Selangor · 3 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 665 turns · 37,528 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi mesyuarat kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor keempat belas, pada 03 Disember 2021, dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa.
Membentang Kertas Mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 44 Tahun 2021 Penyata Kewangan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor bagi tahun berakhir 31 Disember ...
Aturan urusan mesyuarat seterusnya membentang Kertas Mesyuarat. Kertas Mesyuarat Bilangan 44 Tahun 2021 Penyata Kewangan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya persilakan Bukit Lanjan.
Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya berkenaan pengurusan sampah di Negeri Selangor ialah soalan 83.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 83. Pelupusan Sampah Di Negeri SelangorQuestions
83. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a) Sila nyatakan jumlah dan jenis projek pelupusan sisa pepejal di Selangor yang bukan berlandas tapak pelupusan "landfill"?
b) Berapakah jumlah sisa pepejal yang dapat dilupuskan melalui tapak/projek alternatif tersebut?
c) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan sistem pelupusan sampah yang mesra alam?
Tuan Speaker, pada masa ini, semua sisa pepejal di Negeri Selangor, dilupuskan dengan menggunakan kaedah pelupusan secara tapak
pelupusan, iaitu landfill. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri perlu menyediakan anggaran tanah seluas 900 ekar untuk tujuan pelupusan sisa pepejal selama 30 tahun. Keadaan ini perlu ditangani segera melalui penggunaan teknologi berikutan Negeri Selangor kekurangan tanah yang sesuai untuk dibangunkan sebagai tapak pelupusan sanitary yang baru. Ditambah pula dengan faktor peningkatan penghasilan sisa pepejal di Negeri Selangor yang dianggarkan sebanyak 3% setiap dua (2) tahun, yang disebabkan pertambahan penduduk serta pembangunan yang semakin pesat.
Sebelum ini kerajaan negeri pernah menerokai beberapa kaedah pelupusan lain melalui syarikat swasta. Pertama adalah projek loji Refuse Derived Fuel (RDF) di Kajang pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) mendapati operasi loji RDF gagal mematuhi syarat-syarat kelulusan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kedua adalah projek pelupusan dikenali sebagai Konsep Pembangunan Industri Sumber Hijau. Projek ini dilaksanakan untuk tempoh lima (5) tahun, juga di kawasan Kajang. Lima (5) bulan, maaf. Lima (5) bulan, juga di Kajang. Hasil dari projek tersebut, diperhatikan bahawa objektif projek untuk meminimumkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan gagal dicapai dan pemprosesan di kawasan composting telah menyumbang kepada kehadiran seperti lalat dan lipas yang boleh mendatangkan kacau ganggu kepada persekitaran.
Oleh yang demikian, mengambil kira semua faktor, Kerajaan Negeri telah telah memutuskan kaedah pelupusan menggunakan teknologi Waste to Energy adalah kaedah pelupusan yang berdaya saing dan memberi kesan jangka masa panjang yang mampan dalam menangani isu pelupusan sampah.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri pada 2016, telah bersetuju supaya Worldwide Holding Berhad menerajui usaha untuk membangunkan pusat pelupusan WTE dan melaksanakan Integrated Solid Waste Management Centre (ISWMC) di Jeram, Kuala Selangor. Pada tahun 2020 pula, Kerajaan Negeri juga telah memutuskan agar dua (2) buah syarikat, anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor iaitu Worldwide Holding Berhad dan juga KDEB Waste Mangement untuk membangunkan pusat pelupusan WTE di Negeri Selangor. Sekian terima kasih.
Soalan berikutnya, Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan berkenaan usaha negeri dalam mengatasi banjir di DUN Dusun Tua, soalan nombor 84. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 84. Peruntukan Negeri Mengatasi Banjir Hulu LangatQuestions
84. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a) Dari tahun 2018 sehingga 2021, berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir di DUN Dusun Tua?
b) Apakah projek-projek yang dijalankan?
Terima kasih Yang Berhormat Dusun Tua, Tuan Timbalan Speaker. Dusun Tua bertanyakan berhubung soalan dengan perbelanjaan atau peruntukan negeri dalam mengatasi masalah banjir di Hulu Langat khususnya di DUN Dusun Tua. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah perbelanjaan bagi masalah banjir ataupun isu projek-projek berkaitan penyelesaian banjir di DUN Dusun Tua. Dari tahun 2018 sehingga Oktober 2021 adalah sebanyak RM4,969,647.50. Pecahan kos dan bilangan projek yang telah dilaksanakan mengikut tahun adalah seperti berikut :
TAHUN BILANGAN PROJEK KOS (RM) SKOP UTAMA 2018 21 485,694.00 Penyelenggaraan dan pembersihan sungai 2019 23 1,105,149.50 Penyelenggaraan dan cucigali sungai 2020 43 1,819,620.00 Penyelenggaraan tebing dan pemuliharaan sungai 2021 30 1,559,184.00 Penyelenggaraan tebing dan pemuliharaan sungai
Senarai-senarai projek ini, kalau saya nak, bahagian (b) soalan ini kalau nak cerita memang panjanglah. Jadi saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Dusun Tua.
Soalan tambahan.
Dusun Tua.
Pada Sidang belanjawan yang lepas, Yang Berhormat EXCO ada memaklumkan Bahawa Rancangan Tebatan Banjir Fasa 2 Sungai Langat untuk mengatasi banjir di kawasan Hulu Langat, yang
sepatutnya dilaksanakan kerajaan persekutuan, telah diturunkan keutamaannya. Jadi pada kali ini, apakah, setelah setahun berlalu, apakah ada sebarang perubahan terhadap keutamaan itu?
Terima Kasih Yang Berhormat. Itu yang saya sebutkan dalam ucapan saya, semalam, dua hari lepas. Berhubung dengan pertemuan terakhir kita, dialog dengan Menteri Ekonomi, ketika membincangkan isu ataupun projek di bawah Rancangan Malaysia ke 12, saya sebutkan perkara ini. Dan beliau memberikan jaminan dan akan meneliti, sebab benda itu boleh dipohon secara tahunan di bawah Rolling Plan. Dan saya menyatakan betapa pentingnya permohonan itu diberi pertimbangan kerana ia melibatkan kos, memang tinggi RM500 juta, bagi penyelesaian isu-isu banjir, terutamanya di kawasan Hulu Langat. Dan lagi satu, Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat juga, dalam kelulusan Kerajaan Negeri baru-baru ini, di bawah langkah segera penyelesaian banjir yang bernilai RM40 juta itu, saya, Hulu Langat termasuk. Dan saya akan semak nanti, Dusun Tua terlibat ke. Tapi di Hulu Langat memang ada beberapa projek yang telah kita luluskan langkah segera. Sama ada membaiki ban ataupun penyelenggaraan kolam dan juga sungai. Terima kasih.
Seterusnya Taman Templer.
85.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 85. Pembangunan Tanah KerajaanQuestions
85. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: - a) Apakah ada usaha dan langkah yg dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam pemberian tanah kerajaan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah khususnya lot rumah?
Terima kasih, Yang Berhormat Taman Templer. Saya mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar hari ini untuk menjawab soalan ini. Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Taman Templer bertanyakan soalan berhubung dengan usaha dan langkah Kerajaan Negeri dalam pemberian tanah kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah, khususnya lot rumah.
Tuan Timbalan Speaker, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin dengan keperluan rakyat, akses untuk memiliki rumah, merupakan antara agenda terpenting Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat dapat diangkat ke tahap yang lebih baik. Pelupusan tanah kerajaan melalui pemberian tanah di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) adalah tertakluk kepada individu atau badan-badan yang layak yang dinyatakan di bawah seksyen 43 (KTN) termasuk generasi baru yang berumur 18 tahun ke atas.
Yang Berhormat baru masuk. Warna hijau, hari ini Yang Berhormat..
Bagi tujuan rakyat, pemberimilikan tanah kerajaan kepada rakyat yang ingin membina rumah, Kerajaan Negeri melalui Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Bil 3 Tahun 2020, berkenaan dasar baru pemberimilikan tanah kerajaan di negeri Selangor telah memutuskan bahawa tapak rumah yang telah didirikan di atas tanah kerajaan, akan dikenakan premium nominal bagi keluasan 3,750 kaki persegi, bagi tujuan kediaman. Manakala lebihan daripada keluasan tersebut akan dikenakan premium mengikut kaedah tanah Selangor. Jadi untuk tujuan kediaman ini, kita bagi nominal. Pengenaan premium nominal ini adalah satu aspek bagi memberi ruang yang kondusif. Mengikut lunas perundangan untuk pemohon-pemohon tanah lot kediaman individu ini, menunaikan tanggungjawab mereka untuk memiliki lot tanah tersebut. Selain daripada permohonan pemberimilikan tanah dikemukakan secara individu, permohonan pemilikan juga boleh dikemukakan secara berkelompok, mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, yang kemudiannya akan disemak diperingkat pejabat tanah, iaitu diangkat bagi pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Maknanya proses pemberimilikan tanah untuk tujuan kediaman ini adalah satu proses yang berterusan yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada individu dan juga secara berkelompok. Terima kasih.
Seterusnya, Dengkil.
Assalamualaikum, selamat pagi, soalan saya nombor 86.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 86. Pembangunan Sukan Negeri SelangorQuestions
86. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a) Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu Majlis Sukan Negeri Selangor dari segi meningkatkan peruntukan tahunan?
b) Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor dapat membantu latihan atlet secara sepenuh masa sedangkan tiada satu pun pusat sukan atau kompleks sukan diletakkan dibawah MSNS?
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Persoalan, usaha Kerajaan Negeri bagi membantu Majlis Sukan Negeri Selangor dari segi meningkatkan peruntukan tahunan. Untuk makluman Yang Berhormat Dengkil, setakat ini, sukan melalui Majlis Sukan Negeri Selangor, peruntukan hanya RM7 juta, dan kita tahu, berbanding dengan negeri-negeri lain, RM7 juta ini adalah jauh daripada apa yang negeri lain dapat. Dan daripada RM7 juta inilah, kita gunakan untuk persediaan untuk menyertai SUKMA, inilah juga untuk kita gunakan untuk latihan negeri yang dilakukan di pusat-pusat latihan negeri. Dan melalui peruntukan inilah juga digunakan untuk latihan daerah. Daripada jumlah RM7 juta ini, untuk makluman Yang Berhormat Dengkil, 5.6 digunakan untuk tujuan SUKMA. Jadi apakah, kerajaan membantu Majlis Sukan Negeri Selangor, apakah cara usaha. Saya berhasrat agar Majlis Sukan Negeri Selangor dapat diberikan ruang untuk membangunkan institusi mereka sendiri, supaya kita dapat berdiri sendiri. Ada masa. Sebab itulah saya telah meminta Majlis Sukan Negeri Selangor, mengadakan rancangan lima (5) tahun yang akan datang, bagaimanakah cadangan mereka, supaya mereka dapat membangunkan diri mereka bersama-sama atlet yang dibangunkan untuk SUKMA dan sukan-sukan yang lain.
Soalan kedua, bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor dapat membantu latihan atlet secara sepenuh masa sedangkan tiada satu pun pusat sukan atau kompleks sukan diletakkan dibawah MSNS? Saya akui, bahawa Majlis Sukan Negeri Selangor, kalau Yang Berhormat melihat pada sejarah Majlis Sukan Negeri Selangor, pada tahun 1991, majlis sukan pernah memiliki 200 ekar tanah di beberapa tempat di Mahsing dan di Seksyen 13, termasuk di kawasan stadium sekarang ini. Termasuklah aset-aset yang lain,tetapi pada 2020, semua aset ini telah diletakkan oleh Tan Sri Khalid yang bernilai RM90 juta, telah diambil dan diletakkan di bawah MBI, itu sendiri. Jadi, saya akui bahawa Majlis Sukan Negeri Selangor, bukan sahaja tidak mempunyai tetapi bangunan tempat pengurusan pun, kita masih menggunakan bangunan di bawah pengurusan DFM itu sendiri.
Saya bercadang dan saya akan mengusulkan kepada MMKN nanti, supaya dapat diberikan sedikit ruangan kepada MSN supaya dapat, mereka dapat menjana aktiviti ekonomi termasuk mewujudkan pusat-pusat atlet-atlet sukan. Hasrat saya adalah mewujudkan Seksyen 7 itu sebagai pusat latihan untuk para atlet, kerana di Seksyen 6 sekarang ini, pusat latihan kita, betul. Bukan milik kita, itu juga di bawah MBI. Kita menggunakan tempat tersebut di bawah pengurusan kita sahaja. Jadi InsyaAllah Yang Berhormat Dengkil, bagi ruangan pada kita sedikit untuk kita melihat pada peluang-
peluang yang ada untuk kita bangunkan MSN. Hasrat kita dalam 5 tahun, kita minta MSN boleh berdiri sendiri nanti.
soalan tambahan.
Dengkil.
Yang Berhormat EXCO, umumnya semua pun tahu bahawa Selangor adalah negeri yang kaya dari segi income dan tidak adakah cara ataupun sumber daripada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri membantu pembangunan sukan Negeri Selangor. Kalau dilihat perbelanjaan pengurusan pembangunan dengan pembangunan bola sepak agak berbeza, jauh perbezaan dia dan adakah Yang Berhormat EXCO di pihak Kerajaan Negeri mencari kaedah sumber yang boleh membantu pembangunan sukan negeri ini lebih efektif, lebih efisien untuk kita kekalkan ataupun mendapat kejuaraan dalam sukan-sukan temasya sukan yang besar.
Dan pada pengalaman saya sebelum ini bersama Majlis Sukan Negeri beberapa event besar yang telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri, contoh seperti Tour de Selangor berbasikal dan ada perancangan untuk Golf Selangor Master dan pada ketika itu juga Selangor Sport Summit juga telah dianjurkan dan saya harap Yang Berhormat EXCO dan Kerajaan Negeri menitik beratkan pembangunan sukan ini diperuntukkan lebih banyak peruntukan untuk jangka tempoh yang panjang.
Terima kasih Yang Berhormat. Barangkali Yang Berhormat adalah mantan Timbalan Pengerusi. Mungkin ada maklumat pada Yang Berhormat betul, sekarang ni kita roll-over dalam rangka bajet yang telah ditetapkan pada Majlis Sukan Negeri Selangor. Dan kita juga dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus telah bersetuju mewujudkan satu entiti untuk memikirkan entiti ekonomi bagaimana supaya Majlis Sukan Negeri Selangor ini boleh dapat move forward dengan tidak bergantung dengan bajet yang sedia ada termasuk melaksanakan program-program yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Itu adalah program-program legend kita, program besar kita, program Selangor Tour, itu adalah ilham daripada Yang Amat Berhormat sendiri suatu waktu dulu dengan kos, dengan pelbagai aktiviti.
Jadi apa yang pada pemikiran saya selain daripada aktiviti besar itu sangat penting kita membawa MSN ini keluar daripada belenggu kesusahan dari segi mengerak dalam sektor sukan. Untuk makluman Yang Berhormat kita sedang memulihkan juga kepada skil gaji di kalangan anggota-anggota MSN yang masih ada di kalangan mereka masih di bawah paras kemiskinan. Yang Berhormat walaupun kita di bawah paras kemiskinan tapi performance atlet kita tetap mereka lihat.
Jadi saya sangat bersimpati dengan anggota Majlis Sukan Negeri Selangor, dengan peruntukan SUKMA yang RM 3.2 juta dan pengurusan kontinjen RM 2.45 sudah tentu tidak memadai dan mencukupi untuk kita nak move forward. Saya berhasrat agar Unit Ekonomi yang diwujudkan di bawah Lembaga Pengurus ini dapat melihat kepada prospek-prospek yang ada dan saya mengharapkan sokongan daripada Kerajaan Negeri juga untuk kita nak move Majlis Sukan Negeri Selangor ini. Insyaallah saya akan ambil maklum seperti Yang Berhormat Dengkil sebutkan tadi
Soalan tambahan, pencerahan.
Ijok.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Sebagai anak Selangor, otai dulu-dulu dalam 70an, 80an Selangor ialah satu-satu negeri top dalam sukan. Sukan apa lah. Sukan bola sepak, sukan hoki, olahraga, semua, kita sekarang kewangan ada, kemudahan, facilities ada, apa sebab dalam sepuluh, dua puluh tahun prestasi sukan di Selangor amat sedih. Adakah ini oleh sebab tiada potensial, adakah sebab pengurusan, tiap-tiap agensi sukan every sport gagal. Ini saya nak tahu sila beri pencerahan.
Terima kasih Ijok. Barangkali its a phenomena. Phenomena, pada zaman sekarang ini kita mempunyai banyak persaing-pesaing kita yang menggunakan kewangan sebagai advantage dalam mengambil pemain-pemain yang baik. Di suatu waktu dulu mungkin fenomena itu berbeza ya Yang Berhormat. Saya tidak menafikan sedikit sebanyak faktor kewangan ini adalah antara faktor yang memainkan peranan penting dalam kita nak scouting atlet kita, kita nak scout player-player kita, kita nak wujudkan pusat latihan. Ini fenomena ataupun rangkaian yang kita kena betulkan kembali.
Yang Berhormat Ijok kita juga tidak boleh menafikan pada zaman sekarang ini minat terhadap sukan di kalangan belia kita ini tidak sebagaimana minat sukan sewaktu tahun 60, 70, dan 80an dahulu. Kita kena admit benda ini. Tidak dinafikan ada yang masih berminat tetapi kebanyakan daripada mereka ini beralih arah kepada bidang-bidang yang saya sebut dalam kajian semalam itu, outdoor, online gaming, program-program ekstrem yang lain, program-program hiburan yang lain, these are the factors yang memberi.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat Ijok, kalau kita lihat pada program di Majlis Sukan Daerah, mereka tetap menjalankan program kita dan kebergantungan MSG ini juga kita bergantung pada sekolah-sekolah dan so kewangan, fenomena, kewangan, facility dan minat belia itu sendiri memberi kesan kepada kita. Yang Berhormat Ijok dalam keadaan ini pun prestasi kita dalam SUKMA dan dalam sukan-sukan yang lain masih saya kira boleh membanggakan kita lagi.
Soalan seterusnya Permatang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 87.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 87. Program Blueprint SelangorQuestions
87. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Senaraikan penerima bantuan blueprint yang diluluskan sehingga setakat ini. Perincikan mengikut DUN.
b) Apakah kriteria dan kelulusan permohonan blueprint?
c) Adakah kerajaan negeri mengadakan pemantuan kepada penerima
bantuan blueprint?
Tuan Timbalan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Permatang, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan adalah program bantuan yang dilaksanakan mengikut daerah di mana borang permohonan perlu dikemukakan ke Pejabat Daerah Tanah untuk diproses dan disiasat sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan malah Pejabat Daerah Tanah juga berperanan membuat perolehan bagi pembelian peralatan atau mesin.
Sehubungan dengan itu, tiada perincian data penerima mengikut kawasan ADUN kerana program ini adalah berdasarkan jumlah permohonan yang diterima oleh setiap Pejabat Daerah Tanah. Namun yang demikian, Jawatankuasa Pembangunan Sosio Ekonomi tiada halangan untuk berkongsi data penerima bantuan seperti nama, alamat, jenis perniagaan dan peralatan atau mesin yang diterima kepada ADUN yang memerlukan maklumat tersebut. Berdasarkan rekod dari tahun 2016 sehingga tahun 2021, jumlah keseluruhan penerima manfaat bagi program ini adalah seramai 2,642 orang dengan jumlah peruntukan keseluruhan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM10,013,000.00. Bagi daerah Kuala Selangor seramai 202 orang telah berjaya menerima bantuan peralatan dan mesin dengan peruntukan sebanyak RM796,150.00. Yang Berhormat Permatang, antara kriteria untuk kelulusan bagi Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan adalah seperti berikut :-
i) Pemohon mestilah berumur 25 tahun dan ke atas; ii) Golongan individu yang berpendapatan di bawah RM2,000.00 sebulan ATAU pendapatan keseluruhan seisi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan; iii) Pemohon merupakan anak Negeri Selangor; ATAU iv) Pemohon merupakan pengundi berdaftar di dalam Negeri Selangor dan bermastautin melebihi sepuluh (10) tahun; v) Perniagaan pemohon mestilah dijalankan di dalam Negeri Selangor dan telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) Tahun; vi) Peniagaan mestilah aktif/ konsisten dan tidak bersifat bermusim; vii) Pemohon ATAU suami/ isteri pemohon tidak pernah menerima bantuan peralatan di bawah Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor; viii) Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan lain yang berpendapatan tetap; dan iv) Perniagaan pemohon perlu mempunyai premis atau lokasi perniagaan yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kerajaan Negeri melalui Seksyen Sektoral, UPEN dan Pejabat Daerah/ Tanah mengadakan pemantauan berkala iaitu dua (2) tahun sekali bagi mengenal pasti serta mendapatkan maklumat terkini berhubung tahap penggunaan mesin, kadar pengeluaran hasil produk, impak bantuan peralatan terhadap jumlah pendapatan penerima bantuan dan lain-lain dengan menggunakan borang soal selidik serta lawatan turun padang ke rumah atau premis penerima bantuan. Untuk tahun 2018 dan 2019, pemantauan tersebut akan dilaksanakan pada tahun 2022 memandangkan pada 2 tahun kebelakangan ini kita di dalam situasi pandemik yang tidak membenarkan aktiviti pemantauan diadakan.
Soalan tambahan.
Ya, Seri Setia
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya pihak EXCO, ada dua soalan. Yang pertamanya; apa yang saya dimaklumkan ada temu duga setahun hanya dua atau tiga kali. Jadi maknanya bagi saya ini sedikit. Yang keduanya adakah pihak EXCO sendiri bekerja sama dengan pihak PBT maksudkannya dari segi mempromosi kan blueprint ini sebab di PBT kita
ada Jawatankuasa Usahawan, Jawatankuasa Pelesenan, Jawatankuasa Perniagaan, mungkin yang ini boleh juga bekerjasama dengan PBT. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Pertama, tidak benar ya hanya 2 kali setahun tu. Sebenarnya memang pada awal 2013 apabila saya diamanahkan untuk mengambil alih portfolio ini memang pada ketika tu hanya sekali sahaja. Lepas tu kita telah naikkan kepada tiga kali setahun dan kini tidak begitu lagi, empat kali ya, paling tidak pun empat kali kita berjumpa dibawa dalam Jawatankuasa saya untuk mengadakan program pemilihan. Bagaimanapun disebabkan kekangan peruntukan itu tersendiri, kami hanya dapat dua kali sahaja. Itu adalah benar dan kedua, memang lah kalau program ini tak popular kami perlu bekerjasama dengan banyak pihak. Sebenarnya permohonan sudah melambak. Memang permohonan itu sudah banyak hanya peruntukan yang tidak cukup untuk kami. Maka memang semua sebab program ini bukan baru dari semenjak 2008 program ini ada, akhirnya dikenal begitu hebat bukan di bawah PBT tapi di bawah Pejabat Tanah dan Daerah. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang
Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tanya EXCO, apakah bentuk promosi kepada mereka yang berjaya ataupun success story cerita-cerita kejayaan yang mungkin boleh menjadi motivasi kepada penerima-penerima yang lain kerana kita telah memberikan jumlah yang agak besar bertahun. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Memang ini perkara-perkara ini telah di bawah sucess story. Pada tahun 2015 saya rasa 2016 kita pernah membawa semua pengusaha-pengusaha di bawah blueprint dibawa masuk dan mengadakan promosi secara hebat di dalam pasar raya terkemuka seperti AEON di Shah Alam dan juga kita pernah adakan satu lagi program dalam kawasan Dewan. Namun begitu disebabkan kekangan peruntukan yang sedia ada, 2015, 2016 kita pernah buat dan kita pernah juga kita adakan pada tahun 2017 di kawasan Sepang bersama dengan PBT-PBT di Sepang kami ada buat promosi untuk segala produk-produk yang telah dibawa. Pernah juga dibuat pada tahun 2018 di kawasan Hulu Selangor yang mana kita buat satu program diperkenalkan. Namun begitu 2019 kekangan begitu banyak dan 2020 dan 2021 memang kami tidak dapat buat promosi seperti besar-besaran secara fizikal. Namun begitu memang media coverage daripada Media Selangor memang begitu hebat, memang mereka sentiasa memperkenalkan, memperluaskan perniagaan mereka dengan membuat interview yang lebih banyak dengan sukses. Terima kasih
Soalan seterusnya, Banting.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya yang ke 88.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 88. Fly-Over Bandar Saujana PutraQuestions
88. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah status kemajuan fizikal fly-over ini memandangkan ia telah bermula pada tahun 2019 dan seharusnya siap dalam masa dua tahun?
Terima kasih Banting dan Timbalan Speaker. Soalan ini merujuk fly-over Bandar Saujana Putera yang sedang dalam pembinaan. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada Oktober 2019 dan mengikut kontrak ia sepatutnya disiapkan pada 30 September 2021. Walau bagaimanapun disebabkan kekangan MCO, PKP dan pandemik COVID-19, banyak kerja-kerja tergendala disebabkan keperluan pematuhan SOP sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Antara kelewatan menyiapkan jejambat fly-over Bandar Saujana Putera adalah :-
1. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan oleh Kerajaan semasa kita menangani pandemik COVID-19.
2. Kesukaran kontraktor menjalankan kerja-kerja di tapak kerana perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, antaranya mendapat surat notifikasi beroperasi melalui MITI
3. Mematuhi kapasiti pekerja yang dibenarkan dan memastikan pekerja divaksinasi dua dos lengkap
4. Kenaikan harga barang mentah serta kekurangan bekalan bahan-bahan binaan berikutan kilang-kilang ditutup sepanjang tempoh PKP hingga PKPB dan isu berkaitan pekerja di mana mereka dikuarantin sekiranya dijangkiti COVID-19 atau menjadi kontak rapat perlu menjalani ujian saringan dan keperluan mendapat vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan bekerja
5. Semasa kerja-kerja penanaman cerucuk ataupun bored pile untuk Abandon A pihak perunding mendapati cerucuk jenis ini tidak sesuai mengikut kondisi tanah di tapak. Sehubungan dengan itu reka bentuk bopile telah ditukar kepada cerucuk span pile untuk Abandon A dan B.
Setelah meneliti faktor-faktor kelewatan tersebut pihak Seribu Baiduri Sdn. Bhd. setelah disyorkan oleh pihak konsultan telah meluluskan Extension of Time (EOT) selama satu, nombor satu kali pertama sebanyak 243 hari dan tarikh siap baru dijangkakan ialah pada 31 Mei 2022. Terima kasih.
Banting?
Banting, terima kasih Dato’ Menteri Besar, Tuan Timbalan Speaker. Saya mengutarakan soalan ini bagi pihak Wakil Rakyat di Kuala Langat termasuk Morib dan Sijangkang di mana kami berasa bahawa perkara ini perlu dipercepatkan dan saya bercadang hendak bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar sama ada mungkin untuk projek ini dan mana-mana projek infrastruktur yang besar yang telah pun delay begitu lama sekali kita mengundang sekali Wakil-Wakil Rakyat dan Ahli Majlis untuk duduk bersama dalam beberapa sesi khas kerana dalam isu jejambat, Dato’ Menteri Besar difahamkan menghadapi masalah bored piling dan ini secara langsung telah pun mencetuskan satu alarm signal kepada saya kerana di Majlis Perbandaran Kuala Langat kita juga menghadapi masalah yang sama dengan bangunan dia. Jadi takkanlah pemaju-pemaju kontraktor ini, dia tak tahu kondisi dana yang ada di Kuala Langat ni. Jadi saya amat berharap supaya pemantauan yang lebih rapi boleh dilakukan dan sama ada kita boleh menjemput sekali Wakil Rakyat termasuk Morib, termasuk Banting, termasuk Sijangkang, untuk turut serta bersama termasuk Dengkil, Dengkil pun ada. Sebahagian daripada kawasan beliau adalah di bawah Kuala Langat termasuk Tanjung Sepat untuk turut sama sekali untuk melihat termasuk WCE dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih, saya rasa penetapan tentang piling ini ditetapkan oleh konsultan di peringkat awal tapi kita tak adil kalau kata Kuala Langat secara keseluruhannya perlukan spesifik piling tertentu. Sudah pasti kita mengalami rujukan sebab kita melihat pembangunan di Saujana Putra secara keseluruhan. Tapi itu peringkat awal dan saya rasa kesannya tidak terlalu besar mungkin kekurangannya sekitar 5 hingga 10 peratus maksimum untuk jejambat Saujana Putra tetapi kesan besarnya adalah PKP. Sebab PKP tadi yang saya sebutkan bukan hanya memberi kesan kepada tempat orang bekerja dan masa orang bekerja, tetapi juga rantaian bekalan, ya, rantaian bekalan, bahan-bahan menjadi meningkat, tinggi dan sebagainya dan diikuti oleh jangkitan-jangkitan COVID-19 yang menimpa pekerja dan PKPD di beberapa tempat-tempat pekerja yang ada dan kita dah tangguhkan tarikhnya pun dah ditetapkan dan setakat hari ini sehingga bulan November kemajuan di tapak adalah sekitar 22.6% dan kita dah tukar tarikh siapnya pada 31 Mei 2022. Terima kasih.
Sijangkang?
Terima kasih Tuan Speaker. Semalam jawapan daripada EXCO Infrastruktur lebih kurang sama, tapi apabila hari ini disebutkan soal pile, pile ni kita berpengalaman dengan pile di Majlis Perbandaran Kuala Langat ya, semasa pembangunan bermasalah. Lagi tadi disebutkan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar berkaitan dengan harga bahan mentah ni yang semakin meningkat. Adakah kerajaan Negeri juga adakan perbincangan, mungkin kemungkinan yang kita boleh ambil disebabkan oleh faktor bahan binaan ini menyebabkan peningkatan kadar pembangunan yang mungkin saya khuatir dia delay lagi sebab alasan mungkin harga barang dan sebagainya untuk dipertimbangkan. Terima kasih.
Terima kasih. Tentang harga tadi saya merujuk juga dengan situasi ketika PKP sebab pembinaan-pembinaan dan bahan mentah itu tersekat dan terkurang pada ketika itu. Tapi saya percaya walaupun inflasi agak tinggi pada ketika ini, bukan harga sayuran, makanan saja naik dan juga harga barangan seperti besi terutamanya agak meningkat tinggi tapi masih lagi dalam within responsibility of the companies dan kontraktor tersebut terbabit untuk melaksanakan dan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh PNSB dan juga syarikat yang terbabit untuk melengkapkan projek ini berdasarkan daripada jadual yang telah ditetapkan. InsyaAllah saya yakin dengan tarikh baru EOT yang diberikan itu juga telah mengambil kira kepada pertimbangan-pertimbangan tentang kenaikan harga bahan mentah dan sebagainya. Terima kasih.
Soalan seterusnya? Jeram?
Terima kasih Tuan Speaker, Timbalan Speaker. Soalan saya soalan 89.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 89. Pelancongan Pantai RemisQuestions
89. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah pelan pembangunan untuk meningkatkan lagi prasarana di sekitar Pantai Remis yang merupakan salah satu lokasi Pantai Rekreasi di dalam Negeri Selangor?
Tuan Speaker, Pelan jangka panjang bagi pembangunan kawasan pelancongan Pantai Remis telah disediakan mulai tahun 2012 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM4 juta meliputi Fasa 1, 2, 3 dan 4. Sehingga kini beberapa projek infrastruktur dan kemudahan rekreasi seperti menaiktaraf jalan, saliran, taman permainan kanak-kanak, pusat penjaja, medan selera, tempat letak kereta, tandas, gelanggang bola tampar pantai, pintu gerbang dan juga menaiktaraf sistem pencahayaan telah pun disiapkan dan beroperasi. Itu di bawah Fasa 1 dan Fasa 2. Pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor juga sedang merancang pelan pembangunan bagi Fasa 3 dan 4 untuk pelaksanaan mulai tahun 2022. Sekian.
Soalan tambahan? Jeram?
Yang Berhormat EXCO, yang EXCO bacakan tadi ialah benda yang dah ada 10 tahun yang lepas. Bukanlah dalam satu ataupun pelan 2 saya nak tahu setakat dalam 2-3 tahun ni apa yang dah dibuat? Yang EXCO bacakan tadi tu, Yang Berhormat bacakan tadi tu benda dah 10 tahun. Ya, dari segi medan seleranya, taman permainannya, jalannya cuma ada tambahan baru ni cuma pintu gerbang je. Ya, yang lain-lain ada tak? Yang disebutkan dalam RM 4 juta tadi tu. Terima kasih.
Terima kasih Y.B. Jeram. Sebagaimana yang saya sebut tadi perancangan dalam Fasa 3 dan 4 akan bermula pada 2022 kerana pada 2 tahun yang lepas kita mengalami masalah pandemik COVID-19 so banyak perancangan tidak dapat dijalankan. So mulai 2022 kita akan merancang untuk menaiktaraf beberapa infra yang sedia ada untuk menjadikan Pantai Remis sebagai satu pusat ataupun tempat pelancongan bukan sahaja untuk warga Selangor tapi untuk seluruh Malaysia dan juga antarabangsa. Sekian.
Sungai Burong? Tidak hadir. Seterusnya, Sabak?
Soalan Sabak. 91.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 91. Portfolio Pemodenan PertanianQuestions
91. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Mengapakah kenaikan harga racun dan baja meningkat melebihi 100% dari harga asal?
b)
Apakah langkah kerajaan dalam membantu petani dan pesawah dengan kenaikan harga racun dan baja?
Terima kasih Y.B. Sabak, Tuan Timbalan Speaker, saya ingin merujuk kepada soalan yang dibawa oleh Y.B. Sabak berhubung dengan isu berkaitan pertanian dan Bahagian 2, Bahagian kedua tu saya dah jawab semalam, tapi saya akan ada tambahan sikit ya. Bahagian Pertama tu Y.B. bertanya berhubung kenaikan harga racun dan baja yang telah meningkat lebih 100% dari harga asal. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kenaikan baja dan racun ini antaranya: i.) Kekurangan bahan mentah seperti unsur NPK iaitu nitrogen, phospate dan kalium yang menjadikan asas kepada penyediaan baja-baja kimia ni, yang diimport dari luar negara serta kenaikan kos bahan mentah. ii.) Perubahan polisi negara pengeksport input pertanian iii.) Gangguan logistik ataupun yang disebut sebagai supply chain atau rantaian bekalan yang terputus, terganggu dalam masa tempoh pandemik, serta iv.) Bekalan baja dan racun dalam pasaran yang berkurangan, sedangkan permintaannya yang terus meningkat dan berterusan.
Berikutan dengan situasi tersebut, peningkatan kos berlaku di sepanjang rantaian pembekalan produk baja dan racun dan menyebabkan harga barang input meningkat.
Untuk Bahagian b, saya telah pun menjelaskan apa langkah-langkah yang telah dibuat untuk kita meningkatkan penghasilan atau meningkatkan pengeluaran padi, dan cuma tambahan di sini, ialah di bawah Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12). Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 14 juta untuk tahun 2021 manakala kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM 13.35 juta, RM 6 jutanya adalah untuk Jabatan Pertanian Selangor dan RM 7 juta adalah peruntukan kepada IADA Barat Laut Selangor bagi tujuan untuk mempertingkatkan hasil kepada sawah ataupun pengeluaran padi kita. Salah satu tujuan bantuan ini ialah untuk mengurangkan impak kenaikan harga input kepada petani dan pesawah dan peruntukan ini akan memberi manfaat lebih kepada 10 ribu warga tani di Negeri Selangor. Langkah-langkah tu saya dah sebut ya, antaranya ialah penggunaan benih yang sama yang kita telah buat, penyelarasan penjadualan dan juga penggunaan teknologi moden serta dan saya ingin tambah di sini bahawa antara perkara yang kita boleh gunakan kaedah untuk mengurangkan tekanan kepada kesan daripada impak daripada kenaikan baja kimia dan racun ini ialah penggunaan bahan-bahan organik.
