Selangor · 1 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 330 turns · 31,885 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Pada 1 Disember 2021 dimulakan dengan bacaan Doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-Pertanyaan.
Salam sejahtera, selamat pagi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan Taman Medan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan dari Taman Medan soalan no.39.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Penggunaan Tapak Tanah Perkuburan Islam Bagi Tujuan LainQuestions
39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah boleh digunakan tapak tanah perkuburan Islam bagi aktiviti lain selepas pewartaannya?
b)
Bagaimana jika ia telah digunakan bagi aktiviti lain sebelum pewartaannya?
c)
Apakah langkah yang perlu untuk melindungi tapak tanah itu dari digunakan bagi aktiviti lain?
Terima kasih pada Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga Yang Berhormat Taman Medan. Soalan yang diajukan adalah apakah boleh digunakan tapak tanah perkuburan Islam bagi aktiviti lain selepas pewartaannya. Tapak Perkuburan yang telah diwartakan tetapi masih kosong dan belum digunakan dengan kelulusan Pegawai Pengawal iaitu Pengarah JAIS. Aktiviti yang hendak dijalankan di atas tapak perkuburan tersebut mestilah
aktiviti yang sah dan mematuhi undang-undang yang masih berkuatkuasa dan bersifat sementara.
Soalan yang kedua. Bagaimana jika ia telah digunakan untuk aktiviti lain sebelum pewartaannya. Aktiviti yang dijalankan sebelum tapak tersebut diwartakan adalah di bawah tanggungjawab Pentadbir Tanah Daerah. Walau bagaimanapun, apabila tapak tersebut telah diwartakan di bawah kawalan Pengarah JAIS, pihak-pihak yang menjalankan aktiviti tersebut perlu mengemukakan permohonan penggunaan tanah tersebut kepada Pengarah JAIS.
Soalan yang ketiga, Apakah langkah yang perlu untuk melindungi tapak tanah itu dari digunakan bagi aktiviti lain? Pada masa ini, pihak JAIS telah mengambil beberapa langkah untuk melindungi tapak tanah tersebut daripada digunakan tanpa kebenaran bagi aktiviti lain seperti berikut. Yang pertama, melaksanakan pemantauan ke atas tapak-tapak yang telah diwartakan di bawah kawalan Pengarah JAIS. Yang kedua, bekerjasama dengan Pejabat Daerah/Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tujuan menguatkuasakan peraturan di bawah Kanun Tanah Negara. Yang ketiga, melaksanakan dasar membuka penggunaan tanah dengan kebenaran pegawai pengawal bagi tujuan mewujudkan mekanisme penyelenggaraan tapak di bawah kelolaan JAIS. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Taman Medan.
Apakah penggunaan tapak tanah perkuburan Islam yang telah diwartakan itu boleh digunakan untuk sesuatu yang boleh dianggap sebagai sumber hasil kepada kerajaan terutamanya Jabatan Agama Islam Selangor itu sendiri kerana pernah disuarakan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah yang pernah Taman Medan hadiri bahawa ia adalah sesuatu juga sebagai alternatif untuk nak menampung kos sama ada penjagaan atau penyelenggaraan tanah tersebut.
Terima kasih kepada Taman Medan yang mengajukan soalan tambahan berkenaan tanah-tanah yang di bawah kawalan Jabatan Agama Islam Selangor memang kita membuka kepada semua yang berminat untuk menyewa dan memanfaatkan tanah tersebut dan pastinya ia akan memberi hasil tambahan kepada Jabatan dan juga memberikan manfaat tanah itu tidak terbiar. Terima kasih.
Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no.40.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Maklumat Sistem SsiprQuestions
40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah sistem SSIPR mencatatkan maklumat penting sebagai contoh penerima bantuan oleh Jabatan JAIS, JKM dan lain-lain?
b)
Apakah Ahli Dewan Negeri boleh mengakses kepada data penuh penduduk kawasan masing-masing dalam sistem SSIPR?
c)
Sekiranya ya, sila senaraikan maklumat penduduk DUN Bandar Utama.
Terima kasih Bandar Utama atas soalan yang telah dikemukakan berkenaan dengan Sistem SSIPR yang telah dibangunkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Pertama, Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) merupakan satu gerbang berasaskan konsep one stop centre bagi memudahkan rakyat Selangor melaksanakan urusan pendaftaran permohonan dan penyemakan ke atas 33 inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan. Bagi kriteria yang ditetapkan ini seterusnya akan merekodkan dan menyimpan data-data tersebut untuk memastikan Kerajaan Negeri mempunyai data yang lengkap berkenaan dengan penerima-penerima dan juga individu dan keluarga yang menerima dan berhubung dalam program-program SSIPR. Setakat ini program-program IPR tidak melibatkan program-program di bawah bantuan Jabatan Agama Islam dan juga di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana ia hanya dilaksanakan sepenuhnya atau sistem ini sepenuhnya adalah program-program yang tertakluk di bawah program IPR dan juga program-program di bawah kelolaan kerajaan Negeri.
Untuk jawapan (b), terdapat 5 program yang memerlukan pengesahan ADUN untuk keterlibatan bersama iaitu program Jom Shopping Perayaan, Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Pusat Tuisyen Rakyat Selangor dan Program Bantuan Sekolah Selangor dan juga Skim Ceria. Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama sesi transfers of technology (TOT) telah dilaksanakan pada Januari 2021 di antara pihak vendor dan wakil pejabat DUN yang mana melalui sesi TOT ini wakil DUN telah diberi tunjuk ajar penerangan berkenaan dengan pejabat DUN sebagai peranan pengesahan permohonan bagi 5 skim IPR yang dinyatakan sebelum ini. Melalui sesi TOT ini juga
dimaklumkan sistem ini boleh memaparkan maklumat pemohon di bawah DUN masing-masing bagi memudahkan pejabat-pejabat urusan khidmat masyarakat satu manual pengguna turut disertakan di dalam SSIPR untuk rujukan lanjut oleh Pejabat DUN. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih atas pencerahan sebentar tadi. Tujuan Bandar Utama tanyakan soalan ini kerana Bandar Utama ingin mengetahui sekiranya terdapat apa-apa sistem digitalisasi di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang membolehkan wakil rakyat ataupun Ahli Dewan Negeri untuk mendapatkan maklumat yang boleh membenarkan kita melakukan semakan terhadap program-program yang telah dimohon oleh mana-mana pemohon di bawah Selangor. Perkara ini penting kerana seperti apa yang telah dibangkitkan dalam perbahasan sekiranya kita tidak mempunyai sistem sedemikian kita tidak tahu sekiranya pemohon tersebut memohon lebih dari satu program yang sepatutnya dimaklumkan tetapi mereka tidak memaklumkan. Jadi perkara ini tidak begitu adil untuk penduduk-penduduk lain yang tidak dapat memohon kerana kuota itu telah dimohon oleh orang yang sepatutnya berkemampuan. Jadi saya harap soalan ini boleh dijawab sekiranya kita akan mempunyai sistem sebegitu di mana kita akan menerima maklumat bukan sahaja daripada SSIPR tapi juga dari Jabatan-jabatan lain yang mengeluarkan program-program kebajikan. Terima kasih.
Terima kasih. Untuk makluman dan semak silang kita dengan jabatan-jabatan yang lain akan dilakukan oleh agensi ataupun EXCO yang berkenaan dan ini adalah perkara yang kita telah lakukan sebelum ini sewaktu kita melakukan penjajaran penerima-penerima KISS dan penerima Peduli Sihat. Pertamanya kita gabungkan dengan data di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mempunyai senarai dan juga kriteria yang telah ditetapkan. Justeru kalau Yang Berhormat berminat masih boleh kemukakan kepada agensi yang berkenaan kita akan melakukan semakan silang itu kerana untuk pengesahan terhadap data ini sudah pasti mereka tertakluk kepada PDPA akta Kerahsiaan Maklumat Peribadi yang harus kita hormati terutamanya walaupun sistem ini dibangunkan tetapi ia masih lagi harus menampung dan juga di bawah PDPA ataupun akta Kerahsiaan Peribadi yang harus kita hormati. Terima kasih.
Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Sungai Burong no. 41.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 41. Tarikan PelanconganQuestions
41. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memajukan tempat-tempat tarikan pelancongan di daerah Kuala Selangor dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor?
b)
Apakah usaha-usaha untuk memajukan pantai Sg. Kajang dalam Daerah Kuala Selangor yang mempunyai potensi untuk dijadikan tarikan pelancong dan tempat rekreasi?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Tuan Speaker, Majlis Perbandaran Kuala Selangor menguruskan tarikan pelancongan seperti Bukit Malawati dan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Pusat pelancongan tersebut telah ditambah baik dari semasa ke semasa seperti pembangunan semula Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan naiktaraf jalan di Bukit Malawati yang mengambil kira keselesaan dan kemudahan untuk pengunjung. Majlis Perbandaran Kuala Selangor juga giat mempromosikan tarikan pelancongan tersebut dengan kerjasama agensi promosi pelancongan Negeri iaitu Tourism Selangor. Untuk menjawab soalan yang kedua, Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah memohon peruntukkan dari Kementerian Pelancongan & Kebudayaan bagi menyediakan penambahbaikan kemudahan awam di Pantai Sg Kajang. MPKS juga akan bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah & Daerah Kuala Selangor, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor bagi perancangan pembangunan Pantai Sg Kajang mengikut bidang kuasa masing-masing. Sekian.
Soalan tambahan.
Silakan Sungai Burong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana memberikan perhatian kepada pembangunan pelancongan dan rekreasi di Pantai Sungai Kajang. Soalan saya ialah dari segi sekarang ini banyak pertumbuhan pusat-pusat pelancongan dan rekreasi berdasarkan homestay terutama di kawasan luar bandar. Apakah bentuk-bentuk galakan yang Kerajaan Negeri berikan
bagi pengusaha-pengusaha homestay bagi memastikan mereka ini mempunyai daya saing dan daya maju.
Terima kasih soalan yang dibangkitkan oleh Sungai Burong. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor sedang mengusahakan menubuhkan Jawatankuasa untuk kita bagaimana tengok balik untuk membantu homestay ini supaya mereka dapat kebenaran merancang sebab banyak homestay ini mereka terletak di tepi sungai tanpa kebenaran. Tanpa KM. Mereka ini sebenarnya beroperasi dalam satu keadaan yang tidak diiktiraf. Di mana majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Pejabat Tanah dan juga pejabat saya Tourism Selangor akan berbincang bagaimana kita nak untuk selesai isu ini. Supaya kita bagi kebenaran merancang dengan syarat-syarat tertentu untuk bantu mereka untuk survive dan untuk promosi homestay mereka. Sekian.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya adakah Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan tertentu untuk membangunkan kawasan-kawasan ekologi baru sebagai contoh. Mungkin ada kawasan-kawasan yang kita dapati ada kelip-kelip yang sebelum itu tidak ada. Di mana kita boleh bangunkan untuk tarikan pelancong. Adakah Kerajaan Negeri ada peruntukan untuk itu.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Memang kerajaan Negeri Selangor berusaha untuk kita akan mempromosikan tempat eko-pelancongan. Di mana ada beberapa kawasan telah pun dikenal pasti untuk kita melabur. Iaitu untuk menggalakkan pelaburan swasta untuk menjadikan tempat itu sebagai satu tempat tarikan pelancongan. Yang pertama berlaku di Taman Alam di Kuala Selangor. Di mana ada satu syarikat swasta mencadangkan untuk melabur RM100 juta untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai satu tempat kawasan pelancongan yang terkenal di antarabangsa. Yang ini kita dalam mesyuarat MMKN MTES yang lalu telah pun meluluskan secara dasar.
Kita berharap dalam masa tiga tahun ini yang satu projek atau pun kawasan pelancongan antarabangsa akan muncul di Kuala Selangor, dan lain tempat di Pulau Ketam di Sungai Lima dan juga di Sungai Congkang dan ada beberapa cadangan daripada swasta untuk melabur nilai pelaburan yang beratus juta untuk menjadikan tempat itu bertaraf 4 atau 5 bintang untuk menarik pelancong dari luar Negara dan termasuk juga tempat-tempat lain seperti Ampang Lookout Point kita akan proses penilaian IP so selepas selesai kita akan menjadikan semula Ampang Lookout Point ini sebagai satu tempat tarik pelancong yang terkenal, tersohor di Selangor. Sekian.
Teratai, tak hadir, Bukit Lanjan.
Tuan Speaker, soalan no.43.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. Rumah Mampu Milik Di SelangorQuestions
43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah siap dibina dan diserah kepada LPHS sejak 2018? Sila senaraikan mengikut daerah dan tahun.
Terima kasih Bukit Lanjan, dan terima kasih kepada Tuan Speaker.
Untuk makluman Bukit Lanjan, dasar Dasar Rumah Selangorku (RSKU) mensyaratkan pembangunan Rumah Mampu Milik Rumah Selangorku untuk dibangunkan oleh pihak pemaju secara subsidi bersilang yang mana kos pembinaannya ditanggung 100% oleh pihak pemaju. Sehubungan dengan itu, RSKU yang siap dibina tidak diserahkan kepada LPHS, namun ianya ditawarkan terus kepada orang awam untuk proses pembelian. Oleh yang demikian, LPHS hanya bertindak sebagai agensi yang mengagihkan unit - unit yang tersedia kepada mereka yang layak ditawarkan melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Negeri Selangor (SPPRS).
Berdasarkan rekod LPHS sehingga 15 November 2021, sebanyak 24,428 unit Rumah Selangorku telah siap dibina dan berjaya ditawarkan kepada para penduduk. Perincian Rumah Selangorku tersebut adalah seperti berikut bagi jenis A yang siap di bina 2,019, dalam pembinaan 1,092, dan jenis B 4,122 unit, dalam pembinaan 2,364 unit. Bagi jenis C 1,294, dalam pembinaan 4,884 unit. Bagi jenis D yang siap bina sebanyak 7,822 unit, dalam pembinaan 7,792 unit. Bagi jenis E yang siap bina 1,171 unit dan dalam pembinaan sebanyak 4,030 unit. Jumlah bagi siap bina adalah sebanyak 24,424 unit manakala bagi dalam pembinaan adalah 20,162 unit. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 44,590 unit.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil.37/2013 yang diadakan pada 4/12/2013 telah meluluskan kuota pengagihan Rumah Selangorku sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan unit yang dibina di setiap projek kepada penjawat awam yang berkhidmat di Negeri Selangor. Penetapan kuota ini terpakai sekiranya kakitangan yang bekerja di Pusat Khidmat DUN merupakan kakitangan yang diiktiraf di bawah Skim penjawat awam. Terima kasih.
Bukit Lanjan
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya adalah berkenaan tentang isu rumah mampu milik yang diperuntukkan untuk penjawat awam termasuk staff Pusat Khidmat DUN. Saya bangkit soalan ini kerana saya dapati masih ada penjawat awam yang tidak dapat gaji lebih daripada RM 2000 atau pun elaun RM 2000 jadi macam mana mereka boleh membeli rumah-rumah mampu milik yang ditawarkan oleh kerjaaan Negeri di mana RM 2000 memang tidak cukup dapat pinjaman daripada bank. Adakah kerajaan Negeri ada skim khusus untuk membantu penjawat awam dan juga staff Pusat Khidmat DUN, di mana mereka boleh ada atau pun bantuan khas di mana mereka ada loan khas daripada kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji cadangan dari Yang Berhormat Bukit Lanjan, dan kami akan berbincang cadangan yang telah dikemukakan terima kasih.
Kuala Kubu Baharu, tidak hadir.
Tuan Speaker, saya berdiri di atas Peraturan Mesyuarat (24)2 untuk mengambil soalan ini sebagai soalan saya dan mengemukakan.
Baik saya benarkan Banting.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting. Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, sekarang Banting, jumlah kematian akibat COVID-19 di Selangor pada tahun 2020 dan tahun 2021, bertanyakan jumlah kematian COVID-19 adalah seperti berikut, pada tahun 2020 ada 66 kematian, pada tahun 2021 9,551 kematian sehingga November 2021.
Manakala Y.B. Kuala Kubu Baharu juga bertanya mengenai pecahan kaum yang meninggal di Selangor akibat COVID-19 pada tahun 2021 kematian di Selangor akibat COVID-19 mengikut pecahan kaum dan warga asing adalah seperti saya akan pergi kepada jumlahnya tidak kepada bulannya keseluruhan kematian adalah 9,551, warganegara kita 7,833 orang Melayu kaum Melayu 4,696, kaum Cina 1,800, kaum India 1,285 dan lain-lain 52, jadi paling tertinggi kematian adalah daripada kaum Melayu di ikuti oleh kaum Cina dan kemudian kaum India.
Bakinya Yang Berhormat 1,718 adalah daripada bukan dari warganegara, jadi dalam rekod JKN Yang Berhormat bertanya berapa ramai kah mereka yang lengkap dua dos meninggal di Selangor, dalam rekod JKNS bermula 1 Jun 2021 sehingga 30
September 2021 terdapat sejumlah 775 kes kematian dari 8,515 kematian bagi tempoh yang sama di kalangan mereka yang telah menerima dua dos vaksin sejak program vaksinasi dimulakan pada Jun 2021. Ini bermakna ini sebanyak 9.1 peratus kematian akibat COVID-19 bagi tempoh Jun sehingga September 2021 di Selangor adalah dari kalangan penerima vaksin dua dos dan bagi kematian COVID-19 yang melibatkan saya tambah sikit di sini sebab nanti ada juga bagi kematian akibat COVID-19 yang melibatkan mereka yang telah lengkap dua dos vaksin sehingga 24 November sebanyak 759 kes kematian dikategorikan kematian dengan comorbid, 62%. Manakala sebanyak 475 iaitu 38% kematian adalah mereka yang dapat dua dos vaksin tapi tiada komobid menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,234 kematian, daripada angka tersebut sebanyak 741 atau 98% kematian ialah dalam kalangan warga emas dengan comorbid manakala 18 orang 2% kematian bukan warga emas dengan komobid. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan
Silakan Banting
Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan saya ialah kita melihat angka kematian untuk tahun 2021 begitu dahsyat sekali jadi dan kita juga bahawa di kalangan mereka yang meninggal ini mereka yang lengkap suntikan dua dos Sinovac ada majoriti dan kerajaan sekarang ini memberi suntikan vaksin adalah Sinovac. Jadi soalan saya, adakah mungkin kita membekalkan dan sekiranya dalam program Sel vaksin-vaksin daripada jenama yang lain seperti AZ dan juga Pfizer untuk sebagai booster kepada penduduk di negeri Selangor dan seterusnya ialah berkenaan dengan cara rawatan atau pun saya difahamkan Pfizer sekarang ini mempunyai satu ubat yang dinamakan sebagai Paxlovid yang sebenarnya masih lagi menunggu masa yang dipercayai berkesan tetapi masih belum mendapat kelulusan FTA Amerika Syarikat. Adakah kita di Jabatan Kesihatan Selangor atau pun Kementerian Kesihatan juga sedang meneliti dan menguji keberkesanan ubat ini supaya sekiranya berkesan kita boleh menggunakannya untuk merawat pesakit-pesakit khususnya di negeri Selangor dan tidak perlu kita menunggu keputusan daripada FTA Amerika Syarikat walaupun itu adalah satu mereka jauh lebih canggih dan kita boleh menggunakan keputusan mereka sebagai rujukan utama. Itu soalan saya, terima kasih.
Yang Berhormat Banting, yang pertama kita semua kena jelas peranan kerajaan Negeri adalah untuk compliment Kementerian Kesihatan, kesihatan adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi apabila Selangor membeli vaksin Sinovac itu adalah untuk mempercepatkan vaksinasi rakyat. Masa itu kita tak dibenarkan beli sebab Pfizer, sebab Pfizer hanya ada orang kata perjanjian dengan kerajaan Pusat, KKM. Jadi kita beli Sinovac dan pada ketika itu kajian-kajian mengenai keberkesanan maksudnya conversion kita panggil zero conversion, orang yang ambil vaksin ini berapa banyak di
antara mereka itu yang convert kepada antibodi dia meningkat jadi itu sebabnya setelah berjalan program ini baru lah kita tahu bahawa keberkesanan Sinovac antara beberapa vaksin yang ada itu yang paling rendah lah makna dia, dia punya zero conversion kalau tak silap saya di dalam 50% begitu, mungkin sudah berubah sikit sebab itu adalah maklumat kemudian kita dapat. Dan untuk makluman kita kerajaan Negeri commit dengan 500 ribu dos sahaja itu pun kos yang kerajaan Negeri beri secara percuma kepada rakyat dan untuk sekarang ini kita kerajaan, Kementerian Kesihatan masih lagi menawarkan kepada rakyat vaksin Pfizer sebab bekalan Pfizer itu agak banyak jadi bagi saya bagi mereka yang tidak ada keyakinan tinggi kepada Sinovac dia nak ambil Pfizer sebagai third dose misalnya maka masuk mysejahtera buat booking kita tidak boleh lagi untuk melakukan lebih daripada itu. Lagi pun KKM sudah kira well equip dengan vaksin-vaksin dan kita tidak mahu ambil alih tentang tanggungjawab ini kerana ia bukan lah satu perkara yang mudah bagi state government, kerajaan Negeri yang tidak mempunyai prasarana, infrastruktur untuk membuat kajian dan kemudian untuk membuat satu polisi yang berasingan daripada Kementerian Kesihatan. Kita tidak mahu confuse rakyat kita buat vaksin pun haritu pun kita bagi Sinovac pun macam-macam feedback yang kita beri kita dapat tapi kita go on because we need kita perlu untuk mempercepatkan vaksinasi. Jadi kalau bercakap mengenai rawatan, kerajaan Negeri nak beri rawatan i think kita kena jelas fungsi kerajaan Negeri kerana Kementerian Kesihatan provide, memberi semua rawatan-rawatan dan sebagainya. So let us sebagai ADUN faham tentang fungsi kerajaan Negeri dan kita boleh bawa apa cadangan Yang Berhormat Banting kepada kerajaan KKM, Kementerian Kesihatan untuk mereka membuat kajian dan kemudian untuk mereka intergrate di dalam polisi dan saya ingin mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan kalau Menteri membuat pengumuman tentang vaksin itu dan ini, dia tidak lah memakai kepala dia, dia ada jawatankuasa-jawatankuasa seperti JKJAV dan NPRA dan sebagainya untuk menasihati beliau. Jadi sebagai kerajaan dan bila kita menghadapi pandemik ini bagi saya kita boleh menyampaikan cadangan-cadangan tetapi kita tidak boleh lari terlalu banyak dari Kementerian Kesihatan kerana kita tak mampu sebagai negeri untuk melalukannya, terima kasih Banting.
Bukit Melawati
Tuan Speaker, soalan saya 45.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Kes PedofiliaQuestions
45. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah kes pedofilia yang di catatkan di Negeri Selangor sejak tahun 2018?
b)
Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri membantu mengurangkan kes pedofilia yang membimbangkan ini?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati. Bukit Melawati, menurut pensyarah kajian psikologi dan kesejahteraan manusia Universiti Kebangsaan Malaysia Pedofilia adalah salah satu kelainan seksual di mana seseorang mempunyai minat atau kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak. Individu pedofil kebiasaannya terdiri daripada golongan dewasa yang mempunyai kecenderungan dorongan seks terhadap kanak-kanak dan fantasi yang boleh mengganggu kanak-kanak. Antaranya adalah seperti penderaan seksual kanak-kanak, merogol kanak-kanak di bawah umur, pornografi kanak-kanak, berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak, pengantunan kanak-kanak dan pendedahan tidak moral berkaitan pada kanak-kanak. Kesalahan berkaitan seksual terhadap kanak-kanak ini dikuatkuasakan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 Akta 792 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak 2001. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Selangor, statistik penderaan kanak-kanak ini telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu penderaan fizikal, penderaan emosi dan penderaan gangguan seksual tanpa mengkhususkan kepada kes pedofil. Berikut perincian yang saya akan beri kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Negeri Selangor untuk bulan Januari hingga September 2021 : BIL. PENDERAAN JUMLAH 1. Fizikal 527 2. Emosi 35 3. Seksual 514 JUMLAH 1,076 Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Seksyen 17, Akta Kanak-Kanak 2001 bertanggungjawab memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada dicabul dari segi fizikal, emosi atau gangguan seksual dari mana-mana orang. Bagi membantu mencegah dan mengurangkan kes kanak-kanak termasuk kes pedofilia, JKM Negeri Selangor mempunyai 11 Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK) di setiap daerah
di Selangor. PPKK merupakan sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak di peringkat komuniti. Fungsi dan peranan PPKK adalah: i. memberitahu apa-apa kejadian penganiayaan dan pengabaian kepada mana-mana Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat (PKM); ii. memberitahu mana-mana Pelindung atau PKM jika terdapat ibu atau bapa pelihara yang sesuai untuk kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan; iii. membantu mana-mana Pelindung atau PKM untuk mendapatkan apa-apa latihan & pekerjaan bagi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan; iv. membantu mana-mana Pelindung atau PKM menjalankan fungsinya untuk menyelia mana-mana kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan; dan v. menganjurkan program pendidikan awam yang berhubungan dengan kanak-kanak termasuklah ceramah, forum & aktiviti-aktiviti yang berkaitan; vi. mengadakan perkhidmatan sokongan dan menganjurkan program pencegahan dan pemulihan bagi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan; vii. bertanggungjawab bagi pengurusan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak atau pun PAKK Tanggungjawab PPKK ialah menyelaras aktiviti Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) mengikut keperluan masyarakat setempat. PAKK setiap daerah boleh menjalankan fungsi sebagai tempat rekreasi, pusat advokasi, pusat sumber, pusat pembelajaran, pusat intervensi krisis, pusat sukan dan riadah serta lain-lain aktiviti yang bersesuaian dan mengikut keperluan. Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial. Pada tahun 2021, Negeri Selangor mempunyai 11 PPKK dan 17 buah PAKK yang memberi faedah dan manfaat kepada kanak-kanak yang tinggal di dalam komuniti. Sekian, terima kasih.
Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Pedofilia ini adalah merupakan satu masalah mental. Ijok ingin bertanya adakah statistik sebelum PKP, sebelum COVID-19 dan now adakah COVID-19 masalah PKP ada meningkatkan kes-kes begini dan apakah langkah-langkah kalau ada. Adakah statistik sebelum ini?
Ijok, saya rasa ada tetapi oleh sebab specific question, soalan yang saya jawab tadi adalah antara Januari hingga September 2021 hanya untuk dikira pada masa pandemik, jadi sebelum pandemik itu mungkin saya akan bertanya balik kepada PDRM, jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat boleh? Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat EXCO ada menyebutkan tadi berkenaan dengan mangsa kanak-kanak penderaan seksual dan sebagainya. Dalam hal bagaimana pihak jabatan menguruskan kanak-kanak yang traumatize dan dalam tempoh terabai atau pun pengasingan itu untuk kembali kepada masyarakat atau pun untuk meneruskan pendidikan mereka dalam pusat pengajian tinggi dan sebagainya, adakah jabatan membantu mereka untuk membimbing mereka dan seterusnya sehingga ke tetiary education sebagai contoh.
Yang Berhormat Bukit Melawati, saya jangka sebab dalam perbincangan saya dengan Kebajikan Masyarakat memang ada servis kaunseling dan sebagainya. Tapi saya kurang pasti sama ada follow up. Tapi setahu saya memang ada JKM akan angkat bila ada kes-kes begini mereka akan bawa hingga kes selesai, cuma istilah selesai itu saya kurang pasti sama ada mereka ini menerima pantauan sehingga mereka pulih semula daripada trauma itu. Kita akan sama-sama bertanya kepada JKM dan kita akan lihat apakah lagi yang boleh kita lakukan. Terima kasih.
Kampung Tunku.
Tuan Speaker, saya bangun atas Peraturan Tetap 24(2) untuk mengambil soalan Kampung Tunku. Soalan 46.
Saya benarkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 46. Penggantian Paip Lama Dan PecahQuestions
46. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Senaraikan projek penggantian paip lama dan pecah dengan kosnya di bawah kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk tahun 2022.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati yang mewakili Yang Berhormat Kampung Tunku. Tuan Speaker, soalan yang ditanyakan ialah berhubung dengan projek penggantian paip lama dan pecah dengan kos di bawah kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi tahun 2022. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi Program Penggantian Paip Tahun 2022 yang telah pun saya sebutkan sebelum ini melibatkan panjang di sekitar 150 km setahun di seluruh Negeri Selangor. Tetapi untuk di kawasan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Air Selangor telah merancang untuk mereka bentuk dan melaksanakan kerja – kerja penggantian paip bagi kawasan-kawasan berikut dengan kos berjumlah RM 4.9 juta seperti berikut:
Bil. Nama Jalan Kawasan Wilayah Panjang Paip (km) 1 Jalan Harapan Ke Jalan 19/8 & Jalan SS 2/24 Seksyen 17, Seksyen 19, Sesyen 22 Petaling 0.76 2 Jalan 5/46 Seksyen 5 Petaling Petaling 1.06 3 Jalan SS 22/31 SS 22 Damansara Jaya Petaling 0.28 4 Jalan SS 24/1 SS 24 Tmn Megah Petaling 1.52
Keseluruhannya melebihi hampir 4 km berjumlah RM 4.9 juta. Sekian.
Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 47.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 47. Program Rumah PrihatinQuestions
47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah kaedah dan perlaksanaan program Rumah Prihatin?
b)
Apakah program Rumah Prihatin tertumpu kepada binaan baharu atau baik pulih rumah sahaja?
c)
Senaraikan jumlah penerima bantuan rumah prihatin mengikut DUN.
Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Permatang Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin berperanan untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan bagi membantu menyediakan sebuah kediaman yang selesa dan selamat untuk didiami di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Program ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah di mana jumlah pendapatan seisi rumah adalah di bawah RM2,000.00 sebulan. Bantuan ini diutamakan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai, menduduki rumah yang serba daif dan tidak selamat untuk diduduki. Di bawah program ini juga, terdapat dua jenis bantuan iaitu bina baru sebuah rumah 3 bilik yang berkeluasan 660 kaki persegi dengan kos sebanyak RM50,000.00 bagi seunit rumah dan bantuan baik pulih rumah dengan kos tidak melebihi RM20,000.00 bergantung kepada kerosakan yang dialami dengan mendapat pengesahan oleh Bahagian Teknikal Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan. Proses permohonan di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah seperti berikut : LANGKAH PERKARA BUTIRAN 1. Semak Kelayakan Pemohon semak kelayakan sendiri 2. Lengkapkan Borang Permohonan Pemohon lengkapkan borang 3. Hantar Borang Permohonan ke Pejabat Tanah Pemohon kemukakan borang permohonan kepada Ketua Kampung/ Penghulu Mukim/ PDT berkenaan
4. Pejabat Daerah/ Tanah Semak Borang Permohonan
Ketua Kampung/ Penghulu Mukim/ PDT berkenaan membuat semakan dokumentasi dan kelayakan 5. Pejabat Daerah/ Tanah akan membuat Siasatan Awal Ketua Kampung/ Penghulu Mukim/ PDT berkenaan membuat siasatan awal dan syor 6. UPEN Semak Semula Borang Permohonan UPEN akan membuat semakan kedua dokumentasi dan kelayakan selaras dengan syor yang dikemukakan oleh Pejabat Daerah / Tanah dan Pejabat Penghulu. 7. Lawatan Siasatan Tapak Bersama Tadi mereka telah melawat Ketua Kampung atau Penghulu, kini bersama dengan UPEN dan juga melibatkan Pejabat Daerah/ Tanah, Penghulu dan Ketua Kampung. 8. Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin Membuat keputusan mengikut saranan yang dibentangkan melalui Penghulu Mukim/ Pejabat Daerah Tanah di mana segalanya maklumat yang mereka terima mereka akan bekalkan. 9. Keputusan Mesyuarat Bila keputusan mesyuarat UPEN akan memberitahu kepada Pejabat Daerah / Tanah dan akan menyalurkan dana untuk program diteruskan.
Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin melalui Mesyuarat Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin akan mengutamakan permohonan baik pulih sahaja ketika ini memandangkan peruntukan yang disediakan amat terhad dan secara tidak langsung dapat membantu lebih ramai yang dalam kesusahan. Memang baru ini kita dapati untuk tahun 2022 ada sedikit telah ditambah untuk kerajaan prihatin
maka kita akan mengambil kira juga untuk tahun 2022. Segala permohonan untuk baik pulih nanti. Bagi tahun 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Program Kerajaan Prihatin telah meluluskan bantuan kepada 65 buah keluarga merangkumi bantuan bina baru sebanyak 17 dan baik pulih sebanyak 48. Walau bagaimanapun, butiran penerima berkenaan tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN sebaliknya mengikut kawasan daerah masing – masing sepertimana butiran pecahan di bawah :
TAHUN
DAERAH 2021 JUMLAH MENGIKUT DAERAH BINA BARU BAIK PULIH KLANG 2 3 5 PETALING 2 1 3 KUALA LANGAT - 11 11 HULU LANGAT 1 4 5 SABAK BERNAM 13 13 26 KUALA SELANGOR 3 7 10 GOMBAK 2 4 6 HULU SELANGOR 2 - 2 SEPANG - 5 5 JUMLAH KESELURUHAN 17 48 65
Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya kepada EXCO adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyemak semula kadar atau pun siling harga sama ada bina baru atau pun baik pulih kerana saya dapati harga material barang-barang untuk bahan bina ini meningkat selepas kita diumumkan tempoh darurat PKP lalu mungkin akan menyebabkan kesan daripada segi kualiti baik pulih atau pun bina baru nanti. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Seperti mana Sijangkang sendiri mengetahui hal ini semenjak tahun 2013 apabila saya telah diberi amanah untuk mengetuai Portfolio Kerajaan Prihatin,
pada masa itu 2013 bantuan bina baru yang maksimum adalah RM25,000 dan ia telah ditingkatkan pada 2015 kepada RM35,000 dan ia telah ditingkatkan sekali lagi pada tahun 2017 kepada RM50,000 so saya percaya memang ada masanya tapi bagai mana pun ia kena mengikut keadaan dan dibuat kajian secara menyeluruh. Terima kasih.
Soalan 48 telah dijawab bersekali dengan soalan nombor 16. Saya mempersilakan Hulu Klang.
Tuan Speaker, izinkan saya mengikut Peraturan Tetap 24 (2) untuk soalan Hulu Klang.
Baik saya izinkan. Silakan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Peruntukan Khas Dalam Belanjawan Negeri Bagi Mewujudkan Keadaan Haiwan Terbiar Sifar€ Di SelangorQuestions
49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Jika ada kajian yang menunjukkan jika manusia berlaku adil dan bersyukur, rahmatNya kepada semua. Tanda syukur adalah memberi dan kurang meminta. Semua bersyukur maka sifarlah yang meminta – walaupun seekor haiwan yang berkeliaran mencari makan. Adakah Kerajaan sudah bersedia?
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri mengambil maklum akan keprihatinan Yang Berhormat Hulu Klang dalam memastikan haiwan terbiar terpelihara. Untuk makluman Yang Berhormat antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam memelihara haiwan terbiar adalah dengan menyalurkan bantuan kepada pusat perlindungan ataupun kebajikan haiwan seperti berikut. Pada tahun 2017, telah memperuntukkan RM150 ribu kepada Paws Animal Welfare Society (PAWS). Pada tahun 2018, RM100 ribu kepada Society for the Prevention of cruelty to Animals (SPCA), pada tahun 2019, RM 5 ribu kepada Paws Animal Welfare Society (PAWS) dan pada tahun 2021 RM100 ribu kepada PAWS. Jadi jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM355 ribu.
Dengan bantuan ini, Pusat Perlindungan/Kebajikan Haiwan dapat membaik pulih rumah perlindungan haiwan, mengadakan program pengembirian haiwan untuk
mengawal populasi haiwan terbiar dan mengadakan program-program kesedaran kepada masyarakat tentang haiwan terbiar. Selain itu, pada tahun 2019, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM620,000 kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menaik taraf pusat jagaan haiwan seperti berikut: PBT Jumlah (RM) MBSJ 120,000.00 MPK 50,000.00 MPS 280,000.00 MPKj 50,000.00 MPSp 50,000.00 MPHS 30,000.00 MDSB 40,000.00 Jumlah Keseluruhan 620,000.00
Dalam masa yang sama, Pihak Berkuasa Tempatan turut melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memelihara haiwan terbiar. Sebagai contoh, MBSA melaksanakan program “Kucing Angkat” sebagai salah satu usaha mengurangkan bilangan populasi kucing berkeliaran yang dapat mewujudkan platform untuk masyarakat menjalankan adopsi bagi kucing peliharaan yang tidak mampu dipelihara lagi serta meningkatkan kesedaran pemilikan bertanggungjawab di kalangan masyarakat mengenai kepentingan pemandulan dan vaksinasi haiwan peliharaan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang
Terima kasih Tuan Speaker. Saya lihat anjing-anjing liar ini sekarang di kawasan-kawasan kampung semakin bertambah. Saya menjangkakan kemungkinan sebab pembangunan lot-lot kecil oleh pemaju yang meletakkan mungkin anjing sebagai kawalan daripada material dan keperluan mereka. Adakah kaedah yang mungkin boleh dijadikan pra-syarat kalau mereka gunakan anjing kemudian kena uruskan anjing untuk sebab kesannya cukup besar. Di kawasan di Sijangkang sebagai contoh dalam 3 minggu yang lalu, penternak ayam kampung, 104 ekor yang sepatutnya besoknya ada orang nak ambil, malam tu kalau dimakan oleh anjing-anjing tu tak apa tapi dua tiga ekor biar begitu. Kemudian selepas 2 minggu 200 ekor di tempat yang sama dan mungkin Kerajaan ada kaedah untuk menguruskan anjing-anjing liar ni.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang yang mengemukakan soalan tambahan. Sebenarnya ia merupakan satu perkara yang agak common, di tapak pembinaan di mana kontraktor memelihara anjing untuk menjaga tapak pembinaan tersebut. Ia sebenarnya merupakan tanggungjawab kontraktor tu untuk memastikan anjing tersebut berada di dalam kawasan pembinaan tersebut. Bagi pihak PBT, apabila kita terima aduan daripada penduduk, biasanya peninjauan akan dibuat dan tangkapan juga akan dilaksanakan supaya kita dapat mengawal bilangan anjing liar di kawasan tersebut.
Sungai Air Tawar. Ketua Pembangkang tak hadir. Sabak.
Soalan saya nombor 51.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 51. Portfolio Belia Dan SukanQuestions
51. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
(a) Tiadakah cadangan membuka klinik bola sepak bagi mencungkil bakat baru
serta pengambilan lesen kejurulatihan dan pengadilan di setiap DUN?
Tuan Speaker, saya dapat panggilan daripada Yang Berhormat Khairuddin, dia ada emergency tak dapat datang tapi dia panggil saya untuk bantu. Saya tak dapat jawapan di meja saya, so saya cuba. Okay ada. Terima kasih.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak, Kerajaan Negeri Selangor melalui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selaku agensi yang berkaitan berfungsi dalam pembangunan bola sepak sentiasa peka dengan program-program bagi mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi. Selangor FC menjalankan kerjasama rapat di antara Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) di bawah Majlis Sukan Negara & Kementerian Belia & Sukan dengan menjalankan proses mengenal pasti bakat dari seluruh Selangor. Sekolah-sekolah berikut merupakan Akademi Tunas dan Pusat Latihan Daerah yang menjadi platform pencarian bakat oleh Selangor FC:-
1. Akademi Tunas SK Kg Johan Setia, Klang 2. Akademi Tunas SK Putra Heights 2, Petaling Perdana
3. Akademi Tunas SK Kajang, Hulu Langat 4. Akademi Tunas SK Batu Sembilan 9, Kuala Selangor 5. Akademi Tunas SK Taman Bunga Raya 2, Hulu Selangor 6. SMK Dato’ Harun, Pusat Latihan Daerah Kuala Selangor 7. SMK Meru, Pusat Latihan Daerah Klang 8. SMK Shah Alam, Pusat Latihan Daerah Petaling Perdana 9. SMK Kuala Kubu Bahru Pusat Latihan Daerah Hulu Selangor 10. SMK Tinggi Kajang, Pusat Latihan Daerah Hulu Langat
Selain itu, Selangor FC menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan menjalankan program Soccer Schools yang melibatkan seramai 80 pelajar dari setiap sekolah. Program ini menerima penyertaan dari 12 sekolah dan 1,150 pelajar. Berikut merupakan senarai sekolah yang terlibat: Bil Sekolah Daerah 1 SK Bandar Anggerik Petaling 2 SK Taman Alam Megah 3 SK Sri Kelana 4 SK SS 6 Kota Damansara 5 SK Seksyen 24, Shah Alam 6 SK Kampung Tunku 7 SK Bandar Sunway 8 SK Seksyen 7 9 SK Seksyen 6, Shah Alam 10 SK Kota Kemuning Klang 11 SK Bukit Naga, 12 SK Sg Binjai
Di samping itu juga pihak FAS akan melancarkan pelbagai program bagi memastikan perkembangan dan kesinambungan pembangunan akar umbi antaranya adalah :-
i. Grassroots Football Network (GFN) yang bertujuan menghubungkan lebih 300 pihak-pihak bukan gabungan FAS seperti badan kerajaan dan swasta, institusi pendidikan, dan penggiat bola sepak dari seluruh Selangor.
ii. Penganjuran pertandingan FAS Return to Play edisi akar umbi bagi membantu transisi kanak-kanak sekolah rendah ke peringkat
pertandingan. Penganjuran ini diadakan bersama ahli kelab gabungan di peringkat daerah Petaling dan akan melibatkan lebih 15 sekolah rendah. Program ini akan dikembangkan ke DUN yang lain dengan kerjasama ahli kelab gabungan FAS pada masa hadapan.
iii. Mewujudkan Liga Daerah FAS pada 2022 adalah antara agenda utama di dalam pelan FAS bagi mencungkil bakat dari Seluruh daerah di negeri Selangor. Liga ini akan merangkumi peringkat umur seawal 10-12 tahun dan 16-35 tahun. Usaha ini akan merancakkan program pencungkilan bakat bola sepak di Selangor.
Manakala bagi penganjuran Kursus Kejurulatihan, Pihak FAS telah dan akan melaksanakan program tersebut. Antaranya program yang dijalankan adalah :-Bil Perkara Catatan i. Kursus Sijil Kejurulatihan FAM ‘D’ Kejurulatihan ii. Kursus Kejurulatihan Diploma AFC / FAM C iii. Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM ( Wanita ) iv. Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM ( Lelaki ) vi. Kursus Sijil Kejurulatihan FAM ‘B’ vii Kursus Kepengadilan Kelas 3 Kepengadilan viii Kursus Kepengadilan Kelas 1 iv Kursus Kepengadilan Pra Kebangsaan v Kursus Kepengadilan Kebangsaan
Bagi meluaskan pelaksanaan mahupun penganjuran sebarang program yang berkaitan bola sepak, pihak FAS sentiasa bersedia dan akan memberi ruang kepada
individu di seluruh Selangor yang berminat dan mempunyai kelayakan untuk menyertainya. Pihak FAS juga bersedia untuk mengadakan apa-apa program sekiranya terdapat permohonan khusus daripada mana-mana kawasan ADUN sekiranya berminat untuk dijalankan berdasarkan kesesuaian. Sekian, terima kasih.
Balakong. Tak hadir.
Tuan Speaker, mengikut Peraturan Tetap 24 (2) harap diizinkan Bandar Utama mengambil soalan Balakong.
Baik saya izinkan. Silakan pihak Kerajaan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 52. Media SelangorQuestions
52. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
(a) Adakah kerajaan merancang untuk mengeratkan kerjasama di antara Media Selangor dengan ADN seperti mewujudkan ruang untuk ADN mengadakan program sendiri atau membikin video sendiri?
Terima kasih Bandar Utama atas soalan bagi pihak Balakong. Bagi pihak Media Selangor kita mengalu-alukan cadangan-cadangan yang akan dikemukakan oleh pihak Ahli-ahli Dewan Negeri khususnya untuk memenuhi content dan pengisian kandungan-kandungan di dalam Media Selangor.
Antara item-item Media Selangor yang ada pada ketika ini adalah Selangor Kini, Selangor TV dan sosial media. Sosial media ni bukan hanya setakat Facebook atau Instagram tetapi kita juga sudah mula mempunyai akaun TikTok yang memuatkan pengisian-pengisian dan juga content kandungan berita dan maklumat berkenaan Negeri Selangor yang boleh disampaikan khususnya melalui media sosial yang digemari oleh generasi muda. Antara yang terbaru ialah TikTok yang juga menunjukkan progress yang sangat baik daripada segi Like dan ikutan ataupun Follow daripada pengikut-pengikut di luar sana.
Justeru kita mengalu-alukan pada masa ini dan kita pernah juga merancang untuk mengadakan satu bengkel yang melibatkan Ahli-Ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai
mereka, pihak PBT, pihak anak syarikat dan agensi kerana kita dapati kadang-kadang mereka bergerak in silos, kadang-kadang menghubungkan maklumat-maklumat Kerajaan Negeri serta menyalurkan maklumat itu atas keperluan-keperluan bersama. Saya dimaklumkan memang, ADUN juga mendapat banyak masalah, laporan dan sebagainya dan ia harus digabungkan dengan semua ADUN supaya semua maklumat itu diketahui oleh semua walaupun sekecil agensi di peringkat daerah atau lokaliti. Terima kasih Yang Berhormat.
Pelabuhan Klang. Sila bersedia ya.
Pelabuhan Klang soalan nombor 53.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 53. Penggerak Belia Selangor (PEBS)Questions
53. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan jumlah peruntukan Penggerak Belia Selangor (PeBS) pada tahun hadapan?
b)
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan prestasi PeBS di setiap DUN?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang, terima kasih juga pada sahabat saya Yang Berhormat Hee yang telah membantu saya tadi berkaitan dengan Program Penggerak Belia, adakah Kerajaan bercadang meningkatkan jumlah peruntukan Penggerak Belia.
Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM 2.836 juta yang telah diluluskan bagi peruntukan program dan elaun Penggerak Belia Selangor (PeBS). Dan daripada RM2.8 juta ini untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, setiap Dewan Undangan Negeri diperuntukkan sebanyak RM20 ribu. Apa yang menarik di sini Yang Berhormat, daripada RM20 ribu ini pun masih ada lagi yang tidak menggunakan habis. Jadi pada persoalan apakah kita bercadang untuk menambah peruntukan PeBS kita, saya rasa kita habiskan dahulu yang ini baru nanti kita tambah yang baru.
Apakah Kerajaan dapat menyenaraikan prestasi-prestasi PeBS kita di setiap DUN, banyak program yang telah kita laksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, untuk DUN Kinrara sahaja, PeBS mereka telah menyalurkan 15 program, untuk Balakong 13, untuk Bandar Utama 11, untuk Morib 8, Seri Kembangan 7, Kampung Tunku 6, Kota Anggerik 6, Sementa 6 program, Banting 6 program, Taman Templer 5, Lembah Jaya, Dusun Tua, Kajang, Sungai Ramal, Tanjung Sepat 5, Sekinchan, Sungai Tua, Bukit Antarabangsa, Sri Serdang, Bukit Gasing, Batu 3, Pelabuhan Klang dan Sungai Kandis kesemuanya menyalurkan hanya 4 program bagi tahun lepas. Ulu Bernam, Permatang, Kuang, Hulu Kelang, Pandan Indah, Subang Jaya, Sri Setia, Kota Damansara, Pandamaran, Dengkil, Sungai Pelek 3 program, Sungai Air Tawar, Sabak, Kuala Kubu, Ijok, Teratai, Bukit Lanjan, Paya Jaras juga Meru, Selat Kelang, Bandar Baru, Sentosa, Sijangkang 2 dan saya bagi amaran pada Paya Jaras ni, 2 sahaja. Saya tidak teragak-agak untuk tukar kesemua PeBS kita termasuk Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor kalau Paya Jaras, termasuk EXCO kena tukar...
Saya rasa tukar EXCO kot.
Paya Jaras memalukan. Sungai Panjang, Batang Kali, Bukit Melawati, Rawang, Gombak Setia, Semenyih, Taman Medan, Kota Kemuning, Sungai Burong, Jeram, Taman Medan lebih memalukan, 1 program sahaja. Sungai Burong dan Jeram tidak ada program yang dilaksanakan. So inilah prestasi-prestasi Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh tengok. Jadi sama ada Yang Berhormat sekalian bersetuju atau berpuas hati dengan Penggerak Belia Selangor ini, jawapannya ada pada Yang Berhormat sendiri. Kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat merasakan Penggerak Belia kita ini tidak membantu dalam aktiviti belia ataupun pemuda di peringkat DUN Yang Berhormat semua, kita boleh tukar mereka ini.
Sijangkang?
Terima kasih Tuan Speaker. Daripada pengalaman yang lalu saya dapati penggerak belia tempatan ini isu yang besar adalah hubungan yang longgar dengan ADUN-ADUN. Saya tak tahu sekarang ni apa masalah dia, sama ada PKP masih lagi menjadi alasan untuk mereka berprogram ataupun perkara yang sama yang akhirnya kita tidak dapat pacu dan apakah mungkin tindakan-tindakan yang terbaik. Saya ingat untuk tukar tu sesuatu yang usaha terakhirlah sebab ini pun jawatan yang saya ingat dah ada komitmen daripada pihak kerajaan Negeri. Terima kasih.
Yang Berhormat kita jangan lupa antara sebab mengapa prestasi agak rendah pada tahun lalu adalah kerana kekangan PKP. Tetapi kalau saya gunakan alasan itu sebagai standard benchmark kita, mengapa ada PeBS kita yang boleh membuat sampai 15 dan lebih daripada 10
program? Dulu betul, ada gap di antara Wakil Rakyat dan Penggerak Belia kita kerana ia dipilih melalui sistem Ahli Majlis. Tetapi sekarang ini Penggerak Belia kita dilantik terus oleh ADUN-ADUN dan Wakil Rakyat di DUN masing-masing dengan harapan bahawa bila ADUN ini melantik, mereka menyokong program-program ini. Cuma Yang Berhormat sekalian, saya minta juga kepada Yang Berhormat semua supaya memudahkan proses penggunaan duit itu sebab proses kegunaan menggunakan wang itu daripada Majlis Sukan Negeri Selangor akan dibayar kepada akaun ADUN masing-masing baru dibayar kepada PeBS kita. Kadang-kadang program RM5 00 je, tetapi ADUN nak keluarkan RM5 00 ini mengambil masa mungkin lebih daripada 2 minggu. Betul, proses di Pejabat Tanah mengambil masa 2 minggu, dan lebih lagi proses-proses untuk mencari ADUN itu sendiri. Jadi apa yang akan berlaku Yang Berhormat semua, PeBS di peringkat induk telah berjaya membukakan satu akaun kewangan supaya selepas daripada ini saya harapkan tidak ada lagi prestasi 2, 1 terutama di Paya Jaras tu, supaya kita dapat move forward. Betul saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sijangkang, bahawa menukar tu adalah keputusan kita yang terakhir. Tapi walau bagaimanapun PeBS kita ini jangan mengambil mudah kerana mereka menerima elaun dan tugas mereka adalah membantu Wakil Rakyat untuk memajukan aktiviti belia di tempat masing-masing.
Soalan susulan.
Bukit Lanjan? Belia?
Ya, ya. Terima kasih Tuan Speaker. Saya mengambil maklum apa yang disebut oleh Y.B. EXCO tadi. Memang untuk tahun lepas susah sedikit untuk membuat program dan sebenarnya PeBS hanya boleh mula program mereka secara rancak selepas PKP habis khususnya di Selangor. Jadi saya hanya ada 1 permohonan daripada Y.B. EXCO, iaitu bolehkah mungkin pejabat EXCO atau MSN memudahkan proses untuk meluluskan program ini, program-program yang dijalankan oleh PeBS. Contohnya di kawasan saya, pada Oktober 8 kita telah hantar proposal untuk 2 program anak muda. Satu adalah angkat berat (weight lifting) keduanya adalah satu permainan bola sepak, bola keranjang. Sampai hari ini 1 Disember kita belum dapat apa-apa maklumat ataupun maklum balas ataupun kelulusan daripada pihak yang berkuasa. Jadi kalau kita boleh mempercepatkan, jadi saya rasa di sini ramai antara ADUN-ADUN di sini boleh bekerjasama dengan PeBS untuk menjalankan lebih banyak program. Saya harap tahun ini susah sedikit, saya harap tahun depan kita boleh memudahkan lagi.
Terima kasih Bukit Lanjan. Yang Berhormat, saya ambil maklum dan saya akan semak kenapa program tersebut tidak dilaksanakan cuma untuk panduan semua, PeBS bergerak di atas sepuluh teras, yang telah kita tetapkan dan pada tahun-tahun yang lalu kebanyakan Penggerak Belia kita ini memberi fokus terlalu banyak pada sukan dan mengabaikan dari segi kepimpinan, dari segi program-program kemasyarakatan, dan kesukarelawan. Walau
bagaimanapun Yang Berhormat, saya juga boleh mencadangkan saya akan membincangkan dalam MMKN barangkali kalau Yang Berhormat boleh kita mencari satu kaedah supaya Yang Berhormat boleh menggunakan peruntukan ADUN dulu dan kemudian kita membayar balik supaya lebih berkesan dari segi masa ataupun bagaimana saya akan minta direction daripada MMKN kelak Yang Berhormat.
Seri Kembangan? Tak hadir. Sungai Ramal?
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 55.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Kadar Taksiran Cukai PintuQuestions
55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sebahagian daripada PBT menggunakan kadar taksiran cukai pintu puluhan tahun ke belakang. Misalnya MPKJ menggunakan kadar taksiran tahun 1985. Bilakah Kerajaan Negeri akan membuat taksiran semula agar satu kadar cukai pintu yang lebih semasa diguna pakai oleh PBT yang berkenaan?
Tuan Speaker, Bermula tahun 2020, Kerajaan Negeri melalui MMKN Ke 4/2020 pada 29 Januari 2020 telah bersetuju agar semua PBT Negeri Selangor melaksanakan penyediaan senarai nilaian baharu bagi tujuan penilaian semula cukai taksiran bagi mengimbangi perbelanjaan PBT yang makin meningkat. Selaras dengan keputusan tersebut, semua PBT telah memulakan penilaian semula cukai taksiran mengikut proses/ kaedah yang ditetapkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebelum membentangkan semula untuk pengesahan Kerajaan Negeri. Atas faktor pandemik COVID-19, bagi memastikan rakyat Selangor tidak bertambah beban. Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk kuatkuasa kadar cukai taksiran yang baharu buat masa ini. Terima kasih.
Ulu Bernam? Tidak hadir. Sijangkang? Hadir, silakan.
Tuan Speaker, soalan saya No. 57.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 57. Program Pemuliharaan Dan Pemeliharaan Hutan Bakau Negeri SelangorQuestions
57. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah program ini masih diteruskan?
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang yang menanya program pemuliharaan hutan bakau di Selangor. Adakah program ini masih diteruskan? Ya, program ini masih diteruskan dan mempunyai peruntukan dan mempunyai peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Peruntukan dari Kerajaan Negeri adalah melaluI Bajet Pembangunan Negeri (P10) bagi tahun 2021 berjumlah RM150,000.00 dan telah digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja seperti berikut: 1) Penanaman pokok Bakau di Hutan Simpan Pulau Tonggok, Daerah Hutan Pantai Klang, Selangor seluas 2.00 ha; 2) Rawatan Tanaman Bakau di Blok 4, Kompartmen 57, Hutan Simpan Telok Gedong, Daerah Hutan Pantai Klang, Selangor seluas 2.00 ha; 3) Penanaman Pokok Bakau di Hutan Simpan Jugra, Kompok 1 (Blok B), Daerah Hutan Pantai Klang, Selangor seluas 1.00 ha dan Kerja-Kerja Rawatan Tanaman Bakau sedia ada seluas 3.00 ha; 4) Penyelenggaraan Petak Tanaman Rhu Pantai di Hutan Simpan Kapar Tambahan (Sg. Sembilang) Daerah Hutan Pantai Klang, Selangor seluas ±1.50 ha;dan
5) Perolehan Anak Pokok Spesies Bakau bagi Tujuan Penanaman oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Manakala peruntukan dari Kerajaan Persekutuan melalui Bajet Pembangunan bagi tahun 2021 berjumlah RM82,050.00 telah digunakan untuk melaksanakan perkhidmatan membekal dan menanam anak benih pokok bakau dan lain-lain kerja berkaitan di lokasi-lokasi seperti berikut:
1) Hutan Simpan Banjar Utara seluas 1.00 ha;
2) Hutan Simpan Kapar seluas 1.00 ha; 3) Hutan Simpan Kuala Bernam seluas 1.00 ha;dan 4) Rawatan Tanaman Bakau di Komp. 56, Hutan Simpan Telok Gedong seluas 1.00 ha.
Sijangkang?
Terima kasih Tuan Speaker. Adakah kawasan-kawasan yang berlaku penanaman semula bakau, ini adalah juga mengambil kira kawasan-kawasan yang berisiko, rebak, ban, banjir dan adakah insentif-insentif tertentu diberikan kepada NGO-NGO yang concern berkaitan dengan hutan bakau ini dan juga mungkin nursery yang berkaitan dengan tanaman bakau. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pihak NGO untuk menanam pokok bakau di tempat-tempat yang merosot. Sehubungan setakat NGO tetapi juga melibatkan Pejabat Daerah dan juga Majlis Perbandaran terutaman di pantai-pantai yang berdekatan dengan sungai. Sebab itulah inisiatif bukan hanya dilakukan oleh Kerajaan tetapi juga NGO dan PBT yang terlibat untuk memastikan tempat-tempat yang merosot dan berisiko kita juga akan cuba menanam sebanyak-banyak pokok bakau yang ada. Sebab itulah setiap tahun kita ada penanaman pokok di seluruh negeri Selangor termasuk juga tepi-tepi pantai yang melibatkan pokok bakau.
Sementa? Tak hadir.
Tuan Speaker, saya ambil Sementa. 24 (2) betul tu 24 (2).
Apa kandungan dia? Apa kandungan 24 (2)?
Aturan tetap.
Ya, saya nak kandungan dulu. Baca kandungan baru saya benarkan. Apa kandungan?
Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN
: Mana pulak nak cari dalam buku ni ha.
Sila baca dulu. Saya tak nak ada Ahli Dewan sewenang-wenangnya menggunakan 24 (2) terus saya lepaskan. Tak boleh. Sekali sekali saya kena cuba dulu. Kurang-kurang tahu apa isinya.
Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN
: Betul, betul, betul. Setuju.
Saya nak dengar dulu. Kalau tidak, saya tak benarkan. Saya bagi, tapi saya nak dengar dulu daripada Taman Templer dulu.
Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN
: Rindu nak dengar suara saya ni.
Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN
: Jika sesuatu pertanyaan itu berkehendakkan jawab lisan dan Speaker tidak memerintah supaya dikeluarkan jawab bertulis, maka Speaker apabila sampai kepada pertanyaan itu dalam aturan urusan mesyuarat, hendaklah memanggil ahli yang bertulis namanya pada pertanyaan itu .....
Lain, lain. Yang Berhormat! Lain, saya dengar lain.
Saya saja baca yang salah. Saya nak tengok ahli-ahli yang lain alert atau pun tidak. Itu taktik. Taktik daripada Taman Templer. Saya dah baca dekat separuh, Ahli-Ahli Dewan semua ya, ya, haa itu nak bagitahu
Tak apa, tak apa. Ada gaya, ada gaya.
Tuan Speaker, saya dah baca dekat separuh, Ahli-Ahli Dewan semua ya, ya, haa itu nak bagitahu bukan setakat Templer sahaja, Ahli-Ahli Dewan yang lain pun nak kena alert jugak soalan berkaitan 24(2). Ni saya baca.
Okay, baca. Baca.
Jika seseorang ahli yang hendak mengeluarkan pertanyaan meminta jawab lisan itu tidak bangun mengeluarkan pertanyaannya, maka sesiapa ahli lain bolehlah tertakluk kepada budi bicara Speaker, budi bicara Speaker tu, ha disebutkan begitu. Mengambil pertanyaan itu dijadikan pertanyaan sendiri dan bolehlah ia berdiri di tempatnya mengeluarkan pertanyaan itu mengikut seperti yang ditetapkan di atas tadi. Tetapi jika tiada siapa yang berdiri di tempatnya mengeluarkan pertanyaan itu, maka Menteri Besar bolehlah menghantar salinan jawapan pertanyaan itu kepada Ahli yang bertanya itu dan kepada Setiausaha Dewan dan Setiausaha Dewan hendaklah menguruskan jawapan itu dimasukkan dalam penyata rasmi ini.
Ini seolah-olah macam hendak beritahu Sidang yang akan datang, penggal yang akan datang itu seolah-olah macam kerusi Speaker itu macam bertukarlah saya nampak. Itu yang Speaker yang ada ini minta supaya bakal Speaker ini dia mahir. Persoalan berkaitan dengan undang-undang Dewan ini, terima kasih Tuan Speaker, terima kasih.
Baik Templer. Macam itulah kita hendak tahu kandungannya, Templer ya, baik saya benarkan Templer, budi bicara Speaker, silakan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 58. Wanita Berdaya SelangorQuestions
58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah peranan WBS dalam mendaya upayakan wanita negeri Selangor yang terkesan akibat COVID-19?
b)
Sejauh manakah kejayaan pelan tindakan Dasar Wanita Selangor sehingga sekarang?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Tuan Speaker terima kasih, Yang Berhormat Templer kerana bagi saya adalah kepekaan kepada isu wanita. Terima kasih, soalannya agak panjang saya cuba, jawapannya panjang, saya cuba ringkaskan dalam masa yang singkat ini. Walau bagaimanapun, sebelum saya mulakan saya mengalu-alukan ADUN-ADUN sekalian untuk datang ke WBS untuk melihat sekarang kita sudah ada satu jabatan Wanita Berdaya Selangor. Dan di bawahnya ada ia seperti Jabatan Wanita Negeri Selangor ya. Terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar kerana meluluskan usaha kita untuk mendaya upayakan wanita di Negeri Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat Sementa ataupun Taman Templer, Wanita Berdaya Selangor telah ditubuhkan pada Januari 2021 dengan misi untuk mengungguli usaha pembedayaan wanita dan masyarakat dalam sektor kepimpinan, pendidikan, ekonomi, kesihatan dan sosial. Bagi merealisasikan visi dan misi ini, WBS telah mengujudkan 3 jabatan. Jabatan Pelaksana iaitu Institut Wanita Berdaya, Akademi Kepimpinan Wanita (AKW) dan Pusat Berdaya Wanita (PWB). Kesemua jabatan ini berperanan untuk memastikan wanita yang terkesan dengan pandemik COVID-19
mendapat manfaat daripada Kerajaan Negeri untuk dibantu menerusi pemberian dana dan pelaksanaan program pembangunan kapasiti.
Ketika awal pandemik COVID-19 melanda dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020, WBS melalui IWB telah melaksanakan satu kajian Wajah Kemiskinan Multidimensi Pandemik COVID-19 Fasa 2 kepada wanita di Selangor pada April 2021. Kajian ini telah dilaksanakan berpandukan kepada 7 matlamat yang terdapat di dalam dasar wanita Selangor. Hasil dapatan daripada kajian tersebut beberapa isolasi telah diambil oleh pemegang taruh bagi menangani beberapa perkara berikut. Dapatan kajian ada menunjukkan bantuan yang diberikan kurang sensitif gender dan tidak meliputi keperluan khusus bagi golongan wanita. Dan isu kemiskinan haid telah menjadi salah satu isu yang menjadi tumpuan, period poverty ya. Jadi isolasinya WBS dengan kerjasama PWB di 56 kawasan DUN telah memberi 2 kali bantuan susu dan lampin pakai buang kanak-kanak, wanita dan warga emas golongan B40.
Selain daripada itu, sebagai langkah kelestarian jangka masa panjang WBS dengan kerjasama badan bukan kerajaan NGO, EKTINA dan PWB telah mengenal pasti dan mengedarkan lampin pakai semula kepada wanita terutama yang terkesan COVID-19 serta memberi latihan menjahit lampin pakai semula. Ini juga boleh menjadi sumber penjanaan pendapatan kepada wanita yang terkesan sepanjang pandemik. Banyak kosnya untuk kita meningkatkan perkara-perkara ini.
Edaran susu, lampin ketika tempoh pandemik, kemudian dapatan kedua adalah 25% daripada responden telah kehilangan sumber pendapatan disebabkan oleh pelaksanaan PKP di mana 43% daripadanya merupakan ketua isi rumah wanita dan 45% merupakan ibu tunggal. Jadi Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Ekspo Hasil Suri (HASL) hybrid pada April 2021 bertujuan untuk memberi platfom dan peluang kepada usahawan wanita yang terkesan khususnya peringkat akar umbi bagi menjana pendapatan dan meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Kerajaan Negeri juga telah menambah kuota 5,000 untuk KISS-IT ya, Kasih Ibu Smart Selangor untuk Ibu Tunggal. KISS dan untuk membantu para ibu daripada kumpulan B40 dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang-barang keperluan asas. Itu adalah program yang sedia ada tetapi kita mengambil daripada kuota itu untuk memberi kepada ibu tunggal.
Ketiga dapatannya adalah 53% responden tidak mempunyai capaian internet yang stabil sepanjang PKP disebabkan oleh masalah kewangan serta liputan capaian internet yang sangat terjejas terutamanya di daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Menteri Besar Selangor Pemerbadanan atau pun MBI dan WBS menerusi PWB telah memberikan peruntukan data internet kepada peserta terlibat dalam program-program PWB.
Dapatan keempat lebih 60% responden tidak mempunyai akses kepada peranti dan alat bantu belajar yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PDPR. Menteri Besar Selangor Pemerbadanan atau MBI dan WBS menerusi PWB dan UPEN telah membantu mengenal pasti dan memanjangkan tawaran pakej data internet Selangor kepada golongan wanita yang bagi membantu wanita yang terkesan dengan COVID-19 demi memastikan anak-anak tidak tercicir dalam pendidikan serta memberi peluang kepada wanita untuk menjana pendapatan menerusi media digital.
Dapatan kelima adalah 70% barisan hadapan frontliners terdiri daripada golongan wanita terkesan dengan penutupan pusat asuhan kanak-kanak dan sekolah. Pada tahun 2021, WBS dengan kerjasama PWB telah mengedarkan beg cakna yang mengandungi pelitup muka, sanitasi tangan, minyak aroma terapi dan bantuan makanan kepada frontliners. Skim asuh pintal kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak, taska dan tadika yang berdaftar dengan JKM dan yang berdaftar di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor.
Dapatan keenam, 70% daripada barisan frontliners terdiri daripada golongan wanita terkesan dengan penutupan pusat asuhan kanak-kanak dan sekolah. Skim bantuan tadika tunas kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak, taska dan tadika ini yang untuk yang masih bukalah sebab banyak taska ditutup ya.
Untuk kes 7 adalah kes keganasan rumah tangga telah meningkat hampir 3 kali ganda daripada biasa. Ketika PKP dilaksanakan WBS telah melipat gandakan usaha menjalankan kempen kesedaran dan aprokasi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menangani isu ini.
Dapatan kajian-kajian yang kelapan terdapat pelbagai program bulanan yang dilaksanakan oleh PWB di 56 kawasan DUN turut memberi nilai tambah bagi membantu wanita akar umbi yang terkesan dengan COVID-19. Sebanyak 832 program telah dilaksanakan melibatkan 11,381 peserta di mana 16 merupakan program kemahiran dan 216 program pembangunan kapasiti.
Soalan seterusnya adalah, apakah kejayaan sejauh mana kejayaan pelan tindakan dasar wanita Selangor sehingga sekarang. Saya cuma menyebutkan bahawa dengan nama programnya saja, kita ada 7 matlamat utama Dasar Wanita Selangor. Dan untuk setiap matlamat itu, matlamat pertama menggalakkan pembangunan gender, sensitif gender. Kita sudah ada projek pengharus pendanaan gender atau gender mainstreaming. Kita telah mulakan pada tahun 2020 dan tahun ini adalah tahun kedua untuk kita melaksanakan projek-projek latihan kepada kakitangan kerajaan untuk projek pengarus perdanaan gender. Ini adalah memenuhi matlamat. Juga GM Selangor telah mendapat pengiktirafan, untuk makluman kerana kita buat program ini, projek gender mainstreaming ini, kita telah mendapat pengiktirafan oleh Westminster Foundation for Democracy (WFD) ya, jadikan sebagai salah satu sumber rujukan dan
kandungan dalam manual belanjawan responsif gender untuk Ahli Parlimen Malaysia. Selain jemputan panelis bagi perkongsian pengalaman dalam pelaksanaan GM. Ini adalah satu pengiktirafan apa yang dilakukan oleh WBS. Dan tadi apa persidangan kita telah mengadakan Persidangan Wanita Selangor hybrid ini. Ini adalah untuk memenuhi matlamat pertama tadi untuk menggalakkan pembangunan sensitif gender.
Matlamat kedua adalah meningkatkan status sosial ekonomi dan autonomi wanita terpinggir. Jadi pelaksanaan kajian impak sosial ekonomi perintah kawalan PKP COVID-19 terhadap kehidupan ini telah dilaksanakan untuk mengetahui masalah sebenarnya. Dan kita telah mengadakan proses ekspo Hasil Suri Selangor, satu program high brid untuk menjual produk-produk yang dihasilkan oleh mereka yang suri rumah dan juga untuk menjual produk-produk daripada PWB.
Matlamat keempat adalah mempercepatkan penyertaan perwakilan dan pembuatan keputusan dalam hidupan awam dan politik dalam kalangan wanita. Atas kesedaran matlamat 4 inilah, maka kami telah mewujudkan program kepimpinan wanita AKW 2020 bermula 21 bagi memberi ruang dan peluang kepada perwakilan dan kepimpinan wanita Selangor. Mempercepatkan pencapaian 30% penyertaan perwakilan dan pembuatan pengurusan dalam kehidupan awam.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, peserta-peserta AKW kita walaupun tidak mempunyai sebahagian mereka tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi namun pensyarah-pensyarah dan konsultan-konsultan kita memberi satu maklum balas yang sangat positif kepada mereka dan mereka ini sebenarnya adalah kualiti peserta-peserta kualiti dan harap-harap kita membuka mata kepada kebolehan mereka dan mencalonkan mereka bukan sahaja di jawatan semua peringkat jawatan. Membuat keputusan tetapi jangan ada lagi di antara kita mengatakan kita tidak ada wanita untuk dicalonkan.
Kemudian, kita ada program latihan women to win. Sekarang dengan kerjasama Sasakawa Peace Foundation (SPF) ya, untuk latihan kepimpinan kepada belia wanita dari seluruh Asia Tenggara. Kemudian kita juga telah memulakan program pembelajaran sepanjang hayat di mana ada kerjasama dengan OUM bagi memberi peluang wanita di Selangor melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Yang mana dari SPM mereka boleh buat diploma, yang mana diploma boleh pergi degree dan kemudian seterusnya.
Matlamat 5 dan 6 meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan bebas daripada keganasan dan ketakutan. Inilah geran penyelidikan oleh Institut Wanita Berdaya kepada WAO dan The Shelter Needs of Domestic Violence Survivors and the Availability and Accessibility of Shelters and Related Services in Selangor and Kuala Lumpur. Forum kesihatan wanita dan wanita kesihatan, lepas itu banyak lagi siri-siri webinar dan ada penubuhan jawatankuasa keganasan rumah tangga...
Yang Berhormat boleh pendekkan sedikit?
Ya saya hendak habis, saya cuma hendak beritahu bahawa daripada 7 matlamat kita sudah memenuhi walaupun tidak sempurna tetapi kita telah memenuhi apa yang dikehendaki oleh Dasar Wanita Selangor dan InsyaAllah kita akan tambah baik lagi, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Rawang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya soalan 59.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Infrastruktur Rumah Kos RendahQuestions
59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Nyatakan flat kos rendah yang masih tidak dapat wujud JMB.
b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu bagi penyelesaian isu ini?
c) Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu isu-isu kerosakan infrastruktur di kawasan flat kos rendah yang tidak mempunyai JMB?
2 minit sahaja, okay. Tuan Speaker, berdasarkan data-data yang dikumpulkan dari setiap pejabat Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), terdapat sebanyak 549 skim pangsapuri kos rendah d negeri Selangor tidak mempunyai Badan Pengurusan Bersama (JMB). Pecahan data-data berkenaan mengikut PBT adalah seperti di jadual berikut:-
BIL PBT PIHAK PENGURUSAN PEMAJU JMB MC EJEN LAIN-LAIN 1 MBSA 28 68 82 10 0 2 MBPJ 189 112 55 18 0 3 MBSJ 6 45 33 30 9
MPK 113 22 2 0 5 MPS 14 99 64 24 1 6 MPKJ 119 116 84 48 0 7 MPAJ 84 179 117 87 77 8 MPSp 4 33 8 1 0 9 MDKS 3 17 7 2 0 10 MDSB 0 - 0 - 0 11 MDHS 0 15 2 19 1 12 MPKL 0 9 2 - 0 JUMLAH KESELURUHAN 549 806 476 241 88
a) Kegagalan penubuhan JMB di sesebuah pangsapuri disebabkan oleh beberapa faktor antaranya:-i. Ramai pembeli tidak menyempurnakan pindah milik setelah buku daftar strata dibuka (kurang 25% pindah milik unit syer). Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bersama-sama Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan agensi-agensi berkaitan akan meneliti cadangan-cadangan untuk meringankan bebanan kos pembeli-pembeli untuk membuat pindah milik hak milik strata setelah menduduki kediaman mereka. Di antara cadangan boleh dikaji adalah untuk memasukkan kos-kos pindah milik di peringkat awal pembelian hartanah dan perbincangan dengan pihak bank selaku pihak yang membiayai pinjaman rumah supaya mengambil kira kos penyempurnaan pindah milik atau “perfection of transfer”. ii. Keengganan pemaju mengadakan mesyuarat pertama penubuhan JMB. Seksyen 17(1) Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu ditubuhkan apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada 12 bulan daripada tarikh penyerahan milikan kosong (vacant possession) kepada pembeli/pemilik petak. Manakala Seksyen 18(2), memperuntukkan bahawa mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen (1) ini telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Oleh demikian, kaedah perundangan akan diambil kepada mana-mana pemaju yang sengaja
atau enggan menubuhkan JMB mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Akta. iii. Keengganan pembeli menubuhkan JMB kerana keadaan fizikal bangunan yang uzur, dan tidak memuaskan. Mereka juga beranggapan sekiranya JMB ditubuhkan pihak pemaju akan lepas tangan. iv. Jawatankuasa yang dilantik tidak aktif (tiada kutipan caj dibuat dan tiada penyenggaraan dijalankan dalam tempoh yang lama). Secara tidak langsung menyebabkan pemilik 100% adalah defaulter. Dalam hal ini, pihak Pengurusan atau Badan Pengurusan Bersama iaitu JMB perlu memperkasakan peranan mereka melalui Akta Pengurusan Strata 2013 (757) untuk mengutip tunggakan caj penyenggaraan di kalangan pemilik-pemilik tegar...
Yang Berhormat..
Satua ayat yang last. Bagi bantuan untuk membaiki kerosakan infrastruktur di kawasan flat kos rendah yang tidak mempunyai JMB oleh Kerajaan Negeri akan dibuat di bawah skim bantuan sedia ada seperti CERIA mengikut jenis kerosakan di pangsapuri berkenaan. Kebanyakan kerosakan di pangsapuri yang tiada JMB adalah terlalu teruk dan memerlukan kos yang besar untuk tujuan baik pulih, maka ianya memerlukan dana khusus untuk tujuan baik pulih. Oleh demikian, kaedah jangka panjang akan diteliti untuk memulihkan bangunan-bangunan uzur akibat tiada badan pengurusan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya. Setiausaha Dewan..
Sambungan Rang Undang-undang Pembekalan 2022 semua PeringkatBill
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya..sambungan Rang Undang-undang Pembekalan 2022 semua Peringkat.
Saya menjemput, mempersilakan Yang Berhormat Permatang ya Sambungan Perbahasan semalam saya bagi masa 5 minit tambahan....
Okay terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim. Saya teruskan dengan Penguatkuasaan terhadap Tanah Kerajaan juga perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi mengelakkan pencerobohan berulang. Oleh yang demikian, kapasiti penguatkuasaan dari segi peralatan dan tenaga kerja perlu dititik beratkan supaya mencangkupi skop penguatkuasaan yang luas bagi tanah-tanah kerajaan di seluruh Negeri Selangor. Betul saya ingin berterima kasih kerana memberi peluang kepada rakyat dalam
menduduki atau menjalankan aktiviti pertanian di atas tanah kerajaan dalam memastikan dapat meningkatkan ekonomi keluarga, namun bila selepas tempoh tertentu tiada penguatkuasaan dan bancian dibuat, akhirnya peneroka ini merasakan ianya sebagai hak milik mutlak mereka tanpa membayar sebarang bentuk premium tanah atau cukai tanah kepada pihak kerajaan. Walau bagaimana pun di sini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar kerana telah berjaya menyelesaikan isu Tanjung Pasir semalam yang mana 400 peneroka telah terbela dan dengan usaha sama agensi kerajaan seperti PKPS. Okay seterusnya, saya juga ingin membuat sedikit pembetulan di atas saya punya ucapan semalam yang mana Bantuan Subsidi Yuran Kafa kepada 14 ribu pelajar sebanyak RM30 sebulan hanya melibatkan pelajar dalam kategori B40 yang bersekolah di Kafa sahaja dan bukannya di SRA.
Akhir sekali sebelum saya menutup dan memberi peluang kepada rakan-rakan kepada yang Berhormat-Berhormat yang lain untuk berbahas, saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Kerajaan Selangor kepada Menteri Besar kerana keprihatinan kepada kaum wanita yang mana telah dapat usaha sama atau kerjasama bersama dengan Open Universiti Malaysia (OUM) bagi memberi peluang kepada kaum wanita melanjutkan pelajaran dengan peruntukan sebanyak RM200,000. Yang mana saya rasa program ini pun telah dijalankan dilaksanakan di bawah Akademi Kepimpinan Wanita yang ini kita mahu lihat wanita-wanita yang akan masuk ataupun sebagai pembuat dasar atau menjadi pemimpin adalah wanita-wanita yang berkualiti seterusnya apabila mereka tamat belajar, mereka boleh memberi kembali apa yang telah dipelajari kepada masyarakat. Saya rasa itu sahaja ucapan bahas saya, dengan ini Permatang menyokong sepenuhnya Belanjawan 2022, terima kasih.
Saya persilakan Ijok....
Terima kasih, Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera, Salam Reformasi kepada semua Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO, semua Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri dan juga semua Ketua-Ketua Jabatan di Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker yang membenarkan saya untuk membahas memberi peluang untuk membahas tentang Belanjawan 2022 Negeri Selangor.
Terlebih dahulu, Ijok mengucapkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga pasukan EXCO yang telah merangkakan satu belanjawan 2022 yang amat positif dan prihatin untuk rakyat Selangor. Walaupun negeri menghadapi pandemik COVID selama dekat 2 tahun yang melibatkan atau menimbulkan masalah seperti masalah ekonomi, kesihatan, pendidikan dan sosial. Peruntukan Belanjawan Negeri Selangor 2022 untuk pembangunan ialah lebih kurang 48% dari seluruh Belanjawan dan membandingkan dengan federal lebih kurang 25%
inilah saya sebabkan, saya sebutkan tahniah kepada Negeri Selangor yang amat prihatin kepada rakyat Selangor untuk membangun negeri ini.
Tuan Speaker, sejak menjadi Adun 2013 Ijok telak melak..melaksanakan pengurusan masyarakat berdasarkan konsep 4S. Apa dia 4S itu? Ialah ini keperluan masyarakat untuk hidup: 1) S – sihat 2) S – selesa 3) S – selamat 4) S –sejahtera
Ini tiap-tiap banner saya ada 4S.
Tuan Speaker, dalam pembentangan 2022 tersirat konsep 4S yang diamalkan dan dilaksanakan di Dun Ijok. Banyak perkara telah dibangkitkan dibincangkan oleh Yang Berhormat di Dewan ini, jadi saya tak mahu sentuh banyak perkara yang telah dibincang. Oleh kerana kekangan masa, Ijok akan tumpukan pada 3-4 perkara kalau izin konsep S yang pertama ialah sihat iaitu kesihatan. Ahli-Ahli Dewan, kesihatan ialah satu-satu hak asasi manusia yang walaupun pengurusannya banyak bawah KKM dari pusat tetapi saya pendapat Kerajaan Negeri Selangor juga mempunyai tanggungjawab dalam perkara ini. Pencegahan lebih baik dari rawatan. Dengan izin, ‘prevention is better then cure’ dalam semua pengurusan penyakit-penyakit seperti penyakit berjangkit COVID-19, denggi, malaria, kolera, tibi dan juga sakit-sakit dalaman macam darah tinggi, kencing manis, kanser dan lain-lain.
Tetapi ijok mendapati bahawa, untuk kita dalam pencegahan kesedaran kesihatan dalam masyarakat amat kekurangan. Inilah satu-satu kelemahan saya ingat dalam program kesihatan kita. Sebab, kesedaranlah yang akan membantu an,y tiap-tiap organisasi untuk mencegah penyakit ya. Kita kena melibatkan masyarakat dalam sesuatu usaha kita tak boleh agensi kerajaan sahaja. Kesedaran ini, kita kena pupuk dari awal lagi iaitu dari kanak-kanak sampai dewasa. Macam mana kita nak dapat ialah melalui yang telah disebut oleh rakan saya Y.B. Sijangkang ialah pendidikan kesihatan yang saya ingat amat kekurangan. Itulah sebabnya Ijok syorkan pendidikan kesihatan ditingkatkan lagi di sekolah-sekolah, di kalangan masyarakat semua ya Kita tengok walaupun kerajaan membuat PKP tetapi mereka tak faham apa PKP. Tak faham SOP ni yang amat penting kita usahakan dalam pendidikan.
Ijok pun, mengharap, wujudnya penubuhan Majlis Kesihatan Awam Selangor akan diwujudkan pada tahun depan akan ambil perhatian tentang perkara pendidikan kesihatan. Ini memang amat penting, dulu saya ingat lagi masa di sekolah masa itu tibi, sakit kusta memang amat tinggi. Di sekolah-sekolah tiap-tiap kali kami diajar macam mana nak mencegah tibi. Sekarang tibi dah mula naik balik jadi itulah penting
saya ingat Kerajaan Selangor beri tumpuan pada pendidikan kesihatan. Satu lagi ialah, eh dah merah...
Belum lagi, teruskan...
Saya rasa sekejap ya. Okay lagi satu Program Saringan Kesihatan Percuma. Saringan kesihatan Yang Berhormat ialah amat penting dalam mengurus dan mengawal penyakit-penyakit yang ada sebab saringan boleh kenal pasti penyakit sebelum gejala-gejala timbul. Tapi yang amat sedih dalam belanjawan, peruntukan untuk saringan ialah cuma RM 1.5 Juta sahaja untuk 5000 peserta. Ini pada pendapat saya amat-amat sikit sebab ‘prevention is better then cure’ dan apa jadi saringan ini ialah amat penting. Saya nak beri misalnya tuan-tuan, puan-puan bila beli kereta pergi servicing kan tetapi kereta tak rosak lagi tengok buku, pergi servicing bayar beribu-ribu. Tetapi masyarakat kita tak beri mereka peluang untuk service diri sendiri untuk apa, memperkenal pasti mereka ada sakit dalaman ke tidak macam kencing manis, darah tinggi, kanser. Ini yang amat penting sebab health is wealth dengan izin kesihatan itu ialah satu kekayaan. Jadi kalaulah kita boleh gunakan dana sikit untuk meningkatkan jaringan kita untuk masyarakat dan juga Ijok pun mahu tegur sebab banyak program-program kesihatan tumpu kepada wanita jadi jangan lupalah kaum lelaki. Kaum lelaki pun ada masalah kesihatan. Kita kena buat satu special program kita adakan kesihatan wanita sepatutnya kita pun ada program kesihatan lelaki sebab lelaki pun ialah part and parcel of the family.
Tuan Speaker, dua lagi konsep 4S yang saya nyatakan ialah selesa, dan selamat. Masyarakat kita perlukan hidup selesa dan selamat. Yang Berhormat, Ijok dapati bahawa masyarakat lagi-lagi di luar bandar mengidamkan tadi di Ijok tidak mesra, tidak selesa dan selamat sebab sering dilanda masalah dan bencana-bencana sekitar. Nombor satu saya nak bangkitkan tentang hidup tak selesa dan tak selamat masalah banjir. Banjir ni, saya dah bangkitkan banyak kali. Dah bertahun-tahun. lagi-lagi kawasan saya. Kalau hujan di Gombak, Hulu Klang, Ijok banjir. Hujan di Ijok, Ijok banjir. Tak adakah kita ada that political will untuk mengatasi banjir, bukan saja di Ijok mungkin di Meru pun ada. Tempat lain pun ada. Jadi yang saya dapati yang masalah banyak kali bila kita turun padang, turun padang tengok fasal banjir agensi-agensi yang ada menuding jari. Dia kata ini bukan parit saya, ini bukan longkang saya. Ini parit JPS, ini parit Majlis. Yang ini parit. Jadi saya harap-harapkanlah semua agensi bersatu untuk mengatasi masalah banjir ini.
Minta Ijok laluan.
Ya.
Kuang.
Saya ingin ulang sekali apa ni la. Saya ingin sebut apa yang di sebut oleh Ijok tadi berkenaan dengan saliran. Saliran, saliran yang tidak mempunyai tuan. Ini berbahaya ini. Sungai pun tak ada tuan, jalan pun tak ada tuan, jambatan pun tak ada tuan. Sama kita apa yang berlaku di Kuang pun sama juga. Tak apa lah nanti kita minta lebih sikit masa pada Speaker. Kita nak sebut ini kerana ada persamaan, persamaan terhadap benda yang sama. Pada suatu masa saya pernah juga memanggil beberapa agensi di lokasi yang tidak mampu dikenal pasti oleh semua agensi. Dan akhir sekali saya minta supaya jambatan tersebut di besarkan. Terpaksa melalui proses yang panjanglah. Jadi apa yang dikongsikan ataupun disebut oleh Ijok tadi ini adalah satu pengurusan yang tidak cekap. Adakah Ijok bersetuju bahawa kecekapan ini perlu ditingkatkan atau bagaimana. Terima kasih.
Terima kasih Kuang. Memang saya nak tegur tentang ownership yang siapa punya saliran, longkang, sungai yang menimbulkan masalah banjir ini. Ya. Lagi satu yang masalah yang penduduk tak hidup selesa dan selamat ialah ancaman dari keselamatan jalan raya. Jalan-jalan yang kurang diselenggarakan dan rosak dan tidak dibaiki dengan cepat. Jalan-jalan dan persimpangan yang gelap tidak ada lampu, ini banyak di kawasan saya. Kadang-kadang kemalangan maut pun ada. Jalan baru buat. Highway FT54 cantik tapi gelap malam-malam, rosak dan accident maut. Adakah kerajaan prihatin tentang masalah ini. Dan juga saya nak tadi apa Kuang beritahu, jalan, parit, bila ada masalah kita tak tahu rakyat tak tahu siapa ownership siapa punya jadi saya ingat Ijok nak cadangkan di sini semua parit-parit semua jalan macam tiang elektrik ni ada TNB punya. Mungkin taruk signboard, ini JPS punya, ini JKR punya, ini Majlis punya. Jadi kita boleh kenal pasti agensi mana yang bertanggungjawab tentang masalah bukan sehari dua bukan setahun dua tapi dah bertahun-tahun di mana our political will untuk mengatasi masalah. Memberi rakyat hidup dengan selesa dan selamat.
Ijok. Masa dah tamat. Landing. 1 minit.
Tadi ada orang tanya. Okay. Lagi satu, ayat dengan cepat ancaman binatang liar yang tadi kita dah sebut dan juga ancaman alam sekitar yang amat penting. Ini menimbulkan masalah yang tidak selesa dan juga tak selamat. Pembakaran terbuka, mana pemantauan, pengurusan sampah yang tidak sempurna? Mana agensi yang berkenaan dan juga lalat-lalat pengusaha penternakan di kampung-kampung saya di Parit Mahang memang dilanda masalah lalat? Bertahun-tahun tidak diatasi. Mana penguatkuasaan ataupun penjagaan. Air toksik masuk di longkang dari kilang-kilang yang halal dan haram. Mana pemantauan? Last sekali teras yang kelima ialah mengukuhkan teknologi pintar dan digitalisation. Nombor satu yang saya risau ialah keselamatan saya siber. Sekarang banyak company telah dilanda masalah keselamatan siber. Sebab banyak scammer-scammer. Kita pun nak introduce kita pun nak tonjolkan e-wallet Selangor. Banyak. Saya dapati banyak syarikat-syarikat yang nak mulakan nak meningkatkan
digitalisation mereka memperuntukkan cyber security lebih kurang 10% pada peruntukan mereka untuk nak membangunkan siber. This is saya dapat dari sources kawan-kawan saya di luar. Kita memperuntukkan RM 316 juta bajet untuk lima tahun. Tetapi peruntukan cuma RM 1juta untuk our cyber security. Jangan salahkan esok kalau masyarakat complain mereka punya ni kena hack. E-wallet kena hack. So, saya harap-harapkanlah Kerajaan Negeri Selangor pandang berat tentang kita nak maju but kita kena juga be proaktif dalam menghalang kita punya network dari kena scam ataupun dia kena masuk oleh pihak yang tak tentu.
Last sekali saya harap-harapkanlah kita nak develop digitalisasi, yang untung ialah orang masyarakat di bandar. Masyarakat di kampung saya ingat Kerajaan Negeri Selangor, saya ingat tolonglah lebarkan Internet di kampung-kampung. Macam kampung saya, saya nak panggil ketua kampung Parit Mahang dia kata tak ada line. 1G pun tak ada macam mana kita nak pergi ke 4G. Jadi saya ingat kita kena kaji seluruh Selangor ini ceruk-ceruk Selangor dapat talian Internet. Sekian, terima kasih memberi saya peluang, Ijok menyokong belanjawan 2022.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Saya persilakan Yang Berhormat Batang Kali.
Kalau ikut peraturan tetap Yang Berhormat Tuan Speaker. Tuan Speaker nampak saya dulu. Cuba tengok balik peraturan tetap, terima kasih.
Jangan lawan Speaker.
Saya nampak Batang Kali dulu sebab dia pakai spec hitam tu.
Jangan lawan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan saya laluan untuk turut membahaskan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2022. Terima kasih juga kepada Dato’ Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan barisan EXCO, malahan barisan hadapan kesihatan dan sebagainya kerana merekalah kita berada di Dewan yang mulia ini. Tidak ketinggalan juga staf Dewan Negeri Selangor yang kerja dengan baik untuk kita di sini. Terima kasih sekali lagi dan saya tidak ingin menyentuh IPR-IPR yang dihidangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana pada saya tidak ada negeri yang melaksanakan skim sedemikian di semenanjung ini. Kita lihat Belanjawan Tahun 2022 yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, mula dari lahir seorang bayi akan diberikan insentif SSPN RM100 setahun selama lima tahun. Bila meninggal kerajaan beri pula RM500 untuk khairat kematian. Cumanya mungkin pelaksanaannya mungkin boleh dipercepatkan ataupun ianya lebih disasarkan kepada golongan-golongan yang
benar-benar memerlukan skim-skim insentif IPR yang banyak ini, yang dihidangkan oleh kerajaan negeri Selangor sesuai dengan kedudukan ekonomi negeri kita. Saya ingin menyentuh soal kawasan Batang Kali. Kerana IPR-IPR dan yang lain-lainnya sudah banyak disentuh oleh ADUN-ADUN sebelum saya. Saya ingin menarik perhatian bila mana pada tahun 2018 Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada hadir ke kawasan saya untuk melihat missing link di mana jalan ini akan menghubungkan di antara Widuri suatu taman yang waktu dulu pernah Menteri Besar kita tinggal di sana menghubungkan Widuri dengan Bukit Beruntung dan tempatnya ialah di hadapan Kelab Golf Bukit Beruntung. Jajaran jalan ini hanyalah lebih kurang dua ke tiga kilometer dan ianya menjimatkan lima kilometer lagi pada jalan yang asal. Saya sangat berharap supaya jalan ini yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan segera. Selain daripada itu sesuai juga dengan infra yang dikatakan oleh Dato’ Menteri Besar yang akan merancakkan pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar Batang Kali ini khususnya. Saya juga berharap supaya jalan Bukit Beruntung ke Antara Gapi dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera atau dimasukkan dalam rancangan pada masa yang ke hadapan. Yang Berhormat Tuan Speaker, suatu jalan yang agak penting yang telah meragut banyak nyawa di kawasan DUN saya ialah Jalan Koskan ke Sungai Buaya. Sering kali berlaku kemalangan yang melibatkan kemalangan maut yang menjadikan igauan kepada penduduk kawasan bandar sungai buaya dan sekitarnya.
Jika suami berulang kerja, mereka akan sentiasa ragu dan bimbang kerana jalan ini sangat merbahaya. Ianya dilalui oleh kenderaan-kenderaan berat yang membawa muatan daripada Koskan untuk ke Tol Sungai Buaya. Satu lagi yang menarik perhatian di kawasan Batang Kali ialah bila mana rakyat begitu lama terkurung dan akhirnya mereka mencari tempat untuk beriadah dan sebagainya. Kita dapat lihat tempat-tempat pelancongan di Taman Biduri juga merupakan kawasan yang menjadi tumpuan dan suatu kebimbangan kita lihat ialah bilamana Kelab Golf Bukit Beruntung di bawah MBI, seolah-olah terbiar dan tidak diberikan perhatian untuk penduduk setempat menjadi tempat riadah kepada mereka. Banyak gelanggang sukan atau pun kemudahan-kemudahan yang sudah tidak lagi terurus terbiar dan sebagainya. Jadi juga saya berharap supaya ia diberikan perhatian dalam hal tersebut. Satu lagi ialah permohonan rakyat Bukit Sentosa untuk mendapatkan sebuah klinik kesihatan di kawasan Bukit Sentosa. Memandangkan persekitaran penduduk di kawasan itu sudah begitu ramai hari ini dan saya rasa di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung juga sudah mencapai puluhan ribu penduduk dan mereka bergantung pada pusat kesihatan Serendah yang terhampir.
Selain daripada itu, sering juga diulang bila mana rumah-rumah kedai yang banyak terbengkalai di Bukit Sentosa, apakah ada suatu rancangan jangka panjang yang boleh di susun atur oleh Kerajaan Negeri bagi membangunkan kawasan-kawasan tersebut. Kita yakin dan kita tahu pun bahawa bukan senang untuk menaikkan atau pun mengembalikan keadaan yang baik di kawasan tersebut. Tetapi jangka masa
yang panjang, satu pelan jangka masa yang panjang harus disusun juga untuk memajukan semula kawasan tersebut.
Satu perkara lagi saya ingin juga menyentuh soal banjir yang disentuh oleh beberapa rakan yang lain. Sudah menjadi satu pesta tahunan atau pun dwitahunan berlaku di kawasan masing-masing. Saya tertarik bila mana melihat suatu ketika dahulu seorang rakan saya begitu marah dengan marah dengan tindakan pegawai berkenaan yang tidak menghiraukan masalah yang dihadapi oleh rakyat setempat. Ini juga berlaku di tempat saya. Pada September tahun ini, banjir yang kuat berlaku di Ulu Yam, melibatkan 6 ke 7 buah kampung. Kita tanya pegawai JPS, apakah sebab-sebab yang berlakunya banjir ini, apakah punca-punca boleh kita atasi supaya banjir ini tidak berulang, whatsapp pun tak nak jawab, telefon pun tak nak angkat, sedangkan kita diasak oleh rakyat. Rakyat tanya kita, bila banjir hendak selesai, maka itu jangan marah sahabat kita yang marah dengan pegawai berkenaan. Dia diasak oleh rakyat, dia bertanggungjawab dengan rakyat dan saya dan kami semua yang berada di Dewan ini bertanggungjawab dengan rakyat. Dan kita berharap supaya pegawai JPS ini, pegawai yang bertanggungjawab ini lebih bersikap proaktif dalam menangani masalah rakyat atau letak sahaja nombor telefon pegawai berkenaan di kawasan-kawasan yang selalu menghadapi banjir, supaya rakyat boleh terus menghubungi pegawai JPS yang berkenaan. Dan rakyat boleh mendapatkan jawapan yang terus daripada pegawai yang tersebut. Kita wakil rakyat menghadapi masalah-masalah ini, mereka harus tahu dan rata-rata kakitangan kerajaan di Negeri Selangor ini bertindak dengan baik. Buat kerja dengan bagus tetapi seorang pegawai JPS yang bersikap begini akan mempalitkan nama yang tidak baik kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Tuan Timbalan Speaker, saya juga bersyukur pada Allah swt. ...
Batang Kali, Banting dah bangun.
Minta penjelasan, sekejap sahaja Yang Berhormat.
Semalam tak bagi saya laluan.
Tak apalah kita tolong-tolonglah. Cuma saya hendak bertanya, setujukah dengan saya sebenarnya mengikut pengalaman saya, pengalaman kita berurusan dengan JD (Jurutera Daerah) di peringkat Daerah, sama ada JPS atau pun JKR pada dasarnya boleh harmoni dan sebagainya, ada respons. Tapi kekangan itu berlaku di peringkat negeri dan malahan di peringkat kementerian di mana permohonan mereka, permintaan mereka yang diketengahkan kepada Pengarah Jabatan dan juga kes you, kadangkala respons dia lambat sangat. Khususnya daripada segi peruntukan, khususnya daripada segi peruntukan dan khususnya daripada segi pelepasan peruntukan yang telah pun diluluskan. Nak dapat kelulusan satu perkara, sudah dapat kelulusan sudah ada peruntukan tetapi masih lagi lewat hendak turunkan ke peringkat daerah. Setuju ke Yang Berhormat dengan
saya bahawa perkara ini perlu diselesaikan di peringkat itu iaitu di peringkat di Jabatan Negeri dan peringkat KKR dan juga kementerian yang menguruskan JPS.
Mana boleh tak setuju, otai lama dalam Dewan. Saya mohon dimasukkan sebahagian daripada perbahasan saya. Satu lagi yang saya ingin tanyakan ialah dan juga saya berterima kasih dengan Kerajaan Negeri kerana telah pun meluluskan pelan tebatan banjir di rumah Awam Batu 30 Ulu Yam lama. Dan peruntukan telah pun diluluskan sebanyak RM 4.2 juta dan saya berharap supaya jangan lagi buat konsep paper, buat secepat mungkin supaya ia dapat menjadi satu keadaan yang lebih baik untuk penduduk.
Yang Berhormat Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana Kerajaan Negeri Selangor telah pun menaik taraf Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Dan saya berharap seperti mana rakan Sungai Panjang sebutkan supaya apa jua kenaikan-kenaikan yang akan dikenakan kepada rakyat sama ada cukai pintu, cukai perniagaan, permit jual penjaja dan sebagainya hendaklah juga sedikit sebanyak dirunding atau pun diberitahu. Mendapat pandangan dan respons daripada wakil rakyat atau pun ketua-ketua kampung atau pun ketua-ketua taman di kawasan-kawasan yang berkenaan. Kita tahu mahu tidak mahu sesuatu PBT akan mendapat kenaikan taraf dan saya difahamkan cukai akan naik, parking akan berbayar dan sebagainya dan ini semuanya akan diletakkan ke bahu wakil rakyat kawasan-kawasan yang berkenaan.
Dan saya yakin, saya yakin dan percaya sesuai dengan kenaikan taraf sebagai Majlis Perbandaran, mereka juga harus melihat ruang-ruang perniagaan kepada kaum belia, kepada ibu-ibu tunggal daripada mereka hanya memikirkan soal-soal income kepada Majlis Perbandaran dan mereka juga harus ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Saya yakin dan percaya Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan kepimpinan mereka yang ada dalam menguruskan Majlis Perbandaran ini akan dapat memacu Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke suatu tahap yang kita idam-idamkan dan diharumi wangi dan dihargai dan disejahterakan oleh rakyat.
Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar walaupun jangkaan saya sebelum ini Dato’ Menteri Besar akan memberikan peruntukan yang sama kepada semua wakil rakyat sama ada Pembangkang atau Bebas kerana pada tahun sebelum ini, sewaktu kita serumah, kita dalam khemah yang sama kami wakil rakyat ini mendapat peruntukan yang sama dengan wakil rakyat Kerajaan.
Walau bagaimanapun, alhamdulillah dapat juga kami peruntukan wakil rakyat Bebas sebanyak RM500 ribu untuk rakyat kami yang bukan sedikit tetapi di Batang Kali sahaja saya ada lebih 50 ribu pengundi pada PRU 14 yang lalu dan ditambah pengundi muda ianya menjangkau ke 70 ribu lebih pengundi di DUN Batang Kali sahaja. Dan saya juga berharap supaya ia ditimbang-timbangkan semula apatah lagi
kami daripada wakil rakyat Bebas ini. Wakil Rakyat Bebas ini bukan sengaja kami keluar daripada barisan kepimpinan tetapi kami dikeluarkan daripada parti kami yang menyeleweng sebelum ini. Dan sekian, saya rasa lampu merah saya menepati masa, terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, wabillahitaufikwalhidayah, Assalamualaikum W.B.T.
Saya persilakan Rawang.
Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker yang memberi peluang bagi membahaskan Belanjawan Selangor 2022. Baru-baru ini isu kenaikan harga barangan bahan makanan menjadi isu hangat antara rakyat. Dalam 2 tahun rakyat hidup dalam keadaan sengsara. Ramai yang tidak dapat pendapatan atau pun pendapatan terjejas disebabkan kehilangan kerja. Beberapa bulan ini keadaan COVID-19 baru mula reda. Harga barangan makanan pula naik mendadak. Jenis barangan makanan yang bahan makanan yang terlibat ini bukan makanan yang jenis mewah. Ini makanan asas bagi rakyat yang biasa. Apa bahan makanan yang kenaikan harga, harga kubis bunga meningkat pada RM16.00 berbanding dengan RM7.00 sekilo sebelum ini. Harga sawi pendek atau pun dinamakan Choy Sum pula RM9.00 berbanding dengan RM3.00. Harga brokoli naik daripada RM8.00 kepada RM20.00. Harga sekilo sawi meningkat daripada RM8.00 berbanding dengan RM5.00. Cili merah RM19.00 berbanding dengan RM13.00. Cili hijau RM14.00 berbanding dengan RM10.00. Harga beberapa jenis sayur-sayuran ini mengalami kenaikan sebanyak 40% sehingga 20% dalam tempoh hanya 2 minggu kebelakangan ini. Rakyat boleh tangguh untuk beli kereta, boleh tangguh untuk beli rumah, boleh tangguh kahwin tapi mereka hendak makan setiap hari. Ada orang yang kilang kerja susah terpaksa minta bakul makanan.Sudahlah gaji tidak naik, kini terpaksa beli makanan dan barangan yang mahal.
Dengan keadaan ini berlarutan seperti ini, orang miskin hendak makan apa lagi. Saya ingin tanya apa yang KPDNK atau pun FAMA, apa yang telah melakukan bagi memastikan barangan harga barangan dikawal. Apa yang Kerajaan Persekutuan telah melakukan bagi bantuan rakyat untuk menghadapi tekanan kenaikan kos hidup yang secara kejutan ini. Semalam saya sempat hadir bersama dengan Dato’ Menteri Besar dan juga Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjalani tinjauan jualan sayuran murah di Wisma PKPS. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor, tahniah kepada PKPS yang usaha ....
Tuan Speaker, Peraturan 35(6) seorang Ahli tidak boleh membaca ucapannya tetapi boleh dibacakan cabutan daripada buku atau muka surat kerana hendak menyokong hujahnya dan boleh ditengok peringatan ini, terima kasih.
Baik, Rawang silakan.
Ya saya akan teruskan. Saya akan teruskan apa, ya semalam, ya ini masalah keperluan kerajaan yang perlu campur tangan untuk membantu harga barangan yang luar biasa. Syukur rakyat mempunyai Kerajaan Pakatan Harapan yang prihatin dan juga bertindak pantas atas isu-isu kenaikan harga ini. Dan semalam dengan segeranya telah melaksanakan jualan sayuran dan makanan secara harga yang murah. Bagaimana ia dapat dilaksanakan dengan baja yang diusahakan oleh warga tempatan dan juga kekurangan campur tangan oleh orang tengah. Dengan usaha daripada PKPS dapat menawarkan sayur-sayuran yang murah dan berkualiti. Saya berharap dalam keadaan kritikal ini, Kerajaan Negeri boleh meluaskan pemasaran hasil ini selain daripada di Shah Alam, ia boleh diwujudkan spot-spot di DUN, di daerah supaya rakyat di Selangor ini dapat merasai keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah kehidupan mereka.
Tuan Timbalan Speaker dan Ahli Dewan sekalian, pada musim PKP yang lepas disebabkan sekatan PKP di kawasan tumpuan aktiviti pertanian di Malaysia pasaran turut menghadapi masalah bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pada ketika itu, wujudlah kebimbangan dan kerisauan masalah food security. Kini tambah pula dengan kenaikan harga makanan maka saya turut ingin mencadangkan Kerajaan untuk menjalani Program Kebun Komuniti secara seluas-luasnya dengan kawasan lapang yang sedia ada. Di dalam Negeri mempunyai kawasan-kawasan lapang ataupun tanah lapang yang terbiar, ia tidak dapat diguna pakai untuk kegunaan senaman ataupun sukan, disebabkan keadaan tapak yang tidak rata ataupun tidak mempunyai kelengkapan sukan yang mencukupi. Ini adalah tempat kawasan yang dicadangkan untuk membenarkan penduduk dan memupuk mereka untuk kegiatan tanaman komuniti. Ia turut memberi manfaat kepada Kerajaan atas penjimatan kos selenggara di atas kawasan lapang dan turut memberi peluang kepada rakyat untuk menghasilkan tanaman, makanan dan juga untuk mendapatkan pendapatan yang extra. Baru-baru ini, satu Persatuan ataupun ada syarikat yang telah memberi amaran bahawa dalam tempoh yang terdekat akan berlaku kenaikan harga lagi. Sebagai contoh, bengkel motosikal yang kini telah melaporkan bahawa harga alat gantian motosikal akan dinaikkan dengan harga sekitar 20% sehingga 30%. Kenaikan harga roti pula, yang akan naik 20% sehingga 30%. Kalau masalah ini, berikut dikatakan adalah disebabkan kos bahan mentah, pengangkutan dan juga penghantaran yang makin meningkat yang terpaksa ditanggung oleh penjual. Ini hanya lah, saya percaya ini adalah hanya lah permulaan. Semua peniaga melibatkan kos mentah, pengangkutan dan penghantaran, ia bermaksud, kalau Kerajaan masih tidak mengawal dan menyelesaikan masalah-masalah ini, isu harga barangan, barang naik akan berlarutan. Saya harap ini dapat menarik perhatian Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan yang berpatutan.
Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Dewan sekalian, kalau kita mengingatkan balik, Negeri Selangor pernah mencecah penularan kes COVID-19 sebanyak 7,000 kes hingga 8,000 kes sehari pada bulan Ogos. Tahniah kepada Kerajaan Negeri dengan pelbagai usaha dalam Program SelVAX hanya dalam masa yang singkat telah berjaya
meningkatkan kadar vaksin sehingga 100% pada bulan September. Dan usaha ini mengembalikan penurunan penularan kes COVID-19. Kini kes penularan COVID-19 diturunkan, telah mengurang, hanya penambahan 1,000 kes sehari. Jauh beza berbanding dengan bulan tiga (3) yang lepas. Kini, yang menjadi kerisauan adalah setelah beberapa bulan pengambilan vaksin, mestilah antibodi telah menurun. Soalan adalah dengan penurunan antibodi ini adakah ia akan menghadapi peningkatan kes COVID-19 di Negeri Selangor sekiranya rakyat tidak mengambil vaksin booster secara aktif. Menurut kenyataan Menteri Kesihatan mempunyai 40% individu yang tidak menghadiri janji temu vaksin booster. Jika pengambilan dos penggalakan booster ini adalah rendah, khususnya dalam kalangan warga emas, dan jumlah, bermaksud jumlah kemasukan ke hospital kita akan meningkat. Saya percaya, antara sebab penduduk tidak aktif mengambil booster adalah disebabkan, satu, rakyat kerisauan keselamatan vaksin bercampur dan mereka rasa dua (2) dos adalah mencukupi untuk menjauhkan diri daripada ancaman virus COVID-19. Selangor merupakan negeri yang pesat dengan pelbagai aktiviti ekonomi, dan kalau dilanda dengan virus baru yang bernama Omicron, Selangor mestinya antara yang paling terjejas, paling awal terjejas sekiranya kes COVID-19 meningkat lagi. Kerajaan Negeri Selangor perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan kesedaran dengan kepentingan untuk mengambil dos booster ataupun Kerajaan Negeri memberi pilihan alternatif untuk vaksin tanpa campuran.
Tuan Timbalan Speaker, bagi saya, Belanjawan ini adalah Belanjawan yang menyeluruh bagi membantu rakyat dengan pelbagai cara bagi menghadapi kehidupan yang mencabar dengan berpuluh program diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar dari B40 sehingga M40 daripada anak baru lahir sehingga golongan wanita dan anak muda. Lima (5) Teras yang meliputi ekonomi, pendidikan, teknologi, keselamatan, dan juga kehijauan. Cuma soalan saya, adakah ia mempunyai penerangan yang mencukupi? Saya percaya ramai rakyat lagi mereka tidak mengetahui bahawa Negeri Selangor ini mempunyai sebanyaknya program-program yang tengah dilaksanakan, so, selain daripada saluran pusat khidmat, MPKK, Ahli Majlis, PEBS, PWB, saya ingin mencadangkan Kerajaan supaya mewujudkan satu taskforce bagi mempromosi program Kerajaan supaya rakyat dapat informasi dan dapat manfaat dengan program-program yang sedia ada.
Tuan Timbalan Speaker dan Ahli Dewan sekalian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar disebabkan telah mengumumkan dua (2) projek pembangunan di kawasan Rawang. Satu ialah Kompleks Perumahan Pekerja Selangor yang melibatkan lima (5) ekar di Taman Velox Bandar Rawang dan yang kedua (2) ialah RM15 juta untuk projek takungan banjir di Rawang Integrated. Saya percaya dua (2) program ini atau dua (2) projek ini, pembangunan ini dapat dimanfaatkan penduduk Rawang. Cuma soalan saya, disebabkan Kompleks Perumahan itu adalah untuk warga asing, so, bagaimana pelaksanaan itu dan bagaimana ia akan memanfaatkan pembangunan di kawasan Rawang? Yang terakhir, saya ingin sentuh adalah berkenaan dengan isu permohonan
tanah di kawasan Rawang. Di kawasan Rawang mempunyai tiga (3) kawasan, satu (1) Kampung Sg. Terentang lanjutan mempunyai 80 permohonan lanjutan tempoh geran tanah yang memohon pada 2015 dan juga 2017. Bukit Rawang Jaya mempunyai 188 permohonan sejak tahun 2017 dan Batu Arang mempunyai lebih daripada 600 permohonan. Ada yang memohon sejak 1995. Cuma saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Pejabat Tanah yang telah berusaha atas permohonan ini cuma permohonan-permohonan ini yang disebut adalah kawasan yang mempunyai perumahan, yang mempunyai rumah di atas tapak. Ada yang tinggal situ sebelum hari Kemerdekaan dan mereka hanya, ada yang hanya ingin melanjutkan tempoh tanah kediaman. So, dengan proses permohonan yang rumit yang sekarang ini ia telah menambah kerja dan tugasan Pejabat Tanah bagi uruskan permohonan tanah ini sehingga mengambil lebih daripada lima (5) tahun untuk satu (1) permohonan dan sehingga kini kita tidak nampak ada apa-apa berita yang baik. Permohonan-permohonan ini bukan untuk buat keuntungan tetapi hanya lah untuk kediaman diri sendiri. Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh memperkenalkan satu dasar tanah yang baru supaya dapat mengurangkan proses atau memudahkan permohonan khas untuk isu-isu tanah yang sekian lama tidak selesai, sekian lama tidak selesai, boleh diselesaikan dalam tempoh yang pendek terutamanya yang ingin melanjutkan tempoh tanah yang mempunyai rumah di atas tapak. Itu sahaja daripada Rawang, akhirnya Rawang ingin mencadangkan untuk menyokong, sekian terima kasih.
Ya, dipersilakan Jeram. 15 minit sahaja.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Pusing dia cari orang lain dulu sebelum nak panggil saya. Terima kasih kerana memberi ruang untuk berbahas di dalam Persidangan Bajet 2022. Yang pertamanya, ini merupakan kali keempat defisit bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. 48% untuk Pembangunan, dan 52% kepada Pengurusan. Kebiasaan yang sepatutnya Pengurusan perlu rendah daripada Pembangunan kerana itu cara, satu sistem pentadbiran ataupun Pengurusan yang lebih efisien ataupun lebih efektif. Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan mantan Dato’ Menteri Besar yang daripada Sungai Panjang, lapan (8) kali beliau kata bentangkan bajet tanpa defisit. Mungkin benar tetapi beliau tidak memberikan program-program kepada, program-program NPR kepada rakyat ataupun penduduk di Selangor.
Walau bagaimanapun, kita telah membuat pelbagai cara untuk meningkatkan efisien nya pengurusan dengan tender, sebut harga, kita buat cara compete harga dan sebagainya tetapi malang sekali kita tidak berjaya mengaut satu jumlah keuntungan ataupun jumlah penjimatan. Sekiranya melakukan sesuatu perkara yang menambahbaik sistem sepatutnya kita tidak perlu menggunakan reserve yang sedia ada. Mungkin benar tempoh mantan Menteri Besar lama menggunakan, tidak ada satu jumlah yang besar. Saya dimaklumkan hanya berikan, masa tinggalkan hanya
RM 200 juta something bukan lah berbilion. Tetapi kecekapan Pakatan Harapan mengambil alih pada tahun 2008 telah membuahkan hasil sehingga adanya penjimatan berjaya mengumpul hampir RM 2 bilion lebih. Tetapi reserve itu makin lama makin berkurangan, memang benar untuk memberikan program IPR tetapi ke mana hasil yang sepatutnya boleh meningkat, ke mana hasilnya yang mana yang ditinggalkan oleh mantan Menteri Besar daripada PH tempoh hari. Di sini kita nampak walaupun ada GLC-GLC yang boleh menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan kepada Kerajaan Negeri, tidak efisien. Saya ada melihat dalam bajet adanya polisi integriti dan tadbir urus anak syarikat. Bagus, tahniah! Tetapi adakah wujudnya benda itu membolehkan meningkatnya keuntungan ataupun hasil pendapatan anak syarikat. Untuk meningkatkan pendapatan hasil anak syarikat perlukan golongan-golongan profesional yang mahir dalam bidang tertentu untuk mendapatkan satu pulangan yang lumayan yang boleh mampu memberikan semula kepada Kerajaan Negeri Selangor. Sebab itu, walaupun kini saya berada bukan di dalam Kerajaan begitu juga dengan kebiasaannya disentuh oleh Ketua Pembangkang, kami nampak Kerajaan perlu lebih terbuka untuk memberi ruang dan peluang kepada Wakil Rakyat daripada pihak Kerajaan untuk menerajui GLC yang mana kita boleh menilai, mengukur kemampuan Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat. Perlu beri ruang dan percaya kepada Wakil Rakyat. Wakil Rakyat ini dipilih oleh rakyat. Begitu juga pihak Kerajaan yang mana EXCO datangnya daripada pilihan rakyat, maka jangan hanya memandang di kalangan EXCO sahaja. Kita perlu membuka mata dan beri ruang kepada Wakil Rakyat yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menerajui aset ataupun harta Kerajaan Negeri Selangor yang mana miliknya rakyat.
Jadi, saya syorkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk memilih di kalangan Wakil Rakyat Kerajaan yang mana ada qualification ataupun kelayakan untuk menerajui satu-satu GLC dan cuba kita nilai untuk tempoh dua (2) tahun atau tiga (3) tahun. Mungkin akan nampak perubahan apabila ditadbir oleh individu-individu, kita tidak pasti adakah beliau mempunyai kelebihan, berkebolehan. Jadi, saya mohon perkara ini akan dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan untuk memberi ruang. Kenapa saya berulang kali sebut benda yang sama? Kerana kita sudah tahu Pentadbiran dulu semasa Barisan Nasional dengan PH kita nampak ada perubahan tetapi apabila kita nampak, saya sendiri nampak, anak syarikat sepatutnya boleh memberi keuntungan ataupun pulangan yang sepatutnya lebih tinggi daripada apa yang diperolehi sekarang. Kita jangan kata PKNS pulang berapa ratus juta, MBI pulang berapa ratus juta sebenarnya boleh lagi lebih. Jadi, itu yang kita nak sebab sayang sekiranya Kerajaan Negeri Selangor ini yang mana boleh menyimpan reserve lagi tinggi untuk kebaikan yang boleh kita salurkan kepada rakyat tetapi kita hanya memandang remeh. Contohnya, baru-baru ini saya dimaklumkan kerugian RM700 juta, PKNS, untuk satu jumlah yang besar. Kita tidak pergi lagi anak syarikat-anak syarikat bawah PKNS itu.
Jadi inilah yang mana pihak Kerajaan Negeri perlu melihat kerana saya tidak hendak mahu melihat lagi setiap tahun defisit bajet. Itu menunjukkan tidak cekap. Minta maaf, saya menyokong pentadbiran kerajaan negeri Selangor, tetapi ada benda yang saya rasakan perlu bertanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk membantu, bukan hendak kata menasihat tetapi untuk memberi ruang untuk mendengar rintihan wakil rakyat daripada pembangkang mahupun kerajaan untuk tambah nilai baik pentadbiran pengurusan kerajaan.
Timbalan Speaker, dalam bajet ada juga sentuh mengenai program penanaman pokok sehingga 800,000 dan juga pemulihan hutan. Saya minta di Jeram ini ada Pantai Jeram yang mana perlu menanam semula pokok bakau di hutan paya bakau di Hutan Simpanan Kapar Tambahan. Kemudian saya ada lihat ada tambahan, bukan tambahan dikatakan bajet RM 6 juta untuk Jalur Lebar Industri Selangor ataupun JALIN. Seperti mana yang dibahaskan oleh jiran saya Yang Berhormat Ijok. Agak lembap dari segi jaluran Internet nya,kalau Yang Berhormat Ijok kata 1GB pun tidak ada itu Ijok ini kawasan yang lebih awal membangun sebelum Jeram. Jeram ini boleh dikatakan langsung tidak ada G. Tetapi sebelum ini saya pernah menyuarakan tentang isu jalur lebar ini ataupun Internet yang mana diuruskan oleh Smart wi-fi Selangor. Apabila kita menanyakan soalan Yang Berhormat EXCO pun menjawab dengan confident nya dengan mengatakan ada beberapa tempat yang dipasang Unifi Smart Selangor ini tetapi saya kecewa apabila jawapan yang diberi oleh EXCO, saya yakin itu adalah jawapan yang betul, benar. Apabila saya pergi ke tempat saya melihat semula dan saya panggil orang kampung untuk tunjukkan jawapan-jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan ataupun melalui EXCO agak mengecewakan. Kerana itu saya ingin mencabar Kerajaan Negeri Selangor ataupun yang mana Yang Berhormat yang bertanggungjawab, saya cabar kita pergi ke kawasan saya Jeram yang mana adanya Smart wi-fi kita duduk situ. Kalaulah 20% daripada jumlah itu berfungsi, maka hari ini juga saya berani letak jawatan. Kalau tidak Yang Berhormat yang bertanggungjawab untuk letak jawatan. Hari ini, jangan dah pasang, hari esok panggil saya. Hari ini kita pergi ke kawasan saya, kita tengok. Jadi bermakna MBI telah membuat bayaran bulanan untuk maintenance dipanggil untuk pemasangan, untuk penyelenggaraan. Tipu, duit rakyat itu telah diberikan kepada MBI. MBI memberikan satu syarikat yang dilantik yang mengatakan yang mahir dalam bidang telekomunikasi, tetapi mereka hanya membuat tuntutan palsu mengatakan menyelenggara ini, menyelenggara itu tetapi tidak berfungsi. Jadi saya harap, saya tidak hendak nampak saya cari adakah program ini diteruskan oleh pihak kerajaan negeri Selangor. Kalau ada minta tolong batalkan. Kalau ada ruang dalam perjanjian tolong terminate serta-merta. Ini ialah fakta.
Seterusnya berkenaan dengan WCE. Seperti yang sedia maklum ada dibahaskan dalam rakan-rakan Yang Berhormat, JKR Kuala Selangor, JPS Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Apabila melibatkan jalan itu, tolong libatkan wakil rakyat kawasan. Kerana anda hanya membuat keputusan tanpa berbincang dengan wakil rakyat. Wakil rakyat ini masih hidup, sedang bercakap. Jangan ingat wakil rakyat ini
sudah mati. Masih hidup. Anda jangan buat keputusan tanpa berbincang kerana yang menghadapi masalah-masalah yang akan datang ialah wakil rakyat. Jadi minta tolong kerana saya dimaklumkan di kawasan saya di sini telah melalui satu jalan iaitu jalan kampung yang sepatutnya. Rancangan Malaysia Ke-11 lagi telah ada pembinaan jalan yang di selenggara oleh JKR tetapi sehingga kini belum buat atas alasan WCE akan lalu dan akan digantikan jalan yang di selenggara oleh JKR. Tetapi baru ini, minggu lepas saya mesyuarat. Dapat maklumat daripada WCE mengatakan JPS pula yang hendak menyelenggara. Saya tak yakin JPS boleh menyelenggara, sebab saya dah pernah JPS. JPS tidak akan menyelenggara jalan-jalan melibatkan jalan tar.
Seterusnya berkenaan dengan bajet saya ada tengok RM200,000.00 sahaja untuk JKR Kuala Selangor untuk lampu jalan dan traffic light. Sebelum ini saya minta tolong naikkan bajet itu. Tetapi kurangkan 2 tahun berturut-turut sebelum ini saya hendak minta naikkan daripada RM 250,000.00 kepada satu jumlah yang berpatutan. Ini saya tengok tahun 2022 dijadikan RM 200,000.00 satu kawasan Kuala Selangor yang mana melibatkan 5 DUN. Saya hendak tanya pada Kerajaan Negeri Selangor berapa lampu jalan yang pernah dipasang di Jeram setelah pilihan raya PRU yang ke-14 tempoh hari daripada 2018 sehingga kini? Berapa tiang yang pernah dipasang di Jeram? Tolong jawab, memang tidak boleh sebab jumlahnya terlalu sedikit dan saya yakin memang tidak dibuat. Kalaulah dulu kita kata kerajaan Barisan Nasional tidak membangunkan kawasan kampung dengan pemasangan lampu dan sebagainya. Tetapi apakah yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan. Tidak ada, saya memang duduk di kawasan bila saya lalu lampu jalannya sama daripada saya menang, sehingga sekarang. Tidak ada tambahan. Kalau ada tolong buktikan.
Yang Berhormat EXCO tolong tanyakan pada JKR Kuala Selangor berapa tiang lampu yang pernah dipasang sejak 2018 sehingga kini di dalam kawasan DUN Jeram. Saya hendakkan jawapan supaya menjadi bukti kepada penduduk di kawasan saya yang mana saya telah membawa suara mereka dan tidak bertanggungjawabnya oleh kerajaan negeri di Selangor. Begitu juga dengan JKR, saya hendak minta tolong buat syarat mengenakan insurans kepada kontraktor kerana dalam penyelenggaraan, waktu penyelenggaraan kalau berlaku sesuatu kemalangan ataupun kerosakan kenderaan rakyat, maka kontraktor itu perlu bertanggungjawab. Jadi saya minta benda ini perlu ditambahbaikkan. Begitu juga dengan PBT, Yang Berhormat EXCO boleh fikirkan sebab saya pernah suarakan di mana prestasi-prestasi yang tidak memberangsangkan oleh pekerja-pekerja PBT. Dikatakan tidak boleh menukar, kerana syaratnya begitu. Maka dia akan bekerja daripada masuk kerja sehinggalah dia pencen di Jabatan yang sama dengan tidak ada sebarang prestasi. Sebagai wakil rakyat ataupun EXCO yang mana bertanggungjawab perlu ubah sistem itu. Enakmen Undang-Undang perlu ditukar, perlu dipindahkan jikalau sekiranya prestasi kurang, ataupun tukarkan kepada pekerja-pekerja kontrak. Tidak perlu jadikan dia pekerja tetap, tengok prestasi kalau bagus baru dinaikkan sebagai pekerja tetap. Kalau tidak ada 1 peraturan ataupun undang-undang dia akan memberikan masalah kepada pengurusan jabatan itu sendiri ataupun memberikan prestasi yang kurang
memuaskan kepada masyarakat ataupun rakyat. Begitu juga prestasi ahli majlis perlu diambil kira daripada penduduk macam saya tidak bolehlah hendak memberi sebarang komen kepada Ahli Majlis. Tetapi apabila Ahli Majlisnya tidak berfungsi saya syorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor ataupun EXCO yang terlibat tolong dapatkan feedback ataupun YDP (Yang Dipertua Majlis) itu boleh mendapatkan laporan prestasi ahli majlis daripada pengerusi-pengerusi taman. Pengerusi-Pengerusi taman boleh memberikan kredit. Ini apa yang saya nampak di kawasan saya apabila Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk memanggil Ahli Majlis, daripada 3 seorang pun tidak datang. Ini apa kerja ini. Ambil elaun sepatutnya bertanggungjawab kepada kerja-kerja Ahli Majlis dan juga bertanggungjawab kepada amanah yang dibagi.
Saya minta Yang Berhormat EXCO tolong buat syarat-syarat peraturan baru untuk penyambungan kontrak Ahli Majlis. Hasil daripada penduduk perlu dinilai, laporan daripada Persatuan Penduduk perlu dinilai untuk penyambungan semula akhir tahun majlis tersebut. Parti yang memilih tetapi parti boleh calonkan orang yang berkelayakan ataupun berkualiti untuk membantu masyarakat. Seterusnya, Yang Berhormat EXCO Agama. Baru-baru ini ada berlaku 1, bukan kata perselisihan faham di antara saya dengan Pejabat PAID (Pejabat Agama Islam Daerah). Di mana jiran saya meminta tandatangan borang pemastautin untuk mudahkan urusan kahwin. Tetapi esoknya jiran saya mengatakan, jiran saya ini. Bukan saya. Jiran saya. Kata Y.B. Pejabat Agama Islam tidak terima tandatangan yang Y.B. buat pengesahan pemastautin. Saya baca balik dan saya juga minta, dia ada klausa-klausa saya faham. Kerana ada ADUN yang tidak tinggal di kawasan itu. Betul saya setuju. Ada juga ADUN bukan beragama Islam, betul saya setuju. Tetapi kenapa tidak wujudkan 1 ruang ADUN yang dalam kolum, kurungan yang tinggal ADUN Islam, yang tinggal di kawasan berkenaan boleh menandatangan. Tak susah. Orang nak kahwin itu. Kita kena mudahkan urusan kahwin. Pengerusi taman perli saya dia kata Y.B. saya boleh tandatangan you tidak boleh tau. Pengerusi taman ada dalam borang itu. Jadi tengok balik, review balik minta tolong tambah baik untuk demi kebaikan. Saya ada pernah bersembang. Tetapi ada kolum saya suruh baca ya, Yang Berhormat EXCO baca dan PAID pun saya minta dia baca ada kolum yang dikhaskan, telitilah balik benda itu. Batang Kali tak berani. Selain daripada itu, saya berkenaan dengan kubur, ada 1 kubur dalam kawasan perumahan baru yang sedang rancak, di sana rancak,di sini rancak. Rancak membangun, jadi kubur itu hanya berstatus kubur dia tidak tulis kubur Islam tetapi dikelilingi oleh hampir 90-95 % penduduknya beragama Islam. Ia akan menjadi satu masalah, ini kerana perancangan PBT mungkin. Ya lah kami wakil rakyat tidak terlibat tetapi Ahli Majlis mungkin tidak tahu kawasan itu adakah orang Melayu, ataupun Islam yang tinggal situ. Ia akan memberi respon yang tidak bagus kepada kerajaan pentadbiran Pakatan Harapan apabila tiba-tiba wujudkan kubur yang bukan beragama Islam di kawasan orang yang sekelilingnya orang Islam. Elakkan daripada berlakunya masalah di kemudian hari. Saya syorkan kepada Yang Berhormat EXCO tolong berbincang dengan PBT Kuala Selangor untuk selesaikan isu dengan segera.
Minta laluan Jeram.
Tidak boleh masa tidak ada saya tahu.
Tidak Apa. Speaker ok.
Yang lebih penting kawasan saya ini kawasan satu kawasan yang bandar yang sedang membangun pesat, balai polis dan balai bomba masih tidak ada. Mungkin Yang Berhormat EXCO PBT boleh fikirkan sebab sumber pendapatan yang tertinggi untuk Majlis Perbandaran Kuala Selangor datangnya daripada kawasan saya. Jadi, maka jumlah rumah kediaman pun paling banyak di kawasan saya. Jadi yang adanya di Ijok, yang adanya di Melawati balai bomba nya. Daripada sana nak datang ke Jeram rumah itu dah tinggal mungkin rangka ataupun rangka mungkin tidak ada. Jadi tanah-tanah lot itu memang kerajaan sudah meminta kepada pemaju. Memang ada,balai polis pun ada,balai bomba pun ada. Tetapi tidak ada pembinaan. Sepatutnya kena ada. Saya sudah berjumpa dengan Ketua Balai Bomba di kawasan Hulu Selangor beliau mengatakan Lot 1213 saya ulang ya, bukan nombor ekor. Lot 1213 dan Lot 1214 di sebelah SK Tambak Jawa. Saya nak minta tolong, lot itu kosong tetapi digazet kan untuk something yang mana bukanlah begitu penting buat masa ini. Saya syorkan untuk ditukarkan kepada untuk bomba. Saya minta pihak, saya dah minta Pegawai Bomba untuk memohon dan saya minta dipermudahkan oleh pihak kerajaan negeri Selangor untuk bagi pembiayaan tersebut.
Jeram.
Ya bagi 2 minit.
Seterusnya berkenaan dengan penyelarasan.
Hampir 20 minit dah Jeram berbahas.
Pejabat Penyelaras DUN Jeram yang mana bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan-urusan pejabat kerajaan negeri tetapi letaknya di DUN Melawati. Tolonglah saya tidak kisah pindahkan balik penyelaras itu letaknya di DUN Jeram. Jadi orang kata saya ini DUN Jeram tetapi nak berurusan pejabatnya di Melawati. Tolong betulkan. Kemudian KKI (Ketua Komuniti India), pun bukan tinggal di kawasan Jeram ini bukan wakil rakyat. Kalau wakil rakyat memanglah dia boleh tinggal di luar. Tetapi Ketua Kampung dan juga Ketua Komuniti India perlu tinggal di kawasan itu ini, Yang Berhormat Timbalan Speaker, ganggu ini. Jadi minta tolong pihak kerajaan tengokkan balik lantikan KKI dan juga Pejabat Penyelaras DUN Jeram itu. Yang terakhir saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kemuning, Yang Berhormat Sungai Kandis, Yang Berhormat Paya
Jaras kerana sering kali membantu saya memudahkan urusan, bukan saya kata Yang Berhormat Bandar Baru Klang tidak bantu, bantu.
Tuan Timbalan Speaker, penjelasan.
Saya tidak benarkan.
Sebenarnya saya tidak pernah membantu pihak Jeram sebab dia pun tidak pernah minta bantuan. Kalau dia tidak minta macam mana saya nak bantu.
Tak, tak. Itu Yang Berhormat,
Jangan cakap cantik-cantik tak guna. Tak pernah minta bantuan, memang tak bantu. Tak minta, saya memang tak bagi.
Yang Berhormat. Yang Berhormat itu saya kata...
Betul, betul Yang Berhormat. Saya setuju ni Bandar Baru Klang.
Yang Berhormat, itu saya cakap
Jeram.
Bukannya kita nak bantu. Saya belum minta bantu lagi.
Lain kali jangan petik.
Okay, baik, baik. Jadi itu sahaja. Saya menyokong selain semua dasar-dasar kerajaan yang telah membantu rakyat, IPR-IPR yang telah ditambah baik. Saya menyokong sepenuhnya. Begitu juga secara keseluruhannya saya menyokong bajet yang dibentangkan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar. Saya sokong. Yang baik saya sokong. Terima kasih.
Saya persilakan YB Sentosa.
Terima kasih Y.B. Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Sentosa mengambil bahagian. Tapi jarang tak ambil masa saya. So, terpaksa saya lepas lunch.
Belanjawan Tahun 2022 berjumlah RM2,343,000,000.00 yang akan dapat melonjakkan dan merangsang ekonomi negeri Selangor dalam tempoh endemik COVID-19. Ini akan mengambil kesempatan ini, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada Dato’ Haris Kassim yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Tak lupa juga dengan untuk ucapkan terima kasih kepada mantan SS Dato’ Nor Azmi Diron atas jasa dan sumbangan beliau. Selangor kekal menerajui ekonomi Malaysia dengan sumbangan 24.3% meskipun KDNK negeri ini mencatatkan penurunan nilai ditambah kepada RM326.8billion. Dari sudut pertumbuhan, meskipun KDNK negeri ini menyusut tetapi pertumbuhan tersebut mengatasi prestasi di peringkat nasional.
Tuan Speaker, saya ingin membangkitkan beberapa isu iaitu isu infra JKR. Dalam Belanjawan Selangor 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 351.78 juta bagi pembangunan infrastruktur. Kerajaan Negeri ingin terus menerus memberi fokus kepada kebajikan rakyat negeri Selangor dalam memastikan ke boleh daya tahan mendepani ekonomi dalam tempoh endemik. Namun, suka untuk saya untuk memberi penekanan terhadap perkhidmatan JKR dalam mengawal selia infra asas kepada pengguna.
Sering kali kita mendengar keluhan daripada rakyat tentang keadaan lampu jalan yang tidak berfungsi dan keadaan sekitar menjadi gelap berbulan-bulan kadang-kadang. Saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan pihak JKR agar memberi satu nafas baru kepada lampu-lampu jalan milik JKR yang telah berusia puluhan tahun lama dia dan menukar kepada lampu baru yang lebih cerah dan tahan lasak.
Tuan Speaker, mungkin daripada bulatan JJ roundabout Jalan Kebun sampai ke KESAS Highway. Silakan.
Nak minta sikit pencerahan daripada Sentosa. Saya dua minggu baru-baru ini di Melaka. Di Melaka ini, dia ada satu jabatanlah yang dipanggil JAPERUN di Melaka. Kalau kita pergi dekat mana-mana, setiap DUN itu ada JAPERUN di Melaka. JAPERUN ke JaPerun ke macam tulah. Ha? Japurun? Ha, Japurun. Dan bila saya tanya dengan kawan-kawan di Melaka ini katanya Japurun ni berfungsi di mana sebagai wakil rakyat ni, dia ada satu mesyuarat setiap bulan yang dipengerusikan oleh wakil rakyat yang mana mesyuarat tu seolah-olah macam Mesyuarat JKTD di peringkat daerah, dia panggil JKR, dia panggil JPS, dia panggil PBT, dia panggillah agensi-agensi yang bertanggungjawab. Boleh tak? Ataupun Sentosa bersetuju tak dengan saya kalau kita di Selangor ini kita mencuba kaedah yang digunakan di Melaka dan kita adaptasi, kita bawa kaedah yang baik di Melaka itu untuk kita di negeri Selangor yang tercinta ini?
Saya memang setuju dengan Templer. Memang kita perlu ada satu political will kerajaan ataupun ketua-ketua jabatan perlu mengambil iktibar untuk menyelesaikan masalah. Kalau dah tukar
macam Pelabuhan Klang, selalu bagi tahu saya tempat saya 100 lampu led telah dipasang dan sebagainya. Mana perginya lampu-lampu lama? Kalau kawasan-kawasan yang gelap ambil dan pasang di kawasan-kawasan gelap. Tak payah tunggu peruntukan. Kalau tak ada peruntukan pun, mintalah dengan Kerajaan Negeri atau minta dari Pusat. Tapi jangan sekali-skala memberitahu tidak ada peruntukan. Ini tidak menunjukkan dengan Belanjawan 2022 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM351juta bagi pembangunan infrastruktur. Kerajaan Negeri terus menerus memberi fokus kepada kebajikan rakyat dalam memastikan (ini dah baca dah).
Perkara seterusnya yang perlu saya. Bukan, saya punya kawan Templer sudah bagi. Saya tak nak buang masa. Dia dah ambil masa saya tadi.
Perkara seterusnya yang perlu diberi penekanan adalah keadaan jalan raya yang dikawal selia oleh JKR yang tidak mencapai tahap yang terbaik. Keadaan jalan raya milik JKR boleh dipertingkatkan lagi. Keadaan jalan raya milik JKR boleh dipertingkatkan lagi prestasi kawal selianya dengan memastikan pasir-pasir, batu-batu yang bertaburan di jalan raya dapat dibersihkan. Oleh yang demikian, saya merasakan betapa pentingnya agar pihak JKR mempunyai rutin bulanan membersihkan jalan raya menggunakan road tripper. Tapi kita tak tengok road tripper di kawasan Sentosa. Mungkin Pelabuhan Klang ada.
Keadaan jalan raya yang sering ditampal juga telah menyebabkan jalan raya yang tidak rata. Oleh yang demikian, pihak JKR wajar memperhalusi untuk menurap jalan berkenaan agar lebih selamat. Perkara ini juga secara langsung mengurangkan kemalangan.
Tuan Speaker, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Selangor, sebanyak 233 kemalangan direkodkan. Daripada itu, 148 daripadanya adalah kemalangan maut. Kemalangan yang berpunca daripada fizikal jalan raya banyak membabitkan penunggang motosikal iaitu 117 kes, kereta 26 dan lori 6. Keadaan jalan raya kita perlukan kerjasama yang erat daripada semua pihak termasuk PBT dan juga JKR dalam memastikan jalan-jalan kita sentiasa selamat.
Tuan Speaker, satu perkara lagi yang sering menjadi masalah utama adalah sistem macam Ijok tadi telah memberitahu kita. Perparitan, sistem perparitan yang tidak dikawal selia dengan baik sehinggakan menyebabkan masalah banjir. Perkara ini menjadi rumit apabila terdapat beberapa sistem perparitan yang gagal diketuai hak milik. Saya cadangkan menubuhkan satu task force untuk kita selesaikan masalah ini, masalah inventori ini. Right. Kita selesaikanlah untuk satu Selangor ini. Right. Kerana selalu dibangkitkan bila saya panggil mesyuarat untuk menyelesaikan longkang dan longkang monsun dan sebagainya parit. Apa yang diberitahu longkang ini bukan kita punya. Right. Inilah masalah yang kita perlu selesaikan dan saya cadangkan YB Exco untuk menubuhkan satu taskforce dengan kadar segera.
Isu perubahan iklim, risiko bencana perlu diberi perhatian. Negara kita ini sedang berdepan dengan dua bencana alam utama iaitu banjir dan tanah runtuh. Selangor juga tidak terkecuali. Umumnya hujan lebat di bawa angin monsun timur laut adalah faktor semula jadi utama yang menyebabkannya berlaku bencana banjir. Bulan Disember dan bulan Januari ini, kita telah diberitahu perkara ini akan berlaku. Namun faktor campur tangan keterlaluan manusia melalui aktiviti pembangunan dan perlakuan tidak lestari memburukkan lagi kejadian banjir di semua kawasan ini. Selain daripada itu, akibat fenomena pemanasan global iklim menjadi tidak menentu dengan musim hujan dan kemarau menjadi semakin ekstrem menyebabkan proses banjir menjadi lebih serius.
Langkah utama, Sentosa ingin mencadangkan untuk mengatasi banjir adalah dengan mempunyai dasar perancangan dan pelan tindakan mengurangkan risiko banjir. Pelan ini perlu diintegrasikan dengan pelan pembangunan sosial dan ekonomi supaya dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.
Tuan Speaker, namun, tindakan utama adalah memperkasakan komuniti setempat dalam mendepani bencana banjir. Memperkukuhkan dan mengaplikasikan sepenuhnya pelan pengurusan bencana dalam kalangan komuniti sangat penting. Bulan lalu kita telah diberitahu. Right. Kemungkinan besar banjir akan berlaku. Tetapi apakah peranan PBT untuk memberitahu kawasan-kawasan perumahan apakah mereka perlu membuat tindakan dan sebagainya? So, hanya kita sebagai ADUN kena turun bawa jabatan masing-masing untuk memastikan longkang bersih, longkang monsun sedia untuk menampung taburan air hujan yang lebat dan sebagainya. Right. So, inilah perkara yang saya ingin cadangkan agensi kerajaan perlu memainkan peranan bersama dengan kita untuk mengatasi masalah-masalah yang kita akan hadapi seperti banjir kilat.
Tuan Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini, right untuk mengucapkan tahniah kepada pihak JPS terutamanya JPS Klang yang berjaya mengawal keadaan air pasang besar yang melanda negeri Selangor baru-baru ini. Tepuklah. Ini kerana Pelabuhan Klang telah beritahu, dia turun pagi-pagi pukul 4-5 pagi untuk memastikan tidak ada banjir dan sebagainya dengan Pandamaran. Persediaan yang rapi oleh pihak JPS dan sentiasa bersiap siaga dengan sebarang situasi telah berjaya mengatasi masalah air pasang besar.
Tuan Speaker, masalah yang seterusnya saya ingin ataupun memberitahu ialah berkenaan dengan kebersihan. Sentiasa selalunya Sentosa ingin membangkitkanlah ucapan perbahasan saya menyarankan agar kerajaan negeri mengaji semula sistem pengurusan sisa yang ditetapkan di bawah PBT masing-masing. Sistem pengurusan sisa atau sampah kilang-kilang beroperasi harus diselaraskan dengan kontraktor yang telah diluluskan dengan permit oleh PBT masing-masing dan bukannya kontraktor third party. Right. Dengan izin. Pihak KDEB dan PBT perlu bekerjasama mengatasi masalah kebersihan secara menyeluruh. Hal ini adalah kerana KDEB merupakan
kontraktor tunggal di Selangor yang menguruskan sistem pengurusan sampah dan PBT harus memainkan peranan dalam memastikan KDEB menjalankan tugas dengan sempurna. Kontraktor yang gagal menjalankan tanggungjawab secara berkesan seharusnya ditamatkan kontrak dan ditukarkan dengan kontraktor yang lebih kompeten. Tempoh pandemik ini, kita semua telah diberi pengajaran, telah memberi kita semua kesedaran umum betapa pentingnya menjaga kebersihan awam dan diri. Ini adalah kerana ini adalah masa yang terbaik juga untuk kita untuk mengamalkan macam apa yang kita belajar dari PKP. Bila PKP dilancarkan, kita ikut semua disiplin-disiplin, SOP dan sebagainya. Tetapi dari segi kebersihan diri, kebersihan sampah, kita perlu masih lagi mengendalikan program-program kesedaran dan sebagainya.
Oleh itu, inilah masa yang terbaik bagi kerajaan negeri bersama PBT mempertingkatkan peruntukan penguatkuasaan yang kita ada untuk meningkatkan tahap kebersihan.
Jangan baca banyak sangat boleh? Baca tak boleh...
Batang Kali.
Apa tu? Jangan kacau. Nak habis dah masa. Mempertingkatkan peruntukan penguatkuasaan yang ada untuk meningkatkan tahap kebersihan awam termasuklah pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif untuk memastikan negeri kita bersih. Dari segi pendidikan pula (right), Sentosa
Bahas tu kurangkanlah membaca.
Saya ingin memberitahu. Silakan. Perkara yang seterusnya, saya ingin tarik sampai pukul 1. Lepas itu ada masa nak sambung. Perkara seterusnya yang ingin Sentosa sentuh ialah berkaitan dengan bidang pendidikan. Sentosa menyambut baik inisiatif kerajaan negeri berkaitan dengan Program Tuisyen yang diteruskan pada tahun hadapan. Sekiranya PTRS dengan izin maha berkuasa boleh dimulakan semula, cadangan kelas ini dikendalikan oleh guru-guru dari sekolah lain supaya pelajar mendapat cara pembelajaran, teknik dan pendedahan baru. Guru yang mengajar akan menarik guru-guru yang barunya akan mengajar, akan menarik minat dan perhatian pelajar berbanding guru yang sama mengajar selepas waktu persekolahan. PTRS yang dijalankan secara atas talian mempunyai limitasi terhadap capaian Internet di kawasan luar bandar dan kawasan tertentu. Pujian harus diberikan kepada kerajaan negeri kerana memperkenalkan inisiatif data Internet Selangor yang mensasarkan golongan B40 dengan menyediakan...
Sentosa.
Sambungan Internet mudah alih.
Sentosa.
Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan. (DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, salam sejahtera. Dewan disambung semula, saya persilakan Sentosa untuk menyambung perbahasan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Sentosa sentuh dan menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri berkaitan dengan Program Tuisyen Rakyat yang diteruskan pada tahun hadapan. Cadangan kelas ini dikendalikan oleh guru-guru dari sekolah lain supaya pelajar mendapat cara pembelajaran, teknik dan pendedahan awal atau baru. Guru baru yang bakal mengajar akan menarik minat dan perhatian pelajar berbanding dengan guru yang sama mengajar selepas waktu persekolahan. PTRS yang dijalankan secara atas talian mempunyai limitasi terhadap capaian internet di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan tertentu. Pujian harus diberikan kepada Kerajaan Negeri kerana memperkenalkan inisiatif data Internet Selangor yang menyasarkan golongan B40 dengan menyediakan sambungan Internet mudah alih mampu milik yang dipakejkan oleh solusi pembelajaran dan keusahawanan. Saya ingin menyarankan agar Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan satu one stop centre di setiap DUN bagi para pelajar mendapatkan capaian Internet dan juga kemudahan komputer bagi golongan yang kurang berkemampuan terutamanya di kawasan luar bandar. Terima kasih juga saya ucapkan kepada MBI kerana menjalankan pelbagai program dan bantuan persekolahan seperti program jelajah kembali ke sekolah.
Harapan Sentosa ialah saya telah bangkitkan selama 2 tahun berturut-turut di Dewan yang mulia ini berkenaan dengan kehendak Sentosa iaitu pasar awam. Isu pasar awam yang perlu dibina di sentosa telah dibangkitkan berkali-kali dan DUN Sentosa merupakan sebuah kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi tetapi agak mengecewakan kerana tiada pasar awam langsung di kawasan saya ini bagi penduduk untuk mendapatkan keperluan asas. Penduduk setempat yang hanya bergantung pada pasar pagi yang dijalankan di tepi jalan di kawasan Sentosa. Besar harapan Sentosa agar perkara ini diambil berat oleh Kerajaan Negeri agar dapat membina sebuah pasar awam yang selesa dan bersih bagi pengguna dan juga peniaga-peniaga tempatan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan balik tahun 2010, 2011 dan 2012 di mana PBT telah mengendalikan satu pertandingan di antara Ahli Majlis dan juga PBT. Untuk menaikkan prestasi kerja Ahli Majlis mungkin kita perlu bawa balik wujudkan balik pertandingan Zon Bersih di mana ada banyak penglibatan. Kalau tak salah saya Sungai Pelek semasa beliau telah menjadi EXCO telah wujudkan pertandingan Zon Bersih yang mana penglibatan PBT, penglibatan Ahli Majlis, penglibatan komuniti setempat termasuk kontraktor memainkan peranan mereka masing-masing untuk memastikan kawasan-kawasan mereka sentiasa bersih. Mungkin Yang Berhormat EXCO kita boleh memikirkan balik untuk membawa balik pertandingan ini untuk tahun 2022.
Masjid Al Barakah, saya mengambil peluang ini untuk menyeru Kerajaan Negeri untuk memberi keutamaan kepada kerja-kerja naiktaraf Masjid Al Barakah yang merupakan satu-satunya masjid dalam DUN Sentosa. Kelulusan naiktaraf telah diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor dan juga Pejabat Agama Islam Daerah Klang, justeru saya berharap Kerajaan Negeri dapat membantu menyalurkan dana kepada kerja naiktaraf masjid ini yang telah berusia puluhan tahun. Harapan saya agar masjid ini mendapat satu wajah baru dan memberi keselesaan kepada umat Islam di DUN Sentosa.
Balai polis Sentosa. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan terutama kepada Mantan OCPD Tuan Samsul Akmal yang telah memberikan satu komitmen yang paling tinggi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sentosa sentiasa terjamin. Untuk makluman di Taman Sentosa hanya terdapat sebuah balai polis pada dasarnya bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan penduduk. Saya memohon mencadangkan agar kewujudan balai polis dapat dipertingkatkan dengan menempatkan lebih banyak anggota dan bukan sekadar untuk membuat laporan polis tetapi untuk mempertingkatkan kawalan rondaan dan mencegah jenayah.
Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, Dato Seri Amiruddin Shari kerana
telah berjaya menyelesaikan banyak isu dan semalam beliau telah menyelesaikan isu tanah peneroka di Ladang Tennemaran Bestari Jaya. Tanjung Pasir yang lebih daripada 35 tahun tidak dapat diselesaikan. Komitmen yang tinggi daripada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar dalam menyelesaikan beberapa perihal berbangkit berkenaan dengan peneroka dan pekerja ladang yang berlarutan lamanya telah memberi satu harapan baru kepada mereka dalam memulakan semula kehidupan mereka. Komitmen serta political reel daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menyelesaikan dan menangani masalah perkaitan peneroka dan pekerja ladang mahupun rumah ibadat bukan Islam dan banyak perkara lain seperti dusun durian, padang ceti dan lain-lain lagi dapat diselesaikan secara inklusif. Kejayaan ini merupakan manifestasi Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan setiap hak, setiap rakyat Selangor tanpa mengira kaum diangkat dan dibela dengan wajarnya.
Tahniah juga saya ucapkan pada Yang Berhormat EXCO Seri Serdang atas inisiatif melancarkan satu program cukup hebat iaitu SUKA. Kita semua sedia maklum SUKA dari perkataan sukarelawan. Tapi sukarelawan sekarang banyak yang perlu kita bayar elaun. Tapi golongan SUKA program SUKA yang telah dilancarkan oleh beliau telah menarik minat daripada banyak anggota-anggota komuniti untuk membantu kita menjayakan program berkenaan dengan kesihatan. SUKA juga adalah satu platform untuk mereka datang untuk membantu bukan sahaja dari segi pencegahan penularan COVID-19 dan sebagainya, banyak aktiviti lain juga sedang dirancang untuk komuniti setempat. Izinkan saya mengakhiri perbahasan dengan serangkap pantun. Boleh?
Emas, perak, intan, suasa Cantik bersinar cahaya berkilauan Biar berbeza agama dan bangsa Ayuh bersama kukuhkan perpaduan
Sekian ucapan perbahasan saya. Terima kasih. Sentosa menyokong Belanjawan yang dibentangkan. Terima kasih.
Terima kasih Sentosa. Saya persilakan Sabak.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum saya menyambung perbahasan saya adakah kuorum kita buat masa ini mencukupi?. Cukup ya?. Alhamdulillah. Saya teruskan. Saya lihat persidangan kali ini agak dingin dari sudut kehadiran Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga kehebatan perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat mungkin selepas pasca COVID-19 tetapi Sabak seperti biasa akan penuh bersemangat untuk membahaskan perbahasan bajet 2022.
Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Dagang Pak Malau dagang bertempat Dagang hamba musafir lalu
Selepas pembentangan belanjawan 2022 oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua, saya dan seluruh penduduk Sabak Bernam bukan lagi dagang musafir lalu. Tapi kami sekarang dagang bertempat kerana dalam pembentangan Belanjawan 2022 Yang Amat Berhormat Sungai Tua telah memperuntukkan sebanyak RM1.08 bilion kepada Sabak Bernam. Saya ulangi khususnya untuk Meru yang selalu cemburu dengan Sabak Bernam RM1.08 bilion. Dengan ini saya merasakan Sabak Bernam akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan daerah-daerah yang lain. Tetapi apa yang saya harapkan ialah saya boleh menutup sangkaan buruk Ketua Pembangkang Sungai Air Tawar yang selalu menyebut hanya cantik di atas kertas. Saya ulangi ayat ini selalu disebut oleh Sungai Air Tawar. Mana Sungai Air Tawar. Tak apa. Dia ada urusan yang lebih penting tapi saya harap dia dengar. Dia selalu mengulangi hanya cantik di atas kertas. Saya nak buktikan janji kali ini cantik di atas kertas dan cantik di lapangan. Kerana apa. Kerana kebanyakan daripada peruntukan ini turun ke kawasan Ketua Pembangkang. DUN Sungai Air Tawar. Biar rakyat Sungai Air Tawar ini melihat sendiri bahawa kerajaan Selangor ini adalah kerajaan yang terbaik untuk rakyat Sungai Air Tawar. Mereka dapat menilai bahawa intan itu adalah Pakatan Harapan dan kaca itu UMNO dan Barisan Nasional. Dan akhirnya dalam PRU yang ke-15 Sungai Air Tawar yang merupakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional akan berubah kepada Pakatan Harapan. Bila Sungai Air Tawar runtuh saya yakin P092 DUN Sabak Bernam juga akan rebah. Dan saya janji untuk DUN Sabak saya akan pastikan saya akan bekerja dengan sebaik-baiknya untuk DUN Sabak terus berada di tangan Pakatan Harapan. Alhamdulillah. Supaya Sabak terus hidup. Dan saya minta untuk sidang yang akan datang Ketua Pembangkang jangan ulangi hanya cantik di atas kertas. Kerajaan Selangor cantik di atas kertas dan cantik di lapangan. Yang kedua, BN sinonim dengan barang naik. Ada yang nak menafikan. Setuju. Memang bila saja BN mentadbir kerajaan federal barang mesti naik. Buktinya sudah ada. Ini fakta bukan auta. Ayam naik, sayur naik. Semua naik. Saya ada bukti. Nanti dulu saya nak bagi fakta. Ketua Perangkaan Malaysia telah
Saya nak katakan bahawa barang naik ini dari ketika Pakatan Harapan menukar daripada GST kepada SST ini barang dah mula naik. Dan barang terus naik selepas itu adalah akibat tambahan-tambahan perkara yang lain bukan kerana Barisan Nasional. Jadi saya minta Yang Berhormat Sabak betulkan fakta tu. Jangan kata barang naik ini kerana Barisan Nasional tapi barang naik ini adalah kerana kelemahan kerajaan-kerajaan yang mentadbir sebelum Barisan Nasional mentadbir baru-baru ini.
Minta maaf. Saya ada fakta. Ketua Perangkaan Malaysia telah mengumumkan indeks harga pengguna CPI
bagi Oktober 2021 meningkat 2.9%. Ini bukan pada zaman PH ini pada zaman UMNO dan Barisan Nasional, jadi di dewan yang mulia ini saya menyeru supaya Menteri KPDNHEP Dato Sri Alexander Nanta Linggi supaya meletakkan jawatan kerana dia gagal mengawal harga barang di negara ini, saya ulangi Dato Sri Alexander Nanta Linggi supaya meletakkan jawatan, semua setuju atau tidak, semua setuju Sungai Panjang tak setuju tak apa. Hari ini saya datang ke Dewan membawa mandat petani, pesawah dan penternak di kawasan saya mereka merasa keperitan kenaikan input pertanian, kenaikan melebihi 100% seperti disebut oleh Permatang semalam, saya nak sebut saya datang bukan auta saya datang ada fakta, bukan minyak masak ini input pertanian.
Baja Urea Mac 2021 RM80.00 November 2021 160ringgit, baja buah Mac 2021 85ringgit November 2021 125ringgit ini fakta bukan auta, racun ecomax Mac 2021 RM230 November 2021 488ringgit. Kenaikan melebihi 100%, dahsyat sangat dahsyat kenaikan input pertanian. Jadi saya minta kepada PKPS hasilkan lah baja sendiri hasilkan lah racun sendiri hasilkan makanan ternakan makanan sendiri dapat dijual kepada rakyat Selangor dengan harga yang murah.
Boleh mencelah?
Boleh.
Sabak saya nak bertanya, Yang Berhormat Sabak setuju kah kalau saya nyatakan bahawa kerana salah satunya kestabilan politik dalam negara kita yang mana BN atau PN rakyat pun jadi pening, akhirnya rakyat yang menderita?
Setuju 100%, satu pandangan yang tepat daripada Seri Setia, tapi selepas PRU yang Ke-15 saya jamin politik Malaysia akan stabil kerana Pakatan Harapan menguasai seluruhnya kerusi-kerusi Parlimen di Malaysia. Yang ketiga, yang ini saya minta maaf dengan YAB Sungai Tua, saya tak setuju peruntukkan untuk Ahli Dewan Negeri Pembangkang dinaikkan, sabar dulu jangan tanya kerana ini seolah-olah memberi pisau kepada musuh untuk menyembelih kita. Adalah lebih baik peruntukkan itu diserahkan kepada penyelaras DUN yang lebih taat setia kepada Kerajaan Negeri untuk diserahkan dan diurus kepada rakyat. Saya setuju kata Taman Templer semalam.
Yang Berhormat bagi saya mencelah
Nanti dulu nanti tak sempat
Sikit
Saya tak bagi laluan
Yang berhormat Sabak kata tadi datang dengan fakta jadi saya, nak minta Yang Berhormat Sabak boleh tak tunjukkan daripada segi data dan juga faktanya berkenaan dengan pengagihan peruntukkan kawasan ini akan membantu, sama ada memberikan kesan yang langsung yang macam Yang Berhormat Sabak cakap seolah-olah menyerahkan pisau tersebut kalau ia nya diuruskan dengan tak betul sama ada penyelaras DUN atau pun ADUN Kerajaan rakyat akan menilai sebab peruntukkan sebab peruntukkan ini peruntukkan kerajaan bukan peruntukkan personel kepada wakil rakyat tersebut jadi saya minta Yang Berhormat Sabak, fikir secara rasional berkenaan dengan pelaksanaan perkara ini terima kasih.
Kita akan buktikan selepas mereka menerima 400ribu kita akan pastikan setiap sen yang kita bagi tidak diselewengkan kepada perkara lain dan tidak ditujukan khusus untuk ahli-ahli parti mereka. Sekiranya ini berlaku saya akan bawa fakta ini kepada persidangan yang akan datang. Saya setuju dengan Taman Templer semalam dia kata Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukkan yang sama kepada Ahli Parlimen Pembangkang, Perak dan Johor memberi peruntukkan sama kepada Ahli Pembangkang kerana kerajaan itu kerajaan yang berada di hujung tanduk dan saya yakin sekiranya kerajaan BN ini kuat jangan harap mereka nak bagi Ahli Parlimen dan Pembangkang peruntukkan yang sama rata. Kerana apa tanya dengan Sijangkang, UMNO ini memang dia akan berkawan semasa dia lemah selepas dia kuat kawan ini akan disingkirkan, betul Sijangkang. Buktinya di Melaka, PAS yang menjadi pujaan menjadi pujaan kepada UMNO tetapi akhirnya bercerai di Melaka. Jadi kalau boleh saya bersyukur dengan Taman Templer meninggalkan PAS lebih awal.
Bole mencelah?
Dan kalau boleh Templer bagi lah borang kepada Sijangkang borang Amanah untuk bersama dengan kita.
Ini sangka jahat ni, boleh mencelah?
Dah kuning nanti saya bagi, banyak lagi.
Sabak kena faham BN kena PN dia kompenan yang berbeza jangan
Terima kasih, satu lagi saya tengok ada tiga ADUN Bebas di sana, buat apa nak jadi bebas, buat apa nak jadi bebas menyokong kerajaan bukan saya cadangkan masuk lah salah satu parti yang ada dalam kerajaan PH dan terus bersama kerajaan Pakatan Harapan bukan Bebas.
Hidup PKR
Mohon laluan, adakah Sabak setuju sahabat-sahabat yang Bebas menang dengan lambang apa ya, mungkin Sabak boleh ulas.
Itu..
Minta laluan..mencelah.
Banyak lagi ni.
Sabak kena bagi laluan, sebab jangan baling-baling batu, Taman Medan yang baling-baling batu kuat baling batu ni mercik belum kita menang atas logo PKR, tapi bila kita dah masuk dalam menyokong Kerajaan Negeri dia orang tak terima, betul. Tanya lah Sabak ni jangan macam-macam ni Taman Medan jangan baling-baling batu.
Itu cadangan saya adalah lebih baik berada dalam parti-parti yang sedang mentadbir Selangor, Parti Pakatan Harapan, Amanah ada PKR ada DAP pun ada. Sebab itu lah saya nak sebut sekali lagi tertinggal tadi bila sebut isu Barisan Nasional, saya pelik bukan Sungai Pelek saya pelik kenapa rakyat Melaka masih nak memilih UMNO dan Barisan Nasional dalam keadaan huru-hara ekonomi yang berlaku dan saya nak ingatkan kepada rakyat Selangor jangan sesekali memberi ruang kepada UMNO dan Barisan Nasional memerintah kerajaan ini biarlah Pakatan Harapan terus memerintah demi kesejahteraan rakyat. Yang empat...
Lampu merah
Lampu merah, saya balik kepada isu yang Ketua Pembangkang yang sebutkan isu tentang parit..
Ringkaskan point terakhir
Parit yang tidak selenggara dengan baik oleh Pengerusi MPKK, andaian itu ada asasnya memang ada yang tidak sempurna tetapi ada yang sempurna, sebab itu saya cadangkan kepada JPS supaya diserahkan kepada JPS seluruhnya untuk pembersihan parit tapi dengan syarat saya tuju kepada EXCO yang menguruskan Kampung Tradisi, hasil daripada pembersihan parit ini sedikit sebanyak menambah pendapatan Pengerusi MPKK jadi saya cadangkan supaya tidak timbul masalah pembersihan parit yang tidak sempurna,pembersihan ini diberikan kepada JPS tetapi elaun Pengerusi MPKK daripada 1200 dinaikkan kepada RM2000.00. Saya minta sekali elaun Pengerusi
MPKK daripada RM1200 yang berada di tahap kemiskinan di Negeri Selangor dinaikkan kepada RM2000. Dan yang akhir sekali,saya nak nyanyi. Saya nak lagu P Ramlee, inilah jeritan batinku, kepada Pandan Indah, kepada Seri Serdang saya mohon sangat Pengerusi MPKK daripada Amanah dan juga Penyelia PWB daripada Amanah sudah setahun mereka tidak berkomunikasi dengan saya lupakan lah pergeseran politik yang penting rakyat bekerjasama semula dengan saya hampir setahun setengah saya tidak berbincang tidak berbicara dan tidak bersama program dengan mereka di dewan yang mulia saya menyeru jeritan batinku, kembali lah kita bekerjasama demi rakyat. Saya akhiri dengan pantun
apa ada kepada saya dalam tidak sohor pun bukan, apa ada kepada saya bebangsa tidak masyhur pun bukan, dengan ini saya menyokong Belanjawan 2022.
Terima kasih.
Terima kasih Sabak, saya silakan Yang Berhormat Kota Anggerik
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Bismillahirrahmanirrahim, ahli-ahli Yang Berhormat Alhamdulillahlah setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T. kerana telah diberi ruang untuk menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2022 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada minggu lalu, sebagai mukadimah saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan YAB Dato’ Menteri Besar di atas kejayaan mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak 4.64billion ringgit di antara tempoh Januari hingga Jun 2021 yang mana ia lebih tinggi berbanding dengan jumlah pelaburan yang diterima dalam tempoh sama pada tahun lalu iaitu 3.39billion, Alhamdulillahlah dalam situasi ekonomi yang serba mencabar menjelang tahun 2022 Negeri Selangor masih bertahan sebagai sebuah negeri tahan uji dan kekal sebagai penyumbang utama kepada kadar dalam negara kasar KDNK. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YB Dato’ Haji Haris bin Kasim di atas pelantikan sebagai Setiausaha kerajaan Negeri Selangor yang baru saya mendoakan semoga YB Dato’ diberikan kekuatan untuk menerajui jentera perkhidmatan awam Negeri Selangor dengan cemerlang dan efektif seperti mana Dato’ mengemudi Bandar raya Shah Alam tidak lama dahulu. Pada kesempatan ini juga saya zahirkan penghargaan YBhg. Dato’ Nor Azmie Diron mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di atas khidmat bakti beliau yang telah dicurahkan sepanjang berada di Negeri Selangor sekalung tahniah saya ucapkan ke atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Yang Berhormat Tuan Speaker dalam usaha merealisasikan visi sebagai sebuah negeri yang mesra pelabur saya menyambut baik pengumuman dasar memudah cara perniagaan oleh Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan belanjawan Selangor baru-baru ini. Segala inisiatif yang
ditawarkan di bawah dasar ini pastinya akan meningkatkan kadar kemudahan cara perniagaan di Negeri Selangor dan menarik para pelabur untuk terus melabur di negeri ini. Sejak 2008, pelbagai skim serta inisiatif kebajikan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Alhamdulillah, pengumuman skim Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dengan peruntukan sebanyak RM35.19 juta merupakan ikhtiar terbaru yang saya yakin mampu untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial buat rakyat Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker banyak yang kita semua telah lalui dan pelajari sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Selain daripada cabaran kepimpinan dalam mendepani penularan pandemik, kita semua mulai sedar bahawa nikmat kesihatan adalah satu nikmat yang amat penting dalam kehidupan ini. Meskipun kita semua bergelut dengan serba payah, namun ada hikmah tersembunyi di sebalik semua dugaan ini. Kini kita semua lebih cakna dan prihatin dengan hal-hal berkaitan kesihatan khususnya perkara-perkara berkaitan kesihatan awam. Barangkali mengambil dari hikmah tersebut, Belanjawan Selangor 2022 telah menyaksikan peningkatan dalam peruntukan kesihatan sebanyak RM5.8 juta untuk tahun hadapan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM65 juta. Selain dari mengembangkan bantuan Sihat Selangor yang bakal merangkumi bantuan kepada pesakit barah, Kerajaan Negeri turut menggantikan skim Insurans Peduli Sihat dengan Skim Iltizam Selangor Sihat yang menawarkan pelindungan kesihatan lebih baik dengan peruntukan RM46 juta yang bakal memberi manfaat kepada 90 ribu orang penerima.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyambut baik pengumuman peruntukan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan membangunkan tebatan banjir serta menaik taraf saliran di seluruh kawasan terjejas di Negeri Selangor. Saya juga berharap agar pihak Kerajaan Negeri memberikan tumpuan khusus dalam menangani masalah banjir yang sering melanda pusat bandar Shah Alam setiap kali hujan yang turun melebihi kadar biasa. Kawasan-kawasan seperti Seksyen 4, Seksyen 10, Seksyen 11 dan Seksyen 13 sering kali terjejas akibat masalah ini dan hal ini telah berlarutan sejak puluhan tahun. Sebagai anak jati Shah Alam, saya masih ingat ketika saya masih kecil dan menetap di Seksyen 4 iaitu sekitar tahun 1978 telah berlaku banjir yang agak besar di sekitar Shah Alam dan rumah keluarga saya di Jalan Jambu Batu ketika itu turut dinaiki air. Kini selepas 33 tahun dan dengan kedudukan saya sebagai wakil rakyat kawasan, masalah sama masih lagi berulang di mana setiap kali hujan lebat, kawasan perumahan di Jalan Jambu Batu di Seksyen 4 masih lagi dilanda banjir kilat. Justeru sekali lagi saya merayu tindakan khusus di pihak Kerajaan Negeri untuk membantu menangani masalah ini. Saya ucap terima kasih kepada pihak Majlis Bandar raya Shah Alam yang sentiasa mengambil langkah proaktif dalam merancang pelan-pelan tindakan banjir. Namun demikian apa yang diperlukan adalah perancangan serta tindakan jangka panjang bagi menyelesaikan masalah ini. Telah sampai masanya Kerajaan Negeri memastikan prestij serta imej Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor dipelihara dan masalah banjir kilat ini dapat ditangani dengan segera.
Yang Berhormat Tuan Speaker, di kesempatan ini saya juga ingin mengambil peluang untuk mengutarakan permasalahan di kawasan Seksyen 15, Shah Alam yang masih belum berjaya ditangani. Kesan daripada kegagalan perancangan pembangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan pada masa lalu. Sebagai contoh di kawasan Dataran Automobil di mana wujud terlalu banyak bengkel kenderaan sama ada beroperasi secara sah dan juga beroperasi secara haram dengan menggunakan lesen kedai aksesori kereta. Apa yang berlaku adalah operasi bengkel-bengkel ini telah menyebabkan bunyi bising serta monopoli kawasan tempat letak kenderaan yang sepatutnya disediakan untuk kegunaan awam. Masalah ini telah menimbulkan rasa tidak selamat serta mewujudkan suasana kurang harmoni di kalangan penduduk setempat. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan dapat mengambil tindakan sewajarnya pada kadar segera untuk menangani masalah ini yang telah berlarutan sejak sekian lama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, saya pernah mencadangkan peruntukan yang setara kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri, alhamdulillah saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin dan telah mengangkat budaya politik baharu dengan menyetarakan peruntukan Ahli-ahli Dewan Negeri, baik Pembangkang, mahupun Kerajaan bermula pada tahun hadapan. Saya berdoa agar kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor akan terus menumpukan khidmat yang terbaik untuk rakyat dan mengembalikan kegemilangan negeri ini sebagai negeri yang hebat, cemerlang dan berjaya, sekian Yang Berhormat Tuan Speaker saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik, saya persilakan Taman Templer.
Assalamualaikum, salam sejahtera. Bissmillahhirahmannirohim (bacaan doa). Yang saya muliakan Timbalan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama dan selamanya kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt. kerana pada petang ini dapat saya bersama-sama diberikan kesempatan untuk membahaskan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada hari Jumaat yang lalu. Saya lihat peruntukan atau pun belanjawan atau pun bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ini adalah merupakan satu bajet untuk seluruh masyarakat dan juga warga di Negeri Selangor. Dan kita mengharapkan tidak ada satu inci pun masyarakat atau pun rakyat di Negeri Selangor yang terlepas kita pandang daripada menerima nikmat kemajuan, kemakmuran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Harapan. Cuma di kesempatan yang sangat berbahagia ini, saya ingin mengingatkan kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang tidak kelihatan dalam Dewan pada hari ini yang menyatakan bahawa Bajet atau pun Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor ini defisit. Ya, saya bersetuju defisit tetapi dalam keadaan kita di Negeri Selangor ini, kita mempunyai reserved yang sangat kukuh sebanyak RM3.1 bilion. Cuma saya hendak
mengingatkan kepada Ketua Pembangkang, benar beliau menyebutkan Negeri Selangor tetapi dalam masa yang sama Bajet Kerajaan Negeri Johor di bawah Barisan Nasional dan juga Perikatan Nasional pun berlaku defisit hampir RM300 juta.
Begitu juga dengan Bajet dan juga Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan Malaysia. Bajet berjumlah hampir RM332.1 bilion manakala pendapatan bagi Kerajaan Malaysia untuk tahun hadapan sebanyak RM234 bilion. Hampir RM98.1 bilion defisit Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional, UMNO dan juga Perikatan Nasional. Cuma saya hendak mengingatkan kepada Kerajaan Pakatan di Negeri Selangor, ia peruntukan kita besar, ia bajet kita besar, ia belanjawan kita besar tetapi saya mahu mengingatkan bahawa peruntukan itu mesti sampai kepada setiap lapisan masyarakat dan juga rakyat di Negeri Selangor tanpa kita mengira apa warna kulit, apa keturunan, apa bangsa dan juga apa anutan parti politik mereka. Ini satu ingatan yang sangat tegas daripada Taman Templer, kita tidak mahu apa yang terjadi di peringkat Persekutuan. Kita ulangi kesilapan itu di peringkat kita, Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Selangor. Peruntukan yang besar yang diutarakan, peruntukan atau pun perbelanjaan yang besar yang diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, di peringkat Persekutuan yang saya lihat kebanyakannya peruntukan ini adalah disebabkan untuk membayar saiz kabinet kerajaan Barisan Nasional Perikatan Nasional yang berada dalam keadaan saiz kabinet yang terlalu besar.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Speaker saya hendak menyebutkan negara kita mempunyai bilangan penduduk, cuma lebih kurang 33 atau pun 34 juta orang sahaja. Kita mempunyai saiz kabinet yang terlalu besar, kita ada menteri 36, 37 orang menteri. Ini menteri-menteri, jawatan-jawatan menteri yang diwujudkan kita sendiri pun tidak tahu. Apa peranannya? Apa tanggungjawabnya sehinggakan ada di kalangan menteri pun yang kadang-kadang kita tidak kenal. Ya, ini adalah merupakan seorang menteri yang bertanggungjawab untuk menjaga satu-satu portfolio, malang kita menjadi rakyat dan juga warga di dalam negara kita ini kerana kita tidak mengenali, menteri-menteri yang menjaga soal berkaitan dengan portfolio-portfolio yang tertentu dalam negara kita.
Apa pandangan, banyak sangat penasihat sekarang?
Saya akan pergi ke situ sebenarnya. Itu belum lagi jawatan timbalan-timbalan menteri yang diwujudkan. Negara China penduduknya hampir 1.2, 1.3 bilion tetapi bilangan jemaah menteri kabinetnya lebih kurang dalam 20, 25 orang. China, satu kuasa besar dunia, Amerika Syarikat, rakyatnya ratus juta, tapi saiz kabinetnya lebih kurang 20 atau pun 25 orang. Sedangkan negara kita Cuma memiliki 33 juta penduduk tetapi kita mempunyai saiz kabinet yang sangat besar. Sudah tentu bila melibatkan saiz kabinet yang sangat besar, dia melibatkan satu perbelanjaan yang sangat besar yang mana wang ini
adalah merupakan wang rakyat yang mana rakyat terpaksa menanggung untuk membayar elaun dan gaji menteri-menteri dan juga timbalan menteri. Jawatan yang diwujudkan oleh Kerajaan BN dan juga Perikatan Nasional. Dia ceramah pun dia juga, bersyarah pun dia juga macam mengajar pun dia juga.
Sebab itu saya hendak minta, sebab itu saya hendak minta khususnya kepada Ketua Pembangkang yang sekarang ini dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Dia untuk pengetahuan Kuang, di Kementerian yang paling berkuasa menteri, orang politik nombor satu menteri. Jatuh nombor dua, timbalan menteri, jatuh nombor tiga dulu ada Setiausaha Parlimen tapi jawatan Setiausaha Parlimen tidak diwujudkan lagi ke tidak. Nombor tiga Setiausaha Politik, sebab itu saya hendak minta kepada Ketua Pembangkang ini tolong nasihat kepada Yang Berhormat Menteri, tolong nasihatkan kepada Perdana Menteri sudah, sudahlah untuk lantik jawatan duta, bertaraf menteri dan sudah-sudahlah untuk melantik penasihat kepada Perdana Menteri. (Dewan mengetuk meja dan bersorak)
Kita sepatutnya rakyat seharusnya bertanya, kita jadi kita jadi bingung. Kita jadi pening, dah ada Menteri Kesihatan, menteri yang sepatutnya menasihatkan Perdana Menteri dalam hal ehwal berkaitan dengan kesihatan. Apa perlu lagi untuk kamu melantik seorang penasihat, penasihat khas kesihatan kepada Perdana Menteri. Sudah ada jawatan Menteri Undang-undang, apa keperluan lagi untuk kamu lantik seorang penasihat bertaraf, mungkin bertaraf menteri kepada Perdana Menteri. Dan yang lebih pelik lagi hairan bin ajaib dalam keadaan sudah melantik jawatan menteri agama, orang yang bertanggungjawab dalam soal berkaitan agama Islam, dalam negara kita ini diberikan kepada Parti Islam Se-Malaysia PAS. Menteri yang daripada PAS, Timbalan Menterinya daripada PAS dalam masa yang sama juga Perdana Menteri melantik seorang penasihat agama kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Ini kita hendak beritahu, memperlihatkan kepada kita bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, yang ada pada hari ini tidak mempercayai pimpinan-pimpinan yang dilantik terutamanya daripada Parti Islam Se-Malaysia PAS.
Yang Berhormat, saya kira mungkin Perdana Menteri berpendapat bahawa Menteri daripada PAS itu kurang arif dalam agama Islam itu sendiri. (Ahli Dewan ketawa). Setuju tak?
Mungkin, Perdana Menteri hilang kepercayaan kepada Menteri Agama dan juga Timbalan Menteri Agama. Pada saya tiada keperluan. Sebab bila melantik ..
Templer.
Ya.
Boleh beri laluan?
Sila, sila, sila.
Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Speaker. Bersetuju tak Templer, saya katakan bahawa kita selalu menyebut daripada segi kesihatan ya, tentang COVID. Kita pergi ke hospital, al maklum lah, bukan semua doktor tahu, kita tahu kepakaran, sekarang kita menghormati kepakaran, dalam, mungkin Templer pun ada Pengajian Islam, dalam Pengajian Islam pun banyak debatan, jadi kepakaran-kepakaran ini lah, pengkhususan-pengkhususan ini lah perlu dihormati. Mungkin syariah tidak boleh mahir jabatan arab dan sunah, jadi kita harap, saya nak membetulkan di pihak EXCO cakap tadi, bahawasanya di dalam Islam ini, kita ada lagi bidang-bidang pengkhususan yang tertentu, jadi, kita menghormati kepakaran-kepakaran itu. Doktor pakar bedah takkan boleh betulkan telinga? Ya, memang lah bedah telinga itu tetapi kepakaran, kita pun nak sebut itu pun susah ya, sakit puan tidak boleh membuat, apa .. O&G tidak boleh buat, kita sedia maklum. Ini realiti kepakaran-kepakaran tertentu, ia ada bidang-bidang tertentu. Sungguhpun kita sebut Islam itu satu tetapi ia mempunyai cabang-cabang tertentu. Itu, setuju tak? Kita menghormati kepakaran-kepakaran itu. Ok, terima kasih.
Terima kasih pada Semenyih. Cuma ia begini Semenyih. Dalam Negara kita ini, betul lah ia ada syariah, ia ada usuluddin, ia ada Bahasa Arab, saya pun bukan tahu sangat benda-benda seperti itu kan? Cuma kita kata begini lah, kan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu dapatkan nasihat soal berkaitan dengan usuluddin, cari lah pakar-pakar, dalam Negara kita ini ramai pakar-pakar, kita ada Mufti. Mufti kita ini ada 14 orang, kita ada 14 negeri, ada 14 Mufti dan saya rasa Mufti ini pun dia ada kepakaran masing-masing. Kita ada Ketua Pengarah JAKIM, kita ada tenaga-tenaga pengajar kita daripada UKM, UM, UIA, UIAM, USIM dan sebagainya. Dan kalau tidak dapat juga khidmat nasihat yang baik daripada dalam Negara ini, kita boleh dapatkan nasihat daripada Indonesia, Ulama-ulama Indonesia, Ulama daripada Brunei, Ulama daripada Pakistan, daripada India, daripada Arab Saudi. Sebab, saya nak beritahu dengan Semenyih ini, mungkin Semenyih tidak tahu, sebab bila lantik Jawatan Penasihat ini, kos yang diperlukan sebulan untuk membiayai jawatan dan juga Pegawai-pegawai yang bersama dengan Penasihat ini, anggarannya sebulan hampir RM50,000.00. Semenyih, ini duit rakyat. Hari ini rakyat susah, hari ini rakyat sengsara, hari ini rakyat derita. Sebab itu saya hendak minta sangat-sangat khususnya kepada Ketua Pembangkang dan juga Semenyih ini, kalau boleh tolong nasihatkan Menteri Kewangan dan minta Menteri Kewangan ini nasihat dan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tolong lah jangan bagi RM100 juta ini kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kita pun tidak tahu atas alasan apa? Atas sebab apa Kerajaan BN PN minta bagi RM100 juta kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak?
Minta laluan ya Templer. Templer ini saya nasihatkan
Kuang. Minta laluan ya?
Minta laluan
Ok.
Templer ini saya nasihatkan jangan petik nama bos engkau, sebab nanti dia troll dalam Facebook. Teruk sangat. (Ahli Dewan ketawa). Itu kena ingat baik-baik. Dia sekarang ini dah jadi Cyber Trooper, Chief Cyber Trooper Malaysia. (Ahli Dewan ketawa). Kita tunggu sahaja lah pada 8 hari bulan ini apa yang akan berlaku pada dia tetapi saya memang bersetuju lah dengan pandangan Templer tadi berkenaan dengan lantikan-lantikan Pegawai yang begitu ramai terhadap suatu-suatu Kementerian terutama pembantu-pembantu Menteri, Pegawai-pegawai Khas, cukup lah ada seorang Setiausaha Politik kerana setiap kali ada lantikan baru, bermakna keperluan meningkatkan perbelanjaan Negara itu, meningkat. Makna, meningkat lah. Kita kena belanja RM50,000.00 seperti yang Templer sebut tadi, setiap bulan untuk satu (1) orang Penasihat Agama. Penasihat Agama ini, macam disebut oleh Templer tadi, Penasihat Agama ini ada, Penasihat yang terbaiknya adalah di kalangan Mufti, ya, di kalangan Mufti. Kerana Mufti adalah satu Institusi yang ada di setiap Negeri dan di Wilayah Persekutuan juga wujud jawatan Mufti itu. Jadi, apa-apa perkara yang merujuk dengan agama Islam dan sebagainya kerana dirujuk, harus dirujuk lah pada orang yang mempunyai kapasiti itu, seperti yang disebut oleh Semenyih tadi lah. Kononnya, kepakaran itu masing-masing ada. Jadi, minta lah nasihat, lantik lah orang itu baru dia bagi nasihat. Secara tidak langsung nya, saya amat bersetuju dengan saranan daripada Templer ini supaya Menteri-menteri ini tidak payah lantik ramai-ramai, cukuplah ada seorang sahaja Setiausaha Politik untuk membantu Menteri berkenaan kerana Menteri itu juga harus peka terhadap kesusahan yang dihadapi sekarang.
Sewaktu kita menghadapi pasca COVID-19 ini, kita memerlukan, Kerajaan memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk membantu rakyat bukan hendak membantu seorang individu dengan lantikan-lantikan politik yang sebegitu. Jadi, saya harap apa saranan yang dibuat oleh Templer ini diambil perhatian walaupun kita di dalam DUN Selangor tetapi jangan sebut, jangan petik nama bos ku, bos engkau. Sebab dia Raja Troll dunia, Malaysia, sekarang. Nanti dia petik nama Templer
Yang Berhormat, terima kasih, Kuang.
Ya, dah habis dah (ketawa).
Terima kasih Kuang. Cuma saya menyebutkan nama bekas Perdana Menteri ini sebab disebutkan oleh bekas-bekas Perdana Menteri juga. Dia sebut dalam Parlimen, dia menyatakan apa keperluan untuk bagi RM100 juta ini? Apa jasa dia? RM100 juta! RM100 juta! Sebab ini lah
Templer, Templer ..
Yang Berhormat Tuan Speaker, Peraturan Tetap
Ini lah, tokoh ini lah yang telah menjahanamkan ekonomi Negara apabila menjahanamkan duit 1MDB
Peraturan Tetap ..
Silakan Sg. Panjang. Templer duduk. Saya hendak dengar apa hujah dia.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin merujuk kepada Peraturan Tetap 36 (1), saya bacakan, ‘ Seseorang Ahli hendak lah menghadkan percakapannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak berkait dengan perkara yang dibincangkan itu. Yang Berhormat Tuan Speaker, pada petang ini kita berbincang berkenaan dengan Belanjawan Bajet Selangor 2022 yang mana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang tidak menyentuh pun perkara-perkara yang berkaitan dengan Persekutuan, apa lagi berkenaan dengan bajet RM100 juta, kedudukan kabinet dan sebagainya. Saya harap perbincangan dan masa yang diberikan ini, Ahli-ahli Dewan dengan petua dan juga panduan dari Yang Berhormat Speaker, terus fokus berkenaan dengan perkara yang membina dan juga merancakkan lagi Belanjawan Negeri Selangor, tak perlu cerita benda-benda yang lain. Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Baik, Sg. Panjang. Saya minta, tutup mic dulu. Ok, Taman Templer, saya hendak bertanya, apa rasional nya RM100 juta dengan Bajet Negeri Selangor ini? Apa rasional, ada apa kaitan? Saya hendak dengar hujah. Apa kaitan RM100 juta dengan Belanjawan kita ini?
Tuan Speaker, Tuan Speaker, Tuan Speaker, semalam ketika saya mencelah perbahasan dari Pelabuhan Kelang, saya menyatakan bahawa KDNK Negara ini. 25% datangnya dari Negeri Selangor ini. Tuan Speaker, hari ini kita bercakap soal berkaitan dengan profesional, kita bercakap soal berkaitan dengan integriti, kita bercakap soal dengan amanah! Ini wang rakyat!
Maknanya ada kaitan?
Ada kaitan! Sebab kita mahu
Teruskan, teruskan. (Ahli Dewan ketawa).
Sebab kita mahu, sebab kita mahu setiap sen duit rakyat yang kita belanjakan ini, duit itu sampai ke tangan rakyat dan dapat dirasai oleh setiap lapisan golongan masyarakat yang terdapat dalam Negara kita ini. Kita bukan setakat hendak bincang soal berkaitan tentang Selangor, kita hendak tengok Johor juga, kita hendak tengok Kelantan juga. Sebab itu semalam saya juga membahaskan soal berkaitan dengan isu royalti bagaimana Kerajaan PAS di Kelantan dinafikan haknya oleh Kerajaan BN dan juga PN untuk mendapatkan royalti daripada, daripada Kerajaan BN dan juga Kerajaan PN. Semalam Sijangkang, ini, bekas ahli PAS ini bercakap soal berkaitan dengan royalti! Dan kita hairan, PAS ini ada tiga (3) orang, tiga (3) orang Menteri dalam Kabinet yang ada pada hari ini.
Templer.
Tidakkah tiga (3) orang Menteri dari PAS ini memperjuangkan, fight habis-habisan! Lawan habis-habisan!
Templer.
Untuk dapatkan royalti bagi Kerajaan PAS di Negeri Kelantan ini. Silakan Sijangkang.
Terima kasih Templer, terima kasih Tuan Speaker. Saya tunggu daripada mula hijau sampai merah ya. (Ahli Dewan ketawa). Macam seolah-olah Templer ini tidak ada kepercayaan kepada Ahli-ahli Parlimen dari PH ataupun kumpulan Templer ini lah. Daripada Parti Amanah untuk tegur pimpinan kita di peringkat Pusat ini. Tadi pun sudah disebutkan, kita bincangkan soal Selangor, ini macam seolah-olah saya tengok pesakit hendak pergi hospital, hendak masuk tidak, hendak masuk tidak. Ataupun sakit hendak pergi farmasi, hendak masuk tidak, hendak masuk tidak. Hendak beli panadol sahaja, tetapi dia pergi kilang hardware, dia pergi kedai hardware. Saya ingat tidak dapat panadol, tukul yang boleh mungkin dapat.
Templer dah beli panadol ke apa?
Saya pun Tuan Speaker tidak berapa hendak jelas juga apa yang hendak disampaikan oleh Sijangkang kepada saya ini. (Ahli Dewan ketawa). Sepatutnya Sijangkang ini, Sijangkang ini Pesuruhjaya PAS di Negeri Selangor. Sepatutnya ucapkan jutaan terima kasih, ucapkan sepatutnya jutaan terima kasih kepada saya yang bawa isu royalti untuk diberikan kepada Kerajaan PAS di Negeri Kelantan
Nak cakap di dalam Dewan Undangan Negeri
Ya, ya sebab suara ini didengar! Sebab suara ini didengar oleh segenap lapisan masyarakat dan juga pimpinan-pimpinan yang terdapat di Parlimen! Ini jadi masalah Pesuruhjaya, ini lah dia standard Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Sepatutnya ucap terima kasih kepada saya yang memperjuangkan isu berkaitan royalti untuk rakyat di Negeri Kelantan! (Ahli Dewan bersorak)
Tahniah ADUN daripada Taman Templer. Standard Peraturan Tetap 2.2 pun saya ingat masyarakat boleh nilai.
Tidak apa, tidak apa. Saya minta maaf, mungkin kegagalan saya untuk baca Peraturan itu. Tetapi saya memperjuangkan nasib rakyat di bawah. Rakyat tengah susah sekarang ini! Harga barang naik, apa Menteri KPDN HEP buat?! (Ahli Dewan bersorak). Apa dia buat?
Yang Berhormat Taman Templer, boleh saya mencelah?
Dalam keadaan rakyat susah hendak bagi RM100 juta pada bekas Perdana Menteri.
Bagi lah laluan Ketua Pembangkang.
Dalam keadaan, derita rakyat sengsara sekarang ini. Hendak tukar kereta kepada Vellfire. Ini berkaitan soal peruntukan bajet. Kita tidak mahu Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Pakatan Harapan tiru sebagaimana dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan.
Taman Templer, boleh saya mencelah sedikit?
Soal berkaitan dengan Belanjawan Kerajaan ini. Ya, sila, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Saya tengok cukup bersemangat dalam memperjuangkan nasib rakyat. Jadi, saya minta Taman Templer juga tolong bersetuju untuk memperjuangkan nasib perumahan ladang Ayer Manis di tempat saya ini. Sudah 10 tahun tidak siap. Kos tambak sahaja menelan belanja RM26 juta. Belum lagi bangunan-bangunan yang telah terbina lama, tinggal hendak urus pun tidak mampu. Jadi, saya tengok Taman Templer ada semangat perjuangan dalam memperjuangkan isu-isu rakyat ini, minta juga Kerajaan Negeri fokus pada perkara-perkara ini. Soal di peringkat Nasional ini biar lah Ahli-ahli Parlimen selesaikan Yang Berhormat Taman Templer. Tetapi, isu-
isu Kerajaan Negeri saya ingat baik kita titik beratkan kerana ia lebih penting kepada rakyat di Negeri Selangor. Terima kasih Taman Templer.
Saya tidak bersetuju lah dengan Ketua Pembangkang ini. Kalau berlaku ribut di Indonesia, Tsunami di Indonesia, kita pergi hantar bantuan. Gempa di Pakistan, kita hantar bantuan. Kenapa sebagai Wakil Rakyat, tambah pula Ketua Pembangkang ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor (Ahli Dewan ketawa), Setiausaha Politik. Takkan kita hendak membicarakan, kita sebagai orang Politik ini, membicarakan soal dalam kepompong kita sahaja! Sabak, Sg. Air Tawar, Sg. Panjang, Sabak, Sg. Air Tawar, Sg. Panjang. (Ahli Dewan ketawa). Tak, Sabak duduk, duduk! Saya tidak bersetuju juga dengan Sabak. Saya dengan Sabak saya tak bersetuju juga. Ketua Pembangkang, semalam dalam perbahasan dalam celahan saya semalam, saya menyokong Sungai Panjang, saya mintak kepada kepimpinan kerajaan Negeri supaya mulai tahun depan bagi bajet sama rata tak kiralah pembangkang ataupun ADUN kerajaan walaupun Sabak tak bersetuju. Kalau itu saya boleh sokong takkanlah setakat air limau manis tadi tu saya tak boleh sokong apa yang disarankan oleh Ketua Pembangkang?
Okay, itu yang saya nak dengar. Teruskan, teruskan.
Kalau begini punya sokong pun tetap nak sanggah jugak lagi Taman Templer saya pun tak tahulah. Ini saya nak mintak kepimpinan Kerajaan PAS di Kelantan ni. Kalau dapat royalti nanti kena panggil saya, cuma jangan beli Mercedes. Mercedes jangan beli. Yang itu duit mesti beri kepada rakyat. Itu yang kita mahukan.
Yang Berhomat Taman Templer.
Ya, sila, sila. Saya bagi ruang. Sebab ini floor saya, ini floor saya.
Bagi sedikit masa lagi, sebab ada ruang tu. Bagi sedikit masa.
Terima kasih Y.B. Taman Templer. Terima kasih Y.B. Tuan Speaker. Saya ingat memang Tuan Speaker kena bagi sikit ruang lagi sebab daripada ruang yang dah diberikan tadi ni, saya tak tau ada berapa second ataupun langsung takde perkara yang disebut berkaitan satu Negeri Selangor yang keduanya berkaitan dengan Taman Templer sendiri. Macam Taman Templer ni dah takde masalah yang untuk dibangkitkan dan juga dibawa dalam Dewan ni. Dia sibuk fikir pasal Kelantan. Sibuk fikir pasal Wilayah Persekutuan. Sibuk fikir pasal di peringkat federal. Tapi saya harap masa sikit ni bawalah perkara yang untuk
kebaikan Taman Templer. Terima kasih Y.B. Tuan Speaker, terima kasih Y.B. Taman Templer.
Ini baru orang politik bertaraf kebangsaan. National.
Bukit Lanjan jangan puji sangat. Jangan puji-puji sangat Bukit Lanjan. Terima kasih Sungai Panjang.
Aaaa ..
Semenyih nak cakap apa? Semenyih nak cakap apa ni? Semenyih nak jadi Mufti? Sila, sila, sila.
Pembentangan di Dewan Yang Mulia ini supaya Templer dinaikkan taraf Parlimen yang akan datang. Insha Allah.
Kalau mintak bertanding Semenyih boleh? Terima kasih. Sungai Panjang saya sebenarnya memang ada benda saya nak bawak, khususnya untuk Taman Templer ni ada. Yang pertamanya soal berkaitan dengan anak Sungai Udang. Banjir kilat, yang ini mintak harap sangatlah kepada Y.B. EXCO kalau boleh, baru-baru ni 3 kali, 3 kali banjir kilat. Yang ini kalau boleh kita mintak sangatlah kepada Y.B. EXCO. Yang keduanya saya di Taman Templer ni, Menteri Besar tiada pula. Taman Templer ni dia ibu negeri kepada Gombak. Kalau tak faham saya tak tahulah. Saya nak bagitahu Taman Templer ni dia tak ada dewan. Tak ada dewan. Nak buat program baru ni kita nak buat program cucuk vaksin meraba-raba, mencari-cari mana kita nak cari dewan. Tak ada dewan. Dalam ibu negeri Gombak tu. Sebab itu saya nak mintak satu dewan open dewan terbuka dan satu lagi dewan yang boleh memuatkan 5 atau pun 6 gelanggang badminton untuk kemudahan masyarakat dan juga warga di DUN Taman Templer.
Boleh minta laluan, Templer?
Tu masalahnya Sungai Panjang. Ini saya kira ni masuk ni dah dekat 12 ke 13 celahan belum masuk lagi Bukit Lanjan tadi. Itu belum lagi Speaker mengacau tu. Sila, sila, Kuang.
Templer tadi menyebut tentang lantikan-lantikan politik yang dibuat oleh Perdana Menteri. Kita patah balik ni. Tetapi adakah Templer bersetuju dengan pertambahan dan pelantikan penyelaras-penyelaras di setiap DUN yang ada di Selangor. Tidakkah itu juga menambah perbelanjaan negeri? Kenapa tidak Kerajaan empower semua ADUN-ADUN di dalam Negeri Selangor ni? Sama ada dari pembangkang, kerajaan dan sebagainya.
Kenapa perlu dilantik? Saya nak tanya ni pada Templer ni. Kawan, kawan jugak, palam, palam jugak ni.
Terima kasihlah Kuang belanja makan nasi arab tadi. Kuang ni begini. Dia kadang-kadang ni, kita cakap tu kadang-kadang kita boleh terus. Ada kadang-kadang cakap kita ni berlapik. Bila saya kata peruntukan seluruhnya diberikan kepada semua ADUN tak kira pembangkang ataupun kerajaan, apa maksud saya tadi tu? Maksudnya takde keperluanlah lagi untuk diwujudkan tentang penyelaras DUN tu. Itulah dia. Politik ni dia ada pencak dia, ada silat dia.
Kita pun tahu jugak Sabak pun ada penyelaras dia ni. Betul ke Sabak?
Boleh mencelah?
Sila, sila, sila. Saya cuba selesai 3.40 sebab nak bagi kawan-kawan yang lain.
Itu yang saya sebut tadi. Saya tak setuju langsung ADUN Pembangkang dan ADUN bebas diberi peruntukan. Pembaziran berlaku kerana ADUN Pembangkang dan bebas diperuntukkan dan kita juga bagi peruntukan kepada penyelaras. Saya harap di Selangor ADUN pembangkang dan bebas tak payah dibagi. Keseluruhannya dibagi kepada penyelaras. Setuju Templer?
Sabak ni, dah dekat pukul 4.00 Sabak boleh balik dah dekat pukul 4.00 sebab Sabak ni dia pukul 4.00 dia kena balik. Kan saya dah beritahu saya tak setuju. Saya tak setuju sebab dia menang jadi wakil rakyat ni, menang jadi ADUN ni dia menang rakyat pilih dia, rakyat bagi kepercayaan kepada dia, rakyat bagi mandat kepada dia. Dan duit tu duit yang sepatutnya dia dapat untuk dibelanjakan untuk beri perkhidmatan service yang terbaik kepada masyarakat dan juga pengundi di kawasan dia. Eh kita nak bawa budaya politik barulah. Boleh terima Sijangkang?
Boleh terima.
Haaa akhirnya. Akhirnya Sijangkang bersama dengan saya, akhirnya.
Templer, minta laluan. Templer, mohon laluan.
Ya, ya, ya saya bersama dengan Sijangkang. Baik, baik, saya nak habiskan. Taman Templer. Kemudian, aaa ini Dato’ nikah cerai ni pun masalah jugak ni.
Tadi Templer sebut tentang pelantikan berbagai-bagai jawatan, tak sedar ke Templer jiran sebelah tempat duduk Templer, dulu setelah melompat daripada Pakatan Harapan ke sebelah sana dilantik sebagai Pengerusi SWC. Tiba-tiba boss dia ataupun orang yang dia ikut tu tukar jadi jaga getah pulak. Apa pendapat Templer?
Yelah, satunya mungkin sebab dia ada kelayakan. Mungkin dia ada kelayakan. Kadang-kadang saya pun nak kena, kita kena husnuzon. Betul tak Sijangkang eh? Betul tak dia punya tu, nahu dia tu husnuzon. Kadang-kadang dia kena gitu jugak. Taman Medan ya? Kadang-kadang sesekali tu kita kena husnuzon bersangka baik kadang-kadang eh dengan kawan-kawan kita sebab kita dalam Pakatan Harapan kena bersangka baik, insha Allah ya? Baik, seterusnya saya bersetuju dengan Bukit Lanjan yang mintak supaya gaji pegawai-pegawai kita di pusat khidmat dinaikkan dan jugak kalau boleh ada skim insurans untuk pegawai-pegawai kita itu, yang kedua saya nak tanya jugak elaun untuk koordinator SUKA ni. Elaun untuk koordinator SUKA ni ada ataupun tidak kita berikan, kemudiannya seterusnya saya nak bertanyakan jugak kepada Exco Infra soal berkaitan turapan, turapan jalan khususnya di Kampung Selayang Baru, Jalan 11 dan juga projek menaiktaraf longkang-longkang yang terdapat di Kampung Selayang Baru sebab masalah berkaitan dengan banjir kilat dan terakhirnya soal berkaitan menaiktaraf jalan daripada Selayang ke Rawang. Jalan tulah, kemudian soal berkaitan dengan lampulah, kalau boleh saya nak mintak supaya jalan di antara Selayang dan juga Rawang ini dipasang lampulah untuk kemudahan pengguna khususnya daripada Selayang nak ke Rawang. Terima kasih Tuan Speaker, saya menyokong bajet peruntukan belanjawan yang dibentang oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor. Terima kasih. Assaalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Baik, Templer. Balakong? Silakan.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Tekanan besar jugak selepas Taman Templer. Semenjak pandemik COVID-19 berlaku, keadaan kesihatan dan keselamatan di tempat tinggal menjadi satu isu yang utama kepada ramai penduduk terutamanya mereka yang tinggal di kawasan kos rendah dan kos sederhana yang berhampiran dengan unit-unit disewa menjadi asrama pekerja asing. Terdapat beberapa cara sebenarnya untuk pengilang-pengilang bagi menyelesaikan masalah penginapan pekerja-pekerja asing mereka, ada yang menyewa unit-unit rumah di kawasan kos rendah atau kos sederhana dan mengubahsuaikan unit-unit tersebut supaya lebih ramai lagi pekerja dapat dimasukkan ke dalam unit-unit asrama ini. Ada yang meletakkan container ataupun kabin di dalam kawasan kilang mereka. Ada juga yang meminta pekerja-pekerja asing
mereka untuk mencari tempat penginapan ataupun tempat duduk mereka sendiri. Hal ini menjadi salah satu kebimbangan penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar kawasan-kawasan hotspot, dengan izin, asrama pekerja asing kerana sering berlakunya kejadian warga-warga asing ini tidak mematuhi SOP disebabakan mereka tidak fasih dengan bahasa kebangsaan kita dan informasi-informasi tidak sampai ke warga-warga asing ini.
Oleh demikian, saya sangat menyokong usaha kerajaan Negeri dalam pembangunan Kompleks Perumahan Pekerja Selangor. Dengan kewujudan kompleks perumahan ini, kita dapat menghasilkan satu bubble, dengan izin, untuk melindungi penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan perindustrian dan juga pekerja-pekerja asing, pekerja-pekerja kilang. Akan tetapi saya ingin menegaskan kompleks perumahan ini perlu diuruskan dengan teliti dan berhati-hati. Kerajaan Negeri perlu memastikan unit-unit kedai dan pengurusan kompleks perumahan ini diuruskan ataupun dipunyai oleh warga Malaysia bukannya terjatuh atas tangan warga asing dan menyebabkan kompleks perumahan ini menjadi satu kawasan di luar kawalan kita. Saya mengalu-alukan inisiatif kerajaan Negeri untuk merangsang sektor pelancongan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM114.6 juta bagi tempoh 2021 sehingga 2025 yang melibatkan semua sektor industri di Negeri Selangor. Selain daripada tarikan pelancongan yang sedia ada, seperti sawah padi di Sekichan, air terjun di Kuala Kubu Bharu, muzium orang asli di Gombak, kelip-kelip di Kuala Selangor, Pulau Ketam di Klang dan lain-lain lagi.
Kita seharusnya mendorong dan menggalakkan lebih banyak lagi tempat pelancongan untuk menjadi tarikan, bukan sahaja untuk warga Selangor tetapi juga untuk menarik hati pelancong-pelancong datang dari negeri ataupun negara lain. Balakong sebagai satu DUN yang sedang membangunkan pelancongan perindustrian merupakan satu pemain baru dalam bidang pelancongan ini dan saya berharap kerajaan Negeri akan menyokong kami dengan menyalurkan bantuan secara kewangan atau mengadakan program kerjasama untuk menjayakan projek ini. Di antara bantuan yang diperlukan serta-merta, infrastruktur di dalam kawasan perindustrian seperti jalan raya dan sistem pengairan memerlukan perhatian kerajaan Negeri supaya kita boleh membawa satu imej yang baik dan pengalaman yang seronok kepada pelancong-pelancong yang menyertai program pelancongan perindustrian Balakong. Saya juga ingin dapatkan perkhidmatan kenderaan pelancongan yang ditaja ataupun disediakan oleh kerajaan Negeri seperti bas percuma Selangor untuk menjadikan kenderaan utama projek pelancongan perindustrian. Hal ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan Negeri yang ingin membangunkan dan menambahbaik infrastruktur dan kemudahan awam Selangor. Saya juga ingin menyentuh kepada isu balai raya yang pernah saya bangkitkan sesi sidang dewan sebelum ini. Terima kasih kepada Taman Templer kerana mengingatkan saya tentang point ini. Pada sesi sidang dewan sebelum ini saya pernah bertanya tentang bilangan balai raya yang ada di dalam kawasan DUN Balakong. Jawapan yang saya dapat adalah sebanyak 2 buah sahaja balai raya di
dalam senarai kerajaan. Walau bagaimanapun, semasa saya menjalankan siasatan terdapat lebih daripada 20 balai raya yang sedia ada dan status mereka adalah tidak jelas. Saya memohon tindakan daripada Kerajaan Negeri supaya melihat dan mengambil kira status balai raya-balai raya ini supaya memaksimumkan kegunaan mereka untuk membenarkan penduduk-penduduk untuk menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti komuniti. Saya sebenarnya, sekarang masih menghadapi satu masalah untuk menggunakan balai raya di Desa Baiduri. Sebelum ini sudah diselesaikan dan saya sudah bincang dengan penduduk-penduduk yang boleh dikatakan care taker, dengan izin, balai raya tersebut. Tetapi kadangkala mereka akan ada aktiviti-aktiviti yang mereka rasa oh Y.B., you kena serahkan balai raya kepada kita supaya kita boleh jalankan aktiviti-aktiviti. Tetapi balai raya itu bukan mereka punya. Balai raya itu sebenarnya Kerajaan punya. Sebenarnya, sepatutnya digunakan oleh penduduk-penduduk setempat, bukan untuk individual, jadi saya ingin meminta perhatian daripada Kerajaan Negeri supaya memang mengambil kira tentang status-status balai raya-balai raya tersebut. Ok. Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menaiktarafkan Program KISS (Kasih Ibu Smart Selangor) dan untuk ibu tunggal juga kepada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun dikenali sebagai BINGKAS. Program KISS telah membantu 21,000 orang ibu dan keluarga mereka tetapi kita sentiasa menghadapi masalah rakyat lain yang memerlukan bantuan Program KISS yang tidak layak kerana mereka adalah di antara golongan ayah tunggal, anak yatim yang hidup bersama saudara mara dan lain-lain. Justeru itu, saya amat mengalu-alukan penaiktarafan KISS kepada BINGKAS yang akan merangkumi lagi ramai rakyat miskin. Dengan program BINGKAS bukan sahaja ibu miskin akan mendapat bantuan tetapi keluarga-keluarga miskin lain yang tercicir sebelum ini boleh dirangkumi sekali. Bukan sahaja 21,000 orang penerima sedia ada dalam Program KISS akan menikmati manfaat daripada BINGKAS tetapi tambahan 9,000 kuota di bawah Program BINGKAS telah membenarkan permohonan baru supaya tiada yang tercicir. Saya juga ingin menyokong cadangan daripada Yang Berhormat Pandamaran dan Yang Berhormat Permatang bahawa mengurangkan bantuan BINGKAS dari RM300.00 sebulan ke RM200.00 sebulan supaya bantuan ini dapat dirasai oleh lagi ramai rakyat yang memerlukannya. Dengan bantuan RM200.00 yang sedia ada di bawah Program KISS, jumlah bantuan setahun untuk satu (1) penerima adalah sebanyak RM2,400.00 iaitu lagi banyak daripada bantuan BKM, bantuan Keluarga Malaysia, ia dari BRIM tukar kepada BSH, dari BSH tukar ke BPR dari BPR tukar kepada BKM sekarang dah.
Yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, yang maksimum bantuan sebanyak RM200.00 setahun sahaja. Salah satu syarat permohonan KISS adalah pemohon perlu mendapatkan kelulusan BKM tidak kurang daripada RM1,800.00. Ini bermaksud penerima KISS yang sedia ada akan menerima bantuan BKM dan KISS pada masa yang sama. Dengan itu, saya mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri menimbangkan semula untuk menurunkan bantuan BINGKAS dari RM300.00 sebulan ke RM200.00 sebulan untuk mewujudkan RM15,000.00 kuota lagi. Selain itu, saya juga ingin memohon jasa baik Kerajaan Negeri Selangor supaya menimbang semula
syarat kelayakan permohonan BINGKAS bahawa meningkatkan pendapatan bulanan pemohon dari RM2,000.00 sebulan ke RM3,000.00 sebulan. Hal ini kerana ramai daripada B40 sekarang sebenarnya tinggal di kawasan bandar. Mereka adalah dirangkumi di bawah golongan kemiskinan bandar. Walaupun mereka dilihat sebagai golongan yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi tetapi jika berbanding dengan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar kebanyakan golongan kemiskinan bandar ini tidak mempunyai rumah sendiri. Perbelanjaan mereka adalah jauh lebih tinggi daripada kawasan luar bandar. Dan beban ataupun komitmen mereka lagi berat daripada penduduk di kawasan luar bandar. Mereka sering tercicir daripada program-program IPR kita hanya disebabkan aspek pendapatan mereka yang dianggap tinggi oleh kita.
Saya juga perasan bahawa dalam Belanjawan 2021 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM5.03 juta untuk menggerakkan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di seluruh 56 kawasan DUN serta Akademi Kepimpinan Wanita. Saya mengesyorkan bahawa Wanita Berdaya Selangor boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan satu kumpulan content creator, dengan izin, untuk menghasilkan filem pendek dan info grafik yang berkaitan dengan Teras-Teras PWB untuk kegunaan latihan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti atau program-program PWB. Filem pendek dan info grafik ini boleh diguna pakai sebagai satu bahan untuk mewujudkan perbincangan dan perbelanjaan, perbelajaran, di kalangan peserta program PWB. Pada masa yang sama, kumpulan content creator ini juga boleh memberi latihan dan bimbingan kepada penyelia-penyelia PWB untuk memperkasakan mereka terhadap kepekaan tentang isu-isu penting.
Insentif galakan pembinaan rumah mampu milik pasca COVID-19 dan insurans pangsapuri kos rendah Negeri Selangor juga merupakan topik yang agak menarik bagi saya. Saya rasa gembira kerana kita mempunyai satu Kerajaan yang cukup peka terhadap keperluan rakyat tentang tempat tinggal yang berkualiti dan selesa. Namun begitu, saya ingin membangkitkan satu kebimbangan saya terhadap kehidupan rakyat yang sebelum ini telah menghabiskan simpanan KWSP mereka atas dorongan Kerajaan Persekutuan. Saya percaya, Kerajaan Persekutuan membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan mereka di dalam akaun KWSP adalah kerana Kerajaan Persekutuan ingin melepaskan tangan daripada tanggungjawab menjaga rakyat dengan cara mendorong ataupun membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan ataupun simpanan sendiri di dalam akaun KWSP, keperluan rakyat dapat diselesaikan dengan kadar serta-merta. Tetapi, ia membawa kesan yang serius dan tidak dapat diselesaikan sekiranya kita tiada sebarang persiapan, persediaan bermula dari sekarang. Oleh itu, rakyat yang menghabiskan wang simpanan KWSP mereka akan mengalami masalah kewangan yang serius sebaik sahaja mereka bersara. Akibat ini akan menyebabkan rakyat terpaksa menjual harta mereka demi mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan dan selepas itu mereka akan mengalami masalah tempat tinggal pula. Oleh demikian, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri bahawa selain daripada memberi insentif, galakan kepada pemaju-pemaju yang
membina rumah mampu milik dan wujudkan skim insurans pangsapuri kos rendah, kita juga boleh memberi insentif galakan kepada pemaju-pemaju yang berhasrat membantu Kerajaan Negeri supaya wujudkan polisi rumah awam yang boleh ditawarkan kepada rakyat yang menghadapi masalah tempat tinggal. Polisi rumah awam ini, di sini, bermaksud rumah yang disewa kepada mereka yang tidak mampu membeli rumah dengan harga sewaan yang minimum. Polisi ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah tempat tinggal yang dihadapi oleh rakyat yang tidak mampu membeli rumah, tetapi juga boleh mengelakkan masalah kutipan fi penyelenggaraan seperti apa yang sering dihadapi pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang sedia ada kerana rumah-rumah awam ini adalah milik Kerajaan dan dijaga bawah, di bawah jagaan Kerajaan. Saya menyambut baik terhadap inisiatif Kerajaan untuk mengadakan Program Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) di dalam tempoh penularan COVID-19 ini, pasukan sukarelawan Unit Tinta Balakong telah mengadakan lebih daripada 7,000 kali operasi sanitasi di merata-rata tempat yang memerlukan perkhidmatan mereka. Ya, 7,000. Namun begitu, dengan syarat program yang sedia ada ini, mereka hanya dibenarkan menggunakan peruntukan, mereka juga merupakan ahli Suka di kawasan DUN Balakong juga. Namun begitu, dengan syarat program yang sedia ada sekarang ini, mereka hanya dibenarkan menggunakan peruntukan yang disalurkan dengan menjalankan program komuniti seperti kempen kesedaran COVID-19, gotong-royong dan program-program lain. Operasi sanitasi, dan menghantar pesakit COVID-19 kritikal ke hospital, tidak dirangkumi dalam program yang dibenarkan di bawah Suka yang sedia ada. Justeru itu, saya ingin memohon pertimbangan Yang Berhormat Ahli EXCO dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya membenarkan Ahli-ahli SUKA menjalankan operasi sanitasi dan menyelamatkan nyawa dengan menggunakan peruntukan yang sedia ada. Saya amat berharap dengan cadangan-cadangan saya dapat dipertimbangkan oleh Dewan yang mulia ini dan dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.
Baik, Balakong. Saya persilakan Kuang.
Bismillahirrahmanirrohim, Yang Berhormat Tuan Speaker, pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam Perbahasan Belanjawan Selangor 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sg. Tua bertajuk Kita Selangor Negeri Tahan Uji Mengangkat Martabat Insani. Tuan Yang Dipertua, Tuan Speaker, ada beberapa perkara sahaja yang ingin saya sentuh berkenaan dengan pembentangan yang telah dibuat oleh Sg. Tua pada hari Jumaat yang lalu. Yang pertama adalah berkaitan dengan Hijrah Selangor. Hijrah Selangor ini seperti yang telah disentuh dan diumumkan oleh Yang Berhormat Sg. Tua, di dalam proses untuk penambahbaikan yang akan dilaksanakan oleh Hijrah Selangor. Di dalam kita mendepani pasca COVID ini, cabaran yang paling besar adalah modal untuk memulakan perniagaan. Kita semua maklum bahawa telah begitu lama rakyat di Selangor ataupun di seluruh Malaysia dikurung sejak daripada Mac 2020, sejak
daripada Mac 2020 sehinggalah enam (6) bulan selepas itu, kemudian kita menghadapi lock down yang kedua, pada bulan Januari 2021, dan akhirnya, hari ini kita sudah masuk daripada PKP tukar kepada Fasa. PKP pun entah ke mana, sekarang jadi Fasa pula. Jadi, itu lah yang sebenarnya yang harus, cabaran terbesar yang kita hadapi di Negeri Selangor ini adalah dalam sektor keusahawanan yang memerlukan injection daripada Kerajaan dan pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Sg. Tua berkenaan dengan penambahbaikan yang bakal dilakukan dalam Hijrah Selangor ini sedikit sebanyak memberi suntikan baru dan semangat kepada semua usahawan di dalam Negeri Selangor supaya bangun dan bangkit untuk memulakan semula perniagaan. Tetapi, jumlah yang diperuntukkan oleh Hijrah Selangor sebanyak RM120 juta bagi pandangan saya itu belum mencukupi. Kita harus melihat bahawa dengan kebangkitan ataupun dengan perkembangan ekonomi Negeri Selangor ini akan menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan perniagaan di dalam negeri terutama daripada golongan-golongan yang B40. Golongan B40 ini kebanyakannya yang bekerja sendiri, yang melakukan kerja-kerja di rumah, perniagaan, pembuatan dan sebagainya. Jika ini kita boleh empower ataupun kita memperkasakan lagi dengan sentuhan ataupun sumbangan ataupun pinjaman daripada Hijrah Selangor ini, saya percaya bahawa ekonomi kita akan boleh pulih. Yang pentingnya, pemulihan ekonomi itu adalah kepada ketua isi rumah dan keluarga itu sendiri. Kerana untuk memulakan perniagaan yang telah lama terhenti ini ia memerlukan modal pusingan yang cukup banyak. Kalau boleh, jika ada peminjam-peminjam di dalam Negeri Selangor ini melalui Hijrah dan sebagainya, kalau boleh hari pertama kita berikan pinjaman kita anjakan supaya pembayaran yang pertama itu pada bulan yang ketiga. Kerana di waktu tiga (3) bulan yang pertama ini adalah satu tempoh yang begitu kritikal kepada semua usahawan. Apabila mereka mendapat pembiayaan sudah tentu pembiayaan itu digunakan untuk menjana ataupun menyediakan peralatan dan modal pusingan bagi usahawan tersebut. Terutama jika melibatkan industri, industri yang kecil-kecilan ini lah seperti kedai, buat gril, buat perabot dan sebagainya, ia memerlukan satu jumlah modal yang begitu besar. Dan kalau boleh, kalau pinjaman itu boleh dianjak, pinjaman yang pertama ataupun bayaran yang pertama itu dianjak ke bulan yang ketiga supaya di dalam tempoh bulan pertama, bulan kedua, bulan ketiga itu, perniagaan boleh berlangsung dan sedikit sebanyak pendapatan boleh dimasukkan di dalam kantung untuk membayar kepada pinjaman Hijrah ataupun lain-lain pinjaman yang disediakan.
Jadi, apa pun, ya, mengucapkan tahniah lah kerana kepekaan Yang Amat Berhormat ataupun Kerajaan Negeri Selangor dalam menyediakan pakej kewangan ini untuk membangunkan usahawan-usahawan di dalam Negeri Selangor. Dan tidak ketinggalan saya ingin menyebut berkenaan dengan betapa pentingnya sektor ataupun pusat-pusat kemahiran yang ada di dalam Selangor ini yang melahirkan begitu ramai, yang mendidik begitu ramai anak-anak bangsa kita terutama di dalam beberapa sektor pembuatan dan industri, apabila mereka menjejak keluar sahaja daripada Pusat-pusat kemahiran ini, Kerajaan harus menyediakan satu exit plan ataupun pelan keluar daripada Pusat Kemahiran tersebut. Exit plan itu adalah
menyediakan prasarana dan bantuan dalam bentuk yang boleh kita panggil sebagai program asuh dan urus kerana di dalam tempoh kita tak boleh benarkan mereka ini ideal selepas keluar daripada pusat kemahiran akhirnya mereka tidak tahu di manakah arah dan industri yang harus mereka ceburi dan akhirnya apa yang dipelajari, dipelajari di pusat-pusat kemahiran itu tidak menjadi apa ni manfaat kepada individu berkenaan. Jadi saya sarankan supaya Kerajaan fokus kepada untuk mencipta usahawan-usahawan baru ini melalui pusat-pusat kemahiran yang ada di dalam Negeri Selangor. Kita pelan atau pun kita sediakan Exit Plan, Pelan Keluar untuk mereka menceburi bidang keusahawanan dan akhirnya mereka ini boleh kita bangunkan di lapangan dalam industri dan pembuatan. Itu yang pertama.
Yang keduanya berkenaan dengan Program Pemutihan Kilang-kilang Tanpa Kebenaran. Saya rasa kita telah sebut banyak kali berkenaan dengan Pemutihan ini sejak daripada 2019 lagi. 2019 lagi dan mengikut apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua sehingga Disember tahun 2020 sebanyak 4,728 lot kilang dan 5,755 buah kilang dan hanya 367 lot sahaja berjaya diputihkan. Ini menunjukkan bahawa tidak sampai 10% daripada jumlah keseluruhan kilang-kilang yang tidak mendapat kebenaran ini masih terus beroperasi dan daripada 367 lot yang diputihkan itu, Kerajaan telah berjaya memungut hasil sebanyak RM76 juta. 367 ini bersamaan jika kita puratakan setiap satu kilang ataupun setiap satu lot, Kerajaan akan meraih pendapatan sejumlah RM200,000.00. Jika kita boleh usahakan dengan lebih insentif fokus kepada penyelesaian terhadap isu-isu dalam tahun ini ataupun tahun hadapan 2022, kita mungkin boleh meraih RM300 hingga RM400 juta. Ini adalah satu pendapatan baru kepada Kerajaan tetapi yang pentingnya bagaimana kita untuk melaksanakan perkara ini.
Saya ingin menyebut sekali lagi apa yang disebut oleh EXCO dan dijawab di dalam Dewan yang mulia ini pada tahun 2019 berkenaan sentuhan kita berkenaan dengan kilang-kilang pemutihan kilang ini. EXCO menyebut bahawa satu taskforce telah dibuat. Taskforce ini pula agak pelik sikit bagi pandangan saya kerana taskforce ini seharusnya bertindak sebagai satu badan yang agak independence mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada ditubuhkan satu kumpulan untuk menyelesaikan isu-isu pemutihan kilang yang ada di dalam Negeri Selangor tetapi jika taskforce itu ditubuhkan di peringkat PBT yang sedia ada dan juga di daerah-daerah yang sedia ada saya percaya kerja itu akan menjadi satu pertindihan yang membebankan pegawai-pegawai di peringkat daerah dan juga PBT. Jadi saya menyarankan sekali lagi, supaya taskforce ini hendaklah ditubuhkan secara berasingan yang mempunyai kuasa pentadbiran yang mampu untuk menyelesaikan isu-isu dalam proses kita untuk pemutihan kilang-kilang tanpa kebenaran ini. Kita tahu begitu banyak kilang-kilang yang begitu banyak yang ada di dalam Selangor ini menghadapi krisis ini kerana mereka mungkin tidak dapat buat pinjaman kerana kilang yang mereka duduki itu tidak mendapat lesen dan sebagainya. Kalau adapun mungkin lesen yang sementara tetapi sampai bila lesen sementara ini harus kita keluarkan kepada kilang-kilang berkenaan jadi saya sarankan supaya Kerajaan lebih fokus untuk mendapat, untuk menjana
pendapatan baru ini dengan satu suntikan 76 juta selama tempoh hingga Disember 2020 ini. Ini adalah satu sign ataupun signal bahawa kita boleh mendapatkan pendapatan itu melalui proses pemutihan kilang-kilang ini dan fokus kepada pendapatan RM300 ataupun RM400 juta pada tahun 2022. Jadi itulah saranan saya berkenaan dengan program pemutihan kilang tanpa kebenaran. Yang kedua.
Yang Ketiga adalah berkenaan dengan insentif galakan pembinaan Rumah Mampu Milik. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Sungai Tua mengumumkan ataupun melancarkan Rumah Selangor Idaman, Rumah Selangor Idaman, Rumah Idaman berjumlah RM250,000.00. Ya pada pandangan kita, OK. Itu adalah satu pengumuman yang memberangsangkan tetapi dengan keadaan kita mengharungi Pandemik yang begitu panjang ini sudah tentu kekangan terhadap kemampumilikan rumah yang bernilai RM250,000.00 ini agak terhad. Jadi saya minta supaya rumah RM250,000.00 ini dinilai semula dengan harga jualannya. Kita boleh mengelakkan daripada kita boleh salah satu saranan yang ingin saya cadangnya adalah Rumah Mampu Milik ini jangan diberi kepada pemaju-pemaju untuk dibina kerana apabila pemaju membina rumah berkenaan pemaju terpaksa membayar cukai ataupun cukai tanah, ataupun apa premium terhadap kawasan dua ataupun tiga ekar yang untuk didirikan Rumah Mampu Milik tetapi jika kita boleh wave kita boleh kecualikan cukai ataupun premium terhadap satu lot, plot untuk kita dirikan Rumah Mampu Milik ini bermakna kita boleh mengurangkan harga jualan kita. Mungkin satu harga yang agak reasonable daripada RM250,000.00 untuk satu 1,000 kaki persegi kepada RM180,000.00 ataupun di bawah harga RM200,00.00 untuk 1,000 kaki persegi. Jadi peranan ini bukan harus Rumah-rumah Mampu Milik ini tidak kalau boleh jangan diberi kepada developer untuk yang buat. Jangan bagi developer lah buat sendiri. Kerajaan buat sendiri melalui agensi yang ada jangan bagi, Kerajaan jangan galakkan bagi tanah pada agensi Kerajaan dan akhirnya agensi Kerajaan tersebut menggunakan tanah itu untuk melakukan joint venture kepada syarikat-syarikat
Minta penjelasan. Saya berterima kasih kepada Kuang. Sedar ke tidak Yang Berhormat bahawa sebenarnya untuk tanah di Negeri Selangor ni kalau mereka, kalau kita nak buat Rumah Mampu Milik ataupun Rumah Idaman, land bank yang ada pada agensi ataupun syarikat berkaitan di bawah Kerajaan Negeri itu tidak begitu banyak. Kebanyakan land bank ataupun bank tanah yang ada tu masih lagi dengan pemaju-pemaju swasta dan mereka berasakan berikutan dengan tinjauan pasaran ada keperluan dan permintaan terhadap Rumah Idaman ataupun Rumah Selangorku dan bukankah pernah kita boleh memberi peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dengan memberi insentif dan juga memberi kawalan supaya ianya dapat dibina dengan lebih cepat pada harga yang berpatutan, di lokasi yang bersesuaian dengan kawal selia yang berpatutan untuk memastikan ianya tidak disalahgunakan. Apakah pendapat Yang Berhormat?
Terima kasih Banting. Jika land bank itu kepunyaan daripada developer maksudnya ya dimiliki oleh developer dan ada
syarat untuk mendirikan Rumah Mampu Milik ataupun Rumah Selangorku ataupun Rumah Harapan. Kalau boleh, kalau boleh untuk mengurangkan kos jualan kita untuk membantu rakyat ni kita kecualikan premium terhadap tanah yang di mana Rumah Mampu Milik itu ingin didirikan. Kecualikan premium itu kerana daripada premium itu akan menyumbang begitu besar ialah satu sumbangan yang paling besar pada Kerajaan. Apa-apa sahaja caj berkenaan dengan plot untuk dirikan Rumah Selangorku itu juga harus dikecualikan. Ini adalah cara Kerajaan untuk membantu supaya rakyat Selangor ini memiliki rumah. Kita belum masuk lagi ke satu apa ni keadaan di mana generasi yang akan datang ataupun tahun 2022 kebanyakannya orang akan mendirikan rumah tangga. Pilihan mereka adalah kahwin dan sewa rumah kerana tak kan bapa nak bagi duduk rumah kecualilah bapa rasa anak harus duduk di rumah tetapi jika keluarga itu mempunyai empat ataupun lima orang di dalam satu rumah, rumah bapa tu pun sendiri sewa. Bapa pun sewa sendiri, jadi anak berkahwin kena pindah dan terpaksa juga menyewa rumah. Kerajaan harus merancang bagaimana generasi yang akan datang ini untuk memiliki rumah selepas mereka berkahwin dua ataupun setahun. Lepas dia kahwin setahun sahaja...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa yang terakhir.
Masa kita. Kita boleh bagi dia apa dia boleh-boleh tapi masalah yang kita hadapi sekarang ini ialah pembiayaan. Pembiayaan ini sebenarnya mencengkam lebih daripada 60% penduduk kita ini untuk memiliki rumah kerana akhirnya Rumah Selangorku ke, Rumah Idaman ataupun sebagainya terpaksa pergi ke bank untuk mendapatkan pembiayaan. Saya harap pada tahun 2023, belanjawan tahun 2023 mungkin tahun hadapan tak sempat, saya harap supaya Kerajaan Negeri menyiapkan ataupun menyediakan satu pakej pembiayaan untuk rumah pula jadi itu adalah cara bagaimana kita boleh membantu rakyat Malaysia yang semakin rakyat Selangor yang semakin berkembang sehingga pada tahun mungkin tahun 2030 akan mencecah hingga 7 juta ke 8 juta orang. Jadi akhir sekali saya mengucapkan terima kasih walaupun banyak saya nak sebut lagi ni, hah! tapi nampaknya Tuan Speaker ni macam dah tak berkawan dengan saya.
Saya dah bagi masa lebih ni.
Saya akhiri dengan menyokong Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2022. Sekian, terima kasih.
Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Jangan risau Semenyih, saya tak akan habis kan masa, kita kongsi bersama masa yang tinggal pada hari ini (ketawa) ok. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi laluan kepada Bukit Gasing untuk turut serta dalam Perbahasan Belanjawan 2022. Hari ini saya tidak akan, tak touch on banyak isu tetapi hanya sedikit isu yang saya
rasa sangat penting. Yang Pertama, saya ingin menyatakan bahawa saya sangat gembira mendengar Yang Amat Berhormat memilih Ease of doing business sebagai perkara pertama yang sangat penting diumumkan dalam Belanjawan untuk tahun hadapan. Memang sebagai sebuah Kerajaan kita boleh berbelanja untuk stimulated economy tetapi di Selangor dan Kerajaan-kerajaan Negeri di Malaysia situasinya berbeza daripada Kerajaan-kerajaan Pusat di seluruh dunia. Saya tak faham kenapa Gombak Setia selalu bercakap fasal kita kena belanja lebih kerana di Negeri Selangor belanja Kerajaan tidak sampai 1% daripada GDP. Our spending as a ratio to GDP tak sampai 1% kalau berbanding dengan negara-negara Eropah, Amerika, Australia, 40% daripada GDP perbelanjaan kerajaan kerana dia cukai dengan kadar yang tinggi. Dia belanja dengan kadar yang tinggi, di sini cukai tanah kita sedikit sahaja. Kita cukai dengan rendah, kita pun belanja dengan rendah.
That’s why the impact of kita belanja to stimulated economy tu ada hadnya ada batasan dia dan sangat penting kita usahakan Ease of doing business langkah-langkah seperti ini untuk spur the economy dan saya sangat gembira bahawa perkara ini akan diberi fokus untuk tahun hadapan supaya kita keluar daripada kegawatan ekonomi yang kita ada. Saya ingin beri sedikit saranan, saya harap kita boleh mempercepatkan Projek-projek Air Selangor, kita ada business plan 30 tahun untuk Air Selangor. Ada 30 bilion ringgit yang akan dibelanjakan untuk 30 tahun yang akan datang jika projek-projek ini boleh dipercepatkan kerana sekarang contractor, consulting engineer dan sebagainya di whole value chain kekurangan projek dengan kegawatan ekonomi kalau kita boleh bring forward and speed up projek-projek yang sama, kita bukan cakap nak create projek baru but we bring forward. Benefit pertama ekonomi naik. Benefit yang kedua tahap kualiti Perkhidmatan Air pun akan improve dengan lebih cepat untuk benefit penduduk dan industri di Selangor.
Yang kedua, pasal insurans untuk flat kos rendah saya sokong kita beri perhatian kepada flat kos rendah tapi hari ini saya ingin memberi satu cadangan kepada Kerajaan Negeri. Cadangan ini pun terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan pada 2018, iaitu cadangan supaya Kerajaan Negeri melalui satu agensi yang dipilih oleh Kerajaan Negeri mengambil alih urusan flat kos rendah yang tidak dapat membentuk JMBnya ataupun MC nya. Kita ada beratus-ratus flat kos rendah yang tidak dapat membentuk JMCnya dan flat-flat ini menghadapi kesusahan kerana penduduk di sana walaupun sanggup bayar maintenance tak ada siapa yang ambil tanggungjawab. Saya harap Kerajaan Negeri boleh mengambil inisiatif kita lantiklah anak syarikat Lembaga Perumahan ataupun PBT ke ataupun apa-apa badan yang difikirkan sesuai tetapi Kerajaan Negeri ambil tanggungjawab ke atas lebih kurang berapa ratus ribu flat ini di negeri Selangor supaya maintenance dia boleh dibuat dengan tahap yang bersesuaian supaya rakyat termiskin di Negeri Selangor boleh hidup dengan kualiti. Give them a bare minimum living kualiti. Lihatlah kepada Singapore. Macam mana kerajaan membuat maintenance terhadap HDB flat di Singapore bukan meminta rakyat membuat JMB/MC dan maintain. Oleh itu kita lihat flat HDB di Singapore maintenance dia cukup baik. Kalau kita lihat flat di Amerika
syarikat di ghetto dan sebagainya maintenancenya pun teruk macam kebanyakan low cost flat di negeri Selangor. Jadi saya harap yang ini boleh diberi pertimbangan. Bagi Skim BINGKAS yang terdahulunya KISS, saya ucapkan terima kasih kita membesarkan skop penerimanya. Saya harap kita juga akan pertimbangkan, saya sokong rakan-rakan lain yang membangkitkannya kita meningkatkan penerimanya. Saya cadangkan kita kekalkan RM200 sebulan supaya bilangan penerima boleh ditingkatkan daripada 30ribu penerima kepada 45ribu penerima. Yang seterusnya saya ingin bertanya berkenaan status projek PJ Dispersal Link. Pada 3 September 2021, Pakatan Harapan Selangor telah keluarkan satu kenyataan yang saya bacakan perenggan ketiganya “pada masa yang sama bantahan terhadap cadangan lebuh raya PJD Link turut diberi perhatian dan dibincangkan dengan panjang lebar. PH Selangor ambil maklum bahawa PJD Link belum diluluskan oleh kerajaan negeri. Mesyuarat juga turut bersetuju menolak sebarang usaha untuk menghidupkan semula projek Lebuhraya Kidex atau seumpama dengannya”. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kerana mengeluarkan kenyataan ini bersama dengan Yang Berhormat Pandan Indah dan Yang Berhormat Puchong di Parlimen. Ketua tiga komponen parti. Saya harap kerajaan negeri boleh memberi ulasan dalam Dewan yang ini bahawa kerajaan negeri telah membuat keputusan yang sama selepas kenyataan oleh peringkat politiklah dari segi Pakatan Harapan Selangor. Saya juga ingin tanya perkembangan projek ECRL kerana kita lihat di Facebook menteri pengangkutan telah membuat satu perjumpaan high level dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Apakah hasilnya, apakah keputusan bergerak ke hadapan untuk ECRL dan juga untuk High Speed Rail yang kita lihat dihidupkan kembali. High Speed Rail ini tentu kena lalu sebahagian besar Selangor dan apakah status terkini berkenaan projek tersebut. Point seterusnya saya ingin membawa isu transparency of data dalam perbelanjaan ini perbelanjaan tahun depan dalam Belanjawan ini. Kita ada banyak kontrak yang akan dikeluarkan tahun depan. Tak kisah belanja mengurus atau belanja pembangunan, saya ingin mencadangkan Selangor menjadi negeri dan kerajaan yang pertama di Malaysia bukan saja ada FOI di mana rakyat boleh isi borang dan mohon butiran perbelanjaan tetapi sebelum rakyat perlu mengisi borang untuk mohon butiran perbelanjaan, kita paparkan di satu laman web open data Selangor ke kita cipta satu nama kita paparkan di laman web bagi setiap jabatan berapa projek yang dijalankan? Di mana projek tersebut dijalankan? Berapa kos projek yang dijalankan? Apa tahap kemajuan projek tersebut dan sebagainya. Bolehlah rakyat di Petaling Jaya masuk laman web ini dan tengok di Petaling Jaya berapa banyak perbelanjaan kerajaan negeri dari segi JPS ke JKR ke dan sebagainya. Bolehlah rakyat tengok macam mana sesuatu jabatan membelanjakan wangnya seperti JKR ada persoalan pagi tadi berkenaan maintenance lampu kenapa wang tu diturunkan tetapi macam mana wang tersebut itu dibelanjakan? Adakah dibelanjakan di Sabak Bernam ke di Semenyih ke di mana? Adakah perbelanjaannya sekata di seluruh Negeri Selangor. The transparency is good for everyone dengan izin sunshine is the best policy. Jadi saya harap kerajaan negeri menimbang nak data tu memang kita ada sumber perolehan itu data tu kerajaan memang ada data tersebut. Cuma boleh tak kita ambil data tersebut dan
letak di atas satu laman web supaya rakyat boleh lihat supaya penyelidik academician boleh menilai dan sebagainya. Let them lead the way kita lead kita adalah kerajaan yang pertama yang buat freedom of information. Biar kita juga menjadi kerajaan yang pertama yang lead the way to paparkan semua perbelanjaan yang kita buat pada tahun 2022. Sekian terima kasih.
Terima kasih Bukit Gasing. Saya persilakan Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrohmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. Saya mulakan dengan serangkap bahasalah yang biasa yang kita dengar ya. “Orang berbudi kita berbahasa orang Kerajaan Negeri memberi, pihak pembangkang merasa. Jadi saya merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO dan barisan ketua-ketua jabatan yang sama-sama merancang ya, Bajet ya terima kasih atas kejayaan membentangkan Bajet ya. Sungguhpun defisit ya, yang tak sampai satu persen ya kira asing ya. Jadi kita rasakan daripada KDK ya. Ini merupakan satu cabaran baru di Selangor yang mana kita harap slogan “Tahan Diuji” itu akan direalitykan pada tahun 2022 ya menjelang PRU 15 insya-Allah. Jadi kita harap rakyat menjadi penentu kita apa yang kita buat ini pihak pembangkang apa-apa lagi pihak kerajaan penilai ini akan diputuskan oleh pihak pengundi kita. Jadi kita harap dengan pembentangan bajet yang begitu proaktif ini kita harap agresif untuk masyarakat di Selangor ini kita tahu Selangor negeri yang terdahulu maju ya, saya rasa 2005. Kerajaan pimpinan bekas ketua Tun M kita ya, 30 tahun dulu telah menggariskan 2020 tapi Selangor rasa saya 15 tahun awal termaju. 2005 sebelum PRU Pekatan Rakyat kita mencapai negeri maju. Jadi kita harap dengan usaha berterusan ini ya untuk demi faedah rakyat di negeri Selangor ini khususnya di kalangan B40 ini kita harap dapat merealisasikan bahawa kita prihatin kepada keperluan rakyat. Saya di Semenyih ini ingin menggariskan tiga aje. Bukan tiga cluster ya tiga yang kita nak tekankan di sini iaitu Semenyih terkenal sebagai tempat industri, kawasan pelancongan dan rekreasi dan satu tempat penempatan yang selesalah. Tuan-tuan rasa saya PRK terakhir ya di Selangor ini di Semenyih tuan-tuan semua Yang Berhormat-Yang Berhormat ya minta maaf ya. Yang Berhormat turun di Semenyih melihat bagaimana sub-urbannya dengan izin ya, Semenyih telah dibahagikan kepada kawasan-kawasan industri. Industri ini ada dua ya dipecahkan pada industri perkilangan dan industri pertanian. Ya masih kekal di perkampungan di sini. Jadi saya nak menyentuhlah teras yang pertama itu, perbelanjaan pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi dan meningkat kecekapan penyampaian ini saya ingin menyentuh iaitu pembangunan kompleks perumahan kerajaan selain perumahan pekerja Selangor ini yang mana melibatkan tiap-tiap daerah, pihak PKNS akan melibatkan pembinaan-pembinaan khas untuk pekerja-pekerja asing ini.
Saya harap di Hulu Langat, Semenyih ini dia masuk di Hulu Langat ya, Parlimen Hulu Langat di mana Balakong ini dikhususkan dua ekar ya tapi rasa-rasa Semenyih dan Balakong pun dengan kesesakannya mungkin dari segi jarak memanglah tidaklah
berapa jauh tapi dari segi kesesakannya kan Semenyih di Selangor ini mana-mana sesaknya kita tahu ini negeri yang industri ya. Industri termaju di Malaysia ini kita tak boleh nak nafikan kita pun sungguh juara nombor satu semua di Malaysia ni Selangor the champion number one. Bola ya. Bola tu kita bolehlah kita pertimbangkan. Biar EXCO Sukan akan berusahalah. Jadi saya berharap pihak kerajaan negeri selain keutamaan pada warga negara ni bukan warganegara ini ditempatkan mereka ini banyakkan mengurangkan permasalah sosial. Permasalahan macam-macam permasalahanlah bila penempatan sana bercampur ya. Banyak pekerja-pekerja asing ini ditempatkan di kampung-kampunglah. Macam di Sabak Bernam di kampung-kampunglah di taman-taman perumahan banyak mengadu “YB dorang ini ada gelang pink ni tapi dorang bebas tiada kawalan” jadi dia orang banyak mengadu YB tolong hubungi PBT sebagainyalah. Saya boleh baiklah dengan Pengarah Kesihatan Daerah tapi mereka pun tak ada apa-apa undang-undang. Habis-habis pun polis datang tapi itu pun dalam keadaan kadang-kadang tu keadaan yang ad hoc sajalah. Jadi ini dengan ke hadapan Kerajaan Negeri mewujudkan kompleks perumahan khas ini saya harap dapat kita memandang jauh selain kita mengutamakan industri sebagai kita punya produk di Selangor, kita harap keselesaan ini bukan orang ramai. Di mana keutamaan kepada orang ramai tadi khususnya penduduk khususnya COVID-19 inilah saya rasa itu perlu. Tapi saya minta juga Kerajaan Negeri jangan ibarat bak kata orang “monyet di hutan disusukan anak di rumah kelaparan”. Kita harap di Selangor ini saya selain warganegara asing hadir untuk mencari rezeki, negeri-negeri sempadan lain yang lain contoh nak beritahulah banyak negeri-negeri lain dalam Malaysia ini Sabah Sarawak sama-sama berhijrah di Selangor ni sama-sama mencari rezeki. Jadi kita harap dengan pembinaan Kompleks Perumahan Warganegara ini kita khususkan juga untuk warga negara tempatan. Lepas itu kita tahu kos untuk menyewa rumah ya bukan murah ya. Usul di Semenyih pun paling murah pun RM600, RM700 satu rumah yang mengandung dua bilik tiga bilik ya. Jadi dengan pendapatan yang begitu terhad pekerja-pekerja yang baru ini kita harap kerajaan negeri memikirkan juga pembinaan rumah ini untuk kita punya warga negara tempatan juga. Itu untuk teras keempat yang menyentuh tadi. Jadi saya rasa pihak PKNS juga atau pihak kerajaan negeri boleh macam di Semenyih itu banyak rumah-rumah kedai terbengkalai ya bukan kita membina baru, ia boleh difikirkan oleh kerajaan negeri Selangor boleh memikirkan supaya rumah-rumah kedai yang terbengkalai itu mungkin dibuat pajakan ataupun pembelian terus oleh kerajaan negeri Selangor untuk dijadikan aset-aset untuk dijadikan kompleks-kompleks perumahan pekerja ini.
Jangka panjang saya rasa selain kita dapat membersihkan kawasan yang terbiar tadi kita juga dapat memajukan kawasan peluang pada warga tempatan melihat bagaimana kerajaan negeri Selangor dapat menangani selain daripada masalah macam-macamlah bila perumahan-perumahan terbengkalai ini khususkan rumah-rumah kedai ini. Kita harap Selangor sensitiflah perkara ini. Yang kedua ya, saya teras keempat juga mewujudkan hutan hijau dan meluaskan pembangunan lestari tadi, saya ingin melibatkan selain daripada industri perkilangan di Semenyih sendiri ya khususnya di Beranang kita ada segi pertanian. Banyak tanah-tanah kita masalah
pengairan di Beranang ini masalah pengairan dulu sawah padi ya kita jelapang padi juga di selatan lah. Sekarang ini dari segi masalah pengairan jadi kita dah bertukar ya sawah-sawah ini jadi tanam serai. Jadi saya rasa tanam serai yang terbesar di Malaysia ialah terletak di Semenyihlah di kawasan mukim Beranang ya. Jadi tuan-tuan boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh tengoklah di Facebook ya kita penanam serai yang terbesar ya. Boleh-boleh. Tak ada masalah. Insya-Allah. Jadi serai ini saya rasa Kerajaan Negeri Selangor saya minta dari segi pengautomasian maksud saya sekarang ini manual ya tanam jadi banyak menggunakan tenaga, banyak pengusaha-pengusaha, kira banyak impak-impak lain lah terjadi. Jadi kita harap kerajaan Selangor melalui UNISEL, Universiti Selangor kita harap dapatlah dari bahagian kejuruteraan memikirkan satu automasi mereka cipta daripada permulaan gerak kerja, menyemai, sebagai menanam dan sebagai mengutip hasil dapat dipercekapkan, Ini merupa hasil, hasil ekonomi selain meningkatkan penggunaan tanah tadi kita dapat hasil daripada penduduk-penduduk kampung khususnya. Ini kita harap Selangor memandang industri serai ini lepastu tanaman komersial ya sekarang ya. Dulu...
Baiklah Yang Berhormat Semenyih sila duduk, tamat. Terima kasih. Demikian tadi telah tamah sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat seramai 29 Ahli-Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya minta pihak kerajaan bersedia penggulungan hari esok. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan 4.30 petang dengan ini saya menangguhkan Dewan hingga hari esok 2 Disember 2021 bermula jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)