Sabah · 14 April 2025

16th Assembly, 5th session, 1st meeting · not final · 324 turns · 47,165 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Sila duduk.

Pemasyuaran dari Tuan Speaker

Setiausaha Dewan

Pemasyuaran dari Tuan Speaker. Tuan

Speaker

Ahli-ahli yang berhormat, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya.

Ahli-ahli yang berhormat, saya suka hendak memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri yang Keenam Belas yang lalu, enakmen-enakmen yang berikut telah diluluskan. 1. Enakmen Perbekalan (2025-2024).

2. Enakmen Taman-Taman Pindaan 2024.

3. Enakmen Lembaga Keluaran Pertanian Pindaan 2024.

4. Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024.

Enakmen-enakmen telahpun diperkenankan oleh Tuan Yang di-Pertua Negeri Sabah pada masa itu, Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin.

Ahli-ahli yang berhormat, saya telah menerima surat permohonan tidak menghadiri persidangan daripada Yang Berhormat N.58 Lamag untuk 10 hari bulan April 2025, Yang Berhormat daripada kawasan N.56 Tanjung Papat pada 16 sehingga 17 April 2025 dan Yang Berhormat kawasan N.42 Melalap pada 10 hari bulan April 2025, 14 sehingga 17 April 2025 dan saya telah meluluskan permohonan-permohonan cuti tersebut.

I Ahli-ahli yang berhormat, selaras dengan Peraturan Tetap 17(1), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah, maka di sini saya memaklumkan bahawa risalah-risalah mesyuarat berikut dibentangkan pada persidangan kali ini, iaitu:

1. Perintah Cukai Jualan Negeri (Kadar Cukai 2024).

2. Perintah Cukai Jualan Negeri (Kadar Cukai 2024 Pembetulan). 3. Perintah Cukai Jualan Negeri (Kadar Cukai (No.2 2024).

4. Perintah Cukai Jualan Negeri (Kadar Cukai 2025).

5. Sijil-sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.

Ahli-ahli yang berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada yang berikut:

Yang Berbahagia Datin Hajah Kalsum bin Abdul Aziz serta semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmahtullah suami yang dikasihi, Almarhum Datuk Haji Muhammad Hamsan bin Awang Supian, ADUN Sungai Sibuga dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah pada 19 Januari 2025 bersamaan 19 Rejab 1446 Hijrah yang lalu.

Yang kedua, Yang Berhormat Tuan Haji Dumi bin Pangiran Masdal dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmahtullah isteri yang dikasihi. Almarhumah Hajah Lindungan Adiman pada 10 Februari 2025 bersamaan dengan 11 Syaban 1446 Hijrah yang lalu.

Seperti mana yang telah ditetapkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 ini, dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula pada hari ini, 14 April 2025 sehingga 17 April 2025. Persidangan akan dimulakan dengan sesi soal jawab kemudian diteruskan dengan sesi perbahasan ke atas usul ucapan terima kasih atas ucapan Dasar Kerajaan Negeri mempertimbangkan Rang Undang-undang dan seterusnya urusan Kerajaan yang lain.

I Alhamdulilah, Istiadat Pembukaan Penggal Dewan Undangan Negeri Kelima Tahun 2025 ini telahpun disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada 10 April 2025 yang lalu.

Istiadat tersebut kemudian diteruskan dengan penyampaian Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.

Saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat agar intipati ucapan dasar tersebut dihayati dan diteliti dengan sebaiknya supaya Ahli Yang Berhormat sekalian dapat memberi perbahasan yang berkualiti dan berkesan semasa sesi perbahasan kelak.

Besarlah harapan saya agar perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat, ditumpukan kepada isi kandungan dan isu-isu yang dibangkitkan dalam ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama.

Berbahaslah dengan penuh kematangan, menggunakan hujah-hujah yang bernas serta berasaskan fakta dan bukti yang kukuh. Ini adalah bagi kita bersama-sama menjamin ketinggian adab dan profesionalisme setiap Ahli-ahli Yang Berhormat dalam mesyuarat dalam menyuarakan…

Speaker

… situasi sebenar di lapangan yang dihadapi rakyat. Di samping itu, saya juga berharap agar Ahli Yang Berhormat menghormati masa yang ditetapkan untuk berbahas bagi memberi peluang kepada Ahli-ahli yang lain untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai badan-badan yang legislatif di negeri ini, kita menggalas tanggungjawab yang cukup berat untuk memastikan kepentingan rakyat di negeri ini dapat diangkat dan diperjuangkan dengan lebih berkesan. Oleh itu, saya berharap pihak Kerajaan akan menyediakan jawapan yang efektif dengan fakta yang sebenar agar jawapan yang dikemukakan dalam perbahasan dan soalan dapat dibincangkan demi mencapai keputusan yang lebih konkrit dan menyelesaikan isu-isu rakyat dibangkitkan.

Ahli-ahli Yang berhormat, sebentar tadi kita juga telah pun melafazkan ikrar Rukun Negara. Ini adalah seperti yang diputuskan oleh Kabinet untuk melaksanakan setiap

I kali Persidangan Dewan dijalankan dan adalah diharapkan semoga kita dapat menghayati dan melaksanakan ikrar rukun negara ini dengan sebaiknya. Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat semua telah arif dengan semua tertib dan peraturan Dewan Undangan Negeri ini. Oleh itu, saya harapkan semua sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini kita jagalah tatasusila, jagalah adat kita semasa kita semua melaksanakan tugas kita di Dewan yang mulia ini.

Sebelum saya minta Setiausaha untuk meneruskan urusan mesyuarat kita, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati daripada Sekolah Menengah Antarabangsa Imperium seramai lima belas (15) orang, enam (6) orang guru pengiring, enam (6) orang pelajar dan tiga (3) orang ibu bapa pelajar. Selamat datang dan selamat belajar. Setiausaha teruskan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lamag.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi, soalan saya nombor satu. *1. YB. Datuk Seri Panglima Moktar bin Radin [Lamag] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah justifikasi kerajaan membenarkan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd terus terlibat dalam projek Empangan Tenom walaupun gagal melaksanakannya sejak 2015.

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat. Jawapan

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama dengan Soalan No. 32 dan 33 pada hari Isnin, 14 April 2025 memandangkan soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan.

I Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Lamag serta Dewan yang mulia ini, saya ingin memperbetulkan dakwaan bahawa Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. gagal melaksanakan Projek Empangan Ulu Padas adalah tidak tepat. Ini adalah kerana Projek Empangan Ulu Padas melalui proses yang panjang termasuklah perubahan pegangan saham, kajian teknikal yang ketat, penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta penularan pandemik COVID-19.

Tuan Speaker, terdapat beberapa faktor utama yang perlu difahami, iaitu:-Pertama, projek ini telah dianugerahkan melalui surat tawaran bersyarat oleh Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air pada 13 Julai 2015. Dengan pegangan ekuiti yang terdiri daripada Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. sebanyak 60%, Sabah Electricity Berhad (SESB) sebanyak 20%, Kerajaan Negeri Sabah sebanyak 20%.

Namun, selepas SESB menolak pemilikan sahamnya, Kerajaan Negeri pada 9 Jun 2016 telah melantik Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. (SEC) sebagai pemegang saham 40% mewakili Kerajaan Negeri melalui syarikat tujuan khas Special Purpose Vehicle (SPV), iaitu Upper Padas Power Sdn. Bhd.. Keputusan ini memastikan penglibatan penuh Kerajaan Negeri dalam projek ini untuk kepentingan tenaga jangka panjang Sabah.

Kedua, sebelum projek ini dapat dimulakan ia perlu melalui proses penilaian yang ketat bermula dari Disember 2015 hingga Mac 2017. Satu kajian usaha wajar due diligent exercise telah dilaksanakan oleh pihak pemaju terhadap engineering data yang telah dibuat terlebih dahulu oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd.. Hasil semakan engineering data tersebut pihak pemaju mendapati adanya keperluan supaya engineering data tersebut diperbaharui dan dioptimumkan bagi memastikan asas teknikal yang kukuh untuk pelaksanaan projek ini.

Ketiga, bermula daripada bulan Jun 2017 hingga bulan Jun 2019, kajian mendalam termasuk special environmental impact assesment pelepasan mineral, penyiasatan tanah dan kerja ukur tanah termasuk kerja-kerja light detection and ranging telah dilakukan. Namun, pada 1 Oktober 2018 pelaksanaan projek ini telah ditangguhkan

I oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Pada 25 Julai 2019, Kerajaan Negeri telah meberi kelulusan kepada Upper Padas Power Sdn. Bhd. untuk meneruskan projek ini dan seterusnya pada 13 Februari 2020 Kerajaan Persekutuan telah memberi kebenaran projek ini diteruskan. Apabila dunia dihambat dengan pandemik COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, sekali lagi pelaksanaan projek ini terjejas, iaitu dari 18 Mac 2020 sehingga 1 November 2021. Ini secara langsung, menghadkan pergerakan sehingga melambatkan kerja-kerja fizikal di lapangan. Tuan Speaker, pada 28 Januari 2022, pihak pemaju telah menerima Initial Letter of Notification daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang mengesahkan kadar tarif permulaan projek Empangan Ulu Padas. Pada 3 Januari 2024, kuasa pengawal seliaan pembekalan elektrik di seluruh negeri Sabah telah beralih daripada Suruhanjaya Tenaga kepada ECOS atau Energy Commision of Sabah dan usaha untuk memastikan pematuhan peraturan tenaga diteruskan dengan pelbagai perbincangan bersama Suruhanjaya Tenaga dan ECOS. Ini termasuk proses menetapkan tarif tenaga pematuhan kerajaan prosedur perundangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Akhirnya, pada 2 September 2024, Energy Commision of Sabah atau ECOS telah mengeluarkan surat pemakluman Letter of Notification untuk tarif muktamad selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Tenaga Sabah pada 22 Ogos 2024. Ketika ini, mesyuarat dan perbincangan mengenai perjanjian pembelian tenaga Power Purchase Agreement dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sedang berjalan dan dijangka dimuktamadkan pada bulan Jun 2025 sementara financial close akan dicapai …

I

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

… dalam bulan September 2025. Manakala penyiapan projek dijadualkan pada bulan Disember 2030, seperti yang ditetapkan oleh pihak EKOS.

Tuan Speaker, Projek Empangan Ulu Padas ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2030 berserta projek-projek penjanaan yang sedia ada dan telah dirancang, akan dapat memastikan jidar simpanan kapasiti penjanaan dikekalkan pada tahap di atas 25% untuk grid Sabah, yang menghubungkan sistem bekalan elektrik ke seluruh daerah-daerah di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Setelah projek Empangan Ulu Padas ini beroperasi sepenuhnya, masalah bekalan air di Sabah akan juga dapat diatasi dengan wujudnya projek skim bekalan air Ulu Padas yang berpotensi untuk membekalkan air sebanyak 6000 juta liter sehari dan mampu menampung keperluan air sehingga 80 hingga 100 tahun akan datang. Selain itu, projek Empangan Ulu Padas menyediakan manfaat seperti berikut: Pertama, berpotensi membekal tenaga solar terapung sehingga 200 megawatt di atas tasik yang berbentuk ... yang terbentuk dengan adanya empangan. Kedua, bekalan tadahan air seluas 4000 hektar akan menyediakan tempat penyelidikan perhutanan dan perikanan air tawar dan ekopelancongan. Ketiga, Kerajaan Negeri melalui Sabah Energy Corporation (SEC) akan memperolehi kutipan dividen melebihi RM3 bilion sepanjang 40 tahun dan kutipan fee permit menduduki hutan simpan di bawah perjanjian lesen jangka panjang, melalui Jabatan Perhutanan Sabah.

Keempat, berfungsi sebagai pengawal aliran air untuk Empangan Pangi, 72 megawatt semasa musim kemarau.

I Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Sabah akan kekal komited, untuk memastikan projek Empangan Ulu Padas berjaya dilaksanakan demi memenuhi keperluan tenaga mampan dan kesejahteraan rakyat Sabah. Oleh itu, isu menamatkan kontrak Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. tidak timbul, kerana syarikat ini bukanlah kontraktor utama dalam Projek Empangan Hidro Ulu Padas. Syarikat ini hanya memegang 15% pegangan saham dalam syarikat pemaju, iaitu Apa Padas Power Sdn. Bhd.. Selebihnya, dimiliki oleh Gamuda Berhad dengan 45% pegangan dan Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. milik penuh Kerajaan Negeri Sabah, dengan 40% pegangan saham.

Sebagai pemegang saham majoriti, Gamuda Berhad telah dilantik sebagai pemaju utama dan bertanggungjawab untuk mengetuai keseluruhan pelaksanaan projek ini termasuk reka bentuk, pembinaan dan pengurusan pelaksanaan teknikal. Gamuda Berhad, bukan sahaja memiliki rekod prestasi yang kukuh dalam pelaksanaan projek-projek infrastruktur berskala besar, mereka juga membawa kelebihan dari segi keupayaan kewangan dengan sokongan dana sedi ada sebanyak RM4.65 bilion yang diperoleh menerusi institusi kewangan tempatan.

Malah, Gamuda Berhad juga telah menyatakan komitmen kukuh terhadap kejayaan projek ini melalui pecah tanah Projek Empangan Ulu Padas yang disempurnakan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Tenom, pada 7 Disember 2023.

Tuan Speaker, struktur perkongsian strategik ini telah dirangka secara teliti bagi memastikan pelaksanaan projek memenuhi kehendak semua berkepentingan termasuk Kerajaan Negeri, pihak pelabur serta komuniti yang bakal menerima manfaat daripada projek ini. Menamatkan penglibatan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. tanpa asas yang kukuh bukan saja akan mengganggu struktur korporat sedia ada tetapi juga berpotensi menjejaskan kelulusan pembiayaan perjanjian teknikal serta keyakinan pelabur, terhadap projek-projek masa hadapan yang melibatkan perkongsian awam swasta di Sabah.

Tambahan pula Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. merupakan antara pihak awal yang terlibat dalam proses inisiatif dan perancangan awal projek ini sejak tahun 2015. Walaupun kini hanya memegang saham minoriti mereka masih memainkan

I peranan dalam kesinambungan pelaksanaan projek. Keterlibatan mereka juga perlu dilihat dalam konteks komitmen jangka panjang dan usaha awal untuk membawa projek ini ke tahap kelulusan dan pelaksanaan seperti yang sedang berlangsung hari ini. Oleh itu berdasarkan struktur pemilikan semasa tanggungjawab pelaksanaan kini diletakkan di bahu pemegang saham majoriti khususnya Gamuda Berhad sebagai peneraju utama dengan Sabah Energy Corporation sebagai wakil rasmi Kerajaan Negeri.

Perkongsian ini juga telah mendapat kelulusan dari pihak Energy Commission of Sabah dan sebarang perubahan besar seperti penamatan rakan kongsi perlu melalui proses penilaian perundangan kewangan dan teknikal yang menyeluruh. Ini adalah satu proses yang panjang memakan masa dan akan merugikan Kerajaan Negeri dan juga rakyat Sabah.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri percaya bahawa struktur sedia ada adalah yang paling sesuai dan stabil untuk menjamin kejayaan projek Empangan Ulu Padas ini. Justeru, tiada keperluan untuk menamatkan sebarang penglibatan dalam kalangan pemegang saham sedia ada selagi projek ini dapat terus berjalan mengikut perancangan dan memberi manfaat jangka panjang kepada negeri dan rakyat Sabah.

Fokus Kerajaan Negeri pada ketika ini adalah untuk memastikan kelangsungan pelaksanaan projek tanpa gangguan, agar manfaat tenaga dan air daripada empangan ini dapat dinikmati rakyat Sabah menjelang tahun 2030 nanti. Tuan Speaker, pinjaman mudah sebanyak RM569 juta daripada Kerajaan Persekutuan pada awalnya yang dipohon oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. bagi tujuan pelaksanaan projek empangan hidroelektrik Ulu Padas, Tenom. Walau bagaimanapun permohonan tersebut telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan kerana pada masa itu Kerajaan Persekutuan telah memberi keutamaan kepada pemberian subsidi untuk negeri Sabah. Kerajaan Persekutuan kemudiannya telah menganugerahkan projek Empangan Hidroelektrik Padas ini kepada Kerjaya Kagum Hi-tech Sdn. Bhd. bersama-sama dengan Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan secara bersama. Sebagai alternatif pembiayaan bagi Projek Empangan Hidroelektrik Padas kini dilaksanakan melalui kaedah public-private partnership itu satu bentuk kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta. Di bawah model ini pihak swasta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyediaan dana pengurusan

I kewangan pelaksanaan serta operasi infrastruktur projek, manakala Kerajaan Negeri berperanan sebagai rakan strategik dalam memastikan kepentingan awam terus terpelihara.

Tuan speaker, Kerajaan Negeri komited memberi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang mencukupi demi kesejahteraan …

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Kesejahteraan rakyat. Sekian.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat. Ada soalan tambahan? Solan Tambahan

Ada, Tuan Speaker. Yang Berhormat, Ketua Menteri. Pada peringkat awalnya, projek ini dianugerahkan kepada Kerjaya Kagum, pemegang 60% dan GAMUDA belum pun ada nampak picture dia. Tetapi mutakhir ini, GAMUDA take over 45% daripada Kerjaya Kagum. Jadi, apa naratif kita dalam usaha untuk memastikan bahawa Sabah ini tidak ketandusan daripada syarikat-syarikat yang berkualiti?

Boleh bayangkan 2015 dianugerahkan sehingga 2025, masih dalam proses untuk persediaan.

Macam-macam.

Tetapi, Yang Berhormat, menafikan ini satu kegagalan. Sebetulnya, ini kegagalan perlu diterima oleh kita semua dan perlu ada jalan penyelesaian.

Kalau ikut istilah perniagaan, take over 45% ekuiti ini, ini menjual saham.

Kenapa perlu dikekalkan Kerjaya Kagum ini? Apakah keistimewaan dia? Sepuluh tahun dia gagal, pun kita masih.

Kenapa tidak diberikan direct kepada Sabah Energy Corporation?

Tidak perlu dia ada pegang ekuiti. Kan kita akan untung?

Sekarang ini, rakyat mempertikai.

Lagi Yang Berhormat, menyatakan, Yang Amat Berhormat menyatakan, akan membekal air enam juta liter MLD per day. Rasa saya

I Sabah ini mandi oleh air sebab enam juta liter MLD per day ini boleh supply seluruh negara. Bukan Sabah sahaja.

Jadi cuba buat kajian, jangan kita dimalukan oleh pihak-pihak tertentu sebab ini semua, perlu membuat kajian. Mana-mana yang tidak relevan, kita tidak perlu lagi pertahankan.

Integriti mesti mahu telus, dalam mentadbir urus kerajaan ini, kita harus mentuntaskan masalah-masalah yang kita hadapi. Rakyat Sabah memerlukan realiti, bukan retorik.

Jadi ini yang saya minta, supaya kerajaan memperjelaskan secara tuntas. Apa naratif dalam perniagaan ini masih mengekalkan Syarikat yang tidak berkualiti.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, soalan tambahan apa?

Siapa itu?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Apa soalan tambahan?

Siapa ini? Siapa itu?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Kuamut sini, abangku.

Oh, saya ingatkan kucing.

Kesian.

Belajar dahululah.

Jangan merengek-rengek.

Speaker, bagi teguran itu.

Nanti saya bagi teguran, sengsara lagi dia.

Soalannya, apakah kerajaan akan menentukan masa depan negeri Sabah ini berlandaskan ketulusan. Di mana syarikat-syarikat pada amalan kebiasaannya, kontraktor pembinaan, syarikat yang gagal akan ditamatkan dan dikenakan pembayaran perbezaan kontrak. Tetapi ini bukan lagi ditamatkan, diteruskan pula. Jadi apa pandangan kerajaan?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, saya ingin menjelaskan sekali lagi, kenapa projek ini lambat dilaksanakan. Saya sudah nyatakan tadi bahawa satu ialah sebab-sebab yang tertentu, saya ulangi balik, kenapa dia lambat.

Tadi, walaupun dianugerahkan kepada Kerjaya Kagum oleh Kerajaan Persekutuan, tetapi banyak kerja-kerja yang perlu dilaksanakan.

I Tambahan lagi, pada 2018, 2020, kita mengalami pandemik COVID-19. Jadi, ini juga melambatkan pelaksanaan di lapangan.

Keduanya, kenapa kita tidak, apa nama dia itu, batalkan saja.

Ini soal urusan perniagaan, business deal di antara Kerjaya Kagum dengan GAMUDA.

Kita tidak boleh campur tangan.

Kalau kita campur tangan, kerana pegangan yang dipegang oleh Kerjaya Kagum ialah 60% dan dia telah serahkan kepada GAMUDA, 45%. Tinggal sama dia, 15%. Jadi.

Yang Berhormat Ketua Menteri, sudah sepuluh tahun (kurang jelas) dia campur 60%.

Speaker

Yang Berhormat Lamag, biar dia jawab habis dulu.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Saya sudah terangkan secara jelas tadi, kenapa lambat projek ini dilaksanakan. Ini bukan disengajakan, kerana jelas di sini.

Nanti kita akan bagi nanti ADUN daripada LAMAG secara bertulis daripada jawapan saya ini, supaya dapat difahami dengan mudah. Kenapa? Kita bukan ada mahu sengajakan atau kerajaan negeri sewenang-wenangnya membatalkan satu syarikat yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membina projek ini.

Banyak yang perlu kita lihat dari segi perundangan, dari segi macam-macam, sebelum kita mengambil tindakan. Tetapi apapun, yang penting bahawa projek ini akan diteruskan untuk faedah rakyat kita. Terima kasih, saudara YB daripada LAMAG. Terima kasih. Teguran. Kita akan ambil, apa nama dia itu, perhatian mana-mana yang boleh kita, apa nama dia itu, kita ambil untuk kebaikan kita bersama. Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Isu yang sama, Senallang. Soalan Tambahan

Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Amat Berhormat.

Setelah mendengar penjelasan Yang Amat Berhormat tentang permasalahan shares transfer ownership yang ada dan juga disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tentang bekalan elektrik, bekalan air. Pasal projek ini tujuan dia untuk membekalkan elektrik, membekalkan air di Sabah. Yang disebutkan tadi 20-30, saya ingin bertanya apakah langkah, itu jangka panjang, jangka pendek, apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak

I Kerajaan Negeri untuk memastikan bukan setakat bekalan elektrik yang masih dalam catuan di seluruh daerah yang ada, ya. Bahkan juga bekalan air yang masih dalam keadaan ketandusan.

Hari Raya saya di Semporna, kena beli tangki air.

RM50.00, RM80.00 untuk memenuhi tangki itu. Takkan dalam keadaan ini, what is the short term dengan izin? Solution to ensure that the people yang ada ini mempunyai bekalan elektrik, kita tak boleh tunggu 20-30.

Anak-anak kita UMS, mandi tak ada air, pakai baldi mereka. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Yang Amat Berhormat dan erajaan Negeri untuk pastikan supaya bekalan ini, short term dia, boleh mengatasi dan kita tidak boleh bergantung dengan lori-lori. Saya nampak di papar lori SEDCO yang ada. Jabatan Air di mana dia? Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih.

Soalan tambahan, tambahan daripada DUN Senallang.

Sebenarnya, projek empangan hidroelektrik ini, dia ada dua. Satu untuk membekalkan bekalan elektrik yang telah dipecah tanah oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang kedua, Kerajaan Negeri juga memikirkan bahawa melalui empangan ini, kita juga boleh mengeluarkan ataupun melaksanakan tambahan air untuk rakyat kita. Dua. Kerana itu, saya jawab tadi, empangan hidroelektrik ini bukan sahaja untuk tenaga elektrik, tetapi juga untuk bekalan air kepada kita terutama sekali di pantai barat ini. Jadi, saya faham apa yang menjadi kegusaran ahli daripada Senallang mengenai masalah elektrik. Sekarang pun, kalau saya boleh nyatakan Sabah Electricity Sdn. Bhd. sedang mengusahakan, usaha-usaha jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang untuk mencukupkan tenaga bekalan elektrik. Saya difahamkan, mulai daripada bulan Jun dan Julai ini, ada apa nama dia itu, pelaksanaan penggunaan base ataupun bateri ini yang akan dilaksanakan dan ini akan mengurangkan permasalahan elektrik kita di Sabah. Saya yakin dengan perlaksanaan ini, jidar ataupun margin akan bertambah kepada sekurang-kurangnya 20 hingga 30%. Jadi, tidak banyak masalah. Sementara kita menunggu permohonan-permohonan tenaga elektrik yang akan dibina dan telah diluluskan oleh.

I

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

… ECOS, jangka masa dua tahun dari sekarang, melalui mini hidro, solar dan sebagainya. Bagi kita peluang untuk melaksanakan kerana perancangan sudah kita buat, begitu juga yang lain. Jadi itu saja yang dapat saya jawab ah, dari ahli daripada Senallang.

Yang Berhormat Speaker.

Yang, Datuk, Datuk Speaker soalan yang saya nyatakan tadi mengenai dengan short term, jangka pendek dia, saya tahu disebutkan solar tadi kerana keperluan elektrik dan air ini Datuk Speaker, bukan hanya rakyat Sabah, pelabur juga.

Pelabur takkan berdasarkan dengan penjelasan tadi, berapa kilowatt yang ada, megawatt yang ada, ataupun berapa kilometer yang boleh membekalkan Sabah ini menjadi tarikan kepada pelabur. Mereka perlukan elektrik, mereka perlukan air. Pelabur bukan hanya rakyat Malaysia, tapi yang penting kepada kita rakyat Sabah, ya. Di semua daerah, bukan satu daerah saja. Terima kasih banyak.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Ya Tuan Speaker, untuk menjawab soalan jangka pendek bekalan air itu nanti saya jawab dalam penggulungan mungkin Yang, Yang Berhormat Senallang boleh sentuh dalam perbahasan nanti sebab ini soalan untuk soalan pertama.

Yang Berhormat Speaker. Last … satu, boleh?

Speaker

Terima kasih. Sekarang saya jemput ah, Yang Berhormat Banggi. Yang Berhormat ah, Tungku, nanti bangkitkan saja dalam perbahasan kamu ya.

Terima kasih Datuk Speaker, Soalan saya No.2.

*2. YB. Datuk Mohammad bin Mohamarin [Banggi] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, adakah pihak LIGS bercadang untuk membangunkan

I tanah milik LIGS seluas 2000 hektar dan juga tanah yang diserahkan oleh FELCRA di Pulau Banggi, jika iya, apakah bentuk pembangunan tersebut dan jika tidak bolehkah pihak kementerian bubarkan sebahagiannya dan serahkan milikannya kepada penduduk kampung.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. I think your dress code is not appropriate ah. Your dress, your suit colour, your dress code. Ah, Yang Berhormat Menteri.

Jawapan

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Okey Tuan Speaker (ketawa). Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih juga kepada Ahli Yang Berhormat daripada Banggi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Banggi dan Dewan yang mulia ini, tanah milik Lembaga Industri Getah Sabah atau LIGS, iaitu di kawasan parcel B, Pulau Banggi adalah seluas 3280 hektar dan bukannya 2000 hektar.

Tanah tersebut telah diwartakan pada LIGS pada tahun 2018 di bawah Seksyen 28 Ordinan Tanah Sabah. LIGS sedang dalam usaha untuk membangunkan keseluruhan kawasan parcel B ini dan LIGS telah merangka pelan pembangunan secara berfasa bagi kawasan itu menggunakan peruntukan yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah RM30 juta.

Pada tahun 2024 tahun lalu, LIGS telah membelanjakan 1.3 juta untuk melaksanakan pengukuran keseluruhannya kawasan pada tahun ini, iaitu tahun 2025. LIGS akan melaksanakan pembangunan tanaman getah seluas 2000 hektar, eh, 200 hektar dengan kos 2.5 juta yang akan melibatkan 60 penduduk kampung setempat sebagai peserta.

Bagi tahun 2026 tahun depan, LIGS merancang untuk membangunkan 400 hektar lagi kawasan ini dengan tanaman getah yang akan melibatkan 130 penduduk kampung setempat dengan kos RM5 juta. LIGS optimis dan komited untuk membangunkan keseluruhan kawasan ini dalam tempoh RMK-13. Adalah dijangkakan pembangunan kawasan parcel B ini di Pulau Banggi akan memberi manfaat langsung kepada 1000 penduduk setempat sebagai peserta.

I Kebanyakannya penoreh-penorehlah. Pembangunan keseluruhan kawasan parcel B ini akan memberi impak ekonomi langsung sekurang-kurangnya 40 juta setahun kepada pembangunan Pulau Banggi. Kementerian ini melalui LIGS tidak bercadang untuk membubarkan pewartaan tanah parcel B, memandangkan peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan sejumlah 30 juta itu telah pun diluluskan.

Fokus LIGS pada masa ini adalah untuk melaksanakan projek pembangunan yang boleh memacu sosioekonomi penduduk Pulau Banggi dan seterusnya sebagai pemangkin pembangunan Pulau Banggi secara keseluruhan. Berhubung dengan tanah parcel A di kawasan Banggi yang telah dipertanggungjawabkan kepada FELCRA untuk dibangunkan, kita akan mengusahakan ini berdasarkan kepada perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan FELCRA. Sekian. Terima kasih.

Datuk, Datuk Speaker.

Speaker

Soalan tambahan. Ya.

Ah, sebentar tadi Datuk Menteri ada menyebut berkenaan dengan penanaman semula getah. Berdasarkan projek yang telah dilaksanakan oleh FELCRA sebelum ini, getah mungkin tidak sesuai di Pulau Banggi. Cuma pada ketika ini ada satu program penanaman nanas MD2 yang dijalankan oleh LIGS. Saya kira sebab saya sempat juga melawat kawasan-kawasan yang telah diusahakan. Jadi saya kira ah, adakah perancangan Kementerian untuk tidak lagi mengusahakan getah tapi sebaliknya menumpukan kepada penanaman MD2 ataupun mungkin juga tanaman-tanaman yang lain. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Ya, selain daripada tanaman getah, ah, sudah tentu LIGS dalam usahanya untuk menambah ah, apa ini income atau pendapatan untuk ah, peserta atau petani untuk menanam getah ah, kita juga membantu mereka untuk menanamkan tanaman-tanaman yang lain seperti MD2 dan ah, aktiviti-aktiviti yang lain.

I Tahun 2022 sahaja permulaan projek tanaman nanas MD2 umpamanya seluas lima ekar melibatkan tujuh orang ah, dengan kos RM35,000 dan tahun lalu, 2024, projek tanaman nanas MD2 di kawasan ini seluas 15 ekar yang melibatkan 12 peserta dengan kos ah, setengah juta. Pada tahun ini pula, program diperluaskan lagi kepada kawasan yang melibatkan 30 ekar lagi, melibatkan 21 peserta dengan kos 1.3 ah, juta.

Selain itu, kita juga membantu ah, petani-petani berkelompok yang melibatkan pada tahun 2023 penanaman ladang getah seluas 61.21 hektar di Kampung Pangkalan Darat. Ini melibatkan 14 orang peserta dengan kos sebanyak 1.16 juta dan tahun lalu 2024, pembangunan kawasan seluas 52 hektar di Kampung Gagaud melibatkan 30 peserta dengan kos hampir satu juta, ya. Terima kasih.

Minta izin Datuk Speaker.

Speaker

Isu yang sama?

Ya. Terima kasih ah, Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat setelah menyebut tentang MD2, nanas dan juga Kementerian Pertanian khususnya bukan hanya penanaman getah yang ada.

Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memastikan bukan hanya raw yang kita ...

… katakan nanas, avokado, kita eksport ke luar negara. Bolehkah we go downstream? Contohnya macam gula-gula ini, honey, lemon, nanas, tapi dikeluarkan di Shah Alam. Takkan kita di Sabah tak boleh keluarkan sendiri, sebab di pasaran supermarket pun ada rubber. Saya dah cadangkan dulu, tayar kereta di Beaufort, contohnya di Kuala Penyu, supaya pastikan raw material, kita tak boleh bergantung dengan eksport raw. Sekarang dunia tanpa sepadan, tapi dalam sudah pun mengambil langkah, they stop that. Dan ini yang saya minta kepada Yang Berhormat,

I apakah langkah-langkah untuk pastikan jangka panjangnya ataupun jangka pendeknya? Pastikan jangan eksport raw material yang ada. Nanasnya, avakadonya ya, sama ada kelapanya yang ada itu, supaya kita proses downstream yang ada. Untuk membolehkan bukan hanya peluang pekerjaan, perniagaan, transport, marketing yang ada, untuk membolehkan anak-anak kita mendapat peluang.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tambunan

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Senallang. Walaupun ini tidak kena-mengena dengan Pulau Banggi (ketawa), namun dia kena-mengena dengan getahlah. Jadi, saya bersetuju dengan ah Yang Berhormat tentang isu apa ini, ah perusahaan untuk memproseskan getah-getah mentah kita, sehinggalah kita boleh buka kilang-kilang pemprosesan. Dan dalam konteks ini, ah LIJS ah sebenarnya sedang ah menunggu ah penandatangan ah MOU dengan beberapa syarikat, untuk mengeluarkan dan memproseskan kasut. Ada juga cadangan untuk ah memproses tayar getah tetapi, ah ini tidak boleh kita buat disebabkan kebanyakan bahan-bahan untuk memproses tayar ini perlu diimport. Jadi, dia tidak menjadi satu ah perusahaan yang akan menarikkan pelabur dan kita sudah cuba. Antara yang kita akan buat nanti mungkin bekerjasama dengan KOSAN supaya KOSAN tidak apa ini tutup, kita bagi dia peluang untuk memproses kasut-kasut dengan syarikat-syarikat yang ah pengeluarkannya di Semenanjung. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Senallang.

Datuk Seri, boleh …

Datuk Speaker, terima kasih.

… Soalan, soalan tambahan.

Speaker

Masukkan dalam perbahasan sahaja, dia sudah habis dua.

Terima kasih, Datuk Speaker, soalan nombor tiga.

I *3. YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, daripada RM500 juta untuk pengendalian dan penyenggaraan jalan raya dan jambatan, berapa syarikat dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut dan perincikan sejauh mana kemajuan kerja yang telah mereka laksanakan bagi setiap kawasan terbabit.

Speaker

Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senallang dan Dewan yang mulia ini. Peruntukan penyenggaraan bagi Jalan Persekutuan adalah disediakan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia, manakala peruntukan penyenggaraan bagi Jalan Negeri adalah disediakan oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Sumber kewangan untuk penyenggaraan Jalan Negeri yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah, pengendalian dan penyelenggaraan jalan raya-jalan raya dan jambatan-jambatan negeri Sabah K56, adalah dari caruman Kerajaan Negeri dan pemberian penyenggaraan jalan negeri oleh Kerajaan Persekutuan, peruntukan Perkara 109(1)(B), Perlembagaan Persekutuan.

Pada tahun ini, caruman Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM450 juta, dan pemberian penyenggaraan Jalan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan pula berjumlah RM675 juta. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat Senallang dan Dewan yang mulia ini, rangkaian jalan raya di Sabah terbagi kepada dua, iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Bagi Jalan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya Malaysia telah melantik satu syarikat konsesi, untuk menyenggara Jalan Persekutuan JKR seluruh Sabah. Syarikat ini telah dilantik pada 1 September 2003 untuk tempoh konsesi selama 15 tahun yang berakhir pada 31 Ogos 2018. Kerajaan Persekutuan kemudian bersetuju melantik semula syarikat ini untuk tempoh lanjutan selama 10 tahun bermula pada 1 September 2018 sehingga 31 Ogos 2028. Manakala bagi Jalan Negeri di bawah seliaan JKR Sabah, Kerajaan Negeri telah melantik satu syarikat konsesi untuk menyenggara Jalan Negeri JKR berturap seluruh Sabah. Syarikat ini telah dilantik pada 1 September 2004 untuk tempoh konsesi selama 15 tahun yang berakhir pada 31 Ogos 2019. Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan tempoh syarikat ini selama 15 tahun lagi bermula pada 1 September 2019 sehingga 31 Ogos 2034.

I Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah melantik tiga syarikat kontraktor untuk menyenggara Jalan Negeri JKR berturap, bagi kawasan luar bandar bagi tempoh lima tahun, yang bermula pada bulan Jun 2023 sehingga bulan Jun 2028. Kerajaan Negeri juga turut melantik sebanyak 32 syarikat kontraktor untuk menyenggara Jalan Negeri JKR tidak berturap atau jalan kelikir mengikut kawasan dan daerah. Untuk Jalan Negeri yang dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandar Raya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Kerajaan Negeri telah melantik satu syarikat konsesi.

Kontrak penyenggaraan ini di bawah seliaan Kementerian Kewangan Negeri Sabah dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Selain dari konsesi dan kontraktor penyenggaraan jalan, Kerajaan Negeri juga telah melantik satu syarikat untuk melaksanakan kerja menaik taraf jalan tidak berturap, iaitu status kelikir dan tanah kepada beraspal bagi seluruh negeri Sabah. Tuan Speaker, peruntukan penyenggaraan jalan negeri ini juga turut meliputi kerja-kerja penyenggaraan di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran, bagi jalan-jalan yang telah didaftarkan ke dalam sistem online MARIS, iaitu Malaysian Road Records Information System.

Tuan Speaker, terdapat tiga jenis kerja penyenggaraan bagi kontrak konsesi dan kontrak penyenggaraan jalan, iaitu kerja penyenggaraan rutin seperti kerja tampalan lubang, potong rumput, pembersihan papan tanda jalan, pembersihan parit, pembersihan pembetung, pembersihan jambatan dan lain-lain kerja berkaitan. Kerja penyenggaraan berkala pula seperti kerja menurap semula jalan raya, pembaikan parit, pembaikan jambatan, pembaikan pembetung, penggantian papan tanda dan lain-lain kerja yang berkaitan. Manakala kerja kecemasan seperti kerja penyediaan lencongan jalan sementara, pembersihan runtuhan tanah, pembersihan pokok tumbang dan lain-lain kerja berkaitan. Kerja penyenggaraan rutin dibayar kepada setiap syarikat konsesi dan kontraktor penyenggaraan setiap bulan. Bagi kerja penyenggaraan berkala pula, pembayaran interim akan dilakukan kepada syarikat apabila kerja telah mencapai kemajuan tertentu. Manakala bagi kerja kecemasan pembayaran dilakukan setiap bulan bagi setiap kerja kecemasan yang dilakukan dan disiapkan pada bulan tersebut.

Untuk makluman, Ahli Berhormat Senallang dan Dewan yang mulia ini, kebanyakan jalan di negeri ini telah melepasi hayat reka bentuk dan tidak sesuai untuk sekadar

I penyelenggaraan rutin. Sebaliknya, ia perlu dinaik taraf secara menyeluruh.

Menyedari hakikat ini pada bulan Januari yang lepas, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan khas berjumlah RM285 juta untuk pelaksanaan kerja pembaikan. Empat jalan utama menggunakan kaedah CIPR, iaitu Call in Place Pavement Recycling. Empat jalan utama tersebut adalah Jalan Nangoh Paitan Kanibungan, Jalan Kanibungan, Jalan Langkon Pitas dan Jalan Sepulut Kalabakan. Peruntukan khas ini adalah untuk pelaksanaan kerja selama 18 bulan yang telah bermula pada awal bulan Mac 2025 dan dijangka disiapkan pada penghujung bulan Ogos tahun hadapan. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, yang telah sedikit sebanyak menjelaskan tentang Jalan Persekutuan, Jalan Negeri JKR dan juga MARIS dan ah saya bertanya dalam soalan saya, Datuk Speaker, prestasinya. Kalau berdasarkan dengan belanjawan tahun lalu peruntukan RM350 juta tahun lalu. Tahun ini kita belanjakan meningkat RM500 juta, Kerajaan Negeri belanjawan dia. Dalam soalan yang dibangkitkan oleh …

… Yang Berhormat MP Ranau di Parlimen, perbelanjaan peruntukan dan perbelanjaan MARRIS Kerajaan Sabah bagi tahun 2018 hingga tahun 2023. Tahun 2022, RM729 juta.

Ini yang telah diterima, ini JKR punya ini jawapan mereka.

Manakala 2023, RM975 juta dan perbelanjaan dia sampai 1 bilion. Itu bagi MARRIS yang ada ya. MARRIS ini kita tahu Yang Berhormat ada rural road yang mungkin keluasan dia 9 kilometer, 9 meter manakala JKR punya dalam lingkungan 12 meter yang ada. Yang itu di bawah JKR, di bawah district, level is different ya. Cuma saya ingin bertanya tadi tu, prestasi satu. Keduanya dari segi nama syarikat yang disebutkan. Kerana apa saya bimbang Datuk Speaker, saya pergi Kudat, saya pergi Sipitang, sakit leher, sakit pinggang, sakit kaki kita dan prestasi apabila saya nampak mereka tampal.

I Saya setuju dengan Yang Berhormat nyatakan but it’s high time to improvised dari segi jalan ini bukan hanya tampal lubang.

Tetapi persoalan dia sekarang Datuk Speaker, saya bimbang. RM500 juta, ini bulan empat dah. Ini RM900 juta diterima 2023. Kita boleh persoalkan kalau Kerajaan Persekutuan bohong tidakkah, ini yang bertulis.

Speaker

Jadi apa soalannya?

Jadi persoalan dia, prestasi perbelanjaan satu.

Keduanya saya nak tahu supaya syarikat-syarikat yang dilantik, kalau boleh bagi nama dia supaya kita boleh supervise dan kita maklumkan di peringkat daerah-daerah, please do your part to ensure the money is there? Terima kasih banyak.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Okey, terima kasih Yang Berhormat Senallang yang bertanyakan tentang prestasi syarikat-syarikat konsesi dan juga kontraktor penyenggaraan yang telah dilantik. Setakat ini prestasi mereka adalah dalam kadar yang memuaskan. Namun, dalam keadaan dikatakan memuaskan pada tahun lepas juga, pihak JKR telah mewujudkan ataupun mengeluarkan non-conformance report dari apa ertinya ada kerja-kerja yang dilakukan kurang menepati skop dan perlu diperbaiki semula sehinggalah non-conformance report tersebut ditutup sebaiknya. Jadi pada tahun lepas sekitar 2,000 lebih NCR telah dikeluarkan dan berjaya ditutup dan pihak JKR akan terus memantau prestasi mereka dari masa ke semasa.

Dan berkenaan dengan nama-nama konsesi yang terlibat yang saya tadi sebut hanya jumlah syarikat, kita boleh bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat Senallang untuk rujukan dan juga tujuan perhubungan.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menekankan status keadaan jalan-jalan raya kita di negeri Sabah. Jalan raya kita memang majoritinya lebih separuh sudah melepasi tempoh had reka bentuk mereka dan perkembangan ekonomi yang dipacu oleh kemajuan pencapaian Kerajaan GRS kini telah meningkatkan aktiviti ekonomi yang tinggi. Jadi apabila satu faktor sudah melepasi jangka hayat. Kedua, ekonomi aktiviti sudah berkembang, jumlah aliran trafik sudah bertambah, manakala

I lagi ditambah dengan bebanan lebihan muatan yang terdedah kepada jalan-jalan raya yang sudah lebih jangka hayat ini ditambah lagi dengan faktor cuaca…

Speaker

Elopura, duduk dulu. Duduk dulu. (Suara bertindih)

Takpa (tidak apa), takpa (tidak apa), saya tahan juga. (suara bertindih)

Speaker

Duduk dulu. Dalam PT bilang (cakap), apabila orang bercakap kita duduk ya.

