Sabah · 27 April 2026

17th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 544 turns · 54,983 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pemasyhuran daripada Tuan Speaker

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran daripada Tuan Speaker.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Dewan yang mulia ini iaitu Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah memperkenankan enakmen yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ketujuh Belas yang lalu seperti berikut: Enakmen Perbekalan (2026-2025).

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima surat permohonan untuk tidak menghadiri persidangan pada 23 April 2026 daripada Yang Berhormat N.15 Kiulu dan Yang Berhormat N.22 Tanjung Aru, dan saya telah pun meluluskan permohonan cuti tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan Peraturan Tetap 17 (1) Peraturan-Peraturan Tetap, Dewan Undangan Negeri Sabah, maka di sini saya memaklumkan bahawa risalah-risalah mesyuarat berikut dibentangkan pada persidangan Dewan kali ini, iaitu satu, Laporan Audit Negara Bilangan 3/2025 dan Bilangan 1/2026-2022, dan yang kedua, Sijil-sijil Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember (2021, 2022, 2023 dan 2024).

Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peruntukan 14.2 (a) Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah, saya dengan ini memberitahu Dewan, iaitu Ahli Yang Berhormat yang berikut telah mengangkat sumpah semasa di luar persidangan

Dewan pada tarikh yang dinyatakan seperti berikut: 10 Februari 2026 Yang Berhormat Tuan Mohd Ismail Haji Ayub daripada N.58 Lamag. Terima kasih, tahniah Yang Berhormat Lamag.

Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat N.51 Sungai Manila yang telah dianugerahkan Pingat Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu sempena sambutan ulang tahun kelahiran rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-75 pada 30 Mac 2026 yang lalu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Abdul Rahim bin Ismail, mantan ADUN Pantai Manis dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah isteri yang dikasihi Almarhumah Datin Seri Panglima Hajah Dayangku Ainun binti Pangeran Bagul pada 15 Februari 2026 bersamaan 27 Syaaban 1446 Hijriah dan Yang Berhormat Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmatullah ibu mertua yang dikasihi, Almarhumah Hajah Siti Khaltimah binti Abdul Wahab pada 26 Mac 2026 bersamaan 6 Syawal 1447 Hijriah. Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-17 telah pun disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada 23 April 2026 yang lalu.

Istiadat tersebut seterusnya telah disusuli dengan penyampaian Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri. Mesyuarat bagi Penggal Ke-17 ini dijadualkan berlangsung selama empat hari, bermula daripada hari ini 27 April 2026 hingga 30 April 2026.

Seperti yang telah ditetapkan dalam aturan mesyuarat, antara urusan yang akan dibincangkan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat kali ini, inilah usul ucapan terima kasih.

Atas ucapan dasar Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri diikuti dengan perbahasan ke atas usul tersebut, pertimbangan Rang Undang-undang serta urusan-urusan kerajaan yang lain.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menaruh harapan yang besar agar Ahli-ahli Yang Berhormat membahas ucapan dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama dengan tertib, penuh rasa hormat serta mematuhi segala peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan. Setiap Ahli Yang Berhormat diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan pandangan, hujah serta cadangan masing-masing secara berhemah, bernas dan berfakta.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menegaskan bahawa membahaskan apa juga perkara, khususnya yang melibatkan isu-isu berkaitan kes-kes sivil atau jenayah, Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah mematuhi dengan mengambil perhatian Peraturan Tetap 43(2).

Perbahasan tersebut hendaklah dibuat secara berhati-hati, berlandaskan fakta umum dan tidak melanggarkan ketetapan di bawah Peraturan Tetap tersebut.

Elakkanlah daripada membuat tuduhan yang tidak berasas, ulasan yang boleh mempengaruhi prosiding mahkamah secara tidak wajar, atau menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh membawa implikasi perundangan dan apa jua keadaan.

Dewan yang mulia ini merupakan platform utama untuk kita bertukar pandangan, menilai secara mendalam serta mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi oleh rakyat, sekaligus memajukan Negeri Sabah. Oleh itu, sebarang usaha, inisiatif atau tindakan yang dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negeri tidak seharusnya dipandang ringan atau dipersenda, diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

Sehubungan dengan itu, sebagai wakil rakyat dan ahli-ahli yang mewakili badan legislatif, saya yakin bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat adalah matang dan berpengalaman untuk berbincang dan bermesyuarat dengan lancar agar dapat menghasilkan keputusan-keputusan yang membanggakan negeri kita. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, petugas kesihatan turut ditempatkan di aras empat sepanjang tempoh persidangan ini berlangsung.

Kemudahan ini

disediakan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan semua pihak sentiasa terpelihara, mana-mana Ahli Yang Berhormat atau individu atau pemerhati yang memerlukan rawatan atau pemeriksaan bolehlah mendapatkan perkhidmatan tersebut di lokasi yang disediakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri agar lafaz ikrar rukun negara diadakan dalam persidangan kali ini, maka kita akan melafazkannya di bawah pimpinan saya.

Marilah kita menjadikan ikrar tersebut sebagai pedoman untuk menampilkan teladan terbaik kepada rakyat, berpolitik secara matang serta sentiasa memelihara adab dan kesantunan di Dewan yang mulia ini. Akhir kata, marilah kita bersama-sama memastikan sesi perbahasan.

Speaker

berjalan dengan lancar, teratur, dan memberi manfaat kepada semua pihak khususnya demi kepentingan rakyat dan pembangunan negara. Lafaz ikrar. Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil, di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara, dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya, yang kaya dan berbagai-bagai corak, membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang ada di Dewan ini dan sila berdiri dan angkat tangan kanan dan sila ulang selepas saya.

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut.

Kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan.

Sila duduk. Setiausaha sila teruskan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Senallang.

Terima kasih Datuk Speaker, Soalan No. 1.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Langkah Segera Kerajaan Negeri Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup Dan Kesan Kenaikan Harga Minyak GlobalQuestions

*1.

YB. Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal [Senallang] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah langkah segera Kerajaan Negeri untuk melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat serta risiko kenaikan harga minyak global akibat konflik antarabangsa.

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama dengan Soalan 36, Soalan 40 dan Soalan 42 pada hari Isnin 27 April 2026, memandangkan soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Senallang, Likas, Tanjung Aru dan Nabawan serta Dewan yang mulia ini, peningkatan harga minyak global dan gangguan rantaian bekalan tenaga susulan konflik Asia Barat

sememangnya berpotensi memberi kesan berantai kepada ekonomi negeri. Situasi ini boleh mencetuskan lonjakan kos operasi, logistik dan barangan dalam pasaran. Implikasinya, tekanan inflasi akan meningkat, seterusnya menjejaskan kuasa beli rakyat, meningkatkan beban kos sara hidup, serta memperlahankan momentum pertumbuhan ekonomi. Dalam konteks langkah segera, Kerajaan Negeri menyokong pendekatan Kerajaan Persekutuan dalam mengekalkan harga bahan api bersubsidi kepada rakyat serta sektor-sektor tertentu bagi mengawal kenaikan harga barang. Pada masa ini, harga petrol RON 95 dikekalkan pada kadar RM1.99 seliter, manakala harga diesel bersubsidi ditetapkan pada kadar RM2.15 seliter bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kerajaan Negeri juga konsisten menyuarakan kepentingan mengekalkan subsidi diesel di Sabah sebagai langkah kritikal untuk mengawal kos pengangkutan, dan mengelakkan pemindahan beban kenaikan kos kepada pengguna.

Langkah ini amat penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan tempatan yang sensitif dengan perubahan kos input. Bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan api negara, serta menyelaras usaha menangani ketidaktentuan bekalan tenaga global, susulan konflik di Asia Barat, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah menubuhkan pasukan petugas pengurusan krisis. Pasukan ini berperanan memantau kedudukan bekalan bahan api dan tenaga negara secara berterusan serta merangka langkah mitigasi, bagi memastikan keterjaminan bekalan pada bulan-bulan akan datang.

Selain ini, Selain itu, penekanan turut diberikan kepada kawalan harga serta penguatkuasaan bagi membendung aktiviti penyeludupan dan penyelewangan.

Tuan Speaker, Kerajaan Negeri memangnya telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani kos sara hidup rakyat sejak sebelum berlakunya krisis ini. Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan dengan itu, berbagai bentuk bantuan kewangan disalurkan secara berterusan dan bersasaran. Antaranya ialah program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang menyediakan bantuan bulanan selama 12 bulan kepada 100 ribu orang penerima dan bilangan ini dijangka meningkat kepada 140 ribu penerima dengan peruntukan sebanyak RM339.616 juta. Inisiatif ini dilaksanakan selari dengan bantuan, dengan program bantuan di peringkat persekutuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Selain bantuan langsung, usaha menangani kos sara hidup turut diperkasa di peringkat isi rumah. Kerajaan Negeri giat menggalakkan amalan pertanian kendiri melalui program kebun-dapur bagi membolehkan isi rumah menghasilkan bekalan makanan sendiri. Inisiatif ini bukan saja membantu mengurangkan perbelanjaan harian, malah dapat meningkatkan daya tahan isi rumah terhadap sebarang kejutan harga mahupun gangguan bekalan makanan.

Kerajaan Negeri juga menggalakkan penggunaan produk keluaran-keluaran tempatan yang bukan sahaja lebih berpatutan, malah mempunyai kualiti yang setanding dengan produk import. Langkah ini dapat mengurangkan impak kenaikan harga barangan, sekaligus merangsang permintaan domestik serta menyokong pertumbuhan industri tempatan.

Bagi mengurangkan beban kos utiliti, beberapa inisiatif telah dilaksanakan, antaranya program rebat bil elektrik RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan e-Kasih, serta pemberian diskaun 10% ke atas bil elektrik rumah kebajikan, rumah ibadah dan institusi pendidikan, kerajaan dan separa kerajaan. Selain itu, diskaun 10% turut diberikan kepada sektor pertanian, akuakultur dan perikanan sebagai langkah menyokong keterjaminan makanan dan kestabilan rantaian bekalan. Pada masa yang sama, pelaksanaan Off Peak Tariff Rider (OPTR), iaitu diskaun 20% bagi penggunaan waktu bukan puncak diteruskan kepada pengguna komersial dan industri voltan rendah untuk mengurangkan beban.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Peniaga kecil-kecilan.

Tuan Speaker, dalam menangani kesan jangka sederhana dan panjang, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada aspek sekuriti makanan. Memandangkan kenaikan kos sara hidup paling ketara dirasai melalui harga makanan. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, sejumlah RM102,860,000 diperuntukkan bagi pelaksanaan projek-projek keterjaminan makanan.

Fokus utama adalah untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian, ternakan dan perikanan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan import yang sering terdedah kepada turun naik harga global. Matlamat akhir adalah meningkatkan tahap sara diri dan memastikan ketersediaan bekalan makanan yang stabil dan mencukupi dalam apa juga keadaan ekonomi.

Selaras dengan itu, Kerajaan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) juga telah mengenal pasti lima daerah sebagai lembah pengeluaran makanan, iaitu Keningau, Tenom, Nabawan, Tongod dan Tambunan. Inisiatif ini bertujuan mengoptimumkan penggunaan tanah negeri untuk pengeluaran makanan berskala besar bagi menstabilkan bekalan untuk pasaran tempatan.

Sebagai contoh, pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC) yang memberikan tumpuan kepada penternakan lembu pedaging untuk pasaran tempatan. Selain itu, Sabah Livestock Dairies Breeders Sendirian Berhad di Daerah Sook turut memberikan tumpuan kepada penternakan lembu tenusu.

Usaha-usaha ini dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada import daging dan produk tenusu serta menstabilkan harga pasaran. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri juga memberikan perhatian kepada aspek kecekapan logistik yang merupakan antara faktor utama mempengaruhi harga barangan di Sabah.

Kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam projek

pembesaran Pelabuhan Sepanggar dijangka dapat meningkatkan kapasiti pengendalian kargo, mengurangkan kos surcaj logistik serta meningkatkan kecekapan rantaian bekalan.

Secara tidak langsung, langkah ini membantu mengekang kenaikan harga barangan yang berpunca daripada kos pengangkutan laut. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri turut… terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara. Antara inisiatif utama, termasuk pelaksanaan kajian pelan tindakan kestabilan harga di Sabah oleh Universiti Malaysia Sabah, yang memberi penekanan kepada reformasi struktur logistik dan peningkatan pengeluaran domestik sebagai benteng pertahanan ekonomi rakyat.

Tuan Speaker, dalam sektor perniagaan Kerajaan Negeri komited mengukuhkan ekosistem perniagaan tempatan, khususnya perusahaan mikro kecil dan sederhana. Usaha memperluas pengeluaran dan pengkomersialan produk tempatan akan terus dipergiat lagi bagi mengukuhkan rantai nilai produk tempatan, mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import serta memastikan kelangsungan sektor perniagaan dalam persekitaran ekonomi yang mencabar. Kerajaan Negeri juga yakin Kerajaan Persekutuan telah merangka perancangan yang rapi dalam mendepani impak ekonomi susulan krisis di Asia Barat. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus memantau perkembangan semasa krisis ini serta implikasinya terhadap kestabilan bekalan bahan api dan ekonomi negeri. Pendekatan yang berhemah dan tindakan wajar akan diambil bagi memastikan kebajikan rakyat kekal terpelihara, dalam menghadapi sebarang risiko atau ketidaktentuan yang mungkin timbul di peringkat negeri.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, lebih 800,000 orang penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mendapat manfaat di Sabah dengan peruntukan berjumlah RM1.25 bilion.

Oleh itu, Kerajaan Negeri ingin menyeru semua rakyat untuk bersama-sama memainkan peranan dengan mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemah serta mengelakkan pembaziran bagi menjamin kelangsungan bekalan. Rakyat dinasihatkan agar berbelanja secara bijak dan berhemah, mengelakkan pembelian panik serta tidak menyalahgunakan subsidi yang diberikan agar bekalan barangan dan bahan api kekal mencukupi dan stabil dalam pasaran. Sekian.

Speaker

Terima kasih. Soalan tambahan.

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Setelah mendengar soalannya pendek tapi jawapannya panjang, hampir setengah jam dan saya meneliti dari jawapan yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat. Saya ingat krisis seperti minyak ini bukannya tidak pernah berlaku. Tahun 1973, oil crisis yang kita hadapi di merata tempat, kesan dia sudah ada but we are still not prepared to learn what happened in other countries.

Saya faham ini worldwide, bukan hanya di Malaysia, bukan hanya di Sabah, di seluruh negara yang berhadapan dengan masalah ini. Tapi masalah bila kita nampak apakah pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan?

Tadi disebutkan tentang contohnya 100 orang mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri, cuma 100 orang saja yang mendapat bantuan dari Kerajaan Negeri, yang Rahmah itu Federal Funding.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

100 ribu.

100 ribu.

Penduduk Sabah 4 juta, Datuk Speaker ya. Begitu juga elektrik yang disebutkan. On micro, yes. Before boleh mendapat dia. Tapi mungkin yang selective people yang dapat manfaat , industry will suffer. Harga elektrik, harga diesel sekarang ini sudah mencecah hampir RM5, RM6 seliter yang ada. Dahulu cuma RM2 sahaja dan kesannya mungkin kepada, mungkin pengangkutan still RM2. Tapi we don’t have a macro approach. Kalau kita kurangkan harga elektrik contohnya, discount that, kalau

diskaun elektrik, berapa peratus yang kita diskaun? Bukan hanya B40 dapat, industri juga dapat. Dan bila industri dapat, cost of production will reduce. Service good yang dia bagi akan menurun.

Itu yang perlu kita lihat bagaimana untuk membantu masyarakat because impact dia kalau kita turunkan harga elektrik contohnya. Dia punya kesan, Datuk Speaker, bukan hanya B40. That’s why saya selalu nasihatkan, even rakan saya dahulu masa saya di Federal, BR1M, don’t spend the money. Duit yang kita bagi untuk 100 ribu orang, bantuan ini, kalau kita gunakan untuk compensate, contohnya SESB ya. The cost, it will be reduced and when the cost is reduced, 4 million will benefit, sekolah rendah, hospital, industri, individual.

Speaker

Jadi soalannya apa?

Jadi soalannya, dasar yang saya sebutkan tadi, kenapa tidak dilakukan? It’s only a micro, Datuk Speaker. Kenapa tidak ada macro approach? I mean saya lihat, macam di Sarawak ya, 25% discount on electric.

Speaker

Okey.

Speaker

Dia tidak ada makro.

Kenapa tidak dilakukan untuk supaya yang manfaat ini 4 juta rakyat Sabah ini?

Speaker

Silakan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Tuan Speaker, terima kasih kepada soalan tambahan dan mungkin ada cadangan yang diutarakan

oleh ahli daripada Senalang. Pihak Kerajaan sebenarnya memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Tetapi sekarang ini, bantuan yang diberikan oleh Kerajaan termasuk Kerajaan Persekutuan agak begitu banyak sekarang ini sehingga setakat ini.

Dan banyak lagi rancangan-rancangan yang lain yang dicadangkan oleh Kerajaan. Jadi di pihak Kerajaan Negeri, kita akan memikirkan perkara-perkara.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

… yang boleh kita lakukan berpandukan kemampuan Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang saya sebutkan tadi ialah rakyat yang terkesan sangat, lebih daripada 800 ribu orang termasuk di Sabah yang kita bagi bantuan melalui SYUKUR ini, 100 ribu orang dan sekarang kita sedang meneliti permohonan lebih kurang ada hampir 40 ribu orang lagi, untuk dibantu dalam keadaan yang menekan sekarang ini. Jadi kalau saya boleh sebut, inisiatif Kerajaan Persekutuan sebenarnya, yang juga melibatkan rakyat negeri Sabah, termasuklah rakyat biasa, rakyat bukan dalam kategori B40. Contoh, Budi Madani RON95 ini juga satu inisiatif untuk mengurangkan bebanan rakyat kita. Budi Madani Diesel, Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, aa … ada lagi, Program Jualan Rahmah Madani di mana melalui kementerian KPDN mengadakan jualan penjimatan harga barang di antara 10 hingga 30 peratus yang boleh memberi ruang kepada rakyat mendapat bekalan makanan begitu rendah. Jadi, inilah inisiatif-inisiatif yang difikirkan oleh Kerajaan setakat ini yang boleh mengurangkan bebanan rakyat dalam menghadapi krisis tenaga sekarang ini. Jadi, kalau ada cadangan daripada mungkin pihak pembangkang YB Senallang, kita terbuka menerima apakah yang terbaik untuk kita buat. Ini masalah rakyat. Silakan.

Datuk Speaker, soalan saya, apakah peranan Kerajaan Negeri bukan Kerajaan Persetujuan. Rahmah itu Federal initiative. The State Government initiative dengan izin Datuk Speaker, announcement has been done, 15% increase on electric. Kesan dia, 15% meningkat, semua orang, 4 juta bukan 800 ribu orang, bukan 100 ribu

orang. Industri, individual user yang ada, kesan dia, that’s why I say the macro approach. Kalau kita bagi bantuan, bukan hanya kepada adik-beradik kita, bukan hanya keluarga kita, bukan hanya 100 ribu. But that’s why I said, I argued, masa saya di Federal, BR1M. I said, you give BR1M RM1,000, you give BRIM RM2,000. But, you know, the billions of money, if you spend every year creating industry, jobs opportunity, is there. Knowledge.

Tapi ini yang saya persoal, Datuk Speaker, tentang apa peranan Kerajaan Negeri tentang kenaikan harga elektrik yang ada, pasal ini within our means. Bukan Kerajaan Persekutuan.

Tadi mengenai dengan diesel, kita setuju, Kerajaan Persekutuan bagi kekalkan. Kerajaan Negeri setuju, kekalkan Ron untuk diesel ini supaya RM2. Tapi dari segi industri, how do we compensate the industries? Sama ada sewa dia, bangunan premis yang ada, pasal dia gunakan produk nanti dalam perbahasan Datuk Speaker saya akan highlight cadangan-cadangan untuk membolehkan bagaimana mengatasi. Cuma saya nak tahu peranan Kerajaan Negeri mengatasi masalah yang dihadapi sekarang ini. Dahulu, Datuk Speaker, masa COVID-19, saya belanja RM600 juta bakul makanan 100 semua kampung. Saya beli vaksin dari China, saya beli mask dari China. We spend about almost a million, bagi RM1 juta semua department yang ada. Cuma saya nak tahu, this is a role of the state government, bukan Federal. Terima kasih banyak.

Speaker

Silakan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri · Sulaman

Terima Kasih Datuk Speaker, sebenarnya setakat ini keadaan sekarang ini belum lagi memerlukan Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang drastik untuk memberikan bantuan. Bagi kita apa bantuan ataupun yang diberikan melalui Kerajaan Negeri sekarang ini dan juga Kerajaan Persekutuan sudah memadai dalam keadaan sekarang. Contoh, elektrik ini yang disebut, kita mengambil keputusan sebelum krisis Asia Barat ini. Kenaikan berapa persen bil elektrik ini. Kerana kos operasi yang begitu tinggi, dan juga rekomendasi daripada lembaga elektrik ataupun Sabah Elektrik jadi itu yang berlaku tetapi disebut tadi, bagi mereka yang di bawah paras kemiskinan ini ada rebate RM40 dan juga bagi industri kecil tadi, saya sudah sebut

tetapi walau bagaimanapun, kita akan pantau keadaan ini dari masa ke semasa. Apa yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan bebanan rakyat termasuk semualah apa yang disebut oleh Ahli daripada Senallang. Kita prihatin, kita usahakan mana yang perlu mengikut keadaan, masa ataupun tekanan yang terkesan kepada kita. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang kita jemput Yang Berhormat daripada …

Soalan tambahan, soalan tambahan.

Speaker

Ada dua tadi tu. Dua sudah tadi yang dari Senallang.

Berkaitan juga ni sikit.

Speaker

Nda apalah, bawa dalam you punya ucapan sahaja. Yang Berhormat daripada Sook?

Selamat pagi, Salam Sejahtera. Soalan saya nombor dua.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cadangan Mewujudkan Sebuah Majlis Daerah SookQuestions

*2.

YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup [Sook] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, sama ada Kementerian bercadang untuk mewujudkan sebuah Majlis Daerah Sook yang tersendiri, memandangkan keluasan kawasan serta keperluan pentadbiran dan pembangunan setempat yang semakin meningkat.

Speaker

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sook dan makluman Dewan yang mulia ini, kementerian saya buat masa ini belum ada perancangan untuk mewujudkan Majlis Daerah Sook. Bagi

pewujudan Majlis Daerah Sook, beberapa kriteria perlu dikaji dan diteliti terlebih dahulu bagi memastikan syarat pewujudan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat dipenuhi. Sebagai perkongsian, PBT adalah terdiri daripada tiga peringkat, iaitu …

Speaker

Sebentar ya Yang Amat Berhormat Menteri, sebentar. Tolong ambil perhatian, bahagian elektrik dari JKR, betulkan ini ada echo dia punya loudspeaker daripada mikrofon. Silakan Yang Berhormat Menteri, teruskan, teruskan.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker, sebagai perkongsian, PBT adalah terdiri daripada tiga peringkat, iaitu Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Dewan atau Majlis Bandaraya. Oleh itu, setiap kategori ini mempunyai kriteria yang tertentu untuk diambil kira berdasarkan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2025. Garis panduan penetapan kriteria baharu naik taraf Pihak Berkuasa Tempatan, kriteria pewujudan PBT baharu bertaraf Majlis Daerah adalah seperti berikut.

Satu, mempunyai populasi penduduk kurang daripada 150 ribu orang. Dua, memperoleh hasil pendapatan tahunan melebihi RM5 juta dan kurang daripada RM25 juta. Tiga Tuan Speaker, mempunyai kemudahan infrastruktur dan utiliti awam dan keupayaan menyediakan perkhidmatan perbandaran asas selaras dengan fungsi utama PBT. Empat Tuan Speaker, mempunyai struktur tadbir urus yang telah beroperasi secara interim sekurang-kurangnya tiga tahun bagi melaksanakan fungsi PBT. Lima, mempunyai kelulusan persempadanan semula bagi pewujudan daerah baharu; dan yang enam Tuan Speaker, mempunyai pelan pembangunan dengan mengenal pasti lokasi yang berpotensi bagi memperkembangkan pusat pertumbuhan ekonomi baharu.

Walau bagaimanapun, Tuan Speaker, Kementerian akan mempertimbangkan pewujudan sesuatu Majlis Daerah walaupun belum memenuhi sepenuhnya keenam-enam kriteria di atas. Asas pertimbangan utama, Tuan Speaker, adalah sama ada Majlis Daerah yang baharu ditubuhkan itu boleh mampu berdiri sendiri dengan sumber kewangan majlis yang kukuh. Sekian, Tuan Speaker.

Speaker

Soalan Tambahan Yang Berhormat Sook.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas penjelasan yang diberikan tadi.Kita ambil maklum bahawa ada enam kriteria yang perlu dipenuhi. Saya yakin di daerah Sook ini hampir semua sudah dapat dipenuhi kecuali yang kriteria tiga tahun itu …

Daerah Sook baru saja dinaik taraf menjadi daerah penuh pada tahun yang lalu dan apabila kita tengok potensi yang ada di daerah ini, ia sangat besar. Kita ada jalan-jalan yang baru yang masuk ke Tongod sampai ke sempadan Kalimantan, Indonesia. Kita ada kilang-kilang yang baharu, ada sektor pelancongan yang sedang membangun. Jadi saya yakin bahawa daerah ini boleh juga menyumbang kepada pembangunan di negeri kita daripada segi percukaian, pembangunan industri dan sebagainya. Cuma kawasan ini juga sangat luas dan sekiranya kawasan ini membangun, jumlah penduduk juga bertambah ramai, agak jauh untuk para penduduk di sini untuk sentiasa pergi ke pekan Keningau untuk berurusan. Maka saya nampak di sini mungkin ada satu saja kriteria yang belum dipenuhi, iaitu kriteria interim tiga tahun. Semoga ini boleh dipendekkan atau sekiranya kita boleh mula dulu perancangan daripada awal Yang Berhormat Menteri, supaya Majlis Daerah Sook ini ia boleh ditubuhkan dan kita boleh melonjakkan lagi kita punya perkembangan di sana menyumbang kepada pembangunan bagi negeri Sabah. Sekian dan terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker. Insya-Allah, saya akan meminta Kementerian saya untuk membuat libat urus Kementerian KKTP dengan Pejabat Daerah, dengan IDS, dengan JPAN, dengan KPLB untuk membuat kajian berhubung dengan cadangan daripada Yang Berhormat Sook tadi dan insya-Allah

libat urusnya itu juga bersama dengan IDS. Selepas itu kita akan muktamadkan, yang akan memuktamadkan nanti kita akan bawa ke mesyuarat Jemaah Menteri. Terima kasih.

Speaker

Okey, soalan tambahan yang lain?

Ya, soalan tambahan.

Memandangkan Sook sudah menjadi daerah penuh…

Speaker

Kawasannya bah itu.

…dengan potensi-potensi yang ada, adakah Kerajaan bercadang untuk menaiktarafkan Pejabat Pentadbiran Daerah Sook seperti daerah-daerah yang lain? Dan adakah Kerajaan bercadang untuk memindah lokasi pejabat ini? Sekian, terima kasih.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Membakut

Pejabat Daerah, terima kasih Yang Berhormat, ADUN yang bertanya tadi Yang Berhormat. Adapun untuk Pejabat Daerah, ia di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan, eh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Dan insya-Allah kami akan berbincang dengan Kementerian KPLB berhubung dengan perkara berkenaan.

Speaker

Okey, sebelum saya teruskan soalan seterusnya, saya ingin mengambil perhatian daripada Yang Berhormat Tulid. Yang Berhormat Tulid, your dress code is not, you did not confine to the confirm to the colour code ah, make sure you don’t do it again.

Tuan Jordan Jude EllronBEBASPembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi · Tulid

Okey, minta maaf.

Speaker

Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjung Aru. How are you?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Datuk Speaker, I’m good, thank you, recovering well. Thank you Datuk Speaker.

Speaker

Don’t speak aloud ah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Soalan nombor tiga, terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Hasil Cukai Jualan Petroleum Susulan Peningkatan Harga Minyak Akibat Konflik Timur TengahQuestions

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

*3.

YB. Datuk Wong Hong Jun [Tanjung Aru] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI KEWANGAN, berapakah hasil pendapatan daripada cukai jualan yang dikenakan terhadap Petronas selepas harga petroleum meningkat ekoran daripada konflik Timur Tengah dalam masa dua (2) bulan ini.

Speaker

Okey, silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Mohd. Ishak bin AyubSTARPembantu Menteri Kewangan · Bingkor

Terima kasih Datuk Speaker. Untuk makluman dan menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Tanjong Aru, konflik di timur tengah sejak awal Mac 2026 telah menyebabkan harga minyak dunia meningkat dengan ketara. Berdasarkan dari data daripada US Energy Information Administration, (EIA), harga purata minyak mentah brand meningkat daripada sekitar USD71 setong pada Februari kepada USD103 setong pada Mac 2026, iaitu kenaikan sebanyak 45.5% dalam tempoh sebulan sahaja. Setakat 24 April 2026, harga minyak mentah brand adalah USD106. Walau bagaimanapun, kesan kenaikan harga ini tidak sepenuhnya diterjemahkan kepada peningkatan hasil negeri. Ini kerana nilai ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika telah sedikit mengurangkan nilai jualan apabila ditukar kepada mata wang tempatan. Kadar pertukaran pada ketika ini atau 24 April 2026, Jumaat lalu adalah RM3.97.

Datuk Speaker, selaras dengan Seksyen 14, Enakmen Cukai Jualan Negeri 1998, bayaran CJN bagi tempoh bercukai Mac dan April akan genap masa masing-masing pada 28 April, iaitu hari esok, dan 28 Mei. Oleh itu, impak ke atas hasil cukai jualan negeri CJN akan kita ketahui apabila bayaran sebenar diterima. Namun, bagi mendapatkan gambaran, Kementerian telah membuat unjuran awal menggunakan andaian berdasarkan prestasi semasa. Bagi jualan minyak, harga dan kadar pertukaran wang. Berdasarkan andaian-andaian itu, hasil CJN daripada Petronas dan anak syarikatnya bagi tempoh dua bulan tersebut dijangka mencecah RM96.5 juta, yang mana menunjukkan anggaran peningkatan hasil sebanyak RM8.9 juta atau 23% sebulan berbanding kutipan Februari 2026. Namun, angka ini akan berubah tertakluk kepada perubahan dalam pasaran semasa.

Datuk Speaker, walaupun harga minyak meningkat dengan ketara, peningkatan hasil negeri adalah lebih sederhana. Ini menunjukkan bahawa hasil cukai tidak bergantung kepada harga semata-mata. Tetapi turut dipengaruhi oleh faktor lain seperti kadar tukaran mata wang, jumlah pengeluaran dan keadaan pasaran. Seperti kita sedia maklum juga, keadaan pasaran minyak dunia masih tidak menentu. Justeru, andaian yang disediakan ini hanyalah gambaran awal kerana dinamik pasaran boleh berubah secara drastik dalam tempoh yang singkat. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, Tanjong Aru ?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih, Datuk Speaker. Dengan izin, Datuk Speaker. Point of clarification dululah. Sebab I think tadi soalan kita punya jawapan daripada Timbalan Menteri itu tidak saya dengar macam itu jelaslah. Jadi kalau saya tidak silap, saya dengar hasil tambahan dua bulan itu adalah sebanyak 23%. Am I correct? Correct ah? So, meaning to say the two months after the war broke out, our hasil to increase by 23% kalau mengikutlah setiap bulan dia. Itu jawapan dia kan?

Okey, Datuk Speaker dengan izin, meaning to say, Sabah punya revenue increasedlah because of the the price of international price for oil increased. So by

the same logic, Federal Government should also aim earn more revenuelah as Malaysia is also an oil-selling nationlah. So I’m asking, if the Sabah Government boleh negotiatelah dengan Federal Government to sort of exam Sabah and Sarawak on the RON95, RON97, as well as the gas, tong gas pricing to what’s we call that exam the uncertain increment on this price. The meaning to say, in other word between to say captured macam itu diesel dia. Cap the pricing of RON95, RON97 gas, so that to as one the majorlah to actually control the cost of living, also create a more certain environment for business community. To off set from the extra revenuelah. Dia orang earn from Sabah and Sarawak. Because I believe Federal Government will earn more, so they should have enough extra revenue to off set the uncertainty for oil-producing states atau wilayahlah seperti Sabah and Sarawak. So, can Sabah negotiate with Federal Government on this or not? Thank you.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Terima kasih, Yang Berhormat daripada Tanjong Aru. It’s my personal viewlah ya. You see it’s not easy to negotiate about pricing of oil ah. It’s very much indicated by international factors which is beyond our own control. Itu satulah. Kedua, tapi ini bukan bermakna kita boleh tidak boleh raise the issuelah ah. No. Again, it may take some time if ever there is some negotiation between the Federal Government and the State Government. Tiga, saya cuma highlight apa yang dinyatakan oleh Pembantu Menteri saya tadi. Ini kadang-kadang kita fikir kalau harga minyak naik, pendapatan kita naik. Actually it’s further from the truthlah. Kadang-kadang banyak elemen-elemen lain yang ada yang menentukan dan ada kesannya kepada hasil by apa tu yang kita perolehi. Satu keluaran…

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Kita tahu apabila seperti mana yang berlaku sekarang ini, berhadapan dengan masalah perang sebagai masalah sekarang ini. And I know second

expenses, production akan menurun. Or, kalau pun tidak menurun, they cannot shipped out dia punya apa itu production, dia punya oil.

Itu satu, bermakna the volume of oil that is available in international market actually is very much reduce. Satu lagi, ini juga lah, i suppose sometimes we lose, sometimes we win.

Tuan Speaker, boleh jelas sikitkah? tidak dengar.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Paling jelas sudah ini. Kedua, tukaran wang ni, cukup ada, i read to you, tadi pasal cukai jualan negeri. Setiap 10 sen USD. Pertukaran harga turun atau naik, impak dia ialah satu juta ringgit ya, bermakna.

Tetapi setiap perubahan sepuluh ringgit kadar pertukaran, sepuluh sen Ringgit Malaysia kadar pertukaran, impak dia pula 25 juta. Erti dia kalau ringgit kita naik berbanding dengan dolar Amerika kerana jualan dibuat minyak di jualan di peringkat antarabangsa ada dalam USD, actually we are going to get less. Open conversion kepada ringgit nanti kita akan memperolehi pulangan yang lebih besar hanya kerana ringgit kita naik dengan berbanding dengan dolar Amerika. Inilah salah satu daripada komplikasi dalam penjualan minyak antarabangsa ini.

Petroleum pula, perubahan sebanyak USD sepuluh sen akan memberi impak cuma enam juta. Manakala setiap perubahan sebanyak USD sepuluh sen dalam kadar pertukaran impaknya 14 juta yang saya nyatakan tadi, yang ini saya harap minyaklah. So, basically we lost a lot, when ringgit strengthened, it’s a edged sword. Import akan turun harga dia tetapi dari segi hasil daripada minyak, we actually going to get lesslah. Itulah, jadi balik kepada soalan tambahan tadi, obviously there’s a point that i think we can raise nanti dalam soal perundinganlah. Terima kasih.

Soalan tambahan, Tuan Speaker.

Speaker

Saya belum tanya lagi, duduk dulu. Soalan tambahan.

Terima kasih, Tuan Speaker. Ya, terima kasih. Since menteri pun tahu jangka yang susah ini, yang boleh kasih tahu rakyat Sabah ini, berapa reserve berapa reserve Sabah sekarang boleh tahan dua bulankah? Sepuluh bulankah? Dua tahunkah? Atau sebagainya. Reserve Diesel. Sebab sekarang kita predict macam contoh Sukau Resort, semua yang mahu isi genset. Tidak tahu bila mahu dia punya harga, berapa lama kita mahu dia punya apa.

Contoh, Pan Borneo, dia punya diesel, contoh itu tender, itu projek-projek di JKR punya. Berapa lama boleh tahu? Dan apa langkah-langkah boleh kita solve ini masalah? Terima kasih Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Kewangan · Karanaan

Sebenarnya, Perdana Menteri sudah umum, kita boleh pertahan sampai Julai lah, hopefully. Bukan saya jawap, Perdana Menteri ini cover Sabah dan seluruh Malaysia lah. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat…

Datuk Speaker, saya mahu tambah satu…

Speaker

…nantilah you bawa sajalah… (suara bertindih)

…ini berkenaan dengan ini, simple saja Datuk Speaker, simple saja Datuk Speaker… (suara bertindih)

Speaker

… nanti you bawa saja, kita mahu cepat habis, banyakkan orang punya soalan… (suara bertindih)

…back to budget berkenaan dengan Tuan Speaker… (suara bertindih)

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Nabawan.

Datuk Speaker, soalan saya nombor empat.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Strategi Menangani Kesesakan Trafik Di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau Dan KeningauQuestions

*4.

YB. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin [Nabawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI PERINDUSTRIAN, KEUSAHAWANAN DAN PENGANGKUTAN, adakah kementerian mempunyai cadangan jangka masa panjang untuk dilaksanakan bermula sekarang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama dalam Negeri Sabah khususnya di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Keningau.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Terima kasih Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Nabawan dan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, Kementerian sedang merangka perancangan jangka masa panjang yang komprehensif dan bersepadu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama di Sabah khususnya di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Keningau.

Kerajaan Negeri melalui Kementerian sedang membangunkan Pelan Induk Pengangkutan Mampan Negeri Sabah (SSTMP) sebagai dokumen strategik utama yang akan menjadi panduan menyeluruh kepada pembangunan sistem pengangkutan negeri. Pelan ini dirangka bagi mewujudkan sistem pengangkutan yang cekap, bersepadu, selamat dan mampan di samping menangani cabaran pembandaran pesat.

Peningkatan pemilikan kenderaan persendirian, serta kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat.

SSTMP turut merangkumi perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang serta memberi penekanan kepada pengukuhan pengangkutan dan integrasi pelbagai mod pengangkutan, termasuk darat, laut, dan sungai sebagai satu sistem yang menyeluruh.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri terus komited dalam memperkukuh sistem pengangkutan awam terutama di Bandaraya Kota Kinabalu. Usaha yang sedang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP). Sebagai contoh, Pelaksanaan Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) di Bandar Raya Kota Kinabalu yang kini dikenali sebagai BAS.MY. Inisiatif ini merupakan perkhidmatan bas awam berjadual dengan laluan tersusun, kekerapan tetap serta pemantauan prestasi perkhidmatan secara berterusan. BAS.MY merupakan bas berukuran tujuh meter dengan dua pintu yang kita lihat berwarna merah jambu dengan reka corak seragam. Ini kalau Yang Berhormat jalan di KK, boleh nampak. Bas ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti sistem pembayaran tanpa tunai, GPS, CCTV serta mesra pengguna termasuk dan terutama kepada warga emas dan orang yang berkeupayaan ataupun berkeperluan khas. Pelaksanaan BAS.MY di Kota Kinabalu meliputi lapan laluan utama dan bertujuan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Kota Kinabalu. Selain itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia sedang dalam pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan projek Trans Borneo Railway, di mana projek ini merupakan satu inisiatif strategik jangka panjang yang berpotensi menjadi pemangkin utama transformasi sistem pengangkutan Sabah.

Kajian ini dilaksanakan bagi membangunkan rangkaian rel baharu yang menghubungkan bandar-bandar utama serta kawasan pedalaman di Sabah.

Sekali gus membolehkan pergerakan penumpang dan barangan dilaksanakan dengan lebih kerap dan sistematik. Projek ini dijangka dapat mengurangkan kebergantungan kepada jalan raya, mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menyokong pembangunan ekonomi melalui peningkatan kecekapan logistik dan mobiliti tenaga kerja dan mudah-mudahan selepas dilaksanakan nanti.

Secara keseluruhannya, pendekatan Kerajaan adalah berasaskan konsep pengangkutan bersepadu yang menggabungkan pelbagai mod pengangkutan bagi memastikan penyelesaian yang menyeluruh dan mampan. Dengan pelaksanaan

SSTMP, Program BAS.MY dan projek strategik jangka panjang seperti Trans Borneo Railway, Kerajaan yakin bahawa isu kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama Sabah dapat ditangani secara berperingkat dan berkesan selaras dengan aspirasi pembangunan Sabah. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan.

Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan di sini.

Speaker

Satu saja, soalan tambahan satu saja.

Jadi, apakah kementerian mempunyai langkah jangka pendek yang akan diambil untuk mengurangkan kesesakan seperti penyelarasan lampu isyarat ataupun sistem trafik pintar dan juga apakah terdapat pelan cadangan untuk mewujudkan laluan khas atau dedicated line dengan izin bagi kenderaan-kenderaan tertentu seperti bas, teksi dan motosikal?.

Motosikal ini penting. Kita punya rider untuk grab dan juga grab ini kadang-kadang tiba-tiba muncul di depan kereta. Jadi, saya apa ini terutama sekali di bandar-bandar utamanya lah, ya. Terima kasih.

Speaker

Itu attitude, bukan pasal sistem jalan raya, attitude. Silakan Yang Berhormat, Menteri.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Terima kasih. Untuk maklumat Yang Berhormat Nabawan, sebagai usaha bagi melengkapkan pelaksanaan program ataupun inisiatif BAS.MY yang dilaksanakan oleh LPKP Sabah ini, Kerajaan telahpun Kerajaan Sabah telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk menyediakan..

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Kemudahan-kemudahan di laluan yang mana terlibat dalam laluan Bas.My. Antara lainnya, penambahbaikan kemudahan-kemudahan laluan khas bas inilah. Yang selebihnya, saya anggap itu sebagai cadangan … (suara bertindih)

Speaker

Duduk dulu Likas.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

… daripada Yang Berhormat dan saya akan bincangkan kerana banyak Jabatan lain yang terlibat pemasangan lampu isyarat itu. Tidak secara spesifik berada di bawah Kementerian ini, tetapi saya anggap soalan itu sebagai satu cadangan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.

Speaker

Ya Likas.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Soalan tambahan. Terima kasih Datuk Speaker.

Seperti yang kita maklum, kawasan Likas mempunyai institusi pendidikan yang paling banyak. Setiap kali waktu balik, waktu datang sekolah kesesakan begitu ketara dan terkesan sekali. Apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas ini dan apakah boleh kita kongsikan di dalam Dewan yang mulia ini? Terima kasih.

Datuk Ewon BenedickUPKOTimbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan · Kadamaian

Tapi kalau rancangan itu saya sudah jelaskan tadi. Bas.My itu antara lainnya untuk kita menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Kalau semua pakai kenderaan persendirian memanglah kita tidak dapat lari daripada kesesakan pada masa-masa tertentu, sebab itulah program ini ataupun inisiatif ini diperkenalkan.

Dalam masa yang sama, dalam konteks rancangan itu saya telah menyatakan kita juga sedang membangunkan satu plan jangka masa panjang dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan Trans Borneo Railway dan juga di peringkat Jabatan Keretapi itu sedang dilaksanakan feasibility study laluan daripada Putatan sampai ke Sepanggar, Kota Kinabalu. Jadi ini dari segi rancanganlah. Kalau masa-masa spesifik di laluan apa nama laluan sesak sekolah ini, saya ingat YB boleh cadangkan bagaimana itu dapat ditangani.

Speaker

Okay, terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjong.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih juga atas pemberian barangan asas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Speaker

Bukan asas tu.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Soalan saya nombor lima.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha Memperkukuh Kemampanan Industri Pelancongan Tempatan Susulan Peningkatan Kos Pengangkutan UdaraQuestions

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

*5.

YB. Tuan Justin Wong Yung Bin [Sri Tanjong] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, memandangkan pelancongan antarabangsa berkemungkinan akan tergendala susulan peningkatan kos pengangkutan udara, apakah usaha yang akan dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan industri pelancongan tempatan dapat mengekalkan kemampanan rantaian penawaran pelancongan.

Speaker

Beg bukan asas itu, luxury itu. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Jafry bin ArifinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Untuk makluman Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong serta Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, Kementerian saya mengambil maklum bahawa konflik global serta peningkatan kos pengangkutan udara berpotensi memberi kesan langsung kepada industri pelancongan negeri yang

sememangnya bergantung kepada ketibaan pelancong antarabangsa dan kesaling hubungan udara. Antara implikasi yang dikenal pasti adalah seperti berikut: I.

Kenaikan tambang penerbangan akibat peningkatan kos bahan api; II. Perubahan laluan penerbangan. atau pengurangan kekerapan penerbangan; III. Penurunan sentimen perjalanan dari pasaran utama; dan IV. Pembatalan atau penangguhan rancangan perjalanan.

Berikutan dengan faktor sedemikian adalah menjadi fokus utama Kementerian untuk memastikan kelangsungan dan kemampanan rantaian penawaran pelancongan negeri dengan membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pemain industri. Dalam hal ini, Kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah sedang merancang pelaksanaan sokongan dan insentif bersasar serta mempergiat usaha pemasaran strategik bagi mengekalkan permintaan dan ketersambungan udara ke Sabah sepanjang tempoh mencabar ini.

Antara tiga strategi utama yang sedang dilaksanakan adalah: 1.

Pengukuhan pasaran domestik dan serantau. Sebagai langkah mitigasi terhadap ketidaktentuan pasaran jarak jauh (long hole), tumpuan diberikan kepada pasaran domestik dengan mempergiat kempen pelancongan dalam negara bagi mengekalkan kestabilan industri sekiranya berlaku penurunan ketibaan pelancong antarabangsa; 2.

Pemerkasaan pasaran Asia Utara dan Asia Tenggara. Kementerian melalui Lembaga Pelancongan Sabah turut memberi fokus kepada pasaran China, Korea Selatan, Jepun, serta negara-negara serantau yang kurang terkesan secara langsung oleh gangguan ruang udara global; dan 3.

Promosi segmen pelancongan premium bagi mengimbangi peningkatan kos perjalanan. Sabah dipromosikan sebagai destinasi pelancongan premium untuk menarik pelancong berkualiti tinggi yang mempunyai daya perbelanjaan lebih tinggi dan kurang terkesan oleh kenaikan kos.

Datuk Speaker, pada 19 dan 31 Mac 2026 yang lalu, Kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pemain industri seperti persatuan pelancongan, syarikat penerbangan dan pengusaha penginapan. Sesi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dari pemain industri dan seterusnya menyelaras strategi bersama bagi meningkatkan daya tahan industri pelancongan negeri dalam menghadapi kos yang semakin meningkat akibat situasi luar jangka.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat N.69 Sri Tanjong, pada 24 April 2026 yang lalu Kementerian saya melalui Lembaga Pelancongan Sabah telah mengadakan satu lagi libat urus khas bagi berbincang isu berhubung bekalan minyak diesel yang dihadapi oleh pengusaha pelancongan.

Datuk Speaker, Kementerian akan terus komited dalam memastikan industri pelancongan tempatan kekal berdaya tahan dan mampan di samping menyokong pemain industri untuk terus beroperasi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Sabah secara keseluruhannya. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan Sri Tanjong. Anyway thank you for acknowledging the gift.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kerana telah menubuhkan satu Pasukan Tindak Cepat ataupun Crisis Response Team di bawah Lembaga Pelancongan. Cuma pemain-pemain industri sekarang mereka bimbang tentang kos operasi dan salah satunya mereka akan menggunakan diesel yang sekarang tidak diberi subsidi langsung. Saya difahamkan, setiap hari untuk resort operator, sebab di Sabah ini kita terkenal dengan resort dan pantai. Setiap hari mereka memerlukan diesel bukan sahaja untuk pengangkutan tetapi juga untuk genset, dan salah satu operator itu memaklumkan kepada saya, dia perlu menampung ataupun menanggung kos tambahan RM300,000 sebulan ekstra, just for diesel, just for buying diesel. Macam mana

dengan petrol lagi, sebab petrol mereka diberikan 200 liter untuk satu bot, dan itu memang tidak cukuplah, Datuk Menteri pun faham. Keduanya, saya ingin tahu apakah hasil yang telah pun dibincang dengan pihak Kementerian Persekutuan mengenai subsidi diesel ini, sebab sehari mereka menunggu ...

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Sama ada mereka akan diberikan diesel, seharilah mereka perlu menanggung kos tambahan ini dan akhir sekali Datuk Speaker, one last question, mengenai bantuan kepada pemain-pemain industri ini, bukan sahaja subsidi boleh diberikan tetapi juga mengurangkan fee-fee yang perlu dibayar kepada jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Sabah, contoh macam di KK, ada dikenakan fee licensing terhadap penginapan-penginapan hotel-hotel yang ada di KK. Mungkin pihak Kementerian boleh buat cadangan supaya sama ada cukai pintukah, cukai ini lesen operasikah ataupun seperti apa yang saya sebut tadi, licensing fee boleh dikurangkan supaya boleh menambah liquidity pemain-pemain industri ini sebab Datuk Menteri.

Speaker

Okey. Okey.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

This year is all about survivability, bukan untuk mencapai sasaran saja, terima kasih.

Speaker

Okey, Tanjung Aru. Eh, Sri Tanjong. Sorry, sorry. Banyak tanjung bah di sini, Dewan ini.

Datuk Jafry bin ArifinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih Sri Tanjong. Saya menyedari masalah yang dihadapi oleh pemain industri dan sebenarnya memang dalam perancangan kita untuk mengambil sewajarnya. Cuma buat ketika masa ini, kementerian berusaha untuk mengumpul

data-data untuk kita memohon kepada peringkat persekutuan. I mean dari segi subsidi dan sebagainya, kita perlukan data yang complete daripada pemain industri untuk kita bawa ke peringkat persekutuan. Sebab bukan saja Kementerian ini yang terlibat, banyak lagi Kementerian yang terlibat dalam memastikan industri pelancongan, pemain-pemain industri ini dapat kita bantu.

So, beri kita sedikit masa untuk pastikan masalah yang dihadapi oleh pemain industri, dapat kita bantu dan sebagai, selanjutnya kita atasi. Perkara yang kedua, soal kemudahan ataupun adakah Kementerian untuk berhasrat, itu pun kita akan tengok, kita lihat, sebab kita memerlukan satu perincian dan juga kajian untuk memastikan kita dapat membantu pemain industri dalam memastikan meringankan beban yang mereka alami. Terima kasih.

Speaker

Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Silam. Dato’ Dr.

Terima kasih Datuk Seri dipertua Speaker, Soalan No. 6.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Pembayaran Pampasan Dan Bayaran Ihsan Projek Lebuhraya Pan Borneo Di Dun Silam Dan Parlimen Lahad DatuQuestions

*6.

YB. Dato’ Dr. Mohammad Yusof Bin Apdal [Silam] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA DAN UTILITI, apakah status pembayaran bagi pampasan atau bayaran ihsan ganti rugi kepada pemilik tanah dan penduduk bagi pembinaan lebuh raya Pan Borneo di DUN Silam dan Parlimen Lahad Datu.

Speaker

Silakan Yang Berhormat menteri.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Silam dan Dewan yang mulia ini, bagi tanah-tanah yang terlibat dengan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di DUN Silam dan Parlimen Lahad Datu, iaitu pakej 19 sampai 23, status pembayaran pampasan atau bayaran sagu hati adalah seperti berikut. Bagi lot tanah yang mempunyai hak milik sah, proses

pengeluaran tawaran pampasan kepada pemilik yang terlibat sedang dilaksanakan selaras dengan peruntukan Ordinan Pengambilan Tanah Sabah, Bab 69.

