Sabah · 17 December 2025

17th Assembly, 1st session, 1st meeting · not final · 571 turns · 49,655 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Selamat pagi, salam sejahtera.

Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Speaker telah menerima permohonan untuk tidak menghadiri persidangan daripada Yang Berhormat daripada kawasan N.39 Tambunan, pada 15 Disember 2025 dan Yang Berhormat daripada kawasan N.51 Sungai Manila, pada 16 Disember 2025 dan Yang Berhormat Speaker telah meluluskan permohonan cuti tersebut. Pada pagi ini, saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran permerhati rombongan pelajar daripada Kolej Vokasional Likas, tiga guru pengiring dan 42 pelajar, seramai 45 orang. Selamat datang, selamat belajar. Sila duduk. Setiausaha.

Setiausaha: Sambungan ucapan penggulungan ke atas perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan (2026) 2025.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Saya menjemput Menteri-menteri yang sudah bersedia untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Untuk permulaan, saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan. Silakan Menteri.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam Sabah Maju Jaya, kensayan sesuap. Syukur kehadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan kurnianya kita dapat bersama-sama, dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17 pada tahun ini.

Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan kepada masyarakat dan juga pengundi-pengundi di kawasan Melalap, kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mewakili anda semua dalam tempoh lima tahun ini. Saya juga merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat

Sulaman, kerana telah dipilih semula sebagai Ketua Menteri bagi penggal yang kedua dan juga berterima kasih, di atas pelantikan menganggotai Menteri Kabinet yang bertanggungjawab terhadap pertanian, perikanan, dan industri makanan Sabah. Sesungguhnya, ia merupakan satu amanah amanat dan juga tanggungjawab yang cukup besar, dalam memikul peranan dan juga tanggungjawab dalam memajukan pengusaha, pekebun, penternak, petani, nelayan dan juga penggiat industri makanan serta pelosok negeri Sabah. Saya yakin dan percaya dengan bantuan daripada semua rakan-rakan dalam Dewan ini insya-Allah, kita akan dapat melaksanakan amanah ini sebaiknya.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah pada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II, merangkap Menteri Kewangan Sabah, di atas pembentangan Bajet 2026 yang bertema “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan”. Pertama, tema ini menunjukkan keprihatinan yang berterusan oleh Kerajaan Negeri, terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat, sebagai kesinambungan terhadap usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan, sepanjang tahun 2020 hingga 2025. Secara keseluruhan, peruntukan sebanyak RM559.85 juta telah diluluskan, kepada Kementerian saya untuk membangun sektor pertanian pada tahun 2026. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM416.76 juta adalah untuk bajet pembekalan dan RM143 juta diperuntukan untuk bajet pembangunan. Peruntukan yang besar ini jelas membuktikan bahawa sektor pertanian merupakan antara penyumbang utama, kepada keluaran dalam negara kasar, negeri Sabah, sebanyak 14.5 peratus dengan nilai lebih kurang RM12 bilion mengikut data terkini 2025 dan berupaya melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri, disamping menjamin bekalan serta keselamatan makanan.

Datuk Speaker, penantian saya mengalu-alukan segala cadangan yang dikemukakan dan mengambil maklum, tentang isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sidang DUN ini. Sebahagian daripada cadangan tersebut telah dan sedang diambil tindakan, manakala, sebahagian lagi berada dalam peringkat perancangan dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Saya

ingin memberi respons kepada cadangan-cadangan dan isu-isu yang telah dibangkitkan, oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Bagi menjawab isu pertanian tanah terbiar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat DUN Bongawan, berdasarkan rekod pada tahun 2024, Jabatan Pertanian Sabah telah membangunkan tanah seluas 67 hektar di DUN Bongawan, melibatkan Kampung Kawari 36.4 hektar dan juga Kampung Langkawit 30.6 hektar, melalui program mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar, dengan kerjasama Kerajaan Negeri di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjamin Makanan KPKM. Manakala, 455 hektar tanah sawah terbiar ketika ini dalam perancangan untuk penambahbaikan dan naik taraf infrastruktur pengairan. Selain daripada itu, tanah terbiar milik jabatan di Kampung Kimanis seluas 15 hektar akan dibangunkan, dengan tanaman nanas MD2. Setakat tahun 2025, kawasan ini telah dibangunkan dengan tanaman nanas MD2 seluas 45 hektar.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Mengenai cadangan ADUN Bongawan untuk memberi tumpuan kepada industri perikanan hiliran, Kementerian saya melalui Jabatan Perikanan Sabah sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan industri perikanan hiliran. Sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12, Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan RM1 juta kepada Jabatan Perikanan Sabah untuk membangunkan industri tersebut. Program Pembangunan Industri Hiliran akan dituliskan melalui Peruntukan Pembangunan Negeri dan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13. Berhubung dengan cadangan pembinaan kilang memproses hasil laut, pelaburan oleh sektor swasta amatlah digalakkan dan Kementerian saya sentiasa mengalu-alukan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan industri perikanan hiliran. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh ADUN Tamparuli, iaitu ladang ayam dan khinzir tidak dilesenkan, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Sabah sedia maklum tentang keperluan untuk memperkukuh kawal selia industri ternakan di negeri ini, khususnya berkaitan kuasa perlesenan dan penguatkuasaan terhadap ladang ternakan ayam dan babi.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah dinasihatkan oleh Pejabat Peguam Besar Negeri bahawa enakmen, bahawa pindaan kepada Enakmen Haiwan 2015 harus dilaksanakan terlebih dahulu bagi mewujudkan punca kuasa yang jelas sebelum sebarang peraturan baharu dapat digubal. Draf pindaan enakmen tersebut sedang dalam semakan oleh Jabatan Peguam Besar Negeri.

Kerajaan Negeri komited memastikan Pindaan Enakmen Haiwan 2015 dilaksanakan dengan teratur bagi membolehkan DVS Sabah menjalankan peranan kawal selia industri ternakan secara lebih berkesan dan berintegriti.

Mohon penjelasan Tuan Speaker.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya.

Terima kasih di atas pencerahan tadi dan komitmen untuk membuat pindaan terhadap Enakmen Haiwan 2015. Dalam perbahasan, saya telah bertanya, kenapakah pihak Kementerian dan pihak jabatan tidak mengambil langkah untuk memindanya terlebih dahulu? Sebab saya ambil contohlah, saya ambil contoh, ladang ayam di Kauluan di DUN Tamparuli, sudah 11 tahun tanpa lesen. Saya ingin tahu apakah kekangan-kekangan yang telah menyebabkan tidak ada pindaan, tidak ada pindaan terhadap enakmen itu untuk membolehkan pihak jabatan, dan juga Kementerian untuk bertindak, untuk regulate ladang-ladang ayam tersebut? Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, terima kasih kepada sahabat saya, Tamparuli. Untuk makluman Dewan yang

mulia ini, lesen-lesen perniagaan dikeluarkan oleh pihak majlis PBT tempatan. Namun begitu, bagi kita, kerjasama seharusnya dapat dilaksanakan di antara jabatan kami bersama dengan agensi-agensi yang mengeluarkan lesen-lesen yang secara sah, dan saya menjemput sebenarnya Yang Berhormat, supaya kita dapat melaksanakan lawatan tapak bersama dengan pihak PBT tempatan, supaya langkah-langkah segera dapat kita laksanakan seperti mana yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Tamparuli.

Saya difahamkan bahawa pegawai-pegawai Kementerian telah pun melawat kawasan ini pada minggu yang lepas, dan memang ada beberapa perkara-perkara yang ditimbulkan seperti mana yang dimaklumkan oleh Tamparuli, dan itulah yang saya katakan bahawa pihak kami memerlukan punca kuasa, untuk membuatkan kawal selia dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun setakat ini, kami tidak mempunyai punca kuasa untuk lesen perniagaan, punca kuasanya adalah di pihak PBT. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat ADUN Sook, tentang strategik jangka pendek dan jangka panjang untuk memperkasakan sektor pertanian, bagi meningkatkan pelaburan dan menarik minat generasi muda, Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian telah melaksanakan latihan teknologi pertanian pintar sebagai strategik jangka pendek. Jabatan Pertanian telah mewujudkan model sistem pertanian pintar, contohnya greenhouse lengkap dengan sistem smart farming IOT, kilang tanaman dalam kontainer, model sistem pengairan automasi untuk ladang tanaman, diperluaskan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan ladang, produktiviti hasil dan daya tahan sektor pertanian terhadap perubahan iklim, sebagai strategik jangka masa panjang.

Selain itu, penubuhan Sabah Agriculture Biotechnology Center (SABTec) di Tuaran yang melaksanakan penyelidikan dan pembangunan, memberi fokus kepada pengurangan kesan perubahan cuaca terhadap tanaman utama di negeri ini. Antara kajian yang akan dilaksanakan adalah pembangunan hasil tanaman, termasuk varieti padi berpenghasilan tinggi, yang toleran terhadap kemarau, banjir kilat dan juga air masin.

Berhubung dengan pertanyaan tentang jumlah peruntukan program Mekanisasi Automasi dan Pertanian Pintar, sukacita dimaklumkan bahawa peruntukan bagi program tersebut pada tahun 2026 adalah sebanyak RM430,000.00. Bagi menjawab pertanyaan tentang usaha Kerajaan dalam membantu meningkatkan sosioekonomi nelayan darat, Kementerian saya melalui Ko-Nelayan menyalurkan pembiayaan kredit mikro, I-Nelayan kepada 1464 orang nelayan termasuk nelayan darat di seluruh Sabah dalam bentuk in-kind yang merangkumi bot, enjin sangkut, peralatan penangkapan ikan termasuk penanti GPS dan perkakasan perikanan yang lain. Pelaksanaan program ini akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 kelak. Kementerian saya melalui Jabatan Perikanan Sabah turut prihatin terhadap kesejahteraan nelayan darat, dan mengambil inisiatif dengan mendaftarkan nelayan darat di Sabah. Melalui pendaftaran tersebut, para nelayan darat berkenaan berpeluang untuk menyertai program dan menerima bantuan sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Sabah mempunyai kuota seramai 867 nelayan darat, yang mana telah pun menerima bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sejak tahun 2015 dengan kadar RM200 untuk seorang dan telah dinaikkan kepada RM250 bermula tahun 2021. Kementerian saya juga menyambut baik cadangan penambahan program penternakan ikan melalui sistem tagal dan akuakultur, supaya rakyat kawasan pedalaman juga dapat menyumbang dalam sektor perikanan.

Sistem tagal merupakan salah satu program konservasi Jabatan Perikanan Sabah yang melibatkan komuniti dalam usaha untuk meningkatkan populasi ikan, khususnya ikan air tawar di kawasan yang telah ditagal.

Jabatan Perikanan Sabah bercadang untuk menambah keluasan dan komuniti yang mengamalkan sistem tagal di kawasan pedalaman. Hasil ikan daripada penuaian berjadual boleh dijual oleh komuniti untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan komuniti, selain daripada pendapatan daripada aktiviti pemuliharaan sungai, eko-pelancongan seperti bermain dengan ikan jinak dan sukan memancing tangkap dan lepas. Selain daripada itu, hasil tuaian ikan juga boleh digunakan untuk kegunaan sendiri.

Mengenai isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat ADUN Sulabayan, berhubung kelulusan peruntukan berjumlah RM900,000.00 kepada Jabatan Perikanan Sabah, di bawah Inisiatif Ekonomi Biru, beberapa program aktiviti yang berupaya menyumbang kepada keterjaminan makanan, antaranya adalah pembinaan dan melabuh tukun tiruan, bantuan peralatan FAD kepada nelayan tuna, program transformasi menaiktaraf pelbagai peralatan mekanisasi, automasi seperti genset, fish finder dan juga lain-lain, pendigitalan ekonomi biru perikanan, program pemantauan projek penyahtauliahan pelantar minyak, projek tukun tiruan, dan juga unjam berupa video dokumentasi, yang ini perkhidmatan menyelam, pengambilan dan penerbitan video dokumentasi.

Merujuk kepada cadangan…

Yang Berhormat.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ini sahabat saya, orang Tenom juga.

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya?

Boleh saya mencelah?

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Okey.

Mengenai Ekonomi Biru ya, yang apa ini disebut oleh Sulabayan tadi. Ada lagi satu perkara mengenai Ekonomi Biru ini berkaitan dengan keterjaminan makanan, iaitu marine culture, marine culture ya. Kita ada aquaculture di darat dan kita sepatutnya ada marine culture di lautan.

Supaya kita boleh mengurus hasil laut kita yang sustainable. Sekarang ini kita berharap daripada sumber yang kita tangkap daripada laut, daripada karang dan sebagainya, ada kebaikannya kalau kita boleh membuat satu inisiatif di mana ikan-ikan laut ini kita ternak di lautan menggunakan konsep marine culture dan ada teknologi negara luar yang kita boleh gunakan dan ini boleh menambah pendapatan baru kepada negeri. Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Terima kasih sahabat saya dari Tungku, ya. Ahh, satu cadangan yang cukup baik dan bagi pihak Kementerian kami mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta untuk melaksanakan perikanan laut dalam ataupun marine culture dan saya menjemputlah sahabat saya untuk datang nanti ke pejabat bersama dengan pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Ko-Nelayan, SAFMA untuk memperhalusi cadangan tersebut. Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat ADUN Karambunai.

Boleh mohon? Boleh mohon sedikit… [audio kurang jelas] [audio bertindih]

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Oh, ada lagi? [audio bertindih]

Cadangan ahh… Yang Berhormat Tungku untuk mengadakan Enakmen Perikanan Laut Dalam di Sabah adalah suatu yang pihak Kementerian perlu memikirkan dan mengambil tindakan yang serius sebab untuk laut dalam di Sabah, undang-undang yang digunakan ialah Akta Perikanan 1985, iaitu satu Akta Persekutuan. Dan pihak Kementerian Yang Berhormat hanya menguatkuasakan itu dan sebenarnya Yang Berhormat sendiri sebagai Menteri tidak ada kuasa untuk perikanan laut dalam. Jabatan Perikanan pun tiada kuasa. Malah perkara inilah sesuatu yang sangat penting di mana perikanan ini

adalah dalam senarai bersama, ahh… Sabah dengan Persekutuan. Dan pertanyaan saya di sini ialah sebagai Menteri yang baru, menerajui Kementerian ini, adakah Yang Berhormat akan berjuang untuk menggubal satu Enakmen Perikanan Laut Dalam untuk Sabah dan dibentangkan di Dewan yang mulia ini supaya Yang Berhormat dapat mempunyai kuasa dan juga Jabatan Perikanan untuk menangani hal ini sebab selama ini di bawah Akta Perikanan 1985 pun Persekutuan dan saya sudah nyatakan semalam di Dewan yang mulia ini, Kerajaan Persekutuan tidak ada membina satu pun pendaratan ikan laut dalam, sedangkan di Semenanjung ada 42, di Sarawak ada lima, semua dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Di Sabah satu pun tidak ada. Jadi, dan apabila ada cadangan, mereka menggunakan Lembaga Perikanan Malaysia. Yang tahu ini, saya tahu. Jabatan Perikanan Sabah yang lebih, lebih arif, lebih tahu, sebab mereka memang sudah berada di sini tetapi tanpa kuasa, tambah lagi dengan bajet. Jadi, adakah Yang Berhormat akan berjuang ini? Dan kalau Yang Berhormat berjuang, saya, Tamparuli, tetap menyokong dan membantu Yang Berhormat dalam hal ini. Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, terima kasih Tamparuli. Inilah semangat yang kita mahu, sebenarnya isu ini telah pun bermain sekian lama dan kita akan sentiasa berjuang untuk supaya dapat memastikan hak dan apa sahaja hasil laut, sama ada di daratan, di pinggir pantai, ataupun di laut dalam, akan dapat kita memberikan hasilnya kepada rakyat di kawasan kita, di kawasan negeri kita, dan juga menjadi satu penghormatan kepada kedaulatan negeri kita, negeri Sabah yang tercinta. Terima kasih ADUN Tamparuli. Merujuk kepada cadangan Yang Berhormat ADUN Karambunai, untuk melabuhkan tukun-tukun tiruan di kawasan Karambunai, Jabatan Perikanan Sabah sebenarnya telah mula melaksanakan projek tukun tiruan sejak tahun 1982 lagi. Tukun-tukun tiruan yang dilabuhkan pada peringkat awal diperbuat daripada tayar, manakala tukun tiruan pada masa kini diperbuat daripada konkrit. Sejak tahun 2008, sebanyak 2,535 unit tukun tiruan konkrit telah dilabuhkan di 85 lokasi projek termasuk di kawasan perairan Karambunai.

Projek Tukun Tiruan ini masih diteruskan dalam Program Pembangunan Biayaan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13. Mengenai cadangan Yang Berhormat ADUN Darau. Oh, Darau belum. Untuk menggunakan peruntukan sejumlah RM25.11 juta yang diagihkan kepada Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah, Ko-Nelayan, bagi tujuan penyediaan bot, peralatan dan teknologi moden. Peruntukan tersebut akan digunakan untuk melaksanakan lapan program utama dan 28 projek pembangunan di kawasan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, seperti mana saranan daripada ADUN Darau.

Program dan projek tersebut memberi fokus kepada pemerkasaan komuniti nelayan, peningkatan keupayaan pengusaha kecil dan sederhana, sudah mengukuhkan serta mengukuhkan pembangunan industri akuakultur dan perikanan negeri Sabah secara menyeluruh. Mengenai isu sistem saliran dan kejadian banjir yang dibangkitkan oleh ADUN Kapayan, Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah sedia maklum tentang isu berkenaan. Bagi memastikan sistem saliran sedia ada dapat berfungsi dengan baik, JPS Sabah sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan parit, parit utama di kawasan DUN Kapayan yang melibatkan pembersihan kelodak dan tumbuh-tumbuhan di dalam parit, serta pemotongan rumput di dalam rizab parit di kawasan DUN Kapayan. Untuk makluman, senarai…

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Mohon penjelasan, boleh?

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Okey.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Ahh, pasal yang Kapayan itu kan, emm… saya difahamkan oleh Majlislah Perbandaran Penampang ada… ada peparitan di bawah privatisationkan and some under the majlislah. Maka, i believe the funding pun ah… tidak berapa cukup, adakah Menteri boleh bagi ekstra untuk menyelesaikan perkara inilah, boleh, or i can go to your office for that matter?

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Boleh, boleh. Ya, kita kawan bah, kawan lama, boleh datang office kita bincang. Ah?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Thank you, because it’s for the rakyat.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, ya, ya. [suara bertindih]

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

It’s for the rakyat, thank you. [suara bertindih]

Tuan Speaker, ah…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ah?

YB Menteri, mungkin saya terlepaskah ataupun macam mana tadi sewaktu… Saya tunggu Usukan punya nama dipanggil berkenaan dengan hab apa Blue Economy tadi. Untuk Blue Economy, kita ada cadang, saya bangkitkan tiga perkara. Pertama, berkenaan tentang SAFMA.

Pembinaan SAFMA 2.0 untuk di Kuala Abai, kedua berkenaan dengan muara Sungai Abai yang saya berkali-kali bangkit dalam Parlimen dan kali ini berada dalam Dewan Undangan Negeri saya harap Kerajaan Negeri berilah perhatian because otherwise industri perikanan di Kuala Abai itu kalau tidak makin teruk. Ketiga juga berkenaan dengan jeti-jeti kecil. Saya harap Kementerian dapat ambil ini. Sebenarnya saya tunggu jawapanlah, YB Menteri. Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, Kuala Abai, tidak akan diabaikan. Ada nanti, dalam teks ini ya. Saya tambah tadi ya, berkenaan dengan Kapayan itu. Sebenarnya kita ada beberapa projek tebatan banjir dan juga rancangan tebatan banjir persekitaran kawasan Lido. Yakni bandar raya Kota Kinabalu Sabah, yang turut melibatkan sebahagian kawasan DUN Kapayan. Kos projek adalah sebanyak RM76 juta, yang telah pun bermula pada 12 Mei 2022 dan dijadualkan siap pada 16 Jun 2026. Status semasa projek setakat 24 November 2025 adalah 89.85% dan mengikut jadual.

Untuk maklumat Yang Berhormat ADUN Pantai Manis, berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah, kerja-kerja penimbusan untuk pembangunan komersial di kawasan Benoni belum mempunyai kelulusan pelan saliran dan manual saliran mesra alam. Berkenaan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan parit dua kali setahun, seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pantai Manis, Kerajaan Negeri melalui JPS Sabah maklum akan keperluan untuk menyelenggarakan… untuk penyelenggaraan berkala memandangkan kawasan-kawasan sekitar kampung-kampung seperti Kampung Benoni, Kampung Takis, Kampung Kelanahan, Kampung Andus, Kampung Sungai Padang dan Kampung Kuala...

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

…adalah kawasan yang pesat membangun.

Berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Kawang, mengenai masalah banjir akibat pembangunan pesat, ketiadaan pelan pembangunan yang khusus, sistem perparitan yang tidak teratur dan tidak ada kerjasama dengan pemilik tanah, serta cadangan mewujudkan pelan pembangunan induk dan khusus di kampung-kampung.

Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil maklum berkenaan isu dan masalah sistem saliran yang tidak terancang di kawasan DUN Kawang. Untuk makluman, Yang Berhormat ADUN Kawang, JPS Sabah telah siap melaksanakan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam bagi kawasan Putatan dan Kinarut, pada bulan Julai 2023. Kajian ini telah mengambil kira kawasan Kinarut, Kawang dan sebahagian kawasan Beringgis.

Dalam kajian tersebut, cadangan sistem saliran di kawasan-kawasan yang diliputi telah pun disediakan. Ini saya masuk kepada pertanyaan Yang Berhormat ADUN Usukan. Mengenai isu kelewatan membelanjakan peruntukan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Usukan, Jabatan Pengairan dan Saliran secara amnya telah membelanjakan melebihi 90% dalam perlaksanaan projek pembangunan pada setiap tahun. Prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan Persekutuan Jabatan

Pengairan dan Saliran sejak dua tahun kebelakangan ini adalah seperti berikut: 2024, daripada Kementerian Tenaga dan Transformasi Air, kita menerima peruntukan RM135 juta. Perbelanjaan lebih kurang RM134 juta, yakni 99.9% untuk tahun 2024. Peruntukan yang kita terima daripada Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan untuk 2024 sebanyak RM36 juta. Perbelanjaan juga lebih kurang hampir RM36 juta, peratus membelanjakan 99.9%. Untuk tahun 2025, kita menerima peruntukan daripada Kementerian Tenaga dan Transformasi Air sebanyak RM199 juta dan telah belanjakan juga hampir RM199 juta yakni 99.9%.

Manakala pada tahun ini kita telah menerima juga peruntukan daripada Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan berjumlah RM41.715 juta dan kita belanjakan RM41.631 juta, hampir 100%. Mengenai isu pendangkalan dan pemendapan di muara Sungai Abai, Kota Belud, JPS Sabah merancang untuk melaksanakan langkah mitigasi jangka panjang melalui projek-projek pemuliharaan muara Sungai Abai bagi menangani masalah pemendapan di muara Sungai Abai telah dimohon di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13. Namun begitu belum diluluskan. Sehubungan dengan itu, JPS akan mengangkat semula cadangan tersebut untuk pertimbangan di bawah Rolling Plan Ke-2, Rancangan Malaysia Ke-13. Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan aliran air sungai ke laut bagi mengurangkan risiko banjir dan menangani masalah pemendapan sedimen di muara Sungai Abai yang merupakan laluan utama kepada kira-kira 500 orang nelayan. Pelaksanaan projek ini juga membantu mengurangkan kesan negatif pemendapan sedimen terhadap hidupan laut dan perubahan morfologi muara sungai bagi memastikan kelestarian ekosistem.

Kementerian saya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian, jabatan, agensi negeri dan persekutuan yang berkaitan bagi pembinaan jeti serta kompleks pendaratan ikan di kawasan tersebut. Mengenai permohonan Yang Berhormat ADUN Tanjung Keramat.

Yang Berhormat Menteri. Ya. Tadi ada Yang Berhormat Menteri sebut soal sedimen dan juga mendapan di muara sungai. Saya mempunyai idea dan cadangan ya. Bagaimana kita boleh mendapat faedah daripada

pasir yang turun daripada atas ke laut. Mungkin satu initiate boleh dibuat di mana pengkuarian di kawasan tersebut untuk pasir boleh dibuat dan dibagi kepada syarikat ataupun agensi Kerajaan dan pasir tersebut kita boleh gunakan untuk tujuan pembangunan di masa akan datang. Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, satu cadangan yang cukup baik yang mungkin agensi-agensi berkaitan boleh dibawa berbincang untuk pelaksanaan supaya ia bukan sahaja dapat mendalamkan muara sungai tetapi juga memberikan hasil yang baik kepada Kerajaan. Terima kasih atas cadangan tersebut. Mengenai permohonan Yang Berhormat ADUN Tanjung Keramat untuk menaik taraf kemudahan jeti yang sedia ada, Kementerian saya melalui Ko-Nelayan sedia maklum terhadap perkara tersebut. Untuk itu, Ko-Nelayan telah memohon peruntukan melalui Program Pembangunan Asas Perkampungan Nelayan, i-Infrastruktur di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 bagi menyediakan kemudahan infrastruktur pendaratan ikan kepada perkampungan nelayan. Bagi tahun 2026, Ko-Nelayan menyasarkan pelaksanaan pembangunan enam buah infrastruktur pendaratan ikan di perkampungan nelayan terpilih di seluruh negeri Sabah bagi memastikan penyediaan kemudahan yang bersih, selamat dan berkualiti. Pelaksanaan program ini merangkumi pembinaan baharu, kerja-kerja baik pulih, serta penaiktarafan infrastruktur perikanan sedia ada. Bagi tahun 2026, Ko-Nelayan akan memperbanyakkan sesi libat urus di lapangan bagi memastikan kumpulan sasar yang benar-benar layak memperolehi bantuan peralatan yang diperlukan. Berhubung dengan isu pembangunan yang masih belum dilaksanakan dalam kawasan Fasal A oleh FELCRA dan juga saranan daripada Yang Berhormat ADUN Banggi. ADUN Banggi belum sampai. Tidak apa saya jawab juga. Yang Berhormat ADUN Banggi, bagi kawasan agar kawasan tersebut diambil alih oleh LIGS. Setakat ini tidak ada sebarang maklumat rasmi tentang urusan pengambilalihan peranan FELCRA dalam membangunkan kawasan berkenaan. Untuk makluman kawasan Fasal A seluas lebih kurang 1,800 hektar ini telah dibangunkan oleh FELCRA, melalui satu perjanjian di antara FELCRA Berhad dan Kerajaan Negeri pada tahun 2006.

Mengenai isu banjir di Sungai Tawau yang dibangkitkan oleh ADUN Sri Tanjong, projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau Fasa 1B telah dimohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dengan skop utama adalah untuk menaik taraf Sungai Tawau sepanjang kira-kira 2.3 km. Pelaksanaan projek ini dijangka berupaya mengurangkan risiko banjir di kawasan seluas kira-kira 600 hektar. Berkenaan isu pintu kawalan air laut dalam projek saluran bandar Fasa 2 yang dibangkitkan, sukacita dimaklumkan bahawa pemasangan pintu air laut telah pun siap sepenuhnya.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

YB Menteri.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Mohon mencelah. Ya, YB Menteri berkenaan dengan pintu tidal gate yang ada di bandar, saya difahamkan memang sudah siap. Saya sendiri pun ada melawat tidal gate tersebut. Tetapi baru-baru ini oleh sebab air pasang menaik dan juga dengan ada automatic tidal gate ini masih banjir, khususnya di Jalan Chester dan juga Pasar Tanjung. Jadi saya ingin bertanya kepada YB Menteri sama ada boleh bekerjasama dengan Kementerian Kerajaan Tempatan yang ada. Mungkin ada sistem perparitan yang merosot, sudah lama dan perlu dibersihkan supaya aliran yang ada tidak lagi ada yang sesak. Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sri Tanjong. Untuk makluman, kejadian banjir pada 5 Disember 2025 bukanlah disebabkan oleh kemasukan air laut melalui pintu kawalan yang baru dibina, tetapi hasil siasatan JPS mendapati bahawa air tersebut telah memasuki kawasan bandar melalui satu lagi sistem saluran parit yang lain yang terletak di kawasan berhampiran hospital. Namun begitu, Kementerian kami menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat untuk kita mengadakan kerjasama yang sebaiknya bersama dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan juga pihak Perbandaran Majlis Daerah Tawau supaya kejadian-kejadian begini tidak lagi berulang pada masa-masa akan datang…

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Sebagai tambahan, bagi terus untuk memperbaiki keseluruhan…

YB Menteri, boleh beri laluan sikit.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Sekejap ah, saya kasih habis dulu ini…

Oh okey, okey.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Sebagai tambahan, untuk kawasan keseluruhan sistem saliran di kawasan bandar Tawau, JPS akan mengkaji keperluan pemasangan pump gate di kawasan Hospital Tawau bagi kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-13. Okey YB, sila.

Ya, terima kasih YB Menteri. Ya, saya ada soalan tambahan sikit untuk Tanjong Papat, sebab sebelum tu masa paras air tinggi, masa air paras laut tinggi, itu air laut sehingga sampai ke Jalan Sim Sim, perkampungan Sim Sim sana. Jadi ada sebagian satu dekat ratus lebih meter itu jalan terbanjir oleh air laut di Sim Sim, perkampungan Sim Sim sana. Itu jalan utama yang pergi ke pasar jugalah, pasar Sim Sim. Jadi itu saya pun ada gambarlah sebelum itu ada gambar, banyak kereta kena rendam air masin, jadi akan menjejas sana punya arealah dan tambahan juga di jalan sepanjang Sim Sim dekat masjid. Masjid daerah pun ada laluan utama, Sim Sim sana memang banjir kalau masa time hujan. Baru-baru ini last week weekend ini saja, jadi terima kasih harap maklumlah. Jadi harap ada tindakan dalam itulah. Terima kasih banyak.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

YB Menteri boleh sekali gus menjawab soalan, sebab tadi YB Menteri ada sebut pasal itu projek tebatan banjir Tawau, sebab saya difahamkan Fasa 1B, Fasa 1A, pakej tiga dan empat sudah pun

disiapkan, cuma Pakej A satu dan dua belum lagi dimulakan oleh sebab belum ada kelulusan dari Kerajaan Pusat. Jadi saya ingin bertanya, apakah status sekarang tentang permohonan untuk menyambung semula? Projek tebatan banjir sungai Tawau ini sebab yang bandar itu sudah siap tapi yang projek tebatan banjir ini belum lagi siap-siap. Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Terima kasih Tanjung Papat.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

YB Menteri, mohon mencelah…

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Sekejap, saya jawab dulu. Kita ambil perhatian berkenaan isu yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Tanjung Papat. Berkenaan dengan Fasa 2 untuk projek tebatan banjir Tawau, memang kita belum mendapat kelulusan untuk pelaksanaan dan diberi maklum bahawa dalam kajian separuh penggal untuk RMKe-13 akan dibawa semula untuk kelulusan.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ya, sebab YB Menteri, sebenarnya Fasa 1A, Pakej satu dan dua telah pun dimasukkan dalam RMKe-12, tapi belum ada sebarang update dari Kerajaan Pusat. Dan satu lagi, sebab dia ada dua fasa, 1A dan 1B. 1A pun belum siap, jadi macam mana kita boleh masuk dalam Fasa 1B sedangkan 1A pun tidak ada. Jadi saya minta YB Menteri boleh terus bercakap dengan Kerajaan Pusat. Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, kita akan teruskan perjuangan untuk Rakyat Sabah… Sindumin?

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Terima kasih, sahabat saya, YB Menteri.

Mohon soalan tambahan berkenaan dengan penguatkuasaan yang melibatkan Jabatan Perikanan, YB Menteri, berkenaan dengan, saya mendapat aduan daripada nelayan di kawasan saya di Sindumin dan begitu juga pernah disuarakan oleh Wakil Rakyat sebelum ini, sebelum saya, berkenaan dengan enforcement pencerobohan

Pukat Tunda (Trawl Nets), sudah berulang kali aduan dibuat kepada APMM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, begitu juga di bahagian penguatkuasaan Jabatan Perikanan. Dia pandai, YB Menteri, dia masa orang kampung bergotong-royong untuk memastikan tidak ada kegiatan secara tidak sah ini sebab mereka ini menceroboh ataupun menggunakan Trawl Nets ini secara illegal. Orang kampung cuba untuk ambil tindakan, tahan tapi semacam ada pemberitahuan awal. Kalau orang kampung berkumpul ramai-ramai, malam itu dia akan hilang. Selepas rondaan, dia akan timbul balik.

Jadi, memohon daripada Jabatan Perikanan dan mungkin panjangkan perkara ini melalui Kementerian, penguatkuasaan Jabatan Perikanan dan juga APMM supaya perkara ini diambil tindakan yang serius sebab melalui Trawl Nets ini sudah semestinya dia akan, yang dikatakan membunuh anak-anak ikan beratus ribu ekar dalam sehari dan ini akan memusnahkan ekosistem perikanan dan cara yang tidak mapan. Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Terima kasih sahabat saya Sindumin, perkara ini pihak Kementerian saya akan mengambil perhatian dan akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa yang terlibat di kawasan tersebut. Terima kasih di atas makluman dan juga laporan yang telah pun diberikan.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat ADUN Nabawan. Kementerian ini maklum bahawa sebahagian tanah di Skim Nabawan telah diterokai dan diduduki oleh penduduk yang berhampiran. Kementerian ini akan mengadakan sesi libat urus bersama dengan Yang Berhormat ADUN Nabawan dan wakil-wakil rakyat yang berhampiran dan yang berkenaan serta berbincang dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan mengenai cadangan untuk mengeluarkan tanah yang telah pun diduduki oleh masyarakat kampung daripada skim tersebut untuk proses pengeluaran dan juga pengwartaan. Ini kerana perkara ini telah pun berlanjutan sekian lama, kerana Skim Penempatan Nabawan ini merupakan keluasan yang cukup besar dengan keluasan 41 760 ekar yang telahpun

diwartakan sebagai Tanah Reserve Skim Penempatan Nabawan melalui Warta Kerajaan pada tahun 1969 lagi.

Sehubungan dengan itu, bagi pihak Kementerian kami, perkara ini harus melalui ataupun diselesaikan secara tuntas dengan kerjasama daripada Yang Berhormat Nabawan, supaya keperluan dan juga pembangunan di kawasan itu dapat dibangunkan secara sah. Berhubung dengan saranan ADUN Paginatan untuk memperkukuhkan penanaman padi dan pembangunan taman kekal pengelolaan makanan. Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian serta Lembaga Padi dan Beras Sabah telah mempunyai perancangan dan akan melaksanakan program-program yang berkaitan bagi tujuan tersebut.

Mengenai permohonan Yang Berhormat ADUN Bugaya, untuk menyelenggara saliran dan…

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri. Pasal padi tu ya?

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya.

Sebelum ini ada inisiatif antara Kerajaan Negeri dengan FELDA Sahabat membuka satu kawasan jelapang padi di FELDA. Apa status projek ini buat ketika ini? Kalau boleh Menteri bagi tahu saya nanti.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Saya belum dapat maklumat, nanti saya akan jawab secara bertulis. Mengenai permohonan Yang Berhormat ADUN Bugaya untuk menyelenggara saliran dan parit di kawasan yang merangkumi Kampung Tonggulangan, saliran di Jalan Semporna, Tawau berhadapan Hotel Green Wood, Bomba Semporna dan juga di hadapan Winch Garden akan dirujuk kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti memandangkan kawasan-kawasan tersebut adalah parit jalan yang terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya.

Mohon laluan sebentar Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan yang Kampung Tonggulangan. Kampung Tonggulangan ini jalannya bukan jalan di bawah JKR, dia jalan kampung. Tapi salirannya di sana itu memang pernah dibuat oleh JPPS. Tapi sampai sekarang saya sudah membuat aduan ini beberapa kali di dalam Dewan ini. Ada dua kali sudah, awal tahun ini pun ada juga. Tapi masih tidak ada tindakan yang untuk diambil oleh JPPS untuk menyelenggara longkang. Sebenarnya dari Kampung Tonggulangan ini dia boleh di saliran longkang itu boleh dijalankan ke laut sebab dia ada laluan, sebab bila saya membuat lawatan ke kawasan itu, saya lihat di sana memang ada yang tersumbat dan perlu tindakan dari JPPS untuk menyelenggara…

Di antara longkang itu, supaya laluan itu dia akan boleh limpas, jadi tidak berlaku lagi banjir di kawasan Kampung Tongulangan. Mohon kerja, jasa baik Yang Berhormat Menteri.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Terima kasih Yang Berhormat Bugaya. Untuk Kampung Togulakan, kita akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya seperti mana yang telah disarankan oleh Yang Berhormat sekiranya di bawah tanggungjawab JPS, dan sekiranya ada keperluan untuk kita melaksanakan kerja-kerja awal, saya akan mengarahkan pegawai-pegawai JPS di kawasan tersebut supaya dapat melaksanakan kerja-kerja awal supaya dapat menyelesaikan isu rakyat di kawasan tersebut.

Datuk Speaker, minta izin. Yang Berhormat Menteri, tahniah. Saya juga membangkitkan dalam perbahasan saya tentang kurangkan pergantungan kita untuk mengeksport komoditi bahan asas yang ada, termasuk makanan, pertanian yang ada. Saya nampak, saya telah mendengar tadi, ini sudah masuk dalam apa ini, sektor perparitan, tapi saya ingat mungkin tidak dapat dipetik pasal saya juga menyebut tentang bertapa pentingnya kita melihat daripada pengalaman negara-negara jiran

kita, seperti Thailand yang ada, iaitu satu negara yang mempunyai sektor pertanian yang begitu advanced berbanding dengan banyak-banyak negara. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sama ada Kementerian Pertanian mempunyai comprehensive plan untuk mengenalpasti bila saya mendengar tadi jawapan Nabawan, Paginatan, semuanya, very scattered area dengan izin. Sama ada pihak Kementerian, Kerajaan mempunyai comprehensive plan untuk memastikan bahawa kita nakkan supaya Sabah ini sebagai satu wilayah yang tanahnya tersubur di negara Malaysia, luas tanahnya begitu banyak, khususnya di Kalabakan, volcanic soil yang ada. Kita boleh mengeluarkan food security, bukan hanya untuk keperluan Sabah, keperluan rantau asia contohnya. Kalau kita berupaya untuk melahirkan satu comprehensive approach, tapi mengenal pasti. Contohnya dalam sektor-sektor perikanan, udang yang ada. Downstream, tapi masalahnya kita hari ini terlampau banyak cukai sangat. 5%, 10%, sehingga mereka terpaksa pindah ke negara jiran Indonesia for going downstream. Yang penting ini seperti yang saya sebutkan tadi. Comprehensive approach. Bukan hanya kita tanam sayur, kubis. Tapi kita nakkan supaya kubis ini sebenarnya orang Jepun suka makan. The Korean, bukan Jepun. Jepun ni suka makan tuna fish, yellow fish. Yang ada tuna di Semporna ini. Tapi kita tidak go downstream. Sama ada kilang-kilang yang kita proses, sebahagian besar kita eksport ke luar negara.

Jadi saya minta sama ada comprehensive approach, road map daripada utara sampai ke selatan Sabah ni. Sama ada kita kenal pasti tanam padi mana area. Perikanan udangnya di mana, ketamnya di mana, supaya kita ada fokus sikit. Kerana ini satu rancangan yang cukup, apa ini, membolehkan pasal tanah di Sabah ini cukup subur. Bukan hanya tanahnya, lautannya. Kalau ketam, kalau seaweed, cuma ada pantai timur saja yang boleh kita suburkan di situ. Di Lahad Datu..

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat itu cadangankah? Soalan? (Suara bertindih)

Ini soalan saya, sama ada komprehensif. Satu plan yang ada, pasal setelah mendengar jawapan pasal saya sebut dalam perbahasan saya.

Datuk Speaker,yang keduanya mengenai dengan, bila saya juga mendengar tadi. Tentang perparitan ini, ini Kementerian Pertanian, saya lihat bagus fokus, reform must be done dengan izin kalau boleh. Yang Berhormat Menteri, supaya jangan terlibat sangat dengan irrigation system yang ada. They must be, contoh macam tadi, di Kapayan juga Kementerian Pertanian tanggungjawab, walaupun jabatan itu tanggungjawab. Tapi kadang-kadang irrigation, MPS pun ada, Datuk Bandar Kota Kinabalu juga bertanggungjawab. Kementerian Pertanian juga bertanggungjawab. Bolehkah satu reform yang boleh dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membolehkan supaya fokus pertanian ini sahaja . Saya tahu irrigation ini penting, pasal ada hubungkait dengan pertanian. Tapi ini di kawasan di mana sektor pertanian, takkan di bandar Kota Kinabalu. Kementerian Pertanian sepatutnya mempunyai tanggungjawab yang lebih berat dalam sektor pertanian untuk melahirkan food security untuk bumi Sabah ini.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Terima Kasih Yang Berhormat Senallang, satu cadangan yang cukup baik. Untuk makluman, kawasan Tawau, Semporna dan juga kawasan Kalabakan merupakan tanah yang paling subur di Sabah, dan memang kita mengalu-alukan penglibatan pihak swasta, di dalam mempertingkatkan dan juga menyuburkan kegiatan-kegiatan pertanian dan juga perikanan. Kalau kita lihat setakat ini, ternakan udang dan juga ternakan ikan kerapu begitu menonjol sehingga kita boleh mencapai pasaran eksport ke Hong Kong dan juga negara luar.

Namun begitu, untuk komoditi-komoditi yang lain masih ada kekurangannya di situ. Jadi saya menyambut baik cadangan daripada YB Senallang bahawa kerjasama, Kerajaan Negeri dan juga insentif-insentif yang perlu kita berikan kepada pengusaha-pengusaha ataupun pelabur-pelabur dalam sektor pertanian dan juga dalam sektor perikanan ini harus kita perhebatkan pada masa-masa akan datang.

Datuk Speaker, saya bertanya tadi, pertama sama ada Kerajaan mempunyai comprehensive plan mengenal pasti zon mana-zon mana, satu. Yang keduanya mengenai downstream yang ada, how far we have gone downstream untuk membolehkan peluang pekerjaan anak-anak muda yang ada.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Memang seperti yang saya bahaskan, saya timbulkan daripada awal pembahasan penyampaian berkenaan bajet ini, kita memerlukan sokongan di antara pihak Kerajaan dan juga pemacu ekonomi ataupun penggiat industri makanan, kerana bagi pihak kita, Kerajaan, kapasiti kita adalah untuk menjanjikan pasarana yang cukup baik dan juga sistem pelaburan untuk sektor ini berkembang maju. Di pihak Kementerian, kita menyediakan cadangan keperluan untuk tempoh lima tahun akan datang, 2026-2030, supaya pelaksanaan dan juga cadangan mempertingkatkan sosial ekonomi, terutamanya bidang pertanian dan juga perikanan ini, dapat kita perkembangkan melalui seperti yang disarankan oleh YB Senallang. Untuk berkenaan dengan perparitan dan juga pengairan di kawasan bandar, ya. Memang ada keperluan-keperluan untuk kita menumpukan kawasan pengairan untuk pertanian. Namun begitu, kawasan-kawasan ini merupakan juga adalah sebahagiannya melibatkan kawasan penanaman padi di kawasan Penampang, di kawasan sekitarnya. Jadi itulah penglibatan daripada JPS dan di bawah agensi Kementerian ini masih diperlukan untuk di kawasan Kapayan tersebut.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Usukan.

Terima kasih atas penerangan YB Menteri tadi berkenaan projek AP182. Untuk YB, untuk makluman YB, data yang saya terima itu adalah data daripada My Project ICU Persekutuan setakat bulan September 2025 yang saya bangkitkan, dan AP182 sebenarnya

melibatkan dua agensi pelaksanaan negeri, iaitu KKR dan juga JPS. Jadi saya ucap tahniah kepada JPSlah kerana membelanjakan dengan baik peruntukan yang diterima. Cuma barangkali permintaan saya di hadapan adalah untuk, agar JPS dapat juga data dan rekod perbelanjaan. Itu dapat, terutamanya untuk projek baru dapat diselaraskan dengan baik dengan Kerajaan Persekutuan.

YB Menteri, saya tahu saya tidak ada bangkitkan, ini YB Menteri datang untuk, apa maksudnya sekarang ini berada dalam penanaman padi, pengairan padi. Saya tidak ada bangkitkan persoalan ini dalam perbahasan saya, cuma kalau boleh saya mohon izin untuk saya bangkitkan sekarang kepada YB Menteri, tetapi tidak semestinya berjawab hari inilah. Sebab perkara ini saya sudah bawa dua kali kepada JPS Negeri berkenaan projek terusan di Kampung Piasau, Sumpingon kita panggil, masih dalam Parlimen Kota Belud.

YB Kadamaian juga ada di sini, projek terusan ini sebenarnya sudah para petani sudah tidak dapat tanam padi sehingga enam musim sekarang ini. Maksudnya sudah dua tahun setengah ya. Sudah dua tahun setengah kerana projek ini sebenarnya dibekalkan dan dibuat untuk tempat lain. Tetapi di Sumpingon pula terjejas. Jadi saya minta kalau boleh, sangat tidak adil untuk para petani di sana sedangkan dia orang ni aktif. Kalaulah kita mahu Kota Belud ini sebagai jelapang padi, saya rasa ini sangat tidak adil kepada para petani yang sekarang ini terjejas gara-gara projek terusan yang sedang dibina. Sekarang ni dia orang tidak dapat menanam selama enam musim sudah.

Jadi saya ambil kesempatan di sini untuk menjemput YB Menteri. Datang pergi Kota Belud, kita tengok projek ini di Kampung Piasau, Sumpingon. Dalam masa yang sama juga saya harap YB Menteri juga kita tengoklah YB Menteri pergi Kampung Kuala Abai sekali gus untuk perikanan sekali, saya jemput. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, sebenarnya kita tidak bawa lagi soalan yang baru. Now, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Terima kasih kepada YB Usukan, saya mengambil perhatian berkenaan perkara yang ditimbulkan…

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Insya-Allah, pada tahun hadapan kita akan cuba buat lawatan berkenaan dengan program-program Kementerian kami di kawasan Kota Belud. Bagi permohonan, sebagai makluman, Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek Saliran Bandar Kecil Semporna dengan kos RM4.6 juta bertujuan untuk menaik taraf dan meningkatkan keberkesanan sistem saliran di Pekan Semporna.