Ya, saya faham, saya faham.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Jadi inilah menimbulkan cabaran kita.

Jadi kerosakan-kerosakan yang dialami, ada jalan-jalan yang berlubang, kita melakukan kerja-kerja patching ataupun heavy patching.

Tetapi bagi jalan-jalan yang telah melebihi jangka hayat yang sudah strukturnya sudah orang kata sudah terganggu, terganggu jadi patching bukan solusi. Solusinya adalah resurfacing ataupun rehabitilasi. Bagi jalan negeri, sebagaimana yang saya nyatakan tadi, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif pertama, iaitu membuat kerja-kerja rehabilitasi untuk empat jalan tersebut. Jadi, pada mungkin pada tahun hadapan, ada jalan-jalan negeri yang lain juga akan kita rehabilit untuk menjadikan ia lebih sempurna.

Manakala, bagi jalan-jalan Persekutuan, kita telah memaklumkan Kerajaan Persekutuan malah pada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Sabah pada bulan Ramadan yang lepas, kita telah mengemukakan permohonan kita agar peruntukan untuk menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan persekutuan yang sudah melepasi jangka hayat waktu untuk ditambah bagi memudahkan kita menaik taraf kerja-kerja jalan-jalan yang usang tersebut.

Speaker

Okey, terima kasih. Okey, Elopura.

Okey, terima kasih.

Speaker

See you dapat juga kan? Sabar saja, duduk saja.

I

Faham, terima kasih.

Terima kasih Menteri yang jawapan yang manis dan sedap. Tetapi saya memang dalam 5 tahun yang dulu saya pun dengar yang jawapan begitu sampai hari ini. 50 tan punya lori selalu limpas (lalu) Sandakan jalan raya dari check point di Gum-Gum, sampai hari ini pun tidak dapat satu jalan yang bagus untuk Sandakan ini. Ada apa-apa accident terus sumbat di sana 3 jam, 4 jam sampai setengah malam pun ada. Saya rasanya kamu pun dapat telefon dari lain-lain orang aduan tentang ini. Sampai hari ini. Saya tidak kira dia Globinacokah, PKMkah atau yang Gammerlitekah.

Saya tidak kira.

Saya tidak kisah berapa juta, berapa bilion kamu kasih itu kontraktor atau konsesi tetapi Sandakan ini sampai hari ini Batu 7, dekat buaya punya tempat masih belum ada satu kontraktor yang buat itu culvert.

Sekarang dekat mahu putus sudah jalannya. Sampai hari ini dua tahun sudah. Saya report dalam JKR. Bilakah kamu ada cadangan atau laksana satu kontraktor yang kasih selesai masalah ini. Walaupun satu jambatan merah sana, ada satu kontraktor sudah lantik tetapi dia cabut diri tidak mahu buat kerja itu. Ini cara-cara sekarang JKR di Sandakan ini, ini yang situasi di Sandakan jalan raya.

Walaupun sudah ada kontraktor dia lari diri.

Ada yang tak nak kontraktor di jalan yang rosak yang teruk.

Walaupun sekarang Batu 7 sekarang…

Speaker

Okey, soalan dia (suara bertindih). Soalan dia apa? Soalan Tambahan

Ya, saya mahu tanya. Sekarang Batu 7 itu tempat yang selalu banjir itu, itu sebab dia JKKP mahu henti itu kerja. Jadi itu kontraktor tak ada kualiti bah masalahnya.

Saya rasa Menteri harap jawab ini soalan tentang ini situasi daerah Sandakan. Jalan rayakah, kontraktorkah, kenapa hentikan? Kenapa cabut dirikah. Ini masalah sekarang saya. Silakan Menteri.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Elopura. Saya sebenarnya ada melawat tapak pembinaan pembentung ataupun culvert di Batu 7 yang menyebabkan banjir apabila hujan lebat.

Pada lawatan saya pada bulan lepas, awal bulan lepas saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja boleh siap sehingga pada bulan Mei ini. Saya pula saya terkejut apabila mendengar kontraktor lari. Saya akan semak sama ada betul

I atau tidak kenyataan yang dikemukakan.

Insya-Allah kita akan mengambil solusi terhadap perkara tersebut.

Terus boleh tahu sudah itu kontraktor memang lari diri, itu pagar semua sudah cabut.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Kerja Raya · Tanjung Keramat

Saya akan tanya kepada Pengarah JKR dan Jurutera Daerah Sandakan.

Speaker

Okey, nanti dia akan jawab. Saya jemput…

Datuk Speaker, soalan tambahan Datuk Speaker. Satu saja.

Speaker

Situ ada dua sudah soalan tambahan sudah. Jadi apa-apa yang you mahu bangkit pasal jalan, you bangkitkan dalam perbahasan nanti ya.

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Suhaimi Haji Nasir.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Speaker.

Pergi memancing mencari sepat, Singgah berteduh panas mentari, Soalan saya nombor empat, Harap dijawab Yang Berhormat Menteri.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

*4. YB. Datuk Suhaimi bin Haji Nasir [Adun Dilantik] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membina lebih banyak perumahan kos rendah yang mampu milik untuk B40 di seluruh Negeri Sabah.

I Jawapan

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih Datuk Speaker.

Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Suhaimi bin Haji Nasir dan makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina lebih banyak perumahan kos rendah yang mampu milik untuk B40 di seluruh negeri Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Kerajaan Negeri melalui agensi pelaksananya Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar atau LPPB sedang melaksanakan pembinaan perumahan kos rendah sebanyak 225 unit di 5 lokasi strategik, iaitu 50 unit di Kemabong, Tenom, 50 unit di Sukau, Kota Kinabatangan, 50 unit di Melalap, Tenom, 25 unit di Beluran dan 50 unit di Pitas melalui biayaan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri. Rumah akan dijual kepada golongan B40 yang berpendapatan rendah dengan harga ringgit…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

… RM47,000 seunit.

Datuk Speaker, pihak Kerajaan Negeri melalui LPPB juga telah merancang untuk membina lebih banyak lagi rumah kos rendah bagi golongan B40 ini di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 biayaan Kerajaan Negeri akan datang dan kini diperingkat penyemakan serta kelulusan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah atau UPEN. Sekian terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat. Soalan Tambahan

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Penjelasan dan penerangan yang cukup jelas dan juga kita tahu apa yang telah berlaku. Namun saya juga ingin Datuk Speaker berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu, telah membina lebih banyak rumah-rumah PPRT ataupun PPR. Tapi adakah Kerajaan Negeri yang mempunyai cadangan memperhalusi konsep sewa beli untuk Program Perumahan Rakyat PPR di Sabah

I yang melebihi 15 tahun. Ada yang sudah melebihi 20 tahun kerana apa yang berlaku sekarang ini yang dahulu dipohon oleh orang tua mereka tetapi apa yang berlaku bila orang tua mereka meninggal, anak yang tinggal sekarang telah dikeluarkan daripada PPR tersebut. Dan ini yang berlaku, tetapi apabila yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi cukup memberangsangkan dalam Kerajaan pada hari ini.

Jadi, apa yang saya ingin bertanyakan di sini apakah yang menjadi persoalan yang rumah telah ditinggalkan 15 tahun lalu ataupun 20 tahun lalu adakah perancangan Kerajaan hari ini untuk memberikan sewa beli kepada penghuni yang ada pada hari ini. Sekian terima kasih, Datuk Speaker.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Terima kasih soalan tambahan daripada Ahli Yang Berhormat Dilantik. Sebagai makluman, PPR sebenarnya adalah ah, perumahan daripada Kerajaan Persekutuan dan apabila dia siap, kita akan baru diambil alih oleh Kerajaan Tempatan ataupun Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan-kawasan tertentu dan polisi dia pada sekarang ini hanyalah untuk menyewakan kepada mereka-mereka yang layak untuk menyewa. Itu polisi dia. Tidak, belum ada polisi untuk dikenakan bagi sewa beli setakat ini. Terima kasih.

Walaupun kita tahu … terima kasih speaker. Sorry ... sorry ...

Speaker

Kasi Tanjung Arulah. Soalan Tambahan

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Datuk Speaker. Ya soalan tambahan saya Datuk Menteri. Tadi saya dengar jawapan daripada Menteri itu ada beberapa rancanganlah untuk bangunkan perumahan yang kos rendahlah. Tapi saya tidak dengar Tanjung Aru tu Datuk Speaker sebab sekarang ini tapak rumah pangsa ini sedang diproses untuk dia orang pindah atau halaulah, dia penghuni daripada sana tapi itu tapak LPPB. Bina rumah mampu milik dahulu. Kenapa itu tidak masuk dalam itu rancangan untuk bina itu rumah yang kos rendahlah, perumahan yang kos rendah tu. Jadi saya nak tanyalah di sini Datuk Speaker.

I Adakah tapak Tanjung Aru rumah pangsa tapak tu akan dibina, bangunkan rumah mampu milik atau rumah kos rendah untuk rakyatlah. Sabah. Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Kundasang

Rumah pangsa di Tanjung Aru kita akan membina semula sebagai Mixed Development Area. Ada yang mampu milik dan juga ada yang lebih daripada mampu milik. Terima kasih.

Datuk Speaker, Datuk Speaker.

Speaker

Ya, Yang Berhormat sekarang saya jemput Yang Berhormat Moyog.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker sekarang Soalan saya nombor lima.

*5. YB. Datuk Ignatius Dorell Leiking [Moyog] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, apakah status terkini mengenai tuntutan 40% jumlah hasil dari Sabah dalam Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63).

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Matunggong

Ya Tuan Speaker.

Memandangkan pertanyaan ahli Yang Berhormat ADUN Moyog dan ADUN Sekong adalah berkaitan pemberian khas kepada Kerajaan Sabah, saya akan menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut sekali gus. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seperti yang Kementerian Kewangan pernah jelaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada November tahun lalu, amount bayaran interim pemberian khas negeri Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada RM600 juta pada tahun 2025. Selaras dengan kenaikan itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju menerima amaun baharu tersebut sebagai penyelesaian interim bagi maksud perintah baharu digubal, diwartakan, dan seterusnya bagi membolehkan pembayaran pemberian khas bagi tahun 2025 dibuat. Manakala, rundingan akan diteruskan sehingga satu amaun

I baharu boleh dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Seterusnya, mesyuarat jawatankuasa teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 MTPM 63 Bilangan 1 Tahun 2025 yang telah diadakan pada 13 Mac 2025 di Putrajaya, dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Fadilah bin Haji Yusuf, Timbalan Perdana Menteri memutuskan bahawa sesi rundingan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan diadakan pada 30 Jun 2025. Tuan Speaker, Kementerian Kewangan juga pernah menjelaskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu, bahawa Kerajaan Negeri tidak mempunyai data lengkap berhubung hasil-hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan di negeri Sabah. Walaupun Kerajaan Negeri telah memohon sebanyak 13 kali perkongsian data, namun sehingga kini Kerajaan Persekutuan belum memberikan sebarang maklum balas perkongsian data dan menyebabkan Kerajaan Negeri mempunyai kekangan dalam pengiraan hasil bersih Persekutuan.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan membuat pengiraan anggaran amaun, pemberian khas dengan menggunakan data tersedia serta andaian munasabah daripada kajian yang dibuat untuk menganggarkan hasil bersih Persekutuan. Susulan ini, Kerajaan Negeri telah mengemukakan tuntutan amaun pemberian khas bagi tahun 2023 kepada Kerajaan Persekutuan dan menegaskan pendirian Kerajaan Negeri untuk mengekalkan formula asal pemberian khas seperti yang termaktub di Perkara 112C dalam Bahagian 4 Jadual Ke-10 Perlembagaan Persekutuan, iaitu dua per lima atau 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan di Sabah. Selain itu, jumlah tuntutan Kerajaan Negeri adalah meliputi tuntutan pemberian khas bagi tahun-tahun yang hilang di mana tiada kajian semula dilakukan sejak tahun 1974 sehingga kini.

Tuan Speaker, sekiranya perundingan tidak mencapai persetujuan kedua-dua pihak, maka penaksir bebas hendaklah dilantik selaras dengan perkara 112D (6) Perlembagaan Persekutuan. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan.

I Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih atas jawapan. Saya ingin bertanya, emm, figure yang telah disebut oleh N39 Tambunan baru-baru ini di mana Kerajaan tanpa data telah estimate bahawa 20 bilion adalah angka 40% ataupun 25 tuntutan Kerajaan Sabah. Adakah ini telah dibentang dalam Majlis Teknikal MS63 di Federal? Dan adakah ini juga didapati daripada data-data yang ada di State dan juga telah dibentang oleh Persekutuan dalam Teknikal Committee yang ada di Kerajaan Persekutuan? Terima kasih.

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Matunggong

Terima kasih ADUN Moyok. Jawapannya belum, seperti yang saya telah sebutkan sebentar tadi, rundingan yang telah ditetapkan, ini adalah yang terkini, adalah pada 30 Jun tahun ini. Jadi apa-apa data yang telah disebutkan itu saya pun tidak boleh komen dan apa yang saya boleh nyatakan di situ adalah 30 Jun itu adalah tarikh untuk kita kemukakan rundingan tersebut.

Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Okey, okey. Tungku.

Saya bagi Senallang.

Speaker

Okey. Dia bagi bos dia. Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat tadi, menyatakan bahawa kita tidak mempunyai pangkalan data yang lengkap tentang hasil yang telah dipungut di negeri Sabah ini. Dan apakah langkah-langkah untuk memastikan supaya pihak Kerajaan Negeri mempunyai maklumat yang tepat? Ya. Dan saya cadangkan satu langkah saja, ya, belum yang lain itu. Bolehkah kita meminta supaya semua syarikat-syarikat yang ada di Sabah, beroperasi di Sabah, sama ada terlibat dalam kelapa sawit Felda, terlibat dalam minyak, Petronas, terlibat dalam ... juga mereka harus mendaftar syarikat mereka di peringkat negeri Sabah, supaya

I kita, selaku Kerajaan, boleh mengenali, mengetahui. We have legal right to ask question dengan izin….

... how much money have you earned untung daripada dan bayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan? Dan saya yakin kita di peringkat negeri, Datuk Speaker, kita banyak syarikat-syarikat di bawah Kerajaan Negeri. We know how much tax is been given by the GLC kepada Kerajaan Persekutuan. Takkan pangkalan data ini kita tak dapat kumpul semuanya. Agensi sama ada SLDB, sama ada Yayasan Sabah, sama ada Benta Wawasan, sama ada berbagai-bagai. But cukai mereka pungut beratus bilion yang ada semenjak kita merdeka ini. Dan adakah pihak Kerajaan, saya ingat kalau boleh jangan lambatkan register insist on it because they are operating in Sabah. Ya. Dan kita akan mengenal pasti, bukan hanya mungkin. Pertama, mungkin syarikat daripada Persekutuan, kita tidak dapat ah kerjasama sebaik mungkin.

But immediately agensi Kerajaan, syarikat negeri Sabah yang ada yang beroperasi di peringkat negeri Sabah ini.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih, Yang Berhormat Senallang.

Sebenarnya cadangan itu adalah satu daripada pilihan-pilihan yang ada pada kita. Cuma ah pihak perundangan kita sudah mengundikan dari segi perundangan, sama ada dia melibatkan ah undang-undang dan sebagainya. Tapi saya ingin ah apa ini, beri jaminan bahawa kita akan buat apa saja untuk memastikan data-data yang kita perlukan itu dapat kita perolehlah. Buat sementara waktu, data-data yang kita telah perlu peroleh adalah atas andaian kita sendiri berpandukan kepada pengumuman ah dan juga barangkali ah andaian munasabah yang kita fikir ah sesuai untuk dijadikan asas kiraan.

Terima kasih.

I

Tuan Speaker.

Speaker

Okey, sekarang saya menjemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Jaffari Waliam.

Terima kasih, Datuk Speaker, Soalan saya nombor enam.

*6. YB. Datuk Jaffari bin Waliam [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI / MEMEGANG PORTFOLIO EXCO AGAMA, adakah kerajaan bercadang membina sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di Sandakan.

Jawapan

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersama dengan soalan nombor 16 pada hari ketiga, soalan daripada Ahli Yang Berhormat ADUN Sekong memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN yang Dilantik dan ADUN Sekong serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, JHEAINS, telah mencadangkan pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di Sandakan, Tuan Speaker. Cadangan ini telah disenaraikan dalam sebahagian daripada projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan dilaksanakan di kawasan hub pendidikan Batu 10, Sungai Batang dengan anggaran kos pembangunan sejumlah RM50 juta. Bahagian Sandakan ini, Tuan Speaker, mempunyai sebanyak 10 buah Sekolah Agama Negeri (SAN) dengan jumlah murid seramai 1484 orang pelajar.

Sehubungan itu penubuhan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) adalah amat diperlukan bagi menampung pelajar dari SAN yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sekolah Menengah Agama Negeri dalam aliran agama. Sekian, Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan.

I

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan tambahan. Apakah sistem dan kokurikulum yang akan dicadangkan JHEAINS sekiranya SMAN Sandakan ini telah diwujudkan di Batu 10 Sungai Batang? Terima kasih, Datuk Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, ah untuk menjawab soalan tambahan berkenaan ah kita akan melaksanakan insya-Allah, penubuhan ah sekolah ini apabila sudah diwujudkan berdasarkan kurikulum yang diselaras dengan kurikulum Al-Azhar, Universiti Al-Azhar sepertimana Sekolah Menengah Agama Negeri yang lain. Ah yang enam itu. Sekolah Menengah Toh Puan Hajjah Rahman, Sekolah Menengah Pantai Manis Papar, Sekolah Menengah Agama Keningau, Sekolah Menengah Agama Tambunan, Sekolah Menengah Agama Pantai Manis Papar. Kecuali satu kita tambah dengan kurikulum ah Tahfiz, iaitu Sekolah Menengah Agama Negeri Kunak. Ah kurikulumnya juga adalah ah mengambil bidang Usuluddin Syariah, Ulum Syariah, kemudian ah Luwak Arabiah dan Adab atau Sastera Arab. Terima kasih.

Speaker

Sekong.

Speaker.

Speaker

Sekong.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, YB Menteri. Saya ingin bertanya, bila agak-agaknya projek pembinaan SMAN di Sandakan di Batu 10 itu dimulakan dan jangkaan ianya disiapkan? Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya nyatakan tadi bahawa kita sudah masukkan dalam RMKe-13. Sekiranya sudah diluluskan, insya-Allah kita akan mulakan projek berkenaan.

Speaker

Okey, sekarang saya ingin menjemput ...

I

Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Okey, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Segama.

Datuk Mohamaddin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Soalan saya, ah soalan nombor tujuh, Tuan Speaker.

*7. YB. Datuk Mohamaddin bin Hj. Ketapi [Segama] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengadakan program jelajah kerjaya untuk para belia, siswa, siswazah di Lahad Datu.

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Datuk Speaker, bagi menjawab ah pertanyaan Ahli Yang Berhormat Segama dan untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini. Kementerian saya belum bercadang untuk mengadakan program “Jelajah Kerjaya” untuk para belia termasuk belia siswazah lepasan Institusi ah Pengajian Tinggi di Daerah Lahad Datu.

Sekian dan terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan.

Datuk Mohamaddin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Tiada, Tuan Speaker. Terima kasih.

Speaker

Tiada? Okey, kalau gitu saya menjemput Yang Berhormat Sekong.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor lapan.

*8. YB. Tuan Alias bin Sani [Sekong] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah status Pusat Jantung Sabah yang telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke10.

I Jawapan

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Terima kasih, Datuk Speaker. Untuk menjawab soalan daripada ADUN Sekong, pelaksanaan projek naik taraf Pusat Jantung Sabah ada dalam fasa penyediaan dokumen Schedule Of Accommodation atau SOA dan preliminary detail abstract daripada agensi pelaksanaan, iaitu Jabatan Kerja Raya Malaysia, JKRM dan setakat ini JKRM telahpun membuat lawatan tapak ke Hospital Queen Elizabeth II pada 22 hari bulan hingga 23 hari bulan Januari yang lalu untuk membuat semakan skop kerja serta tinjauan tapak projek.

Speaker

Soalan tambahan, Yang Berhormat Sekong. Soalan Tambahan

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Memandangkan keperluan kepada Pusat Jantung Sabah ini adalah satu perkara yang darurat, apakah ah YB Menteri boleh memberikan penjelasan agak-agak jangkaan ianya dapat dilaksanakan? Terima kasih.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Ya, kita faham. Memang ah masalah jantung di Sabah ini semakin hari semakin meningkat. Sebab itu lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun lalu kita ajukan peruntukan untuk menambah baik Institut Jantung kita di Queen II dan kita jangka Institut Jantung Sabah yang beroperasi di Queen II ini dijangka akan dimulakan kerja-kerjanya dalam bulan September ini kerana untuk makluman dalam bulan ah Mei ini, ah PDA ini akan diserahkan kepada JKR Malaysia untuk dimuktamadkan harganya. Terima kasih.

Speaker

Okey, terima kasih.

Speaker

Sekian, itu saja kita punya sesi soal jawab untuk hari ini. Teruskan, Yang Berhormat Setiausaha.

I USUL UCAPAN TERIMA KASIH

Usul menjunjung rasa terima kasihMotion

Setiausaha Dewan

Usul menjunjung rasa terima kasih. Tuan

Speaker

Ahli Yang Berhormat daripada Telupid saya jemput untuk mengemukakan usul.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa usul yang berikut hendaklah dipersetujui. Bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Khamis bersamaan 10 April 2025.

Speaker

25 minit ya?

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Berapa?

Speaker

25.

11.29 pagi

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih, Datuk Speaker. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, dan salam Sabah Maju Jaya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang Mulia ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada yang meraihkannya.

Datuk Speaker, saya berdiri di sini untuk menyampaikan ...

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

…..menyampaikan ucapan terima kasih ke atas Ucapan Dasar Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, Datuk Seri Panglima Dr. Musa bin Haji Aman sempena dengan Istiadat Pembukaan

I Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri, kali yang Ke-16 pada April yang lalu.

Datuk Speaker, seperti kebiasaannya ucapan dasar ini telah merangkumi semua aspek yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Ini termasuklah juga Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya melalui strategik baru yang akan dilaksanakan untuk memastikan pentadbiran dan pembangunan Negeri Sabah ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Dalam tempoh lima tahun Kerajaan Negeri ini memerintah, kita melihat beberapa kejayaan yang telah dicapai terutamanya kepada peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri yang sentiasa bertambah daripada tahun ke tahun. Ini membuktikan bahawa sistem pentadbiran dengan beberapa pendekatan yang bijak telah meletakkan Sabah di landasan yang baik dan meyakinkan. Dengan peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri ini, sudah tentu akan merancakkan pembangunan ekonomi serta meningkatkan kualiti pentadbiran Kerajaan dengan penambahbaikan sistem penyampaian serta perkhidmatan yang lebih baik.

Dalam Ucapan Dasar telah menyentuh beberapa perkara asas, iaitu pelaksanaan dasar tentang perindustrian, keterjaminan makanan dan juga pelancongan.

Pendapatan kita telah meningkat pada tahun ini sahaja sehingga mencapai pada angka tujuh bilion. Salah satu penyumbang yang terbesar adalah daripada sektor pelancongan yang hampir mencecah sembilan bilion dan inilah bukti Kerajaan yang komitmen untuk mencari pendapatan kita untuk pembiayaan-pembiayaan pembangunan di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar. Datuk Speaker, secara keseluruhannya, kita dapat melihat pembangunan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Kehadiran ramai pelabur di negeri Sabah ini bukan sahaja dapat merancakkan rantaian ekonomi tetapi juga mengurangkan kadar pengangguran, seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah dan ini sudah tentu akan menjayakan matlamat Kerajaan untuk mensifarkan kadar kemiskinan di negeri Sabah.

Dalam usaha mensejahterakan rakyat, kita berterima kasih kepada Kerajaan karena pelbagai inisiatif yang telah diambil untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pemberian RM300.00 setiap bulan pada tahun ini, sedikit

I sebanyak melegakan rakyat yang sangat memerlukannya.

Bantuan RM5,000.00 kepada penjaja di tepi jalan secara one-off juga memberi impak positif ke arah pengembangan perniagaan, terutama kepada peniaga luar bandar yang ramai terlibat dengan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, seperti AI.. iaitu AIM, pinjaman Yayasan Usaha Maju dan pinjaman-pinjaman lain.

Sebelum itu Datuk Speaker, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati daripada DUN Telupid, sila angkat tangan.

Lebih kurang ada 30 orang. Kita juga berterima kasih, amat berterima kasih kepada Kerajaan karena telah memperkenalkan satu lagi bantuan yang amat penting dan berharga, yang dinanti-nantikan oleh rakyat kita di luar bandar, iaitu bantuan rumah SMJ kepada mereka yang tidak mempunyai rumah ataupun mempunyai rumah yang sangat daif. Sebanyak 40 unit buah rumah SMJ di setiap DUN, iaitu 73 Dewan Undangan Negeri melibatkan 3,000 unit dan ini tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan sebelum ini. Dan inilah pencapaian terbaik untuk Kerajaan semasa pada hari ini dan sukacita saya ingin memaklumkan dan kongsikan di Dewan yang mulia ini, ada penerima yang menangis apabila diberitahu mendapat bantuan rumah percuma daripada Kerajaan Negeri.

Selain daripada itu, kita juga diberitahu oleh Kementerian Kewangan bahawa diperkenalkan satu lagi insurans kepada seluruh rakyat Negeri Sabah yang memegang kad pengenalan, iaitu Bumiputera Sabah yang berumur daripada satu bulan kepada 80 tahun. Insurans ini diberikan kepada seluruh rakyat Sabah yang menghadapi kemalangan melibatkan kematian dan juga kecacatan kekal. Kerajaan telah memperkenal.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, cuba check betulkah fakta Bumiputera Sabah atau keseluruhan rakyat Sabah, kelahiran Sabah?

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Keseluruhan, minta maaf, minta maaf Speaker. Saya ingin perbetulkan, keseluruhan rakyat Sabah yang memegang kad pengenalan.

Terima kasih Datuk Speaker dan ini juga inisiatif yang pertama diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sebagai bukti kita prihatin kepada masyarakat kita yang mengalami musibah seperti kemalangan dan sebagainya.

I Datuk Speaker, kita juga berterima kasih kepada Kerajaan kerana mengambil berat tentang kebajikan pelajar dan mengambil berat mengenai keperluan pelajar bagi memastikan pelajar kita di seluruh Sabah ini dapat pendidikan yang terbaik. Pelbagai inisiatif Kerajaan seperti bantuan RM2,000.00 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah dan RM1,500.00 untuk melanjutkan di peringkat Diploma. Bantuan komputer, bantuan kewangan untuk pelajar yang balik bercuti dan juga bantuan-bantuan lain yang diberikan oleh Kerajaan.

Atas kesedaran ini, Kerajaan amat prihatin bahawa pendidikan ini amat penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti, bagi mempersiapkan golongan ini untuk meneruskan kepimpinan dan perkhidmatan di masa akan datang.

Datuk Speaker, inilah beberapa pencapaian Kerajaan yang kita perolehi dalam tempoh sepenggal ini. Selain daripada itu Datuk Speaker, Kerajaan juga komitmen untuk menyelesaikan masalah-masalah tanah di Negeri Sabah ini dan mengikut rekod yang saya perolehi, dalam tahun 2020 sehingga ke 2025, penyukatan Tanah Anak Negeri melibatkan 23 daerah yang melibatkan juga 194 kampung.

Pengukuran Tanah Anak Negeri dan juga penyukatan kaedah biasa telah dilaksanakan oleh Jabatan Tanah di Negeri Sabah ini, yang melibatkan 14,555 lot tanah yang telah disukat dan mengeluarkan geran sebanyak 5,229 geran tanah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah bagi menyelesaikan masalah-masalah tanah kita di seluruh Sabah.

Ini memperlihatkan kita bahawa betapa Kerajaan memberi komitmen untuk menyelesaikan tanah-tanah kita di Negeri Sabah ini.

Selain daripada itu Datuk Speaker, mengenai dengan infrastruktur-infrastruktur di negeri Sabah ini juga, Kerajaan, saya melihat penyelesaian-penyelesaian yang diambil walaupun dalam bentuk jangka pendek dan jangka panjang seperti yang telah diberi penjelasan oleh Ketua Menteri sebentar tadi melalui jawapan lisan. Kita mengakui bahawa banyak masalah seperti masalah air, masalah jalan raya, elektrik dan saya mengambil contoh di daerah Telupid dan DUN saya sendiri.

Penyelesaian-penyelesaian ini saya telah melihat usaha Kerajaan. Apabila kita menggunakan saluran yang betul dan memberikan maklumat-maklumat kepada agensi Kerajaan seperti Jabatan Air, kita sentiasa meminta taklimat daripada Jabatan Air daerah dan menyampaikan masalah-masalah ini kepada pengarah dan peringkat kementerian dan seterusnya

I terus merayu kepada Ketua Menteri untuk meluluskan supaya air ini dapat diselesaikan dan syukur untuk daerah Telupid kita telah mendapat…

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

… peruntukan untuk menaik taraf loji dan juga pump intake kita, penukaran baharu, engine set-pump dan juga paip utama bagi menggantikan paip-paip dan juga pump serta enjin yang sudah 30 tahun, 20 tahun tidak pernah ditukar. Dan saya percaya Datuk Speaker, ini juga yang berlaku di daerah-daerah yang lain atau DUN-DUN yang lain dan ini juga saya melihat ada komitmen daripada kerajaan melalui pembentangan-pembentangan bajet dan ini sudah tentu mengambil masa.

Tidak adil juga Datuk Speaker, sekiranya dalam tempoh sepenggal ini kerajaan semasa ini dianggap gagal. Tetapi bagi saya selaku wakil rakyat yang lima tahun ini, baru ini, saya melihat usaha kerajaan ini dan di daerah saya sendiri sebagai contoh, walaupun air ini memang ada masalah tetapi masalah ini akan selesai setelah semua penaikan taraf Jabatan Air di Telupid ini dapat dilaksanakan. Kadang-kadang Datuk Speaker, masalah air ini juga disebabkan oleh cuaca. Dan tidak adil juga kita persalahkan kerajaan dan agensi kerajaan. Contoh, baru-baru ini, dalam awal tahun sehingga pada bulan Mac, untuk Daerah Telupid saja tiga kali, empat kali gelombang banjir yang menyebabkan intake Pump, muka sauk telah ditenggelami air dan merosakkan pump dan enjin. Demikian juga di kawasan Keningau. Tidak pernah Keningau ini ada masalah air yang begitu teruk sehingga orang membeli mineral water, habis mineral water di Keningau. Saya punya keluarga, orang keluarga di Keningau. Satu minggu, dua minggu tidak ada air. Adakah kita mempersalahkan kerajaan dengan bencana alam yang diluar daripada kawalan kita?

Jadi Datuk Speaker, inilah yang saya kemukakan ataupun kongsikan dalam Dewan yang mulia ini. Memang masalah ini ada, tetapi tidak semua masalah ini berpunca daripada kegagalan kerajaan seperti yang saya sebutkan tadi, iaitu masalah air. Apabila banjir melanda ataupun merosakkan peralatan jabatan air, apa yang kita

I boleh buat? Kita berusaha untuk memperbaikinya, tapi sudah tentu mengambil masa. Lain lagi kalau di Daerah Telupid, bila hujan, jalan ke intake pump putus memutus dia punya jalan raya. Oleh sebab itu, saya selalu mendesak kepada pihak JKR dan Jabatan Air. Tolong percepatkan penyelenggaraan jalan raya untuk ke intake pump, supaya apabila ada kecemasan atau kerosakan, staf-staf, pegawai-pegawai atau kontraktor-kontraktor yang ingin memperbaikinya boleh melakukan dengan secepat mungkin. Jadi Datuk Speaker, inilah sebahagian …

Speaker

Sebentar ya Telupid, sebentar ya. Sebentar, sebentar ya. Ya, saya minta bahagian penyelenggara Dewan, tolong naikkan sikit suhu aircond ni terlampau sejuk. Okey ya, terima kasih. Teruskan …

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Demikian juga Datuk Speaker mengenai dengan masalah elektrik.

Masalah elektrik di negeri Sabah ini sama juga perkongsian kita. Dan saya mengambil contoh, selalu mengambil contoh untuk daerah Telupid, kerana saya melihat juga usaha daripada SESB untuk menyelesaikan masalah elektrik di kawasan kami. Dan sudah tentu ini juga di kawasan-kawasan DUN yang lain dan tidak adil juga apabila masalah ini timbul, wakil rakyat, kerajaan dipersalahkan.

Sebagai contoh di Telupid, ketidakstabilan elektrik di Telupid kerana adanya pembinaan Pan Borneo yang melibatkan gangguan kabel elektrik yang pemindahan utiliti ke bahu jalan yang baharu. Kerja untuk memindahkan kabel itu tidak selaras dengan progress kerja Pan Borneo yang sudah lama terbengkalai. Sepatutnya jalan raya Pan Borneo ini telah selesai pada tahun ini, kalau mengikut jadual yang kita peroleh semasa Dato’ Najib sebagai Perdana Menteri yang meluluskan Pan Borneo ini. Tetapi ketidakstabilan politik mengakibatkan projek-projek mega di negeri Sabah ini terbantut.

Saya tidak mahu cakap kebelakang, tetapi ini ada sedikit pengaruh, sedikit penyebab kepada masalah infrastruktur kita. Kabel berjuntai di siring jalan, di jalan Pan Borneo, menunggu kontraktor untuk mengalihkan ke kawasan bahu jalan yang baharu. Lepas itu malam berampai orang pergi curi itu kabel potong, blackout lagi, semua kampung blackout dan wakil rakyat kena marah.

I Kita pergi berhari raya baru mahu masuk Dewan, blackout sudah. Nah YB dia bilang tiada karan blackout kita. Telefon SESB, SESB cakap itu kabel yang berampai di sana, batu, ini jalan Kimlong, Lungmanis jalan dekat jalan Beluran, orang curi kabel. Tapi dalam media sosial, kita betul-betul kena lanyak dan kegagalan kita di bahu kerajaan semasa dan ini realiti dia, tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian dalam Dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, saya berkata demikian kerana realitinya, kita tidak boleh keluar daripada masalah ini tetapi tidak adil, tidak adil bagi kita yang seolah-olah kerajaan tidak mengambil peduli dan saya melihat sendiri bagaimana komitmen SESB untuk membantu. Siang malam mereka, kalau di Ranau ada yang meninggal kena renjatan elektrik. Di Telupid sehingga ada itu mobile, itu enjin, genset mobile. Sampai sekarang SESB sewa kerana ada satu komponen transformer di Simpang Buis ke Kiabau, rosak, dan sedang ditunggu dia punya peruntukan. Tiada pilihan lain, SESB mengambil langkah untuk jangka pendek parking lori di sana angkat ini genset. Saya rasa mahu dua bulan, tiga bulan sudah.

Jadi Datuk Speaker, inilah yang kita kongsikan dalam tempoh kita, dalam akhir penggal kerajaan, kita tidak menafikan masalah ini. Tetapi kita juga melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Datuk Speaker, mengenai dengan masalah jalan raya seperti yang dijelaskan oleh Menteri Kerja Raya sebentar tadi. Konsesi yang dilantik, saya akui kadang-kadang terlalu lambat untuk melakukan penyelenggaraan sehingga banyak kereta accident, kemalangan, kerosakan kereta dan sebagainya. Tetapi kalau kita melihat kronologi dengan jalan raya ini, sepatutnya tahun ini siap supaya jalan raya yang lama, 30 tahun, dia punya jalan raya itu sudah kualiti ataupun dia punya ketahanan sudah cukup umur sudah. Korek sini tampal sana, sana lagi akan berlubang, sana yang ditampal, sana lagi berlubang. Jadi ini macam kerja yang betul-betul mencabar kepada pihak kerja raya.

Jadi Datuk Speaker, mengenai dengan isu-isu yang ditimbulkan dan juga yang kita sedia rasa bersama di seluruh negeri Sabah ini, bukan saja di Telupid, saya percaya di daerah-daerah yang lain. Banyak orang menyatakan bahawa kegagalan daripada kerajaan semasa. Tetapi tidak adil Datuk Speaker, kerana semua di dalam Dewan

I Undangan Negeri ini ada rekod mereka sebagai wakil rakyat mencapai 30 tahun, bukan saja sebagai ADUN, sebagai Ahli Parlimen. Pernah bersama-sama, kita pernah bersama-sama demi melihat Kerajaan Negeri dan negeri Sabah ini dibangunkan, ada pernah menjadi menteri di peringkat Persekutuan, di peringkat Negeri, kita bersama-sama dalam merangka melalui landskap politik. Datuk Speaker, kegagalan yang kita hadapi pada hari ini adalah kegagalan yang kita warisi bersama, masalah yang kita buat bersama. Kalau ada pemimpin yang mendabik dada, kami lebih baik daripada kerajaan yang ada pada hari ini. Pembohong …

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

… bohong dan retorik kerana semua sudah diberi peluang. Semua sudah diberi peluang. Adakah ini peluang kedua untuk memperbaiki lagi? Itu yang saya anggap bohong dan retorik. Apa yang kita perlukan pada masa ini, Datuk Speaker, adalah kestabilan politik melalui pendekatan-pendekatan, perancangan-perancangan yang tersusun dan saya amat bersetuju dengan SMJ, iaitu Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Ada orang memperlekehkan, Sabah Maju Jaya belakangnya jalan raya. Betul! Siapa cakap tidak betul? Tetapi sekurang-kurangnya doa kita bersama melihat negeri Sabah ini kita majukan. Jangan perlekehkan kerana kita semua juga yang meninggalkan legasi-legasi ini dan masa lain. Oleh sebab itu, Datuk Speaker, amat penting kebersamaan kita memastikan supaya negeri ini kita bangunkan bersama. Perbezaan kita melalui politik telah berlarutan dan merugikan kepada kita semua. Apa yang Kerajaan buat, semua tidak betul di pihak sebelah. Apa yang dibuat, diperlekehkan. Apa yang kita mahu rancang, tidak ada sokongan. Alangkah baik kalau kita bersama-sama untuk meyakinkan kepada rakyat kita. Sebagai contoh ...

Yang Berhormat Speaker. Boleh saya …

Speaker

Kalau dia bagi laluan, boleh.

I

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Mal, ini saya punya giliran. Saya punya giliran dulu. Nanti.

Saya nak jelas sedikit saja. Saya minta pandangan YB Telupid. Boleh? Nothing personal. Dalam ucapan YB Telupid, ada menyentuh soal ketidakstabilan politik kita menjadi punca kepada permasalahan kita selama ini. Dan YB Telupid juga ada mengajak supaya kita bersatu dalam menyelesaikan masalah. Adakah YB Telupid mempunyai suatu formula dan kaedah bagaimana kestabilan politik ini kita boleh capai dan bagaimana penyatuan ini boleh kita lakukan di masa akan datang? Terima kasih.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih daripada Tungku. Formula dia dengan mudah saja. Jangan kita terlalu ego. Jangan kita anggap kita ini terlalu baik daripada orang lain. Kalau kita terlalu ego dan terlalu baik, kita tidak mendengar apa yang ada sekarang dan tidak menerima hakikat, itu masalah kita. Masalahnya sekarang kita selalu memperbandingkan sebelah dan pihak sini.

Speaker

Mula gulung, ya.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Sekarang ini kita terima hakikat dengan kekurangan yang ada.

Formula yang ada adalah kebersamaan kita untuk membangunkan negeri ini. Kalau menuding jari, Kerajaan yang ada pada hari ini salah, gagal, itu doa untuk diri sendiri kerana Kegagalan …

Datuk Speaker, sikit sahaja. Ada cadangan daripada saya, idea juga. Selain daripada kestabilan politik yang disebut tadi, cadangan kebersamaan itu, saya rasa ada yang lebih penting untuk kita pertimbangkan supaya negeri kita ini dapat kita majukan bersama melalui sumber-sumber yang ada, iaitu integriti, rasuah. Ini adalah sangat penting sebab kalau rasuah ini berleluasa, bukan saja di peringkat … Datuk Speaker, ini disebut dalam titah ucapan ...

Speaker

Ya ya … you boleh bawa dalam you punya ucapan nanti ...

I

Dia bagi laluan, saya bagi cadangan ...

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Okey, okey, singkatkan, singkatkan.

Jadi saya minta pandangan juga daripada Yang Berhormat. Adakah kebersamaan tadi yang disebut dan rasuah itu harus seiring juga dalam kita membangun negeri Sabah ini?

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih. Mengenai dengan rasuah, saya tidak mahu sentuh dengan rasuah kerana rasuah ini adalah skop yang besar. Boleh juga dianggap sebagai persepsi tetapi rasuah berlaku sekiranya itu sudah dibawa ke mahkamah dan diputuskan. Kalau tidak dia sebagai persepsi dan sebagai suatu perbualan di luar. Jadi, itu saya tidak mahu ulas panjang mengenai dengan rasuah. Kalau anda mengatakan bahawa anda bebas rasuah, saya rasa kena tanya diri sendiri dan kalau anda menyatakan bahawa Kerajaan semasa yang dahulu tidak pernah mengamalkan rasuah, itu pun saya tidak percaya juga. Tetapi apa yang kita mahu adalah …

Speaker

Okey, mula gulung.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Kalau benar-benar mahu supaya rasuah ini tidak berlaku, melalui diri sendirilah. Tidak perlu untuk mengubah orang lain, tapi daripada diri sendiri kerana kita tidak boleh melihat apa di dalam diri kamu dan setiap diri kita yang ada. Tetapi melalui diri kita sendirilah untuk teladan kita sesama. Kalau dulu negeri Sabah ini bebas rasuah, maju sudah kita ini kerana kita ini mungkin semua malaikat. Tapi kalau kita menerima hakikat bahawa rasuah itu kita boleh bendung bersama, melalui diri sendirilah. Jangan tuding kepada orang lain. Okey, Datuk Speaker, kesimpulannya, Datuk Speaker, mengenai dengan ucapan dasar yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama. Di sini, kita meminta kepada penjawat-penjawat awamlah. Sebab kamu adalah tuan-tuan dan puan-puan adalah pelaksana dasar kepada dasar-dasar yang disediakan oleh Kerajaan. Kita bersama-sama untuk memastikan setiap dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan yang terakhir, Datuk Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk membawa isu-isu di kawasan saya

I sendiri kerana mungkin tiada masa lagi untuk berbahas kerana ucapan usul terima kasih atas ucapan dasar. Jadi saya mengambil sedikit masa untuk kawasan-kawasan saya di daerah Telupid.