Pembayaran akan dilaksanakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah setelah semua dokumen persetujuan lengkap diterima daripada pemilik dan bayaran akan dibuat secara berperingkat.

Bagi tanah kerajaan, pemberian pampasan adalah tertakluk kepada pengeluaran perintah oleh Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah Daerah sehingga kini, perintah rasmi masih belum dikeluarkan dan oleh itu pembayaran belum dapat diproses. Untuk bangunan dan struktur yang berada dalam rizab jalan, tiada pembayaran sagu hati atau pampasan diberikan selaras dengan dasar dan arahan agensi pelaksanaan.

Bagi struktur yang berada dalam rizab selain rizab jalan seperti rizab sungai, utiliti atau rizab agensi lain, pertimbangan bayaran sagu hati boleh diberikan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan dan penilaian oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah berdasarkan garis panduan semasa.

Tuan Speaker, kementerian ini mengesahkan bahawa peruntukan pembayaran pampasan tanah dan struktur yang mempunyai hak milik sah telah disediakan. Peruntukan ini disalurkan kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah bagi memastikan pembayaran kepada pemilik yang layak dapat dilaksanakan secara teratur, telus dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan, Yang Berhormat Silam. Dato’ Dr.

Terima kasih Datuk Seri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat menteri atas jawapannya. Saya mahu merujuk kepada peruntukan Ordinan Tanah yang berkuat kuasa, iaitu berhubung kerja-kerja perobohan boleh dimulakan setelah penilaian struktur dilaksanakan. Pendekatan ini juga penting sebelum untuk memastikan pelaksanaan projek lebuh raya itu dapat berjalan lancar serta mengelak sebarang kelewatan akibat isu pertikaian pemilikan ataupun tuntutan yang masih belum dimuktamadkan.

Saya selaku ADUN Silam, beberapa minggu kebelakangan ini berdepan dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk yang terkesan ini. Masalahnya ialah, mereka dua kali mendapat perintah mahkamah untuk keluar daripada tempat itu, walaupun pertama mereka ada geran ataupun yang ada kampung diwarta, dipaksa ini. Saya sebelum Hari Raya mohon pada yang berwajib di kawasan saya supaya jangan roboh. Sebab pertama kita nak hari raya, di mana orang kampung tinggal? yalah diberi pertimbangan alhamdulillah.

Lepas itu, keluar lagi satu arahan. Supaya orang kampung itu merobohkan sendiri rumah-rumah mereka ini, yang mereka ada geran ini, kampung yang diwarta. Tanpa ada satu pun penjelasan tentang bila dibayar. Saya dengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, iaitu kita sudah ada, kerajaan sudah ada planning. Tapi masalahnya, kita ini buat satu tindakan yang langsung tiada perikemanusiaan. Ada planning. Masa bila? Tahun depan? That is a planning.

Speaker

Ini soalan ini, apa ini? Dato’ Dr.

Saya nak jelas dulu, Datuk Speaker. Sebab ini kena faham. Masalah yang kita hadapi. Sekarang ini, orang saya sudah mula roboh sendiri, datang kepada saya. Saya ini walaupun pembangkang, dia orang datang sebab dia tahu di sana, ADUN pembangkang saya. Tetapi, saya punya tanggungjawab sebagai pemimpin. Saya Ahli Parlimen yang juga orang kerajaan perpaduan. Tentunya kita kena buat beginilah. Kita ini semua orang Sabah. We know how to do things right. Jangan kita buat satu kerja yang menghina manusia ini. Di semenanjung, kalau buat jalan, nilai dulu, bayar dulu, sudah bayar, baru buat. Kita ini terbalik, rancang dulu, nilai dulu berapa projek nilai, siapa kontraktor dibagi. Sudah tahu nilai projek, sudah tahu kontraktor yang dapat, kita tahu berapa mahu bayar. Tapi, pampasan tidak dinilai dahulu. Tidak tahu berapa mahu bayar orang. Akhirnya alasan kita ialah masih dalam penilaian hingga akhirnya jalan itu, jalan dulu, roboh dulu.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Soalan. Soalan.

Speaker

Okey, soalannya. Soalannya. Yang lain itu you buat dalam ucapan nanti.

Dato’ Dr.

Soalan saya Datuk Speaker ialah di manalah keihsanan kita ini dalam soal pembangunan, memangsakan rakyat manusia kita. Saya mohon kepada pihak berwajib supaya biar selesai dulu penilaian ini dan bayar. Sekurang-kurangnya pun ada 50% kah? Dia orang pindah dan buat rumah baru. Kesian. Tidak tahu mana mahu tinggal. Kemudian pun ada orang di road reserve. Yang dikatakan, dijawab kepada saya mereka di road reserve. Mereka bukan minta dibayar pampasan tanah road reserve. Pampasan untuk rumah mereka yang sudah bertahun itu. 30 tahun duduk di road reserve. Sekarang diroboh. Tidak tahu mahu ke mana.

Speaker

Okey, Yang Berhormat Silam. Dato’ Dr.

Satu perkara yang paling saya terkesan sekali, Datuk Speaker. Ada dua masjid ini yang terlibat dalam perobohan ini. Mereka minta dengan saya, “Datuk”, dia cakap. “Datuk, tolong kami. Kalau jalan sudah siap, masjid kami di mana?” Kenapa tidak buat perancangan? Supaya kerana ini satu tempat ibadah. Buatlah masjid baru dulu. Bukan mahal pun. Di kawasan yang terlibat dua masjid. Sebelah kanan satu, sebelah kiri satu, yang berjarak jauh juga. Supaya orang-orang Islam ini, bolehlah ada tempat yang dijamin untuk mereka beribadah. Ini diarah masjid roboh juga. Saya cakap belum.

Speaker

Okey, Yang Berhormat Silam. Tiga sudah soalan. Dato’ Dr.

Jadi Datuk Speaker, saya minta kepada Yang Berhormat yang berwajib ini supaya menimbang perkara ini, ya. Kalau boleh, bagilah pertimbangan ini. Janganlah roboh dulu. Bayarlah. Jangan roboh masjid, buat.

Dato’ Dr.

…adalah baru, baru roboh.

Kenapa di lain negeri boleh, kenapa di sini tidak? Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Speaker

Saya potong masa you berucap, nanti ya.

Datuk Seri Panglima Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kundasang

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Silam.

Saya setuju sangat, tentang apa yang dikatakan ah, tentang Ahli Yang Berhormat, sepatutnya tiada pengusiran sebelum mendapat pampasan ataupun demikianlah.

I agree totally with you dan saya dipahamkan ada juga sesetengah yang sudah mendapat notis tapi belum mendapat pembayaran.

Masalah dia sebenarnya apa itu dokumen yang tidak lengkap ataupun pihak pemilik sendiri tidak bersetuju dengan pampasan. So this is where ada kelewatan sedikit. I agree with you, tapi kita kena bersetuju juga, itu Pan Borneo is a game changer for Sabah, amat penting dan kita juga harus sama-sama kena ada pengorbanan sedikit. So, saya mau juga setiap Ahli-ahli Yang Berhormat, bila ada keadaan macam ini, kita berbincang dengan penduduk kepentingan jalan tersebut. So, kita boleh berbincang tapi bagi pakej yang di kawasan Ahli Yang Berhormat ini, sebenarnya masih awal lagi.

Paling kemajuan fizikal yang paling tinggi pun cuma kurang daripada 30 persen. So, masih ada ruang untuk berunding. Terima kasih.

Speaker

Okey demikan sahaja sesi jual jawab kita pada hari ini dan setiausaha…

Usul menjunjung rasa terima kasihMotion

Setiausaha Dewan

Usul menjunjung rasa terima kasih.

Speaker

Ahli Yang Berhormat daripada Kuamut. Sila kemukakan usul.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Tuan Speaker saya mohon mencadangkan bahawa usul yang berikut hendaklah dipersetujui. Bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, menjunjung rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Khamis bersamaan 23 April 2026.

Speaker

Teruskan.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Yang Berhormat Datuk Speaker, atas peluang yang diberikan ini, hari ini merupakan kali ini merupakan kali kedua saya berucap bagi pihak rakan-rakan penyokong Kerajaan, cuma mungkin ucapan pada kali ini agak sejuk sebab aircond pun sudah ada sejuk sikit.

Speaker

Sengaja dibuat tu.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Tahun lalu ada agak panas sebab mungkin aircond tidak berapa sejuklah.

Datuk Speaker, cuma ada dua gambaran yang saya ingin pertontonkan kepada kita. Yang pertama sama ada ucapan itu panas ataupun sejuk, kita memperlihatkan betapa demokratiknya Kerajaan GRS Plus ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat, Sulaman.

Kerajaan ini maha pendengar, Kerajaan ini menerima semua pandangan, malahan terkadang-kadang Kerajaan ini mendengar dan memahami kritikan-kritikan yang dilemparkan oleh setiap warga ADUN yang berada di Dewan ini. Yang kedua Datuk Speaker, saya juga ingin memberi gambaran bahawa walaupun kami di pihak kelab penyokong Kerajaan, kami juga ada pendirian untuk tidak

bersetuju, bersetuju dan tidak bersetuju dalam hal-hal yang dibuat oleh pihak Kerajaan kerana bagi kami, semua kita ini diangkat oleh rakyat untuk membetulkan, menyuraikan segala permasalahan kerana kalau tidak, ada kemungkinan Kerajaan akan tergelincir daripada matlamat dan objektif asal untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat dan syukurlah pada tahun lalu, Datuk Speaker walaupun agak panas sedikit tetapi mungkin teguran itu dapat didengar oleh Kerajaan dan saya ingin memberikan kredit kepada rakan saya Yang Berhormat, APAS yang juga Menteri Belia dan Sukan kerana selang seminggu daripada kita berucap di Dewan Undangan Negeri ini, setelah mengadukan tentang permasalahan, kompleks sukan yang hampir-hampir terabai sehingga kita dituduh mencodek duit daripada projek, sehingga tidak siap dan akhirnya Yang Berhormat Datuk Menteri datang ke Tongod dan telah berjanji kepada kami dan semua warga di DUN Kuamut untuk menyelesaikan kompleks sukan itu secepat yang mungkin. Terima kasih Datuk Menteri. Cuma saya mahu minta bila ia dimulakan?

Datuk Speaker, sehubungan dengan itu hari ini sekali lagi saya menegur kepada pihakKerajaan kerana apa Datuk Speaker…

Speaker

Sebelum tu, 25 minit ya.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ya, saya telah menelaah Ucapan Dasar Kerajaan yang dibacakan oleh Tuan Yang Terutama, ada kemungkinan pihak Kerajaan terlepas pandang ataupun terlupa, untuk mencatatkan tentang usaha dan pencapaian Kerajaan ini dalam hal MA63 kerana kita sedia maklum sama ada di mana-mana forum, sama ada di kedai kopi ataupun di perjumpaan-perjumpaan rasmi, malahan di media sosial terlebih-lebih lagi apabila kita menghadapi pilihan raya yang lalu dan sehingga kini isu ini diangkat bukan saja di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi di luar sudah, sudah ramai warga Sabah yang menjadi Yang Berhormat untuk membincangkan tentang MA63.

Kerana kita tahu sejarah Datuk Speaker, saya percaya perjuangan MA63 ini bukan baru. Ini adalah asas kepada pembentukan sebuah negara yang bernama Malaysia di mana Sabah adalah salah satu negeri di dalam Malaysia dan ada kemungkinan

Datuk Speaker ini juga telah diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, Kerajaan-kerajaan dahulu.

Bermula daripada UPKO, kepada USNO, kepada BERJAYA, kepada PBS, kepada Barisan Nasional dan sehingga kini. Malah Datuk Speaker, ramai tokoh-tokoh dan bintang-bintang politik kita di Sabah ini telah berpeluang menjadi salah satu menjadi pentadbir Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dan saya percaya mereka juga telah menyuarakan tentang MA63 ini kerana inilah yang dituntut oleh Kerajaan Negeri Sabah ataupun dituntut oleh rakyat Negeri Sabah. Cuma Datuk Speaker mutakhir ini, segala permasalahan kelambatan perlaksanaan MA63 ini dilonggokkan kepada Kerajaan sekarang ini. Di bawah di Kerajaan Persekutuan, di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri PMX, di bawah Kerajaan Negeri, di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sulaman seolah-olah digambarkan Kerajaan semasa ini tidak berfikir, tidak berjuang dan takut untuk berjuang mempertahankan MA63.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, saya ingin memaklumkan, highlight di sini, kerana apa? Ada beberapa taklimat MA63 dan saya sendiri hadir. Gambaran bahawa kerajaan PMX dan ADUN Yang Amat Berhormat Sulaman bahawa tidak buat apa-apa, itu adalah satu penipuan. Kerana apa, Datuk Speaker? Kita telah digambarkan bahawa daripada 13 perkara dalam MA63, yang dilaksanakan sudahpun diambil kuasa oleh Kerajaan Negeri. Sembilan itu di bawah pemerintahan PMX dan Yang Berhormat Sulaman. Sebab itu saya mahu Kerajaan catatkan di sini, dalam buku Ucapan Dasar Kerajaan memberitahu kepada Ahli Dewan, memberitahu kepada rakyat bahawa pimpinan kita tidak tidur. Cuma mereka ini, Datuk Speaker, almaklumlah kita punya Yang Berhormat Sulaman ini slow in steady, dia tidak suka publicity, tetapi dia bekerja dan akhirnya inilah hasilnya 13 perkara, sembilan di bawah pimpinan Yang Berhormat Datuk Seri. Pertama, yang kedua, sedarkah kita, Datuk Speaker, bahawa daripada kita merdeka, ada yang dipanggil sebagai bantuan khas interim.

Daripada dulu merdeka sehingga tahun 2022, kita hanya mendapat diberikan persekutuan lebih kurang RM25 juta setahun.

Datuk Speaker, di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, PMX dan Yang Amat Berhormat Sulaman. Daripada RM25 juta, melonjak umpama roket pemberian khas daripada persekutuan.

2023, RM125 juta.

Berapa peratus itu, Datuk Speaker? 2024, RM300 juta. 2025, RM600 juta dan tahun ini 2026, RM600 juta. Bukankah ini satu pencapaian yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui PMX dan juga Kerajaan Negeri?

Pimpinan Yang Berhormat Sulaman kepada rakyat jelata.

Sehingga peruntukan ini digunakan untuk membangunkan rumah-rumah SMJ. Untuk kebaikan semua warga. Di Sabah ini yang memerlukan dan ketika ini Datuk Speaker, seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, bukan saja warga yang tidak berupaya, malahan bagi mereka juga. Belia-belia yang baru berkahwin, juga diberikan keutamaan untuk miliki rumah ini. Datuk Speaker, di dalam Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama, di muka surat 2 perkara 4, sejak 5 tahun kebelakangan ini Sabah telah memperlihatkan daya tahan ekonomi yang kukuh, walau berdepan dengan pelbagai cabaran, baik di peringkat domestik mahupun global. Nah ketika ini, Datuk Speaker, kita semua sudah maklum ada pergolakan politik di peringkat antarabangsa dan mahu tidak mahu kita kena terima hakikat bahawa kita, sebuah negara dan negeri yang kecil akan mendapat impak negatif daripada perkembangan ini. Dalam hal ini, Datuk Speaker, saya mohon kepada rakan-rakan Yang Berhormat, tak kisahlah di pihak Kerajaan ataupun di pihak pembangkang dan juga semua netizen-netizen, influencer, Facebook, WhatsApp di mana-mana, tolong fahami situasi ini.

Jangan kita buat naratif seolah-olah kita dalam krisis yang besar sehingga membuatkan rakyat kita menjadi kelam kabut. Tuan Yang Terutama sudah nyatakan di sini ekonomi kita stabil. Kita masih boleh bertahan apa juga keadaan kerana kita dipandu oleh sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab kepada apa juga permasalahan negeri ini.

Kerajaan Negeri sedang memantau perkara ini, jadi mohon jangan kita perbanyakkan naratif ini sehingga rakyat kita kelam kabut, tidak tentu arah. Kerana

saya nampak ada media sosial, seolah-olah kehabisan beras beratur di supermarket. Ini satu naratif yang tidak baik yang dibuat mungkin bukan kita di sini, tetapi mungkin di luar.

Datuk Speaker, sebagai tambahan untuk memantapkan lagi ekonomi negeri Sabah. Persidangan yang lalu saya telah mencadangkan supaya kerajaan mesti berani untuk meneroka ekonomi-ekonomi baru termasuklah mineral-mineral kita yang masih di bawah tanah.

Jangan kita berpandukan kepada petrol ataupun minyak semata-mata. Kita ada lagi sumber-sumber ekonomi yang belum kita terokai dan harus kerajaan berani untuk menerokai ini.

Yang kedua, terkadang-kadang, Datuk Speaker …

Datuk Speaker, Yang Berhormat boleh sikit? Kawan-kawan …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ada masa?

Speaker

Terserah, kalau mahu, kalau you mahu kasi laluan.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Satu saja lah.

Ya tadi Yang Berhormat menyebutkan berkenaan dengan bayaran RM600 juta interim tu. Ya betul, kalau kita lihat interim itu daripada berapa juta, RM23 juta, sampailah sekarang RM600 juta. Cuma adakah Yang Berhormat berpuas hati dengan interim itu ataupun kita mahu melaksanakan 100% MA63, iaitu tuntutan kita sebanyak 40%.

Saya rasa Yang Berhormat di sini semua lebih bersetuju dengan 40% daripada interim itu.

Ini sudah dijanjikan juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dulu.

Jadi saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat, supaya rata-rata kita di sini, Ahli Dewan Undangan Negeri ini memberikan mesej yang jelas kepada Kerajaan Persekutuan, bahawa kita semua di sini, ADUN di sini mahu 40%.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, kalau Datuk Speaker tanya saya, adakah saya berpuas hati dengan pemberian khas RM600 ini, sudah tentu tidak. Kerana kita satu suara, satu nada. Yang kita minta bukan RM600. Yang kita minta MA63 dan 40% yang sudah dimeterai waktu kita membentuk Negara Malaysia. Cuma yang saya mahu rekodkan ialah saya ingin menafikan andaian dan tuduhan warga kita yang memikirkan seolah-olah kerajaan ini tidak berbuat apa-apa.

Sedangkan untuk ke arah ke MA63 dan 40% langkah awal dia itu ialah meningkatkan pemberian interim.

Sebagai contoh, mungkin ini dalam perbincangan.

Saya membuat perbandingan dengan usaha-usaha pemimpin-pemimpin terdahulu seperti yang saya katakan tadi.

Ada beberapa tokoh kita yang diangkat, diberi peluang menjadi pentadbir di Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Speaker

Jadi pendeknya, pendeknya, Yang Berhormat mahu 40% jugalah seperti yang lain?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Memang confirm.

Speaker

Okey, teruskan.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, sebagai tambahan. Sekarang sebenarnya ekonomi kita, apabila kita daripada Kota Kinabalu ke Tawau, kita akan melihat estet-estet besar yang menjadi penyumbang kewangan kepada Kerajaan Negeri. Malangnya kebanyakkan estet-estet ini dimiliki oleh bukan yang berasal daripada Sabah. Saya apa ini membuat kajian dan unjuran sedikit. Sebagai contoh, Datuk Speaker, ketika ini Kerajaan Negeri Sabah memungut hasil perahan minyak ataupun cukai jualan minyak kelapa pesawit.

Sekarang ini Kerajaan Negeri mengenakan 7.5%.

Jadi saya bercadang ini dinaikkan kepada 8%.

Kenapa kita naikkan? Beberapa penggal yang lalu, apabila kita mengutarakan soal permasalahan jalan raya, jalan raya rosak dan sebagainya.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Satu, ada kekangan daripada Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri dari segi kewangan memperbaiki jalan. Kedua, kita juga dimaklumkan bahawa syarikat-syarikat perladangan ini tidak mematuhi undang-undang yang ditentukan oleh pihak JPJ. Mereka mengangkut hasil minyak, buah tandan, melebihi tan yang diperuntukkan ataupun diluluskan oleh pihak berkuasa, dan ini merupakan salah satu penyumbang kepada kerosakan jalan raya sama ada jalan raya Kerajaan Persekutuan ataupun jalan raya yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

Kerana Datuk Speaker, mengikut rekod tahun 2025, Kerajaan Negeri Sabah mengeluarkan lebih kurang 4.27 metrik tan minyak kelapa sawit dengan anggaran jualan lebih kurang RM17.7 bilion. Ini baru kelapa sawit, jadi kita terima lebih kurang 7.5% dan kita mendapat lebih kurang RM1.327 juta. Dan kalau kita naikkan kepada 8% daripada 5% yang kita naikkan, kita akan mendapat tambahan RM85 juta. Dan saya mencadangkan kenaikan ini, Datuk Speaker, diberikan khusus untuk membaiki jalan-jalan ini. Kerana di Tongod, Datuk Speaker, sama ada kerajaan terutamanya jalan raya ini milik Kerajaan Persekutuan, sedang teruk.

Beberapa sudah orang-orang kita mati accident.

Kita tidak berdiam diri, kita ajukan kepada pihak JKR. Kenapa ini tidak dibuat pembaikan? Kenapa ini tidak, konsesi yang dilantik tidak membuat pembaikan dan sebagainya? Dan kita dimaklumkan. Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui MARIS. Saya pun tidak tahu apa benda ini MARIS.

Hanya RM300,000.00 ribu untuk dua daerah, Tongod dan Telupid.

Bagaimanakah JKR memperuntukkan peruntukan ini sedikit, sebegini sedikit untuk memperbaiki jalan yang sedang rosak dan ketika ini perlu diperbaiki?

Jadi kalau ada sahaja, Datuk Speaker, RM85 juta ini diperuntukkan untuk membaiki jalan-jalan ini, percayalah. Kalau tidak pun selesai permasalahan kita, mungkin sedikit sebanyak boleh mengurangkan permasalahan khususnya dalam pembaikan jalan raya ini.

Datuk Speaker, duit yang saya utarakan tadi diurus oleh Lembaga MPOB, Malaysian Palm Oil Board. Lembaga, yalah, diuruskan oleh MPOB. Apa kata mungkin melalui MA63, kita tuntut ini dan kita tubuhkan Lembaga Minyak Sawit Sabah untuk mengurus ini? Apa bezanya Lembaga Padi Negara dengan kita tubuhkan Lembaga Padi Negeri Sabah? Kalau kita tubuhkan Lembaga Minyak Sawit Sabah, minyak lembaga ini akan mengurus RM17 bilion hasil Negeri Sabah ini dan betapa banyaknya.

Kemudian, kalau kita sudah dapat RM17 bilion, kita kasih balik 60% kepada Persekutuan, kita ambil terus 40%. Jangan kita biarkan Persekutuan urus RM17 bilion, lepas itu, dia bagi kita hanya 8%. Inilah 63 ADUN Merotai, ini yang dipanggil 40%, setuju?

Setuju.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Begitu. Datuk Speaker, masih ada masa?

Speaker

Boleh.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Boleh. Datuk Speaker, satu hal lagi dalam ucapan Tuan Yang Terutama di muka surat.

Yang Berhormat.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Lapan.

Yang Berhormat Sahabat Kuamut, saya setuju.

Tapi bila perlaksanaannya itu boleh dilaksanakan? Kalau boleh secepatnya, Yang Berhormat.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Kita tunggu Kerajaan buat keputusan. Kita sudah cadang.

Datuk Speaker, di muka surat 8 perkara 21, Tuan Yang Terutama ada menyebut soal bekalan air. Nah, di kesempatan ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan. Baru-

baru ini kami nampak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Ketua Menteri, ada penyerahan projek RM4 bilion diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Nah, sekarang rakyat tanya kami, Datuk Speaker. Ada sudah gambal, gambar? Kami tidak tahu mahu jawab. Sekarang saya tanya Kerajaan, ini RM4 bilion ini masih kosongkah? Ataupun projek-projek yang sudah ada, yang lama. Apa status? Kemudian saya mahu tanya juga, dalam RM4 bilion ini, adakah termasuk bekalan air di kawasan saya di Kuamut? Saya nampak ini ADUN Labuk, dia minta tolong juga signal dan Labuk juga, Telupid, Telupid. Adakah termasuk dalam RM4 bilion ini?

Speaker

Dan Sandakan air yang masin.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Kerana untuk makluman Datuk Speaker, di kampung di kawasan saya ini, masih banyak kampung-kampung yang tidak ada bekalan air. Saya tidak boleh sebut satu per satu.

Kerana ini saya sudah ulang beberapa kali di Dewan Undangan Negeri ini. Di Masau belum ada, boleh sebutlah sikit. Di Minusuh belum ada, di Keramuak belum ada, di Kuamut belum ada, di Inarat belum ada, di Kirunggu belum ada, Sogok-sogok belum ada, Tongodon belum ada. Jadi Datuk Speaker, kalau RM4 bilion itu sudah diserahkan tetapi belum ada penamanya. Tolong minta Menteri KPLB masukkan kampung-kampung ini menjadi keutamaan top 5. Bukan senarai akhir ah Datuk Menteri. Top 5 untuk diselesaikan bekalan air di tempat saya ini.

Datuk Speaker, seterusnya saya juga ingin memaklumkan di Dewan Undangan Negeri ini, bahawa beberapa hari yang lalu, kita telah menganjurkan satu urus tadbir antara backbencher dengan pihak agensi-agensi kerajaan.

Dan ilmu yang saya dapat ialah, apa dia? Kita tahu antara isu yang hebat diperkatakan oleh orang sekarang ini soal Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang juga diperdebatkan di mana-mana. Saya ingin maklumkan Datuk Speaker bahawa ,saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana telah memberikan satu idea yang saya rasa baguslah, dan saya harap dia boleh diterima oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Kerana apa? Menurut penerangan itu, pihak kerajaan akan memberikan Dokumen MYKAS, kah ini? MYKAS kepada

semua anak-anak asing tanpa warganegara dan sebagainya, termasuklah bagi mereka yang memegang Kad Burung-burung, Kad IMM13 dan sebagainya. Dan ini satu langkah bijak, yang saya rasa baik kerana kita memberikan dokumen yang sah supaya mereka ini boleh bekerja dengan sah dan memberikan tenaga ekonomi kepada Negeri Sabah. Jangan kita tipu diri kita sendiri Datuk Speaker. Apa-apa juga lapangan kerja sama ada di perladangankah, di pembuatankah, orang kita ini sikapnya agak lembut sedikit, lambat sedikit untuk menyahut seruan-seruan ini. Tetapi bagi mereka ini, kebetulan mereka mempunyai kemahiran, mereka lah inilah yang berada di depan untuk melaksanakan apa juga projek yang ada di hadapan kita.

Speaker

Mula gulung.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, saya alu-alukan ini kerana daripada kita membiarkan mereka ini bekerja tanpa dokumen yang sah, sekurang-kurangnya kalau kita berikan dokumen, mereka bekerja, ekonomi mereka baik, keluarga mereka baik, ada kemungkinan kita boleh menyelesaikan sedikit permasalahan dari segi jenayah ringan atau berat yang mungkin timbul hasil daripada kekurangan ekonomi.

Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat, sahabat. Boleh saya mencelah sedikit?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Okey, last, saya mau rumus ah.

Okey. Tadi Yang Berhormat ada sentuh mengenai usaha Kerajaan untuk menyelesaikan masalah stateless children dan juga warga yang tanpa dokumen di negeri Sabah melalui pengeluaran MyKAS. Persoalan dan pertanyaan saya, dan saya mahu pandangan ikhlas daripada Yang Berhormat. Apakah selepas ini, apabila usaha ini dilaksanakan, tidak ada lagi label diberikan

kepada siapa-siapa sebagai penternak PTI di negeri Sabah? Sebabnya, Kerajaan harus mengambil tanggungjawab terhadap perkara ini dan jangan diletakkan benda ini, kesalahan ini kepada siapa sahaja. Sebagai contoh, bercakap mengenai orang Pantai Timur semua PTI. Terima kasih.

Speaker

Saya dari Pantai Timur ini Yang Berhormat.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, apabila kita berbicara soal PTI ini, tiada Pantai Baratnya, tiada Pantai Timurnya, tiada Pedalamannya. Semua kita ini bertanggungjawab. Sebab itu, saya usulkan, ini saya sokong bagi pihak warga kami. Kerana sekurang-kurangnya kita berpendapat, melalui cadangan dan keputusan Kerajaan, boleh mengurangkan ada kemungkinan kadar jenayah. Kedua, yang kedua ialah mereka ini boleh menyumbang dari segi ekonomi, bukan dari segi kerja tapi kemungkinan dikenakan tax, cukai seperti macam kita. Jadi saya sokong Datuk Speaker. So, Datuk Speaker, saya rasa itu sajalah. Masa pun sudah habis. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas peluang dan masa ini dan saya sekali lagi mencadangkan supaya Ucapan Dasar yang dibacakan oleh Tuan Yang Terutama, disokong. Sekian dan terima kasih.

Tuan

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kuamut.

Ada Ahli-ahli yang menyokong dia punya usul?

Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Nabawan menyokong. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Dewan ini hendaklah ini ialah bahawa usul yang berikut hendaklah dipersetujui. Bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Khamis bersamaan 23 April 2026. Ahli-ahli Yang Berhormat yang usul tersebut dibahaskan sekarang. Sekarang saya jemputkan, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Senallang menyampaikan ucapan perbahasan. 25 minit ya, Yang Berhormat.

Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Untuk membolehkan saya sedikit sebanyak terlibat dalam sesi perbahasan bukan hanya menghalusi apa yang terkandung dalam ucapan Tuan Yang Terutama dan kita merupakan walaupun selaku pembangkang di peringkat negeri, kita juga bagi pandangan, kita bagi cadangan. We are not here just criticize the government. We’re very productive dari segi kehadiran kita untuk membolehkan terlekat dalam pemikiran jiwa kita, bukan hanya dapat undi, dapat position, tapi kita nak selamatkan anak-anak Sabah ini. Bagaimana masa depan mereka di masa akan datang? Berbagai perkara telah diungkapkan di sini. Nanti saya akan halusi satu persatu.

Pertama Datuk Speaker, dari segi keadaan kita di bumi Sabah ini. Bukan setakat dari segi kemiskinan, bukan setakat dari segi pengangguran, masih lagi harga barang yang tertinggi di negara Malaysia, di Sabah. Masih lagi pengangguran yang tertinggi di bumi Sabah. Anak-anak kita pada hari ini terpaksa berhijrah ke Semenanjung cari kerja, cari peluang kehidupan mereka. Walaupun berbagai bebanan, ada di antara mereka yang meninggal dunia. Driver lorilah, berbagai-bagailah, pekerja di situ, ya. Mayat kena bawa balik ke Sabah. Yang meembimbangkan saya. Kenapa? Kalau kita lihat, Sabah ini satu tempat yang cukup resourceful. Tempatnya yang kaya dengan sumber, kaya lagi daripada Sarawak. Kaya lagi daripada Selangor. Kaya lagi daripada Singapura. Tapi bagaimana kita nak mengurus, setelah kita mencapai kemerdekaan ini? Untuk bolehkan supaya anak-anak Sabah dapat kita bantu sebaik mungkin.

Datuk Speaker, saya cuma masuk gelanggang pentadbiran negeri selaku ADUN 2018 sahaja. Saya tidak pernah jadi ADUN 2000 yang lain. Cuma 2018 sahaja. Kerana saya berkhidmat 30 tahun di Semenanjung. Dan saya melihat bagaimana keadaan peruntukan-peruntukan. Belanjawan tahun lalu RM452 bilion dibelanja, tahun ini RM470 bilion dibelanja. Duit ini bukan kecil, bukan besar. Kelihatannya bukan trilion, tapi membimbangkan saya langkah-langkah yang diamanahkan oleh rakyat kepada kita selaku Kerajaan, kepada kita selaku pemimpin. Apakah dasar, apakah polisi, apakah pelaksanaan dia yang membolehkan supaya kita anak-anak ini dapat kehidupan yang jauh baik, ya. Jangan cerita tentang pendidikan.

Jangan cerita tentang kesihatan, Datuk Speaker. Di Queen Elizabeth sendiri, saya lawat, saya ziarah banyak orang. Bagaimana keadaan mereka yang begitu, bayangkan 2026, ada di antara keluarga yang berhadapan dengan masalah nak lihat ibu bapa dia. Where did their sleep? Dahulu saya ada rancangan untuk ambil tapak untuk sedikit sebanyak, menampung bila ada keluarga mereka datang daripada pedalaman. At least a place for them to stay, to accompany the family yang ada. Tapi bayangkan keadaan yang kita lihat dari segi kesihatan. Saya bersuara di Parlimen. Pakar jantung, berapa orang yang di Sabah ini? You go to Gleneagles, you go to JMC, ya mungkin ada. Tapi kosnya berapa? Adik saya baru sahaja sihat, tapi tidak ada blockage yang ada. Berapa ribu kena dibayar, ya. Dan ini yang kalau kita lihat Datuk Speaker. Saya melihat dari segi…

Speaker

Adik yang mana, yang di belakang itu?

Speaker

Yang cek jantung tadi, adik yang di belakang itu?

Speaker

Oh, bukan yang ini.

Dia punya adik. Adik dia kepada adik. Saya bimbang. Bukan hanya melihat keadaan yang berlaku. Bila saya suarakan, it’s not for my interest. It’s not for Warisan’s interest. It’s for the Sabah peoples’ interest. Ini yang kadang-kadang lantang kita bersuara. Tapi tujuan dia, Perjanjian 63. Rakan saya Tamparuli, ada di sini. Dia hadir dalam Jawatankuasa yang saya mewakili di negeri Sabah waktu saya Ketua Menteri. Daripada 21 perkara kita bincangkan, 17 diluluskan, Yang Berhormat Tamparuli. Perlaksanaan dia, kita masuk SESB, kita tuntut Sipadan, Ligitan, pengurusan, pelancongan, it must be done by the state government.

Buat apa Majlis Keselamatan nak mengurus kekayaan ini. Itu yang penting kepada kita. Datuk Speaker, bila saya melihat kebimbangan saya. Perlu ada susun rapi dari segi perancangan yang begitu panjang. Bukan setakat ianya transparent, but implementation part of it. Kerana saya melihat, contohnya dari segi jalan raya sahaja. Saya baru diziarahi oleh orang Sarawak, lepas itu orang Brunei. Datuk Seri, Sipitang punya jalan ini. Ya Rabbi, bila mahu siap? Saya berbahas di Parlimen, di depan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, PMX. Yang Amat Berhormat sudah Perdana Menteri yang kelima.

Yang Berhormat, minta laluan. Terima kasih, Yang Berhormat…

Tadi Yang Berhormat ada menyatakan tentang 17 Perkara yang telah diluluskan dan baru-baru tadi Kuamut juga ada menyatakan sembilan (9) sekarang ini sudah dilaksana. Setujukah dengan saya, Yang Berhormat bahawa 17 Perkara yang telah diluluskan itu yang sembilan (9) sekarang ini baru dilaksanakan?

Saya ingat saya tidak tahu check the minutes of the meeting that have been done and also dari segi keadaan yang berlaku pada perlaksanaan dia banyak ya. Termasuk bila kita letak pindaan Perlembagaan. Tidak pernah dipinda Perlembagaan negara kita di mana Sabah ini diiktiraf sebagai sebuah negeri macam Perlis, macam Kelantan, macam Terengganu.

We were the first government yang bawa pindaan Perlembagaan Sabah, negara Malaysia, Artikel 1, Sabah adalah wilayah, Sarawak adalah wilayah. Bila saya bawa, suarakan dengan Tun Mahathir waktu itu, mantan Perdana Menteri, tidak boleh sebut nama. Mantan Perdana Menteri agak reluctant, saya beritahu bawa ke Parlimen. Kalah. Pasal tidak cukup undi dia. Ada orang Sabah yang tidak mengundi ya. Ini kebimbangan saya.

Lepas itu dibawa oleh yang Tuan Yang Terutama, Sarawak ya. Sekarang ini, dia waktu itu Menteri Undang-Undang ya. Lepas itu, berbahas, ada rakan-rakan kita bagitahu, tidak apa. Bawa oleh Sarawak. Kita kena sokong. Bukan pasal Sarawak yang bawa dapat nama, tidak. Tapi ini meletakkan, bila wilayah itu dari segi perundangan dia, dia tidak sama dengan negara, negeri-negeri lain, dia tidak sama dengan contohnya Kedah, Kelantan yang ada Terengganu. Pasal kita ada kelainan dia, immigration kita ada kuasa, tidak ada negeri yang ada kuasa di segi immigration. Kita boleh menghalang mereka. Kuasa yang …

Pemintaan Yang Berhormat.

Terima kasih yang Berhormat Senallang. Terima kasih Datuk Speaker. Yang Berhomat Senallang, Kita terlibat dalam rundingan perlaksanaan Perjanjian Malaysia tahun 1963. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa, Perjanjian Malaysia ini telah dirunding sehingga kita telah bersetuju, kita telah menandatangani sehingga dia didaftarkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa apalagi kita mahu berunding untuk melaksanakan sesuatu yang kita sudah runding? Laksanakan sahaja dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah bercakap beberapa kali, mengatakan kita adalah generasi pelaksana. Tidak perlu lagi runding, laksana saja. Adakah yang Berhormat bersetuju bahawa, laksana sahaja apa yang ada dalam Perjanjian Malaysia tahun 1963, apa yang dalam Perlembagaan Persekutuan itu laksana sahaja tanpa perbincangan, perundingan lagi. Adakah yang Berhormat bersetuju? Terima kasih.

Datuk Speaker, sebenarnya saya akan bahaskan selepas ini, perkara berhubung kait dengan kedudukan apa yang terkandung. Saya amat setuju dengan rakan saya yang lama ni. Dia di situ menjadi bersama dengan saya menduduki perkara ini, memang

saya setuju. There is no more rundingan ya. Nanti saya akan halusi kelak nanti ya untuk pastikan supaya keadaan ini akan perlu ada kebulatan. Suara kita bukan hanya oleh kerana kita berbeda politik yang ada kita minta united, not united in terms of kita punya political ideology, united in terms of voice, fighting for the right of Sabahan and that’s very crucial.

Saya, Datuk Speaker, tentang keadaan kehidupan ini ya. Kemiskinan yang ada. Bagaimana seperti sebutkan tadi, jalan raya yang ada. Sampai bila jalan raya ini? Ada saya dapati …

Yang Berhormat Senallang? Yang Berhormat Senallang, boleh saya sedikit?

Jangan banyak. Saya tidak ada masa ini.

Yang Berhormat Senallang, tadi Yang Berhormat Bugaya juga sebutkan berkenaan dengan 17 daripada 21 Perkara yang telah dipersetujui semasa Yang Berhormat Senallang menjadi Ketua Menteri dulu ya. Yang Berhormat Kuamut tadi menyebutkan bahawa ada orang pernah dijadikan pimpinan negeri dan sebagainya tetapi tidak melaksanakan. Saya ingin perbetulkan Yang Berhormat Kuamut tadi. Mana Yang Berhormat Kuamut? Ada? Masih ada. “MA63, 17 daripada 21 Perkara telah dipersetujui”. Saya bacakan kenyataan akhbar, supaya Yang Berhormat Kuamut boleh check nanti Google ya. Kenyataan akhbar ini disebut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Hanifah Maidin. “Sebanyak 21 Perkara telah dikemukakan Kerajaan Sarawak dan Sabah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak perlaksanaan Perjanjian Malaysia dan 17 daripadanya telah mendapat persetujuan bersama Dewan Negara dimaklumkan hari ini”.

Pada masa itu, pada 2019-2020 pada masa itu Yang Berhormat Senallang sebagai Ketua Menteri dan juga merupakan ahli jawatankuasa mesyuarat. Antaranya

mungkin kita boleh sebut sini, semua ada 17 perkara. Jadi minta kenyataan Yang Berhormat Kuamut itu tadi itu tidak betul ya.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, minta laluan.

Saya boleh tak saya tidak saya bagi (suara tidak jelas) bila sudah selesai ucapan saya …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, minta laluan.

…saya bimbang Datuk Speaker, pasal masa saya 25 minit sahaja. Kalau ikut saya punya perkara yang saya highlight ini lebih sejam ini. Tapi oleh kerana keadaan, tidak apa nanti selepas saya bahaskan …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

ADUN Senallang, minta peluang sebab saya sudah habis masih kena sebut lagi.

Speaker

Okey.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Okey.

Datuk Speaker, saya masih mempertahankan ucapan sebaya sebentar tadi. Yang dia petik itu surat khabar, yang saya highlight dalam Dewan Undangan Negeri ini hasil taklimat yang diberikan oleh Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak. Jadi mana satu fakta yang kita mahu? Surat khabar?

Datuk Speaker …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Surat khabar lama …

Surat khabar ini …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Yang dia baca ini surat khabar lama.

Ini adalah kenyataan Bernama.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Itu Timbalan Menteri sudah tidak ada.

… dan ini dinyatakan di dalam Dewan Negara, bukan surat khabar biasa ini.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Satu. Kedua, bersetuju. Ayat bersetuju dengan dilaksanakan berlainan. Ada kemungkinan bersetuju, selepas itu tidak bersetuju. Yang kita mahu sekarang yang dilaksanakan. Kena pisahkan ayat itu.

Okey. Sebelum ada persetujuan mesti dilaksanakan.

Baru dilaksanakan Yang Berhormat.

Maknanya daripada Yang Berhormat Senallang dulu …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ada kemungkinan Datuk Speaker walaupun ada persetujuan, mungkin lambat atau cepat tetapi kerana ada satu (1) engagement yang terbaik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan …

… dia melaksana, dia mempersetujui dalam jawatankuasa, barulah. Pada masa itu 26 bulan saja Datuk Speaker.

Speaker

Okey Yang Berhormat Kuamut, Yang Berhomat Merotai kita bagi laluan kepada Senallang untuk meneruskan ucapannya.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Terima kasih.

Bolehkah Yang Berhomat Datuk Speaker kalau boleh bagi masa dengan saya. Saya minta ruang mana kawan-kawan yang nak bahaskan, bahaskan masa perbahasan masing-masing.

Kerana ini kebimbangan saya. Mungkin persoalan dia apa yang dibangkitkan oleh Kuamut tadi itu tentang ada yang bertugas di federal ya. Saya tahu saya bertugas di federal. Perkara ini untuk kita nyatakan. Tapi dalam keadaan yang seperti nyatakan, kita cuma 26 bulan sahaja jadi Kerajaan. Persoalan pelaksanaan is another matter. Ada ramai YB-YB, saya melompat itu. Tapi saya tidak mahu ceritakan perkara ini, kerana ada perkara yang penting dalam perbahasan..

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, minta laluan.

Datuk Speaker, saya nakkan fokus on perbahasan ini ya. Nanti akan sentuh tentang hak-hak …

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Sekejap sahaja.

… dari segi kedudukan yang ada di peringkat negeri Sabah. Tidak apa. Saya minta nanti lepas ini kalau saya ada ruang, saya bagi ruang. Jangan bimbang sangat ya. Cuma saya, kebimbangan saya dari segi kemiskinan tadi. Belia-belia yang ada, dari segi peluang pekerjaan yang ada. Kalau saya memetik daripada ucapan Tuan Yang Terutama, 7.6 bilion pelabur yang datang ke bumi Sabah ini dan saya ingin soal, daripada 7.6 bilion yang ada ini, berapa sudah projek yang on the ground, yang telah dilaksanakan?

Pasal pengalaman saya di peringkat federal, kita selalu mempersoalkan. Menteri antarabangsa, kita ada pelaburan beratus bilion yang ada. Tapi on the ground is not there yet dan saya tanya, mana di antara projek yang diumumkan 7 bilion pelabur datang, sudah on the ground. Satu bab. Keduanya, saya nak tanya juga, apakah ruang anak-anak Sabah, peluang pekerjaan yang ada? Daripada pelaburan asing yang ada? Kita tidak mahu nanti, ada pelabur daripada negara luar, dari Chinakah dari manakah. Esok nanti, pekerjanya yang ramai. Bukan hanya pekerja ramai, no downstream. Ruang tempias dari segi perniagaan yang ada. We want that, end of the day kalau ada investment daripada luar, it’s not

only jobs opportunity can be realized, but business opportunity also. Anak-anak kita mungkin tempias ya, boleh terlibat dalam perkara itu. Ini perkara yang saya nak sebutkan. Tentang kemiskinan dan peluang pekerjaan berbagai ini. Datuk Speaker, tahun lalu belanjawan negeri RM6 bilion, peruntukan Persekutuan RM5 bilion. Hampir berapa bilion yang telah diserahkan. Tahun ini saja RM6.4 bilion peruntukan bajet negeri Sabah diumumkan oleh Perdana Menteri tahun ini …

Sejak Kerajaan Persekutuan akan bagi RM6 bilion, maknanya hampir RM 13 bilion duit pada tahun ini. Ini dah bulan empat. Banyak masalah yang didapati oleh rakyat. We must be able, mesti kita kena tahu transparency. Ke mana duit ini disalurkan. Kita tidak mahu nanti besok, duit-duit yang ada seperti berbangkit pegawai khas Jabatan Ketua Menteri, hampir 100 orang. Buat apa nak letak pegawai khas sampai begitu ramai sangat sama ada betul ataupun tidak. Diletak di agensi-agensi ini, letak agensi tidak tahu 80 orang kali 50 orang. Saya dipahamkan, saya tanya saja, saya tidak mahu menuduh. Tapi ini telah dibangkitkan. Apa peranan mereka?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker…

The money yang ada, saya minta nanti. Saya, you can ask me, but please give me the time. Ya, ini perbahasan. Kadang-kadang ini Datuk Speaker, kalau saya petik, standing order.

Speaker

Teruskan, teruskan, teruskan.

Ya, jadi yang penting kepada kita, nanti besok sama ada minta Menteri-menteri yang menjawab. Ya, apa persoalan yang saya bangkitkan. Cuma saya minta persoalan. Pasal ini perbahasan. Kita kena faham.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Saya mahu minta…

Datuk Speaker, saya ingin tanya, pada belanjawan tahun ini, dah bulan empat, RM6 bilion, RM6 bilion lebih daripada persekutuan ini tentang keadaan bagaimana masih lagi Sabah berhadapan dengan tidak cukup kewangan. Dan saya tidak tahu tahun lalu, hampir 10 bulan lebih, ada di antara kontraktor-kontraktor delay in payment, payment is not being paid.

Dan kita tahu bahawa tempiasnya, bila kita tidak membayar kepada syarikat-syarikat ini, syarikat itu akan lingkup. Bila syarikat ini bankrupt, then unemployment will be increase. Pasal itu kita kena pandai mengurus bagaimana untuk pastikan setiap langkah yang dilakukan oleh pimpinan ini dapat tempiasnya kepada rakyat di peringkat umbi.

Dari segi perumahan. Datuk Speaker, saya sentuh tentang perumahan ini kerana ramai di antara kita yang memerlukan perumahan, tapi kosnya terlampau tinggi sangat. Dan ini yang membimbangkan saya, bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan kos yang boleh diperuntukkan. Sama ada simennya, sama ada all raw material yang ada untuk membolehkan supaya anak-anak kita dapat ruang. Bukan hanya di peringkat Kota Kinabalu, di peringkat luar bandar. They can’t order lies dari segi Kerajaan Persekutuan, PPRT. Saya dulu Menteri, di Papar terbakar.

Berapa kali di Papar terbakar? Dua, tiga kali. Yang Berhormat dahulu di Buang Sayang. Saya bagi peruntukan sampai kita bina tiga unit di Kuala, 300 unit. But this is not how we should do. Kita kena tingkatkan bagaimana keupayaan rakyat dapat diringankan supaya tidak membebankan.

Datuk Speaker, dari segi kemiskinan yang saya sebutkan tadi, saya berharap agar pergantungan kita dari segi harga barang yang ada. Masa kita jadi Kerajaan, how do we over come the problem yang ada? Saya mulakan dengan pegawai Kerajaan, saya naikkan pangkat mereka. Mungkin agak lambat sedikit, tidak masa cukup.

Ini yang kita nakkan, supaya when you increase the salary, purchasing power is there, tapi tanggungan ada, purchasing power is there dan kita walaupun harga barang meningkat, di Singapura meningkat, tidak pernah kita dengar rusuhan, di Switzerland, di Finland, because the cost, the salary dia, purchasing power dia dapat kita tingkatkan. Tapi bagaimana kita nak tingkatkan purchasing power, mungkin kalau Kerajaan, operating expenditure, Kerajaan boleh tax, berbagai-bagai. But macam mana kita nak bantu supaya private sector, kerana ini menjadi satu bebanan kepada sektor swasta.

Mereka kalau kita suarakankan, naikkanlah gaji-gaji private sector yang ada. We can compensate. Kalau sekiranya contohnya, berapa kos untuk meningkatkan gaji pekerja-pekerja di kilang-kilang?. Dan berapa kos elektrik yang ada?. Berapa kos sewaan premis yang ada?. Kerajaan ada tanggungjawab, ya. This is where the government can rule, maknanya kita compensate. Kalau dia belanja sepuluh juta, contohnya bagaimana kita nak kurangkan? Sama ada cukainya, sama ada bayaran dia punya premis yang ada, contoh macam sektor pelancongan.

Tadi pun dah dibangkitkan.

Di Semporna sahaja saya dipahamkan ada yang RM70.00 ringgit, Taman-taman Sabah pungut untuk setiap bilik yang ada.

Bagaimana orang-orang ini untuk tidak membebankan mereka, pelancong dah berkurangan. Tapi mereka masih membayar kepada Taman-taman Sabah. Dalam domestikkah ataupun foreign tourism yang ada, takkan tak boleh langsungkan wipe out. Supaya jangan bebankan sektor pelancongan. Supaya anak-anak kita boleh menjadi tour guide yang ada, bus yang mereka muatkan pelancong, pekerjaan ada. Tempiasnya cukup besar itu, kalau kita melihat dari segi keadaan ini. Datuk Speaker, tentang perumahan, tadi saya berharap Kerajaan Negeri jangan hanya dengan rumah-rumah yang mewah harga dia, I think it’s high time for us, contoh macam di banyak-banyak negara, even di semenanjung pun, bertingkat-tingkat, macam ada satu di Sandakan, Datuk Speaker, bertingkat dan boleh memuatkan satu ribu, mungkin berapa satu unit saja, penduduk yang lain tak boleh just kita gunakan PPRT. PPRT ruang yang digunakan begitu luas. But the space that you use, the land is going to be very costly. Pasal itu, Sabah ini, tanah yang

paling mahal seakan-akan di bangsar. Ini membimbangkan saya, tanah yang di peringkat negeri Sabah ini. Berhubung kait dengan kos yang ada ini. Makanan yang ada, foods.

Saya ingin bertanya kepada Kerajaan. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Kerajaan untuk memastikan satu perkara?, Fertilization. Baja yang ada. Kita mengimport baja ini banyak. Bukan hanya untuk ayam, bukan hanya untuk kelapa sawit, berbagai-bagai yang ada, racun yang ada. It is very high. Dia meningkat sampai 30%.

Datuk Speaker, dan saya berharap pada keadaan ini, pergantungan kita dari segi pengimportan barangan-barangan yang boleh meningkatkan kos harga barangan, harga makanan yang ada dapat diatasi sebaik mungkin.

Masalah air masih lagi, yang berlaku di bumi Sabah ini, di rumah saya pun ada. Di kawasan bukan setakat air. Dalam minggu yang lalu, dua kali trip padam lampu. Nasib ada genset saya. Kalau tidak, susah. Bagaimana jiran saya yang tidak ada genset? Saya segan. I told them kalau malam, padam lampu cuma di mana yang kita perlukan. Jangan nampak kita terang, yang lain itu tidak terang. Dan apakah pihak langkah-langkah diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan supaya bekalan elektrik ini dapat diatasi. Jangan hanya kita umumkan bateri SD di Lahad Datu. 600 juta bateri di Lahad Datu tu, belanja apa? Mereka menggunakan apa? Elektrik. Bila menggunakan elektrik, diesel yang ada. Kos meningkat. Datuk Speaker masa saya, Menteri Luar Bandar. Di Semporna, di Banggi, di Kudat, di beberapa tempat, di Lahad Datu, saya datang solar. Itu 30 tahun dahulu kita dah berfikir green technology. Contohnya di Semporna, sembilan pulau menggunakan solar. pasal apa? kita tahu bahawa di masa akan datang akan berlaku keadaan cuaca climate change. Pelat datang, kebakaran datang. Tapi apakah langkah yang kita harus susun dengan baik untuk memastikan supaya kos ini tidak meningkat?. Di samping itu, keadaan perubahan cuaca ini saya juga sentuh. Apakah pihak Kerajaan

lakukan? Sama ada pusat dan juga negeri untuk mengatasi akan berlaku keadaan yang jauh buruk, Datuk Speaker. Banjirnya, dari segi keadaan kebakaran berlaku. Di Penampang, banjir berlaku, wanita terbenam di situ. Terpaksa saya bagi tahu, panggil orang ambil crane tiga ribu harga dia, ambil, koyak, korek tanah tu supaya mayat boleh keluar, suami dia kesian viral YouTube yang ada. Walhal tentera dekat dari Lok Kawi tu. Saya maklumkan kepada Perdana Menteri dua tiga hari yang lalu, sebelum apa nama di Batu Sapi.

Masa saya Timbalan Menteri Pertahanan kita adakan jiwa murni. Padal agensi yang ada, poliskah, tenterakah, ada lori yang besar, pastikan gunakan kemudahan itu untuk membantu Kerajaan Negeri. It’s a bonding, it’s a national bonding yang kita perlukan.

Datuk Speaker, saya ingin ringkaskan oleh kerana mungkin masa, do we have time? dan perkara seperti yang disebutkan, saya juga bimbang dari segi keadaan pemerintahan yang ada. Bukan hanya di peringkat pusat, bahkan di peringkat negeri yang ada. Contohnya, baru tadi, Datuk Speaker minta kita supaya angkat sumpah. angkat sumpah, Rukun Negara.

Speaker

Ikrar.

Ikrarnya.

Rukun Negara, respect the law. Keluhuran Perlembagaan...

Perlembagaan, respect the constitution yang ada ini. Saya bersuara di Parlimen baru-baru ini dan dahulu, saya nyatakan tentang bagaimana keadaan kita di peringkat melahirkan sebuah negara Malaysia sudah terkandung, termasuk perjanjiannya ditandatangani oleh Queen Elizabeth ya, waktu itu 63 dan menjadi satu artikel 154 di Bangsa-bangsa Bersatu, undangan negara.

Undang antarabangsa. Apa yang disebutkan? Hak Sabah, hak Sarawak sudah terkandung di situ. Saya setuju dengan Tamparuli tidak payah runding-runding. Bayangkan, kita perjuangkan hak ini bukan setakat 40%, hak kita dari segi kekayaan yang ada, peluang pekerjaan yang ada. Kita bersuara. Saya di masa Menteri di Persekutuan.

Tidak ada anak-anak Sabah jadi KSU. Waktu itu saya bersuara, masih hidup Tan Sri Sidek dan saya suarakan, sebut nama Ramon Mentek. Saya bilang, siapa-siapa yang susah? Dia pengarah dahulu Intan. I suggest, mana yang paling senior yang ada. IGP, Timbalan IGP, Tan Sri Bakri Zinin saya suarakan juga untuk pastikan supaya anak-anak kita, ini hak nation building yang ada untuk perlu kita pertahankan. Kebimbangan saya tentang 40% ini Datuk Speaker, mahkamah dah putuskan tentang 40% bayangkan kalau kita seumpama ini didapati membunuh, mencurikah. Mahkamah putuskan, dipenjara 10 tahun, 20 tahun contoh saja ya, but ini perlu dibayar yang dinyatakan. Cuma saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri. Apakah cadangan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat? Saya tahu negara kita berhadapan dengan masalah ekonomi, krisis yang ada kita hadapi. Kita tidak mahu membebankan. Tapi dalam pada itu, dalam keadaan ekonomi yang baik ya dalam keadaannya ekonomi tidak baik,bagaimana kita nak pastikan supaya jangan membebankan Negeri Sabah kerana kita perlu duit.

Datuk Speaker, Sabah ni besar ya. Kinabatangan saja sebesar Negeri Pahang. Tanggungan kita berapa? Bayangkan anak-anak kita, nak dari Semporna, jantung nak berubat, naik jalan ke Tawau. Hospital di situ, pakar apa yang kita ada? Kita sudah suarakan supaya make sure that all the people in this country have a better facility to ensure that not only in terms of education, health yang ada, dapat kita atasi sebaik mungkin. Jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri yang ada? Saya ingin bertanya kepada Speaker yang ada, kepada Kerajaan Negeri, apakah pendirian Kerajaan Negeri?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, Peraturan mesyuarat, Peraturan mesyuarat perkara 43 (6). Datuk Speaker, sebentar tadi Yang Berhormat ADUN Senallang ada menyatakan tentang bilangan Pegawai Khas. Yang Amat Berhormat

Ketua Menteri dia ada sebut hampir 100 orang kalau kita cerita hampir 100 orang, angka dia adalah 99 dan saya mahu, supaya ADUN Senallang, tarik balik ataupun perbetulkan bahawa walaupun itu berbentuk pertanyaan, tetapi kita almaklum persidangan kita ini disiarkan secara langsung melalui media sosial dan waktu walaupun nanti ada penjelasan jawapan daripada pihak Kementerian, adakah mungkin netizen tidak dapat mengikuti ini secara langsung penjelasan yang akan dibuat oleh pihak Kementerian. Jadi seolah-olah wujud satu naratif. Kononnya pembaziran kewangan untuk melantik hampir 100 orang pegawai khas. Ini tidak benar, ini tidak betul dan minta sama ada tarik balik ataupun perbetulkan, terima kasih.

Datuk Speaker, dalam perbahasan ini, cukup jelas dari segi ruang undang-undang yang ada bukan saya menyentuh kedudukan Sultan, bukan saya menyentuh tentang kedudukan TYT, Tidak. Cuma saya perbahaskan kandungan ucapan. Dan saya bertanya, berbahas. What is mean by bahas? Bukan saya menuduh, saya tanya kalau betul, kalau tidak betul, explain.

Minta daripada Kerajaan menjelaskannya, perbetulkan ya. Takkan kita tak boleh tanya? Ini suruh tanya, tarik balik tanyaanmu itu, My God.

(Ahli Dewan tepuk meja)

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Perbetulkan.

Dari segi hak ini, saya bertanya tadi itu? Yang penting, saya bertanya kepada Kerajaan Negeri. Apakah langkah untuk pastikan?

Dia katakan bahawa akan ada rundingan. Rundingan apa ini? Dengan Kerajaan yang ada, berapa peratus yang boleh bayar? Mungkin kalau Kerajaan Persekutuan tidak boleh mampu bayar, staggered the payment yang ada ya. Bagaimana

staggered payment? Saya ada cadangan sebenarnya tapi tidak apalah. Oleh kerana, kadang-kadang bila kita cadang, nanti dia selalu tarik balik cadangan pula. Datuk Speaker, dari segi undang-undang yang ada saya juga ingin bertanya? Pasal Yang Berhormat, Menteri Persekutuan, siapa ini? Kawasan Persekutuan Sook ya, telah nyatakan Datuk Speaker tentang kedudukan tanah yang ada di Sibatik, di Kalabakan dan saya juga bahaskan di Dewan Rakyat.

Speaker

Sebentar ya. Yang Berhormat Senallang, sebentar, sebentar. Saya merujuk kepada persoalan daripada Kuamut tadi mengenai, persoalan 100, hampir 100 orang pegawai khas Ketua Menteri.

Mungkin kurang dari situ saya beritahu.

Speaker

Tapi itu, maklumat itu dari mana datangnya atau dari, adakah itu secara rasmi atau bila memang ada pelantikan?

Saya bertanya, kadang-kadang kita ada hubungan. Saya tanya, there is no transparency. Datuk Speaker, keadaan pemerintahan kadang-kadang there is no transparency kalau dijelaskan boleh, kalau tidak ada itu tidak jadi masalah. Bila kita tanya, you bertugas di mana? Saya pegawai khas.

Bila ditanya, kau pegawai khas dari mana? Jabatan itu, Jabatan ini. Saya ingin tanya saja, kalau tidak betul, tidak apa. Tidak jadi masalah dengan saya.

Speaker

Jadi, saya cadangkan di sini.

Cuma saya, nyatakan kosnya…

Speaker

Yang Berhormat Senallang, tanya semula soalan tersebut, sama ada betulkah atau tidak?

Speaker

Soalan, apa ini kenyataan mengatakan ada lebih, hampir 100 orang bagi pegawai khas.

Tidak, tujuan saya untuk menyatakan cost incurred. Kos yang menelan belanja, yang mungkin penerbangan mereka, gaji mereka, allowance mereka, kalau duit ini digunakan untuk membolehkan supaya projek-projek pembangunan yang ada. Berapa lama dengan pegawai-pegawai ini kita akan bagi gaji dia?

Speaker

Okey, setuju.

It’s not for political reason.

Speaker

Pertanyaan-pertanyan itu kita. Kenyatan itu kita ubah kepada bertanya untuk penjelasan.

Ya minta penjelasan. Ok Datuk Speaker, saya, kita. We don’t to stick in that…

Speaker

Teruskan.

Kalau sekiranya Datuk Speaker nakkan saya, kita ubah, kita ubahlah.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Kiulu

Datuk Speaker, yang point of order tadi itu mungkin bukan sekadar

penjelasannya, tapi i think kalau dia tidak betul harus ditarik balik tuduhan 100 pegawai khas.

Speaker

Tidak, kita tunggu jawapan daripada Ketua Menteri.

Speaker

Kalau dia punya penjelasan, jelas tidak ada seperti yang dinyatakan. Kita akan suruh tarik balik.

Datuk Speaker, tentang saya sebutkan, di Parlimen pun berbangkit tentang keadaan sempadan dan saya juga bersuara waktu itu di mana heboh. Di Parlimen tentang keadaan, di mana 5,000 hektar tanah Sabah yang ada dan saya difahamkan. Saya bangkitkan, jangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada kuasa, Ketua Menteri Sabah tidak ada kuasa. Runding boleh runding, bincang dengan Kerajaan Indonesia tidak jadi masalah sama ada hantar pegawai tanah dan ukur kah, Peguam Negeri Sabah kah, runding dengan Kerajaan Indonesia yang ada. Cuma saya ingin bertanya, 100 lebih hektar yang ada yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Sook ini.

Sama ada itu benar ataupun tidak? Kalau benar, pasal mengikut Perlembagaan Malaysia Artikel 2 (1), tidak akan ada boundary boleh diubah kecuali persetujuan Dewan Undangan Negeri dan juga Rulers Conference yang ada dan saya selaku kita pembangkang, saya tidak pernah dengar sama ada perbincangan apa yang diputuskan oleh Kerajaan Indonesia ataupun Kerajaan Malaysia harus diluluskan Dewan Undangan Negeri. Kita bukan tolak cuma kita mahu tahu. Apakah rundingan Kerajaan Indonesia dan dengan Malaysia ini sudah pun muktamad? Kalau masih berunding, tidak jadi masalah tapi kadang-kadang saya dengar dalam YouTube berbagai-bagai, Kerajaan Indonesia sudah umumkan

mereka mempunyai tanah.

Yang Berhormat Sook pun, selaku Menteri, mengumumkan 100 lebih hektar tanah telah pun dibagi.

Dan ini kebimbangan saya, Datuk Seri, dari segi kedaulatan undang-undang yang ada. Kalau kita selaku penggubah dasar, penggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri, di Dewan Rakyat ini, tidak menghormati perlembagaan, maka saya bimbang. Bagaimana pelanggaran ini boleh diatasi? Kerana itu pentingnya bagi kita untuk pastikan supaya transperency yang ada dan di situ untuk memulihkan supaya perundangan ini dapat dilakukan sebaik mungkin.

Seperkara lagi yang saya nak sentuh tentang minyak ini dan gas ini. Datuk Speaker, Sabah ini menjadi bahkan pengeluar minyak yang terbesar di Malaysia, Sarawak nombor dua, kita punya reserve oil, kita punya penyumbang 37% minyak di Malaysia ini. Gas Sarawak nombor satu, kita nombor dua tapi saya ingin bertanya kepada Kerajaan, apakah langkah-langkah untuk memastikan supaya kita boleh monitor…

Saiz, kekayaan ini. Singapura tidak ada gas, Datuk Speaker. Singapura tidak ada minyak. Tapi mereka ada fuel, jet fuel yang ada. Boleh mengeluarkan minyak untuk kapal terbang yang ada. Boleh mengeluarkan minyak untuk stesen-stesen minyak yang ada. Adakah pihak kerajaan mempunyai rancangan, bukan setakat downstream, LNG. Di Pengerang, ada LNG. Why? Can’t we have LNG?

Ya, untuk kita proses supaya anak kita dapat peluang pekerjaan, di Kimanis ada, it’s no LNG, ya. Di situ cuma terminal sahaja. Terminal, tempat menyimpan. Bukan tempat untuk memproses sama ada minyak, sama ada gas. Adakah Kerajaan Negeri juga mempunyai langkah untuk memastikan supaya kita mempunyai tong gas sendiri? Macam di Sarawak, stesen minyak yang ada. Bayangkan kalau saya jalan dua tiga

hari lalu dari Semporna ke Tawau, di check point pun tidak ada stesen minyak yang ada. Tunggu sampai datang ke Pekan Semporna, baru isi minyak. Bayangkan, takkan kita tidak ada mempunyai inisiatif untuk mewujudkan stesen-stesen minyak, minyak kita punya sendiri. Macam di Sarawak, PETROS yang ada. Datuk Speaker, saya ingat oleh kena saya telah mengambil sedikit masa, cuma saya ulangi balik, perubahan cuaca ini membimbangkan kita, ya dan bukan setakat dari segi keadaan di kawasan Kampung Bahagia. Mungkin mereka akan berada di situ dalam beberapa hari lagi. Mungkin tidak sampai dua minggu, seminggu. Mereka terpaksa pindah ke kawasan-kawasan.

Ada anak-anak, kita pun telah beli pampersnya, beli baju sekolahnya. Ini bukan PTI, ini bukan pendatang tanpa izin. Macam mana anak-anak ini masuk sekolah? Kalau sekiranya, tidak ada surat beranaknya.

Tapi, ini rakyat Malaysia yang perlu dibantu dan saya berharap Kerajaan Negeri mempunyai langkah untuk pastikan supaya rakyat ini dapat disediakan tempat tinggal mereka. Beribu ini, Datuk Speaker. Datuk Speaker pun tahu kawasan Sandakan. Kemana mereka akan tinggal? Tempat makan mereka? Tempat tidur mereka? Anak-anak yang bila saya tanya, kenapa tidak sekolah? Datuk Seri terbakar baju. Immediately saya bagi tahu dengan Yang berhormat Sekong, go and buy. Jangan buang masa. Jangan tunggu kementerian pelajaran melakukannya supaya pastikan anak-anak kita jangan ketinggalan dari segi sekolahnya. Datuk Speaker, saya berharap sungguh dari segi langkah untuk memastikan, ini satu contoh saja, mungkin akan berlaku di Tawau, kerap sangat berlaku, ya, kebakaran yang ada. Jadi, macam mana untuk mengatasi masalah-masalah bukan hanya Tawau, apa ini, kebakaran. Di Beaufort, banjir. Di Sipitang, banjir. There must be a clear kind of modest operandi, plan untuk membolehkan supaya kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, tingkatkan penempatan rumah-rumah ataupun dewan-dewan di atas bukit. Bayangkan bila saya di SK Kampung Gas, di situ budak belajar, di situ dewan dipakai. Kemana perjalanan ini? Dulu, di Kota Marudu saya sudah cadangkan, mesti ada di atas bukit sikit. Dewan diwujudkan. Kalau banjir di Kota Marudu, tempatkan mereka di situ. Jangan gunakan sekolah. Pasal bila ada

SPM, peperiksaan, bertembung masa. Anak-anak tidak boleh belajar, di situ jiran di sebelah sana. Yang kita katakan orang yang berhadapan dengan bukan hanya setakat masalah kehidupan mereka, kemungkinan mental mereka.

Datuk speaker, dari segi apa perkara tadi yang saya sebutkan, perlunya untuk kita atasi masalah ini dan saya berharap sungguh akan Kerajaan Negeri dapat memberi jawapan beberapa persoalan yang saya telah bangkitkan tadi, termasuk dari segi kewangan, pelabur-pelabur yang ada seperti yang saya sebutkan dan juga dari segi minyak yang saya sebutkan tadi. Pentingnya bagi kita to make sure that there must be a blueprint. Bagaimana untuk pastikan monetize this? Dahulu kita kerajaan, kita tidak boleh monetize, cuma saya letakkan 5% sales tax kepada Kerajaan Persekutuan, Petronas. Saya tahu Perdana Menteri tidak senang hati dengan saya dan saya tingkatkan apa ini 5%, saya perkenalkan sales tax kepada minyak yang ada.

Seperkara yang saya nak bangkitkan Datuk Speaker, tentang SFI, ya. Apa jadinya SFI? Pasal ini merupakan satu industri yang cukup baik. Pasal saya tahu, saya tahu tidak ada negara yang mempunyai Acacia, Eucalyptus, kayu yang cukup bernilai untuk buat kertas, ya. Tapi, pada hari ini saya difahamkan sampai besinya pun hilang. Kilangnya pun hilang dan saya harap kayu-kayu yang ada, ya. Kerana ini kayu yang bernilai. Acacia, Eucalyptus yang ada, yang kita boleh monetize proses dia, ya. Kerjasama dengan pelabur yang ada. Dahulu saya cadangkan memang ada pelabur yang mampu. Mereka tidak cukup untuk mendapat bekalan Eucalyptus dan juga Acacia untuk mengeluarkan kertas-kertas yang bernilai tinggi untuk dihantar kepada export ke luar negara. Saya juga ingin bertanya.

Speaker

Mula gulung, ya.

Datuk Speaker, tentang keadaan bukan hanya seperti yang saya sebutkan tadi, SFI. Tentang tanah yang ada, sama ada benar ataupun tidak, tanah-tanah yang ada, kayu balak di Kalabakan, ya. Saya difahamkan ada konsesi-konsesi yang ada, saya ingin bertanya sama ada betul ataupun tidak 2,000 hektar tanah yang ada telah pun

diberi ataupun tidak. Dan saya nak tanya apakah hasil yang dapat Kerajaan Negeri perolehi, daripada kita bagi dengan pihak-pihak tertentu sebahagian besar tanah yang ada, seribukah, dua ribukah. Is it a return to the state government? Dari segi peluang pekerjaan, sama ada environmental changes, kita tidak mahu nanti besok tebang kayu lagi, ya, lepas itu banjir akan datang, Datuk Speaker, ya. Pasal itu masa kita kerajaan kita ban export of logs pasal apa kita ban export of logs? Saya bincang dengan IKEA punya CEO, kita mahu buat kilang perabot, gunakanlah kayu ini, jangan export. Proses buat kilang-kilang perabot yang cantik di Sabah. Ini tidak kita buat kilang, bantu kilang di tempat-tempat negeri lain, ke Singapura, ke China, yang anak-anak kita, lepas itu kita beli perabot dari China, ya. Ini yang membimbangkan saya tentang rancangan-rancangan untuk membolehkan supaya dapat membantu masyarakat kita.

Tadi terlupa Datuk Seri, saya sudah sebutkan tentang apa yang berlaku dengan projek BESS di Lahad Datu ini. I want sedikit sebanyak penjelasan bateri yang ada, 600 juta yang ada dan belanja ini sama ada ianya akan dapat digunakan sebaik mungkin ataupun ia akan membebankan dan saya juga minta kepada Kerajaan Negeri bagi cadangan sedikit. Don’t burden SESB. Jangan bebankan SESB dengan berbagai projek-projek yang ada. Di antara negeri yang terbesar dengan IPP, di Sabah ini. Ini yang membebankan. Ada IPP yang 30 tahun, masih menggunakan diesel. Lewat sana, trip sana, trip sini.

Bolehkah pihak Kerajaan Negeri coordinate all this? Mungkin satu badan. Ataupun satu IPP pengurusan, let one body be there. Kalau tak, nanti IPP di Tawau. IPP di sini mengurusnya, keadaan tidak ada keupayaan mereka untuk mengatasi masalah bekalan elektrik yang ada dan itu yang saya sebutkan tadi, saya berharap sungguh agar Datuk Speaker, perkara-perkara yang kita bincangkan dan juga cadangan-cadangan yang kita highlight di sini sedikit sebanyak dapat membantu. Saya tak sempat untuk membahaskan tentang pendidikan, kerana ini satu perkara yang cukup penting kepada anak-anak kita dari segi sekolahnya, dari segi kemudahan pekerjaan yang ada. Ramai anak-anak kita yang keluar dari universiti,

kerja tidak dapat lagi, ya. Dan kebimbangan saya, dahulu saya juga mengurus TVET. Dalam ucapan ini ada TVET. Itu di bawah Mara. We have French Institute, we have German Institute. Tapi saya minta supaya anak-anak ni bila dilatih keluar daripada training center yang ada sama ada German Institute, French Institute. Masuk kepada industri. Match it up. Mana anak-anak yang dalam bidang engineering, contohnya permotoran, masuk ke Proton, ya. Mana yang ada dari segi elektrik, masuk ke TNB. Mana yang ada dari segi financing, make sure masuk ke bank-bank yang ada. We tie them up. Anak-anak kita di Sabah, kita masukkan TVET. Tapi, kilang-kilang mana yang mereka boleh dapat kerja lepas keluar daripada latihan-latihan ini. Datuk Speaker, terima kasih banyak atas ruang yang membolehkan saya sedikit sebanyak membahaskan dan saya harap jangan ada pula ini anggapan bahawa saya menuduh ataupun kita membuat anggapan yang tidak baik. Cuma, ada saya suarakan persoalan, satu cadangan. Ya. Very constructive, ya. Kadang-kadang criticsm. Tapi kebenaran itu boleh membantu kita, saya boleh, kadang-kadang Datuk Speaker saya boleh berdiam saja. Let them fail, but I’m not the leader like that. Saya tidak mahu supaya rakyat di bawah dibebankan, bila kita cadangkan tujuan kita atasi masalah yang dihadapi oleh rakyat, kemiskinan, pengangguran, kemudahan asas yang ada. Terima kasih banyak.

Speaker

Terima kasih, berhormat Senallang. Sekarang saya men.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Tuan Speaker, sorry. Point of order.

Speaker

For what?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Ah, on okay, sebenarnya saya sudah file kan.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

…usul persendirian pada 2 April, and then I have also email to Datuk Speaker on the 3rd so, saya cuma nak tanya, apakah status mengenai private bil yang…

Speaker

I am still considering it. I will let you know later.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Alright, how soon will that be Datuk Speaker?

Speaker

Before the session end.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Okay, thank you.

Speaker

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat, ADUN Dilantik Yang Berhormat, Datuk Roger Chin.

Datuk Speaker, dengan izin, I would like to speak on the motion of thanks for the address by Tuan Yang Terutama.

Speaker

15 minutes.

Thank you Datuk Speaker. At the outset, I need to address something bad has already taken place in this house. I had given a notice of motion on the implementation of a High Court decision on 17th of October 2025 on Sabah 40% special grant.

That motion was not admitted on the basis of sub judice.

I respect that ruling, Datuk Speaker but the issue remains. And I will address what I am entitled to address. Because this is not just about procedure. It is about the Constitution. And it is about whether anything in this country will mean what it says.

Datuk Speaker, the position is not uncertain. A court of law has already made it’s findings. It held that the failure to carry out the review required since 1974 was a breach of a constitutional duty.

It affirmed that Sabah 40% entitlement is not discretionary.

It is constitutional.

It’s affirmed that Sabah 40% entitlement is not discretionary. And it made it that clear that this entitlement remains due and payable. Those are not suggestions.

They are findings with legal consequences. I am not here to argue the appeal. I am not here to comment on matters before the court. But I am here to ask a question that cannot be avoided. What has actually been done? Not discussed, not proposed but done to give effect to that decision. Datuk Speaker, we are told that discussions are ongoing.

We are told that negotiations are continuing. We are told that the process must be respected. But, Sabah has been hearing this for decades. If, after fifty years and after a clear judgment we are still being asked to wait, then we should be honest about what that means.

It is not a process. It is a pattern. And a pattern of delay, when it concerns a constitutional obligation, is not neutral. It carries consequences. Datuk Speaker, the High Court decision deals with what has now been called the “lost years” from 1974 to 2021. That is the period that the Court has addressed, and in respect of which the constitutional breach has been recognised. But, today we are no longer in those years. We are in 2026.

So, the question before us is not confined to the past. It is about what is being done now. Because whatever difficulty there may be in reconstructing figures for decades gone by. There can be no such difficulty for the years 2022 onwards. The data exists. The revenue has been collected. The numbers are known or can be known. So, I ask this plainly. Why has there been no payment in accordance with the constitutional formula for 2022, 2023, 2024, and now 2025? And, if there is still hesitation then start with 2025.

There can be no excuse of missing data. There can be no excuse for historical uncertainty. Only a question of whether there is the will to act? Datuk Speaker, implementation is to be meaningful, it must begin somewhere. And it should begin with the years where there is no uncertainty at all. Datuk Speaker, this issue goes back to how Sabah enter the Federation, reflected in the Malaysia Agreement 1963. Article 8 of that Agreement recognises that the parties may take the necessary steps legislative, executive or otherwise to give effect to the assurances and undertakings that were made.

But today, we are not even at that stage. We are dealing with something more basic. A constitutional entitlement that has already been declared by the Court and which still has not been implemented.

Datuk Speaker, the address by Tuan Yang Terutama speaks of development, growth and a better future for Sabah. Those are important.

Datuk Speaker, the address by Tuan Yang Terutama sets the tone for the next phase of Sabah Maju Jaya 2.0. It speaks not only in general terms of development, but in concrete directions strengthening economic growth, expanding infrastructure, attracting investment, developing human capital and ensuring a greater fiscal sustainability for this State.

Those are serious commitments. They are not abstract goals. They require funding. They require fiscal capacity. They require certainty of revenue. And that is where the issue before us becomes unavoidable.

Because every programme that has been outlined, every road to be built, every school to be improved, every investment to be attracted depends on whether Sabah actually has the financial foundation to carry it through. Without that, Sabah Maju Jaya 2.0 is not a plan grounded in certainty. It is a plan dependent on assumptions.

And assumptions are not a basis for sustainable development. But, all of that depends on something fundamental.

Whether Sabah receives what is already entitled to it under the Constitution. Because without that, every plan we discuss, every project, every projection stands on uncertain ground. We are talking about the future, while the past remains unresolved. That is not unsustainable.

Datuk Speaker, let me be precise about what I am raising. I am not inviting this House to interfere with the courts. I am not touching on the merits of any ongoing proceedings.

What I am addressing is something squarely within our responsibility. Whether constitutional obligations are being honoured and whether court decisions are being given real effect. That is not sub judice. That is accountability. Datuk Speaker, I am not referring to the substance of any proceedings but only to their practical effect on implementation. If we are not serious about giving effect to the Court decision then certain things must be made clear.

First, whether there are steps being taken which in effect result in further delay to implementation?

Second, what is the clear position of the State Government in safeguarding Sabah constitutional entitlement in the ongoing process?

And third, whether it is accepted that where a binding court order is not complied with the law provides mechanisms to ensure that it is? There are not abstract concerns. They go directly to whether the judgement will have real meaning. Datuk Speaker, if negotiations are to continue, then they must not continue without limit. There must be a clear timeline. The State Government should state openly and plainly, how long will these negotiations continue and at what point will a different

course be taken if no agreement is reached? Because without a definite timeline, negotiations do not resolve matters. They prolong them.

And Sabah has already seen what prolonged negotiations look like. They can last decades. Datuk Speaker, at some point if agreement cannot be reached there must be a shift to a more structured and objective mechanism…

…(suara kurang jelas) Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. You think that the 180 days given to negotiate is sufficient enough time to both parties to negotiate and do you think excuses been given that they could not reach agreement at this agreement within …

…time given by the court.

Do you think that it was enough and can we accept the excuses that been given for not reaching any agreement? Thank you.

Thank you. 180 days is sufficient if serious negotiations were going on. However, there were four meetings that were held in the 180 days and out of those four meetings, three of them were technical meetings, meaning there was no serious intention to seriously negotiate the figures and given that one meeting was held every 40 days, it clearly shows that parties were not serious in coming out with an outcome within the 180 days. If they were, they would have held meetings perhaps once every week, if not twice a week. Datuk Speaker, may i carry on? At some point, if agreement cannot be reached, there must be a shift to a more structured and objective mechanism, whether by way of an independent assessment or some other appropriate process. Otherwise, we risk repeating the same cycle and the consequence is simple. Delay becomes the outcome. Datuk Speaker, if steps have been taken, then they should be made known.

The people of Sabah are entitled to understand what progress has been achieved with full transparency safe only for what cannot be properly disclosed in accordance with the law on official secrets. Without transparency, assurances are just words. With transparency, confidence can begin to be restored.

Datuk Speaker, this brings me to a related matter, one which this house must take seriously. For as long as Sabah does not have full visibility and control over the revenue derived from this state. We will remain dependent on figures that are reconstructed elsewhere explained later and disputed repeatedly. This is that is why i had earlier tabled a motion on collect i sorry because this this is why i would intend to be filing a motion at a later stage on collection at source because this is not just about entitlement it is about certainty. It is about ensuring that what is due can be known, verified and collected without dispute.

So i ask the honorable chief minister, what steps is the state government taking now to move towards a system where Sabah has clear, complete and verifiable revenue data at source and whether the government is prepared to pursue the necessary constitutional administrative measures to make that a reality. And i ask further plainly, does the state government support in principle Sabah moving towards the collection of revenue at source? Because without that we will continue to argue over numbers instead of acting on them.

Datuk Speaker, this is not a partisan issue. It is not a government issue or an opposition issue, this is a Sabah issue. And at some point this house must speak with one voice. And i say this plainly, this house knows where it stands that Sabah should receive what is constitutionally due. That a court order must be respected. And that Sabah should receive what is constitutionally due. And that Sabah should not be kept waiting indefinitely for what is already owed. If anyone disagrees with that, then let them say so clearly and on record. If that is our shared position and it should be, then the question before us is no longer whether it should be done. It is whether it will be done.

Datuk Speaker, this is not about politics. It is not about sides. It is about whether the constitution still has meaning and whether we are prepared to stand by what we have just affirmed.

Yang Berhormat.

Datuk Speaker, iwill end with this.

Yang Berhormat. ADUN Dilantik.

Finishing.

Sikit saja. Datuk Speaker, Yang Berhormat ADUN Dilantik. Adakah do you agree that this House of August mesti sebulat suara untuk menuntut kepada Kerajaan Persekutuan ataupun memberi ultimatum kepada Kerajaan Persekutuan supaya semua cadangan Yang Berhormat bentangkan tadi itu menjadi suara kita di Dewan ini menjadi suara rakyat di Dewan ini yang kita angkat ke Kerajaan Persekutuan dan dibacakan oleh Sulaman. Terima Kasih.

I definitely would hope that is the eventual outcome when the motion is filed and accepted to be debated by Datuk Speaker in the future. And hopefully everyone in this house can with one voice allow that motion to be debated and to agree to it.

Tapi masalahnya sekarang Kerajaan ini setuju. Setuju hentikan or tangguhkan ini motion. Masalahnya apa yang tindakan kamu?

Apa yang sekarang? Apa next step yang kamu mahu buat tapi sekarang Menteri atau Kerajaan Sabah ini setuju hentikan ini Role. So what is your next? So i know, we did tadi yang sebut tadi.

Speaker

Elopura. What are you saying?

Semua Sabah pun faham apa yang sebut.

Speaker

No. What are you saying? Are you saying that the government is giving up on the tuntutan?

…yang setuju, yang apalah, yang Kerajaan atau Pusat Kerajaan yang tentukan atau hentikan.

Speaker

Bila ada Kerajaan Negeri setuju?

Uh, as what i saw the news regarding the reporter tanya yang Ketua Menteri yang setuju bilang kita mahu tentukan atau yang mahu kita hentikan ini.

Tuan

Speaker

Apa yang dihentikan?

I never read anything apa yang dihentikan. Can you be exact please? Can you be specific? Otherwise, you must be wrong what you’re accusing.

Ya, dia yang sekarang yang setuju yang bilang mahu press the button yang hentikan ini role atau yang mahu delaykan ini setuju motion dan sebagainya. Apa yang saya setuju apa yang saya lihat dalam newslah.

Speaker

So, what is being statuses is while the case the issue is still in court on appeal we should not be making any motion in you know to disturb what is being appealed.

Betul tapi dia sekarang bilang ini tiada jangka masa atau tiada yang bila boleh start balik.

Speaker

No no the court the court is yet to hear the appeal. so you wait for the court to hear the appeal. You expect that Dewan to tell the court when to hear the appeal? They want to play the role and try to to dictate the judiciary.

Itu yang since YB Yang Dilantik tadi yang sebutkan, kita semua orang susah-susah tau.

Speaker

No. The YB ADUN Dilantik say he’s just suggesting that we should be in one voice. He’s not suggesting that we go without finishing the process of the judiciary. No, you sit down.

Soalan saya pun sama dengan dia.

Speaker

No. Tidak ada. You punya soalan lain. You punya soalan langsung tidak ada kena mengena. You punya soalan menuduh ini Kerajaan sudah The Government has already refused to to go ahead.

Okey.

Speaker

Okey ADUN.

Datuk Speaker, i will end with this.

A delay of 50 years is not just delay. It becomes a test. A test of whether when the law is finally made clear, there is the will to act or whether even then nothing changes. Datuk Speaker, if a constitutional right can be affirmed in court and still not be implemented in practice, then we must ask ourselves honestly what then is the constitution worth and we we may not be moving the motion today, but the issues does not go away and neither does our responsibility to speak on it. So, i ask the honorable chief minister in his winding up to answer this clearly not in general terms but specifically and with a timeline.

Has any step been taken that advances implementation of the court’s decision? If so, what steps?

And will it be disclosed transparently to the people of Sabah? If not, when will it be taken? Because after 50 years and after a court has finally made the position clear, this is no longer a question of explanation. It is a question of whether anything will actually change. Sabah has waited long enough. The law is no longer unclear. The facts are no longer disputed. What remains is only one question. Will it be honored or will we be asked to wait another 50 years? Thank you.

Speaker

Thank you, Yang Berhormat ADUN Dilantik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Bongawan. 15 minit ya.

Bismillahirrahmanirrahim…

Terima kasih, Tuan Speaker.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas Ucapan Dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Ucapan tersebut jelas mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan pembangunan negeri, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan kemajuan lebih inklusif dan seimbang antara kawasan bandar dan luar bandar. Namun begitu, Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian bahawa segala dasar dan perancangan yang digariskan dalam ucapan tersebut perlu diterjemahkan dengan tindakan yang lebih menyeluruh dan berkesan di peringkat akar umbi.

Di kawasan Bongawan dan Kimanis khususnya, rakyat masih berhadapan dengan berbagai cabaran seperti berikut, infrastruktur yang tidak sempurna, bekalan air dan elektrik yang tidak stabil, kemudahan internet yang terhad, peluang ekonomi yang masih sempit.

Oleh itu, saya berharap agar segala inisiatif yang diumumkan dalam Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah tidak sekadar menjadi perancangan di atas kertas, tetapi benar-benar dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keutamaan kepada keperluan rakyat di luar bandar. Tuan Speaker, adalah menjadi harapan saya agar Kerajaan memberi fokus lebih serius terhadap jurang pembangunan yang masih wujud, agar tiada kawasan yang terus ketinggalan dalam arus pembangunan negeri. Tuan Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terus serta dalam perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kali Ke-1 tahun 2026 ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan beberapa isu terutama sekali dekat di hati rakyat di kawasan N.30 Bongawan khususnya. Tuan Speaker, perkara paling utama yang ingin saya tekankan adalah berkaitan sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik, yang telah menyebabkan masalah banjir kerap berlaku di beberapa kampung di kawasan saya. Keadaan longkang dan parit yang tersumbat, cetek serta tidak dinaik taraf sejak sekian lama telah mengakibatkan air tidak dapat mengalir dengan lancar, terutama sekali ketika hujan lebat. Akibatnya, air melimpah masuk ke kawasan rumah penduduk, merosakkan harta benda dan menjejaskan kehidupan harian mereka.

Lebih membimbangkan masalah ini bukan berlaku sekali-sekala tetapi menjadi satu isu berulang setiap kali musim hujan.

Sehubungan itu, saya ingin memohon penjelasan dari pihak Kerajaan, apakah pelan tindakan segera bagi membersihkan dan menyelenggara sistem perparitan sedia ada? Adakah terdapat peruntukan khusus untuk menaik taraf sistem saliran di kawasan berisiko banjir? Dan bilakah pelaksanaan kerja-kerja ini akan dimulakan? Saya juga mencadangkan supaya satu pelan mitigasi banjir secara menyeluruh dilaksanakan, termasuk kerja mendalamkan dan melebarkan parit, pembinaan sistem saliran baharu yang lebih efisien, penyelenggaraan berkala secara sistematik.

Rakyat tidak mahu lagi janji, mereka mahu tindakan nyata.

Tuan Speaker, selain itu, isu jalan raya yang rosak juga masih menjadi rungutan utama rakyat. Banyak jalan kampung berlubang, tidak rata dan berbahaya terutama sekali pada waktu malam.

Keadaan ini bukan sahaja menyusahkan penduduk, malah boleh mengundang kemalangan. Saya ingin bertanya, apakah senarai jalan yang akan dinaik taraf dalam masa terdekat?

Adakah Kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang untuk memperbaiki keseluruhan rangkaian jalan di kawasan luar bandar? Tuan Speaker, ada beberapa projek yang telah dinaik taraf terutama sekali, jalan Bukit Manggis-Papar di DUN Bongawan. Saya dimaklumkan bahawa lebih kurang 29.35 kilometer yang telah pun akan dinaik taraf dan saya dimaklumkan juga lebih kurang RM127 juta perbelanjaan.

Tapi apa yang memusykilkan kita, seperti mana yang dikatakan oleh DUN Silam tadi, bahawa rakyat di kawasan saya, terutama sekali kawasan pembangunan jalan ini, mereka tidak diberi pampasan sehingga pada hari ini dan ini yang menjadi masalah kitalah dan kenapa jalan ini tidak siap? Sepatutnya kalau mengikut perancangan yang telah dibuat bahawa jalan ini sebetulnya siap pada tahun lalu. Tapi saya dimaklumkan juga disambung lagi sehinggalah April pada tahun ini. Dan saya juga ingin bertanya, Tuan Speaker, berapa peratuskah progress jalan ini sudah dibina? Dan yang kedua itu, Tuan Speaker, satu lagi masalah di kawasan saya ini mengenai dengan jambatan. Satu, ada satu signboard yang telah dipasang pada tahun lalu. Mungkin hampir satu tahun lebih sudah sekarang di Kampung Lingan Lama. Sehingga ini, sehingga pada hari ini, jambatan ini belum dibina. Jadi saya mintalah pihak yang berkenaan supaya melihat perkara ini dan kiranya dia diteruskan dan bila dia akan dilaksanakan?

Dan yang seterusnya ini, Tuan Speaker, mengenai dengan masalah bekalan air yang tidak stabil ya, masih berlaku di beberapa kawasan, di kawasan saya. Ada penduduk yang terpaksa bergantung kepada tangki air atau sumber alternatif kerana gangguan bekalan yang berpanjangan. Saya memohon penjelasan, apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan bekalan air yang stabil?

Adakah projek naik taraf loji atau paip sedang dirancang ataupun dilaksanakan?

Tuan Speaker, dan saya juga ingin mengemukakan masalah kerana sekarang ini musim banjir, dan beberapa kawasan di kawasan saya akan masuk juga di Papar ini, dan juga di Membakut dan masalah air telah mula berlaku di kawasan ini. Dan apabila kita berjumpa dengan pihak-pihak tertentu bahawa katanya kawasan ini belum lagi diisytiharkan sebagai bencana. Dan saya mintalah supaya Kerajaan membuat sesuatu dan supaya rakyat kita di kawasan ini, kerana kita tahu bahawa setiap hari memang ada kebakaran berlaku, dan masalah air di kawasan Papar kerana air masin masuk.

Yang saya dimaklumkan, dan beberapa kampung yang terjejas di kawasan N.23 Bongawan, N.30 Bongawan ini.

Dan saya mintalah pihak-pihak tertentu supaya membekalkan air ke kampung-kampung tersebutlah. Dan Tuan Speaker, saya juga ingin mengemukakan mengenai dengan masalah bekalan elektrik yang belum stabil dan beberapa kawasan luar bandar. Terutama sekali gangguan yang kerap memberi kesan kepada aktiviti harian penduduk, perniagaan kecil dan juga pendidikan anak-anak. Apakah usaha Kerajaan untuk meningkatkan kestabilan bekalan elektrik di kawasan ini? Tuan Speaker, golongan belia di kawasan saya amat memerlukan peluang.

Peluang pekerjaan yang lebih luas. Ramai yang terpaksa berhijrah ke bandar kerana kekurangan peluang di kampung halaman. Saya ingin mencadangkan pembangunan industri kecil dan sederhana, latihan kemahiran kepada belia, dan insentif kepada pelabur untuk membuka peluang pekerjaan di kawasan luar bandar.

Tuan Speaker, bantuan golongan B40 perlu disalurkan secara lebih telus dan efektif. Masih terdapat rungutan bahawa ada yang tidak layak menerima bantuan dan sebaliknya. Saya memohon penambahbaikan sistem pemilihan penerima dan juga pemantauan yang lebih ketat dan mengemas kini data secara berkala. Tuan Speaker, permohonan Rumah Sabah Maju Jaya di kawasan Bongawan semakin meningkat.

Namun masih ramai yang menunggu, dan saya ingin mengetahui berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan? Apakah kriteria pemilihan terkini, dan bilakah projek ini akan dimulakan untuk tahun 2026? Tuan Speaker, dari segi sektor pertanian dan pekebun, ramai penduduk di kawasan saya bergantung kepada sektor pertanian, namun mereka berdepan cabaran kos input yang tinggi, harga hasil yang tidak menentu. Saya mencadangkan subsidi tambahan, bantuan teknologi pertanian moden, akses pasaran yang lebih luas.

Tuan Speaker, dalam era digital hari ini, akses kepada internet bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan asas. Namun begitu, masih terdapat kawasan di DUN Bongawan yang mengalami liputan internet yang lemah, kelajuan yang sangat perlahan, gangguan rangkaian yang kerap. Keadaan ini memberi kesan besar kepada pelajar yang mengikuti pembelajaran dalam talian, usahawan kecil yang bergantung kepada platform digital, dan urusan harian rakyat yang kini banyak dilakukan secara dalam talian.

Saya ingin bertanya, apakah pelan kerajaan untuk meningkatkan liputan internet di kawasan luar bandar? Adakah pembinaan menara telekomunikasi baharu akan dilaksanakan dalam masa terdekat?

Tuan Speaker, masih terdapat sekolah yang daif dan kekurangan kemudahan asas. Dalam era digital ini, pelajar luar bandar tidak boleh ketinggalan. Saya memohon naik taraf sekolah, penyediaan kemudahan internet, sokongan kepada guru, dan juga pelajar.

Tuan Speaker, kesemua isu yang saya bangkitkan ini bukanlah perkara baharu, tetapi yang masih belum diselesaikan sepenuhnya. Rakyat di kawasan DUN Bongawan tidak meminta perkara yang luar biasa. Mereka hanya mahukan infrastruktur yang baik, bekalan asas yang stabil, dan peluang kehidupan yang lebih baik. Saya berharap pihak kerajaan dapat memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera terhadap isu-isu ini.

Tuan Speaker, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan dalam Sidang DUN yang mulia ini dan dengan ini saya menyokong dan sekian, dan terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bongawan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Moyog untuk berucap 15 minit.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang ini. Saya bangun hari ini untuk membahaskan satu isu yang

sangat kritikal, jaminan bekalan tenaga dan keselamatan tenaga Sabah. Realitinya jelas, Sabah masih bergantung kuat kepada diesel untuk penjanaan elektrik. Dalam keadaan dunia hari ini, Tuan Speaker, harga minyak meningkat, rantaian bekalan tidak menentu, konflik global berterusan, Sabah menjadi negeri yang paling terdedah. Seperti yang dinyatakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri kita, merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, kenaikan harga minyak akan memberi kesan langsung kepada kos logistik dan harga barang.

Maknanya, bila diesel naik, rakyat Sabah yang menanggung beban.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan sekadar isu tenaga, ini adalah isu kos sara hidup. Bila diesel naik, kos elektrik naik, kos pengangkutan naik, dan harga barang naik. Dan akhirnya, rakyat di bawah juga yang tertekan. Kalau kita bandingkan, semenanjung bergantung kepada gas, yang menyumbang sebanyak 30% dan arang batu yang dianggap bekalan yang lebih stabil. Di Sarawak pula sudah jauh ke hadapan dengan tenaga hidronya yang menyumbang kira-kira 60% kepada penjanaan kuasa di wilayah tersebut. Tetapi Sabah pula, kita masih terperangkap dalam modal lama, diesel yang mahal dan tidak stabil. Tuan Yang di-Pertua, di Moyog dan banyak kawasan luar bandar di Sabah, bekalan elektrik masih tidak stabil. Gangguan masih berlaku. Kawasan pedalaman masih ketinggalan. Ini bukan isu teknikal semata-mata. Ini adalah isu keadilan pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, kita amat gembira bahawa Kerajaan Sabah mempunyai Pelan Pembekalan Elektrik Jangka Panjang atau Sabah Energy Roadmap dan Master Plan 2040, seperti yang dinyatakan oleh Tuan Yang Terutama kita. Sabah Energy Roadmap dan Master Plan 2040 menetapkan sasaran tenaga yang diperbaharui atau renewable energy yang jelas. Saya akui hala tuju ini tepat dan betul. Tetapi masalah Sabah hari ini bukan lagi pelan. Masalah Sabah adalah perlaksanaan. Hari ini kita bercakap tentang solar, hidro, biomass. Tetapi di lapangan masih ada kampung bergantung kepada generator diesel. Masih ada rakyat menunggu perubahan.

Inilah jurang Sabah, jurang antara dasar dan realiti.

Lebih

membimbangkan, walaupun kita mahu tenaga hijau, grid kita masih lemah. Ini satu realiti. Apa guna kita jana tenaga, kalau kita tidak boleh menyalurkannya dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita serius, kita mesti bertindak dengan berani. Saya kemukakan beberapa cadangan, cadangan utama. Pertama, mini dan mikro hidro. Gunakan sungai di kawasan berbukit, seperti kawasan saya sendiri, Moyog. Kawasan Ranau, Tambunan, kawasan-kawasan yang sepertinya. Dengan mini dan mikro hidro, kita tidak perlu tunggu empangan besar. Pembinaannya cepat, kos lebih rendah, sesuai untuk luar bandar.

Kedua, revolusi solar Sabah. Sabah ada kelebihan cahaya matahari sepanjang tahun. Dan buat masa ini kita mulai rasa habanya. Cadangan, solar untuk setiap kampung, insentif rooftop solar, pembiayaan melalui GLC sebagai usaha CSR masing-masing. Jika ini dapat dilaksanakan, saya percaya setiap kampung boleh jana kuasa atau jana tenaga sendiri.

Ketiga, membentuk sistem hybrid dan grid pintar. Gabungkan diesel, gabung dengan solar, dengan bateri. Perkukuh…

…bukan sistem pengagihan. Keempat, gas sebagai peralihan, kurangkan diesel. Gunakan gas Sabah sendiri sebagai sumber lebih stabil sementara kita beralih ke tenaga hijau. Kelima, biomass dari industri sawit. Jadikan sisa sawit sebagai sumber tenaga. Ini juga membuka peluang ekonomi luar bandar. Dan keenam, disiplin pelaksanaan Tuan Speaker. Kita sudah ada pelan, sekarang kita perlukan tindakan. Sasaran jelas, kebergantungan kepada diesel dikurangkan kepada kurang daripada 20% dalam masa 10 tahun. Itu sasaran yang jelas. Satu lagi, kebergantungan kepada tenaga boleh diperbaharui atau renewable energy dipertingkatkan lebih 50% berbanding sekarang untuk masa yang tertentu. Tuan Yang Dipertua, kita menyambut baik apa-apa bantuan daripada Kerajaan

Persekutuan, tetapi Sabah tidak boleh hanya menunggu. Kita mesti memimpin perubahan ini sendiri. Tuan Yang Dipertua, tenaga bukan sekadar elektrik, tenaga adalah cahaya di rumah rakyat, nafas kepada ekonomi, harapan masa depan Sabah. Jika kita gagal bertindak sekarang, kita akan terus ketinggalan. Sudah tiba masanya Sabah beralih daripada bergantung kepada diesel, kepada masa depan tenaga yang bersih, stabil dan berdaulat. Dan yang paling penting, kita mesti beralih daripada planning mode kepada delivery mode kerana hari ini bukan siapa ada pelan terbaik yang menang, tetapi siapa yang paling cepat untuk melaksanakannya. Dalam kesempatan ini juga, Tuan Yang Dipertua, saya ingin membawa satu perkara yang melibatkan kawasan saya, Moyog.

Tuan Yang Dipertua, Moyog kini berdepan kemarau berpanjangan dan yang paling terkesan ialah kampung-kampung tanah tinggi yang bergantung kepada sistem air graviti. Usaha kecemasan seperti penghantaran tanker air dan air mineral sedang dilaksanakan bersama Majlis Perbandaran Penampang, bersama dengan Pusat Khidmat Parlimen Penampang dan Pusat Khidmat ADUN Moyog. Namun, Tuan Yang Dipertua, ini bukan penyelesaian. Ini hanya bertahan sementara. Yang paling menyentuh hati, kampung-kampung yang paling terjejas adalah yang paling hampir dengan Empangan Babagon seperti Kampung Kipouvo, Kampung Madsiang, Kampung Timpoluon, Kampung Tampasak, Kampung Babagon sendiri, Kampung Timpangoh-Babagon, Kampung Notorus, Kampung Kuala Pangi, Kampung Kibunut, Kampung Rugading, Kampung Moyog, Kampung Mongkosila dan lain-lain lagi. Rakyat tinggal di sebelah empangan, tetapi tidak dapat menikmati airnya. Mengapa? Kerana air yang dirawat di Kasigui, iaitu di kawasan tanah rendah, tidak mampu naik ke tanah tinggi tanpa tekanan mencukupi, tanpa pam berfungsi, tanpa tangki simpanan yang mencukupi. Apabila satu sistem itu gagal, air mengalir balik ke kawasan rendah dan kampung di atas terus kering.

Tuan Yang Dipertua, penyelesaian sebenarnya sudah ada. Loji rawatan air di Kampung Moyog dengan kos RM40 juta dan projek ini telah diluluskan sebenarnya, namun tergendala kerana konsultan asal menarik diri dan konsultan baru pula mengesahkan kos RM40 juta itu tidak lagi mencukupi. Ini menyebabkan keperluan

kelulusan semula dan kelewatan. Dan inilah masalah yang lebih besar, yang symptomatic, yang endemic di Sabah. Inilah contoh kenapa banyak projek yang sudah diluluskan akhirnya tidak pernah bermula. Proses menjadi panjang, keputusan menjadi lambat, dan akhirnya rakyat yang menunggu. Keadaan ini mengecewakan dan membangkitkan kemarahan rakyat. You cannot blame them, Tuan Yang Dipertua. Lebih membimbangkan, yang menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap keupayaan Kerajaan untuk menyampaikan apa yang telah dijanjikan dan apa yang telah diluluskan.

Tuan Yang Dipertua, ini bukan sekadar isu teknikal sekali lagi, bukan isu teknikal, ini soal maruah dan kepercayaan rakyat. Bagaimanakah kita jelas memperjelaskan kepada mereka yang tinggal di tepi empangan tetapi masih menunggu lori untuk keperluan harian, keperluan asas rumah mereka. Saya menyeru agar kelulusan semula dipercepatkan dan projek ini diberi keutamaan segera. Rakyat tidak meminta yang lebih-lebih. Mereka hanya meminta air mengalir di rumah mereka sendiri dan Tuan Speaker, ini adalah tanggungjawab kita. Ini adalah tanggungjawab Kerajaan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Moyog. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Aru untuk berucap 15 minit.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Selepas ini saya minta Nabawan untuk bersedia.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ya. Terima kasih Datuk Speaker untuk memberikan saya…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Teruskan.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

…peluang untuk ambil bahagian dalam sesi pembahasan pada kali ini. Datuk Speaker, saya akan mulailah dengan kawasan saya sendiri. Pantai Tanjung Aru merupakan antara destinasi pelancongan utama di Sabah yang menjadi tumpuan pelancongan tempatan dan antarabangsa. Justeru, imej dan kebersihan kawasan ini perlu dipelihara dengan sebaiknya agar terus kekal sebagai lokasi yang selesa, bersih dan selamat untuk dikunjungi khususnya pada hujung minggu dan juga touristlah. Namun begitu, terdapat aduan daripada pengunjung pantai Tanjung Aru berkenaan dengan masalah aliran air kotor ke laut dan ini sangat mengganggu keindahan pantai Tanjung Aru. Dan untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, kita sedia maklum bahawa isu ini melibat beberapa jabatan dan agensi Kerajaan. Justeru itu, ia memerlukan tindakan bersama yang lebih tersusun dan menyeluruh. Di sini saya ingin menuntut satu cadangan penyelesaian yang holistik, bersepadu dan berkesan oleh pihak Kerajaan bagi menangani isu aliran air kotor ini ataupun limpahan pembentungan yang mengalir ke pantai Tanjung Aru. Dan ini bukan satu isu yang barulah, Datuk Speaker. From time to time you will see ini air kotorlah, will be discharging from the beachlah. Jadi ini saya minta ini agensi atau jabatan yang berkaitan untuk bekerjasama untuk selesaikan masalah ini. Jadi pihak, jadi seperti saya bagitahu, saya sebut tadi kawasan Tanjung Aru ini merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di KK. Jadi peningkatan jumlah pengunjung terutamanya pada hujung minggu ini, musim cuti dan perayaan ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius. Dan keadaan ini bukan sahaja mengganggu keselesaan pengunjung, malangnya memberi kesan kepada penduduk-penduduk setempat dan dari segi masa perjalanan, keselamatan dan juga akses kecemasan. Jadi sehubungan itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan agar pihak Kerajaan pertimbangkan seperti pelaksanaan pelan pengurusan trafik yang lebih sistematik termasuk laluan sehala dan zon parking khas. Kedua, menyediakan kawasan parking bertingkat atau parking berpusat. Ketiga, penambahbaikan sistem pengurusan pengangkutan awam ke kawasan pantai Tanjung Aru bagi mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian. Jadi langkah-langkah ini penting untuk memastikanlah pantai Tanjung Aru ini kekal sebagai destinasi pelancongan yang tersusun dan mesra pengunjung.

Datuk Speaker, saya ingin menarik juga perhatian berkenaan kelulusan peruntukan sebanyak RM300 ribu yang saya diberitahu oleh Jabatan Perdana Menteri kalau saya tak silap, bagi kerja-kerja pembaikan jambatan di Kampung Selamat Pulau Gaya. Okey?

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Untuk makluman Datuk Speaker dan Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, saya ingin tekankan di sini bahawa jabatan tersebut telahpun siap dibaiki lebih awal melalui inisiatif Pejabat ADUN Tanjung Aru dan hasil kerjasama gotong-royong penduduk kampung serta sumbangan dana sendiri. Jadi, justeru itu saya ingin mencadangkan agar peruntukan yang telah diluluskan tersebut supaya dipindah ke projek lain yang lebih mendesak seperti jambatan-jambatan atau titian uzur di beberapa kawasan lain di Pulau Gaya seperti jeti Pulau Gaya atau Jeti Lobong ini memang sudah cukup rosak dan tidak selamat lagi digunakan.

Dan satu lagi saya dapat makluman baru-baru ini, jambatan Kampung Tanjung Aru Lama ini, yang konkrit itu, yang lama itu, dia punya stand di support dia, stand itu memang sudah rosak dan merosot sudah. Jadi dia memang tidak selamat lagi, tak lama lagi mungkin jambatan konkrit ini mungkin akan runtuh, jadi saya minta sebelum ini berlaku, Kerajaan boleh ambil tindakan, satu tindakan yang segeralah untuk selesaikan masalah dan peruntukan ini mungkin adalah satu peruntukan yang sesuai untuk digunakan untuk selamatkan jambatan-jambatan tersebut. Dan di sini saya, isu seterusnya adalah berkaitan dengan perkara tadi, iaitu jambatan dan titian di Pulau Gaya, saya ingin menegaskan keperluan mendesak untuk membina sebuah jeti khas penumpang yang lebih tersusun, selamat dan berkualiti di Pulau Gaya. Kemudahan jeti ini yang baik bukan sahaja memudahkan urusan aktiviti harian penduduk, malah meningkatkan tahap keselamatan terutamanya bagi kanak-kanak dan warga emas seterusnya membantu merangsang dan merancakkan aktiviti

ekonomi dan pelancongan komuniti setempat. Ini adalah salah satu pelaburan jangka panjang yang boleh memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat. Jadi, untuk pengetahuan Datuk Speaker dan Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, di Pulau Gaya ini, dianggarkan terdapat 4558 penduduk yang memiliki kad pengenalan khas, sah. Okey, kad pengenalan asal. Iaitu sekitar 21.6% daripada jumlah keseluruhan penduduk di kawasan DUN Tanjung Aru.

Dan di sini saya ingin cadangkan Datuk Speaker untuk Jeti DBKK yang baru-baru diumum dilancarkan untuk digunakan sebagai jeti orang awam. Sebab itu yang saya bangkit di sini, sebab kalau kita sedia maklum bahawa jeti untuk penumpang-penumpang khasnya penduduk-penduduk Pulau Gaya atau pergi pulau itu, naik daripada Pulau Gaya itu mahupun warga emas atau murid-murid, dia naik daripada, itu kemudahan dia memang cukup daif dan membahayakan nyawa mereka di belakang supermarket KK itu. Ya, jadi itu memang membahayakan dan saya cadangkan Jeti DBKK untuk digunakan oleh orang awam, untuk orang awam dan juga termasuklah agensi-agensi event kecemasan dan agensi Kerajaan lah, mahupun merentin kah semua itu.

Dengan izin, Datuk Speaker. I don’t understand why in within proximity of maybe walking distance about five to ten minutes, ada 2 jeti pelancongan. One DBKK Jetty now tidak guna itu jeti sebagai untuk orang awam itulah saya cadangkan ia digunakan sebagai jeti untuk tourism operators. Dan kita sedia maklum bahawa memang sudah ada jeti untuk pelancongan iaitu dulu di jeti Jesselton dan sekarang sudah dipindah ke satu jeti yang baru, di in-charge kalau saya tak silap, Suria Capital, dan di bawah kawalan Kementerian Tourism. So I don’t understand why is it within the proximity of five to ten minutes walking distance. There are two jetty doing tourism. It should be under Kementerian Tourism, so we should serahkan all these activities of tourism to be monitored or to be controlled by Kementerian Tourism instead of having DBKK also running another tourism jetty having different operators. And this is very weird and this has caused operators from two different jetty to fight against tourists to go there, to become their customers in different jetties and that has caused very unpleasant situation where you have i think i’m not sure

whether Datuk Speaker have seen it, videos of our tourism operator’s totting activities.

Meaning they fight for customers until ini MAA wrestler di jalan raya itu sampai mereka ditangkap di tengah-tengah amat menjatuhkan imej kita sebagai satu City of Tourism.

Jadi I want hear Datuk Speaker for Kementerian Pelancongan to make a stand. What is their stand? Is it real that there should be two jetties tourism operating in Kota Kinabalu. One very small area with two different what they call jetty working over there.

Jadi ini saya mahu minta penjelasan daripada Kementerian Pendidikan.

Dan kalau bagi pandangan saya, saya rasa DBKK itu kerja tanggungjawab DBKK itu adalah berjagalah warga-warga yang dalam Bandar Kota Kinabalu, bukan buat bisnes, bukan buat itu bisnes tourismlah. I do not think they should be involved in business activities that involving tourism. Jadi di sini saya mahu bertanya kepada Kerajaan, this jetty DBKK was built by public fund or operators because i was told that this was actually built by government fund. So, if government fund meaning to say it’s the public fund that’s being built with infrastructure that should be use for orang awam or public usage.

But if it’s not, it means there is a clear or quite visible chaos here when we use public fund to build infrastructure for normal private operator to operate using our infrastructures. So here i hereby, stress again, saya menegaskan lagi bahawa jeti DBKK itu harusnya diguna pakai oleh orang awam. Okey Datuk Speaker, terima kasih.

Okey the other one it would be the parking issue in Pekan Tanjung Aru, we don’t have enough parking and i’m asking if we go to Pekan Tanjung Aru you know there are few parking that is reserved for taxi, in the pekan. And there are four or five of them. But now we also know there are not many taxi operating anymore, so we ask for DBKK to look into the possibility of many making just one parking slot for taxi for the users especially Sundays for the church goers. Not to get saman over there. Okey, Datuk Speaker, disini untuk kawasan saya juga, satu isu saya ingin bangkitkan isu kekurangan infrastruktur sekolah agama di kawasan DUN Tanjung Aru. Saya selalu menerima aduan berkaitan seperti keadaan bangunan yang uzur, kekurangan bilik darjah, kemudahan asas yang tidak mencukupi. Sekolah agama main peranan

penting dalam membentuk sahsiah dan pendidikan moral generasi muda. Oleh itu, saya berharap pihak Kerajaan dapat menyalurkan peruntukan khas bagi menaik taraf kemudahan, menyediakan pelan pembangunan jangka panjang untuk sekolah-sekolah agama, dan memberi juga perhatian yang seimbang antara pendidikan akademik dan pendidikan agama.

Ya Datuk Speaker, saya berdiri pada hari ini untuk menegaskanlah satu hakikat yang semakin jelas kepada rakyat Sabah, bahawa tekanan kos sara hidup ini yang mereka hadapi bukan sahaja berpunca daripada faktor global tetapi juga hakikat kegagalan struktur, kelemahan tadbir urus dan juga ketiadaan tindakan tegas di peringkat Negeri Sabah. Kenaikan tarif elektrik sebanyak 15% oleh Sabah Elektricity Sdn Bhd telah diluluskan dan dikuatkuasakan ketika rakyat masih berdepan gangguan bekalan yang kerap. Dan Datuk Speaker, ini menimbulkan persoalan asas seperti berikut.

Kenapa rakyat dipaksa untuk membayar lebih kepada sistem tidak stabil yang tidak boleh diharap? Adakah Kerajaan mempunyai keyakinan serta keberanian untuk memperkenalkan kerangka akauntabiliti berasaskan prestasi di mana sebarang kenaikan tarif hanya dilaksanakan selepas peningkatan kebolehpercayaan yang boleh diukur?. Yang lebih penting, adakah pihak Kerajaan telah membuat penilaian impak menyeluruh terhadap kesan kenaikan ini kepada harga makanan, pengurusan kecil dan sederhana, dan juga belanjawan isi rumah. Jika ada, mohonlah dedahkan kepada umum kerana rakyat ini berhak untuk tahu. Kita cuba buat perbandingan yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak. Ketika Sabah meningkatkan tarif elektrik sebanyak 15%, walaupun berdepan gangguan bekalan yang berterusan, Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Energy …

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

… pula mengambil pendekatan yang bertentangan, iaitu memberikan diskaun sebanyak 25% bil elektrik kepada lebih 700 ribu pengguna domestik bagi meringankan beban kos sara hidup rakyatnya. Ini

bukan sekadar berbeza dasar tetapi juga berbeza keutamaan falsafah pentadbiran, iaitu Kerajaan Sabah membebankan rakyat tanpa jaminan peningkatan perkhidmatan. Manakala, Kerajaan Sarawak melindungi rakyat memastikan manfaat ekonomi dikongsi bersama.

Dan tadi Yang Amat Berhormat ada bagi tahu, tadi pagi daripada jawapan Yang Amat Berhormat bahawa dia akan pantaulah kesan, impak kenaikan 15% itu dan sebenarnya saya pun ada bantu pantau sedikit lah Datuk Speaker. Saya ada berapa complaint dengan apa ini? Bil resit yang saya menerima dan kalau ada keperluan saya boleh serahkan kepada Datuk Speaker jugalah.Untuk satu pharmacy yang komersial, pharmacy meaning to say dia punya itu usage of electricity is quite stablelah. Every morning they open, every night they close lah so it's very stable. Februari, Mac, dia punya bil itu tidak melebihi RM800.00, it's about RM785.00, RM780.00, that area lah.

So, selepas kenaikan 15% electricity by April, they received a bill of RM1,031.00, which is 31% increment. 31%. It's not 15%. Ini adalah 31% increment kenaikan dari segi taraf bekalan elektrik ini.

One house in Penampang, specifically one house in Penampang, there are many bills lah ah but I just put this one house, before increment of 15% dia punya bil biasanya RM200.00-RM211.00, RM220.00 macam itulah. So, 11 April dia menerima satu bil baharu selepas kenaikan itu 15% tariff bekalan elektrik. Bil dia dapat RM363.00. Ertinya, adalah 41% increment in a bill.

So, di sini saya minta lah Kerajaan terutamanya Yang Amat Berhormatlah yang ingin memantau impact kesannya dia dan juga SESB untuk come clean dan juga rectify this issue. Because when they umum, secara umumlah adalah 15% increment. But when it comes to the actual fact, ground on the actual bill, be it commercial..

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, Itu mungkin technical problem.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okey, thank you.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

You can file it to the complaint SESB.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

There are quite many files. I'm going to file the complaint but using asking the consumer themselves to file lah because I cannot file for them right. But saya ingin bawa apa ini? Maklumat kepada Dewan yang mulia ini dan Datuk Speaker supaya Kerajaan boleh ambil perhatian

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

dan juga rectify issue ini.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Teruskan. Sila gulung sudah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Satu isu lagi yang saya rasa penting, ini ialah untuk Kementerian Pertanian, itu adalah Department Fishery. Because tiba-tiba ni kita punya business of community, khasnya yang buat jualanlah. Jualan ikan.

Aquariumlah, doing aquarium business. Okey, they suddenly receive notice from Jabatan apa ini? Perikanan. Bahawa fish koi ini telah dibanned secara tiba-tiba itu, tanpa ada dialog dengan business communities.

So not only that they banned, because saya try to find out a little bit about the, why Kementerian tiba-tiba ada mahu buat banned ini fish koi.

Itu, you know?

Fish koi.

So I will try to find out why. Then of course saya nampak sedikit makluman daripada ini social media.

Saya rasa itu pun tidak boleh diharapkan. Jadi saya mintalah Kerajaan pada hari ini untuk bagi satu jawapan yang tepat. Kenapa ikan-ikan ini semua dibanned secara tiba-tiba, without dialogue dan sebagainya. That it's not only koi fish, Datuk Speaker. It's also the gold fish. Termasuk gold fish pun dibanned dan saya rasa ini adalah satu decision yang very (kurang jelas) and not very what we call ah? Becoming. Not very becoming. Why? Because you must understand the people who are doing this business aquarium. They are quite couple

of hundred of this business community who are doing this aquarium business in Sabah.

And then they may have already ordered certain koi fish or maybe gold fish that expensive. They have already made the payment and they are in quarantine requirement in the other countries or coming to our countries and they are in the process of coming and payment already made and now they are unable to get in, you know? So who is gonna pay for this losses? For our business communities. Tiba-tiba ini berlaku macam itu tidak dilaksanakan.

Dan juga, how we must understand for this industry ikan ini? Koi fish and the gold fish are their main source income. Their main source of income for aquarium business is this fishes. So, if you banned semua ini fishes without any further dialogue or action plan to follow through. What is the message? The message is to close down itu businesslah? Jangan buat lagi ini fishery aquarium punya business or atau what is the…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Okey. Teruskan. Gulung.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okey. Datuk Speaker, I ask for if it's because of the disease because I heard. I heard. This one I heard. I'm not very sure but wait for them for the answers from the Kementerian Pertanian. If there is disease from koi fish. Koi fish. If there was lah. Because this koi fish I believe lived in Sabah for more than us. Maybe hundred years. I don't know. So, if there was really a disease or people release this koi fish to the river which I find it very..

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, minta dialog sama Kementerianlah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Minta dia orang (tidak jelas)

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Don't want to prolonged this into a dialogue. Your question has been quite clear already.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okey. Thank you. So the next issue is Datuk Speaker, the PKS Sabah ini kini berdepan tekanan berganda. Kos logistik, tarif electricity, SST dan pelaksanaan invoice. Adakah kerajaan Sabah akan pertahankan kepentingan PKS Sabah ini dengan berdesak ambang?

e-invoice dinaikkan kepada 2 juta, memperjuangkan pengecualian SST ke atas sewaan komersial dan juga menggalakkan penutupan perniagaan akibat cost operation yang semakin meningkat. Jika PKS runtuh, ekonomi Sabah ini akan lumpuh dari bawah. Jadi tadi pagi lagi Yang Amat Berhormat ada sentuh juga Kerajaan Sabah ini akan melihat dengan teliti apa yang boleh Kerajaan Sabah lakukan untuk membantu lah PKS dan juga rakyat Sabah ini.

Dan dia minta cadangan, kalau adalah, jadi saya beri beberapa cadangan secara ringkas saja. Sebenarnya ada banyak tu Kerajaan Sabah boleh buat seperti ini sebelum lagi saya bagi cadangan tu saya ingin ucap tahniah kepada ini Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Perindustrian.

Sebab finally, ada satu Menteri yang compassion, dia memahami dengan keadaan player-player, this scrap metal tu. Sebab dia, saya nampak ada satu surat daripada Kementerian beliau, bahawa itu scrap metal export tax, for this, for many years we have been debating this, from 10% it has finally been reduced and reviewed and decided at 5%. So dia sedikit sebanyak membantulah, meringankan ini cost operation untuk industri scrap matters, operators dia.

Dan di sini saya cadangkan bahawa, dan juga satu dasar yang saya sentiasa membahas untuk review adalah the fishery export tax. The fishery export tax especially on aquaculture farm and downstream. Downstream punya itu, kilang itu, mintalah Kerajaan review untuk kasi suspend sementarakah, temporarily kah atau reduced the temperature.

Not those sea catch but the aquaculture farm and also the downstream. Okey, Datuk Speaker. And then there are many other policies yang Kerajaan boleh dilakukan. Seperti, ini kenaikan trading licence, mahupun di Penampang, mahupun di KK. Hotel licence yang memang baru-baru dilaksanakan last year.

Advertisement fee, dan eksport dan sebagainya. Jadi saya rasa ada banyak kerajaan Sabah boleh lakukan untuk membantulah meringankan ini kos operation untuk PKS di Sabah ini. Jadi saya harap kerajaan boleh ambil perhatian dan look into it lah. Jadi Datuk Speaker, ini ketegangan geopolitik termasuk potensi gangguan di Selat Hormuz memberi kesan langsung kepada harga bahan api dan kos import. Jadi soalan saya, adakah Pelan Keselamatan Tenaga Sabah ini, seperti oil refinery yang dicadangkan oleh YB Senallang, di mana kita mungkin boleh bangunkan industri untuk mengeluarkan tong gas sendiri dan sebagainya. So, apa plan dia? Apakah jaminan bahawa bekalan bahan api ini tidak akan terganggu di peringkat runcit? Sabah tidak boleh hanya bertindak selepas krisis berlaku. Kita mesti bersedia juga sebelum ia melanda. Jadi, Datuk Speaker, saya gulung. Saya percaya bahawa dengan adanya perancangan yang teliti, holistik dan memberi keutamaan kepada keperluan rakyat, semua isu ini dapat ditangani dengan baik.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Baik.

Jadi ada, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pemimpin untuk memastikan tiada rakyat tercicir tanpa mengira lokasi sama ada di bandar mahupun di kawasan pedalaman dan pulau. Sekian, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Aru. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Nabawan. Selepas ini, saya minta Sulabayan untuk bersedia.

Terima kasih Tuan Speaker.

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirahmahkan kepada kudrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya kita semua dapat berkumpul dalam Dewan yang mulia ini, bukan sekadar untuk bersidang tetapi untuk menyatukan fikiran, menyuburkan idea dan memperkukuhkan tekad dalam memikul amanah besar sebagai wakil rakyat. Izinkan saya terlebih dahulu untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Haji Aman. Satu ucapan yang bukan saja menggariskan hala tuju, tetapi turut menyuntik semangat dan juga keyakinan kepada kita untuk semua untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih dan berintegriti.

Tuan Speaker, jika kita benar-benar mendengar denyut nadi rakyat di luar Dewan ini, kita akan sedar bahawa masih ada perkara asas yang perlu kita beri perhatian segera, bukan esok, bukan lusa, tetapi hari ini. Oleh itu, menjadi keutamaan saya untuk mengupas isu-isu tempatan sebelum mengupas isu-isu lain. Pertama, isu pemilikan tanah. Berulang kali saya telah suarakan dalam Dewan yang mulia ini. Dan sebelum itu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah yang sudi berkunjung ke Nabawan untuk mengadakan sesi dialog bersama masyarakat di sana mengenai isu tanah skim Nabawan tempoh hari. Sebenarnya, masih ramai rakyat, khususnya di kawasan seperti tempat saya di Nabawan ini yang telah berpuluh-puluhan tahun membuka tanah, mengusahakan kebun dan membina kediaman. Namun sehingga hari ini, masih belum memiliki geran yang sah. Ini mengakibatkan mereka dan juga menghalang mereka ini untuk menerima pemberian bantuan atau subsidi-subsidi pertanian daripada kerajaan dan juga, ada juga yang sudah dihentikan. Mereka hidup dalam ketidakpastian, takut disingkirkan, risau masa depan anak-anak. Persoalannya, sampai bila kita mahu membiarkan mereka ini menunggu, saya menyuruh sekali lagi agar proses pengukuran pengesahan dan pemberian geran dipercepatkan secara tuntas dan

berkeadilan. Tidak dinafikan, ada juga yang telah menerima geran tetapi masih kurang memberangsangkan kerana masih banyak lagi yang belum menerima geran tanah mereka ataupun tawaran-tawaran tanah kepada mereka.

Kedua, isu sistem saliran perparitan sungai dan juga runtuhan tanah. Setiap kali musim tengkujuh tiba, ada kampung yang kembali tenggelam, jalan terputus dan kehidupan rakyat lumpuh, sungai-sungai yang cetek dan parit yang tidak diselenggara menjadi punca utama. Ini bukan isu baru, ini isu berulang. Saya memohon agar kerja-kerja pendalaman, pembersihan dan pelurusan sungai serta naik taraf sistem perparitan dilaksanakan secara menyeluruh dan berjadual bukan bermusim.

Begitu juga dengan laluan atau jalan-jalan berhubungan yang terputus akibat runtuhan atau hakisan yang perlu segera dibaiki dan diselenggara oleh pihak berwajib, khususnya syarikat-syarikat konsesi jalan yang telah dipertanggungjawabkan. Dan ketiga, mengenai kemudahan asas luar bandar. Pada saya sudah menjadi kebiasaan untuk menyentuh perkara ini, kerana kawasan saya di bahagian pedalaman masih memerlukan sokongan dan bantuan yang berterusan daripada Kerajaan.

Tiga perkara utama, jalan raya, bekalan air bersih, dan elektrik. Untuk jalan raya, masih banyak jalan-jalan perhubungan yang perlu dinaik taraf di Daerah Nabawan, khususnya jalan-jalan pertanian dan jalan bekas balak yang telah menjadi laluan utama masyarakat Nabawan. Persoalan saya sekali lagi, bilakah jalan-jalan tersebut akan mulai dinaik taraf? Dan apakah status terkini mengenai pewartaan jalan-jalan yang terkandung dalam hutan simpan di Nabawan?

Tuan Speaker, mengenai isu bekalan air bersih dan elektrik, saya menyeru agar usaha mempergiat dan memperluaskan pelaksanaan projek-projek bekalan alternatif dipercepatkan ke seluruh pelusuk negeri kita. Inisiatif ini amat penting bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada arus pembangunan. Persoalan saya kepada pihak kerajaan. Adakah terdapat perancangan khusus untuk membangunkan sistem tenaga solar di kawasan-kawasan terpencil sebagai sumber bekalan elektrik

yang mampan? Begitu juga dengan bekalan alternatif air bersih. Perbanyakanlah projek-projek pembangunan seperti bekalan air bersih melalui sistem graviti dan juga telaga tiub.

Perkara keempat yang ingin saya bangkitkan adalah, ataupun yang keenam yang ingin saya bangkitkan, adalah mengenai keterjaminan makanan melalui aktiviti pertanian. Apa yang menjadi perhatian saya ialah keperluan untuk memberi keutamaan kepada sektor tanaman padi serta pembangunan tanaman hiliran. Kita tidak boleh lagi terus bergantung kepada hasil mentah-mentah. Sudah. Semata-mata. Sudah tiba masanya kita memperkasakan rantaian nilai pertanian melalui program tanaman hiliran, begitu juga dengan tanaman padi, ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kita terhadap sumber makanan import, sedangkan kita sendiri boleh menghasilkan lebih banyak. Dan persoalan saya juga, adakah Kerajaan sedia untuk memberi suntikan dan sokongan kepada agensi-agensi Kerajaan yang berada dalam bidang pertanian untuk melaksanakan dan memperkasakan program-program pertanian untuk meningkatkan hasil pertanian sekali gus memberi nilai tambah kepada petani-petani kita di Negeri Sabah ini.

Selain itu, saya juga berpandangan adalah lebih baik pihak Kerajaan membuat usaha sama dengan GLC-GLC ataupun syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan untuk projek-projek pertanian supaya lebih terkawal berbanding dengan pihak swasta. Tuan Speaker, perkara keenam, pembangunan modal insan dan keusahawanan. Di kawasan pedalaman yang masih berdepan dengan cabaran ketara terutama dari segi akses kepada pendidikan berkualiti, latihan kemahiran dan pendedahan digital. Jurang antara bandar dan luar bandar menyebabkan ramai belia tidak berpeluang untuk menguasai kemahiran TVET atau teknologi semasa, sekali gus mewujudkan ketidakpastian antara kelayakan dan keperluan industri. Akibatnya ramai yang terperangkap dalam pekerjaan berpendapatan rendah atau berhijrah ke bandar-bandar. Meninggalkan kampung menyebabkan kekurangan tenaga muda yang produktif untuk memacu pembangunan setempat.

Dan dalam masa yang sama, potensi keusahawanan tempatan belum berkembang optimum akibat kekangan modal, kurang bimbingan dan kelemahan infrastruktur digital. Potensi hasil tempatan juga tidak dimaksimumkan kerana kurang aktiviti hiliran. Oleh itu, usaha menyeluruh perlu diperkasa bagi meningkatkan kemahiran, memperluaskan sokongan keusahawanan dan mengangkat ekonomi tempatan ke tahap lebih mampan.

Tuan Speaker, saya sebenarnya bercadang untuk menyentuh sedikit mengenai isu nasional dan global. Tetapi, rakan-rakan banyak yang telah mengutarakan perkara ini. Antaranya adalah kos sara hidup yang telah diperjelaskan, kesan kenaikan harga barangan yang perlu telah diutarakan. Tapi persoalan saya, adakah langkah-langkah segera yang lain sedang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani perkara ini? Tuan Speaker, saya secara tuntas, saya telah mengetengahkan isu-isu tempatan yang menjadi keutamaan kita bersama, khususnya isu pemilikan tanah, isu kemudahan asas luar bandar, pembangunan modal insan, dan juga keusahawanan. Dan aspek-aspek tersebut adalah denyut nadi rakyat yang perlu kita terima.

… dan usahakan dengan sebaik untuk kesejahteraan rakyat. Tuan Speaker, saya tidak berniat untuk berucap lebih panjang. Sebelum mengakhiri ucapan, saya titipkan rangkap pantun. Padi menguning di sawah padi, Tiada musim sudah menjelma; Tadau Kaamatan kini menanti, Disambut meriah penuh ceria.

Burung Kedidi terbang ke paya, Hinggap sebentar di Pohon Sena; Sekian saja hujah saya,

Harap semua dapat diterima.

Dan pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja, Selamat Hari Raya Aidiladha, Kansayan Anggapau, Ra’arau Kaamatan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Nabawan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sulabayan. 15 minit. Datuk Dr.

Panjang, panjang sangat. Saya kena berundur jauh ni. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang pada saya untuk bersama-sama berbahas terhadap Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Dr. Musa bin Haji Aman Yang di-pertua Negeri Sabah bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-17.

Saya telah menghayati Ucapan Dasar Kerajaan ini merangkumi semua aspek tentang keperluan pembangunan Negeri Sabah dan juga melibatkan perbelanjaan yang agak begitu baik. Kalau kita fikirkan daripada Sabah saja, RM6 bilion, Persekutuan pun lebih kurang RM6 bilion, semuanya RM12 bilion untuk tahun 2026 ini dan setelah saya melihat dasar-dasar yang perkara-perkara yang disentuh ini merangkumi masalah di Sabah, prasarana, air, jalan raya serta keperluan-keperluan yang lain dan hari ini saya tidak perlu kupas ucapan dasar hari ini. Saya lebih suka menyentuh tentang di kawasan saya.

Untuk makluman Tuan Speaker dan rakan-rakan Dewan Undangan Negeri di Dewan ini, Sulabayan ini merupakan satu kawasan yang terletak di semua kepulauan, pulau, tak perlu jalan raya, Menteri Kerja Raya ada sini tapi perlu jambatan. Perlu jambatan dan juga rumah-rumah di perkampungan atas air, terutama yang sering berlaku kebakaran. Jambatan ini sangat penting, lebih-lebih lagi kawasan Sulabayan ini berada di kawasan tumpuan pelancongan, tumpuan pelancongan dan antara isu di situ itu ialah pelancong datang dalam usaha kita menarik pelancong tahun 2026 ini seramai 4 juta. Itu target dalam ucapan dasar Kerajaan ini.

Persoalan dia, adakah empat juta ini kita boleh capai?

Pelancong datang.

Saya rasa kita boleh capai, bahkan lebih daripada itu kita boleh capai dengan syarat prasarana di sana itu baik. Seperti yang berlaku baru-baru ini, banyak isu tentang Semporna ini, terutama di kawasan saya, pusat pelancongan.

Mengenai sampah, mengenai jeti, mengenai keselamatan. Baru-baru ini kita dikejutkan bila Kementerian Pelancongan sendiri turun membuat pemutihan ataupun operasi bersepadu, dah dapat lebih 140 resort di kawasan itu.

Saya ingat 80% tidak berlesen, tidak terdaftar.

Hampir tujuh tahun perkara ini berlaku, makna dia, tujuh tahun ini kita sudah berbelanja sekian banyak.

Pelancong pun anggaran saya waktu itu, waktu peak time, di Semporna saja, 3,000 pelancong daripada China datang ke Semporna, tiap-tiap hari, bukan bulan.

Dari perkara ini, saya akan rujuk nanti maklumat-maklumat yang terkini, cuma ada apa perkara mengenai keperluan di tempat saya, iaitu jeti. Selain daripada rungutan, jeti pelancongan kita, kita tidak ada jeti pelancongan di Semporna ini. Dulu saya minta banyak kali saya suarakan pasal jeti ni dan hari ini masih juga belum dapat ditunaikan. Perlu ada satu jeti yang proper sebab jeti-jeti yang sekarang ini dikendalikan oleh masyarakat setempat.

Tidak bertaraf seperti Semporna ini pelancongan antarabangsa tapi kemudahan belum sampai ke taraf antarabangsa. Cuma cerita antarabangsa.

Cuma saya ingin menyentuh di tempat saya sendiri, di Semporna. Kawasan saya DUN Sulabayan ada 12 pulau. Perkampungan lebih 60 perkampungan, tiap-tiap hari mereka ini datang ke pekan apa ini, membeli keperluan harian. Isu yang berlaku ini, sebuah jeti di Daerah Semporna untuk masyarakat di pulau datang dan baru ini saya dimaklumkan, kawasan itu akan dirobohkan dan akan dibangunkan hotel, saya ingat lima bintang, 30 tingkat di situ itu dan peringkat awal, saya tahu tempat ini di bawah kuasa majlis daerah dan di situ ada dinamakan Jeti Daerah Semporna dan jeti itulah tempat kawasan saya daripada pulau datang tiap-tiap hari ke Semporna untuk mencari membeli keperluan harian.

Jadi kalau jeti ini di Pekan Semporna, depan Pekan Semporna betul. Kalau ini dimajukan, di manalah kawasan saya daripada pulau, daripada kampung datang

untuk datang tiap-tiap hari ke Semporna, tempat mereka mendarat. Tidak ada tempat pendaratan.

Semporna ini dia tanah dia mengucup ke laut, semakin kecil dan hari ini saya tengok segala perancangan pembangunan terutama hotel, tumpu di kawasan pekan.

Itu yang saya katakan, sepatut ialah pihak berkuasa tempatan setiap daerah ada perancangan bandar.

Tapi di Semporna ini tidak ada perancangan lagi.

Siapa punya tanah, buat sewenang-wenang. Akhirnya itu yang keadaan tempat itu sudah bercelaru bahkan yang menyedihkan pasal jeti ini.

Bila sudah dibagi kepada sebuah syarikat, saya ingat pihak kerajaan tempatan PBT, maklum syarikat itu. Bagi kita, saya sudah bincang dengan masyarakat setempat, memang kita tidak setuju kerana ini kita dalam perlukan pembangunan, perlu ada keseimbangan. Antara pembangunan pelabur datang, memang kita alu-alukan.

Kita kena fikirkan juga keperluan masyarakat setempat. Tambahan lagi, di depan pekan Semporna itu sudah ada pembangunan lima bintang yang dibuat oleh SEDCO di bawah SUDC iaitu Semporna First International Five Star Resort. Ahh, Itu sudah menutup kawasan laut tu.

Jadi di mana lagi kawasan saya ataupun masyarakat di Sulabayan untuk datang ke Pekan Semporna? Tiada tempat lagi. Kalaulah Jambatan Pulau Bum-Bum dulu, dua kali diluluskan sudah dibuat, tidak timbul masalah. Itu yang saya minta persidangan Dewan dulu, supaya dikaji balik. Kerajaan Negeri berunding balik dengan Kerajaan Pusat, wujudkan balik jambatan daripada Pulau Bum-Bum ke Pekan Semporna ini. Ya, wujudkan balik.

Mengenai hotel tadi, carilah tempat. Jangan ambil tempat yang begitu mudah. Dapat orang kata, begitu mudah, tapak tu sepatut milik majlis daerah, tapi dibagi kepada syarikat kerana pembangunan hotel taraf lima bintang.

Semporna ini, untuk maklumat Tuan Speaker serta sidang Dewan sekalian, tidak perlukan pembangunan lima bintang. Semporna ini, orang kata, satu tempat yang sangat cantik. Orang kata, ibarat gadis sunti. Tak perlu pembangunan moden. Cuma perlukan, pasal dia ada landskap semula jadi. Cuma perlukan kebersihan, perlukan prasarana, asas saja. Tidak perlu lima bintang. Pasal swimming pool di laut Semporna ini, bertaraf tujuh

bintang, bukan lima bintang. Kalau hotel 5 bintang, dia akan buat swimming pool di hotel. Semporna ni tak perlu. Alam semula jadi dia sangat cantik. Jadi Tuan Speaker, saya memohon supaya Kerajaan memikirkan jangan dirobohkan jeti awam di Pekan Semporna itu kerana itu keperluan asas, menyusahkan masyarakat setempat dan yang lain juga mengenai isu yang sekarang ini berlaku terutama di kawasan perkampungan atas air sering berlaku kebakaran, berlaku di Sandakan baru-baru. Di tempat lain, di Tawau, di Semporna pun saya ingat tahun ini tiga kali berlaku kebakaran.

So, masalah ini saya lihat ialah peranan JKKP ni, setiap kampung ni saya tengok.

Baru ni tahniahlah kepada Menteri Luar Bandar ni, dikasi naik lagi elaun JKKP ni, daripada RM800 kepada RM1000 dan saya minta pihak Menteri berkenaan, Menteri yang baik hati menaikkan elaun apa ini, bulanan kepada JKKP, dinaikkan RM1000. Ini baik, tapi hendaklah diperkasakan peranan mereka.

Jangan ambil jawatan saja kerana kampung-kampung hari ini, terutama di Semporna. Kampung air, kampung selamat yang tidak selamat, kampung lain-lain di pulau semua, sewenang-wenang. Bukan sahaja orang tempatan, bahkan pendatang pun buat rumah di situ. Mana tidak ada kawalan. Itu yang berlaku masalah kebakaran berlaku kerana sudah tidak tersusun.

Kita ada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung. Elaun sudah naik, sama ada sudah dilantikkah yang baru atau belum? Jadi saya berharap supaya pihak kementerian, orang kata mengkaji balik, orang kata yang kita pilih sebagai penjawat itu kerana jawatan dia itu sangat penting. Kalau ada suatu … Datuk Dr.

Pembangunan dibuat di kampung mesti melalui JKK.

Dan banyak berlaku, contoh yang saya dapat maklumat baru ini daripada SESB di Kampung Selamat, dekat Pekan Semporna. Kecurian letrik kerugian satu tahun RM220 ribu wang ringgit yang dilaporkan baru-baru ini.

Itu baru satu kampung, di tempat-tempat lain lagi.

Bukan lagi timbul

masalah air lagi, masalah kebakaran lagi. Ini peranan JKKP ini termasuk di Apas Tawau itu juga.

Jadi, saya melihat selaku penjawat JKKP ini, perlu orang kata yang ada kebolehan, ada tanggungjawab soal pembangunan dan keselamatan. Jangan ambil sewenang-wenang. Tambahan lagi, kita membenarkan orang yang tidak ada dokumen membuat rumah di situ, itu satu kesalahan itu. Makna kita melindungi, ya, kita melindungi. Lepas itu kecurian yang saya kata tadi masalah air, masalah letrik. Saya faham masa sudah sampai, tapi kerana ini penting pasal Jeti tadi dan juga JKP. Satu lagi perkara, isu tanah ini. Untuk maklumat Tuan Speaker, masa tahun 2018, masa Kerajaan dulu, ada tiga tempat. Dalam Dewan ini ada saya punya penyokong daripada DUN Sulabayan ini. Saya ingat ada di belakang ini.

Minta berdiri, boleh berdiri tak? Ada 12 orang. Ini orang-orang kuat di kampung. Ada tiga pulau di DUN Sulabayan ini. Satu Pulau Tendoan di Timbun Mata, satu Pulau Papabag, satu Kuala Bebang. Tiga tempat ini sudah pun dikeluarkan daripada hutan simpan masa waktu itu. Dan yang terkini saya mahu tahu semua sudah ada pemohon. Apa status tempat-tempat berkenaan sama ada pemohon-pemohon ini sudah dapat kelulusan? Kerana tempat ini sejak daripada nenek moyang mereka lagi. Tapi tidak ada title, tidak ada grant. Masa kerajaan waktu itu, kita keluarkan tiga tempat ini daripada hutan simpan. Dan yang terkini, di satu tempat di Kuala Bebang. Rungutan disampaikan pada saya. Baru-baru ini sebuah syarikat di tempat itu sudah diluluskan satu tempat. Saya ingat nama syarikat itu. Saya tak mahu sebutlah nama syarikat itu.

Bukan orang tempatan. Tapi status sepatutnya tanah-tanah yang disebut dikeluarkan mestilah diberi keutamaan kepada orang-orang tempatan. Nah, ini akan berlaku.

Kalau hendak tahu saya tak boleh sebut di sini, tidak baik nanti. Tapi cuba pihak berkenaan supaya menyelidik perkara-perkara ini di Kuala Bebang di DUN Senallang. Dan juga termasuk di Pawak-pawak dan juga di Tanduan di Pulau Timbun Mata. Jadi Tuan Speaker, begitu juga soal pelancongan tadi, bila kita dikejutkan di Semporna ini ada 190 resort, 144 belum berlesen, 62 dalam proses, 46 berlesen under PBT ataupun trading license. Bayangkan 80 belum berdaftar, sudah tujuh tahun beroperasi, tujuh tahun. Jadi apa yang berlaku ini? Di mana

kesilapan, di mana kelemahan? Siapa yang kita nak salahkan tujuh tahun beroperasi? Mana mereka berniaga secara haram.

Untuk makluman Tuan Speaker, resort dibuat di atas laut di sana ini, yang tidak tahu hanya menggunakan TOL, boleh dibenarkan beroperasi. Biasanya bertaraf resort di laut ini, satu, mesti ada DP, development plan, baru boleh buat. Kalau tiada development plan, dia tidak boleh buat. Ini dibuat, tidak ada DP, lepas itu tidak ada OC keluar. Kalau tidak ada OC, macam mana lesen dikeluarkan? Nasib baik tidak ada kemalangan.

Kalau berlaku kemalangan, apa yang berlaku?

Siapa tanggungjawab? Siapa dipersalahkan? Sudah tentu Kerajaan.

Jadi, ini yang perlu diambil perhatian. Tujuh tahun tanpa lesen beroperasi. Di laut, di darat, di ladang sawitpun ada. Dan ini masa saya Menteri dulu, Kerajaan Tempatan. Saya sudah nampak perkara-perkara ini. Kategori inap desa ataupun homestay.

Dibuat resort.

Bila bercakap inap desa ini ataupun homestay ini, tuan rumah ada di situ, dia cuma tambah bilik. Itu homestay. Tapi ini bentuk hotel, bentuk resort. Buat di ladang sawit, buat di laut.

Tujuh tahun beroperasi. Jadi siapa yang dipersalahkan di sini? Berapa orang kata kutipan cukai kita hilang? Tiap-tiap satu orang kalau di laut sana RM1500.00 satu kepala termasuk pengangkutan daripada airport hantar ke pulau hanya dua malam.

Manakala kalau dua malam tidur di situ sudah RM3000.00. Dan saya dimaklumkan juga pelancong datang daripada luar ini sebelum dia datang sudah dibayar di sana.

Di tempat mereka, tinggal datang di situ tidur, swimming, diving, ambil gambar, makan-makan. Lepas itu balik. Jadi dalam usaha kita untuk menarik pelancong 4 juta tahun ini, saya ingat tidak mudah kita capai. Pelancong ramai tetapi pendapatan negeri kadar percukaian kita tidak dapat. Akhirnya, apa yang digambarkan dalam Ucapan Dasar ini cantik. Tapi dia punya result, apalagi pencapaian terhadap masyarakat tempat, tidak dapat menikmati.

Jadi, demikian juga kita minta perkara ini berkali-kali kita suarakan, Tuan Speaker. Supaya juga wakil-wakil rakyat ini dibawa masuk dalam mesyuarat … ataupun masyarakat pembangunan daerah. Kita bukan pembangkang di situ. Peranan kita ini semak dan imbang supaya apa yang dilaksanakan ini tidak jadi isu. Bila kita suarakan suara rakyat, inilah cerita ini. Lebarkan ceritakan sana sini. Jadi, apa guna kita duduk di sini? Kita bukan nak buat-buat cerita, pendapat saya dari rumah saya bawa cerita saya. Saya bawa suara daripada rakyat, dibawakan ke mari. Tidak jadi wakil rakyat, kita di sini kalau bukan daripada rakyat.

Jadi, menjadi tanggungjawab kita bila ada isu rakyat, kita kemukakan di Dewan. Itu cerita dia. Jangan cerita sikit, macam tadi, sudah dibincang MA63. Bukan tidak kerja. Perlu disebarkan apa yang dibincang di Dewan.

Perlu disebarkan apa yang dibincang dalam Kabinet, supaya rakyat jangan keliru.

Macam mana kita tahu isu sekarang ini? Pasal rakyat, dia kata, 40%- MA63, rakyat mahu tahu. Apa perbincangan, apa result dia, apa time dia. Jangan cerita. Kita bincang tapi kita buat kerja. Kita buat kerja tapi kita diam-diam. Itu tidak betul.

Tuan Speaker, apa yang diputuskan yang perlu isu rakyat maklumkan. Itu yang berkeliaran di cyber trooper di luar sana. Kerana tidak disebarkan fakta-fakta yang betul mengenai apa tadi, RM600 juta yang dibagi. Lepas itu mahkamah sudah putuskan apa semua.

Apa yang berlaku ditangguh lagi. Ini perlu dijelaskan pasal rakyat yang bersuara, bukan kita.

Jadi rakyat jangan kelirukan.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSMenteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif · Apas

[Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif Negeri Sabah]: Panjang umurmu YB. Panjang umur.

Datuk Dr.

Ini yang penting, supaya kita pun kita tidak mahu kelirukan rakyat. Pasal kita nak perjalanan, kita akur. Kami sebagai di sebelah sini, kita akur siapa Kerajaan hari ini. Tapi perlu kita ada

kerjasama. Kerjasama supaya jangan kelirukan. Sana jangan ketawa. Ini serius. Jangan ketawakan perhatian. Kita ini dipandang di luar sana, bukan sebab kita di sini. Kita bukan nak main-main ni. Itulah.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSMenteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif · Apas

[Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Industri Kreatif Negeri Sabah]: Saya bilang YB ADUN Sulabayan. Panjang umur.

Itulah. Antara itulah. Sepatut kau itu, tapi saya. Macam-macam cerita. Orang sudah marah.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, sila gulung ya.

Datuk Dr.

...jadi sebab itu, kita kena ambil perhatian perkara-perkara yang kita bawa dalam Dewan. Ini bukan saja saya, beberapa rakan-rakan yang lain. Saya tengok daripada Kuamut pun. Padahal dia chief backbenchers, dia pun bersuara tentang kepentingan dia, padahal kalau backbenchers, dia kena support Kerajaan.

Ya, tapi ini dia suarakan, tapi tahniahlah Menteri Belia dan Sukan. Sudah selesai dia punya Kompleks Sukan Semporna belum selesai.

Jadi Tuan Speaker, saya tahu masa saya tidak cukup. Banyak perkara lagi saya mahu sentuh ini, tapi tidak apa. Cuma masalah air in, masih lagi dicerita masalah air ini. Baru-baru ini, ini je yang lepas ini last. Masalah air, budak-budak student daripada beberapa universiti. Dia tanya saya, Datuk kenapa bertahun-tahun masalah air tak selesai di Sabah ini? Jadi saya tanya mereka.

Sumber air mentah di Sabah ada berapa? Dia ceritalah sama saya. Ada lima hingga enam orang budak-budak ini cerita. Termasuk budak daripada Sarawak. Dia kata, air sungai, air mata air, air hujan. Dia kata ada lima ini. Graviti, air mata airlah daripada ini. Air laut pun ada. Di Gunung Kinabalu itu, kalau balik Kuamut, musim panas pun air mencurah-curah ke bawah. Ada sumber air. Jadi kenapa tidak selesai? Saya tanya dengan dia. Kau student Singapura ada tidak

sumber air? Tiada. Kau sudah pergi Mekahkan? Pergi Dubai? Dia kata ada pergi Umrah. Tiada sumber air.

Tapi kau pergi sanalah. Kau pergi Singapuralah. Tidak ada isu air. Jadi yang kita di Sabah ini, ada lima sumber air.

So, kenapa dia kata masalah air masih timbul. Saya tanya apa jawapan dia, diapun tak tahu. Saya kata tukar Kerajaan. Pilih Kerajaan yang mampu menyelesaikan masalah air. Tuan Speaker, terima kasih. Saya menyokong Ucapan Dasar Kerajaan. Timbalan Speaker [Datuk Richard Yong We Kong]:Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari Sook. 15 minit.

Selamat petang…

Salam sejahtera. Terima kasih Datuk Timbalan Speaker. Yang pertama sekali, saya ingin untuk mengucapkan berbanyak-banyak berterima kasih dan juga menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun atas ucapan dasar yang kita nampak. Yang pertama, dia sangat bermakna dan juga menyeluruh.

Apabila kita dengar ucapan dasar daripada TYT kita tadi, pada beberapa hari yang lalu, kita nampak betul-betul dapat mencerminkan pengalaman beliau dalam pentadbiran negeri, di mana dia telah sentuh pelbagai isu, mula daripada infrastruktur sampai ke sektor pertanian, pelancongan, sumber manusia, teknologi ICT dan juga AI. Tetapi dalam perancangan yang sangat menyeluruh ini, yang paling penting sekarang adalah pelaksanaan sebab kalau kita mempunyai dasar yang tepat, perancangan yang juga nampak baik dan cantik, tetapi kalau tidak ada pelaksanaan dia yang cukup cekap, maka dia masih akan bergantung di atas kertas sahaja.

Bagi saya, sebagai seorang wakil rakyat yang datang daripada kawasan pedalaman Sabah, keutamaan saya adalah untuk memastikan bahawa tidak ada rakyat Sabah, khususnya daripada kawasan jauh, kampung-kampung yang terpencil, yang akan tercicir ataupun ketinggalan daripada perancangan yang sangat baik ini. Bagi

kawasan luar bandar, kita punya cabaran sekarang adalah bagaimana kita boleh mengurangkan jurang di antara kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar.

Kalau kita berkata tentang membawa pelaburan, menikmati infrastruktur yang lebih canggih dan sebagainya, kita sebenarnya masih menyakitkan hati golongan yang tercicir. Jadi, kita mesti ada keseimbangan ini supaya kita boleh maju sebagai satu negeri secara menyeluruh.

Maksud saya di sini untuk mengurangkan jurang itu, kita kena bagi tumpuan kepada perkara-perkara yang asas. Bagi kita di Sabah, kita masih lagi berbicara dan cerita tentang keperluan asas. Saya ingin balik sedikit kepada isu yang lebih asas, lebih asas itu paling pertama bagi saya adalah isu berkaitan dengan tanah. Yang pertama sekali, kita di Sabah sebenarnya kita mempunyai dasar yang sangat baik. Di mana di negeri Sabah, orang kampung boleh memohon untuk mendapat tanah daripada Kerajaan. Mungkin di sini, kita hanya satu-satu saja daripada beberapa negara yang ada dasar begini. Setahu saya, di kebanyakan lagi negara lain, kalau rakyat mahu dapat tanah, dia kena beli, termasuk beli daripada kerajaan. Tidak ada wujudnya orang kampung boleh pohon, tunggu giliran dan dapat tanah. Boleh tuntut lagi, bilang kalau boleh bagi 10 ekar, jangan kurang daripada 15 ekar. Di Sabah saja yang kita tahu ada begini.

Dasar yang baik untuk membantu kepada orang-orang, khususnya orang asal di sini. Tetapi dasarnya sama juga saya katakan tadi, dasar dia bagus tetapi pelaksanaan dia agak lambat. Orang-orang di kampung tunggu beberapa generasi 20, 30 tahun untuk mendapat geran tanah. Bila tidak ada geran tanah, mahu mencari kewangan pun susah, mencari punca pembiayaan pun susah, mahu buat urusan lain pun susah.

Mahu bagi tanah untuk diwarisi itu pun akan menimbulkan pelbagai masalah. Jadi bagaimana kita boleh membangunkan tanah itu sekiranya isu geran pun belum lagi selesai?

Dalam ini kita ada beberapa kategori. Yang pertama, pemohon. Yang kedua, sudah sukat masih menunggu pengeluaran geran. Itu saya difahamkan, memang Sabah ini kawasan luas dan selalu alasan yang diberikan adalah manpower tidak cukup, pegawai tidak cukup.

Kalau kita boleh menambahkan pegawai di jabatan-jabatan

lain, kita perlu juga pertimbangkan untuk kita kasih tambah lagi pegawai-pegawai Juruukur, khususnya di bawah Jabatan Tanah supaya perkara yang asas ini kita boleh selesaikan untuk bantu kepada rakyat kita. Termasuk juga tanah-tanah yang mungkin terletak di bawah Skim, di bawah Kementerian seperti MAFFI dan sebagainya.

Keluarkanlah tanah-tanah tersebut, bagilah peluang kepada orang-orang kampung sekiranya semua mengikut undang-undang dan juga peraturan. Pandangan saya, kita perlu ambil satu pendekatan yang fasilitative untuk mempermudahkan urusan ini, jangan kita ambil pendekatan yang restrictive. We have to be more facilitative rather than restrictive sebab ini adalah untuk orang-orang di negeri Sabah.

Satu lagi kategori adalah permohonan kampung-kampung yang belum digazet. Mungkin ada isu ataupun masalah dia tertentu, belum diwartakan ataupun ada masalah tapak. Contoh, masih berada di atas tanah kerajaan. Kalau dia berada di atas tanah Kerajaan Negeri, seperti mana yang saya katakan tadi, ambillah dasar yang mempermudahkan, bukan dasar yang menghalang, kita kena besar hati. Asal orang-orang di sana, ada IC, orang asal, orang kita sendiri, kita bantu sebab secara menyeluruh, dasar di Sabah adalah untuk memberi tanah kepada orang kampung. Jadi, we take this more facilitative approach. Satu lagi kategori sekiranya kampung itu berada di atas tanah Kerajaan Persekutuan, bukan di atas Kerajaan Negeri. Kalau di atas tanah Persekutuan, saya mencadang kepada Kerajaan Negeri untuk memohon supaya hak milik itu boleh dipindah daripada Kerajaan Persekutuan, pindah kepada Kerajaan Negeri.

Ini kita ada satu kaedah di bawah Jawatankuasa Pelaksanaan MA63 dan kebetulan bila ada permohonan, dia akan datang ke Kementerian saya di Putrajaya. Bila saya sampai di sana, saya tukar topi saya. Topi daripada ADUN, tukar kepada MP dan juga Menteri Persekutuan untuk bantu kepada Sabah. Di dalam ini kuasa, Kerajaan Sabah boleh memohon untuk tanah-tanah di atas nama Kerajaan Persekutuan dikembalikan kepada negeri Sabah.

Pada tahun ini, kita sudah menerima 11 permohonan. Empat permohonan itu sudah diproses termasuk satu di kawasan saya di bawah Kampung Menawo yang sudah

dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Itulah peranan saya untuk memperjuangkan MA63 yang ada di bawah bidang kuasa Kementerian saya tetapi Kerajaan Negeri kena pohon, Kerajaan Negeri kena pohon. Jadi masih ada banyak kampung, contoh Kampung Damai Mingkoto, Kampung Pagar-Pagar dan Kampung Misompuru. Orang kita ada IC, orang asal tapi duduk di atas tanah yang berstatus milik Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri boleh memohon dan saya akan laksanakan tanggungjawab saya di peringkat Persekutuan, usahakan supaya kita boleh bantu memberi kawasan-kawasan tersebut balik kepada orang-orang kita. Perkara yang kedua, masih di bawah keperluan asas bagi rakyat kita adalah berkaitan dengan jalan. Jalan ini ada dua kategori yang besar. Satu adalah kategori Jalan Persekutuan, kedua adalah kategori Kerajaan Negeri. Di bawah kategori Jalan Kerajaan Negeri, walaupun kita dapat peruntukan, di bawah Perlembagaan kita, Perlembagaan Persekutuan bagi kepada kita, iaitu jalan-jalan MARRIS tetapi sebenarnya peruntukan itu tidak pernah mencukupi.

Saya pernah duduk sebagai Timbalan Menteri KKR, macam mana kita usaha pun, dia tidak akan mencukupi sebab di Sabah ini keperluan kita sangat-sangat tinggi.

Jadi ada juga kaedah di mana melalui pembangunan luar bandar, peruntukan itu boleh disalurkan juga daripada Persekutuan, turun kepada negeri untuk menaik taraf jalan-jalan yang di bawah Kerajaan Negeri, walaupun bukan jalan Persekutuan. Kerajaan Negeri dia kena utamakan. Kalau di Kerajaan Persekutuan sekarang, dasar dia lebih baik daripada dulu. Kita bergantung kepada…

… atas senarai yang disyorkan oleh Kerajaan Negeri. Salurkan kepada negeri, negeri akan utamakan mana satu jalan yang ingin diutamakan. Kalau di kawasan saya, jalan-jalan yang besar sudah diluluskan dan banyak yang sedang dilaksanakan. Contoh jalan Sinaron pergi ke Tongod hampir siap. Jalan Sapulut pergi ke Pagalungan, pergi ke Pensiangan sedang dilaksanakan dan selepas itu akan sambung lagi ke Sempadan Kalimantan, Indonesia. Sudah diluluskan dalam senarai tahun ini. Tetapi itu adalah jalan negeri,

bukan jalan persekutuan. Kita bagi peruntukan kepada negeri untuk melaksanakan. Tetapi masih ada beberapa jalan yang perlu diberi perhatian, dan saya mohon kebetulan Timbalan Ketua Menteri yang bertanggungjawab atas JKR ada di sini. Terima kasih hadir untuk mendengar perbahasan daripada saya. Saya mohon jalan-jalan yang juga sangat kritikal di kawasan saya. Jalan Rimbayan Ansip, Jalan Malima Johan Jaya, Jalan Bunang Ulu dan Jalan Tinagalan. Semua ada sekolah, patut diutamakan yang paling-paling diutamakan sebab ada sekolah. Ada juga kawasan yang ada klinik-klinik kesihatan. Dan jumlah penduduk itu memang lebih daripada mencukupi. Mohon Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri.

Ini ada isu sedikit berkaitan dengan isu banjir kalau di kawasan. Kalau di kawasan luar bandar, jalan-jalan yang masih belum dinaik taraf itu sering sering menghadapi masalah banjir. Terlalu rendah, kalbut tidak mencukupi dan sebagainya. Kalau kita dapat menaik taraf jalan-jalan yang besar ini, dia secara automatik juga akan meredakan masalah banjir yang sentiasa berlaku di sana, hampir tiap-tiap tahun jadi dia berkaitan. Yang ketiga, adalah berkaitan dengan projek bekalan air luar bandar. Juga termasuk dalam perkara yang asas. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri Malaysia. Kebetulan juga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Yang bertanggungjawab atas projek-projek bekalan air luar bandar ini, telah meluluskan 83 projek bekalan air luar bandar bagi Sabah. Jumlah keseluruhan dia RM4.06 bilion.

Kita buat begini sebab, yang pertama kita mempunyai kerjasama, hubungan yang sangat baik di antara negeri dan persekutuan dan inilah hasil dia. Ada kerjasama yang baik, ada hubungan yang baik boleh berbincang, kita dapat meluluskan projek yang begini banyak. Tetapi satu kaedah yang luar biasa ataupun istimewa pada kali ini adalah Kerajaan Persekutuan datang menyerahkan sepenuhnya 83 projek ini berjumlah RM4.06 bilion kepada negeri Sabah untuk dilaksanakan. Makna dia adalah maksudnya adalah di Persekutuan sudah luluskan projek sudah mencari peruntukan serah kepada Kerajaan Negeri, dan sekarang Kerajaan Negeri ada kuasa untuk memastikan pelaksanaannya. Dan saya difahamkan Kerajaan Negeri sudah mengambil langkah-langkah untuk membuat sedemikian.

Seperti menambahkan pegawai-pegawai, juruteknik, jurutera. Saya ucapkan terima kasih

sebab ini adalah keperluan yang sangat asas dan minta untuk dipercepatkan. Bagi kawasan saya, ada tiga dalam 83 itu dan saya mohon untuk diutamakan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri. Satu adalah projek bekalan air luar bandar di Trans Pegalan. Yang kedua adalah bekalan air luar bandar di Mukim Lanas. Dan yang ketiga adalah di Mukim Sapulut.

Tiga, yang saya mohon untuk diutamakan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri. Isu yang terakhir, Datuk Timbalan Speaker, adalah berkaitan dengan konflik Asia Barat. Dasar ucapan itu baik, tetapi saya risau sebab macam kita belum lagi bersedia sekiranya ada risiko kegawatan ekonomi yang akan berlaku kepada kita. Jangan kita fikir bahawa konflik Asia Barat ini terlalu jauh. Dalam dunia yang moden ini, kita tidak boleh terkecuali daripada itu. Contoh yang pertama, harga minyak dan tenaga naik. Kita di Sabah kita tidak berapa terasa sebenarnya sebab kita masih lagi menikmati harga yang bersubsidi daripada Kerajaan Persekutuan. Kalau kita pergi Semenanjung, kalau kita isi kereta kita dengan minyak diesel, kita kena bayar sekarang RM5.15 seliter. Tapi kalau di Sabah kita pergi isi minyak, hanya RM2.15. Kenapa kita di sini harga terlalu murah? Sebab Kerajaan Persekutuan dengar suara dan keperluan bagi kita di sini daripada Kerajaan dan Wakil Rakyat. Wakil-wakil Rakyat kira-kira seperti kita.

Kita tidak boleh kasi banding keadaan di Semenanjung sama yang di Sarawak. Kalau di Semenanjung, ramai, majoriti daripada penduduk di sana menggunakan kereta petrol. Keluar daripada rumah pergi kedai pun dekat. Mau pergi stesen isi minyak pun tidak jauh, dekat-dekat. Kalau di sini kampung mau pergi ke pekan sudah berapa jauh? Pergi lagi mencari stesen minyak berapa jauh? Masuk kebun lagi mau angkat hasil pertanian berapa jauh? Dan kita bergantung kepada kereta diesel. Maka diesel adalah keperluan asas kita di sini. Sangat-sangat berterima kasih sebab harga diesel di Sabah sebenarnya terlalu murah. Kalau dulu, orang Sabah bilang kenapa kita di Sabah dianaktirikan. Sekarang kau pergilah Semenanjung. Orang Semenanjung pula yang cakap, kenapa Semenanjung dianaktirikan. Kenapa kita di Semenanjung kena bayar harga yang tinggi untuk memberikan subsidi kepada Sabah dan Sarawak.

Tetapi, bagi kita wakil rakyat kita kenapa mempertahankan ini. Sebab ini adalah keperluan asas bagi kita di Sabah dan Sarawak. Cuma saya mahu tanya kepada Kerajaan Negeri sekarang, apakah perancangan, risiko, stimulus plan, backup plan yang kita ada sekiranya kemelesetan ekonomi itu datang ke tempat kita. Kita dapat ramalan banyak sekarang, pelancong-pelancong pun sudah banyak membatalkan perancangan diorang untuk datang ke Sabah. Pelabur banyak yang sudah tarik handbrake. Bukan apa, bukan salah daripada kita.Tetapi orang mengambil langkah yang lebih berwaspada akibat daripada konflik Asia Barat yang sedang berlaku sekarang. Jadi saya mohon, dalam dasar yang baik, dalam perancangan yang baik, kita kena ada backup plan. Bantu kepada usahawan-usahawan muda, usahawan-usahawan daripada kawasan luar bandar. We look at the small players. Contoh pemilik homestay, small players, malim-malim gunung, contoh small players. Tetapi kalau bisnes itu turun, pelancong itu turun, spending pun turun, mereka akan terkesan. Dan inilah golongan yang kita katakan …

Mohon laluan. Yang Berhormat.

Ya, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sama ada setuju ataupun tidak untuk kita mengikuti langkah Kerajaan Negeri Sarawak untuk mewujudkan PETROS di negeri Sarawak dan juga di Sabah. Adakah Yang Berhormat setuju ataupun langkah-langkah berkenaan dengan mengatasi masalah dengan krisis yang berlaku pada ketika ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Itu satu cadangan yang baik dan juga very progressive thinking dan saya yakin Ketua Menteri ...

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, sila jawab dan gulung.

… saya yakin Ketua Menteri kita kalau kita nampak memang pun sedang dalam perbincangan ke arah itu. Sebenarnya lebih banyak selain daripada minyak, ada gas, ada lagi carbon credit dan sebagainya yang saya akan bincang dalam perbahasan yang akan datang sekiranya diberikan peluang dan masa yang lebih banyak selepas ini. Jadi dengan itu saya ucapkan terima kasih sekali lagi dan saya menyokong dan menjunjung kasih ke atas Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Sook. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Merotai untuk berucap 15 minit. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Speaker atas peluang yang telah diberikan untuk membahaskan ucapan … .

…pada Ucapan Dasar, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah. Pertama Datuk Speaker berkenaan dengan bantuan rakyat dan kos sara hidup. Datuk Speaker, dalam Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Tun, Kerajaan Negeri akan meneruskan pelbagai inisiatif, pelbagai bantuan termasuk bantuan kewangan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan golongan kurang berkemampuan tidak tersisih.

Saya ambil maklum bahawa bantuan kewangan ini termasuklah bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Datuk Speaker iaitu bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan. Namun ramai penerima mengadu bahawa bantuan bulanan SYUKUR ini telah pun dikurangkan kepada RM200 sebulan tanpa alasan daripada pihak Kerajaan Negeri. Tadi disebut juga dalam jawapan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa bantuan ini telah diberikan kepada 100 ribu rakyat Sabah dan akan bertambah kepada 40 ribu lagi bermakna 140 ribu orang.

Dalam keadaan ekonomi yang menghambat rakyat sekarang Datuk Speaker, harga barang, kos sara hidup yang semakin meningkat sepatutnya Kerajaan menambah bantuan bukannya kurangkan bantuan tersebut. Pada dasarnya diberikan bantuan itu kepada yang memang tidak berkemampuan, memang miskin, miskin tegar yang telah pun dinilai dan termasuk dalam daftar E-Kasih. Sehingga ada penerima rasa mereka hanya digula-gulakan tahun lepas. Mahu pilihan raya, bagilah RM300.00. Lepas pilihan raya, kuranglah RM200.00. Tahun depan, tak ada lagi pilihan raya, bagilah RM100.00. Sampai dikatakan begitu oleh rakyat. Jadi saya pun tidak boleh menjawab persoalan ini. Jadi saya ingin minta nanti jawapan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ataupun Menteri Kewangan.

Selain daripada itu juga Datuk Speaker, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan dengan program insurans berkelompok.

Saya sudah nyatakan dahulu bahawa program ini saya rasa merugikan Kerajaan Negeri. Sebab jumlah yang kita bayar kepada pihak insurans RM50 juta selama tiga tahun. So, mungkin tuntutan-tuntutan itu tidak memadai. Mungkin sebulan lima orang, enam orang kematian baru berapa ribu. Jadi saya minta penjelasan yang jelas ataupun data yang tepat daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan nanti. Berapakah jumlah tuntutan yang telah dibuat oleh rakyat? Sejak program ini dilaksanakanlah Datuk Speaker, ya. Sampailah ke hari ini. Dan adakah program ini adalah melibatkan kos efektif dan pada sayalah satu pembaziran. Sebab itu saya katakan dahulu yang RM50 juta itu bagus lagi letak pada dana khas. Supaya kita tidak perlu bayar kepada pihak insurans dan jika ada kemalangan, kematian ataupun khilat mungkin boleh diberikan langsung kepada rakyat. Tidak melalui pihak insurans dan jika ada lebih 20, 30juta itu, itu masih lagi dalam kantung Kerajaan Negeri dan tidak hilang begitu saja oleh syarikat insurans. Datuk Speaker, perkara kedua adalah berkenaan dengan ucapan dasar Tuan Yang Terutama Tun berkaitan dengan mengoptimumkan pembangunan infrastruktur dan utiliti. Saya ingin membawa suara ribuan pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah lama hidup dalam keadaan yang tidak sepatutnya berlaku, Datuk Speaker, berapa tahun sudah mereka ini berteriak sana sini, memberitahu masalah mereka, tetapi sampai hari ini masih juga menghadapi masalah air di

Universiti Malaysia Sabah (UMS). Krisis ketiadaan bekalan air ini berlaku di universiti ini bukan perkara kecil, bukan isu kecil yang perlu kita remehkan. Ini adalah krisis asas yang mencerminkan sistem yang gagallah Datuk Speaker. Kalau dilihat lebih 20 ribu pengguna berada dalam kampus ini setiap hari dan keperluan air mungkin 1 juta hingga 1.25 juta sehari. Namun hakikatnya, bekalan air yang sepatutnya menjadi hak mereka hari ini menjadi satu mimpi ngeri pelajar-pelajar di UMS. Pelajar terpaksa mengangkut air, keluarkan duit poket sendiri, beli mineral water, terpaksa menyesuaikan jadual mereka, kehidupan harian mereka. Keadaan tidak menentu. Macam mana mereka mahu fokus dengan pembelajaran. Kadang-kadang ada pelajar yang terpaksa ponteng pergi kelas kerana ketiadaan air bersih. Inikah standard yang kita mahu untuk institusi pendidikan negeri Sabah? UMS ini sebagai lambang kita. Masalahnya di UMS ini Datuk Speaker bukan masalah baru ya. Setiap tahun berulang. Ini soal maruah negeri kita Datuk Speaker.

Bukan semua pelajar daripada Sabah. Pelajar ini ada juga dari Semenanjung, ada juga dari Sarawak, international pun ada juga. Jika tidak kita selesaikan perkara asas seperti ini, maka segala perancangan pembangunan yang lebih besar akan sukar kita capai. Tadi Senallang ada sebut juga, masalah air di kawasan dia. YB daripada Sulabayan juga sebut, Likas juga sebut, daripada Kuamut lagi kesian. Banyak kampungnya lagi belum. Ini sahabat saya ini, Kuamut. Masih banyak tempatnya yang tidak ada bekalan air bersih. Bayangkan kalau UMS saja pun yang dekat-dekat ini, yang kita boleh lihat di bawah itu bersebelahan dengan bangunan yang tersergam indah ini.

Mereka mulai melihat kita di sini, penentu dasar. Mereka boleh melihat pejabat Ketua Menteri di sana. Pejabat Menteri-menteri. Tetapi cukup kesian. Hari-hari mereka dahagakan air.

Hari-hari mereka menuntut hak mereka.

Memorandum demi memorandum dihantar. Jawatankuasa demi jawatankuasa dibentuk, lawatan demi lawatan dibuat, Menteri demi Menteri bersilih ganti, tapi masalah ini tidak selesai sampai sekarang Datuk Speaker. Tahukah Yang Berhormat Menteri dan pihak Kerajaan Negeri bahawa pihak UMS ada mengeluarkan satu surat pekeliling. Pelaksanaan kuliah secara dalam talian pada 15 hingga 24 April 2026 berikutan

gangguan bekalan air bagi kampus induk Universiti Malaysia Sabah. Pelajar-pelajar ini diarahkan balik ke rumah sebab tidak ada air. Bayangkanlah. Takkan kita mahu berdiam diri dan saya dapat makluman hari ini pun masih tidak ada bekalan air. Masih tidak ada bekalan air. Rumah satu hingga 16 tidak ada air, rumah tujuh hingga 12 tidak ada air dan banyaklah Datuk Speaker. Semua ada detailsnya. Jadi Yang Berhormat Menteri, tolong ambil perhatian dengan tentang perkara ini. Ibu bapa memang mengeluh. Kalau kita tengok komen-komen di Facebook itu, banyak juga yang bercakap. Apa guna ini YB-YB ini balik-balik bersidang-bersidang, benda yang sama juga disebut. Tetapi anak-anak kami tidak dipeduli di Universiti Malaysia Sabah, air pun tidak ada.

Bayangkan kalau mereka terpaksa balik lagi sebab mau online PDP, ibu bapa terpaksa belanjakan duit lagi untuk hantar anak balik, ambil anak balik, nanti mahu masuk belajar tambang lagi. Kalau jauh di kampung-kampung, bagaimana keadaan itu, Datuk Speaker? Jadi tolonglah, Yang Berhormat Menteri kalau boleh ini hak mereka, hak rakyat. Saya on behalf of them, tolonglah, tolonglah selesaikan masalah ini. Tak perlulah sebut di kawasan Merotai, tak perlulah sebut di kawasan Kuamut, tak perlulah sebut di…

Merudua itu di mana? UMS saja pun tidak boleh selesai, di bandar yang merupakan satu lambang kepada kita UMS ini. Di mana kita mewujudkan anak-anak yang boleh mentadbir keadaan pada masa hadapan. Datuk Speaker, apa yang mereka kata anak-anak student ini. Yang Berhormat katanya, apalah guna pengumuman-pengumuman pendapatan negeri berbilion-bilion, apalah ertinya pengumuman pelaburan berbilion-bilion asal ada kenyataan-kenyataan daripada pihak Kerajaan. Mereka cukup sedih berbilion duit sana, berbilion duit sini mengatakan bahawa inilah kemakmuran negeri Sabah, tapi air tidak ada.

Datuk Speaker, jadi saya ingin minta penjelasan daripada pihak Kementerian yang bertanggungjawab dengan Jabatan Air ini. Apa yang sebenarnya berlaku dan apakah tindakan yang telah diambil dan akan diambil untuk mengatasi masalah ini? Saya ingin merayu bagi pihak pelajar-pelajar dan warga UMS ini, tolonglah selesaikan masalah ini sesegera yang mungkin supaya mereka boleh belajar dengan tenang dan tenteram. Saya tahu Profesor, Dekan, semua pun dalam keadaan tertekan juga sebab mereka di pihak yang tengah, mahu back up Kerajaan pun susah, mahu back up student pun susah. Jadi, minta ambil maklum dengan serius perkara ini.

Kedua, Datuk Speaker, sudah lebih 60 tahun kita bersama dalam Persekutuan Malaysia ini.

Dalam perbahasan saya kali ini, Datuk Speaker, saya ingin menyuarakan rasa kecewa, rasa marah, sedih seluruh rakyat Sabah. Satu perkara asas dalam perjanjian Malaysia 1963, iaitu Hak Sabah ke atas 40% hasil negeri masih belum ditunaikan sepenuhnya. Kalau kita tengok tadi ucapan daripada Yang Berhormat yang dilantik ada empat mesyuarat jawatankuasa tapi dia tadi katakan macam tidak serius 40% ini. Saya tidak ada dalam jawatankuasa, saya tidak juga diberi taklimat daripada Menteri Sabah dan Sarawak. Tapi saya berdasarkan daripada laporan Yang Berhormat ini, dia yang berada di dalam. Tadi YB daripada Kuamut mengatakan bahawa taklimat itu semua baik, tetapi di peringkat jawatankuasa sebenarnya tidak, tidak serius yang dikatakan ini, tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku. Mungkin taklimat-taklimat ini memang syoklah kita dengar, ini, itu, ini. Tapi di peringkat jawatankuasa, kalau tidak serius itu bermaknanya sukar untuk dilaksanakan. Tidak dapat bayangkan, macam main-mainlah, Datuk Speaker.

Perkara ini Datuk Speaker bukan baru, ini bukan tuntutan yang muncul baru semalam bah. Ini adalah hak yang telah dijanjikan sejak awal pembentukan kita Malaysia ni. Namun yang kita lihat inilah rundingan demi rundingan, jawatankuasa demi jawatankuasa, pengumuman demi pengumuman, nanti pilihan raya semua mau jadi hero. Sana sini, semua teriak MA63, semua parti pun mainkan MA63, ada yang pergi buat demo, macam-macam. Jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri

juga, khususnya juga kepada Kerajaan Persekutuan. Sampai bila Sabah harus menunggu, Datuk Speaker.

Rakyat Sabah masih bergelut dengan kemiskinan, menempuh jalan yang rosak dan berlubang-lubang. Bekalan air yang tidak menentu yang kita bincangkan tadi dan pembangunan yang jauh ketinggalan. Adakah ini namanya keadilan? Adakah ini semangat Persekutuan? Kita orang Sabah ini tidak minta sedekah. Kita tidak minta ihsan, kita hanya menuntut hak, hak yang telah dijanjikan, hak yang telah dipersetujui, hak yang telah dimeterai dalam sejarah negara ini. Namun sehingga hari ini, apa yang diberikan hanyalah bayaran interim yang disebut oleh YB Kuamut tadi, RM600. (suara bertindih).

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Yang Berhormat, sila gulung.

Datuk Speaker, sebab itu hari ini saya ingin menyatakan kekesalan dan kekecewaan saya. Kecewa kerana suara Sabah seolah-olah tidak didengari, kecewa kerana janji demi janji dimungkiri, kecewa kerana generasi demi generasi rakyat Sabah terus dinafikan haknya. Saya ingin tegaskan di Dewan yang mulia ini, kesabaran rakyat Sabah juga ada batasnya Datuk Speaker. Jika hak ini terus dilengah-lengahkan, ini akan mencetuskan kekecewaan dan turut menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem persekutuan itu sendiri. Sudah terlalu lama kita berbahas di Dewan ini. Saya ini masuk sudah penggal ketiga, Datuk Speaker. Sudah terlalu lama kita berbeza pendapat. Sudah terlalu lama kita melihat isu ini ditangguhkan tanpa penyelesaian yang utama. Maka hari ini saya ingin mengajak semua Ahli Dewan, cukuplah perbezaan, cukuplah retorik, tiba masa untuk kita bersatu bah, kita mungkin datang daripada parti politik yang berbeza, ideologi kita mungkin tidak sama, namun dalam isu 40% ini, isu hak dan kepentingan Sabah kita sepatutnya tidak berpecah, kerana hak ini bukan milik Kerajaan hari ini dan juga bukan milik kami pembangkang.

Hak ini milik seluruh rakyat Sabah termasuk anak-anak generasi yang akan datang. Bayangkan bila generasi Sabah yang akan datang mereka dapat menikmati jalan raya yang baik. Bekalan air yang mencukupi, pendidikan yang berkualiti, dan

peluang ekonomi yang adil. Hasil negeri kita kembalikan kepada kita secara adil. Maka saya ingin menegaskan Datuk Speaker, ini adalah satu pendirian. Ini adalah satu komitmen. Ini adalah satu amanah. Jika kita gagal hari ini, maka kita akan sedang menghantar mesej kepada rakyat bahawa kepentingan politik lebih besar daripada kepentingan negeri. Dan inilah kegagalan kita sebagai pemimpin. Kita akan keluar dari Dewan ini bila-bila masa saja. Sampai waktunya kita akan bersara, kita akan kalah pilihan raya, kita tidak jadi Menteri, tidak jadi Ketua Menteri, tidak juga jadi YB.

Jadi Datuk Speaker, marilah kita sama-sama di Dewan Undangan Negeri ini, supaya kita menghantar satu mesej kepada Kerajaan Persekutuan bahawa kami tidak kira…

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Minta laluan.

ADUN Kerajaan atau ADUN pembangkang

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Minta laluan.

…tidak kira apa parti kami.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Minta laluan.

…hak 40% perlu ditunaikan segera oleh Kerajaan Persekutuan (bunyi tepuk meja). Sekian, terima kasih Datuk Speaker.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ini kawan ah tidak kasih peluang.

Eh ada, boleh, boleh, boleh.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk…

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih Yang Berhormat Merotai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Paginatan menyampaikan ucapan 15 minit.

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Sabah Maju Jaya. Salam Paginatan di hatiku. Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan atas peluang mengambil bahagian dalam membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan pada persidangan yang mulia ini. Saya berdiri di sini membawa suara rakyat Paginatan, sebuah kawasan yang kaya potensi dengan daya tahan, subur dengan daya tahan masyarakatnya tetapi masih bergelut dengan jurang pembangunan asas yang menuntut perhatian lebih bersungguh. Datuk Yang di-Pertua, saya menyokong penuh….

Aspirasi Sabah Maju Jaya, namun bagi rakyat di pedalaman seperti Paginatan, kejayaan sesuatu dasar tidak diukur dari slogan ataupun dokumen tetapi pada sejauh mana ia dirasai hingga ke hujung kampung. Hampir 45% rakyat Sabah masih tinggal di luar bandar. Oleh itu, pembangunan luar bandar bukan isu pinggiran tetapi isu teras pembangunan negeri. Rakyat kami tidak meminta yang luar biasa. Mereka hanya mahu jalan yang boleh dilalui, air yang mengalir, lampu yang menyala dan peluang yang adil untuk anak-anak mereka maju.

Datuk Yang di-Pertua, isu utama di Paginatan masih berkisar kepada jalan raya, bekalan air dan elektrik. Kawasan-kawasan seperti Kampung Tiang Lama, Bayag, Togoyog, Kitaie dan Longut merupakan antara penempatan terawal. Namun sehingga kini, sebahagian jalan rayanya masih belum berada di bawah seliaan JKR. Kita tahu, akses jalan di luar bandar bukan sekadar soal mobiliti, tetapi ia menentukan akses kepada pendidikan, kesihatan, keselamatan dan ekonomi.

Kita sering bercakap tentang kemiskinan sebagai isu pendapatan. Tetapi di pedalaman, kemiskinan juga berpunca daripada keterasingan fizikal. Di DUN Paginatan masih terdapat 927 ketua isi rumah miskin dan sebahagian mereka bukan miskin kerana kurang berusaha. Tetapi kerana infrastruktur yang lemah menghalang mereka keluar daripada kemiskinan. Sebagai contoh, jambatan Sungai Melaut yang rosak akibat banjir baru-baru ini, 124 keluarga di beberapa kampung terputus laluan membawa hasil pertanian ke pasaran.

Penduduk cuba membina sistem pengangkutan sendiri, namun gagal kerana sungai itu terlalu lebar iaitu selebar 55 meter. Ini bukan lagi isu keselesaan, tetapi gangguan langsung kepada ekonomi rakyat.

Datuk Yang di-Pertua, baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah penduduk Kampung Mentapuk yang terpaksa mengusung jenazah menggunakan perahu merentas sungai untuk ke tanah perkuburan kerana ketiadaan laluan yang selamat. Bila bercakap pasal ini, sendu hati kita. Mahu menitis air mata kita. Kisah ini menyentuh nurani kita kerana ia menggambarkan bahawa di beberapa tempat jurang pembangunan asas masih belum kita lunaskan sepenuhnya. Saya bangkitkan perkara ini bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa. Tetapi untuk menegaskan bahawa pembangunan jalan raya dan jambatan bukan sekadar projek fizikal. Tetapi soal keadilan pembangunan.

Dalam masa yang sama, masih ada kampung yang belum menikmati manfaat penuh bekalan elektrik walaupun tiang dan kabel telah lama terpasang. Bekalan air pula masih banyak bergantung kepada sistem graviti. Cabaran last mile connectivity dengan izin. Ini mesti terus menjadi keutamaan.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh kesan perlaksanaan projek Pan Borneo di laluan Work Package WP 33, 34 dan 35 yang merentasi kawasan Paginatan, sebanyak 115 rumah dikenal pasti terkesan.

Kita menyokong Pan Borneo sebagai pemangkin besar pembangunan tetapi pembangunan tidak boleh mengorbankan kesejahteraan rakyat yang dilaluinya. Justeru itu, saya mencadangkan pertimbangan skim rumah SMJ dan atau bayaran

ex gratia kepada yang terkesan akibat kehilangan tanah, kerosakan struktur, dan gangguan akses bagi mereka yang tidak layak mendapat pampasan. Pembangunan yang baik bukan hanya diukur melalui kilometer lebuh raya yang siap, tetapi sejauh mana manusia yang dilalui pembangunan itu turut terbela.

Datuk Yang di-Pertua, Paginatan mempunyai potensi besar dalam pertanian dan agropelancongan, tetapi potensi tanpa akses pasaran, logistik dan modal hanya tinggal potensi.

Saya ingin menekankan bahawa ekonomi luar bandar tidak boleh hanya dilihat sebagai ekonomi sara hidup, tetapi mestilah diangkat menjadi ekonomi nilai tambah. Sebab itu, saya mencadangkan diwujudkan pusat pengumpulan hasil pertanian diperluas bantuan teknologi moden kepada pertanian dan latihan keusahawanan di PERKASA. Saya juga percaya pengukuhan ekonomi luar bandar harus dilihat sebagai strategi membasmi kemiskinan.

Apabila jalan rosak menyebabkan hasil tani tidak dapat keluar, itu bukan isu pengangkutan semata-mata. Tetapi kehilangan nilai ekonomi, apabila petani terpaksa menjual murah kerana tiada rantaian pasaran, itu bukanlah masalah individu, tetapi kelemahan ekosistem. Jika rantaian nilai ini diperkukuh, ekonomi akan boleh menjadi pemacu pertumbuhan sebenar luar bandar.

Datuk Yang di-Pertua, Pada akhir tahun 2005, ikan-ikan di kawasan Tagal telah diserang wabak virus yang mana telah memberi kesan kepada pengusaha-pengusaha terutamanya di DUN Paginatan yang terkenal dengan sistem Tagal. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Perikanan Sabah di atas tindakan pantas dalam menangani penularan virus ini. Namun, kita berharap kejadian ini dapat dibendung dan dielak di masa hadapan memandangkan sistem Tagal di kawasan Paginatan merupakan salah satu sumber tarikan pelancong baik domestik mahupun antarabangsa ke Sabah.

Datuk Yang di-Pertua, tiada pembangunan lebih penting daripada pembangunan manusia. Saya percaya, ibu segala kemiskinan ialah miskin ilmu. Jika kita mampu melahirkan sekurang-kurangnya seorang graduan bagi setiap keluarga, kita sebenarnya sedang memutuskan rantaian kemiskinan antara generasi. Namun,

realitinya masih ada kampung di Paginatan yang belum mendapat bekalan elektrik sepenuhnya sehingga menjejaskan pembelajaran anak-anak pada waktu malam. Masih ada kawasan yang berdepan kekangan akses internet dan ini menambah jurang digital yang semakin kritikal. Jika jurang pendidikan bandar dan luar bandar tidak kita rapatkan, jurang ekonomi akan terus diwariskan. Ini yang kita mesti elakkan.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang tuntutan hasil 40% seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan.

Atas komitmen menerima prinsip tuntutan ini dan kesediaan meneruskan rundingan. Namun, isu ini bukan sekadar soal formula kewangan semata. Ini soal keupayaan Sabah membiayai jurang pembangunan seperti yang saya bangkitkan pada hari ini. Jalan di pedalaman, jambatan, sekolah, internet dan bekalan asas semuanya berkaitan dengan kapasiti fiskal negeri. Saya ingin mencadangkan agar Dewan ini mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa khas DUN Sabah mengenai tuntutan 40% melibatkan semua ADUN kerajaan dan pembangkang. Biar isu ini dirumus sebagai suara bersama Sabah, bukan suara partisan. Kadangkala kuasa rundingan bukan datang daripada siapa yang paling kerap dan keras bersuara, tetapi siapa yang paling bersatu membawa tuntutan.

Datuk Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat Paginatan dan satu-satunya wakil tunggal dari parti yang saya wakili, saya akan terus berkhidmat untuk semua tanpa mengira kampung, kaum dan agama mahupun ideologi politik, kerana amanah ini bukan satu penghormatan dan keistimewaan tetapi satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Datuk Yang di-Pertua, rakyat Paginatan tidak meminta janji yang tinggi melangit. Mereka hanya meminta pembangunan yang tidak berhenti di jalan besar tetapi masuk terus ke lorong-lorong kampung mereka. Mereka hanya mahu perhatian yang tidak bermusim dan keadilan yang tidak terpilih. Saya percaya dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan, dengan iltizam politik dan keikhlasan dasar, kita mampu membawa pembangunan yang lebih seimbang kepada seluruh rakyat Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung Yang Berhormat.

Pergi pekan membeli emas, Singgah makan soto di kedai; Isu Paginatan janganlah dikilas, Suara kami jangan sampai terabai.

Dengan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh. Selamat Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dengan itu, saya menyokong Ucapan Dasar Kerajaan. Sekian, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat Paginatan. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Darau. Silakan Yang Berhormat, 12 minit.

Terima kasih Datuk Speaker. 15 atau 12?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

15, sorry.

Terima kasih.

bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker kerana memberi ruang kepada DUN Darau dalam

perbahasan pada sidang kali ini. Datuk Speaker, dengan penuh rasa tanggungjawab dan suara rakyat yang saya pikul di bahu ini, saya bangun untuk menyuarakan keresahan dan kemarahan yang telah lama membara di dalam dada penduduk kawasan saya. Khususnya mereka yang mendiami Kampung Likas dan Kingfisher di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

Datuk Speaker, air bukan kemewahan, air adalah hak asasi manusia. Namun, apa yang berlaku kepada penduduk Kampung Likas dan Kingfisher minggu demi minggu, ini bukan sahaja mencerminkan kegagalan infrastruktur. Ia mencerminkan kegagalan tadbir urus yang tidak boleh kita maafkan begitu saja di dalam Dewan yang mulia ini. Bayangkan Datuk Speaker, seorang ibu yang terpaksa mengangkat air dalam baldi untuk memasak makanan bagi anak-anaknya, seorang pekerja yang terpaksa pergi ke tempat kerja tanpa dapat mandi setelah berjam-jam menunggu air yang tidak kunjung tiba, seorang pesakit warga emas yang tidak dapat mencuci ubat-ubatannya, tidak dapat menjaga kebersihan dirinya inilah realiti. Yang bukan berlaku sekali dua, tetapi berlaku berturut-turut dalam minggu yang lalu. Tekanan air yang rendah secara berterusan, gangguan bekalan yang tidak berkesudahan dan yang paling menyakitkan hati, tiada jawapan yang memuaskan daripada pihak berkuasa. Datuk Speaker, saya ingin bertanya secara terus kepada pihak Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan. Pertama, apakah punca sebenar gangguan bekalan air yang kronik ini? Adakah ia disebabkan oleh loji rawatan yang sudah lapuk dan uzur? Adakah paip-paip utama yang retak dan bocor tanpa dibaiki? Atau adakah ini akibat perancangan infrastruktur yang gagal mengikut kadar pembangunan dan pertumbuhan penduduk di Kota Kinabalu?

Kedua, apakah tindakan jangka pendek yang telah dan akan dilaksanakan dengan segera untuk memastikan penduduk Kampung Likas dan Kingfisher tidak terus menderita. Di manakah lori-lori tangki air? Di manakah notis awal kepada penduduk sebelum gangguan berlaku? Komunikasi yang berkesan adalah hak penduduk, bukan kemurahan hati.

Ketiga, apakah pelan tindakan jangka panjang yang komprehensif bagi memastikan bekalan air yang stabil, mencukupi dan berkualiti untuk seluruh kawasan sekitar Kota Kinabalu? Saya mahu melihat tarikh, bajet dan pelan pelaksanaan yang nyata, bukan sekadar janji-janji manis yang hilang ditelan angin setelah sidang ini tamat. Datuk Speaker, saya faham bahawa pembangunan infrastruktur memerlukan masa dan kos. Saya faham bahawa ada cabaran teknikal yang perlu ditangani. Namun, saya tidak faham dan rakyat tidak faham mengapa sebuah bandar raya yang dilancarkan dengan pelbagai projek mega dan pembangunan besar-besaran masih tidak mampu memastikan rumah-rumah penduduknya menerima air yang mencukupi setiap hari.

Adalah amat memalukan apabila Kota Kinabalu yang digelar sebagai salah satu bandar raya utama di Malaysia masih bergelut dengan masalah asas seperti ini pada era kini. Rakyat membayar bil air mereka, rakyat mematuhi undang-undang, rakyat mengundi dan menyerahkan kepercayaan mereka kepada kita untuk memerintah dengan adil dan cekap. Maka saya mendesak, dengan penuh hormat tetapi dengan penuh ketegasan. Penghargaan dan tanggungjawab kepada kepercayaan rakyat itu hedaklah ditunjukkan melalui tindakan bukan sekadar kata-kata. Datuk Speaker, saya membawa usul dan gesaan berikut kepada pihak kerajaan melalui Dewan yang mulia ini. Pertama, agar Jabatan Air Negeri Sabah ataupun JANS mengeluarkan laporan penuh dan telus kepada orang awam mengenai status infrastruktur bekalan air di kawasan Kota Kinabalu dalam tempoh 30 hari. Yang kedua, agar peruntukan kecemasan segera diluluskan untuk kerja-kerja pembaikan paip dan naik taraf loji rawatan yang usang di kawasan berkenaan. Yang ketiga, agar satu sistem notifikasi awam yang sistematik dan efektif diwujudkan supaya penduduk dimaklumkan terlebih dahulu sebelum sebarang gangguan bekalan air dirancang dan dibekalkan dengan alternatif serta bantuan semasa gangguan berlaku.

Keempat, agar satu pelan induk bekalan air Kota Kinabalu, semakan semula disediakan dengan mengambil kira unjuran pertumbuhan penduduk 20 tahun akan datang bagi mengelakkan krisis air yang lebih besar menimpa generasi akan datang. Kelima, saya mencadangkan agar Suruhanjaya Pengurusan Air Sabah dapat ditubuhkan agar dapat meningkatkan kecekapan dan penyampaian bekalan air yang lebih efisien.

Datuk Speaker, pemimpin yang tidak mendengar rintihan rakyat tentang perkara asas seperti air akan kehilangan kepercayaan rakyat itu sendiri. Saya bukan berdiri di sini untuk mencari populariti. Saya berdiri di sini kerana suara mereka yang harus menunggu, yang haus menunggu air itu perlu didengari di dalam Dewan ini.

…suara seorang ibu di Kampung Likas, suara seorang bapa di Kingfisher, suara seorang anak yang tidak dapat berwuduk untuk menunaikan solat dan mandi untuk ke sekolah kerana ketiadaan air. Saya harap, saya amat berharap Kerajaan akan mengambil isu ini dengan lebih serius, segera, tuntas dan penuh komitmen kerana rakyat tidak lagi dapat bersabar dengan alasan demi alasan. Rakyat… rakyat mahukan penyelesaian. Datuk Speaker, saya bukan, bangun hari ini bukan dengan nota ucapan yang ditulis oleh saya di pejabat yang selesa.

Saya bangun dengan berat hati seorang wakil rakyat yang telah mendengar dengan telinga sendiri tangisan seorang nenek berusia 70 tahun yang tidak tahu di mana dia akan tidur malam ini selepas rumahnya diruntuhkan di atas nama pembangunan. Datuk Speaker, pembangunan untuk siapa? Saya tidak menentang Projek Tebatan Banjir Sungai Likas secara membabi buta.

Saya faham dan rakyat pun faham bahawa projek ini mempunyai manfaat jangka panjang dan nyata. Mengurangkan risiko banjir, melindungi nyawa dan memperbaiki alam sekitar kawasan Likas. Itu adalah hasrat murni yang saya sokong sepenuh hati.

Datuk Speaker, manfaat jangka panjang yang dibina di atas

penderitaan jangka pendek yang tidak ditangani adalah satu kezaliman yang tersembunyi di sebalik fail-fail perancangan yang tebal.

Penduduk Kampung Likas, mereka ini bukan pendatang haram, mereka bukan penceroboh, mereka adalah tulang belakang komuniti ini. Ada yang telah menetap di sana selama 30, 40, bahkan 90 tahun. Mereka membesarkan anak-anak mereka di sana, mereka mengkebumikan ibu bapa mereka di tanah perkuburan berhampiran.

Rumah-rumah itu bukan sekadar batu-batu dan kayu, ini adalah memori, identiti, dan maruah mereka sebagai rakyat negeri ini. Datuk Speaker, saya ingin bertanya di Dewan yang mulia ini. Pertama, sebelum satu tukul pun diangkat untuk merobohkan mana-mana rumah, adakah pihak Kerajaan telah menjalankan rundingan yang tulus, menyeluruh dan telus bersama penduduk yang terlibat?

Bukan sekadar notis yang diserahkan kepada penduduk.

Bukan sekadar mesyuarat sekali yang dihadiri oleh pegawai yang tidak tahu pun nama seorang penduduk di situ.

Saya mahu tahu.

Adakah suara mereka benar-benar didengar?

Yang kedua, apakah pakej pampasan yang telah ditawarkan kepada setiap keluarga yang terlibat? Adakah pampasan itu adil, setara dan mencukupi untuk mereka memulakan kehidupan baru di tempat lain?

Atau adakah ini sekadar angka yang dikira oleh juruukur yang tidak pernah masuk ke dalam rumah-rumah tersebut untuk melihat dengan mata kepala sendiri betapa berharganya harta benda yang tersimpan di dalamnya?

Ketiga, di manakah rumah alternatif atau unit perumahan sementara yang telah disediakan dan siap dihuni sebelum perobohan dilaksanakan?

Saya tidak mahu mendengar jawapan “sedang dalam perancangan” atau “akan dilaksanakan tidak lama lagi”. Rakyat memerlukan bumbung di atas kepala mereka malam ini, bukan dalam tempoh enam bulan lagi.

Keempat, apakah jaminan yang diberikan kepada mereka yang telah lama mendiami kawasan tersebut tanpa dokumen hak milik yang formal. Adakah nasib mereka

sekadar dibuang begitu saja seperti sampah pembangunan?

Saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini tentang tanggungjawab moral yang wujud sebelum tanggungjawab teknikal mana-mana projek pembangunan. Kita boleh membina tembok tebatan yang paling canggih di dunia. Kita boleh meluluskan pelan reka bentuk yang memenangi anugerah antarabangsa.

Kita boleh mengadakan majlis peletakan batu asas dengan ucapan yang meriah dan gambar-gambar yang memenuhi akhbar.

Tapi kita gagal melindungi seorang pun rakyat yang terpaksa kehilangan rumahnya dalam proses itu maka semua kemegahan itu adalah kosong, tidak bermakna untuk mensejahterakan rakyat. Pembangunan yang sejati boleh, bukan diukur dengan berapa panjangkah tembok yang dibina.

Ianya diukur dengan berapa banyak kehidupan yang harus diperbaiki bukan dihancurkan dalam prosesnya. Datuk Speaker, saya membawa ke hadapan Dewan ini gesaan yang saya harap akan diambil tindakan serta merta oleh pihak Kerajaan. Pertama, agar semua aktiviti perobohan digantung serta merta sehingga satu mekanisme pampasan yang komprehensif, adil dan diterima oleh penduduk terlibat telah dimuktamadkan dan dilaksanakan sepenuhnya.

Yang kedua, agar satu jawatankuasa khas perundingan rakyat diwujudkan dengan segera, melibatkan wakil penduduk Kampung Likas, pihak berkuasa tempatan, jabatan perumahan dan wakil rakyat kawasan untuk mengurus proses pemindahan dengan penuh kemanusiaan dan keadilan.

Yang ketiga, agar Kerajaan Negeri wajib secara bertulis mengatakan bahawa setiap keluarga yang dipindahkan akan mendapat unit perumahan yang sesuai di lokasi yang tidak menjejaskan mata pencarian dan kehidupan sosial mereka sebelum mana-mana perhubungan dilaksanakan.

Yang keempat, agar penduduk yang telah mendiami kawasan tersebut diberikan keutamaan dan hak untuk mendapatkan perumahan awam yang berpatutan dalam kawasan Kota Kinabalu. Bukan dipindahkan di jauh, ke pinggir bandar yang

memutuskan mereka daripada kerja, sekolah dan kehidupan bermasyarakat yang telah mereka bina.

Yang kelima, agar satu audit sosial bebas dijalankan ke atas keseluruhan projek ini untuk memastikan setiap langkah pemindahan dan perubahan mematuhi piawaian hak asasi manusia dan undang-undang yang berkuatkuasa.

Ada yang mungkin berkata kepada saya, “Yang Berhormat, janganlah menghalang pembangunan. Ini untuk kebaikan semua.”

Saya bersetuju bahawa ini untuk kebaikan semua orang termasuklah juga penduduk Kampung Likas yang terlibat di dalam makna semua orang itu. Jangan biarkan mereka menjadi mangsa senyap pembangunan. Mereka yang berkorban banyak tetapi tidak diiktiraf. Mereka yang dipindahkan tanpa soal. Mereka yang diam bukan kerana setuju tetapi kerana tidak tahu hak mereka. Tidak tahu kepada siapa untuk mengadu dan tidak tahu bahawa ada seorang wakil rakyat yang sanggup berdiri di Dewan ini untuk memperkatakan nasib mereka.

Yang berdiri di sini hari ini untuk memberitahu mereka, anda tidak bersendirian.

Sejarah akan menilai kita bukan pada kemegahan projek-projek yang kita rasmikan tetapi pada bagaimana kita memperlakukan rakyat yang terkesan jika kita melaksanakan projek-projek tersebut. Saya harap Kerajaan akan bangkit setanding dengan tanggungjawab sejarah ini.

Utamakan rakyat, lindungi rumah mereka, hormati maruah mereka kerana tanpa rakyat tidak ada makna bagi mana-mana pembangunan. Tanpa rakyat kita semua tiada di dalam Dewan yang mulia ini. Saya juga ingin merakamkan rasa syukur dan penghargaan yang tidak terhingga bukan sahaja daripada saya secara peribadi, tetapi daripada seluruh penduduk Kampung Nelayan, Likas yang telah lama menanti cahaya perharapan.

Penganugerahan tanah seluas dua ekar di Kampung Likas, sebagai sebahagian daripada pampasan yang melibatkan Syarikat Rindaya, ia bukan sekadar keputusan pentadbiran.

Ia adalah satu pernyataan jiwa seorang daripada seorang pemimpin yang faham bahawa rakyat bukan angka dalam fail tetapi insan yang punya perasaan, punya maruah dan punya mimpi.

Saya ingin berkongsi satu fakta penting yang perlu diketahui oleh Dewan yang mulia ini. Pada 13 hari bulan Januari 2026, satu surat pemakluman penama telah pun dimajukan kepada secara rasmi kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah. Salinan, satu salinan, setiap satu salinan yang dihantar juga kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan kepada Datuk Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Enam keluarga, enam nama, enam harapan.

Tuan Yang di-Pertua saya sebutkan angka ini bukan untuk membesarkan perkara tetapi justeru untuk menunjukkan betapa kecil dan mudahnya permintaan ini berbanding dengan kebesaran hati Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah pun bersetuju untuk membantu mereka.

Saya faham bahawa jentera pentadbiran negeri ini besar.

Saya faham bahawa setiap hari berdozen-dozen fail dan surat memasuki meja-meja pegawai kita yang saya yakini bekerja keras dengan penuh dedikasi.

Saya faham bahawa dalam kesesakan kerja itulah kadangkala bukan kerana niat yang buruk, bukan kerana cuai yang disengajakan sesuatu yang kecil boleh terlepas pandang dan itulah saya bimbangkan.

Bukan kerana saya tidak percaya kepada sistem.

Saya percaya. Bukan kerana saya meragui niat baik Yang Amat Berhormat. Saya tidak meragui.

Saya bimbang semata-mata kerana sayang kepada enam keluarga ini.

Saya tidak mahu mereka terluka.

Bukan kerana keputusan yang salah tetapi kerana terlepas pandang dalam proses yang panjang. Saya ingin memastikan bahawa jawapan itu benar.

Saya ingin memastikan bahawa apabila tiba masanya pengagihan itu berlaku, enam keluarga ini ada dalam senarai lengkap….

… tetap tepat dan tidak tercicir seorang pun. Datuk Speaker, dengan penuh hormat dan dengan segala kerendahan hati saya, memohon kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah pun menunjukkan kebesaran jiwanya melalui penganugerahan tanah ini, untuk selangkah lagi menyempurnakan kebaikan yang telah dimulakan. Satu arahan yang ringkas kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk memastikan senarai enam (6) penama

keluarga dalam surat bertarikh 13 Januari 2026 itu disemak, disahkan dan dijamin kedudukannya, dalam proses pengagihan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung Yang Berhormat.

Sikit lagi. Sudah cukup untuk mengubah kehidupan keluarga ini untuk selama-lamanya. Saya yakin dengan penuh keyakinan bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tidak akan membiarkan perkara ini tergantung tanpa penyelesaian. Maka hari ini saya tidak datang meminta yang bukan-bukan, saya datang memohon kepastian. Kepastian bahawa kebaikan yang telah dijanjikan akan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Pastikan nama mereka tidak tercicir, pastikan tanah yang dijanjikan itu benar-benar menjadi milik mereka yang berhak. Mereka sedang menunggu, bukan dengan kemarahan tetapi dengan penuh kepercayaan dan penuh harapan kepada pemimpin mereka.

Sekian, terima kasih saya ucapkan.

Ucapan saya terima kasih.

Wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum WBT.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Darau. Dan seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat daripada Karambunai. 15 minit Yang Berhormat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih, kepada Datuk Timbalan Speaker. Sebelum saya memulakan perbahasan Ucapan Dasar ini, saya awali dengan ucapan takziah kepada seluruh penduduk Kampung Bahagia, Sandakan, yang kita fahami sudah ditimpa musibah yang sangat besar. Dengan kalam inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, daripada Allah kita datang dan pasti kepadanya kita akan kembali. Mudah-mudahan musibah itu akan menggantikan sesuatu yang lebih baik kepada mereka semua mangsa, sama ada warganegara ataupun bukan warganegara dalam keadaan yang lebih baik selepas daripada ini, insya-Allah.

Saya mulakan dengan satu kalam Allah Taala. Bismillahirrahmanirrahim. Innallaha ya’muru bil’adli wal ihsan. “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan”. Segala puji bagi Allah SWT Tuhan yang menegakkan langit tanpa tiang. Namun menegakkan keadilan sebagai tiang kehidupan manusia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang memimpin dengan kesederhanaan jiwa dan keadilan yang merentasi seluruh lapisan masyarakat. Datuk Speaker, pembangunan bukan sekadar membina bangunan tinggi atau memperindahkan bandar raya. Pembangunan yang sebenar ialah apabila rakyat merasai kehidupan yang lebih baik. Kemudahan asas yang mencukupi, peluang ekonomi yang adil dan masa depan yang lebih terjamin. Sesebuah kerajaan diukur bukan hanya pada besar angka perbelanjaan, tetapi sejauh mana hasil pembangunan sampai kepada rakyat yang memerlukan jalan yang baik, bekalan air yang stabil, elektrik yang sempurna, pendidikan yang menyeluruh dan akses kesihatan yang mudah.

Inilah ukuran sebenar kejayaan sesuatu pembangunan.

Firman Allah Taala, Dia telah menciptakan kamu daripada bahan-bahan bumi dan menghendaki kamu memakmurkannya.

Datuk Speaker, pembangunan yang tidak adil adalah kezaliman yang tidak bersuara. Tetapi kesannya menjerit di dalam diam. Di bandar, lampu tidak pernah padam, namun, di desa masih ada yang bergelap. Di kota, air mungkin mengalir tanpa henti, namun di pedalaman masih ada yang menadah air hujan. Inilah realiti yang tidak boleh disembunyikan dengan angka dan juga laporan. Ini bermakna Datuk Speaker, kerajaan bukan sekadar pentadbir tetapi penjaga amanah rakyat. Keadilan bukan bermaksud semua mendapat jumlah yang sama tetapi setiap rakyat mendapat apa yang mereka perlukan. Namun persoalannya, bagaimana kita boleh berbicara tentang kemajuan jika keperluan asas masih belum diselesaikan. Datuk Speaker, rakyat di pedalaman, di pesisir, di hujung kampung, mereka bukan angka kecil dalam statistik. Mereka adalah amanah besar di sisi Allah Taala, di sisi Tuhan kita. Seperti kalam daripada Sayyidina Umar Al-Khattab r.a. Beliau berkata “jika seekor keldai tersandung di Iraq, Aku takut Allah SWT akan menyoalku mengapa aku tidak meratakan jalan untuknya. Jika haiwan pun menjadi amanah,

apatah lagi manusia yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.” Mukadimah ini saya tutup dengan apa yang Buya Hamka sebutkan dan peringatkan kepada kita. “Keadilan bukan hanya pada hukum, tetapi pada rasa tanggungjawab terhadap penderitaan rakyat.”

Datuk Speaker, di awal selepas daripada mukadimah ini, sebagai menyuarakan hak bagi kita rakyat Sabah khususnya, perkara yang terkait dengan 40% daripada hasil bersih, yang memang menjadi amanah kepada perlembagaan, yang sudah tercatat dalam Perlembagaan Negara. Saya ingin menegaskan bahawa isu ini, iaitu isu 40% ini tidak boleh terus tertangguh. Ia memerlukan kesungguhan politik, keberanian pentadbiran dan jika benar-benar untuk kita melihat Sabah membangun dengan lebih tersusun, saya beranggapan hasil ini perlu dikembalikan secepatnya, untuk manfaat negeri dan juga rakyat Sabah khususnya.

Datuk Speaker, dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, kita juga tidak boleh memandang ringan perkembangan geopolitik antarabangsa. Ketegangan perang di antara Amerika Syarikat khususnya dengan Republik Islam Iran memberi kesan yang besar, khususnya kepada ekonomi dunia termasuk harga minyak. Kos import, keselamatan perdagangan, kestabilan rangkaian bekalan dan apabila dunia bergolak negeri dan negara tidak akan terlepas daripada tempiasnya. Saya yakin Sabah juga banyak bergantung kepada import bahan makanan dan barangan asas, yang sebenarnya memerlukan kesiapsiagaan ekonomi dalam konteks masa depan Negeri Sabah. Kita pastinya tidak boleh terlalu bergantung kepada keadaan luar tanpa membina kekuatan dalaman negeri kita sendiri. Kerajaan pastinya perlu memikirkan strategi keselamatan dan keterjaminan makanan.

Pengukuhan industri tempatan serta jaminan bekalan asas, sekiranya konflik antarabangsa ini berpanjangan.

Datuk Speaker, saya juga ingin menyebutkan mengenai kebetulan Karambunai berada dalam kawasan perbandaran. Di antara cabaran yang paling besar adalah terkait dengan harga rumah.

Saya melihat di dalam kawasan perbandaran khususnya, sedang dibina terlalu banyak kawasan-kawasan perumahan. Dan saya

beranggapan harga rumah pada kadar yang terlalu tinggi seolah-olah tanpa kawalan. Saya yakin kerajaan juga sebahagiannya mungkin tidak mempunyai kuasa yang penuh untuk mengawal harga rumah ini. Tetapi saya memohon kepada pihak Kerajaan, supaya mewujudkan mekanisme kawalan harga rumah yang lebih tersusun dan berkesan di seluruh Negeri Sabah. Kita memerlukan dasar yang memastikan rumah-rumah yang dibina mampu dimiliki sebenar-benarnya dan bukan sekadar label yang indah pada nama sahaja.

Kerajaan juga perlu menilai semua faktor harga tanah, kos pembangunan, margin keuntungan yang terlalu tinggi sehingga menekan rakyat. Kita tidak menolak pembangunan tetapi pembangunan mesti mempunyai jiwa kemanusiaan.

Datuk Speaker, air dan elektrik sudah menjadi bahan perbahasan hampir semua wakil rakyat yang berada di dalam Dewan ini … .

…Termasuklah juga di Karambunai, perkara air dan elektrik sudah menjadi perbualan hampir setiap hari, khususnya bekalan yang putus, kecurian elektrik, kecurian air dan bagaimana kita mahu berbicara tentang kemajuan jika masih ada rakyat yang terpaksa bersabar dengan paip kering dan bekalan elektrik yang tidak menentu? Datuk Speaker, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan supaya memperkenalkan polisi yang jelas, khususnya air dan elektrik untuk semua sebagai komitmen pembangunan yang benar-benar menyentuh kehidupan rakyat. Saya menyedari, sebahagian daripada kawasan kita adalah kawasan-kawasan setinggan.

Tetapi andai kita tidak mengadakan polisi yang seumpama ini atau menyediakan kemudahan asas air dan elektrik, seolah-olah, saya ulang, seolah-olah kita akan membenarkan rakyat kita mencuri air dan mencuri elektrik ini. Saya berpandangan biarlah Kerajaan sedikit bersusah payah untuk menyediakan air, bekalan air bersih khususnya dan bekalan elektrik, walaupun di kawasan-kawasan yang tanahnya tidak sah, kawasan-kawasan setinggan, untuk mengelakkan rakyat kita jadi terbiasa mencuri air dan elektrik ini dan supaya pendapatan daripada agensi yang terlibat juga saya kira akan lebih baik.

Datuk Speaker, walaupun mungkin kita melihat ianya satu perkara yang sudah diulang-ulang, tetapi untuk masa depan, kita harus menyusun atur kemudahan asas ini dengan lebih baik supaya rakyat kita tidak terdidik dengan membuat kesalahan, tetapi mereka sentiasa berbuat baik atas keperluan kemudahan asas yang mereka perlukan. Datuk Speaker, dalam Karambunai ada satu pulau yang namanya Pulau Sepanggar. Saya mengalu-alukan, siapa yang belum sampai di pulau ini, boleh kita datang bersama-sama, sebuah pulau yang cantik dan menarik dan bersih.

Malangnya, pulau ini tidak ada bekalan elektrik dan bekalan air yang sempurna. Saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, apakah perancangan Kerajaan untuk menjadikan pulau ini pulau yang mendapat tempat pada pandangan rakyat ataupun menjadi tempat pelancongan?

Dan apakah perancangan Kerajaan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas khususnya elektrik dan air di Pulau Sepanggar ini?

Datuk Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan terhadap keadaan yang terkait dengan para nelayan. Apakah perancangan kerajaan untuk memperdalamkan muara Sungai Menggatal yang semakin cetek? Dan ia menghalang pergerakan nelayan-nelayan daripada beberapa buah kampung yang menjadikan nelayan ini sebagai aktiviti ekonomi mereka. Saya sebutkan kampung-kampung yang terjejas akibat daripada gangguan di muara Sungai Menggatal ini, iaitu Kampung Kuala Menggatal, Kampung Numbak, Kampung Kebagu, Kampung Unggun, Kampung Lokub, Kampung Gudon termasuklah juga Kampung Rampayan. Maka pergerakan mereka biasanya akan terganggu ketika mana melalui muara Sungai Menggatal ini. Saya mohon kerajaan kalau boleh, melaksanakan kerja-kerja pendalaman muara sungai ini untuk kita memudahkan urusan masyarakat kita untuk mencari ataupun mencari makan dalam kehidupan harian mereka.

Datuk Speaker, di hujung daripada ucapan-ucapan ini, ada dua perkara yang terakhir. Kita sering berbicara tentang impian membina bandar yang selamat, bandar yang terang, bandar yang memberi ketenangan kepada rakyat ketika malam menjelma. Namun hakikatnya di beberapa kawasan, tiang lampu telah tegak berdiri tapi cahayanya masih belum bernyala.

Tiang-tiang itu seakan menjadi simbol harapan yang tergantung. Berdiri megah di tepi jalan namun gagal menerangi

perjalanan rakyat.

Pada waktu malam, jalan menjadi suram menimbulkan rasa bimbang kepada pengguna jalan raya, pejalan kaki serta penduduk yang pulang mencari rezeki.

Antara jalan-jalan yang terkesan ialah Jalan Universiti Malaysia Sabah, Jalan Politeknik Kota Kinabalu, Jalan Sepanggar, Jalan Norowot dan Jalan Sabah Port Bypass. Saya ingin mendapat jawapan daripada Kerajaan. Saya difahamkan banyak juga kawasan yang berlakunya kecurian kabel yang menyebabkan lampu-lampu jalan ini tidak menyala. Nasihat saya kepada pencuri-pencuri kabel, anda sebenarnya sedang melakukan kezaliman dan pengkhianatan. Anda dalam kalangan manusia yang tidak bermaruah. Rezeki yang anda gunakan adalah rezeki yang haram.

Insaf dan kembalilah ke pangkal jalan.

Perbuatan anda adalah perbuatan yang sangat keji dan sangat dibenci. Datuk Speaker, janganlah kita membiarkan tiang-tiang itu sekadar menjadi monumen janji yang belum sempurna. Jika tiangnya telah didirikan, maka biarlah cahayanya turut dinyalakan agar jalan yang gelap kembali bercahaya dan rakyat dapat bergerak tanpa rasa takut. Pada masa yang sama, Datuk Speaker, aspek keselamatan pejalan kaki juga tidak boleh dipandang ringan. Saya memohon agar kerajaan dapat membina jejantas yang baharu yang menghubungkan di antara Sulaman Sentral dengan Taman Indah Permai. Perjalanan ini sering digunakan oleh masyarakat, khususnya secara harian. Dan di antara Politeknik dan juga Pusat Komersial Politeknik. Ini juga menjadi laluan di kalangan pelajar-pelajar daripada Politeknik ke Polytechnic Commercial Centre.

Datuk Speaker, saya juga ingin menarik akhirnya. Saya mohon Kerajaan melihat kepada satu kampung yang namanya Kampung Tamalang Bawah.

Saya sudah turun melihat kampung ini, sebahagian jalannya sudah berdaftar dengan MARRIS dan sebahagiannya belum berdaftar dengan MARRIS dan kita sudah usahakan. Saya mohon pada kerajaan kalau boleh mempercepatkan. Selagi mana tidak terdaftar dengan MARRIS ini, maka kerja-kerja penyelenggaraan agak sukar untuk dilakukan dan saya kira ini merupakan jalan yang utama bagi penduduk ini.

Yang terakhir, saya mohon pihak kerajaan memberikan angka kepada saya. Berapa banyak rumah Sabah Maju Jaya yang terbengkalai dalam DUN Karambunai? Saya sudah menjelajah dan melihat sendiri, cuma saya tidak ada angka. Saya melihat ada rumah yang hanya ada frame, ada rumah yang hanya ada dinding, ada rumah yang cuma ada tanda, ada rumah yang sudah siap sebahagian dinding, ada rumah yang ada dinding, tidak ada zink yang sudah terbengkalai sejak hujung tahun lepas.

Saya mohon, kita jangan biarkan rakyat kita hanya melihat pada rumah-rumah yang dijanjikan tapi selepas enam, tujuh bulan, rumah mereka hanya tetap kekal sebagai rangka yang mudah-mudahan dapat disiapkan sebelum, selepas daripada ini.

Akhirnya, kita semua pasti akan kembali kepada Allah, bukan sebagai Kerajaan atau Pembangkang tetapi sebagai hamba yang akan ditanya tentang amanah kita. Saya menyokong segala usaha yang membawa pembangunan yang adil dan menyelesaikan penderitaan rakyat, namun saya juga akan terus bersuara supaya setiap dasar kekal berpaksikan keadilan yang pasti ianya diperintahkan oleh tuhan.

Semoga negeri ini diberkati, dipimpin dengan amanah dan dibangunkan dengan keadilan yang menyeluruh. Sebelum mengakhiri ucapan, saya sampaikan dua rangkap pantun. Mohon izin Datuk Speaker.

Karambunai indah laut membiru, Ombak tenang pagi berseri; Sejahtera rakyat jadi hala tuju, Hidup makmur sepanjang hari.

Pagi cerah di tepi pantai, Angin laut membawa damai; Karambunai sejahtera terus terbina, Untuk semua tiada terabai.

Saya menyokong ucapan dasar kerajaan.

Mudah-mudahan Allah SWT merahmati dan memberkati kita. Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Karambunai dan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat daripada Sindumin, 15 minit Yang Berhormat.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Datuk Speaker. Alhamdulillah dengan izin Yang Maha Kuasa, kita dapat berkumpul pada petang ini dan 23 hari bulan kita sama-sama mendengar ucapan dasar.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

… Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bersandarkan kepada ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada 23 April, minggu lepas, saya tertarik satu petikan yang agak signifikan, yang berbunyi, “Sudah tiba masanya kita bersatu hati tanpa mengira kaum, bangsa, agama mahupun fahaman politik.” Saya tekankan di sini fahaman politik.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri juga menyentuh sebelum ini tentang fahaman politik untuk bersama-sama membangunkan negeri ini dengan penuh tanggungjawab dan kemajuan serta kesejahteraan bersama. Namun, ucapan dasar Kerajaan yang diungkapkan ini hanya menjadi retorik. Sekiranya Kerajaan gagal atau terlepas pandang dalam beberapa perkara, saya rangkumkan dua perkara itu. Yang pertama, sekiranya Kerajaan gagal secara adil menurunkan peruntukan kepada wakil rakyat yang diwakili oleh pembangkang.

Itu yang pertama, sebab jelas diberi penekanan oleh Tuan Yang Terutama di sini tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama bersama, membangunkan kemajuan wilayah negeri kita ini. Itu yang pertama. Yang kedua ialah penglibatan wakil rakyat hanya diberi peluang kepada wakil rakyat yang Kerajaan, terutamanya dalam melaksanakan dasar Kerajaan. Juga telah disentuh oleh sahabat saya sebelum ini daripada Sulabayan dan beberapa orang ADUN juga tadi tentang LUC meeting. LUC meeting ini cukup penting. Permohonan-permohonan tanah orang

kampung, orang asal, native, sepatutnya wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat, mewakili rakyat, kena duduk bersidang bersama mendengar siapa yang memohon tanah ini? Layakkah dia diberi? Apa yang sepatutnya diberi pertimbangan yang sewajarnya?

Begitu juga dengan Majlis Tindakan Daerah, meeting Majlis Tindakan Daerah, juga sepatutnya wakil rakyat pembangkang juga seharusnya dibagi peluang. Barulah adil dan saksama, ini yang kita mahu. Itu pasal Ahli Parlimen, ada Ahli Parlimen tidak perlu saya sebut, dia sudah bersedia untuk ambil tindakan legal action terhadap Kerajaan kalau sekiranya peruntukan tidak diserahkan atau ditolakkan kepada kawasan yang diwakili oleh pembangkang.

Begitu juga konsepnya kalau sekiranya wakil rakyat tidak dibagi peluang untuk turut serta dalam mesyuarat-mesyuarat penting di peringkat daerah. Kita sudah berhenti politik, kita bukan untuk buat politik lagi sekarang ini. Jadi, sekarang apa yang saya mau tanya ialah di Dewan yang mulia ini, adakah ini menjadi dasar Kerajaan? Tidak mahu melibatkan wakil rakyat pembangkang di peringkat mesyuarat daerah. Sebab saya sendiri secara peribadi telah menerima arahan daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Negeri. Menghalang halangan bertarikh pada 10 Februari tahun ini melalui Pejabat Daerah Sipitang yang menyatakan tidak mengizinkan wakil rakyat daripada pembangkang turut serta dalam meeting penting di peringkat akar umbi ini.

Yang Berhormat.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Jadi saya cukup rasa kecewa dan tidak adil.

Kita kena menghormati pilihan rakyat. Rakyat memilih kita, rakyat memberi mandat kepada kita. Silakan.

Yang Berhormat Sindumin, adakah Yang Berhormat Sindumin bersetuju apabila saya menyatakan bahawa ada di antara kakitangan Kerajaan yang sengaja menggunakan perkataan ibu pejabat ataupun

Menteri untuk menghalang kita daripada berjumpa mereka, bertanyakan ataupun berbincang soal masalah rakyat? Pengalaman saya di Lahad Datu, Yang Berhormat Sindumin ya, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Lahad Datu. Dua kali saya mahu jumpa dia. Saya telefon, dia bagi tahu saya kena menghantar surat kepada ibu pejabat untuk mendapat kebenaran untuk berjumpa dengan mereka dan jika ini adalah polisi Kerajaan yang diamalkan sekarang, saya rasa ini tidak sihat dan tidak baik untuk rakyat.

Apa guna kita dilantik menjadi wakil rakyat? Apa guna mereka duduk di sana selaku pelaksana dasar dan polisi? Dan apa guna Kabinet kita yang ada di sini, yang telah dibagi amanah untuk melaksanakan tugas tersebut? Adakah Yang Berhormat setuju? Terima kasih.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Terima kasih sahabat saya Tungku. Memang betul, saya sendiri menerima kenyataan ini. Saya cukup aktif membuat lawatan kerja. Bukan hanya semata-mata lawatan kunjungan hormat ya, kepada jabatan-jabatan Kerajaan. Lawatan kerja, kita kena bekerja, bekerja dan bekerjasama dengan jabatan-jabatan yang penting.

Contohnya JKR, JKR district engineer di Sipitang, mula-mula dia cakap melalui setiausaha saya, district engineer ada taklimat, ada penting mesyuarat di HQ, selang berapa hari tunda lagi, ada taklimat, selang berapa hari, minta maaf ada arahan daripada atasan, tidak dapat menerima kunjungan kerja daripada wakil rakyat, daripada pembangkang, minta maaf cakap, nonsense. Kita bukan untuk berpolitik. Jadi adakah, ingin saya kemukakan persoalan di Dewan yang mulia ini, adakah ini keputusan Kabinet? adakah ini Dasar Kerajaan? Kalaulah ia menjadi keputusan Kabinet ataupun dasar Kerajaan, ternyata ini bercanggah dengan Ucapan Dasar yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama baru-baru ini. Datuk Speaker, ingin saya mengulangi kenyataan Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama. Tanpa mengira kaum mahupun fahaman politik untuk bersama-sama membangunkan negeri ini dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan bersama. Saya bagi pendekatan bersama di sini. Saya yakin istilah bersama-sama

membangunkan negeri ini bukan terhad kepada Wakil Rakyat daripada Kerajaan atau yang menyokong Kerajaan sahaja, tetapi juga melibatkan seluruh Ahli-ahli Berhormat yang ada di dalam Dewan yang mulia ini. Kerana beginilah amalan yang benar-benar mendukung sistem demokrasi berperlembagaan yang kita amalkan di dalam negara Malaysia ini.

Tuan Speaker, oleh yang demikian saya mengesyorkan malah sejajar dengan kenyataan Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama baru-baru ini sudah tiba masanya. Maknanya sebelum ini memang pun belum sampai masanya, jadi sekarang minggu lepas TYT, Tuan Yang Terutama sudah menyatakan sana, sudah tiba masanya! membawa maksud, yang lepas yang menjadi budaya kita lepaskan, kita hentikan sekarang. Sudah tiba masanya. Mungkin bermula daripada 23 hari bulan itu, bermula dari saat itu kita sama-sama buang budaya ini. Membangunkan bersama negeri dan memberi kesejahteraan bersama seluruh rakyat khasnya di kawasan masing-masing agar Wakil Rakyat dipastikan mewakili rakyat pada setiap mesyuarat khas di peringkat daerah seperti yang saya sebutkan tadi, LUC dan Majlis Tindakan Daerah sebab cukup penting untuk wakil rakyat turut serta dalam membuat keputusan.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

… LUC meeting, dan juga Majlis Tindakan Daerah. Sesungguhnya hampir semua kawasan kampung masih dahagakan infra asas, seperti jambatan gantung, yang penghubung utama daripada kampung ke sekolah. Membawa hasil pertanian, jalan berturap, sekolah yang tidak daif. Sekiranya peruntukan tidak diturunkan oleh kerana wakil rakyatnya adalah pembangkang, itu adalah zalim. Saya amat bersetuju apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Karambunai tadi, sebentar tadi.

Tuan Speaker, ramai juga sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri menyentuh berkenaan dengan kelemahan JKR ini. Sudah berbuih-buih mulut sudah, mahu pun di peringkat sana mahu pun di sini. Yang 10 tahun tidak pandai siap-siap Jalan Pan Borneo ini. Yang mati, yang accident, yang cedera, boleh dikatakan hampir setiap

bulan akibat daripada jalan yang tidak dibuat on time. Difahamkan ada sudah beberapa company yang sudah diambil tindakan disaman sampai berpuluh-puluh juta. Mungkin bagi dia orang, dia orang banyak duit. Mungkin bagi dia tidak ada masalah. Difahamkan sudah kena terminate, dapat lagi di projek di tempat lain. Ini angin-angin yang saya dengarlah. Jadi mohon siasat Kementerian, sudah nyata performance tidak bagus tetapi dapat lagi projek di tempat yang lain. Yang saya ingin bagi penekanan, pasal jalan ini yang lain-lain sudah Ahli Dewan Undangan Negeri sudah sentuh tentang u-turn yang dibina oleh kontraktor Pan Borneo ini.

Menyusahkan rakyat Yang di-Pertua, Tuan Speaker.

Jalan masuk melalui Jalan Pan Borneo yang kini masih dalam pembinaan, yang 10 tahun memang pun sampai sekarang tidak pandai siap, menuju ke pekan Mesapol, kampung saya, dan Kampung Berambai. JKKK sudah menulis surat kepada District Engineer JKR Sipitang, bertarikh 15 Disember 2025 memohon jalan lama dikekalkan untuk keluar masuk ke Jalan Pan Borneo menuju ke pekan Mesapol dan Kampung Berambai. Seterusnya ke Kampung Hulu Sipitang dan kampung-kampung di sekitarnya tanpa perlu membuat u-turn yang begitu jauh, lebih kurang 3km. Kalau tidak ada u-turn, tidak sampai seminit sampai ke Pekan Mesapol. Oleh kerana u-turn melalui beberapa kampung, memakan masa mungkin dalam kurang daripada lima minit barulah sampai ke pekan yang hendak dituju. Jadi kita tidak nampak di sini dia punya perancangan yang teratur. Amat mengecewakan padahal kontraktor sebelum ini adalah orang Mesapol, saya cukup kecewa.

Tuan Speaker, begitu juga halnya jalan masuk dari Kampung Naluyan, Kampung Lalang, daripada Kampung Lubuk Darat, Lubuk Western, dan kampung yang berdekatan. Untuk menuju u-turn ke jalan pekan Mesapol, dia terpaksa melalui beberapa buah kampung, Kampung Baular, Kampung Malalia. Amat mengecewakan dan sungguh menyusahkan rakyat.

Datuk Speaker, saya ingin memberi penekanan di sini tentang pembinaan jejantas di kawasan Kampung Layun, Melalia. Untuk kanak-kanak sekolah menyeberang ke Sekolah Rendah Melalia. Kalau jejantas dibina di sana dan memang pun tempat itu wajar dibuat di sana, kenapa tidak dilaksanakan? Kita boleh perhatikan sepanjang

perjalanan Pan Borneo ini ada beberapa jejantas dibuat. Tapi kita tengok dia punya tujuan, tidak mencapai sasaran.

Ada jejantas yang kita tidak nampak keperluan dia, yang ini yang saya maksudkan di depan Kampung Layun, Melalia menuju ke SK Melalia ini Tuan Speaker, amat diperlukan untuk keselamatan kanak-kanak sekolah, murid-murid sekolah dan memudahkan ibu bapa menghantar ke sekolah. Tidak perlu jauh u-turn melalui kampung dua tiga buah kampung, barulah sampai ke sekolah berkenaan. Padahal kalau ada jejantas, tidak pun sampai 3 minit sampai ke sekolah itu. Jadi saya memohon kepada sahabat saya Kundasang, tolong tengok-tengokkanlah kontraktor ini Tuan Yang Berhormat. Kita kenal, kawan kita juga bah ini kontraktor ini. Jadi buatlah dengan sebaiknya, secara bertanggungjawab. Ya Tungku silakan.

Terima kasih Sindumin. Adakah Yang Berhormat Sindumin bersetuju kalau saya mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini dan dijadikan sebagai dasar dan polisi Kerajaan, di mana jika berlaku kemalangan disebabkan negligence kontraktor pelaksana Pan Borneo ini, maka pengguna jalan tersebut boleh mengemukakan saman kepada kontraktor tersebut. Perkara ini berlaku di Lahad Datu, pakej yang menuju ke Tawau. Di mana disebabkan signage dan juga petugas trafik yang petugas pada hari itu gagal menjalankan tugas dengan baik, menyebabkan enam buah kenderaan terlibat dalam kemalangan dan salah satu penyebabnya adalah kemalangan kontraktor itu sendiri. Pertama. Kedua, setujukah Yang Berhormat Sindumin kalau kita mencadangkan dalam keadaan jalan kita yang tidak baik sekarang ini, di mana pengguna jalan terlibat dalam kemalangan disebabkan keadaan jalan yang tidak baik, mereka boleh menuntut ganti rugi ataupun insurans pukal yang telah dibuat oleh Kerajaan selama ini dan menuntutnya kepada Kerajaan. Terima Kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung Yang Berhormat Sindumin.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Terima kasih Tungku. Tuan Speaker, saya amat bersetuju dan sebelum saya menggulung ingin saya berkongsi saya selaku pengamal undang-undang lebih 20 tahun memang saya buat secara probono membantu orang kampung yang mendapat kemalangan, sudah lebih 3-4 orang yang saya bantu saya saman minta maaf pihak JKR. Alhamdulillah semua menang. Jadi pada kesempatan ini saya juga memaklumkan, ingin memanjangkan kepada rakyat di luar sana yang tidak berkemampuan kita buat secara probono. Memang jelas ada elemen negligence. Ingin saya menyentuh sedikit Tuan Speaker, tentang SOP kontraktor. Kalau di kampung saya di kawasan Sipitang menuju ke Sindumin, kontraktor semacam sesuka hati meletakkan signboard ataupun signage, lencongan. Kalau ikutkan SOP, lencongan sekurang-kurangnya diletakkan sekurang-kurangnya 100 meter sebelum jalan yang melencong itu. Tetapi menjadi amalan kita di mana ada tempat, di mana lencongan itu bermula, disitulah diletakkan signage…

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSMenteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif · Apas

Tuan Speaker, saya ada usul.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sebentar Yang Berhormat Sindumin. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSMenteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif · Apas

Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap (2) (1) (b), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang hari ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ada Ahli Yang Berhormat yang menyokong?

Datuk Jonnybone J. KurumPBS · GRSPembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan & Pengangkutan · Telupid

Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, yang tidak bersetuju, katakan tidak.

Lebih suara bersetuju, usul dipersetujukan. Silakan Yang Berhormat Sindumin, gulung.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Saya fikir boleh extend lagi Tuan Speaker.

Tidak? Gulung ya. Okey Tuan Speaker, sebelum saya menggulung ada beberapa izinkan saya mengambil masa sedikit dalam dua tiga minit Tuan Speaker kesinambungan daripada permohonan pihak JKKK Kampung Berambai tadi, saya memohon respon lanjut daripada District Engineer JKR Sipitang. Ini di hadapan sahabat saya, Menteri JKR, YB Kundasang. Saya mohon JKR melalui District Engineer JKR Sipitang, kerana surat JKKK dari Kampung Berambai sebelum ini telah diulas oleh District Engineer berkenaan melalui surat mereka bertarikh 05.05.2025, namun sehingga sekarang masih senyap, belum ada ulasan terkini.

Tuan Yusri bin PungutWARISANSindumin

Ini daripada pihak JKR District Engineer Sipitang. Tuan Speaker, sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang ingin saya sampaikan. Namun masa tidak mengizinkan, mungkin saya ingin menyentuh serba sedikit secara laju. Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian pihak Kerajaan pada persidangan yang lepas.

Tuan Speaker. Pada Sidang DUN Ke-16 bertarikh 8 Julai 2025 yang melibatkan Pindaan Enakmen Hutan 1984, Pindaan 2025.

ADUN Sindumin ketika itu menyatakan sejumlah 15,978 hektar kawasan Hutan Simpan Sipitang Kelas II, dibubarkan bagi tujuan perkampungan daripada Kampung Mendolong, Solop, Pekiak, Tunas, Tunas Baru, Ulu Bule, Maligan, Iburu, Longmio, dan Long Persia serta beberapa buah kampung yang berdekatan yang tidak disebutkan.

Untuk pengetahuan Tuan Speaker, ada mereka daripada hulu sana datang ke Dewan yang

mulia ini semata-mata mahu mendengar ucapan daripada wakil rakyat yang mereka bagi mandat, Tuan Speaker.

Difahamkan pembentangan dan Undang-undang Pindaan tersebut telahpun diluluskan yang sudah memberi khabar gembira kepada masyarakat di kampung sana. Soalan saya, apa status terkini kelulusan perkampungan ini? Jika benar ia sudah diluluskan dan jika sudah diluluskan bagaimana pihak Kerajaan melaksanakannya? Kerana ia melibatkan kawasan yang agak luas dan ingin saya mengesyorkan supaya pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi sehingga wakil rakyatnya dilibatkan secara tertib dan telus.

Tuan Speaker, begitu juga dengan pampasan SFI, Sidang DUN yang Ke-16 bertarikh 28 November 2022 berkenaan jawapan lisan Ketua Menteri ketika itu. Difahamkan, Kerajaan Negeri telah menghulurkan lebih kurang RM130 juta nilai bantuan kepada pekerja SFI dan keluarga yang terjejas melalui tabung yang telah diwujudkan akibat kehilangan punca pendapatan setelah SFI tidak beroperasi. Soalan saya, mungkin nanti Menteri ataupun Ketua Menteri, Yang Berhormat Ketua Menteri boleh menjawab, adakah benar ini berlaku? dan jika benar, sudahkah bantuan ini diterima oleh semua pekerja dan ahli keluarga SFI? Itu sahaja, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Sindumin dan seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat daripada Tamparuli, 15 minit Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Speaker, Tamparuli bangun untuk menyatakan sokongan ke atas usul menjunjung kasih yang dibentangkan Yang Berhormat Kuamut atas Ucapan Dasar Kerajaan, disampaikan Tun Yang di-Pertua Negeri Sabah pada Khamis, 23 April minggu lalu. Namun demikian, biarlah sokongan saya ini bukan sekadar tepukan di atas meja, tetapi sebagai sebuah suara hati yang membawa denyut nadi rakyat dari puncak Gunung Kinabalu hingga ke pesisir pantai Lahad Datu.

Tuaran, Tamparuli berdiri di sini untuk menyatakan sebuah kebenaran yang tidak boleh lagi kita bungkus dengan retorik politik yang indah. Sabah bukan kekurangan potensi, tetapi Sabah sedang menderita akibat kekurangan pelaksanaan banyak sudah kita dengar tadi masalah air dan bermacam-macam.

Tuan Speaker, lihatlah di luar sana, realitinya sangat pedih, anak-anak Sabah, graduan kita, belia kita yang cemerlang, setiap hari terpaksa menggendong beg, meninggalkan tanah air tercinta. Mereka terbang ke Semenanjung bukan untuk melancong, bukan untuk mencari keseronokan tetapi mereka terpaksa berhijrah kerana di sini pintu rezeki seolah-olah tertutup rapat buat mereka. Peluang pekerjaan memang yang berkualiti untuk graduan kita memang sangat kurang di sini. Anak-anak saya pun bakal jadi Kuala Lumpur juga. Setiap kali seorang anak Sabah melangkah keluar, kita sebenarnya sedang kehilangan permata.

Kehilangan bakat dan yang paling memilukan kita sedang kehilangan masa depan negeri kita sendiri. Kita sering melaungkan slogan pelaburan tinggi langit, setinggi langit. Namun ingatlah pelabur tidak datang ke Sabah kerana terpukau dengan susunan ayat dalam slogan. Pelabur datang kerana keyakinan dan keyakinan itu hanya wujud jika asas infrastruktur kita kukuh, sekukuh batu karang di dasar laut kita. Ambil contoh Taman Perindustrian PYC Lahad Datu yang saya telah dilantik sebagai pengerusinya. Kita mahu menjadikan PYC Lahad Datu menjadi hab industri hebat. Namun apa ceritanya sekarang?

Bekalan air terawat pun tidak cukup. Rizab margin negatif 40%. Pada saya, selaku yang bertanggungjawab untuk membawa pelabur ke taman perindustrian tersebut, rizab margin negatif 40% ini satu penghinaan kepada sebuah visi pembangunan satu wawasan pembangunan hebat.

Bagaimana mungkin kita menjemput pelabur antarabangsa masuk ke rumah kita sedangkan air di dapur pun belum tersedia? Mesej apa yang kita hantar kepada dunia? Adakah kita mahu industri tetapi keperluan paling asas pun kita gagal sediakan?

Tuan Speaker, bercakap soal Taman Perindustrian PYC ini juga. Izinkan saya menyingkap satu contoh nyata, betapa lembabnya birokrasi dan betapa sakitnya kita

akibat kebergantungan kewangan kepada Kerajaan Pusat.

Saya ambil isu penaiktarafan kemudahan BUDGE di pelabuhan PYC. Pada peringkat awal permohonan pembiayaan terpaksa dibuat melalui pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan. Prosesnya cukup berliku, kertas cadangan, rundingan, penilaian demi penilaian yang memakan masa terlalu panjang. Pada waktu itu, kos asalnya hanyalah sekitar RM8 juta ringgit. Namun, kerana tempoh perbincangan yang berlarutan, projek itu tergantung sepi. Apabila kelulusan akhirnya diperoleh dan tender dibuka harga pasaran sudah tidak lagi sama. Bajet asal RM8 juta kini menjadi sekadar angan-angan. Kos telah melonjak hampir berganda, menjadi RM16 juta ringgit. Akibatnya kita terpaksa mengulangi semua proses permohonan dari titik sifar kerana jumlah yang diluluskan dulu tidak lagi relevan dengan realiti semasa. Inilah harga yang perlu dibayar akibat kelewatan. Inilah musibah apabila kita tidak mempunyai kedaulatan kewangan sendiri.

Apabila kita bergantung dengan kewangan yang dipinjam dari Kerajaan Persekutuan. Situasi ini adalah bukti jelas betapa kekangan kewangan dan kebergantungan pada pinjaman dari Kerajaan Persekutuan menyebabkan projek tertangguh dan kos melipat kali ganda. Tengok dalam laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Dewan pada hari ini. Hutang Sabah kepada persekutuan sudah melambung melebihi tiga bilion. Air saja pun sudah lebih satu bilion, menghampiri dua bilion hutang untuk membina loji-loji sahaja. Jadi, Tuan Speaker, di Taman Perindustrian PYC Lahad Datu ini kita mahu mewujudkan free trade zone atau zon perdagangan bebas. Namun jangan kita lupa satu hukum asas, zon perdagangan bebas tidak akan bermakna tanpa logistik yang bebas dan pantas. Logistik kita hari ini masih di takuk lama. Lapangan Terbang Lahad Datu yang daif masih belum mencapai taraf antarabangsa, mahu landing pun ikut skill pilot, belum ada dia pakai dia punya tower, dia tidak mampu mengendalikan Kapal Terbang Boeing, apatah lagi kargo besar. Tidak mampu menjadi pintu masuk global, bagaimana kita mahu bersaing di pentas dunia jika pintu depan rumah kita sendiri masih sempit dan tidak bersedia. Masalah kita bukan satu, dua Tuan Speaker, masalah kita adalah keseluruhan ekosistem pelaburan, pelaburan ada…

Tetapi belum optimum.

Paling panjang dermaga di Pelabuhan Sepanggar baru 500 meter. Yang kita ada di PYC baru 200 meter. Berapa yang boleh melabur, kapal boleh berlabuh di sana. Kereta api tetapi lokomotif baru umur puluhan tahun dan tidak sampai ke kawasan perindustrian. Jalan raya ada tetapi hancur dan tidak mencapai standard industri. Kita hanya ada komponen yang berterabur, kita tidak ada ekosistem pelaburan yang bernyawa. Pelabur tidak akan meletakkan wang mereka dalam komponen yang mati, mereka melabur dalam ekosistem yang hidup dan berfungsi.

Jadi, Tuan Speaker, mari kita jujur sesama kita, penyokong Kerajaan mahupun pembangkang. Setiap jalan yang rosak adalah kos yang meningkat bagi rakyat. Setiap logistik yang lambat adalah peluang yang dirampas daripada kita. Setiap kelewatan projek adalah masa depan yang kita gadaikan. Ini bukan isu teknikal di atas kertas. Ini adalah isu keutamaan hati, hati kita untuk rakyat. Dalam masa yang sama, perut rakyat sedang terancam, keterjaminan makanan kita berada di tahap yang membimbangkan sebenarnya. Krisis bekalan beras baru-baru ini adalah amaran keras. Walaupun Sabah saja Yang Berhormat Menteri, saya ada bincang cukup untuk enam bulan dan sebagainya. Saya turun ke lapangan ke semua perincian mengatakan memang masalah daripada pembekal mereka dan hakikatnya hari ini kita hanya mampu menghasilkan sekitar 20% keperluan beras sendiri. 20%. Maknanya 80% nyawa rakyat Sabah bergantung kepada belas ehsan orang lain. Negeri yang tidak mampu memberi makanan pada rakyatnya sendiri tidak layak mendabik dada tentang kompetan dan ekonominya. Ini keterjaminan makanan, ini food security kita. Kita mesti berani menetapkan sasaran 50% staf searah diri, tidak tahu apa yang Yang Berhormat Menteri punya sasaran. Tapi pokoknya industri makanan ternakan juga perlu ditingkatkan. Saya masih ingat di Dewan Rakyat, Menteri ada menyatakan import kita pun mencecah RM55 billion untuk makanan ternakan saja. Jadi kita potong rentan import yang ini semua, tentunya ini akan

menjerut leher rakyat dan stabilkan lah, sebab itulah kita sangat memerlukan kestabilan harga makanan di pasar-pasar.

Tuan Speaker, segala isu yang saya bangkitkan ini, pelaburan, logistik, bekalan makanan, semuanya akan kembali kepada satu punca yang utama, iaitu duit. Wang peruntukan. Persoalannya dari mana sumber kewangan kita, mahu kita ambil dalam laporan Ketua Audit Negara ini cukup dikaji, kewangan negeri Sabah, sumber pendapatannya berapa, liability-nya semua ada di sini.

Persoalannya ialah apakah kita mau berterusan mengemis. Mengemis minta duit kepada Kerajaan Persekutuan, sampai bila kita? Jawapannya jelas dan sudah sedia tertulis. Jika hak 40% hasil Sabah dikembalikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan seperti yang diperintahkan oleh mahkamah, Mahkamah Tinggi, di situlah letaknya maruah dan kekuatan kewangan kita.

Di sini kekuatan-kekuatannya yang dinafikan selama ini oleh Kerajaan Persekutuan, dengan wang ini, pelaksanaan projek pembangunan seperti banyak yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam Dewan ini. Tentunya, pelaksanaan projek pembangunan tidak lagi akan terikat kepada proses birokrasi yang panjang yang akhirnya membunuh kesikapan. Bayangkanlah, bertahun-tahun melaksanakan BESS di POIC Lahad Datu itu, bertahun-tahun baru 8 juta, baru 8 juta. Jadi selagi hak ini tidak ditunaikan sepenuhnya, kita hanya akan terus merancang tanpa mampu membina. Kita merancang-merancang, tapi tidak membina sebab duit. Duit kita yang dicuri, hak kita yang tidak ditunaikan, dinafikan, kita akan hanya bercakap tanpa mampu bertindak. Yang sebelah sini rakan saya, mantan timbalan saya dengan pelbagai masalah di Likas, kita cerita saja tapi akhirnya duit, mahu bina loji rawatan. Kalau tidak cukup sumber air, bah buat demo lah, mahasiswa di UMS, berdemolah, sampai bila-bilalah boleh berdemo, tapi tidak akan selesai. Sebab pokoknya kita mahu selesaikan sumber air, kita perlu bina banyak loji-loji rawatan, dan loji-loji rawatan ini perlu duit. Pinjaman kita daripada Federal menghampiri RM2 bilion, sampai bila ini pinjaman kita daripada Federal ini?

Kita juga bangkitkan di Dewan Rakyat, nanti di sebelah sana, frontbench atau mereka yang mantan-mantan menteri yang mengendalikan hal air di Sabah di peringkat persekutuan, dia cakap pertimbangkanlah ikut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara supaya tidak lagi pinjam-pinjam daripada Persekutuan. Tetapi bayangkan, kalau kita dapat, kalau dibayar dilaksanakanlah, ditunaikanlah hak 40% kita, selesai. Jadi lebih baik mahasiswa itu berdemonstrasi supaya ditunaikan 40% daripada berdemonstrasi mengecam Kerajaan Negeri tidak menyelesaikan air. Begitu juga dengan hal.

Pembinaan loji rawatan atau empangan Koiduan, siapa yang membantah pembinaan empangan Koiduan? Siapa? Rakyat juga. Rakyat yang membantah. Yang marah tidak dapat air siapa? Rakyat juga. Jadi macam mana? Siapa yang mahu disalahkan? Mahu salahkan kerajaan juga? Mahu salahkan Kerajaan juga? Jadi kita mahu demonstrasi. Biar kita berdemonstrasi ke kiblat yang betul. Kita mesti tuntut daripada Kerajaan Persekutuan. Apa yang telah dinafikan kepada kita selama ini. Sabah boleh membina. Saya fikir dengan terlaksananya ini. Ditunaikan 40% ini. Kita boleh membina, Sabah boleh memimpin dan Sabah akan kembali hebat. Kita boleh bina ke semua perkara-perkara yang dibangkitkan oleh rakan-rakan awal tadi. Saya ingin tegaskan dengan sejelas-jelasnya, kita benar, kalau kita mahu dan ingin melihat peluang-peluang pekerjaan berkualiti, kita package lah Sabah, supaya kita betul-betul berdaya yang menarik pelabur-pelabur dan ini termasuk pelaksanaan free trade zone di POIC Lahad Datu, tetapi kalau lapangan terbangnya masih daif, tidak bertaraf antarabangsa, kita tidak boleh buat apa-apa. Tidak ada yang tertarik, tidak ada yang akan datang melabur. Jadi infrastruktur logistik mesti diperkukuhkan sekarang, bukan besok. Bukan lagi merancang-rancang 5 tahun, 10 tahun. Kita mau dia sekarang. Jika tidak, kita akan terus mengulangi soalan yang sama setiap tahun. Mengapa pelabur tidak datang? Kenapa tidak ada pekerjaan? Kenapa jalan rakyat masih ini? Kenapa rizab margin kita air, elektrik dan sebagainya? Sedangkan jawapan di depan kita sangat jelas. Sebenarnya kita belum bersedia. Utiliti belum selesai.

Jadi, Tuan Speaker, rakyat Sabah sudah terlalu lama bersabar, seperti apa yang sahabat saya, ADUN Dilantik, nyatakan 50 lebih tahun dinafikan dengan hak kita itu. Kalau kita dari dulu dapat duit itu, saya ingat setakat macam Sarawak dengan dia punya reserve melebihi RM33 bilion, saya ingat kita pun begitu juga. Rakyat, kita

sangat paham, semua pun sudah muak dengan apa juga janji-janji, apa juga plan, kita boleh buat bertimbun-timbun di atas meja kita. Tetapi…

Jika sekiranya kewangan itu tidak ada, kita tidak boleh laksanakan. Jadi oleh sebab itu, kita mesti berani membuat perubahan. Sebab itulah saya pun tertunggu-tunggu juga dengan usul daripada Yang Berhormat Dilantik. Supaya, supaya jangan lagi.

Yang Berhormat Tamparuli. Tamparuli. Yang Berhormat.

Saya menggulung sudah Tuan Speaker.

Boleh sekejap, saya mahu bertanya sikit saja?

Oh, boleh. Silakan Tungku, YB Tungku.

Tadi, Yang Berhormat Tamparuli menyatakan bahawa masalah sebenar kita di Sabah ini sebab kita kekurangan duit. Kita ada duit tapi duit kita bukan kita yang pegang, ya. Sekarang, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tamparuli. Apakah cadangan tindakan yang harus kita buat? Bukan saja rakyat di luar sana, tetapi wakil rakyat yang telah mewakilkan amanah mereka kepada 73 orang yang ada di sini. Untuk kita menuntut pelaksanaan segera pemulangan hak 40% itu kepada Sabah. Sebab selagi kita tidak ada duit, macam yang Yang Berhormat cakap tadi itulah, menangis air mata darah pun, demo sana sini pun, tidak akan selesai juga masalah kita. Sebab betul orang cakap, duit bukan

segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit. Apakah cadangan yang Yang Berhormat Tamparuli? Terima kasih.

Cadangan saya senang saja bagi kita di Dewan yang mulia ini, kita ini masih berhadapan dengan appeal yang telah difailkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap sebahagian daripada perintah mahkamah, keputusan mahkamah tinggi tentang 40% itu. Saya mahu bersama-sama dengan Yang Berhormat Dilantik supaya Dewan ini membuat satu usul, minta Kerajaan Persekutuan tarik balik appeal tersebut, apa lagi mahu appeal laksanakan saja.

Yang kita sakit hari ini, sudah pun dia memfailkan appeal, dia memfail lagi usul penangguhan dan sudah pun dibenarkan oleh mahkamah untuk ditangguhkan. Ini yang sakit. Dan bila saya tengok, kalau Kerajaan Persekutuan mengatakan dia tidak cukup duit, dia tidak mampu membayar. Hutang kita di sini pun mencecah 3 bilion lebih, boleh kontra banyak lagi hutang. Sekarang kita bina, kita panjangkan dermaga kita di pelabuhan Sepanggar, itu pun pinjaman persekutuan mahu lebih 3 bilion, 2 bilion lebih. Jadi sebab itulah, hak tetap hak.

Kita sangat tidak selesalah dengan pelbagai alasan, alasan demi alasan, sedangkan janji. Saya sebahagian daripada mereka yang telah menulis manifesto kita boleh dulu, 2022. Menang kita undi, terjadi kerajaan, laksana, tidak perlu runding. Hari ini bukan lagi runding, pergi mahkamah pun payah, perintah mahkamah pun ditolak. Ditangguhkan. Jadi, sebab itu saya mohonlah supaya kita ini, di Dewan yang mulia ini, berhati-hati apabila kita mempertahankan hak Sabah, kita satu hati untuk memperjuangkan. Yang sekarang ini lagi hal-hal hak kita pelantar benua, continental shelf.

Ini lagi satu perkara yang sangat penting, kita di Sabah berbalik-balik dipermain-mainkan oleh Kerajaan Persekutuan. Apabila dia memindah mana-mana akta ataupun mahupun Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, dia tidak peduli pula Kerajaan Sabah, sepatutnya dia datang meminta consent, meminta persetujuan, tapi dia tak peduli, dia luluskan saja, dan itulah yang telah

berlaku terhadap Akta Wilayah Laut tahun 2012. Diluluskan, dibentangkan tanpa persetujuan, tanpa consent dengan Kerajaan Sabah dan itulah yang dikuatkuasakan hari ini. Itu yang juga sering saya bangkitkan di Dewan Rakyat, apakah Rang Undang-undang seperti itu yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, tetapi tidak memenuhi keperluan Perlembagaan Persekutuan 161E, iaitu perlu persetujuan consent daripada Kerajaan Sabah.