Berhubung permohonan penyelenggaraan dan menaik taraf jalan-jalan pertanian dan jalan-jalan kebun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tungku serta Yang Berhormat Liawan, Kementerian saya sedia maklum tentang keperluan menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan pertanian dan jalan-jalan kebun untuk memudahkan pengangkutan serta pemasaran hasil-hasil pertanian. Walau bagaimanapun, peruntukan yang diluluskan bagi menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan pertanian dan jalan-jalan kebun adalah amat kecil berbanding kos sebenar berdasarkan permohonan yang diterima daripada seluruh daerah di Sabah. Pada tahun ini, Kementerian saya telah menerima permohonan menaik taraf atau menyelenggara jalan-jalan pertanian dan jalan-jalan kebun daripada pelbagai daerah di seluruh Sabah bernilai RM28 juta, sedangkan peruntukan yang diluluskan bagi tahun, bagi tujuan tersebut untuk 2026 hanyalah RM4.2 juta.

Mengenai masalah banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Gum-Gum, JPS Sabah telah dan akan mengambil tindakan segera dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan bekalan saliran di kawasan berisiko tinggi, seperti di Kampung Jaya Bakti, Kampung Sungai Memanjang, Kampung Sungai Kapor, serta Kampung Pertanian Batu 25. Bagi penyelesaian jangka sederhana dan

panjang, permohonan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Memanjang, Lembangan Sungai Semawang, Sandakan Sabah, telah dimohon di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13.

Walau bagaimanapun, permohonan tersebut belum lagi diluluskan. Justeru, JPS Sabah akan mengangkat semula permohonan projek ini di bawah Rolling Plan 2 Rancangan Malaysia Ke-13. Mengenai isu banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Datuk Speaker, boleh? Boleh? Sedikit sahaja.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Okey.

Sahabat, okey. Okey. Saya menyambut baiklah perancangan Kerajaan yang mana dia orang dipohon. Kalau dalam RMK yang Ke-13 ini kita mohon semula, tetapi janganlah sampai pula kepada RMK yang Ke-14 dan tidak dilaksanakan. Pada Kerajaan yang lalu, kita ada lima tahun sebenarnya, lima tahun. Takkanlah lima tahun ini kita memohon tidak lulus-lulus, dan tempat ini saya ingin maklumkan, tempat yang saya cakap, kita akan kemukakan itu, empat buah kampung itu. Ini bukan lagi, apa nama, setiap tahun, bukan. Tempat ini setiap kali hujan dan banjir, jadi kita betul-betul amat prihatin kepada masyarakat di sini, bukan sahaja apa nama, mengancam, apa nama, manusia tetapi juga tanaman-tanaman semua hancur.

Itu sebab dia. Kalau dapatlah, saya memohon kepada Kerajaan yang ada sekarang ini dan Menteri pun sudah bertukar. Saya ingat kita sama-sama buat kerja di kawasan. Mudah-mudahan masalah banjir ini, di kawasan empat buah kampung terutama sekali di Gum-Gum ini dapat kita selesaikan secara, apa nama tuntas. Selain daripada itu, saya juga memohon kepada Kerajaan, mohon bertanyalah, bilakah, bilakah masanya ini untuk kita bermula? Sebab kalau kita memohon tidak

bermula, macam mana buat tindakan? Jadi, saya mohonlah, kita bermula secepat mungkin. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Terima kasih, sahabat saya, Gum-Gum. Ya, kita memang bermula sudah ini. Cuma itulah kekangannya. Insya-Allah, kita akan terus usul kepada pihak Persekutuan supaya dapatlah diluluskan cadangan yang telah pun dikemukakan oleh pihak Kementerian. Insya-Allah, kalau kita mendapat tambahan daripada 40% yang sedang diperjuangkan oleh kita semua dalam Dewan yang mulia ini, masalah-masalah sebegini akan dapat kita selesaikan untuk negeri Sabah. Berkenaan isu banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Silam, JPS Sabah mengambil maklum isu banjir yang berlaku di Sungai Sepagaya. Sehubungan dengan itu, peruntukan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sungai Sepagaya, Lembangan Sungai Sepagaya, Lahad Datu telah pun dimohon untuk Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13. Namun, sama juga isunya, ia belum lagi diluluskan dan akan dimohon semula untuk rancangan jangka panjang. Namun begitu, JPS akan mengangkat semula cadangan projek mitigasi jangka panjang ini di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-13. Kerajaan Negeri melalui JPS Sabah akan terus memberi perhatian serius terhadap isu banjir di kawasan Silam dan komited untuk melaksanakan penyelesaian yang berkesan dan mampan, tertakluk kepada kelulusan peruntukan yang tersedia.

Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat ADUN Bengkoka bagi mewujudkan program yang dapat menarik minat graduan dan belia untuk menceburi sektor ternakan secara bersepadu, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah akan melaksanakan Program Mensejahterakan Ekonomi Penternak Kambing Sabah (MEPKAS) dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi tujuan agihan ternakan kambing dan peralatan sebagai modal permulaan kepada para penternak, khususnya golongan belia yang ingin menceburi bidang penternakan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah juga akan mengadakan kursus-kursus penternakan secara percuma di Pusat Pengurusan Veterinar, Tuaran kepada semua penternak dan bakal penternak yang berminat.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah juga turut menyokong pelaksanaan Program Agropreneur Muda, iaitu satu inisiatif di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Program ini menyediakan geran berbentuk barangan bernilai sehingga RM30,000.00 kepada belia berumur antara 18 hingga 40 tahun. Dalam pelaksanaan program ini, DVS Sabah berperanan sebagai agensi pelaksana dengan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menjalankan pemantauan serta memberikan bimbingan teknikal kepada para peserta.

Mengenai isu sungai cetek dan hakisan tebing sungai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sebatik, Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah telah mengadakan lawatan tapak di kawasan yang terjejas bagi meninjau dan menilai tahap dan punca hakisan. Berdasarkan penilaian, JPS mendapati bahawa lokasi tersebut memerlukan tindakan susulan. Sehubungan dengan itu, JPS telah mengemukakan cadangan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan hakisan pada tahun 2026, tertakluk kepada kelulusan dan peruntukan semasa.

Datuk Speaker, izinkan saya mewar-warkan inisiatif yang baharu, yakni berkenaan cadangan untuk memperkasakan Program Kebun Dapur yang dijangka berupaya meningkatkan hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan penglibatan masyarakat dari segenap lapisan untuk berkecimpung dalam sektor pertanian demi merealisasikan keterjaminan makanan. Kebun Dapur berkonsepkan penghasilan tanaman, perikanan dan ternakan berskala kecil, tertakluk kepada kesesuaian kawasan serta keupayaan isi rumah.

Pendekatan ini membolehkan rakyat memperolehi sumber makanan asas termasuk protein secara lebih kendiri di samping menyokong usaha menjamin keselamatan dan bekalan makanan yang berterusan. Pelaksanaan inisiatif Kebun Dapur ini akan turut melibatkan wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing bagi memastikan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan rakyat di seluruh negeri.

Penyelarasan di setiap peringkat perlu dilaksanakan secara lebih tersusun dan bertepatan dengan keperluan sebenar komuniti setempat agar memberi impak yang berkesan kepada masyarakat. Mekanisme pelaksanaan Kebun Dapur ini akan dimaklumkan pada awal tahun hadapan.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, Tamparuli.

Terima kasih Yang Berhormat kerana melibatkan wakil-wakil rakyat dalam proses ini sangat penting. Di kawasan saya di Tamparuli, kita mempunyai sekurang-kurangnya 12 padang ragut yang sudah diceroboh, diceroboh oleh penduduk, sudah sekian lama. Dan ini pun menjadi satu masalah yang besar. Adakah Yang Berhormat akan mengambil langkah-langkah tertentu, bagaimana kita dapat menyelesaikan padang ragut ini supaya penduduk mendapat tempat mereka dan dirizabkan sebagai rizab kampung, dan pada masa yang sama padang ragut yang seharusnya diwujudkan itu, dapat kita pertahankan dengan sebaik mungkin.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Okey, kita ambil perhatian berkenaan dengan isu padang ragut di kawasan Tamparuli, ya.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Seiring dengan usaha memperkukuh keterjaminan makanan dan pemerkasaan. Datuk Dr.

Menteri.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, Sulabayan. Datuk Dr.

Boleh? Ya. Terima kasih, Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Sebelumnya saya mengucapkan tahniah atas perlantikan selaku Menteri Pertanian ini, tepat pada

orangnya. Untuk makluman, kawasan saya ada 1 500 lebih peserta terdaftar dengan PNK. Baru ini, saya mendapat maklumat tadi untuk mohon disampaikan. Mereka ikuti siaran persidangan sekarang ini. Isu yang berlaku di kawasan saya, di DUN Sulabayan ni. DUN Sulabayan ini kawasan perikanan dan pertanian ya. Pertama, dia minta disampaikan kepada Yang Berhormat Datuk Menteri, iaitu Lesen Bot. Pembaharuan lesen bot di bawah Pelabuhan dan Lembaga. Lesen ini rupanya setahun sekali dan proses itu enam bulan, tujuh bulan baru lulus. Dan ini mohon di ambil kira. Yang keduanya, lesen pukat. Memukat inipun demikian juga. Lesen ini hanya valid satu-satu tahun, kadang proses memakan masa enam bulan. So, minta diberi perhatian dan yang ketiganya, iaitu zoning menangkap ikan ini. Bila sudah diwujudkan Taman-Taman Laut Tun Sakaran, terutama kawasan di Selakan, di Larapan, ini semua nelayan pantai. So, mereka susah-susah menangkap ikan. Jadi, kadang-kadang dia orang menangkap ikan sampai ke kawasan Tawau dan rupanya dia orang tidak boleh melepasi kawasan itu. Jadi, dia orang minta diperluaskan kawasan menangkap ikan ini, kalau dapat di zone lima daripada Lahad Datu sampai ke Tawau. Ini kesan bila sudah Taman-taman Laut menunjukkan, itu yang saya cerita pasal Ekonomi Biru ini terkesan. Pasal kawasan saya ini, semua nelayan. Dan satu lagi untuk mohon disampaikan juga kepada pihak LKIM, soal bayaran kos sara hidup. Dia setahun, dua kali dibayar dalam setahun, enam-enam bulan, iaitu kos sara hidup yang dibagi 300 kepada nelayan yang terdaftar dengan PNK, dan kepada awal-awalnya. Satu lagi, untuk makluman tambahan supaya ini tidak ada kaitan dengan Kementerian Pertanian Negeri, tapi melibatkan persekutuan, iaitu peranan PNK ini bersama LKIM ini, iaitu kos subsidi ini, bila saya lihat banyak subsidi dibagi. Kalau kita tengok banyak-banyak Kementerian, Kementerian Pertanian paling banyak menerima subsidi.

Selain daripada kos sara hidup daripada pusat, bantuan pukat, enjin sangkut dan juga bantuan subsidi minyak, diesel kepada nelayan ni, RM1.70 satu liter, currently yang saya dimaklumkan dan mereka ini tidak tangkap ikan sudah. Dia jual itu minyak lebih RM2.00, lebih menguntungkan. Sebab itu, hari ini nelayan pantai tidak tangkap ikan lagi. Kalau dapat sara hidup 300 bulan-bulan kad minyak pun begitu tak tahulah

di tempat lain, tapi ini berlaku di tempat saya. Dia tidak tangkap ikan sudah, sedangkan duit peruntukan itu sangat banyak.

So, persoalan saya pihak Kementerian kali ini, cuba bincang dengan Kementerian Pertanian di pusat, supaya keadaan ini satu kaedah yang baharu, mungkin untuk mempertingkatkan keupayaan pendapatan nelayan ini dan kita tengok yang saya katakan tadi, banyak subsidi dibagi. Tapi saya minta, ada tidak maklumat nelayan yang dibagi subsidi berubah kepada lebih baik daripada sebelum itu? Data-data ini tidak ada. Kes ini berlaku sejak 23 tahun lepas lagi, tapi subsidi ini masih berjalan. Jadi, saya minta kita juga selaku pembangkang apa yang dikatakan, dalam pun kita berbelanja begitu banyak, tapi perlu berhemah dan perlu menepati sasaran supaya perkara-perkara ini diambil perhatian. Kerana Sabah ini terlalu banyak nelayan, petani, yang banyak dibagi bantuan, tapi dari segi perubahan hidup ini tidak banyak berlaku sejak 30 tahun. Terima kasih banyak.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Terima kasih Yang Berhormat, Sulabayan. Pihak Kementerian saya akan mengambil perhatian berkenaan isu yang diutarakan, terutamanya isu-isu berkenaan dengan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diperingkat persekutuan, terutamanya juga berkenaan dengan kes-kes subsidi minyak dan sebagainya. Kita sedia maklum, Kerajaan Perpaduan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menggunakan pelbagai inisiatif supaya dapat mengurangkan ketirisan subsidi ini, dan pihak kami ambil perhatian untuk dibincangkan lebih lanjut.

Seiring dengan usaha memperkukuh keterjaminan makanan.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk Menteri, boleh?

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

… dan oh.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Saya bentang isu tadi the subsidy. Sedikit saya ada sedikit boleh ah, Datuk Speaker? Terima kasih Datuk Menteri. Saya ada sedikit.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat ada sebut tadi dalam ucapan perbahasankah?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Tapi saya ada sedikit cadangan saja. Kasih bagi sama Datuk Menteri.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Tapi kita tidak bawa lagi cadangan yang baru. Kalau tidak, tidak habis dia berucap ucapan penggulungan.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Sekejaplah, boleh Datuk Menteri? Just, just, just a bit, ini boleh? Habis cadangan saja. Cadangan saya..

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Satu minit.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Boleh ya? Terima kasih Datuk Menteri.

Saya rasakan apa yang telah dibangkit oleh tadi YB Sulabayan, saya rasa itu tepat isu betul tadi, Datuk Menteri sudah bagi tahu itu ketirisan subsidi ini. Jadi, saya nak cadangkan, mungkin Datuk Menteri boleh bincang dengan Persekutuan, bahawa subsidi ini yang juga subsidi design ini kuasa itu dikembalikan kepada Ko- Nelayan itu. Sebab LKIM itu sekarang yang bertanggungjawabkan untuk bagi subsidi ini daripada agensi persekutuan. Tapi, LKIM hanya ditubuh pada tahun 2000. So, sebelum itu, memang itu Sabah yang jaga subsidi diesel sendiri melalui Ko-Nelayan. Jadi, saya hendak minta, mungkinlah, adakah Datuk Menteri setuju bahawa mungkin boleh pinjam sama persekutuan? Bahawa itu kuasa itu untuk menjaga subsidi diesel itu dikembalikan kepada Sabah ini. Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya. Cadangan yang baik, akan kita bincangkan kepada peringkat persekutuan.

Seiring dengan usaha memperkukuh keterjaminan makanan dan pemerkasaan rakyat, Kementerian saya turut melangkah program Mentor-Mentee Pertanian sebagai pendekatan, untuk mengenalpasti anak-anak muda yang berkait aktif dalam bidang pertanian, bagi membimbing generasi muda berkecimpung dalam sektor pertanian. Selaras dengan perkembangan ekonomi digital, usahawan-usahawan industri makanan perlu diberi galakan untuk menceburi ekonomi digital, bagi meluaskan pasaran meningkatkan pendapatan pengusaha.

Kejayaan tokoh-tokoh usahawan tempatan yang mana mereka ini merupakan penggiat industri makanan seperti Cik B, anak Datuk Seri Vida yang mengusahakan kulit ikan, kulit ikan apa ya? Salmon, ya kulit ikan Salmon. Datuk Aliff Sukri yang mengusahakan jeruk mangga dan Khairul Aming yang mengusahakan sambal. Yang mereka ini membuktikan bahawa penggunaan platform digital sebagai kaedah pemasaran produk, mampu menembusi pasaran yang lebih luas dan melonjakkan pendapatan usahawan-usahawan tersebut.

Kita yakin dengan adanya usaha ini, kita akan juga dapat mengeluarkan anak-anak muda yang berpotensi dalam pengeluaran hasil-hasil memproses makanan, mendapatkan pendapatan seperti juga yang saya sebutkan tadi yang bernilai hanya dalam tempoh 10 minit mereka boleh jual RM1 juta. Jadi, kita tidaklah bilang 1 juta dalam 10 minit, tapi sekurang-kurangnya ada anak-anak muda kita, anak-anak muda, anak Sabah yang boleh kita ketengahkan supaya mereka ini juga mempunyai pendapatan yang lumayan dan juga ada sumber galakan daripada pihak Kementerian, insya-Allah.

Datuk Speaker, sesungguhnya Kementerian saya amat menghargai semua maklum balas, idea-idea dan cadangan-cadangan bernas yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Semua maklum balas ini akan diteliti dan akan diambil tindakan selaras dengan kesesuaian Dasar Kerajaan serta sumber kewangan Kerajaan yang sedia ada. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Natal 2025 kepada yang merayakannya dan selamat Tahun Baru 2026 kepada semua rakyat Sabah. Akhirnya, saya berikan dua rangkap pantun sebagai pengakhiran..

Datuk Speaker, boleh sikit saja, sikit lagi?

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Okey.

Ada.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Satu minit.

Pada.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Penjelasankah soalan baharu?

Bukan, bukan soalan baru. Yang yang saya tidak dengar dia punya jawapan pasal monyet okey, monyet. Okey, pasal monyet ini di kawasan saya banyak kampung. Hampir semua kampung apa nama, hampir semua kampung yang ada monyetlah.

Okey, dan monyet ini telah merosakkan bukan sahaja tanaman tetapi juga mengancam kehidupan masuk ke dalam rumah dan sebagainya, yang saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah rancangan Kerajaan untuk membayar pampasan atau bagi sedikit pampasanlah pada pekebun kecil inikan, yang menanam, menanam menanam-menanam tunggu-tunggukan dihancurkan oleh monyet jadi itulah adakah apa nama pampasan walaupun sedikit untuk pekebun-pekebun kecil yang apa namanya ini menanam ini. Terima kasih.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Mahu tangkap..

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Monyetkah?

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, untuk makluman, Kampung Monyet itu kan? (Ketawa kecil). Saya sebenarnya mendengar perbahasan daripada YB dan untuk makluman, ia bukan di bawah Kementerian kami, ia di bawah Jabatan alam… Perhilitan. Tapi sebagai tipslah, sebab saya ini pun pengusaha juga ini, kebun saya pun selalu juga ada ini, saya pelihara anjing tapi jangan anjing yang jinak, peliharalah anjing yang ganas. 10… satu kilometer dia nampak monyet, dia bubut, jadi mengurangkan sedikitlah untuk supaya kita dapat menjaga kebun. Tapi kalau di kawasan perumahan ini, memang sukarlah kalau di kampung sebab kita punya anjing ini, dia anjing yang jinak sudah sekarang yang kita pelihara.

Tapi tips saya supaya antara yang boleh kita ketengahkan kepada pekebun-pekebun yang mengalami keadaan ini, adalah untuk memelihara anjing-anjing yang ganas ini tapi dia punya harga lumayan juga ah. Tidak lari anak anjing pun seribu ringgit ke atas. Jadi, okey?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk, Datuk Menteri. Sedikit. I minta penjelasan.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Yakah? Mahu habis sudah ini.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ya. sekejap lagi.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Mahu tutup sudah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Penjelasan tentang itu skin, skin salmon tu.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

CSR?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Itu tadi, tadi Menteri sebut itu. Tentang itu salmon punya skin bah itu, itu produk, itu produk KL bah, kan? Saya minta penjelasan daripada, itu produk KL yang dijual, kan? Yang tadi, adakah Menteri setuju bahawa kalau you mahu gerakkan melalui you punya Kementerian untuk anak muda keluarkan process food di Sabah, kan? Tadi, tadi Menteri ada bagitahu, kan? Adakah Menteri setuju atau sedar bahawa sekarang itu, kalau mengikut tangkapan daripada ikan, buat downstream di Sabah ini pun dikenakan SST export tax itu. Jadi itu akan jadi satu halanganlah, cabaran untuk anak muda untuk teruskan dalam bidang ini, adakah Menteri setuju itu?

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, inilah yang ingin kita laksanakan untuk anak-anak muda di Sabah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Bukan SST tu, export.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, kita akan cuba usahakan kerjasama dengan agensi swasta, ya. Sebab kita tahu ikan-ikan kerapu ataupun udang sekarang, kita tidak ada masalah untuk eksport. Tapi untuk yang lain-lain ini, belum ada pengusaha ataupun syarikat swasta yang datang bersama dengan kita.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Bukan. Downstream pun dia eksport, maksud saya.

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya, ya, kita akan buat.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Dia charge itu.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Teruskan Yang Berhormat, Menteri. (Suara kurang jelas)

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Ya. Kalau Tanjong Aru ada rakan-rakan yang ingin mengusahakan bersama dengan agensi kami, kami alu-alukan untuk kita berbincang, okey?

Akhirnya, saya kemukakan satu dua rangkap pantun. Kebun dapur ayuh laksana, Program pertanian yang amat bermakna; Mari berbudi kepada tanah, Tingkatkan keluaran ekonomi dijana. Terima kasih saya ucapkan atas maklum balas dan juga saranan. Belia dibimbing penuh harapan, Pemacu perhatian; Pemacu pertanian masa hadapan, Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kerajaan, Tempatan dan Perumahan. Silakan, Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih.

Terima kasih Tuan Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah Wasyukrulillah.

Wasalatu Wassalamuala Rasulillah. Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Salam Sabah Maju Jaya. Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya, kita dapat bersama-sama pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah. Terima kasih Tuan Speaker.

Pertamanya, saya merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor atas kejayaan menakhoda parti, dan kejayaan bagi meneruskan misi Hala Tuju SMJ 2.0. Saya juga menukilkan penghargaan atas kepercayaan yang diamanahkan kepada saya, untuk mengetuai Kementerian KKTP bersama dua Pembantu Menteri, Yang Berhormat Datuk Fairuz Renddan dan Yang Berhormat Datuk Dr. Maijol.

Saya juga tidak lupa menzahirkan terima kasih yang mendalam kepada warga Membakut, yang sekali lagi memilih saya untuk menjadi wakil rakyat dengan misi sepanjang PRU baru-baru ini “Sebarkan Kasih Sayang, Kibarkan Persaudaraan”. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat, Datuk Seri Timbalan Ketua Menteri II, Merangkap Menteri Kewangan di atas pembentangan Belanjawan 2026 yang merupakan tahun pertama pelaksanaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0, dengan tema “Memacu Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Diutamakan” yang telah disampaikan pada 12 Disember 2025. Belanjawan tahun ini adalah permulaan yang positif untuk kita membuktikan kesungguhan, dan keupayaan Kerajaan membela kesejahteraan rakyat dan mengotakan janji yang telah diberikan sebelum ini.

Tuan Speaker, peruntukan yang telah diberikan kepada Kementerian saya pada tahun 2026 adalah sebanyak RM257.44 juta meningkat sebanyak 4.2%, berbanding dengan peruntukan sebanyak RM247.1 juta pada tahun 2025. Ini selaras dengan keperluan meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Bagi memacu pembangunan fizikal, jumlah siling peruntukan bagi RMKe-13 sebanyak RM280.19 juta yang telah merangkumi 70 projek pembangunan, iaitu 24 projek sambungan dan 46 projek baharu. Semoga dengan adanya peruntukan-peruntukan ini, aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 dapat direalisasikan dengan jayanya.

Tuan Speaker, Kementerian saya komited dalam melaksanakan, memperkasakan kesemua agensi dan jabatan di bawah naungan KKTP. Ini bagi memastikan pembangunan yang holistik, mampan, berteraskan rakyat dan berorientasikan

kesejahteraan dapat menjadi kenyataan. Seiring dengan keperluan semasa dan hala tuju serta aspirasi pembangunan negeri, Kementerian saya, Tuan Speaker, akan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan, seperti mana berikut: Satu, pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). (A) Pemerkasaan PBT dilaksanakan secara menyeluruh dengan menumpukan kepada pengukuhan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berkesan. Inisiatif berkaitan adalah, satu, kita akan membuat Jelajah Menteri di kesemua 25 buah, 25 PBT yang terletak di bawah KKTP. Dua, Tuan Speaker, sasaran semua PBT Sabah untuk memperoleh sekurang-kurangnya tiga bintang dalam sistem penarafan bintang PBT, yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke atas semua PBT di Malaysia. Tiga, Tuan Speaker, pelaksanaan Anti-Bribery Management System (AMBS), (EBMS) di beberapa PBT terpilih.

Keempat, Tuan Speaker, penambahbaikan struktur pegawai-pegawai penguatkuasaan PBT Sabah. Manakala yang kelima, penyediaan model perjawatan PBT Sabah yang lebih bersifat menyeluruh. (B) Tuan Speaker, ialah transformasi digital, dengan melaksanakan inisiatif berikut. Satu, sembilan PBT terpilih akan terlibat dalam pelaksanaan e-PBT melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan. Dua, Tuan Speaker, penambahbaikan sistem maklumat setinggan E-Squatters Population (ESP 2.0) yang melibatkan pelaporan dan pemantauan setinggan dari setiap daerah.

Tiga, Tuan Speaker, sistem permohonan JawatanKuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) dikenali sebagai E-JKDB yang akan digunakan oleh setiap PBT bagi permohonan JKDB. Ke (C), Tuan Speaker, eksklusiviti keselamatan dan kesejahteraan komuniti, inisiatif yang akan dilaksanakan adalah program komuniti di kawasan perumahan PPR dan meneruskan program Ruang Komuniti di PPR yang mendapat peruntukan daripada KPKT. (D) Penorakaan hasil baharu PBT, selaras dengan fungsi PBT yang termaktub di dalam Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Tuan Speaker, perkara kedua ialah pembangunan perumahan yang terancang dan berfokuskan kesejahteraan juga menjadi hala tuju kita di Kementerian. Yang

melibatkan, (A) Cadangan pembinaan Program Residensi Rakyat (PRR) yang baharu. Antaranya ialah melaksanakan pembinaan PRR yang telah mendapat kelulusan dalam RP3 RMKe-12. Pembinaan PRR Kuala Penyu akan dibina dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan KPKT. Kementerian saya juga telah mengemukakan beberapa cadangan tapak PRR ke KPKT untuk disenaraikan dalam RMK-13. (B) Tuan Speaker, memperkenalkan sistem E-Perlesen.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

…Sinan, Perumahan Swasta e-PPS bagi proses pembaharuan dan permohonan lesen pemaju perumahan secara digital. Tiga, pengurusan landskap dan kelestarian alam sekitar. Kementerian saya juga akan melaksanakan inisiatif berkaitan berikut; 1.

Projek Pembangunan Landskap di PBT melalui peruntukan Kewangan Kerajaan Negeri, Kod S39; 2.

Tuan Speaker, pelaksanaan Projek e-splanade Tasik Sitompok Kuala Penyu dan Landskap Perbandaran Putatan di bawah RMK 13; 3.

Menerusi Projek Jelajah Air Hijau di beberapa PBT terpilih dan penganjuran Sabah Landscape Architecture Award 2026; 4.

Pengurusan sisa pepejal. Pengurusan sisa pepejal yang cekap dan berkesan merupakan salah satu teras penting dalam menjamin kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar di negeri Sabah. Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan biodiversiti dan sumber semula jadi, kegagalan mengurus sisa pepejal secara sistematik boleh memberi kesan jangka panjang terhadap ekosistem, kesihatan ekosistem, kesihatan awam dan imej negeri.

Pengurusan sisa pepejal bukan sahaja sekadar isu kebersihan Tuan Speaker, malah mencerminkan tahap kematangan tadbir urus, mencerminkan kecekapan perkhidmatan awam dan keprihatinan terhadap kesejahteraan komuniti setempat.

Untuk itu, Tuan Speaker, Kementerian saya telah meletakkan beberapa inisiatif penting dalam pengurusan sisa pepejal di negeri ini. Inisiatif tersebut antaranya ialah satu.

a) Membina tapak pelupusan sampah di daerah Semporna dan Paitan di daerah Beluran; b) Membina sel baharu tapak pelupusan sisa pepejal berpusat di Keningau; c) Menaik taraf jalan di tapak pelupusan sampah di Kampung Langkawit, Papar; d) Membina tapak pelupusan berpusat, Transfer Station di Beaufort; e) Membina dan menaik taraf tapak pelupusan sampah di Kudat; dan yang f) Membina sel baharu tapak pelupusan sampah Tawau.

5.

Tuan Speaker untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui KKTP sedang melaksanakan pendekatan pengurusan sisa moden berasaskan konsep 3R (Recover, Rehabilitated, Reuse) menggunakan teknologi IGNIS 3R. Teknologi ini bukan bersifat percubaan, sebaliknya telah terbukti berkesan melalui pelaksanaan di sebuah loji swasta di Johor serta dua tapak pelupusan di Terengganu, Gelugur dan Mak Cili, termasuk memperoleh kelulusan EIA di tapak pelupusan Gelugur Kemaman. Pendekatan ini, Tuan Speaker, memberi tumpuan kepada pemulihan tapak pelupusan sedia ada secara berfasa tanpa membuka tapak baru.

Sekali gus mengurangkan pencemaran, meningkatkan kesihatan awam dan membolehkan tapak lama digunakan semula dengan selamat. Di Sabah Tuan

Speaker, teknologi ini sedang dilaksanakan sebagai projek rintis strategik melalui kerjasama KKTP, PBT dan pihak pelaksana, antaranya di tapak pelupusan Sungai Sibuga, Sandakan dan tapak pelupusan Kampung Langkawit, Papar. Tertakluk kepada pematuhan penuh keperluan kawal selia OC, CCC dan EIA. Seterusnya, inisiatif mencerminkan komitmen Kerajaan untuk beralih kepada sistem pengurusan sisa yang lestari dan berdaya maju selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya ke arah tadbir urus bandar dan daerah yang lebih mampan. Beralih kepada Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Tuan Speaker, seiring dengan Matlamat Belanjawan 2026 untuk memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat, Kementerian saya mengambil perhatian dalam penyediaan perumahan awam seperti perumahan kos rendah dan perumahan mampu milik di negeri ini. Untuk itu, Kementerian melalui LPPB akan meneruskan pembangunan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di empat lokasi.

1.

Fasa 1 Sukau sebanyak 50 unit rumah berkembar; 2.

Fasa 2 Melalap sebanyak 50 unit rumah teres; 3.

Fasa C, Fasa 1 Beluran sebanyak 20 unit rumah teres; dan 4.

Fasa 1 Pitas sebanyak 50 unit rumah teres.

Dua rumah mampu milik RMM, iaitu dua projek rumah mampu milik apartmen sebanyak 243 unit di Kapayan Ridge, Kota Kinabalu dan rumah teres 241 unit di Kimanis, Papar. Projek ini, Tuan Speaker, sedang dalam pembinaan dan merancang pembinaan empat projek RMM, iaitu sejumlah 78 unit jenis apartmen di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu, 200 unit apartmen di Kapayan, Kota Kinabalu dan 86 unit apartmen di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, dan 1200 unit rumah berkembar di Beringgis, Papar.

Tuan Speaker, salah satu tugas dan tanggungjawab LPPB adalah untuk merancang dan membangun pekan-pekan baharu di seluruh negeri Sabah. Pada masa ini,

LPPB diberi peruntukan untuk membangunkan sembilan buah pekan baharu, iaitu Pekan Baru Tongod, Pekan Baru Paginatan, Pekan Baru Merotai, Pekan Baru Sungai Melayu Sebatik, Pekan Baru Sukau, Pekan Baru Melalap dan Pekan Baru Uludusun, Pekan Baru Beluran dan Pekan Baru Pinangah.

Saya menyentuh Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah JPBW, Tuan Speaker. Perancangan bandar yang disusun merupakan asas kepada pembangunan yang seimbang, mampan dan..

Speaker, Speaker…

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

…berdaya tahan.

Yang Berhormat Menteri. Boleh saya tanya sedikit? Tadi Yang Berhormat Menteri ada bercakap soal pekan baru dan saya tidak dengar pekan baru Tungku dalam senarai yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi, kerjasama antara LPPB dengan Menara Gading Sdn. Bhd. Kalau Yang Berhormat Menteri ada maklumat pasal perkara itu boleh beritahu saya. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Ya, Sebenarnya perjanjian dengan syarikat berkenaan saya difahamkan sulit ditamatkan tetapi syarikat berkenaan merayu lagi dan kita akan lihat macam mana sekiranya tidak dapat, kita akan tidak bertolak ansur kerana kita mahu pembangunan berkenaan diteruskan.

Kalau boleh Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan mesti ada dia punya time frame, ya? Mesti ada masa yang ditetapkan, kalaupun katakan mau bagi peluang kepada dia, mesti ada satu tempoh masa. Kalau sudah tidak boleh fulfill, then forget it. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih. Saya akan ambil tindakan. Tuan Speaker,

selaras dengan itu, Kementerian saya melalui JPBW akan melaksanakan beberapa inisiatif utama melalui Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, satu kajian semula rancangan struktur negeri Sabah. Pelan ini adalah satu, dokumen Perancangan Jangka Panjang yang menggariskan hala tuju perancangan pembangunan fizikal, ekonomi sosial dan alam sekitar di Sabah, yang telah mendapat peruntukan di bawah RMKe-13.

Dua, setiap daerah juga mempunyai plan daerah yang merupakan satu dokumen perancangan guna tanah dan penzonan pembangunan. Untuk itu, di bawah JPBW, kajian semula perancangan daerah di enam daerah iaitu Sandakan, Semporna, Kota Belud, Kunak, Kudat dan Tuaran akan dilaksanakan.

Tiga, Tuan Speaker, Pembangunan Sistem Sabah Digital Planning Hub dan yang ke empat, Penyediaan Plan Induk Bandar Pintar Sabah.

Saya seterusnya ke Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Tuan Speaker, bagi mengukuhkan tadbir urus berkaitan dengan Hal Ehwal Anak Negeri Kementerian saya akan memberikan tumpuan terhadap beberapa perkara utama. Satu, Tuan Speaker, menaik taraf dan menjenamakan semula institusi-institut latihan Mahkamah Anak Negeri yang disebut sebagai Ilman yang sedia ada. Ini termasuklah kerja-kerja pembaikan bangunan dan menubuhkan lembaga pengarah BOD Ilman seperti yang dicadangkan baru-baru ini di Mesyuarat kabinet. Lembaga ini diwujudkan bertujuan untuk mengawal selia tadbir urus pemantauan prestasi akademik dan operasi Ilman, penetapan dasar dan polisi pengurusan kewangan dan perkara yang berkaitan dengan pembangunan Ilman sebagai sebuah institusi yang diiktiraf di peringkat lebih tinggi. Kita bercadang, Tuan Speaker, agar Ilman akan menyediakan kertas kerjasama dengan beberapa universiti untuk kita mewujudkan program diploma sekurang-kurangnya persijilan dan diploma Hal Ehwal Anak Negeri yang diwujudkan bersama dengan kerjasama beberapa universiti.

Dua, Menubuhkan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri. Ini, Tuan Speaker, termasuklah semakan semula Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 yang kini dalam rangka akhir dan dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri akan datang.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

…menerusi pembinaan, tiga Tuan Speaker, menerusi pembinaan sembilan, meneruskan pembinaan sembilan buah Mahkamah Anak Negeri (MAN) di Sabah, iaitu pembinaan lima MAN di bawah pembiayaan Kerajaan Persekutuan.

1.

MAN Tongod RM5.3 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2026; 2.

MAN Putatan bernilai RM5.8 juta yang dijangka siap pada Februari 2026; 3.

Tuan Speaker, MAN Nabawan, RM5.58 juta yang kini telah mencapai lebih kurang 2% kemajuan pembangunan fizikal; 4.

Tuan Speaker, MAN Papar, bernilai RM5.3 juta yang kini dalam peringkat pemilihan kontraktor; dan 5.

Tuan Speaker, MAN Kota Kinabalu, bernilai RM5.3 juta yang kini dalam proses pelawaan tender.

6.

Manakala bagi pembiayaan Kerajaan Negeri, terdapat empat MAN Mahkamah Anak Negeri terlibat, iaitu:

7.

MAN Tamparuli RM1.95 juta yang kemajuan pembinaannya kini mencapai 98.91%; 8.

MAN Sook bernilai RM2 juta yang telah mencapai 9.58% kemajuan pembinaan; 9.

MAN Paitan bernilai RM2 juta yang kini dalam proses penilaian tender; dan 10.

MAN Pegalungan yang kini dalam proses memuktamadkan tapak projek. Saya seterusnya ke Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang juga saya diamanahkan sebagai Exco Agama. Bersama dibantu oleh…

YB Menteri, maaf mencelah. Berkenaan dengan Mahkamah Anak Negeri ya. Peluang wanita sebagai Ketua Adat. Apakah perancangan dan langkah-langkah yang sedang dipertimbangkan oleh pihak Kementerian bagi memperluaskan penyertaan wanita dalam pelantikan sebagai Ketua Adat di Mahkamah Anak Negeri, khususnya dalam usaha memperkukuh prinsip kesaksamaan gender serta mengiktiraf peranan wanita yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman mendalam berkaitan dengan adat dan budaya setempat?

Dan soalan yang kedua, isu pemolitikan pelantikan Ketua Adat. Apakah pendirian Kementerian berhubung kebimbangan masyarakat terhadap pemolitikan dalam proses pelantikan Ketua Adat? Dan adakah Kementerian bersetuju bahawa demi menjaga kewibawaan dan integriti Mahkamah Anak Negeri, pelantikan Ketua Adat wajar dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman, serta kefahaman terhadap adat anak negeri dan perjalanan pentadbiran Mahkamah Anak Negeri selaras dengan amalan tadbir urus yang baik? Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih Inanam. Ya, YB Inanam. YB Inanam juga salah seorang Ketua Adat sebelum ini.

Ya, betul.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Dan memang peranan wanita kita iktiraf dan saya juga pernah menjadi Presiden MAN sebelum ini dan insya-Allah kita akan tambah baik dan kita akan tambah lagi peranan wanita dalam MAN. Di kawasan saya pun ada lebih tiga orang Ketua Anak Negeri, wakil Ketua Anak Negeri dari kalangan wanita. Dan kita juga mengambil perhatian apa yang telah Yang Berhormat cadangkan tadi berhubung dengan keperluan kita untuk mengutamakan kewibawaan dalam memilih mereka dan ini juga kita sebab itu kita laksanakan insya-Allah enakmen yang ke depan ini yang mana kita akan perkasa dengan latihan di ILMAN. Ini salah satu perkara yang kita ambil perhatian. Terima kasih. Tuan Speaker, Kerajaan…

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Mohon mencelah, YB. Peradian-peradianku (bahasa tempatan).

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Penjelasankah, soalan?

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Pasal minta penjelasan sedikit pasal pewujudan Mahkamah Anak Negeri tadi itu.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Ada bangkit dalam ucapan YB, kah?

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Tidak, cuma saya ingin minta penjelasan sedikit saja berkenaan dengan Mahkamah Anak Negeri itu. Kalau diizinkan oleh Yang Berhormat Menteri pasal tidak disebut tadi pewujudan Mahkamah Anak Negeri di Sipitang N.35. Mohon penjelasan, itu sahaja. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Kita ambil perhatian Yang Berhormat Sindumin dan juga ada beberapa MAN yang kita akan teliti dan kita akan senaraikan ke depan termasuk MAN di kawasan saya.

Tuan Speaker, Kerajaan melalui JHEAINS telah menetapkan hala tuju dan perancangan JHEAINS untuk tahun 2026 dan insya-Allah JHEAINS ini seperti mana diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kepada saya bersama dengan Yang Berhormat Datuk Isnin Aliasnih. Kita akan memperkasa dakwah, pendidikan, pengimarahan masjid, kekeluargaan dan pengurusan JHEAINS itu sendiri yang melihat betapa perlunya digital dalam pengurusan. Ini telah kita laksanakan melalui beberapa perkara yang berhubung dengan digital pada tahun lalu, iaitu antaranya ialah permohonan nikah melalui digital. Permohonan nikah, bukan nikah melalui digital dan juga kad atau pengesahan nikah melalui digital. Ini sudah kita laksanakan pada tahun lepas.

Pada tahun ini kita juga akan mencadangkan subsidi yuran kursus praperkahwinan. Kursus praperkahwinan ini ada yurannya. Kita akan berikan subsidi dan insya-Allah kita akan laksanakan. Seterusnya kita akan mencadangkan pelaksanaan program kahwin perdana secara beramai-ramai dan ini juga akan kita lihat keberkesanannya bagi membantu orang-orang muda. Tidak menyusahkan mereka mengurus urusan perkahwinan.

Tuan Speaker, satu perkara yang saya ingin sentuh berhubung dengan JHEAINS ini, iaitu kita akan mewujudkan lebih banyak lagi SAN Integrasi. Ini kita hanya dua SAN Integrasi, yang SAN Integrasi ini adalah pembelajaran atau pengajaran, belajar anak-anak kita, akademik, kemudahan agama dan tahfiz. Seperti mana di Putatan, SAN Integrasi Putatan dan kemudian SAN Integrasi Sembulan. Anak-anak akan belajar daripada awal pagi jam 7 sampai petang. Mereka tidak lagi belajar di sekolah yang lain kerana mereka diberikan pendidikan, agama, akademik dan tahfiz dan ini akan kita laksanakan di SAN Integrasi Pekan Tambunan, SAN Integrasi Benoni, SAN Integrasi Pekan Ranau, SAN Integrasi Pekan Kota Kinabatangan. Dan yang seterusnya Tuan Speaker, kita akan membina pejabat JHEAINS secara berperingkat. Satu, pejabat JHEAINS Putatan, pejabat JHEAINS Ranau, Pejabat JHEAINS Kota Marudu, Pejabat JHEAINS Kalabakan, Keningau, Tenom, Kudat dan Beluran. Tuan Speaker, izinkan saya untuk menyentuh isu-isu dan menjawab pertanyaan yang ditujukan…

Yang Berhormat Speaker.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

…kepada Kementerian saya.

Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta sedikit penjelasan ya mengenai SAN Integrasi tadi itu. Baru saya dengar ini SAN Integrasi ini. Apakah kriteria ataupun apakah syarat dan apakah kaedah untuk kita mewujudkan sebuah SAN Integrasi untuk satu-satu tempat? Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Ya, SAN Integrasi sudah kita berikan modalnya di Sembulan dan Putatan. Tetapi ada swasta yang melaksanakan SAN Integrasi ini di beberapa tempat. Di Kota Kinabalu ini banyak juga SAN Integrasi. Seperti PASTI yang telah dilaksanakan dan dia tertakluk kepada kajian yang dilaksanakan oleh JHEAINS khususnya berhubung dengan kedudukan masyarakat di tempat berkenaan dan kita akan berikan perinciannya kepada Yang Berhormat nanti. Mana tahu kawasan Yang Berhormat sesuai untuk kita wujudkan SAN Integrasi.

Bolehkah inisiatif SAN Integrasi ini kita integratekan dengan sekolah rendah?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Ya, begitulah itu. Jadi dia tidak lagi sekolah di sekolah rendah. Dia akan kalau sebelum ini ada peperiksaan UPSR, dia akan UPSR di sana juga...

Okey.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

…dan SRU di sana.

Dan bangunan itu boleh digunakan bersama?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Hah cuma kelebihan JHEAINS, kita wujudkan lagi tahfiz. Jadi ada tiga sistem dalam satu sekolah berkenaan.

Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih. Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sri Tanjong dan makluman Dewan yang mulia ini, kebanyakan

kerosakan lampu jalan milik Majlis Perbandaran Tawau adalah melibatkan kerosakan sistem pendawaian bawah tanah. Jenis kerosakan ini memerlukan peruntukan yang tinggi untuk kerja-kerja pembaikan. Pada tahun 2025, Majlis Perbandaran Tawau telah membelanjakan sebanyak RM918,570.00 untuk melaksanakan penyenggaraan dan pembaikan lampu-lampu jalan. Selain itu, pada masa ini Majlis…

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

…mempunyai sistem inventori lampu yang digunakan bagi memantau keadaan lampu serta bilangan lampu milik Majlis Perbandaran Tawau akan terus berusaha melaksanakan pembaikan ke atas kerosakan lampu secara berperingkat.

Yang Berhormat ADUN Tanjung Papat dan Yang Berhormat ADUN Elopura telah membangkitkan beberapa isu berkaitan dengan lampu jalan juga di daerah Sandakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kos penyelenggaraan jalan di Majlis Perbandaran Sandakan adalah sebanyak RM500 ribu pada tahun 2025. Jumlah lampu yang telah diselenggara meliputi kawasan perumahan dan jalan-jalan utama sebanyak 1 500 bagi tempoh bulan Januari hingga Oktober 2025. Ini termasuklah lampu jalan di sekitar Taman Green View hingga Bandar Sim Sim dan Jalan Lintas Sibuga adalah di bawah senggaraan majlis. Sepanjang tahun 2025, pihak majlis telah membuat pembaikan dan penyelenggaraan lampu di kawasan ini dan tindakan rutin sentiasa diambil dari masa ke masa. Walau bagaimanapun, bagi Jalan Lintas Sibuga sering berlaku kecurian fuse piller, peti kawalan dan underground cable. Bagi kes-kes melibatkan kecurian sedemikian, pihak majlis perlu sedikit masa untuk mengambil tindakan kerana perlu melalui proses perolehan. Pihak majlis telah memohon tambahan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan lampu jalan raya bagi tahun 2026 kerana pihak majlis sedang dalam perancangan untuk menukar semua bulb lampu kepada jenis LED secara berperingkat. Yang Berhormat ADUN Kepayan…

YB Menteri, sorry ya, boleh laluan sikit.

Pasal itu dari Grand Ville tadi ada cerita pasal. Terima kasihlah Menteri yang ambil tahu ini perkara. Jadi saya tanya, mau double confirm, jadi jalan dari Grandville sehingga ke bandar itu under MPS, kan? Itu lampu?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Ya, ada di bawah MPS dan saya akan maklumkan.

Sebab sebelum itu saya buat aduan kepada pihak MPS, yang didapati ini kena tolak pergi ke JKR.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Okey.

Itu yang saya double confirmlah kalau MPS, okey saya akan teruskanlah, sama ada Presiden MPS pun ada di sini. Sama kedua, satu juga itu saya mahu isukan juga, itu baru-baru ini kita pun terima banyak aduan sama juga Elopura punya kes juga. Saya ada dua, tempat saya ada satu pasar, Elopura ada dua pasar yang mereka membuat upgradelah. Yang upgrade itu, itu yang masa notis yang diberi untuk bahagian saya adalah pasar Sim Simlah. Kalau Elopura, pasar Elopura sama juga Kim Fung, yang upgrade itu, notis terlampau singkat. Baru berapa hari saja, ini hari bagi notis dari MPS, next two days sudah.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Itu pasar atau lampu?

Bukan, upgrade itu naik taraf kepada jenis food court itu. I think under federal fundlah.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih, terima kasih YB. Berhubung dengan lampu

tadi, saya akan selaras dengan JKR. Mana yang di bawah JKR, kita akan berhubung dengan Presiden untuk berbincang dengan dia berkenaan…

Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih.

Sorry saya, bukan hanya lampulah. Saya ada banyak soalan nanti ada ruang kasi saya tanya semua atau sekarang saya tanya?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Okey selepas ini nanti, selepas saya cakap, saya bagi ruang.

Okey.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

…Terima kasih YB. Yang Berhormat ADUN Kapayan ada membangkitkan pertanyaan mengenai peruntukan khas Majlis Perbandaran Penampang untuk menyelesaikan masalah jalan raya dan air serta elektrik di Penampang. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Majlis Perbandaran Penampang yang menyediakan peruntukan menggunakan dana Majlis bagi menyelesaikan masalah jalan raya yang terletak di bawah bidang kuasa PBT dan memerlukan tindakan segera. Jumlah peruntukan bergantung kepada nilai kerosakan tersebut dan ia perlu mematuhi peraturan dalam filas. Di samping itu, jalan raya milik MPP juga diselenggara oleh pihak Pembinaan Kekal Mewah Sdn. Bhd.

Bagi isu air dan elektrik, perkara ini bukan di bawah bidang kuasa Majlis. Walau bagaimanapun, pihak MPP akan berbincang dan merujuk perkara ini kepada Kementerian berkenaan. Yang Berhormat Tanjung Keramat…

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Sorry… Can I ask some question on that? YB Menteri, sekiranya YB Menteri boleh kita pergi buat site visit di Kapayan, then YB Menteri akan nampak bahawa Kapayan ni I think macam anak tiri juga ni. Sebab itu jalan raya, kalau saya boleh bilangkan itu jalan raya, dia punya lubang. Dia punya lubang pernah pecah tayar. Okey and some of the jalan raya especially dekat to the garden masuk the garden Taman Famosa and a few like Kampung Ganang semua itu, kan?

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat Kapayan, boleh minta penjelasan, jangan bawa perkara yang baru lagi.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

…this is not perkara baharu, saya sudah inside.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Sudah sebut dalam ucapan, kan?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Dalam ucapan saya.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Tunggu jawabanlah.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

…sebab dia sudah lari ke kawasan lain. So I just want to get the YB Menteri punya apalah because they really need the fund because it’s for the rakyat. It’s not for us. It’s for the rakyat dan secepat mungkin dan kalau boleh bagitahu bila boleh kita ada buat lawatan dan kalau boleh on the peruntukan khaslah. I know it’s not easy but I hope it can be done. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Sepertimana yang saya maklumkan tadi, kita akan membuat jelajah kepada 25 PBT dan termasuklah, jadi Penampang…

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

…25 tarikhkah? Haribulankah?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

…tidak 25 Majlis seluruh Sabah…

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

…Oh okey okey… tapi saya harap saya akan dibagi tahu sebab saya pembangkang normally they will not tell me and they don’t even let me go to the meeting, so I think this is…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Baru angkat sumpah satu minggu lalu bah.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Thank you, thank you…

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

…No problem…yang kedua Yang Berhormat ada di bawah Majlis Perbandaran Penampang ada di bawah di DBKK kawasan di bawah YB.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

…dan ada juga di bawah Petagas, thank you…

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Yang Berhormat Tanjung Keramat turut membawa isu berkaitan jalan raya di Putatan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Majlis Daerah Putatan memperuntukkan sejumlah RM100 ribu setahun bagi tujuan pitching walk, bagi menyelesaikan masalah pembaikan jalan raya dengan kadar segera. Selain itu, pihak Majlis Daerah juga melaksanakan pemantauan bersepadu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengawal dan mengambil tindakan terhadap kenderaan berat yang tidak mematuhi had muatan yang dibenarkan. Manakala, bagi isu kerosakan lampu jalan, pembaikan dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan majlis dan jumlah adalah berdasarkan kerosakan semasa. Selain itu, Majlis Daerah turut memohon peruntukan sebanyak RM400 ribu kepada KPKT melalui peruntukan BP1 bagi tujuan menaik taraf lampu sedia ada.

Tuan Speaker, Yang Berhormat ADUN Elopura, menyuarakan isu berkaitan dengan Pasar Muhibbah di Sandakan. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Sandakan telah menyediakan kertas cadangan untuk membina Pasar Muhibbah bersebelahan Terminal Bas Bersepadu Sandakan. Dengan anggaran kos RM7 juta, pihak majlis telah mengemukakan cadangan ini ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada awal tahun 2025 untuk dimasukkan dalam senarai RMKe-13. Sebagai makluman tambahan, kos RM7 juta ini bagi pembinaan Pasar Muhibbah baru adalah termasuk pembinaan parit, akses jalan dan juga tempat letak kenderaan yang mana akan dilaksanakan sejak design and build. Bagi tapak Pasar Muhibbah sementara yang ada pada ketika ini, kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan secara berkala.

Terima kasih atas pertanyaan Yang Berhormat ADUN Sulabayan berhubung status Pengoperasian Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Sabah 2022. Untuk makluman, enakmen tersebut masih belum dioperasikan buat masa ini. Ini kerana pihak Kementerian masih dalam proses menyempurnakan persiapan peraturan-peraturan berkaitan bagi memastikan pelaksanaan yang dapat dilaksanakan secara teratur, menyeluruh dan berkesan. Selain itu, tarikh kuat kuasa enakmen ini telah disasarkan untuk dikuatkuasakan pada tahun hadapan seperti mana yang telah ditetapkan Kementerian setelah semua persiapan perundangan dan pentadbiran disempurnakan. Cadangan tarikh tersebut akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Besar Negeri untuk semakan dan untuk perwartaan. Dalam masa yang sama, Tuan Speaker, sebagai sebahagian daripada langkah pengurusan dalam sekitar yang lestari, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian serius terhadap kebersihan.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

…perairan khususnya di Semporna. Sehubungan itu, perkhidmatan pemungutan dan pembersihan sampah di Perairan Semporna akan dimulakan pada tahun hadapan. Tapak pelupusan sisa pepejal di daerah Semporna

adalah sangat diperlukan memandangkan daerah tersebut masih belum mempunyai tapak pelupusan yang sesuai. Pada masa ini, tapak pelupusan sisa pepejal di Semporna dilaksanakan di atas tanah persendirian yang disewa yang merupakan penyelesaian sementara dan tidak mampan untuk jangka panjang. Untuk makluman Dewan, tapak yang sesuai telah dikenal pasti dan tersedia untuk dilaksanakan pada tahun hadapan, tertakluk kepada penyempurnaan proses teknikal dan kelulusan berkaitan. Tapak yang dikenal pasti itu di Mount Pock Semporna dan mempunyai keluasan 50 ekar. Komitmen ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan dalam memastikan pengurusan sisa pepejal di daerah Semporna dapat dilaksanakan secara lebih terancang, lestari, dan mampan.

Sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan tanah persendirian yang bersifat sementara. Kerajaan Negeri yakin langkah berperingkat ini akan memastikan pelaksanaan dasar dan perkhidmatan berkaitan pengurusan sisa dapat dilaksanakan secara teratur, secara berkesan dan mampan. Berhubung isu kutipan sampah di Kampung Sabindo, di Kampung Sipanggil dan Kampung Sipanggil di daerah Putatan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjung Keramat, kutipan sampah di kawasan ini telah diswastakan dan yang mana jadual kutipan adalah dua kali seminggu. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, melihat kepada keadaan semasa pihak majlis bercadang untuk menyemak semula jadual kutipan yang mana akan ditingkatkan kepada tiga kali seminggu.

Tuan Speaker, … Datuk Dr.

Tuan Speaker, boleh minta laluan? Minta maaf, terima kasih pesan mengenai sampah di Semporna. Cuma untuk makluman Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini isu sampah di Semporna ini menjadi isu hangat. Pada hakikatnya sampah ini memang sekian lama di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan. Sehingga dulu masa kita menteri dulu, kita cadangkan supaya satu enakman ordinan ini wujud kerana sebelum itu belum ada satu ordinan ataupun akta.

Sehingga saya masih ingat lagi, minta maaf Tuan Speaker, perlu penjelasan sikit pasal ada perkara penting saya nak jelaskan. Sehingga waktu itu soal sampah ini antara tanggungjawab yang cukup berat dilebarkan soal kebersihan sampah ini. So, bila kita lihat tidak ada akta di Kementerian ini atau ordinan siapa yang urus sampah ini. So, alhamdulillah dapat diwujudkan dan telah dibawa ke Dewan oleh Kerajaan sebelum ini. Terima kasih banyak. Kerana waktu itu ramai pelabur nak mengambil sampah ini untuk dijadikan satu, orang kata, kepelbagaian diproses. Kerana kalau kita bergantung pada pelupusan sampah, hari ini tengok di Madang, saya ingat masih penuh lagi. Demikian di tempat-tempat lain. So, sebab itu, perlu kita melihat kepada lebih daripada itu, bagaimana kita menggunakan sampah ini. Itu yang saya katakan, sehingga kita lawat ke Balikpapan di Indonesia, bagaimana dia proses sampah di sana. Bukan saja ada pelupusan sampah, pembuangan sampah. Saya ingat seluas mana pun tanah, tidak akan cukup itu. Kalau kita bergantung kepada tempat pembuangan sampah. So, perlu ada satu proses macam plastik, kertas dan juga hard waste, termasuk sisa makanan, boleh dijadikan peteraja (tidak jelas). So, yang saya highlightkan ini ialah sehingga isu dibawa oleh Menteri di Persekutuan. Apa tanggungjawab Ahli Parlimen Semporna. Sampah di Semporna ini kotor. Persoalan saya, siapa yang kutip sampah mereka sampai? Adakah ahli parlimen ataupun di bawah Kerajaan Tempatan? Itu saya nak jawapan. Boleh? Siapa yang membersihkan kutip sampah ini? Ahli Parlimenkah atau Pihak Berkuasa Tempatan? Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih.

Sama-sama kita kerjasama untuk memastikan kebersihan bukan saja di Semporna, semua tempat. Dan ini peranan kita bersama dan sebab itu kita akan memperkenalkan juga di kalangan MAN, Ketua-ketua Adat yang akan kita sebut satu program semasa saya jadi presiden dulu bersama Datuk Allahyarham Datuk Saidin Hayat, kita memperkenalkan “Desaku Bersih, Hidupku Aman” dan ini akan kita teruskan insya-Allah. Datuk Dr.

Yang Berhormat Menteri, bukan saya tak puas hati dengan jawapan. Persoalan dia, nyatakan siapa yang

membersihkan pungut sampah, membersihkan kawasan ini? Adakah Ahli Parlimen? Bukan saja Semporna. Termasuk Ahli Parlimen yang lain? Ataupun dibuat Kerajaan Tempatan? Ataupun dibuat siapa? Itu yang saya nak tanya.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Pertama, di bawah Kerajaan Tempatan dan juga peranan kita semua.

Datuk Dr.

Makna dia Ahli Parlimen pun terpaksa kutip sampah?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Kita tidak boleh terlepas dari peranan berkenaan… secara peranan yang… Datuk Dr.

Tak… makna dia Ahli Parlimen pun bertanggungjawab kutip sampah?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Tidak juga, maksud saya, peranan kita untuk bersama-sama, memberi kesedaran bersama.

Datuk Dr.

Itu tak betul, itu yang perlu ada Ordinan.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Okey, terima kasih. Tuan Speaker, saya ingin menjawab soalan yang dikemukakan oleh…

Datuk Speaker, pasal berhubung kait Parlimen ni. Jadi, saya pun bangkit tentang pelancongan dan menarik pelancong pun di antara penyebab kadang-kadang tersiar sampah di Semporna ini. Semporna ini satu pusat pelancongan yang begitu baik,

tapi tanggungjawab seperti dibangkitkan oleh Sulabayan. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sebenarnya saya bertanggungjawab waktu itu untuk mainkan peranan, sampai RM30.00 satu orang saya bayar gaji. Untuk pungut sampah, bayangkan, is a voluntary, responsibility to the member Parliment, tapi Kerajaan Tempatan, Majlis Daerah kena bagi arahan kepada mereka. Ada garis panduan untuk pastikan supaya ini tanggungjawab. Takkan 24 jam saya berada di Semporna ataupun kita tanggungjawab diserahkan. I have to pick up another outfit to ensure that we can resolve the problem there. Ini peranan Kerajaan Tempatan. Kena hasil pelancongan pun Kerajaan dapat. You know, kalau sekiranya kawasan ini bersih, pelancong datang, mereka tertarik dengan kawasan itu.

Takkanlah pula pelancong pun saya juga mainkan peranan semuanya. Ya, terima kasih banyak. Saya ingat penting bagi Kerajaan Tempatan, they be very sure and be very focused and be very firm, bold. Jangan biarkan. Pasal kita bayar gaji kepada Majlis-majlis Daerah ni dan lori ada dan van kita hantar seperti tempat. Saya dahulu kita kenal pasti satu sisa di kawasan Kunak untuk pembuangan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Senallang.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih Yang Berhormat Senallang dan seperti mana yang saya tegaskan tadi, ini peranan Kerajaan Tempatan dan peranan kita semua, annadhofatul minal iman ( kebersihan itu lambang keimanan). Tuan Speaker, saya ingin… Dato’ Dr.

Yang Berhormat Menteri, boleh sikit saya celah?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Boleh, boleh.

Dato’ Dr.

Ini cerita pasal sampah ini.

Lahad Datu juga tidak kurang hebatnya pasal sampah ini Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini saya telah cuba mendapatkan sedikit penjelasan daripada Majlis Daerah Lahad Datu berhubung dengan masalah sampah di Lahad Datu yang mungkin tidak dihebahkan seperti Semporna. Mereka menyatakan bahawa apa sebab berlaku nampak sampah di sana sini di Lahad Datu itu adalah kerana pertama konsesi yang diberi ini hanya bertanggungjawab tiga kali seminggu dan apa yang dijelaskan oleh Majlis pada pegawai saya. Iyalah kalau boleh, bagus kalau ada program mendidik penduduk. Tapi rasanya kalau pandangan sedemikian ini seolah-olah Kerajaan ini tidak mahu bertanggungjawab. Mahu diserah pula pada penduduk untuk supaya lebih berhemah ataupun tahu tanggungjawab bersama. Sedangkan pada fahaman rakyat ini, masalah sampah ini memang masalah yang timbul daripada rakyat. Tetapi tanggungjawab di Majlis itu ialah menjaga kebersihan. Yang mana penanggungjawaban soal sampah ini bukan pada YB ini, pada Majlis Daerah yang dipertanggungjawab sebab ada konsesi. Apa tujuan dibayar konsesi pada Majlis kepada kontraktor menjaga kebersihan, tetapi kita pula pimpinan ini disalahkan rakyat sebab tidak melaksanakan tanggungjawab? Mohon sedikitlah penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Seperti mana yang saya tegaskan tadi, memang peranan Pihak Berkuasa Tempatan. Kita hanya membantu dan juga kita berperanan menjaga kebersihan dan memberikan contoh yang baik seperti mana yang saya sebutkan tadi, nazafat minal iman.

Saya kembali kepada Tuan Speaker, terakhir berhubung dengan apa yang disebut oleh Sebatik. Yang Berhormat Sebatik, semalam berhubung dengan Sekolah Agama Negeri. Dan saya ucapkan berbanyak terima kasih atas teguran berkenaan. Ini kita ambil perhatian dan insya-Allah tahun hadapan kita akan tambah kelas berkenaan menjadi tiga. Sekarang ada empat guru dan peralatan-peralatan yang diperlukan juga saya minta disegerakan, dihantar oleh JHEAINS kepada pihak berkenan. SAN di sana adalah bagian daripada 104 buah sekolah agama negeri di bawah JHEAINS.

Tidak patut kita tinggalkan dan sementara itu kita juga ada program di bawah Kementerian yang di…

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

… diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, TTK, Tugas-Tugas Khas. Dulu di bawah saya, kita ada program yang disebut sebagai BALKIS. BALKIS ini adalah pembaikan sekolah-sekolah, tidak kira sekolah agama, sekolah mubaligh, sekolah agama negeri, sekolah kebangsaan, sekolah menengah. Ada peruntukan sedikit pada setiap tahun, projek pembaikan, baik pulih kelas dan sebagainya RM50,000 ke bawah. Dan ini akan kita masukkan disamping peruntukan JHEAINS yang sedia ada akan membantu.

Tuan Speaker, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini, saya ingin merakamkan terima kasih.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

YB Menteri?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Kepada semua Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan dengan mengutarakan berbagai isu, pandangan dan cadangan kepada Kementerian saya.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

YB Menteri?

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Saya bersama. Sekejap, ah, sekejap. Saya bersama-sama Pembantu Menteri, Setiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kanan di Kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 berkaitan dengan Kementerian saya dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Bagi isu

yang tidak sempat saya jawab pada kali ini, Kementerian saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan.

Assalamualaikum YB Menteri, saya ada membahas, semasa perbahasan saya ada membawa dua isu, berkenaan ruang letak kereta di Taman Puri Warisan di kawasan saya. Di mana setelah berapa tahun, memang masalah di tempat itu adalah ruang letak kereta yang tidak mencukupi. Masalah di sana itu, siapa yang sampai dulu dia punyalah. Jadi, saya ada mencadangkan dalam perbahasan saya bahawa terdapat satu kawasan, satu ruang, kawasan mungkin dalam seekar lebih atau dua ekar di sana.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Di mana YB?

Taman Puri Warisan. Taman Puri Warisan, untuk digunakan sebagai ruang letak kereta dan satu lagi, saya ingin mencadangkan agar kalau dapat diadakan satu tangki air, reservoir di taman tersebut untuk bagi menyelesaikan sedikit masalah bekalan air yang sangat teruk di kawasan tersebut. Itu saja.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

YB Menteri, laluan sikit-sikit. Terima kasih YB Menteri, terima kasih Tuan Speaker. Dalam perbahasan saya, saya ada bertanya tentang status pembinaan Projek Mangsa Kebakaran Kampung Gas, kerana sehingga ke hari ini rumah berkenaan tidak siap. Apa masalahnya dan bila boleh disiapkan dan ditempati. Terima kasih.

Assalamualaikum.

Assalamualaikum. Terima kasih Datuk Speaker, Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan saya punya soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Sebelum ini, dalam perbahasan saya, saya ada membangkitkan berkaitan tentang, selain daripada isu sampah, ya, di Kampung Selamat itu, ya. Mohon juga jasa baik daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan tentang isu itu.

Dan yang kedua adalah berkaitan dengan terminal bas, ya. Saya perhatikan ada peruntukan di mana projek baru dalam kementerian KKTP, ya. Saya mohon sekiranya terminal bas, ini pun perkara ini, saya sudah bangkitkan pada sesi-sesi yang lepas ya, dan pada sesi yang lepas, Menteri sebelum ini pun menyatakan ia dalam pertimbangan.

Jadi, mohon juga sekiranya peruntukan untuk projek baharu dalam KKTP ya, yang mana dalam peruntukan yang lebih kurang RM257 juta itu, ya, mungkin boleh dipertimbangkan satu terminal bas rasmilah di daerah Semporna.

Ya, memandangkan sudah terlalu lama menunggu untuk terminal bas ini, dapat, dengan jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk mewujudkanlah satu terminal bas rasmi di daerah Semporna. Dan satu lagi, berkaitan tentang isu zakat yang ada saya bangkitkan. Ah, ini adakah di bawah Yang Berhormat Menteri atau di bawah Menteri Kewangan?

Ya, YB Menteri. Terima kasih, ya. Ya, saya ada buat satu permintaan semasa pembahasan pada hari Isnin, adalah itu saya minta kita di Zon Sandakan punya semua Ahli Wakil Rakyat, sebab kita ada tujuh DUN di Zon Sandakan dan enam di pembangkang, jadi kita minta izinlah yang mesyuarat-mesyuarat di PBT, Masjid Perbandaran Sandakan (MPS) bagi pihak kita yang masuk untuk meeting, sitting for meeting, for theres.

Dan satu lagi, baru-baru kita pun ada terima banyak aduan dan juga ada notis dari MPS, iaitu untuk upgrade itu pasar untuk food court, jenis food court, yang saya boleh cadanganlah, in the future bagi notis yang lebih masa supaya mereka boleh pindah. Sebab notis yang given hanya two three days for the gerai-gerai to move out to the temporary site. Dan kedua juga itu BQ, kalau lain kali itu BQ boleh tambah masuk itu kos yang tempat sementara dan itu kos yang peminta itu apa, itulah new sitelah, temporary site. Terima kasih, YB Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih. Ada enam DUN yang telah mengemukakan beberapa persoalan sebelum ini. Bugaya, Darau termasuk Karambunai. Sebelum ini

ada mengemukakan berhubung dengan “Sifar Setinggan” dan juga sistem air di perumahan dan ini akan saya jawab secara bertulis semua, termasuk yang dikemukakan. Sebenarnya zakat di bawah Exco Pendidikan dan jangan khuatir, jangan bimbang Yang Berhormat, zakat kita dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti, pengerusinya dan dipantau oleh Majlis Tertinggi, Majlis Ugama Islam Sabah dan sistem yang kita laksanakan sebelum ini, kita berhubung dengan Tabung Am kita warisi daripada seorang tokoh yang jadi Menteri sebelum ini masa Warisan, memang diperkenankan juga di Semenanjung dan kita mendapat lima tahun berturut-turut sijil bersih daripada Audit Negara, insya-Allah kita akan jaga sebaik-baiknya perkara ini. Dan cadangan berkenaan akan kita perincikan. Terima kasih. Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Natal dan Selamat Tahun Baru.

Menteri, Menteri. (suara bertindih)

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan rakyat yang meraihkan. (suara bertindih)

Tolong kasih saya peluang, Menteri. Speaker, Datuk Menteri. (suara bertindih)

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Saya bersama-sama dengan Pembantu-pembantu Menteri saya di bawah KKTP dan di bawah Hal Ehwal Exco Agama akan meneruskan perjuangan ini. (suara bertindih)

Ya, Standing order. Menteri, you kasih saya peluanglah. Tadi, you cakap mahu kasih saya peluang.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Ya, ya.

Ya, saya belum, kasih saya peluang lagi. Ya, terima kasih Menteri, terima kasih Speaker.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Last, ah?

Ya, last sudah. Yang cerita tentang itu Pasar Muhibbah dan terima kasih. Saya harap Pasar Muhibbah bersama dengan bas terminal, satu pakej. Jadi, terima kasih RMKe-13 yang ada RM7 juta, saya harap secepat mungkin kasih selesai. Ini satu pakej bersama dengan ticketing masuk pergi bas terminal juga. Ini satu, nanti jawablah, saya tanya, saya jawab, saya ucap semua dululah. Ini kedua, ialah saya harap Sandakan pun dapat secepat mungkin jadi daerah Perbandaran Sandakan, jangan hanya Majlis sahaja. Secepat mungkinlah. Ini satu capaian untuk Sandakan juga, achievement, yang of course macam itu hari saya bersama maklumkan bersama dengan Menteri, harap dapat set satu Sabah Uniform Building By-Laws (UBBL), jangan ikut yang before, Building by-Law, ada satu biblelah untuk seluruh Sabah, bukan hanya di Sandakan saja, saya harap semua yang standardized. Jangan hanya Sandakan lain, lepas itu Kunak lain, lepas itu kudat lain dan sebagainyalah. Ini Sabah Uniform Building by-Law (UBBL) seperti Sarawak juga.

Yang tadi saya sebut, dengar Menteri yang sebut ada rumah mampu milik, tapi tak ada di Sandakan, di lain-lain tempat juga. Sandakan pun ada orang yang miskin, saya harap Sandakan pun dapat faedah atau kebaikan ini, dapat perumahan mampu milik juga. Ini saya harap Menteri dapat jawab semua ini dan last Sungai Padang. Sungai Padang di tangan Masjid Perbandaran Sandakan (MPS) juga, jadi apa langkah-langkah dapat jelaskan tahun satu, tahun kedua, tahun ketiga apa yang langkah-langkah boleh selesai ini masalah. Sekarang masih banyak tanah yang kosong, dari tempat yang MPS, tanah yang MPS masih kosong, tidak dapat buat apa-apa pun. Saya harap sekolah atau yang universiti atau yang sekarang vocational school di situ itu dapat faedah untuk yang tak payah turun bandar. Di situ ada ke…

… ada rumah. Yang last, saya harap Menteri dapat lebih peruntukan untuk MPS, dapat beli sky lift dan sebagainya. Sebab jentera memang tidak cukup, sebab selalu masalah lampu lampu-lampu, hari-hari pun lampu ada pokok. Sekarang harap peruntukan lebih, kasih beli sky lift. Ada satu team lagi baru untuk khas untuk pokok atau yang yang yang yang lampu jalan raya. Jadi, ini lima point ini saya harap ambil tindakan atau yang alert kita punya niat untuk rakyat, bukan untuk saya sendiri. Terima kasih Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Speaker, saya ambil catatan kepada enam perkara yang dikemukakan oleh Yang Berhormat itu dan saya akan minta pihak Presiden dan Setiausaha tetap, akan memperincikan dan membincangkan berhubungan. Ada juga perkara berkenaan di bawah bidang pendidikan, bukan lagi di bawah bidang saya, saya akan bawa kepada Menteri berkenaan. Tuan Speaker, itu saja. Saya ucapkan berbanyak terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Di sini saya ada some housekeeping rules untuk perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat I would like this to be a practice for all the YBs. Sekiranya ingin mencelah, make it short, to the point dan jangan jadikannya sebagai perbahasan. Straight to the point. The max iI will give you is one minute, more than that i need to stop you, jangan jadikannya sebagai perbahasan sekiranya ingin mencelah dan sekiranya tidak ada, ingin membangkitkan perkara baru yang tidak dibawa dalam sewaktu anda punya perbahasan. I can stop you but i leave it up to the Menteri sekiranya dia ingin menjawab secara bertulis atau tidak, to be fair to Menteri juga. So, let’s just em. make it short. I know you have a job to do as well as a YB, i have my job to do as well to make sure perjalanan sidang kita ini lebih efisien. So, thank you so much for your kerjasama. Thank you so much. Ok, seterusnya saya ingin menjemput yang berhormat Timbalan Ketua Menteri III,

Menteri Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Terima kasih Datuk Speaker, Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Sabah First. Izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya, untuk menggulung perbahasan Usul Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2026, yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 12 Disember yang lalu.

Ucapan penghargaan dan terima kasih, turut dizahirkan kepada Kerajaan Negeri Sabah yang telah menyediakan peruntukan kepada Kementerian saya dengan jumlah RM105.67 juta, bagi peruntukan perbekalan dan RM88.36 juta bagi peruntukan pembangunan. Peruntukan ini akan diagihkan bagi pelaksanaan projek-projek di bawah seliaan agensi Kementerian saya antaranya, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah SEDCO, KKIP Sdn. Bhd., POIC Sabah Sdn. Bhd., serta Sabah Oil and Gas Development Corporation, SOGDC Sdn. Bhd.. Selain itu, peruntukan ini turut merangkumi dua jabatan yang telah disenaraikan selaras dengan keutamaan baru Kementerian, iaitu Jabatan Keretapi Negeri Sabah dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah. Menerusi jumlah tersebut, sebanyak RM43.53 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur dan utiliti taman-taman perindustrian di KKIP, POIC Lahad Datu dan SOGIP agar lebih kondusif dan menarik peluang pelaburan di Sabah. Dalam usaha berterusan meningkatkan ekonomi di serata daerah di Sabah, SEDCO diberi peruntukan keseluruhan berjumlah RM16.9 juta, bagi melaksanakan projek-projek sedia ada, melibatkan pembinaan rumah kedai dan premis-premis perniagaan. Kementerian saya juga diberikan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi menyelaras Program Keusahawanan Negeri, iaitu satu program baharu yang diwujudkan sebagai pusat penyelarasan, bagi semua program berkaitan keusahawanan di bawah satu Kementerian pelaksana, bagi memastikan pengurusan lebih teratur dan berkesan. Selaras dengan perubahan nama serta fungsi kementerian dan bagi menyokong

hasrat Kerajaan Sabah, untuk memperkasa sektor perindustrian melalui peningkatan jaringan pengangkutan.

Maka, Jabatan Keretapi Negeri Sabah dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah, telah diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian saya.

Dalam memastikan perkhidmatan kereta api di Sabah terus relevan dan berdaya saing, peruntukan sebanyak RM18.19 juta telah disalurkan kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Manakala, sejumlah RM4.75 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah bagi memperkukuh infrastruktur pelabuhan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri.

Kementerian saya turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, atas pemberian peruntukan secara geran melalui Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri, MITI. Dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM145.78 juta, yang mana sebelum ini diperuntukkan diterima dalam bentuk pinjaman persekutuan dan bayaran balik persekutuan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM37.4 juta diperuntukkan bagi tahun 2026, melibatkan Taman-Taman Perindustrian di KKIP, POIC Lahad Datu dan SOGIP Sipitang bagi pelaksanaan projek-projek infrastruktur dan utiliti.

Inisiatif komitmen, serta kesungguhan berterusan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan ini mencerminkan hubungan baik dan usaha bersama, dalam memperkukuh dan memajukan sektor perindustrian di Sabah, secara menyeluruh dan mampan. Usaha bersepadu ini diyakini bukan saja akan dapat meningkatkan daya saing ekonomi Sabah, malah berupaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, serta menjana kesejahteraan kepada rakyat Sabah. Datuk Speaker, pembangunan sektor perindustrian melalui kemasukan pelaburan ke Sabah, merupakan antara asas penting dan pemacu utama pertumbuhan ekonomi Sabah. Ini bukan saja memperkukuh daya saing ekonomi, malah menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan, memperluas peluang pekerjaan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Usaha dan komitmen berterusan Kementerian saya sama agensi-agensi yang berkaitan dalam menyelaras dan memudah cara pelaburan di Sabah telah membuahkan hasil. Setakat suku ketiga tahun 2025, Sabah telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM7.54 bilion dalam sektor pembuatan. Nilai pelaburan ini telah menjadikan Sabah sebagai negeri

yang keenam tertinggi di Malaysia, yang menerima pelaburan dalam tempoh tersebut seiring dengan agenda bagi menjadikan Sabah sebagai sebuah destinasi pelaburan utama di Malaysia, Kementerian saya akan terus komited dan bertekad untuk menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi, selanjutnya menyelaras dan memudahcarakan pelaburan-pelaburan tersebut.

Pembangunan industri tempatan juga tidak pernah dilupakan dan tidak akan diabaikan, kerana mereka merupakan penggerak serta penyumbang utama kepada sektor pembuatan di Sabah. Dalam usaha memperkasakan lagi industri tempatan, Kementerian saya akan terus mengambil langkah proaktif, bagi meningkatkan kapasiti dan capability pemain industri tempatan bagi memperkukuh daya saing mereka, di pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.

Di samping itu, Kementerian saya akan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), khususnya melalui penyertaan dalam misi pelaburan ke pasaran strategik antarabangsa dalam usaha memperkukuh promosi pelaburan.

YB Menteri pencelahan.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Belum juga, tunggu. Saya belum habis.

Saya habiskan yang ini baru … (tidak jelas). Kerjasama ini dilaksana menerusi satu inisiatif penjenamaan bersepadu yang menyelaras promosi pelaburan di peringkat persekutuan dan negeri, agar maklumat mengenai pelaburan dapat disampaikan dengan lebih jelas, konsisten dan berimpak.

Kementerian saya telah mengenal pasti dan menyenaraikan tenaga boleh diperbaharui, Ekonomi Biru, Biomass serta pemprosesan makanan sebagai sektor utama untuk dipromosikan menerusi inisiatif ke pasaran antarabangsa seperti China, Jepun, Korea, Taiwan, Eropah serta Amerika Syarikat bagi tahun 2026 selaras dengan cadangan daripada pihak MIDA.

Inisiatif ini diharap dapat memacu pembangunan ekonomi Sabah, di dalam menarik pelaburan berimpak tinggi yang

dapat mewujudkan peluang perniagaan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah, serta membantu pertumbuhan syarikat tempatan. Datuk Speaker, bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri melalui Pembangunan Keusahawanan di Sabah, pembangunan industri kecil…

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

… kecil dan sederhana (IKS) akan terus diberi tumpuan sebagai industri pendukung dan pemangkin kepada sektor pembuatan. Kementerian saya akan meneruskan kempen “Belilah Barangan Buatan Sabah” bagi tahun 2026, melalui pelaksanaan Karnival Usahawan PMKS di beberapa daerah yang bertujuan untuk meneroka peluang pasaran baharu, meningkatkan hasil jualan, menjalankan padanan perniagaan bersama pasar raya tempatan dan memperkenalkan produk usahawan IKS, kepada masyarakat dari dalam dan luar Sabah.

Hasil pencapaian padanan perniagaan bersama pasar raya tempatan bagi tahun 2025, adalah sebanyak RM2.9 juta dan hasil jualan kaunter sebanyak RM92.5 ribu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Sabah kepada usahawan IKS, kerana menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi meneruskan Program Bantuan SME-UP bagi tahun 2026.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Dengan peruntukan ini, Kementerian saya akan menambah baik keberkesanan program bantuan SME-UP dengan meningkatkan penilaian teknikal yang lebih teliti. Pembangunan kapasiti usahawan

serta pemantauan impak bagi memastikan bantuan mesin dan peralatan dapat meningkatkan produktiviti IKS secara signifikan.

Yang Berhormat Menteri, minta izin kalau boleh, pasal the subject you touch.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Yes, saya akan izinkan kemudian.

For investment, for investment just now.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Saya lebih selesa kalau. Saya selesai ini Datuk Seri.

I know SME is different.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Saya akan izinkan selepas ini. Bagi tahun 2026, Kementerian saya akan meneruskan kerjasama dengan Pasar raya Bataras dan Petronas Dagangan Berhad. Sehingga November 2025, kolaborasi ini telah merekodkan jualan sebanyak RM885,000.00 melalui pasar raya Bataras dan RM2.91 juta melalui Petronas Dagangan Berhad.

Berdasarkan pencapaian memberangsangkan ini, Kementerian bercadang untuk memperluaskan kerjasama dengan pasar raya AEON, bagi membuka akses pasaran yang lebih luas ke Semenanjung Malaysia.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penyertaan Kerajaan Negeri dalam ekspo antarabangsa terus memberi impak positif kepada Usahawan IKS Sabah. Pada tahun 2025, sebanyak 18 ekspo antarabangsa telah disertai dengan penglibatan 115 usahawan yang berjaya merekodkan potensi jualan berjumlah

RM95.9 juta. Pencapaian ini melepasi sasaran yang ditetapkan awal, iaitu RM70 juta. Malah mengatasi prestasi tahun 2024, iaitu sebanyak RM60.3 juta. Seterusnya, Kementerian akan meneruskan Program Fulfillment Services melalui kerjasama strategik bersama Pos Malaysia Berhad. Seramai 30 Usahawan IKS Sabah akan dipilih untuk menyertai program ini, dengan menyediakan pengurusan penghantaran yang lebih efisien, kos logistik yang kompetetif serta akses kepada rangkaian pusat penghantaran Pos Malaysia di Semenanjung. Bagi menitikberatkan pembangunan insan terutamanya kepada usahawan sedia ada, beberapa kursus atau program telah dirancang pada tahun 2026 bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran, pemasaran, pengiktirafan pensijilan dan peningkatan kualiti produk. Antara kursus dan program tersebut adalah:

1.

Kursus Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri MeSTI; 2.

Kursus Peningkatan Kualiti Produk melalui Teknologi Retort; 3.

Kursus Pematuhan Pensijilan Halal; dan 4.

Kursus Pengiraan Kos.

Transformasi digital turut menjadi agenda utama melalui pembangunan sistem pangkalan data usahawan dan platform pemantauan program yang lebih efisien. Pendekatan ini akan menyokong analisis dasar yang lebih tepat serta mengoptimumkan koordinasi antara agensi. Usaha penyelarasan strategik bersama pemain industri, agensi Kerajaan dan institusi berkaitan akan terus diperkukuhkan bagi mengelakkan pertindihan program serta memastikan pelaksanaan pembangunan industri yang lebih holistik.

Secara keseluruhannya, way forward 2026, Pembangunan Keusahawanan menetapkan hala tuju yang lebih jelas untuk Kementerian serta agensi-agensi di bawahnya, dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan, memacu pertumbuhan industri tempatan serta menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negeri secara berterusan. Datuk Speaker, seiring dengan perluasan peranan dan tanggungjawab, Kerajaan Sabah telah menjenamakan semula Kementerian ini bagi mencerminkan mandat yang lebih menyeluruh dan strategik. Dengan memasukkan

portfolio pengangkutan ke dalam Kementerian ini, ianya sesuatu yang strategik dan tepat pada masanya, kerana pengangkutan merupakan elemen penting dan sokongan kepada pertumbuhan ekonomi di Sabah.

Ini adalah kerana sistem pengangkutan yang cekap, sama ada melalui rangkaian jalan raya, pelabuhan, rel atau lapangan terbang dapat memudahkan pergerakan barang dan hasil industri tempatan. Dalam rangkaian utiliti, sistem logistik dan infrastruktur yang lebih baik, kita boleh memasarkan Sabah sebagai destinasi pelaburan berimpak tinggi serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif untuk para pelabur, dan keusahawanan PMKS berkembang secara maju dan mampan. Hala tuju ini selaras dengan agenda Sabah First yang saya ingin perkenalkan di Kementerian ini.

Dalam membina satu ekosistem ekonomi yang memudahkan syarikat-syarikat Sabah untuk terus berkembang, berdaya saing dan terus berjaya di peringkat nasional dan serta serantau. Kementerian saya komited untuk memastikan portfolio pengangkutan dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri yang inklusif dan berdaya tahan, di samping meningkatkan taraf hidup rakyat. Datuk Speaker, saya juga ingin kongsi way forward agensi sebelum saya beri ruang kepada Yang Berhormat Senallang.

Datuk Speaker, perbadanan ini tentang SEDCO, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial ekonomi di Sabah. Bagi tahun 2026, SEDCO dijangka menyiapkan empat projek sambungan, iaitu; 1.

Kedai Pulau BumBum di Semporna; 2.

Bangunan Rumah Kedai di Matunggong ; 3.

Bangunan Rumah Kedai di Weston; dan 4.

Kedai Padas Damit di Beaufort.

Selain itu, dua projek sambungan sedang dalam pelaksanaan, iaitu Projek Kedai Tungku, Lahad Datu dan Kedai Pitas yang masing-masing dijangka siap pada tahun

2027. Bagi projek baharu tahun 2026, terdapat dua projek yang akan dimulakan, iaitu Kedai Sook dan Kedai Kinabatangan.

SEDCO akan meneruskan komitmennya dalam pembangunan keusahawanan melalui pelaksanaan pelbagai latihan keusahawanan termasuk program khusus seperti:

1.

Skim Usahawan Siswazah; dan 2.

Skim Usahawan Teknikal.

Selain itu, beberapa kursus peningkatan kompetensi perniagaan turut dirancang. Antaranya:

1.

Program Pensijilan Halal dan MeSTI PMKS; 2.

Program Pemerkasaan Pembangunan PMKS; 3.

Kursus Kompetensi Halal; serta 4.

Latihan Keusahawanan.

Dalam usaha memupuk nilai keusahawanan dalam kalangan generasi muda, Program Tunas Niaga juga akan dilaksanakan secara aktif, melibatkan 40 buah sekolah menengah dengan sasaran 1 000 orang pelajar. Dalam pada itu, SEDCO telah diberi mandat sebagai pemaju dan agensi penyelia, bagi pembangunan Taman Perindustrian Ekonomi Biru Kudat termasuk penyediaan pelan induk pembangunan bagi projek tersebut. SEDCO kini dalam proses perlantikan perunding untuk melaksanakan penyediaan pelan induk berkenaan.

Datuk Speaker, KKIP. KKIP merupakan antara Taman Perindustrian Strategik Sabah yang berperanan sebagai pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi, penjanaan peluang pekerjaan serta tarikan pelaburan berimpak tinggi. Usaha pemerkasaan infrastruktur dan utiliti akan terus diberi penekanan bagi memastikan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, efisien dan berdaya saing kepada para pelabur. Dalam masa yang sama, KKIP akan turut memberi penekanan kepada usaha memuktamadkan Model Pembangunan Taman Perindustrian Kota Belud (KBIP).

Model pembangunan ini akan mengambil kira aspek perancangan guna tenaga, guna tanah, penyediaan infrastruktur dan utiliti serta keperluan industri lain, bagi memastikan pembangunan yang terancang, berdaya maju dan mampan. Seterusnya, pelaksanaan pembangunan KBIP akan dilaksanakan secara berfasa bagi menarik kemasukan pelaburan baharu, merancakkan aktiviti perindustrian di Sabah serta mewujudkan peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

POIC Lahad Datu. POIC Sabah akan memberi tumpuan untuk melaksanakan pelan tindakan bagi menyokong Dasar Industri Biojisim Kelapa Sawit Negeri Sabah. Kerajaan Negeri telah memberi mandat dan hak eksklusif kepada POIC sebagai pengumpul dan penyelia tunggal bahan mentah biojisim kelapa sawit di negeri ini. Dalam konteks ini, POIC akan membangunkan platform pengumpulan biomass POIC Sabah di POIC Lahad Datu. Selain itu, POIC juga akan melaksanakan usaha merealisasikan cadangan pembangunan Zon Bebas di POIC, Lahad Datu.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

…yang telah mendapat kelulusan dasar dari Kementerian Kewangan Malaysia. Dalam perkara ini, tindakan-tindakan yang perlu untuk mewartakan secara rasmi zon bebas yang dicadangkan ini akan diselaraskan dengan agensi-agensi yang berkepentingan agar dapat direalisasikan. Di samping itu, penambahbaikan berterusan ke atas infrastruktur, utiliti termasuk kemudahan pelabuhan juga akan terus diberi perhatian dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan ke POIC Lahad Datu dengan memanfaatkan lokasi yang strategik di rantau ini.

SOGIP. Datuk Speaker, bagi SOGDC tumpuan utama bagi tahun 2026 adalah untuk mempertingkatkan penyelarasan pelaburan yang telah diterima di SOGIP, khususnya bagi mempercepatkan pelaksanaan fasa pembinaan serta memastikan kelancaran pengoperasian fasiliti perindustrian yang terlibat.

Selain itu, SOGDC akan

memanfaatkan peruntukan yang telah diluluskan bagi melaksanakan beberapa kajian termasuk kajian pembangunan pelabuhan, pembangunan zon ekonomi bebas serta penyediaan infrastruktur pencegahan kebakaran di kawasan SOGIP bagi memastikan sokongan infrastruktur yang mencukupi, selamat dan berdaya tahan. Di samping itu, SOGDC juga akan memperluaskan penglibatan dalam aktiviti marin melalui perancangan pembangunan pelabuhan SOGIP yang dijangka dapat meningkatkan nilai ekonomi negeri dengan memperkukuh sektor perkhidmatan maritim dan logistik selaras dengan hala tuju dan agenda pembangunan perindustrian Sabah.

Invest Sabah Berhad. Invest Sabah berfungsi sebagai pusat sehenti bagi aktiviti promosi pelaburan merangkumi semua sektor, selain berperanan sebagai pemudah cara bagi kemasukan pelaburan domestik dan asing ke Sabah. Sehubungan itu, Invest Sabah komited untuk mempergiat dan melipatgandakan usaha promosi pelaburan di samping memastikan penyelarasan pelaburan dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan.

Pada tahun hadapan tahun 2026, Invest Sabah merancang untuk menyediakan kerangka Pelan Pelaburan Sabah 2030 untuk dikemukakan sebagai input kepada hala tuju SMJ 2.0. Pelan ini diharapkan menjadi kerangka strategik utama dalam memacu agenda pelaburan Sabah ke tahap yang lebih proaktif dan kompetitif di peringkat ataupun di rantau ini.

Sabah Trade and Tourism Office Singapore. Datuk Speaker, Sabah Trade and Tourism Office Singapore yang ditubuhkan pada awal tahun 2022 telah berusaha untuk memposisikan agensi ini sebagai jambatan strategik bagi menghubungkan Sabah dengan syarikat multinasional yang banyak berpangkalan di Singapura. Dalam hal ini, pejabat ini akan atau agensi ini akan terus meneruskan peranan pentingnya dalam menarik lebih banyak pelaburan dan kerjasama perdagangan dengan syarikat yang berpangkalan di Singapura. Di samping mempergiat usaha membawa lebih banyak produk Sabah menembusi pasaran Singapura serta meningkatkan ketibaan pelancong dari Singapura ke Sabah.

Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah. Datuk Speaker, Kerajaan Sabah telah mengambil langkah strategik dengan meletakkan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah di bawah Kementerian saya bagi memastikan kemudahan pelabuhan Sabah berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi. Dengan pertumbuhan pelaburan di Sabah, pelabuhan mesti bersiap sedia bagi menampung pertumbuhan ini. Fokus utama sepanjang tahun 2026 adalah seperti berikut:

Pertama, mendorong penyiapan projek perluasan kapasiti Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar. Ini penting untuk pelaburan langsung asing yang semakin meningkat ke Sabah.

Kedua, mengenal pasti penyelesaian sementara bagi isu kesesakan kawasan kontena di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar sementara menunggu penyiapan perluasan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar. Dan yang ketiga, melaksanakan pemantauan berterusan dan menyeluruh terhadap semua operasi pelabuhan di Sabah bagi memastikan pematuhan kecekapan serta kelancaran operasi. Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah. Jabatan ini merupakan salah satu jabatan yang kini diletakkan di bawah seliaan Kementerian saya. Jabatan Pelabuhan dan Dermaga berperanan bertanggungjawab dalam hal-hal pengawalan lalu lintas air di pelabuhan-pelabuhan, dermaga-dermaga dan sungai-sungai di Sabah dengan pengeluaran lesen perkapalan di bawah 15 tan bersih berdaftar dengan berlandaskan perundangan negeri, iaitu Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2022.

Bermulanya Rancangan Malaysia Ke-13 pada tahun 2026, jabatan ini akan melaksanakan beberapa projek keutamaan yang bersambung dari Rancangan Malaysia Ke-12, antaranya menaik taraf kemudahan pelabuhan dalam kawasan Terminal Jeti Menumbok yang mana melibatkan pembinaan Jeti Ponton serta kerja-kerja awalan bagi penyediaan struktur pendaratan rem feri. Pembinaan Jeti Pontoon di Karakit, pemasangan sistem pemantauan trafik perkapalan di Tawau, pengukuran hidrografik di Wallace Bay dan kerja-kerja awalan bagi pembinaan pangkalan feri di antara Pulau Bum-Bum dan Semporna.

Selain itu, jabatan ini akan terus

melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, kemudahan pelabuhan melibatkan penyelenggaraan aset-aset Kerajaan seperti kapal-kapal Kerajaan, kemudahan dermaga-dermaga Kerajaan, dan kemudahan kawalan lalu lintas. Jabatan Keretapi Sabah. Datuk Speaker, selaras dengan pertambahan portfolio Kementerian saya, Jabatan Keretapi Sabah turut menjadi salah satu jabatan yang diletakkan di bawah seliaan Kementerian saya. Pada tahun hadapan, Jabatan Keretapi akan memberi tumpuan, melaksanakan sebanyak lapan projek sambungan dan 24 projek baharu. Sebanyak lapan projek sambungan ini dijangkakan dapat disiapkan dalam tahun kedua Rancangan Malaysia Ke-13 yang melibatkan projek-projek utama seperti berikut:

Pertama, pembaikkan cerun dan tebing di sepanjang jajaran kereta api Beaufort ke Tenom, perolehan dua unit Diesel Multiple Unit Non-Powered Cars dan perolehan satu unit lokomotif, dan yang ketiga kajian kemungkinan dan reka bentuk awalan pembinaan sistem kereta api menghubungkan Putatan ke KKIP dan Pelabuhan Sepanggar. Manakala sebanyak 39 projek baharu akan dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-13 dari tahun 2026 hingga tahun 2030 bagi melaksanakan projek-projek utama seperti berikut:

Kajian kebolehlaksanaan pembinaan sistem pengangkutan awam berasaskan rel dalam bandar raya Kota Kinabalu dan kawasan sekitar, perolehan empat unit non-powered cars, pelbagai projek-projek penaiktarafan aset-aset Jabatan Keretapi. Datuk Speaker, itu sebahagian daripada way forward agensi dan sebelum saya beralih kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan belanjawan saya ingin memberi laluan kepada Yang Berhormat Senallang.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Datuk Speaker. Saya minta kerjasama Datuk Speaker kalau boleh di masa akan datang, pasal kita hadir ini untuk perbahasan, mendengar jawapan yang begitu bukan belanjawan Kementerian Pengangkutan ataupun Keusahawanan. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri

telah menyatakan tentang pelaburan yang begitu besar ya, pasal saya bangkitkan dalam perbahasan saya Datuk Speaker, berapakah jumlah syarikat daripada yang disebut itu dah pun on the ground dan adakah mencukupi keperluan pelabur ini dalam segi prasarana yang ada? Satu, bekalan-bekalan kemudahan elektrik, air, pengangkutan, pelabuhan, manpower yang ada sehingga Yang Berhormat sebutkan pelabur banyak yang datang ke bumi Sabah ini. Saya nak bertanya, simple question, berapa di antara pelaburan asing yang datang ke Sabah dah pun memberi peluang pekerjaan, dah pun berjalan, berfungsi dengan baik di bumi Sabah ini?

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Terima kasih, sebahagian itu sebenarnya ada dalam jawapan yang seterusnya, kerana dibangkitkan ada perkara baru yang itu saya boleh berikan jawapan secara bertulis ya. Datuk Speaker, saya merakamkan penghargaan kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan portfolio Kementerian ini semasa membahaskan Belanjawan 2026.

Pertama, Yang Berhormat Darau dan Yang Berhormat Sindumin telah bertanya mengenai jaminan Syarikat Esteel yang perlu mengutamakan pengambilan pekerja kepada anak-anak Sabah dan juga keperluan untuk menyediakan latihan.

Yang Berhormat Menteri, sebenarnya bukan soalan baru (suara bertindih). Saya tidak tahu mungkin persoalan yang saya bangkitkan, mungkin tidak difahami bila saya sebut 1.7 bilion peruntukan dalam belanjawan ini, yang itu dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Is it good enough? Kemudahan ini dalam jangka masa Rancangan Ke-13 lima tahun. Satu tahun..

…300 juta saja belanja.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Saya faham maksud itu.

…dan itu yang saya soalkan. Tapi dia hubung kait dengan keusahawanan ini. Kos operasi.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Saya tahu. Soal cukup tidak cukup, kita sentiasa akan ada keperluan baharu. Sebab itu kalau tanya saya, cukupkah tidak, memang tidak cukup. Tapi untuk tujuan yang telah disenaraikan itu, peruntukan itu diperuntukkan untuk itu. Sebab itu saya telah meminta Setiausaha Tetap dan telah pun berkomunikasi dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), kita akan bersidang pada bulan dua. Kerana kita perlu mendapatkan lebih banyak intervensi daripada Kerajaan Persekutuan untuk kita menyenaraikan keutamaan-keutamaan yang perlu intervention daripada Kerajaan Persekutuan… (suara bertindih)

…Just answer the question yang saya tanya tadi. Pelabur asing yang ada, adakah selaras dengan apa yang telah dibentangkan oleh kerana kemudahan belanjawan mencukupikah tidak? Terima kasih banyak.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Pada saya, soal cukup tidak cukup, tanggungjawab saya adalah untuk mendapatkan lebih daripada apa yang diperuntukkan untuk tujuan seperti mana yang dimasukkan dalam Belanjawan 2026. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Darau dan Sindumin serta Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, antara syarat utama atau garis panduan untuk kelulusan lesen pengilang yang telah ditetapkan oleh MIDA adalah jumlah tenaga kerja sepenuh masa. Syarikat pelabur mestilah terdiri dari sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia. Lanjutan daripada dasar tersebut, Kerajaan Sabah telah menetapkan bahawa sekurang-kurangnya 80% daripada 80% syarat minimum tadi, haruslah daripada tenaga kerja tempatan. Ini selaras dengan aspirasi Sabah

First dan keutamaan kepada penglibatan anak-anak tempatan Sabah dalam peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah, malah menyumbang kepada pembangunan modal insan serta peningkatan sosioekonomi setempat. Dalam konteks ini, Syarikat Esteel Enterprise Sabah komited untuk mengutamakan pengambilan anak-anak Sabah bagi mengisi peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan.

Komitmen berterusan Esteel ini mencerminkan sokongan syarikat terhadap aspirasi Sabah First di mana di samping memastikan manfaat pelaburan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat Sabah melalui peluang pekerjaan yang mampan dan berimpak tinggi. Bagi usaha memperkukuh pembangunan modal insan, Kementerian saya menekankan keperluan agar pelabur-pelabur menyediakan program latihan kepada tenaga kerja tempatan bagi memastikan manfaat pelaburan turut menyumbang kepada peningkatan kemahiran dan kompetensi rakyat Sabah. Sejajar dengan hasrat tersebut, Syarikat Esteel telah menyatakan komitmen untuk menyediakan peluang latihan kepada anak-anak Sabah bagi memastikan tenaga kerja tempatan bersedia dan memenuhi keperluan operasi kilang mereka.

Penekanan atas keperluan pelabur menyediakan program latihan kepada tenaga kerja tempatan ini telah terbukti apabila dua syarikat pelabur utama, iaitu SK Nexilis dan Kumpulan Kibing telah menghantar pekerja tempatan anak-anak Sabah ke Korea Selatan dan China untuk mengikuti latihan intensif sebagai persediaan menghadapi keperluan operasi berteknologi tinggi di fasiliti masing-masing di Sabah. Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat Tanjung Aru telah membangkitkan mengenai prestasi sumbangan sektor pembuatan pada tahun 2018 yang dikatakan lebih kukuh berbanding tahun 2024 sekali gus mencerminkan bahawa inisiatif industrialisasi Kerajaan sepanjang lima tahun kebelakangan ini dikatakan belum memberi impak yang signifikan terhadap peningkatan sumbangan sektor tersebut kepada KDNK Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjung Aru serta Dewan yang mulia ini, penyusutan sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK Sabah pada tahun 2024 berbanding tahun 2018 adalah disebabkan oleh kesan berpanjangan pandemik COVID-19. Yang ini adalah pengetahuan umum yang telah menjejaskan prestasi

sektor tersebut dalam tempoh tahun 2020 hingga tahun 2022. Di samping pemulihan yang masih sederhana dan tidak sekata merentasi subsektor utama. Bagi tahun 2023 hingga 2024, cabaran ekonomi global dan ketidaktentuan geoekonomi telah memberi kesan kepada pertumbuhan sektor tersebut. Walau bagaimanapun dari sudut prestasi pertumbuhan, sektor pembuatan Sabah menunjukkan daya tahan yang semakin kukuh. Pada tahun 2018, sektor ini merekodkan kadar pertumbuhan sederhana, sekitar 2.4%. Pascapandemik COVID-19, Kerajaan Sabah telah mempergiat pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh dan mengembangkan sektor pembuatan selaras dengan usaha pemulihan ekonomi negeri secara menyeluruh. Hasilnya, sektor ini mencatatkan pemulihan yang lebih memberangsangkan pada tahun 2023 dengan kadar pertumbuhan meningkat kepada sekitar 4.4%, melebihi pencapaian tahun 2018 serta antara yang tertinggi di peringkat nasional. Pencapaian ini jelas mencerminkan bahawa dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, sektor pembuatan Sabah telah pulih atau semakin pulih, dengan lebih pantas dan kembali berada pada landasan pertumbuhan yang positif.

Prospek pertumbuhan sektor pembuatan dijangka bertambah kukuh dalam jangka sederhana hingga panjang apabila pelaburan berskala besar beroperasi pada tahap kapasiti yang maksimum. Pengoperasian penuh Kumpulan Kibing misalnya dijangka meningkatkan sumbangan subsektor produk mineral bukan logam melalui pengeluaran kaca solar bernilai tinggi dan pengembangan rantaian bekalan tempatan.

Manakala SK Nexilis akan memacu pertumbuhan subsektor elektrik dan elektronik melalui pengeluaran keranjang tembaga berteknologi tinggi.

Di samping itu, pengoperasian Esteel kelak dijangka menjadi pemangkin utama kepada subsektor logam asas dan produk logam yang direka, sekali gus meningkatkan nilai tambah industri secara keseluruhan. Secara keseluruhannya, apabila pelaburan-pelaburan utama ini dan pelaburan lain mencapai operasi pada kapasiti optimum, sektor pembuatan dijangkakan terus berkembang dengan unjuran pertumbuhan yang lebih

mampan serta potensi untuk meningkatkan sumbangan sektor kepada KDNK Sabah ke paras yang lebih baik.

Ahli Yang Berhormat Tanjung Aru, ini berkenaan dengan operasi di Pulau Sepanggar. Ahli Yang Berhormat Tanjung Aru telah membangkitkan berkaitan dengan isu berkenaan operasi pelabuhan kontena Teluk Sepanggar yang dengan dakwaan masa menunggu untuk mengambil kontena di pelabuhan sehingga dua hingga empat jam dan dilihat sebagai highly ineffective. Pada pandangan Kementerian ini adalah kurang tepat YB kerana saya akan jelaskan. Menurut statistik data daripada Operator Pelabuhan, bagi dua minggu kebelakangan ini, purata truck turnaround time di pintu masuk pelabuhan kontena Teluk Sepanggar hanyalah sekitar 47 minit sahaja. Kerana kes melebihi dua jam ini adalah kes yang terpencil dan kes terpencil ini berpunca daripada beberapa faktor seperti kerosakan peralatan, peningkatan trafik pada waktu puncak serta lain-lain isu operasi di lapangan. Selain itu, peningkatan permintaan barangan input menjelang musim perayaan turut menyumbang kepada situasi ini dan bukanlah kejadian yang berlaku secara harian. Selain daripada itu, bagi memastikan kelancaran pergerakan lori kontena dan mengelakkan kesesakan di pintu masuk pelabuhan, pihak Operator Pelabuhan Sepanggar baru-baru ini telah melaksanakan Vehicle Booking System, di mana pergerakan lori kontena dijadualkan mengikut slot masa tertentu. Langkah ini adalah inisiatif bagi mengurangkan waktu menunggu, melancarkan aliran trafik lori kontena, dan meningkatkan kecekapan operasi keluar masuk di pelabuhan selain daripada memberikan peluang untuk syarikat lori kontena merancang jadual pengambilan kontena di pelabuhan dengan lebih efisien. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjung Aru juga, pelabuhan kontena Teluk Sepanggar kini berada dalam fasa penaiktarafan melalui pelaksanaan projek pembesaran pelabuhan yang dijangka siap pada bulan Jun 2026. Ini selepas diberi EOT yang keempat dan saya akan memantau sendiri pelaksanaan projek ini dan pada awal Januari saya akan berkunjung ke pelabuhan ini untuk melihat sendiri kenapa sampai empat kali EOT. Apapun kita sentiasa berkomunikasi dengan pihak pelaksanaan supaya ia dapat disiapkan pada tempoh yang ditetapkan pada kali ini.

Sehubungan itu, bagi memberi ruang kepada pelaksanaan pembangunan tersebut, kira-kira 10% daripada kawasan container yard telah diperuntukkan khusus bagi tujuan kerja-kerja pembesaran pelabuhan…

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

…dan ini secara langsung telah memberi kesan terhadap kelancaran operasi pelabuhan secara keseluruhan, khususnya dari segi pengurusan ruang simpanan kontena.

Berikutan situasi tersebut, Pihak Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah telah mengambil pendekatan proaktif dengan melaksanakan tindakan kawal selia yang tegas bagi mengurangkan masalah kesesakan kawasan kontena serta ruang yang terhad dapat dikosongkan melalui pengeluaran dua pekeliling pelabuhan kepada pemilik-pemilik kontena, iaitu Pekeliling Pelabuhan Bil. 2/2025 dan Pekeliling Pelabuhan Bil. 3/2025. Hasil daripada pelaksanaan pekeliling-pekeliling tersebut, kadar penggunaan kawasan Kontena Yard yang sebelum ini berada pada paras sekitar 89% pada bulan September tahun 2025 telah berjaya dikurangkan kepada 51% setakat awal bulan Disember 2025 ini. Pengurangan ini telah memberi ruang tambahan kepada kemasukan kontena baru serta membantu menstabilkan tahap kepadatan kawasan simpanan kontena sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan ruang dan operasi pelabuhan secara keseluruhannya.

Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat Likas telah menyentuh mengenai rancangan Kerajaan ke atas Bangunan Sabah Trade Center yang telah terbengkalai sekian lama. Bangunan Sabah Trade Center di Likas merupakan aset milik Kerajaan Negeri yang berada di bawah seliaan Kementerian saya melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan. Pada masa ini, bangunan ini sememangnya tidak sesuai untuk digunakan berikutan kemerosotan keadaan struktur dan bangunan yang tidak selamat untuk diduduki. Sehubungan itu, Kerajaan melalui Kementerian saya sedang meneliti beberapa opsyen pembangunan semula tapak Sabah Trade

Center antara cadangan adalah untuk menjadikan ia sebagai Pusat Kegiatan Keusahawanan bagi menyokong pemerkasaan usahawan tempatan. Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Mohon mencelah, Datuk Menteri.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Pasal Sabah Trade Center?

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Ya.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Ya, silakan.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Adakah atau tidak jangka masa yang diperuntukkan atau dirancang oleh Kementerian Datuk berkaitan dengan Sabah Trade Center ini? Sebab sudah terbengkalai seberapa lama. So, kalau boleh kita minta Kementerian dapat memberikan satu jangka masa jangan sampai tunggu lima tahun akan datang lagi kalau tunggu lima tahun akan datang lagi, saya akan menang lagi sekali di sana.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Biar saya dengar dulu opsyen-opsyen ini.

Sejujurnya, saya dimaklumkan awal mengenai beberapa opsyen, saya akan teliti dan kalau ada cadangan daripada Yang Berhormat, kerana ini di bawah kawasan Likas, saya alu-alukan dan kerana ini hanya opsyen pada ketika ini. Tahun hadapan Belanjawan 2026 sila tanya saya lagi supaya saya diingatkan mengenai tanggungjawab saya Yang Berhormat.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Terima kasih, terima kasih Datuk Menteri.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Datuk Speaker, Yang Berhormat

Senallang, turut menyentuh mengenai dengan Kudat, khususnya mengenai dengan peranan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah di Kudat. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat Senallang, Kementerian saya melalui Lembaga Pelabuhan-pelabuhan Sabah akan memainkan peranan yang penting dan kritikal dalam menyokong dan mengintegrasikan perancangan pelabuhan bagi Pembangunan Taman-taman Perindustrian baharu di seluruh Sabah. Ini termasuklah Taman Perindustrian Ekonomi Biru di kawasan Limau-Limauan, Kudat yang akan dibangunkan oleh SEDCO, seperti mana yang saya jelaskan di awal tadi. Sebagai makluman, perancangan pembangunan pelabuhan dan akan turut disertakan dalam kajian Pelan Induk Taman Perindustrian ini yang akan dilaksanakan oleh SEDCO. Langkah ini adalah penting kerana kita menjangkakan pembangunan industri akan meningkatkan permintaan secara signifikan terhadap perkhidmatan pelabuhan yang lebih khusus.

Datuk Speaker, Kementerian saya turut mengambil maklum berkenaan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat Sebatik, berkaitan keperluan menaik taraf jeti awam yang lebih selesa dan selamat untuk kegunaan penduduk Sebatik. Sebagai makluman, Ahli Yang Berhormat Sebatik dan Dewan yang mulia ini, Kementerian saya melalui Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah akan memasukkan perancangan membina sebuah jeti awam di Kampung Mentadak, Pulau Sebatik untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan saya difahamkan kerja-kerja awalan untuk tujuan ini akan dimulakan pada tahun 2028 ini. Yang Berhormat Silam. Datuk Speaker, seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Silam, pembangunan POIC Lahad Datu bukan saja memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur bertaraf antarabangsa malah turut memberi keutamaan kepada penglibatan dan Pembangunan Tenaga Kerja Tempatan sehingga kini sebanyak 43 syarikat pelabur telah beroperasi di POIC Lahad Datu dan telah mewujudkan 1 509 peluang pekerjaan.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 1 246 orang adalah Rakyat Sabah, di mana 1 221 orang merupakan orang penduduk tempatan Lahad Datu, manakala 13 orang

lagi adalah Rakyat Malaysia daripada negeri-negeri lain. Selebihnya 250 orang adalah pekerja ekspatriat.

Di samping itu, POIC Logistik Sendirian Berhad yang menguruskan operasi logistik di kawasan POIC turut mengkaji 96 orang kakitangan yang kesemuanya merupakan rakyat Sabah. Dengan 90 orang daripadanya adalah anak-anak tempatan Lahad Datu. Ini jelas menunjukkan bahawa sebahagian besar peluang pekerjaan atau majoriti peluang pekerjaan di POIC Lahad Datu telah dimanfaatkan oleh rakyat Sabah, khususnya di Lahad Datu.

Sehubungan itu, POIC Lahad Datu telah berfungsi sebagai platform penting dalam penciptaan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Bagi memperkukuhkan lagi usaha ini, Kementerian saya menyokong cadangan menjalinkan kerjasama strategik berkaitan dengan institusi latihan, pusat TVET di Lahad Datu yang mana saya difahamkan di Lahad Datu kita ada Lahad Datu Vokasional College dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu, dan juga Lahad Datu Community College yang boleh menyokong atau menyediakan asas pekerjaan kepada pelabur-pelabur di POIC Lahad Datu.

Tuan Speaker, itu saja maklum balas saya kepada beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan ke atas Belanjawan 2026 untuk Kementerian saya. Bagi mengakhiri penggulungan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru 2026 kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini serta seluruh rakyat Sabah. Datuk Speaker, saya mohon menyokong, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan. Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti dipersilakan menyampaikan ucapan pergulunggan.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih Tuan Speaker, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya.

Tuan Speaker, Pembentangan Belanjawan Tahun 2026 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan terus memberi tumpuan dan penekanan terhadap fokus serta komitmen Kerajaan Negeri untuk memacu dan memperkasakan pertumbuhan ekonomi negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif melalui pelbagai projek kemudahan awam dan utiliti. Dalam konteks Kementerian Kerja Raya dan Utiliti, hala tuju Belanjawan 2026 yang dibentangkan adalah berpaksikan kepada tonggak keempat bajet ini, iaitu meningkatkan pembangunan pemboleh daya khususnya infrastruktur asas fizikal, utiliti dan kemudahan awam bagi menyokong pertumbuhan serta perkembangan ekonomi.

Penstrukturan semula nama dan portfolio Kementerian kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti adalah manifestasi komitmen Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bagi memfokuskan usaha Kementerian dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur dan utiliti di negeri ini. Selain itu, tumpuan khusus dalam subsektor ini adalah kritikal memandangkan kedua-dua subsektor ini saling berkaitan antara satu dengan lain dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan. Dalam Pembentangan Belanjawan Tahun 2026 ini selaras dengan tema…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan Memacu Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Diutamakan. Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah akan terus komited menyediakan kemudahan infrastruktur untuk kesejahteraan rakyat. Justeru, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Menteri Kewangan kerana mengesyorkan peruntukan Bajet 2026 sebanyak RM1.656 bilion bagi menangani isu-isu berkaitan dengan kemudahan asas seperti jalan raya, cerun,

jambatan, bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Manakala siling RM.. siling bagi Rancangan Malaysia Ke-13 untuk Kementerian adalah sebanyak RM4.8 bilion bersamaan dengan 39.92% daripada siling keseluruhan. Rancangan Malaysia Ke-13 untuk melaksanakan 318 projek pembangunan, iaitu 106 projek sambungan dan 212 projek baharu.

Kementerian Kerja Raya dan Utiliti melalui jabatan dan agensi pelaksanaan di bawahnya, iaitu Jabatan Kerja Raya Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah serta agensi-agensi utiliti lain akan terus komited memperkasa pembangunan infrastruktur awam.

Tuan Speaker, daripada jumlah peruntukan yang diperuntukkan kepada Kementerian saya, sebanyak RM616.9 juta diperuntukkan kepada Jabatan Kerja Raya Sabah dalam bajet tahun hadapan untuk menampung perbelanjaan bagi program-program seperti berikut:

1.

Program Penyelenggaraan Jalan Negeri termasuk jalan negeri berturap di bawah syarikat konsesi dan jalan gravel; 2.

Program Membina dan Naik Taraf Infrastruktur Lain seperti jalan raya di kawasan luar bandar, pembaikkan cerun dan jambatan; dan 3.

Program Pembaikkan Bangunan-bangunan Kerajaan, Sistem Aliran Trafik dan Lampu Jalan di sepanjang jalan raya negeri.

Selari dengan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air. Jabatan Air Sabah diperuntukkan sebanyak RM848 juta bagi melaksanakan program penyelesaian segera dan jangka pendek yang bertujuan meningkatkan kapasiti dan keberkesanan sistem bekalan air seperti berikut:

1.

Projek Pembangunan Bekalan Air Jangka Panjang dan Berimpak Tinggi; 2.

Program Penambahan Kapasiti Bekalan Air di seluruh negeri Sabah;

3.

Program Building Facility Maintenance Work dalam Loji Rawatan Air di bawah seliaan Jabatan Air Negeri Sabah; 4.

Program Penyelenggaraan Mekanikal dan Elektrikal di Loji Rawatan Air dan Rumah Pam; dan 5.

Maintenance Repair and Routine Maintenance of Water Pipeline For Three Years.

Kementerian saya juga komited dalam menyediakan perkhidmatan pembetungan yang lebih efisien, efektif dan menyeluruh.

Di bawah Bajet 2026, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Negeri Sabah telah diberi peruntukan sebanyak RM203.91 juta bagi melaksanakan program-program seperti berikut:

1.

Kerja-kerja operasi dan senggara yang merangkumi kerja-kerja awam, elektrikal, mekanikal serta proses dan alam sekitar; 2.

Kerja-kerja rutin penyelenggaraan; 3.

Program Kerja-kerja membaik pulih sistem pembetungan; 4.

Program Skim Pembetungan Kota Kinabalu, Program Skim Pembetungan Tawau, Skim Pembetungan Bandar-Bandar Kecil; 5.

Program Kajian dan Lukisan; 6.

Program Skim Pembetungan Pihak Berkuasa Tempatan; dan 7.

Program Mekanikal dan Elektrikal.

Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu berkaitan pembangunan infrastruktur dan utiliti, sama ada jalan raya, bekalan air dan lain-lain yang berkaitan dengan Kementerian, sama ada secara umum ataupun secara spesifik. Oleh itu, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan, isu dan cadangan mahupun pandangan tersebut. Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Karambunai dan Kapayan membangkitkan tentang kualiti tampalan lubang jalan raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerja tampalan lubang adalah termasuk dalam kerja

penyelenggaraan rutin. Bagi kerja penyelenggaraan rutin, peruntukan disediakan mengikut panjang jalan yang disenggara.

Berkenaan dengan isu kerosakkan berulang, kerja tampalan lubang ini akan berkesan apabila kedalaman lubang yang berlaku serta kerosakkan jalan terhad dalam lapisan turapan sahaja. Keadaan ini berlaku bagi jalan raya dalam kategori baik atau tahap dua dalam skala kerosakkan jalan dan kategori sederhana, tahap 3 dalam skala kerosakkan jalan. Kerja tampalan lubang yang dilaksanakan bagi jalan yang telah dikategorikan dalam teruk, tahap 4 dalam skala kerosakkan jalan dan amat teruk, iaitu tahap 5 dalam skala kerosakkan jalan, tampalan lubang tersebut tidak akan bertahan lama dan tidak berkesan disebabkan kerosakkan yang berlaku telah melebihi lapisan turapan dan struktur jalan telah rosak. Walaupun diketahui kerja tampalan lubang bagi jalan raya dalam kategori 4 dan 5 ini tidak berkesan dan tidak akan bertahan lama, JKR Sabah tetap mengarahkan syarikat-syarikat konsesi dan kontraktor menyenggarakan jalan untuk melaksanakan kerja tampalan lubang.

Usaha ini dilakukan bagi mengelak lubang yang berlaku dari menjadi lebih teruk dan dalam serta bertujuan mengurangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya. Berkenaan dengan kaedah kerja tampalan, pada masa ini standard spesifikasi kerja tampalan masih menggunakan bahan hot mix sahaja.

Antara isu utama bahan hot mix adalah suhu bahan yang mana kerja tampalan perlu dilaksanakan pada suhu bahan yang tinggi serta bahan hot mix ini tidak sesuai digunakan untuk kerja tampalan semasa musim hujan. JKR Sabah telah melakukan ujian tampalan lubang menggunakan bahan cold mix dan bahan ini sesuai digunakan untuk kerja tampalan semasa musim hujan dan apabila bekalan bahan hot mix tidak diperolehi, terutamanya semasa musim perayaan apabila kilang pembekal hot mix tidak beroperasi dan juga apabila tampalan menggunakan bahan hot mix sukar dilaksanakan.

Kementerian saya akan mencadangkan penggunaan bahan ini dalam semakan perjanjian konsesi dalam masa terdekat. Selain daripada penggunaan cold mix untuk kerja tampalan lubang, JKR juga telah dan sedang melaksanakan kajian penggunaan bahan terkini seperti Fibre Mixed Asphalt atau FMA yang bertujuan untuk memperkuatkan lapisan turapan supaya dapat bertahan lebih lama terhadap bebanan kenderaan yang semakin bertambah setiap tahun.

Sekiranya kajian ini terbukti berjaya, pelaksanaan bahan ini akan diperluaskan penggunaannya untuk kerja menurap semula dan pembaikkan jalan raya-jalan raya utama negeri di seluruh Sabah.

Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Bongawan tentang banjir dan kaitannya dengan pembinaan lebuh raya Pan Borneo, Kementerian saya ingin memaklumkan bahawa penyelesaian kepada masalah banjir di kawasan Beaufort tidak hanya…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Bergantung kepada pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo semata-mata. Punca banjir adalah bersifat menyeluruh dan melibatkan sistem saliran sedia ada, perubahan guna tanah, faktor pasang surut air laut serta hujan lebat berterusan. Sepanjang pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo, beberapa langkah khusus telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak kontraktor bagi mengurangkan impak banjir yang berkait secara langsung dengan jajaran lebuh raya tersebut.

Kementerian saya menegaskan komitmen untuk terus melaksanakan tanggungjawab dalam skop bidang kuasa yang ditetapkan serta memperkukuh kerjasama strategik dengan semua agensi berkaitan. Pendekatan bersepadu ini adalah penting bagi memastikan isu banjir di kawasan Beaufort dapat ditangani secara lebih berkesan,

tanpa menjejaskan keselamatan serta kelancaran pengguna jalan raya dan kesejahteraan penduduk setempat.

Ahli Yang Berhormat dari Merotai telah membangkitkan isu Jalan Sapulut Kalabakan, Jalan Gadung 4, dan Jalan Merotai Kalabakan. Bagi penyelenggaraan berkala, Jalan Sapulut Kalabakan sebelum ini telah pun dilaksanakan secara kaedah CIPR atau Cold In Place Recycling di beberapa lokasi kritikal sepanjang jalan tersebut. Bagi Jalan Gudang Empat, jalan raya ini adalah sepanjang 7.01 kilometer. Kawasan jalan yang mengalami kerosakan teruk akibat laluan oleh kenderaan berat yang terlibat dengan projek pembinaan empangan adalah di antara kilometer 2.7 hingga kilometer 4.0.

Pihak syarikat konsesi bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja pemantauan yang termasuk skop kerja pemeriksaan rutin di jalan ini dengan kekerapan satu kali seminggu. Berkenaan dengan pembaikan jalan.

Yang Berhormat Menteri, boleh bagi.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Boleh saya kasih habis dulu? Nanti. Okey. Berkenaan dengan pembaikan jalan, selain tampalan jalan, pihak konsesi juga telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan berskala kecil, iaitu Localized Repair di jalan ini. Pembaikan berskala kecil ini adalah untuk mencegah kerosakan yang berlaku dari bertambah teruk. Walau bagaimanapun pembaikan ini dijangka tidak akan bertahan lama disebabkan aktiviti lori-lori mengangkut tanah untuk projek empangan ini masih lagi aktif dengan bilangan pergerakan lori yang banyak.

Manakala bagi lokasi yang telah mengalami kerosakan teruk, kawasan berkenaan akan diturun taraf kepada jalan tidak berturap atau unpaved road. Kerja-kerja pembinaan semula atau pembaikan berskala besar di jalan ini akan hanya dimulakan setelah kerja pembinaan empangan disiapkan untuk memastikan jalan yang telah dibaiki tidak mengalami kerosakan yang disebabkan oleh aktiviti pembinaan. Bagi Jalan Merotai-Kalabakan, panjang jalan raya ini adalah 80.974 kilometer. Sepanjang 17.326 kilometer atau 20% adalah dalam keadaan sederhana atau rating

3. 24.439 kilometer atau 30% dalam keadaan teruk atau rating 4 dan 3.5 kilometer adalah dalam keadaan sangat teruk atau rating 5. Manakala, anggaran nilai tunggakan pembaikan Jalan Merotai-Kalabakan pula adalah berjumlah RM14 juta bagi rating 3, RM50 juta bagi rating 4 dan RM12 juta bagi rating 5. Pada masa ini, jalan tersebut adalah termasuk dalam program penyelenggaraan jalan secara rutin yang dilaksanakan setiap bulan. Untuk perancangan jangka panjang, Jalan Merotai-Kalabakan telah dimasukkan ke dalam Program Cadangan Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Fasa Ketiga. Berkenaan dengan perancangan pembaikan, Kementerian saya akan mengemukakan kepada Jemaah Menteri supaya satu peruntukan khas dapat diberikan untuk pembaikan jalan-jalan utama negeri seluruh Sabah termasuk Jalan Merotai-Kalabakan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, penjelasan yang cukup lebar. Tadi, disebut berkenaan dengan Jalan Merotai-Kalabakan itu. Ada beberapa tempat yang saya sempat rekodkan, iaitu 20%, 30% jalan yang teruk, 3.5 kilometer yang sangat teruk. Ini adalah berlarutan lama sudah, Yang Berhormat Menteri. Sudah bertukar beberapa kali Menteri sudah, saya ingat. Sampai ke hari ini, jalan-jalan tersebut masih juga dalam keadaan yang cukup membimbangkan, ya. Semakin teruk, sehari semakin teruk. Dan ada beberapa jalan itu yang sudah pun di downgrade, ya di downgrade.

Mungkin itulah yang dikategorikan sebagai jalan yang sangat teruk, iaitu 3.5 kilometer. Dan saya juga menyambut baik cadangan bahawa Fasa Ketiga Pan Borneo. Tapi, Fasa Ketiga Pan Borneo ini saya ingat mungkin Yang Berhormat Menteri tidak tahulah, kita masih sempat ada di sinikah tidak ini, Fasa Ketiga. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Menteri kalau boleh, ya tadi juga disebut tadi meminta anggaran baru, peruntukan khas untuk memperbaiki jalan tersebut. Saya harap ia dilaksanakan secepatnyalah, Yang Berhormat Menteri, ya.

Yang kedua, berkenaan dengan jalan di Gudang Empat tadi. Jalan di Gudang Empat tadi itu, jalannya dilalui oleh penduduk-penduduk daripada PPR di sana, ya. Ada satu PPR di sana yang mempunyai penduduk lebih kurang, lebih kurang 2 500 hingga 3 000 orang, ya. Sebab ada 400 lebih unit di sana. Dan juga sepanjang itu ada juga

kampung-kampung, ya, kampung-kampung. Jadi, keadaan ini terlalu teruk sudah Yang Berhormat Menteri. Saya baru ke sana juga beberapa minggu yang lepas, melihat keadaan itu dan semakin hari semakin teruk.

Bila dinyatakan bahawa kontraktor ada membuat pembaikan saya rasa tidak tepat itu, Yang Berhormat Menteri. Baik Yang Berhormat Menteri cek semula dengan Jabatan Kerja Raya di daerah Tawau dan kontraktor tersebut saya rasa pasang-pasang kon saja. Kalau malam cukup gelap dan keadaannya berapa kali sudah accident motor di sana. Jadi, lori-lori tersebut dulunya jalan siang. Sekarang malam baru jalan dan kita dapati memang muatan sangat tidak sepatutnya, sehinggakan jalan-jalan tersebut mengalami kerosakan yang teruk. Saya minta Yang Berhormat Menteri tolong mudah-mudahan dapat dilihat secara serius dua perkara ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya sambung lagi.

Mengenai jalan ya. Saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri, kalau ada jalan-jalan yang sebelum ini belum dimasukkan di bawah syarikat konsesi, perlu dimasukkan. Sebagai contoh, jalan masuk ke Kampung Tambisan, jalan itu sudah agak lama dan agak teruk juga kerosakannya. Disebabkan tidak ada pihak yang bertanggungjawab menjaga jalan-jalan tersebut. Jalan tersebut tidak dapat dibaiki dan cuma menunggu peruntukan berkala untuk dibaiki. Saya minta mana-mana jalan yang ada di negeri Sabah ini.

Tungkukah, tempat-tempat lain yang belum dimasukkan di bawah syarikat konsesi, masukkan juga sini supaya pembaikan berkala itu ada, pertama.

Keduanya, kalau boleh saya mencadangkan syarikat konsesi kita ini, sudah tiba masanya kita mahu audit dulu. Bagaimana pencapaian mereka dan bagaimana respons masyarakat setempat, ya. Sebab sudah agak lama dan pencapaian mereka begitu saja. Tidak ada benda yang boleh kita banggakan mengenai syarikat konsesi ini. Jadi, kita kena ada kaedah khas. Sama ada melalui JKR ataupun kita ada satu badan yang lain yang boleh memantau kerja mereka ini memastikan supaya kerja ini boleh dibuat dengan baik sepanjang masa. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih daripada Merotai dan Tungku. Bagi Merotai, seperti mana yang saya katakan tadi, Kementerian saya akan membawakan kepada Jemaah Menteri satu supaya di…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Memberikan peruntukan khas dan ini bagi semua untuk pembaikan jalan-jalan utama di seluruh negeri. Okey, jadi Yang Berhormat Tungku, terima kasih juga dan saya ambil cadangan itu untuk semua jalan-jalan ini kalau boleh, juga dimasukkan dalam konsesi. Tapi, satu saranan lagi yang kita akan saya ingat, in one of my text saya sebut juga itu, but yes, kita akan kalau boleh, kita akan check semula ataupun kaji berkenaan dengan konsesi-konsesi yang ada di Sabah sekarang ini. Terima kasih.

Mahu mencelah. Ini mengenai dengan banjir dan kerosakan jambatan. Di kawasan Paginatan ini, satu kita kena pergi ke Kampung Tiang di mana, kita perlu melalui kawasan Tambunan dan satu lagi ke kawasan Bayag, Togoyong dan Kitai, ini kawasan Ranau. Jadi, beberapa bulan yang lalu, dua jambatan di kedua-dua Sungai Melaut itu telah runtuh. Yang satu di kawasan Tambunan, yang satu lagi di kawasan Ranau. Apabila saya membuat lawatan ke tempat-tempat itu, selepas dua bulan, tiga bulan, saya dapati bahawa jambatan yang di kawasan Tambunan itu telahpun hampir siap. Sekarang rasanya sudah siap. Sedangkan di kawasan di Ranau itu yang pergi ke Togoyog dan Kitai dan Bayag masih lagi belum apa-apa.

Jadi, saya lihat ini sama ada kelemahan daripada pembuat dasar ataupun pemimpin saya tidak tahu tapi, yang penting sepatutnya dia sama boleh dibuat sebab ini adalah di bawah perbelanjaan darurat. Saya nampak yang di Tambunan itu memang

mereka laksanakan dengan cara itu. Tetapi yang di Ranau itu kawasan yang ke Togoyog dan Bayag itu belum apa-apa.

Jadi, saya mohon YB Menteri melihat dan mengambil tindakan ke atas perkara ini. Mungkin kelemahan daripada pihak pembuat dasar atau pelaksana dasar. Sebab, sepatutnya perkara ini boleh dilaksanakan di bawah perbelanjaan darurat, di bawah Arahan Perbendaharaan 55, di mana tanpa peruntukan kita boleh laksanakan. Sebab ini melibatkan keselamatan dan perkhidmatan kepada penduduk-penduduk. Jadi, saya mohon supaya YB Menteri melihat perkara ini dan mengambil tindakan seperti yang dibuat tindakan, yang dibuat oleh di kawasan yang satu lagi itu di kawasan Tambunan. Sekian, terima kasih.

Datuk Speaker. Boleh minta sekali? Sini Banggi Datuk Speaker. Boleh?

Speaker

Perkara yang kamu bangkitkan dalam perbahasan, ada?

Berkenaan dengan jalan daripada Pekan Kerakit ke Kampung Limbak Laut sepanjang 14 km, jalan ini saya fikir terlalu lama sudah tidak pernah diselenggara oleh konsesi, mohon Datuk Menteri ambil maklumlah.

Kerana telah berlaku kehilangan nyawa yang mana penunggang motosikal mengelak keadaan jalan yang berlubang akhirnya bertembung dengan kereta lain dan kehilangan nyawa melibatkan anak buah saya sendiri jadi mohon konsesi dan juga Kementerian ambil tindakan sesegera yang mungkin. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih daripada Paginatan, saya ingat ini perkara baru, inikan baru ditimbulkan. Walau macam mana pun saya akan minta pegawai-pegawai untuk meneliti dan kita akan beri penjelasan secara bertulis.

Sebab ini bukan perkara baru, dia ada bangkitkan dalam perbahasan saya mengenai jambatan-jambatan yang usang dan rosak.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Okey, terima kasih. Yang Berhormat daripada Banggi, saya rasa saya akan sampai ke persoalan daripada Banggi nanti. Okey, terima kasih. Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat daripada Usukan, mengenai peruntukan MARIS, punca kuasa peruntukan yang diterima oleh negeri Sabah daripada Malaysian Road Records Information System (MARIS), adalah berdasarkan peruntukan bahagian 2, Jadual Ke-10 Perlembagaan Persekutuan. Sehingga November tahun ini, Kerajaan Negeri telah menerima peruntukan MARIS, iaitu daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM605 juta. Dana ini bertujuan untuk penyenggaraan jalan negeri yang merangkumi jalan-jalan di bawah agensi Jabatan Kerja Raya, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Pejabat Daerah, yang meliputi jalan raya berturap dan tidak berturap yang berdaftar dalam sistem MARIS Online. Berdasarkan panjang jalan keseluruhan yang didaftarkan dalam sistem MARIS Online, iaitu 25 131 km, negeri Sabah dijangka akan menerima RM843,210,000.00 untuk tahun 2026 berdasarkan anggaran RM4,500.00 bagi setiap satu batu panjang jalan.

Merujuk kepada garis panduan tatacara pemberian penyenggaraan jalan negeri 4.0 yang dikeluarkan pada 1 Oktober 2024, berdasarkan Perenggan 7, Pegawai Pengawal dibenarkan untuk membiayai penyenggaraan jalan yang tidak mencapai piawaian minimum JKR dan tidak berdaftar dalam sistem MARIS Online, iaitu tidak melebihi 20% daripada jumlah perbelanjaan sebenar penyenggaraan jalan tahun sebelumnya, atau RM50 juta yang mana lebih rendah.

Untuk makluman Ahli Berhormat Usukan, JKR Sabah telah mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan keberkesanan pemantauan dan ketegasan, terhadap kontraktor atau konsesi yang gagal melaksanakan kerja penyenggaraan jalan, khususnya berkaitan isu jalan berlubang. Sebagai langkah penambahbaikan, JKR

Sabah telah melakukan semakan ke atas perjanjian konsesi sedia ada, selain daripada mesyuarat dan pemantauan berterusan.

Draf perjanjian baru yang telah dipersetujui antara JKR Sabah dan pihak konsesi memperuntukkan mekanisme potongan, sekiranya konsesi yang gagal melaksanakan kerja, penyenggaraan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan.

Sekiranya perjanjian ini diluluskan, ia hanya akan dapat meningkatkan tahap pematuhan dan ketegasan terhadap konsesi sedia ada. Menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Usukan tentang jumlah bina jalan baharu di bawah Rolling Plan I Rancangan Malaysia Ke-13, sejumlah 14 projek membina jalan baharu telah dicadangkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 melalui Sistem Maklumat Ekonomi dan Pembangunan Projek Sabah. Inisiatif ini dibawah biayaan Kerajaan Negeri dalam program pembinaan jalan raya dan sebanyak 52 projek pembinaan jalan baharu bagi seluruh daerah, telah dicadangkan di bawah Rolling Plan I, Rancangan Malaysia Ke-13 melalui program Jalan Luar Bandar, biayaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia (KKDW).

Walau bagaimanapun, kelulusan pelaksanaan projek-projek tersebut adalah tertakluk kepada senarai keutamaan serta kedudukan kewangan semasa Kerajaan. Yang Berhormat dari Sri Tanjong.

Yang Berhormat Menteri, saya mahu tanya soal jalan tadi yang dimasukkan dalam senarai Rolling Plan. Untuk Makluman Yang Berhormat Menteri, jalan pesisir pantai daripada dengan ke Tambiasan sebenarnya sejak Rolling Plan yang Ke-11 lagi, RMK Ke-11 lagi sudah masuk dalam kita punya Rolling Plan. Saya mahu bertanya sama ada…

Untuk kali ini, adakah jalan ini masih tersenarai dalam projek tersebut? Jalan dengan Bangingod, Tandu terus ke Tambisan. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih Yang Berhormat Tungku. Setahu saya, kalau saya dimasukkan dalam rolling plan itu, sememangnya senarai tersebut memang kekal cuma tertakluk kepada keutamaan dan keadaan kewangan semasa, okey?

Speaker

Namanya pun rolling, kan? Jadi dia rolling sahajalah.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Dalam rolling plan.

Speaker

Yalah, let’s keep it rolling.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Ahli Berhormat dari Sri Tanjong, Usukan, Tanjong Papat dan Elopura menyentuh tentang masalah lampu jalan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, aset lampu jalan yang berada di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Sabah adalah terhad kepada jalan-jalan Persekutuan yang diselenggara menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan sahaja. Di kawasan Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong, lampu jalan yang berada di bawah seliaan JKR Sabah adalah melibatkan Laluan Persekutuan 13, iaitu jalan yang dikenali sebagai Jalan Dunlop serta Jalan Kuhara sehingga ke Persimpangan Jalan Apas. Lampu-lampu jalan di Laluan Persekutuan ini telah diselenggara secara berfasa dan berfungsi dengan baik. Di kawasan Usukan, laluan di kawasan Bukit Kelawat merupakan Jalan Persekutuan.

Sehubungan itu, kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan lampu jalan di Jalan Persekutuan telah dan sedang dilaksanakan secara berfasa bermula tahun 2022, dan masih diteruskan sehingga kini. Tertakluk kepada kelulusan serta peruntukan kewangan daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia. Untuk kawasan Tanjong Papat, lampu-lampu jalan…

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

…dari Taman Grandview ke Sim Sim Sandakan masih di bawah bidang Pihak Berkuasa Tempatan.

Yang Berhormat Menteri, saya sedar bahawa Jalan Bukit Kelawat itu adalah Jalan Persekutuan dan saya beberapa kali sudah cakap benda ini di Parlimen, cuma dari segi kedudukan pemasangan lampu itu. Apa peranan Kerajaan Negeri bersama dengan JKR Sabah juga? Sebab saya rasa yang dia letak lampu itu, tidak tepat di kawasan kemalangan yang berlaku, itu saya rasa, saya rasa satu mungkin sebab peruntukan pun kita berhabis minta Yang Berhormat Menteri.

So, saya rasa untuk meletakkan di tempat yang betul itu saya rasa, mungkin kalau saya minta petua Yang Berhormat Menterilah, sesuai di tempat yang sesuai. Sebab ini bukan satu kali, dua kali, tiga kali berlaku kemalangan ini, saya rasa terlalu terlampau kerap dan saya rasa saya bukan mewakili Usukan Kota Belud saja sebab jalan Bukit Kelawat itu juga adalah jalan daripada Kota Kinabalu yang akan pergi KK, eh pergi Pitas, Kudat, Kota Marudu dan sebagainya. Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker, satu…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Tunggu dulu, saya jawab dulu. Okey, terima kasih Usukan.

Speaker

Selepas ini Sri Tanjong. Sri Tanjong kata mahu mencelah kan?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Sebenarnya, dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan, Kementerian saya melalui Jabatan Kerja Raya juga mempunyai program keselamatan jalan raya yang telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Program keselamatan jalan raya ini mempunyai skim kecil dengan pelaksanaan secara berperingkat, untuk merawat lokasi kerap berlaku kemalangan termasuklah di kawasan yang gelap. Ini termasuklah kemudahan penglihatan waktu malam, pemasangan lampu jenis solar LED di persimpangan dan selekoh serta pemasangan peranti kawalan trafik, untuk memberi amaran atau membimbing pengguna jalan raya untuk persekitaran dan penggunaan jalan yang lebih selamat. Pelaksanaan program ini akan dijalankan secara berperingkat. So, sebenarnya kita ada sudah, ada juga perancangan dia. Namun, if there is any specific light ataupun yang gelap itu, yang tidak di… tidak ada then we will ask JKR, the district engineer to relook at the whole thing. Terima kasih.

Ya Menteri, Menteri.

Speaker

Elopura duduk, Sri Tanjong dulu.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ya, saya.

Speaker

Lepas itu Tungku.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

YB Menteri, saya ingin mendapat pengesahan bahawa jalan-jalan yang ada di bawah JKR Sabah ini, adakah bidang kuasa untuk menyelenggara lampu jalan itu sudah diserap oleh Kementerian Kerja Raya? Sebab sebelum ini, lampu jalan itu diselenggara oleh PBT, itu satu. Keduanya,

saya dalam ucapan saya tidak ada sentuh mana-mana jalan, tidak ada jalan yang spesifik. Cuma secara keseluruhan, di jalan, di Tawau ini, di kawasan Tawau, banyak lampu jalan apabila ada kemalangan berlaku.

Contohnya, mereka melanggar itu lamp, lamp post yang ada, tindakan selanjut tidak diambil dengan cepat. When it comes to any accident, lamp post mungkin dia akan bengkok, dia akan miring sudah. Jadi saya meminta supaya pihak Kementerian boleh mengambil perhatian tentang perkara ini, untuk mungkin kasih cover up tempat yang, tempat itu supaya kenderaan-kenderaan pengguna tidak akan berisiko, dengan lampu jalan mungkin dia runtuhkah dan sebagainya.

Dan satu lagi YB Menteri, adalah berkenaan dengan tindakan segera pihak konsesi dalam menangani isu lampu jalan yang tidak menyala, sebab saya bagi contoh sekarang YB Menteri, Jalan Chong Thien Vun itu memang di bawah JKR Sabah, banyak lagi lampu yang tidak menyala. Jadi saya minta perhatian YB Menteri tentang perkara ini. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih Sri Tanjong. Kita ambil perhatian.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Mohon.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

…dan sebagai makluman.

Speaker

YB boleh, sila duduk dulu Sindumin.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Jalan apa ini lampu-lampu jalan di jalan negeri masih di bawah dalam proses diambil alih oleh Kementerian saya daripada PBT, okey? Thank you.

Speaker

Okey, Tungku.

Selalunya apabila kita mengemukakan permohonan dan juga bertanya soal projek.

Speaker

Ini ada dalam perbahasankah ini?

Ya, perbahasan saya, kan? Jawapan yang selalu kita terima, bergantung kepada keutamaan dan kedudukan kewangan Kerajaan ya. Especially macam jalan pesisir pantai Tungku tadi itu, dia sudah masuk daripada RMKe-11 lagi, that’s mean sudah 15 tahun berada dalam rolling plan, belum dibuat-buat sampailah sekarang. Jadi kalau boleh, saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri, senarai projek ini haruslah disusun mengikut tarikh dan masa. Mana yang sampai dulu, buat dulu. Yang kemudian, kemudianlah. Sebab saya, saya dapat cerita, ada pihak-pihak kalau pandai melobi, keutamaan itu lebih kepada dia. Patutnya projek itu jatuh ke Tungku tapi disebabkan wakil rakyat mungkin Keningau pandai, pergi ke Keningau jadi kalau boleh.

Speaker

Itu andaian bah itu.

Barang ini mesti mahu dibuat sebaik mungkin.

Soal kewangan itu, saya rasa kalau kita susun bagus-bagus, memang boleh selesai. Tetapi kewangan itu jadi lari disebabkan itulah tadi itu, soal keutamaan itu. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih. Biasanya bagi saya kalau keutamaan ini, kita akan lihat keutamaan daripada keseluruhan negeri. So, of course, dia punya termasuk juga the human factor dia. So, of course adalah yang juga yang, apa ini boleh terlepas pandang but we will try to ensure that semua yang dalam sistem, di pangkalan data daripada JKR Sabah ini, kalau boleh, semua sepatutnya diambil perhatian yang lebih serius, okey? Terima kasih

Tuan Speaker.

Speaker

Ya

Saya, saya, saya punya soalan pun ada di, dibahas masa yang bahas. Sama juga, kita tidak mahu macam ada Agong datang atau, atau ada PMX datang, baru hidup itu jalan raya punya lampu. Itu saya kurang pasti kenapa persepsi rakyat memang begitulah. Saya.

Saya harap macam ada pagi tadi ada orang report tentang cerita ini lampu mahu jatuh sudah. Sepatutnya ini bukan pertama kali kita nampak situasi begini. Saya harap ini ada satu plan, contohnya maintenancekah, atau yang emergencykah. Kenapa setiap kali macam Sultan datang atau PMX datang itu jalan raya punya lampu boleh hidup? Saya rasanya ada caralah, saya rasanya peruntukan.. ada di situ, tak ada cara, kenapa begitu? Saya harap buat jadual atau yang buat satu langkah-langkah kasih selesai ini lampu di Sandakan ini. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih ADUN Elopura. Ah, nanti kadang-kadang ini lampu yang you said emergency yang mahu roboh sudah. Okey, kadang-kadang pegawai mungkin bukan selalu jalan sana.

Jadi kalau boleh juga kita juga minta the public ataupun orang awam bagi makluman. I think kita juga ada hotline ataupun ya kalau di WhatsApp tu there is a public alert semua diberi sana. Dan kalau saya lihat, saya akan tanya pihak yang berkenaan pihak JKR ataupun mana-mana pihak untuk bertindak secepat mungkin. Ini yang kita selalu buat. Okey, terima kasih. Saya teruskan, Tuan Speaker.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Mohon beri laluan sahabat saya YB Menteri. Terima kasih.

Speaker

Ini ada kena mengena sama yang dibahaskankah?

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Ya, memang saya usulkan sebelum ini di kawasan saya, di N.35 Sindumin, termasuklah juga di kawasan sahabat saya Yang Berhormat Klias ataupun di Lumadan.

Speaker

Apa isu dia?

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Isu dia berkenaan dengan jambatan, jajaran jambatan yang bermula di kawasan Aizen Ke Limbawang, begitu juga di kawasan-kawasan di N.35 Sindumin dan Ahli Yang Berhormat daripada Sindumin sebelum ini juga telah ambil tindakan menjemput, memanggil kontraktor yang bertanggungjawab terhadap pembinaan Pan Borneo ini.

Apa yang ingin saya usulkan ataupun ingin saya timbulkan di sini adalah apakah jawapan daripada pihak Kementerian setelah mendengar ucapan daripada kontraktor berkenaan yang kami panggil kontraktor ini kebetulan orang kami orang Mesapol. Cina Babi, minta maaf cakap. Memang pun cukup terkenal Cina Babi dipanggil, walaupun agak kasar. Dia cakap macam mana dia meneruskan projek itu kerana dia cakap dia yang pihak JKR yang berhutang dengan dia. Dan difahamkan oleh pihak District Officer (DO) memang pun pihak Kerajaan berhutang dengan dia. Dan dia pun sudah menerima sebahagian pembayaran, barulah projek itu diteruskan secara berperingkat-peringkat. Jadi apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah sepatutnya pihak Kerajaan melalui Kementerian yang bertanggungjawab kena membalas, dia punya kenyataan yang mengatakan bahawa pihak JKR berhutang dengan dia. Sejauh mana kebenaran yang pihak Kerajaan ini berhutang dengan dia sehinggakan kalau yang saya kaitkan tadi dengan jambatan, tadi jajaran jambatan itu sudah tumbuh belukar.

Ada kena ambil viral, kena ambil kamera yang daripada atas tu, rasanya tidak kurang 2-3 km tidak disiap-siapkan sehingga sekarang. Dan saya dapat info bahawa kenapa projek itu tidak diteruskan oleh kerana kos pembinaan jambatan itu, beam itu tidak

termasuk dalam nilai kos projek. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Datuk Speaker, saya mau perbetulkan yang Sindumin cakap tadi. Dia bilang yang..apa.. bukan Cina babi tu. Chong babi.

Speaker

Yang Berhormat, dalam Dewan kita tidak boleh sebut nama seseorang secara kalau ikut peraturannya. Jadi apapun, siapapun kita mau sebut, kita tak boleh sebut nama dia.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kuala Penyu

Suruh tarik balik Tuan Speaker.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Saya tarik balik Tuan.

Bagus tarik balik yang tadi itu.

Speaker

Tak boleh sebut nama orang.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih daripada Sindumin. Sebab saya tiada data yang..apa ini.. lebih spesifik tentang apa yang kita cakap tadi. Saya mohon, saya minta pegawai Kementerian untuk memberi laporan bertulis kepada Yang Berhormat. Namun, ada sedikit, ada juga, ini saya baru sampai ke apa ini Yang Berhormat daripada Sindumin. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Sindumin, peruntukan berjumlah RM64 bilion yang dibentangkan dalam Sidang DUN ini tidak termasuk peruntukan bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Untuk makluman, Yang Berhormat, Projek Lebuh Raya Pan Borneo adalah dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Sebanyak RM1.6 bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Madani 2026 pada 10 Oktober 2025

yang lalu. So, the rest will ask Kementerian untuk bagi penjelasan secara bertulis. Terima kasih, Yang Berhormat.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Berkaitan dengan isu jalan raya CIP, seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sekong, kerja pembaikan jalan ini akan dilaksanakan dalam cadangan pelaksanaan tahun 2026.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat daripada Nabawan membangkitkan isu penyiapan jambatan di Nabawan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, dua buah jambatan di jalan raya utama menuju ke Pekan Nabawan telah diluluskan untuk pelaksanaan melalui biayaan Kerajaan Persekutuan, iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Projek pertama adalah menaik taraf Jambatan Sungai Panjuran, kilometer 0.2 di Jalan Nabawan Township, Nabawan. Projek ini telah diluluskan pelaksanaannya melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Rolling Plan Ke-2. Projek ini telah bermula pada 25 Mac 2024 dan tarikh siap asal pula pada 24 September 2025, iaitu selama 18 bulan tempoh pembinaannya. Walau bagaimanapun, projek ini ditangguhkan sementara pada 18 Februari 2025 bagi memohon kenaikan siling projek yang tidak mencukupi disebabkan kos pengalihan utiliti melebihi daripada anggaran kasar jabatan. Projek kedua adalah projek menaik taraf Jambatan Sungai Nabawan di KM 0.05 di Jalan Kraftangan Nabawan telah diluluskan pelaksanaannya melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Rolling Plan Ke-4 yang mana kini dalam peringkat pembinaan. Tarikh mula kerja pada 13 Disember 2024 dan tarikh siap asal pada 13 Julai 2026, iaitu selama 18 bulan tempoh pembinaannya. Projek ini mengalami kelewatan disebabkan pihak kontraktor gagal memasuki tapak dan hanya memulakan kerja pada penghujung Mei 2025. Surat teguran nombor 1 bertarikh 25 Februari 2025 dan surat amaran nombor 1 bertarikh 10 Mac 2025 telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor.

Surat pemakluman kepada Superintending Officer berhubung dengan kegagalan pihak kontraktor untuk melaksanakan kerja di tapak telah dikeluarkan bertarikh 7 April 2025. Selain daripada itu, kerja pembinaan lencongan sementara turut terjejas disebabkan isu utiliti, iaitu air dan Telekom. Namun, semua utiliti tersebut telah dialihkan pada 26 November 2025 dan pihak kontraktor sedang menyiapkan lencongan sementara agar pembinaan jambatan kekal dapat dimulakan. Berkaitan dengan jalan raya, untuk makluman…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

...untuk makluman Ahli Yang Berhormat Nabawan dan Dewan yang mulia ini, jalan yang dinyatakan, iaitu Jalan Pamuntarian-Kabu Baru ke Kampung Limah dan Jalan Pementerian ke Ulu Mosopoh Nabawan memang telah dikenal pasti oleh pihak JKR Sabah dan tersenarai dalam pangkalan data JKR Sabah untuk dimohon dalam rolling plan yang akan datang.

Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan oleh Ahli Yang Berhormat dari Banggi, ingin dimaklumkan panjang keseluruhan jalan raya di bawah tanggungjawab JKR Sabah di Pulau Banggi adalah sepanjang 42.67 km. Di mana jalan berturap atau SRT 1 adalah sepanjang 17.67 km manakala jalan jenis kelikir, SRT 2 adalah sepanjang 25 km. Jalan-jalan jenis kelikir ini adalah Jalan Palak (13.3 km), Jalan Laksian (3.2 km), Jalan Laksian 2 (6.6 km) dan Jalan Karakit Simetri (0.6 km) dan Jalan Maliyu (1.3 km). Keseluruhan jajaran jalan jenis kelikir ini telah dimasukkan dalam kontrak penyelenggaraan jalan kelikir yang akan bermula pada 10 November 2025 hingga 9 November 2028, di mana kerja-kerja penyelenggaraan rutin berkala serta kecemasan termasuk dalam skop kerja kontrak penyenggaraan tersebut. Bagi menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Tamparuli, sebanyak RM150 juta setahun bagi tempoh sepuluh tahun mulai dari 2023 dibawa biayaan Kerajaan Negeri diperuntukkan untuk melaksanakan program menaik taraf jalan-jalan gravel di seluruh Sabah.

Peruntukan ini dilaksanakan melalui beberapa program menaik taraf jalan raya-jalan raya SRT-T2, SRT-T3, Jabatan Kerja Raya dan non-qualified road di Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah. Kementerian saya juga mengkaji setiap keperluan projek secara holistik dan dimasukkan dalam senarai pangkalan data JKR Sabah untuk dicadangkan dalam permohonan rolling plan seterusnya di bawah program jalan luar bandar biayaan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat Sook menyentuh tentang keperluan menaik taraf jalan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian saya telah mencadangkan jalan-jalan utama seperti ini…

Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, Tamparuli mahu tanya.

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jika sekiranya dengan kadar kemampuan Kerajaan Negeri pada ketika ini untuk menaik taraf jalan-jalan JKR, agaknya dari segi kemampuan kita kewangan Kerajaan Negeri, berapa kilometerkah yang kita boleh naik taraf daripada gravel ke jalan berturap dengan kemampuan sekarang dan benarkah apa yang saya telah nyatakan dalam perbahasan, iaitu kita masih ada 4 000 lebih kilometer lagi di seluruh Sabah dengan kadar 4 juta per kilometer, kita akan mempunyai kita akan menunggu sampai 200 tahun lagi? Saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat tentang apa yang saya telah nyatakan dalam perbahasan sebelumnya. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih Yang Berhormat Tamparuli. Bagi pertanyaan berapa jauhkah yang kita boleh turap dan keadaan kewangan, kita akan biarkan pegawai untuk yang meneliti dan mengira berapa dalam keadaan kewangan sekarang.

Kalau bertanya tentang kewangan ini, of course it will never be enough. Namun, saya percaya kalau kita semua bersatu, kalau kita semua menstabilkan politik di negeri Sabah, i believe if we can mendapat hasil pendapatan negeri Sabah yang lebih banyak untuk digunakan sebagai antara lain untuk membangunkan termasuklah infrastruktur jalan raya ini. Terima kasih. Saya teruskan Speaker.

Satu soalan tambahan lagi Yang Berhormat Menteri. Bolehkah? Terima kasih. Soal bersatu tadi saya ingat kita boleh faham, tetapi dalam perbahasan Tamparuli tempoh hari, niat utama dia ialah supaya kita perjuangkan 40%. Kalau kita tidak dapat tuntutan kita 40% itu, maka 4 ribu kilometer itu sampai 200 tahunlah. Sebab kemampuan kita memang sedikit. Memang kemampuan kita sedikit. Jadi, betapa pentingnya hal 40% tuntutan 40% itu kita perjuangkan bersama. Jadi, dalam hal ini, kalau kita masih lagi bergantung dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Persekutuan semata-mata, memang sampai bila-bila pun kita berjanji pun tidak ada guna. Sebab kita minta ihsan daripada dia sahaja. Selagi kita tidak dapat yang 40% itu. Kita tidak boleh, kita cakap begini kita buat pun sampai bila-bila pun tidak dapat. Sebab itu sangat pentinglah tuntutan kita 40% itu supaya kita dapat atasi masalah jalan kita yang belum lagi berturap ini. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih. I believe berkenaan dengan 40%, kalau kita ikut apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, we are committed untuk mendapatkan that 40% but I leave it to Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat dan Menteri Kewangan untuk berucap panjang lebar tentang 40%. Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat daripada Sook menyentuh tentang keperluan menaik taraf jalan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian saya telah mencadangkan jalan-jalan utama seperti Jalan Kampung Rimbayan, Jalan Kampung Bunang, Jalan Kampung Johan Jayah dan Jalan Malimah untuk dinaik taraf dalam program pembinaan jalan raya. Jalan-jalan ini akan dimasukkan dalam senarai pangkalan data JKR untuk dicadangkan dalam permohonan rolling plan seterusnya di bawah program jalan luar bandar biayaan Kerajaan Persekutuan. Selain itu,

sejumlah 31 projek jalan dalam Dewan Undangan Sook telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 di bawah biayaan Kerajaan Negeri dalam program pembinaan jalan raya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sook, tiada projek jambatan yang disenarai pendek di kawasan Dewan Undangan Sook dalam Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ke-13. Walau bagaimanapun, melalui biayaan Kerajaan Persekutuan, iaitu Kementerian KKDW, sebuah projek jambatan, iaitu menaik taraf jambatan Sungai Sook di Kilometer 0.2 Jalan Tanggulan Jaya, Kampung Delayan Baru, Sook, Keningau telah diluluskan dalam Rolling Plan Ke-5 RMK Ke-12 bagi pelaksanaannya. Status kini adalah di peringkat perolehan tender.

Tuan Speaker, isu bekalan air turut dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Kementerian saya mengambil maklum tentang cadangan Ahli Yang Berhormat dari Balung berhubung penggunaan air suling sebagai sumber mentah alternatif. Walau bagaimanapun, kaedah penyulingan air melibatkan kos operasi yang tinggi. Khususnya dari segi keperluan tenaga, haba, atau…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Elektrik bagi proses penguapan dan pemeluapan. Kaedah ini lazimnya diaplikasikan dalam skala kecil atau bagi kegunaan khusus seperti industri dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bekalan air awam berskala besar. Selain itu, pelaksanaan kaedah penyulingan juga memerlukan pembinaan loji khas yang berkapital tinggi, penggunaan tenaga yang berterusan, serta kos penyelenggaraan yang lebih kompleks berbanding kaedah rawatan air secara konvensional.

Sehubungan itu, sebagai langkah penyelesaian jangka panjang bagi meningkatkan liputan bakaran air terawat di kawasan Balung dan sekitarnya, Jabatan Air Sabah telah merancang satu projek bekalan air luar bandar di bawah Kementerian

Kemajuan Desa dan Wilayah, iaitu projek membina sistem bekalan air luar bandar di Apas, Balung dan kawasan sekitar Tawau.

Projek ini mempunyai kos siling sebanyak RM328 juta dan kini berada pada peringkat reka bentuk kejuruteraan terperinci. Sasaran utama projek ini adalah untuk memastikan setiap rumah di kawasan terlibat menerima bekalan air terawat melalui sistem bekalan air yang lengkap. Projek ini telah melalui proses makmal kajian nilai dan dijangka akan ditender pada tahun 2026.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Usukan, bertanya tentang jumlah projek pembangunan yang diluluskan menerusi Program Pinjaman Mudah Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah projek melalui Peruntukan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau (PETRA) sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 tahun 2021 hingga 2025 adalah sebanyak 17 buah projek. Bagi tahun 2023 hingga 2025, iaitu dalam rolling plan ketiga, keempat dan kelima, PETRA telah meluluskan tujuh buah projek berjumlah RM1.038 bilion secara pinjaman dan satu projek berjumlah RM3 juta secara geran. Setakat Disember 2025, tiga projek telah mula dilaksanakan. Dua projek menunggu kelulusan Delegation of Authority atau DOA yang dijangka mula pada Januari 2026. Satu projek yang akan ditender pada tahun 2026 dan baki dua projek dalam proses kelulusan kebenaran melantik khidmat juruperunding bagi melaksanakan kerja-kerja reka bentuk terperinci dan perlu melalui peringkat makmal pengurusan nilai.

Tuan Speaker, bagi program biayaan Kerajaan Negeri Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, VOT D33, Jabatan Air Sabah akan melaksanakan 77 buah projek yang melibatkan pelaksanaan 30 buah, 34 buah projek sambungan dari Rancangan Malaysia Ke-12 dan dijangkakan akan siap pada tahun 2026. Manakala 43 buah projek baru yang diluluskan Kerajaan akan bermula, akan mula dilaksanakan bermula tahun 2026.

Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Sekong…

Pencerahan Tuan Speaker.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah meluluskan projek bekalan air luar bandar.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, Tamparuli lagi itu mahu tanya.

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri..

Speaker

Ini yang dibangkitkan dalam ucapan ya.

Ada Yang Berhormat. Ini berkenaan dengan bekalan air di kawasan Tamparuli, dan Yang Berhormat telah nyatakan tadi beberapa projek di bawah yang tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Saya ingin bertanya, satu projek spesifik untuk di kawasan Tamparuli, iaitu Ulu Bakut. Ada satu projek yang tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12, iaitu bekalan air luar bandar ke Ulu Bakut, dan kosnya RM10 juta. Untuk maklumat Ulu Bakut ini adalah satu penduduk di mana mereka telah dipindahkan kerana kita membina empangan Tambalugu dahulu.

Jadi seharusnya mereka diberi keutamaanlah. Jadi dia Rancangan Malaysia Ke-12, sekarang kita memasuki Rancangan Malaysia Ke-13. Tamparuli memohon supaya mereka diberi keutamaan sebab mereka telah berkorban dulu. Berkorban rumah-rumah dipindah ke Ulu Bakut dan hari ini mereka pula belum dapat bekalan air terawat. Jadi itu saja Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih ADUN Tamparuli. I dont have the specific apa ini, jawapan di sini. I will ask the pegawai-pegawai untuk memberi dalam cara bertulis. Thank you. Nah mana sudah, Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Sook membangkitkan keperluan menaik taraf sistem bekalan air sook..

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

YB Menteri, YB Menteri…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Saya kasi habis dulu.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Saya sangat berterima kasih, tadi YB Menteri sedang ucap tentang pertanyaan Sekong tapi tidak habis, Tamparuli mencelah, jadi mohon dia punya jawapan. Terima kasih.

Speaker

Tidak, dia maksudkan tadi Yang Berhormat masih bercakap pasal air di Sekong…

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Tapi belum habis…

Speaker

Dicelah oleh Tamparuli…

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Ya.

Speaker

…Jadi dia minta mohon dihabiskan apa yang mahu digulung.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Ya, terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Okey, terima kasih Tuan Speaker. Minta maaf daripada ADUN Sekong. Okey, Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan oleh Ahli Yang Berhormat dari Sekong, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah meluluskan projek bekalan air luar bandar Sistem Retikulasi Tahun 2018-2019 negeri Sabah bahagian Sandakan dengan kos keseluruhan sebanyak RM9 juta dan tempoh pelaksanaan selama 60 minggu. Surat Setuju Terima telah ditandatangani oleh pihak kontraktor pada 29hb. Oktober 2025, di mana skop pemasangan paip ke Kampung Bambangan termasuk di bawah projek tersebut.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Sook membangkitkan keperluan menaik taraf sistem bekalan air Sook. Setakat ini, tiada perancangan bagi menaik taraf sistem dan peralatan pam utama di loji rawatan air pekan Sook.

Walau bagaimanapun, Jabatan Air telah merancang untuk meluaskan liputan bekalan air melalui projek bekalan air luar bandar di Trans Pagalan dan kawasan sekitarnya yang kini berada di fasa prapelaksanaan di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan kos siling yang diluluskan sebanyak RM40 juta. Melalui pelaksanaan projek ini, liputan kepada enam buah kampung, iaitu Kampung Bomboi, Kampung Kindasan, Kampung Pagalan, Penagatan Laut, Kampung Penagatan Ulu, Kampung Kesugui dan Kampung Magatang yang terlibat, yang melibatkan 489 buah rumah akan menerima manfaat bekalan air yang lebih stabil dan berterusan. Tuan Speaker, Kementerian saya menyambut baik saranan Ahli Yang Berhormat dari Karambunai untuk menyelesaikan masalah setinggan bagi menangani isu non-revenue water. Pada masa yang sama, Jabatan Air Sabah juga akan sentiasa memantau dan melaksanakan kerja-kerja operasi pemotongan paip penyambungan secara haram di tapak melalui Commercial Loss Reduction Initiative untuk menurunkan kadar air tidak berhasil atau non-revenue water, khususnya di kawasan setinggan.

Tuan Speaker, berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tanjung Papat, pada tahun 2025, Jabatan Air Sabah telah memeterai dua kontrak untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan kerja-kerja operasi penyelenggaraan bagi loji rawatan air Segaliud. Kontrak ini melibatkan jumlah kos sebanyak RM287.84 juta bagi tempoh pelaksanaan selama tiga tahun. Bagi loji rawatan air Hilltop pula, Jabatan Air Sabah telah melantik khidmat perunding untuk melaksanakan...

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

...untuk kerja-kerja penyiasatan sumber bakalan air mentah.

Skop yang terlibat termasuk mengenal pasti kecukupan sumber air di bawah tanah,

membuat rekomendasi untuk sumber air baharu dan juga melaksanakan kerja-kerja pembaikan telaga-telaga tube yang masih berpotensi membekalkan air mentah untuk operasi loji rawatan air Hilltop. Project maintenance, repair and routine maintenance of water pipeline at Sandakan, Kinabatangan and Beluran district sedang dilaksanakan untuk menangani isu kebocoran paip di seluruh daerah Sandakan, Kinabatangan dan Beluran bagi tempoh selama tiga tahun.

Di samping itu, projek kerja-kerja penggantian paip di Kampung Tinusa Dua Sandakan juga terus dilaksanakan yang melibatkan kerja-kerja penggantian paip sepanjang 15.8 km selaras dengan usaha memperkukuhkan dan memperbaiki kecekapan sistem agihan bekalan air di kawasan berkenaan.

Ahli Yang Berhormat dari Merotai bertanya tentang kontrak outsource…

YB Menteri. Sorry ya. Ya, saya ada sedikit ada... semasa bahas saya pun ada kasih bahas juga tentang itu kawasan dekat Sim Sim. Sebab Sim Sim sini hari ini juga, kemarin sama juga pun ada kekurangan air, boleh cakap tidak ada airlah dan macam Sim Sim flat tingkat tiga ke atas, sudah empat bulan tiada air. Dan bandar, the old slipway khusus kononnya, banyak sudah dua minggu tiada air. Ini laporan aduan daripada penduduk-penduduk sanalah. Jadi yang apa saya dapat tahu sama juga jurutera dari District Engineer sana, untuk selesaikan masalah ini, kita perlu tambahan satu reservoir tank di dekat-dekat Sim Sim sanalah. Supaya untuk menstabilkan itu tekanan air sana. Jadi mohon YB Menteri ya.

Soalan saya sama juga. Satu kali jawablah. Tadi Menteri ada sebut yang Hilltop.

Speaker

Kalau sama tak payah tanyalah.

Ya. Tadi yang sebut dari Menteri ada juga sebut Hilltop. Tadi Menteri Hilltop, saya hanya tahu Hilltop sudah macam Menteri yang cakap mau jalanlah. Tapi Sibuga belum ada sebut di dalam gulungan Menteri.

Jadi saya mahu tahu, 29 borehole dengan dua kolam air, jadi bila boleh jalan semua borehole 29 itu dengan dua kolam, di dalam jangka mungkin satu tahun, sebab saya nampak ada RM200 juta untuk peruntukan untuk Segaliud. Jadi saya mahu tahu, sekarang Segaliud lojinya masih jalan tiga pam sahaja, walaupun sekarang selalu masalah pam itu sebab lama sudah, jadi tak ada pam baru, jadi tekanan air, macam tadi yang YB Tanjung Papat yang sebut. Tiap tekanan tidak sampaikan tingkat tiga dan tingkat empat. Termasuk Taman Harmoni dengan Taman Mesra. Atau yang Taman Indah juga, dia punya flat. Memang tidak sampai. Sampai hari ini tempat saya yang dekat bukit, memang Jalan Aman tak ada air. Lima hari, kadang-kadang 10 hari. Tiap-tiap hari pun ada aduan tentang ini tekanan air. Saya harap dalam tempoh apa langkah tempoh, boleh selesaikan dalam satu tahun ini. Di dalam loji Hilltop, loji Sibuga, loji Segaliud, loji Bukit Garam. Jadi semua loji pun ada masalah. Cerita tentang ini tekanan air. Terima kasih.

Ah, you firstlah.

Datuk Seri Speaker, saya mohon. Menteri, terima kasih kerana acknowledge Kampung Tinusa Dua. Cuma saya ingin tekankan di sini bahawa keperluan mereka adalah sangat mendesak. Terutama sekali pekerjaan-pekerjaan jurutera tanpa tidak bertauliah itu. Mereka tebuk di sana sini dan ia sangat berleluasa. Saya harap ini diprioritizekan as the first thing to do at this for 2026. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih, of course Sungai Sibuga I will take that up and make sure i will ask apa ini, Jabatan Air to really look into that matter. Bagi cadangan apa ini Tanjung Papat bagi membina reservoir or something like that, we take that as a positive cadangan and of course we look into that. Bagi masalah-masalah air ini, ya, it's not yang baru. Yang berkenaan dengan apa ini borehole di Sibuga. Seperti mana yang saya katakan tadi, antara lain yang kita akan laksanakan adalah minta...

Speaker

Tanjung Papat duduk.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Minta untuk melantik khidmat juruperunding untuk menyiasat sebenarnya apa yang masalah-masalah tertentu. So, kita tunggulah. Kita kena tunggu juga, meanwhile, those yang ada betul isu tidak ada bekalan air, kalau tidak ada air betul, yes, we will ask Jabatan Air to menangani isu itu, including menghantar bekalan air kalau perlu. Okey.

Sebab saya, saya dulu setiap tahunlah 2013, 2014, 2015 setiap tahun pun ada Menteri pergi visits Sandakan cerita pasal air. Masalahnya, sampai hari ini kita masih cerita tentang air, borehole tidak dijalankan, walaupun bukan mahal satu borehole. Contohnya, pam, atau switch port, atau dia punya drilling systemkah dan sebagainya. Mungkin lebih kurang dia RM500 ribu satu borehole dan sebagainya. Saya rasa sangat tidak penting... tidak mahal, tapi boleh selesai.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Elopura. Emm, memang we know the problem is a tidak mencukupi. Because, bekalan tidak mencukupi, itu pertama, dan and then mungkin ada distribution pun sudah usang, sudah uzur, itu juga ada problem. We are all taking that into problem, but we cannot solve it in one day.

Ya, saya faham. Saya, Saya memang faham. Tidak boleh selesai satu hari.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Give me a chance. Okey, bagi kami peluang.

Tapi, setiap tahun pun ada Menteri visit, saya rasanya SUT atau yang sebagainya ada pengalaman.

Memang ada pengalaman tentang ini isu. Saya rasanya saya boleh selesai masalah ini. Saya harap Menteri dapat satu jadual. Mungkin... [audio bertindih]

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Kita... Kita akan buat yang terbaik, Yang Berhormat.

Ya, tahun pertama... boleh selesai... [audio kurang jelas]

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Kita akan cuba yang terbaik. Although, saya sudah berjumpa dengan kau, di luar pun kita ada berjumpa, ini bukan satu isu yang mudah. Ada juga perkara-perkara lain yang kita perlu bincang. Apa-apa pun, kita akan minta supaya Jabatan Air mengutamakan, give priority to the problem yang ada di Sandakan.

Yalah. Saya faham, saya faham. Itu yang short term kasi jalan dulu. Saya tidak boleh ambil itu apa pressure. Setiap hari pun ada aduan tentang air, tak ada air, tak ada air. Tiap-tiap hari, setiap hari. Sampai hari ini tidak tau pasal... In short term, what's the langkah in short term boleh selesaikan ini air punya isu. Ini yang saya harap Menteri ada satu langkah-langkah boleh selesai masalah ini. Boleh sebutkan atau...

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kuala Penyu

Tuan speaker, went up for the muka surat 52, 42, seorang ahli tidak boleh bercakap lebih daripada sekali.

Speaker

Dia bertanya saja itu, dia minta pencerahan.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Okey.

Speaker

Eh, duduk Elopura.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Okey, oh, thank you.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Yang Berhormat, [berdehem] kita boleh bincang di pejabat saya, with bersama-sama dengan pegawai-pegawai Jabatan Air. Alright, because kita bincang sini pun, there's nothing we can do. Okey, terima kasih.

Speaker

Di mana sudah?

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Okey, Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Merotai bertanya tentang kontrak outsource. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Merotai dan Dewan yang mulia ini, kontrak outsource pengurusan loji rawatan air telah ditamatkan pada 14 Disember 2018 dan kontrak outsource yang baharu bermula pada 1 Mei 2024. Sebanyak lima loji rawatan air telah dikendalikan oleh kontrak... kontraktor outsource dengan tempoh kontrak selama lima tahun, melibatkan jumlah kos keseluruhan setahun sebanyak RM55 juta. Kementerian ini berpandangan pengendalian loji rawatan air oleh...

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Kontraktor outsource memberi kebaikan dan nilai tambah dari segi pengurusan tenaga kerja di mana pengagihan sumber manusia dapat dioptimumkan melalui penggunaan operator yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pengoperasian loji rawatan air. Selain itu, pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan juga dapat dilaksanakan lebih efisien dan efektif kerana proses permohonan dan kelulusan penyelenggaraan adalah lebih pantas dan dalam masa yang sama akan mengurangkan tempoh henti tugas operasi loji-loji rawatan air tersebut.

Tuan Speaker, seterusnya saya beralih kepada isu berkaitan perkhidmatan pembentungan. Ahli Yang Berhormat dari Tanjong Papat membangkitkan isu pembentungan di Sandakan. Untuk maklumat Yang Berhormat, bagi daerah

Sandakan, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah (JPP Sabah) mempunyai perancangan untuk membaik pulih loji-loji serahan pihak berkuasa tempatan melalui Program Skim Pembentungan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh daerah Sandakan secara berfasa sepanjang Rancangan Malaysia Ke-13 di bawah biayaan Kerajaan Negeri.

Selain itu, di bawah vot pembekalan S55, sebanyak empat kontrak kerja-kerja penyelenggaraan aset pembentungan di daerah Sandakan sedang dilaksanakan sejak Februari 2023. Di bawah RMK Ke-13 juga, JPP Sabah telah merancang kerja-kerja penyelenggaraan aset pembentungan di daerah Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, JPP Sabah kini giat melaksanakan satu Projek Skim Pembentungan Biayaan Pinjaman Persekutuan. Projek ini dijangka akan siap pada 4 Mac 2028, setelah mendapat tempoh lanjutan masa. Ahli Yang Berhormat Darau dan Luyang juga turut menyentuh tentang isu pembentungan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem pembentungan di kawasan Kota Kinabalu telah diserahkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu kepada JPP Sabah pada Oktober 2024. Ingin saya nyatakan bahawa sebahagian besar daripada aset pembentungan berada di keadaan uzur dan mengalami isu kesumbatan berulang. Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, JPP Sabah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan paip secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca utama kesumbatan serta mengurangkan kejadian limpahan air kumbahan melalui pelantikan kontraktor pada awal November 2025, di bawah Projek Rutin Penyelenggaraan dan Pemeriksaan Paip Pembentungan Zon 3, Kota Kinabalu Fasa I, melibatkan kawasan Plaza Kingfisher, di kawasan DUN Darau dan di bawah Projek Rutin Penyelenggaraan dan Pemeriksaan Paip Pembentungan Zon 2, Kota Kinabalu Fasa II, meliputi kawasan Bornion, Foh Sang, Taman Layang-Layang, Lintas dan Hilltop di DUN Luyang.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Darau, Loji Rawatan Kumbahan Kingfisher Phase II masih belum diserah milik oleh DBKK kepada JPP Sabah. Hal ini kerana ia

masih berada dalam tempoh liabiliti kecacatan yang telah siap dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12. Dalam pengoksidan, Kolam Pengoksidan Inanam merupakan kawasan tadahan utama bagi sistem pembentungan Kota Kinabalu dan berkaitan secara langsung dengan sistem sungai di kawasan Bangka-Bangka Likas. Keadaan kemudahan rawatan kumbahan yang telah lama tidak disenggara secara menyeluruh telah menyumbang kepada limpahan air kumbahan ke Sungai Bangka-Bangka, Likas dan seterusnya menyebabkan pencemaran bau serta ketidakselesaan kepada penduduk setempat.

Sehubungan itu, sebagai penyelesaian jangka pendek, pada 27 Oktober 2025, JPP Sabah telah memulakan usaha pemulihan dengan melantik kontraktor bagi melaksanakan projek to carry out major general clearance desilting works for existing drainage system, unoffciated works of oxidation for Inanam, Kota Kinabalu, Phase I. Projek ini melibatkan kerja-kerja pembersihan besar, pengkorekan mendapan dan penambahbaikan sistem saliran sedia ada, bertujuan meningkatkan kecekapan rawatan kumbahan serta memastikan pelepasan efluen ke Sungai Inanam dan Sungai Bangka-Bangka mematuhi piawaian alam sekitar yang ditetapkan. Bagi penyelesaian yang jangka panjang pula, JPP Sabah telah menyenaraikan kerja-kerja menaik taraf kolam pengoksidan Inanam ini sebagai projek keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

Tuan Speaker, selanjutnya saya ingin menjawab beberapa isu berkenaan bekalan elektrik. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Usukan, izinkan saya membetulkan fakta mengenai kos purata IPP di Sabah. Berdasarkan rekod setakat Ogos 2025, kadarnya ialah sekitar 21.03 sen per kilowatt jam dan bukan 43.83 sen. Kadar 43.83 sen ini, per kilowatt jam adalah jumlah kos yang diluluskan kepada SESB bagi menampung kos keseluruhan pembekalan elektrik di Sabah, merangkumi kos penjanaan sebanyak 27.94 sen dan 15.89 sen bagi kos untuk sistem penghantaran, pengagihan, peruncitan dan pulangan ke atas aset. Bagi pengimportan tenaga daripada Sarawak, dimaklumkan bahawa Power Exchange Agreement antara SESB dan SESCO Berhad telah ditingkatkan daripada 30MW kepada 50MW dan mula beroperasi mulai 13 Disember 2025. Kadar tarif ialah

28.5 sen per kilowatt jam dengan kenaikan tahunan 1.5%. Kadar ini adalah kompetitif berbanding dengan sumber-sumber penjanaan sedia ada.

Untuk maklumat Yang Berhormat, bilangan megawatt yang dipersetujui antara kedua-dua pihak SESB dan SESCO Berhad mengambil kira perkara-perkara berikut. Pertama, kapasiti lebihan yang boleh dijual oleh SESCO pada masa ini. Kedua, berdasarkan kajian teknikal, 100MW adalah had maksimum yang diperlukan bagi menstabilkan sistem grid di Sabah. Ketiga, keseimbangan campuran penjanaan dan keselamatan tenaga yang mengutamakan sumber asli tempatan dan tidak terlalu bergantung kepada import rentas sempadan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada Power Development Plan yang telah diluluskan dalam mesyuarat Majlis Tenaga Sabah, Kerajaan Negeri menerusi Energy Commission of Sabah bersama Sabah Electricity telah memulakan usaha untuk meningkatkan kapasiti sehingga 100MW menjelang 2029.

Tuan Speaker, berdasarkan penjelasan dari segi aspek kos penjanaan, penamatan kontrak, independent power producer bukanlah penyelesaian kepada isu kos bekalan elektrik Sabah kerana kos IPP adalah kompetitif dan penganugerahan projek adalah telus. Bagi memastikan kos penjanaan lebih mampan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif untuk mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil yang tinggi, khususnya diesel dan medium fuel oil di kawasan pantai timur menerusi pelaksanaan projek-projek loji jana kuasa gas dan tenaga boleh baharu secara berfasa.

Berkenaan isu pegangan aset penjanaan IPP sebanyak 80%, saya ingin menjelaskan bahawa projek IPP dibangunkan melalui private finance initiative. Di mana kos pembangunan dan operasi dibiayai.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

...sepenuhnya oleh pihak pemaju.

Pendekatan ini

membolehkan keperluan penjanaan ditampung tanpa membebankan SESB atau Kerajaan dengan komitmen model yang besar. Lazimnya, kos pembangunan loji jana kuasa berkapasiti 100 megawatt adalah sekitar RM800 juta sehingga RM1 bilion. Bagi memenuhi keperluan untuk membangunkan sebanyak 2,000 megawatt dalam tempoh 10 tahun, ia akan melibatkan modal pelaburan sekitar RM20 bilion. Pendekatan yang sama juga diamalkan di Semenanjung Malaysia dan kebanyakan negara lain, di mana penjanaan elektrik dibangunkan oleh sektor swasta, manakala syarikat utiliti berperanan sebagai pembeli tenaga dan pengendali sistem. Penyelesaian sebenar bukan bilangan IPP atau pegangan aset oleh utiliti, tapi harga tenaga yang kompetitif dan mampu milik oleh pengguna di Sabah. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri melalui Energy Commission Sabah atau ECOS akan memastikan tarif IPP adalah kompetitif. Setiap projek dinilai dari segi teknikal dan kewangan melalui pelantikan juruperunding, struktur kos diteliti dengan lebih telus dan pulangan kepada pemaju, dikawal pada tahap yang munasabah dan sejajar dengan risiko projek. Bagi memastikan kepentingan negeri terjamin, Kerajaan Negeri telah memutuskan setiap projek tenaga di Sabah perlu melibatkan pemilikan ekuiti dan penyertaan projek, oleh syarikat GLC Sabah yang berkemampuan dan berkeupayaan dari aspek teknikal dan kewangan.

Secara keseluruhan, peranan IPP dikekalkan sebagai mekanisma pembiayaan pembangunan sektor tenaga. Namun, dengan kawalan yang lebih ketat terhadap kos dan harga, keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan keselamatan bekalan terjamin, kos sistem dapat dikawal dan kepentingan rakyat Sabah dilindungi. Tuan Speaker, Sabah Energy Roadmap dan Master Plan 2040 adalah pelan induk hala tuju pembangunan tenaga bagi Sabah, yang bertujuan untuk memastikan bekalan tenaga yang berdaya harap, mampu milik, saksama dan lestari alam. Setiap 16 inisiatif strategi yang telah dirangka memerlukan pelan tindakan yang spesifik oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Dalam konteks perancangan pembangunan penjanaan secara terperinci dan mampan, Pelan Pembangunan Penjanaan Grid Sabah atau Sabah Power Development Plan dirangka oleh Kerajaan Negeri melalui Energy Commission of Sabah atau ECOS, untuk memenuhi permintaan elektrik Sabah. Pelan bagi tempoh 10 tahun ini akan disemak setiap tahun dan dibentangkan kepada Majlis Tenaga Sabah untuk kelulusan. Penyediaan pelan ini melibatkan usaha pelbagai pihak berkepakaran, termasuk pihak Single Buyer Sabah yang berfungsi sebagai pembeli tunggal elektrik bagi pihak Kerajaan, yang dikawal selia oleh ECOS bagi memastikan bekalan elektrik negeri adalah cekap, selamat dan berdaya saing. Pemilihan kapasiti dan jenis loji penjanaan yang optimum juga mengambil kira kriteria-kriteria perancangan seperti reserve margin, sumber-sumber penjanaan, tempoh pembangunan sumber-sumber tersebut, kos penjanaan, load of loss equivalent dan campuran penjanaan yang seimbang.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri mengambil maklum pandangan perbandingan, di antara projek Battery Energy Storage System (BES) di Lahad Datu, dengan nilai kontrak sebanyak RM644 juta dan projek BES seumpamanya di Terengganu dengan nilai sekitar RM306 juta. Walau bagaimanapun, perbezaan nilai ini perlu dilihat secara menyeluruh dan adil dengan mengambil kira perbezaan tahun perolehan, skop projek, keperluan sistem serta struktur kos sebenar di Sabah. Berikut adalah penjelasan ke atas perbezaan nilai Projek BES Lahad Datu dan BES Terengganu. Pertama, dari sudut masa perolehan, projek BES Lahad Datu dimuktamadkan pada tahun 2023. Manakala, projek BES Terengganu diperoleh sekitar 2025. Berdasarkan laporan industri oleh Bloomberg NEF, harga bateri lithium-ion telah menurun hampir 30% dalam tempoh 2023 hingga 2025. Penurunan harga ini berlaku selepas Projek Lahad Datu dimuktamadkan. Oleh itu, perbandingan kos secara langsung antara projek bernilai RM644 juta dan RM306 juta ini tidak mencerminkan keadaan pasaran semasa projek Lahad Datu dilaksanakan.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Kedua…

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Ya, boleh duduk.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Okey. Kedua, dari sudut teknikal, kapasiti terpasang BES Lahad Datu adalah lebih besar, kira-kira 517 mwh berbanding projek BES di Terengganu, iaitu 400 mwh. Kapasiti terpasang ini diperlukan, bagi memastikan kapasiti efektif 100 mwh/400 mwh dapat dikekalkan sepanjang lima tahun operasi, selaras dengan keperluan sistem elektrik di Pantai Timur Sabah, yang lebih terdedah kepada gangguan bekalan. Manakala, BES Terengganu hanya perlu menyediakan perkhidmatan sokongan grid sahaja, sebagai aset penghantaran TNB tanpa keperluan, memastikan kapasiti efektif 100 mw/400 mwh dikekalkan sepanjang lima tahun beroperasi, seperti mana PPA BES Lahad Datu. Perbezaan kapasiti dan fungsi ini memberi implikasi kos tambahan sekitar 29% kepada kos keseluruhan projek.

Ketiga, skop projek di Lahad Datu adalah lebih menyeluruh. Projek ini merangkumi kerja-kerja penyambungan terus ke sistem penghantaran 275 kv termasuk infrastruktur berkaitan, yang telah dimasukkan dalam kontrak Engineering, Procurement, Construction and Procurement Commissioning BES Lahad Datu. Sebaliknya, bagi projek BES di Terengganu, kerja-kerja penyambungan dan interconnection tidak termasuk dalam skop kontrak BES. Sebaliknya dilaksanakan di bawah kontrak EPCC yang berasingan. Perbezaan skop kontrak ini memberi kesan langsung kepada nilai kontrak yang dibandingkan, iaitu tambahan kos sekitar 10%.

Keempat, faktor kos-kos yang lain seperti kos menjalankan projek di Sabah, yang secara amnya lebih tinggi berbanding sebenarnya di Malaysia serta tempoh siap yang lebih singkat, iaitu sembilan bulan bagi Lahad Datu dan 12 bulan bagi Terengganu.

Jumlah kos keseluruhan EPCC bagi BES Lahad Datu adalah berjumlah RM644 juta, iaitu termasuk RM24 juta kos bagi operational maintenance, untuk tempoh dua tahun dan RM5.9 juta bagi long term service agreement untuk tempoh lima tahun. Kos operasi BES Lahad Datu pula di bawah RM1 ringgit per kilowatt hour berbanding dengan kos operasi BES Terengganu yang dinyatakan oleh ADUN Usukan. Dari sudut kepentingan rakyat, kos operasi BES Lahad Datu adalah rendah dan dikawal, serta dilaksanakan melalui mekanisme kos sebenar tanpa keuntungan berlebihan. Projek ini tidak bertujuan untuk menaikkan tarif elektrik pengguna. Sebaliknya, BES ini membantu mengurangkan gangguan bekalan elektrik, meningkatkan kestabilan sistem dan mengelakkan kebergantungan kepada penjanaan diesel, yang jauh lebih mahal dalam jangka panjang. Kesimpulannya, Kerajaan Negeri yakin bahawa kos projek BES Lahad Datu adalah munasabah dan berpatutan selaras dengan kapasiti terpasang.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Skop projek sebenar termasuk kerja-kerja sambungan, 275 kilovolt serta keperluan sistem elektrik Sabah dan yang paling penting, tidak membebankan pengguna elektrik di negeri ini.

Yang Berhormat Menteri, Tuan Speaker. Sebab kalau saya buka Sabah Media, sebuah portal yang saya lihat, dia memang pro Kerajaan bertarikh 9 November 2024. Di situ saya berkenaan, ini berkenaan harga IPP tadi ya. Di situ, terang tulis 43.8 sen. Menurut kalau saya boleh baca sedikit, menurut pengerusi Sabah Electricity ketika ini, Sabah

Electricity beroperasi di dalam kerugian sekitar 10 sen per kilowatt jam. Secara purata, kadar tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna adalah 34.5 sen per kilowatt hour. Manakala, kos pembelian elektrik dari IPP adalah 43.8 sen per kilowatt hour. YB Tamparuli juga ada di sini, tahun 2024.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Thank You. I will ask the officers to untuk menjawab secara bertulis. Saya pun baharu juga di sini, belum lagi saya tahu. Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Tanjong Papat, hala tuju Pembangunan Tenaga Sabah kini beralih secara berperingkat daripada kebergantungan kepada diesel dan gas, kepada campuran tenaga yang lebih bersih dan mampan, selaras dengan Pelan Pembangunan Penjanaan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Berkaitan isu ketiadaan skim Feed-In Tariff atau Net Energy Metering dalam bajet terkini, ingin dijelaskan bahawa penjanaan tenaga solar pada masa ini, tidak lagi perlu bergantung kepada mekanisme subsidi. Memandangkan kosnya telah menjadi kompetitif dan berdaya maju secara komersial. Perkara ini telah dibuktikan melalui program Request for Proposal Large Scale Solar Sabah 2024, di mana 199 megawatt kapasiti solar telah dianugerahkan melalui proses bidaan kompetitif tanpa kebergantungan kepada subsidi tarif.

Pada masa yang sama, pelaksanaan Net Energy Metering di Sabah masih memerlukan penilaian teknikal dan komersial bagi memastikan kesesuaian serta kestabilan grid Sabah. Sebagai langkah praktikal, Kerajaan Negeri melalui ECoS telah melaksanakan program Self-Consumption Photovoltaic Sabah yang menggalakkan penggunaan solar bagi keperluan sendiri. Dan akan terus menilai peluasan mekanisme ini selari dengan peningkatan kapasiti grid dan sistem penyampaian tenaga.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui ECoS akan meneruskan pembangunan tenaga boleh baharu secara tersusun, termasuk satu pusingan bidaan LSS

berkapasiti 250 megawatt pada suku pertama tahun hadapan, serta pelaksanaan RFP bagi Battery Energy Storage System berkapasiti 200 megawatt pada suku pertama tahun 2026 bagi menyokong integrasi tenaga boleh baharu dan kestabilan grid.

Dalam jangka sederhana, Kerajaan Negeri turut mempelbagaikan sumber penjanaan tenaga boleh baharu melalui pembangunan geoterma di Tawau, pembangunan tenaga angin di utara Sabah, serta projek hidro berskala besar termasuk penjanaan hidroelektrik Oriole, 162 megawatt dan projek hidroelektrik Apo Padas, 187 megawatt di Sungai Padas, masing-masing disasarkan siap pada tahun 2029 dan 2030. Beberapa buah lagi projek hidro sedang menjalani kajian kebolehlaksanaan dan dijangka menyumbang kapasiti tambahan selepas tahun 2030, dengan proses RFP hidro dilaksanakan berdasarkan hasil kajian Induk Hidro Sabah yang telah disiapkan pada tahun 2024. Semua inisiatif ini menyokong sasaran.

Pencerahan, Tuan Speaker.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Power Development Plan untuk mencapai sehingga 50% kapasiti tenaga yang baharu.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Kasih habis dulu.

Speaker

Okey, kasih habis dulu. Dia kasih habis dulu.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Menjelang 2035 sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada penjanaan diesel dan gas serta memastikan keselamatan, kestabilan dan kebolehpercayaan bekalan elektrik di Sabah.

Tuan Speaker, cadangan projek ini telah diberikan initial letter of notification, iaitu kelulusan awal bersyarat berdasarkan kelulusan oleh Majlis Tenaga Sabah, pada 28 Julai 2025, dan kini, berada di peringkat kajian kebolehlaksanaan atau feasibility study. Walau bagaimanapun, perincian kos pembinaan serta kos projek belum dapat dimuktamadkan sehingga kajian kebolehlaksanaan diselesaikan.

Kajian kebolehlaksanaan oleh Sabah Energy Corporation dijangka siap pada suku pertama 2026 dan akan melalui proses penilaian menyeluruh. Sekiranya hasil kajian menunjukkan projek ini berdaya maju, dari segi teknikal dan ekonomi, cadangan tersebut akan dibawa ke Majlis Tenaga Sabah untuk pertimbangan dan kelulusan. Seperti mana yang telah dijelaskan, bagi menyokong integrasi boleh baharu yang merangkumi sumber tenaga variable renewable energy seperti sumber angin dan solar, dan bagi kestabilan grid serta mengurangkan kos penjanaan, maka penambahan sistem BESS yang bersesuaian telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah menyebut tentang Apo Padas, 187 megawatt sebagai salah satu daripada rancangan untuk menambah penjanaan elektrik di Sabah. Dalam perbahasan, saya telah bangkitkan bahawa Tamparuli tidak yakin yang projek ini akan take off, akan dapat dilaksanakan. Kerana sejak daripada pecah tanah pada akhir tahun 2023 sampai sekarang, pihak pemaju tidak boleh buat apa-apa sebab pihak pemaju Gamuda dengan Sabah Electricity belum lagi menandatangani Power Purchase Agreement. Mereka belum bersetuju the tentang kadar tarif dan kadar tarif yang dicadangkan oleh pihak Gamuda terlalu tinggi, di antara 43 sen ke 45 sen, sedangkan ya Sabah Electricity setakat sekitar 34 sen atau di bawah.

Jadi, sehingga pada hari ini, Power Purchase Agreement belum ditandatangani dan kalau Power Purchase Agreement itu tidak ditandatangani, pihak pemaju pun dia tidak boleh pergi bank untuk membuat pinjaman. Jadi saya telah nyatakan dalam saya punya perbahasan bahawa kita tidak boleh tunggu, kita tidak boleh tunggu

mereka. Terutama sekali Projek Apo Padas ini di, juga dikaitkan dengan Projek Loji Rawatan Beaufort yang akan membekal air sampai 900 MLD untuk Pantai Barat Sabah.

Jadi Yang Berhormat sebut tadi, saya pun agak risaulah, kalau kita masih lagi mengharap mereka dan kita tunggu sampai dua tahun sudah ini, belum lagi mula apa-apa kerja. Jadi kalau terkait juga dengan air lagi, masalah air dan masalah elektrik, kita dua-dua tidak boleh selesai, jika sekiranya hal tarif ini tidak dapat diselesaikan. Mohon penjelasan, pencerahan. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Secara peribadi, I’m fully apa ini, optimistic that projek ini akan berjalan. Baru-baru, pihak Sabah Energy Corporation telah berjumpa dengan saya dan dia very confident that this thing memang ada sedikit, especially yang belum selesai lagi but don’t worry, tahun ini, next year masih lagi ada masa untuk menyelesaikannya.

Okey, Tuan Speaker, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan menghargai komitmen serta.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

…penyertaan aktif. Cukup. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakakan soalan…

Minta ruang.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

…dan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah.

Menteri, minta ruang.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Walau bagaimanapun, tidak semua isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan di Dewan yang mulia ini dapat dijawab pada persidangan ini. Oleh itu, Kementerian saya mengambil perhatian dan akan menjawab beberapa isu yang dibangkitkan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Saya dahulu, Menteri. Darau.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal dan Selamat Tahun Baru 2026. Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang, saya jemput Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri untuk membuat penggulungan bagi Jabatan Ketua Menteri. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Tuan Speaker, alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya Belanjawan Negeri Sabah 2026 yang bertema “Memacu Pembangunan, Kesejahteraan Rakyat Diutamakan” telah dibentangkan dan dibahas dengan bernas di Dewan yang mulia ini. Oleh itu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan ini. Pandangan, teguran, cadangan serta kebimbangan yang dibangkitkan mencerminkan komitmen untuk memastikan segala

dasar dan peruntukan yang digubal benar-benar membawa manfaat kepada rakyat dan negeri ini.

Perbahasan sepanjang dua hari ini telah memperlihatkan semangat tanggungjawab dan kesungguhan semua pihak dalam meneliti setiap aspek Belanjawan. Sama ada berkaitan pembangunan ekonomi dan infrastruktur, penyampaian perkhidmatan awam, kesejahteraan rakyat, pembaharuan pentadbiran mahupun pengurusan kewangan negeri. Ini adalah asas penting kepada tadbir urus yang telus, berhemah dan berkesan. Dengan itu, saya akan memberikan penjelasan terhadap beberapa isu yang dibangkitkan berkaitan dengan Jabatan Ketua Menteri yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Sook telah membangkitkan isu berkaitan pemilikan tanah dan perkampungan penduduk di daerah Sook. Sebahagian besar geran-geran tanah NT di daerah Sook telah diserahkan kepada pemilik melalui beberapa siri majlis penyerahan geran di lapangan sebelum ini. Sepanjang tahun 2020 sehingga 30 November 2025, sebanyak 2 649 lot hak milik dengan keluasan 11 121.25 hektar tanah NT telah pun diserahkan kepada pemilik yang melibatkan 19 buah kampung di daerah Sook.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur juga sedang giat melaksanakan pengukuran di lapangan bagi lot-lot kependudukan Tanah Anak Negeri di Kampung Sendukut Baru dan Kampung Sinaron yang dianggarkan berkeluasan 3 200 hektar dengan unjuran 637 lot di daerah berkenaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sepanjang tahun 2020 sehingga 2025, sebanyak 15 buah kampung telah selesai diukur di daerah Sook dan daripada jumlah tersebut sembilan kampung telah selesai diwartakan sebagai tanah rizab kediaman anak negeri manakala baki enam buah kampung lagi sedang dalam proses perwartaan untuk tujuan tanah rizab kediaman anak negeri di bawah Seksyen 78 Ordinan Tanah Sabah. Ahli Yang Berhormat dari Darau telah membangkitkan isu berkaitan status pemindahan enam keluarga di Kampung Likas.

Pengisytiharan pengambilan sebahagian tanah CL.015669799 dengan keluasan dua ekar untuk tujuan

penempatan di Kampung Likas telah pun diwartakan di bawah Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah dengan nombor GN210/2025 bertarikh 5 Jun 2025.

Pengisytiharan pengambilan tanah di bawah Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah tersebut telah pun diulang melalui Warta Kerajaan bertarikh 12 Jun 2025.

Sehubungan dengan itu, notis pengambilan tanah dan surat tawaran masing-masing bertarikh 30 Jun 2025 telah pun disampaikan kepada pemilik tanah yang terlibat. Manakala Jabatan Tanah dan Ukur sedang dalam proses perancangan untuk mengukur lot-lot penempatan di lapangan dan pelan-pelan lot-lot tersebut akan dikemukakan ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Tungku serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah pun selesai melaksanakan pengukuran di lapangan di bawah Program Pengukuran Tanah Anak Negeri di beberapa buah kampung di dalam Dewan Undangan Negeri Tungku, iaitu di Kampung Tanjung Batu, Kampung Tanjung Labian, Kampung Nala, Kampung Membatu, Kampung Batu-Batu, Kampung Tulibas, Kampung Merabung, Kampung Telisai, Kampung Bangingod, Kampung Bangkarat, Kampung Sungai Merah dan Kampung Sinakut.

Pengukuran di kampung-kampung yang disebutkan tadi melibatkan sebanyak 108 hak milik geran tanah NT dengan jumlah keluasan keseluruhannya 89.22 hektar. Pengukuran ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2020 sehingga bulan November tahun 2025 dan telah diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah terlibat. Manakala sebanyak 215 geran draf NT lagi melibatkan keluasan 279.42 hektar telah siap dan sedia untuk diserahkan kepada bakal pemilik. Di samping itu, pengukuran tanah-tanah Anak Negeri ini juga sedang dilaksanakan di beberapa buah kampung lain, iaitu di Kampung Makuau, Kampung Pesusul, dan Kampung Tinagian, di mana unjuran lot yang dijangka dapat disiapkan adalah sebanyak 315 lot tanah. Pengukuran di tiga buah kampung ini dijangka akan selesai sepenuhnya menjelang bulan Jun tahun 2026. Ahli Yang Berhormat dari Tungku juga membangkitkan isu berkaitan Skim Kebun Kecil Bagahak. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, skim ini melibatkan…

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

…kawasan keseluruhan 30 804 ekar, dengan 2 079 lot diperuntukkan dan di mana sehingga kini 934 geran telah didaftarkan. 1 148 geran masih di peringkat draf dan 931 geran sedang dalam proses penyediaan. Manakala untuk status lot-lot peneroka FELDA, sebanyak 871 geran, geran tanah untuk lot pertanian telah disediakan dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, FELDA, sedang dalam proses untuk membuat pindah milik geran tanah kepada peneroka. Setelah proses pendaftaran pindah milik selesai, pihak FELDA akan menyerahkan geran-geran tanah tersebut kepada peneroka FELDA Sahabat. Sebagai tambahan, pengukuran pecah bahagi geran tanah CL 115501601 telah dilaksanakan dan sebanyak 907 geran sedang disediakan untuk lot perumahan peneroka serta lot untuk kegunaan awam. Kesemua geran tanah ini akan didaftarkan kepada FELDA terlebih dahulu sebelum pindah milik geran tanah tersebut dibuat kepada peneroka-peneroka yang berkenaan. Bagi menjawab isu…

Yang Berhormat Ketua Menteri. Ya. Saya minta penjelasan sedikit. Tadi Yang Amat Berhormat Sulaman ada menyebut soal tanah-tanah NT di kawasan DUN Tungku, yang sudah diukur dan sudah disediakan geran dan dibagitahu juga sebentar tadi bahawa ada beberapa geran yang sudah diserahkan kepada pemilik. Namun demikian, maklumat di lapangan Yang Amat Berhormat Sulaman rasanya macam perkara itu kurang tepat. Ada baiknya kalau dilihat sendiri oleh Yang Amat Berhormat kepada Jabatan Tanah dan kalau boleh ada pecahan, berapa geran sebenarnya yang sudah sampai ke tangan apa itu…

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya.

…penerima tersebut. Begitu juga dengan soal yang FELDA tadi itu, Datuk Seri Sulaman. Sebabnya yang FELDA ini lama betul sudah. Sudah lebih 35 tahun dorang (mereka) berada di situ. Tapi terlampau banyak

karenah birokrasi pihak FELDA berkaitan geran tanah untuk diserahkan kepada pemilik mereka. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Saya akan siasat tengok tapi maklumat ini adalah maklumat yang diberi oleh Jabatan Tanah dan Ukur. Saya semak semula. Kalau apa maklumat ini tidak betul, saya ingat ini satu perkara yang serius dan saya akan ambil tindakan. Terima kasih.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Gum-Gum, pengukuran lot-lot tanah di Kampung Garinono dan Kitagas telah dilaksanakan dan sebanyak 513 lot tanah telah diukur. Daripada jumlah ini, sebanyak 158 lot telah dikeluarkan hak milik tanah. Manakala lot-lot tanah yang lain masih dalam proses pengesahan dan kelulusan. Kelewatan ini berlaku disebabkan terdapat isu-isu tanah yang perlu diselesaikan seperti pertindihan permohonan tanah, pertikaian tanah, serta tuntutan hak adat anak negeri dan juga penjualan lot dimohon oleh pemohon asal kepada orang lain secara tidak sah. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur, sentiasa memberi keutamaan untuk memproses permohonan-permohonan tanah tersebut berdasarkan kepada perundangan dan prosedur yang sedang berkuatkuasa agar hak milik tanah dikeluarkan kepada pemohon tanah yang berkenaan.

Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Nabawan telah membangkitkan isu berkaitan dengan jalan-jalan perhubungan utama, jalan-jalan bekas balak atau pertanian yang perlu dinaik taraf. Bagi menjawab isu ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah dan agensi berkaitan telah mengambil langkah untuk memberi kebenaran khas bagi laluan-laluan jalan awam yang merintasi Hutan Simpan Pensiangan di bawah Enakmen Hutan 1968, khususnya melalui Peruntukan Seksyen 14 yang membolehkan pemberian hak dan konsesi keistimewaan bagi jalan awam merintasi hutan simpan.

Sehubungan itu, jalan-jalan utama seperti Jalan Kampung Mosopoh, Kampung Katalirus, Jalan Sepulut - Pensiangan, dan Jalan Keningau, Kampung Pangaraan telah dikenal pasti dan dicadang untuk dimasukkan secara rasmi sebagai jalan awam

merentasi Hutan Simpan Pensiangan. Bagi memastikan akses penduduk setempat dan orang awam terus terjamin dari segi perundangan. Dengan kebenaran khas ini, Kerajaan Negeri akan dapat memperkukuh penyelarasan antara Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa berkaitan dan membolehkan kerja-kerja pemantauan, penyelenggaraan, pembaikan dan naik taraf jalan dilaksanakan dengan lebih tersusun serta memastikan aspek keselamatan, kebolehcapaian serta kelestarian alam sekitar diambil kira. Kerajaan Negeri komited untuk memastikan keperluan asas rakyat di kawasan pedalaman seperti Nabawan dan Pensiangan terus diberi perhatian demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk. Tuan Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Balung telah mencadangkan agar undang-undang sedia ada yang telah berusia lebih 20 tahun sebagai contoh dari tahun 1985 dikaji semula. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan supaya undang-undang sedia ada yang telah lama digubal, dikaji semula bagi memastikan kesesuaiannya dengan keadaan semasa. Sehubungan dengan itu, ingin ditegaskan bahawa Kementerian, Jabatan atau agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan sentiasa dari semasa ke semasa mencadangkan pindaan terhadap undang-undang sedia ada tertakluk kepada keperluan, keutamaan serta keberkesanan pelaksanaannya. Sebagai contoh, Agriculture Produce Board Enactment 1981 walaupun telah digubal sejak tahun 1981, enakmen tersebut hanya mula dikuatkuasakan pada tahun 2022 dan seterusnya telah dipinda pada tahun 2024 bagi memperuntukkan fungsi tambahan serta memperkukuhkan peruntukan penguatkuasaan. Perkembangan ini menunjukkan bahawa undang-undang yang telah lama digubal tetap dinilai dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaannya selaras dengan keperluan semasa.

Selain itu, Local Government Ordinance 1961 telah juga dipinda pada tahun 2000 dan dipinda semula pada tahun 2022 selepas tempoh kira-kira 22 tahun sejak pindaan terakhir dibuat. Bagi mengambil kira keperluan semasa pentadbiran Kerajaan tempatan serta untuk mengemas kini dan menambah baik punca kuasa perundangan berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah. Untuk makluman,

Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Sabah Law Reform Advisory Council pada awal tahun ini yang dipengerusikan oleh Yang Amat Arif Tan Sri David Wong Dak Wah, mantan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Bersama-sama pengamal undang-undang kanan dari sektor swasta. Jawatankuasa ini telah diberi mandat untuk mengkaji dan mencadangkan pindaan terhadap undang-undang sedia ada agar ia dapat diselaraskan dengan keperluan semasa pentadbiran dan tadbir urus yang baik. Kerajaan Negeri berpandangan bahawa kajian semula undang-undang perlu dilaksanakan secara berperingkat dan berasaskan keutamaan dengan mengambil kira keberkesanan pelaksanaan serta keperluan semasa. Tuan Speaker, isu integriti merupakan isu yang perlu diberikan perhatian yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Merotai. Kerajaan Negeri bersetuju dan menyambut baik akan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri tidak berkompromi dan mengamalkan zero tolerance dalam perkara yang melibatkan rasuah, integriti dan penyalahgunaan kuasa. Selain itu, komitmen Kerajaan bagi memastikan semua syarikat berkaitan Kerajaan, GLC ditadbir dengan berintegriti, telus dan berakauntabiliti dapat dilihat melalui: 1.

Arahan Ketua Menteri, semua Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Kumpulan dan Pengurus Besar bagi Badan Berkanun Negeri dan GLC perlu mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap tiga bulan secara terus kepada Ketua Menteri mulai tahun hadapan. Langkah ini penting untuk memantau prestasi setiap agensi yang terlibat berhubung kemajuan projek, kedudukan kewangan, keberkesanan perkhidmatan dan pencapaian petunjuk prestasi utama, KPI, masing-masing.

2.

Penempatan pegawai kanan SPRM sebagai penasihat integriti kepada Ketua Menteri di Jabatan Ketua Menteri akan memastikan tadbir urus dan usaha-usaha antirasuah dilaksanakan secara menyeluruh, termasuklah meningkatkan pematuhan GLC terhadap usaha-usaha pemantapan pengurusan governans, integriti dan antirasuah di semua GLC.

3.

Setiap GLC telah diarahkan menubuhkan Unit Integriti dan Governans Negeri Sabah yang berdiri sebagai entiti yang bebas melaksanakan empat fungsi teras seperti pengurusan aduan, pematuhan tadbir urus dan integriti. Usaha ini dipantau oleh Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui mesyuarat pemantauan dua kali setahun, termasuklah pelaporan aktiviti fungsi trust ke SPRM.

4.

Program-program pengukuhan integriti khusus kepada peneraju GLC akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026 bagi memastikan pentadbiran berintegriti, telus dan berakauntibiliti dapat diamalkan di semua GLC Negeri Sabah. 5.

Jadi, bagi menjawab isu berhubung dakwaan, salah laku serta isu berkaitan pengurusan dan perlantikan dalam sesebuah syarikat berkepentingan Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa semua dakwaan yang dirujuk masih berada dalam peringkat siasatan. Kerajaan Negeri turut menegaskan bahawa sebarang pertimbangan atau keputusan yang dibuat adalah tertakluk sepenuhnya kepada pematuhan tadbir urus, integriti dan undang-undang. Kerajaan Negeri tidak akan mempertimbangkan apa-apa keputusan yang boleh menjejaskan keyakinan awam atau integriti institusi Kerajaan Negeri dan GLC. Justeru, sebarang kenyataan atau andaian yang mendahului hasil siasatan rasmi dan tidak berlandaskan fakta sahih, boleh menjejaskan hak kepada proses yang adil selaras dengan prinsip keadilan semula jadi, natural justice dan undang-undang.

Tuan Speaker, isu kemiskinan merupakan isu yang perlu diberikan perhatian di Dewan yang mulia ini. Untuk menjawab pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat dari Darau dan Sindumin. Miskin tegar ialah golongan yang diukur melalui

pendapatan garis kemiskinan, PGK makanan, iaitu isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,218.00 dengan nilai per kapita RM288.00 setiap individu berdasarkan pendapatan garis kemiskinan tahun 2022. Bermula pada tahun 2026 nanti, bagi pelaksanaan program kemiskinan tegar akan menggunakan pendapatan garis kemiskinan tahun 2024, iaitu berpendapatan RM1,257.00 dengan nilai per kapita RM310.00. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, Program Sentuhan Kasih Rakyat atau Program Syukur merupakan program bantuan RM300 sebulan bagi golongan miskin dan miskin tegar. Program Syukur dilaksanakan secara berfasa, iaitu empat fasa bagi tempoh tiga bulan sekali bernilai RM900.00 kepada setiap penerima. Setakat ini, Kerajaan Negeri telah membayar kepada hampir 100 ribu penerima daripada golongan miskin tegar dan miskin.

Speaker

Yang Amat Berhormat, ada pertanyaan.

Minta izin.

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Bila saya mendengar dari segi definisi miskin tegar dan sekali apa yang telah diungkapkan oleh Menteri Kewangan dalam perbahasan, penyampaian belanjawan, miskin tegar di Sabah sudah pun mencapai satu kadar yang sifar. Dan saya ingin bertanya daripada Yang Amat Berhormat, kalau berdasarkan dengan 1 000 lebih peruntukan yang ada dan juga bantuan-bantuan bulanan yang dilakukan, adakah jumlah rakyat yang ada ini, hampir berapa juta umat di bumi Sabah ini, 4 juta. Kita telah melihat sama ada mereka sudah pun membatasi dari segi kadar yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat. Kalau saya lihat, saya masuk kampung. Saya pergi Sebatik, saya pergi Pulau Banggi dan beberapa tempat di kawasan di luar bandar. Dan bila saya cerita bertanya bagaimana pendapatan mereka keadaan ini.

Mereka hanya bergantung dengan makanan kadang-kadang itu tanaman di kampung-kampung yang ada. Hasil nasib kalau dapat lihat duit RM1.00, RM100.00 sebulan pun. Ini yang saya ingin bertanya. Sama ada statistik ini diperolehi daripada pihak mana itu. Sama ada kajian Jabatan Statistik Department ataupun cuma kadang-kadang kita hantar Ketua Kampungkah? ataupun menyelidik secara terperincinya? Kalau kita menyebut

sudah pun menjadi sifar, satu tanggapan yang agak sedikit membimbangkan saya kerana tidak berlaku sifar itu, masih lagi ada miskin yang tegar selama ini.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih Ahli daripada Senallang. Datuk Speaker, soal kemiskinan ini adalah satu soal yang kita hadapi begitu secara serius di Sabah. Memang banyak, apa nama dia itu, ramai rakyat kita yang masih miskin dan berada dalam miskin tegar. Data itu cukup dinamik. Yang kita perolehi daripada apa yang sampai ke Pejabat Urus Setia ialah data yang diambil, yang dikumpul oleh pejabat-pejabat daerah melalui unit UPPM dan juga ketua-ketua kampung dan juga JKK.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tetapi saya beranggapan rakyat kita ini masih ramai yang miskin ini. Tetapi usaha ini berterusan dijalankan oleh Kerajaan. Tetapi, setakat ini, mengikut data yang kita terima, kita membayar, membantu kepada lebih kurang seratus ratus ribu orang penerima. Ini tidak bererti tidak ada lagi orang miskin. Tetapi kalau mengikut data itu, kita sudah noktahkan miskin tegar, tidak ada lagi. Tetapi, bilangan rakyat yang miskin ini dia sentiasa berubah dari masa ke semasa dan saya setuju dengan pandangan daripada Ahli daripada Senallang.

Masih ramai orang kita miskin ini. Tetapi mungkin tidak termasuk dalam data yang diberikan oleh Pejabat Daerah dan jabatan-jabatan yang berkenaan. Jadi, usaha berterusan akan kita jalankan. Kerana kalau kita nampak di lapangan, memang semua pun mengadu miskin. Jangan cerita yang pendapatan kurang RM1,200.00 orang yang RM3,000.00 pendapatan pun cakap dia miskin. Tetapi dalam kategori ini, dia tidak termasuk begitu. Jadi, apalagi Tungku?

Ya, kalau boleh Yang Berhormat.

Saya ingat kalau dapat Yang Amat Berhormat, mungkin saya setuju apa pandangan Yang Berhormat. Masih ada miskin tegar, tapi bila kita sampaikan maklumat di Dewan yang mulia ini, kita sudah sifarkan, kalau masih ada keraguan, seharusnya kita teliti secara mendalam sebelum iamenjadi satu tanggapan the question of task by the public at large kerana itu membimbangkan saya, bila ada suara di rakyat, Datuk Seri kami ini masih lagi, satu, kerja tidak ada, pendapatan bulanan tidak ada. Jadi kalau boleh perbetulkan dari segi fakta yang ada, saya setuju dengan Yang Amat Berhormat supaya masih banyak lagi. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya, terima kasih.

Kita akan perkemaskan dari masa ke semasa data ini. Seperti yang saya sebutkan tadi, ini soal kemiskinan ini dia terlampau dinamik yang berubah dari masa ke semasa. Kadang-kadang kita sudah bantu, dia keluar. Dia tidak dapat kerja umpamanya atau keluarganya. Dia akan masuk balik sebagai dalam kategori miskin tegar ini. Ya, begitu. Miskin ini banyak ini, ramai ini.

Kalau boleh Yang Amat Berhormat Sulaman, saya mencadangkan kalau boleh dibuatkan satu jabatan khas statistik untuk negeri supaya data yang kita ada itu tepat dan menggambarkan keadaan sebenar dan supaya tidak timbul lagi isu-isu di mana ada pihak mempertikaikan mengenai dapatan yang yang dibentangkan oleh Kerajaan. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih.

Sebenarnya kita sudah ada satu jawatankuasa khas di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah masing-masing. Ya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Yang Amat Berhormat. Terima kasih, Datuk Speaker.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Banyak miskin di Tanjung Aru ka?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ya. Ada tu. Ada tu. Ada Yang Berhormat.

Itulah saya nak tanya daripada Yang Berhormat. Kalau boleh bagi tu definisi atau apa syarat dia untuk rakyat itu di define sebagai golongan miskin tegarlah supaya kita boleh bantu semua rakyat kita terutamanya di kawasan kita untuk dapat ini program schoollah daripada Kerajaan. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tadi saya ada sebut. Mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,218.00 itu dianggap sebagai miskin tegar manakala yang berpendapatan lebih daripada itu masih lagi miskin. Bukan kita bilang semua tiada lagi miskin di Sabah ini tetapi untuk menentukan sama ada dia miskin tegar dia punya kadar PGK ini ialah RM1,218.00 sebulan pendapatan dia, kalau kurang daripada itu dia dianggap sebagai miskin tegar.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

(tidak jelas) Satu orang? Seorangkah dia atau ketua?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Dalam pendapatan satu keluarga, kalau dia individu, dia pendapatan dia tidak kurang daripada RM288.00 begitu. Satu orang. Nanti saya kasih itu data sama apa ini? Itu wakil rakyat Tanjung Aru.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya. Tuan Speaker, beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyuarakan pertanyaan, pendapat dan saranan berkaitan dengan Dasar Ekonomi Biru.

Ahli Yang Berhormat daripada Sook telah membangkitkan isu berkaitan Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC). Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) telahpun memulakan penerokaan tenaga boleh diperbaharui, OTEC dan sedang dalam fasa kajian perlaksanaan di kawasan pantai timur Sabah oleh tiga

syarikat pemaju tempatan dan dijangka akan siap pada tahun 2027. Dari segi aspek peruntukan, pembangunan teknologi OTEC ini akan dilaksanakan melalui pelaburan sepenuhnya oleh pihak pemaju sendiri.

Sehubungan dengan itu, melalui pendekatan ini, pihak Kerajaan Negeri tidak akan mengeluarkan sebarang dana peruntukan kerana Kerajaan Negeri menggalakkan Pembangunan Inisiatif Ekonomi Biru yang dipacu oleh sektor swasta. Ahli Yang Berhormat dari Sulabayan mempersoalkan kesediaan Kerajaan Negeri dari segi keupayaan untuk mengurus penerokaan Ekonomi Biru.

Berhubung dengan persoalan ini, ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mengemas kini dan telah menyediakan asas perundangan dan institusi yang kukuh dalam memperkasa Ekonomi Biru Negeri, khususnya dalam pembangunan OTEC. Hal ini dapat dilihat melalui kelulusan perundangan enakmen OTEC 2024 serta pindaan kepada Enactment Energy Commission of Sabah (ECOS) pada bulan April tahun 2024. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat 15 senarai industri Ekonomi Biru yang dikenal pasti seperti berikut:

1.

Penuaian sumber hidupan laut.

2.

Terkandung di dalamnya ialah bioteknologi marin; dan 3.

Makanan laut.

Perdagangan dan perniagaan di dalam dan sekitar laut, iaitu: 1.

Pengangkutan dan perdagangan; 2.

Pelancongan dan rekreasi; 3.

Sungai; 4.

Logistik; 5.

Hidupan sungai; 6.

Pelancongan dan rekreasi; 7.

Tenaga;

8.

Tindak balas terhadap cabaran kesihatan laut; 9.

Perlindungan pesisir pantai; 10.

Pelupusan sisa; 11.

Pengasingan karbon; 12.

Pemantauan dan pengawasan laut; 13.

Pengekstrakan sumber tidak hidup penjanaan sumber baharu; 14.

Air industri; 15.

Tenaga; dan 16.

Mineral.

Ini adalah senarai-senarai yang telah disenaraikan oleh pihak United Nations yang dalam Blue Economy ini. Jadi selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah memeterai satu perjanjian dengan syarikat satu syarikat swasta untuk membina landing port tuna di Kota Kinabalu bernilai RM360 juta. Dalam usaha ini Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan tetapi mendapat 30% kepentingan dalam industri landing port tuna ini.

Datuk Dr.

Maklumat yang kita cakap ini mana saya boleh dapat? Datuk Dr.

Pasal tadi disebut, maklumat ini diperoleh daripada United Nations.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ah, nanti saya beri. Datuk Dr.

Adakah maklumat ini saya dapat daripada Kerajaan Negeri, agensi mana itu?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Daripada Urus Setia SMJ.

Datuk Dr.

Urus Setia SMJ.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Sekretariat SMJ. Datuk Dr.

So, boleh tak minta nanti kalau dapat, kerana bagi saya, saya sangat mengambil perhatian pasal (kurang jelas) itu penting. Kalau boleh diberi taklimat secara detail. Mungkin ada yang minat untuk mendengar taklimat secara detail ini. Pasal sekurang-kurang, walaupun tidak terlibat, Kerajaan Negeri hanya mempunyai kepentingan 30% dari segi mana itu? Owner of the kawasan, mungkin. Tetapi mungkin masa depan, masa depan, future dia. Mungkin ada yang terlibat dalam penerokaan, dalam perniagaan untuk anak-anak sahabat, terutama anak-anak muda. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Insya-Allah, nanti saya maklumkan pihak Sekretariat SMJ untuk bagi maklumat mengenai, apa nama dia itu, Inisiatif Ekonomi Biru ini, nanti saya bagi. Ya.

Terima kasih.

Dengan izin, Yang Amat Berhormat, bila Yang Amat Berhormat Menteri menyebut tentang perniagaan tuna, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, pasal ini pun saya sebut dalam perbahasan saya downstream. Bagaimana melibatkan seramai mungkin, umat di Sabah ini akan mendapatkan ruang dan disebutkan tadi sebuah syarikat daripada semenanjung dan saya juga faham Yang Amat Berhormat, kita mempunyai agensi seperti SAFMA, Ko-Nelayan.

Malahan kita banyak peniaga, ada seorang peniaga yang tangkap ikan, mempunyai 15 kapal dan mereka ini ada keupayaan. Mengapa kita tidak melibatkan rakyat Sabah ini untuk terlibat dalam mendapat kekayaan yang ada di bumi Sabah. Seperti tuna yang ada ini, kerana saya tahu syarikat ini juga terlibat di Pulau Pinang dahulu, tapi tidak berjaya untuk menjayakan program mereka ini dengan baik. Jadi, saya bimbang kerana mereka hanya menggunakan sebagai sebuah listed company. Saham mereka meningkat, itu untung mereka dapat. Tapi dari segi

downstream yang sebenarnya, usaha untuk tuna itu tidak dijadi kenyataan. Tapi, kita ada peniaga di bumi Sabah ini dan saya boleh sebutkan nanti kelak nanti, saya maklumkan dengan Yang Amat Berhormat. Peniaga-peniaga orang Sabah yang boleh kita libatkan mereka secara berkesan untuk memberikan bukan hanya peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah di bumi Sabah. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih, daripada Senallang. Memang pada mula kita memikirkan, macam untuk melibatkan SAFMA sebagai contoh, tetapi perniagaan SAFMA ini, dia berlainan dengan apa yang akan dilaksanakan oleh syarikat yang disenaraikan dalam bursa Kuala Lumpur ini. Dia sudah terlibat dalam industri penangkapan tuna ini di laut yang luas, di lautan Pasifik, di lautan India. Itu dia punya pertimbangan. Mungkin bukan kita tidak mahu bagi keutamaan kepada anak syarikat Kerajaan atau agensi Kerajaan, tetapi skop perniagaan dia orang jauh berbeza sedikit.

Satu, tuna di laut luas, satu tangkap ikan sebelah Pulau Gaya di sekitar apa nama dia itu, negeri Sabah. Jadi, walau bagaimanapun kita akan fikirkan mana yang baik untuk negeri. Tetapi setakat ini, kita pelawa ini dan telah pun memeteraikan perjanjian dengan memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri untuk apa nama dia itu, mempunyai kepentingan di dalam program ini.

Ya, Yang Amat Berhormat, saya sebutkan tadi pihak swasta. 15 buah kapal dia dan mereka ini beroperasi sampai masuk ke Thailand, ke negara-negara lain.

Mereka ini berkecimpung dalam dunia perniagaan penangkapan ikan dan mereka di antara peniaga yang begitu berjaya. Dan saya yakin, kalau pun kita lihat, kebimbangan saya pasal dia membabitkan dua pasal tanah, iaitu di Kota Kinabalu yang telah ditandatangani oleh Mayor Kota Kinabalu dan tanah ini cukup penting kepada kita untuk dimanfaatkan oleh umat di Bumi Sabah ini. Jadi, kalau boleh perluaskan ruang yang ada. Kena ada peniaga-peniaga deep sea fishing yang dah lama. Saya tahu, saya kenal mereka dan ada beberapa orang yang. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Okey, terima kasih, ahli daripada Senallang. Saya ambil maklum. Tuan Speaker, saya teruskan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat serta Dewan yang mulia ini, ingin saya jelaskan bahawa Kerajaan Negeri Sabah sememangnya telah dan sedia melaksanakan pendekatan yang inklusif serta berteraskan keterlibatan awam dan tidak terhad kepada peringkat Kerajaan atau kolaborasi universiti semata-mata. Kerajaan Negeri juga committed dan telah melaksanakan Sabah International Blue Economy Conference tahun 2024 yang telah menghimpunkan lebih daripada 4 000 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk pelajar, penyelidik, muda, graduan, usahawan serta komuniti pesisir.

Selain itu, bagi memastikan pembangunan kemahiran tempatan dijalankan secara berfokus, Program Sabah Blue Economy Skill Fest 2025 anjuran bersama HRD CORP dan Kerajaan Negeri telah diadakan pada 19 dan 20 Jun 2025. Program ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran, inovasi serta pendedahan industri kepada rakyat Sabah, khususnya golongan muda dan graduan agar mereka bersedia menyertai sektor pekerjaan berkaitan Ekonomi Biru yang sedang dirancang oleh Kerajaan Negeri.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan beberapa forum interaktif seperti Program Asean Blue Economy Forum 2025, Exhibition Program Consilium Governance, Perancangan Marine Spatial dan Perakaunan Lautan serta Program Synedrio SMJ: Penerokaan Khazanah Baru Konsep Ekonomi Biru yang berperanan sebagai wadah dialog merentas sektor Kerajaan, industri, akademia, graduan dan masyarakat awam. Pendekatan ini memastikan Wacana Ekonomi Biru difahami secara menyeluruh dan inklusif. Hal ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan Ekonomi Biru Sabah dapat dibangunkan secara inklusif dengan penglibatan aktif anak muda, graduan universiti dan masyarakat setempat sebagai pemacu utama kelestarian dan kemakmuran jangka panjang negeri. Bagi menjawab persoalan Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung penerokaan Ekonomi Biru di sempadan perairan, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk meneroka potensi Ekonomi Biru di perairan negara seperti termaktub dalam Konvensyen

Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggariskan zon ekonomi eksklusif Malaysia, khususnya negeri Sabah adalah sejauh 200 batu nautika dengan anggaran keluasan, seluas 334 671 km persegi. Tuan Speaker, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, mana-mana soalan yang tidak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis. Jadi, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini.

Yang Amat Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Sekali lagi saya merakamkan.

Yang Amat Berhormat, kerana ini perkara yang penting sebenarnya. Saya turut membahaskan. Dengan izin.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Ya.

Kalau boleh, ya. Pasal saya juga bahaskan, untuk makluman Datuk Speaker, iaitu berhubung kait dengan pendirian Kerajaan Sabah, berhubung kait dengan 40% dan tadi pun, Yang Amat Berhormat menyatakan kita perlu ada integriti, kita ada perlu enforcement of law, menghormati dan kita sedar dan tahu bahawa mahkamah dah putuskan bahawa ini hak Sabah. Sama ada tidak perlu appeal, apakah, dah pun disebutkan oleh Perdana Menteri.

Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, pendirian Kerajaan Negeri yang ada terhadap perkara ini, kerana ini penting, ini dalam perlembagaan. Kalau pun perlembagaan kita tidak patuhi, persoalan perundangan di negara ini akan menjadi satu perkara yang dipersoalkan. The question of trust. Because ini di antara Perjanjian 63 dahulu, di mana 40% itu tidak sama dengan 112C, 112D, kerana itu dia

ada federal list, ada concurrent list, senarai persekutuan lain. Ini 40% tidak boleh persamakan, dia orang bagi untuk hospital, bina balai polis di Sabah, buat.

Tentera Laut itu, itu lain. Itu Federal list, Perjanjian 1963, tidak ada Kerajaan Negeri yang bagi gaji dengan polis. Tidak ada Sabah boleh lantik guru-guru ataupun pihak polis tentera yang melantiknya Kerajaan Persekutuan. Tapi 40% ini lain betul. The only state Sabah yang harus. Jadi, saya minta kerjasama daripada Yang Amat Berhormat pendirian. Bagaimana sama ada kita perlu ada ketegasan. Bagi pihak kami di kawasan ini, jangan bimbang sangat. Menyokong penuh. Tegas untuk kita minta supaya 40% ini bagi dengan Sabah tapi, jangan pula 40% mereka akan mengurus di mana mau belanja. We know what Sabahan need yang ada. Terima kasih banyak.

Yang Amat Berhormat Sulaman, Saya ingin sentuh mengenai pemerkasaan Dewan Undangan Negeri pertama kali dan saya percaya, ini adalah di bawah bidang kuasa Yang Amat Berhormat. I do think there is so much that we can do in this the Dewan Undangan Negeri and it has to be in this very Dewan. Dua perkara, satu perkara yang saya sangat sentuh adalah di mana, sangat penting untuk kita berganding bahu dan untuk kita menyelesaikan isu-isu legasi seperti utiliti, infrastruktur dan juga berkenaan MA63. Saya ada mencadangkan dalam perbahasan saya, untuk saya mohon Yang Amat Berhormat mempertimbangkan penubuhan dua jawatankuasa pilihan khas, select community untuk dua perkara dan saya rasa perkara ini sangat penting. Pertama jawatankuasa pilihan khas infrastruktur dan utiliti dan kedua, jawatankuasa pilihan khas MA63 dan juga hubungan Persekutuan. Ini adalah dua jawatankuasa yang saya kira sangat perlu ditubuhkan dan saya pohon perkara ini, sangat penting di sebelah sana dan juga di sebelah sin. Ini melibatkan Sabah dan hak Sabah dan saya minta untuk kita semua dalam semua ADUN dilibatkan.

Mohon pertimbangan Yang Amat Berhormat.

Speaker

Sungai Sibuga dahulu.

Terima kasih Datuk Seri Speaker. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya ingin menyokong soalan yang dua tadi, daripada Ketua Pembangkang dan Usukan. Tetapi ada sesuatu yang ingin saya nyatakan di sini. Setujukah bila kita ada jawatankuasa, apabila identiti kita tidak betul, kita tidak boleh buat juga. Jadi saya ada satu soalanlah, sebab ini juga di dalam bahas saya hari Isnin yang lalu. Setujukah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa faktor kebingungan dan kegagalan, mungkin yang telah berlaku terutama sekali tentang 40% kita, adalah kerana Kerajaan Persekutuan kini dan Kerajaan Sabah yang Ke-16 dulu, percaya bahawa pembentukan Malaysia ini adalah asimilasi dan sedangkan ianya, adalah integrasi kalau menurut United Nations Resolusi 1541? So, with the correct belief, I think would cause and effect a different action and of course there would be a different decission. Bukankah begitu Yang Amat Berhormat? Terima kasih.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya telah mengemukakan beberapa isu, berkaitan dengan kesengsaraan rakyat di kawasan DUN Likas, Luyang dan Api-Api, berkaitan tentang infrastruktur, air, elektrik, jalan raya.

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat dalam laman web yang dikeluarkan itu. Ini yang menjadi tumpuan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya benar-benar memohon kerana kawasan tiga DUN ini mungkin termasuk Luyang, adalah merupakan termasuk Inanam, merupakan ibu negeri Sabah yang menjadi imej kepada pengunjung-pengunjung luar yang pertama. Jadi, infrastruktur yang mantap, yang tidak rosak ini benar-benar, kami benar-benar mengharapkan agar Jabatan Ketua Menteri ataupun DBKK dapat mengambil pandangan yang serius. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima kasih.

Terima kasih kepada Senallang, Usukan, Sungai Sibuga, Likas, pasal infra kena di bawah jagaan DBKK. Ini soal 40% ini, pendirian Kerajaan Negeri jelas sepertimana yang termaktub di dalam tuntutan MA63 dan juga perlembagaan negara kita. Itu pendirian kita dan saya telah kemukakan permasalahan ini berkali-kali kepada Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri, melalui mesyuarat MA63. Saya ingat banyak kawan-kawan kita yang hadir dalam mesyuarat tersebut jelas, itulah pendirian kita. Jadi, tidak perlulah kita bincang itu, persoalkan di sini, kerana saya ingat beberapa hari ini, satu lagi mesyuarat akan diadakan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, kalau saya tidak silap, 19hb..

Jadi, kita tunggulah mekanisme formula pembayaran itu. Jadi, kalau tanya saya sebagai anak Sabah saya ikut perlembagaan saja, [tepuk meja] selesai dan ini telah kita kemukakan dalam mesyuarat MA63 berkali-kali daripada dulu. Daripada kita mesyuarat di Kuching, di Kuala Lumpur dan juga di Kota Kinabalu. Itu pendirian kita. Jadi, soal pemerkasaan DUN ini, penubuhan select community.

Yang Berhormat, cuma tadi itu bila Yang Berhormat dah jelas pendiriannya. Ya, tapi ada mesyuarat lagi, 19, rundingan. Sama ada rundingan ataupun. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat. Apa step, option pertama menuntut supaya keputusan mahkamah, adakah pihak Kerajaan tegas dengan ini bahawa tidak ada tolak ansur dari segi ini, kerana ini court decision is there, you know?. Jadi, kalau tadi dalam mahkamah tidak jadi masalah, boleh runding, tapi ini di luar mahkamah sudah, jadi Kerajaan Persekutuan kena mematuhi perkara ini. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Saya memahami ini, kerana mahkamah telah putuskan mereka mesti bayar mengikut apa keputusan mahkamah, jadi perundingan itu adalah berasaskan kepada saya percaya, keputusan mahkamah.

Dia yang tidak boleh lari daripada aspek keputusan mahkamah itu. Jadi, kita tunggulah, sabarlah, sayapun mahu cepat supaya kita dapat banyak peruntukan. Jadi, [tepuk meja] itu keadaannya. Jadi, mengenai tadi memperkasakan Usukan apa nama dia itu, penubuhan select community nanti kita akan fikirkan, saya bincang nanti dengan Datuk Speaker. Saya secara ingin jelaskan di sini, saya terbuka kepada perkara yang boleh memberi kebaikan kepada negeri kita, itu saja [tepuk meja]. Datangnya dari sana atau dari sini, saya terbuka.

Itulah pendirian yang selalu saya buat, saya mendengar, saya apa nama dia itu, saya menimbang semua perkara-perkara yang baik seperti ini. Jadi, saya tutuplah Datuk Speaker, saya ingat cukuplah.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Saya mohon, minta laluan. Saya ada cakap pasal ini. Rayuan rayuan for the 40%.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Jadi, kalau tanya saya rayuan, saya tidak boleh jawab, saya bukan mahkamah.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Tidak, saya bukan mohon jawab, saya nak bagi satu cadangan. Sebab saya ada touch on the Rayuan. Apa, mohon untuk the federal government tarik balik rayuan di mahkamah rayuan, sekiranya ikhlas Federal Government dengan kita, perundingan. So, they should withdraw the rayuan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Okey, faham.

Terima kasih, nanti Menteri Kewangan akan jawab persoalan itu. Jadi, Datuk Speaker sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas perbahasan yang matang, bernas dan bermanfaat sepanjang sesi ini, dalam usaha merealisasikan matlamat dan hasrat Kerajaan Negeri, untuk membawa negeri ini terus maju ke hadapan. Saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk terus bekerjasama dan menyokong pelaksanaan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Agenda Pembangunan Negeri. Hanya melalui semangat kebersamaan dan perpaduan, kita mampu mempercepatkan kemajuan Sabah sebagai sebuah negeri yang makmur, sejahtera dan berdaya saing. Akhir kata, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua yang merayakan dan Selamat Tahun Baharu 2026

kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat yang dikasihi. Sekian, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Akhir sekali, saya persilakan Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk membuat penggulungan. Panjangkah?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih Tuan Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera.

Tuan Speaker, izinkan saya menyampaikan ucapan penggulungan bagi pihak Kementerian Kewangan, dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Dan secara peribadi, i would like to thank dengan izin kepada semua, everyone who has taken part, maksudnya daripada pihak pembangkang yang telah bagi pendapat saya, memberi response yang cukup positif dan juga amat membina. Dan secara peribadi, saya ingin membuka satu ruang baharu di antara di sini dan juga di sana. We hope there will be continuous engagement within the Government and everyone. You know always remember that we have been fighting for the same purpose, that is for the better one of Sabah. Dan tidak kiralah, kita di sinikah, di situ, at the end of the day, it’s what matter is Sabah and Sabah alonelah. Orang kata "Sabah Maju Jaya" and that should be the purpose of why we are all in this house. Kedua, ada barangkali perkara-perkara yang telah pun disentuh oleh Menteri-menteri lain semasa dalam penggulungan, dan mohon maaf kalau saya akan tersentuh semula, mungkin kerana kurang penyelarasan di antara pihak pejabat saya yang menyediakan respons ini, dan juga daripada semua Menteri yang telah pun memberi respons yang lebih awal.

Saya terus pergi kepada isu-isu yang telah pun dibangkitkan.

Pertama sekali, Yang Berhormat ADUN Senallang mengenai pelaksanaan cukai di peringkat Sabah. Beliau telah menyentuhkan, menyatakan betapa perlunya kita menyediakan dan mewujudkan sistem cukai yang progresif, bukan yang regresif. Dan saya sambut itu sebagai sesuatu yang amat membina.

Dan saya ingin maklum kepada Yang Berhormat Senallang, we are continuously upgrading and evaluating all our laws, sistem cukai kita. Dengan harapan, that we are sensitive to changes around us. Dan kita perlu menyesuaikan semua peraturan kita termasuk cukai kita dengan tuntutan semasa. Dalam masa yang sama, Kerajaan komited untuk merangsang pertumbuhan industri, serta memperkukuhkan pembangunan rantaian hiliran bagi mengekalkan daya saing ekonomi Sabah. In fact, Yang Berhormat daripada Senallang ada menyatakan why impose tax on fish, ya ikan? Sebenarnya itu cukai itu, cukai untuk eksport. And the reason kita impose cukai untuk eksport ialah untuk menggalakkan industri hiliran.

Kalau dia gunakan ikan itu tujuan untuk negeri semata-mata, tidak ada cukai, ya, tidak ada cukai. Dan sebenarnya itulah, sebenarnya matlamat kitalah, bukan sekadar kita ingin ambil, untuk mengutip kerana kita perlu cukai, memang kita perlu duit. Tapi dalam masa yang sama juga, kita harapkan ini akan menggalakkan industri hiliran dapat berkembang dalam industri ikan di Sabah ya.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Datuk, Datuk Menteri, saya minta penjelasan, tadi itu, tentang itu cukai itu, eksport seafood kan, ikan tu. Tapi bila, bila investor datang untuk buat aquaculture itu farm dia, dia invest untuk aquaculture dan buat downstream, adakah itu dikenali itu cukai itu, eksport? Ini yang saya nak tanya penjelasan. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Itu sebenarnya dia perlu this fish but tadi the issue dia ialah industri hiliran apa itu pembinaan apa ini factory dan sebagainya, dan kalau dia datang sini, sebenarnya dia pinjam tempat kita, isn’t it? Indirectlylah, kan? Mungkin kerana laut kita lebih bersih dan sebagainya, air kita lebih bersih. So, dia pelihara dan dia eksport balik so i don’t know. Probably we only, kita hanya menerima kalau kira keuntungan dari segi apa itu creation of jobs but other than that, he is making money out of uslah. And if he exports, then rightfully, he should be taxedlah.

Yang Berhormat Menteri Kewangan bila menyebut tentang cukai tadi, saya pun ingin menyuarakan tentang kebimbangan saya tentang cukai ini, kerana kalau kita melihat dari segi… dalam negara kita saja, RM17 bilion Kewangan yang kita katakan penalti, had to be paid by some company as in delayed, and ada yang bayaran diberikan oleh syarikat-syarikat di Sabah sendiri pun.

Kadang-kadang ini, bila dijanjikan, ini macam dulu GSTlah. Bayar dulu, lepas itu, dia akan refund back. Tapi ada yang sampai 10 tahun, ada yang sampai 5 tahun. Sama ada pihak Kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, ada engagement dengan syarikat-syarikat di bumi Sabah ini khususnya, untuk membolehkan supaya it is sustainable for them to do business?

Pasal kalau cukai ini, seperti yang saya sebutkan, regresif. Dia akan tutup tikar, tutup perniagaan dia dan unemployment. Kadang-kadang itu, itu yang contoh macam tadi udang itu. Contoh macam seafood yang ada, cukai dia terlampau tinggi sangat, they move to Indonesia, they go downstream in Indonesia. Pasal itu kadang-kadang tidak ada tarikan. Walhal kita punya kualiti dia, itu yang kadang-kadang ada smuggling. Dia smuggle ketam, dia smuggle, kadang-kadang bypass, itu yang kebimbangan saya. Kalau boleh pihak Kementerian Kewangan, meneliti bukan hanya engagement dengan pihak-pihak swasta yang ada. Kita tidak mahu mereka pindah ke China, pindah ke India melabur kerana kita mahu peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah ini. Cukai ini cukup membebankan, bukan setakat penalty, invoice yang ada. Kadang-kadang syarikat SME, banyak yang lingkup.

Paperwork yang perlu diisi kadang-kadang itu, membimbangkan sehingga cukai yang perlu dibayar you know, membimbangkan saya kalau pihak Kementerian Kewangan kerana ini membabitkan hasil, bukan setakat hasil, kalau kita membantu syarikat-syarikat ini, bahkan juga peluang pekerjaan kepada sama ada pihak Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan dah pun ada engagement, ataupun akan melakukan satu program untuk membolehkan supaya disampaikan, bukan hanya bidang-bidang kuasa Kerajaan Negeri tadi tentang sales untuk sumber ala, sumber ini laut, bahkan juga ada peringkat Pusat.

But they must also be heard, the voice. Kita ada suarakan di Parlimen kadang-kadang perkara ini, tapi berlainan kalau Kerajaan dengan Kerajaan mungkin agak berat untuk berunding. Bila suara Parlimen ini kadang-kadang boleh dengar, ada yang tidak dengar. Terima kasih banyak.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Datuk Menteri, and i seriously if i maylah plead to Kementerian Kewangan untuk we reconsider this SST on aquaculture and also downstream, downstreaming product from seafoodlah.

Because we are the only Government in the whole, i think the whole world that taxes our own aquaculture players and downstream processing players. Big countries like Thailand, Vietnam implemented last, last Government that, that, that Datuk Menteri. Okey yeah CJNlah… CJN.

We are the only Government in the whole world i think taxes it, Thailand, big, big aquaculture countries government like Vietnam, like Indonesian, they have never taxed. They give incentive to investor who go into their country to do agriculturing and to downstream.

So, inilah saya, saya minta pertimbangan daripada Menteri Kewangan untuk reconsider this. Sebab banyak kita punya players sudah sedang move to Sarawak dan juga di Indonesia seperti yang dibangkit oleh YB Senallang tadi.

Sebab kalau kita sedarlah, Datuk Speaker, sebenarnya daripada Sabah eksport ke KL pun kena, bukan saja eksport ke Hong Kong atau tempat lain, tapi di KL pun, dia dikenali oleh ini SST ini atau CJGNlah. Terima kasih Datuk Menteri, kalau boleh saya mintalah, reconsider this implementation of this policy. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Jawapan kepada tu sebenarnya, saya hampir nak baca tadi tapi tak sempat. Ini dia punya my sentence ya. Sehubungan itu, semakan semula dasar cukai jualan negeri sedang dilaksanakan secara teliti bersama agensi berkaitan

melalui jawatankuasa teknikal dan sesi libat urus dengan pembayar cukai bagi memahami realiti operasi industri secara lebih mendalam serta memastikan dasar Kerajaan kekal responsif terhadap keperluan semasa sektor ekonomi. What I am saying is that dengan izin we are continuously having engagement with the players. Kita tidak ada pintu, pintu kita sentiasa terbuka. We listen, we engage with them. Dan kita buat keputusan yang terbaik. In fact, ada beberapa kes di mana penalti itu kita rayuan dan kita setuju sebab tidak dikenakan. We understand the industry, but the industry must also speak out with the representatives dan saya boleh nyatakan di sini, they are welcome to see me at any time. You can follow them. Tidak ada masalah bagi saya. We are open to suggestions. Dan di kesempatan ini bagi mereka yang telah membayar cukai. Terima kasih kerana sesungguhnya sumbangan cukai yang dikutip telah menjadi tunjang kepada perlaksanaan sebagai inisiatif pembangunan Sabah.

Tuan Speaker, Kerajaan Sabah mengambil maklum cadangan dari Yang Berhormat ADUN Tungku berhubung penubuhan sebuah agensi khusus bagi mengurus hasil yang diserahkan di bawah Perlembagaan Persekutuan serta menangani isu ketirisan hasil. Dalam hal ini, Kerajaan Sabah melalui Kementerian Kewangan sentiasa komited dan proaktif dalam memperkukuhkan tadbir urus fiskal negeri khususnya terhadap sumber hasil utama, iaitu Cukai Jualan Negeri (CJN).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Menteri, Speaker. Sebentar ada usul daripada Timbalan Ketua Menteri III. Teruskan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap 2(1)(b), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan. Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga semua urusan-urusan Dewan yang tertera dalam aturan urusan mesyuarat pada hari ini selesai ditimbang dan diputuskan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ada yang menyokong?

Datuk Jamawi bin Ja’afarPKR · PHMenteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan · Melalap

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju, katakan “TIDAK”, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Teruskan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih, Tuan Speaker. Saya sambung semula, Kementerian Kewangan sentiasa komited dan proaktif dalam memperkukuhkan tadbir urus fiskal negeri, khususnya terhadap sumber hasil utama, iaitu Cukai Jualan Negeri (CJN) sejajar dengan peningkatan skop, kompleksiti dan kepentingan CJN. Unit Cukai Jualan Negeri telah dinaik taraf kepada sebuah bahagian, iaitu bahagian cukai jualan negeri pada Februari 2023 merangkumi Unit Dasar, Unit Pungutan dan Unit Penguatkuasaan. Penubuhan bahagian ini mencerminkan keperluan sebenar untuk memperkukuhkan pengurusan dan penguatkuasaan hasil negeri.

Kerajaan akan terus menilai dan menambah baik struktur sedia ada dan dalam perancangan menaik taraf bahagian ini kepada sebuah jabatan penuh agar perancangan dasar dapat dilaksanakan secara lebih strategik, pemantauan pematuhan dapat diperiksa secara menyeluruh dan usaha mengekang ketirisan hasil negeri dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat daripada Kuamut, Kerajaan sentiasa menyambut baik usaha mempelbagaikan hasil melalui pembangunan sumber mineral lain. Agensi berkaitan

akan terus mengenal pasti potensi mineral baru serta memperkukuhkan tadbir urus, kawal selia, struktur realiti dan perlesenan bagi memastikan pulangan optimum kepada Sabah. Berkaitan dengan isu kutipan hasil dan tidak terzahir dalam laporan kewangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Bugaya, kutipan denda Mahkamah Syariah merupakan hasil yang diperuntukkan di bawah Enakmen Perbadanan Baitulmal 1995, 98 minta maaf, 1998. Manakala Fi Mahkamah pula tertakluk kepada, tertakluk di bawah Enakmen Tatacara Mal Mahkamah 2004, kaedah-kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah Fi (2021).

Semua denda yang dikenakan kepada individu yang didapati bersalah atau kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 atau Undang-Undang lain yang berkuatkuasa adalah dimasukkan dalam Baitulmal. Pungutan wang Zakat pula dimasukkan dalam Tabung Zakat dan Fitrah di bawah Majlis Agama Islam Sabah dan di bawah pengurusan MUIS, seperti mana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Zakat dan Fitrah Negeri Sabah 1993. Kerajaan Sabah turut menekankan kerjasama strategik antara Kementerian, Jabatan, Agensi Sabah dan Persekutuan, serta pihak swasta turut diperkukuhkan bagi memastikan setiap potensi hasil dapat dimanfaatkan secara optimum.

Pendekatan rentas agensi ini penting bagi meningkatkan keberkesanan dasar, serta perlaksanaan di peringkat akar umbi.

Kerajaan Sabah juga komited memperkukuhkan tadbir urus kewangan melalui perancangan hasil yang lebih strategik berasaskan data dan unjuran realistik serta penilaian semula dasar hasil agar kekal relevan dan adil. Oleh itu, pemerkasaan hasil Sabah memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak.

Dengan tadbir urus yang baik dan sokongan berterusan, hasil Sabah diyakini dapat terus diperkasakan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Sabah. Saya pergi kepada isu SMJ Energy Sdn. Bhd. Berhubung soalan Ahli Yang Berhormat Senallang mengenai senarai serta komposisi aset yang dimiliki oleh SMJ Energy Sdn. Bhd. atau SMJ.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah nilai aset SMJE yang dianggarkan sebanyak RM4.9 bilion adalah berdasarkan pegangan strategik seperti berikut. Pertama, pegangan 50% dalam Semarang Production Sharing Contract atau PSC dengan nilai anggaran RM1.4 bilion. Kedua, pegangan ekuiti dalam entiti berkaitan Petronas iaitu 25% dalam Petronas Chemical Fertilizer Sabah dan 10% dalam Petronas LNG-9 dengan nilai gabungan dianggar sebanyak RM2.4 bilion dan ketiga, pemilikan 100% dalam Sabah International Petroleum (SIP) yang mengendalikan aset operasi termasuk FPSO, Floating Production Storage and Offloading (FPSO) dan FSO, Floating Storage and Offloading (FSO) dengan nilai anggaran RM1.1 bilion. Saya juga ingin memaklumkan bahawa satu langkah strategik penting telah dimeterai melalui perjanjian muktamad atau Definitive Agreement yang telah ditandatangani, pada 31 Oktober 2025 bagi pemerolehan 25% pegangan ekuiti dan Petronas FLNG 3.

Untuk maklumat Yang Berhormat, Petronas FLNG-3 merupakan syarikat yang membangunkan kemudahan Gas Asli Cecair Terapung atau Floating Liquefied Natural Gas (FLNG) berhampiran pantai yang bernilai USD 3.1 bilion dan akan ditempatkan di Sabah Oil and Gas Industrial Park atau SOGIP. Kemudahan ini direka dengan kapasiti pengeluaran 2 juta tan setahun, iaitu 2 MPTPA dan kini sedang dalam fasa pembinaan dengan operasi komersial dijangka akan bermula pada pertengahan tahun 2027. Selain daripada itu, bagi Projek North Sabah Enhanced Oil Recovery atau EOR di bawah kontrak perkongsian pengeluaran North Sabah, satu perjanjian prinsip atau Head of Agreement (HOA) telah ditandatangani pada 28 November bagi pemerolehan 20% kepentingan penyertaan. Perjanjian ini dijangka dapat dimuktamadkan pada awal tahun 2026.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya dalam perbahasan saya telah bertanya tadi…

…Maaf pasal saya pergi sekejap.

Tentang apa ni membangkitkan bila Yang Berhormat menyatakan pelaburan 50 juta, lepas itu ada aset 4.9 bilion yang ada dan saya difahamkan bahawa pegangan kepada Semarang is only about 5%, that is 1 point something billion out of how many billion yang ada dan entiti 25% Petronas. Ini milik Petronas yang ada ya.

Jadi saya yakin kalau dari segi entiti SMJ sendiri itu, hasil yang diperolehi. Pasal kita tahu, fluctuations of minyak ini, on and off, like that. Aset yang ada, sama ada itu aset Petronaskah ataupun kerjasama dengan of course ada di situ, Sabah International Petroleum (SIP) di situ dan saya tahu SIP tidaklah banyak keuntungan yang diperolehi dari agensi-agensi yang dibawa SMJ Energy ini. Selain daripada apa yang disebut itu, adakah yang lain agensi-agensi sehingga mencecah 4.9 bilion?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Tuan Speaker, ini hanya evaluation daripada pegangan saham tersebut ya. When you have an equity it’s an asset and it is evaluation is according request (sebutan tidak jelas) dan itulah dia punya seperti yang saya nyatakan tadi ya. Mangkali (barangkali) Yang Berhormat tidak ada di sini tadi. Kita punya 50% dalam Semarang is valued at 1.4 billion. Itu bukan production. In fact, ini kita sudah jual minyak our fortune bernilai 1.9 billion revenue daripada ini. Ini just the value of the equity, pegangan kita dalam sana dan untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, don’t worry, Sabah Development Bank dan juga SCC, Sabah Credit is not within us. Dia directly under JKM,ya. So, dia tidak termasuk. Kita punya aset ini semuanya dalam bentuk or within industry O&G.

(suara tidak jelas International Petroleum?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Ya, termasuk Sabah International Petroleum and so far, we have earned 266 juta revenue daripada apa itu daripada SIP and next year we estimated to earn 151 million daripada SIP. It is going well after we paid of all the debts.

Pasal bila aset ini, bila dia sama ada fixed asset ataupun variable asset yang ada. Pasal kalau fixed asset, it is sustainable. Semarang ini is operation…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Ya, (tidak jelas) is sustainable.

...kerjasama antara Petronas. Itu dahulu…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Ya.

Saya pun bincang memang dari dulu daripada waktu saya jadi Ketua Menteri. Saya telah menyatakan dengan Petronas dan Tan Sri Syamsul bahawa we have to bid for it dan ini antara kerjasama. But it doesn’t mean that sort of entity belongs to us. But you value it because of the 5% share income from it.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Ya, when you have a share, dia mesti ada nilaikan dan itulah nilai dia. Total dia. Ya.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Ya. Infact waktu Yang Berhormat ada di luar tadi, we all said we are…

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan. Tadi disebut juga apa berkenaan dengan SIP itu 1.1 bilion ya, valuenyalah, value right. Okey, sebelum ini kita ada bayar hutang SIP itu. Saya ingat 900 juta kalau tidak silap saya, terbitan sukuk ya. Adakah ini macam mana boleh kontra atau macam mana berkenaan dengan sukuk itu pula berkaitan dengan SIP? Boleh tolong jelaskan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Apabila SMJ mengambil alih SIP, kita of course waktu itu dia hutang banyak ya. So, tetapi dia ada aset yang membawa apa itu keuntungan, revenuelah yang selama ini dia dapat keuntungan kerana dia terpaksa bayar hutang. So we paid off, we raise the sukuk, SMJ raises the sukuk, so that we have the money to pay off, apa ini membayar hutang SIP ini. So, itulah sebab kenapa sekarang we are dapat dividend kerana hutang dia zero. Of course kita masih bayar apa itu hutang apa itu sukuk tersebutlah. Tapi untuk pengetahuan Yang Berhormat daripada in fact saya belum, banyak lagi ini, pengetahuan Yang Berhormat daripada Merotai sebenarnya, i think we are okey. Pasal apa itu kita punya penerapan, apa itu penerapan terbaru untuk SMJ pun is tripple A. So, insya-Allahlah and we will have the income for many many more years to comelah ya. Insya-Allah ya. So, saya teruskanlah ya. Terima kasih, Tuan Speaker. Saya senang hati ini macam dialog, macam very friendly dialogue. I think it’s very good for us. To be honestlah. We learn from each other ya. Ini note Sabah sudah saya bacakah? Seiring dengan itu, SMJ sedang giat mengurus penyertaan Blok Eksplorasi Baharu, SB505 di Perairan Timur Sabah. Dengan rancangan untuk memperolehi 15% kepentingan percuma, free carry interest, dalam fasa eksplorasi.

Free carry interest ini macam ini, kita dapat kepentingan tapi kita tidak melabur lebih awal dengan rakan. Rakan kita yang keluarkan duit. Kalau ada minyak, kita exercise kita punya right. Kalau kita tidak, tidak minyak tidak dapat, is it no charge on us nilai dia. Makna free carry interest ini. Langkah ini sejajar dengan strategi berfokus SMJ dalam pengurusan aktiviti eksplorasi awal.

Penyertaan equity ini merupakan pelaburan strategik yang dijangka memberi pulangan jangka panjang yang mampan,

di samping menyokong pembangunan ekosistem industri minyak dan gas negeri Sabah.

Ahli Yang Berhormat saya ingin menjelaskan bahawa Sabah Development Bank atau Sabah Credit Corporation bukanlah anak syarikat SMJ. Sebaliknya merupakan entiti milik penuh Kerajaan Sabah. Secara keseluruhan jumlah dividen sebanyak RM160 juta yang diterima oleh Kerajaan Sabah merupakan terimaan kumulatif sejak penubuhan SMJ. Hasil daripada prestasi operasi yang berterusan serta pelaburan strategik dalam sektor tenaga. Pencapaian ini mencerminkan pulangan sebenar yang mampan serta nilai jangka panjang daripada aset yang saya telah sebutkan tadi. Tuan Speaker. Ya.

Yang Berhormat Menteri Kewangan menyebut tadi tentang GLC, Sabah Development Bank. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan, apa sudahnya berhubung kait dengan lima, hampir 5 bilion non-performing loans yang dialami oleh pihak Sabah Development Bank sama ada pihak Kerajaan, memang dahulu memang ada langkah untuk saman syarikat-syarikat yang ada untuk membayar balik. Pasal ada di antara syarikat-syarikat yang pinjam sehingga 15 tahun, 20 tahun. Jumlah dia satu syarikat dalam 20 juta, 15 juta dan ini sama ada pihak Kerajaan, Kementerian Kewangan telah mengambil langkah untuk mempastikan supaya non-performing loans ini yang harus menjadi milik rakyat Sabah, dibalikkan kepada SDB Bank. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih. Kita telah keluarkan saman semua pemiutang ya. Untuk pengetahuanlah. Tidak ada yang dikecualikan daripada apa itu tindakan undang-undang. Kita sedang collect. Kalau saya tidak silap, setakat ini, saya i don’t get the number apa itu dia punya figure on ini. Probably we have collect 650 millionlah sekitar ini. But is, is i must saylah. Saya harus berterus terang it’s very challenging ya. Pasal apa itu hutang lapuk ini ada yang lama, ada yang aset, nilai aset tidak sebaik yang mula-mula dipledge. So but, insya-Allah, we hope to collect every, not every cent probably but we hope to solve the problemlah. We will update the house from

time to timelah macam mana kemajuan dia ya. All i can say is that it is difficult but it is not impossiblelah ya and we have taken action ya.

Tuan Speaker, izinkan saya maklumkan satu pencapaian terbaru SMJ apabila RAM, Rating Agency Malaysia ya telah mengesahkan semula penerapan jangka panjang Tripple A bagi program Nota Jangka Sederhana Islam Berbilang Mata Wang atau Sukuk Wakallah SMJ Energy sehingga 10 bilion. Dengan unjuran penerapan yang stabil, penerapan AAA ini mencerminkan kredibiliti kewangan yang kukuh bagi pelabur serta membuktikan bahawa SMJ Energy berkeupayaan memenuhi semua tanggungjawab kewangannya. Kerajaan Sabah akan terus memperkukuhkan asas kewangan melalui perancangan fizikal yang mampan, pemantauan berterusan terhadap prestasi agensi milik Kerajaan serta pelaksanaan dasar yang berorientasikan hasil dan memberi manfaat kepada rakyat.

Tuan Speaker, dalam ucapan saya…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Pada 12hb. Disember lalu, Kerajaan Sabah telah mengorak langkah menurunkan nisbah jurang di antara perbelanjaan perbekalan dan pembangunan seperti yang telah dilaksanakan Kerajaan Sarawak. Kerajaan Sarawak berjaya dan berupaya untuk melaksanakan development buyers budget kerana mempunyai kekuatan reserved dan pengutan hasil yang tinggi setiap tahun. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Sabah akan terus berusaha untuk memperuntukkan ataupun mengimbangi perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan perbekalan secara keseluruhan seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak agar dapat memberi impak yang significant kepada Pembangunan Sabah secara inklusif. Sekadar untuk maklumanlah. Seperti mana yang kita telah maklum, kita punya projected kita punya income tahun ini sekitar RM6.5 bilion. Sarawak, we are talking about RM12 billion. So, itulah beza dialah kenapa buat masa ini kita punya we are

unable to be spend more on development basically because kita apa itu “ukur baju ikut badan kitalah”.

Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat daripada Senallang dan Dewan yang mulia ini. Peruntukan yang tidak mencukupi berkenaan dengan peruntukan yang tidak mencukupi untuk mengatasi masalah rakyat-rakyat.

Kerajaan Sabah telah meluluskan Siling Peruntukan RMKe-13 sebanyak RM5.10 billion bagi menangani masalah asas berkaitan kemudahan asas termasuk bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kemudahan infrastruktur di jalan raya di kawasan bandar dan luar bandar di bawah Kementerian Kerja Raya dan Utiliti.

Dan bagi Infrastruktur Pengaliran dan Saliran di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran. Pada tahun hadapan Kerajaan Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM534.28 juta kepada Kementerian Kerja Raya dan Utiliti dan Jabatan di bawahnya dan merupakan peruntukan tertinggi disediakan setiap tahun.

JPS telah diperuntukkan RM225.41 juta bagi perlaksanaan projek-projek pembangunan termasuklah menaik taraf Infrastruktur Pengairan dan Saliran, Projek Tebatan Banjir dan Projek Pemeliharaan Pemudaraan Sungai dan Pantai.

Merujuk kepada soalan berkaitan Siling Peruntukan RMK-13 RM1.71 billion yang diutarakan oleh Yang Berhormat Senallang. Saya ingin membetulkan bahawa RM1.71 billion tersebut adalah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sahaja. Peruntukan tahun 2026 sebanyak RM195 juta telah disediakan bagi perlaksanaan program-program khas luar bandar di bawah KPLB. Bagi menangani isu berkaitan kemudahan asas termasuk bekalan air bersih dan saya ingat telah pun dijelaskan, dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan Utiliti.

Infrastruktur Pengairan dan Saliran dan Infrastruktur Jalan Raya di kawasan bandar dan luar bandar.

Siling Peruntukan bagi Rancangan Malaysia Ke-13 bagi Kementerian Kerja Raya dan Utiliti KPLB dan JPS adalah RM6.081 billion dan peruntukan keseluruhan dari Kementerian dan Jabatan tersebut adalah RM754.69 juta pada tahun hadapan.

Peruntukan Kerajaan Persekutuan pula, Tuan Speaker. Berkenaan bekalan elektrik, jumlah subsidi daripada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM700 juta bagi tahun ini. Manakala bagi tahun 2026, RM880 juta akan disalurkan kepada SESB oleh Kementerian Kewangan Malaysia secara berperingkat berdasarkan tuntutan sebenar.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Kewangan. Tadi saya disebutkan vot RM1.71 billion. That is only luar bandar, iaitu berhubung kait dengan keperluan masyarakat dalam jangka masa RMK-13. Setahun about RM300 bilion satu Kementerian untuk membolehkan pasal masalah luar bandar ini agak besar. Saya tahu tadi pun ada disebutkan tentang jabatan apa ini untuk air, agensi lain yang membabitkan dalam lingkungan berapa bilion Rancangan Malaysia Ke-13, iaitu RM6 bilion. Kalau dalam satu tahun is about more than less then berapa ratus juta ja. Sama ada ini kita ada selaraskan mencukupi untuk membolehkan supaya mengatasi masalah suara rakyat yang di peringkat bawah ini. The immediate needs and the immediate problem to resolve them. Itu yang kadang-kadang banyak di Sabah ini paling banyak sakit buah pinggang ni. Because of untreated water, salty water yang ada itu, itu untuk air sahaja. Belum masuk lagi bekalan elektrik yang ada. Sama ada ini perkara ini adakah dalam rancangan yang telah diteliti berdasarkan dengan keperluan masyarakat yang ada. Dan bila saya nampak tadi itu subsidi itu dibahagi dengan SESB, it has been a long kind of a assistance. Tapi ini bukan satu langkah yang boleh membangunkan mengatasi masalah bekalan elektrik di bumi Sabah ini. Kerana IPP pun kita sedar its very costly yang ada. Ada IPP dia punya kapasiti tidak semua dikendaki oleh keperluan masyarakat dan saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan sama ada perkara ini dari segi keperluan masyarakat di peringkat luar bandar. Keperluan masyarakat daripada Kementerian-kementerian sama ada its already done a very comprehensive kind of analysis or study di mana keperluannya untuk mengatasi masalah ini dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih, Yang Berhormat Senallang. Kita sentiasa apa itu dari masa ke semasa we try our best do what we have. Keperluan sebenar dan juga

available funds dua perkara yang sukar untuk kita apa itu balanced sebelah, ini berlaku pada kerana keperluan sebenar untuk mengatasi masalah immedietly itu memang tinggi. Dan kalau kita lihat Kementerian KKRlah khususnyalah di antara Kementerian yang paling kita bagi peruntukan yang tertinggi kerana basically untuk address masalah pokok di luar bandar, air juga di bawah KKR dan sebagainya. Of course kita tahu kita punya keperluan sebenar, we know berapa keperluan jangka panjangnya pendek dan inilah yang apa itu, Yang Berhormat Senallang thats the reason we’re trying get fast kita punya 40% ini supaya kita boleh address masalah ini. Without the 40%, to be honest with you, there will be a new minister but by the time I believe, I think masalah belum selesai juga. Pasal the problem the expenditure is huge ya. There a very-very far behind. Ini terpaksa kita terimalah. So, we’re trying level best mana yang ada lebih-lebihan we kita plow into infrastructure punya upgrading dan mudah-mudahanlah, Allah SWT akan merahmati kita punya ini, mudah-mudahan apa itu bila kita memperolehi peruntukan daripada 40%, mudah-mudahan kita apa menyelesaikan dengan lebih cepatlah Yang Berhormat ini tapi kita ambil maklum apa yang diminta.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Kewangan. Tentang 40% ini saya bimbang juga. Pasal apa kebimbangan saya ada suara-suara bila 40% dibagi maka reduce development expenditure untuk negeri Sabah dan saya berharap ia tidak akan berlaku, khususnya dari segi federal list kalau pendidikan. Pendidikan tahun ini sejak tahun depan RM60 billion. Jadi itu yang kita minta supaya jangan gunakan duit banyak untuk pendidikan kerana ada RM60 bilion yang ada. As I mentioned dalam Belanjawan Perbahasan saya seharusnya Kerajaan Persekutuan. Saya depan-depan Menteri Pelajaran di Parlimen baru-baru, saya beritahu dengan dia. Give the money where it is due to the people in need, mana kawasan yang memerlukan. Jadi kita perlu seimbangi untuk membolehkan supaya Kementerian Pelajaran yang baru, pendidikan baru Sabah dapat mengurus dengan baik senarai sekolah daif, yang tidak ada elektrik, tidak ada tandas. Untuk membolehkan supaya there must be a cut point, red line. Tahun ini berapa? Tahun ini berapa? Jangan nanti besok. Dorang sekolah sudah bersimen. Sekolah dorang sudah banyak elektrik. Jadi selain daripada Kewangan Kerajaan Negeri. Kewangan Pusat juga perlu kita terima dengan sebaik mungkin. Tapi bila

sebut tadi subsidi, still there. But I don’t think it’s enough for us. SESB have to do more than that. Terima kasih banyak.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Saya bersetuju. Saya ingat soal ya, peruntukan tahunan daripada Kerajaan Pusat, it’s entirely different thingslah. Tidak ada kena mengena dengan kita punya apa itu 40%. 40% is guaranteed by the constitution the provisions is there and it should be paid us is and not what it should be lah. Terima kasih. Tuan Speaker, elektrik sudah saya baca ya. Jadi saya ulanglah supaya…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

...ada quantinuity dia. Berkenaan bekalan elektrik, jumlah subsidi daripada Kerajaan Persekutuan adalah RM700 juta bagi tahun ini, dan bagi tahun hadapan RM880 juta dan akan disalurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kepada SESB secara berperingkat berdasarkan tuntutan sebenar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, siling yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan adalah RM3.54 bilion bermula pada tahun 2024 hingga tahun 2030.

Sebanyak RM189.75 juta disediakan dalam bentuk geran untuk bekalan elektrik luar bandar melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Manakala RM128 juta pula bagi projek sambungan bekalan elektrik di Sabah yang dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBS) di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau PETRA.

Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan juga telah memberi geran terus, direct grant sebanyak RM728 juta kepada Sabah melalui Kementerian Kerja Raya Malaysia bagi menyelenggarakan jalan raya besar di Sabah. Ini telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan Utiliti tadi, antaranya pembinaan jambatan,

pembaikan cerun, naik taraf dan pemulihan jalan-jalan kecil dan pembinaan jalan-jalan utama.

Melalui Kerajaan Persekutuan, penambahbaikan kemudahan infrastruktur di pelabuhan kontena Teluk Sepanggar dengan kos projek sebanyak RM1.027 bilion dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun hadapan. Selain daripada itu, Kerajaan Sabah melalui Kementerian Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan akan memulakan satu kajian Pelan Taman Perindustrian Kudat pada tahun hadapan bagi memperkukuhkan pembangunan sektor perindustrian.

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) juga akan meneruskan projek sedia ada bagi meningkatkan ekonomi di semua daerah di Sabah, antaranya adalah pembinaan rumah kedai di daerah Semporna, Kalabakan, Matunggong, Lahad Datu dan Beaufort. Usaha ini secara tidak langsung akan membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Senallang berkenaan prestasi projek biayaan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan yang telah siap dilaksanakan adalah seperti berikut:

Datuk Dr.

Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Ya.

Datuk Dr.

Saya nak rujuk pasal pembinaan rumah kedai dan hotel di Pulau Bum-Bum tu. Saya ingat tiga tahun yang lepas tapi nampak baru ini saya check macam terhenti. Ada oleh sebab kontraktor ke atau macam mana ini? Rumah kedai di Pulau Bum-Bum, apa status dia sekarang ini?

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Barangkali Menteri KKTP boleh memberi maklumat lebih lanjut, tapi saya tahu saya dia tidak ada sesuatu, dia tidak ada masalah, mungkin masalah dia

terganggu dengan pilihan raya kali. But it should be onlah. Tidak ada masalah bagi saya, tidak ada sebab kenapa dia boleh terganggulah.

Speaker

Pekerja dia pergi mengundi bah itu. Datuk Dr.

Saya ingat, 3-4 tahun yang lepas mula dibuat, lepas itu nampak terhenti. Terhenti. Tiada lagi kerja-kerja pembinaan tu. Cuma saya ingin tahu sajalah, pasal rakyat di kawasan tu tanya status dia. Itu saja, Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Siap pada 2026 ini ya dan sudah dijawab pun tadi sebenarnya. Datuk Dr.

Laju dia bercakap tadi, saya nak interrupt pun (ketawa).

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Jadi saya ini, penyambung lidah sajalah ya. Terima kasih Tuan Speaker. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, biayaan Kerajaan Sabah, siling peruntukan dibenarkan adalah RM4.98 bilion merangkumi 941 program dan projek. Jumlah bilangan projek yang siap di bawah RMKe-12 setakat ini adalah 339 program dan projek. Jumlah perbelanjaan RMKe-12 setakat bulan Oktober adalah sebanyak RM3.93 bilion bersamaan dengan 79%.

Manakala bagi projek bayaran Kerajaan Persekutuan berdasarkan laporan Sistem My Project setakat 15 Disember 2025. Prestasi pelaksanaan projek pembangunan Persekutuan di Negeri Sabah di bawah rolling plan kelima RMKe-12 menunjukkan pencapaian yang amat memberangsangkan. Sebanyak 324 projek pembangunan Persekutuan telah berjaya disiapkan di negeri Sabah. Pencapaian ini meletakkan Sabah di kedudukan kedua tertinggi di seluruh Malaysia dari segi bilangan projek siap selepas Sarawak, di kedudukan pertama dengan 330 projek dan mendahului negeri-negeri lain seperti Selangor, 213 projek, Wilayah Persekutuan, 211 projek. Daripada jumlah keseluruhan 2 644 projek yang siap di peringkat nasional dengan

kos keseluruhan RM103.06 bilion, kejayaan Sabah menyiapkan 324 projek ini membuktikan kesungguhan agensi pelaksanaan di peringkat negeri dan persekutuan. Tuan Speaker, untuk memaklumkan Ahli Yang Berhormat daripada Tamparuli, soalan berkenaan tujuan dan skop peruntukan sebanyak RM9 juta kepada pembangunan dan penyelenggaraan rumah ibadat dan institusi keagamaan bukan Islam serta sekolah-sekolah mubaligh dan persendirian seperti mana yang telah dibentangkan dalam belanjawan ini adalah khusus untuk membantu dalam pembangunan dan penyelenggaraan rumah ibadat dan institusi keagamaan agar lebih kondusif, selesa dan selamat khususnya kepada para pelajar serta rakyat yang bukan beragama Islam di Sabah.

Peningkatan peruntukan tersebut daripada RM70 juta kepada RM90 juta pada tahun hadapan diharapkan akan dapat meningkatkan jumlah bantuan kepada setiap institusi terlibat agar impak bantuan akan lebih berkesan dan dirasai oleh kumpulan sasar. Jumlah peruntukan tersebut tidak boleh diselaraskan dengan jumlah yang diperuntukkan kepada JHEAINS. Ini kerana peruntukan JHEAINS tersebut adalah merangkumi peruntukan tahunan keseluruhan jabatan.

Ini untuk pengoperasian, pengurusan sekolah dan rumah anak yatim, hari-hari kebesaran Islam, program dakwah dan penguatkuasaan serta penyelenggaraan dan kelengkapan masjid, surau sekolah agama dan pejabat JHEAINS. Untuk makluman juga, selain daripada bantuan penyelenggaraan untuk institusi keagamaan bukan Islam, serta sekolah-sekolah mubaligh dan persendirian tersebut. Kerajaan Sabah juga turut menyediakan bantuan pendidikan kepada sekolah mubaligh dan Cina seperti bantuan BISBAH, BALKIS, SAKSES, BAGUS semua apa yang dinikmati oleh sekolah lain juga dinikmati oleh sekolah-sekolah mubaligh. No discrimination. Berhubung dengan cadangan untuk menyenaraikan badan keagamaan Taoisme sebagai penerima bantuan keagamaan bukan Islam, Kerajaan mengalu-alukan pihak berkenaan untuk mengemukakan permohonan bantuan kepada Kementerian Kewangan mulai 2 Januari hingga 31 Mac tahun hadapan. Malah kalau saya tidak silap selama ini pun kita bagi bantuan juga kepada tokong. So, it’s not something

newlah ya. Walau bagaimanapun, permohonan adalah tertakluk kepada kriteria dan syarat-syarat bantuan yang telahpun ditetapkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tanjung Aru dan Likas serta Dewan yang mulia ini, Kerajaan telah pun mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu atau Unified Examination Certificate (UEC) sebagai salah satu laluan pendidikan sah untuk diguna pakai di Sabah dan seterusnya boleh dipertimbangkan untuk melanjutkan pengajian dan peluang mendapat tajaan biasiswa khususnya Biasiswa Kerajaan Negeri. Jumlah peruntukan yang disediakan maksud ini, biasiswa ialah RM5 juta satu tahun. Walau bagaimanapun, permohonan pelajar masih tertakluk kepada dasar dan syarat-syarat penajaan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. Setakat ini, 39 pelajar yang mempunyai kelulusan UEC telah menerima tajaan BKNS untuk melanjutkan pelajaran dalam dan luar negeri.

Seterusnya, untuk makluman dari Ahli Yang Berhormat daripada Sulabayan yang juga senada dengan Ahli Yang Berhormat ADUN Tungku, di atas kenyataan yang ada menyatakan bahawa belanjawan defisit tidak semestinya sesuatu yang kita harus tolak ya, ini kalau saya tidak silap dan saya masih setuju ya dan kerana antara lain kalau kita ingin menangani secara agresif, ini masalah tiga serangkai ini, air, elektrik dan jalan raya kadang-kadang mungkin di masa akan datang, kita terpaksa sediakan belanjawan defisit dan kita…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Bagi membolehkan untuk menampung kos tambahannya daripada rizab negeri, ya. So, it is, we agree, deficit budget is not necessarily bad, if I may say that. In fact, in a certain economic conditions, especially an expansionary budget is needed to stimulate the economy, ya. Dan saya setujulah pandangan daripada Yang Berhormat daripada Tungku dan juga daripada Sulabayan, ya.

Sebenarnya belanjawan defisit merupakan satu strategi atau option, ya, tapi hanya akan digunakan apabila keadaan mendesak atau diperlukan.

Setakat ini Kerajaan Sabah masih mampu mengimbangi pungutan hasil dengan perbelanjaan dan seterusnya, cuba untuk memperkukuhkan lagi kedudukan rizab Kerajaan. Strategi Kerajaan Sabah dalam pengurusan kewangan adalah untuk mengimbangi hasil yang dikutip dan mengagihkan peruntukan-peruntukan secara efektif. Untuk menangani isu-isu tersebut berdasarkan kemampuan kewangan Sabah, Kerajaan Sabah perlu meningkatkan dan mengekalkan rizab bagi memastikan momentum pembangunan dapat diteruskan. Penerapan pengurusan kewangan dan disiplin belanjawan yang baik adalah diperlukan bagi memastikan rizab sentiasa meningkat, tanpa mengabaikan agenda pembangunan Sabah. Rizab yang lebih besar akan meningkatkan keyakinan pelabur. Seterusnya, menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini, di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Selain daripada itu, jumlah rizab yang tinggi akan menggambarkan prestasi kekuatan kewangan, kestabilan dan mengurangkan risiko insolvensi, ya. Dengan kedudukan rizab yang kukuh, Kerajaan Sabah tidak perlu terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan mempunyai autonomi yang lebih luas untuk melaksanakan pembangunan.

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, Datuk Roger Chin, peruntukan sebanyak RM2.2 bilion seperti yang dibangkitkan tersebut adalah merupakan peruntukan di bawah Kepala Vot 26, S26, iaitu pencaruman kepada Kumpulan Wang Berkanun. Untuk penerangan lanjut berkenaan Kumpulan Wang Berkanun, ia adalah Akaun Amanah Khas yang diwujudkan di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 untuk tujuan spesifik seperti Akaun Amanah Pembangunan, Penyelenggaraan Jalan Raya dan lain-lain.

Dalam konteks ini peruntukan sebanyak RM2.2 bilion tersebut adalah bertujuan untuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan, RM1.2 bilion. Caruman kepada Kumpulan Wang Bekalan Air, RM2 juta. Caruman kepada Kumpulan Wang Amanah Berkanun Pengendalian dan Penyelenggaraan Jalan Raya, Jalan-jalan Raya dan Jambatan-jambatan, RM500 juta. Caruman kepada Akaun Amanah Penyelenggaraan Sistem Pembentungan, RM4.5 juta. Caruman kepada Tabung

Amanah Khas Kerajaan Negeri, RM480 juta. Caruman kepada Kumpulan Wang Amanah Tajaan Pendidikan Badan Profesional Perakaunan Negeri Sabah, RM520 ribu serta untuk menampung kekurangan caruman kepada mana-mana kumpulan wang amanah di bawah Seksyen 10, RM20 juta kecuali diperuntukkan di bawah caruman kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan dan Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri, peruntukan lain akan disalur ke jabatan pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah, Jabatan Air Sabah dan Jabatan Bendahari Negeri.

Untuk makluman, peruntukan di bawah Tabung Amanah Khas Kerajaan Negeri adalah untuk menampung pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan, termasuk Skim Insuran Rakyat Sabah dan Bantuan Bencana Alam. Saya, sekali lagi ingin membetulkan kenyataan Yang Berhormat ADUN Balung berkaitan jumlah yang diperuntukkan untuk pelaksanaan Pusat Autisme Sabah atau PAUS. Jumlah yang tepat ialah RM670 ribu, bukannya RM670 juta, ya, seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Balung. Sekali lagi, saya ingin menyatakan bahawa peruntukan ini adalah bertujuan untuk mengurus Pusat PAUS Kota Kinabalu yang terletak di Sembulan, ya dan mewujudkan pusat yang sama di Tawau, Sandakan, Kudat dan Beaufort secara berfasa mulai tahun 2026.

Berkenaan dengan permintaan untuk menambah peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Balung dan juga kalau saya tak silap daripada Segama, ya. Walaupun peruntukan yang diberi kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif pada tahun hadapan adalah rendah berbanding Kementerian lain, namun keseluruhan siling peruntukan yang diluluskan di bawah RMKe-13, ialah RM445.6 juta adalah untuk melaksanakan projek-projek berimpak tinggi yang sudah pasti akan memberi impak yang sangat besar kepada rakyat, khususnya kepada mereka yang menjadikan sukan sebagai aktiviti rutin. Antara projek yang dimaksud tahun tersebut ialah pembinaan atau cadangan pembinaan Stadium Utama Likas II, pembinaan Asrama Kompleks Sukan Kota Kinabalu, pembinaan kompleks-kompleks sukan, serta projek menaik taraf kemudahan dan infrastruktur kompleks di seluruh Sabah.

Meskipun Kerajaan Sabah telah menyatakan komitmen untuk menangani isu infrastruktur sebagai keutamaan, namun Kerajaan Sabah juga tetap menyantuni keperluan belia Sabah. Seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangan negeri Sabah. Selain peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Kerajaan Sabah turut mengambil pendekatan menyeluruh dengan menyediakan peruntukan melalui Kementerian dan jabatan lain. Ya, jadi bukan saja peruntukan untuk belia ini khas, semuanya pergi kepada Kementerian belia.

Dia secara tidak langsungnya disalurkan melalui Kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang lain, ya.

Ia termasuk pelaksanaan pelbagai program latihan serta pembangunan kemahiran dalam bidang pendidikan dan keusahawanan bagi memperkasakan golongan belia, ya. Sebagai misalanlah, kalau kita andaikan semua penerima biasiswa itu adalah belia, tahun ini peruntukannya RM145 juta dan itu pun untuk belia juga, ya. Tapi, tidak disalurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan dan juga Ekonomi Kreatif. Antaranya adalah Program Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS) sebanyak RM7 juta dan kepada Institut Kerjasama dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri, RM3 juta.

Selain daripada itu, Kerajaan Sabah melalui Jabatan Pertanian Sabah juga menyediakan institut dan pusat latihan vokasional pertanian yang melibatkan penyertaan golongan belia dengan peruntukan sebanyak RM32.85 juta. Manakala, Kementerian Pelajaran, Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Sabah Skills and Technology Centre (SSTC) dan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) dengan peruntukan RM1.7 juta serta Jabatan Pembangunan Sumber Manusia yang melatih belia melalui Institut Latihan Teknik dan Perdagangan dengan peruntukan sebanyak RM14.06 juta. Usaha bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sabah dalam melahir belia berkemahiran, berdaya saing, dan bersedia menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat daripada Usukan, ya, berkenaan dengan kelewatan memulakan projek pinjaman persekutuan adalah disebabkan oleh proses permohonan yang melalui fasa berikut. Ah, ini. Satu, setiap permohonan pinjaman persekutuan baharu hendaklah dihantar pada awal bulan Januari tahun kewangan tersebut. Sekiranya permohonan pinjaman tersebut diluluskan, sesi makmal kajian nilai (V), ya, dan makmal kajian nilai kejuruteraan (VE-LAB), hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu bagi menentukan kos projek, yang mana akan mengambil masa tiga hingga empat bulan sebelum ia diluluskan. Ini untuk pengetahuanlah, ini pinjam duit dari Kerajaan Persekutuan macam pinjam daripada bank juga. Dia punya penilaian dan sebagainya, cukup mengambil masa.

Dua, setelah pinjaman tersebut diluluskan, urusan dokumentasi perjanjian pinjaman di antara Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan akan mengambil masa sehingga bulan Oktober tahun kewangan tersebut, sehingga proses perjanjian pinjaman selesai ditandatangani dan dimeterai. Tempoh ini adalah termasuk semakan terma syarat perjanjian dan draf perjanjian bersama Jabatan Peguam Besar Sabah dan Jabatan Peguam Negara.

Projek yang telah diluluskan hanya dapat dilaksanakan pada tahun kewangan berikutnya, setelah mengambil kira proses tatacara perolehan dalam negeri. So, kalau saya boleh simpulkanlah, it takes an entire year just for the preparation, sir. Application, valuation dan sebagainyalah. So, just to, apa itu, saja untuk, just untuk menekankan, dapat duit pinjaman pun bukan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Pada dasarnya masalah tidak akan timbul semasa pelaksanaan projek. Namun, terdapat isu yang mungkin akan timbul, sekiranya berlaku pengurangan pada skop dan nilai kursus projek permohonan pinjaman persekutuan, semasa sesi Makmal Kajian Nilai (VA) dan Makmal Kajian Nilai Kejuruteraan (VE). Hal ini

mengakibatkan kelewatan pelaksanaan projek dan memerlukan Notice of Change (NOC) ya.

Untuk memohon tambahan peruntukan pinjaman ataupun tambahan skop daripada pihak Persekutuan. Seterusnya untuk maklumat Yang Berhormat daripada Usukan, perlu diterangkan bahawa Kerajaan Sabah perlu berbelanja menggunakan peruntukan sendiri terlebih dahulu, sebelum memohon pengeluaran pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. So, kalau kita pinjam, misal katalah lulus sebelum draw down, kita kena belanja kita punya duit sendiri dulu, ya. Di samping itu, kenyataan mengenai prestasi perbelanjaan rendah bagi 2023 hingga 2025 adalah kurang tepat dan ini telah pun dijelaskan oleh Menteri Kerja Raya dan Utiliti tadi. Berdasarkan pada rekod pada tahun 2023, peruntukan di bawah pinjaman persekutuan bagi Projek Skim Pembentungan-pembentungan dan Skim Bekalan Air yang diluluskan Kerajaan Pusat, adalah berjumlah RM536.18 juta dan telah dibelanjakan sebanyak RM402.38 juta, yakni 75%. Manakala pada tahun 2024, peruntukan yang diluluskan adalah RM438.75 juta, ini semua pinjaman ya, yang dibelanjakan sebanyak RM438.39 juta atau persamaan 99.92%.

Setakat bulan November 2025, peruntukan yang diluluskan adalah RM426.36 juta dan yang telah dibelanjakan RM422.19 juta atau RM91%. Sehubungan itu, perlu diterangkan juga bahawa prestasi perbelanjaan yang ditunjukkan di rekod Kerajaan Persekutuan adalah rendah, kerana permohonan pengeluaran pinjaman yang dibuat selalunya tidak mendapat bayaran balik sepenuhnya seperti yang dipohon. Secara keseluruhan Kerajaan Sabah telah menunjukkan prestasi perbelanjaan yang baik bagi semua projek pinjaman persekutuan. Untuk maklumat Ahli Dewan Undangan daripada Sungai Sibuga, penambahan fungsi dan pembaharuan nama bagi Vot 533 dan D33 Kementerian Kerja Raya dan Utiliti, tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan ya. Bukan soal penjenamaan ni, dia soal pembahagian tugas ya, penambahbaikkan tugas ya. Nothing to do with penjenamaan.

Semua kos perbelanjaan terlibat hanya diselaraskan melalui peruntukan sedia ada. Malah, malahan perpindahan Jabatan Keretapi Sabah dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah ke Kementerian Perindustrian, Keusahawanan Pengangkutan juga tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan tambahan, yakni hanya melibatkan perpindahan keseluruhan peruntukan kedua-dua jabatan berkenaan. Tidak dinafikan bahawa terdapat keperluan untuk membuat perubahan kepada beberapa nama seperti signboard, kepala surat, letterhead. Walau bagaimanapun, perbelanjaan berkenaan hanyalah akan melibatkan kos yang minimal.

Bagi menjawab pertanyaan dari Ahli Berhormat dari Sungai Sibuga juga, berkaitan peruntukan yang tertera muka surat 470 Buku Anggaran Belanjaan Negeri Sabah 2026. Berkenaan dengan token bernilai RM20. Perbelanjaan tersebut adalah merujuk kepada aktiviti 080100 Kelengkapan Pejabat dan Aktiviti 080200 Bayaran Juruperunding yang masing-masing bernilai RM10.00. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat Sungai Sibuga, peruntukan bagi aktiviti tersebut telah pun dipusatkan di Kementerian Kewangan bagi tujuan kawalan perbelanjaan.

Sementara itu, Aktiviti 070300 Majlis Sumber Air Negeri Sabah yang diletakkan peruntukan sejumlah RM50.00 adalah sebagai token saja. Majlis Sumber Air Negeri Sabah sebenarnya telah diperuntukkan RM75,000.00. Namun peruntukan tersebut dipindah ke Aktiviti 030100, Pengurusan Sumber Air di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran. Seperti mana yang tertara di muka surat 338, berdasarkan keputusan dalam mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Sabah.

Izinkan saya memberi penjelasan kepada Yang Berhormat, yang belum mengetahui berkenaan maksud dan keperluan token RM10.00, yang biasanya terdapat dalam buku Anggaran Perbelanjaan Tahunan. Token RM10.00 adalah merujuk kepada amaun nominal, sebagai peruntukan simbolik RM10.00 yang diminta oleh Kerajaan dan diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri.

Ia digunakan bagi suatu vot dengan maksud tujuan perbelanjaan yang sudah wujud. Boleh dibiayai sepenuhnya, sama daripada penjimatan, ataupun dari vot-vot secara pemindahan buyers ment atau melalui permohonan peruntukan tambahan. Prosedur

ini adalah dibenarkan, di bawah Arahan Perbendaharaan sebagai salah satu langkah kawalan perbelanjaan Kerajaan. Saya ulang ya, sit down first. Token vot is something that you need available. Misalkan perbelanjaan itu perlu tetapi peruntukan tidak ada, tetapi kita bubuh RM10.00 supaya dia tidak lari, supaya kita tahu bahawa keperluan itu perlu. So, maybe at the end of the year sebelum itu, di mana kita dapat? Either daripada peruntukan bajet tambahan, atau kita buat buyers ment, pemindahan daripada peruntukan lain yang tidak digunakan pada tahun itu. Itulah tujuan dia nominal vot RM10.00lah ya and i cannot show you. Saya pernah jadi Ketua Jabatan dan saya faham ini. Belakang…

Datuk Sri Speaker, Menteri Kewangan. Saya hanya bertanya, sebab sekiranya ada satu contohnya Majlis Sumber Air, mengapakah tidak digunakan sepenuhnya?

Majlis itu untuk menyelesaikan masalah? As a think tank, untuk menyelesaikan masalah-masalah air misalnya, sebab masalah air kita di Sabah ini, especially di Sungai Sibugakan, masalahnya itu sangat spesifik, unik dan pelbagai. So, I think they need to be empowered to help the kerajaan, of course.

YB Menteri, minta maaf tadi saya ini, saya tanya tu bukannya pasal pinjaman tapi, ini adalah berkenaan projek AP 182, di mana Kerajaan Persekutuan bagi kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan, maksudnya, semua projek yang di bawah 50 juta ringgit ke bawah dan saya sebenarnya, saya cek itu daripada ICU sebenarnya dari segi pencapaian tadi YB Menteri MAFI sudah menjawab bagi JPS dan sekarang kalau boleh saya minta dari segi prestasi, untuk Kementerian Kerja Raya dan juga Utiliti, sebab AP 182 itu melibatkan 2 agensi satu adalah JKR Sabah dan juga adalah satu JPS Sabah, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Barangkali saya tidak ada spesifikasi answerlahkan. Pasal boleh

dirujukkan kepada nanti jabatan yang berkenaan untuk memberi jawapan secara bertulislah ya. JKR, ya? Ya, JKR Datuk.

Ya, Datuk, saya setuju. Token vot merujuk kepada tanda perbelanjaan. Maksudnya, kita kena letak di sana supaya nanti kita boleh masukkan, peruntukan ataupun kita buat buyer burn dan sebenarnya saya setuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh Datuk Menteri. Cuma, dalam komen saya dalam perbahasan hari itu, kita sediakan, kita sediakan, perkara ataupun kita sediakan satu receivable, jumlah receivable yang sepatutnya kita terima daripada persekutuan supaya mereka nampak dan kita serius dalam menuntut tuntutan itu. Misalnya ada yang mengatakan, katakan…..

Kalaulah dalam perkiraan kita, kita tidak, tidak perlu untuk mengira secara tepat berapa yang harus kita terima melalui perlemba… apa itu… apa ini… yang melalui apa, yang kita patut terima daripada Federal yang 40% itu. Tetapi kita boleh… kita boleh letakkan satu jumlah, kalau dalam accounting punya ini, konservatif mungkin kalau kita rasakan kita terima satu tahun, RM10 bilion, jadi 40% of that is RM4 bilion. But we can put a lower figure say RM2 bilion. Sekurang-kurangnya, kita ada pendapatan dan kita boleh dapat daripada pihak Persekutuan. Bukan sekarang macam dia bagi RM60 juta… RM600 juta ataupun berapa juta yang dia bagi, itu saja yang kita terima. Itu yang saya maksudkan dalam saya punya perbahasan hari itu. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih. Saya ambil itu sebagai satu saranan yang baik. Cuma ini kadang-kadang, bila kita merancang pembangunan ini, we have to be quite specific berapa duit yang kita ada lah. We can just cannot, cannot pluck a number from the apa from the sky and say this is what i’m going to have. Untuk to be very specific, we need to have some specifics so that kita mudah merancang. Kadang-kadang bila kita

receivable sedemikian. I mean saya setujulah dengan cadangan tu. Cuma dalam masa yang sama dalam ini juga telah dibangkit… bangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Tambunan kalau saya tidak silap.

Patutnya kita bubuh duit yang apa itu, akaun yang kita boleh terima daripada apa itu, 40% itu, kan? Kalau saya tidak silap. Cuma masalah ini, it’s not been really specified berapa number dia. Jadi if we put an X figure and it doesn’t happen, it will be quite difficult for us untuk merancang untuk perbelanjaanlah. So, I don’t know, saya bukan seorang accountant, ramai di antara sana yang accountant but it’s not easy to plan apa itu.. budget, something that apa itu… something that receivable or supposed to receive itu, belum dinyatakan dengan jelas berapalah, but we take that apa itu… we take that positively sebagai satu cadanganlah ya.

Saya teruskan, mengulas cadangan ADUN Darau mengenai keahlian dua jawatankuasa itu SALIK dan JPPKKNS, kedua jawatankuasa ini melibatkan poli.. tidak melibatkan politik kerana keahliannya dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan Kerajaan dan ahli-ahli profesional. Sebahagian besar perkara yang dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut melibatkan maklumat sulit, termasuk data kewangan dan operasi badan berkanun, serta syarikat Kerajaan yang belum diaudit dan masih tertakluk kepada proses semakan dalaman.

Selain daripada itu, sekiranya sesuatu isu yang dibincang melibatkan unsur integriti, salah guna kuasa atau potensi pelanggaran undang-undang, jawatankuasa ini boleh mengundang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai ahli jemputan bagi memberi pandangan, nasihat serta tindakan susulan yang sewajarnya dan untuk makluman, we have actually been, kita telah ada beberapa kes yang kita juga telah rujuk kepada SPRM. In fact, kita ada kerjasama yang cukup baik dengan SPRM khusus untuk memastikan apa itu pengurusan kewangan kita dibuat dengan telus dan baiklah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tanjong Aru, majoriti rakyat yang membuat tuntutan insurans kemalangan diri adalah golongan B40 ya, yang memerlukan bantuan segera bagi menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian..

pengebumian dan keperluan kecemasan keluarga yang terkesan. Jumlah tuntutan yang terima setakat ini ialah 117 orang dan jumlah pembayaran yang telah dikeluarkan setakat ini ialah RM614 ribu melibatkan 59 waris. Ini Tuan Speaker, tuntutan pemberian khas. Seramai 21 Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu pemberian khas 40% dan walaupun ini sudah dinyatakan secara ringkas oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, izinkan saya membuat tambahanlah ya.

Pertamanya, terima kasih di atas keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh semua yang telah mengambil bahagian. In fact, i may say here dalam soal tuntutan 40 peratus ini, i believe we speak the same voice. Semuanya bersetuju ya. Kita nada yang sama dan kita bercakap sebagai Sabahan menuntut hak kita seperti mana yang apa tu dijamin dalam Perlembagaan. Pendirian Kerajaan Negeri, untuk makluman Ahli Yang Berhormat DUN ADUN Sindumin dan Dewan yang mulia ini, Kerajaan Sabah menyokong kedudukan Sabah Law ataupun pendirian Sabah Law Society mengenai lost years dan formula 40% kekal terpakai dalam pengiraan amaun pemberian khas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963. Justeru itu, Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

Berkenaan dengan pertanyaan-pertanyaan Ahli Yang Berhormat daripada Tamparuli, Sindumin, Kapayan dan Bugaya tentang pendirian Kerajaan Sabah berhubung rayuan Kerajaan Persekutuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi. Pendirian Kerajaan Sabah sejak awal lagi adalah konsisten agar Kerajaan Persekutuan tidak membuat sebarang rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut. Kerajaan Sabah berharap Kerajaan Persekutuan menggugurkan rayuan yang telah pun difailkan. Ahli Yang Berhormat, ADUN Senallang, Kuamut, Kapayan, Kawang, Sebatik dan ADUN Dilantik Datuk Roger Chin, telah membangkitkan isu keperluan rundingan sedangkan telah adanya keputusan Mahkamah Tinggi.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 17 Oktober 2025 sememangnya telah mengesahkan Hak Perlembagaan Sabah terhadap pemberian 40.. pemberian khas 40%. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut tidak menetapkan jumlah muktamad atau mekanisme pembayaran.

Mahkamah telah mengeluarkan Perintah Mandamus untuk menjalankan kajian semula di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan memberikan 40% hak Sabah selaras dengan Perkara 112C dan Bahagian 4 Jadual ke-10 Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 90 hari, dan mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari daripada tarikh keputusan mahkamah.

Pencerahan Tuan Speaker.

Speaker

Ada persoalan ini daripada Tamparuli.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Ya?

Terima kasih Yang Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam hal perundingan ini, ada Yang Berhormat telah menyatakan bahawa Kerajaan Sabah tidak, dari mula lagi memang tidak mahu appeal dan juga akan meminta Kerajaan Persekutuan supaya menggugurkan appeal yang telah mereka failkan itu. Pertanyaan saya di sini ialah adakah nanti dalam perundingan itu, perkara ini akan dinyatakan sebagai salah syarat dalam perundingan? Supaya sebelum kita berunding tarik balik dulu appeal itu sebelum kita berunding. Sebab kalau kita tidak tarik, jika sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak menarik balik appeal itu, bagaimana pula kita merunding? Sebab kita berunding baik-baik. Jika sekiranya mereka menang dalam rayuan mereka, whatever we have decided, it will nullified, satu. Yang kedua, dalam perundingan ini, kita akui bahawa barisan perunding daripada Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, mereka ini bukan jalang-jalang. Dari segi pengalaman, dari segi latar belakang latihan dan sebagainya. They are very professional. They are very highly trained, ketuanya dan begitu juga dan barisan.. dia timbalannya dan sebagainya. Pertanyaan Tamparuli di sini ialah bagaimana pula dengan barisan kita? I with due your respect, ketua perunding kita seperti yang telah dimaklumkan adalah Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan saya tidak.. Tamparuli tidak apa nama.. merendah-rendahkan kemampuan

beliau, tetapi latar belakang sebagai dari segi ilmu kewangan, pengalaman sebagai kewangan, beliau dan sebagainya. Sebab bila kita berunding, berundinglah di antara beberapa orang sahaja begitu.

Pertanyaan Tamparuli ialah adakah pihak Kerajaan Negeri mahu melantik konsultan kita yang boleh membantu dalam perundingan ini? Sebab banyak perundingan yang saya lihat, di antara Kerajaan kita dan Kerajaan Persekutuan. Oleh kerana ini mereka ini lebih berpengalaman dan yalah dengan bakat-bakat yang dia orang ada, jauh lebih ya. Kita boleh lihat dan ambil ikhtibar daripada bagaimana Kerajaan Sarawak membuat.

...perundingan. Dengan dia punya legal team pun dia ambil yang dia punya di depan itu memanglah dia punya peguam besar dan sebagainya. Tapi di belakang dia itu? Jadi adakah pihak Kerajaan Negeri akan membariskan sebaik-baik mungkin pasukan daripada kita? Dan adakah Yang Berhormat sebagai Menteri Kewangan bersetuju dengan Yang Berhormat sebab saya daripada sukan.

Saya pun bersetujulah supaya ditubuhkan jawatankuasa pilihan khas untuk perunding MA63 ini. Saya pun bersetuju sebab kita sebagai wakil rakyat ini pun boleh memberi input juga. Sebagai pilihan jawatankuasa pilihan khas, kita boleh membuat pendengaran awam pun supaya lebih banyak pihak-pihak yang boleh kita panggil sebagai saksi untuk memberi keterangan dan sebagainya supaya perkara ini, yalah akhirnya kita menang bah. Jangan lagi tadi buyuk-buyuk oleh pihak sebelah ini, orang Malaya ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Sebenarnya ada jawapan saya. Saya belum habis baca lagi tadi itu.

Speaker

SKN will not walk alone.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Saya..

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Boleh? Datuk Speaker, boleh minta pencelahan sekejap? Mengenai dengan penarikan rayuan yang YB Menteri cakap tadi, bilakah permintaan Kerajaan itu dibuat dan apakah bukti bahawa Kerajaan Negeri sudah minta Kerajaan Persekutuan untuk menggugurkan rayuan terhadap 40% tersebut? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Yang Berhormat Kapayan dulu saya jawab. Trust me. Saya sendiri mengiringi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini pun sebelum pilihan raya lagi untuk menyerahkan secara berhadapan untuk menyerahkan supaya untuk tidak merayu. Ya. Dan saya ingat subsequently they have been also latest to filed in other fieldslah. Saya ingat dalam soal ini, bukan soal ini. Kalau bolehlah, jangan kita pertikaikan keikhlasan kita. I think sama ada kita di sana atau di sini, we are all the same. Semua kita sama. Ini yang kadang-kadang dia kena eksploit oleh orang sana itu. Separuh dia cakap lain, separuh dia cakap lain, ini jadi dia. Trust me bila you are here, trust me. Kita adalah pendirian yang sama. Biasa kita bercakap pasal hak ni. Dan hak, you cannot compromise on hak kerana hak itu dijamin oleh Perlembagaan. Isn’t it?

Yang Berhormat Menteri. Kalau bolehlah saya mencadangkan untuk mendapatkan suara seluruh rakyat Sabah yang mana menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menarik balik rayuan mereka ini.

Prosedurnya yang paling tepat adalah Dewan yang mulia ini. Kita semua yang ada di sini harus membuat ketetapan bahawa kita semua meminta Kerajaan Persekutuan untuk menarik balik rayuan mereka. Sebab kita ini wakil rakyat dan kita mewakili semua rakyat negeri Sabah. Dan kalau 73 ADUN yang ada di sini dan Dewan yang mulia ini membuat satu keputusan, ya mungkin Speaker boleh buat satu kaedah, kan? Saya rasa jauh lebih baik. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Terserah kalau dipersetujui oleh Speaker atau siapa-siapa membuat usullah bagi saya. Apapun saya, apa tu respon kepada apa yang anda nyatakan oleh Yang Berhormat daripada Tamparuli ya. Satu, soal rayuan itu tidak timbullah. Kita sudah jawab ya. Kedua, expertise ya.

Pertamanya, sebelum saya cakap pasal apa itu. Pakar, kepakaran yang mana dibenarkan sebenarnyalah. Sehingga soal negotiate sudah tidak timbul. Keputusan mahkamah sudah dibuat. So, what are we going to negotiate? Bagi saya yang kita negotiate on the figures, jumlah wang berapa kita boleh dapat. Pasal you cannot negotiate keputusan mahkamah.

Keputusan mahkamah nyatakan kita masih Kerajaan Pusat, mesti menyelesaikan isu tuntutan (Mic kurang jelas) dalam masa 180 hari. That should be our focuslah bagi saya. Pasal mana kita boleh memandai-mandai mahu lawan mahkamah, kan? Satu.

Kedua, bila kita berhadapan dengan bila berunding. Bagi sayalah, selama ini saya zahirkan pengalaman. Saya ingat bukan isu mahu atau tidak mahu, isu yang lebih kepada political will. Itu masalah kita daripada dulu. Soal hak telah pun disahkan oleh mahkamah. Kalau kita pergi kepada sejarah, the issue is basically political will. No, political will to get it done, itu satu.

Kedua juga, birokrasilah, birokrasi. Dan saya akan baca ini kerana ada jawapan daripada Tamparuli nanti, ya mengenai soalannya kenapa kita tidak bawa apa itu di expertise. Bagi saya, apapun expertise dan sebagainya, nombor satu perintah mahkamah sudah ada. Yang kita mahu expertise sekarang ialah dollars and cents berapa kita boleh dapat. Itu pada pandangan sayalah. Dan ini kita boleh perolehi dan untuk pengetahuan sebenarnya selama ini pun kita mendapat apa tu nasihat daripada pakar juga semasa kita membuat tuntutan asallah.

Yang Berhormat, bila saya nyatakan tentang kepakaran Itu ialah apabila dibincang, terutamanya komponen. Apakah jenis-jenis cukai sebagai contohnya? Sebab yang diceritakan di sini ialah jumlah pungutan hasil Persekutuan daripada Sabah. Komponen itu, komponen

apakah jenis-jenis cukai itu yang mahu dirunding. Selepas itu, bagaimana kita mahu tentukan? Hal-hal tentang bagaimana syarikat-syarikat yang beroperasi di Sabah ini tapi dia ada di Kuala Lumpur, pejabat di Kuala Lumpur, dipungut cukainya di Kuala Lumpur dan sebagainya. Dari segi akaunnya bagaimana? How will you treat this kind of account? Hanya orang yang pakar dalam hal-hal, dalam hal-hal akaun ini yang memahami ini semua. Saya boleh bayangkan di sebelah sana, dia boleh bawa contohnya Ketua Pengarah LHDN untuk memberi pandangan. They can kill the argument on our side. Sebab itu kita perlukan pakar itu. Ya, saya akui yang 90 hari itu ditentukan begitu. Tetapi yang memberi nasihat kita, memberi pandangan kepada kita, membantu kita…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Saya sudah faham..

Itu saja yang saya…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Dengan apa yang dinyatakan. Jadi tidak perlu ulasan lanjutlah. Kalau boleh kita jimatkan masa. Thank you very. In fact, jangan juga underestimate kemampuan kita orang Sabah juga ini, Tuan Speaker. In fact dari mula pun sudah kita ada nasihat pakar dan bantuan daripada pakar. In fact, we have even submitted kepala cukai yang perlu kita layak buat. We are all ready.

Yang kita perlu buat ini pelaksanaan saja bah ini. Dan kalau ada perlu lagi, definitely, don’t worry. We will get apa itu, expert. But I want to tell you, there are Sabahan who are as good as the other side, I want to tell you. Not all good people are from that side. Kita pun banyak orang pandai juga bah. Mesti kita ada sendiri. Mesti ada keyakinan dari sendiri bah. Dan kalau dia bilang ada peguam sana, if necessary, we will get a peguam too. But bagi saya sekarang, bukan lagi soal peguam. Soal dia adalah dollars and cents bah. Mahkamah sudah bagi perintah. Yang sekarang kita mahu tentukan apa jenis cukai yang termasuk dalam cukai yang kita layak dapat 40%. Itu saja.

Dan kedua, berapa jumlah yang kita boleh dapat. And I want to tell you, kita alu-alukan semua apa tu, anybody that want to hold but suffice to say that we have since the last one or two years we have done that job, to be honest with you and kita alu-alukan kalau ada lagi pakarlah. Saya tahu ada pakar yang mungkin yang selama ini ada, kita welcome and we are willing to spend money untuk dapat kepakaran selain untuk memastikan kita dapatlah.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Terima kasih, YB Menteri. Ucapkan terima kasih kerana kita senada berkenaan dengan hak Perlembangan kita 40% ini. Cuma izinkan saya sambung berkenaan dengan sedikit berkenaan dengan apa yang diutarakan daripada Tamparuli tadi. Kita mahu dengan segera. Pembayaran ataupun hak kita ini dilaksanakan. Dan segera atau tidak ini kita kena akui berkenaan dengan keputusan mahkamah. Memang kita sudah pasti mahkamah sudah memihak kepada kita punya tuntutan. Sekarang ini kita bercakap pasal pelaksanaan. Adakah kita sudah menarik atau…

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

… memohon, Kerajaan Negeri sudah memohon supaya ditarik rayuan ini. Permohonan stay of execution juga difailkan. Ini yang perlu kita fikirkan dan perlu pastikan. Kalau tidak ada stay, maknanya mereka masih boleh drag apa jua pun cara perundingan yang kita capai. Jadi saya mengesyorkan kita pastikan bukan hanya kita withdraw the appeal, but to make sure tidak ada stay of execution daripada Federal Government. Itu saja, terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Setahu saya stay of execution itu ialah untuk minta perintah supaya tidak ada pelaksanaan. Apa yang dia mahu laksanakan? Tiada. Dia appeal bukan dia laksanakan. Dia mahu appeal. Yang kita apply setiap execution ini apabila ada satu keputusan dan kita tidak mahu perlaksanaan penguatkuasaan itu dibuat. Itu stay of execution. Correct melah bro. I’m also a lawyer tapi lama sudah tak (tidak) praktislah.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Datuk Seri, actually sudah ada keputusan yang memang pun ada arahan daripada mahkamah untuk sekian-sekian hari bulan dalam masa 180 hari.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Itu perintah mandamus, sudah pun dibuat. Bukan execution, bukan stay of execution, mandamus.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Tidak. Untuk pembayaran Datuk Seri. Untuk pembayaran.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Itulah mandamus. Perintah untuk perlaksanaan...

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Mandamus ini ialah untuk memaksa supaya Kerajaan Persekutuan membuat pembayaran. Tapi pembayaran itu kalau tidak dihold…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Tidak, perintah mahkamah 180 hari mesti selesai. Kita ikut perintah mahkamahlah. Simple, bah.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya berterima kasih atas pandangan yang mana sebelah sana dan sebelah sini kita mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu tidak ada kompromi dalam tuntutan 40% ini. Seperti mana yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan awal, tuntutan 40% ini tidak perlu lagi kita runding banyak. Seperti mana yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, iya, it’s bukan lagi berkaitan tentang apa, tetapi berkaitan tentang amount yang mereka hendak berikan kepada kita. Cuma di pihak kami di sini, kita benar mengharapkan supaya perundingan itu dapat ada satu jawatankuasa seperti yang pernah diutarakan, dicadangkan oleh pihak kami di sini, iaitu ia melibatkan pihak kami juga bersama dalam tujuan untuk lebih menampakkan bahawa kita nak

buktikan kepada Kerajaan Persekutuan bahawa dalam tuntutan 40% ini kita sehati dan sejiwa. Itu cadangan sayalah.

Yang Berhormat Menteri, saya. Bagilah dulu sama...

Tuan Speaker, can i just maybe clarify something here, dengan izin. The stay is to be applied for by the Federal Government and is has not been applied for because it is in favor of as a less and because of that as long as there is no stay applied for by the Federal Government what that would mean is that you carry on with the mandamus and as far as I am aware the mandamus is being carried out, we are still within the 90 day and 180 day timeline. 15 April 2026 is the end of the 180 day timeline. In fact, the 90-day timeline has already commenced because we have the first meeting already. But can I suggest moving forward is this, I think what we may need to do is as a house we should all stand together and pass a motion to maybe ask the Federal Government to, sorry ask, to table a motion in the Federal Parliament to amend the Constitution so that we can collect that source. Because I think this is very important moving forward so that we do not have this argument ever again. So we collect that source, put it into the state consolidated funds and then after that we return back to 60% and keep the 40%. It is an easy enough amendment to make however what we need to do is as a house, all of us pass a motion and with that we bring it to the Federal Parliament and see how we go from there. But that would be a good start at least we show the Federal Government how serious we are with this 40% and then this thing about how much you owe me, how much I owe you will not be an issue anymore, moving forward.

Yang Berhormat Menteri, Usukan. Sebab itu pada saya, I would like to reiterate apa yang Likas sebut, apa yang YB Adun Dilantik sebut, pentingnya untuk kita sama-sama berada dalam jawatankuasa. Jadi sebelum mungkin kita table apa-apa di sini, kita di pembangkang ini, kita mahu tahu apa yang Kerajaan buat, kita sama-sama. So, kita pun boleh sokong. Kan tadi saya sebut tentang jawatankuasa MA63 dengan hubungan

Persekutuan. Saya harap oleh kerana YB Menteri Kewangan adalah YB yang bertanggungjawab untuk berkenaan hal ini. Saya harap jawatankuasa ini ditubuhkan segera untuk kita boleh push sama-sama. Ini bukan lagi soal pembangkangkah Kerajaankah. Ini Sabah sudah ini, Sabah. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Saya siapkan dulu. Oleh kerana jawatankuasa yang terlibat adalah jawatankuasa antara Kerajaan dan Kerajaan. It’s a Government to Goverment pekerjaan, saya akan memajukan cadangan ini di apa itu Mesyuarat Kabinet untuk keputusannya. Suka saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini ya minta maaf. Jawatankuasa yang bermesyuarat lalu ini kira banyak ditimbulkan dari jawatankuasa teknikal lebih kepada soal yang telah pun bermesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh SKN dan juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu dibuat kerana waktu itu Kerajaan belum dibentuk ya.

Oleh kerana mesyuarat pertama diadakan jadi lebih sesuai. Mesyuarat pertama itu dipengerusikan bersama oleh Civil Servant kerana waktu itu Kabinet belum dibentuk lagi. So don’t worry, semua keputusan mereka pun perlu juga mendapat kelulusan daripada Kabinet. Dan bagi sahabat saya daripada Sindumin tadi, I think clearlah. Kalau state institution yang patutnya apply ini Kerajaan pusat, bukan kita. Kita sudah ada perintah mandamus, no problem.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Tadi sudah clarify oleh sahabat saya. Actually stay of execution ini daripada Federal, tapi since Federal bersama dengan State Government, actually to stay ni memang pun masih boleh stay. Untuk reinforcement. They want to stay the reinforcement. That’s why untuk lebih safe, dia bukan hanya withdraw the appeal, but to make sure not to fire the stay. Macam yang dinyatakan oleh YB Roger tadi.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Bagi saya inilah, very simplelah. I look at the court judgementlah. We work from therelah, bagi sayalah. Saya ingat, apa itu, we need to trust each otherlah.

Kita di Sabah, saya ingat (suara YB tidak jelas) masalah itu selesai. So, Ahli Yang Berhormat Moyog telah mencadangkan pasukan perunding Sabah turut dianggotai golongan pakar. Ini juga dinyatakan oleh Tamparuli tadilah.

Untuk makluman di Dewan yang mulia ini, dalam tema rujukan jawatankuasa tersebut, Kerajaan Sabah boleh menyebut mana-mana wakil yang berkaitan. So, it’s open. Sebagai maklumat, Kerajaan Sabah telah mendapat sokongan dan bantuan serta akan terus mempertimbangkan semua kepakaran yang diperlukan bagi tujuan meneruskan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan. Saya ingin tekankan bahawa apa juga keputusan rundingan di peringkat pegawai, ini akan diangkat kepada Jemaah Menteri kedua-dua Kerajaan bagi mencapai persetujuan bersama. Berhubung dengan penubuhan jawatankuasa khas peringkat DUN, buat masa ini mengambil kira kekangan masa yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi, Kerajaan Sabah memberi keutamaan kepada saluran dan mekanisme yang sedia ada. But we are open to other suggestions as it has been raised by member. Bagi meneruskan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan. Sekiranya persetujuan tidak dapat dicapai, maka penaksir bebas akan dilantik selaras dengan Perkara 112D (6) Perlembagaan Persekutuan.

Pewujudan kod hasil dan anggaran hasil pemberian khas. Ini diingat disentuh oleh Moyog, Sekong, Tanjung Aru dan juga Paginatan, telah membangkitkan isu ketiadaan butiran kod hasil bagi pemberian khas 40%.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Dalam anggaran tahun 2026, sebagai makluman, butiran hasil ini sudah sedia ada dalam Buku Anggaran Hasil Perbelanjaan, iaitu di bawah kod 82102 Pemberian Khas. Walaupun keputusan mahkamah telah ditetapkan, namun jumlah serta kaedah pembayaran belum dipersetujui.

Pengiktirafan awal tanpa penetapan jumlah dan kaedah pelaksanaan yang jelas akan memberi kesan langsung kepada perancangan perbelanjaan keutamaan program serta komitmen kewangan Kerajaan Sabah.

Kerajaan Sabah perlu memastikan setiap peruntukan perbelanjaan yang dirancang adalah berasaskan hasil yang realistik dan mampan bagi mengelak risiko ketidaksepadanan antara hasil dan perbelanjaan yang boleh menjejaskan perlaksanaan program rakyat serta disiplin fiskal.

Oleh itu untuk tahun 2026, RM600 juta sahaja telah dianggar selaras dengan Perintah Perlembangaan Persekutuan. Kajian semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112 Sabah 2025. Butiran hasil ini akan dikemas kini dan diselaraskan dalam Anggaran Hasil Disemak 2026 berdasarkan Perintah Perlembangaan Persekutuan baharu kelak dan kita harapkan ini kita dapat masukkan dalam apabila kita bersidang semula di Persidangan akan datang atau sekurangnya semasa dalam perbelanjaan tambahan akan datang.

Berhubung dengan sumber hasil lain di bawah Perlembagaan Persekutuan.

YB Menteri minta laluan.

Okey, saya setuju. Sebab kalau kita letakkan di dalam jumlah yang diterima itu memang kita kena padankan antara perbelanjaan dan hasil. Saya cadangkan supaya kita masukkan dalam Memorandum of Account bahawa kita ada jumlah yang perlu kita terima di bawah Perlembagaan daripada Persekutuan. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Itu kita ambil maklumlah ya. Berhubung dengan sumber hasil lain di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk bahagian 5, Jadual Ke-10 dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Tambunan berkenaan duit eksport petroleum serta duty import dan eksais barang petroleum, Kerajaan akan menuntut setiap hak kewangan yang sewajarnya milik Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya ingin menzahirkan dengan ucapan terima kasih.

Yang Berhormat Menteri. Kita di sini ada satu permintaanlah, kan? Daripada sejak berapa hari ini kita bercakap soal rakyat. Kita semua yang ada di sini sebenarnya rakyat juga ini, cuma ada kita ni yang wakil rakyatlah. Kalau boleh kita minta jasa baik daripada Yang Berhormat Menteri, sama ada menggunakan peruntukan Menteri Kewangan ataupun Ketua Menteri untuk memberikan satu peruntukan khas kepada wakil-wakil rakyat untuk mengurus pejabat dan perkhidmatan sebagai contoh, bagi peruntukan kepada kita, semualah bukan yang 25 orang saja ini, semua. Itu sewa pejabat, lepas itu gaji kakitangan untuk memudahkan kita berkhidmat kepada kita punya masyarakat. Permintaan, kalau boleh dipertimbangkan, kita punya CM pun ada, Menteri Kewangan pun ada.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Insya-Allah saya akan masukkan dalam agenda mesyuarat Kabinet yang akan datang ini. Saya ingat ini bagi saya, i find it munasabahlah bagi saya.

Yang Berhormat Menteri, boleh? Okey.

Terima kasih Yang di-Pertua.

Mungkin saya termisslah, tetapi saya telah menimbulkan mengenai dengan perkara wakil Sabah dalam Lembaga Pengarah PETRONAS. Saya ingin tanyalah, adakah rancangan Kerajaan untuk mengangkat perkara ini dengan tegas kepada Kerajaan Persekutuan? Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Bugaya di atas keprihatinan terhadap kebajikan penjawat awam yang mencadangkan agar Bantuan Khas Kewangan Tahun 2026 dibayar sekali gus. Dalam membuat keputusan kaedah pembayaran BKK tersebut, Kerajaan Sabah perlu mempertimbangkan dua perkara penting, iaitu:

1.

Kawalan aliran tunai Kerajaan diperlukan untuk mengawal pengeluaran dana besar, RM50 juta ini, secara sekali gus di awal tahun.

2.

Pembayaran secara berfasa ini juga adalah untuk memberi kesempatan kepada semua penjawat awam agar dapat berbelanja semasa sambutan dua perayaan, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan juga Sambutan Kaamatan dan kadang-kadang juga kalau sekali gus ini harga barangan pun terus dia naik. Jadi kalau dua, dalam dua fasa ini saya tengok macam ada pikir dua kali itu pekedai itu untuk menaikkan barang, harga barang.

Jadi akhir sekali Tuan Speaker, akhir. Marilah kita sama-sama bekerja, berusaha dan terus mencurah bakti ke arah memajukan dan memakmurkan Sabah yang tercinta ini dan saya sambut baiklah hasrat dan juga kerjasama yang ditunjukkan oleh semua ADUN tidak kira di mana. Cabaran pada tahun hadapan mengajak kita untuk terus berusaha dengan bijaksana dalam mentadbir dan mengurus hal ehwal Sabah. Mari kita panjatkan doa, semoga Sabah yang bertuah dan kita cintai ini kekal aman, makmur dan sejahtera.

Bersama-sama kita membina dan memperkasakan ekonomi Sabah demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran yang berpanjangan, insya-Allah.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat sekali lagi selamat menyambut Hari Krismas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang beragama Kristian, anggota penjawat, Ahli Yang Berhormat, Anggota-anggota Penjawat Awam dan seluruh warga Sabah yang beragama Kristian. Selamat Menyambut Tahun Baru 2026. Semoga tahun 2026 akan membawa tuah, rahmah dan berkat barakah kepada Sabah yang tercinta dan kepada seluruh rakyat yang dikasihi. Saya akhiri ucapan dengan dua rangkap pantun.

Burung tempua terbang ke awan, Pagi hari mencari makan; Pembangunan maju diutamakan, Rakyat sejahtera jadi tujuan.

Pergi ke kota membeli ragi, Ragi dibungkus dengan selendang, Ekonomi dijana lebih tinggi,

Rakyat sejahtera hidup pun tenang.

Dan khas untuk semua ADUN yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan. Berikut ialah pantun khas untuk anda. Pantun dua kerat.

Daun kayu, daun selasih, Thank you. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Setiausaha?

Rang Undang-undang Perbekalan (2026) 2025 bacaan keduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Perbekalan (2026) 2025 bacaan kedua.

Speaker

Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2026) 2025 itu dibaca bagi kali kedua sekarang.

Speaker

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju, katakan “TIDAK”, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Rang Undang-undang Perbekalan (2026) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Perbekalan (2026) 2025.

Majlis Dalam Peringkat Jawatankuasa

Setiausaha Dewan

[Cokmar diturunkan] Pengerusi: Majlis Jawatankuasa. Bentara. Masalahnya ialah wang yang disebutkan bagi Kepala-kepala Perbelanjaan yang dinyatakan di dalam ringkasan jumlah sebagai mana terkandung di dalam kertas CMD 3 Tahun 2025 yang bernilai RM6,310,873,720. Pengerusi: ….. dijadikan sebahagian daripada anggaran perbelanjaan bagi tahun 2026 hendaklah disetujukan.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju, katakan “TIDAK”, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Masalahnya sekarang ialah wang berjumlah RM6,310,873,720.00 hendaklah diberikan kepada Kerajaan di bawah kepala-kepala perbelanjaan bagi Perkhidmatan Awam yang dinyatakan dalam Anggaran Perbelanjaan bagi tahun 2026 seperti yang terkandung dalam Kertas CMD III Tahun 2025 hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju, katakan “TIDAK”, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Ketetapan itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.

Majlis Bersidang Semula

Setiausaha Dewan

[Cokmar dinaikkan semula]

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Tuan Speaker, Saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah diputuskan dengan tidak apa-apa pindaan.

Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 Bacaan Kali KetigaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) 2025 Bacaan Kali Ketiga.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya rang Undang-undang itu dibaca bagi kali yang ketiga sekarang.

Speaker

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju, katakan “TIDAK”, Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Enakmen Perbekalan (2026) 2025Bill

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbekalan (2026) 2025.

Speaker

Sebelum saya membuat ucapan penangguhan Dewan yang mulia ini ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berhormat Sook Datuk Seri Arthur Joseph Kurup atas pelantikan beliau sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Moga-moga beliau dapat membantu dalam melaksanakan tugas-tugas demi memajukan negara dan negeri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur alhamdulillah Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-17 yang telah berlangsung mulai dari Khamis 11 Disember 2025 sehingga hari ini, 17 Disember 2025, telah berjalan dengan lancar. Syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas

pembentangan Belanjawan 2026, pada 12 Disember 2025 lalu, yang bersifat komprehensif dan memenuhi keperluan semua lapisan rakyat Sabah. Alhamdulillah, saya mendapati semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah begitu proaktif dan sangat aktif semasa sesi perbahasan ke atas ucapan Belanjawan 2026 tersebut. Perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat telah memperlihatkan kepelbagaian pandangan dan hujahan yang bernas mencerminkan kematangan serta keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam membahaskan isu-isu berkaitan dengan negeri Sabah ini.

Saya yakin segala pandangan, teguran, kritikan yang membina serta saranan yang telah dikemukakan akan dijadikan input penting dalam menambah baik perancangan dasar dan pelaksanaan inisiatif Kerajaan kelak.

Hidup selalu ada ujian, Tenangkan hati, kuatkan iman; Memang menjadi lumrah bersidang, Boleh sependapat, boleh berbeza pandangan.

Saya juga ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat agar menyemak cabutan draf Hansard Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan kembalikannya semula kepada Urus Setia Dewan sekiranya terdapat pembetulan.

Diingatkan juga kepada Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan jawapan secara bertulis kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan yang tidak sempat dijawab secara lisan semasa sesi penggulungan kali ini sesegera yang boleh. Sila pastikan untuk dikemukakan satu salinan jawapan secara bertulis tersebut kepada Dewan ini untuk tujuan direkodkan di Hansard. Langit cerah, burung bernyanyi, Hati terharu di hujung hari; Terima kasih pada YB dan Menteri,

Atas pandangan dan jawapan yang telah diberi.

Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para petugas dan pegawai daripada Polis Diraja Malaysia, RELA, Jabatan Kesihatan, BOMBA, Jabatan Penerangan, RTM, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Jabatan Cetak, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri, Pejabat Muzium, Jabatan Air, DBKK, Sabah Net, SESB, serta Wakil-Wakil Media Massa, semua kakitangan dan pegawai Kementerian, serta semua pegawai Kerajaan, semua kakitangan Dewan Undangan Negeri Sabah, serta semua pihak yang turut terlibat, secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan mesyuarat pertama, penggal pertama DUN Ke-17 selesai dengan lancarnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan selamat pulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan kepada yang memandu, pandulah dengan selamat. Jalan kita masih belum selamat, tapi pandulah dengan selamat dan saya doakan, Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat sampai ke destinasi masing-masing di samping keluarga yang tersayang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua yang meraihkannya dan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua rakyat Sabah.

Lebat berbuah si pokok mangga, Buah yang masak banyak terjatuh; Akhir kata dari saya, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

PENANGUHAN

Speaker

Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan. Sekian, terima kasih.

Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 6.00 petang. [GAVEL (TUKUL) – DIKETUK 3 KALI] Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga suatu tarikh yang belum ditetapkan.”

SDN17122025/bnm