Selangor · 2 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 428 turns · 41,547 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-14 pada 2 Disember 2021 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum memulakan sesi pertanyaan-pertanyaan saya ingin memaklumkan dewan telah menerima pemakluman daripada pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bahawa Yang Amat Dato’ Menteri Besar tidak dapat menghadiri persidangan pada hari ini kerana perlu menghadiri mesyuarat yang penting. Mengikut Peraturan Tetap 21, Menteri Besar boleh mencadangkan seorang Ahli Dewan yang lain untuk menjawab pertanyaan bagi pihaknya. Saya persilakan Yang Berhormat Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya yang ke-60.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Rakan Digital SelangorQuestions

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Cadangan ini merupakan cadangan yang bagus tetapi ianya belum dapat dilaksana secara sepenuhnya pada tahun 2021. Adakah kerajaan bercadang untuk mengekalkan program ini pada tahun 2022 dengan peruntukan tambahan dan dijadikan sebagai program berstruktur di bawah PeBS?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Timbalan Speaker, saya akan menjawab soalan daripada Yang Berhormat Banting bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor melalui Inisiatif Rakan Digital Selangor (RDS) telah melantik Duta Rakan Digital Selangor untuk membantu perniagaan mikro (penjaja dan peruncit) mendaftarkan perniagaan mereka

ke dalam Platfom Selangor (PLATS). Untuk makluman, PLATS ialah sebuah platfom promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi penjaja dan peruncit Selangor. Melalui program ini, Duta RDS akan turut membantu kumpulan sasaran menggunakan platfom sosial media untuk meningkatkan pendedahan dan pendapatan dengan mendapatkan pelanggan baru. Program ini telah dilancarkan ke pelbagai lokasi di seluruh Selangor untuk memberi manfaat kepada pelbagai kumpulan masyarakat. Program Rakan Digital Selangor (RDS) telah melantik seramai 1,000 orang anak muda yang turut sama menggembleng tenaga untuk turun ke lapangan bagi membimbing dan memimpin golongan sasaran agar tidak ketinggalan di arus pemodenan dan era digitalisasi bagi menghadapi generasi digital. Sehingga November 2021, RDS telah mendekati seramai 7,258 peniaga kecil dan mereka telah dibimbing untuk menggunakan kaedah digitalisasi dalam menjalankan perniagaan. Duta Rakan Digital Selangor juga telah berjaya mengenal pasti sejumlah 20,919 golongan sasaran yang berpotensi untuk didaftarkan. Bagi tahun 2021, jumlah perbelanjaan bagi program ini adalah sebanyak RM3,000,000.00. Program Rakan Digital yang telah dirangka sebelum ini akan diteruskan pada tahun 2022 dan dipergiatkan lagi oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi membantu golongan sasar iaitu penjaja , peniaga, perusahaan kecil dan sederhana mikro untuk mengadaptasi digitalisasi dalam perniagaan mereka. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Generasi Muda menyambut baik cadangan ini dan akan melihat kesesuaian pelaksanaan program ini di bawah program Penggerak Belia Selangor (PeBS) dengan mewujudkan kerjasama di antara PNSB dan EXCO Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PeBS akan memfokuskan kumpulan generasi muda. Sekian.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker dan juga Bandar Baru Klang. Soalan tambahan saya ialah memandangkan program ini akan dimulakan dilanjutkan pada tahun 2022 memandangkan terdapat cadangan untuk memasukkan program ini sebagai salah satu program berstruktur di bawah PeBS di sambut baik, saya ingin bertanya apakah tindakan susulan, rangka kerja yang akan digerakkan pada bulan depan iaitu bulan Januari 2022 untuk memastikan ia dapat bermula. Memandangkan cadangan ini kerana pada tahun 2021 ini setakat soalan ini dirangka, peruntukan untuk rakan digital Selangor ini masih belum dihabiskan dan memandangkan masa yang tinggal untuk tahun ini masih adalah sangat singkat maka kita lihat perangkaan perancangan awal untuk 2022 itu amat diperlukan dan PeBS sepatutnya mampu untuk menggerakkan program ini ke depan lagi daripada diletakkan di bawah GLC atau pun di bawah penjawat awam supaya mereka boleh bergerak dengan lebih, itu adalah cadangan dan pandangan saya.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Timbalan Speaker, seandainya belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dapat diluluskan di dewan ini dalam minggu ini atau minggu hadapan, sudah tentu jawatankuasa tetap berkenaan akan bermesyuarat untuk merangkakan program-program dan rancangan-rancangan serta strategi bagi memastikan kejayaan untuk program ini. Sekian.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Rawang, tidak hadir. Soalan berikutnya Bukit Gasing juga tidak hadir. Soalan 63, Semenyih, tidak hadir. Soalan yang seterusnya, Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Hadir, hadir, 64, Timbalan Speaker.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 64. Projek Perumahan Mampu MilikQuestions

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

64. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk membina projek perumahan mampu milik di Daerah Gombak terutama di DUN Taman Templer? Jika ada mohon disenaraikan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer dan Tuan Timbalan Speaker. Alhamdulillah, sudah hari ini, sudah lepas kuarantin. Bagi menjawab soalan daripada Taman Templer yang bertanya tentang isu perumahan mampu milik di kawasan beliau, untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Oktober 2021, terdapat satu projek Selangorku di kawasan DUN Taman Templer yang telah diluluskan oleh Kerajaan dan akan dibina di kawasan tersebut. Berikut merupakan perincian projek tersebut:-

Bil Pemaju / Lokasi Jenis / Jumlah Unit 1. Setia Eco Templer Pekan Templer, Daerah Gombak. Jenis A: 117 Jenis C: 246 Jenis D: 25 Jumlah : 388

Walau bagaimanapun, bagi menampung permintaan penduduk di daerah tersebut, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan sebanyak 46 projek dengan 21,390 unit Rumah Selangorku di Daerah Gombak sahaja. Jadi perincian projek banyak Yang Berhormat, ada 46 saya akan bekalkan. Jadi untuk itu kita lihat dalam 46 projek itu yang telah siap dibina sebanyak 5, dalam pembinaan kita ada dalam 9 projek dan dalam perancangan yang telah diluluskan selebihnya. Jadi untuk itu, saya mengharapkan mudah-mudahan boleh menampung keperluan untuk penduduk-penduduk di Taman Templer. Sekian.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Ijok.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan Ijok nombor 65.

Timbalan Speaker

60?

65.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 65. Haiwan LiarQuestions

65. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan tertentu untuk membendung masalah haiwan-haiwan liar seperti monyet, kera, anjing liar dan babi hutan yang sudah lama dan sering mengganggu keselamatan masyarakat setempat dan merosakkan harta benda di kampung-kampung DUN Ijok?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Ijok yang sangat prihatin terhadap hidupan liar sejak lima enam tahun, sudah sepuluh tahun. So soalan selalu timbulkan tapi kita akan jawab juga. So yang penting itu untuk makluman Yang Berhormat, Unit Kawalan Vektor dan Haiwan Terbiar, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran telah menyediakan 23 buah perangkap monyet bagi mengurangkan isu haiwan terbiar seperti kacau ganggu monyet atau kera. Perangkap diletakkan di setiap zon dengan kerjasama Ahli Majlis, pengerusi atau pun ketua kampung serta Jabatan PERHILITAN. Selain itu, bagi isu anjing terbiar, penangkapan dijalankan setiap hari mengikut aduan yang diterima. Jika aduan adalah di dalam kawasan perkampungan, beberapa perangkap akan diletakkan dengan bekerjasama dengan ketua kampung

berkaitan. Manakala isu babi hutan pula, pihak jabatan telah mewujudkan satu idea inovasi iaitu perangkap multi trapper yang diletakkan di kawasan aduan yang diterima. Hasil tangkapan akan dipanjangkan ke jabatan PERHILITAN, bagi membendung kacau ganggu haiwan tersebut. Sebanyak 1898 ekor monyet atau pun kera, anjing dan babi hutan yang telah ditangkap dalam Operasi tangkapan Haiwan terbiar dari bulan Januari sehingga Oktober 2021. Berikut adalah laporan tangkapan haiwan tersebut mengikut bulan bagi tahun 2021 :

Bulan Anjing Babi Monyet Jan 205 0 0 Feb 192 2 0 Mac 201 0 0 April 128 0 0 Mei 133 0 1 Jun 195 0 21 Julai 165 0 0 Ogos 195 0 3 Sept 214 1 3 Okt 189 3 47 Jumlah 1817 6 75 Jumlah Keseluruhan 1898

Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Ijok.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tetapi sudah bertahun-tahun saya bangkitkan masalah ini, inisiatif atau cara-cara untuk mengendalikan masalah ini saya ingat tak berkesan kalau kita terpulang pada agensi-agensi kerajaan untuk mengatasinya jadi tengok angka-angka tak turun-turun masih juga monyet sudah pandai walaupun pasang perangkap mereka boleh keluar dari perangkap. Jadi Ijok hendak mencadangkan bolehkah kita mewujudkan badan-badan NGO yang boleh mengatasinya sebab macam di Ijok, sebab saya sangat desperate tentang babi hutan sebab dia masuk kampung Melayu , merosakkan dan juga macam-macam benda mereka boleh buat dan ketua kampung sudah desperate, saya pun sudah desperate panggil orang datang, orang tempatan ada senapang tembak babi

hutan jadi kalaulah Kerajaan Negeri Selangor boleh buat satu caranya, maknanya kita memberi mereka some insentif untuk mengatasi haiwan-haiwan luar sebab kera ini salah kita sebab kita sudah memusnahkan habitat mereka, mereka cari makan. Jadi apa usaha Kerajaan Negeri Selangor buat macam negara lain, buat macam sanctuary gajah, sanctuary monyet.

Kita tanam pokok buah-buahan, kita galakkan macam setiap-setiap kawasan, monyet ini cari makan tempatan dan pergi ke rumah-rumah untuk merosakkan harta benda. Sekian.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Ijok yang bagi cadangan. So kita terima cadangan itu dan saya nak beri sedikit nasihat kepada Yang Berhormat juga, kita tidak, selama ini kita tidak melibatkan NGO atau orang ramai dan usaha membendung kegiatan ini kerana binatang ini dia kadang-kadang liar. So dia akan memberi masalah kepada penduduk dan juga NGO-NGO yang terlibat. So you kena ada skill untuk menangani isu ini. Kerana monyet, kera ini dan juga babi hutan ini bukan semua orang tahu cara untuk kita kendalikan ataupun menangkap haiwan ini. Dia kena melalui latihan, perlu ada cara yang betul untuk menangani isu ini. Seperti mana anjing liar ini, so kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengharap kepada NGO ataupun penduduk persatuan untuk menangani isu ini, yang penting PERHILITAN. PERHILITAN mereka ada pakar-pakar yang tertentu untuk kita menangani isu ini dan memang masalah babi hutan dan anjing liar dan juga kera ini memberi masalah bukan masalah di Ijok juga lain tempat. Kerana pembangunan yang kita lakukan sebelum itu. So, itulah saya harap pembangunan ini kita boleh control, jangan kita memberi masalah kepada binatang ini kerana kawasan mereka semakin berkurangan. Sebab itulah kita Selangor ini berhasrat untuk mengekalkan jumlah kawasan hutan simpan supaya mereka ada tempat untuk mereka melindungi haiwan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya. Sungai Pelek. Tidak hadir. Bandar Utama, tidak hadir. Hulu Kelang, tidak hadir. Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 69.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 69. Program Pembangunan BeliaQuestions

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

69. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan Kerajaan untuk membantu pembangunan belia di Negeri Selangor?

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sungai Panjang. Berkaitan dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu pembangunan belia di Negeri Selangor ini, yang pertamanya saya mengambil jawapan Yang Amat Berhormat sebentar tadi soalan 60 sebagai sebahagian daripada jawapan saya iaitu menjadikan belia dalam rakan digitalisasi yang akan kita gemblengkan bersama PeBS. Kerajaan Negeri memang kita komited tentang pembangunan belia apa lagi jumlah belia yang ada di Negeri Selangor ini berumur di antara 15 hingga 40 tahun adalah seramai menghampiri 3 juta daripada 6 juta lebih penduduk di Negeri Selangor. Jadi sehubungan daripada itu banyak program yang telah kita laksanakan. Di antara penggerak utama belia di Negeri Selangor ini adalah melalui penggerak belia di Negeri Selangor yang telah kita tubuhkan. Jadi dengan peruntukan sebanyak RM1.4 juta setahun bagi peruntukan ini, belia-belia ini penggerak ini adalah diharapkan dapat mendapatkan engagement bersama dengan belia-belia yang ada. Ada 10 teras yang telah ada dalam Penggerak Belia itu, di antara yang kita fokus di bawah ini adalah teras sukarelawan. Melalui teras sukarelawan inilah kita wujudkan satu sukarelawan disebut sebagai sukarelawan ataupun Selangor Volunteer ataupun SERVE yang berperanan untuk menghampiri ataupun mengendali dalam isu-isu bencana yang melanda di negeri kita hari ini. Yang kedua, saya juga telah mengumumkan dalam sidang yang lalu iaitu Penggerak Belia juga melalui portfolio ekonomi akan mewujudkan, telah mewujudkan Unit Ekonomi Belia yang tugas mereka adalah untuk me-market kan produk-produk Negeri Selangor supaya para belia ini dapat mengambil peluang daripada inisiatif dan produk yang ada terutama dalam sektor pertanian dan usahawan yang telah saya sebut dalam soalan-soalan yang dulu. Yang ketiga adalah mewujudkan Bina Insan. Bina Insan iaitu belia yang prihatin ataupun cakna dalam mendekatkan belia-belia kita ini ke arah bidang agama masing-masing, dengan sebab itulah antara cabaran Kerajaan Negeri adalah kita hendak memastikan supaya belia ini tidak melihat agama itu sebagai satu yang rigid. Jadi dengan sebab itu, antara pembangunan dan perancangan kita adalah kita akan mengendalikan acara-acara sukan bersama dengan anjuran bersama dengan Jawatankuasa Masjid. Jadi saya harapkan Yang Berhormat EXCO Agama dapat menyokong usaha ini supaya belia ini dapat mendekati masjid dan membetulkan tafsiran rigid yang ada terhadap masjid itu. Yang Berhormat sekalian, kita wujudkan Dasar Belia Negara Selangor 2020. Mengapa dinamakan 2020, kerana ini adalah dasar yang disebut oleh Yang Amat Berhormat ketika Belanjawan Bajet 2020 yang lalu. Ada 10 teras yang kita fokuskan kepimpinan literasi, hubungan antarabangsa, pendidikan global, keusahawanan dan banyak lagi yang kita fokuskan. Di antara pembangunan perancangan yang besar yang akan kita lakukan dalam masa terdekat

ini ada 2. Iaitu memperkenalkan Enakmen Majlis Penggerak Belia ataupun Majlis Generasi Muda yang akan kita tentukan kemudian. Yang kedua, untuk makluman Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, kita akan wujudkan Akademi Demokrasi dan Dasar yang akan memberikan makluman tentang politik, tentang kenegaraan, tentang civic engagement kepada para belia kita kerana hari ini kita dapati banyak beli yang kita dapati yang jauh sekali daripada kepimpinan negeri ataupun kepimpinan negara. Malah, dalam survey kita menunjukkan lebih 70% lebih belia tidak berminat dengan politik. Jadi tujuan akademik ini demokrasi dan dasar ini adalah untuk membangunkan belia dalam jangka masa yang panjang. Selain daripada itu juga, di antara pembangunan belia yang akan kita fokus adalah memberikan peluang mereka untuk menyerlahkan inovasi dalam pasaran. Di antara usaha kita mengadakan pelbagai program bermula daripada tahun 2021 tahun lepas kita telah menganjurkan Selangor Youth Skills iaitu memberi peluang kepada belia kita ini untuk membangunkan diri mereka dan membuktikan pembangunan melalui talent-talent yang ada pada mereka, dalam Selangor Youth Skills itu ada ciptaan animasi, hackathon, teknologi fesyen, furniture, filem pendek, reka bentuk, architect modelling, social media marketing, song competition.

Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Panjang, hasil daripada program-program yang kita laksanakan melalui SYS ini, saya berani menyebut bahawa ada di kalangan mereka yang telah menyertai acara-acara ini telah diambil di dalam pasaran. Saya mengambil contoh penglibatan salah satu kategori song competition oleh saudara Amir Hadi Abdullah yang bertajuk Kutepu. Dia cipta lagu ini dan akhirnya platfom yang kita laksanakan ini, lagu ini telah dibeli oleh produser dalam market yang ada hari ini. Jadi inilah Pembangunan Belia yang kita ada yang Kerajaan Negeri hanya menyediakan platform dan program-program yang kita adakan. Ada juga program seperti Bengkel Terrarium yang dikendalikan oleh UZU iaitu Artis Terrarium terkenal dalam dari Terrarium World dengan engagement dengan MMU ini adalah peluang Pembangunan Belia. Yang Berhormat banyak lagi perkara yang akan kita fokuskan dalam Pembangunan Belia dan Inovasi Belia itu sendiri. InsyaAllah saya bercadang untuk mengadakan Selangor Youth Film Festival yang memberi ruang kepada para belia kita ini yang melihat Selangor sebagai satu tapak untuk mereka membangunkan diri mereka dalam industri perfileman dan muzik. Ini adalah minat yang ada di kalangan belia hari ini yang Kerajaan Negeri tidak boleh tinggalkan bidang-bidang ini. Selain daripada itu, ada juga kita sebut sebagai inovasi-inovasi yang lain yang sudah tentu memberikan peluang pembangunan pada belia. Yang Berhormat saya suka nak sebut tentang pelan pembangunan yang kita adakan melalui Program Active Virtual. Active Virtual yang kita adakan adalah bermula daripada 2020 sehingga 2021 dengan pencapaian engagement sebanyak 23 juta juga engagement melalui social media. 23 juta ini saya ingat hampir sama ramai dengan penduduk Malaysialah. Ini 23 juta, mungkin Malaysia lebih 30 lebih dan daripada engagement ini rekod kita menunjukkan bahawa ada di kalangan belia kita ini yang telah berjaya mencipta nama dan menempatkan diri mereka dalam industri market yang ada. Ada di kalangan para belia di antara kita ini yang boleh yang telah diambil bekerja sebagai pemain-pemain e-

games yang terkemuka di peringkat Asia Tenggara. Jadi ada juga di kalangan belia kita ini yang di mana mereka sebagai terlibat dalam program e-games ini membangunkan diri mereka dalam industri-industri ada. Jadi ini adalah pembangunan yang saya sebut yang kita telah laksanakan, bermakna kita bukan sahaja memberi fokus kepada pembangunan sukan tetapi juga pembangunan inovasi belia melalui program-program iaitu jangka pendek dan melalui Akademi Demokrasi dan Dasar yang akan kita bentang dalam kajian kita tidak lama lagi.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras, EXCO Belia dan Sukan. Apa yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Paya Jaras berkenaan dengan rancangan dan juga susun atur pihak Kerajaan berkenaan dengan Pembangunan Belia ini saya rasa begitu komprehensif dan banyak perancangannya. Cuma, soalan saya adalah adakah bagaimana berkenaan kesediaan Kerajaan daripada segi kebersamaan,kita tahu dalam PeBS juga PeBT ini adalah satu organisasi yang diletakkan di bawah struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan satu lagi entiti adalah Majlis Belia Selangor, Majlis Belia Daerah-Daerah yang di mana strukturnya diletakkan di bawah Jabatan Belia dan Sukan di Peringkat Negeri Selangor. Jadi bagaimana persediaan dan juga kesediaan pihak Kerajaan agar 2 entiti ini boleh synergize together ataupun bergerak seiring dalam sama-sama menjayakan apa juga dasar di Peringkat Belia Negeri Selangor. Kita tolak ke tepi dulu daripada segi agihan peruntukan dan sebagainya. Tetapi bagaimana untuk memastikan 2 entiti ini bersama-sama, kita tidak mahu nanti mereka yang terlibat ataupun yang terlibat secara khusus dalam Majlis Belia Selangor ataupun Majlis Belia-Belia Daerah ini mereka ini hendak kena keluar pula masuk PeBS ataupun PeBT. Jadi kita harap 2 entiti ini boleh bergerak sering. Jadi soalan saya kesediaan Kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang, kita terbuka dalam isu belia ini. Sebab di dalam jadual atau Perlembagaan Persekutuan pun ia adalah tidak disebut sama ada dalam senarai federal ataupun state list. Tidak ada. Ia adalah masalah bersama dengan kita dan Yang Berhormat saya sangat mengalu-alukan kerjasama. Hubungan kita dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor sangat baik, kita mendukung program mereka. Kita hadir dalam beberapa program mereka. Tetapi Yang Berhormat saya suka juga menyebut bahawa Kerajaan Selangor sama sekali tidak mempolitikkan isu belia ini. Kita cuba mencari jalan yang terbaik untuk bersama-sama. Kalau boleh alangkah baik dan indahnya kalau sekiranya Majlis Rundingan Belia itu melibatkan peranan Kerajaan Negeri. Kita boleh bermula di situ sebab hubungan kita dengan KBS dah baik. Cuma Majlis Rundingan kenapa Majlis Rundingan ini berunding, bersidang tanpa penglibatan Kerajaan Negeri. Jika Kerajaan Persekutuan menutup pintu ini maka banyak misi-mis dan visi yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri tidak boleh tembus kepada mereka. Mereka yang meng-isolate kan keadaan ini. Mereka

yang mem-friction kan keadaan belia ini. Jadi Yang Berhormat kita bersedia, Kerajaan Negeri membuka pintu seluas-luasnya untuk bekerjasama dengan mereka. Saya mengharapkan juga daripada Sungai Panjang supaya dapat memberi keyakinan kepada Kepimpinan-Kepimpinan Persekutuan agar tidak terlalu mempolitikkan. Yang Berhormat bayangkan dalam satu Program Pelancaran Hari Selangor, Hari Sukan Negara. Saya mempengerusikan mesyuarat, dipengerusikan oleh saya, hadir dalam mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri kita bersedia untuk laksanakan bersama-sama tiba-tiba satu surat daripada Putrajaya yang mengatakan EXCO Pembangkang tidak boleh terlibat dalam Hari Sukan Negara. Jadi ini keadaan yang memecahkan kita. Kalau sukan pun berpolitik, maka apa jadi dengan adik-adik kita dalam bidang sukan yang ada potensi. Saya menghulurkan tangan kepada Yang Berhormat daripada sebelah pembangkang ataupun Yang Berhormat Sungai Panjang kita tarik dia kemari. Saya menghulurkan tangan Kerajaan Negeri menghulurkan tangan seluas-luasnya dan kita membuka pintu dan saya bersedia untuk duduk semeja dengan mana-mana Majlis atau Persatuan Belia yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan untuk kita sama-sama bekerja melalui misi dan visi sesuai dengan wakik ataupun realiti yang ada dalam negeri Selangor ini.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, soalan saya nombor 70.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 70. Ekonomi Iks Dan PenjajaQuestions

70. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan Kerajaan Negeri dan PBT dalam menyusun semula para penjaja yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan dalam tempoh endemik?

b)

Adakah Kerajaan Negeri bercadang memberikan bantuan yang lebih daripada sediakala kepada para peniaga IKS dalam membangunkan semula perniagaan pasca pandemik?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Timbalan Pengerusi, Speaker. Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha mempermudah dan mempercepatkan kelulusan Lesen Penjaja Sementara sama ada secara manual atau dalam talian. PBT juga telah diminta untuk membantu para peniaga mengenal pasti tapak/ lokasi yang lebih banyak dan sesuai untuk dijadikan tapak penjaja sementara. Ini bagi memastikan kawalan

keselamatan dan laluan trafik adalah terkawal dan mengelakkan kacau ganggu kepada masyarakat sekitar.

Dalam membantu para peniaga IKS dalam membangunkan semula perniagaan pasca pandemik, Kerajaan Negeri melalui agensi–agensi yang berkaitan seperti Invest Selangor sentiasa meneruskan perlaksanaan program–program yang boleh membantu pengusaha IKS mempromosikan dan memasarkan produk mereka ke peringkat global. Penganjuran program seperti Selangor International Business Summit memberi peluang kepada pengusaha IKS untuk mempromosikan produk– produk keluaran mereka di samping sebagai platfom untuk mereka meneroka peluang perniagaan dengan usahawan–usahawan dari luar Negara. Melalui Selangor Business Hub yang merupakan portal perniagaan yang diwujudkan di bawah Invest Selangor memberi peluang kepada komuniti usahawan untuk berinteraksi antara satu sama lain dan membuka peluang bagi mewujudkan jaringan hubungan dengan usahawan luar Negara. Melalui platfom ini dapat membantu usahawan tempatan bagi mengembangkan perniagaan ke pasaran serantau mahupun global. Selain menyediakan peluang pemasaran, Kerajaan Negeri melalui Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) menyediakan pelbagai program bagi meningkatkan produktiviti dan taraf industri IKS dari segi perniagaan secara atas talian atau dengan izin (online). Antaranya ialah melalui Kelas e-Dagang SIDEC, Masterclass (Kelas Lanjutan SIDEC), Selangor Online 100 & Brands 100 serta yang terbaharu Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor. Kelas e-Dagang SIDEC merupakan pemberian kemahiran (skilling), pelaksanaan peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) untuk para peniaga yang menceburi bidang e-dagang buat pertama kali. Sekian.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 71.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 71. Pelanggan Domestik Air SelangorQuestions

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

71. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan jumlah dan peratusan pelanggan domestik yang telah mendaftar e-bil.

b)

Nyatakan jumlah dan peratusan pelanggan domestik yang menerima Skim Air Darul Ehsan (SADE).

c)

Apakah peratusan penerima SADE juga mendaftar e-bil? Apakah galakan untuk mereka mendaftar e-bil?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu dan Timbalan Speaker. Kuala Kubu Baharu bertanyakan soalan berhubung dengan pelanggan kedudukan atau status pelanggan domestik air Selangor tentang penggunaan e-bil. Sehingga 31 Oktober 2021, sejumlah 1,238,314 akaun pelanggan Air Selangor iaitu bersamaan 49% dari 2,544,196 akaun jumlah keseluruhan akaun pelanggan telah mendaftar e-bil. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,055,672 atau bersamaan 85% adalah akaun domestik.

Juga sehingga 31 Oktober 2021, jumlah penerima Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah sebanyak 287,181 penerima dari jumlah yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak 620,000 bersamaan 46% yang kita sasarkan itu yang berdaftar. Dan daripada penerima Skim SADE ini yang telah mendaftar e-bil pula daripada 287,181 penerima ini hanya adalah 43% sahaja ataupun124,864 akaun yang penerima SADE yang telah berdaftar untuk e-bil.

Kerajaan telah melalui Air Selangor telah juga pihak-pihak agensi yang berkaitan telah melakukan pelbagai usaha untuk mengalakkan pelanggan Air Selangor untuk berdaftar dengan e-bil di antaranya ialah:-

i. Menganjurkan program dan aktiviti penerangan bersama-sama dengan wakil-wakil penduduk, wakil-wakil komuniti masyarakat setempat dan wakil-wakil Industri Negeri Selangor bagi menggalakkan para pelanggan Air Selangor mendaftar dengan e-bil.

ii. Membuat promosi pendaftaran e-Bil secara aktif di media sosial Air Selangor seperti Facebook & Twitter.

iii. Insentif-insentif yang lain melonjakkan pendaftaran e-bil sedang dikaji antaranya termasuk cadangan-cadangan yang dikaji ialah kita akan pertimbangkan juga pertimbangan some diskaun kepada mereka yang mendaftar dan membuat pembayaran melalui e-bil dan itu sedang dipertimbangkan dan akan kita putuskan dalam masa terdekat. Sekian.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Memandangkan ramai pelanggan Air Selangor menggunakan bil kertas, mereka tak suka e-bil ataupun belum bersedia berdaftar e-bil. Soalan saya ialah adakah Air Selangor berhasrat menukar cara penyampai bil kertas? Buat masa sekarang cara mereka adalah mereka pergi ke premis tersebut, catat kan meter itu air itu, lepas tu mereka balik pejabat, balik pejabat mereka sediakan sampul surat kirim kepada pelanggan tersebut. Nak pergi Pejabat Pos lagi nak bayar lagi setem. So ini semua membazirkan resources dan juga kertas sampul surat dikirakan sebagai kertas. Adakah Kerajaan Negeri ataupun Air Selangor berhasrat menukar cara penyampaian itu?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih. Kuala Kubu Baharu. Memang di Air Selangor sentiasa meneliti dan melihat bagaimana kaedah-kaedah pemodenan termasuk dari segi billing kepada pelanggannya untuk memudahkan. Dan sebenarnya memang ada beberapa kaedah telah kita gunakan dan telah peringkat mungkin di peringkat perintis lagi contohnya di Sepang kebanyakan menggunakan smart meter. Untuk billing mereka dan kita akan perluaskan apabila kita melihat kewajaran ataupun ke practicality itu adakah berjaya kita laksanakan sebab kita kena ambil banyak faktor, faktor dari segi pekerja baca meter itu sendiri bagaimana nak deploy pekerjaan mereka ini supaya kita buat secara berperingkat-peringkat sebab kita kena ingat bila kita guna sistem-sistem ini semua jadi pembaca meter mereka akan kita terpaksa sign kerja yang lain. Jadi kalau kita buat secara berperingkat-peringkat mungkin kita tidak perlu mengambil pekerja baru baca meter ini. Ini sebenarnya kaedah yang sama berlaku dengan tenaga nasional pun begitu. Jadi kita buat secara berperingkat-peringkat. Keduanya dari aspek logistik di tempat-tempat yang tertentu penggunaan smart meter tidak akan dapat laksanakan kerana kekangan dari segi infra digital dan sebagainya. Ini semua diteliti dan akan dilaksanakan berperingkat-peringkat tetapi akhirnya memang kita akan sampai ke satu peringkat di mana billing ini akan dibuat secara e-billing ataupun secara remote atau pun smart sistem yang memang akan menjadi tumpuan akhirnya pelaksanaan ini. Ini semua sedang dikaji dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Terima kasih. Tuan Speaker. Saya mendengar tadi kalau tak silap sayalah kurang daripada 50% daripada pelanggan domestik yang mendapat Skim Air Darul Ehsan. Apakah puncanya ataupun mungkin Kerajaan Negeri boleh menggunakan pimpinan-pimpinan di peringkat sama ada Ketua Kampung, Ahli Majlis dan sebagainya untuk membantu untuk permohonan pendaftaran dan sebagainya atau daftar air yang boleh buat secara automatik untuk meningkatkan jumlah yang sepatutnya menerima tapi mereka tidak mungkin mereka tak aware ataupun mereka tidak prihatin untuk meningkatkan jumlah ini. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Untuk makluman Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sebenarnya program untuk menggalakkan rakyat yang layak untuk mendaftar dengan SADE sepanjang tahun. Kalau dulu pendaftaran itu

kita buat hanya beberapa bulan tertentu, sekarang kita buat sepanjang tahun bila masa dan masih ada yang mendaftar, tetapi tidak tinggilah angka yang mendaftar itu tetapi kita keputusan untuk melanjutkan skim SADE melalui 1 Januari ini terus dua tahun dan juga membuka pendaftaran sepanjang tahun dari segi promosinya kita akan adakan secara berkala dan pejabat-pejabat pusat khidmat pun kita akan libatkan, sebelum ini kita libatkan dan kita akan perluaskan lagi di media sosial dan sebagainya. Tetapi antara faktor yang kita dapati sasaran yang kita letakkan 620 ribu ini mungkin sasaran yang asalnya tetapi bila dapat kurang daripada 50% kita dapati mereka-mereka ini walaupun mereka tahu tapi ada yang tak begitu berminat, saya tak tahu mungkin angkanya kecil ya. Dari segi pendaftaran dan juga ada lagi masih ada lagi program mygrasi yang sedang berlaku di terutamanya di apartmen-apartmen kos rendah ini yang masih lagi perlukan pelaksanaan mygrasi paip untuk individu meter ini. Tetapi secara umumnya memang kita telah buat pelbagai cara dan kita benarkan terus daftar dan angka ini memanglah satu perkara yang kita pun pelik, kerana sambutannya tidak menepati yang mungkin kita terlebih mungkin, tapi kita akan tingkatkan promosi-promosi bagi menggalakkan ramai lagi mendaftar di bawah Skim Air Darul Ehsan. Terima kasih.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Timbalan Speaker. Cuma saya nak tanya adakah Air Selangor boleh mengkaji untuk memberi secara terus kepada rumah-rumah kampung ataupun pangsapuri secara terus percuma kepada mereka tanpa mengira mereka perlu daftar atau tidak terus. Bila akaun dia adalah dalam kampung dan juga pangsapuri. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Kita kena faham kita telah kaji benda ini dan kita lihat dia tidak dapat dilaksanakan automatik begitu. Kerana apa dia ada banyak masalah faham kategori pelanggan ini macam jenis, kadang-kadang dia duduk rumah itu, tetapi dia sewa dan kita sekarang ini, pelanggan kita beri kepada nama dia sendiri kalau dia pindah rumah, dia ikut dia, dia akan ikut nama dia. Contohnya bagi yang menyewa, jadi kita tak nak kekeliruan, kalau kita terus buat di rumah itu, kalau kebiasaannya kalau dia rumah tapi sebenarnya tuan rumah tu tak layak, dia mungkin orang yang kaya. Tetapi pelanggan itu yang menyewa itu perlukan, dia layak. Jadi dia kena daftar, jadi daftar kalau bila dia pindah akaun itu akan ikut dia. Akan ikut yang menyewa itu jadi dengan cara itu kita betul-betulkan sasarkan kepada mereka yang layak. Ini yang antara perkara yang kita perlu buat dan laksanakan sekarang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 72.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 72. Bantuan Sihat SelangorQuestions

72. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri mahu menaikkan bantuan sihat Selangor yang kini hanya RM5K ke jumlah yang lebih tinggi kerana bantuan 5K ini sekarang tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan pesakit yang ada penyakit kritikal seperti rawatan dialisis.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Meru, soalan yang sangat baik ini, untuk kita mendapat maklumat tentang bantuan Sihat Selangor ini. Meru bertanya mengenai peruntukan Bantuan Sihat Selangor yang sekarang ini adalah 5000 maksima untuk seorang pemohon dan sama ada dan ini tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan yang ada penyakit kritikal. Untuk makluman YB Meru untuk program Bantuan Sihat Selangor bertujuan bagi meringankan beban kewangan kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan bantuan kesihatan. Ini termasuklah bantuan rawatan dialisis yang seperti kita sedia maklum melibatkan kos yang agak tinggi dan purata adalah perbelanjaan bayaran bayar dialisis kalau tiga kali seminggu sebulan adalah RM2400. Memang berat sebulan RM 600 seminggu. Rata-rata memang apa ini tinggilah ya kerana Kementerian Kesihatan tidak dapat menampung kes-kes ini untuk buat dialisis di hospital-hospital dan pusat-pusat KKM dan itu sebabnya Kerajaan Negeri menyedari tentang ini, cuma kita hanya dapat meringankan tidak dapat menyelesaikan keseluruhan rawatan dialisis ini. Untuk makluman sehingga 2021, kita untuk tahun 2021, kita 2099 permohonan diterima untuk bantuan Sihat Selangor dan 1435 daripada permohonan ini adalah daripada dialisis. Makna dia bantuan dialisis meliputi 69% daripada keseluruhan peruntukan bantuan sihat Selangor. Satu portion satu bahagian yang agak tinggi.

Jadi pada masa yang sama kita juga ada rakyat yang mempunyai penyakit-penyakit lain. Jadi itu sebabnya di dalam apa ini pelan belanjawan yang diumumkan baru-baru ini, kami telah meluaskan juga untuk bantuan talasimia, makanan tambahan, pengangkutan dan untuk pesakit kanser dan kita juga memikirkan untuk bagaimana kita boleh memberi service kepada mereka yang terlantar di rumah. Jadi memang kami, sahabat saya, pihak saya memang memohon lebih daripada RM 5 juta. Namun kita kena tengoklah kemampuan Kerajaan Negeri dan insyaAllah, saya cuma mengharapkan Kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Kesihatan dapat

menambah lagi pusat-pusat rawatan dialisis secara percuma memandangkan kos yang tinggi dalam rawatan ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Meru.

Okay. Terima kasih Y.B. Tuan Timbalan Speaker, soalan tambahan saya, setakat ini, seperti mana yang sedia maklum. Lembaga Zakat Selangor ada menyediakan juga pusat dialisis. Adakah di peringkat Kerajaan Negeri sendiri di bawah Portfolio Yang Berhormat sendiri merancang ataupun bercadang untuk mengadakan pusat dialisis sepenuhnya dibawah tangunggan Kerajaan Negeri Selangor.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak merancang untuk menubuhkan pusat-pusat dialisis kerana kita bukan sahaja memikirkan tentang, apa ini, dia ada banyak proses. Kalau kita buat satu tidak mencukupi. Kalau kita hendak buat banyak pun juga tidak, apa orang kata kos yang sangat tinggi terutamanya kos apa ini orang kata kos apa ini, kos opax nya itu. Tetapi yang paling penting adalah dia mesti memenuhi sycap, ia memenuhi apa ini peruntukan-peruntukan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Negeri Malaysia itu sendiri. Jadi buat masa sekarang saya lebih rasanya lebih baik kalau kita mendapat peruntukan lebih tinggi dan kita boleh memberi subsidi yang lebih banyak daripada apa yang ada sekarang. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Kampung Tunku. Tidak hadir.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Timbalan Speaker, saya ingin tolong ambil soalan ini, merujuk kepada 24(2)

Timbalan Speaker

Baik, saya benarkan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 73. Cadangan Persempadanan Semula SprQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

73. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Dengan adanya bilangan pengundi yang meningkat di negeri Selangor, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambah bilangan kerusi pilihanraya di peringkat DUN dan Parlimen?

b)

Apakah halangan kepada rancangan ini sekiranya ada?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya menjawab soalan ini bagi pihak Dato’ Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kg. Tunku. Umum mengetahui bahawa Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan pindaan kepada perkara 47 dan perkara 119 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2019.

Pindaan ini telah menurunkan had usia kelayakkan daripada usia umur 21 tahun kepada umur 18 tahun berkait dengan dua perkara, iaitu :

Yang pertama, kelayakkan mengundi di dalam pilihanraya. Serta yang kedua, kelayakkan menjadi seorang Ahli Dewan Rakyat. Secara amnya walaupun sudah melebihi dua tahun sejak pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Proses ini akan selesai pada 31 Disember 2021. Dan berkuatkuasa mulai tahun 2022. Menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-undang, itu yang akan berkuatkuasa mulai tahun 2022.

Tuan Speaker, penguatkuasaan pindaan ini, sudah pasti akan meningkatkan jumlah pengundi di Selangor kerana ianya akan menambah warga Malaysia yang berumur 18 tahun, 19 tahun serta 20 tahun ke dalam senarai dengan izin electoral roll.serta warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Hal ini demikian, kerana pendaftaran pengundi akan dilaksanakan secara automatik, selaras dengan penguatkuasaan Pindaan Perlembagaan Persekutuan. Tuan Speaker, jadual ke tiga belas Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa tatacara menyempadanan bahagian-bahagian Pilihanraya di bawah bidang kuasa dan akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Kerajaan Persekutuan, khususnya jawatan Perdana Menteri. Kali terakhir bilangan kerusi Dewan Negeri Selangor ditambah adalah pada tahun 2003. Sewaktu proses persepadanan semula di jalankan sebelum pilihanraya tahun 2004. Yang menambah sebanyak lapan kerusi. Iaitu daripada 48 kerusi kepada 56 kawasan di seluruh negeri Selangor.