Dan semalan saya difahamkan pun ada disebut oleh Y.B. Menteri Pertanian. Saya dah berkali-kali dah sebut benda ini, keperluan untuk kita kembali menggunakan baja-baja organik dan juga bio-pesticide yang sebenarnya banyak boleh membantu, bukan sahaja mengurangkan kos tetapi juga membantu menjaga keselamatan kesihatan warga tani, alam sekitar, air kita dan juga pengguna kita. Ini telah kita gerakkan daripada awal lagi. Dah 3 tahun lebih saya dah menguar-uarkan perkara ini, dan di bawah PKPS sendiri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor sendiri mengeluarkan baja organik yang mikro organik di kilangnya di Sabak Bernam, yang saya telah pun agih-agihkan beratus tan dah saya agihkan sejak setahun dua ini untuk membantu kebun petani kita. Dan akan diteruskan lagi untuk tahun ini dengan harga yang lebih murah dan sangat-sangat subur untuk pokok dan tanaman dan dalam masa yang sama selamat untuk kegunaan kita. Terima kasih.
Sabak?
Saya akui berbagai-bagai-bagai program dan rancangan untuk menaikkan hasil padi tapi hasilnya umpama mencurah air di daun keladi. Semalam Y.B. Tuan Speaker buat sidang media, Sekinchan yang selama ini merupakan pengeluar padi yang baik juga telah menurun ke 4-5 tan. Saya nampak apa yang diusahakan oleh pihak EXCO dan kerajaan terutamanya untuk menaikkan hasil padi tidak berjaya. Saya kata tidak berjaya. Saya kata tidak berjaya. Saya ulangi: tidak berjaya. Dan pandangan daripada agamawan untuk respon kepada EXCO Agama, kemungkinan apakah kerana ramai tidak keluarkan zakat? Apakah benar andaian bahawa ramai pesawah tidak mengeluarkan zakat? Terima kasih.
Terima kasih Y.B. Saya rasa kemungkinan itu ada tapi kita tidak boleh guna hujah itu semata-mata untuk hal ini kena, saya ulangi perkataan yang disebut oleh Y.B. Templer lah, kena ada husnuzon dalam kita melaksanakan tugas kita ni, insha Allah kita nasihat pada petani kita. Dia tidak ada satu magic formula, formula magic untuk penyelesaian kepada masalah. Saya selalu sebut dalam ucapan, memang selalu sebut tanaman yang paling banyak subsidi berbilion tetapi production nya sangat rendah adalah padi, kalau wang yang sebanyak yang digunakan di industri ataupun penanaman padi digunakan untuk tanaman lain, yang bermutu tinggi seperti nanas, MD2 atau sebagainya kita akan dapat co-production, pengeluaran yang jauh lebih hebat. Sebab apa? Sebab ada banyak faktornya. Tetapi dalam kita mengambil kira tentang food security ataupun sekuriti makanan di mana padi adalah makanan asas kita.
Yang sekarang ini kita mengimport 40% lebih masih lagi pergantungan kita pada import. Jadi Selangor sebagai salah satu negeri yang pengeluaran padi yang agak tinggi di barat Laut dan tidak boleh lari daripada menyelesaikan isu ini. Dan penyelesaian ini mesti mengambil kira semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri dan juga para petani itu sendiri. Memang kita menghadapi masalah dengan sikap petani kita tapi kita akan usahakan untuk mengubah sikap dan kaedah-kaedah yang kita buat macam saya bagi contoh yang dijawab Sungai Burong baru ni. Kaedah kita nak buat estate management, nak buat pengurusan sektor besar sebab kita tak boleh buat usaha satu lot-satu lot tapi bila kita turun ramai yang tak berminat. Jadi susah sedangkan itulah salah satu cara nak memperbaiki produktiviti. Satu lagi kitaran tanaman. Saya dah cadangkan tapi di Sabak sendiri ni Yang Berhormat, kawasan sendiri menolak tak bersetuju untuk kita buat kitaran antara jagung dan padi supaya tanah lebih subur dan hasil lebih baik. Kepada padi kerana padi merupakan tanaman monokrom. Jadi perkara begini kita perlu usahakan juga dan juga mengambil kira kaedah penanaman lain yang kita perlu tingkatkan dan ini tidak dapat diselesaikan sekelip mata kerana kawasannya luas. 18,000 hektar kawasan yang sangat luas kawasan padi tetapi saya memberikan janji di sini akan berterusan bersama-sama dengan jabatan dan agensi sama ada di peringkat negeri, persekutuan untuk mencari jalan menyelesaikan dan meningkatkan hasil padi kita. Kita tidak ada pilihan kita perlu dan minta kerjasama daripada semua pihak untuk sama-sama kita membantu meningkatkan hasil pengeluaran padi kita. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Pandamaran.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya 92.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 92. Program Pemutihan Kilang Tanpa IzinQuestions
92. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Nyatakan Jumlah Hasil yang telah diterima dalam program ini mulai tahun 2005 sehingga 2021. b) Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan program ini?
Tuan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pandamaran yang bertanya berkenaan jumlah hasil yang telah diterima dalam program pemutihan kilang tanpa izin. Seperti yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar dalam ucapan Belanjawan menerusi pelaksanaan program pemutihan kilang tanpa kebenaran Kerajaan Negeri Selangor berjaya menjana hasil sebanyak RM76 juta. Ini telah menjadi satu sumber pendapatan
baru bagi Kerajaan Negeri yang kemudian akan memanfaatkan rakyat Selangor. Walau bagaimanapun program pemutihan kilang tanpa kebenaran yang telah pun tamat pada 31 Disember 2020 tidak akan diteruskan lagi. Terima kasih.
Hulu Klang. Tidak hadir dengan izin. Batang Kali. Tidak hadir. Sungai Air Tawar. Tidak hadir. Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang no. 96.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 96. Rumah Idaman SelangorQuestions
96. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah syarat-syarat dan objektif Rumah Idaman Selangor?
b)
Apakah kriteria pembinaan Rumah Idaman Selangor di sesuatu tempat?
c)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina Rumah Idaman Selangor di dalam kawasan Pelabuhan Klang pada masa akan datang?
Terima kasih Pelabuhan Klang dan Timbalan Speaker. Untuk menjawab soalan berkaitan dengan Rumah Idaman Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, syarat atau ciri- ciri yang terdapat pada Rumah Idaman Selangor adalah seperti berikut. Pertama keluasan minimum 1,000 persegi. Setiap unit rumah disediakan dua (2) unit tempat letak kereta sebagai accessory parcel dengan izin untuk rumah tersebut. Setiap unit dilengkapi perabot pasang siap seperti kabinet televisyen, kabinet dapur dan almari pakaian. Selain itu, barangan elektrik seperti penghawa dingin, peti sejuk, televisyen dan pemanas air pancuran juga disediakan. Yang keempat, penyediaan kemudahan asas dan awam yang mencukupi dan selesa seperti tadika, taman permainan kanak-kanak, musollah, dewan orang ramai, kedai/gerai komuniti dan lain- lain. Harga maksimum bagi setiap unit Rumah Idaman ialah RM 250,000.00 sahaja. Senarai nama pembeli Rumah Idaman diperoleh melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Terkawal Negeri Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, objektif Rumah Idaman Selangor adalah untuk menyediakan kediaman yang selesa, moden, berkualiti dan juga mampu milik. Selain itu, ianya juga memberi penumpuan untuk menggalakkan serta merancakkan lagi pembangunan rumah mampu milik setelah penularan wabak COVID-19 mula terkawal. Ianya selaras dengan Pelan Pemulihan Ekonomi, Pakej Rangsangan Ekonomi Ke-3 di bawah Tonggak Kedua iaitu, Kemampanan Ekonomi yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada 13 Julai 2020. Insentif ini diberikan sehingga Tahun 2023. Maksudnya insentif ini tidaklah berterusan tetapi untuk memberi rangsangan kita menyarankan pada pemaju untuk pergi ataupun menukar program-program rumah mampu milik itu kepada Program Rumah Idaman dalam tempoh sehingga 2023 sahaja. Buat masa ini.
Yang keduanya, untuk makluman Yang Berhormat, kriteria yang diambil kira untuk pembinaan Rumah Idaman Selangor di sesuatu tempat adalah seperti berikut. Peletakan lokasi tapak yang strategik terutamanya di kawasan perbandaran yang menjadi tumpuan penduduk. Maksudnya tidaklah semua rumah-rumah mampu milik yang berharga di bawah RM 250,000.00 ini kita benarkan. Ada tempat-tempat yang kita tidak benarkan buat rumah mampu milik ini terutama di Kawasan yang Majlis Daerah ataupun Perbandaran yang sebenarnya ketidaksuaian perumahan strata ini. Yang kedua, permintaan/ permohonan daripada pemohon rumah mampu milik di sesuatu kawasan tersebut. Yang ketiga, kebolehlaksanaan pembangunan Rumah Idaman di kawasan tersebut. Maknanya kita dalam jawatankuasa akan menilai sama ada penukaran itu semata-mata strategi pemaju untuk menukar atau memang mereka boleh atau mampu melaksanakan dalam tempoh yang disediakan. Yang keempat, ketersediaan infrastruktur asas bagi menampung pembangunan Rumah Idaman di kawasan tersebut seperti jalan masuk, bekalan air dan elektrik serta kemudahan awam. Sebab kena ingat kadang-kadang bila permohonan ini masuk kadang-kadang mereka memohon supaya majlis meningkatkan kapasiti daripada 80 unit seekar naik kepada sampai 120 unit seekar. Jadi kita hanya benarkan pada tempat-tempat yang tidak mengganggu keadaan trafik sedia ada atau kemudahan sedia ada kerana kita tidak mahu peningkatan ini nanti menyebabkan masalah lain pula timbul. Dan seterusnya Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor Pemerbadanan iaitu MBI, sedang giat mengenal pasti kawasan dan lokasi yang strategik untuk pembangunan Rumah Idaman di seluruh negeri Selangor. Oleh itu, amatlah dialu-alukan sekiranya mana-mana Yang Berhormat dapat mencadangkan tapak atau tanah milik kerajaan mahupun persendirian yang berpotensi untuk dibangunkan Rumah Idaman dan ini adalah satu program yang kita nampak agak menjadi tumpuan kerana saya nampak dengan harga yang ditawarkan malah rumah Prima dulu di peringkat persekutuan juga tidak mampu untuk memberi kemudahan dan kriteria rumah sebegini malah harganya RM 300,000.00 ke atas. Jadi Yang Berhormat terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa produk ini sangat bagus value for money dalam harga RM 250,000.00 bagi mereka yang membelinya dan dengan harga ini bayaran balik kepada bank setiap bulan melebihi RM 1,000.00 saya kira dalam RM 1,100.00 atau RM 1,200.00 bergantung kepada interest rate pembeli-pembeli yang mungkin berbeza. Tetapi macam mana untuk golongan yang tidak mampu untuk membeli rumah dalam kadar harga tersebut. Kalau dulu kita giat membangunkan rumah kos rendah, rumah Selangorku type A, type B, sekarang kita menjuruskan semua pembinaan ke atas rumah idaman macam mana pula dengan gantian untuk rumah Selangorku type A yang berharga RM42,000.00 dengan bayaran balik bulanan dalam sekitar RM250.00 Rumah Selangorku type B yang dulu RM100,000.00 dengan bayaran balik bulanan bagi pembeli dalam sekitar RM500.00. This group of people mereka tidak dapat membeli rumah idaman walaupun value for money tapi mereka tidak mampu untuk beli kalau income mereka RM 1,800.00 sebulan. Mereka mampu beli type A tapi tak mampu untuk beli Rumah Idaman. Jadi macam mana golongan ini.
Terima kasih Bukit Gasing. Sebenarnya rumah ini tidaklah sampai kita mengetepikan mana-mana pihak yang sepatutnya layak untuk rumah type A atau B iaitu RM42,000.00 atau RM100,000.00 kerana selepas kita buat padanan, satu jawatankuasa dalam Pejabat Daerah atau Majlis kita buat padanan apakah permintaan yang ada itu melebihi sebagai contoh kalau rumah type A apakah rumah itu telah pun cukup demand kita buatkan. Katalah yang memohon dalam 5,000 dalam satu kawasan tersebut, kita pastikan rumah tu telah pun ada projection dan tidak akan dibuat dan selebihnya baru kita benarkan ia ditukar. Maknanya kita tidak mendiskriminasikan pihak yang telah memohon rumah type A dan type B. Sebab itu sekarang ni Alhamdulillah bila Lembaga Perumahan telah ada satu inventori dan juga satu sistem yang boleh kita dapat real time berapa orang memohon, berapa orang yang minta type A, B, C dan D baru kita benarkan. Malah ada permohonan daripada pemaju juga kita tolak bila mana kita lihat dasar ini bukan sahaja untuk merangsang ekonomi tapi dia mengetepikan pihak golongan yang patut kita berikan rumah mampu milik ini. Jadi perkara tersebut Yang Berhormat kita telah pun ambil kira. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Bukit Gasing.
Terima kasih. Soalan saya no. 97.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 97. Pelan Pembangunan Kemudahan AwamQuestions
97. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah majlis-majlis perbandaran dalam negeri Selangor akan merancangkan untuk menerbitkan pelan utama untuk meningkatkan bilangan dan kapasiti kemudahan awam, selaras dengan piawaian yang ditetapkan dalam Rancangan Negeri Selangor 2035?
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 merupakan dokumen statutori yang mencadangkan penyediaan kemudahan masyarakat, rekreasi dan sukan yang perlu disediakan oleh pelbagai agensi berkaitan dan bukan sahaja oleh PBT berdasarkan kepada unjuran penduduk mengikut Manual garis panduan dan piawaian perancangan Negeri Selangor (edisi keempat) dalam keluasan yang ditetapkan. Dalam konteks ini, pihak PBT sememangnya membuat semakan silang dengan pemajuan-pemajuan baru yang dikemukakan oleh pihak pemaju dan dikenakan syarat untuk menyediakan kemudahan masyarakat selari dengan garis panduan dan piawaian perancangan. Selain daripada itu, agensi di peringkat persekutuan dan pemaju yang mengemukakan Kebenaran Merancang (KM) negeri juga turut berperanan di dalam menyediakan tapak cadangan kemudahan masyarakat berdasarkan kepada zon gunatanah di dalam Rancangan Tempatan di kawasan PBT. Oleh itu, dari segi bilangan dan kapasiti kemudahan awam akan memenuhi keperluan setempat. Terima kasih.
Soalan tambahan. Saya sangat yakin dalam pembangunan baru piawaian ini akan dikenakan ke atas pemaju. Di dalam pembangunan baru saya yakin tetapi masalahnya banyak tempat di Negeri Selangor adalah pembangunan yang sudah habis bina contohnya di kawasan Bukit Gasing sudah habis bina hanya ada pocket development di sini dan di sana. Bagi kawasan yang sudah habis bina ini macam mana kita nak tambah kemudahan awam yang diperlukan oleh penduduk bukan saya yang tentukan piawaian tetapi Kerajaan Negeri Selangor melalui RNS 2035 telah tentukan piawaian tersebut. Jadi apakah rancangan, contohnya di bandar raya Sydney mereka telah kemukakan pelan untuk beli balik tanah untuk dijadikan padang dan tempat rekreasi bagi memenuhi piawaian bilangan penduduk kepada bilangan open space yang ada. Jadi untuk negeri
Selangor adakah kita akan buat sedemikian di tempat-tempat yang sudah tepu bina macam Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Bagi kawasan yang pembangunannya telah tepu sebenarnya agak sukar bagi Kerajaan Negeri tau PBT untuk merancang kemudahan awam di kawasan tersebut sekiranya tiada tanah yang dimiliki oleh kerajaan atau PBT. Walau bagaimanapun sekiranya kita perlu mengambil tanah-tanah swasta di kawasan tapak di kawasan sana untuk menjadikan pembangunan kemudahan awam ia melibatkan kos yang amat tinggi kerana nilai tanah di kawasan ini sudah tentunya sangat tinggi kalau banding dengan kawasan yang belum pembangunannya belum tepu. Jadi ini perlu diperhalusi dan PBT dan Kerajaan Negeri Selangor perlu mengambil kira jumlah kos yang terlibat dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya. Rawang.
Terima kasih. Soalan saya soalan 98.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 98. Kegunaan Tenaga SolarQuestions
98. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan Kerajaan bagi kegunaan tenaga solar?
b)
Apakah kebaikan dan keburukan kegunaan tenaga solar?
c)
Berapakah lampu jalan telah menggunakan lampu jalan tenaga solar?
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 21/ 2021 yang diadakan pada 16 Jun 2021 bersetuju agar semua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri mempergiatkan usaha pemasangan bumbung solar dan merebut peluang yang diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dengan kadar segera. Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan projek pemasangan panel solar di semua bangunan Kerajaan Negeri selaras dengan seruan Dasar Kerajaan
Persekutuan melalui Pelan Utama Teknologi Hijau Malaysia 2017-2030 berhubung tenaga boleh diperbaharui.
MMKN turut bersetuju agar pemasangan bumbung solar dilaksanakan pada premis-premis tersebut dengan melantik sendiri pembekal yang tersenarai dan diperakui oleh SEDA Malaysia seperti berikut.
i. Bangunan Utama Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri; ii. Bangunan milik Pihak Berkuasa Tempatan termasuk Dewan, Stadium dan Gerai Majlis; iii. Surau dan Masjid; iv. Sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor; dan v. Kawasan Parkir Kenderaan di bawah kelolaan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri
Dan untuk menjawab soalan yang kedua, apakah kebaikan dan keburukan kegunaan tenaga solar? Kebaikan kegunaan tenaga solar adalah seperti berikut:
i. Kegunaan tenaga solar ini mampu membantu mengurangkan jejak karbon yang ketara. Ianya dapat mengelakkan penghasilan gas rumah hijau; ii. Ianya merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan berterusan dari masa ke semasa. iii. Menjimatkan kos bil elektrik pengguna disamping dapat menjana lebih banyak tenaga untuk penggunaan; dan iv. Kos penyelenggaraan yang lebih menjimatkan.
Keburukan kegunaan tenaga solar:
i. Sekiranya terdapat struktur bumbung bangunan dan sistem pendawaian yang lama/ usang perlu ditukar atau ditambahbaik terlebih dahulu dan ini akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi; dan
ii. Keadaan bumbung sesetengah bangunan yang terlindung daripada cahaya matahari dan tidak sesuai untuk dipasang solar.
Untuk menjawab soalan ketiga, ha berapakah lampu jalan telah di menggunakan lampu jalan tenaga solar? Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif pemasangan lampu jalan menggunakan tenaga solar melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu:
BIL. PBT JUMLAH 1. MBSA 327 2. MBPJ 34 3. MBSJ - 4. MPK Kejuruteraan 5. MPAJ - 6. MPS 35 7. MPKj - 8. MPSp 60 9. MPKL - 10. MPKS 8 11. MPHS 58 12. MDSB 12
Ini tidak termasuk di bawah Standco saya, di mana kita, saya ada di bawah Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau geran kecik kita telah pun memberikan kepada komuniti dan juga persatuan untuk memasang lampu solar di setiap kawasan yang mereka pohon. So saya kira anggar lebih kurang 100 biji ya. Sekian, terima kasih.
Soalan Tambahan .
Rawang .
Nak tanya Kerajaan Negeri Selangor, kenapa tidak mewajibkan PBT untuk pemasangan lampu solar ya?
Itu di bawah setiap tanggungjawab PBT masing-masing. So, kita tidak boleh sewenang-wenang untuk memasang dan menggantikan lampu yang sedia ada. Kos agak tinggi kalau suatu lampu yang sedia ada dah lama di sana dan berfungsi so kita tak berhasrat untuk tukar dia menjadi tenaga solar sebab dia nya, kos agak tinggi bukan kos yang rendah. So kita akan pasang fasa by fasa kalau lampu itu so rosak atau boleh gantikan kita akan gantikan dengan tenaga solar yang sedia ada, sekian.
Soalan susulan Tuan Timbalan Speaker.
Bukit Melawati
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya Yang Berhormat EXCO apa dasar kerajaan dalam Pembukaan Tanah-tanah baru di Tanah Kerajaan untuk Projek Tenaga Solar ini?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati, dalam perancangan Kerajaan Negeri Selangor, kita telah pun ada perancangan untuk tenaga solar berkala besar di mana untuk sebuah syarikat yang mereka nak membida tender di peringkat pusat untuk tujuan ladang solar. Kita ada satu jawatankuasa yang pengerusi oleh saya, di mana kita akan tengok dia tanah itu sebab banyak yang tanah yang melibatkan pertanian tapi tenaga solar ini large scale soalan ini melibatkan tanah untuk apa komersial. So yang inilah kita akan pertimbangkan dan kita telah pun meluluskan 2-3 yang tenaga solar large scale farm tu di Selangor. Kita akan pertimbangan bukan setakat tanah tapi juga tasik yang terbiar. Tasik yang terbiar kalau ada permohonan kita juga akan pertimbangkan, sekian.
Soalan seterusnya Sungai Pelek.
Tuan Speaker, soalan saya No.99.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 99. Pencemaran SungaiQuestions
99. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah sungai yang tercemar ekoran industri-industri disepanjang sungai?
b)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri melalui LUAS menaik taraf sungai supaya ianya menjadi sumber pendapatan rakyat seperti pelancongan agro, rekreasi, tanaman dan perikanan?
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin menjawab soalan dengan agak panjang juga kerana dia melibatkan polisi ya yang yang disebutkan.
So, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Pelbagai usaha telah pun diambil untuk mengimbangkan pembangunan yang pesat dan juga penjagaan sumber air. Perancangan jangka panjang Negeri Selangor melalui LUAS bagi mengatasi masalah pencemaran sungai tidak terhad daripada aktiviti industri sepanjang sungai ada dengan mengambil kira semua potensi punca pencemaran dengan meningkatkan kaedah pemantauan dan juga pencegahan seperti berikut: i. Pemantauan statik dan rondaan Skuad Pantas LUAS yang beroperasi 24 jam di kawasan strategik sumber air di Lembangan Sungai Selangor dan Lembangan Sungai Langat termasuk Sungai Semenyih bagi pengawalan dan pengawasan insiden pencemaran sumber air yang berisiko henti tugas Loji Rawatan Air (LRA);
ii. Pembangunan stesen telemetri kualiti air bagi tujuan sistem amaran awal/ early warning system di hulu muka sauk yang berisiko di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih termasuk penggunaan drone bagi tujuan pemantauan aktiviti di sepanjang rizab sungai dan kawasan berisiko;
iii. Pemantauan berkala juga terus dilaksanakan oleh LUAS bersama agensi berkaitan melalui platform Ops Sumber Air Negeri Selangor bagi memastikan sumber air di kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek kualiti dan kuantitinya;
iv. Penguatkuasaan bersepadu dan tindakan perundangan tegas dilaksanakan antaranya siasatan, notis dan pengeluaran kompaun termasuk pendakwaan di mahkamah selaras Enakmen LUAS (Pindaan) 2020;
v. Pelaksanan Polluters Pay Principle(PPP) melalui
Peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar (Selangor) 2012 oleh LUAS di mana kini dalam peringkat pindaan Peraturan bagi merangkumi semua pelepasan efluen ke sumber air tertakluk kesesuaian dengan had parameter yang ditetapkan;
vi. Pelaksanaan Polisi Pelepasan Sifar dengan menggalakkan amalan efisien seperti kitar semula efluen bagi meminimakan beban pencemaran ke sungai selaras dengan cadangan pelaksanaan kawalan Jumlah Beban Harian Maksimum (Total Maximum Daily Load, TMDL) dan juga pelaksanaan caj pemulangan air selaras seksyen 44(1)(b), Enakmen LUAS 1999; dan
vii. Memperkasakan pihak berkepentingan seperti komuniti setempat berhampiran sungai dalam penjagaan dan pemuliharaan sumber air dengan pendekatan Friends of River (FoR)
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa komited dalam memastikan semua industri yang melepaskan efluen supaya sentiasa mematuhi tahap piawai seperti yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 serta Peraturan-Peraturan di bawahnya. Susulan kes pencemaran sungai yang berlaku disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, JAS telah meningkatkan penguatkuasaan termasuklah Operasi khas yang dilaksanakan pada setiap bulan, rondaan penguatkuasaan pada hujung minggu dan cuti umum sebagai tambahan kepada program penguatkuasaan tahunan yang dirancang pada setiap tahun. Jumlah penguatkuasaan juga telah ditingkatkan hampir dua kali ganda dengan jumlah kekuatan pasukan penguakuasaan yang sedia ada. Pada tahun 2020, jumlah penguatkuasaan di lapangan ke atas industri di Negeri Selangor adalah sebanyak 2009 berbanding 1441 pada tahun 2019, dengan peratus pematuhan melebihi 97 peratus. Selain dari itu, penguatkuasaan secara bersepadu turut dijalankan bersama seluruh agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Bagi perancangan jangkamasa panjang pula, JAS sedang menambahbaik perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa. Penetapan tahap piawai yang lebih ketat terutamanya bagi industri yang terletak di hulu loji rawatan air adalah elemen perundangan yang diambilkira oleh JAS. Dalam hal ini, pihak industri dikehendaki supaya mempunyai perancangan polisi ke arah “beyond compliance” melalui pendekatan seperti berikut:
i. Waste Minimisation yang menggalakkan konsep kitaran ekonomi (secular economy); ii. Pelepasan sifar (zero discharge); dan iii. Polluters Pay Principle
Draf pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang kini sedang dalam semakan JAS juga akan menerapkan elemen Jumlah Maksimum Beban Harian (TMDL- Total Maximum Daily Load). TMDL adalah merupakan salah satu langkah halatuju (way forward) JAS ke arah memastikan kualiti air sungai dapat terus terpelihara. Pendekatan baru ini mengambilkira semua punca pencemaran yang menyumbang kepada kemasukan bahan pencemar ke dalam sungai sama ada dari punca tetap dan punca tidak tetap, yang mana memerlukan penglibatan dan kawalan bidang kuasa pelbagai agensi kerajaan. Menerusi kawalan ke atas beban pencemaran efluen dan air buangan ke atas setiap punca, ianya dapat meramal impak kumulatif dan seterusnya langkah-langkah kawalan dan mitigasi dapat diambil bagi memulihara daya tampung sungai dalam mencapai sasaran kualiti air yang telah ditetapkan.
Hukuman yang lebih deterrent dan tegas ke atas pihak pencemar juga turut ditimbang dalam pindaan Akta ini. Antara hukuman yang dicadangkan adalah untuk mengenakan hukuman penjara (mandatori) serta menaikkan jumlah denda yang lebih tinggi iaitu dari RM 100,000 (Seratus Ribu Ringgit) kepada RM 1 Juta bagi kesalahan yang menyebabkan pencemaran sungai.
Selain daripada strategi penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang ke atas pihak industri, JAS juga turut berusaha meningkatkan tahap kesedaran orang ramai melalui program komunikasi, pendidikan, promosi dan kesedaran (CEPA). Antara program kesedaran yang berkaitan adalah seperti Rakan Alam Sekitar yang membantu secara hands on dengan menjadi ‘mata dan telinga’ Jabatan dalam membanteras kegiatan mencemar alam sekitar terutamanya dalam kes pencemaran sungai. Program Denai Sungai Kebangsaan yang diwujudkan pula, antara lain bertujuan untuk menimbulkan rasa persepsi tertangkap ke atas kalangan pesalah alam sekitar dan dalam pada masa yang sama bagi mengawal pencemaran dan menjamin kelestarian sungai.
Yang kedua, pengurusan, perancangan dan kawalan aktiviti di sumber air oleh Kerajaan Negeri melalui LUAS termasuk kawasan rizab sungai hendaklah selaras dengan Enakmen LUAS (Pindaan) 2020 dan juga pelaksanaan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management, IRBM) merangkumi aspek kuantiti dan kualiti.
Walau bagaimanapun di pihak LUAS adalah berfungsi untuk menjalankan pengawalseliaan sumber air dan juga kawalan bagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sungai dan rizabnya yang mengkehendaki Kebenaran Bertulis LUAS selaras Peraturan-peraturan Aktiviti Pengubahan Sumber (Selangor) 2013. Dalam hubungan ini, bagi melengkapi pengurusan sumber air pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf sungai telah pun dijalankan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor.
Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui LUAS juga menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam penjagaan dan pemuliharaan sungai berhampiran yang sekaligus akan memberi manfaat secara langsung samada bagi tujuan riadah atau rekreasi. So .itu sahaja sekian.
Tuan Speaker soalan susulan
Bukit Lanjan
Terima kasih Yang Berhormat Kajang. Soalan saya sebenarnya berkenaan tentang kualiti air khususnya dekat Sungai Langat di mana saya difahamkan satu projek paper mill dengan izin telah diluluskan di sebelah Pahang dan dia sebenarnya kilang ini di Hulu Sungai Semantan. Sungai yang akan mengalir ke Selangor di mana kita ada water intake projek di sana. Jadi, apa tindakan akan dijalankan oleh pihak LUAS Air Selangor dan juga JAS untuk memastikan air yang datang daripada Pahang itu cukup bersih untuk Selangor.
Yang ni merupa soalan khusus ya so saya akan menjawab, dapat jawapan daripada JAS dan LUAS selepas ini sebab saya tidak ada maklumat buat masa ini, sekian.
Soalan tambahan .
Pelabuhan Klang .
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kajang berkenaan dengan pencemaran sungai ini, berapakah tindakan Mahkamah yang telah diambil terhadap pesalah-pesalah yang mencemarkan sungai dan berapa ramai yang sudah di penjara.
Terima kasih soalan daripada Pelabuhan Klang. Saya tak ada maklumat buat masa ini so, sebab ini merupakan satu soalan yang sangat-sangat khusus nak dapatkan bilangan dan juga statistik so, saya akan dapatkan secara bertulislah. Sekian.
Baik soalan berikutnya. Sijangkang.
SIJANGKANG : Terima kasih Tuan Speaker. Soalan nombor 100.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 100. Smart Selangor C5i Operations Centre€Questions
100. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini dan pencapaian Smart Selangor C5i Operations Centre?
Terima kasih Sijangkang, Timbalan Speaker atas soalan yang dikemukakan untuk merujuk kepada C5i ataupun lebih dikenali sebagai Command Centre of Smart Selangor. Smart Selangor C5i Operation Centre (SSOC) yang bertempat di Aras 1, Dewan Jubli Perak, Shah Alam telahpun siap sepenuhnya pada 1 Disember 2020. Setelah dibangunkan selama selama tiga bulan sebelumnya, SSOC masih dioperasikan oleh anggota penguatkuasa daripada Unit Pengurusan Bencana Negeri dan kakitangan khidmat sokongan ICT daripada SSDU Innovations Sdn Bhd (SSDU). UPBN beroperasi tujuh hari seminggu, bermula daripada 8.00 pagi
sehingga 12.00 tengah malam. UPBN melaksanakan pemantauan insiden dan bencana berpandukan paparan laman sesawang seperti laman Air Pollutant Index of Malaysia (APIMS), Meteorologi, paras air sungai menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), ramalan kajicuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sebagainya. Manakala, SSDU pula melaksanakan pemantauan secara berpusat untuk inisiatif Smart Selangor seperti pemantauan Selangor Gigabit Network (SeGNet), Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang terletak di 15 buah Smart Selangor Bus Stop (SBS), di Pustaka Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan pemantauan trafik di Persiaran Kewajipan Subang Jaya termasuklah keupayaan analitik, aplikasi-aplikasi Smart Selangor lain seperti Selangor Intelligent Transport System (SITS), ini untuk pengangkutan bas Smart Selangor, Analytic Dashboard dan sebagainya. Timbalan Speaker Dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, beberapa operasi unit pengurusan bencana telah berjaya dilakukan dengan masa operasi yang jauh lebih pendek. Dan tindakan-tindakan penyelarasan antara agensi juga dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dengan penggunaan infrastruktur Smart Selangor Operation Centre. Selain daripada kunjungan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri. Ia telah menerima kunjungan lawatan belajar daripada pelbagai agensi luar seperti MBI Kedah, Pihak Pelan Malaysia Negeri Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor khususnya untuk mengintegrasikan data-data pesakit COVID dan juga perebakkan COVID-19. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Ijok
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan Ijok nombor 101.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 101. Jalan Raya Ft54Questions
101. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Mengapakah lampu-lampu jalan tidak berfungsi dan parit-parit tidak diselenggarakan sehingga menyebabkan kemalangan di waktu malam dan banjir kilat di DUN Ijok?
Terima kasih Yang Berhormat Ijok, Tuan Timbalan Speaker, Ijok bertanyakan soalan berhubung dengan aspek lampu-lampu
jalan yang tidak berfungsi di FT54 dan parit yang tidak diselenggarakan. Untuk makluman Yang Berhormat laluan untuk FT54 ini adalah laluan jalan Persekutuan daripada persimpangan Asam Jawa sehingga ke Bandar Seri Coalfield yang merupakan jalan yang baru dinaiktaraf. Projek menaiktaraf laluan ini telah siap pada 4 Julai 2021 yang lalu dan sedang dalam tempoh tanggungan kecacatan ataupun defect liability period selama dua tahun. Laluan tersebut telah pun dipasang lampu jalan di bawah skop kontrak walau bagaimanapun terdapat masalah penyambungan bekalan elektrik yang masih dalam tindakan oleh pihak kontraktor dan juga pihak Tenaga Nasional Bhd. Isu bekalan elektrik ini dijangka siap selesai pada pertengahan bulan Disember 2021 dalam bulan ini ya. Untuk isu berkaitan selenggaraan longkang tepi jalan di laluan persekutuan ini dijalankan mengikut jadual iaitu sebanyak dua kali setahun selaras dengan ketibaan Monsun Timur Laut yang bermula pada bulan November lepas pihak JKR Daerah dan konsesi telah diarah untuk memastikan aliran air dari laluan JKR tidak tersekat dan berjalan lancar. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 102.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 102. Kuota 30% Wanita Di Jabatan Atau Agensi Kerajaan SelangorQuestions
102. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah kerajaan negeri ada memperuntukan sebarang jenis kuota jantina (contoh : 30% kuota wanita) di bawah mana-mana jabatan, agensi atau portfolio di bawah Kerajaan Negeri Selangor ?
b)
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menaikkan prestasi kepimpinan wanita di bawah Negeri Selangor?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini tidak memperuntukkan sebarang kuota jantina di bawah mana-mana jabatan, agensi atau portfolio di bawah Kerajaan Negeri
Selangor. Berdasarkan data perjawatan semasa, sehingga 9 November 2021 sejumlah 41% daripada keseluruhan kakitangan dan pegawai merupakan pegawai dan kakitangan wanita di agensi dan jabatan di bawah Pentadbiran SUK Selangor. Daripada jumlah tersebut sejumlah 28% terdiri daripada pegawai wanita yang terlibat sebagai pembuat keputusan iaitu bagi gred 52 dan ke atas. Bagi semua kategori lantikan, pengambilan kakitangan adalah berdasarkan keperluan jabatan dan juga kompetensi mereka. Pentadbiran ini sentiasa menilai dan melihat kebolehupayaan prestasi dan kompetensi seorang pegawai bagi menjawat jawatan tinggi dan berkepentingan yang melibatkan dasar dan pembuat keputusan. Jika seseorang pegawai itu berprestasi tinggi dan mempunyai kepimpinan dan kompetensi maka Pentadbiran ini akan melantik pegawai tersebut tanpa sebarang diskriminasi kepada jantina bagi menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan di jabatan atau agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Ini turut merangkumi Pentadbiran Awam Negeri Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri. Berdasarkan data perjawatan semasa terdapat dua Pegawai Daerah wanita dan seorang Yang Dipertua wanita selain jawatan sebagai Ketua Bahagian di Jabatan / Agensi negeri. Selain itu inisiatif yang diberikan oleh kerajaan persekutuan di dalam Bajet 2022 juga jelas mengangkat dan mengupayakan kemampuan wanita sebagai daya penggerak utama produktiviti ekonomi dan kepimpinan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bandar utama.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO kerana menjawab soalan Bandar Utama. Bandar Utama ingin bertanyakan pada masa kini memang tiada sebarang kuota yang akan diimplementasikan, adakah Yang Berhormat EXCO merasakan kuota seperti ini wajar dipertimbangkan pada masa hadapan dan sekiranya ya, adakah perkara ini pernah diperbincangkan?
Yang Berhormat Bandar Utama, setakat ini di dalam Pentadbiran Kerajaan kita tidak pernah lagi membincangkan tentang kuota tetapi di dalam politik kita ini memang selalu kita bincangkan mengenai kuota. Namun saya merasakan bahawa dari segi kemampuan itu memang pegawai-pegawai wanita kita sudah mempunyai kemampuan itu yang kita hanya menunggu dan saya melihat sendiri apabila kenaikan-kenaikan pangkat itu memang berdasarkan kepada kemampuan. Apa yang boleh kita utarakan adalah untuk memperbanyakkan wanita yang berkemampuan ini diberi peluang dan sekiranya ada kita rasakan orang-orang yang patut naik tapi tak naik jangan bimbang, EXCO akan sentiasa menyuarakan pendapat kita kenapa seseorang pegawai wanita yang memang duduk di dalam line yang sepatutnya naik tapi tak naik untuk kita dijelaskan kepada kita kenapa mereka tidak naik. Jadi saya ingat untuk Selangor dari segi peluang kepada wanita untuk naik pangkat itu ada. InsyaAllah terima kasih.
Soalan seterusnya. Sentosa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker soalan Sentosa 103.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 103. Alam SekitarQuestions
103. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mendepani perubahan iklim?
b)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sistem amaran awal bencana yang berupaya meningkatkan pemantauan, analisis dan penyebaran maklumat?
c)
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengawal pemanasan global akibat pelepasan gas rumah hijau?
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. So, untuk Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia merupakan negara ahli kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC). Ianya merupakan satu perjanjian alam sekitar antarabangsa dalam menangani isu-isu perubahan iklim global. Berdasarkan kepada Konvensyen ini, Malaysia perlu menangani isu-isu perubahan iklim mengikut agenda dan juga keutamaan pembangunan sosio-ekonomi negara. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air iaitu (KASA) dalam penyelarasan dasar dan juga tindakan mitigasi isu-isu berkaitan dengan perubahan iklim dan alam sekitar. Dalam usaha menanganinya, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN kini memeri fokus kepada program-program berkaitan alam sekitar dan perubahan iklim seperti aktiviti penanaman pokok, galakan pemasangan produk teknologi hijau dan juga kempen alam sekitar yang lain. Selain itu, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan dasar Perbandaran Hijau melalui Kerangka Bandar Rendah Karbon iaitu (LCCF) yang telah dilancarkan pada 2016. Kerajaan Negeri mensasarkan semua PBT di Negeri Selangor mengadaptasi LCCF menjelang tahun 2030.
So, untuk soalan yang kedua Kerajaan Negeri telah pun mengambil langkah proaktif dan telah memulakan sesi libat urus bersama jabatan ataupun agensi berkaitan bagi membangunkan sistem aplikasi untuk meningkatkan kecekapan pemantauan sesuatu bencana dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas ianya berlaku. Kerajaan Negeri akan melaksanakan kajian bagi membangunkan sistem amaran awal bencana melalui inisiatif Smart Selangor. Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri sedang merangka kaedah sistem automasi pengaktifan tubewell di Johan Setia, Klang bagi menangani isu kebakaran tanah gambut yang sering berlaku semasa musim kering pada bulan Mei sehingga bulan September setiap tahun. Sistem ini bertujuan menyasarkan pengaktifan tubewell secara automatik apabila paras air bawah tanah berkurangan di kawasan berkenaan bagi meningkatkan tahap kelembapan tanah untuk mengurangkan atau menghindari risiko kebakaran tanah gambut.
Soalan yang ketiga pada masa kini, usaha-usaha sedang ditumpukan untuk melaksanakan tindakan pengurangan pelepasan Green House Gases iaitu (GHG) melalui pelbagai sektor contohnya: tenaga, industri pemprosesan dan guna produk, sisa, pertanian, perhutanan dan guna tanah bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan GHG negara di bawah Paris Agreement. Dalam masa yang sama, tindakan adaptasi bagi membina daya tahan negara terhadap impak perubahan iklim juga sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri kini menfokus kepada usaha-usaha mengawal pemanasan global di peringkat negeri. Antara usaha-usaha Kerajaan Negeri adalah yang pertama penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif, efektif. Yang kedua pelaksanaan program-program taman hijau di bandar-bandar ataupun di sekitar negeri Selangor. Yang ketiga pelaksanaan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon iaitu (LCCF) secara menyeluruh di semua peringkat PBT. Yang keempat cadangan mewujudkan Blueprint Teknologi Hijau Negeri Selangor 2022 hingga 2026. Yang kelima cadangan mewujudkan Green Council Negeri Selangor yang berperanan memantau, menasihat dan meluluskan program-program berkaitan isu-isu alam sekitar dan juga pemanasan global. Sekian.
Soalan seterusnya, Kuala Kubu Baru.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker soalan saya 104.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 104. Kawasan Warisan Negara Di SelangorQuestions
104. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kuala Kubu Bharu akan/telah didaftarkan sebagai kawasan warisan negara? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
b)
Nyatakan bandar atau pekan di Selangor yang telah didaftarkan sebagai kawasan warisan negara.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker pada masa ini, Bandar Kuala Kubu Baharu belum didaftarkan sebagai Kawasan Warisan Negara namun terdapat beberapa monumen bangunan dan tapak sejarah yang terletak di Bandar Kubu Baharu yang diwartakan sebagai Warisan Negeri Selangor dan beberapa lokasi di Kuala Kubu Baharu yang juga telah tersenarai dalam inventori Tapak Warisan, Jabatan Warisan Negara. Antara butirnya adalah seperti berikut. Yang pertama Masjid Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu yang telah diwartakan pada 21 September 2012 dan yang kedua Makan Syed Mansor Bin Syed Mohd Azhab yang telah didaftarkan pada 14 April 1983 dan yang ketiga bangunan gereja ataupun bekas gereja Pejabat Cawangan Polis Trafik sekarang.
Yang telah diwartakan pada 10 Julai 2015 dan ini di antara senarai inventori termasuk dalam yang dicalonkan untuk dijadikan Warisan negeri Selangor di Kuala Kubu Baharu iaitu yang pertama bangunan Pejabat Tanah Daerah, Kuala Kubu Baharu yang kedua Balai Bomba Lama, Kuala Kubu Baharu, yang ketiga Pejabat Pos, Kuala Kubu Baharu, yang keempat bangunan Stesen Kereta Api, Kuala Kubu Baharu, yang kelima Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Kubu Baharu, Bangunan Polis Gerak Khas, Kuala Kubu Baharu, deretan bangunan kedai-kedai lama, Menara Jam Jalan Bukit Kerajaan. Senarai inventori ini adalah senarai tapak-tapak warisan yang telah dicalonkan dan sedang dalam proses penyelidikan dan juga penilaian untuk dipertimbangkan dan disyorkan sebagai tapak warisan.
Dan seterusnya Tuan Speaker, masa ini belum ada lagi bandar atau pekan dalam Kerajaan Negeri Selangor yang telah didaftarkan sebagai kawasan warisan negara. Namun pihak Jabatan Warisan Negara sedang melaksanakan proses pewartaan di beberapa tapak warisan di pekan Batu Arang, Gombak dan diwartakan sebagai warisan kebangsaan. Pihak Berkuasa Negeri juga telah memberi izin berhubung dengan perkara melalui keputusan MMKN pada 20 Oktober 2021. Untuk makluman semua Yang Berhormat, bahawa kita tidak ada kuasa untuk mewartakan melainkan hanya Jabatan Warisan Negara sahaja yang berhak mewartakan. Terdapat juga ...
Yang Berhormat Tanjung Sepat ...
Oh, masa habis. Terima kasih Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 semua peringkatBill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 semua peringkat.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Pandan Indah untuk menyambung penjelasan di atas beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker.
10 minit.
: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker. Saya ingin menyambung perbahasan atau pun penggulungan yang dari semalam yang saya sambung ialah berhubung dengan isu Selangor Maritime Gateway ataupun pembangunan Sungai Klang, SMG. Projek SMG ini sebagaimana yang disebutkan ialah projek ESG. Kategori ESG iaitu Environment Science and Gorvenance dan juga tergolong dalam projek-projek Sustainable Development Goal (SDG). Dia menjadikan yang mana kita hendak menjadikan Sungai Klang ini sebagai satu model kepada pembangunan berasaskan sungai. Kalau kebiasaannya sungai ini dia dijadikan tempat untuk buangan, kita hendak jadikan sungai ini sebagai tema. Jadi pembangunan yang kita bangunkan sini, akan meletakkan sungai di hadapan. Sungai sebagai tumpuan dalam pembangunan dan kalau kita berjaya dan kita kena berjaya, maka ini akan jadikan kita model bagi pembangunan bertemakan sungai yang lain bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh negara.
Jadi kejayaan itu perlu dibuat dan untuk mencapai tahap itu, sungai ini perlu dibersihkan dulu dengan sungai Klang yang dahulunya terkenal dengan sampah dan juga airnya yang dikatakan empat atau lima, mustahil untuk sebarang pembangunan dapat dibuat di sungai ini. Jadi pembersihan sungai perlu dibuat sebab itulah, syarikat atau di bawah SMGCC yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri, iaitu Selangor Maritime Gateway Consultative Council yang saya pengerusi terdiri daripada pelbagai jabatan, semua jabatan terlibat termasuklah jabatan Pejabat Tanah, LUAS, JPS, PBT. Yang mana terlibat di sepanjang jajaran sungai ini, terlibat dalam jawatankuasa saya ini yang bertemu secara tetap berkala untuk kita menetapkan dasar kepada pembangunan SMG ini.
Dan kita telah pun melantik dan dipersetujui oleh Kerajaan Negeri juga telah melantik anak syarikat kita, 100% milik anak GLC iaitu Landasan Lumayan Sdn. Bhd. yang akan melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh SMGCC. Dan untuk makluman semua sejak 2016 sehingga sekarang, daripada segi kerja-kerja pembersihan sampah kita telah kutip 75 ribu metrik tan. Dan daripada pemerhatian kita daripada setiap tahun kita telah dapat mengurangkan sampah dengan pelbagai langkah dibuat kepada 34% telah berjaya kita turunkan.
Dan kualiti air dari kelas 4, kelas 5 sebelum ini ya yang sebelum ini tidak ada siapa yang sanggup untuk turun, telah pun kita perbaiki improvekan dan sekarang ini 48% dari hari dalam setahun berada di kelas 3 dan atas, Sungai Klang. Dan kita boleh lihat sendiri penambahbaikan tentang kebersihan kualiti air dan juga sampah ini dengan pengiktirafan yang kita dapat. Antara pengiktirafan yang besar adalah daripada The Ocean Cleanup atau pun TOC daripada Holland yang berpangkalan di Holland yang telah mengiktiraf kerja-kerja yang dibuat oleh SMG dan Landasan Lumayan. Dan mereka telah memberikan pinjaman pada awalnya, satu interceptor yang bernilai 600 ribu euro iaitu sekitar RM 3 juta secara pinjaman dan kemudian telah diserahkan terus kepada kita kerana mereka berpuas hati pengurusan. Dan interceptor ini boleh dilihat dia ada di sungai yang terapung itu yang boleh mengutip sampah 5 tan sehari, metrik tan sehari.
Dan kejayaan itu telah mereka confirm kan, sahkan lagi dengan memberikan satu iaitu 2019 sekarang ini 2021, lagi 1 telah diserahkan yang ditaja oleh Coldplay, sebuah band yang terkenal, Coldplay iaitu bernilai, yang ini yang lebih besar, 1 juta euro iaitu RM5 juta telah beroperasi sekarang. 2 buah interceptor ini di Sungai Klang. Dan ada 1 lagi bakal dijanjikan dan kita akan tempatkan di sungai lain pula. Ini menunjukkan pengiktirafan dunia terhadap kejayaan yang dibuat di Sungai Klang dan untuk tempat-tempat lain pun mereka akan merujuk. Kalau di kawasan Asean ini, merujuk kepada Landasan Lumayan sebelum mereka membawa interceptor ini ke situ. Dan ini yang terbaru kita telah berjaya menarik minat dan beberapa syarikat dengan CSR mereka termasuk Nestle yang telah memulakan kerja-kerja kitar semula botol-botol plastik di log boom di Sungai Kandis dan akan diperluaskan lagi apabila selesai 5 bulan pelaksanaan di bawah kitar semula botol-botol plastik di Sungai Klang.
West Port telah pun memberikan sumbangan dalam bentuk penjagaan interceptor ini, kos interceptor dan juga penanaman bakau yang akan dilaksanakan di Sungai Klang ini. Dan yang terbaru ialah Dutch Lady yang akan memberi tumpuan kepada tributaries anak-anak Sungai Klang sebab apa, pencemaran ke Sungai Klang ini juga punca besarnya adalah 2 sungai lain iaitu Sungai Damansara dan Sungai Penchala. Jadi tumpuan Dutch Lady ialah kerja-kerja pembersihan di Sungai Penchala dulu bagi membantu Sungai Klang, supaya kualiti air jauh lebih baik.
Tentang pembangunan-pembangunan lain yang dirancang, memang mempunyai peringkat-peringkat. Landasan Lumayan ini adalah antara syarikat yang dianggap di
bawah GLC dan dia ada 2 kategori syarikat. Satu ialah syarikat yang memang SPV Special Purpose Vehicle yang kita cipta, kita buat untuk membantu kerajaan dalam pelaksanaan program-program Kerajaan Negeri. Dan tidak berasaskan kepada keuntungan. Saya boleh sebut Invest Selangor, contohnya dia bukan dicipta untuk mengambil keuntungan tetapi untuk melaksanakan kerja-kerja di bawah program Kerajaan Negeri. Begitu juga dengan Tourism Selangor dan banyak lagi, kita boleh sebutkan contoh yang TAWAS atau pun YAWAS. Ini merupakan program-program core center yang dibuat untuk melaksanakan untuk bantu daripada segi projek-projek Kerajaan Negeri. Dan ada yang GLC yang memang bertugas berfungsi untuk mencari keuntungan. Dan ada juga yang kita buat, GLC ini bertujuan untuk keuntungan dan juga membantu kerajaan, contoh PKPS. Selain daripada dia buat untung, dia pun kena juga melaksanakan dasar Kerajaan atau pun CSR, itu ada begitu. Dan Landasan Lumayan termasuk dalam kategori ini sebab peringkat awalnya, adalah core center kerana apa tanpa kita menyelesaikan pembersihan sungai, tidak akan ada sebarang pembangunan boleh dibuat di sungai ini termasuklah Tourism dan sebagainya. Jadi itu kos yang telah diberikan pinjaman oleh Kerajaan, RM 45 juta telah diberikan untuk dilaksanakan kerja-kerja pembersihan. Berbanding dengan negeri lain, negeri Melaka RM 500 juta dia belanjakan untuk bersih sungai ini. Yang tempat kita naik bot, memang kosnya tinggi dan di bawah Kerajaan Pusat, di bawah River of Life, RM 4.0 bilion dibelanjakan. Tapi tengok keadaan ini mana, RM 4.0 bilion dibelanjakan, ini kita kena ingat kos dia bukan murah untuk menguruskan pembersihan sungai.
Boleh, ya terima kasih. Saya rasa gembira apabila EXCO katakan sungai atau pun kualiti air sungai di Sungai Klang sudah jadi lebih bersih daripada dulu. Hal ini memang satu berita yang baik, Sungai Klang merupakan sungai utama di Selangor dan di section Kuala Lumpur ada River of Life. Jadi kalau kita pernah ada usaha bersungguh-sungguh, mana tahu satu hari nanti air Sungai Klang pun boleh digunakan sebagai satu sumber untuk minuman. Apa pandangan EXCO.
Baik Yang Berhormat, nanti sekejap. Yang Berhormat Sungai Pelek, Yang Berhormat ada bahas isu Sungai Klang?
Walaupun saya tidak berbahas tetapi semua Ahli-ahli DUN ada berbahas dan saya memang sangat rapat dengan Klang.
Yang Berhormat soal rapat dengan Klang itu soal kemudian yang soal itu perbahasan. Tak apalah, saya benarkan kali ini ya, lain kali jangan benda-benda yang tak ada jangan timbulkan isu baru.
Tak apalah, tak apalah.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek sebab dia pun Sungai Pelek, sungai kan? Dia ada kaitan dengan Sungai Klang. Jadi
memang betul, sebenarnya yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu tepat sekali kerana bukan lama lagi, memang dah pun akan dilaksanakan program projek loji yang baru kita Sungai Rasau akan mengambil air Sungai Klang. Itu bukan kecil ya, kapasitinya ialah 1,400 mld. 1400 juta liter sehari. Kapasitinya yang fasa pertama 700 mld ini dalam proses penganugerahan tender. Dan dia akan menggunakan air Sungai Klang, sebab itu kita bersihkan Sungai Klang ini bukan saja untuk tujuan pembangunan, tujuan tourism tetapi juga sebagai sumber bekalan air kita untuk masa akan datang ini, dalam masa terdekat ini.
Jadi kita, pembangunan tanah yang disebut-sebut dan viral di luar, sebenarnya disebut 600 ekar ini, 200 ekar itu sebenarnya adalah reserve sungai, reserve sungai. 400 yang tinggal itu, 400 itu pula bukanlah satu tompok tanah. Dia berada di berapa pocket yang banyak. Ada yang 3 ekar, ada 2 ekar, ada yang 15 ekar, tidak ada yang besar sebenarnya, dia panjang Sungai Klang ini. Jadi yang ada tanah ini sebenarnya pihak Landasan Lumayan telah membuat tawaran atau pun telah membuat RFP Request For Proposal pada tahun Februari 2020 tentang pembangunan ini. Dan 98 syarikat telah dipelawa, 8 syarikat beli dokumen, 30 Julai ditutup, 2020 ditutup, extend dua kali, tak ada satu syarikat pun yang masuk.
Yang Berhormat, boleh saya mencelah?
Jangan ganggu sangat ya, sebab masa tak banyak.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menyentuh sebab saya ada membawa dalam perbahasan saya berkenaan pembangunan Lestari Sungai Klang. Saya ada terbaca berkenaan dengan satu keratan akhbar Malaysia Now ya, berkata pendedahan Selangor bakal hilang 600 ekar tanah kepada Berjaya Land. Selangor akan menjual majoriti saham dan ratusan ekar tanah milik Kerajaan Selangor kepada gergasi hartanah Berjaya Land sebagai langkah menyelesaikan bebanan kewangan melibatkan sebuah projek mega bernilai RM 10 bilion menurut penemuan Malaysian Now. Malaysian Now difahamkan ia melibatkan sebanyak 600 ekar tanah dan 55% pegangan saham anak syarikat Kerajaan Negeri Landasan Lumayan Sdn Bhd yang akan dijual kepada Berjaya Land menerusi sebuah usaha sama iaitu Selangor Maritime Gateway dirancang untuk dibangunkan di sebuah tanah milik Kerajaan Negeri seluas 600 ekar yang meliputi 56 kilometer jajaran Sungai Selangor dengan nilai pembangunan kasar GDV berjumlah RM10 bilion.
Jadi saya minta penjelasan, dia banyak lagilah, tetapi mengikut penulisan ini kita terpaksa memberi tanah 600 ekar kepada syarikat Landasan Lumayan yang seperti mana yang dilaporkan, yang saya dapat juga mengatakan syarikat ini sebelum ini, diberi dana seperti mana Yang Berhormat kata RM 45 juta. Dalam masa yang sama, dia JV dengan syarikat Landasan Lumayan Berjaya kepunyaan Tan Sri Vincent. Dan dianugerahkan tanah 600 ekar.
Boleh pendek tak? Sebab saya hendak sampai ke situ.
Jadi saya hendak beritahu ini ...
Yang Berhormat saya hendak sampai ke situ kalau Yang Berhormat tanya, macam mana saya hendak jawab.
Jangan petik perkara...
Saya hendak tanya berkenaan dengan inilah Yang Berhormat, yang saya bacakan inilah.
Saya tidak benarkan. Ok, Yang Berhormat cukup dah panjang sangat, saya sudah dengar. Kalau petik keratan-keratan akhbar yang tidak belum dikenal pasti sama ada sahih atau pun tidak, saya tidak benarkan. Kecuali itu dikatakan sahih.
Ini dalam perbahasan saya ...
Ya, saya tahu Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Ketua Pembangkang memang ada bahas. Ya, saya benarkan tanya saja cukup dah. Minta EXCO jawab.
Baik, MalaysiaNow ini, saya pun tidak tahu syarikat akhbar mana. Saya pun baru dengar akhbar ini tetapi tidak apa lah, saya tengah sebut, dalam proses itu. Sebab apa, banyak yang disebut itu tidak betul, tidak tepat. Ini yang saya nak terangkan. Jadi, proses untuk kita membuat RFP bagi pembangunan tanah-tanah yang ada di sekitar ataupun di kawasan SMG ini, bukan lah satu tempat yang setompok 600 ekar itu, tolak daripada reserve sungai 200 ada 400. Kemudian, dia berada di banyak tempat yang sekecil 2 ekar pun ada, 3 ekar pun ada, sepanjang sungai daripada jajaran Sg. Klang yang 56 km ini. Jadi, untuk makluman, saya telah sebut tadi, 90 syarikat dipelawa, 8 syarikat beli, dah kita extend dua (2) kali sambung untuk RFP, tidak ada satu pun masuk. Kenapa tidak masuk? Sebab, pembangunan di Sg. Klang ini sangat sukar terutama air nya yang berbau, dan sampah dan sebagainya.
Kedua, poket-poket pembangunan ini tidak mudah untuk dibangunkan kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Contohnya, tepi sungai kan? Kita perlu dapat kelulusan yang daripada segi penggunaan rizab sungai. Kita perlukan satu kajian tapak yang betul sebab tanah yang lembut. Tanah tepi sungai. Kemudian, nak kena jaga tebing sungai, kos yang tinggi untuk tebing sungai set back dan sebagainya dan begitu juga dengan zoning nya, sebab itu tidak ada minat daripada syarikat-syarikat besar ini. 98 buah syarikat, banyak. Tidak berminat kerana kesukaran untuk membangunkan, lebih-
lebih lagi sudah ada pembangunan di situ yang mereka perlu selesaikan isu-isu berkaitan dengan pembangunan setempat. Jalan masuknya lagi, tetapi apabila kita, peringkat awalnya apabila kita menerima surat daripada pihak Berjaya untuk mereka, berminat untuk bersama-sama membersihkan sungai dan juga untuk membangunkan tanah, maka kita mengadakan perbincangan dan perbincangan ini sebagai mana biasa dibuat oleh mana-mana syarikat GLC adalah berdasarkan kepada win-win punya relationship. Tidak ada unsur-unsur lain dan kita mengambil kira pertimbangan daripada segi aspek pembersihan sungai yang mereka akan tanggung di bawah anak syarikat. Dia anak syarikat, bukan di bawah, bukan dibeli, dijual kepada Berjaya. Anak syarikat yang kita bentuk di bawah Landasan Lumayan.
Baik, Yang Berhormat Speaker.
Biar saya habiskan penerangan.
Saya mohon mencelah.
Lepas itu mencelah, habis. Bagi lah saya habis penerangan mengenai SMG. Jadi, apabila kita bincang dan kita sudah masukkan komponen utama ialah kerja-kerja meneruskan pembersihan dan penjagaan sungai. Itu menjadi agenda utama yang kita perlukan sekitar RM 4 juta – RM 5 juta setahun untuk kerja-kerja penjagaan sungai ini. Dan telah dipersetujui sebagai sebahagian dari perjanjian dan pembangunan ini juga apabila dibangunkan mesti mengikut kaedah yang ada dan mesti membayar premium sebagaimana biasa, tidak ada diskaun dan sebagainya dan dibangunkan berperingkat-peringkat sehingga 8 hingga 10 tahun bukan lah dibangunkan setahun atau dua tahun. Berperingkat-peringkat dan komponen daripada pembangunan ini, separuh daripadanya adalah untuk program ataupun projek Rumah Mampu Milik. Daripada 26,000 total keseluruhan pembangunan yang dianggarkan RM10 bilion itu, selain, daripada 8 hingga 10 tahun ini, 26,000 unit akan dibangunkan, 13,000, separuh adalah untuk Mampu Milik yang berharga RM 250,000.00 itu, yang di bawah, yang kita tetapkan di Negeri Selangor.
Baik, mohon mencelah.
Ya, saya hendak habiskan dulu.
Yang Berhormat, mohon mencelah.
Saya punya penerangan ini ya. Sebab saya ada masa 12 minit lagi. Jadi
Duduk, duduk dulu. EXCO tidak benarkan. Duduk, duduk, terima kasih. Duduk.
Yang berhormat, masa itu tidak ada masalah. Kita boleh panjangkan.
Saya terpaksa habiskan ini dulu.
Saya ingat perlukan pencelahan daripada Yang Berhormat Gombak Setia berkenaan dengan perkara ini.
Biar, biar dulu. Saya minta pihak EXCO habiskan sebentar, kemudian baru bagi pencerahan sikit.
Jangan bagi alasan masa.
Jadi, benda ini dibuat oleh Board, dibincang dalam Lembaga dan dibawa ke dalam mesyuarat Kerajaan Negeri untuk dibincangkan isu mengenai tanah ini semua dan pemilikan tanah tidak, pun diserahkan kepada Berjaya. Diletakkan di bawah MBI. Apabila ada pembangunan baru lah kita benarkan mereka membuat tawaran itu di bawah, pelaksanaannya di bawah anak syarikat ini. Itu untuk menyatakan bahawa kita jual tanah ini kepada Berjaya adalah satu tuntutan ataupun satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Kenapa? Sebab saya juga sebagai Chairman dalam syarikat jelas membangunkan itu.
Tuan Speaker, Peraturan Tetap 36 (6).
Kemudian, kita kena ingat bahawa...
Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat...
Kita kena ingat bahawa...
Saya sedang baca Peraturan Tetap Yang Berhormat.
Air yang kita bersihkan adalah untuk tujuan
Yang Berhormat, sila duduk sekejap. Tutup mic. Jeram. Tolong bangkitkan.
Peraturan Tetap 36 (6) Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat. Sekiranya sangkaan jahat itu dikatakan oleh Yang Berhormat EXCO saya minta pihak yang membangkang ini buktikan bukti-bukti yang menunjukkan berlakunya ketidaktelusan dalam pengurusan RM 600 bilion, terima kasih.
Saya hendak bagi peringatan kepada Jeram. Yang dikatakan mengeluarkan sangkaan jahat 36 (6) itu, oleh EXCO, saya hendak tanya Jeram mana sangkaan jahat dia? Nanti dulu. Mana sangkaan jahat? Mana ayat yang dikatakan sangkaan jahat?
Saya tidak mengatakan EXCO, saya mengatakan pihak pembangkang. Kalau lah mengatakan sangkaan jahat, saya minta pihak pembangkang untuk mengeluarkan bukti kepada pihak Kerajaan mahupun kepada...
Baik, kalau macam itu saya faham. Baik, sila duduk. Jadi, duduk dulu. Pihak pembangkang hendak perjelaskan sama ada sangkaan tadi itu benar ke tidak?
Saya hendak mohon sedikit penjelasan.
Kalau tidak, saya biarkan ya.
Saya hendak mohon sedikit penjelasan.
Maknanya telah dijawab oleh pihak EXCO, baik. Nak benarkan pada Gombak Setia untuk mencelah? Ha, pendek sahaja.
Baik. Terima kasih Speaker, terima kasih EXCO. Saya kira, isu ini isu penting. Kita perlu bincang dalam keadaan yang penuh serius sebab saya kira, ada dua (2) isu yang cukup mendasar dalam perkara ini. Pertama, tentang Landasan Lumayan Sdn. Bhd. yang mana EXCO sebut macam-macam penganugerahan, penghargaan, itu ini dan sebagainya, itu yang pertama tadi. Yang kedua ialah tentang isu usaha sama yang dilaksanakan untuk membangunkan Sg. Klang atau Selangor Maritime Gateway. Baik. Saya tidak faham kenapa Yang Berhormat boleh beranggapan bahawa Landasan Lumayan yang 100% di bawah MBI ini dikatakan, okay, tidak mengambil keuntungan dan sebagainya dan kemudian menerima penghargaan dan sebagainya. Kita kata kita boleh dabik dada, kita kata kita ini diterima ataupun dihargai oleh semua tetapi hakikatnya dalam laporan audit MBI, sendiri menegur macam-macam perkara. Antaranya, soal tidak berkemampuan untuk membayar balik pinjaman pada Kerajaan Negeri RM 45 juta
tadi. Kemudian kelemahan daripada segi operasi pembersihan Sg. Klang dan kutipan sampah. Kelemahan dan penguatkuasaan, aspek keselamatan di tempat kerja, soal lombong, penyelenggaraan dan sebagainya. Semua itu dinyatakan dalam laporan audit MBI tetapi kita boleh dabik dada mengatakan bahawa, okay, kita ini diterima oleh semua dan sebagainya. Dan saya tidak faham tadi, bilamana anak syarikat ini, yang sebelum ini saya sebut dia pinjam Kerajaan Negeri RM 45 juta. Kemudian, selain pinjam Kerajaan Negeri RM45 juta, rugi lagi, ini sumber SSM, rugi dalam lingkaran RM 35 juta hingga RM 40 juta dalam tempoh tiga (3) tahun. Dalam keadaan rugi pun...
Baik Yang Berhormat, ringkaskan. Ringkaskan, saya bagi lima (5) minit yang terakhir.
Dalam keadaan rugi syarikat ini, pada tahun 2019, dia buat empat (4) perkara. Pertama, bayaran bonus sebanyak empat (4) bulan gaji kepada kakitangan Landasan Lumayan yang layak. Mencadangkan kenaikan gaji sebanyak 6%, 2020. Bayaran elaun RM 10,000.00 kepada kakitangan Contract of Service, peruntukan RM 30,000.00 untuk Retreat dan sebagainya. Bayaran token penghargaan RM10,000.00 kepada setiap Ahli Lembaga Pengarah. Jadi, dalam keadaan rugi pun dibuat perkara begitu.
Yang Berhormat, minta penjelasan sikit.
Jadi, Yang Berhormat, sebab itu saya nak katakan tadi, sekarang ini syarikat ini pinjam RM 45 juta, rugi RM 40 juta ke RM 45 juta, kemudian, kita nak tanya juga tentang projek usaha sama yang diadakan. Kita adakan RFP dan sebagainya. Dan saya nak
Saya ingat Gombak Setia dah tanya dah. Saya dah bagi masa
Saya nak tegaskan sikit lagi, bahawa tentang RFP ini pun ia ditegur dalam laporan audit. Ditegur dalam laporan audit, tentang RFP ini. Di mana selaras dengan kelulusan MMKN Ke 3/2020, pada 22 Januari 2020 berhubung lanjutan masa bagi pengeluaran baki dan sebagainya adalah dicadangkan supaya pengurusan Landasan Lumayan, pertama, mengkaji semula status pelaksanaan projek dan menyediakan Pelan Strategi kehadapan termasuk pelaksanaan RFP awam. Sebab itu sekarang ini saya nak tanya, dalam keadaan kita nak bangunkan Sungai Klang dan sebagainya...
Yang Berhormat, Yang Berhormat
Yang Berhormat Speaker, ini bukan sangkaan jahat ini fakta, bagi ruang untuk kita dengar betul ataupun tidak apa yang dikatakan oleh pihak Pembangkang. Memberi ruang, jangan menghalang.
Saya nak tanya yang pertama,
Saya minta duduk.
Ini ruang untuk kita berbahas, untuk kita mendengar, tolong jangan menghalang benda-benda fakta...
Saya tidak halang, jangan kata saya halang. Saya bagi dia pendekkan
Ya, ya, beri ruang.
Peraturan Tetap.
Saya suruh duduk sekarang!
Speaker.
Sekejap, sekejap.
Duduk, Jeram!
Tuan Speaker,
Jeram, duduk!
Tuan Speaker, Tuan Speaker
Saya tidak benarkan you cakap! Duduk! Arahan saya duduk!
Kita, sini adalah Dewan untuk kita berbahas, kalau menghalang untuk orang yang berbahas untuk fakta, demi kebaikan saya tidak bersetuju.
Saya minta duduk! Duduk! Saya akan benarkan dia tanya, Jeram jangan kacau. Duduk!
Baik Speaker, saya sambung sedikit.
Ini amaran terakhir kepada Jeram ya. Jangan cabar!
Baik Speaker. Sya sambung sedikit. Selesai soalan Landasan Lumayan tadi.
Peraturan Tetap Speaker.
Saya sebut bagaimana
Speaker
rugi, kemudian ada masalah, ditegur oleh Audit dan sebagainya. Kemudian, soal usaha sama yang dilaksanakan...
Peraturan Tetap, Speaker. Peraturan Tetap,
Dengan JV Landasan Lumayan...
Ya, silakan. Silakan, duduk. Ada Peraturan Tetap.
Saya ingin membaca Peraturan Tetap 35 (4) Seseorang Ahli yang telah bercakap tentang sesuatu masalah itu boleh bercakap menerangkan apa-apa perkara besar dalam ucapannya yang menerbitkan kesamaran faham. Tetapi tidak boleh dikeluarkan perkara baru. Rasanya, apa yang dibangkitkan oleh Gombak Setia ini perkara baru. Tidak adil kepada pihak EXCO untuk menjawab.
Saya bahas, saya bahas
Baik, baik, terima kasih. Saya buat ruling dulu. Okay, Yang Berhormat, dalam Perbahasan
Speaker, ini bukan perkara baru. Saya bahas dalam Perbahasan saya.
Ok, baik, teruskan. Cepat, saya mahu cepat.
Saya mahu tahu kenapa, kenapa
Saya dah bagi masa dah, banyak.
Tuan Speaker.
Ya.
Peraturan Tetap.
Silakan, Yang Berhormat Gombak Setia, duduk.
Peraturan Tetap 44 (1). Pengerusi setelah menarik perhatian Dewan atau Jawatankuasa kepada kelakuan seorang Ahli yang berdegil menyebutkan hujahnya sendiri atau hujah Ahli lain dalam satu Perbahasan boleh memintakan Ahli itu berhenti bercakap. Kedua, Pengerusi hendaklah memintakan mana-mana Ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang menghina Dewan atau terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusi, keluar daripada Dewan bagi tempoh tidak melebihi satu (1) jam, satu (1) atau lima (5) hari dan Ahli tersebut hendaklah dengan serta-merta keluar daripada Dewan.
Yang Berhormat Speaker, saya kira ini sangkaan jahat. Masa bila kita mengelirukan...
Tunggu dia habis dulu. Saya akan dengar. Kejap, duduk. Yang tidak berkaitan, duduk. Saya akan dengar dulu Peraturan Tetap.
Ini sangkaan jahat.
Bila pula kita berkelakuan jahat.
Eh! Duduk, saya belum buat keputusan. Speaker yang buat keputusan bukan pihak pembangkang yang buat keputusan.
Ya, terima kasih. Yang Arif, terus, teruskan.
Bukan Ketua Pembangkang yang buat keputusan, faham? Faham ke tidak?
Tidak, saya bukan buat keputusan, saya bangkitkan ini sangkaan jahat
Ha, duduk, duduk. Saya hendak dengar dulu. Biar saya dengar.
Takkan baca ini pun sangkaan jahat? Apa lah ini. Ha, tengok, tengok, tengok...
Bacaan ini tidak mengatakan tidak senonoh Yang Berhormat Bandar Baru Klang.
Duduk dulu, duduk dulu. Kenal. Hendak jadi Ketua Pembangkang kena belajar daripada saya. Dulu saya duduk kerusi itu. Dua (2) penggal saya duduk situ. Ok, tak apa.
Jangan lah sombong. Jangan sombong.
