Selangor · 9 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 371 turns · 35,566 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Pada 9 Disember 2021 dimulakan dengan bacaan Doa.
Bacaan Doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-Pertanyaan.
Assalamualakum warahmatullahhiwabarukatuh dan salam sejahtera. Saya persilakan Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 164 yang bertajuk Pelupusan Anjing Terbiar.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 164. Pelupusan Anjing TerbiarQuestions
164. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Kerajaan Negeri akan menggunakan Tatacara Operasi Piawaian penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di Kawasan PBT. Sila huraikan maksud pelupusan dan kaedah-kaedah digunakan. Apakah menembak mati termasuk kaedah pelupusan? Jika cara ini pernah digunakan, adakah ia akan diberhentikan?
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor mengguna pakai Pekeliling Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 5 Tahun 2014 iaitu Tatacara Operasi Piawaian Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dalam pengurusan anjing terbiar yang ditangkap oleh pihak PBT. Pelupusan membawa maksud penghapusan anjing setelah penilaian dilaksanakan ke atas anjing yang ditangkap. Kaedah pelupusan yang di gariskan di dalam pekeliling tersebut adalah secara suntikan dan disahkan mati oleh Pegawai Veterinar atau mana-mana pegawai Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlatih dan telah diturunkan kuasa oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Kaedah menembak tidak pernah dilaksanakan oleh pihak PBT Negeri Selangor bagi pelupusan anjing yang terbiar. Atas dasar perikemanusiaan, Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT-PBT telah menyediakan pusat perlindungan dan adopsi haiwan. Orang ramai digalakkan supaya tidak membeli anjing tetapi mengadopsi anjing terbiar. Kerajaan Negeri Selangor juga sedang memastikan tapak yang bersesuaian untuk mendirikan pusat perlindungan dan adopsi haiwan yang lebih banyak. Terima kasih.
Jadi memang benar adanya pelupusan yang dilupuskan. Tidak ditembak, sembelih buat sate dan sebagainya ya. Tidak ada ya? Sebab banyak orang Vietnam kata dia makan. Tapi saya tak faham kenapa masih nak dikekalkan istilah pelupusan. Saya tengok dokumen lama dulu pun pelupusan.
Kerana pelupusan membawa maksud penghapusan anjing setelah penilaian dilaksanakan ke atas anjing yang telah ditangkap. Kalau anjing itu sakit atau tak sihat maka ia harus dilupuskan. Dan kaedah pelupusan yang digunakan adalah menggunakan kaedah suntikan. Tidak pernah ada tembakan dilakukan di semua PBT.
Boleh Dewan yang mulia ini tahu apakah kaedah-kaedah pelupusan yang sopan.
Pelupusan yang sopan ialah pelupusan ini dijalankan oleh pegawai Veterinar yang terlatih yang itu memang mengikut SOP.
Injection?.
Suntik mana itu saya tak pasti. Tapi dia dilaksanakan oleh Pegawai Veterinar. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Timbalan Speaker. Adakah Pegawai Veterinar di setiap daerah ataupun PBT memang ada dan berapa kerap program-program pelupusan ini berlaku. Atau bergantung pada keperluan.
Semalam EXCO Pertanian telah menjawab satu soalan berkenaan Veterinar. Kalau saya masih ingat, pegawai yang berkelayakan Doktor Veterinar di seluruh negeri Selangor hanya 3 orang sahaja. Jadi pelupusan ini akan dilaksanakan oleh Pegawai Veterinar yang mempunyai kelayakan.
Seri Setia.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Kinrara saya nak bertanya ataupun setuju tidak pandangan saya bahawa anjing-anjing yang terbiar ini pun mereka dah kenal van ataupun lori yang nak menangkapnya itu terutama dari PBT dan kaedah yang digunakan sekarang ini agak sukar untuk menangkap. Adakah cara lain untuk kaedah yang terbaru yang akan digunakan.
Walaupun kaedah tangkapan itu mungkin agak susah dan kita ada sebenarnya ada banyak kaedah yang lebih senang, tetapi atas pertimbangan perikemanusiaan kita harus guna kaedah yang tidak akan mendatangkan kecederaan ke atas anjing tersebut. Itulah kaedah yang kita syorkan.
Kota Damansara.
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya semalam pun saya ada bangkitkan tentang anjing ini. Kita ada masalah penduduk yang geram sangat. Marah sangat dengan anjing ini. Letak racun. Banyak mati kerana kegagalan setengah PBT. Ada PBT mengakui bahawa mereka tak ada kontraktor yang hendak jalankan tugas tersebut. Jadi anjing berkeliaran terbiar macam tu. Saya rasa EXCO PBT kena bekerjasama dengan Veterinar dengan tawaran yang baik. Tak ada orang nak ambil. Nak tangkap anjing ini. Saya cadangkan tindakan bersepadu dengan mana-mana pihak NGO atau apa-apa kita kena buat secara secepat mungkin.
PBT-PBT di Negeri Selangor memang bekerjasama dengan Jabatan Veterinar dan juga NGO-NGO dan kenapa masih ada begitu banyak anjing liar. Satu sebab utama adalah tuan anjing tersebut yang tidak bertanggungjawab. Mereka melepaskan anjing tersebut apabila mereka telah rasa menjadi satu beban kepada mereka. Yang ini menyebabkan satu masalah kepada PBT-PBT dan setelah PBT menerima aduan daripada orang awam berkenaan anjing-anjing liar ini biasanya PBT akan melakukan tangkapan ataupun bekerjasama dengan NGO untuk melakukan tangkapan tersebut. Dan anjing itu akan dihantar ke pusat perlindungan dan adopsi dahulu.
Soalan seterusnya. Ijok.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Ijok no. 165.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 165. Tanah Terbiar Dan Rumah Terbengkalai Di Bestari JayaQuestions
165. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah tindakan dari Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk mengatasi tanah-tanah perumahan yang terbiar dan rumah-rumah terbengkalai di Bestari Jaya yang mengakibatkan masalah kesihatan serta menggalakkan penagih dadah untuk menghuni rumah-rumah terbengkalai tersebut?
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Ijok juga. Ijok bertanya tentang apakah tindakan dari Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk mengatasi tanah-tanah perumahan yang terbiar dan rumah-rumah terbengkalai di Bestari Jaya yang menyebabkan masalah kesihatan. Ingin saya bagi tahu di sini Tuan Timbalan Speaker, bagi menangani isu-isu projek perumahan dalam daerah Kuala Selangor atau mana-mana daerah di bawah PBT telah pun mereka menubuhkan satu jawatankuasa kecil pemulihan projek terbengkalai daerah kalau di Selangor dipanggil Majlis Perbandaran Kuala Selangor bagi memantau serta membincangkan kaedah-kaedah penyelesaian yang sewajarnya. Merujuk kepada rekod projek-projek terbengkalai di bawah pemantauan Majlis Perbandaran Kuala Selangor, tiada projek terbengkalai yang disenaraikan di dalam senarai projek di kawasan Bestari Jaya. Mungkin Yang Berhormat maksudkan adalah mungkinlah ini pandangan saya rumah-rumah milikan persendirian yang terbengkalai. Jadi kalau yang itu sebenarnya di jatuh di bawah undang-undang kecil di bawah Pihak Berkuasa Tempatan di mana Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil tindakan di bawah kacau ganggu dan notis dan tindakan boleh dilakukan. Itu saja sebab ia bukan khusus di bawah projek terbengkalai di bawah Lembaga Perumahan.
Soalan susulan.
Ijok.
Ijok merasakan yang tadi telah dinyatakan tapak-tapak rumah atau rumah dibina masa zaman dulu the New Villagers di Ijok dan di Bestari Jaya ada kawasan-kawasan yang dipanggil masa dulu New Villagers. Mereka ada tanah tetapi terbiar. Lalang naik. Rumput naik dan kadang-kadang rumah lama-lama telah tidak diduduki oleh sebab warga yang dulu-dulu dah tua dan anak-anak mereka berhijrah ke pekan-pekan. Jadi rumah-rumah yang macam ini jadi tempat penagih dadah, kesihatan. Penduduk telah complaint kepada Majlis Perbandaran tetapi apa tindakan yang tegas. Bolehkah ada saya Ijok nak tahu berapa rumah atau tanah yang telah dirampas yang terbiar begini menyusahkan atau pun memberi satu tekanan kesihatan ataupun kadang anjing liar pun ada duduk dalam.
Jadi ini Ijok nak tahu apa tindakan Majlis atas kawasan-kawasan yang begini. Memang banyak di Ijok dan Bestari Jaya.
Terima kasih Ijok. Saya rasa isu ini adalah berkaitan tentang penguatkuasaan yang boleh diambil di bawah PBT dan betullah tindakan itu bila pihak yang mengadu, mengadu dan pihak di bawah undang-undang kecil PBT boleh mengambil tindakan sewajarnya. Tapi isu yang dibangkitkan kerana ia mungkin tidak diambil tindakan itu nanti saya boleh berikan persoalan ini khusus kepada PBT atau pihak Kuala Selangor nanti untuk Majlis Perbandaran menjawab. Tapi tentang data-data terkini itu saya tak ada maklumat itu perlu notis dan insyaAllah yang saya di dalam senarai Lembaga Perumahan isu kampung tersusun ataupun New Village yang terbiar tidak ada dalam senarai Bestari Jaya. Saya ulangi mungkin itu adalah projek persendirian. Kalau dulu 2015 rumah-rumah yang dibangunkan melebihi 5 biji unit rumah tidak perlu mendapat lesen. Sekarang ini 2015 kalau ingin membangunkan dalam tanah persendirian melebihi 5 biji rumah perlu mendap;at lesen. Jadi mungkin itu adalah data lama yang tidak disenaraikan di dalam di bawah Majlis tetapi insya Allah saya akan cuba dapatkan data yang teliti lagi mungkin itu hak milik persendirian yang akan saya kemukakan kemudian. Terima kasih.
Hulu Kelang.
Saya nak tanya, saya nak timbulkan satu perkara. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kita menggunakan istilah yang saya rasa tidak wajar. Kita gunakan istilah anjing liar. Bukan anjing liar tapi anjing terbiar. Anjing ini ada kawan. Dia tak ada kawan jadi perangai di macam tu. Kita tidak ada perikemanusiaan. Seolah-olah manusia ada sifat yang baik kita kata anjing ada sifat anjing. Jadi kita nak timbulkan di sini peribahasa harian ini kita tak sedar tapi kita memberi label-label yang tidak baik kepada haiwan.
Hulu Kelang, kita tengah bincang fasal soalan berkaitan dengan soalan Ijok tadi.
Mungkin Tuan Timbalan Speaker yang sesuai adalah anjing yang tidak bertuan. Terima kasih, itu sahaja.
Baik, soalan seterusnya. Kuala Kubu Baharu.
Timbalan Speaker, kota Damansara di bawah Peraturan Tetap 24(2) ingin mengambil soalan Kuala Kubu Baharu.
Baik saya benarkan.
Soalan Kuala Kubu Baharu adalah 166.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 166. Kediaman Rumah Di Hutan SimpanQuestions
166. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor terhadap rumah kediaman yang dibina dalam kawasan hutan simpan.
b)
Nyatakan jumlah rumah kediaman berada di dalam HS Bukit Tarek dan cara-cara penyelesaian setelah laporan media dan 2 menteri membuat kenyataan terhadap perkara ini.
Terima kasih Tuan Speaker. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2020 telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah bercadang untuk mewujudkan kampung budaya Selangor yang dapat menjadikan pusat rujukan sejarah dan juga kebudayaan bagi tradisi alternate yang terdiri daripada di Negeri Selangor.
Malah salah satu daripada komponen. Salah satu daripada komponen dalam projek Selangor Maritime Gateways ataupun SMG. Sebidang tanah seluas 30 ekar di tepi Sungai Klang terletak di tengah-tengah bandar Klang telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai projek tersebut dan berjumlah 5 juta diperuntukkan bagi tujuan tersebut. Idea Kampung Budaya Selangor ini dilanjutkan, dikembangkan dengan cadangan menamakan sebagai Taman Budaya Selangor ataupun Taman Kebudayaan Selangor dengan misi untuk mengubah sebahagian daripada Pembangunan Gerbang Maritime Selangor di Lot nombor PT4443 menjadi had aktiviti kebudayaan yang dipamerkan aspek pelbagai dan juga Kebudayaan Warisan negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan seterusnya Kampung Tunku, tidak hadir. Seterusnya Taman Templer.
168.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 168. Aktiviti PertanianQuestions
168. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat memberi kebenaran khas atau lesen sementara kepada mereka yang mengusahakan tanah Kerajaan Negeri untuk aktiviti pertanian?
Terima kasih Taman Templer, Timbalan Speaker. Soalan Taman Templer merujuk terhadap aktiviti pertanian dan urusan tanah berkaitan dengannya khususnya tentang lesen pendudukan sementara. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang ke 19/2019 yang bertarikh 10 Jun 2019 dan telah disahkan pada MMKN ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 20/2019 yang bertarikh 24 Jun 2019 telah meluluskan garis panduan Lesen Pendudukan Sementara ataupun (LPS) yang biasanya dikenali sebagai TOL di atas Tanah Rizab Kerajaan di Negeri Selangor yang menetapkan permohonan LPS di tanah rizab kerajaan dibenarkan untuk tujuan pertanian (tanaman kontan). Garis panduan Lesen Pendudukan Sementara ini di terjemah melalui Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 4/2015 yang berkuat kuasa pemakaiannya pada 23 September 2015. Sehubungan dengan itu, mereka yang berhasrat ingin mengusahakan aktiviti pertanian terhad kepada tanaman kontan sahaja di atas Tanah Rizab Kerajaan seperti rizab sungai, rizab jalan, rentis talian elektrik dan lain-lain tanah rizab negeri boleh mengemukakan permohonan ke Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan untuk pertimbangan selanjutnya selaras dengan Pekeliling yang telah ditetapkan dalam Pekeliling PTGS ataupun Pejabat Tanah dan Galian Selangor Bil. 4/2015. Maknanya boleh dengan LPS.
Soalan seterusnya Hulu Bernam, tidak hadir. Berikutnya Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya 170.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 170. Sambungan Jalan Semangat Kampung Bukit Cherakah Jaya Ke Taman Budiman Valley Persiaran Mokhtar DahariQuestions
170. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah JKR Petaling boleh membuat sambungan jalan bagi menghubungkan Jalan Semangat Kampung Bukit Cherakah Jaya ke Persiaran Mokhtar Dahari yang melalui Taman Budiman Valley?
Terima kasih Yang Berhormat Meru, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Meru bertanyakan berhubung dengan status jalan sambungan antara Jalan Semangat Kampung Bukit Cherakah Jaya ke Taman Budiman Valley di Persiaran Mokhtar Dahari. Untuk makluman Yang Berhormat penelitian yang dibuat mendapati bahawa jalan sambungan yang dimaksudkan itu yang menghubungkan Jalan Semangat Kampung Bukit Cherakah Jaya ke Persiaran Mokhtar Dahari melalui Taman Budiman Valley adalah di bawah skop selia skop kerja pihak pemaju di bawah kawal selia dan kelulusan kebenaran merancang pihak Majlis Bandaraya Shah Alam, MBSA. Walau bagaimanapun, penyelarasan akan dibuat jika keperluan untuk JKR ataupun MBSA membuat kajian lebih lanjut kemungkinan pelaksanaan jalan ini dengan lebih cepat. Jadi kajian itu akan dibuat penyelarasannya. Terima kasih.
Soalan seterusnya Subang Jaya, tidak hadir. Berikutnya, Kota Damansara.
Soalan Kota Damansara 172.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 172. Gerai-Gerai Majlis Bandaraya ( Mbpj Dan Mbsa )Questions
172. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah dasar kerajaan dalam pembangunan gerai-gerai tersebut ?
b)
Apakah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa gerai-gerai sedia ada boleh di gunakan mengikut kesesuaian semasa ?
Tuan Speaker, untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kota Damansara bagi kawasan MBSA keperluan gerai akan ditentukan berdasarkan kepada komponen dan jenis pembangunan yang dicadangkan dan pembinaan gerai hendaklah berdasarkan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi Ketiga yang diluluskan pemakaiannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 35/2016 bertarikh 19hb Oktober 2016 dan disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang ke 36/2016 bertarikh 26hb Oktober 2016 yang juga telah diterima pakai dalam Mesyuarat Penuh MBSA Bilangan 1/2017 bertarikh 25 Januari 2017. Pembangunan gerai-gerai tersebut hendaklah mengambil kira lokasi peletakan gerai dan ianya juga diambil kira dalam setiap perancangan contohnya ditempatkan di kawasan yang strategik dan tidak berdekatan dengan jalan-jalan utama yang arah aliran lalu lintas yang sibuk. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah mensyaratkan bagi pembangunan selepas tahun 2000 bahawa semua tapak-tapak yang dikhaskan untuk pembangunan gerai ini dibina dan diserahkan kepada Majlis untuk diuruskan melalui proses penyewaan berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Untuk makluman pihak Majlis sentiasa memastikan gerai-gerai sedia ada dapat mencapai kehendak pemegang taruh dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Sehubungan itu, pihak MBSA telah membina beberapa gerai di dalam kawasan pentadbiran Majlis yang bersesuaian mengikut cita rasa dan keadaan semasa penduduk setempat. Antara gerai-gerai yang baru dibina oleh pihak MBSA adalah di Seksyen 25, Seksyen U10 dan Seksyen 15, Shah Alam. Gerai sedia ada sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa terutamanya berkaitan daripada struktur binaan supaya dapat memberikan keselesaan kepada pengguna. Bagi kawasan MBPJ pembangunan gerai ada beberapa pendekatan yang dilaksanakan iaitu yang pertama, pihak pemaju perlu menyediakan kemudahan gerai/ medan selera/ kiosk sebanyak 2 peratus daripada keluasan lantai bersih bagi skim pembangunan perniagaan ataupun pusat membeli-belah. Yang kedua, pembangunan gerai baru di tapak yang telah diserahkan oleh pihak pemaju, penggunaan peruntukan dengan bajet pembangunan oleh Majlis dari masa ke semasa. Terima kasih.
Soalan.
Kota Damansara.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya, tadi Yang Berhormat EXCO menjawab terima kasih. Ada satu perkataan yang mengatakan baik pulih. Kita ada setengah-setengah gerai yang tak dipenuhkan. Nampak macam penuh tapi tak penuh. Tak ada orang meniaga. Yang itu satu. Dan yang kedua, gerai itu agak usang sampai rosak bumbung dan sebagainya. Contohnya saya bagi tahu di Gerai Mara Gugusan Jalan Chempaka Tanjung, Seksyen 6, Kota Damansara. Saya dapat laporan gerai ini banyak tapi kosong. Yang nak meniaga pula kemudahan dia tak sesuai. Tak cukup. Elektrik
bahan dan sebagainya. Saya minta sangat adakah pihak kerajaan negeri boleh menambahbaikkan Gerai Mara ni di Chempaka Tanjung ini yang lebih kurang 30 unit dan bagaimana nak pastikan bahawa gerai ini memang dipenuh oleh penjaja yang betul-betul berniaga? Ha itu soalan saya.
Ok, pihak Kerajaan Negeri Selangor ambil maklum dan akan teliti cadangan daripada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tambahan.
Seri Setia.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat EXCO sebagaimana yang dinyatakan yang dibawa oleh rakan saya daripada Kota Damansara, Gerai Majlis Bandaraya Petaling Jaya ataupun Gerai Majlis Bandaraya Shah Alam. Statusnya cukup hebat cukup besar tetapi ada gerai-gerai yang kawasan Majlis tetapi macam kawasan Daerah juga. Saya ambil contoh di kawasan TTDI Jaya ada gerai MBSA yang sedih keadaannya macam gerai di kawasan Majlis Daerah. Di MBPJ pun ada. Gerai ada tapi masih tidak diselenggarakan dengan baik. Boleh tak pihak kerajaan negeri bawah EXCO sendiri memastikan gerai-gerai di bawah Majlis Bandaraya ini dibuat dengan lebih baik lagi?
Terima kasih atas maklumat yang diberi Oleh Yang Berhormat tadi. Ini adalah berkemungkinan gerai tu adalah gerai yang lama. Jadi dia adalah kurang selesa ataupun kurang sesuai untuk masa sekarang. Jadi saya akan minta pihak PBT untuk teliti masalah itu dan sekiranya kita mempunyai peruntukkan yang mencukupi saya tidak nampak kenapa gerai-gerai tersebut tidak boleh dinaiktarafkan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu kelang.
Tuan Yang Berhormat EXCO, sebenarnya adalah isunya adalah isu yang berkaitan dengan keadaan permohonan yang banyak kali mereka minta pada ADUN, ada yang minta pada Ahli Majlis, kebanyakannya pada Majlis tapi tak ada perubahan. Oleh kerana itu mereka membuat perubahan-perubahan itu sendiri. Apabila buat perubahan itu dia ikut suka dialah ada yang cantik-cantiklah, ada yang tak cantik, tak cantik. Apa sikap pada pandangan pendirian EXCO kerajaan untuk menyeragamkan tindakan mereka.
Tiada perubahan tiada penambahbaikan gerai-gerai tersebut ha?
Tapi tak selaraslah.
Tak selaras?
Macam mana nak seragamkan?
Saya rasa keseragaman tu mungkin tak berapa sesuai. Kita tak boleh ada satu reka bentuk untuk semua kawasan. Saya rasa di kawasan berlainan kita perlu ada reka bentuk atau design yang berlainan seperti yang satu gerai makanan yang baru disiap bina di kawasan Yang Berhormat Ijok. Yang tu merupakan satu reka bentuk yang diminta oleh orang kampung. Dan PBT juga mendapatkan pandangan dan juga cadangan daripada ketua kampung dan Yang Berhormat Ijok sendiri untuk mendirikan gerai yang baru itu.
Ijok mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor kerana telah membina gerai. Dulu gerai-gerai haram tetapi oleh sebab permintaan dari pengusaha-pengusaha gerai di tepi-tepi jalan sekarang sila datang ke Bestari Jaya gerai yang boleh dianggapkan sesuai dan moden.
Ini merupakan satu contoh yang baik di mana inisiatif diambil oleh kerajaan negeri bersama PBT untuk mendirikan gerai makanan yang moden dan sesuai untuk keadaan semasa.
Nasib baik daripada membazir ya. Di Singapura tidak dapat kita nafikan bahawa mereka mempunyai sistem yang sangat baik dan kesannya itu ke Johor. Johor punya sistem tu kemas, cantik, teratur dan uniform. Kesan daripada itu perniagaannya bagus. Jadi kalau kita boleh buat, belajarlah daripada Singapore belajarlah daripada Johor. Dapat customer daripada Singapore saya rasa kesannya amat bagus.
Gerai makanan ataupun gerai pasar awam yang dimaksudkan oleh Yang berhormat Hulu Kelang ini?
Dua-dua.
Sebenarnya di negeri Selangor kita ada beberapa buah gerai kalau kita nak apa tu nak kata Gerai Pasar Awam. Ada di Pasar Awam di Banting. Yang Berhormat Banting duduk di sebelah you jelah boleh bersembang dengan Yang Berhormat Banting. Yang gerai tu cukup bersih dan cukup baik ataupun di Pasar Awam dan Gerai Makanan di Kampung Chempaka boleh bersembang dengan yang Berhormat Bandar Utama. Yang itu cukup bersih dan cukup teratur. Jadi sebenarnya kita juga ada mempunyai contoh yang baik dan di seksyen 16 di Shah Alam juga merupakan satu contoh yang baik. Terima kasih.
Baik. Soalan seterusnya Balakong. Tidak hadir. Berikutnya Hulu Kelang.
Soalan saya. Eh bukan. Bukan-bukan. Saya punya kemudian lagi. Yang itu sudah.
Soalan yang sama?
174?
Baik soalan berikutnya. Bukit Lanjan.
Tuan Speaker, soalan 175.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 175. Dos "booster" Di SelangorQuestions
175. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bilakah Kerajaan Negeri akan mulakan vaksinasi SelVAX komuniti dan industri dos ketiga di Selangor?
b)
Berapakah jumlah orang yang telah terima dos ketiga daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan program SelVAX? Sila pecahkan kepada pekerjaan masing-masing.
