Selangor · 7 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 348 turns · 39,975 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada 7 Disember 2021 dimulakan dengan bacaan doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan Doa.

Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.

Timbalan Speaker

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Saya persilakan. Sungai Burong, tidak hadir. Rawang, tidak hadir. Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya no. 128.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 128. Program Latihan Anak Istimewa (TRAINING Of Trainers)Questions

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

128. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri akan menggunakan bakat yang terlahir melalui program "Training of Trainers"?

b)

Adakah Kerajaan Negeri memperuntukan Pusat OKU khas yang mampu menyokong Program Pendidikan Khas Integrasi di Negeri Selangor?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama dengan soalan mengenai Program Latihan Anak Istimewa. Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama, pada tahun 2021 kerjasama pintar telah dijalankan di antara Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bersama Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) dan Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan Malaysia (PPKK) untuk pelaksanaan program Traninig Of Trainers (TOT) Pendidikan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS). Peserta Program TOT ini adalah terdiri daripada pertama

mahasiswa yang sedang menuntut pada tahun akhir selain pendidikan khas. Kedua, graduan pendidikan selain pendidikan khas. Ketiga, pendidik di institusi di pendidikan awal seperti di tadika dan taska dan keempat, sukarelawan dalam kalangan komuniti. Secara khususnya latihan ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang perkembangan terkini bidang pendidikan khas dalam dan luar negara. Pendidikan inklusif ciri-ciri murid berkeperluan khas, cara pengenalpastian intervensi awal dan strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk Murid Berkeperluan Khas. Kerajaan Negeri akan menggunakan bakat yang telah lahir melalui program Training of Trainers ini dalam menyediakan peserta, pelajar dan fasilitator yang mampu untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan, kedua menjawab persoalan dan menjadi panduan dan rujukan berkenaan dengan anak istimewa daripada institusi komuniti ataupun persatuan yang di wakili dan ketiga memimpin ibu bapa dan pendidik hal-hal berkenaan pengurusan dan pembelajaran anak istimewa. Dengan adanya TOT ini program-program yang melibatkan orang ramai khususnya golongan anak istimewa dapat dilaksanakan dengan lebih teratur. Selain itu kumpulan TOT ini juga akan dilibatkan sebagai fasilitator untuk aktiviti kumpulan sokongan atau support group untuk beberapa anak istimewa dan membimbing para pendidik di tadika dan taska arus perdana yang menerima pelajar dengan keperluan khas ini.

Yang Berhormat juga bertanya mengenai Kerajaan Negeri memperuntukkan pusat OKU khas yang mampu menyokong Program Pendidikan Khas Integrasi di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri pada tahun 2021 telah menerima peruntukan bagi membina sebuah pusat OKU yang mampu menyokong program pendidikan khas integrasi di negeri Selangor yang dinamakan sebagai Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor atau pusat ANIS yang terletak di tingkat bawah IDCC Convention Center Seksyen 15, Shah Alam. Penubuhan pusat ANIS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam memberikan perkhidmatan intervensi awal (early intervention program) dan sokongan pendidikan kepada golongan Anak Istimewa Selangor (ANIS) yang menyasarkan anak OKU berumur 2 hingga 6 tahun yang telah disahkan oleh pegawai perubatan mempunyai diagnosis seperti berikut. Autisme Spektrum Disorder, Attention Difisit Hyperactive Disorder, Global Developmen Delay dan Down Syndrome. Pusat ANIS ini merupakan sebuah kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pusat Genius Kurnia dan kerjasama ini dimeterai dalam bentuk pertama, memudahkan cara pelaksanaan pusat ANIS dan banyak, panjang Yang Berhormat. Saya teruskan sehingga merah ni ya. Memudahkan cara pelaksanaan Pusat ANIS melalui Jawatankuasa Kerjasama Luar Pusat Genius Kurnia, memantau pemakaian modul-modul Genius Kurnia di Pusat ANIS dipatuhi mengikut piawaian yang ditetapkan dan memberi khidmat kepakaran dan rundingan cara mengikut tempoh kerjasama selama 2 tahun. Berikut merupakan senarai jenis khidmat kepakaran yang akan diberikan. Pusat Genius Kurnia menjadi pusat rujukan bagi Pusat ANIS. Penggunaan modul dan kurikulum Genius Kurnia secara bersasar. Khidmat nasihat dan latihan on site training bagi kakitangan Pusat ANIS yang melibatkan pegawai intervensi, juruterapi Cara Kerja dan Pertuturan dan

serta pembantu guru. Khidmat runding cara dokumentasi dan rekod menyeluruh berkaitan operasi dan proses intervensi murid dan khidmat kaunseling oleh pegawai psikologi luar yang bekerjasama dengan Genius Kurnia kepada kakitangan dan ibu bapa yang memerlukan. Pusat ANIS secara rasminya telah mula beroperasi pada September 2021 sehingga November 2021 Pusat ANIS telah menerima pelajar secara berperingkat dan sebanyak 26 pelajar telah didaftarkan dan sedang menerima perkhidmatan. Pusat ANIS menyasarkan sebanyak 60 pelajar yang akan mengikuti sesi terapi secara mingguan selama satu tahun. Di dalam pelaksanaan program intervensi ini Pusat ANIS telah menyediakan seramai 5 orang guru pendidikan khas, seorang jurupulih cara kerja dan 3 orang pembantu guru. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Sijangkang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya adalah soalan 129.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — Loji Rawatan Air Sungai RasaQuestions

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Sijangkang bertanyakan soalan berhubung dengan status pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat projek Rawatan Air Rasa ini adalah merupakan projek yang telah dirancang bagi memperkukuhkan bekalan air di negeri Selangor khususnya di daerah Klang. Dan perancangannya ialah kapasiti ataupun pengeluaran loji rawatan ini adalah 1,400 juta liter sehari. Fasa pertama 700 juta liter sehari dan fasa kedua 700 juta liter sehari. Jadi 1,400 juta liter sehari. Setakat ini, kerja-kerja bagi reka bentuk dah siap dan peringkat awal dan tender pun telah pun dipanggil dan sedang dalam peringkat penilaian. Untuk makluman, untuk fasa 1 ini, 3 pakej telah pun di tender telah ditutup, dinilai dan satunya telah dianugerahkan kepada kontraktor yang berkaitan iaitu pakej 1 dalam penilaian. Pakej 2 pun dalam penilaian. Pakej 3 telah pun telah dianugerahkan.

129. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status Pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasa?

Untuk makluman Yang Berhormat, ada lagi kerja-kerja yang perlu dibuat selain daripada pembinaan loji rawatan ini iaitu kerja-kerja yang disebut sebagai source work dengan izin iaitu kerja-kerja sumber air di hulu sebelum muka sauk. Ini akan melibatkan kerjasama penglibatan Kerajaan Persekutuan yang perlu dibuat juga dalam masa yang sama. Itu dalam proses perbincangan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja di hulu muka sauk ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sijangkang.

Saya dimaklumkan bahawa perancangan untuk membina loji rawatan air ini berada di kawasan Kuala Langat dan Sungai Klang ini adalah antara punca sumber air mentahnya yang kita tahu, Sungai Klang ini adalah sungai yang tercemar kalau kita nak bandingkan dengan sungai-sungai yang lain dan risiko kepada pencemaran. Cuma saya nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO apakah perancangan atau inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk melihat bahawa inisiatif zero discharge dan juga Polluter Pays Pollution ini mula dirancakkan di peringkat negeri Selangor untuk tujuan akhirnya walaupun mungkin sistem rawatan kita canggih tetapi sekurang-kurangnya sumber air itu tidaklah seterus mana pencemarannya. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Yang Berhormat sebagaimana saya terangkan pada hari Jumaat baru ni perlunya kita untuk mempertingkatkan kualiti air bagi Sungai Klang kerana Sungai Klang akan menjadi sumber utama bagi Loji Rawatan Air Sungai Rasa. Kalau makin tercemar Sungai Klang ini airnya maka makin banyaklah kos yang akan terlibat di loji rawatan itu. Penggunaan bahan kimia dan penggunaan elektrik. Dan untuk makluman semua juga teknologi rawatan air bagi Loji Rawatan Air Sungai Rasa ini merupakan yang paling moden yang diperkenalkan termasuklah penggunaan air ozonisasi yang merupakan satu teknologi baru yang mahal penggunaan membrane ozonisasi atau ozonisation ini yang akan menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan bau, kecemaran bau dan sebagainya. Namun kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada loji rawatan ini air mentah yang masuk ke sistem pun perlu diperbaiki mutunya kualitinya dan sebab itu kita melaksanakan program pembangunan Sungai Klang antara tujuan utamanya salah satu tujuannya dan juga di anak-anak sungainya termasuk Sungai Penchala dan Sungai Damansara yang merupakan pencemar utama kepada Sungai Klang. Dan kita mengenakan kaedah teknologi kita pakai kaedah rawatan kita guna juga kaedah-kaedah penguatkuasaan yang saya sebutkan dulu dalam Skim Jaminan Air Mentah iaitu apa yang dipanggil sebagai PPP ataupun Polluter Pays Principle. Sekarang ini di peringkat LUAS dan memperkemaskan ada beberapa peraturan-peraturan dalam Enakmen yang perlu diperbetulkan. Bagi pelaksanaan PPP ini dan insya Allah kita yakin dapat dilaksanakan pada tahun depan. Untuk memberi sebagai insentif ataupun beri sebagai panduan kepada semua pihak terutama pihak industri supaya kita

bekerjasama dalam memastikan kualiti air sungai kita sentiasa berada di tahap yang terbaik. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih.

Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya adalah berkenaan dengan satu kenyataan yang telah dikeluarkan 72% rakyat Selangor guna air lebih dari yang sepatutnya adalah kurang tepat. Penggunaan air yang lebih meliputi seluruh penduduk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jadi apakah hubungan air yang banyak digunakan dengan Sungai Klang yang tempat kita mengambil air, sumber air.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat. Semuanya ada kaitan. Apabila kita banyak menggunakan air tentulah kita perlu rawat lebih banyak air. Untuk makluman semua sebenarnya Negeri Selangor ini memang penggunaan air yang tinggi jauh lebih tinggi bukan sahaja tinggi daripada purata kegunaan air di peringkat negara tetapi apatah lagi di peringkat dunia. Di Singapura sekarang ini contohnya penggunaan air setiap individu 165 liter sehari. Yang hampir sama dengan yang ditetapkan oleh WHO. 165 liter sehari per person. Setiap orang. Kadar nasional negara kita ialah 200 liter sehari. Selangor agak-agak berapa? 220 liter sehari. Lebih daripada nasional. Nasional 200 sahaja. Jadi kita kena mula lihat kembali kenapa rakyat Selangor belanja air atau menggunakan air yang banyak sangat daripada kadar yang diperlukan. Mungkin kita kena buat kajianlah. Tak berani nak cakap sebab mungkin masing-masing banyak kereta kat rumah. Basuh kereta seorang dua biji ke. Jadi mungkin pokok bunga banyak ke tak tahu lah. Saya pun jaga pertanian juga, nanti dia nak air paip pula siram pokok. Jadi, kita kena tengok. Tetapi, walau bagaimanapun Air Selangor bersama-sama dengan pihak Kerajaan juga, kita sentiasa mengadakan kempen supaya jangan berlaku pembaziran air. Ini kita buat dan juga penggunaan alat-alat yang dipanggil water saving yang kita galakkan dipasang di tandas, di tempat-tempat tertentu kadang-kadang kita pergi ke surau, masjid pun tengok air paip itu tidak boleh tutup. Air mengalir sahaja. Jadi, itu antara perkara-perkara yang kita boleh bantu sebenarnya dalam mengurangkan pembaziran air di Negeri Selangor.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Tambahan yang diberi itu adalah, tentang air itu digunakan ada perawatannya. Sini timbul satu isu lagi bahawa kalau air itu datangnya dari sungai, apa kata, adakah maklumat yang dikumpulkan tentang air yang diambil bawah tanah?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Semangat dia hari ini. Untuk makluman juga, air ini sebenarnya, kita mempunyai pelbagai sumber, sumber hujan, bawah tanah dan sebagainya dan juga sumber air laut pun nanti akan juga diberi pertimbangan untuk desalination plant. Tetapi, buat peringkat ini kita belum perlu lagi. Apa yang berlaku ialah, kalau kita buat kajian, kalau

kita kira empangan kita, empangan yang ada di Selangor ini ada tujuh (7) empangan kita. Ramai yang bertanya kenapa tidak guna air empangan sahaja, air cemar, kenapa ambil sungai? Sebenarnya, kalau kita guna air empangan kita ada tujuh (7) ini, separuh sahaja rakyat Selangor yang akan ada air. Tidak cukup. Jadi, kita terpaksa ambil dari sungai-sungai kita. Sungai-sungai kita ini, kebetulan air ini, apa yang berlaku di dalam Negeri Selangor ini, air tetap turun, ia tidak turun hanya di hulu sungai, di kawasan empangan atau kawasan catchment, ia turun juga di tengah-tengah. Jadi, kita terpaksa buat ORS ataupun kolam-kolam untuk menahan air dan mengumpul air ini. Jadi, bila duduk di tengah-tengah ini, kawasan hiliran sikit, tentulah kita bercampur aduk dengan industri. Kita berdepan ada 15, Sungai Langat dengan Sungai Selangor sahaja dikira 15,000 lebih kilang industri yang terlibat di dalam lembangan ini. Jadi, itu kita jadikan, sebab itu kita kena coexist atau wujud bersama di mana kilang industri berjalan, air pun kita pantau dengan bersih. Untuk sumber yang satu lagi iaitu bawah tanah, memang kita ada audit air bawah tanah dan kita ada simpanan yang agak besar tetapi masalah dengan bawah tanah ini, ia berada di tempat yang tidak berapa sesuai untuk kita bangunkan secara besar-besaran. Dan kapisiti pam pun di tempat-tempat ini mungkin di sekitar 1 MLD sehari, 1 juta liter. Tidak memadai, mencukupi untuk membantu. Sebab Negara, Negeri Selangor ini penggunaan air tinggi. Jadi, kita lebih mementingkan, sekarang ini apa yang kita buat persediaan masa hadapan, saya telah arahkan dan sedang proses pun dan hampir separuh sudah siap, mengaudit semua tasik-tasik kolam yang ada di Negeri Selangor. Dan, InsyaAllah mencukupi sebenarnya, dengan di Kuala Langat banyak, di Hulu Langat ada dan sebagainya yang kita audit untuk menentukan kualiti air dan di situ kandungan air dan juga status tanah itu. Itu sedang dibuat oleh pihak LUAS dan akan kita lengkapkan tahun hadapan untuk memastikan bekalan air kita akan mencukupi, simpanan air kita mencukupi apabila berlaku terutamanya kemarau. Terima kasih.

Soalan.

Timbalan Speaker

Ijok.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tadi, Yang Berhormat EXCO ada mengatakan sumber air daripada hujan. Apakah langkah-langkah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk rain harvesting ataupun syaratkan rumah-rumah dibina sebab negara-negara lain telah mewujudkan masalah ini, that is, salah satu sumber, kita hujan banyak tetapi air terbuang.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Ya, ya, Yang Berhormat Ijok. Memang tepat sekali apa yang disebutkan. Kita ada satu lagi isu dengan penggunaan air ataupun yang dipanggil greywater sebab air greywater ini ialah air yang seperti air hujan ini yang acidic yang tidak boleh sesuai untuk diminum. Dan masalah utama kita ialah penyediaan infrastruktur. Memang kita ada pertimbangan sebenarnya untuk gunakan air ini sebagai second piping bagi menyediakan air-air sebab apa, air yang minum, kualiti air ini, kualiti air minum, kalau kita guna untuk membasuh atau guna, kegunaan

industri ialah satu pembaziran juga sebenarnya. Sebab itu kadar kita tinggi. Sebab kita guna air minum untuk segala jenis. Yang basuh pun pakai air minum, yang untuk kegunaan tandas pun air minum, yang pergi industri pun air minum. Tetapi kos infrastrukturnya agak tinggi untuk pemasangan paip kedua. Kita tidak boleh guna paip yang sama. Paip untuk membekal air minum tidak boleh diguna untuk paip bagi kegunaan greywater ini. Dan, air hujan ini termasuk dalam kategori ini di mana kita perlukan sistem pemasangan paip yang tersendiri untuk kerja-kerja terutama membasuh, menyiram pokok dan sebagainya. Dan saya sebenarnya akan ada, cadangan ini telah timbul tentang isu, kita pernah buat pun sebelum ini tetapi ada kekangan dari segi pengurusan air hujan ini disebabkan oleh nyamuk lah, pelbagai isu tetapi saya terpaksa benda ini dibincangkan bersama dengan EXCO PBT dan juga EXCO Perumahan untuk melihat bagaimana prototaip ataupun kaedah pilot project bagi kegunaan rain harvesting, apa dipanggil, rain harvesting ini dapat dilaksanakan di perumahan-perumahan tertentu sebab ia akan melibatkan pemaju dan sebagainya sebab piping dia tu perlu dibuat dan ada kos tambahan yang akan terlibat dalam pelaksanaan kalau kita mahu laksanakan projek ataupun rain harvesting ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Timbalan Speaker, soalan saya Nombor 130.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 130. Iks Au3 Di Tepi SungaiQuestions

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

130. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

IKS AU3 telah melahirkan ramai Melayu berjaya. Dalam pada itu ia menjadi masalah kacau ganggu dan pencemaran sungai. Dipercayai sekiranya mereka diberi tempat dan kemudahan yang lain, potensi perniagaan pasti dapat ditingkatkan. Apakah rancangan kerajaan?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, pihak Majlis peka terhadap isu kacau ganggu dan pencemaran sungai yang boleh berlaku daripada aktiviti perniagaan di kawasan IKS AU3. Pihak Majlis sentiasa melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap premis-premis perniagaan yang berisiko boleh menyebabkan isu kacau ganggu dan pencemaran. Dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan jika

terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan. Walau bagaimanapun peruntukan cadangan menaiktaraf bangunan IKS AU3 masih dalam perbincangan. Sehingga kini, jumlah IKS di sepanjang jalan AU3 ialah sebanyak 83 unit termasuk nurseri. Pengurusan IKS melibatkan penyelenggaraan dan penyewaan adalah di bawah seliaan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Pihak Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Usahawan bertindak melesenkan peniaga atau pengusaha yang menerima tawaran penyewaan dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Ya.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tentang jawapan yang diberikan, saya ucapkan terima kasih kerana membekalkan juga senarai kompaun-kompaun yang dikenakan kepada peniaga. Cuma saya hendak faham di sini, apabila adanya kedai-kedai ataupun bengkel-bengkel yang menyalahi syarat, membuang had minyak hitam, minyak kotor dan sebagainya ke sungai, itu adalah satu benda yang patut diberikan kompaun yang lebih berat. Soalan saya adalah jumlah notis pembatalan lesen yang dikeluarkan, jumlah kompaun yang dikeluarkan lapan (8) dan jumlah semakan premis 91.

Jadi, Yang Berhormat menyebutkan jumlah kedainya, bengkelnya ialah 83 ya?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

83, termasuk nurseri.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Apa jadi kepada kompaun-kompaun yang telah dikeluarkan sejak tahun 2008 hingga ke hari ini? Jumlahnya 41, adakah ini satu kadar yang menggerunkan ataupun biasa sahaja? Jumlah kompaun, 41 kompaun yang dikenakan kepada peniaga-peniaga.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Jumlah kompaun. Baik, okay. Sudah banyak kali saya tegaskan di sini bahawa segala aktiviti yang akan mendatangkan pencemaran, kita tidak akan berkompromi dengan aktiviti yang akan datangkan pencemaran. Dan, bagi soalan yang berkaitan dengan jumlah notis dan jumlah kompaun, saya tiada maklumat sekarang. Saya akan minta daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Sungai Air Tawar. Tidak hadir. Sijangkang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan 132.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 132. Program Pertanian RakyatQuestions

132. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status terkini program pertanian rakyat untuk mengguna pakai tanah kerajaan yang terbiar?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sekali lagi, kita bercerita mengenai pertanian yang ditimbulkan Tuan Timbalan Speaker, berhubung dengan pertanian rakyat yang menggunakan tanah-tanah Kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri di dalam peringkat untuk mengumpulkan, pengumpulan sebahagiannya tanah-tanah yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan-kawasan pertanian selain daripada TKPM. Buat masa ini, kita ada 11 TKPM ataupun Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang diuruskan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Jabatan Veterinar, Perkhidmatan Veterinar dan juga Jabatan Perikanan Negeri Selangor seluas 1300 hektar dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 38 juta setahun. Ini tanah-tanah yang telah diagih dan dibenarkan sewaan kepada rakyat Negeri Selangor untuk menguruskan pertanian dan penternakan. Namun, tidak mencukupi dalam kita menyelesaikan isu bekalan atau jaminan bekalan atau security makanan ini, maka Kerajaan Negeri telah membuat keputusan di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor ataupun PeTA Selangor, Pelan Transformasi Agro untuk menambah land bank atau tanah-tanah yang sesuai bagi rakyat menceburi bidang pertanian atau meningkatkan hasil pertanian bagi Negeri Selangor. Tanah-tanah ini telah dikenal pasti dan dikenali sebagai Smart Selangor Agro Farm ataupun Agro Park bergantung pada keluasan ataupun SSAP, SSAF bagi kawasan-kawasan yang dibangunkan ini. Dan komponen dalam kawasan-kawasan ini akan melibatkan juga pemodenan, penanaman tanaman bernilai tinggi, pemodenan dan juga pembangunan agropreneur ataupun warga tani yang dibimbing untuk melaksanakan kerja-kerja pertanian di kawasan ini.

Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti juga, selain daripada tanah-tanah Kerajaan, juga tanah-tanah GLC yang sesuai, yang tidak mempunyai rancangan pembangunan dalam masa terdekat, ataupun yang mungkin lambat lagi pembangunannya, pun akan digunakan bagi tujuan untuk pertanian moden. Sehingga kini beberapa kawasan yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan program SSAP ataupun SSAF ini, yang termasuklah yang telah disebut baru-baru ini, iaitu yang di bawah tanah PKPS di Changkat Menteri 1700 ekar yang sekarang ini dalam proses

EIA. Kemudian, di Sungai Air Tawar 120 ekar, di Sungai Panjang 56 ekar yang akan dibangunkan dalam masa terdekat. Proses-proses tanah, penyelesaian tanah-tanah sudah hampir selesai. Dan seterusnya, juga di Sepang, di bawah MBI juga tanah ada di Bukit Labu, di Bukit Changgang, ini semua, di Bukit Labu ialah seluas 64 ekar, di Bukit Changgang ialah 50 ekar yang akan dibangunkan dalam masa terdekat semua ini ya, yang akan melibatkan para peserta terutamanya tumpuan pada anak-anak tempatan, anak muda, dan juga wanita yang kita akan galakkan untuk terlibat dalam pertanian moden ini. Dalam masa yang sama juga, kita tidak lupa juga kepada peranan yang dimainkan oleh, di bawah Agro Bandar, di kawasan-kawasan bandar yang mempunyai tanah-tanah yang kita anggap berpotensi juga untuk dibangunkan di bawah kebun komuniti, dengan itu kerjasama kita buat dengan pihak PBT dan juga pihak-pihak swasta yang lain untuk membangunkan juga tanah-tanah yang terbiar, dan juga kawasan-kawasan rizab Tenaga Nasional iaitu elektrik dan juga rizab sungai. Ini pun dibangunkan dengan pertanian yang sesuai bagi kawasan-kawasan rizab ini, kawasan-kawasan rintis TNB dan juga kawasan rizab sungai ini, JPS.

Dan, selain daripada itu, kita juga memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan bagi menggalakkan pertanian yang dipanggil sebagai organik dan juga pertanian yang separa organik, tidak sampai tahap organik tetapi dia separa, pesticide free, yang saya difahamkan akan dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan pada bulan Februari iaitu produk-produk yang akan dikawal, yang dipanggil pesticide free atau racun, tidak ada racun ya, bebas daripada racun. Ini akan dilancarkan. Jadi, semua ini kita akan laksanakan di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor ataupun PeTA dengan tujuan untuk mempertingkatkan hasil makanan bagi Negeri, yang kedua untuk mempertingkatkan tahap pendapatan bagi warga tani kita dan through penglibatan anak muda dan juga wanita dalam pertanian. Dan saya, sempena dengan soalan ini, saya bagi menggalakkan penggunaan, yang sekarang ini warga tani kita menghadapi masalah daripada segi kenaikan baja dan kenaikan harga racun, ini menyebabkan kos pengeluaran yang tinggi, barang-barang makanan harga tinggi, Kerajaan Negeri prihatin perkara ini dan kita ingin menggalakkan supaya warga tani kita kembali menggunakan produk-produk tempatan terutamanya yang berkualiti tinggi, di antaranya ialah penggunaan baja organik kompos yang dikeluarkan oleh PKPS sendiri, berkualiti tinggi. Kita sudah test macam-macam tanaman di Fruit Valley, memang boleh, durian boleh, sayur boleh, semua boleh, subur. Dan untuk galakan itu, saya telah mencadangkan dan kita akan berikan untuk makluman semua Yang Berhormat, satu (1) tan setiap Pusat Khidmat YB-YB kita. Satu (1) tan baja organik kompos bukan sahaja kerana akan membantu petani di kawasan masing-masing tetapi juga menggalakkan, mengurangkan pencemaran sebab ia adalah baja kompos yang organik.

Jadi 1 tan setiap Pusat Khidmat akan kita akan agihkan kita akan dapatkan nama-nama ataupun yang hendak kita bekalkan, kita akan hantar terus ya. Kita akan hantar terus dan di kawasan-kawasan Pusat Khidmat kita yang berada di Dun yang petaninya lebih tinggi kita bagi 2 tan. Jadi ini akan pegawai-pegawai nanti akan menghubungi

pihak pejabat YB – YB semua, Yang Berhormat - Yang Berhormat semua untuk dihubungi untuk diserahkan bantuan ini untuk kegunaan warga petani kita, terima kasih.

Timbalan Speaker

Hulu Kelang .

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih kerana memberi 2 tan baja kompos. Memang berkesan baja itu pakai di lembah-lembah Hulu Kelang. Cuma kita nak, bila dia datang 1 tan, dilonggok kita tak dapat nak manage iaitu hujan cair kalau boleh kita buat dalam tahap-tahap ya. Boleh bertahap.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebab itu saya sebut tadi, kita akan dapatkan nama-nama yang penerima itu. Pusat Khidmat, Yang Berhormat – Yang Berhormat kena sediakan nanti kita akan menghubungi kita hantar terus ke ladang mereka ke kebun mereka. Saya tidak akan longgok di depan Pejabat Pusat Khidmat Yang Berhormat semua tapi kita jadikan ini, petang ini kita buat pelancaran habis selesai Sidang untuk supaya kita war-warkan tingkatkan kesedaran penggunaan baja-baja organik iaitu baja-baja kompos ini kerana dia bukan sahaja murah berkualiti mengandungi mikrob lagi dalamnya EM dan juga dalam masa sama tidak mencemarkan alam sekitar kita terutamanya air kita sebab benda itu akhirnya pergi ke sungai. Jadi kalau kita dapat galakan dan kita mempunyai stok yang besar di kilang kita di di Sabak Bernam di bawah PKPS. Yang boleh kita war-warkan penggunaannya secara meluas di Negeri Selangor. Terima kasih.

Soalan Tambahan .

Timbalan Speaker

Sijangkang .

Terima kasih Timbalan Speaker. Bermakna pada tahun ini perancangan untuk menggunakan tanah kerajaan yang terbiar untuk program tanaman ni kita belum mula tanam lagi lah. Cuma dalam masih dalam kajian. Adakah ianya mengikut priority food security ya kepada mereka-mereka yang nak mengusahakan ataupun terpulang kepada mereka untuk menanam apa juga jenis tanaman cuma, Kerajaan menyediakan atau memberikan peluang untuk menggunakan tanah kerajaan terbiar.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Untuk makluman juga di bawah pelan transformasi Agro ini apabila kita meletakkan dasar pertama kita ialah pengeluaran yang bernilai tinggi. Jadi kita mengenal pasti sebagai contoh untuk tanaman bagi untuk tanaman ada 12 jenis tanaman yang bernilai tinggi yang kita tetapkan. Yang telah kita kenal pasti yang kita mempunyai kepakarannya. Saya bagi contoh antaranya kalau Nenas tu MD2. MD2 ini adalah Nenas yang bernilai tinggi, harganya pun satu kilo dalam RM6 – RM5. Jadi pengeluarannya tinggi, supaya tanah kita sebab tanah Selangor mahal. Kalau kita

menggunakan pertanian itu, pertanian yang tidak bernilai tinggi sukar untuk mereka nak mempertahankan tanah itu. Jadi sebab itu kita pergi dengan kaedah moden, menggunakan produk tinggi. Kalau kita sebut Nangka itu, J33. Kalau kita sebut mengenai Melon, High Value Melon bukan Rock Melon. Rock Melon ni murah, RM3. Kita ada Melon yang RM6 / RM8 sekilo dan untuk makluman juga bulan Februari kita dah siap benih untuk tanaman Negeri Selangor. Khas nama Negeri Selangor nanti kita dah tiga (3) tahun kita minta buat research, kajian mengenai benih untuk melon, betik dan juga jagung yang akan diberi nama atas nama Negeri Selangor. Masih kita fikir lagi nama belum ada lagi tapi dah produk tu dah ada, benih tu yang kita akan letakkan di bawah PKPS.

Jadi antara usaha ini ialah kita juga termasuk sama juga dalam ternakan. Kita ada jenis-jenis ternakan tertentu yang kita kenal pasti berkualiti tinggi contoh kalau kambing tu Black Belly Barbados, hah! ini yang kita nak .yang kita akan, supaya dia memberikan pulangan yang tinggi kepada para petani kita dalam masa yang sama juga memberikan produk yang berkualiti pada Negeri Selangor.

Juga dalam akuakultur, udang harimau kita organik. Udang putih kita, ini semua adalah produk-produk yang bernilai tinggi yang kita akan terus memperkenalkan dan tingkatkan dan perluaskan di Negeri Selangor. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sementa .

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Tadi disebut oleh Yang Berhormat EXCO bahawa Kerajaan memberikan peluang untuk menggunakan tanah-tanah terbiar Kerajaan Negeri juga tanah-tanah GLC dan juga tanah-tanah daripada Agensi seperti JPS dan apa rizab Sungai semua ni. Jadi saya ingin tahu, bagaimanakah petani ini, apa ini untuk nak memohon tanah-tanah milik GLC ini atau pun tanah-tanah milik Agensi dan tanah-tanah milik Kerajaan, dan apakah jenis pertanian yang mereka boleh tanam di tanah tersebut. Sekiranya ianya tanah GLC berapa lama mereka boleh memajak tanah tersebut dan jenis pertanian yang dibolehkan. Terima kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Sebenarnya untuk maklumat juga berhubung dengan bagaimana kaedahnya, sebagaimana yang saya sebutkan tadi, tanah-tanah ini dia melibatkan GLC dan juga tanah Kerajaan. Sebagai contoh untuk GLC, PKNS kita dalam dalam peringkat terakhir di Broga ada lebih kurang 400 ekar. Kemudian MBI Sepang ada 64 ekar saya sebut tadi di Bukit Labu. Dia ada beberapa tempat ini yang merupakan tempat kita dalam peringkat akhir dan kaedah yang kita amalkan ialah di tempat ini ialah sebahagiannya kita akan beri pada

syarikat yang establish yang mana syarikat yang mempunyai rekod yang bagus dalam pertanian dan kita wajibkan 30% daripada tanah yang dia, yang kita beri itu untuk dibangunkan untuk pembangunan Agropreneur Muda atau Agropreneur Baru dan kita bagi keutamaan pada warga tempatan di situ yang berdekatan. Dan mereka kita buka permohonan sama ada melalui... melalui apa Jabatan-Jabatan di bawah Pertanian ataupun melalui Anak-Anak Syarikat kita, terutamanya PKPS. Sekarang pun PKPS menerima banyak dah permohonan untuk Bukit Changgang dan kita akan buka secara terbuka untuk kita buat penilaian dan mereka ini dibimbing ya. Sebab apa, kita tahu kejayaan dalam membangun Pertanian Moden ini bukan mudah. Kosnya tinggi jadi kita memerlukan modal yang agak besar di peringkat awal tetapi in the long run, dalam jangka panjang menguntungkan Pertanian Moden ini. Kawasan kecil, hasil tinggi dan juga kawalan serangga, penyakit pun mudah dibuat. Jadi mereka akan bimbing setahun, dua tahun, tiga tahun sehingga mereka berjaya bukan sahaja dalam pengeluaran tetapi juga dalam pemasaran. Yang ini yang kita buat kaedah mentor mentee ini kita telah mula laksanakan di Fruit Valley untuk penanam Melon di sana, dan alhamdulillah nampak berjalan dengan baik dan kita akan perluaskan di banyak tempat ini dan melibatkan semua kawasan-kawasan pembangunan pertanian ini untuk memastikan kejayaan dalam bidang pertanian ini. Terima kasih.

Soalan seterusnya .

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya, Ijok.

Terima kasih .Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan Ijok No.133.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 133. Masalah LalatQuestions

133. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah usaha tegas yang telah diambil oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor ke atas pengusaha-pengusaha ayam yang menimbulkan masalah lalat ?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, sehingga Oktober 2021, sebanyak 32 ladang ternakan ayam telah diperiksa hasil daripada aduan kacauganggu lalat dan bau

yang diterima oleh jabatan. Berikut merupakan perincian bagi pencapaian sehingga Oktober 2021 seperti dibawah :

Bulan Jumlah Pemeriksaan Januari 2 Februari 1 Mac 2 April 1 Mei 17 Jun - Julai 2 Ogos 2 September 4 Oktober 1 Jumlah 32 ladang

Berdasarkan rekod pencapaian, daripada 32 ladang yang diperiksa, 3 ladang telah dikenakan tindakan sitaan penutupan kerana kegagalan pihak ladang menguruskan kebersihan ladang, beroperasi tanpa lesen sehingga gagal mengawal kacau ganggu lalat yang berpunca daripada premis. Sebanyak 49 notis telah dikeluarkan kepada semua pengusaha premis, 18 kompaun kesalahan melibatkan kesalahan kacauganggu yang dilakukan oleh pengusaha ladang ayam telah dikeluarkan kepada pengusaha ladang ayam yang ingkar akan arahan notis kompaun yang diberikan.

Soalan tambahan

Timbalan Speaker

Ijok.

Terima kasih. Ini masalah lalat ialah masalah alam sekitar dan kesihatan. Di kawasan saya di Parit Mahang itu ada pengusaha ayam. Saya nak tanya apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor, kita ada masalah macam dari perubatan, kita ada masalah. Apa kita nak bantu untuk mereka mengatasi masalah. Adakah Kerajaan Negeri Selangor ada usaha untuk mengenal pastikan pengusaha-pengusaha ayam yang terbaru yang bersih separa semacam negeri, negara maju. Ini tidak, mereka asyik kompaun, tutup tetapi 6 bulan masalah itu timbul balik. Ini Ijok nak tanya adakah usaha yang termoden, terkini untuk membantu usaha-usaha ayam sebab sekarang pun dalam akhbar pun, kita pun ada masalah ayam.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik. Ya. Nak satu-satu ke semua sekali?

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Saya tanya dulu sebab sama lebih kurang.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Sungai Pelek ada beberapa bahagian ke?

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Biar saya tanya dahulu boleh? Boleh?

Timbalan Speaker

Sungai Pelek

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Okay. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Sungai Pelek pun mengalami masalah yang sama, lalat kerana pun ada ladang ayam. Saya sendiri bersama dengan pegawai dan expert sudah masuk. Rupa-rupanya lalat ini, dia datang kerana tahi ayam. So, kalau ada regularly dengan izin, ada clear ataupun bersihkan tahi ayam itu, problem lalat akan menurun. Jadi, saya setuju dengan Ijok kalau bagi kompaun sahaja itu bukan cara yang berkesanlah. Cara lebih baik ialah pemantauan supaya semua pemilik ladang ada buat benda macam itu yang saya katakan tadi. Jadi, kerana kerja itu masalah lalat di Sungai Pelek sudah kurang sedikit. Terima kasih.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat .

Timbalan Speaker

Jeram .

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih. Saya dengar jawapan yang, untuk soalan yang pertama tadi. Usul tegas yang diambil oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor ke atas pengusaha-pengusaha ayam ini, Yang Berhormat EXCO bagi tahu dalam 38 ke 48 pengusaha itu, adakah ia di dalam kawasan Kuala Selangor? Setahu saya, tidak adalah satu jumlah yang besar pengusaha yang begitu ramai. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik. Ladang Ternakan Ayam ini merupakan satu industri yang sangat penting di Malaysia untuk memastikan pembekalan daging ayam dan juga telur ayam itu mencukupi. Jadi kita harus cari satu kaedah untuk memodenkan ternakan ayam ini. Jadi bagi permohonan-permohonan baru atau pemutihan reban ayam, Kerajaan Negeri dan MPKS hanya membenarkan dan meluluskan reban-reban ayam yang berkonsep tertutup sahaja boleh dipertimbangkan. Dan ini untuk dipertimbangkan dan untuk diluluskan dengan pematuhan syarat-syarat agensi teknikal lain yang berkaitan. Dan tadi Yang Berhormat Sungai Pelek juga menyebutkan bahawa kita tidak sepatutnya bagi kompaun sahaja dan kita perlu adakan pemantauan.

Sebenarnya, pemberian kompaun ataupun pemberian notis itu juga merupakan satu tindakan pemantauan. Kalau kita tak pergi buat pemantauan, bagaimana kita tahu

keadaan itu tidak teratur dan kita boleh beri kompaun. Jadi pemantauan itu akan diteruskan dan bagi permohonan baru, Kerajaan Negeri menggalakkan kaedah penternakan yang baru atau pun Modern Chicken Farming. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat belum jawab lagi soalan saya yang 38 ke sebut tadi 38 ke 48 tadi? Yang apa itu...

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Menurut.. menurut...