Kalau dia tidak sah pindaan tersebut, PDA tidak lagi boleh digunakan di Sabah sebenarnya dan mereka yang menerokai lautan kita, continental shelf kita, pelantar benua kita, perlu kelulusan, perlu lesen dari Kerajaan Sabah untuk menerokai. Jadi, ini antara dan Tamparuli berharap, tidak kira sama ada penyokong kerajaankah, pembangkang, kita satu dalam hal ini supaya kita dapat sama-sama memperjuangkan hak kita. Tidak guna kita mengatakan Sabah yang terkaya dan kita sudah, kita sudah pekak mendengarlah sepuluh daerah termiskin di Malaysia, lapan di Sabah. Kita sudah puas dengan cerita seperti itu, sedangkan kita kaya. Tetapi kekayaan kita dicuri, kita ditipu.

Tamparuli, boleh saya mencelah sedikit ya?

Selaku Ahli Dewan Rakyat juga. Adakah Tamparuli bersetuju bila saya menyatakan bahawa semua perkara ini seperti disengajakan dan seperti telah dirancang oleh Kerajaan Persekutuan untuk merampas hak kita. Sebagai contoh Yang Berhormat, ya, pada tahun 1995, President Law Negeri Sabah telah difederalisekan tanpa persetujuan daripada rakyat Sabah. Ordinan mengenai Eksais, Ordinan mengenai Petroleum, Ordinan mengenai Cukai telah dipindahkuasakan kepada Kerajaan Persekutuan. Itu pada tahun 1965. Apabila kita belum ada Dewan Undangan Negeri lagi dan seterusnya, mereka menggunakan Akta Darurat 1969 untuk bulldoze kuasa yang ada dalam perlembagaan kita. Buat ordinan tanpa persetujuan dan mengabaikan Peruntukan 161E, 159A dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa benda ini disengajakan dan kita sepertinya didiamkan supaya kita tidak menuntut hak perlembagaan yang kita ada. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Tamparuli, masa telah tamat.

Okey, saya gulung. Saya gulung. Apa pun perancangan persekutuan, yang penting kita, Kerajaan Sabah, siapa pun kerajaannya, mesti alert. Dan kita mesti sampaikan protes kita. Apabila ada pindaan mana-mana undang-undang, pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 63, kita mesti hantar protes. Secara peribadi, apabila saya lihat, kesemua pindaan-pindaan yang telah dibuat, tidak ada protes daripada Kerajaan Sabah dari dulu. Sebab itu Kerajaan Persekutuan menganggapkan ini semuanya okey dan sah. Sebenarnya tidak.

Kita boleh sebut satu persatu apa yang mereka telah buat. Dan baru-baru ini mantan Ketua Menteri Sabah mengatakan, Perdana Menteri meminta, requested for di apa ini, penyerahan Labuan. Boleh diminta. Dan diminta begitu, diserahkan begitu saja dan bila diserahkan begitu saja, Ahli-Ahli Dewan ini pula telah mengiakan melalui satu Enactment, penyerahan Labuan tanpa satu sen pun pampasan. Inilah yang kita perlu alert dan begitu juga dengan 300 ekar tanah yang diserahkan kepada Felda, di Tawau dan di Lahad Datu tanpa satu pun saham. Kononnya dulu diberi kepada peneroka, tetapi hari ini bukan diberi kepada peneroka. Berapa saja diberi peneroka. Yang akhirnya dibagi FGV, siapa yang dapat saham? Dan hari ini kalau dia punya cukai FGV itu, apakah itu akan nanti sebahagian daripada pungutan hasil persekutuan di Sabah dan masuk dalam hak 40% kita? Saya difahamkan tidak, kerana dia dipungut, cukai dipungut di Kuala Lumpur. Jadi inilah yang perlu kita alert dan kadang-kadang kita terkeliru kerana kadang-kadang kita bergaduh dari segi politik.

Jadi sebab itulah, apabila hak Sabah, kita harus hati-hati dalam hal ini, ya. Jadi, Tuan Speaker, terima kasih di atas kesempatan dan perbahasan ini. Dan dengan itu, maka Tamparuli dengan ini mengucapkan terima kasih atas peluang ini dan Tamparuli mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat Tamparuli. Seterusnya saya ingin … .

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

...dijemput Yang Berhormat daripada Likas.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Terima kasih Yang Mulia Datuk Speaker atas kesempatan yang diberikan. Finally, sampai jugalah walaupun sudah petang. Perkara yang pertama yang saya nak sentuh ialah berkaitan tentang ucapan dasar Tuan Yang Terutama berkaitan mengoptimumkan pembangunan infrastruktur dan utiliti.

Saya bersetuju dengan semua perbahasan yang telah dikemukakan sama ada dari rakan-rakan Parti Warisan atau Parti Pembangkang mahupun daripada ADUN backbencher. Saya menyambut baik komitmen kerajaan untuk mengoptimumkan pembangunan infrastruktur dan utiliti, khususnya usaha meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat dan menaik taraf loji-loji rawatan air.Ini merupakan satu langkah yang baik. Namun saya ingin tegaskan bahawa usaha ini tidak akan memberi impak menyeluruh sekiranya kerajaan hanya menumpukan kepada loji rawatan tetapi mengabaikan rangkaian agihan yang menjadi nadi utama sistem bekalan air.

Hakikatnya, banyak saluran paip bawah tanah di Sabah, khususnya di kawasan Likas sudah uzur dan berusia lebih 30 tahun. Inilah punca utama kebocoran, berulang dan berulang. Baiki dan baiki, baiki sini, bocor sana, bocor sana baiki lagi,

bocor sini lagi. Menyebabkan kehilangan air terawat, tekanan air rendah dan gangguan bekalan hampir dua minggu di kawasan Likas, di Taman Fantasi E33, Taman Ujana Sri Fantasi, Taman Cempaka, Signal Hill, area Segama, Suria Sabah, Wisma Merdeka, Kolej Cyberjaya, Taman Dah Yeh Villa dan sekitarnya. Ini membuktikan masalah kita bukan semata-mata kapasiti pengeluaran tetapi kegagalan sistem pengagihan yang semakin tenat.

Justeru saya ingin mendesak kerajaan supaya tidak hanya membina dan menaik taraf loji rawatan tetapi turut melaksanakan program berskala besar untuk menggantikan seluruh saluran paip lama secara berfasa. Khususnya di kawasan berkepadatan tinggi dan berisiko tinggi. Jika paip uzur terus dibiarkan, sebanyak manapun air terawat dihasilkan, ia tetap akan hilang di tengah jalan. Saya juga ingin membangkitkan isu sistem perparitan yang sering tersumbat dan tidak disenggara dengan baik sehingga menyebabkan banjir kilat berulang di banyak kawasan perumahan dan sekolah-sekolah kawasan Likas.

Saya telah menerima satu surat jawapan balas secara bertulis daripada Pejabat Ketua Menteri menyatakan bahawa penyelenggaraan perparitan secara berkala oleh konsesi dan juga di DBKK dan beberapa peruntukan sebanyak RM200 ribu diperuntukkan untuk membaik pulih parit-parit yang rosak. Malangnya kami selaku wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat tetapi kita cuba menghubungi pengarah Jabatan Parit dan Saliran.

Saya hantar surat empat bulan lalu sampai sekarang tidak ada sebarang balasan. Sama ada kalau tidak mahu jumpa pun tidak apa-apa. Balaslah surat. Ada arahan ataupun tangan-tangan ghaib yang menghalang kami untuk berjumpa seperti yang telah dibentangkan oleh Sindumin tadi. Saya ingin bertanya kepada Menteri ataupun kerajaan, adakah penjawat awam yang menghalang kakitangan bawahan untuk berjumpa menyelesaikan isu-isu masalah rakyat ini telah mengingkar arahan ataupun titah Tuan Yang Terutama seperti mana dalam ucapan dasar Tuan Yang Utama ialah kita mesti sama-sama membangunkan negeri kita tanpa mengira apapun fahaman politik kita. Saya minta perkara ini perlu diperbetulkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah ataupun Menteri-menteri yang berkaitan.

Rakyat tidak mahu hanya mendengar angka projek dan pengumuman besar-besar. Rakyat mahu melihat air mengalir di paip mereka sendiri. Air bersih mengalir di paip rumah kita dan banjir tidak lagi bertakung di jalan raya menghalang lalu lintas, lebih-lebih lagi ketika ianya berlaku di sekitar sekolah yang mengganggu pembelajaran anak-anak murid kita.

Justeru saya mencadangkan kerajaan mewujudkan pelan bersepadu pembaharuan infrastruktur utiliti yang merangkumi penggantian paip uzur dan pemodenan sistem saliran perparitan yang menyeluruh serta jadual penyelenggaraan berkala yang lebih telus dan berkesan.

Kadang-kadang dalam sebutan jawapan bertulis ada pemeriksaan berkala, tetapi saya tengok berpanjangan rumput sudah tumbuh di parit-parit yang ada di kawasan DUN Likas.

Datuk Speaker, isu kedua yang saya nak bangkitkan ialah melahirkan modal insan berkemahiran tinggi. Saya menyebut baik hasrat kerajaan untuk memperkukuh pembangunan modal insan melalui TVET. Membangunkan kurikulum berasaskan keperluan industri serta meningkatkan kebolehpasaran pelajar seperti mana yang telah diungkapkan dalam titah Tuan Yang Terutama. Namun apapun perancangan yang hebat di atas kertas ataupun pelaksanaan program-program tertentu, jika kemudahan asas dan infrastruktur pendidikan masih tidak lengkap dan daif seperti mana yang telah disarankan oleh YB Senallang awal pagi tadi, maka segala perancangan itu akan kehilangan makna.

Bagaimana kita mahu bercakap tentang melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi jika ada sekolah yang masih berdepan kekurangan kemudahan asas? Bagaimana kita mahu bercakap tentang kurikulum masa depan jika sebahagian murid kita masih belajar dalam keadaan yang tidak bermaruah? Walaupun pendidikan berada di bawah federal list, kita sedar. Saya berpandangan kita tidak boleh terus menerus menyerah sepenuhnya kepada Persekutuan semata-mata.

Sejarah telah membuktikan apabila kita menyerahkan bulat-bulat kepada Persekutuan tanpa intervensi yang cukup di peringkat Kerajaan Negeri, hasilnya Sabah mencatat antara jumlah sekolah daif tertinggi di Malaysia.

Keputusan Gred Purata Negeri dari aspek kualiti Sijil Pelajaran Malaysia, pelajar kita merupakan yang terendah di kalangan seluruh Malaysia.

Kalau bahasa pasar kita cakap paling uncit kita. Di kalangan nombor 16, di kalangan seluruh negeri Malaysia paling uncit. Jurang pendidikan bandar dan luar bandar masih amat ketara dan kekurangan kemudahan pembelajaran. Ini realiti yang tidak boleh dinafikan. Apa yang lebih menyedihkan, baru-baru ini saya sendiri telah mendedahkan keadaan murid di SK Balaban Jaya Beluran yang terpaksa belajar di kaki lima masjid dan di SK Simpangan Paitan Beluran belajar di bawah bumbung yang tidak berdinding berbulan-bulan lamanya akibat dilanda banjir besar. Peruntukan bencana kecemasan perlu diberikan segera kepada sekolah-sekolah yang terlibat ini bukan mengikut kadar biasa.

Mujur pendedahan saya ini mendapat perhatian dan tindak balas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dengan segera.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi · Sugut

Yang Berhormat Likas, saya mau tanya, ada pergi Paitan kah?

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Yang Berhormat Menteri, saya nampak Yang Berhormat Menteri ada pergi Paitan, memang itu kawasan Yang Berhormat Menteri. Saya menerima banyak aduan daripada ibu bapa. Itu sebab gambar-gambar sudah ada, banyak gambar-gambar saya. Tapi saya amat menghormati Yang Berhormat kerana menjaga pendidikan…

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi · Sugut

YB Likas, sebenarnya gambar itu kita tidak boleh ambil sebagai dia punya kita jadikan sebagai isu. Kalau Yang Berhormat Likas prihatin, silalah datang kawasan saya di sini Paitan.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Boleh.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi · Sugut

Baru kita boleh buat komen.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Boleh.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi · Sugut

Tidak boleh komen sembarangan saja, berdasarkan kepada gambar.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Saya tidak berkomen memberi komen berdasarkan gambar Yang Berhormat Menteri. Saya memberi komen berdasarkan apa info tepat yang saya terima.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi · Sugut

Info itu kadang-kadang tidak tepat. Kadang-kadang di Paitan ini tidak semestinya penyokong Kerajaan. Kadang-kadang dia kondem sama Kerajaan. Kita tidak boleh ambil sebulat-bulat. Komen yang mereka bagi itu.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Yang Berhormat, saya setuju pandangan Yang Berhormat, nanti kita akan pergi Paitan bersama, kalau itu dibenarkanlah.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi · Sugut

Jadi lain kali jangan komen sembarangan saja. Datang di Paitan. Sudah datang di situ baru komen. Bagus-bagus.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Tidak apa Yang Berhormat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi · Sugut

Jangan main-main hantam saja.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi · Sugut

Mungkin juga orang yang bagi kau maklumat itu adalah pembangkang. Mana kita tahu.

Dia tidak suka sama YB, dia hantam saja.

Itu Paitan saya punya. Saya tahu semua.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSMenteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi · Sugut

Jangan komen berdasarkan dengan gambar saja.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Tidak apa Yang Berhormat. Terima kasih. Bersabar Yang Berhormat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Yang Berhormat Likas, carry on.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Okey, jika Kerajaan benar-benar serius tentang pembangunan modal insan, maka pembaikan sekolah daif, kemudahan asas, teknologi AI dan infrastruktur pendidikan mesti menjadi keutamaan yang sama penting kerana tanpa asas yang kukuh, segala perancangan besar hanya tinggal retorik.

Jika Kerajaan, sehubungan itu, saya menggesa Kementerian Pendidikan Negeri memainkan peranan lebih proaktif dan agresif seperti tadilah, bukan sekadar melengkapkan Dasar, bukan sekadar menyerahkan pembangunan pendidikan kepada Jabatan Pendidikan Sabah semata-mata, tetapi menjadi pemangkin mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan penyelesaian terhadap sekolah daif dan kekurangan infrastruktur pendidikan di seluruh negeri Sabah dengan lebih pantas, efisien dan berkesan.

Isu yang ketiga, penawaran biasiswa harus berfokus kepada keperluan tenaga kerja dan industri tempatan.

Datuk speaker, kita sedar bahawa Kerajaan sudah mempunyai penawaran biasiswa dalam bidang STEM dan profesional, melalui biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. Namun, apa yang masih kurang ialah penyelarasan strategik antara tawaran biasiswa dengan unjuran keperluan tenaga kerja ekonomi, termasuk tenaga kerja mahir, untuk memperkasakan ekonomi biru, seperti mana yang diungkapkan oleh Tuan Yang Terutama.

Perlu ada penyelarasan data antara dasar biasiswa dan unjuran keperluan tenaga kerja negeri, supaya graduan yang dilahirkan sepadan dengan sektor yang sedang dan akan kita perkembangkan.

Justeru saya ingin bertanya, adakah Kerajaan mempunyai data yang lengkap berapakah bilangan keperluan tenaga teknikal dan profesional dalam bidang kesihatan, kejuruteraan, pengurusan karbon, tenaga boleh diperbaharui, pendidikan, pengurusan AI, ekonomi biru dan ekonomi hijau pada masa kini, dan berapa ramaikah pelajar yang ditawarkan biasiswa dalam bidang-bidang ini secara keseluruhannya dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Jika bidang-bidang ini bakal menjadi keperluan strategik Wilayah Sabah masa akan datang maka, saya cadangkan pemberian biasiswa perlu memberi fokus lebih besar kepada bidang yang saya maksudkan agar dapat memenuhi keperluan masa depan wilayah kita. Barulah biasiswa menjadi pelaburan strategik bukan sekadar bantuan tahunan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Sila gulung Yang Berhormat.

Tuan Tham Yun FookWARISANLikas

Okey, saya juga ingin menyampaikan masalah ada penerima biasiswa yang telah mendapat kelulusan tapi masih belum dibayar so mohon supaya yang mengurus biasiswa ini dapat menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar yang telah diluluskan. Isu kos sara hidup memerlukan tindakan yang lebih konkrit.

Kita tahu isu kos sara hidup begitu ketara dan terkesan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri awal pagi telah memberikan satu penjelasan yang panjang lebar kepada kita tetapi, Yang Amat Berhormat Menteri telah memfokuskan B40 akan dapat 10% pengurangan, institusi-institusi berikan 10% diskaun elektrik.

Wilayah Sarawak telah berikan 25% dan yang ini saya sarankan kepada Kerajaan supaya bukan sahaja memberikan kepada golongan tertentu, golongan sederhana, seperti penjawat awam juga tergolong dalam golongan sederhana, kita juga banyak yang tergolong dalam golongan sederhana, sepatutnya juga diberikan sumbangan ataupun bantuan berkaitan dengan pengurangan kos elektrik ini. Akhir sekali, autonomi di bawah MA63 perlu diterjemahkan kepada hasil nyata. Jadi, autonomi juga telah disentuh berkaitan dengan memperkukuhkan hak serta autonomi negeri, dalam perkembangan namun perjuangan hak Sabah harus pergi lebih jauh. Isu yang lebih besar, lebih mencabar dan lebih memberi kesan langsung kepada keupayaan pembangunan negeri ialah tuntutan hak 40% hasil cukai bersih, yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Oleh sebab itu, saya tidak berpanjang lebar. Saya menyokong segala usaha daripada seluruh pembahas-pembahas kita berkaitan dengan tuntutan 40% ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Terima kasih Yang Berhormat daripada Likas dan sebelum saya memanggil pembahas yang seterusnya, ada beberapa perkara.

Yang pertama, mana-mana ahli yang ingin berucap atau bercakap mencelah sila berdiri kerana itu jelas dinyatakan dalam peraturan mesyuarat. Dan yang kedua, saya minta YB Tungku untuk memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan pencelahan sewaktu YB Tamparuli berucap sebentar tadi berkenaan dengan kenyataan rampasan yang disebutkan tadi.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker ya.

Di tangan saya adalah warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 20 Mei 1965. Sebanyak seratus lebih ordinan Negeri Sabah telah dipersekutukan, federalized.

Ditulis di sini, in exercise of the powers conferred by Section 74 of Malaysian Act, the Yang di-Pertua Agung with the concurrence of the Yang di-Pertua Negara of Sabah hereby makes the following orders.

Ini berkaitan dengan the present law yang kita warisi daripada British. Masalahnya adalah apabila ordinan-ordinan ini, antaranya yang saya sebut tadi, ordinan petroleum, ordinan cukai pendapatan, ordinan excise, ini adalah sumber kewangan

kita semua. Tetapi kuasa ini telah dibawa ke Persekutuan dan Sabah kehilangan ordinans dia. Masalahnya, Yang Berhormat Speaker, barang ni berlaku pada tahun 1965, di mana Sabah belum ada state assembly. Kita cuma ada legislative council, yang dilantik oleh British. Pilihan raya kita cuma pada tahun 1967, kita sepatutnya mengadakan pilihan raya pada tahun 1964 supaya kita ada DUN, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan Sabah harus dirujuk kepada DUN. Jadi, apabila perkara ini dibuat di luar daripada DUN, tempat pengetahuan kita semua, what does that mean? Apa ertinya ini? Kita tidak tahu. Rupanya kita ada 122 ordinance. Sabah ini adalah sebuah negara yang sudah lengkap dengan dia punya undang-undang dan pentadbiran sistem….

Cuma, kita disekutukan dengan Malaysia adalah tujuan dia untuk apa? Untuk memberikan kemerdekaan. Dan pada masa itu, kita sudah mempunyai taraf berkerajaan sendiri, Yang Berhormat Speaker. Kita ada semua ini dan, bukan itu sahaja, ditambah lagi dengan Akta Darurat 1969 di mana Akta Pelantar Benua, di mana PDA apa semua diperkenalkan, menggunakan kuasa Majlis Gerakan Negara disebabkan tidak ada Parlimen dan semua kuasa itu dipusatkan kepada mereka, dan kita terpaksa akur sahaja kepada ini. Itu yang saya kata Federal merompak kuasa kita, merompak hak milik kita tanpa kebenaran dan tanpa kita sedari. Persoalannya adalah apa? Adakah kita semua yang ada sini tahu ini barang? Dan bila kita tahu ini barang, apa tindakan yang harus kita buat? Datuk Seri Speaker, Datuk Speaker, saya bersedia untuk menerima apa juga tindakan daripada speakerkah apakah, apabila saya mengangkat perkara ini. Sebab ini adalah hak Sabah, ini adalah hak anak cucu saya di masa akan datang. Masalah Sabah tidak akan selesai kalau kita tidak ada duit yang cukup. Kalau kita tidak mengurus sendiri urus tadbir negeri kita yang telah diambil oleh Persekutuan. Centralization dalam federation. Kuasa ini harus dikembalikan kepada kita. Kuasa ini harus dikembalikan kepada kita dan ini yang harus kita tuntut. Kalau tidak, jangan

mimpi. Sampai bila-bila pun, harta kita punya, kuasa orang pegang. Apa yang kita boleh buat? Betul kita punya, tapi kuasa dia boleh pegang. Okey hari ini, aku bagi kau ini, besok aku bagi kau ini, besok aku ah. Cakaplah apa pun, berdemolah apa pun, berunding apapun, tapi kalau kuasa tidak ada di tangan kita, sampai bila-bila perkara ini tidak boleh diselesaikan. Speaker, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Al Hambra bin Tun Haji Juhar)

Baik Yang Berhormat Tungku, terima kasih, you have made your point and you have been heard di Dewan yang mulia ini. Walau bagaimanapun, sebagai Speaker, perkataan rampasan itu subjektif. Jadi bagi saya, benda-benda spekulasi seperti begitu tidak dibenarkan di dalam Dewan, itu saja daripada saya. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pantai Manis. Silakan Yang Berhormat, 15 minit.

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Datuk Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Pertama sekali, saya dengan penuh hormat menjunjung kasih atas Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang telah menggariskan hala tuju pembangunan negeri yang jelas, seimbang dan berpaksikan kepentingan rakyat.

Ucapan Dasar tersebut memberi penekanan kepada pembangunan negeri yang bukan sahaja melihat angka pertumbuhan ekonomi tetapi turut memberi perhatian kepada perkara asas dan dekat dengan kehidupan rakyat, iaitu bekalan air, jalan raya, rumah, pekerjaan, kesejahteraan keluarga, pembangunan modal insan, ekonomi baharu, pendigitalan dan kecerdasan buatan.

Saya juga mengambil maklum bahawa di bawah fasa baharu pembangunan Negeri Sabah, Kerajaan Sabah memberi penekanan kepada Sabah Maju Jaya 2.0 dengan fokus terhadap pertumbuhan ekonomi, pembangunan modal insan, kesejahteraan

rakyat, infrastruktur, kelestarian hijau, ekonomi biru, pendigitalan dan penggunaan kecerdasan buatan atau AI.

Dalam laporan semasa, Sabah juga telah merekodkan pelaburan sektor pembuatan sebanyak RM7.6 bilion, iaitu peningkatan hampir 208% berbanding tahun 2024, manakala di bawah RMK13, sebanyak 1,173 projek pembangunan dikenal pasti untuk Sabah, termasuk 933 projek baharu dengan siling peruntukan keseluruhan sebanyak RM12.024 bilion. Ini menunjukkan bahawa Sabah sedang bergerak ke fasa pembangunan yang lebih besar.

Namun pada masa sama, tugas kita dalam Dewan ini adalah memastikan pembangunan besar itu tidak hanya dilihat di peringkat dasar, tetapi benar-benar sampai kepada rakyat di bawah. Bagi saya, pembangunan sebenar bukan hanya apabila angka pelaburan meningkat. Pembangunan yang sebenar berlaku apabila air sampai ke rumah rakyat, jalan dapat digunakan dengan selamat, nelayan dapat turun ke laut tanpa rasa terancam, anak muda mendapat kerja, peniaga kecil dapat berniaga dengan baik dan keluarga miskin dapat tinggal di rumah yang lebih selesa. Yang Berhormat Datuk Speaker, sebelum saya membangkitkan isu dan cadangan, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas perhatian telah diberikan kepada pembangunan dalam kawasan DUN Pantai Manis.

Bagi pihak rakyat DUN Pantai Manis dan Daerah Papar, saya ingin menyatakan penghargaan terhadap beberapa projek penting yang sedang dilaksanakan.

Pertama, Projek Loji Rawatan Air Kogopon 2. Projek ini sangat penting kerana ia menjadi harapan besar kepada Papar dan kawasan sekitarnya untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang telah lama membebankan kehidupan harian mereka. Projek LRA Kogopon 2 melibatkan peruntukan kira-kira RM365 juta. Dilaksanakan mulai Ogos 2023, mengambil masa sekitar 3 tahun untuk disiapkan dan akan meningkatkan kapasiti bekalan air di LRA Kogopon daripada 40 juta liter sehari kepada 80 juta liter sehari.

Projek menaik taraf LRA Kogopon yang hampir siap 60% ini dan bakal menambah kapasiti sepanjang 40 juta liter sehari menjadikan keseluruhan kapasiti 80 juta liter sehari dengan sasaran siap pada Ogos 2026.

Kedua, saya juga ingin merakamkan penghargaan atas Projek Pembinaan dan Naik Taraf Muka Sauk Alternatif di Kampung Kabang. Projek ini sangat penting kerana ia berkait terus dengan isu air masin yang menjejaskan operasi loji apabila kandungan klorida dalam sungai meningkat. Laporan menyatakan bahawa Projek Muka Sauk Kabang bermula pada Mac 2025, disasarkan siap pada Julai tahun ini, dan akan meningkatkan kapasiti sumber air mentah daripada 9 juta liter sehari kepada 30 juta liter sehari. Tujuannya ialah untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi, khususnya apabila Muka Sauk Limbahau terjejas akibat kandungan klorida yang tinggi, terutama semasa musim kemarau dan fenomena air seperti mana yang dihadapi pada hari ini.

Ketiga, saya merakamkan penghargaan atas perhatian terhadap Rumah Mesra Sabah Maju Jaya atau Rumah Mesra SMJ di Papar.

Bagi rakyat yang kurang berkemampuan, rumah bukan sekadar bangunan, rumah adalah keselamatan keluarga, maruah hidup dan asas kepada kehidupan yang lebih stabil. Untuk DUN Pantai Manis, sebanyak 80 unit Rumah Mesra SMJ telah diluluskan bagi peruntukan tahun 2025/2026. Ditambah pula 10 unit bagi pasangan baru berkahwin. 100 unit telah siap sepenuhnya sejak projek Rumah Mesra SMJ ini dilaksanakan bermula tahun 2022 hingga hari ini. Saya mewakili warga Pantai Manis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri hari ini atas ihsan kepada kami warga Pantai Manis.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selain masalah kapasiti air, Papar juga berdepan masalah kualiti sumber air mentah akibat kandungan klorida yang tinggi atau dalam bahasa mudahnya, air sungai menjadi masin. Jabatan Air Sabah telah mengeluarkan notis kecemasan gangguan bekalan air di Papar pada 25 April tahun ini, kerana penutupan sementara loji rawatan air EWSS Papar disebabkan kandungan klorida air sungai yang tinggi. Ini membuktikan isu air masin bukan isu lama yang sudah selesai, ia masih berlaku dan masih memberi kesan langsung kepada rakyat Papar. Laporan juga mengatakan … .

Bahawa kandungan klorida boleh meningkat melebihi paras piawai 120mg per liter dan ada ketika bacaan klorida mencecah 2000mg per liter menyebabkan loji terpaksa dihentikan operasi sementara. Sebab itu, Projek Muka Sauk Alternatif Kabang sangat penting apabila Muka Sauk Limbahau terjejas, sumber air mentah dari Kabang boleh digunakan supaya operasi loji tidak terhenti.

Namun, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri melihat isu ini dalam tiga lapisan penyelesaian. Pertama, siapkan LRA Kogopon II mengikut jadual sebagai penyelesaian kapasiti air terawat. Kedua, siapkan Muka Sauk Alternatif Kampung Kabang mengikut jadual sebagai penyelesaian sumber air mentah apabila Limbahau terjejas air masin. Ketiga, Kerajaan Negeri perlu memulakan kajian teknikal terhadap teknologi penyahgaraman atau desalination berskala strategik sebagai sistem sokongan khusus untuk menghadapi musim kemarau, fenomena air pasang, dan keadaan apabila kandungan klorida meningkat secara mendadak. Saya tidak mencadangkan desalination sebagai pengganti semua sistem sedia ada, tetapi ia wajar dikaji sebagai sistem sokongan kecemasan dalam masa panjang. Yang Berhormat Datuk Speaker, saya juga ingin membangkitkan isu perikanan dan nasib nelayan kecil di Papar. Papar mempunyai komuniti-komuniti nelayan yang penting khususnya di kawasan Kuala Papar, Pantai Manis, Buang Sayang, dan kawasan di dalam Pantai Manis yang lain. Nelayan kecil bukan golongan yang hidup mewah. Mereka keluar ke laut awal pagi berdepan cuaca tidak menentu, kos minyak, kos enjin, kos pukat, dan hasil laut yang semakin tidak menentu. Namun, dalam masa sama mereka sering mengadu tentang aktiviti kapal pukat tunda atau kapal komersial yang masuk terlalu dekat di kawasan nelayan tradisional. Apabila kapal besar masuk di kawasan nelayan kecil, kesannya bukan sedikit. Hasil tangkapan berkurang, peralatan rosak, kawasan tangkapan terganggu, dan sumber laut semakin tertekan. Saya mengambil maklum bahawa Jabatan Perikanan Sabah

mempunyai program penguatkuasaan di laut dan darat yang berfokus pada Akta Perikanan 1985.

Jabatan Perikanan Sabah juga menyatakan bahawa System Intruder Intervention System Vessel Monitoring System ataupun (IIWMS) dipasang kepada kapal nelayan seperti pukat tunda dan jerut bagi membolehkan pemantauan 24 jam terhadap pergerakan kapal komersial melalui web, komputer, tablet, dan telefon pintar. Oleh itu, saya mengusulkan supaya sistem IIWMS ini digunakan dengan lebih tegas dan berkesan di perairan Papar. Jika sistem pemantauan sudah ada, maka tindakan penguatkuasaan juga mesti lebih cepat. Nelayan kecil perlu melihat bahawa aduan mereka diambil serius.

Mereka perlu yakin bahawa kawasan penangkapan tradisional mereka dilindungi.

Datuk Yang di-Pertua, selain penguatkuasaan nelayan kecil, nelayan kecil juga memerlukan kemudahan asas yang lebih baik.

Saya mencadangkan agar kemudahan nelayan di Kuala Papar, Pantai Manis, Buang Sayang, kawasan pesisir lain, dinaik taraf secara berfasa. Keperluan nelayan bukan sekadar bantuan tunai sekali-sekala. Mereka memerlukan jeti kecil, tempat pendaratan ikan, bengkel enjin, stor peralatan, kemudahan ais, pasar mini nelayan, dan ruang jualan hasil. Dengan kemudahan yang lebih baik, hasil laut juga boleh dipasarkan dengan lebih tersusun. Datuk Speaker, isu seterusnya adalah jalan raya dan kesesakan di Papar. Papar sedang berkembang, kawasan perniagaan bertambah, jumlah penduduk bertambah, kenderaan bertambah, tetapi rangkaian jalan utama masih belum cukup untuk menampung pertumbuhan ini. Kawasan seperti Jambatan Papar, Benoni Plaza 22, Sungai Padang, dan Kampung Sapat semakin hari semakin sibuk. Ini bukan saja menyebabkan kesesakan, tapi turut meningkatkan kos masa, kos minyak, dan tekanan harian rakyat. Saya mengusulkan agar Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan mempercepatkan kajian dan pelaksanaan jalan alternatif baharu yang boleh menghubungkan Sungai Padang, Kawasan Plaza 22, dan Kampung Sapat termasuk keperluan jambatan baharu. Laluan ini penting sebagai jalan keluar masuk alternatif supaya beban trafik tidak hanya tertumpu di jambatan dan laluan yang ada.

Yang Berhormat Datuk Speaker, ucapan dasar yang Tuan Yang Terutama baru-baru ini jelas menekankan kepentingan AI, inovasi dan ekonomi digital sebagai pemacu masa depan Sabah. Saya menyambut baik aspirasi ini, namun persoalan asal yang perlu kita jawab ialah sama ada Sabah memiliki prasarana strategik untuk benar-benar menyahut agenda tersebut. Pada pandangan saya, jawapannya adalah keperluan membangunkan Lebuh raya Digital Serantau Borneo Utara sebagai tulang belakang baharu negeri. Kalau lebuh raya fizikal membuka kuasa pedalaman dan merancakkan ekonomi, maka dalam era AI hari ini, lebuh raya digital menjadi penentu daya saing. Tanpa rangkaian pantas, selamat dan bersifat serantau, AI, pusat data, ekonomi platform, pendidikan digital serta pentadbiran modal tidak akan berkembang sepenuhnya. Peruntukan RM32.31 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri bagi tahun 2026 amat dihargai.

Namun, Sabah perlu melihat pendigitalan bukan sekadar sistem kerajaan atau talian tetapi sebagai prasarana ekonomi masa depan. Sabah sebenarnya memiliki kelebihan geografi yang luar biasa. Kita berada di Borneo Utara berhadapan Laut Cina, Laut Sulu, Laut Celebes, serta dekat dengan Selatan Filipina. Di Pantai Timur dan Tenggara Sabah sendiri, gabungan daerah seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan sekitarnya, menghimpunkan kira-kira 1.5 juta penduduk. Ini bermakna Sabah berpotensi berada di tengah pasaran digital serantau melebihi 4 juta penduduk jika rangkaian ini dirancang dengan baik. Malangnya, sehingga kini potensi strategik tersebut belum dimanfaatkan sepenuhnya dalam dunia digital. Negara jiran bergerak pantas. Sistem Kabel Dasar Laut Bifrost yang bermula beroperasi pada Oktober 2025 menghubungkan Singapura ke Amerika Syarikat melalui Indonesia manakala CUS pula menghubungkan Minado, Davao, Guam dan Los Angeles. Ertinya, koridor digital di sekitar Laut Celebes dan Selat Sulu sedang berkembang tanpa Sabah sebagai pemain utama.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sedikit mengenai dengan petroleum dan oil and gas industry. SMJ Energy Sabah Sdn. Bhd. membuktikan bahawa Sabah kini berada pada landasan kukuh dalam mengurus sumber minyak dan gasnya. Melalui perjanjian Koperasi Komersial CCA pada 2021 dengan Petronas, Sabah bukan saja sekadar menerima royalti, tapi telah menjadi pemain aktif dalam industri ini. Ia

dibuktikan melalui pengambilalihan pegangan strategik seperti 50% dalam Semarang PSC, serta 20% dalam North Sabah EOR PSC yang melibatkan beberapa medan minyak aktif dan infrastruktur offshore utama. Selain itu, penyertaan dalam projek seperti 10% pegangan LNG9 dan 25% dalam Kompleks Baja SAMUR di Sipitang, menunjukkan pendekatan pelaburan berfokus kepada aset yang sudah menjana hasil. Pendekatan ini memastikan aliran tunai yang lebih cepat dan stabil kepada negeri sekali gus memperkukuhkan kedudukan fiskal Sabah. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar kejayaan ini diperkukuhkan dengan langkah lebih strategik, iaitu membangun loji penapisan petroleum di Sabah menggunakan sebahagian modal pelaburan dan kekuatan kewangan SMJ Energy yang telah mencapai penarafan AAA yang stabil.

Ketika ini sebahagian besar minyak mentah Sabah masih diproses di luar negeri, menyebabkan kita kehilangan nilai tambah yang besar. Yang Berhormat, Datuk Yang di-Pertua, Pantai Manis tidak boleh hanya menjadi daerah laluan. Papar mesti menjadi daerah ekonomi yang hidup. Kita ada pekan lama, kita ada sungai, kita ada pantai, kita ada kampung, kita ada kawasan pertanian, kita ada kedudukan strategik berhampiran ibu kota Kota Kinabalu. Saya mencadangkan supaya pekan lama Papar diberi nafas baharu sebagai pusat warisan makanan, tamu budaya dan pelancongan tempatan. Konsep Papar Old Town Heritage Street boleh dibangunkan dengan lebih tersusun termasuk pasar malam berkonsepkan pelancongan, ruang niaga, usahawan kecil, promosi makanan tempatan, kraf tangan dan aktiviti kebudayaan. Kawasan seperti Papar Square, Park Lane, Benoni, Pantai Manis, Telinting, Kuala Papar dan Buang Sayang boleh dirancang sebagai rangkaian ekonomi komuniti yang saling melengkapi. Kita tidak perlu menunggu pelaburan besar semata-mata untuk menghidupkan..

…kehidupan ekonomi rakyat, kadang-kadang yang rakyat perlukan ialah tapak yang tersusun, lampu jalan, tandas awam yang bersih, tempat letak kereta, ruang berniaga, promosi digital dan

sedikit bantuan modal. Pelancongan yang baik bukan hanya apabila pelawat datang bergambar. Pelancongan yang baik ialah apabila orang kampung boleh menjual makanan, nelayan boleh menawarkan pengalaman laut, belia boleh menjadi pemandu komuniti, pengusaha homestay boleh menerima tetamu dan produk kampung boleh dipasarkan dengan lebih luas.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di Papar ramai rakyat bergantung pada perniagaan kecil. Ada yang berniaga di tamu, pasar malam, gerai tepi jalan kawasan OKK Mahali, Benoni, Pekan Lama dan kampung lain. Mereka ini adalah ekonomi rakyat sebenar. Namun mereka berdepan cabaran yang sama. Tempat kurang selesa, kemudahan asas terhad, modal kecil, pemasaran lemah dan harga barang yang semakin meningkat. Saya mencadangkan agar supaya tapak menjaja dan tamu di Papar dinaik taraf secara berfasa. Tidak perlu mewah tetapi mesti bersih, tersusun, berbumbung, ada bekalan air, ada elektrik, tempat letak kereta dan sistem kutipan sampah yang baik.

Sebagai penutup Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menegaskan bahawa perbahasan saya hari ini lahir dari rasa terima kasih rakyat dan harapan rakyat. Rakyat daripada rakyat Pantai Manis, segala pembangunan telah dimulakan seperti Projek Muka Air, Muka Sauk, rumah dan jalan raya. Namun, rakyat mahu semua pandangan ini benar-benar sampai ke penghujungnya, siap berfungsi dan memberi manfaat. Bagi rakyat biasa, kejayaan Kerajaan bukan diukur pada pengumuman semata-mata tetapi apabila air sampai ke rumah, jalan selamat dilalui, nelayan dapat turun ke laut dengan yakin, anak muda memperoleh pekerjaan, peniaga kecil berniaga dengan lebih baik dan keluarga miskin menikmati kediaman yang selesa. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh hanya menyelesaikan masalah ini, masalah hari ini tanpa membina masa depan esok. Jika Sabah mahu bersedia menghadapi era AI, inovasi dan ekonomi digital, maka kita mesti berani membina prasarana masa depan termasuk gagasan lebuhraya digital serantau Borneo Utara. Sabah tidak boleh sekadar menjadi pengguna teknologi, tetapi mesti menjadi pencipta nilai dan pemain utama ekonomi digital serantau. Akhir sekali, saya sekali lagi menjunjung kasih atas ucapan dasar Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah

menyokong dasar pembangunan negeri yang berpaksikan kesejahteraan rakyat dan berharap setiap perancangan pelaksanaan dengan cepat, cekap serta sampai kepada rakyat. Sabah mesti maju, Papar mesti terus dibangunkan dan rakyat mesti menjadi penerima utama setiap dasar Kerajaan.

Yang Berhormat Datuk Seri Speaker, akhir kata saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat menyambut Pesta Menuai, selamat merayakan Aidiladha yang bakal mendatang dan juga hari buruh ya hari buruh yang juga akan diraih sedikit masa lagi.

Speaker

Hari pekerja, hari pekerja.

Hari Pekerja. Sekian, Pantai Manis menyokong.

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pantai Manis. Yang Berhormat Pantai Manis, Yang Berhormat punya ucapan itu bertulis tangankah atau taip?

Campur.

Speaker

Biasalah itu.

Terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Karamunting.

Tuan Wong Tshun KheeWARISANKaramunting

Selamat petang, salam sejahtera. Datuk Speaker, pada akhir Dewan saya ucapkan terima kasih atas peluang untuk berbahas di Dewan yang mulia ini. Hari ini saya hadir membawa suara rakyat Karamunting. Suara yang tidak lagi boleh ditangguhkan. Datuk Speaker, isu pertama saya berbangkit ini hari adalah kenaikan harga barangan bahan pembinaan seperti contoh harga bahan seperti kontena, meningkat mendadak dari harga RM23.00,

RM25.00 naik sebanyak RM5.00 hanya dalam tempoh sebulan sahaja. Makanan asas, contoh harga telur sangat tidak seimbang antara Semenanjung dan Sabah. Di Semenanjung, sepapan telur gred A berharga RM13.00. Manakala di Sabah mencecah RM21.00 bagi gred yang sama. Harga telur hampir dua kali ganda. Kos pengangkutan. Punca utama kenaikan harga barangan ialah kos logistik. Sewa lori sepuluh tan dari Kota Kinabalu ke Sandakan naik daripada RM1,800.00 kepada RM2,800.00 dalam masa tiga bulan sahaja. Soalan saya, adakah Kerajaan mempunyai mekanisme kawalan harga yang berkesan? Mengapa rakyat Sabah terus dipaksa membayar harga barang lebih tinggi berbanding Semenanjung? Apakah kegagalan diesel pengangkutan dan subsidi yang menyebabkan beban ini. Jika harga telur dan ayam sudah naik, bagaimana Kerajaan boleh mengatakan Sabah tidak terjejas dengan kenaikan harga diesel dan Semenanjung. Bagaimana Kerajaan menjamin harga makanan asas kekal mampu milik bagi isi rumah B40, khususnya di kawasan Karamunting yang mempunyai majoriti penduduk B40. Datuk Speaker, seterusnya isu projek pasar Karamunting. Adakah projek ini akan dijangka siap mengikut jadual asal tanpa sebarang lanjutan masa (EOT)? Memandangkan setiap kali lawatan nampak hanya kelihatan sedikit pekerja dan kadar kerja amat perlahan. Adakah faktor sebenar yang menyebabkan bilangan pekerja dinampak begitu sedikit? Dan apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan kontraktor menambah tenaga kerja? Sekiranya projek ini memerlukan EOT, apakah Kerajaan bersedia menetapkan sebab kelewatan dan pihak yang bertanggungjawab. Apakah Kerajaan sedar bahawa kelewatan ini terang memaksa peniaga kecil, berpindah ke pasar sementara yang tidak sesuai dan tidak mempunyai fasiliti asas menjejaskan rezeki harian mereka. Apakah langkah sekarang yang akan diambil Kerajaan untuk mengurangkan penderitaan peniaga?

Tuan Wong Tshun KheeWARISANKaramunting

Sementara menunggu projek ini siap.

Datuk Speaker.

Seterusnya, saya ingin membangkit isu lampu jalan. Lampu jalan bukan sekadar bercahaya ia adalah asas keselamatan rakyat. Tanpa lampu, risiko kemalangan dan jenayah meningkat, terutama di kawasan bertutup, perumahan yang dekat penduduk. Jalan Sisili menjadi contoh paling ketara. Lebih 70% permukaan jalan rosak sederhana hingga teruk, lopak besar. Permukaan retak dan tidak rata menjadikan pemanduan berbahaya. Sudah sepuluh tahun lebih tidak kerja naik taraf menyeluruh, hanya tampalan lubang dilakukan secara sementara. Jalan ini terletak di kawasan tepi bukit. Dijadikan keadaan lebih berisiko apabila kerap tanpa lampu. Ancaman kemalangan menjadi lebih tinggi di kawasan berbukit yang kerap tidak dinaik taraf. Datuk Speaker, soalan saya di sini. Bilakah Kerajaan membaikkan lampu jalan akan dijalankan, khususnya di Jalan Sisili?

Bilakah Kerajaan menaik taraf menyeluruh jalan Sisili akan dijalankan? Berapakah peruntukan disediakan? Adakah ia akan mencukupi?

Adakah perancangan projek boleh dikongsi secara jelas?

Datuk Speaker, di sini saya ingin tekankan isu pelabuhan Sandakan. Nadi utama ekonomi Sandakan. Pelabuhan Sandakan berfungsi sebagai pusat perdagangan eksport dan logistik utama negeri. Ia menjadi pintu masuk pelabuhan ke kawasan Sandakan. Khususnya, Karamunting, sekali gus membuka peluang pekerjaan baharu untuk rakyat. Masalah infrastruktur kren utama SPSB-2 telah dua puluh tahun digunakan SPSB-7 telah sembilan tahun digunakan.

Insiden Januari 2026, membuktikan kelemahan apabila kegagalan kren menyebabkan operasi terganggu. Kesannya, kelewatan penghantaran kerugian ekonomi.

Kepentingan strategi pelabuhan yang stabil menjamin menjalankan perdagangan dan logistik. Menarik pelaburan ke kawasan Karamunting, membuka lebih banyak ruang pekerjaan. Menjamin daya saing ekonomi negeri.

Datuk Speaker, soalan saya. Mengapa pelabuhan yang menjadi nadi ekonomi negeri masih bergantung kepada peralatan lama? Sedangkan risiko kerosakan membawa kerugian besar.

Adakah langkah sejarah Kerajaan untuk memastikan insiden sebegini tidak akan berulang? Bilakah rancangan naik taraf menyeluruh akan dilaksanakan? Bagaimana kita mahu menarik pelabur jika kemudahan asas seperti kren masih bergantung kepada peralatan berusia berpuluhan tahun.

Datuk Speaker, saya akhiri dengan di lorong gelap ke Pasar Kecil. Rakyat menanti cahaya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Karamunting. You apa pasal baca mahu bergegar? Saya bukan mahu marah sama you kalau you salah baca. Relaks sahajalah baca. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lamag. This is your maiden speech, silakan.

Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker dan terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan pada hari ini.

Dan hari ini Yang Berhormat Datuk Speaker, saya melihat keadaan dalam Dewan ini sekejap panas, sekejap sejuk, kadang-kadang keretanya laju, kadang-kadang keretanya lambat dan saya bazirkan masa saya Datuk Speaker, tiga minit untuk menyanyi.

Speaker

Menyanyi?

Ya, saya menyanyi. Saya bazirkan masa saya daripada lima belas minit, tiga minit saya bazirkan untuk menyanyi supaya kawan-kawan boleh, Ahli-ahli Dewan boleh release tension dan berhibur sedikit. Yang Berhormat Datuk Speaker.

Speaker

Silakan.

Terima kasih, Datuk Speaker. Anggota mahu lapor ketua.

Ku coba-coba melempar manggis, Manggisku lempar, manggaku dapat, Ku coba-coba melempar kasih, Kasih kulempar, sayangku dapat. (menyanyi) Lebih tiga minit sudah Tuan Speaker.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSMenteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif · Apas

Belum boleh kalah kasi kalah Datuk Gulam lagi. Belum boleh.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih.

Speaker

Macam selalu pergi karaoke dia ini ah.

Ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat di kawasan Lamag atas kepercayaan dan juga sokongan serta kerjasama berterusan kepada saya sebagai Wakil Rakyat.

Yang Berhormat Datuk Speaker, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, sebelum ini telah membicarakan tentang Perindustrian Inovasi Digital dan Kelestarian Alam Sekitar. Namun, pada hari ini, saya ingin membawa Dewan yang mulia ini kembali berpijak di bumi yang nyata. Saya ingin membawa suara rakyat dari warung-warung, dari kampung di pedalaman, dan dari kawasan perumahan kos rendah. Saya ingin memfokuskan perbahasan saya kepada

jantung dan urat nadi kehidupan rakyat, iaitu pembangunan infrastruktur asas dan keterjaminan utiliti.

Yang Berhormat Datuk Speaker, sehebat mana pun wawasan pendigitalan dan pelaburan mega kita, ia tidak akan beri apa-apa makna kepada seorang ibu yang terpaksa bangun pada jam 3.00 pagi semata-mata untuk menadah air atau kepada anak-anak yang terpaksa belajar dalam kegelapan akibat catuan elektrik.

Infrastruktur utiliti bukanlah satu kehendak, ia adalah hak asasi, basic human right dengan izin.

Yang Berhormat Datuk Speaker, Tuan Yang Terutama dalam ucapannya telah menyatakan komitmen tegas Kerajaan Negeri dalam meningkatkan liputan bekalan air luar bandar dan menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat. Kita akui Kerajaan hari ini mewarisi satu sistem prasarana air yang sudah uzur dengan paip-paip yang lama yang sering pecah dan loji rawatan yang beroperasi melepasi kapasiti maksimum. Isu air tidak berhasil atau non-revenue water di Sabah yang masih berada pada kadar membimbangkan adalah kebocoran ekonomi yang paling kritikal. Ribuan liter air terawat yang menelan belanja jutaan ringgit terbuang begitu saja ke dalam tanah sebelum sempat ke meter pengguna sama ada akibat paip pecah atau pun penyambungan haram.

Oleh itu, saya menyokong penuh inisiatif pembinaan dan menaik taraf loji-loji rawatan air di seluruh negeri. Namun, saya mendesak agar peruntukan yang besar terus disalurkan, secara khusus kepada program penggantian paip utama. Kerajaan perlu mempercepatkan penggunaan teknologi pintar, seperti penderia kebocoran akustik dan sistem pemantauan tekanan air bersepadu di seluruh rangkaian perpaipan Jabatan Air Negeri Sabah.

Bagi kawasan pedalaman yang sukar diakses oleh grid paip utama, saya mencadangkan agar Kerajaan memperluaskan pembinaan sistem rawatan air hybrid berasaskan graviti dan tenaga solar agar penduduk kampung tidak lagi bergantung kepada air sungai yang semakin tercemar atau terpaksa menadah air hujan ketika musim kemarau.

Yang Berhormat Datuk Speaker, hari ini di kawasan saya, terdapat tiga buah kampung, iaitu Kampung Balat, Kampung Sangau, Kulu-Kulu, dan juga Kampung Lukan. Dalam keadaan kita berhadapan dengan suasana kemarau dan tertentu pada hari ini, ketiga-tiga kampung ini yang merupakan PDM, iaitu Pusat Daerah Mengundi, yang mana mempunyai penduduk dan populasi yang begitu ramai dan hari ini saya berhadapan dengan masalah bekalan air yang tidak sampai ke empat-empat kampung tersebut. Dan dalam tempoh masa sehinggalah hari ini, saya dan juga Yang Berhormat Ahli Parlimen mengerahkan jentera-jentera kami untuk menghantar sumber air bersih dan juga air mineral ke kampung-kampung tersebut. Sebab itu, Yang Berhormat Datuk Speaker, kami mengharapkan bahawa dengan adanya pelaksanaan program non-revenue water di seluruh Sabah ini, tiga kampung yang saya sebutkan tadi dapat diambil perhatian serius oleh Kerajaan. Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Datuk Speaker, menyentuh tentang bekalan elektrik, kita harus memberikan standing ovation kepada Kerajaan Negeri hari ini, pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Suruhanjaya Tenaga Sabah adalah satu pencapaian bersejarah. Ia adalah kejayaan diplomasi dan bukti kejayaan rundingan Perjanjian Malaysia 1963 yang sebenar.

Selepas berdekad lamanya.

Sabah akhirnya kembali menjadi tuan kepada pengurusan tenaganya sendiri. Kejayaan ini disusuli pula dengan pelancaran Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040.

Yang Berhormat Datuk Speaker, untuk menarik lebih banyak pelaburan bernilai bilion ringgit ke KKIP, POIC Lahad Datu dan SOGIP di Sipitang, pelabur hanya bertanya satu soalan mudah. Adakah bekalan elektrik di Sabah stabil? Dan bagi menjamin kestabilan ini dan mengelakkan insiden catuan beban yang menyusahkan rakyat dan peniaga, Kerajaan mesti mempercepatkan penjanaan kapasiti tenaga rizab. Saya menyokong penuh transisi kerajaan ke arah tenaga boleh baharu seperti tenaga solar skala besar, hidroelektrik, dan biojisim. Walau bagaimanapun, dalam tempoh peralihan ini, Kerajaan perlu memastikan loji jana kuasa turbin gas kitar padu

yang sedang dirancang dapat disiapkan mengikut jadual bagi yang membekalkan tenaga asas, beban yang kukuh kepada grid negeri.

Yang Berhormat, Datuk Speaker, bila kita menyentuh mengenai dengan soal elektrik, hari ini juga di kawasan saya, di kawasan Lamag, di kawasan yang saya sebut tadi, tiga kampung, iaitu daripada Balat, Sangau, Kulu-Kulu, dan juga Lukan. Dan di Kampung Sangau sehinggalah ke hari ini, tidak mempunyai bekalan elektrik. Dan saya masih ingat pada tahun, bulan September tahun lalu, 2025, satu tragedi berlaku di Pantai Timur yang mana tidak ada bekalan elektrik selama seminggu. Dan pada ketika itu, bukan sahaja kami di Pantai Timur ini merasakan masalah ini, tetapi juga peniaga-peniaga turut terkesan dengan ketiadaan bekalan elektrik sepanjang tempoh itu.

Namun saya memuji usaha yang dibuat oleh pihak SESB selama tempoh masa tragedi itu yang mana dapat menangani masalah ini secara tuntas dan secara zahirnya saya ingin mengucapkan penghormatan yang begitu tinggi di atas tindakan pihak SESB Negeri Sabah.

Yang Berhormat Datuk Speaker, dalam aspek perhubungan darat, komitmen Kerajaan Pusat dan Negeri dalam menyiapkan Lebuh raya Pan Borneo Fasa Satu patut dipuji. Ia akan menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi dan logistik yang lebih pantas di Pantai Barat Sabah.

Namun yang demikian Datuk Speaker, saya ingin menyentuh sedikit mengenai dengan jajaran Pan Borneo yang melibatkan kawasan saya. Di mana di kawasan saya yang terlibat dengan jajaran Pan Borneo hari ini dan saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Pembantu Menteri kerana datang ke kawasan saya untuk melihat Pan Borneo dan saya memuji usaha yang dibuat oleh Kementerian yang mana hari ini projek Pan Borneo di kawasan saya berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan. Namun yang demikian, Yang Berhormat Datuk Speaker, ada masalah yang timbul. Bila mana Pan Borneo ini digerakkan, iaitu bila mana Pan Borneo ini digerakkan oleh

pihak kontraktor, masalahnya adalah soal pencahayaan yang mana di kawasan jajaran Pan Borneo ini terlalu gelap dan di kawasan saya sendiri di Lamag yang menjadi hotspot kepada Kinabatangan, iaitu hub hotspot di kawasan saya di mana terkumpulnya segala pekan-pekan dan juga sekolah sering berlaku kemalangan kerana tiada pencahayaan daripada syarikat-syarikat Pan Borneo dan saya ingin bertanya…

Dan juga mencadangkan agar pihak Kementerian dan juga syarikat-syarikat tertentu untuk memikirkan solusi yang terbaik, sama ada membuat pencahayaan secara sementara ataupun mungkin secara CSR. Yang Berhormat Datuk Seri, Datuk Speaker, berapa banyak hasil pertanian seperti sayuran dari Kundasang, kelapa sawit dan pendalaman dan juga buah-buahan tempatan, rosak dan terpaksa dibuang kerana lori tidak dapat masuk ke kampung akibat jalan tanah merah yang berlumpur teruk ketika musim tengkujuh. Berapa banyak anak-anak sekolah yang terpaksa mempertaruhkan nyawa meniti jambatan gantung yang sudah condong dan reput.

Saya memohon agar Kementerian Kerja Raya Sabah dan Kementerian berkenaan melipatgandakan dana bagi kerja-kerja penurapan jalan kampung dan melaksanakan audit struktur jambatan luar bandar secara menyeluruh. Kita mesti menggantikan jambatan kayu atau jambatan gantung yang tidak selamat ini dengan struktur jambatan konkrit atau keluli pasang siap yang lebih selamat dan tahan lama. Infrastruktur ini adalah urat nadi yang menghubungkan ekonomi luar bandar ke pasar, ke pasaran bandar.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mengucapkan jutaan, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Kuamut kerana pada penggal yang lepas, beliau Yang Berhormat ADUN Kuamut telah menyuarakan masalah di Lamag pada ketika kerusi DUN Lamag ini kosong. Yang Berhormat ADUN Kuamut ada menyatakan mengenai dengan

kelulusan mini kompleks di Daerah Kinabatangan, yang mana pada ketika Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, tahun lepas datang ke dataran Kinabatangan. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah meluluskan Mini Kompleks Kinabatangan dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana telah meluluskan projek Mini Kompleks di Kinabatangan ini, dan saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Kementerian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu saya di kawasan dan juga belia-belia saya yang berada di kawasan yang sudah tentu bagi kami, ini adalah satu keperluan asas yang sangat mendesak kepada kami, yang mana, Yang Amat Berhormat Datuk Speaker, di kawasan kami dikelilingi oleh mini-mini kompleks. Lahad Datu ada mini kompleks, Sandakan ada kompleks, Beluran ada mini kompleks, Tongod juga ada mini kompleks.

Speaker

Kompleks apa bah itu?

Mini kompleks, mini kompleks sukan, Yang Berhormat.

Speaker

Biar jelas sikit.

Jelas, jelas, jelas betul.

Speaker

Nanti kompleks karaoke, susah juga kan.

Betul juga Yang Berhormat. Ini selalu terminator/tor monitor bah ini Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat, saya mohon kepada pihak Kementerian untuk mengambil tindakan ini dan saya telah pun mengambil beberapa kertas kerja daripada pihak Majlis Daerah Kinabatangan dan saya akan berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri untuk berbincang mengenai dengan Mini Kompleks yang menjadi impian belia dan juga rakyat di Kinabatangan. Dan yang terakhir Yang Berhormat Datuk Speaker, saya ingin mengutarakan

masalah yang sering saya jumpa di kawasan saya, mengenai dengan kebimbangan rakyat yang berada, yang tinggal di pesisiran sungai.

Yang Berhormat Datuk Speaker, di kawasan saya di Lamag ini ada dua pelancongan selain daripada rakyat yang tinggal di pesisiran sungai dan masalahnya adalah masyarakat dan juga rakyat di Lamag sering menyuarakan mengenai kebimbangan mengenai habitat yang sangat ganas, iaitu buaya, Yang Berhormat Datuk Speaker. Dan hampir setiap minggu, bulan Yang Berhormat Datuk Speaker, ada sahaja mangsa yang dibaham oleh buaya ini. Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri, supaya mencari solusi bagaimana untuk menangani.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, minta penjelasan ADUN Lamag. Apa itu, buaya sungai ke buaya darat?

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Kuamut. Yang Berhormat Datuk Speaker, buaya di sungai tidak kita nampak, tapi bahaya. Buaya di darat yang ada di dalam dewan, kelas memandu ini lagi bahaya, kelas memandu Datuk Speaker, bukan dalam Dewan.

Jadi Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon kepada pihak Kementerian untuk mencari jalan sama ada untuk memberikan pemburuan, pemburuan buaya tanpa lesen kerana hari ini perlu memohon lesen untuk kita memburu buaya. Tapi, dalam keadaan sekarang yang mana Sungai Kinabatangan ini penuhi dengan buaya, saya mencadangkan agar pihak Kementerian mengkaji semula untuk tidak, untuk tidak perlulah memohon lagi lesen tapi teruslah habitat ini boleh dihapuskan demi untuk menyelesaikan dan juga keselamatan rakyat di pesisir dan juga menjana ekonomi rakyat yang bergantung sepenuhnya kepada Sungai Kinabatangan. Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang Terutama telah mengingatkan kita bahawa perancangan yang dirangka ini memerlukan kerjasama semua pihak demi kesejahteraan bersama. Pembangunan prasarana, air, elektrik dan jalan raya bukanlah projek untuk memenangi pilihan raya. Tetapi adalah projek untuk memenangi masa depan. Ia adalah the great equalizer

atau penyama taraf sosial apabila seorang anak di pedalaman Pensiangan atau Kinabatangan mendapat akses kepada air bersih yang sama, mendapat cahaya lampu untuk mengulang kaji pelajaran yang sama dan mendapat jalan raya berturap yang sama seperti seorang anak di Kota Kinabalu. Barulah kita boleh mendabik dada dan berkata kita telah melahirkan sebuah Negeri Sabah yang benar-benar adil, maju dan jaya.

Datuk Speaker, saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya memohon untuk menyokong penuh ucapan, usul ucapan dasar Kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker, terminator/ tor monitor. Terima kasih.

Speaker

Fikir mahu melancarkan tadi, rupanya mengakhiri. Terima kasih Yang Berhormat Lamag. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sekong untuk berucap. Kalau mahu balas nyanyian dia silakan, ya.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Terima kasih Tuan Speaker yang saya hormati atas kesempatan ini. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirabbil'alamin. Wabinasta’in Rabbish Rahli Sadri, Wa Yassirli Amri, Wahlul ‘Uqdatan Min Lisani, Yafqahu Qawli. Firman Allah.

Innallah Ya’Murukum Antu’Addil, Amanati Ila Ahliha, Wa-Itha Hakamtum Ba’Inan Annasi Antahkumu Bil’Adil (Bacaan Surah).

Bermaksud, sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Surah An-Nisa verse 58.

Melalui ayat suci Al-Quran ini Tuan Speaker, dapat difahami bahawa dua asas penting dalam tamadun manusia adalah amanah dalam tanggungjawab dan keadilan dalam keputusan. Kerana kuasa tanpa amanah akan melahirkan luka dan keadilan tanpa keberanian akan hilang makna. Allah SWT memerintahkan manusia untuk menyerahkan amanah kepada yang berhak, iaitu setiap tanggungjawab, harta atau kuasa mestilah diberikan kepada individu yang benar-benar layak dan amanah. Kedua, berlaku adil dalam membuat keputusan antara sesama manusia. Sama ada sebagai hakim, pemimpin termasuk kita sebagai YB dan juga Speaker atau mana-

mana pihak yang membuat keputusan, keadilan wajib ditegakkan tanpa dipengaruhi emosi, kepentingan peribadi atau tekanan luar dan atas dasar inilah Tuan.

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

… perbahasan dasar Kerajaan dari Sekong dimulakan.

Hala tuju pembangunan negeri, sepanjang tiga bulan kami turun ke lapangan Tuan Speaker, mengunjungi jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, hospital, PDRM, imigresen, JPS, JPPS serta Jabatan Air dan lain-lain agensi kerajaan. Kami melihat satu realiti yang memprihatinkan iaitu jumlah staf di agensi-agensi berkenaan tidak ideal.

Bukan mereka tidak bekerja, Tuan Speaker dan sidang Dewan yang dimuliakan. Hakikatnya, kakitangan awam, mereka bekerja sepenuh jiwa, melampaui kapasiti. Namun yang menjadi kekangan utama bukan sekadar isu peruntukan, tetapi isu yang lebih mendasar, jumlah kakitangan yang tidak ideal dan tidak sepadan dengan beban tugas. Saya kongsikan di sini contoh yang mudah. Populasi penduduk Sandakan berjumlah 400 ribu orang. Anggota polis, Tuan Speaker, kekuatan anggota polis di Sandakan adalah seramai 500 orang.

Bererti, satu anggota polis menjaga 800 orang.

Demikian juga di Hospital Duchess of Kent, ada 67 kalau saya tidak silap doktor pakar yang mengurus merawat ribuan penduduk pesakit setiap hari. Begitu juga di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bukan sahaja mengurus kebajikan di Daerah Sandakan, tetapi juga meliputi Kinabatangan dan Beluran mereka urus. Dengan hanya 27 orang kakitangan Tuan Speaker, jumlah kakitangan yang sedikit, namun beban kerja yang berat dan luas. Ini jelas Tuan Speaker menyumbang kepada tekanan kerja, risiko keletihan, had kepada keberkesanan. Mereka kewalahan Tuan Speaker tetapi mereka tetap bekerja, tetap hadir, tetap berkhidmat untuk negeri dan negara.

Jadi persoalannya Tuan Speaker, bukan lagi tentang usaha, tetapi tentang keupayaan sistem itu sendiri.

Sehebat manapun komitmen individu, jika kapasiti tidak mencukupi, perkhidmatan akan tetap terbatas. Tuan Speaker dan Sidang DUN yang dihormati, persoalannya sekarang, sampai bila kita mahu bergantung kepada komitmen luar biasa ini untuk menutup kelemahan sistem yang kita ada. Apakah tindakan konkrit pihak Kerajaan untuk memastikan setiap jabatan dan agensi mencapai jumlah kakitangan yang ideal? Bukan sekadar cukup di atas kertas, tetapi benar-benar benar mencukupi di lapangan.

Kita boleh merancang sebesar mana, kita boleh mengumumkan sebanyak mana, tetapi akhirnya Tuan Speaker, yang melaksanakan semua itu adalah manusia. Jika jumlah mereka tidak mencukupi, jika beban tidak seimbang, maka pelaksanaan menjadi perlahan, respon menjadi terbatas dan kepercayaan rakyat mula terhakis, makian akan kedengaran di sana sini walhal umumnya kakitangan awam majoritinya berdedikasi terhadap kerja mereka.

Tuan Speaker dan Sidang DUN yang dihormati, Sabah Maju Jaya sepatutnya bukan sekadar slogan semata, ia turut perlu menuntut keupayaan pelaksanaan yang efisien agar ia benar-benar dapat dirasai dan keupayaan itu bermula daripada perkara paling asas iaitu cukup tenaga manusia untuk berkhidmat kerana jika perkara asas ini terus diabaikan maka segala agenda besar negeri termasuk Sabah Maju Jaya 2.0 akan hanya menjadi satu utopia. Indah disebut, tetapi begitu jauh daripada realiti. Senario berlaku di Jabatan Pertanian Sandakan Tuan Speaker. Masih kedapatan kakitangan yang bergaji di bawah RM1,700. Masih terdapat pekerja yang sampai pencen bergaji hari. Saya mohon penjelasan Kerajaan tentang perkara ini. Tuan Speaker dan sidang yang dihormati, perkara kedua berkaitan sektor bekalan air. Kita semua setuju, mana-mana Kerajaan dulu sampai sekarang dan akan datang akan bercakap tentang good governance.

Tentang tatakelola yang baik adalah kemudahan asas yang juga baik tetapi hakikatnya, Tuan Speaker, ukuran paling jujur kepada semua itu adalah satu.

Adakah kemudahan asas rakyat benar-benar terjamin meliputi empat juta rakyat Sabah?

Tuan Speaker, dalam konteks bekalan air, saya ingin bertanya, apakah langkah baharu yang diambil oleh Kerajaan untuk membendung isu kecurian air? Masalah tekanan air rendah berlaku di banyak kawasan di tempat kami. Flat Mawar, Kampung Lepak Meluas Darat, istimewa Kampung Bakara, bahkan di beberapa lokasi di Daerah Sandakan.

Kita akui akan faktor paip lama, paip usang, atau paip pecah, tetapi kita juga tidak boleh menafikan satu perkara sindiket kecurian air semakin berleluasa.

Saya sendiri turun bersama pasukan penguatkuasa Jabatan Air pada beberapa waktu yang lalu. Lalu saya ingin bertanya Tuan Speaker, apakah strategi baharu Kerajaan? Adakah kita sekadar mengawal kerosakan paip bocor atau benar-benar mahu memutuskan rangkaian sindiket curi air ini?

Sejauh mana keberkesanan usaha setakat ini? Berapa peratus kejadian kecurian air berjaya dibendung? Berapa ramai pelaku, termasuk dalang sindiket telah berjaya ditangkap dan didakwa? Ia adalah tentang keadilan kepada rakyat yang patuh kerana akhirnya yang menanggung kesannya adalah mereka. Yakni yang tidak mencuri, tetapi tetap tidak mendapat air.

Saya ingin berkongsi kisah di Kampung Lepak Meluas Darat, Tuan Speaker.

Sepanjang tiga minggu bulan Ramadan al-Mubarak yang lalu, ada keluarga yang langsung tidak mendapat bekalan air sepanjang tiga minggu. Seorang ibu tunggal terpaksa membeli air mineral water sebanyak 17 karton atau kotak 1.5 liter dan surau tiada air untuk ibadah.

Bayangkan dalam keadaan serba terhad, orang susah air yang sepatutnya menjadi keperluan asas bertukar menjadi beban harian yang memeritkan rakyat.

Maka Tuan Speaker, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan penting. Apakah tindakan Kerajaan untuk membendung kecurian air secara lebih berkesan termasuk memperkenalkan undang-undang khas mendepani aktiviti curi air ini? Apakah strategi jangka pendek dan panjang untuk memastikan bekalan air stabil di kawasan terjejas di Daerah Sandakan? Apakah perancangan khusus untuk kawasan Kepulauan Sekong yang terus berdepan isu bekalan air sehingga kini? Apakah

tindakan segera bagi Kampung Bambangan dan kawasan lain yang masih belum mendapat bekalan air? Isu air bukan isu kecil. Ia bukan isu teknikal semata-mata. Ia adalah soal maruah hidup rakyat, Tuan Speaker dan sidang yang dimuliakan. Berkaitan sektor perikanan ekonomi biru, lautan Sabah kaya tetapi nilainya masih berjuang dalam sunyi. Di Sekong hasil laut yang sepatutnya menjadi sumber kemakmuran masih tidak sampai ke potensi sebenar. Walaupun hasil laut Sabah berkualiti tinggi dan berpotensi eksport ke China, Taiwan dan Hong Kong. Ketiadaan infrastruktur asas seperti jeti pendaratan ikan menyebabkan hasil tangkapan tidak sampai terus kepada pasaran utama. Nelayan bergantung kepada orang tengah dengan harga lebih rendah, potensi pemprosesan hiliran tidak dapat dikembangkan, rantaian nilai ekonomi terputus di peringkat awal.

Ini bukan isu yang boleh dipandang ringan Tuan Speaker.

Sebaliknya, ia mencerminkan kehilangan nilai ekonomi negeri di peringkat akar umbi. Sehingga nelayan seperti Si Hamdin atau Si Roslan yang berada di Pulau Sanghai tidak berupaya menambahkan nilai pendapatan mereka.

Tanpa jeti pendaratan yang sempurna, tanpa sistem rantai nilai yang lengkap, nelayan terus terikat dengan orang tengah dan nilai kerja keras mereka hilang di tengah perjalanan. Seperti kata Buya Hamka, kelaparan bukan hanya kerana tiada makanan, tetapi kerana rosaknya sistem yang membagikan rezeki.

Maka persoalannya jelas, bagaimana Kerajaan mahu bercakap tentang ekonomi biru yang mampan jika asasnya masih belum teguh di darat. Maka Tuan Speaker saya mencadangkan bina jeti pendaratan ikan bersepadu di kawasan strategik termasuk Sekong. Bangunkan pusat pemprosesan hiliran perikanan berasaskan komuniti. Tuan Speaker yang saya muliakan dan Sidang DUN yang saya hormati, dalam konteks kesejahteraan rakyat dan pengurusan bencana, izinkan saya berkongsi isu yang berlaku di Kampung Bahagia. Sebagai wakil rakyat Sekong, saya bangkitkan perkara ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak. Jauh dari melabel atau mencerca, tetapi untuk meletakkan fakta dalam konteks yang betul supaya kita di Dewan yang mulia ini dan terutamanya rakyat Sabah dapat berpikir secara matang

dalam hal bencana yang menimpa manusia dan dapat memainkan peranan membetul dan membina.

Tuan Speaker, berdasarkan data terkini, terdapat kira-kira 385 Ketua Isi Rumah dengan anggaran 1,912 mangsa. Daripada jumlah Ketua Isi Rumah tersebut, 272 adalah warganegara. Saya ulang, 272 adalah warganegara dan 113 bukan warganegara. Manakala daripada jumlah mangsa keseluruhan, sekitar 1,035 orang adalah bukan warganegara dan selebihnya warganegara. Namun jika dilihat dari sudut Ketua Isi Rumah yang menjadi asas struktur keluarga … .

Tuan Alias bin SaniWARISANSekong

Warganegara masih merupakan majoriti, maka naratif yang mengatakan kononnya mangsa didominasi oleh bukan warganegara perlu diperbetulkan, Tuan Speaker. Dengan data yang telah dikemas kini, kita bertanggungjawab untuk berpijak pada fakta.

Dan saya ingin tegaskan, Tuan Speaker, sebagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nyatakan, selari dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, bahawa isu ini bukan soal warganegara atau bukan warganegara semata-mata. Apabila berlaku bencana, Tuan Speaker, ia adalah keadaan kecemasan atau boleh kita bilang darurat. Dan dalam darurat, keutamaan kita bukan bangsa, bukan agama, bukan status kewarganegaraan.

Keutamaan kita adalah satu, yakni menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Pernahkah Tuan Speaker dan Sidang DUN yang dimuliakan mendengar sebuah hadis sahih? Ini hadis sahih, bukan hadis palsu. Diriwayatkan Bukhari dan Muslim, bahawa tentang seorang wanita, maaf minta izin sebut, pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam syurga, hanya kerana dia memberi minum seekor anjing yang kehausan.

Kita kajilah hadis ini, Tuan Speaker.

Jika kepada seekor haiwan pun diberi ganjaran sebesar itu, bagaimana pula dengan lebih seribu manusia yang kehilangan tempat tinggal, kehilangan segalanya yang harus kita bantu?

Maka sewajarnya tindakan kita bukan hanya

berbicara menyalahkan, tetapi hadir dengan penuh insaf, penuh ihsan, dengan penuh kesedaran, kesungguhan, kasih sayang, rasa tanggungjawab yang tinggi.

Saya menyeru kepada semua yang mampu tampillah ke hadapan untuk membantu, yang tidak mampu sekurang-kurangnya jangan pula menambah luka. Sebagaimana firman Tuhan “Wasaariuu’ ilaa maghfirotim mirrobbikum wajannatin ardhuhaasamaawatu wal ardhu u’iddhat lilmuttaqiin, allazina yun’fiqhuna fiissaro~ wazhorro~i walkaziminal ghoizho wala’finna anninnas wallahu yuhibbul muhsinin..” maksudnya, lebih kurang bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu, dan surga yang seluas langit dan bumi yang disediakan kepada orang-orang yang bertakwa, dan iaitu orang-orang yang bersedekah, berinfak, memberi donation ketika senang dan susah, dan orang-orang yang menahan marah mereka, dan orang-orang yang memberikan kemaafan kepada orang lain, maka orang-orang ini Allah SWT mencintai kebaikan mereka.

Tuan Speaker, dalam konteks ini, saya ingin bertanya kepada Kementerian dan Agensi berkaitan. Apakah status Kampung Bahagia? Apakah kampung berkenaan telah digazetkan? Apakah perancangan Kerajaan setelah dua hari bulan Mei nanti, setelah mereka tamat tempoh sambungan kali kedua dari PPS?

Lalu saya pun berfikir bagaimana sebuah kampung yang dikelilingi air boleh mengalami kebakaran seluas itu, sehinggakan memusnahkan begitu banyak rumah yang mendapat liputan Al-Jazeera, China Morning Post termasuk kalau saya tidak silap Presiden Amerika Donald Trump.

Saya faham, Tuan Speaker, akan faktor rumah yang rapat dan tiupan angin.

Namun, jika terdapat pelan strategik pengawalan kebakaran yang diluncurkan seawal jam tiga pagi pada hari kejadian, seperti melindungi zon tertentu atau memutuskan penyebaran api, sudah tentu jumlah kerosakan dapat dikurangkan.

Selain itu, saya sendiri melihat penggunaan pam air manual, yang perlu dihidupkan sama seperti menghidupkan engine boat dan mengambil masa hampir 40 minit hanya untuk menarik air dari laut, ditambah dengan peralatan bomba yang tidak serasi. Empat puluh minit masa terbuang dan dalam bencana kebakaran, 40 minit

itu menentukan nasib puluhan rumah orang miskin.

Adakah saya menyalahkan pihak bomba? Tidak! Kerana Tuan Azlan dan yang lain telah berusaha bertungkus lumus.

Tetapi jika ada kekurangan strategik, Tuan Speaker, dalam sistem atau pendekatan di pihak bomba dan orang kampung.

Bukankah itu dalil atau tanggungjawab kita untuk memperbaikinya?

Tuan Speaker, Sekong ingin mencadangkan beberapa langkah segera kepada Kerajaan. Kerajaan hendaklah membekalkan floating water pump di kampung atas air, sekurang-kurangnya dua hingga tiga unit setiap kampung atas air. Mewajibkan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela Komuniti, khususnya di kawasan pesisir yang mereka ini diberi latihan khusus pengurusan bencana. Memperluaskan pemasangan pili bomba termasuk di kampung yang belum digazet.

Demikian juga saya ingin menarik perhatian kepada isu mangsa yang tercicir daripada data sistem bantuan. Walaupun data di PPS telah direkodkan, masih terdapat mangsa di lapangan yang tidak didaftarkan di bawah agensi kerajaan. Saya dimaklumkan mangsa yang berada di kampung majoritinya belum didaftarkan, Tuan Speaker. Ini menunjukkan masih ada kelompongan dalam sistem pendaftaran kita terhadap mangsa yang harus kita perbaiki. Saya memohon agar Kerajaan membuka semula pendaftaran supaya tidak ada mangsa yang tercicir daripada bantuan, selaras pengumuman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Berhubung bantuan kewangan, Tuan Speaker, Kerajaan Negeri mengumumkan RM2,000.00, Kerajaan Persekutuan mengumumkan RM1,800.00, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan tunai yang diumumkan sebanyak RM3,800.00. Namun, di lapangan sehingga ke hari ini, ramai mangsa yang masih belum menerima bantuan tersebut. Bantuan kilat sepatutnya, Tuan Speaker, cepat.

Macam dia punya nama, macam kilatlah, cepat. Tetapi, selepas seminggu, majoriti mangsa belum menerimanya. Jadi, saya mohon penjelasan kerajaan tentang perkara ini.

Akhir sekali, Tuan Speaker, mewakili mangsa kebakaran Kampung Bahagia, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, yang telah tampil membantu kami di Sekong.

Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong melalui ikhsan peribadi Baginda.

Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

atas kehadiran dan pengumuman bantuan. Kepada Yang Amat Berhormat Sulaman Ketua Menteri Sabah yang turun padang. Serta semua Agensi Keselamatan, Bomba, PDRM, RELA, APM, dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, KKM, MCMC, MPS, dan lain-lain agensi yang terlibat.

Tidak dilupakan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan seperti Kemar Hain, Yasan Ikhlas, Isma, Pertubuhan Kebajikan Imam Nawawi, Klinik Dr. Mansur Osir, Gabungan NGO Lahad Datu, Sabah Triton Expedition, Cahaya Society, Kumpulan Kegerejaan di Sandakan, Petronas, TKS, Brightscot, Elektrical Hire, Sekolah Menengah Salam, Sekolah Raudah, PAS, Wanita Parti Warisan, dan lain-lain serta individu perseorangan yang tanpa mengurangi rasa hormat terhadap mereka tidak dapat saya sebutkan satu persatu di sini.

Juga terima kasih yang tidak terhingga khasnya kepada 25 rakan pejuang rakyat ADUN Warisan, yang diketuai oleh ADUN Senallang, atas sumbangan dan antara pimpinan utama negeri yang awal datang menziarahi mangsa. Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada ADUN Sungai Manila dan juga Ahli Parlimen Sandakan, kerana tampil membantu kami di Bahagia.

Semoga langkah membantu berupa fikiran, keringat, tenaga dan wang daripada mereka semua di bumi Bahagia, akan menjadi saksi dan mahar mereka ke syurga. Membantu orang susah, Tuan Speaker, adalah jalan Tuhan.

Dan saya akan menjadi saksi selaku wakil rakyat di Sekong. Menjadi saksi di hadapan Tuhan akan kebaikan mereka-mereka yang tampil membantu. Sebagai tanda solidariti bersama mangsa kebakaran penduduk Kampung Bahagia, saya sebagai wakil rakyat kawasan dengan ini menyerahkan seluruh elaun wakil rakyat saya pada bulan April ini. Tanpa saya ambil satu sen pun dan saya salurkan kepada membantu membeli pakaian seragam sekolah anak-anak Bahagia. Tuan Speaker, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik. Dan semoga kita semua di dalam Dewan Yang Mulia ini menjadi orang-orang yang dicintai oleh Allah SWT, dengan sebab kita berbuat baik. Semoga, wa’allah (tidak jelas). Terima kasih, Sekong menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Richard Yong We Kong)

Terima kasih, Sekong.

Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Balung, 15 minit ya.

Terima kasih. Terima kasih, Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Sollualannabi, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya.

YB Datuk Speaker, terlebih dahulu saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dan merakamkan ucapan penghargaan kepada Tuan Speaker, kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ini. Saya berdiri di Dewan Yang Mulia ini dengan satu tekad, iaitu menyokong penuh usul Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dr. Seri Panglima Dr. Musa bin Haji Aman.

Titah beliau telah menyentuh pelbagai dasar makro yang cemerlang.

YB Datuk Speaker, hari ini saya ada enam, enam sahaja usul, insya-Allah saya akan percepatkan dengan masa yang disediakan. Pertama sekali, melibatkan tanah. Kita sedia maklum, ramai rakyat kita memiliki tanah yang terbiar, terbiar sehingga semak samun.

Tidak diusahakan kerana tidak ada modal, ketiadaan modal, ataupun bahasa kita wairuun usin. Jadi pada masa yang sama, kita mengimport makanan dari luar dan ini adalah satu paradoks yang menyedihkan. Jadi saya mencadangkan dan menyeru agar syarikat berkaitan Kerajaan GLC, negeri yang berasaskan pertanian seperti Sawit Kinabalu, seperti Sabah Soft Wood, SLDB melebarkan sayap tanggungjawab sosial korporat atau CSR mereka.

Wujudkan satu mekanisme sewa pajak patuh syariah atau sistem pawah moden. GLC sediakan modal teknologi dan jaminan belian. Manakala pemilik tanah kampung sediakan tanah dan tenaga kerja.

Konsep ladang komuniti ini akan menghidupkan tanah-tanah tersebut dan menyuntik tuai secara langsung kepada, ke dalam ekonomi luar bandar. Seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk.

Datuk, YB Datuk Speaker, yang kedua, saya ingin menyuarakan rintihan warga Balung. Antara rintihannya adalah empat serangkai. Yang pertama, adalah jalan. Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada JKR kerana sebelum Hari Raya Aidilfitri telah membaiki.

Speaker

Yang Berhormat, naikkan sikit mikrofon itu.

Okey, telah membaiki jalan dari Batu 4 ke Batu 12. Terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya tetapi saya memohon naik taraf itu, kalau boleh, kita sambung juga ke bahagian Balung yang memerlukan, iaitu jalan masuk IPG Balung perlu disenggara, jalan utama masuk sekolah MRSM Tun Mustapha perlu disenggara, jalan-jalan utama menghubungkan kampung di bawah konsesi perlu diaspal semula, jalan kampung… satu arah ke Kongsi 10 Kinabutan perlu dipercepatkan.

Dan satu lagi saya mohon kepada JKR, sekiranya ada dana yang mencukupi, tolonglah hidupkan lampu dari Batu 4 hingga ke Balung kerana masalah lampu ini macam empat bulan ini, macam hampir hari-hari saya kena hentam ini Datuk Speaker. Dia bilang senang saja kasih hidup itu lampu, tapi saya mohon pihak JKR kalau boleh, hidupkanlah lampu supaya ini salah satu dari segi aspek keselamatan dan juga kesejahteraan penduduk.

YB Datuk Speaker, seterusnya air. Terima kasih jugalah kepada Jabatan Air kerana sebelum ini, Balung ada yang lima hari, sepuluh hari tidak ada air. Tapi kebelakangan ini, empat bulan ini, paling lama tiga hari tidak ada air. Jadi saya mohon kepada Jabatan Air teruskan usaha, pantau dan boleh kurangkan NRW di kawasan Tawau. Kerana NRW di Tawau ini terlalu tinggi mencapai 58%. Jadi kebanyakannya kampung yang berada di kedudukan yang tinggi, contohnya Kampung Serudung kadang-kadang sampai itu hujung-hujung saja airnya itu, tengah malam baru sampai, itu pun setengah hari. Tiga hari tidak ada air, setengah hari ada air.

Jadi saya mohon kepada Jabatan Air, kita kalau boleh, kita kurangkan NRW supaya semua warga Balung dapat menikmati air dengan sejahtera. Seterusnya, elektrik. Elektrik ini merupakan satu yang membimbangkan saya sebab di bahagian Pantai Timur, kita punya keperluan demand adalah lebih kurang 500

Megawatt tapi generation hanya 213 setakat 2016, 231 Megawatt. Jadi selebihnya 216 ke atas, kita guna elektrik daripada transmission lain, dari Kimanis ke Segaliud. Jadi kalau boleh saya mohon pihak Kerajaan mencadang. Kalau boleh, naikkan generation di bahagian Pantai Timur, bermula dari Sandakan sampai Lahad Datu.

Kalau boleh, kita tambah 250 Megawatt ataupun 300 Megawatt dengan berbagai cara seperti yang di ucapan dasar, yang disebut dengan solar, dengan hidro dan mana sudah itu, sebagai gas asli.

Baterry energy storage, teknologi baharu lain seperti solar dan sebagainya.

Bila generation di Tawau atau Pantai Timur ini cukup, kita tidak risau sudah transmission lain tumbang yang seperti yang YB Lamag bagi tahu, tragedi tahun lepas berlakunya satu tower tumbang dan memutus, terputusnya bekalan elektrik di Pantai Timur.

Jadi kalau kita ada generation yang kuat, tambahan 300 megawatt, sekiranya apa berlaku, insya-Allah Pantai Timur akan terus ada elektrik dan tidak akan bersusah bergantung kepada Pantai Barat lagi.

Seterusnya, sejauh, Jabatan Pengairan dan Saliran, saya diberi taklimat mengenai projek yang membesarkan parit sungai supaya sekiranya projek ini terjadi, tidak ada lagi banjir di Tawau tapi belum lagi sempat projek itu dilaksanakan, awal Ramadan, Tawau dilanda banjir dengan teruk.

Jadi saya berharap Jabatan Pengairan dan Saliran akan terus melaksanakan projek itu, supaya kita tidak mahu lagi banjir di Tawau yang seperti berlaku awal Ramadan baru-baru ini.

Itu yang kedua, Datuk Speaker.

Yang ketiga, berkenaan Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama mengenai PAUS. Saya mewakili keluarga dan ibu bapa semua anak-anak autisme, berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana kami sebagai parents, proud parents of child with autism ini memang mengharap bantuan daripada kerajaan, dan kalau boleh, saya mohon bantuan daripada Kerajaan bukan setakat PAUS, bantu juga sekolah-sekolah yang ada pendidikan khas kerana di sekolah-sekolah pendidikan khas ini juga, menjaga anak-anak autisme kami. Mereka ini adalah guru-guru yang hebat, mereka memerlukan dana, mereka memerlukan peralatan dan macam-macam. Jadi kalau ada bantuan dari kerajaan, ini akan

meringankan pelajar dan guru-guru dan semoga mereka terus dapat menjaga anak-anak autisme di Sabah ini. Itu yang ketiga.

Yang keempat, Sabah, Kerajaan Sabah telah merancang untuk menjadikan Tahun Melawat Sabah pada 2027.

Jadi saya mohon supaya tagal di kawasan Balung Cocos dan Batu Bersusun di Balung Cocos dimasukkan sebagai daya tarikan pelancong.

Sekiranya ini berlaku, insya-Allah ekonomi setempat di Balung akan meningkat dan satu lagi, saya mencadangkan sebab ramai di Balung ini semuanya pemancing. Ramai angler, saya mewakili angler-angler di Tawau ataupun di Balung ataupun di Sabah, kalau boleh, mencadangkan juga aktiviti riadah memancing dan ataupun sukan memancing ini dimasukkan sebagai daya tarik pelancong.

Speaker

Pancing ikanlah.

Pancing ikan, wah sedap itu. Pancing, aktiviti memancing kerana banyak pelancong-pelancong yang datang sini akan turun memancing. Dia orang tidak kira spend macam mana sebab dia orang akan terhibur dengan aktiviti memancing ini.

Itu yang keempat.

Yang kelima ini yang menarik perhatian, sidang yang lepas, saya ada bercakap mengenai tambahan DUN daripada 25 ke 36 dan 73 Ahli Parlimen ke 94, eh 73 DUN ke 94 dan 25 Ahli Parlimen kepada 36. Tetapi ada satu berita news ataupun berita daripada berita 757 yang disiarkan di media sosial yang mengatakan ada satu pemerhati yang mengatakan cadangan saya ini tidak munasabah.

… kerana untuk menambah Parlimen kita perlu 150,000 penduduk minimum, purata. Jadi saya tertarik, saya tercabar dengan dia punya kenyataan ini. Jadi saya pun membuka Jabatan Perangkaan Malaysia anggaran penduduk dengan keluasan seluruh negeri Sabah. Saya buat statistik sendiri. Saya dapati sembilan eh sorry, enam negeri di Semenanjung tidak sampai 150 ribu penduduk.

Speaker

Yang Berhormat, ini analisa daripada media-media alternative ini, Jangan pakailah. Sebab yang akan buat kawasan ini SPR. Jadi bukan media sosial. Jadi biarlah dia cakap apa dia mahu.

Cuma saya tercabar sedikit. Saya mahu fahamkan. Kalau boleh enam negeri di Semenanjung tidak sampai 150 ribu penduduk sudah wujud satu Parlimen. Paling kecil di Semenanjung, Perlis. 100 ribu penduduk satu Parlimen. Seterusnya yang saya hairan Perak, penduduk hanya 2.57 juta tapi Ahli Parlimen seramai 24 Ahli Parlimen. Kita 3.79 juta penduduk tapi 25 Ahli Parlimen. Jadi saya berharap, penambahan DUN ini diterima kerana perjuangan tambahan DUN dan Parlimen ini bukan untuk kita sebenarnya, ini ada untuk masa depan, untuk 20 tahun 30 tahun akan datang. Kerana bila DUN kita ditambah, Parlimen kita ditambah, suara kita akan kuat. Bila suara kita akan kuat, MA63 senang-senang kita capai. Hak 40% senang-senang kita capai dan satu hari insya-Allah dalam masa 30 tahun PMXX, mungkin PMX yang ke-20 mungkin dari Sabah. Jadi, itulah kita selama ini 10 Perdana Menteri semua dari Semenanjung. Jadi, mungkin dengan penambahan Ahli Parlimen ini kita akan wujud satu Parlimen yang lagi 30 tahun akan datang dari Sabah. Jadi, ini akan membanggakan rakyat Sabah.

Mohon mencelah, Yang Berhormat.

Silakan.

Berbincang dari siring. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Balung, adakah yang berhormat Balung setuju sekiranya persempadanan DUN dan juga Parlimen ini dikaji mengikut keluasan dan bukan mengikut berapa ramai populasi yang tinggal dalam Parlimen dan juga DUN? Itu soalan saya Yang Berhormat Balung. Terima kasih.

Speaker

Tidak boleh jawab itu.

Saya ada dua jawapan. Setuju dan tidak setuju. Pertama, saya setuju dikaji dari segi keluasan dan juga, kalau boleh kaji

juga dari segi penduduk. Dua-dua itu kita boleh kaji saudara. Pasal dua-dua itu, kita ada data. Kita ada data yang menunjukkan kita mampu tambah Ahli Parlimen. Kerana perjuangan kita ini bukan untuk sekarang. Perjuangan kita ini untuk anak-anak kita, anak cucu kita di masa depan. Untuk apa kita bertengkar di sini, tapi mereka di luar sana, future mereka. Yele (bahasa asing). Jadi kita berjuang, tambah Parlimen untuk diorang, bukan untuk kita. Kita ini lagi 30 tahun pupus sudah. Kita nda tahu, 3-40 tahun kita tiada. Diorang yang akan belia-belia ini yang akan mengganti kita dan kita berharap MA63, Hak 40%, Perdana Menteri akan wujud dari bumi Sabah di bawah bayu. Terima kasih. Ya, Datuk Speaker yang terakhir. Lagi satu minit. Sorry.

Datuk Speaker yang terakhir, kita sedia maklum konflik barat memberi impak ekonomi yang global, termasuk ekonomi. Jadi kita sekarang ni di Malaysia ataupun di Sabah, kita masih belum merasa impaknya. Tapi kalau kita tengok di media sosial, negeri-negeri jiran kita seperti Thailand, Philippines, Indonesia mereka sudah struggle. Kita ni masih relaks lagi boleh open house, boleh meriah ketawa-ketawa, tapi kita dalam, kita sepatutnya bersyukurlah sebab kita belum terkesan. Tetapi sekiranya berkesan, kita haruslah mengambil sikap wasatiah. Jadi, apabila krisis ekonomi antarabangsa berlaku dan apabila pengeksport kita seperti yang disebut tadi kita mengeksport beras. Beras kita dalam lingkungan 22 hingga 25 peratus, jadi seperti kita mengeksport beras daripada India dan Vietnam.

Speaker

Import, kita import beras.

Ya, kita import beras dari India dan Vietnam dan sekiranya mereka sekat import itu, jadi kita akan menjadi satu kelemahan yang amat membimbangkan tapi oleh itu saya memberi standing ovation dan menyokong penuh inisiatif dan keberanian Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang tekad untuk menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah. Ini adalah keputusan politik, political will yang paling ditunggu-tunggu oleh pesawah kita di seluruh Sabah. Tetapi inisiatif ini memerlukan suntikan dana. Namun sekiranya ia berhasil, ia akan penuhi perut rakyat di masa susah. Jadi, dengan kata-kata demikian, saya akhiri dengan sebuah pantun,

Konflik barat sedang memuncak, Negara jiran sedang merana; Jangan sampai kita terdesak, Mulalah berbelanja dengan sederhana.

Sebelum saya akhiri, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja, Selamat Hari Guru, Selamat Hari Raya Aidil Fitri eh Aidil Adha .

Speaker

Hei, habis sudah itu.

Selamat Hari Wesak. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan. Kasih sejuk sedia dia mai. Salam Awal Muharam. Datuk Speaker, saya menyokong dan menjunjungkan …

Speaker

(Suara rakaman video tidak jelas) Kita ada empat lagi Rang Undang-undang (RUU). Tadi ucapan kamu macam kamu tidak mahu sertai yang empat tu macam inilah saja ucapan. Ahli-Ahli Yang Berhormat memandangkan masa …

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Datuk Speaker, mohon mencelah sekejap.

Speaker

Apa dia?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Boleh-boleh clarifykah yang tadi pagi Datuk Speaker cakap nak buat keputusan adakah end of this session, or end of the …

Speaker

Before the end of the assembly session.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

But, Okey. Saya bukan cabar keputusan ataupun kebijaksanaan Datuk Speaker. Namun, saya nak tanya. Kenapa usul persendirian tidak dapat dibawa awal sikit dan didebat di Dewan ini?

Speaker

Sebab yang urusan awal ialah urusan Kerajaan.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Yes, I understand. But actually, I can request Datuk Speaker to invoke Standing Order 23 to move it forward.

Speaker

On what basis?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Because is a kepentingan awam. 40 percent, you see okey. Saya nak jelaskan usul yang saya bawa, yang disokong oleh seluruh kami di sini adalah usul untuk tuntutan baharu daripada tahun 2022 hinggalah 2025, okey? Tidak ada kena mengena dengan tuntutan ataupun semakan kehakiman SLS itu masih proses mahkamah. Usul kami tidak ada sub judice, okey dan tuntutan ini senang kita tahu sekarang dari sejak Kerajaan Madani 2022. E-invoice, digital payment, segala revenue senang-senang boleh diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan maka usul yang kami bawa ialah untuk memberi mandat kepada Kerajaan Negeri Champion for the nombor satu, pendedahan berapakah jumlah yang telah dipungut daripada Sabah? Okey. Nombor dua, setelah tahu jumlah ini, berapa lama kita bagi dia tempoh dalam masa dua bulan bagi tahu, berapa sudah dipungut dalam empat tahun ini. Okey, dan step ketiga, setelah itu bagi balik 40 peratus. Simple. Cuma empat tahun saja, kita tidak mahulah yang cakap pasal yang SLS punya kes itu sebab masih process court of appeal … .

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

…tidak puas hati, Federal Court. PMX sudah cakap, tidak rayu, tidak rayu. Last last, notis rayuan. Last last, stay execution. 180 days, limpas (lalu) sudah. So, sekiranya usul ini dibawa ke Dewan ini, Kerajaan Negeri boleh dengan sekeras-kerasnya bagi tahu Kerajaan Persekutuan. Now, I have the mandate from all the ADUN in Sabah who representing Sabahan, the whole Sabah okay. Tell us how much you already taken.

Speaker

Yang Berhormat, kalau itu Yang Berhormat mahu tahu, Yang Berhormat boleh bangkitkan dalam ucapan dan akan dijawab oleh Yang Amat

Berhormat Menteri. Tidak perlu usul. Kalau setakat berapa banyak yang sudah dikutip, Menteri Kewangan boleh jawab. You don’t have to go through the usul.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

No, we want the State Government to be firm in championing for that because they have to have the mandate.

Speaker

Are you implying that the State Government is not firm?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Well until today for meeting we never see anything, we don’t know what happen, tiada progress, we don’t know. Seriously and even my question about I actually put the question to YAB Sulaman that dalam empat meeting, apa yang kamu sudah bincang, sila bagi tahu kita di Dewan ini because we have the right to know and kalau boleh sertakan minit mesyuarat because that is not OSA.

Speaker

Meeting belum selesai, belum habis how can they reveal to you? It will just jeopardize the ongoing meeting.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

What is so secretive about that?

Speaker

It’s not about secret, it’s about strategy.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Ya, I mean we have the right to know. Every meeting like now we have mesyuarat.

Speaker

Okey, you want to know how much has been collected, the Minister of Finance can give it to you in his finding out. What is the problem? Why you need the usul.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Okay then we force the Federal Government to tell us in like apa ni 60 days after that pay us within 90 days. That is the usul that I put in. It is to ease the Kerajaan Negeri, katakan you have the mandate of the Sabahan to do it. Even though the PMX tidak mahu, dia bilang, ah no, no, no, no, you jangan apa, langgar. That’s the rational behind the usul, Datuk Speaker.

Speaker

And what makes you think the usul will be supported?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Sorry?

Speaker

You get the majority.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Sorry?

Speaker

What make you assume that your usul will go through?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

We can try. Whoever don’t support that means you don’t want the 40% for the empat tahun, 2022 sampai 2025. (Suara bertindih).

Speaker

(Sebutan tidak jelas dan bertindih) Not about not wanting. It’s about how you want to through with it. Is it?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Ya, that’s why the usul is explained clearly already in the usul Datuk Speaker and you see kalau kita dapat itu duit yang empat tahun, bukan kami sini yang dapat. Itu Kerajaan Sabah bah yang pegang itu duit.

Speaker

That is what is being negotiated now. That is what they are meeting about. (Suara bertindih)

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Ya, but we don’t know what’s happening in the meeting.

Speaker

So, if you want to know what is going to be collected, you can ask the Minister of Finance in your debate. You don’t have to go through the usul. You sit downlah you, I’m not with you.

Speaker

I’m talking to him.

Suka atau tidak suka…

Speaker

I’m talking to Kapayan. I’m not talking to you, I’m talking to Kapayan.

Suka tidak suka lain ceritalah. Ini yang usul…

Speaker

No, no, no. I’m talking to Kapayan now.

(suara bertindih) …Menteri tidak sama.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Why you don’t want the 40% for the four years? Which is very easy to get it because... (suara bertindih)

Speaker

(sebutan tidak jelas) …the 40%.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Sorry Datuk Speaker, I think I have to explain properly to you I don’t challenge your kebijaksanaan and kefahaman terhadap the usul. Tetapi, I just want you to know that yang empat tahun ini senang-senang boleh dapat. Kenapa kita tidak mahu dapat dulu, kenapa kita mahu tunggu itu kes mahkamah sampai begitu lama? That is my intention for Sabah. Sorry I am not being rude but I really panas because PMXkan, the Federal they always kenapa tidak mahu kasih balik bah sama kita punya duit.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Kiulu

Datuk, Datuk Speaker.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Kalau 40 tahun, 48 years lost year now, what we do, we don’t pay the 48 years from now.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Kiulu

Standing order. Kapayan tuduh kita, kami tidak mahu itu 40%. Dari mana kau dapat itu?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

No, but we (suara bertindih)

Datuk Joniston bin Lumai @BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Kiulu

Who say that we don’t want the 40%? (suara bertindih)

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Until today we still don’t know.

Datuk Joniston bin Lumai @ BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Kiulu

Why did you make such accusation that…(suara bertindih)

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Until today we still don’t know. Why don’t you brief us what happening in a meeting.

(suara bertindih Kapayan dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri)

Speaker

Kapayan, let me tell you the court has decided that the 40% is us as of right. So what makes you think the government doesn’t want the 40%?

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Yes, I don’t challenged the court order. It’s already there. But the delay due to the apa ni appeal, appeal and appeal, bila bah kita nampak? Sampai kita mati pun, kita tiada nampak tu duit.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti · Kuala Penyu

Tuan Speaker, point of order, muka surat empat, penangguhan. Usul hendaklah menangguhkan Dewan tidak boleh dikemukakan oleh dalam seberang sidang sebelum masalah-masalah diselesaikan. Setelah masalah-masalah itu selesai, maka usul yang demikian itu hanya boleh dibawa oleh seorang Menteri dan tidak boleh dibawa oleh mana-mana ahli, kecuali jika ada ahli yang berdiri dan mendapat izin untuk mengusulkan penangguhan Dewan. Peraturan Tetap yang 23 (suara bertindih)

Speaker

Yang Berhormat Kapayan, you see I’m not saying that your usul is going to be decided today. I going to decided before the end of the assembly session.

Tuan Chin Tek MingWARISANKapayan

Yes I do understand. I do understand Datuk Speaker that is why, but allow me to reply to our Kuala Penyu. Menurut 23…

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan masa sudah melebihi daripada 06:30 yang mana kita sudah usulkan, maka Dewan hari ini ditangguhkan sehingga esok jam 10 pagi, Selasa, 28 April.

Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 6.47 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 28 April 2026”.

SDN27042026/bnm