Dipersilakan Yang Berhormat.
Maaf Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker.
Seri Serdang.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan, sebenarnya soalan 175 saya menjawab sekali sebenarnya dengan soalan 173 ya Yang Berhormat walaupun dia tidak datang. Yang Berhormat Bukit Lanjan bertanya mengenai vaksin ya dos ketiga kepada rakyat ini. Soalan ini akan saya jawab sekali
dengan soalan daripada Sungai Air Tawar dan juga Balakong dan juga Bukit Gasing dan juga daripada Rawang. Soalan 238, 173, 246, dan 247.
Seperti yang kita sedia maklum kadar vaksinasi yang tinggi di kalangan rakyat merupakan salah satu langkah penting dalam menangani COVID-19. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program vaksin Selangor SelVAX yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita pada 30 Jun 2021. SelVAX ini telah dijalankan melalui beberapa kategori mengikut sasaran Yang Berhormat sedia maklum, SelVAX Komuniti, SelVAX Industri, SelVAX Mobile dan juga SelVAX Remaja. Kini susulan daripada kelulusan penggunaan vaksin Sinovac sebagai dos penggalak atau pun Booster dose oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah PBKD pada 17 November 2021. Kerajaan Negeri telah memulakan program SelVAX Booster iaitu pemberian sebanyak 157 ribu dos penggalak secara percuma bermula 8 Disember iaitu semalam.
Penduduk Negeri Selangor yang berumur 18 tahun ke atas dan telah menerima dua-dua dos vaksin, boleh mendapatkan dos penggalak dengan mengunjungi 16 buah klinik Selcare dengan membuat pre-bookinglah dengan menggunakan baucar. Senarai klinik yang terlibat dalam pelaksanaan program SelVAX Booster, boleh didapati di sesawang Selcare Klinik atau melalui aplikasi SELangkah. Semua maklumat penerimaan vaksinasi dos penggalak melalui program SelVAX Booster akan dihantar oleh klinik terlibat melalui aplikasi MySejahtera.
Dalam masa yang sama, SelVAX Booster akan turut dilaksanakan di beberapa locality on side tertentu berdasarkan permintaan Ahli-Ahli Dewan Negeri seluruh Selangor. Maklumat lanjut berkenaan program SelVAX Booster di DUN akan diumumkan secara terus kepada ADUN yang ingin melaksanakannya. Sebab saya pun dapat maklumat yang setengah-tengah DUN tidak mempunyai klinik Selcare yang berhampiran. Boleh ADUN menganjurkan pastikan jumlah yang akan hadir itu diberitahu lebih awal, it’s not walk in, sebab kita ada baucar sistem. Itu sahaja, Yang Berhormat terima kasih.
Pandamaran.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Cuma saya hendak tanya kepada EXCO Yang Berhormat. Yang Berhormat EXCO adakah Selcare ini boleh dibuat dengan sistem yang lebih sistematik, sebab kebelakangan ini kita dimaklumkan kita boleh walk in, lepas itu hanya 52 dos. Pagi-pagi ini, dekat Taman Sentosa beratur panjang ya, sepatutnya Selcare klinik ini patut buka pukul 8, tapi 8:45 masih belum buka. Lepas itu buka cakap hanya 30 dos. Orang yang beratur panjang sekali sampai orang marah, jadi saya harap Yang Berhormat EXCO dapat mohonlah ya, Selcare dapat lebih baik sistem, terima kasih.
Terima kasih di atas maklum balas Yang Berhormat. Tadi saya telah pun menghubungi Selcare, InshaAllah selepas ini akan diperbaiki. Tadi apparently kekurangan beg syringe ya, itu sebab teknikal dan saya akan mengingatkan klinik Selcare, terima kasih.
Soalan seterusnya Banting.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 176.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 176. Pewartaan Semula Hutan Simpanan Kuala Langat UtaraQuestions
176. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah prosedur dan timeline yang perlu diikuti untuk menyelesaikan keseluruhan proses pewartaan semula hutan simpanan ini?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Status terkini pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) adalah sedang dalam peringkat perincian lokasi yang benar-benar terlibat bagi pewartaan semula HSKLU seperti yang diputuskan oleh MMKN Ke-30/2021 pada 8 September 2021 yang telah disahkan oleh MMKN Ke-30/2021 pada 15 September 2021. Merujuk kepada keputusan MMKN tersebut, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor perlu membentangkan perincian bagi pewartaan semula HSKLU yang terlibat kepada Kerajaan Negeri Selangor di dalam MTES. Dijangkakan pembentangan ini akan diadakan pada Disember 2021 iaitu bulan ini.
Berdasarkan kepada keputusan MMKN yang sama juga, hanya seluas 486.2 hektar daripada kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) telah diluluskan untuk diwartakan semula. Keluasan ini diperolehi setelah mengambil kira keputusan MMKN yang sama seperti di atas untuk meneruskan proses penyahwartaan HSKLU hanya seluas 42 hektar bagi penyelesaian isu pemberimilikan tanah kepada Kampung Orang Asli Busut Baru yang tertangguh semenjak 2006 dan jajaran laluan paip air mentah Loji Rawatan Air Sungai Rasau seluas 8.5 hektar.
Prosedur yang perlu dipatuhi untuk melaksanakan proses pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara ini adalah berdasarkan Kaedah 8, Kaedah-kaedah Hutan
Selangor 1988 iaitu Prosedur bagi mewujudkan hutan-hutan simpanan kekal. Berdasarkan Kaedah 8 tersebut, tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan keseluruhan proses pewartaan semula HSKLU ini adalah sekurang-kurangnya 120 hari iaitu kita dijangkakan pada bulan Mei akan selesai pewartaan ini, sekian terima kasih.
Soalan seterusnya Permatang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya 177.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 177. Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MAMMOSEL)Questions
177. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Setakat hari ini, berapa ramaikah wanita Selangor yang menikmati program MAMMOSEL sejak 2019?
b) Apakah kaedah program yang telah dilaksanakan?
c) Kenapakah tahap umur menyertai program ini dinaikkan dari 35 tahun ke 50 tahun?
Terima kasih Yang Berhormat Permatang. Permatang bertanyakan mengenai program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor atau pun MAMMOSEL. Setakat ini untuk makluman Yang Berhormat Permatang, bermula tahun 2010 sehingga kini program MAMMOSEL masih diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan catatan jumlah penerima manfaat seramai 53,364 orang yang telah menerima pemeriksaan Mammogram secara percuma dengan pecahan mengikut bangsa seperti berikut. Melayu 29,225 Cina 17,716, India 6,360, lain-lain 163 menjadikan jumlah 53,364. Kaedah pelaksanaan program pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor terkini yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) adalah melalui permohonan secara online yang menerusi laman sesawang dan juga dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat ya, untuk yang memohon melalui online tetapi dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat bagi mereka yang datang ke Pusat Khidmat.
Bagi pendaftaran permohonan berjaya, pihak hospital yang merupakan panel program ini, akan menghubungi peserta untuk menetapkan tarikh, temu janji, pemeriksaan di hospital yang dipilih. Buat masa ini sebanyak 12 buah hospital swasta berserta cawangan telah menjalinkan usaha sama sebagai panel bagi program MAMMOSEL. Yang Berhormat Permatang bertanya kenapakah tahap umur menyertai program ini dinaikkan dari 35 tahun ke-50 tahun ya, sebelum ini 35 tahun. Sebagai makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut kajian dari Malaysia Medical Association (MMA) dan juga para doktor di dalam KKM, golongan yang paling berisiko mendapat kanser payu dara adalah antara umur 50 tahun dan ke atas. Manakala golongan berumur 35 hingga 50 tahun adalah mereka yang kurang berisiko. Jadi sasarannya perlu kita naikkan 50 ke atas, kalau tidak kita akan melakukan banyak Mammogram kepada golongan yang tidak berisiko.
Namun sekiranya tanpa mengira umur, sekiranya ada sejarah keluarga yang ada kanser payu dara ibunya, mak saudara, kakaknya, makna mereka ini berisiko tinggi. Jadi tanpa mengira umur maka mereka ini akan diberi peluang untuk melaksanakan Mammogram ya. Oleh yang demikian, atas dapatan ini kita agar program ini dapat dimanfaatkan oleh golongan-golongan yang terkesan, maka penambahbaikan syarat kelayakan iaitu dengan kenaikan umur dari 30 tahun ke 50 tahun dipersetujui Kerajaan Negeri melalui keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-8/2020 bertarikh 4 Mac 2020 dan telah disahkan oleh MMKN Ke-9/2020 bertarikh 9 Mac 2020.
Selain daripada itu, kita telah menambah baik program saringan kanser payu dara ini dengan menambahkan manfaatnya iaitu setelah melaksanakan Mammogram, sekiranya para doktor mengatakan bahawa ia perlu melakukan ultrasound maka kita juga bayar untuk ultrasound dan sekiranya ada lung atau pun ada ketulan dalam payu dara yang memerlukan biopsy kita juga membayar untuk biopsy itu. Jadi sampai ke full diagnosis, Kerajaan Negeri tanggung. Dan akhir sekali sekarang ini kita sudah ada program untuk membantu mereka yang ada kanser melalui bantuan SIHAT Selangor. Kalau selepas itu dia memerlukan apa-apa lagi kita masuk bawah bantuan SIHAT Selangor pula. Jadi so, makna dia kos kalaulah sampai ke biopsy, kita menganggarkan lebih kurang RM2,500 seorang, sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih di atas jawapan daripada Yang Berhormat EXCO. Saya ingin bertanya apakah bilangan sasaran tahunan untuk program Mammogram ini oleh Kerajaan Negeri, itu yang pertama. Keduanya, since kita dah tahu bahawa sasaran umur untuk para penerima pemeriksaan Mammogram ini adalah 50 tahun ke atas, apakah
rancangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan sasaran bilangan terhadap sasaran umur ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Baik, pada awalnya sasaran kita dengan peruntukan RM 1 juta pada asalnya untuk melakukan sepenuhnya makna, RM 1 juta itu mesti habis. Namun, kemudiannya kita dapati bahawa kita tak boleh menghabiskan RM 1 juta ini ya, jadi sampai ke tahap RM 700 ribu sahaja. Jadi kita kekalkan RM 700 ribu dan juga maknanya sasarannya hendak habis RM700 ribu setahun ya. Jadi kalau kos untuk membuat Mammogram itu RM 200, maka kita bahagilah dengan itu untuk tahunan itu. Cuma saya melihat bahawa ada sedikit kelesuan dalam mencari wanita untuk buat Mammogram. Semasa umur 35 tahun kita meletakkan 35 tahun, ramai wanita hendak ini, dan ditanggung kos pengangkutan semua ditanggung oleh YAWAS ya. Namun kini kos-kos itu ditanggung oleh Pusat Khidmat Masyarakat. Dan untuk maklum balas yang saya dapat adalah agak sukar untuk memujuk mereka yang 50 tahun ke atas pergi melaksanakan Mammogram ini. Tambahan pula 2 tahun terakhir ini kita ada PKP, jadi jumlahnya menjunam jugalah, tapi kita masih lagi meletakkan sasaran begitu. Saya juga ingin maklumkan bahawa melalui Kementerian Kesihatan juga ada program-program untuk membuat saringan payu dara ini. Jadi bukanlah makna bagi saya kita bernasib baik kerana state, kerana Negeri juga memberi, KKM juga memberi, jadi sepatutnya wanita yang berisiko tinggi mengambil peluang ini untuk melaksanakan Mammogram, terima kasih.
Ijok.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Ijok ingin bertanya adakah Kerajaan akan memberi layanan sama kepada lelaki yang menghidap kanser payu dara, Mammogram all this thing, adakah sama pada kaum lelaki.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Saya fikir tidak ada diskriminasi Yang Berhormat Ijok Cuma permintaan daripada kaum lelaki untuk melaksanakan Mammogram itu jarang tak pernah kita dapat ya. Jadi dan kita pun tahu daripada segi perubatannya, risiko orang lelaki mendapat kanser payu dara itu sangat sedikit ya, saya pun tak ingat percentagenya, mungkin Yang Berhormat Ijok lebih mengetahuinya. Jadi kita pun tidak melakukan penjelasan dan penerangan kepada kaum lelaki untuk melaksanakannya. Namun seperti yang saya katakan oleh sebab mereka berisiko rendah, maka kempen kita tidak target orang lelaki, namun kalau orang lelaki hendak buat Mammogram ya, dikatakan tapi susah orang lelaki hendak buat Mammogram, Yang Berhormat pun tahu macam mana hendak buat Mammogram itu. Jadi mungkin ultrasound tetapi mungkin yang mana isteri-isteri biasa buat Mammogram tahu, yang untuk melaksanakan Mammogram ini dia kena ada tisu, tisu yang agak itu, untuk proses atau pun untuk prosedur itu sendiri. Mungkin orang lelaki tak berminat, mungkin tak boleh buat, saya pun tak boleh hendak bayangkan.
Tuan Speaker, saya ada soalan susulan untuk Yang Berhormat Seri Serdang.
Sila duduk. Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya mungkin agak spesifik. Daripada jumlah screening program-program yang kita buat ini, berapa ramai yang dikesan mendapat berakhir dengan kanser dan berapa ramai yang mungkin kita panggilkan cancer survival. Kerana ini mungkin kita jadikan peratus ini dia akan menjadi trigger kepada mereka untuk datang juga untuk membuat pemeriksaan, terima kasih.
Pelan yang sangat baik sebenarnya. Ini lah pertanyaan saya apabila saya melihat kepada program-program yang lepas, apa yang berlaku ialah selepas melakukan mamogram itu, kebanyakan mereka itu tidak di follow up oleh PKM, Pusat Khidmat. Jadi, kita tidak tahu tetapi daripada jawapan saya dapat itu, tiada figure lah sebab tidak ada direkodkan. Ya, itu yang saya minta supaya setiap wanita yang melaksanakan mamogram itu, kita kena follow up tengok apa berlaku dan kita galakkan yang 50 tahun ke atas ini, bukan melaksanakan sekali itu sahaja. Sekurang-kurangnya dua (2) kali berturut-turut atau tiga (3) kali berturut-turut. Dan itu pun kita menggalakkan mereka tetapi biasanya bila mereka melakukan sekali, dan mereka sudah tidak mahu, they think they are safe, dia tidak mahu melakukan yang kedua. Jadi, InsyaAllah, simpanan data itu akan diperkemaskan Yang Berhormat, terima kasih.
Soalan seterusnya, Pandamaran.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 178.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 178. Pili Bomba Bawah TanahQuestions
178. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri dapat menukar "Under Ground Hydrant" kepada pili bomba atas tanah?
b)
Jika ya, sila nyatakan tarikh akan dimulakan dan nyatakan sebab-sebab jika tidak.
Tuan Speaker, kebanyakan pili bomba bawah tanah rosak akibat tertimbus atau tertanam dan tidak mudah diselenggara. Terdapat 3,700 pili bomba bawah tanah yang berada di seluruh Negeri Selangor. Anggaran kos bagi menukar pili bomba bawah tanah ke pili bomba atas tanah adalah sekitar RM 11,000.00 seunit. Jadi, kalau kita darabkan RM 1,000.00 seunit dengan 3,700 unit, jumlahnya adalah RM 40.7 juta. Pada rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Selangor, terdapat 61,551 unit pili bomba jenis atas tanah ataupun pillar hydrant dan 3,700 unit pili bomba jenis bawah tanah ground hydrant. Bagi tahun 2020, JBPN Negeri Selangor, telah membuat penyelenggaraan pili bomba jenis atas tanah sebanyak 94 unit dan 27 unit pili bomba bawah tanah dengan peruntukan sebanyak RM250,000.00 dengan pelbagai kerosakan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Pandamaran.
Adakah pili bomba ini dibina sebelum apa kata, zaman perumahan baru? Tetapi yang ini biasa ia ada di dalam kampung, jadi, pihak bomba pun juga risau jika pili bomba underground hydrant masih di bawah tanah ini, mereka akan susah untuk, apa kata, memadamkan api. Jadi, adakah Kerajaan Negeri boleh fokus dalam kampung-kampung yang terutamanya rumah yang rumah papan. Kita jangan, harap seperti apa yang berlaku di Karak.
Sebenarnya, Jabatan Bomba, peruntukan Jabatan Bomba datang dari Kerajaan Persekutuan. Sekiranya Kerajaan Negeri ingin bantu, kita boleh salurkan peruntukan, tetapi yang itu terhad. Jabatan Bomba seharusnya memohon peruntukan yang lebih banyak daripada KPKT, sekian terima kasih.
Soalan seterusnya, Batang Kali. Tidak hadir. Berikutnya Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Anak dara menganyam buluh, Soalan saya 180.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 180. Risiko Banjir Akibat Pembangunan WceQuestions
180. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Pembangunan Lebuhraya WCE telah memutuskan beberapa sistem saliran yang merisikokan penduduk sekitar Bukit Kapar ketika musim hujan. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu sistem saliran di sana?
b)
Apakah perancangan jangka pendek untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Sementa
Ikan siakap ikan tuke, Dipersilakan, Pandan Indah dipersila.
Saya tidak jawab pantun ya Yang Berhormat Sementa dan juga Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Sementa bertanyakan soalan berhubung dengan isu-isu berkaitan dengan sistem saliran akibat daripada pembangunan WCE atau West Coast Expressway. Untuk makluman Yang Berhormat, sebarang cadangan pembangunan baru seperti pembangunan Lebuh raya WCE perlu menyediakan cadangan reka bentuk sistem saliran yang lengkap bagi keseluruhan kawasan tadahan termasuk keperluan menaiktaraf struktur culvert atau lintasan sedia ada, tambahan struktur serta membina sistem saliran yang baru dengan kecukupan muatan hidraulik mengikut kadar aliran tempoh ulangan ARI seratus tahun. Sebagai salah satu tindakan Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan saliran yang disediakan mencukupi ialah mengenakan syarat-syarat yang ketat dalam memastikan pihak pemaju menyediakan struktur sistem saliran yang mencukupi mengikut kadar air larian bagi keseluruhan kawasan tadahan serta menyediakan struktur kolam takungan mengikut keperluan. Apa yang menjadi isu masalah ini ialah kelulusan. Ini memang dibuat melalui Kebenaran Merancang tetapi yang menjadi masalahnya ialah apa yang berlaku ketika binaan. Ini lah yang selalu menjadi isu kerana daripada segi kalau sudah siap sistem saliran ini memang mencukupi. Tetapi ketika dalam proses pembinaan itu lah yang menyebabkan banyak kerosakan dan juga lumpur ataupun mendapan yang perlu dibuat pemantauan. Jadi, berdasarkan kepada kajian tapak yang dilakukan, yang melibatkan pembangunan Lebuh raya ini, sebagai langkah kawalan, pihak JPS dan juga dengan kerjasama pihak JKR di bidang skop masing-masing, telah mensyaratkan pematuhan ke atas penyediaan pelan kawalan hakisan kelodak ataupun ESCP semasa kerja-kerja tanah dijalankan. Juga sentiasa, Jabatan sentiasa melaksanakan pemantauan secara berterusan, secara bersepadu bersama-sama dengan pihak PBT melalui Operasi Lumpur yang dibuat secara berkala bagi
memastikan pematuhan dan kefungsian binaan komponen ESCP itu ataupun silt-trap itu dan struktur sementara yang dipasang supaya tidak mengganggu air larian kawasan sekitar. Ini perlu dibuat secara berkala dengan tindakan-tindakan yang saya sebutkan tadi, sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih. Apa yang disebut oleh EXCO tadi, ia adalah secara general. Cuma, di kawasan yang saya sebutkan tadi iaitu di sekitar Kampung Bukit Kapar iaitu spesifik di Jalan Paya Barat, yang mana WCE telah pun melaksanakan pembinaan, pihak WCE telah menutup saliran ataupun longkang ataupun parit untuk pengaliran air di kawasan tersebut. Jadi, ini yang menyebabkan banjir di kawasan tersebut. Jadi, saya mohon agar pihak WCE dengan dipantau oleh agensi untuk memastikan apa ni, melaksanakan perparitan ataupun saliran ini diadakan semula, dibuat semula agar banjir di kawasan ini tidak berterusan di masa akan datang. Terima kasih.
Itu yang saya sebutkan Yang Berhormat, ketika kerja-kerja pembinaan ini memang berlaku perkara-perkara begini yang saya, bukan sahaja khusus di kawasan Sementa ini, di sepanjang had Lebuh raya memang saya menerima aduan-aduan ini. Sebab itu saya telah meminta pihak JPS yang duduk dalam Jawatankuasa Infra di pihak PBT. Ia ada satu Jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Infrastruktur di pihak PBT yang bermesyuarat secara tetap dan mereka ini lah yang selalu memantau pembinaan-pembinaan yang tertakluk di bawah Kebenaran Merancang PBT masing-masing. Jadi, secara umum saya sebut begitu kerana mereka perlu memantau, di dalam itu ada JPS ada JKR sekali. Untuk pastikan secara berkala, tempat-tempat yang pembinaan ini ketika peringkat pembinaan itu perlu menjaga sistem saliran dan juga jalan, kerosakan jalan itu perlu diperbaiki, jangan menunggu sehingga hujung atau projek dah habis. Kebiasaan kepada pihak pemaju atau kontraktor ini, dia akan tunggu di hujung-hujung sahaja, sebab itu kita menghadapi masalah apabila projek siap dia sudah angkat kaki. Tinggalkan itu dengan keadaan tempat yang sebegitu. Sebab itu, secara berkalanya perlu dibuat untuk pemantauan dan pelaksanaan pematuhan kepada apa-apa syarat yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama juga, di bawah pemantauan, Jawatankuasa Pemantauan Lebuh raya, saya memang Pengerusinya tetapi ia tidak bulanan, secara bulanan. Ia mungkin dalam tiga (3), empat (4) bulan sekali, jadi, agak lambat untuk kami, walaupun begitu kami boleh juga membantu bagaimana untuk memperbaiki kalau kes, terutama kalau kes-kes yang berat, yang besar macam Seri Cheeding baru-baru ini, saya turun untuk melihat keadaan apabila berlaku keadaan di mana terlampau serius isu-isu yang ditimbulkan oleh penduduk. Tetapi dalam masa yang sama juga boleh menghubungi terus kepada pihak JPS daerah ataupun pejabat saya sendiri, saya akan lihat secara teliti pelaksanaan ini supaya benda ini kita selesaikan jangan
tunggu di hujung, ha, yang itu saya selalu sebut. Ketika dalam pembinaan itu sendiri kita selesai. Ada kes-kes saya dapat laporan keretakan rumah dan sebagainya tetapi dia tunggu di hujung. Jadi, ini yang menyebabkan kepayahan dalam kita menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan proses pembinaan terutama projek-projek utama seperti Lebuh raya. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, setuju tidak dengan saya bahawa isu yang berlaku ini adalah berkaitan dengan isu keselamatan pekerjaan kerana kekurangan ataupun house keeping exercise yang amat tidak berkualiti di tapak pembinaan ataupun worksite khususnya di WCE bahagian Kapar dan juga Sementa dan juga Kuala Selangor ini. Saya lihat sebelum ini pernah ada berlaku kemalangan yang melibatkan kehilangan jiwa, kemalangan maut. Kerja-kerja berkaitan dengan penanaman jelujur dan sebagainya juga berlaku di WCE di bahagian Kapar ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, walaupun kita ada Jawatankuasa Infrastruktur di mana projek-projek yang sebegini besar ini, ia hanya sepintas lalu sahaja. Itu pun kalau WCE dijemput hadir, sepintas lalu sahaja. Adakah Kerajaan akan bertegas dengan syarikat-syarikat Lebuh raya ini, khususnya dalam kes ini WCE, supaya mereka perlu mempertingkatkan kualiti pemantauan, keselamatan pekerjaan dan juga pengurusan dan house keeping di tapak pembinana mereka? Kerana Safety Officer mesti ada. Apakah Safety Officer mereka lakukan? Apakah kerja mereka lakukan? What is the role and the responsibility of their Site Engineer, their Resident Engineer ? Mereka kena ada laporan. Kalau mereka ada laporan yang berkala seperti ini, perkara-perkara ini, they should be able to detect and settle it there and then, on the spot dan tidak perlu dilaporkan di dalam media ataupun dibawa di Dewan ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Banting walaupun soalan itu penting, apa yang, penjelasan yang dibuat tetapi tidak relevan dengan soalan ini kerana ini berkait dengan lebih kepada isu-isu penyelenggaraan sistem saliran. Dan saya akui, dan memang betul apa yang disebut oleh Yang Berhormat Banting, dalam pengurusan sebarang projek, bukan sahaja Lebuh raya, mana-mana projek, aspek keselamatan pekerja dan waktu kerja adalah penting dan dipantau oleh DOSH, Department Of Safety and Health bagi pekerja ini, dan sebarang pelanggaran akan mendapat sama ada dikompaun ataupun diambil tindakan oleh DOSH. Dan juga dalam, antara aspek, selain daripada sistem saliran ini yang apabila ada Lebuh raya itu, terutamanya, ataupun jalan-jalan yang utama ini, ialah pelaksanaan TMP ataupun Pelan Pengurusan Trafik. Ini yang selalu menjadi masalah, ketidakcukupan blinkers nya, ataupun aspek keselamatan itu pun dipantau oleh pihak JKR untuk memastikan mereka mematuhi segala syarat ketika pembinaan.
