Sabah · 16 April 2025
16th Assembly, 5th session, 1st meeting · not final · 1,070 turns · 63,516 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Sebelum kita memulakan sesi soal jawab, saya ingin mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar sebagai pemerhati daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak, seramai 12 orang guru dan 84 pelajar, dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan St. Peter Telipok, seramai empat orang guru dan 43 orang pelajar. Selamat datang saya ucapkan, semoga lawatan anda produktif dan selamat belajar. Untuk memulakan sesi pertanyaan lisan pada hari ini, saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Tanjong Aru untuk bertanyakan soalan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya, nombor satu.
*1. YB. Datuk Wong Hong Jun [Tanjung Aru] bertanya kepada KETUA MENTERI, mengapa kerajaan menangguhkan semakan semula yuran lesen hotel di bawah Hotel & Lodging Houses By-Laws 1966 selama 6-8 bulan sedangkan hotel SME (Kelas 2 dan 3) sudah menghadapi tekanan kewangan yang serius.
Yang Berhormat Menteri, silakan. Jawapan
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Aru, serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan tidak ada perancangan untuk membuat penangguhan semakan semula yuran ke atas fee license di bawah Undang-undang Kecil Hotel dan Rumah
I Lodging Bandaraya Kota Kinabalu 1966 ataupun melaksanakan kutipan fee license secara berfasa. Pendekatan ini diambil untuk keseragaman, tindakan ke atas semua kelas hotel dan memudahkan pelaksanaan proses kutipan fee license oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Kerajaan Negeri percaya bahawa pengembalian kadar lesen ini tidaklah membebankan para pengusaha hotel. Jika dilihat dari nilai yang dikenakan kepada 174 pengusaha hotel Kelas Dua dan Tiga, berbanding peniaga-peniaga kecil yang lain. Sebagai contoh, fee sebenarnya yang dikenakan untuk setiap bilik hotel yang dihuni hanyalah sekitar RM4.65 sebilik sehari untuk Kelas Satu, RM2.65 sebilik sehari untuk Kelas Dua, dan RM1.30 sebilik sehari untuk Kelas Tiga. Sekiranya bilik ini tidak dihuni, maka tiada bayaran fee yang dikenakan. Tuan Speaker, jika dibandingkan dengan penjaja di pasar malam atau pasar bangunan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, mereka dikenakan charge sebanyak RM3 sehari setiap lot berbanding dengan fee license hotel Kelas Dua, iaitu sekitar RM2.65 sebilik sehari, ataupun license hotel Kelas Ketiga, iaitu sekitar RM1.30 sebilik sehari, sekiranya bilik tersebut dihuni. Secara relatifnya, kadar fee license hotel ini masih lagi pada paras yang rendah. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu perlu menguatkuasakan mana-mana perundangan ataupun peraturan-peraturan sebagaimana yang telah termaktub dalam undang-undang.
Ini termasuklah membuat kutipan fee license. Hasil daripada kutipan fee license yang diperolehi akan dimanfaatkan dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan yang lebih proaktif di sekitar bandar raya, sekali gus memastikan Bandaraya Kota Kinabalu terus menjadi tarikan kepada lebih ramai pelancong domestik dan juga antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Tanjong Aru, soalan tambahan. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Menteri, untuk jawapan tadi. Yang em mungkin apa yang em apa ini tadi, Pembantu Menteri punya jawapan itu memang tepat tapi kalaulah daripada ini Hotel Association, saya memang bagi itu figure kepada saya. Sebelum saya tanya, saya punya soalan sebenarnya adalah bolehkah Kerajaan mungkin timbang untuk menangguhkan pelaksanaan fee ini dulu untuk mewakili suara daripada Hotel
I Association sebab kalau itu fee sebelum ini hotel fee yang dilaksanakan, sebenarnya dia orang punya annual fee hanya RM1000 flat rate untuk semua hotel. Saya setuju itu agak rendah sedikitlah, mungkin boleh kita adjust tapi jangan drastik because selepas kita laksanakan, kalaulah ini dilaksanakan hotel rate untuk 60% occupancy rate untuk hotel Kelas Satu. Satu tahun dia orang mungkin mahu bayar lebih RM100 000. Ini daripada Hotel Association figure dia orang. Untuk Class Two, 3 star, dia orang mungkin bayar 60% occupancy rate sahaja, dia orang perlu bayar hampir RM57 240 satu tahun, daripada RM1000 naik ke RM57 000. Kalau Kelas Tiga itu ada budgetlah, budget punya hotel pun dia orang kena bayar RM28 000. Daripada RM1000 ke RM28 000 satu tahun. So, itu adalah amat drastiklah, Menteri. Dan dengan ini keadaan ekonomi yang begitu sukar pada hari ini, apa lagi dengan pelaksanaan minimum wages baru-baru ini, apa lagi pelaksanaan yang akan datang e-Invois lagi ini. So, dia dengan satu keadaan ekonomi yang cukup mencabar. Jadi saya mintalah, kalau dengan ini license fee lagi, macam itu drastik, itu akan jadi satu … satu apa ini kita panggillah, it’s a very memang cukup sukarlah untuk hotel players di Kota Kinabalu ini. Jadi saya minta untuk mewakili dia orang, bolehkah …
Kerajaan timbang sekali lagi untuk tangguhkan pelaksanaan hotel ini, bila kita masih lagi acceskan untuk enam bulankan. Bolehkah? Terima kasih.
Tuan Speaker, terima kasih apa itu, di atas soalan tambahan yang diajukan oleh Wakil Rakyat daripada Tanjong Aru. Seperti yang saya katakan tadi bahawa fee license yang dikenakan kepada hoteliers ini tidaklah tinggi, tidak tinggi. Kalau dibandingkan, saya telah katakan tadi, even ini penjaja-penjaja di pasar-pasar malam membayar RM3.00 satu lot. Whereas hoteliers ini mereka dikenakan untuk membayar for kelas satu RM4.65, kelas dua RM2.65, kelas tiga RM1.30 sahaja.
Jadi kalau kita bandingkan, bandingkan license fee yang dikenakan kepada penjaja-penjaja itu adalah lebih mahal daripada hoteliers.
I Saya masih ingat dahulu, YB dulu waktu saya Mayor Bandaraya, you keep on hoping, ini penjaja-penjaja semua ini, kenapa itu tinggi apa semua. Tetapi sekarang ini, you are talking about the hoteliers ini dan kalau kita buat perbandingan juga, perbandingan di negeri-negeri lain.
Kalau kita lihat di apa ini, di Pulau Pinang.
Pulau Pinang dia orang punya kadar hotel kelas empat and above, RM5.00 dia charge itu. Hotel di bawah empat bintang itu kurang lebih RM3.00 saja. Di Melaka juga, mereka charge kurang lebih RM3.00 hingga RM5.00.
Jadi, apa yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu itu adalah apa ini, terendah sekali. Kita mesti ingat, para hotel ini telah pun mendapat manfaat. Fee license ini sejak tahun 1989. Di mana mereka hanya diminta untuk membayar RM10.00 satu bilik, satu tahun dan kalau kita kira itu secara purata tiap-tiap bulan itu, mereka hanya membayar bukan RM0.27 sen, ini RM0.027 sen lagi.
Lebih murah dan para hoteliers ini telah pun mendapat manfaat ini sudah 35 tahun dan adalah perlu bahawa kita kembali ke asal.
Di mana pembayaran hotel ini license fee ini berlandaskan kepada apa yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Hotel dan Rumah, Lodging. Sekian, terima kasih.
Datuk Speaker, saya sedikit lagi boleh?
Boleh? Terima kasih, Datuk Speaker. Ya, saya faham apa yang tadi Menteri, apa ini penjelasanlah daripada Menteri itu. But I'm asking you to consider, setiap tahun dia orang bayar flat rate RM1,000.00 kan. Tadi, you kata zero point zero tiada buat berapa senlah. Satu tahun erti dia RM1,000.00 lah sebenarnya.
Sekarang satu, satu tahun, kita kiralah profit dia orang submit audit report pun satu tahun memang sekali mah.
So, satu tahun kalau untuk budget saja budget hotel, means no facility, dia orang pun kena bayar RM28,000.00 sudah ini. It's a very drastic increase in terms of monetary profit, you know. Profit increment from 1,000 to 28,000 itu 280% sudah bah.
So, I'm asking, kalau government boleh untuk consider.
Apabila kita berbanding dengan, tadi menteri berbanding dengan Penang dan juga Melaka, ini it's a tourism heaven bah. Di sana dia orang ada infrastructure yang baik, tidak masalah air, elektrik. So, dia punya cost of living sangat rendah di sana. So, I don't think we should be comparing with thatlah.
I'm hoping the government can
I take into considerationlah dengan itu. Untuk mungkin increase, that's why I say it's fair, dia ada terlalu rendah. Tetapi, increase jangan drastic. Maybe you can consider, review dia punya itu rate dia, kalau bolehlah. Terima kasih, Datuk Speaker.
Tuan Speaker, sebenarnya urus libat telah pun diadakan, di antara DBKK dan juga Persatuan Hotel dan perkara ini juga telah dibincang bersama-sama dengan, kita telah juga adakan urus libat ini, dua kali dibuat dan selepas itu kita adakan perbincangan juga dengan menteri apa ini pelancongan Sabah, yang bertanggungjawab ke atas pelancong-pelancong yang datang. Dan ini, persatuan ini, mereka memang ada mengemukakan apa itu, cadangan-cadangan mereka untuk menangguh lima, enam bulan dan kedua apa itu untuk menurunkan, dia punya kadar ke RM45.00 lah.
Tetapi, ini kita tidak setuju.
Tetapi, kita setuju dengan cadangan mereka, iaitu supaya bukan sahaja hotel yang dikenakan license, tetapi juga ini apa ini, Airbnb dan itu kita setuju.
Dan setakat ini kita telah mengeluarkan notice kepada semua pengusaha Airbnb ini supaya mengemukakan cadangan-cadangan mereka. Sama ada mereka ini layak atau disebaliknya.
Dan saya ingin beri satu contoh di sini, mengenai dengan pengiraan, formula pengiraan fee license hotel mengikut undang-undang kecil, iaitu saya ambil satu contoh sahaja, iaitu Hotel X, kelas satu yang mempunyai bilik, 250 bilik. Jadi, kadar fee license yang dikenakan sekarang ini ialah RM140.00 sebilik, sebulan. Jadi, jumlah hari, mana-mana bilik di duduki bulan tersebut. Kira ambil 3,875, jadi bilangan hari dalam bulan tersebut say it, 31 hari. Jadi kalau kita kira ini, RM140.00 itu fee itu, darab ini 3,875 yang mana-mana bilik itu dihuni, dibahagikan kepada 31 hari, iaitu satu bulan, ini akan apa ini, menjadi 17,500 dan saya perlu tekankan di sini seperti yang saya katakan tadi, license fee tidak dikenakan sekiranya tidak ada occupancy.
Itulah sebabnya setiap bulan, setiap bulan para hoteliers ini mengemukakan to declare what is the occupancy rate supaya kita akan dapat mengiranya. 145, sorry 140 itu, itulah license.
I Tetapi, kalau ianya bergantung pada occupancy rate. Kalau kosong, tidak ada mahu bayar. Kalau ada, kita bayar dan sekarang ini, sekarang ini kita di negeri Sabah ini telah dibanjiri oleh pelancong-pelancong daripada negara China dan I am very sure, kita ini, hotel ini, they are making money. So, whatever profit they make should be juga bagi samalah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu to improve ini service delivery untuk warga bandar raya. Terima kasih.
Soalan tambahan. Datuk Dr.
Boleh bagi?
Silakan.
Soalan Tambahan Datuk Dr.
Terima kasih, Tuan Speaker. Saya nak mohon pandangan daripada Yang Berhormat Pembantu Menteri, berlaku resort di Semporna. Sekarang banyak resort, seperti yang sedia maklum, joint venture dengan local, di Laut Semporna, di kawasan saya, DUN Sulabayan. Sekarang dikenakan cas hotel yang joint venture local dengan Chinese punya ini, itu memang baiklah.
Persoalan saya, sekarang ini dikenakan per head, 1,500 bukan satu bilik lagi dan lepas itu pula saya dimaklumkan, kalau pelancong daripada luar, payment sudah dibayar di sana, tinggal dia orang datang sahaja. Jadi, saya melihat konsep ini, di mana Kerajaan dapat revenue, kalau sudah dibayar sana? Lepas itu dia kira pula yang menyusahkan 1,500 per head, bukan satu bilik, satu malam dan ini termasuk, untuk makluman pengangkutan daripada airport sampai ke Pekan Semporna, transport pergi pulau. Jadi, apa langkah-langkah Kerajaan supaya kita juga negeri dapat sedikit sebanyak duit. Itu pandangan soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Wakil Rakyat Sulabayan.
I
Sebenarnya isu yang ditimbul itu bukan baharu bagi saya. Saya sudah dengar ini dahulu lagi. Sewaktu saya bersama, saya duduk sebelah sana dahulu, saya telah bangkitkan soalan ini kepada Kementerian yang berkenaan.
Bukan saja di Semporna, tetapi di daerah saya Ranau juga yang saya bangkitkan dahulu itu, di mana semua apa orang kata itukan restoran punya ada dia punya orang yang buat, pengangkutan pun ada. Itulah sebabnya dahulu waktu saya duduk di sana, saya telah mahu supaya Kerajaan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya tapi walau bagaimanapun, ini memang saya apa ini dengar mengenai dengan perkara ini. Dan ini saya minta apa ini, kalaulah benar, kalau benar, supaya Kementerian Pelancongan dan juga ini apa ini, persatuan pelancong ini, supaya mengambil tindakan yang tertentu tetapi saya memang juga tidak setuju, supaya apa ini, peluang-peluang ini pula sepatutnya orang tempatan. Misalnya Semporna, orang Semporna tetapi sebenarnya ini ada joint venture sana, sini dan saya memang ada juga dengar bahawa pembayaran apa yang dibuat bukan di Kota Kinabalu tetapi di tempat asal mereka dan ini memang satu apa ini, soalan tambahan yang penting yang perlu diambil tindakan dan marilah kita bersama-sama mengambil tindakan ya, dan saya berharap apa ini, Yang Berhormat dari Sulabayan dapat memberi butiran, apa itu, detail kepada kita untuk mengambil tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Bugaya.
Yang Berhormat Datuk Speaker, saya punya soalan nombor dua.
*2. YB. Tuan Hj. Jamil bin Datuk Haji Hamzah [Bugaya] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah tindakan kementerian terhadap pengusaha pelancongan yang mengalibabakan lesen perniagaan mereka yang dikeluarkan oleh pejabat daerah kepada warganegara China.
I
Yang Berhormat Menteri.
Jawapan
Terima kasih Datuk Speaker. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada Ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, maaf zahir dan batin dan selamat menyambut Pesta Kaamatan, Kaamatan untuk semua. Datuk Speaker, sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin menyampaikan pantun dahulu. Pada pagi ini izinkan saya Datuk Speaker, pantunnya berbunyi begini:
Dua tiga kucing berlari, Mana sama si kucing belang; Dua tiga kerajaan berganti, Kerajaan GRS paling menang.
Terima kasih.
Datuk Speaker, untuk menjawab soalan Yang Berhormat daripada N.66 Bugaya, Dewan yang mulia ini, Pejabat Daerah tidak mengeluarkan lesen perniagaan pelancongan kepada warga Cina. Pejabat Daerah hanya mengeluarkan lesen kepada warganegara tempatan sahaja. Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada Ahli Yang Berhormat Bugaya untuk mengemukakan data dan maklumat, maklumkan Kementerian saya mengenai penyalahgunaan lesen perniagaan sepertimana yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tindakan yang akan dibuat oleh pihak Pejabat Daerah yang mengaitkan aktiviti-aktiviti pengusaha pelancongan seperti berikut:
Mengadakan perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha pelancongan untuk menerangkan pematuhan syarat-syarat menjalankan perniagaan dan pematuhan faktor keselamatan.
Untuk semua pengusaha pelancongan mengemukakan
I pembangunan kepada pihak berkuasa tempatan dan kolaborasi serta penyelarasan dengan agensi berkaitan untuk turun padang bagi mengenal pasti pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen atau tidak memenuhi syarat seperti yang telah dikatakan oleh YB N.66. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, Bugaya.
Soalan Tambahan
Terima kasih Yang Berhormat Pembantu Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan saya sebenarnya adalah berkaitan tentang warga tempatan yang diberikan lesen oleh Pejabat Daerah untuk beroperasi dan mereka mengalibabakan. Alhamdulillah, mungkin itu tindakan yang diambil oleh pihak berwajib, terutamanya Majlis Daerah dan juga Pejabat Daerah tapi saya ingin bertanya juga ya, memandangkan pada November tahun lalu, di mana Menteri Pelancongan Malaysia, Dato Sri Tiong King Sing menyatakan kemungkinan ada wujud illegal dealing di antara Majlis Daerah Semporna. Ini Menteri yang cakap, Menteri Pelancongan Malaysia (batuk) dan warga asing yang menyebabkan operasi bersama antara pihak majlis dan juga polis tidak berjalan. Soalan saya, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri susulan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan Malaysia? Dan adakah benar? Kedua, adakah Kerajaan bercadang untuk melakukan penggiliran kerja pada anggota yang bertugas di tempat sensitif, bagi memastikan kredibiliti dan juga integriti mereka dapat dijaga setiap masa?
Yang terakhir, adakah Kerajaan akan melibatkan, melipatgandakan operasi bersama, iaitu joint action antara agensi-agensi penguatkuasa yang melibatkan bukan sahaja di Semporna, malah di seluruh kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong? Itu soalan saya, terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN N.66 Bugaya. Mengenai dengan yang pertama, soalan pertama tadi, soalan tambahan pertama itu, di mana ada warga tempatan yang telah mengalibabakan lesen kepada warga asing. Terima kasih YB kerana begitu prihatin
I dan ingin melihat bahawa kita di Sabah ini benar-benar, apabila diberi lesen kita berusaha sebaik mungkin. Yang Berhormat YB, saya minta bantu Kementerian kami dan Kementerian kami akan bertindak melalui Pejabat Daerah dan juga Majlis Daerah untuk mempastikan bahawa data-data yang ada pada YB itu, hantar kepada saya, saya bantu YB, saya turun pergi kawasan YB untuk berbincang dengan Pejabat Daerah. Bila-bila masa, telefon saya, saya mohon izin kepada Menteri dan Kementerian. Kami akan turun untuk membantu kerana ini perlu, perlu kita sama-sama bertindak. Pada saya ini amat-amat penting sekali.
Mengenai dengan ada daripada Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengatakan bahawa ada ketirisan dan sebagainya, ini pada kami, Kementerian kami tidak dapat sebarang maklumat mengenai dengan perkara ini. Kalau maklumat ada Yang Berhormat dapat, tolong hantar kepada kami dan bukti, kita tidak berdiam diri. Kita akan memastikan bahawa kerisauan serta kesalahguna kuasa ini akan kita dapat tangani bersama.
Tolong, bantu Kementerian ini.
Saya amat-amat menghormati kepada Yang Berhormat.
Mengenai dengan operasi bersama, yang perlu kita lakukan juga, ini juga memerlukan bantuan daripada Yang Berhormat, bagaimana kita untuk mempastikan bahawa ada perlunya operasi ini dilakukan? Mengenai ada perkara-perkara yang perlu kita ambil tindakan bersama, memastikan bahawa operasi akan kita lakukan. Operasi tidak mempunyai masalah sangat kepada kita. Kita boleh berkolaborasi kepada semua pihak agensi yang berkenaan tetapi perlulah kita mengetahui apa sebenarnya yang perlu kita buat operasi itu pada apa tujuan kita, apa matlamat kita dan apa langkah-langkah kita seterusnya. Pada kami, pada saya, Kementerian saya belum mendapat sesuatu keperluan untuk mengadakan operasi.
Terima kasih atas keprihatinan terhadap rakyat Sabah yang mana kita, rakyat Sabah, kita perlu bela Sabah. Kita perlu bantu Sabah. Kita perlu jaga negeri Sabah. Sabah ini adalah milik kita bersama. Jadi, terima kasih kepada N.66 Bugaya.
I
… saya atas soalan tambahan yang diberikan sebentar tadi. Terima kasih.
Soalan tambahan? Senallang.
Soalan Tambahan
Datuk Speaker, dengan izin. Terima kasih banyak, Yang Berhormat Pembantu Menteri. Cuma setelah mendengar Yang Berhormat Pembantu Menteri, saya melihat bahawa pendekatan pentadbiran yang ada pada hari ini, berdasarkan dengan kerjasama semata-mata, but the enforcement of law dengan izin, biar pihak berkuasa perlu mengambil tindakan, tidak perlu menunggu kerjasama daripada client Yang Berhormat Pembangkang. But enforcement of law di peringkat disuarakan oleh Menteri Pelancongan, berbulan dah. Kalau kita dengar bunyi itu, dah ada suara, go to the ground, siasat, benar ataupun tidak. Mustahil tidak berlaku keadaan yang ada berlaku di kawasan bukan hanya di Semporna, di merata tempat yang ada di negeri Sabah ini.
I think, Datuk Speaker, the enforcement of law is very weak here, you are dependent on us to work with you. We can work, no problem, tapi ini dah berlarutan. Tanggungjawab kami ialah bersuara, tapi tanggungjawab Kerajaan mengambil tindakan, ya.
Enforcement dari segi kedudukan yang ada, contohnya tadi dibangkitkan, ali baba saya dah suarakan. Malahan saya ambil tindakan untuk berhubung dengan Menteri Dalam Negeri. Ambil tindakan imigresen ya, Pengarah Imigresen. Supaya benar ataupun tidak, mereka menggunakan nama trading license. Pada realiti dia, yang berfungsi di situ memiliki syarikat kedai yang ada, bukan dijalankan oleh rakyat kita orang Sabah. Jadi, ke mana langkah yang saya minta kepada Kerajaan pada hari ini, untuk be forceful dari segi tindakan, jangan tunggu teguran-teguran, siasat di merata tempat yang ada, ya. Kadang-kadang kita bimbang keadaan, ya, termasuk dari segi sudut contoh macam pelancongan. Berbunyi suara tentang perkara kekotoran, kita pungut hasil banyak kepada sektor
I pelancongan. Are we investing the money that we collect from every sector untuk kebersihan-kebersihan yang ada, di merata tempat. Takkan pula kita pembangkang melakukan perkara-perkara untuk bersuara pada setiap kali berlaku. Terima kasih banyak.
Okey. DSP Senallang, terima kasih soalan tambahan. Mengenai dengan yang telah pun dirisaukan oleh Datuk DSP Senallang, di mana ah memerlukan tindakan terhadap yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pelancongan, ada masalah ketirisan dan sebagainya.
Okey, Kementerian kami akan cuba berbincang dengan pelancongan, dan beberapa agensi Kerajaan untuk memastikan apakah langkah-langkah, apakah tindakan yang harus kami lakukan terhadap kerisauan Datuk daripada Senallang?
Mengenai dengan ali baba, saya mahu kerana kita tidak tahu Kementerian kami tidak tahu, siapa mengalibabakan lesen di kawasan tersebut, kalau boleh tolong ambil data. Kita akan bantu sebaik mungkin, memastikan bahawa ada data-data itu kita akan adakan mesyuarat bersama Kementerian dan pihak yang tertentu, untuk memastikan lesen ini apa perlu kita ambil tindakan. Kalau digantung, gantunglah lesen ini. Ini pada kita, kita tidak berpihak kepada mereka-mereka yang melakukan kesalahan. Tetapi kita berpandu kepada fakta yang ada untuk kita ambil tindakan. Ah, DSP Senallang, kita akan cuba untuk memperhalusi, dan kita akan cuba membantu atas kerisauan yang telah diutarakan pada hari ini terhadap lesen-lesen pelancongan dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Speaker, minta izin. Perkara ini penting kerana saya dapati bahawa bila Yang Berhormat menyatakan minta maklumat, go to the ground, siapa bayar gaji kedai itu? Kadang-kadang yang bayar gaji pelancong itu, pemilik premis yang ada, enforcement. Saya bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, turun ke bawah bagaimana enforcement must be realized. Ini kadang-kadang kita hanya bicara di sini bagi maklumat, kerjasama, tindakan harus laku. Yang Berhormat, saya minta kerjasama, ya. Mungkin satu hari nanti YB daripada Bugaya boleh ya turun ke bawah bersekali dengan Yang Berhormat, dan siasat secara mendalam tentang perkara ini, dan kita minta laporan apa kesudahan dia, ya. Terima kasih banyak.
I
Terima kasih, DSP Senallang. Ah untuk Yang Berhormat Bugaya, DSP telah pun bersetuju yang ADUN Bugaya turun padang. Saya menunggu ADUN Bugaya turun padang dan jumpa saya, hubung saya. Nanti jumpa saya, akan bagi nombor telefon untuk kita berbincang. Saya pastikan bahawa saya akan turun ke kawasan, bukan hanya cakap di dalam Dewan yang mulia sahaja. Itulah janji saya kepada ADUN Bugaya. Terima kasih.
Soalan Tambahan
Datuk Speaker, satu lagi last? [batuk] Yang Berhormat Pembantu Menteri, ah terima kasih ah atas cadangan dan juga kerjasama yang insya-Allah … akan diwujudkan untuk menyelesaikan kita punya masalah ini. Tetapi di sini saya ingin membagi cadangan, memandangkan juga pelancongan ini merupakan satu ah pendapatan yang menyumbang banyak kepada negeri kita, sepertimana yang disebutkan oleh ah Yang Terutama Tun baru-baru ini dalam Ucapan Dasar. Jadi, ada pentingnya untuk kita memperkasakan kita punya pelancongan.
Kita ambil contoh ya seperti di Saudi Arabia. Bagaimana pengusaha pelancong bekerjasama dengan penduduk tempatan dengan mengadakan JV, ya. Jadi, di sini mungkin Kerajaan juga perlu mengadakan dalam kita punya undang-undang. Memastikan ya pelancong-pelancong ini kerana kita tidak ada kerjasama, maksudnya Kerajaan tidak membuat kolaborasi dengan Kerajaan China, ya. Sepertimana yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan ya dengan Kerajaan Arab Saudi, yang melinkkan kita punya syarikat di tempatan dengan syarikat yang di China, ya. Jadi perlu ada kolaborasi ini untuk mengelakkan benda ini.
Soalan? Soalan?
Soalannya, adakah Kerajaan mahu memasukkan ataupun mewujudkan satu undang-undang untuk merealisasikan kerjasama di antara ini, untuk mengelakkan perkara ini berlaku? Ya, terima kasih, Datuk Speaker.
I
Okey, Yang Berhormat. Ah saya masih lagi balik kepada untuk kita selesaikan isu ali baba, di mana Yang Berhormat saya harap dapat untuk terus bekerjasama kepada Kementerian kami, dan kami akan berhubung kepada kementerian-kementerian. Mengenai dengan penguatkuasaan undang-undang baharu, biarlah ada kementerian-kementerian yang tentu untuk menjawab soalan nanti kepada Yang Berhormat, kerana itu di luar Kementerian kami untuk menguatkuasakan terhadap ah apa nama usaha sama antara pelancong Sabah, usaha sama bahagian pelancongan Malaysia dan juga luar negara. Terima kasih.
Soalan seterusnya saya ingin menjemput yang Berhormat daripada Sekong.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya nombor tiga.
*3. YB. Tuan Alias bin Sani [Sekong] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, mengapakah kerja-kerja pembinaan di Pasar Karamunting di Tanah Merah belum lagi dimulakan.
Yang Berhormat Menteri, silakan. Jawapan
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Datuk Sri Speaker, untuk menjawab soalan Yang Berhormat daripada Sekong dan juga Dewan yang mulia ini. Ah kerja-kerja pembinaan Pasar Karamunting yang ada tanah merah itu baru sahaja, kita baru saja mendapat kelulusan, ah kontraktor dan kerja-kerja awalan tapak sudah pun bermula pada ah bulan ini, selesai sudah ini, YB. Untuk saya jawab Bugaya punya tambah Bugaya punya ah soalan tadi, mengenai dengan keterlibatan Majlis Daerah, saya rasa itu tidak betul. Kerana Majlis Daerah tidak mengeluarkan
I lesen, yang mengeluarkan lesen adalah Pejabat Daerah. Terima kasih, Datuk Speaker.
Soalan tambahan, Sekong.
Terima kasih, YB Menteri. Boleh tolong bagi penjelasan sekali lagi pasal saya tidak berapa jelas penjelasan YB Menteri tadi.
Siap sudah ini. Sedang mula ini pasar. Sedang dibina.
Maksudnya Pasar Tanah Merah Karamunting itu telah siap?
Telah baru dibina, baru dibina. Selesai dia punya proses.
Baru dibina?
Kerana YB kata kenapa lambat.
Saya minta YB Menteri tolong bagi maklumat yang lebih jelas, pasal saya baru beberapa minggu lepas ke pasar Tanah Merah itu dan belum ada aktiviti pembinaan di sana.
YB, baru berminggu, kelmarin YB ada di sini, dalam dua tiga hari ini YB ada di sini. Kerja sudah dibuat.
Bererti baru dibuat?
Baru mula, bulan April.
I
Baik. Soalan tambahan, Tuan Speaker. Apakah YB Menteri tahu bahawa pasar yang sekarang ini pasar sementara ini, tidak ada kebenaran daripada PBT untuk beroperasi? Bila tidak ada kebenaran daripada PBT untuk beroperasi, maka lebih 50 peniaga di pasar berkenaan termasuk daripada Sekong, tidak ah ertinya tidak mendapat perhatian penyelenggaraan seperti kebersihan dan kemudahan asas daripada pihak …
…PBT. Mohon penjelasan YB Menteri.
Tuan Speaker, boleh saya jawab sekejap?
Boleh saya tolong? Sebab ini sebetulnya kawasan saya bah. Saya pun hairan kenapa Sekong pergi tanya ini soalan.
Karamunting...
Sebetulnya soalan ini memang dulu saya yang tanya. (suara bertindih)
Tuan Speaker, saya soal Menteri. Bukan YB Karamunting. (suara bertindih)
Okey, okey. Ya, ya. Karamunting…
Tuan Speaker, sebab ini kenapa..
Karamunting, Karamunting dengar Speaker.
Saya soal Menteri, bukan YB.
I
Kita bagi Menteri jawab dulu.
Terima kasih Tuan Speaker, dan terima kasih soalan tambahan daripada YB Sekong. Sebagai makluman, sebenarnya Pasar Karamunting itu kita baru apa ini mendapat kelulusan pelantikan kontraktor dan kerja-kerja awalan sedang ataupun baru bermula pada bulan April. Belum siap sepenuhnyalah. Dan bagi pasar yang sekarang ini, apa itu pasar sementara, betul Yang Berhormat pihak PBT tidak sebenarnya tidak bersetuju dengan tempat itu. Sebab itu adalah kawasan persendirian. So, kalau persendirian pihak Majlis apa ini Pihak Berkuasa Tempatan tiada kuasa untuk memasuki di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kita juga membantu dari segi kebersihan. So, itu yang saya boleh cakapkan sekarang. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Soalan tambahan.
ADUN Dilantik, silakan.
Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker. Saya ingin mengutarakan terutama sekali pasar-pasar yang ada di daerah Sandakan. Apa yang menjadi persoalan disini, banyak pasar terutamanya sekali di Batu 7 dan juga di Pasar Batu 8. Bila peruntukan didapatkan melalui Federal, peruntukan yang turun melalui ICU, tetapi perkara ini tidak dapat dibangun.
Sebab, permasalahan-permasalahan timbul. Ada pasar yang tidak ada OC (Occupance Certificate). Begitu juga bangunan-bangunan yang ada di daerah Sandakan. Mesti telah di bawah kelola Majlis Perbandaran Sandakan. Sudah, kenapa? 15 tahun yang lalu sudah. Berdiri bangunan itu di situ, tetapi OC tidak ada. Dan apa yang menjadi satu perkara lagi Yang Berhormat Menteri, dua tahun lalu kita dapatkan peruntukan bernilai 2.7 juta untuk membangun Tamu Gum-Gum, Sandakan. Tetapi peruntukan itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan hak kepemilikan. Di bawah majlis, tamu itu tidak ada
I kebenaran dari pihak Kementerian untuk menyalurkan dana sedemikian. Jadi apa yang menjadi isu begini Yang Berhormat Menteri? Isu yang besar berlaku sehingga peruntukan yang kita dapatkan daripada Federal tidak dapat digunakan disebabkan tidak ada kebenaran. Dan ini juga berlaku seperti baru-baru ini juga kita dapatkan peruntukan bernilai RM500 ribu melalui ICU, peruntukan daripada Federal, pun tidak dapat dinilai sehingga peruntukan itu ditarik semula. Ini yang persoalan yang timbul. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Pertanyaan tambahan daripada ADUN yang Dilantik. Berkenaan dengan OC saya setuju. Kebanyakan bangunan-bangunan yang sebelum ini yang lama kalau dibina oleh Kerajaan, kebanyakannya tidak perlu ada OC dan boleh digunakan. Tetapi sekarang ini, saya tahu masalah itu setiap penyelenggaraan ataupun peruntukan yang baharu daripada Kerajaan Persekutuan, itu yang masalah kita itu sebab OCnya tidak ada. So, kami pun sedang mengambil tindakan untuk macam mana kita boleh kasih luluskan OC tersebut. Sedang okey. Terima kasih. Yang selainnya, saya akan cuba jawab dalam penggulungan. Terima kasih.
Soalan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Bongawan.
Terima kasih Datuk Speaker, soalan saya nombor empat.
*4. YB. Dr. Daud bin Yusof [Bongawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI KERJA RAYA, apakah usaha kerajaan untuk memastikan tidak berlaku banjir setiap kali hujan lebat di kawasan yang rendah berkaitan dengan projek melibatkan Projek Pan Borneo dan adakah perbincangan dilakukan antara kementerian dan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah untuk mengatasi masalah ini.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
I Jawapan
Terima kasih, Tuan Speaker. Sebelum saya menjawab soalan dari Bongawan, YB dari Bongawan, dan juga Dewan yang mulia ini, saya boleh jawab pantun N, YB ADUN N3 Pitas. Dua tiga kucing berlari, Terus berlari naik pokok pinang; Sudah ku cari-cari, Kerajaan PSGRS pasti menang.
(bunyi ketukan meja) Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bongawan dan Dewan yang mulia ini, Kementerian saya sentiasa mengambil serius isu banjir terutama di kawasan rendah yang terjejas ketika hujan lebat dalam konteks projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah. Kementerian telah memastikan langkah-langkah mengatasi banjir menjadi keutamaan dalam perancangan dan pelaksanaan projek ini, supaya projek ini tidak memberi kesan negatif kepada sistem saliran dan keadaan banjir di kawasan terlibat. Beberapa usaha telah dilaksanakan sejak peringkat awal perancangan projek. Antaranya reka bentuk jajaran Lebuh Raya Pan Borneo telah melalui proses penilaian yang teliti dan mendapat kelulusan daripada agensi Kerajaan yang berkaitan termasuklah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah. Di mana reka bentuk pembentung juga telah diambil kira berdasarkan 50 tahun Average Recurrence Interval (ARI) mengikut standard garis panduan (MSMA) yang dikeluarkan oleh JPS Malaysia.
Selain daripada itu, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD) Sabah turut memainkan peranan penting termasuklah kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan simulasi banjir yang dijalankan sebelum pelaksanaan projek. Reka bentuk projek ini turut mengambil kira simulasi banjir untuk memastikan pembinaan lebuh raya tidak menyebabkan perubahan ketara dalam aliran air dan sistem saliran sedia ada. Pendekatan ini memastikan agar banjir tidak menjadi lebih buruk akibat pembinaan ini. Kementerian telah mengambil langkah inovatif dan mereka bentuk jalan bertingkat di daerah Beaufort, yang mana sering terjejas dengan banjir ketika musim hujan. Dengan hanya adanya jalan bertingkat ini, aliran air hujan tidak akan
I terhalang oleh laluan lebuh raya yang dapat mengurangkan risiko banjir dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. Langkah ini juga mengambil diambil bagi mengurangkan impak banjir terhadap kawasan sekitarnya. Sepanjang fasa pembinaan, beberapa langkah telah dilaksanakan untuk mengurangkan impak banjir tersebut. Pihak kontraktor bertanggungjawab untuk memastikan saliran sementara dan saliran baharu yang dibina tidak terhalang oleh kelodak sampah atau tumbuhan. Pemantauan dan penyelenggaraan rutin telah dilaksanakan bagi memastikan aliran air sentiasa lancar. Rujukan pelaksanaan projek juga telah mengambil inisiatif untuk menambah baik reka bentuk asal perparitan sepanjang sempadan kerja Projek Lebuh Raya Pan Borneo berdasarkan keperluan semasa dan keadaan lapangan. Ini bertujuan untuk memperbaiki sistem saliran dan mengurangkan risiko banjir.
Tuan Speaker, pihak Kementerian juga mengadakan perbincangan secara berkala dengan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah. Bagi memastikan langkah-langkah mengatasi banjir yang lebih berkesan dapat dilaksanakan.
Hasil daripada perbincangan ini, beberapa pembaikan penambahbaikan sistem saliran telah dibuat untuk meningkatkan keberkesanan langkah-langkah mengatasi banjir di kawasan terjejas. Contohnya, naik taraf pembentungan kepada saiz yang lebih besar bagi meningkatkan kapasiti aliran.
Pihak Kementerian juga sentiasa memastikan kelulusan diperolehi sebelum aktiviti pembinaan dimulakan di kawasan sungai yang terlibat. Pihak Kementerian menyedari bahawa penyelesaian terhadap masalah banjir tidak hanya bergantung kepada langkah-langkah mengatasi dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sahaja. Oleh yang demikian, dalam menangani isu yang berada di luar sempadan Projek Pan Borneo Tidak Bersepadu daripada pelbagai agensi berkaitan akan...
… dipertingkatkan. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
I
YB Bongawan, soalan tambahan? Soalan Tambahan
Terima kasih, Tuan Speaker dan terima kasih atas jawapan. Okey, baru-baru ini, kita dikejutkan dengan banjir, apa yang serius di kawasan apa ini membakut dan juga bongawan. Jadi walaupun kita nampak tadi jawapan itu memang diselenggarakan tapi masih lagi apa ini, berlaku banjir kadang-kadang ada tempat yang tidak pernah banjir, apa ini dikenakan banjir dan saya ingin tahu sama ada Kerajaan tahu apa ini tentang perkara ini. Apakah jangka pendek dan jangka panjang yang akan dilakukan sebelum apa ini, Pan Borneo ini siap? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker, untuk menjawab soalan tambahan daripada ADUN Bongawan. Ya, kita Kementerian dan juga agensi Jabatan Kerja Raya telah maklum perkara ini dan banjir ini bukan disebabkan oleh pembinaan jajaran Pan Borneo kerana sekarang ini taburan hujan tidak menentu dan itu disebabkan berlakunya kekerapan banjir dan juga pertembungan antara air laut juga dengan air daripada hujan itu tidak dapat menampung laluan daripada sungai-sungai yang ada sekarang.
Jadi saya minta juga pihak Kementerian dan juga agensi GPH juga untuk mencari jalan supaya banjir ini dapat diselesaikan. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Soalan tambahan Telupid.
Soalan Tambahan
Terima kasih Tuan Speaker. Saya bertanya mengenai dengan Pan Borneo ini, terutama di kawasan saya di Telupid. Bolehkah pihak JKR untuk menyelesaikan masalah culvert ataupun jambatan dulu? Selain atau sebelum membuat kerja-kerja pemotongan cerun atau sebagainya kerana saya melihat kalau di Telupid terlalu lambat untuk membuat culvert, jadi
I apabila banjir, hujan, air itu bertakung dan kemudian melimpah ke jalan raya dan kemudian kita punya trafik tersekat.
Baru-baru ini ada tiga kali, empat kali gelombang banjir di daerah Telupid, menyukarkan bagi agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan dan juga APM untuk menghantar makanan dan peralatan kerana jalan utama kita telah digenangi air, atas masalah air tersebut tidak boleh lalu kerana kelewatan untuk pembinaan culvert. Jadi cadangan saya kepada pihak JKR, bolehkah dahulukan dulu pengaliran jalan air itu dulu, pengaliran air itu dulu supaya air itu boleh dialirkan, supaya tidak menggenangi ataupun menenggelami jalan kerana jalan utama ini kalau sudah tenggelam, semua pergerakan pun tergendala.
Jadi saya nampak di daerah Telupid di kawasan WP kalau saya tidak silap 29-28, dia punya masalah ini adalah kelambatan untuk dia punya culvert jadi saya minta pada pihak JKR bolehkah dahulukan dulu untuk menyelesaikan aliran air itu, trafik air itu.
Dikena masalah lagi apabila pihak estate dia replanting lagi kemudian semua lumpur masuk di ini di sungai, di parit-parit dan kemudian menyebabkan banjir kilat dan ini amat menyusahkanlah, sehinggakan untuk makluman Dewan yang mulia ini, ada orang meninggal di Kampung Ansuan, Kampung Babak, kemudian peralatan untuk pengebumian itu daripada ini undertaker tidak sampai wakil rakyat yang menjadi masalah, makian.
Jadi ini saya mintalah, bukan sahaja masalah kematian, tetapi masalah-masalah penghantaran bekalan makanan, peralatan kesihatan, peralatan daripada JPAM daripada Bomba Sandakan daripada Beluran, Kinabatangan, tidak boleh sampai kerana semua jalan digenangi air, jadi ini saya minta pada pihak Kementerian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Telupid yang telah mengemukakan soalan ataupun cadangan.
I Juga saya anggap sebagai satu maklum balas yang berkenaan dengan keadaan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di bahagian Telupid, untuk makluman Dewan yang mulia ini, semasa perancangan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, ada tiga peringkat yang di apa nama diambil kira. Sewaktu makmal pengurusan nilai, iaitu: i.
keadaan sebelum Lebuh Raya Pan Borneo ini dilaksanakan; ii.
keadaan semasa pembinaan dan seterusnya; iii.
keadaan ataupun impak setelah siap pembinaan.
Jadi sebagaimana yang telah dinyatakan oleh dalam jawapan Pembantu Menteri saya tadi dalam pengurusan makmal pengurusan nilai, keadaan semasa fasa pembinaan juga telah mengambil kira untuk meminimakan kejadian risiko banjir berlaku.
Namun demikan apa yang kita alami baru-baru ini seperti di Beaufort dan Bongawan dan juga mungkin di sebelah Telupid, Beluran adalah satu keadaan yang mana mungkin boleh saya katakan impak daripada perubahan iklim atau impact of the climate change mana taburan hujan yang turun pada waktu tersebut mungkin terlalu tinggi mungkin melebihi apa yang telah direka bentuk dan sewaktu fasa pembinaan, sepatutnya ya, pihak kontraktor dan juga juru perunding, memastikan bahawa fasa-fasa kritikal diambil kira dilaksanakan.
Namun juga mungkin ada kekangan seperti di sebelah jajaran Sipitang-Beaufort yang mana kita melaksanakan surcharging untuk memastikan bahawa kita mendapat mampatan tanah agar dia consolidate, jadi kadang-kadang disebabkan oleh faktor alam tujuan atau jangka masa yang kita inginkan mendapat consolidation tersebut tidak dapat dicapai mengikut jadual yang diberikan. Tapi saya balik kepada cadangan tadi, saya ambil maklum dan akan bincang dengan pihak JKR untuk memastikan pihak juru perunding dan juga kontraktor yang terlibat, mengambil langkah-langkah tertentu untuk meminimumkan kejadian banjir yang bakal terjadi.
Soalan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat daripada Gum-Gum.
I
Terima kasih Datuk Speaker, soalan saya nombor lima.
*5. YB. Tuan Arunarnsin bin Taib [Gum-Gum] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, adakah kementerian menjalankan penguatkuasaan dan semak semula penghuni rumah PPR Taman Gum-Gum Jaya, PPR Taman Murni dan PPR Batu Putih dan berapakah jumlah lot yang masih tersedia untuk dipohon.
Yang Berhormat Menteri.
Jawapan
Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Gum-Gum dan Dewan yang mulia ini Kementerian melalui pihak berkuasa tempatan PBT sentiasa membuat pemantauan ke atas Program Perumahan Rakyat, PPR dari masa ke masa.
Berikutan itu, kerja-kerja pemutihan sedang giat dilakukan. Bagi kes pelanggaran syarat seperti sewa ke sewa, rumah transit dan tunggakan sewa yang melebihi daripada tiga bulan. Bagi PPR Taman Murni, Majlis Perbandaran Sandakan MPS telah membuat penguatkuasaan dan didapati terdapat kekosongan sebanyak lapan unit, manakala PPR di Taman Batu Putih, MPS telah membuat pemantauan sebanyak dua unit, dua kali pada tahun 2024 dan satu kali pada tahun 2025. Setakat ini tidak ada kekosongan unit di PPR ini, bagi PPR Taman Gum-Gum Jaya, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan dan enam unit kekosongan dan sedia untuk diisi, terima kasih.
Tuan Speaker.
Soalan tambahan, Gum-Gum.
I Soalan Tambahan
Terima kasih, jawabannya Menteri. Okay, sekarang ada di Gum-Gum enam unit, Taman Murni lapan, Batu Putih adalah dua. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri di Gum-Gum ini, yang enam unit ini telah pun dipohon tetapi macam sampai sekarang belum ada kelulusan. Begitu juga di tempat lain sebab ada juga di antara rakyat kita datang tempat saya minta sokongan.
Saya katakan begini, saya memang tidak ada kuasa yang banyak untuk menyokong tetapi dalam masa yang sama saya sokong. Yang meluluskan itu adalah Majlis Perbandaran ataupun Kementerian yang ada, sampai sekarang saya tidak dapat makluman sebab itu saya tanya di sini. Okey, ada lagi yang orang mengatakan yang saya suruh siasat.
… bahawa ada juga laporan-laporan bahawa yang rumah-rumah itu disewakan kepada orang lain. Ini yang saya minta siasat. Adakah betul? Adakah benar? Dan ada juga orang mengatakan bahawa macam di Taman Mesra itu, tempat parking pun sudah tidak ada. Dan orang-orang yang tinggal di sini mungkin sudah menjadi kaya dan tidak patut sudah tinggal di tempat yang begini. Jadi itu sebab dia saya bertanya enam unit, lapan unit, dua unit ini betulkah ada kekosongan? Dan kenapa sampai sekarang tidak diisi? Ramai yang betul yang memerlukan ini. Di rumah setinggan, ada yang betul-betul tidak ada rumah. Memohon rumah-rumah PPR, PPRT tidak dapat. Memohon SMJ tidak dapat sebab memerlukan ah syarat-syarat yang begitu ketat. Jadi dia orang ah, apa nama memutuskan memohon di rumah PPR. Jadi kalau dapat Yang Berhormat Menteri mohon disiasat sebab ramai rakyat yang minta saya cakap. Mohon disiasat. Adakah betul? Adakah benar? Bahawa rumah-rumah ini telah pun disewa kepada orang lain. Terima kasih.
I
Terima kasih Yang Berhormat ah daripada Gum-gum. Kita akan siasat ah setelus-telusnya. Terima kasih.
Soalan tambahan. Sulabayan.
Soalan Tambahan Datuk Dr.
Terima kasih. Saya ada pengalaman di Kementerian ini.
Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Perumahan. Masa saya dulu di Kementerian ini, saya pernah bincang dengan Yang Berhormat Menteri dulu. Juraidah, Juriah kawan masa PKR dulu. Antara isu pertama ialah soal pemilikan. Sabah ini antara yang terbanyak di Malaysia dari segi rumah PPR ini. Dan kalau saya bandingkan dengan di Semenanjung, kurang isu. Di Sabah ini banyak isu. Saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, Pembantu Menteri pun tahu. Waktu itu pun Yang Berhormat Menteri Kewangan pun tahu. Sebab itu antara isu dia ialah pasal kita minta supaya rent to own to. Selagi dia sewa sepanjang masa, so saya tengok orang kata hak milik itu. Tanggungjawab itu kurang. Kurang. So sebab itu waktu itu saya minta supaya sewa beli. Sewa bulanan itu kalau saya katalah harga itu RM120 000. Daripada sewa itu cukup, serah pada owner. Jadi ada sense of belonging itu berlaku. Jadi yang sangat teruk ini kejadian inilah berlaku. Disewakan. Terutama sekali di mana-mana. Sama ada di Sandakankah, di Semporna pun demikian. Di ah apa ini Putatan, di Tuaran. Banyak sangat. Jadi saya melihat sampai sekarang. Dan saya melihat hari ini Menteri Kerajaan Tempatan Yang Berhormat ah Datuk Nga Kor Ming ah. Dia sangat efisien. So soalan saya adakah pihak Kerajaan Negeri, di bawah Kementerian berbincang dengan Yang Berhormat Nga Kor Ming. Itu sahaja. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Untuk makluman dan terima kasih atas soalan tambahan itu. Untuk makluman Yang Berhormat daripada ah Sulabayan dan Dewan yang mulia ini.
Tujuan kita sebenarnya untuk ah PPR ini adalah untuk mereka yang daripada golongan miskin atau pun di ah golongan B40. Dan oleh kerana terlalu ramai mereka itu ah kita ambil
I polisi, iaitu ah disewa sahaja. It's just a transit until they can come out of their B40 status dia. So itulah ah dalam polisi itu kita menyatakan selepas 10 tahun kita akan kaji semula sama ada mereka ini masih layak ataupun tidak. Kalau layak, continue. Kalau tidak layak sepatutnya mereka kosongkan dan bagi pada mereka yang lebih layak. Dan itu juga kenapa pemantauan ah sentiasa diadakan. Also to make sure that orang-orang yang menyewa ini masih layak. Sebab kita tahu juga kadang-kadang atau most time we are hoping that mereka ini pun ekonomi mereka meningkat. So diberi peluang kepada yang lain. And I agree with you. Kalau yang rent to own itu of course there will be some sense of ah sense of ownership. Dan mungkin mereka akan menjaga premis itu dengan lebih baik. Tapi sekarang ini polisi itu belum ada. Walau macam mana pun ah we can always look into it. Kita boleh bincang, tiada masalah. So kalau ada keperluan untuk menukar polisi kita sedia untuk tukar polisi. Terima kasih.
Soalan seterusnya saya yang ingin menjemput Yang Berhormat daripada Tanjong Papat. Datuk Dr.
Sekejap lagi …
Sulabayan, Sulabayan, Sulabayan, I need to… Datuk Dr.
… polisi …
… Sulabayan, I need to move on. Kita sudah kehabisan waktu. Kita baru Soalan No. 6 sekarang, Sulabayan. Terima kasih.
Datuk Speaker, saya emm (batuk), membuat ah soalan ini dari Tanjong Papat bagi pihaknya. Soalan nombor enam. *6. YB. Datuk Poon Ming Fung @ Frankie [Tanjong Papat] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Pulau Berhala sebagai destinasi pelancongan mampan tanpa menjejaskan komuniti nelayan dan alam sekitar.
I
Yang Berhormat Menteri.
Jawapan
Terima kasih, Datuk Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat N56 Tanjong Papat serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri melihat potensi Pulau Berhala yang mempunyai struktur batuan yang unik dan mempunyai nilai sejarah Perang Dunia Kedua untuk dibangunkan sebagai salah satu produk pelancongan di Sandakan. Pulau Berhala merupakan kawasan hutan simpan kelas 4 (ameniti) di bawah kawal selia Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memulakan kerjasama dengan pihak swasta bertujuan untuk membangunkan produk pelancongan rekreasi hutan di Pulau Berhala. Kerjasama ini akan melibatkan pembangunan fasiliti pelancongan di kawasan pesisir pantai di Pulau Berhala di dalam kawasan seluas lebih kurang 168 hektar. Di bawah perjanjian Lesen Sustainable Forest Management License Agreement (SFMLA). Kerajaan Negeri akan memastikan Pulau Berhala dibangunkan sebagai satu destinasi pelancongan yang mampan dengan mengambil kira kepentingan komuniti nelayan dan kelestarian alam sekitar. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker dan terima kasih ah, Timbalan Menteri. Emm, Saya sendiri pun pernah ke Pulau Berhala ini. Dia memang cantik dan pernah kami pasang ni solar pump dan water filtration di sana. Dan apa yang biasanya menjadi masalah adalah sampah-sampah yang emm, of course bukan sahaja dari sana tapi tempat luar itu. Jadi di antara yang ah, saya ingin bertanya adalah bagaimana ah, ataupun perancangan ah, atau tindakan ah, pihak Kementerian untuk memastikan kebersihan itu supaya emm, tempat itu sentiasa menjadi satu pusat rekreasi untuk pelancongan yang ah, cukup ah, menarik. Terima kasih.
Terima kasih atas ah, soalan tambahan itu.
I Sudah tentulah aspek kebersihan itu amat penting. Jika kita ingin ah, menarik lebih ramai pelancong, cleanliness must be given a top priority. Sudah tentulah Kementerian akan berbincang jika keadaan itu memerlukan tindakan dan kita akan ah, berbincang dengan local authorities.
Majlis Perbandaran Sandakan dan sebagainya. We always have a this regular engagement untuk pastikan tindakan-tindakan itu akan dapat diambil. Terima kasih.
Ya, ah, soalan tambahan…
Soalan tambahan.
Ya.
Elopura.
Soalan Tambahan
Ya. Terima kasih ah, Tuan Speaker.
Terima kasih, Menteri, yang jawab soalan yang di dalam pelancongan ini. Jadi ah, di berhala Pulau Berhala ialah satu pula yang tiada current ah, memang air guna solar. Guna itu borehole. Dan masalahnya sekarang sampah. Apa macam? Mungkin mahu buat satu insinerator atau yang tempat sampahkah atau satu team yang kutip sampahkah? Sekarang Sim-Sim ada sampah bukan hanya Sim-Sim saja. Dari Berhala punya pun pergi Sim-Sim dia punya sampah-sampah semua yang di laut itu. Jadi apa macam cara? Kalau pelancong yang port di Berhala ini jadi sampah macam selesai. Yang itu, ini yang satu masalah di Sandakan. Sekarang di Sim-Sim pun kena, di Berhala pun kena. Ini tempat yang bersekitar di kawasan Sandakan inilah. Menteri ...
Terima kasih atas soalan tambahan dari Elopura.
Kita ambil maklum, ambil kira dan kita akan berbincang dengan pihak yang
I berkenaan seperti Local Authoritieslah, apa tindakan yang harus diambil. Terima kasih.
Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat daripada Silam.
Datuk Speaker, Datuk Speaker, satu soalan lagi Datuk Speaker.
Cukup, cukup. I need to move on. Yang berhormat Silam.
Terima kasih Datuk Seri Speaker.
Soalan saya, soalan nombor tujuh.
*7. YB. Tuan Hj. Dumi bin Pg. Masdal [Silam] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN KEUSAHAWANAN, ada berapa buahkah syarikat tempatan dan pelabur asing beroperasi di kawasan P188 Lahad Datu, khususnya kawasan silam dan apakah jenis pelaburan yang diusahakan terutama di POIC Lahad Datu dan syarikat- syarikat tempatan lain.
Silakan YB Menteri. Jawapan
Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Silam serta Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, Kementerian saya amat komited untuk menggalakkan dan seterusnya mempergiatkan kawasan perindustrian di seluruh Sabah dan tidak terkecuali di kawasan Silam.
Kementerian saya ingin memaklumkan bahawa di daerah Lahad Datu, keseluruhannya terdapat sebanyak 119 kilang yang dimiliki oleh pelabur-pelabur tempatan dan asing yang sedang beroperasi dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3.66 bilion. Kilang-kilang ini menyediakan peluang pekerjaan kepada 7,305 orang dan merangkumi pelbagai sektor pembuatan yang aktif yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.
I Daripada jumlah keseluruhan di daerah Lahad Datu ini, sebanyak 39 syarikat tempatan dan 9 syarikat asing telah beroperasi di POIC Lahad Datu dengan nilai pelaburan keseluruhan berjumlah RM2.386 bilion.
Pelaburan-pelaburan di POIC Lahad Datu ini telah berjaya mewujudkan 1,950 peluang pekerjaan. Sementara itu, di kawasan Silam sahaja, sebanyak 5 kilang sedang beroperasi dengan jumlah pelaburan sebanyak RM40 juta serta menyediakan 334 peluang pekerjaan.
Selebihnya, iaitu sebanyak 66 kilang yang beroperasi yang mempunyai pelaburan sejumlah RM1.2 bilion dan telah mewujudkan 5,021 peluang pekerjaan. Kehadiran industri-industri di Lahad Datu sudah tentu dapat membantu memacu pertumbuhan sosioekonomi serta memperkukuh sektor perindustrian di kawasan ini. Tuan Speaker, POIC Lahad Datu telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2005 untuk menerajui pembangunan sektor industri hiliran kelapa sawit di negeri ini. POIC Lahad Datu juga ditubuhkan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta perniagaan serta meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini.
Bagi mengekalkan momentum pelaburan, peluang-peluang pelaburan di sektor industri sokongan serta potensi pembangunan pelbagai industri yang baharu selain industri berasaskan kelapa sawit juga turut dibangunkan di Lahad Datu. Dengan jumlah keluasan 4,400 ekar, POIC Lahad Datu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan sokongan seperti rangkaian jalan raya, bekalan elektrik dan air, gudang dan teknologi komunikasi maklumat ICT dengan akses mudah. Kemudahan-kemudahan pelaburan contohnya terminal kontena, jeti cecair, jeti pukal kering untuk menyokong pembangunan keseluruhan POIC Lahad Datu. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menarik lebih banyak lagi pelaburan strategik ke POIC Lahad Datu bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya di Pantai Timur Sabah.
Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan Dasar Industri Biojisim (Biomass).
Kelapa sawit negeri Sabah pada bulan Februari 2024 selaras dengan keperluan untuk membangunkan industri biomass dan kelestarian alam sekitar di negeri ini.
Untuk membangunkan industri biojisim dan pelaksanaan dasar ini, Kerajaan Negeri telah memberi mandat kepada POIC untuk menubuhkan sebagai pengumpul dan penyelia bahan mentah biojisim kelapa sawit di negeri ini.
I Pelaksanaan dasar ini secara keseluruhannya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian saya. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) juga telah memberi kelulusan dasar principal approval kepada POIC untuk membangunkan zon bebas, free zone di POIC Lahad Datu.
Penubuhan zon bebas di POIC Lahad Datu ini dijangka akan menjadi salah satu penggerak utama, key enabler atau pemangkin untuk membuka potensi penuh POIC Lahad Datu dalam menarik lebih banyak pelaburan dan menggalakkan potensi perdagangan ke Pantai Timur Sabah dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Sabah amnya.
POIC Lahad Datu menempatkan pelbagai jenis industri yang berkaitan dengan pemprosesan hiliran minyak sawit dan sektor-sektor lain.
Industri-industri utama yang terdapat di POIC Lahad Datu, antara lainnya merangkumi penapisan minyak sawit (refinery), pengeluaran biodiesel, pemprosesan biojisim berasaskan kelapa sawit, pengilangan baja dan juga sokongan logistik dan pelabuhan. Saya juga ingin memaklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa POIC Lahad Datu telah menerima beberapa pelaburan terkini yang signifikan seperti Projek Neptune oleh TS Asia Green Infrastructure Sdn. Bhd., telah dilancarkan pada Februari 2025. Projek ini bernilai RM9.2 bilion dan dijangka akan mewujudkan 3,500 peluang pekerjaan. Projek ini bertujuan untuk membangunkan terminal penyimpanan minyak dan kilang penapisan bertaraf dunia di POIC Lahad Datu. Projek ini dilihat mampu memperkukuh lagi peranan Sabah dalam rantaian pembekalan minyak dan gas global.
Keduanya, pelaburan oleh Legenda Biomass Sdn. Bhd., nilai pelaburan untuk projek ini berjumlah RM400 juta dan dijangka akan mewujudkan 55 peluang pekerjaan. Legenda Biomass adalah satu syarikat tempatan yang merancang untuk memanfaatkan sisa biojisim dalam menghasilkan berbagai produk seperti biokimia, produk berasaskan karbon, tenaga hijau dan baja bio. Pelaburan ini adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Industri Biomass yang tadi saya katakan dan inisiatif waste to wealth di Sabah.
Dan ketiganya, kerjasama antara POIC Sabah Sdn. Bhd. dan Jetama Sdn. Bhd., satu perjanjian telah dimeterai pada Disember 2024 untuk membangunkan sistem
I penyahgaraman air laut bagi menghasilkan air industri.
Ini merupakan projek pertama seumpamanya di Sabah dan bertujuan untuk memastikan bekalan air yang mencukupi untuk aktiviti-aktiviti perindustrian di POIC Lahad Datu. Pelaburan-pelaburan di daerah Lahad Datu ini dijangka akan membawa manfaat besar kepada pertumbuhan ekonomi di Pantai Timur Sabah.
Khususnya dalam aspek-aspek penciptaan peluang pekerjaan dan peningkatan aktiviti-aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.
Dalam konteks pembangunan Sabah, Kementerian saya melalui agensi-agensi di bawah Kementerian ini akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin pembangunan perindustrian di negeri ini dan sekian, terima kasih Datuk Speaker.
Silam, soalan tambahan.
Soalan tambahan, terima kasih Datuk Speaker, terima kasih YB Menteri di atas jawapan yang begitu konkrit. Cuma saya mahu tanya, ada dua buah syarikat beroperasi di kawasan Silam, iaitu Makin Teguh Sdn. Bhd. dan Borneo Oil Berhad. Kedua-dua syarikat ini membina loji pembuatan klinker dan simen bersepadu pertama di Sabah, jauhnya kira-kira 27 km dari pusat bandar.
Adakah pemantauan daripada Kementerian Yang Berhormat Menteri? Difahamkan warga China main dari Mainland China yang beroperasi memonopoli bekerja di situ?
Adakah bahawa dia orang ini mempunyai permit kerja ataupun dokumen Malaysia untuk datang melabur sama? Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Silam. Saya akan meneliti perkara ini, saya mengambil maklum dan saya bersama dengan kementerian akan mem..
I
… dan meninjau apakah keadaan yang terkini untuk masalah yang tertumpu oleh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senalang. Terima kasih.
Soalan tambahan, Senallang?
Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker. Yang Berhormat Menteri menyatakan tentang kawasan Lahad Datu mempunyai kecanggihan pelabuhan moden, bekalan elektrik, bekalan air. Sejauh pengetahuan saya, bekalan elektrik di Lahad Datu dicatukan juga, bermusim. Jangan cerita air, jangan cerita jalan raya. Adakah benar apa yang Yang Berhormat nyatakan berbilion pelabur datang daripada luar untuk memastikan supaya ini merupakan satu kawasan yang menjadi tarikan kepada pihak pelabur dari luar negara? Lebih daripada 50 ribu anak-anak dari Lahad Datu, Kunak, yang berhijrah ke semenanjung untuk mencari kerja. Kalau benar, kawasan ini mempunyai peluang pekerjaan, don’t based on just “oh akan datang, akan datang”. The reality is there. We have no enough electricity yang ada di kawasan itu, kemudahan jalan raya yang tidak sempurna, bekalan air yang masih dalam dicatukan. Adakah benar perkara-perkara apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat ini dan saya tahu POIC ini satu kawasan yang telah dibangunkan dahulu oleh Kerajaan yang dahulu dan sebahagian daripada tanah ini bukan lagi dimiliki oleh POIC. Ada individu yang menyewa, malahan mereka membeli tanah ini jadi milik mereka dan mereka menyewa tanah ini kepada syarikat-syarikat dengan nilai yang begitu tinggi. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Untuk Taman Perindustrian ini, peluang pekerjaan yang telah saya sebutkan tadi adalah telah diwujudkan. Seperti apa yang saya terangkan apabila saya menjawab soalan ini tadi. So, peluang-peluang pekerjaan bakal diwujudkan seperti apa yang saya katakan tadi. Ada
I beberapa projek pelaburan yang telah kita meterai dan kita akan realisasikan beberapa lagi projek yang bakal diwujudkan di sana dan sudah tentu ianya akan wujudkan peluang pekerjaan juga.
Apa yang kita bincangkan, Yang Berhormat Senallang pun ada bangkitkan. Sama ada kita cukup eletricity dan air, itulah sebab saya katakan untuk bekalan air, kita ada satu kerjasama bersama dengan Jetama Air untuk melihat potensi untuk penyahgaraman air industri. So, kerana kita tahu kita berhampiran dengan sisi pantai, so ini merupakan ada satu peluang untuk kita wujudkan kerjasama supaya kita boleh membawa teknologi penyahgaraman air industri. Manakala untuk bekalan elektrik, dua berita yang baru-baru ini sudah tentu ianya akan membawa potensi ataupun kestabilan elektrik untuk POIC Lahad Datu. Satu adalah peningkatan distribution line antara Pantai Barat dan Pantai Timur, kemasukan ke PMU, Dam Road Lahad Datu.
Peningkatan distribution line itu dari 1.32 kv ke 2.75 kv dan ianya dijangka akan dioperasi pada bulan ini. Sudah tentu setiap hari penghantaran dari Pantai Barat ke Pantai Timur adalah ditingkatkan dari 200 MW ke 400 MW.
Sama juga, satu lagi projek bakal disiap bina adalah battery energy storage system 100 MW di Lahad Datu juga. Sudah tentu ianya akan bukan sahaja membawa kestabilan elektrik untuk POIC Lahad Datu dan juga ianya dapat memperkukuhkan, menstabilkan distribution di kawasan tersebut dan sudah tentu ianya akan membawa keyakinan kepada pelabur-pelabur, bukan sahaja bakal akan masuk tapi untuk industri-industri tempatan dan asing yang sedang beroperasi di kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.
Datuk Speaker. Soalan Tambahan
Datuk Speaker, soalan saya tanya peluang pekerjaan ya yang disebutkan bahawa 7000 yang dibekalkan. Adakah benar? Yang ini anak tempatan. Saya sebutkan lebih daripada berapa ribu anak-anak dari Lahad Datu, dari Kunak, tidak masuk lagi Semporna, yang berhijrah ke semenanjung untuk mencari peluang pekerjaan. Ataupun yang bekerja ini syarikat yang dimiliki oleh pelabur dari asing. Sama ada
I China, sama ada Korea, sama ada dari tempat-tempat lain. We need the detail first. Supaya kita scrutinize dengan izin, perkara ini adalah tidak benar kerana saya akui, jangan cerita moden di Lahad Datu. Internet connectivity is not there. You know, you talk about modern port. Saya tidak nampak mana ada modern port. Saya pun pernah pergi Lahad Datu banyak kali.
Terima kasih, Yang Berhormat Senallang. Nanti kita akan scrutinize itu peluang pekerjaan 7000 itu dan kita boleh bagi maklumat secara terperinci di manakah peluang pekerjaan itu ditempatkan dan berapa peratus adalah terdiri daripada rakyat di sekitar itu. Itu tidak ada masalah, nanti kita boleh bagi. Untuk port, seperti saya maklumkan tadi, kita nak bangunkan satu zon bebas di sana. Sudah tentunya port, container port itu, kita telah wujudkan satu fasility yang lengkap di sana. So, kita sedang mewujudkan satu ekosistem yang baik untuk sana. Bukan saja untuk free zone, tapi untuk perdagangan yang ada. Terima kasih.
Okey, soalan tambahan yang terakhir, Tungku. Soalan Tambahan
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Yang Berhormat Menteri, soalan saya seterusnya adalah, daripada 4400 ekar tanah kawasan POIC yang telah diperuntukkan, berapa peratuskah kawasan tanah tersebut telah diduduki dan telah beroperasi sepenuhnya? Dan daripada 119 syarikat tempatan dan asing yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai maklumat mengenai adakah syarikat-syarikat tempatan ataupun anak jati Lahad Datu yang terlibat dalam pembukaan kilang ataupun industri di kawasan POIC tersebut? You get me?
Daripada 119 pelabur tadi itu, tempatan dan asing di kawasan itu, adakah pelabur-pelabur tempatan yang berasal daripada Lahad Datu itu sendiri yang terlibat dalam pelaburan tersebut? Terima kasih.
I
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tungku. Soalan pertama adalah sama ada tanah-tanah itu yang kita telah bangunkan di sana, sama ada sudah diduduki oleh sepenuhnya. Untuk fasa 1 dan 2 memang sudah habis, memang sudah penuh. Untuk fasa 3, kita dalam perancangan untuk bangunkan secara berperingkat dan kita akan bawa masuk pelabur-pelabur yang berminat untuk masuk ke sana. Seperti saya katakan tadi, ada dua syarikat yang telah kita meterai dalam over the past one year. So, kita sedang secara berperingkat untuk mencari pelabur untuk masuk ke sana. Itu soalan satu.
Soalan dua, daripada 119 industri di sana, berapakah adalah tulen dari Lahad Datu? Itu nanti saya bagi maklumat secara terperinci. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tungku.
Tuan Speaker.
Maka dengan itu sesi soal jawab lisan kita telah pun selesai. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dan juga terima kasih kepada Menteri-menteri yang telah menjawab.
Tuan Speaker, saya ada point of order. Peraturan 22(6) terus jawapan-jawapan secara bertulis untuk kemarin dan kemarin dulu belum dihantar. Kalau ikut peraturan bahawa pertanyaan-pertanyaan yang tidak dapat dijawab secara lisan harus diberikan secara bertulis. Sebelum sidang ini, sebelum ini, memang ada. Tapi petang sudah sampai. Tapi hari ini, hari rabu, pada kemarin dan kemarin dulu belum dapat. Semua saya punya jawapan yang belum dapat eh, belum dijawab, saya pun belum dapat. Maka dipohon jawapan bertulis mengikut peraturan diberikan dengan segera. Tuan Speaker, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Dilantik. Yang Berhormat Menteri dan Kementerian-kementerian, sila ambil maklum dan laksanakan. Terima kasih. Setiausaha.
I UCAPAN PENGGULUNGAN PERBAHASAN OLEH MENTERI-METERI
Ucapan penggulungan perbahasan ke atas masalah yang telah dicadangkan pada 14 April 2025
Ucapan penggulungan perbahasan ke atas masalah yang telah dicadangkan pada 14 April 2025.
Saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk memulakan penggulungan. 11.30 pagi
Bismillahirrahmanirrahim, Tuan Speaker, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua maka kita berkesempatan untuk bertemu di Dewan yang mulia ini untuk memenuhi tanggungjawab terhadap kesejahteraan rakyat khususnya dan kemakmuran negeri Sabah amnya. Terlebih dahulu, saya dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan Dasar sempena dengan perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16. Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah di atas perkenan, pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-11 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Januari 2025.
Isu-isu yang dibangkitkan oleh ADUN. Tuan Speaker, dalam kesempatan ini saya ingin terus menjawab semua persoalan sepanjang sesi perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkaitan dengan Kementerian saya. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat N.58 Lamag, berkaitan isu yang dibangkitkan mengenai pelaksanaan Program Rumah Mesra Sabah SMJ. Sukacita dimaklumkan bahawa setakat 8 April 2025 jumlah unit rumah yang telah siap dibina bagi kuota tahun 2022 hingga 2024 adalah sebanyak 4028 unit, manakala 454 unit lagi masih dalam pelaksanaan.
Bagi kuota tahun 2025 semuanya masih dalam peringkat prapelaksanaan.
I Tuan Speaker, berkaitan dakwaan Projek Rumah Mesra SMJ di kawasan DUN N.58 Lamag yang terbengkalai.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kementerian saya bersama Pejabat Daerah Kinabatangan dan Pejabat Daerah Kecil Sukau telah mengadakan lawatan pemantauan pada 22 Februari 2025 dan lawatan susulan pada 24 Mac 2025.
Hasil pemantauan mendapati bahawa Projek Pembinaan Rumah Mesra SMJ di kawasan berkenaan sedang dalam pelaksanaan dan sebahagiannya telah siap sepenuhnya sehingga 8 April 2025 sebanyak 51 unit Rumah Mesra SMJ telah siap dibina di DUN N.58 Lamag.
Masalah yang dikenal pasti berkaitan kelewatan pembinaan adalah disebabkan oleh kekangan tenaga kerja di pihak kontraktor. Walau bagaimanapun, semasa lawatan pada 8 April 2025 tersebut, didapati status purata kemajuan fizikal pembinaan telah mencapai 80%.
Pihak kontraktor yang turut hadir dalam lawatan itu telah memberikan komitmen untuk menyempurnakan baki rumah yang masih dalam pembinaan secepat mungkin.
Tuan Speaker, berhubung isu penerima-penerima yang didakwa tidak layak, ingin saya tegaskan bahawa pemilihan penerima bagi Program Rumah Mesra SMJ adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan melalui terma rujukan TOR serta garis panduan pelaksanaan Rumah Mesra SMJ. Syarat dan kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
1.
Berdaftar dalam pangkalan data sistem e-Kasih. Atau; 2.
Orang kurang upaya OKU yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, atau mangsa bencana alam atau mempunyai rumah daif.
Sekiranya terdapat mana-mana penerima yang didapati tidak menepati syarat kelayakan, siasatan lanjut akan dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil bagi memastikan ketelusan serta integriti program sentiasa terpelihara. Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat N.62 Silam suka saya menjelaskan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah isu yang telah diperjelaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri sebelum
I ini. Saya percaya Ahli Yang Berhormat sudah ambil maklum mengenai masalah pembangunan kawasan MESEJ Bangkuruan.
Walau bagaimanapun, Kementerian saya akan mempertimbangkan cadangan Ahli Yang Berhormat untuk membuka kawasan MESEJ baharu tertakluk kepada kesesuaian tapak.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.62 Silam dan N.60 Tungku selanjutnya, berkaitan dengan proses pemilihan penerima Rumah Mesra SMJ, prosedurnya adalah seperti berikut; 1.
Senarai nama penerima disediakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri setempat atau Unit Pembangunan Masyarakat UPPM.
2.
Lawatan tapak akan dijalankan oleh Pegawai eKasih bersama Pejabat Daerah Lahad Datu.
3.
Mesyuarat focus group daerah akan memuktamadkan senarai penerima yang layak.
Berdasarkan terma rujukan (TOR) dan garis panduan RMSMJ serta Minit Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri Sabah Siri 2/2024. Dimaklumkan bahwa pembinaan Rumah Mesra SMJ boleh dibuat menggunakan kaedah konvensional atau kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS). Pemilihan kaedah pelaksanaan ini, adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Pelaksanaan Daerah dengan mengambil kira beberapa faktor seperti berikut:
1.
Kemudahan akses dan pengangkutan bahan binaan ke tapak projek. 2.
Kos pengangkutan dan bahan binaan yang paling menjimatkan.
Datuk Speaker, Datuk Speaker? Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sikit? Kalau kita dengar jawapan Yang Berhormat Menteri, semua focus grouplah, itu ini group semua itu ini sepatutnya tidak diikuti cuma di … tidak di … orang bilang tidak dijalankan. Cuma terpulang kepada UPPM dan DO saja yang membuat ini. Masa saya tengok di tempat saya semua, rumah berderet-deret. Focus group apa begini ini? Tidak menepati sasaran dulu. Kalau boleh pergi turun ke bawah, tengok di mana tempat itu SMJ dibuat. Ada
I dekat-dekat dan rumah sampai berderet, apa punya keputusan ini? Tidak ada pemantauan ini. Turun, tengok siapa yang betul-betul layak. Saya bekas kerja di KPLB, saya tahu kerja ini. Jadi tolong turun ke bawah, tengok siapa yang betul-betul layak ini. Terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih, saya ambil perhatian. Kedua, kos pengangkutan dan bahan binaan yang paling menjimatkan dan ketiga, kesesuaian pembinaan dengan lokasi, kaedah pembinaan dengan lokasi. Isu ketahanan IBS sudah kita ketahui kerana ia memenuhi teknikal, memenuhi piawaian teknikal serta memberikan pilihan yang lebih fleksibel dan kos efektif memandangkan ia merupakan alternatif pembinaan moden yang terbukti keberkesanannya dalam pelbagai projek perumahan seluruh negara. Tuan Speaker …
.. Saya amat menghargai keperihatinan Ahli Yang Berhormat N.62 Silam, mengenai Pusat Kemahiran Desa (PKD) Kampung Lamag.
Yang Berhormat Menteri, boleh bagi laluan?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Datuk Speaker. Dalam ucapan saya juga ada menyentuh berkenaan dengan SMJ. Ada satu kawasan di kawasan Kampung Jagung dibina rumah SMJ yang berletak. Kawasan itu kawasan banjir. Saya dimaklumkan, penerima telah memaklumkan kepada Unit UPPM supaya meminta rumah ini dibina dengan rumah bertiang. Tetapi, akhirnya dibina juga rumah berletak sehinggakan rumah ini kalau tidak silap saya sudah lima, enam kali terkena banjir. Adakah pihak Kementerian membenarkan untuk membina rumah SMJ ini bertiang atau tidak? Itu soalan saya.
Satu soalan lagi, boleh jawab sekali Yang Berhormat Menteri? Boleh? Ya, dalam ucapan perbahasan saya, saya ada menyentuh soal di mana penerima rumah SMJ itu yang pada hemat saya tidak layak untuk menerima rumah tersebut. Apakah tindakan yang akan dilakukan nanti oleh
I Yang Berhormat dan Kementerian apabila menerima senarai nama tersebut? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri? Yang Berhormat Menteri?
ya?
Untuk makluman, saya beri masa penggulungan selama 30 minit dan 10 minit telah berlalu. Ok, teruskan.
Terima kasih Tuan Speaker. Setelah mendengar persoalan ini diben, dikemukakan oleh sahabat Tungku dan sahabat Merotai, kedua-duanya saya akan ambil perhatian terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Kami akan memeriksa. Insya-Allah.
Soalan saya tadi Yang Berhormat Menteri, adakah dibenarkan untuk ataupun adakah rumah itu dibenarkan untuk bertiang? Itu sahaja soalan saya. Kalau, kalau boleh jawab, jawab teruslah.
Sebenarnya memang boleh, tetapi keadaan banyak terpengaruh dengan keadaan-keadaan setempat, dan sebab itu ada tempat yang kita tidak benarkan.
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
saya amat menghargai kerajaan…
Yang Berhormat Menteri?
Merotai, merotai.
I
Soalan sama juga.
Ya, saya faham Merotai.
Saya, saya tidak faham apa yang di maksudkan dalam keadaan yang tidak dibenarkan. Saya masih, masih tidak faham.
Merotai, Yang Berhormat Menteri.
nanti, nanti saya ceritalah.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk jawab secara bertulis dengan lebih detail kepada Merotai.
Ok, ok.
Saya amat menghargai keperihatinan Yang Berhormat N.62 Silam, mengenai Pusat Kemahiran Desa (PKD) Kampung Lamag. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, Kementerian saya sentiasa membuat pemantauan secara berkala terhadap peserta yang telah menghadiri kursus dan latihan kemahiran di bawah bimbingan Kementerian saya. Penganjuran program kemahiran akan diteruskan dan bagi tahun ini telah dijadualkan pada bulan Julai 2025. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat N56 Tanjong Papat mengenai cadangan pemindahan Rumah Mesra SMJ atas air. Setakat ini Kementerian saya tidak membenarkan pemindahan rumah atas air termasuk di kawasan laut, sungai dan tebing sungai.
Keputusan ini diambil berdasarkan pengajaran daripada pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di atas air yang mana akhirnya mengalami kerosakan serta roboh akibat faktor hakisan dan arus air. Di samping itu, keselamatan nyawa penghuni perlu diambil kira serta kos pembinaan yang dijangka akan melebihi kos siling yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
I Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N70 Merotai, Penilaian tapak secara terperinci dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sebelum menentukan jenis reka bentuk rumah sama ada bertiang atau tidak bertiang dengan mengambil kira keselamatan dan kesesuaian geografi termasuk risiko banjir. Bagi isu rumah, bagi isu rumah tidak berpenghuni seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, suka saya menjelaskan bahawa di peringkat prapelaksanaan rumah tersebut, pejabat pelaksana tidak mempunyai maklumat bahawa kawasan tersebut berhadapan dengan risiko banjir. Ini menyebabkan rumah jenis tidak bertiang telah dibina di kawasan yang berisiko banjir. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian memang memandang serius isu seumpama ini dan ingin menegaskan bahawa langkah-langkah penambahbaikan akan diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang di masa hadapan.
Tuan Speaker, memandangkan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi N30 Bongawan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik adalah berhubung isu yang sama, izinkan saya menjawab kedua-dua pertanyaan ini secara serentak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keutamaan penerima Rumah Mesra SMJ adalah mereka yang memiliki tanah sumber bekalan air dan elektrik. Maka bagi menjawab isu mengenai bekalan elektrik dan air yang belum dipasang, masalah ini berlaku karana terdapat lokasi rumah yang memerlukan pemasangan tiang tambahan karana jarak antara rumah dan tiang elektrik sedia ada terlalu jauh, iaitu melebihi 35 meter.
Walau bagaimanapun, Kementerian saya telah mengambil inisiatif menambah satu batang tiang elektrik bagi setiap pembinaan RM SMJ bermula pada tahun ini. Sementara, bagi isu kemudahan bekalan air, semua rumah telah dibekalkan tangki air untuk kemudahan para penghuni.
Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat N50 Gum-Gum, N64 Sulabayan, dan N59 Sukau mengenai rumah yang belum disip, disiapkan dan seolah-olah diabaikan. Suka saya memaklumkan bahawa Kementerian saya mengkategorikan mana-mana rumah yang telah dibina, tetapi belum siap adalah masih dalam peringkat pelaksanaan. Apa yang lebih penting, pihak Kementerian tidak akan membayar tuntutan syarikat kontraktor bagi rumah-rumah yang belum siap dibina. Untuk
I makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan semua Rumah Mesra SMJ di seluruh Sabah menghadapi masalah yang sangat kritikal. Kebanyakan rumah mesra SMJ telah berjaya dibina dengan sempurna.
Minta laluan.
Bagi menjawab cadangan daripada Ahli Yang Berhormat, N57 Kuamut dan N35 Sindumin, mengenai kajian semula kos pembinaan..
boleh minta laluan? Satu minit sahaja. Boleh Datuk Speaker?
Saya, saya baca habiskan dahulu. Speaker sudah maklumkan tadi. Bagi menjawab cadangan daripada Ahli Yang Berhormat N57 Kuamut dan N35 Sindumin, mengenai kajian semula kos pembinaan Rumah Mesra SMJ, suka saya memaklumkan bahawa Kementerian saya pernah mengkaji dan telah menyelaras kos pembinaan ini pada tahun 2023. Kos asal pada tahun 2022 adalah sebanyak RM70,000, dan pada tahun 2023 telah dinaikkan kepada sebanyak RM80,000 bagi rumah tidak bertiang, dan sebanyak RM85,000 bagi rumah bertiang. Walau bagaimanapun, cadangan Ahli Yang Berhormat mengenai perbezaan kos pembinaan di bandar dan luar bandar akan dikaji semula.
Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas soalan-soalan yang diajukan kepada Kementerian saya. Pada pandangan saya, soalan-soalan yang dibangkitkan adalah sangat sesuai karana secara tidak langsung berpeluang memberikan maklumat dan pencerahan kepada seluruh rakyat Sabah mengenai program-program Kerajaan di bawah…
I
Kepimpinan Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sabah. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Selamat Menyambut Happy Good Friday dan Easter dan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua.
Sekian, wabillahi taufik wassalamualaikum WBT dan Salam Sabah Maju Jaya, Malaysia MADANI.
Yang Berhormat Menteri?
YB Gum-Gum.
Soalan-soalan yang terakhir. Terakhir.
Bagi satu sahaja.
Satu saja.
Saya bagi peluang kepada YB Gum-Gum untuk bertanya, Yang Berhormat Menteri boleh jawab secara bertulis kalau mahu.
Alhamdullilah. Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya di sini, saya terus soal sajalah. Saya juga dapat, macam musykillah, okey. Rumah SMJ ini dibina macam satu tempat sampai enam buah, tujuh buah, satu tempat saja. Maknanya berderet-deret. Satu di sini, satu di sini, satu di sini.
Jadi saya musykil kenapa boleh jadi begini? Adakah pemohon daripada tanah yang sama itu semua adik-beradik dapat? Dia dibina satu kelompok, ya. Adakah pemohon itu satu tempat? Ya, yang macam saya cakap tadilah adik-beradik, semua dapat. Kenapa tidak dibagi-bagi kepada orang lain?
I Ini pada saya bukan tidak adillah. Tetapi banyak lagi orang yang betul-betul mahu rumah ini tetapi tidak dapat. Akhirnya, rumah ini dibina satu tempat sampai enam buah, tujuh buah. Mohon nanti penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, walaupun dalam apa nama, bentuk bertulis saya akan terima. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Gum-Gum dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim.
30 minit Yang Berhormat. 11.52 pagi
Baik, Tuan Speaker. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Salam Sabah Maju Jaya.
Alhamdulillah, Wasyukurillah, Washolatu Wassalamuala Rasulillah Wa’ba. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat berhimpun dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas di Dewan yang mulia ini. Tuan Speaker, pertama sekali saya ingin merakamkan sanjungan budi semerbak kasih kepada Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah atas ucapan dasar yang menyeluruh dan berpandangan jauh yang disampaikan pada 10 April 2024. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan syabas atas perkenan pelantikan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga mengucapkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan seluruh barisan pentadbiran atas kepimpinan dan hala tuju yang jelas menerusi agenda pembangunan negeri dalam Sabah Maju Jaya.
I Tuan Speaker, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) berganding bahu untuk persediaan kedatangan IR 4.0 yang akan menjelang tahun 2030. Di peringkat nasional, perkara ini telah menjadi tumpuan dan agenda utama dalam RMKe-13, khususnya dalam bidang ekonomi digital, inovasi dan pendidikan. Secara kolektifnya Tuan Speaker, KSTI menyelaras usaha-usaha melalui agensi dan jabatan di bawahnya. Dalam masa yang sama, rakan strategik sama ada di peringkat negeri, persekutuan ataupun antarabangsa. Kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Tuaran semasa berbuka puasa baru-baru ini menekankan beberapa perkara yang perlu kita perhatikan, iaitu tentang STEM, TVET dan pemerkasaan Bahasa Inggeris.
Dalam sektor pendidikan, teras utama adalah pemerkasaan STEM dengan memperluaskan program pembudayaan STEM di peringkat sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah dengan penglibatan institut pengajian tinggi, dengan menjalin pelbagai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pihak universiti dan industri dengan objektif utama meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
Tuan Speaker, pada tahun 2025 sebanyak 15 program pembudayaan STEM akan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai rakan strategik termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Institut Pendidikan Guru, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, MOSTI melalui Pusat Sains Negara. Salah satu inisiatif pertama ialah Karnival STEM 2025 dengan kerjasama 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Sabah. Di mana setiap PPD akan menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri RM20,000. Di samping itu.
Datuk Dr.
Boleh minta laluan sekejap?
Ya.
I Datuk Dr.
Boleh, Datuk. Terima kasih, Datuk. Saya nak ingin tahu, ya. Dari segi penyelarasan program STEM ini, di kementerian pusat memang ada. Dari segi penyelarasan dengan kita di kementerian Kerajaan Negeri. Pasal ini melibatkan sama ada sekolah rendah, sekolah menengah. Itu saja yang saya ingin tahu. Terima kasih.
Terima kasih. Memang ada penyelarasan kita buat dan kita juga selalu mengadakan mesyuarat bersama, termasuk dengan MOSTI dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, dan termasuk juga kita ada memanggil PPD di seluruh daerah. Sambutan kepada program-program kita memang alhamdulillah, baik dan mendapat sambutan daripada sekolah-sekolah menengah dan sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negeri Sabah, apabila kita mengadakan Karnival STEM dan TVET. Tuan Speaker, di samping itu KSTI dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan melaksanakan Program Per-Sense 4.0, yang dirangka khusus untuk membantu pelajar kurang upaya penglihatan menguasai bidang STEM melalui pendekatan mesra OKU. Program pameran bergerak bertemakan “Experiencing Science Enlightening Innovation” turut dijalankan di tiga lokasi utama, iaitu Perpustakaan Negeri Sabah Tanjung Aru, Tambunan, Membakut dan ketika ini sedang berlangsung di Perpustakaan Cawangan Ranau, Tuan Speaker, bermula pada Mac hingga Oktober 2025. Pameran ini dengan kerjasama Republik Rakyat China melalui Museum Science dan Technology Beijing.
Dengan usaha memperkukuh kebolehpasaran rakyat Sabah, KSTI turut bekerjasama dengan AMC University College untuk menawarkan 201 kursus ICT dan empat Kursus Bahasa Antarabangsa, Inggeris, Korea, Jepun, Mandarin secara percuma. Modul-modul yang ditawarkan direka selaras dengan keperluan industri semasa dengan penekanan kepada kemahiran teknikal serta kemahiran komunikasi, merentas budaya bagi meringankan daya saing rakyat Sabah dalam sektor ekonomi digital, pelancongan dan global. AMC akan berkolaborasi dengan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dalam beberapa bidang program yang dikenal pasti.
I Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 Tuan Speaker, salah satu projek penting yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ialah pembinaan Pusat Sains Keningau. Saya ingin memaklumkan bahawa projek ini telah siap sepenuhnya dengan kos RM3 juta. Sejak mula beroperasi 12 Disember 2023 sehingga kini Tuan Speaker, Pusat Sains Keningau telah menerima sambutan yang amat menggalakkan. Sehingga kini, seramai 19,478 pengunjung telah mengunjungi pusat ini. Kunjungan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan minat pelajar dalam bidang STEM, sejajar dengan aspirasi negara untuk mencapai nisbah 60:40 aliran sains dan sastera.
Bagi memperluaskan capaian inisiatif ini, dua buah lagi pusat sedang dalam proses penyediaan, iaitu Pusat Sains Sandakan, Tuan Speaker, dan satu lagi Pusat Sains Tawau yang akan memberikan impak besar insya-Allah, kepada pembangunan pendidikan STEM di kawasan pantai timur.
KSTI percaya bahawa inisiatif Pusat Sains mampu memperkukuh ekosistem pendidikan STEM, khususnya di kawasan luar bandar dan seterusnya membantu melahirkan modal insan yang berdaya saing dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
Selain itu, kita juga merancang untuk memperluaskan peranan e-Desa, iaitu untuk memperkasa digital ekonomi dan pusat informasi desa juga sebagai pusat pengembangan STEM untuk kesedaran STEM di kalangan masyarakat dalam komuniti. Sehubungan dengan itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-13, Tuan Speaker, KSTI merancang untuk …
… untuk memohon peruntukan untuk membangunkan dua buah lagi pusat sains yang baharu. Usaha ini adalah selaras dengan komitmen berterusan Kementerian dalam memperluaskan akses kepada pendidikan STEM yang inklusif dan bersifat merentas wilayah. Penubuhan pusat-pusat sains baharu ini dijangka dapat memberi manfaat yang lebih meluas kepada komuniti luar bandar serta membantu meningkatkan lagi literasi sains di peringkat akar umbi.
I Tuan Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis TVET Negeri Sabah seperti mana yang diminta oleh Kerajaan Persekutuan yang dipengerusikan oleh Pengerusi TVET Malaysia, iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, dan sebagai salah satu mekanisme utama dalam mengangkat kepentingan TVET sebagai agenda strategik pembangunan modal insan negeri. Majlis ini bukan saja akan menyelaras pelaksanaan program TVET secara lebih menyeluruh tetapi turut menjadi pemacu utama dalam memeta hala tuju TVET Sabah ke arah yang sistematik.
Tuan Speaker, sebagai langkah memperkukuh kebolehpasaran graduan, program latihan di latihan … Institut Latihan Teknik dan Perindustrian ILTP JPSM ini sedang dinaik taraf daripada Sijil Kemahiran JPSM kini sedang dinaik taraf daripada Sijil Kemahiran Malaysia kepada Diploma Kemahiran Tahap 4 dan seterusnya Diploma Lanjutan Tahap 5. Pelatih ILTP juga berpeluang melanjutkan pengajian ke UniKL yang menawarkan program ijazah sarjana muda dalam bidang kemahiran dan teknologi. Inisiatif ini mampu menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir bertaraf tinggi yang bersedia untuk memenuhi keperluan industri di Sabah. Tuan Speaker, Kementerian turut memberi perhatian kepada pembangunan belia dan komuniti melalui pelaksanaan program pemerkasaan komuniti.
Melalui pendekatan ini, latihan kemahiran dan keusahawanan diberikan secara terus kepada komuniti dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan berpotensi untuk membangun perusahaan sosial. Setakat ini, sebanyak 688 kursus telah dilaksanakan di 73 DUN melibatkan seramai 14 850 orang peserta sejak 2021.
Tuan Speaker, JPSM turut menjalin kerjasama dengan pelbagai penyedia latihan seperti Malaysia Automotive, Robotik, NIOT, MARI, Kulim Hi-Tech, dan lain-lain.
Datuk Speaker, minta izin. Minta izin, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan teliti apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tentang sektor pendidikan ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Sepanjang belanjawan daripada bukan hanya tahun ini, tadi ada rancangan untuk sekolah-sekolah. Ini saya bangkitkan dalam perbahasan masa
I musim perbahasan baru-baru ini. Dan tahun lalu 50 bilion lebih, saya ingat. Tahun ini 60 bilion sektor pendidikan. Semenjak Kerajaan memerintah negeri yang ada pada hari ini, hampir lima tahun, berapakah jumlah peruntukan yang telah Kerajaan Negeri perolehi daripada Kerajaan Pusat? Contohnya, pada tahun yang lalu 50 bilion. It goes into dengan izin to the places where it is needed, sektor pendidikan yang ada. Kadang-kadang kita dapati semuanya di Semenanjung. Sama ada rancangan konkrit daripada Kerajaan Negeri untuk membolehkan peruntukan yang begitu besar ya, tentang untuk meningkatkan bukan hanya sekolah berpapan, tenaga guru yang ada, kemudahan sekolah-sekolah yang kadang-kadang saya bangkitkan juga di Parlimen, tandas ada tapi air tidak ada. Macam mana mereka gunakan tandas itu? Saya pergi Banggi, air kena dibeli daripada pihak-pihak tertentu. Dan tadi Yang Berhormat nyatakan juga yang kedua berhubung kait dengan peluang-peluang, melatih anak-anak muda. Adakah pihak Kerajaan mempunyai rancangan jobs matching? Industri yang memerlukan tenaga buruh yang ada. Bukan kita bergantung dengan contohnya pelabur dari Korea, Kibingkah daripada Chinakah, mereka perlukan technician yang ada. Adakah rancangan pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan supaya keperluan industri sama ada sektor pelancongan, hospitaliti yang ada, sama ada industri automotif yang ada, yang lain-lain yang ada untuk menjadi tarikan bukan hanya anak ini mempunyai kemahiran tapi akhirnya bila mereka keluar daripada institusi ini, mempunyai peluang pekerjaan. Sudah ada, tied up. Contohnya bank. Saya masih ingat dahulu masa saya di sana, bawa pergi London, Maybank, all the public bank untuk supaya you need accountant, you need a CPA supaya pastikan besok keluar daripada London School of Economics, anak-anak kita sudah ada tempat mereka.
Yang ketiga, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat tentang rancangan pihak Kerajaan pada hari ini untuk mengatasi masalah saya sebutkan tadi, keperluan anak-anak kita, khususnya dalam bidang sektor pendidikan yang ada dari segi prestasi. Sama ada SPM, sama ada sekolah menengah dan satu juga, adakah pihak Kerajaan merancang untuk mewujudkan universiti?
Bukan hanya semuanya universiti, di Sarawak ada, di Semenanjung ada. Saya telah cadangkan supaya satu universiti berhubung kait dengan sektor agriculture di pantai timur sama ada di Tawau ataupun di Lahad Datu. Terima kasih banyak.
I
Terima kasih, Yang Berhormat Senallang.
Menteri. Menteri. Boleh saya …
Saya jawab dulu.
… berkaitan dengan apa yang ditimbulkan oleh Senallang tadi. Saya ingin bertanya pada 5 Februari 2025, Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Fadhlina telah menyatakan bahawa menjelang tahun 2030, lebih kurang 10 ribu sekolah di seluruh negara akan beroperasi satu sesi.
Di Kota Kinabalu, sekarang ini yang mutakhir, Maktab Sabah, Sekolah Menengah Maktab Sabah dan SK Gudon adalah yang terbaharu, menjadi daripada satu sesi kepada dua sesi. SMK Inanam, Bandaraya, Kolombong, Tobobon, St. Peter, Telipok antaranya yang sudah lama beroperasi dua sesi. Sekolah Menengah All Saints, SMK Perempuan Likas, KK High School, berkemungkinan dalam masa terdekat akan menjadi dua sesi. So, apa yang saya perhatikan setakat ini yang nyata, belum ada saya nampak apa-apa projek terbaharu sekolah, pembinaan sekolah di Kota Kinabalu.
Soalan saya, apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa target menjelang tahun 2030 ini, semua sekolah sekurang-kurangnya di Kota Kinabalu hanya ada satu sesi? Sekarang ini, pada masa ini jumlah purata satu kelas murid adalah antara 45 hingga 50 orang. Ini tidak kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran. Angka yang ideal adalah 25–35 …
Tuan Speaker, masa saya 30 minit saja, Tuan Speaker.
… pelajar. Terima kasih.
I
Terima kasih kepada Senallang dan Darau dan untuk makluman semua, dalam RMKe-11 dan RMKe-12, 250 projek gantian dilaksanakan. RMKe-13, RP-1, kita kemukakan 62 projek gantian daif dan belanjanya lebih kurang 5.27 bilion. Daif, jangka pendek, kita juga telah ambil perhatian. Kementerian sedia memberikan RM30 juta untuk 2025 untuk membaiki atau membaik pulih sekolah daif. 28 sekolah daif, skala 6 hingga 7, dan saya juga mengambil perhatian apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Senallang tadi berhubung dengan keperluan dan penyelarasan setiap program dengan keperluan pasaran. Dan ini sangat penting diambil perhatian dan inilah juga turut diambil perhatian oleh Kementerian. Betapa semua program atau semua kursus yang dilaksanakan, semua pengajian yang akan kita buat di …
…ILTP ini mengambil kira berhubung dengan keperluan pasaran, ini sangat penting. Terima kasih atas pandangan berkenaan.
Boleh sikit Yang Berhormat.
Dan demikian juga dengan...
Sikit ya.
Okay.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apakah Kerajaan dan juga Kementerian Yang Berhormat, menyedari bahawa keadaan tuntutan hari ini sudah berubah dengan 15-20 tahun yang lalu? Iaitu memerlukan mana-mana negara mereka memerlukan skill pekerja, bukan lagi based on exam oriented seperti Amerika, di Eropah.
I Jadi, apakah Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk memperbanyakkan sekolah-sekolah TVET? Iaitu sekolah yang mengeluarkan pelajar-pelajar berteknikal, sebab hari ini kita melihat begitu banyak graduan daripada universiti tetapi keluar, they are not marketable, tidak berpasaran.
Sebab kelulusan mereka tidak bersama-sama dengan tuntutan pekerjaan itu. Tetapi, kalau di TVET mereka keluar, GLC Kerajaan akan sambut mereka, swasta akan sambut mereka.
Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk kita memperbanyakkan sekolah-sekolah TVET di negeri Sabah ini. Sekarang ini ada 4 atau 5, tidak mencukupi.
Jadi, pelajar-pelajar kita ini dulu TVET ini, sekolah-sekolah teknikal ini hanya dikhusus kepada mereka yang tercicir daripada sekolah. Tetapi, hari ini dia menjadi tuntutan sudah, sebab keperluan. Macam di Australia, di Eropah, mereka kita ada sini.
Kalau di Australia, di Eropah dipanggil Mechanical Consultant, di sini tukang cuci tandas, kesihan, jauh beza dia. Gaji allowance dia pun 1 jam 80 USD, Aussie, kita di sini diketawakan. Jadi apakah kita akan ke arah itu? Terima kasih.
Terima kasih, pandangan yang bernas daripada Lamag Yang Berhormat. Memang ini juga antara fokus kita, kerana inilah yang diminta oleh Yang Berhormat Pengerusi kepada TVET Negara dalam mesyuarat berkenaan, dan beliau juga meminta kita fokus terhadap perkara ini, termasuk mengadakan program TVET di sekolah-sekolah biasa, termasuk di Sekolah Agama Sekolah Menengah Agama, dan ini untuk membolehkan ke boleh pasaran sepertimana disebutkan oleh Senallang tadi.
Tuan Speaker, saya lanjutkan. Kementerian juga melalui Perpustakaan Negeri Sabah, salah satu jabatan di bawah Kementerian, mempunyai keseluruhan 25 cawangan, di seluruh Sabah 73 perpustakaan desa.
Pada masa ini projek pembinaan pembangunan perpustakaan sedang dilakanakan, termasuk tujuh projek yang melibatkan pembinaan perpustakaan baharu. PNS turut melaksanakan inisiatif kerjasama bersama PetroSign dan American Green Corner.
Saya ingin mengambil maklum, apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk, Yang Berhormat Datuk Raimie berhubung dengan Perpustakaan Daerah Tenom.
Perpustakaan Negeri Sabah di Tenom yang mana kita ambil perhatian
I kelewatan pembinaan ini dan baru 45%, sedangkan di Kunak sudah siap dan ini kita ambil perhatian yang mendalam dan saya akan memantau projek ini. Tuan Speaker, Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri, bagi membangun dan menambah baik sistem aplikasi Kerajaan digital.
Fokus utama adalah kepada pembangunan sistem yang melibatkan perkhidmatan end-to-end Kerajaan terus kepada rakyat. Inisiatif ini akan membantu mempercepat proses penyampaian perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pentadbiran dan memperkukuh ketulusan urus tadbir. Pada tahun ini JPKN menyasarkan pembangunan 30 sistem aplikasi Kerajaan digital yang responsif dan mesra pengguna.
Tuan Speaker, Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) ialah salah satu agensi di bawah Kementerian ini menjadi platform utama dalam sektor digital ekonomi di bawah RMK-13.
Sektor industri ini adalah dengan izin, merupakan sektor yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan tahap global. Sepertimana dalam industri farmasi, pembangunan industri ekonomi, ekosistem inovasi kreatif dan keusahawanan berasaskan teknologi di Malaysia. Tuan Speaker, SCENIC memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan melalui tiga teras utama, teknologi, keusahawanan, berteraskan inovasi dan kreatif. Tuan Speaker, Pertambahan peruntukan sebanyak RM33.5 juta bagi bantuan pendidikan untuk tahun 2025 di bawah Kerajaan Negeri, merupakan salah satu manifestasi keprihatinan kita terhadap pembangunan modal insan, dan kecemerlangan pendidikan anak-anak di Sabah.
Ini menjadi jumlah keseluruhan peruntukan bantuan pendidikan termasuk bidang agama, bahasa dan sastera. Bagi tahun 2025 meningkat kepada RM77.5 juta berbanding RM44 juta pada tahun 2024. Tuan Speaker, sejak 2022 hingga kini seramai lebih 200 ribu orang pelajar di Sabah dan dari peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat tinggi, telah mendapat manfaat melalui pelbagai inisiatif bantuan pendidikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Antara inisiatif tersebut, Tuan Speaker, bantuan BUDI, bantuan tunai pendaftaran IPT dengan jumlah peruntukan RM33.8 juta kepada 18,446 pelajar. Bantuan BAIK, bantuan EKSAN komputer sebanyak 2,300 pelajar telah menerima
I manfaat dengan jumlah bantuan hampir RM5 juta.
AKSA ialah anugerah kecemerlangan pendidikan Sabah yang mengiktiraf 38 pelajar cemerlang di seluruh Sabah, dan disalurkan kepada semua penerima yang cemerlang dalam peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Bantuan SEMESTA memperkasakan 33 Persatuan Mahasiswa dengan peruntukan RM208,000.
Selain itu, Tuan Speaker, program seperti BAKTI, BISTARI, BAGUS, BISBAH, SUBFLY turut menjadi antara tunjang utama dalam menyokong keperluan pelajar seperti peperiksaan, penyelenggaraan sekolah, aktiviti PIBG, dan subsidi tiket penerbangan kepada pelajar Sabah diluar, di Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan Labuan. Bagi tahun 2025, inisiatif baharu turut diperkenalkan, iaitu SENTOSA yang telah memberikan manfaat kepada 17,035 mahasiswa termasuk yang menerima tajaan.
Kedua, SUKSES, iaitu sumbangan kegiatan sekolah secara one-off yang setakat April 2025 telah memberi manfaat kepada 1,249 penerima dengan jumlah RM3.75 juta dibelanjakan.
Tuan Speaker, melalui Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah, beberapa skim bantuan pendidikan kepada golongan asnaf yang berkelayakan telah diperkenalkan. Antaranya, Skim Dermasiswa Pelajar yang merangkumi bantuan dermasiswa awal dan lanjutan.
Yuran pengajian serta tiket akhir pengajian ini diselaras juga dengan aa Biasiswa Kerajaan Negeri, Yayasan Sabah dan Tabung Pendidikan Negeri Sabah, supaya tidak ada yang bertindih atau berlapis mendapat bantuan.
Pada tahun lepas saja sebanyak RM19.88 juta telah dibelanjakan untuk 2,679 pelajar dan pada tahun 2025 peruntukan ini telah ditingkatkan menjadi RM25 juta.
Datuk Speakar, saya bertanya tadi dengan Yang Berhormat Menteri tentang pengujudan universiti itu ya, sama ada pihak Kementerian Kerajaan Negeri mempunyai rancangan yang konkrit, untuk membolehkan supaya wujudkan universiti di bukan hanya menerima cadangan tetapi concrete planning yang ada untuk membolehkan. Tadi itu Yang Berhormat nyatakan kita belanja untuk tiket sahaja sampai berjuta ringgit yang ada.
Bayangkan kalau duit ini kita simpan, kita gunakan untuk
I pembinaan universiti, kita tidak bergantung dengan anak-anak yang terpaksa terbang ke Semenanjung, terbang ke Sarawak. Kalau pun tidak, contohnya macam masa saya dulu ya, TVET ya. Kita ada French Institute, kita ada German Institute, di bawah urusan saya hampir 8 tahun.
Kita mengurus untuk melatih anak-anak kita match with the industry.
Tetapi, di samping itu saya ingat, keadaan global yang berlaku di sekarang ini, bolehkah pihak Kerajaan merangka secara terperinci tentang mewujudkan bukan hanya seperti yang saya nyatakan French Institute, German Institute?
Kita link up with the German, otomotif itu yang Proton. Kita hantar 3,000 anak-anak kita dalam bidang otomotif dan mereka membantu Proton Saga ya. Begitu juga…
… French Institute, farmasi yang ada. Bolehkah Yang Berhormat merangka secara terperinci untuk membolehkan supaya, bukan French Institute, bukan German Institute, China. Kita bergabung dengan negara China dan kita mempunyai pasaran. Mereka juga memerlukan industri pelaburan mereka di rantau Malaysia contohnya dan kita boleh melatih. Jadi, tak (tidak) perlu orang daripada China bekerja di Sabah ataupun di mana-mana tempat. Kita ada tenaga buruh yang sedia ada diperlukan oleh pihak pelabur daripada China. Dan saya tadi sama ada rancangan konkrit dari segi mesti (tidak jelas) ini. Yang TVET tadi mungkin itu rancangan yang perlu diwujudkan French Institute, tapi China Institute bersama dengan Sabah. Terima kasih banyak.
Terima kasih atas cadangan.
Yang Berhormat Menteri, ada lima minit lagi.
Ya, saya ambil maklum dan akan berusaha untuk itu. Tetapi setakat ini kita memberi tumpuan kepada institut di dalam biaya kita. Seperti mana KTYS dan
I universiti di bawah Yayasan Sabah ini kita akan kembangkan dan mereka akan bekerjasama dengan universiti-universiti di dalam dan di luar negara. Setakat ini juga kita membuat MoU dengan universiti tempatan di semenanjung dalam bidang yang berkenaan TVET. Termasuklah Tahfiz Profesional yang dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah dengan UNITEN dan beberapa universiti. Saya teruskan Tuan Speaker, tinggal lima minit lagi.
Menteri …
Nanti kalau ada yang lain, kemukakan kemudian. Selepas itu saya akan jawab bertulis.
Iyalah, tapi saya tanya soalan dululah.
Yang tentang Sandakan punya education hub. Sampai hari ini bukan ada apa-apa yang berlaku di Sandakan punya education hub.
Sandakan ini …
Ya, sudah lebih yang 15 tahun …
Setakat ini kita telah, saya telah memaklumkan semalam berhubung dengan salah satu sekolah menengah agama akan dibangun di bawah, di dalam Sandakan, hub pendidikan Sandakan berkenaan …
Sebenarnya ada lebih 40 tapak tanah yang sedia untuk universiti. Tapi sekarang Menteri jawab satu sekolah untuk agama di situ.
Kita akan berkolaborasi dengan Majlis Perbandaran Sandakan.
I
Ya, ini satu punca jugalah sebab lima tahun dulu yang saya pun dengar sama jawapan yang dulu. Sama juga. Sampai hari ini saya masih tunggu yang jawapan yang sama.
Elopura, biar Menteri jawab dulu.
Ya. Kecuali ini sekolah seni di Elopura, sekolah seni. Bila pindah di situ? Ada tapak yang sudah sedia, tapi belum ada tindakan apa-apa.
Sekolah seni itu ada cadangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Saya akan maklumkan secara bertulis, iaitu berhubung dengan keperluan lebih kepada di Kota Kinabalu dan kita akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Dalam, last soalan. Apa langkah-langkah?
Apa yang kamu punya plan? Long term, short term yang membangunkan education hub itu? Saya sampai hari ini saya tidak dapat jelas… (suara bertindih)
Yang Berhormat di Elopura, Menteri sudah dapat soalan. Nanti biar Menteri beri jawapan. Dia akan beri jawapan bertulis. (suara bertindih)
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri melalui JHEAINS amat prihatin …
… dia akan beri jawapan bertulis.
Dulu pun jawab begitu. Masalahnya, bukan saya mahu celahkah apakah ...
Please sit down. Sila duduk.
I
… dari dulu pun begitu. Sampai hari ini saya tidak dapat satu jawapan yang tetap. Bukan saya mahu celahkah apakah. Jangan salah faham saya. Jangan salah faham. Dulu lima tahun yang dulu pun jawab yang sama. Sampai hari ini kita pun dengar yang jawapan yang sama.
Dulu saya minta juga YB cari mana-mana cadangan dan institusi yang boleh berkolaborasi dengan kita.
Saya boleh cadang. Saya sudah tulis 40 surat pergi universiti semua. Tapi tiada satu yang reply. Itu yang apa yang Kementerian Sabah ini yang buat tindakan. Yang apa cara, long term, short term selesai masalah ini. Sekarang boleh tepukkan itu, lembukah, kambingkah di situ. Jangan salah faham saya.
Yang Berhormat, your point taken.
Jangan salah faham saya. Saya cuma mahu tahu jawapan saja. Menteri, saya mahu tahu jawapan saja. Apakah langkah-langkah kamu yang sekarang ambil ini tindakan? Yang sekarang masalah ini di Sandakan education hub ini?
Antara langkahnya ialah kita sedang berbincang. Terus berbincang dengan MPS. Itu di bawah MPS dan kita akan cadangkan beberapa cadangan yang sesuai. Dan kita juga berusaha untuk mendatangkan institusi-institusi berkenaan di hub pendidikan. Termasuklah usaha kita, sekolah menengah tersebut, salah satunya. Ini berperingkat-peringkat Yang Berhormat.
Menteri, kalau youlah, sayalah, lima tahun bincang sampai hari ini masih bincang, lima tahun bincang, lima tahun bincang. Apa yang bincang begitu lama?
I
Yang Berhormat, you have make your point.
Sekurang-kurangnya ada juga sekolah menengah.
Yang Berhormat Elopura.
Itulah. Apa tindakan? Saya mahu tahu apa tindakan kamu ambil. Apa tindakan?
Itulah tindakan kita.
Satu tindakan? Bincang tindakan itu yang satu yang lancar?
Saya juga minta cadangan daripada Yang Berhormat tentang universiti Yang Berhormat juga gagal. Yang berhormat sampai 40 surat untuk universiti gagal. Macam mana begitu? Dan kita akan membantu. Tuan Speaker, saya teruskan …
Yang Berhormat Menteri, teruskan. Satu minit lagi. Yang tidak sempat jawab itu, boleh jawab secara bertulis.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.
Terdapat 12 projek yang telah diluluskan dalam RMK… (suara bertindih dan tidak jelas).
Merotai, sila duduk.
I
Minta maaf Yang Berhormat Menteri, satu saja. Adakah Yang Berhormat Menteri akan jawab soalan saya berkenan dengan halal?
Ada, ada.
Terima kasih.
Mengenai halal yang telah Yang Berhormat kemukakan, iaitu tentang tiga perkara. Iaitu tentang satu senarai panjang yang berhubung dengan daging-daging yang telah di atau ayam yang telah dikuat kuasa. Tapi saya akan dapatkan maklumat sebenar daripada Kementerian berkenaan. Kerana setakat yang kami maklum daripada MUIS dan JAKIM, kita belum mendapat maklumat berkenaan. Yang kedua berhubung dengan JETSIN. Memang JETSIN tidak ada hubungan dengan hub Majlis Ugama Islam Sabah. Ia hanya satu syarikat yang mendapat tanda halal dan beroperasi untuk menjual daging-daging halal dan kita pantau. Dan yang ketiga, apa tentang soalan Yang Berhormat tentang halal hub dan satu lagi tentang halal hub yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kadamaian, kita akan mewujudkan makmal halal pada masa yang terdekat ini dan akan beroperasi pada pertengahan 2026.
Sehingga dengan itu akan memudahkan urusan-urusan mengenal pasti tanda halal yang berhubung dengan farmasi-farmasi, kosmetik dan sebagainya yang memerlukan kita mendapatkan pengesahan halal daripada semenanjung. Dan dengan adanya makmal halal ini, kita akan memudahkan urusan usahawan-usahawan kita di Sabah.
Terima kasih Datuk. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Saya akan jawab kemudian ya. Terdapat 12 projek yang telah diluluskan dalam RMKe-12. Antara projek yang telah siap sepenuhnya ialah SMAN Tambunan. Di samping itu tiga projek masjid dan sekolah dijangkakan siap pada
I bulan Mei tahun ini, iaitu SAN dan Tadika JHEAINS Sook, Masjid Daerah Lahad Datu dan Masjid Tambulion, Kota Belud. Terdapat tiga projek yang sedang dalam pembinaan bermula April 2025 dan dijangka siap pada Oktober 2026 melibatkan tiga buah sekolah agama, iaitu sekolah yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Karambunai. SAN Tebobon, Telupid dan Astaka Toh Puan serta tiga buah masjid, iaitu Masjid Kemabong, Ulu Lohan Ranau dan Pembaikan Masjid Daerah Papar. ADUN Karambunai menimbulkan mengenai SAN Tebobon, kontraktor pembinaan telah pun dilantik dan akan memulakan kerja pada minggu ini juga dengan binaan 6 kelas berjumlah keseluruhannya RM3 juta. Dalam sidang, Tuan Speaker, ada ditimbulkan semalam berhubung dengan …
Yang Berhormat Menteri, gulung sekarang.
Ya, saya gulung. Berhubung dengan Imam Rawatib dan Sekolah KAFA oleh ADUN Dilantik, Dr. Aliakbar dan kita akan ambil perhatian kerana baru-baru ini juga kita telah menaikkan elaun mereka.
Tuan Speaker, akhirnya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah …
Datuk Speaker …
Ahli Dewan yang telah mengemukakan soalan dan cadangan dan mana-mana yang belum dapat …
Yang Berhormat Menteri.
… dijawab secara bertulis dan sepertimana yang telah dizahirkan orang pertama.
Yang Berhormat Menteri.
I
… saya yakin. Sekejap, sekejap. Perlaksanaan program dan inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi secara berterusan akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat. Mana-mana pertanyaan atau soalan yang tidak sempat saya jawab, Kementerian saya akan menjawab secara bertulis, termasuk soalan daripada Bongawan berhubung dengan connectivity dan ini sudah saya kemukakan secara bertulis.
… bertulis dan saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dan Selamat Menyambut Hari Kaamatan.
Yang Berhormat Menteri, mahu habis sudah? (Suara bertindih)
Saya mohon menyokong.
Merotai, berkenaan dengan halal tadi, Yang Berhormat Menteri tadi JAKIM. Sikit sahaja.
… (sebutan tidak jelas) …dan saya akan jawab bertulis.
Ah, terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Datuk Speaker.
Terima kasih, Tuan Speaker.
I
Tadi, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa tiada laporan mengenai tangkapan-tangkapan tersebut. Memandangkan daripada laporan-laporan dan tangkapan-tangkapan tersebut, saya quotelah daripada Yang Berhormat Menteri, Pembantu Menteri Veterinar, Pembantu Menteri Pertanian dahulu, Datuk James Ratib. Beliau akan mengetengahkan mengenai isu halal ayam, kerana bila berlaku penyeludupan, tiada pihak yang tahu status ayam tersebut sama ada halal ataupun haram bagi umat Islam.
Masalah dia, Yang Berhormat Menteri, bila rampasan ayam dilakukan sama ada Kastam, Veterinar, ataupun daripada pihak polis, Pasukan Gerakan Am, yang ada saya serahkan lebih kurang 78 juta kepada Yang Berhormat Menteri. Itu pada tahun 2023. 2022 saya pun tidak ada, tapi bila saya lihat laporan-laporan akhbar, banyak juga tangkapan. Sehingga hari ini pun masih ada lagi tangkapan-tangkapan tersebut. Tapi masalah dia, Yang Berhormat Menteri, kenapa ayam-ayam ini sudah ditahu status halalnya diragui, kenapa dibenarkan untuk jual balik kepada pemborong, ataupun kepada cold storage. Cold storage mana-mana yang ingin membeli, dan akhirnya dijual balik kepada pengguna-pengguna di luar, khususnya pengguna Islam. Sepatutnya, Yang Berhormat Menteri, JAKIM, dari awal lagi alert perkara ini, dan jika berlaku status halal haram diragui, patutnya diserahkan dulu kepada JAKIM untuk sahkan, sebelum dilelong kepada pembekal-pembekal, dan diedarkan semula kepada pengguna-pengguna, khususnya pengguna Islam. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Saya akan dapatkan makluman kesahihannya, apakah benar dijual atau dilelong perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, soalan saya sudah lepas, sepatutnya Yang Berhormat Menteri dapatkan segera jawapan itu dan dijawab di sini, Yang Berhormat Menteri.
Okey, kita teruskan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. Seterusnya,
I saya menjemput Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan menyampaikan ucapan penggulungan. 30 minit, ya. 30 minit.
12.33 tengah hari
Terima kasih, Datuk Speaker.
Salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, dan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan yang maha Esa, kerana kita berkesempatan untuk berhimpun dalam Dewan yang mulia ini sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16. Bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah, saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, atas Ucapan Dasar Kerajaan bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 pada 10 April 2025.
Dalam ucapan dasar Kerajaan tersebut, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah turut menyentuh mengenai pemantapan peranan Belia dan Sukan yang memberi fokus kepada pelaksanaan program-program kepimpinan, kursus kemahiran dan keusahawanan, serta mengembangkan bakat dan kecemerlangan belia dalam bidang sukan, melalui penyediaan infrastruktur sukan yang berkualiti. Datuk Speaker, dalam sesi penggulungan Ucapan Dasar Kerajaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 ini, saya ingin menjawab pertanyaan-pertanyaan dan cadangan-cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari pertama dan hari kedua semasa perbahasan ucapan dasar Kerajaan seperti berikut:
Menjawab kepada cadangan Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik, mengenai Dewan Belia Sabah atau DBS untuk mengaktifkan semula Ahli Dewan Belia Sabah, dengan sidang tahunan yang ditetap. Sukacita saya memaklumkan bahawa DBS masih aktif dan Persidangan Dewan Belia Sabah akan dilaksanakan pada tahun ini. Mengenai cadangan penubuhan Sabah Youth Policy Action Hub, Kementerian saya akan mengkaji dahulu keperluan polisi ini. Ini adalah kerana Kementerian saya kini dalam rangka mewujudkan Rang Undang-undang berkaitan Belia Sabah. Kementerian saya maklum mengenai keperluan dana untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti DBS. Ini
I adalah kerana pemberian dan dana kepada DBS adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan yang diperuntukkan kepada Kementerian saya. Bagi menjawab permohonan Ahli Yang Berhormat Limbahau, yang memohon sebuah kompleks sukan di daerah Papar, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian saya masih mencari tapak tanah yang sesuai berkeluasan lebih daripada 20 ekar di kawasan Papar untuk membina, untuk pembinaan kompleks sukan ini. Ini adalah kerana tapak tanah yang dicadangkan sebelum ini tidak sesuai. Kementerian saya akan menyenaraikan pembinaan Kompleks Sukan Papar dalam projek pembangunan Rancangan Malaysia akan datang setelah isu tapak diselesaikan.
Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat Kuamut, kemajuan fizikal Kompleks Sukan Tongod setakat ini, hari ini ialah 90% dan bagi 10% adalah kerja-kerja penyediaan lapisan asas trek dan kerja-kerja pemasangan trek sintetik. Punca-punca kelewatan pembinaan Kompleks Sukan Tongod adalah seperti berikut: 1.
tertangguh semasa COVID-19; 2.
melibatkan perubahan kerja disebabkan terdapat batu-batu besar semasa kerja-kerja meratakan kawasan tapak; 3.
hujan yang tidak menentu di kawasan projek menyebabkan kerja-kerja tertangguh.
Kontraktor telah banyak kali dipanggil dan diberi amaran, supaya dapat menyiapkan pembinaan Kompleks Sukan Tongod mengikut jadual yang ditetapkan, iaitu dalam tahun ini.
Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Gum-Gum, dan makluman sidang Dewan yang mulia ini, Kementerian saya sememangnya mempunyai pelbagai usaha dalam memperkasakan pembangunan belia di Sabah. Walau bagaimanapun, setakat ini Kementerian saya tidak ada melaksanakan program belia khusus kawasan Gum-Gum. Untuk makluman, Kementerian saya pernah melaksanakan beberapa program …
I
Datuk Speaker, minta laluan.
Sekejap saya kasi habis dulu. Saya kasi habis dulu.
Boleh.
Saya kasi habis semua.
Janji ya, janji.
Untuk makluman, Kementerian saya pernah melaksanakan beberapa program belia di kawasan Sandakan, dan telah diiklankan dalam laman web dan Facebook Kementerian dan ianya terbuka kepada semua belia di bahagian Sandakan.
Saya sentiasa memperingatkan kepada pegawai-pegawai saya, supaya melibatkan belia-belia di semua daerah untuk mengikuti program-program belia yang dilaksanakan oleh Kementerian saya. Oleh itu, saya pasti ada belia di kawasan Gum-Gum yang terlibat sama ada dalam program-program Kementerian saya, sama ada dilaksanakan di peringkat Sandakan mahupun di peringkat Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Karamunting, membangkitkan keadaan Kompleks Sukan Sandakan seperti kolam renang tanpa bumbung dan peralatan gimnastik yang terlalu lama dan usang tidak diganti. Saya sudah menyediakan jawapan secara bertulis yang lebih terperinci mengenai perkara ini dan akan dikemukakan kepada Ahli Yang Berhormat selepas ini. Isu ini dibangkitkan dalam soalan lisan tetapi tidak sempat dijawab semasa soal jawab kelmarin. Menjawab pertanyaan ADUN Dilantik, mengenai pekerja kilang kawasan di Tuaran dan Papar dihentikan. Dimaklumkan bahawa Kementerian saya tidak berperanan secara langsung dan tidak mempunyai kuasa mandatori dalam pengurusan koperasi KOSAN. Menteri Belia dan Sukan Sabah hanya berperanan mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan tidak mempunyai kuasa eksekutif dalam memutuskan setiap keputusan KOSAN. KOSAN telah pun mengadakan perbincangan dengan Jabatan Tenaga Kerja dan persetujuan telah dicapai supaya
I pembayaran pampasan kepada bekas kakitangan pekerja KOSAN dilaksanakan. Bayaran pampasan akan dibuat dalam tempoh satu tahun dan dilaksanakan secara beransur-ansur mengikut kemampuan KOSAN. Saya juga telah mengeluarkan kenyataan dalam beberapa media, akhbar tempatan, dan di portal media di antaranya Daily Express yang bertajuk KOSAN ...
“... given a chance to revamp after factory closures”, 26 Mac ah. Sabah Media bertajuk “KOSAN perlu dirombak, buktikan kemampuan.” Ketiga, New Straits Time Online, “KOSAN told to revamp over poor quality uniforms, shoes.”
26 hari bulan juga, The Star bertajuk “Sabah Government willing to reconsider the contract with KOSAN, if corp can fulfil terms and conditions.” Ini juga pada 20 Mac.
Sinar Harian bertajuk “Struktur Semula KOSAN, Bela Nasib Pekerja, Hilang Pekerja.” Utusan Borneo Online bertajuk “Kerajaan Pertimbang, Membaharui Kontrak jika KOSAN ikut syarat ditetapkan” 27 Mac 2025. Selepas membaca kenyataan saya dalam kedua-dua akhbar ini maka baharu Yang Berhormat jelas mengenai kedudukan KOSAN yang sebenarnya. Datuk Speaker, dan untuk rekod dalam Dewan Yang Mulia ini saya mohon untuk membetulkan kenyataan Yang Berhormat Pantai Manis semasa berbahas dalam Dewan Yang Mulia ini. Kelmarin, yang dia telah menerima perkhabaran cadangan Kementerian Belia dan Sukan Sabah mahu membina kilang air mineral di Papar bagi menangani masalah pengangguran yang berlaku di Papar akibat penutupan kilang KOSAN di Papar.
Semasa perjumpaan dengan Yang Berhormat Pantai Manis pada 18 Februari 2025 bertempat di Pejabat Kementerian dan Belia dan Sukan Sabah. Saya telah menjelaskan mengenai isu penamatan pekerja kilang KOSAN di Papar. Setelah mendengar penjelasan maka barulah dia memahami situasi sebenar. Di samping itu, ada cadangan syarikat swasta yang menggunakan kilang KOSAN di Papar yang tidak lagi diguna untuk dijadikan kilang memproses air minuman. Sekiranya cadangan ini dapat direalisasikan maka sudah tentu pemberian peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapat pekerjaan.
I Datuk Speaker, mana-mana pertanyaan, cadangan, atau komen yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat dijawab semasa sesi perbahasan berlangsung akan dijawab secara bertulis.
Datuk Speaker, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini saya mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan Jemaah Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan strategik, pakar rujuk dan kumpulan pelaksana termasuk rakan media yang terlibat dalam pembangunan belia dan perkembangan sukan di seluruh negeri Sabah.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin khusus kepada rakan-rakan muslim yang meraikan dan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua yang berada di dalam Dewan Yang Mulia ini dan kepada seluruh rakyat negeri Sabah. Datuk Speaker saya ingin menyokong. Sekian dan terima kasih.
Speaker. Yang Berhormat janji tadi. (Ketawa)
Sila. Satu sahaja.
Okay, terima kasih Datuk Speaker, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya pasal belia di kawasan saya. Dulu apabila saya menjadi Pembantu Menteri sekarang dorang menagih.. Okay. Belia-belia menagih. Kami rindu dulu waktu Yang Berhormat menjadi Pembantu Menteri. Sebab kita melayan belia terutama sekali di kawasan bukan sahaja di kawasan Gum-Gum tetapi juga di kawasan yang lain-lain. Dulu kita banyak program yang kita buat melalui Jabatan Belia, tetapi sekarang bilangnya macam sunyi sahaja. Terutama sekali di Gum-Gum ini. Saya sering bertanya kepada Kementerian. Berapa sebenarnya kelab belia yang sudah ditubuhkan di kawasan Gum-Gum? Dan apakah jenis bantuan yang sudah dorang nikmati selama Kerajaan sudah masuk 5 tahun ini? Jadi ini pada saya belia ini amat penting sebab kita tahu belia ini adalah bakal pewaris, bakal pemimpin negeri Sabah ini. Ini bukan main-main. Mahu tidak mahu kita terpaksa menerima belia ini sebagai pemimpin di negeri Sabah ini. Em.. kan?
I Sekarang ini belia, banyak bertanya apakah program yang dibuat? Sampai sekarang belum ada lagi. Terutama sekali di Gum-Gum. Program kepimpinan tiada, keusahawanan tiada. Jadi saya mohonlah kepada Menteri ambil perhatian kepada ini supaya belia-belia kita bukan sahaja di Gum-Gum, tetapi juga di negeri Sabah ini dapat manfaat daripada Kerajaan yang ada sekarang. Terima kasih.
Tuan Speaker, boleh satu soalan? YB Menteri boleh jawab secara bertulis.
Okay, teruskan.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB Menteri. Memohon penjelasan YB Menteri, apakah langkah-langkah Kementerian. YB berkaitan ramai belia kita lepasan siswazah yang menghadapi isu ketidaksepadanan kerja dengan kelayakan termasuk di daerah Sandakan. Terima kasih.
Terima kasih. Saya ingin menjawab kedua-dua soalan tadi akan dijawab secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat. Silakan Menteri. Dalam 30 minit.
12.45 tengah hari
Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.
Datuk Speaker, syukur terhadap Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat berhimpun sekali lagi pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16. Terlebih dahulu dengan takzimnya saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah atas ucapan Dasar
I Kerajaan bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16 pada 10 April yang lepas. Sesungguhnya ucapan Tuan Yang Terutama telah menyentuh setiap aspek, strategik dan program pembangunan negeri Sabah yang mencerminkan keprihatinan Tuan Yang Terutama terhadap kesejahteraan rakyat Negeri Sabah. Datuk Speaker, Kerajaan Negeri melalui Kementerian saya memperkenalkan Skim Bantuan Kesihatan SMJ ataupun Sabah Sejahtera pada tahun 2025 sebagai inisiatif meringankan beban pesakit buah pinggang tahap akhir. Khususnya dari golongan kurang berkemampuan. Jumlah keseluruhan kos yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi membiayai skim ini ialah RM8.5 juta. Manakala, RM4 juta untuk kos rawatan dan RM4.5 juta untuk pembelian mesin hemodialisis. Kerajaan Negeri menanggung sepenuhnya kos rawatan hemodialisis di hospital atau pun klinik Kerajaan dan juga rawatan CAPD di rumah. Sebanyak 100 buah mesin hemodialisis akan dibekalkan kepada 25 hospital klinik bagi menggantikan sebahagian daripada 474 mesin yang tidak berfungsi dengan baik.
Skim bantuan ini yang pada fasa pertama difokuskan kepada rawatan pesakit buah pinggang diharapkan akan dapat diperluaskan kepada perkhidmatan-perkhidmatan rawatan lain berdasarkan keperluan.
Datuk Speaker, izinkan saya menjawab soalan-soalan tambahan yang telah dibangkitkan semasa.
[audio bertindih] Datuk Speaker, Datuk Speaker.
Boleh minta laluan, bertanya pasal hemodialisis? Terima kasih Datuk Speaker, Menteri. Hemodialisis ini adakah mereka perlu jururawat, technician dan juga pakar-pakar. Adakah dalam 100 mesin ini, kita ada profesional ataupun technical expertise yang ada untuk menampung 100 mesin ini? Dan adakah kosnya terhad kepada RM100 saja seperti yang diumum kalau saya tidak salah dengar? Terima kasih.
I
Ya, sebenarnya tujuan kita memberi sumbangan kepada hospital dan klinik ini adalah mengganti mesin-mesin yang sudah lama. Lebih kurang 64 buah mesin yang sudah usianya sudah melangkaui lebih daripada 10 tahun. Ada yang 13 tahun, ada yang 8 tahun. Dan kadang-kadang apabila mesin ini rosak, maka pesakit itu tidak dapat menerima perkhidmatan dengan sempurna. Sebab itu saya terpanggil untuk membawa perkara ini ke Kabinet.
Melihat keperluan itu ada.
Maka alhamdulillah Kerajaan Negeri telah pun meluluskan 100 buah unit. Dan para nursing kita ini pun kita akan latih, kita tidak akan biarkan juga begitu. Dan apabila mesin ini bertambah, maka pegawai-pegawai itu pun kita akan latih secara perlahan-lahan. Itu YB, itu isu dari segi tenaga kerja itu.
Tidak ada masalah, kerana pihak hospital sudah melihat keadaan ini sebelum ini. Saya teruskan Datuk Speaker. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Limbahau, ada di sini Limbahau ah. Kementerian maklum dan amat prihatin tentang jumlah kes talasemia yang tinggi di negeri Sabah. Kementerian menerima … menerima baik dan mengucapkan terima kasih di atas cadangan membawa teknologi baharu bagi rawatan talasemia ini. Teknologi rawatan dan perubatan baharu yang dipertimbangkan untuk dibawa ke dalam negara perlu mematuhi prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu memenuhi piawaian keselamatan, keberkesanan klinikal dan kelestarian kos sebelum diluluskan. Proses ini akan memakan masa sekurang-kurangnya dua tahun, Yang Berhormat. Dan Yang Berhormat Limbahau, bolehlah hantar per … permohonan ke kementerian saya untuk tindakan seterusnya.
Dan Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat DUN Moyog, terdapat dua perkara dalam pertanyaan Yang Berhormat. Pertama, status naik taraf Klinik Kesihatan Penampang Kelas Jenis Tiga dan juga status pembinaan Hospital Penampang. Klinik Kesihatan Jenis Tiga telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (Rolling Plan empat). JKR Sabah sedang menyediakan anggaran kos PDA yang akan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi.
I
Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih jawapan Menteri. Menteri, ini sudah disebut berapa kali, kan? I remember kita ada bincang juga kali itu. Apa yang hold up dia selain daripada persediaan untuk tender process, adakah hold up dia berkaitan dengan status tanah? Bukan tanah sudah dibeli? Sudah diambil alih? Dan adakah tempat ini juga dilanda banjir pada setiap kali ada flash flood di Penampang? Terima kasih.
Okey. Soalan ini bagus Yang Berhormat. Memang saya sudah ready juga. Pada mulanya Datuk Speaker, peruntukan ini RM46 juta. Sepatutnya kerja-kerja ini dilaksanakan oleh JKR Sabah. Apabila JKR Sabah ajukan permohonan ini kembali, dia punya DP Plan ini sudah melangkaui RM46 juta, bukan lagi RM46 juta tapi RM80 juta. Bila RM80 juta, Datuk Speaker, kena hantar balik ke Kuala Lumpur sebab kuasa kita hanya RM50 juta ke bawah. Jadi saya berpendapat bahawa saya berbincang dengan Pengarah Kesihatan Sabah, lagipun Pengarah Kesihatan Sabah orang Penampang. Saya katakan kepada beliau, kalau sekiranya kita teruskan dengan kos RM80 juta ini, yang dimuktamadkan oleh JKR Sabah, lama lagi. Sebab itu kita reverse balik ini, saya faham masalah Yang Berhormat Moyog ini. Kita reverse balik, kita tukar lagi balik supaya kembali kepada anggaran yang lama, RM46 juta supaya dapat ditender di negeri Sabah sahaja. Ah, ini, ada kekeliruan sedikit Yang Berhormat dan perkara ini telah pun dikenal pasti sebagai kawasan yang bebas daripada banjir oleh pihak JKRlah. Tapak yang sama tetapi mereka ada satu design supaya tidak terkena banjir Yang Berhormat, okey? Bagi Hospital Penampang pula, permohonan pembinaan hospital telah pun dibentangkan di dalam permohonan projek Rancangan Malaysia Ke-13 (RP1). Bermakna Yang Berhormat, 2026 bermula 2027, 2028. Kira-kira lebih kuranglah Hospital Penampang ini akan wujud. Cadangan tapak baharu, iaitu di Kampung Maang, di Kampung Mang, Penampang telah pun dikemukakan kepada pihak KKM untuk kelulusan tapak. So, ini tidak ada masalah Yang Berhormat, tidak lama lagi Penampang akan dapat hospital yang baharu.
Ah, ini calon Elopura, Yang Berhormat Elopura, ah. Kelmarin kemukakan saya lima soalan, so saya jawab satu per satu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN
I Elopura, pengambilan natrium ah yang tinggi sememangnya menyumbang kepada peningkatan tekanan darah. Kalau kita makan dan minum ma … ma … apa makan garam ini pun memang darah kita naik. Salah satu faktor risiko kepada pesakit buah pinggang kronik. Walau bagaimanapun, walau bagaimanpun, tidak ada bukti secara langsung yang mengaitkan pengambilan air masin dengan kejadian CKD atau penyakit buah pinggang tahap akhir. Namun, kawalan pengambilan garam tetap penting, khususnya bagi individu yang berisiko tinggi.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, jumlah pesakit yang menerima rawatan hemodialisis Hospital Duchess of Kent, Sandakan adalah seramai 125 bagi tahun 2023, 127 bagi tahun 2024, meningkat dua orang, dua oranglah ada meningkatlah tapi saya rasa bukan pasal air masin jugalah. Dan tahun 2025 meningkat lagi dua orang, 129 setakat inilah, mungkin meningkat lagi sampai hujung tahunlah. Rawatan hemodialisis (HD), manakala bagi pesakit yang mendapat rawatan (CAPD) ini rumah punya adalah seramai 48 bagi tahun 2023, meningkat kepada 60 orang tahun 2024 dan meningkat lagi 64 orang tahun 20 … 2025. Bermakna dia akan meningkat-meningkatlah yang rumah punya, yang cuci sendiri, okey?
Dari segi peruntukan, Hospital Duchess of Kent ada diberikan peruntukan ah bagi kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan, iaitu sebanyak RM22 juta bagi tahun 2025, ah tahun ini 2025. Dan tahun sebelumnya itu tahun 2024, RM1.6 juta untuk pembelian katil, peralatan dan juga ah penambahbaikanlah, ah penambahbaikan kesihatan.
Yang ketiga, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kesihatan, saya sentiasa berkomunikasi dengan dan bekerjasama dengan KKM untuk menambah bilangan doktor pakar dan petugas kesihatan di Sabah. Bermakna saya sama KKM sentiasa communicatelah macam mana kita mahu tambah kita punya hospital ini.
Menteri, minta penjelasan.
Ya.
I
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sedarkah bahawa di Sandakan ini, doktor pakar cuma satu orang. Dia juga bedah orang bersalin, dia juga bedah macam-macam. Jadi akhirnya pesakit-pesakit yang memerlukan pembedahan terpaksa menunggu, dalam menunggu mati sebab kekurangan doktor pakar. Jadi apa inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa rakyat Sabah ini betul-betul dilindungi? Diberi perlindungan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri? Dan apakah Yang Berhormat sedar bahawa Hospital Sandakan ini padat penuh, Kota Kinabalu penuh. Jadi tidak adakah hasrat Kerajaan Negeri untuk meminta Kerajaan Persekutuan menambah hospital baharu? Untuk memastikan bahawa pesakit-pesakit kita tidak tergelimpang di lantai, di tepi-tepi, menunggu que. Sakit kecil menunggu dua tiga jam sakit besar. Terima kasih.
Datuk Speaker, doktor ini ada tiga jenis. Satu, MO, iaitu general doctor. Kedua, pakar. Yang ketiga ini adalah sub pakar. Di Sandakan ini ada lebih kurang 200 doktor general, doktor biasa itu. Manakala doktor pakar ini lebih kurang 74 orang. Di Sandakan kita ini, di Sandakan ini ada 74 pakar. Yang kita kurang di Sandakan ini adalah sub pakar. Sub pakar ini yang di Sandakan hanya ada satu saja. Jadi untuk menaik taraf Sandakan ini, Kerajaan telah pun meluluskan peruntukan anggaran kos lebih kurang RM500 juta ringgit dalam RMK-12 (RP4). Dan kerja-kerja awalan sedang dijalankan setakat ini. Dan kerja-kerja awalan lebih kurang 400, RM400 ribu untuk kerja awalan untuk merata tapak dan sebagainya. Sebab itu seperti mana ucapan saya dahulu, kita minta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya naikkan, naikkan Hospital Sandakan dan Tawau ini menjadi hospital negeri. Barulah kita boleh menambah facilities dan juga doktor-doktor ataupun sub-sub pakar ke Sandakan dan Tawau ini. Datuk Speaker. Yang Berhormat Lamag.
Datuk Speaker. Menteri.
Yes?
I
Memandangkan kesesakan begitu ketara di Sandakan ini. Saya mahu tahu apakah status naik taraf Klinik Kesihatan Sungai Manila? Sebab disebabkan kesesakan ini, kita memerlukan macam ah ADUN Lamag kata tadi, tambahan hospital.
… jadi kalau di Hospital Sandakan ini yang diperbesarkan, tempat tiada sudah. Walau bagaimanapun, Klinik Kesihatan Sungai Manila saya difahamkan lulus sudah. Tapi tunggu, tunggu, tunggu sudah dua tiga tahun lulus, sampai sekarang kerja-kerja pelaksanaan fizikal belum lagi dimulakan. Jadi saya ingin tahu, bilakah kerja-kerja ini dimulakan? Dan untuk makluman Yang Berhormat Menteri bahawa Klinik Kesihatan Sungai Manila yang ada sekarang ini, macam mahu roboh sudah. Terima kasih.
Datuk Speaker, boleh saya tambah berkaitan juga? Terima kasih, Datuk Speaker. Dalam satu podcast, Voices in Action, yang baru kita nampak dalam YouTube, bekas Health Director Sabah Dr. Christina Rundi dan seorang pakar obstetrician Dr. Felice Huang termasuk juga dengan dua influencer kita. Seorang itu anak wakil rakyat kita daripada Liawan. Dia orang telah mendedahkan masalah besar di Sabah, di mana doktor tidak ingin dihantar ke Banggikah ataupun pedalaman Sabah. I think this problem dia huge, sampai some doctors mereka sudi bekerja dengan pekerjaan lain, selain daripada expertise mereka ataupun kemahiran mereka, sampailah mereka dihantar ke tempat yang lebih sesuai bagi mereka. So, bagaimanakah Kerajaan termasuk Menteri mencari penyelesaian?
Selain daripada berbincang dengan Federal Government, bagaimanakah kita di state memberikan insentif kepada mereka supaya mereka akan buat sepatutnya, tugas sepatutnya sebagai doktor di seluruh Sabah, seluruh daerah Sabah, biarpun berapa dalam, biarpun berapa jauh dan dalam di Sabah? Terima kasih.
Datuk Speaker, memang saya setuju dengan YB Moyog ini. Saya EXCO Kesihatan pun inilah yang memeningkan kepala saya. Janganlah jauh-jauh,
I kawasan saya sendiri pun di Sugut ini, sangat kekurangan doktor ini. Dan kalau ada doktor dari Semenanjung pun datang di Sabah, kebanyakan doktor-doktor sekarang ini, mereka-mereka ini kadang-kadang anak orang kaya, kadang-kadang tinggal di Lembah Klang dan sebagainya tidak mahu datang Sabah. Jadi perkara ini kita telah pun bincang, macam mana kita supaya dapat ditambah doktor-doktor di Sabah ini terutama sekali di kalangan anak-anak Sabah, sebab itu Kementerian ini kabinet telah pun bersetuju, supaya kita akan memberi biasiswa kepada anak-anak kita yang mengambil medic ini untuk melanjutkan pelajaran, supaya lebih ramai lagi anak-anak Sabahan ini yang bakal menjadi doktor. Sekurang-kurangnya mereka boleh bertugas berkhidmat di kawasan sendiri. Ini sebenarnya, Yang Berhormat, saya setuju, Yang Berhormat. Inilah yang memeningkan kepala, kepala kita, terutama sekali saya pun pening. Kawasan saya sendiri pun kekurangan doktor dan sebagainya. Jadi insya-Allah, Yang Berhormat, inilah kita sama-sama usahakan, kita sama-sama fikir apa yang terbaik untuk menambah doktor-doktor kita di Sabah ini.
Okey.
Okey, saya teruskan, Datuk Speaker.
Kerajaan Negeri melalui Kementerian saya sentiasa berkomunikasi dan bekerjasama dengan KKM untuk menambah bilangan doktor pakar dan petugas kesihatan di Sabah. Isunya ialah jawatan yang tidak mencukupi.
Saya sebagai EXCO Kesihatan telah mengemukakan keperluan tambahan perjawatan kepada KKM dan KKM masih menunggu keputusan pertambahan jawatan ini dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Datuk Speaker.
Yang Berhormat, saya sudah jawab, ah. Yang keempat, untuk tujuan pemantauan projek pembinaan dan naik taraf hospital pula, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Sandakan membuat pemantauan bulanan di samping pemantauan secara harian oleh Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Datuk Speaker, mohon mencelah.
I
Ya.
Yang Berhormat Sugut.
Yes.
Terima kasih. Datuk Speaker, kita maklum bahawa naik taraf di Hospital Sandakan ini paling pun kesannya kepada tidak kepada kepemilikan katil-katil, tidak mencukupi. Sebab kalau sekarang ini patutnya yang masuk ICU pun sudah berada di peringkat emergency sudah, satu perkara. Perkara kedua, saya juga pernah mengutarakan daripada Penggal Pertama Parlimen bahawa mewujudkan satu lagi hospital di Daerah Sandakan dan begitu juga baru-baru ini di Penggal yang Ketiga di Parlimen kita sudah minta. Tetapi perancangan daripada Rancangan Malaysia Ke-10, Rancangan Malaysia Ke-11, Rancangan Malaysia Ke-12 yang berakhir pada bulan julai ini tidak disenaraikan Sandakan ini sebagai keutamaan. Satu lagi dibina hospital, mungkin kalau tidak di Duchess of Kent mungkin di kawasan Libaran yang berdekatan, kerana untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Sandakan ini sudah hampir lebih 500 ribu orang. Tetapi hospital yang ada sekarang ini hanya mempunyai katil mungkin tidak sampai satu ribu. Satu perkara.
Perkara kedua yang apa yang ingin dipertanyakan sekarang ini, contohnya Klinik Kesihatan Batu 7 dalam renovasi, tetapi sekarang ditempatkan di dewan orang-orang tuakah Pusat Kebajikan di Batu 6 kalau tidak silap. Ini yang berlaku akhirnya apa yang berlaku sekarang ini banyak patient yang datang ke sana menaiki bas dua kali. Itu kalau yang naik bas. Kalau yang naik Grab, dia bilang Grab pun sudah kena membayar mahu 40-50 ringgit. Sedangkan klinik ini, Batu 7 ini Klinik-klinik Kesihatan ini sepatutnya charter kawasan Merpati, Batu 7, Sejati, Ujana yang boleh dikatakan kawasan ini yang dipanggil Taman Burung-burung. Perumahan di sana saja pun sudah mahu lebih 10 ribu. Dan apa yang berlaku sekarang kekecewaan demi kekecewaan kepada patient dan rakyat Sandakan, pusat kesihatan ini betul-betul daif sebab di dewan itu aircond pun tiada. Apa pun tiada, tiada tindakan daripada
I Kementerian dan apa lagi daripada PBT dan begitu juga apa yang ditanggung disebabkan masalah dia kerana Kementerian Kesihatan dengan Kementerian yang dikawal selia oleh Kementerian di Negeri Sabah tidak selaras dan ini yang berlaku. Dan saya harap Yang Berhormat Menteri terutama sekali kawasan Sandakan ini senaraikanlah, sebab bulan tujuh ke depan ini kita sudah berhadapan dengan RMK Ke-13. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tapi Mokran punya belum jawab ni.
Yang Berhormat Menteri, lebih kurang soalan yang sama di Sandakan Hospital juga. Saya itu hari kelmarin bahas ada tujuh soalan, tapi saya belum.
Okey.
Sekarang soalan tadi you cakap itu soalan macam saudara yang cakap.
Tidak ada lagi. Ada lagi, ada lagi yang menyoal soalan. Banyak soalan kau ini belum saya jawab. Kau duduk dulu, YB.
Ya, itu Sandakan punya. Sandakan sekarang cakap Sandakan punya hospital. Dalam apa yang saya sebutkan dari news atau yang lain-lain dapat, apa yang saya dapat info, maklumat dari Hospital Sandakan, dia punya slab atau siling mahu jatuh. Sudah ada kelulusan peruntukan 27 juta membaikikan bangunan tanpa lebih kurang 150 katil sekali. Jadi saya tanya di RMK-12 ini peruntukan yang sudah diluluskan 27 juta bila laksana ini kontraktor, ada yang bagi awardkah apakah dan sebagainya?
Ini, YB, 22 juta itu 2025, sekarang baru bermula, ini bulan empat sampai bulan 12 peruntukan 2025, dia sedang maintenance sekarang ini, 22 juta itu sampai
I satu tahun 2025 mah. Betulkah tidak? Ini baru bulan empat mah. Jadi tunggu-tunggulah. Berkaitan dengan ADUN Yang Dilantik, memang saya setuju jugalah, sebab saya pun orang Sandakan, YB. Bila saya melawat di situ tetapi saya setuju juga. Apa yang YB cakap itu memang setuju. Facilities kesihatan kita di Sabah ini memang sangat jauh ketinggalan sebab itu apabila saya menjadi EXCO Kesihatan, alhamdulillah 100 lebih klinik-klinik daif dapat dibina di negeri Sabah ini. (Bunyi tepukan meja) Hampir 100. Kita tengok Klinik-klinik Kesihatan seluruh Sabah ini. Saya cukup bangga bila saya pergi Kudat, saya pergi Apin-Apin, saya pergi Penampang semua klinik baharu. Klinik cantik, Yang Berhormat boleh tengok, dan Sandakan pun dapat beberapa klinik-klinik baharu.
Sungai Manila belum?
Nanti saya jawab, YB. Sungai Manila, sepertimana Yang Berhormat Moyog cakap tadi. YB, YB Sungai Manila. Bukan kerja saya, itu adalah kerja JKR sebab itu saya cakap, kita ini user, yang pembina adalah JKR. Kita sudah serahkan kepada JKR, everything sudah bagi. Tetapi terpulang kepada JKR, takkanlah hari-hari saya tukul kepala JKR, oii mana, bila itu Sungai Manila? Sebab bila klinik ini sudah siap, serah kepada kita, baru kita operate. Kerja saya, tugas kita sudah siap dan Yang Berhormat Dilantik itu memang betul, sepatutnya Sandakan sudah ada satu hospital yang besar, yang kita dapat sekarang ini adalah pembesaran Hospital Sandakan …
…Sepatutnya ada dan kawasan Sandakan ini pun sempit, saya orang Sandakan juga. Saya pun kenapa? Tetapi memandangkan bajet kewangan kita, ekonomi kita belum berapa baik. Dan insya-Allah kalau ekonomi kita baik, Yang Berhormat Parlimen Libaran boleh angkat perkara ini untuk dibentangkan di Parlimen kelak.
I
Yang Berhormat Menteri sila gulung dalam lima minit.
Sekejap jak.
Lamag.
Yang Berhormat Menteri, saya pun hairanlah. Kawasan Hospital Sandakan itu sempitnya bukan alang-alang, dibagi extension lagi. Saya pun tak faham apa dalam otak Kerajaan yang mem, apa ini, memutuskan perkara yang sedemikian. Sedangkan, kita perlu hospital baharu di kawasan yang lapang, bukan di kawasan ditokok tambah. Ini tidak rasional. Jadi seharusnya sebagai Menteri, Yang Berhormat membuat cadangan bantahan bahawa instead of membuat extension, why not kita buatkan satu bangunan baharu untuk kesenangan masyarakat di Sandakan. Ini yang kita mahu, bukan apa ini perkara-perkara yang tidak ada menyelesaikan masalah.
Yang Berhormat Lamag, sebenarnya sebelum saya menjadi Exco Kesihatan, telah pun diluluskan extension untuk Hospital Sandakan. Anggaran kos lebih kurang RM500 juta. Jadi kalau kita mencadangkan lagi satu hospital baharu, saya rasa pun tidak diluluskan juga. Cuma cadangan sahaja. Ini sebelum ini sudah ada extension ini. Ya, Datuk Speaker. Dan insya-Allah, kalau sudah siap extension ini, kita akan cadangkan satu hospital yang lagi besar daripada Hospital Sandakan. Kelak. Okey saya teruskan. Yang Berhormat sebab 1 minit lagi, banyak lagi ini. Keperluan tempat letak kereta, Yang Berhormat Elopura, bertingkat bagi menampung jumlah client yang tinggi di Hospital Duchess of Kent Sandakan diselesaikan dengan tindakan berikut. Pertama, berbincang dan telah pun meminjam tanah SMJK Tiong Hua Sandakan sebelahnya itu. Sekarang kita sesaklah. Kita pinjam itu SMJK Tiong Hua punya. Itu parking sana. Kita pinjam sementara, kita punya bangunan baharu belum siap. Sebab bila bangunan baharu ini sudah kena rata, parking pun kuranglah. Bila sudah parking kurang, kita terpaksa pindah ke SMJK Tiong Hua untuk pinjam dia punya space dulu. Sementara waktu bangunan kita belum siap itu. Di samping itu juga kita telah pun membuat rundingan dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk long term punya sementara ini. Kemudian
I mungkin juga kita akan melihat kemungkinan penglibatan pihak swasta dari segi parking ini. Okey dari segi parking, ada soalan? Okey, nombor enam.
Parking..
Manakala sebanyak…
So, sorry parking, kamu sudah tulis, sudah beri Sekolah Tiong Hua? Maksudnya..
Sudah. Mengikut laporan Pengarah, baharu settle pagi ini. Sudah bincang dengan SMJK Tiong Hua, boleh pakai dia punya space. Untuk sementara.
Dengan mulutkah atau dengan surat black and white?
Apa dia?
Dengan black and whitekah? Dengan suratkah? Ada surat? Ada suratnya?
Ha… itu nanti saya tanya saya punya Pengarah, saya bagi sama Yang Berhormat.
Kalau guna mulut, susah sikit. Kalau ada black and white, senang.
Yes, saya kasi bagi Yang Berhormat. Don’t worry, saya akan bagi. Perbincangan dia pun saya bagi semua.
I
Yes, thank you.
Okey. Manakala sebanyak 21 latihan dan 45 pendidikan kejururawatan lanjutan dirancang untuk setahun melibatkan kluster hospital dan Hospital Kinabatangan dan Hospital Beluran. Okey, ADUN Sri Tanjong. Saya jawab. Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Sri Tanjong. Sesebuah hospital perlu memiliki sekurang-kurangnya 40 perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran untuk mencapai status hospital negeri. Mahu ada 40 subkepakaran. Pada masa ini, Hospital Tawau hanya mempunyai sebanyak 18 kepakaran dan subkepakaran. Manakala, bagi Hospital Duchess of Kent Sandakan hanya mempunyai 16 kepakaran dan subkepakaran.
Untuk makluman tambahan Yang Berhormat. Hospital Tawau sedang dalam proses tender bagi sistem makmal, iaitu Cath Lab yang akan memperluaskan lagi keupayaan hospital dalam merawat pesakit jantung secara intensif. Maksudnya Cath Lab ini Yang Berhormat, kita sudah ada satu mesin angiogram yang bakal disimpan di Hospital Tawau sedang tender dengan kos lebih kurang RM12 juta. Tetap, bukan kita tender, KKM Kuala Lumpur. Bermakna selesai. Apa yang disoal oleh Yang Berhormat kelmarin pasal jantung. Kenapa mahu hantar pergi ke Kota Kinabalu lagi? Tidak lama lagi, kita ada Cath Lab.
Okey, bagi menjawab soalan ADUN daripada Kukusan, Kementerian saya sedar akan kesesakan di Klinik Kesihatan Tawau. Dan mengambil inisiatif untuk menaik taraf dan melengkapkan semua kemudahan klinik kesihatan berdekatan supaya tumpuan pesakit boleh dibahagikan kepada beberapa lokasi klinik. Contohnya, Klinik Kubota yang telah lengkap dengan perkhidmatan pergigian, makmal dan X-ray. Klinik kesihatan Kinabutan pula akan dipindahkan ke tempat yang lebih besar dan Klinik Kesihatan Taman Semarak sedang menunggu kelulusan untuk sewaan baharu.
Saya amat bersukacita maklumkan bahawa lapan unit mesin hemodialisis akan diagihkan ke Hospital Tawau oleh Kerajaan Negeri Sabah. Untuk menjawab soalan daripada ADUN Tungku, tidak semua fasiliti kesihatan di negeri Sabah yang mempunyai perkhidmatan pembersihan dan keselamatan. Menyedari hakikat ini,
I Kementerian saya akan mengambil berat isu ini dan telah mengemukakan keperluan melalui JKNS untuk meluaskan perkhidmatan pembersihan..
Datuk Speaker..
dan keselamatan ke semua fasiliti kepada pihak KKM.
YB Menteri…
Sukacita saya ingin mengumumkan. Okey.
Ya, YB Menteri, saya mengambil maklum apa yang YB Menteri jawab pasal kalau ada orang Tawau, ada sakit jantung, perlu dihantar ke KK. Okey? Jadi, apa yang YB Menteri tadi jawab ialah, okey. Sekarang dalam proses tender untuk mesin angiogram saja. Okey. Itu akan apa, menelan bajet sebanyak RM12 juta. Jadi kalau tender proses ini mengambil masa yang sangat panjang, adakah YB Menteri setuju bahawa Kerajaan Negeri boleh pun menyalurkan peruntukan itu untuk warga Tawau. Sedangkan RM12 juta ini bukan angka yang sangat besar. Itu pertama.
Yang kedua, yang pasal penyakit sakit jantung ini. Bukan semata-mata angiogram boleh buat rawatan. Itu adalah salah satu rawatan sahaja. Macam mana dengan pakar jantung? Tiada langsung pun di Pantai Timur. Apa yang YB Lamag tadi sebut, pakar tak ada di Pantai Timur. Jadi saya ingin bertanya kepada YB Menteri, apakah langkah yang akan diambil oleh YB Menteri selain daripada menunggu, okey, enrolment ataupun pengambilan kakitangan dari KKM? Adakah YB Menteri bercadang untuk employ sendiri. Kerajaan Negeri. Kenapa Kerajaan Sarawak boleh menggaji kakitangan dengan poket mereka sendiri dengan inisiatif mereka sendiri, kenapa Kerajaan Sabah tidak boleh? Jadi saya ingin bertanya. Kalaulah masa itu adalah sangat panjang untuk menunggu sebarang keputusan daripada KKM, sama ada YB Menteri bercadang untuk terus campur tangan dan mengambil tindakan yang sangat tegas. Kerana ini kita soal pasal nyawa. Jangan main-main. Ini soal nyawa. Mesti mahu ambil tindakan yang tegas.
I Lagipun YB Menteri, baru-baru ini Kerajaan Sabah boleh beli nombor plat RM4 juta. Macam mana pula RM4 juta untuk beli mesin ke? Menggaji orang kakitangan untuk hospital ke, itu lagi penting.
Okey, Menteri mahu jawab.
Setuju tak YB Menteri?
Okey. Yang Berhormat. Yang Berhormat kita sedar perkara ini. Perkara ini sudah lama berlaku. Bukan baharu sekarang. Masalah-masalah Exco kesihatan, apa saja masalah saya akan bawa dalam Kabinet seperti hemodialisis. Dan pelan-pelan. Kalau saya yang buat keputusan tidak apa. Tetapi, saya hanya membawa dalam Kabinet sahaja. Dan keluar ke Kabinet untuk memutuskan. Dan saya amat setuju juga dengan Yang Berhormat. Penyelesaian. Bukan Yang Berhormat sahaja bermasalah. Saya sendiri pun bermasalah. Okey. Dan perkara ini saya akan take note dan bawa kepada Kabinet nanti.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri sudah limpas (berlalu) masa.
Sedikit. Quite ah related Datuk… sedikit.
Macam mana nak bawa Kerajaan mahu bubar sudah?
Ah Datuk. Datuk Menteri. Kalau Datuk Menteri ingat soalan saya tahun lepas ah… waktu sidang kita punya perbahasan. Dan Menteri ada jawab. PET scan. PET scan yang sepatutnya dibawa ke Sabah, ada lagi masalah dalam peruntukan ataupun kewangan, kalau saya tak salah. Sudah dia stranded pada waktu itu. Adakah perkembangan berkaitan dengan PET scan ini? Sebab seperti mana yang saya bahas…
I
… pada tahun lepas, tiga tahun sebelum itu, menteri, mantan menteri waktu itu, Khairi Jamaluddin, telah berjanji bahawa dia akan hantar PET-Scan ke Sabah dan menteri ada cakap, sudah diusahakan. Terima kasih.
Yang Berhormat Moyog, kes ini sama juga dengan kes Penampang, Klinik Kesihatan Penampang. Hari itu, kos yang diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia hanya 30 juta. Tetapi, kos sebenarnya ada 44 juta. Jadi, kos itu kena reduce semula lagi. Jadi, syarikat itu kena ubah lagi, kena re-tender lagi balik. Ini dia punya masalah ini.
Ah, Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat yang ditugaskan untuk kesihatan. Saya bimbang kalau pendirian Kerajaan Negeri pada hari ini hanya setakat menunggu dari segi dependency on Federal, empat. 60 bilion duit tidak pun sampai ke Sabah. Langkah-langkah yang konkrit, within your hand, Kerajaan Negeri punya tangan. Jangan tanya Kuala Lumpur. Waktu saya kerja Kerajaan, saya wujudkan Kementerian Kesihatan. You know why? Because saya tidak mahu bergantung dengan Kerajaan Persekutuan kerana nyawa manusia penting, pendidikan, human capital penting untuk pelaburan kita masa depan, anak-anak kita.
Saya bimbang, adakah pihak Kerajaan sedar hari ini hampir 700 orang, satu pakar, Datuk Speaker, have to manage. Ada doktor hari ini yang datang dari Kuala Lumpur tidak mahu kerja. Dia orang sampai sanggup untuk kerja lain, ditawarkan untuk datang ke Sabah, you know? Saya minta apa nama … masalah dari segi perumahan tidak ada, pakar-pakar doktor yang ada. Kemudahannya di luar bandar ataupun di tempat termasuk di Sandakan, termasuk di Beluran, tidak mencukupi tempat untuk menampung pakar ini. Adakah pihak Kerajaan mengambil langkah
I untuk memastikan daripada duit, contohnya di Sarawak. Mereka membina sekolah, tidak tunggu duit daripada Kuala Lumpur.
Dia orang bina sekolah, dia orang bagi bantu, lepas itu Kerajaan Persekutuan berhutang sama dia orang, you know? Bayangkan kita punya duit ada. Bon kita raised 900 juta untuk bayar hutang SIP. Dahulu, last year dan kenapa kita tidak boleh menyelamatkan nyawa? Priority, Datuk Speaker. Adakah pihak Kerajaan very serious dari segi keutamaan nyawa manusia, pendidikan umat yang ada untuk mewujudkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan. Lakukan yang terbaik, duit ada, enam bilion. Keutamaan-keutamaan, kita belanja untuk itu, belanja untuk ini. Saya minta supaya rancangan bukan hanya bawa ke kabinet, esok-esok ada sidang kabinet, pastikan diumumkan Kementerian Kesihatan diwujudkan, Kementerian Pendidikan diwujudkan dan bagi peruntukan, sekurang-kurangnya dalam satu tahun, at least about 500 milion Kementerian itu kerana keutamaan rakyat yang amat diperlukan di Sabah ini.
Datuk Speaker, memang kita sedar. Kita sedar perkara ini tetapi Yang Berhormat Senallang, keadaan ekonomi Sabah dan Sarawak itu berbeza. Pertama, dari segi landscape dia pun sudah berbeza. Yang kedua, Sarawak ini mempunyai peruntukan yang besar dan masalah pun mungkin ada kurang sedikit. Di Sabah ini, kita lebih banyak tumpukan kepada jalan raya. Banyak tumpukan kepada elektrik.
Banyak tumpukan kepada air.
Jadi, kadang-kadang kita terlupa Kementerian Kesihatan ini. Sebab itu, apa saja masalah dalam kesihatan ini, saya akan, bukan saja saya cakap dalam kabinet tetapi saya juga akan cakap di mana-mana media dan sebagainya. Sebab itu, Exco Kesihatan yang paling lantang bercakap dalam mesyuarat di Putrajaya adalah daripada Sabah. Saya bercakap sampai satu jam kerana masalah kesihatan di Sabah ini. Pertama ...
Yang Berhormat, kita tidak nafikan Yang Berhormat bercakap, tapi apa hasilnya? Supaya rakyat mahu hasilnya. Bercakap berjam-jam pun, kalau hasilnya tidak ada, buat apa? (Ahli Dewan tepuk meja)
I
Yang Berhormat, sebelum saya menjadi Exco Kesihatan, kita tidak ada klinik daif dengan konkrit. Sekarang kita ada konkrit lebih kurang 100 lebih. Dulu klinik kayu. Sekarang sudah klinik konkrit. Setiap tahun kita dapat 43 juta peruntukan. (Ahli Dewan tepuk meja) Pertama. Yang kedua, dulu tidak ada Kerajaan terdahulu pun yang memberi bantuan kepada Exco Kementerian Kesihatan, JKNS. Hanya Kerajaan SMJ saja yang memberi lapan juta kepada Kementerian Kesihatan. Sebagai sumbangan Kerajaan Negeri kepada Federal. Dulu Kerajaan tidak ada. Saya difahamkan kemarin, sumbangan parti sebelum ini baru satu juta saja. Di bawah SMJ ada lapan juta.
Tidak ada peruntukan. Saya nak nyatakan kepada Yang Berhormat, perbetulkan keadaan itu, fakta itu. Itu silap. Masa COVID yang ada, Kerajaan Warisan memerintah dahulu. Kita belanja 600 juta untuk menyelamatkan nyawa manusia. Vaksin kita beli daripada China. Mask kita beli. Kita bagi peruntukan setiap frontliners kesihatan, pendidikan. Untuk menyelamatkan nyawa manusia. Waktu itu COVID. Takkan Kerajaan GRS belanja cuma lapan juta lebih baik daripada Warisan yang ada. (Ahli Dewan tepuk meja)
Yang Berhormat ...
Yang Berhormat Menteri ...
… kalau hari ini ...
Sila gulung.
I
... yang hari kalau sekiranya ...
Ini perbahasan yang baru sudah ini.
Datuk Speaker, kalau sekiranya …
Ucapan penggulungan.
... Sabah dilanda COVID bukan lagi 600 juta, mungkin satu bilion lagi kita bagi.
Terima kasih. Sudah?
Ada lagi. Ini banyak. Banyak saya punya tetamu ini. Macam mana ini Datuk Speaker? Cukup?
Ini masa sudah laluan, limpas (lalu).
Saya balik-balik sudah bagi laluan, Datuk Speaker ...
Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Menteri.
… sebelum saya mengakhiri ucapan..
Yang Berhormat Menteri.
I
… penggulungan saya ...
Tadi yang terakhir, Yang Berhormat Menteri sebut soal Tungku ya?
Last ah? Yang terakhir. Habis soalan saja atau minta penjelasan.
Okey.
Tapi boleh berikan dalam pertulisan secara.
Mengenai sisa klinikal, Klinik Kesihatan Tungku yang mana Yang Berhormat Menteri bagitahu tadi memang tidak ada peruntukan. Apa ini, tidak semua klinik kesihatan diberi peruntukan untuk tujuan tersebut. Bolehkah Kementerian Yang Berhormat mengambil satu langkah jangka pendek. Bagi menyelesaikan masalah tersebut. Yang pertama. Yang kedua, saya mahu bertanya status Pusat Dialisis Tungku yang sebelum ini di mana kapasiti dia sepatutnya boleh cater untuk 20 orang pesakit. Tetapi saya dibagitahu yang pesakit ini masih lagi mendapat perkhidmatan di Pusat Dialisis Lahad Datu dan begitu juga dengan perjawatan, kakitangan yang akan bekerja di pusat dialisis tersebut. Bagaimana status dia sekarang? Dan kalau belum selesai, apakah tindakan Yang Berhormat Menteri lakukan di masa akan datang? Terima kasih.
Yang pertama berkaitan dengan klinikal ini. Memang ini bukan macam sampah biasa. Sebab itu kita suruh SEDAFIAT. SEDAFIAT yang bertanggungjawab kerana beliau yang mempunyai kontrak pusat dengan KKM. Cuma SEDAFIAT saja yang boleh mengambil sisa bahan radioaktif. Orang lain tidak boleh ah Datuk ini kena kena anulah. Yang pertama. Yang kedua, berkaitan dengan mesin dialisis.
Boleh Yang Berhormat Menteri arahkan SEDAFIAT untuk buat kerja itu?
I
Ya insya-Allah saya akan arahkan Yang Berhormat.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sila gulung dalam tiga minit.
Satu lagi, berkaitan dengan mesin dialisis itu. Kita sedar bahawa apabila mesin itu ada di Tungku. Yang Berhormat. Memang kita kekurangan kakitangan. Sekarang ini kita tengah melatih kakitangan untuk ditempatkan di Tungku dan mana-mana penerima perkhidmatan mesin dialisis ini, masih lagi ada yang di Lahad Datu kerana mereka kekurangan pekerja untuk mengendalikan mesin dialisis. Jadi sebelum saya mengakhiri ucapan, penggulungan saya, Datuk Speaker, bersempena dengan bulan Syawal yang masih diraihkan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua rakyat Sabah.
Menteri, saya punya jawapan belum jawab lagi.
Apa lagi?
Tujuh soalan. Saya kelmarin yang bahas itu.
Apa lagi satu?
Tujuh soalan. Belum jawab saya.
Apa lagi yang satu? Cuba kau cakap.
I
Hanya satu yang jawab sudah ialah parking kereta saja. Yang lain-lain belum ada.
You sudah jawab mah tadi. Sini enam sudah saya jawab. Nantilah kita di luar, saya jawab.
Ini yang ...
Yalah you cakaplah apa you, you cakap ini. You cakap apa?
Ya. Kamu ada rekod bah.
Saya ada rekod. Saya punya rekod enam saja.
Itulah. Tujuh soalan.
Semua sudah saya jawab mah. Kau tengok, you tengok you punya ini. Enam, you punya soalan, enam. You punya soalan enam mah sini ...
Yang tadi itu, Yang Berhormat ialah berada di luar. Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Ya, you di luar tadi.
Sila teruskan.
Datuk Speaker, boleh bagi satu soalan lagi?
I
Tiada lagi. Kita gulung habis sudah.
Nantilah. Nanti YB-YB kita runding di luar saja.
Memang dia banyak soalan berkenaan dengan kesihatan.
Datuk Speaker, selamat bercuti sempena Good Friday. Selamat bekerja Hari Pekerja. Selamat Hari Ibu. Selamat Hari Wesak dan selamat menyambut perayaan Pesta Kaamatan. Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan pada bulan Mei. Dengan itu saya sudah …
… sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT. Saya menyokong. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih. Yang penting semua Ahli-ahli Yang Berhormat semua sihat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawan. Silakan.
1.30 tengah hari
Terima kasih, Datuk Speaker. Selamat petang, salam sejahtera saya ucapkan kepada semua rakan-rakan di sini.
Dalam 30 minit.
I
Ya. Izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesempatan diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan atas ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-16 pada 10 April 2025.
Tuan Speaker, sememangnya seperti dibahaskan sepanjang sesi ini, memang satu consensus yang kita ada dalam Dewan yang mulia ini adalah pembangunan sektor perindustrian memainkan peranan yang penting untuk memastikan kemajuan dan kemakmuran negeri Sabah dan ianya berupaya untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk Sabah dan untuk kebaikan rakyat negeri ini, menjadikan Sabah sebagai destinasi pelaburan utama dan mesra pelabur dan seterusnya membangunkan lebih kilang-kilang untuk anak-anak Sabah selaras dengan kita semua punya harapan.
Oleh itu, Kementerian saya sentiasanya membantu, menyelaras dan berusaha untuk menarik pelaburan dan dengan State Manufacturing Investment Task Force yang diterajui oleh Kementerian saya, kita berusaha, untuk bukan sahaja menarik pelaburan masuk, merealisasikan pelaburan dan seterusnya membangunkan industri tempatan.
Tuan Speaker, momentum kemasukan pelaburan ke negeri Sabah dijangka akan terus meningkat pada tahun ini dan tahun-tahun yang berikutnya. Sukacita diumumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Sabah telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM2.47 bilion dalam sektor pembuatan bagi tahun 2024 berbanding RM1.51 bilion 2023, iaitu kenaikan 63.6%, bersamaan dengan RM959 juta. Tambah pula, pertumbuhan GDP dalam sektor pembuatan tahun 2023 adalah 4.4%, ini juga menunjukkan satu trend peningkatan yang positif dan tahun itu, tahun 2023, kenaikan 4.4% itu adalah tertinggi berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.
So, ini menunjukkan kita dalam trend landasan yang positif walaupun berdepan banyak cabaran juga. Saya yakin, tahun ini optimistik. Kita akan mencatat kemasukan pelaburan yang lebih tinggi dan kita akan terus merancang khususnya
I untuk sektor pembuatan dan perindustrian supaya kita dapat menjayakan industri yang kita sudah lama berilham dan bercita-cita.
Tuan Speaker, sebelum saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Secara spesifik, saya, saya amat setuju dengan pandangan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini yang telah menyentuh berkenaan dengan sektor perindustrian dengan memberikan penekanan kepada downstream activity.
Saya, banyak kali kita telah bertukar fikiran, mendengar dan menerima pandangan dan idea daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengambil kesempatan ini untuk bersetuju bahawa kita sebagai rakyat Sabah, tak kira apa latar belakang politik, kita mesti memajukan industri dan wujudkan downstream activities untuk Sabah. Kerana ini adalah satu-satunya cara untuk memastikan Sabah ke arah maju jaya. So, saya bersama dengan Kementerian saya memang sangat committed untuk memastikan downstream activities dapat kita jayakan. Walaupun bukan senang, kita berdepan dengan banyak cabaran dan cubaan, tapi dalam beberapa tahun ini kita telah melihat ada satu potensi dan ada usaha-usaha, although small steps, tapi kita dapat ada pencapaian-pencapaian, achievement yang kita telah meraihkan over the past few years.
Kementerian saya juga bertekad, bukan sahaja downstream activities dan berikutnya kita nak membangunkan Sabah sebagai satu export oriented state. Bukan sahaja eksport raw materials, bukan sahaja eksport bahan-bahan mentah, tapi kita nak menjayakan downstream supaya kita ada produk-produk yang bernilai tinggi, bertambah nilai supaya ianya dibuat di sini untuk dieksportkan ke seluruh dunia dan kita dapat lihat sekarang dunia ini facing major shift, major change. Oleh kerana ketidaktentuan geopolitik dunia, kita sudah lihat ada keperluannya untuk kita memastikan rantaian bekalan yang resilient untuk Sabah dan membangunkan industri-industri tempatan untuk Sabah.
So, ini adalah sesuatu yang saya setuju. Saya banyak mendengar Ahli-ahli Yang Berhormat, semua saya terima dengan hati terbuka dan saya akan memastikan
I Kementerian memainkan peranan supaya memastikan pandangan-pandangan yang diterima itu, kita dapat jayakan.
Ya. Nanti dulu, nanti dulu. Itulah sebab dalam satu tahun ini, saya telah menjalankan jelajah ke industri-industri tempatan kerana kita tahu, kita tak boleh bergantung kepada pelaburan asing saja. Itu saya amat setuju, saya telah menyantuni industri-industri tempatan di seluruh Sabah, setakat ini saya telah melawat ke 55 kilang tempatan dan saya dengar apakah pandangan mereka, bagaimana kita boleh membantu mereka upscale dan membesarkan industri mereka, membesarkan kapasiti mereka supaya boleh wujudkan satu rantaian bekalan yang resilient untuk Sabah.
So, itu adalah selaras dengan kita punya komitmen. Saya bersama dengan industri-industri tempatan melalui program seperti SME-UP, seperti penyertaan kepada expo antarabangsa dan seperti pemberian mesin kepada mereka untuk membantu meningkatkan kapasiti mereka supaya kita punya produk-produk anak-anak Sabah dapat kita eksportkan ke negara asing.
So, sepanjang sesi ini, saya amat setuju. Kita mesti membantu membina satu industri yang berdaya saing untuk Sabah supaya kita tidak bergantung sangat kepada import. Almost everything, termasuk building materials masuk ke Sabah dan tidak bergantung sangat eksport raw materials dan bahan-bahan mentah kita. Kita mesti kekalkan sebaik mungkin semua bahan-bahan mentah, khazanah kita di Sabah supaya kita boleh dibangunkan sebagai satu industri yang mantap dan mampan.
Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat, I think I give the floor to you first, Yang Berhormat, okey. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Senallang, berhubung dengan berapakah pelaburan yang telah direalisasikan berdasarkan 6.5 bilion dalam Dasar Kerajaan itu. So, untuk jawapan itu, sebanyak 2.47 bilion itu adalah sektor perindustrian, iaitu di bawah tanggungjawab saya. Yang lain itu adalah sektor utama dan sektor pertanian dan pelancongan dan sebagainya. So, dalam … kalau kita zoom in figure itu, 2.47 bilion itu, iaitu hasil pelaburan daripada 14 syarikat dan maklumat diperoleh daripada Lembaga Pembangunan
I Pelaburan Malaysia (MIDA) mendapati bahawa 14 buah syarikat ini, terdapat lapan buah syarikat ataupun 1.04 bilion telah direalisasikan, yang baki itu kita sedang bantu realisasikan ataupun menyelaraskan dari segi DP dan BP dan sebagainya. Tuan Speaker, sudah tiba masanya kita merancang dan menyediakan taman-taman perindustrian yang baharu. Kalau kita lihat, the last time kita ada perancangan untuk taman perindustrian adalah …
…15 tahun yang lalu, so sudah tiba masanya kita, boleh kita melihat keperluan bukan sahaja keperluan pelaburan asing tetapi keperluan pelaburan untuk domestik kerana kita mahu bantu industri-industri tempatan untuk dapat dana, untuk membesarkan kilang-kilang mereka dan oleh kerana satu faktor lagi tadi saya sebutkan, ketidaktentuan geopolitik dunia, kita mesti ada tanah sebagai kita punya aset untuk ada tempat kita bangunkan industri. So...
Datuk Menteri, boleh minta penjelasan?
Ya, silakan.
Terima kasih Datuk Speaker.
Datuk Menteri cakap tadi bahawa realized investment, I did not really hear the figure, your realized investment but Datuk Menteri ada cakap pasal pelaburan resilient. What is the current investment di Sabah yang you have identified sebagai resilient? Dan sama ada our legacy problem berkaitan dengan kekurangan electricity, infrastructure, I have done many other connectivity yang tidak sihat di Sabah. Are these the factors that are not luring people to come in?
And what sort of industry yang masuk?
Selain daripada yang diumum balik-balik, iaitu SK Nexilis, Kibing, dan others. What is this resilient investment that Datuk Menteri is talking about?
I
Saya bagi satu contoh untuk what kind of industry kita sasarkan. Contohnya, copper foil yang salah satu komponen untuk EV battery, memang betul SK Nexilis kita sudah beberapa kali kita sebutkan di sini, saya tak payah kita panjang lebar untuk bincang pelaburan ini tetapi kalau kita lihat ini memang salah satu kekuatan yang kita boleh raikan. Kita ada copper, I think Yang Berhormat pun tahu.
Tetapi, YB Menteri, The SK Nexilis investment is copper for battery tetapi it's meant for export. It is not end product di Sabah.
Yes, yes, yes.
So, I'm wondering kalau end product di Sabah boleh dibuat with the raw material that you have.
Macam Datuk Menteri cakap, we do not need to export raw material but we have enough raw material to cover what they want. But these raw materials at the same time macam copper that is exported from outside of Sabah and landing in Sabah are cleaned here.
Ya.
Digressing soalan, kenapakah, adakah storage bagi wastage selepas clean up of this collected coppers from outside? Atau pun Garbageslah, I call it, that comes in here and kena filter di sini. Adakah storage kita and adakah ini mengikuti SDG punya requirements? Terima kasih.
Ya, memang bagi kumpulan SK ini, dia mesti ikut amalan SDG. Kalau tidak dia mesti ada kelesterian alam sekitar yang mereka mesti ikut kerana mereka merupakan satu conglomerate besar antarabangsa. Mereka mesti ada satu kriteria untuk mereka ikuti. So, untuk waste itu, memang dia mengikuti kita punya peraturan yang sedia ada dan undang-undang yang sedia ada. Dia masuk itu copper dan dia buat granulation di sini supaya dia dijadikan sebagai satu bahan mentah untuk
I mereka menghasilkan itu copper foil. So, itu adalah, walaupun itu dia memasukkan ataupun mengimportkan copper dari semua tempat tetapi itu sebagai raw material mereka tetapi dia kasi granulate dan dia boleh dijadikan semula sebagai satu bahan mentah yang mereka memerlukan dan saya sudah jawab.
Yang Berhormat Menteri, berapa banyak in percentage wise?
I think almost everything.
You mean 100% of the wastage comes in?
I need to check, I need to check tetapi saya rasa kebanyakan adalah import.
I disagree. I think ada problem ni because kalau dia sampai sini, the extraction is only on some of these materials. So, what happens to the materials that they call pure wastage? Yang tidak akan diguna.
Totally agree. Ya. I can give you extra info, additional info…
…and in Sabah, dimanakah storage ataupun compression storage bagi wastage ini? Because ini adalah membahayakan kita punya soil as well as probably…
I think...
…leakages kepada rivers and other neighbouring areas.
I think most of the items ataupun waste ataupun by-products yang dihasilkan
I dari kilang itu, dia telah dikitar semula ataupun dipakai guna semula. So, I will check, I will give you the concrete and more specific answers from that. Dan untuk, sebentar, sebentar, untuk menjawab itu, sebagai contohnya copper, kalau kita dapat mine itu copper untuk SK Nexilis, sebagai contohnya, so kita tak payah import lagi copper dari luar negara. Kita boleh pakai kita sendiri punya khazanah, lebih murah dan lebih resilient. Dan seterusnya kita boleh menggalakkan untuk buat battery di Sabah.
So, itu adalah harapan kita supaya kita boleh membina satu rantaian bekalan untuk Sabah.
So, itu adalah kita punya harapan.
So, Yang Berhormat Senallang.
Saya bertanya Datuk Speaker tentang industrial development in Sabah kerana perkara ini cukup penting, bukan hanya untuk memberi peluang pekerjaan, return on investment to Sabah. Kita tak mahu dengar copper is there, silica is there, but who benefit most? Is it revenue into Sabah or revenue to those investors coming in? Jadi, penting kepada kita, kita kena investment and money borrowed. Sometime, kita bagi pinjam kepada mereka, duit. Ada di antara pelabur datang dari luar negara they don't use the money from outside. They bring the technology they have, whatever it is but they borrow money inside the country. Jadi, itu dia punya turnover tidak ada.
Itu yang saya beritahu.
Seumpama apabila saya bagi pinjam AirAsia RM300 juta.
Hampir lebih separuh sudah dibayar dan saya tekankan, …(kurang jelas), steward, stewardess, pilot, engineer, anak-anak kita, Sabah. Dan saya mahu supaya hub Asia di Sabah. Saya mahu supaya direct flight daripada Bali, Indonesia, datang, pelancong. But when you mention about copper just now the waste yang ada tadi, total waste. Saya bimbang kerana kita di antara hasil yang diperolehi, pelancongan. Kalau perkara ini tidak diurus dengan baik, sektor pelancongan will be affected badly. Dari sebelum itu, satu.
Yang keduanya juga, saya apabila menyentuh tentang industri ini, downstream. We have all the resources yang ada. Silika, saya dah sebutkan. Kenapa kita tidak boleh produce panel, solar panel in Sabah itself to the maximum yang ada? Negeri Sembilan, di Semenanjung, mereka mengeluarkan, ya.
Di Melaka dan mereka mengeluarkan solar panel untuk keperluan solar yang ada. Tetapi, kita silika yang ada.
Pasir daripada Belambangankah, daripada mana-mana tempat.
Ini pun kita
I jual pasir.
Dan ini saya bimbang Yang Berhormat Datuk Menteri, kalau sekiranya perkara ini tidak dijelaskan, saya ingin perincian, ya. How do you manage the waste that you have done, ya?
Dan saya nak juga tanya tentang downstream. Apabila tadi disebutkan daripada berapa peratus but some of it daripada pertanian yang ada.
As if that you are operating in silo, ya.
Kenapa sektor pertanian downstream, kita nak kan supaya contohnya, nanas yang ada. Saya dah bangkitkan dalam perbahasan saya, kenapa tak boleh keluarkan industri? Untuk mengeluarkan gula-gula, kek nanas yang ada, jus nanas yang ada kerana ini akan bagi pekerjaan kepada anak-anak kita di Keningau, di Penampang. Bukan daripada Korea, bukan daripada tempat lain.
Terima kasih. Beberapa soalan daripada Yang Berhormat Senalang. Untuk waste copper ini, saya yakin bahawa SK kilang ini telah pun menepati syarat-syarat ataupun kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Dan sekiranya Yang Berhormat perlukan maklumat yang terperinci bagaimana mereka mengurus waste itu.
Kita boleh bagi maklumat tetapi saya yakin mereka telah mengikuti peraturan-peraturan yang telah pun ditetapkan. Syarat yang sangat tinggi tetapi mereka sudah mengikuti syarat-syarat yang telah pun ditetapkan. Untuk downstream, seperti yang saya katakan tadi.
Before you go downstream just now, saya tanya tentang waste tadi. Where do you put the waste yang ada?
Ya, ya…
Storage dia.
Which is very important for us to know. Saya tak mahu nanti dulu masa saya jadi Ketua Menteri, ada daripada semenanjung minta Datuk Seri kami simpan di pulau satu. No, no, no. It reflect our tourism sector yang ada. Saya nak tahu di mana? Pasal kita kena belajar di Ranau tahu.
Copper Mamut yang ada.
Bagaimana
I implikasi kesihatan anak-anak cacat, handicap pasal air tercemar? Now I want to know, where are the waste that you put?
Yang Berhormat, terima kasih seperti yang saya jawab, Yang Berhormat Moyog tadi saya percaya dan saya difahamkan, correct me if I'm wrong. Nanti saya akan bagi maklumat yang terperinci kepada Yang Berhormat Senalang, bagaimana mereka mengurus sisa ataupun waste untuk kilang SK ini. Tetapi saya percaya…
Banyakkan, most of the waste telah pun dikitar semula ataupun dipakai guna semula untuk essokinesis. Untuk mungkin aa Cooper-related industry yang lain mungkin dia ada waste yang tidak boleh dikitar semula. Tapi untuk essokinesis ini kalau tak silap kita, telah pun memastikan mereka telah menggunapakai aa waste mereka sepenuhnya. Tapi saya akan bagi maklumat secara terperinci nanti secara bertulis.
Datuk Menteri, that includes juga jawaban berkaitan dengan I forgot to mention waste yang mereka recycle and turn into other by product to find. What about dia punya liquid waste, which you cannot convert to anything else? Thank you.
I will finish the detail for you. Thank you so much. Ya, untuk downstream, saya sama setuju seperti kita telah banyak bincang di Dewan yang mulia ini seperti saya katakan tadi. Aa semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini sudah tentu dalam satu consensus yang sama, yang mana kita mesti membangunkan downstream industri untuk Sabah. Saya bagi beberapa contoh yang Kementerian saya bersama dengan agensi-agensi lain, untuk sedang giat berusaha untuk membangunkan downstream. Coconut, coconut kita berusaha untuk membangunkan virgin coconut oil, downstream. Kelapa sawit, kita berusaha untuk membangunkan tocotrinol ataupun
I sesuatu yang dikenali sebagai super vitamin E. So, itu adalah downstream yang kita sedang usahakan.
Satu lagi, kelapa sawit kita sedang usahakan buat feedstock untuk Sustainable Aviation Fuel (SAF). Satu feedstock sebagai Sustainable Aviation Fuelpun sebagai satu rantaian downstream, dan kita pun sedang berusaha untuk menjadikan seaweed sebagai kerajinan, dan beberapa lagi mineral water dan sebagainya. Kita sedang dalam berusaha untuk saya bagi beberapa contoh saja, untuk wujudkan downstream di Sabah. So, memang kita berusaha. Ini adalah harapan kita, bukankah kita mahu semua ini eksport saja. So, itu bukan kita yang mahu. Ya, silakan.
Yang Berhormat Menteri, you go mentioned about just now dari segi kelapa sawit, downstream. Dahulu kita luluskan tiga tempat, satu di Sandakan satu di Tawau dan satu di Keningau, onsoi. Ya, masa itu Yang Berhormat menjadi Menteri, mungkin ingat bila saya luluskan. Cuma satu saja di Tawau, iaitu standard yang ada “Bess”. Tapi saya ingin bertanya, downstream yang ada di Keningau bukan tidak boleh dibuat, downstream di Sandakan mungkin tidak boleh dibuat tapi link it up with the market.
Masa saya Menteri Perdagangan Dalam Negeri di Kuala Lumpur, saya insist semua supermarket yang ada di Kuala di semenanjung bukan hanya di Kuala Lumpur “Malaysia Bess”. You know the label ‘Malaysia Bess’, I was the one who created that. Semua produk yang ada mesti dijual, ini produk tempatan ya, dan saya minta Tesco, saya minta Giant bukan hanya jual di Malaysia, bawa di mana cabangan mereka di Singapura, di Dubai, supaya ini salah satu pendekatan yang boleh membolehkan hasil keluaran Sabah. Pasaran dia bukan hanya bergantung dengan pasar raya yang ada di Sabah, mungkin di peringkat luar juga. This is where I think, saya cadangkan yang bab itu, tapi yang tadi itu, kenapa minyak masak yang ada di Keningau tak dapat direalisasikan. Harganya cukup baik berbanding dengan minyak masak yang dijual daripada Kuala Lumpur.
Saya setuju Yang Berhormat.
I
Minta tambahan sikit.
Ya, silakan.
Yang Berhormat, sedarkah bahawa Sabah ini wanted of kita punya area ini, di tanam dengan kelapa sawit. Malangnya Kerajaan Negeri tidak buat satu inforcement mandatory instead of hasil dia banyak GLC-GLC daripada semenanjung bawa balik kekayaan ke semenanjung tidak dibelanja di negeri kita. We should inforce them buat downstream activity, khususnya di Kinabatangan. Empat puluh lebih kilang but we get nothing, we got rubbish. Seharusnya kerajaan buat inforcement bahawa kamu boleh berniaga di tempat kami tapi beri pulangan kepada rakyat Sabah. Ini yang perlu kita laksanakan.
Yang Berhormat Lamag, saya perlu tepuk tangan, ini memang saya setuju. Kerana saya rasa kita sudah banyak berbincang dalam Dewan yang mulia ini, kelapa sawit yang kumpulan-kumpulan besar dari semenanjung datang sini, beratusan hektar telah pun dibagikan kepada mereka. Mereka bawa raw material, CPO yang ada pergi ke semenanjung, itu sudah kita banyak kita utarakan. Saya memang, saya berdekat untuk menjadikan downstream ini. Itulah sebab kita selama ini, kerajaan sebelum inipun mengenakan cukai jualan negeri yang tinggi aa untuk mengehadkan mereka tapi mereka hantar juga. So, itu adalah sesuatu yang kita perlu kerjasama. Ini di bawah kawal selia MPOB juga, Kementerian aa di Persekutuan pun memainkan peranan. Kalau boleh, kita pun kena minta Kerajaan Persekutuan, Kementerian Komoditi untuk memainkan peranan untuk memastikan kilang-kilang, industri-industri kelapa sawit untuk menjadikan downstream di Sabah, bukan saja menjadikan apa CPO. Sampai hari ini kita langsung tidak ada satu downstream yang kumpulan-kumpulan besar yang tinggi.
Yang Berhormat Menteri, sila teruskan dengan penggulungan. Lima minit lagi.
Saya quickly related Menteri.
I
Jangan panjangkan ucapan itu, penggulungan. Jawabkan itu soalan.
Tahun lepas Menteri ada cakap problem kita dalam oil industry, gas adalah regulation beyond state regulation ataupun state control, November tahun lepas ini di Dewan, adakah perkara ini sudah diselesaikan?
Oil and gas ataupun oil palm?
Oil and gas. Petroleum, oil and gas.
Oil and gas. Ada ...
So that was one of your concern …
Dari segi penyertaan vendors ataupun contractors dalam bidang oil and gas, dia ada peningkatan, nanti saya boleh perincikan.
Yang Berhormat Menteri, kalau izin lima minit lagi, tolong jawab persoalan saya status kilang semen di tengah-tengah hutan Pinangah?
(ketawa)
Menteri, saya punya soalan, aa saya mahu tanya lagi. Saya tunggu kamu yang jawab.
Tapi yang Berhormat Elopura macam kemarin tidak ada soalan.
Iya, Itu yang saya mahu tanya soalan.
I
Tidak boleh, tapi tiada dalam ucapan perbahasan, datuk aa YB.
Iya, tiada soalan yang baharu.
Tidak boleh buat soalan yang baharu lagi.
Soalan yang baharu.
Kalau ada apa-apa boleh beritahu, nanti saya suruh apa pegawai untuk bagi jawaban,
Sebab tadi dalam sesi soalan dan jawabannya, dalam sesi soalan dan jawabannya.
Itu memang akan diberikan kepada Yang Berhormat.
Ya, itu yang treated water.
Mesti-mesti kita akan finish itu answers. Tapi Speaker, saya mohon teruskan secara cepat.
Yang Berhormat Menteri, jawaban saya berkenaan dengan silika.
Iya ada, dalam itu.
Ada? Okey, saya tunggu.
Datuk Speaker.
I
Kalau kurang mencela cepat dia habis jawaban.
Datuk Speaker, kalau boleh bagi masa tambahanlah sebab sayapun bahas tentang peluang pekerjaan. Kita mahu dengar, kita tunggu-tunggu sudah ini, lama sudah ini. Bagi masa sedikitlah Datuk Speaker pada menteri untuk menjawab.
Sabar. Sabar.
Okey. Terima kasih Datuk Speaker. Itu sebab saya katakan tadi, keperluan untuk mewujudkan taman-taman perindustrian adalah sangat penting untuk sekarang. Memandangkan keperluan bukan sahaja pelaburan asing tapi untuk industri tempatan untuk meningkatkan kapasiti. So, itulah sebab Kementerian saya sedang merancang tiga taman perindustrian yang baru, iaitu di Kota Belud, di Kudat dan di Beaufort dan apa yang dicadangkan oleh Usukan adalah sangat betul. Tiap-tiap taman perindustrian dia ada kekuatan sendiri ataupun kelebihan sendiri. Kita akan melihat apakah kelebihan di sana untuk merancang dan membina aa taman perindustrian yang itu.
So, semua taman perindustrian yang kita sedang merancang itu kita mengguna pakai konsep plug and play, iaitu kita merancang bukan sahaja buka satu tanah untuk taman perindustrian sahaja. Kita memastikan utiliti di sana adalah mencukupi ataupun mengikut keperluan semasa, dan untuk memastikan aa seperti yang sangat kritikal yang telah pun banyak dibincang dalam Dewan yang mulia in. Memastikan bekalan air dan elektrik adalah mencukupi untuk taman-taman perindustrian yang baru. So, ini kita kena bersiap sedia untuk aa satu konsep yang baharu untuk taman perindustrian.
So saya skip, untuk soalan daripada Tungku berkenaan dengan aa membangkitkan keperluan perancangan untuk mengelakkan isu pemindahan aa penduduk. Tapi, Tungku tidak ada, saya mohon bagi dia jawapan bertulis. Setiap, Tuan Speaker, setiap cadangan pelaburan sama ada domestik dan asing yang direalisasikan telah
I diteliti dengan baik tanpa mengkompromikan keperluan domestik. So, itulah sebab apabila kita merancang …
… taman-taman perindustrian yang baharu, kita kena memastikan ianya tidak akan kompromikan keperluan domestik. So, tidak timbullah persoalan bahawa kita merancang taman perindustrian yang baharu ianya akan makan semua bekalan air dan elektrik. Kerana apabila kita rancang, ianya bukan mengguna pakai kapasiti yang sedia ada. So, itu adalah sangat penting yang saya nak tegaskan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa Esteel telah mendapat lesen. Nanti, nanti. Lesen pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975. So, ini telah pun diluluskan. So, ini saya sebagai makluman kepada semua. Esteel telah mendapat FML dan ianya akan distart dimulakan dalam tahun ini juga. So, kita sedang menyelaraskan beberapa persiapan untuk pelancaran projek ini. So, ini sebagai makluman kerana ramai yang bertanya di luar sana.
So, saya juga ingin, tadi saya telah memberi ada Ahli Yang Berhormat bertanya berkenaan dengan POIC. Sukacita, Tuan Speaker, saya tadi saya dalam sesi soal jawab saya telah menjawab secara terperinci apakah perancangan, apakah status di Lahad Datu. So, saya mohon skip soalan tersebut. Begitu juga untuk SOGIP. Saya telah maklumkan tadi, Esteel akan melancarkan pembinaan mereka. So, ini merupakan satu berita baik bahawa kita ada satu Esteel industri masuk ke Sabah dan ianya akan membantu untuk rantaian bekalan building materials untuk pembangunan Sabah.
Dan saya juga ingin memberitahu tadi dalam sesi soal jawab, saya telah menyebut tentang kerjasama antara Kementerian dan juga JETAMA. Bahawa kita sedang mengkaji proof of concept untuk membangunkan industrial water untuk supply kita punya industri-industri. Industrial water ini adalah tak payah terawat, ianya adalah grow dan ianya boleh memenuhi keperluan untuk industri sahaja. Supaya ianya tidak memberi beban kepada pengguna domestik.
I
Yang Berhormat.
Ya.
Yang Berhormat belum menjawab persoalan saya.
Mana satu?
Saya tanya apa status kilang simen tengah-tengah hutan?
Ini, dalam, dalam, dalam.
Ya. Your masa sudah mahu habis.
Tidak, tidak, tidak.
Untuk makluman Yang Berhormat, dalam pengiraan kita mengundang investor, saya sedih sedikitlah. Dua kali pergi tandas, tandas tidak ada air. Jadi, macam mana kita nak mengundang investor dalam rumah kita pun tidak ada air.
Ya, terima kasih, Yang Berhormat. Saya seperti saya katakan tadi, apabila kita menyelaras sebarang cadangan pelaburan, kita ada perancangan. Kita mesti memastikan kita dapat memberi ataupun satu jaminan ataupun satu keperluan kepada mereka untuk membekalkan bekalan air dan elektrik. So, itu adalah kita punya komitmen. So, itulah saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, kita berhati-hati. Bukan semua pelaburan yang masuk, kita bantu
I menyelaraskan.
Kalau memang macam raksasa yang makan elektrik yang terlampau tinggi, seperti data centre dan sebagainya, memang buat setakat ini memang tidak selaras ataupun tidak relevan untuk pembangunan Sabah. So, itu adalah kita punya cara. Kita membantu menyelaraskan pelaburan, mengikut apa yang kita ada sekarang, selaras dengan perancangan SESB dan juga Jabatan Air supaya ianya tidak kompromikan keperluan untuk domestik. So, itu adalah sesuatu yang kita lakukan.
Yang Berhormat Moyog bertanya berkenaan adakah kita ada produk yang setanding dengan Semenanjung Malaysia? So secara ringkas, kita punya SK punya copper foil adalah salah satu yang teknologi tinggi yang setanding dengan Semenanjung Malaysia. Sama juga kita punya kaca solar pun setanding dengan kualiti di Semenanjung Malaysia ataupun lebih baik lagi. So, itu adalah beberapa produk yang dikeluarkan oleh Sabah yang setanding dengan Semenanjung Malaysia. Kalau kita nak masukkan, banyak lagi industri-industri makanan pun setanding dengan Semenanjung Malaysia dan saya tidak akan apalah elaborate.
Terima kasih, Datuk Menteri. The kaca solar is the same as in Kibing di Semenanjung?
Better, better technology.
Better. So, investment mereka di Semenanjung ini is less than in Sabahlah?
Less than.
That’s confirmlah, kan?
Yes.
I
Okey, good. At the same time, bagi makanan atau produk yang lain termasuk makanan, can I have a return answer on what are these industry that is setanding ataupun lebih daripada our regional member countries macam Philippines, Indonesia termasuk dengan Semenanjung Malaysia because we need to know. As well as Brunei. If you notice, banyak produk Brunei sedang dijual di Sabah sekarang. Terima kasih.
Ya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Moyog, nanti saya akan bagi senarai yang ada potensi itu. Tapi secara ringkas, memang kita ada beberapa produk khasnya untuk tahun lepas kita telah berjaya membantu usahawan tempatan untuk mengeksportkan ke negara asing. Beberapa produk yang saya lihat memang handallah, memang hebat dan mereka ada market dan mereka telah menandatangani dengan beberapa supplier di seluruh dunia mereka telah berjaya mengeksportkan. Walaupun kapasiti itu adalah sangat rendah, tapi saya rasa worth untuk kita mention produk-produk yang hebat dari Sabah yang mempunyai potensi pasaran yang besar.
Yang Berhormat Menteri.
Scale, scale dia, berapa besar scale dia? Terima kasih.
Yang Berhormat, duduk dulu. Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Ya. Okey, okey.
Yang tidak sempat beri jawapan hari ini, secara bertulis.
Nanti, saya kena jawab, Yang Berhormat, lama nanti. Sekejap, sekejap, sekejap.
I
Ya.
Yang Berhormat Tungku itu pengambilan tanah?
Ya, boleh ulang balikkah?
Memang itu adalah prerequisite untuk merancang satu taman perindustrian. So, itu sudah tentu masuk dalam faktor yang sangat-sangat utama bukan sahaja salah satu faktor, tapi satu faktor yang utama. Kita cari tempat yang sesuai yang tidak melibatkan banyak run yang sedia ada. Itu tidak, jangan risau. Kita akan pastikan ianya tidak akan menyusahkan rakyat.
So, what about EIA punya assessment?
EIA?
Environment Impact Assessment.
EIA itu dalam proses. Kita akan melantik consultant dulu. Tiga-tiga taman perindustrian secara ringkas. Tiga-tiga taman perindustrian itu dalam proses untuk berunding, untuk design master plan dan seterusnya akan masuk ke prosedurlah. Environment Assessment dan sebagainya. I will update you from time to time.
Okey. Apart from environment, mesti juga ada satu assessment. Social Impact Assessment sebagai contoh. Sebagai contoh, apabila kita sudah merangka satu pelaburan yang masuk, kita sudah harus bersedia dengan bilangan pekerja yang akan memenuhi keperluan pekerja tersebut. Jadi, saya mencadangkan kalau boleh, Kerajaan Negeri ataupun Kementerian Yang Berhormat Menteri, kajian menyeluruh mengenai pelabur yang akan masuk ke sini harus dibuat. Selain daripada land acquisition, EIA, social IA. Ini antara, sebab kita
I tidak mahu nanti kemasukan pelabur ke sini lebih menguntungkan pelabur instead of the local community. Terima kasih.
Ya, saya setuju, Tungku. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Dilantik Yang Berhormat Datuk Raime Unggi, mengenai sekiranya pelaburan-pelaburan dalam sektor pembuatan yang dilaksanakan masih beroperasi. So, sukacita saya maklumkan Dewan yang mulia ini berdasarkan maklumat daripada MIDA, pelaburan yang dilaksanakan masih beroperasi pada ketika ini. Dan Kementerian saya sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan khususnya MIDA untuk memastikan mereka yang dapat FML itu dapat berjalan dengan lancar. Kalau ada apa-apa masalah sebagai contohnya masalah melibatkan majlis tempatan. Jadi, kita akan bantu untuk menyelaraskan. Tapi untuk setakat ini, semua pelaburan yang telah diluluskan oleh MIDA itu sedang beroperasi dengan lancar. So, Ahli Yang Berhormat Dilantik Datuk Raime Unggi juga telah membangkitkan persoalan berhubung adakah syarikat-syarikat pelabur ini mengutamakan anak Sabah dan ini pun dipersoalkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain ...
…sama ada ia diberikan kepada anak Sabah dan adakah saranan pihak Kerajaan kepada pihak pelabur untuk melatih mereka?
Sukacita saya nak memaklumkan sebagai contohnya syarikat seperti Kibing dan SK, mereka adalah pelabur asing yang besar. Mereka memang melatih, bukan sahaja melatih anak-anak Sabah tetapi mereka telah memberikan sekurang-kurangnya 80% kepada rakyat Sabah. So, ini adalah sesuatu yang berita yang baik. Saya boleh bagi maklumat yang terperinci, apakah status yang terkini, pekerjaan yang telah diwujudkan di kilang-kilang itu, berapa peratus diberikan kepada anak Sabah. Tetapi jangan risau, itu memang saya sentiasa yang saya pantau supaya pastikan semua kilang-kilang yang kita menarik itu masuk ke Sabah, kita utamakan anak-anak Sabah supaya kita pastikan peluang pekerjaan yang kita wujudkan itu adalah diutamakan kepada anak-anak Sabah. Silakan.
I
Ya, terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Usaha bekerja keras untuk merancakkan lagi investment datang ke negara kita. Termasuklah peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak kita. Yang menjadikan kerisauan, Yang Berhormat Menteri ialah apabila anak-anak tempatan kita ini, cuma yang saya nyatakan tadi, cuma dia beri peluang jawatan-jawatan peringkat yang rendah, sedangkan anak-anak tempatan kita mempunyai ramai hari ini, kelayakan untuk menjawat jawatan penting dalam syarikat-syarikat mereka dan tidak dinafikan juga Datuk Menteri, syarikat memang ada memberi latihan. Saya mahu bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, usaha pihak Kerajaan Persekutuan melalui TVET, usaha ini, apa pihak Kementerian, apa ini mengsynchronizekan supaya anak-anak muda kita, tenaga buruh mahir dan separa mahir pada lima tahun akan datang dan kita anak-anak muda kita bersedia untuk apabila menarik pelabur masuk ke dalam, jadi peluang dan kekosongan-kekosongan boleh diisi oleh anak-anak kita.
Ya, betul.
Dan satu lagi Datuk Speaker, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Yang Berhomat Menteri, apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Asas kepada investment yang untuk masuk ke negara kita, ke negeri kita, three things, elektrik, air dan jalan raya. Masalahnya hari ini, three things ini belum selesai lagi, malah hari ini masalah air, macam saya nyatakan, bukan berlaku di bandar saja, tetapi sampai di luar bandar. How kita nak overcome masalah-masalah ini, sedangkan we need pelaburan asing masuk ke negara kita untuk merancakkan.
Dan yang terakhir Datuk Speaker, saya harap proses investment yang dilaksanakan downstream, don’t forget.
Ya, ya.
Di luar bandar is important. Pertanian, jangan lupa. Getah, kalau di Tenom, getah. Nampaknya kita di sini, tidak ada downstream, cuma ada scrap sahaja. Jadi kalau boleh, Yang Berhormat Menteri cuba bawa, supaya di Sabah ini bukan sahaja ada kilang-kilang untuk yang getah,
I berasaskan getah. Kalau boleh, tayar dan lain-lain lagi, Datuk Speaker. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Secara ringkas…
Yang Berhormat Menteri.
Ya, ya. Bagi sikit masa, bagi sikit masa.
Menteri punya masa 30 minit, sekarang sudah dekat 45 minit.
Sahabat saya belum lagi jawab, sekejap-sekejap. Nanti, nanti, itu nanti. Yang Berhormat Menteri, ADUN Dilantik, memang saya setuju. Kita, kalau kita wujudkan peluang pekerjaan seperti saya katakan tadi, mesti kita utamakan anak Sabah. Dan bukan mereka ambil kerja-kerja yang rendah, bukan sedangkan tidak ada management level. Izinkan saya jawab secara terperinci, job yang telah pun diwujudkan di SK NEXILIS, sebagai contohnya. Setakat ini, di kilang SK ada 328 orang pekerja. 279 adalah anak Sabah ataupun bersamaan dengan 85%. Untuk management, 22 orang Sabah. Expat, orang Korealah, 16 iaitu satu seimbang yang baik yang di mana orang Sabah sudah melebihi expat. Untuk engineers, Sabah 29 orang, expat kosong. So, ini ertinya, kilang itu sudah menunaikan apa yang mereka commit kepada Sabah.
Yang mana mereka bukan sahaja melatih, tetapi mewujudkan peluang pekerjaan. Tetapi juga mewujudkan teknologi transfer kepada anak-anak Sabah. So, itu adalah kita cita-citakan. So, untuk keperluan infrastruktur itu, tadi saya sudah jawab. Kita berhati-hati, bukan semua cadangan pelaburan yang kita ingin tarik sahaja, sedangkan kita kompromikan keperluan domestik. So, kita akan pastikan ada satu ekosistem yang baik. Itulah sebab kita perlukan Taman Perindustrian supaya kita boleh membuat perancangan lebih awal lagi. Supaya ia tidak jejaskan sistem yang ada, sedia ada. So…
I
Minister, threshold the approval for both domestic and international investment. Sudah naik ataupun tidak di Sabah? Approved threshold investment? Terima kasih.
Approved. Kalau untuk tahun lepas, dia naik berbanding 2023.
Threshold approval, erti tu, berapakah Sabah boleh meluluskan sebagai investment entry kepada Sabah? At the moment, saya faham dia hanya dua juta. But what have you done? What has the government done? Bagi threshold approval to increase the threshold approval or entry kepada Sabah? Instead of depending on MIDA ataupun MITI.
Ya, depend on MIDA. Kita, now it’s 2.5 million. Now, it’s still 2.5 million. So, kita sedang berbincang dengan MITI kerana mereka nak apa menggumbal undang-undang baharu. Industrial Development Act, mereka nak pindah. So, kita sedang perancangan berbincangan dengan mereka. Salah satu topik adalah ini.
I suggest the industrial master plan yang diluluskan oleh MITI patut diubah, patut Sabah memasukkan…
Yes, yes.
…dia punya threshold approval. Because during our time…
Ya, sudah kita bangkitkan.
…sepatutnya sudah ada. And I don’t know what MITI is doing after that.
I
Ya, sudah kita bangkitkan.
Terima kasih.
Terima kasih. Bagi menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat Lamag…
Last ah, yang lain itu secara bertulis. Yang lain itu secara bertulis.
Ada lagi, dua orang lagi.
The time is over for you.
Ya, ya, of course. Bagi menjawab soalan daripada Lamag mengenai dakwaan berhubung syarikat kolaborasi yang telah mengundurkan diri dan status pelaburan kilang simen di Tongod. Dimaklumkan bahawa tiada syarikat yang telah menarik diri dalam pelaburan ini berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Borneo Cement Sabah Sdn. Bhd. Pihak syarikat juga mengesahkan bahawa semua pihak yang terlibat masih komited terhadap pelaksanaan projek yang dirancang selaras dengan perancangan pelaburan dan kerjasama yang telah dipersetujui. Pada masa ini, pihak PBS ataupun Borneo Cement Sabah nanti saya akan pakai PBS. BCS, sorry. BCS sedang menunggu kelulusan laporan penilaian alam sekitar ataupun EIA sebelum pembinaan sepenuhnya kilang simen dapat dimulakan.
Walau bagaimanapun, kerja tanah di tapak projek telah pun diluluskan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah. Pada masa yang sama, Sinoma Industrial Engineering Malaysia Sdn. Bhd., syarikat pengeluar simen terbesar di dunia akan menjalankan pembinaan kilang ini secara turnkey. Sebagai makluman, License FML pengilang bagi pelaburan ini telah pun diluluskan oleh pihak MIDA dan MITI pada tahun 2023.
I Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lamag mengenai dakwaan, terdapat aktiviti pengambilan kayu balak dari kawasan tapak pembangunan kilang bersepadu pembuatan clinker dan simen yang terletak di Penangah Tongod oleh syarikat BCS, dimaklumkan bahawa tapak kilang simen seluas lebih kurang 200 ekar ataupun 81 hektar yang dimaksudkan adalah yang didahulunya merupakan kawasan konsesi Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. dengan kerjasama Syarikat Indah Serimas Sdn. Bhd., berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Jabatan Hutan Negeri Sabah. Menerusi maklumat yang dikemukakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sabah juga, tapak ini merupakan kawasan yang pernah digunakan sebagai aktiviti stamping oleh Syarikat Indah Serimas Sdn Bhd yang mana pada masa ini terdapat lagi stok balak lama yang belum lagi dikeluarkan kerana masih dalam proses pembayaran cukai. Operasi pembalakan aktif di kawasan tersebut telah pun diberhentikan sepenuhnya sejak tahun 2023 dan tiada lagi sebarang aktiviti penebangan baharu dijalankan sejak dari itu. Berdasarkan semakan dan laporan terkini yang diterimakan oleh Jabatan Perhutanan…
Negeri Sabah tidak terdapat sebarang aktiviti pembalakan ataupun penebangan baharu di tapak berkenaan pada masa ini kecuali untuk menguruskan stok balak utama yang tadi saya katakan.
Tuan Speaker, Ahli Berhormat, Ahli Yang Berhormat Lamag juga telah membangkitkan mengenai pemilihan lokasi kilang klinker dan simen di dalam ah di dalam kawasan hutan, iaitu di Daerah Tongod. Pemilihan lokasi bagi pembangunan kilang bersepadu, pembuatan klinker dan simen oleh Borneo Cement Sabah Sdn. Bhd., syarikat usaha sama antara SEDCO dan Sri Alam Setia Sdn. Bhd. adalah berdasarkan faktor strategik, iaitu kesediaan bahan mentah utama seperti batu kapur, shell, batu pasir dan tanah liat di kawasan tersebut. Keupayaan kawasan ini untuk membekalkan bahan mentah secara mampan menjadikan lokasi yang ideal untuk operasi pembuatan klinker dan simen ini.
I Konsep pembangunan kilang secara captive dan mind mauve, iaitu berhampiran dengan sumber bahan mentah berpotensi mengurangkan impak alam sekitar serta meminimumkan kerosakan infrastruktur jalan raya. Ini disebabkan oleh pengurangan keperluan pergerakan lojistik yang melibatkan pengangkutan bahan mentah memandangkan hampir keseluruhan keperluan bahan mentah boleh diperoleh terus dari lokasi tersebut kecuali gypsum yang perlu diimport. Oleh itu aktiviti logistik kilang ini akan lebih tertumpu kepada pengangkutan produk siap, iaitu simen ke kilang Cement Industry Sabah, iaitu CIS di Sepanggar yang merupakan pembeli utama. Off-taker yang utama bagi produk simen yang dihasilkan oleh kilang ini. Kilang yang akan dibina ini dijangka akan menghasilkan sejumlah 1.75 juta metrik tan simen yang di mana 1.2 juta metrik tan simen akan dihantar ke CIS untuk pembungkusan bagi memenuhi pasaran tempatan dan selebihnya akan dieksport. Kedua-dua syarikat ini, iaitu CIS dan BCS akan saling bekerjasama dan tidak akan mewujudkan persaingan memandangkan SEDCO ada kepentingan dan memandangkan keperluan semakin ah mendesak ataupun meningkat untuk pembangunan dalam pembangunan di Sabah.
So sebagai makluman, kilang CIS di Sepanggar cuma beroperasi dengan mengadun ah bahan-bahan mentah sebagai contohnya klinker, gypsum, tanah liat, fly ash dan bahan-bahan lain yang diimport dari luar negara dan dijadikan simen pada masa ini. So hal ini sudah tentu akan menyebabkan CIS terdedah kepada risiko seperti pertukaran nilai, nilai wang mata wang asing serta kos lojistik perkapalan dalam mengimport bahan mentah dan simen pukal tersebut. Melalui pembangunan kilang bersepadu klinker dan simen yang akan dibangunkan di Tongod ianya dijangka akan turunkan kos yang sedia ada dan ianya oleh kerana bahan mentah sedia di Sabah so kilang ini dilihat sebagai sebuah potensi.
Tambah sikit saja.
Nanti, nanti saya baca habis dulu.
Sudah faham. Jangan tidak payah detail lagi ya sudah faham. Persoalan saya bagaimana business modal
I berhubung dengan Kerajaan Negeri dengan investor?
Sebab investor kena mengeluarkan kos tinggi, kos membuat jalan, kos membuat pembinaan tenaga elektrik, kos infra termasuk air. Jadi macam mana business deal ini berjalan? Dan apa penglibatan Michael Kim Chuan ini dalam perniagaan ini?
Yang Berhormat Lamag, ah memang mereka sudah dapat apa itu. Komitmen daripada financial, pembangunan dan sebagainya. Mereka telah ada komitmen dan seterusnya mereka sedang berusaha untuk berunding dengan kerajaan agensi-agensi lain untuk ah infrastruktur yang lengkap di sana. Tapi walau bagaimanapun, apakah yang saya menjawab dalam Dewan yang mulia ini adalah kesesuaian tanah itu untuk dibangunkan sebagai kilang simen kerana ada kesediaan ah bahan-bahan mentah di sana okey.
Tuan Speaker, bagi menjawab Ahli Yang Berhormat Merotai. Tuan Speaker last sudah. Mengenai sekiranya berlakunya pengeksportan pasir silika dari Sabah memandangkan terdapat anggaran pendapatan cukai jualan Negeri bagi produk ini di Buku Anggaran Hasil 2025.
Pada dasarnya, Kementerian saya sentiasa menitikberatkan kepentingan sumber asli negeri ini termasuk pasir silika yang diproseskan untuk menghasilkan produk yang bernilai tambah tinggi, downstream. Keutamaan perlu diberikan kepada penggunaan domestik bagi menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Sukacita saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini melalui kenyataan ah akhbar pada 13 Februari saya telah menyatakan bahawa tidak ada aktiviti eksport untuk pasir silika ah untuk ini. So ianya merupakan satu komitmen untuk memastikan pasir silika kekal di Sabah dan untuk ah pembangunan kilang, untuk aktiviti kilang, untuk menghasilkan kaca solar. So, ah walau bagaimanapun memang betul Kementerian Kewangan mengenakan cukai jualan negeri ke atas produk pasir silika. Ianya saya lihat sebagai satu barrier ah untuk memastikan ianya ada hak di sana, walaupun kita tak meletakkan apa ini ban ke atas produk itu tapi kita sedang memastikan ianya tidak akan dapat kelulusan daripada Kerajaan untuk eksport itu. So, saya lihat ianya tidak bertindih. Kita mengenakan cukai jualan negeri ke atas produk tersebut dia ada anggaran di sana.
I
Bukan anggaran, jawapan.
Ya.
Boleh, boleh saya baca?.
Ya.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih kerana jaminan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri sebab perlunya pasir silika ini satu ah apa resources kita yang amat berharga dan boleh meningkatkan pendapatan negeri dan juga memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak di Sabah. Dalam membahas soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan ya. Apakah sumber baharu selain daripada royalti petroleum? Jawapan dia adalah biojisim kelapa sawit okey dan dua, juga pasir silika. Silika yang dibawa keluar daripada Sabah okey. Itu jawapan dia dan juga dalam buku anggaran ada sudah ya. 7.5 juta untuk tahun 2025.
Satu lagi, CJN ke atas pasir silika belum ada aktiviti dibawa keluar. Saya maklum. Hal ini berikutan pihak syarikat terlibat masih perlu memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan untuk membolehkan mereka membawa keluar pasir silika dari Sabah. Apa jaminan Yang Berhormat Menteri? Sedangkan ini adalah jawapan daripada Menteri Kewangan. Memandangkan pasir silika ini adalah amat berharga patutnya diutamakan downstream.
Ya, ya saya sedar. Itulah sebab saya ah kita ada perbincangan dengan dalam Kabinet Negeri Sabah. Kita akan bincang dari semasa ke semasa. Tapi saya nak bagitahu Dewan yang mulia ini, memang tidak ada aktiviti untuk pengeksportan dan kita tidak akan benarkan ah untuk ini kerana kita mahukan, kita mahukan ianya dihasilkan sebagai kaca solar yang kita inginkan untuk downstream.
I
Terima kasih Yang Hormat Menteri atas jaminan ini dan ini menjadi sumber rujukan sampai bila-bila. Terima kasih.
Ya, ya sebagai conclusion. Apa yang kita nak kan adalah untuk memastikan bahan mentah khazanah yang kita ada di Sabah berjaya dihasilkan, dikilangkan sebagai satu produk yang berimpak tinggi, bernilai tinggi dan supaya perindustrian kita dapat dijayakan. So, itu adalah harapan kita semua dan saya mengajak rakan-rakan sekalian untuk bersama-sama memberi sokongan kepada pembangunan perindustrian. Teruskan usaha untuk menarik pelaburan asing dan sementara itu kita boleh membantu industri-industri lokal untuk meningkatkan kapasiti supaya ada keupayaan untuk eksport. So, itu adalah harapan kita. Melihat kita punya dunia sangat tidak tentu. Uncertainty, sudah tentu kita kena berusaha untuk membina satu rantaian bekalan yang resilient di Sabah. Kita kena build a team of Sabah. Team Sabah untuk kita kita men …
… ianya industri, supaya industri Sabah boleh mengeluarkan produk-produk yang bernilai tinggi tapi walaupun sekarang kita belum lagi ada produk yang berteknologi tinggi, tapi saya rasa kita ada keupayaan itu, kita ada bakat-bakat yang sangat … sangat baik. Anak-anak muda kita pun ada potensi besar. Mesti kita kerjasama dengan baik supaya kita boleh memajukan industri kerana kita percaya ada industri, ada maju jaya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Banyaknya soalan tapi kita kena kawalkan masa kita, we have to managed the time properly. Tadi itu, 30 minit tapi kita overshoot by 30 minutes.
I 2.30 petang
Terima kasih, Datuk Speaker. Salam hormat, salam Malaysia MADANI dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Dr.
Tuan Speaker, Tuan Speaker, boleh minta sekejap saja laluan?
Yes.
Mula lagi. Datuk Dr.
Bukan, bukan, saya nak tanya Menteri Pelancongan, saya tak nampak dia hadir sepanjang ini dan tidak ada maklumat yang dia bercutikah apa, cuma nak tahu saja, terima kasih.
Saya rasa biar Speaker yang menjawab itulah, ah.
Saya hanya menjalankan tanggungjawab diminta untuk menyampaikan penggulungan ya sahabat baik, Sulabayan. Datuk Dr.
Tak, saya tidak persoalkan.
Tidak, Yang Berhormat Menteri telah memohon cuti untuk saya dari semalam, jadi dia cuti dia sudah diluluskan.
Datuk Dr.
Itu saya nak tanya saja.
Saya tiada maklumat, terima kasih.
Okey, terima kasih, Datuk Speaker. Salam hormat, salam Malaysia MADANI dan salam Sabah Maju Jaya. Saya menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan
I Dasar Kerajaan yang telah disampaikan di Dewan yang mulia ini pada 10 April 2025 yang lalu.
Ucapan Dasar yang cukup terperinci dan holistik merangkumi pertumbuhan dan pembangunan sosioekonomi negeri Sabah mencerminkan komitmen Kerajaan dalam membangunkan negeri Sabah yang kita cintai ini. Tahun 2025 merupakan tahun terakhir pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 yang telah menghadapi pelbagai cabaran terutamanya kesan daripada pandemik COVID-19. Antara sektor yang paling terjejas ialah sektor pelancongan. Namun pelbagai usaha dan strategi telah digerakkan untuk memulihkan semula industri ini yang kini menunjukkan perkembangan memberangsangkan.
Tuan Speaker, ekosistem industri pelancongan merupakan sesuatu yang kompleks dan melibatkan pelbagai sektor dan industri seperti infrastruktur, kemudahan pelancongan, Pihak Berkuasa Tempatan dan tadbir urus sumber semula jadi serta faktor sosioekonomi. Sektor pelancongan juga adalah sangat sensitif kepada terhadap keadaan ekonomi dan political, politik global. Oleh yang demikian, Kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi merancakkan semula sektor pelancongan. Hasilnya terdapat peningkatan dalam ketibaan pelancong selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa, di mana pada tahun lalu 2024, jumlah pelawat meningkat sebanyak 20.4% berbanding tahun sebelumnya.
Malah pada Januari 2025 sahaja, tahun ini, Sabah telah mencatat ketibaan sebanyak 3614 pelawat dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM723.09 juta, iaitu peningkatan sebanyak 23% berbanding pada tempoh yang sama 2024. Bagi mencapai sasaran ketibaan 3.5 juta pelancong tahun ini, promosi serta pemasaran pelancongan akan terus dipertingkatkan melalui kempen penjenamaan “Explore Sabah”. Kalau di peringkat Nasional kita pilih Visit Malaysia, Visit Pahang tapi kita pilih Explore Sabah kerana kita berpendapat banyak lagi apa ini, pengunjung boleh explore di Sabah ini. Yang berteraskan tiga tema, iaitu budaya, pengembaraan dan nature. “CAN”, Culture, Adventure and Nature. Alam semula jadilah nature itu. Kerana kita memikirkan ini akan memberi pengalaman baharu kepada pelancong-pelancong because based on study’s done, pelancong-pelancong ini inginkan apa ini, tempat-tempat yang memberi pengalaman baharu, produk-produk memberi pengalaman baharu ya dan kempen ini memfokuskan kepada tujuh pasaran utama, termasuk United Kingdom, Australia, Jepun, China, India, Asia Tenggara serta
I pasaran domestik. Datuk Speaker, fokus promosi pada tahun ini diberikan kepada tema pantai dan alam semula jadi. Aktiviti menyelam serta interaksi langsung dengan kehidupan liar bagi menawarkan pengalaman yang lebih authentic kepada pelawat.
Kempen berimpak tinggi serta kolaborasi dengan pemain industri pelancongan akan diteruskan berikutan kejayaan peningkatan pelawat pada tahun yang lalu. Produk-produk baharu seperti aktiviti pemerhatian burung, ini bird watching, this is a niche market, pelancongan pendidikan, pelancongan kebudayaan, pelancongan kesejahteraan, wellness tourism kini menarik ramai pelancong asing. Kerajaan akan terus menyokong pembangunan produk baharu dan memastikan kualiti pelancongan di negeri ini adalah setanding dan di antara yang terbaik di rantau ini. Kementerian saya juga giat meneroka pasaran baharu secara berterusan. Ini termasuklah negara-negara jiran seperti India dan juga di Rusia dan Eropah Timur. Tuan Speaker, Kerajaan telah mempergiatkan lagi usaha untuk menyokong para pemain industri, menggalakkan pelaburan dalam sektor pelancongan serta meningkatkan produk pelancongan yang inovatif.
Kehadiran rangkaian hotel antarabangsa di Sabah merupakan petunjuk penting terhadap keyakinan global kepada potensi negeri ini.
Datuk Speaker, keselamatan dan kesejahteraan pelancong kekal menjadi keutamaan Kementerian saya.
Datuk Speaker, mohon mencelah.
Yes.
Boleh, Datuk?
Bisa saja.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Selalu di Indonesia barang kali Pembantu Menteri ini, ya?
I
Dengan tema, dengan tema yang ada, iaitu pelancongan yang ke arah nature, saya amat tertarik dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri, sebab Sandakan ini boleh dikatakan the whole area, the whole product semua kepada nature tetapi apa yang very kemusykilan sekarang, terutama sekali bila kita berhadapan Tahun Melawat Malaysia, tahun 2026. Di dalam titah Tuan Yang Terutama juga telah disenaraikan tetapi kita tidak nampak daripada awal tahun ini dan perancangan untuk berakhir tahun ini, kita tidak lihat Sandakan itu menjadi satu produk yang boleh mengatakan bahawa the nature, tourismnya itu boleh ke arah yang boleh dikembangkan.
Maksud saya di sini, iaitu Yang Berhormat, sekarang ini penerbangan daripada Sandakan, daripada KK ke Sandakan amat kurang, pertama. Kedua, daripada Kuala Lumpur untuk masuk gate, di pintu penerbangan Sandakan ini pun, boleh dikatakan satu hari dua kali saja. Kalau kita lihat pelancong daripada Kuala Lumpur turun ke Sandakan hampir separuh penerbangan kapal terbang. Tetapi yang menjadi kerisauan dan juga menjadi kesan kepada Sandakan ini, iaitu tidak ada penerbangan antarabangsa yang datang. Apakah … adakah cadangan dari Yang Berhormat daripada Kementerian untuk menambah penerbangan antarabangsa? Sedangkan Sandakan itu pada tahun 2018 sudah allocation untuk penerbangan antarabangsa diwujudkan di Sandakan. Tetapi sampai ke hari ini, kita tidak melihat perancangan itu apa boleh dilakukan ataupun tidak, apakah perancangan yang sebelum ini masih terus diteruskan untuk di masa akan datang? Terima kasih.
Sebelum Menteri jawab, boleh saya tambahan saja kepada soalan asal ADUN Dilantik? Menteri, terima kasih. Datuk Speaker, terima kasih. Berkaitan dengan produk baharu dan all this baik but what about the connectivity, logistics kita? Erti itu say you’re from Sandakan …
… pergi ke Kota Kinabalu, the bus ride or the charter ride, tiada R&R dia. Toilets, I believe saya nampak di YouTube or some facebook complain bahawa foreigners face problem dengan basic necessity, amenitieslah seperti toilet or rest and relax punya places di ini in between Tawau,
I Sandakan and likewise ke Kota Kinabalu dan reverse by verselah. Yes good products. But how about all the ancillary products or ancillary perks yang patut ada? Terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN Dilantik dan juga ahli dari Moyog. Seperti mana yang kita tahu memang connectivity is very important dan di Sandakan ini weekly number of direct flight ada 32 dan sebenarnya ada peningkatan arrival pelancong di Sandakan ini. The first two months domestic, lebih kurang 11,905. Dan antarabangsa, 4,880. Ada peningkatan. And saya rasa, saya percaya ini adalah hasil pada usaha berterusan kita untuk mempromosi Sandakan as the gateway for ini nature tourism. Dia kaya dengan nature dia, hidupan liar, keindahan alam semula jadi. So, this is what we are promoting and there seems to be an upward trend. Tetapi, we will continue this effort dan dari segi menarik lebih banyak direct flight bukan sahaja ke Sandakan juga ke Tawau.
We are discussing dengan SKUD, ini tambang murah di Singapura dan hopefully, perbincangan ini akan membuahkan hasil. But we are continuously talking with airlines because we realize and we know very well that connectivity itu penting. Sebagai contoh, dengan China ini we have direct flight daripada beberapa bandar-bandar di China yang direct ke Kota Kinabalu. So, ini memudahkan pelancong misalnya dari Budapest, dia hanya stop transit satu sahaja di Shanghai atau di Xiamen dan terus ke Kota Kinabalu. Karena ada direct flight dari Xiamen, Shanghai. So, these are the things that we are trying to discuss dengan airlines agar akan lebih banyak, apa ini, pelancong daripada market-market baharu juga. We are not just focusing on our traditional market tetapi juga market-market yang lain. But we take note of apa yang kita perlu buat dari segi cleanliness of toilets dan sebagainya. Sudah tentulah ini melibatkan local authorities dan pihak-pihak yang lain. Saya ada nyatakan lebih awal tadi, that we will continually engage stakeholders. We need their input, what need to be done. Saya teruskan, Datuk Speaker. Di mana sudah tadi itu?
Kementerian juga telah menggubal beberapa Standard Operation Procedures, (SOP) untuk aktiviti pelancongan yang berisiko. Seperti scuba diving, sea walking,
I parasailing, snorkeling dan white water rafting. Pada April 2025, satu kursus latihan telah dilaksanakan bagi mentauliahkan 12 jurupandu bagi aktiviti stand-up paddle. Stand-up paddle yang semakin popular, terutamanya di Pantai Tanjung Aru. Langkah ini bertujuan memastikan setiap pengusaha aktiviti mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Tuan Speaker, dalam aspek alam sekitar. Kerajaan Negeri terus committed dalam pemuliharaan khazanah semula jadi dan biodiversity melalui pewartaan beberapa kawasan baharu sebagai taman pelindungan, seperti Taman Teluk Davel, Taman Pulau Ligitan, Taman Pulau Megalum dan Taman Tun Juhar. Pewartaan ini merupakan sebahagian daripada usaha memenuhi sasaran 13% kawasan marin yang dilindungi sebagaimana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Isu konflik antara manusia dan kehidupan liar seperti buaya, gajah dan monyet turut diberi perhatian dengan pelaksanaan pelan tindakan, program kesedaran dan penguatkuasaan melalui ranger community di kawasan yang berisiko. Di samping itu, pelaksanaan aktiviti konservasi dan penguatkuasaan terutamanya di Pantai Timur akan terus dilaksanakan.
Pada bulan Januari 2025, Kementerian saya telah melancarkan Projek Penananam Rumput Nepia untuk Borneo Peak Me Elephants untuk dilaksanakan di kawasan rizab Riparian Sungai Kinabatangan Hilir berdekatan Kampung Bukit Kinabatangan di bawah Projek Koridor Makanan Gajah. Langkah strategik ini adalah salah satu usaha Kementerian untuk mengurangkan kejadian konflik antara manusia dan gajah. Kerajaan juga amat serius dalam menangani cabaran global berkaitan alam sekitar. Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah 2017 dan Pelan Tindakan Dasar Alam Sekitar digunakan sebagai rujukan utama dalam memastikan pembangunan negeri berlaku secara mapan selari dengan Sustainable Development Goal (SDG) Komitmen Kerajaan turut dizahirkan melalui persiapan mengambil alih kuasa pengurusan buangan terjadual daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun hadapan dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.
Datuk Speaker…
I
Datuk Speaker.
Yes.
Just to touch on the napier plant, napier grass. Bukankah ada masalah dengan napier stansted the problem where infestation ada and a few negative effects of the napier grass. I mean maybe you can give me in writingla. I don’t think you have the immediate answer for it. Maybe are some problems napier grass.
I’m sure studies what has been done, you know, but we will give you the answer on that.
Thank you.
Tuan Speaker, dalam usaha memelihara warisan dan budaya Negeri pula.
Kementerian telah mengolahkan Projek Pembinaan Muzium Etnik Dusun Ranau yang telah tertangguh sekian lama dan dijangka akan siap dalam tempoh satu tahun. Projek ini bakal menjadi salah satu produk pelancongan warisan yang mengetengahkan koleksi etnik serta khazanah budaya yang kaya dan unik.
Datuk Speaker, pada bulan Januari 2025 juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kompleks Kebudayaan Sabah bertempat di Tapak Kompleks Kebudayaan Sabah, Kinarut. Kompleks Kebudayaan Sabah yang akan merangkumi dua komponen utama, iaitu Kampung Budaya dan Pusat Kebudayaan bakal menjadi tarikan pelancongan baharu yang menawarkan pengalaman yang unik, inovatif serta berbeza daripada produk pelancongan sedia ada.
Kompleks ini turut berperanan sebagai pelengkap kepada pusat-pusat kebudayaan yang sedia ada di negeri ini.
Sekali gus memperkukuhkan usaha pemeliharaan dan pemerkayaan atau you know memperkasakan warisan budaya Sabah.
I Kementerian saya juga akan menaik taraf kemudahan di Kota Kinabalu Wetland Ramsar Site, iaitu salah satu tapak santuari burung dan juga merupakan tarikan pelancongan dan lokasi pendidikan. Projek pembinaan semula laluan papan sejauh 1.3 km tersebut dijangka bermula Ogos tahun ini.
Projek-projek lain seperti Kudat Marine Gallery dan Discovery Center yang akan dibina di Tanjung Simpang Mengayau atau lebih dikenali sebagai Tip of Borneo di dalam kawasan Taman Tun Mustafa juga akan bermula pada tahun ini. Di samping beberapa projek lain yang menjadi keutamaan Kementerian saya dalam usaha berterusan meningkatkan sektor pelancongan, memelihara warisan dan budaya serta memelihara alam semula jadi negeri ini.
Tuan Speaker, sebelum saya menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas saranan dan cadangan yang telah dikemukakan kepada Kementerian saya. Kementerian mengalu-alukan cadangan-cadangan dan saranan-saranan Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita bersama-sama membantu memulihkan serta meningkatkan lagi kualiti sektor pelancongan negeri ke peringkat lebih tinggi serta memelihara dan memulihara alam sekitar dan warisan budaya negeri Sabah. Dengan itu, Datuk Speaker izinkan saya memberi penjelasan kepada beberapa isu yang telah dibangkitkan kepada Kementerian saya. ADUN…
You have 10 minutes left.
Yes?
You have 10 minutes.
Okey. But okey, since I only have…
I
... 10 minutes? Ada ini ADUN Kadamaian, he raised a few things but he is not present. Yang lain jawab, atau?
It's your prerogative.
I think, memandangkan di Dewan ini, I think other members also would like to know. Tuan Speaker, sebagai makluman Ahli Yang Berhormat ADUN 11 Kadamaian dan Dewan yang mulia ini. Pada masa ini, terdapat 14 persatuan, ekopelancongan komuniti yang telah diberikan kebenaran khas oleh pengurusan Taman-Taman Sabah untuk menjalankan aktiviti ekopelancongan dalam kawasan taman. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 daripadanya beroperasi di kawasan Kadamaian, Kota Belud, dan selebihnya di kawasan Kundasang dan Ranau. Bagi merancakkan lagi pembangunan pelancongan di Kota Belud khususnya di kawasan Kadamaian, Taman-Taman Sabah telah mengenal pasti pintu masuk kedua ke puncak Gunung Kinabalu.
Yang Berhormat Menteri.
Yes.
Datuk Speaker, saya ada cadangan Datuk Speaker. Kalau masa itu singkat 10 minit, kalau boleh Yang Berhormat tiada Ahli-ahli yang bertanya soalan di sini, boleh diskip dijawab secara bertulislah.
Okey.
Kita bagi jawapan yang ada di sini sahaja.
I
Saya ingat cadangan yang bagus. Terima kasih Merotai.
Okey. Kalau begini, bagus ini. ADUN N.1 Banggi.
Tak ada juga? Okey. Tapi kita akan bagi jawapan bertulislah, to be fair. Wah, ini yang bagus ini. ADUN N.72 Merotai.
Datuk Speaker, merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat N.72 Merotai. Tiada satu kaedah tunggal yang dapat mengatasi isu kemasukan gajah ke kawasan penempatan atau kebun. Peranan utama Jabatan Hidupan Liar adalah untuk memberikan khidmat-khidmat nasihat kepada pemilik kebun dalam mengurangkan risiko kerosakan akibat pencerobohan gajah, antaranya melalui cadangan pemasangan pagar elektrik di lokasi strategik bagi mengalihkan laluan pergerakan gajah ke kawasan yang lebih selamat.
Selain itu, JHL turut melaksanakan program kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya pemuliharaan hidupan liar sebagai sebahagian daripada ekosistem dan khazanah negeri. Operasi translokasi gajah hanya dilaksanakan selepas penilaian menyeluruh memandangkan ia melibatkan kos yang tinggi serta keperluan pemilihan lokasi pemindahan yang sesuai.
Tuan Speaker, punca utama gajah menceroboh kawasan pertanian dan penempatan termasuk di Kampung Merotai adalah kerana habitat semula jadi mereka yang terletak di tanah rendah kini bertindih dengan kawasan perladangan dan penempatan. Kawasan tanah rendah yang kaya sumber makanan seperti tumbuhan semula jadi serta berdekatan dengan sungai sebagai sumber air menjadi laluan tradisional gajah.
Namun, pembangunan dan pembukaan hutan menyebabkan kehilangan habitat dan menolak gajah ke kawasan manusia. Tuan Speaker, berhubung dengan isu perlombongan emas di Mount Wullersdorf, Tawau yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Merotai, aktiviti perlombongan emas tersebut mempunyai kelulusan laporan Environmental Impact Assessment khas yang diberikan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar pada 16 Mac 2017.
I Tuan Speaker, berhubung cadangan projek pembangunan di Taman Bukit Tawau pula, Kementerian melalui Taman-Taman Sabah, kini masih dalam peringkat awal rundingan bersama pemaju untuk menaiktarafkan kemudahan dan penginapan sedia ada. Setakat ini, belum ada pembangunan dimulakan dan oleh yang demikian, tiada sebarang laporan EIA yang telah diluluskan.
Walau bagaimanapun, Kementerian dan Taman-Taman Sabah akan memastikan sebarang pembangunan kelak dibuat secara terkawal dan mesra alam sambil mengekalkan kehijauan taman, flora dan fauna, serta kejernihan air sungai demi kepentingan jangka panjang. ADUN N.30 Bongawan dan N.63 Kunak.
Ah, Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Terima kasih, saya sangat berpuas hati dengan jawapan Yang Berhormat Menteri berhubung kait dengan dua soalan terakhir tadi, berkenaan dengan EIA Wullersdorf dan juga EIA Taman-Taman Sabah, Taman Tawau Sabah, Taman Bukit Tawau. Tadi Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan gajah ini. Gajah ini bukan sahaja masuk di kawasan-kawasan pertanian ya, kawasan-kawasan kebun, tetapi masuk ke kawasan-kawasan perumahan sudah. Bila saya berhubung dengan Jabatan Hidupan Liar, mereka mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai kenderaan untuk mengangkut. Saya pun tidak pasti lebih kurang RM500 ribu kah dia punya kos untuk mengangkut gajah-gajah ini untuk mengalihkan mereka sebab dia terlalu kerap. Kita tahu bahawa hutan-hutan seperti di Kalabakan, bahkan di apa sekitar apa ini Yayasan Sabah punya area pun, kebanyakan hutan sudah ditebang.
Jadi bila kita Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa akan memberi akan apa akan bekerjasama dengan penduduk setempat dan memberi khidmat nasihat, tetapi sebenarnya bagi saya yang paling penting adalah tanggungjawab Kerajaan itu sendiri. Kalau boleh jangan lagi tebang-tebang kayu balak ini di sekitar-sekitar sana, sebab kalau keluar daripada habitatnya berarti tiada sudah makanan, hutan pun sudah tiada. Dulu asalnya mereka di hutan, tetapi oleh kerana kayu balak sudah habis ditebang, dan saya dengar dalam Sabah Softwoods sendiri pun ada
I penebangan kayu balak. Itu pun hutan simpan ataupun kawasan Sabah Softwoods merupakan tadahan air juga. Berapa banyak lori-lori balak keluar daripada sana yang saya dimaklumkan oleh penduduk setempat. Sehingga akhirnya, hari ini begitu banyak gajah-gajah liar sampai ke Umas-Umas, Merotai, Kuala Merotai, bahkan setiap minggu ada masuk. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih atas soalan tambahan. Like I said, it's not an easy task untuk menyelesaikan masalah ini dan sudah tentulah kita ambil maklum, kita tahu yang penting we know the root cause of this problem, and hopefully Jabatan Hidupan Liar dan juga Kementerian akan mencari cara terbaik how to deal with this. Terima kasih.
Tuan Speaker, berkaitan keperluan pembangunan infrastruktur pelancongan, Kementerian saya mengambil maklum cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat ADUN Bongawan dan ADUN Kunak, dan akan meneliti perkara ini sewajarnya. Kementerian saya mengalu-alukan permohonan berkaitan untuk dikemukakan kepada Kementerian menerusi jawatankuasa tindakan pelancongan daerah masing-masing untuk pertimbangan.
ADUN N.69 Sri Tanjong, ada bertanya tentang penggantungan penerbangan antarabangsa ke Kota Kinabalu dan berkaitan sasaran pengunjung sebanyak 3.5 juta pada tahun ini. Tapi it was listed in the question, I think written answer sebab tidak kesampaian, I know that. But written answer will be given, ada, ada jawapan dia. So if you will bear with me, we will give you the written answer. Tapi saya suka juga menjelaskan di sini, ini cuma digantung saja. Dia bukan cancel. Makna dia itu, we can revisit. I think it's a business decision by Air Asia kenapa suspended. Tapi untuk makluman, terima kasih duduk dulu sekejap. Untuk makluman, ah Lembaga Pelancongan Sabah dan Air Asia telah memeterai satu memorandum of collaboration untuk lima tahun dan melalui memorandum inilah kita akan berbincang, how to revive. Bagaimana kita boleh mulakan semula penerbangan yang telah disuspended ini. So we will revisit. Yes?
Thank you Datuk Speaker. No, I just want to know, based on the news that I have read. A month ago, the Minister has
I said that your Ministry will be meeting Air Asia. And I just want to know, for the rest i mean for the benefit of this house, what was the outcome of this discussion with Air Asia. And how are you going to say that your target, your targeted tourist arrival of 3.5 million can still be achieved. Even though with all this suspension of flights, we are talking about connectivity here. If people cannot fly to Sabah, how are you going to achieve your target? Thank you.
Terima kasih atas soalan …
Pelan tambahan itu yes.
A third question quickly, thank you, Datuk Speaker, AirAsia suspension of Kota Kinabalu to Subang and ah to KK there have two flights a day subsequently was suspended for business reasons probably, emm I believe the State should try and promote that particular route because it is closer to people and cheaper for people to travel form Subang to their destination in Kuala Lumpur unless they go to Putrajaya. But the flight between Kota Kinabalu to KLIA2 is still there, are still there and it’s full, so I believe that’s one alternate that the State Government should think about because there are a lot of student ah their neighbouring universities or event their a workplaces or even their short visit can be resolved by KK, Subang route. Thank you.
Em, untuk menjawab soalan ah daripada Sri Tanjong tadi. Yes! Kita ada enggagement dengan AirAsia. I was there, I take the enggagement dan bukan sahaja dengan AirAsia kita bawa sekali hoteliers, stakeholderslah ini travel agent punya association to hear from them untuk dapatkan input mereka.
I Bagaimana kita boleh revive semula a flight yang telah suspended itu. Ada beberapa cadangan dan I think itu sedang diteliti, ya. Sudah tentulah ada strategi-strategi lain, untuk kita mencapai sasaran 3.5 juta itu antaranya ialah kita telah mengadakan perbincangan dengan Royal Brunei kerana Royal Brunei ini dia ada flight antarabangsa dari London, dari Melbourne terus ke Bandar Seri Bongawan dan Bandar Seri Bongawan ini ada direct flight juga pergi Sabah.
So, this other things that kita discussed dan juga dengan Scoot sepertimana yang saya nyatakan awal tadi we also discussing with them to upgrade kapal terbang yang mereka guna, pesawat yang mereka guna itu kepada kapal terbang yang lebih besar because dia punya load itu is between about 90% so, ada potensi ya so this among the steps that we are taking to make sure that our target itu kita boleh capai dan untuk makluman yang five routes yang telah disuspended itu. Menurut kajian AirAsia, dia punya feasibility study yang dibuat untuk satu tahun, untuk five routes itu menurut mereka hanya boleh buat 75 ribu pelancong sahaja. So, it's too small for them to sustain but again, we will revisit and see how we can revive. So, ini antara keputusan-keputusan business yang telah dibuatkan oleh AirAsia. Yes, on the Subang thing, it's a good suggestion, Yang Berhormat Moyog we will convey this to AirAsia and hopefully they will understand ya..
May I ?
Please
YB Menteri, Datuk Speaker, thank you.
Can I just piggyback a bit of what you have said in your at the beginning of your speech, regarding how you achieve your 3.5 million visitors for this year ah you mentioned about you have under your Ministry, you have this campaign called Explore Sabah. Am I right?
Ya
I
So, I just want to know, ah based on all the travel fair that you have done so far, how effective is that ah to attract visitors to come visit Sabah? And second, is there any other way, other than having em travel fair or Mata Fair to promote Sabah, is there any other way ah maybe by way of using em you know the Internet or something through you know entice more people to come here? Because as I am sure explore Travel Fair is a traditional, it has always been the traditional way to attract visitors from to come to Sabah but is there any other new way to entice them? Thank you.
Em Ya, we will continue to participate in Travel Trade Fair ini because ia begitu penting dan saya rasa kalau kita bertanya …
I mean other than trade fair, is there any other way?
Ya, other than that but you’re talking also asking apa the result dia? You see, sudah kita nyatakan ada peningkatan juga kedatangan pelancong. This is partly because of our participation dalam Trade Fair sebagai Matta Trade Fair, WTM dan sebagainya dan ah tentang usaha baharu itu like, baru-baru ini kita telah menandatangani satu perjanjian dengan Intrepid International. Intrepid ini dia fokus kepada pelancongan nature pengembaraan, so dia mempunyai rangkaian pejabat di seluruh dunia so, kita tandatanggani satu perjanjian for them collaborate and work with us. So, ini antara pendekatan-pendekatan baharu and of course, digital marketing is very important. We have to go strong on this pasal it is almost free. So, saya harap I have answered that question.
Sila gulung, Yang Berhormat
Perhubungan dengan isu ...
Yang Berhormat Menteri, sila gulung ...
I
Okey, okey terima kasih. Mana sudah ...
Lee Chong Wei punya as a promoter, the results?
Or YB Menteri maybe you can consider meeting with …
Mahu gulung suda brader ah.
What Melaka did they actually appointed a Chinese Ambassador ...
Mahu gulung suda, ADUN Sri Tanjong, ya.
Which we can see Melaka tourism is booming now.
That is among the strategies la influences kita bawa with following on social media. That is among the strategies that we have takenlah, ah.
Untuk Makluman Dewan Yang Mulia ini, Kementerian juga sedang dalam merangka Sabah Tourism Blue print yang mana ianya adalah satu Master Plan yang menyeluruh dalam meneliti kembali perancangan dan pembangunan pelancongan yang holistik serta mampan dan sudah tentu sekali pembangunan pelancongan Kundasang merupakan antara yang akan kita ambillah. This is a question specific to Kundasang, but banyak soalan-soalan yang kita tidak terjawab but we give you assurance that we will give you a written answer on apa yang dibangkitkan dalam perbahasan itu.
I Tuan Speaker, mengenai saranan dan soalan oleh Ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya berikan penjelasan, Kementerian akan memberikan jawapan secara bertulis dalam jangka masa yang terdekat ini. Di kesempatan ini juga saya rasa belum terlewatlah ya, rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dan Selamat Hari Paskah dan of couse tidak lupalah yang menyambut Pesta Kaamatan ini, in fact Pesta Kaamataan is one of celebration among a month long yang kita akan fokuskan sebagai one of statergic untuk tarik pengunjung terutama sekali yang domesticlah.
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan. Tuan Speaker, saya mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Kewangan, 35 minit ya.
3.07 petang
Terima kasih, Tuan Speaker, dengan izin Tuan Speaker saya cadangkanlah dengan persetujuan ahli yang lain juga barangkali kita kurangkan sesi of interruption atau clarification kita pergi akhirnya baru kita buat clarificationlah dan ini akan membolehkan saya untuk menyampaikan keseluruhan ucapan penggulungan saya.
Tuan Speaker, terima kasih. Aassalamualaikum WBT, pertamanya kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita bertemu di DUN yang mulia ini. Mengurus pelbagai isu dalam keadaan yang pernuh harmoni walaupun sekali sekala kita ada apa suara yang meninggi tapi pada akhirnya, saya ingat apa tu sebagai orang Sabah kita dapat meleraikan semua apa itu dengan cara yang terbaik. Tuan Speaker, saya mengucapkan terima kasih semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Dewan yang mulia ini dan dalam perbahasan dan telah melontarkan pelbagai pandangan, cadangan ah kritik yang membina mengenai fungsi Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri sebelumnya sentiasa menekankan prinsip tadbir urus kewangan yang berhemah dan bertanggungjawab agar setiap peruntukan yang dibelanjakan akan memberi impak maksimum kepada kesejahteraan rakyat.
I Kerajaan Negeri telah menyediakan garis panduan pengurusan kewangan yang Holistik untuk rujukan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. Pendekatan ini termasuklah penyediaan strategi pengurusan perbelanjaan yang lebih telus dan berpandukan kepada kemampuan kewangan hasil negeri di samping mengukuhkan sistem pemantauan dan memastikan setiap sen wang awam yang diamanahkan digunakan sebaik mungkin.
Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri Sabah sentiasa menekankan kepentingan ketelusan accountability integriti dan pengurusan kewangan yang berhemah sebagai teras pentadbiran untuk memastikan tiadak ada unsur-unsur pambaziran dan pemborosan dan Kerajaan Negeri telah mewujudkan pelbagai mekanisma kawalan dan pemantauan yang kukuh dalam proses …
Bagi memastikan setiap perbelanjaan Negeri benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip ini, Kerajaan Negeri yakin bahawa semua aspirasi pembangunan negeri yang telah dirancang dan dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai matlamat untuk mensejahterakan bersama rakyat Sabah.
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senallang, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan prihatin terhadap isu penyewaan ruang pejabat oleh jabatan serta agensi Kerajaan Negeri di premis milik swasta. Meskipun, terdapat bangunan milik Kerajaan yang masih mempunyai ruang kosong seperti Wisma Tun Fuad Stephens dan bangunan Menara Tun Mustafa. Secara umumnya, keperluan untuk menyewa di premis swasta tidak dibuat secara sewenang-wenangnya, tetapi dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kesesuaian, lokasi operasi, keperluan spesifikasi teknikal dan keadaan fizikal bangunan Kerajaan yang malangnya, kebanyakannya telah pun mencapai usia puluhan tahun serta memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.
I Tuan Speaker, walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri memandang serius isu ketirisan hasil apabila peruntukan digunakan untuk menyewa bangunan swasta, sedangkan dalam masa yang sama ruang pejabat kerajaan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Sehubungan ini, sehubungan itu, beberapa langkah sedang akan diambil untuk mengoptimumkan penggunaan aset Kerajaan dan pada masa yang sama meningkatkan kutipan hasil seperti berikut:
1.
Pelaksanaan audit dan pemetaan menyeluruh terhadap semua bangunan milik Kerajaan Negeri termasuk premis milik GLC bagi mengenal pasti ruang yang boleh digunakan untuk disewakan; 2.
Penguatkuasaan dasar penggunaan keutamaan penggunaan aset milik Kerajaan sebelum mempertimbangkan penyewaan aset milik swasta. Tempoh penyewaan adalah juga dihadkan kepada 3 tahun sahaja; 3.
Menyediakan pelan perancangan penyelenggaraan dan naik taraf bangunan Kerajaan secara berperingkat bagi memastikan premis-premis tersebut berada dalam keadaan sesuai untuk diduduki; 4.
Penyewaan ruang lebihan kepada GLC atau pihak swasta bagi menjana hasil tambahan kepada Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri komited untuk mengoptimumkan penggunaan aset sedia ada dan sedang meneliti pendekatan terbaik untuk mengurangkan kebergantungan terhadap premis swasta, termasuklah mencadangkan penempatan semula agensi Kerajaan ke bangunan milik Kerajaan yang bersesuaian.
Tuan Speaker, untuk pemakluman Ahli Yang Berhormat daripada, Yang Dilantik, iaitu Yang Berhormat Datuk Jaffari Waliam.
Aktiviti barter trade di Negeri Sabah masih aktif. Sejak dibuka semula pada tahun 2016, Kementerian Kewangan Negeri bertanggungjawab untuk memproses permohonan surat kebenaran menjalankan aktiviti barter trade, selaras dengan Prosedur Operasi Standard atau SOP Aktiviti Barter Trade negeri Sabah 2019.
I Kementerian ini telah memproseskan lapan permohonan pada tahun 2024, di mana enam daripadanya telah diluluskan.
Manakala, baki dua permohonan diluluskan pada awal tahun 2025. Semua permohonan yang diproses adalah untuk operasi di daerah Sandakan. Berdasarkan rekod, tidak ada permohonan diterima untuk aktiviti barter trade bagi daerah Tawau dan Kudat pada 2024.
Terima kasih.
Tadi sebenarnya subjek yang saya bangkitkan apa yang telah dijawab oleh Yang Berhormat. Terima kasih banyak atas penjelasan tentang penggunaan bangunan-bangunan.
Saya cuma bertanya, pasal ini untuk keperluan, dari segi jumlah kewangan yang dibelanjakan oleh pihak Kerajaan untuk menyewa bangunan-bangunan swasta yang sedia ada.
Yang baru ini, ada yang belum siap lagi, Sabah Energy Corporation. Ya.
Itu bukannya milik kerajaan, begitu juga bangunan-bangunan yang lain. Berapa jumlah, berapa juta agaknya belanja yang ditampung oleh pihak Kerajaan untuk membelanjakan penyewaan ini?
Dan saya terima, terima kasih atas langkah susulan selepas itu, membaik pulih bangunan-bangunan yang sedia ada, supaya mungkin boleh digunakan pada masa akan datang.
Cuma soalan dia, berapa sebenarnya, berapa juta perbelanjaan?
Terima kasih, Tuan Speaker dan dari Yang Berhormat daripada Senallang.
Insya-Allah, kalau saya sempat, pegawai saya dapatkan maklumat hari ini dan besok pagi, saya akan maklumkan esoklah. Kalau tidak, kita akan maklumkan secara bertulis, ya. Terima kasih.
Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat daripada Lamag, berkenaan hasil yang dijanakan daripada ekonomi baharu. Setakat ini, pendapatan secara langsung, iaitu ke atas hasil negeri daripada sektor ini belum direalisasikan. Namun demikian, Kerajaan Negeri menitikberatkan potensi ekonomi baharu sebagai pemacu pertumbuhan masa hadapan, khususnya menerusi pembangunan ekonomi biru.
Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat SMJ sedang melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memastikan pembangunan sektor ini dapat menyumbang kepada hasil negeri secara berterusan dan lestari. Termasuk:
I 1.
Kajian terhadap potensi sumber mineral marin dan sumber bioteknologi laut; 2.
Penyusunan dasar dan Pelan Tindakan Ekonomi Biru Negeri Sabah secara menyeluruh.
Langkah ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menerokai serta memanfaatkan potensi hasil baharu demi memperkukuhkan kedudukan fiskal negeri.
Meskipun, berhadapan dengan cabaran dalam konteks ekonomi dan perdagangan global tahun ini. Seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Senallang dan Moyog, pelaksanaan polisi peningkatan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa barangan import boleh memberi kesan kepada aliran dagangan serta permintaan terhadap produk keluaran negeri ini. Bagi mengurangkan impak daripada dasar luar tersebut dan serta memastikan sumber hasil negeri kekal kukuh dan mampan, Kementerian saya komited untuk meneruskan pelbagai inisiatif strategik seperti berikut:
1.
Memudah carakan penerokaan hasil baharu oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi lain, khususnya dalam sektor yang berpotensi tinggi seperti sumber asli. Langkah ini akan dilaksanakan secara kolaboratif dan strategik, selaras dengan saranan Yang Berhormat Senallang agar pengurusan hasil negeri dapat ditingkatkan menerusi sinergi antara agensi; 2.
Meneliti pengenalan cukai baharu dengan memperluaskan skop dan jenis produk di bawah Cukai Jualan Negeri ataupun CJN; 3.
Menyemak semula struktur yuran sedia ada agar selari dengan nilai tambah perkhidmatan yang diberikan, kadar royalti bagi sumber asli, serta bayaran perkhidmatan kepada pemain-pemain industri; 4.
Meneliti semula hasil yang dibenarkan di bawah perlembagaan persekutuan untuk memastikan Sabah dapat memanfaatkan sepenuhnya ruang dan kuasa yang diperuntukkan;
I 5.
Mengoptimumkan kutipan hasil sedia ada, melalui pelaksanaan sistem digital yang lebih efisien dan telus termasuk penambahbaikan sistem pelaporan; 6.
Menambah baik pengurusan dan operasi syarikat milik Kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun melalui penstrukturan semula, pemantapan tadbir urus dan peningkatan kecekapan operasi bagi menjana pulangan yang lebih tinggi. Tuan Speaker, berhubung dengan pemberian hasil, telah juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Senallang, Sulabayan, dan Tungku seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini. Sekali lagi saya ingin menjelaskan.
Tuan Speaker.
Mohon mencela, Yang Berhormat Menteri.
Boleh saya habiskan paragraph ni?
Sila, sila, sila.
Berhubung dengan pemberian hasil yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senallang, Sulabayan, dan Tungku, dan seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sabah kekal konsisten, persistent and insistent, dengan izin, bahawa tuntutan pemberian khas adalah sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, selaras dalam peruntukan Perkara 112 (C) dan Bahagian 4, Jadual ke-10, iaitu 40% daripada hasil bersih yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah. Ya.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin bertanya, apakah Yang Berhormat Menteri bersetuju. Sekarang ini, apabila kita lihat disemua PBT, terutamanya sekali Majlis Pembandaran Sandakan. Pungutan cukai pintu, pungutan semua cukai hampir lebih dari puluhan juta tidak dipungut lebih daripada 15 tahun.
Apakah tindakan Yang Berhormat Menteri?
Terutama sekali dalam Kementerian Yang Berhormat Menteri, perkara ini tidak
I dapat dilunaskan ataupun tidak diingini.
Ini memberikan kesan yang tidak baik.
Terutama sekali pengutan cukai ini.
… adalah untuk penyelenggaraan bersama sekali di PBT, Sandakan dengan lampu jalan tidak ada, lampu taman-taman gelap. Ini yang menjadi sampah, tidak terkutip dan terurus dengan baik kerana bila ditanya alasan tidak ada kewangan. So bagaimana, Yang Berhormat Menteri?
Terima kasih.
Sebenarnya saya tidak bawa campur-campur.
Yang Berhormat Menteri, ada Tungku mahu mencelah sekejap.
Boleh, saya jawab sekali dengan ADUN nantilah. Dalam ucapan perbahasan saya, saya ada bertanya soal sebab kita diberitahu bahawa sudah 13 kali Kerajaan Negeri meminta daripada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan kita jumlah kutipan cukai daripada Sabah tapi sehingga kini kita belum berjaya untuk mendapatkan jumlah tersebut dan Kerajaan Negeri ada membuat anggaran perkiraan mengenai cukai yang tertunggak itu. Bolehkah Yang Berhormat Menteri bagitahu kita jumlah cukai anggaran dikutip daripada Sabah dalam jawatankuasa tersebut dan juga the losing years itu? Dan saya mencadangkan dan kalau boleh, kerajaan harus berpendirian by end of 2027 apabila warta bayaran interim itu sudah berakhir, we have to put an end soal pertikaian mengenai tuntutan 40% ini. Adakah kerajaan mempunyai rancangan ke arah tersebut? Terima kasih.
Berkaitan Menteri, Menteri ada mention tahun lepas di DUN bahawa independent accesor ini akan dilantik. So, I believe pada Julai tahun lepas, the deadline was made was done and there was no independent assessor appointed after that. Now there’s a new deadline I understand June and the none appointment of that independent assessor was because there’s a new deadline or something else? Terima kasih.
I
Terima kasih Yang Berhormat. Tiga soalan, bukan lebih daripada tiga Ahli Yang Berhormat Dilantik, Tungku dan juga Moyog, ya. Saya rangkumkan beginilah, bagi Moyog dan juga daripada Tungku itu lebih kurang samalah mengenai tuntutan ini. Pertamanya, barangkali adalah tidak begitu baik kita bocorkan jumlah yang dituntut bagi tujuan untuk perbincangan dan juga strategi kita untuk berurusan dengan pusatlah tapi saya boleh menyatakan di sini angkanya cukup tinggilah. Ini yang harus dicatatkan. Saya boleh bisikkan, tapi dari segi apa itu, this is ah, bagi sayalah, saya nampak ini tidak soal pasal wang ni, lebih baik kita tidak bocorkan kepada awam tapi boleh bertanya saya secara peribadilah. Saya akan bagitahu tapi cukup tinggilah kalau saya boleh ceritakan, ya.
Terima kasih Datuk Speaker. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat tentang perbezaan ini, ya kerana disebut tadi itu pemberian khas 112C 112D dan juga 40%. Sebenarnya saya dalam komiti masa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan saya telah jelaskan bahawa 112C ini pemberian khas, ini di antara Sabah dan Sarawak ada tapi 40% Sarawak tidak ada. There’s a different. Collection of tax revenue Sarawak tidak ada, Sabah sahaja ada. This is under Perjanjian 63 which inter governmental report … (kurang jelas). I read throughly. Perjanjian 63, bagaimana ini yang, saya ingat nak mention Datuk Speaker, Yap Pak Leong is one of the operator, saya panggil dia pergi rumah saya. There must be a total clarity. Jangan persamakan. Kadang-kadang pimpinan di Kuala Lumpur, dia persamakan sebab pemberian khas, satu. Yang collection 40% should be return back is different. Saya harap perkara ini dapat diurus dengan secara baik oleh pihak Kerajaan Negeri untuk jangan ada kekeliruan, ya. Seakan-akan persamaan yang berlaku ini, dia disamakan dengan, dia ingat, ah you should be gratefull that we have given you a lot of money. Then relating into 40%, no! That is different. Terima kasih banyak.
Ya, point taken Yang Berhormat Senallang. In fact kita konsistenlah. Dia dua perkara yang berlainanlah. Tuntutan ataupun hak dalam perlembagaan yang dinikmati di Sabah, dinyatakan dengan khususlah, 2/5 daripada apa ini, semua kutipan hasil daripada Sabah. 2/5 ini equivalent to 40%lah. Bukankah? Itu tiada. There is no orang kata
I there is no compromy. Tidak ada kompromi kerana ia adalah peruntukan khas dalam perlembagaan kita. Kalau kita mahu kompromi pun tidak boleh juga kerana ini sebahagian daripada peruntukan perlembagaan, ya. Terima kasih di atas peringatan tersebut.
Sebelum itu, seperti saya nyatakan tadi, malangnya Yang Berhormat Moyog, dia telah minta dalam mesyuarat yang lepas, mesyuarat teknikal supaya isu ini, cut off period untuk membolehkan, apa ini kita boleh trigger pelantikan independent assessor ini, mudah-mudahanlah dapat ditetapkan pada 30hb Jun dan mesyuarat akan datang ini.
Datuk Speaker, the trigger point is up to the State, when the State wants to do it. That’s what I understand because there is already a conflict antara State and Federal in terms of figure. Unless Datuk Menteri …
Kita punya position is that, dengan izin Tuan Speaker, the Federal have not totally rejected our claim sebab kita andaikan, we …(kurang jelas) official rejection. We see, kita punya claim adalah bila mereka tidak mempersetujui tuntutan kita, then itu, that’s where time is triggered. Oleh kerana kedua-duanya tidak bersetuju dengan jumlah yang dikemukakan masing-masing, then lebih baik kita lantik independent assessorlah, begitu.
Datuk Speaker, so the inter-um 600 million is inter-um and you are saying that there’s no disputelah? Meaning the Federal doesn’t dispute the claim, nor do you dispute their offer of 600 million.
To me seperti yang dinyatakan oleh Senallang tadi, very clear. Bayaran khas, iaitu actually dia bagi Sabah, dia bagi Sarawak. I think, bagi sayalah, tidak ada kaitan dengan apa ini, tuntutan 40%.
Correct, correct, so the two-fifth punya claim, Sarawak obviously tiada, but they somehow managed to get it, similar figure,
I identical number, 600-600. So that’s another story. What I’m trying to say is, the independent assessor can determine the actual quantum due to Sabah, but the problem is the 13 times you’ve demanded them to give you, they have yet to give you the actual data or documents, kan? Where you can quantamise the actual so-called 40%. Now, with the ongoing demand done by SLS on the lost years, that figure can come out. I mean a figure a bit different every other year can come out. It will come out. So you can fairly assess from the end of the last years until the current inter-um, how much had been missing, the arrears that had been missing to Sabah. So shouldn’t an independent assessor be made now?
Kita punya persediaan daripada dulu. Bila both sides tidak bersetuju antara penilaian atau penilaian masing-masing jumlah yang ditentukan, then at that point then it trigger the appointment of the independent assessorlah dan kita haraplah ini berlaku pada dan selepas mana-mana ada persetujuanlah, tapi kalau tiada persetujuan pada akhir bulan Jun, then the legal … (kurang jelas) is seems the only way. Terima kasih. Dan daripada Yang Berhormat Yang Dilantik tadi, sebenarnya ini saya harap Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri akan menjelaskan kemudian nanti kenapa ada tunggakan hasil yang tidak dikutip? Kalau boleh saya boleh elak untuk campur tangan dalam urusan kerajaan tempatan dan sebagainya tapi saya sekadar sebagai pandangan ikhlas, ini lebih kepada masalah apa, sikap kakitangan daripada segalanya. I mean mereka ada yang sudah lantik konsultan untuk bantu tapi kalau dia punya pungutan masih sama juga then barangkali saya sarankan ada keperluan baik kementerian itu untuk melihat semula keberkesanan usaha kita untuk mengutip hasilnya. Terima kasih.
Saya teruskan, Tuan Speaker. Kita semua sedia maklum isu ketirisian hasil bukanlah perkara baharu dan telah berlarutan sekian lama. Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini dan berkomited untuk mengambil langkah-langkah berkesan secara menyeluruh luruh bagi memastikan hasil negeri dapat dipungut secara optimum. Antara langkah yang diambil termasuklah satu, pemantapan sistem pemantauan dan pengurusan hasil termasuk pendigitalan, rekod serta penggunaan sistem pengesanan dan kutipan hasil secara berpusat. Kedua, penyemakan semula
I perjanjian-perjanjian sedia ada bagi memastikan terma-terma yang berpihak kepada kepentingan …
…t erma berpihak kepada kepentingan kerajaan dan rakyat. Ketiga, penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pihak yang gagal mematuhi perundangan dan peraturan, termasuklah pengenaan penalti terhadap kelewatan pembayaran atau pelanggaran syarat perjanjian. Bagi mengelak ketirisan hasil cukai jualan negeri, dan memastikan pematuhan terhadap perundangan yang berkuat kuasa, Kementerian Kewangan telah melaksanakan pemeriksaan berkala, pemeriksaan khas serta audit meja. Selain daripada itu, Kementerian turut menjalinkan kerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan, seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan Negeri Sabah, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Selaras dengan inisiatif ini, undang-undang berkaitan cukai jualan negeri juga sedang diperkukuh, bagi menutup sebarang ruang yang boleh menyebabkan ketirisan hasil. Dan keempat, peningkatan kapasiti pegawai dan agensi terlibat, termasuklah latihan teknikal dan tadbir urusan kewangan, bagi memperkukuhkan integriti dan kecekapan dalam urusan hasil. Ini berkaitan dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik ah Datuk Suhaimi tadi itu, iaitu meningkatkan kapasiti pegawai dan agensi terlibat, termasuk latihan teknikal dan tadbir urusan kewangan. Tuan Speaker, skim perlindungan insurans berkelompok yang banyak …
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sedikit dan bagi sedikit cadangan? Ah kebanyakan benda yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri itu ah lebih menjurus kepada acaunting system dan audit prosedur. Adakah Kerajaan mengamalkan ah audit integriti dalam kita punya sistem, dan adakah kita masih lagi mengamalkan ISO? Di mana apa-apa juga prosedur yang mesti mahu dituruti dan ada audit prosedur. Sebab banyak ini
I kosmetik accountinglah, smart accountinglah, apa semua, ini kita tahu semua ini dan benda itu di hujung jari sahaja. Tapi kalau kita ada ISO, kalau kita ada apa ini audit integriti, mungkin itu boleh menghalang daripada ketirisan-ketirisan tersebut. Terima kasih.
Semuanya, semua apa-apa itu pematuhan, seperti yang dinyatakan yang berhormat daripada apa ini Tungku tadi. Semuanya sudah built-in dalam sistem kita. Isu dia adalah sebenarnya penguatkuasaan. Itu yang saya terangkan yang pentinglah. Tapi untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat daripada ah apa ini Tungku, kita bekerjasama rapat dengan semua apa itu agensi-agensi penguatkuasaan, khususnya SPRMlah. Malah kita ada aktiviti ataupun acara sama daripada sekretariat antara negeri atau Kementerian, yang paling kerap mengadakan apa ini acara bersama, dengan harapan agar ini akan menerapkan rasa bertanggungjawab dan pematuhan kepada semua.
Datuk Speaker, sorry berkaitan, I did not ask this question in my pembahasan kerana short of time. But Datuk Menteri ada ah apa ini mengesahkan bahawa banyak GLC are not profit making di Sabah. So a lot of them. So that was last year. Boleh saya minta daripada Menteri, apakah GLC, which GLC yang tidak mencapai profit making status di Sabah dan apakah langkah yang telah dibuat oleh Menteri ataupun Kerajaan Sabah? Terima kasih.
Terima kasih.
Kebanyakan sebenarnya GLC yang tidak menunjukkan prestasi yang baik lebih kepada anak-anak syarikat itulah. Kerana anak-anak syarikat ini kadang-kadang di luar kawalan Kerajaan Negeri parsil daripada kerajaan pusat. Jadi di bawah kawalan oleh syarikat induk ataupun apa itu GL itu sendiri.
Jadi itu yang sangat bermasalahlah ya. Jadi apa yang kita buat sekarang ialah kalau sesuatu itu tidak boleh apa kata, No way that they can recover dan lebih sesuai untuk ditutup dan sebagainya.
Kita, untuk pengetahun Yang Berhormat daripad Moyog, Kerajaan Negeri tidak lagi memberi peruntukan kewangan untuk tujuan modal perniagaan baharu. Modal ini harus diperoleh daripada sumber perniagaan sedia ada oleh GLC tersebutlah. Ini
I antara kita untuk memaksa dalam inverted comma apa itu, syarikat-syarikat ada tujuan ini untuk memastikan kalau dia mahu expand business dia, dia perlu jana apa ini hasil yang membolehkan dia mendapat apa itu modal untuk mengembangkan perniagaan, ya. Terima kasih.
Skim perlindungan insurans berkelompok. Berhubung skim perlindungan insurans. Pertamanya, saya mohon maaf kerana barangkali apa ini, pengumuman asal ini tidak memberi gambaran yang luas dan juga terperinci, dan saya ucapkan terima kasih kepada semua, yang apa ini yang telah menimbulkan isu ini tapi percayalah. I just want to quote Yang Berhormat daripada Tanjung Aru, ini bukan satu projek ataupun skim yang orang katakan. Apa perkataan yang digunakan itu? Bodohkah? We are serious about it. Iya, we are serious about it, ini Yang Berhormat sebab itu percayalah.
Saya datang dari keluarga yang susah, saya faham. Even satu ringgit pun banyak ertinya, even dua ringgit pun. Kalau orang kematian, tidak ada apa-apa hasil. Tidak ada jaringan sosial. Imagine, a widow yang widow, tidak ada apa-apa. Suami mati, di mana dia mengadu. Ah inilah sebenarnya tujuan dia, kita bukan orang bilang apa itu, saja suka-suka kerana pilihan raya tahun ini, tidak, bukan begitu. Sama ada pilihan raya tahun ini atau tidak, orang masih akan mati juga. So we can not tunggu sehingga esok atau lepas pilihan raya baru kita perkenalkan. It doesn’t work that way. Percayalah Yang Berhormat, we are a really sincerely want to make sure that, sekurang-kurang ada apa itu orang kata social safety net untuk mereka yang betul-betul memerlukan bantuan, ya.
Terima kasih, Datuk Speaker. Cuma persoalan dia dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar, dan saya yakin tempiasnya ke peringkat negeri Sabah. Saya bahaskan juga dalam apa ini perbahasan saya tentang keadaan ekonomi yang ada, dan duit yang akan digunakan cukup besar, ya. Mungkin tidak tahu jumlah yang akan melibatkan insurans yang kita berikan, premium bagaimana keadaan dia. Itu yang kadang-kadang saya bangkitkan persoalan-persoalan bagaimana pengurusan supaya jangan ada ketirisan.
I Contoh, selain daripada insurans, dalam belanjawan ini. Program 18 000, iaitu aktiviti yang menjalankan belanja, diberikan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri 44 juta, dan kita nak tahu supaya termasuk insurans tadi, ya. Sedangkan rakyat di peringkat akar umbi memerlukan bekalan air, kemudahan-kemudahan asas, harga barang yang begitu meningkat, peluang pekerjaan. Dan saya bimbang dari segi contoh belanjawan ini 44 milion itu satu belanjawan. But dia punya kepala ini, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri yang ada dan ini yang saya harap sungguh supaya insurans tadi, itu berhubung kait dengan insurans. Tidak nampak ada negara pun macam Amerika Syarikat, but that is a very apa ini high income countries yang ada. Tapi dia very selective. Itu pun persoalkan di kongres, dibantah masa Obama pun.
Keadaan ini saya bimbang sebagai satu trend. Kita nakkan supaya kita bantu kita tahu ada sakit, insurans. Tapi semalam pun ada daripada Sabah, teks saya. Sekarang di IGN, Datuk Seri tidak cukup makan, boleh hantar duit sikitkah bantuan. Contoh seumpama itu tapi bukan menerusi kaedah seperti ini yang saya katakan, you insured people you know. Because you will develop a society like what happened in United Kingdom. Very dependent society, sampai pekerja di restoran pun orang dari Poland, sampai pekerja daripada Pizza Hut pun daripada Semporna, you know. Contoh seumpama itu, bila saya bincang dengan anak-anak supaya dia orang, this is not the way how did develop the nation. That’s why United Kingdom way behind now in terms of industry Malaysian yang ada.
Jadi, persoalan tentang insurans ini cukup penting supaya kita, bukan kita katakan untuk elections or whatever it is but how thrifty we are using the limited amount of money that we have. It’s only about 6 billion dan kita tahu prasarana cukup banyak diperlukan oleh ah rakyat Sabah ini.
Ramai Ahli Yang Berhormat menimbulkan rakyat yang susah, pendapatan tiada cukup.
Termasuk Yang Berhormat daripada Senallang sendiri. That is exactly the reason why we are introducing it as a form of social safety net, kerana kita tahu if anything happens, trust me, now tapi sebelum itu adakah dia membazir? Okey.
I Walaupun dalam kenyataan akhbar itu dia akan apa ini melindungi 3.5 juta, we take a maximum number. Kerana mengikut masalah, mengikut apa itu statistik yang ada …
…apa tetapi apa tu, setelah kita selidiki at this point of time, rakyat Sabah yang layak cuma 2.7 juta. So, premium is based on 2.7 million. Jumlah premium untuk tiga tahun, RM50 juta. RM50 juta, atau RM7 ringgit satu kepala. Now, RM7 per person. How we going to argue to spend RM7 milions to a Sabahan? With all the benefits that’s come out of it. Kita sudah belanja macam-macam untuk tujuan yang lain. Tidakkah kita terprihatin untuk just RM7 sahaja satu kepala dan I tell you the benefit ya. Saya baca dulu, tunggu dulu. I tell you the benefit.
Yang Berhormat Menteri?
Tunggu, Boleh saya habiskan ya? Kematian akibat kemalangan, RM10,000.00. Hilang upaya kekal dalam masa 365 hari selepas kemalangan, RM10,000.00. Hilang upaya kekal menyeluruh lumpuh, hilang kewarasan terlantar sakit, RM10,000.00. Hilang dua anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali, 100% iaitu RM10,000.00. Dan macam-macam lagi, saya ingat macam-macam lagi, termasuk peruntukan yang lain.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingat mereka di Sabah rakyat ini hampir, I should saylah 90% tidak ada insurans. Dan berapa jumlah yang miskin yang perlu bantuan apabila sesuatu akan berlaku? Ramai. So, Yang Berhormat, saya faham juga but trust me. Nombor satu, tidak ada middleman. Inilah perlindungan terus antara Kementerian Kewangan dan juga PIB atau Progressive Insurance Berhad yang juga milik Kerajaan Negeri. Tidak ada, not even a single cent, tidak ada, there is no middleman atau agent. Purely di antara kita dengan syarikat. Boleh saya habiskan dulu? Dan Yang Berhormat Senallang boleh tanya lagi.
I Okey, now I go to the statistic ya. Why kita perlu? And why it is possible that a lot akan mendapat manfaat? Ambil apa itu, statistik kemalangan daripada PDRM. Jumlah kemalangan, ini tidak masuk kemalangan dari dalam kerja. Ini yang trafficlah, ya. 2020, 12 987. 2021, 12 959. 2022, 18 197 kemalangan. 2023, 19 671 kemalangan dan tahun lepas, 20 828. Kematian, 2020, 220 orang. 2021, 234 orang. 2022, 280 orang. 2023, 289 orang. 2024, 319 orang. I don't think they are all rich people that's not the insurance. So, ini asas kita untuk mengambil keputusan untuk membelanjakan RM50 Juta untuk 3 tahun dan kalau dalam masa 3 tahun kita bertahan, oh it's too expensive, kita akan review. Tetapi bagi sayalah, secara peribadi kerana saya faham betul-betul. Why is the, duit ini penting bagi orang yang susah. Selagi kita mampu, kita bantulah orang kita RM7, 1 tahun sahaja. Terima kasih. Ya.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata, Kementerian Kewangan directly to Progressive Insurance, is it? Direct deal dengan Progressive Insurance tidak melalui mana-mana agent? Sama ada Khazana Healthcare ataupun tiada. Okey, thank you. Kedua, Yang Berhormat Menteri cakap tadi, statistik kemalangan ya dan kematian pada 2024lah. Saya pendekkan ah. 2024, 319 orang. Jadi, kalau insurans, kita akan dapat 1 khairat kematian RM500. Dua, pampasan RM10 ribu kematian tetapi kalau RM50 ribu, RM50 juta diperuntukkan kalau kita bagi kepada RM10 ribu pampasan, kita boleh dapat 5 ribu orang. Why not, kita bagi direct siapa yang meninggal terus kasih kemalangan. Tak (tidak) payah pergi insurans. Kita belanjakan RM50 juta di insurans, lebih baik kita direct bagi kepada penduduk kita yang kemalangan, kematian. 5 ribu. Jauh bezanya 5 ribu dengan 319. Ini accounting yang jelas. Maknanya, lebih baik dan lebih menguntungkanlah. Tidak, tidak penjimatan. Penjimatan yang lebih baik. Apa jawapan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri?
Terima kasih.
Saya ingat we should’nt calculate that in a same place this formula. Yang mati bukan semua layak. So, you don't calculate 319 multiply by 10 ribu. Tidak. Satu, dia mesti warganegara. Paling penting ya. Kedua ya, dan yang statistik tadi dia bukan
I warganegara sahaja. Ada foreigners. Kedua, dia mesti tunjukkan ada laporan polis bahawa memang dia meninggal kerana kemalangan.
Soalan saya lain tu daripada jawapan Yang Amat Berhormat?
Ya.
Maksud saya, maksud saya begini. Kita gunakan RM50 juta itu dalam satu dana, tidak perlu kita bayar ke insurans RM50 juta. (Suara bertindih) Nanti, nanti. Saya jelaskan dulu supaya Yang Berhormat Menteri faham. 319 orang kalau saya kira 250, 234, 280, 289 dan 2024 kematian 319 okey. Kalau RM50 juta, kita bagi RM10 ribu maksimum ya. RM10 ribu maksimum. Kita boleh dapat, kita boleh berikan 5 ribu orang tahu sepanjang tahun. Buat apa kita mahu belikan insurans RM50 juta, sedangkan boleh kita bagi direct kepada yang terlibat dengan kemalangan, kematian ini. 319 jauh beza, 4 ribu kalau tadi dekat-dekat 5 ribu mungkin kita boleh insuredlah supaya memberi keselamatan mungkin penjimatan daripada segi kewangan kepada negeri, Kerajaan Negeri. 5 ribu bezanya jauh sangat. Ada baiknya kita letak dana, dana khas.
Yang Berhormat Merotai, Yang Berhormat Merotai. Apa yang saya faham, 319 itu hanyalah laporan kemalangan jalan raya
Ya. Saya faham Datuk Speaker, saya faham.
Tetapi kematian juga berlaku oleh kemalangan-kemalangan lain.
Saya faham, saya faham Datuk Speaker.
Saya faham. Mungkin dia jatuh kemalangan, jatuh dari pokok mungkin jatuh di tandas tetapi itu pun…
Ya. Tuan Speaker. Saya ingat, kalau ada (suara bertindih dan tidak jelas)
I
…itu pun saya rasa jauh lagi, differentnya jauh. Ini dari segi penjimatan (suara bertindih)
Tuan Speaker. (suara bertindih)
Ahli Yang Berhormat Merotai. You made your point…(suara bertindih dan kurang jelas)
Tuan Speaker, daripada kita buang masa disini, buang masa saya, buang masa Ahli Yang Berhormat. Come to my office, we'll discuss it upon it.
Ini bukan buang masa Yang Berhormat. Kena faham tidak...
Ya. Ya. Ya, tidak banyak masa lagi saya akan habiskan masa 30 minit. No, no, no…
Tidak ada yang membuang masa di sini. Ini adalah Dewan tertinggi yang harus kita bincangkan, bagi pandangan dan sebagainya.
(suara bertindih antara Menteri Kewangan dan ADUN Merotai)
Tuan Speaker, give your order. This is my flow.
I know your flow. I know your flow. Saya sudah minta izin dan saya sudah jelaskan. Bila saya jelaskan Yang Berhormat Menteri Jawab sajalah.
(suara bertindih antara Menteri Kewangan dan ADUN Merotai)
I
Berhubung skim perlindungan insurans berkelompok yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Senallang, Lamag, Darau, Tanjong Aru.
See?
Ya, Datuk Speaker,
Datang.
Dipersila ke office, shit down. Dan Usukan seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan akhbar baru-baru ini… (suara bertindih)
Datuk Speaker, ini rakyat mahu tahu, bukan saya yang mahu tahu. Rakyat mahu tahu, kalau disini rakyat boleh dapat jawapannya. Kalau saya pergi sana...
Yang Berhormat Merotai, sila duduk.
(suara bertindih antara Menteri Kewangan dan ADUN Merotai)
…syarat perlindungan insurance akibat kemalangan (tidak jelas) rakyat negeri Sabah. Perkara yang tidak diduga yang mengakibatkan kematian dan kemalangan dan hilang upaya sebahagian, sebahagian dan kekal berpunca daripada kemalangan. I will be more than happy to explain each and every detail di pejabat. No problem. Saya terbuka.
No, it's wrong. It’s wrong. It’s wrong Yang Berhormat Menteri, it's wrong. Jawapan harus dijawab disinilah.
No, no.
Jumlah premium bagi perlaksanaan skim perlindungan insurans berkelompok ialah RM50 juta bagi tempoh 3 tahun.
(suara bertindih antara Menteri Kewangan dan ADUN Merotai)
I
Okey, begini. Apa yang dipersoalkan oleh Merotai itu, Yang Berhormat Menteri Kewangan, akan beri secara detail jawapan bertulis dan jawapan bertulis ini akan masuk dalam hansard and it is recorded as a proceeding punya record. Okey, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Menteri, macam mana claim? Saya nak tanya sahaja. Macam mana nak claim? Sebab dia dah register secara automatic. Terima kasih.
Saya belum habis lagi. Pasal all of you are interfering. Jumlah premium bagi perlaksanaan skim perlindungan insurans berkelompok ialah RM50 juta bagi tempoh 3 tahun. Bermula dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2028. Perlaksanaan skim ini dikendalikan secara langsung oleh Syarikat Progresif Insurans Berhad. Tidak melibatkan sebarang orang…
... utama atau ejen luar, seperti yang dibangkitkan oleh yang berhormat dari Lamag dan Darau. Pendekatan ini diambil bagi memastikan ketelusan, keberkesanan perlaksanaan, serta penjimatan kos, seterusnya memaksimumkan manfaat kepada rakyat Sabah yang layak menerima perlindungan insurans berkelompok ini …
Penjimatan kos itu tidak ngam itu.
… seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pelaksanaan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok ini..
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Penjimatan kos tidak ngam.
Yang Berhormat Merotai.
I
… akan menggunakan kaedah tanpa nama di bawah Polisi Induk Insurans. Melalui pendekatan ini, pendaftaran individu sebagai peserta insurans tidak diperlukan. Sebaliknya warganegara Sabah yang layak akan dilindung secara automatik tertakluk kepada syarat-syarat perlindungan yang akan diperincikan dan dimaklumkan kelak.
Langkah ini diambil bagi memudahkan akses perlindungan kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, serta memastikan tidak ada warganegara Sabah yang tercicir daripada skim ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Skim Polisi Insurans Tanpa Nama ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ya, yang mana Yang Berhormat daripada Tanjong Aru mengatakan, silly scheme, ya. I’m sorry to say, this is not a silly scheme. It’s been done before. Bukanlah satu perkara baharu, contoh terdekat. Ya, contoh terdekat adalah insurans pendaki Gunung Kinabalu. Dalam hal ini, pendaki tidak perlu mendaftar secara langsung dengan syarikat insurans. Sebaliknya, apabila seorang mendaftar untuk mendaki gunung, melalui ejen atau penganjur yang sah dan berdaftar, mereka secara automatik dilindungi di bawah Polisi Insurans Kumpulan yang disediakan oleh penganjur. I want to read (sebutan kurang jelas) it’s the same insurance Progressive Insurance Bhd. Ya.
Ini bermakna nama mereka tidak perlu dimasukkan secara individu dalam polisi tersebut. Pendekatan ini memberikan urusan perlindungan insurans menjadi lebih cekap, pantas dan inklusif. Begitu juga dalam konteks program ini dengan pelaksanaan Polisi Insurans Tanpa Nama, Kerajaan dapat memastikan bahawa semua rakyat Sabah yang memenuhi syarat akan terus dilindungi tanpa perlu melalui proses pendaftaran yang mungkin merumitkan atau menyebabkan setengah kumpulan tercicir, terutamanya mereka di kawasan pendalaman atau yang kurang celik digital. Tambahan pula pendekatan ini membolehkan kerajaan memanfaatkan ekonomi skala di mana premium keseluruhan adalah lebih rendah berbanding sekiranya dilaksanakan secara individu. Ia juga memudahkan pemantauan dan pentadbiran oleh agensi pelaksana tanpa pengurusan dan data peserta yang besar.
I Tuan Speaker, berhubung dengan kenyataan, ini sebenarnya saya telah nyatakan tadi. Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat daripada Tanjong Aru, angka 35.5 juta yang disebut oleh Kerajaan Negeri adalah menunjukkan kepada jumlah keseluruhan penduduk Sabah berdasarkan statistik 2023. Ini adalah yang digunakan untuk tujuan perancangan dan pembangunan, memandangkan semua penduduk tanpa mengira status kewarganegaraan menggunakan infrastruktur dan perkhidmatan awam di negeri ini.
Meskipun angka 35.5 juta digunakan sebagai kerangka perancangan awal, peruntukan kewangan yang sebe … sebenar hanya dibuat mengikut jumlah warganegara Sabah yang sah berdasarkan semakan data rasmi. Ini bermakna jika angka warganegara Sabah hanya 2.7 juta, maka perbelanjaan dan pembayaran tuntutan bagi skema unsuran hanya dibuatkan berdasarkan kepada angka tersebut. Tidak ada premium akan dibayar, bagi bukan warga bagi bukan warga tiada tidak ada premium akan dibayar kepada bukan warganegara Sabah kerana mereka tidak terlibat dalam skim ini, agar tidak ada pembaziran, kerana kerajaan hanya membuat pembayaran atas tuntutan berdasarkan syarat dan kelayakan yang ditetapkan sahaja. Bagi soalan Yang Berhormat daripada Senallang mengenai statistik kemalangan. Sebenarnya saya telah pun nyatakan tadi ya.
Ya.
Boleh saya completekan ini ya. Pada tahun 2020 jumlah keseluruhan kemalangan dicatat, catat sebagai 12 987 dan angka ini telah meningkat pada 2828 kepada 2024, peningkatan hampir 60% dalam tempoh lima tahun. Ya.
Lebih membimbangkan jumlah kemalangan maut juga meningkat dan saya nyatakan tadi, daripada 195 kes pada 2020 kepada 282 kes pada 2024, manakala jumlah mangsa yang terkorban meningkat daripada 220 kepada 319 dalam tempoh yang sama. Situasi yang membimbangkan ini jelas menekankan keperluan untuk melaksanakan Perlindungan Insurans Berkelompok sebagai satu langkah proaktif Kerajaan.
I Inisiatif ini adalah menyediakan jaringan keselamatan sosial, Social Safety Net, boleh saya habiskan?
Menjaga kebajikan rakyat, serta meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga mangsa, khususnya dalam kalangan golongan yang tidak berkemampuan di B40, ya.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Merotai itu cukup penting. Kalau kita lihat bahawa dari segi pengurusan kewangan, ketirisan, yang perlu kita urus dengan secara baik setelah mendengar apa yang Yang Berhormat katakan, bahawa mana yang berlaku accident, the whole Malaysian, Sabahan, citizen yang ada, layak. Tidak kira dia miskin, tidak kira dia kaya. Which I think dalam pendekatan pengurusan kewangan, yang seharusnya kita urus dengan secara baik.
Kerana sektor-sektor yang lain, saya bangkit dulu. Goverment memerlukan duit. Walaupun jumlahnya mungkin seperti apa yang disebutkan, kenapa kita tidak, cadangan Merotai, ialah kenapa kita tidak salurkan kepada bilamana berlaku bencana kepada pihak-pihak tertentu. Contohnya, tidak ada makanan saya sebutkan, ada orang sakit jantung di IJN sekarang. Tidak cukup duit, hantar duit. Itu sahaja. Takkan kita nak bagi insurance company, Datuk Speaker, saya yakin ini satu pendekatan yang agak tidak, apa ini baik untuk kita urus kewangan yang amat terbatas ini, Datuk Menteri.
Kita cuba, jadi insurans ini tiga tahun. Kita ada masa yang cukup untuk membuat apa, apa itu penyesuaian atau perubahan kalau perlu. Tapi apa yang kita tawarkan, ialah kita rasa daripada pengalaman kita dan sebagainya, tidak kira di manalah. Tempat saya, tempat Ahli-ahli Yang Berhormat. Kasihan bah. Bila kena, tidak ada apa-apa yang dapat diberi dan ini tidak ada dalam Skim Kerajaan dan kita fikirkan, Skim Insurans adalah salah satu daripada cara kita untuk menangani masalah masa kegawatan, apabila ter-berlaku sesuatulah.
Yang Berhormat Menteri, Merotai.
I
Boleh saya habiskan dulu nanti? Masuk ke dalam nanti.
Okey.
Mahu habis sudah ini. Tuan Speaker, penjelasan yang lebih terperinci berkenaan syarat-syarat dan kelayakan akan diadakan melalui program kesedaran, hebahan dan jelajah penerangan program dan kerjasama pejabat daerah-pejabat daerah, majlis-majlis daerah, jabatan penerangan-penerangan, serta agensi-agensi yang berkaitan di daerah-daerah terpencil dalam masa terdekat. Disarankan agar kita semua, agar apa itu, setiap rakyat dari masa ke semasa akan dikeluarkan sama ada dari kerajaan ataupun dari PIB ataupun Progressive Insurance Berhad.
Tuan Speaker, cukai jualan negeri produk petroleum. Ahli Yang Berhormat daripada Senallang telah mengatakan bahawa sumber pertumbuhan hasil Kerajaan Negeri semasa adalah ekoran cukai jualan negeri ke atas produk petroleum yang diperkenalkan semasa Kerajaan Warisan Plus pada 2020. Saya ingin jelaskan bahawa kajian untuk meluaskan sumber asli negeri termasuk ke atas cukai produk petroleum sebenarnya telah pun bermula sejak 2012 dan disiapkan pada 2014. Namun cadangan ini hanya dilaksanakan pada tahun 2020 setelah Kerajaan Sarawak memperkenalkan cukai produk petroleum pada 2019.
Ekoran pertikaian daripada syarikat-syarikat minyak dan gas pada tahun 2020, cukai yang dikutip pada tahun tersebut hanyalah RM177.88 juta, atas ketegasan dan kecekapan pemerintahan yang ada sekarang, cukai yang sepatunya dibayar pada tahun 2020 telah berjaya dikutip pada tahun 2021 berjumlah RM328 juta dan pada tahun 2022, RM130 juta. Menerusi jalan penyelesaian, menerusi jalan penyelesaian yang dicapai, no, just so you know, we are give credit to anyone, semua pemimpin kita yang bertanggung jawab memperkenalkan. The issue here ialah, ialah bagi saya lebih kepada keberkesanan kita untuk mengutip hasillah.
Yang Berhormat Menteri? Cukai jualan.
I
Ya, boleh saya anu ...
… belum saya habis pasal jualan ini. Menuruti jalan penyelesaian yang dicapai sejak 2021, Kerajaan Negeri berjaya mengutip cukai petroleum melebihi 1.4 bilion setahun dengan kutipan tertinggi pada tahun 2022 sebanyak 1.9 bilion. Skop cukai ke atas produk petroleum yang sebelum ini hanya dikenakan ke atas minyak petroleum mentah, termasuk kondensat ya, dan gas asli atau gas cecair LNG juga telah diperluaskan kepada produk-produk tambahan, iaitu ammonia dan urea berkuat kuasa pada 1 Ogos 2022. Metanol berkuat kuasa pada 1 Oktober 2023. Bagi tujuan mengoptimumkan cukai produk petroleum bermula 1 Februari 2025, Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan harga rujukan yang menggunakan purata harga pasaran bagi tempoh 12 tahun eh, 12 bulan yang terakhir. Cukai ini dikira menggunakan nilai yang paling tinggi antara harga invois atau harga rujukan. Ini di antara usaha kita juga untuk mengurangkan kesan penurunan harga apa tu ah, minyaklah. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa jumlah cukai petroleum yang berjaya dikutip daripada 1 April 2020 ya sehingga Mac 2025 ialah berjumlah 7.36 bilion.
Datuk Menteri, boleh minta penjelasan?
Very good to hear, billions and billions of collections. Apa yang return with this evaluated amount? Which probably about five to six billion? What is the return to the state? Meaning what do you do with this money? Among others into four digit punya cukai. Itu pump oil tax cukai. Whatever cukai your have including the petroleum royalty, current petroleum royalty. How do you return it back to the society? How do your utilize this money?
Terima kasih.
The entire perbelanjaan kita bergantung kepada minyak. Yang Berhormat daripada Senallang, mantan Menteri Kewangan dia tahu 49.9% income kita datang daripada
I minyak. That’s how honourable we are. Bermakna hampir keseluruhan apa itu pulangan minyak kita dibuat untuk perbelanjaan apa yang kita bentangkan setiap tahun kerana half of kita punya revenue datang daripada minyak. So we cannot say kita tidak boleh katakan khusus untuk apa kerana our entire revenue raised on minyak, apa itu (tidak jelas) termasuk gas, dan juga kelapa sawit. Itu make up 68% about kita punya revenue.
(Suara tidak jelas)
Press your mic.
Sorry, thank you, Datuk Speaker.
Kenapanya ada penurunan bagi petroleum royalty or cash payment. Eh, sorry the wrong words. Cash payment melalui Petroleum Agreement 1976? Pada tahun 2024, ada penurunan sebanyak RM73 juta berbanding jumlah diterima pada 2023, iaitu 1.742 bilion. There was a deduction but there was based the brand could price per barel. So, currently the highest brand could price sejak April tahun lepas sampai sekarang is 84USD per barel, brand could price. This penurunan happen at the price of 97 brand could per barel, USD. So, there gonna be a huge reduction next year in term of cash payment from the Petroleum Agreement 1976. This year la. So, huging decrease. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat ..
Yang Berhormat Menteri, sila mula gulung ya. Masa tamat. Sila gulung.
Cukai jualan, Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa cukai jualan tersebut ah dapat dikaji pada 2012. Tapi sebenarnya apa yang disebut oleh Senallang, kita tahu pada April 2020 memang Senallang yang laksanakan. Betul tidak? Dan ah, pewartaan itu kalau kita lihat, ada warta Kerajaan. Perintah Cukai Jualan Negeri 2018 kita luluskan sama-sama di Dewan ini. Saya ingat saya masih di sana Yang Berhormat Menteri ada di sini. Kita luluskan di table that time di sana.
I
So, your point?
My point is tidak perlulah sebut yang 2012 punya. Sebutlah 2018. Kita yang luluskan di Dewan ini. 2020 Senallang yang laksanakan cukai jualan tersebut.
Ya. Datuk Speaker dengan izin. Yang Berhormat Menteri sebenarnya kalau bila kita lakukan perkara ini, pasal saya teringat Tun Mustapha. Dia impose on royalty 20% gone down only 5% was given. Masa itu saya bagi arahan dengan Peguam Negeri. Salehah put on the table, but we start with 5%. Ya, yang ada. Gradually, when there is no legal case, then I go for another 10%. To make sure revenue, pasal kita tidak tahu. Datuk Menteri berapa jumlah minyak yang extracted daripada kita punya boundary yang ada. Hasil yang diperolehi kita merupakan pengeluar yang terbesar minyak di Malaysia. Untuk Malaysia is not Sarawak. Sarawak is first for gas, we are second. But minyak Sabah, we have more than 37 reserved untuk kita punya ini. Ah contributing to the national kind of revenue for minyak yang ada untuk dalam negara kita. Jadi maka dengan itu, kita impose that. Adakah pihak Kementerian ataupun Kerajaan mengambil langkah untuk menaikkannya? Kalau tadi Yang Berhormat Moyog pun nyatakan, revenue will be down. We know what down? Because revenue of Petronas internationally. They have recorded how many billion this year loan. Dalam surat kabar ini nyatakan bahawa Petronas mempunyai keuntungan dan dividen diberikan kepada Kerajaan Persekutuan. Dalam lingkungan lebih daripada 20 bilion yang dalam tahun ini. Jadi saya melihat bahawa keadaan ini bagaimana penelitian untuk hasil yang ada pada Sabah ini? Supaya jangan ada ketirisan. Bukan ketirisan dari segi kewangan, bukan ketirisan tapi minyak yang diperolehi. Gas yang diperolehi. Bayangkan, Sarawak itu mengambil Bintulu gas pengurusan dia. Kimanis, we should take it. Kita tidak tahu berapa gas jumlah yang ada. Petronas uruskan di Kimanis itu. Pasal saya pun dah siasat dahulu. Masa saya Kerajaan, I want to know every inch of whatever revenue yang kita Kerajaan Malaysia perolehi untuk kita pulangkan kepada negeri Sabah ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Senalang, daripada Merotai. In fact, saya terserah nyatakan tadi. We give credit to all our leaders yang responsible apa itu untuk memastikan kita
I mendapat hasil ini. Jadi tidak soal siapa yang lebih dahulu dan sebagainya. Itu everybody. I know. Saya faham. Bagi saya itu bukan isu besar la.
Datuk Speaker, cuma saya bertanya sama ada your willing to increase from 5% sales tax yang ada kepada certain percent yang ada.
Kita sentiasa membuat penilaian. Continuously assessing cara terbaik untuk meningkatkan hasil termasuk 5%. Cuma kita juga ambil kira bahawa bukan semua yang kena 5% CJN itu. Bukan sahaja Petronas. Tapi juga syarikat-syarikat asing yang lain. Tapi kita tidak apa itu menaikkan apa itu 5% satu option yang available sekiranya perlulah. Tapi kita akan ah bincang ini dengan semua syarikat-syarikat minyak secara baik supaya apa pun keputusan kita tidak dilihatkan sesuatu yang akan mengurangkan apa ini orang kata kelebihan kita dalam menarik pelabur-pelabur dan sebagainya.
Ada usul, Yang Berhormat Menteri. Ada usul. Ada usul.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap 2(1)(B) Peraturan-peraturan Tetap Dewan. Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang ini.
Ada yang Menyokong?
Tuan Speaker. Saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan …
I
… ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju. Tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan. Silakan Yang Berhormat Menteri, teruskan. Wrap up ah wrap up your debate.
Tuan Speaker, kemudian saya bersama-sama dengan SMJ Energy Sdn. Bhd. telah mewujudkan Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence bagi memantapkan kutipan cukai ke atas petroleum yang merupakan sumber hasil utama negeri. Ini sedikit sebanyak apa itu menjawab kepada cadangan daripada Senallang tadi. Yakinlah bahawa Kerajaan sedang… Kerajaan tidak sekadar duduk diam menerima cukai, sebaliknya giat melaksanakan pelbagai inisiatif serta berusaha secara menyeluruh untuk mengoptimum dan memelihara hak-hak Negeri Sabah demi memperkukuhkan dan memperluaskan hasil negeri.
Ahli Yang Berhormat daripada Sulabayan telah membangkitkan isu berhubung dengan royalti petroleum yang masih pada kadar 5%.
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, berikutan langkah strategik yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui perjanjian kerjasama commercial CCA, Commercial Collaborative Agreement dengan Petronas. Pada 7 Disember 2021, Negeri Sabah telah mendapat perkongsian hasil penyertaan dan penguasaan berkaitan minyak dan gas yang lebih besar di Sabah.
Ini terbukti melalui penyertaan SMJ Energy, syarikat minyak dan gas milik kerajaan dalam pelbagai aspek industri huluan dan hiliran, upstream and downstream ya.
Termasuk satu kepentingan penyertaan bukan operasi sebanyak 50% dalam kontrak perkongsian pengeluaran PSC Semarang.
Untuk pengetahuan, kita telah pun menjual i think kali Ke-6 atau Ke-7, 50% kita punya apa itu minyak di sana.
Pemilikan 25% ekuiti dalam Petronas Chemical Fertilizer Sabah Sdn. Bhd. dan pegangan 10% dalam Petronas LNG 9 Sdn. Bhd. Dengan modal permulaan sebanyak RM50 juta, SMJ Energy di dalam tempoh dua tahun sahaja telah mengisytihar dan mengagihkan dividen berjumlah RM110 juta
I kepada Kerajaan Negeri.
Dan kini berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai RM5 billion, saya juga ingin berkongsi.
Datuk Dr.
Tuan Speaker, boleh minta laluan sekejap?
Okey, saya nak sentuh pasal royalti minyak 5% ini.
Sejak tahun 67 ini, adakah insentif-insentif, eh 76, adakah insentif-insentif lain yang Petronas bagi? Pasal 5% ini sekian lama kekal sampai sekarang. Sedangkan kalau kita tengok, saya ingat pendapatan hasil daripada penerokaan minyak ini bertambah, dah berapa tahun dah. Saya ingat lagi dulu zaman Perdana Menteri Dato' Seri Najib, termasuklah dia kata akan bagi sokongan bantuan hospital dan pendidikan, itu berupa insentif dia. Pasal apabila kita minta, ditingkatkan. So, adakah orang kata insentif lain untuk orang kata tambahan daripada yang tidak berubah 5% itu dibagi kepada Kerajaan Negeri Sabah? Terima kasih.
Sebenarnya saya baru baca tadi apa itu cara hasil, cara kita untuk mengutip lebih banyak daripada Petronas ya. Jadi saya andai itu apa ini, dengan apa itu, saya juga ingin berkongsi mengenai penglibatan syarikat tempatan dalam perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas, oil and gas services equipment (OGSE). Yang mana pada tahun 2000, sejak 2021 hingga 2024, jumlah pendapatan syarikat OGSE tempatan telah meningkat daripada RM613 juta kepada RM2 bilion, iaitu peningkatan 239%.
Apa yang saya ingin nyatakan ialah kita telah memastikan dalam apa itu kategori-kategori tertentu, kita telah minta Petronas untuk memastikan kontrak ini hanya di offer atau ditawarkan kepada syarikat-syarikat daripada Sabah. Dan ini adalah satu daripada kali kejayaan yang kita boleh banggakan, daripada 2021 nilai kontrak yang beri syarikat Sabah perolehi cuma RM613 juta.
Pada tahun lepas, dia meningkat kepada RM2 billion nilai dialah ya.
Semua ini merupakan antara manfaat yang diterima oleh negeri Sabah secara langsung daripada industri minyak dan gas sendiri selain daripada penerimaan bayaran royalti sebanyak 5%. Saham Amanah Sabah, Tuan Speaker.
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat daripada Karambunai, Saham Amanah Sabah atau SAS merupakan sebuah skim pelaburan yang diurus oleh Saham Sabah Berhad.
Sepanjang 30
I tahun syarikat ini beroperasi, Saham Sabah Berhad telah berjaya mengagihkan pendapatan kepada para pelabur SAS berjumlah RM790.6 juta. Pada tahun 2024 sahaja, sebanyak RM4.88 sen seunit telah diagihkan dan dilabur semula bagi manfaat pemegang unit saham.
Saya juga ingin maklumkan bahawa Saham Sabah Berhad telah menyumbang sebanyak RM15.1 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai dividen hasil daripada prestasi pelaburan pada tahun lalu.
Bagi pelabur yang masih belum menerima agihan keuntungan, saya menyarankan agar mereka berhubung secara terus dengan pihak Saham Sabah Berhad. Ini kerana terdapat sebilangan pelabur yang telah menukar maklumat perhubungan dan perkara ini menyukarkan syarikat untuk menyampaikan hasil pelaburan kepada mereka. Manakala bagi pelabur yang telah meninggal dunia, saya ingin mengingatkan waris yang sah agar segera mengurus proses pindah milik atau tuntutan pelaburan.
Dokumen seperti sijil kematian dan surat perintah mahkamah hendaklah dikemukakan kepada Saham Sabah Berhad bagi membolehkan tuntutan diselesaikan dengan teratur dan mengikut perundangan yang ditetapkan.
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjong Aru mengenai status Pacific City, para pembeli telah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan pemaju, developer, bukan degan SD… bukan dengan SDB atau Kerajaan Negeri. Oleh itu, tindakan undang-undang terhadap SDB mahupun Kerajaan Negeri adalah tidak berkesan dan tidak akan menyelesaikan masalah.
Pihak pemaju yang bertanggungjawab untuk menyiapkan projek ya adalah dimaklumkan bahawa pemaju telah dilikuidasi, i mean the company has been worn out dan pelikuidasi swasta telah dilantik bagi mengurus projek ini. Pada Mac 2025, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah meletakkan projek ini di bawah seliaan penuh pihak likuidator atau pelikuidasi. Buat masa ini, pihak KKTP dan pelikuidasi sedang berusaha untuk menghidupkan semula projek tersebut.
Dalam hal ini, SDB juga mengalami kerugian yang besar dan sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam.
SDB Bank terus bersimpati dengan nasib para pembeli, kemampuan untuk membantu para pembeli adalah terhad. Tanggungjawab untuk memulihkan projek Pacific City kini terletak kepada pihak likuidasi bersama Kementerian yang berkenaan.
Termasuk dalam mengenal pasti
I kontraktor penyelamat atau white knight yang bersesuaian untuk meneruskan pembangunan.
Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada Elopura ya, jumlah berkaitan dengan Non-Performing Loans (NPL) atau bid dates, Sabah Development Banks Berhad kini berada di landasan pemulihan yang positif dengan sasaran untuk mencapai penyelesaian pinjaman berjumlah RM3 billion dalam masa tiga tahun. Sehingga kini, Lembaga Pengarah telah meluluskan cadangan penyelesaian bernilai RM938 juta. Selain daripada itu, RM2 bilion nilai cagaran pinjaman telah diletakkan di bawah pentadbiran receiverships dan manager bagi tujuan recovery atau pemulihan aset.
Dalam aspek pengurusan risiko kredit, SDB telah memperkukuhkan dasar prosedur dan kawalan dalaman bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan pembiayaan.
Kerajaan yakin bahawa keseluruhan proses penstrukturan semula ini akan memastikan SDB akan terus berkembang sebagai institusi kewangan pembangunan negeri yang berdaya tahan, bertanggungjawab dan benar-benar menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah. Setakat inilah saja penjelasan saya yang saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan dan seperti mana yang tadi atas apa itu semangat Aidilfitri, saya barangkali kalau saya terkasar tadi khususnya kepada Yang Berhormat daripada Merotai, saya minta maaf di..
Tidak apa Yang Berhormat Menteri.
Dipersilakan untuk ya, ya
Tidak kasar, tidak apa.
Cuma.. cuma tadi Yang Berhormat Menteri janji nak jawab lagi sekali soalan saya.
Ya.
Berkenaan dengan insurans tadi.
I
Hmm.
Penjimatan insurans tadi.
Saya ada cadangan juga Yang Berhormat Menteri ya, ini untuk kebaikan kita bersama. Saya tidak against Kerajaan mahu membantu rakyat, saya sangat-sangat setuju. Bagi RM10,000 bahkan kalau yang mati biasa pun kalau boleh bagi, bagi ya. Kalau saya lihat dari segi penjimatan Yang Berhormat Menteri katakan tadilah ya. Kalau misal kata Yang Berhormat Menteri, kita mahu beli rumah, tempatnya sama. Satu, 20 juta, satu, 50 juta, sama sebiji, pasti kita beli 20 juta. Apa baik, ada baiknya daripada kita bayar insurans RM50 juta dan statistik dia hanya 200, 319 tahun yang sudah 2000..
… 2024 dan katakanlah yang meninggal gara-gara eksiden termasuk jatuhlah daripada pokok, jatuh daripada, jatuh di tandas dan sebagainya dan dapat laporan polis bahawa ia adalah kemalangan melibatkan kematian, saya jangkakan pun tidak akan sampai RM5,000.00, mungkin RM1,000.00, saya katakan RM1,000.00lah maksimum ataupun RM2,000.00lah, RM2,000.00 x RM10,000.00 baru RM20 juta. Ada baiknya Yang Berhormat Menteri, katalah RM2,000.00, RM20 juta, jadi kita sudah rugi RM30 juta. Ada baiknya RM30 juta itu tadi, yang RM50 juta diletak dalam dana khas bagi juga RM10,000.00 yang kemalangan tadi itu, yang RM30 juta reserved lagi itu kita bagi semua yang mati. Maksudnya, ada yang saya kira tadi kalau RM1,000.00, 40 ribu orang pun boleh kita bagi kematian RM1,000.00 seorang. Yang kematian biasa, Tuan Speaker. Jadi Yang Berhormat Menteri tolong fikirkan balik, tengok balik statistik ini dan penjimatan itu mudah-mudahan Yang Berhormat Menteri faham apa yang saya maksudkan. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Terima kasih Datuk Speaker sebab tadi Datuk Menteri ada bagitahu, saya nak tanyalah macam mana nak claim tadi itu, satu, so who kalau macam oranglah, villagerslah di pedalaman, how long is the period kalau kejadian itu happen, occurs so how long before they can come and claim? Because kalau untuk pedalaman untuk mereka keluar pun tambang dan sebagainya itu jadi satu cabaran untuk dia
I orang dan saya rasa sebab Datuk Menteri pun tadi sudah kata bahawa ini bukan satu scheme yang baharu, so pastikan tidak ada orang, kalau ada kejadian nanti dia orang pergi claim tidak dapat claim itu memang tidak jadilah it's not gonna happen lah that somebody may have any accidental incident but would not be able to claimkan? Would that happen or not? That's my questionlah so who to claim Datuk Menteri? Becouse, supaya kita boleh tahu, kita pun boleh bagi tahu saya punya constituencylah di Tanjong Aru. Terima kasih.
Cuma minta kerjasama daripada Menteri pasal sebenarnya dalam perbahasan dari segi pengurusan kewangan, saya bertanya dengan aktiviti 18 000, iaitu perbelanjaan RM4,000.00, iaitu pemberian dan berkenaan bayaran Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas). Ada RM44 juta di sini and I want to know the detail kalau boleh dengan izin mungkin the detail part of it yang mungkin secara bertulis saya nakkan dari segi apa sebenarnya perbelanjaan, pasal saya tidak pernah dalam pengurusan kewangan, peruntukan yang begini besar disalurkan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri. Jadi saya minta secara bertulis pun tidak apa, tidak ada masalah. The detail part of what the money spent, where is it? Terima kasih.
Satu lagi Yang Berhormat Menteri, jawapan saya tidak dijawab, dalam Anggaran Belanjawan Pengurusan Program. Saya ada tanya masa sidang dulu, masa belanjawan, tidak dijawab tapi saya ada juga bangkitkan dalam perbahasan saya yang baru-baru ini berkenaan dengan perkhidmatan lain yang dibeli dan hospitaliti di Jabatan Ketua Menteri ini. Ada peningkatan sebanyak 5.920-7.920 di bawah Jabatan Ketua Menteri. Adakah ini digunakan untuk membayar page-page Facebook, media sosial dan juga cyber trooper? Saya ada tanya dulu, jelas saya punya soalan. Apakah asas untuk kita belanjakan duit yang begitu banyak sedangkan jalan raya, air, elektrik bermasalah. Bahkan tadi disebut oleh Menteri Kesejahteraan tadi hospital tidak ada mesin yang berharga RM12 juta, indiogram, indiogram. Minta Yang Berhormat Menteri jawab ini dan sekali tadi yang penjimatan itu.
Okey, Tuan Speaker, saya tidak ada statistik khusus untuk mengenai apa itu saya beri kepada
I anda dululah, daripada Merotai yang pertamanya mengenai insurans, saya ingat, saya harap seperti yang saya nyatakan tadi, saya ingat kita tidak boleh timbang itu secara simplisticlah selain daripada mati, ada yang cedera dan sebagainya, layak tetapi itulah yang saya nyatakan tadi, barangkali, cara yang terbaik, by ombudsman, you are welcome to my office, we can sit down and take and give the alternative, I will tell you dia punya bayaran yang perlu dibuat. That’s one is better daripada ataupun secara bertulis pun boleh juga. Jadi dia bukan pengiraan secara simplistic, jumlah mati begini, yang dibayar begini. It doesn’t work that way. Insurance doesn’t work that way.
Kedua, daripada Yang Berhormat daripada Tanjong Aru, very simple. Tiga dokumen sahaja. Satu, Surat Pengesahan Kematian daripada polis kerana kemalangan. Kedua, pengesahan mati kerana kemalangan daripada Hospital. Ketiga, IC Sabah. Itu sahaja, dan kalau tidak ada, PIB akan mengeluarkan nanti di mana mahu claim tetapi kepada yang jauh itu dia boleh terus pergi Majlis Daerah pun boleh dia pergi Majlis Daerah ya, tidak ada, we try to make it as simple as possible, tidak ada anu, dan ketiga, mengikut Progressive Insurance dia akan urus pembayaran diantara dua minggu hingga 30 harilah. Begitulah.
Seterusnya mengenai satu daripada daripada Yang Berhormat daripada Senallang, RM44 juta kepada TSKN ini sebenarnya adalah, apa itu, orang kata, inisiatif-inisiatif pendidikan di bawah dimasukkan di bawah TSKN. Jadi RM44 juta ini ialah untuk course inisiatif seperti BAIK, BUDI, BAGUS dan lain-lain kerana apa itu, biasiswa itu diletakkan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri sebenarnya dan ini dia bertanggungjawab untuk mengurus semuanya.
Yang saya minta, kalau dapat the detail secara writing pun I appreciate that, terima kasih.
Menteri KSTI akan memberi apa itu, maklumat terperincilah penggunaan wang tersebut ya. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, mohon maaf saya terlebih sedikit, mana-mana yang saya, apa ini …
I
Yang Berhormat Menteri, tadi ada soalan saya satu lagi tu.
Ya, ya, sudah.
Kita akan, kita, saya akan check balik dengan pegawai saya dan kalau belum menjawab …
Boleh saya dapat jawapan bertulis?
… boleh, boleh …
Berkenaan dengan perbelanjaan tadi itu? Saya pun terlupa.
Boleh, boleh.
Setakat ini sajalah penjelasan yang saya dapat saya berikan mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Saya berharap daripada penjelasan tersebut dapat menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat, yang belum dijawab mudah-mudahan insya-Allah saya akan jawab sama ada secara bertulis ataupun you are welcome to whatsApp me at any time saya akan cuba untuk lancarkan jawapan-jawapan yang diperlukan.
Akhir kata, marilah kita sama-sama bekerja berusaha dan terus mencari, mencurah bakti ke arah memajukan dan memakmurkan negeri yang tercinta ini. Mari kita bersama memanjatkan doa semoga negeri bertuah yang tercinta ini kekal aman, makmur dan sejahtera. Bersama-sama kita membina dan memperkasakan ekonomi negeri ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran yang berpanjangan. Pada kesempatan ini juga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin seperti niat saya tadi kalau saya terkasar di Dewan ini, mohon maaf atas semangat persaudaraan sesama agama, selamat menyambut Hari Paskah kepada mereka yang beragama Islam atau Easter, Selamat Hari Pekerja pada 1 Mei dan Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan kepada semua Ahli Yang Berhormat, anggota penjawat awam dan seluruh negeri Sabah. Sekian.
I wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT. Saya mohon menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya tahu Yang Berhormat Menteri banyak lagi yang mahu dicakap tapi bagaimanapun saya meminta dapat kiranya Yang Berhormat Menteri memberi jawapan yang bertulis kepada yang meminta secara bertulis ya, secepat yang bolehlah. Dengan itu saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri III, merangkap Menteri Kerja Raya. 40 minit ya.
4.29 petang
Terima kasih Tuan Speaker, bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Tuan Speaker, saya dengan hormat dan penuh takzimnya menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas ucapan dasar Kerajaan sempena dengan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 pada 10 April 2025. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Sesi Perbahasan Dasar Kerajaan yang melibatkan Kementerian Kerja Raya Sabah. Saya menghargai segala cadangan, pandangan dan teguran oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Sepanjang sesi di Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli Yang Berhormat secara keseluruhannya telah membangkitkan pelbagai isu sama ada secara umum atau khusus terutamanya berkaitan jalan raya dan air. Oleh itu, izinkan saya menjawab beberapa isu tersebut.
I Saya mulakan dengan isu jalan raya. Kementerian saya menyedari tentang pentingnya penyediaan infrastruktur jalan raya yang baik dan selamat. Sepertimana yang saya telah jelaskan dalam sesi soalan lisan pada hari istimewa yang lepas, kebanyakan jalan di negeri ini telah melepasi hayat mereka bentuk dan tidak sesuai untuk sekadar penyelenggaraan rutin. Sebaliknya, ia perlu dinaik taraf secara menyeluruh. Menyedari hakikat ini, pada bulan Januari yang lepas, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan khas berjumlah RM285 juta untuk pelaksanaan kerja pembaikan empat jalan utama menggunakan kaedah Cold in-Place Pavement Recycling, iaitu bagi jalan Nangoh Paitan-Kanibongan, Jalan Kanibongan, Jalan Langkut-Pitas dan Jalan Sepulut-Kalabakan.
Secara spesifik, saya ingin menjawab beberapa isu berkaitan jalan raya yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya akan cuba jawab kepada Ahli Yang Berhormat yang masih berada di Dewan pada petang ini. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat daripada … ah mana sudah ... Merotai. Merotai keluar. Okey, Saya jawab secara bertulis untuk Merotai. Ah, dia pergi toilet, okey. Ah, ADUN Dilantik Suhaimi Nasir juga secara bertulis. Ah, Sulabayan pun sudah … secara bertulis. Silam, ada. Ahli Yang Berhormat Silam meminta penaiktarafan jalan raya. Jalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat, iaitu naik taraf Jalan Pantai Sepagaya, Lahad Datu, sememangnya telah dikenal pasti pihak JKR Sabah dan tersenarai di dalam pangkalan data JKR Sabah untuk dicadangkan dalam senarai permohonan Rolling Plan yang akan datang.
Sukau, saya jawab secara bertulis. Nabawan. Ahli Yang Berhormat Nabawan bertanya tentang status beberapa jalan raya di Nabawan. Jalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat memang telah dikenal pasti … sekejap saya habiskan dulu ... pihak JKR Sabah dan tersenarai di dalam pangkalan data JKR Sabah untuk dicadangkan dalam senarai permohonan Rolling Plan yang akan datang, iaitu menaik taraf Jalan Pamuntarian-Kabu Baru, Kampung 5 Ulu Mosopo, Nabawan Sabah. Ya, silakan.
Dalam perbahasan saya, datuk-datuk, dengan Datuk Menteri-menteri saya ada dua minta. Satu-satu mengelakkan kesesakan di pantai … jalan … daripada Lahad Datu simpang POIC ke Silabukan. Dia memang
I terlampau teruk dia punya kesesakan jalan raya dia sampai 33 km, 40 km baru tertembus. Jadi jalan ini dalam jawapan bertulis hari itu dia akan buat satu lencongan jadi saya meminta Menteri tolong buatlah. Terlampau sesak jalan ini. Terima kasih.
Okey, saya mengambil maklum tentang permohonan tersebut dan akan berhubung dengan JKR untuk tindakan selanjutnya.
Kuamut juga bertulis, Kemabong bertulis.
Sungai Manila.
Ahli Yang Berhormat Sungai Manila membangkitkan isu penyelenggaraan jalan tidak berturap.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyelenggaraan jalan tidak berturap di bawah seliaan JKR Sabah dilaksanakan melalui tiga kaedah, iaitu pelaksanaan secara jabatan, kaedah perolehan sebut harga dan kontrak penyelenggaraan jalan kelikir. Kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
YB Menteri, YB dari Merotai sudah balik.
Okey, terima kasih.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Merotai, kerja penyelenggaraan rutin jalan tampalan lubang hanya berkesan sekiranya tahap kerosakan adalah terhad di lapisan turapan jalan premix sahaja. Akan tetapi bagi jalan raya yang dalam keadaan teruk dan amat teruk di mana tahap kerosakan jalan telah melebihi tahap lapisan premix dan kerosakan telah mencapai struktur jalan, maka kerja tampalan lubang adalah kurang berkesan. Namun demikian, bagi jalan raya yang berada dalam keadaan teruk dan amat teruk ini pembaikan struktur jalan perlu dilakukan. Dan walau bagaimanapun sebagai langkah sementara, tampalan lubang masih perlu dilakukan untuk mencegah kerosakan jalan dan lubang yang telah berbentuk menjadi semakin teruk dan dalam. Kerja tampalan lubang di jalan raya tahap teruk dan amat teruk ini tidak akan mampu bertahan lama dan tampalan yang telah
I dilakukan akan mudah rosak dan pecah setelah jalan berlubang akan berlaku semula dalam tempoh yang singkat bergantung kepada exposurenyalah. Kalau musim hujan dikenakan lagi bebanan yang melebihi muatan, ia akan mudah rosak. Jadi untuk kerja rutin, iaitu tampalan lubang, ianya lebih kepada untuk jalan yang hanya strukturnya masih bagus, ia berlubang dan ditampal. Sekiranya sudah dalam kategori teruk dan amat teruk, maka ianya sepatut masuk dalam arahan kerja penyelenggaraan berkala.
Datuk Menteri, boleh tanya?
I'll come back to you later, I've got an answer for you.
But that’s in question, Okay, thank you.
Okey, Elopura. Ahli Yang Berhormat Elopura turut membangkitkan …
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Okey.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan tatacara-tatacara dan juga prosedur untuk menampal-nampal lubang. Tapi perkara ini berulang-ulang kali, jadi rakyat ini tidak mahu tahu, dia mahu tahu selesai. Kalau balik kita cakap, okey Yang Berhormat Menteri cakap katakan tadi, ada masalah struktur dan sebagainya, tampal, besok rosak lagi, tampal, besok lagi. Rakyat bukan mahu tahu bila ditampal, ataupun ditampal, tapi dia mahu tahu bahawa perkara itu tidak berulang-ulang. Kita tahu juga mungkin disebabkan oleh lori yang lebih muatan dan sebagainya. Tapi memang jelaslah, kalau kita lihat tampalan-tampalan, khususnya di kawasan Merotai ini, tampalan-tampalannya sangat mengecewakanlah. Bagi saya tidak memuaskanlah, Yang Berhormat Menteri. Saya tidak bersetuju sangat dengan Yang Berhormat Menteri cakap, konsesi itu memuaskan. Saya tidak setuju sangat.
I Kedua, berkenaan dengan jalan ke Kalabakan. Jalan ke Kalabakan ini tidak termasuk dalam Pan Borneo, betul. Tidak termasuk dalam pakej Pan Borneo. Saya ingat Yang Berhormat Menteri ada jalan ke Kalabakan baru-baru ini. I think three months ago.
Yang Berhormat Menteri, saya rasa nampak juga jalan tersebut. Ada di KM43.6, KM43.7 dan sebagainya. Kalau tidak silap saya, ada 5-6 kawasan yang telah didowngrade. Dan ini sudah lama Yang Berhormat Menteri. Dan dalam jawapan Yang Berhormat Menteri, saya ada tanya, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa akan masuk dalam RMKe-13. Itu pun sekiranya diluluskan dan mempunyai keutamaan daripada tempat-tempat lain. Tempat-tempat lain ini ada Pan Borneo. Yang ini tiada Pan Borneo. Jadi saya minta kalau boleh, keutamaan itu kepada Kalabakanlah. Untuk pembaikan penyelenggaraan ah … apa ... semua cerun dan juga jalan-jalan, terutamanya di Umas, Brantian dan sebagainyalah sampai ke Kalabakan. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Okey, saya mengambil maklum dan sebagaimana yang saya katakan tadi, memang jalan-jalan kita sudah banyak yang melebihi tempoh jangka hayat atau reka bentuknya. Jadi kita memulakan, bagaimana yang saya nyatakan dalam kenyataan saya tadi, pada tahun ini kita mulakan empat jalan. Selepas itu beransur-ansur kita akan cuba mengoptimakan pembaikan rehabilitasi jalan-jalan yang sudah uzur ini. Saya balik kepada Elopura, berkaitan dengan pemantauan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Elopura di peringkat daerah, pejabat-pejabat JKR daerah ada melaksanakan lawatan pemantauan setiap bulan dengan panjang jalan yang dipantau tidak kurang 10% dari panjang jalan yang diselenggara oleh setiap syarikat konsesi dan kontraktor penyelenggaraan. Di peringkat ibu pejabat JKR pula, cawangan penyelenggaraan jalan akan melaksanakan lawatan pemantauan dengan kekerapan 12 kali setahun, iaitu 12 JKR daerah akan diperiksa setiap tahun. Teguran ketidakpatuhan akan diberikan kepada pejabat JKR daerah apabila ada ketidakpatuhan …
I
…yang ditemui terhadap kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan. Ahli Yang Berhormat Elopura, turut membangkitkan isu banjir jalan raya. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat, kejadian banjir kilat dan jalan raya yang sering ditenggelami air di Kilometer 7 Jalan Lintas Utara Sandakan, yang berlaku setiap kali hujan lebat telah bermula pada awal bulan Jun 2024. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja penimbusan tanah yang dilaksanakan oleh pemilik tanah dan menyebabkan saliran air sedia ada tersumbat, menyebabkan keadaan ini berlaku.
Okey, Moyog. ADUN Moyog ada bertanya, tentang syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pemantauan penyelenggaraan jalan raya menggunakan kaedah Artificial Intelligence. Namun pada masa ini, belum ada syarikat yang menggunakannya, namun Kementerian saya memang mempunyai perancangan ke arah itu.
Terima kasih Datuk Menteri dan Datuk Speaker. Berkaitan dengan Artificial Intelligence itu, diumumkan sudah, currently bagaimanakah Kementerian, Menteri, mengawal ataupun apa ini, kita memantau, memantau road condition di Sabah, dan berapa cepatkah penyelesaian masalah jalan raya macam, potholes, macam damaged roads dan ada sudah yang patut sudah dalam data pengawal ini ataupun those of serving it. So, currently, concessionaires other doing this for you, or are you doing it at your Ministry, your engineers or technical, people in your Ministry. Others suppose for serving it. How they is serving? Shouldn't there be like a room. Some of the room, where there are many you know a monitors. Where you can tell speed second. Specially current 5G technology, hopefully 6G later. Yang kau tahu ada kemalangan, ataupun ada kerosakan or some error, erosion of hills and what have a view di kawasan itu. They should monitoring system by now. I believe that could be concessionaires that have this. Are you using that or what have it. But going back, to the road. Itu kualiti of road. If you look at it, you're right. There is something wrong dengan quality of road.
I Whenever dia orang patch, I'm not even criticizing the person yang pakai kettle. The fact is, whenever they patching in less than two weeks or even 3 weeks is gone. Macam okey, kalau every dentist did that we are going to dentist every day tahu or every other week. They patch it break so in this case, I think road users, who pay probably accumulated amount of million per year in road tax as well as PUSPAKOM punya charges they have to given good perfection by this concessionaires, while given 7 500 or 700 million a year. Can I get a return reply daripada Datuk-datuk Speaker, can I get a return reply. Berapa banyakkah concessionaire yang ada di Sabah, road concessionaire? How much a each contract given to them and are you not gone penalize, those who fail do they work, the reason that of person from Penampang with do you respect. Rest and peace is want concern and many others in Sandakan. Done as well. I think this is you know? I’m sure you’re trying your best, but (ketawa) terima kasih.
Ya, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Moyog dan juga Dewan. (suara bertindih) Datuk Dr.
YB Menteri, sorry boleh sekejap, pasal minta maaf tadi,saya tidak dapat masuk ke Dewan tadi. Sekejap pergi beli air, pasal berkaitan dengan tadi juga. Terima kasihlah, pasal kita selalu tiap-tiap persidangan pasal jalan, jalan maut yang saya sebut, Semporna, Tawau ini. Dalam statistik pun, saya dapat minta laporan 40% kemalangan di Sabah ini teruk Sandakan, Ranau, Jalan Tawau, Semporna, dan saya melihat yang konsesi ini, ada buat kerja. Saya nak tanya, dari segi buat apa ini, maintenance ini, adakah kos ditetapkan oleh Kerajaan? Pasal sama ada, bila dia buat jalan ini, jalan ditampal ini, suatu sedat. Ini ada tak yang supervise daripada JKR atau is depend on dia orang punya laporan. Ini dia buat, berapa jarak dia, berapa dia punya saiz atau pihak JKR ada memantau. Kalau tidak, saya tengok hari-hari dia tampal, dan saya lihat memang betul kualiti konsesi ini dia buat. Saya ambil contohlah, baju. Baju rosak bila ditampal. Bila ditampal dengan kain yang lain, macam baju saya ini, kualiti dia baik. Bila ada berlubang, ditampal dengan kain biasa. Kesannya memang ketahanan dia itu jauh. Begitulah keadaan jalan raya. Bukan tak buat. Tetapi dari segi tengok pemantauan yang berlaku ini. Jadi akhirnya, itu yang sampai timbul insuran ini. Bila kita tengok, saya pun terasa juga. Oleh sebab insurans ini dikenakan kemalangan
I jalan raya. So, kita pun, saya ingat YB Menteri pun tahu Sabah antara tertinggi kemalangan jalan raya di rantau Asia, tertinggi, dan tidak, dia orang tidak tidaklah mengenakan insurans ini. Jadi ini juga, menggambarkan satu mungkin perlu kita kaji soal jalan raya ini. Sehingga melibatkan Kementerian Kewangan hampir berjam-jam argue pasal insurans. Tetapi pokok pangkalnya saya tengok jalan raya. Walaupun insurans itu bukan cover jalan raya sahaja. Tetapi dalam yang kes berlaku ini pasal jalan raya. Kita tertinggi. So, saya ingat kita kena cari kaedahlah. Kena cari kaedah, pandanganlah. Bukan tak buat, ada buat. Tetapi kualiti sejauh dia. Terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN Sulabayan.
Kembali kepada jawapan persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Moyog tadi, berkenaan dengan penggunaan AI. Sebenarnya ada beberapa syarikat tempatan di Sabah yang mempunyai kebolehan mengoperasi ataupun mengendalikan AI, pemantauan AI bagi road maintenance, dan kita sedang berhubung dengan mereka untuk melihat bagaimana kita akan mengaplikasikan penggunaan AI tersebut, dan Kementerian sebenarnya memang menuju ke arah penggunaan teknologi bagi memastikan bahawa kerja-kerja penyenggaraan jalan ini akan lebih efisien dan berkualiti. Berkenaan dengan kualiti penampalan jalan, sebagaimana yang saya katakan tadi antara faktor-faktor yang telah terjadi adalah disebabkan kebanyakan jalan strukturnya sudah rosak. Namun demikian, kerja penampalan jalan perlu dilakukan juga. Disebabkan kita tidak boleh membiarkan jalan tersebut berlubang sementara menanti kerja-kerja rehabilitasi itu, dilaksanakan kelak. Manakala, persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Sulabayan tadi, bagi pihak konsesi mereka mempunyai jumlah kontrak yang dikenakan kepada mereka dan mereka bahagikan kepada tiga kategori kerja, iaitu rutin, periodikal dan juga kecemasan dan dipecahkan lagi kepada keperluan di daerah-daerah yang ada. Jadi dengan senario yang ada itu, maka ia menimbulkan sedikit kekangan kewangan terhadap keperluan menyelenggara jalan.
Namun demikian dengan adanya teknologi seperti penggunaan cold mix yang dahulunya pihak konsesi ada keberatan sedikit, sebab harga penggunaan cold mix ini adalah lebih tinggi, berbanding dengan penggunaan hot mix yang mereka sering gunakan. Namun pihak JKR, Kementerian sedang mengkaji semula kontrak mereka
I untuk memastikan bahawa kita boleh memasukkan penggunaan teknologi binaan ini dan menjadikan ia satu win-win situation.
Datuk Dr.
Minta maaf, minta maaf ya. Kita macam balik kepada zaman baru merdeka. Pasal saya tengok dia compact jalan itu yang pakai kettle itu satu, dia pakai hand mixer yang begini ni. Saya ingat tidak layaklah konsesi itu dibagi ruang itu. Malu kita tengok. Di tempat-tempat lain apabila dia hari ini lubang malam itu dibuat, besok dah cantik dah. Tapi di Sabah ini, itulah macam mana Sabah Maju Jaya. Minta maaflah. Terima kasih.
Datuk, Datuk Speaker, just to add. Yang penggunaan cold mix akan menurunkan harga. That’s what you mentioned.
Cold mix lebih mahal berbanding hot mix. Tetapi hot mix ini memerlukan certain amount of quantity untuk mereka melaksanakan kerja-kerja penampalan lubang. Jadi kadang-kadang bila kuantiti penggunaan hot mix ini tidak banyak, jadi mereka menanti, menangguhkan kerja penampalan lubang. Manakala cold mix ini pula, dia macam dalam karung boleh pakai kemudian tampal, so in…
More eficcient, more expensive. (suara bertindih)
Efficient but in the long run it could be a saving, in the long run…
In the long run, so their contract will be revise in per circumstance ataupun fixed amount? When they guy given awarded contract. Is it those…….it base on price the years past buy
I don’t want detail will be handled by JKR. (suara ketawa)
I
Yang Berhormat Menteri, 20 minit lagi. Sila teruskan.
Berapa minit?
20 minit.
Yang Berhormat, berkenaan benda yang sama juga…
Cold mix, hot mix. Kalau kualiti cold mix lebih baik, walaupun harganya lebih mahal, itu adalah lebih baik daripada kita guna hot mix yang kita guna murah, tetapi berulang-ulang. Berulang-ulang, tidak ada kualiti. Kalau cold mix, mungkin boleh tahan satu tahun, contohlah, contoh, contoh satu tahun. Tapi, hot mix, satu bulan pecah, tapi 12 kali kita, kita buat, tiap-tiap bulan buat. Ada lebih baik kita guna yang mahal sikit tapi kuantiti, kualitinya bagus dan tahan lama.
Betul, itulah yang kita sedang lakukan, tetapi kita kena semak kontrak, spesifikasi dalam kontrak. Ya. Okey.
Sorry, Datuk Speaker. What about rubberized road?
Rubberized road, kita belum lagi melaksanakan rubberized road. Tapi, kita ada satu kerjasama bersama Petronas akan menggunakan, apa yang dipanggil pilot project, menggunakan Plastic Modified Bitumen. Yeah, we have been to a site visit in Kelantan, Cameron Island to see the application of the PMB they call it, and we have suggested one stretch of road to be applied on the PMB, melihatnya sebagai satu pilot project, ya.
I Okey, ADUN Bugaya, Jalan Kampung Lihak-Lihak dan Jalan Sungai Yai Yai telah dicadangkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 di bawah biayaan Kerajaan Negeri. Bagi Jalan Bukit Sakong, Jalan Sungai Tuhok, Jalan Pinggir Bakau dan Jalan Pantai Kampung Selamat, kementerian akan mengkaji semula jalan-jalan ini untuk dinaik taraf dan akan mencadangkan jalan tersebut dalam pembangunan yang akan datang dalam program pembinaan jalan raya.
Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat, Bugaya juga, jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada JKR Daerah Semporna untuk penyenggaraan jalan negeri di bawah seliaan syarikat konsesi yang dilantik bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM13.5 juta. Peruntukan ini meliputi kerja-kerja penyenggaraan rutin dan berkala. Bagi menjawab persoalan ADUN Gum-Gum, projek naik taraf Jalan Gum-Gum ke Batu 32, JKR Sabah telah menyenaraikan permohonan projek lebar, Jalan Lebaran Bypass Fasa 1 dalam Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13, di bawah program Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk pertimbangan dan kelulusan dari Kerajaan Persekutuan. Manakala, bagi Projek Jalan Lebaran Bypass Fasa 2 dan 3 pula, dua projek ini akan disenaraikan di dalam Rolling Plan seterusnya untuk dilaksanakan secara berfasa.
Ya, Yang berhormat Menteri.
Saya habiskan dulu Gum-Gum, nanti kita balik kepada Bugaya.
Okey.
Bagi status Jambatan Runtuh di Batu 16 Gum-Gum, kerajaan mempunyai rancangan untuk membina semula jambatan runtuh atau kilometer 2.0 jajaran projek membina Jalan Lebaran Bypass Pakej 4 Sandakan Sabah. Pihak kerajaan dalam proses memuktamadkan dokumentasi, yang termasuk pembukaan Jambatan Runtuh dan skop kerja reka bentuk jambatan baru. Manakala, kontrak asal projek ini akan dibincangkan secara terperinci dan ditentukan dalam jawatankuasa contract coordination panel. Ya, Bugaya?
I
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas rancangan yang untuk memperbaiki jalan-jalan yang ada di kawasan Bugaya dan dalam perbahasan saya, saya ada juga membangkitkan tentang jumlah kerja pembaikan yang telah dilaksanakan. Maksudnya, daripada jumlah RM13 juta tadi itu, yang telah disalurkan kepada JKR Semporna dan disalurkan kepada kita punya konsesi, berapa banyak yang telah di, yang telah dilaksanakan? Kan? Sebab kalau kita lihat dari tahun demi tahun, rupanya macam sama saja jalan itu. Macam. Yalah, kalau sudah ada RM13 juta begitu sepatutnya adalah yang sudah baik sikitkan. Tapi, begitu juga. Jadi, itu yang saya minta, ada berapa banyak yang kerja-kerja yang telah dibuat oleh konsesi tersebut? Terima kasih.
Okey, daripada jawapan yang disediakan, saya hanya ada apa yang yang telah saya nyatakan tadi. Saya ambil maklum dan akan meminta jabatan atau kementerian jawab secara bertulis terhadap pecahan yang diminta tadi. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Berhormat Liawan. Menyentuh tentang menaik taraf Jambatan Sungai Liawan.
Yang Berhormat Menteri, boleh? Sekejap.
Pasal Gum-Gum lagi. Pasal. Saya dengar macam jalan raya HPS satu yang ke Memanjang itu macam belum disebut lagi. Sungai Memanjang. Untuk, apa nama, naik taraf Kampung Sungai Memanjang dan Sungai Memanjang ini pun saya amat kecewalah. Konsesi pun tidak tengok, tengok itu jalan raya, konsesi dan Sungai Memanjang ini, dijaga sudah oleh estet-estet yang ada di situ, sebab konsesi daripada Beluran ini bila saya tanya, dia cakap jentera pun asyik rosak, peruntukan pun tidak ada. Begitu juga JKR Sandakan. Saya sudah berhubung dengan JKR Sandakan, sama juga. Jalan HPS satu, Memanjang, Sungai Memanjang, Kampung Sungai Memanjang. Dalam penggulungan saya, saya ada cakap itu. Satu lagi, jalan yang daripada Simpang Dandulit ke Kampung Sungai Beruang dan Kuala Gum-Gum. Itu pun belum disebut lagi.
Tidak ada dalam jawapan yang disediakan.
I
(audio berlapis) Kemudian.
Tapi, saya akan minta dirujuk handsard dan kita jawablah secara bertulis.
Satu lagi, status projek Tanjong Samawang. Dan jalan raya Samawang ini betul-betul teruk, macam ambuyat sudah dia punya jalan. Kemudian, itulah, saya mengharap sangatlah kepada Yang Berhormat Menteri dapat selesai. Tegur sikitlah itu, kontraktor itu macam tidak bertanggungjawab (ketawa kecil), kontraktor yang ada sekarang di Tanjong Samawang itu. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Okey, terima kasih. Saya akan semak balik handsard perbahasan YB Gum-Gum dan akan menjawab secara bertulis yang belum dijawab. Kembali kepada hal Yang Berhormat Liawan menyentuh tentang menaik taraf Jambatan Sungai Liawan, kilometer 3.40, Jalan Luagan, Keningau, Sabah. Kementerian saya melalui JKR telah mengarahkan pihak kontraktor melaksanakan kerja penambahbaikan dengan segera bagi memperkukuhkan struktur asas jambatan yang terjejas. Berkaitan dengan perancangan menurap dan menjalankan penyenggaraan berkala bagi jalan kampung di Keningau, kementerian ini akan memohon peruntukan tambahan untuk kerja menurap semula dan pembaikan pavement melalui Anggaran Separuh Penggal (ASP) Tahun 2025 kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada bulan April ini.
Datuk Menteri.
Sila.
Ya, saya ingin tahu tentang jambatan itu. Sebab saya sudah sebut dalam ucapan saya bahawa jambatan itu, apabila saya berjumpa dengan District Engineer, sepatutnya jambatan itu siap pada
I bulan Mei. Tapi, sudah sekarang tertangguh, dia cakap mungkin bulan Ogos akan siap. So, apa jaminan bahawa jambatan ini boleh siap bulan Ogos? So, untuk makluman Datuk Menteri, jambatan ini is an alternative road, dia orang pakai jambatan ini as an alternative road. Sekarang jambatan ini rosak, I mean belum siap. Dan jambatan di Tuarid, Kampung Tuarid Taud pun rosak. So, this is the cost of the apa ini, yang the traffic is getting worse. So, saya minta penjelasan. Saya rasa bagi pihak bukan kawasan saya, di jambatan di Tuarid-Liawan itu, I mean di Tuarid, Kampung Tuarid, dan saya rasa secepat mana yang kita boleh perbaiki jalan itu. Dan I need assurance. Bolehkah kita siapkan jambatan di Luagan, Jalan Luargan itu pada bulan Ogos. Thank you. Terima kasih, Datuk Menteri.
Okey, terima kasih pada ADUN Liawan. Saya mengambil perhatian dan akan menyemak terhadap status kemajuan kerja tersebut dan akan mendapatkan maklum balas, sama ada progress semasa itu boleh dicapai penyiapan kerja pada bulan Ogos, sebagaimana yang telah dimaklumkan.
Okey, saya teruskan. Bagi perancangan menurap jalan di Jalan Gauluan, Batu 27 dan Jalan Singapon. Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Banjar, Kampung Meninipir, Jalan Patikang Tengah dan Jalan Lama, Tenom. Status semasa jalan yang dimaksudkan adalah jalan gravel. Jalan yang sebelum ini dikawal selia oleh JKR Keningau akan dimasukkan ke dalam kontrak.
… penyelenggaraan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Liawan juga Projek Pembinaan Relief Road di Keningau melalui Program Jalan Luar Bandar, iaitu projek menaik taraf Jalan Keningau-Relief Road Keningau, sedang dalam pembinaan. Projek ini dijangka siap pada tahun 2027.
Berkaitan dengan saranan Ahli Yang Berhormat Telupid tentang kerjasama dengan SESB, JKR Sabah memang bekerjasama dengan Syarikat Sabah Electricity dalam
I menangani isu pengalihan utiliti elektrik yang terlibat sepanjang jajaran Projek Lebuh Raya Pan Borneo. Kerjasama berterusan ini memastikan sebarang isu pengalihan utiliti dapat ditangani dengan cepat dan berkesan supaya Projek Pan Borneo dapat disiapkan mengikut kadar ataupun jadual yang ditetapkan.
Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Darau, sekejap ah Senallang, berdasarkan pada semakan jalan yang berdaftar dan di bawah seliaan JKR Sabah terdapat empat batang jalan yang menyeberangi Sungai Rampayan. Melalui jalan negeri terdapat tiga batang jalan, iaitu Jalan UMS, Jalan Rampayan dan Jalan Tuaran. Manakala melalui jalan persekutuan pula adalah Jalan Tuaran Bypass. Kesemua jambatan yang menyeberangi Sungai Rampayan ini adalah merupakan jambatan kekal yang mana masih lagi digunakan sehingga kini. Kementerian tidak ada perancangan untuk pembinaan jambatan mahupun naik taraf jambatan kenderaan pada empat batang jalan tersebut.
Terima kasih, Yang Berhormat ah, saya telah bangkitkan banyak persoalan tentang jalan raya tu, jadi saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Contohnya dari segi peruntukan RM500 juta pada tahun ini ya, berbanding dengan tahun lalu RM350 juta. Dan itu merupakan jalan raya dan juga jambatan dan lepas itu peruntukan daripada MARIS. Pada hari ini telah dijawab soalan Ahli Parlimen daripada Ranau. Di Parlimen menyatakan hampir RM1 bilion untuk jalan-jalan raya yang ada dan MARIS ini digunakan untuk jalan-jalan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri sama ada menerusi majlis daerah ataupun JKR. JKR ini sembilan ah 12 meter lebar dia. MARIS is a yang majlis daerah is about 9 meter lebar dia.
Dan saya ingin penjelasan perbelanjaan yang ada ni kerana saya dapati bahawa bila saya melawat bukan hanya di kawasan Penampang, di kawasan merata tempat di seluruh Sabah. Masih lagi dalam keadaan yang begitu daif, ya dan perbelanjaan yang diberikan dalam belanjawan pada tahun ini RM500 juta dan pada tahun lalu RM350 juta. Dan kalau kita rangkumkan, perbelanjaan begitu banyak dan itu yang pun berbangkit dari saya mendengar, ah persoalan yang dibangkitkan oleh Moyog dan bagaimana patching the road dengan hanya menampal dan saya lalu di Kota Marudu, jalan itu, depan saya. Saya tengok, saya nda berhenti tapi saya lalu saya tengok pasal apa, di antara, Datuk Speaker, masalah yang timbul saya dapati
I bahawa lori muatan berat. There’s no enforcement. Walaupun saya tahu ini di bawah JPJ tapi saya yakin Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan untuk memastikan supaya JPJ. Contoh macam di Kalabakan, kayu balak punya banyak. Berat sangat. Walaupun kita bina jalan tapi kalau there is no enforcement, on limit, on block. Apa ini, tan, mana tan dia? Berapa dia punya weightage yang ada yang harus allowed. Jangan lebih daripada itu, ya. Dari Kota Marudu pasal ada projek silika tu yang dibawa yang berat saya nampak.
Dan satu lagi yang saya soal ni dalam melaksanakan tanggungjawab. Jangan musim yang sibuk ah. Kadang-kadang buat jalan di Kota Kinabalu. Saya pergi Pulau Gaya, saya nampak musim sibuk tengah hari. Kadang-kadang bolehkah konsesi ni melakukan seperti di negara-negara yang maju? Ya, jam 1 pagi, jam 2 pagi. After all they are concession. Dia tanggungjawab dia. Jangan buat masa orang nak pergi pejabat, orang nak pergi masa jammed, yang ada kita tahu bila jammed. Terima kasih banyak.
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat daripada Senallang, yang telah saya jawab persoalan tentang perbelanjaan itu dan kita akan bagi jawapan secara bertulis. Nama konsesi dan juga breakdown amount of contract allocated to them. Ya, berkenaan dengan overloading, berapa minit lagi, Speaker?
Ah five minutes.
Five minutes. After this I will go to air ah.
Okay, Datuk Speaker, am Datuk Menteri as saya cakap instantaneous. Ada orang. Thank you, Datuk Speaker, sebab ada orang boleh nampak di YouTube. Kita punya sidang ini. Saya dapat satu mesej daripada one of your contractors. Dia cakap, “bolehkah Dorell tanya ah Menteri berapa cepat what is the problem dengan pembayaran claim kami? Bukan sahaja dia. Bukan sahaja dia tetapi beberapa ramai rakan-rakannya sudah memohon, sudah memasukkan claim sejak Oktober tetapi diberikan excuse bahawa budget sudah ditutupkah? Ataupun surrendered back and what have you ah minta
I penjelasan nanti tetapi seperti mana Minister of Finance pernah cakap satu kali, why not keep all this money in your Ministry or in the Ministry of Finance sebab it's already been budgeted for anyway. Don't return it and then you know ah, apply for a new budget or let it pass for the next. What you call that, budget. Use utilise a budget even if it's not paid, utilise it under a trust account dalam Kementerian itu. Terima kasih.
Okey, isu berkaitan dengan tuntutan. Kelewatan pembayaran tuntutan itu saya pun baru-baru ini ada menerima aduan dan telah memaklumkan kepada Pengarah JKR untuk melihat perkara tersebut. Dan balik kepada overloading tadi, saya bersama Ahli Parlimen Tenom telah membangkitkan di Parlimen pada sidang Parlimen yang baru berlalu tentang ah kerjasama dengan pihak JPJ terhadap ah kejadian kenderaan-kenderaan berat yang melebihi bebanan berada di atas jalan-jalan raya Persekutuan. Dan malah Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah juga telah berhubung dengan Pengarah JPJ Sabah untuk tujuan penguatkuasaan. Jadi kita akan memastikan bahawa kejadian-kejadian ini akan terus dapat dipantau daripada masa ke semasa kerana almaklumlah jalan kita sudah dalam keadaan kategori, kalau scale JKR ini satu, dua, tiga, empat, lima … empat, lima itu adalah kategori yang bad and worse. Maka kita banyak lebih separuh dalam kategori empat dan lima. Jadi bila (ketawa kecil) ya…
Can … can Menteri juga menguruskan secara baik tidak bergantung hanya dengan JPJ. Contohnya, kayu balak. Kita tahu siapa dapat konsesi. Can the State Government tarik them pasal diakan muatan. Ini bukan JPJ. Dia selain daripada JPJ working with the State but at the same time konsesi yang ada. Begitu juga di Kota Marudu, ada lori-lori. Bukan ada hubung kait dengan JPJ tapi mereka memuatkan dan kita maklumkan syarikat-syarikat itu bahawa jangan muat lebihan. Kalau kayu balak yang ada, contohnya kita akan tarik lesen, contohnya. Terima kasih banyak.
Saya minta … ah YB Menteri tolong teruskan dulu air. Something go with air juga.
I
Yang Berhormat Menteri, sebelum beralih ke isu air boleh jawab soalan saya mengenai isu jalan? Ya. Tunggu YB Menteri punya jawapan pasal saya ada bangkit dalam ucapan saya.
Macam tiada Sri Tanjong ni. Saya minta maaf. Tidak ada Sri Tanjong. Saya akan minta check balik handsard.
Now YB Menteri this is a very important issue for the people.
Okay. Please …(kurang jelas)
Yes. Okay. As I have said to you last year I’m sure you remember that there is one particular road, Jalan Sin Onn which the contractor has already started work to build two additional roundabouts. Within a distance of 1.6 kilometers and the two new roundabouts, the jarak dia only 700 meters. So, I want to know why JKR in the first place approved this project? This first question. Second, I have collected a petition (bunyi meja diketuk). There are more than 7000 rakyat Tawau, they are opposing this project. They want to know as to why the government under your Ministry approved this? And this has become a big concern for the Tawau people regarding traffic jammed. I was told last year. I was told last year October and …
… then when I meet you at your office you said you are going to kaji balik, but what I was told by the contractor is totally different [ketawa]. So, I want to know, whether Minister you can review this balik, because not only I’m collecting signature from the public, school also collecting. So, can we actually sit down and ready talk about this? Is the big matter for Tawau because Tawau cannot afford to have more about, and I have settle in my speech
I within the radius of three kilometres there are more than ten more abouts. So, I don’t know what kind of stupid plan is this. To be honest, no this is still.
You stupid.
No, this is a stupid plan, I’m so sorry to say this bacause, how can we..
Speaker boleh guna kata “stupid”? (Suara bertindih)
Yang Berhormat Sri Tanjong language, language. Okay language.
No, this is a stupid plan.
Okay, okay calm down. You’re invited to my office.
Calm down, calm down.
You are invited, I know you are frustrated. (Suara bertindih)
I have been to your office Datuk Menteri.
I invite you again one more time.
No, the contractor has already commenced their work. Can we afford to wait for another few month? And as I told
I the contractor is given one year to complete this job. So, my question to you why can’t JKR just upgrade it to (sebutan tidak jelas)
All I can say for now I’ll check the matter and come back to you by next week.
No, can you come back to me not only, I mean that Datuk Menteri, last year not only I met you, I have give you I send a letter, I wasn’t given any feedback. Can you give me any assurance on this matter, because traffic jammed is a big problem for Tawau, and I don’t see there is any other option other than building (sebutan tidak jelas), because we are talking about a mega development see straighted at Jalan Sin Onn, is more than 100 hectare, so why can’t we just do it? The government has so much money. 10 juta beli kereta, nombor plat pun boleh.
I’ll check the matter again.
Yang Berhormat Menteri…
Okay, saya beralih kepada..
Yang Berhormat Menteri sebentar. Ahli-ahli Yang Berhormat, I think the Minister is more than accomodating to all your question, just to remindlah, language sajalah I know you’re a frustrated about all the issues that is happening in your kawasan, okay.
I take note Datuk Speaker.
I frustrated because I’m a resident of Tawau.
I know, I know.
I
And this is a big concern for Tawau people.
Okay, we need to calm down dulu. We need to calm down okay.
Yes, thank you Datuk Speaker.
Thank you Sri Tanjong.
Okay, saya beralih kepada isu air untuk soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh ADUN-ADUN saya akan jawab secara bertulis, sudah disediakan tetapi untuk petang ini saya ingin menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Senallang, kerana soalan yang dibangkitkan saya rasa ia mencakupi isu keseluruhan. Jadi, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Senallang, beberapa pendekatan serta-merta jangka pendek dan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan, bagi menyelesaikan isu bekalan air seperti berikut: Bagi tindakan serta-merta dan segera, penghantaran air melalui lori tangki bagi kawasan terjejas atau bekalan air yang terganggu.
Kedua, membuat pengaturan semula agihan bekalan air dengan mengawal injap suis untuk meningkatkan tekanan dan paras air, bagi mengimbangkan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas, dan sekiranya berlaku bencana alam, pelaksanaan kerja-kerja kecemasan di bawah AP. 173.2 dilaksanakan, untuk memastikan bekalan air yang terkesan dari bencana alam diselesaikan dengan kadar segera. Bagi tindakan jangka pendek, pelaksanaan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan rutin paip secara kontrak, Jabatan Air Negeri Sabah telah melaksanakan kontrak ini sejak tahun 2023, untuk tempoh tiga tahun yang dibahagikan kepada 14 zon diseluruh daerah di Negeri Sabah. Melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan mekanikal dan elektrikal secara kontrak. Jabatan Air Negeri Sabah telah melaksanakan beberapa kontrak melibatkan
I pembaikan dan penyelenggaraan pump penggalak di Kota Kinabalu, Sandakan dan Kinabatangan.
Selain itu juga pembaikan dan penyelenggaraan set jana kuasa di daerah Ranau, Tongod, Tungku dan Pulau Banggi dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bangunan dan fasiliti secara kontrak. Jabatan Air Negeri Sabah telah melaksanakan tujuh buah kontrak, yang melibatkan 50 buah loji rawatan air di seluruh Sabah. Bagi tindakan jangka masa panjang, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk menampung keperluan dan menambah baik infrastruktur sedia ada, Jabatan Air Negeri Sabah, agar berdaya mampan untuk jangka panjang, beberapa projek pembangunan bekalan air berimpak tinggi telah dan sedang dilaksanakan setiap perancangan Malaysia lima tahun meliputi Bahagian Kudat, Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan dan Tawau.
Antaranya termasuklah Skim Bekalan Air Tawau Fasa 3, reka bentuk dan pembinaan empangan air, pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang, pembinaan Loji Rawatan Air Baru Semporna, Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1, penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Telibong 2 dan menaik taraf Skim Bekalan Air Kota Marudu, penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon termasuk saluran paip utama, menaik taraf sistem bekalan air termasuk tangki simpanan Sandakan, pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 Tawau, Sabah, menaik taraf Loji Rawatan Air Kasigoi bagi bekalan air Daerah Putatan, pembinaan Loji Rawatan Air dan Sistem Agihan serta tangki simpanan bagi kawasan Sri Putatan Bikang Lahad Datu Sabah, Program NRW Nasional Pendekatan 1 Fasa 2 dan Skim Bekalan Air Ulu Padas Fasa 1.
Secara keseluruhan, kesemua projek-projek pembangunan bekalan air jangka panjang ini melibatkan sebuah pembinaan empangan air yang berkapasiti 30 juta meter padu di Tawau.
Pembinaan Loji Rawatan Air Baru dengan jumlah kapasiti keseluruhan 630 juta liter air sehari di Kundasang, Semporna, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Papar, Putatan, Tawau dan Beaufort. Menambah baik dan menaik taraf sistem bekalan air daerah Kota Marudu dan Sandakan, serta pelaksanaan Program NRW Holistic National di Sabah. Melalui langkah-langkah yang lebih terperinci dan menyeluruh ini, Kementerian melalui Jabatan Air Negeri Sabah dapat memastikan penyelesaian yang berkesan dan mampan, terhadap isu bekalan air di Sabah.
I Tindakan ini memerlukan kerjasama erat antara pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, sektor swasta serta masyarakat untuk mencapai objektif yang ditetapkan demi kesejahteraan semua pihak.
Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat dari Senallang juga, projek bekalan air luar bandar kawasan Semporna, Sabah sedang dalam fasa akhir pelaksanaan dengan kemajuan fizikal sebanyak 98.81% setakat 25 Mac 2025. Dengan siapnya projek tersebut, sistem rangkaian paip seluruh Daerah Semporna dapat diperluas dan akan meningkatkan liputan akses bekalan air terawat.
Sebelum mengakhiri penggulungan, saya sekali lagi berterima kasih dan menghargai komitmen..
Datuk Menteri.
Pencelahan Yang Berhormat Menteri.
Sebut pasal Senallang dah, jadi saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat, bolehkah dalam jangka masa pendek sahaja long term you mentioned just now, mid term, but short term, kerana saya bimbang sangat.
Short term ini banyak middleman. Macam pengalaman saya di Semporna, pengalaman MRSM sekarang di Semporna. Mereka terpaksa membeli air daripada lori-lori middleman yang ada. Bukan Jabatan Air and this is where they collect the money immediately.
Begitu juga di tempat-tempat di Banggi contohnya, bila saya tidur satu malam di Banggi, lepas itu saya tanya, ada air atau tidak ada air? Tapi pagi-pagi saya balik pergi Kudat, lepas itu saya nampak satu bot. Saya tanya dia, siapa punya ini? Ini mahu jual.
Kita dah ada saluran paip. Tadi saya solat, sebelum saya solat, solat Zohor tunggu air, masuk ke tandas tiada air. Lepas itu, bila sekejap lori tangki ada. Kita dah ada paip daripada Jabatan Air sampai ke Dewan Undangan Negeri. Kenapa tidak gunakan tangki yang repatas untuk membolehkan contoh di Banggi itu daripada pihak middleman (sebutan tidak jelas).
Begitu juga bekalan elektrik di MRSM Libaran.
Saya difahamkan sampai hari ini, MRSM Libaran terpaksa
I membayar setiap bulan kepada middleman untuk bekalan elektrik. Sepatut SESBlah bagi bekalan. Ini institusi Kerajaan, bukannya swasta, short term ya.
Mengikut Enakmen Bekalan Air, sebenarnya tidak ada parti yang mendapat kebenaran khas dibenarkan menjual air.
Jadi untuk perkara yang telah dibangkitkan tadi, the middleman saya akan merujuk kepada Jabatan Air untuk membuat pemeriksaan kepada daerah yang terlibat seperti tadi Semporna dan juga Pulau Banggi.
Dewan tadi ada terganggu sedikit ya, tetapi sepuluh minit.
Saya dimaklumkan pada tadi pukul 1.00, pegawai saya bersolat, tidak ada air. Tetapi saya turun 1.10 minit ada air, dan sebelum masuk ke Dewan ini untuk bersedia, saya berulang alik ke tandas sebanyak lima kali.
… untuk melihat adakah air, bekalan air. Bekalan air ada. Cuma pada hari Isnin lepas, duduk Darau, pada Isnin lepas ada satu kebocoran telah dikenal pasti di Bakut, Tuaran yang mana kebocoran tersebut agak besar dan pada malam semalam, pihak kontraktor pembaikan telah memulakan pengorekan dan membuat tampalan. Jadi, hasil daripada tampalan paip yang bocor berdiameter 1000 mm itu dapat dikemaskan dan insya-Allah bekalan tekanan air bagi kawasan ini akan kembali recover. (terdapat ADUN yang bertanya soalan tetapi suara tidak dengar)
Ya.
Dapat menjamin supaya kemudahan asas kepada rakyat di Sabah ini dapat dilancarkan tidak bergantung dengan pihak swasta. Di Papar, minggu sudah. kondominium yang ada di Papar. Ada lori depan situ baru. Pasal anak buah saya tinggal sana. Lepas itu dia tanya, “Pak cik kami terpaksa tunggu lori ada baru boleh isi.” Walhal ada paip dah. Tidak ada lagi macam di Semporna perlu paip yang disempurnakan untuk membolehkan supaya air itu dapat kita salurkan. Saya minta supaya perkara ini
I dapat diambil tindakan dan jaminan untuk mempastikan supaya boleh menyelesaikannya orang tengah. Okey ya.
Ah Darau.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasihlah sebab jalan di Likas pun sebahagian sudah diperbaiki. Balik-balik juga saya minta dulukan. Terima kasih.
Tapi selain daripada itu saya ingin sentuh sedikit berkenaan bekalan air. Biasalah Likas, dia sudah beberapa bulan sudah tiada air. Dalam seminggu, betul. Kampung Likas. Kampung Likas. Jadi isu rumah setinggan tidak boleh pakai lagi. Pasal baru-baru ini 100 lebih rumah kebakaran di sana, setinggan. Jadi saya rasa kalau boleh Yang Berhormat Menteri ambil tengok perkara ini. Dan satu lagi di Taman Bukit Hijau. Taman Bukit Hijau dan Kingfisher. Dia lebih kurang juga macam Likas. Setiap minggu mesti ada apa ni putus bekalan air. Bukit Hijau ini dia bukan banyak pun dia punya. Saya tahu dia tinggi, tapi bekalan air pun, lori tanker air jarang dihantar ke sana. Bila dibuat panggilan aduan ke Jabatan Air, macam-macam jawapan di anu. Dan ada yang disuruh datang ke kaunter untuk buat aduan. Saya rasa ini tidak patutlah kan. Terima kasih ya, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Menteri, banyak lagi kawasan di Penampang, catuan air, low pressure from 7 o’clock to 7.30 in the morning.
YB Menteri, satu soalan.
Sekejap, saya jawab Moyog dulu. Okey, catuan air di kawasan, beberapa kawasan di Kota Kinabalu ini kita jangka akan pulih selepas hujung Jun atau awal Julai tahun ini apabila paip daripada Telibong 2 Fasa 2 yang sedang kena ….. Saya monitor. Setiap bulan saya turun ke tapak, monitor.
Jawapan sama last year (ketawa kecil).
I
Ya, cuma it’s the performance of our local contractor. But they are making progress and I make a habit now. Every month I’ll go for a site visit to make sure that the report that I receive on my desk is the same as what is actually on physical. So, I’m confident by end of June the pipe laying works will be completed and can be done the testing and commissioning and hopefully by then the KK Utara, kawasan KK Utara akan mempunyai bekalan air yang mencukupi dan air yang kita share daripada Loji Moyog untuk kawasan KK Utara kita kembalikan ke Penampang, Kota Kinabalu, dan juga Putatan.
Terima kasih, Menteri. I hope, I hope you can explain kepada semua parents who are facing problem …
Ya. Ya.
… when they send their children to school. Thank you.
Okey. Thank you.
Terima kasih, YB Menteri. Dalam perbahasan pada Isnin saya ada membangkitkan isu bekalan air di Sekong. Pertanyaan saya, apakah ada perancangan Kerajaan untuk membekalkan air bersih ke kepulauan di Sekong dan jika ada, bila ianya dilaksanakan? Terima kasih.
Saya mohon jawab secara bertulis soalan yang dikemukakan. Jadi, sebelum mengakhiri penggulungan, saya sekali lagi berterima kasih dan menghargai komitmen serta penyertaan aktif Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan kali ini. Segala ulasan, cadangan dan teguran-teguran membina yang dikemukakan dalam perbahasan ini akan diteliti sebaik-baiknya demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Akhir kata, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan
I Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Tahun 2025 dan Happy Easter kepada yang meraikannya. Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Kerja Raya. Yang Berhormat Sri Tanjong, just for the sake of this Dewan yang mulia ini, bolehkah saya secara gentleman to gentleman untuk minta ADUN Sri Tanjong untuk menarik balik perkataan yang telah digunakan tadi. Not to embarrass you, but just to show that you are a gentleman who respect Dewan yang mulia ini.
I hope this time the Minister can really reply my letter and with that, I can tarik balik the word stupid, but I still think that it is very, very, very it’s a very, very bad plan for Tawau people. So this time I hope YB Minister, you can really answer my letter. Okey?
Datuk, Datuk Speaker. Perkara yang mungkin berlainan tapi sama, content dia, supaya saya juga minta kepada Datuk Speaker supaya ADUN daripada Kunak juga. Saya difahamkan semalam saya berada di Kuala Lumpur, dia menggunakan perkataan toksik kepada kumpulan yang telah bertanya kepada. Perkara ini tidak boleh disebut secara baik cause of peraturan Standing Order yang ada, kata-kata yang ada, tariklah, jangan mencemuh. We are very disciplined people. Kita patuh. Bukan kita menggunakan perkataan mencemuh orang, menghina orang, but don’t, limit yourself dari segi perkataan-perkataan. Pasal ini, judgement will be done on us. Jadi saya ingat Datuk Speaker, jangan hanya kepada Sri Tanjong tapi kepada Yang Berhormat yang lain juga backbenchers. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang.
Tuan Speaker.
Sebentar Merotai. Sebentar.
I
Tuan Speaker, sorry. Jadi yang perkataan kucing kelmarin itu, itu okeykah tu?
Terpulang, kalau boleh, kalau boleh Yang Berhormat Speaker … .
Okey Merotai, Merotai. Let me address Senallang dulu.
43 ..
Let me address Senallang dulu.
Sama, same. Same. 43. Ada beberapa perkara Datuk Speaker, sama juga perkataan-perkataan yang tidak baik. Saya setuju dengan Yang Berhormat Tandek. Kalau boleh semua perkataan-perkataan yang tidak baik, jangan disebut di dalam Dewan. Saya setuju. Kalau saya lihat semalam Datuk Speaker, jam 3.30 pm, YB Kunak juga menyatakan 43 (8) sifat dan kelakuan diri peribadi Ahli-ahli Dewan tidak boleh disebut. Yang Berhormat Kunak menyebut “Waina jo. Kau punya english biasa-biasa saja bah. Takalual juga slangmu. Jangan kunun ko telampau eksen oto arung”. 43 (8).
Datuk Speaker, kita ini berbilang bangsa. Races, race ah. Yang Dusun bercakap english slang Dusunlah. Yang Suluk slang Dusun eh Suluk jugalah. Bajau, Bajaulah. Yang lain-lain macam sahabat saya mungkin englishlah, dia orang putih. Dan YB Norazlinah tu pun, maaf, YB Kunak pun sama juga, masing-masing ada slang.
Okey.
Apa salahnya?
Okey alright.
I
Lagipun dia minta izin.
Okey.
Tak boleh cakap macam tu Tuan Speaker.
Okey bagi saya..
43 (8).
Okey.
Tolong check balik.
Terima kasih Merotai.
Jam 3.30 pm.
Okey.
Disebut itu Datuk Speaker. Begitu juga toksik itu.
Okey Merotai duduk.
Terima kasih.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Terima kasih Yang Berhormat Merotai. Walau bagaimanapun, saya tidak berada di dalam Dewan pada waktu itu. Not, I was not the person who chaired the, I was not the person who preside the meeting during that time. Walau bagaimanapun, kita akan teliti hansard, pada waktu itu dan sekiranya ada apa-apa yang perlu ditegur atau apa-apa perkara yang perlu dilaksanakan kita
I akan tegur. Okey. Terima kasih. So we need to move on. Masa kita telah singkat. Oleh itu, saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk menyampaikan Ucapan Penggulungan. 5.30 petang
Terima kasih Tuan Speaker.
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam Sabah Maju Jaya.
Datuk Speaker, terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya, saya berpeluang menyampaikan Ucapan Penggulungan bagi Kementerian saya di Dewan yang mulia ini.
Tahniah kepada Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman atas lantikan sebagai Yang di-Pertua negeri Sabah yang ke-11. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua negeri Sabah, di atas Ucapan Dasar sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 di Dewan Undangan Negeri Sabah sidang yang ke-16 pada 10hb April 2025.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, atas jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-10. Terima kasih, Tun, atas segala khidmat bakti dan dedikasinya. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah diberikan akan terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
I Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas kejayaan dan usaha Kerajaan Negeri, melipatgandakan usaha bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di tahun 2025 yang sangat penting ini. Pelbagai inisiatif dan program berimpak tinggi dirancang dan dilaksanakan. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana mengutarakan pelbagai isu, pandangan dan cadangan kepada Kementerian saya yang bertujuan untuk kesejahteraan rakyat negeri Sabah. Saya bersama Pembantu Menteri, Setiausaha Tetap dan semua pegawai-pegawai di Kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan hala tuju Sabah Maju Jaya dan matlamat pembangunan mampan berkaitan dengan Kementerian saya dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Datuk Speaker, Kementerian saya memberikan penekanan bagi membantu memastikan kesinambungan jaminan sekuriti makanan di negeri Sabah. Majlis Perancang Negeri telah menetapkan pengekalan kawasan Zon Konservasi Padi dalam semua 49 pelan tempatan dan 25 pelan daerah. Selain itu, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah juga telah menyediakan kawasan Zon Pertanian atau Agricultural Zone dalam skim perancangan pelan tempatan dan pelan daerah. Melalui pendekatan perancangan guna tanah yang strategik ianya akan dapat menunjukkan kesediaan dan keperluan tanah bagi tujuan pengeluaran makanan serta memastikan kesinambungan bekalan makanan di masa hadapan adalah terjamin.
Kementerian saya mengambil berat sebarang usaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan khususnya di pihak berkuasa tempatan dalam membantu meningkatkan imej negeri Sabah sebagai destinasi pelancongan yang indah dan bersih. Antara tindakan yang dilaksanakan adalah kesemua PBT di bawah Kementerian saya melaksanakan penarafan tandas berdasarkan bintang dan disasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya tiga bintang ke atas. Keindahan dan keceriaan kawasan di setiap kawasan PBT juga menjadi keutamaan. Beberapa program akan dilaksanakan pada tahun ini seperti berikut: 1.
Jelajah Air Hijau KKTP. Inisiatif Hijau KKTP Aspirasi Sabah Maju Jaya di daerah-daerah Kuala Penyu dan Tenom; 2.
Program Rakan Lestari untuk semua PBT; dan
I 3.
Penganjuran acara di peringkat kebangsaan seperti Sabah Landscape Exchange atau SLEX Seminar.
Kementerian saya turut memfokuskan pelaksanaan digitalisasi perkhidmatan Kerajaan Tempatan dan Kementerian bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Untuk itu, beberapa pendekatan sedang disiapkan dan akan dilaksanakan iaitu:
1.
Sistem E-JKDB; 2.
Sistem E-PBT di 13 PBT di negeri Sabah. Fasa pertama pelaksanaan melibatkan 4 PBT; dan 3.
Sistem Pengurusan Pemantauan Perumahan Swasta.
Bagi mengukuhkan integriti di kalangan PBT, dua program dilaksanakan iaitu: 1.
Program Penempatan Silang; dan 2.
Penempatan Secara Pinjaman bagi Pegawai Perkhidmatan PBT Sabah. Bagi memacu pembangunan yang seimbang, khususnya di sektor perumahan, Kementerian telah mengkaji semula dasar pemilikan lot rumah oleh pembeli berstatus bumiputera dan memperkenalkan beberapa penambahbaikan penting selaras dengan aspirasi keadilan sosial dan pemerkasaan ekonomi bumiputera. Pelaksanaan dasar baharu ini juga dijangka memberi kesan positif yang besar kepada rakyat Sabah, khususnya dalam sektor pemilikan hartanah kediaman. Penambahbaikan yang dimaksudkan adalah:
1.
Mewajibkan 30% daripada jumlah rumah yang dibangunkan diperuntukkan kepada pembeli berstatus Bumiputera bersama hak untuk memilih lot rumah; 2.
Pemberian diskaun 5% kepada pembeli bumiputera; dan 3.
Pemansuhan larangan menjual semula lot bumiputera kepada pembeli bukan bumiputera.
Datuk Speaker, izinkan saya menyentuh isu-isu dan menjawab pertanyaan yang ditunjukkan kepada Kementerian saya. ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin, telah menyarankan kepada Kementerian saya untuk mengenal pasti
I kaedah pelupusan sampah dengan mengambil kira penggunaan teknologi hijau dan penyediaan satu peruntukan khas bagi tujuan pelaburan jangka panjang. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sisa pepejal, Kementerian telah mengambil beberapa langkah alternatif seperti berikut: 1.
Melaksanakan pengasingan dari punca ataupun segregation at source dengan penguatkuasaan sepenuhnya Undang-Undang Kecil Uniform Segregation and Disposal of Organic Waste by Laws 2016 oleh semua pihak berkuasa tempatan; 2.
Memperkenalkan penggunaan teknologi seperti mesin komposter bagi pelupusan sisa organik memandangkan kadar penghasilan sisa organik yang tinggi setiap tahun; 3.
Kementerian telah membekalkan sebanyak 13 buah cabin collection center, 3R, 15 food waste composter berkapasiti 100kg dan membina lapan buah pusat lestari di pihak berkuasa tempatan. Pembekalan peralatan ini akan diteruskan pada tahun ini bagi menyokong pelaksanaan kitar semula dan mengurangkan sisa ke tapak pelupusan; 4.
Kementerian sedang dalam usaha menaik taraf tapak-tapak pelupusan sisa pepejal dan cadangan-cadangan ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-13.
Pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal yang baharu akan melibatkan pembinaan pusat pelupusan sisa pepejal sanitari berpusat untuk digunakan oleh pihak berkuasa tempatan secara bersepadu.
5.
Kementerian telah memperkenalkan kaedah pengurusan sisa pepejal terkumpul dengan menggunakan kaedah pirolisis, ianya dalam proses pelaksanaan secara percubaan ...
Di Majlis Perbandaraan Sandakan dan Majlis Daerah Papar. ADUN Tungku menyebut mengenai masalah longgokkan sampah di daerah Kecil Tungku. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Tungku
I dan Dewan yang mulia ini daerah Kecil Tungku adalah di luar kawasan operasi Majlis Daerah Lahad Datu dan kawasan terlibat tidak dikenakan cukai pintu. Walau bagaimanapun, pihak majlis telah menetapkan kutipan sampah satu kali seminggu oleh pihak konsesi sedia ada. Sebagai tindakan awal menangani pengurusan sisa di daerah Kecil Tungku, Majlis Daerah Lahad Datu akan mengenal pasti tapak yang sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan sementara memandangkan tapak pelupusan sedia ada di Bangkalalan, Lahad Datu sangat jauh dan memerlukan kos yang tinggi selain akan menyediakan bin center di kawasan strategik.
ADUN Tanjung Aru memohon pihak Kerajaan menyediakan rumah kepada penghuni rumah pangsa Tanjung Aru supaya mereka dapat berpindah daripada rumah sedia ada. Perkara ini telah diambil tindakan sewajarnya oleh Kementerian saya melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar di mana, mana-mana penghuni yang terlibat dan berkelayakan diberi tawaran untuk mengisi unit-unit tersedia di Program Perumahan Rakyat atau PPR yang ada.
Permintaan bagi beberapa penghuni yang ditawarkan untuk memilih lokasi PPR yang mereka cadangkan juga diberi pertimbangan setelah melihat alasan yang diberikan.
Yang Berhormat Menteri, boleh sebelum jauh ke depan lagi mengenai soalan Tungku tadi tu. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri tolong check dengan Majlis Daerah Lahad Datu sebab setahu saya Daerah Kecil Tungku termasuk dalam kawasan perkadaran.
Di mana kita, kedai SEDCO di situ kita membayar cukai pintu. Kita membayar cukai pintu di situ dan saya rasa benda ini kena dikenal pasti kena tahu dia punya cerita sebenarnya. Terima kasih.
Terima kasih. Nanti kita akan check.
Datuk Menteri, boleh? Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Datuk Menteri.
I
Tanjung Aru, sebelum boleh saya kasih habis dulukah?
Tentang rumah pangsa itu, saya sangat….
Tentang PPR, it's your question? Terima kasih.
Datuk Speaker, rumah PPR, LPPB seperti juga rumah pangsa Tanjung Aru dikhususkan untuk golongan berpendapatan rendah. Syarat-syarat layak menyewa PPR adalah mengikut dasar peruntukan rumah kos rendah untuk disewakan negeri Sabah 2018. Syarat tersebut adalah:
1.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 dan 2.
Tidak memiliki rumah sendiri.
Penghuni yang bukan penyewa asal adalah tidak layak. Sejak notis pemberitahuan yang telah diedar pada 24 Mei 2021 sehingga kini sebanyak 226 unit rumah telah dikosongkan. Daripada 89 unit yang masih tinggal, 16 akan adalah penghuni tidak layak. 23 telah menolak tawaran rumah LPPB manakala selebihnya telah disediakan rumah untuk berpindah. Bagi penghuni yang tidak layak, mereka adalah diminta berusaha untuk mencari rumah alternatif sendiri.
Terima kasih Datuk Menteri.
Datuk Speaker. Terima kasihlah atas jaminan Datuk Menteri bahawa sudah tentu akan bagi atau tawarkan rumah sebelumlah dorang diminta keluar daripada rumah pangsa. Sebab saya nak update sedikitlah, dua hari kemudian dorang dapat itu notis merah diletak di rumah dorang. Setakat sekarang ada 60 lagi penghuni yang masih tinggal di rumah pangsa setakat sekarang. Hari ini sudah ada penguatkuasa DBKK, LPPB bawa polis dan sebagainya untuk pergi lock satu dua rumah punya pintu rumahlah. Tetapi, dorang buka balik sebab itu barang semua masih di dalam lagi.
Dorang belum lagi berpindahlah sebab tiada tempat mahu pindah sudah. Yang secara makluman, tambahan sekarang rumah pangsa sudah dikurung tu. So,
I already very inconvenience is not the air was not flooring anymore. Memang dalam satu keadaan yang cukup sukar. Tetapi, dorang belum pindah lagi. Dorang tidak pindah sebab dorang tidak ada tempat mahu pindah.
So, ialah terima kasihlah atas jaminan Datuk Menteri dan esok dorang akan diminta buat rayuan kepada LPPB supaya dorang yang belum dapat rumah akan ditawarkan rumahlah. Saya minta sebelum itu jangan minta dorang keluar dululah. Besok saya akan maju sama-sama dorang ke LPPB untuk bantu rayuan surat dia. Terima kasih Datuk Menteri.
Terima kasih. Kita akan ambil maklum dan kita akan teliti kembali. Tetapi, kita but they are given enough time for them to move actually dan kita akan bantu juga di mana yang dapat.
Datuk Speaker, ADUN Tungku bertanya mengenai isu perumahan Semi-D. Seri Indah Taman Khazanah Indah Fasa 1 C2 di Tungku Lahad Datu, yang gagal disiapkan Syarikat Pemaju Khazanah Jaya Sdh. Bhd.
Merangkumi 70 unit rumah Semi-D.
Pengurusan Syarikat Khazanah Jaya Sdn. Bhd. dan Taman Khazanah Indah telah diambil alih oleh RKN & Company selaku Pegawai Penerima dan pengurus yang dilantik oleh Sabah Development Bank Berhad pada 17 September 2024.
Pada masa kini, Pegawai Penerima dan pengurus sedang dalam proses perlaksanaan kajian kebolehlaksanaan fleksibiliti study bagi projek Taman Khazanah Indah dan Kementerian juga telah mengadakan mesyuarat bersama Juruperunding dan Pegawai Penerima dan pengurus untuk melancarkan perlaksanaan kajian tersebut sebelum memulakan perundingan dengan pihak yang berminat untuk memulihkan projek ini.
Sebagai makluman tambahan, Kementerian akan mengisytiharkan projek ini sebagai projek terbengkalai dalam tempoh terdekat setelah laporan lengkap daripada pihak Juruperunding projek Taman Khazanah Indah diterima.
I Yang Berhormat ADUN Kepayan, ada bertanyakan mengenai dasar Kerajaan terhadap setinggan terutama bagi setinggan yang didiami oleh bukan warganegara. Untuk pengetahuan Yang Berhormat ADUN Kepayan dan Sidang Dewan Undangan Negeri Yang Mulia ini, Kerajaan Negeri amat mengambil berat tentang isu setinggan di seluruh negeri Sabah termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri Kepayan. Mengikut bancian, 11 daripada 12 koloni setinggan di kawasan DUN Kepayan terletak di atas tanah milik persendirian dan satu koloni lagi terletak di atas tanah Kerajaan Persekutuan, iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan jumlah keseluruhan isi rumah sebanyak 3,476.
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Induk Setinggan Negeri telah menetapkan dasar Pengurusan Setinggan Negeri seperti berikut.
1.
Penggazetan kawasan setinggan yang sesuai sebagai perkampungan. 2.
Penempatan semula setinggan melalui tawaran lot-lot atau tapak-tapak atau unit rumah yang sesuai.
3.
Pembinaan rumah mampu milik dan rumah kos rendah secara insitu. 4.
Land swap untuk tanah hak milik yang terlibat dengan setinggan dan 5.
Pengusiran ke atas tanah hak milik adalah menjadi tanggungjawab pemilik tanah sendiri.
Untuk setinggan yang melibatkan penduduk bukan warganegara, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa tindakan penguatkuasaan dilakukan dengan mengambil kira aspek kemanusiaan. Tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan hak dan keselamatan masyarakat.
… tempatan. Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Persekutuan seperti pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen untuk memastikan bahawa undang-undang yang berkaitan sentiasa dipatuhi.
I Yang Berhormat ADUN Elopura bertanya adakah Kerajaan Negeri mengawal harga rumah yang ada di negeri ini? Sebagai makluman Yang Berhormat ADUN Elopura dan Sidang yang mulia ini, Kerajaan Negeri tidak mengawal harga rumah yang dibina oleh pemaju perumahan swasta. Secara keseluruhannya, harga rumah adalah dipengaruhi oleh keseimbangan antara permintaan dan penawaran di pasaran. Faktor-faktor seperti kos bahan binaan, rantaian bekalan dan kos pengangkutan memainkan peranan penting dalam menentukan harga rumah yang ditawarkan oleh pemaju perumahan swasta.
Pada masa yang sama, kementerian saya peka dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan rumah tetapi menghadapi kesukaran untuk memperolehi kelulusan pinjaman perumahan disebabkan harga rumah yang tinggi.
Bagi memudahkan golongan ini untuk membeli rumah, kementerian saya telah mengambil langkah proaktif dengan menyelaraskan semula harga rumah mampu milik untuk menggalakkan lebih ramai pemaju swasta membina rumah mampu milik. Harga rumah mampu milik ini adalah ditetapkan pada harga antara RM150 ribu ataupun RM176 per kaki persegi dan RM380 ribu atau RM447 per kaki persegi mengikut kawasan.
Keluasan lantai minima rumah mampu milik ini adalah ditetapkan pada 850 kaki persegi dengan minimum tiga bilik tidur.
Untuk menggalakkan pemilikan rumah di kalangan penduduk di Kota Kinabalu dengan mengambil kira nilai tanah yang jauh lebih tinggi, pemaju perumahan juga diberi kebenaran untuk membina rumah mampu milik jenis studio unit, rumah mampu milik berbilik dua dan rumah mampu milik berbilik tiga. Harga jualan bagi semua kategori rumah mampu milik juga adalah dihadkan pada RM447 setiap kaki persegi, iaitu harga maksimum RM380,000 untuk unit berkeluasan 850 kaki persegi. Dengan langkah-langkah ini, kementerian saya sentiasa komited untuk menggalakkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Sabah dan memastikan setiap individu mempunyai akses kepada kediaman yang selesa dan mampu milik.
Yang Berhormat Menteri, sebentar. Ada usul daripada YB Pembantu Menteri. Silakan.
Datuk Speaker, bahawa mengikut Peraturan
I Mesyuarat 2(1)(b) tanpa menghiraukan usul terdahulu, saya mencadangkan bahawa Dewan pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran semua kementerian menggulung usul menjunjung rasa terima kasih atas Ucapan Dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.
Ada yang menyokong?
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan. Ahli-ahli yang bersetuju, katakan bersetuju. Yang tidak bersetuju, katakan tidak. Lebih suara yang bersetuju, usul disetujukan. Yang Berhormat Menteri, teruskan.
Terima kasih, Datuk Speaker. Datuk Speaker, Yang Berhormat ADUN Elopora turut bertanya mengenai pertambahan projek rumah mampu milik melalui LPPB. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Elopora dan Dewan yang mulia ini, LPPB sentiasa merancang untuk membina lebih banyak rumah kos rendah khas untuk golongan B40 dan rumah mampu milik untuk golongan M40. LPPB telah membina sebanyak 27 unit rumah kos rendah di Ulu Dusun dan 310 unit rumah teres di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia di Jalan Labuk, Sandakan. Bagi program rumah mampu milik yang terletak di lokasi yang strategik, dekat dengan sekolah dan tempat kerja, LPPB sedang berusaha untuk mendapatkan tanah atau tapak sesuai bagi membina rumah mampu milik di kawasan Elopora.
Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat ADUN Gum-Gum dan Dewan yang mulia ini, isu berkenaan dengan permohonan PPR yang tidak adil adalah tidak benar. Ini kerana semua permohonan setelah ditapis oleh Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Konsultatif untuk semakan semula bagi yang berkelayakan. Manakala isu rumah
I PPR sewa atas sewa, kementerian melalui Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa membuat pemantauan ke atas Program Perumahan Rakyat atau PPR dari semasa ke semasa. Kerja-kerja pemutihan sering giat dilakukan bagi mengelakkan kes pelanggaran syarat seperti kes sewa atas sewa, rumah transit dan tunggakan sewa yang melebihi tiga bulan. Berkenaan dengan status Dasar Rumah PPR, setakat ini Kerajaan Negeri masih mengekalkan dasar yang sedia ada, iaitu untuk disewakan. ADUN Merotai bertanya tentang status pemberian bantuan one-off peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah, yang telah diumumkan pada sidang belanjawan tahun ini. Untuk makluman, kementerian saya baru sahaja selesai membuat tapisan memuktamadkan senarai peniaga berlesen, yang telah diperolehi daripada semua 26 PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sabah. Jumlah yang layak setakat ini untuk menerima bantuan adalah seramai 643 peniaga. Kesemua yang layak ini akan mula menerima bantuan secara tunai bermula Mei 2020.
Datuk Speaker, ADUN Bongawan membangkitkan isu pembinaan tandas awam di Pantai Kenangan Bongawan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, tandas awam di Pantai Kenangan, Bongawan sudah ada tetapi perlu dinaik taraf bagi menjadikan tandas tersebut mengikut konsep (BMW) ataupun bersih, menawan dan wangi. Permohonan peruntukan ke KPKT bagi menaik taraf tandas di Pantai Kenangan, Bongawan juga sedang disiapkan.
Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sri Tanjong dan makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun ini, pihak majlis telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100 ribu untuk kerja-kerja pembaikan infrastruktur di Pasar Tanjung Tawau termasuk kerja-kerja pembaikan kipas ekzos dan pendawaian dalam bangunan tersebut. Kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan dalam tahun ini. Bagi kerosakan-kerosakan kecil seperti kipas dinding, lampu dan kerusi meja di gerai makan, pihak majlis telah membuat lawatan pemeriksaan dan maklum tentang kerosakan-kerosakan tersebut. Kerja-kerja pembaikan sedang dalam tindakan majlis. Pembaikan secara rutin atau penukaran baharu aset-aset yang rosak dilakukan oleh pihak majlis dari masa ke semasa.
Selain itu, dua unit lif yang terdapat di bangunan Pasar Tanjung berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan oleh orang awam. Pihak Majlis telah melantik …
I
… sebuah konsesi bertauliah untuk menyelenggara lif tersebut secara berjadual. Yang Berhormat ADUN Gum-Gum bertanya mengenai cadangan menaik taraf Tamu Gum-Gum. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Gum-Gum, pihak MPS telah memohon peruntukan berjumlah RM2.45 juta kepada ICU di Jabatan Perdana Menteri untuk menaik taraf Tamu Gum-Gum. Permohonan telah dikemukakan pada 25 Februari 2025 dan pihak Majlis Perbandaran Sandakan masih menunggu maklum balas untuk permohonan ini. Datuk Speaker, Yang Berhormat ADUN Kepayan ada menimbulkan isu pembersihan parit yang perlu dibuat secara berkala tanpa menunggu aduan. Kerja-kerja dibuat perlu dijalankan secara efisien dan tepat pada masanya. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Kepayan dan Dewan yang mulia ini, adalah menjadi keperluan agar kerja-kerja pembersihan perparitan dilaksanakan secara berkala tanpa perlu menunggu aduan daripada orang awam. Amalan ini bukan sahaja memastikan sistem saliran sentiasa berada dalam keadaan baik malah turut membantu mengurangkan risiko berlakunya banjir kilat.
Sehubungan itu, kerja-kerja pembersihan hendaklah dijalankan secara efisien dan tepat pada masanya, selaras dengan jadual penyelenggaraan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis. Untuk makluman, Majlis Perbandaran Penampang telah melantik dua konsesi penyelenggaraan parit bagi kawasan komersial dan industri. Penyelenggaraan di kawasan komersial dilaksanakan secara bulanan, manakala bagi kawasan industri pula adalah setiap dua bulan sekali. Sementara itu, kerja-kerja penyelenggaraan parit di bahagian belakang kawasan perumahan dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Penampang sendiri dengan kekerapan dua bulan sekali. Bagi parit di hadapan kawasan perumahan serta kawasan komersial dan industri, penyelenggaraan dijalankan oleh pihak Pembinaan Kekal Mewah. Yang Berhormat ADUN Karamunting menimbulkan isu berkaitan dengan sistem pembentungan di PPR, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Karamunting dan Dewan yang mulia ini, setakat ini sistem pembetungan tidak sepenuhnya diserahkan
I kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah. Hanya sepuluh PPR sahaja yang diselenggara oleh JPPS atau Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah, iaitu PPR Taman Rugading Tuaran, PPR Taman Telipok Ria Tuaran, PPR Taman Murni Sandakan, PPR Lintas Sibuga Sandakan, PPR Batu Sapi Sandakan, PPR Taman Mesra Sandakan, PPR Sungai Manila Sandakan, PPR Taman Gum-Gum Sandakan dan PPR Taman Muhibah Sandakan. Manakala PPR lain masih diselenggara oleh pihak syarikat pengurusan yang dilantik dan pihak berkuasa tempatan sendiri.
YB Menteri, lapan minit lagi.
Yang Berhormat Elopura membangkitkan isu penyelenggaraan lampu jalan di Jalan Sibuga, Jalan Batu Sapi dan Gum-Gum ke checkpoint Batu 32 yang membahayakan pengguna jalan. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Elopura dan Dewan yang mulia ini, Majlis Perbandaran Sandakan sentiasa mengambil tindakan penyelenggaraan rutin dari masa ke semasa bagi jalan yang terletak di bawah penyelenggaraan MPS. Jalan dimaksudkan adalah Jalan Sibuga dan Jalan Batu Sapi, manakala bagi Jalan Gum-Gum ke checkpoint Batu 32 ianya terletak di bawah penyelenggaraan pihak Jabatan Kerja Raya. Walau bagaimanapun, MPS dan pihak JKR sering kali bekerjasama untuk memastikan jalan-jalan tersebut diselenggara dengan baik oleh pihak JKR. Manakala bagi isu yang dibangkitkan oleh ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Haji Nasir mengenai peruntukan Persekutuan yang tidak dapat dilaksanakan atas sebab premis seperti pasar dan bangunan lama yang tidak mempunyai OC. Sebagai makluman Yang Berhormat, waran peruntukan RM2.5 juta telah dipohon semula ke ICU bagi tujuan penukaran lokasi cadangan projek. Pihak ICU telah meminta maklumat lengkap mengenai lokasi baharu memandangkan tapak Tamu Gum-Gum masih belum diletakkan di bawah nama Majlis, kebenaran izin untuk masuk perlu diperolehi daripada Jabatan Tanah dan Ukur dan ini baru diperolehi oleh MPS. Kesemua maklumat ini telah diserahkan kepada pihak ICU dan kini sedang menunggu waran yang baharu.
I Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Dilantik Datuk Suhaimi mengenai tunggakan cukai pintu di Majlis Perbandaran Sandakan yang diutarakan kepada Menteri Kawangan tadi, untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jumlah tunggakan cukai am di MPS adalah sebanyak RM38.1 juta. Sebagai usaha untuk mengutip cukai-cukai tertunggak ini, Kementerian saya telah memberikan kelulusan kepada MPS untuk pemberian diskaun bagi cukai-cukai am ini, berikut adalah pendekatan yang dilaksanakan oleh MPS untuk menangani masalah cukai tertunggak di Sandakan:
1.
Kempen kesedaran dan pendidikan melalui program kaunter bergerak. 2.
Penggunaan notis dan peringatan awal.
3.
Diskaun dan insentif pembayaran awal.
4.
Pelaksanaan denda dan penalti.
5.
Penggunaan sistem pembayaran digital.
6.
Tindakan penguatkuasaan.
7.
Program pembayaran ansuran.
8.
Kerjasama dengan pihak swasta atau ejen tunggakan.
9.
Pemantauan dan pengemaskinian data.
Datuk Speaker, saya sekali lagi merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa isu.
Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri, saya minta satu walaupun benda ini saya terlupa sebut dalam saya punya ucapan perbahasan tapi saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri tolong bagi jawapan kepada saya walaupun dalam bentuk bertulis besok, okey. Masalah satu projek kerjasama antara Menara Gading Sdn. Bhd. dengan LPPB, iaitu Tungku Commercial Center. Apakah status projek ini sekarang dan bilakah projek ini akan bermula? Sebab projek ini pemaju dia telah pun mula mengutip bayaran deposit, kan? Untuk unit-unit yang dipohon dan sudah agak lama tetapi projek ini belum bermula. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri boleh bagi respond sedikit mengenai perkara ini. Terima kasih.
I
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tungku. Saya rasa my officers are listening to us, listening to you dan kita akan beri jawapan secara bertulis.
Tuan Speaker, sekali lagi saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa isu, cadangan dan pandangan yang melibatkan Kementerian saya. Kementerian saya akan meneliti segala cadangan dan pandangan berkenaan.
Bagi persoalan-persoalan yang tidak sempat dijawab atau dijelaskan, Kementerian saya akan memberikan jawapan secara bertulis dan saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menghubungi Kementerian saya ataupun saya sendiri agar kita mengetahui soalan-soalan yang belum dijawab.
Sebagai mengakhiri ucapan pengulungan saya pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, selamat menyambut Hari Pekerja, Kotobian Tadau Kaamatan dan Happy Easter kepada mereka yang merayakannya. Datuk Speaker, saya mohon menyokong.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, dan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Pertanian Perikanan …
…Makanan dan Industri Makanan untuk menyampaikan ucapan penggulungan. 6.10 petang
Terima kasih, Datuk Speaker dan salam hormat kepada semua yang hadir. Salam Malaysia Madani. Syukur pada Tuhan kerana kita dapat berkumpul sekali lagi dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025, sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang
I Ke-16 untuk mendengar dan membahas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri adalah 10 April 2025 yang lalu. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pertanian merupakan sektor antara sektor utama yang berperanan penting sebagai pemacu utama pada peningkatan ekonomi di negeri Sabah. Sektor pertanian telah menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan memainkan peranan penting dalam mentransformasikan ekonomi negeri.
Pada tahun ini, Kementerian saya bersama jabatan dan agensi di bawah MAFFI komited untuk terus membangunkan sektor pertanian bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian serta menjana pendapatan kumpulan sasar selaras dengan keterjaminan dasar, keterjaminan makanan kumpulan sasar. Kementerian saya melalui jabatan dan agensi di bawahnya memfokuskan kepada pengukuhan keterjaminan makanan khususnya dalam meningkatkan bekalan makanan serta bahan mentah bagi industri pertanian dan mentransformasikan ekonomi luar bandar melalui revolusi pertanian luar bandar.
Antara program dan inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun ini ialah program pemodenan penanaman dan pengeluaran padi di bawah kendalian Lembaga Padi dan Beras Sabah serta pembangunan tanah-tanah terbiar di luar bandar melalui revolusi ekonomi pertanian luar bandar. Kedua-dua program ini dijangka akan meningkatkan pendapatan, mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan kadar kemiskinan, dan seterusnya meningkatkan keterjaminan makanan dan pertumbuhan ekonomi negeri.
Tidak dapat dinafikan bahawa perubahan iklim yang melampau dan kejadian bencana alam yang kerap berlaku pada masa ini berpotensi menjejaskan sekuriti dan pengeluaran makanan, sekiranya langkah proaktif tidak dapat diambil untuk memperkukuhkan keterjaminan makanan. Justeru, pelbagai langkah dan usaha sedang diambil untuk menjaga kesan daripada perubahan cuaca dan menjadikan negeri Sabah sebagai pengeluar utama hasil pertanian di Malaysia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Jemaah Menteri telah meluluskan Inisiatif Revolusi Ekonomi Pertanian Luar Bandar, atau
I singkatnya RAER pada 26 Mac 2025. Objektif-objektif pelaksanaan RAER adalah berikut:
1.
Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan keterjaminan makanan di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya; 2.
Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan secara langsung mengeluarkan kumpulan sasar tersebut daripada golongan miskin dan miskin tegar; 3.
Membantu menggerakkan dan mempelbagaikan sumber ekonomi kumpulan sasar di luar bandar; 4.
Mengurangkan kadar pengangguran di luar bandar; dan 5.
Menjana dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi luar bandar bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah.
MAFFI Sabah akan berperanan sebagai lead agency untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan RAER dengan kerjasama Kementerian, jabatan dan agensi, Government Link Company, Government Link Investment Company, serta pemegang taruh.
Strategik bagi menjayakan pelaksanaan Rural Agriculture Economic Revolution ini adalah seperti berikut:
1.
Mewujudkan kesedaran keutamaan terhadap kepentingan RAER dalam kalangan masyarakat luar bandar; 2.
Menggerakkan penyertaan komuniti luar bandar dalam program Rural Agriculture Economic Revolution ini; 3.
Meningkatkan kerjasama dan kolaborasi antara kerajaan, swasta dan rakyat; dan 4.
Menubuhkan unit khas dalam Kementerian saya untuk memantau, menyelaras, memperolehi laporan, membuat penilaian, dan memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah operasi serta melaksanakan penambahbaikan. Unit ini juga akan bekerjasama dengan agensi baharu, iaitu SAMA, termasuk juga KPD dan FAMA. Seterusnya, menyasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 100 ribu individu isi rumah dalam program RAER dengan penekanan terhadap keusahawanan, inovasi, dan kecemerlangan dan mempromosikan unity is duty sebagai elemen penyatuan dalam kalangan kerajaan, swasta, dan rakyat untuk memastikan kejayaan revolusi agrikultur ekonomi luar bandar.
I Kejayaan RAER bergantung kepada pengurusan tanah, tenaga kerja, dan sumber lain yang berkaitan. Tanah bergeran yang berstatus NT umpamanya yang akan digerakkan, termasuk juga tanah kampung, tanah yang dimiliki oleh jabatan agensi di bawah MAFFI, dan tanah yang dimiliki oleh jabatan agensi yang sesuai untuk program RAER ini. Untuk makluman, terdapat 3 juta hektar tanah bergeran status Native Title (NT) di seluruh negeri Sabah. RAER akan menumpukan pelaksanaan program terhadap 10% daripada keluasan tanah NT tersebut untuk membangunkan komuniti luar bandar, 10% itu merupakan 300 ribu hektar.
Berbagai program di bawah inisiatif RAER ini yang telah dirancang termasuklah tanaman sayur-sayuran, buah-buahan yang bernilai tinggi termasuk Durian Musang King, kopi dan koko, akuakultur dan air tawar, penternakan ayam pedaging, penelur ayam kampung dan ruminan, dan juga pemprosesan pengeluaran-pengeluaran hasil ini di bawah industri asas tani. Tuan Speaker, kolaborasi dan bantuan daripada Kementerian, jabatan serta agensi dalam pembinaan infrastruktur dan utiliti kawasan luar bandar amatlah diperlukan bagi menjamin kejayaan inisiatif RAER. Datuk Dr.
Tuan Speaker, Yang Berhormat, boleh minta laluan tak?
Ya. Boleh. Datuk Dr.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan, Menteri-menteri dan juga Menteri Pertanian. Saya memang amat tertarik dengan… Datuk Dr.
… inisiatif-inisiatif yang dalam Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama. Masyarakat kita sedar dan tahu food security sangat penting dan diperkatakan setiap hari. So, mengenai inisiatif ini, saya tengok, saya nak tanya, adakah inisiatif contoh tanaman padi serta buah-buahannya dikenal pasti, siapa sasaran? Sama
I ada sasaran ini hanya kepada pekebun-pekebun kecilkah ataupun agensikah? Itu yang saya nak tahu. Rancangan itu sudah ada, tapi siapa yang melaksanakan ini? Itu sahaja pertanyaan saya. Terima kasih.
Siapa yang akan melaksana?
Seperti yang saya katakan, ini adalah kolaborasi di antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat, Agensi Negeri, Pejabat Daerah dan komuniti, iaitu daripada kampung sehinggalah mukim-mukim, mereka semua terlibat, ya. Terima kasih. Datuk Dr.
Terlibat, sudah tentu ada sasaran, ada figure. Kalau katalah contoh masyarakat, komuniti kampung di luar bandar, dia mesti ada kita punya data. Pasal bila kita bercakap soal, ialah food security termasuk juga nelayan. Daripada dahulu lagi, saya ingat sampailah sekarang. Daripada Buku Hijau, tapi masih juga Kerajaan membelanjakan begitu banyak dalam sektor pertanian ini. Sebab itu, saya rasa perlu ada sasaran. Walaupun ada perancangan, tapi sistem kaedah itu secara lama, saya ingat kita tidak dapat capai matlamat supaya Sabah menjadi satu negeri food security yang terjaga.
Kurang jelas, tapi program ini di apa ini diambil inisiatifkan, disebabkan ini sahaja cara kita untuk memastikan ada apa ini ada gerakan pembangunan di luar bandar yang lebih agresif, ya. Sebab kalau kita buat begitu sahaja, itu-itu juga dia punya hasil. Jadi, sebab itulah kita perlu kali ini, fokus kepada satu program, semua Agensi Kerajaan akan menumpukan di setiap daerah ini.
Yang Berhormat Datuk Menteri, saya juga menyentuh tentang food security di mana dahulu masa saya jadi Ketua Menteri, kita sediakan peruntukan untuk tanam padi bukit. Saya ingat kalau tidak silap dalam 20 juta, khusus untuk tanam padi bukit and good quality. Di Long Pasia ada, saya ingat saya galakkan termasuk di Tambunan. Apa kesudahan dia?
Peruntukan yang kita sediakan untuk membolehkan menggalakkan rakyat luar bandar untuk menanam padi bukit dan good quality. Ada
I spesies yang agak mahal, ada yang campuran yang very affordable and the other one is a very good species of paddy bukit yang ada.
Padi, pengeluaran padi adalah satu daripada program kita di dalam apa ini, Revolusi Pertanian Luar Bandar ini, ya dan pelancaran RAER dijangka akan dilaksanakan dalam bulan Mei ini, belum mula lagi, ya. Pelaksanaan RAER juga melibatkan tempoh enam tahun, sudah bermula daripada tahun ini sehinggalah 2030 dan diberikan peruntukan 10 juta dalam setiap tahun. Memang ini tidak mencukupi tapi kita mulai daripada itu juga dahulu. Program pemodenan penanaman dan pengeluaran padi di bawah LPBS merupakan sebahagian daripada program ini.
Adalah dijangkakan jumlah pengeluaran akan dapat ditingkatkan melalui penggunaan mekanisasi dan teknologi moden, penggunaan benih padi bermutu tinggi serta penanaman luar musim. Sekarang ini pengeluaran padi memang rendah sebab itulah kita menubuhkan Lembaga Padi. Dan kalau, ini secara ringkaslah, kalau kita gunakan mesin daripada manual, dia akan meringankan apa ini pengeluaran kerja pengeluaran padi. Kalau kita gunakan benih high breeding variety seperti TR8 sekarang ini, hasil purata pengeluaran padi di Sabah kurang lebih tiga tan, satu hektar. Kalau kita gunakan variety baharu ini, sekurang-kurangnya kita boleh lipat ganda, dua kali ganda, that’s mean, enam hingga ke ataslah. Katakanlah dia minimum enam, kita sudah gandakan dua kali dan katakanlah kita tanam padi dua kali setahun. So, enam kali, dua lagi bererti instead of three tonnes per hectare, we can produce 12 tonnes per hectare. Jadi ini minimum, itulah antara langkah kita untuk memastikan pengeluaran makanan ini boleh kita tingkatkan.
Untuk makluman, Dewan yang mulia ini, Kerajaan telah juga bersetuju untuk menubuhkan Sabah Agriculture Marketing Authority yang memfokuskan kepada pemasaran hasil pertanian dan akan memberi kesan langsung terhadap pembangunan subsektor tanaman, memandangkan para petani berupaya menumpukan usaha untuk meningkatkan hasil pertanian tanpa perlu memikirkan aspek pemasaran. Sebab bila kita bantu dia orang mengeluarkan, kenapa tanah tidak diusahakan? Dia orang bilang, satu tiada jalan. Kita bikin jalanlah. Kedua, dia bilang tiada bibit. Kita bagi dia bibit. Tiga, dia katakan kalau sudah berbuah, di mana
I kami jual? Siapa yang membeli? Jadi kita tubuhkan satu rangkaian pemasaran supaya ini semuanya dapat kita tangani.
Bagi menjawab, sekarang ini saya ingin mengucapkan terima kasih atas soalan-soalan yang dibangkitkan oleh yang Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya akan menjawab beberapa soalan yang sempat kita jawab pada petang ini. Antaranya bagi Ahli Yang Berhormat Telupid, mengenai projek pembinaan tembok atau dinding tebatan banjir yang melibatkan kawasan di Tembidong-Bidong. Tidak tahu betulkah ini?
Tembidong-Bidong, Telupid.
Kementerian saya sedia maklum mengenai kejadian hakisan tebing di sungai-sungai ini, termasuklah sungai-sungai di DUN Telupid. Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan (JPS) Sabah sentiasa menjalankan pemantauan terhadap situasi ini. Maka itu, permohonan bagi kerja-kerja pertahanan tebing sungai yang terancam dengan hakisan tebing sungai di Kampung Tembidong-Bidong, Telupid telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13, baru-baru ini.
Sebagai langkah jangka pendek pula untuk mengatasi isu ini, JPS juga telah memohon peruntukan sebanyak RM3.5 juta daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan kerja-kerja pertahanan tebing Sungai Klagan di Kampung Tembidong-Bidong. Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Moyog, berkenaan isu banjir juga di kawasan Moyog dan dia dan pelaksanaan kerja yang perlahan oleh kontraktor.
Sebagai langkah persediaan menghadapi musim tengkujuh serta mengurangkan risiko kejadian banjir khususnya di kawasan yang dikenali sebagai hotspot banjir …
… di Moyog, beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan. Jabatan Pengairan dan Saliran telah menyelia pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan parit-parit mengikut jadual penyelenggaraan ini, meliputi pembersihan, pengorekan dan pembaikan struktur parit bagi memastikan fungsi saliran berjalan dengan baik.
I Selain itu, JPS juga melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang meliputi pengorekan dasar sungai untuk meningkatkan kapasiti tampungan dan pembersihan tebing sungai bagi mengelakkan halangan aliran air yang boleh menyebabkan limpahan semasa hujan lebat.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Liawan, mengenai isu jalan-jalan pertanian rosak yang tidak termasuk dalam konsesi Kerajaan atau Jabatan Kerja Raya, Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah memohon peruntukan menaik taraf jalan pertanian termasuk infrastruktur yang berkaitan. Bagi kawasan pertanian yang mengeluarkan tanaman kontan seperti padi dan buah-buahan di bahagian pengairan dan saliran di bawah Kementerian saya. JPS turut diamanahkan untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan bagi pulih, baik pulih dan bina baharu jalan ladang pekebun kecil bagi tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko, melalui peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi, di bawah agensi-agensi seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Koko Malaysia (LKIM). Inisiatif dan usaha ini akan diteruskan untuk memastikan para petani kebun kecil dapat menikmati jalan pertanian yang berada dalam atau di dalam kebun ladang.
JPS tidak mempunyai vot khas untuk jalan-jalan pertanian di luar skim pengairan dan bergantung sepenuhnya pada peruntukan Malaysian Road Record Information System atau MARRIS dan peruntukan persekutuan. Walau bagaimanapun, JPS sentiasa berusaha untuk mendapat peruntukan tambahan agar lebih banyak jalan pertanian yang kritikal dapat diperbaiki dan diselenggarakan. Selain itu, terdapat pembinaan rumah-rumah kediaman di atas …
Yang Berhormat Menteri.
Kawasan rizab sungai.
Yang Berhormat Menteri.
I
Tunggu dulu, ah.
Nabawan, Nabawan, Nabawan.
Iya, silakan.
Ya, dalam perbahasan saya, saya ada sebut mengenai sungai-sungai di Nabawan, yang mana baru-baru ini banjir besar telah berlaku dan juga Sungai Logongon di … di dari Pagalungan hingga ke Bantul. Minta pihak Kementerian untuk memantau dan periksa di tebing-tebing sungai yang sekarang ini begitu terhakis. Terima kasih, YB Menteri.
Terima kasih atas apa ini … isu yang dibangkitkan. Saya akan mengarahkan JPS team untuk memeriksa dan dapatkan laporan apa tindakan yang harus dibuat. Jadi, sebagai penyelesaian jangka panjang, pihak JPS telah mengemukakan permohonan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Koran, yang banjir baru-baru, Empangan Sungai Koran Keningau untuk dimasukkan dalam Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 dengan kos anggaran berjumlah RM43.82 juta.
Skop cadangan kerja bagi projek ini, Koran, meliputi menaik taraf Sungai Koran sepanjang 3.7 KM dan pembinaan satu struktur pengurusan kolodak dan serpihan, iaitu Sand Demand Management Structure. Pelaksanaan projek ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti saliran sungai secara menyeluruh dan sekali gus akan mengurangkan risiko kejadian banjir di kawasan terlibat.
Sebagai langkah mitigasi tambahan, JPS juga akan terus melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai secara berkala, berdasarkan kelulusan peruntukan yang disalurkan, terutama di kawasan berisiko tinggi. Kekerapan pemantauan berkala turut dilaksanakan dan di samping itu, kajian semula ke atas garisan rizab sungai serta penganjuran program kesedaran komuniti mengenai kepentingan memelihara
I rizab sungai sebagai zon penem, apa ini, zon pelarangan atau penempatan semula jadi sungai di Kampung Koran. Semua pendekatan ini dilaksanakan secara bersepadu bagi mengurangkan kejadian banjir di masa yang akan datang. Bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Darau, ini Darau banyak dia punca anu ini soalan, tapi saya jawab sajalah, ya. Mengenai isu banjir yang semakin meruncing di Kampung Rampayan, Kementerian saya melalui JPS telah merancang dan melaksanakan beberapa projek mitigasi banjir. Projek utama yang sedang dilaksanakan ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Rampayan, Empangan Sungai Menggatal, Kota Kinabalu yang juga kini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 88.05% dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan September tahun ini. Selain itu, projek saluran bandar Kota Kinabalu-Rampayan telah siap sepenuhnya pada 4 Januari 2021 dan telah dimasukkan di dalam kerja penyelenggaraan parit-parit utama dalam pakej lima.
Di bawah pakej ini, kerja-kerja pengorekan dilaksanakan sebanyak enam kali sepanjang tempoh tahun 2021-2026.
Yang Berhormat Menteri.
Saya kasi habis dulu sebab banyak kau punya soalan ini.
Tapi, ini berkaitan.
Mana tahu tidak perlu kau tanya.
Perlu tanya sebab baru saja dicakap enam kali tadi.
Tidak cukup?
I
Bukan tidak cukup, dia sepatutnya setahun, dua kali. Apa yang saya dimaklumkan, sepatutnya setahun, dua kali. Kalau lima tahun, sepuluh kali.
Setuju, kalau boleh tiga kali.
Boleh.
Tapi, peruntukan dia begitulah itu.
Memang sudah dalam agreement begitu? Setahun, dua kali?
Ya, sebab itu kita minta supaya kerja-kerja ini diberi peruntukan ya, supaya dia orang boleh menambah kekerapan untuk pembersihan sungai. Jangan susah, saya pun begitu juga, saya perlu juga ini.
Ya, kita tidak merasa, pasal kita tidak kena banjir.
Saya setuju, completely setuju.
Sebab itu saya bawa ke sana kelmarin, kita tengok sendiri keadaan kampung itu.
Ya, saya tahu.
I
Terima kasih, Datuk.
Okey, bagi kawasan berhampiran yang turut memberi kesan kepada aliran air Kampung Rampayan. JPS juga sedang melaksanakan Projek Saluran Bandar Kota Kinabalu, drainage improvement works of Kampung Kembirian ...
Menggatal, yang dijangka siap pada 26 September tahun ini. Status kemajuan fizikal projek tersebut adalah 96.97% dan kerja pemasangan saluran konkrit hampir siap sepenuhnya. Untuk makluman, jajaran sungai ini di Kampung Kembirian turut terkesan akibat kewujudan sebuah kuari di kawasan hulu yang menyebabkan aliran, aliran cepat dipenuhi oleh mendapan dari aktiviti kuari tersebut. Mungkin Yang Berhormat boleh bantu apa ini, bercakap dengan kuari owner itulah.
Keadaan ini menyumbang kepada penggumpulan mendapan atau kelodak dan mengurangkan kecekapan sistem saliran yang hampir siap dan yang telah siap dan tidak akan siap sekiranya ini masalah kuari, pencemaran daripada kuari ini akan turun. Bagi melaksanakan mengelakkan banjir di kawasan rendah seperti Kampung Rampayan, JPS turut menekankan perlunya pembangunan yang teratur dan mematuhi garis panduan dan piawaian MASMA atau Manual Saliran Mesra Alam. Semua pembangunan baharu perlu menyediakan sistem saliran dalaman yang selaras dengan keperluan hidrologi bagi mengelakkan discharged yang berlebihan terhadap saliran yang sedia ada.
Untuk makluman tambahan satu lagi projek, iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Menggatal, Lembangan Sungai Menggatal, Kota Kinabalu juga telah dimasukkan dalam Permohonan Rancangan Malaysia Ke-13, Rolling Plan 1. Projek ini bertujuan
I untuk menangani masalah banjir di kawasan hulu yang berpunca daripada sungai yang sempit, lebar asal kurang dari 10 meter dan cetek.
Cadangan penaiktarafan adalah termasuk melebarkan sungai kepada 30 meter, sekarang 10 meter sahaja menaikkan laluan sepanjang 2.2 kilometer, membina pertahanan tebing sepanjang 1 kilometer dan membina ban atau bern sepanjang 4.4 kilometer, panjang juga ini dengan anggaran kos sebanyak RM38,000,000.00. Untuk makluman juga, jajaran Rancangan Tebatan Banjir Sungai Menggatal ini terletak di sebelah UMS dan merupakan kawasan hilir atau downstream bagi Kampung Rampayan. Oleh itu …
Datuk.
… sebarang penambahbaikan di bahagian hilir…
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
…sekejap, sekejap, sekejap… Sebarang apa ini, penambahbaikan di bahagian hilir dijangka memberi impak positif terhadap pengurangan risiko banjir di kawasan Kampung Rampayan. Ya.
Yang pertama, Projek Tebatan Banjir Sungai Menggatal, agak-agak bila dilaksanakan projek ini? satu. Yang kedua, sekiranya, saya sambut baik ini projek di Kembirian ini.
Sekarang dia memang banjir di sana, sempit dan selalu, apa ini banyak tersumbat di sana. Tetapi kita boleh bayangkan, apabila Kembirian itu sudah air dia lancar, di Rampayan itu akan lagi banjir, akan lebih banjir itu di Rampayan itu sebab itu laluan dia di sana. Saya rasa lebih baik yang di kuala itu dulu, di Lembangan Sungai Menggatal, di Kuala itu. Itu yang patut didahulukan kerana air tersekat di sana dan kalau ikut, kalau benda ini masih lama lagi, ertinya penduduk Kampung Rampayan itu akan menanggung
I susah lagi beberapa tahun lagi.
Sedangkan dalam satu tahun, ada yang pernah sampai 20, lebih 20 kali banjir di sana dan setiap kali banjir, kita hantar beras. Itu tidak membagi kelebihan kepada orang kampung.
Sebenarnya, kebanyakan Projek Tebatan Banjir di Rampayan ini hampir siap.
Hanya apa ini, satu, dua masalah. Salah satu daripadanya adalah mereka yang sepatutnya pindah supaya kerja dapat disiapkan, tidak pindah, walaupun pampasan telah dibayar. Termasuk satu rumah besar itu, kalau boleh Yang Berhormat bantu sebab dia sudah menerima RM600,000 untuk pampasan itu …
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, sedangkan Kementerian pun dia tidak mahu dengar, apa lagi mahu dengar cakap saya.
Erm?
Apa kelebihan yang ada pada saya?
Pihak Kementerian yang bayar…
Sudah.
…Apa yang ada pada saya yang saya boleh menyebabkan dorang pindah di sana? Saya mintalah Kementerian buat sesuatulah. Kalau yang tempat lain itu, semua sudah pindah itu. Tidak ada alasan lagi itu. Itu satu sahaja.
Sudah dibayar pampasan …
Sudah dibayar pampasan.
… dan sudah menerima, sudah bersetuju.
Ya.
I
Ya, jadi Yang Berhormat saja, Wakil Rakyat di sana boleh membantu untuk pujukan dia supaya dia boleh, bolehkah?
Apa kuasa yang ada pada saya?
Wakil Rakyat, terima kasih.
Gunakanlah undang-undang yang ada. Gunakan undang-undang yang ada. Terima kasih.
Okey, Datuk Speaker masih banyak sini tetapi saya akan jawab secara bertulis. Di mana-mana yang tidak sempat saya jawab.
Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri, dalam ucapan saya itu, ada menyebut berkenaan dengan ayam seludup tu tetapi langsung tidak disentuh oleh Yang Berhormat Menteri. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri, ayam-ayam yang masuk itu daripada Pelabuhan Sepanggar. Dia akan di check dulu oleh kastam dan ada pusat kuarantin, Jabatan Veterinar. Kenapa senang-senang keluar? Dan tangkapan yang dibuat adalah oleh polis, Pasukan Gerakan Am.
Takkanlah Jabatan Veterinar tidak dapat mengesan setiap kali, setiap tahun, setiap bulan ada tangkapan besar-besaran? Dan kedua, soalan saya yang kedua, kalau ditangkap, diserahkan ke Jabatan Veterinar. Adakah ayam itu dilupuskan ataupun dilelong?
Sebab dalam kenyataan-kenyataan PGA bahawa ayam tersebut yang ditangkap itu adalah diragui halalnya dan datangnya adalah daripada Poland, Brazil dan sebagainyalah, tidak termasuk dalam apa, JAKIM punya pengesahan. Saya juga bertanya kepada Menteri Hal Ehwal Agama tadi, KSTI.
Dia menyatakan bahawa tiada serahan ataupun pemakluman kepada Kementerian beliau yang bertanggungjawab soal hal halal ini. Boleh Yang Berhormat Menteri jawab?
I
…atas isu-isu yang dibangkitkan. Pertama, isu penyeludupan. Isu penyeludupan ini di luar kawalan apa ini, DVS, kita memerlukan kerjasama daripada kastam, daripada SPRM dan kita pun telah bekerjasama dengan mereka supaya ini tidak berlaku.
Yang kedua pula, benda-benda ayam-ayam yang telah disita ini, sebenarnya dimusnahkan, tidak dilelong sebab kita tidak tahu dia dari mana dan mungkin dia bukan halal. Jadi sebab itu dia semua dihapus, tidak dilelongkan. Yang ketiga …
Terima kasih, terima kasih.
… ya, sama-sama. Okey, jadi yang lain-lain itu yang saya tidak sempat menjawab sekarang, saya akan menjawab secara bertulis, ya. Tuan Speaker, sebagai penutup.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
… Yang Berhormat Menteri, di dalam perbahasan saya ada saya membuat perbandingan di antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Kementerian Pertanian dan Perikanan Industri Makanan. KPLB Sabah peruntukan rumah SMJ sebanyak 40 buah tiap-tiap tahun. Adakah, Kementerian Pertanian dan Perikanan tidak ada inisiatif untuk subsidikan pengendalian pantai dengan bot dan enjin? Pasal dalam jawapan Menteri tadi, semua tidak ada menyentuh tentang perikanan, cuma pertanian saja. Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri, subsidikan pengendalian pantai ini dengan bot dan enjin sangkut. Terima kasih, Datuk Speaker.
Saya tidak berapa jelas,
I nanti salah jawab. Jadi, tolong hantarkan soalan itu dan saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Speaker, sebagai sepanjang masa persidangan Dewan yang mulia ini, berbagai soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi semua soalan-soalan dan isu-isu telah diambil maklum. Dan sepertimana yang saya katakan tadi, di mana yang saya tidak sempat menjawab, saya akan jawab secara bertulis. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Telupid, Senallang, Kadamaian, Lamag, Tanjong Aru, Tanjong Papat ada lagi yang lain-lainlah. Banyak ini hampir 27, Liawan, Sulabayan, Darau, Silam, Banggi, Merotai, Tanjong Aru, Limbahau, Sekong, Segama, Bongawan, Karambunai, Bugaya, Sri Tanjong, Nabawan, Kemabong, Tungku, Kunak, Usukan, Kepayan, dan Kukusan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua dan sebenarnya sampai 42 ini.
Di sini saya ingin mengambil peluang juga untuk menjemput semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk menghadiri sambutan Mini Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025, yang akan diadakan pada 29 April hujung bulan ini bersamaan hari Selasa, bertempat di Dewan Pisompuruan, Tambunan. Sambutan Mini Hari Peladang, Penternak dan Nelayan adalah acara tahunan bagi menghargai sumbangan dan usaha petani, penternak dan nelayan dalam membangunkan sektor pertanian di negeri ini. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petani, penternak dan nelayan dan usahawan berasaskan hasil pertanian atas komitmen dan kesungguhan, dalam membantu meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan keterjaminan makanan. Saya juga berbesar hati untuk mengundang semua Ahli Dewan yang mulia ini ke Majlis Pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025, yang akan berlangsung pada 1 hari bulan Mei bersamaan hari Khamis yang juga bertempat di Dewan Pisompuruan, Tambunan. Akhir sekali, kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 2025, selamat Menyambut Hari Easter, Good Friday juga Hari Pekerja dan selamat menyambut Perayaan Pesta Kaamatan, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua dan jangan lupa datang ke daerah Tambunan.
I Sawah terbentang di tepi jeti, Padi dituai hasil berlipat; Revolusi pertanian membangun komuniti, Ekonomi luar bandar mampu meningkat.
Petani, penternak dan juga nelayan membanting tenaga membangun pertanian, sama dibentuk untuk pemasaran bagi mencapai keterjaminan makanan. Tuan Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan. Seterusnya, saya dijemput Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk menyampaikan ucapan penggulungan.
6.55 petang
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya. Tuan Speaker, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Ucapan Dasar oleh Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Sabah, bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025, Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16, telah dibentangkan dan dibahaskan dengan bernas di Dewan yang mulia ini.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam mengutarakan pelbagai isu di kawasan masing-masing dan saranan penambahbaikan dalam perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan. Isu-isu yang dibangkitkan serta saranan-saranan yang diutarakan, akan diambil perhatian dengan sewajarnya, demi memelihara kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Justeru, usaha semua pihak harus dilipatgandakan demi kemajuan dan kemakmuran Negeri Sabah yang tercinta. Dengan itu, izinkan saya menjawab beberapa isu berkaitan dengan Jabatan Ketua Menteri, yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan.
I Tuan Speaker, isu berkaitan dengan Sabah Forest Industries, (SFI) masih lagi dalam proses tindakan mahkamah. Justeru, perkara ini tidak akan saya ulas dengan lebih lanjut di Dewan yang mulia ini untuk mengelakkan subjudis kepada kes yang masih berjalan. Isu-isu berkaitan SFI sudah beberapa kali diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan telah dijawab semasa beberapa sidang DUN sebelum ini. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Moyog, berhubung isu tular pengangkutan kayu balak oleh Kapal Ocean Kaya 2500 di Persempadanan Semporna, dimaklumkan bahawa kayu-kayu balak tersebut tidak ada kaitan dengan lesen-lesen di Sipitang, di mana tidak ada sebarang aktiviti pembalakan yang sedang berjalan di kawasan tersebut. Sebagai makluman lanjut, kayu-kayu balak yang diangkut oleh Kapal Ocean Kaya 2500 tersebut, adalah merupakan kayu tanaman eucalyptus pellita milik syarikat Sabah Softwood Berhad dari daerah Kalabakan, dan adalah untuk tujuan eksport ke Indonesia.
Pengangkutan dan eksport kayu-kayu balak ini juga disahkan telah melalui prosedur yang sah.
Tuan Speaker, isu bekalan elektrik juga merupakan isu hangat yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, mengikut maklumat dari Sabah Electricity, purata jidar simpanan atau reserve margin ketika ini adalah pada 12.4% dan dijangka purata ini dapat ditingkatkan ke 20% menjelang Julai 2025.
… mencelah, Yang Berhormat.
Ya.
Ingin bertanya sama ada tadi persoalan kayu balak, sama ada dia khusus untuk SFI ataupun keseluruhan? Kalau tak, saya ingin bertanya pasal dalam perbahasan saya juga membangkitkan tentang kayu balak, ya. Di mana untuk makluman Yang Berhormat, jawapan secara bertulis pada 21 November 24 yang ada tahun lalu, 43 lesen jangka
I panjang 30 hingga 100 tahun, 33 lesen Sustainable Forest Management, License Agreement, 10 license konsesi, 1.0 juta hektar kawasan hutan simpan termasuk Yayasan Sabah, 999.540 ribu hektar diluluskan untuk pembalakan hutan simpan, 43 136 hektar kawasan Yayasan Sabah diluluskan untuk tujuan pembalakan, 32 295 hektar lesen pembalakan di tanah milik Kerajaan Negeri, jangka pendek 23 hingga 24. Dan ini berhubung kait seperti apa yang saya nyatakan.
Contohnya macam tadi, saya bangkitkan tentang Forest Management, FMU yang ada. Ada di antara pemilik license yang sepatutnya menanam kayu, tapi malangnya bukan tanam kayu, mereka tanam kelapa sawit. Dan apakah tindakan pihak Kerajaan untuk pastikan bahawa it must be sustainable timber growing yang ada, untuk memastikan supaya mereka jangan tanam kelapa sawit saja. Mereka diberi license untuk menanam kayu yang ada. Contohnya 32 ribu ini, ya 32 ribu hektar license pembalakan tanah milik Kerajaan Negeri, jangka pendek dari 23 hingga November 24 ini. Saya ingin bertanya, syarikat yang mempunyai konsesi seumpama ini, mengapa tidak menggunakan contohnya agensi Kerajaan yang ada, supaya Yayasan Sabah ataupun syarikat-syarikat seperti Benta Wawasan, anak syarikat yang ada hubung kaitnya dengan perkayuan ini akan dapat manfaat hasil daripada berbanding dengan kalau pihak swasta yang memanfaatkannya.
Terima kasih, Ahli daripada Senallang.
Sebenarnya dasar Kerajaan sekarang ITP, ialah untuk menanam kayu. Banyak lesen-lesen FMU sekarang ini, sedang kita kaji kerana banyak pelanggaran-pelanggaran pemegang lesen tersebut. Kerana mereka tidak mengikut peraturan, iaitu untuk menanam kayu. Jadi, sekarang Kerajaan sedang mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk bukan saja mungkin menamatkan pemegang lesen tersebut, tetapi kita pastikan bahawa perjanjian atau pemegang lesen itu mesti menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada mereka. Ini adalah pendirian Kerajaan. Kerana itu sekarang, kita boleh nampak tidak banyak apa nama dia itu, pergerakan ataupun kayu-kayu yang dipotong untuk dijual. Ada juga kilang-kilang yang sudah ditutup. Jadi, ini keadaan dia sekarang. Itu saja yang saya dapat jawablah.
Datuk, Datuk Speaker, Datuk Yang Amat Berhormat tentang persoalan saya 32 290 hektar lesen
I pembalakan dari 23 hingga November 24. Saya ingin bertanya, adakah ini pendekatan untuk potong kayu balak ataupun FMU ataupun kelapa sawit? Dan adakah ini benar? Saya difahamkan bahawa konsesi ini telah diberikan kepada seorang individu. Nak sebut nama pun tidak baik. Tapi saya ingat Yang Amat Berhormat pun maklum tentang perkara ini. Mengapa, kalau sebenarnya diserahkan kepada orang yang sama. Orang itu juga telah memiliki konsesi hampir 100 ribu hektar tanah dalam jangka masa 100 tahun. Mengapa perkara ini dilakukan di sepanjang waktu itu? Kenapa tidak beri kepada Yayasan Sabah supaya kita boleh membantu anak-anak kita dalam bidang persekolahan?
Ya, Okey. Jadi untuk itu menjawab soalan daripada Ahli Senallang, saya check nanti. Saya sendiri pun tidak tahu kedudukan sebenarnya ini. Jadi, selepas saya nanti check nanti, saya akan bagi tahulah secara bertulis.
Minta izin, Datuk YB, Datuk Speaker.
Ya.
Berkaitan dengan soalan kapal barge yang mengangkat sekarang kita ketahui sebagai Eucalyptus. Adakah ini … adakah ini kontrak yang telah dibuat oleh Sabah Softwood dengan syarikat di Indonesia? Dan supply mereka ini adalah satu yang telah dijanjikan dalam kontrak. Sebab Eucalyptus Tree ini patutnya dijadikan sebagai satu produk engineering wood kita di Sabah. Kenapakah kita tidak buat sendiri, maka kita hantar kepada Indonesia. Unless, ada kontrak dengan Indonesia. Terima kasih.
Terima kasih.
Ah, satu lagi saya diberikan tahu dari kawan bahawa kapal itu bukan pergi ke Indonesia, dia keluar melalui Semporna ke lautan lain. Mungkin itu laut kita tidak tahu macam manalah. Terima kasih.
Itu kita perlu tengoklah macam mana. Tapi apa pun tadi, persoalan yang ditimbulkan itu kita akan
I semak juga kepada Sabah Softwood sama ada mereka ada perjanjian atau tidak. Saya tidak dapat menjawab secara tepat di dalam Dewan ini perkara itu.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Ya.
Soalan saya berkenaan kayu balak juga. Saya mendapat maklumat dan minta pengesahan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa ada aktiviti pembalakan di kawasan kompaun Sabah Softwood dan saya difahamkan itu adalah kawasan tadahan hujan. Jadi minta kalau boleh penjelasan lanjut daripada Yang Amat Berhormat, kerana di kawasan sana aliran sungai itu sampai ke Merotai dan sekarang sering banjir. Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat.
Ya. Saya kena semak hal-hal begini, saya tidak dapat jawab secara tepat kerana ianya memerlu laporan daripada lapangan. Nanti saya akan maklumkan …
Secara bertulis.
… Ahli daripada Merotai.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Terima kasih banyak.
Tuan Speaker, saya teruskan. Sebagai rekod pada bulan Mac 2025, kita mengalami hanya empat kali catuan bekalan elektrik berbanding sebanyak 13 kali catuan bekalan pada bulan Mac, Mac tahun 2024, iaitu pengurangan sebanyak 69%. Begitu juga pada bulan April 2025, hanya sekali catuan, catuan bekalan berbanding tiga kali catuan pada April 2024, iaitu dengan pengurangan 67%. Kebanyakan load shedding
I atau catuan bekalan pada tahun 2025 adalah disebabkan kekurangan penjanaan yang berpunca daripada gangguan pembekalan gas oleh Petronas baru-baru ini. Selain itu, berlaku juga kehilangan tenaga elektrik yang mendadak di Solar di Tadau, Kudat akibat cuaca awan tebal secara tiba-tiba, serta gangguan di Pencawang Masuk Utama, Segaliut pada bulan April 2025 yang mana tindakan pantas pihak Grid System Operator dan Sabah Electricity telah berjaya meminimakan gangguan selama satu jam sahaja. Pelbagai langkah-langkah mitigasi interim dan fast track untuk meningkatkan lagi jidar simpanan atau reserve margin penjanaan. Dan, bagi menampung permintaan tambahan bekalan elektrik telah diluluskan oleh Majlis Tenaga Sabah yang telah bersidang sebanyak tiga kali pada tahun 2024. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur sentiasa peka dan berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan tanah di negeri Sabah. Ahli Yang Berhormat dari Senallang telah membangkitkan isu mengenai terdapat tanah-tanah Anak Negeri di Pulau Banggi dan kawasan pedalaman yang belum mempunyai geran tanah. Untuk makluman, Ahli dari Senallang dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, Jabatan Tanah dan Ukur telah selesai menyediakan dan menyerahkan sebanyak 1279 geran tanah ...
NT Native title di Pulau Banggi. Selain itu, terdapat sebanyak 2 674 lot yang telah selesai diukur di kawasan Pulau Banggi yang melibatkan kawasan seluas 2,644 hektar, 1,562 lot dalam proses penyediaan grant draft, manakala 1 112 lot masih dalam proses penyemakan data ukur. Bilangan lot yang diukur melalui pengukuran biasa dan pengukuran pantas di daerah-daerah bahagian pedalaman Sabah juga yang merangkumi daerah Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom adalah berjumlah 36 803 lot yang telah diukur dengan keluasan 224 608 hektar.
Secara keseluruhannya telah pun dikeluarkan geran tanah, grant NT. Ahli Yang Berhormat dari Sekong pula membangkitkan isu berkenaan ketiadaan kampung yang diwartakan di kawasan Sekong dalam tempoh lima (5) tahun sedangkan Dasar Kerajaan adalah mewujudkan perkampungan Anak Negeri yang tersusun, untuk
I makluman Ahli Yang Berhormat dari Sekong serta Dewan Yang Mulia ini, berdasarkan rekod terkini terdapat 16 permohonan tanah untuk tujuan simpanan perkampungan Anak Negeri dalam Dewan Undangan Negeri Sekong yang sedang dalam proses di peringkat daerah.
Permohonan-permohonan ini akan diwartakan dengan segera setelah proses lengkap dan dipertimbangkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah.
Bagi menjawab isu yang berhormat dari Moyog berkenaan status permohonan-permohonan perubahan GN329-37 di Kampung Sugud, Tinduzon daripada rizab padang ragut kepada Tanah Perkampungan. Jabatan Tanah dan Ukur telah menerima permohonan tanah untuk tujuan simpanan Kampung Sugud pada tahun 2023 dengan jumlah keluasan 56.18 ekar. Keseluruhan kawasan yang dipohon termasuk di kawasan yang telah diwartakan melalui bilangan 329-1931937 sebagai tapak simpanan padang ragut Anak Negeri Kampung Sugud. Ulasan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah juga telah diperolehi dan permohonan tanah tersebut akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah Penampang yang akan datang dan kemungkinan pada bulan Mei akan datang.
Yang Berhormat, saya juga bertanya dalam persoalan tanah ini, iaitu di kawasan Nagos, Semporna. Saya bertanya dalam ucapan perbahasan saya sama ada benar ataupun tidak hampir seribu ekar kawasan itu yang dahulu sebenarnya telah diagihkan kepada pihak tertentu. Tetapi apabila saya jadi Kerajaan, saya batalkan semuanya serahkan kepada Kerajaan Negeri kerana ini merupakan satu kawasan yang berhampiran dengan tadahan air dan di samping itu juga berhubung berkait dengan other sources (sebutan kurang jelas) yang begitu bernilai. Adakah benar yang seribu ekar ini dipohon oleh pihak tertentu untuk buat emas? Dan kalau ianya benar ataupun tidak, kenapa perkara ini diberikan kepada swasta? Sedangkan tujuan saya waktu itu ialah untuk mendapatkannya tidak berulang apa yang berlaku di Tawau, di Bukit Emas yang ada. Let the government have gold reserve untuk memastikan supaya kewangan kita mencukupi untuk menampung keperluan kita.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, sikit, berkaitan dengan 16 permohonan pewartaan kampung di DUN Sekong Yang Amat
I Berhormat nyatakan tadi. Boleh tidak saya dapatkan details 16 permohonan itu? Terima kasih.
Nanti kita akan dapatkan secara bertulislah bagi Yang Berhormat Ahli daripada Sekong. Mengenai dengan soalan tambahan, Ahli Yang Berhormat daripada Senallang mengenai dengan permohonan atau pembangunan emas di kawasan Nagos, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita tidak pernah pun sehingga saat ini memberi lesen melombong kepada syarikat-syarikat yang telah memohon. Apa yang berlaku ialah satu permohonan lesen mencari gali. Soalnya kenapa kita tidak bagi Kerajaan? Jadi saya ingin menjawab soalan itu. Lesen mencari gali sebenarnya bukan pajakan melombong. Di mana bagi pajakan melombong segala kepentingan Kerajaan seperti equity, royalty, fee, pajakan melombong dan lain-lain akan dibincang dan diputuskan oleh Kerajaan, iaitu melalui Mesyuarat Kabinet. Tetapi kita belum sampai ke sana. Kita belum pun pernah mengeluarkan lesen melombong. Jadi persoalannya yang di kawasan Nagos ini, syarikat keputusan untuk memberi lesen mencari gali kepada syarikat swasta adalah berdasarkan kepada strategik kewangan yang kuku dan pengurusan risiko yang bijak. Aktiviti penerokaan mineral adalah satu aktiviti yang memang rumit dan dari segi teknikal seperti geologi kawasan, jenis mineral, infrastruktur dan lain-lain yang memerlukan modal yang tinggi dan berisiko tinggi yang memerlukan pelaburan awal yang besar tanpa sebarang jaminan pulangan. Jadi langkah ini adalah untuk melindungi Kerajaan daripada liabiliti dan risiko kewangan kerana semua kos penerokaan akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta yang memegang lesen mencari gali tersebut dengan memindahkan risiko ini kepada entiti swasta, Kerajaan Negeri dibebaskan daripada keperluan untuk melabur modal, mengurus operasi dan menjalankan pemasaran dan jualan. Ini bagi membolehkan Kerajaan Negeri memberi tumpuan dalam kerja-kerja pemantauan, pemeliharaan alam sekitar, peningkatan kecairan dan memastikan pulangan yang lebih tinggi.
Yang Berhormat, kebimbangan saya apabila kita bagi eksplorasi kepada pihak swasta dan itu akan menjadi satu perkara sehingga kita terhutang. Oleh kerana mereka membelanjakan duit, they insist they should also be doing the job untuk cari gali mineral sama ada emas ataupun berbagai dan kalau sekiranya itu berlaku, itu yang
I saya ambil tindakan serahkan kepada pihak Kerajaan. Kita mempunyai agensi-agensi yang cukup, sama ada Yayasan Sabah, sama ada agensi-agensi lain untuk melakukannya. Malahan waktu dulu pun saya menghantar swasta, tak banyak kos dia, just to verify sama ada emas betul, gold dust ada di setengah-setengah tempat dan saya ingin menyatakan di Dewan Yang Mulia Yang Amat Berhormat, kalau sekiranya ini berlaku ya, di mana diserahkan untuk cari gali emas yang ada di kawasan saya, saya akan membantah sekeras-kerasnya.
Ya, Terima kasih.
Yang Berhormat sama juga.
Kalau sama, apalagi mahu soal?
Tidak, berkaitan dengan topik yang sama.
Okey.
Terima kasih, Yang Amat Berhormat, terima kasih Datuk Speaker, yang disebutkan tadi oleh Yang Amat Berhormat, bahawa tidak ada jaminan diberikan untuk lesen melombong kepada syarikat yang diberikan prospecting license.
Saya mahu tanya, adakah dalam perjanjian ataupun persetujuan antara Kerajaan Negeri, SMM dengan syarikat yang diberikan prospecting license bahawa tidak ada jaminan bahawa syarikat yang diberikan prospecting license akan diberikan konsesi melombong ataupun kawasan-kawasan melombong yang mereka apa, yang mereka buat eksplorasi. Terima kasih.
Saya ingat begini.
Kalau kita bagi ah lesen cari gali kepada syarikat itu, tentu kita mesti bertanggungjawab untuk memberi mereka peluang jika sekiranya kita memberi lesen melombong. Tetapi berapa kepentingan Kerajaan itu akan diputuskan nanti oleh
I Kerajaan. Sehingga sekarang ini kita belum buat keputusan. Jadi kita ambil pandangan Ahli daripada Senallang. Jadi kalau diberi lesen nanti kenapa tidak pergi ah anak syarikat Kerajaan ataupun direct kepada Kerajaan. Berapa kepentingan Kerajaan, 30%kah, 50%kah, 20% begitu. Ini belum lagi kita sampai ke peringkat itu. Mencari gali sahaja sekarang ini. Supaya kita tahu deposit mineral kita yang ada di Sabah itu juga tujuannya. Tetapi kalau kita bagi lesen cari gali kepada syarikat, potensi untuk kita memberi ruang dan peluang kepada mereka mesti ada. Kalau tidak, mana ada orang mahu rugi beratus ribu, berjuta tetapi tidak ada dibagi peluang. Jadi saya ingat itu tidak adil. Cuma yang kita mempentingkan ialah kepentingan Kerajaan nanti, berapa. Begitu.
Kenapa tidak bagi dengan agensi Kerajaan? Yang saya yakin kita ada duit untuk membolehkan supaya cari gali dan kita mempunyai kepakaran. Kalau pun tidak gunakan agensi-agensi yang saya sebutkan. Lepas itu kalau berlaku, we pay. Whatever consultant, whatever engineer. Tapi agensi Kerajaan yang melakukan eksplorasi yang ada untuk membolehkan supaya kita tidak mahu berulang di Bukit Emas di Tawau. Bilamana, contohnya pada hari ini. Kalau mengikut peraturan yang ada, it is illegal. Dia tidak ada Kementerian Sumber apa ini, Alam Sekitar Kuala Lumpur. Tidak memberi apa ini, lesen kepada mereka untuk emas yang ada. Bayangkan emas berapa tan keluar daripada bumi Sabah ini. Ke mana hasilnya kepada negeri Sabah? Terdapat emas di Lapangan Terbang Tawau. Tapi kita nampak, tangkap. Lepas itu, hilang. Jadi ini yang saya tidak mahu …
Ya. Ya. (Ketawa)
… supaya Yang Amat Berhormat kali ini, maklum tentang perkara ini penting. Bagi kita selaku, penduduk tempatan di kawasan itu amat menitikberatkan. Bukan hanya kekayaan yang ada.
Dan saya nyatakan berulang kali.
Yang Amat Berhormat, saya membantah sekeras-kerasnya kalau sekiranya kerana berdasarkan dengan ucapan, jawapan Yang Berhormat ini seakan-akan bagi dengan mereka kalau ada emas oleh kerana mereka telah menampung perbelanjaan. Tapi kalau dah menampung perbelanjaan, kita boleh bayar. Pay them, but let us explore. Copper Mamut kita rugi, silica kita rugi, semuanya ini.
I
Okey. Tuan Speaker, kita ambil …
Yang Amat Berhormat, sambungan.
Saya jawab itu tadi.
Tadi Yang Amat Berhormat ada sebutkan bahawa jika Yang Amat Berhormat ataupun Kerajaan memberikan prospecting license kepada syarikat-syarikat ini supaya Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang dana. Okey. Dan dana ini adalah sangat besar. Sudah semestinya syarikat yang diberikan prospecting license ini ada kemampuan. Jadi ah soalan saya, hari itu kita ada minta salinan prospecting license semua nama-nama syarikat. Tapi sehingga hari ini kita tidak dapat. Kedua, kami akan semak imbang betulkah syarikat ini berkemampuan? Mengikut rekod daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Itu yang kita, kita inginkan Yang Amat Berhormat …
Boleh.
Ah apa, ah transparency daripada ah SSM dan Kerajaan sendiri. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Okey, terima kasih.
Soal senarai ah, apa nama itu. Syarikat-syarikat itu boleh kita dapatkan daripada SMM. Kita tidak, kita secara terus boleh kita dapatkan. Nama syarikat dan juga ah shareholder.
Ah, saya minta izin daripada Yang Amat Berhormat. Bolehkah saya menjadi wakil daripada pihak pembangkang ini …
Boleh.
… untuk …
Boleh.
I
… pergi?
Boleh, pergi pejabat SMM …
Baik. Baik.
… untuk dapatkan maklumat itu …
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
… kita tidak ada, orang bilang berselindung atau tapuk-tapuk dengan …
Adakah saya perlu buat surat atau saya langsung pergi ke sana?
Saya sudah dapat surat saya dimaklumkan daripada Ahli daripada Senallang minta list itu. Jadi kita tiada masalah. Saya sudah bagitahu CEO SMM boleh keluarkan.
Baik saya akan jumpa.
Sudah ada surat.
Saya akan jumpa nanti mewakili Senallang.
Saya sudah hantar surat cuma maklumat belum dibalas lagilah.
Ah, iyalah. Nanti dia yang bagilah.
Yang Amat Berhormat, saya kalau melihat dari segi model yang ada eksplorasi ini. Saya bagi
I contoh. Petronas. Petronas merupakan satu syarikat yang telah dikeluarkan pada tahun 1974, PDA (Petroleum Development Act). Tapi mereka membuat eksplorasi minyak di merata tempat. Di Sabah, di Kelantan, di Terengganu. But what did they did? Dia menggunakan syarikat-syarikat, contohnya Shell yang ada untuk buat eksplorasi. Tapi akhirnya hasil minyak, pengawalan minyak di bawah naungan Petronas. Ada anak syarikat mereka lahirkan. Kalau konsep seumpama itu, jangan kita biarkan. Cuma saya minta kepada Yang Amat Berhormat. Jangan biarkan untuk satu syarikat, lepas itu bagi saham kepada mereka akan terbabit berbagai masalah kerana ini merupakan satu valuable aset dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar. Bukan currency, bukan apa ini, note-note yang lain. Tapi emas merupakan satu komponen yang dah meningkat nilai dia cukup tinggi pada masa sekarang ini.
Okey, kita ambil perhatian saranan daripada Ahli daripada Senallang dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberi pandangan tadi. Saya teruskanlah.
Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian telah mencadangkan supaya mewujudkan peruntukan khas atau mengangkat kepada Kerajaan Persekutuan untuk keperluan ini di bawah Projek Khas Anak Negeri untuk membantu mengeluarkan geran-geran tanah. Tetapi bukan di bawah program pantas. Jabatan Tanah dan Ukur akan meneliti dan mengkaji dengan lebih lanjut cadangan ini dan akan mengambil tindakan yang sesuai dan wajar.
Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Bugaya membangkitkan isu tentang permohonan tanah yang tertunggak dari tahun 1963 hingga tahun 2025. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Bugaya serta Dewan yang mulia ini, penggunaan ICT dan pendigitalan dan pelaksanaan program pantas telah pun membantu mengurangkan tunggakan permohonan tanah berjumlah 313 543. Pada 31 Disember 2011, kepada jumlah 28 044 permohonan tanah sahaja yang masih dalam proses sehingga 31 Mac 2025 di seluruh Sabah, iaitu penurunan tunggakan sebanyak 91%. Pada ketika ini terdapat beberapa isu-isu utama yang menyebabkan kelewatan memproses permohonan tanah yang perlu ditangani secara fizikal seperti pertikaian tanah dan juga pertindihan kawasan yang dipohon. Di samping itu, pendaftaran permohonan tanah baharu pada setiap tahun juga menyumbang
I kepada bebanan kerja memproses permohonan tanah. Manakala dalam usaha mempercepatkan proses pindah milik tanah Native Title (NT), Jabatan Tanah dan Ukur telah membangunkan sistem pendigitalan Verify Land Title Information System yang telah memendekkan proses kebenaran pertukaran nama untuk geran tanah bersyarat NT atau FR kepada 10 hingga 40 hari sahaja.
Tuan Speaker, isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Nabawan adalah berhubung jumlah lot tanah skim Nabawan yang telah dikeluarkan geran dan status pengukuran pantas di Nabawan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, berdasarkan rekod terkini, sebanyak 285 lot dengan keluasan 768.66 ekar dalam skim Nabawan telah pun dikeluarkan geran tanah. Pada masa ini, pengukuran pantas di Nabawan telah pun selesai dan sebanyak 484 geran pantas bersyarat NT telah diserahkan kepada …
… pemilik.
Manakala sebanyak 335 geran lagi telah dicetak dan sedia untuk diserahkan kepada bakal pemilik. Semua pengukuran pantas dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Tanah dan Ukur, dan pengukuran ini masih dapat dikendalikan dan diselesaikan pada tahun semasa, selepas setiap program pengukuran diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Jabatan Tanah dan Ukur sedia untuk mengkaji cadangan Ahli Yang Berhormat untuk menggunakan khidmat juruukur berlesen jika terdapat keperluan di masa hadapan.
Ahli Yang Berhormat dari Karambunai telah bertanyakan status permohonan tanah kampung di Kampung Norowot, yang termasuk kawasan padang ragut dan Kampung Kinabakan atau Tinabakan yang termasuk dalam hutan simpan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Karambunai serta Dewan yang mulia ini, Kampung Norowot, Telipok telah dipohon melalui permohonan tanah PT20210114 seluas 35 ekar untuk syarat warta. Walau bagaimanapun, permohonan tanah tersebut tidak dapat diproses disebabkan kawasan yang dipohon adalah termasuk dalam kawasan Rizab Padang Ragut Anak Negeri, Kampung Kayu Madang yang telah diwartakan melalui GN341-1955.
I Terdapat juga permohonan tanah diterima untuk Kampung Norowot di daerah Tuaran. Permohonan tanah tersebut telah disokong seluas 23 ekar untuk tujuan warta selepas dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah pada 14 Mac 2024. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kawasan yang dipohon adalah termasuk di dalam pengukuran tapak perkampungan Kampung Baru Payung, daerah Tuaran. Manakala bagi Kampung Kinabakan atau Tinabakan, mengikut rekod Jabatan Tanah dan Ukur, belum ada permohonan tanah yang diterima untuk tujuan pewartaan kampung tersebut. Kampung Tinabakan adalah di luar kawasan mana-mana Rizab Hutan Simpan. Kampung Tinabakan sebenarnya adalah kawasan yang termasuk dalam kawasan KKIP. Penduduk kampung ini pada dasarnya telah berpindah ke tanah rizab untuk tapak penempatan semula, setinggan tempatan di Kampung Boronuan, Telipok melalui warta GN158-2012. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kuamut, permohonan pembinaan bangunan pejabat Jabatan Tanah dan Ukur di Tongod telah dimasukkan dalam permohonan Projek Pembangunan Negeri Rancangan Malaysia ke-13. Tuan Speaker, sebagai menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sekong serta Dewan yang mulia ini, setakat ini, Sabah telah mewartakan 2,012,004.013 hektar kawasan Totally Protected Area (TPA) atau lebih kurang 27.15 peratus daripada keluasan negeri Sabah. Pada prinsipnya, keluasan yang layak untuk tujuan kredit karbon adalah tertakluk kepada metodologi penilaian pasaran dan bergantung kepada elemen nilai tambah bagi projek karbon yang bakal dibangunkan. Untuk membenarkan perdagangan kredit karbon berasaskan hutan, ianya perlu mematuhi proses penilaian dan verifikasi yang diiktiraf oleh piawaian pasaran kredit karbon.
Tuan Speaker, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, mana-mana soalan yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis.
Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dan isu-isu berkaitan dengan Jabatan Ketua Menteri. Dalam usaha merealisasikan matlamat dan hasrat Kerajaan Negeri untuk membawa negeri ini terus maju ke hadapan.
Yang …
I
Saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Yang Amat Berhormat.
… untuk bersama-sama memikul tanggungjawab dengan lebih komited.
Yang Amat Berhormat.
… dan dedikasi demi mencapai aspirasi rakyat Negeri Sabah.
Datuk Speaker, Yang Berhormat.
Ya?
Saya ada satu soalan, simple saja, saya ada dalam saya punya perbahasan. Tadi juga saya ada tanya kepada Yang Berhormat Menteri Perindustrian berkenaan dengan silika. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengeksport silika? Sebab dalam jawapan yang saya terima, saya baca Yang Amat Berhormat ya, cukai jualan negeri ke atas pasir silika belum ada aktiviti membawa keluar pasir silika dari Sabah dilakukan. Hal ini berikutan pihak syarikat terlibat masih perlu memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan untuk membolehkan mereka membawa keluar pasir silika dari Sabah. Dalam Buku Anggaran juga ada ditulis cukai jualan negeri pada tahun 2025 untuk pasir silika adalah sebanyak RM7.5 juta.
Jadi menurut daripada anggaran ini dan juga jawapan ini, bererti Kerajaan Negeri bercadang untuk mengeksport silika ini. Tapi tadi Yang Berhormat apa Yang Berhormat Menteri Perindustrian memberi jaminan bahawa pasir silika ini tidak akan dieksport. Jadi saya minta juga jaminan daripada Yang Amat Berhormat.
Itulah, itulah jawapan, ya.
I
Supaya pasir silika tidak dieksport dan dijadikan sebagai bahan downstream untuk memastikan resources ini digunakan sebaiknya.
Ya, apa yang dijawab oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan itulah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat jaminan kedua. Terima kasih.
Ya.
Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Sulaman.
Tapi apapun dasar dan sebagainya, itu terpulang kepada Kerajaan untuk menentukan dari masa ke semasa nanti. Terima kasih. Ya.
Ya, Yang Berhormat Sulaman.
Ya.
Dalam ucapan perbahasan saya, saya ada menyentuh berkaitan dengan saranan daripada Kerajaan terhadap kakitangan awam soal integriti. Dan saya ada bertanya mengenai apakah status dan juga berapakah bilangan aduan yang telah diterima dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan mengenai aduan-aduan yang dimasukkan melalui i-ADU, Apps i-ADU? Yang dibagitahu dalam ... dalam ucapan tersebut. Dan saya juga ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Sulaman. Saya mahu menyampaikan kerisauan saya mengenai beberapa dokumen rasmi Kerajaan yang leak keluar daripada pejabat Sulaman sendiri. Jadi benda ini memperlihatkan seolah-olah ada benda yang tidak betul dalam pentadbiran di dalam. Terima kasih.
I
Terima kasih, kita akan siasat dan bilangan yang apa nama dikenakan tindakan tatatertib dan sebagainya, itu kita tidak ada maklumat di sini. Dan saya minta pegawai kita akan bagi kepada Ahli daripada Tungku.
YB.
Apa lagi ini?
Bagaimana dengan surat-surat rasmi Kerajaan, sokongan yang keluar, dikeluarkan oleh pegawai-pegawai?
Ya, itulah, itulah yang saya jawab tadi, kita akan siasat dan kita akan perketatkan apa integriti ini kerana ini menyalahi tatakelola kerja yang di ... yang sepatutnya. Mereka tidak boleh mengeluarkan surat-surat rasmi Kerajaan kepada orang ramai atau publik. Apalagi yang dianggap sebagai confidential, sulit dan juga rahsia, ya.
YB, peluang. Dua soalan yang saya telah bangkit dalam perbahasan. Satunya adalah berkaitan dengan Ordinan Kelahiran dan Kematian, sama ada Kerajaan membuat keputusan sudah ataupun belum? Dan apakah perkembangan? Dan akhirnya, kita kembali kepada isu yang kita mula waktu kita mula sidang penggal pertama kita di sini, iaitu Akta Wilayah Laut 2012. Saya tahu pendirian kerajaan tidak di ... tidak guna pakai di Sabah …
Ya.
Tetapi kita faham, mereka di sana semenanjung tetap akan guna juga ini sebab mereka percaya tiga nautical miles daripada coast line kita adalah dalam milik pentadbiran mereka, itulah dia dibawa ke makhamah ataupun dibawa dalam rundingan jawatankuasa MA63 tetapi kalau YAB boleh buat sebelum membubarkan Dewan, satu sidang di mana seluruh kita di sini
I menolak sebulat suara bahawa Akta Wilayah Laut 2012 ini tidak akan diguna pakai, sama ada secara halus ataupun direct.
Ya… ya…
… kerana kalau mahkamah membuat keputusannya yang tidak baik bagi kita…
Ya…
Akta Wilayah Laut ini akan diguna pakai.
Nanti kita ambil tindakan. Ya, daripada Sekong.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, dalam sesi perbahasan saya ada menyentuh dua soalan berkaitan Forest Govern Activity. Yang Pertama, Yang Amat Berhormat sudah jawab, cuma yang kedua saya tidak berapa jelas apakah Yang Berhormat sudah jawab?
Ya, okey.
Beginilah saya sudah sampai di penghujung ini, mana yang tidak terjawab seperti yang saya sebutkan tadi kita akan bagi jawapan bertulis ataupun maklumat kepada wakil rakyat daripada Sekong.
Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Yang Amat Berhormat.
Ya.
Saya pun ada soalan juga.
Ah daripada saya punya ucapan sebelum ini berkaitan tentang Perkhidmatan Awam, jadi belum lagi dijawab.
Jadi, memandangkan ini pun sudah yang terakhir.
Yang
I sesi yang lepas jawab yang apa itu bertulis pun saya masih belum dapat juga. Jadi mohon kali ini dijawap yang bertulis pun mesti kita harapkan.
Ya, saya harap pada pegawai-pegawai di sini, dia orang belum balik lagi. Setiausaha Negeri ada, ambil perhatian, bagi apa nama dia itu, jawapan yang bertulislah kepada wakil-wakil rakyat kita yang mana-mana soalan yang tidak terjawap itu.
Okey, jadi Tuan Speaker, akhir kata saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mohon menyokong. Terima kasih. (bunyi ketukan meja)
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sulaman.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Dewan ini ialah usul yang telah dicadangkan pada 14 April 2025, iaitu bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, melahirkan dan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Khamis bersamaan 10 April 2025 itu hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, katakan ‘setuju’ Yang tidak bersetuju, katakan tidak, Lebih suara bersetuju, Usul dipersetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan kita sudah sampai ke penghujung penggulungan yang terakhir, maka dengan itu saya menangguhkan Dewan ini sehingga esok khamis, 17 April 2025, jam 10.00 pagi.
Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 7.43 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 17 April 2025”.
I SDN16042025/bnm