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Adakah di Daerah Kuala Selangor atau pun di seluruh Selangor .

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Menurut statistik yang diberi oleh Kuala Selangor, pemeriksaan telah di adakan di sebanyak 30 ladang ladang ternakan ayam di kawasan Kuala Selangor.

Timbalan Speaker

Baik, soalan seterusnya Kuala Kubu Baru

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya, 134.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 166. Kediaman Rumah Di Hutan SimpanQuestions

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

166. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor terhadap rumah kediaman yang dibina dalam kawasan hutan simpan.

b)

Nyatakan jumlah rumah kediaman berada di dalam HS Bukit Tarek dan cara-cara penyelesaian setelah laporan media dan 2 menteri membuat kenyataan terhadap perkara ini.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, secara umumnya, tiada sebarang struktur boleh dibina di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Perkara ini adalah selaras dengan Seksyen 32, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan

Negeri Selangor 1985 (Pindaan 2018). Jika terdapat mana-mana orang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 32 ini, maka boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit (RM100,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam (6) bulan tetapi tidak melebihi sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya. Justeru itu, tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor terhadap rumah kediaman yang dibina dalam kawasan hutan simpanan kekal yang tidak mendapat kebenaran oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah seperti berikut:-

i. Mengenakan notis pemberitahuan untuk mengosongkan kawasan hutan simpanan kekal dalam tempoh yang ditetapkan;

ii. Mengambil tindakan tegas secara undang-undang sekiranya kawasan tidak dikosongkan;

iii. Menjalankan operasi memusnahkan binaan atau tanaman tanpa kebenaran yang terdapat di dalam kawasan hutan simpanan kekal; dan

iv. Memulihkan kawasan yang terlibat dengan kaedah yang bersesuaian seperti pemulihan struktur tanah, membaiki sistem pengairan/hidrologi, penanaman pokok-pokok hutan dan sebagainya.

Untuk menjawab soalan yang kedua tentang rumah kediaman yang berada dalam Hutan Simpan Bukut Tarik. Isu rumah kediaman yang didakwa berada di dalam Hutan Simpan Bukit Tarik seperti dilaporkan di dalam media akhbar Utusan Malaysia pada Oktober 2021 yang lalu masih dalam penelitian lanjut Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Hal ini memerlukan semakan bersama pihak Jabatan Ukur dan Pemetakan Malaysia iaitu JUPEM Negeri Selangor dan Pejabat Tanah dan Daerah yang terlibat. Kawasan kampung yang dimaksudkan dalam perkara ini adalah Kampung Muhibah ataupun Kampung Melayu Bukit Tarik, Mukim Hulu Yam, Daerah Hulu Selangor.

Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi daripada Pejabat Daerah Tanah dan Daerah Hulu Selangor, kawasan kampung ini telah pun diluluskan pemberi milikan bagi tujuan pertanian melalui MMKN ke-9/2004 iaitu 18 tahun yang lepas. Kawasan ini dikenali sebagai kawasan pertanian Kampung Muhibah, Mukim Hulu Yam yang turut tersenarai dalam projek Dusun Muklis, Pejabat Daerah Pertanian Hulu Selangor. Hasil semakan kini terdapat 227 lot telah pun didaftarkan hak milik. Dan hanya sebanyak lebih kurang 33 lot telah pun, plot sahaja yang terdapat bangunan separuh kekal ataupun kekal. Keseluruhan keluasan kawasan ini adalah seluas 259.434 hektar yang meliputi 228 plot pertanian. Merujuk kepada kertas ringkasan MMKN ke-9/2004 tersebut. Kawasan Kampung Muhibah ni adalah Tanah Simpanan Hutan yang telah dibatalkan melalui WKNS 535-4 penandaan pada pelan pembangunan tersebut juga menandakan Bukit Tarik Forest Reserve Park Revoke GN3.48-34 dan juga Park Revoke GN353-50. Justeru itu Jabatan Pertanian Negeri Selangor akan

melaksanakan penelitian lanjut dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk tindakan yang sewajarnya. Sekian.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya. Jeram.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih, Tuan Timbalah Speaker. Soalan saya 135.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 135. Pembangunan Menyeluruh Kawasan Parlimen Kuala SelangorQuestions

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

135. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-Bagaimanakah Kerajaan Selangor dapat membantu Kuala Selangor yang telah dinaik taraf sebagai Perbandaran namun "Indah dan Bersejarah" hanya tertumpu di kawasan Bandar Kuala Selangor sahaja?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Pembangunan Daerah Kuala Selangor secara keseluruhannya adalah berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor 2025 yang telah diwartakan. Sebarang pembangunan yang dicadangkan perlu mematuhi dan selaras dengan zon guna tanah yang telah dicadangkan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi pembangunan yang lebih menyeluruh, pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor kini sedang dalam proses penggantian rancangan tempatan kepada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2035 dan kerja-kerja mobilisasi telah dimulakan untuk diselaraskan dengan kenaikan taraf MDKS kepada MPKS serta dasar-dasar terkini oleh pihak berkuasa negeri. Oleh itu orang awam dan ADUN tempatan di alu-alukan untuk membuat semakan serta mengemukakan cadangan dan pandangan dalam program publisiti dan penyertaan awam draf rancangan yang berkenaan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Seterusnya Dengkil, tidak hadir.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Tuan Timbalan Speaker memandangkan Dengkil shift petang hari ini, jadi dia minta saya mengambil mengguna pakai Peraturan Tetap 24(2) minta izin soalan 136.

Timbalan Speaker

Tu sangkaan jahat tu.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Boleh?

Timbalan Speaker

Sangkaan jahat tu.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sorry?

Timbalan Speaker

Shift petang?

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Shift petang. Dia shift petang.

Timbalan Speaker

Sangkaan jahat tu. Saya benarkan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 136. Semakan Status Isu Memorandum Of Transfer (MOT) Taman Putra PerdanaQuestions

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

136. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah status baki enam plot yang masih belum dipindah milik selepas perbincangan Pejabat Daerah Tanah Sepang dengan pemaju?

b)

Apakah status tanah bagi kemudahan awam dalam plot kawasan yang masih belum selesai status dipindah milik?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Masih lagi rapat walaupun dah different party. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Boleh tukar-tukar shift. Untuk maklumat Yang Berhormat Jeram yang mewakili Dengkil, pertanyaan ini adalah berkenaan dengan Memorandom of Transfer ataupun MOT bagi Taman Putera Perdana. Untuk yang maklumat Yang Berhormat, PTGS Selangor telah mengadakan pertemuan bersama dengan pemaju berkaitan nilai premium bagi baki enam plot Pembangunan Putera Perdana pada 2 April 2021. Susulan daripada itu pihak Talam telah memaklumkan melalui surat bertarikh 24 Mei 2021 bahawa pihaknya tidak berkemampuan membayar premium berdasarkan nilaian semasa, penilaian tahun 2012, 2008 mahupun 2002 kerana terlalu tinggi. Perbincangan Pentadbir Tanah Sepang bersama Y.B. Tuan Borhan bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi dan Adat Melayu, Kebudayaan dan Warisan telah diadakan pada 2 November yang lalu bagi mencari penyelesaian isu ini dan seterusnya mengangkat Kertas untuk Pertimbangan MMKN. Untuk soalan (b),

Pengarah Tanah dan Galian Selangor telah meluluskan permohonan penyerahan sebahagian tanah bagi kegunaan awam di bawah Seksyen 200 Kanun Tanah Negara ke atas hak milik PN 39254 Lot 14004 (Plot E) Mukim Dengkil, Daerah Sepang oleh Cekap Mesra Development Sdn Bhd (Pemegang surat kuasa wakil kepada Continental Height Development Sdn. Bhd.) pada 6 Mei 2021. Tapak awam yang diserah dengan bersyarat adalah seperti berikut: -

Yang pertama Tapak pencawang pembahagi utama seluas 0.56 ekar dan pencawang elektrik seluar 0.21 ekar dengan TNB perlu memohon pemberimilikan yang dikenakan syarat-syarat dan bayaran selaras pekeliling PTGS Bil.11/2010. Yang kedua Tapak Masjid seluar 2.69 ekar, kawasan lapang 1.29 ekar dan simpanan jalan seluas 0.92 ekar yang diwartakan di bawah Seksyen 62 KTN atupun Kanun Tanah Negara. Yang ketiga Tapak Balai Bomba seluas 2.84 ekar. Balai Polis seluas 2.93 ekar dan Pejabat Pos seluas 0.95 ekar dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) perlu mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 76 KTN ataupun Kanun Tanah Negara. Yang Keempat Tapak tangki air seluar 0.64 ekar dan rumah pam seluas 0.17 ekar dengan Air Selangor dikehendaki memohon pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara. Inilah diantara saudara-saudara kemudahan infrastruktur yang telah disyaratkan bagi pembinaan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya. Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Soalan saya 137. Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 137. Pembinaan Dewan Orang RamaiQuestions

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

137. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah maklumat terkini berkaitan pembinaan dewan orang ramai di Dun Tmn Templer?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker dan Yang Berhormat Templer, sebenarnya soalan ini saya telah Yang Berhormat Templer telah bangkitkan dalam perbahasan Yang Berhormat. Dan juga saya telah jawab semasa penggulungan saya. Jawapannya adalah terdapat dua perancangan pembinaan dewan orang ramai di DUN Taman Templer, yang pertama Dewan Setia Eco. Dewan ini terletak di kawasan Setia Eco Templer di mana pemaju yang terlibat membangunkan tapak ini adalah Setia Eco

Templer dan tapak dewan ini berkeluasan 1.03 ekar yang akan dilengkapi dengan kompleks komuniti 1 tingkat berserta 2 buah gelanggang badminton. Pembangunan dewan ini akan dibangunkan bersekali dengan pembangunan Rumah Selangorku. Walaubagaimanapun, pihak MPS memohon pihak pemaju untuk menyegerakan pembangunan dewan tersebut bagi memenuhi kehendak komuniti kawasan Templer. Dan berdasarkan maklum balas Pemaju Setia Eco Templer, dewan akan mula dibina pada Februari 2022 dan dijangka akan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Selayang pada Julai 2023. Dan kedua adalah Dewan atau Kompleks Komuniti Bandar Baru Selayang: Dewan ini terletak di kawasan Bandar Baru Selayang bersebelahan medan selera MPS. Tapak merupakan tanah simpanan kerajaan yang boleh diakses melalui Persiaran 2. Pihak Majlis Perbandaran telah mengemukakan surat permohonan perizaban tanah kerajaan sebagai tapak dewan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak pada 4 April 2021. Dan apak dewan ini berkeluasan 2.5 ekar, akan dibangunkan kompleks komuniti yang dilengkapi dengan gelanggang badminton, tadika dan bilik fail MPS. Status semasa tapak dewan ini adalah Majlis Perbandaran Selayang masih belum menerima kelulusan pewartaan daripada Pejabat Tanah Gombak bagi tujuan tapak dewan. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya.

Tuan Timbalan Speaker, izinkan saya membawa Peraturan Tetap 24...

Timbalan Speaker

Saya belum panggil lagi Sementa. Hulu Bernam ya.

Izinkan saya membawa Peraturan Tetap 24(2) Soalan 138.

Timbalan Speaker

Baik.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 138. Golongan Miskin Bandar Dan Ibu TunggalQuestions

Datuk Rosni binti SoharUMNO · BNHulu Bernam

138. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan statistik terkini keluarga miskin bandar dan ibu tunggal yang ada di Selangor mengikut daerah.

b)

Nyatakan usaha Kerajaan Negeri bagi membantu golongan ini untuk menaiktaraf kehidupan mereka melalui program-program yang telah dirancang.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sementa yang mengambil soalan. Tuan Speaker, JKM tidak mempunyai data yang berfokus keluarga miskin dan ibu tunggal. Namun begitu statistik terkini bantuan yang tergolong di dalam kategori ini adalah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dan Bantuan Am Negeri (BA). Sehingga Oktober 2021, terdapat 4,205 kes penerima BKK dengan perbelanjaan RM14,694,700.00 dan terdapat 5,261 kes BA dengan perbelanjaan sebanyak RM10,966,900.00. Tuan Timbalan Speaker sebagai kerajaan negeri yang berpaksikan peduli rakyat pelbagai program IPR dan perancangan telah disusun untuk membantu golongan keluarga miskin bandar dan ibu tunggal. Seperti mana yang kita tahu, salah satunya Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang akan berkemungkinan akan bertukar kepada BINGKAS pada tahun 2012 untuk membantu kaum ibu yang keluarganya berpendapatan RM 2,000 ke bawah atau para ibu dari golongan B40 di mana mereka yang menerima bantuan kewangan bagi pembelian keperluan asas menggunakan Kad KISS dengan had RM200 sebulan. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan 5,000 kuota Kad KISS hanya untuk ibu tunggal dan data terkini sehingga Oktober 2021 yang telah menerima bantuan adalah sebanyak 1,661 orang. Selain itu, program seperti Kad Peduli Sihat juga mensasarkan untuk membantu keluarga miskin termasuk ibu tunggal dalam mendapatkan rawatan klinik & hospital secara percuma dengan had pembiayaan RM 200 setahun bagi kategori individu dan RM 500 setahun bagi kategori keluarga mengikut jenis rawatan asas. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pelbagai program Inisiatif Peduli Rakyat yang terdiri daripada 33 program seperti Skim Air Percuma, Bas Smart Selangor Percuma, Internet Percuma dan banyak lagi.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dimana berdasarkan rekod dari 2008 hingga 2021 seramai 5,035 orang telah menerima bantuan peralatan atau mesin dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM16,697,203.10. Manakala yang terbaru adalah penubuhan Program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-SEED) pada Mac 2021 juga memberi fokus dalam memperkasakan sektor ekonomi bagi masyarakat India dalam kumpulan B40. Tidak lupa juga pelaksanaan Pemberian Bantuan Baucar Bersempena Perayaan atau lebih dikenali sebagai Program Jom Shoppping Perayaan telah dilaksanakan sejak 2012 dengan peruntukan sebanyak RM8 juta setiap tahun dimana setiap keluarga yang kurang berkemampuan akan menerima baucar untuk pembelian barangan keperluan bernilai RM100 bagi pembelian barangan keperluan di pasar raya terpilih. Selain itu, kita sedar

dalam menghadapi pendemik COVID-19, kerajaan negeri telah mengeluarkan satu peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 kepada semua DUN dibawah Pakej Kita Selangor 2.0 bertujuan untuk melaksanakan Program Bakul Makanan kepada satu, semua rakyat negeri Selangor yang terjejas akibat penularan COVID-19 ini. Akhir sekali, kerajaan negeri juga bersedia untuk terus mengkaji dan membuat penambahbaikan serta menyediakan program-program baru pada masa akan datang yang akan memberi manfaat kepada rakyat di Selangor dengan peruntukan sedia ada.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Yang Berhormat Speaker.

Timbalan Speaker

Ya.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Ya.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Tadi dikatakan bahawa 5000 kuota untuk ibu tunggal ditawarkan kepada ibu tunggal di negeri Selangor.

Difahamkan 1,661 penerima, ini bermakna masih ramai lagi kekosongan yang tidak mengisi peluang tersebut. Apakah masalah-masalah yang menyebabkan ianya berlaku sedemikian. Sedangkan di pejabat kami DUN-DUN terutamanya DUN Bebas, sering dikunjungi oleh ibu-ibu tunggal kerana sebelum ini kami menguruskan hal-hal yang seumpama ini dan masa ini kami tidak menguruskan peluang-peluang yang ditawarkan oleh Kerajaan ini kepada ibu tunggal. Dan saya yakin bila kami masih diberikan peluang dan ruang untuk membantu merealisasikan hasrat yang baik daripada Kerajaan ini, ia akan dapat dipenuhi, terima kasih.

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali. Sebenarnya kita semua sedar bahawa memang banyak ramai di luar sana ada ibu tunggal. Namun begitu apabila membuat permohonan mereka perlu mengesahkan bahawa mereka benar-benar ibu tunggal dengan ada proper divorce atau setidak-tidaknya ada dokumen-dokumen sampingan untuk mengesahkan pendapatan dan juga kadar ibu tunggal itu. Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, perlu diingatkan di sini disebabkan program baru akan menjelma, BINGKAS nanti di semua akan diselaraskan dengan kadar nanti, terima kasih.

Timbalan Speaker

Baik soalan seterusnya Sentosa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 139.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 139. Kebajikan Bagi Warga OkuQuestions

139. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : -

a) Berapakah jumlah bilangan golongan OKU berdaftar di DUN Sentosa? b) Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah gelandangan di Selangor?

c) Apakah tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan warga emas dan OKU yang tidak layak untuk bantuan kebajikan selain SMUE?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Yang Berhormat Sentosa bertanya mengenai bilangan OKU yang berdaftar di DUN Sentosa dan untuk makluman Yang Berhormat, daripada jumlah keseluruhan 99,897 Orang Kurang Upaya di Negeri Selangor. Seramai 1,426 orang adalah OKU berdaftar di DUN Sentosa. Kategori OKU yang paling ramai berdaftar di DUN Sentosa ialah OKU fizikal 641 orang iaitu 45% daripada jumlah OKU berdaftar di DUN Sentosa. Lain-lain jumlah OKU pembelajaran 397, OKU penglihatan 113, OKU mental 109, OKU pelbagai 85, OKU pendengaran 75 orang, OKU pertuturan 6 orang, menjadikan 1,426 orang dalam DUN Sentosa.

Yang Berhormat Sentosa juga bertanya mengenai bagaimana Negeri Selangor mengatasi masalah gelandangan di Selangor. Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, sentiasa prihatin berhubung isi gelandangan di Selangor. JKM adalah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam menguatkuasakan Akta Orang Papa 1977 atau Akta 183 di mana peranan Jabatan adalah untuk menyelamatkan orang PAPA dalam kalangan warga negara seperti orang berpelesiran dan pengemis. Orang PAPA yang mempunyai waris akan diserahkan semula kepada waris atau penjaga dan bantuan kewangan secara bulanan akan diberikan sekiranya memenuhi kelayakan. Manakala bagi kes Orang PAPA yang tiada waris atau pun penjaga, golongan ini akan ditempatkan di Pusat Jagaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau Institusi Kebajikan.

Pihak JKM sentiasa membuat rujukan kes kepada agensi lain yang berkaitan seperti Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Agama Islam Negeri, agensi Antidadah Kebangsaan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Sekiranya kes-kes tersebut memerlukan bantuan-bantuan lain seperti bantuan kewangan, bantuan sewa rumah, bantuan pekerjaan dan lain-lain bantuan yang bersesuaian, selain turut menyediakan perkhidmatan kaunseling pada kes yang memerlukan. Kes Orang PAPA bukan warga negara adalah di bawah bidang Jawatankuasa Imigresen untuk tindakan selanjutnya. Manakala bagi kes-kes Orang PAPA yang berpenyakit mental adalah tertakluk di bawah Akta Kesihatan Mental 2001.

Untuk soalan seterusnya, Yang Berhormat Sentosa bertanya sama ada Kerajaan Negeri membantu golongan warga emas dan OKU yang tidak layak untuk bantuan kebajikan selain SMUE. Bagi membantu golongan warga emas dan OKU yang tidak layak untuk bantuan kebajikan selain Skim Mesra Usia Emas, disediakan oleh Kerajaan Negeri. JKM Selangor turut menyediakan skim-skim bantuan kewangan untuk manfaatkan oleh golongan ini seperti berikut. Pertama elaun pekerja Orang Kurang Upaya (POKU), elaun OKU dengan kadar RM450 sebulan dipertimbangkan kepada OKU yang sedang bekerja yang pendapatannya kurang daripada RM1,500 sebulan. Sebagai insentif supaya mereka terus bekerja. Kedua bantuan Orang Kurang Upaya tidak berupaya bekerja BTB dengan kadar RM300 sebulan dipertimbangkan kepada OKU yang tidak berupaya bekerja kerana keadaan kecacatan mereka yang teruk dan tidak berupaya bekerja.

Ketiga bantuan penjagaan Orang Kurang Upaya terlantar dan pesakit kronik terlantar (BPT) dengan kadar RM500 sebulan, dipertimbangkan kepada penjaga OKU terlantar atau pun pesakit kronik terlantar bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan keluarga penjaga serta memastikan penjagaan yang berkualiti. Keempat bantuan alat tiruan atau sokongan dengan kadar sebenar alat tiruan sokongan tersebut bagi membantu kumpulan sasar JKM yang tidak berkemampuan untuk membeli alat tiruan atau alat sokongan seperti kaki palsu, kerusi roda, alat pendengaran dan lain-lain alatan yang bersesuaian yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan.

Kelima ialah Bantuan Warga Emas (BWE) dengan kadar RM 500 sebulan dipertimbangkan kepada warga emas yang tidak mempunyai pendapatan untuk meneruskan kehidupan harian. Dan keenam, bantuan am Negeri dengan 3 kadar iaitu RM 250 atau RM 300 atau RM 350 sebulan dipertimbangkan kepada keluarga miskin dan kumpulan sasar lain yang memerlukan. Sekian terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Sentosa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO untuk jawapan yang cukup

lengkap, banyak program-program yang telah dirancang dan telah dinyatakan kepada warga Selangor terutamanya golongan OKU. Soalan saya mungkin agak pelik tetapi saya hendak tanya, berkenaan dengan program-program yang kita, adakah kita ada program-program untuk Orang Kurang Upaya Transvestite yang memang di Selangor ini banyak warga Selangor mengalami masalah ini. Mereka pun boleh dikatakan Orang Kurang Upaya tetapi tidak ada satu program untuk golongan ini. Terutamanya banyak golongan ini yang tidak boleh dapat kerja kerana masalah nama. Dan juga banyak yang hadapi masalah-masalah yang transvestite atau kawan saya bagi nama istilah pondan tapi i ingat bahasa itu tidak mungkin, bahasa kasar. Tetapi saya pun tidak tahu nama lain, ada atau tidak tetapi, transgender okay. So, tetapi golongan ini perlukan bantuan, mungkin Yang Berhormat EXCO boleh fikirkan sesuatu program untuk golongan ini supaya kita juga boleh membawa atau pun sedikit perubahan untuk mereka, terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Memang tidak ada klasifikasi untuk OKU Transvestite ini. Jadi mungkin saya tidak tahu, mungkin kalau kita masuk bawah OKU Mental nanti ada orang yang tidak setuju ya. Cuma untuk saya katakan bahawa dalam bantuan-bantuan JKM ini, isu transvestite itu tidak pernah timbul. Kalau dia betul OKU dan dia memerlukan pertolongan yang semua saya sebut tadi, sudah pasti dia dah dapatkan. Tetapi kalau isu untuk memberi pertolongan daripada segi masalah ya, masalah mental mereka ini ya, boleh kita pertimbangkan dan saya akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Masyarakat dan juga dengan KPWKM kerana kita tahu isu maknyah, pondan, transvestite dan sebagainya adalah isu yang sangat kontroversi. Kalau kita diberi tanggungjawab menjaga rakyat ini, kita tidak kira itu semua, kita perlu memberi bantuan. Misalnya kalau bantuan kesihatan, whatever mereka ini, kita bagi. Cuma apabila perkara ini menjadi public knowledge, bagi setengah orang ini adalah persepsi yang perlu kita betulkan dalam negara kita ini adalah golongan-golongan yang saya kira adalah marginalize. Sekiranya diberi bantuan dan sokongan, ia akan melarat-larat ya, makna oh everybody tengok tidak ada masalah ini, kalau kita tranvestite. Ini adalah persepsi, I want to share with you dengan izin kerana sangat sensitif dan Kerajaan perlu bukan sahaja, bukan dasar sahaja kita perlu di Selangor memikirkan tetapi di peringkat seluruh negara, terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Terima kasih Timbalan Speaker, hendak tanya dengan Yang Berhormat EXCO, sikit penjelasan. Tadi disebutkan soal RM 500 kalau warga emas yang memang dah sakitlah, dia tidak mampu untuk uruskan diri dia, itu yang pertama. Itu yang kedua itu tadi, ada RM 500 untuk waris yang menjaga. Maksudnya RM 500 untuk warga emas dan RM 500 juga untuk waris yang menjaga, minta sedikit pencerahan.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Tidak. Yang Berhormat sekiranya ada OKU terlantar di rumah, dia tidak boleh keluar bekerja, dia terbaring. Sekiranya pembantu atau pun misalnya salah seorang anaknya ahli keluarga tidak dapat bekerja sebab hendak menjaga dia di rumah, diberi kepada anaknya untuk menjaga apa ini, OKU terlantar ini. Ya, memang ini berlaku provided anak itu, dia tidak boleh kerja disebabkan dan kena jaga yang terlantar itu. InshaAllah dia dapat.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya cuma hendak bertanya kita tahu banyak program akan diadakan oleh JKM dan saya rasa sangat bersyukur tetapi ada tak satu SOP atau pun time frame untuk dengan izin untuk meluluskan atau pun mendapat balasan daripada semua permohonan-permohonan ini, terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Baik, soalan yang agak khusus, saya pun terlupa, biasa saya mendapat taklimat bahawa mereka akan ada SOP tertentu. Untuk mendapatkan bantuan setelah mereka selesai membuat penyiasatan. Saya cuma hendak beritahu di sini Yang Berhormat sekalian, yang warga emas walaupun tidak ditanya, bagi saya kita semua patut tahu perkara ini. Banyak warga emas memohon untuk mendapat bantuan warga emas ini, duit BOT ini, Bantuan Orang Tua ini. Namun antara satu kriteria yang menjadi halangan mereka mendapat ialah apabila mereka mempunyai anak-anak yang bekerja ya, kalau kita lihat ini adalah satu perkara yang Jabatan Kebajikan Masyarakat sukar meluluskan bagi mereka warga emas yang ada anak-anak sepatutnya bertanggungjawab kepada mereka. Dan kalau misalnya memang ditinggalkan terus anak dan sebagainya, Yang Berhormat sekalian perlu membantu mereka untuk mendapatkan bantuan Orang Tua ini. Buktinya kena bukti dulu, anak di luar negara tak hantar balik dan sebagainya memang ada banyak dalam kriteria ini. Jadi saya harap Yang Berhormat semua merayu warga emas kita ini, perlu menanamkan kesedaran kepada anak-anak yang mereka perlu menjaga orang tua mereka ya. Mereka perlu menjaga orang tua mereka dan tidak merasakan bahawa boleh dilepaskan kepada Kerajaan untuk menjaga orang tua mereka, terima kasih. Y.B. Balakong nanti saya carikan SOP itu ya.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 140.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 140. Anak YatimQuestions

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

140. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : -

a) Berapa bilangan anak yatim dan yatim piatu di Negeri Selangor akibat COVID-19 dari Januari 2020 sehingga September 2021?

b) Sila nyatakan 3 DUN yang paling ramai anak yatim akibat COVID-19.

c) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Kampung Tunku bertanya mengenai anak yatim COVID-19 ya. Berapakah bilangan anak yatim dan yatim piatu di Negeri Selangor akibat COVID-19 dari Januari 2020 hingga September 2021. Maklumat yang kita ada ini adalah dari Jabatan Pendidikan dan maklumat tidak disatukan dengan ada yang Jabatan-jabatan Kebajikan Masyarakat. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang mendalam terhadap rakyat Malaysia khususnya murid sekolah yang telah kehilangan ibu bapa dan penjaga. Ramai yang telah menjadi anak yatim dan dalam rekod Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, murid sekolah di Negeri Selangor yang kini menjadi anak yatim piatu kerana kehilangan ibu dan bapa akibat COVID-19 adalah seramai 55 orang.

Manakala yang menjadi anak yatim adalah seramai 1,648 orang. Perincian maklumat tersebut adalah seperti saya ada di sini, panjang ini, setiap daerah akan dikepilkan bersama jawapan kepada Yang Berhormat ya. Setiap diberi mengikut daerah ya, sebab maklumat kita adalah melalui Jabatan Pendidikan Daerah ya.

Yang Berhormat Kampung Tunku juga bertanya mengenai data 3 DUN yang paling ramai anak yatim akibat COVID-19. Walau bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor tidak mempunyai data bilangan anak yatim atau anak yatim piatu akibat penyakit COVID-19 mengikut DUN. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor hanya merekodkan data secara keseluruhan dan bilangan mengikut pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Selangor sahaja. Dan antara 3 daerah yang mempunyai bilangan anak yatim tertinggi akibat COVID-19 ialah daerah Hulu Langat, Klang dan Petaling Perdana.

Soalan seterusnya mengenai apakah rancangan Kerajaan untuk membantu golongan ini. Kerajaan Negeri Selangor seperti biasa amat prihatin dan empati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 ini. Langkah sokongan Kerajaan melalui JKM dalam membantu kes kanak-kanak yang memerlukan penjagaan perlindungan dan pemuliharaan adalah seperti berikut. Pertama membuat pengesanan dan menjalankan siasatan latar belakang waris dan keluarga terdekat

atau mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk menjagakan kanak-kanak. Sekiranya tiada waris atau tiada orang yang layak dan sesuai dikenali, pasti untuk menjagakan kanak-kanak, mereka akan ditempatkan sementara di Institusi Perlindungan Kanak-kanak JKM.

Kedua, langkah susulan JKM bagi kes kanak-kanak yang memerlukan penempatan tetap, adalah berasaskan prinsip kepentingan terbaik bagi kanak-kanak. Pemeliharaan kanak-kanak berasaskan keluarga dan kemasukan ke institusi sebagai langkah terakhir. Setakat ini semua kes anak yatim piatu akibat COVID-19 di Selangor dijaga oleh waris terdekat masing-masing.

Selain itu sokongan sosiologi dan pemantauan kes kanak-kanak dan keluarga yang berisiko tinggi juga dilakukan oleh Pelindung Kanak-kanak dengan dibantu oleh pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah (PKKD). Terdapat 11 PKKD di Negeri Selangor dengan keanggotaan seramai 77 orang individu, sukarela iaitu purata 7 orang di setiap daerah. Ahli PKKD ini dipilih dari pelbagai latar belakang yang bersesuaian untuk membantu JKM dan dilantik oleh Menteri di bawah Akta Kanak-kanak 2001 untuk tempoh selama 3 tahun.

Seterusnya bagi kes yang memerlukan bantuan kewangan, JKM menyediakan bantuan kanak-kanak atau BKK. Bantuan Anak Pelihara (BAP) atau Bantuan Am Negeri (BA). Mengikut kelayakan bantuan secara bulanan sehingga Oktober 2021, terdapat 4,205 kes penerima BKK dengan perbelanjaan RM14,694,700.00 dan 108 kes BAP dengan perbelanjaan RM329,250.00. Manakala terdapat 5,261 kes BA (Bantuan Awam) ya, dengan perbelanjaan Bantuan Am dengan perbelanjaan sebanyak RM10,966,900.00. Dalam situasi kanak-kanak atau keluarga yang menghadapi krisis, JKM juga menawarkan sokongan psikologi dan kaunseling bagi mendengar permasalahan client dan mengadakan intervensi untuk mengurangkan tekanan emosi atau mendapatkan isolasi yang sesuai dengan client. Sehingga Oktober 2021, sebanyak 1,737 kes sokongan psikologi dan kaunseling telah dikendalikan oleh JKM Selangor.

Bilangan kes anak-anak yatim akibat COVID-19 di Selangor yang disantuni oleh JKM ya, menerima bantuan kebajikan adalah seramai 29 orang. Selain itu Kerajaan Negeri baru-baru ini melalui Belanjawan 2022 yang lalu, yang baru berlalu, telah mengumumkan akan melaksanakan bantuan anak yatim COVID-19 dengan peruntukan sebanyak RM1.25 juta. Bantuan kewangan ini akan memberi manfaat kepada 2,500 anak-anak yatim di seluruh Negeri Selangor yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 dengan bantuan kewangan sejumlah RM500 seorang. Kerajaan Negeri juga akan menyelaras dengan agensi seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta unit-unit lain bagi tujuan seperti pengurusan harta pusaka, penjagaan anak-anak serta bantuan kesihatan dan juga sokongan emosi, sekian terima kasih.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan saya yang pertama ialah apakah sebab data anak yatim dan anak yatim piatu ini dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor tidak disatukan dengan JKM. Itu pertama, dan soalan kedua mengenai keluarga dalam krisis sokongan yang mendapat sokongan psikologi dan intervensi. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk dengan izin, sink dan into Selangor Mental Sihat iaitu SIHAT, terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Seadanya Jabatan Pendidikan Negeri dan juga JKM ada 2 jabatan yang berlainan. Kalau kita minta data, kita minta secara berasingan. I am sure data yang saya bagi tadi ada pertindihan yang telah dibantu oleh JKM dan juga dibantu oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Saya cuba untuk menyatukan data yang ada ini Yang Berhormat.

Seterusnya untuk mereka yang mengalami gangguan emosi dan sebagainya, perlu kaunseling. Saya rasa tidak ada masalah bagi mereka yang sudah mampu dan ada perantinya untuk akses kepada SELangkah Sihat ya. Dan mungkin mereka perlu di pandulah bagaimana untuk menggunakan aplikasi ini untuk mereka meluahkan apa ini, isi hati mereka kepada kaunselor dan seterusnya mendapat panduan daripada kaunselor, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan berikutnya, Semenyih. Saya dah pindah soalan.

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan seterusnya saya, soalan 141.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 141. SeldecQuestions

Tuan Zakaria bin Hj HanafiUMNO · BNSemenyih

141. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : -

a) Nyatakan secara terperinci, keberkesanan program SELDEC di bawah Invest Selangor dalam perniagaan online?

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Timbalan Speaker, SELDEC atau pun dengan izin Selangor Digital E-Supply Chain telah dibangunkan dan dioperasi oleh Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat kepada PKNS. SELDEC tiada kaitan dengan Invest Selangor Berhad.

SELDEC telah dirasmikan pada 24 Jun 2021 oleh Y.A.B. Menteri Besar Selangor dan sehingga kini telah mempunyai 1,200 usahawan yang mendaftar dan menjalankan perniagaan di atas platform SELDEC. Manakala dalam platform SELDEC mempunyai lebih 8,000 produk usahawan yang terdiri daripada produk segar iaitu ikan, ayam, daging, sayur dan buah-buahan. Termasuk juga makanan sejuk beku, makanan yang sedia dimakan, produk kering dan pelbagai lagi. Produk-produk di dalam SELDEC adalah terdiri daripada PMKS (Perusahaan Mikro Kecil & Sederhana).

Berikutan sambutan baik yang diterima oleh orang ramai, SELDEC telah menaik taraf produk portal dan operasi, di mana penghantaran produk usahawan bukan sahaja dilakukan di dalam Selangor, malah ke seluruh Malaysia dengan kerjasama syarikat logistik tempatan seperti Pos Laju, Line Clear dan Logistika. SELDEC juga bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti SSDU, HIJRAH, SIDEC dan juga 12 PBT di seluruh Selangor dalam pemerkasaan program keusahawanan di Selangor ke arah Smart Economy dan Smart Digital.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Batang Kali.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Datang mesyuarat naik Perodua, soalan saya 142.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 142. Bantuan Komputer RibaQuestions

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

142. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : -

a) Di peringkat Kerajaan sudah mengadakan Skim 1 Keluarga, 1 Laptop. Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan program yang sedemikian?

Dato' Seri Amirudin Bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Batang Kali atas soalan berkenaan dengan bantuan komputer riba. Setakat ini kita tidak ada centralise

program atau pun program berpusat untuk bantuan komputer riba atau pun tablet kepada rakyat dalam Negeri Selangor. Namun bersesuaian dengan pengumuman pihak Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan pengumuman 150 ribu tablet atau pun komputer riba dan juga tahun ini ditambah lagi dengan satu angka tertentu. Kerajaan Ngeri telah mengumumkan untuk membantu pelajar-pelajar terutamanya dan juga peniaga-peniaga untuk program namanya Data Internet Selangor yang telah mula diagihkan menjelang Ogos tahun 2021. Program ini adalah sebahagian daripada pakej Rangsangan yang telah kita umumkan dan data Internet Selangor ini dijangka akan membantu lebih 70,000 individu dengan langganan data Internet secara percuma selama setahun yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dengan kos RM 17 juta.

Dalam pengumuman Belanjawan Tahun 2022, saya telah mengumumkan program SEPINTAS. SEPINTAS bukanlah program pemberian secara dengan angka yang tinggi kerana ia akan membantu untuk program penghapusan atau pun program pemulihan unit-unit komputer, desktop atau pun komputer peribadi, komputer laptop dan juga tablet-tablet tertentu yang tidak lagi mahu digunakan oleh Jabatan, individu atau pun syarikat untuk di baik pulih dan dinaiktarafkan untuk diberikan kepada pelajar-pelajar B40 dan kita peruntukan RM1 juta untuk aktiviti dan kegiatan tersebut yang diselenggarakan atau pun yang diuruskan oleh 2 unit kita, iaitu Perbadanan Perpustakaan Awam dan SmartSel, terima kasih.

Timbalan Speaker

Soalan seterusnya Meru.

Terima kasih Yang Behormat Timbalan Speaker, soalan saya sesi pagi 143.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 143. Masalah Bekalan Air Di Kampung Bukit Cherakah JayaQuestions

143. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar : -

a) Apakah perancangan Air Selangor untuk mengatasi masalah bekalan air yang tidak konsisten di kampung ini?

b) Apakah Air Selangor mempunyai perancangan untuk mengatur semula laluan paip air di kampung ini yang kini banyak melalui tanah hak milik persendirian?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Meru. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Meru bertanyakan mengenai isu perancangan Air Selangor bagi mengatasi masalah bekalan air yang tidak konsisten di Kampung Bukit Cherakah Jaya.

Untuk makluman Yang Berhormat, Air Selangor telah melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan kolam air menara yang telah usang dan bocor di Kampung Bukit Cherakah Jaya. Keseluruhan kerja pembaikan kolam menara ini atau pun tower point ini dan tank ini dan penyambungan paip dijadualkan akan siap pada akhir bulan Januari 2022, bermakna bulan depanlah. Dan masalah bekalan air yang tidak konsisten di Kampung Bukit Cherakah Jaya dijangka akan selesai selepas itu. Anggaran kos bagi pembaikan kolam air menara ini berjumlah RM 2 juta.

Tentulah kolam penting bagi memastikan bekalan yang cukup dan juga tekanan yang mencukupi bagi air itu sampai ke tempatnya. Dalam masa yang sama juga, isu laluan paip atau pun paip juga penting. Air Selangor mempunyai perancangan untuk menjalankan program penukaran paip lama di sebahagian kawasan Kampung Bukit Cherakah Jaya ini berdasarkan kaedah yang biasa kita pakai iaitu kekerapan kes paip pecah di kawasan tersebut.

Dan program ini dilaksanakan pada penghujung atau pun awal tahun 2023 sehingga tahun 2025. Melibatkan pertukaran paip di kampung Bukit Cherakah Jaya. Dan bila pertukaran ini dibuat ia akan disusun mengikut laluan yang betul. Bila ada pertukaran yang besar-besaran yang kita buat ini, baru boleh laluan itu dibetulkan yang akan dipastikan tidak lagi melalui kawasan-kawasan tanah persendirian, terima kasih.

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker

Meru.

Okay, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya, isu berkaitan soalan saya ini adalah terutama kawasan-kawasan di bukit dan setahu saya kawasan itu dia tidak ada buat pembinaan paip. Dan untuk makluman Yang Berhormat EXCO, penduduk-penduduk situ dia menggunakan air hujan lagi sebenarnya. Dan memang pihak Air Selangor pernah bagi laporan kepada saya tak sesuai atau pun tak berapa relevan untuk kita buat paip air sebab ia terlampau tinggi dan juga kos yang besar. Jadi mungkin saya hendak bertanya tentang perancangan lain yang boleh dibuat untuk memastikan warga di kawasan itu boleh menerima bekalan air. Sebab saya rasa mungkin apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO, kawasan itu tidak terlibat dengan projek itu yang mungkin tidak memberi apa-apa kesan kepada kawasan, mungkin ada rancangan lain, air pump dan sebagainya.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Tentang isu kolam ini, kolam atau pun kolam menara ini atau pun dipanggil tower punya point ini, tower punya tank ini, memang merupakan komponen penting dalam mana-mana pembangunan atau pun sistem pembekalan air. Sebab dia bukan sahaja memastikan kecukupan air apabila berlaku gangguan bekalan untuk digunakan. Ia juga membantu meningkatkan tekanan atau pun pressure kepada tempat berkenaan. Sebab itu kawasan-kawasan yang rendah ini, pressure nya rendah tidak dapat menerima air kerana tekanannya agak rendah. Jadi bila kita letak tangki ini dia membantu meningkatkan tekanan untuk air itu sampai ke tempat-tempat yang tidak sampai. Dan juga mencukupkan bekalan itu, itu tujuan diadakan sebab itu banyak sebenarnya kolam-kolam ini, tank ini sebenarnya dulu pada satu ketika dulu, tidak disambung terus di bypass kerana apa, kerana kos, kos hendak mengendalikan kolam-kolam ini tinggi, bekalan air dan sebagainya. Maintenance pumpnya, jadi dia bypass saja dia terus dari paip utama masuk ke kawasan perumahan. Menyebabkan apabila berlaku, akan berlaku 2 perkara, pertama tekanan rendah, kedua bekalan tidak cukup, kalau jadi henti tugas tak ada air, sekejap tak ada air tempat itu. Jadi di bawah program NRW dan juga pemodenan Air Selangor ini, kolam-kolam ini semua telah dibaiki, dibuat pembaikan dan disambung, dibetulkan. Jadi program itu berterusan berperingkat-peringkat dan ini adalah salah satu yang telah termasuk dalam perancangan Air Selangor yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk membaiki semula kolam-kolam ini atau pun tangki-tangki ini. Dan ini yang akan membantu Yang Berhormat untuk dalam memastikan air itu sampai ke tempat yang sebelum ini tidak sampai daripada segi tekanan.

Walaupun begitu, kita akan lihat bagaimana kajian menunjukkan setakat mana dia punya air ini akan pergi dan juga kecukupannya dan selain daripada kolam menara ini, kita perlukan juga sistem piping yang lebih baik kerana kita sebagai yang saya selalu sebut, paip-paip kita ini banyak paip AC ini, asbestos cement ini berkualiti dah umur 40 lebih perlu diganti dan bila kita ganti itu, kita pastikan yang berkualiti yang lebih baik, terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan Rang-rang Undang Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021Bill

Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Rang-rang Undang Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021.

Speaker

Saya persilakan Yang Berhormat Ijok untuk menyambung perbahasan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya sambung tentang perbahasan saya tentang Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Selangor, semalam saya sentuh tentang kemungkinan, kenaikan cukai-cukai perniagaan, cukai pintu, dan juga kemungkinan tapak-tapak jalan yang

dulu boleh park boleh letak kereta dengan percuma tetapi kemungkinan ura-ura telah akan buat petak parking. Ahli-Ahli Dewan yang mulia, naik taraf dari Majlis ke Perbandaran ialah satu-satu kemajuan atau pun progress tetapi tiap-tiap naik taraf kemajuan ataupun meningkatkan status kita kena fikir tentang kebajikan masyarakat, kita tak mahu kenaikan status itu membebankan masyarakat lagi-lagi masyarakat di luar bandar saya anggap Ijok ini bukan bandar lagi, luar bandar di Kuala Selangor yang pekan besar Kuala Selangor tempat-tempat lain tidak ada pekan besar, jadi saya harap-harap kan pihak tertentu kerajaan jangan lah sewenang-wenang naik cukai ataupun mengenakan charges jalan raya sebab rakyat sekarang lagi-lagi dalam masa COVID-19 ini amat susah lagi-lagi rakyat luar bandar, saya tahu tiap-tiap kemajuan, tiap-tiap organisasi baru kita kena fikir tentang mendapatkan hasil. Ini KPI banyak organisasi, banyak majlis Perbandaran dia punyai KPI berapa banyak hasil kita kutip. Saya ingat ini lah salah satu kriteria kita pakai tetapi kita tak fikir tentang kebajikan keselesaan masyarakat.

Saya harap kerajaan akan think out of box cara-cara lain untuk mendapatkan hasil lagi-lagi di Kuala Selangor. Kita ada potensi, pelancongan dari segi pelancongan agriculture ini nak tegur tentang agriculture fruit valley. Yang Berhormat EXCO, tanah telah diberi kepada company-company bertahun-tahun tetapi pada pendapat saya cara dia usahakan ataupun diberi kepada company syarikat tetapi di ali baba kan dan tidak diusahakan. Ini satu potensi yang bagus untuk menarik pelancongan meningkatkan harta, atau pun dana lagi satu, HORAS itu satu kawasan yang baik, cantik saya dah bangkitkan 2,3 tahun sudah tetapi mana tarikan pelancongan.

Industri salah satu cara untuk mendapatkan dana Ijok memang banyak taman-taman industri tetapi yang amat sedih kadang-kadang kita buka taman ada kes-kes syarikat luar negara datang nak buka kilang, talian telefon tak ada. Air jadi masalah, bagaimana kita luluskan satu tempat untuk industri tapi kemudahan asas tidak dicapai. Ini kadang-kadang melemahkan ataupun melemahkan semangat orang nak datang invest Ijok. Saya sebagai ADUN Ijok, kita di Ijok banyak potensi dari segi agriculture pelancongan, warisan heritage, dari situ sepatutnya kita menarik pelancong dan meningkatkan dana, sebab Ijok ini memang kawasan luar bandar tidak ada hasil lain dan juga akhir sekali kita nak naik taraf, kita punya dari Majlis ke Perbandaran saya harap-harap dari segi pengurusan Perbandaran dia meningkatkan. Jangan ikut cara lama, banyak penduduk pergi ke Majlis nak mengurus sesuatu itu tetapi balik jalan jauh, Ijok ke Kuala Selangor bukan dekat tetapi hampa. Inilah jangan lah kita Ahli-ahli Majlis, penjawat awam syok sendiri naik taraf, naik gaji. Kita pun meningkatkan prestasi kita our KPI, meningkatkan. Itu sahaja, Ijok memang sokong enakmen ini tetapi kita kena ubah pemikiran kita kepada situasi yang baru sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Jeram

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Terima kasih Timbalan Tuan Speaker, pertama kali bagi saya laluan lebih awal. Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker,

berkenaan dengan Rang Undang-undang berkenaan dengan Enakmen Majlis Perbadanan Kuala Selangor, saya menyokong penuh dan juga ucap tahniah kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor begitu juga kepada Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan sokongan penuh, tetapi saya juga sedikit sebanyak menyokong juga yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ijok berkenaan dengan kenaikan cukai.

Ia perlu selari kenaikan cukai dan juga pembangunan berserta infra perlu selari dengan status sebagai Majlis Perbandaran, tidak gunanya namanya Majlis Perbandaran tetapi Kerajaan Negeri tidak memberikan satu jumlah peruntukan yang sewajarnya maka ya memberi tekanan kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk menerima ataupun menghadapi tekanan ataupun kecaman daripada penduduk-penduduk kuala Selangor sebab taraf Perbandaran tetapi fasiliti atau pun infra nya yang agak ketinggalan. Jadi saya mohon Yang Berhormat EXCO dan Kerajaan Negeri untuk mengimbangkan kadar bajet ataupun peruntukan yang sewajarnya kepada Perbandaran agar Perbandaran Kuala Selangor mencapai status Perbandaran yang sewajarnya dengan memiliki infra-infra yang sewajarnya. Berkait juga bila mengatakan satu Majlis Perbandaran yang besar yang mana memiliki kemudahan-kemudhaan maka kemudahan-kemudahan asas seperti yang seperti yang saya cadangkan dalam perbahasan saya berkenaan dengan balai polis, balai bomba, di suatu-suatu kawasan yang pesat membangun perlu dititikberatkan.

Jadi selain daripada itu, saya juga mencadangkan kepada Yang Berhormat agar setiap majlis perbandaran bukan sahaja Majlis Perbandaran, setiap PBT di kawasan Selangor ini perlu mengadakan perbincangan atau pun mesyuarat bersama wakil rakyat soal perancangan bandar. Sehingga kini, daripada 2018 sehingga penghujung 2021 tidak ada satu mesyuarat khusus untuk bersama dengan wakil rakyat daripada ADUN-ADUN membincangkan mengenai pembangunan di kawasan-kawasan PBT itu sendiri. Contohnya saya mengatakan kalau lah ada pegawai perancang bandar, tidak memanggil wakil rakyat untuk menanyakan pendapat dan berbincang kerana biasanya wakil rakyat lebih tahu situasi di kawasan sendiri apa yang dikehendaki oleh muda apa kehendaki oleh penduduk yang senior, jadi kita boleh duduk dan berbincang dan memberikan pendapat. Adakah perancangan bandar itu hanya perlu dirancang oleh Majlis, pegawai majlis yang dipanggil Pengarah Perancang Bandar dan juga Ahli Majlis tetapi tidak melibatkan wakil rakyat? Wakil rakyat lebih tahu sepatutnya apa yang boleh diperlukan untuk kawasan tambah-tambah lagi macam Jeram ini memang idea nya di luar kotak dan di luar kemampuan orang lain. Jadi idea-idea bernas ini boleh diguna pakai untuk tambah baik seperti yang dikatakan oleh Ijok out of the box Ijok jadi benda-benda boleh dapat sekiranya duduk bersama dengan wakil bersama Pengarah Perancang Bandar dan untuk naikkan status Perbandaran yang sewajarnya. Jadi saya menyokong penuh dengan status yang diberikan oleh kerajaan Negeri kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor, dan tahniah lagi sekian terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Bukit Melawati

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya bangun untuk membahaskan sedikit berkenaan pindaan ke atas Rang Undang-undang Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021. Pertamanya saya ucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh kakitangan dan juga pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Selangor di atas penaik tarafan kepada Perbandaran pada Ogos lalu yang selama ini ditunggu-tunggu oleh semua.

Pada khidmat saya sebenarnya banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah dijalankan atau dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor mutakhir ini khususnya jalan-jalan dan juga kawasan-kawasan pelancongan di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang telah banyak di naik taraf dan juga dilaksanakan penambahbaikan. Dan ini saya percaya hasil daripada pembentukan ataupun perangkaan rancangan khas kawasan bandar Melawati 2025 untuk tempoh 5 tahun, yang telah lancarkan pada 2 tahun sudah tidak silap saya dan ini meliputi beberapa kawasan seperti Pekan Lama Kuala Selangor, Bandar Baru Kuala Selangor dan juga Bukit Melawati. Ini khusus saya percaya bagi menaik taraf aset-aset dan juga produk-produk pelancongan di bawah daerah Kuala Selangor dan memelihara aset-aset yang kita ada ini kerana ini lah kawasan yang menjadi zon ekonomi dan juga zon pelancongan di daerah Kuala Selangor.

Jadi sehubungan dengan itu saya ingin mengetahui status berkenaan dengan RKK ini, pelaksanaan ini kerana saya percaya pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada semua perancangan yang telah kita rancang dan bagaimana pihak majlis dapat meneruskan perancangan ini dengan sempurna dan on track dengan izin dan bagaimana pihak Majlis dapat memperbaiki dan menambah baik capaian internet di jaringan telekomunikasi sesuai dengan penaik tarafan sebagai Perbandaran kerana kita sekarang telah menjadi bandar maka kita tidak lagi boleh ketinggalan khususnya ramai anak-anak muda di Kuala Selangor sendiri terlibat dengan perniagaan atas talian secara talian pembelajaran dan pendidikan serta work from home jadi ini semua agak menjejaskan prestasi mereka sekiranya Majlis Perbandaran ini tidak mampu memberikan khidmat yang baik dari sudut capaian internet dan juga jaringan telekomunikasi ini.

Jadi saya harap pihak kerajaan, dapat membantu penduduk dan juga rakyat di Kuala Selangor untuk menikmati capaian internet yang lebih baik, pada masa ini. Tuan Timbalan Speaker saya juga menyambut baik komitmen Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang meneruskan mesyuarat dua hala dengan Ahli-Ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN yang melibatkan Ahli Parlimen dan juga ADUN Kerajaan mahupun bukan kerajaan, Pembangkang. Saya ingat Jeram yang sebut tadi tu, mungkin Jeram tak hadir ya. Kami memang mesyuarat ini diadakan berterusan...

Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN

: Sebut sekali lagi

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Jeram pun dah keluar Dewan, kerana kita hadir, Jeram kena lebih menunjukkan komitmen untuk membantu rakyat Jeram selepas ini.

Boleh saya mencelah?

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Minta mencelah Yang Berhormat.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Sila Ijok

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang Berhormat maksud itu ialah apa dipanggil ialah mesyuarat penuh yang melibat ADUN-ADUN dan juga pegawai-pegawai, masa itu tidak sesuai untuk kita bincangkan berkenaan dengan pembangunan dan sebagainya. Maksud saya tadi dalam perbahasan saya ialah berkenaan dengan satu mesyuarat khas melibatkan 5 ADUN kawasan dan juga Pengarah Perancang Bandar untuk kita bincang secara lebih details, kalau dalam mesyuarat penuh mungkin tidak sesuai masanya agak singkat itu maksud saya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Jeram

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Jeram tak minta izin.

Timbalan Speaker

Maklum tak ada Mesyuarat Libat Urus, PBT dengan ADUN, maklum tak?

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Saya terima walaupun bukan lagi dalam kerajaan tetapi itu yang saya katakan bagusnya Kerajaan Negeri Selangor menjemput ADUN yang bebas ini.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Jeram tak hadir ini.

Boleh saya mencelah?

Timbalan Speaker

Ijok

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Memang kami dijemput, tetapi peranan ADUN di dalam Majlis tu kita tak boleh bersuara. Di Ijok, jadi pemerhati saja di Majlis. Ini kena di...

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Yang ini saya sokong Ijok. Mesyuarat penuh hanya menjadi pemerhati, mesyuarat dua hala yang melibatkan Ahli Parlimen dan DUN kita boleh memberi cadangan dan sebagainya, betul ya Ijok ya.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Saya rasa boleh mintak, boleh bersuara. Kalau tidak dibenarkan, ini tidak betul.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih yang mencelah. Seri Setia. Sila.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Okay, begini. Dia kadang-kadang dia, saya tidak tahu di peringkat kerajaan Negeri, mungkin EXCO boleh jawab. Kadang-kadang mungkin ada Majlis lain, Perbandaran lain, masing-masing berbeza. Saya ambil contoh di Petaling Jaya sebelum ini yang Datuk Bandar baru ni belum lagilah. Kita tidak pernah hadir lagi ya. Sebelum ini kita boleh bercakap tetapi permohonan, kena mohon dahulu. Dia tidak boleh kita bangun, untuk bersuara, tak boleh. Tidak dibenarkan. Sebab kita sebagai pemerhati. Tetapi kalau nak, nak berbicara kena mohon awal, kena maklum kepada pihak Datuk Bandar terlebih dahulu. Ini di Majlis Bandar Raya Petaling Jaya dan saya rasa di Shah Alam pun begitu. Dato’ SS mantan dia tahu lah. Di perbandaran atau daerah saya tak pasti. Dan mungkin ada satu dasar daripada Kerajaan Negeri ataupun pandangan daripada EXCO untuk samakan semua.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Seri Setia, Ijok dan Jeram. Saya percaya Y.B. Jeram maklumkan tadi berkenaan mesyuarat lain ya yang khusus, saya percaya sebenarnya Majlis Perbandaran Kuala Selangor memang meneruskan mesyuarat dua hala dengan Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri, both ya. Kedua-duanya Pembangkang dan Kerajaan dan ini saya percaya kita boleh bangkitkan, kerana banyak isu-isu dan juga permasalahan dalam kawasan dapat diutarakan, dapat dirungkaikan semasa mesyuarat ataupun platform ini. Sebenarnya banyak perkara Y.B kita boleh selesaikan melalui mesyuarat ini sekiranya kita hadir dan juga terlibat sama dalam proses ini. Namun demikian apa yang dibangkitkan oleh Y.B. Ijok dan juga Jeram sebentar tadi, Y.B. Seri Setia berkenaan yang di mana Ahli Dewan Negeri hanya bertindak sebagai pemerhati dalam mesyuarat yang, mesyuarat penuh ya, mesyuarat yang lain ya, ini saya mungkin juga berharap pihak Kerajaan dapat memberikan satu panduan ya, petua untuk bagaimana Ahli-Ahli Dewan Negeri ini dapat berfungsi dengan lebih baik dalam mesyuarat ataupun dalam perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Silakan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Y.B. Bukit Melawati, saya nak tanya pandangan Y.B. Bukit Melawati berkenaan dengan pelaksanaan libat urus di antara pihak PBT dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat sekiranya Ahli-Ahli Yang Berhormat ini juga dilantik ataupun dinamakan sebagai ahli mesyuarat penuh bukannya Ahli Majlis tetapi ahli mesyuarat tersebut secara automatik supaya proses sumbang saran ataupun pandangan tu boleh diberikan terus. Tapi saya juga tak bersetuju kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat ini dilantik dalam jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dalam PBT. Cuma mesyuarat penuh tu, Ahli-ahli

Yang Berhormat ini dilantik ataupun diletakkan sebagai Ahli Majlis dalam mesyuarat penuh. Terima kasih, Yang Berhormat.

Puan Juwairiya binti ZulkifliPKR · PHBukit Melawati

Terima kasih Y.B. Sungai Panjang. Saya kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ini bertentangan dengan separation of power dan juga institutional reform yang dibawa oleh Kerajaan Selangor selama ini. Namun demikian, sebenarnya banyak ruang yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk Ahli Dewan Negeri mahupun Ahli Parlimen terlibat sama dalam proses perancangan dan juga pembangunan ya. Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan baik dan boleh diuruskan dengan lebih baik walaupun tanpa lantikan tersebut. Yang Berhormat Speaker, akhirnya saya berharap dengan penaiktarafan kepada Perbandaran ini dapat menaikkan motivasi dan juga semangat kakitangan dan juga pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik ya, kena lebih mesra rakyat, kena lebih turun padang ya, kena melaksanakan dengan perkhidmatan yang lebih baik dan juga kerjasama yang lebih baik dengan wakil-wakil rakyat dan juga Ahli-Ahli Majlis di MPKS. Sekian, saya dengan itu Tuan Speaker, menyokong pindaan ke atas Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Bukit Melawati. Sekarang saya mempersilakan Permatang.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih Tuan Speaker, saya hari ini berdiri bagi menyokong Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Terutamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas perubahan ya daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran. Saya, apa yang menjadi harapan saya adalah perkhidmatan itu perlu ditambah baik kepada seluruh warga Kuala Selangor, perlu dipertingkatkan secara berterusan terutamanya dari segi perkhidmatan asas, iaitu pengurusan sampah, selenggaraan bangunan dan juga penyelesaian kepada bangunan-bangunan yang terbengkalai. Selain daripada itu saya juga mengharapkan agar ada satu pemantauan secara berkala daripada Pihak Berkuasa Tempatan tentang kilang-kilang yang dibina di dalam kawasan kampung. Itu yang paling utama, yang mana seperti pagi tadi kita melihat bagaimana Ijok menyebut tentang lalat yang banyak bila musim ayam ini, dan ianya merupakan satu masalah besar sebenarnya kepada seluruh penduduk di kawasan daerah Kuala Selangor ni lah. Jadi saya mengharapkan agar pemantauan itu perlu dilakukan sebab kita tak tahu bila, kita sebut tentang perubahan wujudnya satu kilang ianya telah menjadi satu industri yang mana ia perlu pemantauan khusus daripada pihak PBT. Selain daripada itu kita juga mengharapkan agar semua lampu-lampu jalan di bawah pengurusan Majlis ini berfungsi dengan baik, dengan sempurna terutamanya lampu-lampu dalam semua kawasan perumahan, semua lampu dalam kawasan-kawasan kedai perniagaan, semua lampu dalam kawasan lot-lot perindustrian, lampu-lampu di jalan penghubung, jalan persiaran atau lorong yang di bawah penyelenggaraan MPKS, lampu-lampu di kawasan lapang dan permainan

atau gelanggang yang di bawah jagaan MPKS. Selain daripada itu saya mengharapkan kerjasama yang baik dari seluruh Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor supaya mempunyai hubungan yang erat dengan ADUN-ADUN kawasan, perlu ada laporan secara berkala kepada ADUN kawasan, apa tindakan yang telah dilakukan terhadap zoning area mereka sendiri sebab bila tidak ada pelaporan, itu menjadi satu masalah kepada, bila ada laporan, permasalahan kita tak tahu sama ada Ahli Majlis telah melaksanakan kerja dengan baik atau sebaliknya. Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada MPKS kerana setiap kali sesi libat urus memang mereka akan memastikan ada jemputan dan kehadiran ADUN-ADUN adalah sangat penting dalam cambah idea bagaimana untuk kita tambah baik lagi kawasan daerah kita. Akhirnya saya harapkan agar Majlis Perbandaran memantapkan lagi kemajuan dalam kita ingin memastikan bahawasanya sasaran utama untuk rakyat ini mendapat kemudahan dan juga keseimbangan dalam segala bentuk cukai yang telah dibayar itu dapat diterima dengan selesa oleh rakyat, itu yang paling mustahak sekali. Dan akhirnya saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah atas segala khidmat yang telah diberi oleh semua jabatan daripada PBT, Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya saya menyokong Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021. Terima kasih.

Speaker

Baik, saya mempersilakan pihak Kerajaan untuk gulung. Silakan Yang Berhormat Kinrara.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Baik, terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah memberi cadangan dan pandangan dan seterusnya memberi sokongan kepada Rang Undang-undang Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021 ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Melawati kerana telah memuji mesyuarat dua hala, antara PBT bersama Ahli-Ahli Yang Berhormat termasuk wakil rakyat daripada pembangkang. Ini tidak pernah berlaku masa zaman Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju agar mesyuarat dua hala ini diadakan setiap 4 kali setiap tahun dan saya percaya Yang Berhormat Jeram, tidak ada, mana Yang Berhormat Jeram? Yang Berhormat Jeram dapat utarakan apa-apa cadangan ataupun masalah yang, ya, Yang Berhormat boleh ambil peluang mesyuarat dua hala bersama PBT untuk utarakan pandangan, masalah dan cadangan dalam mesyuarat tersebut. Dan saya yakin kerana mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh YDP sendiri dan saya yakin apa-apa pandangan ataupun masalah yang dikemukakan dalam mesyuarat ini dapat ditangani dengan segera jadi saya ingin menggalakkan Yang Berhormat Jeram untuk menghadiri mesyuarat dua hala ini dan bagi apa tu, Yang Berhormat Ijok sebutkan peranan ADUN dalam PBT, sebenarnya peranan seseorang ADUN tu adalah di dalam Dewan yang mulia ini dan kita melantik Ahli Majlis untuk menjalankan tugas mereka di PBT. Kita seharusnya memperkasakan Ahli Majlis kita, peranan Ahli Majlis kita dalam PBT dan berkenaan mesyuarat penuh, adakah orang awam ataupun wakil rakyat boleh berucap dalam mesyuarat penuh tu. Itu tertakluk kepada Akta Kerajaan Tempatan. Kita tak boleh sesuka hati melantik sesiapa yang jadi ahli dalam mesyuarat penuh itu tetapi bukan

ahli jawatankuasa, ini semua tertakluk kepada Akta Kerajaan Tempatan 17. Jadi, ahli mesyuarat penuh tu adalah Ahli Majlis dan wakil rakyat ataupun orang awam dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat penuh tetapi sebagai pemerhati. Sekiranya ingin berucap, tentulah perlu dapat persetujuan daripada YDP ataupun pengerusi. Itu tertakluk dalam Akta Kerajaan Tempatan. Ini saya harap Yang Berhormat- Yang Berhormat boleh faham dan Yang Berhormat- Yang Berhormat dapat semak dengan Akta Kerajaan Tempatan dan kita pendirian pakatan Kerajaan Pakatan Harapan adalah pengasingan kuasa, kita tidak setuju untuk melantik wakil rakyat sebagai ahli Majlis sebagai seorang ahli Majlis dalam PBT kerana masing-masing ada peranan yang berbeza, Ahli Parlimen ada peranan dia, ADUN ada peranan dia, dan Ahli Majlis ada peranan mereka.

Itu adalah satu kaedah pengasingan kuasa dan saya juga ingin menjawab kepada soalan yang ditimbulkan oleh Y.B. Bukit Melawati berkenaan masalah internet yang kurang memuaskan di kawasan-kawasan, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat MMKN pada 3 November 2021 yang telah bersetuju menyokong secara prinsip inisiatif dan menambah baik infrastruktur digital dan perkhidmatan komunikasi negara melalui program Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA dan pelaksanaan infrastruktur digital.

Program ini akan dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. Dengan keputusan ini, Kerajaan Negeri bersama PBT akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi untuk memastikan perkhidmatan Internet dapat dipertingkatkan di seluruh Negeri Selangor, bukan sahaja di Kuala Selangor tetapi di seluruh Negeri Selangor. Dan Yang Berhormat Ijok juga membangkitkan dua masalah utama. Pertama adalah kenaikan cukai, di sini saya juga ingin menegaskan bahawa kenaikan taraf sesebuah PBT tiada kaitan secara langsung dengan kenaikan cukai. Tiada kenaikan secara langsung cukai khususnya cukai taksiran. PBT Negeri Selangor boleh melaksanakan penjadualan senarai baru bagi tujuan penilaian semula cukai taksiran. Bagi mengimbangi perbelanjaan PBT yang semakin meningkat mengikut proses atau pun kaedah yang ditetapkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan sebelum membentangkan semula untuk pengesahan Kerajaan Negeri. Dan untuk makluman Yang Berhormat Ijok, aras nilaian atau kadar sewa bagi menentukan cukai taksiran pegangan di kawasan Daerah Kuala Selangor adalah pada tahun 1997, sudah sangat lama kita tidak ada buat apa-apa nilaian semula. Di mana kadar sewa tersebut tidak menggambarkan nilai pada masa kini. Walau bagaimanapun atas faktor pandemik COVID-19 bagi memastikan rakyat Negeri Selangor tidak bertambah beban, Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk menguatkuasakan kadar cukai taksiran yang baru buat masa ini dan Yang Berhormat Jeram meminta jumlah peruntukan daripada Kerajaan Negeri kepada PBT. Sebenarnya ini saya tidak setuju kerana salah satu syarat kelayakan untuk menaik taraf daerah kepada perbandaran adalah sumber kewangan yang mampan, sustainable dan melebihi RM 20 juta setiap tahun. Jadi PBT yang ingin memohon kenaikan taraf mahupun daripada daerah kepada perbandaran atau pun daripada perbandaran kepada bandar raya mereka harus menunjukkan

mereka ada kemampuan sumber kewangan yang mampan. Bagi perkara bayaran parking, MPKS Majlis Perbandaran Kuala Selangor sebenarnya terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani masa pada zaman pemerintahan Barisan Nasional. Kita terikat dengan perjanjian ini dan MPKS telah melaksanakan pengoperasian tempat letak kereta berbayar fasa satu bermula pada tahun 2019 di kawasan-kawasan komersial sahaja iaitu pekan Tanjung Karang, Kuala Selangor, Bestari Jaya, Puncak Alam dan Saujana Utama. Pelaksanaan tempat letak kereta yang berbayar di MDKS akan dilaksanakan secara berperingkat dan berfasa mengikut kesesuaian dan kapasiti kenderaan di sesuatu kawasan dan tujuan utama kita melaksanakan atau kita mengenakan bayaran parkir buat masa ini sebenarnya bukan tujuan untuk menambah hasil kerana sumbangan kutipan ini daripada bayaran parkir ini adalah sangat sedikit kalau dibandingkan dengan hasil lain yang diterima oleh MPKS. Oleh itu ia bertujuan bagi memastikan orang ramai meletakkan kenderaan secara tersusun dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran Bandar Kuala Selangor yang tersusun dan terancang melalui perkhidmatan letak kereta yang bersistematik, cekap dan efektif agar tidak mengganggu lalu lintas. Walau bagaimanapun charge parking ini tidak melibatkan kawasan-kawasan yang bukan komersial dan Yang Berhormat Ijok juga membangkitkan memberi cadangan untuk membangunkan HORAS sebagai satu tapak pelancongan. Tadi Yang Berhormat Kajang telah memberitahu saya bahawa cadangan ini akan diteliti oleh Tourism Selangor berkenaan dengan kesesuaian untuk membangunkan kawasan tersebut menjadi satu kawasan peranginan. Ada lagi tak? Saya rasa ini sahaja, sekian terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan Kali Yang Kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perubahan gelaran dan perkara-perkara lain berbangkit daripada pengurniaan taraf perbandaran kepada Majlis Daerah Kuala Selangor.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-Undang ini fasal demi fasal.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Pengerusi

Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Pengerusi

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 3.

Pengerusi

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 4.

Pengerusi

Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada dewan sekarang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Pengerusi , saya menyokong.

Speaker

Dewan bersidang semula.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang...

Speaker

Silakan.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker , saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibacakan Kali Yang Ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Rang Undang-undang Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021Bill

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang ketiga. Rang Undang-undang ini bolehah dinamakan Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2021. Aturan seterusnya Rang Undang-undang Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021. Rang Undang-undang ini suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain berbangkit daripada pengurniaan taraf perbandaran kepada Majlis Daerah Hulu Selangor.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tujuan kerajaan membentangkan Rang Undang-undang ini adalah untuk membuat peruntukan bagi menukar gelaran dan perkara-perkara lain yang berbangkit daripada pengurniaan taraf Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) yang berkuat kuasa mulai 21 Oktober 2021. MPHS mempunyai kawasan pentadbiran yang kini meliputi keseluruhan kawasan Daerah Hulu Selangor mengikut Pelan Warta 414 yang bertarikh 3 Julai 2008 dengan keluasan kira-kira 175,630.11 hektar. lanya merangkumi 13 mukim iaitu Mukim Serendah, Mukim Batang Kali, Mukim Hulu Yam, Mukim Rasa, Mukim Ampang Pechah, Mukim Buloh Telur, Mukim Kerling, Mukim Sungai 1 Gumut, Mukim Kalumpang, Mukim Kuala Kalumpang, Mukim Hulu Bernam, Mukim Sungai Tinggi dan Mukim Peretak. MPHS disempadani oleh Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Kuala Selangor di sebelah Barat dan Majlis Perbandaran Selayang di sempadan Selatan. Bagi sempadan negeri, MPHS disempadani oleh Majlis Daerah Tanjung Malim di Utara manakala Majlis Daerah Raub dan Majlis Perbandaran Bentong di sebelah Timur. Unjuran penduduk juga dijangka meningkat pada tahun 2010 sebanyak 194,387 orang kepada 328,289 orang pada tahun 2020. Bandar Kuala Kubu Bharu merupakan Pusat Pentadbiran bagi Daerah Hulu Selangor yang dibangunkan pada tahun 1930. la merupakan bandar kolonial pertama dirancang oleh perancang bandar dengan berkonsepkan bandar taman. Bandar Kuala Kubu Bharu masih mengekalkan fungsinya sehingga kini. Selain itu, di dalam Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Penggantian) telah menetapkan Bandar Bukit Beruntung dan Bernam Jaya sebagai Bandar Utama dan Serendah, Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu sebagai Bandar Tempatan.

Berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Penggantian), luas kawasan perindustrian telah dipertingkatkan kepada 4,277.64 hektar berbanding 2,813.07 hektar pada tahun 2020. Daripada 2,813.07 hektar zon guna tanah perindustrian yang telah dizonkan pada 2020, sebanyak 1,155.62 hektar telah dibangunkan dan beroperasi. Hulu Selangor merupakan Hab Pembuatan Pengangkutan Negara. Serendah merupakan nukleus utama bagi Industri Automotif dengan adanya Pusat Pemasangan PERODUA dan Tan Chong Industries Motor. Serendah juga telah dimasukkan di dalam peta industri Aeroangkasa Antarabangsa apabila UMW Aerospace membuka pusat pembuatan kelongsong enjin ataupun fan case kapal terbang. UMW Aerospace merupakan Tier-1 Supplier bagi industri Aeroangkasa antarabangsa. Selain itu Hulu Selangor juga merupakan pusat pemasangan bagi industri lokomotif. SMH Rail Sdn. Bhd. telah mendirikan pusat pemasangan dan pembaikan lokomotif di Pusat Perindustrian Zurah Rasa. Satu pencapaian yang membanggakan apabila pada tahun 2021 pusat pemasangan ini telah berjaya mengeluarkan lokomotif pertama keluaran Malaysia dan di import ke luar negara. Selain itu, kawasan-kawasan industri terancang di Bandar Bukit Beruntung, Bandar Bukit Sentosa, Bandar Sungai Buaya, Kawasan Perindustrian Zurah Rasa, Bandar Utama Batang Kali, Kawasan Perindustrian Tengas, Hulu Yam, Kawasan Perindustrian MIEL, Batang Kali dan Kawasan Perindustrian Kalumpang telah berjaya menarik minat pelabur tempatan dan luar negara terutama vendor-vendor automotif dan menjadi antara penyumbang cukai tertinggi di Daerah Hulu Selangor. Selain kawasan industri, pembangunan bandar baru, perumahan dan perniagaan juga turut dipertingkatkan di seluruh kawasan dan dijangka dapat meningkatkan bilangan pegangan terutama di kawasan yang berpotensi dan mempunyai accessibility yang baik melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Jalan Persekutuan 1, Lebuhraya Karak melalui Genting Sempah dan juga perhubungan melalui rel. Pelancongan juga merupakan antara sektor yang menjadi sumber ekonomi kepada penduduk setempat dan Daerah Hulu Selangor amnya. Daerah Hulu Selangor terkenal dengan lokasi tarikan pelancongan, antaranya adalah Air Terjun Serendah, Pusat Terapi Semulajadi Hulu Tamu Batang Kali, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong Batang Kali, Santuari Ikan Sungai Chiling, Air Terjun Sungai Semangkok, Kolam Air Panas Kerling, Alor Lempah, Bukit Batu Pahat dan Kawasan Perkelahan Sungai Inki, Kalumpang. Jumlah pegangan yang dikenakan cukai taksiran di MPHS daripada 87,369 pada tahun 2010 meningkat kepada 108,298 pada tahun 2021. Jangkaan pegangan akan terus meningkat kepada 130,000 pegangan menjelang tahun 2025.

MPHS merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang berautonomi kewangan sendiri. Hasil tahunan MPHS pada tahun 2010 ialah sebanyak RM48,865.088.00 dan pada tahun 2020 meningkat kepada RM126,332,676.00. Dalam pada itu, jumlah perbelanjaan yang dilaksanakan adalah seimbang dengan jumlah hasil yang dikutip oleh MPHS. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan MDHS ditukar gelarannya kepada MPHS berkuat kuasa mulai 21 Oktober 2021, mengikut Peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171. Bagi menaiktaraf MDHS kepada MPHS,

tiada keperluan untuk meminda Perundangan yang sedang diguna pakai. Ini adalah kerana Seksyen 2, Akta 171 telah sedia memperuntukkan tafsiran mengenai Yang Dipertua dan Ahli Majlis. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri perlu mengadakan Rang Undang-undang bagi membuat peruntukan untuk menukar gelaran MDHS kepada MPHS. Oleh itu, Rang Undang-undang Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021 ini dibuat bertujuan untuk mengekalkan kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan keistimewaan-keistimewaan pemegang jawatan sewaktu taraf Majlis Daerah dinaiktaraf, dinaik kepada taraf Majlis Perbandaran termasuk penukaran gelaran iaitu rujukan Daerah kepada Perbandaran. Selain itu, terdapat beberapa keperluan yang mesti disempurnakan bagi mengisytiharkan MDHS kepada MPHS iaitu pemberitahuan melalui warta Kerajaan Negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta 171 seperti berikut :

Seksyen 3 Perisytiharan dan Penetapan Taraf Kawasan PBT :

1. Mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam Negeri itu menjadi satu kawasan PBT 2. Memberi suatu nama kepada kawasan PBT 3. Menentukan sempadan-sempadan bagi kawasan PBT 4. Menetapkan taraf PBT bagi kawasan PBT dan taraf itu adalah taraf Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah

Seksyen 4 Penukaran Nama dan Taraf dan Pengubahan Sempadan :

1. Pihak Berkuasa Negeri dengan merunding dengan pihak PBT boleh melalui pemberitahuan dalam warta, menukar mana-mana kawasan PBT 2. Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan Menteri dan PBT melalui pemberitahuan dalam warta menukar taraf sesuatu kawasan PBT 3. Pihak Berkuasa Negeri dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan raya boleh melalui pemberitahuan dalam warta mengubah sempadan-sempadan mana-mana kawasan PBT

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pemberitahuan MDHS sebagai MPHS dalam Warta Kerajaan mengikut Seksyen 4 (2) Akta 171 telah diwartakan pada 12 Ogos 2021 dan berkuat kuasa pada 21 Oktober 2021. Dengan ini, dibentangkan Rang Undang-undang bernama Enakmen Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021 untuk bacaan kali kedua. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Kuala Kubu Bharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Speaker, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Majlis Perbandaran Hulu Selangor atas status Majlis Perbandaran. Saya menanti-nantikan perkhidmatan yang cemerlang daripada MPHS. Tuan Speaker, MDHS yang kini telah bertaraf Majlis Perbandaran. Mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kinrara, mereka telah membentangkan Belanjawan mereka melebihi RM 100 juta dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Saya yakin Belanjawan mereka akan terus mencecah RM 100 juta pada tahun yang akan datang. Dengan ini, saya ingin membangkitkan dua (2) perkara dalam Dewan yang mulia ini. Yang pertama, tempoh perkhidmatan seorang Tuan Yang Dipertua di MPHS. Sejak tahun 2013, MDHS mempunyai Tuan Yang Dipertua yang berkhidmat dalam tempoh yang sangat singkat setiap orang. Seorang Yang Dipertua berkhidmat berbulan-bulan sahaja di MDHS. Saya tidak salahkan Kerajaan Negeri ataupun MPHS kerana ini adalah naik pangkat Penjawat Awam. Tetapi selepas Tuan Yang Dipertua naik pangkat, JPA sepatutnya mengambil tindakan yang cepat memberi kelulusan kepada YDP yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri untuk mengambil tugas dan boleh bermula tugas dengan segera tetapi dalam tempoh 2013 hingga tahun ini, kami, MPHS memang mengalami banyak kali tanpa YDP jadi, saya harap dengan taraf Majlis Perbandaran ini boleh...

Tuan Speaker, boleh Kuala Kubu bagi saya mencelah?

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ok.

Saya hendak tanya Kuala Kubu, oleh sebab kerap berlaku pertukaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran ini, adakah ia mengganggu urusan pentadbiran Majlis Perbandaran? Terima kasih.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih kepada Kuang, Yang Berhormat Kuang. Ia bukan mengganggu tetapi membebankan Timbalan Yang Dipertua. Seperti dalam MPHS, Timbalan Yang Dipertua MPHS juga memegang jawatan Pengarah Penguat kuasa, dia sudah ada dua (2) tugas. Kalau tanpa Tuan Yang Dipertua, dia ada tiga (3) tugas yang penting. Jadi, ini adalah membebankan tugas mereka. Itu sebab saya memohon

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Okay, okay, sure.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Ya, boleh kah Kuala Kubu Baharu bersetuju dengan saya kalau andai kata masalah soal berkaitan dengan pelantikan Yang Dipertua itu ataupun Datuk Bandar ini? Saya hendak cadangkan, satu masa dulu, kita di Selangor ini, kita pernah lantik orang politik, di Shah Alam ini dulu seingat saya lah, kita pernah lantik Almarhum Datuk Abu Sujak, bekas Timbalan Menteri Besar Selangor sebagai Datuk Bandar. Selain daripada itu, Dato’ Solomon, tidak silap saya, Solomon Selamat, Solomon ya? Ha? Ha, maksudnya Ahli-ahli Dewan ini dia peka, dia peka, dia peka. Jadi, saya hendak minta sikit lah pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, kenapa tidak Kerajaan Negeri, kita melantik orang politik dalam persoalan untuk pelantikan YDP ataupun pelantikan Datuk Bandar ini? Terima kasih Tuan Speaker.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ini satu cadangan daripada Yang Berhormat Templer mengenai dengan pelantikan YDP daripada orang politik. Kerajaan Negeri mungkin ada perancangan yang lebih terperinci mengenai dengan hal-hal bagaimana menangani YDP yang sentiasa bertukar. Jadi, kita fokus kepada, bukan kata orang politik ke, orang profesional tetapi kita fokus kepada tugas yang boleh dijalankan oleh seorang Tuan YDP. Itu yang lebih utama daripada orang politik ke, orang, Penjawat Awam yang mempunyai Jusa, gred Jusa ke, gred yang tinggi. Jadi, masalah kita ialah, tidak boleh lama tanpa kehadiran YDP kerana kalau dia tidak menjalankan tugas maka Timbalan YDP dia akan mempunyai tanggungjawab yang sangat berat. Okay?

Perkara yang kedua, setelah bertaraf Majlis Perbandaran, MPHS perlu mengambil berat mengenai landskap kawasan kawal selia mereka. Ini adalah penting supaya Hulu Selangor indah dan menarik perhatian pelancong seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kinrara, Hulu Selangor juga merupakan satu kawasan pelancongan, jadi saya harap MPHS boleh bagi peruntukan yang banyak kepada kerja-kerja landskap termasuk membeli tumbuh-tumbuhan dan mengupah konsultan yang boleh membuat atau menghasilkan reka bentuk yang membanggakan rakyat Hulu Selangor. Ini juga setanding dengan taraf Majlis Perbandaran. Itu sahaja ucapan saya, sekian saya menyokong Enakmen Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021, terima kasih.

Speaker

Batang Kali.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama-tamanya saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah menaiktarafkan Majlis Daerah Hulu Selangor kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Seperti mana yang kita sedia maklum, kenaikan sesuatu PBT sama ada daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran, ataupun ke Majlis Bandar raya, EXCO kata tadi, ia, antara syaratnya ialah pendapatan yang konsisten, pendapatan yang boleh bayar gaji, pendapatan yang boleh membangunkan kawasan, pendapatan yang tidak memerlukan kebergantungan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Ini antara faktor-faktor yang

sangat penting sebelum kita menaikkan satu-satu taraf selain daripada perkhidmatan yang baik, yang dikeluarkan, yang ditawarkan oleh sesuatu PBT kepada masyarakat setempat. Dalam hubungan ini, saya juga berharap supaya orientasi keuntungan ini tidak begitu dititikberatkan dalam menjalankan sesuatu tugas dan tanggungjawab di PBT-PBT yang berkenaan. Kita juga dapat lihat bahawa pasca pandemik ini, kita melihat ramai masyarakat-masyarakat di sesuatu kawasan, taman ataupun kampung yang pekerjaan mereka sudah tidak ada lagi, yang gaji mereka sudah diturunkan, yang pendapatan mereka sudah tidak dapat lagi menanggung perbelanjaan rumah tangga, perbelanjaan persekolahan anak-anak dan sebagainya. Ini menjuruskan mereka kepada ruang untuk mereka terlibat dengan perniagaan secara kecil-kecilan, meniaga meja lipat dan sebagainya.

Jadi, saya berharap supaya dengan kenaikan taraf Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor ini supaya Majlis Perbandaran dapat menyediakan ruang-ruang perniagaan yang lebih baik, tempat-tempat yang strategik, kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai bukan mendirikan kedai di tempat-tempat yang susah dikunjungi oleh orang dan ini akan dapat memberikan ruang dan peluang kepada peniaga-peniaga secara kecil-kecilan ini untuk mendapatkan pendapatan mereka. Dan saya juga berharap supaya dengan kenaikan taraf ini, lesen-lesen, permit-permit perniagaan tidak dinaikkan secara 100% ataupun dapat dinaikkan dengan kadar-kadar yang bersesuaian, kalau permit RM100.00 jangan lah naik RM200.00, contoh. Begitu juga dengan lesen, kalau naik sampai 100%, 200%, ini akan menjejaskan pendapatan orang ramai di pasca pandemik ini. Begitu juga dengan kedai-kedai, dulunya kedai PLB, dan ia diserahkan kepada kedai, Majlis Daerah, kepada PBT dan kedai-kedai ini juga kita dapat tengok banyak kedai-kedai ini telah uzur, terbiar, usang, tidak ada kemudahan asas seperti tandas jauh sekali untuk adakan surau dan sebagainya. Dan saya berharap juga supaya, ada juga kedai-kedai PBT yang telah dirobohkan di kawasan-kawasan tertentu ia dapat didirikan semula kedai-kedai itu agar ia dapat menjadikan sumber pendapatan kepada rakyat setempat. Berhubung dengan soal pelancongan yang disebutkan oleh EXCO dalam pembentangan tadi, Hulu Selangor menjadi kawasan pelancongan yang banyak tempat-tempat yang menarik di kawasan Hulu Selangor.

Kita juga berharap DUN Batang Kali terutamanya penyumbang utama dalam pendapatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor diberikan perhatian dan di situ sahaja kita ada empat, empat bandar iaitu Batang Kali, Bukit Beruntung, Bandar Sungai Buaya yang menjadi penyumbang utama kepada pendapatan Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Sesuai dengan perkhidmatan yang baik juga saya yakin dan percaya jika perkhidmatan yang baik dapat di deliver oleh kakitangan Majlis Hulu Selangor nanti ianya akan dapat memberikan sesuatu kepuasan kepada rakyat. Walaupun mungkin ada kenaikan sedikit sana dan sini rakyat mungkin akan dapat puas dengan perkhidmatan yang baik yang dapat diberikan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor kelak.

Begitu juga dengan janji yang dituntut oleh rakan saya dari Kuala Kubu Baharu tadi, tentang kebersihan. Kita masuk sahaja Hulu Selangor kita tak nampak seolah-olah Hulu Selangor ini sebagai sebuah Majlis Perbandaran. Kita nampak macam jauh, hulu dan sebagainya. So kita juga berharap supaya Majlis Perbandaran Hulu Selangor menitik berat kan nanti soal-soal kebersihan dan landskap kepada rakyat di situ dan saya juga mencadangkan Majlis Perbandaran dapat memberikan tawaran-tawaran di pasca pandemik ini terutamanya dari segi landskap kepada anak-anak muda, bekalkan mereka dengan polybag-polybag kecil-kecil dan sebagainya untuk mereka tanam bunga di hujung-hujung rumah mereka dan bunga-bunga itu dapat dibeli oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Kepada mereka-mereka yang duduk di rumah, galakkan mereka menanam bunga kertas dan sebagainya yang atau apa sahaja bunga-bunga yang diperlukan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor dapat ditanam oleh ibu-ibu tunggal di rumah, belia-belia di rumah dan ianya dibeli oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Saya tidak bercadang untuk berucap panjang selain daripada perkhidmatan yang terbaik dan mungkin juga, mungkin juga Kerajaan Negeri ada satu kaedah yang baik, yang sesuai untuk melihat mana-mana kakitangan PBT ini yang sudah mungkin agak lama sangat dalam sesuatu portfolio mereka mungkin mereka perlukan angin baru, tempat baru dan mungkin Kerajaan Negeri ada kaedah yang sesuai dalam melihat isu-isu seumpama ini. Sekian, terima kasih dan saya, saya ingat nak mencelah tadi. Sekian terima kasih. Saya menyokong cadangan Rang Undang-Undang ini.

Speaker

Baik Batang Kali, saya persilakan Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Okay, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Kinrara, EXCO PBT, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu dan juga Batang Kali yang sama-sama apa nama ini berbahas berkenaan dengan Rang Undang-Undang ini. Saya ambil kesempatan ini untuk turut berbahas sebab daerah Sabak Bernam ini adalah daerah yang dikelilingi hari ini dengan Majlis-Majlis Perbandaran. Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan juga Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Perkara pertama yang saya nak sebut yang adalah berkenaan dengan pembangunan dan juga berkenaan dengan pelaksanaan penilaian cukai-cukai di peringkat kawasan-kawasan yang telah pun diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran. Jadi di sini kita minta Yang Berhormat EXCO mewakili Kerajaan Negeri, kalau boleh berikan komitmen di dalam Dewan ini supaya peningkatan ataupun perubahan perkadaran cukai di kawasan-kawasan yang baru sahaja diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran ini dinaikkan secara gradually ataupun berperingkat-peringkat dan dalam tempoh kenaikan ataupun berlaku perubahan penilaian itu, ada pertemuan-pertemuan libat urus di antara stakeholders-stakeholders di dalam kawasan sebab kalau kita lihat kawasan-kawasan ataupun segmen masyarakat yang berjiran dengan daerah Sabak

Bernam ni, contohnya kalau di Hulu Selangor di belah Felda Soeharto, di belah Felda Sungai Tengi , Sungai Selisek dan sebagainya itu kawasan itu masih lagi kawasan kampung.

Berbanding dengan kawasan perindustrian di Batang Kali dan juga kawasan bandar Pekan di kawasan Kuala Kubu Baharu. Jadi kawasan-kawasan ni perlulah dilihat. Sama juga seperti di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang telah dipersetujui sebentar tadi. Di kawasan Parit 4 Sekinchan yang bersempadan dengan DUN Sekinchan itu juga masih lagi kawasan kampung jika dibandingkan dengan kawasan pekan ataupun bandar Kuala Selangor, Ijok dan juga Saujana Utama yang dah bersempadan dengan kawasan Sungai Buloh dan juga Shah Alam.

Jadi pembangunan dan juga rancangan tempatan ni mestilah seimbang di peringkat PBT untuk mengatur dan juga mengurus supaya tidak ada satu kejutan kepada penduduk dan juga masyarakat dan saya juga minta pihak Yang Berhormat EXCO daripada Kinrara dan juga Kerajaan Negeri membetulkan stigma masyarakat yang melihat apabila berubahnya satu status daripada Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran maka ada banyak perkara-perkara yang akan berubah kenaikan cukai dan juga pelaksanaan-pelaksanaan yang mungkin boleh menekan dan juga menyempitkan lagi kehidupan masyarakat dalam keadaan negara dan juga negeri untuk kembali pulih Pasca COVID-19. Jadi di peringkat, saya ingat kalau masih lagi rancangan tempatan yang masih lagi terpakai tu untuk rancangan tempatan yang seterusnya itu juga direncanakan mengikut janganlah ada peningkatan yang drastik seperti apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Batang Kali tadi, ada kenaikan 100% atau 50% dan juga mempermudahkan segala urusan-urusan penduduk dan juga masyarakat di kawasan tersebut.

Yang keduanya adalah dari segi pentadbiran. Apa yang saya celah tadi kepada Yang Berhormat Bukit Melawati dan juga dijawab oleh Yang Berhormat EXCO Kinrara tadi menyebut tentang lantikan-lantikan dan juga kaedah untuk melantik Ahli Majlis. Saya rujuk Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan yang mana di dalam Seksyen 10 tersebut tidak menyebut berkenaan dengan pengecualian Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk dilantik secara khusus ataupun tidak di dalam mesyuarat tersebut. Dia hanya kata boleh dilantik daripada mereka yang bermastautin. Tujuannya bukan apa Yang Berhormat PBT, yang pertamanya adalah kita hendak supaya segera memberikan sumbang saran yang terus walaupun dalam Seksyen apa nama ni Seksyen yang seterusnya tu saya tak, tak ingat dia ada boleh, Majlis boleh melaksanakan Mesyuarat Khas yang boleh melantik ataupun menjemput orang lain sebagai ahli pun boleh juga dilaksanakan tapi mesyuarat biasa ini sekurang-kurangnya dilaksanakan sebulan sekali. Kalau boleh kita boleh terlibat secara sumbang saran ataupun dengan semangat Institutional Reform yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Melawati dan juga membangkitkan isu Separation Of Power dalam Akta dan juga dalam Enakmen dia tak sebut Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Badan Perundangan Negeri dia hanya sebut Pihak Berkuasa Negeri.

Maka Pihak Berkuasa Negeri ini merujuk kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ataupun apa nama ini, EXCO dan juga Menteri Besar. Maka di kalangan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak boleh lah terlibat dalam Ahli Majlis. Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri ini tidak terlibat dalam hubung kait, Separation Of Power. Kalau kita lihat di peringkat Persekutuan, apa nama ini, semangat Separation Of Power ni melibatkan tiga (3) cabang. Iaitu legislator, executive dan juga judiciary. Jadi di peringkat ini tidak ada, pada pandangan saya tidak ada pertembungan kuasa di antara Dewan Negeri dan juga PBT dan PBT ini betul-betul diletak di bawah stanco ataupun di bawah EXCO PBT.

Jadi tidak ada sebenarnya isu pertindihan kuasa ataupun isu conflict of interest melainkan sekiranya PBT itu dianggotai oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri maka ada masalah. Kerana Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan membuat keputusan secara collective responsible walaupun yang dibuat oleh Yang Berhormat EXCO Kinrara. Jadi kena bertanggungjawab. Kita Ahli-Ahli Yang Berhormat, ADUN Kerajaan dan juga bukan ADUN Kerajaan tidak collective responsible terhadap apa yang diputuskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Jadi saya fikir, saya lihat tidak ada sebenarnya isu berkenaan dengan Separation Of Power.

Berkenaan dengan Institutional of Reform sekiranya mungkin tidak sesuai ataupun Kerajaan Negeri melihat satu sudut yang lain bahawa ADUN-ADUN Kerajaan ataupun bukan Kerajaan tidak boleh terlibat secara langsung di dalam mesyuarat PBT, saya cadangkan dalam perbahasan peringkat dasar saya supaya dalam semangat politik matang dan juga memberikan empowerment kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri bukan Kerajaan maka zon-zon PBT yang diletakkan di bawah DUN-DUN bukan Kerajaan ini, zon-zon itu namanya dicadangkan daripada Pejabat Pusat Khidmat ADUN-ADUN Bukan Kerajaan sama juga seperti yang Kerajaan dan juga Bukan Kerajaan supaya kita boleh sama-sama turut mengadakan atau pun menyemarakkan lagi semak dan imbang di peringkat PBT.

Tidak lah di peringkat PBT ini Ahli-Ahli Majlis yang dilantik daripada kalangan ADUN-ADUN Kerajaan ataupun dengan kuasa penuh discretion power di bawah Akta KPKT ini memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk melantik siapa sahaja itu maka ianya akan menjadi satu hala sahaja. Keputusan itu adalah keputusan satu hala. Kalau lah kita nak melihat demokrasi itu bermula lagi daripada peringkat PBT sebelum kita mengorak langkah untuk mengadakan Pilihan Raya di peringkat PBT, apa lah salah kiranya untuk dipertimbangkan lantikan Ahli-Ahli Majlis di peringkat PBT ini juga melibatkan ADUN-ADUN Bukan Kerajaan dipertimbangkan mengikut syarat-syarat dan juga kriteria yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Bukannya kita boleh suka-suka lantik. Bukan kita boleh lantik kerana dia ada mempunyai jawatan tertentu di dalam parti tetapi oleh kerana kelayakan-kelayakan

yang telah pun ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan kaedah lantikan di bawah KPKT.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Mohon mencelah.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Ya Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Ya, saya nak tanya kepada Yang Berhormat adakah Yang Berhormat sangat setuju ADUN sahaja dilantik sebagai Ahli Majlis ataupun juga Ahli Parlimen ataupun yang tadi yang disebut oleh apa ni, Templer? Yang Berhormat Templer itu berkenaan dengan orang politik yang berpengalaman juga dilantik sebagai sebahagian daripada Ahli Majlis.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Okay, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Berkenaan dengan pelantikan yang telah pun dibangkitkan oleh rakan Yang Berhormat kita, Yang Berhormat daripada Taman Tempeler tadi adalah berkaitan dengan pelantikan YDP peringkat Majlis Daerah ataupun di peringkat Dato’ Bandar.

Saya percaya siapa pun orang yang dilantik itu sama ada dia mempunyai latar belakang politik ataupun tidak yang paling mustahak orang itu mempunyai kelayakan dan juga mampu discharge dengan izin discharge their duty professionally with integrity. Kalau perkara ini diberikan tumpuan maka tidak timbul lah isu orang tu orang politik. Jawatan ini bukannya jawatan untuk kita berikan sebagai sagu hati ataupun sebagai hadiah kepada orang-orang politik tetapi ini adalah jawatan-jawatan yang untuk seseorang itu menyumbangkan khidmat mereka khususnya mereka yang memang duduk bermastautin, tinggal dan juga tahu berkenaan dengan hal ehwal setempat.

Itu juga semangat yang diletakkan di dalam Akta KPKT ini kalau boleh dilantik Ahli-Ahli Majlis tu adalah orang yang bermastautin di dalam kawasan PBT tersebut bukan daripada orang luar dan juga siapa-siapa sahaja boleh dilantik sesuka hati kerana ada matlamat dan juga niat asal ketika Undang-undang ini di buat.

Jadi saya harap perkara-perkara ini di peringkat pentadbiran dan juga di peringkat pelaksanaan boleh lah kita lihat bersama-sama dan saya juga harap di peringkat PBT-PBT yang lain juga meneruskan libat urus secara langsung dengan ADUN-ADUN Kerajaan dan juga Bukan Kerajaan dan seboleh-bolehnya macam saya cakaplah Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu kalau kita boleh, kalau kita tak dilantik pun sebagai Ahli Majlis yang boleh mengundi di dalam mesyuarat PBT itu sekurang-kurangnya kita hadir itu diberikan kelonggaran dengan declaration ataupun dengan satu panduan yang khusus dan juga standard daripada Pihak Berkuasa Negeri agar ADUN-ADUN

dan ADUN Bukan Kerajaan atau ADUN Kerajaan ini boleh bercakap dan juga yang menyumbang saran ketika mesyuarat penuh oleh Majlis.

Yang Berhormat Bandar Baru Klang.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya. Terima kasih Sungai Panjang. Tuan Speaker, saya tidak faham kenapa Sungai Panjang hendak sangat menjadi Ahli Majlis. Saya pernah juga menjadi ADUN biasa selama tiga (3) penggal. Tak pernah saya dilantik untuk menjadi Ahli Majlis tapi tak ada masalah untuk saya memberikan pandangan, cadangan kepada Majlis, tidak ada masalah.

Saya tak nampak kenapa Ahli yang baru ini ada masalah. Mungkin dia kena belajar cara untuk menyampaikan sumbang sarannya. Bukan minta nak duduk situ. Kalau kita ada pengaruh tak semesti kita kena duduk kat kerusi tu, yang pertama.

Keduanya, kalau lah kita anggap ADUN ni lebih layak daripada Ahli Majlis yang kita lantik sebab tu kita nak masuk ke situ bagaimana kalau hari ini ada Ahli Parlimen kata dia nak duduk kat sini juga dan bincang bersama untuk membuat keputusan. Adakah boleh kita benarkan Ahli Parlimen duduk sini?

Ah! Klang dia kata walaupun kita ada ADUN daripada Bandar Baru Klang, daripada Pelabuhan Klang, daripada Sementa, daripada Selat Klang tak cukup. Kita Ahli Parlimen, kita berkelayakan lebih tinggi, kita nak duduk kat sini. Boleh tak kita samakan? Itu soalan kedua.

Soalan ketiga, di negeri-negeri di bawah perintah UMNO, tidak ada satu pun yang membenarkan Ahli ADUN Pembangkang untuk melantik Ahli Majlis dalam zon dia. Kenapa UMNO tidak melakukannya berpuluh tahun sampai hari ni tak lakukan. Sementara di negeri Pakatan Harapan, Sungai Panjang pula minta. Hah! di mana consistency nya?

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Okay, terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Mungkin Yang Berhormat Bandar Baru Klang bercakap dalam konteks Yang Berhormat Baru Klang yang telah pun beberapa penggal menjadi ADUN dan juga telah pun melalui apa ini proses jalan politik daripada kerusi sebelah pembangkang. Kemudian, menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri. Kemudian dilantik semula menjadi EXCO, maka Yang Berhormat Bandar Baru Klang mempunyai sejarah perjalanan politik yang panjang. Kalau Yang Berhormat Bandar Baru Klang bagi tahu saya berpuluh tahun, mungkin ketika itu saya pun mungkin baru umur 1-2 tahun. Jadi kita hari ini nak melangkah ke era politik matang yang perlu kita mulakan daripada sekarang, daripada, mungkin daripada generasi kita, saya tertarik dengan semangat institutional reform tadi. Kita nak adakan check and balance, bukanlah kita ini nak sangat jawatan tersebut. Cuma untuk mempermudahkan dan di

dalam akta juga silent berkenaan dengan kedudukan ADUN. Bagi saya jawab dulu, nanti saya bagi ini. Berkenaan dengan pelantikan maka tidak ada salahnya kalau nak lantik. Tapi kalau tak nak lantik pun boleh, daripada segi pelaksanaan saya nak daripada segi dasar dan juga pendirian Kerajaan. Kalau tak lantik ADUN, bagi empowerment kepada ADUN untuk melantik mengikut zon ADUN-ADUN Kerajaan ataupun bukan Kerajaan ini kita terlibat sama. Betullah negeri-negeri lain tak buat. Kita mulakanlah buat apa salah dia.

Tidak ada masalahnya dan ini adalah suatu benda baru yang boleh kita sama-sama bincang dan juga fikirkan. Berkenaan dengan analogi ataupun perbandingan Yang Berhormat Bandar Baru Klang bagi tahu tadi, kalau dalam Dewan Negeri Selangor ini dia kata Ahli Parlimen pula nak masuk duduk. Sememangnya tak boleh sebab ini tidak dibenarkan oleh akta. Akta telah pun memperuntukkan seperti itu. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri telah pun mengatakan mereka yang boleh duduk di dalam Dewan Undangan Negeri ini adalah mereka yang dipilih ketika pilihan raya. Maka tidak bolehlah Ahli Parlimen nak duduk kat dalam ini. Itu tidak dibenarkan. Dalam Akta KPKT, tidak ada spesifik, spesifik akta ataupun spesifik seksyen yang menidakkan ataupun tidak membenarkan ADUN ataupun Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri melainkan Pihak Berkuasa Negeri untuk menjadi ahli kepada Majlis. Jadi, perkara-perkara ini kita nak seperti hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita nak mempercepatkan sesuatu perkara. Janganlah ada birokrasi, 2-3 kali meeting nak menyelesaikan satu masalah. Meeting dalam mesyuarat, kemudian libat urus dan akhirnya yang akan membuat keputusan adalah discretionary power of the YDP, ataupun perkara yang usul yang di bawa dalam Majlis Mesyuarat PBT. Jadi, saya hasrat dan juga pendirian saya adalah untuk melihat suatu benda yang baru yang lebih tertumpu kepada menyelesaikan masalah rakyat dan juga suara rakyat dan juga apa-apa sahaja itu dapat diselesaikan dengan segera dan ia nya terus kepada semua apabila kita dilantik ini tidak adalah kira parti politik mana, waktu kita nak pilihan raya nanti kita bawalah bendera kita masing-masing. Tetapi ketika kita berkhidmat ini, kita berkhidmat untuk semua. Kalau ada Yang Berhormat Baru Klang nak celah lagi.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Ya, Sungai Panjang cakap memang bersemangat. Cakap senang. Nak kita buat, nak kita reform. Kalau reform, saya cadangkan Yang Berhormat reform di dalam UMNO dulu. Bawah negeri-negeri UMNO lantik dulu. ADUN Pembangkang memberikan kuasa untuk melantik Ahli Majlis mengikut zon, mengikut cadangan. Kalau Yang Berhormat boleh melakukannya di UMNO. Baru kita pertimbangkan. Yang keduanya, mengikut Akta, Pihak Berkuasa Negeri akan melantik ya jumlah maksimum 20 orang Ahli Majlis. Dah kita buat Ahli Majlis. Jadi tak ada sebab kenapa kita nak lantik ADUN. Kita mempunyai apa ini calon yang cukup layak untuk lantik semua. Tidak perlu dan satu kelemahan ya ini kalau ikut zaman Barisan Nasional lah. Barisan Nasional ada 50 tahun sebagai Kerajaan Pusat dan di Negeri Selangor pun 50 tahun. Kelemahan, satu kelemahan yang jelas dalam zaman Barisan Nasional banyak ketirisan berlaku di peringkat PBT. Banyak kes-kes rasuah sebabnya ada salah guna kuasa kerana ADUN dilantik sama. Bila

ADUN dilantik dalam Majlis, dia terlalu berpengaruh, sampai YDP takut, sampai pegawai takut dan di situlah mereka membuat keputusan yang amat tidak adil. Itu sudah berlaku, kita tidak mahu itu berlaku. Sebab itu saya tidak pernah dengar ada tuduhan terhadap mana-mana Ahli Dewan Negeri berada di sini yang menyalah guna kuasa di Majlis, sebab dia tidak ada ruang untuk menyalahgunakan kuasa. Itu yang kita nak betulkan.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Minta mencelah sikit. Boleh.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Nanti Yang Berhormat, saya benarkan celahan. Bagi saya reply kepada Yang Berhormat Bandar Baru Klang dulu. Yang Berhormat Bandar Baru Klang mungkin satu ketika dulu, satu ketika dulu, Ahli-Ahli Dewan Negeri ini ataupun wakil rakyat dilihat satu hierarki yang tinggi dalam masyarakat. Macam Yang Berhormat Bandar Baru Klang kata, berpengaruh dan sebagainya boleh mempengaruhi keputusan Majlis pada ketika itu dan hari ini, ramai di kalangan kita sudah pun bijak pandai membaca buku dan di kalangan profesional. Di kalangan penjawat awam pun tahu Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri ini, di peringkat kita ini, kalau daripada segi hierarki pentadbiran dia kita ini ikut gred equivalent 52 je. YDP lagi besar daripada kita. Kita boleh mempengaruhi, kita boleh bercakap dan akhirnya yang akan membuat keputusan adalah pihak Kerajaan. Salah guna kuasa ataupun tidak salah guna kuasa ini bukan sahaja orang politik Yang Berhormat. Anggota penjawat awam dan juga pentadbiran juga adalah terdedah kepada salah guna kuasa. Tidak semestinya ahli-ahli politik. Ahli-Ahli politik ini kalau ADUN dan sebagainya kalau kita ada salah guna kuasa ataupun apa nama ini rasuah dan sebagainya melibatkan perjawatan kita. Kalau pada ketika itu dia menjawat jawatan dia sebagai kebetulan dia ADUN juga Ahli Majlis pada ketika itu, dia salah guna kuasa dia sebagai Ahli Majlis, Yang Berhormat tak boleh kata pukul sama rata. Ahli politik, ADUN apabila jadi Ahli Majlis dia boleh salah guna kuasa. Ahli Majlis sedia adapun kalau dia tidak ada integriti dengan jawatan yang dia ada sebagai Ahli Majlis dia boleh juga salah guna kuasa. Tidak semestinya Ahli-Ahli Dewan Negeri, sebab yang dilantik itu pun ke banyakkannya, saya tak kata semua, kebanyakan Ahli-Ahli Majlis yang dilantik ini pun juga di kalangan orang-orang politik. Ada juga terdedah dan juga expose kepada salah guna kuasa. Jadi tidak bolehlah pukul rata semua. Jadi ini adalah semangat pentadbiran yang baru.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Yang Berhormat, nanti dulu minta laluan sikit.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Sikit lagi. Jadi kita harap janganlah kita apa ini dengan izin orchestrate sangat. Ahli politik, ADUN, wakil rakyat, Ahli Parlimen ini rasuah, salah guna kuasa. Silakan Dengkil.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Sedikit pencerahan,boleh ya Yang Berhormat Speaker. Boleh? Sedikit pencerahan.

Speaker

Sila Dengkil.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Tentang isu berkaitan dengan lantikan Ahli-Ahli Majlis. Kita sedia maklum bahawa kita ada 3 Kerajaan, Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan wakil-wakil rakyat di peringkat tertentu ini mewakili among daripada in between Kerajaan. Cuma ketika saya berada di dalam Kerajaan Negeri, masalah yang timbul apabila lantikan-lantikan Ahli Majlis ini tidak mendapat apa cadangan daripada ADUN yang bukan berjawatan Ketua Cabang, Ketua Bahagian ataupun Ketua Kawasan. Ini menjadi satu masalah kerjasama yang tidak ada persefahaman dan ini menjadi bebanan kepada wakil rakyat. Ini yang saya faham Sungai Burong maksudkan tadi. Macam Bandar Baru Klang.

Speaker

Sungai Panjang.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Eh Sungai Panjang.

Speaker

Sungai Panjang. Sungai Burong tak ada.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Yang Berhormat Bandar Baru Klang mengatakan tidak ada isu berkaitan dengan ADUN-ADUN yang dikaitkan dengan isu integriti, betul. Saya setuju. Memang tidak ada. Tetapi bila tidak ada kuasa sedikit diletakkan di bawah ADUN yang bukan Ketua Bahagian, Ketua Cabang ini yang terjadi dekat penjawat awam yang disabitkan atau dikenakan tindakan integriti, SPRM dan saya bersetuju juga dengan Sungai Burong, eh Sungai Panjang bahawa kena ada reform kena lihat semula dasar pelantikan Ahli-Ahli Majlis itu untuk diberi pandangan keutamaan kepada ADUN-ADUN kawasan. Saya bersetuju dengan cadangan Bandar Baru Klang, kita tak ada masalah untuk ADUN tidak menjadi Ahli Majlis. Cuma kita mahukan kerjasama permasalahan rakyat itu dapat ditangani bersama dan saya faham ada juga di kalangan ADUN-ADUN, rakan-rakan saya di sebelah sana yang bukan Ketua Bahagian, Ketua Cabang, Ketua Kawasan dan melalui perkara dan situasi yang sama. Seperti Kota Anggerik, siapa lagi ADUN yang bukan Ketua, Meru, Ijok, Templer, Kuang, Batang Kali itulah suasana dia yang saya ingin sampaikan tambahan kepada Yang Berhormat Sungai Panjang. Silakan.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Sungai Panjang, izinkan saya. Boleh?

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Saya ingat tak ada celahan dah lah. Di peringkat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri saya ingat Yang Berhormat Seri Serdang, Bandar Baru Klang dah sampaikan dah.

Kerajaan tak payahlah jawab. EXCO-EXCO duduk-duduk diamlah.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Banting bagi saya jawab yang Dengkil ini.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Okay, okay. Terima kasih.

EXCO-EXCO pun nak lompat ke ini kawasan ini. Pintu sempadan pula.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya sedikit sebanyak saya bersetuju dengan pandangan dan saranan yang diberikan oleh Yang Berhormat Dengkil. Berbalik kepada Yang Berhormat Bandar Baru Klang selalu sebut fasal zaman Barisan Nasional pada ketika dulu dan sebagainya. Kenapa pada ketika itu dilantik di kalangan orang-orang politik? Kerana pada ketika itu dan juga sehingga ke hari ini UMNO, Barisan Nasional adalah sebuah parti yang berakar umbi yang ada di setiap genap pelosok tempat di kawasan-kawasan PBT. Jadi sesuailah kalau kita lantik mereka ini yang mungkin berpengaruh di komuniti dan juga kelompok tersebut untuk mewakili suara komuniti tersebut di dalam Ahli Majlis. Itu dasar dia. Itu dasar pada ketika itu, pelaksanaan tetapi kalau hari ini Pihak Berkuasa Negeri ingin melihat secara inclusive daripada segi professionalism daripada segi integriti, daripada segi kriteria-kriteria tertentu mungkin daripada segi taraf pendidikan dan sebagainya. Maka adalah juga sesuai jika dicadangkan oleh pemimpin-pemimpin setempat yang mungkin mereka ini tak layak mungkin kurang daripada segi akademik, mungkin daripada segi umur, walaupun ada jawatan yang tinggi ataupun jawatan yang sustainable dalam parti tetapi tidak menetapi kriteria, maka mereka ini boleh cadangkan yang mustahak dalam Akta ini kata mereka yang tinggal dan juga bermastautin di sesuatu tempat zon-zon ataupun kawasan PBT. Itu yang paling mustahak jangan kita lantik orang daripada luar pula. Jadi Ahli Majlis di dalam kawasan PBT tersebut. Jadi sementara nak habiskan lunch ini, saya berikanlah pada Banting kalau ada celahan.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Okay saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat secara ilmiah, iaitu apakah masalahnya sekarang, kalau kita berasakan orang yang dilantik itu tidak menepati syarat yang ditetapkan ataupun tidak menepati kemahuan dan juga apa ini kemahuan rakyat. Maka kita buat pilihan raya lah. Saya tak pasti mengapa tidak boleh setuju. Kalau tidak buat pilihan raya, mana tahu kita tahu orang itu sesuai, mana tahu orang itu apa ini yang disyorkan itu mampu melakukan kerja ini tak. Kalau kita tak buat pilihan raya, yang akhirnya kena tegur ialah ahli politik yang mendapat mandat daripada rakyat kerana mereka akan merasakan bahawa ini adalah lantikan daripada parti politik dan kita sebagai wakil rakyat bertanding dan turun padang untuk apa ini menyertai pilihan raya yang akan menanggung apa ini masalah dia. Jadi saya tak pasti mungkin kah Yang Berhormat

Sungai Panjang boleh cetuskanlah perbincangan apa ini reformasi sebegini rupa di peringkat parti Yang Berhormat. Kalau Ketua Cabang ataupun Ketua Cawangan ataupun Ketua Bahagian macam mana kita katakan dia mewakili suara rakyat. Sedangkan parti dia sendiri pun belum lagi menang di kawasan sesuatu pilihan raya. Betul tak? Saya rasa itu adalah terlalu subjektif dan kita perlu memastikan akar umbi suara akar umbi. Kalau kita terlalu megah dengan apa ini mengembalikan kuasa kepada rakyat, memperkasakan struktur demokrasi di Negara kita ini. Kita nak memperkasakan anak-anak muda, kalau bukan di peringkat akar umbi, di peringkat PBT. Mana lagi? Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat akan memulakan usaha untuk mendapatkan persetujuan daripada parti UMNO untuk bersetuju mengkaji pelaksanaan pilihan raya PBT di seluruh Malaysia secara berperingkat. Itu soalan saya.

Speaker

Terakhir.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Okay, terima kasih Yang Berhormat Banting. InsyaAllah, benda itu mungkin selepas ini ada libat urus di kalangan parti-parti politik. Kalau di peringkat Kerajaan Persekutuan boleh menandatangani MoU juga terbuka berbincang dengan parti-parti lain, kenapa tidak benda ini dibincangkan. Cuma saya bercakap dengan fakta dan juga keadaan sedia ada. Akta kata sebegitu rupa tidak ada pemilihan, maka kita tak nak terburu-buru macam Pakatan Harapan buat nak turunkan umur dan sebagainya dan keputusan-keputusan lain supaya sebelum perkara itu berlaku. Ekosistem dan juga keadaannya sudah pun tersedia barulah boleh dilaksanakan sebegitu. Tetapi saya tidak menolak jika satu hari nanti itu menjadi kehendak untuk diadakan, tetapi bukan sekarang. Ekosistem dan juga kesediaan rakyat dan juga daripada segi sistem pentadbiran belum lagi bersedia. Jadi benda ini boleh selepas daripada ini. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih saya menyokong Rang Undang-Undang ini.

Speaker

Saya bagi masa begitu panjang kepada Sungai Panjang ya, ini cara kita bagi peluang yang terbaik kepada semua Ahli-Ahli Dewan. Ya Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1.00 petang. Maka saya menangguhkan Dewan hingga ke 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

( DEWAN DISAMBUNG SEMULA )

( TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN )

Timbalan Speaker

Dewan disambung semula. Saya persilakan pihak Kerajaan untuk memberikan penjelasan dan menggulung.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mula dengan menjawab Y.B. Kuala Kubu Bharu. Y.B. Kuala Kubu Bharu memohon agar tempoh perjawatan YDP diteliti bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak tergendala. Tuan Speaker, pelantikan pengurusan atasan PBT seperti Datuk Bandar, Yang Dipertua, Timbalan Datuk Bandar, Timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha adalah berdasarkan Akta 171 melalui kelulusan kerajaan Negeri ataupun open host. Walau bagaimanapun, pada masa ini kebanyakan mereka adalah dari penjawat awam lantikan jawatan perkhidmatan awam. Oleh itu mereka terikat dengan peruntukan JPA di mana perkhidmatan mereka adalah secara tempoh tertentu. Kerajaan Negeri akan meneliti perkara ini bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan Datuk Bandar ataupun YDP kepada rakyat tidak terganggu dan setara dengan naik taraf Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Hulu Selangor lanskap Blueprint 2035 sedang dirangka supaya semua kerja-kerja pembangunan lanskap di Hulu Selangor adalah inclusive termasuk perancangan pembangunan di kawasan pelancongan dan permohonan peruntukan lanskap akan menggunakan blueprint ini sebagai rujukan dan untuk menjawab Y.B. Batang Kali isu yang dibangkitkan oleh Y.B. Batang Kali, Tuan Speaker, Kerajaan Negeri mengambil maklum akan cadangan Y.B. Batang Kali dan akan diteliti sewajarnya oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Pada masa ini kadar cukai pintu atau pun fi lesen perniagaan di MPHS masih kekal sedia ada walaupun telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran. Di sini saya ingin menegaskan sekali lagi kenaikan apa tu, kenaikan taraf daripada Daerah kepada Perbandaran tiada kaitan secara langsung dengan kenaikan cukai taksiran atau pun fi lesen ya, tiada kaitan secara langsung. Untuk makluman, kerajaan Negeri telah bersetuju agar program pengecualian cukai taksiran bagi kategori kediaman kos rendah dan kediaman kampung serta fi lesen penjaja dan peniaga kecil diteruskan bagi tahun 2022. Dan Kerajaan Negeri juga telah meminta agar semua PBT membantu para penjaja dengan mempercepatkan kelulusan lesen sementara serta mengenal pasti lokasi baru untuk yang bersesuaian untuk peniaga kecil dan bagi penjaja pula, lesen penjaja adalah percuma sehingga sekarang pun tak pernah kenakan lesen penjaja. Kalau ada apa-apa aduan yang disampaikan kepada Y.B. Batang Kali bahawa lesen itu menjadi semakin mahal tolong whatsapp kepada saya, yang resit tu. Dan PBT Cuma kenakan yang sangat nominal iaitu bayaran perkhidmatan RM30.00 setahun, itu bukan fi lesen, itu adalah sewaan tapak yang telah dan apa tu bayaran perkhidmatan dan sewaan tapak telah diselaraskan bagi meringankan beban peniaga kepada RM170.00 setahun sahaja. Dan PBT hendaklah, hendakkan hasil service yang lebih baik kepada

penduduk MPHS tapi atas kasih sayang serta tekad menjayakan penjaja domestik tawaran-tawaran inilah telah disediakan bagi membantu para penjaja.

Tuan Speaker, saya juga nampaknya ramai di kalangan Y.B. berminat dan bertekad ingin libat urus di dalam pentadbiran PBT. Buat masa sekarang Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk melantik ADUN untuk merangkap ahli jawatan, merangkap jawatan Ahli Majlis di semua PBT termasuk Ahli Parlimen ya dan saya nampak satu cara yang baik dan lebih komprehensif adalah merealisasikan apa yang rakyat tempatan, rakan-rakan Y.B. di sebelah sana yang bersekutu dengan kerajaan Pusat, cubalah memaklumkan kepada kerajaan Pusat supaya pilihan raya tempatan dilaksanakan secepat mungkin. Dan dengan itu Ahli-ahli Y.B. yang rasa sendirinya berkelayakan atau lebih berminat untuk urusan PBT, bolehlah bertanding di pilihan raya tempatan tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Y.B. sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Y.B. yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Y.B. yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali yang kedua. Rang Undang-undang ini bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi perubahan gelaran dan perkara-perkara lain berbangkit daripada pengurniaan taraf Perbandaran kepada Majlis Daerah Hulu Selangor.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-undang ini fasal demi fasal.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Timbalan Speaker

Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Y.B. yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Y.B. yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Timbalan Speaker

Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Y.B. yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Y.B. yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 3.

Timbalan Speaker

Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Y.B. yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Y.B. yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Fasal 4.

Timbalan Speaker

Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Y.B. yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Y.B. yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan kepada Dewan sekarang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Pengerusi, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Dewan bersidang semula.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-ahli Y.B., cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Y.B. yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Y.B. yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.

Dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2021. Usul No. 2 Tahun 2021 – Usul Peruntukan Pembangunan 2022.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Y.B. sekalian, saya dengan sukacitanya memohon membawa satu usul di dalam Dewan yang mulia ini yang berbunyi seperti berikut:

“bahawa menurut Seksyen 9 Subseksyen 4(iii) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 dengan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia: Satu Bilion Satu Ratus Dua Puluh Tiga Juta Ringgit yang dinyatakan dalam anggaran Perbelanjaan Pembangunan yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut Seksyen 4 (i) Akta yang sama seperti mana terdapat di Jadual hendaklah diluluskan.”

Y.B. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Y.B. sekalian, sejumlah Ringgit Malaysia: Enam Bilion Lima Ratus Lima Puluh Lapan Juta Tujuh Ratus Sembilan Puluh Enam Ribu Enam Puluh telah diperuntukkan bagi siri Rancangan Malaysia Kedua Belas Negeri Selangor (RMKe-12) untuk tahun 2021 hingga 2025. Jumlah tersebut telah termasuk Ringgit Malaysia : Satu Bilion Satu Ratus Dua Puluh Tiga Juta bagi membiayai projek-projek pembangunan negeri Tahun 2022. Jumlah peruntukan mengikut kepala adalah seperti dalam Usul Pembangunan 2022. P01 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Sejumlah Ringgi Malaysia: Lapan Ratus Dua Puluh Tiga Juta Tujuh Ratus Sebelas Ribu telah diperuntukkan kepada Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Peruntukan mengikut pecahan kepala atau PK adalah seperti berikut:

Sejumlah Ringgit Malaysia Tiga Puluh Empat Juta telah diperuntukkan kepada pecahan Kepala 1 atau PK1 – Ekonomi. Peruntukan tersebut bertujuan untuk menampung perbelanjaan penyelidikan pembangunan ekonomi, perindustrian dan pelaburan.

Bagi PK2 – Luar Bandar Peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia: Dua Puluh Tujuh Juta Lima Puluh Ribu disediakan bertujuan membiayai program pertanian, perladangan dan industri asas tani, pembangunan sosio ekonomi, pembangunan ekonomi kampung tradisi, pembangunan desa, kemudahan awam atau asas desa, naik taraf atau baik pulih jalan luar bandar serta pembangunan kampung baru.

Bagi PK3 – Usahawan Peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia : Lima Juta Lima Ratus Ribu disediakan untuk dana usahawan mikro Selangor, promosi usahawan, latihan usahawan mikro dan juga reka bentuk pembungkusan produk usahawan Negeri Selangor 4P.

Manakala bagi PK4 – Sosial

Sebanyak Ringgit Malaysia : Lapan Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Sembilan Puluh Lapan Ribu disediakan untuk tujuan perkhidmatan masyarakat, pembangunan hal ehwal orang asli, program pembangunan modal insan, program pembangunan sosial, hal ehwal pengguna, program kebudayaan, hal ehwal Islam, program pembangunan minda rakyat, industri halal dan bencana.

Seterusnya bagi PK5 – Pendidikan Sejumlah Ringgit Malaysia : Tujuh Puluh Juta Tiga Ratus Ribu disediakan untuk melaksanakan program pendidikan serta pendidikan tinggi, projek bantuan sekolah, program kemahiran teknikal dan pembangunan pendidikan masyarakat India.

Bagi PK6 – Wanita Kebajikan dan Kesihatan Sebanyak Ringgit Malaysia : Satu Ratus Dua Puluh Enam Juta Lapan Ratus Ribu disediakan untuk menampung perbelanjaan pembangunan wanita dan keluarga, kebajikan masyarakat, pembangunan kesihatan awam dan perpaduan.

Bagi PK7 – Generasi Muda dan Sukan Sebanyak Ringgit Malaysia : Dua Puluh Empat Juta Empat Ratus Sembilan Puluh Enam Ribu disediakan untuk projek pembangunan generasi muda, menaik taraf atau membina baru infrastruktur sukan, pembangunan sukan, SUKMA dan SUKSES dan pembangunan bola sepak Negeri Selangor.

Bagi PK8 – Kerajaan Prihatin Sebanyak Ringgit Malaysia : Tiga Juta disediakan untuk program kerajaan prihatin, pembangunan masyarakat India, bantuan pertubuhan bukan kerajaan dan pemberdayaan pekerja.

Bagi PK9 – Perbandaran Sebanyak Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Empat Juta Dua Ratus Lima Puluh Ribu adalah bagi menampung kemudahan asas dan kemudahan awam PBT, pengangkutan, pengurusan sisa pepejal Pulau Ketam serta kerajaan tempatan.

Bagi PK10 – Pelancongan Peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia : Lima Juta Dua Ratus Lapan Puluh Ribu disediakan untuk menampung kos promosi dan acara pelancongan, memajukan kraf tangan serta menaik taraf produk pelancongan.

Seterusnya bagi PK11 – Teknologi Maklumat dan Inovasi Sebanyak Ringgit Malaysia : Dua Puluh Enam Juta Lima Ratus Enam Puluh Ribu Enam Puluh Enam Ribu disediakan untuk melaksanakan pembangunan ICT, projek sains teknologi dan inovasi serta program ICT Smart Selangor.

Bagi PK12 – Alam Sekitar

Sebanyak Ringgit Malaysia : Tujuh Juta Tujuh Puluh Ribu disediakan untuk program alam sekitar, teknologi hijau serta pemuliharaan tapak pelupusan.

Bagi PK13. Adat Melayu dan Warisan. Sejumlah RM1,500,000.00 disediakan untuk menaik taraf kelengkapan Muzium Sultan Alam Shah, menaik taraf kelengkapan bangunan Anggerik, pembangunan muzium-muzium daerah, penyelidikan adat Melayu, bahasa, kesenian, budaya dan warisan, menaik taraf tapak bersejarah monumen lama, pembelian artifak atau koleksi, penubuhan Shah Alam Modern Art Gallery (SAMA) serta pengisian infrastruktur dan kelengkapan Muzium Setem dan Muzium Sukan.

Bagi PK14. Perpustakaan. Sejumlah RM10,040,000.00 disediakan untuk projek RATU Fasa 2B menaik taraf perpustakaan daerah iaitu projek sambungan perpustakaan daerah Kuala Selangor, membina baru perpustakaan daerah Sepang dan daerah Klang, Projek Khas Perpustakaan Jaya Supermarket Shopping Center, menaik taraf perpustakaan cawangan Tanjung Karang iaitu projek sambungan, membina baru perpustakaan desa, menaik taraf perpustakaan pekan, menaik taraf perpustakaan cawangan, projek meroboh dan membina perpustakaan desa, menaik taraf perpustakaan desa, projek khas perpustakaan Taman Seri Medan Kuala Langat, projek usaha sama bersama agensi, kelengkapan dan koleksi, projek pembangunan prasarana IT serta program penterjemah antarabangsa.

Bagi PK15. Perumahan dan Kesejahteraan Bandar. Sebanyak RM11,500.00 disediakan untuk menampung kos beberapa projek yang telah dikenal pasti ini adalah termasuk kerja baik pulih projek perumahan rakyat, kehidupan bandar komuniti sejahtera, Skim Ceria iaitu dengan izin caring government for residency, serta TEPAT iaitu Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai.

Bagi PK16. Pembangunan Projek Bekalan Air Selangor.

Sebanyak RM102,000,000.00 disediakan oleh Kerajaan Negeri. Di antara projek-projek utama di bawah pecahan kepala ini ialah pembinaan loji rawatan iaitu LRA Labohan Dagang Kuala Langat dan Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SeJAM).

Bagi PK17. Projek Khas Negeri. Sebanyak RM900,130,000.00 disediakan untuk menampung beberapa kos yang telah dikenal pasti. Ini adalah termasuk projek pembinaan tempat letak kereta awam di Seksyen 5 Shah Alam, Muzium Setem, Muzium Tekstil, Taman Rakyat, Kapal Korek Seri Banting, penubuhan Zon Bersejarah Batu Arang dan penubuhan Zon Bersejarah Klang Bandar Diraja

Bagi PK18. Inisiatif Peduli Rakyat. Sebanyak RM113,800,000.00 disediakan untuk Skim Kesihatan Wanita dan Elaun Anak Ke Nurseri (Asuh Pintar), kesedaran kenegaraan, program hadiah pengajian IPT, Skim Tunas, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Program Pemberian Air Percuma.

Bagi PK19. Am. Sebanyak RM122,160,970.00 disediakan untuk projek baik pulih bangunan kerajaan, pengambilan balik tanah dan pelbagai projek lain.

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya Peruntukan Pembangunan bagi P04 Perbendaharaan Negeri Selangor. Sejumlah RM180,000.00 telah diperuntukkan kepada P04 Perbendaharaan Negeri Selangor di bawah PK1 untuk pembangunan ICT bagi tujuan menaik taraf satu unit PAC bilik server adalah sebelas Perbendaharaan Negeri Selangor.

P08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Sejumlah RM12,528,000.00 telah diperuntukkan kepada P08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1,760,000.00 diperuntukkan kepada PK1 Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Sungai Belangkan dan Ulu Chuchoh Sepang, Bukit Canggang dan Kundang Kuala Langat, Batangsi Hulu Langat, TKPM Semenyih Hulu Langat, TKPM Ulu Yam Hulu Selangor, TKPM Batu Arang Gombak dan TKPM Sungai Panjang Sabak Bernam.

Bagi PK2, Pembangunan Amalan Pertanian Baik. Sebanyak RM400,000.00 telah diperuntukkan.

Bagi PK3. Pembangunan Produk Hiliran Pertanian sejumlah RM1,340,000.00 diperuntukkan untuk pembiayaan program Geran Pemadanan Peningkatan Kapasiti, menaik taraf premis, penjenamaan dan pembungkusan serta promosi Produk Hiliran Pertanian.

Bagi PK4. Pembangunan Golongan Sasar sebanyak RM1,700.000.00 diperuntukkan untuk program-program latihan golongan sasar. Latihan kejenteraan pertanian di PLKP Tanjung Karang, Latihan Inkubator Pertanian di PLP Kalumpang, Inovasi dan Pembangunan Teknologi, Pembangunan Rakan Strategi serta program jualan terus tanaman dan industri asas tani.

Bagi PK5. Pembangunan Tanaman Padi. Sejumlah RM2,300,000.00 diperuntukkan untuk peningkatan hasil padi, pemuliharaan dan pemulihan tanah sawah, pengeluaran padi, MyGet serta pengurusan perusahaan bersepadu tanaman padi. Bagi PK6. Pembangunan Tanaman Kelapa. Sejumlah RM600,000.00 diperuntukkan untuk penanaman semula kelapa dan pemulihan ladang kelapa.

Bagi PK7. Pembangunan Tanaman Buah-Buahan. Sebanyak RM580,000.00 telah diperuntukkan.

Bagi PK8. Pembangunan Tanaman Sayuran dan Kontan. Sejumlah RM700,000.00 telah diperuntukkan.

Bagi PK9. Pembangunan Tanaman Industri Herba dan Hortikultur sebanyak RM548,000.00 diperuntukkan untuk tanaman herba dan rempah ratus, tanaman cendawan serta hortikultur dan taman hiasan.

Bagi PK10. Pembangunan Teknologi Fertigasi. Sebanyak RM1,500.000.00 telah diperuntukkan.

Bagi PK11. Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan. Sebanyak RM50,000.00 telah diperuntukkan untuk program tersebut.

Bagi PK12. Pembangunan Pengeluaran Madu Lebah dan Kelulut. Sebanyak RM250,000.00 diperuntukkan.

Bagi PK13. Pembangunan Agro Pelancongan. Sebanyak RM300,000.00 telah diperuntukkan untuk program tersebut.

Bagi PK14. Pembangunan Kompleks dan Pusat Pertanian. Sebanyak RM500,000.00 telah diperuntukkan untuk Pejabat Pertanian Daerah Sabak Bernam serta baik pulih dan naik taraf pusat-pusat pertanian.

P10. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Sebanyak RM6,080,000.00 telah diperuntukkan kepada P10, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM1,430,000.00 diperuntukkan kepada PK1, Program Pengurusan Sumber Hutan yang bertujuan untuk pengukuhan sumber hutan. Seterusnya central forest spine dan pemeliharaan sumber hutan.

Bagi PK2. Program Pembangunan Sumber Hutan. Sebanyak RM1,200,000.00 diperuntukkan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan hutan terosot. Pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan hutan paya laut iaitu penanaman dalam rawatan dan penyelenggaraan kawasan tanaman. Pembangunan dan pengurusan pusat kecemerlangan hutan paya gambut, pembangunan dan pengurusan tapak semaian, pembangunan tanaman herba, pengurusan tanaman nadir, pengurusan hutan simpanan hutan dara, VJR serta pengurusan hutan pemuliharaan bernilai tinggi HCVF.

Bagi PK3. Program Perlindungan dan Inovasi Hutan. Sebanyak RM400,000.00 telah diperuntukkan untuk perlindungan sumber hutan.

Bagi PK4. Program Perhutanan Sosial. Sebanyak RM1,550,000.00 diperuntukkan untuk pemerkasaan hutan.

Bagi PK5. Program Pembangunan dan Kejuruteraan Hutan. Sebanyak RM840,000.00 diperuntukkan untuk infrastruktur dan pembangunan Kompleks Perhutanan Sungai Burong serta perhubungan jalan hutan.

Bagi PK6. Program Penguatkuasaan Hutan. Sebanyak RM310,000.00 telah disediakan untuk penguatkuasaan hutan.

Bagi PK7. Program Pengusaha Hasilan Hutan. Sebanyak RM350,000.00 telah disediakan untuk pembangunan dan pengurusan sumber hutan bukan kayu atau bahan batuan di hutan simpan kekal Negeri Selangor.

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian. Seterusnya peruntukan pembangunan bagi P12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Sejumlah RM138,130,000.00 telah diperuntukkan kepada P12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM15,500,000.00 diperuntukkan kepada PK1 pelbagai rancangan program pembangunan jalan bertujuan untuk membaik pulih cerun seluruh negeri Selangor. Pengambilan balik tanah, menaik taraf jalan-jalan seluruh negeri Selangor, kerja-kerja permulaan serta pewartaan jalan negeri di seluruh Selangor.

Bagi PK2. Membina Jambatan dan Jejantas. Sebanyak RM8,230,040.00 diperuntukkan bagi pembinaan jambatan dan jejantas yang telah dikenal pasti mengikut daerah di negeri Selangor.

Bagi PK3. Membina Jalan. Sebanyak RM44,050,000.00 diperuntukkan bagi pembinaan jalan-jalan baru di seluruh Selangor mengikut keutamaan dan keperluan sebenar.

Bagi PK4. Menaik taraf Jalan. Sebanyak RM65,420,210.00 diperuntukkan untuk menaik taraf jalan-jalan di seluruh Selangor mengikut daerah.

Manakala di bawah PK5. Membina dan Menaik taraf Projek Bangunan. Sebanyak RM4,979,700.00 diperuntukkan bagi pelbagai projek pembangunan, membaik pulih Istana seluruh Negeri Selangor serta pembangunan bersepadu bengkel dan kemudahan-kemudahan berkaitan bagi JKR Daerah.

Bagi P13 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Sejumlah RM57,950,000.00 telah diperuntukkan kepada P13 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM12,099,890.00 diperuntukkan kepada PK1, Pembangunan Projek Tebatan Banjir.

PK2. Pembangunan Sistem Saliran. Sebanyak RM9,200,070.00 diperuntukkan untuk program bina dan menaik taraf serta retrofit sistem saliran seluruh Selangor.

Bagi PK3. Pembangunan Lembangan Sungai. Sebanyak RM15,610,000.00 diperuntukkan untuk projek pengukuhan tebing, pembinaan ban dan benteng serta kerja-kerja pembinaan atau menaik taraf perangkap sampah ataupun dengan izin log boom.

PK4. Pembangunan Sumber Air dan Hidrologi. Sebanyak RM1,200,000.00 diperuntukkan untuk pembangunan stesen serta sistem ramalan dan amaran banjir.

Di bawah PK5. Pembangunan Saliran Mesra Alam. Sebanyak RM9,050,020.00 diperuntukkan untuk membina dan menaik taraf kolam takungan pelan induk saliran mesra alam atau PISMA pelbagai daerah serta kawalan hakisan kelodak dan kualiti air pelbagai daerah.

PK6. Pembangunan Pantai. Sebanyak RM5,200,000.00 diperuntukkan bagi memperkukuhkan benteng pantai rancangan pemuliharaan serta pemuliharaan pantai dan muara serta kajian benteng pantai.

Bagi PK7. Pembangunan Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal. Sebanyak RM4,000,000.00 diperuntukkan bagi pemodenan dan menaik taraf sistem hidro mekanikal kawalan pintu air rumah pam dan trash rack.

Seterusnya bagi PK8. Pembangunan Infrastruktur Bangunan. Sebanyak RM500,010.00 diperuntukkan bagi membina dan menyiapkan 6 unit kuarters pintu air baru dan penggantian 2 unit kuarters sedia ada serta sebuah Kompleks Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran.

PK9. Pembangunan ICT Jabatan. Sebanyak RM600,000.00 diperuntukkan untuk pemodenan infrastruktur dan info sistem ICT, program pembangunan data Geospatial Jabatan serta Program Keselamatan Pintar dengan pemasangan IP Camera, di rumah pam dan pintu air.

Manakala di bawah PK.10 - Pelbagai, sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan untuk kerja-kerja kecemasan luar jangka JPS.

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Seterusnya peruntukan Pembangunan bagi P14 - Jabatan Agama Islam Selangor, sejumlah RM76,716,000.00, telah diperuntukkan kepada P14 – Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM24,360,960.00 diperuntukkan kepada PK 1 – Sekolah Agama yang bertujuan untuk membaik pulih sekolah agama setiap daerah di Negeri Selangor.

Bagi PK 2 – Pejabat Agama Islam, sebanyak RM10,900,000.00 diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf bangunan Pejabat Agama Islam Daerah Kompleks Islam Selangor dan Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS).

PK 3 – Masjid, sebanyak RM38,455,040.00 diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf masjid seluruh Selangor.

PK 4 – Surau, sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan untuk kerja baik pulih dan naik taraf surau.

Manakala di bawah PK 5 – Pelbagai, sebanyak RM2,500,000.00 diperuntukkan untuk menaik taraf kuarters Masjid setiap daerah di Negeri Selangor.

P.16 – Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor, sejumlah RM1,650,000.00 telah diperuntukkan kepada P.16 - Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM600,000.00 diperuntukkan kepada PK 1 – Rancangan Pembangunan bagi program kajian fizikal semula Rancangan Struktur Negeri 2035 dan Rancangan Tempatan.

PK 2 – Perancangan Dasar, sebanyak RM450,000.00 diperuntukkan bagi projek Pembangunan Mampan Negeri Selangor dan Tapak Warisan Dunia.

PK 3 – Projek Khas, sebanyak RM400,000.00 diperuntukkan bagi menampung kos kajian-kajian khas serta pelan tindakan khas yang akan dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa.

Manakala di bawah PK 4 – Pusat Maklumat Geospatial Negeri Selangor, sebanyak RM200,000.00 diperuntukkan bagi Sistem Pemantauan Rancangan Pembangunan.

P.17 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, sejumlah RM6,055,000.00 telah diperuntukkan kepada P.17 - Jabatan Veterinar Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM670,000.00 diperuntukkan kepada PK 1 – Pembangunan Komoditi Ternakan Ruminan iaitu untuk Program Pemodenan Ruminan Selangor dan program Pemakanan Ruminan Selangor.

Bagi PK 2 – Pembangunan Komoditi Ternakan Unggas iaitu atau Bukan Ruminan, sebanyak RM200,010.00 diperuntukkan untuk Program Transformasi Penternakan Unggas atau Bukan Ruminan.

Bagi PK 3 – Pembangunan Industri Hiliran Berasaskan Ternakan, sebanyak RM270,010.00 diperuntukkan untuk pengeluaran dan pembangunan produk Industri Asas Ternakan serta Pembangunan Bengkel Asas Ternakan atau Makmal Asas Ternakan.

Bagi PK 4 – Kesihatan Veterinar, sebanyak RM270,000.00 diperuntukkan untuk Program Masyarakat Prihatin Haiwan, kawalan penyakit haiwan dan Klinik Veterinar.

Seterusnya, bagi PK 5 – Regulatori, sebanyak RM2,060,010.00 diperuntukkan untuk loji penyembelihan, kebajikan haiwan serta penternakan lestari dan keselamatan makanan.

PK 6 – Pembangunan Kompetensi dan Bimbingan Agropreneur, sebanyak RM254,970.00 diperuntukkan untuk pejabat dan kuarters kakitangan serta pembangunan kompetensi Agropreneur, program pengembangan veterinar dan pemasaran strategik.

PK 7 – Pemantapan Kualiti Perkhidmatan Veterinar, sebanyak RM320,000.00 diperuntukkan untuk pejabat dan kuarters kakitangan serta pembangunan Sistem Maklumat Veterinar Selangor (VETSEL).

PK 8 – Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), sebanyak RM1,500,000.00 diperuntukkan untuk pembangunan TKPM atau Agrotek, TKPM Ayam Daging dan pembangunan Fodder TKPM.

PK 9 – Pembangunan Pembiakbakaan Ruminan Negeri Selangor, sebanyak RM410,000.00 diperuntukkan untuk pembangunan pembakaan ruminan dan pembangunan lembu sado Smart Selangor.

Manakala di bawah PK 10 – Pembangunan Pusat Latihan Teknikal Veterinar Sg. Nilam, sebanyak RM100,000.00 diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, maka dengan itu saya memohon mencadangkan.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.

Timbalan Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu usul yang telah dibawa oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar atau Kerajaan iaitu Usul Peruntukan Pembangunan 2022. Oleh itu saya kemukakan Usul ini untuk dibahaskan. Dusun Tua.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Pertama sekali semuanya saya telah meneliti perincian kepada kod-kod projek sebagainya. Saya ingin membawa kepada perhatian Ahli Dewan semua terutama sekali

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, peringatan masa 10 minit ya untuk setiap pembahas.

In syaa Allah cukup. Jadi Vot P.14, saya pergi ke belakang dahulu di sini sekadar untuk menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas usaha untuk menyempurnakan Masjid Kg. Sg. Serai yang sudah lihat ada peruntukannya kerana ini memang sememangnya suatu yang dinanti-nantikan oleh warga Sg. Serai yang mahu melihat masjid mereka berada di satu tempat yang lebih selamat kerana saya yakin Dato’ Menteri Besar juga telah datang ke Sg. Serai pada tahun lepas ketika berlaku banjir besar dan melihat sendiri kerosakan di sana dan salah satu yang tenggelam ketika banjir adalah masjidnya sendiri. Malah pada bulan lepas, hujung bulan lepas ketika berlaku banjir juga di Sg. Serai, masjid itu tadi juga tenggelam. Jadi saya harap, dengan adanya usaha ini, insyaAllah warga Sg. Serai akan melihat masjid itu berpindah di suatu tapak yang lebih selamat kerana tapak masjid sekarang itu lebih rendah dan saya juga perasan dalam Vot yang sama ada juga sebenarnya Vot yang telah disediakan untuk Pembangunan Masjid Bandar Mahkota Cheras. Ini bukan kawasan saya lah tapi jiran. Hah! sebab Masjid Bandar Mahkota Cheras ini sudah banyak kali saya dengar dibangkitkan dalam TV AlHijrah tentang bila masjid ini nak ada dan sebagainya dan sekurang-kurangnya apabila ada Vot ini saya kira Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membantu pembinaan Masjid Bandar Mahkota Cheras ini cuma mungkin kita minta EXCO untuk menjelaskan lebih lanjut lah perancangannya dan sebagainya.

Seterusnya, saya juga ingin mendapat penjelasan daripada pihak Kerajaan berkenaan dengan Vot P.13, di mana di sana ada projek tebatan banjir Kg. Batu 10 dan juga naik taraf sistem saliran Kg. Dusun Tua, Batu 16. Kalau dilihat ya, OK. Vot P.13, Kod Projek PK 1 dan PK 2, ni boleh tengok dalam muka surat 234 dan muka surat 237. Dua-dua perkara ini sebenarnya pernah muncul juga dalam Buku Belanjawan kita pada tahun lepas. Jadi pada tahun ini, muncul lagi, saya ingin dapatkan penjelasan mengapa masih ada lagi pada tahun ini. Apakah ianya belum selesai atau apakah proses yang sedang berjalan berkenaan dengan projek tebatan banjir Kg. Batu 10 yang kalau dilihat pada tahun ini peruntukannya untuk RM10K. Kalau tak silap dalam ulasan Yang Amat Berhormat EXCO tahun lepas janji RM10 juta. So, jadi mungkin ada penjelasan sikit kita minta dan seterusnya tentulah tentang sistem saliran Kg. Dusun Tua, Batu 16 yang juga muncul dalam Belanjawan tahun lepas dan dia muncul lagi untuk tahun hadapan. Seterusnya, untuk Vot P12 - Pembangunan Jalan, di sini pertama sekali saya ingin memuji Kerajaan Negeri yang telah membelanjakan RM125 juta untuk pembangunan jalan yang ini boleh kata 10% daripada jumlah perbelanjaan pembangunan. Ini satu benda yang saya kira saya melihat pengalaman sendiri memang jalan-jalan di bawah Kerajaan Negeri setakat ini saya lihat di kawasan saya sekurang-kurangnya memang dijaga dengan elok. Berbanding dengan jalan Persekutuan. Jalan Persekutuan ni minta apa pun liat. Nak minta benda yang mudah pun liat jadi dalam dunia ada dua (2) benda yang liat, satu daging yang tak masak betul. Satu lagi ialah peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk jalan-jalan Persekutuan.

Jadi saya, ada yang nak bantah? Tak ada, semua setuju. Bagus. Jadi kedua, saya nak bertanya sebenarnya berkenaan dengan pembangunan jalan ini, apakah permohonan JKR terhadap Kerajaan Negeri untuk apa naik taraf, loop sensor di bahagian Pekan Batu 14, untuk lampu isyarat itu, apakah termasuk dalam ini? Sebab saya dimaklumkan JKR ada mohon pada negeri untuk penaiktarafan loop sensor di sana yang sekarang ini masih menggunakan kabel dan kita nak beralih kepada wireless kerana kabel ini sudah tidak dapat menampung kerana setiap kali kapasiti kereta tinggi di kawasan Hulu Langat, di simpang Batu 14 itu, dia sudah tak dapat menampung lagi loop sensor itu dia akan jadi gila. Jadi terus lari semua apa aliran trafik dan sebagainya jadi JKR sudah maklumkan, mereka minta untuk wireless. Jadi saya nak tanya apakah ini sudah termasuk dalam pembangunan jalan ini. Setuju ya. Bagus.

Seterusnya, perhatian kita bawa kepada Vot P10 berkenaan Penguatkuasaan Hutan, di sana ada Kot Projek PK 6, jadi di sana ada peruntukan untuk Penguatkuasaan Hutan sebanyak RM310,000.00. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan, RM310,000.00 ini untuk apa dan dibelanjakan bagaimana? Saya setuju bahawa Penguatkuasaan Hutan ini perlu kita perkasakan kerana ada banyak bentuk pencerobohan ke atas hutan. Cuma malangnya bila kita sebut pencerobohan ini yang selalu terbayang dalam minda pejuang-pejuang alam sekitar dan sebagainya ialah developer sahaja. Developer atau orang nak apa ni tebang pokok dan sebagainya. Kita lupa ada satu lagi bentuk pencerobohan yang juga melanggar Seksyen 47, Akta Perhutanan di mana masuk ke dalam hutan tanpa Permit atas tujuan Rekreasi. Hah! ini kita dapati masalah juga apabila berduyun-duyun masuk ke dalam hutan tanpa Permit bukan sahaja menimbulkan masalah dalam hutan, di setengah hutan itu dia pandai-pandai pula, dia pergi ubah suai, letak kerusi lah, ada tempat exercise pun ada jadi ini pun boleh katakan merosakkan hutan juga. Jadi dan bila masuk berduyun-duyun tanpa kawalan di mana mereka tidak mengambil Permit, dia juga menimbulkan kacau ganggu terhadap orang-orang yang tinggal di persekitaran. Banyak dah kita jumpa complain-complain. Aduan-aduan berkenaan dengan mereka yang masuk hutan tanpa Permit ini. Dan bila kita setiap kali bangkitkan kepada Jabatan Perhutanan, alasan diberikan adalah tidak cukup kakitangan untuk memantau sampai kita terpaksa, kita memantau. Betul, kita terpaksa upah RELA sendiri untuk menjaga kawasan hutan-hutan ni. Jadi kalau sampai macam ni, masalah juga dan kita jadi penjaga hutan pula kan. Nanti saya takut lama-lama saya masuk kena wohhh panggil binatang pula datang tolong jaga hutan kita. Jadi saya rasa, saya setuju kita perlu memperkasa penguatkuasaan, dan saya juga ingin tahu ke mana sebenarnya peruntukan ini pergi dan apa bagaimana caranya. Dan seterusnya, untuk Kod Projek Vot P.1, tentang peruntukan bencana jadi di sana ada peruntukan yang dikhususkan sebanyak RM1 juta untuk peruntukan bencana. Jadi saya ingin tahu bagaimanakah kegunaannya, untuk apa kegunaannya dan saya juga berharap sekiranya boleh dipertimbangkan oleh Pihak Kerajaan, saya faham bencana yang biasanya ialah banjir, tanah runtuh tapi juga kita harus lihat isu-isu hakisan tanah yang kadang-kadang berlaku di kawasan kampung di mana tanah itu, ya tanah milik persendirian

kerana hakisan itu mengganggu perumahan dan biasanya bila kes-kes begini apabila kita bawa kepada Unit Bencana di minta supaya hal ini diuruskan oleh pemilik tanah atau tuan rumah sendiri.

Jadi kalau development yang orang kata yang lebih orang kata yang mata bersusun dan sebagainya itu tak apa memang mereka ada ni tapi biasanya bila masuk kawasan kampung, kawasan luar bandar, tuan tanah, penduduk di situ tiada kemampuan untuk mengatasi masalah-masalah hakisan tanah, tanah runtuh dan sebagainya jadi kita harap di sini Kerajaan boleh membantu mereka-mereka yang tinggal di luar bandar ini yang menghadapi ancaman-ancaman seperti ini. Sebab kalau kita bawa, biasanya isu ni akan kata kalau dah tak boleh buat apa terpaksa berpindah. Itu sahaja solusi yang ada. Jadi, kita harap ada lah juga sedikit bantuan kewangan dan sebagainya untuk membantu mereka menyelesaikan masalah hakisan atau tanah runtuh. Dan yang terakhir, saya ingin membawa kepada PK13. Ni kod projek Vot nya saya tak ingat ni Bahagian penyelidikan Adat Melayu Bahasa, Kesenian, Budaya dan Warisan. Ok, di sana ada peruntukkan sebanyak RM150,000 untuk kajian. Ini kita nampak dalam setiap tahun ada cuma kali ini saya ingin tahu penjelasan daripada kerajaan RM150,000 ini apakah bentuk penyelidikan yang sedang dirancang untuk dilakukan? Sebab saya perasan untuk kajian-kajian yang sebelum ini pun saya pun sebenarnya tidak pasti apakah kajiannya dan bagaimana kita boleh mendapat akses terhadap kajian-kajian ini. Yang ni saya pernah bangkitkan beberapa kali dalam sidang-sidang sebelum ini tentang kita bukan sahaja hendak melakukan satu penyelidikan, satu kajian tapi juga harus mempunyai akses. Lagi-lagi ini berkaitan dengan Adat Melayu, Bahasa, Kesenian, Budaya dan Warisan. Jadi kita tidak mahu ianya begitu sahaja. Penyelidikan tinggal penyelidikan, tersimpan dalam bilik atau di menara-menara gading atau sebaginya tanpa akses tanpa ianya turun kepada masyarakat itu sendiri. Jadi itu sahaja daripada saya, terima kasih.

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih, Tuan Timbalan Speaker. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam Perbahasan usul pembangunan yang dibentangkan tadi. Tetapi ucapan saya tidak begitu panjang. Tetapi, apa-apa pun itu ada dua, tiga isu yang saya rasa perlu saya bangkitkan di sini yang pertama berkenaan dengan pembinaan jambatan di bawah Kod Projek 02401 muka surat 73..

Timbalan Speaker

Sila sebut Vot dan juga PK nya, Yang Berhormat.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

P12 Jabatan Kerja Raya. Kod Projek 02401 muka surat 223 ini adalah berkaitan dengan pembinaan jambatan yang menyambungkan jalan B124 di Bandar Jenjarum ke jalan B340 di kampung Sungai Buaya Daerah Kuala Langat di mana hanya untuk tahun 2022 adalah di bekalkan satu anggaran token RM10 sahaja berbanding dengan kos projek sebanyak RM84juta

untuk projek ini. Saya kira perkara ini telah pun dibangkitkan pada sidang Dewan. Pada sidang Dewan belanjawan yang lepas di mana saya pada masa itu amat berharap supaya permulaan ataupun kajian terhadap projek ini dapat dimulakan sebagai satu persediaan kepada pembangunan Daerah Kuala Langat yang dijangka akan menjadi semakin rancak. Untuk makluman Dewan yang mulia ini kita hanya ada dua jambatan yang melintasi Sungai Langat di kawasan Kuala Langat sahaja. Dan kita perlu sebenarnya kita perlu membuat perancangan awal untuk memastikan peleraian trafik di kawasan Banting ini dapat dilakukan dengan tersedianya sebuah jambatan yang ketiga yang melintasi Sungai Langat. Oleh sebab itu Kod Projek 02401 ini merupakan satu projek yang pada pendapat saya perlu kita rancang memerlukan rancangan yang awal pada masa sekarang. Oleh sebab itu sekiranya peruntukkan untuk tahun depan hanyalah satu token sum sahaja saya ingat tahun lepas pun token sum sahaja. Ataupun anggaran ataupun amount dia sangat-sangat sedikit. Maka saya rasa ini tidak sepadan dengan keperluan perancangan bandar dan masa depan Kuala Langat. Itu saya yang ini saya memohon makluman daripada Yang Berhormat Infrastruktur, EXCO Infrastruktur. Kedua adalah berkaitan dengan Kod Objek 04401 dan 04402 berkenaan dengan naik taraf jalan laluan alternatif Klang dari simpang laluan FT005 Kampung Jenjarum ke Jalan Kebun dan juga naik taraf jalan utama Sri Ciding P060 ke Interchange Gamuda Golf dalam Daerah Kuala Langat. Kedua-dua ini adalah di bawah Kuala Langat. Juga hanya diperuntukkan satu token sum sebanyak RM10 sahaja. Pada pendapat saya kita perlu melihat kembali sama ada kita boleh mempercepatkan projek kedua-dua projek naik taraf ini walaupun saya tahu barangkali untuk 04402 ini mungkin kita akan berusaha untuk mendapatkan peruntukkan daripada pihak swasta untuk memastikan naik taraf ini dapat dimajukan.

Kita sedia faham bahawa PKP yang lepas itu mungkin menyebabkan peruntukkan untuk menjalankan projek-projek naik taraf ini ditangguhkan sedikit ke. Tapi seperti apa yang saya hujahkan tadi di bawah Kod Objek 02421 projek-projek seperti ini adalah penting bagi kawasan Kuala Langat kerana kedua-dua jalan ini termasuk jambatannya, termasuk jalan Persekutuan merupakan jalan-jalan yang sering kali diguna oleh pengguna jalan raya di Kuala Langat bukan sahaja untuk tujuan pelancongan tetapi juga untuk tujuan logistik, pengangkutan dan sebagainya. Kita tidak boleh berharap bahawa, kita tak boleh terlalu bergantung kepada WCA untuk meleraikan trafik walaupun saya mengakui bahawa pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat itu adalah sangat penting untuk memacukan pembangunan di Kuala Langat ini tapi pada masa yang sama kita perlu menggunakan peruntukkan yang sedia ada ini untuk memastikan jalan-jalan persekutuan dan jalan-jalan negeri dan juga jambatannya diberi perhatian yang serius kerana kita kalau tidak, kalau ingatan kita masih lagi segar Menteri Kesihatan sekarang, Mantan Menteri Sains Dan Teknologi, sebelum ini pernah menggayuh basikal dan pernah jatuh cedera. Jalan itu ialah jalan yang inilah jalan B60 ini. Jadi saya rasa kita perlu lihat balik. Pada masa itu saya terpaksa juga keluar statement untuk membantu sebenarnya JKR Kuala Langat kerana kita tahu tangan mereka terikat dan mereka tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk melaksanakan peruntukan projek-projek naik taraf dan juga

peruntukkan penyelenggaraan jalan-jalan. Jadi saya memohon sangatlah kalau kerajaan sama ada persekutuan dan juga negeri untuk memberi perhatian tentang perkara ini.

Seterusnya saya juga ingin mengambil bahagian menyentuh sedikit tentang JPS, Rancangan muka surat 239 Kod Objek 03401 log bomb untuk semua daerah. Walaupun sampah log boom di pelbagai daerah sebanyak RM250,000 diperuntukkan. Saya rasa peruntukkan ini sangat sedikit kerana ini bukan satu daerah untuk semua daerah peruntukkannya sangat sedikit. Seperti apa yang saya kata kita melihat apa yang dilakukan di Sungai Klang itu adalah sangat bagus walaupun ia adalah satu projek dibiayai oleh swasta tetapi pada masa yang sama kita juga mengambil iktibar daripada usaha ini supaya lebih banyak lock bomb dapat diguna dapat dipasang di daerah-daerah yang lain khususnya di daerah Kuala Langat yang saya juga maklumkan bahawa merupakan sebuah daerah yang mendapat perhatian yang begitu tinggi daripada pelabur-pelabur asing. Baru-baru ini saya mengucapkan terima kasih dengan JPS Kuala Langat kerana mereka telah pun memasang banyak log boom mengikut kemampuan mereka di kawasan-kawasan seperti di kawasan saya sebagai contoh Sungai Nangka telah pun dipasang. Kalau kita tidak pasang kita tidak tahu begitu seriusnya masalah sampah yang ada di kawasan ini tapi apabila kita pasang kita dapat lihat bahawa sebenarnya apa yang perlu dilakukan oleh JPS adalah banyak untuk bukan sahaja untuk membersihkan sungai kita tetapi juga untuk menjadikan sungai kita ni yang sungai betul-betul lestari, kehijauannya dengan penjagaan alam sekitar dan sebagainya. Oleh sebab itu saya memohon supaya peruntukkan yang begitu rendah ini iaitu hanya RM250,000 dapat dinaikkan supaya bukan sahaja Sungai Nangka tetapi sungai-sungai lain yang memerlukan pembersihan ini dapat diberi perhatian juga sedikit tentang pertanian, kita lihat ke muka surat 211 di bawah PK01, saya tidak boleh melepaskan isu tentang Sungai Kelambu ini ya. Yang pernah sekali ditegur oleh laporan Audit 211 PK01 Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan Halal. Kita tahu dia ada dua 001, 003 Bukit Canggang dan 01005 Kundang, Kuala Langat tetapi menjadi pengetahuan umum sebenarnya bahawa Sungai Kelambu ini merupakan sebuah Taman Pengeluaran, Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang bakal diwujudkan di bawah Jabatan Pertanian tetapi kerana kedudukannya sekarang ini menetap di atas tanah Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, saya ingin bertanya apakah hala tuju ataupun masa depan perkara ini, saya difahamkan bahawa ada berita baik tetapi saya memohon kalau kita ada apa-apa update ataupun maklum balas terkini bolehlah berkongsi dengan rakyat di luar sana. Juga saya ingin 05001 iaitu berkenaan dengan Pembangunan Padi saya. Walaupun di kawasan Kuala Langat sekarang ini, Kampung Kuala Langat ini sebenarnya adalah satu Kampung yang bernama Kampung Sawah ya. Di kawasan Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Jadi sebenarnya di kawasan di Negeri Selangor ini kita tidak boleh ingat bahawa hanya Sekinchan dan Sabak Bernam sahaja yang pernah mengeluarkan padi. Di Kampung Sawah pun ada tapi sekarang ini Kampung Sawah tak ada lah, tak ada sawah. Jadi saya ingin bertanyalah out of curiosity dengan izin sama ada mungkin 05001 yang ini ya.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat muka surat?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Muka surat 212. Adakah kemungkinan kita turun ke padang dan tengok balik sama ada mungkin kita mewujudkan sawah padi di kawasan Kuala Langat dan menjadikan. Untuk menjadikan kawasan Kuala Langat ini sebuah daerah yang betul-betul berlandaskan kepada aktiviti pertanian. Maklumlah sekarang ini kita menghadapi masalah kenaikan harga barang, makanan, daging, sayur, semua pun naik. Tapi sekiranya kita dapat saya menganggap bahawa Kuala Langat mempunyai potensi yang sangat besar untuk menstabilkan harga makanan dengan adanya tanaman-tanaman kepelbagaian tanaman sayur dan padinya di kawasan kita. Kita boleh membekalkan sekurang-kurangnya kita boleh memenuhi keperluan rakyat di negeri Selangor melalui usaha aktiviti pertanian di kawasan Kuala Langat. Seterusnya Tuan Timbalan Speaker, saya tak boleh terlepas pandang ni tentang Kapal Korek Sri Banting yang menggunakan nama Banting ni. Saya pun hebat sangat. Tapi...

Timbalan Speaker

Muka surat Yang Berhormat?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Muka surat 203 butiran 17007 rupa-rupanya di kawasan Kuala Langat ataupun dia sebenarnya terletak di Dengkil sebenarnya DUN Dengkil. Di Selangor ini ada sebuah kapal korek yang masih saya nak kata tersergam indah pun tak tahu pun tak berapa pasti. Kita apa ini, 203 171007 Kapal Korek Sri Banting. Nama Banting tapi bila kita pergi ke YouTube, kita pergi ke tempat tu untuk tengok nampaknya agak terbengkalai lah. Tapi kita nak belanja, akan belanjakan RM100,000 untuk kapal korek ini. Jadi, saya pun tak tahu untuk apa? Saya berharap wang ini dapat digunakan sebaik yang mungkin. Jadi ini di bawah bajet khas negeri. Saya dah lama. Sudah lama perhatikan Kapak Korek Sri Banting ini, asyik ada peruntukan saja setiap tahun. Di kawasan Dengkil, saya tadi lihat dia sebenarnya terletak dia masih lagi terletak di tengah-tengah lombong bijih timah ya. Jadi saya difahamkan ini satu-satunya kapal korek yang masih ada di... tak tahulah di Selangor atau di seluruh Malaysia. Jadi saya amat berharap sekiranya kita nak peruntukkan sejumlah wang RM100,000 untuk projek ini..

Timbalan Speaker

Kapal Korek, Kapal Korek Bijih ya Yang Berhormat?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Tak tahulah, saya pun nak pergi tengok.

Timbalan Speaker

Bijih timah?

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Tapi kalau bolehlah kita jadikan dia sebagai satu warisan kebudayaan destinasi pelancongan dan sebagainya untuk tatapan generasi-generasi yang akan datanglah. Itu sahaja apa yang saya ingin nak bangkitkan di sini.

Jadi saya mohon menyokong usul pembangunan ini dan saya harap respons daripada pihak kerajaan, terima kasih.

Timbalan Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker sebelum saya memulakan ucapan perbahasan saya, saya ingin menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat dipilih dan diundi oleh majoriti rakyat di kawasan masing-masing. Di kawasan DUN masing-masing. Jadi apa yang saya nak cakapkan hari ini ialah suara dan luahan hati rakyat di kawasan saya dan Pelabuhan Klang hanya ingin menyentuh satu Jabatan yang sangat-sangat penting di dalam negeri Selangor dan apa jua keputusan yang dibuat di peringkat jabatan ini ianya akan mendatangkan kesan yang positif dan negatif bergantung kepada apa juga keputusan yang dibuat. Pelabuhan Klang ingin membawa Ahli-Ahli Dewan sekalian untuk pergi ke muka surat 255 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri Selangor. Kod Projek PK01 Rancangan Pembangunan, PK01 Rancangan Pembangunan, 01002 Rancangan Tempatan, 01003 Rancangan Kawasan Khas (RKK), PK2 Rancangan Dasar, 02001 Pembangunan Mampan negeri Selangor, PK03 Kajian Khas, 03001 Kajian-Kajian Khas, 03002 untuk Pelan Tindakan Khas, PK04 Pusat Maklumat Geospatial negeri Selangor, 04001 Sistem Pemantauan Rancangan Pembangunan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan ruang ini yang saya kira sangat-sangat penting untuk saya menyampaikan suara dan hati rakyat kawasan Pelabuahan Klang terutamanya di kawasan Teluk Gong. Di kesempatan ini Pelabuhan Klang ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak dan tahniah kepada pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana selain daripada Rancangan Tempatan MPK, kawasan Teluk Gong, 2035 MPK juga telah menyediakan atas inisiatif bersama-sama dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor iaitu Pelan Infrastruktur dan kemudahan masyarakat Teluk Gong. Dan pada masa yang sama juga, pihak MPK telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal dan pada masa yang sama juga pihak MPK melibatkan komuniti setempat bagi mendapatkan pandangan untuk memastikan pelan infrastruktur dan kemudahan masyarakat Teluk Gong yang telah dirancang dengan baik ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar. Walau bagaimanapun, semasa taklimat khas penubuhan Jawatankuasa Pelan Induk Infrastruktur dan kemudahan masyarakat Teluk Gong pada 24 November 2021 yang telah dibentangkan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang kepada saya selaku Ahli Dewan Negeri kawasan Pelabuhan Klang kepada Ahli Parlimen Klang Yang Berhormat Charles Anthony Santiago kepada Ahli Majlis Kawasan Teluk Gong Puan Puspavali, Ketua Kampung Teluk Gong dan wakil-wakil komuniti serta wakil-wakil Persatuan Pekilang Teluk Gong. Kami mendapati telah terdapat satu perkara yang sangat mengejutkan serta memeranjatkan kami semua di mana telah terdapat perubahan zon guna tanah di kawasan hutan paya bakau seluas 202.091 ekar

bersamaan 81.757 hektar kepada zon industri yang mana sebelum ini merupakan zon hutan simpan ekologi hijau dan telah dipertahankan dan dicadangkan sekali lagi oleh pihak MPK untuk dikekalkan sebagai zon ekologi hijau semasa penyediaan Rancangan Tempatan MPK 2035 bagi kawasan Teluk Gong. Dalam taklimat tersebut saya dan Ahli Parlimen Klang, Yang Berhormat Tuan Charles Santiago serta semua yang hadir telah membantah sekeras-kerasnya perubahan zon guna tanah tersebut. Tetapi apa jawapan yang telah diberikan oleh pihak MPK ialah mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk mengubah keputusan tersebut kerana ia adalah arahan daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor kepada pihak MPK supaya menukar zon guna tanah tersebut daripada zon ekologi hijau kepada zon industri. Walaupun kawasan tersebut merupakan hutan paya bakau yang selama ini telah berfungsi sebagai zon penampan atau pun buffer zone sebagai tebatan banjir semula jadi kepada kawasan Teluk Gong semasa air laut pasang tinggi.

Pelabuhan Klang juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang lain. Semasa penyediaan draf Cadangan dan Rancangan Tempatan MPK, kawasan Teluk Gong 2035 pada tahun 2018 dan ianya dibentangkan kepada pejabat saya dan semua pejabat Ahli Parlimen dan juga pejabat Ahli Majlis dan masyarakat setempat, masih lagi dicadangkan zon ekologi hijau. Maknanya hutan paya bakau seluas 200 ekar ini masih lagi kekal di cadangkan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang sebagai zon ekologi hijau. Begitu juga pembentangan laporan draf akhir Pelan Induk Infrastruktur dan kemudahan masyarakat Teluk Gong yang telah dibentangkan kepada pejabat saya pada 23 Mac 2021 oleh MPK. Bagi mendapatkan pandangan dan cadangan serta idea-idea penambahbaikan, pihak MPK masih lagi mengekalkan kawasan yang dimaksudkan ini sebagai kawasan hijau. Ini pelan yang dibentangkan kepada saya pada 23 Mac 2021, kawasan yang saya maksudkan itu masih lagi hijau. Dan pihak Majlis Perbandaran Klang masih lagi mencadangkan kawasan tersebut sebagai zon ekologi hijau. Apabila berlaku perbezaan yang ketara terhadap perubahan zon guna tanah tersebut, saya dan Ahli Parlimen Klang, Yang Berhormat Tuan Charles Santiago, begitu juga dengan ahli-ahli yang hadir dalam taklimat tersebut telah memohon kepada pihak MPK untuk mengemukakan laporan yang terperinci berkenaan pengubahan zon guna tanah di kawasan Teluk Gong dan kami telah menerima laporan tersebut pada 26 November 2021. Dan berdasarkan laporan yang telah diberikan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang kepada pejabat saya dan juga pejabat Ahli Parlimen Klang menunjukkan bahawa semua jabatan-jabatan Kerajaan membantah cadangan untuk penukaran zon guna tanah tersebut. Saya ada dokumen, semua dokumen telah menunjukkan, membuktikan bahawa semua agensi-agensi teknikal tidak setuju tanah ini ditukar daripada zon ekologi hijau kepada zon industri. Dan tanah ini juga kawasan ini pernah diwartakan sebagai hutan simpan Teluk Gong zaman British lagi ini. Warta nombor 2581 tahun 1914 dan kita pula sekarang ini pergi tukar pula zon ekologi hijau ini kepada zon industri. Dan secara dasarnya, berdasarkan laporan ini sememangnya semua agensi-agensi teknikal tidak bersetuju tetapi disebabkan oleh arahan daripada pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor yang kita harapkan

untuk merancang dengan baik Negeri Selangor ini untuk kelestarian penduduk di Negeri Selangor ini, terutama di kawasan-kawasan persisiran pantai, sepatutnya pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa mendengarlah saranan daripada agensi-agensi teknikal ini. Dan saya tidak pasti ini arahan siapa, tetapi juga saya dimaklumkan Pejabat Tanah dan Daerah Klang juga sentiasa memaksa dan menghubungi pihak MPK untuk menukar zon guna tanah ini daripada ekologi hijau kepada zon industri. Persoalan yang timbul ialah dikalangan kami, komuniti-komuniti masyarakat penduduk Teluk Gong dan secara keseluruhannya penduduk kawasan Pelabuhan Klang ialah kenapa masih lagi mengganggu gugat kawasan ekologi hijau seperti hutan paya bakau ini yang kita semua sedia maklum ini adalah tebatan banjir semula jadi yang diciptakan oleh Tuhan untuk umatnya bagi memastikan keselamatan dan kelestarian kita yang tinggal di tepi pantai yang berdekatan dengan laut.

Jadi, saya hendak tanya semasa pihak Jabatan Perancang mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Klang untuk menukar zon guna tanah ini, kenapa tidak dipamerkan dan tidak diberi maklum kepada penduduk-penduduk setempat. Kenapa pada tahun 2018, Rancangan Tempatan ini dipamerkan bukan hanya di kawasan-kawasan dewan-dewan terbuka dan tempat-tempat masyarakat setempat, malah di pejabat saya juga digunakan selama seminggu untuk pameran ini. Dan pada masa itu, saya simpan lagi masih lagi zon ekologi hijau 2018. Tetapi kenapa Jabatan Perancang Bandar dan Desa buat senyap-senyap kali ini tukar zon ini, malah sekarang penduduk setempat menuduh saya, menuduh Ahli Parlimen Klang, menuduh Ahli Majlis, cuba sorokkan sesuatu macam ada sesuatu, macam ada udang di sebalik batu. Jadi saya harap juga pihak Jabatan Perancang, saya hendak tanya apakah Jabatan Perancang ini tidak kesian dengan masyarakat di kawasan Pelabuhan Klang yang sentiasa dengan berdepan dengan risiko banjir kilat semasa air laut pasang tinggi? Sebab itu 200 ekar ini kalau disentuh, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bayangkan apa jadi dengan kawasan Teluk Gong yang sekarang ini sentiasa berhadapan dengan banjir kilat yang sentiasa membelenggu kita setiap hujung tahun bermula bulan 10, 11 dan juga 12. Sekarang sentuh pula lagi 200 ekar, apa akan jadi dengan masyarakat di kawasan Teluk Gong yang semasa adapun masih lagi berhadapan dan saya ucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran kerana membantu Pelabuhan Klang untuk menyelesaikan masalah-masalah isu banjir. Tetapi perancangan-perancangan seperti ini dilaksanakan hantarlah Jabatan macam mana pun, memang tak boleh selesai kerana perancangan daripada awal saja telah melihatkan kecacatannya dan akan menimbulkan masalah pada masa hadapan. Jadi saya harap pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa dengan ini saya mendesak, saya bagi tempoh selama sebulan sahaja untuk pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa untuk tukar semula zon guna tanah ini dari zon industri kepada zon ekologi hijau macam mana hendak buat, jangan tanya saya kalau pandai-pandai tukar hari itu secara diam-diam tanpa mempamerkan perancangan pertukaran ini kepada penduduk setempat, pastikan Jabatan Perancang Bandar dan Desa jangan bagi alasan tidak boleh tukar.

Saya dengan ini bersama-sama dengan Ahli Parlimen Klang, bersama-sama dengan komuniti masyarakat penduduk kampung dan juga komuniti kilang di kawasan Teluk Gong dengan ini mendesak supaya Kerajaan Negeri Selangor bantu kami di Teluk Gong, bantu kami di kawasan DUN Pelabuhan Klang untuk pertahankan hutan paya bakau untuk pertahankan zon ekologi hijau yang sedia ada sekarang ini. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak West Port, pihak North Port, Central Spectrum dan pelbagai lagi NGO yang datang ke Pelabuhan Klang bersama-sama membantu menanam benih-benih pokok paya bakau ini, disemai di kawasan-kawasan paya bakau yang dicuri, paya bakau yang hilang, tiba-tiba hari ini kita hendak hilangkan 200 ekar macam itu sahaja. Sekali lagi saya Pelabuhan Klang dengan ini membantah sekeras-kerasnya pertukaran zon ekologi hijau ini kepada zon industri di tanah hutan paya bakau seluas 200 ekar di kampung Teluk Gong. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya harap ini bukan suara saya seorang, ini adalah suara masyarakat di kawasan Pelabuhan Klang khususnya masyarakat komuniti di kawasan Teluk Gong.

Saya dengan ini mengakhiri ucapan perbahasan saya menyokong anggaran perbelanjaan pembangunan 2022 dengan syarat tukar guna tanah zon ekologi hijau industri yang sekarang telah dibuat RT atau pun Rancangan Tempatan Kawasan Khas Teluk Gong 20235 kepada zon ekologi hijau, sekian terima kasih, Assalamualaikum WBT.

Timbalan Speaker

Waalaikummusalam wbt. Sijangkang.

Baik terima kasih Tuan Timbalan Speaker untuk memberikan peluang pada saya untuk membahaskan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2020 bagi Tahun 2022. Jadi, saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan ini. Pertamanya adalah Vot 01 Pejabat Menteri Besar dan SUK muka surat 199. PK2 Luar Bandar 02003 Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi. Saya melihat pada hari ini terutamanya kawasan-kawasan pasar-pasar malam atau pun pasar-pasar pagi di kawasan kampung-kampung atau pun luar bandar ini sebahagiannya dibuat di bahu-bahu jalan yang saya kira keadaannya cukup tidak selesa dan kadang-kadang dia mengganggu lalu lintas. Pergerakan masyarakat di kawasan kampung, Cuma saya ingat mungkin peruntukan digunakan itu untuk program pembangunan ekonomi, tetapi saya melihat juga bagaimana mungkin Kerajaan boleh menyediakan sedikit peruntukan di kawasan-kawasan tertentu atau pun kampung-kampung yang tertentu untuk dibangunkan, dataran-dataran ekonomi atau pun dataran niaga untuk tujuan pasar malam atau pun pasar pagi ini supaya keadaannya lebih sempurna. Jadi peniaga-peniaga pun agak selesa ...

Timbalan Speaker

Projek mana Yang Berhormat? Kod mana Yang Berhormat? PK mana?

Kod 02003.

Timbalan Speaker

Ok.

Kemudian 02005 Kemudahan Awam dan Asas Desa. Ini mungkin walaupun saya kira cadangan sebagai tambahan tetapi saya melihat dari hari ini apabila Kerajaan Negeri sudah mengambil inisiatif untuk program penyelesaian sampah-sampah domestik yang diperuntukkan yang diberikan peruntukan kepada Majlis Pihak Berkuasa Tempatan. Saya kira isu juga berlaku apabila sampah-sampah ini mungkin cara pengumpulan di kawasan-kawasan kampung ini tidak berapa, tidak berapa cantik ya. Kadang-kadang ialah sifat orang-orang ini pun bukan masalah sampah domestik, sampah-sampah pukal dan pelbagai jenis sampah pun dihantar juga. Cuma saya mencadangkan supaya kalau dapat di kampung-kampung yang tertentu kalau ada kawasan-kawasan yang boleh atau pun tapak kerajaan yang tidak begitu besar, di jadikan sebagai pusat mungkin transit yang lebih sesuai. Orang-orang yang hendak buang sampah pun bukan sekadar bawa sampah naik motor, naik basikal, campak ke kebun-kebun sampah tetapi ada kawasan yang lebih selesa. Kalau tidak pun mungkin, kalau di tepi jalan diletakkan gebok-gebok sampah, diletakkan kawasan keadaan yang lebih sempurna, sama ada mungkin di premis atau pun ada bentuk konkrit yang rata supaya bila pihak yang menguruskan sampah ini KDEB dia boleh dilakukan secara automatik bukan secara manual jadi saya kira kadang-kadang gebok pun tumbang dan sebagai kadang-kadang dia menyebabkan dibakar oleh orang-orang kampung dan sebagainya ini satu perkara yang saya ingat perlu ada penambah baikkan di situ. Kemudian 10006 naik taraf dan baik pulih jalan luar bandar dengan peruntukan 1juta, saya kira peruntukkan ini terlalu kecil kerana saya melihat sebenarnya di peringkat kawasan-kawasan luar bandar banyak jalan-jalan yang perlu diperbaiki terutamanya jalan-jalan yang bersifat jalan kebenaran izin lalu, di atas tanah persendirian yang kadang-kadang memang perlu penggunaan cukup besar kepada masyarakat awam begitu juga dengan jalan-jalan bersifat mukim, jalan-jalan susur untuk ke sekolah untuk ke tanah perkuburan dan sebagainya, yang saya lihat kalau di kawasan saya ada beberapa kawasan yang saya kira saya nak meminta di sini kerana keadaan yang begitu teruk.

Antaranya adalah laluan daripada Taman Seri Medan ke Sekolah Menengah Sijangkang Jaya, ke Sekolah Kebangsaan Seri Medan, ke Sekolah Agama Kampung Medan laluan ke pusara Batu 9 Kebun Baru dan juga dan ini antara jalan susur yang saya kira gunakan oleh ramai anak-anak sekolah dan pelajar-pelajar kita untuk ke sekolah dan keadaan yang terlalu agak uzur yang perlu di baik pulih sudah tentu saya kira ini sebagainya tidak termasuk dalam peruntukan mungkin peruntukan MARIS yang digunakan melalui Pejabat Daerah ataupun Majlis Pihak Berkuasa Tempatan ataupun JKR, dan saya lihat ada juga jalan yang digunakan untuk kebenaran izin jalan ke ladang Teluk Panglima Garang yang saya kira jalan ini pun tidak termasuk dalam jalan-jalan yang saya kategorikan tadi tetapi dia adalah antara jalan utama keluar masuk terutamanya masyarakat India di situ.

Kemudian PK4(Sosial) 04002 Pembangunan Hal Ehwal Orang Asli seperti mana yang saya sebutkan tempoh hari saya kira peruntukan ini sudah tentulah ada berkaitan juga dengan pembangunan pendidikan kepada orang asli dan saya ingat ini juga berkaitan dengan PK5(Pendidikan) di muka surat 200, pendidikan yang saya kira pendidikan ini harus terus bangunkan untuk masyarakat orang asli terutama di kawasan saya yang begitu banyak kampung-kampung orang asli dan saya melihat pendidikan mereka masih lagi jauh kalau dibandingkan dengan masyarakat-masyarakat lain.

Kemudian PK8(Kerajaan Prihatin)08002 Pembangunan Masyarakat India peruntukan 500,000.00 saya membahaskan ini adalah program-program pembangunan ataupun bersifat program-program tetapi juga saya ingin menyentuh di sini mungkin kerajaan Negeri perlu melihat terutamanya masyarakat India ataupun juga masyarakat-masyarakat lain terutama yang bekerja di ladang-ladang yang mana mereka tinggal di ladang yang disediakan perumahan tetapi yang menjadi isu di kawasan sebagai contoh di kawasan Pulau Carey yang begitu banyak ada perumahannya tetapi mereka juga melihat kepentingan ataupun keperluan mereka apabila mereka bersara nanti tempat tinggal yang saya kira juga boleh difikirkan bagaimana kerajaan Negeri juga patut merancang walaupun dia adalah tanggungjawab kepada pihak ladang tetapi untuk kepentingan mereka ini, saya kira sebahagian besar keluar daripada ladang mereka untuk menyewa sebagainya nak menyewa pun tak mampu cuma yang mungkin kadang-kadang dibantu oleh anak-anak mereka. Mereka boleh lah tinggal dengan keadaan yang agak selesa di kawasan-kawasan yang mereka boleh sewa.

Kemudian PK9(Perbandaran) saya menyentuh di sini berkaitan dengan peruntukan terutamanya pengurusan sampah domestik, saya dapat maklumat terutamanya daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat peruntukan yang diuntukkan kecil jadi untuk mereka menguruskan sampah-sampah domestik kampung-kampung ini sangat sedikit dan sebab itu lah tidak boleh dilakukan kekerapan seperti yang sepatutnya di lakukan dan kadang-kadang sampahnya berlonggok kejadian membakar kawasan-kawasan tempat meletakkan di kampung ini berulang-ulang. Saya boleh katakan di beberapa kampung di Dun Sijangkang ini perkara ini masih lagi berlaku.

Kemudian PK12(Alam Sekitar) 12001 Program Alam Sekitar saya ucapkan terima kasih kepada tahun 2019 ada program Pelancaran Program Sungai ataupun Parit Angkat Negeri Selangor di bawah Majlis Perbandaran Kuala Langat dan saya ingat itu mungkin akan menjadi satu kempen kesedaran kepada masyarakat tempatan terutamanya dan juga kawasan pekerja-pekerja sebab dia adalah kawasan perindustrian Teluk Panglima Garang cuma apa yang saya lihat selepas kempen itu ataupun pelancaran itu saya ingat apa yang dilakukan tidak ada kesinambungannya pokok-pokok yang ditanam pun banyak mati, perubahan saya ingat tidak ada perubahan mungkin daripada sudut kesedaran terutamanya industri di situ yang bagai saya mereka juga mencemarkan parit-parit yang ada di situ, saya ingat Penyelaras DUN Sijangkang juga pernah pergi ke Parit Sungai Manggis Kampung Medan, yang keadaanya busuk bukan terbaru busuk sudah menjadi perkara lama dan saya

harapkan seperti mana yang saya sebutkan pagi tadi Program Zero Discharge ataupun population ini harus dilakukan supaya akhirnya kelestarian alam sekitar ini dapat kita kekalkan.

Kemudian PK14(Perpustakaan) muka surat 2002 14014 Projek Khas Perpustakaan Taman Seri Medan saya ingat ini semenjak 2018 tempoh hari ada peruntukannya pada tahun lepas sudah tidak ada peruntukan, Alhamdulillah pada tahun 2022 akan ada peruntukan dan diperuntukkan sebanyak 1juta ringgit untuk pembangunan saya dan saya harapkan dapat direalisasikan kerana kalau kita ikutkan tanah yang telah diwartakan untuk pembangunan perpustakaan di Taman Seri Medan ini adalah di kawasan di mana 4 buah sekolah berada di sekelilingnya

Kemudian Vot P12(JKR) muka surat 227 PK4 kod04401 naik taraf laluan alternatif ke Kelang daripada simpang FT005 Kampung Jenjarom ke Jalan Kebun dengan peruntukan tahun depan 10ringgit saya ingat tadi Banting pun untuk saya nak sentuh juga sebenar ini adalah kawasan saya yang mana saya lihat penggunaannya cukup berat kenderaan-kenderaan berat yang lalu apatah lagi waktu banjir ataupun tengkujuh masa ini banyak jalan yang rosak saya kira setiap tahun walaupun diperbaiki ada saja jalan yang rosak jika tidak ada peruntukan saya kira bagaimana mungkin kita akan menyelenggarakan jalan ini dan saya kira kalau dapat yang terbaik adalah premix keseluruhan baru-baru ada premix separuh jalan tetapi sebelahnya pun dah mula retak disebabkan oleh penggunaan yang berat dan juga oleh kenderaan-kenderaan yang berat.

Kemudian Vot P14(Jabatan Agama Islam Negeri Selangor) muka surat 247 PK1 kod 01601 Pembangunan Sekolah Madrasah Mujahidin yang tahun lepas peruntukan 2juta tapi tidak dapat laksanakan tahun ini ada 2.2juta untuk peruntukan ini dan saya harapkan ini adalah sebahagian daripada projek kerajaan tempoh ada 3 pilot projek yang saya kira satu di Kuala Selangor, di Sijangkang dan satu lagi saya lupa dan di Kuala Selangor telah selesai dan saya kira modelnya sudah ada cuma mungkin di Sijangkang tinggal mengambil model dan peruntukannya telah diadakan saya harapkan dia dapat dilakukan pada tahun hadapan.

Yang terakhir adalah PK2 muka surat 250 03400 saya mengharapkan di Kuala Langat terutamanya di DUN saya ini Masjid Al-Amin Batu 9 Kebun Baru, saya harapkan ada peruntukan nanti untuk membina masjid ini kerajaan masjid ini satu masjid yang sangat lama saya ingat daripada sejak tahun 70-an awal 70-an ataupun hujung tahun 60-an didirikan keperluan jemaah begitu besar walaupun di Kebun Baru ini ada 2 buah masjid, Masjid Kampung Batu 9, dan juga Masjid Kampung Batu 10 tetapi jumlah penduduknya semakin ramai kerana pembangunan lot-lot kecil 3 ekar yang begitu banyak kalau kita lihat pelajar sekolah kebangsaan Kebun Baru sahaja pun sejumlah sekolah Rendah Kebangsaan Kebun Baru jumlah 2700 kita bayangkan berapa banyak keluarga yang ada di situ dan saya ingat sudah ada keperluan untuk dibangunkan kerana masjid itu pun saya lihat macam tak berapa selamat sebab ada berlaku retakan

dan sebagainya selain daripada kapasiti yang sangat kecil. Jadi itu antara beberapa perkara yang saya sebutkan. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong anggaran perbelanjaan tahun 2022, terima kasih.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker

Timbalan Speaker

Saya silakan Balakong

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih kepada Tuan Speaker, saya ingin membahaskan berkenaan berkaitan dengan muka surat 200 Kod Projek PK6 06001 Pembangunan Wanita dan Keluarga. Di dalam anggaran perbelanjaan pembangunan 2022 sebanyak 126.8juta ringgit telah di rancangkan untuk Program Wanita Kebajikan dan Kesihatan, anggaran ini juga merupakan bajet yang paling banyak jika berbanding dengan projek-projek lain di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Tanya kepada pihak kerajaan kerana peruntukan ini menunjukkan prihatin kerajaan kepada golongan wanita di dalam negeri. Walau bagaimanapun kalau kita semak butiran dan pecahan di bawah PK6 kebanyakan peruntukan sebenarnya diagihkan ke kod Projek 06002 iaitu Kebajikan Masyarakat sebanyak 64juta ringgit dan kod Projek 06003 iaitu Pembangunan Kesihatan Awam sebanyak 56.5juta ringgit. Peruntukan yang benar-benar akan disalurkan untuk Pembangunan Wanita dan Keluarga hanya sebenarnya 5.3juta ringgit sahaja. Tidak dinafikan bahawa Kebajikan dan Kesihatan Awam merupakan topik yang penting dan memerlukan perhatian daripada kerajaan. Saya menyokong juga peruntukan disalurkan kedua topik ini hanya saya ingin memberi cadangan bahawa dua topik ini boleh diasingkan dan menjadi topik sendiri daripada wanita dan keluarga, Kebajikan Masyarakat, Kesihatan Awam merupakan topik yang penting dan ia tidak sepatut diletak di bawah topik wanita, seolah-olahnya dua topik ini merupakan tanggungjawab golongan wanita sahaja.

Saya juga ingin membahaskan berkaitan dengan muka surat 201 kod Projek PK10 10002 Memajukan Kraf Tangan dan 10003 Menaik Taraf Produk Pelancongan. Saya mengalu-alukan usaha kerajaan yang memberi anggaran sebanyak 150,000.00 untuk memajukan kraf tangan dan 1.35juta ringgit untuk menaik taraf produk pelancong. Produk pelancongan merupakan aktiviti ekonomi yang paling cepat memberi kesan positif kepada ekonomi tempatan, dengan peruntukan untuk menggalakkan kraf tangan yang dihasilkan oleh individu atau pihak kilang dan menaik taraf kan produk pelancongan seperti membekalkan pengangkutan atau memberi insentif kepada pakej pelancongan yang sedia ada supaya keselesaan pelancong dapat dijaga dengan harga yang lebih rendah. Pada masa yang sama kita dapat membantu syarikat-syarikat pelancongan sedia atau baru untuk membantu mereka membangun semula selepas musim sejuk selama 2 tahun sejak pandemik COVID-19.

Syarikat Pelancongan tidak dapat bertahan dalam 2 tahun ini ramai pembantu pelancong ataupun tour guide dengan izin telah bertukar kerja. Sektor pelancongan mengalami krisis yang paling teruk kalau berbanding dengan sektor-sektor lain dan

Balakong ingin membantu bukan sahaja pihak-pihak industri kecil sederhana di dalam kawasan Balakong sahaja tetapi juga ingin cergaskan semula pertumbuhan ekonomi di kawasan kita dengan mewujudkan satu jenis pelancongan baru iaitu pelancongan perindustrian. Dengan itu Balakong amat memerlukan bantuan dan dorongan daripada pihak kerajaan dan amat berharap dapat dirangkumi dalam projek memajukan kraf tangan dan menaik taraf produk pelancongan. Saya ingin mencadangkan insentif galakan diberi kepada pembuat ataupun penghasil kraf tangan tempatan dan mewujudkan kerjasama di antara pelbagai bidang seperti bidang pembuat menghasilkan kraf tangan pelancongan ini dengan volume yang besar, bidang pengangkutan menyediakan kenderaan pelancongan dan bidang kreatif menghasilkan produk promosi seperti sulam pendek untuk mempromosikan pelancongan tempatan. Saya sedia membantu untuk menyumbang idea ataupun pandangan dalam hal ini. Yes! Akhirnya, saya boleh jemput Seri Setia untuk berlakon sekali. Cantik (ketawa). Tetapi, peruntukan kena sampai ya (ketawa). Akhirnya.

Saya ingin membahaskan berkaitan dengan muka surat 202, Kod Projek PK1414016 Kelengkapan dan Koleksi. Kerajaan Selangor telah menyalurkan RM100,000.00 untuk bahagian ini. Saya ingin mencadangkan bahawa kita boleh mula berfikir dan merancang kewujudan e-Perpustakaan ataupun perpustakaan atas talian terutamanya arkib digital atas talian yang berfungsi sebagai pusat penyimpanan koleksi maklumat saintifik dan penyelidikan di Universiti-universiti dan Institusi-institusi pengajian tinggi di Negeri Selangor. Saya baru melengkapkan tesis Sarjana saya pada tahun yang lepas di dalam tempoh sebanyak lima (5) tahun, panjang sangat lah (ketawa), saya menghasilkan tesis saya, saya mengalami satu masalah yang besar iaitu sumber maklumat sukar didapatkan terutamanya tesis ataupun penyelidikan yang dihasilkan oleh penyelidik kita sendiri. Kerana kita tiada satu arkib digital atas talian yang mengumpulkan atau menyatukan semua arkib Universiti-universiti dan Institusi-institusi pengajian tinggi di Selangor mahupun di negeri lain. Hal ini telah melambatkan langkah kita menuju kepada satu masa hadapan yang lebih berilmu dan maju, apatah lagi seluruh dunia sekarang sedang menghadapi pandemik COVID-19 dan urusan harian digalakkan dijalankan atas talian supaya mengurangkan pertemuan ataupun pengumpulan orang ramai di tempat awam. Arkib digital merupakan sebahagian kecil dari perpustakaan atas talian. Justeru itu, saya berpendapat bahawa ia adalah satu permulaan yang sesuai dan mudah diuruskan asalkan Kerajaan Negeri mempunyai niat untuk memulakan projek ini.

Selangor merupakan negeri yang paling maju dan kita mempunyai paling banyak Universiti dan Institusi pengajian tinggi di dalam negara ini. Kita seharusnya, dan sepatutnya menjadi pemimpin revolusi pendidikan dan penyelidikan di Malaysia. Saya amat berharap dengan kelengkapan perpustakaan ini, dapat menggalakkan lagi ramai warga Selangor menjalankan lebih banyak lagi penyelidikan serta menjadi pemangkin kemajuan Selangor. Dengan ini, saya mohon menyokong.

Speaker

Baik, saya persilakan Bukit Lanjan.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk tahun ini, jumlah perbelanjaan pembangunan, untuk tahun hadapan, maaf, berjumlah RM1.123 bilion ini adalah jumlah saya rasa yang amat bagus memandangkan pada ketika ini, ramai dalam keadaan yang susah jadi, untuk sebuah Kerajaan membantu rakyat, Kerajaan itu harus membelanjakan sebanyak boleh demi rakyat melalui pelbagai projek, program, bantuan dan sebagainya. Tuan Speaker, saya amat terharu bila Kerajaan Negeri membentangkan Belanjawan di mana orang asli diberikan peruntukan sejumlah RM1.5 juta, ini semasa pembentangan Belanjawan seminggu yang lalu dan RM1.5 juta adalah untuk membina, membaik pulih, menaiktaraf kedaifan kediaman dalam perkampungan orang asal, ini adalah dalam ucapan. Kemudian juga ada kemudahan-kemudahan infrastruktur yang sedia ada yang akan juga dinaiktarafkan sekali gus menaikkan sosioekonomi dan mengekalkan budaya masyarakat orang asal yang telah sekian lama diamalkan. Ini adalah quotation. Saya merujuk kepada muka surat 200 Vot P01 PK4 Kod Projek 04002 Pembangunan Hal Ehwal Orang Asli dan saya ada satu soalan. Mengapa? Walaupun dalam pembentangan Belanjawan, disebut RM1.5 juta tetapi dalam Buku Bajet ini, hanya RM500,000.00 diperuntukkan? Saya minta pihak Perbendaharaan untuk menyemak perkara ini supaya orang asal untuk tahun hadapan, boleh mendapat manfaat penuh daripada Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan satu isu. Isu ini adalah isu yang berkaitan tentang penduduk di Desa Temuan di mana saya adalah Wakil Rakyat di sana. Baru-baru ini, saya ada perjumpaan dengan JKKK di sana, MPKK, maaf, MPKK di sana dan kita berdua pihak terkejut kerana ada pelbagai isu tanah yang sampai hari ini belum diselesaikan. Dan mereka mohon saya untuk bangkit perkara ini supaya Kerajaan Negeri boleh melihat macam mana perjanjian yang ditandatangani lebih daripada 25 tahun yang lalu boleh diselesaikan secepat mungkin.

Perkara ini bangkit apabila kita hendak buat satu Futsal Court yang sangat simple, sangat ringkas dan isu tanah dibangkitkan kerana pada ketika ini, MBPJ kata tanah taman permainan itu di bawah MBPJ. Tetapi kalau melihat MOU tersebut, tanah permainan ini bersama dengan Balai Adat, Muzium Orang Asli, Dewan Serbaguna Orang Asli, surau harusnya diberi, dipulangkan kepada kampung tersebut, tetapi pada ketika ini masih dipegang oleh Kerajaan Negeri. Ada beberapa isu yang berkaitan dengan strata kerana di sana ada pangsapuri orang asli yang pertama di seluruh negara tetapi pada hari ini, masih 130 unit geran strata Pangsapuri Desa Temuan masih belum diserah kepada penduduk di sana. Begitu juga dengan geran hak milik rumah kedai, enam (6) lot di Desa Temuan, geran Kompleks Komuniti Orang Asli Desa Temuan, dan juga di kawasan Desa Riang Damansara Damai di mana geran hak milik tiga (3) lot kedai di Desa Riang juga belum diserahkan. Ini adalah isu-isu yang tertinggal mungkin kerana kita selalu pandang ke depan tetapi kadangkala ada beberapa isu yang kita masih belum selesaikan, saya minta Kerajaan Negeri untuk melihat secara serius macam mana kita boleh mempercepatkan penyerahan geran-geran strata, geran lot dan juga geran rumah kedai termasuk juga aset-aset awam

yang dikhususkan oleh, dikhususkan kepada penduduk Kampung Orang Asli Desa Temuan.

Tuan Speaker, saya sekarang merujuk kepada muka surat 200 PK9 Perbandaran di mana Kod Projek 09003 Menyenaraikan Pengangkutan sebanyak RM25 juta, saya rasa ini adalah satu amount yang sangat bagus kerana pengangkutan, khususnya pengangkutan awam adalah isu yang boleh katakan, satu penyelesaian kepada masalah perubahan iklim. Jadi, soalan saya untuk Kerajaan Negeri, dalam RM20 juta ini, selain daripada mungkin bas Selangorku juga pelbagai pengangkutan adakah laluan basikal akan juga dibina oleh Kerajaan Negeri? Saya bangkit perkara ini kerana kalau kita lihat pembangunan ataupun progress, dengan izin, laluan basikal di banyak kota di seluruh negara ini, di seluruh dunia ini, maaf, kita boleh lihat, kita ada satu macam trend ataupun development, dengan izin, di mana laluan basikal adalah satu alat yang sangat penting di mana kita boleh guna untuk lawan perubahan iklim. Jadi, sebagai sebuah negeri yang maju, Negeri Selangor, saya syorkan kepada Kerajaan Negeri, selain daripada memastikan rakyat dapat menggunakan pengangkutan awam, pengangkutan yang murah ataupun percuma, kita juga ada sistem pengangkutan yang alternatif yang juga sihat, di mana kita semua boleh juga manfaatkan.

Tuan Speaker, saya merujuk muka surat 202 Perpustakaan, di mana ini adalah soalan untuk Kerajaan Negeri sebenarnya. Saya melihat satu program yang sangat bagus, Kod Projek 14017 Perpustakaan Bergerak dan saya masih ingat saya telah pergi ke beberapa program Kerajaan Negeri sebelum ini di mana Perpustakaan Bergerak itu adalah antara boleh katakan highlight untuk aktiviti tersebut di mana ada ramai kanak-kanak yang suka masuk dalam Perpustakaan Bergerak ini tetapi untuk tahun hadapan, bukan RM10.00 tetapi saya tidak nampak apa-apa angka yang diletakkan dalam Buku Bajet ini. Jadi, mungkin Kerajaan Negeri boleh memberikan sedikit pencerahan, adakah kita tidak menjalankan program ini lagi ataupun kita ada mungkin alternatif kepada program ini? Tuan Speaker, saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana pada, dalam muka surat 203 PK17 Projek Khas Negeri kita boleh lihat ada sedikit pembaharuan iaitu dalam Kod Projek 17003 dan juga 17004 kita boleh lihat dalam line item, dengan izin, Muzium Setem dan Muzium Tekstil ada satu jumlah yang cukup besar di mana kita boleh akhirnya melihat perkembangan Muzium Setem dan Muzium Tekstil di Negeri Selangor. Cuma saya ingin menekankan bahawa di bawah PK17 juga Projek Khas Negeri, terdapat satu projek yang saya rasa juga penting iaitu Taman Rakyat, 17005 itu Kod Projeknya, di mana jumlah yang diletak hanya RM10.00. Saya masih ingat masa kita bangkitkan, bentangkan projek Taman Rakyat, Taman Rakyat ini sepatutnya adalah satu taman di mana seluruh, bukan sahaja di Shah Alam tetapi seluruh negeri penduduk di sini boleh mengunjung Taman Rakyat dan kita boleh lihat semasa PKP, dua (2) tahun ini kita boleh lihat betapa penting Taman Rakyat, kawasan rakyat, padang, taman permainan di mana rakyat berpusu-pusu hendak pergi mengunjung taman-taman tersebut. Jadi, saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri, supaya melihat semula, supaya Taman Rakyat ini boleh diperkembangkan, boleh diperluaskan dan satu jumlah yang mencukupi

untuk mempromosikan dan juga mencantikkan taman rakyat ini boleh didapati ataupun boleh di, kita boleh dapat settlekan ataupun letakkan satu amount yang mencukupi di sana. So, kalau kita boleh beri RM100,000.00 untuk kapal korek Seri Banting, Kod Projek 17007 maka saya rasa untuk Taman Rakyat ia, kita sepatutnya ada, tidak kurang daripada RM1 juta untuk satu aset untuk rakyat.

Tuan Speaker, Alam Sekitar adalah satu perkara yang sering dibangkit dalam Dewan yang mulia ini. Tadi kita telah mendengar beberapa Yang Berhormat di sini, bukan sahaja Pelabuhan Kelang, ramai. Saya rasa di Negeri Selangor memang ramai ADUN sangat prihatin tentang isu-isu alam sekitar dan kalau kita lihat muka surat 201 PK12 Alam Sekitar Kod Projek 12001 dan 12002, dua (2) isu yang penting, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau selalu diberi fokus oleh ADUN dan juga EXCO. Jadi, saya ingin cadangkan satu penambahbaikan. Sekarang isu perubahan iklim adalah isu yang sangat penting, climate change, dan kalau kita hanya fokus kepada alam sekitar ia seperti tidak mencukupi. Kalau kita hanya melihat teknologi hijau sahaja, juga ia hanya satu daripada tool, dengan izin, yang kita guna untuk menangani isu perubahan iklim. Jadi, saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk, bukan bergabung tetapi untuk adakan satu STANCO yang baru iaitu STANCO Perubahan Iklim di mana kita boleh melihat dan juga menangani masalah-masalah yang dibangkitkan disebabkan oleh perubahan iklim di Negeri Selangor. Selain daripada itu, perkara ini saya tidak tahu saya hendak letak di mana, di bawah PBT ke ataupun Alam Sekitar tetapi saya difahamkan EXCO Alam Sekitar ada satu geran khusus untuk projek-projek hijau dan antaranya termasuk Kebun Komuniti, betul? Yang Berhormat Kajang? Kebun Komuniti, siapa yang hendak buat Kebun Komuniti ini boleh memohon geran khusus daripada EXCO Alam Sekitar. Saya bangkit satu masalah sekarang khususnya di kawasan Perbandaran. Pagi ini kita ada dengar Yang Berhormat Pandan Indah membangkitkan isu Agro Bandar. Isu Agro Bandar ataupun Kebun Komuniti ini adalah satu kegiatan yang sebenarnya disokong oleh Kerajaan Negeri tetapi kadangkala di peringkat PBT, kita ada sedikit masalah. Saya nak beri sebagai contohnya, dekat kawasan saya, ini bukan kawasan DUN saya tetapi kawasan yang saya duduk (ketawa), ada satu Rukun Tetangga Seksyen, SS22A ini di mana Taman mereka, Kebun Komuniti mereka telah disita dan juga ada masalah yang diberi oleh MBPJ. Jadi, saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya satu dasar yang lebih jelas diberi kepada PBT dan juga Pejabat Tanah di mana kita boleh menggalakkan Persatuan Penduduk, JMB, Rukun Tetangga dan sebagainya untuk memulakan Kebun Komuniti. Kita sudah dengar berhari-hari, hari ini ramai yang sebut tentang masalah kenaikan harga sayur-sayuran dan Kebun Komuniti ini adalah satu cara di mana penduduk boleh, ada access kepada sayur-sayuran tempatan yang murah dan juga yang mencukupi untuk kawasan yang mereka tinggal. Tuan Speaker, satu perkara yang terakhir saya ingin bangkitkan adalah P

Speaker

Ya, ya, yang terakhir ya.

Puan Elizabeth Wong Keat PingPKR · PHBukit Lanjan

Yang terakhir, terima kasih. Muka surat 217 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Ini adalah PK4 Program Perhutanan Sosial Kod Projek 04001 Pemerkasaan Hutan. Saya ingin tanya Kerajaan Negeri tentang isu Hutan Simpan Cherakah di Shah Alam kerana kita ada baca pelbagai berita tentang Hutan Simpan ini. Ada yang kata sudah dikeluarkan daripada gazet, ada yang kata masih dalam gazet jadi saya rasa penting untuk Kerajaan Negeri memberi satu penjelasan yang cukup bernas khususnya untuk Dewan yang mulia ini dan kita kalau boleh cari penyelesaian yang baik, baik untuk penduduk, baik juga untuk Kerajaan Negeri. Dengan itu Tuan Speaker, saya menyokong usul Perbelanjaan Pembangunan 2022, terima kasih.

Speaker

Baik, saya mempersilakan Sungai Pelek.

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Terima kasih Tuan Speaker. Sungai Pelek ingin merujuk kepada muka surat 218 P10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor PK6 Kod Objek 06001 Program Penguatkuasaan Hutan. Saya rasa terkejut apabila saya terima panggilan daripada komuniti orang asli saya bahawa tanah mereka di hutan itu telah diberikan kepada pemilik yang baru. Sebenarnya, komuniti orang asli tempatan sudah menggunakan kawasan hutan itu bertahun-tahun tetapi saya pun hairan mengapa Pengarah Hutan boleh beri hak kepada orang lain untuk masuk tempat yang sama di mana telah diterokai oleh orang asli tempatan? Jadi, saya ingin menarik perhatian EXCO yang menjaga hutan dan yang menjaga hal ehwal orang asli, terima kasih.

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Boleh sebut mana orang asli, kampung orang asli mana? Ataupun hutan mana?

Tuan Ronnie Liu Tian KhiewDAP · PHSungai Pelek

Bukit Bangkong, Bukit Bangkong.

Speaker

Baik, saya persilakan Seri Setia. Sg. Pelek tutup mic.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ingin merujuk kepada PK15 15001 muka surat 202 yang ini kalau daripada segi ayatnya berbunyi Baik Pulih Projek Perumahan Rakyat. Saya sedia maklum dan semua sedia maklum bahawa kawasan Seri Setia ini tidak ada Projek Perumahan Rakyat. Adapun satu (1) sahaja iaitu dimiliki oleh KPKT. Namun begitu pihak KPKT tidak mempedulikan. Boleh lihat, boleh datang sendiri macam mana keadaan penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang 1 yang keadaannya sangat daif, dengan jalannya yang rosak, dengan tangki airnya yang masih belum dibaiki sepenuhnya. Saya tidak faham kenapa Projek Perumahan Kerajaan di Lembah Subang ini saya kira satu-satunya dalam Malaysia yang tidak dijaga oleh pihak KPKT. Jadi, saya ambil kesempatan sedikit, saya pun hendak merayu juga walaupun ini adalah di bawah Kerajaan Pusat, di bawah KPKT tetapi kerana saya nyatakan tadi tidak dipedulikan, saya mohon sedikit pertimbangan

daripada Kerajaan Negeri supaya dapat dimasukkan sedikit sahaja, setidak-tidaknya baiki jalan pun memadai sebab penduduk, boleh dikatakan jalan yang lubang itu sudah boleh jadi longkang, teruk keadaannya. Jadi, saya minta sedikit peruntukan daripada Kerajaan Negeri bantu lah ya.

Yang seterusnya, Tuan Speaker merujuk kepada muka surat 233 di bawah Kod Projek 01100 iaitu di bawah Kajian Reka bentuk Ukur Siasatan Tanah Pengambilan Balik Tanah Pewartaan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran. Kalau bercakap tentang banjir ini, saya dah tahu dah Yang Berhormat, ha Yang Berhormat EXCO kita daripada Pandan Indah tidak ada di sini. Dia tahu dah apa isu yang saya akan bawa tentang banjir ini. Seri Setia ini kawasan yang hebat, boleh dikatakan tidak ada banjir melainkan dua (2) tempat ini sahaja, di TTDI Jaya, kawasannya boleh katakan kawasannya hebat, yang ini juga lah yang duduk Sementa, Yang Berhormat Sementa duduk di TTDI Jaya. Yang keduanya, di kawasan Taman Mesra Shah Alam. Baru ini di Taman Mesra 107 buah rumah yang telah dimasuki air. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Jaras yang membantu dengan pihak SERVE nya tempoh hari. 107 buah rumah yang telah dimasuki air, kerosakannya yang banyak. Di Taman TTDI Jaya ini juga, kadangkala bila hujan lebat, air akan naik. Saya yakin dan percaya pihak JPS berusaha berbagai-bagai cara tetapi saya minta sekali lagi supaya dibantu sekali lagi dan peruntukan itu ada, ya, untuk pembaikan pulih, pihak MBSA pun bantu tetapi saya tidak tahu di mana penyelesaiannya yang masih mereka tidak dapat capai penyelesaiannya. Sekarang ini bila hujan mereka akan takut. Hujan sahaja, mereka takut bunyi siren. Kadang-kadang siren tidak bunyi tetapi air naik. Ha, ini kalau kita di kampung, siren itu biasa ada, ini di bandar pun ada siren. Bunyi siren, semua akan cepat alihkan kereta.

Kemudiannya, Yang Berhormat Speaker, di muka surat 247 di bawah PK101100 iaitu baik pulih Sekolah Agama setiap daerah. Kawasan Seri Setia, tadi saya katakan Perumahan Rakyat Lembah Subang tidak dipedulikan oleh KPKT, Sekolah Agama Lembah Subang juga ada di sana yang hampir begitu juga tidak dipandang. Saya sedih juga keadaan sekolah agama di sana, dengan keadaannya, bumbungnya yang rosak. Saya ada keluarkan untuk bantu membaiki tetapi tidak cukup. Dan keadaan penduduk sudah lah ramai, sekolah pun penuh anak-anak kita hendak belajar pun tidak selesa. Ada pernah satu ketika mereka terpaksa belajar di kantin sekolah. Kita tahu bahawa Perumahan Rakyat ini memang ramai orang dan sekolah agama pun kecil tidak cukup hendak menampung. Saya minta tolong lah ya. Tolong pihak Jabatan Agama Islam, tolong bantu dan lihat sekolah agama di Lembah Subang. Yang keduanya, sekolah agama di kawasan PJS 10, Taman Dato’ Hormat. PJS 10 ini sama juga, sekolahnya yang kecil, penduduknya ramai, mereka minta bantuan untuk bantu baik pulih sekolah tersebut. Dan yang ketiganya, Sekolah Agama Kampung Lindungan. Keadaan yang sama juga. Saya tahu bahawa jika kita hendak mendirikan membesarkan sekolah ini, dia akan masuk dalam RMK, berapa lama yang kita hendak tunggu? Setidak-tidaknya keluar lah sikit peruntukan yang boleh dibaik pulih sekolah-sekolah tersebut.

Speaker

Yang Berhormat, Seri Setia, duduk kejap. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, oleh sebab urusan Dewan ini masih panjang, maka Dewan pada hari ini perlu disambung. Saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atau Kerajaan untuk membawa usul.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut, bahawasanya Dewan yang bersidang pada hari ini, mengikut Peraturan 11 dan 26 (4) dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor hendaklah disambung sehingga jam 5.30 petang.

Puan Rodziah binti IsmailPKR · PHBatu Tiga

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya. (Ahli Dewan berkata ya). Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Usul ini dipersetujui. Silakan sambung, Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker. Balik pada Sekolah Lembah Subang tadi, di Sekolah Agama Lembah Subang tadi. Saya kenal pasti ada satu tanah yang terbiar yang mana itu adalah hak milik Jabatan Agama Islam di kawasan Lembah Subang sendiri. Saya harap ini mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Agama Islam untuk kita mempercepatkan ataupun dapat untuk membina sekolah agama di situ. Baik, yang seterusnya, yang terakhir, saya juga ucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam di bawah Kod 03109 muka surat 250 dalam Peruntukan ini telah dimasukkan peruntukan bagi masjid Lembah Subang 2. Itu sahaja, terima kasih Speaker.

Speaker

Baik, saya persilakan Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih kepada Tuan Speaker untuk memberi peluang untuk membahas dalam Usul ini. So, saya ringkaskan saya ingin merujuk kepada muka surat 201 berkenaan dengan PK10 Pelancongan. Isu yang saya ingin bawa adalah berkenaan dengan pelancongan di Batu Arang dan kita pun mengetahui bahawa setiap Sabtu dan Ahad, ramai pelancong terutamanya pelancong yang menunggang basikal dan juga, yang mereka konvoi ke Batu Arang untuk tujuan makan dan juga berkonvoi. Cuma, pandangan saya, di situ kekurangan infrastruktur dan kita tidak ada satu peluang untuk memberi apa sejarah yang berlaku di bandar yang bersejarah ini. So, pertanyaan saya adalah, adakah pada tahun yang akan datang dalam pelancongan ini akan menaiktaraf daripada segi infrastruktur di kawasan Batu Arang. Dan perkara yang kedua adalah berkenaan dengan PK12 muka surat yang sama berkenaan dengan alam sekitar. Kami memahami bahawa sepanjang

masa ini terutamanya waktu berlaku pencemaran air, dan isu pencemaran air di Negeri Selangor ini, Kerajaan Negeri Selangor turut memberi peruntukan yang amat besar berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan dalam segi penguatkuasaan dan juga teknologi pemantauan. Cuma, baru-baru ini di Rawang kerap menerima aduan berkenaan dengan pencemaran kilang yang melepaskan asap terutamanya pada waktu malam dan juga pembakaran sampah secara terbuka. Rasanya, kebanyakan kawasan-kawasan YB, Yang Berhormat pun berlaku isu-isu yang sama cuma adakah Kerajaan mempunyai teknologi ataupun berhasrat untuk meningkatkan penguatkuasaan. Saya menerima aduan dari Jabatan Alam Sekitar bahawa, saya memberi satu contoh, di daerah Jabatan Alam Sekitar daerah Gombak, tempat yang ia cover adalah dari kawasan daerah Gombak dan juga kawasan Hulu Selangor. Staf yang mereka mempunyai mungkin dalam lima (5) hingga enam (6) orang untuk tujuan pemantauan. Dan vehicle, kenderaan yang ada hanya satu sahaja. Mereka terpaksa kongsi antara staf-staf yang sedia ada di Jabatan Alam Sekitar. So, saya, rasanya Kerajaan Negeri Selangor kalau boleh, boleh membantu Jabatan Alam Sekitar dalam segi penguatkuasaan dan juga teknologi pemantauan supaya tindakan boleh dilaksanakan dan pemantauan boleh dilaksanakan dengan senang. Seterusnya adalah berkenaan dengan muka surat 226, Kod Objek PK 404205, saya ingin mengucap terima kasih kepada yang terutamanya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang telah berusaha untuk menyelesaikan isu projek sakit untuk menaik taraf jalan negeri B27. Dalam dua tiga tahun ini memang kita nampak perkembangan dan ada beberapa YB di sini merupakan penduduk untuk Bandar Kanching Hong so banyak terjejas kalau hendak balik rumah pun banyak terjejas. Di sini saya ingin membangkitkan isu adalah menaik taraf jalan negeri B27. Disebabkan dia ada tiga jalan dan depan dan belakang telah hampir nak selesai, cuma yang ditengah-tengah itu dinamakan walaupun telah diletakkan dalam butiran cuma dalam dua tahun saya nampak negeri telah memperuntukkan 300,000 tetapi di atas tapak, kami masih tidak nampak apa-apa lagi perkembangan di atas tapak so saya berharap dapat sedikit penjelasan atau pun perkembangan adakah Kerajaan Negeri akan melakukan sesuatu pada tahun yang akan datang. Seterusnya berkenaan dengan Vot B13 muka surat 241, PK505108 Membina Kolam Takungan Banjir di Rawang Integrated untuk mengatasi masalah banjir di Sungai Gong. Sekali lagi saya ingin mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana dua tiga tahun ini memang isu-isu banjir di Rawang sudah berkurang kalau dibandingkan dengan dulu seminggu mungkin berlaku tiga empat kali banjir di kawasan Rawang. Rakan-rakan Ahli Dewan jumpa saya pun tanya Rawang macam mana dah? Adakah berlaku banjir lagi? So terima kasih atas usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini cuma baru-baru ini di Rawang telah ditambah dua kolam takungan ini saya ingin bercadang supaya Kerajaan Negeri Selangor boleh selain daripada fungsi kolam takungan boleh juga naik taraf sebagai taman rekreasi seperti developer yang melakukan di taman-taman mereka dan untuk membekalkan satu tempat yang selesa bagi penduduk untuk bersenam dan juga aktiviti riadah. Seterusnya adalah berkenaan dengan Vot B14 muka surat 250, Kod Projek 03200 untuk Daerah Gombak. Saya ingin bertanya Kerajaan disebabkan dalam RMKe-11 dalam butiran itu mempunyai

masjid dalam untuk kawasan Rawang di kawasan Taman Pelangi tetapi sudah masuk RMKe-12 yang butiran itu telah hilang. Di Rawang ini telah bertambah dengan ramai penduduk dan di situ Taman Pelangi ada meminta penduduk-penduduk Taman Pelangi meminta membina sebuah masjid di kawasan tersebut. So berharap dapat pertimbangan daripada pihak Kerajaan. Yang terakhir, okey itu sahaja daripada Rawang. Di akhirnya saya ingin menyokong Usul Pembangunan yang dibentangkan oleh pihak Kerajaan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Baik Rawang, saya persilakan Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Tuan Speaker, pertamanya saya ingin merujuk kepada Vot P01 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, muka surat 199 PK4 Sosial 04002 Pembangunan Hal Ehwal Orang Asli. Terima kasih Kerajaan Negeri kerana selalu peka terhadap pembangunan Hal Ehwal Orang Asli. Semasa Pandemik COVID-19 saya melihat bahawa Kerajaan Negeri selalu menjaga kebajikan masyarakat orang asli contohnya dengan menganjurkan saringan bersasar dengan Kampung Orang Asli dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAKOA) dan juga Pejabat Kesihatan Daerah serta program pemberian vaksin bergerak di mana setakat 18 Ogos tahun ini pencapaian peratus pemberian vaksin di kalangan masyarakat Orang Asli Selangor yang layak adalah sebanyak 65.1%. Saya menyokong penuh Teras Ketiga Belanjawan Negeri Selangor 2022 iaitu Mengukuhkan Agenda Kesihatan Awam Selangor namun dalam pada kita bergerak ke arah digitalisasi perkhidmatan kesihatan dengan izin, digitalize healthcare system saya berharap masyarakat orang asli tidak akan tercicir. Vaksinasi, nutrisi saya kira menjadi isu utama. Kadang kala apabila kita masuk kampung orang asli saya lihat rambut kanak-kanak seperti warna perang dan apabila saya bertanya kepada orang kampung kerana tidak cukup zat. Sebelum Pandemik COVID-19 kehadiran di sekolah kanak-kanak orang asli agak rendah. Semasa pandemik ramai kanak-kanak orang asli telah terhenti belajar dari sekolah mereka dan kemungkinan kita akan melihat drop out rate dengan izin yang lebih tinggi antara kanak-kanak orang asli seperti yang diutarakan dalam kajian UNICEF bertajuk dengan izin Understanding The Impact Of COVID-19 On Vulnerable Children And Families In Malaysia. Saya ingin tanya Kerajaan Negeri apakah kaedah penyaluran bantuan baru nutrisi makanan kanak-kanak iaitu Anak Selangor Anak Sihat? Sekiranya ia melalui sekolah kita kena bersedia ada kemungkinan kanak-kanak orang asli akan tercicir. Masalah ini juga relevan kepada kanak-kanak daripada golongan miskin bandar contohnya di Petaling Jaya, mereka tercicir kerana sekolah tiada peranti atau pun tolong ibu bapa berniaga jadi saya harap Kerajaan Negeri akan memberi perhatian kepada isu ini.

Perkara yang kedua, saya merujuk kepada muka surat 206 PK Wanita Berkebajikan dan Kesihatan, Kod 06001 Pembangunan Wanita dan Keluarga. Saya menerima baik Program Pembelajaran Sepanjang Hayat di bawah Wanita Berdaya Selangor (WBS). Dalam pada kita menggalakkan wanita untuk menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang, saya ingin ingatkan bahawa Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual

masih belum dibentangkan di Parlimen. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri akan menerapkan dasar dan Program Kesedaran Anti Gangguan Seksual dari segi program anjuran Kerajaan Negeri. Kita sering berbincang tentang keganasan rumah tangga tetapi gangguan seksual juga tidak kurang seriusnya. Saya pernah dengar kes yang ditangani oleh NGO All Woman Society Awam dengan izin, wanita OKU yang mendapat gambar lucah daripada bossnya melalui Whatsapp, selain mengganggu prestasi kerjanya tahap mentalnya juga merosot kerana tidak rasa selamat berada di tempat kerja. Kita jangan tunggu Kerajaan Persekutuan, saya rasa kita di Selangor mampu memimpin berbanding dengan Menteri di KPWKM yang lebih suka photoshoot. Perkara ketiga, saya merujuk kepada muka surat 201, PK10 Pelancongan, Kod Objek 10001 Promosi dan Acara Pelancongan. Pada hari ini saya difahamkan bahawa kebaya yang saya kenakan ialah Kebaya Selangor.

Tadi semasa coffee break dengan izin saya sempat berbual dengan Yang Berhormat Tanjung Sepat dan beliau menerangkan kepada kami tentang cara pemakaian tanjak dan keris yang berlainan dan maksud di sebaliknya, sangat menarik. Dan di sini saya ingin merujuk kepada Discover Selangor dan Tourism Selangor saya kira Discover Selangor terutamanya di medium Instagram, telah melakukan usaha yang baik untuk mempromosikan Selangor tetapi saya ingin merujuk kepada soft power dengan izin dan soft power itu sesuatu di mana agensi pelancongan atau pun pengusaha pelancongan dapat menanam idea atau pun branding dengan izin penjenamaan sesuatu tempat dalam minda pelancong, contohnya apabila kita sebut padi, kita fikir tentang Sekinchan kawasan Tuan Speaker. Dan semalam saya sebut tentang BTS, hari ini saya hendak petik lagi Korea Selatan sebagai satu contoh negara yang banyak menggunakan soft power dengan izin dalam pelancongan. Contohnya apabila kami menonton drama Netflix, mereka selalu ada adegan makan, mungkin ia suatu senario di mana sesuatu sesebuah keluarga berkumpul tetapi pasti di setiap drama Netflix dia akan ada adegan makanan dan kita nampak kimchi macam sedap dan wow saya rasa macam nak ke shopping center untuk membeli kimchi. Keduanya antara usaha mereka semasa pandemik yang agak menarik di bawah Tourism Korea telah melancarkan satu kempen bernama dengan izin Feel The Rhythm of Korea di mana mereka menggunakan Tiktok sebagai medium ada satu cabaran menari dan juga mereka menggunakan satu band yang bernama Linachchi. Linachchi adalah satu band muzik genre pansori yang merupakan muzik tradisional Korea tetapi ia dipersembahkan dengan cara yang sangat menarik sehingga kita dapat lihat di Tiktok remaja dari Vietnam ke Philippines ke Indonesian dan juga Malaysia juga cuba cabaran tarian tersebut. Jadi saya kira di Selangor ini kita juga ada tarikan yang mungkin di tempat-tempat yang bersejarah, kita dapat mempromosikan makanan atau pun juga cuba pakaian tradisional di negara kami. Dan terakhirnya saya merujuk kepada muka surat 217, Vot P10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, PK3 Program Perlindungan dan Inovasi Hutan 03001 dan juga muka surat 218, PK6 Program Penguatkuasaan Hutan. Tadi Yang Berhormat Dusun Tua bangkitkan isu penguatkuasaan di hutan dan saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri adakah terdapat sebahagian daripada peruntukan yang ditetapkan diberikan kepada

masyarakat orang asli dalam usaha melindungi sumber hutan. Kita harus manfaatkan kebijaksanaan yang mereka miliki demi kelestarian alam sekitar. Sekiranya belum, saya minta Kerajaan Negeri Selangor untuk mempertimbangkan dan kita juga boleh memberi elaun atau pun gaji kepada orang asli yang terlibat so kita boleh membantu mereka menjana ekonomi. Setakat ini perbahasan saya, saya menyokong Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022. Terima kasih.

Speaker

Baik Kampung Tunku. Saya persilakan Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih Tuan Speaker kerana membenarkan Bandar Utama untuk berbahas untuk Perbelanjaan Pembangunan 2022, Bandar Utama ingin memfokuskan kepada beberapa Vot, yang pertamanya terhadap Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu P01 bawah PK10001 dan 01002 muka surat 199 berkaitan dengan Penyelidikan Pembangunan Ekonomi, Perindustrian dan Pelaburan. Bandar Utama ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri tentang pembangunan ekonomi di bawah Kerajaan Negeri iaitu khususnya terhadap pelaksanaan cukai hiburan dalam Negeri Selangor bagi tahun ini dan juga tahun yang seterusnya. Bandar Utama berpendapat bahawa sekiranya kita memang ingin membangunkan ekonomi Kerajaan Negeri bukan sahaja kita perlu melaburkan peruntukan bagi pembangunan ekonomi di Negeri Selangor dan pada waktu yang sama kita juga seharusnya memikirkan bagaimana kita boleh menggalakkan warga-warga Selangor ini melabur atau membangunkan perniagaan mereka, kreativiti mereka termasuk juga dalam bidang hiburan. Bandar Utama ingin mendapatkan penjelasan kerana pada pendapat Bandar Utama kerana industri hiburan juga merupakan industri penting yang membawa impak yang sangat besar pada Negeri Selangor. Pada tahun ini dan juga tahun-tahun sebelum memang bukan sahaja di Negeri Selangor, seluruh Malaysia juga telah mendapat impak yang sangat serius kerana Covid-19 dan tahun-tahun pandemik. Jadi Bandar Utama ingin bertanyakan, kini memang pelbagai aktiviti hiburan telah pun berkurangan kerana penekanan yang hebat terhadap peruntukan dan sebagainya, bagaimanakah Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk masih melaksanakan cukai hiburan pada ketika ini bila berlakunya kerencatan ekonomi dan kerencatan ini akan mengambil masa yang lama untuk memulihkan kerugian yang berlaku dalam tempoh dua hingga tiga tahun. Atas faktor ini Bandar Utama berpendapat sekiranya boleh pelaksanaan cukai ini bolehlah dipertimbangkan untuk dikecualikan kerana sekiranya kita bersetuju untuk pengecualian cukai seperti ini, cukai hiburan dan sebagainya Bandar Utama berpendapat lebih banyak lagi orang-orang yang berbakat yang mampu mengeluarkan idea atau pun projek yang lebih bagus untuk Kerajaan Negeri dan juga dalam industri hiburan, seterusnya sekiranya mereka mendapat keuntungan semestinya pada tahun yang akan datang, mereka lebih banyak dan lebih berkemampuan untuk membayar cukai. Oleh itu Bandar Utama berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan sekiranya cukai ini dikecualikan pada tahun hadapan sekurang-kurangnya dan dengan galakan seperti ini Bandar Utama merasakan Kerajaan Negeri juga dapat menggalakkan lebih banyak orang atau

pun warga Selangor yang membuat aktiviti program hiburan dan sebagainya di kawasan-kawasan PBT di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan cara ini juga dapat menggalakkan pengambilan keuntungan dari segi sewaan terhadap stadium dan sebagainya dan tindakan ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada para pembekal peralatan, para pembekal bunyi, para penganjur dan sebagainya. Seterusnya Bandar Utama ingin berbahaskan tentang P01 PK6 06004 sekali dengan PK1, PK10 10001 iaitu Perpaduan dan Promosi serta Acara Pelancongan. Bandar Utama berpendapat tak kiralah tentang perpaduan atau pun promosi dalam acara pelancongan sama juga dengan Ahli-ahli Dewan negeri lain peruntukan yang diberikan itu tidaklah begitu banyak jadi Bandar Utama berharap dengan peruntukan yang sedia ada seharusnya Kerajaan Negeri boleh menggunakan dana itu dengan keadaan yang lebih kreatif. Kerajaan Negeri merupakan sebuah kerajaan yang melakar atau pun merangka hala tuju dan masa hadapan negeri. Pada masa yang sama sekiranya kita mahu melakukan sesuatu yang berkaitan dengan promosi, melakukan sesuatu berkaitan dengan publisiti saya rasa itu mungkin bukan perkara yang paling bijak dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Oleh Bandar Utama berharap sekiranya ada promosi tentang perpaduan, promosi tentang acara pelancongan seharusnya perkara ini kita pertimbangkan pihak-pihak ketiga yang semestinya memang bijak dan pandai melaksanakan perkara-perkara seperti ini. Ambil contoh influencer, saya rasa banyak influencer di Malaysia ini sebenarnya lebih berkemampuan dan mereka mempunyai idea-idea yang cukup kreatif dalam melakukan publisiti untuk sesuatu tempat, untuk sesuatu aktiviti, program dan sebagainya. Sekiranya kita melihat kepada followers, tidak kiralah Insta atau pun Youtube memang terdapat banyak influencer di Malaysia ini yang paling common dengan izin atau pun yang paling dikenali saya ambil Neelofa sebagai contoh, beliau mempunyai followers sebanyak 8 juta di dalam Intagram. 8 juta ini saya rasa tiada seorang pun Ahli Dewan Negeri di sini mempunyai followers sebanyak 8 juta dan mungkin tiada seorang pun Ahli Dewan Negeri di sini mempunyai followers sebanyak 80 ribu ke atas, jadi apabila kita mahu mengambil langkah melakukan promosi atau pun publisiti, adakah Kerajaan Negeri akan mengambil keputusan, saya harap mendapatkan jawapan untuk bergerak ke hadapan dan menyerahkan tugasan atau peranan ini kepada pihak yang lebih berkemampuan dan lebih berpengetahuan. Seperti yang dikatakan tadi Kampung Tunku juga ada mengatakan kita perlukan soft power dan sebagainya. Tetapi adakah Kerajaan Negeri mampu melakukan dengan tersendiri atau pun kita perlu bantuan atau nasihat daripada pihak ketiga. Jadi saya harap perkara ini juga dipertimbangkan sekiranya kita mengeluarkan peruntukan terhadap promosi dan acara pelancongan atau pun perpaduan dan sebagainya saya harap Kerajaan Negeri akan menggunakan pihak-pihak yang lebih berkemampuan dalam melaksanakan tugasan ini supaya memastikan promosi atau pun publisiti ini memang sampai kepada rakyat Selangor dan seluruh rakyat Malaysia.

Seterusnya Bandar Utama juga ingin melihat kepada P01 PK9 Kod Projek 09005 iaitu Kerajaan Tempatan muka surat 200. Bandar Utama tertarik untuk berbahas mengenai pembangunan bawah kerajaan tempatan. Seperti apa yang telah dibangkitkan

sebentar tadi Kebun Kita merupakan sesuatu inisiatif yang baik di bawah Kerajaan Negeri. Bandar Utama juga telah banyak melakukan pemberian peruntukan kepada penduduk-penduduk kawasan atau pun persatuan-persatuan di bawah DUN Bandar Utama supaya membangunkan Kebun Kita kerana Kebun Kita ini terutama di kawasan bandar merupakan satu projek dan satu program yang amat disukai oleh penduduk-penduduk tempatan. Seperti katanya S22A, satu kawasan di mana Kebun Kita mereka sebenarnya diinisiatifkan dengan peruntukan dana yang telah diberikan oleh Bandar Utama. Sebelum ini pada tahun 2020, Bandar Utama sebenarnya telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM109,000 di bawah Geran BU Green dan sebahagian daripada peruntukan BU Green itu telah digunakan untuk membangunkan Kebun Kita di bawah kawasan DUN Bandar Utama. Oleh itu saya ingat masa itu Bandar Utama juga telah menjemput EXCO Alam Sekitar untuk menghadiri event atau pun program tersebut. Oleh itu apabila kita sebagai kerajaan tempatan atau pun dari pihak ADUN telah mengeluarkan begitu banyak peruntukan terhadap Kebun Kita, Bandar Utama sebenarnya sangat terkilan apabila Kebun Kita di bawah S22A itu telah dimaklumkan mereka perlu demolish dengan izin atau pun mereka perlu robohkan kawasan kebun kita. Pada pendapat Bandar Utama, itu merupakan satu perkara yang amat membazirkan peruntukan kerajaan terutamanya apabila di kawasan tersebut, bukan kebanyakan tetapi semua penduduk-penduduk di kawasan tersebut menyokong dan memang mahukan Kebun Kita dan hanya kerana ada sesetengah dasar dan SOP telah diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak memahami keadaan kawasan setiap kawasan di bawah Kerajaan Negeri di bawah Negeri Selangor, adakah dengan sebab itu kita mahu merobohkan, memusnahkan kebun kita yang ada kerana tadi telah disebut di Kebun Kita di kawasan S22A akan dirobohkan sekiranya tidak mengikut guideline tapi sebenarnya bukan kebun kita S22A sahaja malah banyak lagi kebun-kebun lain yang terancam kerana kerajaan tempatan mengambil keputusan untuk mengikut dasar secara buta tuli dan tidak melihat kepada keperluan kawasan dan keperluan komuniti. Oleh itu saya juga menyokong dan juga berharap Kerajaan Negeri akan mengeluarkan dasar baru yang lebih senang dan dasar yang lebih sesuai untuk digunakan di kawasan-kawasan yang boleh mengadakan Kebun Kita dengan selamat dan selesa dan sekiranya ia tidak mengganggu pihak penduduk, ia tidak mengganggu kehidupan penduduk di sana, saya harap SOP akan dilonggarkan supaya terutama pada ketika pandemik ini kita boleh menyediakan facility yang menggalakkan penduduk menjaga kesihatan mental mereka kerana aktiviti berkebun dan sebagainya aktiviti yang baik untuk menjaga kesihatan mental ketika agak jarang untuk keluar rumah dan berjumpa dengan kawan sebagainya berbanding dengan tahun-tahun lepas sebelum pandemik. Akhirnya Bandar Utama ingin berbahaskan muka surat 221 hingga 222 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor iaitu P12 PK1 Kod Projek 01000 hingga 01990, Bandar Utama telah melihat dan mendapati setiap daerah diperuntukkan sebanyak RM500,000.00 untuk pelbagai program pembangunan jalan iaitu pembangunan lampu jalan, lampu isyarat dan juga daripada aspek keselamatan. Jadi berdasarkan peruntukan yang diberikan jelas ia bukanlah berdasarkan statistik, bukanlah berdasarkan keperluan cuma segala peruntukan itu diberikan sama rata. Bandar Utama berharap sekiranya boleh, terdapat

banyak peruntukan yang diberikan kepada kawasan yang memerlukan dan secara keseluruhannya pun RM500,000.00 untuk satu kawasan daerah memang tidak mencukupi. Jadi Bandar Utama berharap perkara ini akan diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri. Setakat itu sahaja perbahasan Bandar Utama dengan itu Bandar Utama menyokong. Terima kasih.

Speaker

Baik Bandar Utama, saya persilakan Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih Tuan Speaker kerana mengizinkan Kota Damansara terlibat dalam perbahasan pada kali ini. Kota Damansara ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah meletakkan peruntukan kepada dua buah masjid iaitu Masjid Subang Bestari di muka surat 250 PK3 Kod 03104 Masjid Subang Bestari sebanyak RM3,000,000.00 dan juga 03107 Masjid Kota Damansara 2 sebanyak RM500,000.00. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana memberi peruntukan tersebut. Walau bagaimanapun saya telah pun pergi ke tapak dua masjid tersebut namun kita tidak nampak apa sebarang perkembangan secara fizikal, saya mohon sangat pihak Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan atau JAIS melihat balik pembangunan kedua-dua masjid ini yang sepatutnya pada peringkat awal siap sepatutnya siap pada tahun 2022 kemudian Kota Damansara juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah mewujudkan brochure UPPS, saya rasa semua ADUN telah terima di bawah Unit Pemberdayaan Pekerja, saya rujuk kepada muka surat 200 PK8 Kod 08004 Pemberdayaan Pekerja. Tuan Speaker, saya mengharapkan sangat agar unit ini berhubung kait terus dengan badan yang mewakili pekerja di Malaysia ini iaitu MTUC Malaysian Trade Union Congress. Untuk makluman Tuan Speaker, MTUC mewakili 15 juta pekerja di Malaysia. Jadi amatlah penting dan sangat penting supaya UPPS ini berhubung kait sangat mulakan hubungan dengan MTUC dan seterusnya sebagaimana ada dalam brochure ini melindungi martabat pekerja dan memelihara hak mereka. MTUC memang sejak tahun 1949 lagi telah memperjuangkan kaum pekerja, saya percaya dan yakin pertemuan dengan terutama Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dapat dibuat dengan MTUC agar EXCO Bahagian Perberdayaan Pekerja ini dapat dimajukan. Seterusnya saya pergi kepada muka surat 199 PK4 04007 Hal Ehwal Selain Islam. Ini berkaitan dengan satu kuil yang hendak dibina di RRI, nama kuil tersebut ialah Vanathurkai Amman kuil nama itu. Jadi mohon juga Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar supaya melihat kerana mereka telah mengutus surat secara peribadi untuk memohon sumbangan kepada kuil tersebut. Seterusnya muka surat 200 PK7 07002 Menaikkan Taraf Infra Sukan. Di Kota Damansara ada dua gelanggang futsal juga bola tampar. Di Seksyen 4, Kota Damansara, Gugusan Matahari. Harap peruntukan-peruntukan dapat diberikan kepada kedua tapak infra sukan tersebut.

Seterusnya, saya pergi kepada muka surat 202, PK15 15002. Yang ini saya lihat tidak ada mana-mana tapi isu ni adalah sangat berkaitan dengan perumahan Desa Subang Permai. Di mana Jalan Alpha U6/2, dan Jalan Sungai Buloh sangat bahaya dan ia

boleh mendatangkan kemalangan pada bila-bila masa kerana persimpangan jalan tersebut adalah 90 darjah. Jadi di Desa Subang Permai itu, ada satu masjid, nama dia Masjid Taqwa. Memang masjid itu tepi jalan dan memang semua orang, lori ke van ke akan singgah di tepi jalan dan saya khuatir jalan ini kalau tidak dibuat lay-by, mungkin akan mendatangkan masalah besar, accident. Saya harap sangat peruntukan di bawah PK 15 15002 ini dapat dibinakan jalan ingress, egress, lay-by supaya jalan tersebut selamat untuk mereka pergi ke masjid, Masjid Taqwa di Desa Subang Permai.

Tuan Speaker, seterusnya di bawah perkara yang sama, PK 15 15002, iaitu tentang jalan alternatif daripada jalan Pekan Subang ke Desa Subang Permai Jalan U6/1. Isu ini telah lama dibangkitkan oleh penduduk Desa Subang Permai kerana di sekitar perumahan tersebut ada kilang. Kilang haram ke kilang betul, kita tak tahu. Tapi lori besar 50 tan lalu situ, lori besar melalui jalan perumahan dan ini telah mendatangkan bahaya kepada penduduk. Jalan pun rosak. Yang tidak sepatutnya lori-lori tersebut melalui kawasan perumahan tersebut. Cadangan telah dibuat oleh MBSA, dan sebagainya, menghubungkan jalan Pekan Subang dan Jalan Subang Permai U6/1. Jalan ini telah lama di bincang dan dibahaskan dan saya nampak macam-macam prosedur kena buat. Kena ada konsultan, kena bentang dan sebagainya. Saya harap sangat Pihak Kerajaan Negeri supaya mempercepatkan proses jalan alternatif ini yang dibina menghubungkan jalan Pekan Subang dan Jalan Subang Permai U6/1 agar penduduk Desa Subang Permai lebih selamat, lebih tenteram, dan tidak ada gangguan daripada lori-lori yang besar yang melalui di kawasan perumahan tersebut.

Seterusnya, di bawah para yang sama, PK 15 tadi ialah sistem saliran 4D, Jalan 4D, Kampung Baru Subang. Saya perhatikan juga dalam buku perbelanjaan, perbelanjaan ni. Yang ni tak ada sebut pula saliran 4D sebab ini isu lama, banjir di Kampung Baru Subang. Saya harap di bawah kepala yang sama tadi dapat dilihat, diberikan peruntukan sekiranya diperlukan. Sebab saya dapati kata ada MBSA, kata ada GPS dan sebagainya. Saya mengharapkan sangat supaya masalah banjir 4D, Jalan 4D dapat diselesaikan.

Seterusnya, Kota Damansara ingin merujuk kepada muka surat 212, P08 08001 dan 08, 00, 08001 berkaitan dengan tanaman sayuran atau tanaman kontan. Saya dengar dengan teliti tadi daripada EXCO menggalakkan kebun komuniti dibuat. Di situ ada satu persatuan Kebun Komuniti Taman Subang Murni. Mereka sangat gigih menjalankan kebun tersebut, macam-macam jenis sayuran, tanaman. Cuma mungkin ada kurang perhatian daripada Pihak Kerajaan. Saya harap sangat supaya mereka ni diberi perhatian. Contohnya, mereka baru-baru ni memohon agar dapat diadakan sumber elektrik dan air. Banyak pula dia punya prosedur dan peraturannya, Tuan Speaker. Kena minta daripada TNB dan air dan sebagainya untuk masuk, untuk mengepam air ke ladang tersebut. Jadi, saya harap Pihak Kerajaan dapat membantu persatuan Kebun Komuniti Taman Subang Murni.

Seterusnya, Kota Damansara juga di muka surat 225, P12, PK4 04102, Kota Damansara ingin mengucapkan terima kasih kerana Kerajaan Negeri membantu untuk membaiki jalan di Seksyen 6, 7, 8, dan Seksyen 11. Kota Damansara seterusnya merujuk kepada muka surat 233, P13, Projek 1301 sambungan RTB Kampung Melayu Subang. Kita tahu isu banjir di Kampung Melayu Subang ini masih lagi berjalan dan alhamdulillah Kerajaan memperuntukkan peruntukan tersebut di untuk tahun 2022. Kota Damansara mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutama EXCO telah meletakkan apa nama, bajet untuk kali ini. Juga fasa 2 di bawah projek kod 1302, fasa 2 Sungai Pelepas. Begitu juga, terima kasih Kota Damansara mengucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dalam menyelesaikan masalah banjir di Kampung Melayu Subang.

Seterusnya, muka surat 251, P14, PK4 04100 pelbagai surau. Contohnya, Surau Nurul Iman. Surau baru yang dinaikkan taraf sebagai surau Jumaat, Seksyen 6 Kota Damansara. Mohon Pihak JAIS terutamanya dapat menurap jalan di bahagian depan kerana surau tersebut. Kerana telah ramai yang datang untuk sembahyang Jumaat kerana sebelum ni hanya Surau seperti biasa. Dan juga Masjid Taqwa, muka surat yang sama 251, P14, PK3 03901 Masjid Taqwa. Masjid Taqwa ni memang kariah saya lah. Saya memang duduk di sana. Mereka pun telah tulis surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, mohon bantuan untuk pelebaran bahagian belakang masjid tersebut.

Speaker

Kota Damansara, masa.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Saya harap, saya harap supaya Pihak Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya melihat peruntukan Masjid Taqwa tersebut. Seterusnya.

Speaker

Masa habis, tak ada seterus. Sila duduk.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Terima kasih. Satu.

Speaker

Tak ada, tak ada, tak ada. Habis

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Baik, terima kasih saya ucapkan Kota Damansara menyokong Rang Undang-Undang Perbelanjaan Perbekalan 2022.

Speaker

Saya persilakan Meru.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

5 minit.

Saya terus kepada perbincangan kita. Yang pertama, Vot P12, muka surat 229, Jabatan Kerja Raya. Kod projek PK5, membina dan menaik taraf projek bangunan. Kod projek 05301, cadangan pembangunan bersepadu bengkel dan kemudahan berkaitan dengan JKR Klang di Pekan Meru. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pihak JKR untuk membangunkan kawasan tersebut cuma yang saya mohon dalam pembangunan ini di kawasan tersebut terdapat satu padang, yang mana padang itu selama ini menjadi kegunaan penduduk sekitar untuk beriadah dan seperti mana yang kita sedia maklum bahawa di Meru ini tiada tempat beriadah. Saya harap kawasan itu tidak ditutup ataupun cuba lah rancang bagaimana untuk menjadikan kawasan itu masih boleh digunakan oleh orang awam. Sebab saya bimbang bila pembangunan itu dibuat, mungkin mereka akan buat pagar dan sebagainya menyukarkan pada pihak awam untuk menggunakan kawasan tersebut.

Dan seterusnya, Vot P14, muka surat 247, kod projek PK1 – Sekolah agama. Kod projek 01500, Daerah Klang. Yang mana saya lihat, hanya di daerah Klang sekolah agama hanya dibina di Bukit Kemuning. Eh Kota Kemuning. Minta maaf. Sedangkan kalau kita lihat di Klang ni, daerah dia besar, dan lebih-lebih lagi di tempat saya di Sungai Kapar Indah. Penduduk semakin bertambah dan amat memerlukan sekolah, sebuah sekolah rendah agama di situ. Yang mana saya mengharapkan Pihak Kerajaan dapat merancang dan memulakan daripada tahun hadapan untuk memulakan rancang untuk membina sebuah sekolah agama yang baru. Sebab pada ketika ini, seperti mana yang telah saya nyatakan dalam perbahasan yang lepas, bahawa penduduk telah mengusahakan sendiri ataupun diusahakan oleh jawatankuasa Surau Al-Faizin untuk menyediakan sekolah rendah agama kepada anak-anak di kawasan terbabit. Hanya menggunakan peruntukan mereka sendiri. Sumbangan orang ramai, dan sebagainya. Yang mana pada ketika ini bagi saya telah menjadi satu keperluan yang mendesak apatah lagi baru-baru ini mereka telah diarahkan berpindah. Disebabkan tempat atau premis itu telah dijual kepada pihak yang ketiga yang menyebabkan mereka terpaksa berpindah-randah untuk mencari tempat untuk menempatkan pelajar-pelajar yang jumlahnya ratusan orang. Saya rasa ini satu keperluan mendesak yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri untuk membina sebuah sekolah rendah agama di kawasan Sungai Kapar Indah.

Dan seterusnya Vot P14, muka surat 250 juga. Berkaitan dengan Jabatan Agama Islam Selangor, PK3 - Masjid. Course code 03300, Daerah Klang. Cadangan membina masjid. Yang mana saya juga mencadangkan supaya sebuah masjid dibina di kawasan tersebut ataupun menaik taraf surau yang telah dibenarkan untuk mendiri, didirikan sebagai solat Jumaat untuk jadikan sebuah masjid yang lebih luas. Ini kerana apa, penduduk semakin bertambah dan bagi saya juga merupakan keperluan mendesak yang saya yakin sebelum ni kajian yang dibuat oleh Pihak Jabatan Agama Islam Selangor, adalah kajian yang lama. Yang perlukan kepada maklumat-maklumat baru untuk memastikan tempat ini boleh didirikan sebuah masjid.

Dan selain itu juga, saya ingin merujuk kepada VOT P13, muka surat 240. Jabatan Pengairan dan Saliran. PK5 - Pengurusan Saliran dan Mesra Alam. Kod 05101 - menaik taraf takungan banjir di Kampung Budiman. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah meluluskan dan juga akan memulakan projek ini pada tahun depan. Dan di sini juga saya ingin membawa isu berkaitan dengan isu untuk menambah baik pintu air Sungai Kapar besar. Yang mana pada ketika ini, pintu air di kawasan situ kecil, hanya ada dua pintu sahaja. Dan mungkin saya mencadangkan supaya pintu air itu dapat di upgrade ataupun dibuat penambahan ataupun dapat di upgrade pada sistem pam air yang berkuasa tinggi untuk mempercepatkan aliran air di kawasan tersebut.

Dan seterusnya, Vot P01, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Muka surat 200. Muka surat 200. PK7 – Generasi muda dan sukan. Menaik taraf, membina baru infra sukan. Kod 07002. Yang mana seperti mana yang saya nyatakan tadi, di Meru ini tiada kawasan riadah. Dan saya mencadangkan supaya dapat juga membina sebuah dewan orang ramai di SKI yang juga boleh dijadikan sebagai pusat riadah. Yang mana kawasan tersebut, tidak ada langsung dewan orang ramai ataupun apa-apa dewan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di situ. Dan juga saya mencadangkan untuk makluman Kerajaan Negeri sudah ada satu tanah telah diperuntukkan untuk membina sebuah mini stadium di berhadapan dengan tapak projek pembinaan Hospital Kapar. Saya harap di situ juga dapat disegerakan pembangunannya supaya dapat jadikan tempat riadah kepada apa nama ni warga Meru itu sendiri.

Dan seterusnya berkaitan dengan PK11 - Teknologi maklumat inovasi. Perkara 11003, Program ICT Smart Selangor. Program ICT Smart Selangor. Selangor sebagai sebuah negeri utama untuk sektor ekonomi negara seharusnya melihat peluang industri aset digital sebagai satu keperluan yang mendesak. Kerajaan Negeri boleh mengambil inisiatif menawarkan kepada pemain industri dengan mewujudkan hak aset digital. Supaya Selangor dilihat mesra teknologi bukan sahaja di dalam negara ini bahkan di luar negara. Sebagai contoh, negara Singapore telah memulakan. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sekalian, cadangan ini bagi saya amat perlu kita ambil perhatian kerana kepentingan Kerajaan Negeri dalam memacu masa depan teknologi crypto ini dengan melihat sudut berbeza. Sebagai contoh, banyak pihak yang menjalankan mining ataupun perlombongan crypto di premis-premis komersial yang tidak diberikan garis panduan yang jelas sehingga ada di antara mereka terlibat dengan kesalahan mencuri elektrik. Selain daripada itu, pelombong crypto ini juga terdedah dengan ancaman keselamatan seperti rompakan dan rasuah daripada pihak penguat kuasa yang melindungi operasi mereka secara rahsia. Industri ini memberikan pulangan yang tinggi sebenarnya. Sekiranya ada usaha yang lebih baik dari peringkat Kerajaan Negeri, sudah pasti ia mampu memanfaatkan semua pihak. Industri ini juga merentasi aspek mata wang sebenarnya dan juga sekuriti. Sebagai contoh, Non-Fungible Token (NFT) kini menjadi sumber baharu kepada anak seni terutamanya anak-anak muda. Yang mana mereka yang berkemahiran dalam bidang ini seperti

pereka grafik, membuat lagu, video, dan sebagainya, mendapat pendapatan 4 sehingga 5 angka dalam satu bulan. Dan saya rasa ini adalah salah satu cara Kerajaan Negeri untuk mendekati anak-anak muda yang mana mereka yang berkemahiran dalam bidang ini seperti pereka grafik, membuat lagu, video dan sebagainya mendapat pendapatan empat sehingga lima angka dalam satu bulan. Dan saya rasa ini salah satu cara kerajaan negeri untuk mendekati anak-anak muda. Tahap crypto ini juga dilihat mampu memainkan peranan, memberi pendidikan kepada kelompok pelajar menengah dan rendah di seluruh negeri berkaitan pembangunan dan ekonomi dalam dunia crypto seperti mana yang telah dilaksanakan oleh negara Eropah khususnya Slovakia. Hal ini juga berperanan menarik pelabur daripada luar negara khusus daripada pemain-pemain crypto global untuk mengetahui semakin syarikat-syarikat gergasi seperti PayPal, Tesla, Master Card, Visa dan banyak lagi telah terlibat dalam pembangunan crypto ini. Negeri Selangor mampu memanfaatkan peluang ini sekiranya peluang dibuka untuk kerjasama yang tiada had. Saya nak

Speaker

Baik Meru. crypto dah. Cukup masa dah.

Bukan nak suruh kita meniaga. Tak.

Speaker

Dah cukup masa. Cukup masa dah.

One minute, one minute.

Speaker

Saya dah bagi 2 minit lebih.

Tapi kita nak jadikan di negeri kita ini sebagai negeri yang menawarkan pendidikan/kefahaman. Dan yang terakhir (minta maaf) PK1920

Speaker

Dah habis.

Ini paling penting iaitu isu masalah ni (apa nama ni) dekat SUK kita ni ha. Jalan di lobi kita tu licin, dah banyak berlaku kemalangan. Saya harap guna peruntukan untuk membaiki kawasan tersebut. Ok, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Meru. Saya minta Kota Anggerik.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Terima kasih Tuan Speaker. Saya hanya ada lebih kurang empat perkara. Pertama saya rujuk Vot P01 (muka surat 202), Kod Projek 15001 dan 15003 berkaitan dengan perumahan. Saya merujuk kepada susulan daripada lawatan YAB Dato’ Menteri Besar pada Mac 2021 di Shah

Alam iaitu secara spesifiknya di Pangsapuri Seksyen 7 dan ketika itu saya telah tunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ khususnya berkaitan dengan masalah bumbung. Dan juga isu di Pangsapuri Seksyen 6 yang mana pangsapuri tersebut telah dibina sejak sekian lama (puluhan tahun) tetapi sehingga hari ini masih belum diberikan perhatian untuk keceriaan. Jadi saya minta pertimbangan daripada kerajaan negeri khususnya yang berkaitan dengan Seksyen 7 tadi kerana Dato’ MB pun dah turun dan saya difahamkan pihak MBSA telah ambil tindakan susulan dengan membaiki blok di mana yang Dato’ Menteri Besar turun itu bumbung di kawasan tersebut telah dibaikpulih cuma bukan satu blok saja. Banyak lagi blok yang memerlukan perhatian daripada Kerajaan Negeri dan saya harap perkara ini dapat diberikan pertimbangan sewajarnya.

Kedua, saya rujuk Vot P12 (muka surat 224) Kod Projek 03101 iaitu membina jalan baru dari Setia Alam, Bukit Bandaraya dan Bukit Jelutong. Saya maklum bahawa projek ini merupakan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri dan bukanlah di bawah MBSA. Cuma saya ingin menarik perhatian kerajaan kalau boleh projek-projek sebegini diberikan penerangan yang lebih luas kepada penduduk di sekitar (masyarakat sekitar) dan kita kena pastikan sebarang projek-projek berkaitan infra ini termasuk pembinaan jalan raya perlulah mengambil kira ekosistem dan juga persekitaran di sekeliling. Kalau di kawasan Setia Alam ini Bukit Bandaraya dan Bukit Jelutong ini saya rasa kebanyakannya akan melibatkan kawasan hutan di sekitar Taman Botani Negara iaitu di Hutan Bukit Cherakah.

Dan saya juga ingin membangkitkan dalam Dewan ini tentang cadangan MBSA dalam Rancangan Tempatan 2035 yang mana mereka mencadangkan untuk membina jalan sambung daripada Seksyen U10 ke Setia Alam dan perancangan ini, pelan ini pun dapat banyak bantahan juga terutamanya daripada NGO-NGO alam sekitar kerana ia melibatkan pemotongan hutan. Jadi mungkin di pihak kerajaan negeri melalui PBT ini boleh memikirkan opsyen lain maksudnya kita tidak menolak keperluan untuk adanya jalan raya tetapi boleh dibina secara lebih mesra alam. Kalau kita ambil contoh di Rawang, mereka buat Rawang Bypass itu kan. Rawang Bypass itu lebih tinggi dan hutan-hutan di bawahnya tak terjejas. Jadi ini antara solusi ataupun penyelesaian yang mungkin kerajaan negeri boleh buat di dalam Shah Alam sebab kita ada hutan lagi. Cuma kalau semua hutan simpan yang kita nak potong, di mana lagi rakyat nak pergi berekreasi (beriadah)? Di mana lagi mereka nak pergi trekking, nak pergi hiking? Jadi ini sekadar cadangan daripada saya.

Seterusnya, saya rujuk Vot P13 (muka surat 240) Kod Projek 05102. Ini pun projek yang telah lama dibangkit dengan YB Exco daripada Pandan Indah. Saya bawa isu ini daripada tahun 2018 dan alhamdulillah tahun lepas telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 untuk membina sebuah kolam takungan banjir di Lebuh Raya Shapadu bersebelahan Taman Mutiara Bukit Raja. Cuma saya minta perhatian dan juga tindakan daripada Kerajaan Negerilah untuk mempercepatkan projek ini kerana daripada 2018 membawa 2021 dah masuk tiga tahun. Jadi tahun depan dah 2022,

bajet pun dah lulus dan saya difahamkan kelulusan daripada pihak LLM pun telah diperolehi dan saya minta pihak kerajaan mempertimbangkanlah untuk mempercepatkan pembinaan kolam takungan ini sebab isu ini isu banjir yang dah berlarutan puluhan tahun. Jadi kalau dapat selesaikan secepat mungkin alhamdulillah. Saya ucap terima kasih banyak.

Dan yang terakhir Vot P01 (muka surat 200) Kod Projek 13004 berkaitan dengan penyelidikan adat Melayu, kesenian, budaya, bahasa dan warisan. Saya suka bila kerajaan memberikan tumpuan ataupun perhatian kepada research ini (penyelidikan ini) khususnya melibatkan sejarah dan juga warisan kebudayaan kita di Selangor. Kalau kita semua lihat, Selangor ni dia negeri yang sebenarnya cukup kaya dengan tradisi dan budaya. Cuma masalahnya kita tidak begitu agresif mempromosikan warisan dan kebudayaan kita. Kita ada 9 daerah. 9 daerah ini ada masing-masing ada kekuatannya, ada makanan dia, ada budaya dia, tarian dia walaupun kita ni sinonim dikaitkan Selangor ini negeri orang-orang Bugis tetapi sebenarnya kerencaman Selangor ini lebih daripada itu.

Jadi suka untuk saya cadangkan kepada kerajaan dalam kita memberikan geran atau peruntukan untuk penyelidikan ini, kita kena tambah baik usaha kita untuk mendedahkan masyarakat kepada sejarah dan juga warisan Negeri Selangor ini. Sebagai contoh kesultanan Negeri Selangor, warisan kita, etnik-etnik yang ada di Selangor. Kalau macam itu hari EXCO maklumkan tentang Batik Selangor. Saya puji cadangan ini perancangan ini kerana inilah masanya kita sebagai sebuah negeri maju, orang nampak kita ni negeri maju tetapi kita mungkin agak tersisih bila sebut tentang kebudayaan, tentang warisan. Macam EXCO maklumkan sebelum ini, kita ni orang datang Malaysia ni masuk melalui Selangor tetapi mereka akan melancong ke negeri lain. Sebab apa? Mungkin negeri lain tu misalnya Kelantan dia ada tarikan dia, budaya dia tapi di Selangor pun banyak cuma kita tidak menggerakkan usaha tersebut dan pada masa ini saya rasa perlu khususnya di kalangan anak muda untuk faham sejarah dan tradisi orang-orang di Selangor ni.

Dan saya tertarik untuk sekadar berkongsi tentang sebuah buku yang saya baru-baru ini baca Sejarah Selangor tulisan oleh Buyung Adil. Tulis buku ini diterbitkan pada tahun 1971 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dan bila saya baca agak menarik kerana Sejarah Selangor ini cukup komprehensif dan dicetak semula pada 2019. Cuma dia tergantunglah. Maksudnya dia hanya bercerita sehingga pemerintahan Almarhum Sultan Salahuddin. Dalam buku ini dia berhenti setakat itu. Jadi mungkin di pihak Kerajaan Negeri sebab kita ni dah ke depan, kita terbitkan

Speaker

Yang Berhormat, masa dah habis.

Tuan Mohd Najwan bin HalimiPKR · PHKota Anggerik

Sikit lagi Speaker. Kita dah terbitkan kaya-karya besar, kita terjemahkan karya-karya luar. Apalah salahnya kalau kita angkat kebudayaan sejarah negeri Selangor ini, cetak sebuah buku yang

komprehensif tentang sejarah Selangor, tentang kesultanan Selangor, budaya kita, warisan kita dan kita ketengahkan perkara ini kepada masyarakat khususnya orang muda. Sebab bila orang muda ni dia faham sejarah, dia akan ada kecintaan yang tinggi terhadap negeri Selangor. Bila bukan orang muda saja, kita sebagai Ahli-ahli Dewan pun kena faham bahawa negeri Selangor ni walaupun dia rencam ada pelbagai bangsa tetapi kebudayaan, warisan dan sejarah kita ini perlu kita pertahankan untuk kelangsungan negeri ini sebagai sebuah negeri maju dan pada masa yang sama mempertahankan tradisi dan warisan mereka. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Baik, saya persilakan Sentosa.

Terima kasih YB Tuan Speaker. Saya akan terus ingin bahas tentang pembangunan Vot P17 muka surat 260. Saya ingin tanya berkenaan dengan Jabatan Veterinar iaitu berkenaan Projek Olak Lempit. Olak Lempit di mana banyak kita dapat dua tahun ini banyak lembu-lembu berkeliaran di Klang dan ada projek yang telah dibina oleh pihak Jabatan Veterinar berkenaan pembinaan di Olak Lempit tapi sampai hari ini belum siap. Dan lembu-lembu banyak juga berkeliaran di Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Dah beranak, makin beranak.

Dan kita harus ambil tindakan. Memang kena ambil tindakan tetapi sebelum Projek Olak Lempit ini siap dibina, kita dah mula tangkap lembu-lembu ini lepas itu dilepaskan pula. Sampai hari ini belum selesai.

Yang kedua ialah berkenaan Vot P12 (muka surat 221) Kod Projek 01300 JKR memasang lampu. Dalam ucapan perbahasan saya telah saya bangkitkan berkenaan dengan Jalan Sungai Jati dan Jalan Raja Nong. Lampu-lampu berpuluh-puluhan tahun sering rosak. Setiap hari kita menghadapi masalah kegelapan. Right. Saya minta YB EXCO pandang-pandanglah Sentosa ya. Bantu Sentosa untuk mendapatkan lampu-lampu baru macam Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang bising banyak, suara tinggi, kerja, kerja juga dapat dijalankan. Saya tak nak buat bising. Tapi saya minta secara hormat. So mintalah kerana saya selalu bandingkan Air Selangor (kontraktor Air Selangor) dengan kontraktor TNB. Kontraktor Air Selangor ni baik. Sekali buat laporan, Air Selangor lantik kontraktor siapkan dengan KPI dia dalam 24 jam atau kurang daripada itu siap. Tetapi kontraktor JKR ke kontraktor MPK ada sahaja masalah. Dia cakap tiada peruntukan, tiada ini dan sebagainya. So kalau boleh serahkan segala (apa ini) isu kerja-kerja lampu jalan ini kepada TNB. KPI dia cantik dalam 48 jam siap. Right. Tak perlu kita pergi jumpa kontraktor, tengok peruntukan dan sebagainya. YB EXCO minta maaf ya.

Yang ketiga ialah Vot 08 PK8089001, saya ucapkan terima kasih kepada YB EXCO Pertanian yang sering membantu kebun komuniti Jalan Kebun Nanas iaitu satu masa

dulu adalah sampah sarap. Bertahun-tahun tidak dapat diselesaikan. Tapi dengan penglibatan penduduk, dengan adanya kebun komuniti, idea-idea ini kita dapat menyelesaikan satu masalah besar iaitu masalah sampah yang sering dibuang di Jalan Kebun. Apa yang saya minta dari Yang Berhormat ialah memperuntukkan latihan-latihan ataupun dapatkan kita sedikit bantuan untuk dalam fasa 1 dan 2 kita dah ada lebih daripada 60 orang yang berminat dan lebih banyak yang ingin menceburi dalam bidang kebun komuniti ini. Saya mintalah kalau dapat idea-idea dan juga boleh bantu sekadar pekebun-pekebun kebun komuniti.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Hantar pergi Sekinchan Yang Berhormat.

Vot P01 PK8, PK9 Kod Projek 08001 kerajaan prihatin perbadanan. Kita dah dapat iktibar daripada Covid-19 di mana banyak kematian dan kita telah bincang pun betapa mustahaknya krematorium di semua perbandaran ataupun Majlis Bandar Raya. Kita sedia maklum Petaling Jaya, Shah Alam ada krematorium masing-masing. Tapi kita tidak ada krematorium di kawasan-kawasan perbandaran macam Kuala Selangor, Selayang dan kawasan-kawasan lain. Saya minta kalau boleh Kerajaan Negeri bolehlah membina dan membantu majlis-majlis ini mengendalikannya. Itu adalah keempat.

Vot P13 (muka surat 240) – banjir. YB EXCO sedia maklum tetapi masalah yang kita hadapi di Sentosa ialah masalah pembangunan di mana banyak housing project dibina tapi longkang-longkang untuk mengalirkan air hujan taburan tinggi ni ke sungai tidak mencukupi. Saiz longkang kecil sekali. Harap (saya harap) JKR dan juga bersama dengan MPK, JPS boleh duduk bersama untuk menyelesaikan perkara ini. Right.

Speaker

Sentosa, Sentosa duduk. Dah akhir. Duduk. Terima kasih Sentosa. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Peruntukan Pembangunan 2022 telah tamat perbahasannya. Saya minta pihak kerajaan bersedia untuk penggulungan esok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 5.30 petang dan dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari esok 8 Disember 2021 jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

( DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG )