Selangor · 2 November 2020
14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 471 turns · 44,607 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor ke Empat Belas pada 2 November 2020 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat yang seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Salam sejahtera. Selamat pagi diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kerajaan pada pemerhati yang saya muliakan. Pagi ini kita teruskan aturan mesyuarat dewan kita dengan pertanyaan-pertanyaan mulut sebelum saya jemput Yang Berhormat Bukit Lanjan saya ingin memberitahu Ahli-Ahli Yang Berhormat kita ini semua dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Yang Berhormat yang memegang tanggungjawab, amanah yang penting dan kita mematuhi apa peraturan, undang-undang yang kita gubah di dewan yang mulia ini termasuk peraturan tetap, termasuk undang-undang. Kita dilihat oleh rakyat sebagai pemimpin masyarakat yang patuh kepada law dan sebagainya.
Dan pagi ini saya nampak ada sesuatu berlaku di dewan yang mulia ini di mana Sijangkang, di mana Sungai Burong, di mana Semenyih telah melanggar peraturan yang saya tetapkan sebagai Tuan Speaker saya telah tetapkan bahawa hari biasa kita mesti dengan Long Suite, dengan baju yang kemas. Dan hari Jumaat saya longgarkan boleh pakai baju Melayu. Dan perkara yang sama telah saya tegaskan kepada Yang Berhormat Taman Templer Ahli Dewan Negeri daripada pihak kerajaan juga kita tegur. Sama kita pegang pada prinsip yang sama. Tapi pagi ini saya nampak ada tiga dan belum tentu lagi Air Tawar, Ketua Pembangkang. Jadi bagaimana rakyat lihat kita sebagai seorang Ahli Dewan Negeri, sebagai pemimpin masyarakat dipilih oleh rakyat. Menjunjung sumpah dan sebagainya tetapi kita tidak patuh pada peraturan yang kita tetapkan sendiri.
Pagi ini saya bagi teguran sahaja kepada Sijangkang, Sungai Burong sama ada Sungai Air Tawar ada atau tidak saya tidak tahu sebab saya belum nampak orangnya termasuk Semenyih. Hari ini saya biarkan dahulu esok sila ikut peraturan yang kita tetapkan. Saya arahkan ya. Itu saja saya nak bagi tahu kalau tidak ini kita akan dilihat, dinilai oleh rakyat termasuk anak-anak kita, termasuk pelajar-pelajar sekolah kita semua patuh pada disiplin. Itu saja yang saya nak ingatkan pada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Harap maklum. Saya persilakan
Saya nak minta penjelasan sikit dari segi peraturan sebab pertama saya nak menyentuh di bawah peraturan mana
yang melarang Ahli Dewan memakai pakaian kebangsaan?. Yang kedua, saya ingat bahawa memakai pakaian kebangsaan tidak menimbulkan kemarahan pada rakyat sebab ini adalah pakaian kebangsaan. Di mana-mana majlis pun orang pakai pakaian kebangsaan, pakai baju Melayu. Jadi pakaian kebangsaan kita mengikut peraturan dan perlembagaan. Jadi saya yakin dan percaya Tuan Speaker bahawa rakyat negeri Selangor takkan marah kita pakai baju kebangsaan malah saya ingat sebahagian besar daripada mereka akan gembira dan suka. Kita memakai pakaian kebangsaan jadi sepatutnya tak ada masalahlah. Saya harap Tuan Speaker kalau Tuan Speaker pun buat ruling macam ini......
Yang Berhormat Sungai Burong tanyakan apa peraturan tetap yang saya gunakan. Pagi ini saya nak bagi tahu saya gunakan peraturan tetap yang mana 87 Petua Speaker. Di mana mana-mana bahagian amalan yang tidak di catit secara jelas dalam peraturan tetap Petua Speaker Peraturan Tetap 87 itu diguna pakai. Saya minta Sungai Burong sudahlah, cukuplah. Saya tahu pihak pembangkang sudah mesyuarat hari itu dan saya pun masuk nampak mereka nak buat serangan. Kalau nak buat serangan tak apa. Pihak kerajaan you seranglah bagaimana you serang dengan hujah serang dengan masalah apa you serang tapi jangan guna peraturan tetap remeh dan sebagainya untuk cuba timbulkan isu soal pakaian baju Melayu dan sebagainya. Saya nak tegaskan di sini saya menghormati adat resam sebagainya, adat Melayu semua saya maklum tetapi dalam peraturan tetap khususnya di dalam dewan Negeri Selangor kita punya cara kita budaya kita dan amalan kita yang selama ini. Saya minta Yang Berhormat Sungai Burong walaupun sudah penggal keempat minta matang tak payah gunakan isu remeh temeh cuba nak menaikkan sentimen dan sebagainya nak buat kacau bilau dalam dewan. Tak perlu. Guna hujah. Guna apa boleh serang, serang. Tak apa. Saya izinkan. Saya akan bagi masa. Tapi bukan soal pakaian. Ini yang saya nak tegaskan sekali lagi. Rakyat di luar lihat kita bagaimana semua orang boleh pakai, boleh ikut kenapa Sungai Burong tak boleh. Ini yang saya minta.
Tuan Speaker, apa masalahnya kalau kami baju kebangsaan. Peraturan tidak menjelaskan bahawa kita kena pakai, jadi apa yang sangat Tuan Speaker anti kita pakai baju kebangsaan.
Saya tak anti. Jangan ungkit soal anti. Saya tahu dia akan....
(Dewan riuh)
Janganlah nak anti pakai baju kebangsaan. Tuan Speaker pun pakai songkok. Songkok itu pun pakaian kebangsaan. Tak ada masalah pun pakai baju Melayu.
Boleh saya bagi pandangan. Saya tidak akan membawa benda yang tidak terlalu besar cuma saya nak beri sedikit pandangan, di dalam peraturan tetap kita ia adalah silent dan setakat ini tidak ada peraturan yang dikeluarkan secara official oleh Pejabat Dewan. Saya melihat pada tempoh hari apabila ADUN Taman Templer memakai baju Melayu ditegur dan pada hari kedua juga Templer masih lagi memakai pakaian baju kebangsaan dan tidak ada teguran oleh pihak Speaker. Dan saya bukan nak berlawan dengan speaker. Tetapi sekurang-kurangnya mungkin ada satu peraturan atau satu secara official yang boleh dikeluarkan dari Pejabat Dewan tentang tatacara pakaian ini. Sekarang ini ia terlalu silent. Saya ingat ia tidak menjadi satu isu yang besar.
Salah faham. Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang, mantan EXCO. Orang lama juga macam Sungai Burong. Saya dah bagi tahu tadi minta oleh Sungai Burong guna peraturan mana. Petua 87 ini saya dah cakap benda yang tidak tulis dengan jelas saya boleh bagi ruling. Ini surat makluman kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang dikeluarkan daripada Pejabat Dewan “Sehubungan dengan itu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, Dato’ dan Tuan Puan dijemput hadir ke Persidangan Dewan, pakaian semasa persidangan adalah long suit gelap bagi lelaki serta tertib dan memakai blazer gelap bagi wanita”. Pakaian selain daripada itu tidak dibenarkan masuk ke persidangan. Itu kecuali hari Jumaat. Dalam surat saya dah edarkan dan tertib dah. Jadi cukuplah.
Y.B. DATO’ MOHD SHAMSUDIN BIN LIAS
: Tuan Speaker, nak penjelasan. Hari Jumaat mana ada dalam ruling kata hari Jumaat.
Hari Jumaat saya dah bagi tahu, saya dah bagi tahu untuk hari Jumaat saja.
Saya nak maklumkan bahawa saya setuju dengan Tuan Speaker, Petua di bawah peraturan tetap 87 namun begitu dalam sama ada di dalam peraturan tetap ataupun di dalam surat makluman tersebut tidak ada di relate dalam mana peraturan tetap ini bahawa surat jemputan itu sebahagian daripada peraturan mesyuarat. Yang kedua supaya perkara ini jelas dan boleh diselesaikan daripada sidang awal hari itu saya difahamkan dan juga dengar Yang Berhormat Tuan Speaker bagi tahu bahawa akan berlaku pindaan dan juga memasukkan tatacara pemakaian di dalam peraturan tetap sampai sekarang tidak ada usul ataupun apa-apa sahaja cadangan daripada pihak kerajaan untuk masukkan. Jadi selagi mana ia tidak dimasukkan di dalam peraturan tetap ia menjadi hak sesiapa pun yang datang ini untuk memakai pakaian yang difikirkan sopan, sesuai untuk majlis mesyuarat melainkan ada satu peraturan atau provision dalam undang-undang yang mengatakan bahawa pakaian baju Melayu bersongkok dan bersampin ini tidak boleh dipakai secara rasmi dalam mana-mana majlis. Jika itu jelas saya sokong Petua Speaker bawah 87 tadi.
Terima kasih Sungai Panjang. Saya dah jelaskan tadi Petua pun saya dah jelaskan hari ini saya bagi teguran sahaja kepada Sijangkang, Sungai Burong, Semenyih dan Sungai Panjang. Saya minta kita sebagai Ahli-Ahli Dewan Negeri yang matang yang memikul tanggungjawab membela hak rakyat, memperjuangkan undang-undang tak perlukan soal remeh temeh itu dijadikan isu. Jadi saya harap maklum esok saya nak nampak semua boleh ikut. Inilah kerajaan negeri Selangor dan juga semua wakil rakyat yang bertaraf antarabangsa di negeri Selangor. Bukan bertaraf picisan dan sebagainya. Saya mohon Bukit Lanjan soalan.
Akhirnya. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan yang pertama.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Kdnk Kerajaan Negeri SelangorQuestions
1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah unjuran pertumbuhan ekonomi khasnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk negeri Selangor untuk tahun 2021/22?
b)
Apa yang telah dilaksanakan dan insentif yang diberi oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dalam negeri tidak keluar sasaran?
Terima kasih Tuan Speaker, Bukit Lanjan dan seluruh Ahli Dewan sekalian. Saya ingin menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Pandamaran. Soalan no. 6 walaupun tajuk sedikit berbeza tapi memberikan makna dan jawapan yang hampir sama terhadap kedua-dua soalan yang telah dibangkitkan oleh Bukit Lanjan dan Pandamaran.
Pertama, sebagaimana yang saya ungkapkan dalam pembentangan belanjawan beberapa hari yang lepas atau Jumaat yang lepas kita dapati bahawa terdapat unjuran-unjuran negatif terhadap pertumbuhan di dalam negara rantau mahupun dunia sebagaimana angka-angka yang telah dibentangkan oleh IMF atau pun tabung dunia. Secara asasnya pada tahun 2020 dijangkakan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia sebagaimana anggaran oleh Bank Negara Malaysia adalah pada Julai 0.5% hingga -2%. Maknanya paling baik dalam anggaran bank negara menjangkakan bahawa kadar pertumbuhan KDNK bagi Malaysia hanyalah sekitar bawah 1% atau
0.5% dan dalam keadaan-keadaan tertentu kemungkinan kadar ini akan berada di dalam keadaan -2.0%. Namun begitu Bank Negara juga menjangkakan bahawa sehingga semakan unjuran IMF pada Jun menyaksikan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar -3.8%. Justeru, pihak kerajaan negeri telah melihat dan menganggarkan angka-angka ini berdasarkan kepada trend lalu dan kita turut telah mengambil perunding consultancy and training untuk melihat kesan dan impaknya kepada pertumbuhan KDNK Malaysia ataupun Selangor.
Kita telah menyenaraikan beberapa senario-senario tertentu dengan menganggarkan kadar pertumbuhan Malaysia atau pun Selangor selalunya lebih tinggi daripada kadar Pertumbuhan Nasional, sebagai contoh pada tahun 2019 kadar pertumbuhan kita ialah pada kadar 5.7%. Sebelum itu pada kadar 5.8%, biasanya angkanya sedikit kurang daripada kadar Nasional atau pun lebih daripada kadar-kadar Nasional. Jadi senario A menjangkakan jika kadar Nasional ialah pada kadar +0.5%, kita akan mencatatkan kadar 2.09%. Jika -0.5, maafkan saya jika 5.0% Pertumbuhan Nasional, maknanya kadar Pertumbuhan Selangor ialah pada kadar 2.09%, jika kadarnya adalah -0.5% maka kadar Pertumbuhan Negeri ialah 1.07%. Jika senario yang terakhir yang dianggap paling buruk ialah -3% pada kadar Nasional, maknanya Selangor akan mencatatkan -1.47% pada kadar Pertumbuhan KDNK Negeri Selangor pada tahun 2020 dan semua saya sedia faham kita terpaksa melalui proses PKPB dan sebelum ini PKP yang telah mengehadkan aktiviti-aktiviti perniagaan. Apatah lagi ia melibatkan sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan di mana 2 sektor ini menyumbang hampir 90% kepada ekonomi ataupun kadar pertumbuhan ekonomi negeri.
Ahli Yang Berhormat sekalian, pada Dewan yang lepas pada Julai, saya telah membentangkan Fasa 3, Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri yang menjurus kepada usaha-usaha pemulihan ekonomi. Dan kita telah menyenaraikan berapa tonggak antaranya tonggak berkenaan dengan food security atau pun dengan keselamatan makanan supaya kita tidak akan terkesan jika berlaku sebarang proses-proses PKP atau pun lock down malahan mungkin ke tahap darurat. Yang kedua kemapanan ekonomi dengan merancakkan projek-projek sektor seperti perumahan dengan projek seperti Idaman dan juga Selangorku Harapan. Inisiatif e-kitchen yang saya sebutkan juga dalam pembentangan Belanjawan dan e-bazar yang kita akan lanjutkan. Inisiatif seperti baucar pelancongan yang meningkatkan pelancongan domestik dengan kempen seperti ‘Pusing Selangor Dulu’ dan juga meningkatkan peluang-peluang tertentu sebagai contohnya adalah pembangunan keupayaan dengan peluang-peluang pekerjaan, Selangor Kerjaya, Rakan Digital dan beberapa program seperti pertambahan program Roda Darul Ehsan atau pun inisiatif Roda Darul Ehsan yang kita telah tambah daripada hanya sekitar 1,000 orang kepada 2,000 orang hingga ke 3,000 orang untuk program-program tersebut.
Malahan di antara Pakej Rangsangan Kedua dan Pakej Rangsangan Ketiga, Selangor, turut melaksanakan program yang kita panggil Selangor Advance dalam
pembentangan Belanjawan yang pada hari Jumaat yang lepas, saya membentangkan telah 75 Juta telah dicairkan dan ini menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor tertentu yang memerlukan kecepatan atau pun kepantasan pusingan modal telah menggunakan kelebihan program Selangor Advance ini dan ia menutarkan ekonomi dengan lebih pantas dan lebih berdaya saing dan sekali gus kita berharap ia akan melaksanakan serta membantu proses Pakej Rangsangan Ekonomi atau pun Pakej Pendapatan dalam negeri kita.
Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk soalan B yang dikemukakan oleh Pandamaran, saya ingin menyebutkan di sini bahawa pada tahun 2017, pendapatan Negeri Selangor ialah 2.81 Bilion. 2018 pertumbuhan kita ialah 1.199 Bilion pendapatan kita. Pada tahun 2019, pendapatan Negeri Selangor ialah 2.32 Bilion. Dan sehingga 26 Oktober yang saya bangkitkan hari yang baru ini, kita telah mencatatkan hampir atau pun 90% daripada sasaran yang kita tetapkan 2.2 Bilion. Maknanya angkanya hampir 1.99 hampir RM2 Bilion dan saya percaya ini adalah salah satu daripada menunjukkan kemampuan kita mengutip hasil walaupun dengan PKP dan pelbagai perkara yang berbangkit tadi.
Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk pelaburan pada tahun 2017 jumlah pelaburan yang telah dapat dikutip oleh Negeri Selangor adalah sebanyak RM5.5 Bilion. Pada tahun 2018, RM18.947 Bilion manakala pada tahun 2019, tahun lalu kita antara negeri yang tertinggi pendapatan RM17.04 Bilion. Dan sehingga Mac 2020, jumlah pelaburan yang dikutip oleh negara Malaysia, oleh Selangor ialah RM3.38 Bilion dan angka-angka yang saya sebutkan tadi ialah angka-angka pada sektor pembuatan, manufacturing industry. Keseluruhan daripada 2017, 2018, 2019 sehingga Mac 2020 ialah RM44.96 Bilion. Namun begitu, sebagaimana yang saya sebutkan 60% daripada kedudukan ekonomi negeri atau pun kek-ekonomi negeri adalah disumbangkan oleh sektor perkhidmatan. Dan angka yang dikeluarkan oleh MIDA pada bulan September yang lalu menunjukkan bahawa Selangor adalah kedudukan kedua daripada segi penerimaan pelaburan dalam negara kita selepas Sabah. Sabah ialah pada RM3.34 Bilion dan Negeri Selangor mencatatkan lebih RM11.7 Bilion, semua sektor termasuk sektor pembuatan dan juga sektor perkhidmatan atau pun services industry, terima kasih Tuan Speaker.
Bukit Lanjan.
Tuan Speaker, soalan susulan saya untuk Dato’ Menteri Besar adalah berapa jumlah bantuan dan insentif secara tunai yang telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Selangor oleh Kerajaan Pusat khasnya berkenaan tentang Mitigasi Ekonomi, Pandemik COVID-19 dan Pakej-pakej Rangsangan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 1, 2 dan 3.
Daripada angka yang kita terima daripada Kerajaan Persekutuan ialah bernilai RM15 Juta. RM10 Juta dalam usaha-usaha untuk
menangani COVID-19 dan kita telah lakukan dengan membantu Bilik Gerakan Negeri yang menghimpunkan semua agensi-agensi yang berkaitan untuk menangani COVID-19 termasuk beberapa sokongan dan bantuan bagi kita melaksanakan PKPD ya. Saya ambil contoh baru-baru ini kita telah meluluskan serta kita telah membantu pihak Polis Diraja Malaysia dan pasukan keselamatan untuk mempertingkatkan keupayaan mereka dalam Ops Benteng atau pun mengawal sempadan-sempadan negara daripada dicerobohi kerana selepas Sabah, pendatang-pendatang tanpa izin merupakan antara punca utama penularan dalam gelombang terbaru. Terutamanya daripada pusat-pusat tahanan yang turut menjangkiti banduan-banduan dan akhirnya turut menyebabkan pekerja-pekerja dan petugas-petugas di penjara serta pihak Polis Diraja Malaysia dijangkiti COVID-19. Maknanya lebih 1.9 sebelum itu kita beli, kalau kita lihat gegelung wayar berduri yang digunakan dalam tempoh PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) sekarang di Kajang dan juga di Sungai Emas, kalau tidak silap saya di Kuala Langat telah dilaksanakan PKPD. Beberapa equipment-equipment tertentu itu dibeli oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membantu melaraskan termasuk ketika kawalan-kawalan polis atau pun road-block dengan izin dilaksanakan, kita turut membelikan kabin-kabin yang berhawa dingin untuk pasukan keselamatan kita berehat atau pun menunaikan solat atau pun melakukan pertukaran shift ketika melakukan kawalan tersebut. Kesemuanya itu RM10 Juta dan ada RM5 Juta lagi untuk melengkapkan RM15 Juta dalam bentuk projek-projek yang dilaksanakan atau pun yang diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan ia dikawal oleh pihak Bahagian Kewangan atau pun pihak Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan Bendahari Negeri Selangor yang melihat secara keseluruhan serta Unit Perancang Ekonomi Negeri melihat projek-projek tertentu yang boleh digerakkan untuk membantu kitaran ekonomi. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Ya, Hulu Kelang.
Terima kasih adakah Kerajaan Persekutuan yang baru mengambil alih tompok pemerintahan negara menganggap itu sebagai gadaian yang wajar dengan keputusan yang besar untuk menyekat pergerakan rakyat Malaysia di Selangor. Apakah pada pandangan Kerajaan Negeri Selangor, setimpal dengan keputusan yang telah dibuat ...
Terima kasih Hulu Kelang, soalannya agak terpesong. Namun begitu, saya rasa pihak Kerajaan Persekutuan sedang melakukan pertimbangan pada ketika ini, sebab memang langkah terbaik atau pun untuk menghentikan penularan wabak COVID-19, saya telah dipanggil dalam mesyuarat-mesyuarat terakhir Majlis Keselamatan Negara telah berlaku perbincangan yang mendalam. Apakah kaedahnya, sama ada kaedahnya adalah kawalan kesihatan awam, atau pun kita menggunakan Herd Immunity Program. Herd Immunity Program maknanya kita biarkan semua terkena, survival of the fittest dengan izin. Siapa yang
kuat, tangkas, jiwanya kental malahan antibodinya kuat, dia mampu bertahan. Tetapi pengalaman di United Kingdom atau pun di England yang melaksanakan kaedah herd immunity ini ia menyebabkan Perdana Menterinya turut dijangkiti, malahan bukan hanya orang tua, orang muda juga ramai yang meninggal dunia. Jadi kita telah mengambil pendekatan dalam bentuk kawalan. Cuma kali ini Kerajaan Persekutuan dengan beberapa pandangan-pandangan saya turut menyampaikan pandangan supaya kita tidak merempuh ekonomi dengan melakukan stroke tertentu. PKP ini seolah-olah seperti stroke, kita dikenakan renjatan, tidak ada pergerakan ekonomi dan akhirnya dalam tempoh 3 bulan itu, kesan pemulihannya mungkin mengambil masa 6 bulan, 7 bulan dan mungkin bertahun. Malahan bagi saya, saya turut menyampaikan bahawa kita harus terima realiti dan our life now coexist with COVID-19. Bahawa kehidupan kita berhidup dan bergabung dengan COVID-19 sehingga bila, sehingga kuman itu sendiri atau pun virus itu sendiri sehingga vaksin, bukan vaksin, Ronnie ini sibuklah
(Dewan ketawa)
Sehingga virus itu sendiri mampu beradaptasi sebab virus itu sendiri kadang-kadang dia akan melakukan proses mutasi yang bukan meningkatkan kekuatan mereka sebab dia akan mengurangkan kekuatan mereka. Sebab akhirnya virus akan mati apabila penyimpan sarang dia itu meninggal dunia. Itu pandangan tertentu dari Kementerian Kesihatan.
Dan tentu Sungai Pelek saya ingat betul juga, yang kedua adalah vaksin. Tapi apa yang dibentangkan oleh Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Norhisham menyebutkan bahawa dapatan-dapatan terkini termasuk cubaan kepada manusia di Brazil dan beberapa buah negara menjangkakan ia tidak berjaya. Malahan ia mungkin vaksin hanya akan ditemui pada tahun 2021 akhir, silap-silap 2022 dan maknanya kita kena hidup COVID-19. Apa yang harus kita lakukan ialah mematuhi SOP, memastikan penjarakan sosial, mengelakkan daripada aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan pemerebakan COVID-19. Saya rasa ini perkara yang terbaik, kalau tidak kita akan menempangkan kita, kita boleh duduk di rumah, duduk sahaja di rumah diam-diam, duduk dengar dan akhirnya putus tetapi COVID-19 tidak dapat ditangani, ekonomi kita lumpuh. Kita boleh jalankan ekonomi, buka semula tapi akhirnya COVID-19 merebak, so cara nak elak merebak ia, dengan melakukan SOP dan sebab itu beberapa juzuk penting dalam Belanjawan yang saya bentangkan adalah membentangkan tentang Digitalisasi kerana kita lihat ini adalah satu cara dan kaedah untuk mengerakkan ekonomi tetapi dalam keadaan COVID-19 yang kita belum pasti beberapa dan bila kesudahannya akan berakhir.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya yang ke-2
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Lebuhraya Pantai Barat (WCE)Questions
2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di daerah Kuala Langat khususnya dan Negeri Selangor amnya?
b)
Berapakah mesyuarat penyelarasan telah diadakan sejak tahun 2018 yang melibatkan pemegang taruh di Kuala Langat?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting ingin bertanyakan soalan berhubung dengan status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat atau pun WCE di daerah Kuala Langat khususnya dan Negeri Selangor amnya.
Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri telah dimaklumkan melalui Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) bahawa status kemajuan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat di daerah Kuala Langat iaitu Seksyen 1 dan sebahagian Seksyen 2 sehingga September 2020 masing-masing adalah 70.71% dan 50.34%. Manakala kemajuan bagi keseluruhan Negeri Selangor adalah pada tahap 61.22%. Perinciannya adalah seperti berikut. Untuk Seksyen 1 dari Banting ke SKVE, kerja-kerja yang terlibat buat masa ini ialah kerja-kerja tanah di sebahagian dari kawasan ini masih lagi kerja-kerja tanah dan menanam cerucuk. Juga kerja-kerja jalan di sebahagian yang lain itu ialah di peringkat subgrade dan juga subbase dan juga kerja-kerja perparitan serta penanaman cerucuk yang saya sebutkan tadi. Sebahagian yang lain adalah pembinaan pile cap dan juga crosshead dan launching telah berlaku di sekitar 70.7%.
Di Seksyen 2, iaitu daripada SKVE ke KESAS, kerja-kerja sedang peningkatan kerja-kerja pengukuhan tanah dengan stone colomn dan juga pembuangan tanah-tanah gambut PIt Removal dan juga kerja-kerja penambakan lapisan pasir sedang berlaku di sekitar 50.34% kemajuan.
Untuk Bahagian B soalannya adalah berhubung dengan Mesyuarat Penyelarasan yang diadakan di Negeri Selangor, satu jawatankuasa sebenarnya memang wujud
dipanggil Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Lebuhraya di dalam Negeri Selangor di mana mesyuarat ini jawatankuasa ini yang memantau semua kemajuan Projek-projek Lebuhraya di Negeri Selangor telah ditubuhkan bertujuan memantau pelaksanaan semua projek-projek di Negeri Selangor dengan mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah tarikh-tarikh mesyuarat yang telah diadakan yang di pengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrasturktur dan Kemudahan Awam dari tahun 2018 hingga 2020. Pada tahun 2018 telah diadakan pada 11 Julai 2018, pada tahun 2019, dua kali diadakan iaitu pada 8 Mei 2019 dan 20 November 2019 dan pada tahun ini tahun 2020 pada 12 Februari 2020 yang diurusetiakan oleh PLAN Malaysia Selangor. Selain itu, satu Mesyuarat Penyelarasan berkaitan dengan isu pelaksanaan Lebuhraya West Coast Espressway telah diadakan pada 15 Januari 2020 yang dipengerusikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Walaubagaimanapun, pemilik konsesi sentiasa dipantau oleh LLM, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Sebarang pengemaskinian maklumat sentiasa disalurkan kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui UPEN termasuk maklumat yang dibentangkan sehingga September 2020 ini. Sekian.
Soalan tambahan.
Ya, Banting.
Terima kasih kepada Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang menjawab. Soalan saya berkenaan dengan progress kemajuan ini, tadi disebut dua peratusan 70% dan 50% saya tidak pasti apakah sasaran asal. Adakah ia behind schedule atau ahead of schedule dan saya ingin bertanya tentang Jawatankuasa Pemantauan yang telah diadakan lebih kurang dua atau sekali setahun kedua kali setahun sejak tahun 2018, adakah Ahli-ahli yang Berhormat termasuk wakil rakyat dari pembangkang dijemput untuk hadir ke mesyuarat ini. Adakah wakil daripada pegawai Kerajaan seperti Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Pejabat Tanah juga di jemput hadir untuk memberi input dalam mesyuarat ini kerana perkara ini saya ingin bertanya jarang di sebut dalam Jawatankuasa Infrastruktur di Majlis Perbandaran dan orang ramai agak tidak tahu tentang progress dan juga masalah yang melibatkan Projek WCE ini khususnya di seksyen 1 dan seksyen 2. Soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Banting tentang soalan tambahan itu yang pertama berhubung dengan status projek ini memang ada berlaku kelewatan sasaran baharunya ialah pada 2024 siapnya lebuh raya ini dan pada awalnya 2022 atau awal 2023 sebab kelewatannya antaranya sebabnya adalah dua sebab utama ialah isu tanah yang berlaku di seksyen 1,2 dan 3 ini adalah lot di sektor 3 ini ada beberapa kes lot tanah yang belum diselesaikan yang terpaksa mengambil masa yang sedang diproses untuk diselesaikan dan juga
berhubung dengan jajaran baharu yang berlaku di package 7 iaitu yang di Tanjong Karang ada berlaku perubahan jajaran menyebabkan prosesnya terpaksa di dilambatkan untuk mendapatkan pengambilan tanah yang berlaku di kawasan berkenaan. Dua ini itulah menyumbang kepada kelewatan projek ini dan ditambah pula dengan PKP pada tahun ini jadi kebimbangan mengikut jadual terbaru akan berlaku kelewatan lagi dan saya telah meminta pihak PLAN Malaysia untuk memanggil mesyuarat seterusnya dan kita boleh panggil dari semasa ke semasa untuk buat mesyuarat ini kita tiada masalah untuk melihat semula beberapa projek lebuh raya yang dijadualkan pada tahun ini beberapa telah siap tapi telah berlaku kelewatan termasuklah WCE dan juga EKVE pun akan berlaku kelewatan projek disebabkan oleh PKP itu di antaranya. Yang keduanya Mesyuarat Penyelarasan ini memang dianggotai oleh semua jabatan-jabatan yang berkaitan termasuk daripada Pejabat Daerah dan juga PBT yang berkaitan memang dijemput dalam mesyuarat ini untuk hadir dan juga untuk terlibat sama dalam memberi keputusan. Terima kasih.
Saya ingin bertanya, mengapakah ahli....
Saya bagi Sungai Burong lah...
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat EXCO yang telah menjelaskan tentang perubahan jajaran baharu terutamanya Projek WCE ini melibatkan kawasan Tanjung Karang dan juga dua kawasan iaitu DUN Sungai Burong dan juga DUN Permatang sebenarnya juga melihat kawasan Yang Berhormat Tuan Speaker iaitu Sekinchan yang kita telah tertunggu sekian lama, penantian yang sehingga sekarang masih belum berjalan. Jadi saya ucapkan terima kasih kerana dengarnya WCE telah pun membuat penjajaran baharu tetapi soalannya sekarang ini oleh sebab telah begitu lama kita hendak tahu bila jajaran baharu ini akan mula di laksanakan. Yang kedua, adakah jajaran baharu ini akan mengelak daripada rumah-rumah, bangunan rumah di atas lot-lot yang diambil semula sebab kita telah menerima aduan terutamanya di kawasan saya di Sungai Burong bahawa rumah mereka ini juga akan terjejas mengikut jajaran lama. Jadi terutama dalam masalah COVID19 sekarang ini rakyat mengalami bebanan hidup mungkin kalau dapat dielakkan daripada itu adalah lebih baik. Pohon penjelasan, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Untuk makluman semua, sebenarnya jajaran yang ada sekarang ini sebenarnya jajaran asal kemudian telah ditukar separuh jalan kepada jajaran yang dikatakan jajaran baharu tetapi selepas Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih dan kita telah membuat kajian semula tapi disyaratkan kena ada SIA ataupun Social Impact Assessment dibuat di situ. Jadi berdasarkan kepada kajian yang dibuat SIA mendapati bahawa jajaran asal sebenarnya yang paling terbaik dalam menyelesaikan masalah jajaran WCE di bahagian package 7 ini. Jadi sebab itu kita kembali kepada asal sebenarnya mengambil package berkenaan untuk melaksanakan sebab itu
lambat sikit prosesnya dan memang dalam kajian itu juga kita memberi perhatian kepada mengelakkan semaksimum mungkin mengelakkan daripada gangguan kepada rumah-rumah yang berkaitan tetapi tidak dapat dinafikan di kawasan itu agak padat jadi tentukan akan kena juga Cuma kita meminimumkan lah kesan daripada jajaran ini dan juga untuk makluman semua perlu di fahamkan di sini bahawa ini melibatkan 10km di kawasan ini perlu difahami juga bahawa daripada Tanjung Karang ke Sabak Bernam tidak terletak di bawah WCE ia adalah di bawah JKR Pusat. Jadi jalan-jalan itu pembinaan, pengawasannya semua terletak di bawah Kerajaan Pusat, JKR Pusat, Kementerian Kerja Raya dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan jalan-jalan ini mengikut spesifikasi highway, lebuh raya kerana kita tidak mahu saya sudah sebut banyak kali perkara ini dalam Dewan yang mulia ini pun saya telah sebut dan dalam mesyuarat di peringkat dulu kami menghadiri mesyuarat tindakan Negeri juga saya timbulkan isu ini untuk memastikan lebuh raya ini walaupun sebahagian jalan JKR tetapi kenal pastikan spesifikasi mengikut jalan lebuh raya kerana kita tidak mahu dalam sedang kita memandu dengan selesa daripada Banting tiba-tiba sampai Tanjung Karang jadi jalan lain sebab ia dari kesinambungan sampai Sabak bernam nanti masuk Bagan Datuk highway balik. Jadi tentulah akan menimbulkan masalah bukan sahaja keselesaan boleh membawa masalah kemalangan dan sebagainya kerana kadar kelajuannya yang berbeza dan spesifikasinya. Oleh sebab itu proses itu telah saya sebut berkali-kali dan saya mengharapkan pihak JKR Pusat, Kementerian Kerajaan Pusat akan memastikan perkara ini tidak berlaku. Kalau kita perhatikan di Lebuh Raya Utara Selatan daripada Juru ke Sungai Dua itu bukan di bawah lebuh raya tetapi kualitinya boleh kata setanding dengan kualiti jalan lebuh raya. Jadi tidaklah ada gangguan sangat kecuali kesesakkan tetapi daripada segi spesifikasinya saya harapkan di Sabak Bernam tidak berlaku perkara ini untuk masa depan dan menjamin keselamatan jalan raya.
Terima kasih.
Ya, soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat bercadang untuk menjemput Wakil Rakyat untuk hadir ke Mesyuarat Penyelarasan ataupun Pemantauan pada masa yang akan datang memandangkan saya pernah berkali-kali memohon untuk berjumpa dengan syarikat ini tetapi nampaknya syarikat ini ada ke ego nya, kurang responsif. Saya rasa terpaksa saya bertanya soalan di sini dan bertanya dan menegur Kerajaan sekiranya mereka tidak responsif. Saya rasa satu budaya kerja yang sangat teruk dan mesti diperbetulkan. Saya mohon Yang Berhormat tolong kami untuk mengatasi masalah ini khususnya untuk menjawab kelewatan di sini 2024 selalu lewat. Saya mahu tanya adakah kemungkinan seksyen 1 dan seksyen 2 boleh disiapkan sekurang-kurangnya sebelum tahun 2022. Soalan saya.
Yang Berhormat Banting semangat betul. Tiada masalah untuk menjemput mana-mana yang Berhormat yang terlibat dalam mana-mana projek highway ini di kawasan masing-masing saya mempersilakan dan saya sebenarnya tidak ada masalah untuk menghubungi syarikat ini saya call dia datang dekat pejabat. Mungkin kita boleh panggil jemput sekali Yang Berhormat Banting untuk bersama. Cuma saya ingin sebut di sini bahawa berhubung dengan lebuh raya ini ia sebenarnya ada 7 package di negeri Selangor daripada package 1 sehingga package 7, seksyen 7. Jadi seksyen 5 telah dibuka di Kapar sudah siap dan yang paling dekat mungkin dibuka seksyen 4 iaitu berhampiran dengan New North Klang Straits Bypass ini pun sudah hampir siap dan kita maknanya pembukaan highway ini akan buat berperingkat-peringkat yang mana siap package, seksyen mana dahulu akan dibuka. Jadi ini antara perkara-perkara yang kita tidak tunggu semua siap baru kita buka jadi mana yang dah ready dah siap kita akan minta supaya dibuka untuk penggunaan masyarakat setempat. Sekian, terima kasih.
Ijok
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Ijok nombor 3.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Ipr - Inisiatif Peduli RakyatQuestions
3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah bantuan khairat kematian yang telah dimansuhkan akan diberi semula?
Tuan Speaker saya mohon izin untuk menjawab soalan 3 daripada yang Berhormat Ijok bersama dengan soalan 12 daripada Sungai Pelek dan juga soalan 178 daripada Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Disebabkan soalan-soalan adalah berkaitan isu yang sama. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri amat prihatin apabila berkaitan warga emas dan OKU. Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif baru bagi menyantuni rakyat Negeri ini agar sentiasa dapat menjaga kebajikan rakyat. Oleh itu, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang ke 37/2020 yang berlangsung pada 21 Oktober 2020 yang lepas telah memutuskan bahawa akan mewujudkan
semula sumbangan khairat kematian SMUE yang dijangka akan dimulakan pada Januari 2021 dengan nilai khairat kematian sebanyak RM500.00.
Soalan tambahan.
Ijok.
RM500.00. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor tapi keadaan sekarang boleh atau tidak dinaikkan sikit ke RM1,000.00 sebab keadaan COVID-19 sekarang memerlukan banyak perbelanjaan. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat yang sentiasa prihatin dengan masyarakat. Perlu diingatkan apabila kita menamatkan pada tahun 2019 peruntukan semasa untuk menangani Skim Usia Emas adalah tahunan adalah RM27 Juta dan ia dengan kekal RM100.00 baucar kita kekalkan dengan RM27 Juta, sekarang bila kita kenalkan dengan RM500.00 kita tambahan berlaku di situ RM7.5 Juta so bermaksud RM7.5 Juta campur lagi dengan RM27 Juta bermaksud kita mengekalkan baucar RM100.00 tambah RM500.00 saya harap tuan-tuan Yang Berhormat sekalian akan menerima dengan baik. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Sungai Pelek.
Saya minta Tuan Speaker saya minta kalau Belanjawan 2021 tidak sempat buat atau tidak boleh buat, boleh lah buat di Belanjawan 2022 dengan kadar RM1,000.00 sekurang-kurangnya.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek yang sangat prihatin juga tapi perlu diingatkan ia perlu kita ada Program IPR yang paling terbanyak dalam Malaysia. Kita juga perlu memberi sebarang keputusan Kerajaan Negeri akan mengambil maklum dengan program-program yang sedia ada dengan juga pendapatan Negeri maka akan dipertimbangkan dengan kadar semasa. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Ya Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker, Cuma hendak tanya dengan izin adakah sebenarnya program ini telah ditamatkan pada bulan Mei
2019 dan adakah orang yang meninggal dunia dalam tarikh itu adakah akan diberi back date untuk mereka yang telah meninggal.
Yang Berhormat Pandamaran memang soalan-soalan begini memang telah tertanya ditanya oleh ramai Adun-adun kepada saya tapi kita perlu faham apabila keputusan ini di buat saya telah membacakan jawapan saya program ini akan dimulakan pada tahun 2021 so kematian ini yang dinyatakan adalah daripada 1 Januari 2021 seterusnya, tidak boleh backdated terima kasih.
Seri Kembangan
Tuan Speaker, Soalan 4
Soalan No.4, pihak Kerajaan sila jawab.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Isu Nelayan Kelas BQuestions
a) Dikatakan lesen bot nelayan kelas “B’ akan dimansuhkan akhir tahun ini, adakah benar? Jikalau benar, apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu kelompok nelayan ini?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan No.4 daripada Yang Berhormat Seri Kembangan yang bertanyakan soalan berhubung dengan lesen vesel bot nelayan kelas “B” samada akan dimansuhkan pada akhir tahun ini atau pun tidak jikalau benar, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu kelompok nelayan ini. Untuk makluman Yang Berhormat lesen menangkap Ikan Zon B tidak akan dimansuhkan pada akhir tahun ini. Jadi faham ke Zon B tu apa? Walau bagaimanapun Jabatan Perikanan Malaysia di dalam pelaksanaan Dasar Exit Policy Vesel Pukat Tunda Zon B. Pelaksanaan dasar ini telah bermula pada tahun 2008 di Negeri Kedah apabila Program ‘Buy Back’ vesel pukat tunda B dilaksanakan.
Pada tahun 2014, YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengarahkan semua lesen vesel pukat tunda dibatalkan mulai 1 Januari 2016. Namun pelaksanaan dasar ini ditangguhkan, tetapi Jabatan telah mengambil langkah-langkah pengawalan
yang lebih ketat ke atas penggunaan peralatan pukat tunda. Antara langkah-langkah kawalan yang telah diambil adalah sepertimana berikut:-
1. Penguatkuasaan saiz mata keroncong pukat tunda lebih 38mm.
2. Pemasangan alat pengesan vesel (AIS) di atas vesel Zon B. Isunya adalah isu pukat tunda, yang boleh merosakkan habitat pantai
3. Pelaksanaan hukuman lebih berat untuk pencerohohan oleh vesel pukat tunda Zon B di bawah 5 batu nautika (Zon A-nelayan tradisi) ialah dari 1 batu nautika ke 8 batu nautika Zon B daripada 5 batu nautika ke atas, jadi kadang-kadang berlaku pertindihan di kawasan perikanan ini menyebabkan permasalahan yang timbul.
4. Pekeliling langkah-langkah kawalan pelesenan vesel a. Kawalan pindah milik – tidak dibenarkan pindah milik Zon B dalam Zon yang sama. Apabila ada berlaku pindah milik dia akan diwajibkan ke Zon C jika pindah milik vesel.
b. Kawalan ganti kulit – vesel Zon B tidak lagi dibenarkan ganti kulit ke Zon yang sama, wajib bertukar ke Zon C, ini adalah antara langkah-langkah untuk migrasi dari Zon B ke Zon C.
c. Galakan berpindah zon dan tukar peralatan menggalakkan pemilik vesel Zon B berpindah zon secara sukarela. Jika pemilik masih hendah beroperasi di Zon B, maka peralatan menangkap ikan perlu ditukar kepada peralatan tradisi seperti pukat hanyut atau bubu.
5. Pengezonan semula kawasan penangkapan ikan di Pantai Barat bagi menangani konflik nelayan pantai dan nelayan komersial iaitu Zon B, C dan C2). Pada tahun 2018 Mesyuarat Jemaah Menteri telah mengarahkan agar exit policy ini dilaksanakan secara soft landing. Oleh yang demikian, Jabatan Perikanan Negeri Selangor sentiasa mengadakan perjumpaan dengan nelayan-nelayan yang terbabit di dalam dasar exit policy ini dan memberi penerangan mengenai alternative yang disediakan kepada mereka jika dasar exit policy ini dilaksanakan.
Antara perkara yang kita telah cadangkan kepada nelayan-nelayan Zon B ini ialah
1. Vesel kekal di Zon B tetapi menukar peralatan menggunakan peralatan tradisi seperti bubu, pukat hayut dan kail-mengail atau pun rawai.
2. Buy Back Vesel membeli vesel atau pun bot mereka dengan nilai sekali bayar sekali RM200.000.00 iaitu dibawah Rancangan Malaysia ke-12.
