Selangor · 6 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 461 turns · 33,789 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Keempat belas pada 6 Disember 2021 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera, saya mempersilakan Yang Berhormat Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya 105.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 105. Penjualan Lot-Lot LidiQuestions

105. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapa banyakkah penjualan lot-lot lidi di Meru sejak 10 tahun lepas di Meru?

b)

Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk menghalang penjualan lot lidi oleh pemilik tanah dan tindakan untuk membendung aktiviti penjualan lot-lot lidi?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Timbalan Speaker dan Meru yang mengutarakan soalan tentang lot-lot lidi khususnya di Meru. Untuk makluman Yang Berhormat semua urusan urus niaga hartanah di Mukim Klang ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Sekiranya aktiviti penjualan tanah-tanah hak milik yang di pecah bahagian (lot-lot lidi) dan dijual kepada pembeli-pembeli ini mengikut prosedur dan Kanun Tanah Negara, urusan ini adalah sah dan akan didaftarkan di dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB). Manakala, bagi penjualan lot-lot lidi yang masih berstatus tanah pertanian, urusan ini tidak boleh didaftarkan di Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer dan penjualannya adalah di luar bidang kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Klang. Oleh yang demikian, data atau maklumat mengenai jumlah penjualan lot-lot lidi yang tidak sah ini, tidak dapat

dikemukakan kepada Dewan kerana jelasnya mereka tidak mendaftarkan dan gagal mendaftarkan dan mulai tahun 2018 kita sudah menghentikan surat akuan bersumpah ataupun di power yang sepatutnya di sampaikan sebelum ini kita tidak halang dan dengan itu juga ini adalah proses kita untuk menghalang proses-proses penjualan lot lidi. Untuk makluman Yang Berhormat sebagaimana saya sedikit sebanyak bentangkan pada penggulungan belanjawan yang lepas, bahawa dalam satu Mesyuarat Pengarah Tanah Dan Galian Selangor Bersama Pentadbir-pentadbir Daerah Negeri Selangor Bilangan 3 Tahun 2018 telah memutuskan bahawa bersetuju untuk menolak permohonan-permohonan Pendaftaran Surat Ikatan Amanah bagi lot-lot tanah pertanian ataupun lot lidi atas semua sebab. Ini bagi mengelakkan penjualan lot-lot lidi terutamanya di Daerah Klang berterusan termasuk di Meru. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sijangkang

Terima kasih Timbalan Speaker. Kerajaan Negeri pernah menyatakan bahawa akan ada dasar ataupun polisi berkaitan dengan lot-lot kecil yang tidak bergeran ini, mungkin Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar boleh menjelaskan kepada kita setakat mana dasar-dasar ini berlaku. Saya tengok walaupun Kerajaan Negeri sudah menghentikan ataupun halang tetapi di kawasan saya sebagai contoh, lot-lot lidi berterusan yang saya kira akan berterusan kesannya cukup besar sekiranya tidak ada satu polisi atau dasar yang bersifat aktif yang pro aktif kepada pihak lain. Terima kasih.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sudah pasti urusan tersebut akan memenuhi beberapa rujukan-rujukan tentang Kanun Tanah Negara (KTN) dan juga kaedah-kaedah tatacara pengurusan tanah di dalam negeri Selangor. Sebab itu saya percaya pihak PTG dan Pejabat-pejabat Daerah sedang menyiapkan dan belum lagi kemukakan dan kemungkinan dalam suku pertama tahun 2022 kita akan melihat bagaimana kaedah-kaedah itu dapat di muktamadkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kalau perlu mungkin ia dibawa ke peringkat Dewan Undangan Negeri. Namun perkara asas berkenan Kanun Tanah Negara itu memerlukan kita membawa di peringkat di persekutuan untuk diluluskan di peringkat Parlimen dan diangkat. Saya sebutkan dalam penggulungan yang lepas bahawa mereka masih lagi berbincang dan perlu adakan pertemuan dan juga bengkel untuk melihat keseluruhan aspek pengurusan lot-lot lidi ini supaya kita boleh memutihkan bagi yang telah berlaku dan kedua untuk menghalang terus setakat ini bila surat Ikatan Amanah itu dihalang daripada masuk, maknanya ia tidak boleh gunakan dan di samping dalam masa yang sama penjelasan-penjelasan secara berterusan kepada masyarakat telah dilakukan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Kampung Tunku. Tidak hadir. Seterusnya Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Yang Berhormat Speaker. Soalan saya 107.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 107. Penggerak Belia Selangor (PEBS)Questions

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

107. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah mekanisme yang diguna pakai untuk menilai prestasi para PeBS?

b)

Sekiranya seorang PeBS gagal mempamerkan prestasi yang baik, bagaimanakah proses untuk mengganti PeBS tersebut dengan calon yang baru?

Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik. Berkaitan dengan mekanisme yang digunakan untuk menilai prestasi para Penggerak Belia Selangor, sebelum saya pergi jauh untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kota Anggerik saya ingin merakamkan jutaan terima kepada Penggerak-penggerak Belia Selangor yang telah turun ke Lembah Jaya baru-baru ini yang telah membantu banyak dalam menyelesaikan dalam membantu masyarakat setempat menyelesaikan dilanda banjir baru-baru ini. Di antara yang saya boleh sebut hari ini ucapkan terima kasih kepada PeBS Lembah Jaya, Hulu Kelang, Seri Serdang, Dengkil, Paya Jaras, Permatang, Sungai Air Tawar, Pelabuhan Klang, Sentosa, Batang Kali, terima kasih kepada Teratai, Bukit Antarabangsa, Sungai Tua, Rawang, Gombak Setia, Pandan Indah, Sijangkang dan Bukit Lanjan. Ini adalah penghargaan Kerajaan Negeri kepada PeBS yang telah sama-sama mencakna tentang kesusahan rakyat. Menjawab kepada mekanisme yang diguna pakai untuk menilai apakah prestasi para PeBS kita. Yang pertama Yang Berhormat, dia berdasarkan kepada peruntukan kewangan RM 20 ribu. Jadi sekiranya ada PeBS kita yang masih tidak menghabiskan RM 20 ribu dalam masa setahun, kita menganggap prestasi mereka masih di bawah daripada paras yang telah kita tetapkan. Yang kedua, PeBS kita mesti mestilah visitable di kaca mata rakyat. Maknanya jangan program syok sendiri mesti ada engagement dengan para belia, mesti dilihat turun ke padang bersama-sama dengan para belia dan yang paling penting sekali mekanisme yang paling penting sekali adalah Ahli Dewan Negeri itu sendiri berpuas hati dengan prestasi PeBS masing-masing. Ini adalah benchmark yang kita letakkan jadi kita tidak pergi kepada masalah kepimpinan masalah sebab ini adalah PeBS yang dilantik oleh Yang Berhormat sendiri jadi Yang Berhormatlah yang mengukur mekanisme yang terbaiknya. Sekiranya mereka gagal mencapai mekanisme yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri ataupun Yang Berhormat sendiri jadi kita menganggap mereka sebenarnya tidak ada alasan kerana mereka dibayar elaun berhormat. Jadi bila mereka menerima elaun mempunyai tugas-tugas yang penting. Bayaran RM 400 itu

adalah tinggi bagi mereka yang bekerja sebagai di peringkat biasa ini. Cukup untuk bayar duit kereta sebenarnya. Jadi tidak ada alasan mereka tidak bergerak dan sekiranya mereka gagal berfungsi atas sebab-sebab kesihatan atau sebab-sebab rekod atau sebab-sebab yang dikemukakan Yang Berhormat sendiri tidak berpuas hati maka Majlis Sukan Negeri Selangor akan menghantar surat peringatan yang pertama, kedua dan yang ketiga sekiranya mereka masih lagi gagal mencapai KPI yang ditetapkan Yang Berhormat ADUN boleh mengemukakan surat kepada saya ataupun Majlis Sukan Negeri untuk kita tukar mereka dengan serta-merta.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Terima kasih. Saya nak tanya kepada Kerajaan, adakah Kerajaan akan melibatkan ADUN-ADUN daripada pembangkang ini dalam mempertingkatkan lagi prestasi program-program PeBS ini? Sebab sebahagian daripada peruntukan Kerajaan Negeri pun telah diberikan kepada ADUN pembangkang. Terima kasih.

Yang Berhormat Sijangkang. Peruntukan itu bermula tahun depan bukan tahun ini. Jadi bila habis tamat tempoh penggerak belia yang ada sekarang ini tempoh kita tengok macam mana mekanisme baru kelak.

Timbalan Speaker

Seterusnya Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Subang Jaya 108.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 108. Sambungan Horas600 Dan Pond C Kepada Lra Ssp1,2,3 Dan Sg SemenyihQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

108. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan progres projek sambungan HORAS600 dan Pond C kepada LRA SSP1,2,3 dan Sg Semenyih.

b)

Sila bekalkan Gantt chart projek tersebut.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Subang Jaya bertanyakan soalan berhubung dengan projek penyambungan HORAS 600 dan juga Pond C kepada Loji Rawatan Air SSP1,2,3 dan Sg Semenyih. Projek yang dimaksudkan ini adalah projek di bawah cadangan ataupun di bawah program pelaksanaan skim jaminan air mentah Negeri Selangor atau SJAM yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah apabila berlaku masalah pencemaran supaya tidak mengganggu bekalan air bagi Sungai Selangor SSP 1,2, 3 dan Sungai Semenyih. Projek pengepaman air mentah dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor dan Kolam Takungan (Pond C) di Sungai Semenyih dilaksanakan melalui empat (4) pakej kerja seperti berikut:-

(i) Pakej A - kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman dan kerja-kerja lain berkaitan di Kolam HORAS 600 Kampong Sg. Darah, Bestari Jaya, Kuala Selangor (ii) Pakej B - kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Kuala Selangor (iii) Pakej C - kerja-kerja pembinaan pelencongan sungai, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air SSP 1, 2 & 3 Bestari Jaya, Kuala Selangor (iv) Pakej D - kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan sistem pengepaman dan kerja-kerja lain berkaitan di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, Jenderam Hilir

Bagi Pakej A, pembentangan telah dibuat kepada Lembaga Perolehan Negeri pada 3 September 2021, 4 Oktober 2021 dan pada 9 November 2021. Bagaimanapun ada isu-isu teknikal yang berbangkit daripada tender ini dan tender akan dipanggil semua bagi pakej A.

Bagi Pakej B, pembentangan telah dibuat dalam Lembaga Perolehan Negeri pada 09 November 2021. Pelantikan kontraktor telah dibuat dan kerja-kerja awal sedang bermula yang ini bukan ya ini pakej C ya. Pakej B ini sedang menunggu kelulusan akhir, kontraktor telah dikenal pasti dan tunggu akhir sebelum diberikan penganugerahan tender.

Bagi kerja-kerja Pakej C, pembentangan telah dibuat kepada Lembaga Perolehan Negeri pada 3 September 2021. Surat Setuju Terima Tender pun telah

disempurnakan pada 3 November 2021. Kerja-kerja di tapak bermula pada 22 November 2021 dan dijadualkan siap pada 21 November 2022. 12 bulan.

Bagi pakej D pula, pembentangan telah dibuat kepada Lembaga Perolehan Negeri tender pada 9 November 2021. Pelantikan kontraktor akan dibuat selepas dan dalam proses untuk penganugerahan bagi pakej D.

Secara amnya keseluruhan semua projek ini adalah pelaksanaannya adalah 12 bulan dan dijangka akan siap setahun daripada dan berakhir bulan pada tahun 2022 atau awal 2023. Sekian.

Timbalan Speaker

Seterusnya Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

109.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 109. Kebajikan Jmb KrtQuestions

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

109. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi membantu JMB-JMB yang bermasalah dari segi kewangan dalam menguruskan pentadbiran dan pengurusan dalam menguruskan kerja-kerja selenggara?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker. Saya bangun dan menjawab bagi pihak Yang Berhormat Batu Tiga. Berdasarkan Akta Hak milik Strata 1985, hak milik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah hak milik semua pemilik dan mereka bertanggungjawab untuk menyenggara dan mengurus bangunan pangsapuri mereka. Kerajaan Negeri telah melaksanakan tindakan berhubung penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang bagi setiap pangsapuri kos rendah yang tidak mampu menguruskan bangunan akibat defisit kutipan caj pengurusan. Dalam hal ini, pihak Pengurusan atau pun Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu memperkasakan peranan mereka melalui Akta Pengurusan Strata 2013 atau pun Akta 757. Untuk mengutip tunggakan caj penyenggaraan di kalangan pemilik-pemilik tegar. Kerajaan Negeri melihat tiga aspek utama dalam membantu JMB-JMB yang bermasalah dari segi kewangan iaitu aspek yang pertama aspek ekonomi. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program-program yang dapat membantu meningkatkan sumber kewangan badan pengurusan pangsapuri terutama kos rendah dan sederhana

rendah. Antaranya adalah Program Kebun Komuniti atau Laman Hijau Strata dan K-Inovasi Pusat Kitaran Strata.

Progam-program berdayakan ekonomi ini akan memberi impak positif kepada pendapatan komuniti pangsapuri dan badan pengurusan dapat menjana sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan pangsapuri. Misalnya penglibatan komuniti dalam projek Laman Hijau Strata melalui penjualan hasil pertanian dan Pusat Kitar Strata secara pemberian kebun kepada pemilik di mana ia boleh di kontra dengan pembayaran caj.

Satu sistem laporan kewangan pangsapuri di Negeri Selangor ataupun COB juga telah dibangunkan khusus untuk membantu Badan Pengurusan JMB ataupun MC di Negeri Selangor menyediakan laporan kewangan dan perbelanjaan pangsapuri secara digital. Usaha ini bagi membantu Jawatankuasa Badan Pengurusan menentukan perbelanjaan yang penting sahaja mengikut kemampuan kewangan selain di pantau secara terus oleh COB-COB mengikut kawasan.

Yang kedua, Aspek Sosial. Pada aspek ini pendekatan diberi kepada usaha-usaha memperkasakan peranan JMB melalui latihan atau kursus kepimpinan seperti kursus pemantapan pengurusan bangunan dan kediaman berstrata ataupun C-SMART. Kursus C-SMART ini difokuskan kepada JMB atau MC sebagai inisiatif memantapkan Jawatankuasa Badan Pengurusan dari aspek pengurusan kewangan, pentadbiran dan penyelenggaraan pangsapuri yang baik dan berkesan. Tenaga pengajar dan penceramah Kursus C-SMART di ambil di kalangan mereka yang berpengalaman dan profesional mengikut modul-modul latihan yang disediakan.

Yang ketiga, Aspek Perundangan. Di bawah Aspek Perundangan Akta Pengurusan Strata 2013 telah memperuntukkan kaedah kepada Pihak Pengurusan Pangsapuri iaitu Pemaju, Badan Pengurusan Bersama. Badan Pengurusan atau Agen Pengurusan yang dilantik oleh Pesuruhjaya Bangunan untuk mendapatkan kutipan bayaran caj seperti berikut:-

(i) Seksyen 34, 78 Akta Pengurusan Strata 2013, memfailkan saman atau tuntutan ke Mahkamah atau Tribunal Pengurusan Strata. Sekiranya pemilik masih ingkar mematuhi keputusan Mahkamah atau Tribunal, mereka boleh didakwa ke Mahkamah oleh COB melalui izin pendakwaan dan apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Dan dalam satu kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi RM50.00 bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan. Dan

(ii) Seksyen 35, 79 Akta Pengurusan Strata 2013, melaksanakan penahanan terhadap Ahli. Pihak Penguasa Tempatan telah diminta

untuk membantu membuat operasi bersepadu bersama Pihak Pengurusan Pangsapuri untuk melaksanakan proses penahanan harta alih dan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya Hulu Bernam, tidak hadir. Gombak Setia, tidak hadir. Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Kota Damansara, 112.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 112. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)Questions

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

112. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah sebenar penerima SMUE sejak tahun 2018/2019/2020/2021 untuk setiap DUN ?

b)

Apa mekanisma yang di gunakan untuk memastikan bahawa peserta menerima baucer tersebut pada bulan kelahiran mereka ?

c)

Kekerapan dan Bagaimana data peserta di kemaskini ?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Tuan Speaker. Program Jom Shopping, SMUE ini telah mula dijalankan pada tahun 2019. Oleh itu data yang dikemukakan adalah bermula 2019 sehingga 2021 sahaja. Rujukan dan data penerima adalah berikut:-

(i) 2019 adalah seramai 35,291 telah menerima.

(ii) 2020 adalah seramai 145,359 penerima.

(iii) 2021, 138,437.

Maka bagi jumlah tiga (3) tahun berturutan daripada 2019 adalah 319,087. Saya juga ada setiap DUN senarainya. Memang panjang. Saya boleh bekalkan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Bagaimanapun bagi Ahli SMUE yang akan menerima jemputan dari YAWAS menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengikut bulan kelahiran dan YAWAS juga turut menyarankan PKM DUN untuk menghubungi ahli-ahli SMUE melalui medium yang lain. Seperti agihan baucar melalui Ketua-ketua Kampung, telefon dan juga surat.

Di samping itu, YAWAS juga turut memberikan kemudahan untuk mengemas kini maklumat no telefon waris Ahli SMUE melalui sistem SMUEYAWAS.my/admin/online semakan PHP. Sebagai maklumat tambahan YAWAS juga telah selesai melaksanakan pemurnian data SMUE dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara pada September 2021 dan proses ini akan dilakukan berdasarkan keperluan dari masa ke semasa.

Kemas kini pemilihan peserta untuk setiap program yang akan dijalankan berdasarkan pada setiap bulan kelahiran semasa dan PKM DUN perlu mengemas kini kehadiran dengan masukan nombor teks baucar yang diberikan kepada peserta pada sistem dalam tempoh lima (5) hari selepas tamat program di dalam sistem YAWAS.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Menjawab soalan tadi, kita juga ada menerima aduan daripada peserta-peserta yang menerima jemputan tersebut namun mereka tidak faham mesej tu. Maksudnya mereka tidak faham Bahasa Malaysia. Adakah rancangan pihak Kerajaan untuk menghantar mesej tu dalam bahasa lain? Contoh, Bahasa Cina ke atau Bahasa Tamil dan sebagainya. Minta penjelasan.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Saya percaya sebagai orang Malaysia kita semua patut memahami Bahasa Malaysia. Saya percaya kita kekalkan dengan Bahasa Malaysia. Saya rasa pesanan tersebut dan kita yang tak faham tu mereka orang tua dan saya rasa dan saya percaya anak-anak mereka dapat membacanya. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 113.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 113. Pusat Wanita BerdayaQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

113. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Pengurusan pusat wanita berdaya masih kurang memuaskan selepas idea telah dibangkitkan oleh ADN-ADN. Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan demi meningkatkan prestasi pengurusan PWB?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Balakong bertanya mengenai Pusat Wanita Berdaya ni. Untuk makluman Yang Berhormat Balakong, Pengurusan Pusat Wanita Berdaya sejak dari awal penubuhannya telah diletakkan di bawah Pentadbiran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pejabat EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga. Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, (MMKN) Ke-40/2020 yang disahkan oleh MMKN Ke-41/2020, Pengurusan PWB telah diambil alih oleh Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd. atau WBS secara rasminya bermula Mei 2021.

Lanjutan daripada keputusan itu Pengurusan PWB telah melalui fasa transisi daripada Pentadbiran UPEN ke Pentadbiran WBS di mana sepanjang fasa transisi ini kita mengambil maklum bahawa terdapat beberapa masalah dan isu teknikal yang dihadapi oleh para penyelia PWB. Perkara ini disulitkan lagi dengan faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku sepanjang tempoh transisi dan mengakibatkan banyak kekangan dari aspek operasi dan komunikasi.

Selain itu pada bulan September dan Oktober baru-baru ini, lantikan kontrak Penyelia PWB tamat dan perlu diperbaharui. Terdapat DUN-DUN yang mengekalkan Penyelia PWB sedia ada dan ada juga telah melantik Penyelia PWB yang baru. Proses lantikan baru ini menyebabkan beberapa proses perlu dilaksanakan semula seperti sesi temuduga calon Penyelia, pembaharuan kontrak Penyelia dan sesi Induksi yang juga mengambil masa pemprosesannya. Walau bagaimanapun dalam usaha memantapkan dan menambah baik Pengurusan PWB ini, sesi libat urus bersama Ahli-Ahli Dewan Negeri telah diadakan pada 22 November 2021 dan juga siri-siri pertemuan tidak rasmi sebagai Ahli-Ahli Dewan Negeri.

Semua permasalahan dan cadangan yang dikemukakan telah diperhalusi. Berikut adalah antara penambahbaikan yang telah diambil tindakan oleh WBS dalam aspek Pengurusan PWB.

(i) Pembayaran Vendor. Kalau sebelum ini dibayar kepada vendor setelah program selesai tetapi sekarang pembayaran boleh dilakukan melalui invois sebelum program dijalankan.

(ii) Elaun Penyelia PWB. Sebelum ini dibayar mengikut laporan program dan prestasi kerja. Ya, kalau tidak menghantar laporan maka jadi lambat bayaran elaun mereka tapi sekarang ini dibayar setiap bulan ya pada tarikh yang ditetapkan seperti juga apa ni orang kata petugas-petugas di PKM kita tanpa perlu laporan program dan prestasi kerja tetapi jika tidak hadir atau hanya melaksanakan dua kali program sahaja maka surat amaran akan dikeluarkan.

(iii) Kertas kerja pula, sebelum ini penghantaran secara fizikal tapi kini penghantaran melalui e-mel bagi mengurangkan penggunaan kertas namun laporan program masih perlu dihantar secara fizikal atas tuntutan SOP kewangan.

(iv) Pengurusan Program. Pengurusan Program termasuk dokumentasi dan juga sagu hati kepada Pembantu-pembantu dan AJK. Sebelum ini, kita tiada peruntukan pengurusan itu ya tetapi sekarang ini kita telah memberi RM400.00 setiap program bagi pengurusan dokumentasi dan apa-apa lagi yang tidak dapat di claim di bawah apa ni vendor dan sebagainya. Jadi minimum kalau dia buat 2 program sebulan, ada peruntukan pengurusan RM800.00. Jadi kalau dia boleh buat 4 program, 5 program setiap program RM400.00 jadi ini adalah peruntukan yang boleh digunakan untuk mencetak bahan, elaun AJK juga rolling untuk program akan datang tanpa perlu mengemukakan resit.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 114.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 114. Pemeliharaan Permatang Kuarza Gombak SelangorQuestions

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

114. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Terdapat berapa kes pembakaran di kawasan sekeliling Permatang Kuarza Gombak Selangor dan apa sebab pembakaran berlaku?

b)

Apakah rancangan pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan dan dirancangkan oleh Kerajaan Negeri di sana?

c)

Apakah status terkini tapak UNESCO dan GeoPark untuk kawasan ini?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Tuan Speaker, sehingga November 2021, pihak bomba hanya menerima satu panggilan melibatkan kebakaran kebun buah-buahan iaitu pada 4 Mac 2021 iaitu pada hari Khamis. Dilaporkan berlaku kebakaran kebun di kawasan sekeliling berhampiran kaki Bukit Tabur iaitu kini dikenali sebagai Permatang Kuarza yang dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka oleh pemilik kebun yang menjalankan aktiviti pembersihan kebun. Akibat daripada pembakaran terbuka tersebut telah pun merebak ke kawasan belukar di kaki bukit tersebut. Pihak bomba telah pun berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya dan tiada mangsa terlibat dilaporkan. Peratusan kebakaran dianggarkan sebanyak 5% dari keluasan kebun seluas 0.8 Hektar.

Untuk menjawab soalan yang kedua, Pematang Kuarza Gombak Selangor adalah terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Gombak Tambahan I. Ianya telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) melalui warta G.N. 401/2010 berkeluasan 114.80 hektar. Berdasarkan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Selangor 2021-2030, keseluruhan Hutan Simpan Ulu Gombak Tambahan 1 ini masih dikekalkan sebagai kelas Hutan Perlindungan iaitu diwartakan sebagai fungsi Hutan Taman Negeri di bawah Seksyen 10, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 (Pindaan 2010) melalui warta G.N. 404/2010.

Pelbagai inisiatif pemeliharaan dan juga pemuliharaan telah pun dijalankan di kawasan Hutan Simpan Ulu Gombak Tambahan 1 ini di antaranya adalah seperti penganjuran Mini Ekspedisi Saintifik pada tahun 2014, pelancaran Coffee Table Book Permatang Kuartza Gombak, Selangor pada tahun 2015 dan lain-lain lagi.

Pada masa kini, Permatang Kuartza Gombak, Selangor akan dicalonkan sebagai Tapak Geopark Kebangsaan sepertimana yang diluluskan oleh MMKN Ke-32/2021

pada 29 September 2021 yang lalu. Cadangan terperinci berkaitan pengurusan Tapak Geopark ini akan dibentangkan semula kepada MMKN dijangka pada awal Januari 2022 oleh PLANMalaysia@Selangor.

Soalan yang ketiga, kajian Gombak, Kajian Geopark di Negeri Selangor bermula apabila Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke-6/2019 pada 27 Februari 2019 dimaklumkan oleh perunding pakar bahawa Permatang Kuarza Gombak, Selangor iaitu PKGS belum bersedia untuk diangkat menjadi Tapak Warisan Dunia di UNESCO.

Sebaliknya, Pasukan Pakar mendapati kawasan lebih berpotensi sebagai geotapak bagi Geopark Selangor kerana kepelbagaiannya dalam warisan geologi. Sehubungan dengan itu, satu kajian Geopark Gombak Hulu Langat, Selangor yang bermula pada tahun 2019 dengan penyediaan pelan tindakan pembangunan Gombak Hulu Langat Geopark telah mengenal pasti persempadanan awal kawasan Geopark serta potensi-potensi Geopark , geo-tapak di kawasan ini. Sempadan Gombak - Hulu Langat Geopark yang berkeluasan 112 955 hektar, terdiri daripada dua daerah iaitu Gombak dan Hulu Langat yang melibatkan tiga pihak berkuasa perancang tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan juga Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Justeru itu, MMKN Ke 37/2020 pada 21 Oktober 2020 dan telah pun disahkan oleh MMKN Ke 38/2020 pada 28 Oktober 2020 telah bersetuju dengan pelaksanaan dengan pelaksanaan Geopark di Selangor dengan cadangan 20 geo-tapak dalam daerah Gombak dan juga Hulu Langat untuk diangkat sebagai Geopark Kebangsaan. Permatang Kuarza Gombak Selangor merupakan salah satu daripada 20 Geopark tapak yang bernilai kebangsaan di dalam Gombak - Hulu Langat Geopark. Tuan Speaker, mesyuarat MMKN Ke 32/2021 yang diadakan pada 29 September 2021 dan telah disahkan MMKN Ke 33/2021 pada 6 Oktober 2021 telah pun bersetuju supaya PLANMalaysia@Selangor mengemukakan Dossier Gombak – Hulu Langat Geopark kepada Jawatankuasa Penilaian Geopark Kebangsaan dan pada 20 Oktober 2021 PLANMalaysia@Selangor selaku Sekretariat Jawatankuasa Pro-Tempore GHL Geopark telah pun menyerahkan surat permohonan rasmi yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri bagi Penilaian Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai Geopark Kebangsaan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin iaitu Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Geopark Kebangsaan. Mengikut sasaran Jabatan, penilaian Gombak - Hulu Langat Geopark sebagai Geopark Kebangsaan oleh Panel Pelaksanaan Geopark Kebangsaan akan diadakan di antara bulan April 2022 sehingga Julai 2022, seterusnya akan mendapat pemasyhuran sebagai Geopark Kebangsaan dalam tahun yang sama juga. Sekian.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Soalan susulan, Tuan Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Yang Berhormat Kajang yang telah memberi satu penjelasan yang sangat detail kepada Dewan yang mulia ini. Soalan saya adalah, Kerajaan Negeri telah memutuskan pada tahun 2019 untuk mengubah Permatang Kuarza Gombak Selangor daripada permohonan UNESCO kepada Geopark. Tahun ini 2021, baru kita dengar bahawa September tahun ini baru satu keputusan dibuat untuk secara rasminya mencalonkan Permatang Kuarza Selangor sebagai Geopark. Jadi berapa lama proses ini perlu tunggu? Saya difahamkan tadi, Yang Berhormat kata ada satu proses penilaian tahun depan. Selepas itu berapa lama perlu rakyat Selangor tunggu untuk Geopark di Gombak diluluskan untuk menjadi satu Geopark?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Sebelum itu kita menghadapi masalah pandemik COVID-19, di mana banyak kerja-kerja kajian yang turun padang tidak dapat dilaksanakan pada masa yang diperlukan. Sebab itulah dia drag sampai 2 tahun. Seperti mana yang saya katakan, dia akan di pemasyhuran sebagai Geopark Kebangsaan akan di umum dalam tahun ini juga. So, kita perlu sabar sikit, di mana kita perlukan proses ini cepat tetapi dia memerlukan masa dan juga kerana pandemik COVID-19 yang berlaku sebelum itu. Sekian.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya. Seri Kembangan.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 115.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 115. Isu Keselamatan Dan Infrastuktur Di Jalan Besar, Seri KembanganQuestions

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

115. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Jalan ini masih menggunakan pembahagi jalan batu, ia memberi kesan keselamatan kepada pengguna jalan. Bilakah JKR akan menaiktaraf pembahagi jalan ini?

b)

Longkang di sepanjang jalan telah rosak dan jatuh, ia menyebakan banjir kilat serius. Bilahkan JKR akan menaiktaraf longkang ini?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, soalan yang ditanyakan oleh Seri Kembangan ialah berhubung dengan jalan isu penaiktarafan ataupun isu infrastruktur di Jalan Besar Seri Kembangan.

Untuk makluman Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan ini adalah Jalan Persekutuan FT3215. Pihak JKR Selangor telah membuat kajian dan penelitian tentang keperluan, pertama ialah menaik taraf ataupun menggantikan pembahagi jalan batu yang masih menggunakan jalan batu kepada yang lebih baik. Yang kedua ialah berhubung dengan longkang di sepanjang yang telah rosak dan jatuh. Batunya jatuh. Yang menyebabkan banjir dan sebagainya.

Untuk makluman Yang Berhormat, kajian dibuat oleh pihak JKR Selangor mendapati kos bagi menaik taraf pembahagi jalan ialah di sekitar RM 620 ribu dan bagi kerja-kerja menaik taraf longkang di jalan berkenaan dan pembetung yang rosak adalah berjumlah RM 1.147 juta. Kedua-dua ini telah pun dibuat permohonan kepada Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan, sebab ini Jalan Persekutuan di Ibu Pejabat JKR Malaysia dan menunggu kelulusan peruntukan untuk dilaksanakan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya. Permatang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 116.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 116. Program SithamQuestions

116. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Berapakah jumlah permohonan yang diluluskan dalam program SITHAM sehingga ini? Perincikan mengikut DUN.

b)

Apakah syarat-syarat kelulusan bagi permohonan program SITHAM ?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Timbalan Speaker dan terima kasih Permatang yang bertanya tentang isu yang berbangkit berkaitan dengan SITHAM. SITHAM ini untuk makluman semua sekali lagi saya ulang bahawa ia satu program, di mana program pusat untuk membantu usahawan daripada masyarakat India iaitu Pusat Pembangunan Usahawan India Selangor ataupun singkatan akronim yang disebut dalam bahasa Tamil Selangor Inthiyar Thozil Arvalar Maiyam, tak tahulah betul ke tidak sebutan saya itu tapi lebih kurang begitu. Tapi apa pun yang saya ingin jawab adalah sebenarnya panjang kalau saya nak bacakan kesemua 56 DUN yang telah pun memohon mengikut permintaan daripada Permatang tapi saya akan bekalkan kemudian. Untuk makluman, Permatang telah pun mendapat permohonan setelah dikaji selidik dan dilihat ada 7 permohonan yang sebenarnya telah diluluskan.

Untuk makluman semua, SITHAM ini kita perkenalkan bagi menarik perhatian usahawan khususnya kaum India yang mereka telah pun terlibat dalam perniagaan. Ramai yang telah pun begitu keliru, baru nak belajar ataupun baru nak memohon ataupun berminat dalam perniagaan yang itu kita tidak memberikan masuk dalam program SITHAM kerana ini adalah program bimbingan khas. Yang mana program ini adalah sebenarnya untuk memberikan 4 penekanan.

Pertama, jika mereka perlu dibantu dari sudut geran-geran bantuan, peralatan khususnya mereka akan kita berikan sesuai dengan peningkatan untuk memastikan peningkatan pendapatan mereka dan sesuai dengan perniagaan mereka. Begitu juga kita akan, SITHAM ataupun pihak HIJRAH akan berikan latihan secara khusus sama ada pembangunan, bagaimana mereka perlu membangunkan perniagaan mereka baik dari segi dalam konteks digitalnya, dalam konteks pembangunan, kata produknya ataupun packagingnya sehinggalah skill untuk memastikan pembuatan-pembuatan mereka dipertingkatkan. Ada juga program yang sebenarnya kita khususkan kepada program grow iaitu bimbingan dari syarikat-syarikat yang berjaya, yang mengambil anak-anak angkat terdiri daripada usahawan-usahawan India ini untuk dibimbing selama 6 bulan. Jadi setakat ini seramai 338 penerima yang telah pun mendapat manfaat daripada Program Geran Dana iaitu untuk fasa pertama dan fasa kedua. Untuk fasa ketiga sekarang ini permohonan, insyaAllah kalau tak ada aral melintang awal tahun depan akan mula kita berikan kepada 115 dan saya dimaklumkan Permatang ada 7 permohonan telah pun mendapat dalam talian. Mendapat kelulusan seperti mana yang telah pun diluluskan. Sekarang ini semua permohonan dibuat dibuat secara atas talian, semua proses juga atas talian. Memandangkan pengalaman 2 tahun lepas, kita berdepan dengan masalah PKP dan untuk berurusan secara fizikal jadi satu sistem telah pun kita bangunkan. Semua urusan atas talian.

Permatang seterusnya bertanya tentang syarat-syarat untuk permohonan SITHAM ini. Berbeza mengikut kursus ataupun program yang ditawarkan. Jadi untuk Program Permohonan Dana Usahawan India Selangor, permohonan mestilah terdiri daripada rakyat Selangor yang telah bermastautin di Negeri Selangor. Minta maaf, yang terdiri daripada rakyat Selangor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Selangor

selama 10 tahun ke atas, iaitu pengesahan itu hendaklah dibuat oleh ADUN ataupun Penghulu kawasan. Berumur di antara 18 hingga 55 tahun, perniagaan telah beroperasi, ini yang saya hendak tekankan operasi dan masih aktif dan dijalankan sepenuh masa bukan yang part-time ataupun tambahan-tambahan. Perniagaan didaftarkan di bawah SSM dan juga mempunyai pekerja 2 atau 3 orang ataupun mempunyai nilai jualan tahunan di bawah RM 300 ribu. Dan bantuan geran ini diberikan mengikut kesesuaian perniagaan dan permohonan yang layak menerima bantuan ini sekali sahaja dalam bentuk barangan seterusnya dalam bentuk latihan dan juga bimbingan-bimbingan yang lain.

Itu sahaja Timbalan Speaker, terima kasih.

Soalan tambahan. Yang Berhormat EXCO, terima kasih atas penjelasan. Soalan saya adalah, apakah bentuk pemantauan yang akan dibuat oleh kerajaan Negeri dalam memastikan peralatan ini dimanfaatkan sepenuhnya dan dapat meningkatkan ekonomi keluarga? Terima kasih.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih. Ada 2 perkara yang kita buat. Pertama, satunya kita pastikan SITHAM memastikan supaya pihak yang memberikan peralatan itu memastikan pihak pengguna iaitu individu, usahawan itu dapat menggunakan dengan kaedah yang betul. Dalam masa setahun, kita bantu mereka supaya peralatan yang dibekalkan itu digunakan dengan manual yang ditunjukkan supaya tidak berlaku kerosakan. Yang keduanya, kita akan bantu selepas mereka mendapat peralatan, kita akan lihat apakah faktor bimbingan yang boleh menaikkan lagi tahap perniagaan mereka. Contohnya, kalau kita kata berkaitan dengan F&B, seorang peniaga itu bergiat dalam perniagaan makanan contohnya. Kita akan hantar mereka ke program, kalau makanan itu boleh disebar luaskan, ke program menggunakan teknologi yang lebih tinggi iaitu retort technology. Dan sekarang ini kita ada beberapa kilang pula telah pun sudi untuk mengambil mereka ini sebagai peserta OUM mereka. Untuk mereka belajar menggunakan semua fasiliti kilang tersebut dan akhirnya kita juga memastikan bahawa kalau F&B bimbingan untuk pastikan walaupun mereka terlibat bertahun-tahun tetapi mereka belum mendapat halal, lesen halal itu. Maka kita pun telah pun beberapa kali membuat program untuk mereka faham bagaimanakah spesifikasi untuk halal itu boleh diperolehi dan dengan gandingan dengan pihak pekilang-pekilang sedia ada, Alhamdulillah kita lihat tak silap saya dah ada 27 peserta SITHAM yang dalam proses untuk kita luluskan sijil halal mereka. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya. Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 117, berkenaan dengan pelaburan kereta terbang.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 117. Pelaburan Kereta TerbangQuestions

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

117. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah potensi Selangor dalam menarik pelaburan berteknologi tinggi dalam sektor pembuatan kereta terbang, dron serta teknologi pemantauan?

Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIM

: Tuan Timbalan Speaker. Kerajaan Negeri telah mengenal pasti teknologi dron sebagai salah satu segmen yang boleh diterokai oleh kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasakan industri aeroangkasa melalui Pelan Tindakan Khusus Industri Aeroangkasa 2020 hingga 2030 iaitu Selangor Aerospace Action Plan 2020-2030 di bawah Invest Selangor melalui divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO). Harus diketahui bahawa sektor dron ini lebih luas daripada sekadar peralatan mainan dan fotografi. Kepentingan dron telah mengembang sebagai teknologi pemantauan dan juga pemantauan data, perkhidmatan hantaran dan lain-lain.

Di Malaysia, kita dapat melihat bahawa eko-sistem dron semakin kukuh dengan adanya badan-badan regulasi seperti CAAM, MCMC, JUPEM dan SIRIM. Agensi di peringkat Persekutuan pula seperti MaGIC, SME Corp, dan Futurise juga berganding bahu untuk membangunkan sektor dron ini. Ini menunjukkan kesungguhan dan inisiatif negara dalam memajukan sektor ini.

Setelah dikaji, kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR%) sektor dron secara global telah dianggarkan meningkat ke 13.8% pada tahun 2025 dan di Asia, kadar pertumbuhan tahunan kompaun dijangkakan untuk meningkat ke 17.89% di 2025 berbanding 8.62% di tahun 2020. Telah dikenalpasti juga, ramai pemain industri dalam sektor ini seperti AERODYNE atau AERODYNE Group yang terletak di Selangor merupakan pembekal perkhidmatan dron di peringkat global dan baru sahaja dinobatkan sebagai World's No 1 Drone Services Provider oleh Drone Industry Insights (DRONEII). Ini salah satu justifikasi Kerajaan Negeri harus menceburi sektor ini dengan lebih mendalam. Di antara pelan tindakan yang sedang dirangka adalah cadangan pembangunan Selangor Drone Centre of Excellence (CoE) di Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya. Fasiliti ini akan menyediakan kemudahan seperti makmal pembangunan dan penyelidikan teknologi, pembuatan, penyediaan latihan serta pusat ujikaji atau dengan izin test pit bagi Unmanned Aerial Vehicle dengan izin UAV dan Remote Operated Vehicle dengan izin ROV bagi air, tanah dan udara serta

lain-lain aktiviti yang berkaitan. Di antara pemain industri yang menzahirkan hasrat untuk turut bekerjasama adalah syarikat-syarikat seperti AERODYNE Group dan juga Pen Aviation Sdn. Bhd. yang juga merupakan perunding penerbangan dan pakar dalam bidang dron. Syarikat-syarikat ini dalam proses berkerjasama untuk mengendalikan inisiatif – inisiatif yang telah dipersetujui.

Baru-baru ini, diadakan juga sesi perkongsian regulasi dron dan industri dron yang dianjurkan oleh S-DAICO bersama UNISEL dan dihadiri oleh badan regulasi dalam industri aeroangkasa, Majlis-Majlis Pembandaran di Selangor, subsidari Kerajaan Negeri seperti PKNS dan SSDU dan juga institusi pendidikan bagi memberi pengenalan yang lebih mendalam tentang sektor ini. Sesi ini juga membawa kehadiran pemain industri dan pengenalan produk dan perkhidmatan mereka dalam sektor ini.

Bagi mengukuhkan lagi pembangunan Selangor Dron, UAV, ROV, CoE, Selangor Negeri bakal bekerjasama dengan badan-badan regulasi untuk menentukan laluan dron yang berpotensi untuk dijadikan laluan yang selamat bagi penghantaran barang seperti barang keperluan, kecemasan dan sebagainya. Dengan laluan ini juga, akan diadakan pelabuhan dron. Penyediaan insentif bagi menggalakkan pembangunan dan penggunaan dron akan turut dibincangkan bersama pihak-pihak yang berkaitan agar ianya dapat diselaraskan.

Bagi memastikan kelancaran pembangunan CoE ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor Pemerbadanan telah menubuhkan Selangor Aviation Technology & Innovation Sdn. Bhd. atau SELATI. Penubuhan SELATI adalah sejajar dengan perkembangan semasa aeroangkasa di mana adanya potensi dan peluang untuk Kerajaan Negeri turut memainkan peranan dalam merancakkan industri ini. SELATI bukan sahaja akan terlibat di dalam pembangunan CoE dron ini bahkan akan turut melihat lain-lain peluang pelaburan seperti aktiviti pembuatan, pembangunan kawasan industri aeroangkasa serta pembangunan modal insan.

Salah satu langkah lagi bagi memecutkan kehadiran dan potensi Selangor dalam sektor ini adalah dengan mewujudkan Selangor Aviation Show (SAS) 2021. Pameran yang dijangka menarik yang sebenarnya telah menarik 80 peratus pelabur bakal dihadiri yang telah dihadiri oleh lima pempamer dari Brazil, Switzerland, Perancis, Amerika Syarikat dan Turki. Penglibatan mereka sangat menggalakkan bagi pameran penerbangan yang pertama di Selangor. Maklum balas yang diterima Kerajaan Negeri Selangor daripada rakan kongsi, penaja dan seluruh negara komited mengambil bahagian dalam pameran itu nanti. Dengan inisiatif-inisiatif seperti ini, saya yakin bahawa Selangor berpotensi untuk menjadi pemangkin sektor dron dan industri Aeroangkasa di Malaysia. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan saya di berkenaan dengan potensi Selangor di mana walaupun Selangor ini dilihat sebagai negeri yang memonopoli teknologi pembangunan, pembuatan dron dan teknologi pemantauan, saya pasti ada pesaing yang hebat dari luar negara. Soalan saya ialah negara mana atau rantau mana yang merupakan pesaing kepada Selangor dalam teknologi ini. Yang kedua berkaitan dengan teknologi pemantauan, kita lihat PBT terlibat dalam program-program yang dianjurkan oleh S-DAICO, SELATI dan juga Invest Selangor. Tapi bukan semua PBT akan terlibat secara langsung ataupun menunjukkan minat yang sangat mendalam untuk menggunakan teknologi ini dalam teknologi dalam usaha penguatkuasaan dan sebagainya. Adakah S-DAICO memberi satu rangka pelan jangka masa panjang dan pendek untuk memastikan PBT melalui Jabatan Penguatkuasaan terlibat sama-sama, sama ada melalui penandatangan MoU dengan Syarikat-syarikat yang berkaitan ataupun pelaksanaan projek-projek perintis untuk memastikan, penguatkuasaan dilakukan dengan lebih berkesan melalui teknologi dron ini khususnya di kawasan seperti Kuala Langat yang terdapat pembakaran terbuka yang mempunyai banyak sampah pukal yang dibuang secara haram. Dan saya rasa kita memerlukan teknologi ini untuk membantu penguatkuasaan. Soalan saya itu.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Timbalan Speaker, soalan pertama berkaitan dengan persaingan. Teknologi dron ini adalah teknologi yang baru, yang masih diterokai oleh seluruh negara, dan oleh itu saya boleh mengatakan bahawa sekiranya kita menganggap kita ada pesaing yang hebat, mungkin saya kira mungkin Singapura adalah pesaing yang hebat. Negara-negara lain, masih juga dalam proses kajian ini. Saya kira negara seperti Indonesia yang kemampuan untuk membina pesawat mereka sudah juga tentu berminat. Sementara itu juga kita tidak mengabaikan negara-negara yang berminat dalam aeroangkasa termasuk Vietnam dan Filipina. Sementara itu S-DAICO melaksanakan program-program berkenaan dengan aeroangkasa itu berpandukan kepada pelan tindakan yang saya sebutkan sebentar tadi iaitu pelan tindakan khusus Industri Aeroangkasa 2020-2030. Yang akan melibatkan semua agensi kerajaan tapi semua ini bergantung kepada keperluan pihak agensi kerajaan termasuk pihak PBT. Kerana tanpa komitmen daripada mereka S-DAICO hanya boleh menumpukan usahanya kepada agensi ataupun kepada pihak berkuasa yang berminat. Yang boleh disediakan adalah pengetahuan dan kemudahan. Tetapi Pihak Berkuasa Tempatan keperluannya juga berlainan kalau seperti yang disebut tadi kalau Kuala Langat dia ada kebakaran hutan tetapi di Petaling Jaya ia tidak ada kebakaran hutan. Jadi semua ini bergantung pada keperluan dan sekiranya ada kolaborasi yang baik sudah tentu kita boleh memastikan penggunaan teknologi dron ini dapat digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya. Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya ingin bertanya satu perkara yang selalu menjadi kerisauan hati saya iaitu digunakan dalam bidang persenjataan dan perisikan. Apakan sistem pemantauan yang boleh memastikan bahawa bila satu syarikat itu mencipta dron yang boleh crossline, boleh memantau macam CCTV, Secret CCTV yang kecil itu sekat dan jammed. Ada tak sistem yang sebegitu.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Kalau mengikut pengalaman saya sendiri, dron sekarang ini teknologinya tinggi. Kalau mengikut pengalaman saya main dron, di mana apabila dron itu diterbangkan sekiranya ia hilang hubungan dengan satelit sekalipun atau hubungan putus dengan remote control yang kita pegang itu, dia akan terbang balik ke tempat asalnya. Jadi yang, mungkin teknologi boleh menyekatnya daripada merisik tapi tidak dapat menyerang melalui kita mencipta sesuatu yang boleh menyerang dron ini. Sekarang dalam, CAM dalam proses untuk men-drafkan satu regulasi berkenaan dengan dron. Dan proses ini mungkin mengambil masa yang panjang sedikit kerana ini adalah teknologi baru dan kita juga tidak mahu menyekat penggunaannya dan kalau di Amerika Syarikat untuk dron yang yang tidak melebihi keberatannya tidak melebihi 250 gram pendaftaran tidak diperlukan. Oleh sebab itu di pasaran dron mainan itu semuanya beratnya adalah pada 249 gram. Itu adalah regulasi di Amerika Syarikat. Di Malaysia setahu saya belum ada tapi saya percaya apa yang berlaku di Amerika Syarikat itu akan diambil sebagai rujukan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya. Seri Kembangan.

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 118.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN EAN YONG HIAN WAH (N28 SERI KEMBANGAN)

SOALAN NO. 118 ISU KOLAM TAKUNGAN DI UPM

a)

Pembesaran dan pembinaan kolam takungan air di kawasan UPM merupakan satu projek kritikal untuk menyelesaikan isu banjir di kawasan Seri Serdang dan Seri Kembangan. Apakah sebab ia tidak dapat dilakukan? b) Bagaimana Kerajaan Negeri mencari jalan penyelesaian dengan pihak UPM?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Seri Kembangan. Kita masih lagi di Seri Kembangan. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan dari Seri Kembangan berkait rapat dengan isu berkaitan dengan isu banjir di Sungai Kuyoh

dan juga isu Kolam Takungan di UPM. Untuk makluman Yang Berhormat sememangnya Kolam Takungan UPM ini akan merupakan komponen penting dalam program ataupun dalam Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuyoh tentulah ia akan beri kesan yang besar kerana ia adalah sebahagian yang saya sebut tadi skop yang melibatkan kos sebagaimana saya sebut sebelum ini RM300 juta di bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan. Jadi kalau kita lihat dalam perancangan bagi secara komprehensif Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuyoh ini di peringkat sekarang ini masih lagi di peringkat reka bentuk komponennya termasuklah kerja-kerja jururunding, Pengambilan balik tanah, pengalihan utiliti, menaiktaraf Sungai Kuyoh sepanjang 14km, menaiktaraf kolam takungan iaitu Kolam A, Kolam UPM 1 dan Kolam Bohol, Membina kolam takungan baru iaitu Kolam UPM 2 jadi ada 2 Kolam di UPM yang akan terlibat dalam sebahagian dalam Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuyoh dan Pengukuhan jambatan, Pembinaan sistem pam dan pembinaan perangkap sampah. Itu adalah merupakan langkah jangka panjang dalam penyelesaian banjir di Sungai Kuyoh. Ada dua lagi langkah yang kita sedang teliti dan yang terbaru saya boleh maklumkan kepada Yang Berhormat Seri Kembangan, iaitu langkah segera yang kita telah luluskan baru-baru ini oleh Kerajaan Negeri termasuklah di Sungai Kuyoh ini. Iaitu yang pertama ialah aliran air di bahagian Kolam UPM supaya dialirkan masuk sebahagian ke dalam kolam takungan UPM untuk mengelakkan daripada kebanjiran di kawasan-kawasan yang rendah. Itu yang sedang kita teliti untuk kita membina parit pintasan ke Kolam UPM. Yang keduanya ialah perbincangan yang kita adakan dengan MRT untuk membuat lencongan juga bagi membantu air itu supaya tidak turun ke kawasan-kawasan rendah dengan lebih banyak. Satu lagi jangka pendek yang telah kita teliti dan sedang dalam pelaksanaan reka bentuk, untuk diteliti iaitu pertama meningkat atau menambah kolam takungan di kawasan berkenaan yang telah kita kenal pasti kemungkinan di bawah tanah kerana tempat itu agak terhad dia punya keluasan tanahnya di bahagian bawah daripada UPM itu sedang kita teliti. Dan dua meningkat kapasiti pam di down stream iaitu kawasan hiliran di kawasan berdekatan dengan Sungai kuyoh.

JPS Malaysia telah membuat perbincangan awal bersama pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui bengkel Value Assesment (VA) untuk RTB Sungai Kuyoh pada 23-25 September 2021 dan skop perbincangan projek telah dibentangkan semasa bengkel tersebut. Selepas ini akan disusuli pula dengan perbincangan lanjut melalui bengkel Value Engineering (VE) yang akan dilaksanakan oleh pihak JPS Malaysia. Kerajaan Negeri juga, Y.A.B. Menteri Besar juga ada akan kita minta juga kerjasama melalui Pejabat beliau untuk mengadakan perbincangan dengan pihak UPM bagi mendapatkan kelulusan bagi pembesaran kolam ini dan juga lencongan ataupun pintasan bagi longkang itu sedang kita usahakan dalam masa terdekat. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Sementa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya no. 119.

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI (N43 SEMENTA)

SOALAN NO 119: PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS), TEAM SELANGOR DAN SUKARELAWAN SELANGOR (SERVE)

a)

Mengangkat dasar kesukarelawanan, bagaimana untuk memastikan peranan dan KPI ketiga-tiganya tidak bertindih? b) Berapakah peruntukan yang telah disalurkan kepada ketiga-tiganya?

Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sementa. Sebelum saya menjawab lebih detail saya nak minta Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker membetulkan jawatan ataupun portfolio saya melalui web rasmi yang disiarkan dalam web-web yang saya lihat sini. Portfolio saya adalah Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan. Ini saya tengok dah terbalik-terbalik habis dalam web yang disiarkan oleh Dewan. Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan. Iya, ingat baik-baik Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Maklum-maklum Paya Jaras.

Maklum ya, sebab saya lihat live pun saya tengok pun jawatan salah habis. Apa nama ni, berkaitan dengan apakah mengangkat dasar kesukarelaan bagaimana untuk memastikan peranan KPI bagi PeBS, Team Selangor dan SERVE.

Pertamanya Yang Berhormat Sementa, saya nak bezakan dulu di antara ketiga-tiga entiti yang disebut oleh Yang Berhormat ini. Team Selangor ditubuh oleh pada 2017, fokus mereka adalah masyarakat umum. Masyarakat umum tidak mengira umur, sekecik-kecik anak dan sehingga sedewasa-dewasa orang itu. Manakala PeBS ini ditubuh pada tahun sekitar 2009 dan atau 2010 dan market mereka adalah Belia yang berumur di antara 15 – 40 tahun dan yang mana bersesuaian dengan belia itu sendiri. Mereka mempunyai 10 teras PBS ini, yang mana 10 terakhir ini di.di terangkum dalam dasar kita dan juga adalah dalam Akta Pembangunan yang disebut. Manakala ownership kepada Team Selangor ini, Yang Berhormat Sementa adalah mereka adalah swasta. Sebagaimana IWB yang pernah yang Berhormat Sementa pimpin suatu waktu dahulu swasta dan mempunyai peruntukan daripada kerajaan. Manakala

PeBS ini adalah satu hak milik kerajaan yang melaporkan pada Majlis Sukan Negeri Selangor dan EXCO Generasi Muda dan Sukan seterusnya dan mereka mempunyai bajet tetap iaitu RM 2.8 juta. Untuk Team Selangor, tidak mempunyai bajet yang khusus Yang Berhormat tetapi di mana pula duduk SERVE ini. SERVE duduk di bawah Penggerak Belia Selangor. Penggerak Belia Selangor ada 10 teras. Di antara teras yang ada dalam Penggerak Belia Selangor adalah sukarelawan. Maka, sukarelawan yang disebut ini memiliki Selangor volenter ataupun SERVE dan mereka ini khusus melihat kepada isu-isu bencana alam Yang Berhormat. Kalau PeBS tadi adalah dalam bentuk program umum kepada belia, SERVE memberi fokus kepada bencana contoh tanah runtuh di kawasan Kemensah Height, banjir di Lembah Jaya, banjir di Seri Setia dan masalah air berjadual waktu kita hadapi di Bukit Subang. Inilah SERVE yang turut membantu mereka dalam menangani masalah-masalah yang ada di kalangan masyarakat ini dan SERVE juga tidak mempunyai had umur yang khusus sebagaimana Penggerak Belia Selangor itu sendiri yang berhormat. Itu sahaja.

Soalan Tambahan.

Speaker

Dusun Tua.

Kalau dilihat di sana ada macam seolah satu redundancy di antara SERVE dengan Team Selangor kerana kedua-duanya mengumpul sukarelawan dan kedua-duanya juga membantu dalam bencana. Jadi, macam mana kita nak bezakan betul-betul supaya tiada redundancy dengan izin.

Terima kasih Dusun Tua. Memang secara mata kasar kita tengok macam ada redundancy. Kalau tengok secara kita halusi SERVE, SERVE ini adalah milik Kerajaan dia di kawal sepenuhnya oleh Kerajaan. Manakala Team Selangor ini dia adalah berbentuk swasta yang mana Kerajaan tidak mempunyai penguatkuasaan penuh ke atas Team Selangor ini dan SERVE ini bekerja sama dengan Unit Bencana SUK kita ada closely sebab di dalam peruntukan peraturan bencana yang disebut dalam ala dalam peraturan SUK itu ada disebut sebagai sukarelawan. Sukarelawan inilah di mana SERVE mewakili dalam Unit Bencana SUK itu.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Tambahan

Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Saya nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO. Memandangkan nama dia generasi muda adakah ketiga-tiga ini ada had umurnya untuk menyertai.

Untuk Penggerak Belia Selangor kita had kan umur sehingga 30-35 tetapi untuk Team Selangor tidak boleh dihadkan, kecuali kepada mereka yang nak memegang jawatan dalam Team Selangor mesti mengikut Akta Pertubuhan iaitu menghadkan umur 30. Tuan-tuan, Saudara Yang Berhormat di mana relevannya Akta Pertubuhan? Mengapa banyak sangat perbahasan setuju 40, setuju 35, setuju 30. Sebenarnya Akta Pertubuhan di peringkat Persekutuan ini meletakkan syarat siapa nak pegang jawatan had itu tertentu. Tetapi bagi SERVE ini punya sukarelawan, tiada had umur. Mereka boleh bebas, siapa sahaja yang boleh menyertai SERVE.

Speaker

Soalan seterusnya, Sabak.

Soalan Sabak 120.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 120. Perkembangan Judi Online Yang Melibatkan Generasi Muda Di SelangorQuestions

120. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengekang perkembangan judi online yang turut membabitkan generasi muda?

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya pergi kepada soalan Sabak yang berkaitan dengan judi online yang melibatkan generasi muda. Yang Berhormat Sabak, untuk rekod Yang Berhormat kalau kita bercerita masalah judi di kalangan pelajar ini pada tahun lepas hanya ada 4 kes tangkapan sekolah sahaja dalam Negeri Selangor ini. Tapi ini kes tangkapan yang berjudi secara fizikal. Masalah besar kita Yang Berhormat Sabak adalah sekarang ini semua pergi online dan online ini bagaimana kita nak pantau ini adalah satu cabaran kerajaan kita. Dengan sebab itulah apabila judi ini pergi kepada online satu-satunya cara untuk kerajaan untuk intervene ataupun intervention itu adalah melalui kesedaran di sekolah-sekolah. Persoalannya sekolah mana? Nak masuk sekolah kebangsaan kita tidak dibenarkan. Jadi satu-satunya sekolah yang kita boleh masuk adalah melalui sekolah agama atau pun melalui persatuan-persatuan

belia atau pun pertubuhan belia yang berkait rapat dengan kita. Yang lain daripada itu saya rasa, adalah di bawah bidang kuasa polis bagi kes-kes yang melibatkan premis judi atau pun lesen judi yang diberikan di premis berkenaan.

Speaker

Soalan seterusnya.Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan saya, 121.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 121. Rumah SelangorkuQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

121. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menghalang penjualan Rumah Selangorku kepada pihak ketiga oleh pemilik?

b)

Berapakah unit Rumah Selangorku yang telah dijual oleh pemilik kepada pihak ketiga tanpa kebenaran daripada Kerajaan Negeri?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Timbalan Speaker. Pandamaran bertanya tentang apakah usaha kerajaan bagi membantu JMB-JMB atau pun Joint Managemant Body yang bermasalah dari segi kewangan dalam menguruskan pentadbiran dan pengurusan dalam pengurusan kerja-kerja selenggara. Ingin saya jawab di sini bahawa berdasarkan Akta...

Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE

: Tuan.. sudah salah, 121 Rumah Selangorku.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Penjualan, Oh maaf – maaf. Maaf - maaf. Okay, berkaitan dengan penjual penjualan Rumah Selangorku . Mintak maaf Pandamaran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pengagihan dan pemilikan hartanah, harga kawalan termasuk jenis kos rendah dan rumah Selangorku di Selangor, hanya yang hanya di miliki oleh golongan berpendapatan rendah atau sederhana sama ada bagi pembelian daripada pemaju atau secara jualan semula ataupun sub sale ataupun pindah milik. Bagi memenuhi dasar yang telah ditetapkan

oleh Pihak Berkuasa Negeri, Lembaga Perumahan telah melaksanakan mekanisme kawalan bagi memastikan pengagihan dibuat secara telus dan saksama. Dasar Kerajaan Negeri menetapkan permohonan kebenaran pindah milik harta kos rendah atau kos sederhana rendah atau harga kawalan lain termasuk RSKU perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Lembaga Perumahan untuk kelulusan pelepasan syarat pindah milik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Jadi bakal pembeli perlu mematuhi syarat-syarat perpindahan harta kos rendah, kos sederhana rendah secara pindah milik atau jualan semua. Jadi Lembaga Perumahan dan Hartanah juga menetapkan dan mengguna pakai syarat-syarat bagi tempoh pemilikan hartanah mestilah mencukupi 5 tahun pemilikan daripada tarikh diterima bagi pemilik pertama. Jadi, sementara transaksi seterusnya tempoh 5 tahun berasaskan kepada perjanjian jual beli ataupun kontrak lelongan. Jadi tujuan dasar ini dilaksanakan adalah untuk memastikan hanya golongan yang layak sahaja memiliki hartanah harga kawalan di Negeri Selangor, selain mengelakkan aktiviti spekulasi harga dan manipulasi golongan yang ingin mengambil kesempatan di atas harta hartanah ini. Dan berapakah unit Selangorku yang telah dijual oleh pemilik kepada pihak ketiga tanpa kebenaran. Soalan ini sebenarnya kita, saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat dan dan mengikut rekod Lembaga Perumahan, bagi permohonan kebenaran ini pindah milik hartanah harga kawalan Selangor ini sehingga Oktober di dapati kalau ikutkan untuk tahun ini tiada pindah milik tiada milik Selangorku yang telah dijual oleh pemilik kepada pihak ketiga tanpa kebenaran. Yang selainnya itu adalah memohon, mereka memohon terlebih dahulu baru kita buat pindah milik. Maknanya dalam rekod kita semua yang telah pun memohon dengan secara sah. Terima kasih.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan tambahan.

Speaker

Pandamaran

Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE

: Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menghalang mereka untuk menjual jika sebelum 5 tahun ni?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Kalau ikutkan memang.sasyaratnya tidak boleh dipindah milik selama, dalam tempoh 5 tahun. Itu memang syarat asas sebab kalau tidak itulah spekulasi orang membeli dengan harga yang murah lepas itu dia jual. Selepas 2-3 tahun pastinya hartanah akan meningkat. Jadi, sebab itu kawalan ini penting. Memang kita dapati di dalam rekod-rekod berlaku juga yang telah pun menjual secara orang kata, verbal lah ya. Secara antara dua pihak. Tetapi, tidak didaftarkan. Jadi pada kita, kita memegang rekod asas nama penama pertama itulah yang kita pegang dan untuk pindah milik. Macam mana pun mereka tidak boleh lari. Mesti melalui Lembaga Perumahan untuk mengesahkan ianya boleh atau pun tidak. Jadi, itu kawalan yang kita telah pun Kerajaan sediakan untuk pastikan tidak ada pihak-pihak yang, yang orang kata yang mengambil kesempatan di atas Rumah Selangorku dengan harga yang kita kata cukup baik untuk rakyat, terima kasih.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Soalan tambahan.

Speaker

Bukit Gasing

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Ambil maklum ia adalah syarat tidak boleh pindah milik, ambil maklum ia pun syarat tidak boleh menyewa tetapi nampaknya macam penyewaan pun boleh berlaku walaupun syarat ada. Jadi, soalan Pandamaran saya rasa tidak ada jawapan yang jelas tadi. Adakah Kerajaan Negeri memang ada kuasa dan jika ada kuasa, ada tak penguatkuasaan betul - betul dibuat ke atas penyewaan dalam 5 tahun dan atas jualan sebelum 5 tahun?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Terima kasih Bukit Gasing. Soalannya memang kalau jualan memang ada penguatkuasaan sebab apa, bila mereka datang ke pihak kerajaan untuk buat perpindah milik itu, sah-sah kita nampak sama ada ianya telah melebihi tempoh atau pun tidak. Jadi, kalau ianya tidak melebihi 5 tahun kita tidak benarkanlah. Itu masalah antara pembeli dengan yang kedua itu, mereka punya masalah tertentu yang kita tidak mahu terlibat. Tetapi kita masih memegang untuk tidak menjual dalam tempoh 5 tahun. Tetapi bagi penyewaan, mana-mana pihak yang telah pun membuat pengaduan secara sah bertulis kepada Kerajaan Negeri kita boleh ambil tindakan sebenarnya. Lembaga Perumahan boleh buat tindakan. Selalunya yang kita dapati ianya rasa concern atau pun rasa kerisauan ya kita dapati ada pihak-pihak tertentu tetapi tidak dibuatkan sesuatu laporan khusus kepada pihak Lembaga tapi saya nak maklum pada Dewan mulia ini, bagi rumah-rumah PPR, rumah PPR sekarang ini penguatkuasaan telah pun kita mulakan. Kita dapati juga rumah PPR ini perlu dibuat beberapa penambaiklah. Penambaikan supaya bukan sahaja di sewakan oleh pemilik yang memohon tetapi jika ada pindahan, mesti dimaklumkan sesegera mungkin sebab masalah kita kadang-kadang prosesnya kita hanya lihat siapa yang membayar tetapi kita tidak lihat siapa yang tinggal di dalam rumah tersebut. Jadi, itu jawapan dari saya.Terima kasih.

Soalan tambahan

Speaker

Sementa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, tadi disebut bahawa Pihak Kerajaan membuatkan apa, membuat penguatkuasaan kepada kekedua-dua permasalahan tersebut. Jadi, apakah tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap kesalahan yang dilakukan untuk menjadi pengajaran ataupun mendapat, diberi maklum oleh pemilik tersebut?

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Saya tak ada maklumat lengkap tentang detail langkah-langkah yang dibuat, tetapi pastinya langkah pertama mereka tidak dapat menjual, tidak mendapat dipindah milikan harta tersebut. Itu macam mana pun rayuan dikemukakan, kita akan teliti dan lihat. Kesalahan itu adalah kesalahan

yang tidak boleh diberikan kelonggaran sebab itu syarat nyata semasa pembelian tersebut telah pun dinyatakan tidak boleh. Jadi hukuman yang dilakukan, pertamanya mereka tidak dapat memindah hartanya lah. Kekal dalam keadaan yang pertama. Keduanya kita lihat kalau pihak penguasa Lembaga akan turun padang dan lihat kalau tentang isu penyewaan ini berlaku dan ianya jeopardise ataupun mengambil hak orang lain, kita akan bagi notis untuk mereka keluar dalam tempoh sebulan daripada rumah tersebut. Apa pun saya mohon supaya pihak sebenarnya yang menjadi masalah pihak yang pertamalah. Maknanya yang menyewakan itu sebenarnya patutnya bertanggungjawab untuk tidak senang-senang orang kata memberikan penyewaan secara orang kata apa, ali baba kepada orang lain. Itu adalah salah dan kita boleh dakwa dari sudut undang-undang, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya.Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan Pelabuhan Klang No.122.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Timbalan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Program Bantuan Blue Print Pembasmian Kemiskinan adalah program bantuan dilaksanakan mengikut daerah, di mana borang permohonan perlu dikemukakan ke Pejabat Daerah dan Tanah untuk diproses dan disiasat sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan. Malah Pejabat Daerah Tanah juga berperanan membuat perolehan bagi pembelian peralatan atau mesin.

Sehubungan dengan itu, tiada perincian data penerima mengikut ADUN kerana program ini adalah berdasarkan jumlah permohonan yang diterima oleh setiap pejabat daerah dan tanah. Namun yang demikian, Jawatankuasa Pembangunan Sosioekonomi tiada halangan untuk berkongsi data penerima bantuan seperti nama, alamat, jenis perniagaan dan peralatan atau mesin yang diterima kepada ADUN yang memerlukan maklumat tersebut. Bermula dari tahun 2008 sehingga kini, peruntukan bagi program ini adalah sama iaitu sebanyak RM 2j uta setahun. Peruntukan ini adalah tidak mencukupi untuk menampung jumlah permohonan yang semakin bertambah saban tahun. Kos siling sebanyak RM 5,000 bagi setiap permohonan telah diguna pakai sejak tahun 2014. Namun disebabkan harga mesin dan peralatan yang meningkat setiap tahun menyebabkan nilai manfaat tersebut dilihat sudah tidak lagi relevan.

Berhubung dengan pertanyaan Y.B. Pelabuhan Klang berkenaan adakah Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan untuk meningkatkan had siling Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dari RM 5,000 ke RM 10,000?. Pada 13 Oktober 2021 yang lalu menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, mesyuarat telah menimbangkan dan meluluskan cadangan penyelarasan semula nilai manfaat Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan iaitu nilai had siling RM 5,000

akan dinaikkan kepada RM 10,000 yang akan berkuat kuasa pada tahun 2022. Justeru itu, dengan kenaikan nilai manfaat ini, diharapkan dapat membantu golongan B40 yang layak untuk menerima mesin atau peralatan yang lebih berkualiti, lebih berteknologi dan tahan lama yang sesuai dengan harganya supaya dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Y.B. EXCO Kota Kemuning. Kenapa saya tanyakan soalan ini berapakah jumlah penerima blueprint mengikut kawasan DUN? Kerana ada kawasan-kawasan DUN, kita pun tak tahu sebenarnya berapa jumlah yang telah diluluskan, berapa jumlah yang telah diberikan ataupun diterima oleh pihak pemohon. Sebab saya ada satu kes, contoh. Saya bagi contoh kes di kawasan Pelabuhan Klang, minta sikit masa Y.B. Tuan Speaker. Di mana pemohon ini telah menerima pun bantuan blueprint daripada Kerajaan Negeri Selangor iaitu sebuah mesin tebu tetapi sampai sekarang dia mengatakan Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah tolong sebab dia tidak tahu mesin tebu itu datang daripada mana. Dan sedangkan mesin tebu itu adalah mesin tebu yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor tetapi penyampaian semasa di hantar itu pihak pembekal terus hantar saja mesin tebu tersebut kepada penerima dan ini menyebabkan dia tidak tahu dan sampai sekarang dia bagi tahu dengan semua orang Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah tolong, ADUN Pelabuhan Klang tak nak tolong sedangkan mesin tebu itu saya yang tandatangan. Cuma sampai sekarang saya tidak ada gambar penyerahan mesin tebu itu diberikan kepada penerima tersebut.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Okay, Y.B. Pelabuhan Klang. Sebenarnya daripada permohonan tersebut ADUN yang patut tandatangan. Permohonan memang saya telah wajibkan setiap permohonan blueprint itu perlu mendapatkan tandatangan daripada ADUN. Itu adalah antara yang kita minta ya. Namun begitu, bagi tahun 2020 dan 2021 disebabkan kekangan PKP kita telah menyatakan masa penyerahan diserahkan secara terus-menerus saja. Untuk tahun hanya dua tahun ini, disebabkan tiada program penyerahan dan juga tiada makluman yang begitu sebab kalau tidak barangan ini akan tertangguh. Ini berlaku dan Pejabat Tanah sebenarnya, saya sendiri pun dah turun hanya kelulusan itu, kena lulus mengikut permohonan yang mana ada tandatangan Y.B. kawasan itu adalah untuk blueprint. Memang berlaku. Dan sekiranya ada tempat pula kita minta tandatangan Y.B. kalau ada juga, diterima daripada penghulu dan ketua kampung dan juga ketua komuniti, Ahli Majlis kena terima juga. Tapi namun begitu untuk Pelabuhan Klang itu special. Memang Y.B. punya diterima.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Timbalan Speaker. Pertanyaan saya adalah adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk ataupun nak memperkasakan usahawan-usahawan yang terlibat dalam blueprint ini dengan menambah keterlibatannya dalam program-program khusus dan juga pengurusan usahawan ini? Kerana saya lihat ada beberapa keadaan yang mana dia dapat peralatan, kemudian dia tak berjaya untuk meneruskan usahawannya. Habis begitu saja. Terima kasih.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Y.B. Sijangkang. Sebenarnya seperti kita semua sedar ini adalah bantuan yang mana asas. Dalam pada itu juga Kerajaan Negeri sebenarnya untuk membantu usahawan-usahawan begini, kita ada Program HIJRAH dan juga DUMS dan sebagainya. Memang kita sarankan selepas kita membantu memang ada berskala ya, kita ada pantauan daripada pejabat penghulu dan juga pejabat tanah dan juga UPEN. Yang mana apabila mereka adu juga datang kembali dan juga kita sebenarnya merujuk mereka kepada Program HIJRAH dan juga Program DUMS ataupun program usahawan yang lain. Terima kasih.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Tambahan.

Timbalan Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Y.B. Tuan Timbalan Speaker. Y.B. EXCO , saya nak tanya atau minta pandangan daripada Yang Berhormat sendirilah. Kita, sebelum itu saya ucapkan terima kasih. Saya tahu borang ini memang perlu ada sokongan, tandatangan daripada ADUN. Boleh tak sekiranya bila masa temu duga itu dijemput ADUN kawasan untuk bersama dan juga bila penyerahan barangan itu haruslah dimaklumkan kepada pejabat daerah untuk dimaklumkan atau jemput bersama pihak ADUN?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Y.B. Seri Setia. Seperti mana saya tadi, saya nyatakan sebenarnya kita apabila adakan program penyerahan, kami sentiasa menjemput semua ADUN kawasan. Ini Y.B. Tuan Timbalan Speaker pun dah mengangguk banyak kali, beliau setuju. Memang itu adalah cara kami ya. Ini program kita akan menyambut, kita akan meminta supaya ADUN kawasan, Ahli Parlimen, kita semua meminta. Tapi bagaimanapun untuk tahun 2020 memang PKP, 2021 sama juga program penyerahan kami tak dapat buat. Dalam pada itu tadi Yang Berhormat kata pergi pemantauan, pergi interview session itu. Itu dilakukan oleh pejabat penghulu bersama dengan Pejabat Tanah. Kalau setiap kali kita tunggu untuk ADUN untuk turun setiap permohonan, jemputan mungkin saya akan beritahu mereka secara mungkin dalam mesyuarat akan datang sebab Januari kita

akan ada mesyuarat akan saya beritahu mereka supaya libatkan jugalah. Tapi bukan satu kemestian ya. Terima kasih.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Tuan.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Timbalan Speaker. Y.B. EXCO, soalan saya begini. Boleh tak kita buat sistem itu balik? Maknanya kita jumpa ADUN dan bagi tahu penerima itu untuk beri, apa itu bertemu ataupun ziarah pejabat ADUN untuk minta, ucap terima kasih ke, itu lah silaturahim. Barulah ukhuwah kuat sikit.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Y.B. Hulu Kelang, sebenarnya Y..B Hulu Kelang memang banyak kali pernah hadir bersama dengan saya dan masa penyerahan. Saya percaya saya dah ulang balik banyak kali soalan dan jawapan yang sama ya. Memang sebenarnya tidak niat untuk tidak melibatkan ADUN kawasan. Tidak ada niat begitu. Kami selalunya. Hanya untuk tahun 2020 dan 2021, saya ulang ini kali ketiga atau kali keempat bahawa disebabkan PKP. Saya sendiri pun tak dapat turun sebab permohonannya melebihi 200,saya rasa 200 ke lebih begitu. So, setiap kali mereka nak serah itu, kita memang sukar. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya. Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih. Soalan saya 123.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 123. Skim KissQuestions

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

123. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah akan diadakan skim KISS khusus SEMENTARA untuk ibu yang mana ketua keluarga mereka terkesan akibat COVID-19? Mungkin jumlah bantuan bulanan yang lebih rendah RM100 misalnya?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Timbalan Speaker, saya percaya jawapan yang telah ada dalam draf ini saya minta perlu diubahsuai disebabkan permohonan beliau, soalan daripada Y.B. Sungai Pelek adalah berkenaan

adakah akan diadakan Skim KISS khusus sementara untuk ibu yang mana ketua keluarga mereka akan terkesan akibat COVID-19. Mungkin jumlah bantuan bulanan yang lebih rendah RM100 misalnya? Saya percaya jawapan ini sebenarnya kalau apa yang jawapan kita kata di sini, adalah tidak sesuai apa yang kita drafkan dahulu. Disebabkan kita ada Program Iltizam Selangor Penyayang yang mana kita sudah ada Program BINGKAS, saya rasa ia akan menjadi jawapan yang lebih baik daripada untuk soalan begini. Saya rasa dengan Program BINGKAS, ia akan menjawab kepada ketua keluarga dan juga perubahan nilai yang perlu dibelanjakan itu sudah ada jawapan daripada Y.A.B Sungai Tua. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Y.B. Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 124.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 124. Dasar Kelulusan 100 HariQuestions

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

124. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sejauhmana Dasar ini membantu Kerajaan menyelesaikan kes-kes "Backlog"?

b)

Adakah Kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan mekanisme kelulusan dengan syarat yang lebih fleksibel?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Sungai Panjang atas soalan yang dikemukakan dan Timbalan Speaker. Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan Dasar 100 Hari yang telah kita mula laksanakan menjelang Februari tahun 2020 dan untuk saya memberikan penjelasan, dasar ini adalah untuk memberi ruang kepada pelabur-pelabur dan peniaga-peniaga yang ingin memulakan proses-proses pembinaan pelaburan mereka daripada tempoh yang cepat. Dalam tempoh dan kadar biasa, mereka harus melalui minimum 6 bulan untuk mendapat Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan sebagainya. Namun dengan kaedah yang kita kemukakan pada kali ini adalah mereka akan dapat memendekkan proses tersebut kepada satu tempoh yang lebih ringkas sekitar tiga hingga empat bulan saja untuk mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan kita memendekkan proses tanah.

Sebelum ini proses tanah minimum adalah 3 bulan (kadang-kadang mengambil masa 6 bulan), tapi dengan Dasar 100 Hari ini saya lihat carta alir yang telah diberikan kita harus ataupun seorang pelabur-pelabur itu dapat menyelesaikan isu tanah mereka sependek 2 bulan ataupun 60 hari dan dalam proses 60 hari dan kemudian dan dalam masa yang sama selepas itu mereka boleh mengemukakan kepada One Stop Centre ataupun OSC untuk pelan-pelan bangunan, pelan persahabatan serta kebenaran merancang mereka dimuktamadkan. Justeru tujuannya bukan untuk backlog tetapi tujuannya untuk mempercepatkan. Mencepatkan proses-proses ini kerana proses-proses biasa mengambil satu jangka masa dan tempoh yang agak panjang.

Saya mengambil pengalaman yang telah dihuraikan oleh Y.B. Bandar Klang sebelum ini. Antara yang kita dapat percepatkan sebelum ini adalah pembinaan di Klang (UMW dan Toyota). Itu kita percepatkan dalam tempoh satu tahun. Begitu juga IKEA. IKEA juga mengambil masa sampai satu tahun. Tapi setelah itu, kerajaan negeri cuba pendekkan kepada satu tempoh empat bulan hingga lima bulan dan dengan tempoh tersebut, kita percaya akan dapat dipercepatkan. Dan dalam dasar terbaru yang kita telah kemukakan sebelum ini, antara yang membebankan pelabur-pelabur ialah bayaran deposit. Deposit mereka harus dibayar 150% berbanding daripada kadar yang telah ditetapkan dalam Kaedah-kaedah Tanah Selangor dan kali ini Kerajaan Negeri untuk tahun 2022, kita letakkan deposit itu 100% saja. Maknanya at par dengan kadar dan penilaian yang telah diberikan oleh JPPH dan juga Kaedah Tanah Selangor supaya bebanan itu dapat dikurangkan kepada pelabur-pelabur ini supaya pelabur dapat segera membuat investment mereka men sterilize kan pembangunan mereka dan seterusnya mencipta peluang pekerjaan dan membawa pelaburan dengan lebih segera. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya Lembah Jaya.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 125.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 125. Tanah WakafQuestions

125. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan keluasan tanah wakaf yang diuruskan oleh MAIS bermula dari awal sehingga kini mengikut tahun.

b)

Apakah yang telah dilakukan ke atas tanah wakaf yang sedia ada? Senaraikan mengikut kategori.

c)

Apakah usaha MAIS dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ciri-ciri wakaf dinamik?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih kepada Timbalan Speaker dan juga Lembah Jaya yang bertanya berkenaan dengan nyatakan keluasan tanah wakaf yang diuruskan oleh MAIS bermula dari awal sehingga kini mengikut tahun. Urusan wakaf di negeri Selangor ditadbir dan diuruskan oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). PWS ditubuhkan atas titah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada tahun 2011. Sebelum dari itu, pentadbiran dan pengurusan wakaf di negeri Selangor diuruskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). PWS sebagai agensi rasmi di tubuh melalui Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 dan Pindaan 2012 yang bertujuan dan kewajipannya untuk menggalakkan, mendorong, membantu, mengusahakan dan memajukan harta dan produk wakaf milik Majlis selaras dengan hukum syarak.

Untuk pengetahuan Dewan, sehingga Oktober 2021 terdapat sejumlah 1,425.76 ekar telah didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam Selangor sebagai Pemegang Amanah tunggal harta wakaf mengikut Enakmen Wakaf Negeri Selangor 2015.

Soalan yang kedua, apakah yang telah dilakukan ke atas tanah wakaf yang sedia ada? Dan senaraikan mengikut kategori. Terdapat sebanyak 1,313 lot hartanah wakaf dengan keluasan berjumlah 1,425.76 ekar. Daripada jumlah tersebut, 92.24% daripada hartanah wakaf tersebut telah dibangunkan dengan tujuan tertentu atas niat pewakaf yang telah dikategorikan sebagai Wakaf Khas. Tujuannya untuk institusi keagamaan, pendidikan dan kebajikan sebagai contoh pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan, sekolah, pusat tahfiz, rumah anak yatim, dan rumah warga emas.

Sejumlah 6.69% daripada hartanah wakaf tersebut telah dirancang untuk dimanfaatkan atau dibangunkan dengan cadangan projek pembangunan yang mampu memberi nilai tanah dan meningkatkan ekonomi ummah. Seperti projek..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Sg. Kandis.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Sedikit sahaja lagi, pembangunan perumahan, pembangunan komersil, perniagaan serta pembangunan secara bercampur. Ada satu soalan lagi sambung.

Timbalan Speaker

Bertulis.

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Okay, terima kasih.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya. Sebelum saya meruskan aturan urusan Mesyuarat seterusnya, saya mempersilakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar bagi menyampaikan ucapan takziah.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Dewan sekalian, Ahli yang Berhormat sekalian, sebelum kita meneruskan agenda perbahasan dalam peringkat jawatankuasa. Ingin saya memaklumkan bahawa seorang bekas Ahli Dewan Negeri iaitu Yang Berbahagia Dato’ Ramly bin Noraini bekas Ahli Dewan Negeri kawasan Sg. Besar bagi penggal ke-9 Dewan Negeri Selangor daripada tempoh 24 April 1995 hingga 10 November 1999 telah berkhidmat selama 54 bulan dan 15 hari. Beliau telah meninggal dunia pada 5 Disember 2021 iaitu semalam, pada usia 70 tahun akibat dari COVID-19. Sebagai penghormatan saya memohon supaya Dewan ini bertafakur selama 1 minit mengikut kepercayaan agama masing-masing. Bagi yang muslim, surah Al-Fatihah dan yang lain bertafakur 1 minit. Ahli yang Berhormat sekalian di pohon bediri. Al-Fatihah. Terima kasih.

Sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 semua peringkatBill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 semua peringkat.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa Perbekalan.

Setiausaha Dewan

Jadual B10, Jabatan Perhutanan, Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Juta Tujuh Ratus Dua Ribu Lapan Ratus Sembilan Puluh.

Pengerusi

Jadual B10 iaitu wang sejumlah Dua Puluh Lima Juta Tujuh Ratus Dua Ribu Lapan Ratus Sembilan Puluh. Untuk kepala B10 Jabatan Perhutanan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B11. Pejabat Mufti, Ringgit Malaysia Tiga Juta Enam Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu Tujuh Ratus Enam Belas.

Pengerusi

Jadual B11 iaitu wang Sejumlah Tiga Juta Enam Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu Tujuh Ratus Enam Belas untuk kepala B11 Pejabat Mufti menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B12. Jabatan Kerja Raya, Ringgit Malaysia Satu Ratus Dua Puluh Juta Lapas Ratus Tiga Belas Ribu Tiga Puluh Dua.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi.

Pengerusi

Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada muka surat 102 kod objek 28000 penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang diberikan.

Pengerusi

Kod objek berapa.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Tadi saya lupa. Butiran 505800 JKR Hulu Selangor.

Pengerusi

Okay sila.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Okay ya. Kod objek tadi saya sudah sebut. Penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang diberikan. Saya merujuk kepada terowong Rasah. Rasah adalah salah satu pekan di Kuala Kubu Baru. Kawasan Dun saya. Di mana terowong ini, sentiasa dipenuhi dengan air bila hujan.

Pengerusi

Yang Berhormat ini, sekarang kita..

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ya, ya. Pembaikan kecil

Pengerusi

Berbahas dengan perbekalan.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ya, ya. Yang ini dengan perbekalan saya belum habis lagi. Ini adalah kerana dia mempunyai elektrik pam. Dan elektrik pam itu sentiasa rosak. Jadi saya mungkin, saya rasa ini mungkin adalah kerana lintar pintas dan saya harap tidak payah tiap-tiap kali bila hujan ketua kampung kena turun untuk membuka pam atau tutup pam untuk air mengalir kalau tidak air bertakung.

Pengerusi

Baik. Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Muka surat 98 butiran program aktiviti 505300 JKR Klang. Kod objek 1100 gaji dan upahan 2600 bekalan mentah dan bahan-bahan untuk penyelenggaran 20700 bekalan dan bahan-bahan lain.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pelabuhan Klang ingin membangkitkan berkenaan dengan jawatan-jawatan yang penting di kawasan pentadbiran Klang. Maknanya Pejabat JKR Klang supaya untuk memastikan pegawai-pegawai yang ingin berkhidmat di kawasan Pelabuhan Klang ini mempunyai kompetensi yang diperlukan. Seperti kawasan daerah Klang ini, keluasannya semua sedia maklum 574 kilometer persegi, populasi penduduk 1.2 Juta orang dan jumlah jalan yang banyak termasuk penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan dan aktif 24 jam.

Jadi saya mohon sangat supaya pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor supaya pegawai-pegawai yang hendak berkhidmat di JKR Klang ini mestilah pegawai yang boleh memberikan kerja lebih masa, kepada isu-isu yang berbangkit. Dan seterusnya bekalan mentah dan bahan-bahan penyelenggaraan dan bahan-bahan lain ini. Saya tengok peruntukan ini semakin dikurangkan dari setiap tahun ke setiap tahun dan tahun hadapan pun makin dikurangkan. Sedangkan isu-isu penyelenggaraan ini pun banyak. Jalan-jalan yang berlubang perlu tampal pun banyak. Masalah lampu-lampu yang tidak menyala juga banyak. Dan bila diturunkan macam ini, semasa peruntukan itu tinggi pun masih tidak boleh dilaksanakan dengan alasan tidak cukup peruntukan, tiada peruntukan. Tetapi bila ianya dipotong bermakna pihak JKR tidak mampu menyelesaikan isu-isu atau aduan-aduan yang dibuat oleh orang awam kerana bajet ini telah dipotong. Walaupun nampak macam banyak tidak dipotong tetapi ianya akan meninggalkan kesan ataupun menurunkan prestasi pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Klang.

Jadi saya berharap, pihak Yang Berhormat Pandan Indah untuk menilai semula adakah peruntukan-peruntukan setiap daerah ini diberikan sama rata ataupun dinilai dari sudut aduan yang tinggi, pembaikannya ataupun dari sudut panjang jalannya ataupun apakah kreteria terutama dalam isu penyelenggaran jalan-jalan raya dan juga lampu-lampu awam, lampu-lampu isyarat. Kalau tidak kita akan ada masalah yang tinggi.

Seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya juga ingin mendesak Kerajaan Persekutuan, Menteri Kerja Raya Persekutuan. Ini saya telah berbincang panjang lebar dengan Ahli Parlimen Klang Y.B Tuan Charles Anthony Santiago berkenaan dengan peruntukan yang tidak diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Selangor untuk menyelenggara jalan-jalan Persekutuan yang ada di Kawasan Pelabuhan Klang. Seperti yang kita sedia maklum semasa Pakatan Harapan

menerajui Pentadbiran Negara selama 22 bulan. Kerajaan Pakatan Harapan memberikan peruntukan untuk pembaikan jalan-jalan menuju dan juga jalan-jalan di Kawasan Pelabuhan Klang sebanyak RM 52 Juta. Kemudian pihak Menteri Pengangkutan pada masa itu juga mempunyai perancangan yang rapi untuk menyelenggara dan membaiki dan merancang jalan-jalan yang ada di kawasan Pelabuhan Klang. Tetapi selepas 22 bulan tersebut tahun 2020, tahun 2021 dan tahun hadapan tidak diumumkan peruntukan untuk jalan-jalan menuju dan juga jalan-jalan di Kawasan Pelabuhan Klang. Jadi saya memohon untuk Dewan yang mulia ini, untuk kita sama-sama mendesak Kerajaan Persekutuan sebab rakyat di bawah sana tidak tahu bahawa ini adalah jalan-jalan Persekutuan, memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Tetapi sebaliknya rakyat akan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor. Sedangkan kita tidak boleh hendak baiki jalan-jalan tersebut sebab peruntukan itu diperlukan di peringkat Persekutuan. Saya difahamkan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor memerlukan peruntukan sebanyak 88 Juta Ringgit Malaysia sebab sudah tertangguh. Tahun 2020 tidak ada dan memerlukan paling kurang 88 Juta Ringgit Malaysia untuk kerja-kerja pembaikan. Jalan-jalan yang menuju ke Pelabuhan Klang dan juga jalan-jalan di Kawasan Pelabuhan Klang.

Dan saya telah berbincang dengan Y.B. Parlimen Klang dan perkara ini juga akan dibawa di Dewan Rakyat dan dengan ini Pelabuhan Klang ingin mengumumkan sekiranya. Sekiranya, Menteri Kerja Raya, Menteri Pengangkutan tidak mahu memberikan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui JKR Negeri Selangor, Kawasan Pelabuhan Klang, kita akan lancarkan mogok secara besar-besaran di mana kenderaan perdagangan akan henti tugas selama seminggu sehingga Kerajaan Persekutuan umumkan peruntukan untuk pembaikan jalan-jalan di Pelabuhan Klang. Dan jalan-jalan menuju ke kawasan Pelabuhan Klang.

Saya pernah buat Bersama-sama dengan Taman Templer. Jangan ingat saya main-main. Pada tahun 2012 dan 2013 bersama-sama dengan Yang Berhormat Kota Anggerik juga, pada masa itu merupakan Ketua Penerangan saya, saya selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Selangor. Kita pernah menghentikan semua lori-lori kontena, tidak berjalan selama tiga hari. Sebab kita protes tentang masalah digi kontena pada masa itu.

Dan kali ini, kalau Kerajaan Persekutuan tak nak buat jalan di Kawasan Pelabuhan Klang, Kawasan Pandamaran, di Kawasan Bandar Baru Klang, di Kawasan Sentosa, di Kawasan Dun Pelabuhan Klang, di Kawasan Kota Kemuning. Ini semua jalan-jalan yang menuju ke Kawasan Pelabuhan Klang, Dun Batu Tiga. Kalau Kerajaan Persekutuan. Saya baca baru ini, Menteri Pengangkutan dengan bangga.

Pengerusi

Yang Berhormat Sementa tidak sebut.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Sementa, Meru, Kuala Langat, Batang Kali jauh. Sebab Menteri Pengangkutan baru-baru ini dengan bangga mengumumkan bahawa Pelabuhan Klang akan berjaya menguruskan dijangka 13.60 juta tick use. Tetapi tidak membincangkan bagaimana membaiki, menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur dalam kawasan Pelabuhan Klang Selangor. Berbanding semasa Menteri Pakatan Harapan, Menteri Pengangkutan Pakatan Harapan yang sentiasa peka walaupun membincangkan tentang isu kejayaan Pelabuhan Klang tetapi dalam masa yang sama mengambil berat tentang masalah infrastruktur jalan-jalan di Kawasan Pelabuhan Klang dan jalan-jalan menuju ke Kawasan Pelabuah Klang sebab itu Menteri pengangkutan berkerjasama dengan Menteri Kerja Raya untuk memastikan jalan-jalan di Kawasan Pelabuhan Klang ini dibaiki. Sebab ini melambangkan imej negara Malaysia, Pelabuhan ke -12 terbesar di dunia. Uruskan tiga belas tiga puluh enam juta tick use kontena setahun. Tetapi jalan raya macam mana. Menteri Pengangkutan, Menteri Kerja Raya kena bertanggungjawab kalau seminggu kita tidak jalankan operasi di Pelabuhan Klang. Ini janji saya dengan Ahli Parlimen Klang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, sebenarnya ini ialah berkenaan dengan Peraturan Tetap. Sekarang kita berada di peringkat jawatankuasa, kita harus merujuk kepada perkara dalam ini. Ucapan tadi itu sepatutnya semasa kita membahaskan ucapan belanjawan bukan diperingkat ini. Sebab perkara ini tidak ada dalam sini dan keduanya Menteri Pengangkutan tidak ada dalam Dewan ini. Kesian EXCO JKR nanti. Okay, terima kasih.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Saya terpaksa nyatakan sebab selepas mendengar jawapan perbahasan yang dibangkitkan oleh saya dalam perbahasan apabila Yang Berhormat Pandan Indah mengatakan peruntukan tidak dapat daripada Kerajaan Persekutuan jadi saya nak bangkit kat mana Yang Berhormat. Saya tengok dekat sini ada tetapi peruntukan memang tak ada.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tak peringkat ini tak boleh lagi. Kalau nak bangkit lagi itu mungkin boleh bawa semasa Usul Pembangunan, mungkin boleh bangkit.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang, dah tak sabar.

Pengerusi

Saya persilakan pihak...

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Banting, Banting. Banting belum lagi. Banting nak ambil bahagian juga. Terima kasih.

Pengerusi

Bangun cepat Banting ya.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya ingin merujuk kepada Butiran B.12, JKR Negeri Selangor, Butiran Program Kod 505400.

Pengerusi

Muka surat, muka surat?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Muka surat 99. Hampir nak 100 ni. 99. JKR Kuala Langat.

Pengerusi

Okay.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Butiran Program 505400. Kod Objek Sebagai 28000 Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Yang Diberi. Kita lihat peruntukan untuk tahun depan merosot ya Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Merosot daripada RM 2.7 juta kepada RM 2.68 juta. Jadi saya memohon justifikasi apakah perbelanjaan ini merosot kerana perbelanjaan untuk tahun ini tidak dapat diselesaikan, tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya lalu diputuskan untuk dikurangkan kepada RM 2.68 juta dan saya juga memohon sekiranya boleh bekalkan secara bertulis apakah penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang telah pun digunakan di bawah peruntukan 2021 yang bernilai 2.73 juta ringgit ini sekiranya ada butiran terperinci maka mudahlah kita memahami secara kerja JKR Selangor dan Kuala Langat untuk menetapkan projek mana, jalan mana, parit mana yang digunakan untuk penyelenggaraan ini. Itu sahaja.

Pengerusi

Pandamaran.

Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE

: Timbalan Speaker, terima kasih. Saya merujuk kepada muka surat 98. Kod Objek 28000 Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Yang Diberi. Saya harap JKR Selangor dapat fokus ya kepada lampu isyarat ya sebab wayar-wayar yang sedia ada sudah uzur dan senang rosak. Banyak kali kita pernah bangkit. Jadi repair, repair lagi. Jadi saya harap boleh tukarlah semua wayar

Pengerusi

Saya persilakan Pihak Kerajaan. Hah! Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya ingin merujuk kepada muka surat 96 dan 98 berkenan dengan Aktiviti-aktiviti Jabatan Kerja Raya.

Pengerusi

Muka surat?

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Muka surat 96 dan 98 khususnya 98 yang bercakap tentang JKR Gombak. JKR Gombak ni adalah satu organisasi yang kemas, bangunan yang cantik di Selayang sana. Tahniah di atas kehebatan pengurusan yang dilakukan dan saya ingin menarik perhatian pegawai-

pegawai dan kakitangan, warga kerja dalam JKR bahawa JKR ini sering juga dikaitkan dengan benda yang tertinggal tak kemas.

Kalau kita tengok dalam contohnya dalam MRR2 saya memang merasa DUN yang paling tak kemas, tak cantik, tak lebih nampaknya comot adalah Hulu Kelang. Simple ya kita tengok dekat billboard, billboard yang ada di Hulu Kelang tu kalau tengok tali, tali poster, tali yang lepas mantan poster, benda-benda yang dah tak pakai tu tali dia banyak-banyak tak dipotong. Itu termasuklah, ini saya cakap benda-benda yang apa ini lah perkara-perkara yang agak apa ini, apa cincai saja lah benda yang tak serius pada pandangan orang. Tak tapi saya rasa benda ni serius kerana kalau tengok bagaimanakah swasta membangunkan imej KL dibantu Selangor? Kalau kita masuk daripada Karak Highway melalui MMR2 dia, kita tengok ada KL East. Shopping dia pun cantik. Tempat-tempat dia cantik. Tapi bila masuk balik ke kawasan Melawati, Melawati yang baru, ada Melawati Mall. Cantik. Imej Sime Darby, korporat, cantik, bersih . Balai polis pun besar. Balai polis yang tidak ada apa ni dikatakan tidak ada lokap. Very friendly atmosphere. Itu kita nampakkan bahawa yang berlaku adalah kekemasan itu ada tapi bila masuk lepas sahaja sikit ke Hulu Kelang, Zoo Negara, FINAS, Kampung Fajar, menggambarkan satu keadaan masyarakat kita yang dua darjat. Dua darjat ini adalah satu perkara yang kita tidak sampai hati nak tengok. Kalau masuk tuan-tuan masuk, tuan-tuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat masuk ke Kampung Fajar, kita akan terharu dan cukup menyedihkan. Rumah yang buruk, setinggannya dan just go dengan izin selepasnya FINAS cantik. Zoo Negara cantik. Masuk belakang lagi benda-benda tu tertinggal.

Jadi saya ingin menarik perhatian di sini bahawa, biarlah kita jadikan pendekatan kita menguruskan kerja kita dibuat dengan baik. Kekemasan itu adalah satu elemen yang penting dan kalau tengok MRR2 yang baru siap pun, biar lah yang menghubungkan DUKE dan SUKE. Duka dan Suka. Hah! Nama jalan tu Duka dan Suka.

Dia menggambarkan satu keadaan yang tidak baik. Tak smart. Get up! Saya demand lah. Saya memohon agar JKR di Peringkat Pusat, Kerajaan Negeri, memberikan sentuhan-sentuhan yang mengambil hati untuk warga Hulu Kelang yang dah 6 tahun, 7 tahun menderita melalui tempat yang bersimpang perenang dengan lubang-lubang, paip-paip dan sebagainya nak menyiapkan kawasan tu. Jadi kalau ambil hati bila jalan dah siap diratakan, jalan line nya clear, lampunya terang dengan jalan-jalan yang berlampu, itu mengambil hati dan yang penting ialah kalau nak tahu saya tidak larat dah daripada dulu saya boleh pergi tengok tempat tu di mana jejantas ada di MRR2 di kawasan Hulu Kelang dan Ampang di situ kita akan lihat bagaimana teruknya jejantas punya keadaan. Dia punya keadaan kotor atas apa ni bumbung-bumbungnya yang dah hancur, macam-macam...

Pengerusi

Fokus kepada perbekalan Yang Berhormat.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Ya, saya nak tumpukan kepada perbekalan bahawa benda-benda ini penting dari segi imej Kerajaan. Kalau kita nak katakan pada peniaga-peniaga tepi jalan pun teruk juga. Peniaga yang berniaga di susur jalan, susur luar Ukay Perdana dengan MRR2 telah dijanjikan ada mesyuarat telah dirundingkan akan diberikan satu tapak pindahan. Itu di janji. Janji itu semakin merosot dan saya harap itu hendaklah dijaga oleh EXCO yang berkenaan kita hendak JKR ini owner, dia menyebut dan satu lagi yang surat keluar daripada DO Gombak adalah surat yang berbunyi tempat itu juga akan di kongsi tapak baru yang dibuat tapak perniagaan atas dasar kita tidak akan mengusir peniaga-peniaga tanpa diberikan tempat pilihan disediakan tempat untuk mereka berniaga.

Seterusnya saya tengok bahawa apa yang ada di situ adalah janji bahawa mereka akan berniaga sama dengan peniaga-peniaga, pengusaha bengkel di Rumah Bakti. Jadi saya nak timbulkan di sini bahawa janji dulu tak selesai, tiga tahun dah. Dah dirobohkan kedai-kedai itu dan itu imejnya dah tak bagus lepas tu mereka makin kecewa apabila dikatakan akan buatkan satu rumah kedai untuk mereka dan kemudian tak jadi. Nak kongsi dengan orang lain. Dua pihak tak jelas. Jadi saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian yang sungguh-sungguh penting kerana rakyat dan boring dah, dah fed up dah dengan Kerajaan. Apa-apa Kerajaan pun dia fed up dah. Kita ada Kerajaan tak macam ada Kerajaan.

Ada setinggan di Kampung Fajar pun kita biarkan macam itu sahaja. Saya sebut pada Dato’ Menteri Besar, dia kata imej Kampung Fajar ini adalah imej kita ada Kerajaan tapi tak macam kita ada Kerajaan. Jadi saya harap kita jadilah Kerajaan yang betul-betul boleh buat perubahan. Jangan bagi alasan. Kalau kita nak bagi alasan tak payah jadi Kerajaan. Terima kasih.

Pengerusi

Baik.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Pengerusi.

Pengerusi

Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada muka surat 97. Kod Objek 28000. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Jalan di Taman Desa Subang Permai yang kerap dirosakkan oleh lori yang besar dan berat yang sepatutnya jalan tersebut tidak boleh tak sepatutnya digunakan oleh lori besar kerana itu kawasan perumahan jadi kerap berlaku jalan rosak dan penyelenggaraan. Ini berhubung kait juga dengan jalan alternatif yang perlu dibina oleh pihak JKR Petaling dan PBT MBSA. Saya harap jalan alternatif dan juga penyelenggaraan jalan tersebut dapat dibuat dengan kadar segera. Terima kasih.

Pengerusi

Baik. Kalau tak ada yang lain saya minta pihak Kerajaan bagi respons. Silakan Pandan Indah.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya harap bagi perhatian ya kita sedang berbincang mengenai Bajet Pengurusan jadi apa yang disebut tadi banyak berkait dengan pembangunan ya yang kita belum sampai lagi, B12 ya.

Jadi apa yang ditimbulkan tadi semuanya daripada Pelabuhan Klang, Kuala Kubu Baharu, Banting, Pandamaran, Hulu Kelang, Kota Damansara berkait dengan Kod 28000 itu adalah Kod yang digunakan sebenarnya kontrak atau bukan kontrak yang berkait dengan penyelenggaraan bangunan-bangunan JKR dan aset-aset mereka. Ini tiada kaitan dengan pengurusan maintenance jalan dan sebagainya ya.

Juga mungkin saya nak tambah sikit apa yang disebut oleh juga Pelabuhan Klang dan juga oleh Hulu Kelang. Bunyi Kelang kat hujungnya. Pelabuhan Klang dan Hulu Kelang bahawa isu-isu yang disebut tadi tu yang sentuh tadi tu berkait dengan jalan Persekutuan yang saya dah banyak kali sebut dalam Dewan ini, bagaimana kepayahan kita dalam mendapatkan peruntukan. Hah! jadi, mungkin dalam tajuk sesi yang lain lah Yang Berhormat tadi bersemangat, Pelabuhan Klang, saya sokong lah apa yang disebut tu tapi mungkin dalam konteks yang agak berbeza.

Hah! Jalan MMR2 pun jalan Persekutuan Yang Berhormat Hulu Kelang. Itu pun berkait dengan jalan Persekutuan. Yang saya nak, sekejap Yang Berhormat biar saya sebut bagi habis ayat tu ya. Saya dah berulang kali saya maklumkan saya dah bertemu banyak kali juga dengan Pengarah JKR Malaysia dan juga JKR untuk berbincang dan mencari jalan bagaimana dapat dipertingkatkan peruntukan bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan penyelenggaraan jalan yang terbaru ini dengan Menteri Ekonomi baru ini pun saya sebutkan lagi tentang perkara ini supaya mereka dapat memberikan perhatian khusus terutamanya Pelabuhan Klang memang betul, itu kawasan-kawasan yang strategik bagi negara jugak bukan Selangor sahaja tetapi dalam masa yang sama juga menerima begitu banyak trafik yang heavy duty bagi saya. Yang berat. Menyebabkan kerosakan dan bahaya kepada pengguna jalan raya itu sendiri.

Itu yang saya sebutkan banyak kali dan saya tidak akan jemu lah untuk meneruskan permohonan dan permohonan dan rayuan ini bagi mendapatkan hak bagi Negeri Selangor itu. Itu yang saya boleh sebutkan. Jadi untuk makluman semua yang lain-lain ini berkait dengan pengurusan senggaraan bangunan dan aset-aset JKR di daerah-daerah itu semua, saya akan bagi jawapan yang umum pada semua ya. Terima kasih.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya faham.

Pengerusi

Jadual B.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Itulah maksud saya. Maksud saya, kita memang berulang-ulang benda tu adalah maintenance saya tahu. Macam jalan-jalan. Jalan gelap dekat bandar besar Hulu Kelang. Hulu Kelang ini bandar besar, tidak ada bandar ke tu? Jadi kat situ saya hairan kenapa, macam mana gelapnya tidak ada orang ambil kisah, maintenance apa ni tanah-tanah, batu-batu dari construction yang telah wujud sejak tahun 2000 masih ada lagi. Tidak ada orang. Saya tulis surat pun, kat sini cakap pun tidak ada orang dengar. Dengar kot. Tapi tidak sampai. Tidak ada main side, kekemasan. Dah elok buat jalan, kemaskan. Sampah sarap itu, buang. Apa ni, batu-batu besar konkrit yang besar, buang, bersihkan. Bawah fly over, interchange itu biar kemas. Saya fikir macam mana dia orang punya mind set ni. This is about, maintenance, kan bukan buat benda lain. Jadi tolonglah, tolonglah, saya menyeru pegawai-pegawai yang ada di sini. Kita ada minda, kemas, smart, cergas, kita buat biar cantik. Terima kasih.

Pengerusi

Ada nak buat, balas.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Saya akui. Cuma saya nak sebut tadi dalam konteks perbahasan sekarang ini, kita sedang berbincang mengenai pengurusan, belanja pengurusan yang berkait dengan pengurusan aset-aset JKR. Ini bukan, dalam tajuk yang tersebut, memang relevan, saya akui, dari segi cara kita menyelenggara jalan, cara kita menguruskan penyelenggaraan jalan juga lampu dan juga aset-aset kita di jalan raya, perabot dan sebagainya. Memang penting. Kita akui dan kita take note lah, ambil perhatian. Pihak JKR supaya melaksanakan yang terbaik dalam menguruskan jalan raya kita. Dan sebahagian besar, dan boleh dikatakan hampir sebahagian besar pengurusan penyelenggaraan jalan terletak di bawah peruntukan MARRIS, yang kita ada kontrak di belanja ataupun peruntukan tahunan, bagi mengurus kontrak-kontrak ataupun penyelenggaraan jalan-jalan kita. Ini yang di bawah negeri. Yang jadi isu yang saya sebut tadilah.. bila melibatkan jalan persekutuan, yang tidak ada peruntukan khusus, bagi menyelenggara, itu yang menjadi isu. Yang kita, kalau nak bincang pun, tidak kenalah, sebab kita sedang bincang bajet negeri. Tapi kita take note, ambil perhatian kepada perkara-perkara yang dibangkitkan. Terima kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Tuan Timbalan Speaker, saya mohon perhatian daripada Yang Berhormat EXCO, juga untuk membekalkan butiran perbelanjaan di bawah kod 28000 ini, di bawah penyelenggaraan. Saya tahu ambil maklum, bahawa ia bukan untuk penyelenggaraan jalan-jalan dan sebagainya tapi untuk penyelenggaraan aset dan juga bangunan JKR. Sebab ini, saya terpanggil kerana JKR Kuala Langat ini, dia menduduki bangunan yang cukup usang, cukup lama dan perlukan kita tahu, apakah kegunaannya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kita boleh dapatkan perincian berhubung dengan perbelanjaan bagi kontrak dan bukan kontrak yang berkait penyelenggaraan dengan aset-aset JKR itu sendiri. Di setiap daerah itu, 28000 itu, melibatkan kerja-

kerja penambah penyelenggaraan bangunan dan aset JKR bagi daerah-daerah. Terima kasih.

Pengerusi

Pelabuhan Klang..

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat....

Pengerusi

Apa yang nak dibangkitkan....

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Saya, bagaimana dengan yang tentang yang saya nyatakan tadi, yang bekalan mentah dan bahan-bahan untuk penyelenggaraan ini semakin menurun daripada setiap tahun ke setiap tahun. Begitu juga bekalan dan bahan-bahan lain. Ini penyelenggaraan. Peruntukan turun. Bawah JKR Klang. JKR Klang ada banyak masalah tapi bila bekalan mentah dan bahan-bahan untuk penyelenggaraan makin turun. Peruntukan makin kurang. Kita nak marah Kerajaan Persekutuan ini, peruntukan Kerajaan Negeri pun potong juga, JKR Klang punya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Semua ini keperluan aset. Keperluan JKR sendiri bukan digunakan untuk jalan dan sebagainya, tidak ya. Ini semua adalah keperluan bahan-bahan mentah bagi keperluan kegunaan JKR sendiri, bawah pengurusan. Yang JKR, muka surat berapa tadi, dia sebut.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tapi takkan sampai RM 2 juta kot. Penyelenggaraan dan pembaikan kecilan yang diberi ini.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, ya. Kod berapa tu..

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Untuk kegunaan JKR sendiri...

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Kod berapa, kod berapa.. kod 28...

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Kod 27000, 28000, semua la.. yang bahagian JKR Klang.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, ya, itu memang, dia memang bawah kegunaan sendiri, pengurusan...

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

RM 2 juta setahun...

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Pengurusan kewangan dan aset-aset mereka, jentera dan segala penyelenggaraan yang dalaman sahaja. Tidak melibatkan kerja-

kerja yang melibatkan jalan dan sebagainya. Tidak. Ini memang begitu, kod 28000 ini memang itu, dia punya kegunaannya.

Pengerusi

Baik. Jadual B12, iaitu wang sejumlah RM120,813,032.00 untuk Kepala B12, Jabatan Kerja Raya menjadi sebahagian daripada Jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B13, Jabatan Pengairan dan Saliran RM114,874,238.00.

Pengerusi

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Muka surat 106, 50500 Pentadbiran dan Kewangan. 1100 Gaji dan Upahan. Saya mohon untuk pihak Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula gred gaji bagi pegawai-pegawai JPS di peringkat daerah, sebab kalau dibandingkan JD JKR, gred 54, eh.. 52. Tapi JD JPS ni kerja banyak, malah lebih banyak daripada, saya rasa... Jurutera Daerah JKR, tapi gred 48. Tapi kerja banyak. Malam tadi pun dorang tak tidur, sebab air pasang dekat Klang sampai pagi ini. Kebetulan hujan lebat malam tadi. Jadi mohon minta untuk kenaikan gred untuk JD JPS di semua daerah di Negeri Selangor. Dan tambahkan anggota kakitangan JPS di setiap daerah.

Pengerusi

Baik. Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada muka surat 107. Butiran perkhidmatan luar. Kod objek semua sekali. Sebab saya rasa, cadangan saya,

Pengerusi

Objek mana..

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Perkhidmatan luar ini, saya anggap dia adalah untuk peringkat daerah, kerana dia bukan macam JKR. Setiap JKR dia ada, Kuala Langat, Hulu Selangor dan sebagainya. Jadi perkhidmatan luar ini, ini cadangan saya. Cadangan saya supaya kita boleh memperbaiki, macam mana susunan ini mengikut daerah. Sebab setiap daerah mempunyai penguat kuasa JPS. Jadi dia tak kan satu lumpsum. Seperti ini, kita tak tahu, mana, JPS Hulu Selangor ataupun JPS Hulu

Langat, dapat berapa mengenai dengan penyelenggaraan dia ataupun pembaikan kecil dia.

Pengerusi

Baik, Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin merujuk pada muka surat 106 dan 107. Butiran program aktiviti 55000, tentang emolumen dan perkhidmatan bekalan dan dengan kod objek 20000, perkhidmatan dan bekalan. Jumlah RM10,832,390,00 yang menyentuh tentang keadaan sungai. Baru-baru ini kita berdepan dengan satu peristiwa besar iaitu tebing sungai, slope yang runtuh. Dan baru-baru ini saya, baru lagi, beberapa hari yang lepas, satu runtuhan sungai, tebing sungai berlaku sangat besar di Hulu Kelang, Sungai Kemensah juga. Yang bila kita ambil gambar, di create satu saluran air sungai, laluan sungai yang baru, penuh pula dengan batu-batu. Seolah-olah batu-batu daripada sangkar batu, yang kita buat tebing tembok sungai.

Tuan Speaker. Saya rasa Hulu Kelang ini dah ketinggalan bas atau pun sampan. Kita dah masuk ke B14, tapi perbicaraan dia masih berkisar di B13, saya rasa.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Kita masih B13, JPS.

Pengerusi

B13. Kita B13. Kuang dah teranjak ke depan. Tarik balik ke belakang sikit. Kuang dah teranjak ke depan sikit. Kita reverse. Ke belakang sikit.

Minta maaf, minta maaf. Tarik balik.

(Dewan riuh)

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Peristiwa ini sangat menakjubkan. Satu laluan sungai dicipta, satu batu-batu yang telah digunakan oleh pemaju, diberitahu oleh penduduk. Okay, boleh jelas. Tebing itu adalah batu-batu yang dibuat untuk buat sangkar batu. Telah memenuhi satu laluan baru sungai yang menakjubkan. Apa jadi ini. Sebenarnya budak-budak yang biasa berniaga di situ, menggunakan tempat berkelah di Sungai Siring, Sungai Kemensah, kata, Y.B. bagilah peruntukan untuk kami baiki.

Pengerusi

Yang Berhormat Hulu Kelang, ini berkaitan dengan pengurusan.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya tahu tu, saya...

Pengerusi

Kena kaitkan. Saya nampak tak berapa kait ni. Saya nak dengar biar kaitkan, kaitkan.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Lama tak datang..

Pengerusi

Gunakan ruang ni, untuk bercakap, saya nak dengar ni kena straight to the point. Kalau gunakan untuk pembangunan, tak bercakap, saya tak bagi.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya nak cakap, bagaimana kita patut kita uruskan. Patut kita uruskan dengan cara yang ada jelas. Tidak ada permintaan-permintaan yang, ada rasa nak minta Y.B., minta Y.B.

Pengerusi

Yang Berhormat...

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Okay, Yang Berhormat. Jadi saya harap daripada situ, apa yang akan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab adalah untuk mengikuti SOP yang ada, peraturan yang ada, yang telah di amalkan oleh jabatan untuk memastikan kalau benda itu, kerosakan dibuat oleh satu pihak tertentu, tindakan mesti ada, rekod mesti ada, dan diberikan. Record must be there. Dan kena ada tindakan-tindakan yang jelas. Kalau tidak, orang tak jadi serabut kepala lagi, saya harap itu satu perkara yang berlaku baru-baru ini di Hulu Kelang, menimbulkan keresahan orang lain. Dan kemudian saya nak cakap satu fasal, perkhidmatan dan bekalan yang berkaitan dengan sungai, adalah tentang bagaimanakah sungai ini nak kita jadikan tempat yang betul-betul bernilai. Satu, saya nampak isu ini ialah isu IKS di AU3. Dia telah bina situ satu rumah kedai yang canggih, kompleks, tapi yang berlaku adalah pencemaran. Saya minta satu, pada JPS, satu laporan yang lengkap tentang keadaan itu, dan mereka telah memberi satu laporan, dokumentasi tentang sama-saman yang telah diberikan. Saya ucapkan tahniah, terima kasih, saya ingin menggunakan forum ini mengucapkan terima kasih kepada MPAJ dan pihak JPS yang kerjasama, telah memberikan repot, yang nyata mereka telah beri satu saman atau kompaun dalam tindakan mencemarkan tebing sungai dan sungai Hulu Kelang, Sungai Kelang. Dengan itu saya ingin merangkakan di sini bahawa sebarang tindakan yang memboleh, yang boleh menjadikan kita, jadikan sungai suatu yang sangat kita sayang, kita rasa bersih sungai, adalah satu benda yang kita suka, adalah satu budaya baru. Saya, Hulu Kelang ni, kalau boleh, kita namakan lain la. Hulu, dia bila hulu tu, macam ketinggalan saja. Hulu Kelang kita beri nama yang lebih canggih, dan saya cadangkan benda ini boleh dibincangkan di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Pengerusi

Baik. Okey, saya minta pihak Kerajaan, respons.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Kuala Kubu Baharu dan juga Hulu Kelang. Sekali lagi, yang terlibat dalam membahas atau mencadangkan, kepada perkara berkaitan, dengan secara umum, saya sebut tentang JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran ini. Kita ambil perhatian apa yang dibangkitkan, dan saya pun dah sebut dalam ucapan penggulungan pun. Keperluan untuk kita menilai dan melihat kembali, tentang pengurusan tenaga manusia warga kerja JPS ini. Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang

Berhormat, sebenarnya pihak Kerajaan Negeri telah pun, di bawah Sumber Manusia, bahagian Sumber Manusia telah membuat kajian. Dan sedang berurusan berbincang dengan pihak JPA, bagi mendapatkan penaiktarafan bagi kakitangan atau warga kerja bagi JPS Negeri Selangor memandangkan skop kerja mereka yang semakin mencabar dengan kontrak-kontrak yang besar, perlu diuruskan bagi menangani isu banjir dan sebagainya. Dan juga pengisian jawatan-jawatan sedang dibuat prosesnya oleh pihak Pengurusan Sumber Manusia negeri dan juga dengan kerjasama pihak JPA. Cuma saya nak maklum sini, secara sepintas lalu bahawa pentadbiran dia itu, kita cuba buat di centralization, macam mana yang dibuat oleh JKR, tapi masih dalam proses kajian. Di mana JKR ini ni ada betul-betul daerah dia sendiri, ditadbir dan memandangkan tentang kedudukan pengurusan banjir dan juga sungai ini, begitu penting sekarang ini di negeri Selangor, kemungkinan itu kena diteliti. Itu sebahagian daripada option yang kita akan buat. Tentang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi itu, saya rasa agak terkeluar sikit daripada perbahasan sekarang ini, tetapi tidak ada masalah, kita ada Jawatankuasa Lembangan Sungai dan Pemuliharaan Sungai, yang saya sendiri pengerusikan, yang sentiasa memantau dan melihat bagaimana kita dapat baiki sungai-sungai kita. Itu di bawah urus setianya, adalah Lembaga Urus Air Selangor sentiasa yang bertanggungjawab penuh kepada aspek-aspek sungai-sungai dan bekalan air mentah bagi negeri Selangor. Terima kasih.

Tuan Speaker.

Pengerusi

Baik.

Tuan Speaker

Pengerusi

Kuang kenapa?

Muka surat 106.

Pengerusi

Oh Kuang, dah terlepas. Dah jawab dah bagi pihak kerajaan. Dah terlepas tadi. Ini terlepas lagi sekali basnya ya. Biar esok pagi sikit. Jangan terlepas. Sebelum saya minta kerajaan bagi respons. Kuang kena bangun baru tak terlepas ya. Okay? Baik. Baik, baik. Jadual B13 iaitu wang sejumlah RM114,874,238 untuk kepala B13 Jabatan Pengairan dan Saliran menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B14, Jabatan Agama Islam Selangor RM279,889,901.

Pengerusi

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada mukasurat 116. Butiran 548000 KAFA 15000 Faedah-Faedah Kewangan Lain. Saya melihat kepada guru-guru KAFA terutamanya yang sama ada mereka ini Ketua Guru ataupun Guru-Guru yang lain. Sebahagian daripada mereka ini mungkin sifatnya sebagai guru kontrak atau sebahagiannya mungkin guru rakyat ataupun guru sementara. Dan saya melihat sebahagian daripada mereka ini kadang-kadang berkhidmat sehingga mereka bersara daripada mungkin 20 tahun, mungkin 30 tahun sehingga mereka bersara. Cuma saya lihat kadang-kadang bila mereka bersara ni mereka tak ada apa-apa pun selepas persaraan mereka, mereka tidak ada pencen ataupun persaraan dan mereka berkhidmat dan memberikan khidmat kepada rakyat di negeri Selangor dengan cukup besar jumlahnya. Cuma saya mencadangkan kalau dapat kerajaan negeri mempertimbangkan ganjaran supaya ada bentuk kewangan ataupun ganjaran apabila mereka berpencen ini terutamanya guru-guru kontrak, ketua guru diberikan sedikit imbuhan di atas perkhidmatan yang telah mereka berikan selama mereka berkhidmat untuk negeri Selangor. Terima kasih.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Pengerusi.

Pengerusi

Ya Bukit Melawati.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Pengerusi. Saya merujuk kepada muka surat 111. Butiran Program 515000 Pendidikan Islam. 42000 Pemberian Dalam Negeri. Saya mohon pihak kerajaan untuk memberikan penjelasan berkenaan penggunaan ataupun peruntukkan RM 1.8juta untuk pemberian dalam negeri di bawah Jabatan Agama Islam. Terima kasih.

Pengerusi

Ya, silakan pihak kerajaan untuk respons.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya nak memberikan penjelasan berkenaan dengan guru-guru jabatan kontrak Jabatan Agama Islam. Memang apabila pelantikan secara kontrak mereka tidak ada skim yang dinamakan sebagai pencen dan sebagainya. Tetapi untuk caruman-caruman tertentu seperti PEKESO dan juga seperti KWSP memang ada disiapkan sebagai simpanan hari tua walaupun dalam rekod menunjukkan bahawa ia tidak mencukupi dalam tempoh jangka masa yang panjang. Namun begitu apabila sebaik kontrak mereka ditamatkan kita ada satu bahagian yang dinamakan ganjaran kontrak. So ganjaran kontdrak itu juga diberikan selepas tamat satu kontrak dan ia boleh dianggap sebagai sebahagian daripada ganjaran yang diterima pada guru ini hanya setakat itu sahaja. Terima kasih.

Sikit minta penjelasan.

Pengerusi

Sijangkang

Adakah ini juga melibatkan pada guru-guru yang sifatnya guru sementara ataupun guru-guru rakyat? Terima kasih.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya rasa tidak. Ia hanya melibatkan guru-guru kontrak ya. Guru-guru sementara sudah pasti dibayar dalam tempoh kontrak yang pendek. Kalau kontrak yang panjang tu contract of service or contract for service dia ada tempohnya satu tahun, dua tahun, tiga tahun begitu atau ada sambungannya. Tapi guru sementara tempohnya pendek. Ya, mungkin tiga bulan gantian dan sebagainya. Guru-guru rakyat saya kena semak balik. Guru-guru rakyat ini mungkin elaun-elaun yang tidak ada kontrak sebab ia tidak tertakluk di bawah perjawatan kontrak ia adalah tertakluk di bawah lantikan-lantikan sementara. Terima kasih.

Pengerusi

Baik. Jadual B14 iaitu wang sejumlah RM279,889,901 untuk kepala B14 Jabatan Agama Islam Selangor menjadi sebahagian daripada jadual Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B15 Jabatan Kebajikan Masyarakat RM20,962,904.

Pengerusi

Jadual B15 iaitu wang sejumlah RM20,962,904 untuk kepala B15 Jabatan Kebajikan Masyarakat menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN: Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B16 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa RM9,445,925.

Pengerusi

Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Tuan Pengerusi muka surat 124 Pentadbiran dan Kewangan 505000. Yang Berhormat EXCO saya ingin membawa isu Perancangan Bandar. Terutamanya isu Perancangan PJ Dispersal Link sepertimana yang diutarakan beberapa hari yang lepas dalam sidang ini di mana saya harap Yang Berhormat dapat memberi jawapan macam mana status terkini perancangan projek ini yang sangat dikhuatiri oleh penduduk di Petaling Jaya.

Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker muka surat 125 butiran program aktiviti kod 52100 Kawalan Perancangan. Dan saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO sebenarnya apa fungsi utama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor ini. Sebab berdasarkan daripada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Pandan Indah tempoh hari berkenaan isu banjir, bagaimana sebenarnya perancangan dibuat di Negeri Selangor ini. Banyak kawasan-kawasan yang telah dirancang tetapi masih lagi mengalami masalah banjir kilat disebabkan oleh perancangan sistem saliran yang adakah ianya mengikuti pandangan daripada pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran, pihak LUAS ataupun mana-mana pihak yang profesional dalam menentukan sesuatu reka bentuk-reka bentuk sebelum apa-apa jua proses kebenaran merancang itu. Jadi sebenarnya di mana? Apakah fungsi Jabatan Perancangan dan Desa? Kita ada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor RM 9 juta setahun. Kita punya peruntukan untuk jabatan ini tetapi kita lihat masih banyak lagi kawasan-kawasan yang gagal dirancang dengan baik. Yang tidak menepati kelestarian penduduk itu terutama sekali dari sudut masalah banjir kilat. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Pengerusi

Silakan pihak kerajaan kalau ada?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Saya nak rujuk di Bukit Gasing. Saya rasa persoalan tentang jalan lebuh raya itu di bawah peringkat JKR dan pembangunan. Dan Perancang Bandar dan Desa adalah menyiapkan garis-garis dasar pembangunan dan perancangan ini. Dan ia menyentuh kepada setiap pembangunan jalan yang nak masuk dia akan datang di bawah perancang. Dan Perancang ada garis panduannya. Sebab itu kalau nak tanya tadi saya akan rujuk juga dengan Pelabuhan Klang. Apa fungsinya? Fungsinya setiap Majlis-Majlis akan ada namanya Rancangan Tempatan. Dan setiap rancangan-rancangan tempatan itu akan diluluskan dalam Jawatankuasa Perancang Negeri. Jawatankuasa Perancang Negeri ini sekretariat nya adalah Jawatankuasa Perancang Bandar dan Desa Negeri. Dan mereka akan mengumpulkan perancangan-perancangan di pihak Local Council ataupun di Local Authority dan juga di Pihak Berkuasa Tempatan. So, tugas mereka melihat keseluruhan dan kadangkala mereka akan menyiapkan beberapa garis-garis panduan tertentu. Saya ambil contoh, kita pernah selaraskan garis panduan bagai mana pembangunan sekolah secara vertical. Sekarang sekolah kebanyakannya horizontal. Di masa depan bagaimana kita nak bangunkan sekolah dengan cara

vertical. So, garis panduan ini dibuat oleh Jawatankuasa Perancang Bandar dan Desa atau namanya adalah Pelan Malaysia. Contoh kedua kita nak bangunkan tanah di kawasan peat soil dengan izin ataupun Tanah Gambut. So, garis panduan Perancangan Bandar dan Desa memanggil semua jawatankuasa-jawatankuasa yang terbabit bagaimana kita nak bangunkan peat soil development ataupun pembangunan di kawasan tanah gambut. Tanah Gambut lah. Maknanya Gambut perlu dikeluarkan. Banyak perbincangan yang besar. Dalam Perancangan Bandar dan Desa juga kita lihat tentang penggubahan-penggubahan Rancangan Tempatan. Rancangan Tempatan yang dikeluarkan digubah so dia bawa kembali ke situ untuk diluluskan. Sebelum itu ada Jawatankuasa. Jawatankuasa untuk mendengar bantahan-bantahan kerana kita membuat pendengaran awam. Jadi secretariat yang penting kepada Perancangan Bandar dan Desa kita nak melihat keseluruhan . Tetapi the detail of the planning akan kembali kepada pihak Local Authority ataupun Pihak Berkuasa Tempatan. Itu dia punya jajaran kerja lah. Tapi tentang PJD Link saya nak tegaskan. This is not a state project, this is federal project. Bila federal luluskan mereka perlu dapat tanya dengan negeri bagaimana nak dilakukan? Bila mereka datang kepada kita, kita lihat perancangannya, dia kena melalui beberapa proses. Itu keputusan Kerajaan Negeri lah. Dan prosesnya ialah mendengar pendengaran awam. Setakat ini mereka kena buktikan yang mereka dah dengan janji bahawa mereka nak ubah semua kontak-kontak yang menjadi isu di dalam KIDEX. Ini yang dibangkitkan dulu. Jadi sebagai sebuah kerajaan, takkan kita orang datang kita nak tolak boh-boh. Asal bentuk ini no. Tidak boleh begitu. Kita kena datang lihat dulu. Datang proses balik, bentang. Ini tiada kaitan Perancang Bandar dan Desa ya. Perancangan bandar dan Desa, dia lihat keseluruhan. Berapa jalan nak masuk, berapa zoning pertanian, berapa zoning perumahan dan sebagainya. Tetapi the real work on planning bila dia bawa ke atas kita nak selesaikan masalah-masalah dasar. Dan terbaru, kita selesaikan beberapa garis dasar. Untuk apa? Untuk membenarkan aktiviti persekolahan di kawasan perkilangan. Bukan persekolahan, pendidikan ini telah berlaku di PJ, di Subang. Ikutkan local pelan tak boleh, ikutkan rancangan tempatan tak boleh. Dan berjalan. Tapi bentuk pendidikan yang macam mana. On paper tak boleh tapi on reality berjalan pula. Jadi kita kena selaraskan lah semua perkara-perkara ini sebab sebahagian besar isu kita brown field . Iaitu kawasan-kawasan yang telah terbina. Its no longer green field macam mana kita hadapai pada tahun 60an dan 70an. Terima kasih.

Pengerusi

Baik jadual B16RM9445,925 untuk kepala B16 JPBD menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN: Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B17, Jabatan Perkhdimatan Veterinar RM1533134.

Pengerusi

Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk mukasurat 128, butiran 50500 Pentadbiran dan Kewangan. elaun lebih masa dan juga mukasurat 130 butiran veterinar daerah 53200 juga elaun lebih masa. Saya nak tahu kenapa Jabatan Verinar memerlukan elaun lebih masa kerana saya tidak nampak fungsinya. Boleh tolong jelaskan.

Speaker

Pelabuhan Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Y.B. Tuan Speaker. Muka surat 128, butiran program aktiviti 50500 Pentadbiran dan Kewangan. Saya merujuk kepada butiran ini kerana saya tidak nampak di mana letaknya butiran untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar ini jabatan penguatkuasa, di mana ditempatkan. Sebab setiap kali mesyusarat berkenaan lembu-lembu liar yang berkeliraran di Bandar Bukit Tinggi, Pekan Klang apa semua, selalu kata Jabatan Veterinar akan ambil tindakan, Jabatan Veterinar akan ambil tindakan. Tetapi saya tidak nampak Jabatan Veterinar ada jabatan penguatkuasa. Adakah Jabatan Veterinar ini sebenarnya mempunyai penguatkuasa untuk menangkap lembu-lembu liar yang berkeliaran selain daripada PBT?

Pengerusi

Ya pihak kerajaan.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih, cukup menarik ya. Terima kasih Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan juga Kuala Kubu Baharu. Untuk lebih masa, sebenarnya kita tengok di tiap-tiap Jabatan memang mempunyai peruntukan ini sebenarnya kerana pihak Veterinar mempunyai tugas yang besar. Memantau terutama keadaan kita punya ternakan di seluruh negeri kita kena buat inspection yang berkala dan dengan personnel dan jumlah kakitangan yang ada, mereka memerlukan kerja yang panjang, terutama sekarang ini, kita di, pelbagai penyakit yang menyerang ternakan kita termasuk yang terbaru, LSD, ataupun Lumpy Skin Disease ini dan juga pemantauan daripada segi Tibi, penyakit Tibi dan juga pergerakan lembu-lembu kita yang dibuat secara terbuka, perlu dibuat pantauan supaya memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan selamat walaupun kita menghadapi kekangan itu, maka keperluan itu ada. Tentang penguatkuasaan ini memang dia tidak ada penguat kuasa lah. Dia ada inspektor, Medical Inspector untuk inspect keadaan kesihatan lembu. Biasanya kalau isu berkaitan dengan pemeriksaan ini, penguatkuasaan dibuat oleh biosecurity, bio .. dipanggil apa? Biosecurity ya, peringkat Federal yang ada menjaga, kalau padi, dia ada penguat kuasa, Lembaga Padi yang menguruskan. Dan biasanya kalau di Negeri Selangor dia akan bekerjasama dengan pihak PBT lah daripada segi penguatkuasaan tentang lembu-lembu rayau dan sebagainya. Ha, ini

dah banyak kali kita buat, di Klang ada, di Kuala Selangor dan sebagainya kita buat penguatkuasaan dan juga di Petaling, tentang lembu-lembu rayau ini ya, terima kasih.

Speaker

Baik. Jadual B17 iaitu wang sejumlah RM15,037,134.00 untuk Kepala B17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B18 Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

Speaker

Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada, sekejap ya, muka surat 136, bawah tajuk Jumlah Anggaran Perbelanjaan Mengurus Perkara 20000 berkenaan Perkhidmatan dan Bekalan Dasar Baru Bawah Tahun 2022 terdapat penambahan perbelanjaan RM1.3 juta. Jadi, saya mohon penjelasan berkenaan perkara itu.

Speaker

Silakan pihak Kerajaan.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Kenaikan ini adalah disebabkan oleh kenaikan RM 250.00, elaun-elaun bagi Setiausaha-setiausaha MPKK Kampung Tradisi, dan kenaikan elaun kehadiran Mesyuarat Biro sebanyak RM 50.00. Kenaikan kadar elaun ini, melibatkan sebanyak 371 buah Kampung Tradisi di Selangor dan implikasi kewangan sebanyak RM 56 juta.

Speaker

Baik, Jadual B18 iaitu wang sejumlah RM16,616,513.00 Kepala B18 Pejabat Daerah dan Tanah Petaling menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B19 Pejabat Daerah dan Tanah Gombak RM14,442,485.00.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Tuan Speaker.

Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin merujuk kepada muka surat 138, B19 Khidmat Pengurusan, 505000 29000 Perkhidmatan Ikhtisan dan Pembelian lain yang dibeli dan Hospitaliti. Dan juga dengan 20000 Perkhidmatan dan Bekalan. Ini adalah berkaitan dengan, rujukan saya Yang Berhormat EXCO, adalah berkenaan dengan maintenance. Maintenance di sini adalah tentang penanaman pokok. Setahun yang lalu, dua (2) tahun yang lalu, ada satu program yang telah dianjurkan oleh DO Gombak dengan nada ucapannya, hasrat Tuanku Sultan. Telah ditanam pokok-pokok yang banyak di Gombak Selangor dan pokok-pokok itu dinyatakan adalah pokok yang boleh dimanfaatkan buahnya, dimakan. Ini satu anjakan yang baik kerana lima (5) tahun yang lalu, kalau, saya menyatakan kepada MPAJ, tanam pokok, pokok rambutan ke, pokok pulasan ke, dia kata tidak boleh pokok buah-buah ni, nanti orang gaduh. Itu mentaliti, manusia ni suka gaduh tentang buah. Jadi, saya ingin menyatakan bahawa dengan perubahan yang berlaku ini, satu trend baru telah dibawa iaitu menanam herba. Herba ini telah ditanam di, kalau di Gombak di Laman Herba Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang, dan kesan daripada itu, baiknya, kami telah berjaya menerbitkan sebuah buku bertajuk Herba Selangor, Warisan Rahsia Bonda. Di mana, di sini, satu buku yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, semalam, hari Sabtu yang lalu. Satu sumbangan komuniti dalam gaya polisi yang telah diwujudkan oleh Kerajaan. Syabas!

Jadi, saya bukan bercakap tentang landscaping. Landscaping is, satu bidang lain yang di bawah MPAJ, PBT tetapi ini penanaman pokok. Kempen. Dan kesannya, baik kerana ada lahirkan satu tokoh, yang kita katakan Bonda Fatimah yang belajar macam mana nak mewarisi herba yang ini. Ada lagi satu program yang kami ingin wujudkan adalah menanam herba yang boleh dimakan ini, satu rancangan yang patut dibuat, nanti kemudian oleh yang lain, PBT ke? Berkaitan dengan apa yang dikatakan berry. Tradisi kita, anak-anak kita dulu, makan buah letup, makan buah ceri, dia ada problem, cacing tiba-tiba ada dalam perut. Jadi kita menanam herba yang begini ini, dalam bentuk berries ini, something yang, adalah satu benda yang kita sangat galakkan dan saya ingin mencadangkan di sini bahawa kalau boleh diselaraskan dengan program PBT, bagaimana kah penanaman pokok, yang bertujuan untuk memberikan khidmat kemasyarakatan akan menjadikan kita satu negeri yang lebih maju ke hadapan. Dengan itu, saya ingin menyatakan di sini bahawa sokongan saya ialah (B) Objektif, tanam pokok yang boleh dimakan. Terima kasih.

Pengerusi

Ya, tanam pokok yang boleh dimakan. Silakan pihak Kerajaan. Yang tidak boleh makan, jangan tanam. Paling ringkas.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ya, terima kasih. Kita akan pertimbangkan cadangan-cadangan tersebut, namun begitu, yang pentingnya ialah aspek practicality lah. Practicality ialah bagaimana landscaping ke, penjagaan itu mampu lebih mudah

kalau semuanya nampak bagus di permulaan tetapi kemudian maintenance ataupun penyelenggaraannya berat, dia akan jadi masalah dan ia akan menaikkan kos yang kadang-kadang jadi tidak praktikal. Lebih parah kalau ia menjadi rebutan. Mentang-mentang buah itu sedap, berebut semua orang nak, contoh. Jadi, benda-benda macam itu, saya rasa ideanya bagus cuma macam mana ia dilaksanakan dan bagaimana melihat long term supaya ia tidak memberi kesan yang sebaliknya kepada Kerajaan Negeri kerana ia melibatkan kos daripada rakyat. Terima kasih.

Speaker

Jadual B19 iaitu Wang Sejumlah RM14,442,485.00 untuk Kepala B19 Pejabat Daerah dan Tanah Gombak menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B20 Pejabat Daerah dan Tanah Kelang RM14,779,162.00.

Speaker

Silakan Pelabuhan Kelang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, muka surat 144, Butiran Program Aktiviti 5050 Khidmat Pengurusan, 5240 Pembangunan Masyarakat, 525000 Pengurusan Tanah, semualah. Dan lepas itu, Kod Objek juga Gaji dan Upahan 1200, Elaun Tetap 1300, Sumbangan Elaun Lebih Masa, semua ini. Ok, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak Kerajaan, adakah Gaji dan Upahan dan Kemudahan Elaun Tetap ini termasuk juga elaun telefon bimbit? Saya hendak tahu, sebab ada arahan di Pejabat Daerah dan Tanah Klang ini, agar tidak menjawab telefon bimbit walaupun ADUN yang telefon waktu rehat dan juga selepas waktu pejabat. Sedangkan kita ada isu-isu kritikal yang selepas waktu pejabat. Contoh, macam semalam banjir kilat disebabkan hujan lebat, kita kena telefon juga lah untuk mendapatkan apa-apa maklumat. Tetapi ada arahan itu, saya harap saya hendak tahu, ada tak elaun telefon bimbit? Kalau tidak ada, tolong adakan lah. Sebab, mungkin sebab tiada elaun telefon bimbit, mereka tak nak jawab telefon, handphone, selepas waktu pejabat.

Pengerusi

Dipersilakan.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Untuk kelayakan telefon bimbit, ada pada pegawai-pegawai tertentu lah. Kalau tidak silap saya 48 ke atas, mungkin begitu, akan ada kelayakan untuk telefon bimbit. Tetapi yang pegawai-pegawai bawahan ia

berdasarkan skim dan skim, bukan scheme of things ya, tetapi skim tertentu yang digariskan oleh Penjawat-penjawat Awam dan kelayakan-kelayakan yang tertentu lah. Jadi, kalau semua, ADUN-ADUN pun semua, perlu ada, pun dapat kelayakan telefon-telefon itu tetapi bila saya call itu, jawab lah, sama juga. Terima kasih.

Speaker

Maknanya yang ramai tidak jawab ya. Baik. Kena jawab. Jadual B20 iaitu Wang Sejumlah RM14,779,162.00 untuk Kepala B20 Pejabat Daerah dan Tanah Kelang menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B21 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat RM12,547,526.00.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada muka surat 151 Butiran 525000 Pengurusan Tanah 29000 Perkhidmatan Ikhtisas dan Perkhidmatan Lain Yang Dibeli dan Hospitaliti. Saya hendak minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri sama ada mungkin isu ini ataupun peruntukan ini adakah berkaitan dengan peruntukan ini? Isu yang hendak saya sebutkan ini adalah berkaitan dengan tanah-tanah ya, sama ada tanah anugerah ataupun tanah yang dah lama ya, yang sudah dapat lesen sementara. Kemudian, untuk dapatkan lesen, geran sementara sebelum dapat geran yang terakhir lah. Kadang-kadang berlaku apabila pelan yang asal itu berbeza dengan pelan yang dikeluarkan dalam geran sementara. Mungkin kedudukan jalan raya yang melanggar lot yang ada dan sebagainya ini, kadang-kadang menunggu ukur dari JUPEM ini mengambil masa yang terlalu lama dan apabila keluar keadaan begini, ia menjadi pertelingkahan antara empunya-empunya lot-lot tanah ini dan saya tidak tahu sama ada mungkin boleh digunakan peruntukan ini untuk kita employ kepada Juruukur swasta untuk membantu penyelesaian ini supaya mungkin akhirnya pertelingkahan ini dapat kita selesaikan. Sebagai contoh, kalau kawasan saya yang terkini ini, adalah di Kampung Manikavasagam Pulau Carey yang saya dimaklumkan bahawa sebahagian daripada lot itu ia agak lari sebab, oleh kedudukan jalan ataupun alignment jalan itu yang berbeza daripada alignment pada masa ketika diberikan pelan tanah anugerah pada awalnya, terima kasih.

Speaker

Ya, pihak Kerajaan.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Untuk saya rujuk tentang 29000 ini, iaitu Perkhidmatan Ikhtisas dan Lain-lain Perkhidmatan Yang Dibeli dan Hospitaliti ini, adalah sebagai merekodkan semua jenis perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak luar tetapi tidak termasuk penyelenggaraan dan pembaikan yang direkodkan di bawah Objek sebagai 28000 untuk Pembaikan Kecil dan Objek 30000 untuk Pembaikan Besar seperti Tambahan Kepada Aset. Bayaran kepada pekerja-pekerja kontrak, sambilan dan separuh masa yang tidak menyandang jawatan tetap juga direkodkan di bawah Objek ini ya. Maknanya, ini adalah untuk penyelenggaraan-penyelenggaraan kecil dan juga untuk pembayaran-pembayaran pekerjaan sementara. Untuk kerja ukur yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sijangkang, ini memang telah diputus, baru-baru ini Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk kami menyelesaikan masalah di Kampung Seri Aman, itu di daerah Petaling ya, dengan melantik Juruukur luar. Melantik Juruukur luar, tetapi ia bukan dalam Objek ini lah, di dalam Objek Pembangunan supaya Juruukur luar boleh melantik cuma, siapakah yang boleh membayarnya? Mungkin komuniti itu sendiri boleh membayar ataupun di pihak Wakil-wakil Rakyat dan sebagainya boleh membayar. Sebab isunya, ukur halus ini memang kadang-kadang sampai 30%, sampai 40% ya. Dan bila ukur halus maknanya muktamad satu-satu geran itu dikeluarkan dan setakat ini memang kita mempunyai jumlah akaun yang besar 2.1juta pemilikan di seluruh Negeri Selangor 2.1juta termasuk pemilikan strata kita paling besar mempunyai pemilikan paling besar jadi kalau urusan-urusan begini sudah pasti back-lock itu berlaku dengan izin di juru ukur atau JUPEM dalam mengukur salah satu dan sekarang kita telah membenarkan atau pun kerajaan Negeri boleh memberikan untuk memberikan satu-satu lot itu sebagaimana kita laksanakan penyelesaian, di Kampung Sri Aman yang tergantung beberapa tahun-tahun. Terima kasih.

Pengerusi

Jadual B21 iaitu wang sejumlah RM12,547,526.00 untuk Kepala B21 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat menjadi sebahagian daripada jadual

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B22 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat RM14,466,122.00.

Pengerusi

Jadual B22 iaitu wang sejumlah RM14,466,122.00 untuk Kepala B22 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B23 Pejabat Daerah dan Tanah Sepang RM11,107,238.00.

TUAN PENGERUSI

: Dengkil

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya ingin bertanya tentang pengurusan tanah di kod 525000, muka surat 163, dan Kod Bidang perbelanjaan bayar imbuhan tahunan dan bantuan lain, faedah-faedah kewangan lain, elaun lebihan masa dan sumbangan berkanun untuk kakitangan,saya ingin bertanya tentang kadar peratusan geran-geran hak milik yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah/Tanah adakah di bawah kuasa bidang Pegawai Daerah atau pun di bawah Pejabat Menteri Besar, sekira pemberian hak milik geran-geran individu di bawah pejabat Pegawai Daerah atau pun di bawah kuasa Menteri Besar dan merujuk kepada kod 526000 hasil muka surat 164 saya difahamkan terdapat pengeluaran hasil membabitkan raw material di Dengkil namun membabitkan timah, mahupun emas tapi tidak dinyatakan atau tidak dikira sebagai hasil Kerajaan Negeri saya minta satu siasatan dilakukan berikutan aduan ada terdapat pengeluaran hasil bumi, emas, timah mahupun besi di Dengkil tapi tidak dimaklumkan di pihak kerajaan mahu negeri mahupun daerah saya mendapat aduan ini daripada sumber-sumber rakyat mahupun pimpinan-pimpinan di kawasan tersebut di Dengkil itu sendiri. Terima kasih Speaker.

Pengerusi

Dengkil kalau nak cerita benda itu kena ada asas ya, jangan bawa masuk semua tapi kalau tak ada bukti tak boleh cakap-cakap, jangan ya.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih mengikut kanun Tanah Negara dan juga kaedah-kaedah Selangor yang tidak bertentangan sebarang kelulusan untuk pemberimilikan individu syarikat, berkelompok, semuanya harus mendapat pelepasan atau pun mendapat kelulusan di pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Permohonan-permohonan boleh dibuat kepada pejabat-pejabat tanah dan daerah kertas-kertas yang kelulusan itu juga harus diusahakan oleh Pejabat Tanah/ Daerah supaya permohonan itu dibuka dan kemukakan. Pihak kerajaan Negeri sedang meneliti cadangan ini kita putuskan dalam MMKN mungkin dalam retreat kita nak lihat bagaimana selepas ini, ia bukan base on application tetapi base on offer by the Pejabat Tanah dan Daerah atau pun base on planning Pejabat Daerah/Tanah, saya ambil contoh kalau sebelum ini kita biar sahaja tunggu orang datang ada 5,6 orang datang dekat satu tanah sekalinya kita nak pihak Pejabat Tanah belum

merancang supaya kita nak pelan berapa banyak tanah pertanian kita nak buka berapa banyak kawasan perumahan kita nak buka kerana ia akan melibatkan perancangan dan juga pengurusan tanah. Ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha yang kita sedang fikirkan mungkin kita boleh kemukakan dalam retreat MMKN dalam masa terdekat bulan depan atau pun tahun depan, dan kita nak kemukakan mana diluluskan oleh MMKN. Untuk kelulusan TOL di bawah satu ekar ia diluluskan di peringkat Pejabat Tanah dan Daerah tetapi ada 5,6 kategori dan seperti parking, tanaman kontang tak silap saya ada beberapa lain kita luluskan di peringkat daerah dan kerajaan Negeri melalui MTES akan menerima permohonan-permohonan yang di luar kerangka tersebut lepas kita dah masukkan jeti sekarang tak silap jeti kita dah masukkan sebab kita nak luluskan dan kita nak aturkan.

Berkenaan dengan itu saya minta tolong laporkan kepada pihak Kerajaan Negeri sebab itu jelas itu memang berlaku maknanya pengkuarian bahan batuan dan mineral secara haram ini patut kita ditangani lah kalau dia buat dia perlu mendapat pelepasan Kerajaan Negeri doket yang dibenarkan operasi dibenarkan semuanya melalui proses-proses yang telah ditetapkan dan dasar Kerajaan Negeri untuk tanah anak syarikat dan tanah Kerajaan Negeri harus melalui apa yang dikatakan pasti iaitu anak syarikat kita Kumpulan Semesta, bagi tanah persendirian ada format yang harus dikemukakan dan setakat itu dasar yang telah laksanakan dalam tempoh 2,3 tahun yang ke belakang.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Saya akan kemukakan aduan dan bukti yang saya ada perolehi ke pihak Kerajaan Negeri mahupun Pegawai Daerah, terima kasih.

TUAN PENGERUSI

: Baik Dengkil, jadual B23 iaitu wang sejumlah RM11,107,238.00 untuk kepala B23 Pejabat Daerah dan Tanah Sepang menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B24 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, RM12,833,003.00.

TUAN PENGERUSI

: Jadual B24, iaitu wang sejumlah RM12,833,003.00 untuk kepala B24 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B25 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, RM12,725,302.00.

TUAN PENGERUSI

: Kuala Kubu Baharu

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya rujuk kepada muka surat 175, butiran 524000 Pembangunan Masyarakat, kod objek 29000 Perkhidmatan Iktisas dan Perkhidmatan lain yang diberi. Saya rujuk kepada dasar baru iaitu berjumlah RM362,400.00 saya mohon penjelasan apakah dasar baru yang dimaksudkan itu, terima kasih.

TUAN PENGERUSI

: Silakan pihak Kerajaan

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Untuk 29000 sekali lagi saya nak sebut ia adalah melibatkan kenaikan elaun untuk setiausaha dan juga elaun mesyuarat untuk biro sebanyak RM50.00 sebagaimana keseluruhannya saya betulkan 3.56juta kadang-kadang orang dengar 56juta itu 3.56juta so Negeri Selangor dan diagihkan di peringkat-peringkat Pihak Kerajaan ataupun di Pihak-Pihak Pejabat Tanah dan Daerah, sebagai penyelenggara kepada kenaikan-kenaikan tersebut,terima kasih.

TUAN PENGERUSI

: Jadual B25 iaitu wang sejumlah RM12,725,302.00 untuk kepala B25 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B26 Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Benam RM13,744,511.00.

TUAN PENGERUSI

: Jadual B26 iaitu wang sejumlah RM13,744,511.00 untuk kepala B26 Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B27 Jabatan Kehakiman Syariah RM37,200, 721.00.

TUAN PENGERUSI

: Jadual B27 iaitu wang sejumlah RM37,200,721.00 untuk kepala B27 Jabatan Kehakiman Syariah menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B29 Perbendaharaan Negeri, Perbelanjaan Am RM89,274,286.00.

Pengerusi

Jadual B29 iaitu wang sejumlah RM89,274,286.00 untuk kepala B29 Perbendaharaan Negeri, Perbelanjaan Am menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual B30 Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, RM2,456,354.00.

TUAN PENGERUSI

: Jadual B30 iaitu wang sejumlah RM2,456,354.00 untuk kepala B30 Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jumlah perbekalan RM2,277,735,536.00

TUAN PENGERUSI

: Jumlah perbekalan RM2,277,735,536.00 menjadi sebahagian daripada jadual.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan Fasal 2

TUAN PENGERUSI

: Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Jadual

Pengerusi

Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang semula.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, masa kecederaan saya mohon memaklumkan dewan ini bahawa Rang Undang-undang, ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa Perbekalan, dan telah dipersetujui tanpa apa-apa pindaan, oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan di hadapan Dewan ini adalah Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang ketiga Rang Undang-undang ini boleh lah dinamakan Enakmen Perbekalan 2022.

Speaker

Baik, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 1.00 tengah hari dengan ini saya menangguhkan dewan sehingga 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2021Bill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan seterusnya. Rang Undang-undang Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2021. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja 1959.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2021 perlu dipinda di bawah peruntukan-peruntukan bagi Kelas III dan IV peruntukan telah bertambah daripada RM6,647,877.63 kepada RM6,936,588.71 iaitu peningkatan sebanyak RM288,711.08. Pertambahan ini diperlukan bagi menampung perbelanjaan emolumen kakitangan tetap pejabat Istana. Bagi Kelas IV peruntukan telah bertambah daripada RM16,143,593.22 kepada RM16,319,253.50 iaitu peningkatan sebanyak RM175,660.28. Pertambahan ini diperlukan bagi penggantian peralatan serta kenaikan emolumen kakitangan kontrak Pejabat Istana bagi tahun 2022. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Dengan penjelasan tadi saya dengan ini mencadangkan supaya satu Rang Undang-undang bernama Enakmen DiRaja (Pindaan) 2021 dibaca kali kedua.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Tuan Speaker saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan pihak Kerajaan jika ingin menggulung atau memberi apa-apa ulasan tentang perkara yang telah dibangkitkan. Ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibaca Kali Yang Kedua sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja 1959.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbang Rang Undang-udang ini fasal demi fasal.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Tuan Speaker saya menyokong.

Timbalan Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Timbalan Speaker

Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Timbalan Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang Bersetuju, sila kata Ya.

AHLI DEWAN : Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang Tidak Bersetuju, sila kata Tidak.

Dipersetujui.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Pengerusi, saya ingin mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada Dewan sekarang.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Tuan Speaker saya menyokong.

Timbalan Speaker

Dewan bersidang semula.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Tuan Speaker saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibaca Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Peruntukan DiRaja (Pindaan) 2021. Aturan urusan seterusnya. Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Timbalan Speaker maafkan saya dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang yang bernama Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2021. Untuk makluman Dewan yang mulia ini di peringkat Persekutuan, Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan berhubung had umur kelayakan bagi warganegara Malaysia yang boleh menjadi Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara ke 47 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603] yang berkuat kuasa pada 11 September 2019, yang mana had umur kelayakan bagi calon ahli Dewan Rakyat telah diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun. Melalui Akta A1603 ini juga, Seksyen 5 jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dengan menurunkan had umur kelayakan calon bagi Dewan Undangan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Hasrat Parlimen meminda Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan ini adalah untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi Ahli Dewan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun serupa dengan pindaan had umur kelayakan bagi calon Ahli Dewan Rakyat iaitu daripada 21 ke 18 tahun. Untuk makluman Dewan yang mulia, Undang-undang Tubuh Negeri masih belum menguatkuasakan pindaan had umur kelayakan calon bagi Dewan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 5, jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Pada ketika ini, had umur kelayakan bagi seseorang warganegara yang ingin menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor adalah 21 tahun ke atas seperti mana dalam perkara dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Oleh itu, bagi membolehkan penurunan had umur calon ahli Dewan Negeri dilaksanakan, Kerajaan Negeri perlu membuat pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri agar selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan tersebut. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang Mulia ini bahawa cadangan mengadakan RUU bagi menurunkan had umur kelayakan calon ahli Dewan Negeri ini

telah dibentangkan dan dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 29/2021 yang bersidang pada 18.8.2021 dan MMKN Ke 31/2021 pada 15.9.2021. Dari sudut undang-undang, jika sekiranya Kerajaan Negeri tidak mengambil tindakan untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi tujuan menguatkuasakan pindaan berkaitan had umur calon Dewan Negeri tersebut, berdasarkan peruntukan Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan, suatu undang-undang boleh digubal oleh Parlimen bagi menguatkuasakan peruntukan berhubung had umur ahli Dewan Negeri tersebut atau menghapuskan mana-mana peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri yang tidak selaras dengan kehendak Seksyen 5 Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Pelbagai usaha dapat dilihat untuk mendidik masyarakat untuk memahami pendemokrasian dan pilihan raya yang matang, adil dan saksama. Ini boleh dibuktikan dengan merujuk kepada pelbagai kajian lepas yang telah dilakukan berkaitan pilihan raya sebagai kemuncak proses pendemokrasian di Malaysia.

Namun, dengan kemajuan teknologi serta perubahan demografi yang ketara, perubahan berkaitan proses pendemokrasian yang melibatkan aktiviti konvensional menjadi lebih mencabar, terutama yang melibatkan partisipasi anak-anak muda. Salah satu proses pendemokrasian dengan kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Undi 18 yang berlaku di Dewan Negara pada 25 Julai 2019. RUU ini membenarkan warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dibolehkan mengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya. Tetapi masalah utama yang wujud ialah, kebanyakan kajian mendapati partisipasi orang muda dan belia dalam politik konvensional berkurangan sejak sedekat lalu, sedangkan umum maklum bahawa belia merupakan kumpulan terpenting dan terbesar dalam masyarakat dan ia menjadi ukuran demokrasi di dalam negara termasuk di Negeri Selangor. Kajian berkaitan perkara ini juga masih kurang dilaksanakan di Malaysia kerana ia merupakan undang-undang baru yang diperkenalkan di Malaysia. Kajian sebelum ini hanya tertumpu kepada peringkat umur tertentu sahaja, iaitu mereka yang telah berumur 21 tahun ke atas sahaja. Banyak faktor yang perlu dilihat dalam persediaan belia untuk terdedah dalam dunia politik. Antaranya ilmu, minat, sikap, sumber informasi dan kesedaran terhadap politik dan demokrasi. Pewujudan RUU Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021 ini memerlukan kepada persetujuan ahli Dewan yang Mulia ini kerana ia akan melibatkan landskap kepimpinan masa depan negeri khususnya dan negara amnya. Oleh itu Kerajaan Negeri telah mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Dato’ Penasihat Undang-undang Negeri dan beliau telah menasihatkan supaya suatu RUU untuk meminda Perkara Undang-undang Tubuh Negeri perlu dibawa di Dewan yang Mulia ini untuk dibentangkan dan diluluskan dalam Dewan. Kerajaan Negeri telah meneliti RUU ini dan berpendapat ia adalah teratur. Kewujudan Rang Undang-undang ini akan menjadikan belia, anak-anak muda kita mendapat pendedahan dan pendidikan berkenaan demokrasi dan kepimpinan di peringkat awal seterusnya melahirkan masyarakat yang berwibawa dan berkaliber dalam soal kepimpinan. Dengan keyakinan tersebut, saya memohon untuk mencadangkan pindaan ataupun RUU ini yang mana ia adalah meminda perkara ke 63 dalam Undang-

undang tubuh untuk disokong dan diluluskan. Tuan Speaker saya mohon mencadangkan.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin menyertai perbahasan saya secara ringkasnya, saya setuju dengan undi 18, cuma saya pun khuatir juga kerana anak-anak muda kita belum ada pendedahan education ataupun pendidikan politik ataupun apa maksud demokrasi apa maksudnya apa sistem demokrasi perlembagaan, apa maksudnya pilihan sendiri dan sebagainya. Jadi saya pada masa yang sama harap Kerajaan Negeri Selangor main peranan iaitu membuat program-program yang mendedahkan anak-anak muda kita dengan lebih awal supaya mereka faham apa itu semangat demokrasi dan sebagainya. Kalau tidak, kalau sampai hari mengundi anak-anak muda belum dedah belum faham apa itu politik dia senang dimainkan oleh politician-politician yang ada sumber yang besar. Ada duit dan sebagainya untuk program-program yang menarik mereka. Walaupun tidak berunsur politik ataupun demokrasi itu saya bimbanglah, jadi saya harap bukan sahaja Negeri Selangor saya menyeru semua negeri termasuk Kerajaan pusat kena ada pendedahan politik lebih awal. Di negara seperti Scandinavia saya difahamkan mereka sudah masuk pendidikan politik, pendidikan demokrasi masuk ke syllabus ataupun khusus dalam peringkat Sekolah Menengah. Jadi saya rasa kita sebagai negeri tiada masalah buat demikian. Jadi Kerajaan Pusat boleh ada perbincangan supaya lebih awal kita mendedahkan anak-anak muda kita dalam pendidikan politik. Itu sahaja. Saya menyokong USUL itu. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Speaker. Saya berdiri sesungguhnya tentu sekali untuk menyokong Enakmen yang akan kita pinda ini di mana kita akan meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri membenarkan mereka yang berusia 18 tahun untuk menjadi calon. Bagi saya ini kita berada di satu persimpangan sejarah yang paling bersejarah kerana pada kali ini kita akan membuka ruang kepada orang-orang muda khususnya mereka yang berusia 18 tahun ke atas kerana sebelum ini hanya mereka yang berusia 21 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan menjadi calon dan ini selaras dengan pindaan di peringkat Persekutuan yang mana membenarkan mereka yang berusia 18 tahun untuk mengundi. Saya tahu di sana ada kerisauan. Banyak orang risau. Saya jumpa ramai yang muda tapi tak berapa muda dia muda purba. Jadi dia risau, dia kata kalau kita buka ruang kepada orang-orang umur 18 tahun nanti jadi calon macam mana nanti akan jadi politik ni, huru hara dan sebagainya.

Di sini saya ingin mengingatkan suatu masa dahulu jauh suatu masa dahulu wanita itu sendiri tidak dibenarkan untuk mengundi ataupun menjadi calon dalam kebanyakan Pilihan Raya di dunia ini tapi ruang itu dibuka kerana pada masa itu kita faham, di zaman yang begitu konservatif mereka mempunyai pelbagai tanggapan tentang wanita, wanita tak layak memimpin, wanita tak boleh duduk di kerusi pentadbiran dan sebagainya tapi akhirnya ruang itu dibuka dan apabila wanita boleh menjadi calon, boleh terlibat dalam politik, boleh sama-sama mengundi akhirnya hari ini kita dapat lihat kita ada banyak wakil-wakil rakyat wanita. Hah! kita ada Subang Jaya, Kampung Tunku, Bandar Utama saya sekadar menyebut beberapa, Permatang nak sebut habis tak boleh nak sebut habis. Maaf lah ya. Kita ada EXCO, barisan EXCO, kita ada Batu Tiga dan ramai lagi lah. Semuanya muda-muda belaka. (Ketawa). Jadi ruang yang telah dibuka pada awal itu akhirnya walaupun pada ketika itu mungkin tak semestinya bila dibuka ruang terus menderu anak-anak muda umur 18 tahun menjadi calon tapi sekurang-kurangnya ruang dibuka dan ini memberikan peluang mungkin kita tidak nampak hasilnya sekarang. Kita akan nampak suatu hari nanti mungkin 10 tahun lagi, mungkin 20 tahun lagi, kita tidak tahu tapi kita telah bersama-sama hari ini jika kita menyokong bersama-sama kita telah membuka ruang untuk-untuk orang muda terlibat dalam politik dan apabila kita telah menunjukkan bahawa ruang telah dibuka maksudnya orang muda kena bersiap sedia, kena ambil tanggungjawab ini dan tak boleh lagi sekadar orang kata melepaskan apa? Mengadu tak boleh nak buat apa, tidak. Ruang telah dibuka maka sekarang masa untuk orang-orang muda masuk ke gelanggang. Kita besok akan tua, kita akan berhenti jadi orang-orang muda mari masuk ruang telah dibuka dan saya menyokong pindaan Enakmen ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Bismillahhiramanirrahim. Assalmualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh. Yang pertamanya adalah tujuan untuk Sungai Panjang turut serta dalam perbahasan ini adalah untuk kita menyokong. Menyokong, menyokong dengan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk diselaraskan dan juga diseimbangkan peruntukan yang telah dipinda di peringkat Perlembagaan Persekutuan dan sekurang-kurangnya tindakan dan juga hasrat kita bersama di peringkat Persekutuan dan juga Pihak Kerajaan Negeri ini untuk merealisasikan dan juga membuka ruang untuk peremajaan dalam peringkat kepimpinan bukan sahaja kepimpinan di peringkat, mungkin di peringkat parti-parti politik tetapi juga di peringkat kepimpinan anggota pentadbiran di peringkat negeri dan juga wakil-wakil rakyat. Namun haruslah kita sama-sama ingat dalam kita menyediakan kematangan pemimpin khususnya pemimpin muda dan juga remaja kalau boleh saya katakan kerana ia bermula daripada umur 18 tahun. Kita hendaklah bersedia bukan sahaja daripada segi membuka ruang daripada segi penyediaan peruntukan Undang-undang tetapi juga untuk membina eko-sistem dan juga kesediaan untuk kita membina generasi anak-anak muda dan juga adik-adik ataupun anak-anak kita ini agar mereka ini bersedia dan juga apa nama ni tersedia untuk memimpin negara khususnya daripada segi, pertamanya adalah berkenaan dengan

pengetahuan dan juga kematangan dalam politik. Kita tidak tahu bagaimana kaedahnya Kerajaan Negeri dan juga peringkat Persekutuan haruslah membincangkan satu pelan ataupun satu modul supaya ianya boleh dilaksanakan bersama-sama di peringkat Persekutuan dan juga peringkat Negeri sebab kita tak nak satu hari nanti andai kata mereka yang berumur 18 tahun ke atas ini masuk Pilihan Raya kemudian mereka menang dan akhirnya mereka boleh menjadi wakil rakyat tetapi daripada segi knowledge dengan izin, ilmu dan juga kesediaan mereka masih belum bersedia dan mereka belum lagi betul-betul faham berkenaan dengan urus tadbir negara apa lagi untuk menjadi Ahli Badan Perundangan Tertinggi di dalam negeri kalau di peringkat Negeri Selangor. Dewan Negeri Selangor dan juga di peringkat Persekutuan menjadi Badan Perundangan Tertinggi di peringkat Parlimen.

Jadi modul-modul khusus mestilah diperkenalkan dan juga dilaksanakan apabila kita melaksanakan umur 18 ini boleh menjadi calon baik di peringkat Parlimen mahupun di peringkat Dewan Negeri khususnya modul-modul di peringkat sekolah. Mungkin ini kita boleh sama-sama realisasikan dan kita juga sebagai pemimpin parti-parti politik yang mana di Malaysia ini kebiasaannya dan juga lazimnya mereka-mereka yang menawarkan diri, mencalonkan diri untuk menjadi wakil-wakil rakyat di peringkat DUN dan juga di peringkat Parlimen. Adalah dicadangkan dan juga dibawa oleh parti-parti politik. Jadi kita sebagai pemimpin-pemimpin parti politik juga kena terlibat secara langsung dalam kita sama-sama menyediakan kepimpinan-kepimpinan yang baru, generasi baru ni agar mereka ini apabila mereka bertanding dan juga dipilih mereka boleh kalau dengan izin discharge the duty dengan baik dan juga boleh mentadbir dan juga mengurus dengan baik sebagai seorang yang profesional dalam melaksanakan tugas dan juga tanggungjawab sebagai Ahli Badan Perundangan baik di peringkat Negeri dan juga peringkat Parlimen. Dan akhirnya Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya mengambil pendirian untuk menyokong pindaan Rang Undang-Undang ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Meru.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama menyertai perbahasan Rang Undang-Undang yang kita nak ubah ini yang mana saya menyokong penuh Rang Undang-Undang ini bukan sahaja menyatakan bahawa Kerajaan Negeri mengambil kira suara anak muda tetapi juga sebagai persiapan kita untuk memastikan kita tidak ketandusan kepimpinan pada masa akan datang (tepuk meja).

Dan kalau kita kembali kepada sejarah dulu, tamadun-tamadun besar dunia sendiri dipimpin oleh anak-anak muda. Contohnya Sultan Muhammad Al Fateh yang menumbangkan Kerajaan Constantinople yang mana pada ketika itu umurnya baru 21 tahun. Cukup muda, hah! cukup muda dan dia berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang cukup besar pada ketika itu ibarat pada hari ini macam seolah-olah kita

berjaya menumbangkan Kerajaan Amerika. Nak menunjukkan bahawa suara orang muda, jasa orang muda, kemampuan orang muda ni cukup penting, besar dan berjasa dan telah dibuktikan oleh generasi yang lepas. Namun seperti mana yang dibimbangi oleh setengah pihak termasuk daripada Sungai Panjang, daripada Dusun Tua berkaitan dengan persiapan kita sendiri yang bagi saya pada ketika ini minta maaf kalau saya katakan ramai anak muda kita lebih berminat dengan dunia mereka tetapi tidak berminat dengan politik pada hari ini yang lebih-lebih lagi pada ketika ini mereka pun muak dan menyampah dengan orang politik dan tidak bersama dengan orang politik sebab sikap orang politik sendiri yang akhirnya membawa kepada mala petaka kepada sebuah kerajaan itu sendiri kalau kita tidak mempersiapkan mereka ini dengan ilmu dan pengetahuan dan persiapannya cukup untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Atas sebab itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengesyor dan juga menyarankan kepada Kerajaan Negeri apabila kita telah meluluskan Enakmen ini untuk kita juga membuat persiapan khususnya EXCO yang menjaga kepentingan belia ini untuk memberi persiapan ilmu pengetahuan pada mereka mungkin dari sudut di sekolah tidak cukup untuk mereka mempelajari ataupun untuk mereka mengetahui tentang sistem politik di dalam negara kita dan juga keperluan mereka celek kepada politik sebab kalau orang politik ini yang baik berundur maka dia akan diisi oleh orang politik yang jahat. Sebab itu bagi saya penting untuk kita memberi persiapan pada anak muda ini bukan sahaja dari segi pengetahuan politik tetapi persediaan dalaman mereka, moral mereka, pengetahuannya kalau dari segi Islam keimanan dan ketakwaan mereka supaya mereka sedar menjadi orang politik bukan sekadar suka-suka tetapi dia merupakan satu tanggungjawab. Satu bebanan, satu amanah yang perlu dipikul dengan sejujur-jujurnya untuk memastikan perjalanan dan juga rakyat dapat dibela dengan sebaiknya. Sebab itu bagi saya, apa yang kita nak gubal pada ketika ini, apa yang kita nak bawa pada ketika ini adalah satu perkara yang sudah sampai pada masanya untuk kita realisasikan. Menyokong suara anak-anak muda untuk kita ketengahkan. Meletakkan mereka berada di sini tetapi macam mana saya sebutkan tadi kita perlu persiapkan mereka dengan ilmu. Persiapkan mereka dengan ketahanan supaya mereka tidak membawa ataupun memimpin negeri ataupun negara dalam keadaan yang tidak cukup pengetahuan, persediaan yang mungkin tindakan-tindakan mereka akan membawa kemusnahan pula kepada negara.

Mungkin saya boleh memberi pandangan kepada parti-parti politik juga yang ada di dalam negara kita ini supaya setiap calon yang bakal diletakkan sebagai calon macam baru-baru ini kalau kita tengok Parti Keadilan Rakyat berani meletakkan calon yang cukup muda di Melaka. Parti Saya, oh Parti Saya yang baru. (Ketawa). Hah! ya. Kena sebut, kena sebut yeh. Satu tindakan yang cukup berani yang kita dapat melihat pada dengan tindakan tersebut telah membawa satu gelombang baru pada anak muda untuk menyertai politik dan ini kita kena ambil peluang untuk memberi kefahaman pada mereka betapa pentingnya ilmu politik, kesedaran politik ini kepada anak muda untuk membuat perubahan dan apabila mereka menjauhkan diri pada orang politik atau ilmu

yang berkaitan dengan politik mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka itu sendiri secara halusnya akan memusnahkan masa depan negara itu sendiri. Atas sebab itu saya mengambil kesempatan di sini dengan sepenuh-penuhnya menyokong penuh Rang Undang-Undang yang bakal diluluskan sebentar lagi. In syaa Allah yang bakal bagi saya mencipta sejarah besar di dalam negara kita khususnya di Negeri Selangor dan bagi saya amat berdosa lah Ahli Wakil Rakyat yang tidak menyokong itu (Ketawa). Sebab mereka bagi saya mereka yang tidak menyokong ini mereka menafikan suara anak muda. Mereka tidak mengiktiraf suara anak muda dan mengetepikan kehendak, keinginan anak muda untuk ke hadapan. Jadi saya sekali lagi mengulangi dengan tegas menyokong penuh Enakmen ini dan mudah-mudahan ia akan membawa kebaikan kepada negeri kita, Negeri Selangor Darul Ehsan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Sijangkang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Ahli-Ahli Dewan Undangan yang dikasihi ya. Terutamanya saya nak mengucapkan terima kasih lah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang membawa USUL untuk meminda Enakmen, membenarkan anak-anak muda ini ya berusia 18 tahun untuk menjadi calon dan seterusnya akan menjadi pemimpin bila menang dalam Pilihan Raya. Usaha kerajaan yang selaras dengan usaha di peringkat Kerajaan Pusat sesuatu yang saya kira sangat baik ya sekurang-kurangnya pada peringkat awalnya ia memberi kesedaran kepada anak-anak muda apabila dibenarkan untuk mengundi pada usia 18 tahun. Mereka mula sedar pentingnya politik itu sendiri dan bukan sahaja sekadar sebagai pengundi tetapi sebagai juga sebagai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya itu. Cuma kegusaran saya ya tadi telah disebutkan oleh Meru, Sultan Sultan Muhammad Al Fateh pada usia 18 tahun sudah menjadi pemimpin yang boleh menakluk kuasa dan cuma yang menjadi kegusaran saya adalah pada mereka ini kita mengharapkan atau mungkin di Selangor ini yang akan menjadi pemimpin kita, yang akan menjadi Ahli Dewan Negeri nanti adalah sebaiknya kalau dapat adalah yang terbaik di kalangan masyarakat itu sendiri. Saya melihat pada usia 18 tahun ini adalah permulaan untuk anak-anak kita di peringkat generasi muda itu untuk mereka mula melangkah kepada pendidikan tertiary. Masuk ke universiti, masuk ke kolej untuk mereka menimba ilmu. Memantapkan lagi ilmu mereka di samping pengetahuan-pengetahuan yang mungkin penting untuk kehidupan mereka. Kegusaran saya apabila mereka ini menjadi calon dan menang dalam pilihan raya sudah tentu yang kita harapkan yang terbaik. Sudah tentu yang terbaik ini akan meneruskan pendidikan di peringkat tertiary. Masuk universiti, masuk kolej dan itu sendiri saya kira akan mengehadkan peranan dia sebagai Ahli Dewan Negeri pada kawasan mereka. Kalaulah mereka mungkin masuk ke pendidikan tertiary, masuk universiti kolej yang berdekatan itu mungkin tidak berapa menjadi masalah.

Tetapi katakan contohnya menang di Selangor, dapat tawaran untuk masuk Universiti Malaysia Sarawak sebagai contoh. Terpaksa meninggalkan tempat mereka

berkhidmat di kawasan untuk menyambung pelajaran. Kita tak nafikan mungkin ada pendidikan-pendidikan sekarang ini yang boleh secara jarak jauh dan sebagainya. Tapi ini peluang anak-anak kita yang saya kita untuk menimba ilmu, waktu mereka usia untuk menimba ilmu. Itu juga mungkin kalau kita lihat dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti ini zaman saya dah mula dihadkan untuk keterlibatan pelajar-pelajar atau mahasiswa-mahasiswa untuk terlibat dalam politik. Menjadi calon, memegang jawatan dalam politik juga tidak dibenarkan. Sebab itu, ini antara kegusaran-kegusaran saya apabila mereka bertanding dan mereka menjadi calon dan mereka terpaksa mengorbankan usia mereka untuk mendapatkan, memantapkan ilmu mereka di samping mereka tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya bagi kawasan-kawasan yang mereka menangi itu. Jadi apa pun sebagai inisiatif yang sangat baik, saya harapkan ia tidak akan menghalang anak kita, anak-anak muda kita ini selesai dari Tingkatan 5 untuk masuk belajar ke peringkat pendidikan tertiary dan mereka berpeluang untuk menjadi pemimpin dan mengetengahkan idea-idea anak muda yang sudah tentunya secara kontemporari. Saya dengan ini walau apa pun, saya menyokong usaha inisiatif daripada Kerajaan Negeri ini.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Ya Banting ya.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Timbalan Speaker. Okey. Saya menyokong usul ini kerana dia membawa isu yang sangat penting dalam kehidupan anak-anak muda masa depan dan masa sekarang. Saya ada beberapa jawapan yang telah saya dapat daripada agensi dan Jabatan Kerajaan di mana setiap sidang kita mengadakan pertanyaan maka atau persoalan yang saya berikan tentang anak muda adalah tentang Program Pendemokrasian Anak Muda. Soalan saya bertanya kepada Dato’ Menteri Besar, apakah rancangan kerajaan dalam menggerakkan Program Pendemokrasian Anak Muda untuk mendaftar sebagai pengundi. Jawapannya, untuk makluman Kerajaan Negeri tiada perancangan dalam menggerakkan Program Pendemokrasian Anak Muda. Hairan. Siapa yang tulis ini? Siapa punya kerja ini? Kerajaan Negeri tiada perancangan dalam menggerakkan Program Pendemokrasian Anak Muda untuk mendaftar sebagai pengundi dan Program Jom Daftar hanya dilaksanakan pada 2009, 2011. Saya tak faham.

Kedua, (b). Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan anak muda dari luar Selangor yang bermastautin di Selangor lebih puluhan tahun dahulu untuk menjadi pengundi-pengundi Selangor. Dengar baik-baik. Jawapannya, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menggalakkan anak muda dari luar Selangor yang bermastautin di Selangor lebih 10 tahun untuk menjadi pengundi Selangor memandangkan mereka lebih gemar mengundi di tempat kelahiran masing-masing. Ketiga, (c). Berapakah peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk Program Pendemokrasian Anak

Muda pada tahun 2016? Jawapannya, Kerajaan Negeri tiada menyediakan peruntukkan untuk Program Pendemokrasian Anak Muda dari 2016 memandangkan program itu tidak dilaksanakan. Ini jawapannya, sistem jawapan Dewan print daripada sistem. Dia punya footer, dia punya header dalam sistem komputer. Dia print ini sahaja. Even you want to know you masuk balik dalam komputer sistem. Sistem soal jawab. Saya dah cadangkan lama kalau boleh sidang Dewan punya jawapan dia ada reference, tarikh bila, sidang bila, tahun berapa. Ini tak okey. Jadi saya terkejut benda ini ada dalam, dokumen ini tidak boleh diluluskan dan dilepaskan. Ada lagi satu soalan. Yang ini kita cuba tengok.

Tentang pendidikan tinggi, anak-anak muda pendidikan tinggi. Berapakah peruntukkan yang telah dibelanjakan bagi menjayakan Persidangan Akademik Sains dan Dunia Islam? RM300 ribu pada tahun 2009. Ada disentuh oleh education, Akademik Sains dan Dunia Islam, ada peruntukkan RM300 ribu, baik. Kedua, berapakah peruntukkan yang telah dibelanjakan bagi menjayakan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam. Sebanyak RM200 ribu telah dibelanjakan bagi menjayakan antara Pendidikan Islam dan Persidangan pada 2012 sebanyak RM200 ribu pada 2011. Amaun bajet untuk Pendidikan Sains Dunia Islam itu ada. Kemudian yang ketiga, berapakah peruntukkan yang telah dibelanjakan bagi menjayakan Simposium Antarabangsa Dunia Islam dan Pendidikan Islam. Peruntukan RM100 ribu. Sekurang-kurangnya kerajaan membelanjakan. Ini Penggal yang sama ini iaitu jumlah di situ setahun RM500 ribu tapi bagi pendemokrasian tiada. Pendemokrasian ini yang dinyatakan dalam tempoh kita mentadbir Selangor pada masa itu dan saya ingat tak silap saya belanja lebih daripada RM40 ribu untuk program-program pendemokrasian. Segala benda berkaitan pergi mengundi, faham sistem bukan sebagai ahli parti tapi dia faham demokrasi work. Saya belanjakan, saya keluarkan pada tahun itu saya keluarkan. Tak kurang RM40 ribu. Jadi bila soalan ini saya review balik, saya terkejut bagaimana soalan ini boleh datang, soalan ini dia begini. Pada masa itu, saya rasa pelik. Tapi ada lagi pelik.

Ada satu soalan yang begini, jawapan yang diberikan oleh urus setia. Dia kata Dewan tiada locus standi untuk menjawab soalan ini. Soalan ini bukankah soalan kepada EXCO. Soalan ini adalah soalan kepada EXCO, tapi dia ada bawah itu tulis Dewan tiada locus standi untuk menjawab soalan tersebut. Jadi saya tidak faham. Jadi oleh kerana itu, saya harap pendemokrasian kita mesti menjadikan kerajaan kita yang prihatin, kerajaan yang dibentuk oleh kita punya sistem dibentuk oleh satu sistem yang membolehkan dia boleh dianggap part and partial. Sebahagian daripada sistem yang menyemarakkan demokrasi. Kita kalau boleh adakan satu demokrasi yang ditaja oleh dana awam. Bertanding kita berani bukan sebab kita nak bertanding, kita wakil parti tapi kita wakil kepada rakyat yang mendanai program itu. Jika dilaksanakan di beberapa negera di Eropah. Kita mesti lihat demokrasi ini satu benda yang cukup seni, cukup halus, cukup bermakna. Kalau kita nak kualiti wakil rakyat kita masa depan adalah lebih baik. Kalau tidak wakil rakyat kita setakat cincai sahaja. Tahu-tahu, tak ada sungguh-sungguh, tak ada keupayaan, tak ada kebolehan yang betul-betul

mengajar dia bahawa he serve the rakyat first. Kalau tak ada idea itu, tak akan wujud perkara itu. Jadi saya berharap bahawa kita mesti menggalakkan program ini dan anggap bukan mengajak mereka berkempen semata-mata tapi mengajak mereka untuk memahami apakah erti demokrasi itu sebenarnya. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker di atas ruang yang diberikan kepada Taman Medan untuk membahaskan Rang-rang Undang-undang yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Sungai Tua sebentar tadi untuk membolehkan pengundi yang berumur 18 tahun itu diberikan akses untuk terbabit di dalam proses demokrasi sama ada sebagai pengundi ataupun sebagai calon di dalam proses pilihan raya. Apa yang telah dibentang itu adalah merupakan satu peluang yang wajar dimanfaatkan oleh anak-anak muda yang berumur 18 tahun sebagai satu daripada penunaian hak yang diberikan kepada mereka. Kalau kita melihat ada beberapa aspek perundangan di dalam negara kita yang telah menetapkan had umur-umur yang tertentu; seperti pemilikan lesen bagi mengendalikan kenderaan bagi mereka yang mahu memandu kenderaan seperti motosikal dengan umur 16 tahun dan juga memandu kenderaan dengan had umur 17 tahun yang menunjukkan bahawa kematangan mereka itu sesuatu yang diiktiraf untuk melaksanakan satu tanggungjawab.

Lantas dalam masa yang sama juga, Taman Medan melihat bukan sekadar tahap umur itu diturunkan ke-18 tahun tetapi juga kesan daripada pelaksanaan proses tersebut membawa kepada beberapa keadaan yang lain ataupun situasi yang lain. Antaranya pertambahan pengundi, kerana kita lihat rata-rata kawasan pilihan raya di negeri Selangor ini sama ada kawasan pilihan raya bagi Dewan Negeri dan kawasan pilihan raya bagi Dewan Rakyat ataupun Parlimen itu memiliki satu jumlah komposisi ataupun bilangan pengundi yang cukup tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Maka dengan sebab itu kalau kita mengambil contoh apa yang berlaku sekarang ini di Negeri Selangor itu sendiri jumlah pengundi yang amat tinggi berdasarkan kepada populasi penduduk. Kalau kita lihat, sahabat saya Yang Berhormat Subang Jaya sebelah saya. Ya? Sahabatlah, tak kan nak panggil teman pula. Kalau kita tengok jumlah majoriti yang beliau peroleh adalah jumlah majoriti tertinggi bagi kerusi Dewan Negeri seluruh Malaysia sebanyak 55 ribu undi yang mana ini menunjukkan jumlah yang begitu besar. Kalau kita bandingkan dengan kerusi-kerusi ataupun kawasan-kawasan pilihan raya di negeri lain umpamanya di negeri Sarawak, kawasan Parlimen sahaja memiliki jumlah pengundi yang amat berkurangan berdasarkan kepada populasi dan juga kepadatan. Bagi DUN Taman Medan, kali terakhir jumlah pengundi yang didaftarkan adalah sebanyak 55 ribu orang tetapi dengan pertambahan jumlah pengundi yang telah diwartakan untuk mereka yang berumur 18 tahun mencecah sehingga 65 ribu orang. Dan ini menunjukkan bahawa ketidakseimbangan dalam proses untuk mereka diwakili di dalam Dewan Perundangan sama ada di Dewan

Undangan Negeri ataupun di Dewan Rakyat kerana beban yang ditanggung oleh wakil rakyat. Sebab itulah peluang perbahasan ini, Taman Medan ingin menyeru kepada pihak yang menentukan persempadanan kawasan sama ada kawasan Dewan Negeri ataupun kawasan Parlimen agar dapat memikirkannya dengan adil. Kerana pada pilihan raya umum yang lalu iaitu pada Pilihan Raya Umum yang ke-14 pada tahun 2018 sebenarnya berlaku proses persempadanan itu dengan kadar yang begitu tidak seimbang. Kalau kita melihat kerusi-kerusi Parlimen di Negeri Selangor di antaranya Parlimen Kapar, Parlimen Damansara dan juga Parlimen Subang yang memiliki komposisi yang begitu tinggi bilangannya, ratusan ribu. Bayangkan seorang Ahli Dewan Rakyat mewakili ratusan ribu orang. Terpaksa menyelesaikan banyak masalah manakala saya percaya bilamana pelaksanaan undi umur untuk mereka berumur 18 tahun ini telah menyebabkan bilangan pengundi di kawasan Dewan Negeri juga sesuatu yang akan bertambah. Bagi kawasan-kawasan yang memiliki kepadatan penduduk yang cukup tinggi maka ini adalah sesuatu yang menjadi beban yang cukup berat. Sebab itulah kesempatan yang sama dalam membahaskan undi untuk mereka umur 18 tahun dengan Rang Undang-undang yang akan diluluskan dengan sokongan Ahli-ahli Dewan maka dalam masa yang sama juga perlulah proses persempadanan semula untuk kawasan pilihan raya itu sesuatu yang dibuat dengan lebih teliti, lebih seimbang. Tentulah Taman Medan kawasan pilihan raya yang memiliki saiz kedua paling kecil dari segi keluasan di Negeri Selangor tidak seimbang dengan jumlah pengundinya itu. Dan mungkin boleh dibuat persempadanan yang lebih baik. Yang lebih seimbang dengan jumlah pengundi. Ya sebab saya percaya sebenarnya Selangor boleh dapat kawasan Parlimen dan juga kawasan Dewan Undangan Negeri yang lebih baik lagi jumlah bilangan supaya seimbang dan rakyat dapat memiliki access kepada wakil rakyat dan mendapat khidmat daripada wakil-wakil rakyat yang mereka pilih itu dengan lebih baik lagi. Maka dengan sebab itu juga Perbahasan ini diambil kesempatan untuk menyokong pelaksanaan undi 18 tahun seperti mana dalam rang undang-undang yang dibentangkan oleh YAB Sg. Tua sebentar tadi dan dalam masa yang sama juga untuk kita berusaha bagi membolehkan proses keseimbangan dari sudut jumlah bilangan kawasan yang ditetapkan daripada Pilihan Raya itu sesuatu yang dilaksanakan. Maka dengan kesempatan ini YB Tuan Timbalan Speaker, Taman Medan menyokong Usul ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Banting juga berdiri untuk menyokong rang undang-undang ini. Perspektif yang diambil oleh Banting berbeza sedikit daripada yang lain tapi apa pun sekali saya menyokong apa yang dihujahkan oleh rakan-rakan Ahli Dewan Negeri khususnya daripada Pakatan Harapan termasuk juga daripada Pembangkang. Banting ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada sejarah undi 18 ini yang mana ianya diluluskan melalui satu usaha meminda perlembagaan persekutuan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019. Pada situasi di mana Pakatan Harapan pada masa itu tidak mempunyai majority 2/3 di dalam Dewan Rakyat tetapi tetap diberi

sokongan bukan sahaja oleh Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan tetapi rakan-rakan Ahli Dewan Negeri, negara, Ahli Dewan Rakyat dari pembangkang pada masa itu. Saya kira perkara ini berlaku kerana trend ataupun perubahan edaran masa yang pada masa sekarang ini bersifat memberi daya kepada bukan sahaja wanita tetapi juga belia di setiap negara untuk menentukan masa depan mereka. Oleh sebab itu suka atau tidak sebenarnya walaupun kita tahu ada banyak cabaran ada ramai belia di yang lebih cukup umur mungkin belum lagi fasih atau faham tentang dunia politik begitu juga dengan tanggungjawab yang terletak pada bahu mereka untuk memimpin kerajaan dipilih menjadi wakil rakyat dan juga mengambil bahagian dalam proses pengundian walaupun kita tahu ada sekatan tetapi suka atau tidak kita perlu memulakan langkah yang pertama. Itu adalah pandangan saya di mana saya rasa kita perlu menyokong. Keduanya, kita juga dimaklumkan bahawa undi 18 ini ia merupakan satu package due. Ia bukan, walaupun di Dewan Negeri sekarang ini kita membentangkan satu rang undang-undang untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan supaya pemuda atau belia berumur 18 tahun dan ke atas dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pemilihan kerusi Dewan Negeri tapi di peringkat Persekutuan package pindaan perlembagaan ini sebenarnya juga melibatkan merendahkan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Iaitu apa yang saya memetik apa yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr. Mahathir bahawa semasa penggulungan di mana pada masa itu beliau ada mengatakan bahawa sudah pasti had umur untuk pengundi akan direndahkan ke turunkan ke 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik juga akan dilakukan untuk mereka yang umur 18 tahun dan ke atas.

Saya rasa perkara ini juga perlu diberi perhatian untuk memastikan ini juga akan dilakukan supaya kita tidak perlu risau hari ini kita cakap umur 18 tahun kita juga pastikan bahawa mereka yang berumur 19 tahun, 20 tahun, 21, 22 malahan yang 26 tahun belum lagi daftar sebagai pengundi juga boleh didaftarkan sebagai pengundi secara automatik supaya mereka ini juga berhak untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada PRN atau PRU yang akan datang. Itu saya rasa perlu diberi perhatian oleh kerajaan khususnya kerajaan yang kerajaan persekutuan yang mempunyai banyak bidang kuasa dalam perkara ini. Selepas itu kita juga harus bahawa ini adalah satu usaha daripada Pakatan Harapan rakan-rakan Yang Berhormat sekalian rakan-rakan Pakatan Harapan pada tahun 2019 tapi berikutan dengan langkah Sheraton saya masih lagi segar di dalam ingatan kita, kita telah pun lihat langkah Sheraton. Langkah Sheraton ini pernah masuk kerana sepatutnya kita boleh meluluskan rang undang-undang ini ya pada masa yang lebih awal dan membolehkan rakan-rakan Malaysia rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun mempunyai hak untuk mengundi dan mengambil bahagian di dalam PRN tetapi langkah Sheraton ini saya nak tegurlah sebenarnya. Keseluruhan proses ini nampaknya sedikit terganggu. Jadi tidak ada apa-apa berlaku pada tahun 2020 kerana walaupun ada pindaan-pindaan Perlembagaan Persekutuan ianya perlu diikuti oleh dengan pewartaan pindaan terhadap undang-undang subsidiari peraturan-peraturan Pilihan Raya dan banyak lagi belum dilakukan. Tapi kesemua itu tidak berlaku

menjadikan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang di bawa oleh Pakatan Harapan pada tahun 2019 itu seolah-olah nampaknya pada masa itu tidak akan maju ke depan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Banting. Sikit je pencerahan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya silakan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Banting. Bercerita dan juga menerangkan kepada Dewan yang mulia ini berkenaan dengan permulaan langkah Pakatan Harapan membuat pindaan terhadap perlembagaan di peringkat persekutuan. Saya Cuma nak clarify ataupun nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Banting. Setuju tak kalau saya katakan secara dasarnya memang kita setuju untuk penurunan had umur ni. Tetapi daripada segi kesediaan pelaksanaan ketika perlembagaan itu dipinda sebenarnya daripada segi dalam peringkat pentadbiran Pakatan Harapan pada ketika itu terburu-buru. Membuat pindaan itu tanpa menyediakan pelan yang lengkap pada ketika itu sehingga menyebabkan proses itu tertangguh pada waktu sekarang ini. Saya nak tanya apa pandangan Yang Berhormat Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya sama sekali tidak setuju dengan tuduhan ataupun kata adjektif yang dikatakan iaitu terburu-buru saya kira ianya pemula harus lah bermula dengan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Apabilanya dapat dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Rakyat termasuk yang berasal dari UMNO dan PAS dan seperti BERSATU maka apa yang perlu dilakukan oleh missionary kerajaan ialah untuk memastikan undang-undang yang berkaitan juga akan digubal untuk memenuhi tujuan pindaan Perlembagaan Persekutuan ini. Saya kira mana-mana pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan juga akan diikuti dengan prosedur, proses yang sama. Tapi saya ingin menegaskan bahawa langkah Sheraton itu merupakan sesuatu yang telah melambatkan keseluruhan proses ini. Apabila kita lihat selangkah ke hadapan lagi apa yang berlaku semasa pengisytiharan darurat, semasa pengisytiharan darurat dan juga masih segar dalam ingatan kita pada awal tahun ini. Seolah-olah pelaksanaan undi 18 ini akan ditangguhkan. Kita nampak respons daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu Ahli Parlimen dari Tumpat, Dato’ Takiyuddin, tidak akan laksana. Tunggu. Ha Kota Baru? ya Kota Bharu akan tunggu la akan ini lah. Jadi kita lambat macam banyak dalihlah.. Macam tidak akan dilakukan. Apatah lagi pada masa itu nak isytiharkan darurat bukan saja undi 18 nak buat Pilihan Raya Kecil pun tak boleh. Jadi Tuan Timbalan Speaker itulah saya mengatakan bahawa kita apabila kita berdiri di sini membahas tidak akan meluluskan pindaan terhadap rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Kita juga harus melihat balik keseluruhan proses latar belakang dan juga sejarah. Kita perlu menghayati dan juga appreciate menghargai apa yang akan kita lakukan sekarang ini. Saya tahu ada kekhuatiran rakan-rakan, anak-anak muda mungkin tidak akan dapat

masih belum lagi didedahkan oleh sebab itu kita adalah pada adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang dewasa dan juga orang yang lebih senior warganegara yang lebih senior untuk memberi peluang pendidikan, pendedahan, dan sebagainya, latihan kepada belia ini untuk mengetahui apakah itu politik. Apa yang saya lihat dan pernah bagikan dalam Dewan yang mulia ini pada sesi ini kita lihat saya petik daripada statistik pandangan responden terhadap pengundian 18 ada 36.7% yang tidak menyokong ini di kalangan belia. Ada terdapat 72.4% yang tidak berminat dengan perkembangan politik. Saya rasa angka ini cukup membimbangkan kita semua. Dan saya juga ingin menyarankan kepada kerajaan supaya walaupun sebelum ini kita mungkin belum ada apa-apa program tapi selepas ini kita perlu merangka program. Janganlah kita letak satu program.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Penjelasan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan saya yang menjadi pemain penting, main actors dalam pengkhianatan itu adalah orang yang pernah memimpin sebuah negeri seperti Menteri Besar. Bagaimana kita nak promote benda itu kita kata kerajaan yang dipimpin oleh satu tokoh team of tokoh menjayakan program tersebut at the same time dengan izin dia juga yang sabotaj banda tu. How can they claim?

Tuan Timbalan.

Timbalan Speaker

Ya

Mohon mencelah.

Timbalan Speaker

Ya.

Kita ni dah, kita sebenarnya dah masuk kepada tahun yang kedua la daripada siaran Sheraton move dan sebagainya. Nampaknya Dewan ini kita tak move on kerana apa sahaja yang berlaku sama ada langkah syaitan ke, langkah Sheraton ke perkara itu, perkara itu dibenarkan. Kerana perlembagaan kita tidak menyebut bahawa seseorang itu akan keluar. Tak salah. Jadi we need to move on. Kita fokus kepada apa yang kita bincangkan walaupun pengkhianatan tu satu kepedihan pada yang kena. Yang kena ni daripada kita tiga orang ni lah. Yang lain-lain tu tak apa. Yang lain tu tak apa. Macam daripada AMANAH ke, daripada DAP ke tak pe. Tapi yang pedihnya tu kita yang ada tiga orang yang kat dalam ni. Yang kat bawah tu tak apa lah dia dah pergi ke sebelah sana. But sometime kita kena menerima hakikat bahawa apa yang berlaku itu macam saya sebutkan tadi benda khianat syaitan ke apa ke tak kesah la. Tapi we need to move on. Kita perlu ke depan kita perlu merancang bagaimana kita boleh, apa menjadikan

politik itu satu yang mesra, sesuatu yang sangat di memberikan satu gambaran kepada generasi kita. Terima, kasih.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Saya suka satu frasa dengan izin Tuan Timbalan Speaker looking back to look forward. Kita tak boleh look forward tanpa looking back. Itu kita perlu melihat kepada sejarah kita sebelum kita boleh merancang apa yang kita hendak lakukan pada masa depan. Itu sebab kita perlu belajar sejarah. Kalau tidak belajar sejarah mana tahu dari mana kita datang ke mana kita nak pergi. Oleh sebab itu looking back to look forward saya memetik sedikit sahaja apa yang berlaku pada masa itu dengan apa yang berlaku dengan langkah Sheratonnya dengan pengkhianatannya dengan apa ini pengisytiharan darurat dengan kenyataan-kenyataan oleh Menteri-Menteri dari Pakatan Nasional dari PAS dan sebagainya sehinggalah apa yang berlaku sekarang ini. Pertukaran kerajaan, pertukaran jawatan Perdana Menteri dan sekarang ini ada Rang Undang-Undang ini sampai ke depan meja kita untuk kita luluskan. Saya rasa kita telah pun melalui satu proses ataupun satu pergolakan yang cukup besar walaupun dalam masa dua tahun. Oleh sebab itu kita perlu memastikan bahawa pelaksanaan tujuan pelaksanaan undi 18 ini tidak akan terhenti di situ sahaja. Kita perlu meng encourage dan juga empower. Ya.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Saya dapati kita cakap benda besar tau. Hari ini kita bercakap direkodkan penyata ini menggambarkan kematangan kita sebagai Ahli Dewan Negeri kita membina satu terma-terma baru bagi Malaysia. Saya ada angkatan dasar yang baru. Sixth Generation. Keluaran yang ke-6. Tahun 76 kalau tak silap saya. Saya belajar atas dasar perlembagaan baru. Dan saya pergi ke sana ke England. England, Britain pada masa itu berhadapan krisis ekonomi dan politik yang dahsyat. Tapi dia boleh handle kita. Kita pergi kat sana nak belajar bagaimana melahirkan anak-anak yang intelek dan sebagainya dengan idea yang baik tentang demokrasi. Pada masa itu suasana sama. Ada kerajaan campuran 70/73 dalam kerajaan BN, 74/78. Suasananya kalau kita berhusnuzon la dengan Tun Razak. Bapa Najib la. Niat dia baik, baiklah. Itulah satu suasana hingga akhirnya berubah kepada keadaan yang ada. Tapi yang kalau di England tu. Yang berlaku di England. Termanya dahsyat bergaduh dan macam-macam. Akhirnya yang dia jadi pembangkang, next time dia jadi prime minister, dia jadi pembangkang dalam the system is intac walaupun demokrasi. Budak-budak minat tentang politik, kempen-kempen, pasang bendera pun tak apa dia tengok apa yang disiarkan dalam tv dan sebagainya. Tapi kita punya sistem dia punah tau. Saya terasa sangat sebab saya membina dan saya tulis buku saya menceritakan perkara ini bagaimana saya rasa is done kita bina ini dah hancur. Anak-anak muda ini dah tak suka politik, tak suka ahli politik. Politik siapa? Sama saja. Saya tak boleh terima politik sama. Boleh tak you explain what happening?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang. Hulu Kelang dah dua kali bahas.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih. Itu saya nak masuklah sebenarnya. Kita jangan lihat ini sebagai kita ini ada satu frasa lagi ya Tuan Timbalan Speaker dan dengan izin the end of justify that. The means justify the end. Maksudnya ialah kita bukan setakat berhenti di sini sahaja. Undi 18 dan beri hak untuk mengundi, merendahkan hak umur jadi wakil rakyat. It has to be a package deal of walaupun di peringkat persekutuan, ianya dibentangkan sebagai satu pakej tetapi pelaksanaannya ia adalah secara host sale. Perlulah secara menyeluruh. Termasuklah kita lihat sekarang ini, kita bertanya adakah masyarakat kita juga akan memberi peluang kepada pemuda ataupun belia bukan saja 18 undilah (18 tahun). Pemuda 20-an ataupun dalam umur 30-an untuk menjadi ketua jabatan, menjadi ketua pengarah, menjadi ahli lembaga syarikat, menjadi pemimpin di persatuan komuniti kuil, tokong, surau, masjid, nazir, saya tak pastilah. Saya kena tanya. Saya rasa barangkali jawapannya belum lagi. Adakah budak-budak sekolah ini diberi kuasa untuk memilih ketua pengawas mereka? Tepuk dada tanya seleralah. Adakah pelajar-pelajar sekolah menengah boleh memilih ataupun mencalonkan calon mereka sebagai ketua pengawas sekolah menengah? Saya tak tahu. Dan saya lontarkan soalan ini kepada semua. Adakah kita ada pemilihan di peringkat kerajaan tempatan, ahli-ahli majlis kita, ketua kampung kita? Berapa ramai AJK dia adalah orang muda? Berapa ramai lagi wanita muda? Jadi soalan ini sebenarnya sangat besar dan kita tidak boleh mengharapkan hanya Paya Jaras seorang saja yang menggerakkan keseluruhan proses ini. Saya rasa kalau kita jadi bercakap tentang ibu bapa dan sebagainya mungkin portfolio EXCO-EXCO yang lain yang berkaitan juga harus menggerakkan agenda ini (agenda menyemarakkan penglibatan orang muda dalam pembuat dasar). Kita bukan saja termasuk di dewan-dewan, kita ada Sidang ADUN muda. Kita ada ADUN muda. Tapi dia bukan saja setakat ADUN muda saja, kita harus melibatkan EXCO Alam Sekitar, EXCO PBT, EXCO Pemuda, EXCO Kesihatan dan sebagainya. Kita perlu ada program-program yang memastikan bahawa penglibatan belia berumur 18 tahun ini ada kat situ. Jadi dengan itu, saya mencadangkan agar kerajaan perlu melihat dengan betul-betul cabaran yang akan dihadapi selepas ini. Saya juga berharap kerajaan akan melihat dasar ataupun selepas ini kita akan bentangkan Dasar Belia Selangor 2020 ini, kita ada satu Kertas Bilangan 31. Haruslah kita diberi peluang untuk melihat dasar ini secara teliti dan kita juga harus meneliti respons ataupun kajian soal selidik yang dilakukan oleh UNISEL tidak lama dahulu yang mana saya telah pun menggunakan sebahagiannya dalam perbahasan saya tadi untuk memastikan keseluruhan proses ini tidak berhenti di situ saja. Undi 18 ini kita perlu lakukan. Kita tidak boleh elak, kita tidak boleh tangguh. Lagi kita tangguh, lagi kerajaan kita jatuh. Macam dululah (kerajaan Barisan Nasional di peringkat persekutuan). Oleh sebab itu saya mohon menyokong dan saya pun berharap kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk memastikan belia di Selangor diberi empowerment yang lebih bagus. Thank you. Terima kasih. Saya mencadang/menyokong.

Timbalan Speaker

Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberi ruang kepada Kampung Tunku untuk membahas Pindaan Enakmen ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor dan juga Unit Perundangan atas inisiatif untuk membentangkan Pindaan Enakmen untuk membenarkan calon pilihan raya di Selangor diturunkan had umurnya daripada 21 tahun ke 18 tahun. Sebenarnya sebelum Sidang Dewan ini, NGO Undi 18 yang telah menerajui pindaan di peringkat kerajaan persekutuan telah meminta untuk berjumpa dengan Kerajaan Negeri Selangor termasuk ADUN muda untuk membincangkan pindaan ini tetapi kerajaan Negeri Selangor telah melangkah ke depan atas inisiatif sendiri dan saya sangat berterima kasih. Saya kira di sebalik langkah Sheraton dan COVID, anak-anak muda telah mendapat pendedahan kepada politik. Mungkin ia bukan pendedahan di bilik darjah ataupun dari syllabus pelajaran, tetapi kita dapat lihat semasa Pandemik COVID inisiatif-inisiatif yang membantu rakyat kebanyakannya mereka dikelola oleh anak muda. Contohnya bendera putih software dengan izin tersebut dibangunkan oleh anak muda dan banyak lagi. Dan saya kira dalam masa itu, apabila mereka melaksanakan program-program bantuan rakyat mereka dapat melihat sendiri. Mereka bukan buta terhadap ketidakadilan sosial yang berlaku di masyarakat kita dan mereka tidak buta terhadap pengkhianatan politik dan mainan politik yang lapuk.

Namun begitu, saya kira cara yang terbaik untuk mendedahkan anak muda kepada politik ialah dengan izin learning by doing. Dan saya kira Kerajaan Negeri Selangor ada banyak ruang dan peluang untuk TAP dengan izin dalam pasaran anak muda. Contohnya Menteri Besar kami merupakan menteri besar yang termuda di negara. Kita sering lupakan perkara ini mungkin kerana title dengan izin Menteri Besar amat panjang Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Amiruddin bin Shari tapi kita lupa Menteri Besar kita hanya berumur 41 tahun sangat muda. Keduanya, saya kira peratus Ahli Dewan Negeri muda di Selangor ini juga lebih tinggi berbanding negeri lain.

Sangat muda bukan 18 ke? 41 tu? Tak tau.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Mungkin rupa saya tak menyerupai 18 tahun sudah.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ini 18. Menteri Besar 18 tahun dia dah masuk dah.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Menteri besar yang paling muda di negara Malaysia ni dan saya juga nampak antara sahabat-sahabat Yang Berhormat juga mempunyai semangat yang muda. Contohnya YB Bukit Lanjan merupakan peminat tegar BTS band K-pop. So, jadi saya kira di sini kerajaan negeri Selangor kita mempunyai banyak

ruang dan peluang untuk mendekati anak muda tetapi ia kena dilakukan dengan cara yang lebih menonjol, dengan cara menganjurkan program-program yang menarik (tidak skema ataupun tidak poyo dengan izin untuk mendekati Kerajaan Negeri Selangor dengan anak-anak muda yang mempunyai pelbagai dunia-dunia kecil mereka. Contohnya geng skater, geng berbasikal dan lain-lain. Dan saya kira ia juga perlu diinstitusikan dalam kerajaan negeri Selangor melalui internship. Tadi juga YB Banting ada sebut tentang program sidang anak muda sorry, ADUN Muda Selangor. Tetapi saya kira kita kena melakukan satu program yang lebih berjangka panjang dan saya kira internship adalah perkara yang paling baik untuk mendedahkan anak muda dengan selok-belok pentadbiran awam dan juga selok-belok parti politik di negeri kita ini. Dan satu lagi perkara yang mungkin parti politik kena pertimbangkan juga ialah bagaimana kita nak jadikan politik ini sesuatu yang profesional dengan izin how do we professionalized politic? Politik sebagai kerjaya. Sebenarnya ialah satu karya tulisan ahli philosophy German Max Webber. Tetapi ia mendatangkan satu soalan yang sangat penting iaitu apabila anak muda tu memasuki menceburi politik, sekiranya dia menjadi calon pilihan raya dan sekiranya dia tidak berjaya dia kalah apa yang what’s next dengan izin untuk anak muda berikut. Dan sebenarnya soalan utama kenapa anak muda dia menjauhi politik? Kerana anak muda tidak tahu apa akan berlaku sekiranya dia gagal dalam pilihan raya dan saya kira itu satu persoalan untuk parti-parti politik fikirkan.

Akhir kata, saya kurang bersetuju dengan pendekatan kita sebagai ahli politik bahawa anak muda akan jauhi politik selama-lamanya. Sebenarnya saya kira anak muda akan mengambil peluang sekiranya kita sediakan dan di sini saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman saya sendiri terutamanya dalam isu mengambil anak muda sebagai intern. Tidak semua akan menjadi calon pilihan raya dan tidak semua berminat menjadi wakil rakyat tetapi apa yang kita boleh buat ialah untuk menyemai benih untuk generasi yang akan datang dan dari Pejabat Kampung Tunku, saya mempunyai seorang intern namanya Carmen. Bila dia bermula dengan pejabat saya dia berumur 19 tahun dan dalam dua tahun selepas dia habiskan internship, Carmen telah menjadi salah satu penggerak utama sebuah NGO bernama Wild Politics yang telah mengeluarkan banyak bahan pendidikan politik di Instagram terutamanya dan juga menjadi penggerak utama protes lawan sehingga Carmen pun ditangkap oleh polis pada satu masa. So, kami dapat melihat ini walaupun mereka tidak semestinya minat menjadi wakil rakyat tetapi dengan pendedahan internship dan sebagainya kita menyemai satu benih di mana anak muda dia rasa diperkasakan untuk menerajui gerakan sendiri. Dan keduanya (pengalaman kedua yang saya ingin kongsikan) adalah pengalaman saya semasa Pilihan Raya Negeri Melaka dan saya bertugas di DUN Pengkalan Batu di mana calonnya Muhamad Danish Zainudin berumur 25 tahun. Pengurus kempennya 24 tahun dan yang paling menarik sekali ingin kita cakap dengan ruang yang diberi kepada anak muda. Yang paling menarik sekali ialah PACA trainer dengan izin. PACA trainer nya baru berumur 21 tahun, belum mengundi lagi tetapi kerana dia begitu berminat dengan isu PACA dan isu menjaga kepentingan setiap undi, dia boleh mengajar orang yang lebih tua tentang bagaimana menjadi

PACA. Jadi saya kira anak muda dia bukan tidak peduli dengan politik. Saya percaya bahawa anak muda mereka akan ambil peluang itu sekiranya kita menyediakan. Jadi di sini saya amat gembira kerana hari ini kami ada

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kampung Tunku!

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Ya saya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya nak tanya sikit dengan Kampung Tunku lah. Masalah kita di Malaysia ini saya tak tahulah orang Melayu, orang Cina ataupun orang India masalah dia garam. Masalah dia garam. Masalah dia garam! Garam! Engkau budak lagi. Engkau bertanding kemudian lagi. Bagi kami ini! Sebab kami ini lebih makan garam daripada engkau lagi. Masalah kita orang Melayu orang Melayulah khususnya soal berkaitan dengan garam ini. Saya mula bertanding tahun 2008. Mungkin semua-semua lah. Masa tu kalahlah, kalah, kalah masa tu. Dalam Dewan itu, dalam Dewan masa itu, dalam Dewan tu, saya masa tu lebih kurang dalam 28/29 masa itu. Menteri Besar masa tu lagi mudalah. Calon daripada BN masa itu, dia kata Semenyih tak ada pula. Tapi bukan dia! Bukan dia! Dia kata ‘kau muda lagi ni, bagilah kami yang tua-tua ni dulu. Kau pun kurang lagi makan garam’. Ini jadi masalah dia Kampung Tunku. Masalah garam ini. Jadi nak minta sikit pandangan daripada Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Taman Templer. Kalau terlalu banyak makan garam nanti darah tinggi. Tetapi jawapan yang lebih seriuslah saya kira ialah kita kena start dari dengan izin we have to start from somewhere. Dan sebaik mana kita lihat pekerjaan yang lain contohnya nak jadi doktor pakar. Takkan dia kata sehari ‘Isnin saya nak jadi doktor pakar, Selasa dah jadi doktor pakar’. Jadi pendedahan terhadap politik itu di semua peringkat patut lebih telus dan lebih terbuka kepada anak muda.

Kampung Tunku boleh mencelah?

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Ya.

Kita biasa bila bercakap, bila bahas tentang orang muda sebagainya biasa kita akan sentiasa risau, tak cukup fahamlah, orang muda nanti masuk politik dia tak tahu. Tapi kadang-kadang kita nampak ada yang tak berapa muda juga masuk ke Dewan, Buku Bajet pun tak tahu baca. Jadi ini pun satu masalah. Bukan orang muda saja kan? Apa pandangan Kampung Tunku?

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Baik, terima kasih.

Aik, kau perli kuat ni. Tadi Kuang tu dia terlajak je, engkau janganlah nak ni.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Sebenarnya kita tak perlu berfikiran begitu sempitlah saya kira. Apabila kami menurunkan had umur bagi calon pilihan raya, ia tidak bermaksud bahawa semua anak muda yang berumur 18 tahun akan berlumba-lumba menjadi calon. Apa yang kita nak capai dengan pindaan ini

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kampung Tunku, Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Sekejaplah. Saya kejaplah.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kampung Tunku, Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tok Guru Nik Aziz daripada PAS. Tok Guru Nik Aziz tahun 1990 menang di Kelantan. Wartawan, wartawan ya Almarhum. Wartawan tanya dengan dia “kamu dilantik sebagai Menteri Besar, kamu tak ada ilmu nak bangun bandar. Kamu tak ada ilmu soal berkaitan untuk membangunkan ekonomi”. Ada satu jawapan yang saya hari ini sangat tertarik dan sangat mencengkam dalam jiwa saya. Apa yang dijawab oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz “ya betul saya tidak mahir soal berkaitan dengan ekonomi, saya tidak mahir soal berkaitan dengan membangunkan bandar. Tetapi ada satu perkara yang penting dalam hati dan jiwa saya iaitu sifat amanah.” Saya rasa sifat amanah ini saya rasa perlu ada kepada setiap bukan saja orang politik tetapi dia perlu ada kepada setiap insan ataupun manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Jadi saya nak minta sedikit, saya nak minta sedikit pandangan daripada Kampung Tunku. Yang tadi tu bukan marah tau. Itu bukan marah, itu bagi semangat. Bukan marah. Jangan Kampung Tunku jauh pula daripada saya nanti. Terima kasih Timbalan Speaker.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Taman Templer. Saya sangat setuju dengan apa yang Taman Templer cakap tadi. Tapi sebagai sambungan kepada pertanyaan YB Dusun Tua, tujuan kita menurunkan had umur calon pilihan raya kepada 18 tahun bukan untuk tujuan kita sebenarnya adalah untuk meluaskan ruang demokrasi. So seperti yang saya kata tadi, tidak semua anak muda yang berumur 18 tahun akan menjadi calon pilihan raya tapi kita bagi ruang dan peluang dan itu yang paling penting. Dan Taman Templer, saya sangat setuju dengan apa yang dikatakan tadi memang mencengkam hati saya juga. Saya kira sifat amanah ini seperti pendedahan politik tu. Kita tidak boleh bermula dari mana-mana, ia kena bermula dari awal, dari muda sebab itu kita sokong Pindaan Enakmen ini kerana kita perlu mula menanam sifat amanah ini dari muda.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Y.B. Kampung Tunku.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, ramai sangat yang mencelah ni. Kampung Tunku ni.

Jiran nak mencelah. Jiran Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Ya, silakan Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih. Sungai Panjang ke Taman Medan?

Timbalan Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Sungai Panjang, Taman Medan? Ok terima kasih YB Kampung Tunku dan juga rakan-rakan Yang Berhormat yang mencelah tadi. Saya cuma nak minta pandangan YB Kampung Tunku. Saya setuju pandangan YB Kampung Tunku bahawa undi 18 ini yang pertamanya adalah membuka ruang tetapi berbalik kepada persoalan garam tadi tu, untuk menyediakan anak-anak muda ataupun generasi muda ini cukup garamnya, cukup pengalamannya, apakah cadangan dan juga pandangan YB Kampung Tunku supaya pendidikan asas politik ataupun pengetahuan am berkenaan dengan politik dan juga urus tadbir kerajaan, sistem perundangan Malaysia ini kalau boleh diperkenalkan sejak awal. Maksudnya sejak daripada mungkin bangku sekolah rendah ataupun sekolah menengah sebab umur 18 tahun ni baru habis sekolah menengah. Selama ini subjek ataupun modul itu dia ajar dalam tempoh STPM. Boleh ke benda tu kita turunkan bawah supaya mereka lebih sedar? Dan berkenaan dengan amanah tadi, perlu juga kita perkenalkan di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah ini berkenaan dengan kepentingan integriti dalam setiap perkara yang mereka perlu laksanakan baik soal pentadbiran ataupun perkara-perkara harian mereka supaya umur 18 ini mereka dah matang dan juga bersedia untuk mentadbir dan juga mengurus. Terima kasih YB Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Baik, terima kasih YB Sungai Panjang. Saya amat gembira atas cadangan YB Sungai Panjang kalau kita nak awalkan lagi pendidikan tentang sistem perundangan, parlimen dan sebagainya di sekolah menengah sebelum STPM ataupun di sekolah rendah. Seperti yang saya katakan tadi, semakin awal kita dedahkan anak muda kita kepada selok-belok pentadbiran awam, selok-belok politik ataupun ideologi politik, semakin banyak info yang mereka akan dapat. Tetapi sesuatu yang penting saya ingin tekankan tak guna kalau kita awalkan semua pendidikan ini sekiranya semasa anak muda berada di kolej ataupun universiti mereka terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. So tak ada maknanya kalau kita perawalkan

sebab pendidikan politik dan perundangan ini sekiranya mereka terbeban ataupun terbeban dengan AUKU. Ya itu yang penting. Jadi

Yang Berhormat, mohon laluan.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Ya.

Terima kasih YB Kampung Tunku beri laluan juga YB Tuan Speaker. Jadi apa yang disebut oleh YB Kampung Tunku sebentar tadi ialah tentang pengetahuan aspek yang cukup penting. Saya nak bawa bagaimana dalam satu prinsip di dalam agama Islam, bagi nak bagi tanggungjawab kepada orang ada 4 aspek. Aspek yang pertama dipanggil hafizun alim (yang boleh menjaga, yang ada pengetahuan). Aspek yang kedua apa yang dinyatakan oleh YB Taman Templer ialah sifat amanah. Ada satu dalam kisah Nabi Musa A.S. dia kata qawiyun amin (yang kuat dan boleh dipercayai). Jadi sebenarnya anak-anak muda ini juga saya rasa tak mustahil kalau umpamanya kita boleh menerapkan keempat-empat aspek tersebut. Kalau nak bagi kita kata membolehkan mereka bukan sekadar jadi calon, tapi juga untuk memberikan hak kepada mereka bagi terbabit dalam proses demokrasi itu menjadi pengundi. Kalau mereka ada tanggungjawab lain, saya rasa mungkin mereka boleh tangguhkan dulu hasrat tersebut. Tapi tidak mustahil apakah YB Kampung Tunku bersetuju dengan pandangan ini? Terima kasih.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih YB Taman Medan. Saya bersetuju dengan pandangan. Tadi juga YB Sungai Panjang ada tanya tentang saranan apa yang kerajaan negeri Selangor boleh buat untuk meningkatkan kesedaran anak muda dalam politik. Saya pun telah bahaskan awal tadi iaitu saya sarankan kerajaan negeri Selangor perlu menginstitusikan satu program internship kepada anak muda kerana saya percaya memang dengan izin learning is better by doing dan setiap parti politik ataupun setiap kerajaan juga mempunyai gerak kerjanya yang berlainan, setiap ahli politik pun mempunyai gerak kerja yang berlainan dan dengan pendedahan tersebut anak muda dapat menilai dengan mata sendiri yang mana dia lebih berkenanlah. Ok. So, itu sahaja perbahasan saya. Tiada siapa nak mencelah lagi kan? Jadi saya di Kampung Tunku menyokong Pindaan Enakmen ini dan akhirnya saya ingin menyeru para pembangkang untuk menyokong juga Pindaan Enakmen ini. Terima kasih.

Speaker

Kita sudah bagi masa yang secukupnya kepada Kampung Tunku. Sekarang Pelabuhan Klang nak buat apa?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Tadi berbahas, bukan nak

Speaker

Oh, nak berbahas ya?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

A’a.

Speaker

Ok. Ingat nak apa, tak tahu.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih YB Tuan Speaker. Cuma saya terima kasih kerana memberikan peluang Pelabuhan Klang untuk bersama-sama terlibat dalam perbahasan Pindaan Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 di mana kita akan cuba untuk meluluskan had jadi Ahli Dewan Negeri daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar sebentar tadi. Dan Pelabuhan Klang insyallah akan menyokong Pindaan Rang Undang-undang ini Cuma Pelabuhan Klang ingin memberikan cadangan sebab tadi saya dengar perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bagaimana cara untuk kita mendedahkan mereka seawal kanak-kanak untuk merasa suka berkecimpung di dalam politik. Cuma saya nak bagi sedikit pengalaman sayalah. Semasa saya sekolah rendah pada tahun 1983 saya ingat lagi semasa saya darjah 4, ada rancangan mini parlimen yang Speakernya ialah Allahyarham Pakcik Jamal Kerdil dan dalam rancangan tersebut memang sangat-sangat seronok sebab kanak-kanak membicarakan tentang apa yang mereka nak, membincangkan tentang tandas sekolah dia kotor, padang tak ada dekat taman perumahan, dekat kampung pula ada isu lain dan semua isu kanak-kanak. Dan itu adalah di peringkat mini parlimen. Mungkin dalam Dewan yang mulia pada hari ini sekiranya kita berjaya meluluskan Pindaan ini dan diterima mungkin Kerajaan Negeri Selangor boleh memikirkan tentang cadangan supaya mengadakan mini dewan. ADUN muda tu kita dah ada dah. Ini kanak-kanak sebab ini 18 tahun, nak mula bertanding ni. Mungkin kita kena bawa mereka daripada umur seawal sekolah rendah dan berminat dan mungkin kita boleh kenal pasti di peringkat kawasan DUN masing-masing siapakah calon kanak-kanak yang kita nak hantar ke mini Dewan Negeri Selangor yang kita mungkin akan adakan tiga kali setahun ke dan kita dengar suara kanak-kanak ini apa yang dorang nak di kawasan masing-masing di pemikiran kanak-kanak.

Jangan kita pandang kanak-kanak sekarang ini dia tak pandai nak bercakap, tak pandai nak minta. Mungkin mereka pendamkan, mereka tak ada tempat. Tetapi kalau kita sediakan ruang dan tempat sebagaimana kita ada Program ADUN Muda, mungkin kita boleh ada juga Program Mini Dewan Undangan Negeri Selangor yang disertai oleh kanak-kanak sekolah rendah dan mungkin seawal tadika. Dan sebab saya masih ingat lagi, saya sentiasa menantikan rancangan tersebut yang bermula daripada tahun 1983 yang dipengerusikan oleh Speakernya Allahyarham Pakcik Jamal Kerdil dan setiap tahun perarakan Hari Kebangsaan, Ahli-ahli Parlimen Kanak-kanak ini akan berarak sekali di Dataran Merdeka menunjukkan bahawa kanak-kanak itu ada suara. Tapi mereka ada rancangan khas dalam tv (dalam RTM) mini parlimen. Kita dengar macam-macam permintaan kanak-kanak itu dan mungkin kita nak dengar pula kanak-kanak Selangor ini dan kita zon ikut DUN yang sedia ada sekarang ini (56 DUN) mungkin kita hantar wakil seorang kanak-kanak dan kita ada persidangan mini parlimen kanak-kanak. Itu saja cadangan saya

YB Pelabuhan Klang. Saya nak tanya dengan YB Pelabuhan Klang, kalau YB Pelabuhan Klang mencadangkan parlimen kanak-kanak, agak-agak had umur kanak-kanak itu berapa pula?

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Kita had sekolah rendahlah. Kalau ambil pengalaman mini parlimen kanak-kanak yang pernah dianjurkan oleh RTM, rancangan tersebut memang had umurnya sekolah rendah. Maknanya sehingga darjah 6. Saya pun pernah memohon tapi tak dapat. Masa itu tak dapat. Saya ingat lagi sebab dia buka siapa-siapa nak jadi Ahli Parlimen menyertai rancangan televisyen tersebut sebab seronok. Kita boleh meluahkan apa yang kita nak luahkan dan kepetahan kanak-kanak yang bercakap itu, dia bercakap. Yang saya ingat lagi tu je tak puas hati tandas sekolah kotor, padang tak ada. Memang best lah kalau tengok rancangan tersebut tapi saya cari dalam Youtube tak ada rakaman itu. Saya harap pihak RTM kalau dengar ni mungkin keluarkan balik, siarkan balik. Mengenang juga jasa Allahyarham Pakcik Jamal yang membuka mata banyak kanak-kanak pada tahun tersebut untuk berminat dengan parlimen. Cuma sekarang ini tak ada. Sekarang ni anak-anak muda ataupun kanak-kanak kita terdedah dengan PUBG, terdedah dengan media sosial yang tidak membincangkan tentang politik. Pengkhususan tu tak ada. So mungkin ada yang minat dengan politik tapi dia tak nampak kat mana dia nak pergi. So kalau-kalau ada ruang yang saya bagi tahu tadi seperti mini dewan negeri Selangor, kita ada wakil setiap anak ataupun kanak-kanak dari setiap DUN dan kita hantar dia ke Dewan ini dan kita dengar apa dia cakap dan kita latih mereka mungkin ada (mesti ada) yang berpotensi di kawasan masing-masing. Melayu, cina, India saya tengok pun banyak anak-anak kita yang memang boleh kita ketengahkan untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang. Jadi cukup sampai di sini saja dan Pelabuhan Klang dengan ini menyokong Pindaan Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor di mana menyokong untuk menurunkan had umur daripada 21 tahun kepada 18 tahun menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.

Speaker

Kuang. Harap dapat ikut track. Jangan ke depan, jangan ke belakang ya. Ikut saja. Ikut je. Jangan tersasar, jangan tersasar. Silakan Kuang.

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi ruang untuk kita sama-sama berbahas berkenaan dengan undi menggantikan perkataan 21 tahun kepada 18 tahun. Sebenarnya tidak banyak perkara yang ingin disentuh fasal rakan-rakan Yang Berhormat yang lain telah sebut tetapi apa yang penekanan yang harus diberikan terhadap undi ataupun undi 18 ini adalah peranan parti-parti terhadap bagaimana politik itu harus disemarakkan. Dan satu lagi adalah berkenaan dengan didikan awal terhadap tadbir urus negara, terhadap sistem perundangan negara, terhadap moral, terhadap disiplin kerana dan yang penting jangan khianat. Khianat ini pun menyakitkan hati juga dalam politik. Walaupun saya tadi marah sikit pada Banting kerana dia tak move on, tetapi khianat itu sudah ada tinta

yang berlaku pada tahun 2020 yang lalu namun itu dijadikan sebagai sempadan dan yang penting sekali adalah bagaimana penerapan terhadap prinsip

Kuang, Sabak ingin mencelah.

Silakan.

Kita berbicara tentang usia 18 tahun tetapi ada individu berumur 90 tahun masih lagi aktif politik. Apa pandangan Kuang. Terima kasih.

Ulang sekali lagi, sebab mulut tutup ni. Hah! buka-buka sikit.

Kita berbicara tentang pengundi 18 tahun yang orang muda politik tapi ada individu yang berumur 94 tahun masih lagi aktif politik. Apa pandangan Kuang.

(Ketawa). Political Master ni, you tak boleh challenge dia, kau baru Sabak Bernam sahaja. Standard di label tu Sabak Bernam. Dia dan level World. Jadi tak payah pertikaikan soal umur. Itu bukan soal garam lebih apa lebih tidak tetapi bila kita challenge seseorang yang pernah berada di situ cukup lama sudah menjadi satu political master sebagai rujukan pada dunia kita mempersoalkan kerana dia berada di situ. Itu satu benda yang agak ke belakang lah. Tak move on. Jadi tak boleh begitu. Pasal negara ini

Speaker

Maknanya Kuang, Kuang nak ke depan lah.

Tadi saya terlanjur sikit saja. (Ketawa). Tapi apa penekanan

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Kuang, Silakan. Saya, memandangkan Yang Berhormat Kuang dan juga Yang Berhormat Sabak ada menyentuh berkenaan dengan hal umur tu. Saya nak tanya pandangan Kuang, Yang Berhormat Kuang juga. Kita hari ini meletakkan satu apa nama ni ha umur yang masuk adalah 18 tahun. Saya cuma nak tanya pandangan Yang Berhormat Kuang, setuju tak Yang Berhormat Kuang kalau kita satu hari nanti meletakkan maksimum pula had umur orang yang boleh menjadi pemimpin ataupun wakil rakyat baik di peringkat DUN ataupun di peringkat parlimen. Apa pandangan Yang Berhormat Kuang ?

Pandangan ni ia subjek kepada kerajaan pada hari itu lah. Kalau BN boleh lah kot tetapkan. Kalau BN besok PRU15 dia menang, dia boleh tetapkan umur had umur ke 55 tahun sahaja. Mana yang dah

outdated macam Bossku ke apa ke dah boleh keluarkan daripada senarai untuk jadi calon. (Ketawa). Jadi, kita balik tadi. Kalau umur, saya setuju lah pada, pada pada apa ni pindaan ini berkenaan dengan umur, daripada 21 kepada umur 18. Tetapi pendedahan itu bukan lah terlalu radikal yang harus kita buat. Terpaksa buat parlimen kanak-kanak lah bagai. Yang pentingnya pada umur persekolahan itu kita menyiapkan satu subject matters, membincangkan soal negara. Membincangkan soal moral, soal prinsip, soal tadbir urus dan sebagainya. Kecekapan meningkatkan, kecekapan dan everything yang kita rasa sesuai untuk kita inject di dalam apa ni ilmu. Menjadikan ia sebagai ilmu kepada golongan-golongan muda. 18 tahun dia dah boleh mengundi, dia boleh pilih siapa pun.

Tetapi, perkara yang penting sekali, bagaimana peranan ketua-ketua ataupun parti-parti itu untuk meraih sokongan umur 18 ataupun mereka sendiri mempunyai satu pasukan yang begitu besar umur 18 tahun, masuk ke dalam pilihan raya. Tak perlu parti, pun boleh berlaku. Dalam keadaan apa pun, mungkin 10 ke 15 tahun lagi, ataupun 10 tahun lagi lah yang akan datang ini mungkin tentangan-tentangan kepada parti politik ini adalah daripada golongan-golongan muda. Yang datang daripada sekelompok-kelompok tertentu, yang akan bertanding di atas tiket-tiket bebas untuk bersama di dalam. Tetapi jika mereka masuk melalui parti. Sudah tentu lah kau tu tidur dibuatnya. Dia tidak akan bagi kau ruang. Kerana dilema pada anak muda, pada hari ini adalah untuk masuk ke dalam sistem kepartian itu. Kerana kepartian itu lah menentukan sama ada engkau jadi ketua bahagian, eh engkau jadi calon ke tidak ke. Parti itu yang sendiri menentukan.

Tetapi dengan ledakan, dengan perubahan yang mungkin yang akan dilakukan ini, daripada umur 21 kepada umur 18 tahun ini, dia menjadi satu tentangan pada golongan-golongan bolot yang ada di dalam parti-parti politik. Mungkin pada masa itu pun Teng pun dah tak ada lagi, Yang Berhormat ni (Ketawa), Bandar Baru Klang. Mungkin pada masa tu, saya pun tak tahu lagi lah. Kan, kita pun (Ketawa). Kita tak tahu apa yang akan berlaku. Hari ini kita nampak parti itu sebagai dominan dalam menentukan arah mana, warna apa yang harus kita berada apa ni di dalam pemerintahan. Tak nanti dulu. Belum lagi. Belum lagi. Warna politik kita tu apa. Ke mana arahnya yang kita nak bawa. Setiap tahun kita akan melahirkan lebih daripada 500 ribu undi automatik, undi 18. Berdasarkan daripada umur average yang berada di dalam masyarakat kita. 500 ribu ni kalau 5 tahun dia akan mencecah pada 2.5 juta orang. The challenge is very big, pada masa tu. Nak tahu, nak tengok sama ada kita ni duduk kekal di dalam Dewan ni ataupun tidak. Kita tengok nanti apa yang akan berlaku.

Tetapi, the system of Warlord di dalam parti ini harus diketepikan. Soal memberi ruang yang begitu banyak kepada golongan muda untuk masuk ke dalam. Jangan nanti duduk sebagai ketua bahagian ke ketua cabang ke sampai berpuluh-puluh tahun di situ. Seumur hidup. Yang comeback tu lain cerita, yang umur 94 tahun yang comeback ni lain cerita. Itu kes-kes terpencil yang berlaku satu dunia. Semua orang endorse.

Jangan sebut lagi Sabak berkenaan umur 94 tahun sama ada relevan ke tak relevan. Saya bukanlah ber apa ni. Kita mendukung. Mendukung seseorang manusia itu bukan mendukung dia kerana batang tubuhnya. Kita harus mendukung dengan prinsipnya, dengan integritinya. Ini yang kita dukung. Jadikan itu sebagai contoh dan teladan pada kita. Jangan dijadikan dia sebagai musuh yang langsung kita tak boleh belajar daripada apa yang dia ada. Umur 94 tahun, umur 96 tahun adalah satu kamus yang hidup sekarang. Kau nak buka dictionary, kau kena masuk perpustakaan ataupun beli dictionary di kedai. Kedai buku. Tetapi, kalau you bercakap dengan manusia, you akan dapat ilmunya. Kerana apa ? Kerana dia adalah satu rujukan kamus yang hidup pada masa ini.

Jadi, saya nak pendekkan saja. Nanti kang dipanggil saya macam ni pula, ceramah pula. (Ketawa). Jadi, saya dengan sukacitanya. (Ketawa). Menyokong (Ketawa). Menyokong pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan, Undang-Undang Enakmen ini, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2021. Sekian terima kasih.

Speaker

Baik Kuang. Tiada yang lain ye, maka saya minta Pihak Kerajaan untuk bagi pencerahan.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker, Ahli-ahli Dewan yang berbahas sepanjang usaha kita untuk meminda perlembagaan ataupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perkara 63, yang mengkhususkan tentang had umur pengundi dan pemilih, dan juga yang dipilih dalam pilihan raya akan datang khususnya di Negeri Selangor Darul Ehsan. Sebagaimana penegasan yang saya nak jelaskan. Sebagaimana penjelasan saya dalam pembentangan dasar ini ataupun pembentangan Rang Undang-Undang ini ialah kalau kita tidak ubah pun, Kerajaan Persekutuan mempunyai upaya untuk kekal melaksanakan peraturan-peraturan ini. Namun di atas semangat solidariti, dan di atas semangat inginkan progres yang lebih besar di dalam aksi dan tindakan politik dalam negara kita. Saya kira, menjadi kewajaran dan tanggungjawab seluruh Ahli Dewan kerajaan dan pembangkang untuk menyokong dan menerima pindaan ini, yang saya kira sudah diterima hampir di semua negeri dan Negeri Selangor antara negeri-negeri yang kemudian untuk menerima tak silap saya Perak, dan Perlis. 2 negeri pertama yang telah meminda undang-undang ini dan akan dilaksanakan tahun hadapan.

Kedua, ramai di kalangan Ahli-Ahli Dewan bertanya apakah fungsi-fungsi tambahan yang patut kita lakukan. Supaya keterlibatan anak-anak muda khususnya dalam bidang, bahagian politik ini diambilkan perhatian. Sambil Hulu Kelang menyebutkan kita tidak ada lagi program pendemokrasian. Ingin saya memaklumkan program pendemokrasian yang pernah kita laksanakan sebelum ini adalah program pendaftaran pengundi. Tetapi untuk undi 18 kita tak perlukan pendaftaran pengundi. Sebab antara peraturan dan kaedah yang ditawarkan adalah pendaftaran automatik. Jadi, kita tak perlukan program tersebut. Dan kita yakin ia boleh didaftarkan secara automatik.

Namun, pendidikan politik dan pendidikan demokrasi ia masih lagi terus berjalan. Program-program yang dilaksanakan under program Team Selangor sebagai contoh, bukan hanya kebajikan tetapi juga memberitahu bagaimanakah struktur politik. Bagaimanakah mereka harus bertindak. Apakah partisipasi mereka dalam demokrasi. Semalam sahaja saya bersama dengan 150 ribu, 150 ribu, 150 orang sukarelawan, sukarelawan Team Selangor sebelum itu dengan pasukan SERVE, sebelum itu dengan MPP-MPP universiti-universiti awam yang ada di Malaysia. Berdialog, berbincang banyak isu. Antara isunya adalah yang kaitan dengan politik, bukan politik, political parti, tetapi berkenaan dengan struktur politik, tanggungjawab, perlembagaan, Undang-Undang Tubuh dan sebagainya.

Jadi, ini menjadi sebahagian tanggungjawab kita mungkin ada pelbagai kaedah yang boleh disampaikan sama ada melalui makalah, majalah, penulisan, program dan sebagainya. Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab yang harus kita laksanakan. Jadi, saya yakin dengan perasaan semua.

Speaker

Sijangkang.

Sedikit penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seperti mana saya katakan dalam perbahasan saya, saya mengatakan bahawa umur peringkat 18 tahun ke atas ini adalah peringkat usia untuk menimba ilmu. Masa mereka untuk masuk ke pendidikan matrikulasi dan sebagainya. Adakah mungkin Kerajaan Negeri memikirkan juga kalau keterlibatan mereka pada usia 18 tahun ini bila katakan mereka menjadi ahli dewan negeri, kita juga bersedia untuk mengadakan mungkin inisiatif-inisiatif contohnya pembiayaan biasiswa untuk mereka melanjutkan pelajaran secara jarak jauh semasa mereka menjadi ADUN dan sebagainya. Untuk memberikan rasa seronoknya mereka bila mereka menjadi ADUN mereka juga ada peluang untuk melanjutkan pelajaran.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Yang Berhormat Sijangkang, saya rasa dengan allowance sebagai Ahli Dewan Negeri itu, sudah lebih banyak daripada allowance yang kita terima masa kita jadi student dulu. Dan boleh menghabiskan study nya. Tapi itu mungkin boleh pertimbangkan cadangan daripada Sijangkang. Kita boleh lihat. Yang pentingnya, nak encourage mereka terlibat dan juga pengundi. Saya kira ada 2 segmen penting di sini. Pengundi dan orang yang akan dipilih. Yang mungkin orang yang akan dipilih tu, kita kena berikan latihan lah. Ini tanggungjawab parti lah. Parti-parti yang nak calonkan, kumpulan nak calonkan, kena bagi tanggungjawab ini. Kalau tidak mereka akan terkapai-kapai. Mungkin hanyut dalam beberapa pandangan ataupun suasana. Tetapi pemilih, saya rasa sudah agak wajar sebab pemahaman, kecenderungan, terdetik hati fasal politik itu kadang-kadang mula awal. Umur 17, 18 sudah terdetik. Dan ini akan mematangkan proses demokrasi dan memberi ruang kepada lebih ramai untuk terlibat.

Namun begitu apa yang kita harus lihat ialah soal maturity ataupun kematangan kita dalam pelaksanaan demokrasi yang sekarang sedang dicuba. Saya percaya, Kuang sedikit sebanyak tentang sebut tadi tentang move on dan sebagainya. Kita kena hala test. Kita tengah sedang dicuba cabaran kita. How matured we are. Macam mana kita bertindak sebagai seorang ahli politik yang matured untuk melihat kepentingan rakyat lebih penting daripada kepentingan kelompok apatah lagi kepentingan individu. Jadi, saya rasa saya dah menjelaskan beberapa perkara. Ramai yang berucap pun perkara tu lah. Constitution nya perlembagaan nya apa, pendidikan nya begitu banyak orang sebut. Pendidikan politik. Saya sokong, saya percaya kita buat dan ia dibuat. Cuma institusikan saja macam mana. Penginstitusian itu di luar bidang kita lah. Sebab pendidikan di luar bidang kita itu besar di sekolah, di universiti itu sebenarnya tidak ada. Tetapi di dalam komuniti masyarakat bagaimana. Dan ini adalah sebahagian daripada fungsi dan tanggungjawab kita termasuk mengetengahkan mereka dengan kerja-kerja dan juga aktiviti yang kita rangka untuk kaitan nya dengan politik dan pendemokrasian. Terima kasih. Speaker.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan dewan ialah bahawa Rang Undang-Undang ini hendaklah dibaca kali yang ke-2 sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang ke-2. Rang Undang-Undang ini bernama Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, saya mencadangkan supaya dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbang Rang Undang-Undang ini Fasal demi Fasal.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Baik. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Speaker

Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Dipersetujui.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini seperti yang telah dibincangkan dan dipersetujui dimaklumkan semula ke Dewan sekarang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang semula.

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-Undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ke-3 dan diluluskan.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-Undang ini dibaca kali yang ke-3 dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Dipersetujui.

Rang Undang-undang Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan Kali Ke-3. Rang Undang-Undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor Pindaan 2021. Aturan seterusnya Rang Undang-undang Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021. Rang Undang-Undang ini bernama suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perubahan gelaran dan perkara-perkara lain berbangkit daripada pengurniaan taraf Perbandaran kepada Majlis Daerah Kuala Selangor.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tujuan kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang ini adalah untuk membuat peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang berkuat kuasa mulai 7 Ogos 2021.

Majlis Daerah Kuala Selangor telah ditubuhkan pada 6 Februari 1978 hasil gabungan lima Majlis Tempatan iaitu:-

(i) Majlis Tempatan Kuala Selangor

(ii) Majlis Tempatan Tanjong Karang

(iii) Majlis Tempatan Batang Berjuntai

(iv) Majlis Tempatan Ijok dan

(v) Majlis Tempatan Jeram

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor mengikut Pelan Warta 1414 bertarikh 28 Februari 2006 meliputi keseluruhan Daerah Kuala Selangor dengan keluasan 119,452.46 hektar. Penduduk Kuala Selangor kini dianggarkan berjumlah 273,728 orang. Dengan unjuran pertumbuhan sebanyak 2.61% setahun, jumlah penduduk Kuala Selangor dijangka meningkat kepada 303,444 orang pada tahun 2025. MPKS disempadani oleh Majlis Daerah Sabak bernam di sebelah utara, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang di sebelah timur, Majlis Bandar raya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Klang di sebelah selatan serta Selat Melaka di sebelah barat.

Pengurusan kewangan dan kedudukan Kewangan Majlis Daerah Kuala Selangor berada di tahap yang sangat baik. Lonjakan yang tinggi dapat dilihat dalam bilangan transaksi bayaran mahupun terimaan yang mana jumlah bayaran pada tahun 2011 adalah sebanyak RM35.2 juta melonjak kepada RM86.7 juta pada tahun 2020. Jangkaan hasil akan terus melonjak kepada RM109.9 juta pada tahun 2025. Kenaikan jumlah pegangan yang dikenakan cukai taksiran di MPKS daripada 68,049 pada tahun 2016 kepada 77,050 pada tahun 2021. Jangkaan pegangan akan terus meningkat kepada 83,000 pegangan menjelang tahun 2025.

Daerah Kuala Selangor yang merupakan salah satu pusat Eko-Pelancongan di Negeri Selangor yang popular dan digemari. Antara destinasi pelancongan adalah destinasi bersejarah Bukit Malawati, Taman Alam Kuala Selangor yang berkonsepkan Taman Burung, Sky Mirror Kuala Selangor, Blue Tears Kuala Selangor, Taman Ikan Air Tawar, Pantai Remis, Selangor Fruit Valley, Restoran Makanan Laut di pasir Penambang dan Pantai Jeram dan Homestay di Sungai Sireh bagi yang mendambakan suasana kampung dan sawah padi. MPKS juga merupakan antara perintis kepada aspirasi Kerajaan Negeri Selangor, iaitu menerusi Selangor Gigabit Network. Ia merupakan salah satu inisiatif Smart Selangor yang menyediakan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi – bertaraf gigabit.

MPKS juga telah membangunkan platform pembayaran secara atas talian yang mana sekarang dikenali sebagai iP3KS iaitu Perkhidmatan Pembayaran Pintar Kuala Selangor bagi menambah baik satu sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, mudah dan pantas iaitu iBazar, iRefung, Sistem eTender, eTempahan, eCukai Taksiran, eLesen, eKompaun, eSewaan dan yang terbaharu adalah ePermit dan eTiket.

Segala perancangan yang dibuat oleh MPKS adalah berteraskan New Urban Agenda seiring dengan Sustainable Development Goals yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi menghadapi isu global pada masa hadapan. Perancangan Pembangunan Masa Depan MPKS melibatkan Pemeliharaan Alam Sekitar, Pelancongan dan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas.

MPKS juga telah mendapat beberapa anugerah iaitu seperti Pensijilan Bersih Penyata Kewangan yang dikekalkan sejak tahun 2008 hingga 2017, Anugerah Prestasi Cemerlang Projek Managed Portal Services dalam Malaysia Government Portals & Website Assesment, Anugerah Cemerlang & Penarafan 5 Bintang Dalam Malaysia Government Portal & Website Assesment, Anugerah Tempat Ke 3 Pertandingan Amalan Terbaik Zon Bersih PBT Selangor, Anugerah Inisiatif Kebun Kejiranan 2013, Anugerah Khas Kebun Komuniti sempena Program Zon Bersih 2013, Penarafan Sistem Star Rating 5 Bintang, Anugerah Bandar Mampan 2014, Anugerah MTSA Trustmark, Anugerah Bandar Mampan 2015, Anugerah Program Sungai & Pantai Angkat Negeri Selangor 2016 dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor 2017.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian.

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk membolehkan MDKS ditukar gelarannya kepada MPKS berkuat kuasa mulai 7 Ogos 2021 mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Bagi menaik taraf MDKS kepada MPKS, tiada keperluan untuk meminda perundangan yang sedang diguna pakai. Ia adalah kerana Seksyen 2 Akta 171 telah sedia memperuntukkan tafsiran mengenai “Yang Dipertua” dan “Ahli Majlis”. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri perlu mengadakan Rang Undang-Undang bagi membuat peruntukan untuk menukar gelaran MDKS kepada MPKS. Oleh itu, Rang Undang-Undang Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021 ini dibuat dengan tujuan untuk mengekalkan kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan keistimewaan-keistimewaan pemegang jawatan sewaktu taraf Majlis Daerah dinaik kepada taraf Majlis Perbandaran termasuk penukaran gelaran iaitu rujukan ‘daerah’ kepada ’perbandaran’. Selain itu, terdapat beberapa keperluan yang mesti disempurnakan bagi mengisytiharkan MDKS kepada MPKS iaitu pemberitahuan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 3 : Pengisytiharan dan penetapan taraf kawasan PBT dan Seksyen 4 : Penukaran nama dan taraf dan pengubahan sempadan, Akta 171.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian.

Pemberitahuan MDKS sebagai MPKS dalam Warta Kerajaan mengikut Seksyen 4(2) Akta 171 telah diwartakan pada 9 Julai 2021 dan berkuat kuasa pada 7 Ogos 2021. Majlis menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sempena

penaiktarafan MDKS kepada MPKS telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor pada 7 Ogos 2021 bersiaran secara hybrid atau secara maya. Dengan ini, dibentangkan Rang Undang-Undang bernama Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021 untuk bacaan kali kedua. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian. Saya mohon mencadangkan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-Undang ini untuk dibahaskan. Sekiranya ada.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Ijok nak sentuh sikit lah mengucapkan tahniah kepada MDKS tentang pencapaian mendapat MPKS tetapi tiap-tiap pencapaian ataupun naik taraf title ini bukan sahaja title, Ijok harapkan ini tidak membebankan masyarakat di kawasan Kuala Selangor kebiasaannya kadang-kadang cukai-cukai kemungkinan akan naik dan jalan-jalan yang tidak di caj parkir akan dikenakan. Kita kena perasaan empati ya, rasa macam mana masyarakat rasa, walaupun naik taraf tetapi kalau dia membebankan masyarakat, ini masyarakat luar bandar. Kebanyakan masyarakat di Kuala Selangor tu sekumpul di dalam pekan. Kebanyakan luar bandar Ijok, Permatang, Jeram. Ini semua di luar bandar. Pendapatan mereka tak berubah. Lagi-lagi sekarang.

Tuan Speaker mohon mencelah daripada Ijok.

Speaker

Silakan.

Saya nak tanya Ijok adakah daripada taraf Majlis Daerah ni kita naik kepada Majlis Perbandaran tapi adakah Ijok bersetuju bahawa salah satu daripada KPI untuk meningkatkan daripada Majlis Perbandaran eh daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran ini, prasarana kita mesti ditingkatkan juga terlebih dahulu sebelum kita angkat dia ya menjadi bertaraf Majlis Perbandaran.

Terima kasih Kuang. Saya nak sentuh nanti. Mana saya, ini membebankan kedudukan, keselesaan masyarakat. This is a true things ya walaupun belum diisytiharkan ataupun kenaikan taraf perbandaran warga Ijok dah risau. Mereka datang tanya macam-macam. Adakah Pekan Ijok, kedai-kedai di Pekan Ijok, Batang Berjuntai akan naik assessment mereka? Sekarang pun hidup susah. Nombor dua, Pekan Ijok pun dia tanya, kadang-kadang saya didapati depan Masjid pun nak dikenakan parkir. Bayar parkir. Orang kampung. Dulu dan life style ya cara hidup di pekan-pekan di Ijok. Mereka duduk atas kedai, berniaga di

bawah. Kereta park depan kedai satu hari suntuk. Sebulan. Kalau kena caj parkir, ini kan menyusahkan mereka. Ini semua kena ambil kira

Speaker

Yang Berhormat Ijok. Sila duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian jam sudah menunjukkan 4.30 petang dengan ini saya menangguhkan Dewan hingga ke hari esok, 7 hari bulan Disember 2021 jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)