Duduk, duduk.
Ini hari-hari masuk Dewan, nak mengajar Ahli Dewan, bagi kita bercakap.
Jangan lah, balik, balik.
Dengar dulu. Ini berkaitan dia.
Masuk nak mengajar, ingat cikgu ke?
Duduk, duduk. Budak baru belajar, duduk dulu.
Saya minta yang lain tidak berkaitan, jangan ganggu saya. Saya bagi Gombak Setia tadi. Jadi Jeram jangan ajar Pengerusi macam mana hendak buat. Jangan ajar Speaker macam mana hendak buat. Okay, saya minta Yang Berhormat Gombak Setia teruskan tetapi pendek sahaja. Jangan ungkit perkara baru, perkara berkaitan sahaja, boleh? Sila, sila.
Baik, sebab itu Speaker, tadi saya dah habis soal Landasan Lumayan Sdn. Bhd. Sekarang ini, saya nak tanya, pertama, mudah saja. Apakah usaha sama yang dilaksanakan bersama Berjaya Land ini kita laksanakan secara tender terbuka? Sebab, tadi kita bangkit hujah RFP dan sebagainya dan itu ditegur dalam audit. Dan kemudian, soalan Landasan Lumayan ini, dia bukan sahaja audit MBI yang tegur tetapi dia juga ditegur oleh external audit, BDO. Ini top five (5) Audit Firm in the world. Apa dia sebut? Ability to continue as a going concern. Ini teguran BDO terhadap Landasan Lumayan. Maksudnya, syarikat ini tidak ada kemampuan untuk laksanakan projek ini. Sebab itu saya hendak tanya, adakah usaha ini JV yang dilaksanakan di antara Landasan Lumayan dengan Kerajaan Negeri ini melalui, dengan Berjaya ini, adakah dia bail out project? Untuk tutup hutang yang ditanggung, untuk tutup kerugian yang ditanggung, maka diadakan bail out sebab saya tak nak, akhirnya nanti yang digadaikan adalah tanah Kerajaan Negeri yang mana ia kepentingan Kerajaan ataupun hak rakyat Negeri Selangor.
Menteri Besar pun dalam pembentangan Bajet, dia sebut bahawa GDV nya setakat RM 1 bilion tetapi yang diumumkan oleh Berjaya kepada Bursa GDV nya nilainya RM 10 bilion. Jadi, jangan seleweng fakta dalam Dewan seolah-olah..
Yang Berhormat Gombak Setia, cukup lah.
Saya ini tidak tahu apa-apa.
Sudah, saya dah bagi masa dah cukup.
Sebab sekali lagi, sikit lagi, pendek. Mudah sahaja.
Saya nak suruh dia jawab.
Saya nak cadangkan supaya Kerajaan Negeri tangguhkan projek ini. Kita minta supaya ia dibentangkan dalam PSC, dalam SELCAT supaya kita semua Ahli Dewan ini ada hak tahu. Sebab, saya juga dapat laporan bahawa projek ini juga sebenarnya ditolak oleh LUAS sebab, LUAS juga tolak..
Yang Berhormat Gombak Setia, saya dah cakap..
Sikit sahaja, sikit sahaja.
Tak ada, cukup! Berapa lama lagi?
Ini soal LUAS, sikit sahaja.
Saya dah bagi seorang ambil terlalu lama!
Kita tak nak nanti Pegawai-pegawai ini nanti kita kambing hitamkan
Yang terakhir, yang terakhir.
10 minit sudah.
Saya sebut hari itu, jangan sebab sikap kita...
Ini sudah jadi perbahasan!
Speaker,
Okay, yang terakhir.
Kita harus rasional, saya sebut hari itu dengan baik. Jangan sampai sebab sikap kita akhirnya nanti yang dikambing hitamkan ini Pegawai Kerajaan. LUAS tegur, LUAS tak setuju sebab pembangunan Sungai Klang dia akan masuk apa dia bukan sahaja rizab sungai tetapi ada kawasan yang diwartakan sebagai kawasan lapang. Ada kawasan yang diwartakan sebagai
warta ekologi dan sebagainya. Jadi saya minta supaya kita semua Ahli Dewan tidak kira pembangkang mahupun kerajaan kena ambil tanggungjawab kena ambil tahu tentang ini dan saya minta supaya perkara ini dibawa kepada JP-PAC dan Jawatankuasa SELCAT dan Ketua Pembangkang akan usulkan, supaya ia dibentangkan sebagai usul dan saya minta Speaker ada kan ruling yang adil supaya kita semua rakyat Selangor dapat tahu, terima kasih.
Terima kasih, sila duduk Gombak Setia, Pihak EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Gombak Setia yang nampak hebat hari ini. Sebenarnya untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, projek ini mula pun pada zaman hero Gombak Setia juga la...
Jangan lah, jangan macam itu. Sekejap saya nak sebut kalau macam tu bagi saya jawab
Saya tak bagi laluan, saya tak bagi laluan. Saya tak bagi.
Tadi Yang Berhormat cakap banyak, Yang Berhormat banyak cakap. Duduk, duduk. Bagi...
Saya bagi persoalan...
Gombak Setia sudah ambil masa banyak.
(Dewan riuh)
Okay, okay sama-sama duduk. Semua duduk.
(Dewan riuh)
Yang Berhormat Speaker...
Apa! Saya nak jawab lah!
(Dewan riuh)
Banting!
Duduk, semua duduk. Banting!
Duduk duduk. Duduk. Sabar-sabar, ini pagi Jumaat.
(Dewan riuh)
Saya tak menyalak. Banting hanya berkata kalau sudah bertanya soalan...
Apa Banting? Apa? Itu sahaja you punya level boleh menyalak sahaja dalam Dewan. You punya Ipad mana?
(Dewan riuh)
Duduk duduk. Sabar, sabar ini pagi Jumaat. Kita sabar, bertenang
Ha sebab tu bagi peluang
(Dewan riuh)
Duduk duduk. Saya aturkan, saya akan aturkan. Semua duduk dahulu.
Kita bagi persoalan, EXCO jawab. EXCO cabar saya, saya jawab.
Apa takut? Kenapa takut? Bagi peluang. Ini untuk kebenaran.
Gombak Setia, Sungai Panjang. Hulu Bernam, Hulu Bernam. Ketua wanita...
Yang Berhormat Speaker, saya kira ini perlu diberi peluang dan ruang...
Ya, ya. Duduk duduk.
Dia nak menjawab soalan 10 minit. EXCO jawab 10 saat sahaja..
Sudah la Banting. Banting, apa lagi? You mahu menyalak apa Banting? You punya level itu sahaja Banting.
Kita dengar sekarang ini EXCO jawab. Speaker dah bagi laluan kepada Gombak Setia tadi.
Kita nak dengar jawapan. Gombak Setia ini tanya soalan 10 minit. Kita ni 10 saat pun tak sampai. Kita nak dengar jawapan juga.
Saya faham, saya faham. Semua faham. Duduk. Gombak Setia.
Kami juga nak dengar jawapan daripada EXCO
Seri Setia, baik saya bagi tahu Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ini semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dipilih oleh rakyat membawa suara rakyat. Jadi tidak apa, tenang. Kita akan, kita ikut peraturan. Yang Berhormat...
Jangan ingat kita baru satu penggal, kita budak-budak lah.
Yang Berhormat Gombak Setia, tadi saya bagi hampir 10 minit. Hampir 10 minit untuk dia mencelah, bertanya soalan. Tidak ada orang...
EXCO kena jaga bahasa.
Nanti dulu, tidak ada orang bagi sampai 10 minit, itu perbahasan. Tapi tak apa, saya bagi. Itu saya bagi sekarang giliran pihak kerajaan Pandan Indah jawab. Jadi sabar Pandan Indah nak jawab apa terima sahaja apa jawapannya. Sila kan Pandan Indah
Itu saya nak sebut sini tidak ada masalah Yang Berhormat Gombak Setia nak lapor pada PAC ke kepada SELCAT ke kepada SPRM silakan, tidak ada masalah kita sangat terbuka kita telus tak ada masalah. Dan saya perlu sebut tadi fakta, pembangunan Sungai Klang SMG dan juga PKNS, isu-isu berkaitan ini dilalui oleh masa Menteri Besar, mantannya saya lalui juga. Mana dia tanggungjawab bukan berlaku pada masa ini sahaja. Dia telah lama Sungai Klang ini. Jadi tentu lah Y.A.B Mantan Menteri Besar dulu pun sedar tentang perkara ini, tentang apa yang berlaku. Kita dalam proses memperbaiki supaya pembangunan Sungai Klang dapat berjalan dengan baik. Itu yang saya nak sebut sini tidak ada masalah dan saya dah sebut awal-awal di peringkat awalnya ialah SMG yang diuruskan oleh Landasan Lumayan di bawah SMGCC dalam itu ada LUAS semua. Macam mana pula LUAS tidak setuju, dia ada lama dalam konsul itu JPS pun ada semua ada jabatan-jabatan dan saya sendiri pengerusi semua nya kita mencapai persetujuan dan memastikan pelaksanaan pembangunan Sungai Klang ini menepati segala peraturan undang-undang sedia ada.
Yang Berhormat EXCO, sikit sahaja. Saya nak tanya sikit sahaja.
Tidak ada masalah, saya tak benarkan. Saya nak habiskan. Yang keduanya,
Sikit sahaja. Adakah dia melalui tender atau direct nego?
Yang kedua, saya nak bagitahu semua...
Dia tak benarkan. Dia tak benarkan, duduk.
...pembangunan Sungai Klang ini, saya sudah sebut...
Ini kalau dikata ikut peraturan,
(Dewan riuh)
Dia tidak benarkan, duduk.
Biarlah saya habiskan dulu. Saya tak habis lagi. Saya nak sebut di sini bahawa, projek ini peringkat awal kita perlu bersihkan sungai dan kosnya tinggi, saya dah sebut tadi jadi syarikat yang begini peringkat awal fasa pertama daripada 2016-2022 adalah pembersihan sungai macam mana nak dapat duit jadi kerajaan bagi peruntukan. Sama juga masa syarikat Invest Selangor diberi peruntukan untuk dia menjalankan kerja-kerja menarik pelabur. Di sini Landasan Lumayan peringkat awal nya ialah pembersihan sungai. Tanpa pembersihan sungai dan air, kualiti air, tak akan ada sebarang akan berlaku itu yang dibuat jadi apabila sungai makin bersih sebab itu mula ramai pihak berminat untuk mengadakan perbincangan atau join venture bagi pembangunan-pembangunan bukan sahaja pembangunan tanah juga pembangunan berkaitan dengan pelancongan dan sebagainya.
Ini yang sedang berlaku dan pihak Nestle, saya sudah sebut tadi. Untuk menarik minat sebab apa kita nak jadikan tema sungai ini sebagai satu model kalau kita berjaya di sini kita boleh kembangkan di sungai-sungai, termasuk Sungai Langat dan Sungai Selangor ini. Ini yang berlaku, jadi itu yang kita sedang usahakan kerajaan kita beri perhatian tentang pembangunan rizab sungai ini lah kali pertama sungai yang kita akan cuba gunakan kaedah yang lebih baik dalam pengurusan rizab sungai kita. Supaya sungai kita bersih tebing nya elok ada laluan supaya tidak rizab sungai digunakan untuk buang sampah, untuk kerja-kerja reban ayam dan ladang lembu di situ.
Yang Berhormat, boleh celahan sedikit?
Tak benarkan duduk
Ini antara usaha kita bagi memperbaiki dan apa-apa yang di timbul tentang audit itu saya nak mungkin Gombak Setia tidak tahu audit itu telah pun dijawab dan itu adalah pertanyaan daripada audit dan telah dijawab dan dipantau semuanya oleh MBI. Tentang bagaimana perjalanan anak-anak syarikat nya, jadi tidak timbul isu itu. Dan tentang saya dah sebut tadi tentang kerja-kerja, sebarang kerja pembangunan atau apa sahaja di Selangor, kita sangat telus dan kita benarkan RFP untuk menilai...
Speaker. Saya nak mohon celahan soal audit itu.
Yang Berhormat, masa hampir habis. Saya tadi bagi 10 minit sekarang dah 20 minit
Ya saya pun dah habis sebab ada gangguan.
Jadi saya minta pendekkan untuk habiskan.
Jadi saya terpaksa tamatkan disini ya. Saya tidak ada masalah Yang Berhormat Speaker.
Speaker. Saya nak sentuh sikit soal sikit audit tadi. Sebab EXCO...
Masa untuk Yang Berhormat saya sudah bagi. Sudah cukup.
Speaker, ini soal ketelusan, kebertanggungjawaban sebagai kerajaan tak kan la kita tak boleh ambil masa beberapa minit untuk allow saya...
Saya dah bagi masa dah. Yang Berhormat, ketelusan ke apa, taidak apa. Itu soal kemudian.
Benarkan saya bercakap tentang, sebab saya nampak pihak EXCO ambil mudah sahaja. Audit telah dijawab...
Sebab dia tidak mahu dengar. Dengar lah! Dengar dulu penjelasan, Duduk, dengar! Dengar dulu, dengar dulu.
(Dewan riuh)
EXCO ini penakut ke!
Siapa penakut? Dia tak nak dengar! Tak berani nak dengar!
(Dewan riuh)
... Apa yang kerajaan Negeri bagi RM 45 juta tapi yang rugi RM 50 juta ini siapa nak jawab?
Hulu Bernam. Hulu Bernam tak payah masuk campur la ingat.
Gombak Setia, Gombak Setia. Saya suruh duduk sekarang. Biar kerajaan habis jawab dulu.
(Dewan riuh)
Tadi dia sudah jawab tentang audit. Kerajaan dah jawab tadi tentang audit. Saya nak celah sahaja tentang audit itu sebab saya nampak sikap dia terlalu mudah. Ada teguran audit, teguran audit telah dijawab ada teguran audit, telah dijawab, sebab itu saya nak.
Okay duduk. Sila duduk.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya kira apa yang dibahaskan oleh Gombak Setia ini tadi adalah perkara yang penting. Sebab...
Penting, tapi dengar dulu belum habis, dengar dulu orang habis cakap baru tanya. Ini nak cari hal. Dia tidak berani nak dengar jawapan. Kalau berani, dengar jawapan.
(Dewan riuh)
Speaker, tadi EXCO dah jawab persoalan saya tentang audit.
Peraturan Tetap! Jangan ingkar!
Sebab itu sekarang ini saya nak bangun mencelah
Peraturan Tetap tu Peraturan Tetap.
Gombak Setia, Peraturan Tetap. Okay, silakan Yang Berhormat, Sungai Panjang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Peraturan Tetap 41 (e) Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya bacakan, adab Ahli yang tidak bercakap (e) mengatakan sedang seseorang ahli itu bercakap semua Ahli hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara yang kurang adab. Saya nak maklumkan dalam perbahasan atau pun dalam celahan ini berkaitan dengan Yang Berhormat Gombak Setia dan juga Yang Berhormat Pandan. Jadi saya minta yang Berhormat Bandar Baru Klang, Yang Berhormat Banting tidak perlu la jerit-jerit, bising-bising yang melibatkan marah orang lain untuk berucap. Jadi saya minta Yang Berhormat Tuan Speaker fokus kepada apa Yang Berhormat Gombak Setia dan juga yang perlu dijelaskan oleh Yang Berhormat Pandan, cukup setakat ini Tuan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Speaker.
Baik, Sungai Panjang. Sungai Panjang duduk. Duduk! Duduk dulu. Nanti dulu, nanti. Kejap. Saya gulung satu persatu, duduk. Sungai Panjang terima atas pencerahan Peraturan Tetap daripada Yang Berhormat. Saya minta Ahli-Ahli yang tidak berkaitan termasuk bandar Baru Klang termasuk Banting termasuk Sungai Air Tawar...
Saya ada dalam perbahasan Yang Berhormat.
Duduk! Dia yang cakap tidak berkaitan. Termasuk Hulu Bernam. Saya bagi amaran terakhir pada Hulu Bernam juga jangan ganggu dan juga yang lain-lain. Jangan ganggu. Saya minta sekarang Pandan Indah jawab dengan teliti kalau masa habis, habis. Itu sahaja sila yang terakhir.
Terima kasih Tuan Speaker.
Peraturan tetap
Pandan Indah, duduk dulu. Peraturan Tetap lagi.
Peraturan Tetap 35 (1). Seseorang Ahli yang hendak bercakap dari tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi maka hendak lah dia berdiri mengarahkan ucapan nya kepada Pengerusi. Tiada Ahli yang boleh cakap melainkan setelah dipanggil oleh Pengerusi, jadi saya terima lah teguran Speaker tadi tapi Speaker tegur yang Gombak Setia, dia bangun asyik cakap tanpa kebenaran itu patut juga Tuan Speaker tegur. Kena berani tegur dia. Terima kasih.
Terima kasih bandar Baru Klang. 35 (1). Gombak Setia, tadi saya tegur satu persatu terlupa Gombak Setia, Gombak Setia duduk dulu, sekarang saya tak suruh bangun. Duduk dulu
Saya nak sikit
Tak boleh. Sekarang saya suruh duduk, duduk. saya nak teguran ni. Saya nak beri teguran, duduk!
Saya nak sikit sahaja. Tak boleh? Okay Speaker. Speaker tapi, EXCO jawab habis bagi saya sikit sahaja...
Duduk, duduk. Saya bagi teguran sekarang duduk, macam tu tenang, kekal tenang.
Sikit sahaja. Boleh? Tak boleh saya whatsapp.
Selepas ini saya tidak benarkan mana-mana Ahli yang nak mencerah no more, sila kan Pandan Indah.
Okay, reda ya. Jadi macam saya sebut tadi, kita tidak ada apa nak sembunyi ceritanya. Dalam ini, sekarang ini kita dalam proses syarikat Landasan Lumayan, dalam proses untuk monetize apa yang hasil mereka usahakan selama ini kos-kos yang melibatkan pembersihan sungai. Jadi dalam perjanjian..
Bail out lah tu. Bukan monetize.
Apa bail out nya? Saya pun dari dunia korporat sebelum ini Y.B., saya tahu apa makna bail out itu, dan saya faham bagaimana pengurusan syarikat korporat. Saya masuk dilantik sebagai chairman Landasan Lumayan dan juga...
Itu yang dapat RM 10 ribu itu.
Saya tahu kaedah bagaimana di dalam
Masyuk la macam tu
Menjalani atau dalam menguruskan syarikat besar. Y.B. ada pengalaman dalam menguruskan syarikat-syarikat besar? Public listed company?
Paling tidak kita ada prinsip la.
Tapi apa yang Y.B. bagi, minta maaf Yang Berhormat bagi tentang Gombak Setia halfcook ataupun separuh masak. Tidak tepat, tentang apa yang isu yang dibangkit tidak betul.
Apa yang tak betul? Apa yang tidak tepat? Speaker,
Siapa yang serahkan... Tidak ada. Saya tak benar dah. Tak benarkan. duduk
Yang Berhormat. Saya sokong tidak boleh celah dah. Duduk! Dia tengah jawab ini, duduk. Tak boleh celah. Saya dah cakap tak boleh celah dah.
Sebab itu, saya minta Speaker pun kalau EXCO nak menjawab, saya minta tegaskan dengan betul.
Warning yang terakhir!
Kalau apa yang saya cakap itu tidak betul, detail kan apa yang tidak betul, saya akan jawab semua.
Saya bagi warning yang terakhir. Ha, duduk. Duduk, duduk.
Saya jawab tapi, dengar lah apa yang saya nak jawab. Tentang pembangunan GDV RM1 bilion, itu adalah untuk yang terdekat. Saya sudah beritahu GDV ini adalah untuk 10 tahun. Pembangunan di tempat, untuk pembangunan harta tanah ini. Jadi, 10 tahun, total RM10 bilion itu ialah untuk 10 tahun itu, keseluruhan. GDV ini, Gross Development Value, nilai dia, pasaran bagi pembangunan hartanah itu. Jadi, untuk yang masa terdekat, yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah untuk masa yang terdekat untuk tahun hadapan. Pembangunan itu yang segera itu bernilai RM 1 bilion. Itu yang maksudnya, bukan ada salah fakta, salah faham dari segi tempoh masa.
Baik, Speaker. Sikit sahaja saya minta
Saya sudah tidak benarkan. Saya nak suruh Yang Berhormat berhenti dah. Cukup Yang Berhormat!
Sebab dia jawab tadi RM1 bilion dalam masa terdekat, keseluruhan RM10 bilion.
Secara tender ataupun direct nego?
Saya dah bagi warning pada Jeram jangan cakap.
Jadi, saya nak tanya sikit, adakah sebab RM50 juta rugi...
Jeram, duduk!
Jadi kita kena serahkan 55% daripada RM10 bilion kepada Berjaya?
Saya dah tak bagi, tak bagi dah! Cukup, cukup!
Saya telah sebut berkali-kali
Duduk, duduk. Cukup, cukup.
Saya tidak tahu Yang Berhormat Gombak Setia dengar apa yang saya cakap.
Saya minta pihak Pandan Indah cuba jawab dengan profesional dan menjawab dengan pendek. Saya nak suruh cepat habiskan.
Saya dah jawab tadi Yang Berhormat Speaker.
Jangan lah hina orang. Tahu ke tidak tahu?
Bahawa kita telah buka RFP berapa lama, 98 syarikat kita panggil, begitu banyak.
(Dewan riuh)
Secara open tender ataupun tawaran?
RFP ini, macam open tender lah. 98 request for proposal.
Mana RFP open tender? Mana?
Request for bid, Permohonan untuk membida.
Sebab itu saya bertanya. Dia bukan macam, dia perlu di open tender lah.
RFP pun tak tahu. Nak tanya apa, duduk lah. Buat malu sahaja.
Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Kalau dia open tender, diiklankan. Bukan macam. Macam ni macam-macam.
Kamu berdua, jangan, jangan, saya dah cakap, duduk!
Jangan tunjuk contoh yang tidak baik. Rakyat di luar melihat. Speaker dah bagi ruling ya, jangan macam anak-anak kecil lah. Malu saya.
Bukan Yang Berhormat, ini bukan soal anak-anak kecil,
Speaker, saya seperti anak-anak dewasa. Saya minta sikit sahaja.
Semua hormat lah pada Speaker, jangan lah jerit-jerit
Tadi anak kecil, ini anak dewasa. Saya minta sikit sahaja.
Ini melibatkan tanah 600 ekar Yang Berhormat Speaker.
Cukup, cukup. Silakan jawab.
Sebagaimana yang saya sebut, request proposal ini, minta cadangan daripada syarikat-syarikat ini untuk membangunkan tanah-tanah ini. 98 syarikat kita panggil. Itu banyak tu, dan 8 yang beli dokumennya dan sampai kita sambung dua (2) kali kita sambung tempoh, tidak ada satu pun yang sanggup untuk membangunkan kawasan ini kerana saya dah beritahu masalah dia, bukan mudah hendak bangunkan kawasan yang di, bukan tanah yang besar ya, tanah yang kecil-kecil ini untuk dibangunkan terutamanya pembangunan sedia ada. Sudah ada di situ dan lagi rizab sungai lagi nak kena ambil pertimbangan bagaimana hendak buat kos untuk buat pengukuhan tebingnya lagi. Itu kos hangus yang kena dibuat. Jadi, ramai yang tidak bersedia. Apabila kita menerima cadangan,
Boleh sikit Yang Berhormat Pandan?
Saya dah kata tidak boleh. Saya tidak bagi.
Saya minta sedikit sahaja. Kebimbangan, sebab syarikat yang diberi ini, dia ada kes. Isteri dia saman Kerajaan Negeri. Jadi, benda ini menjadi pertikaian
Beri lah laluan kepada Ketua Pembangkang.
Yang Berhormat, duduklah. Saya faham. Kalau Yang Berhormat tidak berpuas hati, boleh, membawa ini kepada PAC, bawa lah kepada SELCAT dan sebagainya.
Terima kasih, terima kasih. Kita bawa dalam PAC.
Kita tidak ada masalah. Kita tidak ada apa nak sembunyikan. Sebab kita nak tengok, nak pastikan pembangunan Sg. Klang, SMG ini berjalan dengan baik, dan berdaya maju dan sustainable iaitu kelestarian dan kemampanan projek ini supaya dijadikan model kepada sungai-sungai yang lain dan juga sebagai sumber bekalan air kita, yang saya sebut tadi. Kalau kita berjaya menyelesaikan isu kualiti air lebih baik di Sg. Klang, nanti cost treatment air bagi Sg. Rasau nanti loji, kita akan berkurang. Kalau airnya, pollution nya, pencemarannya tinggi, kos untuk buat rawatan air bagi Sg. Rasau nanti akan meningkat tinggi. Kita kena faham itu, ia semua ada kaitan dalam usaha kita untuk membangunkan Sg. Klang ini. Dan kita mempunyai rancangan banyak lagi untuk pembangunan di Sg. Klang ini yang akan kita laksanakan tetapi syaratnya kita kena selesaikan dulu isu air, tentang isu penjagaan sungai dan juga pembersihan dan kebersihan dan kualiti air. Ini yang kita usahakan dan dengan kerjasama dengan Berjaya ini, yang syarikat yang memang terkenal dengan juga eko-pelancongan nanti di situ mereka telah memberikan cadangan dan kita telah bincang dan dapat penyelesaian dari segi, bukan sahaja pembangunan tanah tetapi juga pengurusan sungai ini pun termasuk dalam perjanjian untuk diuruskan bersama. Jadi, kos kepada Kerajaan Negeri tidak akan ada, tidak akan ditanggung lagi Kerajaan Negeri, kos-kos tentang pengurusan sungai ini, pembersihan air dan juga sampah di Sg. Klang selepas ini.
Jadi itu, usaha yang kita buat dan saya rasa, saya masa pun di hujung, saya cuma hendak sebut lagi selain daripada SMG yang diakhirnya ialah tentang berkaitan dengan pertanian dan juga saya nak sebut sikit tentang pembangunan ekonomi Sabak Bernam. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan yang kita tubuhkan semata-mata untuk melihat supaya daerah Sabak Bernam ini setanding kalau tidak lebih pun setanding dengan daerah-daerah lain daripada segi pembangunan ekonomi. Dan Alhamdulillah dalam masa setahun ini, kita telah lihat dengan perkembangan-perkembangan yang sangat positif ke arah pembangunan Sabak Bernam supaya maju
daripada segi ekonominya. Antara yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tentang Sg. Lang yang kita bersama-sama usahakan, pembangunan di Sg. Lang tetapi masih mengikut kluster pertanian dan juga agro dan agro-pelancongan. Termasuk lah juga di Ayer Manis. Saya faham ada kelambatan, kelewatan di situ, InsyaAllah kita sedang usaha untuk mempercepatkan proses dan juga di Hay Resort yang telah kita berjaya dapatkan pelaburnya
Yang Berhormat, sikit sahaja celahan saya.
Dan juga pembangunan-pembangunan lain
Yang Berhormat, sebab ini menyentuh kawasan saya.
Saya ada masa sikit sahaja Yang Berhormat.
Yang Berhormat Speaker, saya hendak menyentuh sedikit.
Okay, pendek sahaja.
Saya nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana mempunyai idea, cadangan-cadangan, dan saya menerima segala idea dan cadangan yang baik untuk masyarakat tetapi persoalannya adalah daripada segi pelaksanaan. Daripada segi pelaksanaan itu yang paling penting. Sebab benda ini telah disebut, tidak silap saya bajet tahun 2020, tetapi sehingga hari ini tidak nampak lagi. Yang saya nampak hutan paya bakau itu, dulu kata nak tanam sawit, tidak berlaku. Jadi, saya kira Kerajaan Negeri kena buktikan langkah-langkah awal berkenaan gerak kerja seperti mana yang diperkatakan. Jangan setiap tahun kita mendengar kepada benda yang baik, betul lah. Saya sokong. Tetapi kalau pelaksanaannya tidak baik, dia tidak jadi juga. Begitu juga tadi, berkenaan dengan isu Sg. Klang tadi. Saya menerima pandangan yang baik. Tetapi dari segi pelaksanaan, perlu dinilai semula.
Baik, Yang Berhormat, Yang Berhormat, tadi tanya soalan apa?
Kerana Syarikat Landasan Lumayan itu ada menyaman Kerajaan Negeri Selangor
Nanti saya tanya! Yang Berhormat, soalan apa tadi? Ayer Manis, ha cerita tentang Ayer Manis, dah. Cukup.
Okay Yang Berhormat Speaker, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham kehendak itu, kalau boleh memang kalau boleh semua benda kita hendak buat hari ini juga. Buat lah. Memang tak nak tangguh-tangguh tetapi ada kekangan-kekangan kita kena fahami juga. Tetapi usaha untuk mendapatkan pelabur Yang Berhormat,
Yang Berhormat, sikit lagi. Berkenaan dengan sembelihan ayam
Saya tidak benarkan. Duduk.
Yang Berhormat, usaha hendak mendapatkan pelabur ini pun bukan satu perkara yang mudah Yang Berhormat, untuk Sabak Bernam. Sebab itu sekian lama dia agak ketinggalan. Tetapi dengan usaha kita, perancangan dari segi infrastruktur terutamanya, dengan WCE nya walaupun ada sikit masalah di Tanjung Karang itu, tetapi kita akan cuba percepatkan dengan juga infrastruktur lain. Saya bawa baru ini, bos Telekom Malaysia bawa sendiri pergi sana untuk tengok bagaimana kita tingkatkan fibre bagi kawasan-kawasan disekitar daripada Sungai Lang sehingga ke BNO. Saya bawa sendiri, dan juga kita bawa, minta pada JKR tengok apa lagi jalan yang perlu kita pertingkatkan supaya Sungai Lang ini nanti kesinambungannya berjalan dengan baik. Jadi, semua usaha ini kita buat. Dan juga melihat lagi, apa lagi industri yang sokongan. Sebab, kita perlukan industri hiliran kalau kita nak cipta kerja-kerja yang lebih berkualiti kena ada industri hiliran terutamanya dalam pertanian. Dia tidak boleh, sana ternak ayam banyak. Tetapi ayamnya dibawa ke tempat lain untuk diproses. Jadi, kena diproses di situ baru ada kerja. Bila ada kerja
Yang Berhormat Speaker
Batang Kali, saya tidak benarkan. Duduk.
Kalau ada pekerjaan yang baik, baru boleh menarik anak-anak muda kita supaya kekal di sana dan ada permintaan perumahan
Yang Berhormat sikit, sikit. Ini saya tidak ada apa, ini hendak beritahu sikit tentang sembelihan ayam tadi, saya sokong. Cuma saya difahamkan ia di tapak Sekendi betul? Tetapi sekarang, di tapak Sekendi itu saya tengok orang kampung sedang tanam pertanian. Saya ingat mungkin Kerajaan Negeri sudah bagi kebenaran. Jadi, kalau orang ini baru tanam di dalam masa yang sama Kerajaan Negeri buat pula sembelihan ayam, ini antara isu-isu yang perlu diselesaikan lah sebelum pelaksanaan.
Cukup, cukup.
Ya, sabar, sabar. Yang Berhormat, kita kekangan banyak, saya sudah sebut tadi. Kekangan macam-macam kekangan
Yang Berhormat Speaker, saya nak setengah second sahaja.
Tidak, saya tidak benarkan. No second.
Tak, saya nak tanya sama ada
Diminta duduk, no second!
Ini adalah pengakhiran kepada jawapan daripada EXCO. Kerana banyak soalan saya tidak dijawab.
Batang Kali, duduk! Batang Kali, duduk! Saya minta duduk, saya tidak benarkan.
Tuan Speaker, bawa bertenang. Jangan marah-marah. Cakap relax lah
Saya minta Batang Kali duduk.
Tak, saya bawa suara rakyat Batang Kali. Untuk tanya dalam Dewan, bukan tak nak jawab soalan saya.
Relax, sabar, jangan marah Speaker. Relax.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya bagi amaran yang terakhir khususnya Batang Kali, sebab Batang Kali tidak ada bahas isu Ayer Manis dan sebagainya. Duduk, duduk.
Adakah ini jawapan akhir daripada EXCO, saya tanya itu sahaja. Kalau ini jawapan akhir daripada EXCO, kenapa soalan saya tidak dijawab? Itu sahaja saya nak tanya.
Okay, cukup.
Bagi ruang kepada rakyat
Duduk, duduk. Yang Berhormat, silakan duduk.
Yang Berhormat Sungai Air Tawar ada timbulkan juga beberapa perkara berhubung dengan aspek-aspek seperti penjagaan, ILDA dan sebagainya, kita akan teliti. Saya bukan tidak dengar, saya dengar di bawah pembangunan ada bangunan-bangunan yang masih dalam peringkat penyelesaian yang perlu kita buat. Yang Berhormat Sekinchan pun minta pusat pengumpulan ikan pun masih belum selesai. Jadi, semua itu dalam perancangan kita dan memerlukan sedikit masa dan dibuat berperingkat-peringkat. Jadi, apa yang jaminan janji kita, kita sentiasa ada pertemuan dengan pihak-pihak bertanggungjawab sama ada pihak Majlis Daerah, sama ada pihak Pejabat Daerah dan sebagainya, Jabatan-jabatan pertanian kita sentiasa ada pertemuan bulanan untuk kita teliti dan melihat pemantauan, bagaimana lagi usaha-usaha kita dapat pertingkat dan percepatkan tetapi kekangan yang kita hadapi adalah daripada segi kekangan pandemik dan sebagainya PKP, sedikit sebanyak ada mengganggu juga. Dan kerja-kerja di Smart Selangor Agro Park, atau Agro Farm yang kita nak buat di Sungai Air Tawar dan juga di Sungai Panjang itu masih dalam perancangan kita, untuk kita laksanakan. Dan saya rasa saya dah berada di penghujung ini, saya, untuk Batang Kali, Yang Berhormat, saya ada menyentuh semalam sedikit tentang banjir. Tentang benda lain, memang banyak lagi yang saya perlu jawab, saya akan jawab. Secara bertulis lah kepada Yang Berhormat atau boleh whatsapp lah kepada saya
Mana boleh whatsapp-whatsapp. Saya soal secara rasmi, jawab secara rasmi.
Yang Berhormat, kekangan saya ialah dua (2) jam dah saya dah bercakap tetapi
EXCO pun dah penat dah.
Kalau saya diberi masa lagi, boleh. Tiada masalah bagi saya untuk nak menjawab.
Tak boleh, tak boleh ambil floor orang lain banyak sangat.
Tetapi masa terhad, bukan kerana banyak benda yang perlu dijawab. Saya tiada masalah nak jawab-jawab ni. Saya tidak ada keraguan.
Benda yang tidak ada masalah, banyak kali dah bagi laluan.
Betul. Kita harapkan InshaAllah, saya akan perjelas, tidak ada masalah.
Bukit Gasing duduk. Duduk! Pandan Indah kalau habis, tiada, sila bagi laluan pada orang lain.
Yang Berhormat Speaker, whatsapp saja, whatsapp saja.
Pandan Indah, dah habis belum?
Whatsapp saja, whatsapp saja. Pandan Indah whatsapp saja, tidak ada masalah, whatsapp.
Terima kasih semua.
Habis? Duduk, baik. Terima kasih Pandan Indah kerana guna dua (2) jam untuk jawab. Saya minta Yang Berhormat Kajang.
Terima kasih kepada Tuan Speaker yang bijaksana untuk meringankan semua masalah yang timbul. Tadi saya nampak, saya nak menasihatkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk celahan ini, bukan pembahas. So, jangan lah 10 minit.
Itu saya sokong, lebih sikit, setengah jam.
Gombak Setia, belajar lah. Sekarang macam kelakuan agak nakal sedikit lah. So, jangan berlaku, rakyat pantau kita tengok kita. Kelakuan macam itu, saya rasa tidak patut. Kalau penceralan, penceralan. Dua (2) minit, satu (1) minit cukup. Jangan sampai 10 minit macam nak berbahas. Tidak betul ini. So, saya nak sarankan supaya kita, kalau nak celah, celah dengan betul-betul. Jangan sampai nak bahas. Itu bukan ruang Ahli Yang Berhormat.
