sandakan. Jadi, dalam SEDCO. Itu hari saya tahu menteri ada pergi SEDCO kan? Visit POIC Sandakan walaupun bukan swasta ini under SAWIT Kinabalu, sampai sekarang saya tidak nampak menteri ada satu cara yang ada program atau yang langkah-langkah untuk membangunkan Sandakan punya POIC atau yang SEDCO di kawasan Sandakan.

Walaupun saya tahu Menteri pun announce saya proposed kasi menteri, Sandakan mahu jadi field track zone, dia purposed sekarang mahu pergi Lahad Datu. Okey. Ini pun tak ada masalah. Ini untuk orang Sabah juga. Okey, ini pun saya diam juga. Jadi, hanya tahu Sandakan apa langkah membangunkan inda industri.

Ini crane port punya crane selalu rosak, POIC punya heavy phase punya jeti belum dapat licence lagi. Itu liquid phase masih ada bound king sanalah. Ada tiga kilang saja. Rumput tinggi daripada saya. Boleh ternak lembu di situ mungkin boleh lagi sihat. Sudah lebih 20 tahun di Sandakan begitu saja. Industri begitu sahaja. Selalu blackout. Itu hari saya ada buat PC cakap compressor selalu rosak. Pergi claim SESB tidak layan. Itu food industry tak ada cargo.

Kita pergi airport bilang mahu sewa dia punya ruang masa untuk cargo. Tak ada masa sudah sebab yang sebelum itu sudah mau repolish yang lain orang tidak boleh masuk. Kalau mahu, beli untuk saya.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Elopura. Apa yang mahu tanya?

Ya, jangan risau. (suara bertindih)

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Cuba.

Ya, dia mahu menggulung. Banyak lagi orang menggulung hari ini. (suara bertindih)

Dia sedang record. Dia sedang tahu apa yang saya mahu cakap.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Tanya dia. Good enough?

Still got a lot. Still got a lot. I still got a lot.

Saya satu kali sebut ini licencing POIC. Bila boleh dapat? Itu jeti punya ketua. Apa macam membangunkan ini airport punya warehouse? Bila mahu tambah? Dulu cakap mahu tambah. Sekarang henti sudah abandonedlah itu projek? Jadi tak ada ruang dalam masa untuk satu flight lagi? Tawau ada 1 flight. Cargo 1 flight. Sandakan belum ada. Apa sebabnya? Industri yang tertinggalkah atau yang Sandakan tertinggalkah? Terus terang. Kasi tahu orang Sandakan. Saya tidak mahu bangunkan Sandakan. Saya mahu pergi POIC Lahad Datu punya lain tempat. Jadi, orang Sandakan puas hati. Tak payah harap! Harap! Harap! Tiap-tiap hari jumpa saya harap itu saja. Terus terang saja. Orang Sandakan saya rasanya, cukuplah! Air masin pun cukup. Semua pun industri tak ada bangun. Airport ada buat sudah tapi tak ada lapang tanah terbang datang. Tourism industry hanya berapa monyet sahaja tadi cakap. Saya pun hairan. Itulah sajalah. Grab Food tak ada tak ada hasil. Grab Food tak ada hasil. Itu Food Court tak ada hasil. Begitu sahajalah kita, kita punya industri Sandakan.

Food industrykah.

Pelancong industrykah. Packaging itu… (suara bertindih)

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Pelancong sudah lepas yang baru lain lagi. Tolong. Jangan sebut-sebut pelancong.

Yang ole-ole pun ada nilai punya industri juga.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Tidak. Saya mengatakan bahawa pelancongan punya sudah lepas. Sekarang penggulungan untuk lain lagi.

Ya, saya faham (tidak jelas)

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Yang Berhormat Menteri. Ya?

Ini industri saya tidak nampak apa yang potentiallah di Sandakan. Tambah sekarang. Tambah satu PUSPAKOM. Mahu itu trailer atau lori pasang GPS. Saya sendiri punya lori. Saya mahu jaga sendirikah? Saya satu buah lori saja. Saya mahu pasang GPS jaga saya sendiri? Itu maksudnya? Saya pun tidak faham apa yang mahu Sabah mahu. Saya pun tidak tahu. Saya pergi jumpa itu atasan punya arahan. Saya pun tidak atasan punya arahan siapalah? Atasan punya arahan. Ini saya rasanya industri punya menteri harap boleh fahamkan orang Sandakan.

Kasih terangkan. Kalau mahu biar orang Sandakan, terus terang. Biar orang Sandakan dan tadi ada sebut green energy renewable energy mahu investor datanglah. Apa cara-carakah? Saya selalu sebut palm oil di Sandakan ini ada 66 buah tadi Menteri Kewangan ada sebut dan Pembantu Menteri pun ada sebut di seluruh Sabah ada 120 buah itu kilang sawit juga. Saya assume Sandakan 60 indus 60 buah kelapa sawit.

Satu kilang boleh generate 10 megawatt pun ada 600 megawatt. Saya cut half. Contohnya, saya cut half pun ada 300 megawatt untuk Sandakan. Sekarang tangan kita ada. Kenapa kita mahu pergi arang batulah? Solarkah. Kita mesti tahu affordability, sustainability, and reliability. Kalau tidak apa…

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat Elopura. Kita ini Yang Berhormat balik-balik sebut sudah banyak kali. Ya? Tadi pun waktu soal jawab sudah dibalas. Saya minta Yang Berhormat duduk dan biar Menteri memberi tahu. Sila duduk.

Ini..

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Sila duduk!

Last sudah. Last sudah.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Tidak. Sila duduk. Sekarang juga. Sila duduk.

(suara bertindih)

Ini energy boleh dapat dilaksanakan…

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Sila duduk. Yang Berhormat. Yang Berhormat! Sila duduk.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, Menteri.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Datuk Speaker. Okey. Terima kasih Yang Berhormat Elopura. Ya. Definitely we are not going to abaikan Sandakan. Sandakan a very beautiful town and I will do my best to help Sandakan dan juga untuk POIC Sandakan.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

saya dah tak nak jawab kerana ini ianya adalah di bawah bidang kuasa JKM dan ah, sudah tentu ianya akan di jawab oleh Jabatan Ketua Menteri kerana ianya di bawah pengurusan Sawit Kinabalu. Walaupun saya ada pergi sana melawat dan

saya juga ada menerima taklimat dan kita ah, harap juga Kementerian Pembangunan Perindustrian pun boleh mainkan peranan untuk membantu bagaimana kita boleh diversify industri di sana kerana i am sure both of us very know the whole the situation there and ah, Yang Berhormat Tanjung Papat pun ada membangkitkan soalan-soalan berkenaan di sana so, sudah tentulah kita akan lihat bagaimana kita kementerian saya boleh mainkan peranan untuk membantu ah, di sana. Tapi ah, jawapan yang terperinci untuk POIC Sandakan itu Sawit Kinabalu itu, ianya akan dijawab oleh ah, kementerian lain, ya untuk ini…

Datuk, Datuk Menteri.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Untuk ini renewable energy biomass. Ya, ya… Datuk...

Terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Ah… berikan laluan. Okey.

Okey ah, dari segi apa yang… setelah mendengar apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tentang POIC Sandakan, POIC Lahad Datu. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan belajar daripada KKIP yang telah diwujudkan daripada tahun 1994. Di mana kegagalan ini untuk menarik masih lagi kedengaran tentang menarik pelabur ke KKIP 1994. Ya. Sebahagian besar daripada yang tanah KKIP ini sudah ada orang beli tanah. They become land seller. Baru saja kawan saya daripada Semenanjung yang saya bagi tahu come to Sabah. Dia telah beli less than 50 million worth of land di KKIP. Bila saya tanya kenapa mahal sangat? Dia ini… tanah dia. So, saya bimbang sangat kalau kita tidak belajar kawasan seumpama ini, POIC Sandakan, POIC Lahad Datu di peringkat keadaan yang ada di Sabah, they become land seller. Adakah syarat-syarat kena letakkan 6 bulan 1 tahun kilang mesti diwujudkan untuk pastikan supaya pembangunan kerana tanah ini terbiar. Terbiar di situ tidak ada dibangunkan since 1994 KKIP. Bayangkan di Sarawak, bayangkan di Shah Alam, di Pulau Pinang you know bila ada industrial

park dan dalam masa 20 tahun like that, it’s already completed. Kita tak mahu dia berulang, apakah langkah-langkah pihak kerajaan untuk pastikan supaya ini dapat tidak berulang. Ya. Untuk menghakis. Yang dua lagi mengenai dengan bila saya dengar semua insentif tentang pelabur asing. Apakah insentif yang diberikan untuk manufacturer local. Ya. Domestic manufacturer, dari segi untuk menarik pelaburan tempatan yang ada. Terima kasih banyak.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Ah, memang ambil maklum berkenaan dengan ah, ini tanah yang tidak dibangunkan setelah dibeli oleh pelabur tapi tidak dibangunkan. Kita akan melihat see issue ini dengan serius dan supaya memastikan tanah-tanah perindustrian ini dapat dibangunkan dan kita akan target juga apakah industri yang kita inginkan dan kita akan wujudkan dasar ah, dengan ambil kira Yang Berhormat Senallang punya cadangan dan juga untuk jawapan tadi Elopura. Untuk kita kerajaan saya sedang merancang kementerian saya sedang merancang dan cuba untuk mewujudkan satu dasar untuk biomass ah, kerana walaupun kita tahu, kita tahu ada apa energy yang boleh memakai biomass itu potentialnya adalah besar. So, sepertimana Yang Berhormat katakan tadi 300 megawatt sekurang-kurangnya memang betul. Tapi sekarang bagaimana kita boleh mengawal selia fee stock dan bagaimana kita berunding dengan ini semua pihak-pihak yang memainkan peranan di dalam bidang itu. Bagaimana kita boleh dapatkan semua ini in different branch, palm commercial, semua biomass, the waste itu supaya kita dapat collect dan untuk penjanaan kuasa dan juga untuk ini semua akan diwujudkan satu dasar untuk melihat potensi dia. So, saya juga mengalu-alukan Yang Berhormat Elopura kalau boleh kita bincang apakah ah, idea-idea yang bernas untuk perkara ini biomass.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, berapa jauh lagi penggulungan?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

I’m i’m almost ah, almost done…

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Habiskan kalau boleh.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya… ya i know. I’m so sorry Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Bukan kita banyak lagi ada belum habis Menteri-Menteri menunggu.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Then Datuk Speaker can i say i end it in 3 minutes ya… Ya last one ah. Last one ah. Last one, last one. Nanti saya kena marah oleh Menteri saya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, satu cadangan.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Moyog last one.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

I go what the YB Senallang has asked.

Apakah insentif kita kepada domestic investor, because we seem to be focus too much on foreign investor. So, going back kepada jawapan Menteri tadi bahawa tiadanya yang tidak proceed ataupun tidak carry on dengan proposed investment mereka. I understand yang sudah invest tiada, belum ada yang keluar. Tetapi pengumuman awal seperti Zeenews, seperti Tan Chong Motor’s all this announcement were big, they were supposed to come in tetapi they face issues terus tidak jadi. So, these are concerns as well. Because they sudah recorded sebagai investment but unrealized investment. Thank you.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Yang untuk unrealized investment yang sudah daftar melalui barangkali di MOU ataupun komitmen-komitmen yang ada kita akan follow up balik dan memang ada yang dia mungkin datang sini ada sign MOU dan tidak berminat lagi kerana suasana perniagaan lain. Dia tidak semestinya kita punya isu. Dia mungkin dia punya strategi ada… ada ubah dia mungkin pergi ke Vietnam dan negara yang lain. Itu kita respect, tidak ada masalah. So, untuk yang local DDI, local domestik investment itu kita juga amat ah, mementingkan dan MITI dan MITe memang ada insentif untuk mereka. So, kita juga akan cuba untuk membantu. Task force itu bukan sahaja ditumpukan untuk menyelaraskan keperluan daripada pelabur asing

tapi untuk pelabur domestik juga. Kita akan tengok macam mana kita boleh wujudkan sistem yang lebih baik, bukan sahaja tidak kita tidak mahu dilihat seolah-olah kita mementingkan pelabur asing sedangkan pelabur domestik tidak dipentingkan.

So, ini adalah komitmen kementerian saya memang kita akan membantu local investment as well. Dengan ini saya terima kasih dapat diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam sesi ini dan saya i’m so sorry take a lot of time Datuk Speaker, thank you so much. Saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kerana sudi memberikan cadangan yang baik, idea yang baik supaya kita dapat berbincang berkenaan bagaimana kita boleh membangunkan indsutri dan merancakkan ekonomi kita. So, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Kotobian Tadau Kaamatan kepada semua dan thank you so much. Thank you.

Timbalan Speaker (Datuk Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Sekarang kita menjemput Timbalan Ketua Menteri II Kementerian merangkap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih Tuan Speaker. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya saya berpeluang menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementerian saya di Dewan Yang Mulia ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama, Tuan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr. Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin di atas ucapan dasar sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah, Sidang Yang ke-16 pada 22 Mei 2023. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas kejayaan dalam memastikan pencapaian, pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya atau SMJ. Ini terbukti apabila pelaksanaan…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

… Pelbagai inisiatif berimpak tinggi di bawah pembangunan SMJ mula membuah hasil. Satu pencapaian yang perlu kita banggakan dalam keadaan bukan mudah untuk membangunkan dan memulihkan semula ekonomi negeri pasca COVID-19.

Datuk Speaker, pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO, pada 5 Mei 2023 yang memutuskan bahawa COVID-19 sebagai tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan, kesihatan global telah memberikan kelegaan kepada kita semua. Ini bermakna, COVID-19 tidak lagi dianggap sebagai ancaman kesihatan global.

Oleh itu, pemulihan dan pengembangan ekonomi dunia perlu mula digerakkan bagi memastikan kelangsungan hidup yang lebih sejahtera dan seimbang.

Namun begitu, kita hendaklah kekal sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan peka dengan gejala COVID-19 ini. Sekiranya bergejala perlulah mengambil langkah segera bagi memastikan tidak akan menjangkiti orang lain. Dalam pada itu, kenyataan media terhadap perkembangan COVID-19 di negeri ini masih diteruskan secara berkala yakni sekali seminggu sahaja pada masa ini. Ini sebagai maklumat umum dan juga sebagai langkah untuk kita semua sentiasa mengambil perhatian dan sentiasa bersiap siaga. Bak kata pepatah, sediakan payung, sebelum hujan. Datuk Speaker, kementerian saya sentiasa memberi komitmen dalam usaha memperkukuh dan memantapkan lagi perundangan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi di bawah KKTP. Dengan adanya inisiatif kementerian ini yang akan memperkasakan penyampaian perkhidmatan dan prestasi PBT dan agensi-agensi di bawah KKTP, untuk itu kementerian saya telah membuat kajian ke atas 335 undang-undang kecil di bawah PBT dengan kerjasama Perbadanan Aktiviti Malaysia ataupun MPC. Hasil daripada semakan dan penelitian tersebut, terdapat beberapa undang-undang kecil telah dibuat pindaan dan antaranya ialah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 2022 atau Uniform Building By-Laws 2022 (UBBL 2022) yang telah diwartakan pada 29 Disember 2022.

Antara pindaan baru yang penting ke atas UBBL 2022 ini ialah Pengeluaran Certificate of Completion dan Compliance oleh para professional yakni Principles of Meeting Person atau PSP bagi menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki ataupun Occupation Certificate (OC) yang sebelum ini dikeluarkan oleh PBT. Pindaan UBBL 2022 merupakan satu pindaan yang positif kerana mengurangkan karenah birokrasi selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri. Untuk maklumat awal Undang-undang Kecil Seragam yang sedang dalam proses perwartaan adalah pertama, Undang-undang Kecil Perlesenan Penggunaan Premis bagi Trade Perniagaan dan Perindustrian Seragam 2022 dan Undang-undang Kecil Establishment Makanan Seragam 2022, manakala terdapat beberapa penyeragaman undang-undang kecil dalam peringkat terakhir penyediaan, iaitu yang pertama Undang-undang Kecil Penyediaan Tempat Letak Kenderaan Awam Seragam 2022 dan Undang-undang Kecil Kerja Tanah Seragam 2022. Selain menjadi mekanisme kawalan kesemua undang-undang kecil ini akan dapat meningkatkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan.

Ordinan Perancangan Bandar dan Desa Sabah Chapter 141 juga akan dibuat pindaan untuk memastikan ianya memenuhi kehendak semasa dalam perancangan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT. Pada masa yang sama, kementerian ini juga sedang dalam peringkat akhir merangka pindaan yang perlu dibuat atas Enakmen Kemajuan, Perumahan, Kawalan dan Perlesenan 1978 yang akan dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang serta dalam proses penyediaan draf undang-undang yang baharu iaitu Enakmen Pengurusan Bangunan yang antaranya memperuntukkan undang-undang untuk mengawal selia perkhidmatan Short Term Rental ataupun penginapan sewaan jangka pendek. Datuk Speaker, matlamat pembangunan lestari ke arah persekitaran hijau dan berdaya huni merupakan hala tuju yang ingin dicapai menerusi penyediaan dokumen inisiatif KKTP, ke arah masyarakat rendah karbon berdasarkan tiga pemacu utama iaitu yang pertama, menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan, yang kedua, melahirkan masyarakat yang terdidik minda ke arah persekitaran hidup yang berkualiti dan sejahtera dan yang ketiga, menjadikan bandar dan penempatan manusia, inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan. Selaras dengan itu, terdapat tujuh inisiatif yang diberikan penekanan ini adalah Ekologi dan Alam Sekitar, Persekitaran Hijau, Reka Bentuk, Kejiranan dan Pengangkutan, Bangunan Hijau,

Pengurusan Air Telaga dan Sisa Pepejal, Komuniti Hijau dan Inovasi, manakala usaha yang telah dirancang dan dijalankan adalah seperti Program Pemerkasaan Hijau bersama PBT, Program E-Plant ataupun Inisiatif Penghijauan Lestari, Aspirasi Negeri, Taman Terindah bersama PBT, Pembangunan atau Usaha Menaik Taraf Kemudahan Taman Awam, Pembangunan Kebun Komuniti. Setakat bulan Mei 2023, Kerajaan Persekutuan. Sorry, skip. Yang Kelima, cadangan reka bentuk integrasi konsep hijau bangunan Pejabat Majlis Daerah Telupid.

Datuk Speaker, antara fungsi penting Pihak Berkuasa Tempatan ialah meningkatkan keupayaan ekonomi masyarakat setempat dan menjana sumber-sumber hasil tempatan. Antara usaha ke arah ini ialah Penyediaan Pasar Awam dan Infrastruktur Perniagaan Lain. Untuk itu pada tahun 2023 Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM6.5 juta melalui Program Pembangunan D39 Rancangan Malaysia Ke-12 kepada tujuh PBT bagi tujuan kewujudan dan baik pulih pasar dan gerai. PBT yang telah terlibat adalah Majlis Daerah Beaufort, Pitas, Keningau, Tambunan, Tenom dan Beluran.

Setakat bulan Mei 2023, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM6.01 juta melalui peruntukan DP1 bagi tujuan membina dan menaik taraf pasar dan gerai kepada sepuluh PBT yang terlibat iaitu Majlis Daerah Papar, Kota Belud, Kunak, Kuala Penyu, Telupid, Tongod, Nabawan, Beluran, Tambunan dan Kinabatangan.

Datuk Speaker, izinkan saya untuk menjawap pertanyaan-pertanyaan yang …

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Kenyataan yang diajukan kepada kementerian saya.

Bagi isu pengurusan sisa pepejal dan soalan daripada Yang Berhormat Silam, berhubung isu kutipan sampah yang kurang terurus di daerah Lahad Datu, dimaklumkan bahawa antara punca kelewatan adalah disebabkan pertambahan

kawasan operasi baharu yang menyebabkan kawasan liputan perkhidmatan yang bertambah. Sebagai makluman, pada tahun 2021, jumlah sampah yang dikutip adalah sebanyak 4372.55 tan sebulan. Jumlah ini meningkat kepada 5948.22 tan sebulan pada tahun 2022. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1575.67 tan. Jumlah ini akan meningkat berganda semasa musim-musim perayaan. Dengan pertambahan ini, pihak konsesi menggunakan masa yang lebih banyak untuk membersihkan satu kawasan dan akan menyawa… akan menyebabkan kawasan lain tidak dapat dikutip mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pihak konsesi setakat ini, tidak mempunyai jentera yang cukup kerana kelewatan menerima lori-lori sampah baharu yang telah ditempah sebelum ini.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

YB Menteri ada orang, ada ADUN Silam.

Tuan Dumi bin Pg MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Terima kasih Datuk Menteri.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Beri laluan. Silakan ADUN Silam.

Tuan Dumi bin Pg MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Terima kasih Datuk Speaker. Memang pungutan sampah di Lahad Datu di pusat bandar memang terlampau lambat. Kita tidak boleh cakap dia tidak ada kenderaan kalaupun, dia tidak ada kenderaan, kenapa dia tidak ambil tindakan supaya sampah-sampah itu dikutip mengikut jadual? Kalau ikut, kalau Yang Berhormat pergi ke Lahad Datu, Yang Berhormat boleh nampak di mana sampah-sampah ini berkeliar… berselerak… Jadi, pihak konsesi ini sepuluh tahun dibagi untuk me.. me.. apa ni memungut sampah ini. Dorang pun macam endah tak endah saja. Barangkali pihak pengurusan pun harus pergi tegas, pantau mereka kalau boleh diterminate dorang punya, biar ada syarikat baharu yang boleh mengerjakan ini. Terima kasih.

Ah, jawab sekali Yang Berhormat Menteri boleh ya? Salah satu sebab yang Yang Berhormat menteri nyatakan tadi itu adalah kekurangan kenderaan yang dimiliki oleh syarikat konsesi tersebut dan saya sendiri pernah bercakap dengan kakitangan syarikat tersebut, mereka sepatutnya menerima tujuh buah kenderaan baharu tetapi pada masa ini cuma ada sebuah saja

yang mereka terima. Masalahnya adalah bagaimana kementerian boleh memberikan kerja konsesi tersebut kepada syarikat berkenaan sedangkan syarikat berkenaan tidak mempunyai kapasiti untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut? Yang pertama. Yang kedua, sistem perolehan kenderaan tersebut, apa cara yang kementerian Yang Berhormat boleh lakukan supaya perolehan tersebut boleh dilakukan dengan jangka masa segera? Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Teruskan Menteri. Teruskan.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih di atas soalan-soalan tersebut. Saya terus baca dulu baru I come back to the soalan, boleh? Nanti terlupa, tiada dia punya terlupa sudah dia punya sequence nanti.

Sebagai usaha untuk menangani masalah ini, pihak konsesi pada masa kini menggandakan masa kerja pemungutan sampah kepada dua kali sehari sementara menunggu lori-lori baharu sampai. Pihak konsesi bermula bulan April telah mengambil beberapa tindakan. Antaranya menyewa lima unit dump truck berkapasiti 10 tan, menyediakan 2 tong roll-on roll-off atau RORO dan 4 buah tong berkapasiti 3 tan, mewujudkan satu pasukan khas yang bergerak dengan menggunakan lori 3 tan dan juga telah membeli sebuah backhoe bagi membantu melicinkan kerja-kerja kutipan dan pembersihan. Manakala, di pihak Majlis Jawatankuasa Pemantau, di pihak Majlis Jawatankuasa Pemantau Kebersihan dan Keindahan Bandar telah ditubuhkan untuk tujuan pemantauan kebersihan di seluruh kawasan PBT. So, in fact berkenaan dengan kenapa mereka diambil tanpa ada keupayaan untuk ke apa ini kelengkapan dan lori-lori. Sebenarnya that one I cannot answer because it has been done before. But untuk makluman juga, konsesi ini juga sedang menunggu dan sudah mendapat lori-lori tersebut and hopefully, I said hopefully kita difahamkan by August akan ada dua lori yang baharu dan akan ada tambahan lagi by December tahun ini. So, masih mengharap.

Untuk makluman juga, tempoh konsesi bagi kerja-kerja pemungutan sampah-sampah di Majlis Daerah Lahad Datu adalah lima tahun sahaja. Terdapat dua syarikat konsesi yang terlibat, iaitu HanaMega Sdn. Bhd. dan Bumi Mega Teknologi

Sdn. Bhd. dan kalau masalah ini masih lagi ada, kita juga tidak teragak-agak untuk memberhentikan atau tidak memperbaharui kontrak mereka.

Bila kontrak mereka akan berakhir, Yang Berhormat Menteri?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

I don’t have the date at this point in time.

Okey.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Nanti kita bagi melalui tulisan, bertulis.

Referring to the name of the company you mentioned just now, saya boleh dapat bayangkan kedua-dua buah syarikat ini adalah syarikat yang sama. Do you agree with me?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

I have no information on that. All I know is ada dua konsesi yang berlainan dia punya apa ini nama syarikat dia.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Usul, Usul.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

So, kita akan check kalau kedua-duanya, we’ll try and see mungkin boleh menyelesaikan lebih baik. Okey? Manakala isu yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat Kapayan berhubung peruntukan tapak pelupusan sampah di daerah Penampang dan juga mengenai peruntukan untuk pihak NGO bagi pengurusan sampah, perkara ini sedang dalam penelitian pihak Majlis Daerah Penampang.

Datuk Speaker, untuk isu berkaitan pembinaan Rumah Mampu Milik. Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat daripada Silam, pembinaan Rumah Mampu Milik adalah tertakluk kepada ketersediaan tapak tanah. Saya ingin maklumkan di sini bahawa setakat ini, pihak LPPB tidak mempunyai tanah yang tersedia di kawasan DUN Silam untuk dibangunkan di bawah Projek Perumahan Mampu Milik. Pihak kementerian mengalu-alukan sebarang cadangan daripada Ahli Yang Berhormat sekiranya terdapat tanah-tanah yang difikirkan sesuai untuk tujuan berkenaan dan mengemukakannya kepada kementerian ini untuk tindakan selanjutnya.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Minta maaf menteri, ini ada usul.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Terima kasih. Usul.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ahli-ahli Yang Berhormat, ada usul penangguhan yang akan dikemukakan oleh YB menteri.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSMenteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan · Luyang

Ya. Usul penangguhan. Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap 2(1)(b) Peraturan-peraturan Tetap Dewan, dewan ini tidak ditangguhkan sehingga kesemua Yang Berhormat Menteri-menteri selesai menggulung pada hari ini.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ada penyokong ataupun?

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa...

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan. Ahli-Ahli yang bersetuju katakan bersetuju (Suara Ahli Dewan bersetuju), tidak bersetuju katakan tidak, lebih suara yang bersetuju. Usul dipersetujukan. Silakan menteri teruskan.

DatukSeri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih Speaker. Bagi isu Program Perumahan Rakyat (PPR), untuk menjawab pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Liawan berhubung penambahan rumah PPR, kementerian saya melalui Majlis Daerah Keningau telah mengemukakan permohonan cadangan pembinaan rumah PPR di kawasan strategik yang terletak di jalan Keningau Tenom dengan keluasan 46.27 ekar pada Mac 2023. Cadangan pembangunan rumah PPR ini akan dimajukan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) di bawah Rollling Plan Tahun 2024 Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) untuk pertimbangan bersama-sama semua cadangan pembangunan rumah PPR seluruh negeri Sabah. Sebagai menjawab soalan Ahli Yang Berhormat. Datuk Dr.

Datuk Speaker, minta laluan.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Yang Berhormat Menteri, ada dari Sulabayan. Datuk Dr.

Boleh ya ?Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan. Saya ingin mengambil perhatian tentang ucapan dasar ini yang di mana kerajaan akan, bukan merancang lagi ini yang akan membina rumah mampu milik yang akan dijual pada harga 47 ribu seunit dan akan dilaksanakan tahun ini juga dan sudah disebut beberapa tempat ini. Cuma saya ingin mengambil perhatian, pasal dulu kita di Kementerian Kerajaan Tempatan ini, sedangkan yang sekarang ini yang terkini rumah PPRT di bawah Kementerian Luar Bandar ataupun pembangunan desa, semalam kita ada perjumpaan dengan beberapa pegawai sekarang ini sudah 79 ribu di Sabah rumah PPRT. Saya cukup

bimbang dari segi kualiti dia 47 ribu ini bentuk rumah itu macam mana cuma disebut sini rumah teres dan yang penting juga pasal rumah-rumah ini rakyat kita perlu memiliki rumah, kita tahu kerana ini ada kaitan dengan masalah sosial. Masalah yang dihadapi sekarang ini, di Sabah ini ialah masalah setinggan dan masalah setinggan ini lebih banyak setinggan tempatan, bukan yang dikatakan ini pendatang dan setinggan inilah yang menyebabkan masalah sosial di Kementerian Kerajaan Tempatan ini termasukah soal sampah, soal ketirisan, kecurian elektrik dan air ini. So, sepatutnya bagi saya walaupun tidak dinafikanlah di Sukau, di Kinabatangan, Melalap, Tenom ini ada keperluan tetapi masalah yang besar sekarang adalah di kawasan-kawasan setinggan yang betul-betul perlu rumah-rumah mampu milik ini di tempat berkenaan. Itu yang saya ingat pihak kerajaan tempatan pun ada pelan strategik di mana rumah-rumah sepatutnya perlu dimiliki. Dulu semasa kita di kementerian ini, saya pernah bincang dengan Datuk Zuraida pasal keadaan rumah ini tidak menjurus kepada kehenda.

DatukSeri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Tuan Speaker, saya belum lagi sampai ke rumah setinggan, so boleh tunggukah? Datuk Dr.

Tak apa, saya cuma bagi pandanganlah bukan soalan.

DatukSeri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Alright… Datuk Dr.

Cuma habiskanlah untuk perkongsian. Boleh?

DatukSeri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Bagi rumah kos rendah yang kos tadi 47 ribu, semua kita tahu sebenarnya tiada pihak swasta yang akan membina rumah kos rendah ini dan kalau di Sabah hanya tiga yang saya tahu yang akan membina ini dan itu kos pun sebenarnya tidak, tidak cukup untuk membina rumah yang liveable if possible because of a subsidies here and there itu yang kita kena

buat dan agensi-agensi yang membuat rumah seperti ini hanya tiga, iaitu LPPB, PRIMA and apa ini ah, kamu lagi ingat itu. Itu daripada dua daripada federal. Datuk Dr.

Tak. Maksud saya Yang Berhormat Menteri, bukan saya argue cuma memperbetulkan keadaan, pasal ini Kerajaan Negeri pasal saya bimbang 47 ribu ini memang tak akan menaik akhirnya jadi abandoned. Banyak rumah-rumah yang terbengkalai.

DatukSeri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Untuk makluman kita Yang Berhormat Sulabayan, kita juga akan membina rumah SMJ dan rumah SMJ ini dia kos dia itu lebih daripada 80 ribu.

Datuk Dr.

itu saya tidak nafikan.

Yang saya bertanya ini, yang dalam ini umum ini. Yang itu saya tidak nafikan, yang ini, 47 ribu. Itu saya tidak nafikan memang betul.

DatukSeri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Okey. Will check back on that, i ask my officer to give you in writing untuk ulasan seterusnya. Datuk Dr.

Pasal kita menyokong ucapan dasar ini. Terima kasih.

DatukSeri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Okey.

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sedikit? Berkenaan dengan rumah kos rendah ini. Di kawasan Merotai Kampung Kijang, LPPB ada membina 100 unit rumah kos rendah, tetapi bila saya buat lawatan seolah-olah macam ada masalah terbengkalai sampai sekarang pun belum occupied lagi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apa sebenarnya masalah yang berlaku sebab ramai juga penduduk-penduduk di sebelah sana, ada juga yang bertanya kepada saya bila boleh masuk, dan ada juga yang dulu sebenarnya mereka sudah apply dan nama mereka sudah tersenarai dan

dibawa ke jawatankuasa tapi sampai sekarang belum ada lagi apa-apa panggilan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Timbalan Speaker [Datuk George Anthony Ginibun]; Teruskan menteri, teruskan.

DatukSeri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Nanti kita akan bagi jawapan secara bertulis because i don’t have the actual report pada saya sekarang ini, terima kasih. Bagi isu setinggan dan soalan yang telah diajukan oleh ADUN Dilantik Yang Berhormat Dr. Aliakbar bin Gulasan berhubung policy pengurusan kolonis setinggian di Sabah.

Saya ingin memaklumkan bahawa kementerian saya dengan usaha sama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bersama Sekretariat Hala Tuju Sabah Maju Jaya telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Setinggan.

Ini bagi merangka Pelan Tindakan Setinggan Negeri Sabah. Kerjasama ini adalah selaras dengan teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam pelan pembangunan SMJ, iaitu menekankan penyelesaian masalah setinggan di negeri Sabah. Melalui pendekatan Aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya, penyelesaian yang paling realistik bagi menangani isu setinggan adalah dengan cara kerajaan menggazetkan penempatan setinggan di negeri Sabah dengan syarat mereka mematuhi spesifikasi penempatan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Kementerian saya turut bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Tanah dan Ukur dan agensi lain yang terlibat menguruskan kolonis setinggan yang terdapat di negeri Sabah. Bagi soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat ADUN Sindumin berhubung penyelesaian kolonis setinggan sebagai floating village, terutamanya di Daerah Semporna, kementerian saya melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) akan bekerjasama dengan pemaju swasta sebagai rakan kongsi untuk menyediakan penempatan semula bagi setinggan-setinggan di Kampung Air secara tersusun.

Melalui usaha sama ini, LPPB akan merancang untuk menyediakan 500 lot walaupun anggaran kasar penduduk setinggan di Kampung Air setakat ini adalah 285 keluarga dan kemudahan infrastruktur di atas tapak baru yang telah dikenal pasti oleh Majlis Daerah Semporna, iaitu kawasan Tinagaian seluas 4.43 ekar.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

…Datuk Speaker, berhubung isu yang ditimbulkan ADUN Dilantik Yang Berhormat Dr. Aliakbar Gulasan, Pihak berkuasa tempatan tidak pernah mengeluarkan lesen atau permit terhadap sebarang aktiviti perjudian kerana ia terletak di luar bidang kuasa Kementerian. Justeru itu, buat masa ini sebarang maklumat yang dikemukakan kepada kementerian atau PBT mengenai sebarang aktiviti perjudian termasuklah kegiatan judi atas talian akan disalurkan terus kepada Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta 289 dan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin berhubung isu denggi bagi pengurangan demam denggi Pihak Majlis Perbandaran Sandakan telah menganjurkan program gotong-royong iaitu membersihkan parit dan pemusnahan tempat pembiakan jentik-jentik pada setiap minggu di kawasan wabak. Pada masa yang sama pejabat kesihatan kawasan Sandakan menjalankan kerja-kerja semburan kabus atau fogging sejumlah 28, sejumlah 28 aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan di kawasan Elopura sepanjang tahun 2022 dan setakat 7 Mei 2023 sejumlah 13 aktiviti gotong-royong telah diadakan di kawasan Elopura, bagi menjawab kepada soalan Ahli Yang Berhormat Liawan…

Yang Berhormat Datuk Speaker, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri ada menyebut soal denggi tadi di kawasan Sandakan ya, masalah denggi juga berlaku di Lahad Datu. Cuma yang saya mahu tanya adalah di kawasan perumahan kawasan berkadar ya, kawasan berkadar, perumahan di kawasan bandar parit-parit yang berada di depan dan belakang rumah pemilik itu menjadi tanggungjawab siapa untuk dibersihkan sebab yang berlaku di kawasan Lahad Datu adalah yang saya nampak tempat pembiakan itu adalah parit yang tersumbat disebabkan daun-daun yang gugur daripada pokok-pokok landskap yang

ditanam oleh Majlis Daerah, siapakah yang bertanggungjawab sepatutnya untuk membersihkan parit tersebut instead of gotong-royong masyarakat di situ? Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Teruskan Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

kalau kawasan taman-taman perumahan ataupun di tempat perkadaran usually it’s should be the Pihak Berkuasa Tempatan kalau perumahan-perumahan persendirian it’s should be pemilik-pemilik rumah.

That’s meant, Yang Berhormat Menteri kena…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

I need to know the exact location of the kawasan itu then you can give it to me dan selepas itu we can tampil siapa yang bertanggungjawab sebenarnya.

Yang Berhormat Menteri boleh l…… dengan Majlis Daerah Lahad Datu untuk Kawasan Taman Aman dan Taman Sri Perdana Lahad Datu, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih, kita akan cek.

Namun, untuk makluman Dewan Yang Mulai ini kalau denggi sebenarnya dia tidak akan membiak di kawasan air yang keruh it’s need a clean water to untuk membiak so only fresh rain, sama ada yang bertakung yang baru, baru dia boleh membiak, ini untuk pengetahuan lanjutlah. Okey, saya teruskan bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Liawan berhubung naik taraf dewan dan pasar yang sedia ada Pihak Kementerian telah mengemukakan cadangan pembinaan pasar umum baharu untuk Daerah Keningau kepada Unit Perancangan Ekonomi Sabah (UPEN) dianggarkan kos peruntukan pembinaan pasar baharu adalah berjumlah Ringgit Malaysia 22 juta cadangan permohonan peruntukan dikemukakan di bawah program kajian separuh

penggal Rancangan Malaysia ke-12. Permohonan ini juga telah diletakkan di bawah status projek keutamaan Majlis Daerah Keningau.

Selain itu, PBT telah mengemukakan permohonan ke Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) bagi pembaikan dan menaik taraf pasar yang berjumlah Ringgit Malaysia 13 juta manakala bagi fasaliti dewan Majlis Daerah Keningau akan memohon peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi tujuan ini.

Menjawab soalan ADUN Sungai Manila dan ADUN Elopura berkenaan dengan Terminal Bas Bersepadu Sandakan suka saya maklumkan di sini terminal bas ini akan bermula beroperasi selepas sijil layak menduduki atau (OC) dikeluarkan. Pada masa ini kerja-kerja terakhir ke arah memenuhi syarat pengeluaran (OC) sedang dilaksanakan yakni pemasangan alat pemadam api atau sprinkler setelah mengalami pelbagai masalah akhirnya semua hambatan ini akan dapat di atasi dan terminal bas bersepadu ini dijangka akan bermula beroperasi 15 Jun, bulan depan. Untuk menjawab pertanyaan ADUN Dilantik Yang Berhormat Dr. Aliakbar Gulasan berhubung peraturan pembinaan rumah ibadah di kawasan lapang atau open space ingin saya maklumkan bahawa kawasan lapang merupakan satu kawasan yang diperuntukkan untuk tujuan rekreasi aktif atau pasif termasuklah ruang atau tempat awam bagi aktiviti riadah kawasan berkelah, kawasan awam, bersukan, taman-taman awam, gelanggang permainan, padang-padang, ruang pejalan kaki, dataran awam ruang penampan, dan kawasan semula jadi bagi kawasan lapang di kawasan perumahan ianya adalah bertujuan untuk aktiviti rekreasi penghijauan kawasan lapang yang disediakan dalam kawasan perumahan adalah seluas 10% bagi tanah yang melebihi satu hektar di mana ianya menjadi sebahagian dari syarat kelulusan pelan pembangunan oleh pihak berkuasa tempatan oleh itu, pembinaan rumah ibadah tidak boleh dibangunkan dalam kawasan lapang kerana penyediaan kawasan lapang adalah bertujuan untuk aktiviti rekreasi dan penghijauan sahaja. Menjawab isu yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat Sebatik berkenaan penubuhan Majlis Daerah Kalabakan dimaklumkan bahawa Kementerian saya telah mengadakan perbincangan dengan Pihak Majlis Perbandaran Tawau dan Pejabat Daerah Kalabakan.

Pihak Kementerian mendapati kewujudan Majlis Daerah

Kalabakan pada masa ini belum dapat direalisasikan ini berdasarkan keupayaan pembangunan dan hasil yang sedia ada belum mencukupi bagi tujuan penyediaan perkhidmatan dan Pihak Berkuasa melulus bagi Daerah Kalabakan ianya masih di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Tawau. Pihak Kementerian mengambil maklum dan akan mengkaji dengan lebih mendalam sebelum sebarang cadangan dikemukakan bagi Pihak Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sebatik, juga ketiadaan kaunter pembayaran di Daerah Kalabakan tidak menjejaskan peluang penduduk untuk membuat pembayaran ses tanah dan lain-lain. Pada masa ini, penduduk Daerah Kalabakan boleh membuat pembayaran ses tanah melalui perkhidmatan pembayaran atas talian iaitu MPTPay kemudahan ini telah diperkenalkan bermula tahun 2018 dengan adanya kemudahan ini penduduk di Daerah Kalabakan tidak perlu datang ke Bandar Tawau untuk membuat pembayaran.

Manakala isu ketiadaan perkhidmatan pungutan sampah di Daerah Kalabakan seperti yang dimaklumkan oleh Ahli Yang Berhormat untuk makluman Daerah Kalabakan tidak termasuk…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

...dalam kawasan perkhidmatan operasi Majlis Perbandaran Tawau. Dengan demikian, MPT tidak mengenakan bayaran cukai pintu ke atas pemilik harta yang terletak di daerah Kalabakan. Walau bagaimanapun, pihak MPT bersedia untuk menyediakan tempat pembuangan sampah berpusat, perkhidmatan pungutan sampah dan membekalkan tong sampah jenis roro di daerah Kalabakan sekiranya penduduk Kalabakan bersedia untuk menanggung kos operasi dan perbelanjaan yang terlibat.

Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat Sungai Manila, berkenaan pembinaan pasar baharu berhampiran kampus UMS di Sandakan, perkara ini akan dikaji dan akan diberi pertimbangan sewajarnya. Menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Ahli Yang Berhormat Elopura, berhubung isu-isu di daerah Sandakan, ingin saya maklumkan bahawa penyelenggaraan jalan raya adalah terletak di bawah tanggungjawab konsesi yang dilantik, iaitu Pembinaan Kekal Mewah. Pihak Majlis

Perbandaran Sandakan akan memaklumkan kepada konsesi Pembinaan Kekal Mewah untuk mengambil tindakan sewajar.

Manakala mengenai lampu jalan, pihak majlis sentiasa berusaha memastikan penyelengaraan lampu dapat dibuat bagi jalan negeri dan perumahan. Manakala bagi jalan persekutuan, ianya adalah di bawah tanggungjawab pihak Jabatan Kerja Raya. Sungguhpun demikian, pihak majlis sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dalam memastikan lampu-lampu jalan di kawasan Sandakan berfungsi dengan baik.

Berkenaan isu haiwan liar berkeliaran pada masa kini, pengawalan isu haiwan berkeliaran adalah di bawah Enakmen Kebajikan Haiwan 2005. Pihak berkuasa tempatan sentiasa berusaha mengawal populasi haiwan terbiar dengan melaksanakan penangkapan berdasarkan aduan yang diterima dan juga melalui tugasan rutin dengan pematuhan kepada enakmen sedia ada.

Di pihak kementerian, perbincangan telah dan sentiasa diadakan di antara semua pihak terlibat secara langsung untuk menggaris semula skop dan bidang tugas setiap agensi berdasarkan punca kuasa sedia ada.

Datuk Speaker, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, yang telah membangkitkan beberapa isu melibatkan kementerian saya. Cadangan-cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan kementerian saya akan meneliti cadangan dan pandangan berkenaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Bagi persoalan-soalan yang tidak sempat saya jawab atau jelaskan di sini..

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk menteri, bolehkah?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Kementerian saya akan memberi jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Tanjong Aru.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Rumah pangsa tu, saya ada bahas tu. Isu tu. Rumah saya. Terima kasih menteri, terima kasih Speaker.

Saya telah pun ada bagikan isu ah, rumah pangsa dalam perbahasan saya dan saya haraplah kalau menteri boleh kasi follow up your status about apa status dia sekarang untuk rumah pangsa sebab saya mahu follow uplah daripada apa yang the status from before. Because last timekan kita tunggu itu result daripada itu testing bahawa, adakah benar atau sah itu building rumah pangsa sudah tidak safelah untuk di tinggal. Sampai hari ini, kita belum lagi nampak itu result dan saya diberitahu sudah ada result dialah. Mungkin menteri boleh kongsilah dan untuk makluman jugalah, Datuk Menteri sekarangkan Tadika Kemas ini di rumah pangsa sudah diarahkan untuk dia menerima notis tu untuk dipindahlah tapi atas alasan tu building pun tak safe sama punya alasanlah.

Jadi, itulah kita minta dia punya status sebab kita kena faham juga sekarang ini ah, pembelajaran sedang berjalan bah sekarang. So, sangat sukar untuk itu tadika untuk pindah sekarang. Kalau diorang (dia orang) pindah itu sekolah, mana diorang (dia orang) mahu pigi (pergi)? Cikgu pun tidak tahu mahu pergi mana. Itu budak-budak pun, murid-murid pun tidak tahu mahu pergi manalah. Jadi, kalau boleh pun kita minta, kalau boleh pun mahu pindah pun hujung tahunlahkan. Selepas dia punya itu apa bah, sekolahlah. Penggal dia.

Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Menteri teruskan. Teruskan.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Aru. We will give in writing, okey?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

I’m finishing so no more question.

Sekejap saja. Sikit. Pendek saja.

Okey? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhomat Menteri. Saya difahamkan bahawa untuk melayakkan seseorang ataupun satu keluarga itu untuk memohon PPR, rumah PPR dalam maksimum RM3000. Adakah ini turut mengambil kira berapa ramai tanggungan pasangan yang memohon tersebut? Itu saja.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Teruskan Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih dari Darau. Nanti kita akan bagi secara bertulis.

Tuan Speaker, sebagai mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan, Selamat Menyambut Hari Kaamatan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri serta seluruh rakyat Sabah yang merayakannya. Kaamatan merupakan hari besar di mana kita bersyukur terhadap setiap rezeki dan rahmat yang kita terima. Dalam meraikan sambutan tersebut, marilah kita sama-sama terus menjaga kesihatan negeri dan keluarga. Dengan itu Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih atas ucapan penggulungan tadi menteri. Saya ingin menjemput Timbalan Ketua Menteri III, Kementerian Kerja Raya. Silakan.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya, salam Malaysia Madani.

Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT di atas izin dan limpah kurnia-Nya, maka saya berpeluang

membentangkan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kerja Raya Sabah di Dewan yang mulia ini. Saya dengan hormat dan takzimnya menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas ucapan dasar kerajaan bersempena dengan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Yang ke-16 pada 22 Mei 2023. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dasar kerajaan yang melibatkan Kementerian Kerja Raya Sabah. Segala cadangan, pandangan dan teguran oleh Ahli-ahli Yang Berhomat itu amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Tentu sekali ucapan dasar kerajaan tersebut menekankan pelaksanaan pembangunan semula ekonomi negeri Sabah melalui hala tuju Sabah Maju Jaya atau hala tuju SMJ, bagi kemajuan negeri ini. Kementerian Kerja Raya Sabah mendukung dan komited untuk memastikan agar hala tuju yang digariskan dalam dasar kerajaan dicapai dan memenuhi objektif yang ditetapkan. Datuk Speaker, peranan kementerian saya adalah untuk merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur seperti pembinaan kemudahan jalan raya, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembetungan, perkhidmatan keret api, pelabuhan, jeti, bekalan elektrik untuk kesejahteraan rakyat. Dalam peranan berat ini, cabaran adalah wajib dan aktif lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan pembangunan perumahan dan industri yang begitu pesat dengan kekangan kewangan dan perancangan yang terganggu atas pelbagai sebab. Namun demikian, dalam cabaran-cabaran ini, jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah telah berjaya dan sentiasa terus peka dan berusaha semampunya dalam melaksanakan beberapa program dan projek yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dalam memastikan pembangunan di negeri ini berkekalan dan berterusan. Amatlah penting bagi rakyat Sabah seumumnya termasuk diri saya untuk menyedari apa pun keadaan cabaran infra dan utiliti…

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Kita hadapi hari ini harus dinilai seikhlas dan sewajarnya. Mengambil kira bukan sahaja apa yang ada di hadapan kita sekarang, tetapi juga apa yang telah berlaku di sepanjang tempoh sebelumnya. Oleh itu, kementerian ini peka dengan mengesan dan merangka penambahbaikan dari penstrukturan, urus tadbir dan pelaksanaan program dengan kolaborasi bersama pihak profesional dan pihak berkepentingan peringkat negeri dan juga nasional. Insya-Allah perubahan yang diperlukan akan menjadi kenyataan dalam masa akan datang.

Datuk Speaker, dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas keprihatinan saranan dan komen demi untuk kemajuan Kementerian Kerja Raya Sabah. Ini semua adalah untuk menyokong usaha kerajaan ke arah menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya bagi memulihkan dan memperkasakan lagi ekonomi serta menyejahterahkan kehidupan rakyat.

Seterusnya, izinkan saya menjawab beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berdasarkan kepada jabatan-jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah. Pertamanya Jabatan Air, saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sindumin, Senallang, Merotai, Bugaya, Kemabong, Tanjung Aru, Kapayan, Kukusan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, yang prihatin membangkitkan isu bekalan air di negeri Sabah. Kementerian saya melalui Jabatan Air Negeri Sabah telah dipertanggungjawabkan ke atas perihal dan perancangan pembangunan infrastruktur bekalan air terawat di negeri Sabah. Jabatan Air Negeri Sabah juga berusaha meningkatkan tahap perkhidmatan yang efisien, berkualiti dan mesra untuk kepuasan pelanggan melalui pelaksanaan perancangan dan pembangunan bekalan air negeri Sabah untuk Rancangan Malaysia ke-12, iaitu melalui program-program utama bekalan air negeri Sabah seperti berikut:

1.

Program Pembangunan Bekalan Air Negeri di bawah biayaan Kerajaan Negeri; 2.

Program Bekalan Air Serta-merta atau Rancangan Bekalan Air Negeri Sabah melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubuhan Iklim; dan 3.

Program Bekalan Air Luar Bandar Negeri Sabah melalui Kementerian Pembangunan Kemajuan Desa dan Wilayah.

Dari segi hasil jualan air tahun, pada tahun ini, setakat 23 Mei 2023, Jabatan Air Negeri Sabah telah berjaya mengutip hasil sebanyak 108.91 juta ringgit atau 36% daripada anggaran hasil kutipan yang disasarkan sehingga hujung tahun ini iaitu sebanyak 300 juta ringgit. Manakala, purata Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) juga kini berada pada tahap 56.7% setakat 23 Mei 2023. Jabatan Air menyasarkan penurunan NRW kepada 54% menjelang penghujung tahun ini. Sejak kebelakangan ini, isu bekalan air di negeri Sabah sering menjadi tajuk utama di media masa dan media sosial. Kementerian ini mengambil maklum berkenaan kekurangan bekalan air terawat yang amat membimbangkan. Situasi genting berhubung kekurangan air semasa terutama di bandar-bandar utama termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan serta masalah-masalah yang melibatkan operasi dan penyelenggaraan aset jabatan yang kerap mengganggu bekalan air telah memaksa kementerian untuk menyusun semula perancangan agar langkah-langkah tindakan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan untuk menangani isu bekalan air yang semakin mendesak.

Antara cadangan ataupun program bagi menangani masalah bekalan air terawat di Sabah adalah dengan membina, menaik taraf, memulih sistem pengeluaran air. Untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bekalan air terawat, sebanyak dua puluh projek membina, menaik taraf dan memulih sistem pengeluaran air telah diberi keutamaan dengan anggaran kos keseluruhannya berjumlah 12 bilion ringgit. Projek mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil. Bagi mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil ataupun NRW yang menyebabkan kerugian dalam kutipan hasil negeri. Dua projek mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil telah disenaraikan, iaitu Program Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak berhasil dan Program Pemasangan Smart Meter di seluruh negeri Sabah.

Seterusnya, projek membina dan menaik taraf atau dan juga mengganti sistem agihan air dan membina, menaik taraf, mengganti pam air dan jana kuasa. Bagi meningkatkan kecekapan bekalan air terawat, infrastruktur usang perlu dinaik taraf atau diganti. Sebanyak tiga belas projek membina, menaik taraf, mengganti sistem agihan air dan membina dan pam air dan jana kuasa perlu dilaksanakan. Seterusnya, adalah usaha untuk meningkatkan kadar liputan bekalan air terawat dikawasan luar bandar. Kadar liputan air luar bandar negeri Sabah adalah berada 61%, setakat ini. Justeru itu, bagi meningkatkan kadar liputan bekalan air terawat di kawasan luar bandar, lapan belas buah projek telah disenaraikan untuk dilaksanakan.

Projek peningkatan kualiti air, gangguan kualiti air mentah yang berpunca daripada kekeruhan tinggi paras air cetek, penyusupan air masin dan ammonia manganese sering menyebabkan operasi loji rawatan air terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan gangguan kepada kualiti air terawat. Selaras kepada pematuhan National Standard Drinking Water Quality akibat bebanan proses rawatan yang melebihi keupayaan loji rawatan air sedia ada. Justeru itu, bagi memastikan penutupan loji rawatan air dapat diminimakan dan meningkatkan keupayaan menangani impak daripada masalah kualiti air mentah. Sebanyak empat projek peningkatan kualiti air telah disenaraikan.

Seterusnya lagi adalah projek membina dan menaik taraf pejabat-pejabat Jabatan Air Negeri Sabah. Bagi menyediakan kemudahan ruangan pejabat yang lebih kondusif dan memberikan keselesaan bukan sahaja kepada kakitangan Jabatan Air. Tetapi juga untuk manfaat masyarakat selaku pelanggan kepada Jabatan Air, sebanyak tiga projek telah disenaraikan dan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam pengurusan bekalan air terawat melalui transformasi teknologi digital. Satu projek telah dirancang untuk membangunkan sistem pemantauan dan pengurusan sistem maklumat rangkaian bekalan air.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, ada soalan?

Datuk Speaker. Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri,

menjelaskan tadi daripada awal saya dengar bagaimana non-revenue collections yang ada dan juga usaha untuk menaiktarafkan pejabat yang ada, untuk memberi keadaan apa nama, di kawasan-kawasan ini memberi perkhidmatan yang baik. Conducive environment, pejabatnya berair-cond, berkipas. Baik. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan bukan sahaja setakat pejabat, anggota kakitangan, pengalaman diperingkat bawah, air boleh dapat, bukan tidak boleh dapat. Tapi kalau beli, bukan dari Jabatan Air. Orang tengah. Saya dalam perbahasan saya sebutkan tentang bagaimana kalau beli di Kota Kinabalu, di Pulau Gaya.

Mungkin tidak tahu satu ringgit, lima ringgit, satu gelenkah, tidak tahu. Apakah langkah-langkah seperti yang saya nyatakan untuk mengatasi keadaan ketirisan, mungkin berhubungkait dengan rasuahnya. Terkadang itu kalau di kawasan-kawasan tertentu ada setengah-setengah hotel dapat, kedai dapat, rumah-rumah tidak dapat dan saya telah mendengar banyak tapi siasatan tak dilakukan tentang perkara ini. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi, bukan hanya environment. Tapi, mengatasi masalah rasuah dan kitirisan bekalan ini. Air cukup, cuma masalah dia tidak sampai ke kawasan yang diperlukan ini. Terima kasih banyak.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih Yang Amat Berhormat Senallang kerana membangkitkan perkara tersebut.

Dalam usaha kementerian untuk memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan di Jabatan Air Negeri Sabah, kita telah mengarahkan internal audit dilakukan. Kita berharap daripada hasil internal audit tersebut, maka usaha untuk memperkemaskan dan menambahbaikkan perkhidmatan Jabatan Air akan dapat kita laksanakan daripada semasa ke semasa.

Yang Berhormat Menteri. Boleh bagi laluan sikit. Tuan Speaker. Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan penjelasan yang amat, Yang Berhormat Menteri tadi, berkenaan dengan banyak projek-projek yang akan dilaksanakan dan jumlahnya pun berbilion-bilion, 12 billionkah kalau tidak silap saya. Saya mau spesifik Merotai…

Tuan Sarifuddin bin Hata [Merotai]:…Merotai ini dia ada dua Loji Rawatan. Loji Rawatan Merotai 1, Loji Rawatan Merotai 2. Ada dua Loji. Jadi saya rasa pembinaan baru mungkin tidak terlibat dengan Merotai. Tetapi Loji Rawatan 1, Loji Rawatan 2 selalu juga menghadapi masalah. Saya pun tidak pasti apa masalah yang berlaku. Kadang-kadang bila saya menghubungi pegawai-pegawai Jabatan Air kadang mereka nyatakan mesin rosak dan kadang-kadang alasan mereka ya apa NTU tinggi. Itu biasalah dua alasan yang biasanya kita perolehi. Adakah Yang Berhormat Menteri boleh buat sesuatu yang tuntas supaya tidak ada lagi berlaku masalah ini. Contohnya kalau NTU tinggi mungkin boleh bina satu kolam takungan. Ya, Merotai ini tidak la begitu besar juga. Komposisi penduduknya juga boleh tahan jugalah. Rumah pun semakin lama semakin banyak dan yang seperti yang saya katakan tadi PBB ada membuat rumah 100 unit juga kalau tidak ada air juga Yang Berhormat Menteri masalah juga buat mereka sana. Ada sekolah, ada klinik ramai juga yang buka restoran. Ramai yang mengadu kepada saya kesian juga. Tandas tidak ada air, masak pun tiada air…

Speaker

Okey Yang Berhormat, jangan buat hujah pula.

Tidak, Yang Berhormat Menteri. Saya menyatakan apa masalah yang berlaku…

Speaker

Tanya sahaja yang perlu ditanya. Jangan cakap panjang-panjang.

So, saya minta Yang Berhormat Menteri apakah cadangan ataupun perancangan yang betul-betul untuk menyelesaikan masalah secara tuntas di Merotai ini Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Okey, terima kasih Yang Berhormat Merotai untuk masalah Loji Rawatan Air Merotai secara spesifik nanti saya akan dapatkan jawapan secara bertulis.

Namun bagaimanapun sebagaimana yang saya katakan sekarang kita sedang dalam usaha untuk memperkemaskan sistem penyampaian kerja di Jabatan Air Sabah agar hasilnya akan membuahkan satu perkhidmatan satu penyampaian bekalan air yang tidak lagi mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat di negeri ini. Beri sedikit masa kerana untuk melaksanakan perkara yang sudah tertunggak sekian lama ini bukannya dapat dilakukan dalam sekelip mata.

Boleh terus Speaker? Ya Tuan Menteri saya ingin bertanya bila ingin menyebut tadi itu langkah yang akan dilakukan tambah baik audit saya diminta sama ada audit ini samada audit dalamkah atau independent audit? dan saya cadangkan ya… bukan setakat SPRM, bahkan juga audit dalam meneliti secara mendalam keadaan yang hanya tidak akan ada perlindungan kepada mana-mana pihak kerana ini merupakan satu perkara yang kita katakan essential. Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Untuk kita mengambil maklum audit yang dilakukan, yang dilakukan sekarang adalah audit dalaman. Sekiranya kita tidak berpuas hati atau perlu mendapat lebih maklumat dan kita akan melakukan perkara yang berkaitan seterusnya nanti.

Ok saya teruskan.

Pengisian semula jawatan, pengis… pemerkasaan sumber manusia.

Pengisian kesemua jawatan-jawatan yang diperlukan oleh Jabatan Air Sabah amat diperlukan untuk memastikan operasi dalam penyaluran bekalan air terawat oleh Jabatan Air berada pada tahap yang terbaik. Dengan mempunyai kakitangan…

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Datuk Speaker.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

…penguatkuasaan yang mencukupi kadar tundakan hasil yang tinggi akan dapat diatasi secara tidak langsung dan akan dapat meningkatkan hasil negeri. Justeru itu, anggaran sejumlah 18.37 bilion ringgit diperlukan untuk membolehkan Jabatan Air Negeri Sabah melaksanakan tindakan dan mitigasi yang telah diketegorikan sebagai mendesak dan perlu dilaksanakan mengikut keperluan jadual perancangan bagi memastikan bekalan air terawat dapat disalurkan dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat di negeri Sabah.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Datuk Menteri kalau boleh sedikit?

short and brief. Sebelum beralih kepada isu selain daripada air itu, saya tengok beberapa negara berdasarkan tulisan daripada jurnal-jurnal sejak 80-an, banyak negara sudah beralih kepada interbasin transfer. Ini konsep apa ni, pengurusan air. Saya tidak pasti apa respon daripada pihak kementerian ataupun jabatan adakah kita boleh explore untuk jangka masa panjang ? interbasin water transfer ini saya rasa Jepun sudah beralih kepada kaedah itu. Amerika sudah bermula. Jadi mungkin ini kaedah yang boleh dilihat untuk long term planning untuk Sabah. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri..

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, itu merupakan salah satu perkara yang sedang dipertimbangkan

Speaker

Biar dia jawab dulu.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

...oleh yang demikian kita memerlukan segala input kajian dan juga melihat kepada jadual pelaksanaan. Apa yang penting apa yang kita pelajari daripada pengalaman yang kita sedang hadapi sekarang ini kita memerlukan satu perancangan yang teguh yang mana apabila kita merancang untuk membina suatu takungan pada jangka masa yang diperlukan kita harus memastikan bahawa perancangan itu dapat dilaksanakan dan dibina disiapkan mengikut jadual. Apa yang terjadi pada masa sekarang, contohnya yang ada kita sedang mengalami kelewatan daripada penyiapan Telibong 2, Fasa ii yang mana sekiranya ia telah disiapkan mengikut jadual kita mempunyai bekalan 80 juta liter sehari tambahan dan juga Kogopon 2, di Papar yang sepatutnya siap sebelum 2022 yang dapat menyediakan tambahan 40 juta liter sehari.

Namun demikian, disebabkan oleh kelemahan yang saya sebutkan kelmarin, kelemahan dalam pengurusan projek kelemahan dalam merancang cantik. Kalau saya lihat daripada perancangan yang ada di Jabatan Air ini untuk sampai ke 2030 untuk bekalan air sampai 50 tahun cantik. Tetapi, apa yang saya lihat ada kelemahan dari sudut melaksanakannya mengikut jadual yang sepatutnya dibuat dan juga apabila ianya dilaksanakan kontraktor pula yang mungkin sama ada

kontraktor tidak perform mengikut jadual atau kordinasi yang menyebabkan banyak perkara-perkara yang tergendala menyebabkan kelewatan projek-projek yang sedang dilaksanakan. Jadi inilah perkara yang kita perlu sama-sama berganding bahu untuk pastikan ianya dapat dirancang mengikut jadual, mengikut kewangan yang ada dan dilaksanakan sebaiknya siap pada tempoh yang diperlukan supaya apa yang kita mahu kita dapat. Ya. Okey jadi itu..

Speaker

Ada pertanyaan daripada Tungku.

Yang Berhormat Menteri tadi, Yang Berhormat Menteri ada menyebut soal perjawatan. Saya minta tolong kepada Yang Berhormat Menteri supaya lawat dan lihat Loji Air di Kampung Tanjung Labian yang telah siap sepenuhnya, belum beroperasi sampai sekarang dan bila saya bertanya kepada Jurutera Daerah, Jurutera Air Daerah beliau menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai peruntukan untuk membayar gaji dalam untuk supaya loji itu beroperasi itu yang pertama. Yang kedua, apakah status projek bekalan air untuk Kampung Bakapit, Kampung Tulibas dan Kampung Mundas yang dalam sidang sebelum ini sudahnya diberitahu sepatutnya bulan Mac tahun ini sudah bermula? Tapi hingga sekarang belum ada perkembangan. Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Okey, saya mengambil maklum tentang saranan tersebut dan insya-Allah saya akan mengadakan kunjungan ke Tanjung Labian. Baru-baru ini pada minggu lepas saya sempat melawat ah tapak pembinaan Loji Air Segama yang dalam pembinaan yang juga kalau ditanya kepada pihak kontraktor yang menyakinkan boleh siap mengikut jadual. Tetapi berdasarkan penilaian saya selaku seorang Jurutera Perunding bekas Jurutera Perunding saya melihat ada unsur-unsur ataupun risiko kelewatan dalam pembinaan tersebut dan soal tiada pekerja tiada gaji. Ya ini adalah satu isu yang sedang berlaku yang sedang kita berhubung dengan penjawat awam untuk mendapat kelulusan itulah baru-baru ini kita telah diberi kelulusan untuk menambah, Jabatan Air diberi kelulusan untuk menambah pekerja bagi keperluan-keperluan yang telah dinyatakan sebentar tadi. Manakala soalan seterusnya tadi, nanti saya akan jawab secara bertulis.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Datuk Speaker. Minta laluan. Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi laluan kepada saya. Saya melihat…

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

…bahawa kerja keras Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri Kerja Raya berusaha untuk mengatasi masalah air yang dialami di negeri kita. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri selain daripada langkah-langkah tadi, audit dalaman yang dilakukan soal-soal pekerja adakah pihak Kementerian Yang Berhormat Menteri sekarang juga memifikirkan masa ke hadapan untuk jadikan sumber air kita ini diurus oleh satu suruhanjaya ataupun ke arah privatize untuk masa depan dengan harapan moving forward ke hadapan masalah-masalah seperti kekurangan pekerja mungkin soal-soal kewangan yang lain mungkin…

Speaker

Yang Berhormat sepatutnya menyertai perbahasan ini kelmarin…

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

…masalah air ya saya cuma minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri ke arah ke hadapan adakah Yang Berhormat juga memikirkan soal-soal air kita ini akan datang tiada ada masalah kita ke arah privatize terima kasih Datuk Speaker.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Yang Berhormat ADUN Dilantik itu merupakan satu daripada perkara yang sedang dilihat dan dikaji, walau bagaimanapun belum ada keputusan muktamad dibuat pada ketika ini. Seterusnya, saya akan menyentuh tentang Sabah Electricity Sdn. Bhd. pihak kementerian bersama-sama Sabah Electricity…

Datuk Speaker, dengan izin saya ingat sebelum dia beralih kepada perkara bekalan elektrik ini, saya minta izin supaya tanya tentang air tadi bila mendengar apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri masalah berbagai kelewatannya mungkin oleh kerana kontraktornya pelaksananya berbagai masalah yang ada pegawai-pegawai bertukar sana sini tidak tahu dasarnya berubah-ubah saya ingat adakah

pihak kerajaan mengambil langkah yang begitu tegas. Kalau sekiranya kita dapati kontraktor-kontraktor ini yang tidak menunaikan syarat-syarat bila dengar tadi macam tadi itu ada tanggapan oleh kerana sebagai seorang engineer ya. Bahawa your perception is there your value is there ini tidak akan berjalan bagi tempoh lepas itu tamatkan kalau tidak change, blacklist macam saya dahulu di peringkat Datuk Speaker apakah tindakan saya blacklist dan saya pastikan bahawa tidak akan berlaku berulang satu. Kedua, pembahagian kadang-kadang monopoli syarikat-syarikat ini banyak concession air ini saya tahu jadi ini akan membantutkan usaha kita untuk mempercepatkan dari segi bekalan air.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan tadi itulah saya menyeru agar prosedur kontrak diperketatkan dalam tatacara kontrak dalam kontrak yang telah dianugerahkan dalam projek-projek Kerajaan kita ada prosedurnya cuma mungkin ada unsur-unsur kelemahan, kurang pengalaman dalam administrate the contract. So, ini yang penting sekarang kita perlu perkukuhkan penjawat awam yang ada dengan kita untuk memastikan bahawa mereka memahami tugasan yang diberikan buat dengan penuh komitmen ikut prosedur and follow the contract ya. Okay, saya balik kepada SESB tadi pihak kementerian…

Speaker

Tidak-tidak, Sekong dulu.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB Menteri saya ingin bertanya, apakah status atau usaha kerajaan bagi membekalkan air bersih di kepulauan di Sekong? Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat mahu jawab sekalikah atau ganti-ganti. Okay, Elupura.

Elopura samalah juga, Sekong sebelah kawasan saya juga. Saya ada bawa empat botol yang air kelmarin yang ini sudah filter saya berani minum sebab seluruh Sandakan minum ini jenis air masin punya. Menteri bilang tadi 700 saya test 700 jatuh sampai 300 saya tidak tahulah tapi ini yang sekarang apa yang test ini 700 punya sekarang saya minum saya pun tidak boleh minum juga masin punya ini, betul-betul masin, saya tidak tahu satu hari dua

hari dia boleh jatuh 300 saya tidak fahamlah saya pun tidak percaya satu, dua hari boleh jatuh 300 begitulah.

Okay, ini saya tanya soalan bilakah akan siap jatuh sampai 50? 120 yang biasalah bila? Kedua, soalan air ini siapa yang tanggungjawab masalah tujuh bulan kita minum ada buah pinggang masalah, ada kulit masalah, ada bayi sensitif kulit punya siapa yang tanggungjawab? ini soalan kedua siapa yang tanggungjawab? Mana boleh tiada orang luar tanggungjawab ini bukan saya punya masalah ini, sebab operator masalah macam ambulance accident, total lost ini anjing punya masalah…

Speaker

Okay-okay get the point because ulang-ulang you punya soalan…

Dua soalan ini saya harap dapat jawab seluruh Sandakan air, ini saya boleh kasih minum ini filter sahaja boleh ambil ya, thank you.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Tidak apa kausimpanlah air itu.

Speaker

Mengkali you ambil dari laut mana orang tahu.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Okay, untuk menjawab soalan daripada ADUN Sekong, soalan itu bersifat teknikal, kita akan menjawab secara bertulis manakala soalan daripada ADUN Elopura berkenaan dengan testing tadi saya tidak tahu testing kamu macam mana tetapi apa yang saya dapat harian adalah testing daripada makmal yang bertauliah daripada air daripada loji yang di Segaliud. Jadi, pada hari ini, air kelmarin yang dihantar ditest pada pagi tadi keputusannya adalah 278.9 berbanding pada kelmarin result yang saya tunjukkan adalah 289 ada penurunan 10 mmd. Jadi, saya berasa positif bahawa perkara ini tahap kemasinan air semakin menurun dan kita berharap dengan keadaan cuaca yang masih memihak kepada orang-orang Sandakan, kita doa untuk Sandakan supaya lebih hujan maka pengepaman berterusan daripada Sungai Segaliud ke Empangan Betotan akan dapat diteruskan bagi mencairkan chloride. Dari sudut kesihatan pula kandungan chloride yang ada sekarang ini adalah selamat untuk digunakan, cuma chloride mempengaruhi rasa air, apa yang

penting dalam kita merawat air yang dibekalkan kepada consumer adalah untuk memastikan bahawa air tersebut bersih daripada bakteria, bersih daripada unsur-unsur bahan-bahan kimia yang ada.

Sekiranya, YB Elopura pernah pergi ke Sungai Segaliud yang mana pada masa sekarang di kawasan persekitaran adalah dipenuhi dengan ladang kepala sawit dan kelapa sawit ini kita tahu mereka membaja, membaja pokok menabur, what do you call bahan-bahan kimia, anti perosak dan sebagainya. Jadi, kita memastikan bahawa bukan sahaja air yang disupply tidak masin tetapi safe for drinking safe from bahan-bahan kimia yang ada di luar persekitaran loji tersebut. Jadi, saya berharap bahawa tahap kemasinan air akan dapat kita capai dalam tempoh yang mendatang ini dan untuk orang-orang Sandakan saya selaku menteri yang bertanggungjawab akan memantau perkara ini daripada semasa ke semasa.

Speaker

Kasih habis Yang Berhormat Menteri teruskan.

Air dulu air dulu kasih canlah.

Speaker

Okay Tanjong Aru. Dua kali sudah dia berdiri.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih menteri.

Speaker

Air ah, bukan rumah pangsa.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Air, air bukan, bukan air. Tadi syabaslah dengan menteri yang ingin mahu carry out internal auditlah untuk deliver system untuk air injap ini penting saya rasa, ini ialah satu cadangan cukup baiklah dan saya bentangkan kalau bolehlah menteri bila sudah ada hasil ini internal audit kalau boleh bentangkan di dewan jugalah supaya kita tahulah maklum sebenarnya apa masalah dengan dialah.

So, saya ingin minta satu penjelasan juga so, adakah menteri setuju bahawa private sektor yang kita sekarang sedang beli itu air private adalah datang juga daripada Jabatan Air? Atau dari mana itu air itu? Yang sebab saya ada bahaskan ini, saya

ingin minta satu penjelasanlah daripada menteri dan last two saya ada baca satu newspaperlah mungkin tidak boleh percaya jugalah tapi dia ada title dia bahawa federal ingin initiative take over water department di Sabah. Ini saya tegaskan di sini menteri jangan biarkan KL mahu ambil alih Jabatan Air sedangkan di Sarawak dorang sudah mahu minta balik kesihatan pun mahu minta balik…

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

… nikan di Sabah ini kita mau minta balik bukan mau kasih lagi ya. Terima kasih menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Okey, ah, untuk air private beli di mana? Sila bagi data. Tulis surat kepada kita. Saya akan jawab secara bertulislah. Ah, kalau sekadar bercakap, tidak tau nama, beli di mana tidak ada bukti, i cannot answer.

Okey ah, berkenaan dengan Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih urus air di Sabah. Itu adalah satu berita yang tidak tepat kerana kalau kita amati, dengar video ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata akan membantu negeri Sabah menyelesaikan masalah air. Cuma ada satu media yang terus membuat tajuk Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih urusan air Sabah. Ya. Okey. So boleh saya teruskan?

Ah, Yang Berhormat Menteri, ada satu soalan saya. Satu soalan. Ah, Yang Berhormat menteri baru-baru ini kita ...

Speaker

You ada bangkitkan dalam perbahasankah ni?

Ada, ada, ada…

Speaker

Ah?

Ada. Boleh?

Speaker

Teruskan, teruskan.

Boleh Speaker ah, terima kasih, terima kasih Speaker ah, Yang Amat Berhormat Menteri bagi laluan. Insya-Allah, Insya-Allah, Yang Berhormat menteri baru-baru ini isu ini sangat besarlah, air. Kita faham ah, global warming dan sebagainya, kekurangan air, tapi isu ini sangat besar sebab saya pun tidak tahu apa masalah sebenarnya. Baru-baru ini ah, apa ah, lapangan terbang, tidak tau apa isu yang sebenarnya yang sampai MAB boleh tweet menyatakan bahawa kapal-kapal terbang yang mau datang ke Kota Kinabalu perlu isi air dahulu. Saya ah, cuma mau tau penjelasan apa sebenarnya yang, yang yang berlaku sehingga menjadikan keadaan itu berlaku.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, kita masih menyiasat perkara ini apakah sebenarnya punca perkara tersebut berlaku? Namun untuk masa ini, bekalan air di KKIA adalah ada, mencukupi. Kita telah membuat laporan polis untuk dibuat siasatan terhadap kenapa perkara tersebut yang telah ditweetkan itu berlaku, sama ada adakah elemen teknikal yang masih menjadi misteri atau adakah elemen-elemen yang di luar kawalan kita telah berlaku? Jadi saya masih menunggu laporan siasatan daripada pihak polis. Okey, i can proceed with the SESB. Pihak kementerian bersama-sama Sabah Electricity Sdn. Bhd. amat prihatin berhubung dengan masalah yang berlaku berkaitan gangguan bekalan elektrik, khususnya bagi masalah yang berlaku baru-baru ini. Seperti yang kita sedia maklum, cuaca panas yang melanda di negeri Sabah sejak awal tahun dan terus meningkat sehingga ke hari ini mengakibatkan kenaikan beban tenaga ataupun power demand yang semakin ketara terhadap grid permintaan penggunaan tenaga elektrik mencapai tahap maksimum sebanyak 1,080 megawatt berbanding 1,032 megawatt pada Ogos tahun lepas.

Keadaan cuaca panas antara faktor yang menjadi punca kenaikan penggunaan tenaga di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tambahan lagi beberapa stesen janakuasa yang tidak dapat beroperasi disebabkan oleh keperluan membuat senggaraan dan kerosakan teknikal yang memerlukan masa untuk dibaik pulih. Ini telah mengakibatkan kekurangan kapasiti penjanaan yang boleh disalurkan kepada Sistem Grid SESB. Permintaan beban yang tinggi berbanding kapasiti janaan pada waktu-waktu puncak memberi kesan kepada kestabilan Sistem Grid SESB yang

dipantau setiap masa oleh Grid Sistem Operator di lot despacth center. Catuan bekalan secara terkawal dan berperingkat merupakan salah satu langkah jangka masa pendek SESB bagi memastikan kestabilan Sistem Grid SESB. Langkah ini bertujuan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada Sistem Grid SESB yang akan mengambil masa yang lebih lama untuk dipulihkan sekiranya berlaku masalah.

Speaker

Senallang mau tanya soalankah?

Speaker

Mau tanya soalan?

Boleh? Okey ah, setelah mendengar apa yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri tentang cuaca, penyebab utama tentang keadaan bekalan. Adakah ini perkara yang sebenarnya menjadi fakta kerana kalau kita melihat di negeri-negeri seperti di Shah Alam, kilang industri banyak di Pulau Pinang industri banyak is nothing to do with cuaca. It is supply, generation tidak cukup. Di Sabah ini tidak cukup. Itu fakta dia. Pasal itu kita kena generator which is not the solution, is temporary solution, yes dengan izin apakah langkah-langkah untuk mempastikan supaya is not cuaca. I think the engineer when i bila saya dengar ah, itu satu perkara yang ya… yang sebenarnya bukannya oleh kerana generations. Apakah langkah-langkah pihak Kerajaan Negeri untuk pastikan supaya west coast and east green ni akan dapat connected supaya bila ada blackout di west coast, east coast ekses there can be supply. Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, ah, sebenarnya apa yang disoalkan tadi oleh ADUN Senallang, akan saya baca sebentar lagi. Walau bagaimanapun memang kalau menurut taklimat yang diberikan oleh pihak SESB kepada saya pada Jumaat lepas, average ya supply memang sedang tidak mencukup. Apa yang ada adalah 1,200 tetapi dengan faktor 100 megawatt mereka bagi siling kepada 1,080 megawatt. Dalam keadaan normal, permintaan yang ada adalah sekitar 800 hingga 900 megawatt tetapi sejak keadaan cuaca yang panas, permintaan ataupun penggunaan elektrik telah

meningkat secara mendadak dan juga mungkin apabila sudah sektor pembukaan banyak aktiviti-aktiviti di rumah-rumah yang telah menjalankan industri dari rumah menggunakan penggunaan elektrik yang meningkat. Jadi mula dengan keadaan itu, daripada 800, 900 normal, telah meningkat kepada 2,040 yang menghampiri siling yang mereka tetapkan.

Jadi sebelum ah, peningkatan permintaan itu lebih meningkat yang mana akan merisikokan kerosakan kepada sistem grid yang ada maka itu load shedding terpaksa dilakukan tetapi load shedding yang sedang dilakukan pada asalnya dijangka akan pulih pada bulan Julai. Namun Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah mengarahkan agar penambahan mobile genset, penambahan supaya load shedding ini kalau boleh kita dapat kurangkan tidak perlu tunggu sehingga Julai nanti. Dan dalam masa yang sama …

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

YB Menteri, boleh mencelah sedikit?

Terima kasih. Am load shedding ini is an old practicekan? Setuju? Why are we still doing it dengan banyak iklan apa ni, notis daripada SESB yang mengumumkan penaikan taraf, penaikan taraf ah, kabel lah, inilah dan sekian sekian. We seem to be stuck dalam satu time zone, load shedding zone. Now, dengan rancakkan jangka masa yang dibuat oleh SESB kepada ses apa ini Suruhanjaya Tenaga, they still cannot even sort out? Kenapa mereka tidak boleh menampung ah, seperti yang YB cakap impact-impact yang ada dengan heatwave because of the heatwave more aircond are used, more energy is needed. Why they did, why they did not anticipate semua ini and banyak housing dengan ah, Kementerian Perumahan and also commercial residences, commercial industrial developer are being approved tanpa perbincangan berkenaan dengan energy yang akan diperlukan apabila bila kita meluluskan pembangunan permohonan ini. Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, sebenarnya perancangan itu ada. Permintaan itu ada untuk menaik taraf, menambah kapasiti electricity kita. Namun demikian, ada kelewatan dalam kelulusan terhadap ah, pemberian penambahan jumlah megawatt yang diperlukan. Contohnya, di Kimanis, ianya telah dimulakan pada penambahan 100 megawatt pada hujung tahun 2021 ditender pada 2022. Namun hanya dikeluarkan surat lantikan pada awal Mei baru-baru ini. Jadi bayangkan kelewatan dari sudut pelaksanaan. Namun biar saya baca dulu sampai penghujung nanti sekiranya ada persoalan, boleh terus bukakan ah, di mana sudah…

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Catuan, catuan bekalan secara terkawal dan berperingkat merupakan salah satu langkah jangka masa pendek SESB bagi memastikan kestabilan sistem grid SESB. Langkah-langkah ini bertujuan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku kepada sistem grid SESB yang akan mengambil masa yang lebih lama untuk dipulihkan sekiranya berlaku masalah. Dalam keadaan semasa, catuan bekalan ini dianggarkan akan berlanjutan sehingga bulan Julai 2023 sekiranya permintaan beban kekal melebihi kapasiti janaan yang tersedia. Sebagai langkah interim, SESB telah memasang sebanyak 11 unit set jana kuasa mudah alih atau mobile genset di lokasi strategik bagi membantu kestabilan sistem grid SESB. SESB juga kini sedang mendapatkan set jana kuasa mudah alih tambahan daripada pembekal-pembekal set jana kuasa di seluruh Malaysia untuk membantu dalam usaha ini.

Sebagai langkah jangka masa panjang, Kementerian Kerja Raya akan meminta Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tariff atau singkatannya JPPPET, iaitu badan perancangan tertinggi yang meluluskan Pelan Perancangan Penjanaan di Sabah yang dipengerusikan bersama oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Yang Berhormat Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, yang telah meluluskan beberapa projek penjanaan baru untuk menyokong pertumbuhan permintaan eletrik di sabah seperti berikut. Pelaksanaan set jana kuasa sewaan berkapasiti 125 mega watt , yang mana kapasiti boleh ditingkatkan berdasarkan kepada permintaan bekalan elektrik semasa yang dijangka akan beroperasi semula suku kedua 2024. Kedua, pelaksanaan set jana kuasa kitar padu gas berkapasiti 100 mega watt di Kimanis yang dijangka akan beroperasi bermula suku kedua 2026.

Pelaksanaan set jana kuasa gas berkapasiti 100 mega watt yang dijangka akan beroperasi bermula suku kedua 2027. Keempat, pengoperasian sistem hibrid bateri,

bateri energy storage system bermula suku kedua 2027. Pengoperasian stesen jana kuasa hidro elektrik baru (run-of-river) di lembangan Padas dengan jumlah kapasiti sebanyak 170 mega watt pada penghujung 2027. Mula tugas stesen jana kuasa hidroelektrik apa Padas di lembangan Padas dengan jumlah kapasiti sebanyak 180 mega watt pada tahun 2029. Dengan penyiapan serta pengoperasian projek-projek penjanaan di atas, adalah dijangkakan bahawa permintaan elektrik organik dan industri di Sabah dapat dipenuhi.

Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Sindumin, Kerajaan Negeri melalui Energy Commision Of Sabah (ECoS) sedang berkerjasama dengan pihak SESB dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia selaku badan kuasa kawal selia bekalan elektrik ketika ini, di dalam mempercepatkan pelaksanaan tindakan mitigasi jangka pendek. Di dalam masa yang sama, pihak ECoS juga telah merangka Pelan Pembangunan Penjanaan bagi jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, yang akan diputuskan sendiri dan dilaksanakan sejurus selepas Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik pada penghujung tahun ini. Berdasarkan Pelan Pembangunan Penjanaan terkini, penambahan kapasiti penjanaan baharu dalam tempoh jangka sederhana, lima tahun adalah seperti berikut. 2023, rental set kapasiti penjanaan sehingga 200 mega watt, IPP solar, lapan unit, 56 mega watt. 2024, IPP solar satu enam mega watt. FYT 3, 18 mega watt, import dari Sarawak, 30 mega watt. 2025, IPP satu sebuah akan menjana 100 mega watt tambahan. 2026, IPP kedua, sebanyak dua buah, 145 mega watt. 2027, IPP dua, 420 mega watt dan IPP solar, 100 mega watt. Penambahan kapasiti penjanaan tersebut di atas adalah untuk menampung pertumbuhan permintaan beban di Negeri Sabah termasuk keperluan industri yang telah komited. Ia juga mengambil kira keperluan untuk pemberhentian operasi loji-loji yang usang dan yang telah tamat tempoh perjanjian.

Pelan Pembangunan Penjanaan tersebut adalah mengambil kira keperluan jidar simpanan, sebanyak 30% iaitu lebihan kapasiti sebanyak 30% daripada kehendak maksima sistem. Ini adalah bagi memastikan kapasiti penjanaan adalah sentiasa mencukupi, walaupun terdapat pemberhentian sementara set penjana kuasa bagi pembaikpulihan terancang kerosakan mana-mana penjana kuasa serta permintaan beban yang luar biasa.

Sementara menantikan loji-loji IPP baharu yang akan siap bermula tahun 2026, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sedang mengusahakan untuk mendapatkan penyewaan set pejana kuasa sehingga 200 mega watt dengan secepat mungkin yang akan mula beroperasi pada tahun ini. Dengan siapnya langkah mitigasi ini maka jidar simpanan ataupun reserve margin akan kembali pulih ke tahap sekitar 30%.

Manakala status projek talian penghantaran 275 kV Southern Link, buat masa ini masih belum diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan disebabkan oleh isu kekurangan dana Kerajaan Persekutuan untuk membiayai kos projek sebanyak 1.4 billion ringgit. Untuk ini, Kerajaan Negeri telah mencadangkan agar projek ini dilaksanakan segera dengan menggunakan dana yang telah diperuntukkan untuk projek Trans Gas. Trans-Sabah Gas Pipeline yang tidak dapat diteruskan buat masa ini disebabkan oleh ketiadaan bekalan gas yang mencukupi untuk disalurkan. Cadangan ini masih di dalam pertimbangan Kerajaan Persekutuan dan pihak Kerajaan Negeri akan terus menyusul sehingga ianya terlaksana.

Ini adalah kerana kepentingan talian penghantaran Southern Link bagi memelihara kestabilan grid Sabah, di samping keperluan talian voltan tinggi bagi menyalurkan kuasa besar daripada penjana kuasa-penjana kuasa berskala besar ke seluruh grid Sabah dari tahun 2027 dan ke atas. Selain itu, talian tersebut juga berpotensi untuk menjimatkan kos selari dengan inisiatif perancangan kapasiti penjanaan jangka sederhana dan panjang ke arah kos penjanaan optima dan keupayaan talian bervoltan tinggi ini untuk mengurangkan kehilangan sistem atau teknikal system loss. Menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Moyog dan serta Dewan yang mulia ini, buat masa ini, pelaksanaan dan pengawal seliaan bekalan elektrik di Sabah adalah masih di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Tenaga Malaysia, sehingga ianya diambil alih oleh Kerajaan Negeri yang dijangka pada penghujung tahun ini. Kerajaan Negeri sedang dalam perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan agar mempercepatkan segala langkah-langkah untuk mempertingkatkan kapasiti penjanaan sehingga 200 mega watt secara penyewaan set penjanaan, dan peruntukan kewangan untuk membiayai inisiatif-inisiatif yang diperlukan untuk mengatasi situasi kritikal di Negeri Sabah. Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Sungai Manila dan untuk pengetahuan Dewan yang mulia,

untuk makluman, buat masa ini, pelaksanaan dan pengawal seliaan bekalan elektrik di Sabah adalah masih di bawah Sabah sama dengan Moyog.

Suruhanjaya Tenaga Sabah buat masa ini hanya mengawal selia sektor bekalan gas daratan berkuatkuasa pada 10 Januari 2023 dengan pewartaan Enakmen Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah dan Enakmen Bekalan Gas.

Walau bagaimanapun, ECoS telah mengambil bahagian secara aktif ketika ini di dalam menyelesaikan isu semasa bekalan elektrik melalui kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan Sabah Electricity Sdn. Bhd., bagi memastikan kepentingan dan keperluan pengguna-pengguna di Sabah dipenuhi melalui pelbagai pelan mitigasi jangka pendek dan pelan jangka panjang yang mampan. Untuk makluman, Pelan Pembangunan Penjanaan yang diselaraskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi jangka masa pendek di Sabah telah mengenalpasti IPP baharu berasaskan bahan api gas asli dengan kapasiti 100 mega watt di pantai barat Sabah, yang telah selesai menjalani proses bidaan dan dijangka akan siap beroperasi pada 2026. IPP tersebut pada asalnya dijadualkan siap pada tahun 2023 tetapi hanya telah mengalami kelewatan di dalam proses pembidaan, dan kini dijangka siap pada tahun 2026. Di samping itu, lapan buah IPP solar berskala besar dengan kapasiti 56 mega watt dijadualkan untuk siap pada tahun ini manakala.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

…dan sebuah lagi dengan kapasiti 6 megavolt akan disiapkan pada tahun 2024. Untuk makluman juga, langkah mitigasi jangka pendek seperti pengoperasian semula IPP Libaran 30 megavolt di Sandakan dan di IPP Serudung 33 megavolt di Tawau yang telah tamat operasi serta penangguhan menamatkan operasi loji jana kuasa diesel sekitar 200 megavolt milik SESB telah juga dilaksanakan sementara menantikan penyiapan loji jana kuasa baharu.

Bagi jangka masa sederhana dan panjang, setelah kuasa kawal selia bekalan elektrik di ambil alih kelak maka Kerajaan Negeri melalui eCOS akan mengambil alih perancangan sepenuhnya bagi pembangunan penjanaan di negeri Sabah dan

berhasrat untuk membangunkan sumber-sumber tenaga boleh baharu seperti hydro, geoterma, biojisim, biogas di samping bahan api transisi bagi menampung keperluan tenaga di negeri Sabah.

Saya beralih kepada Jabatan Kerja Raya.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, minta laluan.

Speaker

Kuamut.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Terima kasih Datuk Speaker. Yang Berhormat Datuk Menteri, saya memerhati tadi kaedah-kaedah penyelesaian untuk meningkatkan keupayaan jana kuasa kita ataupun tenaga elektrik di Sabah. Saya cadangan apa ini, pertanyaan saya sebab tadi saya ada bercakap pasal cadangan untuk meneruskan cadangan-cadangan terdahulu untuk kita meneroka sumber-sumber baharu seperti arang batu dan sebagainya untuk jana elektrik. Sebab waktu taklimat SESB kelmarin dulu kalau saya tidak silap, kita hanya bergantung sangat kepada gas sekarang ini. Apa kata kalau gas itu habis? Sedangkan, sebagai maklumat tambahanlah. Minta maaf Datuk Speaker. Sedangkan di Sarawak yang kaya dengan gas, dia hanya menggunakan 13% sahaja gas. 68% dia guna arang batu. Kerana apa? Sebab dia takut cepat habis gasnya. Demikian juga di Semenanjung. 85% arang batu digunakan, gas hanya 30%. Kita menggunakan gas 86%. Arang batu seperti yang saya katakan tadi kita ada 100 juta tan. Kita tidak pakai. Bayangkan nanti di masa akan datang kalau gas ini habis ataupun bukan minta-mintalah, ini tidak mendahului Tuhan, tiba-tiba pecah paip dan sebagainya seperti yang saya katakan tadi. Satu Sabah kita bergelap. So, pertanyaan saya adakah cadangan kerajaan ataupun apakah ketetapan kerajaan? Apakah kerajaan bersedia mengkaji semula cadangan-cadangan terdahulu untuk menggunakan arang batu untuk menghasilkan jana kuasa elektrik ataupun macam mana? Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Pelbagai sudut sedang dikaji dan keputusan akan dibuat oleh kabinet nanti. Okey. Of course kita mengambil pengajaran daripada apa yang kita lalui sekarang

ini dan juga kita berkongsi pengalaman dengan negeri Sarawak yang telah lebih dahulu, lebih awal daripada kita menumpukan fokus kepada sektor sumber tenaga. Okey saya beralih kepada JKR, jalan raya, jambatan dan sebagainya. Datuk Speaker, pihak kementerian bersama Jabatan Kerja Raya Sabah sentiasa komited menyediakan kemudahan infrastruktur bagi kemudahan dan kesejahteraan rakyat di negeri Sabah. Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Sindumin dan untuk makluman dewan yang mulia ini, kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya Sabah akan memastikan projek lebuh raya Pan Borneo Sabah disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Tindakan intervensi sentiasa dilakukan seperti pemantauan yang rapi serta pengeluaran surat peringatan kepada kontraktor pakej kerja sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada syarat-syarat kontrak.

Kerajaan juga akan memudah cara sebarang permasalahan yang akan mengundang kelewatan projek seperti kekurangan bahan pembinaan terutama bitumen dan kelewatan pengahilan kemudahan utiliti. Kerja penyelenggaraan rutin adalah kerja penyelenggaraan berjadual seperti kerja tampalan lubang, kerja penyelenggaraan bahu jalan, potong rumput, pembersihan parit, kerja pembersihan pembetung dan lain-lain yang berkaitan. Kerja pemotongan rumput, pembersihan parit, kerja adalah dilaksanakan mengikut pusingan seperti dalam kontrak perjanjian konsesi. Harap hanya kerja tampalan lubang dan penyelenggaraan bahu jalan sahaja yang dilaksanakan seperti serta dilaksanakan serta-merta selepas pemantauan oleh pihak konsesi. Kategori kerja penyelenggaraan di dalam skop rutin ini tidak termasuk baik pulih dan pembinaan semula jalan akibat kerosakan struktur pavement jalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sebatik, projek jalan Serudung, Menggaris, Kalabakan ini telah diluluskan dalam Rolling Plan Tiga Rancangan Malaysia ke-12 di bawah peruntukan persekutuan sebagai kerja awalan. Bagi kerja-kerja awalan ukur dan reka bentuk dengan kos sebanyak RM13 juta. Manakala kerja-kerja pembinaan fizikal hala tuju akan ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan kelak. Menjawab kepada soalan Ahli Yang Berhormat Kukusan, kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat. Pengambilan balik tanah dan pampasan struktur yang terlibat dalam jajaran projek naik taraf jalan utara baru Tawau telah dihantar kepada Jabatan Tanah dan Ukur. Status terkini adalah jabatan masih menunggu maklum balas daripada pihak JTU. Sebanyak 85 lot tanah telah diproses di bawah Seksyen

Tiga Ordinan Pengambilan Tanah Bab 69 dan 102 buah struktur yang terlibat dalam rizab jalan.

Untuk makluman Yang Berhormat Kemabong, jentera yang usang dan tidak economic untuk digunakan perlu dilupuskan kerana tempoh hayat jentera sudah melebihi 15 tahun. Proses ini dijalankan secara berfasa dan permohonan perlu dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan kelulusan pelupusan. Walau bagaimanapun, pihak JKR sedang berusaha dalam proses membuat pembelian jentera baharu secara berperingkat bergantung kepada kelulusan Kementerian Kewangan Sabah.

Menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Nabawan, sehingga kini terdapat sebanyak 1210 buah jambatan di seluruh Sabah di bawah seliaan JKR Sabah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 828 buah adalah jambatan separa kekal dan sementara yang perlu kita naik taraf kepada jambatan kekal yang selamat dan boleh digunakan sepanjang masa. Bagi daerah Nabawan pula, terdapat sebanyak 64 buah jambatan yang masih perlu dinaik taraf. Kerajaan memang berhasrat untuk menggantikan kesemua jambatan tersebut kepada jambatan kekal dan akan dilaksanakan mengikut keutamaan bergantung dengan kapasiti kewangan kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat Nabawan, penggantian jambatan-jambatan tersebut telah disenaraikan dalam program penggantian jambatan D33 biayaan Kerajaan Negeri serta dalam program jambatan uzur dan sempit biayaan Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan dan kelulusan.

Yang Berhormat Menteri, boleh? Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi memastikan bahawa Pan Borneo ini akan dijalankan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, kalau mengikut maklumat 24 fasa kalau tidak silap saya, daripada 24 fasa itu berapa yang telah siap dan kalau 24 fasa ini siap sepenuhnya, tahun berapa tu Yang Berhormat? Soalan saya kedua, berkenaan dengan penyelenggaraan jalan raya yang disebutkan tadi pihak-pihak kontraktor. Kadang-kadang pihak kontraktor ini lambat Yang Berhormat Menteri. Bila kita bagi maklumat kepada DA dan sebagainya, belum ada tindakan. Kadang-kadang signboard tu di sana dia hantar signboard “Kerja-kerja

sedang dilaksanakan”, tetapi kita berbulan-bulan kita lalui jalan tersebut tidak juga dibaik pulih Yang Berhormat Menteri.

So, saya tau mungkin kontraktor bertanggungjawab satu square meter, betul? Tetapi…

…tidak mungkin juga daripada jalan tersebut terus dua square metre err, rosak. Dia pasti mela… err, kecil dulu tetapi oleh kerana lambat dilaksana di… dibaik pulih, lori, hujan dan sebagainya melalui jalan tersebut, dia akan jadi besar. Dan dia pun, pastinya kontraktor akan minta peruntukan yang lebih untuk melaksanakan projek-projek tersebut. Jadi Yang Berhormat Menteri tolong err, perhatikan perkara ini, mungkin pihak kontraktor ini kurang juga bertanggungjawab dengan hal ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, terima kasih kepada ADUN Merotai. Berkenaan dengan Pan Borneo Sabah, Fasa Satu, sebenarnya ianya ada 35 pakej kerja yang telah bermula pada 2017 atau 2016. Buat masa sekarang, daripada 35 pakej hanya ada 15 pakej yang telah dibuat lantikan kerja yang telah memasuki fasa pembinaan. Daripada 15 pakej tersebut, dua sudah siap, iaitu Pakej 5 di Papar dan juga Pakej 27 di Batu 32, Sandakan. Manakala dua pakej lagi yang dijangka siap sebelum akhir hujung tahun ini adalah Pakej 21 yang kita gelar sebagai Lahad Datu-Bypass dan juga Pakej 15 daripada Balung kepada check point Semporna. Jadi bererti, daripada 15 pakej, ada empat pakej yang siap ataupun akan siap sebelum hujung tahun ini. Manakala, 11 pakej yang berbaki, sedang giat dilaksanakan dan menurut laporan yang ada daripada pasukan Pan Borneo Sabah, ianya dijangka siap sebelum hujung tahun 2024. Walau bagaimanapun, mungkin dalam kes-kes terpencil, ada dua tiga pakej yang mungkin akan berlanjutan kepada 2025. Namun bagaimanapun, saya tidak boleh mengatakan sedemikian kerana dalam tatacara ataupun urusan kontrak, mereka ada jadual yang telah dipersetujui sehinggalah ada extension of time ataupun lanjutan-lanjutan masa diberikan kepada kontraktor yang terlibat. Maka, err, akan adalah tarikh baru yang akan diumum kelak.

Manakala, ada 20 lagi pakej daripada Fasa Pertama yang akan dilaksanakan dan kita berharap ianya boleh dilaksanakan sebelum hujung tahun ini dan juga pada awal tahun hadapan, iaitu pakej-pakej 16 kepada 20 err 20, iaitu jajaran daripada sambung daripada check point Semporna-Balung tu ke Lahad Datu. Manakala Pakej 22 daripada Lahad Datu ke Kinabatangan dan yang Pakej err, sedang berjalan adalah 28, 29, 30 daripada Batu 32 ke Telupid dan Pakej 31 hingga 35 adalah jajaran daripada Telupid ke Ranau.

Manakala, Pakej 9 hingga Pakej 14 daripada Serusup, Tuaran ke Simpang Mengayau juga sudah pernah didokumentasi, sudah ready, hanya menunggu pemurnian value assessment, makmal penilaian yang baru sebelum diberi hala tuju untuk ditender atau sebagainya, ya. Jadi, kita amat berharap daripada pengumuman bajet yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada baru err, pada bulan Mac, April baru-baru ini. Err, 20 bilion sebahagian daripada 20 bilion untuk perlaksanaan Pan Borneo Sabah-Sarawak itu lebih diberikan kepada Sabah untuk memastikan bahawa 20 pakej ini dapat kita mulakan dan dapat dilaksanakan dengan baik. Manakala tentang penyelenggaraan, mungkin ini ada kerja-kerja penyelenggaraan ini terbahagi kepada kerja rutin, periodical dan juga kecemasan. Mungkin, ada kerja yang Yang Berhormat Merotai maksudkan tadi mungkin terlibat dalam err, urusan mendapatkan arahan kerja, ya. Jadi, mungkin ada sedikit kelewatan. Sekiranya, rasa terlalu lewat, bolehlah menghubungi saya sendiri untuk saya buat arahan dan siasatan lanjut, ya.

Err, minta laluan, Speaker. Err, boleh?

Menteri. Ya, tadi ada sebut 27 pakejnya err, belum sempat, tolong sebut itu 27A ya yang tadi, Menteri dan tujuh macam tujuh jalan saya sudah hantar surat kasih Menteri err, dan JKR Pengarah pun tahu ini isu sila teruskan, sila terangkan. Terima kasih.

Satu lagi, Yang Berhormat Menteri. Sama juga lebih kurang. Err, pakej daripada Jambatan Putih sampai ke Kalabakan, adakah termasuk dalam dalam pakej Pan Borneo? Daripada Jambatan daripada bandar Tawau ke Kalabakan, pekan Kalabakan. Tiada, tiada dalam pakej Pan Borneo.

(Suara kurang jelas daripada Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya])

Dua, tiga, tiada? Atau memang langsung tidak ada?

(Suara kurang jelas daripada Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya [Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya])

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Fasa Tiga daripada Kalabakan ke Kimanis. Tetapi belum lagi di… err, belum lagi diaktifkan, ya.

Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Untuk jawapan kepada Ahli Yang Berhormat Elopura, pakej 27A Libaran-Bypass merupakan tiga pakej tambahan yang pernah dicadangkan di dalam Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.

Walau bagaimanapun, apabila konsep pelaksanaan Projek Delivery Partners ditamatkan pada tahun 2019, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk tidak meneruskan tiga pakej tersebut, tambahan ini, termasuklah Pakej 27A. Sekali pun begitu, Kerajaan Negeri akan memohon semula pakej-pakej itu ke dalam Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah. Kementerian Kerja Raya Sabah sedang menyediakan Kertas Kabinet untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet yang terdekat.

Kerajaan juga amat prihatin terhadap isu keadaan jalan raya yang gelap dan berbahaya yang akan mempengaruhi keselamatan pengguna jalan raya. Ini termasuklah isu masalah lampu jalan yang tidak berfungsi ataupun menjadi hazard di jalan raya disebabkan pokok jatuh. Kementerian (KKRS) melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa memantau situasi ini di sepanjang laluan jalan raya dan segera mengambil langkah bagi menyelesaikan kejadian seperti yang tersebut. Isu ini merupakan salah satu prioriti tinggi yang akan segera diselesaikan di lokasi bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya. Ada beberapa lagi soalan-soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat

dibalas ataupun dijawab secara lisan. Namun, akan dibalas secara bertulis oleh kementerian saya, kelak.

Datuk Speaker…

Speaker

Pastikan, pastikan dijawab, ya.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, dijawab.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Yang Berhormat Menteri, mohon laluan.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Okey.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Terima kasih Datuk Speaker, Yang Berhormat Menteri. Err, semalam saya ada membangkitkan tentang permasalahan jalan raya, khususnya dalam pembinaan Pan Borneo di kawasan Karambunai, terutamanya laluan dari Tebobon ke Tuaran Jalan Lama, dari UMS ke persimpangan Indah Permai, dari persimpangan Indah Permai ke persimpangan UiTM. Umum mengetahui kawasan ini adalah kawasan yang sangat-sangat terjejas dengan pembinaan jalan raya, ianya bukan sahaja menjejaskan penduduk di kawasan Karambunai, tetapi yang seperti yang saya katakan semalam melibatkan pengguna-pengguna daripada kawasan lain, Tuaran, Kudat, Kota Belud dan pelbagai yang melaluinya. Kalau kita lihat err, pembinaan jalan ini yang sedang berlangung ini agak lewat. Saya pertama bertanya, bila jalan ini akan siap sepenuhnya? Keduanya, saya meminta KKR untuk membuat pemantauan yang sehabis baik di kawasan ini seperti mana yang saya katakan, semalam di mana pihak kontraktor gagal menyediakan papan-papan tanda yang mencukupi jarak, pencerah… pencahayaan di waktu malam sehinggakan menyebabkan berlakunya kemalangan. Dalam statistik yang saya dapatkan daripada pihak Polis, dari tahun 2021 hingga awal tahun 2023 ini melibatkan kematian sebelas…

Datuk Haji Yakubah Khan [Karambunai]:…seorang dalam kemalangan di kawasan ini. Tidak termasuk lagi cedera parah tujuh orang. Jadi saya mohon sangat-sangat kepada KKR agar dapat memberi perhatian dan pemantauan kerap di kawasan-kawasan yang sangat panas seperti ini. Khususnya lagi di waktu hujan, berlaku banjir dan sebagainya. Jadi mohon perhatian daripada pihak KKR sendiri. Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Karambunai, pihak kementerian mengambil maklum kegusaran Yang Berhormat dari Karambunai mengenai masalah projek Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui JKR Sabah telah memeriksa jalan yang dimaksudkan. Pihak JKR Sabah ada membuat pemantauan secara berterusan keadaan jalan di sepanjang projek tersebut. Bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pengguna jalan, pihak JKR Sabah akan memastikan pelan pengurusan trafik mengikut spesifikasi Arahan Teknik Jalan 2C-85 tertakluk kepada pengauditan sebelum diluluskan oleh pegawai penguasa untuk tujuan pelaksanaan. Selain daripada itu, kebanyakan lampu jalan baharu telahpun dipasang dan telah dinyalakan. Walau bagaimanapun, terdapat insiden kecurian kabel lampu jalan di beberapa kawasan menyebabkan kawasan tersebut dalam keadaan gelap. Pihak Kementerian Kerja Raya juga ingin memberi pesanan kepada semua pengguna jalan raya untuk memandu mengikut had laju yang dibenarkan memandangkan kawasan itu adalah dalam kawasan pembinaan.

Datuk Speaker, selanjutnya saya berterima kasih dan menghargai komitmen serta penyertaan aktif Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan kali ini. Serta sokongan padu terhadap dasar kerajaan. Segala ulasan, cadangan dan teguran-teguran membina yang dikemukakan dalam perbahasan ini akan diteliti sebaik-baiknya demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Saya yakin dan pasti bahawa semua Ahli Yang Berhormat yang ada di Dewan yang mulia ini menginginkan ataupun memperjuangkan kesejahteraan rakyat Sabah. Jadi sama-samalah kita berganding bahu untuk memperjuangkan untuk memastikan bahawa kesejahteraan rakyat kita ini dapat kita capai bersama-sama. Untuk skop kerja dibawah Kementerian Kerja Raya Sabah, saya mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sebarang komen, cadangan atau apa-apa juga temu janji yang diperlukan bagi tujuan kesejahteraan rakyat, negeri Sabah berkaitan dengan pembangunan infrastruktur.

Akhir kata, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan tahun 2023 kepada semua. Kotobian Om Kounsikaan Tadau Tagazo Do Kaamatan. Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk membuat ucapan penggulungan. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Walaikumsalam.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Salam Malaysia Madani dan salam Sabah Maju Jaya. Tuan Speaker, alhamdullilah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua, maka kita dapat bersama-sama di Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada kita untuk terus membangunkan negeri Sabah.

Pada kesempatan ini, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas pembentangan ucapan dasar kerajaan sempena pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16, pada 22 Mei 2023. Saya juga mengucapkan terima kasih dan menghargai Ahli-ahli Yang Berhormat yang

mengutarakan pelbagai isu dan saranan semasa membahaskan ucapan dasar kerajaan tahun 2023.

Isu-isu yang di utarakan itu menunjukkan kesatuan kita untuk bersama-sama menjadikan negeri Sabah sebuah negeri yang maju dan makmur. Kerajaan Negeri sememangnya sentiasa mengambil berat isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, terutama sekali bagi isu-isu berkaitan langsung dengan Jabatan Ketua Menteri.

Dengan itu, izinkan saya menjawab beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan.

Tuan Speaker, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 iaitu daripada tahun 2021 sehingga 2025 merupakan satu pelan pembangunan komprehensif yang digubal dan dilaksanakan secara berfasa. Pelan pembangunan ini adalah milik kita bersama, dengan Slogan Sabah Maju Jaya diambil daripada moto dalam Jata Negeri untuk menanam semangat dan nilai-nilai murni di kalangan rakyat Sabah supaya berdaya saing dan memajukan diri, seterusnya menyumbang kepada kemajuan negeri Sabah selaras dengan moto tersebut.

Tuan Speaker, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Tungku atas saranan untuk mengeluarkan report card atau pencapaian Pelan Pembangunan SMJ 1.0. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tungku dan Dewan yang mulia ini, dua laporan telah dikeluarkan iaitu laporan tahunan pencapaian sepanjang dua tahun Pelan Pembangunan SMJ dan laporan pencapaian inisiatif tahun 2022 yang memaparkan perincian report card dengan markah pencapaian. Kedua-dua laporan ini boleh diakses melalui portal Sekretariat Sabah Maju Jaya, smj.sabah.government.my.

Selain itu, sebuah buku juga telah diterbitkan dan Sekretariat SMJ akan mengedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat dalam tempoh terdekat ini. Inilah contoh buku yang telah diterbitkan. Ada dua di sini. Laporan tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Jadi saya telah meminta Sekretariat Hala Tuju ini supaya

membekalkan kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang ada di dalam Dewan ini.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Senallang, membangkitkan isu lesen perlombongan mineral. Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan lesen penerokaan prospecting license kepada beberapa syarikat. Ini merupakan peringkat awal dalam mengenal pasti sama ada terdapat mineral di kawasan yang dilesenkan atau sebaliknya. Kerajaan Negeri akan hanya membuat keputusan untuk aktiviti perlombongan kepada syarikat-syarikat tersebut sekiranya jumlah mineral yang ditemui adalah economic untuk dilombong.

Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Nabawan dan Merotai menyentuh isu permohonan tanah.

Speaker

Yang Amat Berhormat, ada soalan. Yang Amat... (suara bertindih)

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

…dibuka sementara. Ya?

Terima kasih Datuk Speaker dan saya sebenarnya bila mempersoalkan tentang syarikat yang prospecting, activities di peringkat negeri Sabah. Persoalan yang saya bangkitkan, apakah asas yang membolehkan sehingga syarikat ini diberi perlombongan prospecting bukan perlombongan prospecting activities sedangpun kita tahu dan sedar kemungkinan ada syarikat-syarikat bukan hanya di Sabah malahan juga mungkin di Sabah ada, mungkin dia dibagikan juga malahan juga di semenanjung yang mempunyai pengalaman tentang prospecting mineral yang ada. Apakah asas yang potres mineral ini yang sehingga mereka mempunyai apa nama kawasan dua tempat iaitu di Telupid 40 square kilometer dan…

Di Tongod 400 square kilometer dan ini dilaporkan oleh Singapore page pada 6 Mac 2023. Saya nak bertanya, berapa buah syarikat yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri dan daripada itu, saya nak tahu syarikat-syarikat tempatan dan juga asas yang paling penting ialah mengapa kita bagi dengan syarikat luar. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, untuk menjawab Soalan tambahan daripada ahli, daripada Senallang. Dalam usaha kita untuk mencari gali, galian di dalam negeri Sabah ini, kita mempunyai satu dasar yang terbuka.

Bukan sahaja memang keutamaan diberikan kepada syarikat tempatan, kalau syarikat tempatan pun memang banyak yang tidak mempunyai pengalaman.

Jadi kerana itu, kita buka kepada syarikat-syarikat ada daripada Semenanjung, daripada Sarawak untuk menyertai, mencari mineral di Sabah ini. Walaupun mungkin ada yang kita berikan, daripada segi keluasan dan sebagainya. Tetapi, ini bukan bererti apabila terdapat mineral ataupun galian di kawasan itu, kita hanya akan berikan kawasan itu dengan apa nama, dia itu. Satu jumlah yang terhad. Kita telah putuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sabah Mineral Management, hanya 1000 ekar sahaja. Itu pun permulaan. Kalau diberi kelulusan melombong ialah 200 ekar sahaja kerana banyak perkara-perkara yang harus diteliti di dalam usaha kita memberi lesen melombong ini.

Ini cuma prospecting license untuk mereka mencari gali di mana kawasan yang ada. Jadi, soal lesen untuk melombong itu akan diputuskan oleh kerajaan dan juga perlu mendapat komen-komen daripada semua jabatan kerana ianya melibatkan forest, melibatkan alam sekitar dan sebagainya. Tetapi, kita buka apa nama dia itu, kepada syarikat-syarikat kalau saya tidak silap, lebih daripada 30 syarikat yang berminat. Jadi kita bagilah. Tapi kita belum ada apa-apa. Ini cuma di peringkat awalan. Kita pun tidak tahu ada galiannyakah di mana dan sebagainya. Belum lagi. Ini baru peringkat (kurang jelas) Yang Berhormat daripada Senallang.

Terima kasih Yang Berhormat. Dengan izin Datuk Speaker, dah sebut tadi. 30 permohonan. Daripada 30 permohonan itu, berapa dah diluluskan oleh pihak Yang Amat Berhormat, Kerajaan Negeri untuk melakukan prospecting ini dan apakah terms of reference yang kita bahagikan daripada tahun 2023 sehingga 2024 untuk mereka melaksanakan tanggungjawab ini.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya. Lebih daripada 30 lebih. Nanti, ya, kalau diperlukan kita boleh bagi senarai syarikat-syarikat ini dan kita bagi untuk mereka mencari ataupun license ini ialah selama dua tahun sahaja. Kalau dalam dua tahun ini, mereka tidak dapat apa-apa. Maka, dia akan terbatal dengan sendirinya. Ini di peringkat awal. Suka saya maklumkan, ini baru di peringkat awal. Kita pun belum tahu lagi ada apa nama dia itu, ada mineralskah. Tapi mengikut sumber yang kita dapati, Sabah ini banyak minerals galiannya. Ada emasnya. Ada nikelnya. Tapi, kita tidak tahu dimana. Jadi, kita bagi dorang peluang untuk mencari, apa nama dia itu, galian-galian ini. Boleh ah.

Yang Amat Berhormat, boleh. Cuma itu yang saya nak tahu, berapa syarikat tempatan, berapa syarikat luar. Pasal kalau menerusi yang saya dapat laporan ini, contohnya bila mineral, bila prospecting mineral ini, mendapat apa ini, license daripada Kerajaan Negeri. Saham dia 0.42 sen. Immediately after it was announced, dia meningkat 10.7% saham itu. Jadi, kita kena teliti. Kita tidak mahu dari segi hanya digunakan license seumpama ini untuk kepentingan mereka di peringkat luar. Pasal itu saya bertanya, syarikat di dalam negara kita manfaatkan, sama ada di Sabah mahupun, di Semenanjung. Ini pun, saham dorang main sudah ini. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih.

Sebenarnya dia punya saham naik, apa semua itu di luar kawalan kerajaan. Jadi, al-maklumlah dalam bisnes ataupun perniagaan saham ini macam-macam cara. Jadi saya minta maaf, kerajaan tidak dapat mengawal keadaan itu. Mungkin nasib dia baguslah. Naik saham dia, dia untung. Okeylah, saya teruskan. Datuk Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Nabawan dan Merotai menyentuh isu permohonan tanah untuk tujuan lesen pendudukan sementara atau TOL. Untuk

makluman dewan yang mulia ini, berasaskan Enakmen Hutan 1968, bakal pengusaha perlu memohon TOL untuk membolehkan aktiviti membalak dijalankan atas tanah kerajaan. Permohonan untuk tanah kerajaan boleh dibuat sama ada secara individu atau berkumpulan. Syarikat dan pertubuhan korporat atau persatuan yang berdaftar.

Permohonan tanah yang dipohon oleh mana-mana syarikat yang telah diproses dengan lengkap dan teratur oleh Jabatan Tanah dan Ukur dan mematuhi semua kehendak undang-undang, permohonan tanah boleh diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, lesen pendudukan sementara atau TOL dan lesen hutan hanya akan dikeluarkan setelah semua keperluan dan syarat jabatan-jabatan yang berkepentingan dipatuhi, seperti kelulusan laporan penilaian alam sekitar, Environment Impact Assessment atau pembayaran hasil tanah, penyukatan kawasan dipohon dan lain-lain.

Ahli Yang Berhormat Kapayan menyarankan agar pengeluaran Geran Tanah Anak Negeri dipercepatkan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur akan sentiasa berusaha meningkatkan lagi pencapaian pengeluaran Geran-geran Tanah Anak Negeri dari semasa ke semasa. Kerajaan Negeri yakin melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur, pencapaian melebihi saranan yang ditetapkan, akan dapat direalisasikan.

Yang Berhormat Speaker.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat, ada pertanyaan dari Tungku.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ah, boleh.

Yang Amat Berhormat Sulaman. Bolehkah saya mendapatkan salinan lengkap mengenai kelulusan TOL yang diberikan, yang seperti mana, Yang Amat Berhormat Sulaman nyatakan tadi dalam bentuk bertulis. Nama, keluasan, untuk tujuan dan sebagainya. Mana tahu ianya melibatkan kawasan saya. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Saya berharap Jabatan Tanah akan mengambil tindakan dan membekalkan senarai kelulusan TOL yang dimaksudkan. Sama ada Jabatan Tanah ataupun Setiausaha Hasil Bumi. Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Senallang, turut menyentuh isu konsesi pembalakan Yayasan Sabah. Konsesi pembalakan di Tawau masih di bawah urus tadbir Yayasan Sabah kerana kawasan tersebut adalah hutan simpan dan Yayasan Sabah kekal sebagai pemegang lesen. Selepas pembalakan selesai, Yayasan Sabah melalui anak-anak syarikatnya membangunkan tanah tersebut secara usaha sama untuk tanaman pokok industri dan ladang kelapa sawit di mana dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Moyog dan Kukusan membangkitkan keperluan pengisytiharan harta di kalangan anggota perkhidmatan awam.

Speaker

Mohon penjelasan dari Senallang.

Tadi, ya.

Terima kasih, Yang Amat Berhormat menjawab soalan apa yang saya telah bangkitkan mengenai dengan tanah dan saya bertanya.

…tentang satu code section yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh si Albert Lim. Waktu itu, saya masih ingat sejumlah berapa yang diberikan dan saya telah bagi arahan bahawa kalau tidak silap sama ada 30,000 ataupun 20,000 hektar tanah itu serahkan balik kepada Yayasan Sabah untuk membolehkan dapat hasil dan bagi biasiswa kepada anak-anak kita kerana ini merupakan satu, saya tidak ambil semuanya. Saya bagitahu, i’m not here to kill you as a company but we must share. It must be given back dengan izin kepada Yayasan Sabah itu soalan sama ada ianya masih kekal atau dah diberikan balik kepada…

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya, er, ahli Yang Berhormat dari Senallang, soalan ini saya pun saya perlu apa nama dia itu, saya perlu tanya pegawai kita di Yayasan Sabah. Saya sendiri tidak apa nama dia tu, emm, mengetahui detaillah, jadi saya akan bagi secara bertulis nanti kedudukannya.

Ahli Yang Berhormat Ketua Menteri…

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya.

Boleh bagi laluan. Terima kasih Yang Berhormat. Tadi disentuh tentang berkenaan dengan er, pemberian tanah tol ke atas salah satu wakil rakyat kita. Jadi, di sini kemusykilan Yang Berhormat, kita pun tidak tahu Yang Berhormat, permohonan yang dilakukan adakah sama ada baru atau lama telah diberikan. Jadi ini pun kita dapat melalui virallah. Di Whatsapp, di media sosial, jadi adakah begitu mudah untuk rakyat memohon seorang individu kalau dia bukan seorang wakil rakyat. Ini yang menjadi isu, sebab rakyat di luar bertanya kepada kita. Mereka untuk memohon sesuatu untuk digazetkan kampung pun begitu susah. Sedangkan tiba-tiba, ada wakil rakyat yang dapat tanah tol 320 ekar dengan begitu mudah. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih Ahli daripada Merotai. Nanti kita akan ah, maklumkan Jabatan Tanah mengenai perkara ini. Mana-mana yang sudah dibagi tol mana yang sedang dalam proses, sama ada tol itu sudah diluluskan lama, dahulu ataupun baru. Ah, nanti kita akan bagi maklumat secara bertulis.

Terima Kasih.

Datuk Seri, bagi laluan, saya ingin memberi sedikit pencerahan mengenai permohonan tanah yang saya lakukan itu, ia sebenarnya adalah CL dan bukan TOL dan baru PT dan tidak belum lagipun masuk ke dalam LUC. Ada Seksyen 13 dipaparkan notis buat PPST untuk makluman kepada semua. Bukan TOL untuk membalak tapi CL. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih Datuk Speaker saya teruskan.

Speaker

Tuan Speaker. Ahli Yang Berhormat daripada Moyog dan Kukusan membangkitkan keperluan pengisytiharan harta di kalangan anggota perkhidmatan awam.

Yang Amat Berhormat boleh saya mencelah sedikit, saya mengikuti perbahasan Yang Berhormat daripada Nabawan semalam bahawa permohonan itu adalah permohonan untuk koperasi katanya. Tapi, koperasi itu belum siap dan dia mohon untuk menggunakan namanya sendiri. Jadi, sebegitu agak musykil sedikitlah. Jadi, bukan apa pertanyaan-pertanyaan rakyat susah untuk kita jawab. Di kawasan-kawasan kita pun susah rakyat yang memohon digazetkan kampung dan sebagainya. Walaupun bakau-bakau sebenarnya mereka sanggup sebab tidak ada lagi tempat untuk mereka memohon. Jadi, bila begini keadaannya, seolah-olah kita dituduh menyalahgunakan kuasa kita.

Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih.

Dalam hal ini yang melibatkan Ahli daripada Nabawan, pihak saya akan Datuk Speaker menyiasat perkara ini dan kita ambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

Speaker

Kawang, Yang Berhormat dari Kawang.

Datuk Seri, saya minta memberi penjelasan tentang soalan daripada Yang Berhormat Senallang tadi mengenai tanah seluas 30,000 hektar yang diambil dan diberikan kepada Yayasan Sabah. Saya ingin memberi penjelasan bahawa tanah seluas 30,000 hektar tersebut sebenarnya semasa kerajaan yang lalu telah pun ditender dan telah pun dibagi kepada tiga syarikat dan tender yang dilakukan itu semasa kerajaan yang lalu untuk makluman yang Datuk Serilah.

Dan setelah kerajaan baru, kita meneruskan emm, meneruskan emm, i mean setelah ditender dilakukan dan telah dibagi kepada syarikat tertentu kita meneruskan

usaha sama dengan syarikat-syarikat tiga syarikat yang telah mendapat ataupun kelulusan tender tersebut untuk makluman YB Yang Berhormat Datuk Seri dan ianya sekarang masih lagi dalam proses pembalakan dan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Datuk Seri, kerana tanah yang diberikan itu kepada Yayasan Sabah dan ianya masih lagi hak milik Yayasan Sabah namun dilaksanakan oleh Yayasan Sabah tertentu mendapat diberikan tanggungjawab melalui tender mereka perolehi. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Saya ingat ahli daripada Kawang yang juga Pengarah Yayasan Sabah bagi apa nama dia itu penjelasan maklumat secara bertulis kepada ahli daripada Senallang. Supaya err,…

Yang Berhormat kalau dapat saya ingat bila Yang Amat Berhormat dapat maklumat daripada Yayasan Sabah, saya juga ingin tahu apa nama syarikat itu? pasal arahan yang saya bagi di peringkat awal give to Yayasan Sabah supaya hasil itu tidak tahu sama ada Yayasan Sabah melaksanakannya tender untuk memastikan supaya hasil mereka dapat dipulangkan kemungkinan mereka tidak ada keupayaan untuk melaksanakan pemotongan. Tapi, yang penting saya nak tahu kalau dapat macam secara bertulis panjangkan kepada saya supaya saya tahu kerana ini tidak ada arahan waktu saya jadi Ketua Menteri. Cuma arahan saya very clear bagi dengan Yayasan Sabah what they do, it must be on. Revenue must be generated from those to Yayasan Sabah.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Okey er, jadi untuk isu inilah ataupun masalah inilah saya minta ahli daripada Kawang dan juga Pengarah dari Yayasan Sabah nanti bagi maklumat secara bertulis kepada ahli daripada Senallang. Tidak payahlah jawab di sini itu.

Speaker

Yang Berhormat Kawang, ini adalah sesi penggulungan Yang Berhormat Ketua Menteri. Jadi saya cadangkan Yang Berhormat Kawang bagi maklumat itu kepada Ketua Menteri untuk dia bagi jawapan bertulis kepada YB Senallang.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Saya ingat begitulah.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Okey, terima kasih, Tuan Speaker, saya teruskanlah. Ahli Yang Berhormat daripada Moyog dan Kukusan membangkitkan keperluan pengisytiharan harta di kalangan anggota perkhidmatan awam. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, serta Ahli Dewan yang mulia ini, semua pegawai awam yang terdiri daripada pegawai kumpulan pelaksana, kumpulan pengurusan dan profesional, dan kumpulan pengurusan tertinggi diwajibkan mengisytiharkan harta setiap lima tahun. Manakala, pegawai awam yang menyandang jawatan sensitif, perlu mengisytiharkan harta setiap dua tahun.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik Dr. Aliakbar bin Gulasan bertanya, berkenaan perkembangan Yayasan Pembangunan Ummah, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pihak MUIS sedang dalam proses untuk menubuhkan Yayasan Pembangunan Ummah, untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa. Pihak MUIS juga di peringkat akhir untuk, menubuhkan Kolej Islam MUIS yang ada hubung kait dengan objektif Penubuhan Yayasan tersebut untuk memperkasakan pendidikan dan kebajikan ummah.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Jaffari Waliam mencadangkan agar pihak berwajib memeriksa dengan lebih ketat kemasukan pertubuhan NGO dari luar yang masuk ke negeri ini bagi mengelak berlakunya hasutan kepada rakyat terutamanya yang melibatkan isu tanah adat sehingga rakyat membenci dan marah kepada kerajaan.

Kerajaan Negeri sememangnya memandang serius dengan trend kemasukan pertubuhan-pertubuhan atau NGO dari luar Sabah yang semakin kerap masuk ke negeri ini untuk menghasut dan membawa rakyat Sabah…

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Agar membuat demonstrasi serta bantahan secara tidak terkawal.

Kerajaan Negeri akan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan untuk menghalang kemasukan ke Negeri Sabah bagi mana-mana Pertubuhan-Pertubuhan atau NGO atau individu daripada luar Sabah yang mengganggu, yang menggangu keharmonian serta ketenteraman awam di Sabah.

Ahli Yang Berhormat Sindumin, menyentuh pelbagai perkara untuk menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai bandar yang cantik yang menjadikan tarikan pelancong masuk ke Sabah. Isu berkaitan longkang, keadaan bangunan-bangunan lama, penyelenggaraan, pembersihan sungai dan pemotongan rumput. Kerajaan Negeri akan mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya keatas isu-isu yang dibangkitkan.

Berkaitan dengan pembangunan semula kawasan Sembulan. Iaitu Sembulan Urban Renewal Scheme Phase 3. Cadangan pembangunan kawasan ini telah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang mana unit-unit rumah akan diberikan kepada pemilik tanah asal di kawasan tersebut. Manakala selebihnya akan dibangunkan untuk tujuan next development. Ahli Yang Berhormat Senallang telah mempersoalkan.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Mohon laluan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Penglibatan Kerajaan Negeri dalam perniagaan huluan industri minyak dan gas.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Speaker.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Untuk makluman.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Minta laluan.

Speaker

Yang Berhormat?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih atas jawapan mengenai dengan Bandaraya Kota Kinabalu dan janji Yang Berhormat untuk menaik taraf Bandar Kota Kinabalu. Kalau boleh, kita jadikan Bandar Kota Kinabalu ini yang tercantik di Malaysia. Kita ada cukup kriteria, ada laut, ada pulau, ada gunung disekeliling dan macam-macam dan saya minta tambah lagi empat bandar kecil atau pekan dinaik taraf iaitu satu bandar di tanah tinggi, kita cadang di Kundasang supaya macam Switzerland atau pun New Zealand yang cantik. Satu lagi di Sipitang kerana dia bandar masuk daripada Brunei dan Sarawak. It’s a first impression driving from Brunei and Sarawak, dengan izin. Kemudian dua bandar tepi pantai yang cantik iaitu Bandar Kuala Penyu sebagai kerana disitu banyak produk pelacongan dan saya bersimpati Bandar Semporna yang kurang terurus, juga kita masukkanlah Senallang, Sulabayan. Supaya ia, Semporna, cantik dan tempat pelancongan ada Pulau Sipadan, Ligitan dan sebagainya. Jadi, kita mintalah sama ada kerajaan tempatan, Kerajaan Negeri atau pun peruntukan persekutuan. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih ahli daripada Sindumin. Kita ambil maklumlah semua cadangan yang diutarakan itu. Insya-Allah. Mudah-mudahan.

Speaker

Doakan yang baik-baik sahaja.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya. Baik-baik dia punya pertanyaan itu, cadangan. Kita ambil anulah, perhatian serius. Ahli Yang Berhormat Senallang, telah mempersoalkan penglibatan Kerajaan Negeri dalam perniagaan huluan industri minyak dan gas. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, adalah penting bagi Kerajaan Negeri Sabah untuk mengambil bahagian dalam perniagaan huluan industri minyak dan gas kerana industri huluan merupakan sumber kehidupan bagi industri minyak dan gas. Tanpa huluan ini, tiada industri pertengahan atau pun hiliran di negeri ini. Justeru itu, dengan terlibatnya dalam rantaian bekalan huluan industri minyak dan gas, kerajaan Negeri Sabah akan memperolehi faedah-faedah seperti berikut:

1.

Peningkatan faedah ekonomi dan kewangan hasil daripada penjualan kedua-dua minyak mentah dan gas asli yang mana merupakan sumber rantaian nilai indsutri minyak dan gas; 2.

Peningkatan kadar peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan Sabah.

Menggalakkan lebih banyak tawaran serta peluang kontrak tempatan dengan memperolehi persefahaman dalam perniagaan huluan; dan 3.

Peningkatan tahap pengetahuan rakyat Sabah dalam sumber minyak dan gas serta ilmu pengumpulan data rizab hydrocarbon Sabah yang sedia ada atau yang akan datang agar sebarang keputusan dibuat yang berkaitan dengan industri minyak dan gas adalah untuk kepentingan Negeri Sabah. Itulah sebabnya mengapa Kerajaan Negeri meneruskan pengambil alihan 50% saham dalam kontrak perkongsian pengeluaran Semarang PAC yang ditawarkan kepada SMJ Sdn. Bhd. di bawah perjanjian kerjasama komersial yang telah ditandatangani bersama dengan PETRONAS. Hasilnya, SMJ Sdn. Bhd. akan menerima 50% rakan kongsi kelayakan pengeluaran minyak dan gas daripada perkongsian ini.

Bagi petrokimia hiliran, Kerajaan Negeri telah pun memperolehi 25% saham dalam PETRONAS Chemicals Fertilizer Sabah Sdn. Bhd. atau SAMUR melalui SMJ Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik kilang ammonia, urea yang terletak di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang merupakan fasiliti pengeluar ammonia dan urea bertaraf dunia dan dibina untuk menghasilkan 1.9 juta tan metrik ammonia dan urea setahun.

Datuk Speaker, dengan izin.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

ya juga.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

ya

Speaker

Biar dia habiskan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Kejap Datuk ah.

Saya kasi selesai habis dulu ini.

Speaker

Kasih on saja speaker itu. Kasih on saja.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ia juga merupakan komponen loji ammonia dan urea tunggal terbesar di Asia Tenggara dan loji urea ketiga terbesar di Asia Pasifik. Sila.

Saya bangkitkan dan saya juga cadangkan, sebaik mungkin kalau boleh kita offshore exploration yang very costly, menelan belanja beratus juta sehingga mencecah berbillion dan kadang-kadang itu, tidak ada minyak, tidak ada gas yang kita perolehi. Seperti yang saya bangkitkan, langkah-langkah apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan supaya manfaat sepenuhnya bukan hanya interm of shares. Kadang-kadang bila saya dengar tadi, saham sana-sana, 50% tapi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Contohnya stesen minyak. Stesen minyak petrol Sabah gas cylinder yang boleh dikeluarkan dan ini sampingannya anak-anak Sabah akan mendapat pekerjaan downstream. You go downstream rather than upstream. Upstream is very costly. Kalau downstream manfaatnya kepada anak dan juga peniaga-peniaga yang ada. Ini yang saya bangkitkan tentang perkara ini kerana kalau itu berlaku maka adalah stesen minyak di Daerah Semporna. Sindumin katakan tidak ada tersusun. Untuk makluman Sindumin, tahun penghujung ini kita ada Five Star Hotel. Tidak jauh baik daripada Sipitang.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih.

Speaker

Relax.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ahli daripada Senallang. Cadangan untuk hiliran itu memang kita galakkan. Yang kita sebut disini, kita terlibat dalam huluan seperti 50% di telaga gas di Semarang. Kita tidak payah bayar apa-apa pun kepada PETRONAS. Jadi daripada dividen itu yang sepatutnya diberi kepada Kerajaan Negeri itu, saham atau pun potongan akan dipotong daripada sana 70%. Tetapi kita masih menerima 30% dividen setiap tahun dan daripada ini kita akan memperolehi sehingga sekurang-kurangnya 50 hingga 60 juta setahun. Tidak payah kita keluarkan walau satu sen pun untuk membeli saham yang kita dapat 50% itu dan apabila selepas 10 tahun, maka hasil penuh akan kita perolehi. Tiada lagi potongan jadi mungkin kita akan dapat 1.17 billion ringgit selepas 10 tahun. Itu huluan.

Jadi, cadangan Ahli Yang Berhormat daripada Senallang untuk merancakkan aktiviti ekonomi hiliran ini, saya ingat ini perlu kita galakkan kerana ianya memberi manfaat kepada syarikat-syarikat tempatan, orang-orang individu terlibat dalam industri minyak seperti apa tong-tong. penjualan tong gas atau pun stesen minyak dan sebagainya.

Cuma, Yang amat berhormat, saya…

…bertanya pasal kita sedar bukan hanya 60 juta diperoleh. Contohnya, kita share gas yang ada dengan pihak Petronas. Gas kita diproses di Bintulu. We don’t benefit tapi kita ada saham. Kita beranggapan dengan ada pegangan saham itu kita dapat 60 juta, 50 juta tapi mineral yang kita miliki ini kita tidak dapat manfaat sepenuhnya. Pasal itu kalau sekiranya minyak dan gas silinder yang kita keluarkan, kita jual sendiri, tong gas kita buat sendiri, stesen minyak kita buat sendiri dan ini yang jauh beza dia dengan saham tadi Yang Amat Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Insya-Allah, saya ingat kita itu satu cadangan yang saya rasa perlu kita terima di pihak Kerajaan

Negeri kerana ianya boleh mendatangkan kebaikan ah, ataupun keuntungan yang lebih besar kepada Negeri Sabah juga rakyat ataupun syarikat-syarikat tempatan. Itu makanya dalam Agreement CCA kita dengan apa nama dia itu, Petronas kita akan mendapat lebih banyak, apa nama dia itu peluang dan juga manfaat daripada perjanjian tersebut.

Speaker

Okey, Tungku.

Terima kasih Datuk Seri Speaker. Yang Amat Berhormat Sulaman ini layman punya soalanlah ini. Mau bertanya la bakan. Tidak adakah usaha kita mungkin mau buat cari gali minyak ni di atas daratan? Supaya di mana Kerajaan Negeri mempunyai kawalan penuh terhadap aktiviti tersebut berbanding dengan cari gali di pelantar benua. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih daripada Tungku. Saya ingat dulu dalam semasa Kerajaan Barisan National, ada cadangan yang telah dibentangkan di dalam ah, dimaklumkan kepada kabinet oleh Petronas untuk mencari gali di daratan. Ini saya ingat sudah sepuluh tahun tapi sampai sekarang kita belum dapat dia punya laporan sama ada, ada gaskah, ada minyak di daripada kudat, Sandakan, Semporna sampai Kalabakan. Sampai sekarang kita belum dapat laporan daripada pihak Petronas. Untuk makluman sajalah.

(suara kurang jelas) Datuk Dr.

Jarang, baru pertama kali dapat dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya tak pakar dalam ekonomi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pasal saya selalu berfikir tentang kewangan Kerajaan Negeri. Risau pasal setiap pembentangan yang di apa ni, disebut ialah pendapatan tahunan. Saya ambil contoh, dalam apa ni ucapan dasar dia kata pungutan hasil tahunan pada tahun 2022 telah merekodkan hampir tujuh bilion berbanding dengan tahun 2021, 5.449 bilion. Ini merupakan pendapatan pungutan hasil, yang saya tanya ni macam mana kedudukan rizab negara, eh Sabah, sorry, Wilayah Sabah. Ada, kita ada rizab, pasal rizab buat Sabah mempunyai rizab tapi setiap pembentangan Belanjawan Ucapan Dasar ini, ini yang disebut.

Jadi saya tidak pakar, cuma saya nak tahu kepastian sama ada negeri Sabah ini ada rizab. Saya ambil contoh, saya pun bincang dengan rakan-rakan di Sarawak. Contohlah, untuk saya kefahaman saya. Sarawak dia ada rizab 31 bilion, lepas tu pendapatan tahunan lebih kurang 11 to 15 bilion. Itu dia boleh buat bajet tahunan sampai 15 bilion. Jadi, saya nak kepastian ini pasal saya tidak mahir dalam soal ekonomi. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri Kewangan maklum boleh jawab ada berapa rizab kerajaan...

Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih.

Actually ni tidak apa, yang ini saya ingat Yang Berhormat mesti tahu kerana pernah menjadi sebahagian kerajaan. Kita ada rizab but we didn’t tell people our reserve for a simple reason. Kadang-kadang ada yang umum, kadang ada yang tidak tetapi dia berubah. It’s not static, mengikut penggunaan wang kita but I can tell you the last time that I know we have 5 bilion, tidak, rizab yang tidak digunakan itu. Kita ada belanja, kita ada simpanan. Jadi yang kita tidak utilize itu, kita masih ada lima bilion, kita, kita ini orang Sabah ni rendah hati, rendah diri. Kita tidak mau kasih tau orang kita ada duit.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker boleh? Datuk? Am the reserve about five billionlahkan? I’m just wondering, sudah dua tahun collection for SST. What happen to that’s money? Is it spend or not spend? Or does it become a reserve?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Currently the account is five billion nanti apa tu, cash…

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Cash but collection SST based on…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Collection SST, which SST? You mean apa itu …

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

… Collection of all the sales tax…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Semua itu total dia pendapatan kita tujuh bilion.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

…tujuh billion? So that’s mean, it is utilizelah because you have…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Some are utilize and some are already there ... as a reserved … tapi kita punya annual as it was 6.94 billion.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

So, with that reserve are you gonna eventually create a (kurang jelas) fund?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Kita akan buat cara yang terbaik to make sure sekurang-kurangnya kita bukan negeri yang orang bilang, bila sudah hilang duit terus paniklah. We want to, kerana itulah salah satu daripada apa itu keutamaan kita sekarang di apa tu, Kementerian Kewangan ialah we will like to believe that we are spending money very prudently that what I want to say kerana dalam penuh keikhlasanlah after I do the job, if I can leave you with a lot of very healthy reserve than saya rasa saya telah melaksanakan tanggungjawab saya dengan baiklah.

Cuma kita kena mesti ingat perbelanjaan di Sabah ini tinggi. Just to maintain the civil service is nearly 700, over 700 million ringgit per year. Emolumen sahaja so dia tinggi. Jadi, kalau saya boleh simpulkanlah pendapatan tinggi tapi belanja kita juga tinggi dan kerana itulah kita mesti berbelanja secara berhemah.

Datuk Speaker sebenarnya apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya juga pernah menjadi Menteri Kewangan and manage 5.4 billion sehingga mungkin dalam rekod 2019 but that it not the total reserve that you can put it as a fix deposit because gaji-gaji kena dipungut dan saya juga letakkan sinking fund DSTP

almost 1 billion. Itu yang kita katakan but when we talk about special kind of where you put it there, you don’t have to spend money there’s different. Cuma saya ingin bertanya sudah ada duit lima bilion yang seperti, pasal dulu masa Kementerian Kewangan kena belanja banyak masa itu COVID. One million bagi dengan Kementerian Pelajaran, one million bagi dengan bomba, one million bagi dengan berbagai agensi-agensi yang ada APMM, satu billion kita belanja untuk bayar hutang Kerajaan Barisan National dahulu, satu billion satu, almost hundred plus million interest of the seven bank yang ada. Cuma saya ingin bertanya, sudah ada perkara seumpama ini, itu yang saya nyatakan kadang-kadang perkara ini penting, mengatasi masalah keutamaan-keutamaan. Saya nakkan, no, no very prudent in management of the finance yang ada tapi dalam pada itu keutamaan di bawah sana rakyat, airnya, jalan rayanya, kadang-kadang ada tidak sempat tanya tadi. Ini yang keutamaan khususnya di (kurang jelas) itu air itu perkara yang penting. Kalau saya rasa ada lebihan sikit kalau waktu itu kita mampu bayar hutan satu bilion kita mampu, bayar apa ini, bagi dengan agensi-agensi Kerajaan Pusat. Walaupun dia COVID, six million, I spend about more than how many billion untuk tidak, 200 lebih ribu rakyat Sabah di Semenanjung, masalah airnya, satu perkara yang utama yang perlu pembelaan. Kalau ada sedikit kewangan I think immediate we expedite that supaya membolehkan dapat diatasi bukan hanya untuk pelabur tapi rakyat yang memerlukannya. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Saya teruskanlah.

Kita ambil perhatianlah, apa nama cadangan itu kalau kita ada kewangan seperti yang disebutkan reserve kita more than 5 billion sekarang ini dan insya-Allah, keperluan-keperluan negeri yang utama terutama ah, ganti apa nama dia itu, machine genset air sudah maklumkan Menteri Kerja Raya kita gunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini. Jadi itulah agaknya, apa nama itu, kedudukan kewangan ah, negeri yang ada pada hari ini. Jadi, saya teruskan Datuk Speaker, Kerajaan Negeri Sabah juga akan meneruskan lebih banyak pengambilalihan pada masa hadapan agar dapat mengembangkan lagi pelibatan negeri Sabah di dalam industri minyak dan gas

supaya lebih banyak hasil dan penyertaan dapat dicapai untuk negeri Sabah seperti yang telah di...

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Peruntukan dalam CCA. Mengenai dengan cukai jualan ke atas produk petroleum yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Merotai, pencapaian demi pencapaian telah kita kecapi dalam industri minyak dan gas. Kutipan cukai jualan negeri ke atas produk petroleum yang telah menyumbang sejumlah 4.21 bilion ringgit ke atas hasil negeri sejak ianya dilaksanakan hingga kini. Maka Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk menghentikan pelaksanaan cukai jualan negeri ke atas produk petroleum. Hasil daripada industri minyak dan gas mampu melipat gandakan pendapatan negeri, agar… agar lebih meningkat, kukuh dan mampan, yang sudah pasti akan dinikmati oleh semua lapisan rakyat di negeri ini. Tidak dapat dinafikan peningkatan hasil yang drastik sejak dua tahun kebelakangan ini, sememangnya merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan. Walaupun dalam situasi hasil yang terkukuh seperti ini ia bukanlah… bukanlah alasan untuk kita berasa selesa dan berpeluk tubuh dengan pencapaian tersebut. Antara cabaran utama yang perlu kita hadapi, adalah bagaimana untuk mengekalkan sumber hasil negeri agar agenda pembangunan negeri dapat diteruskan selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan SMJ.

Sehubungan itu, suka saya mengingatkan sekali lagi kepada semua kementerian, jabatan, agensi, pemungut hasil negeri untuk melipat gandakan usaha ke arah pungutan hasil yang lebih tinggi di samping terus meneroka hasil-hasil baharu. Kita sedia maklum bahawa walaupun dalam keadaan ekonomi yang semakin pulih ini, kita masih lagi berdepan dengan pelbagai keluhan seperti yang dibangkitkan sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Oleh itu, saya ingin menyeru sekali lagi kepada semua kementerian, jabatan, agensi yang relevan untuk terus bekerja keras dan mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif dan berhemah untuk menyelesaikannya agar keselesaan dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu tabung amanah bagi memastikan peruntukan negeri Sabah yang diluluskan dalam Belanjawan Negara disalurkan terus ke dalam tabung amanah ini. Sekiranya penyaluran peruntukan dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan. Dengan… dengan penubuhan tabung amanah ini, Kerajaan Negeri dapat mengawal dan memanfaat… memanfaatkan sepenuhnya peruntukan dan pemantauan kerja fizikal serta kewangan bagi semua projek pembangunan negeri.

Tuan Speaker, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan.

Yang Amat Berhormat, boleh minta laluan?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya. Ya. Boleh.

Saya ingin minta pencerahan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkenaan dengan notis untuk mengosongkan SFI. Di mana penduduk-penduduk di SFI, Sipitang diberi tempoh selama lebih kurang sebulan untuk mengosongkan premis mereka. Soalan saya apakah ada perancangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk membantu mereka ini bagi apa ni dari segi perikemanusiaan? Di mana mereka akan ditempatkan selepas ini? Kerana kita tahu yang ada di SFI ini bukan sahaja orang Sipitang tetapi juga daripada tempat-tempat lain dari seluruh Sabah. Saya mohon kalau boleh, kita bagi bantuan kepada mereka ini kerana mereka ini semua rakyat Sabah dan manusia juga. Sekian terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Untuk makluman Ahli daripada Darau, sebenarnya kita sudah bantu pekerja SFI ini berkali-kali. Dengan kos saya ingat berjuta ringgit. Bayar elektrik, bayar air dan sebagainya tetapi pekerja ini adalah tanggungjawab syarikat SFI, bukan kerajaan, ini kita kena faham ini. Dan kita telah maklumkan pihak pekerja-pekerja itu supaya mencari alternatif lain sehinggalah benar-benar SFI itu dimajukan. Mungkin mereka akan diambil bekerja oleh syarikat yang telah diberikan konsensi oleh kerajaan. Tetapi

hingga hari ini belum lagi bermula. Jadi, walau bagaimanapun, yang terbaru, kita ada bantu juga bayar elektrik dan sebagainya. Kita prihatin terhadap kebajikan mereka. Bukan kita tidak prihatin tapi kalau hari-hari sepanjang masa, kita kena suruh bayar. Saya ingat mereka mesti mencari juga cara lain untuk meneruskan kehidupan ya.

Dee.. dengan izin persoalan yang dibangkitkan tentang SFI, pengalaman saya di situ sebenarnya kita tahu dia masa itu di bawah masih lagi di dalam bank ya. Dijual kepada India dahulu. Dijual kepada China dahulu. Waktu itu, saya berunding dengan pelabur daripada China, Shen Zhen. Mereka nyatakan sama ada ini disusuli oleh Kerajaan Negeri ataupun tidak. Mereka bersetuju untuk bagi 30 peratus tanpa bayaran satu sen pun kepada Kerajaan Negeri Sabah, dan 70 peratus dimiliki oleh syarikat ini yang mereka ini akan mengeluarkan kertas bukan surat khabar. Tissue paper bila saya perolehi di China, demand is acceding dia cakap. There’s no ample supply. Cuma saya ingin bertanya, waktu itu sehingga seorang peniaga Tan Sri Syed Mokhtar, saya tolak dia… dia pun mengambil tindakan tentang perkara ini. Pasal saya nyatakan bahawa it’s time the state government yang boleh ambil balik hak-hak kita. Convert that bagaimana kita gunakan oleh kerana golden share yang ada. Pasal kayu balak, kayu yang ada di kawasan Sipitang, SFI tidak akan boleh diambil oleh mana-mana pihak tanpa ada persetujuan, ini undang-undang Kerajaan Negeri yang ada. Dan saya gunakan kuasa itu untuk membolehkan supaya kita katakan no ya. Yang kita lakukan ini, maka oleh kerana kegagalan tentang rancangan beberapa tahun pihak syarikat yang dikendalikan oleh Tan Sri tu, maka saya nyatakan Kerajaan Negeri berhak.

Walaupun dia bawa pergi mahkamah, dan dia… dia... perkara ini sebenarnya kita mempunyai asas dari segi legality dia. Apakah pihak Kerajaan Negeri, jangan biarkan mereka kerana ini rakyat kita. Waktu itu, kita bayar gaji bulan-bulan pun ya. Untuk rancangan oleh kerana membolehkan mungkin kalau Yang Amat Berhormat ingin tahu syarikat tu, tidak tahu mungkin i can search, boleh bantu kerana ini khazanah yang dimiliki oleh Sabah. We must take back, tidak mungkin 100 peratus, 30 peratus yang ada. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih Ahli daripada Senallang. Tetapi apabila kita mengambil alih kerajaan, kita tidak apa nama itu pernah di… berjumpa dengan syarikat yang dimaksudkan itu. Kerana itu, kita mengambil keputusan untuk apa nama dia itu, memberi konsensi itu kepada pihak syarikat Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary tetapi sehingga sekarang pun belum lagi berjalan. Kita ada bagi dia masa sehingga ndak tahu bila, cuma kita bagi masa dua tahun. Kalau tidak berjalan, kita akan batalkan perjanjian itu.

Yang Berhormat, syarikat itu sebenarnya ada lawatan saya ke Shen Zhen, mungkin dalam rekod itu ada itu. Waktu itu, Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Hashim Paijan, saya bawa dan kita buat lawatan dan ada rekod dan perbincangan kita lakukan tentang bagaimanana pelaburan ini dapat dimanfaatkan. It’s ready, market is there daripada China, tidak cukup supply.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Okey, kita akan tengok macam mana.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Untuk makluman, walaupun saya sebutkan begitu tadi, kita akan cari jalan juga atas perikemanusiaan untuk membantu rakyat kita yang terjejas, yang tidak ada pekerjaan lagi di SFI itu, okey?

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Minta laluan Yang Amat Berhormat.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Yang Berhomat, bolehkah? Sikit saja. Saya.

Speaker

Sindumin.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ini Tanjong Aru dulu, baru Sindumin.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Terima kasih Speaker. Tentang TAED sahaja.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Yang Berhormat sebab saya ada bahaskan tentang TAED so, saya ingin tanya apa yang status dia TAED bah sekarang ini sebab yang kita nampak sekarang kalau kita lawat TAED Tanjung Aru Beach, Pantai Tanjung Aru bila kita sekarang lawat ke Pantai Tanjung Aru Beach banyak restriction sudah ni seolah tidak macam Public Beach lagi untuk kita punya public lah banyak halangan sudah dia banyak resriction so a lot of public yang asking what is are status of TAED sekarang lah, saya ingin nak tanya supaya Yang Amat Berhormat boleh terangkanlah dan juga kalau boleh saya minta open baliklah itu beach untuk public gunakan bah sebab banyak kalau restriction tu kalau tak percaya mungkin Datuk Speaker atau Menterilah boleh hantar siapa-siapalah tapi bukan Menteri jangan sendiri pergilah kerana kalau dia nampak you memang tidak ada masalahlah, you hantar public atau sesiapalah pergi beach sana you berani tau tu banyak halangan banyak restriction banyak dia tidak dapat guna sudah itu semua saya mintalah kalau boleh daripada Ketua Menteri untuk arahkanlah kepada TAED supaya dia open up TAED itu beach supaya public yang boleh gunakan ini after all is are public beach kita mahu so, ini pendirian kita bukan mahu tolakkan dengan development tidak but kita kena pastikan walaupun ada development the land us are remain open space for kita punya public lah itu sajalah tujuan terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih, kita akan sampaikan cadangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru kepada pihak pengurusan T.E.A.D.

Speaker

T.A.E.D

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Saya akan sampaikan kita belum ada satu lagi keputusan yang menyeluruh tentang pembangunan di Tanjung Aru itu. Jadi mungkin sementara seperti apa yang dicadang itu boleh dipertimbangkan.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Thank you.

Speaker

Okey Sindumin

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengenai dengan isu (SFI) ini saya kita bersimpati sebenarnya pekerja ini tapi (SFI) itu tidak wujud lagi syarikat itu sudah gulung bankrap tidak ada dan saya setuju bahawa mereka perlu cari altenatif tapi sebenarnya saya sebagai ADUN kita tidak membiarkan mereka terkapai-kapai, kita sudah merayu bagi bantuan kepada mereka yang kritikal. Kita hantar bakul makanan kepada mereka yang kritikal. Kita bagi bantuan kewangan kepada mereka betul-betul terdesak, lepas itu baru-baru ini air tidak ada kita juga Pejabat ADUN juga bagi tangki kepada mereka untuk air bukan sahaja Warisan bagi kita pun bagi juga. Mengenai dengan Kilang Lee & Man saya tidak dibawa berunding masa yang lalu tapi saya juga buat due diligence sebenarnya Lee & Man ini memang mahu pindah ke Sabah Sipitang kerana mereka ada 6 kilang kertas di China dan 2 diarah untuk tutup kerana China tidak membenarkan Import kertas daripada America untuk recycle dan tujuan mereka untuk buka di Sipitang ialah buka dismantle kilang yang ada di China dan buka di Sipitang sebagai kilang recycle itu sahaja Yang Amat Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Okey terima kasihlah, ada lagi?

Yang Amat Berhormat minta laluan, terima kasih Yang Amat Berhormat semalam dalam perbahasan saya ada menyentuh berkenaan lombong emas ini, lombong emas ini merupakan hasil Yang Amat Berhormat kepada Negeri kita sejak di beroperasi difahamkan saya dalam jawapan bertulis pada November lepas adalah sekitar 330 juta dan tidak silap saya dan royalti yang kita pungut adalah 16.5 juta cuma yang Amat Berhormat tidak sentuh mungkin saya tidak tahu mungkin terakhir sudah jawapan Yang Amat Berhormat, cuma ingin saya nyatakan bahawa adakah tindakan tegas daripada Kerajaan Negeri untuk mempastikan perkara ini tidak berlaku lagi dan kedua, adakah Kerajaan Negeri akan menghentikan sementara waktu setelah siasatan SPRM selesai dan sebenarnya soalan ini sudah saya bawa pada 2023 masa pembentangan bajet tetapi tidak

disentuh juga hari ini pun tidak disentuh juga saya pun tidak tahu kenapa tidak disentuh sedangkan lombong emas ini adalah hasil kita dan satu lagi saya mahu bertanya adakah syarikat lain telah di award untuk lombong emas ini di Lahad Datu ataupun di tempat-tempat lain, so saya dengar ada lagi Lombong Emas yang akan di award pada syarikat swasta kalau kita sekarang berbicara tentang mahu tuntut royalti 20% daripada petronas yang bukan senang untuk kita.

Speaker

Percepatkan sedikit maghrib sudah mahu habis.

Ya-ya penting ni Datuk Speaker sekarang ini royalti emas ini adalah kuasa kita 5% saja kita ambil saya rasa perlu dikaji semula royalti ini dan juga kalau melanggar sudah perjanjian asal antara Kerajaan Negeri dengan Syarikat ini dan turut terbukti bahawa ada penyelewengan why not diserahkan sahaja pada GLC, kita ambil semula dan kita layak buat operasi terima kasih Yang Amat Berhormat.

Terima kasih daripada Merotai, Kerajaan sekarang ini yang mengikuti perkembangan apa yang berlaku di lombomg emas itu dan pihak Kerajaan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terutama untukah mengutip apa yang sepatutnya diberi kepada Kerajaan royaltinya ataupun cukainya tu jadi sekarang kita sedang menjalankan usaha kita untuk mempastikan kita pun terkejut juga apa bila kita dengar keadaan begitu jadi saya telah minta pihak Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mempastikan kepentingan Kerajaan terjaga di dalam perlombongan emas di Tawau itu.

Yang Amat Berhormat jadi bermakna Kerajaan Negeri akan meneruskan operasi mereka walaupun dalam siasatan SPRM sedang berlangsung.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Kita tengok dulu dari segi perundangan kita tidak boleh terus-terus mengambil tindakan kita kena juga minta nasihat daripada pihak perundangan kita dan sebagainya nanti kalau kita tutup dia puluh sue kita jadi duit lagi kita bayar jadi kita tengoh dari segi perundangan dan lain-lain. Jadi untuk makluman Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini saya baru mendapat maklumat ini reserve kita.,

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Speaker sekejap saja berkaitan dengan gold, adakah kita akan auditkan apa yang mereka tidak bayar selamanya sejak mereka telah memulakan operasi mereka.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Kita akan apa nama dia itu auditlah.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Forensic Audit lah.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya kalau dia tidak bayar beberapa tahun kita kena minta baliklah.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Dan ini termasuk dengan Timber Royalties mungkin telah diseludup ataupun dipermainkan dengan salah guna kuasa di Kerajaan di undeclared sorry dengan pengurusan dan juga orang yang memotong ok terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Insya-Allah. Jadi untuk makluman Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini saya baru mendapat makluman mengenai dengan reserve kita simpanan tunai saya baru dimaklumkan bahawa kita mempunyai 6.786 billion secara tunai reserve kita sekarang ini, untuk makluman Dewan yang mulia jadi…

Yang Amat Berhormat, yang sebenarnya kalau saya dengar itu actually this is not reserve Menteri Kewangan pun faham duit ni kita pakai untuk bayar gaji untuk bayar pelbagai money is reserve is different, reserve is not touchable kita simpan di situ sebagai reserve pasal saya juga mengurus 5.4 million but that is not consider 5.4 billion tapi itu bukannya reserve yang tidak kita sentuh kerana ini pada pembayaran sedikit sebanyak unless you don’t touch for one two years macam sinking fund, you know itu pun kena bayar satu tahun I don’t thing jangan nanti kita keliru di peringkat akar bumi di sana Rakyat oh Sabah dapat reserve banyak sangat ini.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya ini reserve ini saya ingat Menteri Kewangan satu reserve yang kita simpan yang kita tidak gunakan

kecuali dalam hal-hal tertentu. Dia tidak termasuk untuk bayar gaji dan sebagainya kerana macam tahun lepas kita punya perbelanjaan mengurus Negeri dan Pembangunan ialah ada 5 billion lebih sahaja sedangkan kita punya pungutan hasil dekad 7 billion, jadi makna dia yang lain itu kita masuk dalam reserve.

Itu saya faham Yang Amat Berhormat yang saya faham contohnya macam duit kita simpan lebih daripada berapa bank tujuh bank, 10 bank Public Bank, dan Maybank di situ 300 juta 400..

…juta, 100 juta, 50 juta contohnya itu its not kita katakan dia at times bila diperlukan, we have to used that kadang-kadang ada keadaan legal matters, ada keadaannya sebab itu yang kalau boleh mungkin ah, Yang Amat Berhormat melihat dari segi kerangka, tapi nak sebut nanti susah juga pasal macam Yang Berhormat Menteri Kewangan don’t tell the truth, don’t tell kadang-kadang kita nak pastikan bahawa keadaan waktu itu, saya tidak sebut langsung pun mana kita simpan duit, mana kita ni untuk pastikan kadang-kadang ini, pasal Kerajaan Persekutuan pun melihat juga ada duit.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Okey.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Yang Berhormat ah, kita melaksanakan apa itu pengurusan kewangan yang saya fikirlah agak baik, kita bagi statistik apa yang kita adalah ya.

Kedua, bukan niat kita untuk memberitahu oii, banyak duit kami, bukan begitu (bunyi tepuk meja), but it’s my attitude to be honest with you then itulah rizab kita sekarang ah, yang lima yang saya nyatakan tadi itu last year, but we have develop kita punya rizab. That I say saya ingin maklumkan bahawa di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, it was very stringent dari segi penggunaan kewangan. Saya tahu probably I go out in this years the most unpopular finance minister because I’m very strict. But bagi saya, kita kena develop kita punya financial strain

sudah generasi akan datang, ada sesuatu dia dapat tahu punca kewangan dalam apa pun keadaan kita masih boleh survivelah, jadi itulah dia punya every dalam kata apa tadi Yang Berhormat tadi without we making sure apa yang perlu dibelanjakan dan dibayar ya of course saya akan bagi keutamaan.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, just quickly Menteri Kewangan, ah, as said I meant sale tax yang telah diberikan ataupun collection dari Petronas was unaccounted for only until 2000 and 20 March, selepas March okey, now those are not receivable dari awal good that you have manage. My question is dengan duit yang akan datang tahun depan from the collection ataupun your totally collection daripada SST ataupun Petronas, ini akan menambahkan kita punya reserve, because you are not to suspended anyway. My question is, dengan tiada air, dengan tiada…dengan problem jenama elektrik dan sekian-sekiankan. Why don’t you invest into this, lend it into the federal government. For instants Menteri JKR cakap tadi we are lacking of one point something billion for the southern grid lend it to the federal government let them owe you since you have that reserve.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

To be fair we had not reach the level of Sarawak in term of financial had. So, I think kita kena terima hakikat kita belum kaya raya lagi. Harapan kita one day kita akan jadi kaya raya macam Sarawak juga...perlu kita ingat ya.

Speaker

Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Datuk Speaker, saya teruskanlah. Saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan isu-isu berkaitan dengan Jabatan Ketua Menteri. Dalam usaha membawa negeri ini terus maju ke hadapan, saya ingin mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengenepikan apa juga perbezaan dan bersama-samalah dalam menyemarakkan pembangunan demi kesejahteraan rakyat negeri Sabah. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan” kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir di dalam dewan ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan dewan ini ialah usul yang telah dicadangkan pada 23 Mei 2023, iaitu bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas ucapan dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Isnin bersamaan 22 Mei 2023 itu hendaklah dipersetujukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan ‘bersetuju’, Yang tidak bersetuju katakan ‘tidak’, Lebih suara yang bersetuju, Usul dipersetujukan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dewan ditangguhkan sehingga esok, Khamis jam 10.00 pagi 25 Mei 2023.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Kedengaran ketukan sebanyak tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 7.04 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga esok pukul 10.00 pagi, 25 Mei 2023.”

SDN24052023/bnm