3. Menggalakkan vesel atau pun bot Zon B ini yang kekal menggunakan Zon B 5 batu nautika ke 15 batu nautika ini kekal menggunakan peralatan pukat tunda untuk berpindah ke Zon C iaitu 15 batu nautika ke atas.
4. Membenarkan pengubahsuai vesel sehingga 40 peratus untuk membolehkan vesel sedia ada beroperasi di Zon C. Bantuan subsidi untuk ubahsuai ini adalah berjumlah RM50,000.00 ini juga di bawah Rancangan Malaysia ke-12.
Sekian terima kasih.
Bukit Melawati
Tuan Speaker, soalan saya No.5
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Dasar Wanita SelangorQuestions
a) Apakah status pelaksanaan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2018 – 2020 b) Berapakah jumlah wanita di peringkat pembuatan keputusan dan / atau sebagai Ketua Jabatan di semua peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri?
Bukit Melawati telah bertanya, mengenai status pelaksanaan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2018 - 2020 setakat ini. Secara keseluruhan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017 ke 2020 mempunyai 5 titik tumpuan dan 7 matlamat yang saling berkaitan Kerajaan Negeri melalui Institut Wanita Berdaya IWB Selangor telah mula dan juga melalui EXCO Jawatankuasa Exco untuk wanita telah mulakan melaksanakan dasar-dasar tersebut bermula penghujung tahun 2017, sehingga kini Kerajaan Negeri telah menyentuh dan melaksanakan serta semua titik tumpuan tersebut di pelbagai peringkat titik tumpuan;
1. Pengarus Perdana Gender dalam pembangunan- Program Pengarus Perdana Gender di Negeri Selangor telah dilaksanakan menerusi pelantikan Pegawai Titik Tumpuan Gender (GFP) dan Kumpulan Tumpuan Gender (GFT), bengkel-bengkel latihan kesedaran gender yang telah diberikan dan kini dalam fasa pelaksanaan Audit Gender di jabatan perintis masing-masing. Melalui pelaksanaan projek GM ini satu Pelan Tindakan Gender akan dirangka bagi pelaksanaan di jabatan perintis berkaitan. Projek GM ini merupakan projek peritis selama 3 tahun dengan sasaran untuk menginstitusikan Gender secara keseluruhan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
2. Titik Tumpuan kedua, Mengenai ekonomi dan kehidupan IWB Selangor telah menjalankan beberapa siri penyelidikan bagi mengenalpasti impak Covid-19 khususnya kepada wanita di Selangor bagi mencari jalan terbaik dan rekomendasi kepada pihak Kerajaan Negeri. Selain itu Program Jaringan Muafakat Wanita Berdaya JMWB, telah dilaksanakan bermula tahun 2019 sehingga kini dengan sasara golongan wanita terpinggir dan kekurangan akses kepada sumber yang lazimnya terdapat di bandar. Pelbagai bengkel latihan bagi menjana pendapatan dan ekonomi wanita turut dilaksanakan seperti Program Usahanita Selangor dan dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan PKP juga kita jangan lupau PWB juga telah memainkan peranan meningkat keupayaan wanita dalam kemahiran ekonomi dan juga membantu menjana pendapatan. Ramai di atara peserta-peserta PWB dan juga penyelia-penyelia PWB sekarang telah menjadi usahanita dan mereka boleh mencapai apa yang mereka telah ketahui dan pelajari.
3. Titik Tumpuan ketiga, Kepimpinan dan Pewakilan Program Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri bermula tahun 2019 dan kini telah mempunyai pelajar bagi cohort kedua telah memberi ruang dan peluang kepada perwakilan dan kepimpinan wanita di Selangor bagi mempercepatkan pencapaian 30 peratus penyertaan perwakilan dan pembuatan keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita. Pelaksanaan Titik Tumpuan 3 ini diperkukuhkan lagi melalui penawaran Biasiswa Wanita Berdaya Selangor kepada pelajar-pelajar terbaik dalam AKW untuk diberi peluang menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
4. Titik Tumpuan keempat, Kesejahteraan dan keselamatan kerajaan negeri menerusi IWB turut komited dalam 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender yang bermula pada 25 November pada setiap tahun. Pelbagai penyelidikan, perbincangan meja bulat dan kempen seperti #DengarSuaraKami dan #BangkitLawanRogol telah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya bagi memberi kesedaran awam mengenai keganasan berasaskan gender. Selain itu, Kerajaan Negeri juga giat mengadakan kerjasama dengan badan-badan bukan Kerajaan bagi menggerakkan program
Komuniti Selamat Bersepadu dan juga Advokasi Kesihatan Mental bagi memastikan kesejahteraan hidup wanita di Negeri ini.
5. Titik Tumpuan kelima, Kreativiti dan Inovasi Bermula tahun 2019, Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga telah memulakan satu program yang dinamakan sebagai Tanjung Suri. Program ini telah berjaya memberi peluang dan mengetengahkan bakat-bakat seni kreatif wanita di Selangor dari kalangan keluarga B40 dan peserta KISS. Para peserta diberikan latihan dalam meningkatkan kemahiran dan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi yang mampu dipasarkan ke luar Negara. Hasil-hasil kraf dan seni mereka telah berjaya dikomersialkan ke pasaran yang lebih besar dan telah menatik perhatian salah satu Badan Komersial Jepun, ISETAN.
Dalam kajian kita keputusan jumlah wanita yang terlibat di dalam pembuat keputusan adalah daripada Gred 48 ke atas dan semua Kerajaan Negeri di dalam Pentadbiran terdapat 132 orang bersama 32.9 peratus daripada jumlah keseluruhan 401 orang pegawai dan pecahan Ketua Jabatan dan Pegawai Gred 48 ke atas adalah seperti berikut :- Lelaki jumlah 269 (67.1 peratus), Wanita 132 (32.9 peratus) jadi keseluruhannya jawatan pembuat keputusan N48 ke atas adalah 401 orang.
Terima kasih
Soalan tambahan
Bukit Melawati
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, Syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana hampir dari sebahagian besar Dasar Wanita Selangor ini telah disentuh dan dalam tindakan. Cuma satu perkara yang saya ingin bertanya kepada pihak EXCO apakah status ataupun adakah pihak Kerajaan Negeri telah memulakan usaha ke arah mempercepatkan penyertaan wanita dalam peringkat pembuatan keputusan melalui cadangan reformasi pilihanraya undang-undang atau pindaan Enakmen Negeri untuk membolehkan kerusi tanpa kawasan atau pun bagi wanita jadi ini telah dicadangkan juga atau disentuh dalam dasar Wanita Selangor apakah status setakat ini?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati,di segi Kertas Exco kita belum membuat apa-apa lagi kertas EXCO untuk mengubah atau pun meminda Enakmen adalah satu keperluan namun InshaAllah saya perlu maklumbalas yang lebih, dalam perkara ini dalam tahun 2017 saya ingat satu bengkel telah diadakan tentang penambahan jumlah perwakilan wanita melalui tanpa keluasan dan perkara-perkara ini telah dibawa, wakil-wakil telah membawa
kepada negeri-negeri tapi setakat ini belum diberi perhatian yang sewajarnya lagi, InshaAllah bila kita membentuk Majlis Wanita Negeri Selangor dan jika ada sambutan dan gesaan daripada kaum wanita daripada pelbagai pihak maka kita ada sebab yang baik untuk membawa satu kertas kerja yang akan di sokong oleh semua Sidang Adun nanti. Terima kasih.
Pandaraman
Sudah di jawab oleh MB
Permatang
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No.7.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Sukan Malaysia (SUKMA)Questions
a) Bagaimana persediaan atlet-atlet Negeri Selangor yang akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor pada awal tahun hadapan di musim pandemic Covid-19 ini.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Permatang, saya mohon izin untuk menjawab soalan berkenaan dengan SUKMA soalan No. 7 sekali dengan soalan 103. Permatang bertanyakan tentang persiapan para altet Negeri Selangor bagi pengharapan SUKMA pada awal tahun hadapan dan begitu juga dengan Kota Anggerik bertanyakan bagaimanakah kaedah latihan di sepanjang tempoh perintah dan apakah sasaran kita.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, tarikh asal SUKMA adalah pada Julai 2020 tetapi akibat daripada pandemik yang kita hadapi sekarang ini Majlis Sukan Negara telah meminda tarikh baru iaitu pada April 2021. Sebelum daripada pengumuman PKP kita telah melalui Majlis Sukan Selangor telah menjalankan program latihan SUKMA seperti biasa mengikut period yang telah dirancang awal oleh pihak Jurulatih Pasukan. Temasya sukan yang telah ditetapkan adalah sepatutnya pada bulan Julai seperti yang disebut tadi dan telah ditunda ke tahun hadapan. Pihak Majlis Sukan Negeri telah mengemukakan untuk memutuskan semua program latihan di Pusat Latihan ditangguhkan dan para atlet perlu menjalani latihan fizikal di
kediaman masing-masing. Setelah Majlis Keselamatan Neger dan Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan kebenaran menjalankan latihan sukan pihak Majlis telah memberi kebenaran untuk meneruskan latihan persiapan pasukan bermula dari 1Julai 2020 setelah pihak Majlis Keselamatan dan memberi kebenaran untuk menjalankan latihan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Meskipun latihan telah dimulakan pada 1 Julai 2020, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh pihak Majlis iaitu beberapa pusat latihan yang menggunakan kemudahan sekolah tidak dapat kita gunakan. Pihak MSN Negeri Selangor seterusnya bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan kemudahan pusat latihan yang berada di bawah seliaan mereka. Jadi apakah bentuk latihan yang kita adakan sepanjang tempoh PKP yang telah dijalankan. Bermula dari Januari sehingga 18 Mac 2020, latihan yang kita jalankan adalah seperti biasa dengan menyertai Kejohanan-kejohanan dan latihan pusat. Semasa tempoh PKP di antara 18 Mac sehingga 30 Jun kesemua para atlet berlatih di kediaman masing-masing. Bermula daripada Julai hingga Ogos, PKPB pasukan yang berlatih adalah sangat terhad. Di antara September hingga Oktober PKPB iaitu di PKPP pemulihan semua pasukan berlatih adalah dengan SOP yang disediakan dan di antara 18 Oktober – kini, PKPB, latihan adalah di tempat kediaman masing-masing. Walaupun pun ada 2 PKPB iaitu Julai dan Oktober, prosedur pelaksanaan berbeza Yang Berhormat. Ia adalah mengikut apa yang ditafsirkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Kalau PKPB kalau dikata di rumah, di rumah, kalau dilonggarkan, dilonggarkan walaupun dalam kategori PKPB ataupun PKPP yang sama. Jadi semua tafsiran ini adalah tertakluk kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara. Sepanjang tempoh PKPB semua para atlet telah menjalani latihan fizikal di kediaman masing-masing. Latihan dan prestasi para atlet dipantau oleh Jurulatih kita, Jurulatih masing-masing menerusi aplikasi video, atau aplikasi zoom. Laporan pemantauan prestasi telah dilaporkan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor secara bulanan. Untuk makluman Yang Berhormat juga walaupun mereka menjalankan latihan cara kita memantau para atlet kita adalah melalui Jurulatih kita. Elaun Jurulatih masih lagi dibayar bagi memantau perkembangan prestasi atlet-atlet mereka. Data latihan akan dianalisis oleh Jurulatih bagi memastikan para atlet berada pada tahap yang kita kehendaki. Apakah sasaran kita untuk makluman Yang Berhormat sekalian, sasaran kita adalah pingat emas sebanyak 45, perak 40 dan gangsa 40. Dan daripada jumlah ini akan melayakkan kita untuk berada di tempat ketiga tertinggi di atas. Jadi ini adalah sasaran kita dalam SUKMA Johor yang akan datang.
Soalan tambahan.
Sijangkang
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya ekoran daripada berlakunya wabak pandemik COVID-19 ini sudah tentulah lah beberapa program latihan tidak dapat dilaksanakan di dalam keadaan yang normal
biasa. Adakah berlaku penjimatan akibat daripada itu dan jika penjimatan mungkin boleh dijadikan penjimatan yang dapat kita jimatkan termasuklah hasil daripada latihan yang tidak dapat dibuat seperti biasa ataupun SUKMA yang mungkin tidak akan berlaku dalam masa yang terdekat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Dari segi penjimatan untuk makluman Yang Berhormat walaupun kita kena faham SUKMA asal dalam bulan Julai 2020 sepatutnya kos bajet kita digunakan sehingga Julai 2020 tetapi akibat penangguhan sehingga akhir tahun ini kita tetap terpaksa membayar Jurulatih kita bermula dari Julai 2020 sehinggalah berlakunya SUKMA pada tahun hadapan. Dari segi elaun kejurulatihan tidaklah dapat menjimatkan di semua negeri berlaku kerana kita terpaksa berlatih. Dari segi prestasi barangkali ada penjimatan dari kos penggunaan tempat-tempat tertentu tetapi walau bagaimanapun Kerajaan Negeri masih mempunyai komitmen untuk memastikan prestasi atlet kita di peringkat Negeri Selangor walaupun terpaksa menggunakan kos yang sedikit berlebihan untuk pasukan SUKMA tahun depan.
Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 8.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Promosi Pelancongan Selangor Peringkat DomestikQuestions
8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-(a) Senaraikan inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan Selangor dalam kempen promosi pelancongan domestik iaitu kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ dan ‘Splendid Selangor, Take Me Anywhere’
(b) Adakah pihak Kerajaan Negeri ada mengeluarkan apa-apa produksi video untuk promosi pelancongan ini? Sekiranya ya, sila senaraikan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bandar Utama. Untuk makluman Yang Berhormat, pada permulaannya Tourism Selangor telah merancang untuk melaksanakan pelbagai promosi dalam dan luar negara sepanjang tahun 2020 ini. Namun begitu, seperti semua sedia maklum, pandemik COVID-19yang telah melanda dunia sejak awal tahun ini telah memberi kesan kepada aktiviti pelancongan di seluruh dunia. Oleh itu, Kerajaan Selangor melalui Tourism Selangor telah melaksanakan kempen promosi dalam negara "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu" atau kempen promosi untuk pasaran global “Splendid Selangor, Take Me Anywhere!” bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan di Negeri Selangor bagi tempoh pasca Covid-19. Antara inisiatif yang dilaksanakan bagi mendukung Kempen “Pusing Selangor Dulu’ ini adalah seperti berikut :
BIL PROGRAM PROMOSI TARIKH TEMPAT 1. MITA E-Travel Fair 2020 15 Mac - 14 April 2020 Platform Digital 2. FAMTRIP Pakej Pelancongan Domestik bersama Persatuan Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) 23 - 24 Julai 2020 Daerah Sepang 3. Jelajah Pesona Selangor Edisi “Pusing Selangor Dulu!” 21 - 23 September 2020 Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu 4. World Hospitality, Lifestyle & Entertainment Exhibition And Conference (WHOLE 2020) 10 - 12 Oktober 2020 Spice Convention Centre, Pulau Pinang
Bagi pasaran antarabangsa pula, Tourism Selangor tidak ketinggalan di dalam menyertai beberapa aktiviti-aktiviti mempromosikan produk pelancongan di negeri Selangor secara atas talian menerusi program Webinar yang dianjurkan oleh penggiat-penggiat industri. Di antaranya, Tourism Selangor telah menerima jemputan untuk menjadi panel di dalam sesi Webinar bersama-sama persatuan pelancongan di negara berkenaan. Di antara program Webinar yang telah pun disertai oleh Tourism Selangor adalah :
BIL PROGRAM PROMOSI TARIKH ANJURAN 1. Sesi Webinar Bersama Persatuan Pelancongan Guangzhou Dan Tourism Malaysia Guangzhou 23 April 2020 Tourism Malaysia Guangzhou 2. Thursday Travel Webinar With Tourism Selangor 03 September 2020 Tourism Malaysia Chennai 3. Webinar Session : Technology Opportunities for Travel & Tourism In Post-Viral World 10 June 2020 WTM, London 4. Sesi Fam Trip Bersama Bahagian EARO (Eropah,Amerika & Oceania) Tourism Malaysia ke Kuala Selangor 17-18 Julai 2020 Tourism Selangor & Tourism Malaysia
Untuk menjawab soalan kedua, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor mengambil langkah proaktif meningkatkan penganjuran kempen pengiklanan dan promosi pelancongan melalui platform digital, atas talian (online), kempen media sosial, ‘Influencer Marketing’ dan juga teknologi VR melalui ‘Travel Virtual Tour’. Penyediaan content atau pengisian promosi amat penting termasuk produksi video promosi pelancongan. Antara video promosi yang telah dan sedang dihasilkan adalah seperti berikut:-a) Video ‘Discover Selangor, Take Me Anywhere’ . Ini telah siap. b) Video ‘Alami Selangor’ - Experiential Tourism, Program Hos Komuniti Selangor, yang ini pun telah siap. c) Video ‘Walking Through..’ – Video Promosi Pelancongan Daerah, ini pun telah siap. d) Video ‘Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!’ – Sedang dalam pengambaran dan pembikinan. e) Video Pelancongan Kesihatan & Perubatan Selangor f) Video ‘Virtual Travel Tour Around Selangor’ – Untuk 10 destinasi pelancongan, ini pun telah siap.
Sekian.
Soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat berkenaan dengan konsep mengambil iktibar daripada jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi bahawa kita harus belajar bagaimana untuk to learn to live with the pandemic virus. Tourism ataupun sektor pelancongan tidak boleh tutup selama-lamanya dan ia mungkin saya memohon bertanya kepada Kerajaan apakah Kerajaan sama-sama dengan Kerajaan Persekutuan telah menetapkan SOP yang ketat untuk melaksanakan konsep travel iaitu kita akan membuka sempadan negara kepada pelancong dari negara tertentu tertakluk kepada SOPnya ketat, pemeriksaan dan sebagainya. Saya ingin bertanya Yang Berhormat apakah kemas kini kerana difahamkan bahawa Kementerian Pelancongan telah pun menetapkan tapi ia nya masih belum ada apa-apa maklumat terkini. Saya ingin bertanya.
Yang Berhormat Banting, buat masa ini kita tidak dapat lagi jawapan daripada Malaysia Tourism tentang isu ini dan kerana kita masih tidak Malaysia belum lagi buka sempadan untuk tourist masuk ke Malaysia, kita masih berbincang dengan Kementerian Pelancongan mengenai isu ini.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Baru-baru ini kita melihat Singapura sedang memulakan rapid test case dengan izin supaya dapat menghidupkan semula meeting international convention dan sebagainya, exhibition. Adakah Selangor sudah bersedia untuk melakukan langkah sedemikian untuk menghidupkan balik exhibition dan conference di Selangor kerana ini adalah satu bahagian besar dalam menghidupkan ekonomi terutamanya ekonomi pelancongan.
Tiap kali memang berharap isu ini akan diatasi tetapi malangnya sampai sekarang kerana COVID-19 sempadan kita masih belum dibuka. So kita akan memulakan akan adakan conference ini saya rasa selepas sempadan dibuka semula. Kita tak buat apa-apa kerana sempadan tu di bawah pusat federal, bukan kerajaan negeri.
Local exhibition and conference masih ada pasarannya dan mungkin kalau Selangor bersedia menghadapi rapid test case kita boleh menggalakkan pembukaan kerana COVID.
Sekarang ini kita tidak boleh benarkan berkumpulan yang mana berkumpul beramai-ramai. So kita tak boleh adakan conference melebihi 25 orang sebab masa ini memang tak ada. Terima kasih.
Meru.
Soalan tambahan saya. Saya ingin bertanya berkenaan dengan inisiatif sepanjang PKP ni kepada pengusaha-pengusaha syarikat pelancongan. Setiap kali kita tengok ni benda yang dilancar atau benda yang dibuat oleh Kerajaan berlaku dalam tempoh PKP, so bagaimana dengan hasil dia dan kesan dia sendiri kepada khususnya kepada pengusaha-pengusaha itu sendiri.
Untuk makluman Yang Berhormat Meru, Kerajaan Negeri Selangor telah pun dalam keadaan COVID sekarang memberi bantuan, bantuan RM1,000 kepada 460 orang Pemandu Pelancong di Selangor dan 51 orang host komuniti di Selangor dan juga 16 pengusaha homestay yang berdaftar di Negeri Selangor. Kita bagi baucar RM1,000 untuk membantu golongan itu dan kita juga mengadakan atau melancarkan Baucar RM2 juta di Selangor untuk kita memulihkan industri pelancongan di mana mulai Disember yang akan datang kita boleh shopping menggunakan e-wallet di Lazada dan guna Touch n Go E-Wallet untuk mendapatkan baucar RM200 supaya boleh mereka menginap di hotel dan juga pusat-pusat di mana yang ditetapkan untuk mereka spend baucar RM200. Terima kasih.
Taman Templer.
Terima kasih Tuan Speaker. Dalam pembentangan Belanjawan, dulu, Kerajaan dulu sebut Bajet. Bajet ni bahasa orang Putih nampaknya. Kita ubah balik, kita sebut Belanjawan. Tahniah ucapan kepada Kerajaan Negeri. Dato Menteri Besar ada menyebutkan berkaitan program Pusing Selangor Dulu. Cuma saya tengok macam saya di Taman Templer ni, kita ada banyak tempat-tempat menarik di Taman Templer ni, ada 5 atau 6 tempat-tempat menarik. Cuma yang menjadi masalahnya berkaitan dengan promosi ni. Macam orang luar tak tahu. Kita ada Bukit Lagong, kita ada Bukit Takun, kita ada Taman Rimba Templer, kita ada Taman Eko Komanwel, kita ada Kolam Air Panas, tapi yang menjadi masalahnya, program yang kita nak buat ni, pusing Selangor dulu sebelum nak pergi Perak, sebelum nak pergi Negeri Sembilan, sebelum nak pergi Melaka, pusing Selangor dulu. Tetapi yang menjadi masalahnya, ini tak sokong Baju Melayu ni, kalau sokong, duduk atas meja Sg. Burong tu. Nanti dulu, Bebas nanti dulu. Bebas, Bebas bertenang, Bebas bertenang. Masa ada lagi tu.
Taman Templer.
Cuma kita nak tahu apa perancangan Kerajaan Negeri ni. Kita nak minta sangat ni. Supaya mempromosikan tempat-tempat yang menarik yang terdapat di DUN-DUN yang terdapat di dalam Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker.
Mana soalan dia? Mana soalan dia?
Dengan saksi sendiri.
Soalan? Soalan?
Eh tadi dah ada soalan tadi dah.
Sekali lagi, sekali lagi.
Apakah langkah? Apakah langkah? Speaker kena dengar tu Speaker. Apakah langkah, kan sebut tadi dah. Speaker kalau marah sangat dengan Sg. Burong, jangan terbawa-bawa sangat ya.
Sila, sila, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Taman Templer. Saya rasa, kita bukan setakat bertumpu satu kawasan sahaja. Kita mempromosi seluruh Selangor. So, saya rasa Taman Templer hanya sebahagian sahaja. Yang mana, saya rasa ada tempat-tempat yang lebih menarik seperti di tempat Sekinchan. Ya, Templer.
Speaker, dan .. belum-belum habis lagi.
(Dewan ketawa)
Saya minta kalau boleh Yang Berhormat EXCO tarik balik la.
(Dewan ketawa)
Saya jiran tau dengan Sg. Tua ni. Maksudnya, limpahan itu nanti akan dapat kepada Sg. Tua juga, yang itu, minta dapat tarik balik la.
Ya, ya, ok, ok.
Bantulah, bantulah kita untuk promosikan tempat-tempat pelancongan yang ada di DUN Taman Templer. Baik, terima kasih.
Kita mempromosikan semua tempat, termasuk Taman Templer. Bukan hanya satu kawasan sahaja. So saya rasa, seperti mana yang telah pun saya sebut tadi, saya telah pun sebut cara bagaimana kita promosi di Selangor, bukan setakat untuk warga Selangor sahaja tetapi kita juga pergi negeri-negeri lain untuk promosi bagi orang-orang dari luar negeri datang ke Selangor,
terutamanya tempat-tempat yang menarik di Selangor ini termasuk di Taman Templer. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya Nombor 9.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 9. Gangguan Bekalan Air Di Taman Melawati Zon C, E, GQuestions
9. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Setelah tahu punca kerapnya berlaku paip pecah di zon-zon tersebut dan berapakah kos yang terlibat, adakah Kerajaan bercadang untuk mengeluarkan geran khas kepada Air Selangor bagi menyelesaikan masalah yang selama ini membebankan penduduk?
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang yang bertanyakan soalan berhubung dengan gangguan bekalan air di Taman Melawati Zon C, E dan G.
a) Pada masa ini, kejadian paip pecah di Taman Melawati Zon C, E dan G adalah disebabkan masih terdapat paip retikulasi jenis asbestos cement (AC) yang telah berusia dalam sistem agihan bekalan air. Statistik paip pecah di Taman Melawati Zon C, E dan G dari tahun 2018 sehingga 15 Oktober 2020 adalah seperti berikut:
LOKASI TAHUN 2018 (kes) 2019 (kes) 2020 (kes) Zon C 4 7 0 Zon E 1 5 1
LOKASI TAHUN 2018 (kes) 2019 (kes) 2020 (kes) Zon G 0 1 1 Jumlah 5 13 2
Berdasarkan pada statistik ini, kekerapan kejadian kes paip pecah di setiap zon tersebut berada pada tahap yang rendah dan terkawal. Pemilihan kawasan hotspot sebagaimana yang saya sudah maklumkan dalam Dewan sebelum ini bahawa berdasarkan kepada analisa kekerapan paip pecah yang dinisbahkan dengan anggaran panjang paip yang terlibat untuk tempoh satu tahun bagi mendapatkan ratio bilangan kes paip pecah per kilometer per tahun (burst/km/year). Analisa ini telah dibuat secara berterusan setiap enam (6) bulan setiap analisa ini untuk menentukan yang mana keutamaan untuk dibuat penggantian paip ini. Justeru itu, paip-paip di zon tersebut tidak dimasukkan dalam Program Penggantian Paip kerana masih terkawal untuk tahun 2020 dan 2021. Walau bagaimanapun, kita akan meneruskan, pihak AIR Selangor akan meneruskan pemantauan ini secara berterusan terhadap jajaran paip di Taman Melawati ini untuk melihat kalau ada lagi peningkatan ya. Jadi, untuk langkah-langkah tambahan lain yang dibuat ialah:
1. Membuat pembentukan District Metering Zone (DMZ) bertujuan untuk pemantauan dan pengurusan tekanan air. Jadi, apa yang berlaku di kawasan District Metering Zone (DMZ) tujuan dia kita buat ialah untuk memberi keseimbangan di antara pressure air itu dengan keadaan paip di situ. Kalau kita terlalu tinggi tekanan dia, ia akan menyebabkan paip pecah, kalau kita terlalu rendah, ada kawasan-kawasan yang tinggi tidak menerima air. Jadi, nak kena balance, seimbang itu. Itu proses yang dibuat di bawah District Metering Zone (DMZ) ini, bagi mengurangkan risiko kejadian paip pecah. Untuk kawasan Taman Melawati, ada lima (5) DMZ telah dibentuk bagi memantau dan mengawal tekanan air bagi mengurangkan kejadian paip pecah semasa, merangkumi Taman Melawati Zon C, E dan G yang di bawah kawalan dua (2) DMZ berikut:
i. GB.030 Kg Klang Gate ii. GB.123 Taman Melawati
2. Untuk kejadian paip pecah yang masih berlaku walaupun dengan adanya sistem pengurusan tekanan (kawasan di dalam DMZ), jajaran paip terlibat akan dikenalpasti dan akan disenaraikan di dalam program penggantian paip. Pelaksanaan program penggantian paip bergantung kepada peruntukan yang diluluskan.
3. Selain daripada itu, untuk kawasan di luar kawalan DMZ, pembentukan Pressure Management Zone (PMZ) akan dibuat untuk pengurusan tekanan pada skala yang lebih kecil. Pembentukan satu (1) PMZ telah dibuat di Taman Melawati sebagai tambahan kepada pengurusan tekanan (melalui DMZ) sediada dan setakat ini telah dapat meminimakan gangguan bekalan disebabkan oleh kejadian paip pecah.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya nak satu penjelasan yang begini ya. Isunya adalah rakyat dan penduduk di Melawati menderita bertahun-tahun. Mereka bukan calang-calang orang, banyak connection, dan mereka kalau marah tu, kita tidak mahulah mereka marah. Jadi kita, saya ingat ingin mencadangkan isu yang saya bawa ialah isu geran. Adakah Kerajaan Selangor bersedia untuk memberikan geran? Ataupun kalau kita melihat isu di dalam konteks Asia di bawah SPAN, maknanya tugas ini bukan tugas Kerajaan Negeri. Boleh di claim boleh didesak daripada Kerajaan Persekutuan. Adakah untuk cover secepat benda ini boleh digunakan gerak khas daripada Kerajaan Negeri, daripada Kerajaan Air Selangor ataupun Kerajaan Selangor mendesak Kerajaan Persekutuan membayar geran yang sepatutnya untuk cover benda itu. Dan mereka berhasrat untuk bertemu dengan Menteri Besar dan EXCO.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya akur dan faham kehendak yang, daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat semua dan juga rakyat berhubung dengan isu gangguan bekalan air ini adalah salah satu nya selain daripada isu pencemaran ialah isu paip pecah ya yang sering berlaku dan kita telah pun dalam sidang Dewan ini dan juga dalam majlis-majlis lain, saya pun telah bercakap dan menerangkan termasuk Yang Berhormat Menteri Besar pun dah bercakap dan merupakan tajuk yang favourite bagi Yang Berhormat Bukit Gasing. Saya faham, saya cakap tadi, lepas ini, saya rasa dia nak bangun cakap juga (Ketawa). Kita faham, dan kita pun prihatin terhadap perkara ini tentang kekangan kewangan ini yang kita sedia maklum dan telah disebut berkali-kali, kita mempunyai panjang paip keseluruhan 22,000 ataupun 23,000 km dan AVC paip ini, asbestos simen ini di sekitar 6,000. Dan kita hanya mampu upaya untuk setahun dalam 150 km kerana pengurusan kewangan bukan sahaja untuk pengurusan, untuk menguruskan penggantian paip tetapi juga melibatkan juga isu-isu maintenance ataupun selenggaraan bagi loji-loji rawatan juga pembinaan loji rawatan, malahan Labohan Dagang adalah dari bawah peruntukan Kerajaan Negeri yang belanja banyak untuk loji rawatan air di Labohan Dagang.
Jadi, Kerajaan Negeri saya rasa bersedia dan melihat untuk memberikan sumbangan dan bantuan geran kepada Air Selangor, bagi memastikan bekalan air kita akan
berjalan dengan baik dan kita akur dan faham permintaan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat kita untuk tingkatkan lagi program penggantian paip ini kepada yang, tahap yang lebih baik dan juga pengurusan mengenai kolam-kolam kita ataupun reservoir ataupun tangki kita yang banyak yang dah di commission yang perlu diperbetulkan balik untuk memastikan bila apabila berlaku gangguan, sekurang-kurangnya dapat meminimakan impak kepada rakyat dari segi ini. Kita faham dan kita akan masukkan itu sebagai sebahagian daripada perancangan yang akan datang ini, saya, bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga, kita akan, dalam AIR Selangor, kita akan melihat kembali untuk membantu untuk meningkatkan lagi. Tetapi satu hakikat yang kita kena terima, janganlah kita mengharapkan 6000 km dapat diganti dengan sekelip mata. Itu mustahil untuk kita laksanakan. Kosnya, 1 km anggarannya adalah RM1,000,000.00, kos ya dan memerlukan kos yang tinggi tetapi kita akan secara berhemah, secara statistiknya sebenarnya dapat membantu dan juga DMZ ini dan kita akan, cuma kita boleh tingkatkan sikit lagi program penggantian paip ini ke tahap yang lebih tinggi lagi kepada tahap sasaran sekarang. Itu yang kita boleh telitilah, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sg. Air Tawar.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya Nombor 10.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Rumah Pangsapuri Kos Rendah Negeri SelangorQuestions
10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam menyelesaikan masalah berkaitan pangsapuri- pangsapuri yang uzur dan usang di Negeri Selangor?
b)
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menggantikan pangsapuri-pangsapuri uzur kepada projek rumah Selangorku?
Terima kasih Tuan Speaker dan juga Sg. Air Tawar. Sg. Air Tawar bertanya tentang apakah langkah Kerajaan ya tentang dalam menyelesaikan masalah pangsapuri-pangsapuri yang uzur. Ingin saya maklumkan di dalam Dewan Negeri ini, sebenarnya tiada definisi khas yang ditentukan oleh KPKT tentang istilah bangunan yang uzur. Walau bagaimanapun, tafsiran umum uzur yang telah dibuat oleh Kerajaan Selangor adalah mengguna pakai terma rujukan seperti yang berikut iaitu empat (4) perkara: 1. Iaitu bangunan yang usang yang lama tidak diselenggarakan dengan sempurna dan terbiar 2. Diragui keselamatan untuk didiami 3. Ditentukan oleh pihak berwajib atau Jawatankuasa, pertamanya PBT 4. Di sudut usia iaitu selalunya kita memberikan ataupun melihat bangunan-bangunan yang melebihi 40 tahun.
Jadi, untuk itu, sebenarnya langkah Kerajaan yang telah dibuat boleh saya cerakinkan sebagai tiga (3) langkah yang besar. Yang terkini, Kerajaan Selangor telah pun melihat kesesuaian menggunakan garis panduan pembaharuan semula ataupun urban renewal, dengan izin, iaitu penempatan bandar di Negeri Selangor untuk menyelesaikan isu pangsapuri yang uzur dan usang. Garis panduan ini baru sahaja diluluskan pada 30 Jun 2020 yang mana ia memperincikan dasar pembangunan bandar termasuk hal berkaitan redevelopment, dengan izin, di Negeri Selangor dan selaras dengan segala hal yang berkaitan dengan perundangan sedia ada. Jadi, langkah pertama ini adalah satu langkah yang terbaru yang Kerajaan laksanakan tetapi ia perlu mengambil kira beberapa perkara yang saya akan jawab kan di dalam soalan yang kedua.
Yang keduanya, program sedia ada yang mana Kerajaan Negeri telah pun, melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor turut memperkasakan, membantu program-program untuk membantu pangsapuri-pangsapuri yang uzur ini iaitu sebagaimana yang dilaksanakan di dalam bantuan Skim Ceria, contohnya. Yang mana kita memberi tumpuan kepada pangsapuri yang berusia lebih sepuluh (10) tahun dan dalam keadaan yang boleh menjejaskan pemandangan khususnya dan juga di dalam keadaan keselamatan ataupun di dalam keadaan yang tidak teruk sangat masalahnya seperti masalah gantian bumbung, kerosakan teruk akibat faktor usang dan sebahagian yang tidak di maintain ataupun tidak diselenggara.
Yang ketiganya, selain itu, Lembaga Perumahan di bawah Suruhanjaya Bangunan ataupun COB di semua Pihak Berkuasa Tempatan, sentiasa mengemaskini data Pemajuan Strata di Negeri Selangor. Kalau kita tengok sekarang ini kemungkinan kita belum ada lagi data yang lengkap, yang selepas itu, kita perlu mencerakinkan usia dan juga tempat-tempat yang perlu diambil maklum dan untuk diberikan tumpuan untuk pembaikan ini. Justeru ini, saya ingin menyatakan bahawa ia bukan seratus peratus di bawah Kerajaan Selangor, ia perlu kerja rapat dengan pihak Kementerian
ataupun KPKT dalam usaha ini. Yang keduanya, apakah hasrat untuk menggantikan pangsapuri-pangsapuri uzur kepada Rumah Selangorku. Ingin saya nyatakan di sini bahawa beberapa faktor penting kita perlu lihat sebelum kita menggantikan ia kepada Rumah Selangorku, pertama, dari segi perundangan kawasan tersebut ya. Perundangan, sejarah, terms of reference yang boleh dikategorikan bangunan itu boleh diambil semula ataupun di redeveloped. Yang ketiganya, pemindahan, kalau kita nak pindah bagaimanakah pemilik-pemilik rumah itu akan dipindahkan sementara sebelum dia dimasukkan semula. Itu juga satu faktor yang besar. Contohnya yang berlaku di Flat Seri Berembang, ataupun Taman Seri Keramat dan sebagainya. Ia mengambil kira bagaimanakah mereka ini untuk ditinggalkan ataupun di letak sementara di tempat-tempat yang sesuai.
Dan yang keempatnya, kajian-kajian tertentu yang juga perlu dibuat seperti faktor tanah dan sebagainya. Ada juga masalah keuzuran bangunan-bangunan ini adalah disebabkan oleh faktor geologi tanah yang tidak sesuai dah. Jadi kalau kita buat juga di situ nanti, kemungkinan besar ia akan wujud perkara yang sama dalam 20 – 30 tahun akan datang. Jadi, dua (2) perkara ini sebenarnya pihak Kerajaan sedang teliti dan InshaAllah mudah-mudahan Yang Berhormat Sg. Air Tawar boleh melihat tentang perkara ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 untuk semua peringkatBill
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 untuk semua peringkat.
Sebelum saya menjemput Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Sg Tawar untuk mengambil bahagian membuka tirai perbahasan pada pagi ini Belanjawan Rang Undang-undang Perbekalan, saya sekali lagi ingatkan apa yang saya nyatakan pada pagi tadi iaitu pakaian, tentang peraturan dan yang kita tetapkan harus kita ikuti. Jangan kita menggunakan isu remeh temeh, “cilik-cilik iki” dijadikan isu kemudian kita nak jadi hero dan sebagainya. Saya minta semua akur dan Ketua Pembangkang telah menunjukkan contoh sebelum ini yang baik tetapi harini dia lain sikit. Jadi saya mintalah ya teguran pada hari ini dan saya dah bagi tahu. Dan saya persilakan Ketua Pembangkang.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera, terima kasih saya ucapakan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi laluan kepada saya untuk memberi bahas pada pagi ini dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sg Kandis dan Tanjung Sepat atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru dilantik.
COVID-19 menjadi ancaman, masalah air tak mampu diselesaikan,
salam sejahtera permulaan ucapan, izinkan saya memulakan perbahasan.
Bajet 2021 Melakar Realiti Baharu Memperkasa Ekonomi Bermaruah Paksi Kecekalan Rakyat. Terima kasih Tuan Speaker sekali lagi terima kasih kerana memberi ruang membahaskan usul Perbekalan Belanjawan Negeri 2021 seperti mana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat berhormat Sg Tua pada petang Jumaat lalu. Sebelum saya menyentuh lebih lanjut tentang Belanjawan 2021 ini, izinkan saya untuk merakam ucapan junjungan kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di atas titah penghargaan baginda tempoh hari yang menzahirkan agar semua pihak sentiasa fokus membantu rakyat serta membina semula ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan meminta ahli-ahli politik berhenti bercakaran pada masa ketika itu. Atas semangat titah DYMM Sultan Selangor ini ucapan perbahasan saya pada kali ini akan memberi fokus kepada isu-isu pokok yang menjadi kegusaran utama rakyat di luar sana sebagai ejen semak dan imbang terhadap cadangan Kerajaan Negeri yang telah dibentangkan menerusi Belanjawan 2021 itu. Yang Berhormat Tuan Speaker, tahun 2020 ketika ini merupakan tahun yang serba mencabar. Tidak pernah terlintas dalam fikiran kita, semua bahawa kita akan menghadapi keadaan sukar seperti ketika ini, dengan kehadiran malapetaka pandemik Covid-19, siapa sangka dalam tempoh kurang satu tahun, seramai 45 Juta manusia telah dijangkiti penyakit SARS-COV2 ini dengan jumlah kematian dengan mencecah angka 1.2 Juta orang. Kehadiran pandemik COVID-19 ini umpama badai yang bukan sahaja mengorbankan ramai nyawa malah meruntuhkan juga tiang-tiang yang menjadi asas kepada ekonomi dan kewangan dunia. Malaysia termasuklah di Negeri Selangor tercinta ini menerima badai COVID-19 sehingga semalam jumlah terkumpul pesakit COVID-19 ini di Negeri Selangor adalah seramai 4,925 orang. Semalam sahaja jumlah kes baharu yang dicatatkan seramai 225 orang. Sejak gelombang pertama COVID-19 melanda negara pada Februari yang lalu, terlalu banyak berita duka yang telah kita dengari. Banyak perniagaan telah gulung tikar, ramai rakyat telah hilang mata pencarian, anak-anak tidak dapat ke sekolah menuntut ilmu, graduan-graduan sukar mencari pekerjaan. Maka sudah tentu Pembentangan Belanjawan Negeri 2021 yang dinanti nantikan oleh rakyat di negeri ini amat menunggu-nunggu berkenaan dengan Bajet COVID-19 ini.
Namun sayang seribu kali sayang, walaupun mukadimah ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar memakan masa 15 minit untuk satu muka surat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar gagal memenuhi harapan serta aspirasi rakyat dalam pembentangan belanjawan kali ini. Sangat cantik garapan di atas kertas, dan begitu juga sedap didengar di hadapan TV. Belanjawan 2021 Kerajaan Negeri ini walau bagaimanapun tidak banyak menguatkan insentif mahupun insentif baru serta segar yang bagi membantu rakyat Selangor bagi menghadapi hari-hari sukar ketika ini. Kebanyakan pengumuman yang dibuat tempoh hari hanyalah kesinambungan program dan dasar sedia ada seperti tahun-tahun sebelum ini. Ataupun program
bertindih yang sebenarnya telah pun sedang dan telah dilaksanakan Kerajaan Persekutuan yang mana akan saya kupas sebentar lagi. Bajet ini juga boleh saya anggap sebagai indah khabar dari rupa atau hanya cantik di atas kertas. Realitinya belum tertentu terlaksana. Saya mengambil contoh, Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Menangani Kesan COVID-19 yang dibentangkan pada Julai lepas, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ada memberi Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Menangani Kesan COVID-19 dengan berbelanja sebanyak RM127.78 Juta. Dalam situ ada RM1.2 Juta untuk Petugas Barisan Hadapan, ada RM40 Juta Insentif Khas Peniaga/Penjaja Berlesen, RM70 Juta Skim Hijrah Selangor, RM500 Ribu Mahasiswa di Sabah dan Sarawak, RM600 Ribu Smart Skim Sewa, RM1.68 Juta Had Belanja Mesra Rakyat setiap ADN ditingkatkan, 1 Bulan LanJutan Bayaran Cukai, RM1.8 Juta Makanan Percuma Mahasiswa di Selangor dan RM12 Juta Pengecualian Sewa Premis PBT. Selepas itu Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa 2, membelanjakan sebanyak RM272.5 Juta. Menghargai Petugas Baris Hadapan RM3 Juta, Meningkatkan Kesihatan Rakyat RM 47 Juta, Bantuan Kepada Mangsa COVID-19RM1.8 Juta, Pengecualian Bayaran Lewat Cukai Taksiran PBT Penggal Pertama 2020 RM12.85 Juta, Peluasan Sementara Peruntukan ADN RM1.68 Juta, Pemberian Kepada Ahli Majlis PBT dan MPKK RM5.3 Juta, Bantuan kepada Petani/ Penternak/ Nelayan RM1.5 Juta, Pembangunan Program e-learning RM700 Ribu, Penangguhan Bayaran Pinjaman Pelajaran TKWBNS RM6 Juta, PelanJutan Tempoh Bayaran Premium RM87.81 Juta, Tabung COVID-19 RM8 Juta, Kecairan Tunai Untuk SME Selangor Advance RM100 Juta. Tetapi untuk bajet kali ini kita tidak kedengaran.
Perkara-perkara ini Kerajaan Negeri membuat satu kesinambungan untuk menyambung perkara yang telah dilaksanakan. Kita sedia maklum. COVID ini di Negeri Selangor adalah negeri yang mencatatkan kes tertinggi di semenanjung. Saya melihat Kerajaan Negeri seolah-olah lepas tangan berkenaan dengan penyakit COVID ini. Kita tahu pengangguran akan berlaku meningkat dengan begitu tinggi, apa salahnya kerajaan negeri hari ini umumkan satu moratorium pemberian pengecualian sewa kepada penjaja-penjaja kecil, kepada peniaga-peniaga, pembayaran cukai. Saya lihat Yang Amat Berhormat Menteri Besar begitu takut untuk berbelanja. Saya difahamkan ada wang rizab 2 Bilion, kenapa tak guna masa ini. Patutnya masa inilah kita berani menggunakan wang rizab kerajaan negeri untuk memastikan rakyat terus terbela. Negeri Selangor adalah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi di dalam Negara Malaysia. Sudah pasti kita memerlukan kemapanan ekonomi sekiranya tiadakan suntikan, galakan, dorongan daripada Kerajaan Negeri saya kira ianya amat malang kepada penduduk di Negeri Selangor. Sebab itu saya berharap Kerajaan Negeri perlulah mengkaji semula kenapa bajet kali ini saya tengok hanya lebih bersifat recycle kerana yang ada hanya diolah olah semula. Tetapi khusus kepada COVID pandemik yang melanda dunia ini tidak ditekankan kepada bajet kali ini. Yang Berhormat Speaker seperti mana yang pernah..
Minta Penjelasan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Sg Air Tawar. Yang Berhormat tadi menyebut bahawa apa yang
dicadangkan oleh kerajaan adalah bersifat.. yang merupakan satu bentuk kesinambungan daripada apa yang berlaku sebelum ini dan Yang Berhormat mengkritik bahawa kerajaan tidak menyediakan.. perkara baru untuk khusus menangani pandemik COVID-19 ini. Yang Berhormat juga mengkritik bahawa Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk melanjutkan moratorium ataupun moratorium pelepasan sewa dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, bahawa Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar tadi telah pun menyebut bahawa fokus belanjawan ini adalah untuk menyediakan rakyat dan Negeri Selangor ke arah Digitalisasi sebagai satu cara untuk menangani kesan-kesan negatif yang khususnya kesan-kesan negatif terhadap ekonomi terhadap rakyat dan negeri ini apabila kita masih belum dapat menangani COVID-19 Pandemik ini. Bukan kah itu satu cara ataupun satu strategi yang telah pun diketengahkan dalam belanjawan ini. Kedua berkenaan moratorium, saya amat tertarik dengan perkataan moratorium ini. Bukankah Yang berhormat tahu bahawa even before, sebelum Yang Berhormat dipilih sebagai Wakil Rakyat, kerajaan telah pun melaksanakan pelepasan fi lesen perniagaan untuk penjaja dan peniaga kecil di Selangor dan dasar ini akan diteruskan pada tahun ini dan akan diteruskan pada tahun depan. Bukankah itu satu bentuk moratorium yang cukup besar yang akan memberi manfaat kepada rakyat di Negeri Selangor berbanding dengan Kerajaan Persekutuan yang sekarang ini tidak berminat untuk melanjutkan moratorium automatis secara automatik tetapi hanya mensasarkan melaksanakan moratorium bersasar. Apakah itu satu perkara yang berbeza ataupun bercanggah dengan pendirian Yang Berhormat.
Yang Berhormat Banting, perkara yang baik saya tidak pernah saya tidak bersetuju, tetapi apa yang saya ingin sentuh ialah di dalam Belanjawan Selangor 2021 ini langsung tidak disebut dengan masalah COVID. Kita sedia maklum rakyat Negeri Selangor akan berdepan pengangguran, kesukaran dalam menempuh hidup-hidup mendatang ini sepatutnya adalah rasa simpati daripada Kerajaan Negeri kepada Rakyat Selangor. Ini seolah-olah kita gah menyebut sesuatu perkara berada di depan kita. Realitinya di depan mata kita, rakyat menderita, kita sebut macam kita hebat sangat. Standing in the eyes of the world, tapi realitinya hampas, itu maksud saya. Yang Berhormat Speaker, saya ingin menyambung perbahasan saya jika sebelum ini setiap cadangan dan Kerajaan Negeri diberikan butiran kaedah dan mekanisme pelaksanaan, tetapi pada kali ini kebanyakannya adalah one line statement dengan izin membuatkan kami tertanya-tanya. Apakah mana di sebalik insentif ataupun cadangan Kerajaan Negeri , tidak banyak butiran yang boleh diperolehi menerusi ucapan Menteri Besar tempoh hari. Banyak perkara yang meninggalkan persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut oleh Menteri Besar. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2.333 Bilion ketika Pembentangan Belanjawan 2020 dibuat pada tahun lalu. Daripada jumlah ini dengan anggaran hasil sebanyak RM2.2 Bilion jangkauan awal deposit pada tahun ini adalah sebanyak RM133 Juta.
Untuk tahun hadapan pula, Kerajaan negeri menganggarkan jumlah hasil yang sama seperti tahun ini iaitu sebanyak RM2.2 Bilion. Walaupun berlaku pandemik COVID-19 pada tahun ini dan dijangka berterusan tahun hadapan bukanlah sesuatu yang mengejutkan Kerajaan Negeri masih mampu menganggarkan jumlah yang sama, memandangkan hasil utama kerajaan negeri adalah berhubung kait langsung dengan hasil aktiviti tanah. Namun begitu, terdapat pengurangan RM10 Juta berbanding tahun ini kepada hanya RM 2.323 Bilion menjadikan defisit pada jumlah RM1.23 Juta. Saya berasa sedikit hairan dengan tindakan Kerajaan Negeri yang membuat keputusan mengurangkan jumlah ini. Dalam keadaan ekonomi yang tertekan akibat Covid-19, adalah tugas kerajaan untuk berbelanja, bagi memastikan kitaran ekonomi dan kewangan sentiasa bergerak memandangkan kekurangan upaya pihak swasta serta rakyat untuk berbelanja.
Dalam bahasa mudah ekonomi, apabila “private spending” melemah maka “govermant spending” harus dipertingkatkan. Perbelanjaan kerajaan jika tidak kepada aktiviti pembangunan fizikal perlu difokuskan kepada pemberian terus kepada rakyat.
Seperti yang saya sebutkan tadi, hasil Kerajaan Negeri pada tahun hadapan adalah sama seperti tahun ini. Ini bermakna, Kerajaan mempunyai keupayaan untuk berbelanja malah bukanlah sesuatu kekangan untuk menampung jumlah defisit yang sedikit besar atau sekurang-kurangnya sama seperti tahun ini. Kerajaan perlu sedar walaupun kutipan hasil jangka sama tetapi ekonomi rakyat di peringkat bawah dalam keadaan yang sangat lemah ketika ini.
Jika sebelum ini kita sering bercakap rakyat memerlukan pancing tetapi dalam keadaan semasa pandemik ini sebilangan besar rakyat perlu diberikan ikan agar dapat mampu meletakkan makanan di atas meja. Makanan di rumah mereka.
Silakan.
Terima kasih. Setuju tidak Sungai Panjang, Y.B Sungai Panjang kalau kita, saya cadangkan,
Y.B Hulu Bernam, Sungai Air Tawar ke Sungai Panjang?
Oh, maaf, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang belakang.
Oh ya.
Sungai Air Tawar ya, kerana masalah COVID dan pendapatan rakyat berguna tersasar ya hari ini, saya mencadangkan apa kata, kalau peniaga-peniaga pasar malam sekarang ini dibenarkan berniaga ya, ada yang sekarang ini tidak ada lesen sekarang ini dirampas. Dia orang kata, diketepikan
terutama peniaga burger dan sebagainya. Sekarang ini memandangkan terpaksa ekonomi ni, benarkan mereka ini berniaga di pasar-pasar malam walaupun mereka tidak ada lesen atau pun dilesenkan mereka cepat, diberikan lesen cepat. Macam yang berlaku di Kementerian Wilayah yang mana Tan Sri Anuar Musa bagi lesen, bertahun-tahun tiada lesen beri lesen. Sekarang ini, apa kata ya, untuk membantu rakyat di musim pandemik ini, kita beri mereka. Ini satu, bukan itu sahaja pasar-pasar malam dan moratorium bagi mereka rumah-rumah PPR yang sewa beli yang tidak mampu bayar di dahulu, kena terberhenti kerja dan sebahaginya, bagi mereka moratorium hingga mereka selesai masalah COVID ini.
Ini dua perkara yang rakyat memerlukan sangat, sebab ramai yang sudah yang kehilangan pekerjaan. Setuju tidak itu?
Terima kasih Y.B. Hulu Bernam dan masukkan dalam perbahasan saya.
Tambahan pula belum dapat dijangka pandemik ini akan berakhir, kerajaan sepatutnya menyediakan belanjawan negeri yang bersifat proaktif dan mendepani tempoh sukar yang mendatang bukan perlu tunggu sehingga badai datang menghentam. Jadi saya minta YAB Dato’ Seri Menteri Besar untuk memperincikan apakah justifikasi pengurangan jumlah defisit sebanyak RM10 Juta ini yang sebenarnya yang sangat signifikan dalam keadaan ekonomi yang sedang tertekan ketika ini. Bagi saya mudah, sekarang bukan masa kerajaan berjimat cermat, suntikan fiskal bukan sahaja diperlukan oleh negara, malahan di Negeri Selangor ini juga merupakan nadi kepada ekonomi negara.
YB Tuan Speaker,seterusnya, saya ini menyentuh berkenaan dengan masalah bekalan air Selangor. Seperti mana yang kita ketahui, berkenaan dengan isu air ini sangat-sangatlah kritikal di Negeri Selangor. Perkara ini sangatlah kritikal sehingga DYMM Sultan Selangor telah bertitah mengenainya.
Kita sedia maklum, masalah air ini bukan berlaku hanya pada ketika ini, tetapi daripada dahulu. Sebab itu, kerajaan terdahulu, ketika Barisan Nasional telah membuat satu perancangan, kerana pada waktu ketika itu, kita menjangkakan akan berlaku krisis air yang teruk pada tahun 2014, dan kita sedia maklum Negeri Selangor adalah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi. Sudah tentu ekonomi akan berkembang dengan pesat. Bangunan-bangunan besar akan terbina, begitu juga rakyat akan bertambah, rumah-rumah kondo, pangsapuri akan tumbuh bagaikan cendawan. Sebab itu apabila keputusan Kerajaan Negeri pada penggal lepas di bawah YB Bukit Antarabangsa membuat keputusan membeli air dengan jumlah RM2.5 Bilion, sepatutnya YAB Dato’ Menteri Besar selaku anak didik ataupun mentor haruslah membuat perincian secara khusus, bagaimanakah untuk menangani masalah air ini bukan sahaja dalam bentuk empangan tetapi perlu juga masalah air dalam bentuk “maintenance” .
Jadi kita tengok pada beberapa bulan ini sahaja, pada 3 September 2020, Tujuh (7) wilayah melibatkan 1292 kawasan, bila mana Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah tercemar menyebabkan 1.2Juta pemegang akaun terjejas. Punca pencemaran air ini di Sungai Gong adalah disebabkan oleh kilang haram melakukan pelepasan bau seakan pelarut ke dalam sungai.
Begitu juga, selepas 3 September, pada 4 Oktober sekali lagi, empat (4) wilayah melibatkan 274 kawasan iaitu Loji Rawatan Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, iaitu wilayah yang terjejas Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
Dalam bulan Oktober lagi, 17 Oktober sekali lagi, melibatkan lima (5) wilayah melibatkan 686 kawasan, Petaling, Gombak, Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor. Di Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1, LRA SSP 1, melibatkan 1.19 Juta pemegang akaun terjejas bekalan air.
Ini menunjukkan satu perkara yang serius, kita kata negeri kita negeri maju, negeri yang dibangga-banggakan yang menjadi keyakinan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mencari rezeki di dalam negeri kita, tetapi apa sudah jadi, bila mana dalam tempoh satu bulan sahaja, masalah air berulang-ulang berlaku.
Dan saya hendak sebut di sini, saya hendak sebut di sini juga, sebelum Kerajaan Negeri telah pun membelanjakan hampir RM700 Juta bagi melaksanakan projek Loji Rawatan Air Semenyih dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang Fasa 1, tetapi masalah air di negeri ini masih belum selesai, malah kerap berlaku akhir-akhir ini.
Mengikut laporan Persatuan Air Malaysia, yang terkini, daripada 419,000 kejadian terputus bekalan air di Malaysia. Sebanyak 259,000 atau 62% keseluruhan laporan berlaku di Negeri Selangor. Jika dibuat perbandingan, Pahang sebagai negeri yang lebih besar dari Negeri Selangor, dan terbesar di Semenanjung, hanya mengalami 2,000 kes terputus bekalan air setahun. Dengan kata lain, gangguan bekalan air adalah 100 kali ganda lebih besar berbanding negeri-negeri lain.
Sungai Air Tawar boleh saya mencelah. Memang bila kata terkenal, “famous” , memang Selangor terkenal. Baru-baru ini ya, Raven Baxter, salah seorang ahli biologi molekul dari US telah “tweet” yang berbunyi mereka meraikan, NASA meraikan pertemuannya air di bulan. Tetapi malangnya, “retweet” daripada rakyat Selangor yang mengalami air berskala besar, gangguan air dengan pencemaran di Selangor.
Maksudnya, masalah air di Selangor ini sampai terkenal di Amerika, kerana gangguan air, saya hendak nyatakan satu perkara kita berbahas, berbincang bajet dan sebagainya dan kita tahu asal usul adalah pencemaran. Kenapa pencemaran ini, dari kilang-kilang ini kita tidak ambil tindakan, tidak ada buat “enforcement” kepada kilang-kilang ini. Berapa kali sudah saya dengar, tetapi “enforcement” kepada kilang-kilang
berkenaan, tidak diambil tindakan. Tutuplah kalau ia adalah kesan yang buruk kepada air di Selangor. Itu pandangan saya. Terima kasih.
“Enforcement” penguatkuasaan terhadap pencemaran daripada kilang adalah di dalam kawalan Jabatan Alam Sekitar, di bawah menteri persekutuan, jadi kenapa menteri persekutuan tidak melaksanakan kerja bagi memastikan tidak ada pencemaran keluar daripada mana-mana premis, daripada kilang dan sebagainya.
Terima kasih Y.B. Hulu Bernam, saya masukkan dalam teks ucapan saya. Sungai Panjang sambung dulu.
Terima kasih Y.B Sungai Air Tawar, saya menerima apa nama ini, penjelasan dan juga ucapan Y.B. Sungai Air Tawar berkenaan dengan masalah isu air ini, dan apa yang telah dimaklumkan ataupun dikemukakan oleh Y.B. Hulu Bernam sebentar tadi, saya ingin bertanyakan pandangan dan bagaimana sepatutnya, Kerajaan Negeri Selangor ini mengendalikan isu air yang sedang berlaku sangat teruk, yang membebankan rakyat pada hari ini. Yang mana rata-rata daripada kita semua ini, baik pihak kerajaan dan juga pihak yang lain-lain, kita tahu antara puncanya adalah pencemaran dan saya setujulah dengan Bukit Gasing bahawa pencemaran ini “enforcement” nya berkenaan pencemaran “itself” dengan izin adalah di peringkat persekutuan, tetapi punca pencemaran itu berlaku adalah di bawah bidang kuasa PBT ataupun pihak Kerajaan Negeri, yang mana kita tahu dan kita dimaklumkan selama ini, di sepanjang, apa nama ini, di tepi-tepi sungai khususnya Sungai Selangor yang menjadi punca air yang untuk dirawat ke apa nama ini, ke loji-loji rawatan air ini, kilang-kilang ini, dibina kebanyakannya, kalau tidak semua, majoriti adalah kilang-kilang haram yang masih lagi beroperasi dan juga terus beroperasi yang tidak ada tindakan khusus yang tindakan tegas daripada Kerajaan Negeri Selangor bagi membendung kilang-kilang ini daripada beroperasi sama ada tutup atau pun buat penguatkuasaan sama ada kilang-kilang ini dibina di atas tanah-tanah rizab sungai dan sebagainya.
Tapi malangnya dalam keadaan begini Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan kepada rakyat berbanding pengusaha-pengusaha kilang haram ini. Rumah-rumah yang dibina untuk kediaman penduduk, masyarakat di Negeri Selangor diruntuhkan, kononnya dibina di atas rizab tanpa kelulusan atau tanpa kebenaran, tapi kilang-kilang ini terus beroperasi, jadi saya nak tanya, Ketua Pembangkang, adakah kerajaan hari ini, kerajaan yang memihak kepada rakyat ataupun memihak kepada pihak-pihak yang berniaga ini, kapitalis dan sebagainya, dan akhirnya rakyat terseksa dan juga merana.
Sudahlah tidak ada air, air ini adalah punca utama atau pun sumber utama untuk kehidupan kita. Lagi pun kita telah dilatih dan dididik supaya menggunakan air untuk mandi dan membersihkan diri. Ini kalau sampai sehari, dua hari, seminggu, sebulan
pun tidak ada air macam mana, seterusnya bagaimana pula. Saya hendak tanya, Y.B. Ketua Pembangkang, keadaan kerajaan Negeri Selangor hari ini yang gagal melaksanakan atau mengurus masalah terputusnya bekalan air. Saya tahu, Y.B. EXCO Infrastruktur telah maklumkan, kita tahu, ada berlaku...
Yang Berhormat, sekarang ini siapa sebenarnya pembahas yang saya beri peluang kepada Sungai Air Tawar, kalau Sungai Air Tawar bagi peluang yang panjang seperti ini untuk berbahas, saya berhenti sampai di sini. Hendak bagi atau hendak teruskan untuk Sungai Panjang, mukadimah pun sudah panjang, saya sabar sahaja, tapi tanya soalan. Kalau tidak, saya akan minta Sungai Air Tawar berhenti juga di sini.
Soalan yang terakhir, tanya soalan, tanya soalan pun sudah panjang sangat, tanya. Saya tidak nampak soalan, mukadimah bukan perbahasan sekarang ini. Sekarang bukan waktu perbahasan, sila duduk.
Saya
Duduk, sudah cukup, duduk.
Saya tanya Sungai Air Tawar dia beri atau tidak.
Arahan daripada speaker, duduk, sila duduk. Sudah panjang sangat, duduk. Saya minta duduk.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ini adalah forum Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang benarkan.
Ya, dia benarkan, tetapi tidak boleh panjang sampai jadi pembahas, faham ke tidak? Ini sebagai Ahli Dewan Negeri yang baru, penggal yang pertama, dengar ikut tertib.
Yang Berhormat, tolong, tolong, tolong ajar saya peraturan mana yang saya tidak boleh panjang dalam mencelah ucapan Ketua Pembangkang.
Sila duduk sekarang.
Perkara 43, Keputusan Speaker adalah muktamad.
Tunjuk pada saya dulu.
Saya mohon dipendekkan. Dipendekkan, diringkaskan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Terima kasih YB Speaker, terima kasih YB Ketua Pembangkang. Satu lagi saya nak tanya pandangan dan juga penjelasan Ketua Pembangkang berkenaan dengan kaedah Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya perlu diambil dalam mengatasi apabila berlaku masalah terputus bekalan air ini. Berkenaan dengan lori-lori tanker ini. Banyak kawasan-kawasan yang terputus bekalan air ini tak cukup bekalan lori tanker tersebut sehingga terpaksa menunggu giliran yang lama dan sebagainya. Jadi saya mohon apa nama ini.. Ketua Pembangkang berikan penjelasan yang lebih lagilah dalam ucapan.
Terima kasih bagi laluan untuk saya mencelah bukan bagi ucapan. Mencelah sahaja.
Bukan berbahas ya? Bukan berbahas.
Kena betulkan informasi yang tak tepat yang diberi oleh Sungai Panjang. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Seksyen 38) ‘memberi kuasa kepada Jabatan Alam Sekitar satu agensi persekutuan di bawah Menteri Persekutuan untuk masuk menyita, menyiasat dan menutup kilang-kilang ataupun apa-apa premis yang mencemarkan alam sekitar’. Yang dikatakan tak berlesen tu, itu tak bayar cukai tanah, tak bayar premium tanah, itu isu premium tanah. Tetapi when it comes to pollution bila datang kepada kilang ataupun apa-apa premis, bengkel dan sebagainya yang mencemarkan alam sekitar itu adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Alam Sekitar (agensi persekutuan). Jadi, berani tak ambil tanggungjawab untuk perkara pencemaran yang berlaku di mana Jabatan Alam Sekitar, Menteri Alam Sekitar sepatutnya turun dan pastikan tidak berlaku lagi?
Ok, terima kasih kepada Y.B. Sungai Panjang dan Y.B. Bukit Gasing ya. Maaf Tuan Speaker, saya minta dipendekkanlah. Bukan apa, saya risau sekiranya Y.B. Sungai Panjang tak diberikan kebenaran untuk mencelah, saya bimbang lepas ini dia pakai towel datang ke SUK untuk bagi tahu tak ada air.
Ada kemungkinan, ada kemungkinan. Sebab geng yang sama.
jadi saya rasa perlu. Tetapi saya, apa pun saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Y.B. Ketua Pembangkang tadi dah jawab soalan dia yang ditanya, yang ditanya oleh sudah jawab ke? Belum jawab. Nanti takut nanti yang Yang Berhormat tersasar nanti. Baik satu-satu saya nasihatkan.
Ok. Saya nak jawab. Saya nak jawab. Saya bagi sekejap.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Ketua Pembangkang kerana memberi laluan untuk Sungai Burong mencelah. Tadi Bukit Gasing ada mengatakan bahawa isu pencemaran ini adalah masalah di bawah Akta Alam Sekitar. Tapi saya ingat ini macam budaya bangaulah. Kita nak salahkan orang lain. Dan Selangor ini pula macam tak ada
Yang mula salahkan, Sungai Air Tawar dengan Sungai Panjang. Kalau mereka tak mulakan, saya tak jawab.
Tak ada, saya bagi.. nak bagi pencerahan pada dia. Apa pula yang menyampuk? Kena minta kebenaran Ketua Pembangkang. Cool la brother. Ha ha ha ha. Ini nampak macam kerajaan negeri Selangor tak ada telur. Sebenarnya yang disebutkan oleh Sungai Panjang tadi di bawah Akta Kerajaan Tempatan
Macam bunyi kasar tu tadi apa kata ‘macam tak ada’ apa?
Telur. Telur tak beranilah maknanya sebenarnya.
Ha...
Saya tak ada kasar pun perkataan tu. Tadi seperti yang dinyatakan oleh Sungai Panjang sebenarnya di bawah Akta Kerajaan Tempatan banyak kuasa PBT boleh buat. Itu pun kalau Selangor nak mengambil tindakan tegaslah. Sebab isunya sekarang isu pencemaran. Pencemaran yang telah menjejaskan bukan saja alam sekitar, pertama.
Yang kedua, ia telah menggagalkan bekalan air mentah di negeri Selangor. Dan ketiga, menjejaskan rakyat Selangor hingga 1.2 Juta pemegang akaun, 1.5 Juta pemegang akaun negeri Selangor terjejas dalam keadaan COVID. COVID yang hari ini semua orang terjejas, mengalami kesusahan, penderitaan, kena berhenti kerja dan sebagainya. Tak ada pendapatan, tengah susah. Maknanya sebagai satu kerajaan yang simpati dengan rakyat, saya menyerulah Y.A.B Menteri Besar ambillah tindakan tegas di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Apa salahnya? Kalau kita batalkan lesen kerana telah ada pelanggaran syarat, apa-apa pelanggaran syarat, kuasa PBT ini
sangat luas. Jangan kata tak luas sebagai di bawah Akta Kerajaan tempatan boleh kalau nak ambil. Nak rata, nak merobohkan pun boleh sebenarnya. Sebab yang terjejas sekarang ini adalah rakyat.
Dan sebagai kerajaan, sekurang-kurangnya kita kena beri tahu, beri amaran bahawa industri boleh menjalankan perniagaan. Kita tahu mereka memberikan sumbangan kepada ekonomi Selangor, kita tahu dia memberi pendapatan pekerjaan kepada rakyat negeri Selangor tetapi mestilah bertanggungjawab dan kita, Selangor sebagai pemimpin yang pimpinan melalui teladan kena bagi tunjuk. Saya akan sokong YAB Menteri Besar kalau berani betul-betul hari ini kita ambil tindakan tegas kepada kilang-kilang yang pencemaran. Kita tidak mahu lihat hari ini kilang yang telah diberi amaran. Pencelahan.
Dah. Yang Berhormat,
Saya.
Saya dah bagi dah. Saya dah sabar, saya dah tengok. Pagi ini dia nak jadi pendekar. Kalau dia nak jadi pendekar, nanti waktu perbahasan saya akan beri perbahasan. Saya janji. Tapi kalau nak mencelah, cara cakap sekejap boleh. Tapi bukan cara macam itu. Ketua Pembangkang, saya bagi amaran yang terakhir, nak bagi peluang kepada rakan-rakan yang seangkatannya dan sewaktu dengannya boleh. Tapi bukan cara untuk bagi perbahasan. Kalau begitu, saya akan stop masa untuk Ketua Pembangkang. Saya bagi kepada orang yang lain. Ok? Amaran yang terakhir. Silakan. Pendekkan.
Ini ingat satu-satu perkara baru Tuan Speaker ya. Hari ini pencelahan dah tak dibenarkan.
Saya benarkan!
Ha, kalau perbahasan lain. Ini pencelahan pun tak boleh bagi panjang. Saya harap Tuan Speaker
Speaker,
Saya ingat lagi Tuan Speaker
Y.B. Sungai Burong.
Saya rasa Speaker tadi berlaku adil juga kepada yang Sungai Panjang. Jadi bermakna berlaku adil juga dengan Sungai Air Tawar.
Nak bagi keadilan kepada semua orang. Bagilah kita pencelahan. Sebenarnya tinggal sikit je saya
Dan Sungai Burong kenalah faham Speaker dah tegur tadi Sungai Panjang. Jadi kena fahamlah.
Ya lah, tegur tu biarlah ada caranya dan betul ke tak betul.
Kalau tak nanti dua-dua nak. Saya rasa Speaker punya tindakan betul.
Ini kita buat pencelahan. Kalau misalnya pencelahan itu terlalu panjang, mengapa tanya dulu? Sebagai seorang Tuan Speaker yang nak bagi peluang.
Saya dah bagi masa peluang. Saya dengar lama dah.
Ini tiba-tiba
Kalau tidak nanti Sungai Panjang nak lagi.
Bagi amaran terakhir! Bagi amaran terakhir!
Sungai Burong, berhenti.
Sungai Burong, kalau tidak Sungai Panjang nak nanti. saya rasa lebih baik adil. Kita bagi Sungai Air Tawar.
Boleh
Sungai Burong, saya tengah panas badan pagi ini. Saya dah bagi tahu. Masalahnya soalan jangan pusing tempat lain. Sungai Burong! Bagi tanya pencerahan, tanya soalan dia. Saya bagi, silakan tanya.
itu dah nak ayat yang terakhir tu. Saya kata saya menyokong YAB Menteri Besar.
Mana ayat?? Ayatnya mana?? Ayat?? Silakan! Silakan.
saya nak . inilah ayat dia! Tapi Tuan Speaker ganggu, macam mana saya nak cakap?
Saya tunggu tak ada
Speaker. Kita nak mendengar daripada Sungai Air Tawar apa pandangan yang terbaik daripada pembangkang.
Ok, Seri Setia pun duduk. Duduk. Speaker panggil duduk. Tertib. Tertib, duduk.
Ok.
Ha, macam tu caranya seorang Ahli-ahli Dewan yang tertib. Sila, silakan soalan.
Ok, saya bagi ayat yang terakhir. terima kasih. Ayat yang akhir.
Ha, terakhir.
saya akan menyokong sepenuhnya sekiranya YAB Menteri Besar mengambil tindakan tegas sebagai contoh pimpinan teladan negeri Selangor. Jangan dia cium bau air saja. Sekian, minta penjelasan.
Terima kasih Y.B. Sungai Burong kerana begitu bersemangat. Ya Y.B. Bukit Gasing. Saya rasa saya jawab dulu. Saya jawab berkenaan dengan tadi berkenaan dengan kilang tadi tu. Saya rasa kita masing-masing perlu bertanggungjawab. Sebelum ini kita tahu 22 bulan Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara, kenapa pada waktu ketika itu tak ambil tindakan? Jangan hari ini bila dah bertukar tampuk kuasa, bila berlaku masalah di dalam rumah kita, kita nak lepas tanggungjawab dengan menuduh kerajaan di peringkat persekutuan. Saya kira ini adalah satu perkara yang tidak adil. Jadi sebab itu, seperti mana yang rakan-rakan saya perkatakan tadi kerajaan negeri sepatutnya perlu berani. Ini saya tengok ada kilang haram dah dapat kenal pasti kilang haram, kerajaan negeri kata kilang haram.
Mencelah boleh tak?
Kilang haram boleh pula dihalalkan. Dibagi ruang untuk daftar.
Sikit saja Yang Berhormat.
Daripada haram, pencemaran air jadi halal.
Boleh tanya sikit?
Nanti Y.B. Meru. Saya nak tanya juga ni. Kalau daripada kilang haram, buat kilang haram, pergi masukkan bahan sisa pepejal dalam sungai, air tercemar, beribu Juta penduduk di Selangor tak dapat air, lepas tu kerajaan negeri kata ‘tak ada masalah kilang ni boleh mohon untuk dihalalkan’.
Sikit saja saya nak tanya.
Meru jawab.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak tanya tadi mengatakan dalam tempoh 22 bulan Kerajaan PH tak buat apa-apa, adakah sekarang kerajaan BN buat apa-apa pula untuk tindakan pada mereka ini? Minta tolong jawabkan.
Ok. Ha, terus. Siapa tu?
Terima kasih Sungai Air Tawar. Sebenarnya saya nak tanya kepada Sungai Air Tawar sama ada fakta yang dikemukakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan langsung tidak membuat apa-apa selama 22 bulan itu betul ke tak? Sebab saya baru saja semak dalam berita mantan menteri Y.B. Yeoh Bee Yin memang dah kata bahawa beliau mempunyai niat untuk pinda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1 dan kami pun tahu daripada berita bahawa Y.B. Yeoh Bee Yin sendiri turun beberapa kali untuk mengatasi masalah kilang haram ini. Tetapi malangnya, saya tak nampak kerajaan hari ini membuat demikian pula. Apa kata Yang Berhormat? Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Maksud saya sekarang saya nak tanya juga. Bukan saya kata pada penggal lepas, dia tak turun padang dan sebagainya. Tetapi ada tak kilang yang ditutup, kilang haram? Bukan. Maksud saya ialah ada tak kilang haram di Selangor yang ditutup pada waktu ketika itu?
Banyak. Banyak.
Banyak. Banyak yang ditutup.
Memang banyak kilang haram. Pelabuhan Klang antara champion membawa menteri untuk tutup kilang haram di kawasannya. Beratus-ratus kilang di Selangor ditutup oleh mantan Menteri Alam Sekitar Y.B. Yeoh. Banyak denda ditingkatkan dua kali lebih banyak premis didenda dan di bawa ke mahkamah berbanding zaman Barisan Nasional sebelum 2018. Memang ada kerja daripada menteri masa zaman PH di Persekutuan. Sekarang, akta-akta di bawah Menteri Alam Sekitar ada Akta Alam Sekeliling, ada Akta Industri Air (Seksyen 121) yang membolehkan Menteri Alam Sekitar untuk mengambil tindakan. Saya harap setiap minggu ada premis yang diperiksa, ada kilang yang ditahan kerana mencemarkan alam sekeliling. Jangan kelirukan rakyat di luar. PBT kuasa dia untuk melesenkan, tetapi pencemaran yang wujud dalam kilang itu yang keluar daripada kilang itu. Jangan tolak. Buat kerja federal, buat kerjanya ambil tanggungjawab ke atas kelemahan yang ada dan perbetulkan.
Terima kasih Bukit Gasing. Ya selepas ini, saya boleh bawa Yang Berhormat Menteri untuk tengok tapak kilang-kilang haram. Saya nak sebab tu
Sungai
Saya juga nak lepaskan YAB Menteri Besar memberi data. Sebenarnya berapa kilang-kilang haram yang sedang menjadi kilang haram dan tutup. Apa? Apa Yang Berhormat Bukit Gasing?
Takkan Jabatan Alam Sekitar tak ada data ini? Kalau mereka buat kerja mesti ada data semua kilang.
Ya, tak apa terima kasih Y.B. Bukit Gasing. Boleh cakap apa saja.
Yang Berhormat, ingin mencelah.
tak apa. Kita tengok lepas ini. Saya nak tahu data kilang-kilang haram ini kilang dia apa. Sebab kita kena tahu kenapa kilang haram ini tertubuh. Salah satunya ialah kadang-kadang ia dibina di bawah tapak yang bukan tapak industri. Tapak pembinaan kilang itu bukan tapak industri. Sebab itu tak diluluskan. Sebab itu tak diluluskan! Tapi bila dia dah terbina, kilang ini buat masalah. Kalau buat masalah, itu sebab saya kata kenapa kerajaan negeri tak tutup. Kenapa ada satu kenyataan mengatakan kilang seperti ini diberi tempoh untuk dihalalkan? Itu yang saya tak setuju! Tapi Yang Berhormat tuduh sana, tuduh sini. Itu yang saya tak setuju.
Sungai Air Tawar. Y.B. Sungai Air Tawar.
Ya.
Yang Berhormat, minta.
Ok.
Terima kasih. Saya ingin memberi satu cadangan ataupun pandangan daripada Ketua Pembangkang itu sendiri. Adakah bersetuju sekiranya pencemar air itu kita tembak saja? Kerana kita boleh tembak sebab selain daripada peruntukan RM200Juta, askar wataniah, rejimen pakar yang terdapat dalam kor jurutera diraja 60. Jurutera pakar pengendalian air memang dah ada. Jadi saya tak nampak dalam pembentangan bajet di mana Yang Amat Berhormat tidak menggunakan askar wataniah sebagai salah satu opsyen yang mana jabatan-jabatan syarikat di Air Johor ada gunakan khidmat askar wataniah yang mana unit ini khusus untuk yang dianggotai oleh pekerja bekalan air sahaja. Dia memang ada. Jadi rejimen askar diraja wataniah boleh kita guna pakai untuk mengawasi sungai-sungai kita. Jadi cuba tengok semula, kaji semula sebab saya dimaklumkan sebelum ini, sebelum syarikat kerajaan air Selangor diambil alih, SYABAS telah menggunakan perkhidmatan askar wataniah untuk mengawal. Saya rasakan sekiranya Yang Amat Berhormat berbincang dengan Yang Dipertuan Agong untuk mengambil tindakan serius di bawah Enakmen Undang-undang Askar Wataniah untuk menjaga sungai-sungai kita ini. Terima kasih.
Boleh Tuan Speaker?
Silakan, silakan. Kumpul secepat mungkin, kalau tidak dia pusing satu round Y.B. Sungai Air Tawar tak berbahas. Nanti masa dah habis.
Terima kasih Ketua Pembangkang. Saya ingat tadi Jeram agak jauhlah hendak kena tembakan, tapi saya ingat yang jadi pertanyaan antara di kalangan rakyat, terutamanya di kawasan saya ini, saya ingat isunya adalah pencemaran sumber air dan yang nampak agak jelas adalah beberapa kilang haram yang kita dapati mencemarkan sungai ini. Dengan Smart Federalism kita juga perlu mendapat satu jawapan pantas. Baru-baru ini apabila isu pencemaran air yang selalu berulang, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar saya kira dengan keprihatinan dan juga jabatan-jabatan yang lain. Saya juga ingin memaklumkan bahawa betul, berlaku pencemaran dan ini tidak diambil tindakan oleh peguam negara yang kemudiannya dinafikan pula oleh peguam negara bahawa tidak ada kertas-kertas yang perlu dirujukkan kepada peguam negara. Kemudian Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebutkan pendekatan pendamaian saya ingat ini yang rakyat hendak melihat bahawa apa sebenarnya berlaku? Sama ada pencemaran itu berlaku benar dan ada kesalahannya, adakah dibawa kepada peguam negara untuk dirujuk untuk diambil tindakan atau pun bagai mana, sebab-sebab jawapan daripada peguam negara itu menafikan seolah-olah kredibiliti kita, di peringkat Negeri Selangor
sebagai Menteri Besar juga dipertikaikan ataupun siapa sebenarnya yang dipertikaikan. Sebab itu, ini tidak seharusnya berlaku dengan Smart Federalism sebab kita sebagai Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat juga memainkan peranan untuk akhirnya rakyat mendapat manfaat daripada apa yang berlaku disebabkan oleh masalah air ini . Rakyat sudah tidak larat dah, tak larat nak angkat air, rakyat nak air keluar dari pili air masing-masing, rakyat pun tak nak lihat dah kurang NRW, bagus tahniah kepada Kerajaan Negeri tapi apa maknanya kalau NRW kurang tapi air masih tidak lagi keluar dari pili rumah-rumah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sebab itu saya sangat berharap kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar agar perlulah melihat kembali PBT-PBT, berkenaan kelulusan tapak tadi dan saya rasa tak salah pun selepas ini di kalangan Ahli Yang Berhormat di dalam dewan ini di bagilah jawatan sebagai Ahli Majlis untuk sama-sama memantau PBT secara dalaman. Di samping itu juga saya amat tertarik dengan satu kenyataan video, MGTV iaitu berkenaan dengan luahan hati perasaan Hajjah Aminah binti Ibrahim yang saya cukup rasa terkesan dan simpati kepada dia. Dia di dalam video itu dia meluahkan perasaan adalah lebih kurang hampir 4 minit betapa deritanya tak ada air tetapi yang paling saya rasa simpati apabila dia kata, air ini bila tak ada, bila dah ada pula sudah bau cirit. Dia kata air bau cirit. Sebab itu saya minta kepada Kerajaan Negeri Selangor sebab itu melaksanakan kerja-kerja membaik pulih perlulah di teliti semula. Perlu diteliti semula adakah kerja-kerja itu sempurna sehingga bila terputus bekalan air, rakyat dapat air, sudah air bau cirit, jadi ini aduan rakyat dan begitu juga saya tengok netizen ada juga yang bagi tahu Ayer Hitam ada di Johor, Ayer Keroh ada di Melaka, air tak ada, ada di Selangor. Sampai ke tahap itu dan bermacam-macam lagi berkenaan dengan rungutan air. Begitu juga kita tengok bila gangguan bekalan air ini berlaku, rungutan rakyat adalah berkenaan dengan lori tanker air dilihat tidak cukup supply.
Sungai Air Tawar, Sungai Air Tawar.
Ini Negeri Selangor, negeri maju, penduduknya padat. Masalah air, hantar lori air tak cukup kapasiti air. Bila Ustaz Ebit Lew hantar tank lagi besar kita marah pula, patut kita ucap terima kasih. Kita tak mampu.
Tuan Speaker, Tuan Speaker. Saya minta Ketua Pembangkang tarik kenyataan tersebut kerana sudah jelas itu adalah sesuatu yang dimainkan oleh cyber trooper keluarkan berita palsu, tak ada orang yang marah Ustaz Ebit Lew.
Saya tak menuduh, saya bertanya. Kalau tak ada, tak apalah.
Tak ada, tapi mengapa hendak disebut di sini? Tarik balik.
Tak, saya nak tanya, tuduhan saya...
Saya nak Yang Berhormat tarik balik. Dewan ini dewan yang mulia..
Kalau soalan itu....
Tidak sepatutnya ada berita palsu, kenyataan palsu yang dimainkan oleh cyber trooper.
Sungai Air Tawar, tadi Sungai Air Tawar menyebut dalam dewan ini, ahli dalam dewan ini tidak berpuas hati dengan bantuan Ebit Lew, saya rasa itu perlu ditarik balik.
Okay Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, kalau berkenaan perkara itu salah, saya sedia tarik balik. Tetapi yang ingin saya beri penekanan. Okay saya tarik balik, saya tarik balik.
Tuan Timbalan Speaker, nak minta penjelasan boleh?
Saya ingat Taman Templer tak korek telinga, saya dah kata saya tarik balik.
Sungai Air Tawar.
Saya dah kata saya tarik balik, apa masalah? Isu yang saya nak bawa..
Sungai Air Tawar, Semenyih dan Sungai Burong minta laluan.
Tak apa, saya nak teruskan dulu sekejap ini. Isu yang saya nak bawa ini adalah..
Duduk dulu.
Lori tanker ini kecil, tak cukup untuk menampung bekalan air di rumah-rumah pangsapuri yang besar, kondominium-kondominium yang besar sebab itu kita tengok Ustaz Ebit Lew hantar lori yang lebih besar, ini mungkin dia nak bagi tahu kita lori yang ada tak cukup, di samping itu saya tengok ada satu
gambar tiba-tiba pula lori Air Selangor ini ada logo Ranhill, sejak bila pula Air Selangor ini, LUAS ini ada lori dengan Ranhill, ini gambar ini saya tak tahu. Sebab itu saya hendak kepastian, gambar ini saya dapat. Okay tak apa, Ranhill, saya nak tahu sebab itu adakah Kerajaan Negeri mencukupi lori ini, saya nak tahu berapa sebenarnya jumlah lori yang boleh diguna sehingga saya tengok ini sebab itu takut tak cukup ada lori Ranhill..
Minta penjelasan, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang dalam waktu berlaku gangguan bekalan air, apakah mungkin ada syarikat-syarikat swasta atau pun syarikat-syarikat bekalan air dari negeri-negeri lain yang boleh tolong menghantar lori tanker mereka untuk menolong kita mengatasi masalah. Jadi sekiranya ada lori Ranhill ke kita ada assign syarikat air di Negeri Sembilan, kalau ada syarikat air dari Perak pun tak apa, dari Pahang pun tak apa. Kalau mereka sudi menghulurkan bantuan takkanlah Kerajaan Selangor hendak menolak mereka. Jadi bukankah itu benar Yang Berhormat?
Betullah sebab itu saya bertanya, lorinya tak cukup maksudnya. Betul lah Yang Berhormat kan? Lorinya tak cukuplah. Kalau lorinya cukup tak payah sampai orang hantar lori bantuan. Itu maksud saya.
Iyalah kalau tak cukup kata tak cukup, tak payah nak tunjuk Ranhill itu, terus kepada soalan, terus kepada perbahasan.
Tak, sebab ini salah satu rungutan rakyat.
Masalah Yang Berhormat ialah Yang Berhormat perbahasan tidak jitu, straight to the point apakah isu dia?
Okay, Yang Berhormat Banting, yang saya bawa ini adalah rungutan-rungutan rakyat yang saya baca dalam blog, dalam Facebook dan sebagainya memang ini ditimbulkan dan adakah Kerajaan Negeri tidak sedia mendengar? Dan adakah ini balasan Kerajaan Negeri kepada pengundi bandar yang begitu setia selama ini yang mendukung Kerajaan Pakatan Harapan.
Yang Berhormat, saya hendak tegur sikit, saya minta penjelasan, saya hendak tegur sikit. Yang Berhormat bercakap bahawa lori tidak cukup banyak..
Minta penjelasan.
Tidak cukup besar, lori kita kecil, tidak boleh menghantar air ke flat tapi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat on the ground , saya ingin bertanya kalau lori itu besar-besar bagaimana ia nak memasuki rumah kos rendah. Yang Berhormat, bila membuat cadangan, perlu membuat cadangan yang
bernas, takkanlah Yang Berhormat nak mencadangkan Air Selangor membeli lori yang besar-besar yang banyak-banyak belaka tetapi lori itu tak praktikal, tak boleh masuk ke rumah pangsa. Saya hanya membawa satu contoh yang menunjukkan bahawa hujah Yang Berhormat, perbahasan Yang Berhormat tidak berlandaskan atas realiti, itu sahaja.
Yang Berhormat, maksud saya kalau kawasannya kecil, hantarlah lori kecil. Kalau kawasannya besar, rumah kondominium dan sebagainya, lori treler pun boleh masuk bukan saya suruh bawa pakai drone air itu. Saya suruh bawa pakai lori. Adakah lori yang terlampau besar sampai tak boleh masuk perumahan di Selangor ini. Ini di Selangor bukan di kawasan pendalaman negeri-negeri lain. Adakah di Negeri Selangor ini lori tak boleh masuk fasal besar? Yang Berhormat janganlah memberi fakta yang mengelirukanlah.
Minta penjelasan.
Sungai Air Tawar, Sungai Burong minta laluan.
Sebab itu saya tanya bila saya nampak gambar lori Ranhill ini adakah di Selangor ini tak cukup dan saya ada dapat cadangan gabungan, saya tak pasti betul tak betul sebab itu saya bertanya cadangan gabungan daripada Ranhill.
Kalau Yang Berhormat tidak pasti, semak dulu boleh tak? Boleh Yang Berhormat semak dulu sebelum datang ke dewan.
Saya tak bersetujulah sebab Kerajaan Negeri baru beli.
Yang Berhormat semak dululah, tanya dulu siapa yang bagi.
Yang Berhormat Banting, duduk.
Siapa yang beri fakta itu? Siapa yang beri?
Duduk, saya tak boleh semak di luar sebab itu saya tanya di dalam dewan. Jadi kalau tak ketepikan saja.
Yang Berhormat, soalan, siapa yang bekalkan? Siapa?
Tak
Siapa yang membekalkan fakta ini atau pun dari mana Yang Berhormat mendapatkan fakta ini? Dari mana?
Tak apa, saya tak akan dedahkan.
Dari mana? Siapa yang bagi?
Tak apa Banting, Banting saya nak tanya je.
Website ke, laman web ke? Siapa yang bagi? Siapa? Siapa? Soalan saya siapa?
Emosi. Kalau tak, nafikan saja.
Ya saya tanya siapa? Saya tak tahu, saya tanya. Siapa yang beri maklumat ini kepada Yang Berhormat?
Tak, saya nak tanya benar atau tidak?
Ya.
Saya nak jawab ini benar atau tidak?
Tanyalah orang yang membekalkan soalan ini.
Sebab itu saya tanya dalam dewan.
Siapa yang membekalkan maklumat ini kepada Yang Berhormat? Siapa?
Jadi kalau tidak Yang Berhormat jawablah.
Siapa?
Banting sila duduk.
Ini bukan mahkamah Yang Berhormat Banting saya nak jawab ke tidak.
Ini Dewan yang mulia.
Suka hati saya lah nak jawab ke tidak.
Dari mana? Siapa?
Banting sila duduk.
Macam mana Banting boleh dapat bercakap macam ini?
Yang Berhormat Banting duduk.
Ini bukan mahkamah saya nak jawab. Ini hal sayalah. Saya bertanya, saya kira Yang Berhormat dah beberapa penggal saya kira lebih tahu daripada saya.
Itu sebab saya tanya soalan yang jitu, siapa? Siapa? Lima saat! Satu! Dua! Tiga! Empat ! Lima!. Tak tahu?
Saya anggap dia kartun. Okay Yang Berhormat jadi saya nak bertanya, kalau tak betul, tak apa sebab dia kata seolah berminat untuk jadi dengan Kerajaan Negeri untuk Air Selangor jadi kalau sekiranya benar, Kerajaan Negeri beritahu kenapa, sekiranya tidak boleh menafikan. Tetapi kenapa keputusan ini perlu dibuat sedangkan Kerajaan Negeri baru buat keputusan membeli Air Selangor dengan jumlah 2 Bilion lebih. Maksudnya kalau tak yakin boleh mengurus kenapa dulu boleh beli? Jadi bila dah beli kena urus. Uruslah dengan sebaik-baiknya. Buatlah perancangan dengan sebaik-baiknya. Berkenaan dengan Air Selangor ini saya memang minta maaf kerana mengambil masa panjang perbahasan berkenaan air ini. Sebab inilah yang menjadi topik yang sangat utama oleh rakyat di luar sana. Ya memang rakyat cukup kecewa dengan Kerajaan Negeri kerana gagal mengurus, sebab apa terang-terang kali ini Air Selangor 100% telah diurus oleh Kerajaan Negeri. Kalau dulu Kerajaan Negeri boleh kata mungkin SYABAS, Puncak Niaga dan sebagainya sebab itu penswastaan tapi bila Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk mengurus Air Selangor, Kerajaan Negeri perlu ambil perkara serius untuk mengurus Air Selangor ini agar perkara-perkara ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang dan saya pohon dengan bajet yang begini cantik yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan jumlah wang yang sebegitu besar yang dibelanjakan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar minta maaf, saya minta agar penekanan berkenaan perincian dengan masalah air ini dapatlah diberi dalam masa yang terdekat bukan hanya satu jumlah yang besar untuk pembangunan masa depan sahaja tetapi jika berlaku dalam masa yang terdekat, apakah peranan Kerajaan Negeri dalam menangani dalam perkara ini agar perkara ini tidak lagi menjadi kegusaran kepada rakyat di luar sana.
Sungai Air Tawar, Sungai Air Tawar.
Ya Semenyih, Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin mencelah mengenai plant of river peranan dia di Selangor ini. Dalam strategi ke empat ini, Kerajaan Negeri Selangor akan menambah lagi 1 juta, saya nampak sejauh mana ya peranan yang dimainkan, apakah ada SOP atau prosedur tertentu untuk memastikan perbelanjaan sejuta untuk plant of river ini dapat dijalankan dengan cara-cara yang lebih efektif supaya krisis hari ini bukan main-main ya, sejuta ini rasa-rasa kalau kita bagi direct terus kepada rakyat saya rasa tak perlulah plant of river inilah dibuat tambahan bajet. Tapi demi kelangsungan, kelestarian puncak air di Selangor ini saya rasa ingin mendapat maklum balas dari Kerajaan Negeri Selangor, plant of river ini bagaimana perjalanan, bagaimana SOP atau efektif yang sebenar-benarnya dapat dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.
Okay Yang Berhormat Semenyih. Seterusnya saya ingin menyentuh juga berkenaan dengan Kerajaan Negeri Selangor juga seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Kajang yang turut membelanjakan 2 Juta untuk pembelian dan pengendalian drone. Berkenaan dengan pembelian drone DJI Matrice 300 akan digunakan Kerajaan Negeri mulai tahun ini.
Saya juga hendak memberitahu pengguna drone tidak mengatasi masalah sedia ada. Drone ini hanya boleh memantau tetapi pencemaran tetap berlaku. Apalah gunanya Kerajaan Negeri mendabik dada menggula-gulakan dengan pemberian air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) sedangkan air pun tiada. Skim Air Darul Ehsan ini juga bukan semua orang yang dapat. Sasaran 700 000 pengguna pun tidak tercapai. Yang mohon seramai 200 000. Saya yang mendengar pun kecewa apatah lagi di luar sana. Bantuan air yang selama ini percuma kini perlu dibayar.
Kita juga telah mendengar banyak kali cadangan pindaan kepada Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 untuk meningkatkan bayaran denda bagi kesalahan pencemaran air tapi bila pindaan ini dibuat adakah akan berlaku lagi gangguan masalah air sementara pindaan itu hendak dibuat. Saya juga baru-baru ini dimaklumkan tentang cadangan antara gabungan Syarikat Air Selangor dengan ... tadi telah disebut, mohon maaf. Itu tentang bab air tahun hadapan saya yakin dan percaya kita akan terus bercakap dengan masalah yang sama melihat rekod Kerajaan Negeri yang masih gagal menyelesaikan isu ini sejak sekian lama. Seterusnya dalam strategik pertama apa yang digariskan dalam Belanjawan Negeri pada Jumaat lalu iaitu berkaitan agenda digitalize Selangor, Menteri Besar telah menyebut penting dari Negeri Selangor untuk memperkasa proses prestasi digitalize terutama susulan pandemik COVID-19. Saya akui dan sokong kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini namun perkara yang lebih utama sebaliknya Kerajaan Negeri ini adalah impian dan perancangan adalah pengisian kepada agenda digitalize ini. Antara program awal yang dilaksanakan di bawah agenda digitalize Kerajaan Negeri ini jaringan Wifi Smart Selangor yang bermula pada hujung Disember pada 2015. Sememangnya perkhidmatan jalur lebar memang sangat penting lebih-lebih lagi
selepas pandemik COVID-19 melanda negara yang mana kita telah menyaksikan aktiviti berkerja dari rumah, perbelanjaan atas talian menjadi norma baharu dalam kehidupan. Namun kelemahan utama projek ini masalah wifi yang tidak di akses oleh rakyat atas masalah teknikal yang penyedia rangkaian yang termasukkan yang disebabkan backhold yang perlahan dan sesak pada satu-satu masanya terutamanya di kawasan luar bandar di negeri itu. Selain daripada itu penggunaan juga hanya boleh menggunakan wifi ini selama 1 jam untuk melayari internat. Saya difahamkan sehingga awal Januari tahun ini terdapat 3663 unit AP wifi di seluruh Selangor. Menurut 3 buah penyediaan rangkaian iaitu SmartSel, TM dan Celcom. Daripada jumlah ini saya ingin berapakah benar-benar berfungsi dan backhold ini bagi setiap AP. Berkenaan perkara ini, saya sentuh kerana sebelum ini dalam PAC juga ada disebut berkenaan dengan kegagalan wifi Selangor berfungsi seperti mana yang diharapkan. Kita fahamkan Kerajaan Negeri membelanjakan satu jumlah yang besar setahun. Kalau tidak silap saya RM15 Juta setahun dibayar kepada Smart Selangor tetapi daripada 3663 buah unit ini, kita hendak tahu berapa sebenarnya yang berfungsi? Yang benar-benar berfungsi? Jangan kita hanya bayar, bayar, bayar tetapi kita tidak pernah check pun. Daripada 3000 lebih sebenarnya yang berfungsi dan guna berapa? Percaya siapa yang ada Smart Selangor ini, Wifi Selangor ini, balik check. Ada signal tapi bila kita buka, signal ada tapi nak pakai tidak boleh.
Sungai Air Tawar boleh saya mencelah.
Boleh. Boleh.
Saya bimbang dalam bajet ini negeri Selangor menuju digitalize, ada e-kithen, ada apa tapi bagaimana hendak laksana? Jika begini caranya. Maksud saya ada perbezaan antara kasih sayang Menteri Besar hanya di bandarlah! Rasa bagaimana di kampung-kampung yang tiada wifi dan semua ini? Yang gagal sepatutnya aktifkan balik wifi di seluruh negeri ini, di luar bandar, baru kita fikir untuk digitalize negeri Selangor ini. Terima kasih.
Luar bandar ada tapi....
Yang Berhormat
Kebanyakannya tidak boleh berfungsi.
Jeram.
Terima kasih. Adakah Yang Berhormat Pembangkang setuju sekiranya EXCO memberikan jawapan tipu kepada saya. Apabila saya bertanyakan tentang Wifi Smart Selangor. Pada sidang lepas saya masih lagi ingat dengan confident nya EXCO menjawab “inilah point-point/port-port yang ada Selangor Wifi. Jadi apabila saya dapat tahu sejak kebelakangan ini lagi teruk
sebabnya apabila pelajar-pelajar sekolah terpaksa menggunakan sistem pembelajaran online. Maka ramai di kampung-kampung terpaksa pergi ke bandar-bandar berhampiran untuk mempelajari duduk dalam kereta dan belajar di Tesco. Saya harap tiada EXCO, tiada ADUN-ADUN, Yang Berhormat ADUN yang suruh saya tarik kenyataan ini sebab katakan EXCO tipu memberi jawapan. Jika suruh tanya, saya cabar ke kawasan saya kita tengok kalau lah Wifi Smart Selangor itu tidak wujud, kena letak jawatan EXCO kalau berani sahut cabaran saya. Terima kasih.
Hakikatnya kita semua tahu, mungkin ada idea dan perancangan yang baik. Tapi sebelum kita berbelanja kita juga perlu lihat kemampuan syarikat yang melaksana. Kita sedia maklum penggantungan kita hanya kepada TM dan Celcom. Macam mana pun idea kita bawa dari angkasa, daripada bulan kita laksanakan di negeri Selangor ini tapi apabila hakikatnya syarikat TELCO pelaksanaan itu belum sampai ke teknologi itu. Benda itu tidak mampu dilaksanakan seperti mana yang diharapkan. Saya ambil contoh di kawasan luar bandar tempat saya jangankan kata unifi sepenuhnya masih streamyx lagi. Data streamyx bulan lagi 100 mega bitz per second masih ada 8 mega bitz per second. Kalau dibuka banner, banner yang paling banyak di Sungai Panjang. Berapa banyak dah kos dah belanja?
Yang Berhormat, Bukit Gasing mencelah.
Bukit Gasing.
Tadi Ketua Pembangkang serang Menteri Air tidak bekerja dan sekarang serang Menteri Komunikasi tidak bekerja, jika tidak suka menteri lawan tolonglah gaduh di luar. Sekarang di Dewan Negeri Selangor tolonglah bangkitkan isu-isu dan dasar-dasar negeri Selangor.
Yang Berhormat Bukit Gasing, saya rasa Bukit Gasing ini salah kefahaman
Saya tidak cari salah.
Saya telah bagi tahu tadi apabila kita hendak laksana perkara-perkara seperti ini. Kita hendak kira kita dah belanja 17.5 Juta ni. COVID ni kita hendak belanja
Sungai Panjang. Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya ingin mencelah berkenaan Wifi Smart Selangor. Saya masih ingat dalam satu jawapan sewaktu soalan Yang Berhormat EXCO berkenaan dengan jumlah ataupun bilangan hotspot Wifi Smart Selangor ini. Saya pada ketika itu dimaklumkan DUN Sungai
Panjang adalah kawasan yang paling banyak disediakan hotspot Wifi Smart Selangor. Tapi saya nak maklumkan juga kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang bahawa di kawasan kita di daerah Sabak Bernam ada 4 DUN sememangnya ada hotspot- hotspot wifi smart Selangor ini, tidak dinafikan. Sejauh mana Wifi Smart Selangor ini hanya ada hotspot sahaja tapi tidak digunakan dan juga tidak boleh diekses oleh masyarakatt dan penduduk. Ia sekadar cantik di atas kertas seperti mana Yang Berhormat Ketua Pembangkang beritahu tadilah. Sama dengan Bajet Negeri Selangor ini atas kertas memang macam-macam. Cantik. Jawapan semua cantik. Tetapi pelaksanaannya, kebolehgunaannya langsung hampeh! Menyusahkan rakyat dan juga tidak memberikan kesenangan dan keuntungan kepada rakyat. Apa pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Terima kasih Ketua Pembangkang. Baik. Yang dinyatakan tadi adalah tahun ini. Saya akui tahun ini kita juga ada masalah. Tapi berilah ruang peluang kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kalau kita tengok dalam Belanjawan akan datang Kerajaan Negeri Selangor akan memperbaiki lagi. Di mana-mana sahaja tempat kalau saya baca di sini bertambah keberkesanan jalur lebar internet wifi Smart Selangor. Kerajaan Negeri akan mengambil pendekatan baru dengan menaiktaraf perkhidmatan. Jadi saya rasa kita bagi ruang untuk tahun hadapan kita pastikan bahawa akan lebih terbaik lagi. Kalau tidak baik, sama-sama kita marah. Terima kasih.
Terima kasih Seri Setia, betul kita memberi ruang kepada Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan mutu Smart Selangor ini. Sebab itu saya tanya yang melaksana itu siapa? Kalau tetap kita lantik Smart Selangor tak apalah. Smart Selangor tidak boleh buat, lantiklah Hebat Selangor pula. Tapi syarikat yang urus ini tetap memberi kepada Telekom ataupun Celcom, betul ke syarikat ini mampu untuk laksana? Sebab tempat saya masih Streamyx. Tapi kalau masih Streamyx tak payah. Kalau hendak fokus buat juga pastikan kelajuan itu dapat dicapai. Maksud saya itu. Sungai Panjang tadi cakap tempat dia paling banyak hotsport, kelajuan dapat dicapai tak? kalau tidak jangan bayar seperti yang kita harapkan. Maksudnya pembayaran maksudnya jangan kita umum sahaja lepas tu bayar kepada syarikat ini. Kualitinya hanya menjadi keluhan kepada masyarakat di luar. Ini realiti, hendak terima tidak terima ini realiti. Kita check.
Sungai Air Tawar.
Banting
Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sedar bahawa suka atau tidak pembekal perkhidmatan internat yang terbesar di Malaysia tidak lain Telekom Malaysia, syarikat rangkaian kerajaan di bawah Kerajaan Persekutuan. Yang Berhormat mengatakan tadi bahawa kalaulah kita tidak melibatkan Telekom, kalaulah tidak melibatkan apa itu Maxis ataupun Celcom atau
Telekom Malaysia sahaja membekalkan perkhidmatan ini, Streamyx dan sebagainya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat kalau bukan mereka siapa yang boleh membekal? Adakah Yang Berhormat mempunyai cadangan syarikat selain ataupun syarikat luar negara yang boleh membekalkan perkhidmatan internet percuma. Percuma. Percuma kepada masyarakat luar bandar. Sekiranya ada saya rasa Yang Berhormat boleh membuat cadangan kepada kerajaan. Tetapi saya rasa tiada. Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Sebab itu saya tanya. Kalau kita tahu beri balik kepada TM atau Celcom bukan saya kata tak boleh tetapi pembayaran tadi kita check balik. Check balik sebab waktu-waktu COVID macam ni kita nak belanja pun banyak RM 17.5 Juta.
Sungai Air Tawar.
Sebab itu saya minta check balik. Jangan kawasan tak ada bayar juga. Kita check dah tiada pastu bayar. Suruhlah repair dulu. Pastikan signal ada boleh dipakai.
Sungai Air Tawar.
Tidak boleh tahan bayaran, itu maksud saya. KDEB boleh tahan bayaran kepada kontraktor kalau tidak laksana. Kita bayar juga. Benda ini telah ditegur oleh audit. Telah ditegur oleh audit. Sebab itu saya minta alang-alang kita hendak belanja lagi 17.5 Juta pada tahun depan.
Sungai Air Tawar, Hulu Bernam mencelah.
Terima kasih. Saya setuju dengan YB Ijok tadi, mengaku. Banting? Bukan yang itu. Seri Setia maaf. Seri Setia
Saya sentiasa seri dan setia.
Seri dan setia bagus. Seri Setia tadi mengaku kelemahan barulah betul. Kenapa kita tidak ... benda yang kita tidak boleh buat. Dah kita gagal kita mengaku dan kita berjanji untuk buat penambahbaikan untuk tahun depan. Tambahan pula tahun depan hendak pilihan raya. Jangan janji tinggal janji. Saya hendak ingatkan jangan janji tinggal janji.
Sahabat Sungai Air Tawar saya hendak bertanya. Tahu tak siapa pembekal wifi?
Yang saya dimaklumkan setakat ini Smart Selangor, Telekom dan juga Celcom. Itu yang saya tahu. Laporan yang saya dapat.
Sebab itu yang saya tanya tadi yang penting adalah kita check balik lah. Saya tengok pula ada projek rintis 5G RM3 Juta. Kita hendak RM3 Juta lagi untuk 5G di SUK. Jadi kita hendak belanja ni banyak. Ni masa COVID boleh belanja tapi kita hendak tahu siapa kontraktornya. Adakah dia diberi secara tender atau diberi secara terus sebab projek rintis. Belanja RM3 Juta. Hasilnya macam mana. Tahun lepas tambah bajet. Ada sebut hendak laksana 5000 CCTV. Saya pun tidak tahu tahun ni sudah berapa yang dipasang.
Saya difahamkan 700 je baru, 700 lebih CCTV. Maksudnya sebab itu, kalau kita nak berbelanja kita tengok pada kesesuaian. 5G memang sesuai tetapi kita check waktu-waktu COVID ni nak belanja RM3 Juta hanya sebagai projek rintis ianya berbaloi ataupun tidak? Itu maksud saya. Ok seterusnya saya pergi kepada Yang Amat Berhormat seterusnya, saya pergi kepada apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat lalu telah mengumumkan penjenamaan semula Skim Peduli Sihat kepada Skim Insurans Peduli Sihat. Saya tidak pasti bagaimana skim insurans ini akan berfungsi memandangkan tiada penjelasan lanjut ketika pembentangan tentang perkara ini dibuat tempoh hari. Persoalan saya adakah skim insurans ini juga adalah mirip dengan skim insurans My Salam yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan. Jika ianya adalah mirip dan hampir sama saya ingin bertanya syarikat insurans manakah yang telah dipilih untuk mengendalikan insurans ini serta berapakah pula bayaran caruman yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri sebagai premium skim insurans ini. Bagi skim insurans My Salam di peringkat kerajaan persekutuan kerajaan perlu membayar premium sebanyak RM400 Juta setahun. Namun difahamkan tuntutan oleh penerima manfaat adalah jauh lebih kecil daripada bayaran premium tersebut yang jelas sekali memberi keuntungan berlipat ganda kepada syarikat pengendali skim insurans tersebut. Saya minta pencerahan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang perkara ini. Penting untuk kerajaan negeri menjelaskan perkara ini agar apa yang berlaku kepada kerajaan persekutuan tidak berlaku kepada kerajaan negeri.
Seterusnya, saya hendak berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah mengambil saranan kami dipihak pembangkang pada tahun lalu untuk mengembalikan semula manfaat khairat kematian kepada waris warga emas yang meninggal dunia di bawah Skim Mesra Usia Emas. Walaupun jumlah RM500 ini jauh lebih kecil daripada jumlah tahun lalu sebanyak RM2500 tapi tak apalah sekurang-kurangnya pembangkang telah bersuara dan kerajaan telah mendengar dan tunduk kepada permintaan pembangkang ini. Sekurang-kurangnya buat masa ini adalah lebih baik daripada Baucar Jom Shopping RM100 setahun atau bersamaan 27sen. Jangan emosi sangat. Saya juga ingin menyentuh tentang Insentif Kediaman Komuniti Emas iaitu yang mana hotel De’Palma, Ampang akan diubahsuai bagi menyediakan kediaman komuniti bersepadu khususnya di kalangan warga emas. Persoalan saya bukanlah pada konsep yang hendak dicapai oleh kerajaan negeri sebaliknya saya ingin tahu berapakah jangkaan kos atau sewa yang akan ditetapkan bagi individu warga emas yang ingin tinggal di kediaman komuniti bersepadu ini serta
berapakah sasaran jumlah warga emas yang dijangka akan memilih untuk menyertai insentif ini. Walaupun konsep ini kedengaran baik namun kita juga tidak mahu ianya akan diambil kesempatan oleh sesetengah pihak untuk bersikap lepas tangan kepada ibu bapa mereka. Kekhuatiran saya apabila insentif ini dilaksanakan ada anak-anak yang akan membiarkan ibu bapa mereka secara bersahaja di kediaman ini kelak. Untuk itu saya ingin bertanya bagaimanakah kerajaan negeri mampu menghalang perkara sedemikian daripada berlaku apabila insentif ini terlaksana.
Pendidikan merupakan asas kepada kemajuan sebuah negara dan pendidikan juga adalah milik semua. Kita semua sedia maklum malah telah dinyatakan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Jumaat yang lalu kerajaan negeri mempunyai institusi pendidikan tinggi di bawahnya iaitu Universiti Selangor yakni UNISEL. Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) selain pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor iaitu STDC. Insentif bantuan yuran asas universiti yang diumumkan adalah satu insentif yang baik walau bagaimanapun peruntukan RM4 Juta ini tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar institusi di bawah kerajaan negeri Selangor sahaja. Seperti mana yang diakui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kedudukan kewangan ibubapa pelajar telah terjejas akibat pandemik COVID-19. Ramai ibubapa pelajar yang mengalami masalah kewangan akibat daripada hilang punca pendapatan. Justeru itu saya ingin mencadangkan kerajaan negeri membuka peluang kepada semua para pelajar anak Selangor untuk turut menerima bantuan khas pelepasan bagi yuran asas di mana universiti awam di seluruh negara. Jika jumlah RM4 Juta ini tidak mencukupi kerajaan negeri boleh tambah peruntukan sedia ada menerusi sumbangan anak syarikat kerajaan negeri mahupun jika perlu menggunakan rizab kerajaan negeri. Janganlah kerana kerajaan negeri tidak mahu berbelanja lebih sehingga akhirnya akan menyebabkan ramai pelajar terpaksa memberhentikan pengajian mereka. Bantulah pelajar ini. Jika tidak mahu menggunakan rizab kerajaan negeri mungkin juga wajar jika Yang Amat Berhormat Menteri Besar menangguhkan dahulu hasrat penubuhan Kerusi Menteri Besar dengan peruntukan RM5 Juta di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diumumkan pada Jumaat lalu. Ini juga saya tengok fasal saya tengok ini KUIS ini seolah-olah seperti pemberian geran kepada UPM. Dalam masa yang sama kerajaan negeri memberi pinjaman kepada UNISEL. Kita sedia maklum UNISEL sebelum ini telah pun menanggung hutang puluhan juta. Kenapa kerajaan negeri bagi lagi pinjam? Itu satu. Nak bagi pinjam kat Yayasan Selangor tak boleh? Ini lagi bagi pinjam kepada KUIS kepada UNISEL. Minta maaf kepada UNISEL. Sedangkan UNISEL menanggung hutang. Kita nak tahu juga sebenarnya berapa pelajar UNISEL ini. Dan kenapa perlu pula berapa bilangan pelajar di UNISEL ini sekarang. Dan kenapa pula kerajaan negeri seolah tidak yakin dengan UNISEL. Terpaksa memberi peruntukan geran RM5 Juta kepada EPF untuk melaksanakan penyelidikan. Tak percaya dengan UNISEL? Dalam bentuk geran pulak! Jadi saya kira sebab itu saya rasa.......
Sungai Air Tawar saya minta mencelah. Saya cadang bagilah peluang, inilah masanya. Kalau senyap, haa tak ada! Jangan macam tu. Sebenarnya, jangan macam tuuuu... Ini kita berdepan berdebat kerana rakyat betul tak?
Ya terus-terus, terus...
Haa kerana rakyat. Saya cadangkan supaya kerusi ini ditangguhkan dulu bukan tak boleh.. Tunggu keadaan yang sesuai. Kita settlekan dahulu masalah-masalah Universiti Selangor dan sebagainya Yayasan Selangor dan sebagainya ataupun bagi bantuan COVID yang perlu sekarang ini rakyat. Itu lagi penting kalau dikira. Terima kasih.
Saya setuju kak. Sebab tu saya tengok ini hanya untuk kajian penyelidikan kewangan ekonomi dan keusahawanan. Hanya kajian! Yang kita nak bagi geran RM5 Juta. Baik tadi saya kata peruntukan RM5 Juta ini digunakan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar di UNISEL dan sebagainya. Kita tak nak nanti rakyat kata “anak di rumah kelaparan kera di hutan disusukan”. Itu yang saya harapkan. Peruntukan RM5 Juta kepada UPM ini juga dilihat tidak kena pada tempatnya seperti saya perkatakan tadi yang mana KUIS dan UNISEL merupakan milik kerajaan negeri diberikan hanya berbentuk pinjaman sebanyak RM35 Juta bagi memastikan operasi mereka diteruskan. Seterusnya berkenaan dengan belanjawan 2021, juga menyaksikan kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM15 Juta dalam bentuk pinjaman kepada Yayasan Hijrah Selangor bagi menyediakan kemudahan pinjaman di bawah Program Hijrah. Jumlah sebenarnya adalah 50% lebih rendah berbanding peruntukan pada tahun lalu iaitu berjumlah RM30 Juta. Seperti yang kita ketahui pandemik COVID-19 yang memaksa Pemerintah Kawalah Pergerakan, PKP dilaksanakan telah menjejaskan aktiviti perniagaan di seluruh negara terutamanya peniaga-peniaga kecil.
Dalam konteks ini, para peminjam di bawah Program Hijrah pastinya turut menerima kesannya. Selain itu walaupun Hijrah Selangor telah melaksanakan moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan antara bulan Mac hingga Jun yang lalu, saya percaya sehingga kini masih ramai usahawan atau peniaga kecil dalam kalangan peminjam Skim Hijrah yang masih menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik pinjaman mereka. Tambahan pula Selangor ketika ini di dalam fasa PKPB pastinya ramai usahawan dan peniaga kecil ini tidak mampu menjalankan aktiviti perniagaan mereka yang akhirnya menyukarkan mereka untuk membuat bayaran balik. Dalam keadaan ini adakah pihak Yayasan Hijrah Selangor atau kerajaan negeri sendiri ada membuat semakan tentang keadaan perniagaan mereka? Mungkinkah adalah di antara mereka ini yang tidak lagi berupaya meneruskan perniagaan mereka kerana terlalu terkesan dengan keadaan semasa? Maka oleh sebab itu saya ingin mencadangkan agar moratorium bayaran balik pinjaman dilaksanakan semula sekurang-kurangnya sehingga penghujung tahun ini apabila PKPP tamat pada 31
Disember. Dan jika sampai ke penghujung tahun ini keadaan pandemik COVID-19 masih belum stabil sehingga memerlukan PKPP diteruskan untuk tempoh selanjutnya maka ada baiknya untuk moratorium turut ditawarkan kepada peminjam dengan syarat-syarat tertentu seperti mana yang dilaksanakan oleh bank-bank ketika itu. Dalam keadaan para peminjam tertekan dengan keadaan untung rugi, peminjam perniagaan mereka yang tidak menentu kerajaan negeri juga perlu memainkan peranan untuk membantu mereka degan tidak terus menekan agar bayaran balik dibuat. Jika ini dapat dilaksanakan sudah pasti para peminjam dapat menarik nafas lega sehinggalah perniagaan mereka benar-benar pulih dan operasi mereka dapat dijalankan seperti sebelum ini. Seperti yang telah disebutkan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP telah menjejaskan segala aktiviti perniagaan sama ada kecil-kecilan mahupun besar. Perniagaan kecil-kecilan ataupun Industri Kecil Sederhana, IKS lebih-lebih lagi sangat memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan pada ketika ini.
Kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan yakni PBT harus prihatin kepada nasib golongan peniaga ini. Untuk itu saya ingin mencadangkan agar golongan ini dikecualikan daripada bayaran atau fi lesen PBT yang dikenakan ke atas mereka bagi tahun hadapan. Sudah tentu mereka perlu mempunyai serta memperbaharui lesen perniagaan dan operasi mereka. Namun bagi menjamin kelangsungan dan mengurangkan beban kepada mereka maka adalah wajar perkara ini dilaksanakan dengan pelaksanaan cadangan ini sudah pasti PBT tidak mampu mengaut sasaran hasil mereka tetapi pengecualian bayaran fi ini mampu ditampung oleh kerajaan negeri menerusi kaedah pindahan wang daripada kantung kerajaan negeri kepada PBT. Dengan kaedah ini PBT masih mampu mencapai sasaran pungutan hasil mereka. Para peniaga juga tidak dibebani dengan keperluan membayar lesen operasi mereka. Saya sangat yakin kerajaan negeri Selangor yang sering melaungkan slogan negeri kebajikan mampu memberikan situasi win-win ini kepada pihak BPT mahupun peniaga. Berkenaan saya juga ingin berpindah kepada isu perumahan atau...
Saya juga ingin mencelah sebelum itu berkaitan dengan Program Hijrah ya. Kita dimaklumkan dahulu bahawa apabila dimulakan Program Hijrah ni pulangan balik daripada peminjam-peminjam ini adalah sangat cantik. Dan pada hari ini saya dapat maklumat daripada pegawai hijrah yang pulangan tidak sebegitu baik yang kemungkinannya adalah disebabkan oleh sistem yang telah kita ubah yang kalau dulu dia sistem berkumpulan, mereka berjumpa setiap minggu mereka berbincang mereka mungkin akan berasa malu untuk tidak membayar, ataupun kelompok itu bertanggungjawab. Tetapi apabila sistem ini ditukar dia menyebabkan keadaan sebegini hatta saya dimaklumkan ada peminjam-peminjam daripada kalangan Ahli Majlis bukan disebabkan oleh faktor wabak pandemik COVID-19 ni tetapi memang seolah-olah ada sesuatu faktor kedegilan untuk membayar semula. Adakah Yang Berhormat setuju kalau kita pulangkan balik sistem dahulu yang mungkin membantu untuk proses pemulangan balik dan akhirnya kita boleh berikan peluang kepada orang lebih ramai lagi terutamanya peniaga.
Ya saya setuju. Sejangkang, terima kasih. Saya masukkan dalam perbahasan saya. Saya ingin berpindah kepada isu perumahan atau secara fokusnya kepada Program Rumah Selangorku. Bercakap tentang Rumah Selangorku juga kita semua pada awalnya kebanyakan projek dilaksanakan oleh pemaju dan juga merupakan anak syarikat kerajaan negeri iaitu PKNS. Namun selepas beberapa ketika Projek Rumah Selangorku ini juga turut dilaksanakan oleh pihak-pihak pemaju swasta. Keadaan ini telah memaksa kebanyakan projek rumah Selangor dibina bagi jenis B dan ke atas dengan harga jualan RM100 Ribu hingga RM250 Ribu. Disebabkan ini maka wujudlah Rumah Selangorku Impian dan Rumah Selangorku Harapan. Keadaan ini berlaku disebabkan kebergantungan yang tinggi kerajaan negeri terhadap hasil premium tanah berbanding pembangunan projek menerusi anak syarikat kerajaan negeri sendiri yang tidak begitu menguntungkan kerana mereka dikecualikan bayaran premium tanah. Kerajaan negeri memilih untuk membenarkan lebih banyak...
Sungai Air Tawar, sila duduk. Pukul 1.00. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan 1.00 tengah hari. Dengan itu saya menangguhkan Dewan hingga jam 2.30 petang.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Dewan disambung semula, dipersilakan Sungai Air Tawar.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi saya untuk menyambung perbahasan saya pada sesi petang ini. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan Rumah Selangorku, seperti mana yang kita tahu Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar baru sahaja mengumumkan satu pembinaan perumahan yang dipanggil Rumah Idaman. Saya kira ini bukanlah satu perkara yang tidak baik, memang di alu-alukan tetapi dalam masa yang sama, saya ingin memberi penekanan agar pihak Kerajaan Negeri tidak hanya berfokus kepada penjenamaan demi penjenamaan. Sebaliknya perlu melihat balik, projek-projek yang dah dibuat ini, banyak saya difahamkan terbengkalai, ya terbengkalai. Saya ambil contoh di Ladang Air Manis, di Ladang Air Manis ini dulu perumahan ini dibuat oleh PNSB yang mana sudah tertangguh lebih 8 tahun saya kira. Dari zaman Yang Amat Berhormat Menteri
Besarnya Tan Sri Khalid sehinggalah kepada Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Sudah lebih 8 tahun dan projek itu pula, dia punya status bukan terbengkalai, statusnya belum bermula. Statusnya belum bermula, dia tetap jatuh projek terbengkalai sebab dia mula pun belum dan telah pun menelan belanja sehingga RM26 juta telah dibelanjakan. Yang mana saya difahamkan kos penambahan saja mencecah sehingga RM18 juta termasuk membina rumah contoh keseluruhan mencecah sehingga RM26 juta.
Lepas itu dulu asalnya di bina nak bina rumah murah, lepas itu nak bina pula RNR ia untuk membantu peniaga-peniaga kecil. Sekarang saya difahamkan ada RNR ini pun tak boleh dibuat di tapak itu hendak dipindahkan ke tapak lain. Sedangkan dulu waktu PNSB minta tanah ini, Kerajaan Negeri bagi salah satunya adalah untuk membina RNR di kawasan situ. Walaupun hendak dibina tetapi sudah ditukar tempat, bila ditukar tempat keadaannya dah tak strategik seperti mana tempat asal. Sebab itu saya minta agar Kerajaan Negeri perlu melihat berkenaan dengan rumah di Ladang Air Manis ini yang telah pun terbengkalai lebih 8 tahun. Bila kita buat lawatan bersama SELCAT, hari itu kata akhir last Disember 2020. Tetapi saya difahamkan pula, hendak dibawa ke tahun hadapan, dah bersifat JV pula, dah bersifat JV. Soal ini yang dibelanjakan RM26 juta ini macam mana? Ini dah menyebabkan kerugian, sebab itu kita hendak perancangan bagus tetapi Kerajaan Negeri perlu pantau berkenaan perkara-perkara ini. Kalau tak boleh letaklah Yang Berhormat Adun ini dalam board PNSB supaya mereka semua boleh buat kerja, pantau perkara seperti ini. Ini lepas saja kepada beberapa orang dalam PNSB ini board nya saya tengok orangnya itu juga.
Bila lambat macam ini yang kena jawab Kerajaan Negeri. Sebab itu saya jawab ...
Sungai Air Tawar, hendak mencelah boleh?
Hah, boleh.
Ada yang kata jangan mencelah tapi hari ini saya mencelah sikit saja. Setuju tak kalau saya cadangkan kepada EXCO Perumahan supaya menangguhkan dulu, tunggukan dulu persiapkan rumah-rumah Selangorku yang dulu tak siap-siap ini. Rakyat marhaen di luar sana perlukan rumah tambah pula pandemik COVID-19 ini. Jadi tidak salah untuk bina yang lebih baik tapi siapkan yang ini dulu. Jadi kita boleh fokus pada kerja kita bukan takat touch n go tetapi kita buat lebih proper dengan izin, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Jadi kita minta itu belum lagi saya difahamkan ada beberapa projek, ada beberapa projek Rumah Selangorku yang juga turut terbengkalai tak silap saya ada di Kajang dan ada di beberapa tempat yang terbengkalai. Jadi saya minta sangat Kerajaan Negeri memandang serius berkenaan dengan segala projek-projek yang sedang
terbengkalai mahupun belum lagi dilaksanakan. Ini adalah menunjukkan imej, kredibiliti Kerajaan Negeri dalam mengurus projek-projek yang mereka telah lancarkan. Akibatnya perkara ini berlaku, banyak rumah yang ditawarkan di bawah Skim Rumah Selangorku masih tidak mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah di negeri ini. Selain itu saya juga terkejut dengan pengumuman Menteri Besar dalam pembentangan yang menyebut tentang insentif galakan pembinaan Rumah Mampu Milik. Menerusi insentif ini Kerajaan Negeri akan membenarkan pemaju untuk membega syarat dari Rumah Selangorku Jenis A, Jenis B, Jenis C atau Jenis D. Menerusi ayat yang digunakan Menteri Besar ini, saya membayangkan pemaju yang sepatutnya membina Rumah Selangorku Jenis A yang berharga maksimum RM42,000.00 bolehlah menukar kepada Rumah Selangor Jenis E yang berharga maksimum RM250,000.00. Apabila ini berlaku pastinya menyukarkan lagi golongan B40 yang berpendapatan rendah untuk memiliki Rumah Mampu Milik. Keputusan Kerajaan Negeri ini dilihat seolah-olah menyebelahi pihak pemaju.
Untuk mencapai keuntungan yang lebih tinggi sambil menidakkan keperluan rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. Dengan nilai jualan antara RM100 ribu hingga RM250 ribu pastinya menyebabkan individu atau keluarga pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sukar mendapat pinjaman bank. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu mereka yang bergaji lebih RM5,000 juga belum tentu mudah mendapat pembiayaan apa tah lagi mereka yang berpendapatan rendah. Jadi saya minta Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan ini. Jangan menjadi sebuah Kerajaan yang mesra pemaju sebaliknya jadilah pemudah kepada rakyat negeri ini untuk memiliki rumah mereka sendiri.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.24 juta bagi tujuan membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur sukan. Selain itu, peruntukan sebanyak RM27.9 juta juga turut diperuntukkan kepada aktiviti pembangunan sukan. Jadi saya hendak tanya aktiviti pembangunan sukan ini, kita hendak tahu perincian dia, sebab kita tahu tahun depan ada SUKMA. Adakah dia adalah perbelanjaan SUKMA atau pun ia juga adalah kos untuk menampung hutang yang sedia ada di Majlis Sukan Negeri Selangor. Saya difahamkan sebelum ini, Majlis Sukan Negeri Selangor menanggung hutang puluhan juta. Saya membuat lawatan melihat Pusat Gimnastik ya, Pusat Latihan berada dalam keadaan yang sangat uzur ya. Kita adalah pengeluar atlet terbaik negara. Tetapi kita tak menyediakan ruang dan tempat untuk melatih atlet itu. Tidak menggambarkan Kerajaan Negeri bersedia, jadi saya kira ini satu keadaan yang amat mendukacitakan. Lebih-lebih lagi saya ada membuat lawatan ke Akademi Bola. Saya tengok Akademi Bola ini dibuat dalam keadaan idea yang cukup bagus. Ideanya baik, cantik bangunannya tetapi pelaksanaannya itu yang menjadi pertikaian. Bila kita pergi dalam keadaan tidak terurus ya, bumbung bocor, barang-barang sedia ada rosak tidak dipakai. Bukan rosak dipakai, rosak usang tidak dipakai. Negeri lain belum tentu ada, negeri kita dah ada hendak mengurus pun tak boleh. Sebab itu saya kata Kerajaan Negeri Selangor hari ini berdepan krisis pengurusan. Aset Kerajaan Negeri sendiri, esok dah usang tak akan hendak jual juga
sebab tak untung jual. Jadi tak bolehlah bagi saya kata ini kenalah ambil tanggungjawab, tengok balik hidupkan balik akademi bola ini. Akademi bola dekat tempat lahir Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini, berapa maju sekarang ini Negeri Johor tak cemburu ke kita, tidak cemburu ke kita?. Ini belum lagi saya tengok Kerajaan Negeri cuba membelanjakan, ada saya tengok ini satu program, pembangunan Uni-Sport City yang boleh membawa pulangan sehingga RM8 Billion akan dibuat di perkarangan Stadium Shah Alam, bagus program ini tapi tidak ada ke bajet hendak repair Stadium Shah Alam. Stadium Shah Alam ini adalah mercu tanda Negeri Selangor ya. Inilah yang menjadi kebanggaan rakyat di Negeri Selangor dan ia juga menjadi semangat kepada pemain-pemain sekiranya kita ada mempunyai stadium yang besar, lengkap dan luas.
Sungai Air Tawar, boleh saya tanya.
Boleh, boleh.
Yang dimaksudkan Stadium Shah Alam ke Stadium Melawati ke atau pun Stadium Bola Sepak?
Stadium Bola Sepak Yang Berhormat Seri Setia. Sekejap, saya hendak ambil ini ya. Saya tertengok ada satu di Instgram ya, di Instgram Tengku Bib, dia beritahu Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor boleh tersangkut dalam lif, dalam lif di Stadium Shah Alam boleh sangkut. Ini satu perkara yang mengejutkan saya, memalukan kita. Raja Muda boleh sangkut dalam lif, lif pun dah tak fungsi, sudahlah bumbungnya roboh, satu persatu cabut belum lagi kita tengok mungkin pemadam kebakaran berfungsi ke tidak. Jadi macam mana akhirnya Selangor yang dikatakan negeri maju ini, orang tengok, pelabur datang, pelancong tengok pun malu. Orang muda hari ini pergi luar negara first dia pergi mana, dia pergi tengok stadium bola. Ini antara tempat-tempat yang boleh dijadikan tempat pelancongan pun. Boleh mendatangkan hasil lagikan Selangor mempunyai trek-trek rekod, mempunyai pencapaian yang cukup baik antara negeri yang mempunyai trek-trek rekod kemenangan yang tertinggi di dalam negara kita. Sudah pasti kalau pelancong datang ke Negeri Selangor dia hendak tengok sebuah pasukan bola sepak yang mempunyai trek rekod yang baik. Salah satunya berada di Negeri Selangor, kita negeri yang paling banyak menang Piala Malaysia. Tapi kalau tengok adalah stadiumnya besar, ada betul. Pergi tengok indah khabar daripada rupa, bumbungnya habis tercabut, lif pun tak boleh tersangkut orang dalam lif. Itu belum lagi fasal keselamatan dan sebagainya, jadi sebab itu perlu difikirkan kita janganlah sampai dah rosak, sampai dah roboh baru hendak carikan bajet. Kerajaan Negeri perlu fikirkan macam mana hendak hidupkan balik Stadium Selangor ini. Boleh ke saya sarankan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar belajar dengan TMJ dekat Johor, macam mana hendak menghidupkan balik Kelab Bola ini di tempat negeri kelahiran beliau. Ini kita, saya selaku anak Negeri Selangor berharap sangatlah agar stadium Selangor ini sebelum ini menjadi lambang mercu tanda kepada kebanggaan rakyat
Selangor ianya perlu diberi nafas baru. Di samping itu saya juga melihat masalahnya ialah masalah pengurusan ini. Kita tengoklah juga ya, saya celahkan sekali, Bangunan Annex itu bumbung-bumbung pun dah mula bocor, ini saya kata dah perlu ada bajetlah daripada keluarkan RM5 juta tadi hendak buat 5G yang belum tentu jadi, baik RM5 juta ini belanjalah maintenance Bangunan Annex ini. Bumbung pun dah mula bocor dan sebagainya. Jangan dah roboh satu-satu baru kita hendak cari bajet repair dan sebagainya.
Timbalan Speaker boleh saya mohon penjelasan sebab kita akan jawab soalan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, cuma saya mohon penjelasan perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang tadi adalah perkara yang dibangkitkan dalam PAC. Adakah Yang Berhormat setuju yang kesemua masalah yang dibangkitkan dalam kategori kuning dalam oleh itu kita telah hijaukan iaitu kita telah selesaikan.
Sudah, yang dibangkitkan di dalam PAC sudah dijawab. Tetapi hasil lawatan kami, hasil lawatan realitinya hasil lawatan itu memang sepatutnya Kerajaan Negeri perlukan pusat yang jauh lebih cantik. Jadi sekiranya Kerajaan Negeri ada perancangan, baiklah sebab itu kita minta Yang Berhormat Paya Jaras boleh bentangkan. Maksudnya saya minta harap duit ini adalah duit pembangunan. Dengan duit ini akhirnya akademi bola kembali terurus. Dengan duit ini pusat sukan semakin cantik dan menarik. Jangan duit yang disebut ini, esok duitnya habis di belanja keadaannya masih macam itu, rupanya bayar hutang dan sebagainya. Bolehlah bayar tapi untuk meneruskan ini mesti ada juga supaya kita nampak ada peningkatan demi peningkatan, ada progress demi progress di dalam fasiliti sukan di Negeri Selangor ini.
Seterusnya saya menyentuh berkenaan sebagai Wakil Rakyat kawasan berkenaan pertanian. Sebagai wakil rakyat yang mana aktiviti pertanian dan perikanan menjadi sumber utama ekonomi penduduk. Saya sangat kecewa dengan pengumuman belanjawan ini yang langsung mengetepikan malah tidak ada langsung menyebut perkataan petani, pesawah, pekebun kecil, penternak dan juga nelayan. Tiada langsung pengumuman Menteri Besar yang memberi penekanan kepada golongan ini. Yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar hanyalah tentang penggunaan teknologi dalam pertanian yang sukar dibayangkan oleh golongan ini. Apa sudah jadi dengan gugusan perikanan dan akuakultur di Kuala Selangor dan Sabak? Bagaimana pula dengan gugusan pertanian dan industri asas tani bagi kawasan Tanjong Karang dan Sungai Tawar? Jika tidak lepas pun, ada juga disebut tentang insentif seperti input pertanian, kerja-kerja awalan tanah dan benih-benih tanaman dan ikan. Namun pada kali ini, tiada langsung bunyi ataupun bayangan. Saya tidak pasti sama ada Yang Amat Berhormat Menteri Besar terlepas pandang atau sengaja melepaskan pandangan tetapi yang nyata ramai rakyat menjadi pengusaha tanah dan laut begitu kecewa dengan belanjawan ini, kosong, tiada langsung pengumuman insentif mahupun bantuan kepada mereka. Saya juga ingin
menyebut bahawasanya Sabak Bernam, daripada Sabak Bernam sehingga Kuala Selangor, kita menjadi antara pengeluar padi terbesar di dalam Negeri Selangor dan dalam negara. Sebab itu saya tengok tak ada langsung belanjawan khusus ya, untuk membantu pesawah-pesawah di kawasan ini yang mana hari ini mereka rata-rata mengeluh di kawasan Sekinchan dan tempat Yang Berhormat YB Speaker, Yang Berhormat Speaker mengeluh bila mana padi tidak menghasilkan seperti mana yang diharapkan. Tak ada bantuan benih daripada Kerajaan Negeri, begitu juga dulu di tempat saya DUN Sg. Tawar ya, tak silap saya umum untuk menjadi tanaman nanas MD2 dan juga roselle. Saya tengok perancangan itu cukup bagus, saya mengalu-alukan. Tetapi sehingga kini saya tengok tak bermula lagi. Sebab itu saya nak kan status jawapan. Saya ada tertengok dulu satu video pendek. Perancangannya hebat. Dia nak buat tempat pertanian, siap boleh drive through lagi. Ada video drive through lagi beli. Beli buah tak payah pergi drive through, boleh beli sayur dan sebagainya. Kalau boleh laksana baguslah. Tapi jangan angan-angannya sahaja. Jangan angan-angan sahaja. Tapi realitinya sampai sekarang tak jalan, tak mula pun. Jadi, biarlah angan-angan tak tinggi tapi nampak hasilnya. Ada mula, daripada angan-angan setinggi gunung, mula pun tidak lagi.
Ok Yang Berhormat.
Terima kasih Ketua Pembangkang. Saya nak tanya kepada Ketua Pembangkang sama ada Ketua Pembangkang ini setuju untuk Kerajaan Negeri melihat semula suatu jumlah kewangan yang agak substantial, yang agak mencukupi ya, untuk Kerajaan Negeri lihat sebagai pembangunan kepada pertanian, terutamanya padi kerana beras adalah makanan ruji kepada kita. Saya kira, saya dapat maklumat juga sebahagian daripada sawah-sawah juga sudah tidak dibangunkan di sana. Apa salahnya kalau peruntukan yang agak mencukupi dibangunkan dan saya kira ini juga termasuk dalam jaminan bekalan makanan terutamanya makanan ruji kita. Mungkin kalau tidak ada sawah lagi Kerajaan Negeri boleh, sama ada menyewa tapak sama ada di luar daripada Negeri Selangor dan sebagainya kerana saya cukup terasa apabila ke hari ini kalau kita lihat Singapura yang tidak ada sawah tetapi boleh menjadi pembekal padi utama di dunia. Apa pendapat Yang Berhormat?
Saya setuju Yang Berhormat Sijangkang, saya masukkan dalam Perbahasan saya. Saya betul, padi ni Negeri Selangor pernah menjadi negeri pengeluar padi terbaik dalam negara. Maksudnya, padi kita mempunyai kualiti terbaik dan penghasilannya banyak. Biasa orang buat sawah satu ekar, satu keping, mungkin tiga (3) – empat (4) tan tetapi di Selangor dulu pernah sampai satu keping sepuluh (10) tan pun pernah. Maksudnya, kita pernah menghadapi, mengalami kegemilangan dalam industri pertanian padi ini. Tapi malangnya, pada hari ini rata-rata petani mengeluh, mengeluh. Jadi, saya minta Kerajaan Negeri carilah kenapa puncanya boleh jadi macam ni. Buatlah balik apa-apa program yang mampu melahirkan balik pesawah-pesawah ataupun petani-petani
moden yang akhirnya boleh menjana pendapatan kepada rakyat dan juga Kerajaan Negeri Selangor.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, seterusnya Belanjawan 2021 seharusnya lebih tertumpu pada usaha kembalikan kestabilan ekonomi negeri ini. Fokus juga seharusnya diberikan bagi membantu rakyat yang terjejas akibat Pandemik Covid-19. Ini bukan masa untuk Kerajaan Negeri untuk berjimat cermat. Kerajaan Negeri tidak perlu takut untuk berbelanja termasuklah tidak perlu, termasuklah jika perlu menggunakan rizab Kerajaan Negeri. Tiada masa yang lebih sesuai untuk rakyat merasai hasil yang selama ini dikutip oleh Kerajaan Negeri. Tetapi pada masa yang sama, ia juga bukanlah masa untuk Kerajaan Negeri berbelanja secara sambil lewa. Dengan melaksanakan program yang tidak memberikan keuntungan dan manfaat kepada kumpulan besar rakyat di negeri ini. Apabila saya meneliti satu persatu perancangan yang diperuntukkan di bawah belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat lalu, terlalu banyak kelompangan yang tidak memenuhi keperluan dan kehendak rakyat serta tidak kena pada masanya. Atas kesedaran itu, sokongan kami kepada Belanjawan 2021 ini adalah bersyarat. Kami boleh menyokong insentif yang memberi keuntungan rakyat namun kami menolak sekeras-kerasnya apa-apa bentuk program yang tidak memberi manfaat yang jelas dan terperinci kepada rakyat di negeri ini. Dan sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin nak sentuh sikit berkenaan dengan tadi, Smart Selangor tadi, saya baru dapat data. Saya tengok ni data ada tiga (3) pelaksanaan. Iaitu Smart Selangor ada 77 unit ya, Smart Selangor ada 77 unit, dia boleh bekal sehingga 100 mbs (megabyte per second) tetapi TM, dia membekalkan ada Streamyx tapi cuma boleh bekal 45 dan 8 mbs (megabyte per second). Ada 427 unit, saya rasa ini dah tak relevant dah, dah tak payah sambung lah kalau 427 unit ni, cuma 458 megabyte per second, memang tak boleh pakai. Lepas itu, Unifi dia 30/50 dan 100 megabyte per second. Ini melibatkan 2940, saya ingat 30 pun dah tak sesuai 50, 100 megabyte per second boleh dikekalkan. Dan Celcom, data langsung tak sebut, 219 unit. Jadi, saya ingat ini lah, tadi saya minta Smart Selangor lepas ini, kalau nak berbelanja nak buat tadi tu, wifi tu balik, pergi check balik lah. Mana-mana yang tak berfungsi pastikan selepas ini berfungsi. Jadi, sekali lagi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi saya berbahas pada hari ini. Sekian.
Saya persilakan Bukit Lanjan.
Terima kasih, Tuan Speaker.
Mentari Terbit Di Ufuk Timur Cahayanya Tajam Mencerah Bumi Usah Di Himpit Mencurah Lumpur Jiwa Terpendam Memecah Jati
Salam sejahtera, salam reformasi, awal kalam ayuhlah kita bertafakur sejenak menginsafi akan pandemik yang terjadi ini agar kita bermuhasabah diri sendiri, keluarga, saudara mara untuk mengakui bahawa sesungguhnya kebersatuan, kesetiaan dan kesabaran adalah kunci asas kekuatan dan keharmonian. Juga amat bersyukur dengan doa dan izinnya dapat kita bersama dalam Sidang Dewan Negeri Selangor kali ini walaupun ada cubaan untuk meletakkan Malaysia dalam keadaan darurat. Cubaan ini untuk meminggirkan sistem demokrasi di negara ini, akhirnya gagal menjadi realiti.
Yang dihormati Tuan Speaker, yang diraikan Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri, yang dikasihi petugas-petugas dan kakitangan awam. Para pemerhati dan rakyat Selangor sekalian dan yang paling kita hargai, seluruh barisan hadapan yang gigih memerangi Corona Virus. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua petugas, khasnya barisan hadapan Hospital Sg. Buloh Selangor atas pengiktirafan Anugerah Kesihatan Global 2020 (Ahli-Ahli Dewan bertepuk tangan) kerana komitmen serta usaha gigih mereka dalam merawat serta usaha mereka untuk memastikan penularan Covid-19 dapat diberhentikan. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dalam tugas mereka. Juga tidak lupa, pada pasangan dan juga ahli keluarga yang terpisah sejak bermulanya PKP sehingga hari ini. Jasa kalian amat besar dan tidak terbalas. Nama kalian kekal terpahat dalam sejarah, #kitaadalahfrontliners.
Tuan Speaker, syabas dan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar dan pasukannya, yang telah mengkaji dan menyusun strategi belanjawan yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai satu tunggak keutamaan. Memang benar pandemik ini menderitakan mental, emosi, kewangan dan ekonomi yang membimbangkan hati nurani setiap keluarga. Sektor pendidikan terbantut, sektor industri pembuatan dan sektor perkhidmatan kita pula sedang melawan arus sedaya upaya demi mempertahankan keupayaan mereka untuk terus menjana pendapatan. Namun kita bersyukur dengan adanya pasukan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor yang kuat dalam menggembelengkan tanggungjawab membela kebajikan rakyat. Selangor sudah lama mengamalkan belanjawan yang adil dan membanggakan tetapi untuk tahun 2021 ini, sudah tentu ia lebih mencabar. Keupayaan Negeri Selangor yang menganggarkan perbelanjaan mencecah RM2.23 Billion ini mencerminkan keupayaan pimpinan negeri ini untuk terus mentadbir inisiatif pengurusan dan pembangunan yang diperincikan sangat jelas iaitu untuk mengekalkan dan kalau boleh mengangkat mutu kualiti hidup rakyat di Negeri Selangor.
Tuan Speaker, Ahli-Ahli Dewan yang dihormati, di hujung tahun 2019 kita telah diberitakan dengan tersebar wabak Corona Virus di daerah Wuhan, China dan tersebar luas ke seluruh dunia. Malaysia tidak terlepas daripada bencana ini yang telah mengancam keselamatan nyawa semua. Di kala itu, barisan hadapan kita dan Kerajaan Pakatan Harapan masa itu telah merangka strategi mampan untuk mendepani pandemik ini. Namun dalam kesungguhan kita menangani pandemik ini,
ada segelintir yang mengkhianati amanah rakyat menyebabkan ketidakstabilan politik dalam negara ini. Sedangkan pada masa itu, fokus utama Kerajaan ialah untuk mengawal wabak dan dari terus tersebar. Memetik kenyataan mantan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dr. Zulkifli Ahmad bahawa rangka kerja dan fokus mengurus krisis Covid-19 telah di hijack dan dengan keberantakan langkah Sheraton. Moga ini menjadi pengajaran kepada generasi muda dan semua khususnya pemain-pemain politik yang berkepentingan. Walaupun begitu, Kerajaan Negeri Selangor terus cekal dan tekad dengan agenda untuk menyelamatkan rakyat. Aplikasi Selangkah yang dimajukan oleh syarikat tempatan ini berupaya menjejak dan mengawal pergerakan rakyat bagi memastikan keselamatan mereka. Manakala aplikasi MySejahtera yang kemudiannya dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan juga merupakan satu penjejak pengkalan data yang baik. Namun begitu, ada sedikit kegusaran, apakah benar tidak ada perkongsian data dan maklumat dengan Kerajaan Negeri? Saya memohon Kerajaan Negeri untuk memberi penjelasan penuh tentang keadaan tersebut. Andainya penggabungan dua (2) aplikasi ini sejajar dan adanya perkongsian terbuka, maka yang mendapat kebaikan adalah rakyat bukan pemimpin yang berselindung di sebalik SOP dan kekebalan. Ingatkah kita pada bulan Mac 2020 yang lepas, apabila Kerajaan Persekutuan yang baru pada masa itu tidak melibatkan Negeri Selangor dalam Mesyuarat Khas Covid-19? Bukankah pandemik ini melangkaui batas politik? Mungkin tidak bagi mereka. Jadi, pada 23 Oktober yang lalu, satu mesyuarat iaitu Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Covid-19 telah berlangsung untuk berbincang mengenai Perolehan Vaksin Covid-19 yang dijangka akan diperolehi pada suku pertama tahun 2021. Adakah Kerajaan Persekutuan akan berkongsi maklumat dan melibatkan Kerajaan Negeri Selangor kali ini atau sekali lagi berdiam seribu bahasa. Sudah tentu sebuah Negeri yang maju seperti Selangor dengan jumlah penduduk yang paling ramai di Malaysia boleh memainkan peranan penting seperti dalam pengagihan ataupun pembuatan vaksin. Tuan Speaker, Selangor sebagai satu pusat yang strategik dan hub teknologi yang maju ia ada kapasiti untuk mewujudkan satu pusat pembuatan vaksin di Negeri ini dan saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri untuk melihat cadangan ini bersama dengan GLC-GLC nya. Daripada segi pencapaian pengangkutan dan kepakaran teknologi ai kelebihan kepada Negeri Selangor mengapa ia sangat wajar diwujudkan. Ingin saya tekankan di sini proses vaksinasi ini mesti dijalankan serentak di seluruh negara dan seluruh rakyat. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri harus juga mengambil inisiatif bersama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membuat saringan secara meluas. Pada masa ini kita ada saringan secara targeted ataupun fokus. Jadi penggunaan Antigen Rapid Test Kit (RTK) iaitu kit ujian untuk mengenal pasti penyakit COVID19 secara pantas dan drastik boleh digunakan. Saya amat mengharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Negeri dalam membuka saluran komunikasi dengan lebih afektif agar maklumat lebih teliti dan segera dapat di kongsi bersama Kerajaan Negeri dan juga penduduk Negeri Selangor. Berhubung perkara ini saya juga ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat tidak harus tunduk kepada sebarang intimidasi politik, saya menekankan perkara ini dengan rasa sedikit kecewa kerana maklumat
yang kita terima daripada Pasukan Petugas Selangor COVID19 ataupun STFC daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak membekalkan data mentah ataupun granular data dengan izin untuk kegunaan Negeri. Saya ingin mengulang kenyataan Pengerusi STFC iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada masa itu dengan izin “you as us to box in the ring but you blindfull us” kamu panggil kami berlawan dalam gelanggang tetapi mata kami dibutakan. Wahai teman-teman di dalam Kerajaan Persekutuan ini melibatkan nyawa rakyat Selangor. Tanpa pemberian maklumat yang tepat dan betul dan segera, tanpa kerjasama yang menyeluruh dengan penutupan perniagaan perjalanan ekonomi di Negeri Selangor maka terlintas di fikiran saya bahawa perintah kawalan yang dikenakan pada masa ini terhadap Negeri Selangor mungkin ada sebab-sebab yang lain. Rakyat juga kian runsing akan kaedah penyampaian dan pemberitahuan SOP yang tidak tersusun dan bercelaru. Bukan itu, ya Taman Templer silakan.
Terima kasih Yang berhormat Bukit Lanjan. Terima Kasih Tuan Timbalan Speaker. Soal COVID19 soal vaksin ya betul vaksin kita tidak dapat lagi mungkin setahun, mungkin 2 tahun #Kitajagakita tapi #kitajagakita untuk rakyat sahaja. Hendak tanya pandangan yang Berhormat Bukit Lanjan ini, peraturan undang-undang dibuat untuk rakyat lain, untuk menteri lain antara dua darjat. Diskriminasi dilakukan oleh Kerajaan pada masa ini. Kalau rakyat yang buat salah tidak kuarantin kena denda kena penjara tetapi Menteri boleh bebas sewenang-wenangnya. Minta komen dan pandangan daripada Bukit Lanjan, terima kasih.
Ini pandangan Bukit Lanjan bukan pandangan Kerajaan Negeri ataupun BBC tetapi pandangan saya ialah memang saya rasa sesuatu yang tidak masuk akal iaitu rakyat biasa boleh di denda RM1,000.00 tidak pakai mask ataupun mask nya di dagunya tetapi kalau ada Menteri atau Ahli Politik, VIP tidak pakai kita tidak dengar mereka di denda, betul atau tidak. Jadi pada masa yang sama saya tidak setuju mana-mana pihak di hukum, didenda dan sebagainya kita masih ada masa untuk menjalankan pendidikan kepada orang awam mengapa pentingnya kita pakai mask, mengapa kita perlu cuci tangan dan sebagainya. Saya rasa itu lebih penting iaitu kita jangan hukum tetapi kita mendidik tetapi kalau memang ada undang-undang sedia ada yang digunakan di atas rakyat adalah tanggungjawab kita sebagai Wakil Rakyat untuk memastikan bahawa VIP-VIP, Menteri-menteri ataupun EXCO-EXCO di Negeri Selangor mereka juga boleh dihukum dengan undang-undang yang sama. Jadi bolehkah saya teruskan Taman Templer. Terima kasih jiran saya. Jadi rakyat juga kian runsing akan kaedah penyampaian dan pemberitahuan SOP yang tidak tersusun dan bercelaru. Bukan sahaja itu, pengumuman saat-saat akhir membuat semua pihak rasa tidak selesa dan susah. Wajar kah bagi sebuah Kerajaan Persekutuan yang mentadbir sebuah Negara menjadikan amalan untuk mengumumkan pada minit terakhir pada kala Pandemik ini banyak perancangannya terpaksa dipinda berulang kali dan ini secara langsung membantutkan perjalanan ekonomi setempat. Malah bagi pihak firma-firma yang
mengalami kerugian mata wang hanya disebabkan informasi daripada Kerajaan yang tidak tersusun ia amat mengecewakan. Sekurang-kurangnya perkara seperti yang saya sebutkan tadi perlu di rancang dan perlu dibincangkan bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor kerana kita adalah Kerajaan di sini kita tahu apa yang diperlukan oleh rakyat, apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan industri perkhidmatan, kedai, ekonomi dan sebagainya terjejas bila ada PKP dan sebagainya. Tuan Speaker sebagai sebuah Kerajaan yang dipilih oleh rakyat kita harus menumpukan fokus dan lebih peka kepada aleman kreativiti dan inovasi dalam Ekonomi Paska COVID19 supaya ekonomi kita dapat dilonjakkan lebih-lebih lagi dengan penemuan terbaru oleh satu laporan yang bertajuk Poverty and Shared Prosperity Report 2020 dengan izin oleh World Bank Group baru-baru ini bahawa dunia bakal mengalami kadar permintaan tinggi kemiskinan para ketidakseimbangan sosial Paska Pandemik ini. Langkah-langkah inklusif seperti pemerkasaan data masyarakat, pengenalpastian hotspot yang memerlukan bantuan khusus, meningkatkan inovasi dan penggubalan polisi ataupun dasar yang mampan dan seimbang harus dimulakan. Syabas kepada usaha Kerajaan Negeri yang berjaya mengawal selia tahap Pelaburan Foreigh Direct Investment ataupun FTI dengan izin Domestic Direct Investment, DDI dengan izin di bumi Selangor tercinta ini. Pengawalan dan seliaan yang teratur oleh Kerajaan Negeri adalah faktor utama untuk Kerajaan Selangor untuk menyumbang nilai pengeluaran dalam negara kasar atau KDNK yang besar kepada negara pada setiap tahun. Tuan Speaker, dengan kelangsungan norma hidup baharu persekolahan kanak-kanak dan anak muda terjejas teruk, kebanyakan daripada pelajar sekolah telah ketinggalan hilang minat dan rasa tidak bermotivasi dalam pembelajaran sejak PKP, hal ini sangat membimbangkan. Menurut kajian satu survey yang baru diterbitkan iaitu yang bertajuk Family On Age oleh UNICEF, United Nations Children’s Fund dan United Nations Population Fund (UNPF) antara sumbangan utama adalah kos sara hidup. Namun begitu sesi pembelajaran yang merupakan asasi pembangunan generasi negara ini tidak harus diberhentikan. Maka pembelajaran atas talian perlu diperluaskan dan dipraktikkan tetapi apakan daya tidak semua berkemampuan untuk memiliki kemudahan alat-alat teknologi. Menurut survey tersebut yang saya telah merujuk tadi ia menunjukkan bahawa hampir 8 daripada 10 pelajar daripada keluarga miskin tidak memiliki komputer ataupun laptop. Ini kajian sebenarnya melihat kemiskinan bandar di PPR Kuala Lumpur bukan di Selangor tetapi kita boleh ambil survey ini kajian ini ia agak mirip keadaan di Selangor. Lepas itu, sementara itu 9 daripada 10 orang hanya memiliki smartfone yang tidak diketahui maklumat storan dan rangkaian kesediaan untuk pembelajaran. Infrastruktur seperti WIFI yang stabil, rangkaian 5G dan pemberian ataupun akses kepada komputer harus diutamakan dan saya harap kita boleh bermula di Negeri Selangor. Pendidikan dan persekolahan harus berterusan walaupun apa jua keadaan yang melanda. Hal demikian kerana hanya pendidikan satu-satunya harapan kita untuk generasi muda Selangor terus berjuang di muka bumi ini. Kaedah penyampaian dan pemahaman bagi setiap pelajar juga adalah berbeza. Oleh itu, kita boleh adakan kerjasama ini cadangan saya pada Kerajaan Negeri Selangor kita boleh ada kerjasama bersama dengan syarikat
komunikasi yang besar seperti Samsung, Apple, Huawei dan lain-lain menerusi inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR) untuk mengambil sesebuah kawasan perumahan ataupun pangsapuri sebagai taratory angkat ataupun desa angkat bertujuan untuk memikirkan cara-cara penyampaian pembelajaran dari segi sudut teknologi mudah alih kepada anak-anak kita di kawasan tersebut. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor juga harus bersedia untuk memberi subsidi untuk mengakses infrastruktur dan juga menambah baik lagi kemudahan ICT secara sepenuhnya seiring dengan seruan Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar menerusi Smart Selangor yang ingin melahirkan generasi milenial yang pintar dan bukan generasi yang hilang harapan. Jadi sebenar nya saya juga bersetuju apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang iaitu kita perlu meningkatkan lagi jaringan WIFI akses kepada internet dan sebagainya dan atlist, sekurang-kurangnya kita ada satu titik pertemuan yang sama kita semua harus memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri dan memastikan mereka boleh menjalankan projek seperti ini. Tuan Speaker, saya ingin sebut tentang beberapa kesan daripada Pandemik COVID19 yang mungkin yang tidak di fikir oleh Wakil-wakil Rakyat iaitu masalah kesihatan mental yang semakin mencengkam masyarakat kita yang mana memerlukan langkah pencegahan segera oleh Kerajaan. Memetik saranan Ketua Pengarah World Health Organization (WHO), Dr. Tedros Adhanom dengan izin “world leader must move fast and decisively invest more in life surving mental health” saya percaya invesment ataupun pelaburan tambahan oleh Kerajaan Negeri dalam aspek ini mampu menyelamatkan nyawa dan juga memberi sedikit keselesaan serta keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor. Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Tan Sri Dr. Noor Hisham sehingga 18 Mei 2020 terdapat 8,380 panggilan telefon yang diterima yang mana hampir separuh iaitu sebanyak 46.8% adalah panggilan untuk membincangkan masalah emosi. Perkara ini harus menjadi petunjuk kepada Kerajaan Negeri untuk bersiap sedia dengan Pelan Psiko Sosio yang lebih mantap pada masa hadapan. Laporan terkini menyatakan bahawa kehilangan pekerjaan merupakan faktor utama yang mana mengikut data daripada SOCSO seramai 90,000 orang hilang pekerjaan dari bulan Januari ke Oktober pada tahun ini. Jabatan Statistik menyatakan seramai 741, 600.00 tidak bekerja setakat bulan Ogos dan 51,000. kedai jenis retail akan ditutup mengikut data daripada Retail Group. Minggu lepas sahaja kita menerima berita bahawa hampir 2,000 pekerja Syarikat Penerbangan Malindo Airline hampir dipecat. Jadi selain daripada potongan gaji, isolasi, perselisihan fahaman keluarga, ketidakpastian masa depan, garis panduan maklumat yang sering berubah dan ketidakstabilan emosi ia menimbulkan rasa gusar, takut dan kemurungan yang tinggi. Kerajaan Negeri Selangor boleh menyumbang perkhidmatan talian sokongan emosi kepada seluruh rakyat Negeri Selangor dan para frontliners yang bekerja hampir burn out. Sokongan jenis ini harus merangsang positivity dan saya harap supaya kita semua peka akan orang-orang sekeliling kita kerana pada hakikatnya kita semua adalah di bawah sebuah keluarga besar iaitu keluarga Selangor. Hal ini sangat penting kerana jika tidak diselia ia akan memacu kepada pengambilan alkohol, pengambilan dadah, masalah isomnia, dipression, anxiety dan lain-lain. Kalau kita lihat data dari Italy ke Thailand, kita boleh dapat
peningkatan data peningkatan kes bunuh diri ataupun percubaan untuk bunuh diri dan ini adalah satu gelombang yang sangat-sangat membahayakan kepada masyarakat. Maka sebagai satu pengalihan tumpuan atau pun dengan izin mind diversion kepada penduduk-penduduk di Negeri Selangor saya ingin syorkan kepada Kerajaan Negeri supaya pusat hiburan dan aktiviti rekreasi terpilih harus dibuka untuk masyarakat dengan SOP yang ketat dan bukan tapak yang pertama yang ditutup oleh Kerajaan. Cadangan Kerajaan Negeri dalam Belanjawan 2021 untuk mengurangkan cukai hiburan adalah satu langkah yang tepat dan penting untuk memberi sokongan pengiat hiburan dan seni budaya yang sebenarnya boleh membantu rakyat juga. Perkara ini sudah tentu harus diikuti dengan tahap pemantauan yang ketat syarat yang mesti dipatuhi,masa operasi, kapasiti pengunjung, yang menepati SOP dan lain-lain. Pusat Rekreasi seperti Zoo, Panggung Wayang, Taman Laut, Muzium, Teater Galeri Seni Perpustakaan, Taman Tema, Taman Alam, Tapak-tapak Rekreasi yang kita dapat di Negeri Selangor dan juga tapak-tapak pelancongan, tempatan harus diberi kebenaran untuk meneruskan aktiviti mereka.
Supaya kita yang duduk di Negeri Selangor sekurang-kurangnya kita boleh melawat tapak-tapak tersebut juga sukan tanpa sentuh none contact sport dengan izin seperti Badminton, Gym, Basikal, Larian, Renang dan lain-lain juga harus diberi akses mengikut SOP. Hal ini sangat penting kerana kelangsungan amalan sukan dan senaman akan memastikan kestabilan minda dan kecergasan badan sekaligus mencakna kesediaan rakyat Selangor untuk menggempur pandemik ini.
Tuan Speaker, saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah memperkenalkan 4 kaedah penambahbaikan dalam pengurusan pencemaran air mentah dari segi perundangan, rawatan, pemantauan, penguatkuasaan dan pembangunan sumber air mentah sebagai alat mitigasi. Dengan peruntukan yang mencukupi iaitu RM200 Juta.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada pegawai-pegawai Lembaga Urus Air Selangor yang senantiasa menghadapi pelbagai rintangan dan juga tekanan dari dulu semasa saya jadi EXCO sehingga sekarang dan mungkin selama-lamanya tetapi mereka masih tegas melaksanakan tugas-tugas mereka secara professional dan khasnya kebelakangan ini kita terima maklumat-maklumat bahawa ada pelbagai jenis pencemaran yang nampaknya agak curiga 5,6, kes pencemaran dalam 2 minggu yang lepas. Ini adalah satu persoalan saya ingin tanya kepada Kerajaan Negeri atau pun kepada Lemabga Urus Air Selangor kepada EXCO apa sebenarnya sedangan berlaku. Ini saya rasa adalah aktiviti pencemaran yang tidak dijangka dan tiba-tibanya datang serentak saya di pandu apa yang pernah di tulis oleh Ian Fleming untuk satu filem James Bonds – Four Finger,”Once its happen stands, twices is go Incident, three times enemy action” dengan izin. Maka soalan saya kepada Kerajaan Negeri ialah adakah kes-kes kebelakangan ini tindakan-tindakan yang sengaja memberi sobataj kepada Kerajaan Negeri, ini soalan sahaja bukan untuk menuduh sapa-sapa saya soalan sahaja, saya tanya kepada Kerajaan Negeri saya juga ingin ucapkan tahniah
kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya menurunkan NRW tidak berhasil daripada 33.2 peratus pada tahun 2017 kepada 29.6 peratus pada tahun 2019, ini sebenarnya bukan satu usaha yang senang dicapai jadi saya tidak setuju bila ketua Pembangkang, kalau NRW itu tak begitu penting dan sebagainya ianya satu perkara yang sangat-sangat penting. Walau bagaimanapun untuk memastikan NRW di Selangor menurun ke satu tahap yang memuaskan kerana kalau NRW turun maka kita ada result air sumber air yang mencukupi untuk diedar kepada rakyat maka kerja-kerja penggantian paip harus diselesaikan pada masa yang terdekat bukan dalam tempoh masa 30 tahun yang akan datang ini. Saya rasa 30 tahun ini saya lihat,tapi saya tengok dalam dewan yang mulia ini saya rasa Rawang pun tak boleh tahan 30 tahun, berapa umur?
Umur saya 31, boleh lagi
Tak boleh, tak boleh (ketawa besar ) tadi di kawasan saya sebagai contohnya iaitu di sebelah Taman Selayang Jaya, Bukit Lanjan sampai ke Selayang saya jiran dengan Taman Templer, Taman Selayang Jaya, Taman Selayang Utama, Taman Selayang Bahagia mereka mengalami masalah paip pecah, injap rosak, air putus, bukan sekali dua setahun sepertimana yang telah berlaku tetapi sekurang-kurangnya dua kali sebulan kerana paip pecah, ia bukan kita tak mati lah, susah ia menyusahkan rakyat, jadi ini hanya satu contoh saya rasa banyak Adun, Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini juga ada masalah yang sama apa tah lagi di tempat-tempat lain di Negeri Selangor dan juga di Kuala Lumpur. Ini bermaksud Kerajaan Negeri perlu cari dana pada masa yang paling cepat atau pun pelaburan yang boleh menyokong usaha penggantian paip. Ianya perlu diganti dalam masa 3 tahun dan bukan 30 tahun. Penduduk Selangor, Kuala Lumpur tidak boleh menunggu 3 dekad lagi sebelum masalah ini boleh selesai. Saya yakin kita ada pelabur-pelabur yang boleh membantu Kerajaan Negeri dan pada masa yang sama projek mega seperti ini boleh menjanakan pekerjaan kepada beribu-ribu warganegara yang amat memerlukannya. Tahniah juga Kerajaan Negeri kerana sentiasa menggalakan menglibatan lebih ramai golongan muda dalam dunia keusahawanan sejak pandemik ini penjaja dan peniaga-peniaga kecil telah mengahadapi kekangan yang amat sukar nasib kebanyakkan mereka bergantung kepada gaji harian yang tidak menentu pada saban hari. Pengumuman Dato Menteri Besar pada Jumaat lepas telah menyuntik semangat baru kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil yang tidak mempunyai lesen dan juga permit perniagaan untuk meneruskan nafkah pencarian mata hidup mereka. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Kerajaan Negeri untuk memastikan nasib penjaja-penjaja dan peniaga-peniaga kecil ini tidak terabai khasnya dalam keadaan pengangguran tinggi dikalangan rakyat Selangor.
Sampai hari ini malangnya penguatkuasaan masih dilakukan atas penjaja-penjaja yang sebenarnya mereka sudah lama berniaga di beberapa tapak dari dulu tetapi mereka hanya tidak mempunyai lesen perniagaan. Maka sokongan yang ditunjuk oleh
Kerajaan Negeri dialu-alukan sekali gus menitik noktah ke atas intimidasi terhadap peniaga-peniaga kecil ini diwaktu pandemik ini. Selangor juga memegang kepercayaan bahawa kaum wanita memegang paksi pembangunan yang inklusif, selama Selangor telah ditadbir Pakatan kita telah mencipta rekod melantik Speaker Selangor wanita yang pertama di Malaysia, Datuk Bandar wanita yang pertama, di Malaysia. Malah di peringkat Persekutuan juga kita telah merakamkan sejarah dengan pelantikan Timbalan Perdana Menteri yang pertama yang merupakan Mantan ADUN Kajang juga. Sesungguhnya dengan tertubuhnya Pusat Wanita Berdaya dan Institut Wanita Berdaya ini, Kerajaan Selangor dapat meningkatkan lagi penglibatan wanita dalam urusan harian dalam situasi pandemik ini IWB perlu mengambil inisiatif untuk mewujudkan saluran komunikasi yang membawa peluang-peluang pekerjaan dan juga bantuan inisiatif ataupun kebajikan wanita terus kepada mereka. Kita harus sentiasa menggalakan penglibatan wanita sebagai contohnya penglibatan wanita dalam Program Right Selangor pada masa pandemik ini sedikti sebanyak dapat membantu mereka untuk mencari pendapatan. Saya juga rasa bimbang bila sekolah, taska, dan tadika di tutup disebabkan PKP yang mengajar di taska, tadika, child care dan sebagainya terdiri daripada golongan wanita. Kaum wanita yang menerima tekanan untuk tinggalkan kerja mereka demi menjaga anak atau pun mengajar anak-anak mereka, jikalau sekolah atau pun tadika tutup, jadi ini satu tekanan yang baru tekanan yang luar biasa terhadap kaum wanita maka dengan ini mereka yang hilang pekerjaan untuk tempoh masa yang lama. Saya menyentuh hal ini secara spesifik kerana penglibatan wanita dalam memacu ekonomi negeri adalah sangat penting dan kritikal. Perkongsian yang saksama antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber pendapatan dan maklumat di samping mendapat peluang dan faedah pembangunan negeri adalah sangat efisen untuk mengelakkan kaum wanita yang sejak 50 tahun ini sedang maju dalam masyarakat sebagai insan yang berjaya untuk tidak terjurus semula ke dalam dapur rumah. Maka Kerajaan Negeri seberapa boleh dalam bidang kuasanya harus memastikan bahawa sekolah-sekolah di bawah Kerajaan Negeri tidak tutup, taska tidak tutup, tadika masih boleh buka sebagai satu strategic move atau pun tindakan strategik perancangan masa depan semasa menangani pandemik covid ini.
Tuan Speaker, saya juga ingin merujuk kepada satu laporan yang sangat menarik di mana dalam laporan tersebut yang saya juga telah rujuk pada awal ucapan perbahasan ini iaitu Laporan UNICEF atau pun bersama dengan UN Populatin Fund di mana dalam laporan ini Pengarah yang memberi menerangkan tentang survey laporan tersebut telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan dengan izin saya akan guna Bahasa Inggeris kerana artikel ini dalam Bahasa Inggeris “on everage we have to top-up RM900 permonth, to poor family to get them out of absolute comitte” ini di Kuala Lumpur dan hanya 900 ringgit sahaja setiap bulan lama kelamaan kita boleh bantu keluarga itu keluar daripada kemiskinan tegar dan selain daripada itu beliau juga nama Pengarah tersebut adalah Dr. Mohamad Abdul Khalid beliau juga telah mengatakan bahawa dengan izin “it’s is never a bad idea to help the poor by given them cash it is good for economy because they spended, Ringgit Malaysia once
in the hand’s of the poor is better than Ringgit Malaysia in the hand’s of the rate, some people assume that some households will use the cash on waste full things this is not true, the part of their spending on full transport, housing, and on their children” apa maksudnya, maksudnya adalah keluarga miskin tegar walau pun Kerajaan ini Kuala Lumpur tapi juga boleh bawa ke Selangor buat application di Negeri Selangor kita harus memberi dana yang mencukupi.
Saya difahamkan tadi awal pagi ini Yang Berhormat EXCO telah maklum kepada saya setiap tahun Kerajaan Negeri memberi 15.9juta ringgit untuk membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), untuk memberi seperti bantuan kepada mereka dan orang yang menerima bantuan di Negeri Selangor kerana ianya adalah kita kongsi dengan Kerajaan Pusat mereka dapat antara 250 sehingga 350 satu keluarga. Dalam Kantonis kita panggil ini (Bahasa Kantonis) maksudnya tidak hidup dan tidak mati di tengah-tengah. Jadi saya rasa, saya ingin hantar laporan ini kepada semua Yang Berhormat dan juga khasnya kepada Kerajaan Negeri, kepada Yang Berhormat EXCO yang sekarang yang baru yang jaga kebajikan, tengok tajuknya. “its just takes 900 ringgit a month to live urban poor out of poverty.” Ia hanya mengambil RM900 sebulan sahaja untuk mengangkat keluarga yang miskin tegar daripada kemiskinan. Ya, silakan Yang Berhormat Bukit Gasing.
RM900.00 untuk satu rumah jadi untuk satu bulan tetapi untuk seluruh Negeri Selangor ada berapa kiraannya. Saya curious.
Ini kita tunggu EXCO untuk jawab la. Dia akan buat kira-kira. Saya bukan EXCO. Silakan.
Saya ingin cuba bertanya soalan. Terima kasih, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan, adakah Yang Berhormat masih lagi ingat bahawa tidak lama dahulu Perdana Menteri seolah-olah dia tiba-tiba tahu tentang keperluan rakyat miskin ini apabila dia mencadangkan bahawa bantuan kebajikan kepada setiap keluarga miskin, miskin tegar perlu dinaikkan ke RM1,000.00 satu bulan, ya Yang Berhormat Sungai Panjang, tahu kan. Itu adalah apa yang dilafazkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum Pilihan raya Negeri Sabah. Jadi apakah pendapat Yang Berhormat bahawa itu seolah-olahnya dijadikan sebagai satu slogan hearing semata-mata untuk score politic mileage dan mereka benar-benar suci hati dan ikhlas melaksanakannya. Jadi saya ingin bertanya Yang Berhormat sama ada Kerajaan Negeri boleh melaksanakan atau tidak itu secondary, tapi Kerajaan Negeri bolehkah buat satu perkiraan dan tunjukkan kepada orang ramai, kepada Ahli Dewan Negeri di sini sama ada kita boleh melakukannya perkara kedua tetapi kita perlu tunjukkan sekian-sekian kepada rakan di sebelah sana, Sungai Panjang pun dengar bahawa buat perkara ini, tunjukkan akaun, peruntukan dan kita lakukan di Selangor, sekurang-kurangnya lakukan di
Selangor supaya kita boleh mendorong mereka untuk membelanjakan wang ini untuk rakyat jelata. Apakah pendapat Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Saya memang harap ini bukan satu slogan hearing kerana ini adalah kehidupan rakyat yang susah dan ini bukan kehidupan VIP ataupun ADUN dan sebagainya. Jadi sesiapa yang buat kenyataan tersebut saya harap mereka akan tunaikan janji mereka dan sebenarnya kebajikan adalah harus dikongsi. Saya tidak cakap di sini, saya tidak cadang di sini bahawa Kerajaan Negeri ambil semua, saya juga tidak cadangkan Kerajaan Pusat ambil semua tetapi kita ikut formula sebelum ini, kita kongsikan, kongsi tanggungjawab, because its joint jurisdiction dengan izin dalam Perlembagaan Persekutuan juga. So kita dua-dua pihak perlu melihat perkara ini tetapi apa yang saya cuba terangkan ataupun cadangkan dalam Dewan yang mulia ini adalah lebih baik kita memberi satu bantuan, satu jenis bantuan setiap bulan yang mencukupi daripada pemberian RM1,000.00 sekali setahun, dua kali setahun. Itu memang tidak boleh membantu rakyat, boleh bantu pada masa ketika saat tersebut sahaja dan kita juga boleh lihat macam mana Kerajaan Negeri memberi bantuan melalui program KISS yang diberi kepada wanita, beri RM200.00 dan mereka guna duit itu untuk menjaga keluarga mereka, membantu mereka. RM200.00 sahaja tetapi effect ataupun kesannya sangat-sangat bagus dan sangat menyeluruh. Jadi kita mesti lihat bersama dengan Kerajaan Pusat macam mana kita boleh bantu rakyat. Kita ada tanggungjawab yang sangat berat, yang bersama dan kali ini saya tidak, tidak nak, saya tidak nak sebut ini tanggungjawab Kerajaan Pusat, ini Kerajaan Negeri, kita sama-sama perlu menanggungkan tanggungjawab tersebut tetapi laporan ini memang menarik because it only takes only RM900.00, RM900.00 a month. Saya harap ini dapat menjadi satu realiti dengan kerjasama dua-dua pihak, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat. Yang Berhormat, saya tidak ada banyak masa, saya ingin move on kepada topik yang lain. Ok. Mantan EXCO Kebajikan silakan.
Sedikit sahaja. Pencerahan. Timbalan Speaker, saya ingin, saya sebenarnya sangat setuju apa yang dipandangkan oleh Bukit Lanjan tentang pemberian sebanyak RM900.00 sebulan daripada hasil kajian tersebut cumanya saya ingin bertanya, selama mana tempoh yang perlu kita beri yang disebut RM900 sebulan itu kepada golongan yang memerlukan ini. Berapa lama, adakah ia ada satu tempoh yang dinyatakan ataupun one off ataupun sepanjang, seumur hidup kepada keluarga tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Bukan one off maksud saya bantuan one off hanya boleh membantu pada saat tertentu, saat tersebut sahaja tetapi ini setiap bulan. Berapa lama bantuan ini harus diteruskan sehingga keluarga itu dapat keluar daripada tahap kemiskinan tegar. So apa maksudnya. Ianya bukan sahaja RM900.00. RM900.00 mewakili satu peluang kepada sebuah keluarga yang miskin untuk ada harapan, harapan untuk satu kehidupan yang lebih baik. Anak mereka boleh pergi sekolah, mereka tidak perlu fikir
macam mana nak beli uniform, macam mana nak bagi pocket money, kasut dan sebagainya. Mereka boleh meletakkan makanan yang berkhasiat atas meja makan dan sebagainya. Jadi berapa lama saya tidak tahu. Mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun janji mereka keluar daripada jurang kemiskinan tersebut. Itu sepatutnya yang harus diperjuangkan oleh mana-mana Kerajaan yang prihatin tentang rakyatnya.
Tuan Speaker, saya ingin mengalih kepada topik, ini topik yang boleh dikatakan yang terakhir la untuk saya. Ini adalah isu, Kajang dah senyum. Tuan Speaker, pada masa yang sama kita mengejar pertumbuhan ekonomi yang tertinggal pada tahun ini, kita juga perlu prihatin tentang isu-isu pembangunan lestari. Pertamanya saya ingin sebut satu projek yang akan membawa malapetaka yang besar kepada Negeri Selangor iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Sebelum ini ECRL yang dicadangkan oleh Barisan Nasional telah menetapkan jajarannya melalui Permatang Kuarza Gombak, Selangor. Selepas Pakatan Harapan menjadi Kerajaan, Alhamdulillah jajaran itu dapat dielakkan dan pergi ke tempat yang lain. Namun begitu sekarang ia nya kononnya lah saya tidak tahu apa sebenarnya di tahap mana perbincangan dan sebagainya, jajaran asal sekali lagi bakal menjejaskan Permatang Kuarza Gombak Selangor yang pada hari ini masih dalam senarai tentatif UNESCO yang kita telah hantar ke UNESCO untuk tapak warisan dunia dan pada masa yang sama ia nya menjejaskan beberapa kampung Melayu tradisi dan kampung penempatan Orang Asli. Jika hasrat ini diteruskan, kita bakal kehilangan satu aset semula jadi Selangor yang sangat bernilai dan juga kawasan tadahan air dan kawasan rizab PERHILITAN di Malaysia. Berdasarkan kajian Jurnal of Fundamental Applied Science UKM, Permatang Kuarza Gombak Selangor merupakan rabung mineral kuarza tulen yang dipercayai terpanjang di dunia dan di dapati terbentuk seawal zaman dengan izin late Jurassic to middle cretaceous iaitu 175 juta tahun sebelum ini. Batuannya terdiri daripada 4 jenis mineral kuartza yang berbeza dengan nilai saintifik dan nilai landskap yang luar biasa dan ia nya bakal dihilangkan kerana ECRL. Bukan itu sahaja kajian yang sama telah membuktikan bahawa aktiviti pembangunan di rabung ini berisiko tinggi untuk kejadian tanah runtuh, insiden banjir kilat dan pemusnahan penempatan Orang Asli di kawasan sekitar juga tidak dapat dielakkan. Maka sekali lagi kita tidak serik-serik dan ingin bermain bersama alam semula jadi. Selain itu sehingga 2 November 2020 Malaysia hanya mempunyai 4 lokasi pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO berbanding dengan negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand. Mereka ada lebih daripada Malaysia. Jadi usaha kerajaan Selangor dalam memastikan sebuah penghargaan kepada aset semula jadi negara dalam senarai UNESCO sepatutnya disokong bukan sahaja oleh Kerajaan Negeri Selangor tetapi oleh Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya prihatin.
Yang Speaker, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, saya ingin juga membawa satu perkara iaitu tentang Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Hutan Simpan Kuala Langat Utara telah menerima penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara telah menerima bantahan yang hebat daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Negeri yang hari ini duduk di sini seperti Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat Banting, Bukit
Gasing, Subang Jaya dan banyak antara kita. Selain daripada itu rakyat juga marah Kerajaan Negeri mengapa kerana satu ia tidak mengikut Rancangan Struktur Selangor 2035 yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri di mana Hutan Simpan Kuala Langat Utara adalah digelar sebagai satu Kawasan Sensitif Alam Sekitar, Warisan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Sepadu, Kawasan Sensitif Alam Sekitar tahap 1. Tahap 1 maksudnya Kerajaan perlu memastikan perlindungan sepenuhnya dan tidak boleh dibangunkan. Jadi selain daripada itu ia nya tidak menepati Pelan Tempatan, Rancangan Tempatan di Kuala Langat dan kita telah dapat banyak maklumat apa yang penting di sana adalah flora dan fauna. Di sana ada flora dan fauna yang endemik. Endemik bermaksud hanya didapati di kawasan tersebut, tidak boleh, kita tidak boleh cari dekat Sungai Karang, walaupun tanah gambut, kita tidak boleh cari dekat Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, tidak boleh cari di Pelabuhan Klang khasnya. Jadi endemik maksudnya hanya di sana sahaja, ada ikan yang endemik, ada burung, ada tupai yang comel tetapi hanya di dapati di Kuala Langat Utara. Ada Beruang Matahari, ada burung dan sebagainya. Macam-macam ada di sana, pokok pun endemik di sana. Jadi Kerajaan Negeri harus sebenarnya harus memelihara hutan simpan tersebut dan saya dengar, saya ada baca isu utama di sana adalah disebabkan pembakaran, pembakaran namun pembakaran itu adalah satu alasan untuk di nyah warta sahaja dan ianya sebenarnya tidak benar kerana setahu saya di sana tiada kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Utara selama lima tahun ini kerana kita telah memastikan kawasan itu mengamalkan pengurusan air ataupun water management untuk mengawal kebakaran dan kita sebenarnya juga ada, ada contoh dan juga bukti bahawa walaupun satu hutan simpan boleh bakar, ia juga ada kapasiti untuk memulihkan dengan sendiri ataupun atau pun dengan bantuan manusia. Saya beri contoh Hutan Simpan Raja Musa. 10 tahun yang lalu, 20 tahun yang lalu setiap tahun di kawasan itu akan bakar, dia bukan bakar 10 ekar, 20 ekar, satu ribu hektar, dua ribu hektar tetapi hari ini kerana kita mengamalkan pengurusan air sejak 10 tahun yang lalu, kita telah melihat bahawa pokok-pokok di sana telah mula tumbuh semula. Dia dapat memulihkan dengan daya sendiri dan dua tahun yang lalu Hutan Simpan Raja Musa dianugerahkan sebagai satu contoh hutan simpan yang terbaik yang mewakili Malaysia dalam apa yang dipanggil Queen’s Commonwealth Canopy. Hutan simpan Kuala Langat Utara merupakan satu daripada 4 keping hutan simpan tanah gambut yang tinggal di negeri Selangor. Ini adalah satu antaranya. Jadi semasa saya pergi satu pendengaran awam yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri saya rasa bulan September masa itu Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat Banting, kita tiga. Kita berada di sana dan saya amat terkejut bila saya berada di sana saya nampak wakil-wakil orang asli yang menangis depan semua ahli politik, pengarah dan sebagainya, penjawat awam mereka sebut apa yang ada dalam hati mereka. Yang lebih mengejutkan adalah ada wakil daripada ibu pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang membantah penyahwartaan hutan simpan Kuala Langat Utara. Bila Kerajaan Negeri kata kepada saya wakil Kerajaan Negeri bagi tahu saya semua wakil orang asli sokong penyahwartaan hutan simpan ini. Dewan yang mulia ini, rakan-rakan di sini saya telah fact check secara langsung dengan batin-batin dan juga penduduk di sana kononnya mengikut cakap mereka,
saya tidak menuduh mana-mana pihak tapi mereka kata mereka takut. Ada seorang batin saya tak nak sebut dari kampung mana, dia tak nak jumpa ahli politik. Dia takut. Dia tahu kalau dia jumpa dia kononnya dia akan dipaksa untuk menandatangani surat sokongan. Siapa yang tulis surat sokongan itu saya tidak tahu. Tapi mereka mengadu bahawa mereka rasa terhimpit dipaksa untuk menandatangani kerana mereka diberi dua pilihan yang saya rasa tidak adil iaitu kalau mereka hendak mengekalkan kampung mereka, kampung orang asli di tempat yang sama maka mereka harus tandatangan surat sokongan tersebut. Saya rasa itu adalah satu perkara yang tidak bagus dan tidak adil selama saya duduk di negeri Selangor sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor kita tidak buat perkara seperti ini. Saya harap ini adalah tohmahan yang jahat dan bukan satu fakta. Ahli Dewan Negeri yang saya hormati, ada satu juga alasan atau satu sebab yang diberitahu kepada kami semua bahawa tanah hutan simpan yang dikeluarkan akan digantikan. Saya ingin menyatakan bahawa tanah gantian untuk hutan simpan yang di keluar gazet adalah satu perkara yang harus dibuat supaya kita kekal keluasan peratusan hutan simpan di negeri Selangor dan kita merupakan satu-satu negeri sahaja di Malaysia yang ada dasar ini dan kita ikut undang-undang sedia ada. Negeri-negeri lain tak buat. Kita mampu buat tetapi penggantian hutan itu juga kawasan hutan tersebut mesti munasabah. Orang asli ada hak untuk merayau dalam hutan simpan Kuala Langat Utara. Saya merujuk kepada ini adalah satu buku yang sangat penting untuk saya. Warta hutan simpanan kekal HSK negeri Selangor Darul Ehsan yang diterbitkan 3 tahun yang lalu semasa saya jadi EXCO. Muka surat 111. Saya sudah tua, saya perlu keluarkan spek. Dengan izin kerana ini adalah dokumen British ditulis di sini Kuala Langat North Forest Reserve dan ia menyenaraikan apa adalah hak dan tanggungjawab orang asli di sana. Ini adalah satu-satunya hutan simpan di semenanjung Malaysia yang ada gazet khas yang memberi khas kepada orang asli untuk merayau, mengutip hasil, menanam, memburu haiwan-haiwan liar yang kecil. Bukan beruang dan sebagainya. Dengan izin the right and privileges particulars of holder the sakai jinak lancang of Bukit Pra dulunya dia panggil Bukit Pra dan Pulau Kampas dan Jinang Lijak of Bukit Kemandol to the extend of six to four household respectively. Particular of rights and privileges. One, the right to fruit from the dusun of which their the holders and to maintain in good order the sake dusun. Two, the privilege of cultivating food crops in old clearing formerly cultivated by them or the enthuses. The privilege of living in the reserve at the place that proves by the deputy conservator of forest. The right to water from the stream for domestic and agriculture purposes. Five, the right to timber bark of class to trees. Dia keluarkan kelas dua, bamboo, atap, honey wax, wood, jungle food, vegetables, leaves dan sebagainya. Six, the privilege of hunting, shooting and fishing to supply food to themselves and family and not for proposes for trade and barter. Seven, the right of way of the purposes of exercising the above right and privilege. Ia termasuk juga satu kampung mereka dibenarkan untuk merayau dan memburu, kutip buah dan sebagainya. Ini adalah satu dokumen yang sangat penting dan dikeluarkan ditandatangani pada tahun 1927. Jadi apa maksudnya. Maksudnya kalau kita keluarkan hutan simpan ini mana orang asli nak memburu, mana mereka nak kutip buah mereka, mana mereka akan tangkap ikan dan sebagainya. Di mana mereka
akan duduk. Tanah gantian hutan, yang dicadangkan adalah di Sungai Panjang, Sabak Bernam. Adakah orang asli boleh naik moto dari Kuala Langat ke Sabak Bernam. Berapa jam mereka akan ambil. Dan bila saya lihat semasa pendengaran awam tersebut bila saya lihat tanah ataupun tapak gantian tersebut saya terkejut kerana tapak tersebut adalah tapak yang saya telah beri kepada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor empat tahun yang lalu untuk digazet sebagai hutan simpan dan sambung kepada hutan simpan Sungai Karang. Bukan sebagai tanah gantian untuk Kuala Langat. Jadi saya tahu hutan simpan ini ada mungkin ada nilai yang sangat besar. Satu ia di sebelah high way elite, Lebuh raya Elite, selepas itu ia dekat banyak perumahan ada Gamuda Cove. Banyak pembangunan yang sedang naik. Walau bagaimanapun sebagai sebuah kerajaan yang prihatin yang bertanggungjawab saya ingin menyeru supaya Kerajaan Negeri Selangor perlu ada keberanian. Courage, daya politik, political will untuk lihat semula perkara ini dan memberhentikan penyahwartaan hutan simpan Kuala Langat Utara.
Yang Berhormat Kajang, pada bulan November 2019 masa itu boleh masuk FRIM la kita kerajaan pusat masa itu jadi beliau telah beri satu ucapan perasmian di sana, di FRIM dan beliau telah menyatakan quotation kita hanya membenarkan 3 projek yang boleh menggunakan hutan simpan kekal iaitu bagi pembangunan infrastruktur, talian Tenaga Nasional Berhad, jajaran paip air Selangor dan Syarikat konsesi lebuh raya. Tapi apa maksudnya. Maksudnya kalau kita terpaksa beri sedikit ataupun sebahagian daripada hutan simpan kita beri untuk infra awam sahaja dan bukan untuk kepentingan peribadi mana-mana pihak. Jadi saya harap Kerajaan Negeri lihat semula perkara ini, ini adalah satu isu yang hangat yang sangat penting. Iya Sijangkang. Tapi nanti Sijangkang akan bahas sebentar lagi. Nantilah. Yang Berhormat Sijangkang nanti boleh
Sikit sahaja.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Saya nak habiskan pukul 4.00. Maaf Sijangkang saya tak nak ambil terlalu banyak masa, kita ada puluhan Yang Berhormat yang nak berbahas kali ini. Jadi sebagai penutup Tuan Speaker, Yang Berhormat sekalian, pada saat ini dunia telah mengalami catastrophe yang sangat serius. Terdapat banyak masalah yang utama seperti perubahan iklim global, pembaziran harta, alam ketandusan air bersih, penambahan populasi, penghapusan sumber semula jadi, kepupusan fauna dan flora terancam, kerosakan habitat peningkatan pencemaran dan kemiskinan. Kini seakan ditambah beban ke atas gunung berapi pandemik COVID 19 telah melanda. Sejak sebelum kewujudan kita seberapa mana amaran dan peringatan telah diberikan kepada kita namun sikap tidak kisah dan endah kita akhirnya memakan diri sendiri. Kegiatan kita di atas bumi ini adalah sangat bergantung pada persekitaran. Segala bentuk usaha yang kita wujudkan untuk mempertahankan hidup ini berasal daripada persekitaran kita. Tuntutan untuk memenuhi segala keperluan hidup sering kali membuat kita lupa bahawa masa kita pada hari ini bukan hanya untuk kita tetapi untuk
anak-anak kita pada masa depan. Ayuh rakyat Selangor, ayuh bangkit semula mari bersama menyusun jari kita lawan ujian ini. Lawan sampai menang. Jangan berputus asa. Atas apa jua yang kalian lalui sekarang dengan termangu di sana memikirkan hujan yang lebat selesainya hujan pelangi pasti akan menyusul. Jalan yang telah kita lalui bukan mudah bukan jalan yang dihalusi dengan permaidani kapas tapi cerun-cerun berliku. Walau pun berbeza fahaman politik atau budaya namun kita menempuh jalan kita secara bersama sebagai rakyat Malaysia. Saya percaya kita mampu membuktikan sekali lagi dengan kerjasama semua kita mampu bina semula dan biarlah bahtera pertama dimulai di negeri Selangor. Istilah new normal ataupun norma baru kehidupan pasca pandemik mesti dirangka semula. Istilah ini tidak ada makna dan sepatutnya tidak harus dipakai untuk masyarakat semata-mata tetapi juga kepada golongan pemerintah dan juga kerajaan. Bukan sahaja perniagaan dan juga perjalanan kehidupan harian yang harus merangkumi SOP tetapi SOP ini harus menjadi satu titik permulaan untuk semua bermula daripada rakyat biasa dari kampung sehingga ke bandar. Pandemik ini harus memulakan sebuah revolusi minda dan semangat setia kawan sesama kita. Dunia ini telah kehilangan hampir 1.2 juta manusia dalam sekelip tahun. Berderai jatuhnya titisan air mata ahli keluarga mereka. Malah pada masa saat ini bolehkah anda mendengar rintihan keluarga yang berada dalam kesusahan. Anak miskin yang waktu ini menangis kelaparan. Ibu bapa yang sedang bekerja dengan sakit badan semata-mata untuk mengambil upah pada petang nanti. Ini adalah masa sukar untuk kita semua. Tetapi sebagaimana cahaya bintang hanya terang pada waktu malam, dunia sedang melalui fasa pemulihan, sinar kejayaan adalah tidak jauh. Kami dengar segala rintihan. Dalam ucapan belanjawan Dato’ Menteri Besar sebut beberapa kali FDR new deal pasca iaitu satu rancangan ekonomi pasca perang dunia kedua. Saya ingin tambah satu perkataan kepada ungkapan tersebut. A new green deal iaitu satu perancangan ekonomi yang merangkumi semua aspek pembangunan mampan keprihatinan kepada alam sekitar dan memastikan penglibatan wanita dalam semua aspek ekonomi. Penjanaan pekerjaan baru yang berlandas pembangunan lestari hijau ataupun environmental sustainability. Pandemik ini bukan datang dari angkasa, ianya gabungan semua ketamakan dan kecuaian manusia terhadap alam semula jadi if not us who, if not now when. Kerajaan Negeri perlu bersedia membantu pada masa rakyat amat memerlukannya. Sebagai kekasih yang memberi bahu untuk seorang menangis, sebagai seorang rakan yang akan menghulurkan tangan mengangkat rakyat. Sebagai salah seorang dalam keluarga yang selalu ada bersama dan sebuah kerajaan yang boleh melindungi rakyatnya. Kita tidak mahu menghukum, kita mahu mendidik, kita tidak mengamal prinsip dua darjat antara rakyat biasa dan juga pemerintah. Kita ingin membawa rakyat bangun bersama, bersamalah kita rakyat Selangor dalam melawan virus ini dengan berdamping tangan dengan barisan frontliner-frontliner kita diseluruh Malaysia untuk masa depan kita yang menanti tidak jauh. Cahaya pagi pasti kembali, gelitanya malam jadi kenangan, hidup ada turun naik, gagah berani membawa panji, ayuh teman penuhkan impian, bina dunia dengan lebih baik. Dengan ini saya menyokong Belanjawan 2021, terima kasih.
Tuan Timbalan Speaker, bagi bebas la, Kerajaan sudah, Pembangkang sudah, Bebas pulak.
Banting.
Terima kasih. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Timbalan Speaker. Pertama sekali Banting berdiri juga untuk melafazkan sokongan saya terhadap Belanjawan untuk Tahun 2021 ini. Sebentar tadi saya telah pun meneliti ucapan daripada rakan seperjuangan saya Yang Berhormat Puan Bukit Lanjan dan saya amat tertarik dengan hujah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Saya menyokong sepenuhnya khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Apa pun sekali dalam perbahasan kita ini yang dimulakan dengan perbahasan dari pihak ketua Pembangkang, saya berpendapat perlu ada satu pendirian ataupun satu perbahasan yang memperbetulkan fakta yang saya rasa mungkin tidak mencerminkan realiti yang sebenarnya. Sebahagiannya telah pun dibahaskan semasa perbahasan tadi, semasa Yang Berhormat Ketua Pembangkang melafazkan ucapannya. Pertama sekali berkenaan dengan Belanjawan Defisit dan saya ingin membawa perhatian Dewan kepada satu fakta iaitu pada sidang Dewan yang lepas telah pun meluluskan satu perbelanjaan, ataupun Belanjawan tambahan untuk membiayai apa yang diperlukan oleh yang perlu dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani krisis ataupun Pandemik Covid-19 ini. Saya berpendapat bahawa Belanjawan tambahan bukanlah sesuatu perkara yang teruk seperti yang pernah dibawa oleh salah seorang Ahli Dewan Negeri di sini sebelum ini sekiranya kerajaan membentangkan sebuah perbelanjaan defisit seperti apa yang di bahagian sini, ianya perlulah dibentangkan dengan satu matlamat yang jelas iaitu kerajaan perlu belanja lebih daripada yang dapat dikutip lebih daripada hasil untuk membantu rakyat jelata menghadapi satu masalah ataupun krisis dan dalam konteks Negeri Selangor dan Malaysia, kita sedang berdepan dengan Pandemik Covid-19. Ini merupakan satu pandemik yang dihadapi oleh satu dunia oleh sebab itu bukan sahaja Negeri Selangor malahan saya kira Kerajaan Negeri yang lain Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negara yang lain pun akan pastinya membelanjakan lebih daripada hasil yang boleh dikutip. Tetapi apa yang perlu kita lihat ialah apabila kita hendak membentangkan Belanjawan Defisit ini, itu tidak bermaksud kita tidak akan dapat menutup akaun kita dengan akaun berimbang. Saya lihat dalam track record yang ada di Negeri Selangor ini walaupun kita membentangkan Belanjawan Defisit, itu ditambah lagi dengan belanjawan tambahan, defisit lebih teruk lagi tetapi pada akhir tahunnya kita selalunya boleh menutup akaun kita dengan kutipan hasil yang lebih tinggi dan perbelanjaan kerajaan lebih berhemah dengan ada penjimatan dan setiap wang ringgit itu dibelanja pada tempat yang betul pada masa yang betul dan dibelanjakan paling penting ke atas kebajikan rakyat jelata. Saya rasa itu adalah perkara yang penting. Bukannya kita kata Belanjawan Defisit itu sesuatu yang teruk ataupun defisit itu tak sedefisit yang kita mahu maka itu bukan belanjawan yang bagus. Saya rasa itu satu sikap yang tidak betul, jadi itu adalah yang pertama. Kedua Pembangkang juga ada menyebut bahawa belanjawan kita ini hanya indah khabar dari rupa dan
merupakan kesinambungan daripada apa yang dimulakan oleh tahun-tahun yang terdahulu oleh kerajaan terdahulu. Bagi saya itu juga merupakan satu kenyataan yang kurang tepat. Apa yang betul adalah memang banyak usaha yang dibentangkan di dalam bajet ini adalah satu usaha berterusan daripada apa yang penah dimulakan pada masa yang dahulu tetapi ciri-ciri utama belanjawan ini adalah digitalisasi dan di mana kerajaan dijangka akan membelanjakan lebih RM300 Juta untuk menggerakkan seluruh Negeri Selangor ke arah digitalisasi dan ini merupakan sesuatu mencerminkan satu keadaan di mana Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya telah pun bersiap sedia lebih awal sebelum ini. Kita berasa mujur kerana kita telah pun memulakan inisiatif Smart Selangor, sekarang kita akan menjenamanya sebagai Premier Smart State, kita memulakan pada masa yang lebih awal dan sekarang kerana kita perlu berdepan dengan Pandemik Covid-19 dan sekarang digitalisasi inisiatif-inisiatif ini bolehlah diguna pada waktu yang tepat. Sebab itu ada orang yang mengatakan bahawa this is a perfect pandemic, this is a perfect strom, we should not waste a good crisis, we should utilize this crisis to move our country, to move our state towards better place. Jadi Tuan Timbalan Speaker itu adalah perkara yang kedua. Dan yang ketiga pembangkang juga ada menyebut tentang kilang haram dan sebagainya. Bagi saya bukan semuanya salah tetapi bukan semuanya betul. Pertama sekali kita perlu menjalankan fact check. Saya merasa sedikit kesal apabila pembangkang mengkritik kerajaan apabila kita hendak mengambil tindakan terhadap pencemar pada masa dahulu. Kononnya kerajaan zalim, kerajaan tidak mesra pelabur, kerajaan tidak mesra perniagaan, tindakan kerajaan ini akan menyebabkan pelabur melarikan diri dan sebagainya. Tapi apabila kerajaan mengatur untuk melaksanakan pindahan terhadap undang-undang, menguatkuasakan undang-undang, kerajaan pula dikritik sebagai melindungi pesalah ataupun tidak mengambil tindakan yang lebih awal untuk membendung gejala ini. Saya rasa itu adalah satu sikap-sikap politik yang saya gelar sebagai politik talam dua muka dan saya rasa itu sesuatu yang tidak harus berlaku. Kita perlu bertapak di atas di atas tanah yang realiti, kita perlu melandaskan perbahasan kita di atas fakta-fakta yang ada. Kita perlu mengakui bahawa sebelum ini banyak isu yang kita hadapi iaitu isu legasi. Iaitu isu yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan terdahulu tetapi kita sekarang terpaksa berdepan dengan mereka. Dan isu ini menjadi lebih complicated, lebih rumit daripada yang sepatutnya daripada yang diingatkan simple apabila ia melibatkan jurisduction ataupun bidang kuasa Kerajaan Pusat dan ini menjadi lebih teruk lagi apabila Kerajaan Pakatan Harapan hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja. Dan kita tidak mempunyai satu peluang yang cukup munasabah, we dont have a full term, satu penggal 5 tahun untuk sekurang-kurangnya menangani masalah ini, 22 bulan sahaja. Jadi saya rasa perbahasan ataupun penjelasan saya ini boleh memberi sedikit penerangan terhadap situasi sebenar yang kita hadapi. Jadi adalah tidak adil sekiranya Yang Berhormat Sg Air Tawar hanya melontarkan masalah sahaja, tetapi beliau tidak menceritakan ataupun memberikan penerangan terhadap situasi yang sebenarnya. Apatah lagi itu dilakukan secara sengaja supaya ini akan dibiarkan begitu sahaja, tetapi saya sebagai wakil rakyat di Selangor ini tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku. Saya juga ingin membangkitkan satu isu, contoh yang satu lagi
berkenaan dengan Wifi Selangorku, itu pernah pun ditegur oleh sama ada oleh Pembangkang ataupun kerajaan di dalam Dewan yang mulia ini. Memang kita perlu mengatasinya tetapi kita perlu juga semak dengan betul-betul kerana di Malaysia kerana monopoli. Siapa sahaja yang membekal perkhidmatan ini tidak lain tidak bukan Telekom Malaysia ataupun Celcom ataupun mungkin Telco-telco, saya tak pasti Digi ke Maxis ke ataupun yang lain. Tetapi saya kira kalau u can only have the pack players dengan izin la untuk menawarkan perkhidmatan ini di kawasan luar bandar. Kebanyakan player-player ataupun syarikat-syarikat mereka lebih menumpukan perhatian di kawasan bandar yang boleh menjana keuntungan. Jadi kita lihat dari situ kalau sekiranya ada monopoli yang sebegini, maka kita mungkin tidak dapat menawarkan perkhidmatan yang bagus dan sekiranya kita mahu menyelesaikan masalah ini saya kira kita perlu diberi peluang untuk menjadi Kerajaan Persekutuan dan menukar semula struktur dan juga ekosistem perkhidmatan internet di Malaysia ini. Kita telah pun memulakan bermula dengan NFCP sebelum ini, malahan Tenaga Nasional Berhad dibenarkan untuk menceburi bidang perkhidmatan internet ini tetapi malang tidak berbau kita hanya boleh bertahan selama 22 bulan sahaja dan sekarang Kerajaan Persekutuan menawarkan program jendela tetapi saya tidak pasti ada itu akan mewarisi apa yang telah pun dirancangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu yang berlandaskan kepada NFCP. Tetapi sekiranya ini boleh dilakukan maka saya kira ia akan dapat membantu mengatasi masalah yang dibangkitkan oleh Pembangkang tadi. Satu lagi perkara adalah berkaitan dengan Stadium Shah Alam. Ini adalah satu contoh yang sangat clasical yang boleh menerangkan yang apa kita hadapi sekarang. Dahulunya Kerajaan Persekutuan suka membina infrastruktur-infrastruktur yang mungkin tidak dirancang dengan betul. Itu bukan sahaja Stadium Shah Alam malahan infrastruktur yang lain seperti medan selera, gelanggang futsal, balai raya dan sebagainya. Tetapi saya kira pegawai kerajaan dan penjawat awam boleh bersetuju dengan saya. Apa yang berlaku pada masa dahulu ialah bina sahaja, langgar sahaja. Sama ada di atas tanah kerajaan, atas tanah peribadi, tak kisah buat dulu, kemudian kira belakang. Dan bila itu dibina serahlah kepada PBT serahlah kepada Pejabat Daerah serahlah kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat. Tapi peruntukan penyelenggaraan daripada mana. Bukannya daripada Kerajaan Pusat.
Mohon mencelah, Yang Berhormat Banting. Adakah Yang Berhormat Banting bersetuju bahawasanya pada waktu pentadbiran Barisan Nasional dahulu Pegawai Perancang seolah-olah tidak berfungsi. Adakah Yang Berhormat Banting juga bersetuju atas sebab itu menjadikan alasan negeri tak payah membuat apa-apa pembaharuan di Negeri Selangor ini khusus Stadium Selangor yang dah rosak.
Khususnya untuk Stadium Shah Alam ini, yang saya tahu ialah ianya dibina pada tahun 1998 untuk menyambut untuk sempena Temasya Sukan Komanwel dan dibina sahaja dan diserah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam.
Mohon laluan betulkan fakta, Stadium Shah Alam dibina pada tahun 1992 siap 1994. Saya sendiri pergi tengok perlawanan bola sepak di sana. Bukan sempena Komanwel.
tetapi ia nya digunakan, dibina oleh Kerajaan Persekutuan pada masa itu untuk satu tanpa perancangan yang teliti dari konteks bila sahaja ia nya dibina, ia nya diserah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sama ada MBSA diberikan peruntukan khusus untuk menyelenggara infrastruktur ini atau tidak, saya pasti pada permulaannya tidak ada, jadi MBSA kena fikir secara sendiri.
Yang Berhormat, minta pencelahan sedikit, bagi pihak kerajaan sendiri boleh menjawab soalan berkaitan dengan stadium ini. Saya mendapat maklumat, apa nama perancangan Stadium Shah Alam ini termasuk dalam pakej penyerahan Kuala Lumpur dan Putrajaya dulu, terutama Kuala Lumpur untuk membangunkan Shah Alam sebagai macam Bandar Sukan bertaraf Olimpik, tapi saya rasa itu tidak ada kaitan dengan Komanwel dan sebagainya. Jadi mungkin pihak kerajaan boleh dapatkan jawapan dalam penggulungan nanti.
Terima kasih, hakikatnya ialah apabila kita merancang untuk membina sesuatu, sama ada itu Stadium Shah Alam, atau pun medan selera ataupun gelanggang futsal, ia nya perlu dibina dengan perancangan yang teliti, iaitu apakah akan berlaku selepas dibina, siapa yang akan menyelenggara, siapakah yang akan mengawal atur infrastruktur tersebut dan dari mana peruntukan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
Itu adalah soalan yang sama penting, tetapi selalunya tidak diberi perhatian. Sekiranya pihak yang menerima infrastruktur ini tidak ada kemampuan untuk menyelenggara infrastruktur ini maka ia nya perlu di fikir semula, sama ada perlu dibina atau Kerajaan Persekutuan yang membina ini bolehlah memperuntukkan satu peruntukan yang tetap untuk menyelenggaranya.
Sekiranya itu tidak boleh dilakukan, maka kerajaan perlu fikir sama ada perlu dibina atau tidak.
Jadi Tuan Timbalan Speaker, itu adalah beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan pada permulaan perbahasan ini.
Kita berbalik kepada Belanjawan 2021, dan satu soalan yang saya ingin bertanya kepada, rakan-rakan Yang Berhormat ialah, sebelum kita membahaskan belanjawan ini, kita perlu bertanya satu soalan yang jujur, iaitu setelah kita bersusah payah mengharungi pandemik COVID19 pada permulaan tahun ini, dan sekarang ini kita
masih lagi bertarung dengan pandemik dan keadaan masih tidak menentu dalam konteks masih belum ada vaksin yang sesuai untuk merawat penyakit ini.
Maka apakah inti pati ataupun ciri-ciri yang perlu ada pada sebuah belanjawan untuk tahun 2021. Jawapannya ialah belanjawan ini mestilah, sebuah belanjawan yang mampu membatalkan segala implikasi yang berpunca daripada pandemik COVID19 ini.
Biarpun kerajaan perlu belanja dengan berhemah, tetapi belanja secara berdefisit tatkala mengharungi pandemik adalah tidak boleh dielak. Maksudnya ialah wang kerajaan perlu dibelanja untuk merangsang pemulihan ekonomi dan memberi kesan positif kepada rakyat secara langsung.
Perbelanjaan lain yang melibatkan belanja yang besar, serta memberi suntikan angka positif, memberikan suntikan positif kepada pembangunan KDNK kita, biasanya dalam bentuk projek mega, memang bagus, tapi apakah maknanya kalau rakyat biasa tidak boleh menerima kesan positif daripada projek-projek mega yang melibatkan kos berBillion ringgit.
Tuan Timbalan Speaker, sudah pasti, hanyalah Kerajaan Persekutuan sahaja yang mampu membiayai projek mega yang melibatkan kos berBillion-Billion ringgit ini.
Sudah pasti juga, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus menerus diikat oleh projek-projek mega ini, maka rakyat dan peniaga kecil yang pada masa sekarang amat memerlukan bantuan kerajaan seperti apa yang saya tanya tadi, mereka memerlukan bantuan kebajikan RM1,000.00 sebulan oleh Kerajaan Persekutuan, mereka memerlukan wang ini dari Kerajaan Persekutuan tetapi Kerajaan Persekutuan diikat oleh projek-projek mega yang memakan belanja berBillion ringgit ini.
Jadi adakah mungkin itu akan dapat dicapai untuk Belanjawan 2021.
Tuan Speaker, saya tidak berkata projek mega ini tidak baik dan tidak diperlukan tetapi kerana keadaan mendesak tahun 2021 bukan masanya untuk Malaysia bermewah dan bergaya.
Tuan Speaker, apa yang saya
Banting, sila duduk. Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh kerana urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung. Saya mempersilakan YAB Dato’ Menteri Besar untuk membawa usul.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut;
Bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini, mengikut Peraturan 11 dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 6.00 petang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong, saya kemukakan untuk persetujuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.
Usul ini dipersetujui.
Silakan Banting, sambung.
Terima kasih, sebanyak RM55 Billion perlu dibelanja oleh Kerajaan Persekutuan semata-mata untuk membiayai projek-projek mega untuk tahun depan. Bayangkan wang ini dibelanjakan untuk projek kecil, bukan projek kecil, projek-projek kecil yang boleh memberi rangsangan dan kesan positif secara langsung kepada rakyat, bayangkan kalau wang ini boleh digunakan untuk menyelenggara dan naik taraf semua jalan persekutuan di Malaysia amnya dan di Selangor khasnya.
Saya rasa Pandan Indah adalah orang yang paling gembiralah sekiranya ini berlaku, kerana dia tidak akan menghadapi masalah, kerana kita tidak akan bertanya soalan di sini.
Jadi Tuan Speaker, itulah ciri-ciri yang perlu ada pada Belanjawan 2021, sama ada Belanjawan Persekutuan ataupun Belanjawan Negeri.
Tapi adakah itu cukup untuk menjawab soalan saya? Ya, Sungai Air Tawar?
Banting, saya rasa, saya nak bagi sikitlah tambahan, elok jugalah Yang Berhormat Banting bagi idea, macam mana nak bagi idea Kerajaan Negeri selesaikan projek Kerajaan Negeri yang terbengkalai lapan (8) tahun tadi itu. Projek yang sepatutnya “progress” tapi tak mampu siapkan.
Terima kasih, saya akui bahawa, dalam Jawatankuasa SELCAT, kita telah pun membuat lawatan dan saya rasa adalah menjadi tanggungjawab kita, sama ada kita penyokong kerajaan atau pembangkang untuk memastikan tidak akan ada lagi ketirisan dalam mana-mana projek yang diambil oleh kerajaan atau GLC nya.
Jadi Tuan Speaker, Belanjawan 2021, juga seharusnya lah sebuah belanjawan yang akan menyediakan kita mengharungi geopolitik serantau, yakni hubungan yang semakin tegang antara Amerika Syarikat dan Republik Rakyat China, serta penarikan United Kingdom dari kesatuan Eropah atau “BREXIT” dan sebagainya.
Maka dengan ini, saya berpendapat bahawa Belanjawan Selangor 2021 perlu disokong kerana ia mengandungi segala jawapan untuk menjawab soalan yang saya bangkitkan tadi.
Pertama, ia nya sebuah belanjawan defisit tetapi mempunyai strategi khusus untuk berbelanja secara berhemah dengan pengurangan belanjawan mengurus secara sistematik.
Saya merasa gembira apabila konsep ini telah pun diterap seperti di yang diterangkan di dalam perenggan ke 69 hingga 72.
Saya rasa, saya sendiri dan ramai lagi ADUN, pada masa dahulu pernah mengetengahkan cadangan ini supaya kerajaan menjimatkan atau mengurangkan peruntukan atau perbelanjaan mengurus secara sistematik, secara tetap dan secara struktur.
Pada tahun depan, kita dijangka akan mengurangkannya lagi ke-2% dari belanjawan. Contohnya sejumlah 400,
Saya juga ingin, dalam belanjawan ini contohnya satu lagi ciri-ciri ialah kita telah lihat sebanyak RM400 juta telah disediakan untuk melaksanakan Selangor Prihatin Fasa Pertama dan Kedua.
Sebanyak 40 daripada 43 inisiatif telah dilaksanakan sepenuhnya dan melibatkan RM264 juta atau pun 64% dengan memanfaatkan lebih dari tiga juta penduduk Selangor.
Tiga (3) inisiatif yang masih berjalan sekarang adalah Bantuan Pesakit COVID19, Tabung Khas Bantuan COVID19 dan
Inisiatif “Selangor Pay” yang akan ditambah baik menjadi “Selangor Advance” dan ini akan dilakukan pada tahun depan.
Kedua, bermula dengan Selangor Advance ke E-Perbekalan, kemudian dari KISS ke Bantuan Pengusaha dan Guru Tadika, Kemudian dari HIJRAH ke Roda Darul Ehsan, Kemudian dari Skim Air Darul Ehsan ke Pertanian Komuniti, kemudian Bas Smart Selangor ke pembangunan sistem saliran. Kesemua lima (5) strategi ini bakal menyediakan rakyat dan Negeri Selangor bukan sahaja ke arah negeri pintar dan
maju, malah kita akan menuju ke arah negeri yang berdaya ketahanan atau pun “resident state”.
Walaupun kita akur, bahawa kekuatan kewangan Negeri Selangor jauh lebih kecil daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi semua strategi yang disusun dalam belanjawan ini bukan sahaja membuka gelanggang, membuka tirai untuk kita ke arah sebuah negeri maju tetapi beberapa inisiatifnya sebenarnya telah bermula sekian lama dan dengan itu kita boleh tengok,
Banting, saya bagi lagi dua (2 ) minit ya.
Terima kasih, sebagai contoh, sebagai contoh, inisiatif SMART Selangor yang sekarang ini dikenali secara “collective” sebagai “Premier Smart State” ia nya tidak boleh lagi sekadar aplikasi “waze” dengan aduan jalan berlubang, Bas Smart Selangor atau Smart Parking.
Ia nya telah menunjukan ciri-ciri kerajaan pintar, menjadikan kita sebuah negeri yang berdaya tahan. Saya ingin mengetengahkan di sini, terdapat empat ciri utama yang mentakrifkan sebuah negeri “Smart State”.
Pertama, ia nya harus mengamalkan ciri-ciri “smart governance” seperti urus tadbir yang baik.
Kedua, perlu ada unsur kegunaan teknologi maklumat.
Ketiga, perlu ada satu “benchmarking” supaya kita setanding dengan pesaing kita dan kekal relevan.
Keempat, perlu berlandaskan pendekatan “citizen sentric” .
Jadi soalannya, berapakah markah Kerajaan Negeri Selangor kalau kita hendak dibandingkan dengan keempat-empat ciri ini. Jadi apakah kita telah pun mencapai sebuah “Smart State” yang betul-betul “smart” ataupun kita masih lagi ketinggalan.
Tuan Speaker, saya akur bahawa kami di Negeri Selangor masih lagi tidak mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh untuk bersaing dengan bandar-bandar di luar tetapi kita lihat apa yang dilakukan oleh negara-negara lain seperti Singapura dan juga Korea Selatan, kita boleh lihat mereka melaburkan wang yang cukup besar untuk membangunkan “Smart State”. Kita walaupun, kita dihadkan oleh sumber kekuatan kewangan yang tidak begitu besar, tidak sebesar mereka kita perlu memulakan sesuatu.
Dan itu sebabnya, pada hari ini saya menyokong belanjawan ini dan saya merasa apa yang dihujah oleh pembangkang itu tidak tepat pada waktunya.
Tuan Speaker, saya juga ingin membangkit dua tiga perkara yang sangat penting dalam belanjawan ini yang mana saya memerlukan jawapan.
Minit yang terakhir.
Yang terakhir, pertama sekali adalah berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal iaitu KDEB Waste Management. Saya mencadangkan, kita perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik untuk mengatasi masalah sisa pepejal di kawasan desa. KDEB perlu merangka satu program yang yang munasabah untuk membantu penduduk kampung.
Kedua, Program Roda Darul Ehsan, bagaimana program ini boleh memanfaat belia dan remaja perempuan. Kalau kita menyebut tentang “gender equality” dan juga “men- streaming”, apakah remaja wanita juga boleh menerima manfaat akan daripada program ini. Jadi saya rasa soalan itu adalah perlu dijawab oleh kerajaan.
Ketiga, Rakan Digital Selangor, kita akan melatih 1,000 orang untuk menjadi “ambassador” digital kepada Negeri Selangor. Di manakah kita sebagai wakil rakyat boleh memainkan peranan untuk mencapai matlamat ini. Apakah peranan yang akan dimainkan oleh mereka? Saya memerlukan maklumat yang lebih banyak daripada pihak eksekutif.
Kemudian, “Work From Home” berapa ramai wanita atau pun Pusat Wanita Berdaya yang telah menyertai program ini? Saya perlukan senarai dan berapakah pula keuntungan yang telah dijalin oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada program-program ini, khususnya saya tertarik dengan satu program dimana Tanjung Seri ini berkabolirasi dengan E Sedan. Saya tidak pasti adakah itu telah pun, apakah ini, keputusannya. Kemudian “Work From Home”.
Yang Berhormat, landing landing.
Oh! landing ya. Ada banyak lagi isu, tetapi saya bangkitkan satu isu berkaitan dengan isu, Pusing Selangor Dahulu, itu merupakan satu isu yang saya rasa sangat penting khususnya untuk sektor perindustrian, industri pelancongan di kawasan Banting di mana, kerajaan perlu segera melancarkan “bubble travel” dengan negara-negara lain kerana Kuala Langat dan Banting dan Sepang merupakan sebuah tempat yang dekat dengan KLIA dan memerlukan pelancong dari luar negara untuk merangsangkan industri pelancongannya. Saya lihat
ya? Y.B. Banting?
Ha, satu lagi permit kegunaan untuk petani di Kuala Langat hutan simpan Kuala Langat Selatan. Isu ini selalu
Dah, dah, dah. Dah banyak kali saya tahu isu ini. Saya selalu dengar dah.
Dibangkitkan tapi belum ada jawapannya.
Saya dengar dah. Sila, sila. Bagi peluang kepada yang lain sebab peluang lain
Ya, satu minit lagi. Satu minit lagi.
Ok, yang terakhir.
Terakhir. Saya akan percepatkan. Perkara berkenaan dengan cukai hiburan di bawah kepala 62800, kita lihat ianya akan kerajaan bercadang untuk memotong 15% tapi kalau kita lihat apa yang berlaku sekarang, kerajaan sebenarnya pada tahun 2020 ini kutipannya hanyalah sekadar 16% saja. Pada tahun 2019 kita berjaya mengutip RM65juta tapi pada tahun depan kita pula mensasarkan boleh mengutip RM58juta. Saya tak pasti apakah logik di sebalik angka ini. Saya memohon penjelasan daripada kerajaan. Kemudian, sewa menara telekomunikasi. Saya lihat di sini
Ha sudah, sudah cukup, cukup. Yang Berhormat, sila duduk.
Ya, terima kasih ya.
Sokong ke tidak ini belanjawan ini?
Saya sokong dengan soalan saya dijawab.
Ok, ok.
Speaker.
Ya, sila duduk.
Ya, terima kasih.
Terima kasih Banting yang panjang lebar. Saya beri peluang kepada Bukit Gasing.
Ini tak adil.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih rakan saya daripada Banting yang nampaknya ada 100 point lagi yang belum siap. Besar beg dia. Tetapi izinkan
Setiap. Nanti ya. Setiap Ahli Dewan Negeri saya bagi 15 minit.
15 minit? Ok. Saya 6 point saja hari ini. Ok. Dalam situasi di Selangor hari ini memang terima kasih Y.B. Pandan Indah kerana masuk balik kembali ke Dewan. Y.B. Pandan Indah mesti dah tahu saya memang suka bangkit isu air demi kita menaik taraf infrastruktur air kita di negeri Selangor ke arah menjadi dunia pertama (first world infrastructure). Sangat penting. Dan ini menjadi misi saya setiap (sejak Dewan, saya rasa akan bangkitkan sehingga kita dapat menyelesaikan permasalahan air yang kita ada di negeri Selangor). Rungutan air semua rakyat tahu. Saya rasa ramai Ahli Berhormat akan bangkitkan pada sidang kali ini.
Langkah untuk mengatasi pencemaran seperti mana yang dihuraikan pada Jumaat lepas amat baik saya ucapkan terima kasih dan tahniah apabila Johor ada catuan air sebab mereka pun ada masalah bekalan air. Saya tak dengar penyelesaian seperti mana holistik yang dibentangkan oleh Dato’ Menteri Besar dan Y.B. EXCO. Apabila Melaka ada catuan air, saya pun tak dengar penyelesaian secara holistik. Jadi tahniah kepada pemimpin Kerajaan Negeri Selangor yang mewujudkan rangka untuk mengatasi masalah pencemaran. Y.B. EXCO kata 99% insiden pencemaran akan dapat dielakkan supaya gangguan air dapat diminimakan. Bagus. Saya mengalu-alukannya tetapi pencemaran bukannya satu-satunya sebab kita ada gangguan air.
Kita juga ada isu loji rawatan terpaksa shut down kerana plan maintenance ataupun rosak. Kita juga ada insiden paip pecah. Sebenarnya dua hari sebelum insiden pencemaran, dia ada insiden paip pecah. Di Petaling Jaya dah tak ada air dua hari sebelum pencemaran berlaku. Ada masalah pam yang mungkin berlaku yang pernah berlaku sebelum ini. Jadi memang terdapat banyak reason yang mungkin terdapat gangguan bekalan air daripada loji, daripada sungai dan saya berharap kita boleh mencari satu penyelesaian yang lebih holistik dan selalu saya membangkitkan isu paip pecah, tapi hari ini saya tukar hujah.
Kita cakap fasal kolam air terawat. Di setiap taman perumahan ada satu cendawan yang besar. Itu kolam air terawat. Kadang-kadang atas bukit ada satu silinder yang kita nampak bulat itu yang warna putih. Itu kolam air terawat. Dan di setiap kawasan perumahan, kolam air terawat ini penting untuk membekalkan air apabila loji tidak dapat membekalkan air. Kalau loji kena shut down sebab pencemaran ke, sebab rosak ke, pam rosak ke, at least kolam tu ada air, kolam itu boleh memberi bekalan air kepada rumah, kepada kedai, kepada industri. Saya harap kita boleh capai ke satu tahap di mana kita ada 48 jam simpanan air di dalam setiap kolam tersebut. Hari ini,
saya dimaklumkan banyak kolam air ini tidak berfungsi dan antara mereka yang berfungsi tidak penuh. Di DUN Bukit Gasing, saya ada tiga kolam air terawat ini. Dan tiga kolam air terawat ini, dua berfungsi, satu rosak. Yang rosak itu saya rasa sedih sebab kalau itu penuh dengan air, kita dapat meredakan keadaan apabila pencemaran berlaku sebab ada spare capacity. Yang dua (Kompleks Pantai dan Kompleks Bukti Gasing) di atas bukit dia, yang boleh nampak daripada federal highway satu dan daripada MP lagi satu yang itu tak penuh. Saya harap kita boleh penuhkan air terawat ini mesti kita usahakan lebih banyak kapasiti loji rawatan air supaya loji air terawat di atas bukit (cendawan-cendawan ini) yang berada di taman perumahan, dia boleh penuh dengan air supaya jika (kita bukan nak air tu putus tetapi jika) bekalan air terputus, loji rawatan air terawat ini boleh membekalkan air kepada kawasan perumahan. Ada tempat yang tak ada cendawan ini.
Kalau perhatikan di Selangor ada tempat yang tak ada. Mungkin di USJ susah nak cari cendawan ini. Dan di tempat yang tak ada, kita mesti mula membina rizab-rizab. Kita mesti mula melabur untuk membina rizab ini. Dan hari ini, saya harap kita boleh memulakan satu pelan ke arah membina, membaiki rizab air ini supaya jika terdapat apa-apa sebab bekalan air terputus, kita ada rizab yang boleh menampung dua hari kegunaan air supaya rakyat Selangor di dalam rumahnya tak terasa bekalan air dia terputus.
Kalau di Singapura, jika Sungai Johor ada pencemaran yang kuat, Johor tak ada air, loji rawatan dia tak dapat proses air. Tetapi di Singapura (di rumah itu), air tak terputus. Itulah kita mungkin tak sampai gold plated di Singapore. Tapi paling kita cubalah bronze plated ke silver plated level ke di Selangor supaya jika sungai ini diancam ataupun jika loji ada kerosakan ataupun jika paip besar itu pecah, kita ada back up supaya bekalan air di rumah tak terputus. Kos dia memang akan meningkat (kos operasi memang akan meningkat). Itu hakikat. Tetapi saya rasa di Selangor rakyat sedia untuk membayar sedikit kos operasi yang lebih tinggi supaya bekalan air terjamin dan tidak terputus. Yang paling penting kita ada pelan. Kita ada pelan supaya kita boleh tambah kapasiti sistem kita tambah resilience sistem kita tambah tahap berdaya tahan sistem kita supaya gangguan air di rumah, gangguan air di kedai dapat diminimakan.
Satu lagi isu selain loji air terawat ialah interconnect (dengan izin) sambungan paip antara dua-dua, antara sistem-sistem yang berlainan. Kita ada sumber besar daripada Sungai Selangor. Kita ada sumber daripada Sungai Semenyih dan pelbagai lagi loji rawatan air di negeri Selangor di 38 loji (kalau tak silap saya). Tapi sistem ini perlu disambung (interconnect) ini sangat penting supaya jika satu tempat tak ada air, loji tersebut boleh back up dan air boleh mengalir daripada selatan ke utara ataupun daripada utara ke selatan. Sistem interconnect ini saya tahu bukan murah, bukan senang sebab kawasan Lembah Klang sudah habis tepu dibina nak letak paip baru itu memang tak senang, nak letak yang baru tetapi boleh diusahakan. Saya yakin kalau kita mula dari sekarang, perancangan kita, kita boleh design sistem ini dan kita
boleh melaksanakan dalam dua tiga tahun yang akan datang untuk improve tahap berdaya tahan sistem air kita di negeri Selangor.
Jadi saya lontarkan cadangan ini kepada Dewan yang mulia ini. Saya harap Kerajaan Negeri dapat mengambil cadangan ini supaya kita menambah baik sistem air, kita tidak ada bekalan air terputus walaupun ada pencemaran, walaupun ada paip pecah, air masih tetap sampai ke rumah setiap rakyat negeri Selangor. Itu isu yang pertama yang saya ingin bawakan.
Isu yang kedua ialah membangunkan semula ekonomi Selangor. Ramai rakan-rakan Yang Berhormat telah membangkitkan bahawa kerajaan perlu membelanja lebih dalam pandemik COVID ini sebab perbelanjaan kerajaan boleh stimulate economy (dengan izin). Secara teori ya betul, tetapi ini mungkin lebih sesuai dengan dunia orang putih berbanding di Malaysia dan di negeri Selangor. Ini adalah kerana di Selangor perbelanjaan Kerajaan Negeri adalah amat terhad. Perbelanjaan setiap tahun Kerajaan Negeri hanya 1% daripada GDP negeri Selangor. Kalau nak bandingkan courier perbelanjaan kerajaan adalah 30% daripada GDP, Jepun 39% daripada GDP, UK 41% daripada GDP dan Germany 44% daripada GDP. Kerajaan-kerajaan tersebut belanja dia besar berbanding dengan GDP. Jadi apabila dia belanja, dia boleh stimulate economy. Di negeri Selangor, kita hanya belanja 1%. Kita kutip cukai sedikit, kita belanja pun sedikit berbanding saiz ekonomi yang kita ada. Jadi kita belanja, kita naikkan bajet kita defisit 10%, 7% pun agak kecil berbanding saiz ekonomi di Selangor. Itu bukan bermakna kita tak belanja. Belanja itu penting. Tetapi saya ingin syorkan kepada Kerajaan Negeri, kita harus menjadi pemangkin catalyst kepada recovery ekonomi di Negeri Selangor.
Kita nak pulihkan ekonomi di Selangor, kita bukan saja belanja tetapi kita menjadi pemangkin dari segi dasar, dari segi polisi. Semua rakyat hendak menikmati produk (nak makan, nak beli baju, duduk kat rumah, nak entertainment dan sebagainya). Dan ramai sekarang tak ada kerja. Mereka sanggup kerja, mereka nak menikmati produk. Jadi macam mana kita nak padankan?
Inilah usaha yang Kerajaan Negeri boleh melaksanakan supaya rakyat boleh keluar kerja dan menghasilkan produk dan servis yang kita nak menikmati dan cuma macam mana kalau kita biarkan kepada free market. Kita nampak free market tu tak adjust dengan begitu cepat dengan semua peraturan-peraturan baru dan norma-norma baru. Kerajaan perlu jadi pemangkin untuk membantu free market ini untuk adjust kepada norma-norma baru.
Kita juga mesti ada satu jawatankuasa yang memantau ekonomi. Satu dash board untuk melihat siapa yang bidang mana ekonomi yang perlu kita tambah polisi, perlu kita memberi pemangkin, kita wujudkan dasar baru supaya dia boleh melonjak menghidup semula.
Satu contoh saya akan memberi beberapa contoh. Ini adalah projek yang tidak memerlukan belanja daripada Kerajaan Negeri tetapi projek yang boleh menjana impak value of berbillion-billion ringgit supaya ekonomi kita boleh dilonjakkan semula. Satu contoh ialah pertanian. Kita sekarang ada ramai orang yang tak boleh bekerja. Kalau mereka ada peluang untuk bertani, saya yakin cukup ramai akan ambil untuk bertani. Dan kalau kita pandu kereta ke Sabak Bernam ataupun ke arah Sepang, kita akan lihat banyak tanah kosong, tanah yang terbiar yang tak diusahakan. Usahakan matching antara tanah kosong yang tak diusahakan dengan anak-anak bandar yang perlu menceburi satu perniagaan baru. Mereka yang terlibat dalam pelancongan mungkin sektor mereka, business mereka tak dapat buka untuk lagi satu dua tahun. Mereka nak ceburi satu bidang baru, mereka perlu bantuan khidmat nasihat, bantuan kewangan/pinjaman untuk they start their business dan kita harus bantu. So, kalau kita boleh matching antara semua tanah kosong yang tak produktif dengan semua bakal petani yang mungkin wujud, kita boleh hidupkan satu sektor ekonomi.
Kita juga boleh meningkatkan third party access treatment to water supply yang saya telah hujah di Dewan sebelum ini. Water treatment plan (loji rawatan air) perlu dibina. Kita perlu lebih banyak loji rawatan air dan kita tak perlu keluarkan duit untuk membina seperti mana yang kita buat di Semenyih 2 dan Labohan Dagang. Private sector boleh membina cara ITP seperti yang TNB buat ataupun secara third party access. Biar pelaburan datang daripada sektor swasta dan bilangan engineer, consultant, contractor semua tu akan meningkat. Biomass dan biogas energy, kita ada 82 ladang kelapa sawit dan beratus-ratus ataupun beribu-ribu ekar tanaman padi di negeri Selangor. Terdapat banyak hasil biomass daripada agriculture ini yang boleh diproses menjadi bahan tenaga dan satu megawatt projek biomass hampir dengan RM10juta pelaburan di negeri Selangor dengan mudah RM300juta hingga RM500juta pelaburan boleh dicipta jika Kerajaan Negeri menjadi pemangkin supaya semua ladang-ladang ini terpaksa buang hasil sampah agriculture dia untuk loji tenaga ini dan tidak boleh dibuang atau pun dibakar sewenang-wenangnya. Jadi terdapat banyak projek dan saya harap kerajaan akan mewujudkan satu task force untuk mencari peluang memberi pemangkin kepada industri supaya ekonomi boleh tumbuh semula dan bukan semata-matanya apa yang kita mampu berbelanja. Yang belanja itu bagus tapi mungkin tidak cukup. Yang ketiga, cara kita kira cukai tanah sebab ini adalah perbahasan belanjawan bukan sahaja perbelanjaan yang penting tapi juga hasil juga penting. Cara kita kira cukai hari ini adalah mengikut meter persegi, kalau tanah itu 100 meter persegi cukai dia sama tak kisah dia di tengah-tengah pekan Petaling Jaya, bandar Petaling Jaya di mana nilai tanah dia sangat mahal atau pun dia di Daerah Petaling atau di luar di Seri Kembangan contohnya di mana nilai tanahnya tidak begitu mahal. Tanah komersial RM3.30 satu meter persegi walaupun bangunan 60 tingkat atau pun bangunan satu tingkat dia tetap bayar RM3.30, jadi saya hendak cadangkan di dewan yang mulia ini kita kena kaji untuk mengubah cara kita kutip cukai tanah. Saya telah membuat perbandingan di sepuluh negara secara rawak saya pilih, ke semua sepuluh negara mengutip cukai tanah mengikut nilai tanah, dia ambil 1% daripada nilai tanah, mungkin 1%, mungkin 1/2 %, tetapi dia ada bandingan kadar
cukai itu dengan kadar nilai tanah bukan semata-matanya meter persegi. Ini disebabkan di tempat macam Selangor ada tanah yang nilainya hanya RM200.00 satu meter persegi dan ada juga tanah yang lebih daripada RM1,000.00 satu meter persegi bergantung kepada lokasi. So to be fair, to be progressive untuk adil, saksama dan progresif kita patut memikirkan, menilai dan mengkaji untuk tukar cara kita mengira cukai tanah. Saya rasa perkara ini tak akan habis overnight dan bukan satu dua tahun tapi kita harus mula hari ini fikirkan cara-cara tersebut supaya kita menjadi satu masyarakat dan kita mempunyai sistem yang lebih adil kepada semua pemilik tanah di Negeri Selangor. Isu ke empat sangat senang agenda digitalisasi, di Selangor saya sangat mengalu-alukannya, saya sangat berharap antara..
Point yang terakhir ya.
Antara 300 lebih juta yang akan dibelanjakan for Smart Selangor kita akan masukkan traffic light pintar. Sebab antara satu rungutan di kawasan bandar ialah traffic jam yang sangat besar dan jika ada artificial intelligence traffic lights dengan izin, ini boleh melancarkan traffic jam yang kita ada, dan dapat improve 10%-30% daripada masa yang orang belanja di atas jalan raya dan ini akan sangat dihargai oleh penduduk di Negeri Selangor. Jadi saya harap kita boleh melihat perkara ini dan akhir sekali satu ayat Bantuan Kewangan Khas Kedua Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memberi penjawat awam satu bonus pada penghujung tahun ini pada Gred 54 ke bawah dan saya ingin mencadangkan kepada dewan yang mulia ini, Gred 50 ke atas tak ramai orangnya, tak ramai pegawainya tetapi mereka juga sangat kuat bekerja dalam musim Covid 19 ini, jasa mereka juga sangat besar dan saya hendak cadangkan kepada dewan ini kita lanjutkan bantuan kewangan khas ini kepada semua pegawai kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja 50 ke bawah tetapi 50 ke atas juga pun diberi. Sekian, terima kasih. Saya menyokong Belanjawan ini.
Saya bagi Blok Bebas, Jeram silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Mohon Blok Bebas pun diberi masa yang bebas untuk berbahas.
Yang Berhormat, saya beri ingatan ya. Blok Bebas tidak bermakna masa bebas, masa tetap sama 15 minit ya tolong, baik silakan.
Baik, terima kasih Tuan Speaker. Yang pertama berkenaan prestasi dan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor, defisit bajet pada tahun lepas iaitu 2020 sebanyak 133 juta. Kutipan hasil sehingga 29hb Oktober 2020, 1.99 Billion bersamaan dengan 90.46. Anggaran kutipan ialah 2.2 Billion sekiranya tak berjaya kutip makanya Bajet 2020 jatuh defisit kepada 333 juta kerana kurang kutipan hasil ini maka bertambahnya defisit Bajet 2020 ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Selangor sekiranya target untuk kutipan 2.2
Billion itu sekiranya tidak tercapai adakah ambil lagi defisit tambahan iaitu sebanyak 210 juta untuk tambahan bagi mencukupi 2.2 Billion itu tahun 2020. Begitu juga bajet tahun depan iaitu 2021 mengalami defisit iaitu 123 juta. Sejauh mana kerajaan mampu mengutip hasil supaya bajet defisit itu tidak lebih memandangkan kegawatan ekonomi yang sedang melanda. Sudah 3 tahun mengurangkan defisit perbelanjaan tetapi saya berharap pembentangan bajet tahun hadapan tidak lagi dengan bajet defisit. Ini kerana kita sebagai kerajaan yang mampu untuk menjana pendapatan agak maaf kita katakan menggunakan defisit Kerajaan Negeri untuk meneruskan perbelanjaan kita. Banyak cara yang kita boleh buat untuk mencari hasil dan meningkatkan pendapatan negeri kita. Dan saya juga tidak segan sebagai Blok Bebas ini untuk memberikan pandangan atau pun idea untuk menambahkan kita punya pendapatan hasil negeri kita. Seterusnya perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri termasuk kenaikan elaun MPKK. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO peruntukan yang kita sediakan atau pun yang kita luluskan elaun MPKK ini sebagai wakil rakyat sama ada Bebas atau pun sebagai Pembangkang atau pun Kerajaan terlibat secara langsung tetapi baru-baru ini berlakunya kenaikan air pasang dan juga ribut di kawasan saya Jeram. Apabila saya meminta penghulu untuk bersama untuk mendekati mangsa bencana, penghulu itu penghulu Mukim Jeram yang mana beliau melakukan tugasnya dengan baik tetapi ada pegawai dari pejabat daerah dikatakan mendapat tekanan ada aduan tidak membenarkan pegawai kerajaan itu untuk bersama dengan ADUN. Jadi saya minta di dalam dewan yang mulia ini penjelasan daripada EXCO itu sendiri memberikan keputusan adakah pegawai-pegawai kerajaan ini boleh mengikuti ADUN untuk menyelesaikan masalah rakyat sebab saya tak nak dengar daripada penghulu mengatakan pegawai kerajaan tidak benarkan, biar EXCO sendiri yang jawab pada saya untuk soalan ini. Seterusnya Smart State, 3 juta untuk 5G, berhasrat untuk menjadi negeri yang mempunyai liputan perkhidmatan 5G yang terbesar di Malaysia, baguslah tahniah. Tetapi saya mintalah di kawasan saya ini mendapat 3G pun jadilah sebab jangan mengatakan 5G, 3G pun jadi, itu dah kira bersyukur tapi kalau ada kawasan saya ini di kampung ini tak ada G dah, tolonglah! Tolonglah! Puan G je yang ada! Puan G pun dah tak ada. Minta tolong sebab jangan kita buat bajet menunjukkan kita gah, dah ada 5G terbesar dan sebagainya tetapi malu apabila rakyat akan ketawakan, sebab rakyat tak ada sini, rakyat akan ketawa dengan perancangan yang mana benda basic pun kita belum ada tapi cerita fasal 5G. Realiti itu kena ada. Begitu juga dengan WiFi, saya dah cerita tadi kebetulan WiFi Smart Selangor yang mana belanjanya 17.5 juta. Untuk makluman Yang Berhormat semua, dalam PAC ini kita sudah kenal pasti memang ada point-point WiFi di semua tempat seperti mana yang di bangga-bangga oleh Kerajaan Negeri Selangor hotspotnya tetapi tidak berfungsi yang malangnya ialah Kerajaan Negeri membayar, jadi saya minta tolong tengok semula bajet 17.5 juta ini perlukah diberi kepada saya tak pasti anak syarikat ke atau pelantikan kontraktor dan sebagainya teliti semula sekiranya WiFi itu tidak berfungsi tidak perlu membayar, itu membazir duit kerajaan. Seterusnya berkenaan dengan ketua komuniti India saya ucap tahniah kerana walaupun saya bukan lagi dalam kerajaan tetapi benda ini adalah benda yang penting pernah saya bawa peningkatan daripada 48 kepada 62 orang. Secara tidak langsung
dia akan memberi menyelesaikan masalah-masalah membawa suara-suara atau pun masalah isu-isu yang melibatkan kaum India itu sendiri. Seterusnya kesihatan awam yang mana pendekatan mencegah lebih baik daripada merawat. Saya ambil contoh penguatkuasaan dalam PBT iaitu menutup premis selama 14 hari memang betul apabila mendapati kesalahan melanggar peraturan boleh tapi cuba fikirkan juga di dalam kegawatan ini dengan hanya beroperasi separuh waktu daripada pagi sampai pukul 10 dan sekiranya didapati bersalah saya syorkan Yang Berhormat EXCO untuk pegawai-pegawai penguat kuasa budi bicara mengenai penutupan sehingga 14 hari mungkin boleh benarkan mereka menutup 3 hari untuk membersihkan dan meminta pegawai penguat kuasa datang tengok semula sekiranya berpuas hati minta ruang untuk membuka semula, jangan terlalu straight sehingga 14 hari. Tetapi apa yang peliknya sehingga kini saya yakin dan percaya Yang Berhormat pun di kawasan-kawasan tidak pernah nampak kedai tomyam itu tutup. Kedai tomyam ini diusahakan oleh orang luar, bukannya orang tempatan. Tetapi kedai tomyam ini sah-sah lesennya mungkin 1 Ali Baba, mungkin keduanya suntikan typhoid tidak ada, yang ketiga kursus pengendalian makanan pun tidak ada, yang ke empat permit kerja pun tidak ada tetapi operasi tomyam cantik setiap petang sampai ke malam sebab penguat kuasa kita bertugas dari pagi sampai ke petang dia dah balik, petang itu tomyam start berfungsi sampai ke malam. Saya tak nampak ,Yang Berhormat EXCO boleh minta PBT di kawasan Kuala Selangor ini bersama saya, saya boleh membantu tunjuk kedai-kedai tomyam yang tidak pernah tutup tetapi orang tempatan punya siang, yang itu EXCO lah kena belanja. Gerai-gerai yang majlis punya ditutup, warung-warung orang tempatan ditutup, kedai mamak slow sikit ditutup juga tetapi kedai tomyam tak ada yang tutup dan saya tak pernah nampak, ini saya cakap gurau tetapi ini kenyataan realitinya tak ada tutup. Tolonglah PBT, begitu juga dengan pejabat kesihatan yang mana melakukan tugasan yang sama untuk mengenal pasti sekiranya ada aduan, jangkitan dan sebagainya tetapi mereka pun bertugas dari pagi sampai petang tak ada bertugas sampai malam jadi kedai tomyam tak ada juga enforcement telah dilakukan.
Tuan Speaker, saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Jeram.
Sila.
Saya tak bagi lagi ya, okay boleh.
Kenapa bila saya dengan Yang Berhormat Jeram bahas tentang kedai tomyam macam ada rasa dendam terhadap mereka. Apa isu sebenarnya? Yang Berhormat tidak makan tomyam ke?
Dia tidak ada sebarang isu dendam Yang Berhormat. Dia ada dua isu. Satu kedai tomyam, yang kedua Acheh. Mereka telah monopoli industri makanan dan peruncitan di semua kawasan, dia memberi
kesan kepada pengusaha tempatan di mana pengusaha tempatan sering kali mengadu kepada kita, jadi saya ini sebagai wakil rakyat mereka yang prihatin jadi saya membawa isu mereka ke sidang dewan ini kemudian saya serahkan kepada EXCO untuk mengambil tindakan. Begitu juga dengan institusi agama di mana perbelanjaannya iaitu 377.7 juta banyak isu berkenaan dengan baik pulih surau, saya mohon Yang Berhormat EXCO baru tahniah ya di atas pelantikan, harap dapatlah tengok-tengok kan juga di Blok Bebas ini, pembangkang tak tengok tak apa sebab Bebas ini ada kala dia menyokong, benda baik dia menyokong. Jadi saya juga memohon Yang Berhormat EXCO Agama perlu bekerjasama dengan EXCO Pemaju atau pun EXCO Perumahan supaya banyak rumah-rumah yang dibina kawasan-kawasan perumahan tidak ada surau jadi mereka minta kepada YB kawasan untuk membina. Saya pernah bawa isu ini masa Yang Berhormat EXCO dah jadi pembangkang ini, saya pernah bawa, mereka katakan masa kita tak tahu yang beli perumahan itu siapa? Betul, itu saya setuju tetapi bolehlah sebagai Yang Berhormat EXCO yang ada kuasa boleh membuat satu klausa di mana sekiranya pembeli lebih daripada 50% beragama Islam maka perlu adakan surau, itu yang kadang-kadang saya sebagai Bebas pun boleh memberi idea kepada EXCO-EXCO sekiranya diperlukan.
Selain daripada program Hijrah iaitu ‘Zero To Hero’ bagus tanpa SSM 18 tahun ke atas. Tetapi berapa pinjamannya. Tiada sebarang info yang detail yang boleh kita war-warkan kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat menyambung pengajian kita boleh syorkan untuk mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi tidak maklumkan berapakah pinjamannya. Begitu juga dengan pinjaman RM15 Juta kepada Hijrah. Bila Hijrah itu bayar semula RM15 Juta ikut yang kita hendak tahu. Keduanya, berapa banyak sebelum ini pernah kita atau Kerajaan Negeri Selangor beri pinjaman kepada Hijrah? Dan bagaimana pula pulangannya Yang Berhormat EXCO tolong maklumkan kepada kita.
Begitu juga, pendidikan. Pinjaman RM35 Juta kepada UNISEL dan KUIS. Tapi saya tidak pasti berapa kepada KUIS dan berapa kepada UNISEL. Sebab dalam PAC kita dimaklumkan kita belum ada sebarang yang dibuat oleh UNISEL sejak penubuhannya. Pinjamannya satu jumlah yang besar dan akan dibayar selepas tempoh yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor tetapi ini hendak bagi lagi pinjaman kepada UNISEL. Jadi saya harap Kerajaan Negeri tengok-tengokkanlah jangan terlalu memberikan hasil Kerajaan Negeri kepada institusi yang mana sepatutnya institusi itu boleh menjana pendapatan.
Begitu juga, saya setuju dengan bantuan yuran asas universiti itu sendiri yang dipanggil BAYU, saya setuju 4 Juta perlu itu adalah bantuan untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang kurang kemampuan untuk melanjutkan pengajian dia dalam bidang-bidang tertentu.
Kemudian, Program Tuisyen Rakyat iaitu RM13 Juta. RM13 Juta itu perlu disemak semula kerana dengan pandemik COVID ini sekolah pun tidak buka. Jadi bagaimana hendak gunakan duit RM13 Juta itu untuk menjalankan aktiviti pusat tuisyen itu sendiri. Cuba kaji balik, kalau boleh tangguhkan dulu. Simpan dulu duit itu, mungkin tahun depan boleh dilebih-lebihkan. Kemudian, satu lagi saya hendak..
Yang Berhormat Jeram, sudah fikir tuisyen online?
Tetapi saya tidak pasti apakah modul yang hendak diguna pakai sekarang ini untuk perbelanjaan ini. Kalau hendak kata online itu yang saya kata tu. Di kawasan saya ini line internet pun tiada jadi macam mana dia hendak online. Disebabkan ini bermotifkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan tuisyen ini. Ok, saya pergi kepada EXCO Pendidikan. Minta tolong untuk adakan satu perjumpaan di mana IPT-IPT yang berada di kawasan itu sendiri kerana di UiTM Puncak Alam berada di kawasan DUN Jeram. Jumlah pelajarnya lebih dari 40 000 orang. Banyak masalah sosial dan sebagainya, apabila kita berbincang dengan Yang Berbahagia Datuk agak sukar, sudah 3 bulan. 4 bulan saya ajak jumpa tapi tidak boleh. Mungkin sebab dia tidak hendak jumpa ADUN di Selangor. Jadi ini masalah dia, Yang Berhormat Simpang Renggam lantik kawan-kawan dia letak di jadi visi kan hendak bekerja sama itu susah. Saya minta Yang Berhormat ketua pembangkang tolong bagi tahu kepada Yang Berhormat Menteri ya Noraini tu supaya beri ruang untuk kerjasama selesaikan masalah pelajar. Masalah pelajar bukannya kita jumpa hendak minta projek, tiada, itu dulu. Dulu memang, dulu ADUN UMNO dia jumpa memang nak projek. Ini kita hendak selesaikan masalah. You, suruh tarik memang tidak boleh. Memang betul. Saya dulu UMNO.
Seterusnya program-program RIDE iaitu RM2 Juta kepada. Saya tidak bagi. Duduk. Program RIDE RM2 Juta. 300 rider hanya 666 orang sahaja yang boleh diterima. Saya tidak pasti, apa yang program RIDE tu sebenarnya. Dengan 666 ini apa yang boleh dibuat. Saya tidak faham kerana jumlah peruntukkannya bukan kecil - RM2 Juta dan diberikan kepada 300 rider. Minta penjelasan kepada EXCO yang terlibat untuk makluman kepada kita.
Kemudian, Program Pembangunan Sukan RM27.9 Juta untuk SUKMA 2021. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat EXCO saya masih lagi tidak berpuas hati kerana saya minta untuk saya terlibat untuk membantu sebagai abang angkat pada satu-satu pasukan. Yang gimrama gimnastik saya tidak kacau sebab itu Templer punya. Saya hanya minta olahraga untuk saya libat secara langsung untuk membantu serba sedikit dalam pasukan itu tetapi sehingga sekarang belum ada sebarang jawapan yang official kepada saya. Begitu juga menaiktaraf, membaiki
Yang Berhormat Jeram, yang terakhir ya.
Ada sikit lagi.
Lampu merah dah.
Jadi selamat. Saya pergi ke lain. Yang fasal isu air tadi tu. Isu air tadi itu, jangan ambil mudah ya sebab saya memang dah study benda tu memang Askar Wataniah boleh membantu Kerajaan Negeri untuk menjaga sungai-sungai.
Kemudian, bas Smart Selangor yang dikenakan tambang 0.90 sen. Kenapa pilih 0.90 sen saya pun tidak faham. Pilihlah RM1 ke, RM2 ke? Tak faham. You, kalau hendak bagi tu orang naik tu, RM2 dah kira murah. Apa yang 0.90 sen? Dengan harapan orang tu nak sedekah 0.10 sen. Apa benda ni, aduh!!! Common lah! Buat bajet tu saya hendak biarlah gentle sikit. Memanglah orang tu perlukan 0.10 sen dia minta dan driver pula tiada 0.10 sen, macam mana? Kadang-kadang benda ini kena fikirlah!
Masa sudah habis. YB juga kena fikir juga masa habis. Fikir untuk teman-teman yang lain.
Satu sahaja, Perumahan Rumah Selangorku Skim Smart Sewa ni, sejak tahun 2017-2019 jumlah keseluruhannya sebanyak 799 unit telah dibeli manakala 348 unit akan dibeli secara berperingkat sepanjang tempoh 2020. Siapa yang menguruskan rumah-rumah ini, itu persoalan saya yang pertama. Keduanya, berapakah hasil setakat ini 799 unit ini. Bagaimanakah pentadbiran untuk perumahan ini ya?
Yang terakhir iaitu tanah di kawasan saya itu sendiri. Itu saya perlu minta Yang Berhormat EXCO masuk campur sebab ada satu kes sebelum ini, saya pernah cerita EXCO telefon telah selesai tetapi yang ini di kawasan Sungai Sembilang, kita tidak hendaklah Kerajaan Negeri Selangor ini apabila kita berkempen anak Melayu anak saya, anak cina anak saya, anak India anak saya. Tetapi bila realitinya anak cina di anak tiri kan, anak cina dijadikan anak yatim. Jadi, saya minta Yang Berhormat EXCO daripada DAP tolong selesaikan masalah di kawasan saya iaitu Sungai Sembilang. Tak, saya bagi tahu ini sebab ia memberikan imej yang teruk kepada DAP. Apabila kita tidak membantu ahli kamu sendiri di kawasan saya kerana sebelum ini masalah tanah diselesaikan oleh ahli EXCO yang terlibat, walaupun sebenarnya salah melanggari peraturan Pejabat Daerah tetapi telah diselesaikan. Tetapi kenapa yang ini tidak boleh diselesaikan. Sekiranya tidak selesaikan saya akan jadikan isu ini besar dan hilang undi DAP ini untuk you all. Saya cakap betul. Yang terakhir.
Tiada. Sudah. Duduk. Tiada terakhir. Tidak boleh.
Yang terakhir.
Tiada. Sudah berikan.
Saya cadangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan datang panggil BEBAS dan juga Pembangkang untuk buat utiliti bajet supaya tidak lagi Yang Berhormat Sungai Air Tawar ini mengambil masa yang panjang untuk bahas. Jadi, apabila sudah ada ruang dia bekerjasama untuk membuat satu bajet yang bagus maknanya bajet itu disokong. Jadi saya akhiri, Parlimen dapat RM3 Juta untuk menyokong bajet, jadi saya minta RM300 0000.00 untuk menyokong bajet ini. Sekian. Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat dari blok BEBAS. Yang Berhormat Jeram ya. Bebas tapi agak terkawal lah! Saya bagi Sungai Pelek.
Salam sejahtera Yang Berhormat Speaker dan Ahli Dewan yang dihormati. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor yang telah pun membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2021, Jumaat lepas.
“Hendak belayar ke Teluk Bengkung Sambil melabuhkan pukat Bulat air kerana pembentung Bulat manusia kerana muafakat”
Itulah perasaan dan tanggapan awal saya ke atas pembentangan Belanjawan tersebut yang mana pihak saya YAB Menteri Besar telah pun mengambil kira pandangan dan input-input dari Ahli Dewan ini walaupun tidak secara keseluruhannya. Dengan belanjawan defisit RM132 Juta iaitu adalah satu yang munasabah daripada saya di waktu gejala pandemik COVID 19 kuasa tiga sedang mengganas di negara kita. Pandemik COVID 19 masih lagi berleluasa di seluruh dunia. Jangkitan virus ni tidak mengenal bangsa, agama mahupun status sosial ekonomi seseorang. Tambahan pula kesan langsung kepada ekonomi negeri Selangor amat dahsyat khususnya penduduk di Sungai Pelek yang bergantung rapat kepada industri penerbangan dan pelancongan. Ramai di kalangan mereka yang hilang pekerjaan dan ramai lagi bakal kehilangan pekerjaan sedikit masa lagi. Saya menyarankan agar Kerajaan Negeri mendaftarkan mereka yang terjejas ini dan menyediakan kategori serta platform khusus dalam Program Selangor Kerjaya. Dan membantu mereka dengan khusus-khususnya sekali. Must make but memberi mereka peluang baru mereka mendapatkan pekerjaan.
Tuan Speaker, saya tidak akan sentuh ini, saya skip sebab SMUE telah dijawab.
Sewaktu pandemik ini banyak perniagaan-perniagaan terjejas ini termasuklah perniagaan seperti restoran, pub, bistro, panggung wayang dan seumpamanya yang tidak dapat beroperasi. Ramai yang mengadu kepada saya agar Kerajaan Negeri
memberi pelepasan lesen peniagaan tahunan sekurang-kurangnya sebagai tanda prihatin kerajaan negeri kepada mereka.
Di samping itu, sambil merancakkan lagi sektor ekonomi di negeri Selangor banyak rintihan daripada pemain-pemain industri iaitu premium tanah bagi menukar status tanah pertanian kepada industri dirasakan amat terlalu tinggi. Dalam norma baharu ini banyak industri-industri baru seperti kesihatan dan makanan yang ingin menjalankan operasi di sini maka jika isu ini tidak ditangani dengan baik kemungkinan mereka ini beralih ke negeri-negeri lain seperti Perak dan Negeri Sembilan. Kita perlukan industri ini kekal dalam negeri Selangor dengan harapan saya dapat mencipta peluang-peluang pekerjaan baru kepada rakyat negeri ini.
Tuan Speaker, masalah gangguan air saya skip sebab banyak telah dibangkitkan oleh Ahli Dewan yang lain. Ok, saya cuma satu sahaja bentuk Skuad PANTAS oleh LUAS, apakah persediaan dan tindakan segera Kerajaan Negeri, LUAS dan Air Selangor khususnya mengekang masalah pencemaran sungai. Kerjasama tuntas dengan Jabatan Hutan bagi menghalang pencemaran hutan yang melibatkan kawasan water catchment (dengan izin) amat penting memastikan kawasan ini sentiasa terpelihara.
Tuan Speaker, pada tahun 2019 kita pernah dikejutkan dengan isu pencemaran udara akibat dari pihak yang tidak bertanggungjawab kilang yang beroperasi di Pasir Gundang, Johor. Oleh itu saya memohon buat sekalian kali pihak kerajaan menolak sebarang cadangan industri khususnya di Sepang yang berkemungkinan mencemarkan persekitaran udara seperti kilang kitaran semula plastik. Saya merayu kepada Jawatankuasa Negeri melalui MMKN menilai semula keputusan kebenaran permohonan kilang kitar semula plastik di pekan Sungai Pelek. Selain daripada bantahan suara penduduk terlalu banyak taburan yang tidak jelas berhubung dengan laporan EIA dan proses EMT bagi permohonan kilang ini yang masih berjalan.
Pada zaman sains dan teknologi ini perlu memastikan kaedah saintifik khusus bagi pelupusan plastik yang tidak mengganggu-gugat kestabilan alam sekitar. Namun banyak industri pilih kaedah yang murah sehingga tergamak mencemar alam sekitar yang bakal kita warisi pada masa akan datang. Kita juga perlu memilih industri yang bukan (dengan izin) sebaliknya industri yang membalikkan manfaat sesuai dengan kepakaran dan pengetahuan rakyat tempatan yang sesuai dengan industri revolusi. IR 4.0.
Seperkara yang sering ditimbulkan oleh masyarakat Sepang khususnya di Sungai Pelek adalah kekurangan unit rumah mampu milik. Selain kerjasama dengan pemaju bagi membina rumah Selangorku sudah sampai masanya kerajaan negeri mempertimbangkan Skim Rumah Idaman Selangor untuk dibina di atas tanah-tanah kerajaan negeri yang sedia ada di daerah Sepang. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa kita berada di dalam Dewan yang mulia ini adalah kerana amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kita. Ini adalah
masa untuk kita memenuhi janji-janji kita membela rakyat terutama di waktu sukar sebegini. Tuan Speaker saya sokong belanjawan.
Rawang.
Terima kasih kepada Dato’ eh Tuan Speaker yang memberi peluang untuk membahas Belanjawan untuk tahun 2021. Saya ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Selangor. Tahun 2020 merupakan tahun yang amat mencabar. Bagi rakyat Malaysia disebabkan cabaran wabak pandemik covid-19 sejak akhir bulan Februari sehingga kini kehidupan rakyat terjejas atas disebabkan kestabilan pekerjaan dan juga ekonomi di negara kita. Saya percaya ini juga menjejas pendapatan negeri yang menjadi punca halangan peningkatan pendapatan negeri. Tahniah kepada kerajaan negeri Selangor walaupun dalam keadaan yang mencabar ini tapi kita masih kekal dengan prestasi hasil yang baik untuk tahun ini. Ia telah menjadi satu cabaran untuk satu kerajaan untuk mempunyai satu perbelanjaan kerajaan yang boleh mengawal defisit sambil memupuk perbelanjaan supaya mengaktifkan ekonomi dalam negeri. Menurut kepada ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, tahun depan Selangor masih mengekalkan anggaran hasil pendapatan pada 2.2 bilion ringgit. Ini adalah sama dengan tahun ini. Sejak tahun 2015 sehingga tahun 2018 negeri Selangor mengamalkan defisit yang jurangnya yang amat besar berbanding dengan hasilnya. Izinkan saya memberi beberapa angka sebagai contoh, waktu 2015 Bukit Antarabangsa merupakan Menteri Besar untuk negeri Selangor dan defisitnya 2015 defisit RM452juta, 2016, RM630juta, 2017 RM900juta dan pada tahun 2018 RM870juta. Tapi dengan sejak tahun 2019 kerajaan mengambil inisiatif untuk penstrukturan semula program-program terutamanya dalam IPR yang telah berjaya membantu Selangor untuk mempunyai satu bajet kewangan yang makin sihat. Angkanya seperti berikut defisit pada tahun 2019 RM360juta. Tahun 2020, RM133juta dan tahun ini adalah defisit RM123juta. Dan kita nampak dengan pimpinan dan juga kerajaan barisan yang baru ini telah menunjukkan satu perubahan. Tahniah kepada kerajaan negeri Selangor yang bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sempat membetulkan keadaan pada masa yang singkat dan pendek ini. Kini boleh mengatakan program-program ini telah menyalur kepada rakyat dan keluarga yang layak dan memerlukan. Ini merupakan satu cabaran yang amat besar bagi kerajaan dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini. Disebabkan dalam segi mileage politik. Disebabkan di setiap perubahan dan pengurangan dalam program kerajaan memanglah kita akan dapat kritikan dan juga ke tidak puas hati. Cuma dalam masa satu hingga dua tahun ini kita telah membuktikan cara ini adalah betul. Seperti yang saya telah menyentuh dalam ucapan pembahas Belanjawan yang lepas, walaupun digitalisasi dengan menggunakan teknologi yang canggih akan melibatkan kos yang tinggi. Tetapi pelaburan ini akan membantu untuk mengurangkan kos dan meningkatkan efficiency pada masa yang akan datang. Kini dengan cabaran covid-19 yang dihadapi beberapa program yang baru yang melibatkan teknologi baru seperti
e-bazar, apps selangkah telah membuktikan hala tuju dalam visi untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai smart state menjelang tahun 2025 adalah satu langkah yang tepat. Tuan Speaker dan Ahli Dewan Negeri sekalian, perniagaan secara talian merupakan satu caranya yang baik untuk membantu perniagaan yang menghadapi cabaran pada hari ini. Cuma saya percaya di setiap kawasan mempunyai golongan yang tidak pandai menguasai teknologi yang canggih ini terutamanya peniaga-peniaga yang berusia tinggi. Saya berharap kerajaan negeri Selangor boleh memberi tumpuan kepada golongan ini supaya boleh mengadakan satu sesi atau pendidikan kepada golongan-golongan ini supaya mereka boleh transformasikan perniagaan mereka daripada tradisi dan masukkan dalam platform yang Selangor yang sedia ada. Seperti pepatah cina yang menyebutkan “bila anda beri seorang ikan maka anda berinya makanan untuk satu hari tetapi bila anda ajar seseorang untuk memancing maka anda akan memberinya makan seumur hidup”. Dalam peringatan saya dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia pada bulan Mac ini mereka dia pernah menyatakan makcik Kiah yang mendapatkan yang apa tu bantuan daripada pihak kerajaan persekutuan sebanyak RM4000 tapi sejak bulan Mac sehingga kini makcik Kiah tu pun mungkin tertinggal seperti itu. So, saya berharap dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor makcik Kiah boleh menjual pisang goreng secara atas talian dengan menggunakan platform negeri Selangor.
Tuan Speaker dan Ahli Dewan Negeri sekalian, kos penyelenggaraan jalan raya dan lebuh raya yang semakin meningkat saban tahun, hasilnya pula dikenakan terhadap kos tol dan kos untuk penyelenggaraan untuk dalam kerajaan sekali gus ia akan membebankan kerajaan. Dalam keseluruhannya rantaian itu menanggung bebanannya adalah rakyat. Kedinamikan sosio bandar ditentu oleh sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkesan dan sistematik kerana mobiliti penduduk yang tersusun dan teratur membawa kepada kemakmuran kehidupan dalam negeri. Namun kerajaan persekutuan masih gagal dalam pembangunan jaringan pengangkutan awam di negara kita terutamanya di kawasan negeri yang maju yang pesat dengan pembangunan. Dalam kajian daripada kerajaan dan beberapa institusi telah menunjukkan bahawa pengangkutan adalah salah satu faktor yang memberatkan tanggungan bagi keluarga yang berpendapatan rendah. Cuba bayangkan seorang graduan yang tinggal di Rawang yang baru dapat pekerjaan di kawasan Lembah Kelang beliau hanya boleh ada dua pilihan. Satu pilihan dia pindah keluar daripada kawasan Rawang, yang kedua tu dia kena perlu memilikan satu kenderaan. So, ia dan salah satu lagi contoh adalah kalau seseorang yang bergantung dengan pengangkutan awam yang duduk di kawasan Rawang dia nak pergi ke Bangsar untuk pekerjaan dia memerlukan dua hingga tiga jam untuk pergi ke tempat situ. Kalau berulang alik? Empat hingga enam jam. Ia telah menjejaskan produktiviti untuk seseorang walaupun inisiatif pelaksanaan Bas Percuma Smart Selangor telah mencuba untuk memain peranan sebagai pengangkutan perantaraan kepada pengangkutan awam utama tetapi peruntukan yang terhad telah menjadikan cabaran bagi kerajaan negeri Selangor. RM25juta merupakan satu anggaran yang besar, satu anggaran perbelanjaan negeri untuk meneruskan inisiatif Bas Smart
Selangor. Saya menyambut cadangan kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan Bas Mini Smart Selangor. Ia selain daripada mengurangkan kos perbelanjaan saya berharap juga pelaksanaan bas mini ini juga boleh membantu untuk menambahkan penjajaran bas di kawasan dalaman bagi penduduk menikmati perkhidmatan bas awam. Perbandingan antara kawasan bandar dan juga kawasan dalaman, kampung sebenarnya kawasan dalaman yang lebih memerlukan perkhidmatan yang disebabkan kekurangan bas operator yang sanggup dan izin untuk masuk ke kawasan tersebut.
Tuan Speaker dan Ahli Dewan sekalian, di sini saya nak menyentuhkan isu hutan simpanan. Isu penyahwartaan Hutan Simpanan telah menarik perhatian saya sejak cadangan hutan simpanan Bukit Lagung yang saiznya 28.3 ekar di cadang untuk digazet. Dulu kalau sampai ke kawasan Templer, kawasan tersebut terkenal dengan kehijauan dengan hutan. Dengan pembangunan yang pesat di situ selain daripada pembangunan perumahan juga mempunyai aktiviti-aktiviti kuari yang juga menyumbangkan pelbagai pencemaran di kawasan tersebut. Walaupun pendengaran telah dianjurkan ketika itu tetapi saya mendapati juga aduan berkenaan pendengaran tersebut tidak memihak kepada pihak pengadu disebabkan masa yang diberi adalah kurang berbanding dengan pihak pemohon. Kini penyahwartaan hutan simpanan sekali lagi telah menjadi satu isu tumpuan sejak penyahwartaan hutan simpanan Kuala Langat. Semalam saya turut menerima satu memorandum daripada wakil-wakil gabungan membantah pemansuhan Kuala Langat Utara yang terdiri daripada 15 NGO-NGO yang termasuk Suaram. Untuk menyatakan bantahan pemansuhan hutan simpanan antara sebab-sebabnya bantahan yang diberi adalah yang satu menjejaskan kehidupan orang asli. Yang kedua mempunyai risiko berlaku tanah runtuh ataupun banjir kilat di kawasan sekeliling, Yang ketiga, dia menjejaskan sistem hidrologi dan juga ekologi. Hutan merupakan aset yang bernilai bagi kita dan masa depan negara kita. Mengekalkan hutan boleh membantu untuk mengurangkan risiko berlaku bencana seperti hujan dan juga tanah runtuh. Dua tanah yang saiznya berjumlah 958.6 ekar telah di cadang untuk penyahwartaan. Mempunyai persamaan nilai pembangunan tanah tersebut yang tinggi itulah sebab kemungkinan yang sebab cadangan penyahwartaan tanah hutan simpanan tersebut. Saya memahami kerajaan sedia untuk mendapatkan gantian tanah yang telah dinyahwarta tetapi saya bawa cadangan pandangan bahawa kerajaan patut melindungi hutan simpanan yang sedia ada dan kita juga perlu menambah yang saiz hutan simpanan yang sedia ada. Aktiviti-aktiviti pencerobohan tanah hutan simpanan telah menunjukkan kelemahan dalam pemantauan dan juga penguatkuasaan. Ia tidak patut menjadi satu alasan bagi penyahwartaan sebuah hutan simpanan. Kalau alasan ini diguna pakai adakah bermaksud hutan simpanan yang bakal di warta juga akan mengalami nasib yang seperti hutan simpanan Hutan Simpan di Bukit Labung dan Kuala Langat. Tuan-tuan dan puan-puan...
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Tuan Speaker..
Maaf ya Yang Berhormat, bukan ceramah.
(Ketawa). Pengasingan sampah bukan satu perkara yang baru bagi negara yang maju. Malaysia telah mencuba melaksanakan pengasingan sampah pada tahun 2016. Ketika itu kerajaan persekutuan mewajibkan pengasingan sampah dan penguatkuasaan telah dilaksanakan. Malangnya pelaksanaan tersebut telah gagal dilaksanakan. Menurut kajian daripada perbadanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, penghasilan sampah harian dalam kalangan rakyat telah mencatat peningkatan lebih daripada 100% berbanding dengan tahun 2005. Negara setiap tahun telah menghabiskan RM2bilion setiap tahun hanya untuk pengurusan sampah. Dalam bajet tahun 2021 negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM5juta untuk tujuan tersebut. Tidak lagi kita mengira yang belanjawan daripada PBT. Saya bagi contoh MPSj 30juta tahun lepas, Hulu Selangor 10juta. Kalau kita mengikuti negara-negara lain seperti Taiwan pada tahun 1977 tahunnya, purata setiap rakyat menjana 1.14kg setiap hari. Pada 2017 telah menunjukkan penurunan 0.359kg. Pengasingan sampah dan program kitar semula telah mengurangkan sampah-sampah dan di Malaysia hari ini setiap hari telah menjana 1.17kg sampah setiap individu. Pandangan saya pelaksanaan tempat pengasingan sisa dan juga program kitar semula patut disegerakan bagi mengurangkan kos pengurangan sisa pepejal. Penjimatan ini boleh membantu negeri dan juga PBT untuk menggunakan peruntukan yang ini penjimatan ini untuk pembangunan yang lain. Serta industri ini dapat membantu juga untuk mencipta pekerjaan. Izinkan saya menyentuh juga beberapa isu untuk kawasan saya.
Yang pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada EXCO Infrastruktur dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar, terima kasih kerana pada tahun depan Bajet telah memasukkan naik taraf Sungai Gong dan juga Jalan B27 sebagai salah satu projek yang akan diluluskan. Saya berterima kasih disebabkan dua isu ini memang isu yang amat besar di kawasan saya dan setiap kali saya sidang Dewan, saya tentu akan masukkan dalam soalan Dewan saya supaya projek ini dapat dimasukkan dan akhirnya telah menjadi kenyataan, terima kasih.
Yang kedua adalah berkenaan dengan pelancongan di Batu Arang. Merujuk usaha Kerajaan Negeri yang tengah mengusahakan program Pusing Selangor Dulu, program pelancongan tempatan telah menjadi trend baru bagi rakyat di Malaysia. Setiap hari minggu, Batu Arang dikunjungi dengan ramai pelancong, penunggang basikal dan motor. Yang Berhormat Seri Setia adalah antara satu yang sentiasa datang ke kawasan saya untuk memantau kerja saya. So, saya berharap pelbagai usaha penduduk, NGO-NGO dan agensi pelancongan telah bermula usaha untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan tersebut sebagai satu kawasan pelancongan yang bersejarah.
Harap kerajaan boleh membantu Batu Arang untuk dapat prihatin daripada kerajaan untuk membangunkan sektor pelancongan di kawasan tersebut. Tuan-tuan dan puan-puan ...
Masa Yang Berhormat, point yang terakhir.
Point yang terakhir adalah dalam setiap Bajet, memang gaji-gaji dan emolumen adalah merupakan salah satu faktor yang besar untuk bagi perbelanjaan pengurusan. Dalam 2 tahun saya, 2 tahun setengah saya sebagai Adun, saya prihatin dan saya dapat tahu berkenaan dengan prestasi-prestasi Adun di Dewan ini, memang majoritinya telah memberi komitmen yang sangat tinggi. Saya amat kecewa dengan Adun Bukit Antarabangsa, setiap sesi sidang Dewan dia hadir sehari. Saya tidak pasti adakah beliau ada menjawab kepada, adakah memberi alasan-alasan terhadap kepada Dewan Negeri Selangor. Cuma setiap bulan memang Adun menerima elaun-elaun yang tertentu. Tanggungjawab kita sebagai Adun adalah untuk menyerahkan pandangan di dalam Dewan yang mulia ini. Cuma saya berharap kita dapat memberi apa itu, teguran ya, kepada Adun-Adun yang tidak bertanggungjawab terhadap Dewan yang mulia ini. Akhirnya saya ingin menyokong Belanjawan pada tahun 2021, sekian terima kasih.
Meru.
Ok, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Sebelum saya memulakan ucapan atau pun perbahasan saya yang berkaitan dengan Belanjawan Selangor 2021, bagi menghargai dan juga menyatakan kesedihan kita kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita atas sebab wabak COVID ini bagi yang beragama Islam, sama-sama kita sedekahkan surah Al-Fatihah dan juga yang bukan beragama Islam dapat bertafakur bersama-sama, Al-Fatihah (ayat dibaca di dalam hati masing-masing). Ok, terima kasih kepada semua Yang Berhormat. Di sini sebelum saya meneruskan isu berkaitan dengan Negeri Selangor, saya ingin mengambil kesempatan terlebih dahulu untuk menyatakan kutukan dengan kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang jelas menghina Islam yang mana perkara ini telah menguris perasaan seluruh umat Islam sedunia dan sudah pasti perkara ini bukanlah satu perkara yang boleh dimain-mainkan kerana bagi penganut agama Islam menghina Nabi dan menghina agama adalah satu perkara yang besar. Yang tidak patut dilakukan oleh mana-mana agama dan malahan dalam agama Islam sendiri melarang untuk kami menghina agama yang lain.
Dalam perbahasan pada kali ini, semua sedia maklum bahawa isu-isu air merupakan isu yang paling besar yang menjadi permasalahan dan kutukan rakyat kepada ketika ini. Yang mana pada perbahasan dan juga pembentangan Belanjawan yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua, kita dapat melihat perancangan-perancangan telah diatur. Namun sedikit mengecewakan apabila Bajet dan juga
perancangan-perancangan yang diatur itu lebih menjurus kepada masalah pencemaran semata-mata. Sedangkan kalau kita lihat banyak lagi punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air. Contohnya berlakunya isu paip pecah dan juga mungkin berlakunya sabotaj. Sebagai contoh mungkin berlaku saya pun pelik, selama 22 bulan Pakatan Harapan memerintah Putrajaya tidak pernah berlaku pun isu pencemaran ini. Tetapi setelah Kerajaan Pakatan Harapan tumbang begitu banyak isu berkaitan dengan pencemaran di Negeri Selangor. Dan juga tak mustahil juga berlakunya masalah kerosakan pam dan juga masalah-masalah luar jangka.
Yang amat menakutkan kita semua apabila kita mendapat tahu daripada laporan daripada Air Selangor 6,000 km panjang paip di Negeri Selangor perlu diganti, sedangkan kemampuan atau pun yang boleh dilakukan oleh Air Selangor untuk pembaikan paip ini hanya sepanjang 150 km sahaja dalam tempoh 1 tahun. Jadi kalau kita lihat kita akan mengambil masa yang cukup panjang dan kita bimbang sekiranya berlaku krisis air berpanjangan atas sebab berlakunya masalah pecah paip ini di tempat yang banyak dalam satu masa yang sama. Di sini bukanlah isu yang kita kena tekankan soal hendak mencegah pencemaran semata-mata. Tetapi yang menimbulkan kemarahan rakyat sebenarnya apabila berlaku kelemahan daripada segi pengagihan air sewaktu krisis itu berlaku sendiri. Bagaimana kita dapat melihat lori-lori tangki air yang ada di seluruh Negeri Selangor, difahamkan tidak sampai 100 buah lori pun. Sedangkan maklumat yang saya terima untuk mengatasi masalah air di seluruh Negeri Selangor, kita memerlukan kira-kira 8,000 lori tangki air.
Jadi kalau kita lihat terlampau jauh jarak dia, mungkin kita boleh memberi alasan tentang bajet yang besar untuk membeli lori-lori tersebut. Tetapi dalam masa yang sama mungkin kita boleh memikirkan kaedah-kaedah yang lain untuk memastikan air atau pun bekalan air ini sampai kepada pengguna walaupun berlaku gangguan atau pun permasalahan yang telah berlaku sebelum ini. Dan kita dapat lihat juga contoh antara permasalahan selain daripada lori, pili-pili awam juga kalau kita lihat disediakan amat sedikit. Kalau di Meru itu saya boleh katakan satu tempat saja untuk menampung ratusan ribu penduduk di Meru. Jadi ini adalah satu perkara yang amat sukar diterima dalam keadaan Negeri maju ini. Dan selain itu juga kita dapat melihat tiada sebarang cadangan untuk membina tangki statik atau pun seperti mana yang diterangkan oleh Yang Berhormat dari Bukit Gasing tadi. Ada tangki yang tidak di isi pun yang menyebabkan kita tidak menggunakan kemudahan yang sedia ada dengan secara efisien. Yang sudah pasti apabila kita tidak nampak kelebihan-kelebihan dan juga perkara-perkara yang ada di pihak kita, kita tidak gunakan sebaiknya itu adalah kerugian yang besar yang kita sendiri menjahanamkan diri kita sendiri sebenarnya untuk memberi ruang kepada pihak luar untuk menyerang kita tanpa kita sedar.
Dan selain daripada itu juga, beberapa isu dibangkitkan oleh rakyat yang mana mulai bulan September 2020, Air Selangor mula membuat pemotongan bekalan terhadap tunggakan bil pengguna. Bila pengguna pergi ke Pejabat Air Selangor untuk
berbincang tentang pembayaran, pengguna dikehendaki membayar dahulu 50% tunggakan terlebih dahulu dan baru boleh membuat jadual pembayaran baki seterusnya. Ini berbeza dengan syarikat TNB di mana tempoh PKP sehingga bulan Disember 2020, TNB tidak membuat sebarang pemotongan bekalan terhadap tunggakan bil pengguna. Di sini kalau benarlah perkara ini berlaku, saya mengharapkan supaya Air Selangor dapat memberi timbang rasa. Kalau benar benda ini berlaku supaya tidak membuat pemotongan sewaktu tempoh PKP ini. Yang mana dahlah rakyat dalam keadaan susah, tapi bila kita buat pemotongan pula walaupun kita tahu ada tunggakan bil air itu tapi perlulah kita lihat bahawa tentang keperluan air ini adalah keperluan asas. Dalam keadaan apa sekali pun kita kena berikan kepada rakyat. Tidak ada elektrik tak apa lagi, jangan tak ada air. Bila tak ada air ini, apa benda hendak buat pun susah. Dalam keadaan apa pun kita tidak selesa, hendak pergi kerja susah, hendak keluar susah dan sebagainya. Itu perkara menyentuh berkaitan dengan air dan berkaitan dengan isu yang kedua ialah ...
Minta penjelasan.
Ok, silakan.
Terima kasih kepada Meru, saya ringkas sahaja. Saya ingin bertanya ke Meru sama ada mungkin kita boleh bertanya kepada Kerajaan untuk mendapatkan bilangan tangki air atau pun cendawan yang telah pun dikosongkan, mungkin boleh digunakan bilangan yang ada. Kedua kos keseluruhan untuk repair atau pun menyelenggarakan tangki-tangki atau pun cendawan-cendawan ini supaya kita tahu berapa banyak yang diperlukan dan ketiga sekira kita peruntukan wang ini adakah ia dapat digunakan pada masa yang paling dekat, paling dekat maksud saya ialah saya pada masa setahun. Kalau ia merupakan sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa 1 tahun, saya setuju tapi sekiranya ia melibatkan wang yang besar dengan masa yang diperlukan adalah panjang, mungkin kos ini lebih baik digunakan untuk alternatif-alternatif lain yang boleh memberikan kesan langsung kepada rakyat. Itu adalah pendapat saya, apakah pendapat Yang Berhormat?
Ok, saya setuju pandangan Yang Berhormat dari Banting, cuma saya hendak tambah sedikit apa yang diterangkan oleh Banting, ini perkara yang merisaukan saya. Kalau kita lihat daripada pembentangan Belanjawan yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang urusan Air Selangor untuk mempertingkatkan perkhidmatan adalah dengan membangunkan loji rawatan Air Labuhan Dagang Fasa 2 serta Loji Rawatan Air Sungai Rasau yang dijangka dapat meningkatkan margin bekalan air sekurang-kurangnya 15 tahun, menjelang 2030. Maknanya 10 tahun lagi, yang ini yang saya hendak bangkitkan ini. 10 tahun lagi dalam tempoh yang cukup panjang ini macam-macam boleh berlaku. Dan kalau kita lihat pula hendak menjawab soalan dari Banting tadi, berkaitan dengan cadangan, ok pelaksanaan projek ada 4 projek yang dijangka tempohnya ialah 18 bulan. Dan Kerajaan Negeri memperuntukkan kos RM200 juta
Rawatan Loji SSP1 23RNA Rantau Panjang dan RNA Semenyih 1 dan 2. Maknanya ini mengambil masa 18 bulan tapi macam mana dalam tempoh sebenarnya, kalau berlaku gangguan, itu maksud saya. Perancangan yang Kerajaan Negeri buat cantik, saya dah nampak orang kata memang perancangan yang boleh menyelesaikan masalah. Tetapi yang saya bangkitkan ini soal delivery, soal hendak menyampaikan apa nama ini, bekalan air sewaktu gangguan itu berlaku, yang itu hendak pertikaikan, cukup lemah yang menimbulkan kemarahan rakyat.
Ok, isu kedua yang saya hendak bangkitkan dengan isu berkaitan dengan penutupan masjid sepanjang PKP ini. Saya minta maaf, saya tahu mungkin perkara ini agak sensitif untuk dibicarakan tetapi sebagai salah seorang Adun yang berkelulusan agama, suka saya menyatakan penutupan masjid secara keseluruhan di Negeri Selangor itu tidak efisien. Sebab bukan semua yang zon merah, itu satu perkara macam zon hijau di Sabak, hendak tutup dan sebagainya. Satu perkara yang saya rasa macam tidak adil, termasuk di zon merah sendiri yang dikenakan penutupan masjid dan sebagainya. Restoran boleh buka, pusat hiburan boleh buka, rumah urut boleh buka, shopping mall boleh buka, masjid tempat hendak sembahyang tak boleh buka. Lepas itu di limited kan sedangkan sudah ada disediakan SOP bila berada di masjid. Dah ada aturan, kalau kita risau tentang pematuhan itu tidak diikuti saya yakin orang pergi masjid ini akan patuh. Dan yang keduanya jawatankuasa masjid dan surau itu sendiri boleh jadi petugas untuk memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan itu boleh diikuti. Ini soal kita menghentikan solat jemaah, menghentikan daripada mengimarahkan rumah Allah Ta’ala dan suka saya nak jelaskan juga kepada Yang Berhormat sekalian bahawa apabila berlaku penutupan operasi masjid dan surau ini walaupun dibenarkan dalam jumlah yang minima antara yang tidak boleh dilakukan adalah majlis-majlis ilmu. Disebutkan tadi, saya lupa Yang Berhormat kalau tak silap saya Yang Berhormat Banting ke mana, isu berkaitan dengan masalah kesihatan mental, sorry, sorry, daripada Bukit Lanjan. Sedangkan di masjid ini, salah satu terapi terbaik sebenarnya, ya. Boleh lah lepas ni Banting masuk ke masjid. Sebab dia mengesahkan. Ini salah satu cara untuk kita menyelesaikan tekanan emosi yang sedang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya. Dalam tempoh kita menghadapi pandemik COVID ini, kalau kita nak meletakkan alasan bahawa nak mencegah, menjadikan alasan, kluster Sri Petaling sebagai contoh, yang itu berlaku sebelum ada SOP. Seolah-olah orang di masjid atau rumah ibadat yang lain, orang yang tak boleh ikut SOP. Ini yang pelik tu. Jadi, bagi saya mungkin boleh disampaikan kepada pihak berwajib khususnya Jabatan Agama Islam memikirkan semula untuk memberi kebenaran yang lebih luas untuk umat Islam laksanakan ibadah di masjid-masjid, bukan sahaja bukan sahaja pada waktu solat jemaah kadang-kadang mereka yang bekerja, mereka yang bermusafir,tempat sembahyang tak ada
Mohon mencelah Meru.
Silakan.
Saya tertarik dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Meru sebentar tadi. Ya, tentang ketetapan yang berlaku bagi pelaksanaan solat berjemaah dan solat Jumaat di Negeri Selangor. Saya punya pengalaman ya, hatta ada rakyat Selangor yang Muslim yang nak dapat fadilat berjemaah pergi ke negeri lain, terutama di sempadan. Di Taman Medan mereka pergi ke Lembah Pantai, sebelah, ya. Sampai ke tahap itu sekali. Jadi, maknanya kena ada pertimbangan sebab di sana, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan jumlah tertentu yang agak ramai juga yang boleh dijadikan contoh panduan untuk pelaksanaan prosedur operasi standardnya yang berkait dengan pelaksanaan ibadah itu. Jadi, itu sepatutnya. Begitu juga saya dapat tahu daripada Yang Berhormat Semenyih, ada yang menyeberang ke sempadan Negeri Sembilan pun ada. Jadi, ini satu contoh yang mana sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu kaedah dalam pelaksanaan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Meru.
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Taman Medan. Ok, seterusnya saya nak, yang berkaitan dengan isu ekonomi yang mana kita lihat memang isu ekonomi menjadi masalah yang antara besar dan kritikal bagi seluruh negara pada ketika ini, dan saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah menyediakan beberapa inisiatif untuk membantu peniaga-peniaga khususnya peniaga-peniaga kecil, jadi mungkin ditambahbaik untuk sama-sama melihat juga berkaitan dengan peniaga-peniaga yang tidak berekod. Selama ini kalau kita lihat peniaga-peniaga yang berekod yang diberikan bantuan. Dan apabila berlaku PKP ini, ramai peniaga-peniaga yang tumbuh bagai cendawan, berniaga melalui online dan mereka ini tidak berekod ok, yang mungkin juga kita boleh memikirkan untuk membantu mereka dan juga dalam masa yang sama memudahkan peniaga-peniaga kecil di pinggir-pinggir jalan untuk diberikan lesen sementara bagi memudahkan untuk mereka berniaga di samping dalam masa yang sama bertegas untuk menghalang daripada peniaga asing berniaga. Dan kita lihat pada ketika ini peniaga asing, warga asing boleh berniaga dan berselindung daripada lesen dan juga perlindungan daripada orang tempatan sehingga menimbulkan fitnah kepada Kerajaan. Contohnya kenapa diberikan lesen dan sebagainya kepada pendatang asing sedangkan yang Kerajaan bagi itu dah ikut prosedur, ikut aturan dah tetapi ada yang menjadi pengkhianat di sebaliknya, minta maaf lah kalau saya sebut. Yang sanggup menjadi orang kata apa, kambing hitam untuk menghalalkan peniaga-peniaga asing ini dapat berniaga sebebas-bebasnya. Dan saya menyarankan supaya orang yang sebegini dapat dihukum dulu. Yang menyediakan premis dapat disita dan sebagainya. Sita sahaja saya, saya bagi tak cukup. Mungkin boleh orang kata mengenakan tindakan macam air Selangor, tutup bekalan air, tutup bekalan elektrik di premis mereka supaya operasi itu tidak boleh lagi berlaku.
Dan seterusnya, berkaitan dengan isu infra memang kita tidak nafikan banyak jalan-jalan di Negeri Selangor ni dah cukup tua, yang perlu kepada pembaikan. Saya agak
kecewa apabila melihat pembentangan di dalam Belanjawan ini tidak menyentuh langsung di kawasan saya khususnya di Meru dan juga Parlimen Kapar tentang pembaikan jalan-jalan yang cukup teruk yang setiap kali di dalam Dewan ini saya bahaskan yang kalau kita lihat, kalau tuan-tuan sakit badan pun boleh datang ke tempat saya, boleh mengurut secara percuma, naik kereta. Punya teruk keadaan jalan di situ. Dan juga saya nak menyentuh juga khususnya macam jalan yang paling bermasalah, walaupun di bawah JKR Federal, contoh daripada Pekan Meru ke Pekan Kapar, ini yang paling teruk, paling bermasalah. Walaupun bawah JKR Federal, mungkin pihak Negeri boleh mempertimbangkan untuk membantu menyalurkan bantuan membaiki jalan tersebut dan juga untuk memperbaiki, contohnya memberi tekanan kepada, daripada pemaju di Klang Sentral yang tidak membuat pembaikan langsung dan tidak membuat penyerahan lagi kepada pihak Kerajaan ok. Yang mana, bila timbul masalah jalan, yang disalahkan ialah Kerajaan Negeri dan Wakil Rakyatnya seolah-olah kita tidak buat apa-apa. Dan saya mencadangkan kalau boleh pemaju di Klang Sentral itu, sebarang projeknya di Negeri Selangor dibekukan. Selagi mana dia tidak buat pembaikan dan juga membaiki jalan yang patut diselesaikan sebelum membuat penyerahan kepada Kerajaan.
Dan seterusnya berkaitan dengan isu sampah. Apabila bertambah rakyat maka bertambahlah sampah ya, itu biasalah. Makin bercambah kawasan perumahan makin banyaklah sampah yang akan timbul. Tetapi yang menjadi permasalahan berkaitan dengan kutipan sampah tetap dalam jumlah yang sama. Kalau tiga (3) minggu, tiga (3) kali seminggu, sedangkan sampah makin bertambah. Walaupun begitu, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri, PBT dan juga KDEB yang telah menguruskan sampah logistik dengan cukup baik tetapi timbul berkaitan dengan sampah industri yang mana kalau di tempat saya, banyak berlaku pembuangan sampah-sampah industri ini secara haram. Dan apabila kita buat tangkapan, antara alasan yang diberikan pihak Kerajaan tidak menyediakan tempat dan juga kalau ada tempat pun, jauh daripada lokasi yang melibatkan kos yang besar untuk mereka membuang sampah-sampah industri ini. Mungkin pihak Kerajaan boleh memikirkan lokasi yang lebih sesuai untuk memastikan khususnya di Klang. Lokasi untuk menyediakan satu tempat khusus pembuangan sampah industri ini. Dia bukan, sebenarnya boleh menjana pendapatan, lebih daripada itu pun sebenarnya boleh menyelesaikan masalah pencemaran dan sebagainya. Saya difahamkan daripada Pejabat Daerah Klang sahaja, dua puluh (20) tempat pembuangan sampah industri haram dikenalpasti di daerah Klang yang mana kalau kita uruskan dengan cara baik, sudah pasti ia akan memberi manfaat balik kepada Kerajaan Negeri.
Dan seterusnya, isu pendidikan. Yang mana, dalam tempoh PKP ini, perkara yang membimbangkan saya khususnya anak-anak di Negeri Selangor. Kita sedia maklum, di Negeri Selangor keseluruhannya sekolah-sekolah telah ditutup. Dan pada tahun ini juga kalau kita lihat, pelajar-pelajar SPM khususnya, mereka tak dapat nak pergi sekolah dan tak dapat nak mengikuti kelas secara normal. Dan kita dapat melihat bagaimana pada ketika ini, pelajar-pelajar yang boleh mengikuti kelas secara online
mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagaimana dengan pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti kelas secara online khususnya mereka daripada yang berpendapatan rendah? Yang sudah pasti mereka akan tercicir. Dan seharusnya kita memikirkan juga untuk membantu mereka bagaimana memastikan supaya mereka tidak tercicir. Dan juga saya melihat di dalam Belanjawan ini, kita langsung mungkin terlepas pandang tentang pelajar-pelajar Selangor yang berada di luar Negara yang mungkin pada ketika ini, mereka juga di dalam kesusahan yang memerlukan bantuan kita yang mana pada tahun lepas, saya difahamkan ada peruntukan yang disediakan tetapi tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini atas sebab PKP tetapi mungkin bajet itu boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar Selangor yang di luar Negara ataupun mungkin di luar Negeri Selangor khususnya di Sabah dan Sarawak untuk diberikan bantuan sewajarnya untuk meringankan bebanan mereka. Dan juga mungkin saya memohon kepada pihak Kerajaan untuk meneliti balik berkaitan dengan isu perjanjian serahan Kuala Lumpur, Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan. Sebab kita lihat mungkin ada perkara-perkara yang kita tidak pernah kaji selama ini, yang tercicir, mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan di situ yang kita tidak ketahui pada zaman Barisan Nasional dahulu. Macam contoh isu stadium yang dibangkitkan tadi. Mungkin ada isu-isu di sebaliknya yang kita tidak ketahui. Yang sepatutnya mungkin ada hak Kerajaan Persekutuan kena berikan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sehingga ke hari ini mereka belum tunaikan. Yang mana pada ketika ini saya yakin kita tak pernah pun bincangkan dan kita tidak pernah semak dan saya sewajarnya kita menyemak balik supaya isu-isu ini dapat kita selesaikan dan juga kita dapat mengembalikan hak Negeri Selangor dan juga dapat membantu rakyat Selangor keseluruhannya. Silakan Subang Jaya.
Yang Berhormat Meru, saya nak tanyakan pandangan Yang Berhormat berkenaan isu sampah yang dibangkitkan tadi. Saya percaya bahawa Yang Berhormat selaku Jawatankuasa Pilihan Air juga akan terima maklumbalas ini di mana kami sebagai Jawatankuasa pernah minta supaya Negeri Selangor menggubal Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal supaya kami sebagai Negeri boleh menguruskan sisa binaan, sisa industri dan lain-lain. Cuma daripada balasan ini, saya memperhatikan bahawa daripada pendakwaan Negeri, ya, maklumbalas yang kami terima adalah bahawa Yang Berhormat Menteri KPKT tidak memberi persetujuan untuk Negeri Selangor untuk menggubal Enakmen yang dicadangkan. Apakah pandangan YB?
Ok, inilah masalah Kerajaan Perikatan Nasional, benda baik dia tak nak sokong. Jadi, saya menyokonglah apa yang dikatakan oleh Subang Jaya. Ha, senang nak menjawab (ketawa). Ok, dan seterusnya, isu yang terakhir yang saya nak bangkitkan sebab masa kita pun dah nak habis, antara kelemahan kita, saya lihat walaupun nanti InshaAllah, dengan izin, di dalam Dewan ini, kita akan buat usul berkaitan dengan pindaan Enakmen, Undang-Undang, Air Selangor dan sebagainya, tetapi kalau tidak ada penguatkuasaan, walaupun undang-undang itu cukup hebat, cukup baik dan
sebagainya. Sudah pasti, ia tidak membawa apa-apa makna. Jadi, saya mengharapkan ada penekanan daripada pihak Kerajaan untuk memastikan penguatkuasaan, dan juga petugas-petugas penguatkuasaan diberikan, orang kata, kekuatan ataupun penumpuan yang lebih untuk memastikan isu-isu berkaitan dengan permasalahan di dalam Negeri Selangor ini dapat diselesaikan. Saya mengharapkan perkara ini supaya kita tidak hanya hebat di dalam Dewan, undang-undang yang hebat tetapi pelaksanaannya tidak dapat dilaksanakan atas kelemahan kita sendiri. Jadi, saya tidak mahu bercakap panjang sebab masa pun sudah nak habis. Oh, dah habis dah? Dua (2) minit lagi, ha, ok. Dan juga tadi saya terlupa ya, tadi mengutuk kenyataan Presiden Perancis tadi. Dalam masa yang sama saya juga ingin memaklumkan, kita juga tidak bersetuju dengan keganasan yang ditimbulkan atas nama agama dengan apa alasan sekalipun. Dan kita sebagai penganut agama Islam, dengan tindakbalas pemenggalan dan juga keganasan itu adalah tindakan yang kita sendiri tidak sokong dan sebenarnya tidak termaktub langsung dalam ajaran agama Islam. Jadi, dengan ini, saya menyokong penuh Belanjawan Selangor 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sekian, Assalamualaikum WBT.
Silakan Subang. Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Subang Jaya berdiri untuk menyokong Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kami diamanahkan tugas yang besar sebagai Wakil Rakyat (Ahli Dewan ketawa) apalagi dalam keadaan pandemik di mana kami perlu mempertimbangkan dasar-dasar untuk mengurangkan impak ekonomi akibat COVID-19. Dalam perkara ini, nasihat pakar adalah jelas. Semua Kerajaan harus membelanja dalam pandemik untuk melindungi ekonomi. Walau bagaimanapun, kami tidak boleh membelanja dengan begitu bersahaja. Dana perlu dilabur dalam sektor-sektor yang akan membawa kesan sampingan positif ataupun ripple effect , dengan izin, oleh itu, Subang Jaya berpandangan bahawa focus Belanjawan ini iaitu
Subang Jaya, sila duduk. Boleh sambung esok ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 6.00 petang. Dengan ini, saya menangguhkan Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 sehingga hari esok 3 November 2020 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 6.00 PETANG)