Untuk saya nak menjawab beberapa soalan yang penting, bukan semua yang saya akan jawab Yang Berhormat di mana saya mendapati banyak perkara yang telah pun dibahaskan. Ada yang bagi cadangan, so yang bagi cadangan ini saya tidak akan bagi jawapan lah. So saya hanya memetik beberapa perkara yang penting yang saya perlu berikan, beritahu di sini. Yang pertama, tentang perhutanan. Tentang perhutanan,
Yang Berhormat, EXCO Kajang, sila duduk. Nampaknya Yang Berhormat Kajang dia enjin Diesel, slowly and steady, tidak apa. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 12.00 tengah hari maka saya menangguhkan Dewan hingga ke jam 3.00 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dewan bersidang semula. Saya persilakan Yang Berhormat Kajang untuk menyambung penggulungan.
Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan yang dibahas oleh Yang Berhormat dari Banting. Berkenaan dengan status kualiti air Sungai Langat dan juga potensi pencemaran di Lembangan Sungai Langat Daerah Hulu Langat hingga ke Kuala Langat. Dan juga tindakan usaha yang diambil Kerajaan Negeri Selangor bagi meningkatkan kualiti air Sungai Langat. Untuk makluman Yang Berhormat, pencemaran sungai merupakan isu yang kerap kali berulang. Dan ada di antaranya menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA).
Berdasarkan laporan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Negeri Selangor 2021, Bil 3/2021, status kualiti air Sungai Langat sehingga Oktober 2021, adalah 81, yang dikategorikan sebagai bersih. Sungai Langat merupakan lembangan sungai utama yang membekalkan sumber air lebih 30% bagi bekalan domestik dan juga industri di Negeri Selangor, melibatkan beberapa LRA di bahagian hilir seperti LRA Batu 10, Sungai Langat, LRA Cheras Batu 11, LRA Semenyih dan Semenyih 2, LRA Bukit Tampoi dan juga LRA Labohan Dagang. Punca pencemaran yang dikenal pasti dari Hulu Langat sehingga Kuala Langat adalah pelbagai, berikutan pembangunan yang pesat di lembangan sungai. Iaitu pencemaran tetap, point sources, seperti aktiviti perindustrian dan juga komersial, loji rawatan kumbahan, penternakan, kerja tanah dan juga pencemaran bukan tetap. Iaitu non-point sources seperti pertanian dan lain-lain lagi.
Selain itu terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik sama ada di rizab sungai ataupun dalam sungai, seterusnya menjejaskan kualiti air sungai yang berisiko yang menyebabkan henti tugas loji rawatan air. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sentiasa memandang serius dan juga mengambil langkah pro aktif bagi memastikan setiap insiden pencemaran di ambil tindakan segera. Supaya memastikan sumber air Selangor terpelihara. Bagi menangani isu pencemaran pihak LUAS sentiasa bekerjasama dengan agensi yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor (SPAN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Daerah (PDT) serta pelbagai agensi lain yang berkaitan dalam Ops Sumber Air Negeri Selangor, memastikan sumber air di kawasan tadahannya terpelihara daripada aspek kualiti dan kuantitinya.
Sebagai rujukan sehingga November 2021, hanya dua (2) insiden kod merah, yang menyebabkan henti tugas LRA Sungai Semenyih direkodkan di Lembangan Sungai Langat. Berikutan insiden bau dalam air mentah. Sebanyak empat belas (14) insiden kod kuning telah berjaya ditangani dan tidak menjejaskan operasi LRA serta gangguan bekalan air. Perincian jumlah insiden adalah seperti yang saya akan lampirkan di mana untuk makluman Yang Berhormat, ramai dikalangan Ahli Pembangkang menyatakan selalu kerap berlaku insiden pencemaran air dan henti tugas. So, saya nak beritahu Yang Berhormat, untuk tahun ini, untuk 2021, sampai November hanya dua (2) kali sahaja. Berbanding dengan tahun 2020, sebanyak dua belas (12), 2019, sembilan (9), 2018, tiga (3). Ini menunjukkan Ops Sumber Air ini berjaya. (TEPUK). Di mana tahun hanya dua (2) kali. So, kita harap, tahun depan, tiada lagi henti tugas yang akan berlaku. So, ini merupakan kejayaan Kerajaan Negeri Selangor untuk menangani isu pencemaran sungai, yang kita pastikan ia tidak berlaku pada masa akan datang.
Minta penjelasan.
Banting.
Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker. Untuk merancakkan lagi dan menjadi, menambahkan kelestarian pembangunan di sekitar Sungai Langat ini, soalan saya ialah, adakah mungkin kerajaan mengambil contoh daripada apa yang berlaku dan juga usaha yang sekarang berlaku di kawasan lembangan Sungai Klang, di mana kami tadi ada dengar begitu banyak input daripada kerajaan, berkenaan pembersihan sampah dan sebagainya. Potensi pembangunan Sungai Langat dan lembangannya adalah besar, ada di situ. Dan barangkali adalah yang kedua (2) terbesar selepas Sungai Klang. Dan sekiranya kita boleh memulakan proses perancangan ini, termasuk pembersihan dan sebagainya dengan lebih awal, adakah mungkin kita boleh mengambil contoh ataupun mengambil model Sungai Klang ini sebagai sesuatu yang kita boleh ikut, lakukan usahakan untuk Sungai Langat dan menjadikan ia setanding dengan pembangunan yang kita bakal lakukan untuk Sungai Klang. Kerana Sungai Klang ini, kita bermula dengan satu keadaan yang cukup dahsyat, cukup tercemar. Tapi Sungai Langat ini, tidak begitu tercemar. Kalau kita boleh ambil langkah, perancangan yang lebih rapi, barangkali kita boleh melakukan atau menjadikan pembangunannya setanding dengan Sungai Klang. Barangkali, dan sekarang Sungai Klang, kita akan adakan satu loji Rawatan Air Sungai Rasau. Yang akan menggunakan rawatan yang canggih, menggunakan, dalam perbahasan saya, saya ada mengatakan tentang teknik rawatan air menggunakan activated carbon. Saya rasa di sekitar Lembangan Sungai Langat ini, ada banyak bahan-bahan organik yang kita boleh gunakan sebagai activated carbon. Dan kita tak perlu import itu Mers activated carbon dari luar negara untuk merawat air ini. Jadi Lembangan Sungai Langat ada banyak LRA, Semenyih, Semenyih 2, sekarang ini ada Loji Rawatan Air Labohan Dagang. Mungkinkah kita ke arah hala tuju itu, mencorakkan untuk ke arah itu.
Terma kasih cadangan daripada Yang Berhormat Banting. Saya rasa tak perlu saya hurai, dia lebih tau dari saya. So, di mana kita memang ada perancangan Sungai Klang, di mana kita akan membina satu Loji Rawatan Air Sungai Rasau, yang telah pun disebut oleh Yang Berhormat, ini merupakan loji rawatan air yang terbaru, yang kita akan bina. Tapi itu bukan di bawah portfolio saya. Di mana klik saya, yang menjaga infra, akan menjawab soalan ini ialah untuk sungai. Saya hanya bertanggungjawab dalam pencemaran.
So, untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB Bukit Lanjan. Ini sangat interested, mencadangkan bayaran RM300 juta daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Selangor sebagai pampasan fiskal kerana pemeliharaan kawasan hutan simpan kekal di negeri Selangor. Saya memang menyokong, menyokong di mana secara umumnya Kerajaan Negeri Selangor amat menyambut baik cadangan bayaran pampasan fiskal oleh Kerajaan Pusat kerana pemeliharaan hutan simpan kekal di Selangor seluas 250,207.39 hektar ataupun bersamaan dengan 31.6% daripada keluasan negeri. Hal ini juga bertepatan dengan dasar Kerajaan Negeri pada ketika ini, iaitu melaksanakan moratorium ke atas pembalakan selama 25 tahun sejak tahun 2010. Yang ini, Sijangkang kena dengar baik, kena sokong, jangan bantah. So, kita harap Sijangkang juga boleh isu ini ke Kelantan juga, ya. Dasar itu menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor telah pun melihat jauh ke hadapan. Iaitu perlindungan hutan dan juga biodiversitinya adalah lebih penting daripada penjana hasil melalui sumber kayu balak semata-mata. Dengan pelaksanaan dasar moratorium ini, khazanah hutan di Negeri Selangor masih terpelihara seperti yang dilaporkan oleh satu kajian yang diterbitkan oleh dalam artikel..., pada Ogos 2021, Selangor adalah merupakan negeri yang paling rendah mengalami kehilangan hutan, forest lost. Berbanding dengan negeri lain di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 2001 hingga 2019. (TEPUK). Ha, ini kena bagi puji la, Sijangkang.
Pada 21 November 2021 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, telahpun menyatakan bahawa kerajaan pusat akan mencari formula terbaik, bagi menilai jumlah pampasan yang dapat memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri, dan tidak membebankan Kerajaan Pusat. Hal ini disebabkan terdapatnya cadangan daripada Negeri Kedah dan Pahang, yang menuntut pampasan di atas pengekalan kawasan hutan simpan kekal (HSK) negeri masing-masing baru-baru ini. Tuntutan pampasan yang dicadangkan adalah berjumlah RM100 juta setahun, bagi Negeri Kedah di atas pengekalan 36.4% kawasan hutan simpan kekal negerinya. Manakala, Pahang mencadangkan tuntutan pampasan berjumlah RM150 juta setahun, di atas pengekalan lebih 57% kawasan hutan simpan kekal di negerinya.
Pada masa kini juga, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli iaitu KeTSA sedang dalam peringkat akhir semakan semula Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016 hingga 2025, iaitu DKBK. DKBK telah pun menggariskan beberapa strategik dan tindakan berkaitan penambahbaikan mekanism kawasan hijau iaitu green financing mechanism. Ia termasuklah penubuhan polisi, perundangan dan juga mekanisme
institut untuk melaksanakan rangka kerja kewangan, REDD Plus. Memperkenalkan skim bayaran ke atas perkhidmatan ekosistem hutan, Payment for Eco-System Service (PES). Menubuhkan mekanism Ecological Fiscal Transfer (EFT). Memperkasakan National Conservation Trust Fund (NCTF) dan lain-lain lagi. Semakan semula DKBK ini dijangka akan selesai pada penghujung tahun 2021, dan akan dibentangkan semula di peringkat yang lebih tinggi.
Menyentuh soal nilai hutan tersebut, adakah wajar sekiranya menggunakan kaedah penilaian berasaskan perkhidmatan ekosistem hutan seperti yang telah pun diperkenalkan oleh The Economic Ecosystem And Biodiversity (TEEB) for local and reginal policy maker 2010. Keadaan ini telah pun menyenaraikan sejumlah 22 jenis perkhidmatan ekosistem hutan yang boleh dinilaikan dalam terma ekonomi. Di antara jenis-jenis perkhidmatan ekosistem tersebut adalah bekalan makanan, bekalan air mentah, fauna, ubatan, kawalan cuaca, kawalan banjir, pendebungaan, penapisan air, fotosintesis, pembentukan tanah, biodiversiti, habitat, budaya, estetika, kerohanian, pendidikan dan juga rekreasi. Berdasarkan kajian yang telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Kerajaan Negeri Selangor, nilai perkhidmatan ekosistem hutan bagi keseluruhan Hutan Simpan Raja Musa, Kuala Selangor,adalah dianggar berjumlah 1.54 juta ataupun 43,300 per hektar. Kajian ini hanya memfokus kepada 10 jenis perkhidmatan ekosistem hutan sahaja. Kajian hanya meliputi jenis hutan paya gambut. Masih terdapat jenis-jenis hutan lain di negeri Selangor. Di mana ia hutan paya laut dan juga hutan darat. Sempena itu, boleh dikatakan Selangor berada di landasan yang amat baik, dalam konteks bayaran fiskal ini. So, kita haraplah pusat boleh bagi kita RM300 juta sebagai satu tambahan pendapatan kepada negeri Selangor. Kalau Kedah berhak, Pahang berhak, why not Selangor. Saya memang sokong, Yang Berhormat.
Soalan tambahan..
Ya.
Soalan tambahan. Speaker.
Balakong.
Terima kasih. Nak tanya tentang, kepada Yang Berhormat EXCO, apakah pandangan Yang Berhormat EXCO, tentang penutupan sementara hutan simpanan kekal yang dibangkitkan oleh, yang dikeluarkan notis daripada Jabatan Perhutanan dan menyebabkan semua aktiviti pendakian tidak boleh dijalankan dalam tempoh dua(2) bulan ini. Sedangkan dua (2) bulan ini sebenarnya adalah cuti sekolah, lepas itu ramai yang pergi mendaki hutan, jadi adakah dan juga, adakah semua hutan simpanan tidak dibenarkan untuk buat aktiviti pendakian dan juga, adakah Bukit Wawasan Puchong di dalam senarai juga, yang tidak dibenarkan untuk mendaki. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Yang Berhormat ni memang peminat pendaki lah, dan juga semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain memang minat untuk mendaki termasuk saya. Dan Wawasan merupakan satu kawasan yang di mana sangat menarik untuk kita mendaki. Untuk makluman Yang Berhormat memang Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah pun mengeluarkan notis dengan berkuat kuasa 01 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022, di mana semua hutan simpan kekal akan ditutup kerana monsun dah tiba. Hah! Ini memang satu arahan tapi selepas saya bincang dengan Pengarah Jabatan Perhutanan, kita akan beri kelonggaran kepada Hutan-hutan Rimba yang merupakan satu tempat tarikan pelancongan, itu dikecualikan. Hah! Dan juga Wawasan hah! Juga dikecualikan kerana laluan A, B itu pernah diluluskan di Mesyuarat MMKN pada 10 tahun yang lepas. So, kita masih mengekalkan supaya walaupun dia ada sekatan kali ini tapi dia tidak termasuk kepada Hutan Rimba Ekopelancongan dan juga Wawasan Puchong yang sangat-sangat dikenali yang disukai oleh ramai dan juga ini hanya melibatkan kawasan gunung. Kawasan yang pendalaman yang di mana kita khuatir kalau dalam musim monsun ini kalau kita mendaki masuk ke hutan yang mendalam ini akan berlaku kemungkinan runtuhan tanah, kemungkinan akan sesat, hujan lebat, itu yang kekhuatiran kita, kita takut sebab itu lah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengeluarkan arahan ni tapi dia ada kelonggaran sikit so kita harap selepas penerangan ini semua faham di mana ada yang, ada tempat-tempat tertentu yang tidak di masuk dalam kategori ini.
Okay, untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Ketua Pembangkang ya. Isu kawasan Hutan Simpan Paya Bakau di Kampung Sungai Tengah Utara yang diusahakan oleh PKPS bagi tujuan tanaman sawit yang terbiar. Habitat monyet di kawasan tersebut telah pun terganggu, merosakkan hasil tanaman orang kampung dan premis-premis jabatan kerajaan yang berhampiran.
Terima kasih Yang Berhormat kerana prihatin terhadap monyet-monyet ni. Hah! Untuk maklumat kawasan Hutan Simpan Paya Bakau di Kampung Sungai Tengah Utara yang dimaksudkan adalah bukan Hutan Simpan Kekal di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985. Pada tahun 2012, tanah ini telah pun diluluskan secara pewartaan kepada PKPS untuk tujuan kelapa sawit. Walau bagaimanapun terdapat pertikaian daripada penduduk Sungai Tengah Utara yang menyatakan kawasan tersebut wajar dijadikan sebagai kawasan kampung tersusun di samping memelihara dan memelihara ekologi, ekologi hidupan liar yang terdapat di atas tanah tersebut. Selaras dengan itu, PKPS telah membuat keputusan untuk menyerahkan semula tanah tersebut kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2016.
Terima kasih Yang Berhormat Klang, Kajang. Minta Maaf. Yang Berhormat Kajang. Berkenaan dengan hutan saya bukan Hutan Paya Bakau bukan Hutan Simpan. Hutan Paya Bakau di Kampung Sungai Tengah yang mana sebelum ini hutan ni memang pernah dicadangkan oleh Mantan
Yang Berhormat Sungai Air Tawar pada waktu ketika itu Dato’ Yasir, dia pernah cadangkan untuk jadikan Desa Kera kerana kawasan sini tempat habitat kera. Walau bagaimanapun pada tahun 2012, PKPS nak buat projek kelapa sawit jadi memang lah dapat bantahan daripada orang kampung. Pertama, bakau tu dah ditebang dan dia di tepi laut mana sesuai nak buat projek sawit. Jadi saya beranggapan sekarang yang paling penting bakau tu dah habis dan kawasan tu terbiar. Jadi kalau ia pun dah, dah, dah ada perancangan lain dan sebagainya dimulakan lah. Dimulakan. Jadi kawasan tu dah terbiar kera pun dah tak ada penempatan dah berkeliaran jadi isu di DUN Sungai Air Tawar dalam masa yang sama bakau habis licin dikerjakan PKPS ni.
Terima kasih Yang Berhormat sangat prihatin dan ya 2016 kawasan itu telah pun diserah balik kepada Kerajaan Negeri dan kita akan tengok balik untuk menanam semula pokok-pokok bakau di kawasan itu dan itu saya akan bincang dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. So, untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Banting juga tentang, tentang apa? Mengalukan cadangan Kerajaan Negeri untuk memulih Hutan Terosot di Kuala Langat bagi melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan juga PKPS melibatkan kos berjuta. So, satu pemantauan dan pelaporan secara berkala perlu disediakan bagi memaklum status kemajuan pemulihan Hutan Simpan itu dan Tuan Speaker dalam konteks pelaksanaan program pemuliharaan Hutan Terosot, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah pun mengenal pasti beberapa lokasi Hutan Terosot yang sesuai untuk dipulihkan. Lokasi-lokasi ini kebanyakannya melibatkan jenis hutan paya gambut yang sering terbakar, di ceroboh. Di ceroboh iaitu daerah Kuala Langat dan juga Kuala Selangor. Di antara perancangan pemulihan yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 adalah seperti penambahbaikan sistem pengurusan hydrologic paya gambut. Penanaman spesies-spesies pokok, pokok litis seperti Ramin, Mesawah, Paya, Meranti Paya dan lain-lain. Di samping itu, penanam pokok ini akan turut melibatkan pelbagai pihak termasuklah komuniti, NGO-NGO dan pelajar-pelajar.
Kerjasama melalui program CSR untuk pemulihan Hutan Terosot ini juga turut dilaksanakan melibatkan agensi-agensi Kerajaan seperti Angkasa, agensi seperti Angkasa, West Port, UTM, TMB, Petronas, Yayasan Hijau Malaysia. Pada peringkat awal, ini juga Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bersama PKPS sedang menyediakan pelan pemulihan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. Pelan ini akan memfokuskan strategi-strategi yang bersesuaian untuk pemulihan kawasan terosot yang dianggarkan berkeluasan 500 hektar. Sudah pastinya, saranan untuk memasukkan elemen pemantauan.... JPNS dan PKPS dalam usaha memelihara dan juga restorasi dan pelaporan secara berkala serta berjadual akan diberi perhatian didalam penyediaan pelan ini. Seterusnya komitmen yang tinggi akan diberi untuk memastikan matlamat dan objektif utama pemulihan hutan terosot ini dicapai.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB, Yang Berhormat Sijangkang ya berhubung dengan pelancongan. Topik pelancongan. Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting ya dan juga Yang Berhormat Sijangkang ada membangkitkan isu berkaitan Kuala Langat perlu diketengahkan sebagai kawasan tumpuan dan berpotensi dalam pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, produk-produk pelancongan di daerah Kuala Langat adalah seperti aktiviti sukan luncur udara di Bukit Jugra iaitu para gliding ya dan juga perahu layar, boat sailing di Batu Laut. Perkampungan Budaya Mak Marie, di Pulau Carey dan juga Fo Guang Shan Dong Zen di Jenjarom. Antara inisiatif yang telah pun dilakukan untuk mengangkat martabat Kuala Langat sebagai kawasan tumpuan dan potensi adalah seperti berikut:-
(1) Penganjuran program friendship dengan media bagi memperkenalkan keindahan alam semula jadi dan juga warisan sejarah yang terdapat di sekitar Kuala Langat.
(2) Pernyataan dalam Tourisam Selangor Global Convention dan juga Selangor International Business Summit (SIBS).
(3) Pembinaan kelong-kelong di Pantai Kelanang.
(4) Menaik taraf Pantai Morib dengan penyediaan ruang niaga, food truck dan juga penambahan tempat letak kereta
(5) Memperkemaskan aktiviti ataupun Pakej Inap Desa ataupun homestay.
(6) Cadangan revitalision kepada tapak warisan yang terbiar di bekas tapak Jeti Pengkalan Batu Hampar dengan kerjasama Averton Cove Golf Island Resort Sdn. Bhd. bagi aktiviti River Cruise.
(7) Menggalakkan kewujudan restoran yang menjanjikan medan ikan bakar, makanan laut di pesisiran pantai-pantai daerah Kuala Langat.
Saya rasa itu sahaja ya.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Kita telah dimaklumkan bahawa Negeri Selangor di bawah pelancongan telah mengadakan satu tema yang baik iaitu Pusing Selangor Dulu. Tadi EXCO pun ada katakan apa yang berlaku di Jugra ya menjadi satu tempat yang baik untuk pelancongan. Tetapi pada masa yang sama saya dengar cerita ada beberapa PBT yang ada pelan untuk trip ke Genting Highlands ataupun Langkawi dan sebagainya. Apa salahnya kalau PBT kalau ada trip mengapa tidak Pusing Selangor Dulu. Apa pandangan (ketawa) EXCO pelancongan? Terima kasih.
Terima kasih. Kali ni saya menyokong Sungai Pelek. Di mana kita mempromosikan nak bercuti Pusing Selangor Dulu tapi kita merasa sangat kecewa lah banyak agensi Kerajaan pilih bukan di Selangor tapi pusing di negeri lain buat masa ini lah. So, banyak trip-trip yang dijalankan di Langkawi lah, di Penang lah, di mana-mana tempat tapi tidak pilih Selangor. Saya juga hairan. So, saya sebagai EXCO Pelancongan memang menggalakkan semua agensi Kerajaan Negeri di Selangor memberi keutamaan kepada Selangor. Pusing Selangor Dulu (tepuk meja). Hah! Bagi pendapatan hah! dan ekonomi kepada Selangor dulu sebelum kita pergi ke negeri lain. Sekian. Saya rasa itu sahaja ucapan penggulungan saya ya.
Yang Berhormat, saya ingin nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO, adakah selain daripada Pakej Pelancongan adakah insentif ataupun apa-apa ganjaran ataupun geran kepada transportation untuk mereka yang bermula ataupun mula semula untuk membekalkan transportation kepada pelancongan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Dua hari yang lepas saya baru bincang dengan EXCO Pengangkutan ya kawan saya kita nak start bas persiaran ya On Hock Hoe di mana sekarang kita perhatian di KL memang ada tapi di Selangor kita belum lagi diadakan. So, perancangan kita, kita akan start pada bulan Februari di mana kita akan start di KLIA dulu KLIA dan kemudian kembang di Sungai Pelek, Sepang, Sepang. So, itu akan pusing di KLIA dan pusing di Sepang supaya kita boleh bagi satu tawaran servis kepada Selangorian ataupun pelancong daripada luar negara untuk mereka pusing Selangor dulu. Pusing dengan bas yang kita sediakan. Ia hanya boleh tempah online hanya dengan bayaran RM30.00 boleh pusing satu hari di Sepang ataupun di KLIA. Selepas itu kita akan berkembang ke tempat lain, di Klang, di Klang Valley, di Kuala Selangor ke Sekinchan. Itu hasrat kita, memang ada perancangan ini.
Yang Berhormat EXCO, boleh tak membuat, bagi pertimbangan kepada Balakong juga sebab kita memang perlu pengangkutan untuk menjalankan pelancongan perindustrian. Terima kasih YB EXCO.
Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Memang kita ada perancangan untuk menghidupkan kembali industri pelancongan yang berasaskan perindustrian. Di mana di Malaysia ini memang kita local product yang dihasilkan oleh kilang-kilang tempatan. Buatan tempatan tapi kita tidak tahu apa produk tu. So, saya rasa tiba masanya Kerajaan Negeri Selangor akan menumpukan industri pelancongan berasaskan industri. Di mana, I mean pelancong boleh tengok nampak, menikmati semua proses satu produk, local product yang dihasilkan pada masa yang sama dia boleh menikmati produk itu, coklat ke, ice cream ke di Balakong memang banyak industri-industri yang bersederhana dan kecil yang memang memfokuskan local product. So, saya memang support, so, saya akan bincang
dengan Tourism Selangor tengok bagaimana kita nak start produk ini dengan pilih dua tiga produk yang ada untuk kita skid off industri pelancongan untuk perindustrian. Terima kasih.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Kajang. Saya persilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk menggulung perbahasan dan penjelasan. Silakan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih seluruh Ahli-Ahli Dewan dan juga barisan EXCO yang telah menjelaskan secara butiran-butiran bagi perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan ketika kita membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan atau pun Belanjawan Tahun 2022 Negeri Selangor Darul Ehsan.
Tuan Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu di peringkat awal saya ingin memberikan gambaran terhadap beberapa perkara khusus berkenaan dengan kaedah perbelanjaan negeri kerana terdapat dua sekutub pandang yang telah dikemukakan oleh dua Ahli Dewan khususnya oleh Sungai Air Tawar dan juga Gombak Setia. Kenapakah kita berbelanja dengan cara defisit manakala Gombak Setia menyatakan kita tidak cukup mengenakan defisit. Harus ditambah defisit tersebut supaya melaksanakan perbelanjaan secara expansionary ataupun membentangkan dan melebarkan peruntukan-peruntukan yang sedia ada.
Untuk maklumat Sungai Air Tawar terutamanya, kerajaan Negeri telah mengingatkan dan memberikan penerangan daripada awal khususnya seawal pembentangan bahawa belanjawan yang dirangka oleh pihak kerajaan Negeri adalah berunsur ataupun berasaskan kepada usaha-usaha untuk menyediakan negeri Selangor sebagai sebuah negeri tahan uji. Justeru, salah satu daripada kerangka penting membina imunisasi kewangan dan ketahanan Kerajaan Negeri adalah melalui pelan yang kemas sepanjang, saya memberikan gambaran secara ringkas pada hari itu bagaimana kalau kita ingin menangani pandemik COVID-19, langkah jangka pendek ialah dengan penutupan-penutupan aktiviti ataupun yang dipanggil sebagai PKP yang kita panggil sebagai pause, ataupun langkah henti sementara untuk menangani perebakan dan cara long hold nya ialah dengan memberikan vaksin ataupun membina vaksin kita sendiri supaya imunisasi di kalangan rakyat dapat ditumbuhkan. Begitulah halnya dengan pertumbuhan ekonomi negeri dan juga perjalanan pelaksanaan rancangan fizikal negeri. Kalau kita hanya menumpu kepada quick fix, ataupun quick wing, low hanging fruit istilah-istilah yang biasa dikemukakan, akhirnya mungkin kita dapat peluang jangka pendek tetapi kita gagal untuk menyediakan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaya tahan, mempunyai keupayaan kedudukan kewangan, yang tertentu dan mampu dibelanjakan bila sampai kepada waktu-waktu yang kritikal. Saya ambil contoh, di dalam 2 tahun atau setahun setengah kita berdepan dengan pandemik ini, kita telah mengemukakan 5 Pakej-Pakej Rangsangan
Prihatin 3 kali, Kita Selangor 2 kali, dan jumlah keseluruhan itu adalah RM1.1 bilion. Kalau kita tidak mempunyai simpanan, serta kedudukan kewangan yang kukuh, kita tidak akan mampu melaksanakan serta mengemukakan pelan-pelan yang telah dikemukakan apatah lagi kalau kita mengambil contoh dan perbandingan bagaimana pelaksanaan di peringkat federal mereka terpaksa menaikkan nilai ambang ataupun threshold, kebolehutangan negeri dan negara, di federal sekarang kebolehutangannya telah mencapai 65%. Ini hasil daripada persetujuan MOU. Sebelum itu ditingkatkan kepada 60%. Pada awal-awal sebelum ini 45% kita dah naikkan 55%. Sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen pembangkang dulu membantah kenapa hutang negara telah merebak sampai ke tahap tersebut. Pada ketika ini telah mencecah mungkin RM900 bilion dan hutang yang telah dikemukakan dengan defisit yang tidak terkawal itu memungkinkan negara akan berhutang RM1 trilion dalam tempoh 1 atau pun 2 tahun lagi.
Ahli Yang Berhormat, daripada awal apabila saya mengambil amanah dan tanggungjawab ini kita melihat supaya kedudukan kewangan itu kukuh, sebab itu saya suka melaporkan dan sebagaimana saya telah melaporkan, kita telah meningkatkan berbanding pada tahun 2018 reserved kita daripada segi wang hasil disatukan dan juga akaun amanah disatukan, adalah berjumlah sekitar RM2.1 bilion dan pada hari ini telah mencecah RM3.01 bilion dan ia melibatkan tabung-tabung amanah yang dilaksanakan perbelanjaannya berdasarkan trust deeds yang telah ditetapkan dan juga akaun wang yang disatukan. Saya boleh sebutkan pada hari ini kita sudah mempunyai lebih kurang RM912 juta pada akaun kita yang boleh digunakan jika kita berdepan dengan rintangan-rintangan dan waktu-waktu tertentu dan juga saat-saat tertentu. Dan kalau kita lihat perbandingan dengan kerajaan Persekutuan tentang cara dan kaedah perbelanjaan defisit ya, daripada tahun 2020, 2021 dan 2022 hasil Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 ialah RM225 bilion lebih kurang. RM225.075 bilion. Daripada situ sahaja RM224.6 bilion akan digunakan untuk peruntukan mengurus. Tahun 2022 yang baru dibentangkan sebanyak RM234.011 bilion, RM233.500 bilion digunakan untuk perbelanjaan mengurus. Maknanya apa? 99% daripada keseluruhan peruntukan dan hasil kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk mengurus, membayar gaji, membuat proses naik taraf pejabat ataupun mentadbir urus, utiliti dan sebagainya dan hanya 1% daripada kedudukan wang sebenar yang boleh digunakan untuk pembangunan. Justeru kerajaan pusat terpaksa berhutang dengan defisit. Beza dengan kita defisit kita itu berdasarkan daripada reserved yang kita ada yang boleh digunakan untuk memastikan proses-proses pembangunan serta kemajuan negeri dapat digembleng dan dijana khususnya ketika selepas pandemik dan memastikan projek-projek infrastruktur sebagaimana projek jalan, jambatan dan yang saya umumkan di dalam Belanjawan itu dan terdapat dalam buku-buku Belanjawan itu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Justeru ada orang beranggapan cynical kenapa kita buat defisit ia bukanlah satu yang luar biasa dan ia adalah sangat perlu kenapa dia meningkat saya lihat ada komentar Y.B. Sungai Air Tawar, ini dalam tempoh 3 tahun adalah yang paling tinggi, tapi kalau compare dengan sebelum-sebelum saya kadang-
kadang lebih tinggi, defisit sampai RM800 juta, RM700 juta, RM600 juta tapi saya meletakkan defisit yang terkawal, RM292 juta, RM300 juta paling maksimum tahun lepas tetapi dengan meletakkan projek-projek tertentu dan tidaklah terlalu expansionary yang menyebabkan tanggungan serta reserved yang sepatutnya digunakan untuk waktu-waktu kritikal dapat kita pertahankan. Dan ia dibuktikan dengan kemampuan dengan melihat bagaimana tabung-tabung amanah kita, Tabung Amanah Warisan Negeri Selangor, sebagai contoh Tabung Amanah Warisan Negeri Selangor sekarang ada Enam Ratus Sembilan Puluh Enam Ratus Sembilan Puluh Enam Ratus Enam Puluh Lapan bilion Ringgit, Lapan Enam Ratus Enam Puluh Juta Ringgit Malaysia. Ini satu simpanan yang agak sustainable dan apabila dalam tempoh 5 tahun sebenarnya kita mampu untuk meletakkan satu tabung amanah warisan ini sampai 1 bilion bermakna kalau keadaan krisis seperti bencana alam, seperti pandemik yang luar biasa, hatta jangkaan ketika perang pada ketika itu Kerajaan Negeri mampu bertahan, stand, itu yang saya sebutkan daya tahan, mampu diuji dan bertahan ketika diuji, daripada struktur dan kemampuan kewangan negeri. So defisit alhamdulillah terkawal, kita boleh kurangkan dan kita boleh tambah pada waktu-waktu tertentu berdasarkan kepada kedudukan kerajaan Negeri. Manakala untuk merujuk persoalan yang dibangkitkan oleh Y.B. Gombak Setia kenapa kita tidak banyak berbelanja dengan kaedah yang lebih untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi khususnya ketika selepas pasca ataupun pasca COVID-19 ini dan kita boleh berbelanja dengan reserved yang sedia ada sebagaimana kaedah yang telah dilaksanakan sebelum ini khususnya oleh Bukit Antarabangsa.
Ahli Yang Berhormat sekalian, mulai tahun 2019, tahun 2020 dan tahun 2021 Kerajaan Negeri turut melaksanakan projek-projek namun projek-projek itu berdasarkan kepada public private partnership yang turut diberikan tanggungjawab kepada anak-anak syarikat kerajaan Negeri untuk laksanakan. Saya pernah jelaskan ini dalam dua-tiga sesi yang lepas. Mungkin pada ketika itu kita terlupa ataupun Gombak Setia tidak ada. Benda contohnya pada tahun 2017 kita membina Loji Rawatan Labohan Dagang Kuala Langat dan juga pembangunan Loji Rawatan Semenyih 2 dan tidak ketinggalan menyelesaikan pembinaan Jambatan Ketiga Sungai Klang dan keseluruhannya sebanyak RM272 juta digunakan dengan peruntukan kerajaan Negeri. Tahun 2018 kita gunakan RM197 juta untuk pembinaan Loji Rawatan Labohan Dagang untuk melengkapkan Loji Rawatan Labohan Dagang, kalau kita tambah kedua-duanya lebih daripada RM200 juta, RM290 juta telah digunakan dan yang keduanya RM10 juta untuk pembinaan Loji Rawatan Semenyih 2. Namun kaedah yang kita laksanakan di peringkat negeri ini memberikan tanggungjawab kepada anak syarikat kepada kebertanggungjawaban mereka. Contohnya apabila diumumkan oleh Y.B. Infrastruktur tadi, EXCO Infrastruktur, pembinaan Loji Rawatan Sungai Rasau yang merupakan antara loji rawatan yang dijangkakan terbesar di Asia Tenggara kalau siap, paling moden dan paling baik. Malahan ada setengah lihat spec yang telah disiapkan itu mencecah sampai RM4 bilion. Tetapi ia tidak diburdenkan nanti tidak ditekankan kepada kerajaan Negeri sebaliknya anak syarikat kerajaan Negeri iaitu Air Selangor harus memikul tanggungjawab itu supaya membiayai projek tersebut dan sekali gus
mampu meneruskan projek-projek yang dikemukakan oleh pihak kerajaan Negeri. Kita tak berhenti setakat itu sahaja, tahun 2019 kita telah mula melaksanakan dan mengumumkan pelaksanaan waste to energy di Jeram sebagai contoh. Kosnya adalah sebanyak RM500 juta. Ada tak kos Kerajaan Negeri? Ada, sedikit di peringkat awal. Tapi pada waktu ini ia sedang dibangunkan dengan kos tersebut dan pinjaman dilakukan oleh anak syarikat Worldwide dan insha Allah Worldwide akan menjadi antara pelopor waste to energy anak syarikat Kerajaan Negeri. Buktinya ia diiktiraf oleh badan-badan lain di peringkat nasional hatta Kerajaan Persekutuan turut menganugerahkan projek di Bukit Payung, Batu Pahat kepada waste to energy kepada Syarikat Worldwide kerana melihat keupayaan mereka ataupun kemampuan mereka dan kebolehan mereka dalam membangunkan projek waste to energy sebagai contoh dan juga membangunkan sistem yang lebih hijau dan menjamin pengurusan sisa pepejal dengan lebih baik.