Saya memohon kepada Kementerian, seperti yang saya sudah pohon selama ini mengenai dengan masalah-masalah yang sangat kritikal di daerah Telupid. Saya percaya dan yakin dengan kesungguhan Kerajaan membantu untuk menyelesaikan infrastruktur kita di daerah Telupidlah, seperti masalah air beberapa buah kampung yang belum ada air juga tapi ada usaha sudah untuk paip graviti dan juga bantuan-bantuan daripada saya sendiri untuk memberikan tangki menggunakan peruntukan ADUN dan juga penyiapan pembinaan baharu mini-mini loji yang telah dipohon beberapa buah kampung melalui mukim, iaitu Mukim Nangoh yang melibatkan lima buah kampung. Saya sudah memohon kalau Loji Botitian itu tidak cukup dan tidak menampung. Saya memohon kepada Jabatan Air mewujudkan satu mini loji di Mukim Nangoh untuk penyelesaian air di sana.

Demikian juga dengan kawasan Lidung, di kawasan Lubuk Dungun dan sebagainya. Jalan raya di sana juga saya difahamkan oleh pengarah JKR sudah dimasukkan dalam penyelenggaraan JKR. Terima kasih dan sebelum saya lupa, saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kerja Raya telah meluluskan tiga batang jalan utama kita di daerah Telupid yang melibatkan ratusan juta ringgit.

Terima kasih kepada Kerajaan, ini adalah satu komitmen daripada Kerajaan kepada kawasan saya di Telupid, iaitu Jalan Lumou Kepuron Bistaria, Jalan Ulu Sapi bintang Mas ke Mendoring ke Kuala Sapi, Jalan Gana Jati Perancangan Biru-Biru ke Lidung. Ini adalah kampung-kampung yang tidak pernah menikmati jalan yang baik dan syukur kita sudah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang didesak oleh Kementerian kita sehingga kita boleh mendapatkan peruntukan tersebut.

Kita juga sedang menunggu peruntukan untuk dinding ataupun penahan tebing bagi kawasan Tebidong-bidong yang mana saya melawat waktu hari raya ada rumah sudah yang tinggal 3-4 kaki lagi daripada siring sungai dan saya sudah ajukan kepada pengarah JPS dan JPS mungkin sudah hantar kepada MOF peruntukan ini

I dan mencepatkan, takut-takut lagi ada lagi rumah yang akan runtuh untuk masuk di …

Speaker

Masa cukup, Yang Berhormat.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

10 minit lagi, minta lima minitlah. Lima minit, Datuk Speaker. Kita memohon supaya ini dapat dipercepatkan supaya banyak lagi rumah yang kita boleh selamatkan melalui pembinaan tembok-tembok ataupun penahan-penahan tebing sungai di kawasan saya. Tidak lupa juga untuk beberapa permintaan daripada nelayan darat ataupun penter ...

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

…..darat ataupun penterbatas, penternak-penternak ikan kolam, ikan air tawar yang mencadangkan supaya lesen-lesen dikeluarkan kepada penternak-penternak ikan air tawar dikaji semula. Karena pada dahulunya diperkenalkan lesen-lesen penternak dan sekarang ini saya difahamkan tidak diwujudkan sudah ini lesen-lesen penternak ikan air tawar menyebabkan mereka tidak mendapat pengiktirafan dan mereka sukar untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Perikanan.

Selalunya apa-apa bantuan kerajaan ini mereka memerlukan geran tanah dan sebagainya. Tetapi, kalau untuk ini Jabatan Perikanan kepada penternak-penternak ikan karena di daerah Telupid penternak ikan ini sangat berpotensi untuk dimajukan bagi meningkatkan pendapatan-pendapatan kita di luar bandar. Jadi apabila tidak ada geran tanah tidak boleh memohon subsidi. Jadi kita minta kepada Perikanan supaya mengeluarkan lesen bagi membolehkan mereka menggunakan lesen tersebut untuk mendapatkan bantuan daripada Kerajaan. Jadi selain daripada itu, Datuk Speaker, mengenai dengan ini pentadbiran daerah. Saya memohon kepada agensi yang berwajib mengenai dengan pentadbiran daerah ini. Daerah DUN Telupid sebahagian kampung dalam DUN Telupid masih di bawah pentabiran daerah Beluran. Sebagai contoh tanah, Mukim Nango sebahagian kampung pentabiran tanah masih di Jabatan Tanah daerah Beluran. Jabatan Air, Mukim Nango sebahagian kampung Mukim Nango pentabiran Jabatan Air masih di Beluran.

I Pendidikan, sebahagian sekolah di Mukim Nango, Mukim Sapi, sekolah dia masih masuk di Pejabat Pendidikan daerah Beluran. Ini amat menyukarkan Datuk Speaker. 2014 Telupid sudah diwartakan sebagai daerah penuh. Saya pun hairan kenapa pentadbiran ini tidak diangkat sekali gus di dalam pentabiran daerah Telupid. Jadi saya minta penjelasan kepada pihak Kementerian, kenapa ini terlalu lambat untuk dipindahkan pentabiran daerah ini. Menyusahkan. Saya tidak tahu apa yang dipohon oleh pihak daripada daerah Beluran mengenai dengan masalah air kerana apabila memohon under Beluran. Demikian juga dengan penyelesaian tanah. Jadi Datuk Speaker, ini yang kita minta supaya Kerajaan ataupun agensi-agensi yang terlibat membantulah, membantu kami. Saya rasa ini bukan di Telupid sahaja, tetapi daerah-daerah yang lain. Membantu supaya pentabiran ini akan memudahkan kita untuk memohon dan mengenal pasti keperluan-keperluan yang ada. Jadi Datuk Speaker, saya rasa itu sahaja yang saya ingin sampaikan bersempena dengan usul ucapan terima kasih kepada ucapan dasar yang dilakukan pada 10 hari bulan yang lalu. Dengan ini saya berharap kepada semua pemegang taruh Kerajaan dan juga semua pelaksana-pelaksana dasar supaya terus bekerja sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Kementerian bagi memastikan setiap perancangan dan juga pembangunan-pembangunan kita dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan dengan lebih pantas dan dengan lebih berkomitmen bagi memastikan negeri kita ini dapat kita bangunkan dengan jayanya. Dengan kata-kata demikian, saya daripada Telupid ingin mencadang. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Telupid. Ada ahli yang menyokong usul?

Datuk Speaker, Liawan Menyokong.

Speaker

Terima Kasih Yang Berhormat Liawan.

Sebelum saya memanggil dan menjemput pembahas seterusnya, saya baru mendapat makluman bahawa mantan Ahli Parlimen Silam Datuk Salih Kalbi telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi dan marilah kita sama-sama bersedekah al-

I Fatihah dan yang lain juga mengikut kepercayaan masing-masing supaya roh beliau dapat diterima oleh Allah di sisi Allah SWT. Al-Fatihah. Al-Fatihah. Aamiin. Okey, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat, Senallang. 25 minit ya Yang Berhormat.

12.05 tengah hari

Terima kasih, Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Dan saya terima kasih Datuk Speaker, untuk memberi ruang kepada saya untuk berucap pada hari ini dan sebagai Ketua Pembangkang, saya ingin memulakan perbahasan ini dengan satu peringatan yang amat asas dan teras kepada sistem pemerintahan kita, iaitu prinsip Keluhuran Perlembagaan baru sahaja angkat sumpah semuanya, saya lewat sikit minta maaf Datuk Speaker dan kita berpegang di situ. Tetapi, setelah mendengar ucapan daripada Telupid tadi sebelum saya mula ke sini, beliau nyatakan kepaduan rakyat, kesatuan kita di Sabah. Memang itu menjadi tuntutan Datuk Speaker. Saya ingat dia lupa In God we trust, unite we must. Masa saya jadi pemerintah, saya galakkan semua satukan rakyat Sabah ini untuk menuntut supaya hak kita dapat kita tunaikan. Tidak ada pemerintahan dalam sepanjang kehidupan kita semenjak Merdeka sales tax dikenakan kepada Petronas lima peratus sehingga pada hari ini Kerajaan yang ada menikmati hasil hampir dua bilion lebih daripada usaha yang kita telah lakukan tetapi yang penting kepada kita ialah seperti yang saya nyatakan tadi bahawa kesatuannya bukan berlandaskan bermusim apabila kita boleh kita unite, tetapi selepas kita tidak boleh unite.

Jadi Datuk Speaker saya menyentuh tentang berapa pentingnya kita berpegang dengan perlembagaan bukan sekadar sebuah dokumen untuk undang-undang yang ada tetapi ini amanah antara rakyat dan pemerintah menjadi asas kepada segala struktur kuasa batasan tanggungjawab dan tatakelola yang ada Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi negara enakmen undang-undang negeri Sabah ia lebih tinggi daripada mana-mana individu lebih tinggi daripada mana-mana institusi bahkan Yang di-Pertuan Agung ataupun Yang di-Pertuan Negeri sekalipun ia bukan satu pegangan tetapi satu kenyataan prinsip yang termaktub dalam sistem demokrasi perlembagaan kita bukan sistem monarki mutlak kita adalah kerajaan

I yang berlandaskan undang-undang saya masih ingat apabila saya bahaskan perkara ini juga berulang di Dewan Rakyat dan buku ini, iaitu Tun Muhammad Sofian An Introduction to the Constitution of Malaysia dengan izin Datuk Speaker dan saya nyatakan di sini Malaysia there is no single institution is supreme corresponding to the British Parliament What is supreme in Malaysia is the constitution itself The legislative power of various legislative bodies in the country must be exercised subject to the constraint of the constitution the constraint of the constitution the power of his majesty as a head of three branches of the government the legislative, judiciary and executive must be exercised subject to the constraint of the constitution. Ini yang saya nyatakan bahawa perlembagaan ini penting kalau tak kita mengikut perlembagaan maka trust deficit will be there keyakinan bukan hanya pelabur bukan hanya negara-negara lain bahawa perundangan negara kita tidak ikut yang ada polis tidak boleh tangkap kita kalau kita tidak buat salah tidak ada lesen maka tangkap but tidak ada lesen pasal apa they refer to the constitution yang ada perundangan yang ada maka dengan itu penting kepada kita untuk menghormati sebenarnya mana-mana institusi hanya wujud apabila tidak tanduk institusi berpandukan kepada batasan kerangka yang ada.

Datuk Speaker, jika ada mana-mana individu atau institusi yang bertindak di luar perlembagaan maka menjadi kewajipan moral kita selaku seorang penggubal dasar we have to air the views kalau sekiranya bercanggah dengan Enakmen Negeri Sabah sama ada dalam bentuk mineralnya, sama ada berbentuk di sisi pelanggaran undang-undang kayu-kayan yang ada tanah yang ada dia harus berpandukan dengan perlembagaan yang ada ya. Saya masih ingat masa itu apabila saya ubah sales tax kepada Petronas saya bertanya dengan peguam negeri kita ya sekarang ini jadi hakim look into the constitution yang ada we have every right dalam perlembagaan kita untuk exercise sales tax kepada mana-mana pihak itu yang Datuk Speaker, saya cadangkan tadi daftar syarikat-syarikat yang ada saya nampak apabila saya pergi Lahad Datu…

I

Banyak syarikat daripada Semenanjung, daripada tempat lain, tapi kita dah tahu mereka hasil dari segi peluang pekerjaan, dari segi tax yang ada. Datuk Speaker, berhubung kait dengan keadaan dunia yang semakin mencabar.

Saya juga terpanggil dalam keadaan pada hari ini untuk menyuarakan supaya kita di peringkat negeri Sabah, we must not only look into our own.

Tapi kita tahu, hambatan tindak-tanduk daripada Amerika Syarikat dengan tarif yang ada, ya. Sudah pasti kesannya, ya, saya tahu hampir 200 bilion eksport kita kepada Amerika Syarikat. Microchip khususnya, about 60% yang ada. Tapi ke mana langkah yang kita kena ambil. Kita tidak boleh bergantung dengan Kerajaan Persekutuan. Mereka akan berhadapan dengan cabaran yang amat, saya yakin bahawa ini akan menjadi satu perkara.

We must not also, dan ini yang saya tekankan tadi itu kepada Yang Berhormat daripada Menteri Pertanian, Tambunan supaya we go downstream. We cannot rely, because keadaan yang berlaku di peringkat dunia pada hari ini, bilamana China tak mempunyai pasaran di Amerika Syarikat, lambakan kepada pasaran di Asia, di Asia Tenggara. We'll be there, coming to Sabah, coming to Sarawak, coming to all places yang ada. But what actions we take? Apa tindakan yang kita harus sediakan? Untuk membolehkan supaya tempias daripada keadaan ekonomi dunia ini, juga anak-anak kita. Hari ini, bayangkan pengangguran yang begitu besar. Graduan yang tidak mempunyai pekerjaan yang ada.

Datuk Speaker, Sabah tidak terkecuali seperti yang saya sebutkan dari tempias yang ada. Namun realitinya, Sabah masih terlalu bergantung kepada hasil tanpa nilai tambah yang ada, ya. Belum membina rantaian industri tempatan yang mampan. Kita tidak melabur cukup dalam penyelidikan teknikal, infrastruktur, dan luar bandar, dan pertanian yang ada. Ketika dunia menyesuaikan dasar untuk melindungi rakyat dan ekonomi mereka, Sabah masih menunggu bantuan. Kita tidak menggubal pelan tindakan jangka panjang untuk berdepan dengan dunia yang semakin mencabar ini. Anak muda masih menganggur, graduan berhijrah keluar,

I hampir beratus ribu anak-anak Sabah yang terpaksa mencari peluang pekerjaan mereka di Semenanjung, di Singapura, di Hong Kong dan ini yang membabitkan kadang-kadang saya terpanggil melihat betapa sedihnya, anak-anak ini yang mempunyai kebolehan, kemahiran mereka. But we don't pet them, ya. Yang sedia ada. Kadang-kadang terpaksa bekerja di setengah-setengah tempat. But there is no effort jobs matching, dari segi institusi yang ada untuk membolehkan anak-anak kita besok keluar universiti, match up with the industry yang ada, ya, dan bukan hanya daripada luar, tenaga luar yang ada.

Datuk Speaker, ketika kerajaan seperti yang saya sebutkan tadi itu, ya, membentangkan dalam Dewan yang ini, hasil meningkat dua bilion. Tapi kalau saya lihat, daripada dua bilion, you tolak daripada itu, enam bilion lebih sahaja. Four billion sahaja. Dengan izin Datuk Speaker. Bukan ada hasil lebihan, ya, yang kita peroleh daripada itu. Sebahagian besar itu daripada sales tax, income tax yang ada. Tapi, langkah untuk membolehkan supaya kita melihat bagaimana hasil yang sedia ada, satu bab. Bagaimana ketirisan yang perlu kita urus dengan baik. Malangnya, saya melihat hasil pun tidak semana banyak?atau sebanyak mana. Tapi ketirisan yang ada.

Bayangkan, di Wisma Tun Fuad Stephens, bangunan kosong. Di Yayasan Sabah, bangunan ada lagi yang empty. Tapi ke mana kita nak sewa? Sewa ke bangunan Hap Seng. Sewa ke bangunan swasta, Jalan Yayasan Sabah, Sabah Energy Corporation. Where do we manage it? Kenapa kita bagi sewa yang beratus juta, sedangkan duit itu penting kepada kita, untuk baik pulih bangunan Wisma Tun Fuad Stephens, wisma, wisma apa ini? Bangunan Yayasan Sabah dan berbagai-bagai untuk menjimatkan supaya kewangan ini, generasi kita, mendapat manfaat sebaik mungkin. Saya, we are building a nation here.

We are not, kita bukan untuk memperkayakan diri. Dengan ada kuasa yang ada. It's not to enrich yourself but build the nation dengan izin. Untuk membolehkan supaya masa depan anak-anak ini terjamin.

Datuk Speaker, dan saya berapa banyak daripada jumlah ini yang benar-benar sampai ke peringkat akar umbi, contohnya dari segi ucapan. Is it time limit, ya? Berbunyi loceng. (Loceng berbunyi)

I Perkara ini dapat diteliti secara baik oleh pihak kerajaan yang ada pada hari ini dan saya melihat beberapa pengumuman.

Speaker

You have 15 minutes more.

Pengumuman yang telah pun dibangkitkan dalam ucapan Tuan Yang Terutama, ada rakyat yang di kampung-kampung dan pekan-pekan kecil di Sabah sudah merasai manfaat dalam bentuk peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan pembangunan setempat yang ada, ya.

Cuma saya ingin bertanya. Tiga taman perindustrian telah diumumkan di Kudat, di Kota Belud dan Beaufort adalah sudah ada pelabur yang komited. Saya ingin bertanya pelaburan yang ada. How can investor tertarik datang ke Sabah sedang masalah air, masalah elektrik, jalan raya, pelabuhan yang ada. Sedang pelabuhan kita pun di Sabah ini, di Sepanggar ini, kita bagi dengan orang Arab yang menguruskannya. Takkan kita tak boleh mampu anak Sabah untuk mengurus pelabuhan kita? Kenapa tidak boleh? Sedangkan di Sarawak, Bintulu Port, Kerajaan Negeri Sarawak bergaduh minta supaya mereka mengurus pelabuhan sendiri. Takkan kita tidak boleh mampu mengurusnya sendiri, keadaan ini, itu yang saya nyatakan.

Bagaimana kita nak menarik pelabur? Sedang elektrik tidak ada, sedang air tidak cukup, jalan raya yang tidak begitu sempurna. Mereka akan membekalkan bukan hanya produk, perkhidmatan. Adakah mereka mampu compete di peringkat market antarabangsa yang ada? No way. Because the service and the goods they render to the international market, they are far more expensive in terms of cost yang ada. Jadi, saya berharap sungguh supaya Datuk Speaker, pelaburan yang sebenar ialah pelaburan yang mencipta pekerjaan, kemahiran tinggi untuk rakyat Sabah.

Membuka ruang kepada kontraktor dan vendor tempatan. Pelaburan semula keuntungan di dalam negeri dan mewujudkan rantaian ekonomi yang mampan dan berkualiti. Menyatakan serta terus berapa banyak daripada enam bilion yang telah direalisasikan secara fizikal, diumumkan pelabur yang ada, enam bilion. How many

I of that yang telah pun dapat direalisasikan di peringkat negeri Sabah dari segi peluang pekerjaan, dari segi rantaian perniagaan yang ada.

Maka, saya bertanya supaya menamakan syarikat-syarikat yang telah melabur jumlah pekerjaan yang telah wujud dan peratusan penglibatan tenaga kerja tempatan, menyediakan audit supaya menyeluruh, ya. We have to verify through audit bagaimana mengkaji supaya apa nama keberkesanan, kebaikan yang akan dapat kita lakukan sebaik mungkin.

Datuk Speaker, saya juga ingin bertanya tentang mengapa sasaran SSL beras hanya 60% dan hanya pada tahun 2030, ya. Mengapa begitu perlahan sedangkan rakyat memerlukan, ya keperluan ini pada setiap hari. Rakyat bukan sahaja mahu rangkaian kerja tetapi juga mahukan tindakan segera daripada pihak kerajaan. Manakala pelan jangka pendek untuk menurunkan kos makanan asas sekarang, saya ingin bertanya tentang kos makanan ini kerana ini membimbangkan saya. Bila saya turun ke bawah, ramai di antara anak-anak kita, bahkan juga masyarakat yang ada di peringkat luar bandar. Mereka berhadapan, Datuk Seri, cost of living is very high, ya. Ke arah mana? Untuk memastikan supaya jangan kita bergantung. We have all the resources yang ada.

Beras, boleh, ikan ada, sayur-sayuran ada.

Takkan kita tak boleh merangka satu susun atur untuk membolehkan supaya bukan barang-barangan keperluan seharian ini, ya, itu menjadi bukan keutamaan but the essential item yang ada akan dapat kita tingkatkan.

Berhubung kait dengan air seperti yang saya telah sebutkan di peringkat awal dan juga kemudahan elektrik yang ada, ya. Saya melihat perkara ini cukup penting. Air sebagai sumber, ya, yang cukup penting. Kita tak boleh salahkan oleh kerana keadaan cuaca, oh, tuhan punya salah. Tak. But what action do we take? Apa tindakan yang harus kita lakukan bahawa dalam keadaan climate change yang akan berlaku di negara ini. Bukan hanya kebakaran, bukan hanya banjir akan berlaku. Saya dah bahaskan di Parlimen, Datuk Speaker. There must not only be enough funding, there must be also proper planning supaya jangan bila banjir berlaku, oh, kita roboh rumah-rumah orang kampung. Lepas itu, dua ribu di Lok Kawi, ke mana ada mana ketiga…..(Kurang Jelas) Di Likas, beribu anak-anak yang mungkin besok kita halau mereka….

I

… jadi setinggan nanti. Sedang mereka duduk di setinggan, but we must have a proper planning, macam dulu di Kampung Gana, di Kota Marudu. Saya tidak halau anak-anak kita dari situ. 2000 lebih anak-anak kita di Kampung Gana. I told SAFODA, agensi Kerajaan, don't remove them. I compensate you with the land. Saya bagi tambahan, saya bagi dengan mereka, bagi tanah. Compensate SAFODA, agensi Kerajaan. Mereka hanya 50 orang saja tapi 2000 orang ini ke mana nak pergi ini? Dan ini yang saya nak sebutkan sedikit sebanyak tentang perkara itu. Bekalan elektrik, saya juga berharap supaya rangka pelan yang cukup baik untuk memastikan supaya bekalan elektrik ini dapat diatasi secepat yang mungkin. Kita tidak boleh bergantung dengan hanya bekalan solar yang ada, but there must be a way. Saya tahu ada leakages here and there tapi perkara ini harus dirancang sebaik mungkin oleh pihak Kerajaan ini untuk membolehkan supaya bekalan elektrik ini dapat ditingkatkan. Nanti saya akan ulas sedikit sebanyak di sepanjang ucapan ini. Kita juga melihat dari segi kerangka seperti yang saya sebutkan persoalan tentang keluaran pertanian, tapi tidak ada downstream. Saya tidak nampak, nanas ada di Keningau, pelbagai produk pertanian, but there is no downstream yang ada di peringkat negeri Sabah. Saya ada suarakan banyak kali, ubi kayu, sayur malahan kayu balak yang ada. Saya haramkan eksport dia. Pasal saya mahu buat kilang perabot, bukan hanya untuk dapat kita keluarkan perabot yang cantik, kualitinya baik tapi peluang pekerjaan dan hasil kepada negeri Sabah ini penting. Datuk Speaker, berhubung kait dengan isu security makanan adalah soal survival, ia bukan boleh ditangguhkan. Perkara ini penting dan saya berharap agar ia dapat diselesaikan sebaik mungkin makanan yang mencukupi. Bukan setakat makanan yang mencukupi, keadaan anak-anak kita boleh mendapat the food apa nama very healthy, makanan-makanan yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Berhubung kait dengan apa nama bekalan air tadi, saya sudah sebutkan ya, di Tawau, di Sandakan, Papar, masih tadahan air hujan bergantung mereka dan UMS

I pun dan saya sendiri mengalami, bila berada di Semporna, terpaksa membeli air adik saya untuk membolehkan saya mandi dan masak. Tidak ada air but mana Jabatan Air yang ada? Ya, dan dituduh oleh kerana saya batalkan syarikat yang ada untuk air kononnya, tapi you look into it.

Masa saya jadi Kerajaan, tidak ada syarikat itu berani nak bawa. Kalau dia bawa, saya know, I know the rules and law. Kena lopsided agreement yang ada di antara syarikat itu dengan Kerajaan. Kalau ada masalah paip yang bocor, Kerajaan kena membeli tapi mereka hanya memasang. But they are earning millions of money daripada Kerajaan Negeri dan pasal itu kita tamatkan, lepas itu kita bawa 2000 anak-anak kita daripada syarikat-syarikat itu bekerja di Jabatan Air yang ada. Itu yang kita harus ambil langkah sebaik mungkin.

Datuk Speaker, saya ingat penting kepada kita untuk pastikan supaya perkara ini dapat kita banteras kegiatan ketirisan rasuah, yang ada yang membabitkan contohnya Jabatan Air ini untuk membolehkan supaya dapat bekalan air yang mencukupi dan bersih kepada anak-anak kita dan Datuk Speaker, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2004, liputan bekalan air terawat di Sabah hanya 81% sahaja dan antara terendah di Malaysia. Malah, kadar air tidak berhasil atau non-revenue water mencecah 50% dengan Kota Kinabalu sendiri merekodkan 38%. Datuk Speaker, berhubung kait dengan apa yang telah disebutkan bahawa Menteri Pembangunan Infrastruktur sendiri mengaku lebih 40% daripada kawasan di Sabah mengalami gangguan bekalan air yang serius dan di daerah-daerah seperti saya sebutkan dari peringkat awal tadi dan saya berharap loji rawatan air tidak mencukupi, paip pecah dan bocor lebih 50 tahun tidak diganti dan projek menaik taraf ya, lawatan lewat bertahun-tahunan dan saya berharap tindakan ini akan dapat diambil oleh pihak yang oleh Kerajaan yang ada.

Dalam kerangka dan ah 2020, Kerajaan Negeri mengumumkan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang untuk air tapi sampai hari ini berapa banyak projek yang benar-benar siap dan berfungsi. Tiga bilion diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan air melalui rolling plan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) tapi persoalan di mana pelaksanaan ini?

Di mana pertanggungjawaban ini? Di mana ketelusannya?

I Datuk Speaker, audit terbuka dan laporan berkala ke atas semua projek air yang sedang dilaksanakan di Sabah ini dan saya mendesak supaya penamatan kontrak yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan penentukan khusus kepada daerah-daerah yang paling kritikal, bukan hanya kawasan bandar ataupun apa nama kawasan-kawasan sendiri pihak Kerajaan yang ada dan saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah pelan jangka panjang sebenar untuk menoktahkan krisis air ini bukan retorik bahkan pelan ke atas kertas ini supaya kita dapat bahaskan sebaik mungkin dan kita boleh bagi pandangan untuk memperbaiki keadaan ini.

Datuk Speaker, bekalan elektrik seperti yang saya sebutkan tadi blackout, masih lagi di merata tempat, ya. Begitu juga jalan raya yang masih dalam keadaan yang rosak. Saya ingin penjelasan dalam Dewan yang mulia ini supaya maintenance of road yang ada, saya dah nyatakan tadi 500 juta peruntukan pada tahun ini dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. MARIS 1 bilion dan itu untuk Pan Borneo tidak masuk lagi dan saya melihat berbilion duit yang dibelanjakan setiap tahun untuk memperbaiki jalan raya, tapi jalan raya kita di Sabah ini masih berlubang. Bukan kita nak tuduh, tidak, tapi nampak dengan mata. Kita rasa dengan keadaan kita bila kita ke Sipitang, bila saya nampak di Sipitang, diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan akan siap dalam 2027, 2026, dua, tiga tahun tapi saya jangka, Datuk Speaker, tidak akan boleh siap, pasal bila saya lalu, pelbagai-bagai pakej yang ada. Sub contractor ini, sub contractor ini, sub contractor ini dan saya tidak, kadang-kadang bila saya lihat kualiti jalan ni, tidak selari seperti apa yang dikehendaki untuk rakyat menerima manfaat dia.

Satu bab lagi, disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, bukan salah, tapi tidak ada tindakan. Contohnya lorong-lorong yang berat ke Kota Marudu ya, tidak dapat diambil tindakan. Saya minta supaya Kerajaan Negeri berhubung baik dengan JPJ. Pasal contoh macam di kawasan Tawau sampai ke Kalabakan, kayu balak … (kurang jelas) berat, there is only a limit for some lorry dengan izin, tankers yang ada untuk memuatkan supaya jangan rosak. Kalau berat sangat muatan, jalan itu tidak akan boleh. Bayangkan kekal lama dari Tawau ke Kalabakan, dari Kalabakan sampai Kota Kinabalu tidak sampai enam tahun. Sekarang ini jalannya cukup teruk, pasal apa? There is no enforcement dari segi undang-undang sama ada pihak

I Kementerian Infrastruktur termasuk JPJ untuk memastikan supaya mana-mana lori yang muatan dia berat, kurangkan, untuk mengelak kerosakan jalan raya yang ada. Datuk Speaker, berhubung kait dengan kesihatan. Ini membimbangkan saya, pasal jumlah anak-anak, jumlah masyarakat bukan hanya yang muda, bahkan yang dewasa, jantungnya, darah tingginya, kencing manisnya, ya. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Menteri yang menjaga kesihatan, 46 bilion belanjawan tahun ini, Kerajaan Persekutuan, apakah rancangan pihak Kerajaan Negeri untuk menuntut?

Pasal kita amat memerlukan bantuan kesihatan daripada banyak-banyak kawasan di Malaysia ini, ya. Bukan hanya jantung, Institut Jantung Negara (IJN), tapi kadang-kadang ubat pun tidak cukup di peringkat klinik-klinik, hospital yang ada, ya, limited amount of vaccine yang ada dan saya cadangkan supaya di tahun yang akan datang untuk membolehkan supaya Negeri Sabah not dependent on Pharmaniaga, bekalan ubat yang ada, we set on our own, bukan tak boleh dengan India, dengan China, syarikat-syarikat kita tubuhkan.

Kalau di Negeri Sembilan ada kilang untuk membuat ubat-ubat yang ada, supaya bekalan ubat ini dapat kita serahkan kepada bukan hanya dari segi harganya, bahkan juga dari segi supply yang ada membolehkan rakyat di peringkat negeri Sabah mempunyai kemudahan kesihatan yang ada, membimbangkan saya. Saya bersuara di Parlimen, cuma ada satu pakar sakit jantung di Sabah ni, di hospital Kota Kinabalu.

Dulu saya bersuara, di Keningau kalau sakit jantung, bawa ke Kota Kinabalu. So, inilah dah sampai 46 bilion yang ada, ya, untuk kesihatan, untuk pendidikan, hampir 60 bilion saya ingat kalau tidak silap saya, tapi susun atur Kerajaan Negeri. Sekolah kita masih …

Kapan, sekolah kita tidak ada Internet dia, aksesibiliti tidak ada, tenaga guru yang ada.

I Kadang-kadang kemahiran anak-anak dalam segi bidang itu amat terbatas. Tetapi apa rancangan Kerajaan Negeri ya? Bukan kita mahu bergantung dengan Kerajaan Persekutuan, tapi peruntukan yang diluluskan di peringkat parlimen, itu untuk negara Malaysia. “But this money should be spent according to where it is mostly needed”. Jangan belanja ke tempat-tempat yang tidak diperlukan. Maka dengan itu, penting kepada kita untuk memastikan supaya perkara ini seperti yang saya nyatakan 2025, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM64 billion untuk pendidikan, RM45 billion untuk kesihatan.

Dan saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, apa rancangan untuk memastikan supaya kewangan berapa jumlah daripada billion itu dapat dimasukkan untuk menampung keperluan rakyat di peringkat akar umbi ini? Mengenai dengan pendidikan tadi yang saya sebutkan, supaya di peringkat negeri Sabah, kita perlu membina anak-anak kita yang mempunyai kemahiran selaras dengan keperluan pasaran yang ada. Bukan hanya industri, bahkan dari segi perkhidmatan awam yang ada, tetapi malangnya kadang-kadang kita nyatakan bahawa AI, we are going for artificial intelligence, networking ada. Tetapi saya tahu di peringkat Kerajaan Negeri, masih lagi pakai fail-fail dalam urusan mereka. Datuk Speaker, kalau kita pergi Sarawak, sempadan tu, they are using computer. Tetapi kita masih lagi pakai manual dari segi sistem yang ada. Malahan di peringkat Kerajaan Negeri pun ya, you go to the office there masih lagi manual file. But other state like Sarawak, they are going for internet, the other state yang ada. Takkan kita tak melihat bahawa perkara ini cukup penting ya. Paperless kind of communication yang ada, sudah sampai ketika dia. Takkan kita boleh bicarakan tentang Sabah will be you know, maju ke hadapan untuk dalam keadaan ini tetapi di bawah itu lain cerita dia.

Speaker

Mula gulung ya Yang Berhormat.

Jadi saya berharap sungguh perkara ini cukup penting. Banyak, banyak apa ini, berhubung kait dengan saya nyatakan tentang tanah juga cukup penting disebut oleh Tuan Yang Terutama, dan isu tanah ini yang khususnya tanah adat dan native title bukan isu baharu. Tetapi apabila bertahun-tahun perkara ini masih tidak ada title ya. Saya

I turun ke bawah, pergi Banggi, pergi Kudat tidak ada title dia, tetapi mereka ada berada di situ 50 tahun 60 tahun.

Datuk Speaker, ya di pedalaman, begitu juga masih ada. Pasal itu, apabila saya jadi waktu Kerajaan, kita bagi geran tanah di Tambunan 480, di Keningau 2,800 geran tanah saya bagi ya. Kerana ini merupakan hak yang perlu diberikan kepada rakyat di peringkat akar umbi. Tetapi kita nyatakan bukan hanya tanah kita bagi, but make sure mereka juga mempunyai kebolehan untuk menanam nenas. Saya ada maklumkan dengan rakan saya daripada Moyog ya, di Moyog ada di situ. Di apa Moyog? Banyak orang miskin tetapi tidak ada pendidikan. How do you rededicate property mereka?

Tetapi kalau kita letak kepada mereka tanam nenas, tanam ginger yang ada, lepas itu produce ginger seperti yang saya nyatakan, gula-gula itu, ada ginger dia, ada nenas dia, takkan kita tak boleh dan don't depend on them coming to you.

Saya dah maklumkan dulu, YB Tanjung Aru sebagai Menteri Pertanian, you must collect all the raw material yang ada. We process it downstream, to make sure that supaya pekerjaan, perniagaan, dari segi packaging yang ada. Bayangkan pembungkusan, getah-getah yang ada. Takkan kita tak mampu. Jadi Datuk Speaker, berhubung kait dengan tanah ini, saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri.

Saya difahamkan, saya balik baru-baru ini ke kawasan saya, akan ada pembangunan emas di situ.

Di tanah yang dinamakan Nagos.

Sama ada betul ataupun tidak, hampir seribu ekar tanah di situ dan masa saya jadi Kerajaan, saya berkata, “it must belong to the State Government”. Bila keadaan ini berlaku, di mana raw material yang ada emas, jangan bagi dengan swasta, “Give to the Government” supaya kita menjadi satu kawasan yang membolehkan supaya emas ini sebagai satu produk, yang menjadi tarikan kepada masyarakat antarabangsa. Dubai tidak ada emas, Datuk Speaker, Dubai.

But I can tell you, Dubai now di antara pasaran yang paling banyak hasil untuk emas. Ini tidak, kita di peringkat Negeri Sabah kita bagi swasta kita bagi ya, keadaan itu begitu juga dalam seperti yang saya nyatakan, berhubung kait dengan tanah tadi.

Datuk Speaker, agak tidak tertentu dan saya difahamkan ada jawapan, apa nama, tanah yang baru-baru ini dari 2023kah 2024 ya, telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada satu syarikat yang ada. Saya ingin bertanya apa tujuan dia? Kita ada FMU, Forest Management yang ada. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri,

I sejauh mana syarikat-syarikat yang kita telah lantik ini telah menanam kayu-kayan yang ada, ataupun mereka tanam kelapa sawit yang ada? Ini yang kadang-kadang kita tidak sedar, the intention is to tanam kayu balak, untuk memastikan supaya sustainable yang ada tetapi ini tidak. Kita tanam kelapa sawit, kita gunakan tanah itu untuk sesuatu perkara. Tetapi berapa hasil yang telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri, untuk memastikan supaya kayu-kayan yang ada ini akan mendapat manfaat kepada anak-anak kita di masa yang akan datang?

Datuk Speaker, di samping itu, saya berharap agar permohonan seperti native title, tanah-tanah yang ada ini akan dapat diberikan kepada masyarakat kita, di peringkat akar umbi dan saya juga menyatakan tentang bagaimana ya, bukan kita tolak pembangunan yang ada.

Diumumkan, insurans yang ada Datuk Speaker, pun perbetulkan. Bukan bumiputera saja, 3.7 juta rakyat yang ada. Saya tidak pernah dengar bahawa di negara sedang membangun, Kerajaan akan bagi semua insurans kepada rakyatnya.

Baik saya, itu baik kalau kita dengar insurans itu.

Tetapi bagaimana, walaupun insurans mungkin progresif ini anak syarikat Kerajaan Negeri, premium dia macam mana?

Daripada 3.7 juta rakyat Sabah ini, berapa di antara mereka yang berhadapan dengan kereta eksidenkah ataupun kematiankah? Saya tidak ada, mungkin tidak sampai 1 juta. Siapa yang mendapat manafaat? Syarikat insurans yang ada, tetapi sedang kita di peringkat negeri Sabah, memerlukan kewangan untuk mengatasi air, mengatasi elektrik, mengatasi jalan raya yang ada. Why do we give to 3.7 million people? Sounds very good for political reason, tetapi 3.7 juta ada yang orang kaya. Buat apa kita nak insuran orang kaya, yang kita nak bantu rakyat miskin di Sabah ini.

That's why pengurusan ini, we are building a nation. Itu yang saya katakan dari awal. “We are here to build nation, we don't want to enrich anybody else” ya, kita kena bantu rakyat kita.

Jangan buat ketirisan pembaziran yang ada.

Saya sokong kalau sekiranya ia menjadi, membolehkan supaya membantu ya, selain daripada kesihatan dia, sistem perubatan kita, selain daripada pendidikan dia, sistem persekolahan dia. Selain dari segi contoh, kalau 3.7 juta, tidak banyak orang B40 ada kereta.

Accident berapa kali mereka ada? Jadi saya bertanya kepada pihak Kerajaan, berapakah ini cadangan yang mereka baharu suarakan? Cuma saya nak bertanya, premium yang dibayar ya, kepada pemilik-pemilik yang ada ya. Saya tidak pernah melihat sama ada United Kingdom pun ada, mungkin insurans

I yang ada, tetapi itu terbatas ya. Ada keupayaan mereka tidak jadi masalah, tetapi kita tidak mempunyai kewangan, Datuk Speaker. Very limited funding yang ada. Datuk Speaker, saya ingat ada oleh kerana masa tidak mengizinkan dan saya ingin menyuarakan supaya Dewan yang mulia ini tempatnya untuk kita berbahas. Bukan tempatnya kita untuk menyatakan bahawa ada agenda politik, tidak. Malahan apabila saya bangkitkan perkara-perkara tadi, kita letakkan cadangan tambahan, supaya baik pulih keadaan-keadaan yang ada berlaku ini, bukan kita politikkan. We love the country, we love the people in Sabah. Dan ini yang penting kepada kita, Datuk Speaker. Dengan kata-kata itu, saya berharap supaya Kerajaan Negeri mengambil tindakan secepat yang mungkin. Masalah rakyat di peringkat akar umbi, bukan hanya masalah makanan ya, cost of living yang ada. Dan kita tidak boleh bergantung dengan hanya kawalan harga yang ada daripada Kerajaan Persekutuan. Kita tidak boleh bergantung hanya dengan bekalan bantuan. Contohnya, untuk mengatasi masalah elektrik, 300 juta ke berapakah, airkah daripada Kerajaan Persekutuan.

Saya yakin kita ada duit bukan tidak ada duit, tetapi where do we channel the money for?

Ke arah mana itu untuk membolehkan supaya kita dapat membantu rakyat kita. Dengan kata-kata itu, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Speaker untuk memberi ruang dalam ucapan kita dari ucapan Tuan Yang Terutama. Terima kasih banyak.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Senallang.

Sebelum itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tambunan kerana sempat menukar dress code.

Dengan itu, sekarang saya jemput Yang Berhormat Kadamaian.

12.40 tengah hari

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin …

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

… memulakan perbahasan saya dengan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli Dewan serta rakyat Sabah dan semoga sambutan ini telah dapat mengeratkan silaturrahim,

I perpaduan dan keharmonian kita di Sabah. Saya mengalu-alukan ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua … .

Speaker

Sebelum itu masa 12 minit ya.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Negeri Sabah di Dewan ini pada 10 April yang lepas. Tuan Speaker, Rancangan Malaysia Ke-13 akan dibentangkan di Parlimen sekitar bulan Julai tahun ini. Saya yakin Kerajaan Sabah telahpun mengemukakan senarai keutamaan projek-projek pembangunan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan. Pun begitu, kita semua harus mengambil iktibar pelaksanaan Rancangan-rancangan Malaysia sebelum ini yang mana masih ada projek yang berlaku kelewatan pelaksanaannya di atas banyak faktor. Saya mengalu-alukan inisiatif kerajaan mewujudkan perjawatan tambahan di Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, iaitu antara cadangan intervensi bagi mempercepatkan pelaksanaan dan pemantauan Projek-projek Rancangan Malaysia, susulan keputusan melantik JKR Sabah bagi melaksanakan projek-projek biayaan Kerajaan Persekutuan yang bernilai 50 juta ringgit ke bawah sejak tahun 2023.

Saya mencadangkan supaya satu unit khas pemantauan dan penyelarasan Projek-projek Rancangan Malaysia dapat diwujudkan di Sabah bagi menangani isu-isu yang didapati menyumbang kepada pelaksanaan projek-projek tersebut. Terutama yang menjadi punca kelewatan ataupun punca kelambatan pelaksanaan projek-projek tersebut dimulakan.

Walaupun Majlis Tindakan Pembangunan Negeri ditubuhkan untuk memantau isu-isu pelaksanaan tetapi saya percaya harus ada unit yang turun ke lapangan dan menangani isu-isu yang melibatkan pertembungan antara jabatan atau agensi, termasuk yang melibatkan pengambilan tanah dan pemberian pampasan serta kelulusan-kelulusan yang diperlukan di peringkat Kerajaan Tempatan.

Tuan Speaker, pada tahun 2024, sejumlah 53 398 usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan Koperasi di Sabah mendapat bantuan geran dan pembiayaan daripada agensi-agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan nilai keseluruhan sebanyak 813.4 juta ringgit. Di bawah Dasar Pandang ke Timur dalam negara, perspektif KUSKOP ini saya percaya, kementerian akan terus memberi fokus tambahan kepada keperluan-keperluan

I pembangunan di Malaysia Timur, iaitu di Sabah dan Sarawak kerana isu dan cabaran tersendiri yang ada di sini. Ini termasuklah Kajian Separuh Penggal Dasar Keusahawanan Negara 2030 yang akan dilaksanakan tahun ini yang akan mencakupi penelitian dan langkah ke hadapan terkait dengan keperluan pembangunan keusahawanan di Sabah dan juga Sarawak. Ini termasuklah hala tuju dan rancangan bagaimana kita dapat mewujudkan permintaan domestik ke atas produk-produk tempatan serta memperkasakan penglibatan syarikat usahawan dan koperasi dalam sistem rantaian bekalan serta fokus kepada sektor keterjaminan makanan dan bidang-bidang bertumbuhan dan yang berimpak tinggi. Saya berharap Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Sabah terus diperkasakan sebagai satu platform untuk membangunkan dengan lebih baik sektor keusahawanan dan koperasi di Sabah. Saya juga mencadangkan agar Kerajaan Sabah melihat bagaimana dapat memperkasakan halal hub dengan kemudahan makmal ujian kepada produk-produk yang memohon persijilan halal supaya proses permohonan boleh disingkatkan sekiranya kemudahan makmal tersebut dibina di Sabah.