Umum mengetahui juga bahawa, proses persepadanan semula telah berlangsung di seluruh Negara pada 2018 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 28 Mac tahun itu. Perkara 113 (2) menetapkan bahawa setiap kajian semula kawasan pilihanraya hendaklah dilakukan tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu kajian semula. Dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudianya. Setiap

kajian yang dijalankan juga hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak lebih dua tahun dari tarikh bermulanya kajian tersebut. Tuan speaker, Kerajaan Negeri tidak menolak kemungkinan kerusi di Dewan Negeri Selangor ditambah untuk mengambil kira bukan sahaja peningkatan untuk pengundi berumur 18 tahun sehingga 20 tahun. Tetapi juga aspek peningkatan penduduk akibat migrasi warga Malaysia dari negeri lain ke Selangor untuk mencari peluang pekerjaan. Namun begitu, kita harus focus terhadap aspek kesekatan jumlah pengundi dalam negeri antara satu kawasan dengan kawasan yang lain untuk mengelakkan daripada berlakunya malportionment ataupun ketidakkesakataan yang akan mengakibatkan nilai undi dalam satu kawasan tidak setanding dengan kawasan yang lain. Sekian terima kasih.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Timbalan Speaker soalan susulan.

Timbalan Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya ialah, saya ingin tahu pendapat Yang Berhormat EXCO, adakah adil untuk mana-mana kerusi di DUN Negeri Selangor mencecah daripada 100,000 pengundi.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ini merupakan satu soalan yang cukup baik, kerana di beberapa kawasan setahu saya termasuk kawasan saya sendiri di Kinrara, Bukit Lanjan, Kajang, Subang Jaya. Semua telah melebih 100,000 pengundi. Ini adalah DUN sahaja, ini bukan parlimen, ini bukan kerusi parlimen, kerusi DUN dan dengan bilangan pengundi yang begitu banyak sebenarnya. DUN-DUN sebegini jauh, pengundinya jauh lebih besar daripada kebanyakkan kerusi Parlimen di Malaysia. Jadi pandangan saya adalah ini adalah tidak adil kepada pengundi kerana apa yang kita selalu sebut kita hendak sah. Nilai undi itu adalah lebih kurang sama. Equal value one vote. Lebih kurang sama. Jadi tibalah masa kita perlu mengkaji untu penambahan kerusi DUN di Negeri Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya. Sg. Ramal. Tidak hadir. Soalan seterusnya, Kota Anggerik.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Tuan Speaker, peraturan tetap 24(2) saya ingin mengambil soalan no. 75.

Timbalan Speaker

Saya benarkan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 75. Industri Batik MalaysiaQuestions

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

75. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu kemajuan industri tekstil Batik Malaysia?

b)

Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menjadikan negeri Selangor sebagai salah satu hab untuk mempromosikan Batik Malaysia?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Tuan Speaker. Bagi menjawab soalan daripada Kota Anngerik. Saya ingin menjawab soalan kedua-dua secara bersama-sama. Dalam usaha untuk memajukan industri Batik Malaysia, Kerajaan Negeri melalui agensi yang bertanggungjawab Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor atupun (PADAT) sedang merancang untuk membangunkan Batik Selangor bermotifkan “Bunga Tanjung” dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Selangor. Menyedia reka bentuk dan motif batik dalam sedang dalam tindakan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ataupun cawangan Selangor. Bagi tujuan pengiktirafan, rekaan sedang dibangunkan ini dan dijadikan sebagai identiti dan motif batik negeri Selangor dan dicadangkan untuk diisytiharkan sebagai “Batik Selangor”. Selanjutnya PADAT mengemukakan cadangan kepada Negeri Selangor untuk pemakaian batik motif bunga tanjung kepada semua Ahli Majlis bagi meningkatkan kesedaran dan promosi kepada masyarakat awam. Selain daripada itu, PADAT juga telah mengadakan perbincangan dengan mengenai batik bunga tanjung bersama dengan pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia ataupun (MOTAC) Selangor dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara ataupun (JKKN) Selangor untuk mempromosikan batik Selangor motif bunga tanjung dan juga pemakaian batik oleh penjawat awam bagi di Selangor. Sebagai usaha untuk mempertingkatkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan di Selangor, PADAT menyokong cadangan untuk menjadikan salah satu Selangor hab untuk mempromosikan Batik Selangor, namun satu kerjasama bersepadu diperlukan antara agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan untuk memastikan cadangan ini dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan memberikan impak tinggi terhadap industri pelancongan dan tekstil di Selangor.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Kota Anggerik

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Saya hendak tanya pihak Kerajaan. Apakah kita ada perancangan untuk membenarkan pemakaian batik kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri seperti mana yang telah dilaksanakan di peringkat Parlimen. Pada setiap hari Khamis di mana Ahli-Ahli Parlimen di benarkan memakai batik ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Apakah di Selangor ada perancangan tersebut. Terima kasih.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih Kota Anggerik. Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Federal telah mengarahkan kepada semua penjawat awam yang pada setiap hari Khamis akan memakai batik. Dan kita Kerajaan Negeri Selangor juga bercadang permulaannya kita akan memberi cadangan kepada semua EXCO ataupun ahli MMKN untuk memakai batik pada setiap hari Khamis dengan bertemakan “Bunga Tanjung”. insyaAllah. Baik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Soalan saya untuk Ahli-Ahli Dewan pada hari Khamis, adakah kita boleh mencadangkan?

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Untuk Ahli Dewan ini, kita akan angkatkan paper untuk dapat kelulusan. Jika diberi kelulusan, kita akan pastikan bahawa pelaksanaan bagi semua wakil rakyat untuk memakai batik yang akan dicadangkan.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sementa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya kepada EXCO adakah telah tersedia kain yang bercorak bunga tanjong ini. Untuk diguna pakai oleh seperti yang disebut oleh Y.B. EXCO tadi, untuk kakitangan dan juga untuk Ahli Dewan ini. InsyaAllah.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih pertanyaan daripada Y.B. Sementa. Kami sekarang dalam kajian dan kita telah mengadakan beberapa kali perbincangan meja bulat bersama dengan apa ini pegawai-pegawai yang berkaitan untuk memastikan bahawa pelaksanaan batik bunga tanjung ini dapat dilaksanakan tetapi memerlukan kajian lebih mendalam kerana ini melibatkan identiti Negeri Selangor.

Timbalan Speaker

Solan seterusnya. Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Subang Jaya no. 76.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Prestasi Aplikasi SehatQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

76. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan prestasi Aplikasi SEHAT sejak pelancaran termasuk bilangan pengguna, bilangan orang yang dinasihati, bilangan orang yang dirujuk ke hospital untuk rawatan, dan bilangan orang yang sudah mendapatkan rawatan hospital.

b)

Adakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi di atas?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Okay. Y.B. Subang Jaya, yang bertanya mengenai Prestasi Aplikasi SEHAT. Untuk makluman, Sidang Dewan sekalian, masalah kesihatan mental ini, adalah masalah kesihatan ke dua tertinggi di Malaysia. Sebelum kita masuk ke PKP lagi, sebelum ini pihak Negeri telah berusaha untuk memberi kesedaran tentang isu masalah kesihatan mental. Namun selepas berlakunya PKP dan bagi mengekang penularan COVID ini, bukan sahaja impak ekonomi atau sember kewangan individu malah turut memberi kesan pada tahap kesihatan mental seseorang dan telah banyak laporan yang diberi bahawa panggilan telefon untuk menagani masalah kesihatan mental ini meningkat. Jadi menyedari hakikat ini kita Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program Selangor Mental Sihat atau SEHAT. Selangor Sihat yang dilancarkan pada 30 Ogos 2021, bagi membantu golongan yang terjejas.

Sejak pelancanran Aplikasi Mental Sihat, bermula 1 September – 21 November 2021 seramai 4,902 orang rakyat Selangor yang telah mendaftar dan menggunakan Aplikasi SEHAT termasuk melakukan ujian saringan kesihatan mental dan ujian literasi kesihatan mental. Data juga menunjukkan sejumlah 18,253 tontonan bagi 30 buah video Pendidikan kesihatan mental di dalam Aplikasi SEHAT telah ditonton pengguna yang mencukupi pelbagai isu-isu kesihatan mental. Aplikasi SEHAT ini Yang Berhormat sekalian, boleh buka aplikasi SELANGKAH dan di situ ada logo untuk kesihatan mental ini SEHAT ini dan terus boleh akses terus dan boleh buat ujian saringan dan sebagainya. Kalau ada sesiapa yang belum tahu tentang aplikasi ini. Manakala bilangan orang dinasihati melalui aplikasi ini atau secara khusus melalui

aplikasi Whatsdo cadalah seramai 89 orang. Mereka telah menjalankan konsultasi secara atas talian bersama kaunselor-kaunselor bertauliah melalui platform aplikasi SEHAT ini. Kita bekerjasama dengan aplikasi Whatsdoc dan mereka yang nak bercakap dengan kaunselor-kaunselor ini boleh bercakap dengan percuma melalui aplikasi ini dan pulih. Kita ada 30 orang kaunselor bertauliah yang sedia menerima panggilan ataupun sedia berhubung dengan pemanggil-pemanggil. Bagi data bilangan orang yang dirujuk ke hospital dan yang mendapat rawatan di hospital setakat ini aplikasi SEHAT belum menyediakan perkhidmatan rujukan terus ke hospital untuk rawatan. Jadi kita tidak ada data untuk ini ya Yang Berhormat. Namun kita dalam proses untuk menghubungkan kaunselor-kaunselor kita dengan pakar-pakar psikiatri daripada Kementerian Kesihatan yang bertugas di Negeri Selangor. Kami baru mengadakan perbincangan dengan mereka dan perbincangan lanjut akan dilakukan sekiranya pemanggil itu perlu mendapat rujukan segera kepada pakar maka kita ada jalan pintas untuk sampai kepada pakar, insyaAllah.

Yang berhormat Kampung Tunku ada bertanyakan berkenaan pecahan umur pengguna SEHAT, julat umur pengguna SEHAT secara purata adalah antara 10 sehingga 82 tahun. Statistik pecahan umur pengguna adalah seperti ini:

1) Bawah 18 tahun : 1.7 peratus 2) 18-30 tahun : 28.8 peratus 3) 30-50 tahun : 57.8 peratus dan ini adalah majoriti penggunanya 4) 50-82 tahun : 11.7 peratus

Nampaknya boleh dipakai oleh semua rakyat kita sehinggalah 82 tahun. Yang Berhormat Subang Jaya juga ada bertanyakan adakah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan prestasi ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan program Selangor Mental Sihat ini yang mula diperkenalkan pada pertengahan 2021 ini merupakan program yang lebih komprehensif bermula daripada kesedaran, pendidikan, saringan, intervensi awal dan juga terapi berkumpulan bersepadu serta diintegrasikan dengan aplikasi SELANGKAH. Berbanding program kesihatan mental yang diadakan pada tahun 2020, selanjutnya untuk 2022 SEHAT akan menggiatkan lagi promosi dan advokasi bagi meningkatkan jumlah pengguna aplikasi ini dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam aplikasi. Untuk makluman Yang Berhormat juga, bermula tahun 2022 Kerajaan Negeri juga akan menggunakan peruntukan program SEHAT bagi tujuan rujukan kepada pakar psikiatri awam dan swasta. Kerajaan Negeri juga telah mengadakan perbincangan bersama pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) bagi tujuan rujukan penggunaan SEHAT kepada pakar psikiatri awam. Setakat ini Kerajaan Negeri melihat program SEHAT yang diadakan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Mental Illness Awareness Support Association (MIASA) berada di landasan yang tepat bagi mencapai objektif bagi membantu meningkatkan kesedaran rakyat berhubung penjagaan kesihatan mental di samping membantu mereka yang mempunyai masalah

berkaitan terutamanya pada era pandemik dan sekarang ke arah era endemik. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri melihat terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dalam memastikan program ini terus berkesan dan mampan pada tahun hadapan dan perkara ini sedang di peringkat perbincangan dengan semua pihak yang berkaitan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Kota Damansara.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Timbalan Speaker, Peraturan Tetap 24(2) saya ingin mengambil soalan 77.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 77. Jom Shopping Perayaan (JSP) Dun N39 Kota DamansaraQuestions

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

77. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Jumlah sebenar penerima JSP untuk tahun 2018/2019/2020/2021 ?

b)

Apakah penambahbaikan dasar kerajaan (jika ada) untuk lebih ramai penerima program tersebut ?

c)

Apakah masalah besar yang telah di hadapi oleh kerajaan (jika ada) dalam melaksanakan program tersebut ?

Timbalan Speaker

Saya benarkan.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Timbalan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Lanjan kerana mengambil soalan.

Tuan Speaker, program pemberian bantuan secara baucar untuk rakyat miskin bersempena perayaan atau lebih dikenali sebagai Program Jom Shopping. Merupakan program bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Pemerdayaan dan Pembangunan Sosioekonomi. Ia merupakan program bantuan bersempena tiga perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Di mana setiap keluarga yang kurang berkemampuan akan diberikan baucar untuk pembelian barangan keperluan bernilai RM 100 di pasar raya terpilih. Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kota Damansara

berkenaan jumlah sebenar penerima Jom Shopping. Perayaan untuk tahun 2018, 2019, 2020 dan 2021 berdasarkan rekod sebanyak RM32,268,100 juta telah dibelanjakan bersamaan dengan 322,681 orang penerima manfaat bagi ketiga-ketiga perayaan. Yang Berhormat Kota Damansara, setakat ini tiada sebarang penambahbaikan dasar Kerajaan untuk lebih ramai rakyat menerima bantuan Jom Shopping, ini kerana peruntukan yang sedia ada adalah terhad iaitu sebanyak RM 8 juta setahun sahaja dan perlu dibahagikan kepada tiga perayaan utama. Namun yang demikian Jawatankuasa Pembangunan Sosioekonomi telah menetapkan salah satu syarat permohonan iaitu penerima bantuan Jom Shopping mestilah bukan penerima manfaat di bawah Program Kasih Ibu Smart Selangor atau Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Selangor yang lain yang berkelayakan untuk menikmati manfaat salah satu program IPR ini dikenali sebagai Iltizam Selangor Penyayang. Setakat ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai masalah besar di dalam mengendalikan program Jom Shopping, ini kerana kesemua program di pusat khidmat ADUN atau PKM telah mahir dan terlatih dalam mengendalikan proses pemilihan peserta. Masukkan data ke dalam sistem Jom Shopping perayaan, mengagihkan baucar kepada peserta yang layak, membuat pemantauan dan sentiasa berkomunikasi dengan pasar raya dengan begitu baik demi memastikan kelancaran program ini.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 78.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 78. Pelaburan Melalui Pelancongan PerindustrianQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

78. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Memandangkan projek pelancongan perindustrian akan berlangsung di Balakong pada awal tahun depan, adakah kerajaan berancang untuk menarik pelaburan dari dalam/luar negeri melalui kerjasama dengan kilang-kilang yang menyertai program pelancongan perindustrian?

Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIM

: Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri secara dasarnya amat mengalu-alukan sebarang cadangan pelaburan sama ada pelabur tempatan mahupun pelabur asing dan Kerajaan Negeri

melalui agensi penggalakan pelaburan iaitu Invest Selangor sedia membantu pihak pelabur bagi merealisasikan perancangan pelaburan mereka di Negeri Selangor termasuk program pelancongan perindustrian.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Batang Kali. Tidak hadir. Lembah Jaya.

Y.B. PUAN HANIZA BINTI MOHAMED TALHA

: Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya nombor 80.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 80. Pendapatan Negeri Selangor 2020-2021Questions

80. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah pendapatan Kerajaan Negeri sepanjang 2020 sehingga 2021 mengikut sektor?

b)

Bagaimanakah Kerajaan Negeri merancang pemulihan ekonomi Selangor pasca pandemik Covid19?

Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIM

: Tuan Timbalan Speaker. Pendapatan bagi Kerajaan Negeri bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM 2.257 juta atau 102.62 peratus berbanding anggaran hasil yang disasarkan sebanyak RM 2.2 bilion.

Daripada keseluruhan hasil 2020 tersebut, hasil tanah adalah berjumlah RM 1.813 juta atau 80.32 peratus dan hasil selain tanah berjumlah RM 444 juta atau 19.68 peratus. Manakala, pendapatan Kerajaan Negeri sehingga 11 November 2021 adalah sebanyak RM 2.033 juta atau 92.45 peratus berbanding anggaran hasil yang disasarkan sebanyak RM 2.2 bilion.

Daripada keseluruhan hasil sehingga 11 November 2021 tersebut, hasil tanah adalah berjumlah RM1.687 juta atau 82.97 peratus dan hasil selain tanah berjumlah RM 346 juta atau 17.03 peratus.

Bagi soalan (b), izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama soalan yang diterima daripada Yang Berhormat Rawang memandangkan kesemua soalan yang

diutarakan membangkitkan isu kesan penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat terhadap ekonomi Negeri Selangor. Tuan Timbalan Speaker, Negeri Selangor sebagai salah satu negeri penyumbang KDNK terbesar di Malaysia perlu segera menyediakan pemangkin untuk merangsang ekonomi dalam sektor-sektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan KDNK di Negeri Selangor. Oleh yang demikian beberapa kitaran solusi ekonomi untuk pemulihan juga telah dirangka seperti berikut:

1) Meningkatkan kecairan tunai penyedia perkhidmatan/ kontraktor melalui Program Selangor Advanced dengan pembiayaan RM100 juta;

2) Pemulihan tenaga kerja (upskilling) menerusi Program Youth Economy Smart Selangor (YES) dengan penciptaan sekurang-kurangnya 10 ribu peluang pekerjaan yang melibatkan lokaliti Dewan Negeri Selangor;

3) Merancakkan pembangunan hartanah menerusi penambahbaikan polisi Rumah Mampu Milik termasuklah meningkatkan jumlah kediaman (availability) rumah untuk Smart Sewa;

4) Usahawan Digital menerusi Program Digital Selangor yang bermatlamat untuk memacu ekonomi negeri menerusi inisiatif digitalisasi agar ekonomi negeri dapat memberi penciptaan nilai baharu kepada masyarakat;

5) Konsep Pertanian 4.0 yang menjurus kepada kaedah pertanian masa hadapan seperti precision agriculture (penggunaan peralatan moden dan teknologi GPS), penanaman secara fertigasi dan kaedah tanaman menegak (vertical agriculture) atau food security negeri Selangor berada dalam tahap yang selamat dan dalam masa sama meningkatkan pendapatan agropreneur serta amalan pertanian lestari (sustainable agriculture);

6) Penambahbaikan pengurusan terimaan hasil Kerajaan Negeri termasuklah usaha-usaha untuk memberi kemudahan kepada pemaju/ individu bagi membayar premium tanah secara berperingkat tanpa menjejaskan hasrat untuk pemajuan tanah. Selain itu, strategi ini juga akan meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan Negeri dalam pengurusan terimaan hasil;

7) Usaha Kerajaan Negeri turut melibatkan industri kecil dan sederhana di Negeri Selangor di mana Kerajaan Negeri membantu bebanan kos syarikat-syarikat IKS menerusi Program Digitalisasi Urus Tadbir Tenaga Kerja. Usaha ini adalah langkah pertama syarikat-syarikat IKS merebut kesempatan untuk meningkatkan persaingan digitalisasi dan revolusi industri 4.0;

8) Kerajaan Negeri juga akan terus memperkasakan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya melalui pembangunan infrastruktur air yang lestari dengan penerbitan Sukuk Kelestarian Air Selangor di bawah rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (Sustainable and Responsible Investment Suku, SRI Sukuk). Nilai sukuk yang akan diterbitkan berjumlah sehingga RM10 bilion dengan tempoh matang antara 1 hingga 20 tahun. Hasil daripada penerbitan sukuk ini akan digunakan untuk membiayai infrastruktur air mesra alam.

Selain itu juga, Selangor Bekerja 2021 adalah satu program jelajah kerjaya hasil dari inisiatif kerajaan Negeri Selangor melalui EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor dalam usaha untuk menaikkan taraf ekonomi penduduk dan membangunkan sektor-sektor ekonomi di Negeri Selangor. Program akan bermula pada 23 Oktober 2021 sehingga 27 November 2021 di enam lokasi. Terdapat 25 ribu peluang kerja dari lebih 50 majikan ditawarkan di dalam program jelajah ini.

Usaha-usaha ini dijangka dapat membantu Kerajaan Negeri untuk merancakkan ekonomi negeri Selangor yang menjadi tunjang kepada ekonomi negara. Selain itu, Kerajaan Negeri juga melaksanakan instrumen kawalan perbelanjaan yang berhemah berteraskan konsep integriti dan mengekang perbelanjaan yang tidak perlu supaya pengurusan perolehan memberikan pulangan terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan (value for money). Sehingga kini, tiada jangka masa tertentu yang dapat diberikan oleh mana-mana pihak dalam menentukan pemulihan ekonomi di dalam negara mahupun di negeri Selangor. Pemulihan tersebut bergantung kepada pelbagai faktor luaran dan dalam yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak terlibat sama ada pihak Kerajaan, penggiat industri mahupun rakyat. Walau bagaimanapun, negeri Selangor sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara tidak punya pilihan lain melainkan menjadi peneraju yang merintis jalan ke arah pemulihan yang pantas. Demi merealisasikan cita-cita ini kita memerlukan sokongan setiap individu, setiap institusi serta agensi kerajaan dan pentingnya Kerajaan Negeri mempunyai hubungan simbiotik yang profesional demi kebaikan rakyat negeri Selangor khususnya.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Sumber yang saya kira sangat penting kepada Kerajaan Negeri. Adakah Kerajaan Negeri masih lagi meneruskan sistem melalui tender kepada pelabur-pelabur ataupun hatta kepada syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Kerajaan Negeri pada hari ini, terima kasih.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Timbalan Speaker, selama ini tanah yang dibeli oleh pelabur adalah tanah swasta. Untuk tanah tender ia hanya melibatkan tanah yang di rampas ataupun tanah pocket land ataupun mungkin tanah yang besar. Dasar sekarang akan kita tenderkan dalam keadaan yang biasa. Untuk pelabur asing kebanyakannya mereka membeli melalui syarikat-syarikat pemaju. Oleh itu, tidak ada isu sama ada dasar tanah ditender kepada pelabur-pelabur.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya.

Soalan Tambahan.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Soalan daripada Taman Medan, Soalan No. 81.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 81. Penyambungan Dan Penamatan Tauliah Mengajar Agama Islam Aktivis PolitikQuestions

81. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kaedah mengenalpasti pemegang tauliah mengajar agama Islam sebagai seorang ahli politik?

b)

Adakah pernah tauliah tersebut ditamatkan sebelum tempoh sahnya berakhir atau selepas pembaharuan?

c)

Adakah pemegang tauliah yang baru dikesan statusnya sebagai ahli politik boleh ditamatkan tauliahnya atas status itu?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih kepada kepada Timbalan Speaker dan juga Yang Berhormat Taman Medan. Taman Medan bertanya apakah kaedah untuk mengenal pasti pemegang tauliah mengajar agama Islam sebagai seorang ahli politik. Setakat ini belum ada kaedah spesifik yang ditentukan buat masa ini. Walau bagaimanapun kaedah mengenal pasti pemegang tauliah

mengajar agama Islam sebagai seorang ahli politik adalah melalui tiga acara. Yang pertamanya pengisytiharan atau deklarasi di dalam borang permohonan tauliah mengajar sebagai seorang ahli politik ada dalam borang. Yang keduanya ialah semakan dan siasatan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh pihak jawatankuasa tauliah dan yang ketiganya melalui dakwaan pihak ketiga yang menyertakan dengan bukti-bukti yang absah.

Taman Medan juga bertanya pernahkah tauliah tersebut ditamatkan sebelum tempoh sahnya berakhir atau selepas pembaharuan. Jawapannya pernah. Ada beberapa kes pemegang tauliah yang terlibat dengan beberapa fahaman yang meragukan. Soalan yang berikutnya pemegang tauliah yang baru dikesan statusnya sebagai ahli politik boleh ditamatkan tauliahnya atas status tersebut. Jawapanya boleh, berdasarkan ketidak patuhan terhadap arahan, larangan atau perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor atau Jawatankuasa Tauliah yang diwujudkan. Perkara ini merujuk kepada Perkara 17 (e) Bahagian VIII Penggantungan Atau Penarikan Balik Tauliah berhubung Kuasa Jawatankuasa untuk menggantung atau menarik balik Tauliah. Sekian terima kasih.

Soalan Tambahan.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Saya ingin bertanya kepada EXCO, bagaimanakah jika ada kes yang diklasifikasikan berbeza di antara seorang pemegang tauliah yang berstatus sebagai seorang ahli politik yang memiliki tauliah yang ditamatkan, tamat tempohnya pada tempoh yang sama tetapi kemudian disambung. Manakala ada pihak yang tidak disambung. Apakah perkara itu juga boleh dibuat penilaian dan pelaksanaannya semula untuk ditamatkan bagi ahli politik yang terbabit berdasarkan aduan daripada mana-mana pihak.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih kepada Yang Berhormat Taman Medan yang mengajukan soalan tambahan berkenaan dengan adakah pemegang-pemegang tauliah yang didapati terlibat ataupun aktif dalam parti politik. Seperti mana yang saya sebutkan tadi bahawa dakwaan-dakwaan yang disertakan dengan bukti yang sahih boleh diajukan kepada pihak Pejabat Agama Islam untuk tindakan lanjut. Terima kasih.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sg Kandis. Soalan saya adalah berkenaan dengan definisi tepat ataupun takrifan ataupun penakrifan yang tepat

berkenaan dengan aktivis politik ini di peringkat kerajaan siapakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai aktivis politik dalam konteks tauliah mengajar agama Islam. Sebab kalau bercerita fasal politik ini ada banyak terjemahan dan juga apa namanya ini penakrifan yang luas. Adakah mereka itu adalah ahli politik ataupun menjadi ahli kepada sebuah parti politik yang berdaftar, pemimpin parti politik ke dan bagaimana pula kaitan dia, kita dia menyampaikan tauliah dia berpolitik ataupun dia berpolitik di luar sewaktu pengajian. Jadi bagaimana pendirian kerajaan nak membezakan ini dalam isu penamatan atau meneruskan sesuatu tauliah mengajar agama Islam. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang yang beminat. Sg Panjang ada tauliah?. Tak ada ye.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Saya ada tauliah sebagai peguam sahaja.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Seperti mana saya sebutkan tadi bahawa buat masa ini belum lagi ada kaedah spesifik atau TOR (Term of Reference) berkenaan dengan siapakah ahli politik dan jawatankuasa tauliah di bawah Majlis Agama Islam Selangor sedang memperincikan ciri-ciri tersebut dan insyaAllah kita akan berikan kenyataan kemudian. Terima kasih.

Saya mohon soalan tambahan sekali lagi yang terakhir Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Ya baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Menerusi penelitian pada laman sesawang tauliah.jais.gov.my seperti mana saya nyatakan pada persidangan yang lepas, bagaimana perbezaan pemegang tauliah yang berakhir tauliahnya pada 31 Disember 2021 yang kemudian disambung seorang berjawatan ahli politik iaitu Ketua Urusan Ulama Parti Islam Se-Malaysia yang telah disambung pada 1 Januari 2021, tetapi tauliah yang diperolehi oleh Ahli Parlimen bagi Kawasan Hulu Langat Yang Berhormat Datuk Hasanuddin telah ditamat pada 31 Disember 2021 tetapi 31 Disember 2022 tidak disambung bagaimana dua perbezaan kes ini berlaku. Ya saya mohon penjelasan.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih kepada Taman Medan sekali lagi yang inginkan penjelasan berkenaan dengan status pemegang-pemegang tauliah yang berakhir 31 Disember. Kedua-dua ini kita akan teliti dan juga semak berkenaan dengan dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat berkenaan ada yang diteruskan dan ada yang ditamatkan. Betul ya. Jadi insyaAllah kita akan berikan jawapan kepada Yang Berhormat selepas sidang ini.

Timbalan Speaker

Baik soalan seterunya.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Sri Kembangan

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Timbalan Speaker soalan saya no. 82.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 82. Projek Tebatan Banjir Di Jalan KuyuhQuestions

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

82. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah fokus dan jumlah projek tebatan banjir di Jalan Kuyuh yang diperuntukkan dibawah RMK terbaru?

b)

Adakah ia akan memberi perhatian lebih kepada kawasan Selangor atau Kuala Lumpur?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan, Tuan Timbalan Speaker. Sri Kembangan bertanyakan soalan berhubung dengan Projek Tebatan Banjir di Jalan Kuyuh. Untuk makluman Yang Berhormat, usaha-usaha Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengatasi masalah banjir di lembangan Sungai Kuyuh adalah melalui tindakan yang kita perkenalkan yang baru dipanggil tindakan segera dan tindakan jangka masa panjang. Untuk tindakan segera, baru-baru ini Kerajaan Negeri telah meluluskan segera dengan segera, nama pun segera, peruntukan hampir RM 40 juta ya, RM 39,675,000.00 bagi kerja-kerja segera di kawasan 50 hotspot banjir di Negeri Selangor di mana sebanyak RM 5.9 juta telah diperuntukkan di kawasan Seri Serdang dan Seri Kembangan bagi melaksanakan 4 kerja melibatkan pengorekan sungai dan pengorekan serta pelebaran kolam takungan termasuk RM4.2 juta di Kolam Takungan Bluewater. Melalui tindakan ini ialah tindakan segera yang dalam pemantauan Kerajaan Negeri bersama JPS yang akan dilaksanakan dalam masa mulai bulan Disember ini dan akan siap tindakan segera ini sehingga bulan Mac 2022.

Untuk tindakan jangka masa panjang, di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir Sg. Kuyuh telah diluluskan dalam Rolling Plan 4 (RP 4) RMK ke-11 di bawah Peruntukan Persekutuan dengan kos sebanyak RM 300 juta. Skop kerja utamanya yang akan

dilaksanakan di Jalan Kuyuh adalah mendalam dan melebarkan Sg Kuyuh bagi mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut. Skopnya termasuklah, kerja-kerja perundingan, pengambilan balik tanah, pengalihan utiliti, menaiktaraf Sungai Kuyoh sepanjang 14 kilometer, menaiktaraf kolam takungan iaitu Kolam A, Kolam UPM 1 dan Kolam Bohol, Membina kolam takungan baru iaitu Kolam UPM 2, pengukuhan jambatan, pembinaan sistem pam serta perangkap sampah. Sistem terkini RTB atau Rancangan Tebatan Banjir Sg. Kuyuh ini dalam peringkat reka bentuk oleh perunding dan diikuti kerja-kerja perolehan dan kerja fizikal akan bermula selewat-lewatnya hujung tahun atau awal 2023, hujung tahun 2022 atau awal tahun 2023.

Objektif pelaksanaan RTB Sg Kuyuh adalah bagi mengatasi masalah banjir di Lembangan Sg Kuyuh yang merangkumi Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadi, projek ataupun rancangan ini akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada kedua-dua negeri dalam mitigasi banjir di dua-dua negeri ini terutama Wilayah, terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Lembah Jaya.

Daripada jawapan Yang Berhormat EXCO tadi, RM 59 juta akan diperuntukkan untuk menangani isu banjir ataupun Projek Tebatan Banjir bagi 5 hotspot seluruh Selangor. Saya ingin tahu apakah 5 hotspot dalam Selangor tersebut dan adakah Sungai Ampang termasuk dalam hotspot yang di kenal pasti. Kerana baru-baru ini banjir lumpur telah berlaku di Sungai Ampang.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli Berhormat yang lain, saya sebutkan tadi RM 39.675 itu keseluruhan bagi langkah-langkah segera di 50 hotspot. Segera ini bermaksud pelaksanaannya daripada bulan Disember sehingga bulan Mac. Empat bulan ini yang kita laksanakan kecuali yang satu yang melibatkan Yang Berhormat Kota Anggerik. Dia lambat sikit projek dia, panjang sikit iaitu yang akan memerlukan satu tahun untuk siap di Taman Mutiara itu. Tetapi yang lainnya dalam masa segera, sebab ini langkah segera merupakan langkah kali pertama kita perkenalkan. Sebelum ini kita ada langkah jangka pendek dan jangka panjang. Tetapi disebabkan berlaku terlalu banyak kes-kes hotspot ini, ataupun kekerapan yang kerap. Hotspot bermakna ia berlaku lebih daripada dua kali tempat yang sama dalam masa setahun. Itu kita masukan dalam kategori hotspot, tetapi di Sungai Ampang baru-baru ini Lembah Jaya merupakan kali pertama yang besar, jadi ia tak masuk hotspot lagi. Walau macam mana pun, bukan bermaksud...

Ia bukan kali pertama, sepuluh tahun sebelum ini juga banjir besar.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ia tidak tersenarai dalam hotspot tetapi tidak bermakna kita abaikan. Tidak. Maksud saya. Yang bila kita luluskan projek ini mengambil kira-kira yang betul-betul hotspot 50. Di mana 45 kawasan yang lama, 5 kawasan baru. Yang itu kita masukkan tetapi bukanlah bermakna kita mengabaikan Lembah Jaya ataupun Sungai Ampang. Itu kita masuk dalam perancangan yang selepas ini iaitu jangka pendek. Yang ini saya nak sebutkan ini adalah berkaitan dengan soalan yang diterima tadi berkaitan dengan Sungai Kuyuh iaitu 5.9 bukan 59. 5.9 langkah segera bagi kerja-kerja tebatan banjir atau di kawasan Sungai Kuyuh. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya. Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker, soalan 83.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, masa tidak mencukupi bagi saya untuk menjawab soalan ini. Esok ya. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bertulis kepada Bukit Lanjan.

Speaker belum bagi rolling la.

Timbalan Speaker

Beri jawapan terus kepada Bukit Lanjan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat Seterusnya Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 semua peringkat.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, sekarang saya mempersilakan pihak Kerajaan jika ingin menggulung atau memberikan apa-apa penjelasan di atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Timbalan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Yang Berhormat Banting dan Yang Berhormat Sijangkang yang telah pun membangkitkan isu semasa Perbahasan Penggulungan Belanjawan 2022 tempohari.

Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Sungai Air Tawar dalam perbahasan telah menyentuh berkenaan projek perkilangan yang diluluskan pada tahun 2020 dengan nilai pelaburan berjumlah RM 12 bilion daripada projek-projek yang telah diluluskan tersebut, berapakah yang telah direalisasikan dan bilakah jangkaan baki tersebut dapat menjadi kenyataan? Saya tidak pasti dari mana Yang Berhormat Sungai Air Tawar dapat RM 12 bilion itu. Sebenarnya jumlah pelaburan yang diperolehi pada

tahun 2020 adalah RM18.43 bilion, jadi saya berharap Sungai Air Tawar sentiasa menyemak fakta dan angka sebelum menyebut di Dewan ini sebab itu adalah kebiasaan Yang Berhormat Sungai Air Tawar membangkitkan fakta yang tidak betul dan malah angka yang diisytiharkan oleh pihak MIDA pun tidak betul. Tuan Timbalan Speaker, sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, bagi tahun 2020 sebanyak 324 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM18.43 bilion. Daripada jumlah projek perkilangan yang diluluskan sebanyak 93% telah pun dilaksanakan. Ini adalah satu angka yang amat tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain dan manakala sebanyak 7% masih dalam peringkat perancangan pembangunan kilang dan juga pemasangan mesin dan alatan bererti 100% akan tercapai. Saya kira ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.

Daripada jumlah projek dalam usaha Kerajaan Negeri memastikan projek-projek yang diluluskan dapat direalisasikan Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor sentiasa mengadakan perbincangan dan tindakan susulan terhadap pelabur-pelabur yang berkaitan bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang berbangkit.

Yang Berhormat Sungai Air Tawar juga bertanyakan adakah terdapat satu garis masa yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pihak pelabur ini tidak menarik handbreak sebaliknya terus berminat untuk melabur di negeri ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, secara dasarnya tiada garis masa yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pihak pelabur untuk tidak menarik cadangan pelaburan mereka. Mana-mana syarikat yang mendapat kelulusan projek di perkilangan daripada pihak MIDA perlu mendapat surat tiada halangan atau no objection letter daripada Kerajaan Negeri. Dalam memproses pengeluaran surat tiada halangan daripada Kerajaan Negeri ini memberi peluang kepada pihak Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor berhubung dan berjumpa dengan syarikat-syarikat atau pelabur yang berkaitan dari masa ke semasa. Maka kita mengadakan perbincangan dan develop mereka, membantu mereka.

Kesempatan ini memberi peluang kepada Pihak Kerajaan Negeri untuk mendapatkan maklum balas di samping membantu menyelesaikan sebarang permasalahan yang berbangkit berkaitan cadangan pelaburan mereka. Sebarang isu ataupun permasalahan yang berbangkit akan di bentang untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek atau Mesra Projek bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik di samping memastikan setiap projek yang diluluskan di Negeri Selangor dapat direalisasikan. Mesyuarat ini diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh saya sendiri selaku EXCO Perindustrian dan Perdagangan. Bagi memberikan gambaran yang jelas bagaimana proses pelaburan dilaksanakan saya telah menjemput beberapa Ahli Yang Berhormat untuk terlibat bersama saya dalam mesyuarat yang diadakan. Pemantauan dan bimbingan yang berterusan daripada pasukan Invest Selangor secara langsung dapat membantu dan memudahkan para pelabur untuk

merealisasikan rancangan pelaburan mereka di samping memastikan cadangan pelaburan dilaksanakan di Negeri Selangor.

Yang Berhormat Sungai Air Tawar, mencadangkan pembinaan kilang kenderaan elektrik atau EV di Sabak Bernam. Menurut beliau, cadangan ini dikemukakan berdasarkan pertemuan dengan pelabur-pelabur yang menyatakan hasrat mereka untuk mencari tempat melabur dan dalam masa yang sama membina kilang kenderaan elektrik. Anggaran nilai pelaburan berjumlah RM 3.0 bilion yang melibatkan pelabur dari luar. Ini menurut Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Projek ini dianggarkan akan menyediakan sebanyak 5,000 peluang pekerjaan. Yang Berhormat Sungai Air Tawar berharap Kerajaan Negeri dapat menerima cadangan ini kerana ianya bakal memberikan keuntungan yang lumayan kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam masa yang sama dapat menambah hasil negeri.

Kerajaan Negeri secara dasarnya amat mengalu-alukan sebarang cadangan pelaburan sama ada daripada pelabur tempatan mahupun pelabur asing dan Kerajaan Negeri melalui agensi penggalakan pelaburan negeri sedia membantu pihak pelabur bagi merealisasikan perancangan pelaburan mereka di Negeri Selangor. Saya ingin mencadangkan kepada Sungai Air Tawar supaya berkongsi maklumat berkenaan pelabur ini dan saya sendiri atau Invest Selangor boleh akan membolehkan pihak Kerajaan Negeri memberikan khidmat nasihat atau bantuan yang sewajarnya. Tapi sekarang ini belum ada lagi cadangan ataupun maklumat daripada Sungai Air Tawar dan saya rasa pelik kenapa mereka nak pilih Sabak Bernam kerana dari segi infrastrukturnya saya kira belum ada pelabur dengan perancangan untuk membina kilang kenderaan elektrik akan pergi ke Sabak Bernam. Jadi, walau bagaimana saya sedia membantu sekiranya benar.

Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Banting mencadangkan agar menubuhkan jabatan khas pemajuan pelaburan dan pelancongan di setiap PBT. Beliau berhujah ini adalah penting khususnya untuk daerah Kuala Langat yang semakin menjadi perhatian di kalangan pelabur asing dan domestik selain mempunyai produk dan destinasi pelancongan yang berpotensi tinggi. Dalam usaha menarik pelaburan dan menyediakan perkhidmatan penyampaian yang terbaik kepada pelabur Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan pada 25 Disember 2005, MMKN Ke 32/2005 ya lebih daripada 16 tahun dahulu telah meluluskan cadangan penubuhan Unit Pelaburan dan Perdagangan di Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.

Objektif penubuhan Unit Pelaburan dan Perdagangan ini adalah bagi menggalakkan dan menjana pertumbuhan ekonomi PBT yang berterusan serta menerokai peluang pelaburan berasaskan potensi dan prospek ekonomi tempatan. Antaranya ialah:-

(a) Untuk meningkatkan pelaburan di Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya di bidang perdagangan, perkilangan dan perkhidmatan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

(b) Membantu syarikat mendapatkan kelulusan segera terhadap projek yang akan dilaksanakan.

(c) Memantau pelaksanaan projek dan mengatasi masalah yang dihadapi pelabur jika berbangkit.

Secara dasarnya unit ini berperanan untuk :-

(i) Mempromosikan PBT ataupun Daerah sebagai destinasi pelaburan mengikut kekuatan sumber ekonomi daya di kawasan PBT berkenaan.

(ii) Memastikan program pembangunan seperti infrastruktur dilaksanakan untuk menarik dan memenuhi kehendak pelabur.

(iii) Memastikan pihak berkuasa memaklumkan secara jelas kepada pelabur mengenai prosedur kelulusan tanah, pelan susun atur, pelan bangunan dan pelesenan diperlukan serta kaedah untuk mendapatkannya.

(iv) Membantu menangani masalah yang dihadapi oleh pelabur untuk mendapatkan tapak, kelulusan pelan bangunan dan lain-lain.

(v) Mengenal pasti projek-projek baru yang berpotensi di PBT atau Daerah berkenaan mengikut kekuatan masing-masing.

Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang Ke-30 dalam tahun 2019, iaitu dua tahun yang lalu yang diadakan pada 16 Oktober 2019 telah meluluskan cadangan pelantikan Pegawai Gred 44 dari Jabatan Perancang, PBT sebagai Pegawai Pelaburan di PBT serta pemberian elaun khas kepada Pegawai Pelaburan yang dilantik. Pegawai-pegawai ini akan dijemput untuk turut serta dalam misi lawatan penggalakan pelaburan yang diadakan berdasarkan keperluan dan kesesuaian. Selain Penubuhan Unit, setiap PBT juga telah melantik Pegawai Khusus dari Jabatan Perancang sebagai Pegawai Pelaburan di samping berperanan sebagai Urus setia kepada Unit Pelaburan dan Perdagangan di setiap PBT masing-masing. Pegawai-pegawai Pelaburan yang dilantik merupakan pegawai tetap yang akan hadir dalam mesyuarat-mesyuarat berkaitan, cadangan projek pelaburan yang diadakan.

Penubuhan Unit dan Pelantikan Pegawai Pelaburan di PBT ini membolehkan Unit Pelaburan dan Perdagangan berfungsi dengan lebih berkesan dan setiap aktiviti pelaburan mendapat penumpuan dan perhatian khusus dari Pihak Berkuasa yang

berkaitan. Ini secara langsung akan menggalakkan team pelaburan dan memperluaskan kegiatan ekonomi tempatan meningkatkan peluang pekerjaan serta meningkatkan hasil dan pendapatan kepada Kerajaan.

Yang Berhormat Sijangkang menyentuh berkenaan dasar memudah cara perniagaan yang disediakan sebagai galakkan kepada pelabur untuk melabur. Yang Berhormat mengharap pemantauan daripada Kerajaan Negeri dan PBT dalam menguruskan pembangunan pelabur-pelabur dari luar agar proses pembangunan yang dilaksanakan mengikut tatacara atau prosedur pembangunan yang telah ditetapkan. Dalam usaha memastikan projek-projek pelaburan dilaksanakan mengikut garis panduan pembangunan yang ditetapkan pihak Kerajaan Negeri senantiasa memantau secara berterusan oleh pasukan Invest Selangor dan menerusi mesyuarat Mesra projek yang saya pengerusikan setiap bulan. Pematuhan terhadap tatacara atau prosedur pembangunan akan dipantau oleh Jabatan-jabatan Teknikal yang berkaitan dan sekiranya terdapat pelanggaran syarat maka tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berdasarkan peraturan semasa. Pengecualian pematuhan tatacara hanya boleh diberikan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam keadaan yang luar biasa dan mempunyai justifikasi yang kukuh di mana ini jarang sekali berlaku.

Dalam beberapa hari yang lepas saya telah pun memaklumkan Dewan yang mulia ini beberapa perkara yang penting mengenai suasana, keadaan dan kedudukan pelaburan asing secara langsung iaitu FDI atau pelaburan dalam Negeri secara langsung atau GDI ke Negeri Selangor melalui jawapan lisan yang dibentangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Butir-butir mengenai dasar, usaha-usaha dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menarik dan mengekalkan pelaburan telah pun berulang kali ditanya dan jawapan yang terperinci telah diberikan di Dewan yang mulia ini.

Kerajaan Negeri Selangor telah melakukan sebaik yang mungkin. Kalau bukan yang terbaik untuk menarik pelaburan, Selangor bukan sahaja membuat apa yang negeri lain buat malah membuat apa yang tidak dibuat atau tidak mampu dibuat oleh negeri lain untuk membina kekuatan Selangor dan mempromosikan Selangor kepada dunia luar. Selangor tidak hanya mementingkan daya saing Selangor dengan negeri-negeri dalam Malaysia malah membandingkan diri dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, Selangor menetapkan sasaran menjadikan Selangor sebagai Hub Perdagangan Global atau dengan izin Global Trading Hub. Bersandarkan kedudukan dan kekuatan Selangor sebagai Pintu Gerbang ke ASEAN. Ke arah itu, Kerajaan Negeri telah menganjurkan Selangor International EXPO pada tahun 2015 yang kemudiannya dikembangkan menjadi Selangor International Business Summit, SIBS pada tahun 2017 dengan 9 acara di bawah payung SIBS, pada tahun 2021, di mana 6 daripadanya adalah dianjurkan secara langsung oleh Kerajaan Negeri melalui UPEN, Invest Selangor dan SIDEC. Pencapaian setakat ini telah berjaya mencatatkan SIBS sebagai sidang kemuncak perdagangan terbesar yang dianjurkan oleh Kerajaan dalam Malaysia Books of Records. SIBS bukan sahaja merupakan antara acara

perdagangan atas talian pertama di dunia semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020 tetapi merupakan antara acara perdagangan secara hibrid pertama di dunia pada Pasca PKP tahun 2021. Jumlah nilai perdagangan terkumpul ataupun dengan izin accumulated trade value sudah melebihi RM 1.1 bilion dengan lebih daripada 100,000 pelawat daripada 33 negara.

Yang terkini pada minggu lepas, Selangor telah menganjurkan Pameran Penerbangan Selangor ataupun dengan izin Selangor Aviation Show iaitu Pameran Pesawat Penerbangan perniagaan dan umum iaitu dengan izin Business And General Aviation yang pertama di Asia Tenggara. Matlamat utama penganjuran pameran penerbangan ini adalah untuk menyediakan satu platfom kepada syarikat penerbangan dalam kedua-dua bidang ini bagi membina rangkaian perniagaan dan mewujudkan kolaborasi strategik dan mempromosikan Selangor sebagai hab atau pusat aeroangkasa di Asia Tenggara malah Asia Pasifik. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Subang akan dibangunkan sebagai pusat aeroangkasa bagi penerbangan perniagaan dan umum di mana adalah harapan Selangor agar Terminal Lapangan Terbang Subang akan menjadi terminal untuk pesawat perniagaan atau dengan izin business jet terminal sementara terminal baru yang lebih besar boleh dibina untuk menggantikan terminal sedia ada dan satu Pusat MRO yang lebih besar boleh dibina dengan kemudahan yang sedia ada boleh diwujudkan.

Pengumuman Y.A.B Dato’ Menteri Besar dalam ucapan Belanjawan 2022 pada Jumaat lalu berkenaan dengan pembinaan Taman Aeroangkasa Selangor iaitu dengan izin Selangor International Aeropark atau (SIAP) singkatannya akan menjadi pusat pembangunan aeroangkasa di dalam bidang MRO, pembuatan dan semua aktiviti yang berkaitan dengan aeroangkasa.

Tidak cukup dengan itu, Tuan Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Selangor telah bekerjasama rapat dengan agensi luar negeri dengan agensi luar seperti Selangor Human Resource Development Centre (HSRDC) dan agensi latihan kemahiran dalaman untuk mempertingkatkan produktiviti industri dan kemahiran pekerja-pekerja. Usaha-usaha untuk membantu mempertingkatkan infrastruktur seperti penyediaan garis panduan Manage Industrial Park (MIP) juga telah pun disediakan.

Usaha gigih ini pasti akan mendatangkan hasil pada tahun-tahun akan datang dengan syarat ianya akan diteruskan walaupun cabaran walau apa cabaran sekalipun yang akan kita hadapi pada masa hadapan walaupun kita menjangkakan jumlah pelaburan Selangor akan menguncup pada tahun 2021 kerana tidak dapat dinafikan penutupan sempadan seluruh dunia mendatangkan kesan yang negatif.

Tuan Timbalan Speaker, Selangor merupakan persembahan ekonomi yang membanggakan dalam 10 tahun yang lalu. Sumbangan KDNK meningkat setiap tahun. Saya merujuk kepada angka 5 tahun yang lalu. Sebagai contoh tahun 2011

(22.7%), 2017 (23%), 2018 (23.7%), 2019 (24.2%) dan 2020 (24.3%). Saya telah pun sediakan deraf yang telah pun diletakkan di meja semua yang Ahli Yang Berhormat. Jumlah pelaburan FDI Sektor Pembuatan Selangor mencatat sejarah dengan jumlah paling tinggi dalam 25 tahun iaitu RM18.9 billion pada tahun 2018 di mana sebelum ini jumlah yang paling tinggi yang pernah diperolehi adalah sekitar RM12 billion. Selepas itu, Selangor mengekalkan jumlah FDI pada RM17 billion pada tahun 2019 dan RM18.4 billion pada tahun 2020. Ini adalah catatan graf yang menunjukkan peningkatan yang begitu jelas selepas tahun 2017. Kita mencatat angka yang paling tinggi dalam sejarah negeri Selangor. Bagi tahun 2020 dalam keadaan pandemik, Selangor sekali lagi mengekalkan kedudukan mendahului semua negeri dalam perolehan pelaburan pembuatan dan perkhidmatan dengan jumlah RM38.7 billion dan ini adalah kekuatan Selangor.

Tuan Speaker, graf yang ini menunjukkan di atas tangga tertinggi jauh mendahului negeri-negeri yang lain. Ini adalah bukti kekuatan negeri Selangor. Walau bagaimanapun, dari perspektif pelabur antarabangsa selain daripada usaha-usaha tersebut terdapat faktor-faktor yang tidak kurang tahap kepentingannya yang diambil kira sebelum mereka memutuskan sama ada untuk melabur di dalam sesebuah negara. Menurut World Economy Forum 2019, daya saing ataupun competitiveness sesebuah negara dalam menarik pelaburan adalah diukur menggunakan 12 tunggak iaitu institusi, infrastruktur, penerimaan ICT, kestabilan makro ekonomi, pasaran produk, pasaran buruh, sistem kewangan, saiz pasaran, dinamik perniagaan dan keupayaan inovasi. Apabila kita meninjau persembahan penarikan FDI Malaysia berbanding dengan beberapa negara Asian dari tahun 2015 hingga 2020, keadaan adalah amat merunsingkan. Dalam tempoh 6 tahun tersebut, Indonesia, Vietnam dan malah Filipina sudah mengatasi Malaysia.

Kedudukan Malaysia pada tahun 2020 sudah jatuh ke paras Kemboja yang menunjukkan persembahan dalam trend meningkat secara konsisten dari 2016 hingga 2020. Dan ini ada graf dan saya percaya Yang Berhormat ada di tangannya, warna garisan yang oren ini menunjukkan pelaburan Malaysia yang merosot sejak tahun 2016 ke paras Kemboja dan diatasi oleh Indonesia, Vietnam dan juga Filipina. Ini adalah keadaan yang amat merunsingkan kita. Terdapat persamaan di antara Malaysia dan Thailand dan ini Thailand yang warna hijau yang dah dapat negatif. Terdapat persamaan di antara Malaysia dan Thailand jika kita mengkaji persembahan kedua negara ini berdasarkan kayu ukur dua daripada 12 tunggak World Economy Forum iaitu institusi dan kestabilan makro ekonomi.

Kajian akademik juga menunjukkan bahawa kestabilan politik merupakan faktor yang mempengaruhi persembahan dalam penarikan FDI. Berbanding dengan 4 negara Asian yang lain, Malaysia dan Thailand menghadapi cabaran dalam tiga faktor penarikan FDI iaitu institusi, kestabilan makro ekonomi dan kestabilan politik. Dalam tiga faktor ini, kestabilan politik merupakan faktor yang amat mempengaruhi dua faktor yang lain walaupun ketiga-tiganya mempengaruhi antara satu sama lain. Kestabilan

atau ketidakstabilan politik Malaysia dan Thailand dalam tiga tahun yang lalu jelas digambarkan dalam jumlah perolehan FDI dalam tempoh yang sama. Apabila ketidakstabilan politik yang berterusan berlaku, maka perolehan FDI akan merosot dengan andaian faktor yang lain adalah constant atau tidak berubah.

Punca ketidakstabilan politik di Malaysia adalah politik perkauman dan agama yang amat malangnya merupakan agenda politik utama dalam beberapa tahun yang kebelakangan ini. Ini adalah satu trend yang berbahaya dan memecahbelahkan masyarakat dan negara. Jangan kita mempunyai sikap dan andaian aku lebih suci daripadamu atau dengan izin holier than thou attitude. Tuhan yang mempelbagaikan manusia supaya manusia berusaha mencari persamaan dan menyatupadukan manusia. Membuat dasar dan peraturan melalui kaca mata agama atau kaum sendiri adalah tidak wajar. Kebesaran sesuatu agama atau sesuatu kaum tidak bergantung pada apa yang kita fahami sebagai penganut atau anggota kaum itu. Kebesaran sesuatu agama atau kaum adalah berdasarkan kepada kesabaran dan kadar penerimaan atau betapa inclusive kita terhadap kumpulan minoriti dan kumpulan yang memerlukan perlindungan. Jangan kita membuat hukuman sebagai manusia menggantikan hukuman Tuhan yang akan dibuat pada hari kiamat. Ini adalah fahaman sejagat. Tidak kira apa agama sekalipun.

Oleh yang demikian, adalah harapan kerajaan negeri Selangor agar seluruh rakyat Selangor termasuk Yang Berhormat Pembangkang supaya bersama-sama bertanggungjawab memelihara kestabilan politik Malaysia dan Selangor. Jauhi politik agama dan kaum. Bersama-sama kita membina negara dan negeri yang stabil politiknya dan makmur ekonominya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Y.B. EXCO Bandar Baru Klang. Saya mempersilakan YB Batu Tiga. Silakan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker dan juga semua Ahli Yang Berhormat. Kebanyakannya ada 7 orang di sini yang telah pun menyinggung ataupun menyentuh isu-isu yang berkaitan dalam standco ataupun Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan malah dalam isu perumahan serta kesejahteraan bandar.

Jadi untuk itu, saya sebenarnya ingin bacakan beberapa jawapan daripada Seri Setia yang bertanya tentang isu sistem ataupun berkaitan dengan program yang telah pun dilaksanakan di bawah Usahawan India Selangor. Kita dapati bahawa program ini adalah program yang telah pun mendapat tumpuan ataupun perhatian ramai. Oleh itu, kita dapati dengan pertambahan satu lagi program yang telah diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar iaitu Program ICID yang telah diletakkan di bawah Jawatankuasa YB Sosioekonomi, maka ini boleh membantu lagi untuk meng-accelerate ataupun

untuk memacu lagi ekonomi keusahawanan yang tidak mengira kaum baik Melayu, Cina ataupun India.

Jadi untuk itu, Program Geran Bantuan Peralatan Perniagaan yang telah pun dimulakan semenjak 2020 hari itu telah pun mendapat sambutan yang baik dan kita lihat di tangan saya ini beberapa, orang kata status yang telah pun dapat diselesaikan iaitu sejumlah besar 338 tawaran telah diberikan. Malah di Seri Setia ada seorang ikon yang telah pun kita kenal pasti yang mereka yang telah pun diberikan geran bantuan sebanyak RM 9,140 untuk menggerakkan perusahaan mereka. Yang paling menggembirakan bila mana kita lihat usahawan-usahawan India sekarang ini telah pun meningkat penglibatan mereka bukan semata-mata terlibat di dalam bidang-bidang tertentu. Malah bidang ataupun industri perniagaan yang mereka terlibat adalah lebih meluas. Jadi geran-geran juga yang diberi juga adalah meliputi geran-geran bukan sekadar makanan dan minuman, peralatan makanan minuman tetapi ianya lebih meluas kepada pertanian dan juga kimpalan dan sebagainya.

Oleh itu, program ini saya rasa telah pun mendapat tempat dan yang disinggung oleh Pejabat Seri Setia supaya perbanyakkan lagi sesi penerangan kepada ketua komuniti India dan sebagainya. Itu akan dilaksanakan dengan baik dan kita harap seramai sekarang ini sesi ketiga ataupun tawaran ketiga telah dikeluarkan dan kita akan buat proses ini sesegera mungkin untuk memastikan ianya dapat dijayakan.

Dan Seri Setia juga bercadang untuk peserta HIJRAH dipantau rapat dan diberi ilmu pengetahuan. Ini telah pun diberikan perhatian yang serius yang mana Yayasan HIJRAH Selangor telah pun menubuhkan Unit Usahawan dan Latihan yang dulunya tiada. Hanya memfokuskan beri kredit ataupun bantuan pinjaman, tapi sekarang ini unit khas telah pun ditubuhkan untuk memastikan bimbingan usahawan khusus kepada peminjam-peminjam dapat dilakukan. Ianya bukan saja melaksanakan program-program daripada Zero to Hero, pinjaman RM 5,000, RM 10,000 dan sebagainya tetapi kita akan menggembleng tenaga bersama di bawah unit ini untuk memastikan mereka juga ditingkatkan pembangunan usahawan mereka khususnya dalam aspek mendigitalkan perniagaan mereka semua.

Jadi perancangan bagi tahun 2022 usahawan akan terus dipantau oleh Unit Usahawan dan Latihan bagi memantapkan lagi ilmu keusahawanan yang ada. Jadi kalau dulu kita bagi pinjaman dan lepas itu kita hanya risau tentang berapa banyak ataupun berapa ramai yang membayar balik, tetapi sekarang ini kita memberikan perhatian lebih untuk memberikan latihan kepada mereka.

Jadi yang seterusnya Program Zero to Hero juga kita lihat Alhamdulillah kita telah meluluskan tidak lagi hanya terikat kepada perniagaan ataupun permulaan perniagaan di bawah RM 5,000 tetapi kita memberikan pinjaman ke tahap RM 10,000 untuk permulaan perniagaan memandangkan pandemik COVID yang telah melanda, ramai

yang terkesan dan ramai yang kita lihat dengan barangan naik dan sebagainya, RM 5,000 itu amat kecil sekarang ini. Jadi ianya telah ditingkatkan kepada RM 10,000.

HIJRAH, juga isu yang dibangkitkan oleh Seri Setia telah pun bekerjasama dengan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) untuk pastikan gerai-gerai, kiosk perniagaan terus dibantu. Dan terkini saya ingin memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat, kerajaan Selangor telah meluluskan Pegawai Usahawan di setiap PBT. Kita ada Pegawai Usahawan yang mana kalau dulu seolah-olahnya PBT tidak mengambil perhatian secara langsung, hanya memberi lesen-lesen perniagaan. Tetapi mereka sekarang ini, pegawai Usahawan ini juga telah diberikan satu tumpuan ataupun satu skop kerja yang khusus bagi memastikan semua program-program kerajaan Selangor sampai di peringkat PBT malah banyak dasar-dasar yang telah dilakukan dilaksanakan di peringkat PBT.

Dan yang terkini, saya lihat perkembangan baik kalau khususnya di Majlis Bandar Raya Petaling Jaya seramai 80 orang peniaga yang terlibat dalam sesi taklimat telah pun duduk bersama dengan pihak PBT dan juga telah pun memberikan mereka satu ruang untuk memastikan kiosk-kiosk baru yang dibuka diselia di bawah PBT akan diberikan tempat kepada mereka.

Jadi untuk itu, saya rasa selain daripada itu saya juga selaku EXCO Pembangunan Usahawan, saya memastikan supaya banyak juga gerai-gerai PLB ataupun luar bandar yang dahulu pada 2010 sepatutnya diserahkan kepada PBT masih lagi tidak dalam keadaan yang baik. Jadi memandangkan ramai ya permintaan sekarang yang memerlukan ya tempat untuk perniagaan secara fizikal maka kita mengatakan bahawa kita sewajarnya hanya melihat tapak-tapak baru malah tapak-tapak sedia ada ini juga perlu diperuntukkan ya peruntukan daripada PBT untuk baik pulih dan akhirnya kita mahukan gerai-gerai ini bukan sahaja disediakan malah polisi untuk melihat jangkaan ya lesen yang diberikan kepada mereka juga dimurnikan.

Ya kalau dulu sampai dua tiga generasi hanya mereka memiliki tempat tersebut tetapi sekarang kita ada cut off date ya maknanya kita beri dalam syarat yang baru supaya setiap lima (5) tahun mereka di review balik di tengok sama ada mereka kah yang berniaga atau pun mereka telah pun memberikan perniagaan kepada orang lain. Jadi untuk ini kita buka seluas mungkin ruang kepada usahawan-usahawan untuk lebih bergiat dan kali ini alhamdulillah ya kita telah bekerjasama dengan pihak PBT untuk merangkul ya pembangunan usahawan ini bersekali tidak hanya di peringkat Kerajaan Negeri tetapi PBT juga tetap memainkan peranan yang aktif.

Dan Sungai Panjang seterusnya bertanya tentang apakah boleh ya menurunkan 8% kepada 4% ini kepada semua ya caj yang telah dikenakan. Sebenarnya saya ingin maklumkan ya, ini adalah satu usaha yang saya rasa cukup baik walaupun dulu ataupun sekarang ini lah kita kata masih lagi HIJRAH bergantung 100% kepada caj pengurusan ini untuk memastikan program-program ataupun pembayaran-

pembayaran pengurusan dilaksanakan tetapi HIJRAH dengan Alhamdulillah stabilnya kewangan yang ada telah pun menawarkan untuk hanya mengenakan 4% kepada pinjaman di bawah RM 30,000.00. Ini adalah satu perkembangan yang baik dan saya selaku salah seorang yang memastikan HIJRAH dapat sustain ataupun mampan ataupun kekal dalam keadaan terbaik ini kita juga telah pun berkira sekiranya ada beberapa inisiatif yang diperuntukkan untuk menampung kos operasi ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri saya yakin pembiayaan ini boleh dilakukan tanpa caj sebenarnya tetapi ini belum, belum dapat kita dapat kajian yang sepenuhnya kalau ada ini dan juga adalah peruntukan khas, insyaAllah, ianya dilaksanakan.

Ianya jauh lebih baik ya daripada pinjaman mikro kredit yang telah dibuat di peringkat Persekutuan ya ataupun yang lain. Caj yang dikenakan 10%. Kita sekarang telah pun mengambil kira kita kurangkan kepada 40% eh pada 4% memandangkan ramai yang kita lihat telah pun faham bagaimana operasi HIJRAH ini dilaksanakan dan malah kita, Kerajaan Selangor telah pun memasukkan ataupun memansuhkan ya kalau dulu nak minta pinjaman HIJRAH perlu memastikan akaun jumlah kewangan dalam akaun mereka ada paling kurang 25% ya tapi sekarang kita tidak mengenakan caj itu memandangkan kita tahu aliran tunai yang ada di peringkat ataupun di pihak pengoperasian ataupun usahawan itu amat-amat ya amat-amat mengecut ataupun kadang-kadang langsung ya tidak dapat simpanan yang tetap.

Jadi untuk itu, saya rasa saya telah menjawab apa yang telah diutarakan oleh Seri Setia dan seterusnya isu-isu berkaitan dengan perumahan. Taman Medan, saya lihat walaupun saya dan semua lah yang seterusnya saya terpaksa mengikuti Sidang melalui Sidang live sahaja ya daripada rumah tetapi saya dapati amat concern ya amat memberi perhatian pada isu-isu yang dibangkitkan khususnya berkaitan dengan isu badan pengurusan bersama ataupun badan pengurusan.

Saya lihat yang dibangkitkan adalah yang mana susahnya kita lihat rumah perumahan-perumahan kos rendah terutamanya kos sederhana rendah dan kos rendah di mana setelah pemajuan selesai, telah mereka duduki kita dapati banyak bangunan-bangunan sekarang yang usang ya yang usang, yang tidak dapat ramai JMB yang tidak mahu mengambil tanggungjawab ataupun penduduk tak nak jadi JMB walaupun syarat terkini sekarang hanya 3 sahaja boleh ditubuhkan JMB ini tetapi ramai tidak mahu ambil ya tanggungjawab ini kenapa? Saya berani cakap dalam Dewan yang mulia ini bahawa ada berlaku kekurangan di dalam Akta yang disebut ya. Kita lihat bahawa rumah penting. Pengurusan rumah selepas diduduki juga penting tetapi siapa sepatutnya diberikan tanggungjawab ini.

Sebab itu, walaupun Akta telah pun digubal menjadi Akta 757 yang baru tapi saya lihat masih lagi tanggungjawab itu diletakkan sepenuhnya ke tangan pemilik yang mana tidak mampu dilakukan. Sebab itu satu kajian telah saya lakukan bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa untuk melihat kemungkinan ya pembayaran cukai, pembayaran caj-caj pemajuan ini tidak diletakkan di tangan JMB. Kita mengharapkan

supaya caj-caj pemajuan ini di bayar sekali dengan caj-caj cukai pintu sebab apa sekarang ini kita beri mereka tanggungjawab. JMB, MC mengutip tetapi mereka tidak ada authority sepenuhnya bagi mereka yang liat yang tidak membayar jadi akhirnya kutipan tidak dapat dibuat, kebanyakan rumah-rumah perumahan berstrata kos rendah dan sederhana ini hanya mampu ya mengutip kurang daripada 60% malah ada 10% sahaja. Jadi bagaimanakah bangunan-bangunan ini boleh kita maintain ataupun kita selenggara dengan ketidakcukupan malah ada di kalangan mereka yang tidak ada skim fund. Jadi di tangan saya ini kita lihat banyak ya banyak rumah-rumah yang sebenarnya yang sekarang ini tiada JMB dan MC. Ini satu berita yang tidak orang kata tidak baik ataupun tidak bagus kerana tanpa ini sebenarnya rumah itu akan, akan terbiar dan akhirnya ianya akan mengundang pelbagai perkara.

Walaupun Kerajaan Selangor, Menteri Besar telah mengumumkan kita punya insurans itu tetapi insurans itu hanya boleh diberikan kepada mereka yang ada JMB dan MC. Jadi inilah perkara yang saya sedang fikirkan bersama dengan Jawatankuasa apakah kita boleh berbincang malah dengan pihak Kementerian Perumahan dan PBT juga kita telah menyarankan supaya Akta ini di olah semula ya mengambil kira selain daripada saya tidak malu untuk bercakap dalam Dewan ini kekangan yang ada di bawah Pesuruhjaya Bangunan di PBT di sudut pelaksanaan dan juga di sudut apa pun main power ataupun sumber manusia untuk menguruskan berpuluh ribu rumah strata di Selangor ini.

Jadi untuk itu, saya ingin juga bercakap tentang cadangan daripada Bukit Gasing supaya kita absorb itu satu benda yang saya boleh berani sebut kita tak mampu. Kerajaan tak mampu untuk menguruskan keseluruhan ya rumah di bawah JMB dan MC. Hah! Terus bangun. Saya bagi Bukit Gasing dulu.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Tuan Speaker saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, jadi apa yang diumumkan dalam Dewan yang mulia ini adalah skim insurans pangsapuri dengan jumlah sebanyak RM 1.5 juta akan diperuntukkan untuk tahun depan. Jadi kalau ini hanya merangkumi isu-isu seperti kebakaran, kerosakan akibat bencana, limpahan tangki air dan sebagainya kerosakan lif. Jadi untuk isu-isu lain macam mana Kerajaan Negeri boleh membantu JMB-JMB di pangsapuri-pangsapuri kos rendah. So sebagai contohnya kadangkala lah yang kita sebelum ini kita ada Program CERIA saya tidak tahu sekarang CERIA masih jalan atau tidak dan berapa jumlah yang boleh diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Bukit Lanjan tidak berbahas tentang perkara ini sebelum ini tetapi saya boleh bagi sedikit pencerahan. Ya betul skim insurans yang telah kita kemukakan tertakluk kepada beberapa perkara sahaja tetapi untuk makluman Bukit Lanjan, Skim CERIA masih diteruskan ya kalau kita lihat dalam buku Belanjawan ya masih diteruskan tetapi bagi membaik pulih tangki ya, atap, atap pulak apa tu bumbung ya dan beberapa perkara yang kita nampak amat crucial yang

diadakan. Saya rasa Bukit Gasing tidak ada teruskan soalan jadi saya akan teruskan ucapan saya ya. Terima kasih. Sama ya.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ada ulasan lebih tak berkenaan apa yang saya bangkitkan mungkin Y.B. boleh habis dulu nanti saya tanya.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Saya rasa apa yang ingin saya jawab tadi selain daripada apa yang telah saya kemukakan iaitu cadangan untuk melibatkan cadangan daripada Bukit Gasing untuk Agensi ataupun Kerajaan mengambil alih sepenuhnya flat kos rendah dan sederhana yang tiada badan pengurusan JMB ni saya rasa tidak mampu kita lakukan. Tetapi apa yang sedang diusahakan adalah untuk melihat satu potensi baru di mana agen-agen pengurusan yang terdiri daripada mereka yang telah pun graduan daripada universiti ya untuk dilatih untuk menjadi agen pengurusan kepada tempat-tempat ataupun bangunan-bangunan yang tiada JMB nya.

Jadi competent, makna competent person dengan izin dapat kita letak kan di tempat yang betul. Ya saya lihat ramai ya sebenarnya graduan-graduan kita pada aset management ini ada tetapi mereka tidak digunakan potensi itu jadi dengan gig entrepreneur yang kita ada itu kita akan serapkan tetapi ianya masih lagi tertakluk pelantikan itu boleh dibuat di bawah COB. Hah! Itu cadangannya.

Speaker

Silakan Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Yang Berhormat, memandangkan Yang Berhormat mengeluarkan kenyataan yang Kerajaan Negeri tidak mampu mengambil alih keseluruhan maintenances ini. Boleh saya tanya Yang Berhormat berapakah anggaran kos yang dianggarkan oleh Kerajaan Negeri ini sebab saya fikir Kerajaan Negeri sudah buat penilaian berapa skim strata yang tidak mempunyai JMB dan berapa anggaran kos setiap skim tersebut. Sebab dalam kiraan dan jangkaan saya, saya kira Kerajaan Negeri mampu dan saya sedia berkongsi tapi mungkin saya nak kalau boleh dapat jawapan Yang Berhormat dulu.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Untuk makluman Bukit Gasing, sebenarnya kalau kita lihat kalau katalah keperluan untuk JMB, MC yang tiada ini kita lihat hampir 200 juta perlu diletakkan apa ni tetapi kita lihat apa yang kemampuan bagi pihak Kerajaan Negeri dalam 10 ke 11 juta sahaja setahun kita boleh kemukakan perkara ini.

Sebab itu insurans ini kita, kita buat satu langkah tambahan ya supaya insurans juga baru 1. berapa juta 5 juta kita sediakan untuk menampung tetapi saya tidak nafikan ada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan ya dalam konteks ini tetapi kadang-kadang ia tidak melebihi 40 juta di dalam membantu Kerajaan Selangor jadi boleh dikatakan saya tidak ada maklumat lengkap sebab soalan ini baru dikemukakan, saya akan dapatkan daripada ni tetapi boleh dikatakan hampir 40% ya rumah-rumah kos rendah ini yang sebenarnya perlu diberi perhatian yang sepenuhnya

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Okay. Mengikut data yang saya ada, kita ada 300,000 unit kos rendah jika anggaran maintenance setiap unit adalah dalam RM 50.00 sebulan ia adalah RM 180 juta untuk keseluruhan kos maintenance. Itu yang perlu dibayar oleh agensi yang menguruskan semua tetapi daripada RM180 juta ini kita sebenarnya tidak payah ambil alih semua flat kos rendah kerana banyak flat kos rendah pun ada management yang teratur. Kita biarkan mereka. Kalau penduduk di sana ambil ownership kita encourge mereka, kita biar mereka cuma yang saya ceritakan ialah yang 40% Yang Berhormat kata tadi lah yang bermasalah ni yang tidak dapat menubuhkan MC atau JMB. Jadi saya kira dari RM180 juta kos mungkin hanya dalam sekitar RM80 juta yang perlu di belanja oleh agensi untuk menguruskan flat-flat tersebut.

Adakah RM80 juta ini tidak boleh direkrut saya rasa boleh direkrut sebab banyak pemilik di dalam flat ini dia boleh bayar maintenance. Banyak pemilik ini dia menyewakan kepada warga asing. Dia kutip RM 500.00, RM 700.00, RM 800.00 sewa sebulan. Ada kah dia boleh bayar maintenances RM 50.00 itu, tentu boleh cuma disebabkan tiada MC dan JMB, tiada penguatkuasaan. Jika agensi Kerajaan mengambil alih semua unit 40% skim strata yang tidak dapat menubuhkan MC dan JMB. Kita mendahulukan duit supaya maintenances yang basic boleh mula berjalan memberi keyakinan kepada penduduk tempatan yang duduk di sana dan kita juga mula menguatkuasakan terutamanya kepada pemilik yang menyewa, pemilik yang menyewa tidak kurang daripada RM300.00, RM400.00 RM 500 sewa dikutip sebulan. Daripada angka tersebut bayar lah RM50.00 maintenance tapi enforcement ini, COB ada kuasa untuk buat enforcement. Lembaga Perumahan Hartanah Selangor ada kuasa buat enforcement buatlah. Buatlah sampai takutkan mereka semua untuk bayar jadi that cost of 80 juta untuk maintain this properties you boleh rekrut balik sixty, seventy, eighty milion ringgit. The things is authority nak buat ke, kita biar kepada penduduk untuk uruskan sendiri.

Jelas nyata Yang Berhormat pun dah ulaskan tadi bila kita biarkan kepada penduduk untuk uruskan tak jadi, dia tak berhasil. Flat PKNS di Seksyen 17, Petaling Jaya tak ada MC yang dapat ditubuhkan sebab satu blok hanya 32 unit daripada 32 unit ini nak cari 3 orang yang sanggup buat komiti ini tak ada siapa yang sanggup kenapa? Semua dah menyewa. Kebanyakan dah menyewa mereka duduk di tempat lain. Mereka kutip sewa RM900, RM800.00 sebulan bukan duit sikit. Yang RM800.00 ni mereka tak nak bayar maintenance buat apa nak bayar maintenance kalau dia tak bayar dia simpan lah duit. Tak ada siapa yang akan saman mereka, tiada siapa yang akan heret mereka ke Mahkamah. Tak bayarlah tetapi jika agensi Kerajaan yang ambil alih dapat satu surat kalau tak bayar pada hujung bulan ini kita akan bawa ke Mahkamah.

Dalam Peruntukan Undang-undang pun ada cakap kalau tak bayar kita boleh menyita harta mudah alih ya tapi tak pernah buat. Jarang dibuat. Pernah lah, MPKJ pernah

buat keluar dalam surat khabar tapi jarang dibuat. So why not we take ownership the perbelanjaan tahunan sebenarnya tidak sampai RM200 juta. Kita mula dengan lima (5) skim, apartment. Lepas tu kita kembangkan ke 50, lepas tu ke 100 until we take over all. Peringkat demi peringkat bukan sekali gus ambil semua.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Bukit Gasing. Saya rasa persoalan yang timbul itu memang menjadi di antara isu yang kita bincangkan tetapi perlu diingatkan ya, saya banyak kali sebut termasuk kepada Menteri Perumahan malah Selasa nanti saya akan jumpa lagi beliau di dalam Mesyuarat EXCO dan Menteri. Saya menyatakan bahawa nama Kementerian tersebut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetapi empowerment tiada di bawah Kementerian Perumahan. Ia lebih perkongsian ya perkongsian. Maksudnya walau dalam Akta membolehkan notis, sita dan sebagainya tetapi di bawah COB tidak ada pekerjanya. Mereka terpaksa menunggu dengan pihak Undang-undang, PBT untuk pelaksanaan. Begitu juga penguatkuasaan dan sebagainya. Kertas-kertas pendakwaan perlu disediakan. Banyak perkara yang perlu dibuat. Jadi saya tidak nafikan apa yang Bukit Gasing cakap itu satu benda yang wajar. Saya tidak nafikan. Tetapi punca kuasa itu ya apa ni punca masalah di human resources ataupun sumber manusia yang tiada perlu ditangani juga ya kalau diberikan apa ni di dalam Undang-undang beberapa Akta yang dibolehkan tetapi kena datang bersekali dengan peruntukan.

Saya nak beritahu ya Kerajaan Selangor terpaksa menampung pelantikan pegawai-pegawai COB tambahan ya. Kerajaan Persekutuan hanya memberi paling tinggi 4 orang tetapi dipinjamkan sahaja. Jadi tidak ada pembedayaan di bawah Kementerian Perumahan. Ini lah persoalan asas yang perlu diselesaikan. Malah kalau Kementerian Perumahan dan PBT ini ataupun boleh melihat perkara ini secara penting kutipan yang disebut oleh pihak Yang Berhormat Bukit Gasing boleh dilaksanakan oleh pihak PBT. Biarlah dana itu terkumpul dan bila dana itu terkumpul malah mudah untuk kita selesaikan masalah di semua unit-unit strata ataupun rumah-rumah yang ada ini.

Jadi itulah perkara yang saya ingin nyatakan, saya rasa jelas Bukit Gasing. Saya nak teruskan saya rasa cukup untuk perkara itu jadi saya ambil maklum dan saya buat masa ini saya ulangi Kerajaan tidak ada inisiatif untuk ambil keseluruhan pengurusan ini tetapi langkah-langkah untuk membantu JMB dan MC kita telah buat malah telah pun menyampaikan hasrat ini untuk diperbaiki di peringkat PBT.

Ada beberapa lagi perkara yang ingin saya nyatakan bukan itu sahaja masalah yang timbul di bawah strata. Masalah dulu sebelum kita buat cukai petak dan sebagainya sekarang ini kita berdepan dengan masalah pindahan apa Akta Hak Milik Strata ya. Bagi rumah-rumah lama kos-kos rendah yang telah pun selesai pembayarannya terutama rumah-rumah yang dibuat oleh PKNS dan sebagainya. Nak pindah hak milik tak boleh sekarang ni, mendapat masalah. Bila kita bercakap ataupun kita berkata tentang perkara ini, ini tiada kaitan dengan masalah mereka ada COB atau tidak ada COB malah mereka tidak mampu untuk menyelesaikan masalah MOT dan sebagainya

dan akhirnya kita lihat ini lah di antara juga perkara yang perlu diberi perhatian di bawah Akta 318 yakni perlu kita menjelaskan bahawa Undang-undang, apa Rang Undang-undang untuk menukar ini dapat dilaksanakan.

Perbincangan ini telah dibuat semenjak 2019, tetapi saya baru-baru ini semasa saya mempengerusikan mesyuarat yang kebetulan Alhamdulillah di hadiri oleh pihak-pihak Jabatan Pembangunan Negara, beliau menyatakan Akta ini hanya boleh draf ini dibentangkan di dalam Dewan Parlimen pada 2024. Jadi banyak perkara yang saya nak sebut kesimpulannya tidak dapat diselesaikan di Peringkat Kerajaan Negeri memerlukan satu sinergi satu kesungguhan bersama malah kekangan kita berdepan dengan Akta-akta ini akan cuba kita saya khususnya EXCO Perumahan Selangor akan cuba untuk mendesak supaya ianya diberi perhatian terutama saya ulang supaya Kementerian Perumahan diberikan pemberdayaan dan pemerkasaan yang lebih dan itu sahaja saya punya ulasan tentang Bukit Gasing.

Seterusnya saya ingin pergi kepada ADUN Kuang. Hah! ADUN Kuang juga ya memohon supaya rumah mampu milik dipertimbangkan pengecualian cukai tanah dan premium tanah oleh Kerajaan Negeri. Wah banyak benar pengecualian ni. Jadi saya, saya secara tuntas menjawab tidak mungkin kita dapat laksanakan perkara tersebut malah apa yang kita cuba usahakan adalah untuk merubah sedikit kaedah di mana di dalam setiap pembangunan perumahan yang melebihi 5 ekar mengikut zon pembangunan akan disyaratkan menyediakan Selangorku ini ataupun mampu milik ini dengan kita mengambil kira perumahan ini untuk diberikan sedikit kelonggaran. Menambah unit-unit daripada 80 unit per ekar kepada 120. Malah sekarang ini ya saya nak beritahu kepada Dewan yang mulia, insyaAllah mungkin tahun depan kita dapat laksanakan kajian telah pun dibuat ataupun sedang akan difinalkan tak lama lagi. insyaAllah. Untuk melibatkan penyemakan semula caj-caj dikenakan oleh jabatan-jabatan teknikal serta kos tanah dari segi pengurangan. Bukan sahaja bayaran premium pengurangan ya bukan pengecualian ya dan juga cukai-cukai yang ada dan paling yang ingin saya maklumkan kita tengah explore dengan izin ataupun tengah melihat kemungkinan tidak lagi kemajuan ini di buat berdasarkan unit per ekar tapi mungkin kita boleh juga consider kepada unit per person atau unit per orang itu lebih, lebih praktikal. Kadang-kadang kita buat rumah kita boleh kata berapa unit sahaja kita buat tetapi manusia yang duduk dalam rumah itu kita tak kira ya kita tak kira jadi sebab itu berlakunya kepadatan penduduk ya, traffic kita tak dapat tampung dengan baik kadang-kadang kajian TIA juga kadang-kadang agak tersilap di situ. Jadi rumah juga kita akan lihat bagaimana dasar, unit per orang ini akan kita endorse di dalam Rancangan Rumah Selangorku 3.0 yang akan kita final kan ataupun akan rasmikan, insyaAllah tahun depan.

Jadi untuk itu saya rasa itu sahaja perkara-perkara yang berbangkit malah kita mahukan ya kita lihat saya ucap terima kasih kepada Dato’ Menteri besar yang telah pun bersetuju untuk caj pengecualian 100% kepada bayaran caj kemajuan yang kita lihat memang kalau ikutkan memang berlakunya pengurangan sedikit pada apa ni

kepada hasil kepada PBT tetapi saya yakin dengan dasar yang ada ini boleh menampung ataupun memacu pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi malah boleh accelerate atau menyegerakan ya pelaksanaan rumah-rumah Selangorku ini. Jadi itu lah tujuan utama yang kami ingin laksanakan dan ingin saya katakan di sini akhirnya supaya pihak yang maklum Bukit Lanjan dan Kuang juga bertanya tentang bagaimanakah ya dasar berkaitan dengan menyediakan satu pakej rumah di mana termasuk penjawat awam bertugas yang bergaji pendapatan kurang RM2,000.00 boleh memiliki rumah Selangorku.

Jadi untuk ini saya mengatakan di sini bahawa buat masa ini status jawatan penjawat awam perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum kita, bagaimanakah ianya boleh kita berikan, pertama mereka yang dikategorikan berstatus tetap adalah layak untuk mendapatkan pinjaman sebanyak 100% di bawah LPPSA iaitu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam dan Pembiayaan Perumahan Kerajaan Negeri di bawah Kerajaan Negeri.

Jadi buat masa ini bagi yang berstatus kontrak, sambilan dan sebagainya tidak diberikan keutamaan ataupun tidak dibenarkan nak disebut tidak dibenarkan tidak lah jugak tidak layak ya untuk memiliki Rumah Selangorku tapi bagi memastikan dasar ini tidak mengikat atau tidak mengekang sama ada pegawai kerajaan ya yang tidak memperolehi kewangan ataupun dalam status kontrak ini kita telah membuka satu lagi Skim iaitu Skim Selangorku To Ownership iaitu Sewa Milik ini untuk memastikan mereka boleh sewa dulu lepas tu akhirnya boleh miliki.

Jadi saya mencadangkan mana-mana pegawai kita terutamanya pegawai-pegawai DUN yang memerlukan khidmat ini ataupun memiliki rumah kita cadangkan supaya sewa dulu rumah yang ditentukan syarat itu tidak memberikan syarat pekerja kontrak ke, jawatan dan sebagainya. Mereka menyewa dan akhirnya mereka boleh mendapat pemilikan setelah peratusan ataupun perkara-perkara tertentu yang dibuat sampai tahun itu dapat membolehkan mereka membayar deposit dan akhirnya memiliki rumah.

Jadi ini sedikit kelonggaran ya yang diberikan supaya kita boleh menampung kedua-dua kategori ya penjawat awam sama ada dia kontrak ataupun dia tetap. Kedua-duanya boleh memiliki rumah Selangorku sebenarnya tetapi satu kaedahnya dapat terus. Satu lagi sewa dulu dan baru miliki. Kenapa ini juga sebenarnya kenapa kita buat macam ini adalah untuk mengatakan bahawa penyediaan rumah kediaman ini sekarang ini trend tak semua ingin memiliki tetapi trend sekarang adalah trend kepada menyewa itu lebih tinggi.

Sebab itu, Kerajaan Selangor juga sekarang ini membuka ruang bukan sahaja buat rumah, jual untuk mereka miliki tetapi buat rumah untuk ramai boleh menyewa ya sebab yang penting kediaman itu adalah yang sejahtera, yang kondusif untuk rakyat dan sebab itu kita tidak lagi, orang kata kita tidak dapat banyak rumah-rumah yang kita

telah kontra sekarang ini dalam tangan Kerajaan Selangor kita ada 3,000 unit, 3,000 unit yang kita boleh berikan untuk penyewaan ini dan kalau kita lihat rumah PPR Selangor juga kebanyakan mereka kita tanya tidak mahu miliki rumah Selangorku dan sebagainya mereka kata mereka tidak berhajat kerana yang penting mereka mungkin datang sini bekerja dan akhirnya ingin pulang semula ke kampung mereka di luar daripada Selangor. Boleh dikatakan PPR Selangor boleh dikatakan 90% adalah mereka yang duduk yang asalnya daripada luar Selangor bukannya yang tinggal di Selangor ya ataupun asal daripada Selangor. Jadi itu sahaja. Kepada semua saya ucapkan terima kasih kerana memberi singgungan kepada standco saya dan insyaAllah, itu sahaja daripada saya.

Sekian, Wabillahitaufikwalhidayah. Assalammualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO Batu Tiga. Saya mempersilakan Yang Berhormat EXCO Kota Kemuning.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin menyampaikan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat Sekalian yang telah membangkitkan perkara yang berkaitan tentang portfolio di bawah seliaan ataupun diamanahkan kepada saya terutama Yang Berhormat Sungai Air Tawar selaku Ketua Pembangkang pertama kali saya nampak banyak juga beliau menyentuh tentang portfolio saya khususnya tentang SME. Yang Berhormat Sungai Pelek, Yang Berhormat Batang Kali dan juga Yang Berhormat Pandamaran telah menyatakan keinginan mereka semua supaya khairat kematian perlu ditingkatkan daripada RM 500.00 ya memang saya nampak kewajarannya ada.

Pada tahun 2019, sewaktu kita membahaskan Bajet untuk 2020 dan juga 2021 memang kita telah banyak perkara ini telah bangkitkan begitu juga apabila kita bahaskan untuk Bajet 2021. Perkara ini telah dibangkitkan. Akhirnya kita telah luluskan RM500.00 sebagai khairat kematian kembali kepada khairat kematian untuk tahun 2021. Saya percaya perkara ini akan di bawa dan dibincangkan untuk tahun-tahun akan datang. Dalam pada itu juga itu yang saya boleh nyatakan setakat ini disebabkan mengikut Bajet-bajet perlukan satu keadaan di mana kekukuhan kewangan juga perlu dikaji. Dalam pada itu juga ada juga YB Sungai Pelek juga, YB Seri Setia, telah menyatakan supaya Jom Shopping.

Speaker

Kota Kemuning, Yang Berhormat.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Yang Berhormat, ya, ya Yang Berhormat Sungai Pelek juga, Yang Berhormat Seri Setia telah menyatakan supaya Jom Shopping ini perlu ditingkatkan daripada RM100.00 kepada jumlah seperti RM200.00 atau RM300.00. Perkara ini memang dikaji saya dah dapat nanti saya akan bawa perkara ini juga untuk ini lebih kepada Jom Shopping, SME dan sebagainya akan difikirkan namun begitu ia bergantung kepada keadaan kewangan.

Bagi untuk maklumat Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Jom Shopping, Skim untuk Usia Emas yang bermula pada September 2019. Bermakna sudah dua tahun pelaksanaan program ini berlangsung.

Selama tempoh ini seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat tuntutan atau turn out adalah lebih kurang 50% untuk Jom Shopping (SMUE). Boleh saya nyatakan bahawa antara kekangan dan punca utama yang menyumbang kepada turn out yang rendah ini disebabkan oleh pandemik COVID-19 di mana ahli SMUE sememangnya adalah kategori berisiko dan ini menyebabkan mereka risau untuk keluar berbelanja di pasar raya. Selain itu terdapat halangan juga kepada pihak Ahli Dewan Negeri untuk mengadakan sesi penyerahan baucar kepada ahli SMUE seperti yang dilaksanakan kini di sebabkan kekangan untuk membuat program atau aktiviti yang melibatkan ramai orang untuk berkumpul. Sehubungan dengan itu, bagi langkah penambahbaikan untuk memastikan Jom Shopping SMUE... Ya?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kemuning. Saya ingin bertanya sama ada mungkin kerajaan memberi sedikit makluman secara bertulislah tentang turn out kadar kehadiran penerima baucar Jom Shopping SMUE untuk setiap DUN untuk dua tahun kebelakangan ini supaya kita boleh melihat macam mana kita boleh menambah baik kehadiran mereka dan sebagainya. Saya mohon mungkin ini boleh dibekalkan secara bertulislah.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Banting, saya percaya perkara itu dapat disediakan secara bertulis nanti daripada YAWAS nanti. Tuan Speaker sehubungan dengan itu bagi langkah penambahbaikan untuk memastikan Jom Shopping SMUE lebih berimpak, saya bersama dengan pihak YAWAS telah membuat pendekatan dengan perancangan baru pada tahun 2022. Dengan melaksanakan Program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas, dengan kaedah pemberian baucar secara terbuka dan bersemuka kepada semua ahli SMUE yang telah berdaftar. Ahli SMUE yang layak untuk menebus baucar beli-belian RM100 sekali dalam tempoh setahun tanpa menunggu bulan kelahiran mereka. Kertas cadangan bagi perkara ini akan dibawa untuk kelulusan pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat. Tuan Speaker, Yang Berhormat Sijangkang telah membangkitkan, mencadangkan agar Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin dapat ditingkatkan pada masa akan datang agar ramai golongan yang tidak mampu untuk memiliki Rumah Selangorku. Bukan sebenarnya Rumah Selangorku tapi Rumah Kerajaan Prihatin ya. Terima kasih. Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Sijangkang dalam mencadangkan agar bantuan Rumah Kerajaan Prihatin ini dipertingkatkan lagi agar dapat dimanfaatkan oleh golongan yang kurang berkemampuan untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa dan selamat untuk didiami selain daripada program-program kerajaan negeri yang lain tersedia ditawarkan. Untuk maklumat Yang Berhormat Sijangkang, Program Kerajaan Prihatin ini banyak menerima permohonan bantuan daripada latar belakang dan keperluan yang berbeza. Siasatan perlu dilaksanakan dengan terperinci agar bantuan tersebut

benar-benar diberikan kepada keluarga yang layak. Vot ketiga ini dengan mengambil kira peruntukan 2022. Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin akan lebih mengutamakan permohonan baikpulih rumah daripada bina baru memandangkan kos baik pulih rumah masih rendah dan relevan semasa serta dan memastikan peruntukan yang disediakan ini dapat dirasai oleh lebih ramai pemohon berbanding bina baru. Yang mempunyai kos had siling yang tinggi. Namun tertakluk kepada syarat semasa yang masih memerlukan pemohon untuk kekal mendiami atau tinggal ditapak tanah di atas nama milikan sendiri atau dengan kebenaran pemilik tanah untuk melayakkan bantuan baik pulih atau bina baru diluluskan. Walau bagaimanapun Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin sentiasa menyambut baik cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat untuk memperhalusi dan meneliti ruang dan peluang menambah baik demi memastikan peruntukan yang disediakan ini dapat dirasai oleh setiap rakyat di negeri Selangor. Khususnya demi kesejahteraan rakyat sejagat.

Tuan Speaker, Kampung Tunku telah membangkitkan syarat permohonan kad KISS adalah supaya hendaklah tersenarai di bawah kategori B40 iaitu penerima BSH atau e-Kasih maka beliau telah membangkitkan bolehkah kerajaan negeri mengubah syarat tersebut bagi permohonan bantuan dapat disegerakan. Untuk makluman Yang Berhormat Kampung Tunku, tujuan utama dilaksanakan semakan silang dengan data daripada Bantuan Sara Hidup dan e-Kasih adalah sebagai pengesahan maklumat pendapatan yang di kemukakan oleh pemohon. Perkara ini adalah untuk memastikan rakyat yang benar-benar berkelayakan menerima manfaat Program KISS yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Buat masa kini Kerajaan Negeri tiada medium semakan yang boleh dirujuk untuk mengesahkan pendapatan pemohon-pemohon Program KISS ini. Bagi mengatasi masalah kelewatan disebabkan oleh semakan silang dengan data BSH dan e-Kasih, saya akan melihat kembali prosedur dan proses kerja sedia ada agar dapat boleh disegerakan dan melancarkan urusan pendaftaran Program KISS. Dalam pada itu juga Tuan Speaker saya ingin menyatakan di sini masih lagi kita mengguna pakai segala pengesahan daripada Ketua Kampung, Penghulu Atau Pusat Khidmat tentang pendapatan sesebuah keluarga tersebut.

Tuan Speaker saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sebenarnya tentang Dana Bantuan Guaman Selangor ini. Banyak juga Yang Berhormat - Yang Berhormat sekalian telah menyatakan khasnya Yang Berhormat Kampung Tunku, Yang Berhormat Subang Jaya, Yang Berhormat Banting dan Yang Berhormat Sungai Panjang telah menyatakan telah mewar-warkan program yang telah kita bawa ini bantuan Dana Bantuan Guaman Selangor. Tuan Speaker saya di sini ingin menyatakan bukan mudah untuk kita merangka dan juga membawa perkara ini. Memang ia telah mengambil hampir dua tahun dengan perbincangan daripada Yang Berhormat Subang Jaya dan Yang Berhormat Kampung Tunku telah memberi banyak idea dan juga bersama dalam segala perbincangan dan rancangan untuk supaya perkara ini dapat di bawa. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat sekalian khasnya perkara ini. Dalam pada itu juga saya ingin sebab Yang Berhormat Banting pernah menanyakan tentang perincian program Dana Bantuan Guaman

Selangor. Maka saya ingin menyatakan keperluan rakyat menonjol semasa dan akibat usaha menangani wabak COVID-19, antara kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan adalah isu pekerjaan, kerana dibuang kerja tanpa sebab atau dipotong gaji tanpa persetujuan pekerja. Dan isu ibu tinggal yang tidak menerima bantuan kerajaan kerana pendapatan seisi rumah masih merekodkan pendapatan suami yang sudah lama meninggal keluarga ataupun kerana sistem yang sedia ada menyalurkan dana kepada suami dan ia tidak boleh ditukar kerana mereka masih berkahwin di sisi undang-undang. Objektif menubuhkan Dana Guaman Selangor adalah untuk meningkatkan accessibility kepada keadilan bagi mereka yang kurang berkemampuan yang menghadapi masalah-masalah seperti yang dinyatakan di atas. Isu kekeluargaan dan isu pekerjaan. Pada awal pelaksanaan Dana Bantuan Guaman Selangor ini akan ditumpukan untuk kes-kes berikut. Tuntutan bagi kes-kes yang jatuh bawah akta kerja 1955, Penceraian dan hak jagaan kanak-kanak dan kes-kes khusus yang mempunyai kepentingan awam dan diputuskan oleh jawatankuasa Induk Dana Bantuan Guaman Selangor sebagai layak dan wajar dibantu. Ini dapat menjawab kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sg. Panjang yang mana beliau telah menyatakan hasratnya supaya dana bantuan ini dapat diperluaskan kepada isu-isu seperti yang terlibatkan kes seperti... I ingat lagi tentang not only jenayah tentang isu yang melibatkan tentang scammer ya disebabkan scammer ramai yang menjadi mangsa penipuan. Tapi dalam masa itu masa sekarang sebab ia masih lagi awal dalam perbincangan dan juga mengadakan program ini maka kami dalam masa sekarang ini kami nak hanya tertumpu kepada....

Speaker

Persilakan Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih, saya mengucapkan, saya mengajak rakan-rakan ahli pembangkang untuk berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana sekali lagi kita menunjuk kepimpinan kita untuk membawa sesuatu melakukan sesuatu yang sama hebat dengan kerajaan persekutuan. Soalan saya Tuan Speaker iaitu kita akan memperuntukkan satu juta ringgit untuk tujuan ini dan saya mendengar pandangan bahawa mungkin ia tidak begitu mencukupi cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kota Kemuning iaitu satu juta ringgit ini agak-agaknya ianya akan digunakan untuk apa? Adakah ianya akan digunakan untuk membiayai yuran guaman ataupun disbursement dan sebagainya ataupun kos-kos yang lain yang kita tidak tahu. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormatlah.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Banting sebenarnya saya ada jawapan yang panjang untuk perkara ini. Biar saya habiskan dahulu. Saya juga ingin menyatakan sebab memang Sg. Panjang telah mengalu-alukan program ini dan berterima kasih kepada kita. Terima kasih dan saya continue. Terima kasih Tuan Speaker maka jenis dan kategori kes yang akan diterima melalui Dana Bantuan Guaman ini akan dilihat dan dikaji dari masa ke masa. Ini dijawab sebab ada juga perlu diperluaskan cadangan dan syarat-syarat kelayakan bagi pemohon Dana Bantuan Guaman Selangor adalah seperti berikut. Lahir di Selangor

atau bermastautin di Selangor selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun. Dan penerima Bantuan Sara Hidup atau e-Kasih atau berpendapatan bulanan kurang daripada RM2300. Pemohon yang berkelayakan akan mendapat perkhidmatan guaman secara pemberian subsidi bukan percuma ya. Secara subsidi saya nak menyatakan di sini. Oleh Kerajaan Negeri dalam membiayai kes-kes guaman sehingga RM1500 bagi tuntutan individu dan sehingga RM2000 bagi tuntutan berkumpulan. Apa maksud tuntutan berkumpulan bermaksud apabila ada pembuangan kerja ya. Ada satu kumpulan yang mewakili nanti kita yang tertinggi adalah RM2000. Dana yang disediakan untuk Dana Bantuan Guaman Selangor akan disalurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Selangor kepada Selangor Bar yang melalui yang mana akan menjadi agensi pelaksana bagi program ini bersama Selangor Legal Aid Centre. Pelaksanaan Dana Bantuan Guaman Negeri Selangor ini akan melibatkan kerjasama daripada Selangor Bar dan Selangor Legal Aid Centre yang merupakan badan berkanun yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam menguruskan isu-isu guaman dari dalam negeri Selangor. Permohonan bagi program-program ini akan melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN-ADUN, Pusat Masyarakat ADUN dan juga Pejabat Selangor Bar dan juga Selangor Legal Aid Centre yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Borang permohonan akan diedarkan kepada Yang Berhormat sekalian setelah selesai pindaan akhir. Saya juga di sini ingin menyatakan sebenarnya pihak kerajaan masih lagi sedang dalam merangka perjanjian dengan ataupun MOU bersama Selangor Bar atau Selangor Legal Aid Centre. Perkara ini saya jangkakan akan dapat dimuktamadkan seawal adalah Januari 2022. Maka kami tak dapat edarkan sebarang borang untuk masa kini. Itu saya nak beritahu ya.

Saya percaya ini sahajalah yang telah dibangkitkan dalam STANCO di bawah seliaan saya ucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua Yang Berhormat sekalian yang telah membawa perkara ini di bawah ke perhatian saya. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO Kota Kemuning. Saya mempersilakan Yang Berhormat EXCO Sri Serdang untuk memberi penggulungan.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Tuan Speaker dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat- Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan menyentuh portfolio saya secara langsung. Secara umumnya saya menyambut baik segala saranan dan cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan. Namun isu-isu ini ingin saya sebutkan dengan agak detail disini Yang Berhormat Bukit Lanjan, Yang Berhormat Sijangkang dan Yang Berhormat Ijok, ketiga-tiga Yang Berhormat telah membangkitkan tentang pentingnya isu Pendidikan Kesihatan. Ya ini ialah saya pun sangat-sangat bersetuju dengan apa yang kita sedia maklum tentang prevention is better than cure ya. Pencegahan itu lebih baik daripada rawatan dalam pengurusan aspek kesihatan ini maka tumpuan saranan-saranan program kesihatan pada tahun hadapan akan menekankan tentang pendidikan kesihatan.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Ya, dan antara usaha yang sudah ada dan mungkin akan ditambah lagi Yang Berhormat sekalian, saya terbuka kepada cadangan tetapi saya ingin mengatakan di sini yang paling challenging ataupun yang paling mencabar pada kita adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang penjagaan kesihatan kendiri. Apabila rakyat sudah ada kesedaran ini, maka dengan sendirinya maklumat-maklumat yang akan kita salurkan atau maklumat yang ada, maklumatnya terlalu banyak Yang Berhormat sekalian. Mengenai kesihatan mental, mengenai penjagaan berat badan, mengenai semuanya ada. Dalam dunia maya, oleh banyak NGO dan badan-badan berkaitan kesihatan JKNS, JKM, namun kepayahan kita, cabaran kita adalah kesedaran itu sendiri. Nak jaga kesihatan sendiri ini perlu ada kesedaran. Kebanyakan yang kita, para doktor lah, dan kita semua biasa bila berjumpa dengan mereka-mereka ini, misalnya kalau yang merokok ya, dia akan bagi, kata pada kita, orang itu merokok lama, sampai tua hidup lama pun, jadi dia akan mengambil kes-kes yang selamat itu untuk mengatakan there’s nothing wrong, tidak ada apa. Jadi, apa yang kita patut buat sekarang ialah menanam kesedaran ini, bahawa penjagaan kesihatan itu adalah tanggungjawab kendiri, self ya, mesti. Tidak boleh dipertanggungjawabkan semuanya ke atas Kerajaan. Kalau tidak, apa pun yang kita siapkan tidak akan berkesan kalau diri sendiri tidak mahu menjaga kesihatan sendiri.

Saya, kadang-kadang agak nakal sedikit kerana bila kita memberi secara bagus, secara elok, secara diplomasi, secara positif begitu, tidak ramai yang dengar. Mungkin kita nak sebut secara negatif ya. Reverse psychology, okay, you want to go for dialysis, awak hendak dialisis untuk lama, awak hendak buat bypass, sila rokok. Sila makan lah apa yang kamu nak makan, ya, mungkin dengan cara itu dia akan tersentak Wallahualam tetapi kadang-kadang kita kena memikirkan psikologinya. Baik, untuk tahun 2022, Alhamdulillah Menteri Besar telah meluluskan permintaan kita untuk meningkatkan lagi peruntukan daripada RM 56.5 juta kepada RM 65 juta satu kenaikan yang tinggi malah sebenarnya saya minta tinggi lagi tetapi Alhamdulillah kita akan gunakan dengan sebaik mungkin. Untuk membantu portfolio ini, saya dengan rendah dirinya sebenarnya meminta pertolongan ataupun bantuan daripada pakar-pakar lain. Saya bukan pakar segala-galanya jadi kita akan, macam masa COVID dulu kita ada STFC dan sekarang kita akan mewujudkan Majlis Kesihatan Awam Selangor, Selangor Public Health Advisory Board atau SelPHAC yang akan menjadi badan pemikir kepada Kerajaan Negeri bagi mengemukakan dasar polisi dan cadangan program-program kesihatan awam termasuk program advokasi dan pendidikan kesihatan. Ya, insyaAllah beberapa badan telah kami ada dalam fikiran termasuklah Majlis Kesihatan, Malaysian Medical Association juga Persatuan Kesihatan Awam Malaysia ya, dan beberapa nama-nama yang lain.

Kedua, itu adalah dari segi, the brains behind it, insyaAllah dan yang kedua, kita semua sudah, saya diterangkan tentang Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor. Yang Berhormat semua telah mengatakan bahawa penting komuniti dilibatkan dalam kesihatan. Di pihak Kementerian Kesihatan kita sudah ada komuniti, organisasi dalam

komuniti seperti COMBI dan juga, lagi satu, apa ya? Sekejap lagi datang tu. COMBI dan lagi satunya itu adalah untuk juga kesihatan tetapi ia tidak wujud merata, ya. Kita ada COMBI di sana, COMBI di sini dan kemudian kita ada, lagi satu, minta maaf saya lupa sekarang, apa nama dia. Okay, anyway, untuk kita mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor atau SUKA. Ini adalah Kumpulan Sukarelawan yang akan digerakkan di komuniti masing-masing untuk tujuan pendidikan kesihatan dan masyarakat dengan komuniti dan mereka akan bekerjasama dengan PKD, Pejabat Kesihatan Daerah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan dan menjayakan agenda-agenda pendidikan kesihatan dan kerja-kerja kesihatan komuniti berbentuk gotong-royong dan sebagainya.

Tetapi SUKA ini perlu sangat dukungan ADUN-ADUN ya, bukan, jangan lepaskan SUKA ini maknanya untuk mereka memikirkan sendiri. Pihak ADUN patut mengambil peluang platfom SUKA ini untuk bersama dengan masyarakat, untuk mendidik masyarakat dan kalau kita senaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan mereka, saya terfikir juga sesiapa yang menjadi sukarelawan ini kerana mereka bukan sahaja perlu menjadi sukarelawan dan aktivis tetapi mereka juga perlu disiapsiagakan dengan ilmu pengetahuan. Setakat ini, kita sudah habis pendidikan online, secara online tentang covid dan pandemik COVID dan lepas ini, mereka akan menjalani lagi kursus-kursus secara online seperti denggi, TIBI, penjagaan berat badan, pemakanan sihat dan lain-lain aspek dalam kesihatan. Jadi, ini adalah, saya merayu kepada pihak ADUN untuk mengambil berat tentang wujudnya SUKA dan sama-sama merancang program bersama mereka. Silakan.

Tuan Speaker.

Speaker

Silakan.

Saya hendak minta penjelasan daripada EXCO. Bagaimana struktur organisasi SUKA itu sendiri di peringkat ADUN. Saya khuatir kalau ia sekadar mendaftar sebagai SUKA kemudian tiada struktur organisasi yang lengkap mungkin ia agak payah untuk bergerak terutamanya dalam sudut pendidikan, kalau ada organisasi mungkin lebih baik. Terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sebenarnya, sebelum kita, kita telah memberi taklimat sebenarnya kepada ADUN-ADUN dan juga saya membuat perbincangan hasrat kita pada akhirnya, SUKA ini akan duduk di bawah PBT. Tetapi oleh sebab PBT-PBT kita, Jabatan Kesihatan mereka belum, bagi saya tidak diperkasakan dengan sebaik lagi, tetapi buat masa sekarang, memang SUKA duduk bawah ADUN dan di bawah standco, buat sementara ini memang di bawah standco Kesihatan lah, maknanya di bawah saya. Dan, dari segi peruntukan, akan diturunkan melalui, menggunakan akaun ADUN itu sendiri atau akaun Pusat Khidmat itu sendiri, jadi ADUN akan

memantau penggunaan peruntukan ini bersama, maknanya di bawah kuasa ADUN itu. Jadi, dari segi strukturnya begitu dulu seperti mana kita ada struktur PWB ya, dan juga PEBS. PEBS adalah di bawah MSN, dulu di bawah PBT tetapi sekarang di bawah MSN dan kemudian melalui ADUN, maka organisasi ini duduk di bawah ADUN. Adakah saya menjawab soalannya Yang Berhormat?

Sebab saya melihat, contohnya COMBI, ia nampak satu struktur atau organisasi yang agak baik dan pergerakannya boleh bergerak dengan agak bebas dengan peruntukan yang ada dan impak ini kepada masyarakat sebab ini melibatkan soal behavioral changes. Jadi, saya ingat itu mungkin bagi pandangan saya lebih baik keadaannya.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Kalau untuk COVID itu, memang lah ia di dalam keadaan ini, memang di bawah, straight away di bawah standco saya tetapi untuk SUKA ini kerana ia adalah satu organisasi yang perlu bergerak di dalam komuniti. Kita tidak boleh kawal daripada atas terus dan kerana komuniti itu mempunyai cabaran-cabaran kesihatan yang berbeza dan mereka sendiri perlu untuk didaya upayakan untuk kita sambungkan dengan PKD dan juga Klinik Kesihatan dan program boleh dibuat secara bersama. Jadi, ini adalah bagi saya adalah satu projek rintis yang kita akan tengok di mana kelemahan, kekuatannya dan akan diperbaiki lah dari semasa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat.

Seterusnya, kita ada satu program yang kita terpaksa tunda disebabkan oleh PKP hari itu, iaitu Program SLIM Selangor. Program SLIM Selangor ini kita akan aktifkan semula bagi memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan penjagaan berat badan yang ideal dan juga penjagaan pemakanan dan juga kepentingan aktiviti fizikal. Hal ini bagi mengelakkan rakyat Selangor mendapat risiko penyakit tiga (3) serangkai. Kita tahu jantung, darah tinggi, buah pinggang, kencing manis yang semuanya disebabkan oleh masalah yang berkaitan dengan pemakanan, kekurangan aktiviti fizikal dan akhirnya menyebabkan masalah obesiti dan berlebihan berat badan, maka, lepas itu diikutilah dengan penyakit tiga (3) serangkai. Dan kita lihat bahawa ini, apabila COVID menyerang kita, yang menjadi mangsa ataupun yang paling teruk adalah mereka yang mempunyai penyakit berjangkit ini atau kita panggil dengan komorbid itu sendiri.

Jadi, program ini akan kita activate semula dan kemudian SUKA juga bertanggungjawab untuk membawa program ini kepada komuniti masing-masing. Kerajaan Negeri juga akan mengoptimakan platfom digital sedia ada iaitu SeLangkah, bagi menyalurkan maklumat menyampaikan advokasi dan mendidik rakyat tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Selain itu, SeLangkah juga akan digunakan bagi medium untuk mempromosi dan menyebar luas program-program sedia ada yang pada tahun ini digerakkan secara berpusat di bawah standco Kesihatan seperti Selangor Mental Sihat yang saya sebut tadi, Anak Selangor, Anak Sihat (ASAS) ya, dan ini adalah program yang kita mula rintis tahun ini, untuk makluman, tiada siapa

bertanya tetapi saya hendak beritahu bahawa kita telah memulakan satu program Anak Selangor, Anak Sihat berdasarkan kepada maklumat kajian oleh Unicef dan juga JKNS tentang 30% daripada anak-anak kita terbantut pembesaran mereka. Jadi, sekarang ini kita melakukan satu program melibatkan 500 orang anak di bawah umur lima (5) tahun dan mereka ini, kita buat program ini bersama dengan Universiti Islam Antarabangsa maka mereka ini, kriteria-kriteria untuk mendapat masuk program ini telah diletakkan syarat-syaratnya dan mereka dipantau dari semasa ke semasa ke semasa dan mereka diberi susu berprotein tinggi, berkualiti tinggi dan bila sahaja habis program ini enam (6) bulan, kita akan dapat melihat kejayaan ataupun keberkesanannya. Kita juga telah bekerjasama dengan JKNS untuk memberi makanan kepada anak-anak orang asli. Ini pun ada juga programnya. Tahun hadapan kita akan menambah kepada 700 orang. Jadi, Yang Berhormat ADUN sekalian, sekiranya dalam kawasan Yang Berhormat ada kawasan-kawasan perumahan, rumah kos rendah, dan ini adalah yang paling baik sebab kita boleh melihat berapa ramai daripada mereka dan kita boleh buat program di tempat Yang Berhormat sekalian.

Saya mengambil maklum sangat, saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ijok tadi dan juga Sijangkang sebelum ini, bahawa kepentingan untuk kita memulakan pendidikan kesihatan daripada umur yang muda, daripada sekolah lagi. Kerana, ini yang saya sebut tadi, apabila ada kesedaran itu daripada kecil, maka mudah untuk kita mendidik mereka untuk menjaga kesihatan mereka. Dan peranan ini sebenarnya boleh dimainkan oleh pihak sekolah dan juga pihak ibu bapa. Masalahnya sekarang ialah apabila ibu bapa sendiri tidak peka tentang kepentingan pemakanan, hidup hendak mudah, lebih senang beli fast food, lebih senang beli Kentucky Fried Chicken, Mc Donalds, minta maaf saya sebut nama itu kalau nanti kena, dia sibuk pula. But whatever it is, fast food lah ya. Makan sekali sekala tidak ada masalah tetapi kalau menjadi makanan, beli di pasar malam or fried food ya dan sebagai itu, mudah, kita beli nugget untuk anak, beli hot dog, beli sausage, beli itu, mudah, perut kenyang tetapi akhirnya, dalam jangka masa panjang, anak-anak ini, itulah, telah akan ada satu taste bud, cita rasa dia kepada makanan-makanan tersebut dan akhirnya makanan-makanan yang sihat, sayur-sayuran ya, dan juga makanan-makanan yang disarankan untuk kesihatan, tidak disukai oleh anak-anak.

Saranan Kementerian Kesihatan sudah cukup cantik dah. Maknanya, dalam pemakanan kita separuh-separuh, suku-suku separuh iaitu separuh daripada makanan kita adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Sukunya adalah karbohidrat dan suku lagi adalah protein. Sekiranya ini lah yang kita amalkan, saya rasa, kita InshaAllah, dalam jangka masa panjang dapat selamatkan rakyat kita daripada penyakit-penyakit yang kita sebut tadi. Cuma itu lah, bila berlakunya

Speaker

Yang Berhormat, EXCO, sila duduk.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Okay. Terima kasih.

Speaker

Sambung sebelah petang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan jam 1.00 petang dan dengan ini saya menangguhkan Dewan hingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Dewan disambung semula, saya silakan Seri Serdang.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya menyambung semula, tadi saya berhenti tentang pendidikan, kesihatan yang sepatutnya kita semua tahu bermula daripada umur yang muda, daripada kanak-kanak lagi, jadi berikutan cadangan Yang Berhormat Sijangkang dan Yang Berhormat Ijok yang pendidikan kesihatan perlu dimulakan dari kecil, mensasar murid-murid sekolah. Setahu saya memang sudah ada pendidikan syllabus itu ada mengajar tentang bab-bab kesihatan. Walau bagaimanapun saya akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor macam mana boleh Kerajaan Negeri bersama untuk meningkatkan pendidikan kesihatan kepada murid-murid sekolah dan saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat untuk memberikan peruntukan yang lebih kepada Program Selangor Saring yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Program Kesihatan Saringan Percuma secara berkala yang akan dilaksanakan di peringkat negeri adalah salah satu bukti komitmen Kerajaan Negeri. Sebelum ini memang di bawah Peduli Sihat kita pun kalau pemegang kad itu hendak membuat saringan kesihatan dibenarkan Yang Berhormat. Cuma kali ini program ini perlu di dalam bentuk kempen dan perlu jelas apa yang kita nak saring. Yang lepas-lepas kita banyak membuat program-program misalnya nak tengok tekanan darah, gula darah, kolesterol darah dan sebagainya saya fikir itu perlu diteruskan cuma saya ingin memperingatkan semua kita di Selangor bahawa Kementerian Kesihatan juga ada Program PEKA 40 di mana tak silap saya 45 tahun ke atas boleh terutama di dalam golongan B40 boleh membuat saringan-saringan ini di klinik-klinik swasta dan kita pun bercadang sama ada program ini dalam bentuk turun padang dan seperti mana kita buat saringan untuk Covid hari itu dan kemudian bila kita sudah menyaring mereka ini dan kita kenal pasti dan daripada situ kita adakan program untuk mereka dan akhirnya Insya Allah kita kalau ada yang kes yang tegar sikit itu kita akan rujuk pada pakar-pakar kesihatan sebab bila kita sudah pick-up the case, bila kita sudah kesan kes ini maka kita tidak memadai dengan hanya dengan

mengesan kes, kita perlu rujuk pada mereka-mereka atau pun bidang-bidang yang tertentu itu, itulah yang ada di dalam kepala saya buat masa sekarang, namun Yang Berhormat Ijok saya, kita masih ada retreat yang perlu kita buat untuk memperincikan setiap program yang kita hendak laksanakan di bawah saringan ini. Itu sebabnya Selangor Advisory Council would be advice us Insya Allah. Yang Berhormat Bukit Lanjan juga ada menyarankan agar Kerajaan Negeri harus melipat gandakan promosi dan meluaskan sebaran penyampaian berkenaan insentif-insentif berkaitan dan bantuan-bantuan kesihatan kepada rakyat Selangor. Dalam hal ini Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor akan meneruskan, mempergiatkan promosi dan kita sekarang Alhamdulillah kita ada (SUKA) Sukarelawan Kesihatan Komuniti sebagai duta kesihatan awam kita dan setiap DUN perlu mengetahui apakah program-program kesihatan untuk negeri. Saya ingin sekali lagi menekan peranan ADUN-ADUN bersama team pasukan SUKA kita untuk menganjur program-program yang bersifat pendidikan dan meningkatkan daya upaya rakyat di dalam isu kesihatan. Menjawab ada pertanyaan-pertanyaan daripada Bukit Lanjan juga membangkitkan tentang mengenai menaikkan promosi berkenaan Program Skim Rawatan Jantung, Kerajaan Negeri melalui SELCARE Management. Saya ingin memberitahu di sini ramai saya lihat memang tak tahu atau mungkin silap atau pun salah komunikasi itu tak sampai ke bagaimana selain Skim Peduli Sihat yang kita ada sebelum ini Skim Rawatan Jantung adalah Skim rawatan membantu mereka yang layak daripada mereka golongan B40 sama ada mereka pemegang kad Skim Peduli Sihat atau pun tidak dan mereka di dalam golongan M40 maknanya pendapatan RM8,000.00 ke bawah layak mendapat bantuan Skim Peduli Jantung. Kerajaan Negeri memberi sehingga RM50,000.00 untuk membantu mereka yang perlu mungkin membuat injured plasty, open heart surgery untuk bypass namun tentulah mereka mesti yang M40 itu perlu membuktikan kepada kita bahawa mereka tidak ada lagi sumber-sumber untuk membayar dan sebagainya. Jadi kita ada empat hospital yang bekerjasama, hospital panel IJN, UiTM, CGS dan juga Hospital Serdang Private Wing, jadi Yang Berhormat sekalian, sekiranya ada pesakit-pesakit jenis ini kumpulan ini, saya perlu apa yang perlu Yang Berhormat lakukan adalah menulis surat kepada saya atau pun terus pergi kepada SELCARE dan di dalam kes-kes M40 perlu mendapat persetujuan EXCO, EXCO yang akan meluluskannya dan untuk B40 tanpa kad pun akan diluluskan oleh pegawai, oleh saya sendiri. Jadi memang saya tahu ramai yang tidak tahu mengenai skim ini jadi tidak pernah ditanya sebelum ini, terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ijok atas keprihatinan di atas penjagaan kesihatan lelaki. Saya ingat dulu Yang Berhormat mencadangkan kenapa tidak ada kita buat untuk saringan prostat dan sebagainya jadi kita sudah masukkan ke dalam Program CanSEL kita Selangor bermula pada tahun 2020 ini. Ada empat penyakit yang kami telah kenal pasti dan saya akan berbincang lagi dengan pakar-pakar tentang senarai apa yang kita nak buat tapi yang ada di dalam senarai kita sekarang ini yang telah dicadangkan kepada kami adalah colorectal and prostat, dua ini sudah dimasukkan di dalam ini. Walaupun ia 1 juta peruntukan Yang Berhormat, saya fikir ini adalah program rintis dahulu, kita perlu merintis dan perlu belanja duit itu dulu.

Yang Berhormat EXCO boleh saya mencelah?

Timbalan Speaker

Ijok.

Untung mengurangkan perbelanjaan untuk saringan, saya cadangkan Ijok telah membuat saringan kesihatan tiap-tiap tahun sebelum Covid. Apa kita buat ialah satu kem kesihatan satu hari dan kita panggil agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan example kita panggil kidney foundation datang ke Ijok satu hari, blood bank, satu kolej untuk pemeriksaan mata, cancer society untuk saringan kanser, pap smear dan juga masa itu juga kita buat pendidikan kesedaran. Kita panggil orang memberi taklimat, lecture tentang kesihatan. Jadi inilah satu-satu kita boleh mengumpul atau mendapat jaringan atau lebih tiap-tiap DUN buat satu Program Kem Kesihatan Tahunan satu hari, kadang-kadang kita dapat sampai 500 penduduk datang test ujian darah dan juga CSR blood bank suka datang ke Ijok sebab mereka dapat 100 pint sekurang-kurangnya darah, ini memberi satu impak, satu added value to Selangor State. Kita ada program such a programme going on. Jadi kalau tengok saya punya Facebook tiap-tiap tahun kami buat. Oleh sebab COVID kami tak buat. Jadi ini adalah satu-satu kos tak tinggi tapi kita dapat banyak peserta dalam saringan kita. Sekian.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Okay Yang Berhormat Ijok, betul sebenarnya pihak ADUN boleh melaksanakan kem kesihatan ini dengan perbelanjaan peruntukan ADUN masing-masing. Kalau Yang Berhormat Ijok berjaya melaksanakannya maka saya ingat pihak ADUN lain boleh melakukannya. Apa yang pihak saya boleh buat adalah untuk menghubungkan dengan persatuan-persatuan dan sebagainya dan kita membantu di dalam perancangan dan saya kira kalau itu 1 juta itu cukup Yang Berhormat di mana setiap DUN bukan maksudnya dengan peruntukan DUN ya. 1 juta itu kita split untuk kita membuat 56 DUN dan dari segi penganjurannya adalah DUN masing-masing. Itu adalah satu cadangan kita akan bincang perhaluskan lagi Yang Berhormat. Terima kasih. Untuk Yang Berhormat ada menyebut tentang kesihatan golongan lelaki tapi bila kita buat Saring Selangor ini kebanyakan golongan lelaki yang terjejas dengan sakit jantungnya, obesitinya maknanya semua, unless ada perkara-perkara yang specific untuk kaum lelaki yang difikirkan ini saya mohon cadangan itu daripada Yang Berhormat.

Yang Berhormat, saringan lelaki ini kita merangkumi kalau kita buat macam Kem Kesihatan Keluarga, lelaki, perempuan dan anak sekali, mereka datang ada gejala atau pun tidak ada penyakit pun, itulah this added value fasal saringan kita kenal pasti sakit-sakit yang awal belum bergejala. Kalau kita tunggu mereka ada gejala dan simptom dan that’s to late so kita nak saringan for prevention.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Pengalaman saya membuat kem-kem kesihatan dahulu Yang Berhormat saya ingin katakan bila kita buat kem kesihatan ini memang ramai yang datang, namun separuh daripadanya adalah mereka-mereka yang sudah ada penyakit-penyakit yang memang pelanggan KK dan sebagainya sometimes kita jarang berjumpa kes baru kerana yang datang ini adalah mereka yang yang sudah ada, mereka tahu mereka ada darah tinggi, ada kencing manis, ada itu dan sebagainya, mereka enjoy dan mereka suka, bila mereka datang dan dapat berjumpa pakar, mungkin di klinik-klinik kesihatan, mereka berjumpa medical officer, pegawai perubatan dan sebagainya. Insya Allah itu adalah perkara yang kita akan lakukan. Mengenai dose penggalak vaksin yang ditanya oleh Bukit Lanjan, Pandamaran dan Rawang, terima kasih Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri agak bimbang sebilangan rakyat kita masih lagi mempersoalkan tentang keperluan mengambil vaksin dan kita tidak tahu sebenarnya berapa ramai yang tidak mengambil vaksin kerana mereka sebenarnya bahayakan diri mereka sendiri. Tapi sekarang ini adalah untuk pengambilan suntikan penggalak atau pun booster dose ini dan untuk tujuan itu SELVAX, kita akan adakan lagi satu program sambung lagi selepas kita buat SELVAX Bergerak, SELVAX Komuniti, SELVAX Remaja kita akan buat untuk SELVAX Booster. Ini adalah untuk mereka yang nak juga Sinovac because ada yang tidak mahu Pfizer walaupun Pfizer diberikan oleh KKM dengan percuma jadi mereka memohon untuk booster Sinovac. Kita ada lagi 157,000 dos jadi saya kira cukup dan mana-mana Yang Berhormat yang ingin melaksanakan di DUN masing-masing secara bersasar, mesti ada orang yang sudah ada untuk terima vaksin, sila berhubung dengan SELCARE, seperti biasa tanggung sendiri isu menyediakan makan minum, tempat dan petugas dan itu tidak akan ditanggung oleh SELCARE.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan tambahan.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Ya.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih EXCO, saya nak tanya dengan EXCO adakah booster ini di bawah SELVAX ini hanya diberi kepada penerima vaksin sebelum ini di SELVAX atau pun mereka sesiapa saja yang pernah menerima suntikan Sinovac daripada pihak Kerajaan Persekutuan, terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Kita nak rakyat kita ambil booster, yang mana sudah ambil dos 1, dos 2 nak dos 3 kita bagi. Bagi mereka yang terima sebelum ini mungkin Pfizer dan mereka nak Sinovac tapi Kementerian Kesihatan offer Pfizer juga, pada mereka tidak mahu mengambil langsung maka saya mengizinkan untuk diberikan kepada mereka yang tidak mahu menerima Pfizer walaupun mereka tidak mengambil dengan kita ya. Mengenai sukarelawan SUKA ini, saya ada sebut banyak kali, saya pun jemu dengar suara saya sahaja ini. Apa pun saya hendak sebut di sini Yang Berhormat Banting mengenai dan kita ada tadi Yang Berhormat Banting, Taman Templer, Balakong, semua menyentuh tentang Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) dan berhubung dengan

peruntukkannya RM65,000,000.00 bagi program kesihatan awam pada tahun hadapan digunakan untuk sebaiknya saya ingin menerangkan bahawa antara peranan utama SUKA, RM65,000,000.00 itu keseluruhan untuk program kesihatan awam. SUKA akan membantu Kerajaan Negeri mewujudkan sebuah komuniti, ini telah saya terangkan untuk mewujudkan sebuah komuniti yang sedar dan celik ada daya upaya yang bagus untuk menjaga kesihatan kendiri ini kita perlu macam pemangkin. Jadi saya rayu sekali lagi kerjasama antara ADUN-ADUN, koordinator SUKA adalah di bawah ADUN ya bukan bawah saya direct bawah ADUN. Jadi boleh plan program dengan mereka. Berhubung dengan elaun kepada koordinator SUKA seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Taman Templer, buat masa ini Kerajaan Negeri tidak menyediakan sebarang elaun khusus kepada koordinator SUKA disebabkan program ini masih dalam fasa program rintis dan baru sahaja diperkenalkan sekitar bulan Julai lalu.

Sebab kita hendak menubuhkan the moment apabila kita letak elaun dan sebagainya saya takut kita menarik orang ke SUKA itu dengan atas sebab-sebab yang lain. Biarlah SUKA melaksanakan program kesukarelawan mereka dan para ADUN menilai komitmen mereka dan kemudian mungkin baru kita boleh cadangkan kepada pihak Negeri. Komitmen ini penting, dalam pada masa yang sama, Kerajaan Negeri telah untuk tahun ini telah menurunkan RM18,000.00 jadi kita telah menurunkan agak lewat kepada setiap ADUN dan jumlah ini sebenarnya kita hanya memberi garis panduan kepada ADUN bagaimana hendak menggunakannya. Bukan sahaja untuk mereka untuk mendapatkan peralatan atau mendapatkan apa-apa yang diperlukan oleh pesakit yang di bawah kuarantin COVID ini tetapi ia nya juga boleh diguna untuk tampung perbelanjaan logistik, makan minum dan mungkin komunikasi. Malah pihak saya telah membekalkan setiap DUN, setiap koordinator SUKA dengan satu handphone dengan nombor tertentu sebab kita hendak nombor ini diketahui oleh rakyat. Jadi dalam keadaan emergency kesihatan. Misalnya mereka tidak tahu macam mana hendak panggil ambulans. Sekarang ini positif, buat Saliva positif apa hendak buat. Jadi boleh menghubungi pihak SUKA kerana SUKA telah dilatih dan In sha Allah mereka dapat memberi panduan. Sekiranya mereka ada keraguan, tidak tahu apa hendak buat, mereka juga boleh refer kepada Persatuan Kesihatan Awam Malaysia. Jadi tidaklah terkontang-kanting maksudnya untuk mereka membuat keputusan. Itu sebab kita panggil projek rintis dahulu ya. Jadi, sekiranya perkembangannya baik kita bolehlah meminta ke depan bagaimana untuk meningkatkan peruntukan buat masa ini adalah seluruh SUKA salah satu negeri RM1.5 juta untuk operasi mereka.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Yang Berhormat.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Yang Berhormat Balakong membangkitkan perkara berkaitan sanitasi dan pengurusan penghantaran pesakit yang tidak termasuk dalam program SUKA. Untuk makluman Yang Berhormat bagi tahun ini Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang program khusus yang boleh di

laksana di bawah SUKA bagi membolehkan Kerajaan Negeri menilai terlebih dahulu pelaksanaannya pada tahun pertama. Makna dia kalau dia hendak buat sanitasi cuma saya ada memberi janganlah habis duit itu hanya untuk buat sanitasi dan sanitasi itu sendiri pun tidak terbukti kecuali sanitasi rumah yang ada pesakit COVID. Bukan sanitasi tempat awam spray merata ceruk begitu tidak ada berkesan sebenarnya. Jadi, sanitasi yang berhemahlah saya minta. Kerana hendak bayar orang buat sanitasi. Sekarang ini pasukan SUKA sudah membeli ya apa ini peralatan dan sebagainya supaya mereka dapat melaksanakannya dengan lebih berhemah ya, tidak perlu mengambil company-company syarikat-syarikat yang melaksanakan apa ini program sanitasi itu. Jadi tidak ada halangan, cuma akhir tahun ini kita akan melihat laporan daripada SUKA dan apakah aktiviti-aktiviti yang sering mereka lakukan dan laksanakan dan kemudian kita akan berbincang lagi sama ada perlu kita apa ini orang kata ketatkan ataupun kita longgarkan. Sebab ketatkan terlampau banyak garis panduan pun menyebabkan sukar untuk orang hendak buat aktiviti tetapi kalau terlalu longgar pun nanti akauntabiliti dan perbelanjaan itu tidak dapat di kawal.

Seterusnya adalah mengenai kesihatan mental. Sekali lagi Kampung Tunku, Subang Jaya, Bukit Lanjan. Sejak tahun 2020 saya telah terangkan tadi, kita telah memulakan program-program kesedaran sejak daripada 2020 dan semasa kita dilanda COVID kita teruskan secara interaktif di dalam program-program live fb. Masih ada lagi rakaman-rakamannya di dalam Youtube kalau Yang Berhormat sekalian hendak pergi tengok dalam berbagai topik dengan pakar-pakar dan sebagainya. Jadi saya telah terangkan panjang tadi rasa saya tentang Talian Sihat dan saya tidak hendak mengulang lagi ya. Ada cadangan daripada Kampung Tunku kalau saya tidak silap saya supaya Kerajaan Negeri mewujudkan jalinan kerjasama bersama Pertubuhan Kesihatan berkaitan mental seperti Malaysian Psychiatric Association, Malaysian Society of Psychology dan Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Subang Jaya. Kerajaan Negeri telah pun menjalinkan kerjasama pintar bersama pakar-pakar bidang daripada Institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Sains Malaysia. Semua ini pun mereka ini sudah pun dicadangkan oleh pihak Yang Berhormat sebenarnya dan kita juga mereka ini semua adalah anggota kepada Persatuan Psikologi Malaysia (PISMA) dan Malaysian Psychiatric Association. Jadi kerjasama dan kita juga bekerjasama dengan Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA) dan Persatuan Kaunseling Malaysia dan kita akan terus menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja yang sudi bekerjasama dengan kita. Batang Kali ada soalan mengenai Klinik Kesihatan di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Yang Berhormat Batang Kali, ada membangkitkan isu keperluan membina Klinik Kesihatan di kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan bahawa permohonan untuk membina Klinik Kesihatan Bukit Sentosa telah diluluskan di bawah Private Partnership pada tahun 2021 dan pembinaan dijangka bermula pada bulan Jun 2022. Pada masa kini, penduduk setempat masih boleh menerima rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan Serendah yang terletak 11 km daripada tapak Klinik Kesihatan Bukit Sentosa bagi

rawatan Jabatan Pesakit Luar. Manakala bagi Rawatan Ibu dan Anak penduduk boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bukit Sentosa yang terletak 5 km daripada tapak Klinik Kesihatan. Klinik Kesihatan ini ya. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pengurusan fasiliti kesihatan awam termasuk pembinaan Klinik Kesihatan dan Hospital Awam adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan selari dengan Jadual Ke-9, Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak akan mengabaikan perkara yang memerlukan perhatian selanjut seperti perkara ini dan Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan susulan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berhubung perkara ini. Bukit Antarabangsa, Gombak Setia dan Taman Templer, ada bertanya, menyentuh tentang Program Skim Insurans Peduli Sihat atau sekarang dikenali sebagai Iltizam Selangor Sihat (ISS) bermula tahun 2021.

Yang Berhormat Gombak Setia membangkitkan isu kuota SIPS yang tidak penuh sehingga Oktober tahun ini. Saya ingin menjelaskan bahawa pada awal tahun 2021 ini pihak UPEN telah menjalankan proses pemutihan berserta SIPS memandangkan terdapat maklum balas daripada beberapa Pusat Khidmat DUN yang mempunyai peserta melebihi kuota DUN, pemegang kad yang tidak dapat dikenal pasti, tidak aktif, pemindahan peserta dari luar DUN ke DUN asal tempat mengundi berserta bukan daripada pengundi di Selangor dan lain-lain. Justeru dalam proses pemurnian itu kita mengalami pengurangan jumlah peserta SIPS. Selain itu, rebranding SIPS kepada ISS bukan sahaja akan melibatkan pertukaran nama sebaliknya akan dilakukan beberapa penambahbaikan termasuk dalam aspek syarat dan kelayakan penerima. Kerajaan Negeri akan menambah baik kriteria dan syarat kelulusan dalam memastikan sasaran 90,000 orang ini dapat dicapai di samping turut mengekalkan manfaat insurans sedia ada seperti pemberian one-off kepada mangsa kemalangan, pesakit kritikal, kematian dan sebagainya. Kerajaan Negeri akan memastikan pelaksanaan program ini berjalan dengan lancar dan lebih tersusun berbanding tahun-tahun sebelumnya yang melalui sesi libat urus yang lebih berkesan dengan outcome given approach. Mengenai perkara pemberian insurans kepada kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Taman Templer, ingin saya maklumkan bahawa terdapat kuota khas bagi kakitangan PKM untuk Skim Insurans Peduli Sihat dulu pun kita dah mulakan semua staf kakitangan PKM menerima manfaat ini melalui program SIPS sebelum ini. Pihak ADUN atau PKM perlu mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi tujuan semakan dan kelulusan. Sebenarnya semasa kita mulakan, kita MMKN meluluskan kakitangan Pusat Khidmat juga turut menerima Skim Peduli Sihat ini. Kita telah memasukkan nama semua pekerja-pekerja mengikut yang ada di dalam senarai bawah Dewan Undangan Negeri ya tetapi saya tahu lepas itu ada perubahan-perubahan pekerja. Jadi bila ada perubahan pekerja. Pihak ADUN lah bertanggungjawab untuk meneruskannya ya dan untuk makluman semua program SIPS selepas ini, exit policy nya adalah 2 tahun ya 2 tahun. Sebab kalau kita tidak buat macam itu makna dia orang yang sama akan dapat pada satu masa yang sangat panjang dan mereka-mereka yang layak ternafi. Jadi dalam syarat baru kita saya ingin

berkongsi dengan Yang Berhormat sekalian, maklum balas daripada Yang Berhormat yang lepas-lepas mengatakan kalau kita letak garis apa ini orang kata garis kelayakan kita mengambil hanya gaji RM2,000.00 ya, maka ini antara sebab kenapa kita tidak dapat penuhkan kerana DUN seperti Bukit Gasing, Kampung Tunku, Subang Jaya, Bandar Utama. RM2,000.00 itu adalah susah nak cari orang yang RM2,000.00 ke bawah. Semuanya RM2,000.00 mesti ke atas. Sedangkan mereka sangat memerlukan ya, lihat dengan kos hidup dan sebagainya. Jadi garis RM2,000.00 itu hanya panduan. Maka lepas ini Yang Berhormat DUN perlu membuat sedikit siasatan dan verifikasi pada mereka yang gaji atau pendapatan lebih daripada RM2,000.00 mungkin RM2,500.00, mungkin RM3,000.00 tetapi mempunyai tanggungan yang ramai, ada dalam keluarga mereka ada penyakit kronik ya, kalau ada anak atau ahli keluarga yang ada asma dan sebagainya ya untuk diberikan apa ini Skim Peduli Sihat ini.

Jadi kita beri sedikit kelonggaran memang mudah untuk kita laksanakan apabila kita hanya meletakkan RM2,000.00 jadi mudah buat kerja. Tetapi ada mereka yang layak tak dapat. Di antara sebab kita tidak boleh mengisi penuh itu adalah kuota yang diberi kepada DUN-DUN yang saya sebut tadi tidak dapat dipenuhi kerana kelayakan itu tidak dapat dipenuhi ya. Itu adalah mengenai Skim Peduli Sihat kita. Last sekali adalah satu sahaja mengenai wanita sahaja dan ini yang terakhir. Saya sudah banyak menjawab tentang wanita, jadi saya cuma ambil yang baru sahaja. Terima kasih pada Yang Berhormat Balakong ya yang cadangan telah dikemukakan bagi menambah baik keperluan PWB. Cadangan yang dibangkitkan adalah untuk mewujudkan sebuah kumpulan content kereta, menghasilkan sebuah filem pendek dan infografik adalah merupakan cadangan yang baik dan akan dipertimbangkan oleh WBF. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, bagi mereka yang tidak berapa rapat dengan PWB, PWB ada 10 modul untuk kemahiran dan 10 modul untuk pembangunan kapasiti dan di dalamnya sudah tertera banyak program-program yang boleh dilakukan di bawah modul-modul ini sekali lagi saya meminta para ADUN sekalian untuk bekerjasama ataupun menjadi pembimbing lead PWB penyelia-penyelia PWB. Tolong jangan hanya sain sahaja lulus begitu, kena tahu apa program mereka buat? Di mana mereka buat? impaknya apa? sasarannya siapa? ya, itu perlu bukan setakat hanya melaksanakan program tetapi perlu untuk kita sama-sama memimpin penyelia-penyelia PWB kerana bagaimana ada penyelia PWB ada yang baru, mereka mengambil masa sedikit untuk belajar macam mana nak buat kerja-kerja ini ya. Selain daripada WBS maka kalau mereka dipimpin oleh para ADUN program mereka akan lebih cantik dan lebih manfaat ya supaya selari dengan peruntukan yang kita berikan kepada mereka. Yang Berhormat Timbalan Speaker saya mohon berhenti. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Kandis.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker yang telah memberikan kesempatan kepada saya untuk membuat penggulungan isu-isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan dewan. Walaupun keadaan pandemik ini ahli-ahli Dewan membangkitkan hal-hal berkaitan dengan isu masjid dan juga ceramah-ceramah yang diadakan di surau dan masjid di negeri Selangor. Saya ingin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Meru. Bagaimanakah JAIS menangani isu masih ada ceramah politik di masjid? Secara prinsipnya nazir masjid atau pengerusi surau adalah wakil Majlis Agama Islam juga Jabatan Agama Islam Selangor di peringkat kariah. Antara tanggungjawab mereka adalah memastikan dasar dan ketetapan MAIS dan JAIS serta membantu pelaksanaan dan menguatkuasakan undang-undang serta peraturan termasuklah perkara melibatkan menguatkuasakan tauliah mengajar sebagaimana tetapkan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003. Pindaan 2018 dan Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Selangor 2008. Bagi maksud ini apabila wujud banyak kes di mana nazir masjid atau pengerusi surau tidak patuh dengan tanggungjawabnya. Pindaan Undang-undang telah dibuat pada Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Berhubung kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah. Yang menetapkan tindakan undang-undang juga boleh dikenakan kepada individu yang menyebabkan berlakunya perbuatan mengajar agama Islam atau apa-apa tentang agama Islam turut ditetapkan sebagai satu kesalahan. Amaran kepada pentadbir masjid serta kuat kuasa Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Tahun 2003 pindaan tahun 2018 telah dikeluarkan pada 25 Februari seperti yang dilampirkan sebagai peringatan tegas pihak JAIS dalam perkara ini. Jawatankuasa Tauliah MAIS juga boleh dan akan mengambil tindakan di bawah peraturan-peraturan tauliah negeri Selangor 2008. Di mana jawatankuasa boleh menggantung atau menarik balik sesuatu tauliah yang telah dikeluarkan kepada seseorang pemegang tauliah jika jawatankuasa mendapati Sub Kaedah 17(c) pemegang tauliah memberi ceramah umum atau memberi pengajaran ajaran agama Islam yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan kebencian atau menghina atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau bagi mengembangkan perasaan buruk sangka dan permusuhan beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia telah dilanggar. Yang terkini jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 29 Oktober 2021, telah bersetuju menetapkan bagi menarik balik tauliah mengajar agama Islam terhadap individu pemegang tauliah yang didapati dan terbukti aktif atau memegang jawatan dalam mana-mana parti politik. Ini selaras dengan kuasa ditetapkan kepada jawatankuasa di bawah Sub Kaedah 17(e) Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Selangor 2008, dengan ketetapan demikian jawatankuasa boleh menarik balik tauliah mengajar yang telah ditauliahkan kepada seseorang dan memastikan bakal pemegang tauliah seterusnya akan dipastikan dari kalangan individu yang bebas atau aktif atau tidak memegang jawatan mana-mana parti politik.

Boleh mencelah sikit.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat. Isu yang berkaitan yang timbul ini apabila pengurusan masjid pun saya tengguk bersekongkol ceramah ini. Dan masa yang sama saya mendapat laporan yang mana ada di kalangan pegawai di peringkat PAID sendiri pun terlibat. Jadi kalau tengok dari apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat EXCO tadi itu lebih kepada nazir. Tapi bagaimana kakitangan atau pegawai di peringkat PAID atau mungkin di dalam JAIS itu sendiri, macam mana yang dibangkit oleh Taman Medan sebelum ini bagaimana ada yang jelas orang aktif dan berjawatan dalam parti politik. Walaupun telah dan dia pun ada isu yang dibangkit jadi isu-isu nasional juga dah di berhenti tauliah dan disambung balik. Malahan bukan setakat boleh mengajar di masjid-masjid malah masjid negeri pun sampai ke masjid negeri dia boleh mengajar. Dan kita lihat Adun-adun yang ada tauliah sebelum ini, termasuk saya sendiri bukan sahaja disekat daripada nak mengajar malahan diberi ugutan, pernah saya sendiri, saya batang tubuh saya sendiri diberikan ugutan ditangkap dan sebagai oleh pegawai PAID daerah Klang, sebut terus PAID daerah Klang kalau saya mengajar nak tangkap sedangkan saya ada tauliah dan juga memberi ancaman kepada surau menjemput saya. Jadi mungkin minta juga pihak JAIS dapat timbangkan perkara ini pejabat EXCO dapat melihat perkara ini serius.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih kepada Meru yang telah membangkitkan perkara berkaitan dengan ceramah yang berunsur kepartian ataupun ceramah yang menimbulkan kebencian dan keresahan di kalangan jemaah dan juga berkaitan dengan pegawai jabatan yang mungkin terlibat. Saya mohon kerjasama daripada Ahli Dewan sekiranya ada maklumat atau pun ada informasi berkaitan boleh salurkan kepada kami untuk kami siasat dan teliti tentang dakwaan-dakwaan tersebut. Tapi walau bagaimanapun saya memahami tentang niat murni Yang Berhormat dan saya sangat menghormati ketinggian kealiman Meru dan juga Taman Medan saya percaya banyak lagi ruang-ruang untuk beliau menyumbang ilmu dan pengalaman bagi membangunkan ilmu di negeri Selangor ini. Jadi saya akan terus kepada perkara kedua yang dibangkitkan oleh Batang Kali. Batang Kali ada? Alhamdulillah rajin Batang Kali. Mengenai cadangan mesyuarat dibuat dengan mematuhi SOP. Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUM) Bilangan 3 2021 yang bersidang pada 21 September 2021 telah bersetuju menangguhkan pelaksanaan Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Jawatankuasa Masjid Negeri Selangor yang sepatutnya diadakan sebelum berakhir 31 Disember 2021 ke tahun 2022. Keputusan tersebut telah juga diterima oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Selangor MAIS Bilangan 5 2021 yang bersidang pada 28 September 2021 sebagai komitmen berterusan MAIS dalam membantu pihak berwajib dalam mengekang risiko COVID-19 di negeri Selangor. Kita faham bahawa

keadaan sekarang ini kes terus meningkat dan bertambah jadi saya percaya dengan ijtihad dan juga pandangan yang diberikan oleh ahli mesyuarat yang membuat keputusan ini adalah untuk menepati maqasid iaitu menjaga nyawa dan juga untuk mengutamakan maslahat amah. Jadi dengan keputusan tersebut tempoh jawatankuasa kariah masjid di semua masjid negeri Selangor yang akan berakhir pada 31 Disember 2021 akan dilanjutkan 1 tahun lagi hingga berakhir 31 Disember 2022. Berikutnya berkenaan dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Jeram. Jeram hadir ya. Wah bagus prestasi Jeram sekarang ini. Ya Batang Kali

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Yang Berhormat EXCO adakah cadangan daripada pihak JAIS untuk mengembalikan pemilihan ini kepada asal seperti mana yang lalu kita lihat pemilihan dipilih oleh pihak agama sendiri? Terima kasih.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Batang Kali yang telah mengemukakan cadangan untuk tadbir urus masjid dan surau dengan menggunakan format yang lain. Jadi cadangan daripada Batan Kali itu akan di teliti dan diperhalusi dan akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. Terima kasih atas cadangan tersebut. Dan saya terus kepada persoalan Jeram. Kenapa ADUN kawasan tidak dimasukkan atau dibenarkan menandatangani akuan pengesahan pemastautin? Saya percaya kerja sebagai wakil rakyat dan cukup banyak hal banjirlah, hal jambatanlah , hal semua tapi Jeram ini lain dia masih ada ruang masa dan tenaga untuk mengesahkan 50 ribu pengundi dia. Saya bimbang dia tak kenal lokasi rumah di mana. Jadi yang mengenal itu adalah nama-nama yang akan sebutkan. Akuan pengesahan pemastautin atau APP diperlukan apabila seseorang individu mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran berkahwin kali pertama ya, dan juga kali kedua. Dengan melampirkan kad pengenalan yang tertera alamat berbeza dengan alamat tempat tinggal semasa permohonan berkahwin dibuat. Kaedah-kaedah Perkahwinan, Cerai dan Rujuk (Borang dan FI) 2009 di bawah enakmen Undang-undang Agama Islam Neger Selangor 2003 dan yang telah diwartakan menetapkan APP ataupun Akuan Pengesahan Pemastautin hanya boleh disahkan oleh Penghulu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Nazir, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk dan Pengerusi Taman Perumahan. Kaedah ini kemudian telah dipinda dengan pewartaan Kaedah-kaedah Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (Borang dan FI) Negeri Selangor 2021 pada 2 Ogos 2021. Kaedah ini menetapkan APP akuan pengesahan permastautinan hanya boleh disahkan oleh nazir masjid. Ini pindaan yang baru nazir masjid atau pengerusi surau atau mana-mana orang yang dilantik oleh MAIS untuk mengetuai pengurusan sesuatu masjid atau surau. Atau Penghulu atau Ketua Kampung atau Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP). Pengerusi jawatankuasa bersama yang beragama Islam atau mana-mana yang beragama Islam yang dilantik oleh pihak berkuasa melantik di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa untuk mengetuai sesuatu komuniti di tempat tinggal pemohon. Ayat umum yang digunakan pada perkataan mana-mana orang beragama Islam telah digunakan mengambil kira jika berlaku

perubahan dengan penggunaan nama lain bagi jawatan yang sama sebagaimana yang disenaraikan di kemudian hari nanti. Kaedah-kaedah Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, (Borang dan FI) Negeri Selangor 2021 tidak perlu dipinda. Kaedah ini tidak menyebut secara jelas bahawa Ahli Dewan atau ADUN kawasan sebagai salah seseorang individu yang membuat pengesahan pada APP dan berikutnya.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Tak berapa jelas ayat yang akhir kesimpulannya apa?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Kesimpulannya, dalam pindaan enakmen ini tidak menyebut secara jelas bahawa ADUN kawasan sebagai salah seorang individu yang boleh buat pengesahan pada APP. Jadi kita sudah banyak lagi institusi-institusi yang lebih menjurus kepada kampung, taman perumahan yang lebih mengenali anak kariah tersebut. Jadi saya bimbang apabila yang datang ini, walaupun dia tinggal di hujung DUN kita ada banyak kampung jadi kita hendak mengenali siapa mereka adakah mereka ini benar-benar, bujang dan sebagainya. Jadi risikonya kepada orang yang menandatangani. Jadi ada berlaku di mana selepas diakui sah rupa-rupanya si pemohon tadi telah berkahwin di tempat yang lain. Jadi perkara ini tidak boleh di ambil ringan jadi sebab itu kita beri kepada pemimpin-pemimpin komuniti tempatan yang lebih mengenali anak kariah. Ia silakan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih, Yang Berhormat EXCO, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan sebab saya pun sudah go through, apabila berlakunya keadaan yang sedemikian. Apabila saya berbincang bersama Pegawai PAID beliau ada bagi saranan dan mengatakan isu Enakmen ini, berbeza dengan negeri-negeri lain. Maksudnya ada negeri Perak umpanya dan juga negeri lain bersetuju boleh. Di Selangor ini dia kata kalau hendak perlu ada pindaan. Jadi saya faham dan Yang Berhormat pun tidak perlu risau sebagai Yang Berhormat di kawasan tertentu kita ada tanggungjawab dan kita kenal dan kita pun bukanlah sign ataupun menyokong. Bahasa kasarnya membabi buta tidak. Macam di Pejabat Adun sendiri pun kita tidak sembarangan orang datang. Memang di kawasan saya ini, kawasan yang padat membangun dan ic masih lagi di luar. Jadi kita mintak dia bawa agreement dan sebagainya menunjukkan dia memang duduk di situ. Jadi untuk menambah baik cadangan saya, sebab apa saya rasakan perlu juga di ambil kira peranan ADUN itu, Yang Berhormat tidak perlu risau, berkenaan tanggungjawab itu memang yang kita pilih. Untuk hendak bekerja untuk rakyat. Jadi tidak kisahlah siang ke malam ke ada kerja ke tidak ada kerja ke itu tanggungjawab kita. Tanggungjawab Yang Berhormat EXCO untuk menambah baik, untuk mengubah enakmen ini bagi membolehkan guna pakai yang mana ayat akhir itu, mana-mana individu yang diberi kuasa. Jadi untuk ADUN yang beragama Islam yang menetap di kawasan itu supaya dia kenal orang di kawasan. Jadi kalau benda itu berlaku di kawasan saya, bukanlah maksud saya Yang Berhormat kata yang hujung. Saya akan minta dia rujuk di Ketua Kampung di situ. Di sebabkan kawasan saya ini tidak ada ketua kampung. Kawasan bandar yang mana orang yang minta pun memang saya kenal. Penduduk di sekeliling taman-taman saya,

saya kenal. Jadi harap-harap ada perubahan untuk tambah baik. Itu cadangan saya Yang Berhormat.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih Jeram, yang sentiasa banyak idea-idea bernas dan insyaallah pandangan daripada jeram kita akan perhalusi dan kita teliti Insya Allah. Baik berikutnya adalah, perkara yang dibangkitkan oleh jiran saya Bukit Sentosa, berkenaan dengan pembangunan naik taraf masjid Al-Barokah Sentosa. Ini wakil rakyat pakatan harapan lain macam sahaja.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Mintak maaf yang berhormat ada satu yang saya punya berkenaan dengan kubur itu masih belum disentuh.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Kubur?

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang saya ada kata, ada satu tanah perkuburan saya ada sentuh.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Ok. Nanti kita akan dapatkan jawapan. Saya jawab dulu. Walaupun Sentosa tidak ada saya jawab sebab dia jiran saya. Masjid.

Tanah kubur itu kita gali petang ini.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Masjid Al-Barakah Sentosa telah lulus untuk dinaik taraf oleh MAEP dan PAID Klang. Jadi Jawatankuasa Masjid Al-Barakah perlulah mengemukakan dokumen-dokumen dan juga gerak kerja untuk seterusnya. Jadi tahniah kepada Sentosa yang telah membangkitkan isu pembangunan masjid di kawasannya. Ini satu-satunya masjid yang ada di kawasan DUN Sentosa. Dan saya juga ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan yang telah membangkitkan persoalan-persoalan berkaitan dengan masjid dan ceramah mudah-mudahan banyak kebaikan dan memberi manfaat kepada pembangunan Negeri Selangor. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sg. Kandis, silakan Yang Berhormat Tanjung Sepat.

Tuan Borhan bin Aman ShahPKR · PHTanjong Sepat

Terima kasih, Timbalan Speaker. Bagi maklum balas isu yang dibangkitkan daripada Yang Berhormat Sg. Air Tawar dan juga Yang Berhormat Balakong. Mengenai isu pembinaan dan juga Balai Raya. Di mana Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang perkara ini dan akan memohon Pejabat Daerah dan Tanah untuk menyemak seterusnya memberi cadangan tapak baharu yang sesuai sekiranya ada bagi menyelesaikan masalah Balai Raya yang sedia ada

di atas milik individu, dan mengenai juga pembinaan Balai Raya seluruh Negeri Selangor terdapat 246 dan walau bagaimanapun Yang Berhormat Balakong menyatakan ada 20 buah Balai Raya di kawasan Yang Berhormat yang masih tidak jelas statusnya. Dan kita telah minta Pejabat Daerah untuk meneliti dan dengan cara terperinci bagi memaklumkan maklum balas pada Yang Berhormat.

Seterusnya, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Lanjan, mengenai pembelian bangunan Bank Negara, yang dijadikan sebagai Muzium Seni Lukisan. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri membeli bangunan Bank Negera ini, yang terletak di Shah Alam ini, adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai Muzium Seni Lukis Negeri Selangor. Yang mana justifikasinya, kedudukan dan lokasi Bank Negara ini sesuai dan dari segi keselamatan dan juga kedudukan di tengah-tengah bandar yang memberi impak yang baik kepada pelancong dan sebagainya. Dan seterusnya, maklum balas mengenai isu, elaun MPKK yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sabak. Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan elaun Pengerusi, Setiausaha dan juga Biro, serta peruntukkan Program kecil masyarakat kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ataupun MPKK. Termasuklah Kg. Baru dan Kg. Bagan tersusun Negeri Selangor berkuat kuasa pada 1 Julai 2020 yang lalu dan menetapkan elaun Pengerusi sebanyak RM1,200 sebulan berbanding dengan elaun RM500 sahaja kepada negeri-negeri lain di seluruh negara.

Dan ini adalah elaun Pengerusi MPKK yang agak tertinggi dan untuk maklumat sidang Dewan, Pengerusi MPKK dilantik secara kontrak untuk berkhidmat ataupun contract for service, CFS ini merupakan kontrak pembelian perkhidmatan daripada seorang bukannya contract untuk mengambil seorang itu bekerja.

Oleh itu, individu diberikan gaji berkenaan ataupun elaun berkenaan dianggap sebagai independant contractor. Yang mana menawarkan perkhidmatan yang perlu di bayar oleh pihak Kerajaan secara elaun. Justeru itu, Kerajaan Negeri tidak meletakkan syarat mana-mana Pengerusi MPKK untuk bekerja sepenuh masa sebagai Pengerusi ataupun Ketua Kampung. Dan adalah tidak menjadi halangan bagi mereka untuk mempunyai pekerjaan tetap ataupun perniagaan lain asalkan tidak mengganggu tanggungjawab sebagai seorang pemimpin di peringkat akar umbi.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, Pengerusi MPKK juga turut diberi perkhidmatan insurans dan juga kad peduli sihat sepanjang perkhidmatan sebagai Pengerusi MPKK. Namun demikian, Kerajaan Negeri akur dan memahami terdapat segelintir Pengerusi MPKK yang menjadikan elaun ini sebagai pendapatan tetap. Maka Kerajaan Negeri, mengambil maklum dan bersedia untuk mengkaji keperluan ini daripada masa ke semasa. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker

Terima kasih Y.B. Tanjung Sepat. Silakan Y.B. Paya Jaras.

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menjawab beberapa soalan yang dibangkitkan oleh Sg. Air Tawar, Banting, Bandar Utama, Seri Setia, Sg. Panjang, Batang Kali dan Sg. Pelek. Dan saya suka bermula dengan Bandar Utama, yang bertanyakan tentang adakah, ada satu kajian berkaitan dengan belia khususnya dengan pelaksanaan undi 18 tahun ini.

Yang Berhormat sekalian, ada tiga kajian yang telah kita laksanakan iaitu pada tahun 2020 dan yang terakhir pada November 2021. Mengkaji tentang kedudukan belia kita ini, dan saya suka memetik salah satu daripada kata-kata belia melalui kajian kita yang dijalankan oleh PM, yang mengatakan bahawa sebagai seorang belia sekolah kata dia peluang untuk belia bersekolah ini sangatlah tipis untuk kita menggalakkan diri ke arah politik dan kepimpinan Malaysia ini, event di Selangor pun, kata dia tetapi peluang itu ada untuk pelajar-pelajar Universiti dan belia dan pekerja sahaja. Mereka menganggap kita ini tidak layak untuk terlibat dalam politik. Ini suasana jawapan-jawapan yang antara jawapan yang diberikan oleh para belia kita tentang kedudukan politik pandangan mereka dalam politik.

Bandar Utama juga menyebut tentang bantuan yang di sebut tentang p-hiling. Sebelum itu, sebelum saya pergi pada biar saya sebut selesaikan dahulu kajian yang disebut oleh Bandar Utama. Untuk maklumat Yang Berhormat sekalian, pada November 2021 kajian yang dilakukan oleh IDE, Institut Darul Ehsan. Tentang apakah anda berminat mendapatkan maklumat berkaitan perkembangan politik. Jawapannya 72.4 peratus tidak berminat. Manakala hanya 27.6 peratus berminat. Di kalangan respon ini, kalau saya boleh kupas melalui berdasarkan kaum yang menariknya dan mengejutkan kita kaum yang paling tidak berminat belia dalam politik adalah bangsa Cina, iaitu 79 peratus tidak berminat mengikuti perkembangan politik. Yang ke dua tertinggi adalah masyarakat India 74.2 peratus tidak berminat dengan politik dan yang ke tiga adalah bangsa Melayu 68.3 politik. Kita tanya mereka IDE kenapa mereka tidak minat berpolitik. 28 peratus mengatakan bahawa mereka tiada pendedahan tentang perkembangan politik. 19 peratus mengatakan bosan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh orang politik. Ini finding yea, dan 14 peratus mengatakan mereka tiada bahawa politik itu tiada manfaat. Tiada manfaat langsung politik ini, dan 17 peratus mengatakan mereka lebih berminat mengetahui perkembangan lain seperti sukan dan hiburan. 6.6 peratus mengatakan mereka tidak mempunyai galakkan daripada kawan-kawan dan keluarga. 7.2 peratus mengatakan mereka lebih suka fokus kepada pelajaran dan 3 peratus mengatakan tidak yakin politik boleh membawa perubahan dalam kehidupan. Ini adalah finding berkaitan dengan persoalan Damansara utama tadi adakah ada kajian, ini kajian dia.

Berkaitan dengan polisi mengundi 18, adakah mereka setuju 18 tahun ini merka boleh mengundi. 63 peratus menyokong ia mereka bersetuju. Orang 18 ini boleh mengundi, manakala 36.7 peratus mengatakan tidak bersetuju.

Tetapi Yang Berhormat sekalian, yang menarik di sini, walaupun ada yang mengatakan walaupun 63 peratus ini kata ya setuju mengundi 18 ini ialah perlu. Tetapi 50 peratus sahaja yang kata akan keluar mengundi. Daripada bilangan tadi manakala 30 peratus mengatakan saya sokong undi 18, tetapi saya tidak akan keluar mengundi.

Ini adalah polemik yang kita ada dan cabaran yang diadakan yang dihadapi oleh Kerajaan untuk tentang undi 18. Manakala 36.7 peratus itu, memang tidak bersetuju tentang undi 18. Itu tentang undi 18, bagaimana pula tentang layak menjadi calon dalam pilihan raya. 50 peratus belia yang kita tanya berumur antara 18 20 tanya sendiri belia ini. Mereka setuju tidak belia ini menjadi calon dalam pilihan raya. 50 peratus mengatakan mereka tidak bersetuju. 22 sahaja 22 peratus sahaja bersetuju manakala 27 peratus tidak pasti. Kerana apa, kerana di kalangan mereka ini, mereka merasakan 54 peratus rakan mereka belum cukup matang untuk menjadi calon, 22 peratus menyatakan mereka perlu fokus kepada pelajaran, 9 peratus mereka belum cukup matang untuk menentukan hala tuju negara, 5 peratus mereka masih bergantung pada ibu bapa dalam menentukan arah hidup tuju kehidupan, 4 peratus menyatakan perlu mengelak diri daripada terlibat dengan unsur-unsur negatif berkaitan dengan politik. Ini dia, jadi Yang Berhormat sekalian. Apa yang saudara Yang Berhormat-Yang Berhormat bercakap ataupun bertindak di dalam Dewan Undangan Negeri diperhatikan oleh orang sekitar kita. Inilah yang menyebabkan sama ada belia kita itu berminat atau tidak terhadap politik. Yang Berhormat sekalian itu satu kajian. Kajian kedua yang dilakukan oleh UiTM pada 2020, yang mengatakan apakah mereka suka mencari maklumat-maklumat politik? 34 peratus sahaja yang bersetuju. 70 peratus lebih tidak bersetuju. Adakah mereka bersetuju membincangkan isu-isu semasa? 70 peratus lebih tidak bersetuju, adakah mereka bersetuju membincangkan isu-isu semasa? 70 peratus tidak bersetuju. Tidak akan bincang hal politik ini pun. Mereka tidak mahu. Dan adakah mereka memilih wakil rakyat, apakah faktor memilih wakil rakyat berdasarkan parti ataupun berdasarkan calon? Hah, itu saudara kena jumpa saya. Saya akan bagi jawapannya. Jadi Yang Berhormat, jadi ini adalah kajian yang.

Kalau tak bagi sekarang, boleh lukis tak? Lukis.

34.7 peratus akan memilih wakil rakyat berdasarkan parti politik. 70 peratus tidak berdasarkan pada parti politik. Ini sama ada mereka suka di atas pagar ataupun memilih pada batang tubuh calon itu sendiri. Ini finding kita ya.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Bebas sukalah, Bebas.

Ya, sila Damansara.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Yang Berhormat, saya nak tanya pencerahan. Apakah range umur yang menjalani kajian dan tinjauan ini?

Terima kasih. Range umur dalam ketiga-tiga kajian adalah 21 hingga 30 tahun. Ini range umur kita. Jadi adakah mereka memilih wakil rakyat berdasarkan calon hanya 40 peratus sahaja yang akan menggunakan calon sebagai asas untuk memilih.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Terima kasih EXCO. Belia lama. Kajian yang disebutkan oleh EXCO sangat menarik dan menggusarkan kita. Berapa ramai responden yang diambil untuk tujuan ini?

Responden ini adalah memang kalau orang yang secara lame mereka akan menganggap kalau 6 juta orang itu mereka perlukan 200 ribu hingga 300 ribu responden tetapi di dalam kajian akademik berdasarkan Morgan & Krejcie jadual yang ditetapkan. Maka cukup kita dapat responden sebanyak 1500 sudah memadai merepresentkan pandangan-pandangan belia ini dengan syarat, responden ini mestilah serata dan mewakili kluster-kluster di kalangan Melayu, Cina & India urban dan sub-urban yang kita akan. Jadi responden kita ini cukup untuk memberikan gambaran sebenar apakah pemikiran di kalangan belia yang berumur 21 hingga 30 tahun itu. Jadi, saya.

Saya nak mencelah ini sikit.

Ya, silalah mencelah.

Kita tahu bahawa setiap tahun pelajar-pelajar ini yang Tingkatan 5 lebih kurang 400 ribu ke-500 ribu setahun. 1 Malaysia lah. Kalau find out you dari 1500 responden tidak mewakili keseluruhan. Dia mesti berdasarkan daripada sekurang-kurangnya 1.5 peratus daripada 500 ribu. Kalau 1500 orang itu bukannya kajian. Tak boleh pakai.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Cuma kalau saya boleh tanya pada Yang Berhormat.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Kuang sekarang ini Bebas, jadi dia tengah fokus adakah parti yang penting atau individu itu yang penting?

Dia nak pilih parti yang mana ya. Saya nak bertanya pada Yang Berhormat Kuang, kalau Yang Berhormat Kuang kasar 1.5 peratus tadi berdasarkan literation mana? Siapa yang kata itu?

Berdasarkan daripada jumlah pelajar sekolah.

Ialah, siapa yang cakap itu?

Ini berdasarkan find out daripada kalau seribu, kalau 500 ribu student ataupun budak yang berumur 18 tahun you ambil daripada 1500 justifikasinya tidak jelaslah.

Betul Yang Berhormat. Saya tidak pertikaikan.

Idea 1.5 peratus adalah tidak reasonable. Itu in material. Tetapi daripada 500 ribu you pergi soal selidik 1500 orang. Apa benda?

Betul Yang Berhormat.

Tak aci tuh. Tak kena.

Gelak. Kajian ini ialah Yang Berhormat, mungkin itu pandangan Yang Berhormat Kuang tapi saya berdasarkan kepada literation dan akademik finding, berdasarkan jadual morgan & krejcie yang telah terbukti formula-formulalah. Tak pe lah Yang Berhormat, mungkin kita buat kajian yang baru nanti berdasarkan pandangan Yang Berhormat.

Saya pergi kepada isu yang disebut oleh Bandar Utama juga berkaitan bantuan e-hailing. Buat waktu ini kita memberi fokus kepada aspek bantuan dan aspek PERKESO kepada mereka. Belum ada lagi rancangan untuk kita melihat kepada perbaiki motosikal kepada mereka yang rosak. Barangkali kalau saya kira tanggungjawab ataupun bantuan untuk motosikal ini ada baiknya kalau Yang Berhormat sendiri bantu mereka berdasarkan kawasan-kawasan Yang Berhormat atau berdasarkan aduan Yang Berhormat terima dari semasa ke semasa.

Saya pergi kepada perbahasan Banting, yang bimbang tentang belia celik politik yang Banting ikut kata 33% hanya celik politik dan berdasarkan kajian dan pelbagai. Cumanya saya telah sebut dalam jawapan pagi tadi bahawa antara langkah Kerajaan jangka panjang untuk memberi kesedaran dan menarik minat para belia kita ini adalah menubuhkan sebuah akademi iaitu sama ada akademi dinamakan Akademi Kepimpinan Dasar Selangor ataupun Akademi Demokrasi Dasar Selangor akan ditentukan melalui MMKN kemudian. Tetapi asasnya adalah kita nak wujudkan sebuah entiti ataupun akademi yang boleh memberikan sivik minded ataupun sivik engagemet kepada mereka supaya mereka faham dan sedar tentang peranan mereka dalam hal

politik di tanah air kita. Yang ketiga, saya pergi kepada Seri Setia yang menyebut tentang adakah.

Celahan.

Sila.

Berkaitan dengan akademi yang akan dibangunkan oleh Exco di bawah portfolio belia ini. Saya ada sentuh berkaitan dengan Dasar Pembangunan Belia 2020 yang mana juga disebutkan dalam ucapan Menteri Besar dan saya lihat juga dalam buku Dasar Pembangunan Belia itu ada menyebutkan menubuhkan institusi penyelidikan dan pembangunan belia dan ini mungkin salah satu daripada bagaimana kita hendak literasi politik di kalangan belia-belia ini. Dan saya lihat dalam bajet ini tidak nampak ada peruntukkan untuk pembangunan institusi penyelidikan dan pembangunan belia ini. Jadi mungkin Exco boleh respons?

Iya, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya kira di peringkat awal ini di peringkat kajian ini kita tidak memerlukan bajet yang besar. Cukup bajet yang diberi kepada Modal Insan yang mempunyai sekitar saya ingat RM800 – RM900 ribu, saya tidak pasti jumlah tepat. Tapi untuk di peringkat kajian dan mewujudkan institusi itu sudah memadai, Yang Berhormat Sijangkang.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Minta penjelasan. Saya tertarik dengan cadangan daripada Yang Berhormat Paya Jaras tentang cadangan penubuhan akademi ini. Yang saya khuatir ialah, bila kita buat institusi, bila kita buat akademi.

Speaker

Yang Berhormat Banting. Perbahasan ada sebut isu ini?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ada. Ada, tadi Yang Berhormat ada sebut tadi.

Speaker

Ada ya? Confirm ya?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya ada sebut dalam. Untuk makluman semua, saya baca dengan lebih teliti lagi. Statistik dari IDE, bosan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh ahli politik, Yang Berhormat Tuan Speaker. Bosan dengan ahli politik dengan tingkah laku ahli-ahli politik yang ditunjukkan.

Speaker

Kenapa bosan?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Kerana mereka khianat. Bosan! 18.5 peratus merasakan tiada manfaat tahu perkembangan politik sebab mereka dah muak, undi tiada guna. Lompat sana lompat sini. Khianat lagi. 16.9 peratus lebih berminat

mengenai perkembangan lain seperti sukan dan hiburan. Lebih suka hiburan dan sukan daripada politik. Jadi saya khuatir kalau kita asyik tubuh saja akademi-akademi, institusi-institusi terlalu high end, ada ramai lagi pemuda pemudi dan belia kita, dia belum lagi catch-up. Jadi saya memohon Yang Berhormat supaya pertimbangkan untuk menggunakan semua saluran yang ada. Saluran yang secara soft approach. Saluran youtuber, hiburan, komik, buku teks, apa sahajalah. Kita mula dari bangku sekolah. Budak-budak 12 tahun, 13 tahun, 15 tahun dan sebagainya. Kalau boleh di peringkat sekolah rendah melalui PTRS, Pendidikan Sivik.

Speaker

Yang Berhormat Banting bagi jawapan ke pertanyaan?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya nak bagi cadangan.

Speaker

Saya nampak macam bagi jawapan. Saya pun confuse.

Ceramah. Ceramah kelompok ini.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya bertanya mungkin ini boleh dilakukan kerana akademi itu terlalu tinggi kalau tinggi kita tak boleh nak catch-up. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat lah itu sahaja. Sebab kita tak nak yang bosan, yang muak, yang khianat ini. Mereka tak suka, bukan kita tapi orang lain.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya dapat pencelahan yang baik. Sebab itu Yang Berhormat, kita dapati kita pernah nampak sewaktu Yang Berhormat Dr. Yunus menjadi EXCO Sukan pada suatu waktu dahulu. Pengamatan saya adalah apabila Yang Berhormat Dr. Yunus mengadakan Hari Sukan ataupun Hari Belia yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa pada waktu itu, format ataupun program yang berbentuk ilmiah ataupun dalam bentuk seminar ini kehadiran waktu itu tak sampai beberapa orang pun tetapi apabila kita membuat Program Selangor Youth Revival ataupun Selangor Youth Skill ataupun Selangor Youth Film, kita tengok dia punya datang itu macam mana. Jadi mesej yang kita nak hantar kepada belia kita ini adalah, kita jangan poyo. Kita jangan poyo. Poyo bermaksud ini bukan over. Poyo ini macam skema lah.

Skema itu apa pula?

Kita jangan poyo, jangan formal. Formaliti ini jangan. You bercerita masalah formaliti, you bercerita masalah birokrasi..

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Mana-mana rancak berdosa.

Sebab itulah dalam finding ini juga kalau saya boleh quote. Saudara tengok, bila ditanya apa bila dia tidak

minat politik, apa yang dia buat? Belia kita ini? Bila dia tolak politik, apa benda dia buat?

Saudara Yang Berhormat sekalian, di antara yang tertinggi yang dia minat adalah yang pertama program online. Ini kajian dalam ini. Program online. Yang kedua dia minat program outdoor. Yang ketiga dia minat kepada program hiburan. Ini, apa yang kita tanya dia. Apa you buat kalau you tak minat politik? Online game, outdoor dan hiburan. Jadi kalau kita nak mendekati para belia kita dengan cara tidak skema, ini adalah program-program yang kita perlu ada. Jadi Yang Berhormat tugas kita saya ingat besar untuk kita nak yakinkan apalah lagi. Pagi tadi saya dengar pengumuman dalam radio kuat kuasanya undi 18 ini adalah pada 15 Disember ini, adalah tarikh di mana undi 18 akan digunakan. Jadi, kita bersedia. Di tempat saya sendiri pun peningkatan sebanyak 22 ribu daripada 43 ribu orang. Di tempat Yang Berhormat sekalian, saya tidak dapat figure terkini lagi. Tetapi saya pasti tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat adalah sangat besar.

Saya pergi kepada Seri Setia tadi yang mohon supaya ada penswastaan di kalangan fasiliti ataupun kemudahan sukan. Yang Berhormat, kalau projek itu projek baru tanah kerajaan, kita boleh join venture. Tapi kalau fasiliti itu milik Pejabat Daerah ataupun di bawah PBT, barangkali kita kena ada satu polisi yang khusus untuk kita bincangkan, saya akan bincang dengan Yang Berhormat EXCO PBT bagaimana supaya tempat-tempat ini kita dapat diusaha samakan secara ownership itu. Program kita adalah yang ownership Yang Berhormat, status tanah itu sendiri. Selain daripada itu Sungai Panjang menyebut tentang.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Yang Berhormat EXCO.

Ya.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Saya terpanggil apa yang saya cadangkan dalam perbahasan saya ini. Sebab kalau kita tengok di kawasan terutama kawasan Seri Setia, di kawasan FTZ itu banyak kilang-kilang yang kosong. Yang ini kita tahu memang pemiliknya tidak ada, jadi saya cadangkan supaya dapat diusahakan di situ. Sebab kalau kita tengok sekarang ini banyak yang jin-jin yang duduk, jadi sayang tempat itu. Dan yang di situ, tetapi di luar Seri Setia pun ada juga, kilang-kilang yang lama. Ini yang cadangan saya.

Jadi saya ingat tanya jin-jin itu tanah siapa itu dulu? Kita tanya pada semua sumber tertentu kalau Yang Berhormat dapat kenal pasti tanah itu statusnya tanah kerajaan yang dimiliki, tanah warta, tanah milik agensi ke dan jadi kita boleh move ke situ lah Yang Berhormat. Di antara cadangan lain Yang Berhormat, saya sedang juga memikirkan bagaimana untuk kerjasama dengan Yang Berhormat EXCO Agama, ada beberapa tanah-tanah milik JAIS yang tidak sesuai didirikan sebagai institusi agama. Kadang-kadang dalam

kawasan yang penghuninya 99% Cina yang mana dalam tu ada tanah-tanah milik JAIS. Saya nak mencadangkan juga supaya tanah-tanah ini diberikan fokus kepada pembangunan infra fasiliti sukan dengan secara smart partnership. Tetapi ini memerlukan proses yang agak panjang dengan perbincangan Yang Berhormat EXCO Agama dan dengan Pengarah Jabatan Agama Islam itu nanti Insya’ Allah. Kalau ada perkembangan nanti dan jawapannya, kita boleh move daripada situ. Sungai Panjang membangkitkan kerisauan beliau menyokong dan membangkitkan juga concern beliau tentang supaya tindak ada pertindihan kuasa dan perselisihan fungsi. Terima kasih Yang Berhormat Sg Panjang, saya akan teliti dalam menangani isu belia ini tetapi saya nyatakan sekali lagi bahawa pandangan saya adalah urusan belia ini adalah tidak ada dalam JADUAL 1 Senarai Persekutuan, tidak ada dalam JADUAL 2 Senarai Negeri dan tidak juga dalam Senarai Bersama dalam ketiga-tiga senarai ini tetapi saya akan berhati-hati supaya tidak ada pertindihan kuasa supaya belia kita tidak rugi dalam polemik-polemik yang disebut dalam polemik pertarungan di antara kuasa ini.

Cadangan Batang Kali supaya PBS boleh dirujuk kepada ADUN-ADUN bukan kerajaan. Betul Batang Kali ye, ke tak ingat. Saya ingat bagi habis dulu tempoh yang ada PBS di kalangan PBS sekarang ini, setelah selesai kita tengok macam mana kita akan bertolak daripada situ. Sungai Pelek juga membangkitkan isu kebimbangan beliau tentang undi 18 tahun. Saya telah jawab tadi bahawa kita kena move secara inclusive kita akan wujudkan satu akademi walaupun Banting mencadangkan selain daripada akademi itu, kita akan ambil semua pandangan-pandangan ini dan kita akan rangkumkan sebagai satu formula. Dan akhirnya saya nak ulas tentang apa yang disebut oleh Sungai Air Tawar dalam perbahasan Ketua Pembangkang, ada banyak perkara yang disentuh dan menyebut bahawa perkara yang sangat dekat di hati dan beliau adalah berkaitan dengan aik mana Sungai Panjang, tadi ada. Berkaitan dengan Stadium Shah Alam. Cuma saya nak nyatakan di sini pada Saudara Yang Berhormat Sungai Air Tawar bahawa Stadium Shah Alam juga bukan sahaja dekat di hati Yang Berhormat Pembangkang tetapi ia juga dekat di hati kita yang membesar dan melihat stadium tersebut. Dan saya akur apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, mengatakan adakah benar berkait, ini word dia ya, saya ingin bertanya adakah benar berkenan desas desus ada perancangan untuk merobohkan stadium. Jawapan saya begini, desas desus ini banyak. Ada desas desus kata roboh, ada desas desus kata bina dulu baru roboh. Ada desas desus kata baiki dulu baru baik pulih sedia ada. Banyak desas desus tetapi apa yang saya boleh nyatakan secara yakin pada Yang Berhormat Ketua Pembangkang sehingga tarikh saya bercakap pukul 3.49 ini tidak ada satu kertas yang dimasukkan dalam MMKN yang berkaitan dengan merobohkan Stadium Shah Alam ini. Tidak ada paper yang ada waktu ini. Dan stadium itu adalah di bawah kajian projek khas, Unit Projek Khas (UPK) dan apabila MMKN meluluskan unit UPK ini maka arahan diberi kepada unit ini mengkaji. Yang Berhormat saya tahu, kita stadium ini menjadi satu kebanggaan kita yang perlu kita tangani saya memberi jaminan bahawa ia juga adalah kesayangan kepada kita semua. Dan saya harapkan UPK ini dapat memainkan peranan untuk membangun. Dan saya juga pernah menyebut kepada unit UPK ini Unit Projek Khas ini bahawa saya ingatkan

kembali bahawa apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat adalah berkaitan dengan Youth and SportCity. This is very specific . Bila Yang Amat Berhormat sebut Youth and SportCity maka mesti ada elemen Youth dan mesti ada elemen Sports di situ. Bermakna dengan kata lain, sekiranya ada elemen selain daripada apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat dalam ucapan beliau dua tahun sudah maka saya akan pastikan dia akan kembali kepada landasan sebagaimana disebut sebagai Youth and SportCity kita. Insya’Allah.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Pertanyaan.

Speaker

Silakan.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Saya rasa, Yang Berhormat dah habis ya Cuma ada satu soalan saya yang masih belum dijawab. Ada satu pertanyaan ataupun cadangan daripada saya agar diwujudkan agensi, anak syarikat khas ataupun agensi yang mana di bawah Kerajaan Negeri untuk menaik memantau perkembangan e-sukan anak-anak muda ini. Sebab kita tahu bahawa sekarang ini e-sukan. Saya mengucapkan tahniah la kepada Yang Berhormat EXCO kerana telah wujud RiDE (Roda Inisiatif Darul Ehsan). Anak muda yang mana yang takda lesen, ambil lesen dapat kerja, SERVE dan juga kita ada PeBS. Tapi dalam masa yang sama ini saya cadangkan supaya anak-anak muda ini diberi pendedahan atau keterlibatan yang lebih lagi dalam bidang e-sport dan dapat Kerajaan Negeri bantu mereka.

Ya saya minta maaf mungkin saya overlook itu ya. Sebenarnya Yang Berhormat Seri Setia isu berkaitan dengan GLC ini di luar bidang kuasa saya. Walau bagaimanapun dalam Dasar Belia 2020 yang kita nyatakan yang kita akan usulkan dalam beberapa hari nanti ada menyebut tentang satu domain yang perlu kita lengkapkan iaitu domain berkaitan dengan IR4.O ini. Jadi bila ada dasar belia ini saya akan kemukakan kepada GLC dan pada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar supaya dapat dipertimbangkan cadangan daripada Yang Berhormat Seri Setia yang meminta anak syarikat memberi fokus pada e-sport ini.

Minta laluan Paya Jaras. Saya nak tanya sikit lagi berkenaan dengan stadium yang kononnya sama-sama kita sayangi. Tapi saya tengok sayang-sayang kita ni macam ia tak ia je kerana sejak tiga tahun dulu ni saya tengok bumbung tak pasang lagi. Kot sayang macam mana tu kalau rumah terkopak kapik ni agaknya macam mana ni. Ni Paya Jaras ni saya nak tanya. Kalau sayang ini maknanya pelihara la. Takkan la nak tunggu Unit Projek Khas dan sebagainya. Bumbung ni pasanglah. Janganlah bagi satu gambaran yang tak enak, pandangan pada semua mata masyarakat kita. Besar stadium ni, pasang bumbung. Yang lain-lain tu kemudian pun tak apa. Bumbung ni tolonglah pasang dulu. Dah 3 tahun lebih dah sejak saya jadi Wakil Rakyat ni dah masuk 3 tahun lebih dah saya lalu tiap-tiap hari nak ke Dewan ini.

Ya saya tahu Yang Berhormat. Yang Berhormat, ye dah.

Tak payah lah tunggu UPK ke apa ke. Repair jelah. Ok dah terima kasih.

Yang Berhormat bila saya kata ada UPK yang memikirkannya itu, kita bagilah kepercayaan kepada dia, untuk dia bangunkan dan baiki stadium. Insya’ Allah saya take note apa Yang Berhormat Kuang sebut, baiki dulu bumbung itu. Saya lihat bagaimana cara terbaik untuk nak selesaikan isu bumbung ini. Tak apa Insya’ Allah biar saya lihat saya akan bincangkan nanti dengan DEFM tengok kalau DEFM masih tidak dapat menyelesaikan masalah mungkin satu tindakan agresif yang akan kita buat dengan kaedah bagaimana kita nak selesaikan masalah bumbung ini. Sungai Air Tawar juga membangkitkan tentang isu Akademi Bola Sepak Merah Kuning yang dilihat tidak lagi berfungsi dan bangunan juga dalam keadaan terbiar. saya ingat Yang Berhormat berdasarkan kepada laporan audit ataupun PAC yang telah Yang Berhormat panggil Majlis Sukan Negeri Selangor dulu. Untuk makluman Yang Berhormat, itu di antara laporan audit dengan hari ini dah jauh beza. Yang Berhormat boleh pergi melawat kepada Akademi Bola Sepak Merah Kuning dan banyak baik pulih yang telah kita baiki. Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua bermula daripada 1/1/2022 nanti, Akademi Bola Sepak Merah Kuning akan menjadi hak milik Red Giant Football Club ataupun FAS. Kerajaan Negeri telah bersetuju menyerahkan akademi ini kepada mereka sebagai pusat latihan Red Giant Football Club dan mereka akan bermula daripada tarikh 1 Januari tahun hadapan. Berkaitan dengan Hotel Carlton, ia kita akui tempat tersebut dilihat muram dan tidak berapa indah mata memandang. Tetapi untuk makluman Yang Berhormat, di situ ada beberapa isu teknikal kita kena selesaikan iaitu isu pemilikan tanah. Yang masih dalam proses Pejabat Tanah dan Galian. Untuk makluman semua, tanah tersebut dimohon oleh MBI (Menteri Besar Incorporated) sebab ada teknikal yang telah berlaku sewaktu beberapa tahun dahulu dan Insya’ Allah bila selesai itu dan kita akan move on. Di antara cadangan yang saya telah umumkan adalah saya ingin menjadikan tapak ataupun hotel tersebut sebagi pusat e-games city. Kalau ini boleh berlaku ia akan menjadi pusat e-games yang terbesar di Asia Tenggara. Dan Alhamdullilah saya telah bentangkan idea ini dalam mesyuarat MMKN dan MMKN ingin melihat paper kita dan saya dalam proses berbincang dengan MBI tentang Hotel Carlton ini. Is a valid,argument daripada Ketua Pembangkang dan saya juga take note keadaan yang ada di situ.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Yang Berhormat EXCO saya ingin bertanya tentang tadi Yang Berhormat nyatakan tentang Selangor FC, bola. Ada tak ataupun usaha daripada Yang Berhormat sendiri, yang mana kita ni banyak anak-anak Selangor yang akhirnya keluar bermain di luar Selangor. Yang terbaru kita tengok bahawa Zafril daripada KL, padahal dia anak kelahiran Meru. Itu yang saya bagi contoh yang sekarang ini tengah naik dan kita ada ramai lagi pemain-pemain bola yang

sayang yang lahir daripada Selangor, anak didik Selangor, ada yang sekolah di Sekolah Sukan di Selangor juga akhirnya ke luar Selangor. Apa ikhtiar daripada Yang Berhormat., minta pandangan.

Saya ambil hujah walaupun tak bangun daripada Pelabuhan Klang itu.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Tak maksudnya saya minta supaya dapat bermain di Selangor semula. Kita nak kembalikan kegemilangan Selangor.

Ialah, dia berdasarkan pada best offerlah. Bola sepak is a open industry best offer dan Yang Berhormat sendiri tahu.

Ia semangatnya hilang pasal bumbung stadium tak pasang lagi. Semangat tu hilang ke mana tu.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat Tuan Speaker, Peraturan 37 gangguan. Yang Berhormat Kuang selalu ganggu apabila orang sedang berbahas. Minta beri peringatan. Peraturan 37.

Saya ingat gantunglah 3 hari Yang Berhormat Kuang.

Speaker

Yang Berhormat Jeram saya ambil maklum. Sila duduk Yang Berhormat Jeram kerana bangkitkan peraturan tetap. Saya minta Kuang jangan ganggu ye. Baik, silakan. EXCO pun dah hilang dia punya point.

Saya ingat itu sahaja Yang Berhormat.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Rugi saya punya soalan tidak dijawab.

Patut Kuang ganggu lebih awal. Lebih habis cepat. Terima kasih .

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO Paya Jaras, saya persilakan Yang Berhormat Kinrara. Silakan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu berkaitan portfolio saya semasa perbahasan sesi belanjawan ini. Tuan Speaker saya ingin bermula dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Panjang. Sungai Panjang, Yang Berhormat Sungai Panjang memohon agar ADUN bukan kerajaan

dilibat urus dalam mesyuarat di peringkat PBT dan ADUN bukan kerajaan dilantik sebagai Ahli Majlis di PBT. Tuan Speaker, untuk makluman Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor pada tahun 2018 telah bersetuju agar PBT mengadakan sesi enggagement bersama ADUN dan Ahli Parlimen termasuk dari pihak pembangkang sebanyak 4 kali setahun. Keputusan ini dibuat agar komunikasi dua hala antara PBT dan Wakil Rakyat termasuk Pembangkang dapat dilaksanakan bagi memberi ruang kepada yang lebih terbuka dalam melontarkan pendapatan dan idea. Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk melantik ADUN sebagai Ahli Majlis. Ini selaras dengan semangat pengasingan kuasa. Jadi kalau tadi saya sebut Libat Urus Bersama ADUN dan Ahli Parlimen sekiranya tidak berlaku bolehlah maklumkan kepada saya, nak whatsapp bagitahu saya pun boleh.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Yang Berhormat EXCO.

Speaker

Ya silakan Batang Kali.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Bagus Speaker hari ini. Saya rasa kalau ada satu kaedah yang lebih baik kalau EXCO setuju supaya satu surat arahan pekeliling dikeluarkan kepada PBT-PBT yang berkenaan dengan satu salinan surat kepada ADUN yang berkaitan supaya kita tahu ada arahan jelas daripada pihak Kerajaan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Untuk maklumat Yang Berhormat Batang Kali, sebenarnya pekeliling telah dikeluarkan kepada semua PBT, kepada semua Datuk Bandar dan YDP telah ada pekeliling itu. Saya ingin sambung kepada isu yang telah disentuh oleh. .

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Yang Berhormat, saya rasa soalan saya tidak dijawab.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Belum Jawab?.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Tak Jawab.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Yang mana tak jawab?

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Satu surat arahan kepada PBT berkenaan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Surat arahan itu telah dikeluarkan.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

dan salinan kepada ADUN-ADUN yang berkenaan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Oh salinan kepada ADUN. Ok, baik saya ambil maklum. Salinan kepada ADUN. Whatsapp boleh?.Ok baik. Yang Berhormat Sijangkang memohon penjelasan status kilang bateri di Kuala Langat yang terlibat dalam proses peleburan plumbum. Untuk makluman Yang Berhormat, kelulusan asal kebenaran merancang adalah kepada Syarikat Leoch Accupower (M) Sdn. Bhd. di bawah kelulusan kilang bateri dengan menghasilkan produk rechargeable battery dan tidak membenarkan aktiviti peleburan dan pembuatan late plate. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut tidak mematuhi syarat yang telah diberikan dan telah melebur lebihan plate plumbum yang digunakan dalam pemasangan bateri dalam bangunan tambahan yang dibina tanpa kelulusan. Oleh itu, pada 16 Oktober Tahun 2019 telah Kerajaan Negeri memutuskan dan mengarah MPKL membatalkan lesen perniagaan Leoch Accupower (M) Sdn. Bhd. selaras dengan ulasan daripada jabatan dan agensi yang terlibat. Pada sekitar Oktober 2020, Syarikat Federal Power Holdings Sdn. Bhd. telah mengambil alih pentadbiran kilang tersebut dan mengemukakan permohonan kepada MPKL untuk pengoperasian kilang semula bagi aktiviti pemasangan bateri. MPKL telah membentang permohonan tersebut di MTES dan kerajaan Negeri pada 19 Mei 2021 telah bersetuju seperti berikut:

1. Bersetuju MPKL mengeluarkan lesen perniagaan sementara kepada pihak syarikat bagi tempoh 6 bulan selama 2 tahun dengan syarat-syarat berikut:

a. mematuhi semua ulasan-ulasan yang dikeluarkan oleh JAS; b. mengemukakan laporan dan pengesahan dari JAS; c. mengemukakan laporan mengikut keperluan jabatan dan agensi teknikal berkaitan; dan d. mengadakan sesi libat urus bersama penduduk dengan kehadiran MPKL.

2. Bersetuju agar kelulusan lesen perniagaan penuh boleh dipertimbangkan sekiranya pihak syarikat mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan sepanjang tempoh 2 tahun. Lesen perniagaan sementara dikeluarkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MPKL.

3. Bersetuju agar pihak JAS memberi jaminan kepada kerajaan Negeri berhubung pemantauan berterusan yang akan dilakukan setiap minggu tanpa mengira aduan yang dilaporkan bagi memastikan syarikat mematuhi syarat-syarat dan peraturan-peraturan ketat yang dikenakan. Sesi libat urus telah dijalankan pada 24 September Tahun 2021 yang dihadiri oleh wakil syarikat, penduduk dan agensi kerajaan yang terlibat. Mesyuarat memutuskan pihak syarikat untuk mengemukakan permohonan pindaan pelan pembangunan sebelum lesen perniagaan sementara diberikan. Status terkini adalah pihak syarikat telah membuat permohonan secara online pada 26 Oktober 2021 bagi pindaan kebenaran merancang dan pindaan pelan bangunan ke Unit Pusat Setempat MPKL untuk edaran Jabatan Teknikal.

Kalau tidak silap saya dalam Oktober 2019 Exco ada menyatakan bahawa ada kajian berkaitan kandungan plumbum kepada penduduk sekitar yang dibuat kajian, dan ada keputusan yang saya kira telah dimaklumi oleh pihak EXCO. Apakah keputusan yang..

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik, kajian tersebut telah dilaksanakan oleh JAS dan saya masih ingat semasa pembentangan kertas ini di dalam MTES, pihak JAS telah mengatakan bahawa mereka menyokong permohonan ini dan pemantauan yang ketat akan dilaksanakan oleh JAS setiap minggu, mingguan dia akan membuat pemantauan secara mingguan dan kalau Yang Berhormat ingin mendapatkan laporan, laporan mingguan yang telah dilaksanakan oleh JAS pihak kerajaan Negeri akan mohon laporan tersebut daripada JAS.

Saya ingat isunya adalah hilang kepercayaan berkaitan dengan kategori kilang, mula kategori berat, kemudian kata sederhana, kemudian tutup, sekarang dibenarkan semula. Saya ingat masalah kepercayaan oleh rakyat dan hilang kepercayaan kepada pihak kilang ni lah, cuma saya melihat pun sehingga pada hari ini, saya ingat pindaan kepada pelan pembangunan tu pun belum selesai lagi. Jadi mungkinlah saya ingat pihak kerajaan Negeri dapat melihat..

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Oleh itu, hanya lesen sementara diberi kepada syarikat baru ni yang nama tu Federal Power Holdings Sdn. Bhd. Jadi hanya lesen sementara diberi selama 2 tahun dan bagi tempoh setiap 6 bulan. Sekiranya gagal mematuhi apa-apa syarat tu, maka lesen tu boleh dibatalkan dalam tempoh ini.

Sebab saya dapat maklumat daripada pihak Majlis MPKL bahawa lesen tu pun tidak akan dikeluarkan selagi dia tidak mematuhi syarat dan juga pindaan yang perlu untuk kilang itu beroperasi.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, jadi ini merupakan satu lesen sementara bukan lesen yang permanent. Lesen sementara supaya segala pengubahsuaian dapat dilaksanakan dalam tempoh ini sebelum ia memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan untuk mendapat lesen penuh daripada MPKL. MPKL masih belum memberi lesen penuh. Jadi saya ingin masuk ke isu yang dibangkitkan oleh Y.B. Kota Anggerik. Y.B. Kota Anggerik ada bertanyakan berkaitan apakah tindakan yang diambil oleh pihak MBSA terhadap pemilik-pemilik bengkel tersebut bagi menangani masalah kacau ganggu yang telah disebutkan. Untuk makluman Y.B. Kota Anggerik, cadangan penyelesaian MBSA kepada aktiviti bengkel yang telah menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk Dataran Automobil, Seksyen 15, Shah Alam adalah seperti berikut:

1. Dia ada penyelesaian jangka panjang dan juga penyelesaian jangka pendek. Bagi penyelesaian jangka pendek, waktu operasi akan dihadkan bagi untuk mengehadkan hasil bunyi yang kuat, pihak pengusaha bengkel kenderaan hanya dibenarkan menjalankan aktiviti yang melibatkan kerja-kerja mengetuk bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang dari Isnin hingga Sabtu sahaja dan bagi tindakan penguatkuasaan tindakan mengeluarkan kompaun terhadap pengusaha yang ingkar mematuhi waktu atau tempoh operasi yang ditetapkan akan dijalankan tindakan penguatkuasaan dan kompaun dan tunda kereta yang menghalang lalu lintas dan parkir di tempat yang salah juga akan diambil tindakan penguatkuasaan. Bagi penyelesaian jangka panjang, pemindahan aktiviti bengkel ke kawasan industri harus dilaksanakan dan MBSA mencadangkan agar pengusaha bengkel di kawasan tersebut diberi tempoh sehingga Disember 2022. Untuk menghentikan operasi di kawasan tersebut dan mendapatkan permit kilang teres bagi meneruskan perniagaan tersebut dan bagi lokasi yang dicadangkan seperti berikut:

a. di kawasan perindustrian IJM, Seksyen 7 b. kawasan perindustrian Tiong Nam, Seksyen 15 c. kawasan perindustrian Talu Corporation, Seksyen U5 d. kawasan perindustrian Saujana, Seksyen U2 e. kawasan perindustrian AMJ, Seksyen 36 bukan AMK ya, Seksyen kawasan perindustrian AMJ

MBSA juga telah mengadakan perbincangan bersama syarikat pemaju bagi potensi cadangan penempatan bengkel-bengkel tersebut pada 27 Ogos yang lalu. Walau bagaimanapun, perancangan asal yang melibatkan cadangan mengadakan perbincangan dengan pengusaha tertangguh disebabkan oleh PKP. Majlis akan membentangkan semula kertas cadangan untuk operasi dan lesen bengkel bagi menyusun semula strategi penempatan bengkel ini. Mengambil kira situasi pandemik dan PKP yang dihadapi ketika di dalam masa terdekat, yang berkaitan, Y.B. Sungai Pelek memohon kerajaan Negeri menangguhkan kutipan parkir kenderaan di kawasan Sungai Pelek sehingga satu tempoh sehingga pandemik berakhir. Tuan Speaker, kutipan caj parkir dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang di bawah perintah pengangkutan PBT masing-masing setelah sesebuah kawasan diwartakan. Pada masa ini hampir semua sektor industri dan perniagaan telah dibenarkan beroperasi dalam tempoh pelan pemulihan negara Fasa 4. Justeru itu, kutipan parkir yang telah dikuatkuasakan akan diteruskan seperti biasa. Hasil daripada kutipan ini akan digunakan oleh PBT untuk pembangunan kawasan setempat. Y.B. Taman Templer mohon PBT untuk menangani isu jalan rosak dari Selayang Baru ke Rawang. Untuk makluman Y.B., jalan yang menghubungkan antara Selayang Baru ke Rawang merupakan jalan utama di bawah penyelenggaraan pihak JKR Daerah Gombak, iaitu Jalan Kuala Lumpur-Ipoh atau lebih dikenali sebagai FT001. Walau bagaimanapun, saya mengambil maklum tentang perkara ini akan meminta pihak MPS selaraskan bersama JKR Gombak untuk penyelesaian.

Tuan Speaker, Y.B. Taman Templer juga ada membangkitkan mengenai pembinaan Dewan Komuniti di Selayang Baru yang juga ditanyakan melalui pertanyaan mulut No. 137. Mungkin saya jawab sekarang. Untuk makluman Y.B. Taman Templer, terdapat 2 perancangan pembinaan Dewan Orang Ramai di DUN Taman Templer. Yang pertama, Dewan Setia Eco. Dewan ini terletak di kawasan Setia Eco, Templer di mana pemaju yang terlibat menanggung tapak ini adalah Setia Eco Templer Sdn Bhd. Tapak dewan ini berkeluasan 1.03 ekar yang akan dilengkapi dengan kompleks komuniti satu tingkat berserta 2 buah gelanggang badminton. Pembangunan dewan ini akan dibangunkan bersekali dengan pembangunan Rumah Selangorku. Berdasarkan maklum balas pemaju Setia Eco Templer Sdn Bhd, dewan akan mula dibina pada Februari 2022 dan dijangka akan diserah kepada Majlis Perbandaran Selayang pada Julai 2023. Jadi ia akan mula pada awal tahun depan. Yang kedua, dewan atau kompleks komuniti Bandar Baru Selayang. Dewan ini terletak di kawasan Bandar Baru Selayang bersebelahan medan selera MPS. Tapak merupakan tanah simpanan kerajaan untuk tujuan pembinaan dewan ini, Majlis Perbandaran Selayang telah mengemukakan surat permohonan perizaban tanah kerajaan sebagai tapak dewan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak pada 4 April 2021 dan sedang menunggu kelulusan daripada Pejabat Daerah dan Tanah.

Y.B. Sentosa mencadangkan mewujudkan pasar awam di kawasan Sentosa untuk kemudahan masyarakat setempat. Tuan Speaker, kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan Y.B. Sentosa. Cadangan ini akan dipanjangkan kepada MPK untuk memperhalusi keperluan mewujudkan pasar awam yang berkenaan. Y.B. Sentosa juga mencadangkan agar kerajaan Negeri mengkaji sistem pengurusan sistem kilang perlu diselaraskan dengan kontraktor yang telah diberi permit oleh PBT masing-masing. Pada masa ini PBT memberi kelonggaran kepada pengusaha industri untuk melantik mana-mana panel kontraktor yang berdaftar dengan PBT bagi menguruskan sampah masing-masing. Namun, didapati keadaan ini tidak begitu efektif bagi mengekang kejadian pembuangan sampah industri di tempat yang tidak dibenarkan. Sehubungan dengan itu, kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta lain-lain agensi sedang meneliti keberkesanan pelaksanaan kutipan sampah industri melalui Jawatankuasa State Invironmental Action Plan Negeri Selangor. Antara perkara yang sedang diteliti adalah cadangan untuk melantik KDEB Waste Management sebagai pengendali induk bagi menguruskan sampah-sampah industri. Perkara ini telah pun dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat yang bermula pada tahun 2020. Sukacita pihak MPKL mendapati kes kejadian sampah haram yang berpunca daripada sisa industri telah menurun. Majlis Perbandaran Kuala Selangor dijangka akan mengikut langkah MPKL tersebut. Mudah-mudahan keberkesanan mengawal pembuangan sampah sisa secara haram turut akan berlaku di MPKS kelak.

Y.B. Batang Kali memohon agar sebarang kenaikan oleh pihak MPHS seperti cukai pintu, cukai perniagaan, permit penjaja dan sebagainya dirunding dengan rakyat. Tuan Speaker, pada masa ini kadar cukai pintu atau fee lesen perniagaan di MPHS

masih kekal seperti sedia ada meskipun telah dinaiktaraf kepada status Majlis Perbandaran. Seperti biasa, PBT-PBT akan mengambil kira kepentingan semua pihak sekiranya ada sebarang pelarasan semula kadar cukai ataupun fi lesen. Y.B. Bukit Gasing

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Y.B. EXCO

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, silakan.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Pada masa ini saya difahamkan oleh peniaga-peniaga dan lesen-lesen ataupun permit-permit mereka sudah menerima surat kenaikan kadar lesen dan permit.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kadar lesen yang disebutkan oleh Y.B. Batang Kali adakah itu lesen perniagaan ataupun permit jenis apa?

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Lesen perniagaan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Setahu saya tiada kenaikan lesen perniagaan di Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Dia masih kekal dan bagi penjaja diberi percuma.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Saya whatsapp surat boleh?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Whatsapp haa boleh, kalau ada bukti kenaikan whatsapp notis tu kepada saya.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Tadi nak whatsapp saya kan? (ketawa)

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Okay, nanti kita whatsapp. Y.B. Bukit Gasing ada membangkitkan pertanyaan mengenai status terkini berkaitan projek-projek pengangkutan awam seperti kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan laluan ECRL. Untuk makluman Yang Berhormat, kedua-dua projek ini merupakan projek di bawah kerajaan persekutuan yang mana jajaran terlibat akan melalui sebahagian kawasan di dalam negeri Selangor. Pada tahun 2018 setelah ditangguhkan pelaksanaan, projek HSR telah diminta oleh kerajaan persekutuan untuk membuat meneliti semula rancangan pembangunan projek HSR terdahulu atau dinamakan HSR 1.0 meliputi cadangan jajaran HSR.

Penempatan lokasi stesen dan pusat penyelenggaraan struktur projek, kos projek dan kaedah pembiayaan serta lain-lain perkara yang berkaitan. Penelitian dan hasil daripada kajian ini dikenali sebagai HSR 2.0 telah dibentangkan kepada kerajaan persekutuan menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, projek ini akan dibentangkan semula kepada kerajaan negeri.

Dan bagi projek ECRL pula, maklumat lanjut berkaitan status ECRL di negeri Selangor akan dimaklumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar.

YB Meru memohon MPK laksanakan pemangkasan pokok di kawasan Meru dan Kapar yang bahaya terhadap lalu lintas, sistem perparitan dan longkang di Taman Meru 3 perlu diambil perhatian untuk elakkan banjir.

Tuan Speaker,

MPK telah merancang untuk melaksanakan kerja-kerja pangkasan pokok di kawasan Meru dan Kapar pada bulan November 2021 hingga bulan Februari 2022. Jumlah pokok akan dipangkas adalah sebanyak 875 batang di kawasan Meru dan 880 batang di kawasan Kapar (di Persiaran Hamzah Alang dan Taman Meru). Sekiranya YB Meru ada pokok-pokok tertentu yang perlu dicantas boleh WhatsApp kepada saya termasuk pokok dan juga kena pastikan lokasi itu betul ya. Lokasi yang betul. Ok. Boleh WhatsApp.

Untuk pembersihan parit dan lain-lain dilaksanakan oleh jabatan yang berkaitan mengikut jadual yang telah ditetapkan. MPK melaksanakan pembersihan dan korekan longkang monsun bahawa longkang eh bawah longkang sebanyak empat kali setahun. Bagi jalan-jalan utama Meru masih lagi di bawah JKR. Bagi longkang-longkang perimeter perumahan teres akan dibuat secara berjadual iaitu dua minggu sekali dan akan dilaksanakan oleh pihak KDEB Waste Management.

YB Meru mencadangkan agar sampah dikutip dengan lebih kerap bagi menjaga kebersihan serta tempat buang sampah yang tidak sistematik.

Tuan Speaker,

Saya percaya kawasan yang dimaksudkan oleh YB Meru adalah kutipan sampah di kawasan kampung. Ini kerana kutipan sampah di kawasan perumahan di Meru telah dilaksanakan mengikut jadual iaitu sebanyak tiga kali seminggu oleh KDEB Waste Management. Berdasarkan semakan MPK, antara punca masalah di kawasan kampung adalah disebabkan jalan yang sempit sehingga menyukarkan lori kutipan sampah keluar masuk dan akan menyebabkan jalan rosak. Pelaku yang tidak bertanggungjawab yang sering membuangkan sampah sesuka hati di tepi jalan berdekatan dengan rumah masing-masing, ia juga menyebabkan bilangan tapak longgokan sampah bertambah.

Bagi mengatasi tersebut, MPK telah melaksanakan perkara seperti berikut :-

1) Menentukan lokasi tong sampah secara berpusat di kawasan yang strategik dan perkara ini akan diteliti dari semasa ke semasa. Sekiranya YB Meru ada lokasi yang lebih sesuai juga boleh WhatsApp kepada saya;

2) Meneliti tong sampah yang diperlukan; 3) Menyediakan tong sampah bersaiz besar iaitu jenis lit bin bersaiz 1,500 liter; dan 4) Membina tapak simen ataupun slab di lokasi tong sampah agar lebih kemas dan memudahkan sampah dipungut.

Walau bagaimanapun, saya melihat isu pokoknya adalah bagaimanakah kita dapat mengurangkan penghasilan sampah dan bukan sekadar keberkesanan dalam pengurusan sampah. Kesedaran itu penting. Ini satu perkara yang harus direnung-renungkan dan perlu diusahakan. Tidak mudah tetapi wajib direalisasikan. Saya yakin dan suka untuk melihat tempat-tempat yang kita letakkan tong sampah akan digantikan dengan pokok-pokok serta flora dan fauna satu hari nanti.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

EXCO. WhatsApp.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ok.

Boleh saya cakap? Meru dulu kot?

Speaker

Ya, Batang Kali. Batang Kali lah. Batang Kali dulu.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Terima kasih Tuan Speaker. Saya tertarik dengan kawasan-kawasan sempit yang dimasuki oleh lori KDEB ini. Dengan muatan yang berpuluh-puluh tan, ianya akan menghancurkan jalan-jalan taman dan kadangkala ianya melanggar kereta-kereta penduduk di kawasan tersebut. Ada seorang penduduk, keretanya agak canggih. Bilamana ada saja kereta lain yang melanggar keretanya akan ada kamera yang akan mengambil gambar tersebut. Dan ini dapat mendetect gambar di mana lori KDEB ini melanggar kereta orang yang berkenaan. Jadi saya rasa YB EXCO ada baiknya (KDEB ini syarikat yang besar) supaya dia mengambil kira jalan ke jalan yang kecil ini dengan membawa lori 3 tan misalnya dengan muatan yang berpatutan atas kapasiti jalan yang berkenaan. Kalau jalan itu hanya boleh bawa muatan 8 tan, tak mungkin lori yang 15 tan masuk dan menghancurkan jalan yang berkenaan.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

WhatsApp aje lah. WhatsApp. WhatsApp aje la. WhatsApp aje. Hantar gambar sekali. Batang Kali WhatsApp aje. WhatsApp aje Batang Kali.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Boleh, boleh.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Hantar gambar senang WhatsApp.

Speaker

Baik, baik Yang Berhormat.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

WhatsApp aje.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sebarang aduan boleh WhatsApp ataupun ada aduan mengenai KDEB Waste Management sebenarnya boleh melalui aplikasi iClean. Download iClean dan boleh buat aduan melalui iClean. Tadi cadangkan daripada

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ok EXCO WhatsApp, EXCO WhatsApp.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Cadangan daripada YB Batang Kali itu saya ambil maklum. Sebenarnya walaupun KDEB merupakan sebuah syarikat yang besar. Ya memang tidak dapat dinafikan KDEB merupakan syarikat pengurusan sampah yang terbesar di Malaysia. Tetapi bayaran yang diterima oleh KDEB tu sebenarnya sangat rendah. Sangat rendah. Jadi kita perlu cari satu kaedah yang lebih sesuai bagi pengurusan seperti masalah di kawasan kampung. Ini merupakan satu cabaran besar tapi cadangan daripada YB Batang Kali itu saya ambil maklum dan kita akan mengkaji kesesuaian kerana kita juga harus mementingkan keberkesanan effectiveness untuk bagi menjalankan kerja pungutan sampah ini. Dan saya ingin

Speaker

Yang Berhormat, YB Kinrara sila duduk kejap. Saya minta pihak kerajaan bawa usul.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut “bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini mengikut Peraturan 11 dan 26(4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.30 petang”.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapat persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ‘ya’. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata ‘tidak”. Usul ini dipersetujui. YB Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ok, sebentar. Saya kena baca WhatsApp daripada YB Meru punya WhatsApp. Meru.

Speaker

Baca WhatsApp?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Meru punya dah habis. Ya.

Ok. mencelah sebab tu WhatsApp tu.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ok.

Ok saya tadi nak tanya kepada YB Exco sebab tentang aduan saya tentang ataupun rancangan untuk membesarkan longkang Jalan Kenangan Taman Meru 3 itu sebab masih belum jawab secara jelas tadi. Dan saya ucap terima kasihlah fasal pangkasan pokok tu tapi yang nak membesarkan

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Membesarkan longkang?

Longkang tu sebab dia melibatkan kedai-kedai haram kat situ.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ok. Yang itu saya perlu buat semakan adakah kawasan itu miliki PBT ataupun JKR. PBT ya? PBT saya akan minta MPK untuk teliti perkara ini. Dan berkenaan dengan punca pencemaran sungai. Saya bersetuju dengan YB Bukit Lanjan bahawa kilang tanpa kebenaran bukannya satu-satunya punca pencemaran sungai dan bukan semua kes pencemaran sungai datang daripada kilang tanpa kebenaran. Oleh itu, semua premis tak kisahlah berlesen kah ataupun tanpa kebenaran sebenarnya didapati melakukan sebarang kegiatan yang akan membawa pencemaran tiada kompromi bagimu. Kita tidak berkompromi dengan apa mana-mana kilang yang mendatangkan pencemaran. Tak kira ada lesen, tak ada lesen. Tak kira ada kebenaran, tanpa kebenaran. Kilang-kilang yang mendatangkan pencemaran harus ditutup segera. Ini jugalah adalah arahan daripada kerajaan negeri kepada semua agensi yang berkaitan. Sekiranya kita mendapati kilang mendatangkan pencemaran mahupun pencemaran alam sekitar ataupun sungai, tutup segera. YB Kuang telah mencadangkan bahawa satu task force ditubuhkan untuk menyelaraskan kekangan yang dihadapi oleh para pengilang dalam urusan pematuhan syarat kilang-kilang mereka supaya lebih banyak permohonan dapat disempurnakan. Untuk makluman YB Kuang, satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran telah ditubuhkan pada tahun September 2019. Ya. Ok. Satu ayat lagi. Dan jawatankuasa ini tidak terbubar walaupun program ketika ini telah pun tamat supaya kerja pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dapat diteruskan. Silakan Yang Berhormat.

YB EXCO, saya amat tertarik bila YB Exco mengatakan berkenaan dengan tindakan-tindakan yang akan diambil kepada kilang-kilang dan sebagainya. Semalam saya telah wujudkan satu soalan kepada

berkenaan dalam perbahasan saya tentang mempertingkatkan peruntukan undang-undang ataupun penguatkuasaan. Saya nak tanya berkenaan dengan penyediaan tong-tong sampah di kawasan komersial dan rumah dan sebagainya. Tapi tidak ada tindakan dari PBT untuk mengenal pasti tuan punya kedai ataupun pusat komersial yang tidak menyediakan. Apakah pandangan YB EXCO?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Soalan yang dikemukakan oleh YB Sentosa adalah untuk kawasan komersial ataupun kediaman?

Dua-dua sekali.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Dua-dua sekali? Ok. Kita perlu asingkan. Dia merupakan dua perkara yang berbeza. Bagi kawasan komersial sebenarnya merupakan tanggungjawab pemilik kedai itu untuk menyediakan tong sampah. Saya ingin menyeru semua pemunya kedai untuk baca syarat-syarat apabila mereka kemukakan permohonan lesen perniagaan. Salah satu syarat dalam permohonan tersebut adalah mereka harus membekalkan tong sampah sendiri. Dan bagi kediaman, kita perlu tengok kewangan (kewangan di setiap PBT). Sekiranya PBT ada kemampuan, tiada halangan daripada kerajaan negeri untuk menggalakkan PBT untuk memberi tong sampah kepada kawasan kediaman.

Saya setuju dengan pandangan YB EXCO. Tapi ada majlis-majlis dan juga PBT yang kaya yang sudah bagi tong sampah. Tetapi adakah ini betul? Kerana PBT mungkin di Kuala Selangor atau di Selayang orang penduduk-penduduk cakap kenapa majlis tu bagi? Majlis kat sini tak bagi dan sebagainya. Itu adalah satu perkara yang lain. Tetapi berkenaan dengan tindakan-tindakan majlis perbandaran untuk memastikan setiap kedai ada tong sampah, saya mintalah YB EXCO untuk mengarahkan semua PBT jangan keluarkan lesen kalau tidak ada tong sampah. Dan untuk memastikan kontrak KDEB (kita selalu salahkan kontraktor KDEB tidak mengangkat sampah) tetapi bila tidak ada tong sampah di kedai-kedai masing-masing, mereka letak di tepi jalan sebagainya. Kontraktor pun tak nak ambil kerana dalam skop kerja dia, dia cakap “saya ambil sampah daripada tong sampah saja”. Itulah masalah (salah satu masalah) yang kita hadapi. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Syarat tersebut seperti apa yang saya kata tadi, syarat tersebut ada dalam syarat permohonan dan syarat kelulusan. Saya ada satu permintaan di sini. Sekiranya tindakan penguatkuasaan diambil oleh PBT (mengeluarkan notis, mengeluarkan saman), saya minta Yang Berhormat-Yang Berhormat jangan buat complain ya. Jangan buat complain dan minta PBT untuk tangguhkan tindakan penguatkuasaan. Ha. Boleh saya sambung ya? Mana tadi? Ok. Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu. Yang Berhormat Kuang juga telah menyebut pelaksanaan Program Pemutihan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran yang telah berjaya menjana hasil sebanyak RM76 juta kepada Kerajaan

Negeri merupakan satu signal atau petunjuk yang sangat baik bahawa ianya berpotensi untuk membawa lebih banyak hasil yang akan memanfaatkan rakyat Selangor sekiranya program tersebut dilanjutkan lagi. Walau bagaimanapun program ini telah dilanjutkan banyak kali. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk meneruskan program ini lagi. Yang Berhormat Jeram mencadangkan agar peruntukan Undang-undang dipinda bagi memudahkan pertukaran. Yang Berhormat Jeram sempat masuk, pertukaran kakitangan PBT yang berprestasi rendah. Tuan Speaker, pada masa ini urusan pelantikan pegawai dan kakitangan PBT adalah di bawah PBT masing-masing. Berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 ataupun Akta 171 bagi pengurusan atasan PBT pula seperti Datuk Bandar, Yang Dipertua, Timbalan Datuk Bandar, Timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha. Pelantikan juga adalah berdasarkan Akta 171 melalui kelulusan Kerajaan Negeri.

Secara dasarnya selain pengurusan atasan pergerakan atau peruntukan pegawai dan kakitangan PBT hanya boleh dilaksanakan di dalam PBT masing-masing selaras dengan peranan PBT tersebut sebagai Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya pergerakan atau pertukaran dari satu PBT ke satu PBT lain ingin dilaksanakan proses ini akan melibatkan pindahan peruntukan Akta 171. Kerajaan Negeri difahamkan bahawa KPKT masih meneliti dan mengkaji kebolehlaksanaan alternatif pertukaran pegawai dan kakitangan PBT mengikut peruntukan Undang-undang sedia ada dan sekali gus dapat memberi peluang kemajuan kerjaya kepada pegawai dan kakitangan PBT. Oleh itu, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan terbuka dan bersedia untuk bekerjasama dengan KPKT bagi menjayakan cadangan ini. Berkenaan dengan..

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat EXCO sebelum pergi kelain saya nak tanya tak boleh ke kalau kita wujudkan Undang-undang itu di peringkat Selangor sahaja. Maknanya bukan kita tidak melibatkan di antara satu negeri ke negeri lain. Maksudnya di peringkat dalam Selangor sahaja membuat pertukaran jadi bermakna benda tu, saya rasakan di bawah bidang kuasa Yang Berhormat untuk di bawa kepada Dewan untuk di bahas ataupun diluluskan. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor pernah ingin mewujudkan satu Suruhanjaya. Satu Suruhanjaya penjawat PBT selepas merujuk kepada PUU. Pandangan daripada PUU adalah ia juga melibatkan Akta-akta Persekutuan. Maka Suruhanjaya tersebut juga perlu penyelarasan daripada ataupun kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan jadi buat masa ini kita tak boleh buat apa sehingga Kerajaan Persekutuan meminda Akta 171. Dan berkenaan dengan prestasi Ahli Majlis, Yang Berhormat Jeram ini sama dengan saya sangat mengutamakan kualiti dan prestasi Ahli Majlis. Sungguh kita hendaklah Ahli Majlis yang rajin bekerja, kerap turun padang, tidak ponteng mesyuarat, mesra dengan rakyat. Oleh itu, sekali lagi saya nak memberi peringatan kepada semua Ahli Majlis supaya teruskan kecemerlangan yang sedia ada dalam menyampaikan servis yang terbaik kepada rakyat yang tidak cukup cemerlang sila berusaha lagi. Dan saya percaya dengan

komitmen dan tekad itu satu hari nanti Yang Berhormat Jeram akan puji Ahli-Ahli Majlis. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat EXCO Kinrara.

Minta maaf Tuan Speaker.

Speaker

Ya, ya Sentosa.

Semalam saya ada

Speaker

Ada tambahan?

Semalam saya ada tanya satu soalan berkenaan dengan pertandingan zon bersih dan juga pertandingan di antara Ahli-Ahli Majlis untuk menaikkan prestasi. Apakah pandangan Yang Berhormat EXCO.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Pertandingan antara Ahli-Ahli Majlis. Pertandingan bola? Zon Bersih. Oh. Ya, Zon Bersih merupakan satu projek, satu program yang agak baik. Saya nampak sangat baik di sesetengah PBT tetapi PBT yang berlainan mempunyai program yang berbeza. Bagi Ahli Majlis dan saya juga ambil maklum PBT-PBT mempunyai apa tu Anugerah Tahunan bagi Ahli-ahli Majlis dan dalam Anugerah tersebut mereka ada pertandingan berbeza. Jom bersih adalah salah satu kategori yang akan diambil kira dan ia juga ada kategori-kategori yang berbeza untuk kita menentukan adakah Ahli Majlis tersebut dapat perform atau pun kurang aktif. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ya, saya mempersilakan Yang Berhormat EXCO Pandan Indah.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammulaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya di hujung-hujung nampaknya pada kali ini. Harapkan Ahli-Ahli Yang Berhormat akan bersabar untuk mendengar penjelasan berhubung dengan pertanyaan-pertanyaan yang saya anggap cukup baik daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat walaupun kali ni saya rasa tak sebanyak yang biasa lah pada untuk infra ni. Kali ini agak berkurangan. Mungkin menang pada Yang Berhormat Seri Serdang ataupun Kinrara ya. Walau bagaimanapun berhubung dengan isu infra ataupun yang pertamanya berkaitan dengan banjir yang saya nak sentuh di sini yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Sungai Air Tawar, daripada Kota Anggerik, daripada Ijok, daripada Sungai Burong, Meru dan Batang Kali. Mungkin ada lagi tapi ini yang antara beberapa yang dibangkitkan oleh Sentosa jadi isu banjir ini bagi saya dalam kerja-kerja yang berkaitan infra ni, saya rasa

ini yang paling memeningkan kepala saya dan juga Kerajaan Negeri dan kita faham mengenai kesan daripada banjir ini yang bukan sahaja dari segi imej Kerajaan itu sendiri tetapi juga kesan kepada rakyat.

Kadang-kadang kita turun bila melawat tempat ni kita tengok tilam di jemuran di luar dengan perabot nya dengan kemusnahan yang besar dan walaupun ada pampasan tetapi tidak dapat sebenarnya kita menyelesaikan kemusnahan ataupun kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat setiap kali. Tapi inilah produk daripada pembangunan kita boleh cuba sedaya upaya kita dalam pelbagai kaedah tetapi banjir ini akan berlaku. Saya tidak boleh bagi komitmen hari ini kata banjir tak akan selesai 100% dalam masa beberapa bulan ini. Tidak dapat diberi jaminan itu. Malah negeri mana pun tak boleh kerana apa? Banyak isu yang berkaitan yang saya boleh berkongsi dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua yang kita perlu fahami dan kita cari kaedah terbaik. Sebab itu ada pendekatan-pendekatan yang kita perkenalkan yang baru ini yang dapat sedikit sebanyak membantu dalam perancangan segera kita ataupun jangka pendek dan juga jangka panjang. Jadi keutamaan memang kita beri dan saya menghadapi tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan dana ataupun mendapatkan di Peringkat Negeri tetapi dana di Peringkat Negeri terhad. Kita memerlukan dana yang besar dalam kita nak menyelesaikan isu-isu tebatan banjir dan tebatan banjir ini tidak bersifat localize dia sifat ikut lembangan. Kawasan yang terlibat dia tidak kata ini bawah PBT nya banjir, ini bawah JPS nya banjir. Tidak. Dia banjir ni dia tidak kira dia akan meliputi pelbagai agensi, jabatan dan lembangannya.

Jadi sebab itulah kadang-kadang kerja ini perlu diselesaikan secara bersepadu. Kos-kos yang tinggi contohnya lembangan macam sungai kalau kita nak selesaikan masalah tebatan banjir bagi Sungai Langat Fasa 2, kita mohon RM500 juta daripada Federal. Dan baru ni pertemuan, dialog dengan Menteri Ekonomi saya timbulkan lagi isu ini dan dia kata dia mengakui Kerajaan tidak cukup dana untuk membiayai permintaan dan keperluan-keperluan daripada infrastruktur ini termasuk jalan juga dia sebut. Bila saya sebut jalan Federal lah yang saya menerima, jalan Persekutuan lah saya selalu terima aduan di Dewan dan juga di luar Dewan. Dia mengakui memang tidak cukup. Kata kenapa tak guna MARIS? Kalau perlu Akta itu diubah, tukar, ubah Akta tu untuk memasukkan juga jalan-jalan Persekutuan dapat MARIS. Dia kata tak cukup, duit tak cukup untuk menampung.

Jadi kita syukur kerana jalan Negeri masih ada peruntukan MARIS dan mencukupi untuk kita menyelenggara jalan kita ya tapi jalan Persekutuan tidak cukup. Sama juga dengan tebatan banjir kita mohon untuk RMK12 ini, 1.3 bilion untuk tebatan banjir bagi Sungai Langat, Sungai Buloh dan juga beberapa tempat kecil yang lain. Semuanya 1.3 dan sehingga hari ini tiada berita tentang ketiga-tiga ini peruntukan. Dan lagi satu kita kena menerima hakikat bahawa fenomena banjir ini berkait rapat dengan pembangunan. Lagi kita tingkatkan pembangunan kita jadi cara air itu dialirkan adalah melalui serapan ke bumi dan juga surface punya saliran permukaan. Jadi bila permukaan yang kita sediakan sistem jaringan kita, saliran kita yang ada hari ini hanya

telah di design dan di reka bentuk dan dibina lama menggunakan kaedah pada masa itu AIR saya tak ingat berapa mungkin 50 aje jadi dia hanya boleh menampung di sekitar 80 milimeter tapi hujan kita sekarang kalau kita tengok rekod yang kita perhatikan jarang bawah 80. Sangat jarang. Lebih 100. Dan keupayaan sistem saliran kita nak menampung agak sukar sebab itu kita bina kolam takungan. Bila kolam takungan di tempat tertentu kita tak ada tanah lagi. Ini yang dia kena komponen begitu jadi kolam takungan dengan sistem saliran yang diperbaiki dan juga kalau di kawasan yang rendah sistem pam. Tiga ini mesti berlaku serentak. Sebab itu baru ini bila kita minta kepada penyelesaian segera, langkah segera RM40 juta tu kita melihat semua kawasan terutama kawasan hot sport. 50 ini bagaimana kita dapat lulus dapat langkah segera membetulkan ban, membeli pam high capacity, berkapasiti tinggi dan juga membetulkan longkang-longkang ataupun parit yang besar-besar ini dan juga kolam takungan. Itu yang kita dapat dan kita sedang laksanakan dan saya harap akan selesai sekurang-kurangnya untuk segera ini kawasan Meru memang saya paling banyak sekali melawat dan juga apa namanya di Ijok, di Shah Alam itu sendiri, di Dengkil, Gincing itu saya dah pergi dan juga di Sepang lah. Sepang ni makna di sebelah Serenia tu, jadi semua tempat yang termasuklah Sg. Kuyoh telah kita lawati dan kita perhatikan mana yang kita boleh buat segera dan selainnya kita akan buat dalam Program jangka pendek dan jangka panjang tetapi kena bersedialah menghadapi lagi keadaan banjir ini. Kita akan cuba kurangkan semaksimum yang mungkin. Kita juga dapat berita-berita yang baru banjir daripada Batang Kali dan juga daripada Sungai Burong. Jadi kita terima dan kita akur untuk kita laksanakan berperingkat-peringkat mengikut kekangan dana yang kita ada bagi menyelesaikan masalah ini ya.

Jadi antara lagi satu langkah proaktif yang kita sedang buat ialah melaksanakan apa yang di panggil Pelan Induk Sistem Saliran. Sekarang ini kita ada sebahagian. Maksud Pelan Induk Sistem Saliran ini di mana apabila mana-mana pihak sama ada PBT ke atau JKR ke bila dia nak membina longkang sebaliknya dia kena gunakan Pelan Induk ini. Hah! Ini penyelarasan yang penting kerana disediakan oleh pihak JPS akan diselaraskan di semua. Sebab kita tak boleh asingkan sistem saliran PBT dengan sistem saliran JPS. Dia tak boleh. JKR pun sama. Perlu diselaraskan dan saya sekarang apabila ada pertemuan, tiga-tiga ini akan hadir bersama untuk pastikan penyelarasan dari segi PBT, JPS dan juga JKR. Tiga-tiga inilah yang terlibat langsung dalam perparitan atau saliran kadang-kadang Pejabat Daerah ada juga yang terlibat ya. Jadi untuk makluman semua bagi sistem ini kita telah ada, telah siap dibuat di Rawang, Wisma untuk Rawang, kawasan Rawang, Selayang, Kuang. Untuk RMK12, di Puchong dan Meru dan juga di Sepang. Dan untuk tahun hadapan di Sabak Bernam. Yang ini lima (5) akan siap Februari 2022. Sabak Bernam tahun hadapan. Klang dan Hulu Langat dah siap tetapi dah lama kita perlu kemas kini sebab dia dah lama kan, 2010 dulu lagi. Ok, jadi tentang persoalan yang ditimbulkan berhubung dengan yang ditimbulkan oleh Kota Anggerik berhubung dengan banjir di Shah Alam. Ini pun sama penyelarasan kita dah buat bersama dengan MBSA dan juga JPS baru-baru ini dan JKR. Dia telah menyediakan pelan dan telah dibawa ke MTES untuk

dibentangkan cadangan untuk Seksyen 2, 3, 4, 6, 8, 9, 10, 11 serta 13. Jadi termasuk jangka pendeknya dengan penyewaan ataupun pembelian backup pump. Pum punya backup ni untuk musim-musim hujan dan kolam takungan berjalan dengan baik serta projek tebatan banjir bagi Seksyen 13 dan Taman Mesra U1. Ini telah dibentangkan, telah pun diluluskan untuk dilaksanakan tindakan sekarang ini ialah design and build di persimpangan 8 Concorde, Hotel Concorde itu sedang dilaksanakan melibatkan RM2.7 juta dan juga di Seksyen 4, RM3 juta dan di kawasan hot sport lain, RM350,000 dan juga master pelannya sedang disediakan di Sungai Renggam RM488,000. Ini semua sedang dilaksanakan begitu juga jangka panjangnya bagi Seksyen 13, 18, 19, 20, 22, U1, U2 dan U8. Lembangan Sungai Damansara ini sedang disiapkan drainage master plannya pada bulan, akan disiapkan dan akan dilaksanakan program ini agak tinggi iaitu melibatkan di Taman Mesra 13 juta pelaksanaannya sistem tebatan banjirnya di situ dan pam dan juga di U8 2.88 juta dan juga di Seksyen 19, 1.35 juta akan siap akhir bulan Disember yang di U8 telah siap. Okay, ini antara beberapa perkara lagi kita telah meneliti juga lagi lain-lain tempat di Shah Alam yang melibatkan di Jalan Kebun Bunga, Persiaran Kebun Bunga itu yang jadi, selalu jadi banjir yang besar dan juga Taman Rashna. Untuk yang ditimbulkan oleh Sungai Burong, Y.B. Sungai Burong. Ada? Takda. Tak payahlah. Tak payah kita, untuk Ijok, saya, untuk Ijok berhubung dengan isu banjir ni saya maklum dan saya rasa disebut tentan perkara ini, ini pun menjadi tumpuan kita dan sedang pelaksanaan untuk Fasa 1 sedang berjalan Sungai Buloh, yang akan membantu sebahagian besar tapi kadang-kadang yang baru ni yang kita lulus segera ni pun akan melibatkan banyak juga di kawasan di Ijok, iaitu tentang pembetulan ban dan juga pam, dan juga kawasan-kawasan apa nama ni, borrow pit yang berfungsi juga sebagai, dia bukan sahaja borrow pit dia berfungsi sebagai kolam takungan bagi kawasan-kawasan rendah ya. Kawasan-kawasan yang dipanggil kawasan-kawasan yang tanah gambut. Jadi, pelaksanaan contohnya diharmoni, ya bila kita laksanakan kerja-kerja kecemasan membangunkan ataupun menaikkan taraf ban, saya dapati dah berkurangan banjir. Di kawasan berkenaan ini akan membantu dari segi dan kita akan laksanakan segera yang tersebut tadi bagi kawasan-kawasan di Ijok cuma yang Fasa 2 ini, yang melibatkan 500 juta itu, di Sungai Buloh Fasa 2 itu kita menunggu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan secara menyeluruh.

Saya mencelah. Terima kasih Tuan Speaker. Jangan lupa di taman pun bukan di kampung macam di Bestari Jaya, Taman Suria ya, dekat dengan ... sering berlaku banjir. Itu silap siapa saya tak tahu sebab kalau tengok bawah jambatan tu, air tak mengalir dengan cantik. Jadi saya harap kerajaan Negeri Selangor, saya almost sering dapat complaint dari penduduk Taman Suria, kawasan tu asyik-asyik bila hujan lebat, di Gombak ke, di Ijok ke, banjir.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ini tak payah SMS ya. Ini bukan pakai SMS. Balik (ketawa) tapi saya maklum kalau-kalau saya nak senaraikan memang banyak tempat-tempat yang terlibat ini, tetapi satu yang saya perlu sebut di sini bahawa kita penyelarasan kita telah buat dengan pihak PBT sebab longkang-longkang

dalam ni banyak melibatkan PBT, atau Pejabat Daerah dan di bahagian luarnya itu, ini yang selalu jadi kadang saya bagi contoh macam di Meru ni, Kapar kecil, kita telah siap, pam berkapasiti tinggi dah siap dengan perbelanjaan yang tinggi tetapi bila air, musim hujan, air tak sampai, pam tak boleh pakai, air tak sampai sebab sangkut di kawasan-kawasan dalaman parit dalaman yang di bawah MPK. Sebab itu kita nak teliti dan lihat balik bagaimana penyelarasan antara program tebatan banjir di pihak PBT dan juga pihak JPS supaya berjalan dengan serentak dan cara holistik barulah boleh kita selesaikan isu-isu ini ya. Seterusnya saya beralih kepada, saya beralih kepada isu tentang air jugak lagi. Masih air lagi tapi ni bekalan air ya. Dan saya mulakan dengan jeti sebab ni jeti pun terlibat di bawah LUAS juga ya.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Yang Berhormat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya. Saya take note tentang masalah banjir tu kita akan, kita telah teliti semua tu. Kalau saya nak cerita satu-satu, banyak ...

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Tak, bukan nak detail lagi ni, ni dah lama sangat. Saya dimaklumkan dalam perbahasan yang saya cakapkan, kerajaan telah meluluskan RM4.2 juta untuk tebatan banjir di perumahan Batu 30. Agak-agak bila nak dilaksanakan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Nanti saya akan tengok. Dia satu lagi saya perlu sebut

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Whatsapp pun boleh Whatsapp pun boleh.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Takpe, whatsapp pun boleh SMS pun boleh ya. Saya cuma nak maklum satu lagi perkara saya perhati dari segi kelewatan dan sebagainya termasuklah jalan. Kekangan kita yang terlibat dengan PKP ni memang memberi kesan yang besar kepada kita dan banyak saya pun nak sebut tadi yang Saujana, Sijangkang, Saujana Putera punya bypass tu pun, flyover tu pun memang terkesan besar kerana PKP. Lepas PKP pulak harga besi pulak naik melonjak. Jadi ada kekangan di situ yang menyebabkan delay termasuklah program-program tebatan banjir ni saya perhatikan, banyak yang telah terganggu kerja-kerjanya disebabkan oleh PKP. Bagaimanapun, kita akan teliti dan revise balik jadual-jadual kita ni supaya dapat dilaksanakan secepat yang mungkin dalam keadaan sekarang ni kita kan masih kita dah dibenarkan untuk aktiviti-aktivit begini. Cuma yang satu jeti tadi saya nak sebutkan di sini ialah daripada Pelabuhan Klang ni yang bertanya mengenai jeti. Kos jeti ni program berterusan yang dibuat oleh pihak LUAS yang bertanggungjawab untuk membuat pemutihan bagi jeti-jeti awam ataupun jeti-jeti persendirian dan juga jeti-jeti daripada nelayan. Jadi dah banyak capaian yang telah dibuat tapi untuk Klang, dah 563 jeti di daerah Klang ada. 136 buah jeti di kawasan Pelabuhan Klang. Kalau keseluruhan daerah 563 di Pelabuhan Klang ada 136. Tapi

sehingga hari ini permohonan yang diterima 3 je jeti, Daerah Klang dan 2 daripada jeti itu daripada Persatuan Memancing Selangor dan Persatuan Pengail Selangor. Jadi menunjukkan kebanyakan ni mereka tidak ada usaha untuk membuat permohonan rasmi jeti-jeti mereka ini kerana saya faham, kekangan dia. Bagi saya habis dulu Y.B. Kejap. Saya faham masalah. Ini bukan sahaja berlaku daerah Klang, dia berlaku di semua daerah yang ada jeti ya, termasuk yang ditimbulkan oleh Sijangkang pun dia masalah utama ni jeti-jeti ni ialah pertamanya ialah dari segi kos untuk nak buat pewartaan, ukur. Jadi kos dia tidak dia kos pengukuran dan penyediaan pelan itu tinggi. Jadi dia tidak kemampuan sebab tu kita telah buat keputusan dalam MMKN Bil. 6/2020 bahawa Y.B. ADUN kawasan membantu menyalur peruntukan untuk pengusaha (ketawa) membantu pengusaha di jeti di kawasan masing-masing. Memang betul, saya tahu tapi buatlah peringkat-peringkat. Setahun 2 biji ke, 4 biji ke. Jadi, memang kos tinggi, saya pun pernah berbincang dengan Persatuan-persatuan Nelayan pun supaya kalau boleh saya, kita kalau negeri ni kita boleh kita nak wartakan kampung-kampung nelayan kita ni. Satu pun tiada kampung nelayan yang diwartakan di Selangor. Kesian, kebajikan nelayan-nelayan kita. Kita nak buat, tapi kos yang terlalu tinggi untuk kita buat ukur dan pelan dan sebagainya tapi saya berkeyakinan dan saya bahawa kita kalau nak buat semua tak boleh buat. Kita pakai lah usul fiqh, ustaz Exco Agama tiada. Usul fiqh kata kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Kita buat sebahagain. Yang mana boleh. Kalau Y.B. pun sama, kalau boleh bantu, kalau bukan boleh bantu, ni arahan ni, keputusan. Kalau tak boleh buat semua, buatlah satu-satu atau dua, tiga setiap tahun itu untuk bantu. Dalam penyediaan kos bagi kerja-kerja ukur dan pelan dan sebagainya. Jadi itu yang saya nak sebutkan di sini. Sebab apa kadang-kadang keselamatan jeti-jeti ni. Banyak yang runtuh dan sebagainya. Saya pun ada bagi sumbangan di bawah peruntukan pertanian untuk jeti-jeti nelayan ni kerana dibuat dalam keadaan tidak selamat dan sebagainya, jadi kerja pemutihan tu telah dibuat tapi memerlukan kos untuk buat, pewartaan, pewartaan itu ya. Dan juga saya boleh sentuh sama yang cerita yang Sijangkang, tentang jeti Sritama ini. Jeti Sritama ini dia pada tahun 2005 lagi telah dikeluarkan kebenaran bertulis kemudian diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) ya pada tahun 2008 kerana kawasan termasuk dalam had kawasan pelabuhan. Jadi permit tu telah dikeluarkan secara tahunan dan jeti tu masih aktif sampai hari ini, cuma yang diluluskan LPS untuk 21 tahun dan senarai barang yang dipunggah ni pun ada disenaraikan di sini ... tetapi tidak ada yang disebut tentang tayar ricih, tayar ricih tu difahamkan dimaklumkan di sini oleh LPK bahawa dia adalah dibawa melalui darat, tidak melalui tidak dibawa melalui jalan air ataupun sungai. Ini yang .. jadi tidak, mana kebenaran itu yang mana yang kebenaran yang diberi itu dia tidak melanggar sebab tayar ricih ni dia tidak dibawa melalui jalan air. Walau bagaimanapun pihak LPK akan terus memantau dan kita kalau ada bukti-bukti tentang salahgunaan kita akan ambil tindakanlah di bawah sama ada melalui Kastam ataupun LUAS. Seterusnya

EXCO.

Minta penjelasan. Isu yang saya bangkitkan jeti-jeti di Bandar Kelly lama ni bukan sifatnya

sebagai jeti nelayan ataupun jeti rekreasi tapi saya kira adalah jeti yang bersifat komersil yang bilangannya cukup banyak. Macam mini pelabuhan. Dan isu yang saya sebutkan berkaitan dengan salah satunya adalah Jeti Sritama nilah yang mana ia menjalankan aktiviti yang tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat yang akhirnya menyebabkan kebakaran dan sebagainya. Sini juga tanah masih lagi status pertanian. Saya ingat kalau kita bagi LMS 21 tahun kalau kita lihat strukturnya, konkrit dan sebagainya itu bukan jeti sementara lagi. Ataupun tanah secara sementara. Kenapa tidak mungkin kerajaan mengambil inisiatif berikan pajakan dan sebagainya begitulah jeti-jeti yang lama ni dan kekhuatiran saya bila jeti-jeti ni sama ada betul-betul mereka ini didaftarkan atau mendapat kebenaran ataupun dijalankan secara tidak berlesen. Jadi walaupun dia di bawah port limit, tetapi saya kira pemantauan harus dilakukan, sebab kesannya macam tadi saya sebutkan, kalau ricih tu menyebabkan pembakaran yang cukup teruk di kawasan tempatan mengakibatkan kesan juga pada masyarakat tempatan sudah tentu Kerajaan Negeri juga mempunyai tanggungjawab atau responsibility.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih kepada Y.B. Sijangkang. Saya akur perkara itu. Memang kita ada inventori yang telah dibuat oleh LUAS dan kita akan mengambil tindakan susulan dan ini contoh jeti Sritama ni memang dalam proses pewartaan. Pewartaan makna akan melibatkan status tanah dan juga pengukuran dan sebagainya memang dalam proses tapi belum siap lagi. Walau bagaimanapun yang lain-lain saya tau Sungai Langat ni sungai yang paling banyak jeti swasta ni. Yang kita perlu pantau dan kita perlu selesaikan isu-isu berkaitan dengan lesen ni. Itu kita akan buat follow up dan kita take note tentang isu-isu berkaitan illegal ataupun tidak sah jika tak dapat bukti-bukti aktiviti tidak sah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan. Saya terpaksa laju sebab ada banyak lagi perkara.

Untuk isu air ni, bekalan air pula ya. Saya ingin menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Y.B. Sungai Tawar berhubung peruntukan air yang dikatakan tahun 2021 RM707.9 juta sebenarnya bukan itu, tidak tepatlah ya maklumat tu ya Y.B. Sebenarnya yang disebut ialah peruntukan bekalan air adalah sebanyak RM76 juta. Ya, pengumuman dibuat oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan 2021 memperuntukkan RM200 juta itu adalah kerja-kerja mengatasi masalah henti tugas akibat pencemaran di bawah Skim Jaminan Air Mentah tu sejam tu. Itu yang disebut disentuh dalam ucapan Belanjawan Tahun 2021. Jadi tidak ada kenyataan yang berhubung dengan RM707.9 juta mungkin ada kesilapan fakta di mana-mana di situ ya. Dan butir-butirnya pun ada untuk keseluruhan peruntukan bekalan air untuk tahun 2013 hingga 2021 ialah sebanyak RM1 bilion daripada 2013 ya. Sehingga 2021 melibatkan pemasangan paip di Kota Damansara RM3.7 juta, kerja-kerja paip di Sungai Langat RM5.6 juta dan tangki air dan baik pulih tangki RM9.2 juta, program hybrid HORAS

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Yang saya maksudkan ialah berkenaan dengan strategi keempat.

Memperkasa kemampan alam sekitar sumber dan rantaian bekalan makanan. Di mana di sini dinyatakan pembangunan projek bekalan air adalah RM579 juta dan penyelarasan isu pencemaran air membelanjakan RM200 juta. Jadi isu yang saya bangkitkan saban tahun kerajaan Negeri membelanjakan begitu banyak kos-kos yang tertulis di dalam bajet Belanjawan adalah untuk kerja-kerja berkaitan air. Tapi dalam masa yang sama, gangguan bekalan air masih kerap dilihat berlaku di Negeri Selangor. Itu maksud saya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kita dalam pembangunan memang pembangunan bekalan air ini di bawah Rancangan Pelan Induk Pembangunan Bekalan Air ni memang kita telah diluluskan dan telah pun dihantar kepada SPAN sebanyak RM30bilion for 30 tahun. RM30 bilion memang telah diluluskan itu dalam perancangan jangka panjang mereka tetapi untuk kerajaan negeri peruntukannya telah di sekitar setakat ini dah menjadi lebih kurang RM463 juta yang telah kita berikan kepada pinjaman kepada kerajaan negeri ataupun dalam bentuk geran. Jadi tidak ada, tidak ada lagi selepas ini memang selepas ini memang diusahakan sendiri oleh Air Selangor melalui kaedah pinjaman ataupun kaedah dalaman mereka. Dan ini yang saya nak sebutkan di sini apa yang telah kerajaan negeri sediakan yang berikan. Termasuklah macam HORAS tu HORAS 600 itu 133 juta kemudian melebar sungai Tinggi 12 juta, pembangunan Air Semenyih Dua memang kita di bawah kerajaan negeri masa itu 189 juta dan yang terakhir yang kita buat dengan kerajaan negeri daripada peruntukkan kerajaan negeri ialah Loji Rawatan Air Labuhan Dagang iaitu 587 juta. Ini yang keseluruhan perbelanjaan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan berkaitan dengan Pembekalan Air. Untuk ada tentang isu Skim Air Darul Ehsan ini saya rasa saya dah sebut tadi dalam mungkin saya secara sepintas lalu ya, Yang ditimbulkan oleh Sijangkang saya dah jawab tadi dalam soalan boleh ingat lagi eh? atau nak ulang balik? Tak perlu ya. Jadi saya dah sebut itu kita hanya menerima setakat ini pengguna berdaftar keseluruhan 287,181ribu akaun iaitu 46% sahaja daripada sasaran kita 620 ribu yang berdaftar untuk Skim Air Darul Ehsan. Dan kita tetap buka permohonan kalau ada YB-YB Ahli Yang Berhormat - Ahli Yang Berhormat semua boleh terus berkempen untuk didaftarkan kita sentiasa buka sepanjang tahun bagi skim di bawah SADE ini ya. Seterusnya saya nak sebut juga yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sg. Air Tawar berhubung dengan kawasan bakau yang kata ditebang dan sebagainya. Ya memang betul kawasan ini ialah di Sungai Tenggar Utara. Sungai Tenggar Utara dekat dengan Ban Tebuk Benaling dan Ban Sungai Air Tawar itu. Tempat ini saya pernah melawat tempat ini, ia lebih kurang 110 ekar dulunya diserahkan kepada PKPS untuk tanaman sawit. Malangnya bila tanam sawit disebabkan ban ini di kawasan laluan, laluan bot yang besar jadi alun daripada bot ini menjadikan ban itu sering pecah dan pokok-pokok Sawit ini semua mati habis. Dan selepas itu pihak PKPS telah menyerahkan balik kepada kerajaan negeri dan sekarang ini kita sedang dalam proses untuk menyelesaikan isu pewartaan untuk dijadikan kepada kawasan penampan Bakau. Saya pun dah minta supaya diadakan kawasan bakau yang diuruskan oleh JPS di 110 ekar ini dan kita akan tanam dengan

Bakau dan juga jenis-jenis spesies yang sesuai yang lain termasuklah Api-Api dan juga Berembang di kawasan berkenaan ya.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Yang Berhormat atas penjelasan cuma saya berharap agar isu penamaan Bakau semula ini segera dilaksanakan kerana perkara itu dah terlalu lama. Saya difahamkan bermula daripada tahun 2009 ke 2008? Ini dah masuk tahun 2021. Jadi saya harap penanaman bakau itu segera dilaksanakan kerana isu utamanya setelah Bakau itu hilang habis digondol sekarang ni Monyet Kera tu dia keluar kerana tiada penempatan ya sebab kawasan itu dulu pernah hampir digazetkan sebagai Desa Monyet.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya jadi EXCO pun 2018 jadi maknanya masa itu masih lagi di bawah PKPS. Sebenarnya baru lagi ya PKPS menyerahkan kembali tanah ini jadi di sekitar jadi kita telah mula pun penanaman tapi masih lagi di peringkat awal dan saya sedang meneliti sebab saya baru-baru ini dalam di bawah SMG, Selangor Maritime Gateway, kita telah menerima kerjasama ya daripada pihak Nestle dan dari pertemuan pertama baru ini mereka meminta kawasan-kawasan yang sesuai untuk tanam semula. Mereka mempunyai peruntukkan satu juta pokok untuk ditanam di bawah CSR, Nestle. Yang itu kita akan buat pelancaran nanti termasuklah nanti kawasan-kawasan Bakau ini akan dijadikan tempat-tempat untuk penanaman semula yang akan ditaja oleh pihak yang NGO ya.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Yang Berhormat minta maaf. Tak, saya nak minta sekarang ini isu kera ini. Siapa yang nak bertanggungjawab?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tempat itu memang di bawah JPS, masih di bawah JPS.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Maksud saya Kera-kera ini. Kera yang dah keluar ni nanti dia merosakkan tanaman.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Oh kera ni, kera ni nanti saya cerita. Kera ni YB saya nak, ada tajuknya. Kejap lagi. Ada-ada. Dia ada cerita dia.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Haa. Oh ok.

Speaker

Pandan Indah, Yang Berhormat. Yang Berhormat sila ya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat. Ya. Ok. Jadi kita pergi kepada seterusnya berhubung dengan isu bekalan air tadi ya yang saya sebutkan tadi. Yang seterusnya yang dibawa dibahaskan oleh Yang Berhormat Subang Jaya berhubung dengan abstraksi, abstraksi air. Dipihak Berkuasa Negeri dengan LUAS memang kita mengurus dan mengawal selia sumber air dengan membuat kawalan pada aktiviti abstraksi air dengan melaksanakan skim pelesenan yang daripada 1Julai 2005 dulu

mengikut keputusan MMKN pada 13 April 2005 dan juga selaras dengan seksyen 41(2) dan 44(1A) dalam enakmen LUAS memang di bawah tanggungjawab LUAS. Sebarang penggunaan air sama ada air permukaan ataupun air bawah tanah adalah perlu dilesenkan. Jadi dalam rujukan ini kita telah berkaitan dengan abstraksi air Bumi, air sungai dan badan air mengikut kadar berikut :

Caj bagi tujuan utiliti awam 1sen/meter padu Kalau untuk tujuan komersial 5sen/meterpadu

Ini adalah caj yang telah di tetapkan. Buat masa ini rekodkan untuk ekstraksi air Bumi adalah sebanyak 556 lesen dan untuk permukaan air ialah 630 lesen dari pelbagai sektor yang memegang lesen ini termasuk utiliti air Selangor pun perlu mempunyai lesen ini, industri, perdagangan, pertanian, penternakan dan lain-lain. Sungai Air Tawar tidak ada. So, untuk soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Semenyih berhubung dengan bekalan air terputus yang ditimbulkan jadi untuk makluman... eh bukan bekalan air tentang gangguan bekalan air ada sebut ya? Ok, dekat Sungai Air Tawar jap nanti Sijangkang, abstraksi. Ok, untuk tujuan bekalan air ini juga perlu saya sebutkan yang saya sentuhkan Sg. Air Tawar berhubung dengan bekalan air yang sentiasa terganggu, terputus sebagainya. Perlu saya sebut di sini bahawa, saya telah banyak kali menjawab juga dalam Dewan ini bahawa kita menyediakan peruntukkan sebanyak 150 ataupun 1juta 150kilometer paip di sekitar 150juta setahun just untuk penggantian paip. Ini tapi bekalan paip sahaja, penggantian paip sahaja tidak membantu keseluruhan masalah dengan isu-isu gangguan air sebab kita ada dua cara satu ialah sebab pencemaran, satu disebabkan oleh kerja-kerja paip pecah yang berjadual ataupun yang tidak berjadual. Ada yang berjadual ada yang tidak berjadual ya. Yang berjadual itu kita akan maklumkan lebih awal apa yang perlu dibuat. Kalau yang tidak berjadual ini yang kita agak sukar walau bagaimanapun, kalau ikut statistik yang telah penambahbaikan yang ketara berlaku dalam prestasi bagi Air Selangor sebab selepas dia orang mengambil tindakan supaya mengoptimumkan katakanlah air, kadang-kadang paip ini bila isi paip ini disebut asbestos cement ini dia telah 40 tahun lebih kebanyakannya yang di bawah tanah. Dan dia telah pun melebihi had umur dia dan banyak di bawah tu telah hancur tapi kita ada enam ribu kilometer. Jadi bagaimana kita nak gantikan? Kalau kita nak gantikan 150 pun 40 tahun baru boleh habis. But then, pada masa yang tu sampai kita dah nak kena ganti yang dah kita ganti awal-awal tu tadi. Jadi proses ini proses yang berterusan yang perlu kita ambil kaedah-kaedah yang lebih baik maknanya mengikut statistik tempat mana yang selalu berlaku kita akan dahulukan tempat itu. Ini yang kita buat dan kita pasang apa yang dikenali oleh DMZ atau District Ministering Zone dan PMZ, Pressure Management Zone. Contohnya kalau tempat itu banyaknya paip AC ini kalau kita terlalu tinggi pressure untuk sampai air ke tempat yang kita nak dia akan menyebabkan paip pecah. Kalau kita terlalu rendah pula nanti air tak sampai. Jadi ini kekangan begini yang dihadapi jadi kita terpaksa ambil langkah-langkah dengan pemasangan alat ini kita telah berjaya mengurangkan indeks paip pecah daripada 20.48 kes paip pecah per 100km per tahun. Ini tahun 2016 ya. Daripada 20.48 kepada 7.48 pada tahun

September pada bulan September 2021 iaitu 7.46/100kilometer. Dan pada piawaian antarabangsa tahap dia adalah 13 maknanya jauh lebih baik daripada piawaian antarabangsa tentang pengurusan paip pecah di negeri Selangor. Ini adalah statistik yang ada pada kita. Berhubung dengan isu jalan raya ya. Yang ditimbulkan ada beberapa tempat yang ditimbulkan untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang lagi ya berhubung dengan isu West Cost Express Way yang saya lawati di Seri Cerding. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat kita telah pun mencapai penyelesaian bahawa bagi daripada jalan Seri Cerding itu yang akan ke Rimbayu itu dia akan kita akan tetap terpaksa menggunakan juga flyover tapi dengan gradian ataupun yang agak mendatar supaya mengambil kira pandangan-pandangan penduduk supaya tidak tinggi dan juga keluasannya adalah mengikut keluasan jalan baru bagi Seri Cerding itu. Jalan yang akan baru dibuat dinaiktaraf oleh JKR. Jadi tak timbul nanti isu tak cukup size apabila dia melalui atas kepada WCE. Dan laluan dua tempat untuk penduduk itu kita adakan. Memang kita adakan dua laluan alternatif bagi menyeberangi WCE yang akan lalu di situ. Dan jalan dalaman itu pun kita dah saya dah minta supaya dinaiktaraf supaya menjadi jalan yang lebih baik untuk kegunaan penduduk tempatan. Saya rasa benda itu dari segi komprominya saya rasa selesai masalah bagi Seri Cerding. Dan untuk Saujana Flyover itu saya telah sebutkan tadi di bawah Seribu Baiduri ini menyebabkan ada kekangan dan tarikh baru untuk siap adalah pada 31 Mei 2022. Ini adalah tarikh baru yang dah dipersetujui untuk disiapkan flyover itu. Bagi Pelabuhan Klang berhubung dengan isu yang ditimbulkan sebenarnya jalan ini ya jalan ini yang dimaksudkan ialah jalan Simpang Empat Bandar Sultan Sulaiman. Ya, jalan ini sebenarnya adalah lebuh raya selenggaraan lebuh raya geran bersepadu bukan di bawah JKR tapi walau bagaimanapun saya boleh sebutkan di sini ketika selenggaraan di Pelabuhan Klang ini memang banyak kalau kita boleh perhatikan di sini angka memang antara yang paling banyak mendapat peruntukkan sebenarnya daripada segi pengurusan daripada termasuk daripada persekutuan. Jadi persekutuan sahaja permohonan untuk tiga tahun ini ialah kita telah memohon 202juta tapi dapat 83jutalah untuk maintenance bagi jalan-jalan di federal atau jalan-jalan persekutuan di kawasan daerah Pelabuhan Klang ya. Dan kita telah mengemukakan lagi permohonan untuk kawasan Klang sekitar untuk tahun ini tahun depan 64juta dan kira harapkan doakan moga dapat diluluskan peruntukkan bagi pengurusan jalan di kawasan Klang seperti di Pelabuhan Klang.

Speaker

Silakan Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Pandan Indah. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pandan Indah bahawa jalan-jalan ini Jalan Persekutuan ada jalan Negeri ada jalan Daerah dan ada jalan yang melibatkan pihak swasta seperti KL Bersepadu. Tapi apa yang menghairankan saya ialah pengurusan di peringkat jabatan kerja raya itu sendiri dalam menguruskan aduan dan berkomunikasi dengan masyarakat. Sebelum ini di daerah Klang ini kita ada pegawai-pegawai yang bagus yang duduk di JKR daerah Klang tetapi kemudian kenapa dihantar ke tempat yang lain. Jadi kenapa hantar pun bukannya naik pangkat yang ini yang saya tak faham

dan belum ada penggantian dan saya baru dapat semalam barulah masuk. Ini baru masuk ni nak fahamkan balik masalah yang kita nak mula balik yang kita dah rancang pelbagai perancangan untuk menyelesaikan isu-isu di kawasan daerah Klang ini. Tapi kemudian pegawai-pegawai yang bagus ini kenapa ditukarkan bukan naik pangkat. Saya kalau naik pangkat saya setuju Yang Berhormat Pandan Indah tetapi tukar macam tu je.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya pun bersimpati dengan Yang Berhormat. Saya pun kena simpati dengan saya jugalah sebab banyak daripada Yang Berhormat yang bagus ini sekejap-sekejap je datang sini. Ada tukar sama ada naik pangkat, ada yang secara dipindahkan sebahagiannya saya tak kita sukar bagi kitalah nak mengawal ni sebab kehendak keperluan pertukaran itu berlaku jadi bukan sahaja di JKR ya, termasuk JPS, termasuk jabatan lain di bawah Pertanian dan sebagainya ada setengah sejak saya jadi EXCO ni tiga pengarah dah ada padahal baru empat tahun, baru nak masuk empat tahun tiga Pengarah sudah bertukar. Jadi, kadang-kadang yang bagus-bagus itu kita harap tetapi itu, sukar bagi kita hendak mengawal Yang Berhormat, bagaimana dari segi pertukaran sebab mereka mempunyai perancangan-perancangan mereka sendiri jadi, kita bersangka baik lah. Macam yang disebut oleh Yang Berhormat Taman Templer, husnuzon ya. (Ahli Dewan ketawa).

Speaker, bagi laluan.

Speaker

Ya, ya, silakan Kuang.

Saya hendak ulas sedikit apa yang disebut oleh Port Klang. Daripada 2018 sampai ke 2021 ini, DO Gombak pun sudah tiga (3) orang. DO Gombak ada tiga (3), Jurutera Daerah dua (2), YDP nak masuk empat (4) dah ni. YDP sudah empat (4). Jadi, setiap kali berlaku pertukaran ini, dia mengganggu semua urusan. Kalau boleh, apa sahaja yang mereka rancang itu mereka punya fasal lah, tetapi jangan mengganggu urusan rakyat kita. Banyak sangat tukar. Jadi, minta lah supaya Pentadbiran ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, supaya pastikan lah semua Pegawai-pegawai Kerajaan terutama di peringkat Ketua-ketua Jabatan ini kekal lah sampai lima (5) tahun. Tak payah lah bertukar-tukar. Naik pangkat, naik di situ lah. Yang tak nak naik pangkat pun biar di situ. Ini ada, naik pangkat, tukar, naik pangkat, tukar. Jadi, ia sebenarnya mengganggu urusan Pentadbiran yang sepatutnya lancar, akhirnya terpaksa tunggu Ketua-ketua Jabatan baru masuk, yang lama punya, perancangan Ketua Jabatan yang lama dah, habis. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Kuang, ok ya? Perdana Menteri pun tukar tiga (3) kan? Silakan. (Ahli Dewan ketawa).

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat kena sedia maklum bahawa kita, Pegawai kita ini bukan semuanya Pegawai yang di bawah Kerajaan

Negeri ya, ia ada banyak yang dipinjamkan daripada Pusat. Pegawai-pegawai Tadbir, PTD dan sebagainya dan mereka ini ditentukan di sana, di pihak JPA. Kita boleh menerima, menolak tetapi akhirnya keputusan mereka.

Tak apa lah Yang Berhormat. Ini ada dua (2) Setpol di dalam ini. Jadi, kita sampaikan mesej ini pada mereka berdua lah.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Nanti saya whatsapp. Saya pun pelik, bukan sahaja di Jabatan yang di bawah portfolio saya, di luar ini pun. Macam yang disebut oleh Yang Berhormat itu betul. DO-DO pun ramai yang bertukar, di pihak PBT dan sebagainya, banyak. Kebetulan .. (ketawa), itu saya tak nak sentuh lah. Tapi, saya teruskan. Banyak lagi ni Yang Berhormat ya. Tidak tahu sempat ke tidak (ketawa). Jeram ni, saya belum masuk Jeram lagi..

Speaker

Yang Berhormat, banyak lagi ke? Panjang lagi? Ha, ok.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya hendak sentuh juga Jeram yang, bukan nak sentuh Jeram, (ketawa) nak menyentuh mengenai Perbahasan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Jeram berhubung dengan, saya setuju. Dan kalau, bila disentuh tentang isu peruntukan lampu jalan yang turun daripada (ketawa), saya pun bila lihat ini pun saya rasa kita ada keperluan untuk menambah ini sebenarnya. Saya amat bersetuju

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Bukan. Dia bukan soal istilah bersetuju atau tidak Yang Berhormat. Saya minta penjelasan berapa banyak lampu telah dipasang daripada 2018 hingga 2022 belum lagi 22, 21. Ya, jadi, bajet yang diberikan itu makin lama makin sikit. Jadi, saya minta Yang Berhormat tolong bagi tahu berapa lampu dah dipasang melalui JKR di kawasan JKR supaya jawapan Yang Berhormat ini saya ingin bagi tahu kepada penduduk di kawasan saya di mana Kerajaan Negeri berjaya, 1,000 lampu telah dipasang, umpamanya, kalau ada. Kalau tiada, Yang Berhormat kena bagi tahu tidak ada, langsung tidak ada, supaya jelas jawapan Yang Berhormat, terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih. Lampu jalan ini kita kena faham lah. Kalau kawasan-kawasan baru, jalan baru ia tidak termasuk dalam RM500,000.00. Ini hanya lah, apabila kita ada jalan-jalan yang perlu diselenggara, dipasang baru secara one off, tetapi kalau masuk dalam projek ia dianggap sebagai sebahagian kos projek. Cuma untuk Jeram ini saya boleh sebut di sini, di laluan B109 Jalan Sasaran Jeram telah dipasang 40

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat, sasaran bukan lagi di bawah Jeram, sasaran telah di bawah Melawati.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tak apa lah, saya sebut di sini lah, yang ada setakat ini B109 itu di Jalan Sasaran ialah 40 tiang lampu solar LED, RM285,000.00 nilai dia, telah dipasang.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Maknanya di sini, apa yang saya katakan itu benar, apabila pihak Kerajaan terutamanya Yang Berhormat daripada Melawati ya, dia dapat lah apa yang dia hendak tetapi macam kami ni yang mana bukan lagi di dalam Kerajaan, maka tidak dapat. (Ahli Dewan bersorak). Jadi, bermakna di sini, ADUN Pembangkang ataupun ADUN Bebas dianaktirikan oleh Kerajaan Negeri Selangor, begitu?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya, tidak timbul isu itu. Yang Berhormat pun kenal saya, saya tidak akan diskriminasi mana-mana, mana-mana inci ataupun bumi Selangor ini, yang mana ada keperluan di bawah infra, kita akan beri. Cuma kekangan kita kewangan kita. Kalau kita nak sediakan semua memang boleh tetapi macam tadi banjir. Ada kekangan

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat, kalau kita sebagai negeri yang maju, kalau memberikan alasan kewangan ini, saya tidak boleh terima.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tak, tak, saya Yang Berhormat, saya, saya, cukup tidak berpuas hati jawapan kewangan, kewangan, kewangan

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat Pelabuhan Kelang, saya sedang bercakap ni minta bagi laluan sikit

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat, sekejap, saya pun tidak puas hati

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Jangan ganggu, Peraturan Tetap 37, Tuan Speaker. Betul lah saya tidak tipu.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Baca, sila baca.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sila baca ya. Peraturan Isu Ucapan, Gangguan – Peraturan Tetap 37 ya, saya tidak tipu ya. Saya sudah hafal dah sekarang ni. (Ahli Dewan ketawa). Ok, jadi, Yang Berhormat, jangan lah bagi alasan, jangan bagi alasan di mana masalah kewangan. Kita negeri maju, sebab itu saya katakan, di mana anak syarikat Kerajaan Negeri ini kalau dijaga betul-betul, hasil pendapatan itu boleh kita membuat pelbagai bantuan kepada rakyat, ya. Jadi, kalau lah asyik bagi alasan tidak boleh, maka saya rasa tidak perlu serahkan kepada pembangkang, perlu serahkan Kerajaan Negeri kepada pejuang! Maka, mungkin kita

boleh bagi yang terbaik kepada rakyat Negeri Selangor, terima kasih. (Ahli Dewan ketawa) Tiga (3) orang ni sahaja.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat. Bagi saya dulu sebelum

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Bagi, bagi saya. Masa dah nak habis ni. Saya tidak datang berdiri di sini untuk menafikan atau hendak escapism, bukan saya punya cara. Kalau kita ada kekangan kewangan, kita bagi tahu kekangan kewangan. Memang ada kekangan kewangan, mana ada, sebab itu saya sebut daripada awal tadi, sistem tebatan banjir, kenapa kita buat berperingkat? Sebab kekangan kewangan kan. Kita tidak boleh nak buat semua serentak. Itu maksud saya. Sama juga dengan infra ini. Kita tidak boleh banding infra ini macam, even program-program kita di bawah IPR dulu kan, sekarang ini di bawah iltizam ini pun, bukan kita boleh bagi semua. KISS, macam dulu KISS, berapa kita bagi? Sebab kekangan. Kita kena akui ada kekangan tetapi bukan bermakna kita tak nak buat. Kita kena buat berperingkat-peringkat mengikut keperluan yang mana dulu. Itu maksud saya.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Jadinya Yang Berhormat, berperingkat itu tidak wujud.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Kejap, sekejap, sekejap

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Minta maaf Yang Berhormat, berperingkat-peringkat itu tidak wujud. Itu yang saya minta Yang Berhormat senaraikan 2008 berapa tiang

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

2009 berapa tiang lampu, 2020 berapa? Kalau ada satu (1) pun sudah memadai, sekurang-kurangnya saya boleh berbangga kepada penduduk di kawasan saya wah, Kerajaan Negeri telah memasang sebuah lampu jalan, sekurang-kurangnya. Ini langsung tidak ada. Tidak boleh bangga. (Ahli Dewan ketawa).

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Yang Berhormat Speaker. Ini berkenaan dengan kewangan, peruntukan tidak cukup, tidak cukup, tidak cukup.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat Pelabuhan Klang, ini siapa nak jawab ni? EXCO belum nak jawab.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tambahan, tambahan.

Speaker

EXCO benarkan ke tidak?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Beri laluan.

Speaker

Yang Berhormat EXCO benarkan?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Ha, ok. Tentang peruntukan kewangan tidak cukup, tidak cukup, tidak cukup ni, saya rasa kalau betul-betul diuruskan dengan baik, cukup. Tetapi, buat lah perkara, tak Yang Berhormat, saya dah turun dua (2) tahun Yang Berhormat, RM50 juta yang Kerajaan Negeri, yang Kerajaan Persekutuan peruntukkan apabila kita susun betul-betul, kita berjaya jimat RM7 juta pada masa itu. Sebab itu saya kata, jangan tukar Pegawai yang bagus. Bila Pegawai yang bagus bantu saya, kita berjaya jimatkan RM7 juta daripada RM50 juta anggaran awal. Kemudian, RM7 juta, kita dapat turap tempat lain yang lebih kritikal dan kita susun, put first thing first, 7 Habits of Highly Effective People. Put first thing first. Ok, buat yang mana dulu. Sekarang ini, yang tidak patut buat curb tepi jalan, engkau pergi buat, buat apa?! Yang tidak patut buat, jangan buat dulu. Buat yang mana penting, yang mana rakyat hendak. Sekarang ini, bila hujung tahun, hendak habiskan bajet, buat lah entah apa-apa. Ni tengah buat lah ni, buat macam-macam ini. Curb tepi jalan lah, yang benda tidak patut buat pergi buat.

Jadi, pada saya, jangan cakap peruntukan kewangan tidak cukup. Sebab itu saya kata, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor kena turun padang tengok. Ini maksud saya. (Ahli Dewan menepuk meja)

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Ya Yang Berhormat, saya sambung pula Yang Berhormat.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya tidak bagi. Cukup. Cukup.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Dia macam ni Yang Berhormat, ini soal

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya tidak benarkan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Bajet, dua (2) penggal berturut-turut sewaktu saya dalam Kerajaan, saya pernah bangkitkan berkenaan dengan JKR. Bajet JKR RM250,000.00 untuk lima (5) DUN. Saya kata tidak masuk akal tetapi apabila tahun ini pula saya di sini turun pula jadi, daripada RM250,000.00 jadi RM200,000.00. Jadi, maknanya, Perbahasan kita ini tidak didengar atau diendah oleh EXCO ataupun Kerajaan Negeri. Seolah-olah macam kita menjerit, melaung, ok, dah habis, balik. Yang Pegawai Kerajaan ataupun EXCO, ok dia buat ikut suka dia sahaja. Jadi, apa guna kita cerita, ini dua (2) minggu ni, cerita tentang bajet, keperluan untuk rakyat, keperluan untuk tempat, apa gunanya? Cuba bagi saya satu jawapan yang rasional.

Adakah kita berbahas ini syok sendiri? Ok, kita cukupkan syarat dua (2) minggu kita bersidang, lepas itu balik, Kerajaan buat ikut suka dia sahaja. Kita berbahas membawa isu-isu kita ini untuk ..

Speaker

Baik, Yang Berhormat Jeram

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Diambil kira oleh EXCO dan juga Kerajaan.

Speaker

Jeram, dah, cukup.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Jadi, tolong lah ya, tolong.

Speaker

Ya, ya, EXCO dah faham. Dah, dah faham dah. (Ahli Dewan ketawa). Yang tak faham tidak apa.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Faham dah. Nak ulang-ulang buat apa lagi.

Speaker

Sila duduk. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Saya tadi, cerita yang disebut oleh Yang Berhormat Pelabuhan Kelang berbeza apa yang saya sebut. Dia menyebut mengenai penjimatan. Dapat juta sekian, boleh jimat, boleh guna, betul lah itu, saya setuju. Kena jimat. Kita tidak boleh wasting, tidak boleh membazir. Ketirisan betul. Saya bercerita mengenai perancangan overall infrastruktur di Negeri Selangor, tidak cukup duit. Memang betul. Sebab itu saya sebut tadi, isu tebatan banjir tidak boleh dibuat serentak, berperingkat-peringkat. Kerana kalau kita hendak buat semua, kalau ada duit, memang boleh buat. Tetapi, kita perlu buat berperingkat-peringkat kerana kekangan kewangan. Di peringkat Federal pun sama, bukan negeri sahaja. Sama juga jalan, kalau ikutkan kita memang hendak buat semuanya, tetapi ada kekangan-kekangan tertentu. Kita kena terima itu tetapi tidak bermakna yang kita tidak akan buat penyelesaian kepada masalah infrastruktur rakyat Negeri Selangor. Kita akan buat tetapi berperingkat-peringkat mengikut kemampuan yang kita ada.

Tentang kerja, kerja efektif, cara berkesan, penjimatan, ketirisan, itu salah satu proses yang berterusan yang kita perlu laksanakan di Negeri Selangor. Itu yang saya akui. Tentang manpower ini, saya setuju. Sebagai contoh, dan saya telah pun menemui, akan menemui nanti KP, Ketua Pengarah JPS, kasihan, kadang JPS ini, kita macam-macam minta daripada dia tetapi JD dia 36 sahaja, 41, masih sampai sekian lama belum dikaji semula kedudukan mereka ini. Terpaksa menangani tugas yang begitu berat tetapi JD dia 36, 41 Gred. Bagaimana kita, dan kekosongan banyak belum diisi yang kita kena isikan. Ini antara perkara-perkara penambahbaikan yang perlu kita buat. Saya, tidak tahu lah. Masa saya masih banyak lagi ya Tuan Speaker. Saya

hendak cerita banyak mengenai Sg. Kelang ini yang ditimbulkan oleh Gombak Setia. Saya hendak bercerita panjang

Speaker

Esok saya bagi sedikit sahaja sebab Yang Berhormat sudah ambil masa terlalu panjang ya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tetapi kalau tidak diganggu boleh, saya boleh (ketawa) tetapi banyak nak kena jawab jadi terpaksa lah, kita perlukan masa lebih. Jadi, saya kalau minta kebenaran untuk sambung pada esok

Speaker

Teruskan dulu.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Nak teruskan? Ok, kalau nak teruskan. Berhubung dengan isu, saya terus kepada isu yang berkaitan dengan Sg. Kelang, ataupun SMG yang telah dibangkitkan oleh Gombak Setia. Saya hendak sebut di sini bahawa ketika saya menjadi Pengerusi bagi SMG ataupun Landasan Lumayan ini pada dua (2) tahun lepas. Projek ini sebenarnya telah dimulakan daripada zaman Tan Sri Khalid Ibrahim dan diikuti oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azmin dan sekarang ini di bawah Menteri Besar yang sekarang. Merupakan satu projek yang memang pada peringkat awalnya menjadi tertawaan orang. Saya pun tertawa masa itu, sebab satu projek yang sangat-sangat ambitious, dengan izin, untuk membangunkan Sg. Kelang menjadikan sungai yang premium, yang menjadi idola, yang menjadi mercu tanda bagi pembangunan bertemakan sungai di Negeri Selangor. Dan prosesnya bukan mudah. Sebab itu, ia meletakkan fasa-fasanya. Fasa 1 nya, daripada 2016 hingga selepas diberi penjenamaan, dimulakan balik kerana gagal di peringkat awal itu, dibuat penjenamaan di bawah SMG dan mula laksanakan mengikut fasa daripada 2016 hingga 2021, itu Fasa 1, pembersihan sungai dulu. Sebab nak bangunkan Sg. Kelang, kena bersihkan dulu. Bersihkan, cuci dulu. Baru lah air elok, baru boleh dapat dibangunkan. Jadi, bila sudah dibuat begitu,

Speaker

Yang Berhormat, sila duduk. Sambung esok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 5.30 petang. Dengan ini, saya menangguhkan Sesi Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 sehingga hari esok, Jumaat 3 Disember 2021 bermula jam 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)