Jadi expansionary itu berlaku dia tidak hanya ditanggungkan kepada kerajaan Negeri sebaliknya diberikan ruang kepada anak-anak syarikat kerajaan Negeri untuk melaksanakan proses-proses pembangunan, projek seperti waste to energy, seperti Loji Rawatan Sungai Rasau dan piping nya ataupun jajaran perpaipannya dan sebagainya dan juga beberapa projek-projek lain yang dikenal pasti dan itu terkandung dalam ucapan Belanjawan saya apabila kita letakkan sekitar RM5 juta untuk pembinaan rumah pekerja setempat ataupun perumahan pekerja yang saya kira ia sangat penting untuk memenuhi kehendak 4-4-6 dan kita harus belajar daripada pengalaman pandemik ini apabila kita dapati pekerja-pekerja ditempatkan dengan cara tempat yang kurang enak, dan kurang baik tidak mempunyai ventilation dan akhirnya menyebabkan perebakan-perebakan pandemik COVID-19 yang tidak terkawal yang melibatkan beberapa institusi-institusi dan juga beberapa syarikat-syarikat perkilangan yang sedia ada. Jadi untuk merujuk kepada Gombak Setia jugak kita lihat bagaimana Kerajaan Negeri berbelanja untuk program Smart State. Betul, kita annouced Smart State pada tahun 2016, namun pada tahun-tahun tersebut pada tahun 2018 kita hanya peruntukan RM20 juta sahaja untuk projek-projek Smart State tapi menjelang tahun 2020, kerajaan Negeri mula meletakkan satu angka yang subtentive, RM50 juta. Tahun lepas, sebanyak RM369 juta. Tahun ini sebanyak RM322 juta dan sekali lagi ia bukan semuanya berdasarkan kepada angka hasil kerajaan Negeri ataupun sumbangan Kerajaan Negeri belaka tetapi ia juga diberikan hasil daripada sumbangan dan juga inisiatif-inisiatif anak syarikat yang telah dikordinasi dan kita telah bentuk satu jawatankuasa tetap di bawah EXCO yang dipengerusikan oleh Menteri Besar untuk memastikan projek-projek Smart State dapat dilaksanakan termasuk pembinaan pusat sehenti ataupun projek-projek seperti pemberian data percuma, rakan digital yang semua ini tidak melibatkan dana kerajaan Negeri secara langsung. 70 ribu data internet rakyat Selangor sebagai contoh, itu tidak melibatkan dana kerajaan Negeri secara langsung, tetapi secara tidak langsung ia dilibatkan anak-anak syarikat kerajaan Negeri untuk meletakkan sumbangan mereka dan hasil mereka dengan kordinasi pelan affection, dengan kordinasi blueprint dengan pemantauan daripada SSDU, dan juga semua agensi-agensi yang akan dipantau
melalui sebuah anak syarikat ataupun oleh satu jawatankuasa tetap yang dipanggil sebagai Jawatankuasa Tetap Smart State Negeri Selangor yang insha Allah kita akan capai. Saya ambil contoh, waste to energy di Kuala Selangor, Jeram kos keseluruhan adalah RM1.1 bilion. Waste to energy Tanjung Dua Belas, kos keseluruhan ada RM900 juta. Kalau ikut pandangan Gombak Setia kerajaan Negeri kena letakkan, tapi pada pandangan kerajaan Negeri, tanah adalah sebahagian aset kerajaan Negeri, selebihnya harus digerakkan oleh anak syarikat untuk membina keupayaan itu dan seterusnya untuk melaksanakan beberapa perkara yang lain. Ini termasuk juga pembinaan loji, power plant di Pulau Indah, Worldwide kosnya juga agak tinggi dan ia diperuntukkan seterusnya oleh pihak anak-anak syarikat untuk menjana pendapatan tersebut.
Ahli Yang Berhormat sekalian, Gombak Setia membangkitkan apakah usaha-usaha kerajaan Negeri untuk menambah hasil? Antara beberapa perkara yang telah digariskan pada tahun 2020 pada ketika itu Dato’ Setiausaha Negeri baru memangku sebagai Pegawai Kewangan Negeri, ada beberapa langkah-langkah yang akan ditetapkan untuk memastikan Kerajaan Negeri mempunyai dapatan hasil. Antaranya permit khas sebagai kebenaran penggunaan sementara tanah pertanian yang digunakan selain tujuan pertanian. Ini kita tetapkan pada tahun 2020 akan dilaksanakan. Cadangan kadar baru fi pejabat bagi urusan pendaftar pindah milik tanah petak melalui pindaan kaedah-kaedah tanah Selangor. Kadar fi nya sangat rendah, ia boleh dinaikkan tak ada membebankan pun. Cadangan pajakan tapak menara dan struktur telekomunikasi di atas tanah reserved. Ini antara Pekeliling Tahun 2021 telah dikeluarkan. Cadangan pemberimilikan tanah talian renti TNB, mengkaji mengenakan cas fi bagi pengeluaran kayu getah dan PALMA berkenaan permit penggunaan ke Jabatan Pertanian Negeri Selangor bagi projek tanaman kekal pengeluaran makanan. Dan pengesanan lesen khas ke atas kilang berasaskan kayu serta cadangan menambah baik kaedah pajakan pengusaha dan juga tapak program-program yang lain.
Di samping itu Kerajaan Negeri juga sebagai mana yang saya maklumkan, di dalam Dewan ini dalam pembentangan Belanjawan yang lepas, bahawa kita sedang mengkaji supaya Kerajaan Negeri boleh terlibat bersama-sama ketika projek-projek Persekutuan tiba atau pun mana-mana projek berdaya tinggi tiba. Justeru Kerajaan Negeri menubuhkan SELATI sebagai contoh. Saya ambil contoh ini sangat jelas kerana kita menjadi hos dan menjadi tuan rumah kepada 65% daripada industri aeroangkasa dalam Negeri Selangor. Tidak ada sebilah pun, tidak ada sesen pun yang dapat secara terus daripada industri tersebut kepada Kerajaan Negeri kecuali pajakan tanah premium dan cukai tanah. Jadi Kerajaan Negeri berhasrat participate dan terlibat sama selain dapat memandu dan bekerjasama sesuai dengan usia kita menubuhkan council of aerospace, council dalam bahasa Melayu apa, majlis, maafkan saya. Majlis aeroangkasa dan kita baru tubuhkan majlis rail untuk kereta api kerana kita kenal pasti ada 50 syarikat-syarikat yang mengusahakan rail dan kereta api bertapak di Negeri Selangor. Daripada segi depotnya, pembuatannya dan telah
membuat untuk dihantar ke luar negara untuk digunakan kepala kereta api dan sebagainya. Sekali lagi paksi Kerajaan Negeri akan turut terlibat secara langsung dan juga kita sedang melihat kebarangkalian untuk membangunkan kawasan Carey Island yang kita fikirkan sesuai sebagai hop logistik yang baru. Dan semalam saya turut menetapkan dalam apabila saya bertemu dengan Menteri Pengangkutan. Di sana juga Kerajaan Negeri akan participate dan kita mempunyai 1,000 ekar tanah di sana untuk sama-sama terlibat dan kita tidak terjadi sebagaimana wujudnya Pelabuhan Klang sebagai North Port, South Port dan West Port. Setitik pun hasil itu tidak datang walaupun kita berbangga teu, teunya lebih daripada 13 juta berpuluh juta antara yang 12 tersibuk di dunia, kita mungkin dapat daripada sewaan, pajakan tanah atau pun pembelian tanah one off saja kita dapat mahupun cukai-cukai yang dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau pun pihak PBT.
Strateginya ada, kita akan kemukakan dan sebahagiannya akan kita kemukakan itu, saya akan sebutkan secara rinci dan detail dalam pembentangan Rancangan Selangor Satu pada bulan 3 atau pun sesi bulan 3, sesi pertama dalam penggal atau pun dalam tahun 2022 yang akan datang. Jadi jelas ya, kita defisit tidak ada masalah daripada segi defisit itu, walaupun kita berbelanja dengan lebihan daripada pendapatan kerana reserved kita ada dan betul strategi kita meningkatkan reserved, ada yang bantah kenapa kita tidak belanja besar. Kita belanja besar tetapi yang off bajet itu sebenarnya juga adalah satu yang harus saya jelaskan melalui dana anak syarikat Kerajaan Negeri melalui tabung-tabung yang tertentu yang kita laksanakan dan yang kita bangunkan.
Dan Kerajaan Negeri juga meletakkan asas-asas jangka panjang itu. Saya ambil contoh apabila kita isytiharkan Tabung Anak Warisan Selangor. Tahun ini kita lounged balik dengan nama Iltizam Anak Selangor, hampir sama dengan program itu tapi kaedah pelaksanaannya. Sebab sebelum ini tidak sustainable saya tahu Bukit Antarabangsa sebut sustainable, every year kita kena spent 30 juta, 50 juta untuk simpanan. Untuk tampung sampai 500 juta, janji kita pada tahun 2026 onwards ke atas kita ada senarai semak 300 ribu orang. Tahun ini alhamdulillah, kita sudah menemui satu kaedah apabila kita wujudkan Selangor Advance, kita tubuhkan anak syarikat Selangor Fintec dan tiap-tiap tahun daripada pelaburan yang ada sekarang, secara sustainable, kita semak almost every month. Bagaimana pelaburan-pelaburan mereka, 80% dapat hasil daripada tabung tersebut dan kalau kita laksanakan berterusan, inisiatif, Iltizam Anak Selangor ini juga boleh akan lebih sustainable atau pun berdaya saing, berdaya tahan dan mampu untuk dipanjangkan pada masa depan.
Hasrat Kerajaan Negeri sudah pasti ingin memastikan program ini bukan program sementara atau pun program seperti tarikan-tarikan untuk mendapatkan undi tetapi hasilnya adalah untuk kebaikan serta maklumat Kerajaan Negeri. Saya rasa sangat jelaslah, sudut pandang tadi, saya rasa Ahli-ahli Dewan juga jelas bahawa kita berbelanja defisit, tetapi defisit yang terkawal. Kita berbelanja besar juga tapi itu tidak ada dalam Bajet Negeri hanya dimulakan sebagai contoh, kita letak RM5 juta untuk
pembinaan rumah, kita letak mungkin 5, 10 juta untuk pembinaan-pembinaan tertentu yang mana ia diberikan tanggungjawab pada anak syarikat. Yang paling jelas Sungai Rasau, air Selangor yang paling jelas juga bagaimana kita bangunkan tentang projek apa tadi saya lupa, waste to energy yang dibangunkan oleh Worldwide anak syarikat PKNS.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang saya kasihi sekalian, kemudian timbul persoalan berkenaan dengan prestasi anak-anak syarikat dan saya turut mendengar bahawa Sungai Air Tawar menyebutkan bahawa sepanjang saya mengetuai anak-anak syarikat ini ada di antaranya tidak lengkap untuk bermesyuarat. Saya hendak maklumkan di sini hampir keseluruhan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri berdasarkan fakta dan data yang kita perolehi telah meningkatkan keupayaan bermesyuarat dengan lebih banyak dan dapat memenuhi keperluan-keperluan asas. Saya ambil contoh pada tahun 2017, 2 kali saya jadi MBI bermesyuarat satu tahun. Tapi pada tahun 2020, kita telah bermesyuarat sebanyak 6 kali dan pada tahun 2021 sebanyak 4 kali mesyuarat dapat diadakan. Begitu juga anak-anak syarikat yang lain, bila kita lihat PNSB tahun ini saja 4 kali dianjurkan mesyuarat dan saya turut hadir dan kalau tidak dapat hadir mesyuarat tetap dapat dilaksanakan.
Begitu juga yang bukan yang diketuai oleh saya sebagai contoh Kumpulan Semesta Sdn Bhd sebanyak 4 kali. INPENS yang diketuai oleh Dato’ Bandar Shah Alam dulu merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, sebanyak 3 kali sepanjang tahun 2021 dan mungkin boleh melengkapkan 4 tapi angka 3 hingga ke-2 itu dapat dilaksanakan. Saya sedar apa yang dibangkitkan oleh Sungai Air Tawar, merujuk kepada adakah mesyuarat dapat diadakan atau pun tidak sebab itu bila Bandar Klang sebut mana syarikatnya, alhamdulillah saya ada faktanya. Kita dapat laksanakan dan menjadi tanggungjawab di antara KPI supaya mesyuarat-mesyuarat ini dilaksanakan. Ada yang tidak dapat buat, saya sentuh Rantaian Mesra sebab apa Rantaian Mesra kita dah tutup, kita tidak gunakan Rantaian Mesra. Semuanya kita letak di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor dan Yayasan Warisan Anak Selangor tahun lepas kita mesyuarat 5 kali, tahun ini baru bermesyuarat 3 kali. Mungkin selepas sidang ini kita sempat 1 kali mesyuarat dan boleh laksanakan.
Invest Selangor di bawah saya sebagai Pengerusi, Yang Berhormat Bandar Klang juga ada. Kita bermesyuarat sebanyak 4 kali, DEFM kita telah mesyuarat 3 kali sekarang Yang Berhormat Paya Jaras mengetuainya. Dan juga Tourism Selangor di bawah Yang Berhormat Kajang, sebanyak 3 kali, 4 kali saya tidak ada unsur-unsur tidak ada mungkin ada sekali, saya ambil contoh tahun 2019. Saya akui Cuma ada sekali saja mesyuarat. Itu mesyuarat secara manual atau pun secara sah sebagai mesyuarat penuh tapi sebaliknya ada mesyuarat-mesyuarat khas, sebab apa tahun 2019 kita sedang melakukan transisi di antara CEO dan COO untuk meletakkan pengurusan dan penelitian dengan lebih teliti. Itu saya rasa dalam segi urus tadbir anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang sedikit sebanyak disentuh oleh Sungai Air Tawar dalam ucapan serta oleh bangkitan oleh beliau sebentar tadi. Jelas tuan ...
Sungai Air Tawar.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Pertama saya ingin menyentuh sedikit berkenaan penjelasan Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Pertama saya dalam pertanyaan saya, saya menyambut baik berkenaan dengan Belanjawan tapi yang saya maksudkan tadi, tahun ini kerana defisit dia RM200 juta, jadi yang paling penting dari segi pelaksanaan yang saya hendak maksudkan itu, kita boleh merancang tapi yang paling penting dari segi pelaksanaan dan dari segi bagaimana Kerajaan Negeri perlu menyemak balik berkenaan dengan aset-aset yang tidak terurus. Di samping itu juga, kalaulah berlaku kekerapan dalam bermesyuarat saya ucapkan tahniah tetapi saya kira setahun 3 kali bermesyuarat itu belum lagi berapa keraplah Yang Amat Berhormat. Mungkin selepas ini boleh diperbanyakkan lagi dan dalam masa yang sama, saya mohon agar didedahkan berkenaan nama yang duduk dalam anak syarikat Kerajaan Negeri. Kerana sebelum ini saya melihat begitu banyak Yang Amat Berhormat dan juga Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Kewangan duduk dalam setiap syarikat anak Kerajaan Negeri. Dibimbangi bila terlalu banyak, di situlah akhirnya menyebabkan kekangan berlaku mesyuarat secara kerap ini tidak berlaku.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar, terima kasih atas pandangan beliau. Beberapa kedudukan-kedudukan itu base on the enakmen. Sebagai contoh PKNS ya, dan juga MBI. Itu enakmen yang harus saya patuhi sebab itu Menteri Besar harus duduk dan tinggal tapi senarainya kita boleh kemukakan kepada Yang Berhormat dalam bentuk bertulis. Saya dah ada pun, kalau saya bacakan mungkin kita akan habis jam 7.01 malam ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, berkenaan dengan penyampaian, sebab itu salah satu daripada strategi dan teras kita membentangkan Belanjawan Negeri Selangor adalah untuk menyediakan satu unit penyampaian dan pemantauan. Ini satu yang sangat penting di mana unit pemantauan ini bukan hanya berdasarkan audit yang dipanggil dan terpanggil apabila timbul satu isu. Sebaliknya pemantauan harus melihat daripada segi pelaksanaan projek-projek dan juga program-program yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan saya percaya menjelang bulan Januari nanti kita boleh umumkan individu independent yang bebas dan dianggotai oleh orang mereka yang berkaliber untuk melihat daripada segi pelaksanaan. Dan juga daripada masa yang sama untuk melihat daripada segi perolehan. Ini satu perkara yang penting, kita mendapat sedikit gambaran tahun ini apabila beberapa kes-kes yang melibatkan pegawai-pegawai dan penjawat awam Negeri Selangor. Saya tidak mahu mendakwa mereka, biar mereka melalui proses itu tapi ini juga perlu supaya tidak timbul kes-kes yang lepas. Bagaimana siapnya piling tapi pilingnya jadi parking yang paling kukuh di dunia dengan piling berjuta-juta ringgit Malaysia di Kuala Langat sebagai contoh. Saya lihat perkara-perkara itu melibatkan proses-proses di peringkat pelaksanaan perolehan, tapi dia ada ukuran dari 2 perkara yang berbeza. Kadang-kadang kita menyemak siap satu sen dan satu segi dia jadi lambat, itu yang disebut
kenapa lambat, tapi bila kita dapat laksanakan dia kadang-kadang dia dapat terlewat atau pun dia buat dengan cara yang gelojoh dan tidak berhemah atau pun tidak telus sebagaimana yang kita angankan dan harapkan pentadbiran yang baik dan telus.
Menyentuh tentang MBI juga sebelum saya terlupa dan bergerak dengan lebih jauh. Saya ingin menyentuh tentang Sungai Air Manis. Saya dengar Templer sebut-sebut dan tambah limau pula, limau air manis, Sungai Air Manis, lain kali tanya Sabak dahulu. Sungai Air Manis, insyaAllah saya percaya disebabkan oleh PKP yang melanda kita tidak dapat melaksanakan projek-projek dan tender-tender yang ingin dikemukakan. Saya percaya mulai tahun 2022 sebenarnya Yang Berhormat, kita boleh mulakan projek ini. Semua sedia maklum bahawa proses reka bentuk, proses mengambil konsultan dan sebagainya proses Earth Works nya itu juga kita telah laksanakan dan mungkin kita kena ambil masa sedikit lagi untuk melaksanakan serta memberikan, melaksanakan projek-projek itu supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Celahan sikit.
Sungai Air Tawar.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Saya minta agar diberi pertimbangan semula berkenaan dengan pembinaan RNR di Ladang Air Manis. Kerana dulu perancangan asal, tanah itu bila dibuka untuk dibuat RNR, tapi saya difahamkan RNR itu tidak dibina lagi di tapak itu. Dah setelah 10 tahun tidak dibina dan hendak dipindahkan ke tempat lain. Jadi bila dipindahkan ke tempat lain, kalau selepas jambatan atau pun di bersebelahan JPJ dulu, bermakna RNR itu dah tidak terbina di kawasan orang yang hendak masuk ke DUN Sungai Air Tawar. Sebab itu saya mohon agar disemak semula. Pada tahun lepas kalau tidak silap saya Yang Amat Berhormat ada menyebut hendak buat juga di jeti dalam. Mungkin di tapak yang kosong sekarang di Sekendi itu tapi baru-baru ini saya difahamkan di tapak itu hendak dibuat tempat penyembelihan ayam. So, saya hendak tahu sebenarnya tapak itu akhirnya hendak dibuat di mana kerana ini amat penting dia akan memberi peluang ekonomi kepada penduduk setempat.
Terima kasih, saya rasa detail projek ini sebab pada ketika ini kita sedang submit, kita sedang menghantarkan proses untuk kebenaran merancang di pihak Berkuasa Tempatan dan selepas kebenaran merancang itu ada, barulah kita boleh jelaskan komponen-komponen yang terdapat dalam pembangunan Sungai Air Manis. Dan saya rasa daripada segi governance nya saya percaya dengan hasil mesyuarat dan taklimat yang saya dapati semuanya telah diikuti dan telah turut dipanggil ke Jawatankuasa Khas Anak-anak Syarikat saya kira. Persoalan tentang Sungai Air Manis ini dan hasil daripada pertemuan dan perbincangan tersebut, kita telah memberikan maklum balas, respons dan telah melaksanakan semua teguran-teguran yang dimaksudkan supaya kita dapat
melaksanakan serta memberikan gambaran jelas terhadap projek tersebut di masa depan. Tentang kepentingan Sungai Air Tawar, nanti Sabak pula merajuk kan. Nanti Sabak merajuk, Sekinchan pula nak ni. Tapi kita akan, kita akan berikan keutamaan yang pentingnya projek itu memberikan kebaikan yang menyeluruh kepada rakyat dan masyarakat di Negeri Selangor khususnya di Sabak Bernam. Di samping beberapa projek-projek yang saya telah maksudkan di dalam pembentangan belanjawan, Hay Resort sebagai contoh di Sungai Air Tawar, Loji dan Pendaratan, Ikan dan juga bahan-bahan laut aquaculture dan sebagainya. Ini, ini, ini saya akan kemukakan in shaa Allah saya akan sampaikan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Yang Berhormat turut membangkitkan tentang pembinaan Stadium Shah Alam. Kalau boleh saya maklumkan di sini, sepanjang daripada tahun 2013 sampai lah ke tahun 2020, sebenarnya Kerajaan Negeri telah menerima 12 hingga 13 proposal-proposal yang berkaitan dengan pembinaan stadium tersebut. Sebenarnya pengumuman tentang stadium tersebut, bukan saya yang mansuhkan. Bukit Antarabangsa telah umumkan awal, dan daripada masa ke semasa saya faham kita tak boleh tergesa-gesa kerana ia melibatkan lebih daripada sekurang-kurangnya 80 ekar di kawasan Stadium Shah Alam untuk kita bangunkan. Bukan hanya sebagai Shah Alam Stadium, Mini Stadium, Lone ball Stadium, dan juga Malawati Stadium ataupun Stadium Malawati tetapi menggabungkannya dengan elemen-elemen pembangunan sesuai dengan ke getaran pembangunan yang berlaku di Seksyen 13 pada waktu ini. Kalau kita datang ke Seksyen 13 kelilingnya, NAZA TTDI sedang melaksanakan pembangunan di sana yang mungkin nampak terhenti pada waktu ini. Dan Pihak Kerajaan Negeri terpaksa meneliti ke-14, kita kena panggil satu persatu dan tahun ini kita telah melantik Datuk Ruslan, bekas Pengarah JKR Negeri yang juga Pengarah Bahagian Jalan di peringkat Persekutuan, JKR Persekutuan, sebelum ini merupakan Pengarah JKR Negeri untuk mengepalai anggota untuk melihat semua proposal-proposal itu dan juga melihat manakah yang memberikan impak yang baik kepada rakyat termasuk kepada pembinaan dan juga ubah suai stadium. Ada pelbagai rancangan eh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, ada pelbagai tawaran antaranya memberikan sehingga 200 Juta, 600 Juta, 800 Juta. Tapi itu bukan satu-satunya parameter yang kita tetapkan. Kita nak lihat juga kemampuan dan kedudukan kewangan masing-masing untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan pembangunan. Dan sudah pasti salah satu rujukan kita ialah bagaimana dibinanya di Stadium Nasional Bukit Jalil. Di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Axiata Arena sebagai contoh, kosnya menelan sampai 1 Bilion. Kalau Federal keluarkan duit sendiri tak apa juga. Akhirnya kita kena berikan kepada pihak swasta dengan land swaping, land swaping di kawasan terbabit.
Jadi, kaedah yang hampir sama kita nak laksanakan dengan memberikan peluang kepada syarikat-syarikat di luar sana untuk datang tetapi Kerajaan Negeri sekali lagi harus mengukur supaya hasil yang dijanjikan itu betul, besar dan boleh dilakukan. Dan pembangunan dibuat dan syarat pertama kita ialah naik taraf Stadium ataupun bina baru Stadium. Ada proposal yang dibuat kalau nak bina baru, bina baru. Tak boleh nak
samakan Stadium Sultan Ibrahim kerana Stadium Sultan Ibrahim saiznya lebih kecil daripada Stadium Shah Alam. Stadium Shah Alam dibina tahun 1994, dah lebih 30 tahun dah Stadium Shah Alam. Kalau piping system nya sahaja, saya dimaklumkan pada tahun 2015, sistem paip nya kalau nak di selenggara, nak diubah semua ia menelan belanja minimum 30 Juta Ringgit Malaysia (RM). Daripada penilaian awal 235 Juta terus diberikan untuk menaik taraf refurbished dengan izin keadaan stadium-stadium tersebut. Jadi, ada cadangan kalau pembinaan baru lebih murah, kosnya lebih baik, dapat ventilasi yang lebih baik, dapat ruang yang lebih baik, apa salahnya untuk kita fikirkan hal tersebut. Tapi itu belum dibuat oleh Kerajaan Negeri sebab kita memikirkan iconic building yang menjadi lambang Kerajaan Negeri. Silakan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Sebab tu saya memberi cadangan untuk di baik pulih. Saya faham di stadium di Johor lebih kecil sebab tu saya kata kita bukan nak bina baru. Yang saya cadangkan ialah baik pulih. So, kalau kos baik pulih dan membina baru tu lebih kurang sama, baik kita baik pulih kerana stadium tu lebih besar daripada membina stadium baru yang jauh lebih kecil daripada stadium asal. Itu yang saya maksudkan.
Itu juga pada pandangan saya pada peringkat ini eh apabila ditanyakan saya sebenarnya lebih prefer supaya ia di baik pulih. Itu, itu yang sebenarnya pendirian Kerajaan Negeri pada ketika ini. Namun kalau dia nak buka option untuk bina semula, kita lihat kosnya, kita lihat kosnya. Sebab naik taraf sahaja, data yang diberikan oleh JKR tahun 2015 adalah lebih 300 Juta. Kalau bina baru sekitar 200 Juta, kenapa kita tak nak cuba? Itu contoh. Saya ambilkan contoh. Tapi keseluruhannya ialah apakah pulangan Kerajaan Negeri adakah syarikat itu berkeupayaan untuk memulakan. Syarat kita jangan buat dulu development, rumah ke, SOHO ke, pejabat ke, kena betulkan Stadium itu dulu kerana ia adalah imej Kerajaan Negeri dan hasil Kerajaan Negeri. Saya akui dalam tempoh 2 tahun yang lepas, ada cadangan untuk naik taraf bumbung. Bumbung tersebut sahaja untuk beberapa tahun kita dah belanja lebih daripada 4 hingga 5 Juta. Sekepingnya menelan belanja dekat 700 hingga 1,000 Ringgit. Polycarbon bumbung tersebut. Jadi kita nak tukar kepada konteks yang lain. Kosnya dalam 18 hingga 25 Juta. Kerajaan Negeri juga dah siapkan duit dah hari itu, sama ada anak syarikat akan tanggung ataupun Kerajaan Negeri tanggung. Namun begitu, kita fikirkan menyebabkan ia menyeluruh daripada kita repair lepas itu kita kena roboh ataupun kita kena buat baru, lebih baik kita tunggu sebentar.
Tapi disebabkan oleh hit by pandemic badly dalam negeri kita, negara kita, perkara ini tertangguh. Dan saya percaya bulan 1 nanti, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan siapkan ataupun akan membuat keputusan, akan buat keputusan untuk diserahkan kepada siapa berdasarkan 14, 14 yang telah memberikan permohonan dan juga proposal semenjak daripada tahun 2013. RFP sabar, itu nanti saya ulas.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya nak berpindah sebentar kepada PKNS. Sebab telah dimaklumkan oleh pihak Gombak Setia berkenaan dengan kerugian dan juga aliran negatif yang dicatatkan oleh PKNS pada tahun 2020. Ahli Yang Berhormat Sekalian, kerugian yang dialami ini adalah disebabkan oleh rosot nilai dan juga ataupun rosot nilai pelaburan yang dipanggil sebagai impairment of investment dalam anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang melibatkan Datum Corperation International Sdn Bhd, Syarikat Datom Jelatek. Dan yang kedua De Palma Management Services Sdn Bhd. Rosot nilai pelaburan ini dibuat setelah mengambil kira pandangan daripada Jabatan Audit Negara. Disebabkan Nett Tangible Asset (NTA) di dalam anak-anak syarikat tersebut adalah lebih rendah berbanding nilai pelaburan yang dibuat oleh PKNS. Ianya adalah bertujuan untuk menggambarkan keadaan sebenar sesuatu pelaburan dan rosot nilai pelaburan yang dicatatkan adalah selaras dengan piawaian perakaunan MPERS ataupun Section 27 Impairment of the Asset. Pelaburan di dalam Datum International Corperation adalah bernilai 715 Juta Ringgit Malaysia (RM) dan De Palma Services Sdn Bhd bernilai 42 Juta Ringgit Malaysia (RM) dalam bentuk saham keutamaan boleh tebus yang dipanggil sebagai preferred share. Yang mana telah direkodkan sebagai liabiliti berbanding dengan ekuiti. Oleh itu, ia telah menyebabkan NTA ataupun ia sebagai Nett Tangible Asset, rendah dan kedudukan kewangan syarikat menggambarkan keberhutangan yang tinggi hingga menyebabkan rosot nilai terpaksa dilaksanakan di samping syarikat sendiri mengalami kerugian operasi.
Pelaksanaan rosot nilai ke atas kedua-dua syarikat tersebut adalah masing-masing bernilai 589.9 juta dan 34.5 juta. Walau bagaimanapun nilai rosot ini boleh berbalik ataupun reverse kepada keuntungan sekiranya nilai NTA menunjukkan peningkatan serta kedudukan kewangan syarikat yang kukuh. Dalam kata lain, kerugian merupakan kerugian sementara akibat kesan langsung daripada kelembapan sektor hartanah dan juga sedikit sebanyak kesan daripada Pandemik COVID-19 yang telah melingkari dan juga memberi penekanan terhadap perkara tersebut. Begini Yang Berhormat ya, kalau nak bagi gambaran mudah satu pelaburan diletakkan kepada satu aset dan aset itu masih lagi tidak siap setelah bertahun-tahun nilai semasa aset itu bergantung kepada syarikat tersebut. Kita dah letak 700 juta nilainya 500 ataupun 203 juta. Itu yang jadi kurang jadi 500 juta. Bilakah dia boleh materialise apabila semua aset-aset ini telah siap dan di jual sekarang kita dah siapkan sekitar 77%. Mengikut perangkaan dan pelan pemulihan yang telah di laksana oleh pihak anak syarikat Kerajaan Negeri, PKNS kita jangka pada pertengahan bulan Ramadhan ini kita sudah boleh membuka Mall aje kerana Mall itu akan menaikkan nilai-nilai hartanah yang ada di sana dan ia mula pada tahun 2016. Projek ini, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2013. Pemulihan dan pengasingan orang-orang dan juga tempat-tempat tinggal telah bermula tahun 2012, 2013. 2016 kita mula, sayangnya permulaan itu adalah pada wrong timing dengan izin kerana pada ketika itu pelaburan nilai hartanah sedang merudum dan sedikit sebanyak jatuh dan memberikan tekanan kepada nilai tersebut.
Kalau lihat on paper ketika membentangkan nilai aset di sana pada ketika ingin dilaksanakan satu kaki persegi dianggarkan sampai RM1,200.00 satu kaki persegi. Pada hari ini nilai aset di kawasan sekeliling di sana adalah di bawah RM500.00 jadi ambisi yang keterlaluan ketika nak mulakan projek tersebut telah memerangkap tapi sekali lagi ia memerangkap daripada segi angka dan juga angka itu boleh di materialise apabila penjualan-penjualan ia dilakukan. PKNS bukan berdiam diri sahaja, kita melaksanakan pelbagai langkah-langkah yang telah ditetapkan. Baru-baru ini kita buat jelajah di banyak negeri sampai ke Negeri Kelantan kita cuba jual, alhamdulillah Negeri Kelantan mungkin sebab tak dapat wang royalti, kurang sikit dia dapat jual tapi dapat jual sampai RM11 juta, di Negeri Kelantan sahaja dan negeri-negeri lain untuk menyelesaikan aset-aset yang tertangguh.
Adakah PKNS tertangguh kepada aset itu sahaja? Tidak. PKNS pernah berdepan dengan stok aset yang tertangguh sampai bernilai 1.6 bilion ketika saya masuk pada tahun 2018 sebagai Menteri Besar dan Pengerusi. Hasil daripada beberapa pelan pelaburan pelan untuk penjualan promosi yang kita lakukan dalam tempoh 2018 sampai 2021 sekarang nilai aset lain selain daripada Datum Jelatek ada lah sekitar 400 juta sahaja maknanya lebih daripada 1 bilion, 1.2 bilion telah diusahakan oleh pegawai-pegawai kita di MPS untuk menjualkan unit-unit rumah sama ada rumah banglo, sama ada rumah semi-D, semi-detached ataupun rumah-rumah mampu milik antaranya yang baru siap di Dengkil yang kita juga terpaksa membayar kos yang tinggi kepada syarikat kontraktor yang dibangunkan. Jadi kerugian itu ada ke tidak? Ada. Tetapi ia diselesaikan ke tidak? Ya sedang diselesaikan dan in shaa Allah menjelang dua tahun lagi paling kurang tahun 2023 tapi ikut aliran tunai sebenarnya tahun ini PKNS boleh catatkan keuntungan tapi kalau saya tidak begitu lagi meletakkan harapan yang tinggi mungkin tahun 2023 minimum PKNS akan mencatatkan aliran positif di atas strategi-strategi yang kita lakukan dan kita bentangkan untuk pastikan PKNS dan beberapa projek yang sebenarnya bernilai tinggi dan berimpak tinggi tapi dimulakan dengan wrong timing diletakkan satu angka yang begitu ambisi, begitu tinggi sehingga ambisi itu memerangkap kita dengan kos yang besar yang akhirnya mengakibatkan nilai ataupun rosot nilai itu berlaku ya.
Macam kita punya handphone lah , tu handphone. Kereta. Macam handphone, kita beli 2,000 Xiaomi. Phone saya Xiaomi 2,000 ketika 2,000 besok, bulan depan dah jadi 1,800.00 lebih kurang macam tu lah nilainya kurang. Lain tu expenses. Tapi ini hartanah. Hartanah dia meningkat. Waktu ini belum lagi meningkat sebagaimana yang dijangkakan. Mungkin sampai 1,500 boleh tapi mungkin ia tahun 2030 ataupun 2036. Kenapa kita mula sekarang, ha kalau tanya pengerusi PKNS sebelum ni, kenapa dia buat dulu. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, jadi saya nak, nak sebutkan juga tadi yang agak hingar bingar berkenaan dengan RFP. Kalau ikut record yang kita ada, RFP ni bukan dibuat ketika Amirudin menjadi Menteri Besar sahaja. 900 Ekar tanah di Alam Perdana, dibuat secara RFP. Projek di Kundang, dibuat secara RFP. Pulau Indah dibuat secara RFP. Kita dapati bila saya masuk je pejabat, kita dapati ada 15 RFP. Ada DRA-DRA yang telah ditetapkan. Sekarang saya dah potong, dah tinggal
9 sebab yang lain tak dapat dilaksanakan. Jadi, RFP ini kaedah dia adalah orang datang mengemukakan proposal. Bila proposal nya menarik dan dapat dilihat dan ditimbang. 2019 saya lihat Landasan Lumayan membuat RFP. Tiada orang datang pun. Dah tu kemudian kita buka lagi, dan buka lagi, dan datang orang. Bila datang, kita lihat boleh di develop, cukuplah kita boleh develop. Syarikat itu dibuat kenapa ? Sebab syarikat itu telah meneliti kat sana. Kenapa tiba-tiba pula nak ambil Worldwide yang kaji energy untuk bangunkan pula di kawasan persekitaran Sungai Klang? Itu contoh. Jadi, saya rasa tak ada masalah dan saya rasa ada jaminan daripada EXCO tadi kalau nak kaji ada sebarang kebarangkalian dan sebagainya, kaji lah. Tak ada masalah kerana kita yakin kita telah meneliti lebih 90 syarikat datang dan hanya lapan yang di shortlist dan lapan itu salah satunya adalah Berjaya yang mempunyai keupayaan dan tanah tu tak hilang. Dia beli. Macam syarikat pemaju nak buat tanah dia bayar premium bukannya dia bayar murah dan sebahagian premiumnya akan dibayar menjelang akhir tahun ini. Saya bagi Sg. Air tawar dulu selepas ini baru Yang Berhormat Gombak Setia.
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sg. Tua. Berkenaan dengan perkara itu saya memahami cuma yang menjadi isu ialah kerana kita sedia maklum Berjaya pada hari ini ada menyaman kerajaan Negeri Selangor. Jadi kita tak nak ianya dikaitkan kerana Berjaya sebelum ini menyaman Kerajaan Negeri dan hari ini dia diberi penganugerahan berkenaan projek ini dan tanah seluas 600 ekar. Itu isu dia.
Kita bersifat profesional dan melihat angka dengan angka dan membezakan antara kedua-dua. Apakah permulaan saman itu? Permulaan saman tersebut apabila BN membenarkan untuk syarikat tersebut mengalihkan perlumbaan kuda yang berkaitan judi di kawasan Hulu Selangor. Sebab itu Kerajaan Negeri bantah dia tak puas hati ni. Bandar Klang antara yang pertahankan supaya kita jangan buat aktiviti judi tambahan bukan tambah 22 cabutan sebagai mana Kerajaan Persekutuan. Jadi itu, itu maksudnya tapi bila proposal datang takkanlah kita nak melihat dari aspek politik tak politik? Dia tak ada kaitan antara kedua-duanya. Kalau kat sana kes mahkamah Alhamdulillah. Baru ni kes mahkamah rayuan ya, mahkamah rayuan kita menang dan kita percaya kita mempunyai asas yang kukuh kenapa tak membenarkan kerana aspek persekitaran orang di kawasan Hulu Selangor itu tidak layak dan tidak wajar untuk kita tetapkan. Ini pakai baju hijau pekat ni.
Terima kasih Sg. Tua saya pun pakai tie hijau hari ini. Sebab itu saya nak sebut.
Ada persamaan ya.
Ada persamaan. Kita brother’s. Sebab itu kita nak kata. Jangan salah anggap. Untung sistem dalam
Dewan ini belum keluarkan saya sebagai ADUN kerajaan jadi saya nampak. Jadi jangan salah anggap. Kita dalam Dewan ini masing-masing berbahas demi kepentingan rakyat sebab itu saya terima apa pandangan ataupun penjelasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar termasuk saya nak balik kepada sedikit tentang isu PKNS tadi sebab bagi saya isu PKNS ini isu yang cukup struktural isu yang cukup mendasar mengenai core business PKNS dan Menteri Besar terangkan tadi tentang bagaimana untuk kita nak menangani kerugian-kerugian yang ditanggung oleh PKNS sebentar tadi dan cuma juga Menteri Besar sebut ialah berkenaan dengan kedudukan kewangan PKNS yang semakin memperlihatkan tanda-tanda pemulihan. Cuma kalau boleh diizinkan kerana kita juga selain daripada menangani hal-hal yang telah pun berlaku. Kita juga dalam perniagaan ini harus melihat apakah masa depan ataupun apakah perkara-perkara ke hadapan yang ingin kita laksanakan sebab banyak lagi pelaburan-pelaburan ke hadapan yang akan dilaksanakan oleh PKNS. Justeru itu untuk memastikan bahawa sebagaimana yang saya sebutkan tidak ada lagi existential track maka kita harus berpegang kepada tiga perkara. Pertama strong balance sheet, kedua untuk kita pastikan ada aliran tunai yang baik dalam PKNS dan juga yang ketiga PKNS ini dapat mencatatkan keuntungan. Dan justeru itu antara perkara-perkara yang menjadi kebimbangan saya ialah tentang kos operasi PKNS yang hari ini terlalu besar. Hari ini PKNS kos operasi untuk sehari nilainya RM400ribu. Maksudnya sebulan PKNS kos operasi dia di antara RM10juta hingga RM12juta. Sebab itu apa yang saya nak tegaskan. Sebab sebagaimana yang saya sebutkan tadi banyak lagi pelaburan-pelaburan yang akan datang yang akan dilakukan PKNS yang mana ianya akan juga membebankan PKNS lagi antaranya ialah untuk PKNS di mana Worldwide Holding juga selepas ini. Worldwide Holdings ini nak ambil sukuk dan juga nak mendapatkan pinjaman daripada kerajaan negeri yang lepas ini ratusan juta dan mencecah bilion ringgit dalam tempoh lima tahun ke hadapan. Jadi ini juga akan memberikan contingent liability kepada aspek kewangan PKNS secara keseluruhan. Begitu juga dengan pembangunan 147....
Yang Berhormat... Yang Berhormat.
Sekejap. Sikit. Contoh 147...
Saya nak kalau nak pencerahan tu straight to the point bukan pusing-pusing, pusing-pusing nak cari publisiti itu bukan. Straight to the point.
Tak. Tak. Saya ambil sikit tentang jangka masa depan. Begitu juga soal pembangunan 147 ekar tanah milik PKNS di Cyberjaya untuk bangunkan Selangor Business Center dan sebagainya. Jadi semua ini harus kita ambil kira sebab kira tak boleh ambil kira apa yang berlaku di belakang saja kita juga harus ambil kira apakah potensi-potensi yang akan berlaku ke hadapan sebab kita tak boleh jangkakan kalau tiba-tiba COVID ini lebih teruk lagi dan sebagainya jadi kita harus ambil kira semua perkara-perkara itu sebab itu saya nak tanya ataupun saya nak minta penjelasan supaya...
Saya tengah tunggu tanya. Pusing merata dunia belum tanya lagi. International roaming international roaming lepas tu saya nak tanya, saya nak tanya. Sekarang ini saya tengah nak dengar tanya tu.
Pusing Selangor dulu.
Haa pusing Selangor dulu.
Bagi la chance Speaker.
Sebab itu apa yang ingin tegaskan. Speaker saya tie hijau ni sama. Sebab tu saya nak tegaskan dulu sebelum saya tanya.
Tanyalah.
Ialah kita harus kita harus stop budaya gali lubang tutup lubang ini. Kita pinjam untuk kita tutup hutang yang lama. Kita ambil hutang baru untuk kita tutup hutang yang lama. Perkara ini takkan selesai. 2020 pun ambil hutang pinjaman daripada Kerajaan Negeri RM200juta untuk tutup hutang yang lama. Jadi sebab itu yang ingin saya cadangkan supaya kita harus bermuhasabah sama-sama. Kerajaan, pembangkang duduk bersama-sama meneliti apakah masalah sebenar yang ada struktural isu yang ada existential threat yang ada sebab banyak perkara-perkara yang saya sebutkan tadi itu saya kira baru dua tiga perkara. MB tahu lebih banyak lagi perkara dalam PKNS sebab dia Chairman oleh sebab itu kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kerajaan Negeri bersama kita perhalusi bersama dan kalau boleh mungkin kita boleh adakan seakan kertas putih ataupun white paper dan kita bentangkan dalam Dewan ini supaya kita sama-sama dapat meneliti apakah isu-isu yang struktural dan existential threat yang ada dalam PKNS ini. Terima kasih.
Baik Yang Berhormat Gombak Setia. Saya nak ingatkan. Mudah saja soalan tadi ya. Saya minta kerajaan supaya bolehkah pembangkang dan kerajaan duduk sama untuk cari kaedah. Macam itu senang tak payah pusing-pusing, pusing-pusing saya pun keliru.
Saya bagi pusing dulu speaker contoh.
Speaker pusing dulu baru bagi faham.
Jangan risau. Bukit Tunku pujuk saya lama tadi. Jangan risau.
Mana Bukit Tunku?
Ni kalau hantar Banting nanti macam mana nak pujuk.
Mana ada Bukit Tunku?
(Dewan ketawa)
Tak ada pun. Tak ada Bukit Tunkukan?
Sila fakta tak ada Bukit Tunku.
Ini negeri lain. Itu Wilayah Persekutuan.
Minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Petang Jumaat. Petang Jumaat ni sabar. Petang Jumaat ni. Yang Berhormat sekalian sebab itu saya terangkan kalau ikut sectionalnya memang rugi tapi saya jelaskan kalau net tangible aset tu puncanya di mana? Kita mula di mana? Sebab itu kita tak nak mengulangi hal itu. Kita nak lancarkan Selangor Business Capital 140 ekar di Cyberjaya. Sangat berpotensi. Sudah ada pelan. Kita belum take off lagi tapi kaedahnya macam mana ya. Worldwide, Worldwide tidak ada bebanan kepada kerajaan negeri. Hutangnya yang dibuat adalah dengan komersial dan selepas itu dengan suku ia tidak memberi kesan sebab Worldwide dibangunkan tidak menggunakan pinjaman daripada PKNS as capital ataupun as an investment. Dia digunakan sebagai pelaburan tapi Datum Jelatek dia gunakan sebagai pelaburan. So, kita tak boleh mulakan lagi dengan kaedah itu dan cara itu. Sebab ambisi yang awal itu terlalu luar biasa dan hebat. Kalau yang di sebut oleh Yang Berhormat itu tadi saya tak risau sebab kita ada jawatankuasa itu sejak 2008. Iaitu Jawatankuasa Khas tentang anak-anak syarikat Kerajaan Negeri ABAS. Banyak pun dia panggil. Gunakanlah ABAS tu tak payah kertas putih pun ABAS tu akan bentangkan laporan itu berkenaan dengan pencapaian dan rekod prestasi PKNS. Saya akui apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Gombak Setia. Saya pun faham sebelum ini pun kita pernah berbincang hal yang sama. Apabila struktur korporat tidak ditadbir ataupun mempunyai unsur-unsur yang kurang korporat. So, kalau urus korporat dia mempunyai tanggungjawab sosial dan bagaimana kedudukan dan ini trap yang sangat besar sama ada anak syarikat negeri seperti PKNS atau pun tidak. Dah terbiasa dengan cara dan kaedah mengguna pakai penjawatan dengan penjawatan kerajaan. Bukan saya sebutkan dia jadi slow, jadi lemah, jadi lambat tapi dah jadi biasa dah lama. Dan sampai ke tahap tertentu mengkorporatan ini penting dan sebab itu bila kita menukar beberapa CEO dan
sebagainya, bukan kita nak tukar tradisi PKNS sebagainya. Tetapi sebagainya adalah untuk mengangkat dan membetulkan serta menjalankan dan meletakkan PKNS pada tahap yang lebih baik dengan aset. Kalau ikut semuanya aset PKNS sekarang ada lebih 6 hingga 7 bilion. Kerugian ini kalau diikutkan ikut hati tiada apa kesan sangat sekitar 10%. Ataupun 20% daripada nilai aset PKNS keseluruhan. Tetapi cash flow? Yes. Saya akui sedikit sebanyak memang agak perlahan saya ikuti sendiri bila saya masuk je 1.6 bilion worth aset yang tidak terjual. Bukannya termasuk yang terjual 1.6 bilion eh. Alhamdulillah kita buat, kita buat pasaran antara puncanya adalah tak diletakkan pegawai-pegawai yang betul ataupun selain daripada kemampuan dan keupayaan-keupayaan semua tu. Tadi Sg. Air Tawar tanya fasal apa tadi. Ya Hulu Bernam.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya bertanyalah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar apa betul ke Yang Berhormat Menteri Besar menyebut ada tanda-tanda pemulihan dalam kewangan PKNS. Realitinya di kawasan saya ya. Pada 6.11.2019 ini dia ya. Yang mana sebanyak ya RM164juta telah dijelaskan oleh syarikat Eastern Ecotourism City Sdn Bhd ataupun EEC. Namun syarikat EEC ini sekarang sudah tidak mampu meneruskan pembinaan di kawasan Bernam Jaya dalam kawasan saya ini. Jadi yang paling menyedihkan adalah saham ya. Saham Dewan ini kita tahu. Saham yang diberikan kepada PKNS adalah dalam syarikat dia 5% sahaja. Adakah semua orang tahu ini. 5% sahaja. Sedangkan tanah yang tergadai adalah 3,391 ekar. 3,391 ekar. Ya. Dan kerajaan apa yang kerajaan dapat kalau 5% dan rakyat pula apa yang dapat? Putih mata orang Hulu Selangor dengan orang Hulu Bernam ni. Yang di mana yang awal-awal lagi ya syarikat ini sudah membeli 448 unit hartanah terdiri daripada kedai 154 kedai dan lot dan selain adalah kediaman yang mana ini akan datang ia akan jual lah. Tapi apakan daya dengan harga yang tinggi 500 ya 500k ke atas ini tidak mampu rakyat kita nak beli. Kalau boleh tolong tengok perkara ini dan tolong siasat siapa yang dapat keuntungan yang banyak dalam keadaan ini? Dan saya mencadangkan agar ada dikaji balik projek ini. Ya dikaji balik projek ini bagi menentukan saham bagi PKNS lebih tinggi dan juga rakyat mendapat habuannya. Contoh : Rumah yang lebih murah 150k dan sebagainya. Supaya tidaklah kami memandang je di sana dan sekarang terhenti pembinaan itu. Terima kasih.
Baik Hulu Bernam. Saya nak ingatkan Hulu Bernam. Tutup mic dulu. Tutup mic. Tutup dulu. Ini perkara baru. Hulu Bernam ada sebut dalam perbahasan tak? Tak ada. Ini perkara baru. Jadi Hulu Bernam lain kali kalau benda yang tadi di sebut terpulang kepada Menteri Besar sama ada dia nak jawab atau tidak sebab ini benda baru ya.
Ya ini sebab bila sebut PKNS ini saya nak buka perkara ini.
Ya tahu. Tapi perbahasan Yang Berhormat tidak bangkit isu ini. Itu kena faham. Kena faham. Tapi sekarang terpulang kepada budi bicara menteri Besar nak jawab ke tidak ya. Sekarang terpulang kepada Menteri Besar. Tutup mic.
Terima kasih Yang Berhormat.
Itu pembelian. Kalau pembelian termasuk dia beli lepas dia beli dia bagi saham kat kita tanah-tanah tersebut. Kalau orang beli kucing. Eh beli kucing pula. Beli barang dengan kita lepas beli barang kamu ambil la barang ini sebahagian. Macam itulah konsepnya. Saya ingat tak rugi apa. Yang untung adalah PKNS sebab dia membeli. Daripada 6 ribu ekar dia beli 3 ribu sebahagian yang telah dibangunkan. Dan pembangunan ini bermula lama saya ingat 2009/2010 yang lepas. Dah lama tercokoh dekat situ tak terjual. Dia nak beli dengan aset itu dengan beberapa projek-projek EV sebagai contoh. Elektrik vehicle yang dikemukakan dan sebahagiannya adalah untuk aspek-aspek pelancongan. Kita ada..
MB nak tanya tercokoh tu apa? Tercokoh tu? tercokoh tu apa?
Nak kena minta kebenaran dulu.
Aaahhh Tuan Speaker.
Yang Berhormat tutup mic. Tutup mic.
Yang Berhomat Speaker saya nak tanya tercokoh tu apa?
Tercokoh ni termenung lebih kurang macam tulah. Terdiam kat situ. Sila rujuk Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Asal parti Melayu..
Saya ingin bertanya kepada Menteri Besar sekiranya kerajaan menjual perkara ini sudah tentu mengira ya apa habuan yang dapat kepada rakyat? Ini bukan sedikit tanah ini. Jadi kalau begini caranya rakyat sudah tentu merasa-rasa terpedaya ya.
Ya sudah pasti..
Saya tercokoh.
(Dewan Ketawa).
Haa itulah itulah maksud dia.
Tutup mic
Kalau kita dah bina dekat 20 tahun termenung dan tak boleh dijual kita nak buat apa? Akhirnya kita terpaksa jual dan keuntungan yang kita dapat nilainya semua RM300juta, RM100juta tu adalah apabila tandatangan mereka bayar. RM130 kot kalau tak silap saya. Jadi selebihnya yang ada 3000 ekar juga kita sedang akan bangunkan untuk aset kita bangunkan perumahan 5% yang kita ada juga kita akan berikan kepada rakyat dengan perumahan-perumahan yang dibina ataupun membina di lebihan-lebihan tanah yang kita ada yang dimiliki oleh PKNS di kawasan-kawasan tersebut.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seperti mana yang kita ketahui PKNS sekarang pun sedang menghadapi begitu banyak lambakan rumah yang tidak berjaya dijual. Yang tadi Yang Amat Berhormat ada beritahu betul dia ada sebahagian aset yang mungkin akan meningkat tapi dalam masa yang sama kenapa kerajaan banyak membuat langkah-langkah untuk menjual tanah tadi 600 ekar ya. Ini bukanlah dijual tapi dibangunkan ini 3000 ekar ini. Mana Yang Amat Berhormat dan saya terkejut kalau benar cuma 5% adalah terlalu sedikit. Jadi kita hendakkanlah penjelasan berkenaan ini. Kerana kita tak nak esok akhirnya Kerajaan Negeri hanya dilihat pandai jual kebun. Haa yang ini kita tak nak nanti orang nilai kerajaan negeri tak dapat sumber baru yang boleh jual kebun. Yang ini perlu ditangani.
Dia kena ada pelbagai lah Yang Berhormat. Ada pelbagai. Yang antaranya yang kita boleh jual sebab dah lama sangat di sana tak mampu dibangun dan ada orang yang ingin membeli. Macam kalau kita buat bangunan kalau ada orang nak beli kita tak bagi. Kita bukan jual kebun sahaja sebab sebahagian daripada 3000 ekar itu adalah kawasan perumahan yang telah dibangunkan. Dia beli sekali dengan kawasan itu.
Pencerahan Yang Berhormat. Pencerahan sikit. Yang dikata kenapa kita cuma dapat 5%. Haa itu saya nak penjelasannya.
Macam-macam ni Yang Berhormat. On top of harga terhadap pembelian itu kita dah dapat semua harga tu bawa kita akan buat development tempat lain contohnya di kawasan pembinaan itu juga kita akan dapat 5% daripada harga yang telah kita tetapkan ke atas pembelian itu. Tak ada unsur rugi. Jangan lihat ia sebagai projek usaha sama, ia adalah penjualan tanah. Penjualan tanah ini kalau kita ukur dari 80an sampai sekarang penat tuan-tuan Yang Berhormat nak tengok. Yang Berhormat sekalian.
Ok, saya ingin bertanya lagi Menteri Besar. Bagaimana tak tercokohnya sebab rumah yang didirikan adalah rumah yang mewah.
Rakyat macam mana nak beli? 500k rumah ke atas. Lepas itu kata tercokoh tak de siapa nak beli. Cubalah beri perhatian.
Yang Berhormat kawasan di sana kebanyakan rumah teres.
Yang Berhormat tutup mic.
Yang EXCO-EXCO sebelum ini ataupun CEO-CEO dah macam-macam buat naik basikal, tanam pisang. Pernah satu ketika kita tanam pisang di sana. Pernah. Tanam Pisang Dol, pernah tahun 2008/2009 bukan masalah. Ada sebahagiannya rumah teres cuma memang kegiatan ekonomi tak banyak. Tapi dengan wujudnya Proton City dekat sebelah sana dan projek yang tanah 3000 ekar yang nak dibuat ini.
Saya rasa MB kena turun la ni. Bukan rumah teres rendah. Rumah mewah yang tak mampu rakyat sana beli.
Sebahagiannya memang rumah banglo tak lah semuanya kita buat rumah banglo sebahagiannya rumah teres.
Rumah teres pun rumah teres mewah. Cubalah perhati rumah teres mewah. Ini cuba perhati. ini orang kampung nak beli macam mana? Macam mana tak tercokoh. Haa. Sebab tulah tercokoh.
Yang Berhormat sekalian. Yalah-yalah. Harganya dan sebahagian itu dibeli dan kemudian kita akan ada 3000 ekar lagi untuk kita bangunkan di sana. Yang kita tak jual semua 6000 ekar. Kita ada 3000 lagi yang nak dibangunkan dan dibina. Batang Kali.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya pun tercokoh juga. Mampu tengok je. Kalau di kawasan DUN-DUN Batang Kali, di Antara Gapi. Kalau harga sejuta, sejuta lebih. Haaaa memang, memang mahal. So, tercokoh sangatlah.
Itu projek yang telah diluluskan semasa zaman Barisan Nasional.
Betul. Betul.
Kalau rumah mampu milik kita dah letak 250ribu dan ke bawah dan kita ada syarat-syarat dia dan kita ada pelaksanaannya. Di sana ada rumah yang sederhana ada rumah yang ni. Jadi ada orang yang mampu beli-beli tapi ada kesilapan strategi sebelum-sebelum ini ketika pembinaan tersebut.
Jadi ada orang beli at bulk kita bagi dan ada 3000 lagi yang boleh kita bina perumahan untuk masyarakat dan rakyat dan kebetulan di sana kalau di ukur di Hulu Bernam daripada segi saiz tanah dan kependudukan orang sangat luas lagi. Tak seperti di Petaling Jaya, di Subang, dan di Shah Alam. Shah Alam pun sesetengah kawasan masih ada lagi. Jadi isu tentang kekurangan rumah dan sebagainya dan itu tengah berlaku dan kita selesaikan sebagai contoh perumahan Felda. Hanya isu air sahaja kita tak selesai lagi. Generasi kedua Felda. Ini dibuat oleh Menteri Besar sebelum inilah. Nak beri kredit bukan nak bantai semua tapi kita dah siapkan tinggal isu air. Itu kita laksanakan di bawah Pentadbiran Pakatan Harapan. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian kalau saya boleh dah selesai ya PKNS dengan MBI. Ok. Ahli-Ahli Yang Behormat sekalian saya ingin maklumkan tentang Yayasan Selangor. Yayasan Selangor ini tak ada kaitan dengan MBI ataupun anak syarikat di Yayasan. Itu saya nak betulkan. Bandar Baru Klang betulkan pada hari tersebut. Yayasan Selangor telah menandatangani perjanjian konsesi dengan syarikat Lanai Idaman Properties Sdn. Bhd. pada tahun 2019. Pihak Lanai telah mula menaik taraf bangunan itu pada tahun 2019. Walau bagaimanapun disebabkan pada Mac 2020 berlaku pelaksanaan PKP, kerja-kerja naiktaraf telah tertangguh dan pihak konsesi telah menunaikan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi yang ditandatangani pada tahun 2019. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Selangor 2021 telah bersetuju meluluskan tindakan penamatan perjanjian konsesi tersebut kerana kegagalan Lanai dan kita akan mengenal pasti konsesi baru untuk membangunkan bangunan PKNS yang telah sekian lama terabai dan tidak terdaya. Adakah kita tak buat. Kita buat 2019. Saya sendiri pengerusikan berdasarkan RFP-RFP dan cadangan yang telah dikemukakan sebelum tahun itu lagi 2017/2018 dan kita telah berikan berdasarkan daripada kriteria yang telah ditetapkan tetapi kerana PKP syarikat tersebut juga tak berupaya kita tamatkan dan kita akan melantik syarikat BMC....
Menteri Besar saya nak sikit lagi. Sebab dalam ini kenyataan ini PKNS adalah buat kerjasama dengan EEC bukan jual. Kena tengok ini kerjasama dengan EEC bukan jual. Yang jual tu rumah yang dibina besar-besar tu maka EEC beli. Biar saya buat penjelasan.
Saya jelaskanlah ini. Isunya tak jelas. Yang jelasnya kerjasama 5% ada. Tapi 5% itu diberikan on top of pembelian tanah. Tanah itu dibeli dah lepas dia beli kamu harus letak 5% ataupun angka tertentu dia sanggup bagi 5% pada PKNS untuk terlibat sama dengan pembangunan dan 5% itulah yang kita akan kembalikan kepada rakyat Negeri Selangor dalam bentuk rumah mampu milik ataupun projek-projek yang berdaya saing. Jadi maknanya memang saya ada saya terlibat daripada awal ketika perbincangannya sampailah kita bincang yang terbaru. Disebabkan PKP, syarikat ini tidak boleh membawa ataupun menguruskan kedudukan kewangannya kita sedang bincang termination ataupun pembatalan. Sebolehnya kita bincang nak batal ke ataupun nak teruskan sebab syarikat tersebut gagal bayar dalam tempoh satu tahun ini sebagaimana janji dalam pelan itu. Pelan pembayaran kalau saya nak maklumkan. Bukan takda masukkan. Kita ikut perjanjian
gagal mungkin boleh terminatedkan tapi 130juta dah bayar dah? sudah bayar. Sebagaimana bermakna yang telah dalam syarat kerana PKP dan sebagainya. Yang Berhormat nak kena panjangkan ke ni?
Bagi sikit sajalah.
Nak kena tangguhkan lagi ke tak? Tak kena tangguhkan Dewan. Kena tangguh 4.30 dah.
Takkk. 5.30.
Ohh 5.30.
Haa.
Tak dengar. Ok ya Yang Berhormat Hulu Bernam jelas ya. Kita beli lepas kita beli projek itu dibuat kita ada 5% lagi. Faham. Kita dapat 5% selepas kita beli. Tu dah dua tiga kali pusing. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian mengenai bangunan Yayasan Selangor di kampung Pandan Kuala Lumpur. Yayasan Selangor telah memasuki perjanjian dengan hak pembangunan untuk membangunkan tapak kawasan asrama ini pada tahun 2019 juga oleh syarikat Knowledge Builders Sdn. Bhd. sebagai pemaju. Pada ketika ini syarikat pemaju sedang melaksanakan kerja-kerja awal perancangan pembangunan dan tapak masih dalam kawasan Yayasan Selangor. Menurut rekod Yayasan Selangor telah beberapa kali membuat teguran kepada syarikat keselamatan kerana mendapat laporan kecuaian dan pencerobohan di tapak tersebut sebagaimana yang telah dibangkitkan oleh pihak Sungai Air Tawar kerana kelalaian ataupun kelemahan sistem keselamatan. Syarikat kawalan keselamatan telah menerima surat pada 2020 Disember dan juga April 2021. Pengurusan Yayasan Selangor sentiasa memantau kemajuan kerja dan keselamatan tapak, Yayasan Selangor mungkin dalam proses untuk menyerahkan tapak kepada pihak pemaju tertakluk pematuhan kepada terma-terma perjanjian. Apa yang saya nak sebutkan tentang Yayasan Selangor yang dibangkitkan oleh Sg. Air tawar sebelum ini dalam sidang Dewan kita dah selesaikan. Daripada tahun 2016, 2017, 2018 cuma ada sebahagian mesyuarat yang tidak laksanakan Mesyuarat Agung itu telah kita laksanakan dan kembali kepada on track dari segi governance dan tatakelola dan pada ketika ini pihak Yayasan Selangor sedang meneliti projek-projek yang kita telah luluskan yang kita telah anugerahkan hasil daripada DRA ataupun RFP-RFP yang telah dikemukakan dan insya-Allah selepas pandemik ini saya rasa benda-benda itu atau perkara-perkara itu telah dikemukakan ataupun telah dilaksanakan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya rasa saya telah menjawab beberapa soalan..
Maaf Yang Berhormat. Boleh?
Ya silakan.
Saya rasa ada beberapa soalan pertanyaan saya yang masih dijawab sebelum ini iaitu berkenaan penjualan aset yang mana kita ketahui dulu berlaku tawaran penjualan aset sebanyak 77 unit. So, sebab tu saya tanya berlaku ke tidak? Kalau berlaku berapa yang terjual dan berapa hasil dia? Yang kedua berkenaan dengan bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang yang mana saya difahamkan yang terbaru bangunan itu sekarang diletakkan di bawah injunction ya. Kerana berlaku saman-menyaman di berkenaan dengan bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang. Kalau benar saya minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat.
Yang Bukit Bintang itu kita ambil tindakan sebab mereka telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bila syarat-syarat itu dilanggar mereka ambil tindakan ambillah tapi kita dah perhatikan board telah meneliti syarikat pengurusan telah meneliti beberapa kali dan kita dapati memang jelas pelanggaran-pelanggaran tersebut. Terpulang kalau pihak tersebut atau haknya ingin menyaman, samanlah tapi saya yakin dah berulang kali kita dah rujuk kepada undang-undang dan bahagian perundangan Yayasan sendiri memang kita yakin bahawa kita berada dalam pihak yang benar dan termination itu boleh diberlaku. Kalau tidak kita akan meneruskan dan membiarkan. Kita dah bagi pada orang bagi, bagi tapi tak jalan-jalan nanti tak dilaksanakan. Berkenaan dengan hal tersebut saya tak dapat lagi senarainya. Saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat secara bertulis angkanya lebih jelas. Nilainya lebih jelas berapa yang telah dijual. Tak silap saya dalam sidang yang lepas saya dah maklumkan dah. Ini adalah hasil-hasil in kind yang kita perolehi yang kita jual dan telah bertahun-tahun tidak dapat diuruskan dan tidak dapat dibangunkan. Saya nak jawab beberapa persoalan-persoalan spesifik yang ditanyakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya oleh Gombak Setia berkenaan dengan Sungai Cincin ya. Saya sedia maklum bahawa saya telah hadir di Sungai Cincin hasil daripada komuniti dan masyarakat di sana dan turut bersama-sama untuk hadir dibeberapa lokaliti dan kawasan bersejarah khususnya melibatkan kawasan Perkuburan Sheikh yang terlibat di sana yang membangunkan komuniti di Kampung Sungai Cincin dan saya dimaklumkan untuk mempertimbangkan agar tak ada pula Gombak Setia ni. Nak jawab tak jawab ini?
Yang Berhormat boleh memilih untuk tidak menjawab.
Namun begitu saya jawab. Namun begitu saya mengambil keputusan untuk tidak memasukkan lagi pada tahun 2022 kerana ia memerlukan kajian yang lebih teliti daripada kita masukkan satu angka dia tidak dapat dibangunkan dengan segera pun sebab ia perlu melalui beberapa proses dan sebab itu saya akan menghubungi pejabat JKR ataupun Pejabat Agama Daerah untuk kemukakan pelan yang khusus sebab ia melibatkan tanah wakaf. Ia melibatkan tanah penduduk dan ada keluarga-keluarga di sana yang tertentu saya bimbang kalau kita
terus mengumumkan projek itu kita nak buat nanti kita terpaksa delay. So saya nak selesaikan kerja rumah itu dulu untuk di Kampung Sungai Cincin tentang jambatan itu saya rasa JKR ataupun JPS ada jawapannya nanti saya minta Yang Berhormat yang terbabit untuk dibangunkan ataupun dibangkitkan. Yang terakhir saya rasa ada pertikaian semalam saya rasa sudah pasti ramai yang tertumpu dengan pengumuman oleh Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan kebenaran pihak Kerajaan Negeri untuk kita membenarkan Pakej C. Pakej C dalam ESRL setelah mereka hampir selesai dan selesai daripada segi perjanjian di Pakej A dan B. Pakej C adalah daripada Mentakap sampailah ke Pelabuhan Klang dan ia tertangguh dan tertunggak bukan baru. Ia telah melibatkan empat tahun perbincangan dengan kerajaan negeri. Kalau saya ingin susun dan semak sedikit sebanyak puncanya apa? Punca pertamanya dulu kerana ia melalui kawasan Permatang Kuartza. The Kuartza Reach Of Gombak yang merupakan satu tapak yang sangat bermakna dan akan didaftarkan sebagai Geopark. Dan ada kemungkinan akan didaftarkan sebagai Warisan Dunia. Yang kedua ia kerana turut melalui beberapa kawasan kampung orang asli dan kampung warisan di Gombak. Yang ketiga, ia turut akan merosakkan dan memberikan potensi kerosakan di kawasan pelabuhan. Bukan pelabuhan. Empangan, empangan kawasan tadahan air. Empangan batu yang dianggarkan pada ketika itu jaraknya sekitar dua ratus meter sahaja daripada kawasan terbabit. Sebanyak 37 libat urus mesyuarat pertemuan dengan MTES saja dua kali. Di antara MMKN 3/4 kali kita melakukan pertemuan dan perbincangan dan akhirnya kita berpuas hati terhadap usaha-usaha untuk mengelakkan kawasan-kawasan terbabit dan sekali gus kita akan membenarkan laluan Pakej C itu dibuat dengan beberapa permintaan yang turut mendapat sambutan dan juga mendapat respon yang positif daripada kerajaan persekutuan. Antaranya memastikan jajaran selatan dikekalkan kerana untuk fasa seterusnya yang melibatkan Seremban Bypass daripada Seremban ke Pelabuhan Klang akan sampai di kawasan North Port ataupun di kawasan West Port juga akan dibangunkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan sebahagian daripada jajaran itu adalah jajaran-jajaran yang telah kita muktamadkan pada tahun 2019. Kerajaan Negeri mengambil sikap untuk tidak membiarkan Kerajaan Persekutuan menanggung denda lewat yang berpanjangan. Jadi, kita mengambil sikap terbuka walaupun panas perbincangan berulang kali, walaupun kita bertegas untuk laluan Selatan, akhirnya kita membenarkan laluan Utara dengan beberapa pandangan-pandangan dan pandangan itu diambil kira termasuk memasukkan wakil-wakil negeri. Mungkin sebab Menterinya daripada MCA, saya hantar lah wakil daripada DAP, jangan bergaduh sahaja dalam tu nanti, bermesyuarat di sana untuk memastikan, yang pertama, jajaran-jajaran itu tidak mengganggu beberapa kawasan. Antara kawasan yang dijangkakan mendapat kesan ialah Kampung Delek dan juga Kampung Sg. Sireh dekat-dekat dengan Sementa, dekat-dekat dengan kawasan, apa? Datuk. Rashid, lupa, Selat Klang. Penyelaras nya ada di sebelah. Dengan Selat Klang. Itu, telah diakui oleh mereka. Tetapi, kita juga bertegas supaya kita akan ada di dalam situ supaya ia tidak mengganggu dan melanggar kawasan tersebut.
Kedua, kita juga minta supaya betul-betul teliti sebab ia melibatkan kawasan tadahan air di Serendah. Kawasan tadahan air di Serendah tadi itu akan memberi kesan kepada SSP 1, 2 dan 3. Dan berulang kali kita sebutkan, tolong ambil perhatian dan kita juga akan terlibat dalam Jawatankuasa Pemantau yang ditubuhkan, yang saya akan hadir ataupun Wakil Kerajaan Negeri akan hadir supaya projek itu dapat dilaksanakan dan bagi kesan yang baik dan positif dan kemudiannya dengan segera disambung sampai ke jajaran Selatan dan yang paling penting juga, ada Jawatankuasa kedua yang kita akan dijemput iaitu tentang pembangunan di Pulau Carey. Pulau Carey terdiri daripada 32,000 ekar kawasan dan kawasan itu sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai Pelabuhan Ketiga dan Kerajaan serta Malaysia memerlukan sangat Pelabuhan Ketiga itu disebabkan kesesakan-kesesakan di Pelabuhan kita di samping perebakan, ataupun pembesaran pelabuhan di beberapa buah negara jiran. Kita tidak boleh kalah dalam pertarungan ini, sebab itu Kerajaan Negeri juga yang saya sebut tadi akan terlibat tetapi bagaimana pembinaannya nanti itu Kerajaan Negeri juga akan terlibat sama dalam Jawatankuasa terlibat. Saya rasa Bandar Klang akan terlibat dalam Jawatankuasa yang kedua juga supaya boleh mempertahankan hak negeri dan pendirian negeri.
Adakah Kerajaan Negeri mengalah? Kita tidak mengalah. Kita bertegas daripada isu alam sekitar, daripada isu jajaran dan sebagainya, sampai lah kepada isu-isu yang berbangkit supaya ECRL ini namun saya juga ingin melihat supaya kawasan Serendah dapat dibangunkan di masa hadapan dan Serendah Bypass dapat dibangunkan, Serendah boleh berkembang menjadi Hab Logistik yang sangat berpotensi dalam projek tersebut yang memang ada dalam planning Kerajaan Negeri, kalau Kerajaan Negeri hendak buat jajaran Selatan, kita tetap akan buat Serendah Bypass sendiri, kalau diizinkan, lesen kita diberikan oleh Kementerian Pengangkutan lah, untuk kita laksanakan hal tersebut. Jadi, mungkin nampak Kerajaan Negeri bergerak tetapi itu lah, dinamik Kerajaan Negeri yang sentiasa mengadakan perbincangan, bukan sedikit. Saya maklumkan kepada Menteri, begitu lah cara hendak bincang dengan Kerajaan Negeri. Kena sabar, 37 kali dan juga pertemuan, dan juga itu contoh-contoh kita, bagaimana kita sebut tentang pengurusan air dan sebagainya yang saya rasa Sg. Air Tawar ada sebutkan saya dah ulang kali banyak kali sebut. Bila sebut kenapa ambil alih 2.55, itu lebih tinggi, itu bukan penilaian Kerajaan Negeri, itu penilaian Persekutuan dan penilaian Kerajaan Negeri. Jadi, penilaian itu kita dapat angka. Angka yang kita dapat jauh lebih murah sebab penilaian Persekutuan RM2.7 bilion. Itu saya ambil contoh. Tetapi telah banyak kali saya sebutkan, nak diulang lagi saya dah sebutkan dan banyak kali, begitu juga apa yang dibangkitkan Gombak Setia, tentang expansionary budget, bajet yang expand, saya dah terangkan pun sebelum ini, cuma kali ini kita terangkan dengan lebih teliti dan lebih jitu, supaya apa? Supaya masing-masing mempunyai fahaman dan juga pengetahuan tentang Kerajaan Negeri.
Terakhir, berkenaan dengan BINGKAS. Saya mendapat banyak pandangan agar BINGKAS ini dapat dipertimbangkan supaya dikurangkan penerima dan juga, ditambah penerima dikurangkan pemberian. Apa asas Kerajaan Negeri untuk
menambah pemberian tersebut? Asasnya, sebab sebelum ini pemberian tersebut ditumpukan untuk pembelian barangan. Daripada rekod-rekod yang kita dapat, banyak beli kopi, gula, banyak beli tepung, banyak beli beras, ada juga beli keperluan sekolah juga sedikit. Tetapi Kerajaan Negeri hendak tambah RM100.00 itu supaya penerima-penerima dapat tampung. Sebagai contoh, yuran sekolah, sebagai contoh yuran nurseri untuk anak-anak. Kerana, selepas pandemik, kesannya sangat besar. Jadi, RM200.00 yang kita berikan itu kemungkinan tidak cukup untuk menampung hidup sedangkan anak-anak kena sambung ke sekolah. Mungkin kena beli data servis ataupun kena beli data. Jadi, bila kita beli data, ia akan lebih baik. Malahan, saya nak maklumkan daripada data-data yang kita terima, kita sudah naikkan penerima untuk KISS and KISS IT ini kepada 25,000 orang. Tetapi, pendaftaran yang kita dapat setakat ini baru 20,000, 21,000. Jadi, kita tidak tambah pun kuota yang telah kita tetapkan sebelum ini, sekarang kita hendak tambah lagi jadi 45,000. Jadi, bagi Kerajaan Negeri, tidak apa lah. Kekalkan RM300.00 bagi pendiriannya sekarang, kekalkan RM300.00, kita lengkapkan 30,000 ini. Kalau ada keperluan, saya sedia, kalau nak tambah pun kebaikan untuk rakyat, respond untuk rakyat, bulan tiga (3) atau bulan enam (6), kita boleh tambah lagi peruntukan untuk tambah penerima-penerima BINGKAS dengan nilai RM300.00. Sebab RM300.00 yang kita berikan ini bukan hanya untuk beli barangan-barangan tetapi juga boleh ditampung dengan bayaran sekolah. Saya sudah minta agar pejabat dan juga badan yang terbabit seperti SELGATE yang menguruskan KISS dan KISS Ibu Tunggal untuk segera sediakan sistem menjelang Januari. Yang kedua, minggu kedua kita sudah mulakan pendaftaran. Menjelang bulan dua kita sudah boleh mulakan kerana hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk cushion, dengan izin, ataupun tampung kelemahan-kelemahan dan kekurangan yang ada di kalangan rakyat dalam program ini.
Menyentuh yang terakhir, berkenaan dengan Pakej. Adakah kita tukar nama ini suka-suka hati? Daripada Selangorku jadi Smart Selangor, daripada Smart Selangor jadi Iltizam, sudah pasti tidak. Kerana kita melakukan penjajaran, kita melakukan pemutihan, kita melakukan semak silang terhadap semua program-program ini dan selepas siap semuanya, penggabungan, pengguguran, pertambahan dan sebagainya. Sebagai contoh, dulu tidak ada program ANIS, sekarang ANIS berlambak-lambak. Kadang-kadang saya termimpi-mimpi ANIS di malam, ingatkan apa, rupanya Anak Istimewa Selangor. Isteri saya, saya kena beritahu lah. Tetapi, akhirnya, kita ada program yang komprehensif untuk anak-anak istimewa dan itu adalah antara ciri-ciri pertambahan. Tidak cukup dengan bantuan untuk anak-anak tersebut, untuk guru-guru. Dalam pengumuman bajet terbaru, ibu bapanya turut kita akan berikan saringan kesihatan. Itu yang saya rasa selepas kita menukar konsepnya, kita tukar kepada Iltizam Selangor Penyayang kerana azam ini, ataupun cita-cita kita adalah untuk memastikan budaya penyayang dapat dikembangkan di Negeri Selangor dan kita berbangga di saat kita galak dan berlari keras untuk membangunkan negeri dengan nilai-nilai projek yang berimpak tinggi yang kita umumkan, pelaburan-pelaburan yang kita jana dan kita gamit, dalam masa yang sama kita tidak lupakan mereka yang
tertinggal dengan program-program ini, semoga semangat penyayang ini jadi budaya dalam masyarakat dan juga rakyat di dalam negeri kita dan negara kita.
Dan akhirnya, berapa kali akhir dah saya nak sebut ini, saya nak sebutkan tentang peruntukan. Sudah pasti ada yang sedikit, jelas ke tidak jelas? Saya, dengan ini, kita berdasarkan asas prinsip. Sebelum ini, asas kita ialah kalau Federal mula memberikan pengagihan sama adil kepada Wakil-wakil Rakyat pembangkang, khususnya kita di peringkat Nasional, kita bersedia untuk melaksanakannya di peringkat Negeri Selangor dan kita mulakan dahulu tahun ini sebab saya tahu dapat peruntukan daripada Pusat RM400,000.00. Kalau Pusat berhentikan, Ketua Pembangkang boleh jumpa dengan saya, kita boleh samakan balik dan kita perlu laksanakan dan berikan hak sebagaimana undi yang telah tuan-tuan perolehi walaupun sebagai wakil pembangkang dalam Pilihan raya Ke-14 yang lalu dan saya percaya ini adalah ciri kita dan kita sudah mulakan awal. Kita sudah mulakan awal, Johor, Melaka yang baru menang ni, saya tidak tahu sudah buat ke tidak buat, itu antara manifesto, jangan lupa pula. Negeri Perak, itu dibuat selepas ada perjanjian-perjanjian lisan untuk elak pertukaran-pertukaran Menteri Besar. Tetapi Kerajaan Negeri sudah mula awal, 2016, 2017, kita sudah bagi, kita teruskan lagi, dan sekarang kita tambah. Terima kasih lah, respond positif daripada Ketua Pembangkang. Ingat tak nak. Kalau tak nak tidak apa juga. Tetapi, hendak terima, terima kasih. InshaAllah kita boleh belanjakan tetapi saya jelaskan, ia masih lagi tertakluk di bawah peraturan Kerajaan Negeri, audit boleh menyemak dan boleh silang dan InshaAllah ia akan menjamin ketelusan dan harap boleh dilaksanakan yang terbaik untuk rakyat Negeri Selangor. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya ingin bertanya
Banting.
Ya, terima kasih. Bertanya berkenaan dengan pemberian peruntukan untuk bantuan sekolah dan sebagainya. Bagaimana cadangan untuk kita pulihkan kepada pemberian dua (2) kali setahun dan juga peruntukan-peruntukan lain yang dijanjikan untuk dibayar untuk tahun ini? Apakah ia akan tetap juga habis disalurkan kepada penerima pada tahun ini? Kerana, ada lagi yang masih belum dibelanjakan. Itu persoalan saya.
Sudah pasti, dua (2) tahun kebelakangan ini, disebabkan oleh pandemik lah. That’s why kita tidak boleh buat berulang kali, kita hanya mampu buat sekali, sebab sebahagian besar fokus Pentadbiran ini memang menangani COVID ya. Dan di saat kita rasa gembira, di saat kita rasa kita boleh menangani COVID pada waktu ini, kita dengar pertambahan kes. Sekarang, Omicron sudah bertapak dan telah landing di KLIA, kali pertama dapat dikesan kes ini di Malaysia. Dan kemungkinan-kemungkinan itu ada lagi ya. Jadi, Yang Berhormat, InshaAllah, tahun depan, kita akan cuba buat dua (2) kali pusingan,
tetapi tahun ini, menjelang 10, 11 Disember ini kita akan bagi terus. Dan saya sendiri akan turun ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Kebangsaan dan juga sekolah-sekolah Agama untuk kita sampaikan kepada sekolah-sekolah untuk bantuan. Walaupun tidak disebutkan di dalam ucapan Belanjawan tetapi di dalam Buku Belanjawan kekal RM24 juta untuk sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sekolah-sekolah Agama Rakyat di dalam Negeri Selangor. Untuk sekolah Agama, saya sudah tambah lagi RM5 juta untuk yuran RM30.00 untuk menjamin kemaslahatan pendidikan Islam dalam Negeri Selangor. Tadbir. Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, jadi saya percaya
Penjelasan.
Sijangkang dulu.
Terima kasih Tuan Speaker, saya hendak minta tiga (3) perkara untuk dijelaskan oleh Dato’ Menteri Besar yang mana saya bangkitkan. Tidak semua yang saya bangkitkan tetapi tiga (3) perkara ini saya kira ada kepentingannya. Pertama adalah berkaitan dengan perkara yang telah berlarutan sekian lama dan kemudian masih lagi berlarutan iaitu isu lot-lot tanah yang tidak bergeran ini sama ada mungkin melalui ikatan kasih yang mungkin kita panggil lot lidi ya, ataupun apa pun. Kemudian, lot-lot yang dibeli secara tidak legal tetapi telah diduduki dan pembeliannya berlaku sebelum ini dan dia menjadi permasalahan pada masa ini. Yang ketiga, adalah berkaitan dengan tanah warisan yang telah diduduki oleh anak-anak, tidak mampu untuk ditukar milik walaupun telah dizonkan sebagai zon perumahan. Mungkin ada insentif-insentif yang boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri. Yang kedua, adalah tadi di peringkat awalnya, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar menyebutkan berkaitan dengan Smart Selangor yang saya kira asas platform utamanya adalah bagaimana Jaringan Internet ini boleh kita sediakan kepada rakyat. Saya kira, hari ini bukan sahaja di kawasan-kawasan yang mungkin agak ulu, kalau kawasan saya pun saya boleh katakan bahawa kita masih menghadapi masalah yang sama apatah lagi kawasan kampung orang asli dan sebagainya. Bila kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini soal pendidikan yang juga menjadi permasalahan walaupun saya kira ini bukan 100% tanggungjawab Kerajaan Negeri tetapi apa usaha kita walaupun, di samping lulus Smart Wifi dan yang telah kita rancangkan. Yang ketiga adalah bagaimana kita boleh meningkatkan secara khususnya pendidikan masyarakat orang asli supaya mereka mencapai kepada peringkat pendidikan tertiary, walaupun kita ada salutasi dan mungkin secara implementasinya ataupun perkara yang khusus yang kita boleh bantu meningkatkan taraf kehidupan mereka, tidak lebih baik daripada mungkin masyarakat yang lain tetapi sekurang-kurangnya sejajar, mungkin insentif kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Mesyuarat Pelarasan Pentadbiran Tanah Daerah dan
Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Bilangan 1/2018 yang telah dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Julai 2018 telah bersetuju untuk menolak semua permohonan Pendaftaran Surat Ikatan Amanah atas semua sebab bagi semua lot-lot pertanian lot lidi di Negeri Selangor. Penolakan ini akan terpakai di Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Tanah Galian Negeri Selangor sehingga satu dasar berkaitan dirangka dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Hal ini bagi membendung aktiviti penjualan lot-lot lidi secara berleluasa tanpa mengikut syarat, pembangunan dan pendaftaran hak milik yang dibenarkan untuk memberikan kesan langsung kepada pembeli-pembeli Lot Lidi berkenaan. Selain daripada itu, medium digunakan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam seperti informasi berkenaan risiko pembelian lot lidi yang dipamerkan di laman sesawang rasmi Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Pejabat-pejabat Tanah serta laman-laman sosial yang sedia ada. Saya maklum, apa yang dimaklumkan oleh pihak Yang Berhormat dan sememangnya lot-lot lidi ini adalah masalah yang berpanjangan dan ia akan memberikan kesan kepada proses pembangunan di Negeri Selangor pada masa hadapan terutamanya kalau merujuk di daerah Kuala Langat yang sekarang ini sangat rancak menerima kesan-kesan pembangunan kerana pengesahan terhadap tanah-tanah dan tempat nilai duduk mereka itu dibuat dengan cara yang melanggar syarat-syarat dan juga hak yang sepatutnya digunakan ketika pengurusan tanah. Namun, untuk tanah-tanah warisan, untuk pecah bahagian sesama ahli keluarga saya ingat tiada masalah. Itu dibenarkan mengikut peraturan dan boleh diuruskan dengan Pejabat Tanah. Yang menjadi masalah ini, yang tidak saudara mara tetapi ada kos yang dibayar oleh pembeli-pembeli lot ini dan membeli lot ini dan by-law, dengan izin, sekeping tanah yang geran itu masih lagi nama pemilik, adalah masih lagi nama pemilik. Mungkin ketika pemilik hidup ia tidak jadi masalah. The moment pemilik meninggal dunia, masing-masing waris akan menuntut dan itu lah masalah yang timbul yang mungkin kita boleh selesaikan. Jadi, ini satu perkara yang kita halang dulu daripada berlarutan. Sebab itu kita stop surat Ikatan Amanah itu kerana ramai yang tertipu. Rumah sudah ada, kos sudah dibeli, bangunan telah siap, ada yang separa siap tetapi bila berlaku kematian, perceraian, perpindahan, nama dan sebagainya akhirnya, nak pecah bahagi itu tidak boleh. Kalau pecah bahagi atas nama kasih sayang atau nama saudara mara, anak-anak, boleh, atas nama pewarisan dan sebagainya. Tetapi bila pecah atas nama penjualan dan ia perlu mengambil satu proses yang lama dan ia melibatkan yang paling bimbang ialah pembangunan yang tidak terancang. Pembangunan yang tidak terancang ini lah yang menyebabkan banjir, yang telah menyebabkan kesesakan kerana tidak diikuti dengan infrastruktur dan sebagainya. Jadi, untuk kita hendak buat di peringkat awal kita kena kembali ke Pejabat Tanah dulu. Jangan jual dulu. Ini, masalahnya dia jual dulu. Dia jual dulu tanah-tanah lot lidi ini. Dan bila jual, saya rasa Meru selalu bangkitkan penjualan-penjualan lot lidi ini, akhirnya yang jadi mangsa siapa? Pembeli lah. Pembeli ini mungkin perantau daripada luar. Perantau daripada negeri lain dan sebagainya. Jadi, saya kira hal ini perlu kita tangani dan saya percaya Pejabat Tanah kena melaksanakan satu bengkel khas supaya ia boleh dilaksanakan dan ia boleh dibangunkan dengan menyeluruh. Ahli Yang Berhomat
Tadi saya
Yang terakhir
Penerangan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi saya memahami tentang tanah, pelaksanaan projek di Bernam Jaya. Cuma, satu yang saya tidak boleh terima iaitu dibina perumahan ini tetapi rakyat tidak boleh beli tercokoh, maka jual kepada yang lain. Apakah itu alasan, ataupun penyelewengan yang dibuat agar dapat dijual kepada Syarikat EEC? Rakyat tertanya-tanya perkara ini.
Yang Berhormat, projek ini bukan tidak terjual setahun, bertahun-tahun. Daripada 2006, 2007, 2008 buat, bertahun-tahun tidak boleh dijual. Jadi, bila ada orang yang membeli,
Buat, mahal.
Bila ada orang jual, kita beli. Tidak semuanya mahal Yang Berhormat, saya sebutkan.
Semuanya mahal, 500 rumah teres mewah
Tidak semuanya mahal sebab apa, sebab Yang Berhormat, di kawasan sana belum lagi ada kegiatan ekonomi. Dah patah balik lah, penat nak terang. Jadi, saya sudah maklumkan tadi ya. Tadi, saya juga hendak maklumkan Sg. Salak, saya sudah jumpa papernya. Sg. Salak telah dibuat pada, award telah dimulakan pada Mac 2021. Sebab itu Gombak Setia cari dekat Buku Belanjawan 2022 tidak ada, memang tidak ada. Sebab kita sudah buat tahun 2021. Dan yang seterusnya, pajakan Kampung Terentang.
Mohon mencelah.
Yang Berhormat Dato’ Seri. Saya bersetuju dengan saranan Yang Amat Berhormat berkenaan dengan tanah-tanah yang dimaksudkan perkongsian ini. Di dalam Kuang boleh dikatakan separuh ataupun keseluruhan dari kawasan-kawasan Kampung Tradisi di Kuang ini, banyak berlaku lot-lot lidi. Mereka sudah berzaman-zaman dulu lamanya, ada yang tidak menepati peraturan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. Tetapi jika boleh kita laksanakan pemecahan ini secara pentadbiran untuk Kampung-kampung Tradisi, yang sudah boleh kita lakukan dan sebagainya, jadi saya amat mengalu-alukan usaha itu. Kerana hasil daripada semakan kita, ada tanah yang berjumlah 1,800 kaki persegi dipecah-pecah lot begitu sahaja. Cuma buat perjanjian di dalam, di lawyer, pejabat peguam sahaja. Nama pun tidak masuk dalam geran. Dan akhirnya, esok ia akan menjadi masalah yang berlarutan daripada wasiat dan pemilikan pada generasi yang akan datang. Ini masalah. Jadi, saya berharap supaya
usaha ini kita teruskan. Kalau boleh kita mulakan dengan satu model lah ya. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Kuang. Saya rasa Yang Amat Berhomat sudah ulang tadi, ini tidak perlu jawab lah soalan ini.
Saya hendak tegaskan satu sahaja. Bagaimanapun tindakan kita, kita tertakluk kepada Kanun Tanah Negara. So, Kanun Tanah Negara kena tanya lawyer, dengan LA lah ya. Dia banyak detail dia, perincian dia, saya pun sedang cuba untuk memahami dengan lebih detail tetapi nyatanya pemilikan tanah ini sangat sensitif ya Yang Berhormat, sebab itu Kerajaan Negeri halang itu di peringkat awal supaya elak masalah-masalah berpanjangan. Saya tahu realiti yang ada di bawah, yang sudah jadi macam mana? Yang sudah jadi itu lah kita perlu melakukan pemutihan dan perbengkelan. Tetapi, bendanya melibatkan hal yang banyak kalau tidak berparang pun saya rasa bertekak akan berlaku lah terhadap ini.
Ini, saya hendak rujuk perkara terperinci pajakan Kampung Terentang oleh Rawang. Yang Berhormat Rawang ada bangkitkan dan permohonan penyerahan secara keseluruhan tanah di bawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan Pelupusan Negara Pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan hingga 99 tahun di kawasan Kampung Terentang telah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah Gombak sejak tahun 90an. Namun demikian, permohonan tersebut belum dapat disempurnakan dan diangkat untuk pertimbangan EXCO kerana yang pertama adalah, jajaran rentis TNB. Ini belum lagi selesai. Dan kedua, kerana perbezaan keluasan tanah, ini kita sedang tunggu pelepasannya. Yang (c) adalah, yang kedua adalah kerana perbezaan keluasan tanah dan ia meliputi, kawasan ini harus didaftarkan sebagai Qualified Title di kawasan Kampung Sg. Terentang dan setelah itu kawasan tersebut diukur oleh Juruukur bertauliah dan permohonan tersebut tidak dapat diteruskan pada masa ini kerana permohonan bagi tujuan melanjutkan tempoh pajakan sahaja tidak seharusnya melibatkan pindaan keluasan-keluasan tanah ya. Jadi, ada dua (2) perkara, rintis dan juga keluasan tanah yang belum selesai jadi belum sampai ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kalau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kita dapat selesaikan.
Tuan Speaker. Sebenarnya, saya tak nak campur tangan dalam urusan Rawang.
Saya bagi peluang yang terakhir ya, terakhir. Pendekkan.
Ya, terima kasih. Ini tadi yang disebut oleh Dato’ Menteri Besar di mana rintis TNB masih belum selesai di Rawang. Sebenarnya, kita telah ada satu keputusan MMKN di mana TNB harus pulangkan jajaran tersebut kepada Kerajaan Negeri kerana pada ketika ini rintis itu
tidak melalui Kampung Terentang. Jadi, keputusan sebenarnya dibuat, saya rasa mungkin 10 tahun yang lalu, saya mohon mungkin Setiausaha MMKN untuk semak minit mesyuarat tersebut.
Terima kasih, Setiausaha MMKN sila rujuk kepada keputusan 10 tahun lepas, namun saya hendak salurkan contentnya bahawa permohonan melanjutkan tempoh pajakan tersebut ditangguhkan sehingga jajaran rintis elektrik dimuktamadkan dan dipindahkan di Kampung Sg. Samak. Maknanya, telah berlaku keputusan pindah tetapi proses pemindahan terhadap jajaran tersebut belum disempurnakan. Jadi, kalau ia sudah selesai, kita boleh laksanakan dengan Kampung Terentang kita muktamadkan, InshaAllah, dia akan jadi my first priority di Rawang hopefully by next year, first quarter ataupun half a year kita akan selesaikan untuk Rawang. Senang berdepan dengan rakyat di kawasan Sg. Terentang.
Untuk banjir di Meru, ini banyak kali diungkitkan. Cadangan pembangunan PKNS terletak di dalam kawasan tadahan Sg. Bakul bersempadanan dengan Alam Budiman, Bandar Setia Alam, Kampung Budiman. Punca air permukaan yang menyumbang kepada aliran air ke Sg. Bakul adalah datang dari kawasan pembangunan PKNS dan pemaju-pemaju lain yang bersebelahan. PKNS sedang melaksanakan kerja-kerja infrastruktur utama di tapak seperti kerja-kerja tanah kolam takungan, longkang utama, perangkap kelodak yang berkaitan, yang berkaitan. PKNS juga telah membuat kawalan hakisan dan sedimen di tapak, kesemua kerja-kerja tersebut telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa. Sebagai langkah kawalan hakisan di tapak, pembinaan perangkap kelodak, sediment basin dan check dam telah dibina dalam kawasan pembangunan PKNS bagi memerangkap kelodak dan lumpur sebelum pelepasan air ke dalam kawasan Sg. Bakul. Bagi kelancaran sistem saliran sedia ada Sg. Bakul dan kolam takungan Kg. Budiman, kerja-kerja menaiktaraf kolam takungan di kawasan pembangunan PKNS telah dirancang dan akan dimulakan seawal Januari tahun 2022 dan InshaAllah akan bantu kurangkan kesan banjir, banjir lumpur ataupun banjir kilat di kawasan Kampung Budiman.
Saya kira, saya telah menjawab banyak persoalan lebih daripada 10 – 12 perkara, daripada asas defisit dibuat sampailah pelaksanaan program-program kita hingga lah kepada keupayaan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri hingga lah kepada perkara-perkara rinci seperti isu-isu tanah yang dibangkitkan InshaAllah saya percaya kita sedang
Satu, last.
Selalu last, last dia ini lah.
Ini tidak last. Sila, sila kalau dia tidak puas hati.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga terima kasih Yang Berhormat Sg. Tua. Saya ada bangkitkan tentang Kelab Golf Bukit Beruntung yang lama terbiar dan mengharapkan simpati Yang Amat Berhormat lah.
Untuk Kelab Golf Bukit Beruntung, Alhamdulillah, walaupun dalam PKP, pendapatannya tiap-tiap bulan sekarang ini selepas PKP boleh mencecah lebih daripada RM500,000.00 hingga RM600,000.00 sebulan selepas ia diurus sendiri oleh Pentadbiran anak syarikat BBGC sendiri berbanding sebelum ini. Di satu tempoh yang panjang, kalau rujuk kepada pemain-pemain golf di Lembah Klang, mereka sudah mula mengiktiraf Bukit Beruntung Golf Club sebagai antara yang terbaik green nya. Itu dulu. Namun begitu, daripada segi pembangunan keseluruhan, kita memerlukan dana yang besar, dan memang sekarang ini pihak Pengurusan sedang aturkan supaya BBGC dibangunkan. Ini pun tidak ada dalam bahas ni. Tiba-tiba kena jawab ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya kira saya telah menjawab segala mungkin yang boleh saya fikirkan, yang ada dalam fikiran saya. Otak saya ini bukan lah super computer yang boleh ingat banyak benda. InshaAllah, janji-janji saya terhadap Sg. Air Tawar dan sebagainya, yang dalam bentuk bertulis itu, perlu direkodkan dan kita akan kemukakan nanti. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sg. Tua, Yang Amat Berhormat. Demikian tadi penggulungan daripada pihak Kerajaan. Maka selesai lah penggulungan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibaca kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Dipersetujui.
Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama Satu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun 2022 Dan Bagi Memperuntukkan Jumlah Wang Itu Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun Itu.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan di bawah Peraturan Tetap 66 (3) untuk menimbang Rang Undang-undang ini fasal demi fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan.
Jadual B1 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan RM116,514,864.00
Jadual B1 iaitu wang sejumlah RM116,514,864.00 untuk Kepala B1 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Dipersetujui.
Jadual B2 Pelbagai Perkhidmatan RM52,940,245.00.
Tuan Speaker.
Ya, Kuala Kubu Bharu. 10 minit.
Ya, Tuan Speaker, eh, Pengerusi, Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Kod Objek 42000 Pendidikan Industri Yayasan Selangor. Pada tahun ini, mereka ada peruntukan sebanyak RM21 juta, tahun hadapan
Muka surat?
Muka surat, tidak ada. Muka surat 62.
Baik, silakan.
Pada tahun hadapan, satu sen pun tidak ada. Boleh tahu apa cerita dia?
Baik, ada yang lain? Kalau tidak, saya minta pihak, ha, ulang. Sebab kurang faham.
Ok.
Muka surat 62 ya?
Tuan Pengerusi, muka surat 62. Kod Objek, 42000 terdapat satu item Pendidikan Industri Yayasan Selangor (PIYS). Pada tahun ini, mereka ada peruntukan lebih daripada RM21 juta tetapi tahun hadapan, satu sen pun tiada. Jadi, saya hendak tahu apa cerita dia.
Terima kasih Yang Berhormat. RM20 juta itu adalah usaha Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan hutang Bait, Baitul, Ajil, panjang lah namanya tu kan, di bawah Affin Bank. Alhamdulillah setelah kita takeover dan ada kesan dengan jalan niaga, bertahun-tahun, tahun lepas atau tahun ini kita dapat menyelesaikan hutang Bait itu sekali gus dan Yayasan Selangor tidak lagi terbeban dengan hutang hasil daripada kecekapan Pengurusan Unisel dan juga bantuan daripada Kerajaan Negeri. Selepas RM20 juta itu kita selesaikan, jadi tahun-tahun
mendatang mereka tidak lagi terbeban dan Kerajaan Negeri tidak menjadi satu tanggungjawab pula hendak menyelesaikan hutang yang telah tertangguh begitu lama. Terima kasih.
Jadual B2 iaitu Wang Sejumlah RM52,940,245.00 untuk Kepala B2 Berbagai-bagai Perkhidmatan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Dipersetujui.
Jadual B3 Dewan Negeri Selangor RM31,660,546.00.
Bukit Gasing.
Muka surat 64. Pentadbiran dan Kewangan di atas, saya lihat emolumen sudah jatuh banyak daripada RM2.6 juta ke RM1.3 juta. Ini savings yang mendadak, adakah kita potong gaji ke, potong bilangan staf? Saya kira dua-dua pun tidak patut dibuat. Mohon penjelasan.
Rawang.
Muka surat 64. Kod Objek 29000 yang berkenaan Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain Yang Diberi dan Hospitaliti. Nampak tahun ini ada penambahan yang sangat drastik, so nak tanya, pertanyaan berkenaan ini.
Baik, Rawang dah. Tiada lain ya? Kalau tidak saya akan persilakan pihak Kerajaan untuk respons.
Kita lihat daripada, saya jawab dulu statement daripada, ataupun pertanyaan daripada Bukit Gasing ya. Kalau kita lihat perkara-perkara yang kita kurangkan dengan significant ialah elaun lebih masa. Elaun lebih masa kepada pegawai-pegawai terbabit kerana kita rasakan tidak ada keperluan pada masa ini berdasarkan daripada urusan-urusan Dewan Negeri yang tidak memerlukan elaun lebih masa kerana mereka boleh bekerja di dalam waktu pejabat dan mungkin elaun lebih masa ini hanya tertumpu pada beberapa urusan-urusan yang lain. Sementara elemen kedua yang besar ialah faedah-faedah kewangan lain ya. Daripada RM228,000.00 kepada RM30,000.00 sahaja dan ini adalah berdasarkan daripada persaraan dan sebagainya yang mungkin tidak ada kos yang perlu dibebankan kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Silakan.
Yang itu, I think quite ok tetapi yang gaji dan upahan yang pertama itu pun menunjukkan pengurangan lah. Itu yang,
I think the basic salary kurang itu, either bermaksud bilangan kakitangan kurang ataupun saya jangka dalam Kerajaan tidak ada potong gaji lah.
Nombor 5 Yang Berhormat. Muka surat 65 secara keseluruhan kosnya lebih kurang sama, maknanya, ada pelarasan terhadap fokus-fokus yang diberikan dan gaji dan upahan ini, saya anggap ia berkurangan kerana mungkin ada pelantikan-pelantikan tertentu yang melibatkan elaun dan juga yang tidak melibatkan perjawatan tetap. Jadi, ia akan ada kesan kepada emolumen dan juga ada kesan kepada elaun tetapi keseluruhan belanjawannya kalau kita lihat ke page 65, ia tidak ada lari jauh, malahan lebih meningkat daripada RM26 juta kepada RM26 juta, RM26.4 daripada RM26.3 sebelum ini, terima kasih.
Baik, Rawang? Rawang?
Rawang dia tanya apa tadi?
Kod Objek 29000 Perkhidmatan Ikhtisas yang peningkatan yang amat drastik berbanding dengan tahun yang lepas. So, nak tahu sebabnya. Muka surat 64.
Yang Berhormat, apabila kita melihat tadi, daripada segi jumlahnya sama dan ada peningkatan pun, ini lah yang menyumbang, yang besar, dua (2), ini melibat kepada peningkatan training. Bermakna ada perjawatan baru, ada persaraan dan ada peningkatan pegawai-pegawai, so peningkatan ikhtisas ini merujuk kepada latihan-latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai terbabit di samping kita tidak melupakan aspek-aspek digitalisasi. Kita harap Dewan kita juga boleh mengadaptasi perubahan-perubahan digitalisasi dan sebab itu kosnya daripada RM200,000.00 meningkat kepada RM2 juta supaya persediaan Ahli-ahli Dewan kita, dan juga, bukan Ahli Dewan, urusan tadbir Dewan dapat diuruskan dengan lebih baik dengan peningkatan lebih daripada 10 kali ganda, saya ingat daripada yang kita siapkan.
Baik, Jadual B3 iaitu Wang Sejumlah RM31,660,546 Untuk Kepala B3 Dewan Negeri Selangor menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Dipersetujui.
Jadual B4 Perbendaharaan Negeri RM60,983,154.00.
Pandamaran.
Speaker, saya nak tanya tentang Kod Objek 4000 di mana one-off pemberian yang dikenakan bayaran tetap, ia ada peningkatan RM10 juta. Muka surat 70.
Muka surat 70, yang lain tidak ada? Kalau tidak ada, saya minta pihak Kerajaan respons. Muka surat 70 sekali lagi ulangi. Sebab tidak jelas.
Kod Objek 40000 di mana ada satu one-off ini berbanding 2021 dan 2022 perbezaannya RM10 juta. Ya, RM17 juta berbanding dengan RM27 juta jadi, ada perbezaan RM10 juta lagi. Hendak tahu. 40000 Jumlah Anggaran Perbelanjaan Mengurus. One-off tu.
Ia adalah disebabkan pertambahan siling Kumpulan Wang Perumahan yang ditetapkan untuk penjawat-penjawat awam Negeri dan juga di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri. Jadi, pertambahan siling itu terpaksa ditingkatkan daripada angka peningkatan RM10 juta yang dimaksudkan oleh Pandamaran sebentar tadi.
Baik ya, setuju ya? Jadual B4 iaitu Wang Sejumlah RM60,983,154.00 untuk Kepala B4 Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Dipersetujui.
Jadual B6 Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri RM1,123,000,000.00.
Jadual B6 iaitu Wang Sejumlah RM1,123,000,000.00 untuk Kepala B6 Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Dipersetujui.
Jadual B7 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor RM1,421,233.00.
Jadual B7 iaitu Wang Sejumlah RM1,421,233.00 untuk Kepala B7 Caruman kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Dipersetujui.
Jadual B8 Jabatan Pertanian RM21,748,473.00.
Jadual B8 iaitu Wang Sejumlah RM21,748,473.00 untuk Kepala B8 Jabatan Pertanian menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Dipersetujui.
Jadual B9 Pejabat Tanah dan Galian RM26,843,758.00.
Tuan Speaker.
Ya, Subang Jaya.
Subang Jaya hendak rujuk kepada muka surat 82, Butiran Program 505000 Kod Objek 29000 berkenaan Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain Yang Diberi dan Hospitaliti. Di bahagian one-off untuk tahun 2022, terdapat perbelanjaan RM1.8 juta. Mohon pencerahan. 82 Tuan Pengerusi.
82, ya. Kod Objek?
Kod Objek 29000
Sekejap, sekejap.
Oh Dah tau.
Ok, terima kasih. Dia tunggu datang ilham. Yang Berhormat sekalian (ketawa), pertambahan tersebut adalah disebabkan dengan peluasan aplikasi Smartbox di Pejabat-pejabat Tanah dan Daerah di seluruh Selangor. Sebelum ini Smartbox hanya diuruskan di PTGS di Bangunan SUK, kali ini di sembilan (9) daerah yang dijangka akan mempermudahkan dan kosnya adalah di sekitar RM840,000.00. Manakala yang kedua, peningkatan sistem e-Strata dengan tambahan modul Permohonan Hak milik Strata di Pejabat Tanah dan Negeri Selangor dengan kos sekitar RM400,000.00 dan sebahagian besarnya dua (2) itu adalah dua (2) kos yang besar. Sebab itu, peningkatan sampai RM1.8, itu sahaja 8 campur 4 ia sudah belanja dekat RM1.2 milion daripada Perkhidmatan dan Perbekalan dan yang lain-lain itu adalah Perkhidmatan dan Perbekalan biasa. Maknanya, ia bertambah tinggi kerana kita nak perbanyakkan Smartbox di Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang belanjanya dekat RM1 juta ataupun RM900,000.00. Terima kasih.
Jadual B9 iaitu Wang Sejumlah RM26,843,758.00 untuk Kepala B8 Jabatan Pertanian menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Dipersetujui. Ahli-ahli Yang Berhormat
sekalian, Dewan perlu bersidang semula. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 5.30 petang. Dengan ini, saya menangguhkan Dewan sehingga 6 Disember 2021 Isnin 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG)