Sabah · 15 April 2025

16th Assembly, 5th session, 1st meeting · not final · 705 turns · 43,524 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita mulakan urusan sidang pada pagi ini, saya mewakili pihak Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri semua merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia Kelima yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025 bersamaan dengan 16 Syawal 1446 Hijrah.

Seluruh warga Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah turut berdukacita atas pemergian seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara. Dan marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah (dibaca), Aamiin.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Speaker

Sebelum saya memanggil menjemput Yang Berhormat yang pertama, saya ingin mengalu-alukan kehadiran para pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat II, seramai 26 orang pelajar dan 4 guru pengiring yang ada bersama-sama kita pagi ini dan saya ucapkan selamat belajar. Dengan itu, saya menjemput Yang Berhormat Kapayan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih dan selamat pagi Speaker, soalan saya soalan nombor satu.

*1. YB. Puan Jannie Lasimbang [Kapayan] bertanya kepada KETUA MENTERI, mohon jumlah penerima yang mendapat bayaran fasa pertama Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 mengikut daerah di Sabah dan apakah

I inisiatif lain untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar yang tercicir dari senarai e-Kasih agar mereka juga mendapat bantuan yang sama.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan 31, 34, 37, 40, 43.

Speaker

Pelan-pelan.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

… dan 46.

Speaker

Pelan-pelan. Perlahan-lahan. 31.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

34.

Speaker

34.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

37.

Speaker

37.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

40.

Speaker

40.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

43.

Speaker

43.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

… dan 46.

I

Speaker

46.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Pada hari ini, iaitu 15 April 2025 memandangkan soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kapayan, Nabawan, Tungku, Telupid, Sekong dan Elopura serta Dewan yang mulia ini, usaha Kerajaan Negeri dalam membasmi kemiskinan dan miskin tegar di negeri Sabah terus dilaksanakan melalui program Menoktahkan Kemiskinan dan Miskin Tegar Fasa Dua Tahun 2025 menerusi Program Sentuhan Kasih Rakyat atau singkatan SYUKUR. Kerajaan Negeri buat pertama kalinya telah memperuntukkan sebanyak RM358.4 juta bagi Program Sentuhan Kasih Rakyat ataupun SYUKUR, iaitu bantuan kewangan kepada golongan miskin dan miskin tegar berjumlah RM300 sebulan selama setahun.

Program SYUKUR ini merupakan tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan yang memerlukan dalam meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas seharian. Secara dasarnya, program SYUKUR ini akan memberi manfaat kepada 100 ribu penerima di seluruh negeri Sabah, di mana pembayaran telah mula dikreditkan ke akaun penerima bermula 17 Februari 2025 yang lalu bagi pembayaran fasa pertama.

Pembayaran Program SYUKUR ini akan dilaksanakan secara empat fasa pembayaran, iaitu bulan Januari hingga Mac (Fasa Pertama), April hingga Jun (Fasa Kedua), Julai hingga September (Fasa Ketiga) dan Oktober hingga Disember (Fasa Keempat) dengan pembayaran secara lump sum bagi tiga bulan, berjumlah RM900. Tuan Speaker, bagi penerima Fasa Satu Program SYUKUR, melibatkan seramai 72 060 ketua isi rumah miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam sistem e-Kasih setakat Disember 2024. Berdasarkan kepada laporan pembayaran Fasa Satu setakat 1 April 2025, sebanyak 13 peringkat pembayaran telah dilaksanakan dan seramai 68 238 orang telah ...

I

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

… berjaya dikreditkan ke akaun penerima dengan jumlah peratusan keseluruhan yang telah menerima bantuan SYUKUR adalah sebanyak 95%. Manakala 5%, iaitu 3822 orang penerima sedang dalam proses pengemaskinian data oleh pegawai MySMJ di lapangan setakat 1 April 2025. Oleh itu, bagi mereka yang tercicir atau tidak tersenarai dalam sistem eKasih, Kerajaan Negeri telah membangunkan sistem pangkalan data negeri Sabah ataupun PADANS, supaya siapa-siapa yang tercicir dan layak mendapat bantuan ini, boleh melaksanakan permohonan mereka secara talian melalui sistem ini.

Selain itu, Sekretariat SMJ juga bekerjasama dengan pemimpin akar umbi, seperti Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat ataupun UPPM dan pejabat daerah dalam mengenalpastikan ketua isi rumah di daerah masing-masing yang tercicir dan layak menerima bantuan ini. Setakat 31 Mac 2025, Sekretariat SMJ telah menerima sebanyak 270 272 permohonan hasil daripada pendaftaran melalui sistem PADANS. Senarai tercicir UPPM dan pejabat daerah serta sisi libat urus bersama Ahli Dewan Undangan Negeri bukan Kerajaan bagi proses verifikasi selanjutnya. Setakat 28 Mac 2025, Sekretariat Sabah Maju Jaya juga telah melantik seramai 85 orang pagawai MySMJ Profiler dan telah ditempatkan di semua Pejabat Daerah Negeri Sabah yang akan bertindak dalam penyelarasan dan permohonan kepada mereka yang tercicir dan layak menerima bantuan Program SYUKUR. Tuan Speaker, berdasarkan kepada statistik kemiskinan tegar di negeri Sabah setakat 28 Feb 2025, didalam pangkalan data eKasih mencatatkan penurunan jumlah senarai miskin tegar berbanding Februari 2024 berdasarkan data dinamik. Saya kata data dinamik kerana ianya berubah-ubah dan bukan statik. Jumlah miskin tegar setakat 28 Febuari 2025 adalah berjumlah 1464 ketua isi rumah dan jika dibanding pada 29 Febuari 2024, jumlah miskin tegar yang direkodkan adalah berjumlah 14 553 ketua isi rumah. Dan berdasarkan kepada angka tersebut terdapat penurunan sebanyak 89.9% ketua isi rumah miskin tegar berbanding tahun sebelumnya.

I Ingin saya tekankan bahawa data eKasih ini bersifat dinamik. Di mana kenaikan dan perubahan status ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti perubahan bilangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima ataupun ditamatkan, serta perubahan maklumat lain seperti meninggal dunia, berpindah ke negeri lain. Kerajaan Negeri menjangkakan dengan penyaluran bantuan SYUKUR yang telah pun bermulakan yang dikreditkan pada 17 Febuari 2025 yang lalu akan menyaksikan penurunan angka jumlah miskin dan miskin tegar di dalam sistem eKasih.

Seterusnya, Kerajaan Negeri terus komited dan berusaha dalam memastikan golongan miskin tegar yang telah berubah status untuk terus berada di atas garis pendapatan kemiskinan ataupun PJK. Bagi miskin tegar yang diukur melalui pendapatan garis kemiskinan makanan, iaitu pendapatan di bawah RM1218 dengan mengambil kira purata saiz isi rumah 4.3 dengan per kapita RM288 bagi satu ahli isi rumah.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri terus berusaha melaksanakan intervensi bantuan yang bersesuaian berlandaskan kepada lima teras utama intervensi bantuan, iaitu intervensi bantuan perumahan, bantuan pendidikan, bantuan pekerjaan, bantuan kebajikan ataupun kewangan, keusahawanan dan latihan. Di bawah intervensi perumahan, Kerajaan Negeri telah meningkatkan kuota pemberian rumah mesra Sabah Maju Jaya ataupun rumah mesra SMJ sebanyak 40 kuota bagi setiap 73 kawasan Dewan Undangan Negeri. Yang melibatkan pembinaan 3000 rumah mesra SMJ akan disediakan bermula tahun 2025. Dan sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2022, sebanyak 3875 unit rumah mesra SMJ telah pun disiapkan setakat 28 Mac 2025.

Kerajaan Negeri turut memperkukuhkan lagi program-program pendidikan sedia ada dan memperkenalkan beberapa program pendidikan baharu bagi memastikan kemiskinan dapat dinoktahkan melalui pembangunan modal insan menerusi Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tugas-tugas Khas, inisiatif-inisiatif berikut telah pun diperkenalkan, iaitu:

1.

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah atau AKSA.

2.

Bantuan Aktiviti PIBG Sabah atau BAGUS.

I 3.

Bantuan Ehsan Komputer atau BAIK.

4.

Bantuan Tunai Khas Peperiksaan atau BAKTI.

5.

Bantuan Penyelanggaraan Kecil Sekolah atau BALKIS.

6.

Bantuan Khas Program Pendidikan atau BANTU.

7.

Bantuan Ehsan Sekolah Sabah atau BISBAH.

8.

Bantuan Ehsan Tabungan Pendidikan Negeri atau BISTARI.

9.

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one-off atau BUDI.

10. Subsidi Tiket Penerbangan Graduan ‘Rindu Sabah’ atau GRS Sub Fly. 11. Bantuan Persatuan Mahasiswa melalui Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia atau SEMESTA.

12. Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri atau SENTOSA. 13. Sumbangan Kegiatan Sekolah secara one-off atau SUKSES.

Tuan Speaker, bantuan-bantuan ini sedang dilaksanakan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM75 …

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

…. . 5 juta dan akan memberi manfaat kepada 100 ribu, 100 ribu lebih pelajar bagi tahun 2025.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri juga akan terus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.

Inisiatif ini dilaksanakan secara strategik dengan kerjasama pelabur sedia ada yang beroperasi di negeri ini. Antara pelabur utama yang memainkan peranan penting dalam usaha ini ialah Syarikat Kumpulan Kibing atau SBH Kibing Solar New Materials Sdn. Bhd. dan SBH Kibing Silicon New Materials Sdn. Bhd..

Syarikat ini dijangka akan menyediakan lebih kurang 700 peluang pekerjaan baharu melalui pengoperasian third production line, kilang pembuatan kaca. Solar mereka yang terletak di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan juga pengoperasian kilang pemprosesan pasir silika di daerah Kudat. Selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk pembangunan ekonomi yang inklusif.

Keutamaan pengambilan pekerja akan

I diberikan kepada penduduk tempatan daripada kalangan miskin dan juga miskin tegar yang berkelayakan.

Selain itu, Syarikat Kumpulan Sawit Kinabalu dan Kumpulan BTC Berhad juga telah menyatakan komitmen mereka untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Sekretariat SMJ juga terus bekerjasama rapat dengan pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial ataupun Perkeso melalui pelbagai program bagi mendedahkan dan membuka peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dalam menyediakan platform bersama-sama dengan pihak industri. Setakat ini sebanyak 29 agensi pemberi bantuan telah memberi komitmen untuk bersama-sama Kerajaan Negeri di dalam usaha pembasmian kemiskinan di negeri ini. Baru-baru ini pihak Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Malaysia ataupun KUSKOP akan melaksanakan program menoktahkan kemiskinan Sabah melalui Program Ehsan Kuskop yang mensasarkan bantuan kepada anak-anak miskin dan juga miskin tegar di negeri ini dalam usaha membantu meringankan beban anak-anak kita untuk terus mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti. Sebagai permulaan, tiga daerah telah pun dikenal pasti sebagai pelaksanaan Projek Rintis, iaitu daerah Kota Belud, Kota Marudu, dan juga Kudat dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama tidak kira dari agensi Persekutuan ataupun Negeri, Badan-badan Berkanun Kerajaan dan pemain-pemain industri di negeri ini untuk menyumbang dalam usaha pembasmian kemiskinan dan miskin tegar di negeri ini. Kerajaan Negeri akan terus berusaha memastikan golongan miskin tegar ini terus kekal di atas paras pendapatan garis kemiskinan ataupun PGK melalui pemantauan dan juga laporan penilaian. Impak yang dilakukan kepada setiap ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang telah menerima bantuan dalam menilai semula status kemiskinan dan keberkesanan bantuan yang telah pun diberikan. Sekian terima kasih.

Speaker

Boleh jadi pergulungan sudah itu.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Soalan tambahan?

Speaker

Soalan tambahan?

I

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Soalan tambahan dari saya, Tuan Speaker.

Speaker

Saya bagi yang soalan dijawab bersekali ya. Elopura. Elopura. Ya, ya, ya. You Elopurakan? Sudah tukar kawasan ni. Hah?

Kawasan yang sama.

Speaker

Kawasan yang sama, okey jawab. Eh, tanya, tanya, tanya, tanya Soalan Tambahan

Ya. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB N.38 yang, yang jawab. Tadi saya dengar YB yang, yang Menteri yang, yang ada 29 atau 10 yang kebaikan untuk e-kasihkah dan kemiskinan apa macam tolong? itu yang saya tanya. Apakah langkah-langkah sekarang kita ada? Sampai hari ini saya nampak setiap kali raya, setiap hari pun datang office saya, sampai hari ini tidak akan hentikan. Dia minta duit dengan kita. Jadi saya harap sekarang di Bantuan SMJkah, bantuan e-Kasihkah. Saya tidak tahu bantuan ini untuk, untuk betul-betul untuk kemiskinan atau untuk ini Parti GRSkah? atau apa? Kuota untuk apa?

Jadi saya sampai hari, orang masih minta dengan saya, ini, ini e-Kasih untuk apa? Untuk siapa? Sampai hari ini banyak orang minta itu borang. Satu hari buka, lepas itu habis sudah dia punya kouta jadi, saya dengar jadi saya dengar ada berapa peringkatlah. First, fasa satu, fasa dua dan fasa tiga dan empat. Dalam setiap, setiap dua, tiga bulan, sampai hari ini kita di Sandakan. Orang sandakan ni…

Speaker

Soalan terus

Orang Sabah juga.

Speaker

Soalannya, soalan, soalan?

Ya, orang Sandakan ini, orang Sabah juga. Orang ini, kita sayang ini juga. Jangan tinggalkan Sandakan sebab apa

I langkah-langkah kita boleh selesai masalah ini, kemiskinan. Saya tengah dengar Menteri cakap, ini yang termiskin Sabah ini. Tapi, tidak ada apa-apa ubah?

Speaker

Kasih soalan sahaja YB. Tak payah berhujah, you tanya soalan you sahaja.

Itu yang saya, itu yang saya tanya soalan saja. Itu, saya tanya soalan.

Speaker

Tanyalah, okey. Tidak payah berhujah. Dia akan jawab.

Apakah langkah-langkah kita boleh tolong rakyat Sandakan? Termasuk ini Sabah inilah? Jangan Menteri KK. Jangan Menteri yang belum kerja untuk KK saja, Sandakan di mana sekarang? Sandakan boleh jadi apa? Langsung, saya harap N.38, Menteri ini boleh pergi jalan di Sandakan. Bila-bila masa call saya pun boleh. Terima kasih.

Speaker

Mahu gulung lagi?

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Saya hairan kenapa tanya lagi soalan tadi? Kerana saya sudah ditegur kerana memberi ucapan penggulungan. Kalau saya mau beri lagi maklumat-maklumat, mengenai dengan pecahan penerima Program Sentuhan Kasih bagi daerah dan juga kawasan-kawasan DUN. Ini akan mengambil masa lagi, ini mungkin 15 minit tetapi saya ingin, okey, okey, okey.

Saya, saya tahu kamu ada pergi UPPM, saya faham, saya faham. Ya, saya faham kamu pergi UPPM.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

ndak(tidak), ndak(tidak), ndak(tidak) Saya jawab kau punya soalan dulu. Saya mahu jawab kau punya soalan. Kau berdiri macam mana saya mahu jawab kau punya soalan? Kalau kau tidak mahu dengar? Kalau kau tidak mahu faham.

I

Itu yang saya tanya soalan? Tidak ada jawab. Itu yang saya katakan, tidak ada jawab.

Speaker

Yang Berhormat Elopura.

Tiada jawab.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Dengar dulu saya punya jawab.

Tiada jawab. Itu yang saya cakap tiada jawab.

Speaker

Elopura, duduk dulu Elopura. Dia belum hantar jawapan

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Itu yang saya perlu jawab, saya belum kau sudah berdiri.

Speaker

Duduk dulu.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Pleaselah.

Speaker

Duduk dulu.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Kenapa kau?

Mahu jawab, jawablah? Buat apa mahu cakap begitu?

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Ai?

[Tidak jelas]

I

Speaker

Macam-macam. Macam mana mahu jawab? Mengganggu.

Ai, kenapa pagi tidak boleh bising? Kalau ngam cakap ngam, tidak ngam cakap tidak ngam.

Speaker

Yang Berhormat Elopura. Duduk dulu, duduk, duduk dulu. Elopura, Elopura! Elopura. Duduk dulu. Ndak (tidak) apalah dia lambat sarapan.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Saya bagitau (beritahu) sama kau, saya bagitau (beritahu) sama kau, kau bising tadi pasal apa? Rakyat masih lagi jumpa kau untuk minta duit. Itu perkara biasa, saya sendiri pun kena minta duit juga. Walaupun di kawasan Paginatan kita bagi SMJ, kita bagi ini Syukur apa semua. Tetapi, rakyat masih lagi berjumpa dengan saya karena itu adalah tanggungjawab kita sebagai Wakil Rakyat. So, don't complain. If you want to complain, might as well. Letak jawatan.

Kita punya gaji pun tidak cukup makan. Macam yang N.12 yang YAB, yang bilang.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Apa kau cakap begitu lagi? What is the relevancy?

Gaji kita pun tidak cukup makan…

Speaker

Okay, soalan tambahan seterusnya.

Okay, fokus, fokus. RM20 ribu punya gaji pun tidak cukup. Apa yang punya kita?

Speaker

Soalan tambahan seterusnya Tungku. [Suara bertindih]

Benci? You fokus, you punya jawapan bukannya tunjuk saya. Saya sudah cakap orang Sandakan saja. Sandakan ini…

I [Suara Bertindih]

Speaker

Elopura. Elopura.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Awal-awal pula dia mahu marah-marah. Apalah.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker…

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Dapat jawapanlah kau elopura.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tanya soalan bagus-bagus bukan marah-marah.

Dapat soalan Jawab sahaja.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Apas

Inda (Tidak) payah kau jadi YBlah.

Speaker

Soalan tambahan kedua, daripada Tungku.

Okey, okey. Terima kasih, terima kasih Speaker, Yang Berhormat Menteri…

… Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut, seramai 272 ribu lebih orang yang telah disenaraikan melalui inisiatif libat urus ADUN-ADUN di sebelah sini, ataupun ADUN Pembangkang, Unit UPPM dan juga Pejabat Daerah dan juga ada disebutkan pada 28 Mac telah dilantik profiler di Pejabat Daerah untuk membuat verifikasi mengenai kelayakan pemohon-pemohon tersebut.

I Soalan saya adalah, bilakah agaknya keputusan verifikasi ini boleh kita dapati? Pertama. Kedua, berapa bilangan profiler yang diletakkan di setiap Pejabat Daerah, Pejabat Daerah Kecil untuk membuat verifikasi mengenai kelayakan pemohon-pemohon tersebut? Ketiga, apakah punca kelewatan kelulusan Sistem Padan yang sekarang diperkenalkan, sebab selama ini saya tengok, selepas berapa ratus orang yang telah kita key in dalam sistem tersebut, masih belum ada lagi keputusan semakan pemohonan tersebut. Terima kasih.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Terima kasih. Soalan tambahan daripada Tungku. Beginilah kita mahu bah. Soalan secara profesional. Jadi saya pun dapat mendengarinya dengan baik.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Jawab sahajalah bah itu soalan. Masa hendak cukup ini.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Jadi, jadi emm, (ketawa) …

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Pembantu Menterikah apa ini level ni?

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Apa dia?

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Jawablah bah itu soalan. Janganlah kau bawa-bawa ini lagi, masa sudah tidak cukup, tinggal berapa minit, satu soalan sahaja setengah jam sudah dia makan.

Speaker

Yang Berhormat ADUN Dilantik duduk, duduk dulu, duduk, duduk dulu. You bangun pun, you buang masa. Duduk.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Pasal apa panjang, kau tahu kenapa itu? Pasal apa kita mau kasih (memberi) jelaskan. Kalau selalu pendek, nanti orang kata apa punya jawapan itu? Begitu bah itu. Jadi sekarang saya mau jawab. Tiada juga yang mau salah juga kan? Jadi, terima kasih apa ini Wakil Rakyat daripada Tungku. Memang kita apa ini, sebenarnya apa ini,

I bekerja keras melalui ini profiler, yang 85 orang telah pun dilantik untuk pergi ke daerah-daerah.

Mengenai dengan soalan, berapa ramaikah dalam satu daerah itu bergantung kepada keperluan. Kalau ramai yang berdaftar dalam e-Kasih itu, maka ramailah profiler yang akan dihantar. Jadi, mengenai dengan dua ribu lebih itu, itu akan diverifikasi. Saya telah difahamkan bahawa ianya akan, apa ini, diberi kelulusan dengan secepat mungkin selepas saja verifikasi itu, dapat dibuat. Terima kasih.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker? Tuan Speaker boleh satu soalan?

Speaker

Okey, sekarang. Sudah habis sudah soalan. Dua soalan sudah tadi.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Soalan ringkas sahaja.

Speaker

Dua soalan sudah tadi.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Darau.

Datuk Speaker, terima kasih.

Soalan saya yang nombor dua.

*2. YB. Tuan Azhar bin Datuk Haji Matussin [Darau] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI PERTANIAN, PERIKANAN DAN INDUSTRI MAKANAN, adakah kementerian menyedari bahawa Sungai Rampayan (laluan Institut Sinaran) kini berada dalam keadaan terlalu cetek disebabkan oleh mendapan lumpur dan menyebabkan laluan air melimpah dalam masa yang singkat.

Jawapan

Datuk Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tandek

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.17 Darau dan Dewan yang mulia ini, kementerian saya sedia maklum mengenai kejadian banjir di Kampung Rampayan yang berpunca daripada limpahan air anak Sungai Rampayan di laluan Institut Sinaran.

I Penyelenggaraan anak Sungai Rampayan adalah termasuk dalam pakej penyelenggaraan parit-parit utama pakej lima dan kerja pengorekan dilaksanakan sebanyak enam kali sepanjang tempoh kontrak lima tahun yang bermula dari tahun 2021 hingga 2026. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan. Soalan Tambahan

Terima kasih, Datuk Speaker.

Terima kasih atas jawaban Menteri tadi. Sebenarnya sungai ini namanya Sungai Sebagun Rampayan ya. Saya sedar bahawa mungkin dua, tiga minggu lepas ada, sudah diadakan penyelenggaraan, ertinya selenggaraan ini kalau bermula daripada tahun 2021, ertinya kalau lima tahun, setahun sekalilah. Betul ah? Setahun sekali. Jadi, keadaan sungai yang sempit dan selain daripada kecetekan, masalah kecetekan di Sungai Sebagun Rampayan ini sebenarnya ada lagi satu masalah di, di depan itu, di jambatan berdekep, berdekatan dengan kuburan. Kelmarin saya ada bahas juga.

Saiz jambatan ini, reka bentuk jambatan ini tidak sesuai. Sebab keleb … dia tidak ikut kelebaran sungai itu. Kalau saya tengok secara mata kasar, paling besar pun kelebaran jambatan itu satu per tiga daripada, daripada lebar, kelebaran sungai. Jadi macam mana air itu boleh lalu. Itu yang menyebabkan, sudahlah dia cetek dan air itu dia terhenti di sana. Sebab itu Sungai Rampai, Sungai Sebagun Rampayan ini dia akan melimpah dengan cepat. Jadi perkara ini bukan baru sekal, baru sekali saya, saya bawa ke dewan ini ah. Semalam pun saya bahas dan beberapa kali kita bersidang, saya rasa semua pun sudah bosan dengar saya bercakap pasal Sungai Rampayan ini.

Jadi kalau boleh ambil tindakan segeralah dan kalau ada masa selepas ini kita pergi sana sekejap. Saya boleh, bolehkah kita pergi sana hari ini ya? Menteri kalau boleh dan Kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran. Kalau boleh kita buat lawatan hari ini juga. Boleh ya? Kita tengok sendirilah, kita tengok sendiri.

I

Datuk Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tandek

Terima kasih soalan tambahan Darau. Pertama sekali, saya ingin jelaskan soalan yang pertama tadi. Sebenarnya kerja-kerja ini dibuat dua kali setahun, ya. Dua kali setahun dengan anggaran kos RM36,400.00 sekali kerja. Maksudnya dalam setahun itu, dua kali pusingan dan setakat ini enam kali penyelenggaaran telah dibuat dan melibatkan 800 meter panjang di Sungai Rampayan. Perkara yang kedua itu yang dibangkitkan memang kita sedia maklum, bahawa ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan dengan lebih teliti dan saya bersetuju dan emm, pihak kementerian akan mengambil maklum perkara ini dengan serius. Termasuk mengadakan kajian dan penelitian-penelitian yang lebih fokus mengenai dengan permasalahan yang mengaki, yang mengakibatkan perkara ini sering kali berlaku dalam setiap musim.

Jadi emm, mengenai dengan perkara-perkara lain itu soal melawat ke kawasan itu yang ini oleh kerana kita masih lagi di dalam persidangan, kita akan refer dengan kementerian sama ada boleh dilawat atau tidak hari ini. Terima kasih. Tuan Speaker.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker, Soalan tambahan.

Speaker

Sri Tanjong.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker. Isu ini juga berkaitan tentang banjir di Tawau di kawasan saya. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pembantu Menteri. Sedar atau tidak bahawa di Tawau khususnya Sungai Tanjung di mana pembersihan sungai tersebut telahpun diperhentikan sejak Oktober tahun lalu dan saya difahamkan kontrak telahpun ditamatkan dan belum lagi ada pelantikan kontraktor yang baru dan kelambatan ini memang telahpun menyebabkan banj, banjir yang baru-baru ini berlaku di Tawau khususnya di Jalan Sin Onn. Jadi saya ingin bertanya kepada YB Pembantu Menteri sama ada beliau sedar atau pun tidak kontraktor pun belum lagi dilantik sudah enam bulan dan kedua saya ingin bertanya kepada Pembantu Menteri. Apakah langkah-langkah jangka pendek …

I

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

… sementara kita menunggu projek tebatan banjir Sungai Tawau itu disiapkan, apakah langkah yang akan dilakukan oleh Kementerian YB Pembantu Menteri untuk mengelakkan banjir kilat berlaku lagi di Tawau? Terima kasih.

Datuk Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tandek

Terima kasih soalan tambahan. Mengenai dengan perkara yang berlaku di Tawau, pihak Kementerian akan cuba membuat, kita akan check, kita akan semak status dengan apa nama, mengenai dengan kontrak tadi itu, dan oleh sebab itu saya akan jawab soalan ini secara bertulis secara lebih terperinci kerana maklumat lebih lanjut dan tepat tidak ada di tangan saya. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjung Papat.

Datuk Speaker, saya ada satu soalan tambahan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sudahkan tadi.

Baru satu. Ini soalan saya, ini penting. Orang kampung sedang menunggu. (kurang jelas) Saya mohon.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Soalan asal, soalan asal satu soalan tambahan.

Satu lagi, please. Satu minit saja, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Darau saja ah.

I

Saya faham, penyelenggaraan telah dijalankan mungkin dalam tiga, empat minggu lepaslah, dua, tiga minggu. Apa masalahnya? Satu, ialah longgokan lumpur-lumpur itu tidak dibawa keluar. Ia hanya diletakkan di tepi, di kampung. Ini tidak sepatutnya berlaku dan penduduk kampung tidak selesa dengan keadaan ini. Jadi, kalau bolehlah selesaikan masalah ini, anu, secara tuntaslah dan satu lagi, kalau sekiranya ada lawatan, kalau boleh hubungi saya, saya wakil rakyat di sana. Boleh ya, YB Menteri?

Datuk Hendrus AndingPBS · GRSPembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Tandek

Terima kasih soalan tambahan. Ya, saya setuju dan kita akan minta Kementerian yang untuk enforce mengenai dengan longgokan lumpur yang dikatakan oleh Yang Berhormat dan sudah tentu, kita berusaha untuk menjemput Yang Berhormat dalam apa-apa juga lawatan ataupun perkara yang terlibat di kawasan itu. Terima kasih, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya jemput Tanjung Papat.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Datuk Speaker, soalan saya nombor tiga.

*3. YB. Datuk Poon Ming Fung @Frankie [Tanjong Papat] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memperkasa Menara MPS bagi menjadikannya aset produktif kepada pihak berkuasa tempatan dan menarik lebih banyak aktiviti ekonomi.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan, menteri. Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Tanjung Papat, dan makluman Dewan yang mulia ini, pihak Kementerian menyedari kepentingan bangunan menara 11 tingkat milik Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang

I terletak di kawasan Pusat Bandar Sandakan sebagai aset strategik yang berpotensi untuk dijadikan pemangkin pertumbuhan ekonomi di Pusat Bandar Sandakan. Sehubungan dengan itu, beberapa langkah telah dan akan diambil bagi memperkasakan bangunan ini.

Pertamanya, mengoptimumkan penggunaan bangunan. Pihak MPS sedang mengkaji modal pengurusan aset yang lebih sesuai dan berkesan, iaitu modal sewa pajakan (less modal) atau kerjasama awam swasta PPP untuk memaksimumkan penggunaan ruang bangunan serta menjadikan bangunan ini sebagai pusat ekonomi jangka panjang dan pelaburan swasta. Yang kedua, menarik pelaburan dan penyewaan ruang. Menawarkan pakej sewaan yang kompetitif kepada syarikat korporat atau para pelabur bagi menjadikan bangunan ini sebagai pusat komersial utama, menjalin kerjasama dengan sektor swasta dalam membangunkan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih menarik. Ketiga, naik taraf infrastruktur dan kemudahan. Pihak MPS sedang dan akan menaik taraf kemudahan asas seperti sistem perparitan, pemasangan CCTV, pencahayaan, dan keselamatan di kawasan persekitaran Pusat Bandar Sandakan, termasuklah kawasan bangunan Menara MPS.

Yang keempat, menjana pendapatan tambahan untuk MPS. Selain pendapatan daripada sewaan bangunan Menara MPS, pihak MPS telah menjana hasil melalui hak pengiklanan di ruang papan iklan Menara MPS. Justeru itu, Kementerian mengharapkan usaha MPS di bawah pentadbiran presiden yang baharu dan pegawai pengurusan MPS komited seperti yang telah dirancang untuk memperkasakan bangunan Menara MPS sebagai aset produktif dengan meningkatkan kadar penggunaan, menarik lebih banyak aktiviti ekonomi, serta memastikan bangunan ini memberi pulangan optimum kepada MPS. Langkah-langkah ini akan menjadi salah satu pemangkin kepada usaha menghidupkan kembali Pusat Bandar Sandakan sebagai Central Business District (CBD) yang berfungsi sebagai hub ekonomi yang lebih dinamik dan berdaya saing. Terima kasih.

I

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Soalan tambahan, Datuk Speaker. Menara MPS di Sandakan, as far as I knowlah, not less than five to eight years adalah satu bangunan yang macam banyak white elephant, yang tingkat atas untuk office, untuk office ada dua office sahaja sampai sekarang. Satu yang peguam (tidak jelas) lain, satu yang accounts, itu sahaja. Walaupun banyak ruang and banyak spacelah. Di bawah sekarang separuh pun empty sudah.

Saya adalah beberapa lama, beberapa tahun sudah ada cadang kepada MPS, presiden di sana, cara macam mana kita mahu boleh membangun tempat itu dan buat baik businesslah. Tapi, selama beberapa tahun tidak ada apa-apa tindakanlah. Termasuk, saya dengar dari bata/pihak (tidak jelas) MPS juga, dua tahun lalu sampai sekarang, ada mereka mahu buat sana satu macam mini UTC. Tapi, sampai sekarang saya tidak nampak apa-apa di apa, install, fix, or whatever over there, sampai sekarang.

So, maksud saya, saya mahu tanya, adakah masa MPS akan menambah officers atau apa-apa yang peralatan atau apa-apa untuk fix time to fix all these things up. We cannot just say we will do it, but when are we gonna do it, and when can we achieve it.

Saya ada cadang juga, di bawah sana, kasilah ruang free enam bulan untuk budak-budak taruh di sana supaya mereka boleh create activities for business to operate there later on. Tapi, sampai sekarang pun tiada apa-apa tindakan diambil. Berapa bulan? Not less than two years, it's already empty now. It's like white elephant. In order to generate business and for the tourism line income to come, we have to have something in Sandakan town. Everybody knows, it is getting back to us. We need a structure which is a white elephant into something which can generate business activities for not only the young people, for the other businesses as well. Sekian, terima kasih.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Terima kasih soalan tambahan, Yang Berhormat. Yang Berhormat pun tahu keadaan menara MPS ini. Satu, memang saya ingat dari beberapa tahun yang lepas, saya sudah menjawab soalan Yang Berhormat mengenai soalan yang sama. Dan sebenarnya kita, sehingga hari ini sebenarnya,

I menunggu orang-orang yang berminat untuk menyewa ataupun yang mahu mengguna, berniaga di bangunan ini.

Jadi sekarang ini, kita buka kepada siapa dan insya-Allah, kita sudah mula kerja-kerja untuk membaik pulihlah beberapa kemudahan yang rosak. Jadi, mana ada Yang Berhormat atau mana ada Ahli-ahli Yang Berhormat di Sandakan ini, bolehlah siapa yang berminat untuk datang menyewa. Keseluruhan pun kita bagi sewa. Kita bagi dengan kadar sewa yang berpatutan. Boleh kurang. Terima Kasih, Yang Berhormat.

Datuk Poon Ming Fung @FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Ya, sorry ya, tambah satu lagi, ya. Saya pun cadang juga kepada Presiden MPS. Saya boleh pakai saya punya peruntukan untuk baik pulihlah tempat yang (kurang jelas) sana supaya budak boleh masuk sana for free, supaya mereka boleh generate business free of charge for a certain period. Kalau business dia bagus, dia boleh bayar rentallah to MPS lepas itu. Tapi sampai sekarang, MPS tiada jawab sama sayalah. Thank you.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Terima kasih, Yang Berhormat. Itu sebuah apa ini, pandangan yang bagus. Nanti Yang Berhormat boleh datang ke Sandakan boleh bincang dengan presiden saya. Terima kasih. Terima kasih, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ahli.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Ya, soalan tambahan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

ADUN dilantik.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih, Yang Berhormat Klias telah merancang bahawa Sandakan ini dijadikan satu bandar, satu, apa ini, satu masa depan ini bandar yang cukup cemerlang. Namun …

I

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Satu ketika dahulu, Sandakan ini boleh digelar Little Hong Kong. Pada ketika itu, Yang Berhormat Karanahan juga menjadi District Officer di sana, tetapi apa yang berlaku pada hari ini, Sandakan ini boleh dikatakan sudah mahu hampir bandar mati kerana banyak bangunan yang telah usang. So, apakah tindakan Kementerian mengenai bangunan-bangunan lama yang telah dikosongkan dan kini berstatus tidak selamat diduduki di pusat bandar ini? Minta Yang Berhormat. Terima kasih.

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Datuk Speaker, terima kasih.

Soalan tambahan Yang Berhormat ADUN Dilantik.

Memang kita maklum bahawa di Sandakan ini banyak bangunan-bangunan yang sudah ditinggalkan.

Antaranya, kerana mereka sudah beralih berniaga kerana banyak bandar-bandar baharu di Sandakan. Ada yang pergi ke IJM, ada yang pergi Batu 4 dan sebagainya dan banyak bangunan yang telah saudara Yang Berhormat maklumkan, pihak kita sudah pun mengenal pasti dan kita akan berhubung kepada pemilik-pemiliknya, sama ada bangunan itu antara selamat atau tidak dan kita antara lain mencadang untuk kita dihapuskan. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya jemput Yang Berhormat Nabawan.

Datuk Speaker, soalan saya nombor empat.

*4. YB. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin [Nabawan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, adakah kerajaan akan mencadangkan supaya Klinik Kesihatan Nabawan dinaiktaraf kepada Hospital Nabawan, kerana populasi di daerah Nabawan pada ketika ini sudah meningkat berbanding dahulu. Selain itu, jarak ke hospital berhampiran adalah jauh dan juga mempunyai populasi yang ramai dan padat.

I Jawapan

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Nabawan, perancangan untuk menubuhkan fasiliti Hospital Nabawan telah pun dimasukkan dalam Pelan Induk Perancangan Fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2023 hingga 2045 untuk dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-17. YB lama lagilah tetapi mudah-mudahan kalau kena follow up tidak lama juga itu dan saya yakin kepada YBlah untuk lebih di KL. Buat masa ini, rawatan bagi pesakit di daerah Nabawan diberikan melalui fasiliti Klinik Kesihatan Nabawan sedia ada, iaitu klinik jenis empat yang berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi klinik-klinik lain di sekitar daerah Nabawan.

Pada tahun 2019, skop perkhidmatan Klinik Kesihatan Nabawan telah diperluas dengan penambahan unit hemodialisis selain daripada perkhidmatan pesakit luar ataupun (OPD), perkhidmatan kesihatan ibu dan anak (MCH), perkhidmatan kecemasan, perkhidmatan radiologi ataupun X-ray, perkhidmatan makmal kesihatan primer, perkhidmatan farmasi, perkhidmatan pemakanan dan perkhidmatan jurupulih perubatan.

Bagi memastikan perkhidmatan rawatan yang konsisten, sistem kerja syif telah pun diperkenalkan di unit kecemasan dan ruang pemantauan pesakit sejak tahun 2017 bagi membolehkan perkhidmatan diberikan secara 24 jam. Sistem ini dilaksanakan untuk memudahkan penduduk di daerah Nabawan mendapatkan rawatan kecemasan pada bila-bila masa. Sebagai maklumat tambahan, pesakit akan dirujuk ke Hospital Keningau sekiranya perlu dirujuk ke hospital pakar. Terima kasih.

Datuk Speaker, soalan tambahan. Terima kasih Datuk Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya adalah, adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menambah kemudahan-kemudahan rawatan kesihatan seperti mesin-mesin dialisis dan juga keperluan logistik seperti kenderaan, ambulans, pacuan empat roda dan juga bot ambulans khusus untuk klinik-klinik yang jauh ini di Pekan Pensiangan dan juga di daerah kecil Pagalungan kerana daerah Nabawan ini terletak jauh di pedalaman dan mempunyai jalan-jalan bekas balak dan juga sungai. Terima kasih.

I

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Terima kasih ADUN Nabawan.

Untuk makluman Yang Berhormat Nabawan dan juga ADUN yang mulia ini, kita mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah kerana memperuntukkan 100 mesin dialisis secara percuma kepada seluruh hospital dan klinik kesihatan di negeri Sabah. (Bunyi tepukan meja). Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri telah pun memberi peruntukan khas untuk menanggung sepenuhnya segala pembayaran di hospital-hospital dan klinik kesihatan yang menerima perkhidmatan mesin dialisis ini. Dan ini mesti rakyat tahu bahawa mulai daripada tahun ini, 1hb. Mei, semua pembayaran di hospital dan klinik-klinik melalui perkhidmatan mesin dialisis diberi secara percuma oleh Kerajaan Negeri Sabah. Dan untuk makluman ADUN Nabawan, Hospital Nabawan memang ada mesin dialisis sebanyak lapan buah dan semua mesin ini masih baharu.

Dan memandangkan mesin ini baharu, maka peruntukan daripada 100 mesin ini masih belum diberikan kerana mesin masih mencukupi.

Pertama, berkaitan dengan bot.

Memandangkan kawasan Pagalungan, kawasan Pensiangan ini mempunyai bentuk muka bumi yang berlainan daripada daerah-daerah lain, yang tidak sama dengan bentuk muka bumi daripada Semporna, daripada Pulau Jambongan, Terusan, Sugut, maka Kementerian Kesihatan sedang dalam perancangan untuk membuat spek bot yang sesuai dengan kawasan Pagalungan dan Pensiangan.

Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini bot bergerak oleh Kementerian Kesihatan di bawah JKNS sedang beroperasi di kawasan Pagalungan dan Pensiangan untuk kemudahan rakyat dan itu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih Datuk Speaker.

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Kemabong.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih Tuan Speaker.

Soalan tambahan saya, pertama saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri

I Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan di atas kejayaan beliau memimpin Kementerian mendapatkan peruntukan untuk membantu mereka-mereka yang menghadapi masalah kencing manis dan buah pinggang. Dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, GRS, PH Plus di atas pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, ADUN Sulaman kerana memberi peruntukan kepada Kementerian Yang Berhormat ADUN Sugut.

Saya dengar tadi ada lebih kurang ada 100 unit mesin untuk hemodialisis.

Di Kemabong ada dua dispensari. Ada beberapa buah klinik, tetapi dua dispensari yang besar. Dan apabila daripada Ulu Tomani dari Rundum datang ke Pekan Tenom untuk melakukan hemodialisis, mereka akan melalui jalan lebih kurang 60 kilometer. Begitu jauh. Perkara ini juga telah disuarakan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen P181 Tenom di Dewan Rakyat Parlimen dan sehingga Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah sedih dan sehingga beliau menangis di Parlimen. Saya mohon supaya berilah dua tiga untuk satu klinik. Satu di Klinik Pekan Kemabong, satu di Klinik Kuala Tomani. Terima kasih.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Terima kasih ADUN Kemabong. Datuk Speaker, kita menyedari bahawa keperluan mesin dialisis ini memang sangat tinggi di Sabah terutama sekali penambahan pesakit buah pinggang di Sabah yang semakin ramai. Bukan semakin kurang, semakin ramai kerana mungkin ini kesedaran tentang penjagaan kesihatan kita.

Saya selaku Exco Kesihatan amat sedih apabila melihat data-data yang telah pun diberikan sebab itu, kita amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat Ketua Menteri.

Apabila saya bawa perkara ini ke Kabinet, beliau tidak melengah-lengahkan, terus meluluskan mesin dialisis sebanyak 100 buah dan terus memberi…

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Menentukan bayaran secara percuma dan ini keprihatinan Kerajaan pada hari ini, Datuk Speaker. Dan respon daripada Yang Berhormat Kemabong,

I memang kita sedar bahawa pesakit luar bandar ini bukan tinggal di bandar. Mereka ini tinggal di kawasan-kawasan luar bandar yang jauh. Di Kemabong ada 60 km, di kawasan saya ada yang sampai 120 km, 100 lebih kilometer untuk datang, untuk mendapat perkhidmatan rawatan mesin dialisis ini. Maka saya telah pun berbincang dengan pengarah saya supaya mesin hemodialisis ini yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri kita gunakan untuk membina beberapa lagi mesin-mesin rawatan-rawatan, mesin dialisis ini supaya rakyat mendapat perkhidmatan lebih dekat lagi, supaya mengurangkan kos mereka kelak. Datuk Speaker, terima kasih.

Tuan Speaker, ya, ada Sandakan ada.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, yang lain boleh buat dalam perucapan nanti, perbahasan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gum-Gum.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Okey, Datuk Speaker, mungkin Calvin Chong mahu cakap pasal Sandakan.

Terima kasih YB Menteri tidak boleh sebut nama. (Tak boleh sebut nama). Menteri, terima kasih kasih peluang saya. Jadi, tadi Menteri ada bilang (beritahu) itu buah pinggang, ada tambah dia punya amaun. Di Sandakan kita sudah minum dua tahun air masin, jadi kita punya data ada naikkah? Jadi kita ada kes buah pinggang, ada tambahkah? Sila Menteri yang jelas. Terima kasih. Dua tahun kita minum air masin, di Sandakan. Jadi buah pinggang sakit, dia punya kes ada tambahkah? Terima kasih.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Biar Menteri jawab dulu.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Itu saya rasa tidak kena mengenalah. Pasal itu mesin dialisis ini, kita cerita pasal mesin dialisis. Ini air lain, air ini. Ini jauh bah itu. Kita minum itu air, kita belum buat kajian lagi. Saya sendiri pun tidak tahu kalau kau minum itu air masin itu, ada kena mengena buah pinggang?

I

Itulah saya cakap. Ada kes ada buah pinggang kes, ada tambahkah? Itulah saya tanyalah. Kes buah pinggang.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Datuk Speaker, pasal kes ini saya kena tanya Doktor Sandakan, apakah orang yang minum air masin ini ada penyakit buah pinggang?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey, terima kasih.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Yang saya mahu tanya sama kau ini, Sandakan, saya mahu you tanya Sandakan. Sebab di Sandakan itu kurang mesin dialisis. Sebab apabila rakyat kita di Sandakan itu mesin dialisis dia sudah penuh. Kalau, kalau Kerajaan tanggung, kena bayar lebih kurang RM216 saja. Tetapi, bila orang kampung tidak dapat mendapat rawatan di hospital, dia kena bayar RM2,600.00 hingga RM3,000.00 sebulan. Belum masuk tambang, itu tunggu mati sahajalah. Betulkah tidak? Okey, jadi saya minta tolong sama YB, kasih (memberi) sebarkan kepada rakyat seluruh Sandakan di pelosok kampung, bahawa Sandakan mendapat 11 unit mesin dialisis tambahan. Itu yang kita mahu, maklumkan mereka itu.

Betul, saya setuju. Itu ya, saya sokong penuh.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Okey YB. Bila saya tanya you Calvin Chong, sebab you are friend, kita kawan, bermakn …

Ya, ya, saya sokong penuh, terima kasih Menteri yang jawab. Itu yang saya hanya tanya, ada kes yang dalam tiga tahun ini ada tambahkah? Jadi tidak kira dia air masinkah, lain-lain keskah?

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Memang ada penambahan, sebab itu saya cakap.

Berapa peratus dalam ini dua tahun?

I

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Berapa peratus ini saya bukan doktor, saya kena tanya data.

Boleh jawab yang tulisankah?

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Saya boleh jawab tulisan, itu tidak ada masalah.

Bolehkah?

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Sugut

Boleh, saya akan jawab tulisan, berapa data peningkatannya. Terima kasih.

Terima kasih Menteri.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

YB Menteri, sila duduk.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gum-Gum.

Datuk Speaker, Soalan saya nombor lima.

*5. YB. Tuan Arunarnsin bin Taib [Gum-Gum] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah tindakan Kerajaan terhadap projek Rumah SMJ yang terbengkalai khususnya di kawasan DUN N.50 Gum-Gum.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan Menteri. Jawapan

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Bismillahirrahmanirrahim.

Datuk Speaker, sebelum saya menjawab Soalan No.5 pada pagi ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan alu-aluan di atas kehadiran pemimpin-pemimpin dari kawasan saya, dari kawasan Labuk, sekitar 15 orang pada sidang DUN yang mulia pada pagi ini. Terima kasih Datuk Speaker.

I Datuk Speaker, untuk maklumat Yang Berhormat dari N.50 Gum-Gum dan Dewan yang mulia ini, pengurusan tertinggi kementerian saya telah mengadakan lawatan pemantauan bersama dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada 7 April 2025 ke DUN N.50 Gum-Gum. Hasil pemantauan tersebut mendapati, bahawa projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi DUN N.50 Gum-Gum, sedang dalam pelaksanaan dan ada yang telah siap. Masalah terbengkalai seperti yang disebutkan hanyalah melibatkan sebuah rumah sahaja. Sehubungan dengan itu, pihak kontraktor yang hadir semasa, hadir sama semasa lawatan telah memberikan komitmen untuk menyiapkan rumah yang sedang dalam pelaksanaan. Oleh itu, kementerian saya akan melaksanakan pemantauan secara berkala setiap tiga hari, bagi memastikan setiap aktiviti berjalan mengikut perancangan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pemantauan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan ketelusan dan juga kecekapan dalam pengurusan projek, serta memberikan peluang untuk membuat penambahbaikan jika perlu. Kementerian juga akan memastikan laporan pemantauan dikemaskini secara berkala, dan tindakan segera diambil sekiranya terdapat sebarang isu yang perlu diberikan perhatian. Tuan Speaker, saya mengakui bahawa projek rumah mesra SMJ di kawasan DUN Gum-Gum, sedang berhadapan dengan beberapa cabaran yang menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaannya. Antara faktor-faktor yang pengaruhi kemajuan projek ini adalah seperti berikut:

Pertama, masalah akses jalan.

Contohnya, di Kampung Ulu Dusun yang memerlukan pembinaan jalan sepanjang 2 km, untuk menghubungkan kawasan tapak projek dengan jalan utama. Pembinaan akses jalan tersebut mengambil masa untuk dilaksanakan oleh pihak kontraktor. Kedua, jalan utama ke projek rumah mesra SMJ mengalami masalah banjir apabila hujan teruk. Contohnya, akses jalan di Kampung Sungai Memanjang dilanda banjir teruk pada hujung tahun 2024 dan juga awal tahun 2025, yang mana telah menyebabkan pembinaan rumah mesra SMJ tidak dapat dilaksanakan. Ketiga, pihak pejabat pelaksana juga mengalami isu perubahan lokasi pembinaan rumah mesra SMJ oleh penerima, atas faktor masalah keluarga dan tapak tanah yang menyebabkan sedikit kelewatan dalam proses pembinaan rumah tersebut.

I Kementerian saya sangat memandang serius mengenai isu kelewatan penyiapan, dan juga komited dalam memastikan projek rumah mesra SMJ ini dapat dilaksanakan dengan lancar, dan memberi manfaat kepada penduduk setempat. Semua pihak terlibat sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu ini dengan secepat mungkin, dan memastikan penyelesaian yang terbaik. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Soalan tambahan Gum-Gum. Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Walau bagaimanapun, yang saya maksudkan itu di Jalan Chenkou, Batu 14, okey. Rumah-rumah ini memang lebih kurang 90% siap tetapi tingkap, lampu, tiada apa semua. Jadi, persoalan saya di sini macam mana orang mahu tinggal? Tempat dia pun sudah rumput sampai paras rumah sudah. Sebab itu saya katakan bahawa rumah ini terbengkalai. Bukan sedikit ni Yang Berhormat Menteri, banyak. Satu tempat itu saya nampak macam ada lapan unit.

Semua tidak ada orang tinggal dan rumput kiri, kanan semua tumbuh. Saya nampak tiada tiang lampu apa semua tetapi dalam yang sama juga saya mempersoalkan, kenapa rumah ini dibina disitu ah? Contoh dia tadi, jalan di Ulu Dusun itu. Kenapa dibina di dalam hutan yang perlu jalan raya? Tidak dibina di tempat yang senang untuk kegunaan. Jadi, sayang peruntukan yang begini banyak, percuma ini daripada Kerajaan tetapi tidak diguna pakai. Terima kasih. Datuk Dr.

Tuan Speaker, terima kasih. Dia bagi saya ruang.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Belum lagi bah. Minta Menteri jawab dulu. Apa? Soalan yang sama?

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Sekejap, Yang Berhormat.

I

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Kalau sama, tidak perlu ulang. Tunggu dulu ah, Yang Hormat. Datuk Dr.

Dia bagi saya laluan. Boleh ya?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Kemudian. Datuk Dr.

Tapi pastikan dibagi, ya.

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Gum-Gum. Sebenarnya berkenaan memang kita ambil maklum tentang kelewatan dan juga ada rumah-rumah yang lambat disiapkan. Tapi seperti yang kita saya maklumkan tadi berkenaan beberapa isu seperti perolehan tapak, sebenarnya disebabkan itulah apabila tapak yang dipilih oleh pemilik ataupun penama yang dinamakan untuk rumah tersebut hanya tapak itu yang dicadangkan oleh pemilik tersebut. Namun demikian, apabila dalam proses pelaksanaan, ianya terdapat masalah tentang memasuki tapak tersebut dan itu adalah antara penyebab-penyebab. Antara kelewatan sebabkan dari segi perolehan tapak sebenarnya bukan mudah.

Disebabkan penama yang diberi rumah ini hanya tapak tersebut yang dicadangkannya. Namun apabila proses pelaksanaan pembinaannya, di situlah timbul.

Namun demikian, pihak Kementerian dan juga jabatan pelaksana seperti Majlis Perbandaran akan menambah baik dan juga terus memantau berkenaan tapak-tapak yang dicadangkan oleh penama ini. Seboleh-bolehnya ianya dapat utiliti seperti ada bekalan elektrik dan air dan sebagainya juga akses jalan yang mudah untuk proses pelaksanaan Rumah Mesra SMJ yang dicadangkan. Jadi, terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan dan Kementerian akan mengambil maklum tentang sebarang kelewatan yang berlaku. Terima kasih.

Soalan satu.

I

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya dapat beri satu saja soalan tambahan. Sulabayan ataupun Sukau? Sukau berdiri banyak kali sudah.

Ya. Terima kasih, Datuk Speaker. Datuk Dr.

Saya mohon penjelasan.

Tadi saya nak minta apa pertanyaan pada yang apa menjawab tadi. Bukan saya perlukan Pembantu Menteri yang menjawab. So, dia bagi saya laluan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Bah, kasih ringkaslah. Datuk Dr.

Itu tujuan tadi. Tiada kaitan dengan soalan tambahan. Dia bagi saya laluan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya. Teruskan. Teruskan. Kasih ringkas soalan terus. Datuk Dr.

So, Yang Berhormat, terima kasih Gum-Gum. Soalan apa pertanyaan saya tadi, setuju tak masalah pemilihan rumah SMJ ini? Matlamat itu baik. Soal terbengkalai ini bukan saja di Gum-Gum, di tempat-tempat lain pun. Jadi, adakah Yang Berhormat ADUN daripada Gum-Gum setuju, supaya untuk membuat pemilihan rumah SMJ tujuan yang baik ini satu jawatankuasa khas, tidak melibatkan pihak politik ataupun pimpinan? Maka ini yang berlaku. Termasuklah pemilihan kontraktor. Setuju tak, YB Gum-Gum? Itu pertanyaan saya tadi.

Datuk Speaker, saya sangat bersetuju untuk pelaksanaannya. Terima kasih.

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Terima kasih soalan tambahan dari Sulabayan dan juga sekali Gum-Gum. Datuk Dr.

Bukan perlu saya jawab. Gum-Gum.

I

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Terima kasih soalan tambahan lagi daripada DUN Gum-Gum berkenaan jawatankuasa proses untuk pemilihan nama-nama ataupun penerima-penerima rumah ini. Untuk makluman Yang Berhormat, proses pemilihan ataupun penerima rumah SMJ ini, untuk makluman jawatankuasa yang dimandatkan untuk proses pemilihan ini adalah di setiap daerah, iaitu satu jawatankuasa focus group. Di mana jawatankuasa focus group ini adalah berkenaan tentang miskin tegar dan juga sebagainya. Itulah diguna pakai oleh pihak Kementerian dan untuk makluman, jawatankuasa focus group ini akan diadakan di setiap daerah-daerah. Jadi bererti cara pemilihan itu bukan tidak teratur dan memang teratur sebabkan jawatankuasa focus group dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi di kawasan khususnya di daerah ataupun di Majlis Perbandaran.

Jadi, sudah pasti penelitian tentang proses pemilihan ataupun penerima rumah ini telah pun dikenal pasti lebih awal. Namun demikian, pihak Kementerian akan mengambil langkah-langkah seterusnya untuk memastikan bahawa semua penerima-penerima ini dapat ditapis sebaik yang mungkin seperti yang diadukan oleh pihak Yang Berhormat khususnya di kawasan Gum-Gum. Terima kasih.

Datuk Speaker, satu soalan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sukau last.

Terima kasih, Datuk Speaker. Saya juga ingin mengutarakan masalah yang sama di Dewan Undangan Negeri Sukau. Saya difahamkan pada tahun lepas sebanyak 20 buah rumah telah diluluskan. Namun, saya mendapat laporan daripada 20, hanya 12 yang berjaya disiapkan. Saya terima alasan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Cuma masalahnya di Sukau ini akses ada, rumah itu di tepi jalan. Kalau bilang pasal air, ada air di tempat itu. Apa masalah lagi yang menyebabkan lapan buah rumah masih terbengkalai sehingga ke hari ini? Itu saja. Sebab kalau bilang masalah akses jalan raya, di siring jalan. Masalah elektrik air, ada. Tapi masih juga tergendala.

Datuk Samad bin Jambri @JamriBERSATU · GRSPembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar · Labuk

Ya, terima kasih. Soalan tambahan lagi daripada DUN Yang Berhormat

I Sukau. Sebenarnya, soalan asal ini lebih berkisar kepada di kawasan DUN Gum-Gum. Namun demikian, saya akan kita akan dapatkan maklumat perincian berkenaan bagi Rumah Mesra SMJ di kawasan Sukau seperti Yang Berhormat maklumkan dan insya-Allah kita akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih, Datuk Speaker.

Yang Berhormat Datuk Speaker, satu last minta tolong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat boleh bawa dalam ucapan masing-masing nanti.

Okey.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Thank you. Saya jemput ADUN yang Dilantik Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Datuk Speaker, soalan nombor enam.

*6. YB. Datuk Amisah Yassin [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI / MEMEGANG PORTFOLIO EXCO AGAMA, berapakah hasil kutipan zakat fitrah di Sabah bagi tahun 2025/1446 dan berapakah jumlah penerima bantuan Ramadan bagi tahun ini.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan, Menteri. Jawapan

Datuk Haji Ruslan bin MuharamPBS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Lumadan

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik serta Dewan yang mulia ini, Majlis Ugama Islam Sabah menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah menganggarkan pungutan zakat harta dan zakat fitrah berjumlah RM155 juta. Dengan pungutan zakat fitrah dianggarkan berjumlah RM12.6 juta dan sasaran jumlah pembayar seramai 1.8 juta orang bagi tahun 2025. Jumlah sebenar hasil kutipan zakat fitrah masih belum dapat dimuktamadkan kerana masih dalam proses pengiraan serta pengauditan.

I Bagi pengagihan zakat pada bulan Ramadan tahun ini, BZF Muis telah memperuntukkan dana sebanyak RM20.1 juta untuk diagihkan kepada asnaf yang berhak berjumlah RM18,462,950.00. Bagi fakir kita telah memberi RM8,016,650.00. Bagi miskin, RM9,229,800.00. Pada mualaf, RM1,216,500.00. Manakala selebihnya RM1.6 juta pula akan diagihkan kepada wakil-wakil amil yang dilantik oleh MUIS seramai 2500 … Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri [Datuk Haji Ruslan bin Muharam]:…50 orang wakil amil fitrah pada tahun ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ada soalan tambahan? Soalan Tambahan

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Pertama, apakah MUIS telah memperkenalkan sistem digital dalam pengurusan zakat? Kedua, adakah zakat MUIS turut menyumbang kepada pembangunan pendidikan? Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Tuan Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan berkenaan. Memang sebahagian urusan zakat dilaksanakan berdasarkan teknologi semasa. Ada kita gunakan digital, e-banking, online dan kita juga pada Ramadan baru-baru ini memperkenalkan 250 QR untuk memudahkan pembayar-pembayar zakat. Kita ada 40 orang Ketua Amil dan ada 2,500 wakil Amil dan orang ramai yang membayar zakat masih selesa dengan membayar secara fizikal Zakat Fitrah ini. Mungkin antaranya kerana ada doa yang dibacakan oleh para wakil Amil. Berhubung dengan yang lain juga kita memperkenalkan digital di MUIS. Kalau wakaf itu kita perkenalkan e-Wakaf, kemudian JAHEINS. Kalau pernikahan kita ada sudah e-Nikah dan Perbadanan Baitulmal ada memperkenalkan e-Dermawan, dan ini semua adalah digitalisasi, dan apabila saya sebut e-Nikah tadi, e-Poligami belum ada dan itu melalui Jabatan Kehakiman Syariah.

I Berhubung dengan sumbangan dalam pembangunan memperkasa pendidikan, memang sebahagian daripada kutipan zakat itu kita gunakan untuk pembangunan pendidikan. Misalnya saja, dermasiswa setiap tahun kita berikan RM20 juta untuk menanggung lebih 2,000 anak-anak kita, mendapat biasiswa dan tahun ini kita akan tambah RM25 juta.

Dana untuk pembangunan pendidikan keseluruhannya yang disediakan oleh MUIS melalui Bahagian Zakat ini, adalah sejumlah RM40 juta. Itu penjelasan untuk soalan tambahan. Terima kasih.

Soalan Tambahan

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Tuan Speaker, berdasarkan kepada jumlah yang telah dimaklumkan tadi oleh Menteri, terdapat lebihan daripada pungutan zakat yang masih boleh diagihkan. Saya ingin bertanya sama ada madrasah ataupun pusat-pusat tahfiz ini juga, layak untuk diberikan bantuan sebab kebanyakan ataupun banyak di antara pusat-pusat tahfiz, madrasah yang tumbuh, terutamanya di Sandakan dan mungkin juga di lain-lain tempat dalam keadaan yang daif. Adakah juga mereka ini diberikan apa ini, bantuan apa ini, langsung daripada pusat zakat?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Memang sebahagian besar daripada madrasah khususnya yang mendaftar kita bantu, melalui sumbangan dana ini yang saya sebutkan tadi dalam RM40 juta berkenaan, ditolak daripada RM25 juta untuk dermasiswa. Selebihnya kita bantu tahfiz, kita bantu sekolah agama rakyat, termasuk juga sekolah agama negeri kita bantu untuk pengurusan atau operasi mereka. Terima kasih.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Silakan, Sekong.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih. Terima kasih Tuan Speaker.YB Menteri, apa pendirian YB Menteri bagi isu berkaitan umat Islam yang membayar zakat fitrah direct kepada ASNAF? Itu yang pertama.

I Yang kedua, ramai beranggapan dan bahkan bertanya kutip zakat senang, tetapi memohon bantuan zakat itu sangat susah. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Terima kasih. Zakat ini perlu kita ingat dia dibayar kepada Ulil Amri. Ulil Amri itu adalah Kerajaan khususnya Majlis Ugama Islam Sabah, yang diamanahkan untuk menerima zakat berkenaan.

Kedua, sekiranya ada masalah permohonan zakat, bagi yang layak, boleh rujuk terus dengan kita, dan insya-Allah kita akan bantu mana-mana yang boleh kita bantu dan layak untuk dibantu. Khususnya fakir, miskin, mualaf, dan yang sangat penting adalah anak-anak kita yang memerlukan bantuan pendidikan. Bantuan pendidikan ini bukan sahaja di bawah bantuan Majlis Ugama Islam Sabah, melalui Bahagian Zakat dan Fitrah, tetapi juga banyak ditanggung oleh Biasiswa Kerajaan Negeri. Tahun ini saja lebih RM120 juta ditanggung untuk membangun anak-anak kita, memberikan biasiswa, dermasiswa, dan sebagainya.

Demikian juga kita, kalau tidak dapat biasiswa berkenaan, juga melalui Yayasan Sabah, ada dermasiswa dan pinjaman. Kalau pun tidak ada, kita ada Tabung Pendidikan Negeri Sabah. Untuk pendidikan ini insya-Allah tidak ada masalah anak-anak kita untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab sudah selesai. Setiausaha.

Menyambung semula perbahasan ke atas usul melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas ucapan Dasar Kerajaan yang telah ...Motion

Setiausaha Dewan

Menyambung semula perbahasan ke atas usul melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Dewan ini ialah bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama yang di-Pertua Negeri atas ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, pada hari Khamis bersamaan 10 April 2025.

I Saya jemput Ahli Yang Berhormat, Sindumin. Belum? Jemput Ahli Yang Berhormat Bugaya. Ini adalah nama-nama yang sudah kemukakan menunjukkan berminat untuk menyampaikan ucapan. Walau bagaimanapun, kita teruskan. Yang Berhormat Karambunai.

11.27 pagi

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Terima kasih Datuk Speaker.

“Auzubillah minashaitan nirajeem bismillahirrahmanirrahim alhamdulillah hirabbil 'alamin wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin arafi mursalin, wa ‘ala alihi wasahbihi ajmain”.

(Bahasa Jawi) Datuk Speaker, yang dihormati rakan-rakan sidang DUN pada kali ini. Terima kasih kerana memberikan saya kesempatan untuk mengambil bahagian dalam ucapan usul terima kasih dan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang telah disampaikan pada tanggal 10 April 2025. Saya bersyukur pada hari ini, berkesempatan dan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Tuan Speaker dan Ahli Dewan yang dikasihi sekalian.

Sedar tidak sedar kita bahwa kita sudah berada di hujung penggal Kerajaan pada penggal ini. Kita sudah berada di penghujung. Mungkin ini persidangan yang terakhir. Mungkin juga tidak. Manalah tahu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mendapat ilham atau mendapat mimpi yang awal. Membubarkan Dewan lebih awal mungkin. (bunyi ketukan meja) Jadi saya beranggapan ini adalah..

I

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

… adalah persidangan kita yang terakhir dan begitu juga kepada diri saya sendiri. Mungkin kali ini berdirinya saya di sini adalah berdiri untuk kali yang terakhir untuk penggal ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, sepanjang kita menjadi Ahli Yang Berhormat di dalam DUN ini mewakili kawasan masing-masing, kita telah berusaha sehabis baik yang termampu kita lakukan. Sama ada yang di pihak sebelah sana, mahupun yang pihak di sebelah sini. Bagi diri saya sendiri, saya rasa amat bersyukur dan juga berasa bertuah dapat berkhidmat pada penggal kali ini.

Yang mana saya sempat berkhidmat di sebelah sana dan juga berkhidmat di sebelah sini. Kedua-keduanya saya lalui untuk mematangkan diri seba … saya dalam kerjaya sebagai seorang ahli politik. Seruan yang sering kita lakukan berkenaan dengan perpaduan, kerjasama, kesetiaan, semuanya sama ada sebelah sana, mahupun sebelah sini juga sering diperkatakan. Bagi saya tidak timbul soal sama ada yang di sebelah sini ini tidak … mem … mem … memberi kerjasama dalam perpaduan. Jujur saya katakan, kami di sebelah sini khususnya saya juga, berjuang demi rakyat dan negeri Sabah yang kita cintai ini.

(Bunyi ketukan meja) Tuan-tuan dan puan-puan, pihak Kerajaan juga perlu mengakui dan pihak di sini juga perlu menghormati bahawa dalam usaha Kerajaan mentadbir negeri ini, dalam pada usaha ada kejayaan. Ada juga kegagalannya adalah hakikat yang perlu kita terima bersama. Betul, tidak?

Ah, jadi tuan-tuan dan puan-puan, sebagai seorang Ahli Yang Berhormat yang mewakili DUN Karambunai. Saya juga telah mengutarakan beberapa masalah-masalah di kawasan DUN Karambunai dan contohnya, isu berkenaan dengan tanah perkampungan yang masih berstatus padang ragut, masih berstatus hutan simpan. Kalau kita berpikiran dalam ah, kawasan perkadaran bandar raya, mana mungkin lagi ada kawasan padang ragut. Mana mungkin lagi ada kawasan ah, hutan simpan. Jadi saya meminta kepada pihak Kerajaan pada perbahasan saya tahun lalu agar

I melihat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan permasalahan penduduk-penduduk yang menduduki kampung-kampung tersebut, iaitu Kampung Narowot yang masih berstatus padang ragut. Kemudian itu, Kampung Kinabakan yang masih berstatus hutan simpan. Jadi saya berharap sangatlah kepada pihak Kerajaan, walaupun berkali saya ini wakil rakyat sebagai pembangkang, tetapi rakyat yang duduk di sana itu adalah warganegara Sabah, rakyat yang berhak untuk kita bela sebagai rakyat sejak di negeri Sabah. Tuan yang ah, Datuk Speaker dan Sidang Dewan yang dihormati sekalian. Selain daripada masalah tanah perkampungan, saya melihat kawasan perkampungan di atas air terutamanya di Kampung Numbak, Menggatal. Keadaan jambatan titi yang berada di kampung tersebut sangat-sangat baik. Baru-baru ini pada hari raya pertama, ramai yang jatuh bersama jambatan roboh di … di Kampung Numbak. Adakah ini sebagai hukuman kepada mereka kerana mereka berada dalam kawasan wakil rakyatnya seorang pembangkang? Saya berharap sangat dimanapun kawasan yang diwakili sama ada kawasan Kerajaan mahupun kawasan pembangkang. Kita perlu membela nasib rakyat. Saya yakin dan percaya di kawasan yang diwakili pembangkang juga ada penyokong dan pengikut-pengikut parti-parti Kerajaan. Jadi, tidakkah adil kalau kita membela mereka ini bersama? Saya menyeru sekali lagi kepada pihak Kerajaan, bantulah mereka. Bantulah rakyat ini di mana juga mereka, apa juga status politik mereka. Mereka warganegara Sabah yang perlu kita bela.

Datuk Speaker, tuan-tuan yang saya hormati sekalian. Semalam saya telah dihubungi oleh seorang kawan yang baru pencen daripada Perkhidmatan Awam. Dia bertanya kepada saya bila Sidang DUN, saya cakap Sidang DUN sedang berlangsung.

Bolehkah saya berpesan untuk disampaikan kepada Dewan berkenaan saham Sabah? Berkenaan dengan saham Sabah. Saya, dia cakap, saya mem … membuat pinjaman bank untuk melabur dalam saham Sabah. Namun sampai saya pencen hutang belum habis tetapi hasil daripada pelaburan kepada saham Sabah belum ada menampakkan apa-apa pulangan kepada pelabur-pelabur. Justeru itu, saya mohon kepada pihak Kerajaan, kepada yang bertanggungjawab kepada perkara ini. Marilah kita sama-sama fikirkan kalau kita lihat pendapatan negeri ini yang semakin hari semakin meningkat. Kenapa tidak kita bantu mereka dalam pelaburan, dalam ah, dalam ah, mentadbir saham Sabah ini? Kakitangan di saham Sabah masih ada. Malahan ada yang bergaji puluhan ribu yang kita bayar

I bulan-bulan. Tetapi para pelabur akhirnya juga yang menerima kesan daripada permasalahan saham Sabah.

Datuk Speaker dan Dewan yang mulia ini, saya juga mengambil kesempatan di sini ingin merakamkan tahniah kepada ah, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga ah, memegang portfolio agama. Tentang ah, di mana Pusat Dialisis yang di, di dibuat di Taman Fuliwa Menggatal telah pun sempurna dan dapat digunakan sepenuhnya.

Alhamdulillah, terima kasih. Mudah-mudahan ianya dapat meringankan beban mereka-mereka yang memerlukan rawatan tersebut. Namun, saya juga mau bertanya kepada Yang Berhormat. Apakah status Sekolah Agama Rakyat yang telah pun dinyatakan dalam persidangan yang lepas-lepas bahawa Sekolah Agama Rakyat Kampung Tebobon sudah pun diluluskan. Namun tidak menampakkan sebarang gerakan atau sebarang aktiviti untuk membina memulakan pembinaan sekolah tersebut. Sekolah ini saya perjuangkan semenjak Kerajaan yang lepas-lepas sehinggalah ke hari ini. Saya berharap ah, perkara ini dapatlah.

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Sekolah … Sekolah Agama Negeri, saya ingat ah.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Macam mana?

Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Membakut

Sekolah Agama Negeri, bukan Sekolah Agama Rakyat kali ya?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, tiga minit.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Ah , Sekolah Agama Negeri.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Tiga minit.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Terima kasih. Sekolah Agama Negeri, kurang lebihlah bah juga tu. Jadi, jadi saya berharap ah, pembinaan sekolah ini dapatlah dilaksanakan sesegera mungkin kerana sekolah yang sedia ada, Yang

I Berhormat sendiri pernah bersama saya melawat keadaan sekolah tersebut yang mana dalam keadaan uzur. Jangan kita menunggu sampai ada petaka yang menimpa anak-anak yang belajar di situ barulah kita bertindak. Tuan-tuan dan puan-puan, Ahli Dewan Yang Dihormati, Datuk Speaker. Saya tidak berhajat berpanjang lebar dalam Dewan yang mulia ini. Jadi, saya mengambil kesempatan mungkin seperti yang saya katakan. Kali ini adalah kali terakhir persidangan kita. Mungkin juga ini kali terakhir saya berdiri di sini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat di DUN N.16 Karambunai yang telah memberi mandat kepada saya, yang telah memberi kerjasama kepada saya di sepanjang saya berkhidmat pada penggal ini.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSKarambunai

Mudah-mudahan kalau ada rezeki, tahun depan kita akan berjumpa, mungkin yang sebelah sini duduk sebelah sana, yang sebelah sana duduk sebelah sini. Wallahuaklam, ini semua Allah punya kehendak. Jadi, saya dengan yang demikian, yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang kelebih dan kekurangan itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Saya menyokong ucapan dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Karambunai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bugaya. Silakan. 11.40 pagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Segala puji dan syukur kepada Allah SWT atas ...

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

12 minit ah.

Okey. Segala puji dan syukur kepada Allah SWT atas limpah nikmat dan juga kurnia-Nya dan selawat dan salam ke atas

I junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Yang Bugaya hormati, Datuk Speaker dan semua Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu atas dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-11. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan mohon maaf zahir dan batin serta Selamat Hari Raya kepada semua Ahli Yang Berhormat serta warga DUN dan khususnya kepada semua rakyat di DUN Bugaya. Datuk Seri Speaker, Bugaya ingin mengulas perenggan 51 dan 52 dalam ucapan dasar yang memperkasa kecekapan pentadbiran tanah dan isu yang banyak dihadapi oleh rakyat di negeri Sabah ini, antaranya adalah masalah tanah. Bugaya ingin bertanya kepada Menteri, berapa banyak permohonan tanah yang tertunggak atau yang masih belum diselesaikan lagi dari tahun 1963 sampai 2025? Dan berapa permohonan tanah yang telah diselesaikan melalui sistem pentadbiran tanah melalui inisiatif pendigital … pendigitalan ini? Ini kerana kalau kita lihat ya, masalah tanah di negeri Sabah ini memerlukan satu rombakan yang besar.

Memandangkan kalau kita lihat, bukan hanya permohonan tanah tetapi pertukaran daripada ... daripada permohonan tanah ini juga kepada ahli waris, yang berpuluh-puluh tahun sampai ada 30 tahun, 40 tahun masih belum selesai lagi permohonan tanah tersebut dituntut oleh waris-waris. Jadi adakah sistem pendigitalan ini dapat membantu menyegerakan permohonan tanah tersebut?

Bugaya ingin juga menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada perenggan 27 dan 33, muka surat 9 dan 10 berkaitan dengan memperkasa modal insan melalui pendidikan dan latihan. Bugaya ingin bertanya kepada Menteri, berapa jenis biasiswa yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah termasuklah agensi-agensi Kerajaan? Dan berapa pinjaman pendidikan yang diberikan? Dan berapa yang membayar balik kepada Kerajaan? Datuk Seri Speaker, Bugaya ingin juga merujuk kepada perenggan 20 dan hingga 26 dalam ucapan Dasar Kerajaan, yang mana mempertingkatkan pembangunan infrastruktur, utiliti dan juga tenaga lestari. Di sini Bugaya ingin bertanya kepada Menteri, daripada peruntukan Kerajaan Negeri kepada Jabatan Air dalam perbelanjaan khas berjumlah RM234,452,952 yang mana terdapat di Anggaran Perbelanjaan Negeri Sabah 2025, muka surat 405. Setakat

I bulan April ini, berapa jumlah wang yang telah digunakan untuk menyelesaikan masalah air di negeri Sabah ini? Dan Bugaya juga ingin bertanya kepada Menteri, berapa jumlah peruntukan daripada Jabatan Kerja Raya yang telah diturunkan ke JKR daerah Semporna pada tahun 2024? Dan berapa jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada konsesi-konsesi jalan raya? Dan berapa jumlah kerja-kerja pembaikan yang telah dilaksanakan pada tahun tersebut?

Bugaya bertanya tentang ini kerana kami di DUN Bugaya kecewa, walaupun beberapa kali bersuara dan pembentangan Belanjawan Tahunan Negeri dibentang dengan penambahan pendapatan yang semakin meningkat tetapi semesti … seperti macam tidak ada perubahan pada jalan-jalan di kawasan di Bugaya, seperti di jalan di Kampung Lihak-Lihak, Jalan Bukit Sakong, Jalan Sungai Tuhok dan Jalan Sungai Yai Yai, Jalan Pinggir Bakau dan Jalan Pantai Kampung Selamat. Datuk Seri Speaker, seterusnya, Bugaya ingin merujuk kepada perenggan 39 hingga 44 ucapan Dasar Kerajaan, mengenai memacu pembangunan wilayah yang seimbang dan Bugaya tertarik kepada program menoktahkan kemiskinan tegar. Setelah lebih 60 tahun merdeka, kita masih lagi dibelenggu masalah kemiskinan. Dalam beberapa siri Mesyuarat Dewan Undangan Negeri ini, kita telah mendengar kadar kemiskinan dari tahun ke tahun, ada yang meningkat, adakalanya juga menurun tetapi pada hakikatnya kadar kemiskinan itu tidak pernah dinoktahkan atau dibasmi sepenuhnya. Bugaya ingin bertanya kepada Menteri, mungkin ini tidak pernah ditanya, berapa jumlah asnaf yang terdiri daripada orang fakir dan juga orang miskin yang berdaftar dengan Pusat Zakat Negeri Sabah? Dan ... berapa jumlah orang miskin yang berdaftar dengan pusat zakat yang berjaya dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan ini?

Datuk Seri Speaker, Bugaya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini juga kepada perenggan 36 hingga 38, muka surat 11 dan 12 daripada ucapan dasar bagi memperkasa perkhidmatan awam yang berkualiti, berinovasi dan berintegriti. Bugaya setuju dengan langkah-langkah yang diambil tetapi Bugaya ingin minta kepada Menteri untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, berapa kali kekerapan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri bermesyuarat untuk kenaikan pangkat penjawat alam ...

I awam dalam setahun? Dan mengapa kenaikan pangkat di peringkat Persekutuan lebih cepat berbanding di peringkat Negeri?

Bugaya memohon penjelasan daripada Menteri dan dalam menyentuh isu integriti ini, kita boleh lari dari isu, kita bila menyentuh tentang isu integriti ini, kita tidak boleh lari daripada isu rasuah. Begitu juga dengan firman Allah SWT dalam Suratul Baqarah; Bada'udzubillahiminasyaitanirrojim, Walaataakuloo amwaalakum bainakum bilbaatil, wa tudloo bihaaa ilal hukkaami lataa litaakuloo fareeqam min amwaalin naas, bil ismi wa antum ta’lamoon.

Yang mana maksudnya janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia, dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui kesalahannya.

Manakala dalam hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Amr r.a, Rasulullah SAW bersabda, la'anahullahu ala'r-rashi wal-murtashi, laknat Allah kepada pemberi rasuah dan juga pemberi … penerima rasuah dan begitu juga dalam hadis yang lain, la'anah Rasulullah SAW al-rashi wal-murtashi, Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah. Rasuah ini dosa dan juga jenayah dan ia ... ini penting untuk kita mencari punca berlakunya isu rasuah ini dalam integriti ini. Di ia …

…. dari mana ia bermula?

Bermulanya ia daripada tindakan dan tindakan ini dari mana?, daripada manusia dan manusia mengambil tindakan mengikut kata hatinya.

Dan siapa yang menguasai hati itu? Adakah dikuasai oleh syaitan? Dikuasai oleh nafsu ataupun dikuasai oleh akal, seperti mana sabda Rasulullah SAW: “Alla’ wainna fii jasad mudohhah wa’izza solahath solahath jasadda qullu wa’izza fassaddath jasadaa qullu alla’ wahuwa alqalbh”. Maksudnya, ketahuilah bahawa

I pada jasad itu terdapat segumpal darah, segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Jika ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati, iaitu jantung. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Dan untuk mendidik hati atau membersihkan hati, perlu penyucian jiwa dan pendidikan rohani dan memperbaharui iman seperti mana sabda Rasulullah SAW: “Jaddidu imanakum qilah ya Rasulullah wa kaifanu jaddidu imanuna qal aktharu min qawli lailaha illallah”. Maksudnya, perbaharuilah iman kamu. Dikatakan wahai Rasulullah, bagaimana kami mahu memperbaharui keimanan kami? Baginda menjawab, perbanyakkanlah mengucap “Lailaha illallah”. Hadis riwayat Imam Ahmad.

Dan pembangunan agama dalam dasar Kerajaan perlu diperkasakan dan ini adalah keperluan yang mendesak. Memandangkan Negeri Sabah ini ranking nombor satu dalam rasuah seperti mana yang dikatakan oleh Tan Sri Azam Baki dalam The Star pada 12 April 2025. The Malaysian Anti-Corruption Commission MACC, considered Sabah and Sarawak as the goldmine states from corruption cases post COVID-19 says Tan Sri Azam Baki.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, tiga minit.

Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sila gulung.

Bugaya ingin menzahirkan perasaan kecewa kepada Dewan yang mulia ini atas ucapan dasar Kerajaan pada tahun 2020 ini yang tidak menyentuh secara spesifik tentang pembangunan Islam, walaupun agama Islam ini agama rasmi Negeri Sabah dan Persekutuan seperti mana yang termaktub dalam Perkara 5A Perlembagaan Negeri Sabah dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Bugaya, boleh saya mencelah sedikit Yang Berhormat Bugaya? Boleh? Yang Berhormat Bugaya ada menyentuh soal integriti dan apa yang sedang berlaku di

I Negeri Sabah ketika ini, dan Yang Berhormat Bugaya juga ada menyentuh soal bagaimana Sabah ini sudah mendapat satu gambaran yang tidak baik. Adakah Yang Berhormat Bugaya mempunyai satu cadangan, bagaimana cara kita harus menyelesaikan masalah ini supaya kita di Sabah ini terkeluar daripada apa yang sedang berlaku ketika ini? Terima kasih.

Cadangan untuk mengeluarkan kita daripada isu rasuah ini mungkin boleh kita ambil daripada negara-negara yang berjaya menyelesaikan isu rasuah. Antaranya adalah Negara China. Yang mana orang yang terlibat dengan isu rasuah ditembak mati, semua orang takut mati. Saya percaya orang di Dewan ini semua pun takut mati. Ndada (tidak) yang ndak (tidak) takut mati. Jadi siapa melakukan rasuah dan ada undang-undang membolehkan orang itu dibunuh ataupun ditembak kerana isu rasuah pastinya manusia itu akan takut untuk melaksanakan rasuah. Dan ini terbukti pada negara-negara yang lain dan di Malaysia mungkin kita masih takut untuk melaksanakan kerana mungkin bertentangan dengan Geneva Convention. Tetapi walau bagaimanapun, ini terpulang kepada Kerajaan untuk mengikut ya, memandangkan undang-undang ini melibatkan undang-undang Persekutuan kerana Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat ataupun menggubal ya...

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sila gulung ya.

Akta Panell Code ataupun Akta Rasuah. Baik, Datuk Seri Speaker…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sila gulung Yang Berhormat.

Ya, adalah penting untuk meletakkan dasar Kerajaan selaras dengan semangat perlembagaan Negeri Sabah dan Persekutuan dan bukannya tersasar daripada perlembagaan. Kerajaan yang baik bukan hanya pandai mencari punca masalah rakyat tetapi apa yang penting lagi, tahu menyelesaikan masalah rakyat dan apa yang lebih utama ialah dapat menyelesaikan masalah rakyat.

I Kerajaan yang gagal ialah tidak mendengar masalah rakyat. Kerajaan lebih gagal apabila tidak tahu apa masalah rakyat dan Kerajaan confirm gagal apabila masalah rakyat tidak selesai. Rakyat tidak mahu dengar duit berbilion-bilion banyak dari Kerajaan. Rakyat tidak mahu mendengar rancangan Kerajaan yang berjela-jela, rakyat mahu air bersih, rakyat mahu elektrik tidak putus atau dicatu, rakyat mahu jalan raya yang baik. Bagaimana kita mahu memuji Kerajaan? Kalau rakyat merasa jalan rosak, rakyat merasa tiada air, rakyat merasa tiada elektrik. Kalau ini bukan Kerajaan gagal. Mungkin ini Kerajaan rosak. Kalau bukan Kerajaan rosak mungkin ndak (tidak) tahu apa lagi.