Dengan trend usahawan menjual produk dan perkhidmatan secara live di pelbagai platform media sosial, saya juga berharap kerajaan dapat melipat-gandakan usaha bagi memastikan capaian Internet ke seluruh pelosok Sabah dapat dijayakan. Selepas pelancaran live hub TikTok Shop tekun di Sabah, kita dapati berlaku lonjakan peningkatan jualan produk-produk usahawan di Sabah.

Namun penghantaran produk ini ke luar Sabah yang memerlukan pengangkutan kargo mewujudkan kos yang agak besar. Inilah antara isu yang perlu dirumuskan bersama termasuk bagaimana intervensi boleh dilakukan untuk membantu usahawan-usahawan kita di Sabah.

Tuan Speaker, sektor ekonomi dan keusahawanan di Sabah memerlukan bekalan tenaga dan utiliti lain yang konsisten. Saya percaya Kerajaan Sabah sedang tampil dengan perancangan bagaimana dapat memastikan bekalan utiliti ini dapat ditingkatkan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menarik minat pelaburan ke Sabah. Kawal selia tenaga telahpun diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Sabah. Penyerahan sepenuhnya Sabah Electricity kepada Kerajaan Sabah dalam tempoh tujuh tahun ini memerlukan perancangan bagaimana syarikat ini kelak dapat

I berdikari dan menjadi pembekal tenaga utama di Sabah. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Sabah agar memberi sokongan penuh agar Sabah Electricity dapat menjana tenaga sendiri dan bukan hanya menjadi pembeli kepada tenaga yang dijana oleh Independent Power Plant ataupun IPP.

Dengan tarif elektrik yang sedia ada dan kebergantungan tinggi kepada subsidi Kerajaan Persekutuan, sudah tiba masanya Kerajaan Sabah merancang bagaimana menjadikan Sabah Electricity ini sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri dan menjadi pembekal tenaga utama di Sabah dengan loji tenaga tersendiri dan boleh disenaraikan di Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menerima semula syarikat ini daripada GLC Persekutuan. Sebagai langkah awal juga, Sabah Electricity juga perlu diperkasakan dengan tanggungjawab penguatkuasaan di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 di mana Suruhanjaya Tenaga Sabah boleh menurunkan kuasa kepada Sabah Electricity untuk melaksanakan perkara-perkara berkaitan penguatkuasaan. Ini bagi memastikan kes-kes kecurian elektrik yang menyumbang kepada ketidakstabilan bekalan tenaga dapat ditangani dengan lebih baik.

Tuan Speaker, selaku ADUN Kadamaian saya merakamkan penghargaan di atas pelaksanaan penyukatan tanah di bawah program PANTAS yang telah dilaksanakan di Kampung Kiau dan Kampung Tombotuan. Dalam masa yang terdekat ini, program PANTAS akan dilancarkan di Kampung Sayap, Kampung Terintidon dan Kampung Melangkap.

Bagi pihak rakyat Kadamaian, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sabah. Pun begitu, saya sekali lagi ingin merekodkan di Dewan ini untuk memanjangkan pelaksanaan program PANTAS ini di banyak lagi kampung lain di Kadamaian seperti Kampung Lobong-Lobong, Kampung Kaung, Kampung Gansurai, Kampung Lasau, Kampung Lahanas, Kampung Podos dan sebagainya. Saya yakin dengan peruntukan yang lebih besar, program ini dapat dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.

Saya ingin membangkitkan mengenai pengeluaran geran tanah yang telah disukat sekian lama yang disukat bukan di bawah program PANTAS, tetapi masih belum lagi dikeluarkan geran tanahnya sehingga kini.

Ini menyebabkan pemilik tanah berhadapan dengan cabaran mengakses kepada pelbagai kemudahan kerajaan serta pembiayaan daripada institusi kewangan yang memerlukan syarat pemilikan

I geran tanah. Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan Sabah mewujudkan peruntukan khas atau mengangkat kepada Kerajaan Persekutuan keperluan ini di bawah Projek Khas Ekonomi Anak Negeri Sabah agar peruntukan khas ini dapat digunakan untuk membantu Jabatan Tanah dan Ukur mengeluarkan geran-geran tanah tersebut. Saya percaya Jabatan Tanah dan Ukur memerlukan kemudahan dan kelengkapan tambahan bukan hanya untuk memperluaskan pelaksanaan program PANTAS tetapi juga mengeluarkan geran-geran tanah yang telah disukat sekian lamanya melalui proses biasa dengan lebih cepat lagi.

Tuan Speaker, seperti mana disebut di dalam Ucapan Dasar Kerajaan, kita mahu terus membangunkan sektor pelancongan di Sabah dengan menarik lebih banyak kehadiran pelancong dan agar lebih ramai pemain industri di dalam sektor ini. Selama ini pembangunan pelancongan Gunung Kinabalu berteraskan kepada potensi di Kundasang, Ranau ataupun lebih berorientasikan kepada Ranau. Saya sangat menghargainya dan sememangnya ia telah menyumbang kepada ekonomi Sabah amnya dan kepada ekonomi tempatan di Ranau khasnya.

Bagi mengembangkan lagi sektor pelancongan, sudah tiba masanya Kerajaan Sabah melihat pembangunan pelancongan Gunung Kinabalu yang berteraskan kepada potensi Kadamaian, Kota Belud ataupun berorientasikan Kadamaian sebagai nilai tambah kepada apa yang kita ada sekarang. Ini termasuklah pembukaan laluan Gunung Kinabalu daripada Kadamaian serta semua fasiliti yang diperlukan termasuk kemudahan infrastruktur di kawasan pelancongan komuniti di Kadamaian. Kita mengetahui Low’s Peak puncak tertinggi Gunung Kinabalu tetapi kita juga harus memastikan pelancong harus tahu bahawa orangnya, iaitu Sir Hugh Low telah menelusuri laluan menuju ke Gunung Kinabalu itu daripada Kadamaian. Begitu juga dengan situasi sesak jalan raya menuju ke Kundasang setiap kali musim cuti, iaitu tempoh puncak ...

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

... yang paling aktif sekali aktiviti pelancongan berasaskan Kinabalu ini. Saya percaya sekiranya Kerajaan Sabah memberi tumpuan yang lebih besar, dan memberi inisiatif tambahan kepada potensi Kadamaian, saya percaya bukan hanya sektor pelancongan dapat dibangunkan

I dengan lebih inklusif dan meluas, tetapi juga kepada ekonomi tempatan di Kadamaian khasnya dan di kota Belud amnya.

Tuan Speaker, rakyat Kadamaian telah tampil dengan Pelan Induk Pembangunan Kadamaian 2020 - 2035 yang telah dilancarkan pada tahun 2020 dan kajian penilainya, kajian penilaianya telah dilaksanakan oleh Institut Kajian Pembangunan IDS Sabah tahun lalu selepas lima tahun pertama tempoh dijayakan. Saya akan mengemukakan pelan ini yang dikemas kini ini dengan kajian penilaian oleh IDS kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Yang Berhormat Menteri-Menteri Kerajaan Sabah dan juga Kerajaan Persekutuan sebagai input cadangan dan aspirasi pembangunan rakyat Kadamaian bagi tempoh Rancangan Malaysia ke-13, 2026 - 2030 ini. Segala sokongan untuk menjayakan pelan pembangunan ini, saya mewakili Rakyat Kadamaian mengucapkan terima kasih dan semoga semuanya diberkati.

Tuan Speaker, saya sebenarnya ingin membahaskan tentang usaha-usaha berterusan dan status pelaksanaan Rundingan Tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana terlalu banyak kenyataan di luar tetapi tidak disebut di dalam ucapan Dasar Kerajaan Negeri. Apapun saya tidak meragukan komitmen Kerajaan Sabah, pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengenai perkara ini kerana dari segi pencapaiannya, kita telah melunaskan atau melaksanakan lebih banyak tuntutan MA63 semasa Kerajaan pimpinan Kerajaan Madani ini berbanding kerajaan-kerajaan sebelumnya. Saya akan terus memainkan peranan tersendiri dalam melengkapkan komitmen dan usaha rundingan government to government, iaitu di antara Kerajaan Sabah dengan Kerajaan Pesekutuan dalam perkara ini. Semoga Sabah dan negara kita akan dirahmati dengan semua yang baik-baik dari usaha pembangunannya, kepada kestabilan politiknya, keharmonian kaum dan agamanya, kemakmuran rakyatnya dan juga rasa hormat negara lain kepada kita. Mari kita memperkasakan hasil terbesar Sabah, iaitu perpaduan dan keharmonian kaum dan agama serta kebersamaan rakyat kita. Mari memilih untuk melakukan lebih banyak kebaikan. Mari menjadi teladan bagaimana kemajmukan rakyat menjadi kekuatan untuk mengurus dan membina masa depan yang lebih baik.

I Tuan Speaker, ucapan perbahasan saya ini ringkas sahaja dengan ucapan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan yang akan menjelang tiba. Saya sudahi ucapan ini dengan sokongan ke atas ucapan Dasar Kerajaan Sabah. Terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Kadamaian. Ringkas tapi tepat. Ketika ini saya ingin mengalu-alukan kedatangan pemerhati dan pelajar dari Kolej Vokasional Keningau, seramai 20 pelajar dan enam orang guru. Selamat belajar. Sila duduk. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Lamag.

12.53 tengah hari

Terima kasih, Datuk Speaker.

Pertama, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tun Musa Aman di atas pelantikan selaku Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, dan Tuan Yang Terutama juga memberikan ucapan dan harapan agar pembangunan negeri Sabah dapat kita makmurkan bersama. Dalam masa yang sama, Tuan Speaker, saya ingin membangkit beberapa isu. Saya ingin bertanya dengan Kerajaan, iaitu pada satu ketika Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, telah mengumumkan pengwujudan satu apa ini kilang simen di tengah-tengah hutan di antara Binanga dan Tongod. Jadi saya ingin tahu apa status kilang simen ini pada hari ini, sebab saya dimaklumkan bahawa syarikat yang berkolaborasi dengan Syarikat Kerajaan Negeri ini telah mengundurkan diri. Semua sudah angkat dan saya juga dimaklumkan oleh orang kampung, ada aktiviti pengambilan kayu balak. Bermakna saya tidak pasti, saya mahu Kerajaan jawab. Betulkah kilang simen tidak diwujudkan? Sebab sebetulnya dari awal saya membantah, kilang simen di tengah-tengah hutan, jalan raya tidak ada, elektrik tidak ada, air tidak ada. Sedangkan kilang simen di KKIP mengalami kesukaran untuk bersaing. Kenapa diwujudkan di tengah-tengah hutan? Kalau naik kereta pun sukar untuk sampai, kena tengok naik helikopter. Saya tidak tahu siapa yang terlibat, tetapi saya ingin penjelasan sebab rakyat berhak ingin tahu. Kedua, baru-baru ini juga viral ramai tentang pemberian lesen prospecting licence kepada Syarikat Lincah Hebat Utama Sdn. Bhd.. Pemberian itu saya tidak persoal. Yang dipersoalkan, syarikat ini tidak layak. Dia punya duit, modal dia RM100. Mula-mula dia dapat 43 ribu hektar, dikurangkan pergi 17 ribu. Dalam rekod dia, syarikat

I ini mempunyai liabiliti RM17 ribu, hutang dia RM3800. Bagaimana syarikat begini boleh beroperasi lesen untuk mencari gali mining, dia sendiri hampir bankrupt. Ini yang menjadi persoalan.

Jadi saya meminta Kerajaan Negeri, jangan kalau kita rakyat tegur, kita tidak telus, bahawa kita ada kegagalan, kita terus marah. Lihat, kejadian seumpama ini, apa mesej yang mahu disampaikan? Adakah ini akan menjadi pendirian Kerajaan Negeri memberi kepada syarikat yang tidak layak dan Kerajaan Negeri mengalami kerugian? Kenapa negeri Sabah ini, negeri nombor dua terkaya di Malaysia tapi rakyat dia miskin? Kenapa? Mungkin Timbalan-timbalan Ketua Menteri boleh jawab, tolong bantu. Kenapa kita miskin?

Tuan Speaker, di Sabah ini ada penyakit tiga serangkai. Penyakit air, penyakit elektrik, penyakit jalan raya. Tidak 60 lebih tahun merdeka, tidak pandai selesai, tidak pandai dinoktahkan. Hairan. Tukar ganti Kerajaan, tukar ganti Ketua Menteri, itu juga. Saya rasa, tiba sudah masanya untuk kita mentuntaskan isu ini. Tidak boleh. Rakyat Sabah tidak boleh hidup dalam penderitaan sebegini. Sabah harus maju dan membangun daripada negeri-negeri yang lain. Ini perlu disimpan di benak pemikiran mana-mana juga pemimpin. Yang menang pilihan raya akan datang, tolong pastikan Sabah keluar daripada masalah yang sebegini. Ini rakyat bukan mahu apa, rakyat mahu air bersih sampai ke rumah, rakyat mahu jalan raya, anak-anak mereka mahu ke sekolah, mahu ke hospital, perempuan bersalin mahu ke klinik, rakyat mahu api elektrik tidak putus-putus, itu pun sukar kita bagi.

Macam mana kita begini? Jadi inilah antara faktor-faktor, kalau boleh kita cuba selesaikan. Bukan dibagi dengan apa ini bantuan SYUKUR, 300 terpilih, 33 ribu keluarga. Yang lain nda dapat, macam mana? Habis itu dibagi insurans, 3.5 juta rakyat Malaysia. Kenapa? 3.5 juta itu dijangka akan kiamatkah? Akan kena langgar keretakah? Akan gantung dirikah? Bukan itu yang mereka mahu. Yang untung ini, either they go to Progressive Insurance atau ada middle man lagi. Saya mahu tahu, rakyat mahu tahu. Jangan kita melakukan satu-satu perkara tetapi rakyat rugi, Kerajaan rugi. Ini perkara perlu dilihat dengan saksama.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, minta laluan.

I

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Terima kasih, abangku ADUN Lamag. Saya cuma ingin …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

bertanya adakah ADUN Lamag bersetuju bahawa kerajaan GRSP ini yang suatu ketika dahulu didukung oleh ADUN Lamag dua tahun yang lalu telah merancang satu strategik untuk menyelesaikan penyakit tiga serangkai yang dikatakan tadi, iaitu air, elektrik, dan jalan raya. Dan sebab saya telah mengamati suatu ketika dahulu apabila Yang Berhormat Lamag berada di pimpinan Negeri selaku Menteri Kerja Raya apabila kami sebagai wakil rakyat biasa mengutarakan tentang permasalahan air, elektrik, dan jalan raya. ADUN Lamag ketika itu menjadi Menteri Kerja Raya telah meminta kami menyampaikan kepada rakyat supaya bersabar kerana Kerajaan pada masa itu sedang merangka satu strategik penyelesaian jangka pendek, sederhana, dan jangka masa panjang. Dan saya percaya dan yakin Kerajaan yang sekarang ini telah meneruskan apa ini strategik-strategik ini yang telah dirangka pada suatu ketika dahulu dan kami tetap bersabar untuk menanti penyelesaian tuntas daripada Kerajaan. Adakah Yang Berhormat Lamag bersetuju? Terima kasih.

Ya, ADUN Kuamut. Mungkin saya telah jelaskan mungkin Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan ini. Saya telah menjelaskan bahawa selaku Menteri bertanggungjawab pada ketika itu saya telah mengemukakan cadangan setebal 3 inci kepada Ketua Menteri.

Tapi Ketua Menteri, take them for granted dan itu salah satu faktornya kenapa saya mengisytihar diri keluar daripada Kerajaan GRS sebab tidak mempedulikan cadangan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Yang Berhormat masih menyokong walaupun tidak menyelesaikan masalah rakyat.

I Tuan Speaker (ketawa), lain kali jangan tanya soalan kalau pukul kepala sendiri.(Ketawa).

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Lamag, minta laluan sekejap. Boleh ya?

Terima kasih.

Yang Berhormat Lamag telah mengemukakan kertas cadangan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya ingin bertanya adakah kertas cadangan itu juga dikemukakan di Mesyuarat Kabinet? Terima kasih.

Ada tetapi tidak ada tindakan Yang Berhormat. Itulah apa sebabnya saya kata Kerajaan ini tidak memikirkan masalah rakyat(Ketawa). Okay Tuan Speaker, saya juga ingin bertanya. Berapa jumlah rumah SMJ yang telah siap dibuat? Dan berapa jumlah yang terbengkalai mengikut DUN? Sebab saya tahu di Parlimen saya rumah SMJ ada terbengkalai. Saya mahu tahu. Saya juga ingin kalau boleh rumah SMJ ini sebetulnya tidak mendatangkan manfaat sekiranya tidak ada ketulusan.

Sebab mereka yang tidak layak menerima pun mendapat. Yang tiada rumah tidak dapat. Yang orang tidak layak dapat. Jadi ini sebetulnya merugikan. Ada pepatah orang tua-tua dulu, dia kata perancangan yang baik tetapi pelaksanaanya tidak baik akan menjadi niat yang baik itu menjadi tidak baik.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Tuan Speaker, adakah apa nama ini Yang Berhormat bersetuju yang dapat ini hanya ahli parti kepada PGRS? Sekiranya tidak mengisi borang dia tidak akan dapat. Terima Kasih.

Saya setuju dengan apa ini ADUN Dilantik. Ramai pemimpin- pemimpin GRS, kalau mahu rumah isi borang GRS. Begitu juga dengan bantuan syukur dapat 300.00 boleh isi borang. Dengan isi borang tanpa hati tidak akan ada apa-apa keuntungannya. Sebab itu, di dalam parti saya kita tidak begitu. Kita your welcome kalau your mahu berjuang datang. Kita tidak minta your isi borang apa semua.

I Jadi inilah yang berlaku Tuan Speaker. Ini realiti bukan fitnah boleh siasat. Boleh tengok di bawah.

Inilah kerja-kerja pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Tuan Speaker, boleh minta penjelasan.

Boleh, last.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Bolehkah Yang Berhormat Lamag nyatakan mana satu daerah ataupun kawasan DUN yang meminta mana-mana yang memohon rumah SMJ isi borang jadi ahli GRS? Bolehkah dinamakan? Sebab mungkin yang lain…

Di kawasan saya 100% memang berlakulah. Di Beluran. Di Libaran pun berlaku. Banyak berlaku.Tidakkan Yang Berhormat tidak tahu.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Libaran, Libaran.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Lima minit lagi.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya, lima minit lagi.

Berapa minit?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Lima, bertambah sudah. Ada injury time sudah.

Saya ingin bertanya daripada 6 hingga 7 bilion pendapatan Kerajaan Negeri ini, berapa jumlah bilion ringgit daripada pendapatan penjanaan ekonomi baru selain daripada pendapatan royalti minyak, akses minyak kelapa sawit, akses minyak Petroleum dan sebagainya.

I Berapa jumlah penjanaan pendapatan baharu yang diperolehi oleh Kerajaan dengan penjanaan ekonomi baharu. Ini yang kita saya mahu tahu dan perlu diperjelaskan dan isu-isu yang lain.

Tuan Speaker, apakah Kerajaan pada hari ini benar-benar ada ketulusan untuk mengeluarkan Sabah ini daripada belenggu kemiskinan? Dan bilakah Kerajaan ingin mengeluarkan lapan daerah termiskin ini. Termundur ini daripada carta kemiskinan negara kita. Sebab malu kita Yang di-Pertua, Sabah kaya-raya, teyapi daerahnya miskin.

Rakyatnya menderita jadi tidak ada kesudahannya.

Bagaimana kita mengurus negeri ini secara saksama? Tidak ada kesudahannya. Dan saya Yang di-Pertua ingin dalam saat-saat terakhir ini saya ingin menegaskan bahawa dalam kita mengejar kemajuan dan angka-angka indah di atas kertas jangan sekali kita lupa realiti hidup rakyat di bawah.

Rakyat tidak minta banyak di-Pertua, Datuk Speaker.

Rakyat mahukan air.

Mahukan jalan raya. Jalan raya Pan Borneo Fasa 1 tolong segera siapkan. Ada lagi Fasa 2 dalam pakej satu yang diumumkan oleh Perdana Menteri bila bermula? Jalan kita sekarang ini highway federal ini daripada Batu Kota Kinabalu ke Sandakan ke Tawau, Tuhan sahaja yang tahu.

Banyak orang mengadu.

Banyak orang mengeluh, tetapi bilang sudah dianugerahkan tetapi tidak bermula. Bila dia bermula? Jadi ini perlu disegerakan jangan lagilah gunakan pancingan umpan bagi gula-gula kepada rakyat sebab itu dekat Pilihan Raya tidak ada maknanya. Rakyat sekarang ini bukan lagi bodoh dan tidak lagi boleh kita perkotak-katikan mereka. Mereka tahu memilih mana pemimpin mana parti yang mereka rasa mereka lebih selesa untuk bersama membangunkan mereka.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Tuan Speaker, minta laluan lagi ADUN Lamag.

Mungkin itulah gunanya ada insuran kemalangan itu dikeluarkan untuk memastikan yang accident.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sila gulung.

I

Iya. Ya Kuamut.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, terima kasih ADUN Lamag.

Tadi ada disentuh ada dua perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat ADUN Lamag. Pertama soal kemiskinan. Saya amat simpatilah dan rasa terkeduh sikit sebab antara lapan daerah yang termiskin di Sabah ini adalah Kuamut, daerah Tonggod dan juga Kinabatangan. Dan tadi ada juga disentuh pasal pengwujudan kilang simen yang akan dibuat di tengah hutan dikatakan. Adakah ADUN Lamag bersetuju bahawa rancangan Kerajaan Negeri untuk membina sebuah kilang di luar bandar yang menjadi kelaziman hanya di bandar-bandar?

Itu merupakan satu kaedah penyelesaian jangka panjang untuk membasmi kemiskinan di daerah Tonggod kerana kita sedia maklum pengwujudan kilang-kilang ini akan memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan secara tidak langsung akan mengeluarkan warga ataupun…

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

… anak-anak warga yang tergolong dalam kemiskinan mendapat pekerjaan dan itu salah satu usaha pembasmian kemiskinan, itu yang pertama. Yang kedua, kalau selama ini deretan kilang-kilang dibangunkan di bandar-bandar dengan kemudahan infra, air, dan sebagainya, adakah ADUN Lamag bersetuju bahawa selain daripada kita mengharapkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk membina kemudahan-kemudahan asas ini, dengan pewujudan kilang ini, sudah pasti mahu tidak mahu, akan diberi kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya.

Dan sudah pasti masyarakat setempat akan mendapat tempias pembangunan infra dan memudahkan, meringankan sikit beban Ahli Parlimen untuk mendapatkan peruntukan dan juga ADUN untuk mendapatkan peruntukan untuk mendapatkan peruntukan kemudahan asas ini. Terima kasih.

Yang Berhormat, saya memang setuju. Cuma kita kena pakai logik akal, iaitu bolehkah perkara ini dilaksanakan

I ataupun tidak? Dibuat di tengah-tengah hutan tanpa ada apa-apa prasarana, fasiliti, sedangkan kilang simen di KKIP tengah struggle untuk keluar daripada kerugian. Jadi bagaimana ini boleh kita lakukan? Ini fakta, bukan auta ya Yang Berhormat. Walaupun kita mahu pembangunan, menyediakan ruang pekerjaan, kalau mahu mengeluarkan peluang pekerjaan, pertama, tenaga elektrik perlu dipertingkatkan. Sekarang tenaga elektrik kita Datuk Yang di-Pertua, cukup-cukup pakai dalam domestik sahaja. Nak orang melabur pun tidak boleh.

Menteri pelaburan datang melabur, memanggil pelabur datang, pelabur datang satu hari, cabut, elektrik tak ada, karan tak ada.

Kalau mahu panggil pelabur bagi peluang pekerjaan, Sabah kena ada extra tiga hingga lima ribu megawatt tenaga elektrik. Baru kita boleh panggil pelabur, baru boleh create peluang pekerjaan tapi kalau cerita buat tengah-tengah tujuan dia nak ada something different, susah Yang Berhormat Kuamut. Jadi kena kalau kita ingin bantu rakyat, bantu betul-betul secara saksama, secara logik akal. Ini peluang untuk kita membangunkan rakyat dan peluang itu saya nampak banyak dari segi pertanian. Saya sudah kata, pertanian perlu kita empowerkan di Sabah ini. Perlu ada peruntukan, kita gazetkan mana-mana tanah di mengikut daerah masing-masing supaya kita outsource benda-benda ini dan Sabah akan menjadi pengeluar, bukan hanya self sufficient. Ini yang saya maksudkan Tuan Yang di-Pertua. Jadi terima kasih Yang di-Pertua melayan sedikit masa untuk saya, saya menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Lamag. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tanjong Papat, silakan. 1.13 tengah hari

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas Ucapan Dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sempena pembukaan Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri yang Ke-16 pada hari Khamis yang lalu. Ucapan tersebut telah memberi arah tuju yang jelas serta peringatan kepada kita semua tentang tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas demi kemajuan dan

I kesejahteraan rakyat Sabah. Saya bangun hari ini dengan penuh keprihatinan sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih, bukan sahaja untuk menyuarakan keresahan rakyat di kawasan saya tetapi juga bagi pihak suara yang saya ingat di seluruh Sabah, yang menanggung beban ketidaktentuan ekonomi, peningkatan kos sara hidup dan kelemahan struktur berpanjangan.

Tuan Speaker, izinkan saya memulakan dengan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas keputusan untuk menambah peruntukan perumahan SMJ kepada 40 unit bagi setiap kawasan DUN. Ini adalah langkah yang amat dialu-alukan dan sudah pasti akan memberi manfaat kepada ramai keluarga dan individu berpendapatan rendah yang telah lama menanti peluang memiliki rumah yang sempurna. Ia merupakan satu langkah ke hadapan dalam usaha menangani cabaran perumahan yang telah lama dihadapi di Sabah.

Namun begitu, realiti di lapangan masih amat membimbangkan. Terlalu ramai rakyat Sabah yang masih tinggal di penempatan tidak rasmi di atas tanah kerajaan tanpa akses kepada kemudahan asas dan keselamatan hak milik. Kerajaan Negeri harus segera memperhebat dan mempercepatkan usaha menyediakan perumahan mampu milik, bukan sahaja untuk memindahkan keluarga ini ke rumah yang selamat dan bermaruah, tetapi juga bagi memberi peluang kepada pasangan muda dan pengantin baharu untuk memulakan kehidupan tanpa terperangkap dalam kitaran kebergantungan antara generasi.

Saya ... maaf, saya juga ingin merujuk satu kebimbangan yang sangat menjejaskan komuniti pesisir dan pulau. Di bawah garis panduan semasa perumahan SMJ, pembinaan rumah di atas air adalah dilarang. Walaupun di kawasan yang secara budaya menerima bentuk penempatan sedemikian dan secara praktikal amat diperlukan akibat kekurangan tanah. Sekalipun larangan ini mungkin berpunca daripada pertimbangan peraturan, ia secara tidak sengaja telah mengecualikan ramai pemohon yang layak di kawasan pesisir yang benar-benar memerlukan perumahan.

Saya menyeru kerajaan untuk menyemak semula dan meminda garis panduan ini agar lebih fleksibel dan sensitif terhadap budaya tempatan supaya tiada komuniti yang dipinggirkan dalam agenda perumahan kita.

Selain itu, kita … ketika kita

I menyaksikan lonjakan ketibaan pelancong ke Sabah, kita tidak boleh mengabaikan keperluan perumahan yang semakin meningkat dalam kalangan tenaga kerja industri pelancongan, daripada pekerja hotel dan pemandu pelancong hinggalah ke pengendali pengangkutan dan perkhidmatan.

Jika kita benar-benar serius mahu menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan unggul, maka kita juga mesti memastikan infrastruktur sosial khususnya perumahan untuk tenaga kerja sektor penting ini, berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi. Tanpa perumahan yang mencukupi untuk tenaga kerja ini, kelestarian industri pelancongan kita boleh terjejas. Tuan Speaker, isu gangguan bekalan air yang kerap, kita mesti berhadapan dengan isu ini secara tegas. Sudah tidak dapat diterima lagi rakyat terpaksa menanggung bekalan air yang tidak menentu sementara menunggu penyelesaian jangka panjang. Audit menyeluruh terhadap infrastruktur air kita amat diperlukan dan kita perlukan pelan tindakan awam yang mempunyai jangka masa jelas, kampung demi kampung, daerah demi daerah.

Isu ketiga, berkaitan jalan raya dan kehubungan. Keadaan jalan raya di kawasan luar bandar dan pedalaman masih sangat daif, seiring membahayakan nyawa dan menjejaskan pelaburan. Saya menggesa Kerajaan Negeri untuk memperketat pengawasan terhadap kontrak infrastruktur dan memastikan penyelenggaraan dilakukan secara berkala. Pembangunan tidak bermakna jika tidak dapat diakses. Tuan Speaker, mengenai perubahan dalam landskap perdagangan antarabangsa. Baru-baru ini, Amerika Syarikat mengumumkan perubahan ketara dalam pendekatan tarifnya, dengan mengurangkan atau menarik balik tarif terhadap negara-negara lain tetapi masih mengekalkan atau meningkatkan tarif terhadap produce dari China.

Walaupun ini kelihatan seperti membuka peluang kepada ... baharu kepada pengeksport global, implikasi terhadap Sabah perlu diperhatikan secara mendalam. Ekonomi kita khususnya dalam sektor kelapa sawit …

I

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Akuakultur pembalakan dan pembuatan banyak bergantung kepada keseluruhan eksport yang berhubung dengan memfailkan bekalan global melibatkan China. Perubahan asal Amerika Syarikat ini mungkin mengalihkan agihan perdagangan, mewujudkan tekanan persaingan baharu dan merubah harga pasaran global. Semua ini boleh memberi kesan kepada pengeluar Sabah. Sehubungan itu saya menyeru Kerajaan Negeri untuk bekerjasama rapat dengan persatuan perdagangan dan eksport bagi menilai kesan dasar ini ke atas industri tempatan. Kenal pasti pasaran baharu yang berpotensi untuk produce Sabah seralas dengan perubahan global ini. Sediakan sokongan yang disasarkan termasuk maklumat pasaran pembaikan dan gerak teknologi agar pengeksport kita kekal berdaya saing.

Tuan Speaker, isu yang kelima mengenai pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Saya ingin bertanya apakah status sebenar program TVET di Sabah? Adakah program-program ini benar selari dengan keperluan komuniti perniagaan dan profesional kita?

Adakah Kementerian mempunyai data menunjukkan kursus mana yang memenuhi keperluan pasaran dan yang mana tidak? Bolehkah kita kenal pasti bidang-bidang di mana kita melatih terlalu ramai atau terlalu sedikit berdasarkan maklum balas industrial. Tanpa maklumat ini kita berisiko melahirkan kerja tanpa prospek pekerjaan. Manakala industri pula kekurangan tenaga mahir. TVET tidak boleh dilihat sekadar memenuhi syarat, ia mesti dipacu oleh data yang tepat dan keperluan majikan.

Tuan Speaker, isu-isu ini daripada perumahan hingga tarif kepada tarif, daripada infrastruktur hingga kepada latihan kemahiran saling berkait rapat. Tindakan kita juga mestilah menyeluruh, bijaksana dan pantas. Rakyat Sabah tidak mengharapkan keajaiban, tetapi mereka mengharapkan tindakan, ketulusan dan kepimpinan yang jujur. Janganlah kita tangguhkan apa yang perlu dilakukan, marilah kita bergerak daripada ucapan kepada penyelesaian.

Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua Ahli Yang Berhormat serta

I seluruh warga Dewan yang saya hormati. Semoga perayaan ini membawa keberkatan, keharmonian dan semangat perpaduan kepada kita semua. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Papat.

Saya ingin merakamkan selamat datang kepada 27 pelajar dan dua orang lecturer dari UiTM, Universiti Teknologi Mara. Selamat datang.

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Moyog.

1.23 tengah hari

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih, Datuk Speaker, dan saya ingin bermula dengan isu pendidikan di Sabah. Di Sabah, kunci utama ataupun the main dengan izin saya akan berbahas dengan campur bahasa Inggeris. Isu yang sangat penting di Sabah adalah untuk keluar daripada masalah kita yang sudah lama ada. That is our education system has to be revamped, kita mesti tukar silibus baharu.

Kita juga mesti bawa teknologi ataupun pengajaran baharu bagaimana kita boleh menghadapi teknologi yang ada pada hari ini. Datuk Speaker, imagine kalau kita hantar tiga ataupun 10 ataupun 100 anak kita untuk mempelajari produk ataupun silibus baharu dalam Robotik dan AI. Ya, each one of them akan ada berbeza pandangan ataupun emotional acceptance kepada apa yang mereka pelajari. But we must force them to learn satu basic common language, iaitu English. This is the way forward bagi Sabah and the state government must take full opportunity dengan badan-badan yang ada seperti Yayasan Sabah, seperti agensi-agensi Kerajaan yang sedia ada yang berkaitan dengan TVET, STEM dan sekian. The way out of this for Sabah to prepare the next 10 years adalah pendidikan dalam usaha ataupun skill bahru dalam teknologi yang sedia ada.

Datuk Speaker, berkaitan dengan uncertainty to the global challenges.

Pengumuman Presiden Amerika berkaitan dengan tarif dan pause of tarif dan

I sekian-sekian. Actually, we shouldn't be too really bothered about it sebab kalau kita fokus kepada peningkatan produk yang kita akan keluarkan di Sabah to a higher standard or higher level of product, we will not be, you know, struggling with exports. But at this moment, saya ingin tanya Kerajaan, apakah produk yang kita ada dan bolehkah kita bersaing dengan Semenanjung dan juga Sarawak? Don’t talk about luar daripada Malaysia? Are we in the position to produce product that can be exported kepada negara-negara seperti Amerika, seperti Eropah, seperti Jepun dan China? Are we in that state? Yes, betul kita dengar pasal SK Nexilis, kita dengar pasal Kibing dan sekian-sekian. All these are partial supply chain sahaja. We have to move on to something else dan saya ingin tanya pada Kerajaan, what is their ten year programme, di mana kita boleh menampung challenges, where we can overcome the challenges yang ada pada global trade uncertainty yang kita ada dan sama ada kita boleh juga menubuhkan agensi, ataupun sorry memperkuatkan agensi yang kita ada berkaitan dengan trade and investment, khususnya invest Sabah, khususnya agensi-agensi yang berkaitan dengan investment dan industri di Sabah. Are we just go to be just like that or are we going to moved up to a better higher standard of product manufacturing? Kalau ada.

Kedua, saya ingin bertanya dengan Kerajaan dengan cara mereka untuk overcome corruption, rasuah yang telah diwar-warkan dari lama hingga ke hari ini. In fact, Commissioner Azam Baki, dia sendiri pun cakap, Sabah adalah sarang, the hotbed or the sarang for rasuah. It is the hotbed of graft. It's shameful coming from the MACC ataupun SPRM punya commissioner. There is definitely something rotten going on in Sabah. So, solution-nya terlalu banyak. Banyak orang cadangkan simpan SPRM officer dalam setiap Kementerian, simpan enforcement dan sekian-sekian. I think we need to set up ombudsman, some sort of an ombudsman body or person di mana ombudsman ini akan bawa laporan kepada DUN. He has to be a very independent ombudsman body or person, di mana ombudsman ini akan bawa laporan kepada DUN. We have to very independent ombudsman person. People can complain to them and we have to create even probably laws. Walaupun bercanggah sedikit dengan enforcement federal, we have to create laws di mana kita protect whistle blower di Sabah. We have to do this. We have to stop corruption supaya orang lebih confident and the future is confident.

I Do you know Datuk Speaker, I was at a function baru-baru ini and as a joke, this little boy said to me, I want to become a politician. Why? Dia bilang, they can escape corruption. Can you imagine sudah ada dalam otak dia orang, a 13-year-old boy saying that to me? It's shameful. What have we become?

Datuk Speaker, kita selalu dikenal sebagai mother of all problems dan sekian PTIlah, rasuahlah, sekian-sekian. It is bad. Sabah is not going the right compass. There is something wrong and we have to admit. And I want to ask YAB Ketua Menteri, apakah cadangan beliau dengan, setujukah beliau, maaf, setujukah beliau untuk you know report to us what is happening with Sabah Minerals Mining. Mining Mineralkah? I can't quite remember the name. Because it's so shameful, what's happening in Sabah. Ada orang akan cakap, oh this is still in court and sekian-sekian. Nolah, come on. This involves our asset. We have lithium, we have cobalt, we have pelbagai minerals that we can use. Why give it to private sector?

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Give it to any management of Yayasan Sabah or something that you can trust GLC yang kita ada. We bring in the expert into kita punya agensi no need to give it to private sector anymore. Orang bilang kita ada duit, tiada duit untuk melaksanakan I think we can’t raise that money, we have to be brave enough to all this Datuk Speaker and I would like to dengan apa yang telah dibangkit pada sidang lepas, di mana YAB Ketua Menteri telah menjelaskan bahawa dia akan memberikan kita nama-nama, syarikat-syarikat yang telah mendapat lesen peneroka, mining and minerals di Sabah. Saya ingin juga tanya Kerajaan, bolehkah Kerajaan Negeri memberikan apa ini satu penjelasan, jika with all this syarikat yang telah diberikan penerokaan licence, adakah mereka ada kaitan dengan tokoh politik ataupun orang luar dari Sabah.

Datuk Speaker, di Moyog, di Penampang, Kepayan termasuk, kita punya flooding, there is still a lot of flash flood. Datuk Speaker knows very well, affected juga in your friends area or family area. Flooding is still a major problem di Penampang, di Moyog, khususnya di Moyog, because kita tidak fokus on preparation, early preparation. Yes, yesterday saya drive di Lido, saya nampak adanya some, kerja di perparitan besar. I

I think we need to look back and see, who are these contractors? Kerana saya ingin tanya daripada Menteri yang berkenaan, are we going to allow the same contractors who have failed to clean up our parit juta, our rivers, ataupun the local authorities? Sama ada kita memberikan mereka apa ini excuse bahawa terlampau banyak percanggahan siapa bertanggungjawab atas perparitan di Sabah.

I mean, come on, flood has affected a lot of people. Thousands of family, hilang aset, hilang diaorang punya kereta ataupun kegunaan kereta. And imagine when there is a massive flood in one area, two or three days, macam di Donggongon baru-baru ini, two or three days, people cannot even do anything di kawasan mereka. My own place in my kampung, ada kurang sudah, I have to admit, ada kurang sedikit dia punya flooding because ada penyelenggaraan di jambatan dan juga di sungai. But imagine ada area yang belum disiap dan belum diselesaikan there is something wrong with our contractors as well, kerana they are slow. But you know one contractor said to me, Datuk Speaker, kami lambat kena bayar. Ataupun kami sudah siap tetapi kami tidak kena bayar. Itulah ada masalah cerun ataupun masalah, what do you call that, river erosion, erosion di kawasan beberapa tempat di Moyong. Water pressure, Dato' Speaker. I don't know kawasan lain, tetapi saya tahu di beberapa kawasan di Nambazan, Ramayah, Sugud, Kituau, Limbanak dan juga di Upper Moyong. Tiada water pressure selepas jam 8.00 or selepas 8.30. And it comes around 6.00 pagi ataupun 7.00 pagi, just before anak-anak pergi ke sekolah. Something is wrong, bukan semua orang dapat membeli tangki untuk stock water. Tetapi even if you stock water, pressure untuk storage pun very weak to put enough storage dalam tangki.

Datuk Speaker, berkaitan dengan SFI. Kita dah baca bahawa sekarang adanya legal action di berkaitan dengan SFI. I need to ask the Government. Betulkah bahawa konsesi SFI ini telah diberikan kepada syarikat yang berkaitan dengan pembeli konon SFI pada awalnya, iaitu Pelangi, Syarikat Pelangi. Tiga company ini, dan kalau tiga company betul-betul diberikan konsesi ini, I don't know who owns it. Are they exporting this timber? Sebab baru ini saya dapat satu gambar yang tular, digambar di persempadan laut Semporna.

I There is a huge barge of, what do you call this, huge barge of timber. Where are they going? Adakah mereka dieksportkan kepada negara lain or are we processing it? One of them adalah diangkat oleh satu kapal yang ada nama ataupun deskripsi Ocean Kaya 2500. It's carrying a huge barge of timber, round logs. So are these being exported? I thought we should be focusing on downstream in our own places in Sabah.

But then again, the Government answer that. Berkaitan dengan Pindaan, and this was raised last Sidang. Pindaan ordinan daftar kelahiran dan kematian Sabah, Caption 123.

Jawapan YB Ketua Menteri pada Sidang lepas, beliau akan memperjelaskan di Sidang yang akan datang. So, I would like to know, adakah Federal Government telah berbincang dengan Kerajaan Negeri and are we going to allow them to just bulldoze without bringing it to the DUN? And I'm sure every Sabahans would like to know and I have to give respect, the State Government and the AG will make sure that it's brought to the DUN and we must discuss any Pindaan kepada kematian dan kelahiran kepada DUN.

Konsesi Jalan Raya, audit must be done. Menteri ada cakap tentang AI sebagai penyelesaian. We need to know which konsesi yang telah diberikan peruntukan untuk menjalankan tugas-tugas AI ini. Please let me finish one more, can I? Ada satu, carbon capture and storage. Ini undang-undang telah diluluskan di Peringkat Parlimen, Carbon Capture Utilization and Storage Act 2025. Ahli Tambunan telah juga cakap bahawa seperti assurance bagi Sabah, seperti mana juga assurance daripada pimpinan Perdana Menteri Fadilah, di mana beliau cakap, this is not applicable in peninsular and federal territory of Labuan.

Betul, dalam Klausa 2, undang-undang yang baharu diluluskan di parlimen itu, tidak applicable di Sabah dan Sarawak. But, kalau kita baca dalam artikel 1 (3), not with standing subsection 2, iaitu tidak applicable di Sabah dan Sarawak, part 5,6 of this act comes into operation in a state on such a date as the minister may, after consultation with the state Government, as the case may be, appoint by notification in Gazette. Erti itu, kalau seseorang Ketua Menteri tidak pertahankan Sabah, my reading, I hope I'm wrong, the AG office can clarify this.

Kalau seorang Ketua Menteri itu tidak mengikut dia punya prinsip untuk mempertahankan Sabah, we will end up having this law applicable in Sabah.

I Regardless, dia cakap sini, it only applies in peninsular and federal territory of Labuan. Now, my concern is the definition dalam akta yang diluluskan ini, offshore area. Offshore area, maksud dia di sini, means the seabed and subsoil of the seas of Malaysia beyond 3 nautical miles from the baseline of each state, including exclusive economic zone and continental shelf. In effect, Territorial Sea Act 2012, kalau diumumkan oleh Kerajaan ini dan Kerajaan Persekutuan sebagai tidak terpakai di Sabah, this comes into effect if we have a very weak CEO of the state or Chief Minister of the state.

So, I would like the Chief Minister dan dengan semua rakan-rakan di DUN sini untuk menegaskan dalam Sidang ini bahawa come with me, siapa jadi Ketua Menteri tidak boleh membuat keputusan secara gazette dengan Undang-Undang Carbon Capture Utilization and Storage Act 2025 di Sabah. We have to be very firm on this. Don't let any Chief Minister be forced by federal to allow this by gazette. That's one way for them to go around the pembentangan di DUN. Seperti mana mereka menggunakan Territorial Sea Act melalui practice of the National Security Council at this moment. So, last of all, the two speakers, Type 3 Hospital di Penampang masih tiada perkembangan dan beberapa ramai penduduk di Kampung Sugud Tinduzon meminta penjelasan daripada Pejabat Ukur dan Tanah bahawa permohonan mereka untuk memindah gazette number 329-37 daripada Kampung Sugud Grazing Reserve kepada Tanah Perkampungan. Perkampungan, saya ingin memohon untuk mendapat penjelasan. What is the out come and to all, Selamat Hari Raya, Happy Easter to all Menteri. Terima kasih and god bless.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Moyog. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Liawan. Selepas ini, Sulabayan. 1.40 tengah hari

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, Salam Malaysia

I MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya. Terlebih dahulu, saya ingin mengalu-alukan kehadiran, kehadiran pelajar-pelajar daripada Sekolah Vokasional Keningau. Datuk Speaker, terima kasih atas ruang yang diberikan pada saya untuk turut serta dalam sesi perbahasan pada hari ini. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, serta para sahabat.

Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saudara saudari yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnian-Nya kita dapat berhimpun dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16 bagi tahun 2025 pada petang yang mulia ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berbahagia Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman atas pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sabah Ke-11. Semoga negeri Sabah terus makmur dan maju jaya di bawah naungan Tuan Yang Terutama Tun.

Datuk Speaker, dalam ucapan sulung Tuan Yang Terutama Tun di Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 pada minggu lepas, setiap bait ucapan Tun, Tun menggambarkan kepimpinan yang cukup berhemah, berpengalaman luas, berintegriti, dan jelas dalam memastikan negeri ini dipacu secara harmoni oleh semua pihak tidak kira apa juga fahaman politiknya.

Maka melalui ucapan pembukaan tersebut, saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertama kali, pertama sekali, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu kesesak … kesesakan lalu lintas yang semakin runcing di bandar Keningau. Sebagai pusat ekonomi dan pentadbiran di pendalaman Sabah, Keningau kini berkembang pesat dan keadaan lalu lintas yang kian pesat sudah tentu memberi kesan kepada penduduk setempat serta para peniaga. Sehubungan itu, saya ingin mengajukan pertanyaan kepada pihak kementerian berkenaan status Projek Pembinaan Jambatan Sungai Liawan di Kampung Semalang.

Jambatan ini merupakan laluan alternatif yang mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar Keningau. Saya difahamkan bahawa kerja-kerja pembinaan jambatan

I tersebut sepatutnya siap pada bulan Mei, namun maklumat terkini yang saya terima menyatakan bahawa ia hanya dijangka siap pada bulan Ogos. Oleh itu, saya memohon penjelasan berhubung punca kelewatan tersebut.

Selain itu, saya ingin mendapatkan maklum balas berkenaan status cadangan Projek Pembinaan “Relief Road” di Keningau yang turut dijangka dapat membantu mengatasi isu kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Saya ingin menegaskan bahawa kelewatan dalam penyempurnaan projek ini bukan sahaja membebankan rakyat, malah turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi di kawasan ini. Saya berharap pihak kementerian dapat memberikan jaminan serta penjelasan mengenai status semua projek ini, termasuk langkah-langkah yang diambil bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Sebagai tambahan, saya mem … memohon agar Jalan Tarapa dinaik taraf menjadi jalan berturap, memandangkan potensinya sebagai laluan alternatif yang mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar daerah Keningau. Sehubungan itu, saya juga memohon ajal … agar Jalan Gaulan, Jalan Batu 27, dan Jalan Sigapon turut diberi perhatian untuk diturapkan demi keselesaan dan keselamatan para pengguna.

Selain itu, saya turut mengesa agar jalan-jalan di kawasan bandar dilebarkan bagi menampung peningkatan aliran trafik yang semakin ketara. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya karena telah melaksanakan jalan-jalan di Keritang dan juga Jalan Sinigang. Isu ini perlu memerlukan penyelesaian jangka pendek yang segera bagi mengurangkan kesesakan yang sedang dihadapi kerana ia berkait rapat dengan kualiti hidup masyarakat setempat. Di samping itu, perancangan jangka macet, jangka panjang yang lebih sistematik juga perlu dirangka, termasuk menaik taraf jalan sedia ada serta pembinaan jalan alternatif yang lebih efisien. Saya berharap pihak berwajib dapat mengambil langkah yang lebih proaktif dalam menangani isu ini secara meluruh … menyeluruh.

Datuk Speaker, jalan-jalan pertanian yang tidak termasuk dalam mana-mana konsesi kerajaan atau Jabatan Kerja Raya merupakan satu lagi isu yang sering dihadapi kami di Liawan. Apabila jalan-jalan tersebut mengalami kerosakan, amat sukar bagi para petani untuk mengeluarkan hasil pertanian mereka untuk dijual sebagai sumber pendapatan utama mereka. Oleh itu, saya ingin mengesa kerajaan

I agar melihat perkara ini dari sudut positif dan memasukkan jalan-jalan pertanian dan perancangan infrastruktur supaya petani dapat terus menjana ekonomi mereka dengan lebih lancar.

Datuk Speaker, pada bulan Februari dan Mac yang lalu malah kelmarin hujan lebat telah melanda kawasan saya di Dun Liawan mengaki … mengakibatkan kerosakan besar terhadap infrastruktur asas dan harta benda penduduk khususnya di ka … kawasan kampung. Sebagai contoh di Kampung Kauran dan beberapa kampung lain, limpahan sungai yang tidak mampu jumlah air yang tinggi telah menyebabkan banjir hingga menenggelami jalan raya serta rumah-rumah penduduk. Seterusnya menyebabkan kerosakan harta benda. Sehubungan itu, saya merayu kepada kerajaan agar mengambil langkah-langkah yang lebih berkesan untuk menangani masalah ini termasuk melaksanakan kerja-kerja tebatan sungai, menambah baik sistem perparitan, memperkukuh pemantauan berkala di kawasan berisiko tinggi serta menjalankan penyelenggaraan berkala bagi mengurangkan risiko kejadian seumpama ini berlul, berlulu, berulang pada masa akan datang. Saya selaku Wakil Rakyat N.41 Liawan merayu agar jabatan-jabatan yang berkaitan mengambil tindakan yang menyeluruh dan holistik untuk menyelesaikan masalah ini secara tuntas agar limpahan air ke kawasan perumahan tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Saya sebagai seorang wakil rakyat juga, saya amat berharap agar Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dapat memberi perhatian serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan ini demi kesejahteraan rakyat di Keningau. Saya juga maklum bahawa peruntukan sedia ada daripada Kerajaan Negeri adalah tidak mencukupi untuk menangani isu ini secara menyeluruh. Oleh itu, saya mohon agar kementerian yang berkaitan dapat memanjangkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan. Saya yakin bahawa dengan kerjasama semua pihak, kita mampu mencari penyelesaian terbaik demi manfaat dan kemajuan daerah ini. Datuk Speaker, bencana banjir di kawasan saya juga telah menyebabkan beberapa penduduk kampung terpaksa dipindahkan bagi keselamatan mereka. Namun malangnya tempat yang sepatutnya dijadikan pusat pemindahan sementara tidak dapat digunakan kerana tidak memenuhi spesifikasi yang diperlukan. Akibatnya,

I mangsa banjir terpaksa ditempatkan di rumah pemimpin kampung sebagai langkah sementara. Daripada pengalaman ini saya …

… pandangan bahawa perlu ada perancangan yang lebih rapi untuk menghadapi situasi kecemasan seperti ini pada masa hadapan. Saya mencadangkan agar pejabat daerah dibekalkan dengan kelengkapan asas seperti partition block, tilam dan selimut supaya mangsa banjir dapat berlindung dengan lebih selesa. Langkah ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka yang terkesan.

Datuk Speaker, selain masalah kesesakan jalan dan banjir, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada jalan-jalan kampung di kawasan DUN N.41, Liawan. Kebanyakan jalan-jalan kampung di kawasan ini telah melebihi tempoh hayat penggunaannya, menyebabkan permukaan jalan berlubang dan rosak teruk. Buat masa ini, penyelenggaraan yang dilakukan oleh konsesi hanya melibatkan penutupan jalan yang rosak menggunakan batu kisaran. Namun, ini hanyalah penyelesaian sementara, ianya tidak mampu menjamin keselamatan pengguna dan tidak bertahan lama. Keadaan ini bukan saja membahayakan penduduk setempat, tapi juga menjejaskan kelancaran pergerakan harian terutama bagi petani, pelajar dan peniaga kecil yang bergantung kepada jalan-jalan ini. Justeru itu, saya ingin menggesa Kerajaan agar mengambil langkah yang lebih serius dengan menurap semula jalan-jalan ini menggunakan lapisan tar yang berkualiti dan tahan lama. Saya juga berharap agar pihak berkuasa dapat memasukkan jalan-jalan kampung ini di dalam perancangan penyelenggaraan berkala supaya infrastruktur asas di kawasan luar bandar tidak terpinggir. Keselamatan dan kesejahteraan rakyat harus menjadi keutamaan. Dengan usaha yang bersepadu, kita boleh memastikan setiap komuniti mendapat akses kepada infrastruktur yang lebih baik demi kesejahteraan bersama. Rakyat.

I Datuk Speaker, rakyat di luar sana jelas mengharapkan lebih daripada sekadar penjelasan. Sebaliknya, mendambakan tindakan konkrit yang dapat membawa kepada perubahan yang positif. Sebagai wakil yang dipilih dengan penuh keyakinan adalah tanggungjawab kita untuk mendengar dengan penuh empati, bertindak dengan niat yang tulus dan berjuang bersama mereka. Janganlah kepercayaan yang telah diberikan kepada kita sia-sia dengan janji-janji yang dilaksanakan. Mari kita buktikan bahawa suara rakyat yang dibawa ke Dewan ini adalah suara yang dihargai dan diperjuangkan.

Di kesempatan ini juga, saya, Annuar Ayub ingin mengambil kesempatan dengan menyusun sepuluh jari, setulus ikhlas memohon maaf kepada semua masyarakat di kawasan saya di DUN N.41, Liawan, sekiranya selama perkhidmatan saya sebagai wakil rakyat tidak memuaskan. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk membuat yang terbaik mengikut kemampuan saya. Kerja, doa, usaha, tawakal sudah saya lakukan. Akhirnya kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa juga tempat saya berserah. Datuk Speaker, mengakhiri perbahasan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat serta pada seluruh rakyat di kawasan saya di DUN N.41, Liawan, khususnya dan rakyat Sabah amnya. Saya bersama keluarga serta barisan kepimpinan di peringkat kawasan ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2025.

Semoga hari-hari yang mendatang membawa kesihatan, kekuatan dan semangat baharu buat kita semua dalam memacu negeri tercinta ini ke arah kemajuan yang lebih gemilang. Mudah-mudahan negeri Sabah terus diberkati dengan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berkekalan.

Datuk Speaker, Liawan mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Moyog. Eh, Liawan. Semoga Yang Berhormat Liawan teruskan usaha yang baik. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Sulabayan, 15 minit.

I 1.54 tengah hari Datuk Dr.

Terima kasih, Tuan Speaker. Assalamualaikum WBT. Pertamanya, mari kita panjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana kita berkesempatan lagi bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini. Seterusnya, saya ingin menyentuh soal ucapan dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, Menjunjung kasih Tun Datuk Sri Panglima Haji Musa Aman mengenai hala tuju dasar Kerajaan yang disampaikan pada 10 April 2025 yang lepas.

Tuan Speaker dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, di dalam era globalisasi ini ekonomi dunia turut mempengaruhi dengan kenaikan tarif. Pertama sekali, bila Presiden Donald Trump mengumumkan soal Amerika mengenakan kenaikan tarif, termasuk kepada negara kita Malaysia dan sekarang ini kita dapat lihat ekonomi semasa negara juga menunjukkan berbagai perubahan yang sudah tentu akan memberi kesan kepada rakyat terutama dalam sektor industri.

Tuan Speaker dan rakan-rakan Yang Berhormat, saya tidak banyak menyentuh soal perkara-perkara yang lain. Cuma saya setuju dengan rakan-rakan lain, terutama sekali bila membahas ucapan dasar ini banyak menyentuh kepada perkara tiga serangkai, jalan raya, air dan juga elektrik. Malam tadi pun blackout di Kota Kinabalu. Pukul 5.00 pagi dekat pukul 8.00 pagi baru on. Jalan raya yang rosak dan terbiar sepanjang lima tahun dalam pemerhatian saya, terdapat jalan raya di negeri Sabah. Laporan bulan April 2024, mendedahkan 710 km jalan dikategorikan rosak teruk dan tambahan 126 km berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan saya yakin tadi pun ada interrupt Menteri Kerja Raya mengenai perkara ini. Cuma saya ulang, pasal ini saya sudah buat preparation, setelah saya buat analisa dan kajian. Dan tentunya dengan kos pembaikan yang mencecah 1.8 bilion, itu juga yang disebut oleh Presiden Warisan selaku Ketua Pembangkang, termasuk jalan raya negeri Sabah dan juga peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang dikatakan maris-maris/manis-manis ini.

Jalan utama yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Sandakan, Tawau, Kudat dan juga Sipitang, sering berlubang dan sukar dilalui. Dan ini menjejaskan pergerakan penduduk serta aktiviti ekonomi. Penduduk negeri Sabah telah lama mengeluh dan

I sudah muak dengan keadaan jalan raya yang daif ini dan perkara ini saya mohon Kerajaan supaya dapat menjelaskan masa penggulungan lagi, kerana ini sering tiap-tiap hari masih dalam perbualan. Ibarat surat khabar, masih orang kata front page. Demikian juga krisis air, bekalan air ini. Selain daripada itu, juga berdasarkan Laporan Audit Negara Tahun 2024 Siri Kedua, liputan bekalan air terawat di Sabah hanya mencapai 81% antara yang terendah di Malaysia. Contohnya, di kawasan Sepanggar lebih 300 ribu penduduk sering mengalami gangguan bakalan air disebabkan sistem paip yang dikatakan, penggantian paip-paip yang usang dan loji rawatan yang tidak dinaik taraf sekian lama.

Selain itu juga, Tuan Speaker, di kawasan saya sendiri di Pulau Bumbum, DUN Sulabayan, sebelum ini ada menikmati bekalan air bersih dan sampai sekarang ini langsung terputus dan tidak mendapat bekalan lagi. Ini juga saya mohon penjelasan. Namun saya tidak nampak adanya tindakan Kerajaan Sabah untuk mengatasi masalah ini. Sudah masuk tahun kelima, Kerajaan hari ini mentadbir negeri Sabah. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, demikian juga yang saya sebut bekalan elektrik yang kerap juga terputus dari segi bekalan elektrik. Negeri Sabah memerlukan 1166 mengikut maklumat megawatt tenaga. Namun, kapasiti penjanaan hanya mencapai 1226 megawatt, menghasilkan margin rizab hanya sekitar 5% lebih rendah berbanding negeri jiran seperti Sarawak yang menjana 5745 megawatt. Margin yang rendah ini menyumbang kepada gangguan bekalan elektrik yang kerap dan negeri Sabah mencatat 274 minit pada tahun 2023, gangguan. 274 minit berbanding hanya 41.61 minit di Semenanjung Malaysia. Ini seluruh negeri-negeri gangguan ini sudah terjadi ...

Datuk Dr.

…dan itu memberi kesan negatif terhadap sektor perindustrian, pelancongan dan kehidupan penduduk di negeri Sabah.

Ini juga menyebabkan negeri Sabah berhadapan dengan risiko gangguan bekalan elektrik menyeluruh bermula tahun 2025 jika Kerajaan

I Persekutuan tidak menyediakan sokongan kewangan yang mencukupi yang bernilai berbilion ringgit, kita jangkakan.

Sejak 3 Januari tahun 2024, yang mana hampir setahun SESB telah pun dikembalikan kuasa kepada Kerajaan Negeri tetapi saya tidak nampak hari ini Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah yang drastik dan mengatasi masalah ini.

Tuan Speaker dan rakan-rakan Yang Berhormat, kekurangan perhatian kepada golongan tegar ini juga, negeri Sabah kekal sebagai negeri termiskin di Malaysia dengan 23% penduduk hidup di bawah paras kemiskinan.

Daerah seperti semua tahulahkan daerah, cuma sebahagian dia Pitas, Beluran, Tongod berada pada keadaan yang kritikal.

Program pembasmian kemiskinan seperti Inisiatif Peduli Rakyat gagal mencapai sasaran pandangan saya kerana bantuan tidak sampai kepada golongan sasar terutama sekali dari segi dapatkan maklumat senarai e-Kasih. Ini juga harus diperbaiki dan …(kurang jelas). Walau ada pelan jangka pendek dan panjang tidak dapat dinafikan tetapi bantuan yang bersifat bermusim ini kita katakan masih terpilih. Pada 17 haribulan April 2024, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyatakan bahawa daripada 18,445 isi rumah miskin tegar di Malaysia, sebanyak Tuan Speaker, 38% atau 6,937 isi rumah adalah daripada negeri Sabah. Namun pada 13 Ogos kita masih ingat lagi pimpinan negeri Sabah, Ketua Menteri mendakwa bahawa kemiskinan tegar telah dihapuskan pada tahun 2024.

Ini saya berpandangan yang dimaksudkan miskin tegar terhapus ini yang tersenarai dalam e-Kasih. Persoalan dia yang tidak dalam e-Kasih. Ini yang masih dianggap miskin tegar dan oleh itu, kalau kita lihat boleh menjadi satu kesangsian ataupun kekeliruan kepada rakyat. Bila Rafizi berkata demikian, Kerajaan Negeri kata miskin tegar sudah dapat dinoktahkan.

Jadi ini juga harus diperjelaskan.

Bahasa itu, penyampaian itu mesti menyeluruh, tepat dan senang difahami. Itu yang menjadi kata-kata rakyat Sabah ini kaya. Bumi Sabah kaya, tetapi rakyat miskin. Penjelasan itu perlu. Saya bukan apa, saya memikirkan walaupun kita pembangkang tetapi kita juga perlu jelaskan dengan baik kepada rakyat supaya tidak berlaku kekeliruan.

I Isu ini menggambarkan cabaran yang besar dihadapi oleh Kerajaan Negeri Sabah dalam aspek kepimpinan pengurusan kemiskinan.

Sekali gus mencerminkan kegagalan dasar Kerajaan Sabah di bawah Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kemiskinan secara berkesan. Kita juga selaku pembangkang terlibat pasal tugas kita check and balance tetapi apa yang kita katakan ini bukanlah kita kerajaan ni gagal, tetapi cara penyampaian.

Itu saya kata perlu jelas supaya rakyat tidak keliru.

Tuan Speaker, demikian juga kadar pengangguran negeri Sabah. Masih tinggi di Malaysia dan memberi impak negatif kepada pembangunan ekonomi. Sepanjang pentadbiran kerajaan hari ini, pertumbuhan ekonomi Sabah dilaporkan bergerak agak perlahan. Pada tahun Oktober 2024, kutipan hasil negeri dianggarkan RM7.6 bilion. Hampir mencapai satu angka yang walaupun signifikan masih jauh di bawah RM14.2 bilion kalau kita dibandingkan dengan negeri jiran kita Sarawak. Kita buat perbandingan kerana ini penting. Kalau tidak ada perbandingan, macam mana kita dapat kenal pasti pencapaian kita atau tidak. Perbezaan ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan strategik Kerajaan Negeri dalam mengoptimumkan sumber pendapatan.

Di samping itu, kadar pengangguran negeri Sabah kekal tinggi sepanjang tempoh daripada tahun 2020 hingga 2024 ini.

Pada suku keempat tahun 2024, kadar pengangguran dicatatkan 7.7%, sedikit lebih rendah daripada 7.9% pada suku sebelumnya. Namun angka ini masih jauh melebihi purata kebangsaan yang berada pada 3.1% pada Disember 2024.

Lebih membimbangkan kadar pengangguran di kalangan belia mencapai 15% menunjukkan jurang yang ketara antara negeri Sabah dan juga negeri-negeri lain.

Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada keadaan ini. Antaranya pergantungan kepada sektor tertentu, negeri Sabah masih terlalu bergantung kepada industri minyak sawit dan minyak mentah. Kepekaan kepada kejutan harga global ataupun perubahan permintaan menjadikan hasil negeri mudah terjejas. Kekurangan pelaburan asing, kegagalan dalam menarik pelaburan masih menghalang pencapaian peluang pekerjaan berkualiti dan pertumbuhan ekonomi. Pelaburan dalam sektor bernilai tinggi seperti teknologi, pembuatan dan

I perkhidmatan seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Moyog, perlu digalakkan.

Kekurangan infrastruktur, slogan, isu bekalan air dan elektrik yang masih tidak stabil menjejaskan produktiviti dan kualiti hidup.

Sekali gus, mengurangkan tarikan pelancong untuk melabur di negeri Sabah.

Dengan itu, semua ini menunjukkan kegagalan pentadbiran kita, kurangnya kecekapan Kerajaan Negeri hari ini mengurus ekonomi negeri Sabah.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, demikian juga tuntutan 40% hasil negeri yang masih belum sepenuhnya dilaksanakan.

Negeri Sabah sebagai pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia berhadapan dengan ketidakseimbangan dalam perolehan royalti. Walaupun menyumbang sektor 40% … (kurang jelas) pengurusan surplus peratus pengeluaran minyak segera negara, di negeri Sabah hanya menerima 5% royalti.

Kerajaan Negeri didapati kurang berusaha dalam melobi Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan peruntukan royalti minyak sudah hampir 60 tahun.

Sebagai perbandingan, Kerajaan Warisan sebelum ini pernah mengancam untuk menyaman Petronas pada tahun 2019 untuk menuntut hak royalti yang lebih adil.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Sabah juga gagal menuntut pembayaran tunggakan 40% hasil negeri daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 112c dan 112d, Perlembagaan Persekutuan. Terdapat percanggahan dalam tindakan Kerajaan Negeri apabila mereka menarik balik penyerahan awal tuntutan ini dibuat pada 16 September tahun 2024.

Tindakan ini menimbulkan persoalan mengenai komitmen sebenar Kerajaan Negeri Sabah dalam menuntut hak-hak Perlembagaan rakyat Sabah. Kekurangan tindakan tegas dalam menuntut hak-hak kewangan ini menimbulkan kekecewaan di kalangan rakyat Sabah yang merasa hak mereka diabaikan.

Dengan itu, ia juga menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan Kerajaan Negeri dalam memperjuangkan kepentingan negeri Sabah ini.

Tuan Speaker, sebelum saya akhiri, masalah projek Lebuh Raya Pan Borneo. Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang sepatutnya siap seperti yang dijadualkan yang telah dirancang akan tetapi hari ini jauh prestasinya dapat

I disiapkan.

Saya perhatikan, pertama kurangnya Kerajaan Negeri memantau kontraktor-kontraktor yang terpilih untuk melaksanakan projek ini. Kontrakor yang terpilih untuk melaksanakan projek ini, Kerajaan Negeri perlu pantau dan tegas supaya mereka bersungguh-sungguh menyiapkannya.

Tuan Speaker, kesimpulannya, secara keseluruhannya ketidakstabilan politik dalaman pengurusan ekonomi yang masih lemah termasuk kita pembangkang, kekurangan perhatian dalam menangani krisis infrastruktur asas serta isu kemiskinan dan pengangguran yang masih berterusan. Inilah menunjukkan bahawa prestasi rakyat Sabah tidak dipenuhi sepenuhnya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Secara khususnya yang dapat kita lihat antaranya pembangunan infrastruktur yang lemah, kemiskinan tegar yang masih tinggi, kestabilan politik dan rasuah, kelemahan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, kelewatan projek strategik termasuk Pan Borneo ini. Kegagalan ini menunjukkan kerajaan hari ini sebagai satu kerajaan yang gagal.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, sila gulung. Datuk Dr.

Secara keseluruhan.

Gulung sudah ini dan kegagalan ini menyebabkan Sabah jauh ketinggalan dari segi pembangunan jika isu-isu ini tidak diatasi dengan segera, negeri ini akan terus berhadapan dengan cabaran kelembapan pembangunan yang berlarutan. Untuk mengubah keadaan, negeri Sabah memerlukan Kerajaan yang baharu, berani dan yakin untuk memperjuangkan ekonomi negeri Sabah dengan agresif, menuntut semua hak-hak Sabah sebagaimana terkandung dalam MA63 mengutamakan kepentingan rakyat ataupun Sabah …(kurang jelas).

Tuan Speaker, tanpa perubahan drastik ini Kerajaan pada hari ini tidak ini semakin hilang arah tuju, hanya akan menyumbang kepada kemunduran negeri, menjadikan slogan Sabah Maju Jaya satu retorik slogan. Dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

I

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. Seterusnya saya menjemput ADUN Dilantik.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Nasir untuk berucap. 12 minit. 2.10 petang

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Speaker atas ruang yang diberikan kepada saya untuk turut membahas Ucapan Dasar Kerajaan 2025 dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, yang telah merasmikan pembukaan Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16. Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Haji Aman atas pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11.

Datuk Speaker, saya berdiri di sini bukan sekadar sebagai wakil rakyat tetapi sebagai suara rakyat Libaran dan Sandakan yang dahagakan perubahan, kecekapan dan keikhlasan dalam tadbir urus Kerajaan Negeri. Harapan rakyat semakin tinggi tetapi sayangnya yang berlaku adalah kekecewaan demi kekecewaan.

Datuk Speaker, kegagalan pelaksanaan projek kritikal, tiga projek bekalan air luar bandar di Libaran yang dilawati oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara PAC pada Oktober 2024, merupakan contoh kegagalan perancangan dan pelaksanaan. Dengan nilai lebih 180 juta menghubung kepada Lalasun, Tanjung Pisau, Dandulit, Kuala Gum-Gum, Banting dan Sungai Beruang, Lubuh projek-projek ini masih belum memberikan manfaat kepada rakyat. Ini masih belum memberikan manafaat kepada rakyat. Tangki simpanan rumah PAM siap dibina pada tahun 2019 sehingga 2023 tetapi air masih tidak mengalir ke paip penduduk. Lebih menyedihkan apabila projek siap dibina tetapi gagal berfungsi. Apa maknanya kita membina infrastruktur untuk

I rakyat tapi masih menggunakan air hujan dan air sungai yang tercemar untuk keperluan harian.

Datuk Speaker, Kerajaan Barisan Nasional satu ketika dahulu, membawa banyak pembangunan untuk kemudahan rakyat, namun jambatan Libaran By Pass Fasa 4 yang telah roboh dua kali masih gagal dibina, menjadi satu simbol kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri.

Bagaimanakah mungkin dalam tempoh 10 tahun jambatan ini masih belum dapat digunakan? Ini bermakna pembaziran wang, masa dan penderitaan rakyat yang berterusan kepada rakyat. Tapi Menteri Kewangan mengatakan berapa tahun ini kita untung berbilion-bilion. Malu kita, menjadi pemimpin di kawasan kalau masih berlaku ketirisan dalam libat urus pembangunan, sehingga menjadi gajah putih di mana Tadbir Urus Kerajaan Negeri seiring dengan slogan Sabah Maju Jaya. Fasa 4 telah siap tetapi terbengkalai, manakala Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 jalan Libaran By Pass sepatutnya menjadi jalan alternatif utama, untuk mengurangkan kesesakan di Jalan Labuk. Namun apabila fasa-fasa ini tidak disenaraikan sebagai keutamaan dalam rolling plan keempat Rancangan Malaysia Ke-12, ia memberikan gambaran jelas bahawa rakyat khususnya di Libaran amnya Sandakan terus disisihkan dari arus pembangunan.

Datuk Speaker, rakyat juga sering mempertikaikan kualiti kerja penyelenggaraan jalan raya oleh kontraktor konsesi. Jalan yang ditampal hari ini rosak semula seminggu kemudian, bikin malu. Kita sahaja di Sabah konsesi mengajar jangan menggunakan ceret, viral di medsos satu ketika baru-baru ini. Kerajaan menerima peruntukan yang besar setiap tahun daripada Kerajaan Persekutuan tetapi kualiti mendukacitakan rakyat, tetapi jawapan Menteri JKR, jalan raya lepas tempoh hayat. Sudah tahu jalan raya di Sabah ini telah lebih tempoh hayat, mengapa tidak perancangan awal bagi mengatasi masalah jalan raya yang sudah expired? Saya mencadangkan agar satu audit menyeluruh dilakukan terhadap prestasi kontraktor yang dilantik serta ketelusan dalam pemberian kontrak.

Datuk Speaker, Pembinaan Projek Solar Hybrid juga menjadi gajah putih.

Pembinaan Solar hybrid di Pulau Libaran sejak 2016 selepas mendapat kelulusan, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 tapi sehingga Rancangan Malaysia Ke-12 masih gagal disiapkan, dan pada bulan Julai ini kita sudah masuk ke Rancangan Ke-13. Saya pernah turun ke Pulau Libaran pada tahun 2020. Melihat permasalahan ini

I dengan isu solar yang saya suarakan di Dewan yang mulia ini dari penggal pertama hingga penggal terakhir ini, projek ini masih gagal disiapkan. Ini dilihat sistem pentadbiran Kerajaan Negeri hari ini tidak bercus. Siapakah yang patut melakukan semak dan imbang jika pembangkang menyuarakan tapi disalahkan kerajaan lama? Rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap jalan berlubang, projek terbengkalai, gangguan bekalan air, kesesakan lalu lintas yang tidak berkesudahan. Apa sebenarnya peranan kerajaan jika suara rakyat tidak didengar? Adakah slogan demi slogan pengumuman demi pengumuman dijadikan perisai untuk menutup kelemahan yang nyata. Rakyat hilang keyakinan. Amanah bukan hanya diberikan melalui pilihan raya tetapi diadili setiap masa melalui prestasi. Ini bukan masanya untuk berdolak-dalik, ini adalah masa untuk kita bertindak.

Datuk Speaker, seperkara lagi, pengangguran yang masih tinggi, peluang pekerjaan yang semakin sempit. Menurut laporan pasar buruh, Malaysia suku tahun keempat 2024, kadar pengangguran Sabah kekal antara tertinggi di negara ini, sekitar 7.5 persen berbanding purata nasional sekitar 3.4 persen. Ini bermakna satu daripada setiap 13 rakyat Sabah tiada pekerjaan. Apa usaha Kerajaan Negeri dalam menarik pelaburan membina ekosistem peniagaan dan memudahkan urusan pelaburan. Retorik tidak mampu menyelesaikan pengangguran, hanya dasar strategi dan pelaksanaan cekap, mampu meyakinkan pelaburan dan membuka peluang pekerjaan untuk anak-anak muda yang ada di dalam Dewan ini.

Datuk Speaker, saya ingin memohon kepada SEDCO supaya memberi laporan terperinci berhubung kemajuan yang telah dicapai, dalam memacu dan membantu kaum bumiputera terutamanya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Dari mula penubuhan SEDCO, berapakah sudah bumiputera yang telah dibimbing dan dibantu berjaya sehingga bergelar jutawan? Ataupun sekurang-kurangnya sebagai ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya dalam industri perniagaan masing-masing. Saya ingin menyatakan di sini, persoalan yang saya ketengahkan ini bukan anti pembaharuan atau berpaksikan soal kaum tapi lebih kepada pro prinsip. Jika benar mahu melahirkan pemimpin masa depan SEDCO, lahirlah dari dalam dan yang paling penting di kalangan bumiputera atau kita sebut anak negeri. Tidak salah melantik orang yang bukan anak negeri memegang jawatan, tetapi bukan sebagai peneraju, contohnya kita boleh melantik mereka yang punya kepakaran dan kebolehan menjadi penasihat kepada SEDCO ataupun agensi-agensi lain. Agenda

I bumiputera Sabah bukan sekadar KPI ekonomi tetapi harus dilihat sebagai survival dan harga diri bumiputera dan anak negeri.

Datuk Speaker, dalam semangat Sabah Maju Jaya, jangan kita lupa kejayaan tidak hanya diukur pada saiz keuntungan, tetapi juga pada kekuatan akar keadilan sosial dan kesinambungan warisan. Jangan di hina tanah sendiri hanya kerana rumput hijau kelihatan. Kepentingan bumiputera Sabah bukan hanya sekadar falsafah tak bertulis atau bukan hanya sekadar peranan teknokratik, tetapi memerlukan pemahaman terhadap latar belakang sosio politik anak negeri Sabah dan sensitiviti rakyat, di mana isu ini dilihat sebagai satu bentuk penghakisan hak ekonomi bumiputera secara senyap. Adakah ini bermaksud kerajaan GRS ini menyatakan bahawa tidak sudah ada anak bangsa bumiputera atau anak negeri Sabah …

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

… daripada keturunan Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Bajau, dan Sungai yang layak untuk memegang dan mengisi jawatan ini. Saya sangat menghormati kelayakan seseorang tetapi perlu diingat, amanah, amal adalah lebih utama. Ingin dinyatakan di sini dengan jelas persoalan ini saya ketengahkan bukan berpaksikan soal kaum tapi berpaksikan prinsip. Bukan tentang sesiapa yang dilantik tetapi kepada apa amanah asal setko itu sendiri. Datuk Speaker, oleh kerana masa tidak mengizinkan, sebagai Kerajaan menjadi Kerajaan bermakna mengambil tanggungjawab bukan mencari alasan. Lima tahun telah berlalu, menyalahkan Kerajaan lama tidak lagi relevan. Rakyat tidak mahu dengar siapa salah tetapi mahu tahu siapa bekerja. Saya bagi pantun, Datuk Speaker.

Kalau kayu bakar dibuat arang, Arang dibakar memanas diri; Jangan asyik menyalah orang, Bagi menutup kelemahan sendiri.

I Datuk Speaker, marilah kita tawaduk bahawa Dewan ini bukan sekadar medan politik tetapi medan amanah. Kelemahan pentadbiran mesti ditegur, bukan disorok. Keperluan rakyat mesti diutamakan, bukan diketepikan. Saya mohon agar Kerajaan hari ini membuka lembaran baharu dalam urus tadbir yang lebih cekap, lebih telus dan bermanfaat kepada rakyat Sabah. Sekiranya ini adalah merupakan penggal terakhir saya di Dewan ini maka saya ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah tetapi sekiranya saya dibagi peluang sekali lagi untuk duduk di dalam Dewan ini, saya pada penggal akan datang, saya percaya dan yakin rakyat Sabah akan terbela dan menjadi keutamaan dan saya akan pastikan kami akan duduk di sebelah sana. Datuk Speaker, saya menyokong. Sekian. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Suhaimi Bin Nasir. Seterusnya saya jemput ADUN Yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin. Silakan.

2.27 petang

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Terima kasih, Datuk Speaker.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang sekalian, terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan tahniah di atas perlantikan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu. Saya yakin perlantikan TYT Tun dapat dimanfaatkan melalui pengalaman luas beliau dalam mengemudi Sabah sebelum ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat, 10 minit ah.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Harap dapat 12 minit, Datuk Speaker. Tadi ADUN Dilantik kena bagi 12 minit.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Okey, 12 minit, teruskan.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Salam maju jaya dalam menerajui kepimpinan Sabah. Semoga Allah SWT senantiasa merahmati perjalanan TYT Tun.

I Saya ingin juga merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor dan seluruh sub-kepimpinan Kerajaan Negeri atas usaha berterusan dalam membangun negeri Sabah dengan tekad dan keikhlasan yang tinggi. Belanjawan Negeri Sabah 2025 menunjukkan kesungguhan Kerajaan dalam memajukan negara secara menyeluruh dengan memberi fokus kepada sektor pendidikan, kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi, instruktur-instruktur serta memperkukuhkan asas ekonomi negeri.

Dalam kesempatan ini, izinkan saya membangkit beberapa perkara yang penting yang saya yakin dapat menyumbang kepada kelestarian pembangunan Sabah bukan saja untuk hari ini tetapi untuk masa depan. Sesungguhnya terima kasih Datuk Speaker kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyertai perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan yang telah dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 10 April yang lalu. Sesungguhnya, saya amat berkeyakinan tinggi yang Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama kali ini akan mendapat sambutan daripada rakyat dan saya percaya apa yang dibentangkan telahpun mengambil kira kepentingan kesejahteraan rakyat serta kepentingan Kerajaan dari pelbagai sudut.

Datuk Speaker, saya ingin menarik perhatian di Dewan yang mulia ini kepada satu perkara yang amat penting yang menyentuh masa depan Sabah, iaitu peranan Ahli Dewan Belia Sabah ataupun ADBS. Kita semua sedar bahawa ADBS telah diwujudkan dua tahun yang lalu sebagai satu inisiatif untuk memberi peluang kepada anak muda Sabah melibatkan diri dalam proses demokrasi, kepimpinan dan pembentukan dasar di peringkat negeri. Namun, selepas persidangan pertama yang dijalankan pada tahun pelancarannya, kita tidak lagi mendengar sebarang perkembangan lanjut. Tiada susulan, tiada program. Ini merupakan satu kerugian besar. Anak-anak muda Sabah yang datang dari pelbagai latar belakang, etnik, daerah dan bidang kepakaran telah mengemukakan pelbagai cadangan yang bernas dalam sidang ADBS yang pertama …

Datuk Speaker…

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

… dan terakhir pada 30 dan 31 Oktober.

I

Boleh mencelah?

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Di tempat inilah Dewan persidangan itu diadakan. Antara isu…

ADUN Dilantik, boleh mencelah sikit?

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Ya?

Sikit saja. Tadi saya lupa, tapi saya ingin ambil kesempatan ini. Terima kasih ADUN Dilantik untuk mengalu-alukan kehadiran juga ahli-ahli daripada Mahkamah Anak Negeri Sabah dari Keningau. Terima kasih. Terima kasih, ADUN Dilantik.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Ini merupakan satu antara isu yang telah mereka suarakan termasuklah peluang pekerjaan untuk belia luar bandar, pendidikan kemahiran yang lebih bersasar, keperluan mempercepatkan pendigitalan desa dan memperkukukan ekonomi komuniti. Malangnya setelah resolusi itu diserahkan, tiada satu mekanisme pelaksanaan atau pemantauan yang jelas. Rakyat muda Sabah ini merasakan suara mereka hanya didengar seketika, kemudian dilupakan begitu saja. Saya ingin menegaskan bahawa Sabah tidak boleh terus membiar situasi ini berlarutan. Kita mempunyai potensi besar dalam generasi muda kita.

Tetapi jika tidak dimanfaatkan, ia akan menjadi kehilangan sumber kepimpinan masa depan yang amat berharga. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengiktirafkan semula ADBS dengan penjadualan sidang tahunan yang tetap. Lebih dari itu, hasil perbahasan ADBS harus dibentangkan secara rasmi dalam Dewan Undangan Negeri setiap tahun. Sebagai satu laporan khas untuk diambil tindakan oleh Kementerian dan agensi berkaitan. Selain itu, saya menyarankan penubuhan Sabah Youth Policy Action Hub. Sebuah badan sekretariat tetap yang terdiri daripada wakil Kerajaan, wakil ADBS, wakil persatuan belia dan akademik yang akan bertanggungjawab untuk memantau, melaksana dan melaporkan perkembangan pelaksanaan idea-idea yang dicadangkan oleh ADBS. Hub ini juga

I boleh menjadi pusat kepada pembentukan dasar-dasar belia baharu Sabah dan melatih anak-anak muda Sabah untuk menjadi pemimpin di peringkat serantau dan antarabangsa.

Datuk Speaker, saya percaya bahawa jika kita benar-benar ingin melihat kepimpinan berkualiti dan bersedia untuk meneruskan agenda Sabah Maju Jaya, inilah masanya kita memberi komitmen serius terhadap platform ADBS ini. Saya juga mengesyorkan Kerajaan Negeri memperuntukkan dana khas bagi program-program latihan kepimpinan, pembangunan, kemahiran, simulasi, persidangan, penulisan dasar, dan pendedahan antarabangsa bagi ahli belia, Ahli Dewan Belia Sabah. Dengan adanya langkah-langkah seperti ini, kita tidak hanya melahirkan pemimpin yang mampu bercakap, tetapi juga benar-benar berkualiti, mampu merancang, melaksana, dan menilai dasar untuk kebaikan negeri dan memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Ini selaras dengan peranan dan fungsi Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk melaksanakan program kepimpinan di bawah program Inkubator Kepimpinan Belia Sabah yang merupakan platform untuk belia mendapat latihan dan bimbingan bagi membangkitkan potensi diri sebagai belia … Datuk Amisah Yassin [ADUN Dilantik]:…kompeten dan berwibawa bagi menjayakan, Misi Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang diperkenalkan oleh kerajaan GRS PH Plus masa kini. Untuk rekod masa kini seramai 79 orang EDBS termasuk 6 DUN Belia Lantikan.

Datuk Speaker, ada satu isu yang berlarutan sejak dahulu lagi ialah, mengenai masalah sampah serta tapak pelupusan yang semakin membimbangkan berikutan proses Perbandaran dan Kemajuan Sampah dan Sisa Pepejal semakin hari semakin bertambah. Pada masa yang sama ruang di kawasan pelupusan sampah semakin hari semakin mengecil dan akan tiba suatu masa kelak terpaksa ditutup kerana sudah penuh. Langkah seterusnya ialah mencari kawasan tapak pelupusan baharu. Senario ini sangat membimbangkan seperti dalam kes di Sungai Sibuga, Sandakan saya dimaklumkan. Apabila sudah penuh lubang yang, lubang yang digali akan ditutup dan dibuka lubang baharu.

I Masalah sampingan yang timbul ialah pergerakan air sampah dalam dan bawah tanah sekali gus mencemarkan air bersih yang mengalir ke kawasan lain sehingga mengundang wabak penyakit dan sebagainya. Sehubungan itu, adalah wajar bagi pihak-pihak bertanggungjawab seperti pihak Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan agensi berkaitan, mencari alternatif bagi memproses sisa pepejal sebagai langkah menangani isu sampah, untuk jangka masa panjang. Berdasarkan rekod terdapat 19 tapak pelupusan sampah di seluruh negeri yang memerlukan kos sehingga 45 juta setahun. Kos ini pastinya akan bertambah dari tahun ke tahun apabila jumlah sampah semakin meningkat.

Hari ini sudah banyak teknologi hijau yang boleh dimanfaatkan bagi mengurangkan beban Kerajaan mengurus sampah dan sisa pepejal. Saya memohon supaya Kerjaan Negeri mengambil serius terhadap isu yang berlaku termasuk menyediakan satu peruntukan khas sebagai pelaburan jangka panjang, demi kebaikan dan kebaikan kesejahteraan bersama.

Datuk Speaker, satu lagi isu, iaitu tindakan Presiden Amerika Donald Trump, yang mengenakan tarif ke atas sejumlah negara dunia awal bulan ini juga menyebabkan ketidaktentuan ekonomi, akibat berlaku tindak balas negara-negara atau apa yang dikatakan perang, sebagai perang tarif. Begitu juga ke atas Malaysia yang dikenakan tarif 24%, sekaligus mencetuskan kebimbangan kepada rakyat mengenai kesan yang mungkin berlaku. Meskipun dikatakan impaknya ada kecil, namun sewajarnya kepimpinan negeri dan negara melaksanakan pelan tindakan bagi mengelakkan kesan buruk kepada ekonomi tempatan.