Demi untuk keselamatan, kemaslahatan umat dan kebaikan rakyat Negeri Sabah. Saya menyokong dan dengan ini Bugaya menutup dengan mengucapkan ini dan memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Esa dan kepada semua orang Islam lelaki dan perempuan dan juga orang beriman lelaki dan perempuan yang hidup dan yang mati di antara mereka. Maka mohonlah ampun sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Wabilahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Bugaya. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjong, 12 minit. 11.56 pagi

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ucapan dasar yang telah pun disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada khamis yang lalu.

Datuk Speaker, isu pertama yang ingin saya bangkitkan sebenarnya telah disenaraikan dalam sesi soal jawab lisan semalam, namun disebabkan kekangan masa pihak Kementerian tidak sempat memberikan jawapan. Soalan asal saya adalah berkaitan dengan pengumuman beberapa pembatalan penerbangan dari luar negara khususnya dari China dan Indonesia. Saya ingin mengetahui apakah langkah yang akan diambil oleh Menteri untuk memastikan sasaran ketibaan pelawat seramai 3.5 juta orang tahun ini dapat dicapai. Pengumuman ini telah menimbulkan kebimbangan besar dalam kalangan pengusaha pelancongan.

I Sehingga kini Kerajaan masih belum memberikan penjelasan tentang sebab syarikat penerbangan AirAsia menamatkan beberapa laluan antarabangsa AirAsia. Saya memerhati dengan dekat tindak balas daripada Kerajaan namun setelah sebulan berlalu para pengusaha masih menanti jawapan serta pelan tindakan daripada Menteri dalam memastikan sasaran pelancongan itu benar-benar dapat direalisasikan demi kepentingan rakyat dan ekonomi wilayah. Datuk Speaker, kita semua maklum bahawa sektor pelancongan merupakan antara penyumbang hasil yang terbesar kepada wilayah ini khususnya melalui cukai dan limpahan ekonomi yang dihasilkan oleh keindahan sumber jadi, kepelbagaian biodiversiti, eko-pelancongan dan tarikan kebudayaan kita. Namun begitu, kita terlalu bergantung kepada pelancong dari satu negara tertentu menjadikan industri pelancongan kita sangat terdedah kepada ketidaktentuan pasaran. Dalam sesi terdahulu, saya telah mencadangkan kepada pihak Kementerian agar pelancong asing dari pelbagai negara, dipelbagaikan.

Apakah perkembangan terkini mengenai rancangan memperkenalkan penerbangan berjadual dari Zamboanga ke Sandakan dan penyambungan semula laluan Tawau ke Tarakan? India sebagai contoh, berjaya mengurangkan kesan kelembapan ketibaan pelancong China dengan menggalakkan pelancongan jarak dekat bersama negara-negara seperti Sri Lanka yang berkongsi persamaan dari segi warisan dan gastronomi. Saya juga ingin bertanya, adakah Kementerian telah memikirkan strategik untuk memanfaatkan potensi ketibaan pelawat sempena Malaysia menjadi tuan rumah ASEAN tahun ini? Jika tiada, saya percaya kita bakal terlepas peluang keemasan untuk memperkenalkan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama kepada para delegasi yang hadir.

Datuk Speaker…

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Isu kesihatan awam masih menjadi keprihatinan utama penduduk di kawasan saya. Meskipun Hospital Tawau kini mempunyai bangunan baharu dengan peningkatan jumlah katil, namun masih

I banyak isu berkaitan operasi dan perkhidmatan yang belum diselesaikan. Saya bagi contoh, saya juga difahamkan bahawa Hospital Tawau telah pun dinaik taraf sebagai sebuah hospital negeri berstatus tahap keempat. Namun sehingga hari ini, Hospital Tawau masih tidak mempunyai pakar kardiologi. Apa gunanya memiliki bangunan baharu jika doktor yang tidak mencukupi?

Sabah dari segi keluasan adalah sekurang-kurangnya gabungan lima negeri di Semenanjung. Realitinya, jarak dari Tawau ke Kota Kinabalu untuk pembedahan jantung kecemasan menjadi kebimbangan besar bagi penduduk Tawau. Hanya mereka yang kaya mampu menempah jet persendirian. Bagaimana pula dengan golongan miskin ataupun dalam kategori B40? Mereka terpaksa bergantung dengan pengangkutan darat yang mengambil masa lebih tujuh jam. Bayangkan, peluang untuk hidup jika seseorang perlu dihantar ke Kota Kinabalu untuk rawatan. Di sini saya ingin bertanya kepada Exco Kesihatan. Jika ini terjadi kepadanya, adakah beliau lebih rela dirawat di rumah jika kemudahan tersebut ada ataupun dihantar ke Kota Kinabalu di mana peluang untuk selamat lebih tipis.

Saya berpendapat sudah tiba masanya Kerajaan Negeri mengambil langkah yang lebih tegas termasuk mempertimbangkan campur tangan langsung dalam urusan Persekutuan jika berkaitan nyawa dan keselamatan rakyat. Nyawa manusia bukan sesuatu yang boleh dipermainkan. Jangan main-main dengan nyawa manusia. Kadangkala saya tertanya-tanya, mengapa rakyat Sabah seolah-olah macam warga negara third class di Malaysia ini? Adakah ini berpunca daripada kegagalan kerajaan membela nasib rakyat Sabah secara bersungguh-sungguh? Pernahkah kita dengar masalah kekurangan kakitangan berlaku di Semenanjung Malaysia? Tidak. Bahkan Kerajaan Sarawak sendiri mengambil inisiatif tersendiri untuk menggaji pegawai perubatan dengan kerjasama syarikat farmaseutikal. Menjelang hujung tahun ini, mereka dijangka menggaji sehingga 40 orang petugas. Semasa YB Senallang masih memegang jawatan Ketua Menteri pada tahun 2020, beliau telah menyumbang RM1 juta kepada beberapa jabatan Persekutuan termasuk hospital bagi membantu menangani pandemik COVID-19. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri boleh bertindak proaktif jika ada kemahuan.

Datuk Speaker, isu seterusnya yang ingin saya bangkitkan ialah pembinaan dua bulatan tambahan di Jalan Sin Onn yang telah menimbulkan keresahan dalam

I kalangan penduduk Tawau. Saya telah membangkitkan isu ini kepada Menteri yang berkenaan pada tahun lalu dengan harapan agar projek ini dapat dikaji semula kerana ia dijangka akan memburukkan lagi kesesakan lalu lintas. Saya juga telah berjumpa dengan Menteri di pejabat beliau dan telah menghantar surat kepada beliau bertarikh 14 April 2024 untuk memohon semakan semula projek ini. Namun ... Datuk Dr.

Tuan Speaker …

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Malangnya permohonan saya langsung tidak diendahkan. Datuk Dr.

Boleh ya … Boleh … Tuan Speaker terima kasih.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Sekejap saja. Datuk Dr.

Saya nak tanya kepada Yang Berhormat Sri Tanjong, minta pendangan. Baru ini berlaku di Hospital Tawau.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, mic. Datuk Dr.

Ya. Baru ini berlaku di Hospital Tawau seorang pesakit datang ke hospital, dia tidak ada dokumen. Lepas itu, oleh sebab tidak ada dokumen dia boleh dirawat dengan syarat dia kena membayar RM300.00. Tidak ada kemampuan. Ditolak, suruh balik. Bila dia balik, akhirnya meninggal. So apa cadangan kalau Yang Berhormat Sri Tanjong sebagai seorang yang bertanggungjawab di hospital berkenaan? Terima kasih.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sulabayan. Memang ini sudah menjadi satu hakikat di mana kawasan di pantai timur tidak dapat menikmati perkhidmatan hospital yang sepatutnya dan mereka terpaksa untuk bergerak ke Kota Kinabalu sedangkan pakar perubatan ada di KK saja. Contoh yang saya tadi bagi pasal pakar jantung. Tak ada langsung. Macam mana sesuatu kes yang begitu cemas, yang begitu urgent, need immediate medical attention

I seperti sakit jantung? Adakah mereka masih mampu menunggu sehingga mereka dibawa ke Kota Kinabalu? Ini langsung tidak maksud akal. Jadi bagi saya, saya berharap kalau boleh kerajaan terus campur tangan.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Saya teruskan ucapan saya, Datuk Speaker. Kalau boleh bagi sedikit masa lagi. Seperti saya katakan tadi, saya telah pun berjumpa dengan Menteri di pejabat dan juga menghantar surat rasmi. Tetapi sampai hari ini, saya langsung tidak menerima apa-apa balasan pun. Kini, kerja-kerja pembinaan telah pun bermula. Adakah kerajaan benar-benar peduli atas kehendak rakyat? Adakah Menteri sendiri pernah turun padang untuk menilai keadaan sebenar trafik di Tawau? Adakah pembinaan bulatan merupakan satu-satunya penyelesaian? Kita bercakap tentang penambahan dua bulatan baharu dalam jarak 700 meter. Sedangkan terdapat dua bulatan sedia ada di sepanjang jalan, sepanjang 1.6 km tersebut. Ini bermakna jumlah keseluruhan akan menjadi empat bulatan dalam satu laluan pendek. Apakah logiknya? Lebih membimbangkan, kawasan ini juga sedia mempunyai lebih 10 bulatan dalam lingkungan 3 km. Jika projek ini diteruskan, Jalan Sin Onn bakal akan berhadapan dengan masalah yang sama seperti Jalan Chong Thien Vun ataupun Jalan Bundusan di Penampang di mana kesesakan berlaku bukan sahaja pada waktu puncak tetapi juga di luar waktu puncak. Bezanya, kedua-dua jalan itu adalah jalan dua hala, manakala Jalan Sin Onn hanya satu sehala. Saya amat kecewa kerana Kerajaan Negeri tidak menaik taraf Jalan Sin Onn sebagai jalan dua hala walaupun ia berada di bawah bidang kuasa penuh Kerajaan Negeri.

Mengapa rakyat Tawau dinafikan pembangunan? Adakah ia kerana mereka memilih saya sebagai wakil pembangkang pada pilihan rakyat yang lalu? Adakah ini bentuk hukuman terhadap pilihan demokrasi mereka? Saya mendesak Kerajaan agar menghentikan projek ini serta-merta dan menggantikannya dengan projek naik taraf jalan dua hala. Jika isu ini terus diabaikan, saya percaya rakyat akan membuat keputusan sewajarnya pada pilihan raya yang akan datang.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sila gulung Yang Berhormat.

I

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Sekejap lagi Datuk Speaker, sekejap.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ya, dua minit.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ya ini baru penting, Datuk Speaker.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya telah melancarkan petisyen bantahan terhadap projek ini. Tiga minggu yang lalu, kami turun padang, dari rumah ke rumah, pergi kedai kopi, pergi pasar awam untuk mengumpul maklum balas rakyat.CSambutan amat menggalakan.CSaya berjaya mengumpul lebih kurang 7000 tandatangan, termasuk daripada ibu bapa pelajar sekolah yang terkesan dengan projek ini. Tidakkah ini cukup membuktikan penolakan rakyat terhadap projek tersebut? Jangan katakan Kerajaan tiada wang.

Pengumuman demi pengumuman dibuat oleh Kerajaan Negeri bahawa kutipan hasil mencecah berbilion ringgit setiap tahun sejak lima tahun lalu tetapi untuk menaik taraf jalan sepanjang 1.6 km saja pun tidak mampu. Bolehlah belanja RM4 juta untuk membeli nombor plat. Itu ada duit. Tapi pasal peruntukan untuk rakyat Sabah, tiada pun. Apa ini?

Jadi, saya berharap sungguh pihak kementerian yang berkenaan mempertimbangkan semula. Kaji semula sama ada pembangunan ataupun projek ini memang sesuai untuk rakyat Tawau dan rakyat Tawau kini menanti jawapan daripada Menteri dalam sesi penggulungan. Jawapan itu akan mencerminkan sejauh mana keprihatinan kerajaan terhadap keselamatan dan kebajikan rakyat Tawau. Lebih-lebih lagi pihak sekolah juga menyuarakan kebimbangan mereka kerana salah satu bulatan yang dibina terletak bersebelahan dengan pintu masuk utama sekolah. Begitu juga dengan Pasar Tanjung, Datuk Speaker, satu lagi point yang saya mahu buat. Pasar Tan …

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

… banyak masalah di pasar Tanjong, di bandar. Banyak kali saya sudah menghantar mesej kepada MPT, Majlis Perbandaran Tawau, tentang masalah-masalah tersebut sejak Ogos tahun lalu

I tetapi apa yang saya terima ialah akan dilaksanakan, tapi sampai hari ini apa yang saya nampak yang baru-baru ini saya pergi, tak ada buat langsung. Jadi janganlah gunakan tak ada peruntukan lagi untuk jadi alasan. Saya berharap sungguh Kerajaan, GRS, PH, bolehlah buat kerja untuk rakyat Sabah dan akhir kata … akhir sekali saya ingin bertanya juga kepada Ketua Menteri sejak pengumuman Ketua Menteri pada tahun 2022, apakah status penubuhan jawatankuasa by partition pilihan khas untuk menangani isu PTI. Kalau dari dulu beliau kata memang ada satu keperluan untuk menubuhkan yang kita sokong, pihak pembangkang saya rasa kita sini amat mengalu-alukan ada penubuhan jawatankuasa tersebut supaya kita bersama-sama menangani isu PTI ini. Jangan lagi dipolitikkan, jangan lagi ada orang cakap, oh ini parti dia mesra, itu parti dia mesra, apa sebab.

Jadi kalau boleh sekarang sudah hujung sidang, kalau boleh tambah lagi masa supaya kita boleh menubuhkan jawatankuasa ini dan bahas tentang isu PTI yang sangat ketara. Jadi saya berharap sungguh Kerajaan ...

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

… dapat mendengar suara ...

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

… orang Tawau. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Tanjong. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Nabawan, selepas ini Yang Berhormat Kemabong, ya. 12 minit ya, Yang Berhormat. 12.12 tengah hari

Terima kasih, Tuan Speaker.

I Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya kita semua sekali lagi dapat berkumpul dalam Dewan yang mulia ini untuk sama-sama bertukar buah fikiran dan melontarkan idea mahupun pandangan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk negeri Sabah yang kita cintai.

Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas Ucapan Dasar Kerajaan disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Haji Aman dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang ke-11. Semoga Tun dan keluarga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Tuan Speaker, bagi menjunjung kasih terhadap Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, saya akan mengupas beberapa isu tetapi sebelum itu saya ingin berkongsi kesedihan saya dengan masyarakat Nabawan disebabkan bencana banjir yang luar biasa berlaku di Nabawan setelah lebih 40 tahun yang lalu dan juga daerah Nabawan dilanda banjir besar yang menenggelamkan banyak kawasan kampung. Tetapi kali ini daerah Nabawan terpaksa menerima hakikat bahawa bentuk muka bumi yang berbukit bukau tidak menjamin sesebuah kawasan untuk tidak dilanda banjir. Kami akur dan bertawakal menganggap ini adalah ujian dan juga ketentuan Illahi.

Musibah banjir telah membuka mata dan juga menginsafkan kita tentang pentingnya keseimbangan ekosistem yang mesti dipelihara dan dipulihara untuk kesejahteraan bersama. Apa yang lebih menyedihkan apabila musibah ini terjadi, barisan hadapan kita ataupun pasukan penyelamat khususnya di kawasan saya, tidak mempunyai aset dan kelengkapan yang mencukupi untuk tugas-tugas menyelamat dan juga menghantar bantuan kepada mangsa banjir. Cadangan saya kepada Kementerian berwajib dan juga agensi-agensi Kerajaan berkaitan dapat menyenaraikan projek pembersihan dan juga mendalamkan serta melebarkan.

Contohnya Sungai Nabawan yang semakin cetek disebabkan mungkin ada laluan sungai tersumbat dan juga runtuhan-runtuhan yang berlaku.

I Begitu juga di sepanjang Sungai Logongon daripada Pagalungan hingga ke Bantul yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia yang perlu dilakukan kerja-kerja pembinaan tebing-tebing sungai terutama yang berhampiran dengan kawasan perkampungan. Laporan merekodkan lebih 30 buah kampung terlibat dengan 687 orang terjejas dalam bencana banjir di Nabawan yang mengakibatkan ramai keluarga terpaksa dipindahkan di pusat-pusat pemindahan sementara. Pengalaman kali ini mengajar kita untuk lebih bersedia, maka dengan itu perkara yang penting yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri adalah kita perlu bekerjasama dengan Kerajaan Federal untuk menyediakan kelengkapan atau aset-aset yang mencukupi untuk daerah-daerah di negeri ini yang sering dilanda banjir khususnya kawasan di pendalaman dan cadangan dan harapan saya agar Nabawan sebagai kawasan pendalaman di negeri ini sekurang-kurangnya dibekalkan keperluan ataupun tambahan jentera-jentera logistik seperti bot dan juga kenderaan pacuan empat roda yang sesuai. Oleh yang demikian saya merayu agar agensi-agensi Kerajaan di Nabawan seperti PDRM, bomba, EPM, RELA dan yang lain dibekalkan dengan aset-aset kelengkapan bersesuaian untuk berdepan dengan bencana banjir.

Tuan Speaker, saya juga mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menyuarakan keluhan masyarakat di kawasan saya mengenai pembangunan prasarana dan juga infrastruktur awam khususnya keperluan asas rakyat, terutama mengenai bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan-jalan perhubungan dan kemudahan-kemudahan awam yang lain agar diambil perhatian dan tindakan sewajarnya untuk dibangunkan dengan lebih menyeluruh dan juga efisien kerana kawasan-kawasan seperti kawasan pedalaman ini di Nabawan, iaitu kampung yang jauh dari pekan masih kawasan ataupun perkampungan yang belum mempunyai akses bekalan air yang bersih dan bekalan elektrik.

Saya telah beberapa kali mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini juga pada sesi-sesi mesyuarat kita yang lalu mengenai usaha Kerajaan untuk menggiatkan lagi projek-projek pembangunan untuk bekalan alternatif mengikut keperluan dan juga kesesuaian sesebuah kawasan agar rakyat di pedalaman negeri ini dapat menerima manfaatnya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya sekali lagi

I kepada Kementerian-kementerian yang berkenaan mengenai status ataupun isu-isu kelewatan projek di kawasan saya seperti berikut:

Pertama, apakah status terkini pembinaan untuk menaiktarafkan dua buah jambatan ke pekan Nabawan? Kerana sudah lebih setahun berlalu belum ada kerja-kerja pembinaan yang dilakukan oleh kontraktor yang bertanggungjawab. Status yang saya ada, yang ada sama seperti dulu, iaitu adalah masih menunggu pihak-pihak utiliti ni, iaitu SESB dan juga Jabatan Air Negeri Sabah untuk mengalihkan tiang elektrik dan juga paip Jabatan Air. Maka mengapakah perkara ini memakan masa lama untuk dibuat tindakan?

Kedua, apakah status terkini cadangan penaik taraf jalan gravel ke jalan konkrit dari Kampung Pementerian ke Masopo Nabawan? Cadangan saya agar pembinaan ini untuk menaiktarafkan jalan ini bolehlah dilaksanakan secara berfasa sekiranya mempunyai kekangan untuk dilaksanakan sekali gus.

Ketiga, apakah status terkini hak pemilikan masyarakat Nabawan dengan lot-lot tanah di skim Nabawan? Dan setakat ini berapakah keluasan lot-lot tanah skim Nabawan yang telah dikeluarkan geran? Dan juga apakah status untuk pengeluaran geran-geran pantas ini?

Saya juga telah difahamkan bahawa yang mengukur itu memerlukan masa ataupun kurang tenaga untuk melakukan pengukuran ini. Jadi saya cadangkan agar Kerajaan Negeri untuk menambah peruntukan untuk pengukuran ini dengan melantik juruukur-juruukur swasta yang ada dan terakhir sekali, Tuan Speaker ...

Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh isu global yang menjadi kegusaran ramai mengenai isu kadar kenaikan tarif sebanyak 24% yang dikenakan oleh negara Amerika Syarikat terhadap Malaysia dan negara-negara lain.

I Saya ingin bertanya, pertama, apakah impak dan kesan yang akan kita hadapi? Kedua, dimanakah sektor ataupun industri yang akan terkesan? Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai pelan atau tindakan awal untuk mengawal isu ini? Pada hemat saya, Kerajaan Negeri harus lebih bersedia dan cakna serta tampil dengan solusi yang jelas dan berkesan untuk menangani masalah ini. Contohnya, menyediakan pelan jangka pendek seperti bantuan segera, iaitu bantuan kewangan dan juga subsidi. Cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan adalah Kerajaan Negeri yang akan menyediakan dana kecemasan atau subsidi sementara untuk mengeksport komoditi ataupun yang berasaskan pemakanan, terutama untuk pekebun kecil kita yang akan terjejas.

Kedua, pelan sederhana juga seharusnya diwujudkan.

Contohnya, seperti diversifikasikan pasaran, iaitu dengan mencari pasaran baharu. Persoalannya, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pengeksport Sabah beralih ke pasaran lain seperti China, India, EU dan juga Timur Tengah. Selain itu, Kerajaan Negeri juga harus seharusnya bersedia dengan pelan jangka panjang dengan melakukan transformasi industri melalui industri hiliran ataupun downstream industri, dengan izin. Cadangan yang mungkin boleh dilakukan ialah mempergiatkan industri, pemprosesan tempatan sebagai contoh biofuel, kosmetik dan juga produk berasaskan sawit bertujuan untuk meningkatkan nilai eksport tanpa bergantung kepada komoditi mentah.

Tuan Speaker, setelah suarakan pelbagai isu dan cadangan serta persoalan yang perlu dirungkai dan diselesaikan, fokus kita bersama ialah untuk sama-sama mensejahterakan dan juga membangunkan negeri Sabah yang kita cintai ini. Saya doakan agar setiap usaha murni kita akan meluahkan hasil dan rakyat di negeri ini mendapat manfaatnya.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya titipkan beberapa dua pantun untuk kita kenangkan.

Burung pipit burung kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah.

I Marilah kita bekerjasama menabur budi, Negeri Sabah yang kita cintai.

Semangat padi lambang kaamatan, Dituai di sawah penuh kerajinan; Kaamatan diaspirasikan, Agar budaya tetap berkekalan.

Akhir sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Kansayan Angapau Ra'Arau Mayo Kaamatan. Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah Wassalamu'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Nabawan. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kemabong untuk berucap. 12.23 tengah hari

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih, Tuan Speaker.

Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Menjunjung kasih di atas perkenan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di atas perkenan Tuan Yang Terutama menzahirkan Ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah pada 10 April 2025 yang lalu.

Ucapan Dasar Kerajaan Negeri yang merangkumi dasar dan polisi untuk mengurus, tadbir, dan membangunkan Sabah tercinta bersama dengan rakyat jelata. Dalam konteks mengukuhkan ekonomi rakyat, kerajaan haruslah mengembelengkan jabatan dan agensi kerajaan untuk bergerak proaktif, cergas, dan jangan terlalu terikat kepada prosedur yang dikira lapuk merugikan negeri ini dan juga rakyat sendiri.

Tuan Speaker, saya menyokong dasar kerajaan untuk memperkasakan modal insan kepada para belia dan beliawanis.

Bukan sahaja mereka didorong dan dibantu supaya mereka masuk universiti, akan tetapi juga peluang pekerjaan kepada mereka. Juga mereka yang tidak berjaya memasuki universiti.

Kerajaan haruslah juga

I membantu mereka menyediakan program pendidikan dan Latihan Teknikal atau Vokasional (TVET) atau membimbing mereka untuk berkecimpung dalam bidang pertanian moden, ianya yang juga sejajar dengan langkah Kerajaan Madani untuk memastikan keterjaminan makanan dalam negara.

Justeru itu, berupaya mengeluarkan barangan pertanian, makanan yang berkualiti tinggi dan juga membimbing mereka menceburi bidang keusahawanan sehingga mereka berjaya dan mampu berdaya saing.

Saya menyokong dasar dan polisi kerajaan untuk memastikan langkah pengawalan prosedur penyaluran peruntukan kewangan kepada suatu pembangunan dengan mengamalkan integriti serta transparency supaya penggunaan kewangan tidak terlalu, tidak berlaku ketirisan, merugikan Kerajaan.

Pendek kata, penggunaan kewangan yang membazir kerana kewangan yang terkumpul itu haruslah dibelanja untuk menyediakan kemudahan dan pembangunan kepada rakyat jelata negeri ini. Namun, selama ini saya juga turut mengalami, kerana terpaksa melalui dasar-dasar polisi karena biokrasi yang ramai menganggap terdapat polisi peraturan yang menghalang perlaksanaan sesuatu projek pembangunan di negeri ini karena menunggu masa bertahun-tahun lamanya barulah suatu projek dapat dilaksanakan. Terkadang projek itu sudah lama dilupakan, tiba-tiba ada kontraktor datang memulakan kerja-kerja ke atas projek berkenan.

Rakyat kecewa dan ada sebilangan mengapi-apikan sehingga mempersalahkan Kerajaan kerana terlalu lewat menyelesaikan masalah mereka.

Saya beri contoh di sini, iaitu jalan Kilometer 15 Tenom, Kemabong, Sipitang. Bahawa pihak jurutera memaklumkan kepada saya jalan tersebut tiba-tiba, bila-bila masa akan runtuh.

Ia sangat berbahaya kepada para pengguna jalan utama tersebut. Tetapi, sehingga kini jalan itu masih belum lagi diperbaiki. Saya mohon supaya pihak JKR dapat mempercepatkan untuk menangani masalah tanah runtuh, yang bila-bila masa akan runtuh kesemuanya, keseluruhannya. Saya juga dapati terlalu lewat pihak JKR atau konsesi menyelenggara jalan-jalan, termasuk konsesi Kekal Mewah yang rosak, terutama sekali jalan ke kampung-kampung. Orang ramai mempersalahkan Wakil Rakyat bahkan pucuk pimpinan Kerajaan.

I Walhal Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah sering kali menekankan dan menasihatkan pihak jabatan-jabatan berkaitan supaya sentiasa turun padang. Memantau kemudahan asas seperti jalan raya dan utiliti yang lain supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, selesa kepada orang ramai.

Saya amati ini semua berlaku disebabkan prosedur-prosedur yang lapuk.

Menyukarkan pihak bertanggungjawab seperti JKR, sukar untuk segera menangani kemudahan-kemudahan infra utiliti yang rosak.

Saya mohon mencadangkan supaya pihak JKR daerah diberi kuasa secara mutlak untuk menangani segera kerosakan jalan raya berkenaan termasuk melantik kontraktor dengan segera membaik pulih jalan-jalan yang rosak. Kerajaan bukan tidak ambil perhatian ataupun tidak mengambil tindakan dan tidak prihatin Tuan Speaker. Tetapi, saya melihat prosedur-prosedur itu yang melambatkan pihak yang bertanggungjawab menangani masalah-masalah utiliti tersebut. Justeru itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya melakukan perubahan kepada polisi dan peraturan yang melambatkan usaha pelaksanaan projek apabila berlaku kerosakan infra atau mana-mana utiliti rosak, sewajarnya segera melantik kontraktor secara design and build tanpa menunggu kerenah birokrasi tiba. Tuan Speaker, pada kesempatan ini saya ingin memohon…

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

… jasa baik pihak kerajaan, supaya mengambil kira juga kontraktor bumiputera yang mengalami kesukaran mendapat peluang dilantik sebagai kontraktor projek-projek kerajaan. Pihak kerajaan ataupun pihak JKR harus memberi peluang kepada kontraktor tempatan di daerah itu. Saya kasihan melihat mereka dan saya menyedari mereka berusaha dengan tekun, berkorban untuk mendapatkan lesen kontraktor kelas F, tetapi malangnya mereka tidak mendapat peluang. Ada kalanya, hanya sekali saja memperoleh projek dalam dua atau tiga tahun, akhirnya lesen mereka tidak layak untuk diperbaharui dan ditutup. Saya mohon pihak kerajaan membantu mereka, iaitu lesen-lesen Kelas F di

I kebanyakan daerah-daerah negeri ini melaksanakan pemotongan rumput, jalan raya, membina culvert, atau membaik pulih jalan raya, beri peluang kepada lesen-lesen tempatan yang ada di daerah itu.

Tuan Speaker, saya mengambil contoh, saya lihat bahawa ramai syarikat-syarikat yang telah berjaya menjadi kontraktor daripada kecil-kecilan, dapat dilantik sebagai kontraktor untuk projek-projek yang berjuta ringgit dan saya melihat mereka telah menjadi kontraktor melaksanakan projek-projek yang berbilion ringgit seperti Pan Borneo. Jadi saya mohon kerajaan supaya membantu kontraktor bumiputera ini supaya mereka juga boleh berjaya, sama seperti kontraktor-kontraktor yang bukan bumiputera.

Tuan Speaker, di akhir ini terdapat pihak yang mengkritik pelantikan Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) kerana pelantikan terbaru ini adalah bukan di kalangan kaum bumiputera. Sejak dahulu, kesemua Pengurus Besar Kumpulan SEDCO adalah terdiri daripada kalangan bumiputera. Untuk makluman di Dewan yang mulia ini, SEDCO ditubuhkan untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi, menggerakkan pembangunan bandar-bandar di negeri ini, selain daripada itu membantu kaum bumiputera dalam pembangunan sosioekonomi mereka.

Enakmen SEDCO tidak mewajibkan pelantikan pegawai kanan datang daripada kaum bumiputera atau satu-satu kaum saja tetapi dasar SEDCO membantu kaum bumiputera adalah jelas, dalam konteks masyarakat majmuk ada baiknya integrasi kaum dalam jabatan, kerajaan atau GLC, membawa iklim atau suasana yang lebih sihat kepada GLC dan juga ataupun jabatan itu. Dia tidak, jangan satu jabatan GLC satu kaum saja, mesti ada integrasi. Kita di Sabah mempunyai pelbagai bangsa, jadi kita integrasi dalam jabatan ini ada kaum-kaum ini pada bangsa-bangsa ini Tuan Speaker.

Tuan Speaker, sebelum akhiri ucapan saya ini, ingin bertanya kepada Timbalan Ketua Menteri, merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, apakah benar penanaman Guarana di negeri ini dibolehkan? Sebab ramai yang di daerah Tenom, di pedalaman mereka menanam Guarana. Sebelum ini saya difahamkan tidak

I dibenarkan atau dilarangkan. Jadi saya minta Kementerian Pertanian menjelaskan perkara ini apakah dibolehkan pada ketika ini?

Perkara yang kedua, tadi saya telah mengutarakan persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan beliau tidak menjawab tadi, tapi tidak jelas jawapan beliau tetapi apabila saya tengok handphone saya, beliau telah berkata kepada saya bahawa di Kemabong, di Kuala Tomani itu lulus. Jadi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Tuan Speaker, kepimpinan dinamik Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku Wakil Rakyat Sulaman serta memperlihatkan gerak kerja kerajaan Sabah ketika ini, yang menggariskan strategi pembangunan negeri serta rakyat jelata dalam pelbagai aspek, di samping menstabilkan politik negeri serta rakyat jelata dalam pelbagai bidang serta menyatupadukan rakyat dan negeri ini yang datang daripada pelbagai keturunan dan suku kaum, kepercayaan dan adat resam, menuju negeri makmur di atas keyakinan majoriti rakyat Sabah, telah yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima meneraju kerajaan Sabah, terus memimpin diberi mandat mutlak apabila menjelang pilihan raya nanti.

Jadi tadi ada juga dari pihak pembangkang, dia kata bertukar-tukar tempat duduk. Saya pikir biarlah kita kekal di tempat duduk yang ada sekarang, pengagihan itu dan ada kemungkinan kerusi pembangkang akan kurang ataupun mungkin habis kerusi mereka. Jadi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dalam bahasa Murut, loghat Murut atau Melayu, sabar-sabar ya kamu. Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Kemabong. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tungku. Ngam-ngam timing ah. Baru masuk. Silakan. 12 minit.

12.35 tengah hari

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang pertama sekali terima kasih Datuk Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan untuk saya, turut serta dalam perbahasan pada petang ini.

I Sebelum saya meneruskan ucapan perbahasan saya, yang pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Putera Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa bin Haji Aman atas pelantikan beliau sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri yang ke-11. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahirudin atas perkhidmatan beliau sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-10 selama 14 tahun. Juga penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Kabinet Negeri yang berada di hadapan sana yang telah bekerja keras bertungkus lumus untuk mengurus dan mentadbir negeri kita yang kita sayangi. Penjawat awam yang berada di belakang sana yang dengan sabar dan juga penuh amanah menjalankan tugas melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Juga kepada kakitangan DUN Yang Berhormat Speaker, Timbalan Speaker, Para Bentara, Setiausaha dan yang lain-lain saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka.

Yang Berhormat Speaker, seperti mana yang kita ketahui sekarang ini kita sudah berada di Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke-16 yang akan berakhir pada September 2025. Kita juga sedang berada di tahun terakhir Rancangan Malaysia yang ke-12 yang akan berakhir pada Julai 2025 apabila RMK-13 nanti akan dibentangkan. Namun demikian Yang Berhormat Speaker, apapun perancangan sama ada Pelan Hala Tuju, Pelan Pembangunan Jangka Sederhana Negara, IPU, Jabatan Perdana Menteri melalui RMK dalam merancang dan melaksanakan pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal negara.

Tungku kekal sebagai sebuah kawasan luar bandar yang masih lagi ketinggalan dan memerlukan pembangunan dalam semua aspek ekonomi, sosial dan fizikal. Kawasan Tungku dengan tujuh mukim utama seperti Tambisan, Tanjung Labian, Felda, Tungku, Ulu Tungku, Silabukan dan Segangan, kampung-kampung tradisi yang berada di setiap mukim ini masih berhadapan dengan masalah kemudahan asas seperti jalan raya dan jalan perhubungan, bekalan air bersih, bekalan elektrik, kemudahan pendidikan dan kesihatan, manakala masyarakat dan penduduknya, mempunyai masalah pendapatan yang tidak tetap dan tidak mencukupi, malah ada di kalangan mereka tergolong dalam kelompok miskin dan miskin tegar yang menjadikan daerah Lahad Datu itu salah satu daerah termiskin di negeri Sabah. Manakala kumpulan petani pula, nelayan, penternak dan pekebun kecil masih lagi

I memerlukan pembelaan dan bimbingan yang mencukupi bagi memastikan aktiviti seharian mereka maju ke hadapan selari dengan slogan …

… pertanian adalah perniagaan. Saya tidak akan mengulangi lagi permasalahan kawasan saya secara spesifik, sebab saya ingat saya sepanjang lima tahun saya berada di sini, saya sudah menyebut semua masalah kawasan saya dalam setiap persidangan. Dan ianya telah direkodkan dalam hansard persidangan, boleh dirujuk dan saya juga telah membuat satu Pelan Hala Tuju Pembangunan Tungku sehinggalah tahun 2030, yang telah serahkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk tindakan Kerajaan. Hanya Yang Berhormat Speaker, ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh, yang memerlukan tindakan segera dan juga dibagitahu kepada saya baru-baru ini oleh masyarakat di Tungku.

Yang pertama sekali, sebelum ini saya pernah suarakan dan angkat masalah perumahan Qhazanah Indah Semi-D, yang kita diberitahu bahawa Kerajaan akan mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah ini,. Tetapi hingga ke hari ini saya belum nampak jalan penyelesaian, dan saya belum diberitahu apa langkah dan tindakan Kerajaan seterusnya untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan. Keduanya, rungutan daripada ah peniaga, pengguna, pengunjung dan kakitangan di Pejabat Daerah Kecil Tungku mengenai longgokan sampah yang dibuang begitu saja, tanpa ada pihak yang datang menguruskannya. Kita mencadangkan kalau boleh, memandangkan Daerah Kecil Tungku ini berada di bawah daerah Lahad Datu, Majlis Daerah Lahad Datu hendaklah mengambil satu inisiatif untuk menyelesaikan masalah longgokan sampah ini, dengan cara menyediakan bin sampah yang akan diangkat oleh lori roll on roll off, mungkin setiap 3 hari, setiap 4 kali dia boleh datang untuk ambil sampah.

Ketiga, kutipan sisa klinikal Klinik Kesihatan Tungku. Saya mendapat aduan daripada kakitangan kita di Klinik Kesihatan Tungku, mengenai tidak ada perkhidmatan pengutipan sisa klinikal di kawasan Klinik Tungku. Dan yang sedihnya

I adalah kakitangan kita di klinik kesihatan tersebut terpaksa bergilir-gilir untuk membuang sisa klinikal ini, dan saya risau dan takut mereka terdedah kepada kemungkinan jangkitan, penyakit dan sebagainya, dan yang paling penting ini bukanlah tugas mereka. Tugas ini sepatutnya telah diberikan kepada satu agensi yang sepatutnya melakukan tugas seperti mana yang sepatutnya. Keempat, Yang Berhormat Speaker, saya ingin juga menyuarakan keresahan rakyat Tungku dan Lahad Datu, mengenai kesesakan jalan raya dan kenderaan di Jalan Tengah Nipah, to be specific, kita panggil kawasan Kaka Plastik. Jalan ini begitu sesak dan mendatangkan masalah kepada pengguna jalan, sama ada di sebelah pagi apabila orang turun kerja ataupun di sebelah petang, apabila orang pulang kerja ataupun musim perayaan sebagai contoh musim puasa. Begitu sesak dan saya sendiri pernah ter … apa ini berada mengalami masalah tersebut sehingga dua jam dan tiga jam, untuk melepasi satu kawasan satu kilometer sahaja. Dan ada beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pemegang taruh di kawasan tersebut, supaya satu jalan tersebut hendaklah dinaik taraf menjadi jalan dua lorong ataupun kena ada satu jalan lintasan ataupun bypass yang boleh divert kesesakan jalan tersebut ke jalan yang lain.

Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, satu lagi perkara yang akan saya sentuh adalah mengenai kawasan saya jalan Lahad Datu - Tungku, yang berada di bawah jagaan syarikat konsesi, kalau tidak menjadi masalah saya sebutkan di sini Glow Binako Sdn, Bhd. untuk jalan negeri dan juga Lintasan Resources Sdh. Bhd. untuk jalan Persekutuan, yang berada di kawasan Felda Wilayah Sahabat. Jalan ini sudah begitu lama mendap. Jalan ini tebing dia sudah banyak yang runtuh. Jalan ini sudah banyak berlubang-lubang dan saya harus dan berani menyatakan bahawa kedua-dua syarikat ini, telah gagal melaksanakan tugas mereka sepertimana yang sepatutnya.

Pertama, kedua, pihak penguat kuasa pihak pemantau sebagai contoh, JKR juga telah gagal dalam memastikan syarikat-syarikat ini menjalankan tugas mereka dengan baik mengikut spesifikasi yang telah dinyatakan. Ketiganya, Kerajaan kita, Menteri kita juga saya rasa telah gagal menyelesaikan masalah ini, sebab saya sudah nyatakan perkara ini berulang kali.

I Datuk Seri Speaker, kembali kepada Ucapan Dasar Kerajaan. Yang pertama sekali, Ucapan Dasar ini apabila saya lihat sebenarnya ianya merujuk kepada Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang ada di sini. Pelan Sabah Maju Jaya yang ada di sini, sektor utama fokus pertumbuhan ekonomi, pertanian, perindustrian dan pelancongan, modal insan dan kelestarian rakyat, jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

Saya ada mendapat salinan mengenai laporan tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2023. Malangnya, untuk laporan 2024, kita masih lagi belum menerima laporan prestasi pencapaian Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2021-2025. Saya cuba berlaku adil selaku wakil rakyat untuk melihat kepada Ucapan Dasar ini, sebab Ucapan Dasar ini adalah penting. Ucapan Dasar ini akan menjadi panduan kepada kita untuk bergerak ke hadapan bagaimana kita harus mentadbir negeri ini. Yang pertama sekali, dari segi inisiatif memperkasa pelaburan sektor pembuatan. Ada beberapa perkara yang harus dilihat oleh Kerajaan sudut negatif mengenai Ucapan Dasar ini. Yang pertama sekali kesan terhadap alam sekitar, apabila kita cuba membuka kawasan perindustrian baharu. Kerajaan harus melihat kesan alam sekitar dengan cara memberi keseimbangan antara pembangunan dan juga alam sekitar. Keduanya, dengan cara kita terlalu fokus kepada industri, ada beberapa sektor yang mungkin akan terabai.

Datuk Seri Speaker, antaranya sektor tradisional dan juga komuniti tempatan. Ketiganya, memperkasa pelaburan dan sektor pembuatan sebenarnya menjadikan kita dalam dasar ucapan ini terlalu bergantung kepada pelabur asing. Kerisauan saya adalah pelabur asing ini adalah begitu terkesan dengan perubahan geopolitik ataupun apa-apa juga yang berlaku di luar. Begitu juga dengan apa yang ada di dalam negeri kita. Mereka ini mungkin tidak akan berada lama di sini jika mereka tidak mendapat apa yang mereka harapkan dalam pelaburan mereka. Ketiganya, isu tanah dan perpindahan. Sebagai contoh, kalau kita membuka tiga lagi kawasan baharu untuk taman perindustrian, sebelum tanah ini diserahkan kepada ataupun untuk tujuan tersebut, Kerajaan sudah harus mempunyai perancangan awal, bagaimana supaya nanti tidak akan timbul permasalahan di kemudian hari. Perkara ini saya belajar daripada apa yang berlaku di Lahad Datu. Ada satu kawasan kilang di mana di depan kilang dia itu dilonggokkan batu bolstone, disebabkan ada orang

I claim katanya tanah itu tanah dia dan sedangkan kawasan tersebut sudah lama. Jadi, ini adalah antara bukti kegagalan kita membuat perancangan awal ...

Sepatutnya apabila kita melakukan benda ini, semua pre-aim, pre-requisite sudah selesai.

Supaya tidak ada lagi benda-benda yang akan mengganggu perjalanan industri kita. Yang Berhormat Speaker, selain daripada memperkasa pelaburan dan sektor pembuatan, saya juga ingin menyentuh soal keterjaminan makanan dan meningkatkan produktiviti pertanian dalam ucapan dasar ini.

Ucapan dasar ini saya nampak terlalu bergantung kepada peruntukan Kerajaan semata-mata dan kurangnya penglibatan pihak swasta. Saya mencadangkan kalau boleh pembiayaan projek-projek ini mungkin ada satu model yang kita boleh perkenalkan. Sebagai contoh, model pembiayaan campuran, hybrid financing, tanpa perlu Kerajaan mengeluarkan bajet setiap tahun untuk tujuan tersebut. Keduanya, keterjaminan makanan dan meningkatkan produktiviti pertanian ini, saya nampak kurang penglibatan sektor swasta.

Yang selalu berlaku, setiap tahun apabila kita nampak Kerajaan buat perancangan, buat bajet, semua berkaitan dengan Kerajaan, Agensi Kerajaan, Jabatan Kerajaan.

Tidak ada satu insentif ataupun inisiatif yang menggalakkan, menarik pihak swasta untuk terlibat dalam keterjaminan makanan dan meningkatkan produktiviti pertanian. Seterusnya Yang Berhormat Speaker, ada beberapa perkara yang ingin saya lihat secara spesifik dalam buku Ucapan Dasar ini. Yang pertama sekali Yang Berhormat Speaker, mengenai memperkasa modal insan melalui pendidikan dan latihan. Saya nampak disini terlalu banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh Kerajaan dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri yang berkenaan. Namun demikian, kita tahu bahwa kita di Sabah ini sedang berhadapan dengan masalah infrastruktur pendidikan.

Mungkin ada baiknya Kerajaan mengkaji semula.

Bantuan-bantuan yang diberikan untuk tujuan ini, kita gunakan untuk tujuan infrastruktur pendidikan yang banyak masalah.

Kita tidak boleh tunggu Kerajaan Persekutuan untuk pump duit kepada kita untuk kita menyelesaikan sekolah-sekolah daif dan apa juga.

I Seterusnya, Yang Berhormat Speaker, saya ingin pergi kepada perenggan 38 muka surat 12 Ucapan Dasar ini.

Kerajaan Negeri juga bertekad untuk memantapkan pengurusan governance, integriti dan antirasuah bagi mengukuhkan nilai murni dan integriti dalam kalangan penjawat awam. Selain itu, penglibatan aktif orang awam sebagai entiti semak dan imbang kepada kualiti penyampaian perkhidmatan Kerajaan akan diperkasa melalui penggunaan secara meluas Sistem i-Adu 2.0. Saya mahu tanya, setakat ini bagaimanakah sistem dan aplikasi ini berfungsi dan berperanan? Ada beberapa kes yang sudah disiasat, yang sudah diterima melalui aduan-aduan yang dihantar oleh rakyat di bawah sana melalui aplikasi ini. Dan yang kedua mengenai perkara ini Datuk Speaker, saya minta maaflah kalau saya tegur sedikit mengenai bunyi ucapan ini. Ucapan ini hanya ditujukan kepada penjawat awam sahaja.

Seolah-olah kita ada dua standardkan?

Bagaimana pula dengan kita yang ada di sini?

Bagaimana pula dengan kabinet-kabinet negeri, menteri-menteri, wakil-wakil rakyat? Jadi saya rasa kalau kita cuma berkata ataupun menunjukkan Ucapan Dasar ini kepada penjawat awam, seolah-olah wujud kelompok kayangan di negeri Sabah ini yang begitu kebal dari segi integriti. Seterusnya Datuk Speaker, perenggan 41 muka surat 13 rumah SMJ. Tidak dapat dinafikan bahawa inisiatif ini adalah satu inisiatif yang baik dan banyak sudah rumah-rumah yang terbina dan kelihatan cantik.

Tetapi, apabila saya merujuk kepada senarai penerima rumah-rumah tersebut, saya terkejut. Apabila ada di kalangan mereka yang pada hemat saya, sebenarnya tidak layak untuk menerima bantuan tersebut dan saya ingin bertanya kepada Kerajaan dan Menteri yang berkenaan, apakah tindakan Kerajaan untuk membetulkan keadaan ini? Sebabnya dia akan menimbulkan rasa tidak senang dan selesa orang lain yang melihat. Di kawasan saya, saya tahu. Ada beberapa orang yang tidak layak…

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Tuan Speaker, mohon penjelasan. Boleh?

Sila-sila.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ya berkenaan dengan senarai pemohon ataupun yang kena lulus rumah SMJ yang tidak layak itu. Mungkin dia satu persepsi.

I Tetapi kalau dia benar, kita minta Yang Berhormat ADUN untuk menyatakan nama dia, hantar nama-nama yang tidak layak itu. Terima kasih.

Boleh, saya akan serahkan kepada jawatankuasa ataupun pegawai daerah yang bertanggungjawab.

Seterusnya Yang Berhormat Speaker, satu lagi mengenai meningkatkan prestasi dan tadbir urus kewangan negeri.

Sebelum ini, saya ada cuba bertanya dengan Pembantu Menteri mengenai jumlah cukai yang dikutip oleh federal daripada negeri Sabah. Sudah lapan kali diminta, lepas itu 13 kali diminta, masih tidak ada jawapan. Pertanyaan saya adalah, saya diberitahu bahawa Kerajaan Negeri ada membuat anggaran perkiraan mengenai berapa jumlah cukai yang dikutip. Saya mahu minta penjelasan berapa anggaran cukai yang dikutip oleh federal daripada Sabah dan berapa anggaran cukai yang dikutip the losing years daripada tahun pertama 112C tidak digunakan hinggalah ke hari ini?

Sebab, dan saya mohon Menteri Kewangan tidak ada disini, tetapi saya rasa Timbalan Menteri ada di sana.

Melihat balik kepada Warta Kerajaan Yang Berhormat Speaker, saya rasa kita punya State AG (Attorney General) pun ada di sini. Warta Kerajaan PU328 yang menjadi asas pertikaian selama ini. Saya bacakan perkara ini. Kita dengar baik-baik kenapa barang ini tidak pandai selesai. “Bagi tempoh lima tahun mulai daripada 1 Januari 1969, Persekutuan hendaklah berhenti daripada memberi kepada Negeri Sabah pemberian yang dinyatakan dalam Seksyen Kecil 1, Seksyen 2, Bahagian 4, Jadual Ke-10 kepada Perlembagaan dan sebagai menggantikan Persekutuan hendaklah memberi satu pemberian lain bagi tempoh lima tahun yang tersebut. Yang jumlahnya bagi tahun 1969, 70, 71, 72, 73, masing-masing RM20 juta, RM2.15 juta, RM23.1 juta, RM24.8 juta, RM26.7 juta.”

Ini adalah warta yang masih berkuat kuasa dan seterusnya digunakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan warta dengan pembayaran interim sehingga 2027. Tetapi Yang Berhormat Speaker, State AG (Attorney General), barang ini berlaku dalam tempoh darurat di mana Parlimen tidak ada dan tidak bersidang dan perkara

I ini cuma dibuat oleh MAGERAN. Persoalannya sekarang adalah Akta Darurat sudah dirungkaikan sebelum ini dan mengikut Perlembagaan Persekutuan…

Mana-mana warta, ordinan yang dibuat dalam tempoh tersebut secara automatik akan terungkai selepas enam bulan. That's mean tidak ada lagi bercerita mengenai bayaran interim, bah ini. Kita harus sudah balik kepada 112C, iaitu pembayaran two-fifth yang mereka berhentikan pada tahun 1970. This is the low-hanging fruit. Pendapatan kita yang kita tidak tuntut dan sepatutnya menjadi keutamaan kepada Kerajaan yang ada pada hari ini. Dan kalau kita dapat tuntut ini, saya rasa kita boleh keluar daripada permasalahan di negara kita.

Datuk Seri Speaker, saya tahu masa saya sudah terlalu panjang melebih tapi saya minta satu sahaja. Saya mahu bercakap daripada hati saya. Datuk Speaker, sebagai penggulungan, saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Telupid, kelmarin dan saya terharu dengan ucapan beliau bagaimana beliau bercakap soal masalah kita yang hadapi hari ini. Yang pertama sekali berpunca daripada ketidakstabilan politik disebabkan kita tidak bersatu, kan? Dan apabila saya tanya kepada beliau apa formula yang ada dalam fikiran beliau untuk menyelesaikan masalah yang kita tidak bersatu ini. Dia bagi tahu bahawa kita semua ini mempunyai ego kita masing-masing. Ego masing-masing, kan? Namun demikian, saya mahu bawa idea saya pula, Datuk Speaker kalau boleh, ya. Ini untuk kebaikan kita semua, kan. Bergerak ke hadapan. Moving forward.

Speaker

Ringkaskan, ah.

Ya. Kita perlukan kestabilan politik negeri Sabah. Strategi dia adalah melalui strategi penyatuan. Bagaimana penyatuan ini boleh dicapai, iaitu melalui pelan tindakan. Kita kena ada satu tindakan yang boleh menyatukan kita semua ini supaya politik kita akan jadi bersatu dan kita akan lebih stabil bergerak ke hadapan. Cadangan saya Yang Berhormat Speaker, kan. Untuk mengendurkan pertikaian perasaan tidak selesa di kalangan kita ini, yang ada

I kadang-kadang dijadikan alasan untuk kawan-kawan menyeberang ke sana, ke sini. Yang pertama sekali saya mencadangkan Yang Berhormat Speaker. Kalau boleh di masa akan datang, kalau Kerajaan ini masih lagi berada di sana di masa akan datang. Tolong pertimbangkan. Memberikan peruntukan yang adil kepada semua wakil rakyat supaya kita yang ada di sini tidak cemburu bah ini, tidak dengki. Betul ka, Telupid?

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Betul.

Kan? Memanglah kita akan rasa, ui, dia orang sahaja yang dapat. Kami pun wakil rakyat bah.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Yang penting dikekalkan Kerjaan semasa.

Kami pun dipilih bah.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

YB Tungku, yang penting dikekalkan Kerajaan semasa.

Speaker

Terus subjektif ah.

Kita serahkan kepada rakyatlah. Ini demokrasi, kita serahkan kepada rakyat. Okey. Bagi peruntukan yang sama rata supaya tidak ada rasa, memanglah kalau saya tidak dapat, eh, kau duduk, pindah kau, aku mahu duduk di sana. Berebut-rebut mahu, kan? Itu kerajaan dan pembangkang. Tetapi kalau peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat, semua senang hati dan semua wakil rakyat terlibat untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing.

Datuk Speaker, minta laluan.

Speaker

Dengar ini. Dia punya masa mau habis sudah itu.

Kasih (memberi) habis dulu bah. Tenang kau.

I

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Sikit saja. Kawan juga, kawan.

Okey, bah.

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Saya mau tanya juga. Waktu Warisan memerintah, adakah pembangkang dapat, ah? Waktu itu saya belum YB bah. Jadi saya mau tanya daripada YB Tungkulah. Terima kasih.

Ini baru cadangan saya, bos. Ini cadangan.

Sebab konvensyennya, demokrasi di Malaysia ini macam pelik. Rakyat memilih kita sebagai wakil rakyat tetapi tidak dibagi peruntukan oleh Kerajaan, kan? Itu yang pertama, Datuk Speaker. Yang kedua, ketidakstabilan politik kita ini disebab kita bersaing untuk merebut jawatan. Mahu jadi Ketua Menteri. Mahu jadi Menteri. Mahu jadi itu. Mahu jadi itu. Jadi kalau boleh saya mencadangkannya, Yang Berhormat Speaker, di masa akan datang, tempoh Ketua Menteri kita hadkan kepada dua penggal sahaja. Dan by convention, apabila tamat tempoh dua penggal, Ketua Menteri tersebut kita lantik dia menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, sebagai dia punya retirement plan. Kalau ini kita boleh lakukan, saya rasa suhu politik kita ini akan mengendur. Sejuk sedikit. Barulah kita boleh berbincang dengan the cool headed, dengan rasa tenang. Bercerita soal rakyat. Dan lagi satu, Datuk Seri Speaker, soal memilih siapa yang akan jadi Kerajaan, memilih siapa yang akan jadi Menteri, saya mencadangkan, satu lagi pembaharuan ataupun reformasi yang harus dibuat. Pilihan raya. Political funding. Kita tahu bahawa pilihan raya biasanya di Sabah ini, macam satu pesta. Bagi pengundi-pengundi.

Speaker

Di Malaysia.

Di Malaysialah. Di Malaysia. Pesta pergi ke sana, dapat ini. Pergi ke sana, dapat ini. Pergi ke sana, dapat ini. Tetapi kalau boleh saya mencadangkan sebab pilihan raya ini adalah hak rakyat yang dijamin dalam perlembagaan. Dan pilihan raya ini, harus menggambarkan suara rakyat yang dinyatakan di peti undi. Saya menjadi risau, saat ini. Kadang-kadang peratusan keluar mengundi kita, ada ketikanya sampai tinggal 55%. Dan apabila 55% itu dibagi kepada undi-undi, sudah tentulah yang menang itu tidak menggambarkan suara majoriti dalam kawasan tersebut. Jadi kalau boleh, kita mencadangkan kepada SPR,

I kepada Kerajaanlah. Political funding. Mana-mana, pilihan raya Kerajaan harus mengeluarkan belanja kepada pengundi untuk turun mengundi. Kenapa kalau bantuan BRIM kita boleh bagi? Masuk akaun. Kenapa kalau bantuan SYUKUR kita boleh bagi? Masuk akaun. Kalau untuk tujuan pilihan raya, masukkan duit terus ke dalam akaun pengundi. Turun kamu mengundi. Pastikan kamu mengundi. Tak kiralah siapa yang dia pilih supaya daripada ini nanti, tidak ada sudah politik wang dan rasuah politik. Dan ini akan menggambarkan demokrasi sebenar dalam sebuah negara. Datuk Seri Speaker, saya harap bergerak ke hadapan. Sabah ini sudah 60 tahun lebih bersama Malaysia. Saya berumur 60 tahun, tahun ini.

Speaker

Muda masih.

Lahir di sebuah kampung, ke sekolah dengan berkaki ayam. Ada ketikanya kaki melecet disebabkan tanah pasir yang panas. Keluar daripada kampung, saya dapat meneruskan pendidikan sampai ke sekolah berasrama penuh dan saya juga dapat pendidikan sampailah ke peringkat tinggi, kan? Saya berharap, apa yang saya lalui pada hari ini, tidak akan dilalui lagi oleh generasi kita di masa akan datang. Saya mohon kepada rakan-rakan yang ada di sini, sahutlah seruan daripada Telupid. Sahutlah seruan daripada kawan-kawan kita, untuk kita bersatu, untuk kita bersama untuk sama-sama berfikir soal negeri Sabah di masa akan datang. Kalau kita asyik bertelagah dan bertelingkah cuma untuk mempertahankan ego masing-masing, cuma untuk mempertahankan kepentingan jawatan dan poket masing-masing, yang menjadi masalah kepada anak kita, cucu kita, cicit kita yang akan duduk di negeri ini, merekalah yang akan tanggung. Jadi mungkin, pilihan raya kali ini adalah satu reset kepada politik kita di Sabah, adalah satu reset kepada pemikiran kita semua.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Boleh minta penjelasankah?

Mudah-mudahan. Ada lagi? Speaker, mau bagi lagikah? Macam panjang betul sudah ini bah kan?

Speaker

Sudahlah, gulunglah. Habis.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Kau tengok dia …

I

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Sudah setengah jam, kami tadi 12 minit saja, jadi kami baru berucap pun, macam machine gun ba.

Speaker

Saya pun baru masuk juga ini.

Okeylah, ah, ah, Yang Berhormat Speaker, saya cuma mohon itu saja. Harapan saya, kan. Seperti mana yang ah apa tadi itu, Karambunai cakap mungkin ini penggal terakhir. Mungkin ini kali terakhir kami berada di sini. Tapi saya ingin melihat Sabah ini maju ke hadapan dan dibarisi oleh kepimpinan yang baharu, wakil-wakil rakyat yang baharu dan politik yang stabil dan bersatu dan akhirnya Sabah akan maju dan membangun seperti mana yang sepatutnya.

Datuk Speaker, Tungku mohon menyokong. Terima kasih. (Tepuk meja)

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Tungku. Sebelum saya menjemput pembahas seterusnya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran seramai 21 orang pelajar dan lima orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid Keningau. Selamat belajar semua, ya. Sila duduk. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kunak.

1.11 tengah hari

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Bismillahirrahmanirrahim Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad, assalamualaikum WBT dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, pertama sekali terima kasih atas kesempatan yang diberi kepada saya dalam membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang di-Pertua Terutama Negeri Sabah. Dalam kesempatan ini juga saya mewakili keluarga Kunak mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas pelantikan pada Januari yang lepas.

Pelantikan ini pastinya adalah satu penghormatan dan tanggungjawab yang besar dan saya yakin Tuan Yang Terutama

I akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi walaupun masih ada yang iri dan sakit hati.

Datuk Speaker, hari ini fokus perbahasan saya bukan saja berkenaan Ucapan Dasar Kerajaan tapi juga perbahasan mengenai kejayaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dilancarkan dengan visi untuk mentransformasikan Sabah menjadi sebuah negeri yang maju dan makmur telah memberi impak positif di seluruh negeri termasuk daerah yang saya perjuangkan, iaitu daerah Kunak. Datuk Speaker, izinkan saya memulakan perbahasan saya dengan perkara yang amat menggembirakan seluruh rakyat Kunak, iaitu pengumuman pembinaan Kompleks Sukan Daerah Kunak yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Belanjawan Negeri baru-baru ini. Saya mewakili suara belia dan seluruh rakyat Kunak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas komitmen dalam membangunkan daerah kami.

Saya dimaklumkan kelmarin telah berlangsung mesyuarat pertama penyelarasan projek kompleks sukan tersebut. Subhanallah, alhamdulillah. Datuk Speaker, kedua adalah usaha serius Kerajaan dalam memperkasa sektor pelancongan telah terbukti di Kunak. Sejak menjadi Wakil Rakyat DUN Kunak saya telah tanpa henti bekerja keras untuk mendapatkan kebenaran bagi orang awam menikmati produk pelancongan yang berada dalam kawasan SD Guthrie yang sebelum ini dikenali sebagai Sime Darby. Beberapa siri lawatan rasmi telah saya buat ke lokasi-lokasi pelancongan ini. Dua kali saya ke ibu pejabat mereka di Ara Damansara Kuala Lumpur.

Berulang kali saya bersuara di Dewan yang mulia ini. Kertas kerja demi kertas kerja. Pembentangan demi pembentangan di hadapan Menteri Pelancongan Negeri dan Persekutuan telah saya buat dan hari ini, satu perkembangan positif yang amat membanggakan kami di Kunak. Hasil daripada penglibatan aktif dan serius Ketua Menteri telah membuka lembaran baharu bagi potensi pelancongan kami dan akhirnya kami telah mendapat respons yang positif dari pengurusan tertinggi SD Guthrie Berhad melalui anak syarikatnya SD Guthrie Eco Garden Sdn. Bhd.. Produk Pelancongan Tasik Impian dengan keluasan 100 ekar yang memiliki padang golf sembilan lubang, kolam lumpur dan kolam air panas telah pun mula beroperasi dan dibuka kepada awam bermula awal bulan ini.

I So, saya jemput kepada semua untuk datanglah bercuti di Kunak. Datuk Isnin mungkin boleh main golf nanti di Kunak, datuk. Untuk pengetahuan sidang Dewan, ini adalah inisiatif pelancongan kedua yang dilaksanakan oleh SD Guthrie Berhad setelah kejayaan mereka dalam mengangkat produk pelancongan mereka di Pulau Carey, Selangor yang telah mendapat sambutan hebat termasuk pelancong dari luar negara. Sudah tentu sektor pelancongan ini akan memberi limpahan ekonomi dan membawa kepada peningkatan pendapatan penduduk setempat dan pastinya ampitlah orang Kunak.

Saya juga kagum dengan kecekapan Kerajaan dalam usaha cadangan mewartakan sebahagian kawasan laut daerah Kunak dalam Taman-taman Sabah. Pewartaan ini mempunyai kebaikan yang sangat ketara, terutama dalam pemuliharaan ekosistem marin, melindungi terumbu karang, hutan bakau, dan membantu mengekalkan biodiversiti marin yang kaya di kawasan laut Kunak yang penting untuk perikanan dan pelancongan dan jauh lebih penting adalah hak milik tanah atau pulau-pulau berpontensi akan kekal menjadi hak milik rakyat Sabah.

Dalam keterujaan kami menerima pelancong luar, kami di Kunak tidak mahu kesilapan pelancongan yang berlaku di daerah lain yang hanya memberi manfaat kepada orang luar atau usahawan luar lebih daripada penduduk tempatan. Justeru dengan unjuran pelancongan Kunak yang bakal berkembang pesat, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon peruntukan membesarkan jalan di Pangkalan Kunak dan juga penyediaan fasiliti jeti khas untuk tujuan pelancongan. Datuk Speaker, seterusnya adalah pelaksanaan Projek Mega Lebuh Raya Pan Borneo yang bertujuan untuk meningkatkan infrastruktur pengangkutan di Sabah dan manfaatnya terhadap rakyat Kunak. Dengan adanya Lebuh Raya Pan Borneo jalan perhubungan menjadi lebih baik.

Aktiviti ekonomi di kawasan sekitar akan meningkat. Pelbagai sektor perniagaan akan berkembang. Bila ekonomi aktif, peluang pekerjaan terbuka dan kadar pengangguran di Kunak akan menurun. Justeru saya berharap agar pembayaran pampasan kepada rakyat yang terlibat mestilah setimpal untuk membantu mereka memiliki kediaman yang baharu. Bila bercakap juga soal jalan, saya tidak akan berhenti untuk menggesa agar pihak Kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya memberi

I perhatian serius terhadap Jalan Tingkayu. Sejujurnya, kerja-kerja maintenance di Jalan Tingkayu masih di tahap yang sangat mengecewakan. Walaupun begitu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan buat YB Tanjung Keramat yang pertama kalinya dalam sejarah Kunak, Datuk Speaker, Menteri Kerja Raya datang melihat dan menikmati sendiri kepayahan yang rakyat Kunak lalui di Jalan Tingkayu pada lawatan kerja beliau pada Januari 2025 yang lepas. Moga tekad untuk melaksanakan naik taraf Jalan Tingkayu yang telah pun disenaraikan dalam RP1 RMKe-13 benar-benar menjadi kenyataan. Datuk Speaker, seterusnya adalah inisiatif yang amat penting dan bermakna bagi rakyat Sabah, iaitu inisiatif Rumah Mesra SMJ. Satu langkah yang berani dan inovatif bagi menangani masalah perumahan dan kemiskinan. Menjurus kepada membela nasib rakyat dan yang paling penting tidak mampu dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu. Ini fakta yang perlu ditelan dan dihadam oleh semua. Penambahan ketara daripada 20 unit kepada 40 unit dalam masa dua tahun dengan agihan yang sangat adil di setiap DUN amat kita hargai. Namun izinkan saya menyatakan harapan dan cadangan. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan mempertimbangkan untuk mempermudahkan syarat milikan tanah bagi rakyat yang layak. Atau Kerajaan juga boleh menyediakan tanah untuk membantu rakyat membina rumah tersebut. Luluh hati saya bila ada pemohon yang memerlukan namun terpaksa ditolak karena tidak mempunyai tanah. Datuk Speaker, saya juga berdiri di sini hari ini ada rasa kecewa dan amat dukacita. Dewan yang mulia ini yang sepatutnya menjadi tempat perdebatan yang beradab dan hormat telah dicemari oleh insiden yang tidak sepatutnya berlaku. Insiden yang berlaku kepada saya yang ditumbuk di bahu semasa persidangan yang lepas ...

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak boleh diterima. Walaupun ada pihak yang mengatakan insiden ini hanyalah gurauan.

I

Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Ada yang kata bukan yang sakit. Saya mohon untuk tidak dicela Datuk Speaker.

Speaker

Dia tidak bagi laluan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Ada yang kata tidak sakit.

Sangkaan jahat, sangkaan jahat, sangkaan jahat.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Ada yang kata tidak sakit, sedangkan saya yang merasa. Begitu juga kononnya sebagai cuit manja dari seorang kawan.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kunak, Yang Berhormat Kunak. Ada, aaa, apa ini, point of order ada yang kata sangkaan jahat.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya tidak menyebut nama, Datuk Speaker.

Speaker

Jadi, jadi, kalau boleh menjelaskan, sila jelaskan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya tidak menyebut nama dan saya merasa ini adalah teguran secara general kepada saya sebagai seorang wanita.

Tuan Speaker, saya minta Kunak buat laporan polis dan buat laporan kesihatan. Jangan menuduh sembarangan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya telah buat, saya sudah buat.

Jadi, jadi di mana, di mana hasilnya?

I

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya sudah buat Lamag.

Kenapa polis tidak ambil tindakan?

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya dan apa yang saya buat hari ini, dan ingin saya sambung …

Jangan cari populariti Yang Berhormat.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

… kononnya itu adalah cuit manja dari seorang kawan …

Mana laporan polisnya, kemukakan kepada Dewan ini.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

... saya minta supaya saya tidak dicela Datuk Speaker because this is my flow.

Bukan cela, Yang Berhormat bercakap bohong.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

This is my flow.

You flow but you are liar. You are big liar in the Dewan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

No, I am not, I am not.

Yang Berhormat, kalau ada bukti, kemukakan dengan Speaker. Jangan temberang.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya bukan saja ada bukti. Saya juga ada video.

I

Jangan mencari meraih keuntungan di luar sana, rakyat bukan bodoh.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Tidak, saya tidak, saya tidak bodoh.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Standing Order, Standing Order, Datuk Speaker.

43(6) seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap mana-mana Ahli lain.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Dan saya tidak fikir saya sedang melakukan sangkaan jahat.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bahawa tertumbuk seseorang dan menyebabkan kecederaan.

Sepatutnya sebelum dinyatakan di dalam, Dewan ini adalah Dewan yang mulia, bukan Dewan yang untuk bercakap bohong.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Yang Berhormat.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Apa lagi membuat penipuan, sekiranya ada dikeluarkan kenyataan, buat report polis. Terima kasih Datuk Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya mohon untuk saya menghabiskan skrip perbahasan saya.

Speaker

Ya, Yang Berhormat Tungku, Yang Berhormat ADUN Dilantik, sila duduk.

Yang Berhormat Kunak, sila kemukakan satu aduan mengikut Peraturan Tetap mengenai insiden tersebut.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Sudah tentu. By all means, Sir.

Speaker

Okey, teruskan.

I

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya sebagai wanita, isteri dan seorang ibu tidak pernah dan tidak akan membenarkan mana-mana kawan saya untuk menyentuh saya sesekali.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Minta ditarik balik itu Datuk Seri, tarik balik.

Speaker

Tunggulah, tunggu, saya.. saya suruh dia buat laporan. Kalau laporan dia tidak betul, sudah diteliti, saya suruh dia tarik balik.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Kalau tidak, kita kena buat Ruling.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Sudah tentu.

Jangan risau.

By all means, saya sedia. Saya mohon.

Kalau mislead Dewan, dia perlu diambil tindakan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Tidak ada masalah, tidak ada masalah.

Jangan menipu dalam Dewan ini.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Tidak ada masalah.

Speaker

Tidak, begini Tungku, Lamag, saya sudah minta dia buat aduan mengikut Peraturan Tetap yang diperuntukkan. Jadi kalau aduan dia terdapat bukti yang betul dan yang tidak betul, kita ambil tindakan yang sewajarnyalah.

Yang Berhormat Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Setuju.

Kalau boleh, dia tunjukkan laporan kesihatan yang dia buat itu. Minta dia bacakan sekarang laporan doktor itu. Apa bunyi dalam laporan itu? saya mahu tahu.

I

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Kenapa saya perlu ikut cakap Tungku ini?

Speaker

Itu, nanti dia buat dalam aduan dia sekalilah maksudnya.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya mohon Datuk Speaker, untuk Datuk Speaker membuat teguran.

Speaker

Okey.

Dia berlakon.

Speaker

Biar saja.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Secara terbuka kepada para Yang Berhormat.

Speaker

YB.

This is not the kind of Wakil Rakyat yang kita mahu.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Yang ada di dalam Dewan ini agar perkara ini tidak berlaku.

Speaker

Dia, dia akan buat dia punya aduan sama saya nanti. Saya akan buat nanti.

Datuk Speaker.

Speaker

Ya?

Merotai.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya mohon, Datuk Speaker, this is my flow.

Speaker

Okey, Merotai.

I

Merotai, Datuk Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Mereka sudah ada peluang mereka.

Speaker

Saya sudah buat Ruling, dia akan buat aduan dia kepada saya dan saya akan teliti dan akan ambil tindakan sewajarnya.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih Datuk Speaker.

Saya ini dari tandas, laju saya lari, Datuk Speaker. Tercungap-cungap saya.

Speaker

Tidak apalah, duduklah dulu.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih Datuk Speaker. Saya tidak perlukan jawapan daripada siapa-siapa.

Datuk Speaker. Saya ada ditelefon oleh.. Datuk Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

… saya harus menyatakan pendirian saya bahawa wanita berhak dilayan dengan maruah dan dihormati, itu saja.

Saya, ini sangkaan jahat, Datuk Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker, saya mohon untuk menguruskan perbahasan saya.

Standing Order.

Speaker

Okey, begini Merotai. Saya tadi sudah buat Ruling.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Siapa makan cili, dia terasa pedas.

Speaker

Saya sudah minta dia buat punya aduan dengan bukti-bukti dia.

I

Ini bukan soal makan cili siapa pedas. Saya ada ditelefon oleh.

Speaker

Tidak, bagi, bagi habis saya cakap dulu.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker.

Tapi biar saya bela sekejap Datuk Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya tidak perlukan penjelasan sekarang.

Speaker

Saya, saya, saya cakap saya punya Ruling dulu. Saya sudah minta dia buat aduan berkenaan isu tadi.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lamag tadi.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Aduh.

Speaker

Jadi?

Jika ada, buat laporan polis, laporan kesihatan. Saya telah ditelefon oleh pihak polis tetapi pihak polis kata.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker, saya tidak rasa Datuk Speaker saya mahu memperpanjangkan dan memberi ruang kepada, sedangkan saya tidak menyebut pun nama.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kunak tidak mahu mengambil tindakan selanjutnya. Saya tunggu supaya di bawa ini ke mahkamah supaya saya boleh membelah nasib.

Tuan

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Merotai.

I

Tak sebut nama pun, saya satu orang saja yang tumbuk.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih atas pengakuan. Terima kasih atas pengakuan.

Datuk Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih atas pengakuan.

Datuk Speaker, kalau betul ada, buat laporan lanjut, biar pihak, biar mahkamah yang tentukan, saya boleh membela diri saya di mahkamah. Kalau mahu cakap saja, buat persepsi macam-macam.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Ya, mohon dimasukkan ke dalam hansardlah juga tadi.

Speaker

Merotai, duduk Merotai.

Datuk Speaker.

Speaker

Biar diselesaikan nanti mengikut apa yang aduan dibuatnya nanti.

Ya, saya cabar dia ini Datuk Speaker. Buat laporan polis, buat apa, tindakan mahkamah, buat laporan kesihatan. Kita mahu tunjuk Datuk Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Okey.

Datuk Speaker, perlukah kita layan drama ini, Datuk Speaker?

Bukan berdrama-drama di tiktok saja Datuk Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Drama ini Datuk Speaker tidak perlu diteruskan. Beliau sudah pun mengaku, hanya beliau sahaja yang menumbuk.

I

Datuk Speaker.

Speaker

Duduk, duduk Merotai. Duduk, duduk, duduk.

Duduk, okey baik.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya mohon meneruskan, Datuk Speaker?

Speaker

Okey, teruskan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih. Kemarin juga saya sangat terkejut mendengar perbahasan oleh YB Tanjong Aru yang menurut saya sangat kasar dan tidak sesuai, sedang sangkaan jahat pun kita dilarang. Inikan pula larangan penggunaan bahasa yang kesat, biadab dan menghina yang termaktub dalam Peraturan Tetap Dewan Perkara 43(4). YB Tanjong Aru telah merendahkan Kerajaan dengan perkataan yang sangat kesat. Beliau menggelar Kerajaan hari ini sebagai incompetent, funny, silly, Kerajaan crazy, fail, incapable, selfish, clueless dan Kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Datuk Speaker, dengan izin.

Datuk Joniston bin Lumai @BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Speaker, boleh saya minta laluan?

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Allow me to speak in English for this important point, silakan.

Datuk Joniston bin Lumai @BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

Can I just?

I was in the house ya, di dalam Dewan juga semalam tet,api saya rasa macam tidak berapa clear. So now Kunak mengatakan that Tanjong Aru ada sebut perkataan-perkataan yang saya rasa kesat, silly, crazy, dan sebagainya.

Jika diteliti, perkataan silly itu stupid, kan?

Bodoh, crazy itu gila.

So, saya bagi saya, pandangan saya Datuk Speaker, merupakan perkataan yang boleh dianggap sebagai kesat dan jika kita rujuk 43(4), penggunaan bahasa yang kesat, biadab dan menghina terhadap Ahli-ahli Dewan adalah satu.. salah menurut peraturan.

Jadi, mungkin Datuk Speaker boleh membuat Ruling

I sama ada perkataan yang diutarakan itu boleh dianggap sebagai kesat atau tidak. Terima kasih, itu saja.

Speaker

Saya minta Kunak buat aduan mengikut Peraturan 90(4)lah.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Baik, Datuk Speaker.

Speaker

Dan biar saya teliti hansard, tengok macam mana saya buat Ruling apabila sudah sampai masanya.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Alright. Datuk Speaker dengan izin, allow me to speak in English for this important point. Dear YB Tanjong Aru, just because you can speak English doesn't mean you can insult and belittle others. YB Tanjong Aru, just because you can speak English, it does not signify your superiority and YB Tanjong Aru, just because you can speak English, doesn't mean you can be rude and will never justify your uncivilized behavior in this esteemed chamber dan satu lagi saya tidak faham, bila membaca hinaan terbuka dari kawan baik YB Tanjong Aru mengenai Ketua Menteri kita, yang lebih mendaulatkan bahasa Melayu dan memilih untuk berbahasa Melayu untuk menyampaikan mesej yang lebih jelas kepada seluruh rakyat.

Wainah jo, kau punya English pun biasa-biasa saja bah, terkeluar juga slangmu. Jangan kunun kau terlampau action bah, otok, arung.

YB Tanjong Aru, tahukah kamu kenapa kamu dapat tiga kerusi ketika PRU?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Speaker, mencela.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Dan tahukah kamu kenapa satu demi satu pejuang keluarkan meninggalkan kamu? Kerana kami dan semua rakyat.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okey. Bolehkah? Bolehkah?

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Sudah meluat, sudah benci melihat budaya kamu yang suka menghina dan merendahkan orang lain dan menghina ini YB Tanjong Aru.

I

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ya, yang you melompat, orang pun banyak hina sama you bah, tidakkah?

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Sudah menjadi makanan dan sudah menjadi darah daging dalam parti kamu.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Katak saja sendiri pun tidak pandai cakap. Sama saja itu.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Kenapa saya tahu YB Tanjong Aru? Sebab saya pernah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Speaker, bolehkah saya mencelah ini?

Speaker

Dia tidak bagi laluan, dia tidak bagi laluan, duduk dulu.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

YB Tanjung Aru, saya pernah berada dalam kelompok toksik kamu dan saya pernah menjadi mangsa maki hamun kamu.

Speaker, Peraturan 43(1), 43(1).

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Buat barisan Kabinet.

Seorang Ahli hendaklah menumpukan percakapannya kepada perkara yang sedang dibincangkan dan tidak boleh membawa apa-apa perkara yang tidak berkaitan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya rasa ini berkaitan. Datuk Speaker, terakhir dari saya.

Please read through.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Buat barisan Kabinet.

I

… so…

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

… dan Kerajaan sedia ada …

… Red thru? Where is your so? (suara bertindih)

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya mahu teruskan?

Speaker

Teruskan. Teruskan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Ketika giliran YB Tanjong Aru berbahas dan merendahkan …

Speaker

Teruskan. Teruskan. Teruskan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Tidak ada satu orang pun … (suara bertindih)

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ya. Apa? Apa? Apa yang saya cakap?

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

… daripada pihak …

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Diam! Diam!

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

… kami tidak mau mengganggu ...

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

… saya sahaja ...

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

… kerana kami sangat menghormati floor kamu …

I

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Mahu cakaplah sekarang! Kau justifiedlah apa yang kau mahu.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

… dan inilah budaya yang sedang kalian tunjukkan …

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

… you cakaplah sana tu …

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Inilah budaya yang kalian sedang tunjukkan kepada rakyat …

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Tak berani cakap sahajalah, justified apa yang …

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Ayaa …!

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

… mari cakap …

Speaker

Okey, Tanjong Aru… (suara bertindih / dialog berbahas)

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker, terakhir daripada saya. Buat barisan kertas kabinet …

Datuk Speaker, standing order.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Kerajaan sedia ada.

43(1).

Speaker

Berapa?

43(1). Standing order. Yang Berhormat Kunak, duduk dulu. Peraturan mesyuarat kalau ada standing order Yang Berhormat kena duduk. Duduk dulu. Kenapa Yang Berhormat Menteri? Ya, saya bagi tahu standing order. (suara bertindih)

I

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya hanya menerima arahan daripada Datuk Speaker.

Datuk Speaker, 43(1). Peraturan 43(1).

Speaker

Apa dia Peraturan 43(1)?

Seorang ahli hendaklah menumpukan percakapan kepada perkara yang dibincangkan dan tidak membawa apa-apa perkara yang tidak berkaitan.

Pertama, Datuk Speaker berkenaan dengan “tumbuk” tadi. Tiada dalam ucapan dasar dan kalau benar perkara itu, tuduhan itu. Tumbuk kuat sampai sakit, sampai pecah kepalakah? Doktor yang sahkan. Pergi buat laporan polis dan saya tahu dia sudah buat laporan polis dan saya pun sudah ditelefon oleh polis. Tapi polis mengatakan tak adalah dia saja mahu buat laporan polis dan tidak mahu ambil tindakan apa-apa dan di pihak polis pun tiada diserahkan. Apa sudah hilang Datuk Speaker?

Speaker

Ya, begini Yang Berhormat Merotai. Isu pasal tumbuk itu, saya sudah minta dia buat aduan, kan?

Ya.

Speaker

So, kita tunggu dia punya aduan, nanti kita buat tindakan yang selanjutnya.

Ya.

Speaker

So, that matter is closed.

Ya.

Speaker

Okey.

I

Saya cuma mahu membela diri saya Datuk Speaker.

Speaker

Nantilah you bela bila sudah ada aduan apa semua. Tuan Sarifuddin bin Hata [Merotai]:Ya itulah, sebab itu …

Speaker

Lagipun dia mana ada sebut nama you. You yang mengaku.

… walaupun dia tidak sebut nama Datuk Speaker semua orang tahu … Tuan Speaker:Tahu apa?

Well known … well known.

Speaker

You will have their the opportunity to define ...

Ya lagipun Datuk Speaker, itu 43(1) tidak ada dalam sini, sepatutnya Datuk Speaker bagi rollinglah tidak boleh cakap, stop.

Speaker

You. Dia boleh cakap apa yang dia mahulah, apa yang ...

Apa? Datuk Speaker.

Speaker

Yang berkaitan … berkaitan dengan apa …

Sebab Datuk Speaker, Datuk Speaker. Dalam kenyataan akhbar Datuk Speaker tidak boleh mempolitikkan macam-macam perkara selain daripada perkara sini. Jadi kami menghormati. Kami tidak cakap apa-apa. Semua ucapan-ucapan kami semua berlandaskan daripada ucapan dasar Tuan Yang Terutama Tun.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Termasuk menghina kerajaan sebagai gila?

I

Nanti dulu, ini topik saya. You tunggu jawapan si …

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Come onlah, this is my floorlah! Tuan Speaker:That is your floor.

Your floor, tapi this is 43(1). You have to follow the rules juga. Datuk Speaker, rolling, suruh dia tarik balik dan suruh dia buat laporan polis, laporan kesihatan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya akan menurut …

Rolling!

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

… semua arahan Datuk Speaker, don't worry.

Datuk Speaker, dia menunggu arahan Datuk Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Don”t worry. This is my floor.

I know.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

I don't need that.

Tapi boleh mencela jika ada peraturan mesyuarat yang berlanggar.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya mohon Datuk Speaker untuk kita akhiri … playing victim yang sedang dilakukan …

Standing order. Kita ada peraturan?

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker, akhir daripada saya.

I

Datuk Speaker, point of order, jawab dulu, bagi rolling dulu Datuk Speaker.

Speaker

Tunggulah.

Okey … tunggu, tunggu …

Speaker

Saya tengah baca. Saya tengah baca TYT punya ucapan ini.

Baik. Baik. Baik Datuk Speaker. Kami tunggu Datuk Speaker.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih, Datuk Speaker. Buat barisan …

Nanti dulu. Datuk Speaker belum buat rolling, tunggu, 43(1) tunggu dulu. Sabar.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Layan dorang … layan ... kasi layan… layan ...

sama perempuan beranilah. Ya, dia mesti mahu pecah kepala bah.

Muka surat 54, Datuk Speaker. Muka surat 54 isi kandungan ucapan 43(1).

Speaker

Dia bangkitkan perkara ini berdasarkan pada PARA 32 Program Pemerkasaan Wanita akan terus dilaksanakan seperti Program Keusahawanan Ibu Tunggal dan Program Pembangunan Kepimpinan Wanita Berwibawa. So, dia dalam skop ucapan TYT.

Apa kaitan? Tiada kaitanlah Datuk Speaker.

Speaker

Okey. Kepimpinan … kepimpinan.

Come onlah Datuk Speaker.

Speaker

Okey … okeylah …

I

Tidak apalah tak apalah rakyat nampak. It's okey, It's okey Datuk Speaker. Saya cabar dia buat laporan kesihatan. Kalau ada sudah buat laporan. Kalau sekarang mahu buat laporan kesihatan saya rasa tidak sempat sudah itu.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya sudah buat. Don't worry.

Kalau boleh tunjuklah laporan kesihatan tu?

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Oh, ya nanti saya tunjukkan kepada Datuk Speaker.

Speaker

Merotai.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Don't worry.

Speaker

Merotai. Biarlah dia buat aduan dia nanti kita bagi you peluang.

Dia sudah buat aduan pun Datuk Speaker tapi dia tarik balik.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Sebab saya tidak mahu jadi the hero. Saya cuma mahu menegur secara terbuka.

Speaker

Okey teruskan.

Apa dia?

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker.

Speaker

Teruskan, teruskan.

Apa dia?

I

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terakhir daripada saya Datuk Speaker. Buat barisan kabinet dan Kerajaan sedia ada. Hakikatnya masih terdapat masalah dan isu rakyat yang belum kalian tangani secara tuntas. Namun, ikhlas daripada saya teruslah berusaha. Percayalah kalian yang disebelah sana jauh lebih baik dari mereka yang sebelum ini. Datuk Speaker, Kunak bersuara dan mohon menyokong ucapan Dasar Kerajaan.

Jangan risau calon juga itu di Kunak. Calon. Tidak payah puji-puji pun calon juga. Tunggulah.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Kunak. Sekarang dipersilakan Yang Berhormat Usukan.

Datuk Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Budaya menyampuk itu janganlah diamalkan bukan kampung ni jo!

Speaker

Baik, teruskan Usukan. 1.37 tengah hari

Tuan Speaker, terima kasih pada Tuan Speaker atas peluang diberi untuk terlibat dalam perbahasan ini. Terlebih dahulu saya mengharapkan dengan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas penyampaian ucapan Dasar Kerajaan yang memberi fokus kepada pembangunan seimbang dan kesejahteraan rakyat Sabah secara menyeluruh.

Tuan Speaker, saya akan menyentuh tiga point sahaja dalam perbahasan ini secara ringkas.

Point pertama, iaitu mengenai dengan pengumuman tiga taman perindustrian baru di Kudat, Kota Belud dan Beaufort. Pembangunan ini sangat dialu-alukan kerana ia membuka ruang baharu kepada pertumbuhan ekonomi luar bandar dan menyediakan peluang pekerjaan serta keusahawanan kepada masyarakat setempat khususnya generasi muda. Namun begitu, kejayaan taman-taman industri ini bergantung sepenuhnya kepada perancangan awal infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, elektrik yang stabil dan jaringan jalan raya yang baik. Saya berharap Kerajaan tidak hanya menumpukan sepenuhnya kepada

I pengisytiharan projek tetapi memastikan perlaksanaannya berjalan seiring dengan penyediaan prasarana.

Kita kena belajar daripada pembinaan KKIP ia telah mengambil masa, ia bermula pada tahun 1995 dan sepuluh tahun baru beroperasi dan pendekatan pada ketika itu ialah untuk menumpukan perhatian kepada prasarana dahulu kerana untuk kita menjual kawasan ini kepada pelabur sudah tentu mereka akan melihat tentang kesediaan prasarana di kawasan tersebut dan kos perniagaan. Dalam konteks ini, saya ingin menekankan kepentingan industrial matching, iaitu memastikan industri yang dibangunkan bersesuaian dengan kekuatan dan sumber tempatan. Contohnya, sektor agro-makanan di Kota Belud, memproses hasil laut di Kudat dan logistik atau pembuatan ringan di Beaufort.

Bagi menarik pelabur, Kerajaan disarankan memperkenalkan pakej insentif seperti pengecualian cukai, geran pembangunan dan sokongan latihan kemahiran kepada tenaga kerja tempatan. Sama ada untuk pasaran eksport atau domestik dasar yang mesra pelabur perlu menjadi keutamaan. Kudat dan Kota Belud ini Tuan Speaker, harus dilihat dari perspektif pembangunan yang lebih luas lagi yang saya panggil Zon Utara Sabah sebagai sebuah wilayah pertumbuhan baharu.

Saya mencadangkan supaya Pelabuan Kudat itu dimajukan dahulu, kerana ini amat penting sekali kita harus mempunyai pelabuhan yang kelas utama di …

… kawasan tersebut.

Dan kita harus menentukan Taman Perindustrian di Kudat ini boleh dianggap sebagai free trade zone untuk membolehkan aktiviti downstream berkembang dan memacu eksport negeri. Ini juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan pedalaman. Saya berkata demikian Tuan Speaker, kerana kita ini banyak mineral dan biasanya kita ini terlalu gila sangat untuk eksport mineral sahaja. Tapi pada saya mineral ini haruslah didownstream seperti nikel. Kalau kita buat downstream banyak boleh digunakan, mahu buat bateri dan sebagainya. Dan ia memerlukan satu pelabuhan yang bertaraf antarabangsa dan pada saya Kudat itu amat sesuai sekali.

I Saya juga ingin menyentuh soal perkara kedua itu mengenai dengan insurans yang telah diumumkan oleh Kerajaan. Saya berpendapat ini adalah amat baik sekali kerana ia diberi secara percuma kepada rakyat Sabah. Cuma saya ingin mohon Kerajaan memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

Apakah bentuk perlindungan yang diberi? Siapakah yang layak? Bagaimana proses tuntutan dibuat? Adakah ia merangkumi kemalangan di tempat kerja, rumah dan jalan raya? So, kena kita pastikan accident itu merujuk kepada apa. Saya juga mencadangkan agar Kerajaan memperluaskan insurans kepada golongan sektor-sektor tidak formal seperti petani, nelayan dan peniaga kecil yang sering tidak dilindungi oleh skim.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Yang Berhormat Usukan, sikit, Yang Berhormat Usukan.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Terima kasih, Datuk Speaker. Setujukah Ahli Yang Berhormat Usukan bahawa mungkin terdapat unsur-unsur bila Kerajaan mengumumkan insurans secara percuma itu, itu adalah gula-gula pilihan rakyat. Setujukah Ahli Yang Berhormat?

Tuan Speaker, sudah tentulah rakyat bertanya timing pengumuman ini. Tapi saya biasanya bersangka baik ia bertujuan untuk melindungi rakyat Sabah yang terlibat dengan accident. Tetapi saya ingin details, ya, lebih lanjut mengenai dengan soal insurans ini agar ia dapat difahami oleh rakyat keseluruhannya.

Ketiga, point ketiga yang terakhir sekali, saya ingin menyentuh soal kemiskinan. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan, saya percaya sudah tiba masanya Kerajaan mengkaji semula kaedah pengiraan kadar kemiskinan yang diguna pada masa ini. Kalau kita soal data, ia bergantung kepada bagaimana kita memperoleh data tersebut. Apa kaedahnya? Kadang-kadang kita tertaksub dengan data yang standard. Dan apabila kita membuat demikian, banyak yang tidak diambil kira.

I Pada saya, ukuran kemiskinan tidak seharusnya bersifat angka semata-mata. Ia mesti mengambil kira kos sara hidup sebenar di Sabah. Akses terhadap kemudahan asas, serta realiti kehidupan masyarakat asal Sabah khususnya mereka yang tinggal di kawasan terpencil. Ada keluarga yang mungkin melepasi garis kemiskinan secara statistik tetapi masih hidup dalam kesusahan. Tiada air bersih, tiada elektrik, dan tiada peluang ekonomi. Ada juga kalau kita lihat di luar bandar, mungkin mereka dianggap miskin tapi kita tengok rumah mereka, kereta dua hingga tiga biji, mereka ada Astro, mereka ada MyTV, banyak kemudahan yang mereka perolehi. Itulah sebabnya saya menyeru kepada Kerajaan untuk melihat semula bagaimana kita mengukur kemiskinan tersebut. Kerana ini penting, kerana kalau kita mengatasi kemiskinan data kita kena tepat. Sasaran kita kena tepat. Itulah saya selalu menganjurkan bahawa kita kena telus dengan data ini dan kita kena berani mempamerkan mereka-mereka yang mendapat bantuan ini agar rakyat berkesempatan untuk melihat sama ada mereka layak ataupun tidak. Kita pamerkan di pejabat daerah, pamerkan di dewan-dewan balai raya di kampung supaya memberi keadilan kepada masyarakat setempat. Adakah mereka benar-benar layak atau tidak. Kerana masanya sampai apabila kita soal kemiskinan kita kena dipoliticize it. Dia tidak lagi bergantung kepada partition politik. Kerana yang miskin itu tetap miskin. Tidak kira apa pegangan politiknya. Dan dia bergantung kepada data. Sama ada rumah SMJ, sama ada bantuan RM300 sebulan, ia bergantung kepada data. Kalau data itu salah, maka ada ketidakpuashatiannya di kalangan masyarakat. So, soal kemiskinan ini harus dibasmi tanpa melihat daripada konsep kepartian politiknya.

Barulah kita boleh menentukan, kita membantu untuk menyelesaikan kemiskinan di Sabah.

Oleh itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan, agar data itu lebih holistik lagi. Seperti Multidimensional Poverty Index yang sesuai dengan konteks Sabah. Kita kena buat satu kaedah baharu bagaimana penilaiannya. Kerana penilaian di Semenanjung mungkin berbeza dengan kita. Mereka tidak ada mungkin Paitan, mereka tidak ada Pensiangan, mereka tidak ada Banggi. So, bagaimana mereka boleh menilai soal kemiskinan itu, kalau mereka tidak mempunyai kaedah-kaedah yang baru ukuran-ukuran yang lebih sesuai lagi dengan keadaan kita di Sabah.

I Tuan Speaker, sebenarnya saya katakan saya tidaklah berucap panjang. Saya ingin menyentuh tiga points ini pada kali ini, dan saya memang menyokong penuh ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan berharap segala pelan yang diumumkan dapat diterjemah kepada tindakan yang berimpak tinggi untuk rakyat. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat Hari Easter kepada mereka yang mengamalkan agama Kristian dan selamat menyambut Pesta Menuai Kaamatan pada bulan Mei ini kepada seluruh rakyat Sabah yang meraikannya. Semoga perpaduan, keharmonian dan kemajuan terus menjadi asas kekuatan negeri ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Usukan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kapayan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Kukusan bersedia selepas ini, ya. 1.46 tengah hari

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Datuk Seri Speaker, atas peluang membahas ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri pada 10 April 2025. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun, atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah. Seterusnya, saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ketua Menteri dan juga Kerajaan Sabah atas penyediaan sumbangan kewangan kepada Pejabat Perhubungan ADUN Kapayan, sokongan Kakitangan di UPPM N25 Kapayan, serta peruntukan kewangan kepada saya selaku Wakil Rakyat.

Peruntukan tersebut mampu memberi impak yang besar, khususnya kepada rakyat Kapayan dalam aspek infrastruktur asas, dalam peningkatan ekonomi setempat dan kesejahteraan rakyat secara holistik dan inklusif. Tahun ini juga, pelaksanaan 40 Rumah Mesra SMJ dan pemberian pelbagai bantuan sara hidup akan meringankan beban masyarakat setempat.

Syabas juga saya ucapkan kepada pemimpin

I setempat dan Sekretariat SMJ atas usaha mengemas kini sistem pangkalan data bagi yang tercicir daripada senarai eKasih agar mereka menerima bantuan SYUKUR. Soalan saya, adakah mereka yang dikenal pasti tercicir dan dianggap layak untuk dimasukkan dalam senarai eKasih dan akan terus mendapat SYUKUR selama 12 bulan? Kerjasama jabatan-jabatan Kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pemimpin-pemimpin tempatan swasta, badan-badan NGO dan penduduk setempat telah menunjukkan bahawa jika kita berganding tangan dan mempunyai komitmen isu-isu seperti penyelenggaraan jalan raya, sorry, penyelenggaraan jalan raya, perparitan, pembentungan dan bekalan air diatasi.

Namun, kita tidak boleh mengetepikan realiti perubahan iklim yang semakin memberi kesan kepada kehidupan rakyat. Kejadian bencana di Kapayan seperti banjir kilat, tanah runtuh dan ribut kuat kini lebih kerap berlaku. Maka saya ingin menekankan betapa pentingnya kerja-kerja pembersihan parit dan longkang serta pembaikan jalan raya berskala, secara berskala dan berjadual tanpa menunggu aduan.

Saya syorkan agar jabatan dan pemegang konsesi yang dipertanggungjawabkan memastikan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan efisien dan tepat pada masanya. Pelaksanaan langkah proaktif seperti pemasangan sistem amaran awal atau early warning system bagi kawasan-kawasan berisiko banjir juga perlu dipercepatkan. Terdapat maklumat terkini bahawa Kapayan mempunyai 12 koloni setinggan. Ini amat membimbangkan kerana kes kecurian air dan elektrik semakin berleluasa di kawasan setinggan ini.

Daripada 12 koloni tersebut, notis pengusiran …

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

…Ketiga kali telah pun dikeluarkan, namun belum terdapat solusi jangka masa yang panjang.

Apakah dasar Kerajaan Sabah berkaitan setinggan terutamanya bagi kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti bukan warganegara?

I Datuk Seri Speaker, berkaitan penyesaran Kerajaan untuk ketibaan 3.5 juta pelancong menjelang tahun melawat Malaysia 2026. Kita perlu memastikan supaya penduduk di kawasan perbandaran Penampang khususnya pemain industri kecil dan komuniti mendapat manfaat daripada ketibaan pelancong tersebut. Pada masa yang sama, Kerajaan harus memantau supaya alam semula jadi tidak menjadi mangsa pencemaran atau penduduk tempatan terbeban akibat masalah bekalan air sedia ada meningkat. Berkaitan dengan agenda peralihan tenaga dan sasaran neutral carbon menjelang tahun 2050, saya ingin bertanya sejauh manakah Kerajaan telah merancang untuk memanfaatkan tenaga boleh baharu seperti solar di kawasan bandar dan tempat awam seperti sekolah, balai raya, dan pasar awam? Dalam aspek governance integrity dan antirasuah, apakah usaha Kerajaan dalam memperkasakan integriti penjawat awam serta membudayakan tadbir urus yang telus dan beraccountability? Berkaitan sistem I-ADU, apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan penglibatan rakyat dalam penggunaannya dan bilakah aplikasi I-ADU apps akan dilancarkan?

Saya menyambut baik langkah Kerajaan dalam mengadaptasi matlamat pembangunan mampan ataupun SDG dan pelaksanaan kajian kesan keterdedahan dan penyesuaian perubahan iklim di Sabah serta usaha menggubal enakmen perubahan iklim. Kajian tersebut dan proses penggubalan enakmen ini harus disebarkan karena perubahan iklim menyentuh kepada semua golongan tanpa mengira latar belakang.

Datuk Seri Speaker, dalam hal memperkasakan modal insan saya menyokong inisiatif seperti SENTOSA dan SUKSES yang penting bagi pelajar daripada keluarga B40. Namun, masih ramai pelajar luar bandar yang terlepas peluang karena tiada akses maklumat atau tidak mampu meneruskan pelajaran selepas SPM atau STPM mereka. Justeru, saya mencadangkan agar sekolah dengan kerjasama Kerajaan Sabah mengambil tanggungjawab lebih aktif untuk memastikan tiada pelajar tercicir dari peluang pendidikan tinggi.

I Bagi golongan belia, saya ingin menekankan pentingnya hubungan yang kuat antara pembangunan sosial budaya dan kesejahteraan mereka.

Kita harus bantu membentuk asas kehidupan yang kukuh dan bermakna untuk belia kita. Datuk Sri Speaker, di Kepayan satu kelompok lagi yang kerap terpinggir adalah ibu tunggal dan balu yang masih membesarkan anak-anak mereka. Mereka bukan tidak berusaha, malah ramai yang bekerja dua kerja demi kelangsungan hidup. Mereka tersepit kerana tidak cukup miskin untuk layak dalam sistem seperti e-Kasih, tetapi tidak juga cukup mampu berdiri sendiri tanpa sokongan.

Kos sarah hidup yang semakin tinggi menambah beban dan mereka tidak mempunyai safety net apabila sesuatu krisis keluarga berlaku. Mereka tidak menuntut simpati, hanya peluang untuk membesarkan anak-anak mereka dengan maruah dan kelegaan dalam perjuangan harian.

Saya mohon agar Kerajaan mempertimbangkan satu skim bantuan khas penjagaan anak untuk golongan ibu tunggal dan balu yang bekerja. Saya mengalu-alukan penubuhan Pusat Autisma Sabah dan mencadangkan agar lebih banyak sokongan diberikan kepada anak-anak OKU, termasuklah peningkatan peruntukan secara sistematik dan berterusan kepada NGO yang membantu menjalankan khidmat sosial kepada OKU.

Bagi anak-anak autisma, terapi di Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) hanya bermula pada umur enam tahun, sedangkan intervensi awal sangat penting. Saya berharap agar Pusat Autisma Sabah menyediakan khidmat terapi seawal tiga atau empat tahun. Saya juga ingin bertanya, apakah rancangan Kerajaan untuk memperkenalkan program bimbingan atau sokongan psikososial kepada ibu bapa yang membesarkan anak-anak autisma? Ramai di kalangan mereka ini menghadapi tekanan emosi dan sosial yang mendalam dan memerlukan ruang untuk belajar, berkongsi dan mendapat sokongan.

Dalam hal penjagaan warga emas pula, saya memohon agar Kerajaan mempertimbangkan penubuhan pusat jagaan siang untuk warga emas, terutama di kawasan Kapayan.

Pusat-pusat ini boleh dikendalikan oleh komuniti wanita setempat sebagai inisiatif pemberdayaan ekonomi dan sokongan kepada penjaga

I tidak bergaji, terutamanya anak-anak atau menantu yang menjaga ibu bapa mereka sambil bekerja.

Datuk Seri Speaker, berkaitan dengan pengukuran dan pengeluaran geran tanah atau rizab anak negeri, saya mencadangkan agar Kerajaan menambah baik penyelesaian pertikaian tanah melalui penubuhan tribunal ataupun kaedah mediasi agar masyarakat orang asal dapat mengusahakan tanah mereka sendiri secara sah, berdaya memastikan kesinambungan kehidupan dan identiti mereka.

Dalam menghadapi persediaan Rancangan Malaysia Ke-13, saya mohon agar Kerajaan Sabah memberi keutamaan kepada pembangunan berasaskan keperluan rakyat agar kemajuan yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada semua. Bagi kawasan Kapayan, selain menaik taraf infrastruktur, saya syorkan agar pembinaan bangunan pasar am dengan multi-story car park di Kapayan Square akan diberi keutamaan.

Akhir sekali Datuk Seri Speker, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat Hari Easter dan Kotobian Tadau Tagazo Do Ka’amaatan kepada semua. Semoga segala usaha baik kita akan diberkati Tuhan. Sekian, terima kasih saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Kapayan, sekarang saya jemput Yang Berhormat Kukusan dan Yang Berhormat Elopura tolong bersedia ya, selepas ini. Silakan. 1.57 tengah hari

Terima kasih Datuk Speaker, bismillahirrahmannirrahim, assalamualaikum WBT, selamat petang semua hadirin dan hadirat, semua penghuni Dewan yang mulia ini. Terima kasih sekali lagi Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa bin Haji Aman yang di-Pertua Negeri Sabah di atas ucapan dasar Kerajaan bersempena Istiadat Pembukaan 10 April lalu.

Ucapan dasar tersebut jelas menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam memperkukukan kedudukan Sabah di arena politik dan sosial negara. Sejunjung tahniah di atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah dari kami di DUN Kukusan. Pelantikan ini bukan sahaja satu pengiktirafan kepada Tuan Yang

I Terutama, tetapi juga kepada seluruh rakyat Negeri Sabah yang amat memerlukan pemimpin yang mampu menjadi simbol perpaduan dan keutuhan negeri dalam menghadapi cabaran semasa.

Datuk Speaker, lanjut kepada ucapan dasar saya ingin membawa beberapa perkara yang perlu diambil fikiran dan keputusan untuk kepentingan kami di Tawau. Kami melihat potensi yang sangat besar di Tawau untuk menjadi di antara penyumbang terbesar ekonomi negeri, jika langkah-langkah The Move Forward dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang telah dirancangkan. Memperkasa sektor pelancongan adalah di antara intipati ucapan dasar tersebut.

Kementerian Pengangkutan Malaysia telah meluluskan peruntukan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa KK dan Tawau. Namun, kami khuatir ini akan menjadi pengumuman tinggal pengumuman sahaja kerana upgraded lapangan terbang Tawau kalau diikutkan perancangan pelan ia sudah sepatutnya siap pada tahun 2026.

Jadi mungkin mohon Kerajaan Negeri mengambil iktibar daripada amalan biasa Persekutuan yang juga mempunyai cara tersendiri dalam menurunkan peruntukan. Datuk Speaker, kepesatan pelancong ke Semporna juga turut melaharkan hasil untuk bandar Tawau. Semporna memang menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk aktiviti laut seperti menyelam dan island hopping. Tetapi, ramai yang terus ke Semporna tanpa singgah atau bermalam di Tawau, sedangkan kalau dimanfaat dengan baik Tawau boleh menjadi pintu masuk pelancongan yang sangat strategik dan membantu ekonomi setempat. PBT daerah, iaitu Majlis Perbandaran Tawau dan Majlis Daerah Semporna boleh membuat kerjasama strategik…

Dengan mewujudkan sistem promosi bersama seperti collaboration ataupun joint venture, di mana Lapangan Terbang Tawau boleh menjadi pusat informasi pelancongan dua hala. Pakej transit menarik di Tawau boleh dikomersialkan seperti lawatan ke Taman Bukit Tawau, Pasar Ikan Tawau, Pasar Gantung Tawau, Urutan Refleksologi Orang Buta, Kampung Coklat ataupun lawatan ke ladang.

I Tapak TICC (Tawau International Cultural Center) sudah pun dirasmikan oleh Ketua Menteri pada tahun lalu. Namun, memerlukan masa untuk disiapkan. Jadi adalah sayang jika melepaskan peluang ekonomi yang sangat memberangsangkan, adalah lebih baik menggalakkan lawatan ke perkampungan budaya misalnya, di Kampung Pasir Putih yang berpotensi menjadi satu perkampungan budaya Bugis sudah tentu menarik selain daripada etnik Bajau. Pelancong-pelancong ini juga tidak mahu melepaskan untuk experience, kepelbagaian etnik lain pula.

Di Tawau terkenal dengan makanan enak-enak. Maka, perkukuhkanlah identiti ini sebagai satu destinasi makanan Borneo. Makanan ikonik seperti mi tauhu, nasi kuning, nasi kukus, sotong bakar, dan sebagainya. Pasar Malam Chester boleh menjadi food trail atau night food market yang mesra pelancong. Dalam konteks ini, kita perlu melihat ekonomi sebahagian daripada sistem sosial dan ekologi. Kita juga perlu mengiktiraf bahawa manusia bukan semata-mata makhluk rasional dan mementingkan diri tetapi juga beretika, sosial dan responsif terhadap norma. Datuk Speaker, aspek kesihatan tidak berapa disentuh dalam Ucapan Dasar. Namun, saya ingin membawa di sini bahawa dalam isu kesihatan awam.

Kekurangan facility kesihatan seperti klinik 24 jam, dan kesesakan di Klinik Kesihatan Tawau yang digunakan oleh penduduk Kukusan juga sudah sangat-sangat padat, ya.

Lawatan dan inisiatif kebajikan kami di akar umbi banyak mendapat aduan dan perkongsian dari pesakit-pesakit seperti masalah pakar di Hospital Tawau. Pegawai-pegawai berpengalaman dipindahkan ke Semenanjung.

Menjadikan kita kekurangan pakar untuk kebanyakan sektor. Mengapakah rungutan kekurangan doktor dan pakar di Hospital Tawau masih lagi direkodkan? Ya. Ada Menteri daripada Sugut hari ini, jadi saya harap dapat perhatian daripada Menteri. Apakah langkah yang diambil oleh kementerian dalam memastikan sektor kesihatan di negeri Sabah seimbang dengan keperluan di Semenanjung dan Sarawak? Kita tidak mahu melihat Sabah dijadikan tempat uji kaji dan mengasah pengalaman untuk para pelatih dan freshie sahaja. Kita memerlukan perkhidmatan kesihatan yang mendapat perhatian sewajarnya. Dan daripada sini, nota di sini, tadi, ada tadi, Menteri daripada Sugut mengatakan bahawa terdapat 100 mesin dialisis baharu dan

I saya berharap adalah peruntukan untuk sejumlah unit untuk Hospital Tawau dalam mendapatkan mesin dialisis ini. Boleh diumumkan nanti ya, Menteri. Datuk Speaker, peningkatan pesakit jantung juga harus dilihat sebagai satu cabaran yang perlu diselesaikan segera. Terdapat ura-ura dalam memperkemaskinikan pengurusan pesakit jantung untuk dirawat di Tawau tanpa perlu ke Hospital Queen KK, menjalani review ataupun follow-up. Bilakah ini akan dapat direalisasikan? Sebagai wakil rakyat, saya menerima banyak permohonan kebajikan untuk membantu perbelanjaan mereka mendapatkan rawatan di Kota Kinabalu. Ini jelas menunjukkan ramai pesakit dari Tawau terbeban dengan keperluan pergerakan ulang-alik ini. Bagaimana menarik minat tenaga pakar untuk memilih bekerja di Hospital Tawau? Adakah perkara ini diperhatikan oleh pihak kementerian? Adakah insentif dari kerajaan untuk menarik minat pakar bekerja di Tawau? Selain daripada itu juga, isu keselamatan ingin sikit saya sentuh, dan jenayah. Kes ragut, pecah rumah dan penyalahgunaan dadah semakin membimbangkan. Ini memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi. Keresahan dalam kalangan penduduk juga semakin meningkat. Apatah lagi apabila kejadian-kejadian ini berlaku di kawasan yang dianggap selamat dan harmoni. Jadi, kami menyarankan agar satu kajian segera dilaksanakan untuk mengenal pasti kawasan-kawasan panas ataupun hotspot yang kerap berlaku kejadian ragut, pecah rumah dan aktiviti pengedaran penagihan dadah. Kerana ini berlaku di siang-siang hari, ya.

Macam-macam kes jenayah berlaku di tengah-tengah, apa, dihiruk-pikuk aktiviti harian, seharian kita.

Di Tawau sendiri, bandar ketiga terbesar negeri Sabah selayaknya mendapat naik taraf daripada sektor kesihatan kerana ini juga mampu menjadi lubuk ekonomi. Di mana kedudukan Tawau sebagai bandar transit dan sempadan, mampu didatangi oleh pesakit luar untuk mendapatkan rawatan yang lebih berkualiti. Sebelum ini juga pernah ada idea untuk menjadikan Tawau sebagai tempat medical tourism. Adakah tiada ruang idea untuk dijana menjadi produk tarikan di Tawau? Dengan fikiran sistemik, hubungan antara faktor ini dapat difahami serta kesan rantaian dan maklum balas dalam sistem ekonomi.

I Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah menurunkan peruntukan sepenuhnya dalam menaik taraf pelebaran Jalan Utara Tawau-Kalabakan. Di mana projek ini telah tersenarai dalam RMKe-11. Namun, tidak teruskan akibat isu penggazetan tanah. Jadi, apparently, pembangunan yang dirancang melibatkan Tanah Kerajaan Negeri perlu digazet kepada Persekutuan untuk dibangunkan dan inilah yang menjadikan dia lambat ataupun langsung tiada, apabila entitlement ini tidak dapat diteruskan.

Bagaimanapun, atas keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah melihat keperluan mendesak naik taraf ini. Akhirnya, setelah berpuluh-puluh tahun, Jalan Utara Tawau-Kalabakan ini dapat dinaiktarafkan. Di Kerajaan Negeri, perlu bersedia berapa langkah kehadapan menghadapi alasan-alasan yang mungkin timbul dalam proses kerjasama penyediaan RMKe-13. Kerana kami percaya kerajaan sentiasa berusaha memastikan tuntutan 40% berlaku secara terang ataupun subtle. Hak tetap hak, ataupun cara pengagihan peruntukan haruslah saksama dan adil. Kita mesti melihat pengedaran bukan hanya pertumbuhan, iaitu memberi tumpuan kepada pengagihan kekayaan dan sumber secara saksama.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan, ya, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua muslimin dan muslimat. Ringkas sahaja hari ini ucapan saya, Datuk Speaker. Ada, ada beberapa aspek yang saya ingin sentuh berupa pelancongan, kesihatan dan juga persediaan dalam RMKe-13 dan juga sedikit isu keselamatan. Terima kasih atas kepercayaan, maafkan atas kekurangan saya sebagai wakil DUN Kukusan. Mungkin juga ini hari terakhir persidangan kami. Tapi, kepada Ketua Kerajaan Negeri Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, DSP Haji Hajiji Noor. Tahniah atas keberanian dan kecekalan memimpin negeri kita yang sering mendapat perhatian di luar, ya. Tidak lupa juga kepada Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Shafie yang turut memberikan saya pengalaman berharga sepanjang menjadi pembangkang dan menjadi kerajaan pada hari ini dan menjadi wakil rakyat dalam tempoh lima tahun ini.

Sekali lagi, terima kasih kepada Tuan Yang Terutama di atas ucapan dasar yang telah disampaikan.

Sebagai wakil rakyat Kukusan, kami percaya bahawa kepimpinan Tuan Yang Terutama akan membawa kemajuan dan kestabilan yang

I amat diperlukan dalam Kerajaan Negeri ini serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap Pentadbiran Negeri Sabah.

Pertumbuhan tidak boleh kekal selama-lamanya. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk kestabilan. Dengan penuh doa kami berharap agar segala perancangan Kerajaan Negeri dalam ucapan dasar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kemakmuran negeri Sabah tercinta. Kukusan, berakhir di sini.

Speaker

Terima kasih Kukusan. Nada, nada ucapan tu macam nada nda yakin calon saja ini. Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Elopura. 2.08 petang

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih, Dewan yang mulia ini kasih (memberi) peluang saya. Tuan Speaker, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin saya ucapkan kepada semua Ahli Dewan yang mulia ini dan rakyat Sabah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan beberapa isu penting di kawasan Sandakan.

Isu A.

Pertama, Hospital Sandakan menghadapi beberapa isu utama seperti kekurangan doktor pakar, kemudahan perubatan dan tidak mencukupi.

Pengolahan/pengeluaran dan peralatan yang uji, sedangkan pesakit yang semakin meningkat. Soalan satu, adakah sebarang meningkatkan peruntukan bajet kepada hospital bagi tujuan naik taraf kemudahan seperti katil, peralatan dan infrastruktur? Soalan kedua, adakah Kerajaan Negeri mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membawa masuk lebih ramai doktor pakar dan tenaga kerja kesihatan di Sandakan ini?

Soalan ketiga, adakah Kerajaan Negeri menyediakan insentif.

… insentif khas seperti allowance tambahan, tempat tinggal untuk doktor dan nurse dan kemudahan lain untuk menarik tenaga pakar ke hospital luar bandar.

I Soalan keempat, berapa aktif Kerajaan Negeri ini memantau projek pembinaan atau naik taraf hospital agar tidak berlaku kelewatan atau ketirisan? Soalan kelima, adakah Kerajaan Negeri ada mengadakan dialog bersama masyarakat bagi mengenal pasti keperluan, mendasar?

dan meningkatkan kepercayaan terhadap sistem kesihatan awam?

Soalan keenam, bilakah menaik taraf tempat letak kereta carpark Hospital Sandakan dapat dilaksanakan?

Soalan ketujuh, adakah sebarang kursus bagi jururawat yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri?

Isu yang kedua, sektor pelancongan di Sandakan.

Kurang perkembangan disebabkan kekurangan penerbangan terus direct flight dari luar negara dan kemudahan lapangan terbang yang terhad yang menyebabkan kesukaran pelancong untuk sampai ke Sandakan dengan mudah dan selesa. Soalan pertama, adakah sebarang rundingan dengan syarikat penerbangan untuk membuka lebih banyak direct flight ke Sandakan termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru dan destinasi antarabangsa seperti Singapura, China, Filipina dan Jambongan dan sebagainya?

Soalan kedua, adakah sebarang insentif atau subsidi disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat penerbangan sebagai galakan untuk menambah yang penumpang ke Sandakan?

Soalan ketiga, adakah perancangan bagi menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan di dalam segi terminal atau yang imigresen, atau tempat letak pesawat bagi menyokong penerbangan domestik atau antarabangsa?

Soalan keempat, apakah usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri dalam menjadikan Sandakan sebagai pintu masuk kedua Sabah selepas Kota Kinabalu, khusus untuk eko-pelancongan dan pelancongan alam sekitar?

I Soalan kelima, sejauh ini apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mempromosikan pelancongan Sandakan di luar negara? Ini yang satu antara satu penting untuk yang luar negara datang Sandakan ini.

Soalan keenam ialah Batu Sapi Heritage Trail. Sampai hari ini belum dibuka. Saya kurang pasti apa yang sebab. Kita hanya tahu mengenai batu yang sapi itu, tetapi tidak pernah kita tengok masuk di tempat ini.

Kedua ialah soalan yang ketujuh ialah Muzium Sandakan. Muzium Sandakan ini tidak pernah …

Speaker

Batu Sapi apa itu, YB?

Sorry?

Speaker

Batu Sapi apa?

Batu yang ada sapi itulah. Batu yang macam sapi itulah. Itu heritage yang tempat heritage itu, tidak pernah dibuka sampai hari ini. Masih tutup. Jadi saya pernah pergi sana.

Speaker

Bukan di tepi pantaikah?

Tidak. Sekeliling semua hilang. Tidak pernah. Ada satu gate di depannya tidak pernah, tidak boleh masuk.

Speaker

Bukan dia itu Batu Sapi dia di tepi pantaikah?

Memang tepi pantai tapi mahu naik bot baru dapat jumpalah. Kalau tidak buka gate ini, mahu buka gate ini baru dapat jumpa itu apa, jumpa itu, kalau daratlah, kalau laut mahu naik bot. Kalau darat mahu masuk gate ini baru dapat jumpa.

Speaker

Itu yang Batu Sapi, batu yang macam sapi itukah?

I

Ya, batu macam sapi itu (ketawa kecil). Inilah. Itu sapi sajalah.

Speaker

Dulu masa saya sekolah, saya sampai di bawah itu boleh pergi.

Tapi mana pernah buka ini sampai sekarang. Sampai sekarang tidak pernah buka, Tuan Speaker. Sampai hari ini saya pun mahu masuk pergi sana mahu bawa pelancong dari KL, dari luar negara pun tidak pernah masuk ini sebab gate itu yang tutup dan sampai hari ini …

Speaker

Pasal apa dia digate?

… kecuali naik botlah, mahu bayarlah.

Speaker

Pasal apa dia digate?

… itu yang kurang pasti kenapa ditutup.

Mungkin ini belum sediakah atau belum apa, belum dibersihkan. Masih banyak sampah di situ. Kita boleh guna drone, bolehlah, memang nampak banyak sampah di tepi Batu Sapi itu sampai hari inilah.

Soalan ketujuh ialah Muzium Sandakan.

Soalan kelapan, Jalan Pasir Putih. Pasir Putih ini saya rasanya harap dapat Wakil Rakyat di situ boleh tambah naik taraf di kawasan situ.

Isu yang ketiga, jalan raya di Sandakan. Khusus di kawasan Sandakan, tidak dapat mempunyai lampu jalan yang berfungsi di jalan yang rosak, tidak dibaiki dengan segera. Contohnya, di Jalan Sibuga, Jalan Batu Sapi dan Jalan Gum-Gum ke checkpoint, Batu 32 dan sebagainya. Dikatakan ini akan membahayakan pengguna jalan raya terutama pada waktu malam dan memberi imej negatif kepada pelancong serta penduduk tempatan.

Soalan pertama, adakah Kerajaan Negeri melakukan audit berkala terhadap semua jalan raya dan kemudahan lampu jalan di Sandakan?

I Soalan kedua, bagaimanakah pihak Kementerian memastikan lampu jalan raya yang rosak segera dibaikikan dan bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan penyelenggaraan sentiasa berlaku secara berkala oleh pihak berkuasa tempatan ini? Soalan ketiga, berapa banyak peruntukan budget khas untuk membaikikan jalan yang berlubang atau rosak teruk ini?

Soalan keempat, demi mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya, adakah Kerajaan Negeri memasang lampu atau risiko yang tinggi termasuk di selekoh tajam atau kawasan sekolah atau perkampungan ini?

Soalan kelima, adakah JKR atau pihak berkuasa tempatan mengadakan kerjasama untuk mempercepatkan proses baik pulih infrastruktur jalan raya di Sandakan ini? Isu yang keempat, di Sandakan ini dan kawasan lain di Sabah, rumah mampu milik masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan golongan pendapatan rendah dan sederhana. Harga rumah yang tinggi sekarang, rumah mampu milik yang kurang untuk rakyat di Sandakan.

Soalan pertama, adakah penambahan projek perumahan mampu milik melalui agensi LPPB?

Soalan kedua, adakah Kerajaan Negeri memastikan lokasi rumah mampu milik strategik, dekat dengan tempat kerja, sekolah atau yang masing-masing? Soalan ketiga, adakah sebarang subsidi atau insentif pembelian kepada golongan B40 atau M40 untuk memiliki rumah pertama?

Soalan keempat, adakah Kerajaan Negeri memantau dan mengawal harga rumah melalui dasar perumahan negeri? Agar pemaju tidak menaikkan harga sesuka hati? Soalan kelima, adakah pihak Kementerian mengadakan sebarang kerjasama antara Kerajaan dan pemaju swasta dalam membina rumah mampu milik dengan kualiti yang baik?

Soalan keenam di Jalan Leila, ada satu projek yang ditinggalkan lama. Dia punya title adalah 077901994. Ada 13.3 hektar. Sampai hari ini, tidak dapat dimajukan.

I Walaupun di depannya boleh nampak ada sebaris kedai di situ. Belakang adalah itu multistorey punya perumahan. Tapi sampai hari ini, masih abandon di kawasan situ. Isu yang kelima, Sabah Development Bank yang tetap di yang isu yang bad debt di sini, yang tinggi akibat kegagalan perbincangan membayar balik pinjaman. Apakah status bad debt terkini dan apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi isu ini? Sekiranya ada, perkara ini menunjukkan kelemahan dalam pengurusan risiko kredit. Soalan pertama, apakah Kerajaan Negeri melakukan audit kewangan secara menyeluruh terhadap semua pinjaman yang diberi oleh SDB untuk mengenal pasti punca sebenar hutang lapuk, bad debt inilah?

Soalan kedua, apakah sebarang sistem risiko yang melayakkan pinjaman atau hanya projek yang kukuh dan potensi diluluskan?

Soalan ketiga, apakah tindakan undang-undang terhadap peminjam yang gagal membayar balik, terutama jika melakukan salah guna tanah?

Soalan keempat, adakah Kerajaan Negeri telah mengkaji semula fungsi SDB agar ia benar-benar membantu perkembangan ekonomi?

Di Sabah, kalau bukan sekadar membeli pinjaman tanpa pulangan. Akhirnya, di atas saya ialah ada 31 soalan, saya harap menteri-menteri yang dapat dijawab untuk orang Sandakan.

Ini yang masalah-masalah dan situasi di Sandakan ini.

Banyak soalan saya yang tidak dapat disebutkan, sebab masa saya rasanya tidak berapa banyak di sekarang ada. Saya harap menteri-menteri jangan tinggalkan Sandakan, jangan tinggalkan rakyat Sandakan. Jangan biar orang Sandakan. Ini Sandakan bukan anak angkat. Orang Sandakan ini, saya harap jaga betul-betul. Jangan hanya concentrate itu projekkah, corruptcykah, jangan concentrate itu.

Hanya concentrate di Orang Sabah, rakyat Sandakan ini.

Saya harap menteri-menteri di depan saya, ada SU ada KSUT di depan saya saya harapkan, please help Sandakan people, saya harapkan, Sandakan yang tertinggal.

Termasuk ini rakyat atau ekonomi di Sandakan ini.

I Saya disebutkan ini saya harap, di masa depan saya harap Sandakan dapat maju. Tetapi, kerajaan ini, dalam lima tahun ini saya tidak nampak apa-apa yang berlaku di Sandakan. Makin teruk, makin serius, makin sengsara di rakyat Sandakan sekarang apa yang situasi sekarang ada.

Akhirnya sekali, saya dalam kesempatan ini saya mengucapkan hari Good Friday, selamat Hari Pekerja, selamat Hari Wesak dan selamat Kaamatan di seluruh Ahli Dewan dan seluruh rakyat Sabah ini.

Sekian, terima kasih Tuan Speaker kasih peluang saya. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Elopura, atas soalan-soalan yang dikemukakan dan sebagai orang dari Sandakan, saya pun berminat juga mendapatkan jawaban, apa yang jawaban diberikan pada soalan-soalan. Terima kasih.

Sekarang saya jemput satu orang lagi dari Sandakan, Yang Berhormat Karamunting.

2.22 petang

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih Tuan Speaker. Ngam juga kita orang Sandakan, tetapi tidak begitu teruklah, cakap macam seperti apa yang Elopura cakap, kasihan ini mahu menangis sudah dengar.

Tuan Speaker, sebagai pembuka bicara,

Speaker

Dia merayu saja itu, dia merayu sahaja.

Datuk Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

(ketawa) Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas titah ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sempena pembukaan mesyuarat kali ini.

Titah Tuan Yang Terutama menyentuh banyak perkara penting demi kemajuan negeri.

Dalam pembahasan saya hari ini, saya ingin memberi pendekatan kepada beberapa perkara, yang dekat di hati saya sebagai Wakil Rakyat Kawasan Karamunting.

Khususnya dalam sektor pelancongan, pendidikan teknikal berkaitan industri minyak dan gas, serta kemudahan sukan di daerah Sandakan.

I Tuan Speaker, dulu Sandakan terkenal dengan pelancongan.

Kita ada hutan belantara, hidupan liar dan juga tempat semula jadi yang cantik. Seperti apa yang tadi Elopura katakan, satu batu macam sapi, tetapi itu Batu Sapi, cantik juga. Bukan saja itu, dan juga seafood-seafood yang segar dan sedap. Tetapi, sejak kawasan ini dikaitkan dengan isu keselamatan, dan tinggallah zon merah. Pelancong luar sudah tidak datang seperti dulu.

Masalah ini sudah berlaku lama dan kesannya masih dirasai sehingga hari ini.

Sandakan sangat bergantung kepada pelancong-pelancongan.

Apabila pelancong tidak datang, pekerja pun terjejas, daripada pemandu, oh van pelancong, restoran, hotel, hinggalah pejual, penjual kraf tangan. Saya harap Kerajaan Negeri boleh bawa isu ini ke peringkat Kerajaan Persekutuan, supaya boleh dibincangkan dan cari jalan penyelesaian. Kita perlu yakinkan pelancong dan negara luar bahawa Sabah terutamanya Sandakan, kini selamat untuk dikunjungi. Kementerian Pelancongan juga perlu lebih giat promosikan Sandakan sebagai destinasi utama.

Sebab untuk maklumat Tuan Speaker, Sandakan bukan saja dijaga oleh PDRM, tetapi juga beberapa agensi termasuk ESKOM. Tetapi, kalau ini hari masih zon merah, ini bikin malu.

Selain daripada itu Tuan Speaker, Sabah sekarang sedang membangunkan sektor minyak dan gas, terutama di kawasan seperti Sogip di Sipitang. Ramai pelabur dari antarabangsa sudah mulai masuk ke Sipitang. Tetapi, saya lihat ramai anak muda Sabah yang mahu belajar dalam bidang ini, terpaksa keluar dari negeri kerana tak banyak kursus berkaitan tawaran di Sabah.

Saya harap Kerajaan Negeri boleh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, terutama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, supaya lebih banyak universiti dan college di Sabah tawarkan kursus berkaitan minyak dan gas. Dalam masa dua atau tiga tahun akan datang, bidang ini akan jadi sangat penting untuk tenaga kerja kita. Kalau kita sediakan peluang sekarang, kita boleh lahirkan lebih ramai pekerja mahir dari kalangan rakyat Sabah sendiri.

Satu lagi Tuan Speaker, saya juga ingin bangkitkan keadaan kompleks sukan Sandakan. Sudah beberapa kali saya suarakan masalah ini, tetapi sampai sekarang belum ada tindakan yang jelas.

Seperti kolam renang, tidak ada bumbung dan peralatan gimnastik sudah terlalu lama dan usang tidak diganti. Ini bukan hanya

I soal selesa, tetapi soal keselamatan, khususnya untuk anak muda kita. Peralatan yang usang boleh sebabkan kecederaan.

Sandakan sudah lahirkan ramai atlet berbakat, termasuk perenang dan gimnas.

Tetapi, untuk mereka terus maju, kita perlukan kemudahan yang selamat dan sesuai. Saya minta Kementerian Belia dan Sukan di negeri, terutamanya Menteri dan Pembantu Menteri, turun padang dan tengok sendiri. Saya juga harap peruntukan dapat disediakan segera. Dan juga satu lagi isu yang saya nak bangkit, iaitu masalah sistem pembentungan pun semakin serius di Sandakan.

Sebagai contoh, di Taman Mega, penduduk terpaksa guna duit sendiri untuk baiki sistem pembentungan. Selalunya pam rosak dan air najis melipat dari mainhole.

Kawasan ini berbau busuk dan sangat tidak selesa.

Tuan Speaker, saya nak tanya, adakah jabatan bertanggungjawab seperti Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah ataupun Jabatan Perparitan dan Saliran ada ikut jadual untuk buat pemeriksaan dan penyelenggaraan? Bukan hanya di Taman Mega, tetapi banyak taman perumahan lain termasuk tempat PPR juga ada masalah yang sama.

Kalau dibiarkan, ia akan jadi lebih teruk dan bahayakan kesihatan penduduk.

Dan juga saya nak sebut tentang satu projek pembentungan di Sandakan. Mereka korek lubang besar, mahu buat sistem pembentungan, tetapi sampai sekarang hampir setengah tahun, lubang ini dibiarkan begitu sahaja di tepi jalan, termasuk Kampung Pukat.

Ini bukan sahaja undang bahaya, tetapi juga jadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Ada juga kereta jatuh di dalam lubang seperti sebelum ini. Saya minta JKR turun dan ambil tindakan sekarang, jangan tunggu sampai ada yang cedera.

Tuan Speaker, segala isu yang saya bangkitkan hari ini, inilah adalah suara rakyat yang saya wakili. Mereka mahu menyelesaikan bukan janji, terutamanya dari segi pelancongan, anak-anak muda yang tidak ada pekerjaan, boleh mendapat manfaat kalau sektor pelancongan dan ekonomi di Sandakan rancak.

Saya harap semua pihak yang bertanggungjawab dapat ambil serius setiap perkara yang saya sebut dan ambil tindakan dengan segera.

I Sekian, sahaja Tuan Speaker, ucapan saya bagi pembahasan, menjunjung kasih titah Yang di-Pertua Negeri. Sekian, dan terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

… Karamunting. Oleh sebab Sandakan dia bukan anak angkat, saya jemput satu lagi wakil dari sub balai/daerah (tidak jelas) Sandakan, Yang Berhormat Sukau.

2.30 petang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas ruang yang diberikan kepada saya pada petang ini dan terlebih dahulu dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman atas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-11. Saya juga ingin menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama yang telah memberikan Ucapan Dasar bersempena dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 pada baru-baru ini. Adalah menjadi harapan kita semoga segala inti pati ucapan dasar tersebut menjadi panduan dan aspirasi bagi membawa Sabah ke arah kemakmuran dan kestabilan yang semenang-menangnya. Saya percaya Ucapan Dasar tersebut telah menggambarkan kesungguhan pihak Kerajaan dalam rangka perancangan jangka pendek dan panjang demi kesejahteraan rakyat. Sebagai wakil rakyat dari pihak pembangkang, saya menghormati segala usaha yang diambil, yang telah diambil oleh pihak Kerajaan. Namun, pada masa yang sama, saya juga bertanggungjawab untuk membawa suara keramat rakyat dan memainkan peranan semak dan imbang yang telah diamanahkan kepada saya. Perdekatan dan pertimbangan saya bukanlah untuk menentang secara membuta tuli, tetapi juga untuk memberi teguran yang membina serta cadangan yang praktikal agar setiap dasar yang dibina benar-benar sampai kepada rakyat.

I Datuk Speaker, sebagai wakil rakyat di DUN Sukau, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan beberapa isu penting yang sering disuarakan oleh rakyat di kawasan saya. Antaranya ialah isu-isu yang memerlukan perhatian serius dan tindakan tuntas daripada pihak Kerajaan.

Isu yang sering disuarakan oleh rakyat adalah masalah tiga serangkai, iaitu bekalan air bersih, bekalan elektrik, dan juga jalan raya. Isu bekalan air merupakan perkara asas dalam kehidupan manusia.

Di kawasan saya, masalah bekalan air bersih sentiasa mendapat rungutan terutama di kampung-kampung yang mempunyai bekalan air bersih sedia ada. Setiap minggu ada saja rungutan di kampung-kampung tertentu yang menyatakan keluhan bekalan air sama ada disebabkan kebocoran ataupun bekalan terputus. Manakala pihak berwajib biasanya gagal memberi notis pemberitahuan awal kepada pengguna. Ini mengakibatkan pengguna tidak mampu menikmati bekalan air bersih dalam tempoh beberapa hari atau beberapa minggu, waima sebahagiannya beberapa bulan disebabkan oleh kegagalan pihak yang berwajib untuk menyesuaikan permasalahan tersebut.

Sebagai bukti, kita rujuk kepada page Facebook rasmi Jabatan Air Negeri Sabah. Setiap hari sudah pasti belasan notis gangguan bekalan air di muat naik. Saya juga mohon kepada Kerajaan Negeri untuk meneliti kampung-kampung yang langsung tidak mempunyai bekalan air, terutama rakyat yang berada di kawasan pesisiran pantai. Pihak Kerajaan perlu mencari jalan untuk memastikan kawasan-kawasan tersebut juga dibekalkan dengan air yang bersih. Inisiatif seperti Projek Telaga Tiub wajar dilihat bagi mengatasi masalah kesengsaraan rakyat ini. Isu selanjutnya adalah bekalan elektrik. Negeri Sabah telah merdeka lebih daripada 60 tahun dan sewajarnya isu ini tidak berlaku pada ketika ini. Saya juga telah menyuarakan isu ini pada sidang-sidang sebelum ini. Namun, sehingga ke hari ini tidak ada tindakan yang concrete dalam mengatasi isu yang telah saya bangkitkan. Kampung-kampung seperti Kampung Abai, Kampung Tidung, Kampung Dagat, Kampung Mumiang Kem, Kampung Silogong, dan Kampung Sri Ganda juga berhak sebagai warganegara Malaysia yang merdeka menikmati bekalan elektrik seperti rakyat di tempat lain. Saya juga selaku ADUN Sukau telah menyuarakan dan berurusan dengan pihak yang berwajib seperti SESB dan juga KKDW. Tetapi

I malangnya sehingga ke hari ini rakyat di kawasan berkenan masih tertunggu-tunggu berita baik daripada pihak Kerajaan.

Saya mengharapkan agar penantian masyarakat di kampung-kampung berkenan dapat dinoktahkan sesegera yang mungkin.

Datuk Speaker, rangkaian ketiga yang sering menjadi rintihan dan rungutan rakyat Sabah adalah masalah jalan raya. Cadangan pembinaan Pan Borneo yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu sewajarnya diberikan pujian. Namun, apa yang dilalui pada ketika ini adalah perhubungan jalan raya yang teruk dan merbahaya kepada pengguna. Rata-rata kita mendengar keluhan pengguna jalan raya yang gagal ditangani pihak berwajib secara tuntas. Di samping itu, jalan-jalan di peringkat kampung juga masih banyak yang perlu dilaksanakan dan diambil perhatian. Saya juga mohon merujuk kepada laporan berita yang memaparkan bagaimana kenderaan terpaksa melalui jalan yang berlumpur untuk tiba ke destinasi. Malahan lebih teruk daripada itu, sebagai contoh Kampung Hologilat di Beaufort yang sebilangan rakyat terpaksa menggunakan troli berkuasa motosikal yang telah diubah suai di laluan kereta api. Apakah pencapaian ini wajar dibanggakan seperti yang dicadangkan melalui moto Sabah Maju Jaya. Saya menyeru kepada Kerajaan agar membuat satu kajian secara holistik dan komprehensif tentang keperluan jalan raya bagi menghubungkan kampung-kampung yang dimaksudkan.

Datuk Speaker, selain isu keperluan asas, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu lagi sektor yang sangat penting kepada ekonomi negeri Sabah iaitu isu pelancongan. Sabah dianugerahkan oleh Allah SWT dengan keindahan alam semula jadi yang luar biasa. Dari Gunung Kinabalu, Pantai Semporna hingga ke Sungai Kinabatangan, ini adalah keunikan yang tiada bandingan.

Namun begitu, potensi pelancongan Sabah masih belum dimanfaatkan sepenuhnya kerana yang pertama, isu infrastruktur pelancongan. Masih banyak destinasi luar bandar yang sukar diakses kerana infrastruktur tidak mencapai standard yang diperlukan. Sebagai contoh, jalan raya

I pintu masuk ke Sukau. Jalan raya utama yang strategik untuk akses pusat-pusat pelancongan di Pantai Timur.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kalau kita lihat jalan raya daripada simpang Batu 8 ke Bukit Garam menuju ke persimpangan Sukau, jalannya terlalu amat daif. Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri JKR telah melawat pada satu tahun, pada tahun lalu tetapi malangnya, saya ingat hari ini tidak ada sebarang tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini. Saya juga menjemput Datuk Speaker, kalau boleh merasa experience, pengalaman melalui jalan-jalan yang saya sebutkan sebentar tadi.

Speaker

Sudah juga saya jalan itu.

Oh sudah juga, memang teruk.

Speaker

Tahun lepas.

Terima kasih, datuk. Datuk Speaker, Kedua isu kenaikan. Saya juga ingin terpanggil untuk menyuarakan tindakan oleh pihak Kerajaan, khususnya pihak Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu, yang mana telah menaikkan secara mendadak kadar fee lesen hotel oleh pihak Dewan Bandar Raya. Isu ini menimbulkan keresahan dalam kalangan pengusaha industri pelancongan, khususnya di Kota Kinabalu. Kenaikan mendadak kadar fee lesen hotel yang dilaksanakan oleh Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu ini dilihat terlalu mendadak. Ia dilaksanakan pada waktu industri pelancongan baru sahaja menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas bertahun terkesan akibat pandemik COVID-19. Ramai pengusaha hotel mengadu tidak diberikan ruang secukupnya untuk sesi libat urus atau perundingan. Apatah lagi bila Kerajaan Malaysia akan mengadakan kempen Visit Malaysia pada tahun 2026 yang akan datang. Untuk menjayakan kempen ini, kita perlu memudahkan dan menyokong pemain industri terutamanya dalam keadaan ekonomi yang masih rapuh dan persaingan dengan destinasi lain semak, semakin agresif dan kompetensi.

I Adakah pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah menjalankan sesi, sesi libat urus atau sebarang kajian impak sebelum melaksanakan keputusan tersebut? Adakah pendapat dan suara pemegang taruh pengusaha hotel kecil dan sederhana telah diambil kira dalam membuat keputusan dan adakah mekanisme bantuan yang disediakan kepada hotel kecil dan sederhana jika mereka terkesan? Ini semua faktor yang perlu diambil kira kerana jika perkara ini diteruskan saya risau ramai pemain industri terpaksa tutup dan akhirnya memberikan kesan domino kepada ekonomi pelancongan Sabah seperti pekerja tempatan hilang mata pencarian. Justeru itu, saya ingin mendesak agar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menangguhkan kadar baharu ini dan membuka ruang rundingan dengan semua pihak yang berkepentingan. Saya juga ingin mencadangkan Kerajaan Negeri Sabah untuk turut campur tangan dan melakukan kajian impak menyeluruh agar sebarang keputusan dasar yang dicapai nanti adalah munasabah, adil dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa. Saya mohon agar perkara ini dapat dipertimbangkan dengan objektif yang jelas, hati yang terbuka dan mata yang jujur melihat realiti di lapangan. Datuk Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati, dalam usaha kita merancakkan dan memulihkan Sektor Pelancongan Negeri Sabah, saya ingin menyentuh satu lagi aspek yang amat penting tetapi terlepas pandang, iaitu isu penerbangan ke Sabah terutamanya dari segi frekuensi dan accessibility penerbangan domestik dan antarabangsa. Di sini saya ingin menekankan bahawa ketersediaan dan keteraturan penerbangan ke Sabah bukan lagi satu bentuk kemudahan malah satu bentuk kewajipan dan keperluan ekonomi.

Saya menyambut baik langkah-langkah awal untuk menambah semula penerbangan antarabangsa ke Kota Kinabalu. Namun realitinya masih banyak laluan penting yang belum pulih sepenuhnya. Tiket penerbangan ke Sabah terutamanya daripada Kuala Lumpur atau Johor Bahru bagi pelancong tempatan sering kali terlampau mahal terutama semasa musim-musim perayaan. Bagaimana Sabah mahu menarik lebih ramai pelancong jika tambang ke Sabah lebih mahal daripada ke negara jiran Thailand ataupun Vietnam?

Akses pelancong kepada bandar-bandar lain di Sabah seperti Sandakan dan Tawau juga menjadi sukar kerana frekuensi penerbangan yang terhad di samping harga yang tinggi. Oleh itu, saya mohon mencadangkan agar Kerajaan Negeri untuk

I berunding dengan syarikat penerbangan komersial untuk menambah bilangan frekuensi domestik dan antarabangsa secara berfasa. Selain itu, jika dapat mengurangkan kos pendaratan dan charge lapangan terbang sebagai galakan kepada syarikat penerbangan. Selagi Sabah masih dianggap sebagai satu destinasi yang jauh dan mahal, selagi itulah potensi Sabah kekal terhad. Datuk Yang di-Pertua, saya masih ingin menyentuh tentang isu pelancongan. Selain isu accessibility, sektor pelancongan kita juga mempunyai masalah infrastruktur pelancongan. Jika benar mahu menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, kita perlu sedar bahawa keindahan semula jadi semata-mata tidak mencukupi. Pelancong-pelancong hari ini sama ada dari dalam ataupun luar negara mencari satu pengalaman yang bukan saja indah tetapi juga selamat dan selesa. Infrastruktur pelancongan sering menjadi rungutan pemain industri dan pelancong kerana ia tidak mencapai ke tahap yang memuaskan terutama di banyak destinasi pelancongan di Sabah. Saya ambil contoh satu jeti pulau di bawah jagaan Taman-taman Sabah. Jeti tersebut tidak mampu ...

Speaker

Panjang lagi, YB?

Sedikit lagi. Tiga minit.

Speaker

Oh, okey.

Saya ambil contoh satu jeti pulau di bawah jagaan Taman-taman Sabah. Jeti tersebut tidak mampu menampung jumlah pelancong yang terlalu ramai sehingga pelancong-pelancong terpaksa bersesak-sesak menunggu giliran untuk menaiki bot masing-masing.

Apabila infrastruktur pelancongan tidak baik dan tidak tersusun, ia mengehadkan potensi sebenar pelancongan kita. Lihat saja kemudahan asas seperti tandas awam, papan tanda pelancongan dan pusat informasi pelancongan yang daif atau langsung tidak wujud. Lebih membimbangkan banyak kawasan pelancongan yang diusahakan komuniti tempatan tidak mendapat sebarang sokongan untuk membangunkan infrastruktur ataupun kemudahan asas sedangkan mereka inilah yang paling dekat dengan, dan hampir dengan alam dan budaya Negeri Sabah.

I

Peruntukan khusus secara berterusan perlu disalurkan untuk membaiki dan menaiktaraf infrastruktur di bandar dan luar bandar. Selain itu, program pelancongan komuniti atau community Based Tourism seharusnya diperluas dan diberikan sokongan kerana pelancongan boleh menjadi pemacu ekonomi kepada daerah luar bandar.

Datuk Speaker, dalam usaha kita membantu mengindustri peningkatan, meningkatkan aksesibiliti dan menaik taraf infrastruktur pelancongan, kita juga perlu memikirkan tentang aspek keselamatan pelancong. Kita mahu Sabah dikenali sebagai destinasi yang bukan sahaja indah, tetapi mesra kebajikan pelancong kerana keselamatan para pelancong bukan pilihan tetapi tanggungjawab kita. Pelancong dari dalam dan luar negara mereka adalah tanggungjawab kita.

Speaker

Gulung ya YB.

Okay, okay Datuk Speaker. Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan alamnya tetapi juga dengan aktiviti berisiko tinggi seperti mendaki gunung Kinabalu, menyelam skuba di Semporna dan pelayaran di Sungai ..(tidak jelas) . Ada beberapa kes kemalangan pelancong sebelum ini seperti kes pendaki gunung warga Britain dan warga Malaysia yang meninggal dunia ketika mendaki gunung. Saya gulung.

Ini merupakan kalau boleh saya ini merupakan bukti-bukti kukuh agar satu skim atau garis panduan keselamatan pelancong diwujudkan. Garis panduan ini harus meliputi aspek seperti paparan amaran, sistem komunikasi kecemasan, kemalangan serta hidupan liar dan cuaca. Tidak lupa juga model latihan kecemasan berkala diberikan kepada pemain industri termasuk Cardiopulmonary Resuscitation (CPR), pengurusan bencana kecil dan sistem kecemasan.

Datuk Speaker, sebagai wakil rakyat suara saya di Dewan yang mulia Ini hanyalah gema kecil daripada rintihan rakyat di luar sana.

I Saya berharap segala isu yang telah saya bangkitkan daripada masalah air, elektrik dan jalan raya, fee lisence yang membebankan infrastruktur pelancongan yang daif. Saya ingatlah kepada keperluan menjaga keselamatan pelancong akan diberikan perhatian yang serius oleh pihak-pihak yang berwajib. Kita semua di dewan ini mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pembangunan negeri Sabah tercinta ini bukan sahaja rancak tetapi juga adil dan saksama untuk semua rakyat. Di kesempatan ini juga izinkan saya mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua Ahli Dewan yang saya hormati, pegawai-pegawai kerajaan serta rakyat Sabah yang kita wakili dengan amanah. Semoga Aidilfitri ini membawa keinsafan, perpaduan dan semangat baharu untuk kita terus berkhidmat kepada negeri yang tercinta ini.

Indah Sabah, bumi bertuah, Lautnya biru gunungnya megah; Dengarlah rintihan rakyat yang susah, Jangan dibiar mereka rebah.

Datuk Speaker, saya mohon untuk menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sukau. Sekarang saya jemput seorang lagi wakil daripada Sandakan. Yang Berhormat. Kuamut. Jangan marah, Speaker dari Sandakan. Kuamut, Kuamut. Tukar kawasan sudah?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Kuamut?

Speaker

Kuamut.

2.55 petang

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Okay, terima kasih Datuk Speaker. Salam hormat, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi peluang sekali lagi kepada saya untuk terus berbahas ke atas ucapan Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama. Datuk Speaker, selain daripada ucapan dasar yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, kelmarin Datuk Speaker telah mengingatkan kepada semua Ahli Dewan

I supaya dikala mereka tampil untuk berbahas haruslah berbahas dengan fakta yang betul dan juga jangan sekali-kali mengungkitkan perkataan-perkataan sensitif apatah lagi menyinggung perasaan orang lain.

Dan itu menjadi amalan saya sejak saya menjadi Wakil Rakyat kawasan Kuamut bermula pada 2008 kerana Datuk Speaker saya maklum dan saya sedar bahwa Dewan Undangan Negeri ini adalah satu tempat yang amat tinggi sekali. Dewan Undangan Negeri ini adalah gedung ilmu. Di mana Dewan inilah tempatnya untuk kita berbincang, tempat kita berbahas, tempat kita bermusyawarah dan di Dewan Undangan Negeri ini jugalah setiap polisi dan dasar yang baik untuk rakyat digubal, dibentuk dan dibuat di Dewan Undangan Negeri ini. Sebab itu saya selalu memperingatkan diri saya supaya setiap kali saya berdiri dan berbahas perkara-perkara seboleh-bolehnya yang tidak baik saya elakkan untuk mengungkapkannya. Datuk Speaker, selain daripada dewan yang tersergam ini merupakan gedung ilmu. Kita yang berada di sini juga adalah orang-orang yang terpilih daripada kawasan kita masing-masing.

Sama ada wakil rakyat ataupun mereka yang berada di perkhidmatan awam. Bukan sembarangan orang yang datang ke sini. Kita adalah terpilih di kalangan masyarakat kita.

Yang ketiga Datuk Speaker, keberadaan kita juga di sini bukan percuma. Kita dibayar, allowance dibayar oleh pembayar-pembayar cukai. Dan siapa yang membayar itu adalah di kalangan rakyat kita. Sebab itulah Datuk Speaker, kelmarin ada rakan-rakan Wakil Rakyat yang telah mengungkapkan perkataan-perkataan malah melabelkan kita sebagai miau (ketawa).

Datuk Speaker seperti yang saya katakan tadi, ini tempat tertinggi. Tidak mungkin haiwan belaan berada di sini. Tidak mungkin binatang belaan berada di sini. Tidak mungkin. Cuma Datuk Speaker, atas rasa hormat saya tidaklah minta abang saya ADUN Lamag untuk tarik perkataan itu ataupun rujuk kepada mana-mana. Tidak.

Yang Berhormat Kuamut, boleh saya menyampuk sekejap? Terima kasih Yang Berhormat Kuamut. Saya setuju juga dengan Yang Berhormat Kuamut. Cuma saya melihat semalam itu secara spontan dan Yang Berhormat tidak minta izin dengan Speaker untuk berdiri untuk bercakap.

I That's why dia saya tengok dalam apa dalam kaca TV semasa itu saya di bilik makan. Yang Berhormat tidak bangun, tidak minta izin. Kita ada peraturan, patutnya Yang Berhormat berdiri. Betul juga Yang Berhormat cakap. Di sini ini adalah tempat yang beradab dan sebagainya. Kalau kita ingin menyampuk, kita mesti minta kebenaran dahulu kepada pembahas ataupun Yang Berhormat Speaker supaya kita berdiri dan bertanya ataupun memberi pandangan. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, itu kita maklum. Tetapi tidaklah sampai kita memanggil orang lain sebagai binatang. Kucingkah anjingkah dan sebagainya sebagai contoh. Dan interrupt itu, saya ingat itu sudah menjadi lumrah dalam Dewan Undangan Negeri.

Saya ingat ADUN Merotai juga seringkali melakukan perkara yang sama. Tetapi, individu-individu yang apa ini ADUN Merotai minta laluan tetapi tidak diberi laluan, tidaklah sampai ke tahap yang menggalakan orang lain… (suara bertindih, tidak jelas) dan sebagainya.

Yang berhormat, boleh tarik balikkah yang sering berbuat begitu? Biasanya saya kalau…

Mahu berucap ataupun mencelah.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

ADUN Merotai.

Saya minta.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Habis sudah.

Saya minta dulu kebenaran Speaker ataupun apa pembahas dulu sebelum saya berdiri, kecuali standing orderlah.

Jadi perbetulkan sikit Yang Berhormat. Terima kasih.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

ADUN Merotai, baru sebentar tadi kita saksikan lakonan-lakonan ADUN Merotai.

I

Yang Berhormat Merotai eh, Yang Berhormat Merotai.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, saya teruskan.

Yang Berhormat Kuamut.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, saya teruskan.

Itu bukan lakonan. Itu standing order.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Okey.

Speaker buat ruling, betulkah tidak?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Brother, saya teruskan.

Speaker buat ruling, betulkah tidak?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Cukup sudah? Cukup sudah?

Yalah, saya cuma ingin memperbetulkan bahas.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, saya teruskan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Merotai.

Baik. Baik. Terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Bertenang, Merotai. Bertenang.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Saya sudah katakan tadi, atas kerana beberapa faktor itu dan rasa hormat, sepatutnya saya boleh mengadu kepada Speaker untuk

I meminta ADUN Lamag tarik perkataan ataupun kita boleh rujuk kepada mana yang disarankan oleh peraturan Dewan tetapi tidak.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Kuamut.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Kerana kita ini masih rasa hormat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Kuamut, teruskan.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Teruskan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Masa limited.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Okey. Datuk Speaker, di dalam ucapan kerajaan, muka surat pertama, iaitu perenggan ketiga. Datuk Tuan Yang Terutama telah mengatakan bahawa Pelan Pembangunan Halatuju Sabah Maju Jaya 1.0 2021 dan 2025.

Saya ingin menyatakan di sini Datuk Speaker, dalam rancangan Pembangunan Halatuju Sabah Maju Jaya, saya ucap berbanyak terima kasih kepada kerajaan kerana dalam tempoh lima tahun, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya ini telah banyak pencapaian yang dibuat oleh kerajaan semasa ini. Saya tidak mahu menceritakan kejayaan-kejayaan yang lebih besar, hanya dua saja Datuk Speaker.

Yang pertama, telah sekian pertama kalinya, saya tidak nampak di Facebook, di WhatsApp, keluhan daripada para pelajar-pelajar ibu bapa apabila ada musim perayaan. Contohnya hari raya baru-baru ini, mereka mengeluh kerana tidak dapat balik kampung. Mereka mengeluh kerana harga tiket kapal terbang mahal. Dapatan saya Datuk Speaker, ini kerana adanya insentif ataupun inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk memberikan subsidi tambang percuma ataupun subsidi one-off kepada setiap para pelajar kita yang berada di Semenanjung, di Sarawak dan Labuan, RM600.00 diberikan secara one-off kepada para pelajar ini. Ini cukup membantu kepada para pelajar dan juga kepada ibu bapa.

I Datuk Speaker, yang keduanya, Rumah SMJ. Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan setiap pada tahun ini dan sebelum ini, 40 buah Rumah SMJ. Datuk Speaker, walaupun memang kita tahu dan maklum bahawa bilangan rumah ini tidak cukup untuk memenuhi keperluan rakyat di bawah sana. Tetapi Datuk Speaker, saya menjadi saksi hidup. Saya berada di bawah, bekerja di bawah tiga kerajaan, dua kerajaan sebelum ini dan hari ini adalah kerajaan GRS PH. Saya ingin nyatakan bahawa buat pertama kalilah Kerajaan Negeri Sabah memperuntukkan kewangan seumpama ini untuk menyediakan rumah-rumah kepada mereka yang berkeperluan.

Cuma Datuk Speaker, di kawasan saya kalau boleh, pihak kerajaan membuat satu kajian balik tentang harga rumah SMJ ini. Kerana ada kemungkinan salah satu yang membuatkan rumah-rumah ini mungkin tidak siap ataupun lambat siap, terutama di luar-luar bandar kerana Datuk Speaker, harganya sama dengan harga yang dibuat di bandar-bandar. Sedangkan kita mempunyai jaringan jalan raya yang tidak bagus, kos pengangkutan yang tinggi, apatah lagi sekarang, saya difahamkan harga-harga material sebagai contoh, zink, simen, batu-bata dan sebagainya akan ada ramalan meningkat baik, meningkat lagi. Jadi kita mohon kepada kerajaan, kalau boleh bagi kawasan saya sebagai contoh di Kuamut, mungkin juga di Sugut, mungkin juga di Sindumin, mungkin juga di Kemabong yang berada di luar bandar. Kalau boleh, berikan mereka sedikit token untuk menyelesaikan ataupun membantu meringankan beban kontraktor-kontraktor ini.

Datuk Speaker, yang ketiganya, di dalam ucapan kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama di muka surat 19, perenggan ke-58. Dengan izin saya baca sekali lagi, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Halatuju Strategik Pembangunan Negeri melalui RMK-13, Kerajaan Negeri akan memfokuskan pelaksanaan program dan projek yang berorientasikan kepada perbelanjaan pembangunan.

Selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan pengurusan kewangan negeri yang teratur, serta meningkatkan perbelanjaan pembangunan berbanding dengan perbelanjaan mengurus. Ini Datuk Speaker, 100% saya sokong kerana dalam pengamatan saya selama ini, perbelanjaan pembangunan ini agak kurang. Sedangkan kita semua dengar Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari dulu sehingga sekarang, mahu supaya masalah-masalah di kawasan mereka seperti

I jalan raya, air, elektrik dan sebagainya dapat diselesaikan sekurang-kurangnya ada titik-titik penyelesaian awal.

Jadi Datuk Speaker, untuk Kuamut tidak terkecuali. Kalau inilah fokus Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan perbelanjaan kewangan dalam Sabah Maju Jaya, Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 pada tahun hadapan. Kita mahu supaya kawasan saya Datuk Speaker, jangan lupa. Contoh, saya mahu Jalan Pinangah ke Inarad yang saya telah dendangkan selama ini di Dewan Undangan Negeri. Tolong masukkan dalam rancangan Malaysia ke-13. Jalan ke Kuamut yang sehingga sekarang masih orang-orang Kuamut masih lagi menggunakan perahu menjadi alat perhubungan mereka.

Yang ketiga, memang saya dengar dalam Rancangan Malaysia ke-13 ada dimasukkan Jalan Karamuak ke Kanang-kanangan. Saya mahu tanya pihak kerajaan, bagaimanakah status projek ini? Yang keempat, Jalan Entilibon ke Kampung Kirunggu juga saya minta supaya dibangun apa ini dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13. Yang kelima, dua tahun yang lalu, saya pernah ungkapkan ini di Dewan Undangan Negeri dan saya telah diberi jaminan oleh pihak kerajaan untuk memasukkan projek ini pada Rancangan Malaysia ke-13, iaitu membina bangunan Jabatan Tanah dan Ukur Tongod. So saya mohon saya ingin mengingatkan sekali lagi kepada kerajaan supaya tolong jangan lupakan ini. Datuk Speaker, kerana masa yang mencemburui, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan juga untuk projek-projek yang sedang berjalan sekarang ini. Yang pertama, Kompleks Sukan Tongod. Yang saya rasa sudah sekian lama ditunggu-tunggu oleh rakyat Tongod, khususnya para belia yang tidak lagi sabar-sabar menggunakan kemudahan sukan ini. Saya mahu tahu status projek ini sekarang? Dan apa sebenarnya punca kepada kelewatan …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

… penyiapan projek ini. Yang kedua, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan juga tentang status projek yang sedang berjalan sekarang, iaitu jambatan yang menyeberang Sungai Milian. Apakah statusnya

I sekarang? Yang ketiga, saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan tentang status projek jalan raya yang sedang dinaik taraf, yang dari menghubungkan Jalan Lampas ataupun Tongod dengan Senaron dan Nabawan. Kita mahu minta status terkini. Kerana ini, Datuk Speaker, menjadi bualan di peringkat bawahan dan tidak salah sebagai wakil rakyat saya bawa ini ke Dewan Undangan Negeri untuk memastikan jawapan yang tuntas dari pihak Kerajaan.

Datuk Speaker, yang terakhir, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk mengukur tanah-tanah di kawasan Tongod. Sekarang ini juruukur sedang bekerja keras untuk mengukur tanah-tanah pentas dalam Program Pentas di daerah Tongod ini. Jadi ini adalah inisiatif oleh Kerajaan dan mohon Datuk Speaker seperti yang dinyatakan oleh ADUN Kedamaian.

Datuk Speaker, standing order, 43(6).

Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap mana-mana ahli. Tadi Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuamut menyatakan bahawa apa yang kita bangkitkan tadi adalah hanya lakonan. Jadi minta Yang Berhormat Kuamut tarik balik kenyataan tersebut.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, yang akhirnya saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Kaamatan, Selamat Hari Raya dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

Peraturan Dewan, Datuk Speaker, peraturan Dewan, minta Yang Berhormat Kuamut tarik balik.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Kuamut, kalau boleh cuba ulang atau jelaskan apa yang dinyatakan sebentar tadi menurut ADUN Merotai.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Untuk Saudara Merotai, saya tarik baliklah.

Terima kasih.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Kuamut, for being a gentleman dan terima kasih juga di atas perbahasan sebentar tadi dan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Tanjung Kapor. 12 minit, Yang Berhormat.

3.12 petang

Datuk Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Terima kasih, Datuk Speaker, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025, Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 pada 10 April 2025.

Pertama sekali, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Tun Musa Aman atas pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun atas ucapan dasar yang penuh wawasan dan berteraskan aspirasi rakyat. Ucapan ini menggambarkan keprihatinan Kerajaan terhadap kebajikan rakyat serta komitmen untuk terus memacu pembangunan negeri Sabah secara menyeluruh.

Datuk Speaker, sebagai wakil rakyat bagi Kawasan N4 Tanjung Kapor, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan harapan serta keperluan rakyat di kawasan saya. Izinkan saya membawa keperhatian Dewan yang mulia ini beberapa cabaran yang dihadapi oleh rakyat di kawasan saya, khususnya berkenaan dengan isu bekalan air dan elektrik yang masih belum stabil. Terdapat kampung-kampung yang masih mengalami gangguan air secara berkala dan ada ketika tekanan air amat rendah sehingga menyukarkan aktiviti harian. Begitu juga dengan bekalan elektrik, masih terdapat gangguan yang menjejaskan kehidupan seharian, khususnya kepada para peniaga kecil, pelajar dan warga emas. Saya percaya usaha sedang giat dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan dan saya dengan rendah hati ingin memohon agar kawasan Tanjung Kapor turut diberi keutamaan dalam pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi isu ini. Rakyat tidak meminta lebih, mereka hanya berharap agar keperluan asas seperti air bersih dan elektrik yang stabil dapat dinikmati tanpa gangguan.

I Saya juga ingin mencadangkan bahawa satu kajian dibuat untuk Loji Air Pinangsoo dihidupkan semula untuk menampung keperluan penduduk di Kudat.

Untuk makluman, Loji Air Pinangsoo telah berhenti operasi sepenuhnya apabila Loji Air Milau bermula operasi. Loji Air Milau terletak jauh dari pekan Kudat dan Loji Air Milau perlu menampung keperluan penggunaan air kepada dua daerah, iaitu Kudat dan Matunggong.

Oleh itu, saya berharap agensi berkenaan dapat mempertimbangkan cadangan kajian ini demi kesejahteraan seluruh rakyat yang ada di Kudat.

Datuk Speaker, selain isu bekalan air dan elektrik, satu lagi perkara yang amat penting untuk diberi perhatian ialah keadaan jalan raya di kawasan N4 Tanjung Kapor. Saya ingin menegaskan bahawa jalan bukan sekadar laluan fizikal, ia adalah nadi kepada pergerakan rakyat. Kelancaran ekonomi setempat dan akses kepada kemudahan asas. Masih terdapat beberapa laluan utama dan jalan kampung yang berlubang, rosak teruk dan tidak diselenggara secara berkala. Apabila musim hujan, keadaan menjadi lebih membimbangkan, berlumpur, licin dan berisiko tinggi kepada keselamatan pengguna.

Saya ingin memohon agar jalan utama ke kawasan-kawasan seperti Kampung Longgom Kecil, Kampung Sompai, Kampung Tiga Papan, Kampung Milau, Kampung Mempatu Milau, Kampung Masangkong, Kampung Nangaran, Kampung Marabahai, Kampung Sumandakon, Kampung Pembangan, Kampung Golam, Kampung Taichong, Kampung Malaman, Kampung Padarasun dan Kampung Longgom Besar diberi perhatian segera untuk pembaikan berkala untuk jangka masa pendek. Dan untuk jangka masa panjang, dimasukkan dalam perancangan RMK akan datang agar jaringan jalan luar bandar di kawasan ini dapat dinaik taraf kepada jalan berturap. Jalan yang baik bukan sahaja mempercepatkan urusan rakyat tetapi juga menarik pelaburan, membantu aktiviti pelancongan tempatan dan apa yang paling penting, menunjukkan keprihatinan Kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat di luar bandar.

Datuk Speaker, di sebalik cabaran ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sulaman atas inisiatif Rumah Mesra Sabah Maju Jaya yang amat dialu-alukan oleh rakyat di kawasan N4 Tanjung Kapor. Program ini telah membuka

I lembaran baharu bagi ramai keluarga yang selama ini hanya mampu bermimpi untuk memiliki rumah sendiri. Saya sendiri berpeluang menyaksikan kegembiraan para penerima, wajah mereka penuh rasa syukur dan lega. Rumah ini bukan sahaja menjadi tempat berlindung, malah lambang maruah dan kestabilan hidup yang mereka impikan sekian lama.

Saya amat berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dan dijadikan sebagai satu program yang wajib dilaksanakan setiap tahun. Datuk Speaker, saya sangat mengalu-alukan dengan keputusan Kabinet untuk meluluskan …

Datuk Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

… penubuhan Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat. Saya telah dimaklumkan bahawa pembangunan Taman Perindustrian Ekonomi Biru ini merupakan sebahagian daripada hala tuju strategik pembangunan negeri Sabah di bawah Rancangan Malaysia yang Ke-13 yang akan dilaksanakan dari tahun 2026 hingga 2030. Dan saya mendoakan bahawa cadangan ini tepat direalisasikan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Datuk Speaker, rakyat di kawasan N64 Tanjung Kapor seperti rakyat Sabah yang lain sentiasa menyimpan harapan yang besar terhadap kepimpinan negeri ini. Mereka tidak menuntut kemewahan, mereka hanya inginkan kehidupan yang lebih baik, lebih selesa dan lebih terjamin. Saya yakin dengan kerjasama semua pihak dan kepimpinan yang prihatin, kita mampu merealisasikan harapan ini bersama. Sabah ini milik semua, maka biarlah pembangunan juga sampai kepada semua.

Akhir kata, sempena bulan Syawal yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Sabah yang beragama Islam. Dan tidak lama lagi kita akan menyambut Pesta Kaamatan. Maka, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan kepada semua yang meraihkannya. Semoga perayaan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mengukuhkan lagi semangat

I perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan budaya di negeri tercinta ini. Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tanjong Kapor. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Sungai Manila.

3.22 petang

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Datuk Speaker. Selaku ADUN N51 Sungai Manila yang dipilih, saya terlebih dahulu mewakili rakyat di kawasan ini menjunjung kasih dan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa bin Haji Aman atas pelantikan dan pemasyuran Tun sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Saya yakin di bawah naungan Tun, Sabah akan terus dipacu pembangunannya dan sentiasa terpelihara kemakmurannya.

Datuk Speaker, ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun jelas telah menyentuh pelbagai inisiatif dan sasaran Kerajaan dalam SMJ dan juga dalam RMK-12. Maklumat ini amat penting menjadi panduan kita untuk menilai, merancang, melaksana dan maju ke hadapan membawa Sabah ke negeri yang lebih maju. Justeru, menjelang berakhirnya RMK-12 dan Pelan Pembangunan SMJ pada tahun ini, saya berharap Kerajaan dapat membentangkan pencapaian sepenuhnya kedua-dua rancangan dan Pelan Pembangunan SMJ di persidangan yang akan datang jika masih ada.

Namun, jangan kejayaan sahaja yang dibentangkan, kegagalan juga harus dilaporkan sebab musabab kejayaan dan kegagalan juga harus berani dibentangkan untuk dibahas, dicanang, diuli dan dimurnikan untuk memandu pencapaian gemilang kita bagi pelan dan perancangan di masa hadapan. Untuk ini, seperti yang saya cadangkan tadi, saya minta laporan penuh pencapaian pelaksanaan RMK-12 dan Pelan Pembangunan SMJ dibentangkan di Dewan yang mulia ini kalau ada sidang DUN lagi sebelum Dewan ini dibubarkan.

Datuk Speaker, usaha menarik pelabur adalah sesuatu yang wajar dipuji. Namun, dalam keghairahan menarik pelabur, kita sama-sama kena betulkan niat. Jangan

I ada serampang pelbagai mata. Pilihlah pelaburan yang tidak mengikis sumber dan mengundang malapetaka ke atas negeri kita. Janganlah pilih yang memanfaatkan orang lain yang lebih daripada rakyat sendiri. Dalam hal ini, saya selaku warga Sandakan, saya mengucapkan terima kasih di atas usaha Menteri ADUN Luyang yang telah mengusahakan untuk mewujudkan industri Electric Vehicle (EV) di Sandakan yang boleh membawa boleh memberikan pekerjaan kepada 500 orang. Terima kasih. Namun, Yang Berhormat ADUN Luyang, pastikan 2028 yang ditulis dalam newspaper itu dapat dilaksanakan.

Datuk Speaker, pada saya usaha menarik pelabur untuk pengeluaran makanan, khususnya makanan utama rakyat Sabah beras harus diutamakan. Saya sedar bahawa peruntukan yang mencukupi telahpun diberikan dalam belanjawan yang lalu, yang telah dibentangkan pada tahun lalu dan seperti yang dinyatakan di Perkara 10 ucapan Dasar. Mahu tidak mahu iklim ekonomi dunia ketika ini dengan tarif macam-macam, di sana sini yang tidak menentu boleh mengancam keterjaminan makanan kita. Jika kita tidak bersedia, sasaran pengeluaran apa ini beras yang ketika ini hanya 20%, tidak mungkin akan dapat menampung keperluan rakyat kita kalau ada masalah sejagat yang timbul.

Sasaran SSL menjelang 2030 sepatutnya jangan lagi 60%. Pergilah terus 100%.

Kita ada lima tahun untuk mencapai. Kita ada lebih daripada 2 juta hektar tanah ladang Kelapa Sawit. Mintalah pelabur-pelabur sawit yang saya fikir kebanyakan yang sekarang ini untung besar untuk bantu dan melabur dalam pengeluaran beras negeri ini. Ini boleh dikategorikan sebagai sumbangan CSR mereka. Cina dengan penduduk 1.2 bilion sekarang ini tidak payah lagi import beras malah jual beras. Indonesia dengan penduduk lebih 300 juta, iklim dan tanah hampir sama dengan kita, sudahpun mencapai SSL dan tidak perlu lagi mengimport beras. Kita dengan hanya penduduk 3 juta lebih, tanah yang luas baru mencapai 20%. Baru-baru ini pada 12 April 2025, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan target untuk mengeluarkan 240,000 tan setahun untuk mencapai SSL negeri Sarawak. Jadi, saya fikir Kerajaan Negeri Sabah perlu melaksanakan ataupun mengejar impian untuk mencapai SSL bukan lagi 60% tetapi sepatutnya 100%.

I Untuk itu saya bertanya kepada Kerajaan, berapakah sasaran SSL yang telah dicapai untuk sehingga akhir tahun lalu, dan berapakah keluasan tanaman padi di Sabah ketika ini, dan mengapakah kerajaan meletak sasaran 60% saja dalam tempoh 5 tahun akan datang dan bukan 100%?

Datuk Speaker, kita semua mengakui bahawa penyakit tiga serangkai masih berlaku di negeri Sabah iaitu jalan raya, elektrik dan air. Saya agak terkejut dengan kenyataan jawapan Menteri sahabat saya, ADUN Tanjung Keramat bahawa 50% jalan berturap kita sudah sampai tamat tempoh dan perlu dibina semula ataupun diperbaiki semula. Bagaimanalah Sabah dapat menurap jalan JKR yang masih lagi belum pernah diturap ini yang rakyat kita menunggu berpuluh-puluh tahun kerana sudah pasti dengan adanya lagi tambahan 50% jalan yang akan rosak ataupun yang sudah rosak….

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

… Program pembinaan ataupun penurapan jalan-jalan yang tidak pernah diturap ini, akan bertambah semakin lama. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya. Apakah perancangan Kerajaan untuk pastikan, jalan-jalan JKR yang belum diturap tidak terjejas perancangan penurapannya. Kerana terpaksa baik pulih 50% lagi jalan yang sudah diturap tetapi rosak semula.

Untuk makluman, Menteri ADUN Tanjung Keramat, di kawasan saya masih ada lima jalan yang sudahpun disenaraikan dalam RMKe-12, yang kini mungkin akan tertangguh kerana komitmen kepada jalan-jalan yang lain.

Datuk Speaker, Sandakan yang dikatakan bandar kedua terbesar di Sabah, tadi ramai di antara rakan-rakan saya juga mengeluh mengenai, kurang perhatian yang diberikan oleh Kerajaan kepada Sandakan. Dari segi facilities jalan raya berbanding dengan bandar utama lain, Sandakan agak ketinggalan. Kami penduduk Sandakan mengharapkan penambahan jalan utama di Sandakan dimasukkan ke dalam RMKe-13. Antara cadangan, yang pertama membina laluan baharu dari Sibugal Besar ke Batu Putih. Ar, ini membibatkan … membabitkan pembinaan jambatanlah.

I Yang kedua dari jalan Tinusa 2 ke jalan Nasalim, dan yang ketiga naik taraf jalan Gum-Gum ke Batu 32. Di Sandakan ini, bagi mereka yang jarang-jarang ke Sandakan, sampai Batu 16 sahaja yang kami punya jalan dual carriage way ini. Di lain-lain tempat, di Lahad Datu, di Tawau, jangankan bilang di KKlah, di Tuaran dan semuanya. Semuanya mempunyai jalan yang lebih panjang, sedangkan Sandakan ini kita kata sebagai bandar kedua yang terbesar, dan juga merupakan penyumbang ekonomi kepada pembangunan negeri sekian lama.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Mulakan penggulungan Yang Berhormat, dua minit lagi.

Datuk Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Okey. Datuk Speaker, satu lagi penyakit tiga serangkai di Sabah ini ialah elektrik. Di awal bulan puasa lalu, saya dikejutkan dengan pemotongan bekalan elektrik di keempat-empat institusi pendidikan di Hab Pendidikan Sandakan. Yang peliknya, bukan bekalan elektrik puncanya, tetapi ada orang tengah penyebabnya. Empat institusi membayar bil, kepada Sabah, SEH Power Sdn. Bhd., yang pula sepatutnya bayar kepada Sabah Electricity. Tetapi mereka gagal, lalu Sabah Electricity pun potong bekalan.

Maka bergelaplah pelajar di sana dan pensyarah di sana selama satu minggu. Nasib baik, adalah Tanjung Keramat terima kasih banyak kerana membantu untuk memulihkan bekalan elektrik ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan, adakah jaminan bahawa perkara ini tidak lagi berulang? Sebab jika keadaan ini berulang, tidak akan ada institusi baharu yang mahu bertapak di hab ini, dan kawasan ini pun akan menjadi gajah putih dan menjadi sarang setinggan.

Datuk Speaker, usaha membawa ataupun menambah 40 buah rumah SMJ setiap DUN baik. Tetapi ia berpotensi gagal membasmi kemiskinan jika berlaku pilih kasih. Sepertimana yang dilaporkan oleh lain-lain … (batuk). Ahli Dewan yang mulia ini, dan pengagihan yang tidak sama tidak dilaksanakan mengikut jadual. Di kawasan saya sendiri 20 buah rumah SMJ sepatutnya siap tahun lalu, belum lagi pun bermula, dan saya juga maklum bahawa ada peruntukan rumah SMJ di Elopura dipindahkan ke tempat lain termasuk ke tempat saya.

I Jadi di sini saya nampak ada masalah pengagihan rumah SMJ ini. Sekarang ini kita bagi 40 sama rata kepada semua DUN. Tetapi contohnya macam Bandar Kota Kinabalu ini. Di mana kita, apa ini, mahu letak itu tapak rumah SMJ ini. Sedangkan harga tanahnya begitu tinggi dan tanahnya terhad. Jadi kalau boleh Kerajaan lihatlah semula, pengagihan ini dan pastikan dia tidak tergendala. Saya fikir kawasan-kawasan di luar bandar perlu diberikan lebih banyak rumah SMJ ini berbanding dengan kawasan-kawasan bandar ini. Sebab di bandar ini ada sudah, apa dipanggil ini, rumah PPR ya, dan di luar bandar tidak ada PPR. Jadi kalau kita bagi sama rata 40 tidak akan tercapai tujuan kita untuk membasmi kemiskinan. Sebab kemiskinan berlaku banyak di kawasan luar bandar.

Datuk Speaker, menggulung sudah ini Datuk Speaker. Dalam ucapan dasar Tuhan yang terutama Perkara 4, kita disuruh untuk sama-sama bekerjasama merealisasikan RMKe-12 dan SMJ. Memang niat kita saya sendiri untuk menyumbang. Namun keterbatasan sumbangan berlaku kerana kita tidak dilibatkan khususnya di peringkat Majlis Pebandaran. Kalau tempat saya ataupun di peringkat pejabat daerah. Oleh itu, walaupun saya mungkin ada idea yang bagus, saya tidak dapat sampaikan dan saya tidak tahu ke mana saya perlu lontarkan. Kerana banyak kali juga usaha saya untuk melontarkan … melontarkan kepada Presiden Majlis Perbandaran yang lalu, tetapi tidak ada respon.

Jadi, saya mintalah kalau mahu betul-betul, pihak semua kita untuk bekerjasama membangunkan negeri ini. Apa salahnya kita dijemput sekurang-kurangnya untuk menghadiri satu atau dua mesyuarat penting, tindakan daerah ataupun pembangunan daerah. Supaya kita sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dapat memberikan sumbangan.

Datuk Speaker, Ke Pekan Muhibah sarapan pagi, Nasi dipilih berlauk pari; Perbahasan sudah selesai diuli, Ikhlas diberi menjunjung kasih.

I Datuk Speaker, sebelum mengakhiri saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan juga Selamat Menyambut Pesta Kaamatan pada semua. Sekian saya menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sungai Manila. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Bandau. Kalau Bandau tiada, saya teruskan dengan Gum-Gum. Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, Allahumma salli ‘ala muhammad wa’ala ali sayyidina muhammad.

Datuk Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa bin Aman pada 10 April 2025 yang lalu. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri, YB-YB serta seluruh pemerhati yang turut bersama-sama mendengar, dalam perbahasan pada Mesyuarat Penggal yang Kelima tahun 2025.

Datuk Speaker, sebagai Wakil Rakyat khususnya kawasan DUN N.50 Gum-Gum, saya juga turut mengikuti perkembangan Kerajaan sejak mula bulan September tahun 2020, sehingga ke hari ini. Dengan slogan “Sabah Maju Jaya”. Cumanya, slogan Sabah Maju Jaya (SMJ) sekarang ini sudah banyak erti kata yang lain. Bilamana rakyat negeri Sabah itu sendiri telah sedar sepenuhnya kesesuaian slogan ini tidak selari dengan perkembangan pembangunan ekonomi serta kemajuan negeri Sabah yang ada sekarang.

Datuk Speaker, sejak Kerajaan bertukar pada September tahun 2020. Rakyat Sabah berharap Kerajaan Maju Jaya akan mentadbir lebih baik. Saya juga berharap Kerajaan akan meneruskan pelan pembangunan dan perancangan ekonomi yang seimbang. Namun begitu nampaknya perkara ini tidak berlaku. Kalau di Sandakan sejak 2019, Presiden MPS sudahpun bertukar empat kali, Datuk Speaker. Namun begitu, bangunan Wisma Sandakan pun tidak dapat dipulihkan. Hotel Four Points pun masih belum beroperasi …

I

Kembali, bandar Sandakan masih dianggap bandar yang sunyi. Airport sudah beberapa kali pecah tanah, masih juga seperti dulu.

Datuk Speaker, baru-baru ini masyarakat Sandakan dikejutkan lagi dengan masalah sekolah UMS, seperti mana yang disebut oleh sahabat saya daripada DUN Sungai Manila, yang terletak di Batu 10 pun kena catuan bekalan elektrik yang mengakibatkan pelajar dan guru-guru menikmati kepayahan dan kesusahannya. Saya difahamkan ada syarikat yang mengendalikan bekalan elektrik tersebut. Namun, bila mana pembayarannya tertunggak kepada SESB, maka catuan berlaku. Untuk masalah ini, saya mohon Kerajaan ambil serius dan mencadangkan syarikat tersebut diambil tindakan yang sewajarnya.

Datuk Speaker, kami di kawasan Sandakan tidak … tidaklah minta banyak. Tapi, sekurang-kurangnya dapatlah tempias daripada peruntukan daripada Kerajaan Pusat melalui RMK yang Ke-12 dan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 (2021-2025). Kalau di kawasan N.50 Gum-Gum ini, cukup memalukan, Datuk Speaker. Walaupun ada tiga orang wakil rakyat, dua orang wakil rakyat dilantik, tambah lagi satu PPM dari Kerajaan yakni, yang diamanahkan. Malangnya, kawasan DUN Gum-Gum ini masih serba kekurangan. Bangunan tamu Gum-Gum Batu 16 itu, sampai sekarang tiada perubahan. Pelan pembangunan saya untuk jadikan tamu, tamu itu sebagai tempat persinggahan pelancong pun tidak dilaksanakan. ATM bank pun belum ada lagi, Datuk Speaker. Sedangkan Kerajaan sudah masuk lima tahun memerintah.

Semasa saya di pihak Kerajaan, saya telah membina bangunan tamu Gum-Gum Batu 16 pada tahun 2019 dengan pelan pembangunan yang cukup cantik kerana saya menyedari, tamu tersebut boleh dibuat tempat persinggahan para pelancong sebelum pergi ke destinasi mereka seperti Taman Sepilok Batu 14, Proboscis Monkey Batu 19, ataupun mereka ke Sukau, Kinabatangan. Namun begitu,

I masyarakat Gum-Gum kecewa dengan Kerajaan kerana masuk lima tahun, tamu tersebut masih dalam keadaan yang sama. Soalan saya, adakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf tamu Gum-Gum tersebut?

Datuk Speaker, kawasan DUN Gum-Gum yang berkeluasan lebih kurang 777 KM persegi ini juga sepatutnya mendapat pembelaan Kerajaan yang ikhlas. Bukan saja diberi rumah PPR, tetapi yang sepatutnya diberi tanah yang boleh dijadikan pembangunan yang tersusun dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Bukan hanya menyedapkan telinga, mendengar yang kononnya Kerajaan sedang mengkaji punca masalah banjir kilat yang menjadi masalah besar di kawasan DUN Gum-Gum seperti Kampung Jaya Bakti, Kampung Sungai Memanjang, Kampung Pertanian, Kampung Sungai Kapur dan juga Perkampungan Batu 16. Soalan saya, apakah hasil kaji selidik tentang masalah banjir yang telah pihak Kerajaan lakukan hampir lima tahun ini?

Datuk Speaker, dalam usaha memperkasakan pembangunan belia, Ucapan Dasar Kerajaan seolah-olah hanya mensasarkan kepada pembangunan sukan dan memaklumkan ada 19 kompleks sukan dan 151 gelanggang serba guna di kawasan luar bandar. Pada khidmat saya, program-program kepimpinan, kursus kemahiran dan juga kesukanan [audio kurang jelas] sepatutnya dipertingkatkan atas sebab belia ini adalah bakal mewarisi kepimpinan di masa yang akan datang. Pembangunan belia di kawasan saya juga agak lembab. Sepatutnya setiap kampung ada kelab belia supaya belia setiap kampung mendapat bantuan dari Kerajaan. Sayang peruntukan yang jumlahnya puluhan juta tetapi belia yang confirm menjadi pelapis ini tidak dapat hak mereka. Pada saya, dengan kewujudan belia di peringkat kampung dapat memantapkan peranan belia bukan saja bersukan tetapi juga memperkasakan kepimpinan, kemahiran dan juga keusahawanan. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada Kerajaan, apakah bentuk usaha Kerajaan dalam memperkasakan pembangunan belia di Sabah khususnya di kawasan N.50 Gum-Gum.

Datuk Speaker, rumah PPR juga menjadi masalah barangkali bukan saja di kawasan saya, tetapi rumah PPR di kawasan lain. Saya sering mendengar cerita-

I cerita di kedai kopi bahawa kelulusan kepada permohonan, permohonan tidak adil dan ada juga yang berkata kononnya rumah tersebut disewakan kepada orang lain. Soalan saya, adakah pihak berwajib telah mengemas kini dan menjalankan siasatan sepenuhnya terhadap cerita-cerita tersebut? Atau adakah Kerajaan berhasrat untuk mengubah dasar rumah PPR ini daripada rumah transit ataupun meneruskan rancangan cadangan Kerajaan Warisan yang terdahulu sebagai sewa beli. Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya juga mendapat aduan dari kaum nelayan, iaitu nelayan tradisional yang menggunakan bot atau perahu kecil dan tak boleh ke … pergi ke laut dalam. Mereka ini faham pasal undang-undang. Cumanya, perahu kecil inilah yang mereka ada dan mereka sememangnya bergantung harap kepada kerja-kerja nelayan untuk mencari makan. Yang menjadi masalah besar pada mereka bila ada tertangkap atas dasar melanggar peraturan atau syarat yang menyebabkan kena denda, perahu dirampas, ataupun penarikan lesen yang mereka ada. Bila ini berlaku, ke mana mahu mengadu? Sudah jatuh ditimpa tangga.

Datuk Speaker, masalah banjir di kawasan DUN N.50 Gum-Gum juga masih lagi ada tanda-tanda, tiada, tanda-tanda serius, usaha yang dibuat oleh Kerajaan Sabah Maju Jaya sehingga ke hari ini. Janji-janji adalah, jangankan usaha selesaikan masalah banjir. Saya mohon dibina dewan serbaguna untuk menempatkan mangsa banjir pun sampai sekarang tiada tindakan, terutamanya di Kampung Sungai Memanjang. Soalan saya, adakah Kerajaan bercadang untuk membina dewan serbaguna di Kampung Sungai Memanjang tersebut?

Harapan saya serta penduduk kampung terlibat banjir ini, dapat pembelaan yang sewajarnya dari Kerajaan, yang penting jangan tabur janji lagi, mentang-mentang sudah dekat pilihan raya.

Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Mulakan penggulungan, Yang Berhormat, dua minit terakhir.

Kejap lagi. Datuk Speaker, sebanyak 186 daripada 631 menara yang dirancangkan telah siap dibina setakat suku kedua tahun

I 23. Di mana menara-menara ini dijangka dapat menyelesaikan isu akses jalur lebar luar bandar. Namun begitu, kawasan DUN N.50 Gum-Gum masih lagi bermasalah berkenaan dengan liputan yang tak memuaskan ini. Ada menara, tetapi sepertinya tiada berfungsi. Sedangkan keperluan Internet ini sangat penting dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, perniagaan dan juga komunikasi. Soalan saya, apakah masalah yang dihadapi oleh Kerajaan, ada menara tetapi liputan Internet tidak berfungsi?

Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, masalah makhluk perosak seperti monyet, tupai dan babi hutan sememangnya yang menjadi masalah kepada pekebun-pekebun kecil di kawasan saya. Ramai pekebun yang menangis tak berlagu bila mana kebun mereka diserang terutamanya oleh monyet dan tupai. Ada yang hanya bergantung harap kepada hasil tanaman untuk menampung perbelanjaan keluarga. Akhirnya punah bilamana … bilamana yang menuai adalah monyet dan tupai yang tidak diundang. Soalan saya, apakah usaha Kerajaan untuk menangani masalah makhluk perosak ini? Dan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi pampasan kepada pekebun-pekebun kecil yang terlibat? Datuk Speaker, sidang DUN yang lalu saya telah bangkitkan masalah pekebun yang menanam lada hitam.

Speaker, ingin mencelah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Pencelahan, pencelahan.

Adakah Kerajaan menangani masalah tersebut?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Pencelahan, YB.

Satu minit.

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Pencelahan, ada pencelahan, ADUN Dilantik.

Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, YB N.50 Gum-Gum. Untuk kawasan yang YB nyatakan tadi di Kawasan Memanjang. Kita sudah buat lawatan untuk mangsa-mangsa banjir dan tapak pun kita sudah tinjau untuk dibikin satu penempatan untuk mangsa-mangsa banjir. Sebab tempat yang kita mahu sediakan pun kita kena tempat yang sesuai. Kalau kita binakan satu penempatan sementara ...

… sementara ataupun penempatan yang kekal, kawasan itu banjir, tiada guna kita letakkan mereka di sana. Jadi alhamdulillah kita sudah kenal pasti tempat yang kawasan yang tinggi. Insya-Allah kita punya Presiden Majlis Perbandaran Sandakan pun sudah buat lawatan, tinggal tunggu kelulusan.

Insya-Allah kita berdoa untuk memanjang, memang kita sudah ada sediakan satu penempatan untuk mangsa-mangsa banjir.

Dan yang kedua untuk rumah tamu, Tamu Gum-Gum yang YB nyatakan tadi. Waktu YB jadi Wakil Rakyat, yang Wakil Rakyat waktu Kerajaan, YB telah memberikan satu peruntukan untuk membuat Tamu Gum-Gum tetapi sayangnya tamu itu pun tidak boleh, bukan tidak boleh digunakan, dengan keadaan yang tinggi bumbung dia, asal hujan, semua hujan tu masuk ke dalam, pembaziran untuk kawasan di Tamu Gum-Gum itu.

Kita pun sudah buat lawatan, kita pun sudah memohon kepada Kementerian untuk memperbaiki.

Waktu kerajaan yang lepas, bumbung ini kita akan tambahkan sedikit untuk supaya hujan dan matahari tidak dapat masuk ke dalam.

Jadi peniaga di sana dapat menjual hasil jualan diaorang di sana. Ini kalau musim hujan, mereka semua kena memasang satu khemah lagi di dalam padahal tempat itu memang sudah berbumbung. Jadi kalau YB cakap kerajaan sekarang, Kerajaan Sabah Maju Jaya tidak prihatin kepada rakyat, itu tidak betul.

Rakyat sentiasa di Gum-Gum, kita sentiasa turun ke lapangan, mendengar keluhan mereka, mereka tidak pernah

I merasa kecewa malahan mereka berterima kasih dengan kerajaan yang ada sekarang.

Terutamanya banyak kemudahan yang kita salurkan kepada kawasan N50 Gum-Gum terutamanya rumah SMJ, Bantuan SYUKUR, tiada yang tercicir, itu adalah satu fitnah bagi saya YB.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Teruskan YB Gum-Gum.

Terima kasih ulasan sahabat saya daripada YB Dilantik Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasihlah di atas apa nama pantauan yang ada di Kampung Sungai Mamanjang. Tetapi pada Kerajaan yang lama, dulu-dulu, pembinaan terutama sekali ya YB Dilantik, YB Jaffari, pembinaan saya bina itu, Tamu Gum-Gum yang tinggi itu sebab ada dia punya sambungan. Yang saya harapkan pelan pembangunan saya itu disambung oleh kerajaan yang sedia ada sekarang tetapi lima tahun, sedikit awning pun yang ditambah untuk sampai ke bawah itu tidak ada, langsung tidak ada, kan? Kalaulah tadi saya dapat peruntukan daripada Kerajaan, sudah pasti saya siapkan semua sepenuhnya itu. Jadi ah, saya teruskan, okay.

Datuk Speaker berkenaan ekonomi, betullah kata orang hidup ini keras, sangat susah. Kos keperluan asas semuanya naik. Soalan saya kepada Kerajaan, adakah usaha Kerajaan menaik taraf ekonomi?

Ketua isi rumah ataupun KIR, kalau ada apakah bentuk kaedah tersebut?

Di kesempatan ini juga saya ingin bangkitkan kembali pembinaan projek solar di Pulau Libaran yang mana solar, solar ini sudah lama dibina tetapi tak siap hingga ke hari ini.

Sidang DUN terdahulu, YB Menteri maklumkan kepada saya yang mana projek solar tersebut akan siap di pertengahan tahun ini. Namun, begitu saya dapati belum ada lagi tanda-tanda projek solar tersebut siap sepenuhnya. Datuk Speaker, air adalah keperluan hidup. Setiap makhluk memerlukan air. Namun, masalah air masih juga menjadi masalah utama.

Bukan saja di luar bandar, di dalam bandar pun sama.

Yang menghairankan saya, Datuk Speaker, paip dan meter sudah ada tetapi air belum dibekalkan. Macam itu lagulah, “entah siapa yang tahu….”(menyanyi).

Banyak tempat lagi tidak mendapat bekalan air bersih

I terutamanya di Kampung Semawang, di Kampung Sungai Monyet, di Kampung Sungai Beruang, di Kampung Sungai Dandulit, di Kampung Sungai Banting, Kampung Rancangan Lobo dan juga Kampung Pulau Libaran. Sebenarnya, kampung-kampung yang saya sebutkan tadi kecuali Kampung Pulau Libaran, sudah ada paip, cuma air bersih lagi belum dibekalkan. Soalan saya, bila agaknya bekalan air bersih ini dibekalkan kepada kampung-kampung tersebut dan adakah Kerajaan bercadang untuk membekalkan air bersih ke Kampung Pulau Libaran? Datuk Speaker, isu jalan raya juga banyak dibangkitkan di kawasan saya. Saya mohon penjelasan pihak Kerajaan berkenaan jalan-jalan berikut. Status Jalan Kampung Sungai Memanjang, Jalan Raya Batu 33 hingga ke Batu 34, status Projek Jalan Raya Tanjung Semawang, status Jalan Raya dari Simpang Dandulit ke Kampung Sungai Beruang dan Kampung Kuala Gum-Gum, status jambatan runtuh di Batu 16, masalah jalan-jalan kampung yang berlubang tetapi tidak diselenggarakan dengan baik.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya sudah berhubung dengan pihak berwajib, iaitu JKR Beluran dan juga JKR Sandakan.

Namun, jawapan amat menyedihkan yang mana pihak JKR kononnya tidak ada peruntukan dan jentera pun sering rosak. Soalan saya, adakah benar masalah ini tiada peruntukan yang berlaku kepada JKR Beluran dan juga JKR Sandakan?

Datuk Speaker, isu terakhir saya adalah masalah pembentungan. Untuk makluman Datuk Speaker, ada banyak tempat yang mengalami masalah pembentungan ini seperti Taman Megah, Batu 7, Kawasan Pasar Batu 8, Bandar Sibuga Jaya, Jalan Labuk.

Tempat-tempat ini selalu mengalami tandas melimpah air keluar dan menyebabkan bau busuk yang sangat teruk.

Perkara ini telah bertahun-tahun berlaku.

Soalan saya, adakah Kerajaan berhasrat untuk selesaikan masalah tersebut?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat lama lagi?

Saya gulung.

Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya hari ini, saya ingin menegur Yang Berhormat

I Kunak berkenaan ucapan sangkaan jahat terhadap YB Merotai. Negara kita adalah undang-undang.

Sekiranya ada bukti tuduhan khususnya, laporan kesihatan sepatutnya diserahkan kepada pihak polis dan bukannya menagih simpati di Dewan yang mulia ini serta isu yang dibangkitkan tiada kaitan dengan ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun.

Ini menyalahi Peraturan Mesyuarat 43 (1) dan 43 (6), iaitu sangkaan jahat.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Tuan Speaker, boleh minta penjelasan, Gum-Gum?

Speaker, mahu habis sudah ni Speaker. Sikit lagi.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

…(suara kurang jelas)

YB Merotai tidak pun mencabar YB Kunak untuk menunjukkan laporan kesihatan…

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Bagi sikitlah.

….dan membuat tindakan lanjut supaya YB Merotai boleh membela diri di mahkamah nanti.

Datuk Speaker, akhir kalam, saya dan keluarga serta masyarakat DUN Gum-Gum ingin juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

43.2. Point of Order. Tuan Speaker Point of Order 43.2.

Semoga Allah merahmati rakyat Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Point of Order berapa?

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Menyentuh seorang Ahli…

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Point of Order nombor?

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

2, (2).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

40?

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

2 (2). 43 (2).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

43 (2) sila bacakan. Sila bacakan Point of Order 43.2.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Tadi, Speaker ada menasihatkan ADUN Kunak untuk buat laporan kepada beliau. Ini ada dalam pertimbangan. Saya perhati dari tadi, ramai Ahli-ahli Dewan, kebanyakan lelaki yang membelasah seorang wanita. Datuk Speaker, saya menghormati, saya menghormati ucapan beliau…

Datuk Speaker, 43 (2) tiada kaitan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Merotai, Merotai sebentar. Kita kasih habis dia dulu baru kita kembali…

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Saya menghormati, apa ini ah, ucapan beliau. Dia hanya memberi teguran sahaja. Dia tidak marah, dia tidak menyentuh sangat teruk, dia hanya beri teguran sahaja supaya tidak berulang itu saja yang dia cakap tadi.

Datuk Speaker, yang disebutkan oleh ADUN Kemabong 43 (2) apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah tidak boleh disebutkan. Apa kaitan? Tiada kaitan tu Tuan Speaker…

I

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Kemabong, Peraturan Mesyuarat berapa tadi?

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ya Tuan Speaker, 43.1, seorang ahli yang hendaklah menumpukan percakapannya kepada perkara yang sedang dibincang dan tidak boleh membuat apa-apa perkara yang tidak berkaitan.

Sepatutnya 43.1 ditujukan kepada Kunak.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Iya.

Betulkah tidak?

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Tapi ...

Betulkah? Siapa yang pertama yang membangkitkan perkara ini?

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ucapan Dasar oleh Gum-Gum dia (suara bertindih).

Rollinglah Datuk Speaker, suruh duduklah, selesai (suara bertindih).

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Membaca ...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Okey, Merotai, Kemabong duduk. Speaker’s flow.

Saya teruskan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Teruskan.

I

Saya ulang. Akhir kalam, saya dan keluarga serta masyarakat DUN Gum-Gum mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin, (batuk) kepada seluruh Yang Berhormat yang ada di Dewan yang mulia ini, semoga Allah merahmati rakyat negeri Sabah, Sekian.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT. Saya Arunarnsin bin Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri N.50 Gum-Gum, mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Gum-Gum. Dan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat ADUN Dilantik YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan. Silakan YB. 4.01 petang

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT. Sebelum saya meneruskan pada perbahasan, saya mohon kepada Datuk Speaker untuk membenarkan saya membaca, suatu sajak peninggalan daripada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2004, yang saya rasa kandungan daripada sajak ini sangat terkait dengan kita sebagai manusia dan sebagai pemimpin. Boleh Datuk Speaker, ya?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Silakan.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan, Untuk hidup sekadar berfoya-foya, Aku cari mana dia Al-Ghazali, Aku cari mana dia Al-Syafie, Kita bongkar rahsia kitab suci, Cari pedoman, Kita bongkar rahsia sunnah nabi,

I Cari panduan, Aku hidup kerana Dia Rabbi, Dialah teman, Dialah wali, Dia mencukupi.

Aku hidup bererti, Menikmati damai abadi.

Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan bersama para solehin insya-Allah.

Diluaskan kuburnya dan diberi ketenangan di alam barzakh insya-Allah. Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Dewan yang mulia.

Saya mulakan ucapan perbahasan seperti biasa dengan mengalu-alukan suatu Ucapan Dasar Kerajaan, yang saya kira sangat memberi kesan yang positif terhadap negeri Sabah kita khususnya. Saya mulakan dengan suatu ayat firman daripada Allah Ta’ala.

Auzzubillahi minasyaiton nirrojim. Ya ayyuhan nas inna khalaqnakum min zakari wa antha wa ja'alnakum syu'u bawaqobai lali ta'arofu.

Yang maksudnya: Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain.

Datuk Speaker dan Sidang yang mulia, Ahli Dewan yang mulia, Di antara perkara yang disebutkan di awal daripada Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama, bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025 ini, di antara perkara yang membangunkan negeri Sabah adalah yang terkait dengan sumber daripada pelancongan. Saya pernah menimbulkan dalam Dewan yang mulia ini, mengenai suatu master plan yang harus disediakan oleh Kerajaan, yang terkait dengan pembangunan di kawasan yang paling utama dari segi pelancongan di Malaysia, iaitu Kundasang. Dan saya kira daripada pendapatan 7.2 bilion yang disebut dalam Ucapan Dasar Kerajaan ini, pelancongan di antara perkara yang

I mesti ditekankan sepenuhnya oleh Kerajaan dan di antara perkara yang harus ditekankan adalah, bagaimana suatu ikon yang besar dalam konteks negeri Sabah, ya itulah kawasan Kundasang yang di sana ada pelbagai tarikan alam semula jadi khususnya Gunung Kinabalu.

Dan saya kira rakyat Sabah pun mengetahui kekangan yang berlaku di kawasan ini, yang bukan sahaja pelancong daripada luar tapi termasuk juga pelancong dalam negara, ketika mana cuti sekolah khususnya, berlakunya kesesakan dan kawasan ini juga merupakan laluan utama bagi masyarakat yang akan bergerak. Rakyat Sabah akan bergerak ke Pantai Timur, ke Tawau, ke Sandakan daripada Kota Kinabalu ataupun sebaliknya, dan kawasan ini menjadi tempat kawasan yang super sesak, sangat sesak. Kalau kita baca daripada pergerakan ketika mana Hari Raya yang baru, ada di kalangan pengguna yang terpaksa berjalan daripada Kota Kinabalu ke Tawau, mengambil masa 19 ke 20 jam dan sebahagiannya terperangkap di kawasan Kundasang ke Ranau empat ke lima jam. Jadi saya kira suatu master plan yang besar ini bukan setakat untuk menambah baik fasility dan juga infrastruktur di kawasan Kundasang, tetapi juga sebagai laluan utama di antara Pantai Timur dan juga Pantai Barat, dan saya berpandangan perkara itu mesti ditangani dengan segera oleh pihak Kerajaan.

Saya juga mengambil kesempatan Datuk Speaker dan Sidang yang mulia, untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan, terutama follower saya di aa … media sosial di medsos khususnya di page ataupun di Facebook dan juga di TikTok, yang saya kira sebahagian daripada isu-isu besar masyarakat. Kadangkala mahu berhubung dengan kita sebagai wakil daripada rakyat, wakil kepada rakyat ini adalah melalui media-media sosial, ya, terima kasih atas segala komen dan pandangan. Cuma pandangan saya kadangkalanya saya dapati ada sebahagian daripada jabatan-jabatan Kerajaan, yang mereka menutup bahagian ataupun ruangan komen ini, yang saya tidak pasti apa sandaran ataupun sebabnya. Sebab saya kira dalam dunia tanpa sempadan dunia media sosial khususnya, saya yakin rakyat akan memberikan pandangan ataupun komen, di antaranya adalah melalui media-media sosial di jabatan-jabatan Kerajaan ataupun agensi Kerajaan ataupun kepada wakil-wakil rakyat. Maka saya menyeru kepada pihak yang tertentu khususnya jabatan-jabatan yang sangat popular misalnya, Jabatan Air, elektrik

I SESB ataupun JKR. Ini di antara tumpuan utama rakyat untuk memberi aduan, saya kira itu di antara perkara yang penting.

Dalam Ucapan Dasar yang kita dengar Ucapan Dasar Kerajaan yang lepas, banyak juga disebutkan mengenai pembangunan dan sebahagiannya sudah disebut dalam perbahasan-perbahasan sebelum, daripada ini khususnya yang terkait dengan konsesi jalan raya. Saya mengambil maklumat ini daripada rakyat yang memberi komen juga di media sosial kita di antaranya adalah, saya terima kasih kepada YB Menteri sudah jawab hari itu soal konsesi dan sudah dipertimbangkan pelbagai indikator dan parameter, tetapi saya tengok walaupun mungkin pemegang konsesi ini menjalankan tugas, tapi saya melihat daripada komentator yang dilakukan oleh rakyat masih terdapat perkara-perkara yang boleh dibaiki. Khususnya dari segi kualiti penyelenggaraan jalan-jalan raya dan kita melihat sebab ini ada terlibat dengan direct kepada rakyat maka sebaik-baiknya..

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

… perkara seumpama itu, walaupun mungkin berdasarkan standard tapi kalau misalnya hanya kena hujan sehari dua hari jalan raya sudah boleh berlubang, saya tengok perkara seumpama itu harus ditambah baik. Dan saya yakin Kerajaan sudah melakukan terlalu banyak inisiatif, ruang, penambahbaikan, strategik, plan dan sebagainya, action plan dan sebagainya, pun begitu kita kena akui sebab kita sendiri pun merasai rakyat juga merasai masih banyak perkara yang perlu kita tambah baik dan juga perbaiki dari semasa ke semasa.

Datuk Speaker dan Sidang yang mulia, dalam kesempatan ini juga saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang terkait dengan kampung-kampung dalam bandar.

Kita yakin sekarang Sabah berada dalam era pembangunan dan sebahagian pembangunan itu berlaku di kawasan-kawasan perbandaran. Pun begitu, sebahagian kawasan dalam bandar ini ada terdapat kampung-kampung tradisi, kampung-kampung tradisional. Sebahagiannya mungkin kampung nelayan ataupun kampung yang terdapat di dalamnya kerja-kerja pertanian dan sebagainya. Cuma banyak saya tengok kampung-kampung nelayanlah.

I Saya sebutkan contoh-contoh dalam konteks kawasan Sepanggar misalnya, Kampung Kuala Menggatal, Kampung Gentisan, Kampung Unggun, Kampung Gudon, Kampung Tebobon. Ini di antara kampung-kampung lama yang sedang dikepung dengan pembangunan. So, saya menyeru pada pihak Kerajaan agar mewujudkan status kampung warisan ini supaya kampung-kampung ini boleh dipertahankan bukan setakat dari segi tradisinya tetapi juga kampung ini boleh dikekalkan dan tidak ditelan dengan pembangunan. Kadang-kadang saya melihat sudah ada perubahan-perubahan yang besar. Pembangunan sudah mula tidak melihat kampung-kampung di antara yang saya sebutkan tadi dan kampung-kampung tradisi ini, walaupun sebenarnya kampung ini adalah di kalangan masyarakat bumiputera Sabah. So, ini satu perkara yang mungkin boleh diambil perhatian oleh Kerajaan.

Datuk Speaker, saya juga berpandangan pernah juga dibangkitkan beberapa kali soal setinggan. Saya kira sampai masanya. Untuk makluman, hasil daripada kita buat kerja-kerja di lapangan, saya melihat kawasan setinggan ini sebahagian besarnya mungkin saya boleh katakan 50% adalah masyarakat tempatan. Dan mereka mendiami adalah tanah-tanah Kerajaan, bukan tanah-tanah pihak swasta. Mungkin juga harus diteliti bagaimana kita boleh mengambil pendekatan untuk menyelesaikan masalah setinggan ini dipanggil salah satunya adalah inisiatif squatters upgrading ataupun menaiktarafkan setinggan.

Sebahagiannya misalnya di jalan selepas daripada UMS ini kampung-kampung di tepi, misalnya Kampung Sri Aman, Kampung Sepakat Jaya dan pelbagai nama kampung di tepi-tepi jalan itu. Sebahagiannya tanah daripada KPD, sebahagiannya tanah pihak agensi Kerajaan yang lain. Sampai masanya Kerajaan cuba melihat dengan teliti dan mendalam. Kalaulah misalnya didiami oleh masyarakat bumiputera Sabah, saya kira sampai masanya kita kurangkan dan jauhkan mereka daripada status setinggan itu, naik tarafkan tanah, bagi kemudahan dan juga perkara-perkara yang boleh membantu mereka untuk kita bantu masyarakat tempatan ini khususnya. Datuk Speaker, saya juga ingin respons daripada pihak Kerajaan. Baru-baru ini saya didatangi oleh sekumpulan bekas pekerja-pekerja KOSAN (Koperasi SANYA Berhad). Saya difahamkan mereka diberhentikan seramai 230 orang daripada cawangan Tuaran dan juga cawangan Papar dan saya difahamkan sampai saat

I pertemuan kami itu masih tidak ada sebarang perbincangan daripada pihak atasan yang terkait dengan pampasan ataupun sebarang ganti rugi. Jadi saya minta pihak Kerajaan kalau boleh memberikan respons perkembangan daripada perbincangan-perbincangan yang sudah dilakukan.

Datuk Speaker, banyak kemalangan yang berlaku terutama di jalan-jalan pembinaan Pan Borneo. Saya sendiri pernah melawat beberapa penunggang motosikal yang berjalan malam, terlanggar divider, dan akhirnya berlaku kecederaan-kecederaan yang berat dan kita juga tahu ada berlakunya kematian. Saya ambil contoh di antaranya jalan merentasi Sulaman Central, ini di Sepanggar, Sulaman Central ke Indah Permai. Sekarang sudah ada empat lorong dan orang mahu crossing jalan itu, berlari orang tua bawa anak-anak sangat bahaya. Jadi, saya mohon kepada pihak Kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya, cuba tengoklah tempat-tempat yang tertentu yang mungkin sangat memerlukan jejantas khususnya untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan-kemalangan yang menyebabkan kematian. Datuk Speaker, saya sering mengulang dan alhamdulillah saya ulang lagi hari ini, Menteri pun ada di sini. Saya masih terus memperjuangkan peranan guru-guru KAFA dan Imam Rawatib sepertimana yang dilakukan saya tengok dari segi keuntungan, gerak kerja pendapatan negeri kita sangat meningkat secara luar biasa, mudah-mudahan ini tanda keberkatan. Saya mohon sekali lagi pada Kerajaan bantulah guru-guru KAFA dan Imam Rawatib ini dan saya ulang semula seboleh-bolehnya, kita ikut seumpama Selangor yang ditambah oleh Kerajaan Negeri menjadikan gaji minima ataupun 1500. Sebab peranan mereka ini kita tidak boleh nafi. Anak kita celik huruf, celik al-Quran datang daripada guru KAFA ini. Menghidupkan suasana kemasyarakatan, kenduri, perkahwinan, urus jenazah adalah Imam-imam Rawatib. Jadi saya kira kalau setakat gaji RM850 ke RM1100 ini pendapatan yang terlalu kecil dalam konteks keadaan sekarang ini. Akhir sekali, Datuk Speaker, isu rasuah sudah menjadi bualan umum. Dalam sidang yang lepas, saya mulakan ucapan pada waktu itu dengan balasan daripada Allah Taala terhadap mereka yang rasuah dan kita tidak ada data yang pasti. Benarkah rasuah ini menjadi di antara perkara yang menyebabkan kita mundur? Walau bagaimanapun, kita pasti bahawa rasuah ini adalah satu perkara yang boleh bawa kepada kebobrokan dalam masyarakat dan merosakkan sistem nilai manusia di

I mana-mana peringkat. Maka saya nasihatkan diri saya sebagai orang politik dan dipanjangkan kepada sahabat-sahabat yang lain juga orang politik.

Tidak semestinya orang politik, boleh juga kepada kakitangan awam, boleh juga kepada masyarakat biasa. Maka jangan kita mulakan kehidupan kita dengan perkara yang tidak baik seumpama rasuah ini dan saya yakin kalaulah kehidupan kita tanpa ada kepentingan yang seumpama itu tanpa terkait dengan rasuah, mudah-mudahan pembangunan kita selepas daripada ini perjalanan kita selepas daripada ini lebih laju lebih lancar dan semua agenda yang kita buat secara bersama akan mendapat keberkatan daripada Ilahi dan semua kita akan mendapat kemajuan yang berterusan, insya-Allah. Jadi saya kira itulah dalam ucapan saya kali ini. Datuk Speaker, saya akhiri dengan satu hashtag yang kita sama-sama, saya yakin kita boleh terima: “Sabah maju kita untung, Sabah mundur kita rugi.” Perkara inilah yang nanti menjadi pegangan kita sampai bila-bila. Saya menyokong Ucapan Dasar ini. Akhirnya saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan. Mudah-mudahan Allah Taala sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kita. Assalamualaikum WBT.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Dr. Aliakbar Gulasan. Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Bandau dan Sebatik tidak ada dalam Dewan, maka Ahli Yang Berhormat daripada Pantai Manis adalah pembahas terakhir bagi hari ini. Silakan Yang Berhormat.

4.19 petang

Tuan Mohd Tamin @Tamin bin ZainalUMNO · GRSPantai Manis

Terima kasih, Datuk Speaker. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan Dasar beliau pada 10 April 2025 yang lalu sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana mengambil …

I

Tuan Mohd Tamin @Tamin bin ZainalUMNO · GRSPantai Manis

… bahagian dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi perbahasan usul sempena Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16 ini. Penglibatan semua ahli Yang Berhormat dalam memberi idea, cadangan dan pandangan ini sememangnya amat membantu dalam memastikan kesejahteraan rakyat negeri Sabah ini terbela.

Datuk Speaker, saya ingin panjatkan rasa syukur kerana sekali lagi diberi peluang dan ruang berdiri di Dewan yang mulia ini untuk membawa suara rakyat di kawasan saya, iaitu DUN N29 Pandai Manis. Rakyat yang telah sekian lama menanti perubahan. Oleh itu, dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap nasib mereka, saya ingin membangkitkan isu-isu yang sudah sekian lama membelenggu kehidupan harian penduduk di kawasan ini. Namun, masih belum diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak berwajib. Sidang Dewan sekalian, dengan rasa kekecewaan, saya ingin menekankan sekali lagi isu yang pernah dibangkitkan dalam persidangan yang lalu, iaitu berkenaan isu kemudahan jalan raya.

Berdasarkan aduan yang saya terima, keadaan jalan raya di sekitar pekan Papar masih banyak yang rosak, berlubang dan belum dibaiki. Pada perbahasan yang lalu, saya telah bangkitkan secara jelas dan terperinci berkenaan kerosakkan jalan dari Kampung Takis menuju ke Hospital Papar, jalan di Kampung Seri Tanjung Sungai Padang dan juga jalan dari Sungai Padang menuju ke Kampung Kuala. Untuk makluman sidang Dewan, jalan-jalan yang saya maksudkan ini adalah laluan utama penduduk setempat untuk pergi ke hospital, ke sekolah, ke tempat kerja dan lain-lain. Keadaan jalan raya ini begitu menyedihkan, seolah-olah tiada nilai di mata pihak yang bertanggungjawab kerana tiada apa-apa tindakan dibuat bagi menyelenggara jalan-jalan ini.

Begitu juga keadaan jalan raya di bawah seliaan JKR dan Majlis Daerah Papar juga perlu penyelenggaraan segera. Jalan di Kampung Kelanahan menuju ke Masjid

I Kelanahan juga kelihatannya semakin hari, semakin membimbangkan dan rosak teruk. Keadaan jalan raya ini telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk Pantai Manis. Apakah isu ini akan terus dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. Oleh itu, saya merayu agar pihak berkuasa yang berkaitan untuk turun padang dan mengambil langkah sewajarnya dalam menyelesaikan masalah ini. Pada perbahasan lalu juga saya telah memohon agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) turun padang melihat sendiri keadaan raya di kawasan ini.

Walau bagaimanapun, amat mendukacitakan sekali apabila jalan raya Kampung Takis menuju hospital sahaja yang sedang dalam proses pembaikkan. Sehubungan itu, saya sekali lagi ingin menyeru agar pihak JKR dan kontraktor yang dilantik agar bertindak secepatnya. Rakyat juga terlalu lama mengeluh, kita tidak boleh hanya bercakap tentang pembangunan sedangkan kemudahan asas di kawasan tertentu, khususnya di Pantai Manis masih terabai. Apa gunanya kita bercakap soal projek-projek mega sekiranya kemudahan asas seperti ini masih ditahap yang amat mendukacitakan.

Mohon juga pihak JKR Papar memantau lori-lori yang melakukan kerja-kerja menimbus tanah bagi projek perumahan di Kampung Bambangan kerana lori-lori ini menyebabkan kerosakkan dan mengotorkan jalan raya. Adakah syarikat-syarikat lori ini mendapat kelulusan dari pihak JKR dan membayar bon pelaksana bagi jaminan projek tersebut?

Datuk Speaker, isu kemudahan asas lain yang juga ingin saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah berkenaan gangguan bekalan elektrik yang sering terputus di sekitar kawasan Papar.

Masalah ini bukanlah perkara baharu, tetapi telah berlarutan setelah sekian lama sehingga menjejaskan kehidupan harian penduduk. Saya seringkali menerima aduan mengenai gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku di kawasan ini. Saya juga menerima perkhabaran mengenai ada pekerja kakitangan awam yang terpaksa keluar pejabat dengan kerap disebabkan oleh masalah gangguan bekalan elektrik tersebut.

Saya tidak mahu lagi melihat penduduk di kawasan ini terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama yang mana ia boleh mengundang ketidakselesaan sehingga rakyat menjadi tidak produktif dalam melaksanakan kerja-

I kerja seharian dan tugasan sewaktu bekerja. Sehubungan itu, saya ingin menyeru agar pihak berkuasa berkaitan agar memberikan perhatian dan tindakan serius bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan Papar adalah lebih stabil. Saya juga ingin mengambil perhatian Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini berkenaan masalah gangguan bekalan air yang masih menghantui penduduk di kawasan Pantai Manis. Bayangkan pada abad Ke-21 ini masih ada rakyat yang boleh dikatakan tidak jauh daripada kawasan bandar raya Kota Kinabalu tetapi terpaksa berdepan dengan krisis bekalan air. Sebagai contoh, baru-baru ini pada 12 hari bulan 2025, Jabatan Air Negeri Sabah telah mengeluarkan notis berkenaan penutupan sementara loji rawatan air EWSS Papar. Berpunca daripada masalah kekeruhan air sungai yang melebih paras selamat untuk diproses. Ini bukan kali pertama penutupan loji rawatan air di kawasan ini tetapi berkali-kali.

Datuk Speaker, saya turut dimaklumkan bahawa penutupan ini akan berterusan sehingga kekeruhan air sungai kembali normal. Kawasan yang terjejas akan mengalami gangguan bekalan air dan pemulihan adalah secara berperingkat. Apa yang membimbangkan saya apabila loji rawatan seperti ini dihentikan operasinya, bekalan air bersih ke rumah, sekolah, hospital, premis perniagaan dan kemudahan am akan terganggu serta-merta. Cuba bayangkan warga emas, pesakit kronik, kanak-kanak, dan suri rumah menjalani rutin harian mereka tanpa bekalan air. Bagaimana sekolah mahu beroperasi, bagaimana hospital mahu berfungsi jika bekalan air terputus? Oleh itu, Tuan Speaker, saya mohon agar pihak Kerajaan negeri mengambil isu ini sebagai krisis yang perlu ditangani segera. Kerajaan negeri perlu merancang pelan jangka pendek dan panjang bukan sahaja untuk menstabilkan sistem rawatan air, tetapi juga menambah baik pengurusan sumber air mentah termasuk sistem takungan dan penyelenggaraan air.

Tuan Speaker, senario ini juga bukan sekadar isu teknikal. Tetapi, ini soal keadilan, sosial, nasib, dan kesejahteraan rakyat serta hak asasi yang sepatutnya dijamin oleh Kerajaan Negeri. Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan kelalaian. Infrastruktur yang cekap dan menyeluruh bukan lagi pilihan, tetapi ia adalah satu keperluan mendesak yang perlu ditangani. Sampai bila kita mahu membiarkan rakyat di DUN

I Pantai Manis menanggung kesengsaraan ini disebabkan pihak-pihak yang dipertanggungjawab tidak acuh terhadap masalah yang sudah lama mengganggu rakyat.

Sudah tiba masanya kita berhenti memberi alasan dan mula bertindak dengan tegas, menyeluruh, dan berkesan. Dalam persidangan yang lepas juga, saya juga telah bangkitkan isu penutupan kilang KOSAN seperti yang disuarakan oleh ADUN Dilantik tadi yang menyebabkan ramai pekerja tempatan kehilangan perkerjaan dan menjadi penganggur dalam sekelip mata. Isu ini bukan isu kecil kerana melibatkan mata pencarian. 232 pekerja yang diberhentikan kini terumbang-ambing tanpa jaminan masa depan.

Walau bagaimanapun, saya telah menerima perkhabaran mengenai cadangan yang mana pihak Kementerian Belia dan Sukan, KBS, mahu membina kilang air mineral bagi menangani masalah pengangguran yang berlaku akibat penutupan kilang KOSAN ini. Pada dasarnya, saya ingin ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri kerana adanya usaha mencipta peluang pekerjaan dan menghidupkan semula ekonomi setempat. Persoalannya, bagaimana membina kilang air mineral ini boleh mengatasi masalah pengangguran? Walhal daerah ini berdepan dengan masalah air.

Adakah cadangan ini realistik dan logik memandangkan Papar sendiri sedang berdepan dengan masalah air bersih yang kerap terganggu?

Bagaimana sebuah kilang air mineral yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air bersih dapat beroperasi secara mampan dalam kawasan yang sedang bergelut dengan krisis air?

Tuan Speaker…

Tuan Mohd Tamin @Tamin bin ZainalUMNO · GRSPantai Manis

Kita tidak mahu melihat satu cadangan sahaja hanya menjadi pengumuman sahaja tanpa pelaksanaan yang sebenar. Rakyat mahu kepastian dan hala tuju yang jelas. Kita tidak mahu situasi di mana kilang dibina tetapi tidak berfungsi atau lebih parah memburukkan lagi krisis air di kawasan Pantai Manis.

I Datuk Speaker, oleh itu saya mohon penjelasan lanjut daripada pihak Kerajaan Negeri. Apakah pelan terperinci untuk menangani isu bekalan air di Papar terlebih dahulu sebelum projek ini diteruskan? Dan apakah inisiatif lain bagi menyelesaikan isu pengangguran akibat penamatan perkhidmatan seramai 230 orang kakitangan dan ekoran penutupan kilang perusahaan pakaian Tuaran dan kilang perusahaan kasut Papar berkuat kuasa 14 Oktober 2024 lalu?

Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa usul yang saya kemukakan ini adalah bagi mewakili suara dan harapan rakyat di DUN Pantai Manis. Melalui cadangan-cadangan yang telah dibahaskan, saya percaya ianya mampu meningkatkan kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat di DUN Pantai Manis. Maka dengan penuh rendah diri, saya mohon agar segala isu dan cadangan yang saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya.

Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pantai Manis. Ahli-ahli Yang Berhormat, malangnya Pantai Manis bukanlah pembahas yang terakhir hari ini kerana ada beberapa ADUN yang mengangkat tangan tadi ingin berucap. Maka dengan itu, saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Kawang. Kawang atau Sindumin dulu.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Datuk Speaker, Sindumin.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Okey, silakan. 4.32 petang

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih Datuk Speaker. Saya minta maaf. Saya mula-mula tidak akan berucap sebab suara tidak keluar. Dua hari sudah. Saya cuba juga cakap perlahan kerana beberapa isu penting. Datuk Speaker, saya ingin ucap tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Musa Aman yang telah menjadi TYT dan ucapan sulung titah usul Kerajaan di Dewan yang mulia ini.

I Saya cuma ingin menyentuh beberapa isu. Yang pertama mengenai dengan mempertingkatkan pembangunan infrastruktur, utiliti dan tenaga lestari di Sabah. Datuk Speaker, sebenarnya Kerajaan GRS adalah gabungan kerajaan yang terbaik ah, selama ini. Saya telah pun mengikuti daripada dahulu sejak Kerajaan USNO, Berjaya, PBS, Barisan Nasional, Warisan dan sekarang Kerajaan GRS Plus. Saya rasa inilah formula yang terbaik. Yang kita bersepakat, iaitu GRS sebagai komponen terbesar bekerjasama dengan parti pemerintah utama PH di Semenanjung. Kita memang perlu bekerjasama dengan PH di Semenanjung kerana mereka sebagai Kerajaan. Kita tidak ada niat untuk bergaduh. Terpulang kepada rakyat Sabah pada akhirnya nanti.

Datuk Speaker, sebenarnya rakyat berpuas hati dengan GRS. Mereka berterima kasih banyak yang kita buat tapi kadang-kadang kita lupa untuk memberitahu yang digembar-gemburkan adalah yang dikatakan gagal. Sebenarnya gagal itu bukan akibat daripada Kerajaan GRS semata-mata. Ia adalah berbagai faktor. Contohnya, Jalan Pan Borneo. Pan Borneo ini adalah projek Persekutuan. Banyak perkara-perkara yang diputuskan di peringkat pusat. Saya ingat Menteri Kerja Raya kena jawab begini. Menerangkan apakah bentuk koordinasi di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Yang rakyat tidak faham seolah-olah beban itu disalahkan kepada Kerajaan GRS, kerajaan yang gagal.

Saya telah membawa Yang Berhormat Menteri ke Sindumin pada masa tahun lalu dan pada 7 Februari baru-baru ini saya adakan lagi dialog menerangkan apakah masalah Jalan Pan Borneo ini. Yang saya dapat mengikut dari penerangan, yang kita dapat adalah koordinasi. Sebanyak dua kali lawatan Menteri dan juga ah Majlis Penerangan isu Pan Borneo ini. Dua kali konsultan reka bentuk tidak datang. Dikatakan reka bentuk ada yang sudah dua tahun tidak siap-siap. Bagaimana kontraktor ataupun Kementerian boleh menyelesaikan kalau reka bentuk tidak selesai. Ada juga yang ubah reka bentuk beberapa kali dan tidak selesai-selesai. Ini yang kena rakyat kena faham. Saya memihak kepada rakyat.

Datuk Speaker, walaupun rakyat katakan saya menyokong kontraktor sama ada kontraktor ataupun konsultan saya bertanggungjawab kepada rakyat saya. Kalau boleh jalan ini siap besok. Jalan daripada Beaufort ke Sindumin WP 1 dan 2. Kalau boleh esok siap Datuk Speaker. Untuk menyenangkan rakyat saya. Ini mungkin

I Yang Berhormat Menteri dapat menerangkan, menjawab. Apakah koordinasi, berapa kalikah mesyuarat dalam sebulan ataupun dalam beberapa bulan untuk menyelesaikan masalah ini. Apakah tuntutan kewangan, claim itu dapat datang pada waktunya.

Datuk Speaker, masalah jalan juga sebenarnya tidak ada masalah di bawah kalau pegawai-pegawai ataupun yang diberi tanggungjawab itu menyelesaikan masalah ini. Contohnya, jalan Kerajaan Negeri, Jalan Persekutuan, jalan Majlis Daerah, yang menjadi masalah adalah syarikat konsesi yang mana tidak membuat kerja itu mengikut jadual ataupun mereka ada jadualnya. Bila ada masalah emergency, jawapan yang mereka beri ialah belum sampai pusingan. Tunggu dulu. Rakyat tidak faham yang ini. Rakyat bila jalan rosak kalau boleh dia mahu siap esok. Dia mahu siap petang ini. Mereka tidak boleh tunggu enam bulan lagi. Belum sampai giliran. Yang menjadi mangsa, Datuk Speaker ialah ADUN Ahli Parlimen yang seolah-olah kami menjadi punching bag yang menyelesaikan segala-gala masalah di bawah. Sebenarnya yang menjadi masalah itu ialah syarikat penyelenggaraan. Kalau boleh mintalah Kementerian yang bertanggungjawab Kerja Raya. Supaya syarikat konsesi ini on the spot ataupun ada cara menyelesaikan masalah on the spot.mSeperti emergency. Kalau ada jalan berlubang, kita adu hari ini esok siap. Ini sehingga ada yang sudah kemalangan, kereta rosak, tayar pancit, rim bengkok. Belum lagi dibaiki. So, itu rakyat sebenarnya marah yang itu. Jadi saya mahu rakyat merayu kepada Kementerian supaya ini diubah. Ubahlah sedikit daripada perjanjian yang awal itu supaya ia lebih licin.

Begitu juga dengan masalah air.

Sebenarnya tidak ada masalah. Datuk Speaker, kalau pegawai di bawah ini menyelesaikan masalah rakyat. Masalahnya ialah bila paip pecah, bila tidak ada air di kampung SOP sudah ada. Pembaikan paip pecah mesti siap dalam masa 24 jam. Kalau tidak siap mesti ada tangki air dihantar ke rumah-rumah. Tetapi tunggu sampai dua minggu tidak ada tindakan. Tangki air tidak muncul-muncul. Paip tidak juga siap-siap. Itu masalahnya. Saya mintalah supaya Jabatan Air ubahlah cara. Kita mahu selesaikan masalah rakyat. Kita mahu keluhan rakyat ini ditangani. Mereka bukan marah. Paip pecah mereka tahu ada pembinaan Pan Borneo. Tapi mereka tidak mahu masalah mereka berlanjutan. Air tidak ada. Mereka mahu air ada. Apa cara yang penting? Air ada. Sama ada paip dibaiki 24

I jam ataupun ada tangki air datang ke rumah mereka. Kita buat pengumuman supaya mereka sediakan dram, tangki atau sebagainya. Itu saja.

Begitu juga dengan elektrik. Tidak ada masalah sebenarnya. Rakyat berterima kasih banyak rumah-rumah baharu dapat elektrik. Banyak kawasan-kawasan baharu dapat elektrik. Cuma kadang-kadang bila ada masalah, penyelenggaraan.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… di peringkat bawah ini, kalau kita masuk ke kampung. Tiang elektrik, dawai elektrik. Banyak pokok-pokok yang sepatutnya dipotong, tidak dipotong. Begitu juga dengan pendawaian Telekom. Banyak yang … kalau tidak percaya, Datuk Speaker, hari ini pergi drive pergi Sipitang. Banyak itu wayar-wayar lalu di dalam pokok. Kalau pokok ini tumbang akibat angin, tentu sekali dia akan menempuh tiang elektrik ataupun dawai elektrik ini ataupun Telekom ini yang banyak menyebabkan kerosakan.

Sepatutnya pegawai-pegawai Telekom, pegawai-pegawai SESB buatlah rondaan, potonglah pokok. Jangan sampai putus, baru mahu potong. Jadi, bukan masalah apa sebenarnya, masalahnya ialah kegagalan kita. Saya mintalah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab, turunlah ke bawah. Saya drive selalu sakit hati, tengok tiang elektrik, penuh dengan pokok. Penuh dengan … kalau cakap bahasa kami di Sipitang, orang Brunei Kedayan, bilaran. Penuh dengan bilaran, dililit oleh pokok. Dalam pokok, tidak diselenggara, ini yang menjadi kesedihan kita. Begitu juga dengan elektrik. Contohnya di Meligan, Long Pasia. Sudah ada kelulusan dahulu. Dibagi kontrak untuk solar sebanyak RM76 juta, 2017, Datuk Speaker, hingga sekarang, kontraktor itu IM13, telah lari meninggalkan projek ini dan jadilah projek sakit. Sepatutnya projek itu siap dalam masa dua tahun tapi sekarang sudah sepuluh tahun. Dekat sepuluh tahun, tidak juga siap-siap. Jadi saya minta, apakah status terkini? Siapalah Menteri mana yang boleh jawab? Menteri luar bandar barangkali boleh jawab. Saya minta status dan apa tindakan untuk memulihkan bekalan elektrik di Meligan, Long Pasia ini? Yang juga pada masa yang lalu, Ahli Parlimen, Datuk Matbali Musah telah pun bercakap di Parlimen dan hingga

I hari ini, belum ada tanda-tanda penyelesaian walaupun sudah terlewat sepuluh tahun, Datuk Speaker.

Begitu juga dengan jalan, Menteri Keja Raya ada di sini. Saya difahamkan, Jalan Mendulong ke Long Pasia yang sekarang ini sangat teruk, dilalui kayu balak lagi. Hari-hari dalam WhatsApp group complaint, maki ADUN. Saya difahamkan, pernah masa dahulu, sudah ditender, sudah dibagi anugerah cuma tidak ditandatangan SST. Kemudian tukar, tender lagi balik. Sudah ada juga kontraktor cuma tidak dibagi SST. Dan sekarang saya difahamkan, tender balik lagi. Ini sudah berpuluh tahun sebegini. Kalau kita buat sekali, tentu sekarang sudah selesai masalah Jalan Mendulong Long Pasia ini. Mintalah mungkin Menteri Kerja Raya ada di sini dengar, kita minta jawapanlah.

Kerana orang Meligan, orang Long Pasia dan kami di Sipitang, di kawasan darat sana, minta apakah status jalan ini, bila boleh dimulakan? Saya difahamkan, duit sudah sedia ini tapi tidak dilaksanakan. Saya mintalah Kerajaan Negeri cubalah negotiate dengan Kerajaan Persekutuan. Ini masalah kami di bawah, masalah rakyat. Jadi kita kena selesaikan. Datuk Speaker, begitu juga dengan yang lain-lainlah di bawah. Kalau boleh kita selesaikanlah masalah air tadi, masalah elektrik, masalah jalan raya ini. Rakyat sebenarnya berterima kasih kerana banyak yang dibuat oleh Kerajaan GRS ini.

Datuk Speaker, saya beralih kepada soal keterjaminan makanan ini. Tadi banyak yang menyebut, kita sepatutnya dengan Kerajaan, keadaan negeri kita yang cukup luas. Kita sebenarnya dengan tanah yang subur, laut yang kaya dengan makanan-makanan laut seperti ikan. Kita sepatutnya sudah selesai masalah keterjaminan makanan ini. Kita sebenarnya boleh 100% untuk selesaikan. Cuma kadang-kadang, bukan lagi kadang-kadang, kenapa terlampau lambat pelaksanaan ini? Di Sindumin, ada 1000 ekar tanah untuk sawah, tanah tunggul tinggi 1000 ekar di bawah Lembaga Padi Sabah yang lalu. Sekarang daripada 82 sehingga sekarang, sudah lebih dekat 50 tahun, masih juga jadi begitu.

Kalau kita boleh tukar, tanam padi di situ. Masa saya kecil, di situ padi memang subur. Kita boleh menghasilkan padi di situ. Saya ingat banyak lagi kawasan lain, di sebelah Membakut, sebelah Papar, yang lain-lain. Kenapa kita tidak boleh buat yang

I ini? Kalau dulu boleh kita tanam padi, apa sebab sekarang kita tidak boleh tanam padi? Kenapa sekarang kita tidak boleh laksanakan berbagai-bagai masalah yang sebagai alasan untuk kita. Begitu juga dengan makanan laut. Makanan laut, kita cukup ikan sebenarnya. Kita boleh sustain tangkapan ikan sama ada ikan sangkar, ikan di laut tapi cuma kadang-kadang, bukannya kadang-kadang, selalu, kita tidak sayang negeri kita, Datuk Speaker. Kita biarkan orang lain eksploit kawasan ini. Kita ada penguat kuasa tapi kita tidak gunakan, kita benarkan orang luar bom ikan. Kita benarkan pukat luar menceroboh di kawasan yang tidak sepatutnya diceroboh. Kita benarkan guna alat-alat yang merosakkan stok ikan kita.

Contohnya, di Teluk Brunei, di kawasan saya, di Laut Lubuklah, Western, Pelakat Sipitang. Beratus pukat Tri Net, iaitu pukat yang dijalankan, pukat tunda kecil yang dibawa oleh enjin 15 kuda horsepower, beratus. Tiap-tiap dua jam mereka angkat pukat ini di tempat yang cetek. Ribuan anak-anak ikan, ikan merah, ikan putih mati begitu saja dibuang, yang diambil cuma udang. Kalau satu buah, satu kali tarik, mematikan 100 ekor ikan, bayangkan satu kali kalau mereka naikkan lima kali, 500 ikan. 500 ikan satu hari, bibit ikan, benih ikan. Kalau 100 buah, bayangkan? Mana lagi ada ikan yang mahu dibesarkan. Mana lagi ada ikan yang mahu dituai untuk dibesarkan.

Kita kena ikut sustainable, menangkap ikan secara sustainable macam di Australia, yang mana ikan-ikan matang saja diambil. Kalau ikan kecil, jangan diambil. Saiz pukat pun dikurangkan tapi penguatkuasaan kita tidak ambil tindakan. Siapa yang salah di sini? Jabatan Pertanian? Jabatan Perikanan atau pegawai kita? Orang kampung ini, kalau sudah orang luar memukat, tidak ada tindakan, dia kata, paluilah kita, bodohlah kita. Daripada kita larang, tidak ada tindakan, baik kita ikut. Pepatah lain, dalam bahasa Inggerisnya, if we cannot fight, we should join them. Kalau kita larang-larang tidak boleh, mereka buat juga baik kita ikut sebab itu orang kampung pun ikut sama. Ini yang merosakkan kawasan kita. Saya mintalah Jabatan Perikanan, penguat kuasa ambillah tindakan. Sayang negeri kita ini, kita cukup sudah tapi kalau kita bagi mercun, kita bagi pencerobohan, kita bagi Tri Net, kita bagi bom ikan, tidak larang, habislah kita. Sebenarnya kita sudah cukup. Datuk Speaker, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung, Yang Berhormat.

I

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ya. Mengenai dengan pembangunan wilayah yang seimbang. Kita di situ disebutkan salah satu program ialah Rumah SMJ, ini sangat baik, rakyat cukup terima kasih. Masa saya laksanakan 20, 20 tahun ini, 40. Yang dapat rumah ini, Datuk Speaker, menangis, peluk kita, terima kasih, Datuk, kami dapat rumah. Kami tunggu ini berapa tahun baru dapat, kita kena teruskan dengan ini, mereka berterima kasih. KPLB, teruskan cuma, kalau bolehlah, alang-alang bagi peruntukan, janganlah menyusahkan ADUN. Rumah siap tapi tiada air, tiada paip, tiada elektrik, yang disalak ADUN. Kami merasmikan rumah siap. Datuk, air kami macam mana? Dua, elektrik kami macam mana? Terpaksalah ADUN gunalah duit, carilah bagaimana menyelesaikan. Kalau boleh, masukkanlah dalam rumah itu untuk sambung paip dan sambung elektrik. Yang kedua, tadi YB daripada Kuamut menyatakan. Bagi kawasan yang jauh, contohnya di kawasan saya, peruntukannya RM80 ribu itu tidak cukup untuk …

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… untuk membuat, kalau dia jauh daripada bandar. Kawasan Long Pasia Datuk Speaker, tambang satu lori bawa batu alat-alat ke Long Pasia tambang dia RM2,500. Kalau cuma rumah yang di bawa pun tidak untung banyak, cukup-cukup makan. Bagaimana lagi kalau mahu bawa batu alat-alat ke Long Pasia 125 km dengan tambang satu trip RM2,500, ke Meligan tambang RM1,800?

Kalau boleh Menteri Pembangunan Luar Bandar masukkanlah yang itu sebagai kawasan yang darat.

Saya ingat begitu juga Pulau Banggi, kalau peruntukan ini tidak boleh selesai, kontraktor tidak mahu buat banyak yang menolak untuk buat di situ kerana dikatakan rugi kami. Ya, kalau boleh kita bilang special sikit untuk kawasan-kawasannya yang terpencil.

Datuk Speaker sebelum gulung tadi, yang terakhirlah. Saya melihat bahawa pembangunan di Sabah ini bercelaru. Koordinasi sangat lambat. Saya tidak tahu siapa yang berkuasa kadang-kadang. Di peringkat daerah, untuk memohon tanah development sahaja kita memohon, saya ada projek pembangunan di Sipitang. Saya cadangkan satu bandar baharu di Sipitang, kerana di Sipitang akan ada

I pertambahan penduduk yang mengejut, lonjakan oleh kerana SOGIP. Pekan Sipitang sekarang sempit, kita perlu bandar baharu. Saya mohon supaya satu kawasan baharu, tetapi tanah itu biarlah Majlis Daerah yang pegang. Bila kita memohon untuk dibangunkan, permohonan itu di tolak sana tolak sini, tolak ke Jabatan Tanah Ukur, tolak kepada Hasil Bumi, tolak ke Pejabat JKM, tolak Hasil Bumi, tolak kepada GTO, tolak kepada akhirnya saya tidak tahu di mana sudah fail itu sekarang dan saya tidak tahu bilakah ini akan diluluskan? Masa berjalan 2028-2027, SOGIP akan mula beroperasi, akan ada pertambahan penduduk tetap di situ sekitar lima ke enam ribu orang, ada lima ribu, enam ribu orang, lima ribu, enam ribu rumah. Ada pertambahan penduduk yang begitu medesak.

Jadi, kita perlu ada koordinasi.

Saya minta, special untuk Sipitanglah, seperti Sarawak. Sarawak sudah ada Regional Development Agency. Di kawasan Lawas dia ada untuk Sarawak, dia ada Northern Regional Development Agency, authority.

Saya mintalah juga di Sabah ini kalau boleh kita buat baharu macam tahun 60-an dahulu, kita ada residency, ada Regional Development Tower, Regional Development Sandakan, Pantai Pedalaman dan juga mungkin Pantai Barat. Tetapi, yang saya minta ini special untuk Sipitang. Saya minta supaya Regional ataupun Southern Regional Development Agency yang meliputi daerah Kuala Penyu, Sipitang dan Beaufort. Di mana agensi ini boleh merancang sendiri, menyusun inisiatif berbagai sektor seperti infra pendidikan, ekonomi dan sebagainya, kesihatan kerana di situ nanti akan ada satu lonjakan perubahan dan kita perlu sesuatu yang baharu dengan cepat.

Saya tidak mahu nanti apabila sudah pekerja SOGIP, Esteelnya, GIBSONnya, Petroventurenya, ZLNGnya sudah bertapak kita baharu mahu fikirkan bagaimana untuk menyelesaikan, itu sudah terlambat Datuk Speaker. Kalau boleh saya minta yang dinamakan Southern Regional Development Agency ataupun authority yang mana Regional Development Agency boleh membuat keputusan sendiri tanpa rujuk ke tolak, tolak, tolak, tolak.

Pelan pembangunan sahaja, tolak beberapa kali tidak lulus-lulus, lambat. Tetapi, yang ini ada authority seperti Northern Regional Development Agency, iaitu daerah Lawas yang mereka buat keputusan sendiri. Buat Jabatan Pendidikan mereka putuskan, buat jalan raya mereka putuskan yang pentingnya ada duit daripada

I Kerajaan Negeri dan ini untuk penyelarasan dengan PBT. Penyelarasan dengan agensi Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan dan ini akan melicinkan pelaksanaan pelbagai strategik untuk membangun negeri Sabah. Jadi saya berharap ini dapat difikirkan dan saya memang mahu kerana Sipitang adalah special area bersempadanan dan yang akan mula-mula dilawat oleh pelancong daripada Sarawak, Kalimantan dan juga negara Brunei Darussalam. Sipitang is the first impression of Sabah.

Kalau Sipitang tidak teratur, impression orang akan melihat bahawa Sabah juga tidak teratur, dan memang sekarang ini tidak teratur pun. Kadang-kadang, jalan-jalan, saya dapat complaint daripada orang dari Brunei, daripada Sarawak, dia kata “Datuk, kau punya jalan ini teruk betul”. Saya kata “sabarlah”.

Jadi ini jawapannya yang kita boleh bagi. Tetapi, kita kerana susun sekarang kita perlu ada ikut Sarawak. Kalau kita betul-betul mahu mengikut Sarawak, kita perlu ada regional development authority ini yang boleh merancang sendiri. Tidak payah lagi rujuk-rujuk, tolak sana, tolak sini.

Macam sekaranglah tolak sana, tolak sini.

Akhirnya, tidak tahu ke mana. Bagaimana untuk meluluskan?

Datuk Speaker, itu saja yang penting. Saya rasa banyak lagi yang mahu dicakapkan tetapi masa yang terhad. Akhirnya, saya ucapkan terima kasih. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin untuk semua dan Selamat Menyambut Hari Tadau Kaamatan bagi suku kaum Kadazan Dusun dan seluruh rakyat Sabah dan juga selamat untuk kita semua.

Kita tidak tahu bila pilihan raya, selamat kita berjuang bersama-sama demi untuk negeri Sabah keseluruhannya. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sindumin. Yang Berhormat daripada Kawang. Masih ingin berucap?

4.56 petang

Semoga kita sabar sehingga selesai boleh pulang. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum

I warahmatullahi warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Salam Damai dan Salam Perpaduan.

Pertamanya, Kawang ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker atas peluang yang diberikan bagi saya turut serta dalam perbahasan ke atas ucapan dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun, Yang di-Pertua Negeri Sabah Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025, Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 pada 10 April yang lepas. Seperti rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain saya mengikuti dan menghayati ucapan dasar Kerajaan tersebut yang begitu terperinci lagi menyeluruh mencakupi semua aspek kehidupan rakyat.

Ia menggariskan dengan jelas hala tuju Kerajaan membangunkan negeri memperkasakan ekonomi dan mensejahterakan rakyat di ambang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Sekali gus mengangkat negeri ini ke satu tahap tinggi sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat di akar umbi. Melihat kepada gagasan besar Kerajaan yang terbentang dalam ucapan dasar Kerajaan tersebut, kita yakin dan percaya bahawa Negeri Sabah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Sulaman selaku Ketua Menteri, boleh menjadi sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi dalam tempoh yang terdekat, Insya-Allah. Ini terpikul amanah dan tanggungjawab di bahu setiap barisan kepimpinan termasuk kalangan Ahli Yang Berhormat dari semua pihak serta seluruh penjawat awam untuk sama-sama mengemudi agenda pembangunan negeri.

Untuk itu, Kawang ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap salah satu isu penting yang disentuh dalam ucapan dasar Kerajaan, iaitu berkaitan usaha memperkasa modal insan melalui pendidikan dan latihan selain daripada banyak lagi usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan ketika ini. Sukacita Kawang mengalu-alukan langkah proaktif ini yang seiring dengan teras utama agenda Hala Tuju Pembangunan Sabah Maju Jaya atau ringkasnya SMJ dan sesungguhnya pelaburan dalam pembangunan modal insan khususnya melalui pendidikan dan kemahiran merupakan langkah strategik ke arah melahirkan modal insan berkualiti kompeten dan berdaya saing. Dalam konteks ini kumpulan Yayasan Sabah memainkan peranan yang sangat signifikan sejak dahulu lagi dan insya-Allah di mana agensi Kerajaan ini menjadi salah satu daripada peneraju…

I

… dan pelapor dalam segmen pembangunan modal insan di negeri ini. Seperti pohon jati tegak berdiri, Kumpulan Yayasan Sabah telah mengakari penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima, Ketua Menteri Sabah dan yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang telah menyediakan dana pendidikan kepada anak-anak tempatan negeri Sabah. Dianggarkan, kira-kira 8000 anak Sabah yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara telah dibantu di bawah TPNS pada tahun lalu membabitkan peruntukan sebanyak RM8 juta. Manakala pada tahun ini, Tabung Pendidikan negeri Sabah menyasarkan untuk membantu lebih 10 000 penerima golongan B40 termasuk mereka yang melanjutkan pelajaran peringkat yang lebih tinggi sampai ke peringkat Sarjana Muda dan Doktor Falsafah. Selain Tabung Pendidikan Negeri Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah terus membangunkan modal insan menerusi dua institusi pendidikan yang diwujudkan, iaitu Kolej Teknologi Yayasan Sabah atau ringkasnya KTYS dan University College Sabah Foundation (UCSF) sebagai papan loncatan atau platform bagi anak-anak tempatan negeri Sabah untuk menimba ilmu dan menjadi insan gemilang yang bersinar terang. UCSF menawarkan pelbagai program akademik dan kemahiran yang relevan kepada kemajuan sosioekonomi dan budaya Sabah serta Malaysia. Sebanyak 14 program ditawarkan di bawah empat fakulti, Fakulti Pengurusan dan Keusahawanan, Fakulti Seni, Multimedia Kreatif, Fakulti Sains dan Kelestarian Semula Jadi dan Fakulti Pembangunan dan Pengajian Kepelbagaian Budaya. Ia juga turut disokong oleh Pusat Kajian Pembangunan (CDS), Institut Kajian Borneo (IBS), Pusat Pembangunan Bahasa dan Generik (CLGD), Kilang Pengajaran dan Pembelajaran dan Galeri Inspirasi Seni Islam (NIAG). Sejak ditubuhkan 10 tahun lalu, UCSF telah memberi manfaat kepada lebih 3000 anak-anak Sabah. Jumlah ini meningkat kepada lebih 1000 pelajar aktif pada tahun 2024 bagi kursus ijazah, diploma dan sijil seterusnya menjadikan jumlah tertinggi sejak penubuhannya.

I Paling menarik, UCSF juga telah berjaya mencapai kategori kompetitif dalam Sistem Penerapan Bersepadu Institusi Pengajian Tinggi Malaysia atau ringkasnya SETARA. Manakala KTYS, Kolej Teknologi Yayasan Sabah ditubuhkan dengan objektif untuk menyediakan akses pendidikan berteraskan Akademik dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkualiti tinggi, melahirkan graduan yang insklusif serta berketerampilan dan membentuk sistem tadbir urus yang berkualiti cekap dan berintegriti.

Bagi mencapai objektif tersebut, perkongsian pintar dengan pakar industri yang berkaitan, institusi pendidikan dan latihan diwujudkan.

Seiring usaha membangunkan modal insan, KTYS bekerjasama rapat dengan Kerajaan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam memenuhi keperluan pasaran kerja. Menerusi Kempen KTYS Pilihanku, KTYS mencatat enrolmen 1366 orang pelajar baharu, iaitu melebihi sasaran 1345 orang pelajar baharu pada tahun 2024. Ini menunjukkan peningkatan dalam kemasukan dan komitmen terhadap pendidikan berkualiti di Sabah.

Pada tahun 2024 juga, KTYS mencapai 98% kebolehpasaran graduan melalui kerjasama strategik termasuk dengan DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia yang menawarkan pindahan kredit dan jaminan pekerjaan kepada graduan yang melanjutkan pengajian di sana selepas tamat pengajian di KTYS. Lebih jauh dari itu, Kumpulan Yayasan Sabah telah banyak merintis bermacam inisiatif membangunkan modal insan. Satu daripadanya ialah menerusi Pusat Kraftangan Sabah (PKS) di Keningau yang bermatlamat serampang dua mata menerusi latihan kemahiran yang disediakan. Pusat ini telah menjadi mercu tanda bagi pembangunan industri kraf tangan di negeri ini dan inisiatif ini merupakan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam membangunkan masyarakat luar bandar di negeri Sabah, menjana pendapatan mereka dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini. Selain fungsi utamanya untuk membangunkan warisan kraf tangan yang mewarnai keindahan dan kepelbagaian etnik di negeri Sabah. Datuk Speaker, demikianlah yang Kawang dapat kongsikan di Dewan yang mulia ini tentang usaha dan komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam menjulang harapan, menyulam impian dan membina modal insan masa hadapan.

Sepanjang penubuhannya sejak tahun 1966 oleh Almarhum Tun Datu Mustafa Datu Harun bagi

I mewujudkan peluang pendidikan untuk rakyat, Kumpulan Yayasan Sabah bagaikan mentari yang telah menyimbah sinar ke bumi buat anak-anak peribumi, menjadi pohon rendang tempat berteduh dalam perjuangan suci, sejenis air sungai yang terus mengalirkan manfaat tidak putus-putus kepada rakyat di bumi tercinta ini. Inilah jihad perjuangan, jihad pembangunan modal insan. Kumpulan Yayasan Sabah terus berpegang kuat kepada satu azam yang teguh dengan iltizam yang kukuh untuk membina generasi cemerlang yang mampu berdiri megah di pentas dunia yang penuh cabaran dan persaingan. Kata pujangga, ilmu itu pelita di tengah malam dan insan berilmu laksana bintang di langit kelam. Justeru, perjuangan kumpulannya Yayasan Sabah adalah sebuah usaha yang penuh dedikasi menyediakan pelita supaya satu ketika nanti di setiap sudut kampung dan desa tiada siapa lagi yang tertinggal dalam kegelapan.

Sesungguhnya usaha ini bukan kerja sehari dua tetapi maraton panjang menuju masa depan. Dan Kumpulan Yayasan Sabah pastinya akan terus menjadi obor yang menyala menjadi jambatan emas yang menghubungkan antara impian dan kenyataan, melahirkan modal insan yang berkualiti, berdedikasi dan berintegriti. Datuk Speaker, dengan kata-kata itu, saya akhiri kata-kata ini dengan mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan. Kawang mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawang. Maka dengan itu perbahasan usul ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah telah pun tamat. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembahas-pembahas yang begitu prihatin terhadap kebajikan rakyat dan kemajuan negeri ini. Ahli-ahli Yang berhormat, masa persidangan kita pada hari ini telah pun tamat. Maka saya tangguhkan Dewan ini sehingga hari esok pada pukul 10.00 pagi, 16 April 2025.

Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 5.09 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 16 April 2025”.

SDN15042025/bnm