Kita percaya tarif keberkanaan sedikit sebanyak akan menyebabkan permintaan produk keluaran Malaysia, menerusi, menurun apabila harga meningkat di Amerika. Keadaan ini boleh mencetus impak domino, iaitu apabila permintaan menurun, pengeluaran menurun, pendapatan syarikat juga ikut menurun akhirnya menyebabkan pembuangan pekerja, penutupan operasi kilang, akhirnya pengangguran meningkat. Keadaan ini pasti mencetus krisis ekonomi kepada negeri dan negara. Oleh itu, adalah wajar bagi kerajaan untuk melaksanakan pelan tindakan awal, sebagai langkah menghadapi apa juga kemungkinan yang boleh berlaku. Kita tidak mahu krisis ekonomi pernah dilalui sebelum ini, kembali berulang yang pasti

I membawa begitu banyak kesan negatif kepada rakyat. Mungkin Kerajaan sudah boleh memulakan langkah untuk mencari negara-negara selain Amerika Syarikat sebagai rakan dagangan, bagi pasaran produk-produk yang terjejas seperti barangan elektronik dan microchip. Selain itu, kita juga perlu memperkasakan lagi, produk keluaran tempatan dan melaksanakan kempen pembelian barangan tempatan bagi memastikan produk yang ada mampu bertahan dengan pasaran, dalam negara selain pasaran bagi negara-negara jiran.

Datuk Speaker, Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 atau SYUKUR 2025 telahpun dilancarkan pada 19 Februari di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, di Tuaran oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, ADUN Sulaman. Secara dasarnya program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR ini akan memberi manafaat kepada 100 ribu penerima di seluruh negeri. Program ini menyediakan bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan kepada penerima yang layak. Penerimanya bagi program ini membabitkan ketua isi rumah, miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 31 Disember 2024. Amount pembayaran bagi program ini akan dibayar secara berfasa, dengan setiap fasa adalah dibayar secara lumpsam. Bagi tempoh 3 bulan, iaitu sebanyak RM900.00 yang akan dikreditkan ke akaun kepada mereka yang mempunyai akaun dan kepada penerima bantuan secara tunai. Walau bagaimanapun, ada apapun dilaksanakan oleh kerajaan GRS PH Plus, masih ada suara sumbang mengkritik kerajaan GRS PH Plus. Ini kononnya gagal.

Hakikatnya yang sebenarnya yang gagal itu adalah pihak yang mengatakan gagal. Mereka sebelum ini tidak pun telahpun diberi peluang tetapi gagal melaksanakan agenda rakyat. Kini, akhirnya hanya mampu menghantam kerajaan GRS. Mereka ini seperti tidak bersyukur dengan pelaksanaan tindakan serta komitmen Kerajaan, dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sebelum mengakhiri ucapan hari ini, saya juga, saya anggap sebagai ucapan terakhir persidangan DUN Sabah berikutan, jangkaan kita akan menghadapi Pilihan Raya Negeri kali yang Ke-17.

Pilihan raya bagi mendapat mandat rakyat untuk perintah pemerintahan bagi penggal baharu adalah diharapkan rakyat dapat membuat pilihan terbaik melalui pertimbangan berdasarkan fakta yang sahih dan

I benar. Tidak sekali-sekali dipengaruhi oleh sentimen fitnah adu domba dan janji-janji palsu pihak-pihak tertentu. Kita juga berdoa agar rakyat terus memilih kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk kekal menerajui Kerajaan Negeri, yang pada hari ini telah terbukti mampu memimpin dengan baik dan perlu diberi peluang melaksanakan agenda-agenda rakyat demi kemajuan dan kesejahteraan semua.

Ikan sepat ikan keli, Tangkap lokan sauk bertalu, Simpan hasrat pecahkan integriti, Jayakan Sabah untuk terus maju.

Dengan itu saya menyokong, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker [Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar]:Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin, dan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Darau.

2.38 petang

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas peluang dan ruang yang diberikan kepada saya untuk perbahasan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, pada 11 April 2025 bersamaan 12 Syawal 1446, Kampung Darau, Kampung Rampayan laut banjir lagi. Keadaan ini seolah-olah sudah menjadi acara tetap. Setiap kali hujan, rakyat sudah bosan dengan kenyataan-kenyataan kosong dan janji-janji palsu. Sistem perparitan tidak berfungsi. Projek tambatan banjir tidak diselesaikan dan Sungai Rampayan dalam keadaan kritikal iaitu cetek, sempit dan tidak mampu menyalurkan air banjir keluar. Bahkan tebing sungai yang lebih tinggi daripada kampung menjadikan keadaan lebih parah. Ini bukan sekadar bencana alam, ini adalah kegagalan pengurusan.

I Sejak hari Jumaat lepas, setiap hari sehingga malam tadi, ramai penduduk Kampung Rampayan telah merungut dan menghubungi saya. Sama ada melalui panggilan telefon, texs whatsapp dan ada yang terus berjumpa dengan saya. Meminta saya untuk menyuarakan kekecewaan mereka di Dewan Yang Mulia ini berkenaan masalah banjir di kampung mereka. Mereka sungguh kecewa, sakit hati dan marah kepada Kerajaan hari ini karena sehingga kini masalah banjir masih berlaku.

… berlaku setiap kali hujan lebat.

Biasanya asal hujan lebat sehingga dua … dua hingga tiga jam akan berlaku banjir. Tetapi pada malam Jumaat lepas sangat luar biasa. Kerana baru sahaja satu jam hujan turun, banjir terus melanda. Mereka mengadu keadaan sekarang lebih teruk berbanding keadaan sebelum projek tebatan banjir dilaksanakan. Kalau dulu Sungai Rampayan, kedalamannya tidak menghalang para nelayan untuk keluar ke laut. Tetapi malangnya sekarang ini jauh berubah kerana sungai sudah semakin cetek. Ini adalah antara WhatsApp dari orang kampung yang saya terima berkenaan isu ini. Yang pertama, Assalamualaikum Warahmatullahi YB. Rungutan dari warga kampung lagi untuk YB suarakan dalam Dewan permasalahan banjir di Kampung Rampayan. Satu lagi WhatsApp yang saya terima, antara yang saya terima. Ya YB, jangan bosan untuk suarakan perkara ini demi keselesaan penduduk kampung. YBlah harapan kami untuk bersuara dalam Dewan. Dan satu lagi, Isnin ini tolong peringatkan YB Azhar untuk bersuara lagi dalam Dewan supaya dapat memohon untuk masuk campur dalam masalah di Darau.

Ini bukan saya ah, ini daripada penduduk kampung. Ironinya, kesibukan kerajaan sibuk berjanji menyelesaikan penyelesaian jangka panjang. Tetapi setelah bertahun-tahun yang penduduk dapat hanyalah banjir yang sama. Kesusahan yang sama dan janji yang sama. Adakah kerajaan terfikir rakyat tidak punya batas kesabaran? Atau mereka sengaja membiarkan Kampung Darau terus Kampung Rampayan terus menjadi mangsa kecuaian mereka? Saya tidak mahu lagi mendengar alasan. Rakyat perlukan jawapan dan tindakan nyata. Jadi hari ini saya menuntut kerajaan menjawab tepat soalan-soalan ini. Apakah tindakan segera yang akan diambil untuk

I membaiki sistem perparitan Kampung Darau? Jangan beri alasan. Kami mahu jadual pelaksaan … pelaksanaan yang jelas. Yang kedua, di mana rancangan komprehensif untuk menyelesaikan banjir di kawasan rendah? Jangan lagi minta rakyat terus bersabar. Mereka sudah penat menunggu. Berapa lama lagi penduduk perlu menderita sebelum ada infrastruktur tahan banjir yang betul-betul berkesan? Bukan separuh projek separuh masak atau kerja cuai. Seterusnya, mengapa tiada peruntukan khusus untuk menyelesaikan masalah banjir di Kampung Rampayan? Ke mana perginya dada rak ... dana rakyat? Ke mana perginya bajet-bajet yang berbilion ringgit yang dilaung-laungkan selama ini? Yang kelima, kerajaan tidak boleh lagi bermain-main dengan nasib rakyat jika tidak ada tindakan dalam tempoh terdekat. Saya yakin rakyat akan bangkit untuk mendesak perubahan yang lebih radikal. Kampung Rampayan tidak boleh terus menjadi mangsa kecuaian. Cukup-cukup dengan janji mereka mahukan solusi. Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan keadaan banjir dan dari Sungai Rampayan ini yang telah dikenal pasti. Yang pertama, sungai utama per … ah berhampiran jalan UMS yang menghubungi ke Kuala Muara sungai yang sempit dan cetek disebabkan oleh hakisan sepanjang tebing dan menyebabkan sungai semakin mengecil. Perkara ini sudah berkali-kali saya bawa ke dalam Dewan ini. Saya mencadangkan agar sungai ini dilebarkan dan didalamkan dengan kadar segera. Keadaan yang kedua, keadaan dan reka bentuk jambatan berhampiran kawasan perkuburan Islam, Kampung Rampayan adalah kecil dan tidak sesuai menjadi punca aliran sungai tidak lancar. Di mana laluan keluar air hanya berkelebaran lebih kurang satu per tiga daripada lal ... daripada saiz kelebaran su … kelebaran sungai itu sendiri. Oleh itu, apabila air tidak lancar ke sungai besar, ianya akan melimpah keluar dan menyebabkan banjir ke kawasan penduduk dalam masa yang singkat. Untuk mengatasi masalah ini, reka bentuk jambatan tersebut perlu diubah dengan kadar segera. Tindakan drastik adalah meroboh dan membina semula jambatan baha ru yang bersesuaian dengan kelebaran sungai. Ketiga, mendapan lumpur di sepanjang Sungai Sebagun… Rampayan [nama sungai kurang jelas] Rampayan tidak diselenggara secara berkala. Saya tahu penyelenggaraan baru-baru ... baru-baru ini telah dibuat dan ah, tetapi tanah lumpur mendapan yang dikorek oleh kontraktor tel ... yang telah dilantik tidak dibersihkan dan hanya dibiarkan di tebing sungai. Dan ini tidak memberi keselesaan kepada penduduk kampung. Saya ingin merujuk kepada Pekeliling Kementerian Kewangan Negeri Sabah Bilangan 03/2018 yang bertajuk Garis Panduan Perbelanjaan Darurat di bawah Arahan 55 dan Perolehan di bawah Arahan

I Perbendaharaan Arahan Perbendaharaan 55 dan Perolehan Araha Arah Bawah Arahan Perbendaharaan 1732.2. Muka surat 2 di bawah klausa 3, iaitu takrifan darurat. Darurat boleh ditakrifkan sebagai kejadian yang bersifat kecemasan dan atau luar biasa yang memerlukan tindakan serta merta supaya tidak menjelaskan kepentingan awam, penyampaian perkhidmatan, kerajaan, mengekang berlakunya kerosakan berterusan, menyekat penularan wabak dan seumpamanya. Contoh keadaan darurat adalah seperti berikut. Bencana alam, banjir yang luar biasa, jerebu luar biasa, gempa bumi, tanah runtuh, ribut, taufan, dan situasi lain yang seumpamanya yang memerlukan kerja-kerja pemulihan, pembaikan, pembekalan, dan perkhidmatan. Keadaan bencana banjir di kampung Rampayan pe… ini pada hemat saya adalah banjir luar biasa. Kerana keraja ... ah, kejadian yang berlaku adalah berulang-ulang. Selang beberapa minggu atau beberapa bulan dalam setahun, banjir. Pada satu ketika pernah terjadi lebih 20 kali dalam setahun. Dan saya sudah pernah nyatakan di ah pe.. hal ini di dalam dewan ini. Saya tidak ingat ah, tahun mungkin dalam tahun 2023. Pada hemat saya, ianya jatuh di bawah takrifan yang bersifat kecemasan dan atau luar biasa yang memerlukan tindakan serta-merta supaya tidak menjejaskan kepentingan awam. Mengekang berlakunya kerosakan berterusan, menyekat penularan wabak dan seumpamanya. Dan ianya juga memenuhi kriteria 3.1.1 di mana contoh keadaan darurat adalah bencana alam. Banjir yang luar biasa. Sekiranya tidak terdapat peruntukan untuk menyelesaikan masalah ini, kenapa Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran tidak menggunakan kaedah pekeliling yang saya sebutkan tadi untuk menyelesaikan masalah banjir di Kampung Rampayan. Di sini saya mencadangkan agar selepas ini Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran dapat menggunakan pekeliling ini berkenaan ah, pekeliling berkenaan pada tahun ini juga supaya masalah banjir di Kampung Rampayan dapat diselesaikan dengan serta-merta untuk kesejahteraan rakyat terutamanya di Kampung Rampayan. Jika pekeliling ini pernah digunakan di tempat lain pada masa-masa lepas, kenapa ianya tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah banjir di Kampung Rampayan. Kalau saya tidak silap, pekeliling ini pernah digunapakai semasa bencana gempa bumi di Ranau dan ah, semasa kejadian tangki runtuh di Pulau Gaya. Sekiranya pun pekeliling ini tidak dapat digunakan kerana kenapa kenapa dana nadma tidak digunapakai. Apa yang berlaku selama ini adalah penyelesaian tidak tuntas dan menyebabkan pembaziran wang rakyat tanpa melihat kepada punca utama banjir tersebut. Ini belum mengambil kira kerugian yang dialami oleh rakyat ketika berhadapan dengan banjir.

I Setiap kali banjir berlaku, bencana banjir berlaku maka berduyun-duyunlah pihak-pihak yang berkepentingan menghantar beras, menghantar minyak masak, gula, garam, serbuk kopi dan seumpamanya. Saya yakin penduduk kampung lebih memerlukan penyelesaian bencana banjir daripada beras, minyak masak dan sebagainya. Oleh itu saya mohonlah, saya mohon selesaikanlah masalah banjir ini. Kalau boleh selepas sidang ini selesai, ambil tindakan drastik. Tidak perlu umum sana sini, terlalu banyak pengumuman yang telah yang telah diumumkan yang masih belum ter ...

… tertunai. Kasihanilah penduduk Kampung Rampayan, mereka sudah cukup lama menderita untuk sekian lama. Datuk Yang Diper ... Datuk Yang ... Speaker, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas sokongan kelulusan … maaf, kelulusan Skim Perlindungan Insurans Secara Percuma bernilai RM10 000 berserta dengan faedah khairat kematian sebanyak RM500 untuk tiga tahun bermula 1 Mei 2025 hingga 30 April 2028 yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 9 April 2025 baru-baru ini.

Inisiatif ini dilihat mampu memberi manfaat kepada lebih kurang 3.5 juta penduduk negeri ini. Namun begitu, rakyat di bawah menghubungi saya berkaitan beberapa persoalan asas, yang mungkin dilihat sebagai remeh tetapi sebenarnya cukup penting, jika benar-benar kita serius untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan skim ini. Yang pertama, bagaimana Kerajaan bercadang memastikan maklumat tentang skim ini sampai ke kawasan paling terpencil tanpa hanya bergantung kepada Internet atau media sosial? Seperti yang kita semua maklum, isu komunikasi di kawasan pedalaman bukan perkara baharu, ia masalah lama yang masih kekal hebat sehingga ini.

Apakah … yang kedua, apakah langkah strategik dan gerak kerja sebenar untuk memastikan penduduk-penduduk luar bandar mendapat pendedahan secara menyeluruh? Atau adakah kita masih bergantung pada kaedah sampaikan pada yang tahu, yang lain biar tunggu seperti kebiasaan?

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung, Yang Berhormat.

Yang ketiga … Yang ketiga, bagaimana dengan rakyat yang kurang pendedahan atau … berapa minit, Yang Berhormat Datuk Speaker?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Dua minit.

Dari mula tadi? Sepuluh minitkah?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ya.

Dua minit. Bagaimana dengan rakyat yang kurang pendedahan atau kurang memahami konsep insurans? Adakah mereka akan diberikan bimbingan atau akan dibiarkan untuk faham sendiri kita ketika mengisi borang tuntutan atau memahami syarat perlindungan yang kadangkala sukar difahami walaupun bagi yang celik huruf? Salah satu persoalan yang telah diajukan kepada saya adalah apakah perancangan Kerajaan selepas tahun 2028 sekiranya … apakah perancangan Kerajaan selepas tahun 2028 sekiranya rakyat sudah selesa bergantung sepenuhnya kepada skim ini sebagai bentuk perlindungan utama? Apakah akan ada kesinambungan atau semuanya akan lenyap begitu sahaja?

Yang kelima, bagaimana dengan bayi yang baru lahir selepas tarikh pelaksanaan 1 Mei 2025 pada bulan Jun? Di mana pada bulan Jun 2025, ianya … adakah ianya layak secara automatik atau selepas kuota 3.5 juta rakyat Sabah diguna pakai sebagai jumlah yang layak menikmati skim insurans ini?

Yang keenam, setakat 11 April 2025, maklumat yang saya terima daripada Jabatan Pendaftaran Negara, populasi ... populasi rakyat Sabah adalah seramai 3.87 juta orang berbanding dengan yang dinyatakan, iaitu 3.5 juta orang. Bagaimana dengan nasib lebihan 370 000 orang rakyat yang dari segi kelayakan mereka dalam skim ini? Melalui pengamatan saya, skim yang diperkenalkan ini terlalu mirip dengan skim INSAN, Skim Insurans Am Selangor. Di Selangor pendaftaran dilakukan melalui

I aplikasi. Manakala di Sabah kita telah dimaklumkan bahawa pendaftaran adalah secara automatik bagi yang layak. Maka timbul persoalan, apakah medium atau kaedah yang boleh digunakan untuk rakyat menyemak bagi memastikan nama mereka tersenarai dalam sistem pangkalan data skim ini?

Akhir sekali, adakah pihak pelaksana, iaitu Progressive Insurance Berhad, sebuah syarikat milik Kerajaan benar-benar bersedia dari sudut administratif dan logistik untuk menguruskan pelaksanaan skim sebesar ini yang akan bermula dalam masa 15 hari dari hari ini? Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat daripada Darau, dan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Silam. 12 minit, Yang Berhormat.

2.55 petang

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Terima kasih. Terima kasih, Datuk Seri Speaker. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih, Datuk Speaker, memberi saya ruang dan peluang untuk mengambil bahagian dalam membahas perbahasan dasar Kerajaan yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Pangiran Doktor … Panglima Musa Haji Aman pada 10 haribulan April 2025, jam 11 pagi, Mesyuarat Penggal Kelima Tahun ... Tahun Dewan Undangan Negeri Sabah kali ke-16.

Datuk Seri Speaker, Datuk Speaker, dasar Kerajaan untuk memperkasakan pembuatan memainkan peranan penting dalam merangsang peningkatan ekonomi negeri. Silam berharap sektor pembuatan dapat diwujudkan di kawasan pantai timur Sabah, di Parlimen Lahad Datu khususnya kawasan Silam. Sabah, kawasan Silam. Kita sedia maklum di kawasan pantai timur, kawasan pantai timur, ladang kelapa sawit adalah terbesar. Di Felda Sahabat 16, Tungku, Felda Umas-Umas Tawau dan ladang-ladang persendirian bolehlah Kerajaan Negeri memanfaatkan sumber sawit ini dengan mengeluarkan sabun, minyak ataupun produk yang boleh mengeluarkan oleh kelapa sawit.

Datuk Seri Speaker, Silam mengalu-alukan komitmen Kerajaan untuk merancang pembangunan tiga buah Taman Perindustrian yang baharu di Kudat, Kota Belud dan

I Beaufort dijangkakan membuka banyak peluang pelaburan dan pekerjaan untuk warga tempatan dalam masa lima hingga sepuluh tahun yang akan datang. Datuk Seri Speaker, budget yang diperuntukkan kepada Kementerian Luar Bandar Sabah untuk melaksanakan projek-projek kecil pada tahun 2025 ini, berjumlah lebih kurang RM106.43 juta untuk perbekalan dan RM243.5 juta untuk pembangunan, amat dialu-alukan dan Silam ingin mengimbas kembali dalam persidangan DUN Sabah pada bulan November 2024 yang lalu, iaitu pembatalan cadangan MESEJ rumpai laut di Kampung Bangkuruan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Walaupun YB-YB Menteri beberapa … buat beberapa lawatan di tapak yang dicadangkan dan akhirnya di saat akhir dibatalkan. Kononnya peruntukan RM12 juta tidak cukup dan wang peruntukan tersebut dialihkan ke daerah lain. Peruntukan Kementerian Pembangunan Bandar Sabah untuk pembangunan jumlah RM243.50 juta tahun 2025 ini, Silam memohon supaya satu MESEJ di daerah Silam seperti MESEJ sawit di Tungku eh ... seperti di MESEJ sawit di Kunak, MESEJ Nala di Tungku dan Silam dan Segama tiada menggunakan MESEJ, ya, Datuk Speaker. Datuk Speaker, Silam berharap sangat untuk KPLB Sabah wujudkan sebuah MESEJ tersebut untuk mensejahterakan golongan 40 yang diketegorikan miskin ini. Untuk makluman di Parlimen Lahad Datu, memang ada empat kawasan DUN, Silam dan Segama belum ada MESEJ. Silam merayu supaya cadangan pewujudan MESEJ tersebut dapat dipertimbangkan dan berharap KPLB Sabah dapat berlaku adil mengagihkan pembangunan di ke semua daerah di seluruh Sabah. Datuk Speaker, Silam berterima kasih kepada KPLB Sabah, pada tahun 2019 didirikan sebuah bangunan di Kampung Lamak untuk golongan B40 ini membuat aktiviti pembuatan keropok, ubi, pisang dan lain-lain tapi masalahnya adakah KPLB Sabah membuat pemantauan, berapa orang yang memanfaatkan bangunan ini? Dan adakah kursus-kursus diadakan untuk membantu golongan 40 ini? Dan bantuan apakah yang telah diberikan kepada mereka? Dan apakah kursus yang telah Kementerian buat untuk perusahaan kecil-kecilan tersebut? Kita tidak boleh biarkan mereka tanpa pemantauan, Datuk Speaker. Datuk Speaker, pembahagian rumah SMJ 40 buah tahun ini yang diagih-agihkan kepada kawasan DUN pada tahun 2025 dan kita merayu supaya Kementerian yang bertanggungjawab, buat audit dan pemantauan, jangan berulang seperti ada sekarang ini. Kroni-kroni, adik-beradik, saudara-mara yang terdekat sahaja diberikan rumah SMJ tersebut. Keseluruhan

I begini tidak menepati sasaran Kerajaan untuk mengurangkan mereka yang tidak mampu.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

…mewujudkan rumah. Mereka-mereka yang dapat rumah ini ada yang mempunyai rumah sudah, ada yang mempunyai kereta. Tetapi yang Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak ada membuat pemantauan. Jadi susahlah kalau kita begini, kita tidak boleh tidak menepati sasaran, Datuk Speaker.

Silam terima kasih juga. Silam banyak menerima laporan dari pemilik rumah SMJ, yang rumah mereka tidak kukuh, ada yang bergoyang lantainya kerana gunakan perkakas IBS.

Kalau rumah SMJ guna IBS, rumah tidak tahan lama. Mereka lebih selesa guna cara PPRT, lebih kukuh gunakan batu bata, pasir, batu dan besi. Bila guna cara PPRT, peniaga-peniaga batu bata, pasir, simen, pasir, dapat menjual dan keuntungan mereka boleh mengambil pekerja-pekerja, anak-anak tempatan untuk bekerja untuk mengurangkan pengangguran di daerah-daerah.

Datuk Speaker, Silam dalam persoalan bertulis kepada Kementerian Kerja Raya, adakah Kementerian bercadang untuk membuat jalan alternatif dari bandar Lahad Datu ke Kampung Sapagaya untuk mengurangkan kesesakan di jalan Lahad Datu, Kunak, terutama di hadapan SK Pekan II dan SMK Sapagaya dan jawapan Kementerian. Kita amat komitmen dalam menyediakan kemudahan infrastruktur agar dapat dinikmati oleh semua penduduk di negeri ini.

Untuk makluman, jalan alternatif yang disebutkan itu telah dikenal pasti di bandar Lahad Datu ke Kampung Sepagaya adalah jalan pantai Sepagaya Lahad Datu dan cadangan jalan ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, namun tidak diluluskan. Dengan hasil pendapatan Sabah yang begitu banyak berbilion-bilion ringgit dan kos jalan raya yang dicadangkan ini mungkin tidak melebih 30 juta. Sila memohon di Dewan yang mulia ini supaya Kerajaan kaji semula dan beri peruntukan untuk merealisasikan cadangan jalan alternatif dari Bandar Lahad Datu ke Kampung Sepagaya ini dapat direalisasikan.

Kami masyarakat Lahad Datu

I mengharapkan pembinaan jalan raya tersebut supaya tidak ada kesesakan yang menyusahkan masyarakat Silam khususnya.

Kita sedia maklum, jalan raya di daerah-daerah terpencil seperti Pitas, Nabawan dan Pensiangan, memang jalan raya mereka sangat teruk, tetapi di daerah Lahad Datu, di kawasan bandar, di lampu isyarat di simpang Sekolah Menengah Cina, mendap begitu teruk hingga ada yang terlibat dalam kemalangan.

Jalan ini Datuk Speaker, baru dua kilometer dari bandar. Baru-baru ini mereka tambah aspal juga tetapi tambah mendap lagi jalan tersebut. Jadi, saya memohon di Dewan yang mulia ini supaya Kementerian yang bertanggungjawab tengoklah, pantaulah.

Jangan biarkan begitu sahaja. Terima kasih, Datuk Speaker.

Datuk Speaker, begitu juga kesesakan jalan raya di persimpangan POIC ke jalan Silabukan dan seterusnya ke Tungku amat-amat menyeksakan dan membosankan kepada pengguna jalan tersebut.

Hingga tiga kilometer jauhnya, tiga kilometer jauhnya ada sesak yang sangat teruk. Silam dua kali bahaskan dalam Dewan Yang Mulia ini dan jawapan daripada Menteri, kita akan buat pemantauan dan minta Jabatan Kerja Raya Lahad Datu buat sesuatu alternatif.

Bagaimana cara untuk mengatasi kesesakan ini, kita tidak nampak apa-apa pun tindakan diambil, Datuk Speaker.

Datuk Speaker, dan Silam telah juga soalan lisan dan jawapan bertulis Kementerian Kerja Raya bercadang untuk menaikkan taraf jalan berkenaan dari satu lorong kepada dua lorong dan cadangan dalam kajian separuh penggal Ke-12 dan pihak Kerajaan Negeri tetapi jawapan bertulis tidak diluluskan.

Silam hanya, jawapan begini ini adalah penyedap telinga sahaja, tetapi tindakan tidak ada diambil sampai sekarang.

Bila lagi kita mengharap ini, dikira lima tahun kita bercakap di sini ini. Inilah masalah-masalah tapi tidak diambil tindakan.

Datuk Speaker, saya memohon, memohon perhatian kepada Kementerian Pertanian Perikanan dan Industri Makanan Sabah, disebalik memperkasakan industri padi dan beras untuk kegunaan tempatan dan lain-lain tanaman seperti avokado, durian musang king dan nenas yang dijual yang berpotensi untuk di eksport ke luar negara dan Kementerian berusaha menarik pelabur serta meneroka prestasi perikanan laut dalam langkah yang baik. Kementerian disarankan untuk memberi perhatian kepada lain-lain pantai yang sumber pendapatan mereka dengan

I menangkap ikan, mereka ke laut dengan berusaha payah menggunakan perahu kecil, dayung dan belayar. Berilah subsidi bot dan injin sangkut kepada nelayan-nelayan tepi pantai. Kalau Kementerian Luar Bandar Sabah peruntukkan 40 buah SMJ dengan harga 82 ribu sebuah, kenapa Kementerian Perikanan tidak boleh mensubsidikan injin-injin sangkut kepada nelayan-nelayan pantai ini. Janganlah kita biarkan mereka ini tidak ada bantuan untuk diaorang.

Mereka ini susah, susah untuk mendapatkan perahu ke laut, Datuk Speaker. Pasal menggunakan bot. Tetapi untuk penghabisan, untuk last, Datuk Speaker.

Silam, memohon dan penggulungan Kementerian yang berkenaan dalam memberi jawapan bertuntas. Kementerian Pembangunan Luar Bandar, pembahagiaan rumah SMJ buat pemantauan kepada siapa berikan dan tapak pembinaan rumah SMJ dan cara pembinaan guna IBS tidak sesuai dan berapa banyak rumah SMJ setakat hari ini di DUN Silam?.

Pemantauan peserta dan penduduk Kampung Lamag yang mengusahakan keropok dan kuih-muih di bangunan KPLB Sabah. Kursus apa yang KPLB telah bantu mereka untuk mengusahakan ini di rumah kecil ini.

Datuk Speaker, Kementerian Kerja Raya, kesesakan yang sangat teruk di samping POIC, Kampung Sabah Baru dan seterusnya Kampung Jalan Pantai Sepagaya Lahad Datu yang dicadangkan dan telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 namun tidak diluluskan.

Sila memohon untuk ambil perhatian serius dan kesesakan jalan pekan, di depan Pekan I dan SMK Sepagaya.

Akhir kata Datuk Speaker, Silam, kami YB-YB merasa kesal sebagai wakil rakyat kepada rakyat, terutamanya kepada rakyat Silam kerana tidak dapat menyelesaikan masalah air, masalah jalan raya yang lubang-lubang, bekalan elektrik yang sering putus, bekalan air dan titian rumah ke rumah seperti Kampung Air, Kampung Puyut, Kampung Panji kerana Kerajaan masih jalankan sistem lama yang berdendam dan seolah-olah menghukum Wakil-wakil Rakyat Pembangkang.

Tidak diberikan peruntukan seperti ADUN Kerajaan. Insya-Allah kita merayu dan memohon kepada semua presiden-presiden parti yang akan menerajui pemerintahan negeri akan datang. Jangan pertikaikan sistem lama ini, beri peruntukan kepada semua ADUN-ADUN sama ada ADUN Kerajaan atau ADUN Pembangkang supaya mereka dapat

I membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Lapan daerah termiskin di Sabah mungkin gunakan pakai sistem yang lama ini.

Tidak dapat nikmati dana hasil kerajaan.

Dengan itu saya menyokong, terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Juhar)

Waalaikumsalam, terima kasih Yang Berhormat daripada Silam. Memandangkan ADUN daripada Banggi, Tanjung Aru tidak ada di sini, maka saya ingin menjemput…

Datuk Speaker, Banggi ada. Banggi.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Juhar)

Okey, silakan. 3.08 petang

Terima kasih, Datuk Speaker.

Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam Sabah Maju Jaya.

Terima kasih, Datuk Speaker atas peluang yang diberikan untuk saya berbahas menjunjung kasih ucapan dasar kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 10 April 2025 yang lalu. Pada kesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Haji Aman atas perlantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu dan juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat menyambut kelahiran Tuan Yang Terutama Tun.

Datuk Speaker, saya agak terkilan apabila ada pihak yang mencanang dan juga memuat naik di media sosial rangkuman video ucapan perbahasan beberapa ADUN di pihak kerajaan yang membawa isu rakyat…

I

… dan menyimpulkan bahawa kononnya Kerajaan GRS gagal. Saya yakin propaganda sebegini tidak akan menjejaskan prestasi kerajaan, bahkan menjadi perangsang dan juga momentum untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Pada hemat saya, kerajaan hari ini tidak gagal tetapi sebaliknya berjaya dan perlu diberikan kredit dan juga pujian sebab telah menterjemahkan fungsi Dewan yang mulia ini sebagai medan pertemuan dan memahami kehendak serta permasalahan rakyat selain ruang untuk wakil rakyat, meyakinkan masyarakat yang mereka wakili bahawa peranan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, seterusnya kerajaan bertindak untuk menyelesaikannya.

Apa yang penting kita dalam Dewan yang mulia ini dan juga rakyat Sabah perlu berikan masa yang sesuai kepada kerajaan ini untuk menyelesaikan banyak permasalahan rakyat di keseluruhan negeri Sabah yang kita cintai ini. Saya pernah bawakan dalam Dewan yang mulia ini tanpa memikirkan soal putus asa berhubung isu bekalan air bersih dan jalan raya serta beberapa isu lain. Alhamdulillah, loji rawatan air bersih baharu di Bangkingit di Pulau Banggi telah diluluskan peruntukannya sebanyak RM62 juta yang mana akan membekalkan sumber air bersih ke loji lama dan akan dibina paip baharu ke kampung-kampung di sebelah utara Pulau Banggi yang mana kampung-kampung ini belum pernah mendapat bekalan air bersih sejak sekian puluhan tahun. Demikian juga kerajaan telah meluluskan peruntukan membina jeti awam di Pekan Kerakit dengan anggaran peruntukan sebanyak RM3 juta. Jalan raya asphalt dari Kampung Gegaud ke Kampung Pangkalan Darat sedang dalam pembinaan.

Datuk Speaker, saya mewakili masyarakat Pulau Banggi merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kepada Menteri Kewangan dan juga Menteri Kerja Raya serta jabatan-jabatan yang terlibat yang memberikan respon positif, proaktif dan juga mengambil tindakan drastik. Mudah-mudahan projek yang diluluskan ini dapat dibina sesegera yang mungkin pada tahun ini. Jujur saya katakan, saya sangat menghormati dan meyakini cara kepimpinan

I Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan barisan kabinet hari ini yang seolah bergerak dalam diam tetapi kejayaan yang bercakap, yang fokus pada misi bukan pada omongan kosong, yang tidak masuk bakul angkat sendiri tapi pembangunan dan pelaburan rancak serata negeri dan jauh lebih penting pelbagai inisiatif bantuan pendidikan kepada sekolah dan juga pelajar-pelajar Sabah seperti BUDI, BAIK, BAKTI, BISTARI, BAGUS, BISBAH, BALKIS, BANTU, AKSAH, SEMESTA, GRS Supply.

Tidak kurang juga kepada masyarakat miskin dan miskin tegar Sabah diberikan Bantuan Rumah Mesra SMJ dan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat sebanyak RM300 ringgit setiap bulan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Di kawasan saya telah siap pembinaan tujuh menara telekomunikasi di bawah Program NADI oleh MCMC. Cumanya saya mahu memaklumkan kepada Kementerian berkenaan bahawa beberapa pencawang ini ada lagi yang belum berfungsi sepenuhnya mungkin menunggu penyedia talian. Dan bagi menara di Kampung Maliu, Damaran dan juga Padang sudah hampir sebulan tidak ada talian telekomunikasi. Kami mohon agar ianya dapat diatasi sesegera yang mungkin. Banyak lagi kejayaan kerajaan hari ini untuk kita tahu masyarakat hanya perlu berusaha menggunakan hujung jari.

Tuan Speaker, melihat kepada usaha kerajaan dalam memastikan industri pelancongan di negeri Sabah terus berkembang. Saya yakin melalui pelbagai inisiatif Kementerian berkenaan dan kerajaan maka hampir keseluruhan sekitar kawasan pelancongan di negeri Sabah telah rancak dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara. Di sebelah Pantai Timur adanya Sipadan dan juga Mabul serta beberapa pulau lain di Semporna. Di pedalaman adanya tempat-tempat menarik sekitar Tambunan, Sipitang, Nabawan dan juga Keningau. Manakala bahagian Sandakan adanya Maliau Basin, di Tongod dan juga beberapa kawasan lain.

Bahagian Pantai Barat pula adanya Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan pulau sekitarnya tidak kurang juga hebatnya. Di sebelah Ranau dan juga Kundasang ada Gunung Kinabalu dan keindahannya. Namun industri pelancongan ini kurang rancak di bahagian utara, khususnya di daerah Kudat termasuklah Pulau Banggi.

Sedangkan dua kawasan ini juga ada potensi besar dalam industri pelancongan jika

I dibantu oleh kerajaan untuk dimajukan. Di Kudat ada Simpang Mengayau dan beberapa kawasan lain lagi. Manakala di Pulau Banggi ada Bukit Sinambung yang cantik dari segi pemandangan apabila matahari terbenam dan juga mempunyai air terjun yang jernih.

Manakala di Pantai Tanjung Menyangit dan juga beberapa pulau cantik di sekitar Pulau Banggi dan seterusnya pantai yang panjang, bersih dan putih di Pulau Balambangan sangat sesuai untuk dimajukan terutamanya dalam industri pelancongan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan khasnya Kementerian Pelancongan jika ada perancangan untuk mengembangkan industri pelancongan ini di daerah Kudat dan juga Pulau Banggi.

Datuk Speaker, menyentuh soal sumber bekalan elektrik di kawasan saya. Memandangkan kawasan yang saya wakili ini berada jauh, terpisah dari tanah besar. Saya ingin bertanya kepada Kementerian yang bertanggungjawab berkenaan dengan perancangan untuk jangka pendek dan juga jangka masa panjang. Untuk kawasan ini kerana Pulau Banggi sering kali mengalami bekalan elektrik terputus dengan alasan yang kadangkala kurang munasabah, termasuklah alasan bekalan minyak diesel yang tidak sampai.

Saya mohon kepada Kementerian yang berkenaan agar memberikan peringatan kepada pekerja SESB dan juga syarikat konsesi bekalan minyak diesel agar memberikan khidmat terbaik dan memberikan memperbaiki servis kepada masyarakat kami di Pulau Banggi. Dalam masa yang sama juga ada beberapa buah kampung yang mana ada tiga buah sekolah di sekitar kampung ini. Saya ambil contoh bagi Kampung Semayan dan juga Rahmat ada SK Semayan. Bagi Kampung Selangan, Kampung Meligu, Kampung Telutu dan juga Sabur ada SK Sabur yang juga merupakan termasuk dalam program K9, ada pelajar darjah 1 sehingga darjah 6 kemudian ada pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Jika bekalan elektrik tidak sampai ke sekolah-sekolah ini sudah tentu akan menjejaskan guru dan juga pelajar dalam PDP di sekolah.

Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini serta saya mohon kepada Kementerian berkenaan, ada tiga projek solar yang telah terbengkalai lebih kurang tujuh tahun, iaitu projek solar di Pulau Balambangan yang mana juga ada SK Belambangan di

I sana. Projek solar Pulau Tigabuk adanya juga SK Tigabuk dan juga projek solar Tanjung Menawali yang juga ada sekolah SK Tanjung Menawali. Saya mohon kerajaan hari ini untuk memanjangkan perkara ini kepada …

… dan pihak Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Juhar)

Sila gulung, Yang Berhormat.

Sikit lagi, Datuk Speaker. Tuan Speaker, sekalung tahniah saya ucapkan atas prestasi yang cemerlang kerajaan hari ini khasnya bagi kawasan yang saya wakili. Gandakan lagi usaha untuk mencapai kejayaan lebih baik. Kami rakyat mendoakan kekuatan dan kesihatan kepada barisan kabinet dan juga pentadbiran negeri. Alhamdulillah, kejayaan hari ini mudah-mudahan menjadi titik tolak kepada usaha lebih keras dan juga permulaan bagi masa depan yang lebih gemilang. Serta jangan lupa Banggi perlukan perhatian dan kasih sayang Kerajaan ini. Akhir sekali, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada semua ahli Dewan yang mulia ini dan juga masyarakat Sabah keseluruhannya. Datuk Speaker, Banggi mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat daripada Banggi. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Merotai.

3.21 petang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih, Datuk Speaker. Ah topik pertama yang ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan ucapan dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun adalah berkenaan dengan keterjaminan makanan.

I Saya amat setuju dengan saranan Tun berkenaan seruan kepada Kerajaan untuk mengambil langkah proaktif untuk memperkukukan keterjaminan makanan. Dalam bidang ternakan disebut, Sabah mencatat 9.33% SSL tahap sara diri pada tahun 2024. Ini bermakna 90.67% adalah diimport dari luar Sabah dan luar negara. Jaminan makanan bukan sahaja memastikan makanan cukup, tetapi juga selamat dan halal dimakan oleh semua rakyat, khususnya orang Muslim di negeri ini. Apa yang merisaukan adalah kekerapan tangkapan oleh pihak berkuasa, khususnya Pasukan Gerakan Am Polis PGA semenjak tiga tahun kebelakangan ini, iaitu tahun 2022, 2023 dan 2024. Dan tahun ini juga pihak PGA ada melakukan siri tangkapan ayam sejuk beku yang masuk dari luar negara, yang dipercayai diseludup masuk melalui pelabuhan Sepanggar. Menurut laporan akbar yang dibuat PGA, ayam sejuk beku ini dipercayai berasal dari negara Brazil, Jerman, Poland, dan Sweden. Dan kesemua negara ini tidak mematuhi piawaian halal Jabatan Agama Islam, Malaysia JAKIM. Menteri Agama ada di sini. Saya ingat minta alert sikit, saya sudah secara peribadi hari itu berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri. Perkara ini amat serius dan membimbangkan seluruh masyarakat di negeri ini, khususnya pengguna Muslim. Ramai NGO-NGO Muslim datang berjumpa saya, bertanya saya berkenaan dengan perkara ini dan minta saya … saya … apa saya bawa perkara ini di dalam Dewan Yang Mulia ini untuk perhatian beberapa Kementerian, khususnya Kementerian ah Pertanian, Veterinar, Kementerian Agama ehh apa Hal Ewal Agama, Exco, dan juga Kementerian Kesejahteraan, di bawahnya adalah KPDNKK.

Mengikut laporan rasmi yang saya kutip daripada laporan akbar 2023, Datuk Speaker, sebanyak 78 juta nilai rampasan ayam yang dibuat oleh pihak berkuasa di seluruh Sabah. Dan tiga terbesarnya adalah, satu di Gudang Tidak Berahmat di Jalan Lok Kawi Industrial Park sebanyak 21 juta, dua Quality Broadway Sdn. Bhd. off Jalan Penampang-Papar 14.3 juta, Ecomart Cold Storage Sdn. Bhd. Jalan Papar-Lok Kawi sebanyak 10.9 juta. Saya ada laporan semua, Datuk Speaker, ada tiga muka surat, Yang Berhormat Menteri, JAKIM, ada empat muka surat, semuanya berjumlah 78 juta tangkapan. Ini 2023, 2024 saya tidak ada yang jelas datanya, tapi beberapa laporan-laporan akhbar saya tengok pun banyak juga tangkapan. Jadi saya minta ini diambil perhatian kepada Yang Berhormat.

I Saya sebenarnya ingin memuji mantan Pembantu Menteri Pertanian, yang sekarang menjawat jawatan Menteri Kesejahteraan Rakyat, yang pernah melakukan siri tangkapan ayam seludup yang diragui status halalnya. Ini Datuk Speaker laporan akhbar, penyeludupan ayam di Sabah akan dibenteras habis-habisan, James Ratib. Dulu semasa beliau menjadi Menteri, Pembantu Menteri, beliau telah membongkar beberapa kartel mungkin. Ya.

Saya berterima kasih kepada beliau, kerana kartel-kartel ini dapat beliau tangkap, tetapi selepas beliau beralih Kementerian, tiada sudah tangkapan daripada veterinar. Ya. Dia menyebut di sini dari segi halal pula menimbulkan kerisauan tentang status ayam, sama ada ia halal atau tidak halal untuk dikonsumsi oleh para pengguna, terutamanya sekali oleh yang beragama Islam. Ini Datuk Speaker perlu dicheck oleh JAKIM sekali lagi. Ya. Tiga Kementerian yang bertanggungjawab ni, ya, minta kerjasama kepada semua Kementerian untuk memastikan perkara ini tidak berulang-ulang sampai ke hari ini. Ya.

Saya ingin minta penjelasan lanjut daripada Menteri Pertanian. Pertama, apakah fungsi Jabatan Veterinar yang mengawal kemasukan ayam sejuk beku ke Sabah? Dalam statement mantan Pembantu Menteri itu, mengatakan bahawa beliau akan, ya, beliau akan menempatkan beberapa pegawai penguat kuasa di pintu-pintu masuk pelabuhan di Kota Kinabalu untuk membuat pemeriksaan.

Kedua, saya juga akan menyediakan beberapa kenderaan yang akan mengekori kontena-kontena yang disyaki. Tapi selepas itu, selepas beliau tidak lagi menjawat jawatan tersebut, tidak ada pula veterinar pergi tangkap-tangkap, yang ditangkap PGA saja. Jadi, maknanya mungkin enforcement ini sudah tidak ada ataupun saya tidak tahu, Datuk Speaker, siapa king, siapa raja dalam kartel ini. Kedua, apakah yang menjadi punca utama rampasan sama ada penyeludupan atau tiada sijil halal? Ini perlu jelas, Datuk Speaker.

Tiga, rampasan ayam ini diserahkan kepada Jabatan Kastam atau Jabatan Veterinar? Kempat, sekiranya dilelong, apakah jaminan Kerajaan bahawa ayam sejuk buku ini tidak dijual kepada pengguna Muslim? Kerana sekiranya ayam ini diragui tidak halal, bererti haramlah untuk dikonsumsi oleh orang-orang Islam. Berapakah jumlah rampasan kilogram tan yang rasmi direkod pada 2022, 2023, 2024 dan setakat April

I 2025? Saya juga mohon penjelasan daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang menjaga hal ehwal agama Islam. Apakah adakah laporan tangkapan dan pelelongan ini diserahkan kepada pihak JAKIM untuk pengesahan halal sebelum dijual kepada pengguna? Jika tidak, saya mohon penjelasan terperinci kerana tanggungjawab memastikan semua makanan selamat dan halal adalah ditentukan oleh pihak JAKIM. Apakah fungsi halal hub yang diwujudkan oleh Kementerian atas kerjasama MUIS dan syarikat Gensin? Minta penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri.

Saya berharap agensi-agensi seperti Kastam, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta JAKIM akan lebih peka dan menjalankan lebih prosedur yang ketat untuk membasmi kartel ayam ini yang tidak halal masuk ke negeri Sabah.

Datuk Speaker, saya juga tertarik dengan ucapan dasar Tuan Yang Terutama Tun berkenaan dengan urus tadbir kewangan negeri. Pada pendangan saya, kecekapan tadbir urus kewangan mestilah seimbang antara pendapatan dan juga perbelanjaan. Pendapatan harus dipelbagaikan melalui dasar dan inisiatif baharu untuk sumber pendapatan baharu. Dan perbelanjaan juga harus diurus dengan baik, secara berhemah dan mengikut keutamaan perbelanjaan berpaksikan kepentingan rakyat dan mengelak ketirisan kewangan. Rekod hasil negeri 2024 adalah 6.842,000,000 dan penyumbang utama adalah royalti petroleum 1.669,000,000 dan cukai jualan negeri produk petroleum adalah sebanyak 1.643,000,000. Terima kasih sekali lagi pada Senallang kerana telah melaksanakan cukai jualan ini pada 1 April 2020 Sehingga hari ini kita boleh berbangga dengan hasil yang terus meningkat drastik.

Sepanjang empat tahun ini. Namun saya juga ingin memuji langkah Kerajaan yang ada sekarang yang memperkenalkan cukai baharu ke atas biojisim kelapa sawit yang telah pun dilaksanakan pada tahun 2024. Walaupun tidak banyak tetapi boleh menghasilkan pendapatan baharu yang saya lihat daripada anggaran hasil ini adalah sebanyak dua juta pada tahun 2024 dan dijangka meningkat 4.5 juta pada tahun hadapan dalam buku anggaran.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Juhar)

Dua minit lagi Yang Berhormat.

Wah, bagi chancelah Datuk Speaker.

Last sudah ini Datuk Speaker kita bersidang.

Namun demikian Datuk Speaker, ada juga pendapatan baharu yang saya lihat. Apabila saya teliti anggaran Belanjawan adalah Cukai Jualan Silika 2025. Disebut juga dalam Ucapan Dasar daripada Tuan Yang Terutama Tun dan anggarannya ialah sebanyak 7.5 juta pada 2025.

Tapi, saya ingin meminta penjelasan lanjut daripada Menteri Kewangan dan juga Menteri Perindustrian.

Ada sini?

Menteri Perindustrian ada sini.

Dalam laporan akhbar, menteri menafikan bahawa ada dakwaan pengeksportan silika. Maknanya tidak akan ada eksport silika.

Betul.

Tetapi, yang hairannya kenapa ada cukai diperkenalkan dan melalui jawapan yang saya terima daripada Kementerian Kewangan menyatakan bahawa silika, Cukai Jualan Negeri kata silika itu adalah untuk silika yang dibawa keluar ke daripada Sabah.

Jadi, maknanya apabila kita lihat silika ini sebenarnya sangat, apa, sangat berharga. Merupakan satu mineral yang penting bukan saja seluruh dunia ini. Jadi, saya harap kalau boleh silika ini tidaklah dibawa keluar.

Di apa, diproses di sini supaya membolehkan rakyat negara kita juga mendapat kemakmuran dari segi pekerjaan dan sebagainya. Saya minta jaminan daripada menteri, kedua kementerian. Satu, kewangan, satu Menteri Perindustrian.

Datuk Speaker, satu lagi Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Tun Musa Haji Aman, iaitu berkenaan usaha kerajaan negeri memantapkan pengurusan Governance Integrity dan Antirasuah (GIA) bagi mengukuhkan nilai murni dan integriti dalam kalangan penjawat awam. Dalam muka surat 12 perenggan Ke-38. Disebut di situ Datuk Speaker.

Tetapi, saya ingin menyerulah.

Sebenarnya kalau kita lihat penjawat-penjawat awam di luar, di belakang sana, sepatutnya diberi contoh oleh kita yang ada di sini. Pembuat dasar.

Bukan saja saya pembangkang, bukan juga Speaker, Datuk

I Speaker, Timbalan Speaker, Pembantu-pembantu Menteri.

Menteri Kabinet menunjukkan supaya ada contoh kepada penjawat awam.

Bukan penjawat awam saja, sebab disebut di sini kepada penjawat awam sahaja.

Kalau boleh diperluaskanlah kepada semua. Termasuk pimpinan-pimpinan setiap Kementerian, Menteri dan juga Ketua Menteri.

Datuk Speaker, merujuk kepada persidangan yang lepas, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan memberikan senarai Syarikat Prospecting License yang telah diluluskan. Tetapi sehingga hari ini, Datuk Speaker, kita belum menerima apa-apa pun daripada Yang Berhormat Menteri.

Saya tidak mahu menyentuh soal video, biarlah SPRM yang menyiasat dan kita pun sudah menerima laporan daripada SPRM bahawa beliau telah pun memanggil beberapa orang dan akan memanggil semula dan biarlah siasatan itu berjalan dengan baik sehingga kita tunggu jawapannya.

Tetapi kalau boleh, kita minta di Dewan yang mulia ini adalah Dewan yang tertinggi di negeri ini, kita minta supaya ada ketulusan supaya dibagi apa yang kita minta untuk pengetahuan kita, Ahli Dewan semua dan juga rakyat di luar sana, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Juhar)

Gulung Yang Berhormat. Tiga minit sudah berlalu.

Okey. Kasih saya tiga minit, Datuk Speaker. Saya ada (Kurang jelas).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Juhar)

Satu minit. Satu minit.

Datuk Speaker, saya juga ingin membangkitkan isu Bantuan SYUKUR berkenaan RM300 sebulan.

Saya minta supaya dimaklumkan kepada saya berapa yang diterima di DUN Merotai dan seluruh Sabah setakat ini.

Begitu juga bantuan one-off RM5 ribu kepada peniaga tepi jalan. Banyak yang bertanya kepada kita ini Datuk Speaker, kita pun tidak boleh

I bagi jawapan.

Saya minta ini nanti dalam penggulungan disebut oleh Menteri Kewangan.

Selain juga itu, SMJ, rumah yang mereka pohon adalah kadang-kadang rumah bertiang sebab kawasan banjir.

Tetapi hari ini ada rumah dipaksa juga buat yang berletak dan hari ini sampai sekarang dia tidak boleh menduduki rumah tersebut sehinggakan terbengkalai.

Tidak dapat diduduki kerana banjir.

Kawasan itu kawasan banjir.

Datuk Speaker, saya ada beberapa sebelum saya gulung ada beberapa soalan kepada Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar.

Pertama, apakah tindakan Jabatan Hidupan Liar berkenaan dengan gajah liar yang sering masuk di kampung sekitar Merotai, Umas di Kalabakan dan sekitarnya. Serta apakah punca sebenarnya gajah-gajah liar ini keluar dari habitat mereka di hutan sehingga masuk ke kampung membahayakan orang-orang kampung.

Ketiga, apakah Jabatan Alam Sekitar pernah meluluskan laporan EIA kepada Syarikat Wullersdorf di Bukit Mantri sehingga hari ini. Keempat, adakah cadangan pembinaan resort di Taman Tawau, adakah laporan EIA telah dibuat kerana kawasan ini merupakan hutan simpan dan kawasan tadahan air.

Soalan saya kepada Menteri Kewangan, kenapa begitu banyak dibelanjakan wang rakyat yang membiayai cybertrooper Kerajaan, iaitu sebanyak RM7,920 juta melalui belanjawan yang dibentangkan lepas. Saya ada soal tetapi tidak dijawab juga pada masa itu. Saya minta kali ini dijawab oleh Menteri Kewangan.

Kepada Menteri Kerja Raya, melalui jawapan YB Menteri tadi, sesi soal jawab, prestasi, konsesi, penyelenggaraan jalan memuaskan.

Memuaskan. Memuaskan.

Tiga kali saya sebut ini.

Saya ingin minta penjelasan lanjut atas kenyataan YB Menteri ini.

Ini kerana kebanyakan tampalan jalan yang dibuat adalah tidak berkualiti dan jika tampal sekalipun, satu minggu, dua, tiga hari, lubang tampalan tersebut akan berlubang lagi.

Kalau YB Menteri tidak percaya, saya jemput datang ke kawasan saya dan saya akan buktikan bagaimana prestasi yang disebut memuaskan itu. Ketiga, saya ingin

I minta penjelasan berkenaan naik taraf semua jalan-jalan gravel, rosak sepanjang jalan Kalabakan. Sepatutnya jalan ini diberi keutamaan JKR kerana jalan tersebut tidak termasuk dalam pakej PAN Borneo.

Datuk Speaker, saya selaku, saya gulung Datuk Speaker. Saya selaku wakil rakyat DUN Merotai ingin menzahirkan rasa terima kasih saya tidak terhingga kepada Dewan yang mulia ini dan juga rakyat Merotai kerana telah memberi peluang untuk saya melontarkan pandangan dan membela nasib rakyat Sabah, khususnya di DUN Merotai.

Sebagai wakil rakyat pembangkang, memang agak terbatas atas melaksanakan projek untuk keperluan rakyat di kawasan.

Namun, seharusnya ini adalah terletak di bahu Kerajaan yang ada sekarang kerana semua peruntukan kewangan adalah di bawah kawalan Kerajaan dan sebagai Wakil Rakyat.

Saya menjangkakan ini adalah perbahasan dan persidangan terakhir sebelum DUN dibubarkan.

Sepatutnya, Datuk Speaker, ada reformasi daripada pihak Speaker, pihak Dewan, demi memastikan setiap wakil rakyat mempunyai masa yang cukup untuk menyuarakan keperluan rakyat di kawasan dan memberikan pandangan yang membina kepada kerajaan.

Kita sedia maklum, sebelum ini COVID dihadkan lima minit, sepuluh minit, lapan minit. Tetapi, kali ini COVID sudah berlalu. Jadi, kalau boleh dibuat pembaharuan supaya ada masa untuk kita.

Sebelum-sebelum ini, masa ditentukan lebih kurang 20 minit, 20 minit, setengah jam. Tetapi sekarang, lima minit, lapan minit, sepuluh minit, 12 minit.

Kita kejar-kejar bercakap, tidak tahu Speaker fahamkah apa yang saya cakap atau tidak.

Menteri-menteri pun tidak tahu dengarkah tidak.

Kita pun tidak tahu.

Nanti belakang, bila menjawab soalan pun, soalan kita diskip. Tunggu jawapan, jawapan daripada bertulis.

Balik-balik itu jawapannya.

Sangat-sangat mengecewakan. Seolah-olah, saya tidak mahu cakap macam mana ya, seolah-olah, cuba mengelak untuk menjawab soalan-soalan kita.

Kalau boleh, tolonglah, ya.

Kadang-kadang, jawapan soalan yang kita beri pun, lambat kita terima. Lambat kita terima. Sudah mahu habis masa, baru kita terima.

I Jadi, itulah Datuk Speaker, kalau boleh reformasi-reformasi DUN ini, supaya memastikan supaya kita semua diberi peluang yang cukup kawasan kita. Kita mahu sebut secara banyak perkara lagi yang belum lagi kita sebut berkenaan dengan kos sara hidup rakyat. Yang hari-hari kita cakap. (kurang jelas)

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Juhar)

Ayat-ayat yang terakhir Yang Berhormat.

Infrastruktur di kawasan-kawasan kita, di seluruh Sabah.

Jadi saya berharap Datuk Speaker, ini diambil seriuslah. Kalaulah mungkin sebelum bubarnya DUN, ada lagi masa satu kali, tolonglah diambil peluang itu untuk kami bersuara.

Kami tidak akan hentam kerajaan, kami cuma mahu suara kami didengar, kami bawa.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Baik Berhormat habis masa sudah. In fact, terlebih masa lagi, jauh terlebih. I think you have point out all the …

Tidak, tidak. Berapa minit saya Datuk Speaker?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Kalau ikut sekarang lebih dari 15 minit.

Dulu kita setengah jam sebelum COVID ...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Okey-okey, enough-enough. Terima kasih.

Terima kasih Datuk Speaker.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Merotai dan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Tanjung Aru.

3.40 petang

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Datuk Speaker. Saya akan teruskan, saya punya perbahasan dalam bahasa English sebab masa yang singkat, I gonna be rushing as well. Okey Datuk Speaker, I think I like to start with the quality of Sabahan life.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Twelve minute ya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Sorry?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

12 minit.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

12 minit. Okay, I rush little bit ah.

The quality of Sabahans life has actually gone backward under the current administration and is getting worst and worst by the day. I think this, we have been here for the last four and half years, I mean we have raise the same issue again and again and again and the situation just got worselah, or worsen.

Now ah, Datuk Speaker kalau in say in Sabah or in KK, if we have consistent clean water, it's a luxury Datuk Speaker. If we can have consistent clean water and also consistent power without cut, that is a bonus really in Sabah. That is our life now in Sabah. So, have the government actually sent your pasukan or whoever down to the ground to check, during even the Hari Raya holidays, how many taman, how many villages actually don't have water to spend with their families during this festive holiday. So many. Some of them go to the, tak boleh tahan, went to the newspaper some more.

Okay so to our fellow Malaysian because during the Hari Raya I went to KL and we have been laugh at. We were being mocked at and people laughed at us because why, eh, Sabah oh what happened? Sabah tiada airkah kamu ni?

Sabah tiada

I elektrikkah? What happened? We became a joke for our fellow Malaysian. They laughed at us.

Datuk Speaker for my constituency the schedule water cut still happening, still happening. How many hours and nights like just know, YB Moyog say, they have catuan water after what 6 a clock. No more pressure and why not. So that kind of things, power cut without notice has been regular. Okay so Jabatan Air officers did come down sometimes when we complaint they come and check the problems and we ask them, how come in Tanjung Aru, those taman-taman and those neighbourhood have been there for how many decades, classic township and has always have no problems or normal problems. What happened to Tanjung Aru? So they said okay from the talk laporan dia bagitahu sama diaorang kerana terlalu banyak tourist, because too many tourists there, so no water.

Datuk Speaker, I don't know. Can you accept that kind of excuse or not? Because there is too many tourists, so we don't have water like Kinarut recently. I think Kinarut right now, as we speak there are running out of water then Papar like Palm Beach, Villa and these areas. They have run out of waters. Hotels buying water, as usual KK Condo still having catuan water, business suffering. So, there’s no, what’s the remedy? I want to ask the government. What’s the action plan to tackle the people immediate problem? It seems there is no urgency.

Then, Datuk Speaker, when we talk about UMS now, people ah, the Chinese they say, yu moi sui … (UMS) (bahasa Cina). Why they said that? Because it’s so many times UMS. So, how many times more do these kinds of embarrassing ocassions have to happen before GRS can takes it seriously or you want the studens protest before thwy want to take it seriously or what?

Because this problem continue to happen again and again. Okay so daripada media they say bekalan air di Kampus UMS terjejas apabila berlaku peningkatan penggunaan air mendadak semasa perayaan Hari Raya dan acara-acara tertentu ia memberi kesan terus kepada UMS. I mean, what kind of State are we have Sabah become so it such a sorry state. Ya now tourism ah, in the TYT’s punya speech, the welcoming speech said tourism has a success story, numbers has continue to grow up but the should the local be

I happy when the tourists come to Sabah? Because why?

Because they come to Sabah, it’s become the reason why we run out of water.

Ya, so have you noticed that Datuk Speaker that business activities in KK has become really-really bad and slow because I’m asking, maybe the government need to consider bringing all the direct flights from China to Tawau, or maybe coming Macau to Tawau and there are many flights, firefly chartered flight or not fly directly to Tawau, maybe have to reconsider to bring it back to the International, KK International Airport. So, all the tourists would have to stop in KK before they go to other places in Sabah.

I think that would bring back business direct to KK and also we would not become a joke lah for ah, you know foreigners are laughfing at us at Airport Tawau, airport conditions, one okay we have less services in Semporna and there are less profit in Semporna because who are pact with so many Chinese and too many illegal tourist activities are being use because not enough tour guide. That kind of problem doo we should really reconsider that decisions.

Datuk Speaker, now, kos sara hidup skyrocket under the GRS PH government … (kurang jelas) I think, the highest ever in Sabah's right now, okay. If we were to look at Kuala Lumpur and Sarawak, their governments are doing their job. Our governments are failing us. After the post COVID effect their food price were quite high, but after four and a half years, their food prices have come down. But after four and a half years in Sabah, our food prices continue to excellate. Now, I think, a lot of daily food items are more than 100% more expensive than KL already. Okay, I don't want to go further into it so I’m asking the government, there’s ino sense of urgency. What is the action plans of the government to tackle this issue? I mean I really want to ask them how do they plan to overcome the high cost of living in Sabah today? Okay, if they don't have a plan, then they don't ask about another terms because they don't seem to have a plan. They don't seem to have any idea of what they are doing to tackle this problem. Okay which people are suffering everyday

I Now flood, okay Datuk Speaker I have to talk about this flood. Because why flood has become recently in Sabah are so serious. So serious that we have many areas that are not really have major of flood problems and now are facing with a lot of flood issues and I don't think it's just a weather or raining heavily. I don't think that is the issue anymore because it has got so rampant and so serious and government until today, for example, there are some places like Beaufort. Beaufort already has this year already three times.

Now, as right now as we speak Beaufort is flooded. Lumadan same, Tenom, Keningau, I think twice already this year, Nabawan recently just I think a couple of days flooded again. That’s the first time. So, the government should find out why the flood problem is so serious now.

Not to mention Penampang, Papar, Inanam, Sepanggar the usual flood prone areas but I’m talking about new areas that are flooded now. So the government should sent a team to find out what is happening with this. What the cause of it? And so that we can came out with … (kurang jelas) plan on how to solve this problem, ya.

Then, when it comes to the flood aid, bantuan, it is really-really funny Datuk Speaker because, I don't know, the janji from the pengumuman from the GRS to this flood victim is like, I don't know, is it joking to them or lying to them, I don’t know. Or maybe gimmick because why? When they umum ah, when there’s flood happen okay, say when there’s flood happen instead of going down to the mangsa and help them, the government don’t send people down to help our people in flood area and call them, hey you guys come and register supaya boleh dapat bantuan. Ask them to come out.

You forget about you punya kereta, forget about your house, forget about the car. Come out first, daftar dulu supaya dapat bantuan. So they came out. Ada jugalah orang yang keluar juga pergi pekan untuk mendaftar. The first story in this story is in Penampanglah. They came out, they daftar, So they daftar, then kena bagitahu balik dulu sebab kita kena tunggu dulu Yang Amat Berhormat turun baru kita bagi. Okey, kau balik dulu tapi sudah daftar. So balik. Balik kemudian when Yang Amat Berhormat come give the bantuan I was told, I was told I don't know ah. Only 65 mangsa victim was given where more than 900 over houses who are actually flooded in Penampang.

I Until today, they still haven't received RM1,000. They don't know how to get the money, who is looking for the money, don't know who is supposed to give them the money. And the government just simply after umum RM65.00 seems do not care anymore. Tak apa sudah tu. Okey, just biar.

Then, I also want to ask here, Datuk Speaker. How come just only Penampang mangsa ini yang dapat bantuan ini. How come. Itu Inanam punya pengundi bukan pengundi kah?

Atau di Papar itu bukan pengundi atau di tempat lain itu bukan pengundi? Why, why only Penampang? What about Inanam, What about Papar? What about Kinarut? What about Sepanggar? What about these people? And then, now in Keningau, Tenom there was flooded and then Beaufort flooded. So Yang Amat Berhormat went down to, I think Membakut the other day, umum lagi RM1,300.00 untuk mangsa lah dan setakat ini Beaufort, mangsa Beaufort lagi masih text saya tanya lagi, eh macam mana nak dapat ar dia sudah umum tapi we haven't got RM1300 yet. So how ya, how to get ya? How many was given? Who are the mangsa?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

… its seem to be know follow up, Datuk Speaker. Just umum je. Umum bagi satu beberapa orang okey, gimik selepas balik. Okey, Datuk Speaker. So, that’s the I need the government to actually come clean, a how to rain this flood issues. What the other janji I was am asking Yang Amat Berhormat sendiri our powers liking, hydro Tenom power plant one of the reason. So, we asking how soon be able fully operation to be repaired of fully operation now. So, Yang Amat Berhormat, in this very orgas house ask me. I answer as by March 2024. Okay, by March 2024 ar, now is April 2025. 2025 April this year and the hydro power Tenom still not fully operational, this still a of lot problem. So, this why we ask here about current. Okay, UMS your promise to resolve dia punya water and okaylah continue we have. And then janji penghuni rumah pangsa akan diberikan rumah, ditawarkan rumah, tidak ada. Dan sekarang lagi, dapat notis lagi bahawa dihalau lagi, and macam-macamlah. Rumah pun tidak, I don't know, it's promise here in the very

I orgas house. Please give them a house, so that they can move. Please, don't kick them out without a house. Okay, promise is a promise.

Okay, Datuk Speaker and then electricity schedule, load shading I've really debated many times, started last September 2023. So, GRS promise in the government, in many news media, by the end of March 2024, load shading will end. Then July 2023, dia umum lagi. Two more years have to extend the load shading because not enough power. Okay, two more years ah, July 2023, today is April 2024, three more months before election, I believe. I think the load shading was still be continued. So we just wait and see.

Okay, Datuk Speaker let us speak clear. Now, transparency and accountability. Okay, big or small issue, I think the government need to addresslah. Now, I want to ask this question for, it's very weird, actually I don't think it's a big issue. It's a regarding the Chinese New Year functions in Foh Sang. Because many of the people in Luyang have been asking, and even the UPPM Luyang, representing the government, is also asking the YB. But the YB is sitting as a minister, so I will helplah on behalf of the people to ask this question. I mean, as usual in Foh Sang, there is always this Chinese New Year celebration. Okay, fairlah. But this time around, there seems to be, people are complaining, there seems to be a body, made a man in the body, by the name of Luyang Community Centre, that collect 550 renter for each stall. And they admitted that actually they only pay DBKK 20 ringgit per day, or they said, okay, I only pay DPKK 20 per day, and I rent to the stall 550. Now, I want to ask here, at the government, to come clean, whether, because we actually, I honestly don't think it's a big issue, but we have asked many times, but DBKK refused to answer openly, so we have to ask herelah. Whether DBKK has authorized this body, community centre body, to actually collect on behalf, or is there an agreement, that has given an authority to actually do that? Because that is, as far as I am concerned, right, Zaman Barisan, celebration as usual, but these are usually paid by government budget. Decoration, your stalls or whateverlah, what not, lion dance and whatever, it has always been paid by the government. So DBKK only collects the 20 ringgit, 30 ringgit per day. So why change now?

I So for this Foh Sang Chinese New Year function Datuk Speaker, is there a government budget, because as claimed by the they are very on to FTM in Luyang, there was a budget for this Chinese New Year function. So, I hope we can get a clear, direct answer, and also, Datuk Speaker, here I would like to you see during the there was this, what's that? Countdown, countdown, countdown Chinese New Year.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Tiga minit, Yang Berhormat. Sila gulung.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Thank you. There's this countdown celebrations in Waterfront. Okay, Waterfront. I was told I don't know, but I really want to ask, how much is the budget? Because I was told the budget was, I think, RM8 million. I'm not sure, I stand to be corrected, but again, I ask, how much is the budget? I heard it was RM8 million, and it was actually very impressive, this kind of figurelah. Because it's only one night. Because I remember when I was in the Ministry as Ministers, we do Hari Peladang, Hari Peladang celebrations. Okay, we moved to Tawau to do Hari Peladang, these occasions, for three days. They involve so many thousands of people and we only have RM1 million budget. And I remember the day, the year in Tawau, we only spent less than RM600,000. Given budget RM1 million, but we only spent RM600,000, it was in charge by the Ministry. So this RM8 million for one night is very, it's a very big figurelah. So, I hope the Government will come clean, who are the organizers, and maybe how much the organizers charge the Government, if there is an organizerlah. So, I hope the Government can be transparent and accountable and come clean with about the issue.

Now, insurance. This PA insurance just very quickly, give me two minutes. This insurance, Datuk Speaker. Now, honestly, I don't know, I don't know how you feel, Datuk Speaker. I also don't know how the rest of you feel, but for me, when the Cabinet so suddenly decided, I think the people only need PA insurancelah. I think we need to make a decision, and we start buying PA insurance for everybody in Sabah. Is that what the Government should be doing? It really feel really ridiculous for me, I don't know. Maybe the Government will come one day and say, I think everybody need SIM card, you know. I think the Cabinet must make a decision, we should make a decision and give allocation and buy SIM card for everyone in Sabah, or maybe phones. I mean, how ridiculous is this? I don't know. I really feel that this is

I really, not a Government should be doing. Okay, but, well. Okay, the Government has already announced. Now, I will go into the I don't have the details, but I will go into it. I think Sabah has their own very pocket statistics, I mean, this is what, pocket statistics Sabah somethinglah.

So, in the 2024 report itself says, Sabah has about 3.8 million people populations. And there are 20-over percent people who are bukan warganegara. That means, when we calculate that figure from the Government's very own pocket statistics report, there were only 2.6 to 2.7 million Sabahans. Okay, there are only 2.6 to 2.7 million warganegara. Okay, and then when the Government umum ah, 3.5 million. I don't know where this ghost comes from. I mean, they will include this PTI and stateless peoplelah kan? I would assume thatlah. Because that's what the Government has announced. Okay, more this is more amazingly, is that the Government has this automatic registration, you know. Wah, no names. No name, no need to register. Everybody will be covered. Wow. I don't know, any insurance paid, anybody will just come and claimlah, Datuk Speaker. I don't know how ridiculous this can be and we do not know how to counter for the accountability. How do we cope with the leakages and the wastage? How do we ensure that there will be no leakages? Because when it comes to this bill, see I pay for all the Sabahanslah. Okay, with the good intentions I pay, but number one, the awareness. The people in Pitas, the people in Nabawan, the people in Sugut, the people in Paginatan, so many other places, are they aware that they are being insured with this PA thing? So, if they say in Sugut lah, so in Nabawanlah, they understand that they have been insured, this PA insurance. And suddenly, it happens already ah, for them to travel out, the tambang is also a challenge. So, who are they supposed to meet to claim? Even I also don't know. I think the Government need to really have to come clean, and we need to make sure that there's no leakages and wastage as far as this programme is concernedlah. Okay, if me, if I would suggest the Government use that budget to fix the UMS water problem. If I'm the Government today, use that money immediately to help the flood victims today. Give them the relief aids, instead of buying insurance for everybody and also PTA, and also stateless.

Okay, Datuk Speaker, I will move on very quickly. Last few words. I close it, yeah? Two questions today. One, Perdana Park Tanjong Aru, I don't know why it's still

I closed so long already, and it's still closed. Please, give us the answer. When can it be open? Pacific City status, the development, the purchasers are getting very tired and fed up, and they have already taken actions into their own hands. They are suing government and also SDB. So, I'm here asking what is the Government plan to resolve this complicated development project, okay?

Okay, to conclude, Datuk Speaker. Now, I want to conclude. We have an incompetent Government who is more worried about giving PA insurance than, to give relief aids to our Sabah flood victims. We have a funny Government who tells us that we don't have enough water, because we have too many tourists. Then, we have a silly government who tells us that we do not have enough electricity power, because the weather is too hot. Then, we have a crazy Government who tells us it's okay, it's safe you know, it's healthy to drink salty water. Then, we have a poor Government who has to wait for PMX to come down and give us RM3 million to tackle the UMS water. It would be so embarrassing as if our Government has no RM3 million. We have a failed Government who siok sendiri, keep talking big about big investments and where our people are suffering without water, electricity, bad road conditions, and poor infrastructures. So, we have an incapable Government of convenience who doesn't address any people's issues, or needs or all they do is to blame the previous government or Warisan. Their job is to blame. So, we have a selfish government here who priorities foreign investors with a discounted electricity rate and a ...

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

…current of utility supplies over our own Sabahans and we have a clueless Government who tells us UMS has no water recently because of Hari Raya celebration and lastly we have a irresponsible Government who simply can turn the blind to all the suffering that is happening today in Sabah maybe there are simply just don’t care. Election is coming and I believe GRS with this report card you will face the rough of the people. With that, saya menyokong. Terima kasih.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tanjong Aru.

Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Sri Tanjong.

Sedia?

Belum?

Okey. Kalau belum bersedia seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Limbahau. Limbahau ada?

4.00 petang

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Kopivosian dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker di atas peluang yang diberikan kepada Limbahau untuk sama-sama membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16, pada 10 April yang lepas. Mengawali perbahasan, Limbahau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun di atas kesudian dan perkenan menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan buat pertama kalinya selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 1 Januari yang lepas.

Sesungguhnya kita mengagumi intipati ucapan dasar tersebut yang dirangka rapi, disusun kemas dan diatur lengkap, mencakupi semua aspek mengambil kira segala keperluan dan memenuhi aspirasi rakyat sejagat. Baik di bandar yang pesat membangun, mahupun di desa terpencil yang masih serba memerlukan. Hakikatnya, Limbahau sangat teruja dengan ucapan dasar ini dan berpendapat ia cukup holistik, objektif dan pragmatik.

Ia bukan sekadar berpandangan jauh ke hadapan dan merentasi kehidupan segenap lapisan masyarakat.

Tetapi lebih penting mengandungi perancangan strategik untuk menjadikan Sabah antara negeri terbaik dari segi ekonomi.

Kalaupun tidak mengatasi negeri lain dalam mengharungi pasang surut ekonomi dunia.

Sesungguhnya ucapan dasar ini ibarat kompas dan cahaya menjadi panduan di tengah samudera cabaran, menyuluh langit yang kelam. Ia adalah petanda bahawa pemimpin negeri ini tidak pernah leka dan tidak pernah alpa terhadap amanah rakyat yang tercinta. Lantaran itu, Limbahau ingin membangkitkan beberapa perkara untuk ditimbang tara dan diambil kira oleh barisan kepimpinan terhormat di hadapan sana

I yang diisi anggota kabinet yang bijaksana serta dibelakang pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang cukup komited dan berdedikasi.

Sebenarnya banyak hal ingin didebatkan dan isu dan banyak isu mahu diketengahkan tetapi tidak mungkin semuanya dapat disuarakan di ruang masa yang terhad ini.

Justeru, Limbahau akan cuba memperkatakan setiap isu tersebut seringkas yang boleh supaya dapat disampaikan sebanyak mungkin perkara yang difikirkan penting dan perlu diambil perhatian.

Pertamanya, soal kesejahteraan rakyat. Saya mengalu-alukan komitmen Kerajaan Negeri seperti dalam Perenggan 45 Ucapan Dasar Kerajaan di bawah tajuk Mendukung Pembangunan Eksklusif Demi Kesejahteraan Rakyat, menyebut bahawa Kerajaan Negeri juga memberi perhatian kepada kanak-kanak berkeperluan khas seperti Autism dengan menubuhkan Pusat Autism Sabah melalui kerjasama Universiti Malaysia Sabah. Pusat ini menyediakan perkhidmatan diagnosis intervensi awal setiap program tetapi yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak Autism.

Untuk itu, saya memanjangkan perkara ini kepada penyakit Talasemia yang menyentuh hati nurani ramai ibu bapa dan penyakit anak-anak mereka yang bergelut sepenuh hari dengan penyakit berkenaan. Mengikut laporan jumlah pesakit Talasemia di Sabah adalah tertinggi di Malaysia, iaitu lebih kurang 2,000 pesakit pada tahun 2023. Manakala, peratusan pembawa Talasemia di Sabah adalah tiga kali ganda berbanding kadar peratusan seluruh negara. Untuk makluman, pesakit Talasemia ini bergantung hidup kepada transaksi darah dengan kekerapan setiap dua hingga empat minggu.

Sehingga kini kaedah rawatan yang membawa kesan signifikan banyak terdapat di luar negara, seperti China.

Namun ia membabitkan kos yang begitu tinggi, sedangkan rata-rata penghidap datang daripada golongan kurang berkemampuan.

Ibu bapa terpaksa memikul beban kos yang tinggi hanya semata-mata mencari harapan di hujung dunia, kerana rawatan ini belum tersedia di tanah air sendiri.

Justeru itu, saya ingin menyarankan agar Kerajaan Negeri Sabah bersama Kementerian Kesihatan di peringkat Persekutuan, meneliti kemungkinan membawa masuk teknologi dan kepakaran rawatan talasemia yang ada di luar negara seperti di China, ke bumi Sabah yang tercinta. Bukankah lebih baik jika rawatan ini boleh dibawa ke tanah tumpah darah sendiri tanpa perlu merentasi lautan? Ia bukan

I sahaja meringankan beban kewangan tetapi juga membuka ruang keadilan sosial dan kesihatan untuk semua agar mereka yang miskin tidak terus menjadi mangsa dalam senyap.

Saya berharap agar Kerajaan terus bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan dalam membawa keadilan sosial dan kesihatan hidup kepada rakyat negeri ini. Seiring Konsep Malaysia MADANI mengharapkan simpati demi nasib rakyat yang derita merintih dan menagih pembelaan hakiki. Saya berkongsi cerita ini bukan saja kerana anak saya juga mempunyai anak penghidap talasemia. Minta maaf Speaker, tetapi kehidupan dalam masa ribuan anak-anak lain senasib dengan seluruh Sabah. Mungkin anak saya agak bernasib baik sedikit kerana selepas mendapat rawatan teknologi gen terapi di negara China pada bulan Disember lepas telah menunjukkan satu perubahan yang sangat positif setelah sekian lama lebih kurang 25 tahun menjalankan transaksi darah dua hingga tiga kali seminggu.

Sekarang ini bacaan HB beliau sudah pun mencapai ke angka 13 sejak empat bulan yang lepas. Tidak perlu lagi transaksi darah di hospital.

Maka di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.Lily Wong dari Hospital Queen yang mana telah banyak membantu dalam perkara ini dan begitu juga kepada Dr. Lim Teck On yang mengendalikan sebuah NGO di Kuala Lumpur yang telah banyak membantu untuk mendapatkan penajaan ini dan tidak juga dilupakan kepada Presiden Talasemia di Sabah iaitu Yang Berbahagia saudara Francis Mujim yang banyak memberi perangsang kepada saya.

Saya difahamkan anak saya ini adalah seorang pesakit talasemia yang pertama di Malaysia yang telah mendapat kejayaan dalam kaedah teknologi dan gen terapi ini. Maka dengan itu saya mencadangkan agar di dalam Dewan ini agar pihak Kerajaan dapat membawa teknologi ini ke negeri ini untuk menyelamatkan anak-anak talasemia ini. Itulah ceritanya untuk talasemia ini Datuk Speaker dan sini saya akan membawa tentang masalah di kawasan saya.

Yang Berhormat Datuk Speaker, merujuk kepada Perenggan Ke-9 Ucapan Dasar Kerajaan di bawah tajuk Mengukuhkan Keterjaminan Makanan dan Produktif Pertanian.

Saya ingin menarik perhatian di Dewan Mulia ini mengenai isu kawasan Limbahau yang memiliki kawasan sawah padi luas saujana mata memandang tetapi kekurangan jentera menuai sehingga menjejaskan penghasilan dan pengeluaran padi. Mewakili suara petani dari dataran

I hijau Limbahau, kita menyarankan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah khususnya Jabatan Pertanian untuk melihat masalah ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk menambah jumlah jentera pembajak dan jentuai di kawasan Limbahau serta jelapang padi lain di seluruh negeri Sabah. Ini penting agar Sabah tidak dibiarkan menanti musim tanpa hasil…

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

… sekali gus memastikan negeri kita dapat menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan negara apatah lagi dunia ini terdedah dengan krisis rantaian bakalan makanan.

Ketiga, Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin merujuk kepada perenggan ke-35 Ucapan Dasar Kerajaan di bawah tajuk Memantapkan Peranan Belia dan Sukan yang menyebut melalui Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2021-2030. Kerajaan Negeri komited untuk mengembangkan bakat dan kecemerlangan belia dalam bidang sukan melalui penyediaan infrastruktur sukan yang berkualiti. Setakat ini, negeri Sabah mempunyai sebanyak 15 kompleks sukan dan 151 gelanggang serbaguna di kawasan luar bandar yang memberi manfaat kepada daerah. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, daerah Papar sehingga kini masih belum mempunyai kompleks sukan. Yang kami ada hanyalah track sintetik padang Pekan Papar yang dibuka untuk masyarakat setempat sejak Disember 2023 lalu. Track sintetik enam lorong itulah yang dijadikan pusat riadah dan aktiviti sukan oleh warga Papar. Sedangkan untuk termasuk sukan lebih besar, kami terpaksa meminjam fasiliti Kompleks Sukan Beaufort atau Penampang. Mewakili suara anak-anak muda sebagai nadi masa hadapan negara, kita memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan membina kompleks sukan daerah Papar dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Ini penting sebagai pelaburan strategik jangka panjang bagi mencungkil bakat sukan anak muda serta menyediakan ruang pembangunan belia sihat, progresif dan bersatu.

I Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam perenggan ke-20, Ucapan Dasar Kerajaan menyebut bahawa pembangunan insfrastruktur untuk utiliti merupakan pemboleh daya utama dalam menyokong pertubuhan ekonomi negeri.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai keperluan bagi jambatan kayu Kampung Manggis untuk dinaik taraf dan digantikan dengan jambatan konkrit bagi memenuhi keperluan penduduk dan pengguna jalan raya.

Bukan rahsia lagi bahawa isu jambatan kayu Kampung Manggis ini sering dibangkitkan pengguna disebabkan kerap mengalami kerosakan. Justeru, sudah tiba masanya bagi Kerajaan Negeri memberi perhatian serius dan keutamaan untuk menggantikan jembatan ini dengan jambatan konkrit.

Speaker

Sila gulung Yang Berhormat.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Okey saya gulung.

Jalan Pan Borneo Kampung Mook yang kesesakan kereta boleh mencecah satu kilometer waktu puncak dan masalah ini juga perlu diambil perhatian sama ada memasang lampu isyarat atau yang sepatutnya.

Datuk Speaker, demikianlah sebahagian isu yang dihadapkan mendapat perhatian Kementerian dan agensi berkaitan. Inilah harapan rakyat di akar umbi dengan mengambil kira semangat Ucapan Dasar Kerajaan yang menggariskan hala tuju yang jelas dan strategik penuh wawasan menyentuh akar realiti yang menyuburkan harapan masa hadapan.

Izinkan saya meminjamkan satu kata-kata pujangga. Pemimpin sejati bukan yang banyak berkata tetapi yang membuat rakyat terasa dan hari ini rakyat Sabah mula terasa. Terasa adanya sinar masa depan yang lebih cerah. Terasa bahawa negeri ini sedang mengorak langkah menuju zaman kegemilangan. Sebagai penutup, marilah kita bersatu hati seperti aur dengan tebing kerana membangunkan negeri ini adalah amanah kita bersama.

I Selamat Hari Raya Aidilfitri yang merayakan dan Selamat Hari Paska kepada umat Kristian dan Kotobian Tadau Tagazo Kaamatan untuk semua. Tuhan memberkati kita semua. Kotohuadan dan terima kasih. Saya, Limbahau mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Limbahau. Kami juga turut bersimpati dengan sakit yang dijalani oleh anak Yang Berhormat dan moga dipermudahkan Yang Maha Esa untuk rawatannya dan cepat sembuh.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Terima kasih Datuk Speaker.

Sekarang saya menjemput, sebelum saya menjemput ADUN Dilantik yang berhormat Datuk Jaffari Waliam, selepas ini Yang Berhormat Sekong ya, bersedia ya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Jaffari Waliam. 12 minit ya.

4.14 petang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ahli rakan-rakan yang merayakannya. Datuk Speaker, mendengar Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama, Negeri Sabah, Tun Dr. Musa Haji Aman, pada hari Khamis 10 April 2025, bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16. Dengan dasar-dasar yang dibentangkan oleh Tuan Yang Terutama, merupakan dasar Kerajaan yang sangat baik dan merangkumi semua aspek dengan tujuan diberi keutamaan kepada rakyat dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, Sidang Dewan Undangan Negeri pada kali ini, saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Penglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, yang menyediakan rumah untuk golongan miskin di luar bandar menerusi Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) pada tahun ini.

I Peruntukan program ini telah dinaikkan, membolehkan sebanyak 40 unit rumah dibina di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 20 unit pada tahun lalu. Kerajaan Negeri juga akan terus menyediakan kemudahan asas perumahan yang berkualiti dan mampu milik melalui projek perumahan awam dan program perumahan mampu milik untuk memastikan rakyat khususnya dalam kalangan B40 mendapat akses kepada kediaman yang selesa dan berpatutan. Kerajaan GRS plus PH tidak memilih parti manakah. Ya, kita sentiasa memberi untuk memohon rumah SMJ. Yang penting mereka layak dan berdaftar e-Kasih adalah diutamakan untuk memohon rumah SMJ. Saya menafikan untuk kawasan Gum-Gum untuk memohon rumah SMJ ia perlu mengisi borang parti. Itu adalah tidak benar. Kerana saya sentiasa memantau dan memastikan setiap yang memohon rumah SMJ dia adalah yang layak dan berdaftar e-Kasih. Kita tidak memilih bulu. Dia parti mana, ini adalah parti kerajaan, kita memberi utamakan parti kerajaan. Tidak ada. Kita sentiasa memastikan yang layak yang berdaftar e-Kasih kita sentiasa mengutamakan. Ada juga rumah yang dibina dari KEMAS seperti PPRT yang dibuat yang tiada bekalan air, elektrik, jalan yang begitu teruk tapi dibina di kawasan Batu 19, kawasan N.50 Gum-Gum, di kawasan Kampung Wawasan, Wawasan Desa. Itu adalah saya tengok projek Gajah Putih. Lebih baik rumah yang diutamakan adalah tempat yang dibina adalah sesuai dan layak dan yang ada kemudahan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana telah mengujudkan skim bantuan SYUKUR untuk semua ketua isi rumah di bawah sistem e-Kasih yang layak.

Skim ini telah pun bermula dan akan dilaksanakan sehingga bulan Disember 2025 dengan nilai sumbangan setiap bulan sebanyak 300 sebulan. Skim ini secara tidak langsung membantu meringankan beban ekonomi rakyat Sabah yang layak kerana ekonomi pada masa ini adalah tidak menentu.

Walau bagaimanapun, Datuk Speaker, saya juga ingin memohon kepada pihak kerajaan agar dapat memperluaskan skim bantuan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang ada dalam sistem pangkalan e-Kasih sahaja. Ini kerana masih ramai rakyat Sabah yang kurang mampu namun tidak berdaftar di bawah e-Kasih. Saya mencadangkan melalui Sekretariat SMJ agar dapat menggunakan pangkalan data yang telah mereka kumpulkan sebagai panduan untuk skim bantuan SYUKUR ini. Ini adalah harapan rakyat Sabah untuk disampaikan kepada pihak kerajaan melalui

I sidang Dewan yang mulia ini. Selain daripada itu juga kabinet Kerajaan Negeri Sabah juga …

… setelah meluluskan skim insurans berkelompok. Skim ini akan memberi manfaat kepada 3.5 juta penduduk tempatan dan hanya adalah diberi secara percuma kepada rakyat Sabah. Ini adalah suatu langkah yang ke hadapan untuk mensejahterakan rakyat negeri ini. Datuk Speaker, dalam kesempatan ini juga saya ingin membangkitkan dua soalan kepada Kementerian yang berkenaan.

Pertama adalah berkaitan dengan sistem barter trade. Adakah Kerajaan bercadang untuk menghidupkan semula barter trade di daerah Sandakan? Yang soalan yang kedua adalah bolehkah pihak SESB menambah kontraktor pembekalan atau menyambung penyambungan elektrik bagi memudahkan permohonan baharu untuk mendapatkan bekalan elektrik dengan lebih cepat?

Apa yang saya difahamkan dan menerima aduan masalah ini timbul apabila rumah SMJ yang sudah siap dibina tetapi tidak dapat diduduki disebabkan masalah elektrik yang belum disambung kepada pihak kontraktor kerana tidak menang tangan menerima terlalu banyak permohonan dan difahamkan cuma dua kontraktor, cuma dua kontraktor yang dilantik dari SESB. Hal ini saya utarakan kerana Sandakan sahaja melibatkan tujuh DUN. Setiap satu DUN ada 40 buah rumah SMJ dan lebih kurang 280 buah rumah SMJ. Permohonan yang lain sebab itu saya mencadangkan dan bertanya untuk perlu buat penambahan kontraktor SESB bagi melancarkan dan mempercepatkan permohonan.

Datuk Speaker, saya yakin dan percaya Kerajaan GRS plus PH di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor akan kekal duduk di kerusi Kerajaan yang ada di hadapan saya ini untuk selepas PRN ke-17 ini di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang mulia

I ini. Insya-Allah, saya percaya dan yakin Kerajaan GRS plus PH akan kekal. Insya-Allah. (tepuk meja) Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker sekali lagi kerana memberi saya ruang untuk saya membawa suara rakyat agar diambil perhatian oleh Dewan yang mulia ini dan pihak Kerajaan Negeri. Saya mendoakan semoga kita semua diberikan kesihatan agar kita wakil rakyat dapat memberikan khidmat yang lebih baik kepada rakyat negeri Sabah yang tercinta ini. Datuk Speaker, di kesempatan ini walaupun sudah beberapa hari berlalu, saya mengucapkan sekali lagi Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, kakitangan Kerajaan, swasta dan semua rakyat Sabah yang beragama Islam. Sekian, wabillahitaufkq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, ADUN Yang Dilantik, Yang Berhormat Datuk Jaffari Waliam. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sekong dan minta Yang Berhormat Segama untuk bersedia selepas ini. Silakan, Yang Berhormat Sekong. 12 minit juga, ya.

4.23 petang

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera. Alhamdulillahi rabbil Alamin. (Petikan ayat Al-Quran) Yang ertinya, “janganlah kamu campur adukkan antara yang benar dan bathil dan kamu sembunyikan yang benar itu padahal kamu mengetahuinya.”

Terima kasih, Tuan Speaker, yang saya hormati atas ruang yang diberikan kepada saya mewakili rakyat Sekong membahaskan ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada Khamis yang lalu. Tuan Speaker dan rakan-rakan Sidang Dewan yang mulia, mewakili lebih 20 ribu rakyat Sekong, izinkan kami berkongsi pandangan berkaitan sejauh mana kemajuan telah dicapai dalam perlaksanaan Dasar Pembangunan RMKe-12 dan SMJ 1.0 yang dinyatakan

I dapat memacu ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam konteks kami di Sekong dan dalam konteks Sabah amnya.

RMKe-12 lebih-lebih lagi SMJ 1.0 adalah untuk rakyat dan perkongsian faedah yang adil kepada rakyat. Bermaksud Tuan Speaker, sistem pentadbiran, perlaksanaan dan kawal selia hendaklah mengutamakan kepentingan rakyat kerana setiap rakyat adalah amanah dan rakyat adalah sumber keberkahan dan kebertanggungjawaban bagi sesuatu Kerajaan.

Berdasarkan premis ini, Sekong ingin menyatakan yang pertama, memperkasakan pelaburan dalam sektor pembuatan. Pada tahun 2024, Sabah telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.5 bilion dengan 38.7% daripada sektor pembuatan. Namun Tuan Speaker, sepanjang lima tahun ini, tiada sektor pembuatan baharu di Sekong. Tiada pertumbuhan ekonomi baharu yang kami capai. Demikian penciptaan kerjaya juga tiada. Bermakna dasar ini telah gagal dilaksanakan di Sekong. Begitu juga pengurusan dan perkhidmatan bekalan air.

Pada muka surat 7 para 21, disebutkan Kerajaan optimis untuk memenuhi permintaan air bagi tempoh 30 hingga 50 tahun. Rakyat lelah dan penat, Tuan Speaker. Jika menunggu untuk 30 tahun apatah lagi 50 tahun ke depan. Kampung Istimewa, Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Bonggaya dan beberapa kampung yang lain serta perumahan Taman Mawar sering kali terputus bekalan air sepanjang lima tahun ini. Kejadian sekolah tiada bekalan air berminggu pernah berlaku, Tuan Speaker. Pernah berlaku kejadian orang meninggal namun tidak ada air untuk memandikan jenazah.

Ya betul. Kejadian gangguan bekalan air memang berlaku pada Kerajaan-Kerajaan sebelum ini. Namun ketika Kerajaan ini, kejadian Kerajaan pada ketika ini kejadian bekalan air menjadi semakin buruk bahkan paling parah dalam sejarah Sabah. Yang terbaharu tular ketiadaan air di UMS sekali gus menjadi indikator kegagalan Kerajaan dan Agensi Kerajaan dalam hal ini. Sampai-sampai Tuan Speaker dan Sidang Dewan yang saya muliakan ada yang bilang yang hidup pun susah. Yang mati pun susah. Yang belajar pun susah. Yang business pun susah.

I Tuan Speaker yang saya hormati, memacu pembangunan wilayah yang seimbang sangat kami alu-alukan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Tuan Yang Terutama pada muka surat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada muka surat 13 para 39. Namun Sekong ingin bertanya, apakah langkah proaktif yang telah dilaksanakan bagi memastikan pembangunan wilayah yang seimbang? Apakah program-program yang telah dilaksanakan bagi pembasmian kemiskinan dan pembangunan luar bandar di Sekong? Kerana selaku ADUN Pembangkang, kami tidak pernah dijemput atau dilibatkan dalam sebarang Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah dan Mesyuarat Jabatan dan agensi Kerajaan sepanjang lima tahun ini. Tuan Speaker, berkaitan komitmen Kerajaan untuk mewartakan Tanah Rizab Perkampungan. Di Sekong untuk pengetahuan Sidang Dewan yang mulia, selain taman-taman perumahan separuh daripada perkampungan di Sekong terletak di pesisir pantai. Sekong tidak seperti daerah lain di mana penduduknya duduk di atas tanah sendiri berekar-ekar. Kebanyakan perkampungan di pesisir pantai di Sekong ini adalah setinggan. Memasuki lima tahun ini, Tuan Speaker, tiada satu pun kampung yang telah diwartakan di Sekong oleh Kerajaan, meskipun salah satu Dasar Kerajaan adalah untuk mewujudkan perkampungan anak negeri dan kampung tersusun bagi menggantikan kampung-kampung setinggan. Maka wajar jika ada kata-kata rakyat melihat bahawa Kerajaan telah gagal dalam hal ini di Sekong.

Tuan Speaker, bagi melestarikan semula sumber semula jadi alam, SABAH Biodiversity Strategy 2024 hingga 2034 telah dilancarkan untuk memelihara dan memulihara biodiversiti, menggalakkan penggunaan mampan dan memastikan perkongsian faedah yang adil kepada rakyat hasil daripada penggunaan sumber biodiversiti sebagaimana yang dinyatakan dalam muka surat 16 para 47. Bermakna, Tuan Speaker, secara intrinsik, faedah dan hasil semua kekayaan dan khazanah bumi dan alam Sabah hendaklah dikongsi secara adil kepada rakyat Sabah. Kerajaan yang mengutamakan rakyat dan pembangunan …

I

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Pembangunan ekonomi mampan akan memastikan kekayaan bumi Sabah semaksimanya dikembalikan kepada rakyat melalui penganugerahan lesen perlombongan emas, perak, dan RE kepada Yayasan Sabah atau GLC Kerajaan Negeri.

Begitu juga lesen bagi Forest Carbon Activity, hendaklah dianugerahkan kepada rakyat melalui Yayasan Sabah atau GLC Sabah. Jika ini dilaksanakan Tuan Speaker, Sekong yakin realiti Sabah kaya, tetapi rakyat miskin dan infrastruktur teruk akan terhapus.

Jika anugerah lesen perlombongan hanya kepada syarikat, hasilnya hanya dinikmati oleh pemegang saham yang terdiri daripada beberapa orang saja, lebih-lebih lagi jika status sendirian berhad (Sdn. Bhd).

Berbanding jika anugerah lesen perlombongan dianugerahkan kepada Yayasan Sabah atau GLC negeri, hasilnya akan dinikmati oleh 3.7 juta penduduk rakyat Sabah yang kita kasihi.

Sebagai analogi untuk industri perlombongan Tuan Speaker, menurut Portal The Edge Malaysia 12 November 2024, Bahvest Resource Berhad yang berlesen melombong emas di Tawau mampu menghasilkan 60 kilogram (kg) emas sebulan dan pernah mencapai 80 kilogram (kg) sebulan. 60 kilo kali 1000 gram (g) kali harga semasa emas pada ketika ini, iaitu pada harga RM492 menghasilkan jumlah pendapatan RM29.52 juta sebulan, Tuan Speaker.

Jika jumlah hasil ini konsisten dan harga emas konsisten pada RM492 segram, maka jumlah pendapatan setahun hasil daripada lombong emas adalah sebanyak RM354.24 juta setahun. Untuk lima tahun, hasil yang kita perolehi adalah dalam anggaran RM1.7 bilion setahun. Kiraan dan simulasi angka di atas hanyalah sebagai contoh gambaran kasar nilai industri perlombongan emas di Sabah untuk satu lesen sahaja.

Nisbah agihan untuk keuntungan bersih adalah seperti berikut, 5% cukai jualan negeri dinikmati oleh rakyat Sabah, 25% cukai perniagaan federal tax dinikmati oleh rakyat Malaysia, 70% dinikmati oleh pemegang saham.

Polisi seperti ini meletakkan rakyat Sabah pada ranking terakhir dalam menikmati kek kekayaan negeri yang tercinta ini. Menjadikan rakyat Sabah tetap miskin, infra tetap teruk di ketika hasil emas di negeri ini begitu banyak. Tuan Speaker yang saya hormati, Sekong mencadangkan membasmi kemiskinan bagi membantu lapan

I daerah termiskin di Sabah. Maka anugerah lesen perlombongan emas, perak dan RE hendaklah dianugerahkan kepada Yayasan Sabah atau GLC Kerajaan Negeri. Jika ini menjadi amalan, nisbah agihan peratus keuntungan bersih akan menjadi seperti berikut, 5% CJN dinikmati oleh rakyat Sabah, 25% federal tax dinikmati oleh rakyat Malaysia, dan 70% dinikmati oleh rakyat Sabah yakni 3.7 juta penduduk berbilang kaum melalui Yayasan Sabah dan GLC negeri.

Justru itu Tuan Speaker, Sekong ingin bertanya, benarkah Aurelius Borneo Mining Sendirian Berhad telah dianugerahkan prospecting license untuk kawasan seluas 18 ribu hektar di Bukit Andrassy di Tawau?

Kedua, siapakah pemegang saham Aurelius Borneo Mining Sendirian Berhad?

Ketiga, berapakah anggaran potensi jumlah emas, perak dan RE yang boleh dikeluarkan dari 18 ribu hektar itu?. Dalam isu Forest Carbon Activity.

Satu, berapakah keluasan TPA, total protected area Negeri Sabah yang mampu untuk layak dianugerahkan lesen Forest Carbon Activity?

Kedua, berapakah potensi anggaran kasar Ringgit Malaysia (RM) nilai lelongan karbon kredit untuk keseluruhan TPA Negeri Sabah? Tuan Speaker dan Dewan Yang Mulia, menurut Sarawak Deputy Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Kerajaan Sarawak menemui emas bauksit RE mineral bernilai RM1.25 triliun selepas hanya survey 35% dari keluasan Negeri Sarawak. Sekong yakin, Sabah berkongsi bumi dengan Sarawak dan pasti bumi Sabah mempunyai potensi kekayaan khazanah emas, perak, bauksit RE mineral yang besar dan wajib dikongsi faedahnya secara adil kepada rakyat Sabah. Maka, kemiskinan negeri dan rakyat Sabah boleh diatasi dengan menganugerahkan semua lesen-lesen perlombongan emas, perak, RE mineral dan Forest Carbon Activity kepada Yayasan Sabah atau GLC Negeri Sabah.

Sekong membantah penganugerahan prospecting license dan lesen perlombongan emas dan RE minerals kepada syarikat selain Yayasan Sabah dan GLC Sabah. Bahkan, jika benar Kerajaan GRS-PH Plus mendahulukan rakyat, Sabah Maju Jaya dan rumah kita, kita jaga.

Saya cabar Kerajaan Negeri membatalkan semua prospecting license yang telah sedia ada jika sekiranya ada yang telah diluluskan. Akhir sekali Tuan Speaker, kami dari Sekong yakin dengan kaedah sistem pengagihan kekayaan yang baharu ini termasuk bagi kawasan Balak Sabah, tidak

I mustahil pendapatan tahunan Kerajaan Negeri berpotensi mencapai lebih daripada RM7 bilion setahun, dan kekayaan negeri kita di mana hidup dan mati kita disini ini, dikongsi dan dinikmati bersama oleh setiap anak Sabahan, anak Kadazan, anak Dusun, anak Murut, anak Rungus, anak Bajau, anak Sungai, anak Cina, anak Suluk dan anak-anak Sabah bangsa lain, sehingga tiada lagi kedengaran anak-anak UMS kapus-kapus belajar cari ilmu, tiada air, akan menjadi kurang keluhan-keluhan kesusahan rakyat.

Tiada lagi ucapan-ucapan dangkal pemimpin tentang itu dan ini yang menghambat kepada integriti dan kepercayaan rakyat, dan dengan itu Tuan Speaker, Insya-Allah saya yakin, Sekong yakin kita akan berdiri sendiri. Kita boleh membantu Uncle Ah Choi di Ulu Sibuga yang tinggal sendiri berumur 71 tahun yang tidak mendapat bekalan air dan bekalan elektrik. Kita juga boleh mengelak kejadian yang menimpa almarhumah nenek Olam bin Jamlun yang ketika wafatnya, jenazahnya tidak dapat dimandikan karena tidak ada air.

Kita boleh menguruskan infra kita sendiri dan mencipta masa depan lebih baik dan cerah untuk setiap orang anak Sabah, anak cucu kita dengan kita ditadbir, dipimpin oleh Kerajaan penuh integriti, kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat yang mendapat keredaan Tuhan dan kepercayaan rakyat.

Tuan Speaker, selamatkan Sabah, Sekong menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sekong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Segama dan saya minta Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Raime untuk bersedia dan selepas itu ADUN Bongawan ya.

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat ADUN Segama. 12 minit juga ya, terima kasih. 4.37 petang

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam Aidilfitri buat semua. Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, terlebih dahulu, izinkan saya memanjatkan kesyukuran kehadirat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya dapat bersama-sama Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, untuk membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Seterusnya

I saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama di atas Ucapan Dasar Kerajaan Negeri dan pada pembukaan Sidang Dewan Negeri kali ini, dan juga ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Haji Musa bin Haji Aman, di atas pelantikan selaku Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, kita menyambut baik prestasi ekonomi negeri terkini berdasarkan data statistik yang boleh didapati secara umum termasuklah yang terkandung di dalam Ucapan Dasar Kerajaan. Antara yang menonjol ialah nilai pelaburan keseluruhan Negeri Sabah yang diterima berjumlah Ringgit Malaysia (RM) 6…

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

… perpuluhan lima bilion pada tahun 2024. Kadar pertumbuhan KDNK negeri Sabah yang sangat positif pada tahun 2023 adalah sebanyak 5.5% melepasi paras KDNK Kebangsaan pada kadar 3.6%. Manakala graf kadar pengangguran menunjukkan trend menurun, iaitu daripada 7.9% pada suku ketiga 2024, kini berada pada paras 7.5%. Angka-angka ini bukan sekadar data statistik ia mencerminkan dasar ekonomi yang mesra pelabur dan program pemulihan pasca pandemik yang mula menunjukkan hasil positif sungguh pun pencapaian ini bukan bermakna “everything is perfect” tetapi kejayaan kolektif semua pihak ini wajar diberi pengiktirafan.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, pada hari ini saya lebih kepada mengangkat masalah rakyat di kawasan saya. Namun begitu dalam menggalas pencapaian pihak kerajaan juga harus bertanggungjawab merakyatkan pembangunan. Semenjak Sidang DUN yang lalu, saya telah berapa kali menyuarakan isu bekalan air bersih di kawasan saya, iaitu di Ulu Segama. Voltan elektrik rendah di Kampung Wawasan, akses jalan raya traffic bottleneck dan tidak selamat di Jalan Segama Tengah Nipah termasuklah sistem pengairan sungai sekitar Segama sudah out-dated yang berpotensi dilanda banjir pada bila-bila masa sahaja, malangnya sehingga hari ini belum ada satu pun yang selesai daripada masalah-masalah seperti yang saya katakan tadi. Saya memohon langkah pencegahan atau jangka masa pendek

I dilaksanakan oleh jabatan-jabatan yang berkenaan supaya masalah tersebut dapat diatasi.

Saya ingin menarik perhatian juga, iaitu pada 29 Januari 2025 lalu, daerah Segama ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir sehingga lebih daripada 300 keluarga perlu dipindahkan ke PPS atau Pusat Pemindahan Sementara, air sungai sudah melimpah ke kediaman rakyat dan kekal bertakung selama berhari-hari. Bukan sekadar itu, di pagi raya, iaitu 1 Syawal penduduk kampung Batu 5 ke Batu 8 juga di jalan Segama lama ini, serta rata-rata masyarakat kampung terpaksa meredah jalan raya banjir dalam menyambut Aidilfitri akibat isu struktur pengairan yang tidak diambil tindakan oleh jabatan yang berkenaan.

Saya memohonlah jasa baik Jabatan Kerja Raya dan jabatan-jabatan yang berkaitan agar dapat menyelesai keadaan jalan raya banjir di laluan Warung Bibik, iaitu di jalan Tengah Nipah. Jalan raya yang di Batu 5, Jalan Segama lama, setiap kali saya lalu di jalan berkenaan, saya telah melihat dan memerhati jalan ini menjadi mendap, bahu jalan ini tinggi daripada jalan yang mendap ini. Apabila hujan, jalan ini menjadi sungai, air tidak beralih ke tepi oleh kerana jalanan ini tidak ada parit, ada satu parit yang agak besar sedikit 50 meter daripada jalan yang berkenaan. Tetapi parit ini pun perlu juga mahu dilebarkan, mahu didalamkan, mahu diluruskan, jadi saya minta juga kepada Jabatan Pengairan dan Saliran, tolong lihat kalau boleh buatlah untuk bagi penyelesaian kepada masalah rakyat di kawasan ini.

Saya juga ingin memberi peringatan atau penegasan sekali lagi pada ucapan perbahasan saya bahawa perlunya Sabah mempunyai atonomi bagi bidang pendidikan dan kesihatan kerana demografi dan cabaran kita jauh berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung. Jika Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah pun bersetuju memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, bagi pelantikan anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri mewakili Sabah maka sudah seharusnya juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri diberi kuasa menentukan pelantikan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah dan Pengarah Kesihatan Sabah kerana saya berpendapat pada tahap ini administrative authority. Saya berpendapat pada tahap ini administrative authority lebih admissible oleh pihak Kerajaan Persekutuan berbanding Full Atonomi, “It is better we gain something rather than nothing”.

I Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, pelabur mahukan kestabilan. Rakyat pula harapkan pembangunan. Justeru, kestabilan politik bukan hanya perlu dilaungkan, tetapi dizahirkan dalam bentuk tata kelola yang baik dan amanah. Bukannya mengukur kepentingan politik semata-mata kerana rakyatlah yang berkuasa sebenarnya.

Sebagai penutup, Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam yang telah melaksanakan dasar dan inisiatif kerajaan sehingga ke peringkat akar umbi. Buat rakyat Segama saya memohon kemaafan atas segala kelemahan kekurangan saya sebagai wakil rakyat anda selama ini. Saya mewakili Segama dan sentiasa bersuara tetapi kadang kala memang ada juga kelambatan atau kegagalan dari pihak kerajaan untuk menunaikan seperti apa …

Datuk Mohammadin bin KetapiWARISAN · WARISAN-PLUSSegama

... apa yang kita minta untuk kepentingan rakyat. Namun, saya sudah berusaha sebaiknya mungkin untuk membawa suara rintihan, harapan dan impian anda yang menjadi nadi perjuangan saya. Saya menutup kata, bangunkan negeri, utamakan rakyat. Selamat menyambut Pesta Kaamatan. Kotobian Tadau Do Kaamatan. Segama menyokong. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Segama. Sekarang saya persilakan ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Raime.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Terima kasih …

Speaker

… 12 minit juga, ya. 4.50 petang

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Ya, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker. Assalamualaikum WBT dan juga Salam Sejahtera. Saya juga ingin turut mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Musa Aman di atas pelantikannya sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang ke-11,

I Datuk Speaker. Dan ucapan dasar ini telah dizahirkan pada hari Khamis yang lalu oleh Tuan Yang Terutama Tun. Dalam ucapan dasar ini, Datuk Speaker, saya amat-amat mengalu-alukan semangat keterbukaan semata-mata dan juga untuk melihat kemajuan dalam pelbagai aspek pembangunan dan juga kesejahteraan rakyat seperti ekonomi, pertanian, sosial dan lain-lain.

Namun, Datuk Speaker, sudah hampir sampai di penghujung penggal ini untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat Sabah bagi menentukan Parti mana yang bakal memerintah ataupun mengurus Kerajaan Negeri kita ini. Dalam masa yang sama Datuk Speaker, pihak Kerajaan harus juga mengakui selama ini terdapat beberapa kelompangan dan juga kelemahan dalam soal pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan terutamanya Datuk Speaker dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya. Saya berpandangan positif bilamana Tuan Yang Terutama Tun menyentuh tentang pelaburan masuk ke negeri kita pada tahun lalu yang dianggarkan berjumlah RM6.5 bilion. Antara sektor yang menjadi penyumbang kepada RM6.5 bilion ini, Datuk Speaker, ialah sektor pembuatan. Yang mana 38% daripada RM6.5 bilion itu. Jangkaan pihak Kerajaan dalam sektor ini seperti yang telah dilaporkan oleh pihak Kementerian Pembangunan, Perindustrian dan juga Keusahawanan.

Secara keseluruhannya, sejak September 2020 dianggarkan RM17.4 bilion daripada 73 syarikat yang terlibat. Daripada 73 syarikat yang terlibat, sebanyak 52 telahpun beroperasi dengan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM7.8 bilion serta mencapai sebanyak 3636 peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan di negeri kita.

Dalam hal ini juga, Datuk Speaker, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Kerajaan. Adakah 52 syarikat ini masih beroperasi sepanjang lima tahun yang lalu? Dan apakah syarikat-syarikat ini juga mengutamakan anak-anak jati Sabah yang berkelayakan untuk mendapat peluang pekerjaan dalam syarikat mereka? Adakah pihak Kerajaan juga menyarankan kepada pihak pelabur yang datang melabur di negeri kita ini, untuk melatih pekerja-pekerja anak-anak tempatan kita kepada tenaga separa dan juga mahir? Begitu juga dengan transfer, dengan izin Datuk Speaker, transfer teknologi daripada sudut kepakaran dan juga sudut kemahiran bagi mengisi keperluan tenaga mahir pada masa akan datang.

I Saya juga telah mendapat respons daripada anak-anak muda kita, Datuk Speaker. Anak-anak tempatan yang bekerja di salah sebuah kilang pembuatan di KKIP. Keluh resah anak-anak muda ini menyatakan berlaku pengambilan tenaga asing yang ramai daripada luar negara. Sedangkan mereka hanya diberi peluang untuk bekerja di peringkat jawatan peringkat bawahan sahaja. Saya percaya ramai anak-anak Sabah atau anak-anak di negeri kita ini mempunyai kelayakan yang setaraf dan diperlukan oleh pihak pelabur ataupun adakah pihak Kerajaan tidak mempunyai pelan strategik melatih tenaga buruh atau tenaga buruh mahir bagi memenuhi kebolehpasaran tenaga buruh.

Jika kita terlalu bergantung kepada sumber tenaga buruh daripada negara asing atau negara luar, maka ini juga ada menjadikan faktor di mana kos tenaga buruh itu meningkat dan mungkin pelabur-pelabur akan berpindah pelaburan mereka ke tempat yang lain. Dan daripada data pengangguran yang saya dapat mengikut negeri, Sabah telah mencatatkan kadar pengangguran yang tertinggi di Malaysia pada suku 4 tahun 2004.

Menurut laporan survey tenaga buruh Malaysia, kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 71.7% pada tahun lepas dan tahun sesudahnya 71.6%. Menakala kadar pengangguran telah menurun, tahun lalu 7.7% dan menurun daripada 7.9% yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Sudah tentu hasrat Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya ini, SMJ ini tidak akan tercapai jika ada anak-anak tempatan di negeri kita ini tidak diberi peluang dan pendedahan yang cukup dengan kemahiran dan juga teknologi yang dibawa masuk oleh pelabur-pelabur asing. Tiada gunanya jumlah pelaburan yang tinggi pada setiap tahun, tetapi tiada mendapat limpahan ekonomi kepada rakyat Sabah, khususnya terutamanya kepada anak-anak tempatan kita.

Keyakinan rakyat dan para pelabur asing pada hari ini juga semakin meruncing lagi bila soal-soal pembangunan infrastruktur, soal-soal utiliti, tenaga, elektrik dan masalah bekalan air tidak dapat diatasi oleh pihak Kerajaan. Kekerapan berlakunya gangguan, bekalan elektrik dan air sering berlaku bukan saja di bandar, malah juga di luar bandar. Rangkaian jalan raya yang menghubungkan daerah-daerah kita di seluruh negeri Sabah yang semakin hari semakin rosak dan semakin berlubang-lubang, Datuk Speaker.

I Misalnya, Datuk Speaker, negeri Sabah telah mendapat peruntukan RM6.6 bilion mengikut belanjawan negara pada tahun lalu 2024. Tetapi hanya dibelanjakan dalam sekitar RM4.5 bilion pada tahun lalu. Pada tahun ini pula, bajet yang diberikan kepada negeri Sabah juga telah meningkat daripada RM6.6 bilion kepada RM6.7 bilion. Adakah berlaku ketirisan di kalangan kontraktor atau pentadbir negeri ini atau masalah birokrasi yang terlalu tinggi hingga menyebabkan berlakunya kelewatan dan juga ketenatan dalam pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi. Akhirnya, Datuk Speaker, yang bakal menjadi mangsa adalah rakyat dan limpahan ekonomi kepada negeri kita semakin lama semakin mengecil dan juga merundum. Disebabkan ketidakseimbangan dalam Kerajaan mengurus dan juga mentadbir negeri. Sebagai contoh, Datuk Speaker, saya mengambil kira projek yang besar, iaitu Projek Pan Borneo. Yang mana, iaitu telah diasaskan semasa Kerajaan Barisan Nasional. Semasa bossku menjawat jawatan nombor satu negara, sudah banyak pertukaran Kerajaan dan juga sama ada Persekutuan dan juga Negeri. Namun kelewatan pelaksanaan projek ini semakin hari semakin susut seolah-olahnya, Datuk Speaker, tidak dapat dibendung oleh pihak Kerajaan.

Saya boleh umpamakan ini sebagai si tikus membaiki labunya. Akhirnya, Datuk Speaker, masalah ini perlu diatasi segera. Tentang soal-soal kelewatan projek-projek berimpak tinggi. Bukan soal jalan raya saja, soal pendidikan, sekolah. Lawatan baru-baru ini pada tahun lalu Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri 2, yang menyatakan antara projek-projek sakit adalah projek-projek hospital, jalan raya, sekolah. Saya harap Kerajaan yang ada pada hari ini berusaha ...

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

…di penghujung-penghujung penggal ini, cuba untuk mengurus supaya projek-projek berimpak tinggi yang datang daripada Kerajaan Persekutuan ini dapat dilaksanakan mengikut masa, supaya rakyat dapat menikmati apa yang telah dirancang. Akhir sekali Datuk Speaker, saya sedikit ingin menyentuh soal-soal pembangunan di Tenom ini, Datuk Speaker. Dalam kerajaan hari ini saya percaya...

I

Speaker

Yang Berhormat, ada dua(2) minit lagi.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Pardon?

Speaker

Yang Berhormat, ada dua(2) minit lagi.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Okey. habis sudah ini, Datuk Speaker. Saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, terutama kepada Kementerian KSTI, soal pembinaan perpustakaan di Tenom . Terima kasih, Lulus. Cuma, Yang Berhormat Menteri, saya melihat bahawa macam berlaku kelewatan pembinaan perpustakaan tersebut. Adakah ini akibat kecuaian akibat kontraktor? Kalau kontraktor gagal, tolong cepat-cepat ganti kontraktor yang kompetitif. Begitu juga Datuk Speaker, projek yang telah dilaksanakan sejak Barisan Nasional dulu di kawasan Kemabong, iaitu projek pembangunan dan peningkatan ekonomi di kawasan Kibantaluan. Projek berjalan dengan penanaman getah, Datuk Speaker. Masalahnya Datuk Speaker, saya ingin tanya kepada pihak kerajaan apa terjadi kepada peserta-peserta yang telah dilibatkan ketika itu? Getah sudah besar dan boleh ditoreh. Tetapi peserta-peserta tidak tahu di mana mereka.

Dan yang ketiga Datuk Speaker, soal pembinaan jambatan kedua di pekan Tenom Datuk Speaker, menggantikan jambatan yang lama. Projek ini memang projek daripada Kerajaan Persekutuan. Saya harap dalam hal-hal ini pihak Menteri, terutama kepada Menteri JKR, melihat kepada pembinaan projek ini supaya dapat disegerakan. Saya faham pembinaan jambatan ini mungkin disebabkan juga keadaan cuaca. Baru-baru ini banjir lagi, Datuk Speaker. Jadi saya berharap projek-projek ini juga dapat segera dilaksanakan.

Dan saya Datuk Speaker, ingin mengambil perhatian kepada Yang Berhormat Menteri, terutama Menteri KKR, soal-soal berlakunya banjir pada baru-baru ini. Terima kasih kerana memberi solution dalam jangka pendek. Tetapi dalam jangka panjangnya, saya tengok belum ada apa-apa. Kita tidak mahu nanti projek yang ada sekarang ini, keadaan banjir, kesan banjir yang berlaku baru-baru ini yang mana merosakkan jalan raya paip air Datuk Speaker, dibuat dalam jangka pendek. Hari ini sebagai contoh Datuk Speaker, jalan yang runtuh cuma dibuat temporary road saja. Paip yang masih bocor, mereka cakap masih lagi menunggu bekalan apa ini ganti

I alat ganti yang perlu. Jadi, saya tidak mahu masalah ini tertangguh-tangguh. Sedangkan jika dilihat, banjir ini bukan banjir ini berlaku tahun ini dan tahun-tahun sudah. Dan didapati ada juga di mana keadaan-keadaan infrastruktur ini masih belum lagi mendapat perhatian daripada pihak Kerajaan. Jadi saya harap pihak Kerajaan dapat menyegerahkanlah soal-soal pembinan ataupun pembaikan.

Terutama kepada soal-soal kerosakan jalan raya, jalan air akibat banjir. Dan akhirnya Datuk Speaker, harapan saya semoga ucapan dasar yang mana telah dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama Tun, ini menjadi satu tekad dan usaha gigih untuk kita semua. Demi kesejahteraan dan juga keharmonian rakyat Sabah. Terima kasih Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Raimie Unggi. Dengan itu, sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat, Bongawan. Yang Berhormat ada sampai 5.15 ya untuk bercakap. 5.04 petang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum itu saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Tun Musa Aman atas pelantikan, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baru. Terima kasih Datuk Speaker memberi ruang kepada saya membahas ucapan dasar kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 10 hari bulan yang lalu. Datuk Speaker, makanan merupakan sumber yang utama di Sabah. SSL pengeluaran padi tahun lalu baru mencapai 22.7%. Melalui dasar pertanian Negeri Sabah ketiga tahun 2017 hingga 2026 masih jauh menampung keperluan rakyat Sabah. Kerajaan telah merancang untuk mencapai SSL sehingga tahun 2030 kepada 60%. Saya bimbang usaha ini akan sia-sia sekiranya peruntukan yang disalurkan kepada Kementerian tidak mencukupi. Saya memohon peruntukan yang lebih banyak disalurkan untuk mencapai 60% SSL menjelang tahun 2030. Sudah tiba masanya Kerajaan membangun tanah-tanah terbiar untuk dimajukan. Kita melihat masih banyak tanah-tanah terbiar terutama di kawasan saya yang belum lagi dibangun. Walaupun sebelum ini ditanam dengan padi. Tuan Speaker, dalam sektor penternakan, SSL pengeluaran daging ruminen baru mencapai 9.33%. Untuk meningkatkan SSL daging ruminen tahun 2030 ke 25%, saya mencadangkan

I Kerajaan mewujudkan dasar bagi mewajibkan syarikat-syarikat kelapa sawit di Sabah untuk memperuntukkan sebahagian kecil tanah bagi tujuan keterjaminan makanan dalam sektor ruminen. Saya dimaklumkan lebih kurang 1.5 juta hektar yang sesuai sebagai kawasan pemeliharaan ataupun pengeluaran daging lembu, kambing dan juga biri-biri.

Datuk Speaker, Bongawan merupakan tumpuan pelancongan dari luar negara. Terutama dari China, Korea dan Jepun. Apa yang menyedihkan, Tuan Speaker, infrastruktur terutama jalan raya dan juga elektrik dan juga bekalan air masih belum lagi mencukupi. Dan juga tidak memuaskan juga terutama sekali kemudahan tandas awam. Di Pantai Kenangan terutamanya jadi tumpuan pelancong, nampaknya tidak ada tandas awam yang dibina di kawasan tersebut. Saya merayu kepada kementerian yang berkenaan supaya membina kemudahan ini untuk pelancong-pelancong kita.

Tuan Speaker, bagi menyokong pembangunan modal insan, saya ingin mencadangkan Kerajaan membina industri hiliran dari sumber petroleum di kawasan Kimanis untuk memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan juga di sekitarnya. Saya dimaklumkan, sumber gas dari Kimanis ke Bintulu di Sarawak telahpun dihentikan. Sekiranya betul, apakah rancangan Kerajaan supaya industri ini tidak berkubur begitu saja?

Datuk Speaker, baru-baru ini banjir berlaku di kawasan Parlimen Kimanis, ini menyebabkan banyak harta benda yang musnah. Apakah usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Adakah kementerian yang bertanggungjawab meneliti dalam perkara ini? Saya juga telah dimaklumkan bahawa tidak ada komunikasi ataupun perancangan yang dibuat oleh Kementerian JKR dan juga Kementerian apa ini, Jabatan Parit dan Saliran. Walaupun nanti sekiranya jalan raya Pan Borneo ini siap, masalah banjir ini...

Ini tidak akan dapat diatasi kerana kita tahu bahawa masih banyak lagi sungai-sungai yang berada di sekitar terutama sekali di

I kawasan saya ini yang tidak pernah pun didalamkan ataupun dibersihkan. Ini pekara yang sebenarnya yang dapat menyumbang masalah banjir kilat ini. Tuan Speaker, masalah jalur lebar. Walaupun kita tahu bahawa kerajaan berusaha untuk mengatasi masalah ini tetapi pekara ini masih lagi belum dapat diatasi. Terutamanya di kawasan saya, iaitu di Kampung Nyaris-nyaris, di Kampung Darat Pauh, di Kampung Kimanis, Kampung Gadung, Kampung Mandahan, Kampung Ulu Kimanis, Kampung Kelatuan, Kampung Ulu Bongawan, Lingan Lama dan juga di Kampung Kabang dan baru-baru ini, apa ini, apabila ada beberapa pencawang yang telah pun dibina tetapi masih lagi belum beroperasi. Walaupun tahun lalu, kalau saya tidak silap dan banyak aduan-aduan yang dibuat oleh masyarakat di kawasan tersebut kerana masalah Internet yang terlalu lembab. Saya mengharapkan supaya perkara ini dapat diatasi.

Datuk Speaker, begitu juga dengan masalah air di kawasan saya. Memang setiap hari boleh dikatakan catuan air dan juga masalah air yang tidak ada dan ramai rakyat di kawasan saya ini merungut kerana mereka ini tidak dapat, apa ini, bekalan air bersih. Terutama sekali apabila musim, apa ini, perayaan ini dan sehingga ada kadang-kadang sampai satu minggu tidak ada air, dan ada di kalangan pegawai-pegawai kerajaan kita, balik kampung kena pendekkan cuti kena balik juga ke bandar dan ini masalah yang kita hadapilah.

Dan saya dimaklumkan sebenarnya ada perancangan kerajaan untuk membina loji air di Ulu Bongawan. Tapi sehingga ini belum ada maklumat yang terperinci sama ada benda ini akan dilaksanakan ataupun tidak dan juga apa ini, masalah elektrik dan ini juga yang menjadi masalah kita kerana setiap kali perayaan tidak sampai dua jam, mati. Hidup sekejap, mati lagi dan ini menimbulkan masalah terutama sekali barang-barang elektrik.

Ada, apa ini, rakyat kita ini dia berkata, YB saya punya lampu elektrik, apa ini, peti ais saya rosak. TV saya rosak. Jadi, ini masalah yang dihadapilah, kadang-kadang itulah tekanan ini, bila dua jam, tiga jam, mati. Lepas itu hidup dengan tiba-tiba dan ini menyebabkan kenapa peti ais dan juga televisyen ini rosak. Saya mintalah supaya perkara-perkara seperti ini kita boleh atasi.

I

Speaker

Dia macam biskut Oreo bah itu. Now you see, now you don't.

Yalah. Datuk Speaker, apa yang, apa ini, menjadi masalah kita juga di kawasan kita ini apa yang saya katakan tadi selain daripada apa ini, elektrik, air, dan juga jalan ini. Memang banyak saya dengar tadi rungutan daripada Yang Berhormat menyuarakan masalah ini, kadang-kadang hari ini dia tampal sikit lepas itu dia tampal, esok rosak lagi dan ini juga saya ingin bertanyalah sama ada mereka ini tampal kita bayar ataupun tidak dan ini juga menjadi masalah kita. Kadang-kadang apa ini rakyat bising kerana jalan berlubang dan kadang-kadang ada accident berlaku, tayar apa ini, pancit dan sebagainyalah. Untuk mengakhiri ucapan saya ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah membantu rakyat kita di luar bandar mendapatkan Rumah SMJ. Tapi, masalah yang dihadapi adalah kadang-kadang rumah siap tapi air, elektrik tidak ada. Kadang-kadang rakyat mengadu kepada saya, YB saya tidak ada air, rumah sudah ada, elektrik tidak ada YB. Jadi, kita sebagai wakil rakyat, kita kena bekerja keras juga membantu walaupun tidak ada peruntukan daripada kerajaan untuk kita.

Jadi saya mintalah, apabila Rumah SMJ ini dibina, dia mesti lengkap dengan kemudahan air dan juga elektrik. Ini masalah juga Datuk. Tapi tidak semua, mungkin dalam apa ini, dua puluh buah rumah yang lalu itu mungkin ada kadang-kadang lima belas buah rumah yang tidak ada air dan juga elektrik ini.

Tapi, bila saya bertanya, dia bilang memang tidak ada dalam apa ini, skop kerja elektrik dan air ini dia bilang dan apabila kita bertanya dengan apa ini, pejabat daerah, dia bilang ada. Tapi, ini juga yang menjadi masalah kitalah. Kalau boleh mintalah apa ini, kita tetapkan kepada kontraktor ini supaya kedua-dua ini, air dan elektrik ini dimasukkan di dalam anu.

Speaker

Panjang lagi? Panjang lagi?

Saya rasa Datuk Speaker, dengan demikian saya sebelum itu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dan juga saya ingin mengucapkan selamat merayakan Hari Pesta Kaamatan,

I kepada semua rakyat Sabah. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima Kasih Yang Berhormat Bongawan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan masa hari ini sudah cukup tepat jam 5.15 maka, Dewan ditangguhkan sehingga esok 15 April 2025, jam 10.00 pagi. Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 5.16 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 15 April 2025”.

SDN14042025/bnm