Ini semua mempunyai peranan masing-masing dan perlu pemantauan itu dibuat dan juga tindakan-tindakan susulan apabila berlaku perlanggaran kes-kes yang melibatkan keselamatan awam, terima kasih.
Speaker.
Ijok.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Risiko banjir memang berlaku di tempat Ijok selain daripada tempat-tempat lain. Tetapi Ijok ingin bertanya kalau banjir, bencana banjir ini telah berlaku, siapa yang bertanggungjawab untuk memberi pampasan atau bantuan sebab banyak kali penduduk-penduduk akan datang ke Pejabat DUN untuk dapat pertolongan? Itu pertanyaan Ijok.
Saya rasa di peringkat Negeri kita ada Unit Bencana yang sentiasa bertanggungjawab untuk menguruskan kalau isu-isu berkaitan banjir termasuk lah isu banjir yang melanda ataupun yang kena pada penduduk. Saya rasa itu telah pun sedia maklum, bukan banjir ini bukan sahaja semata-mata Lebuh raya, dia banyak lagi juga aspek-aspek lain yang menyebabkan banjir dan setakat ini memang diuruskan oleh Unit Bencana di daerah masing-masing. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Sabak.
Sedap sungguh buah kuini, saya batalkan soalan ini.
Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Timbalan Speaker
Maaf, saya batalkan soalan ini.
Ha? Batalkan?
Saya batalkan soalan ini. Ya, ya.
Oh, batalkan. Ingat nak jawab. Saya boleh jawab.
Tarik balik.
Soalan berikutnya, Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan 182.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 192. Cadangan Lebuhraya Pjd LinkQuestions
192. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status cadangan Lebuhraya PJD Link?
Terima kasih, terima kasih juga kepada Sabak ya, kita tetap sayang pada DUN Sabak ini, jangan risau. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat Bukit Gasing bertanyakan soalan berhubung dengan status PJD Link ataupun Petaling Jaya Dispersal Link yang saya yakin telah pun disebut dan disentuh oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam ucapan penggulungannya, kalau tidak silap penggulungan.
Dan untuk makluman Yang Berhormat, saya akan sampaikan apa yang status masa berhubung dengan PJD Link dijawab bersekali dengan soalan 192 daripada oleh Yang Berhormat Kampung Tunku. Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS di bawah Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa memorandum jemaah menteri MJM berhubung projek PJD Link ini telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 12 November 2021 pada hari Jumaat, untuk pertimbangan dan ulasan jemaah Menteri secara bersyarat yang mana antara lain PJD Link Malaysia Sdn. Bhd. perlu mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarat-syarat duluan perjanjian konsesi. Saya ulangi dia kena mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarat-syarat duluan perjanjian konsesi.
Kelulusan untuk pembinaan masih tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri Selangor dan akan menjadi salah satu daripada syarat-syarat duluan perjanjian konsesi PJD Link. Selepas perjanjian konsesi ditandatangani dalam tempoh condition precedent berapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti berikut yang pertama isu pengambilan tanah yang telah kita syarat kan di bawah Kerajaan Negeri mana-mana projek terutamanya projek-projek mega infrastruktur. Untuk ini infrastruktur mega ini perlu selesaikan dulu masalah pengambilan tanah, sehingga
selesai semua baru dibenarkan sebarang kerja-kerja pembinaan. Pengalaman kita dengan yang lepas termasuk yang WCE ini menyebabkan kelambatan kelewatan menjadikan kita lebih peka kepada aspek pengambilan tanah dan yang kedua syarat pematuhan di bawah Seksyen 20A akta 172 yang berkaitan dengan penswastaan, sekiranya PJD Link Sdn. Bhd. gagal untuk memenuhi mana-mana syarat duluan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam perjanjian konsesi atau oleh kerajaan Negeri Selangor di bawah Seksyen 20 A akta 172 maka perjanjian konsesi yang telah ditandatangani akan batal dan akan menjadi tidak sah, null and void.
Suka saya maklumkan di sini bahawa, Kerajaan Negeri Selangor melalui Pelan Malaysia Selangor JPBD Selangor telah merangka dan memperkemas kita telah merangka memperkemaskan lagi prosedur berhubung dengan kelulusan projek-projek lebuh raya dan projek-projek infrastruktur berskala besar bagi memastikan semua syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri seperti laporan EIA kesan impak persekitaran Sosial Impact Assessment (SIA) dan Trafic Impact Assessement (TIA), dilaksanakan terlebih dahulu dan memenuhi kehendak kerajaan Negeri melalui rundingan di bawah seksyen 20A akta 172 sebelum sesuatu projek dalam dimulakan di Negeri Selangor.
Cadangan penetapan timeline, rancangan pemajuan bagi projek pembangunan lebuh raya di Selangor akan dibentangkan mengikut keputusan kerajaan negeri melalui MTES dalam masa terdekat. Juga saya perlu sebutkan di sini bahawa kerajaan Negeri akan hanya membenarkan jika berpuas hati dengan apa aspek yang saya sebutkan tadi dan jika ada keperluan Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk melantik pihak ketiga untuk memastikan bahawa apa akan kajian dibuat itu menepati kehendak dan keperluan rakyat dan Negeri Selangor. Berhubung dengan isu di bahagian (b) berkaitan dengan keputusan yang dibuat oleh media Pakatan Harapan Selangor pada 3 September berhubung dengan projek PJD Link.
Sukacita saya maklumkan di sini bahawa Kerajaan Negeri sehingga kelulusan yang lepas yang saya sebut dalam dewan berhubung kelulusan dasar tidak menerima apa-apa lagi maklum balas daripada pihak pemaju atau pun pihak Kerajaan Pusat kecuali yang saya dah sebut tadi, itu sahaja perkembangan tidak ada lagi keputusan tindakan lanjut daripada selepas yang kelulusan yang pertama kelulusan dasar yang saya sebut dulu dalam mesyuarat MTES yang lepas itu sahaja perkembangan tidak ada perkembangan lain yang kita terima secara rasmi di pihak kerajaan Negeri, terima kasih.
Soalan seterusnya, Pelabuhan Kelang.
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker, soalan Pelabuhan Kelang, No. 183.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 183. Isu Kerosakan Pangsapuri Seri Berembang, Pelabuhan KlangQuestions
183. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Adakah Kerajaan Negeri telah menyediakan cadangan pembaikan atau pembangunan semula untuk dikemukakan kepada KPKT?
b) Sekiranya belum, berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menyediakan cadangan tersebut?
c) Apakah tindakan jangka masa pendek dan panjang yang akan diambil?
Terima kasih Timbalan Speaker, Pelabuhan Kelang telah pun membangkitkan isu berkaitan dengan Pangsapuri Seri Berembang.
Setakat ini kajian sedang disediakan satu kertas kerja yang cadangan yang pastinya itu pihak KPKT akan dimaklumkan tentang kajian menyeluruh tentang hasil-hasil penemuan daripada pihak dari konteks teknikal tapi apa pun saya nak beritahu kepada Pelabuhan Klang sebenarnya secara kasar isu berbangkit di kawasan itu ada mengakibatkan ataupun mengambil maklum tentang beberapa isu pertama tanah, kedua struktur dan banyak lagi isu yang sebenarnya telah pun didepani oleh penduduk-penduk di Blok A,B,C dan D itu tetapi satu kajian menyeluruh telah pun diusahakan oleh pihak tertentu MPK dan juga JKR dan saya boleh saya katakan bahawa pelantikan perundingan yang diminta dibuat itu telah pun di buat dengan segera dan InsyaAllah kita lihat di sini dalam masa kerja-kerja tanah dalam perundingan dalam masa 8 bulan dijangka akan diselesaikan pada bulan Mei 2022 kerana pelantikan atau pun permulaan kepada kajian teknikal ini telah pun bermula pada Oktober 2021 jadi untuk soalan-soalan seterusnya apakah penglibatan dan berapa lama kah tempoh saya dah sebut tadi 8 bulan InsyaAllah dan apa kah tindakan jangka panjang dan jangka pendek untuk makluman Pelabuhan Kelang dan semua Yang Berhormat semasa kejadian berlaku atau pun aduan diterima ada beberapa langkah jangka pendek yang telah dilakukan iaitu seramai 16 keluarga iaitu yang melibatkan 16 unit rumah telah dipindahkan secara orang kata secara segera lah ke tempat lain khususnya yang berada di Blok C.
Yang keduanya pihak MPK terus melaksanakan beberapa penemuan ataupun perbincangan dan akhirnya soil investigation dibuat dalam tempoh yang telah ditentukan dan Oktober 2021 mereka akan mulakan dan yang penting kita mahu ketahui sama ada bangunan-bangunan ini selamat atau tidak, itu pertama. Yang kedua pihak JKR juga telah terus masuk ke kawasan tersebut saya dimaklumkan penyokong struktur semenara yang melibatkan 493,400,050.00 telah pun dibelanjakan untuk menampung struktur ataupun tiang yang kita dapati agak orang kata dalam keadaan yang membimbangkan kemungkinan ia akan mengundang perkara yang lain, dan setelah itu pihak JKR juga turut menyediakan kos cadangan berjumlah RM 1.1 juta untuk mengambil kira kos kajian struktur dia macam ini maksudnya kita tidak boleh mengambil jangka panjang bagaimana nak selesaikan dengan hanya melihat setompok-setompok masalah tersebut jadi kajian itu nanti akan mengambil kira MPK dengan soil investigation JKR dengan masalah kajian tentang struktur dan akhirnya akan disekalikan InsyaAllah dalam tempoh Mei atau pun Jun tahun depan kita akan dapat satu kajian khusus. Tetapi apa yang saya ingin maklumkan di Dewan ini, saya juga semasa perjumpaan dengan Menteri hari itu saya telah membangkitkan satu perkara di sebabkan di dalam mesyuarat beberapa kajian, mesyuarat dengan jabatan pembangunan negara kita dapati tiada bajet struktur yang diperuntukkan selama ini di dalam di bawah KPKT jadi saya telah menyarankan mewujudkan satu vote tertentu untuk membaik pulih struktur-struktur bangunan kita rasa agak memerlukan bantuan yang segera jadi perkara ini telah diambil maklum. Dan untuk makluman dan untuk tujuan rekod saya ingin merekodkan di sini kepada Dewan mulia bahawa janji yang dibuat oleh Mantan KPKT RM 50 juta yang diperuntukkan itu sebenarnya menteri telah jawab tiada. Tiada pernah direkodkan dan penyediaan untuk tujuan itu pun tiada, jadi saya mencadangkan supaya pihak menteri melihat kajian yang akan dilengkapkan pada tahun hadapan itu untuk diambil kira supaya sed9ikit atau pun sedikit orang supaya bangunan tersebut boleh dipulihkan sepenuhnya. Terima kasih itu sahaja.
Soalan seterusnya. Sungai Pelek.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 184. Mb IncorporatedQuestions
184. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Berapakah jumlah kakitangan dan jumlah emolmen (Gaji dan Elaun) semua kakitangan dan Lembaga pengarah MB Incorporated?
b)
Apakah kaedah dan syarat lantikan anggota kedalam MB Incorporated? Berapakah pecahan peratusan anggota berdasarkan kaum Melayu, Cina and India?
Terima kasih Timbalan Speaker, soalan Sungai Pelek No. 184.
Terima kasih Sungai Pelek, Timbalan Speaker yang bertanyakan tentang MBI. Berdasarkan kepada pembayaran gaji Oktober 2021, terdapat seratus tiga puluh sembilan (139) anggota kerja MBI yang dilantik secara tetap dan kontrak sepenuh masa. Walaubagaimana pun, maklumat berkaitan gaji dan elaun warga kerja adalah sulit dan persendirian. Pihak MBI adalah tertakluk kepada peraturan syarikat dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang menjamin kerahsiaan maklumat peribadi warga kerja. Walaubagaimana pun, jika Yang Berhormat masih memerlukan maklumat tersebut, YB boleh membuat permohonan secara rasmi dan bertulis kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).
Bagi seseorang yang ditawarkan bagi pelantikan jawatan sepenuh masa di MBI perlu menjalani proses temu duga dan menandatangani surat perjanjian menerima pelantikan ke jawatan memulakan tugas. Jadi maknanya soalan nya ialah berapakah gaji keseluruhannya ada dalam keseluruhan tetapi kalau maklumat terperinci itu Yang Berhormat boleh terus berdasarkan kepada FOI atau Freedom Information Act yang telah kita benarkan dan pegawai maklumat akan menyalurkan kepada Yang Berhormat.
Bagi jawatan Pengurusan Utama Pengurusan Kanan dan Pengurusan (jawatan yang dikenalpasti) adalah dilantik secara kontrak. Tempoh kontrak tersebut adalah di antara 2 atau 3 tahun dan lanjutan seterusnya bergantung kepada kelulusan Lembaga / Pengurusan berdasarkan kepada prestasi semasa dan juga hala tuju penting MBI dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Peratusan anggota MBI berdasarkan kepada pecahan kaum seperti berikut Melayu – 96.40%, Cina - 2.16% dan India – 1.44%
Terima kasih.
Soalan seterusnya, Taman Templer
Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN
: Buah Kuinin sudah lah rosak , kita makan buah delima, soalan saya 185.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 185. Anak Sg UdangQuestions
185. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah maklumat terkini berkaitan proses menaik taraf Anak Sg. Udang yang sering terjadi kejadian banjir kilat?
Makin menjadi, terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Timbalan Speaker, soalan kegemaran kepada Taman Templer berhubung dengan status Anak Sungai Udang yang sering berlaku banjir kilat. Saya rasa tiap-tiap kali sidang saya menerima soalan ini tapi insyaAllah, tapi bukan kita lupa ya Yang Berhormat kita akan cari yang terbaik.
Bagi penyelesaian jangka panjang, JPS telah memohon peruntukan sebanyak RM 35 juta dalam RMK Ke-12 melalui Peruntukan Persekutuan bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Anak Sungai Udang yang mana ia melibatkan kerja-kerja menaiktaraf Anak Sungai Udang sepanjang 2km dan melibatkan pengambilan balik tanah. Permohonan ini telah diangkat semula dalam Rolling Plan 3 dan masih belum diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya tak tahu apa masalah Anak Sungai Udang tetapi saya telah berbincang dengan JPS dan kita telah bersetuju bahawa kita tak boleh menunggu kepada kelulusan daripada Persekutuan, kita akan memohon semula projek di bawah peruntukan negeri pula. Jadi pihak JPS akan mengangkat permohonan ini kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan di bawah RMK Ke-12 tahun 2022/2023. Untuk sementara itu dalam jangka pendek atau jangka segera ini Selain daripada, Kerajaan Negeri melalui JPS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM39,675,000.00 bagi melaksanakan kerja-kerja segera di kawasan 50 hotspot banjir di Negeri Selangor dimana sebanyak RM500,000.00 juta telah diperuntukan di kawasan Dun Taman Templer dan Dun Sungai Tua bagi melaksanakan 2 kerja melibatkan skop penyelenggaraan dan pengorekan sungai serta pemasangan pam. Bagi mengurangkan tenaga atau kesan daripada banjir ini. Untuk jangka panjang peruntukan kerajaan Negeri seperti yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.
Taman Templer
Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN
: Terima kasih Timbalan Tuan Speaker. Kalau boleh tahu Yang Berhormat EXCO, untuk jangka masa pendek apa
kita punya perancangan untuk menyelesaikan soal berkaitan dengan masalah banjir ini. Jangka pendek dulu. Segera
Untuk jangka segera memang masih dalam proses perolehan dan memang di sini kita akan kerja-kerja pengorekan sungai dan juga pemasangan pam yang berkapasiti besar lebih besar ini dua komponen utama yang kita boleh buat secara segera. Kalau yang lain-lain itu memerlukan reka bentuk jadi lambat yang segera ini bermaksud saya dalam 2 3 bulan ini akan dilaksanakan. Bukan baru nak tender ya, 2 3 bulan akan dilaksanakan melibatkan pembesaran dan pengorekan kepada kawasan sungai atau pun dan juga pemasangan pam, terima kasih.
Lembah Jaya tidak hadir. Rawang
Tuan Timbalan Speaker
Saya tak benarkan, seterusnya Rawang
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya soalan 187.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 187. Jalan Perhubungan Bandar Tasik Puteri - Batu ArangQuestions
187. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Apakah status pengambilan tanah bagi tujuan jalan perhubungan antara Bandar Tasik Puteri ke Batu Arang?
b) Adakah tindakan sementara kerajaan sekiranya mempunyai kerosakan yang akan membahaya pengguna jalan di jalan tersebut
Terima kasih Yang Berhormat Rawang, Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Rawang bertanyakan isu ataupun soalan berhubung Jalan perhubungan antara Bandar Tasik Puteri ke Batu Arang sepanjang 1 kilometer sebahagiannya terletak di atas tanah hakmilik dan sebahagian lagi di atas tanah Kerajaan. Pada masa ini, jalan tersebut diselenggara dengan ehsan
daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang.
Jabatan Kerja Raya, JKR Selangor bercadang untuk memohon pengambilan tanah, jadi yang terletak di atas tanah hak milik supaya jalan ini sepanjangnya dijadikan jalan-jalan awam untuk tujuan itu. JKR telah merancang untuk melantik, akan melantik ya, akan melantik Perunding Juruukur Tanah untuk tahun 2022 ini dan mohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Bila siap itu akan mengemukakan permohonan pengambilan tanah ini kepada Pejabat Daerah dan Tanah, Gombak untuk dijadikan jalan awam. Tentang isu tindakan sementara itu, sebagaimana yang saya sebutkan tadi jalan ini di selenggara secara ihsan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Pejabat Pembangunan Persekutuan dan juga Majlis Perbandaran Selayang.
Apabila proses pengambilan tanah ini di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Pengambilan Tanah Tahun 1960 sempurna, dia akan letakkan di bawah tanggungjawab JKR. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Rawang.
Nak tanya Kerajaan berapa tempoh masa, jangkaan tempoh masa yang akan diambil untuk pengambilan tanah?
Hah! itu yang saya sebutkan tadi. Permohonan ini akan dibuat untuk 2022 dan dia akan makan masa lah sikit untuk kerja-kerja ukur dan peruntukan ini dan saya akan pastikan kita buat secepat mungkin untuk memastikan jalan ini dapat di selenggara dengan lebih baik lah apabila terletak di bawah agensi ataupun jabatan di negeri. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan Bandar Utama 188.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 188. Sokongan Dan Perlindungan Wanita Dan Kanak-KanakQuestions
188. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Memandangkan kes keganasan rumah tangga semakin meningkat, adakah Kerajaan Negeri mampu menyediakan rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak dengan kerjasama bersama hotel/motel di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
b)
Apakah jenis sokongan diberikan Kerajaan Negeri Selangor selepas mangsa berjaya keluar tetapi tiada sokongan ekonomi?
Y.B. PUAN DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD
: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Bandar Utama bertanya sama ada Kerajaan Negeri mampu menyediakan rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak dengan kerjasama bersama hotel atau motel di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama, antara inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi membendung atau membantu kes keganasan rumah tangga ini adalah melalui talian selamat kita yang baru beroperasi. Pihak WBS telah bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai First Aids bagi memastikan masalah dan isu keganasan rumah tangga di Selangor dapat ditangani dengan sewajarnya ya dan terkini kita sedang dalam perancangan untuk bekerjasama dengan agensi perhotelan sebagai sebahagian dari rakan kerjasama yang ada, yang akan menyediakan tempat transit sementara jika perlu kepada pemandiri memandangkan rumah perlindungan tertakluk kepada kelulusan pengurusan dan perlindungan mangsa keganasan rumah tangga adalah berdasarkan kepada Akta Keganasan Rumah tangga 1994.
Semasa PKP untuk makluman Yang Berhormat, memang semua rumah-rumah perlindungan agak penuh ya dan kita Kerajaan Negeri menghubungkan mana-mana datang kepada kita kepada rumah-rumah perlindungan ini dan kita membayar apa ni orang kata kos untuk Rumah-rumah Perlindungan seperti Rumah WAO ya, Rumah Teratai dan sekarang kita juga dalam proses menghubungkan dengan rumah-rumah Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak di bawah MAIS ya kerana perlindungan mereka ini adalah tidak lama berbanding dengan kes-kes perlindungan wanita masalah akhlak ataupun dadah ya.
Jadi kita boleh menumpangkan mereka di sana namun untuk makluman sekiranya dibuat secara rasmi tempat-tempat ini perlu orang kata digazetkan sebagai Pusat Perlindungan. Tidak sewenang-wenangnya kita boleh menggunakan sebagai Pusat
Perlindungan. Dan sekarang Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah meluluskan RM 200,000.00 untuk kita membantu Rumah Perlindungan dan juga membantu mangsa-mangsa ataupun pemandiri keganasan rumah tangga ini. Persoalannya adalah saya kira agak rumit apabila setelah pelindungan diberi dan mereka keluar daripada pelindungan, mereka nak balik ke rumah mereka di sini lah persoalan yang sebenarnya timbul kerana mereka memerlukan sokongan yang berpanjangan. Sokongan moral dan sebagainya.
Sekiranya berlaku perceraian dan mereka memerlukan bantuan peguam maka sekarang Alhamdulillah kita sudah ada RM 1 juta untuk bantuan guaman juga ya dan sebenarnya patut kita dirikan atau galakan adalah apa ni satu kumpulan sukarelawan di komuniti yang kita baru sebenarnya dua (2) tahun apa orang kata merintis untuk mewujudkan apa kita panggil komuniti selamat. Di mana apabila mereka balik ke rumah tangganya sekiranya berlaku lagi maka dia ada sokongan di dalam komuniti.
Yang Berhormat Sekalian, kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini memandangkan kita hanya memberi perlindungan dan cuba membantu pemandiri tetapi pemangsanya di luar kawalan kita dan hanya akan di ambil tindakan sekiranya pemandiri membuat aduan polis dan suami atau yang pemangsanya itu akan diambil tindakan Undang-undang kepada mereka. Setelah mereka keluar daripada kita kata perlindungan kebanyakannya mengalami masalah kewangan ya dan ini lah yang menjadi persoalan untuk jangka masa panjang mereka. Kalau setakat kita membantu mereka, WBS melalui PWB boleh melatih mereka untuk mandiri di dalam cuba untuk ada sedikit kewangan mereka dan saya harap mereka juga mungkin boleh diberi bantuan BINGKAS ya yang sekarang ini di bawah YB EXCO Kerajaan Prihatin.
Tiga (3) tahun yang lepas, kita memberi bantuan sokongan keluarga melalui Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor sekiranya mereka ingin berpisah ataupun diceraikan ya jadi its not a straight forward dengan izin kita hanya boleh bagi First Aids dan kita harap akan mengujudkan komuniti selamat di setiap komuniti sekiranya berlaku keganasan rumah tangga mereka boleh mendapat pertolongan daripada anggota masyarakat. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya amat tertarik dengan yang disebutkan oleh EXCO tadi. Bantuan kepada Jabatan Kehakiman Syariah antara tujuannya adalah untuk membantu apa ni membantu ibu ataupun mangsa selepas untuk pelaksanaan perintah Mahkamah dan ini antara sesuatu yang sangat menarik ya dalam urusan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah itu sendiri. Adakah peruntukan ini masih lagi diberikan dan sepatutnya apabila mereka sudah mendapat persaraan daripada bekas suami sebagai contoh ini adalah
repolling fund yang boleh digunakan semula untuk mereka-mereka yang selepas itu. Terima kasih.
Y.B. PUAN DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD
: Ya, Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Ini lah yang kita cuba dapatkan tahun ini, tiga (3) tahun yang lepas saya berjaya lah untuk memberi RM 100,000.00 untuk sokongan, bantuan sokongan keluarga. Sekiranya kes mereka masuk Mahkamah dan kemudian dalam menunggu apa ni judgement ya daripada Hakim untuk mendapat bantuan atau mendapat bayaran nafkah daripada pihak suami memang JAKESS juga mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan juga daripada Zakat dan sebagainya. Yang itu adalah mereka perlu membayar balik sekiranya mereka diberi bantuan tapi biasanya saya mendapat maklumat akhirnya dilupuskan juga kerana mereka tidak mampu untuk membayar balik, jadi hak Kerajaan Negeri Selangor bagi ni memang tak bayar balik lah.
Jadi, oleh kerana bajet kita ada kekangan di dalam peruntukan saya tetap akan berusaha untuk membantu tapi alhamdulillah kita sudah ada untuk bantuan guaman. Jadi sekiranya mereka memerlukan bantuan guaman sudah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Kota Damansara.
Penjelasan sikit.
Terima kasih Timbalan Speaker. Di Pusat Khidmat saya kita kerap menerima wanita-wanita, ataupun isteri yang ditinggalkan oleh suami terutama kaum India dan juga ada orang Melayu berbulan-bulan. Jadi mereka, apakah pendekatan ataupun bantuan yang boleh kita khususkan pada mereka ini. Mohon penjelasan.
Y.B. PUAN DR. SITI MARIAH BINTI MAHMUD
: Yang Berhormat Damansara, ya sebenarnya wanita-wanita yang ditinggalkan suami saya tidak tahu lah ADUN-ADUN lain tapi bagi saya selama ini saya mengamalkan begini, oleh kerana mereka ini ditinggalkan orang kata gantung tidak bertali ya kita hanya perlukan mereka membuat aduan polis ya kata suami telah meninggalkan mereka. Jadi kita menganggap mereka ini ibu tunggal dan oleh itu apabila mereka memohon untuk hari itu kita KISS dan sebagainya, memang kita beri kepada mereka dan saya harap semua orang, semua pihak ADUN pun akan memberi layanan yang sama kepada mereka. Dan kadang-kadang kita kena turut juga membantu mereka untuk mendapat dokumentasi lah ya, perceraian mereka sebab kalau di bawah JKM untuk mendapat bantuan JKM ibu tunggal ini dia mesti ada dokumentasi perceraian dan sebagainya. Jadi ini antara perkara yang perlu kita beri pendidikan dan kesedaran kepada kaum wanita ya supaya mereka tahu mengenai hak mereka dan sebagainya tapi seperti Yang Berhormat sebut tadi ramai yang tidak tahu setelah ditinggalkan bertahun-tahun mereka tidak ada tempat. Jadi kita tidak ada program khusus untuk kes-kes begini.
Jadi saya harap pihak ADUN boleh menangani kes-kes begini untuk membantu mereka. Terima kasih.
Seterusnya Jeram, tidak hadir. Semenyih, tidak hadir. Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 191.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 191. Binaan Remp Atau Bangunan Di Atas Tanah Rezab/parit/longkangQuestions
191. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah pihak penguat kuasa PTD Klang dan MPK berhasrat untuk menguatkuasakan Akta 133 di Meru kepada peniaga/penduduk yang membina remp/bangunan sehingga menutup longkang/parit dan menjadikan aliran air tidak lancar sehingga menyebabkan longkang tersumbat dengan sampah dan antara punca banjir kilat?
Terima kasih Tuan Speaker, Majlis Perbandaran Klang akan mengeluarkan notis di bawah Akta 133 terhadap premis yang membina ramp atau binaan tanpa kebenaran yang menyekat aliran air longkang. Sekiranya pemilik premis gagal mematuhi notis tersebut, pihak Majlis akan mengambil tindakan lanjut selaras dengan Akta tersebut. Terima kasih.
Seterusnya Kampung Tunku.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 192.
Atau dah dijawab sekali ke? Pandan Indah? Dah dijawab ke soalan ini?
Seterusnya Hulu Kelang.
Hulu Kelang soalan 193. Membina pusat transit dan perlindungan kucing dan anjing.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 193. Membina Pusat Transit Dan Perlindungan Kucing MpajQuestions
193. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bagaimanakah pusat ini akan beroperasi dan apa kaitannya dengan usaha serta kempen untuk membasmi penderaan dan penganiayaan terhadap kucing? b)
Apakah pusat ini akan menjadi pusat menjalan kaedah kembiri dan micro-chipping?
Okay, sangat prihatin kepada, tadi anjing sekarang kucing. Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang yang begitu prihatin kepada binatang.
Cadangan lokasi Projek Pembangunan Pusat Haiwan (Kucing) ialah di sebahagian tanah lapang di Jalan UP 1/5, Ukay Perdana (berhadapan dengan Restoran Hidayah Maju) dengan anggaran kos sebanyak RM 500,000.00. Pusat perlindungan kucing ini beroperasi sebagai pusat kurungan sementara merangkumi aktiviti berikut:-
i) program bersama doktor veterinar;
ii) program kucing angkat percuma;
iii) aktiviti amal;
iv) dijadikan sebagai hotel kucing dengan kadar sewaan yang berpatutan; dan juga untuk
v) promosi media massa dan sosial.
Selain itu juga, pusat perlindungan ini akan menjadi lokasi pelancongan kepada penduduk Ampang Jaya serta pelancong luar kawasan terutama kepada peminat kucing dengan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti wakaf dan peralatan permainan kanak-kanak. Terima kasih.
Soalan tambahan. Itu pasal kucing. Anjing? Soalan 174. Jawapannya.
Soalan 174? Dah lepaskan.
Boleh lah, boleh lah. Pasal anjing. Di manakah sifat kemanusiaan. Dia ada dua (2) satu anjing, anjing ni tak lepas. Jadi dia boleh ke hotel bagi anjing...
Yang Berhormat Kinrara, sila duduk.
Adakah dia juga merupakan hotel bagi anjing?
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian. Masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul No. 3, Tahun 2021Motion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan Usul No. 3, Tahun 2021. Usul Dasar Belia Selangor 2020.
Saya persilakan Kampung Tunku untuk menyambung perbahasan.
Baik terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Jadi semalam saya telah sebut tentang keselamatan cyber dan saya harapkan Program Pendidikan Literasi Digital Media Sosial dan sebagainya boleh diawalkan kepada 13 tahun. Saya sambung dari point berkenaan dengan bahaya dua social media iaitu discord dan twitch, so semalam saya sebut tentang di mana twitch dan discord boleh di salah gunakan untuk tujuan pemangsaan seksual dan sebagainya dan saya ingin tekankan selain bahaya pemangsa seksual. Saya kira kesan kepada psikologi anak muda bukan sesuatu yang mudah diselesaikan dengan izin it’s very hard to undo because they already see the abuser as a trusted friend, tidak realistik sekiranya kita hendak block belia dari menggunakan platform contohnya discord dan twitch. Belia memang jenis anti-establishment dengan izin. Semakin kita block semakin dia nak buat juga. Oleh itu pendidikan amat penting, semakin awal kita mendidik belia Selangor tentang keselamatan cyber lagi baik. Dan akhir kata saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan serta agensi-agensi yang telah menyediakan Dasar Belia Selangor 2020 dan saya berharap Ahli-Ahli dewan yang berumur muda dan juga berjiwa muda akan dilibatkan sepenuhnya dalam perancangan dan pelaksanaan dasar ini sesuai dengan kepentingan anak muda di kawasan masing-masing kerana kami sedia menyokong.
Jadi di sini Kampung Tunku mohon menyokong Usul Dasar Belia Selangor 2020, pendek sahaja.
Banting.
Sungai Panjang.
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya terima kasih kerana memberi laluan untuk saya turut berbahas. Memandangkan saya juga adalah di antara Ahli-Ahli Dewan Negeri yang di dalam lingkungan umur dikategorikan sebagai belia dewasa jadi saya ingat sesuailah untuk saya serba sedikit memberikan beberapa pandangan dalam sesi perbahasan Usul ini. Yang pertama saya ucap syabas dan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran atau pun di bawah inisiatif Yang Berhormat EXCO daripada Paya Jaras membentangkan Dasar Belia Selangor Tahun 2020 untuk menggantikan kalau kita lihat dengan izin, mile stone rentetan daripada Dasar Belia Selangor yang telah dibentangkan sebelum ini tahun 2015. Yang mana kalau kita lihat Dasar Belia Selangor Tahun 2015 yang sebelum ini dibentangkan atau pun diusulkan oleh Yang Amat Berhormat Sungai Tua ketika Yang Amat Berhormat Sungai Tua memegang tanggungjawab sebagai EXCO Belia. Saya secara personal melihat Dasar Belia 2015 itu adalah terlalu eksklusif kerana melalui dasar itu hanya disebut berkenaan dengan engagement atau pun pembentukan penggerak belia tempatan sahaja. Ia tidak melihat secara menyeluruh dan juga seolah-olah tidak mengiktiraf pertubuhan-pertubuhan belia sedia ada yang telah pun berdaftar khususnya gabungan-gabungan dalam Majlis Belia Selangor. Alhamdulillah dalam perkembangan Dasar Belia Selangor 2020 ini berdasarkan ucapan dasar daripada Yang Berhormat Paya Jaras memperlihatkan ada libat urus dan juga keterlibatan NGO-NGO dan juga persatuan-persatuan belia lain dalam sama-sama membina dan juga merangka kerangka Dasar Belia Negeri Selangor Tahun 2020. Yang keduanya berkenaan dengan penglibatan persatuan-persatuan belia dan kedudukan Penggerak Belia Tempatan atau pun hari ini dinamakan sebagai Penggerak Belia Selangor. Kalau kita lihat sebenarnya di dalam Akta Pembangunan Belia ini kalau kita lihat takrifan, pertubuhan belia ertinya mana-mana pertubuhan yang mempunyai ciri-ciri yang berikut :-
a) Mempunyai nama yang mengandungi perkataan belia atau suatu perkataan yang mempunyai pengertian yang seumpama atau sama dengan belia.
b) Kesemua anggotanya hendaklah berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun atau mana-mana gabungan atau kumpulan pertubuhan yang keanggotaannya hendaklah berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun dan;
c) Mempunyai objektif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti belia.
Jadi kalau kita lihat daripada kerangka Akta Pembangunan Belia ini sebenarnya wajar kalau Penggerak Belia Selangor ini didaftarkan di bawah akta ini. Sebagai sebahagian daripada pertubuhan yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Pembangunan Belia. Walaupun begitu apabila di dalam dasar ini di klusterkan beberapa kategori. Yang pertamanya kategori belia umur di antara 15 hingga 30 dan juga 30 hingga 40, belia, belia dewasa. Cuma dalam kategori ini mungkin kita juga boleh fikirkan juga secara mikro atau pun secara terperinci kedudukan belia yang berumur 15 hingga 30 ini, kerana kalau kita melihat kepada dengan izin age of majority dekat Malaysia ini berdasarkan akta Age of Majority Act, di Malaysia ini umur 18 tahun ini adalah age of majority. Kalau dari pada segi tanggungan terhadap perundangan atau pun apa-apa juga tanggungan terhadap seseorang individu itu dia akan bermula pada umur 18 tahun. Bawah 18 tahun mereka ini masih lagi dikategorikan sebagai juvenile atau pun mungkin ada kategori baru, belia remaja dan sebagainya. Sebab apabila melihat dasar yang telah pun dibentangkan ini ada berapa komen tersebut ada melibatkan kadangkala ke bertanggungjawaban seseorang individu itu yang mungkin memerlukan seseorang itu mencapai umur 18 tahun baru boleh terlibat secara langsung atau pun tidak. Mungkin dari segi pendedahan okay tetapi kalau dia nak terlibat secara langsung umur 15 hingga 18 itu mungkin tidak sesuai. Salah satunya sebagai contoh ada dasar ataupun ada domain yang berkaitan dengan pembangunan keusahawanan belia. Cuba bayangkan kalau belia ini berumur 15 tahun 18 tahun ingin memasuki sesuatu kontrak perjanjian atau pun kontrak pinjaman atau pun sebagainya untuk mendapatkan dana keusahawanan jadi ini akan menjejaskan perlaksanaan atau kelangsungan kontrak tersebut kerana sekatan dan juga tanggungan had umur. Jadi dalam kita merangka ke semua ini kita kena melihat lebih luas dalam pelbagai angle atau pun dalam pelbagai sudut supaya setiap apa yang kita rencanakan ini mencapai hasrat dan juga matlamatnya sememangnya perkara-perkara inilah yang diimpikan dan juga diidamkan oleh anak-anak muda dan juga remaja di luar sana. Yang pertama mungkin boleh tengok balik kalau ada.....
Sungai Panjang, boleh celah?
Sekejap, kalau ada ruang untuk kita klusterkan balik yang peringkat sekolah ini yang umur 13 hingga 18 mungkin kita panggil dia belia remaja atau pun sebagainya. Sahabat saya Yang Berhormat Kota Angerik.
Terima kasih Sungai Panjang atas laluan. Saya bersetuju dengan pandangan dan huraian Sungai Panjang tentang takrifan usia belia tadi. Kerana bagi saya pun 15 tahun ini agak muda dan adakah Sungai Panjang setuju kalau kita katakan 15 ke 18 ini dia masih lagi dalam kategori remaja. Dan apakah Sungai Panjang boleh bersetuju sekiranya saya cadangkan apabila kita mengguna pakai terma belia ini, kita selaraskan juga dengan apa istilah belia dalam
konteks portfolio EXCO sendiri. Sebab pada pandangan saya generasi muda ini dia tidak selari, bila kita sebut belia, persepsi umum adalah belia, orang muda. Jadi apabila digunakan term generasi muda satu pertamanya dari sudut pentadbiran dia panjang. Kalau EXCO Generasi Muda, kita pakai EXCO Belia mudah. Apakah lebih sesuai kalau kita selaraskan? Maksudnya di peringkat federal pun diguna pakai oleh Kementerian Belia dan Sukan, kalau di negeri-negeri lain pun dia pakai belia dan sukan. Biasanya belia dan sukan akan sekali dalam satu terma. Apakah Sungai Panjang setuju kalau kita boleh cadangkan kepada pihak Kerajaan untuk selaraskan semula. Maksudnya nama portfolio generasi muda itu ditukarkan kepada belia, supaya penyelarasan itu lebih mudah maksudnya dari segi pentadbiran lagi mudah maksudnya dari segi pentadbiran mudah dan dari segi semangat itu pun lebih meyakinkan lebih gah. Bila kita sebut belia inilah orang muda. Jadi generasi muda ini beza kalau ada EXCO generasi muda dia kena ada EXCO generasi tua, jadi dia dah ada percanggahan di situ. Saya minta pandangan daripada Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Anggerik. Saya setuju dengan pandangan dan juga saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Kota Anggerik. Satu pandangan yang realistik mungkin daripada segi penjenamaan semula atau pun penterjemahan dengan istilah tersebut. Mungkin kalau kita namakan sebagai EXCO Belia dan Sukan, generasi muda itu sudah pasti terangkum sekali di dalam belia itu. Apabila dikhususkan itu mungkin akan memberikan satu persepsi ataupun expectation dengan izin yang berbeza oleh masyarakat di luar sana. Namun apa pun juga namanya yang kita harap adalah bagai mana jawatankuasa itu berfungsi dan reach out dengan izin kepada target group nya belia, remaja atau pun anak-anak muda luar sana dalam ruang lingkup apa yang telah direncanakan di dalam Dasar Belia Selangor 2020 ini.
Saya juga tertarik dengan domain yang pertama, iaitu kepimpinan dan literasi politik. Dalam ucapan Yang Berhormat Paya Jaras juga ada menyatakan bahawa betapa jauhnya generasi muda atau pun belia atau pun anak-anak muda ini dengan politik. Jadi perkara ini juga kita harus lihat secara menyeluruh, yang pertamanya kebanyakan atau pun hampir ke semua parti-parti politik ini untuk seseorang itu menyertai parti politik itu yang pertama mestilah dah mencapai umur 18 tahun. Dia tidak ada lagi dalam mana-mana sayap parti politik atau pun komponen dalam parti politik tersebut, komponen untuk segmen orang remaja yang 15 ke 18 ini. Jadi bagaimana untuk kita memahamkan dan juga memberikan sedikit kesedaran tentang literasi politik. Kalau kita nak target kan group kita ini adalah bermula berumur dari 15 tahun, seawal 15 tahun. Jadi perkara ini mestilah kita hubung jalin dengan pihak-pihak dan juga jabatan-jabatan lain contoh mungkin Kementerian Pendidikan. Kita dulu belajar di sekolah, tahu berkenaan dengan sejarah. Saya sendiri tahu berkenaan dengan struktur politik, ada sedikit kesedaran dan juga awareness tentang literasi politik ini apabila masuk ke alam matrikulasi apa bila ketika itu mengambil matrikulasi dalam bidang perundangan. Jadi semestinya kita belajar dan juga didedahkan tentang sudut pentadbiran dan juga perjalanan, susun atur kerajaan, jadi di situlah ada sedikit literasi politik. Mungkinkah
perkara ini perlu disampaikan lebih awal dan mungkinkah kita perlu melibatkan agensi-agensi atau pun badan-badan lain di bawah Kerajaan Negeri untuk memberikan kesedaran. Dan apabila kita memberikan ruang yang luas tentang literasi politik khususnya kalau melibatkan umur 15 hingga 18, saya tak ingat perbahasan daripada Ahli Yang Berhormat yang mana satu berkenaan dengan AUKU juga. Kita tahu AUKU ini adalah Akta Universiti dan Kolej Universiti mungkin sedikit menghadkan tentang penglibatan seseorang pelajar. Dia habis 18, dia ambil SPM atau STPM dan mungkin kemudian dia nak masuk ke alam universiti dan mungkin dia terikat dengan AUKU. Walaupun AUKU ini telah ada pindaan dan sedikit kelonggaran, dahulu langsung tidak boleh menjadi ahli dan juga pimpinan parti politik. Hari ini boleh menjadi ahli, boleh menjadi pimpinan tetapi tidak boleh berpolitik secara direct atau pun secara langsung di universiti atau pun terlibat dengan kempen-kempen politik, apa lagi kepada pemegang-pemegang biasiswa kerajaan. Yang Berhormat Hulu Klang.
Terima kasih memberi penjelasan yang cukup terang dan baik tentang AUKU ialah dia menghadkan. Bukankah dia mempunyai satu sekatan yang boleh dikatakan kebal. Satu penindasan terhadap kebebasan pelajar di kampus. Saya hendak meminta pandangan. Adakah setakat menghadkan atau pun dia oppressive.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Klang. Kita semua tahu bahawa undang-undang ini adalah satu yang dinamik. Undang-undang ini berubah mengikut peredaran zaman, sesuai mengikut keadaan dan kehendak masyarakat semasa. Sekiranya masyarakat telah pun sampai ke satu tahap yang matang dan juga boleh membezakan tentang ekstremis politik dan juga kematangan politik untuk kita memberikan satu pandangan dan juga hujah maka saya rasa sekatan-sekatan ini bolehlah untuk sedikit-sedikit dilonggarkan, kerana pada ketika itu dia tertakluk atau pun tertumpu kepada satu aliran pemikiran yang mungkin extreme dan tidak sesuai dengan kedudukan dan orang yang belajar di universiti atau pun yang dalam peringkat umur itu.
Namun Yang Berhormat Hulu Kelang, undang-undang ini involve dengan izin dan juga dinamik berubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan masyarakat dan dengan itu juga kita baru-baru ini meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk menurunkan had umur untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri daripada 21 tahun ke 18 tahun. Jadi ini memberikan ruang dan juga peluang dan juga ketersediaan ekosistem daripada segi perundangan. Dan untuk literasi politik ini juga macam saya cadangkan dalam ucapan perbahasan dasar saya pada tempoh hari berkenaan dengan penglibatan anak-anak muda dan juga generasi muda dalam pentadbiran, yang pertamanya saya mohon untuk pada masa akan datang ini kalau boleh dalam keadaan Dasar Belia Selangor yang melihat secara inklusif kepada semua segmen belia. Saya haraplah wakil Majlis Belia Selangor pun ataupun wakil Majlis Belia Daerah dapat dijemput juga menjadi ahli dalam mesyuarat Majlis Tindakan
Pembangunan Daerah-Daerah dan juga apa sahaja program-program yang melibatkan Kerajaan Negeri. Hari ini kita tidak mahu melihat persatuan-persatuan belia ini kalau boleh dikatakan dibayangi oleh sesuatu parti politik. Stigma dan juga persepsi masyarakat ini mesti betulkan supaya kita boleh reach out kepada seluruh anggota dan ahli-ahli belia di luar sana. Kita tidak hendak tengok orang mengatakan PeBS (Penggerak Belia Selangor) ini adalah belia yang pro PKR, AMANAH, DAP, Pakatan Harapan dan kita juga tak nak tengok belia 4B, MAYC dan sebagainya ini sebagai terlalu tertumpu boleh dilabelkan sebagai dibelakangi ataupun dimiliki oleh mana-mana parti politik. Secara umumnya persatuan-persatuan belia ini adalah bersifat bebas dan juga tidak terikat dengan mana-mana parti politik cuma dia terikat dengan perlembagaan dan juga apa sahaja Undang-Undang Tubuh ataupun undang-undang belia tersebut. Jadi berkenaan dengan kepimpinan dan juga literasi politik yang keduanya kalau boleh macam kita bahaskan tempoh hari berkenaan dengan pelantikan Ahli-Ahli Majlis PBT yang mana ia adalah full discretion oleh Pihak Berkuasa Negeri. Ataupun Yang Berhormat EXCO PBT, kalau boleh diadakan jua di peringkat kerajaan kuota di setiap PBT ini ada lantikan kuota beberapa orang jumlahnya mungkin kalau boleh sampai 30% adalah sangat baik mesti dilantik daripada kalangan umur belia maksudnya sama ada belia dewasa, belia ataupun belia remaja saya ingat tak boleh la. Jadi benda-benda ini yang kita kena tahu di mana dia punya red line dan juga dia punya batasnya. Yang seterusnya berkenaan dengan kepimpinan dan juga literasi politik juga. Yang pertama...
Yang Berhormat point yang terakhir ya.
Tapi lampu hijau lagi Yang Berhormat. Yang pertama, belia ini perlu diberikan ruang dan peluang yang seterusnya untuk memastikan mereka ini boleh menjadi seorang pemimpin yang baik. Mereka ini memerlukan bimbingan jadi, perlu ada modul dan perlu ada kaedah untuk membimbing mereka sebelum mereka ini boleh memimpin, mereka ini mestilah dipimpin terlebih dahulu. Dan akhir sekali adalah tentang pendedahan explosure macam saya cakap tadi ada banyak program-program dan juga keterlibatan yang lain. Dan akhir sekali Yang Berhormat Tuan Speaker berkenaan dengan harapan menuju 2030. Saya suka untuk lihat kepada perkara no. 9 yang menyatakan dasar ini perlu di sekalikan bersama dengan Enakmen atau perkara di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri agar cadangan polisi dan pelan tindakan pembangunan belia ini memelihara hak dan sebagainya. Jadi untuk membentuk Enakmen dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri ini kalau boleh kita lihat secara lebih terperinci macam saya bagi tahu kita tak nak dia bertindih dengan Akta Pembangunan Belia. Seperti Yang Berhormat Paya Jaras maklumkan bahawa dia tidak terkandung dalam state list ataupun federal list ataupun senarai bersama tetapi oleh sebab telah pun ada satu Akta Parlimen yang cover seluruh negara Malaysia, jadi kita tak nak ia bertindih. Tetapi kalau ada pindaan yang melibatkan kepentingan belia dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri atau untuk mewujudkan kerusi Dewan Undangan Negeri yang
dilantik dari kalangan belia juga insyaAllah kita boleh sokong sama-sama untuk menyemarakkan lagi atau untuk memberi pendedahan kepada kumpulan belia tentang literasi politik dan juga kepimpinan. Saya setakat ini dulu, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya secara umumnya menyokong Dasar Belia Negeri Selangor 2020. Terima kasih.
Baik Sungai Panjang. Yang Berhormat Banting. Belia lagi?. Silakan 5 minit.
Ada isu. Terima kasih kepada Tuan Speaker kerana membenarkan Banting untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Dasar Belia Selangor ini. Saya telah pun meneliti semasa pre-council saya mendapati Dasar ini dan berharap sangat dapat membahaskan Dasar ini. Saya gembira dah syukur kerana saya lihat keseluruhannya Dasar Belia yang dibentangkan ini merupakan satu dasar yang sangat komprehensif. Pada pendapat saya, Tuan Speaker dasar ini sebenarnya merupakan satu pencungkilan atau pun satu kupasan yang cukup berkualiti tinggi yang disediakan oleh pasukan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial UPM. Ia bukan sahaja merupakan satu dasar tapi juga merupakan satu penulisan yang kritikal sebenarnya terhadap kekurangan dasar Kerajaan Negeri terhadap belia dan juga situasi belia di Selangor yang sedia ada. Satu soalan yang patut kita tanya di Dewan yang mulia ini ialah dengan adanya dasar belia ini adakah Kerajaan bersedia untuk menjawab pada hari ini, berapakah peruntukan agaknya untuk Kerajaan melaksanakan dasar ini sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun akan datang. Apa sahaja dasar yang didengarkan di Dewan yang mulia ini yang hakiki ialah berapakah banyak peruntukan yang akan diketengahkan di peruntukan dan akan diluluskan oleh Kerajaan untuk tujuan ini. Bagi saya adalah satu soalan yang sangat penting dan kita perlu memastikan peruntukan yang secukupnya perlu diperuntukkan untuk memastikan dasar ini diberi makna. Apakah gunanya kalau dasar yang bagus dan cantik dan mewah tapi peruntukannya sedikit sahaja. Saya rasa ini adalah satu soalan yang penting yang perlu dilaksanakan.
Keduanya, tadi Yang Berhormat Sungai Panjang ada menyebut tentang beberapa domain dan saya rasa untuk kita merangka, merancang pemberian peruntukan untuk melaksanakan Dasar Belia Selangor ini, kita harus membaca dan mengupas domain. Ada 10 domain Tuan Speaker. Ada 10 domain yang saya rasa sangat penting yang saya rasa ada juga banyak isu teras yang perlu kita ketengahkan dan saya ingin bacakan beberapa isu teras yang saya rasa sangat penting yang perlu kita beri perhatian. Pertama, literasi dan kematangan politik dan demokrasi yang masih rendah di kalangan belia di Selangor. Kedua, masih kurang penglibatan belia yang memimpin di pelbagai peringkat masyarakat di Selangor. Ketiga, budaya tular maklumat palsu dan sensitif ini adalah isu kritikal. Keempat, amalan nilai murni dan toleransi yang rendah dan ini bukan sahaja toleransi yang rendah terhadap isu-isu ataupun pandangan berbeza tetapi juga terhadap masyarakat kita yang bersifat majmuk. Kelima, penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah. Penguasaan bahasa
kebangsaan bagi saya termasuk juga bahasa Inggeris, bahasa antarabangsa yang sangat lemah. Dasar ekonomi digital yang kurang jelas serta birokrasi dan modul dan latihan yang amat kekurangan. Career development atau pembangunan kerjaya yang masih tidak begitu kuat untuk pembangunan personal development dengan izin mereka dan juga pendidikan ada 10 juga iaitu pendirian ini khusus disebut tentang laluan pelajar selepas SPM. Dan dia tidak tertumpu sangat terhadap pelajar IPT, saya rasa itu adalah satu kelebihan dalam Dasar ini. Kita perlu memberi perhatian juga kepada belia yang tidak mempunyai peluang untuk memasuki atau melanjutkan pelajaran ke IPT kebudayaan, it cannot be dengan izin tidak harus dihadkan pada satu kaum dan agama sahaja kerana Malaysia dan Selangor adalah masyarakat majmuk. Aktiviti kebudayaan ini perlu meliputi seluruh kaum dan agama yang ada di Selangor ini tapi cadangan yang bagus ia melibatkan penglibatan daripada pihak Istana. Juga menyentuh tentang kos sara hidup dan gaya hidup yang sihat yang amat diperlukan oleh belia kita khususnya kesihatan mental. Pendidikan digital dan peluasan akses capaian maklumat alam sekitar tidak banyak pekerjaan yang mesra alam sekitar. Tuan Timbalan Speaker ini ialah apa isu-isu kritikal. Isu-isu teras yang saya rasa perlu diberi perhatian dalam suruhan Dasar Belia Selangor ini. Satu lagi isu yang sangat penting ialah dalam kita merangka perbelanjaan atau peruntukan kita perlu memberi fokus kepada isu-isu teras ini. Keduanya, sekarang kita dalam dasar belia ini ada disebut tentang hala tuju ke depan 2030. Maksudnya dasar ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya untuk 10 tahun akan datang dan sekiranya kita lihat 10 tahun akan datang ia bukan sahaja dihadkan kepada remaja 15 tahun sekarang ataupun belia dewasa 40 tahun sekarang. Kita bercakap tentang budak-budak kecil yang umur 5 tahun sekarang kerana 10 tahun kemudian mereka akan berumur 15 tahun. We are talking about budak-budak atau warga Selangor yang berumur 5 tahun ke 30 tahun. Dari 5 tahun ke 30 tahun. Dia meliputi satu kumpulan penduduk Selangor yang cukup luas. Dan meliputi bukan sahaja portfolio EXCO Belia melibatkan portfolio Kajang, melibatkan portfolio Seri Serdang, melibatkan portfolio barangkali Kinrara dan juga rakan-rakan yang lain. Begitu luas sekali. Jadi soalan kita ialah ini adalah satu Dasar yang cukup luas tetapi macam mana hala tuju, macam mana rangka kerjanya.
Oleh sebab itu tujuan saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini supaya kita boleh memberi penekanan saya pada pendapat saya. Teras ataupun isu-isu teras mana satu yang patut diberi perhatian. Bagi saya ini adalah sesuatu yang sangat penting. Kita perlu mengubah cara kita memupuk budaya membaca di kalangan belia dan memastikan mereka diberi pendedahan yang cukup penting. Saya dua tiga hari lepas saya dapat buku in, Politic For Beginner. This is a very good book, dengan izin. Yang mana ada buku-buku komik untuk memberi pendekatan apakah itu politik kepada belia kita. Kepada budak-budak kita seperti yang saya kata kita bercakap tentang budak-budak yang berumur 5 tahun hari ini supaya 10 tahun kemudian mereka adalah remaja. Jadi saya berharap isu-isu ini dapat diberi perhatian dan kita perlu dalam pembentangan peruntukan ataupun Belanjawan tahun depan kita perlu ada elemen belia ini di dalam buku bajet kita supaya kita tahu berapa banyak akan diperuntukkan. Itu sahaja Tuan Speaker.
Baik Banting. Kota Anggerik.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker beri saya ruang untuk perbahasan Usul Dasar Belia Selangor 2020. Pertama saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri di atas penghasilan ataupun kemas kini Dasar Belia Selangor ini saya agak sentimental apabila bicara tentang belia kerana sebelum ini saya pernah terlibat secara langsung di majlis Sukan Negeri Selangor khususnya di bahagian pembangunan belia. Ataupun bahagian pembangunan generasi muda. Saya lebih selesa dengan belia sebenarnya dan waktu itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar dari Sungai Tua merupakan EXCO Generasi Muda pada masa itu dan dasar belia yang kita pegang pada hari ini Dasar Belia Selangor ini bagi saya banyak penambahbaikan kemas kini yang seperti mana di bahas oleh Sungai Panjang tadi baik untuk kita maksudnya dasar-dasar yang kita ada sebelum ini mana-mana bidang pun di Malaysia ini saya kira hanya di Negeri Selangor sahaja yang ada sebuah dasar khusus untuk belia. Kalau kita lihat negeri lain setakat ini carian saya belum ada lagi. Cuma di Selangor ini sebagai negeri peneraju kita telah ada dasar belia yang cukup baik cuma pandangan saya seperti mana tadi yang Banting juga telah bangkitkan kita ni bila buat satu-satu dasar kebijakan jangan hanya sekadar kita berakhir di atas kertas sahaja. Kalau kita print cantik-cantik tapi pelaksanaan yang penting. Macam tadi yang Sungai Panjang kata kalau tukar nama pun fungsi tak betul pun tak guna juga. Maksudnya kita ini, jangan kosmetik. Kita di peringkat ADUN ini, di peringkat Kerajaan Negeri ini perlu fikir bagaimana kalau kita formulakan satu dasar, Dasar Belia khususnya untuk kita terjemahkan dalam bentuk tindakan dalam bentuk pelan dalam bentuk program. Dan saya suka menarik perhatian Dewan sepanjang pengalaman saya dalam bidang pentadbiran belia di Negeri Selangor ini antara cabaran dan juga halangan yang paling besar adalah dari segi kekangan peruntukan ataupun bajet. Kalau kita tengok anggaran Belanjawan 2022 ini peruntukan untuk portfolio Generasi Muda dan Sukan lebih kurang RM 25 juta. RM 24.9 juta. Tetapi hanya RM 5.3 juta sahaja diperuntukkan untuk pembangunan belia. Daripada RM 25 juta itu kita boleh anggarkan dalam RM 5 juta sahaja untuk belia. Maknanya 1 per 5 sahaja peruntukkan untuk Generasi Muda dan Sukan tapi hanya RM 5 juta. Jadi di sini kita perlu lihat semula Kerajaan Negeri perlu lihat semula kalau kita ada dasar yang baik sekalipun tetapi kalau peruntukan yang diturunkan untuk portfolio tersebut ala kadar sahaja bagaimana kita nak terjemahkan dasar-dasar ini menjadi realiti.
Dan saya suka untuk mencadangkan juga kepada pihak Kerajaan Negeri jika sekarang ini sebarang urusan pentadbiran belia, maksudnya pentadbiran pembangunan belia di Negeri Selangor ni diletakkan di bawah Majlis Sukan Negeri. Maksudnya dimasukkan ini, ada core business. Sukan sebenarnya urusan pembangunan sukan tetapi di Selangor kita letakkan sebuah bahagian ataupun unit pembangunan belia di bawah MSN. Saya ingat di zaman Y.B. Sijangkang sebagai EXCO pun dah diwujudkan unit tersebut dan saya rasa perlu perubahan. Maksudnya selaras dengan perkembangan
sekarang ini, perlu ada satu agensi ataupun entiti khusus untuk pembangunan belia seperti mana kita ada Pusat Wanita Berdaya sebuah entiti khusus untuk menguruskan ataupun menyelia, mentadbir hal-hal berkaitan pembangunan wanita. Saya cadangkan pihak Kerajaan Negeri supaya memindahkan unit pembangunan Generasi Muda di Majlis Sukan Negeri itu dan bentuk ataupun wujudkan sebuah entiti khas misalnya Institut Pembangunan Belia Selangor ataupun Pusat Pembangunan Belia Selangor. Tidak kisahlah nama apa pun, tetapi asingkan pentadbiran pembangunan belia ini menjadi sebuah pentadbiran induk. Biar diletak terus di bawah portfolio pembangunan belia tetapi secara mandiri, maksudnya dia tidak lagi diletakkan hanya sebagai satu unit kecil di bawah Majlis Sukan Negeri. Saya rasa ini perlu kita perhalusi, sebab bila kita bercakap tentang pembangunan belia, ya betul, kita antara negeri yang ke depan, banyak program-program untuk anak-anak muda. Sebelum ini kita ada Skim Insentif Perkahwinan Belia, sekarang ini kita ada RiDE, kita ada kolaborasi dengan .. dan sebagainya, tetapi daripada segi pelaksanaan nampak agak kurang, dan ini yang perlu kita perhalusi dan saya cadangkan juga dekat kerajaan Negeri untuk memandang serius kepada apa yang dibangkitkan oleh Banting tadi tentang literasi politik juga, maksudnya kita nak wujudkan belia ini bukan sekadar belia yang maju daripada segi ekonomi, dia bukan hanya boleh berniaga, ataupun ada kerja, tetapi kita nak belia kita ni celik politik, faham politik. Dan juga bila sebut tentang literasi politik ini, saya tertarik bila dia dalam dasar ni dia sebut perkara kedua Strategi, Dasar domain pertama tadi, domain Kepimpinan dan Literasi Politik. Pelaksanaan kuota, kuota sebanyak 30% harus diberikan kepada belia. Saya secara peribadi bukan tidak bersetuju, untuk satu-satu tempoh masa saya rasa penting kalau kita letakkan kuota tetapi dalam kita moving forward saya rasa selepas ini ataupun mungkin 5 tahun ataupun 10 tahun daripada sekarang, kuota untuk anak muda ni kita tidak perlu ada satu compulsory lagi, maksudnya biarlah belia ini kalau betul nak maju biar dia bersaing secara sama rata, secara fair, dengan generasi lain sebab kalau kita mintak kuota belia untuk sekian, sekian, di mana tahap daya saing anak muda itu kalau kita hanya bergantung pada kuota semata-mata. Sila, Sungai Panjang.
Yang Berhormat Kota Anggerik, sedikit celahan. Saya tanya pandangan Yang Berhormat Kota Anggerik berkenaan dengan literasi politik ni tadi dan juga kematangan dalam berpolitik. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Anggerik kalau berkenaan dengan kita kena betulkan persepsi dan juga sentimen berkenaan dengan literasi politik dan juga kematangan politik ini bahawa yang jadi kerajaan itu bukanlah suatu yang apa nama ni, kemenangan yang mutlak, dan yang jadi pembangkang ini bukannya satu kekalahan tapi ada juga setiap pihak pembangkang dan juga kerajaan ni ada tugas yang perlu dilaksanakan jadi tidak adalah mereka ini akan melihat dalam keadaan pembangkang pun dah jadi pembangkang, nak jugak macam mana dalam tempoh itu nak jugak jadi kerajaan dan berubah pola politik dan sebagainya. Macam mana kita, apa pandangan Yang Berhormat Kota Anggerik?
Baik, terima kasih Sungai Panjang. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Kita sekarang ini di zaman baru, pada zaman IR 4.0, Industrial Revolution 4.0. Jadi banyak perkara-perkara berubah maksudnya demokrasi politik berubah, persepsi ataupun penerimaan anak-anak muda terhadap golongan politik pun berubah. Jadi kita perlu keluar daripada kerangka politik lama dan saya setuju kalau sebelum ini pada zaman pemerintahan Barisan Nasional misalnya, ada Biro Tatanegara yang mana Biro Tatanegara ini digunakan untuk doktrinasi, maksudnya untuk menerapkan dakyah-dakyah ataupun sentimen politik dan kita di Selangor, Alhamdulillah dalam pelaksanaan dasar belia bersama Yang Berhormat EXCO pun saya selalu memberikan maklum balas bahawa kita perlu keluar daripada kerangka politik lama. Maksudnya belia-belia ini, penggerak belia-belia di Selangor sebagai contoh, jangan kita pakaikan baju politik, maksudnya biarlah mereka ni bergerak secara kreatif, secara inovatif dan berikan mereka kemandirian, kebebasan untuk buat program. Maknanya jangan letak mereka ni, okay kita kerajaan sekian, kamu kena jadi ejen politik ini. Bagi saya ini budaya politik lama yang mana kita dalam pentadbiran baru ini dah banyak perubahan yang kita buat, dan saya rasa di peringkat pembangkang pun turut kita libatkan. Maksudnya bila kita buat program dan sebagainya saya rasa ADUN-ADUN di pihak pembangkang pun turut diberikan peranan dan juga ruang untuk terlibat dalam libat urus dan juga diskusi termasuk dalam konteks penggubalan dasar ini seperti mana yang Sungai Panjang maklumkan tadi. Jadi bagi saya budaya politik baru ini perlu kita teruskan dan jangan kita, apa yang disebut belia ni kita jangan jadikan dia sebagai perkakas, perkakas politik, kalau zaman dulu disebut belia gerbang, pintu gerbang, kalau menteri datang, Dato’ Seri Anwar kata pintu gerbang, kalau menteri datang dia berkompang depan pintu, ini peranan belia dulu. Kerjanya sambut menteri, kerjanya bila menteri lalu itu dia kena cium tangan menteri, pegang bunga manggar. Ini kita kena keluar daripada budaya politik lapuk ini. Belia-belia kita perlu bukan sahaja diberikan ruang dalam bidang ekonomi, pekerjaan tetapi literasi politik itu. Maksudnya kita kena faham hak mereka sebagai rakyat, sebagai orang muda bukan hanya pergi bekerja, bayar cukai tetapi mereka ada hak dalam proses parti politik dan ini penting kerana dalam sesuatu sistem kerajaan, negara baik negeri sekalipun proses politik itulah yang menentukan hala tuju sebuah kerajaan, sebuah negeri dan masa depan rakyat di negara atau negeri tersebut. Jadi saya dengan ini dengan jiwa penuh terbuka saya menyokong dasar ini tapi bersyaratlah, syaratnya jangan kita hanya ada dasar, ada buku, tetapi dari segi pelaksanaan kita tidak dapat mencapai dengan konteks yang lebih baik dan saya harap pihak kerajaan Negeri mendengar pandangan daripada semua ADUN-ADUN ini dan laksanakan terjemahkan apa yang ditulis dalam dasar ini secara realistik dan pastikan ia diatur dengan penuh hemah dan tindakan yang baik. Terima kasih saya menyokong usul Dasar Belia Selangor 2020.
Baik, saya persilakan Hulu Kelang.
Terima kasih, terima kasih Tuan Speaker. Saya berhujah di sini dengan menyatakan bahawa menyokong tentang belia, dasar
belia. Saya pun pernah jadi belia dulu. Saya, belia dalam keluarga saya adalah cucu saya, 24 orang cucu, saya ada 3 orang belia. Jadi oleh sebab itu saya ingin menegaskan di sini bahawa pendekatan yang dinyatakan, domain ini adalah satu keagamaan, kesihatan dan kesejahteraan. Domain 8, Domain 9 – nationalisme dan patriotisme. Ejaannya ‘me’ ya bukan ‘ma’.
Saya ingin menegaskan di sini bahawa apabila kita bercakap tentang agama, agama itu adalah bukan benda yang merupakan mitos, dan tidak juga dia merupakan benda yang dah konkrit, dia benda yang ada konkritnya dan ada asas, interpretasinya ada asas integrasinya, dan dengan itu kita mesti memahami agama dalam konteks semasa. Al Quran dinyatakan pasal Nabi Adam turun dari syurga. Itu adalah interpretasi, interpretasi yang tidak tepat. Kebanyakan perkara yang berkaitan agama ini memerlukan satu semakan semula, revisit, unlearning, relearning dan proses learning dan seterusnya. Jadi saya menegaskan di sini apabila kita bercakap tentang contohnya, Nabi Adam turun dari syurga, mana dapat? Patut Quran, tidak, Al Quran tidak mengatakan Nabi Adam turun daripada syurga tetapi ada satu tempat antara dunia dan syurga, jadi penemuan-penemuan ini yang kita nak cari dan saya berani berdiri di sini mengatakan bahawa konsep relearning ini sangat penting, berkenaan unlearn, unlearn benda-benda yang kita dah faham suci hati dan apabila dinyatakan agama ini kita melihat benda yang abstrak, benda yang jauh, sedangkan syurga tu sudah ada. .. sudah ada. Cuma kita tidak memahami dimensi masa. Dimensi apa ini, manusia memahami apa yang kita maksudkan dimensi. Jadi saya ingin mengenengahkan di sini apabila kita bercakap agama, kita mesti membuat suatu benda yang powerful, dinamik, kekuatan yang memberikan keazaman yang nak capai benda tu because the world is now, and the hereafter is now, dengan izin ya, dunia ni adalah sekarang, dan hidup akhirat adalah sekarang. Kenapa dalam Quran, kitab-kitab agama yang saya ada lihat, ada pengertiannya menegaskan perkara tersebut adalah kerana agama ini mengajak kita membuat benda yang baik.
Jadi dengan itu apabila kita nak bawa benda yang baik, kita kena lihat benda yang praktikal. Kos sara hidup, kalau kita lihat manusia kita ada 7 bilion dalam dunia, tapi masalah kemiskinan, masalah manusia menggadai nyawa untuk dapat cari makan, di Afghanistan, di Pakistan di mana anak-anak duduk bawah lori yang bahaya untuk mendapat 50 sen US dollar makan. Amazing. Dunia dah lama, kita dah hidup lama ramai penduduk tapi kemiskinan menjadi satu realiti, kenapa? Kerana kita menganggap kemiskinan itu satu yang nak dicapai cara susah. Nak diatasi cara susah. Tidak, jadi saya nak menegaskan di sini mengurangkan kos sara hidup mesti dijadikan, macam mana kita nak bina masyarakat dan belia-belia anak kita bahawa rasuah is bad. Rasuah tidak elok ini, dia tidak jadi begitu. That is why orang Melaka kata, oleh kerajaan yang pernah rasuah di Melaka.
Jadi saya nak tegaskan di sini bahawa apa yang kita nak menghidupkan di sini adalah kos sara hidup ni merupakan satu realiti yang perlu kita atasi. Kita mesti membela generasi yang faham, dia mesti mengetahui, dia ada kesan dalam kehidupan
keluarganya. Dia mesti sama-sama membina keluarganya agar kemiskinan itu dijauhi daripada, dia anak-anak mesti part and parcel dengan izin, satu proses untuk membebaskan. Satu usaha sebab keluarga daripada kemiskinan, otherwise, kemiskinan ni berulang balik with his circle. Dengan itu saya nak jawab di sini bahawa mengurangkan kos sara hidup hendaklah diletakkan ketetapan agama yang jelas agar dapat difahami oleh semua, dan dengan itu kesedaran sokongan ketenteraman jiwa, mental health, kesihatan jiwa, maknanya tidak ada berterusan sleep death, tanggungan hutang dan tidur, kita masyarakat kita makin lama makin banyak orang yang kurang tidur. Jadi oleh kerana itu kita kena cukup tidur itu memang cukup tidur. Kuantitinya dan kualitinya. Jadi saya, ha boleh.
Terima kasih Tuan Speaker. Apakah pandangan Hulu Kelang, saya ni generasi lama bukan muda walaupun saya berjiwa
Otai, otai.
Saya otai lah. Tapi saya masih berjiwa kebeliaanlah. Bagi saya generasi yang lama, otai, kita selalu diganggu atau diancam oleh isu perkauman, isu agama yang sesat dan sebagainya. Ini sudah lama mengancam Malaysia lah. Apa pandangan Hulu Kelang kalau dengan Dasar belia yang Selangor ni sebagai satu landasan baru supaya generasi muda ataupun belia akan datang kita akan menjauhi isu-isu perkauman dan kesesatan agama. Terima kasih.
Daripada saudara otai saya. Itu sebab saya kagum kerana kita kena modify perkara ini. Domain 9 ini saya rasa adalah fine tuning kan, nationalisme dan patriotisme ini kesan kepada satu program differentiation. Yang kita nak dalam masyarakat adalah integration mengintegrasikan apa yang kita lakukan rather than differentiation. Pointnya jelas dalam Quran (dibacakan petikan dalam Al-Quran) maksudnya: “ Wahai manusia Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan, dan berbagai-bagai kaum dan agar kamu...” you see this the similarly between you, not the difference kelainan pada kamu. Once kita tengok kelainan, kita Melayu, kita Cina, dan even you beza perjuangan nationalisme dan patriotisme yang sempit ataupun yang tak luas then there’s beneath. Saya menyerulah kita modify, kita unlearn, what we learn about nationalisme. It is not called for. Falsafah Confucius, dia tidak mahu benda ini. That is why kehidupan agama Buddha ialah kehidupan yang very open dan terbuka.
Tuan Speaker, sikit sahaja. Adakah pandangan Hulu Kelang, kalau nasionalisme sempit itu, kalau terlalu sempit dia akan jadi racism.
Memang betul lah. Itu lah yang jadi. Ia lebih mudah nak bawa kepada aktivisme, manusia ini lebih mudah kepada ekstrem
daripada keterbukaan. Dia lebih mudah mencari perbezaan daripada mencari kesamaan terutama apabila melihat ia, disadvantage. Otherwise, ada orang sejak lahir besar, besar kaya raya. Dia miskin, kenapa, ada kesusahan, ada perkara-perkara yang memang di created, dibina oleh sistem, oleh mentaliti, oleh rejim, oleh education. Itu menghalang kepada integration. Jadi, saya mencadangkan bahawa apa kata kita rungkaikan, lebih open, kita transparent kan dan kita mahu perkara ini dijadikan dasar yang paling penting dalam pendidikan kita dan hingga, bila kita cakap tadi, saya tertarik, dia kata
Yang Berhormat, masa habis.
Baik, baik, terima kasih.
Terima kasih. Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Usul Dasar Belia Negeri Selangor 2020. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada EXCO Portfolio Generasi Muda Selangor yang membangunkan Dasar Belia Negeri Selangor 2020. Saya kira ini edisi yang kedua selepas Dasar Belia yang dibangunkan tempoh hari, Dasar Belia Selangor 2015. Pertamanya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang pernah melalui zaman mereka berada di dalam Penggerak Belia Tempatan. Belia yang diwujudkan, satu dasar belia di Negeri Selangor di antara yang diwujudkan kalau sebelum ini mantan Yang Berhormat Gombak Setia dan juga Gombak, Teratai. Hari ini kita ada ramai lagi, Pelabuhan, Kota Anggerik, dan saya ingat Sungai Kandis dulu pun berasal daripada kumpulan Persatuan Belia yang menjadi Pengerusi Majlis Belia Selangor, kalau tidak silap saya. Setiausaha, ha, setiausaha yang saya kira ya lah, mungkin di dalam penggerak belia tempatan ini mereka ini tidak dibangunkan secara langsung melalui penggerak belia tempatan. Mungkin daripada Parti-parti dan sebagainya. Sudah tentu ini adalah wadah yang saya kira bagi idea Kerajaan Negeri Selangor menyediakan satu wadah dengan dasarnya yang tersendiri yang mungkin tidak ada di negeri lain yang telah dibangunkan. Saya ingat apabila Kerajaan Negeri dulu melibatkan Institusi Pengajian Sains Sosial untuk membangunkan Dasar Negeri Belia Selangor pada 2015, hasrat utamanya adalah untuk membangunkan belia-belia di Negeri Selangor. Dan juga bagaimana dapat lihat wadah penggerak belia tempatan pada ketika itu, adalah satu juga juzuk yang bersifat konklusif walaupun saya masih ingat lagi pada ketika kalau tidak silap saya mesyuarat yang pertama melibatkan Persatuan-persatuan Belia di Negeri Selangor ini. Ia macam seolah-olah berlaku satu ketegangan di kalangan Persatuan-persatuan Belia ini. Ada sebahagian Persatuan, wakil daripada Persatuan Belia tidak berani duduk masuk ke bilik mesyuarat di SUK. Ada sebahagiannya dah masuk, dia keluar balik. Jadi, saya ingat itu sesuatu yang tidak sihat walaupun mungkin pada ketika itu permulaan perubahan Kerajaan di peringkat negeri ya, yang saya kira seperti mana yang disebutkan oleh Sg. Panjang tadi ada seolah-olah Parti-
parti yang berada di belakang-belakang, di belakang mereka ini yang menjadikan akhirnya, ia dilihat sebagai sesuatu pembangunan dasar belia yang eksklusif.
Saya melihat perlunya satu bentuk yang mungkin tadi pun disebutkan dasar belia ini supaya namanya ia agak selaras dengan portfolio EXCO Generasi Muda. Saya sebenarnya, pada peringkat awalnya menjangkakan bahawa dasar pada kali ini akan diberikan nama Dasar Generasi Muda Selangor kalau saya melihat nama portfolio itu dan saya rasa saya lebih cenderung kepada nama itu. Kerana dalam Akta Pertubuhan Belia pun tidak menetapkan sesuatu nama itu. Supaya kita di Negeri Selangor ini mempunyai satu nama yang tersendiri lah yang kita boleh, mungkin menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain. Saya melihat, saya tidak nafikan dalam program-program yang kita laksanakan dahulu. Saya ingat program-program yang bersifat, saya suka ambil perkataan daripada EXCO Paya Jaras, poyo itu. Para belia, memang mereka tidak berminat dalam program-program yang poyo, tetapi jangan lupa bahawa soal belia-belia poyo yang kita hendak bangunkan ini adalah soal yang melibatkan kepimpinan dan pembangunan belia itu sendiri yang akhirnya, sebahagian daripada mereka itu, hari ini mungkin jadi pemimpin, jadi Wakil Rakyat dan jadi apa pun. Tetapi, saya kira itu adalah satu juzuk yang saya ingat, mahu tidak mahu kita bangunkan. Hatta, saya pernah terlibat juga dalam belia di Negeri Selangor ini, saya melihat apabila ada ADUN-ADUN yang datangnya daripada telah melalui PEBT ini, mereka datang mesyuarat dengan keadaan mungkin tidak mempunyai etika dalam satu Jawatankuasa, saya tegur kerana mereka itu dulu datang daripada juga, daripada usaha Kerajaan Negeri. Tetapi, saya melihat bahawa, ini harus diusahakan sebab itu soal kepimpinan ini, ya lah, mungkin kaedah ataupun pendekatannya berbeza. Bagaimana kita hendak bangunkan tetapi itu harus kita bangunkan supaya akhirnya kalau tadi disebutkan bahawa perlu ada satu bentuk pendidikan kepada belia-belia kita ini untuk menjadi pemimpin-pemimpin di peringkat negeri. Saya kira sebelum ini ya, dan diakui kalau saya lihat dalam muka surat 24 ini, program yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Negeri melihat, melibatkan ataupun menawarkan program diploma belia dalam kerja pembangunan yang dijalankan bersama dengan UPM dan disebutkan di sini cohort, cohort ia berjaya diadakan, berlaku dengan jayanya. Saya ingat, kalau dibolehkan ada peruntukan itu, kenapa tidak mungkin kita terus bangunkan belia-belia yang akan memimpin kepada kita ini, mempunyai ilmu dalam pendidikan belia dan juga pembangunan belia ini.
Saya cukup tertarik apabila antara syor ataupun cadangan, apa nama dia? Harapan ya, untuk membangunkan, menubuhkan sebuah institut penyelidikan pembangunan belia Negeri Selangor. Saya kira ini, kalau kita hendak betul-betul membangunkan institusi pembangunan belia, satu peruntukan yang besar seperti yang disebutkan oleh pembahas kita tadi, satu peruntukan yang besar yang benar-benar kita hendak bangunkan kalau tidak, mungkin kita libatkan dalam program yang saya sebutkan tadi bersama UPM tetapi di situ juga kita boleh bangunkan dengan adanya rujukan dari dasar belia ini, satu kaedah pembangunan ataupun kursus
ataupun pendidikan yang secara formal dilakukan. Dan saya ingat dulu, kita ada bangunan Belia dan Kebudayaan yang kalau disebutkan tadi,
Sijangkang, ayat terakhir.
Okay, untuk menempatkan pembangunan itu. Dulu sukan ini berada di Kompleks Carlton, saya ingat harus ada institusi yang seperti ini yang harus disediakan, tujuannya semata-mata untuk membangunkan belia kita. Terima kasih. Dengan ini, saya menyokong dasar belia.
Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bersama menyokong Dasar Belia Selangor 2020 ini yang saya lihat begitu baik disusun dengan 10 Teras ataupun domain yang disertakan. Cuma, saya juga ingin untuk memastikan bahawa Dasar Belia Selangor ini juga tidak melupakan ya, anak-anak perempuan belia yang ada di Negeri Selangor. Kadang-kadang kita terlupa, kita buat tentang Dasar Belia, kita melupakan tentang anak-anak perempuan ini. Yang mereka ini berusia belia. Jadi, saya mengharapkan agar dasar ini akan melibatkan anak-anak perempuan juga kerana hampir separuh daripada belia ini ialah anak perempuan. Jadi, kita tidak perlu melupakan mereka ini dan ia bukan hanya dipikul oleh EXCO Wanita ya, tetapi oleh EXCO Belia juga. Itu yang pertama. Yang keduanya di bawah Domain ke-5 iaitu Pendidikan. Yang mana kita lihat ramai di kalangan anak-anak perempuan kita juga ialah anak-anak yang bijak pandai. Ya, dan kalau kita lihat dalam Institusi Pengajian Tinggi ya, hampir 65% daripada pelajar-pelajar di IPT-IPT ini adalah daripada kalangan anak-anak perempuan ini, pelajar-pelajar perempuan. Jadi, kita perlu melihat ke mana kita perlu menghala tujukan mereka ini. Kita tidak mahu mereka ini pandai di peringkat SPM, mereka pandai dapat masuk ke Universiti tetapi selepas mereka graduate, kita tidak tahu ke mana mereka pergi, apa yang dilakukan untuk mereka ya, dan kita tidak dapat cater ataupun mengambil manfaat daripada kebijaksanaan anak-anak perempuan kita. Jadi, saya harap Dasar Belia Selangor ini akan terus mengambil kira dan juga memberikan peranan yang baik ya, kepada anak-anak perempuan kita. Jadi, saya tidak ulas panjang, cuma saya ingin untuk menambahkan perkara tersebut. Terima kasih.
Yang terakhir daripada Taman Medan. Lima (5) minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan selamat tengah hari. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker atas ruang yang diberikan kepada Taman Medan untuk membahaskan usul berkenaan Dasar Belia yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Paya Jaras semalam. Jadi, dalam apa yang dibahaskan oleh beliau berkenaan Dasar Belia Selangor yang menjadi satu daripada perkara yang mahu dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Jadi, Taman Medan terpanggil untuk
berkongsi beberapa aspek yang berkait dengan keperluan Dasar Belia ini sesuatu yang bukan sekadar dilaksanakan tetapi perlu dikukuhkan dan juga diperkasakan. Sebab kita melihat bahawa sebenarnya, apa yang berlaku ialah, proses pembangunan belia ini adalah satu yang bersifat sama sekali tidak seimbang. Dalam berbagai-bagai perkara, kalau kita lihat kewujudan organisasi belia yang telah wujud sekian lama, di antaranya Persatuan-persatuan Belia dan Majlis Belia dan sebagainya yang daripada segi keseimbangan dalam bentuk penyertaan yang membabitkan latar belakang dan juga kecenderungan dan sebagainya serta kemahiran. Lalu, Dasar Belia ini sesuatu yang juga perlu ada garis matlamat yang jelas. Saya ingin merujuk kepada bagaimana pernah dilaksanakan program-program yang berkait dengan pembangunan belia yang pernah dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan satu ketika dahulu, antaranya Program Rakan Muda yang telah menyenaraikan beberapa kategori yang mahu dilaksanakan. Lalu, kalau kita lihat, adakah ia sesuatu yang dilaksanakan dengan jayanya ataupun tidak, lantas kesudahannya tidak ke mana. Dan begitu juga dengan satu ketika dahulu kalau kita lihat pemerkasaan belia ini juga bukan sekadar di peringkat negeri dan peringkat nasional, malah telah mencakupi suatu yang merentasi garis batas sebagai antarabangsa. Saya merujuk umpamanya, Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) yang telah berlangsung dan kali terakhir kapal tersebut berlabuh di Pelabuhan Kelang adalah pada bulan, akhir bulan November dan kemudian berangkat pada awal Disember pada tahun 2019. Dan, ia telah menjadi pemangkin ataupun satu dari platform untuk hendak menggabungkan belia-belia ini untuk saling kenal mengenali. Kalau kita tahu bahawa umpamanya perbezaan di antara kita sesama kita, yang diciptakan tuhan adalah untuk kenal mengenal maka pengenalan di antara satu dengan lain ini juga satu aspek yang perlu digariskan di dalam Dasar Belia yang mana Selangor boleh menjadi satu contoh kepada negeri-negeri lain dan juga menjadi model kepada Kerajaan Negeri-Negeri bagi membentuk dasar belia masing-masing.
Jadi, di antaranya ialah bagaimana masalah-masalah belia ini ialah, bukan sekadar permasalahan bagaimana hala tuju mereka sesudah mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing dari sudut pendidikan. Ya, kalau kita tengok umpamanya golongan belia yang terjejas dari sudut hala tuju pendidikan dan juga ekonomi. Kalau kita tengok umpamanya bagaimana peluang-peluang untuk belia menunjukkan kebolehan mereka daripada segi aspek pekerjaan dan sebagainya. Kita lihat ada kes tertentu di antara belia-belia di dalam negara kita yang berhijrah ke luar negara yang kerana manfaat daripada kebolehan dan kemahiran mereka itu sesuatu yang dapat dihidu oleh negara lain.
Ya, kalau saya nak ambil contoh umpamanya ada seorang pemain badminton dia mewakili negara Singapura bernama Loh Kean Yew, yang sebenarnya berasal dari Pulau Pinang. Maka, beliau baru-baru ini telah memenangi satu kejuaraan jelajah dunia, Persekutuan Badminton Dunia yang berlangsung di Indonesia yang mengalahkan pemain No.1 Malaysia, Lee Zii Jia. Ya rupanya orang Malaysia. Satu yang telah terlepas pandang oleh pihak negara kita sendiri dan begitu juga bagaimana
di kalangan anak-anak muda atau pun belia yang berhijrah di luar negara yang telah mencurahkan kebolehan dan kemahiran mereka di luar negara. Yang ini yang perlu kita tangani ya. Jadi Selangor sebagai satu negeri yang menjadi negeri teras dalam negara Malaysia ini sebagai pencetus atau pun pelopor kepada usaha untuk memberi ruang kepada belia-belia, untuk mereka ini dapat dimanfaatkan ya kewujudan dan juga dimanfaatkan apa juga prospek ataupun masa depan mereka dari sudut kebolehan yang ada pada mereka.
Jadi, Taman Medan dengan ini dengan rasa rendah diri menyokong dasar Usul Dasar Belia yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Paya Jaras. Ya saya harap Dasar ini sesuatu yang dapat dilaksanakan dengan baik dan diperkukuhkan dan diperkasakan. Sekian ,terima kasih. Assalamualaikum W.B.T.
Baik saya mintak pihak kerajaan Yang Berhormat EXCO Paya Jaras.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas tentang Usul Dasar Belia Selangor.
Daripada suasana yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, saya yakin bahawa Kerajaan Negeri mempunyai suatu tanggungjawab yang besar dan tanggungjawab memikul belia ini tidak mampu dilakukan hanya berdasarkan satu portfolio sahaja. Melainkan dengan sokongan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan Undangan Negeri ini.
Saya merakamkan terima kasih dan penghargaan setingginya pada semua mantan-mantan EXCO Belia yang telah membawa dan memberi tapak sehingga kita telah berjaya mewujudkan Dasar Belia Selangor 2020 ini. Melalui EXCO-EXCO yang saya boleh ingat seawalnya Tan Sri Abdul Khalid, Yang Berhormat Dr. Yunus, Yang Berhormat Saudara Nik Nazmi dan Y.A.B Dato’ Seri Menteri Besar sekarang ini yang telah banyak memberi tapak sehingga kita sampai ke tahap ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, tidak ada orang boleh menafikan bahawa rupa-rupanya tahun 2000 ini iaitu bila kita masuki IR 3.0 dan sekarang ini IR 4.0 rupanya keadaan fenomena ini seolah-olah nampak kita berhadapan dengan isu besar berkaitan dengan belia. Barang kali ia ada beri titik tolak dengan penggunaan teknologi yang wujud dalam IR 3.0 dan IR 4.0 ini. Yang Berhormat sekalian, apabila kita adakan Pilihan Raya Melaka, ia menjadi sebahagian daripada parti politik gembira tetapi dari segi fenomena belia itu sendiri kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat berada di Melaka sewaktu hari pengundian, Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh melihat saluran 1,2, kalau adapun 30 orang – 40 orang. Saluran 3, 4 dan 5 hampir tidak ada orang langsung yang hadir dalam pengundian di Melaka tersebut. Apa berlaku pada fenomena belia ini? Ini bukan berkaitan dengan ideologi tetapi ini berkaitan dengan minat dan adakah
mereka boleh participate dalam politik Pilihan Raya dan politik masa depan dan Pilihan Raya itu adalah sebagai wardah untuk menentukan hala tuju masa depan.
Saya mengambil kira dan kita tidak boleh menafikan zaman kegemilangan belia dalam negara kita ini berlaku di suatu waktu apabila Datuk Seri Anwar memimpin belia pada waktu itu. Tidak ada belia yang boleh menafikan. Dengan demonstrasi, dengan epergerakan, dengan tersusunnya organisasi. Tidak ada orang boleh menafikan Datuk Seri Anwar adalah zaman yang meningkatkan para belia pada suatu waktu dahulu. Tetapi fenomena yang ada pada hari ini adalah satu fenomena yang memaksa Kerajaan Negeri untuk melakukan sesuatu untuk mengambil langkah bagaimana untuk kita mendekati para belia, sekurang-kurangnya belia ini tidak berhijrah, sekurangnya belia ini duduk dan minat dalam politik dan mengambil tahu tentang kepimpinan Negeri Selangor pada masa akan datang.
Ya, kita bagi cabaran. Yang Berhormat sekalian, fakta menunjukkan dalam pilihan raya yang lalu peranan belia 42% di kalangan pengundi-pengundi dalam negara kita dalam Pilihan Raya yang ke-14 adalah di kalangan belia yang telah menunjukkan satu pattern bahawa pentingnya belia ini sehingga dia boleh membawa satu keputusan yang besar tetapi Pilihan Raya Melaka menunjukkan sebaliknya yang menunjukkan satu keputusan yang besar juga betul cabaran. Saya mengambil kira hujah-hujah yang disebut oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, kita ada keserabutan dalam mendekati belia.
Kita ada kita tidak tahu fokus kita harus di mana. Jadi kita nak bermula di mana. kita bermula dengan Dasar Belia 2020. Saya tahu ini bukanlah satu kitab yang lengkap yang sempurna. Saya tahu ini memerlukan pelaksanaan yang memulakan cabaran atau pun political yang sangat besar dan saya tahu cabaran kita untuk kita memajukan ke hadapan itu, kita ada cabaran dari segi undang-undang, kita ada negara yang melaksanakan sistem dua negara iaitu, sistem persekutuan dan sistem negeri. Kita tahu Akta Persekutuan / Akta Perlembagaan apa ini, Perlembagaan Persekutuan mempunyai bidang kuasanya, negeri ada bidang ada kuasa dia. Tetapi Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, kalau saya bergantung harap kepada kewibawaan Menteri Belia dan Sukan sekarang ini yang tidak memberi rumusan yang tepat sehingga kini, di mana kita nak buat pada belia kita ini?
Dalam tempoh terdekat kita ada 3 Menteri Belia dan Sukan. Yang Berhormat Syed Saddiq, Yang Berhormat Reezal Merican dan kini Yang Berhormat Dato’ Seri Faizal Azumu. Tetapi di mana hala tuju kita? Kita tidak ada. Kalau Yang Berhormat mahu Kerajaan Negeri bergantung harap kepada akta pertubuhan yang tidak menyebut apa-apa tentang menghalang kuasa negeri, maka kita tunggulah. Sebab itulah Dasar Belia Selangor, saya setuju bahawa cabaran kita adalah cabaran undang-undang dan kita kena tangani secara realistik dan realiti terhadap pada para belia kita ini.
Yang berhormat semua ..
Minta penjelasan sikit. Bukankah sudah ada ADUN-ADUN yang bersedia untuk membantu Yang Berhormat?
Saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Hulu Kelang dan saya quote apa yang disebut oleh Sungai Panjang tentang kerajaan hendaklah berhati-hati tentang Akta Pertubuhan. Jangan sehingga ada overlapping yang ada dalam undang-undang. Cuma pandangan saya Yang Berhormat, bukankah undang-undang itu berbentuk subjektif. Dengan sebab itulah ada dalam mahkamah, ada pihak plaintif dan ada pihak defendan yang berhujah tentang satu perkara melalui sudut berpandangan berbeza. Bermakna dengan kata lain, plaintif tidak boleh semestinya betul, defendan juga tidak semestinya betul. Bermaknanya kita boleh hujah walaupun ada kekangan dari kaca mata Sungai Panjang tentang berhati-hati, tetapi saya juga mempunyai pandangan saya bahawa Kerajaan Negeri juga boleh mewujudkan satu entiti yang khas bagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi, supaya ada dasar supaya belia kita boleh gerakkan. Yang Berhormat Sungai Panjang saya memberi jaminan bahawa dasar belia dan saya sendiri tidak akan mempolitikkan tentang isu para belia ini. Ini jaminan kita. Malah, pada hari Ahad ini saya menerima jemputan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk hadir dalam Sambutan Hari Belia Negara di peringkat Negeri Selangor dan saya turut akan hadir bersama-sama sebagai tanda sokongan bahawa kita hendak bergerak sebagai satu team dalam menangani belia. Isu belia ini adalah isu yang harus ditangani oleh semua ADUN-ADUN.
Ahli Yang Berhormat semua, saya nak quote jika berlaku pengurangan pengundi daripada 21 ke 18 tahun, Selangor mempunyai menjadi negeri yang terbanyak pertambahan pengundinya. Selangor akan menjadi, akan menerima pertambahan 275 ribu pengundi baru, Johor 188 ribu , Sarawak 138 ribu, Perak 128 ribu, Kedah 120 ribu, yang paling sikit sekali Perlis 13 ribu sahaja. Tetap Selangor berbeza dan tinggi berbanding negeri-negeri yang lain. Kalau kita nak tunggu negeri lain buat dulu maka kita akan ketinggalan. Sebab itulah Selangor ini mesti berbeza dari segi wakik dan kaedah pendekatan. Kita mesti berbentuk inclusive dan kita mesti tidak boleh exclusive dalam mendekati para belia kita hari ini.
Cabaran kita adalah saudara Yang Berhormat, Yang Berhormat dengar, cabaran kita sekarang ini 72% belia tidak minat dengan politik dalam domain yang pertama, dan 27 sahaja yang minat politik. Cabaran Ahli-Ahli Yang Berhormat di hadapan saya adalah bagaimana hendak menukarkan 72% ini daripada tidak minat menjadi kepada golongan 72% ini kepada yang minat peranan pada Ahli Yang Berhormat.
Dengan sebab itulah Dasar Belia yang disebut hari ini adalah sebagai asas kita atau pun panduan kita ataupun guideline kita untuk melaksanakan dalam tempoh 10 tahun. Mengapa 10 tahun? Dua tahun pertama adalah persiapan untuk persediaan, mungkin lapan tahun pertama itu untuk... enam tahun kedua itulah adalah untuk pelaksanaan dan dua tahun yang terakhir itu adalah mengkaji atau review balik, audit balik dasar
kita sama ada ia berkesan atau tidak berkesan. Tidak ada jaminan ia akan berkesan, tidak ada guarantee bahawa Dasar Belia ini akan menjadi tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi panduan kepada agensi kita, kepada gerak kerja belia kita dan pada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan Undangan Negeri pada hari ini.
Yang Berhormat semua, Kampung Tunku membangkitkan tentang masalah health ataupun lebih kepada mental health di kalangan para belia kita. Memang di antara kajian menunjukkan antara kesan besar psikologi mental health terkesan adalah akibat main reason dia adalah kerana sosial media itu sendiri. Jadi kita kena menangani, sebagaimana yang ditanya oleh Sabak tentang judi online. Bagaimana kita nak cover judi online ini? Ia berbentuk online. Jadi dia harus merupakan tindakan yang keseluruhan oleh semua pihak yang ada pada hari ini. Psikososial kita akan ambil kira dan domain-domain iaitu kesedaran terhadap penggunaan sosial media dan keselamatan cyber. Yang Berhormat Kampung Tunku membangkitkan tentang keselamatan ya. Ia adalah peranan MCMC most of the security adalah di bawah bidang kuasa MCMC itu sendiri dan kita Kerajaan Negeri juga akan memantau dalam bidang yang kita bolehkan terutama dalam memberi kesedaran kepada para belia kita hari ini.
Sungai Panjang menyatakan tentang Akta Pembangunan. Betul, macam saya sebut tadi ada dua pandangan yang kita boleh berhujah dan berbincang. Tetapi di sana juga kalau Yang Berhormat boleh tengok dalam tafsiran di bawah Akta Pertubuhan juga menyebut kalau saya boleh quote tafsiran disebut di bawah Akta Pertubuhan ini adalah subjek kepada perbahasan dan perbincangan kita di mana dia menyebut bahawa pertubuhan termasuk mana-mana kelab syarikat perkongsian atau persatuan tidak kira apa jua jenis atau tujuannya sama ada sementara atau kekal, yang mengandungi 7 atau lebih, tetapi tidak termasuk tidak termasuk mana-mana syarikat atau pun persatuan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang bertulis. Maknanya sekiranya kita boleh mewujudkan undang-undang bertulis, apakah ada ruang untuk Kerajaan Selangor untuk bergerak. Betul kita ada dua pandangan dan saya sedia menerima pandangan-pandangan yang lain, supaya kita lebih dapat menyusun Program Belia kita pada hari ini. Dan saya bersetuju memang kontrak, Akta Kontrak menyatakan umur 18 adalah umur yang boleh masuk kontrak, 18 tahun di bawah Akta Kontrak 1965 kalau tidak salah saya boleh membenarkan seseorang itu tandatangan kontrak. Persoalannya kalau inilah hak undang-undangnya, kenapa belia menukar umur kepada umur 15 tahun. Ini persoalan yang kita tidak faham. Tetapi oleh kerana ia menjadi undang-undang maka Kerajaan mengikut umur 15 sehingga 30 tahun sebagai undang-undang pengiktirafan kepada belia itu.
Ini persoalan yang banyak pandangan yang kita boleh bincangkan, adakah sesuai menukar nama kepada generasi muda kepada belia? Ya Sungai Panjang mencadangkan tukar nama apa ini Kota Anggerik, tetapi Sijangkang mencadangkan kekalkan kelainan yang ada dalam Negeri Selangor ini. Dan saya sebut sekali lagi kepada Yang Berhormat Sungai Panjang bahawa jaminan saya adalah saya membuka
pintu seluas-luasnya kepada Yang Berhormat untuk bergerak dengan Kerajaan Negeri untuk mendekati para belia tanpa mengira kaum, bangsa atau pun apa-apa ideologi politik.
Banting membangkitkan tentang beberapa domain iaitu isu teras yang harus kita tangan, terutamanya dalam masalah-masalah berkaitan dengan literasi politik dan mungkin melibatkan fake news yang tersebar luas dalam kalangan belia hari ini. Kita tahu usaha Kerajaan Pusat pun ada. Ada portal-portal yang boleh digunakan untuk membanteras fake news ini tetapi keberkesanan itu saya tidak pasti sejauh mana keberkesanan itu dan saya akan melihat juga pendidikan kepada mereka sekarang ini mungkin berumur 10 tahun, yang 10 tahun nanti akan menjadi 15 tahun akan datang.
Yang Berhormat semua, ini adalah Dasar kita dan apa yang akan berlaku adalah kita selepas Dasar ini diluluskan, kita akan bergerak kepada peringkat organisasi iaitu menubuhkan akademi atau pun institusi atau pun apa sahaja yang kita nak adakan. Dan kita akan mengira pandangan Kota Anggerik iaitu mewujudkan satu entiti khas untuk menangani masalah belia atau pun menangani pentadbiran belia di Negeri Selangor ini.
Hulu Kelang menyebutkan tentang generasi beragama atau pun generasi Al-Quran yang mana ia menjadi salah satu domain dalam Dasar belia kita, dan Sijangkang juga menyebut tentang Diploma Belia. Di antara sebab kita tidak meneruskan Diploma Belia kita ini untuk maklumat Yang Berhormat Sijangkang, ini adalah program Yang Berhormat Sijangkang tetapi kita dapati daripada 20 orang kalau tidak salah saya yang kita hantar dulu kebanyakan daripada mereka ini apabila mereka-mereka graduan ataupun grad daripada UPM dalam Diploma Belia mereka tidak ada kesinambungan dalam program belia itu sendiri. Habis-habis ada kerja MLM, habis-habis kerja yang jual insurans, dia tidak ada kaitan. Maksudnya sistem kita itu belum cukup.
Maksudnya sepatutnya bila dia habis program diploma dia akan terus masuk ke dalam sistem kerajaan yang menjaga isu belia. Kita akan tengok balik pada cadangan, idea Yang Berhormat untuk penerusan ini sekiranya wajar kita boleh teruskan untuk kita lihat sistem-sistem yang akan datang Yang Berhormat.
Sikit penjelasan. Saya kira Kerajaan Negeri telah membelanjakan jumlah yang walaupun tidak begitu besar kalau boleh diadakan dalam satu bentuk kontrak sekurang-kurangnya dua (2) tahun, tiga (3) tahun berkhidmat dalam Jabatan Belia yang kita bangunkan itu. Sekurang-kurangnya idea yang dia dah ada ataupun gerak kerja dia buat penulisan dan sebagainya itu boleh diterjemahkan dalam pembangunan belia di Negeri Selangor. Kalau tak kita keluarkan kewangan lepas tu dia habis begitu sahaja pun, saya ingat satu yang merugikan kepada kita. Terima kasih.
Maksud Doktor, Yang Berhormat Doktor, Yang Berhormat Sijangkang adalah letak mereka dalam sebagai intern dalam department-department bersesuaian, begitu? Ini memerlukan kepada pertimbangan daripada Dato’ SS kemudian untuk kita bincang. Untuk makluman Yang Berhormat Sijangkang dalam pertemuan saya dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Selangor, baginda juga mencadangkan bagaimana kalau kita membuka ruangan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM barangkali yang tidak ada kerja supaya duduk dalam intership dalam sistem kerajaan supaya mereka boleh melihat, memahami, oh! ini kerajaan, begini cara kita bekerja. Ini adalah cadangan daripada Baginda, Raja Muda Selangor. Saya akan ambil kira juga pandangan daripada Yang Berhormat Sijangkang untuk saya bincang dengan Dato’ Kerajaan Negeri, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri untuk idea ini. Untuk kita sesuaikan.
Sementa juga menyebut sebagai belia perempuan ataupun anak perempuan ataupun saya lihat lebih sesuai disebut sebagai Beliawanis, Beliawanis. Kita tidak pernah tinggalkan isu wanita ini malah Yang Berhormat Doktor Mariah ataupun EXCO Wanita juga sedang menjalankan IWB. Apa program apa Yang Berhormat Doktor? Gender, gender mengkaji tentang penglibatan wanita dalam agensi ataupun institusi Kerajaan dan saya adalah sebahagian daripada program Yang Berhormat EXCO Doktor Mariah dan kita menyokong apa sahaja. Kita tidak pernah mengetepikan malah kita sering menganjurkan minta Majlis Sukan Negeri Selangor menganjurkan program khusus untuk Beliawanis-beliawanis kita ini. Terima kasih kepada Sementa yang membangkitkan tentang wanita itu dan Taman Medan menyebut tentang Rakan Muda. Ya betul Rakan Muda suatu waktu dahulu pernah melonjak nama yang tinggi tapi sekarang ini mereka juga struggle sebenarnya untuk mendekati para belia dalam program Rakan Muda.
Ini lah cabaran kita Yang Berhormat semua, cabaran yang kita ada bukan tanggungjawab Kerajaan sahaja ia adalah merupakan juga tanggungjawab kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, sila.
Sikit, saya minta penjelasan bahawa yang terpenting dalam pembangunan belia anak muda kita adalah tentang mewujudkan learning capability ataupun unlearning capability bukan this learning apa ini difunctional, dengan izin ya. Maksudnya istilahnya dalam Bahasa Inggeris dan ia ilmu baru jadi kita mesti mewujudkan satu suasana yang dikatakan sebagai learning capability. Organisasi belia mesti asalnya adalah learning. Unlearning tu satu yang tabiat yang paling mudah ....... (tidak jelas) yang biasanya, yang dikatakan oleh seorang Ahli Berhormat tadi adalah apabila dia sudah berada dalam satu keadaan di mana dia, dia muda, belia dia adalah anti establishment. Itu cerita lama, dia revoke dan dia rebel is again. Kita nak capability yang unlearning, terima benda-benda yang dinyatakan dia akan kritikal, dia akan conclusion, cara sopan akan menerima atau menolaknya dengan hujah dengan argument. Jadi kita nak, belia ni dia punya learning ability is very good, dia punya learning organization set up good dan dia mempunyai
kekuatan dalam memastikan the unlearning skill is very fast. You kena dapat faham perkara tu. Kerana ini di study oleh Institut apa ini, MIT ya.
Yang Berhormat pendekkan.
Unlearning, Unlearning skill. Saya-saya kena belajar, tengok apa benda maksud Yang Berhormat dengan lebih lanjut nanti kemudian.
Learning Organization oleh Peter Senge
Saya akan bincang..
Bahasa Malaysia Unlearning apa tu?
Unlearning?
Tidak belajar. Nyah belajar? Yang Berhormat kita tidak boleh nafikan sebahagian daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam Dewan Undangan Negeri ini menjadi ke tahap ini kerana Yang Berhormat-Yang Berhormat semua pernah memegang jawatan sebagai student leader dulu.
Yang Berhormat terlibat dalam pertubuhan, Yang Berhormat terlibat dalam penggerak belia, Yang Berhormat diberi peluang dalam banyak perkara. Tetapi pada hari ini kita lihat, saya rasa the most kacau bilau itu berlaku dalam sistem pendidikan kita. Dulu di zaman Y.B. Izham lah sebab dia nampak tua sikit. Oh! Muda ya? Di zaman Yang Berhormat, Y.B. Izham dulu, zaman kita ada dulu Tatarakyat ataupun Sivik dulu. Ada pendidikan Sivik ataupun Tatarakyat. Kita ada BTL ada? Kita didedahkan dengan Tatarakyat tapi hari ni tidak ada langsung tentang ilmu-ilmu yang pendidikan kepada para pelajar kita. Malah kalau kita tanya pada para belia kita, Perdana Menteri pun dia tidak kenal. Apa itu? Menteri Besar pun dia tidak tahu apa peranan dia. Tuanku Sultan pun dia tidak tahu apa peranan dia. Ini di kalangan belia sekarang ini, yang saya rasa Kerajaan kena campur tangan dan mewujudkan satu modul yang khusus.
Sebab itu Yang Berhormat semua, saya berhasrat untuk mewujudkan satu apa ni Akademik ataupun Institut yang melatih seumpama yang merapati macam Biro Tatanegara tetapi tidak macam Biro Tatanegara. Biro Tatanegara dia lebih kepada ideologistik itu tetapi ini adalah kepada tatacara dan Civic Engagement. Cabaran kita ya, isu kewangan kita kena lihat pada isu kewangan tapi saya percaya pada kaedah fiqh kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Kita buat yang mana yang kita boleh dalam kepompong yang kita ada dan keharmonian persatuan itu adalah fokus kita. Kita tidak mahu sebagaimana Yang Berhormat Sijangkang sebut dulu ada persatuan yang tidak boleh bercakap sesama sendiri bukan inter society, intra society pun ada masalah, pun masalah juga di kalangan intra society. This is all
cabaran-cabaran kita kepada pendedahan-pendedahan belia kita dan isu-isu yang lain ROI, saya harapkan ROI ini kita dapat lihat dalam tahun yang ke lapan ataupun ke sembilan pelaksanaan dasar belia kita pada hari ini.
Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya rasa setakat itu sahaja dulu daripada saya, saya ucapkan terima kasih pada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyokong Dasar Belia 2020 ini mudah-mudahan kita dapat melaksanakan dengan jayanya. Terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang berbunyi,
“Bahawasanya Dewan yang mulia ini membuat ketetapan untuk meluluskan pelaksanaan Dasar Belia Selangor Tahun 2020 bagi memperkasakan gerakan belia di Selangor dalam tempoh sepuluh (10) tahun yang akan datang.”
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.
Ya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya Usul No. 4 Tahun 2021, Usul Cadangan Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian. Saya memohon untuk membawa satu Usul seperti berikut:-
“Bahawasanya menurut perenggan (4) Peraturan Tetap 69 bagi Dewan Negeri Selangor membuat ketetapan meminda Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor seperti draf cadangan di Kertas Mesyuarat Bilangan 33 Tahun 2021.”
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, Usul ini telah pun disokong menurut perenggan (4) Peraturan Tetap 69 Usul ini tidak perlu dibahaskan lagi dan dikemukakan masalah ini kepada Mesyuarat untuk keputusan sehingga Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan menyediakan Penyata Berhubung Cadangan Pindaan tersebut kepada Dewan. Oleh itu, Usul ini diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan untuk dikaji dan dibincangkan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang berbunyi,
“Bahawasanya menurut perenggan (4) Peraturan Tetap 69 bagi Dewan Negeri Selangor membuat ketetapan meminda Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor seperti draf cadangan di Kertas Mesyuarat Bilangan 33 Tahun 2021.”
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.
Ya.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya Usul No. 5 Tahun 2021, Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Pandamaran
Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE
: Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian. Saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut:-
“Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor berhubung Projek bagi menghubungkan Horas 600 Ke Loji Rawatan Air (LRA) SSP 1, 2, 3 & Rantau Panjang dan Off River Storage ke LRA Semenyih yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 34 Tahun 2021.”
Sebelum saya memulakan saya ingin menggunakan Peraturan Tetap 28 untuk membetulkan perkataan di muka surat 3. Perkataan No. 1 Semenyih ditukarkan ke Selangor dan juga Nombor ya, nombor-nombor di muka surat 6, 5.1, 5.2, 5.3, 5.4 dan 5.5. Ya di mana ada kesilapan 2, 5.1.
Yang Berhormat, ada pemberitahuan untuk kesilapan itu nak diperbetulkan?
Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE
: Ya.
Ada beri pemberitahuan nak membetulkan kesilapan tersebut?
Tuan Speaker, Tuan Speaker kalau mengikut Peraturan Tetap 28, jika seseorang Ahli hendak mengubah isi sesuatu Usul,
yang terdiri dengan namanya maka bolehlah diubahnya dengan menghantar kepada Setiausaha Dewan satu pemberitahu meminda Usul nya itu tetapi disyaratkan iaitu pindaan itu pada pertimbangan Speaker tidak mengubah asas atau tujuan yang terkandung dalam Usul asal pada perkara besar. Pemberitahu meminda Usul itu adalah mula berjalan daripada masa pemberitahu Usul asal. Jadi satu pemberitahu bertulis hendaklah disampaikan kepada Setiausaha.
Jadi?
Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE
: Maka saya tarik balik lah.
Jadi, tidak ada pembetulan ya, oleh kerana tidak ada pemberitahuan, saya tidak menerima. Jadi tidak ada pembetulan di sini ya.
Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE
: Okay, Okay. Saya teruskan. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian.
Benda tu ada salah. Yang Berhormat perlu pembetulan. Sama ada Yang Berhormat nak tarik balik Usul ini atau tidak? Kerana tidak lengkap ada kesalahan dan tidak diberitahu dan tidak diperbetulkan.
Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE
: Okay. Saya nak betulkan pada yang akan datang lah. Nak tarik balik Usul yang Peraturan Tetap itu baru saya akan teruskan dengan Usul ini, lepas tu kita betulkan pada akan datang.
Nak tarik balik untuk akan datang tapi tak boleh lagi nak teruskan.
Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE
: Ohh..
Kalau Yang Berhormat nak betulkan kesilapan tersebut. Sekiranya Yang Berhormat tidak mahu membetulkan kesilapan tersebut boleh teruskan. Tetapi Yang Berhormat kalau ingin hendak membetulkan kesilapan-kesilapan tadi Yang Berhormat kena tarik balik Usul untuk penyata kali ini. Hah! Sila decide.
Y.B. TUAN LEONG TUCK CHEE
: Okay lah. Jadi saya tarik balik dulu lah untuk bentang sesi yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Pandamaran.
Silakan Setiausaha.
Usul seterusnya Usul No. 6 Tahun 2021, Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Sijangkang
Sijangkang, Sijangkang duduk dulu. Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian. Masa telah menunjukkan satu (1) petang. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
( DEWAN DISAMBUNG SEMULA )
( TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN )
Dewan disambung semula, saya persilakan Yang Berhormat Sijangkang.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut.
“Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Bahawa Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor. Special Select Committee On Water Resource Management Of The State Of Selangor. JPKSAS berhubung pewartaan sumber dan infrastruktur air sebagai tempat larangan, kawasan larangan, sasaran penting di Negeri Selangor yang telah dibentangkan Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 35 Tahun 2021.”
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, semasa pendengaran jawatankuasa pilihan SAS pada 29 Disember 2020 berkenaan isu penyambungan HORAS 600 ke loji rawatan air Sungai Selangor. 1, 2, 3 dan Rantau Panjang. LRA SSP 1, 2, 3 dan Rantau Panjang. Dan Off Reverse Storage,ORS ke loji rawatan air Sungai Semenyih. LRA Sungai Semenyih.
Jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa kawasan HORAS 600 telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan di mana aktiviti di kawasan sekitarnya dikawal dan perlu memohon keizinan pihak berkuasa sekiranya ingin memasuki kawasan tersebut.
Jawatankuasa juga dimaklumkan permohonan untuk diwartakan sebagai kawasan keselamatan seperti kawasan LRA perlu ditentukan oleh Majlis Keselamatan. Menyedari keadaan berlaku pencemaran air yang berulang kali. Jawatankuasa melihat bahawa bagaimana mungkin Kerajaan Negeri boleh melihat juga kepentingan sumber air. Daripada empangan ke sungai ke muka sauk dan sehingga lah ke loji rawatan air ini akan sentiasa dijaga daripada sudut kualitinya supaya henti tugas tidak berlaku yang mana akhirnya akan melibatkan mangsa kepada lebih daripada 5 juta rakyat di negara, di Negeri Selangor ini. Dan juga kepada pemain-pemain industri yang memerlukan air yang bersih ataupun air yang terawat.
Jawatankuasa telah menerima makluman terperinci mengenai kategori pewartaan kawasan perlindungan dan keselamatan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Selangor pada 11 Januari dan 2021, dan mendapati terdapat 20 instalasi sektor air yang telah diwartakan sebagai sasaran penting ataupun SP dan kawasan larangan ataupun KL atau dan tempat larangan, TL. Dan pada 28 September 2021, jawatankuasa juga telah menerima status pewartaan 2 sektor instalasi, sektor air di Negeri Selangor yang masih dalam pertimbangan Jawatankuasa Sasaran penting Negeri Selangor, JSPN. Dan kelulusan di peringkat Jawatankuasa Pusat Sasaran penting, JPSP. Serta terdapat 3 lagi instalasi-instalasi sektor air yang masih belum disenaraikan sebagai kawasan penting. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa bukan semua aset di Negeri Selangor diwartakan sebagai SP, sasaran penting, KL ataupun TL. Saya kira saya tidak perlu membacakan ataupun menerangkan berkaitan dengan Sasaran penting kawasan larangan ataupun tempat larangan kerana ini ada di dalam Penyata yang Ahli-Ahli Yang Berhormat sendiri boleh lihat sendiri definasi-definasi yang saya sebutkan tadi. Sesuatu tempat yang diwartakan sebagai sasaran penting akan tertakluk kepada pemantauan dan pelaporan yang kerap dan rapi di samping respons dan tindakan yang cepat dan menepati garis masa yang ketat. Dalam penemuan jawatankuasa daripada taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua ataupun daripada Pejabat Pegawai Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Selangor pada 15 September 2021, sungai tidak boleh diwartakan sebagai sebuah sasaran penting ataupun SP. Kerana ianya bukan merupakan atau merupakan key point ataupun atau instalasi.
Jawatankuasa turut mengambil maklum bahawa walaupun kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan kepada pencemaran air dapat dikenal pasti, pewartaan sungai sebagai sasaran penting masih mustahil berikutan sungai tidak menepati langkah-langkah keselamatan fizikal yang perlu dipatuhi di bawah arahan tetap sasaran penting seperti berikut:
1. Memerlukan halangan buatan manusia seperti pagar, ataupun parit, ataupun semula jadi. Sungai ataupun bukit.
2. Perlu dikelilingi lampu. Perlu dipasang lampu cari ataupun lampu sorot.
3. Kawasan halangan perlu dibersihkan jarak tertentu daripada jarak halangan.
4. Perlu dipasang papan tanda keliling kawasan sasaran penting.
5. Pondok pengawal perlu dibina berhampiran dengan pintu utama, dan
6. Perlu juga sistem pas ataupun sistem penggera.
Dan beberapa lagi perkara, prasyarat yang ditetapkan. Setelah membuat penelitian, jawatankuasa mendapati langkah-langkah keselamatan fizikal arahan tetap sasaran penting perlu dipinda supaya kawasan semula jadi dan kawasan lapang juga boleh diwartakan sebagai sasaran penting, jika perlu. Pindaan ini juga perlu mengambil kira penggunaan teknologi terkini untuk mencapai objektif tersebut.
Jawatankuasa juga mendapati Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1957 mempunyai beberapa aspek perundangan yang sudah tidak relevan dan keadaan semasa yang perlu ada penelitian serta pindaan yang lebih munasabah kepada akta tersebut. Aspek yang paling kritikal ialah jumlah denda atau penalti dan tempoh penjara yang dikenakan iaitu 1 Ribu Ringgit ataupun 2 Tahun Penjara. Dan 1 Ribu Ringgit kita merasakan adalah sesuatu yang sangat kurang dan tidak bersifat literal. Ekoran daripada itu jawatankuasa telah mensasar, menyarankan kepada Kerajaan Negeri. Pertamanya, jawatankuasa menyarankan agar Kerajaan Negeri mencadang, cadangkan kepada Kerajaan Pusat untuk meneliti dan meminda arahan tetap sasaran penting bagi membolehkan sumber air seperti sungai, laut, kolam dan infrastruktur berkaitan dijadikan kawasan keselamatan yang berstatus sasaran penting bagi mengawal aktiviti yang akan menyebabkan pencemaran-pencemaran sungai ataupun pencemaran sumber air. Jawatankuasa mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat memastikan proses permohonan pewartaan sektor kawasan sektor air di Negeri Selangor yang akan dibina, dibuat dengan lebih awal agar statusnya sebagai kawasan yang saya sebutkan tadi diluluskan peringkat awal pengoperasian memandangkan permohonan pewartaan mengambil tempoh yang masa yang agak lama.
Jawatankuasa juga memerhati bahawa bukan setakat aset air penting kini diwartakan sebagai sasaran penting kawasan larangan ataupun tempat larangan. Daripada penyelidikan jawatankuasa seperti yang saya sebutkan tadi HORAS masih lagi belum mendapat status kawasan keselamatan begitu juga dengan loji rawatan air Labuhan Dagang. Bahkan kedua-dua, kedua-duanya ini sudah memberikan operasi ataupun perkhidmatan kepada perkhidmatan air di Negeri Selangor. Jawatankuasa juga menyarankan agar Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kerajaan Pusat agar meneliti semula dan membuat pindaan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959, jumlah denda bagi kesalahan pencerobohan perlu dilihat semula ke satu jumlah yang lebih munasabah. Sekian, Tuan Speaker.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong. Saya buka usul ini untuk dibahaskan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi,
“Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor. Special Select Committee On Water Resource Management Of The State Of Selangor, JPKSAS berhubung pewartaan sumber dan infrastruktur air sebagai tempat larangan, atau kawasan larangan, sasaran penting di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 35 Tahun 2021.”
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, usul No. 7 Tahun 2021. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Balakong.
Silakan, Balakong.
Ok, terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut,
“Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT) bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Permohonan Untuk Mengeluarkan Hak Milik Strata Bagi Bangunan Hotel / Hotel Suite yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 36 Tahun 2021.”
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya hanya go, hanya tepat, tepat kepada point itulah dengan izin. Jadi, JP-PADAT telah meneliti usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Bandar Utama pada Mesyuarat ke-2 Penggal ke-3 Dewan Negeri Selangor yang ke-14 Tahun 2020 dan bersetuju untuk menjemput individu dan jabatan yang berkenaan untuk memberi taklimat tertutup agar dapat memberi pencerahan terhadap isu-isu berkenaan Permohonan Untuk Mengeluarkan Hak Milik Strata bagi Bangunan Hotel atau Hotel Suite. Dan penemuan, penemuan jawatankuasa adalah, JP-PADAT berpandang, berpandangan bahawa PTGS juga boleh mengikut langkah
yang diambil oleh PTGWP iaitu di dalam ambilan lah dengan mengeluarkan satu pekeliling khusus kepada semua PBT dan PDT untuk memaklumkan bahawa penerima Hak Milik Strata bagi tujuan jual petak hotel adalah tidak dibenarkan. JP-PADAT juga mendapati PTGS kerap sekali menolak tanggungjawabnya kepada PBT dan kelihatan tidak bersedia untuk melakukan apa yang saya sebut tadi. JP-PADAT menyarankan agar pihak PTGS perlu mengeluarkan satu pekeliling khusus kepada semua PDT dan PBT untuk memaklumkan bahawa pemberian Hak Milik Strata bagi tujuan penjualan petak hotel adalah tidak dibenarkan. Dan JP-PADAT juga menyarankan agar pihak PTGS mengambil tanggungjawab dengan mengeluarkan arahan yang lebih khusus supaya PDT dan dapat memberikan ulasan teknikal selaras dengan arahan yang dikeluarkan bagi Bangunan Hotel atau Hotel Suite supaya insiden ini dapat dielakkan. Ok, itu sahaja. Terima Kasih.
Tuan Speaker. Tuan Speaker, Bukit Malawati menyokong.
Saya persilakan, Hulu Kelang.
Terima kasih. Kita berdepan dengan satu undang-undang apa ni peraturan lama yang sudah arkib atau diarkibkan dan dibentuk satu undang-undang baru. Di mana-mana negeri yang ada Pejabat Daerah diselaraskan melalui satu unit yang dinamakan PTG. Parit dan, dan apa ni. P, parit dan apa. PTG, PTG tu apa ? Tanah dan Galian kan. Tanah Galian. Tapi kita dalam, dalam bila ada bangunan berstrata yang menjadi, yang ada power dia adalah Commissioner of Building. Jadi di situ saya lihat kita perlu selaraskan di antara pentadbiran yang guide ini sebab dia dah moden. Tapi saya tak nampak apa yang komen daripada tentang hal itu bagi Jawatankuasa hanya menekankan bahawa PTG juga boleh mengikut langkah yang boleh PTG Wilayah Persekutuan mengenai dengan mengeluarkan satu pekeliling khusus kepada semua PBT dan Pejabat Daerah. Saya rasa kalau ini diluluskan oleh satu... apa yang dinamakan tu? COB lebih berkesan dari segi pengurusan strata yang ada penyelarasannya dengan Pejabat Daerah. Dan Pejabat Daerah ini tujuannya adalah untuk meringankan kalau strata ni kalau hotel mestilah ada yang lain kalau flat biasa, kalau rumah pangsa biasa ambil yang lain tapi saya menyarankan di sini kalau boleh seboleh-bolehnya nanti PTG menguruskan apa yang berkaitan dengan kos-kos strata yang diuruskan oleh Pejabat Daerah dalam konteks itu harga yang memadai dan murah berbanding dengan COB yang mendekati ataupun menangani isu tu sebagai commissioner. Bila ada dua aspek berurusan strata title, atau hak milik berstrata ia akan memudahkan nilai bangunan dan hasil negeri atau hasil agensi yang diamanahkan oleh kerajaan negeri disalurkan dengan baik. Itu yang pertama. Keduanya saya melihat di sini PTG kerap kali menolak tanggungjawab kepada PBT. Yang ini tidak betul. Kalau PBT ini memang dia mesti commit dia COB punya bos. COB adalah PBT. PTG adalah penyelaras ataupun satu bos different bos kepada Jabatan Tanah dan Daerah. Dengan itu saya rasa kalau kita
boleh susun dengan baik hasil negeri akan bertambah baik, berurusan dengan rakyat akan lebih baik, kebajikan rakyat akan kita jaga. Dan Commissionarisation of strata title akan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Kalau tidak value dia terlalu.. betul, bagi saya value mana-mana hotel. Kawan saya dulu ada pergi hotel, resort hotel ada orang Arab kata pergi shopping, suruh dia pergi shopping. Ingat pergi shopping beli barang apa? Dia pergi shopping naik teksi, dia duk round KL dia tengok. Yang Arab tu kata you beli ni. Dia pun beli. Rupanya beli hotel yang harganya RM200juta, RM300juta. Dia Habiskan duit. Itu satu perkara yang merugikan kita lah. How can we sell kepada foreigner? Harga yang better yang tak betul nilainya. This no, not proper audit tidak ada nilai, nilai susut dan tidak turun nilai dan sebagainya. Saya mencadangkan bahawa perkara ini saya pada dasarnya bersetuju agar penyata ini diterima. Dan perlu diterima pakai dalam satu konteks perubahan yang sedang berlaku. Peranan PBT baru, dia punya missionary, COB dan peranan Pejabat Daerah melalui ini faktor bos ataupun pemimpinnya yang dinamakan PTG. Sekian, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi bahawasanya Menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah, JP-PADAT bagi Dewan Negeri Selangor mengenai permohonan untuk pengeluaran hak milik strata bagi bangunan hotel atau hotel suite yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 36/2021. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul nombor 8/2021. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Bukit Melawati.
Tuan Timbalan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut : Bahawasanya Menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan Yang Mulia Ini Menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah JP-PADAT Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Fungsi Dan Peranan Pejabat Daerah Dan Agensi Lain Berkaitan Dengan Pengurusan Dan Pewartaan Kampung Serta Penggubalan Sebuah Enakmen Khas Untuk Tujuan Ini Yang Telah Dibentangkan Di Dewan Yang Mulia Ini Sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 37/2021.
Dengkil menyokong Tuan Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong saya buka usul ini untuk dibahaskan.
Saya bahas lagi. Sapa yang bos sapa yang kena kasi tambahan boleh ya? Berapa minit ya 5 minit. 3 minit. Ok, Baik. Terima kasih. Ok. Hal ini kita kena faham benda ini adalah satu perkara yang sangat menarik. Kerana dia mempunyai satu keazaman politik yang kuat. Bagi saya di sebalik kajian ini sejarah hanya menekankan bahawa kita ada banyak instrument untuk menguasai kawalan, pengolahan, penyesuaian dan penyelarasan yang boleh meningkatkan hasil tanah negeri. Itu banyak penting ya. Itu contohnya. Saya mengambil perhatian daripada saranan Jawatankuasa JP-PADAT menyarankan agar pihak UPEN dapat menyegerakan proses penetapan inklaf desa yang menyebabkan pengenalan sempadan. Pengecilan sempadan serta pengecilan dan pecahan sempadan kepada rujukan masalah-masalah beberapa kampung kecil kepada satu MPKK. Kampung induk sudah tiada lagi. Itu di confusekan kita. Ayat ni ada confusion. Tapi saya nak mengatakan di sini the gist of this idea, this 1.1 ini adalah PBT ada PADAT ada menyarankan UPEN untuk menyegerakan proses penetapan kategori-kategori kampung itulah ringkasnya. Lantaran kesan-kesan daripada itu adalah saiz kecil besar, sapa nak jalankan, sapa nak uruskan adalah kuasa yang telah ditentukan oleh kerajaan UPEN. Yang dulunya its easily dilaksanakan oleh Pejabat Daerah. Dengan itu, JP-PADAT menyarankan pihak PTGS mempercepatkan proses pemutihan kawasan-kawasan setinggan manakala jumlah penduduk dalam bilangan sikit boleh didahulukan. Jadi di sini isunya adalah isu yang politik. Kalau kita, saya secara ringkaskan biar kita ingat bahawa kenapakah ada setinggan? Setinggan ada di Selangor ini adalah kerana adanya satu peristiwa yang diwujudkan. Peristiwa yang dinamakan Tragedi 13 Mei. Yang menyatakan, diadakan kerana it design to didatangkan dari negeri lain. Setinggannya adalah dicreate kenapa? Kerana di perkauman this is the way how pimpinan UMNO, Perikatan dulu melihat bahawa how power you can established. Itu apabila Selangor valley ditubuhkan oleh Perikatan kerajaan kekurangan satu atau dua kerusi untuk dia boleh dapat majoriti. They did by few days. Maka masa tu lah provokasi telah dilakukan oleh special branch mengajak orang-orang datang membuat provokasi kepada Perumahan Kampung Dato Harun. Saya masa kecil tinggal di Jalan Raja Muda, Kampung Baru ataupun Jalan Raja Muda tu adalah Pusat Pentadbiran Selangor. Dan di situlah berlakunya satu pertemuan yang diadakan dirancang apabila untuk memprovokasi orang Melayu. Ketinggalan, jangan duk Selangor, you tak boleh turut memerintah. Bila marah Dato’ Harun, Dato’ Harun mengadakan satu revolusi balas dan bilangannya sungguh besar. Dan saya lihat persidangan satu perkauman yang sangat dahsyat tak bagus saya sebut, saya tak suka, tapi saya dah tulis banyak dalam berapa journal, berapa majalah antarabangsa yang minta saya buat benda tu dan ada yang meminta saya merakamkan dalam rekod-rekod yang akan diletakkan sebagai rekod antarabangsa. KOMAS merupakan agensi utama yang membantu saya. Merakamkan catatan saya tentang 13 Mei. Ok, kesannya daripada itu program mensetinggankan Selangor berlaku. Saya terangkan ya. Mensetinggankan Selangor ini maknanya mengajak
orang-orang Melayu datang. Satu lagi rumah kilat. Rumah kilat ini maknanya sesiapa yang datang ke Selangor boleh berurusan dengan ketua-ketua masyarakat dan practically Ketua Cawangan UMNO yang beli tanah pada sekarang RM50, RM70, RM300 paling mahal average RM50. Bapa saya pun beli. Dan bila buat announcement satu malam kena dilancarkan permulaan pembinaan rumah setinggan ataupun rumah kilat paling by subuh esok kalau ada rumah itu ada empat tiang, ada berdirinya bumbung atap, ada zink ataupun genting dia dah qualified dia call did you boleh buat rumah. Begitu sekali senang. Ini banyaklah di Ampang, di Keramat, di Tangga Cina dan di kawasan Sungai Besi berlambak rumah setinggan. Bahaya duduk kat situ. Tapi lama-kelamaan bila akhirnya orang-orang UMNO ni dapat boleh benefit, dia jadi ketua-ketua kawasan, dia yang arrangekan electricity, boleh masuk kampung setinggan sebab bekalan air boleh dimasukkan air oleh kerajaan dan sebagainya. Dia power dan akhirnya dia berbaik dengan pemaju, pemaju berjaya menjadikan Selangor ini satu kawasan perumahan yang hebat. Setinggan pun ada berlambak akhirnya berlambak itu lahirlah seorang anak muda namanya Khir Toyo dan dia kata kita kena ubah. Tak boleh jadi polisi-polisi macam apa Mohamad Taib tu time masa time dia suka benda ni jadi besar grand tapi tak ada value kepada kekuatan sebenar ekonomi negara. Kesannya itu Khir Toyo kata kita kena mesti lancarkan satu program yang dinamakan Setinggan Sifar. Kita usir mereka akhirnya dia tak jadi popular. Itu kesan dia. Jadi kita sekarang ini saya nak tekankan di sini inilah political state, inilah political will yang diperlukan oleh rakyat Malaysia, Selangor kepada kita. Semua bagi saya perkara yang betul. Kawasan-kawasan setinggan manakan kawasan pemutihan. Kawasan setinggan adalah satu kemestian yang perlu kita lakukan. Kita, saya mencadangkan sebagai pemimpin Selangor yang berwibawa, prihatin kepada rakyat kita mesti ingin mempercepatkan membersihkan kawasan-kawasan setinggan ini dengan adil. Tidak ada kawasan tidak ada orang yang duduk kat setinggan yang tidak boleh diusir kecuali tempat telah disediakan untuk mereka. Tempatnya adalah within dia punya facilities yang ada kenapa dia duduk di situ. Anak-anak dia sekolah, cucu dia sekolah, kerja dia kat situ, universiti kat situ. Jadi saya mencadangkan di sini. Semua apa yang kita luluskan atas kertas kerja ini konsep ini hendaklah diterapkan lepas tu the will of kerajaan hendaklah di buktikan dengan jayanya dan kita mahu agar kertas kerja ini cadangan ini kalau kerajaan ambil nanti diluluskan bersama dengan kekuatan kita untuk mewujudkan satu port will untuk memastikan tidak ada lagi kawasan-kawasan tanah kerajaan yang digunakan tanah negeri ataupun tanah kerajaan digunakan pencerobohan rakyat untuk membuat rumah, untuk meniaga kedai, bengkel dan sebagainya. Kalau itu tidak ada tak da. Tak selesai. Contoh yang paling klasik sekali saya jangka yang kegagalan bagi saya kepimpinan kita adalah Kampung Panjang. Kampung Panjang ini dia contoh hidup dua darjat lah. Orang kata dua darjat.
Ringkaskan Hulu Kelang.
30 saat Yang Berhormat. Saya ingin menyatakan bahawa 30 penduduk di situ adalah orang yang ada kewibawaan
ada hak dia. Dia ada nilai. Dia ada equity dalam menjaga tanah. Tapi rupanya kerajaan pada zaman dahulu, pada zaman BN. Senang-senang dia buat tempat tu tempat pelupusan kolam kumbahan. Lepas itu bila kita nak ambil balik. Dia kata nak pakai sampai tahun 2017. Tengok-tengok 2017 dia tak serahkan sampai sekarang dia tak serah. So, saya masih simpan lagi. Kita tak nak urusan tanah urusan Kerajaan Negeri Selangor daripada Kampung Buaya tu ada sembilan ekar lebih yang dijadikan tanah kolam kumbahan 5 ekar, 5 ekar ini it’s a sand to the state yang tak diserahkan pun pada Negeri. Ini saya perlu jelaskan kepada Kerajaan, kita perlu tunjukkan pada kerajaan. Hak kita untuk membela rakyat di Selangor. Kita hendak ambil balik tanah yang dikatakan 5 ekar lebih itu dijadikan tanah kumbahan agar menjadikan satu tempat disiapkan, ditambah dengan 3 ekar tadi, jadi 5 + 3 dapat 9 ekar, itu yang kita hendak bina satu kawasan setinggan di situ. Perpindahan ke kawasan yang sama dan ini dapat dilakukan, banyak modul-modul dapat dilaksanakan dengan kertas cadangan yang cukup bersejarah ini, terima kasih.
Bukit Melawati.
Tuan Speaker, terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya ingin menambah sedikit usul saya tadi. Bahawa berkenaan dengan Usul yang dibawa ini, kerana mengambil kira bahawa terdapatnya kes-kes di mana situasi kampung dalam kampung. Apabila satu-satu kampung itu telah terlalu ramai penduduknya, sebagai contoh di kawasan Bukit Melawati sendiri, kita ada 2 buah kampung. Kampung Tanjung Keramat dan juga Kampung Teluk Piah, diletakkan di bawah satu MPKK iaitu Kampung Permatang, di mana faktor geografinya juga telah menunjukkan perbezaan menyeberang sungai. Dan tidak lagi di bawah satu pentadbiran yang sesuai kerana masyarakat atau penduduknya sudah mencecah hampir 6,000 orang dengan hampir 900 buah rumah. Maka JP Padat mengambil kira dalam hal ini telah memanggil beberapa pihak seperti PLANS Malaysia, Yang Berhormat EXCO sendiri termasuk pihak UPEN dan juga pihak Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk membincangkan isu berkenaan kampung-kampung tradisi dan kampung-kampung baru di Negeri Selangor ini.
Dan dapatan kita mendapati bahawa Yang Berhormat Tanjung Sepat mengatakan bahawa tidak ada lagi enakmen khusus atau pun pekeliling peruntukan khusus berkenaan pewartaan kampung di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Maka pada ketika ini yang ada hanyalah pewartaan Kampung Warisan seperti mana Kampung Morten di Melaka. Dan Seksyen 28, Sabah Land Ordinance 1930, Kerajaan Negeri Sabah juga boleh mewartakan sesebuah kampung sebagai Kampung Warisan. Dan di Negeri Selangor dimaklumkan bahawa 46 buah kampung mempunyai melebihi 10,000 penduduk dan terdapat 26 kampung dalam sempadan kawasan bandar yang berdepan dengan tekanan pembangunan tinggi.
Maka pihak PLAN Malaysia telah mengesyorkan beberapa cadangan iaitu dari sudut persempadanan semula kampung, pengecilan sempadan dan juga pengecilan dan
pecahan sempadan kampung. Maka penemuan Jawatankuasa JP PADAT, mendapati bahawa proses pemutihan kawasan-kawasan setinggan yang sedang dilaksanakan oleh pihak PTGS. Walaupun jumlah penduduk dalam bilangan yang kecil, namun perlu di laksanakan segera dan JP PADAT juga mendapati perlunya penelitian semula sempadan mukim supaya pengurusan seliaan dan jagaan MPKK dapat ditambah baik memandangkan setiap mukim diletakkan di bawah seorang penghulu. Dan tugasan penghulu ini termasuklah penyeliaan aktiviti-aktiviti MPKK.
Maka saya ingin menyatakan beberapa saranan, Jawatankuasa JP PADAT yang pertama pihak JP PADAT menyarankan agar pihak UPEN dapat menyegerakan proses penetapan enclosure desa yang melibatkan pengekalan sempadan, pengecilan sempadan serta pengecilan dan pecahan sempadan kerana rujukan masalah-masalah beberapa kampung kecil kepada satu MPKK. Kampung Induk sudah tidak lagi sesuai dan terdapat pertindihan kampung tradisi dan kawasan perbandaran.
Yang kedua, JP PADAT menyarankan pihak PTGS untuk mempercepatkan proses pemutihan kawasan-kawasan setinggan memandangkan jumlah penduduk dalam bilangan yang sedikit boleh didahulukan. Yang ketiga, JP PADAT menyarankan agar penelitian semula sempadan mukim dapat disegerakan supaya pengurusan seliaan dan jagaan MPKK dapat ditambah baik. Dan Kerajaan Negeri bolehlah disarankan untuk menubuhkan MPKK iaitu untuk pentadbiran kampung yang baharu sekiranya perlu.
Yang keempat, JP PADAT menyarankan penelitian dan kajian terhadap kadar cukai taksiran oleh PBT terhadap mana-mana hartanah di kampung perlu diperhalusi supaya dapat memberi perkhidmatan perbandaran yang pada kadar berpatutan. Yang kelima, JP PADAT menyarankan agar Kerajaan Negeri menambah peruntukan untuk penyediaan dan penyelenggaraan kepuk sampah di setiap kampung yang mana secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah pengurusan sampah.
Yang keenam, JP PADAT menyarankan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Desa Negeri Selangor 2035 perlu di perkemaskan dengan baik dan bukannya secara reaktif seperti sekarang di mana ia perlu diletakkan di bawah pemantauan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi melalui sebuah agensi atau Jawatankuasa. Dan yang terakhir selaras dengan peruntukan di bawah perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri Bab 1 Pembahagian Kuasa Perundangan. JP PADAT menyarankan agar Pihak Berkuasa Negeri mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan satu Enakmen Ibu bagi melicinkan bagi pewartaan bagi sesebuah kampung. Ini secara tidak langsung dapat menentukan bidang kuasa mutlak yang melibatkan pengurusan dan peruntukan bagi sesebuah kampung. Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Banting.
Banting ya. Banting ingin menarik perhatian kepada Dewan terhadap penyata ini di mana saya bukan saja menyokong dan saya juga memohon sebenarnya persempadanan semula dan pewartaan kampung tradisi ini merupakan satu exercise yang on going yang saya rasa belum lagi telah pun dimulakan atas inisiatif daripada PLAN Malaysia, tetapi masih belum lengkap. Dan kalau kita lihat senarai yang ada di sini, Tuan Timbalan Speaker, kawasan-kawasan atau pun kampung yang ada di sini sebenarnya melibatkan banyak kampung yang terletak di kawasan yang melibatkan Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat sekalian seperti di Klang, kita ada Kampung Raja Uda, Rantau Panjang, Delek, Sungai Udang, Padang Jawa dan sebagainya banyaklah. Saya rasa Pandamaran mungkin terlibat juga di sini. Kawasan saya pun ada, kawasan kampung Banting ada 2. Yang Berhormat Sijangkang terlibat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling pun ada, Kampung Batu 14, Kampung Baru Seri Kembangan. Ini kampung baru juga terlibat, jadi ada isu-isu yang terlibat di sini dan saya rasa adalah baik sekiranya dapat diperhalusi persempadanan semula dan pewartaan kampung supaya pembangunannya dapat dilestarikan. Dan apabila ia dapat dilestarikan untuk kampung tukar daripada Kerajaan dapat diagihkan dengan sama rata dan adil kepada semua kampung terlibat. Dan dalam Jawatankuasa ini, dalam penyata ini juga ada disebutkan tentang perkhidmatan perbandaran iaitu tentang kutipan cukai dan sebagainya. Tujuan kita menyentuh perkara ini kerana kita mahu Kerajaan dapat membekalkan perkhidmatan perbandaran seberapa banyak yang boleh kepada penduduk di kampung termasuk di kampung tradisi yang barangkali ada di kalangan mereka bersetuju untuk membayar supaya mereka boleh mendapat perkhidmatan perbandaran seperti sampah dan sebagainya.
Buat masa sekarang kita tahu bahawa Kerajaan Negeri ada usaha, ada dasar untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pelupusan sisa pepejal. Pada pendapat Jawatankuasa kita ada menyarankan di sini supaya penelitian dan kajian dibuat terhadap kadar cukai taksiran oleh PBT terhadap mana-mana harta kampung supaya boleh memberi perkhidmatan perbandaran. Perkhidmatan perbandaran yang kita hendak ketengahkan ialah sebenarnya perkhidmatan perbandaran daripada segi kutipan sisa pepejal. Saya rasa sekiranya perkara ini dapat diberi perhatian juga, kita dapat memberi perkhidmatan perbandaran yang bagus kepada kampung dan kehidupan penduduk kampung akan dapat dilestarikan. Oleh sebab itu, saya berdiri dan saya ingin memohon rakan-rakan semua untuk melihat senarai nama di sini kampung Yang Berhormat tempat kawasan tidak ada, kawasan saya terlibat di sini.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa PADAT kerana telah membentangkan Usul cadangan Penyata Jawatankuasa Pilihan PADAT. Ini berkenaan berkaitan pengurusan dan pewartaan kampung serta penggubalan sebuah enakmen khas untuk tujuan ini. Dan di kawasan Pelabuhan Klang juga saya
mempunyai 7 buah pengurusan, majlis pengurusan komuniti kampung, ada 7 dan kebanyakan kampung telah melebihi daripada 10 ribu orang penduduk. Cuma cadangan saya ialah kepada Jawatankuasa PADAT, ada juga di antara kampung-kampung ini, di kampung pun dah jadi taman perumahan. Mungkin dia tidak lagi patut dipanggil kampung dan mungkin ini juga perlu dibincangkan. Saya mengambil contoh lagi satu, ialah berkenaan dengan kawasan kampung di kawasan saya yang melebihi daripada 10 ribu orang penduduk. Dan kalau saya tengok di sini definisi dan ciri-ciri sokongan desa adalah saiz penduduknya kurang daripada 10 ribu tetapi di kawasan Kampung Telok Gong misalnya, Kampung Telok Gong misalnya ada 5 buah kampung tetapi sekarang ini di bawah satu pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Tapi dalam itu ada 5 kampung, orang sebut kampung Telok Gong, dia sangat besar, melebihi 10 ribu orang dan saya difahamkan mungkin mencecah sehingga 14 ribu. Kalau daripada segi pengundi pun 7 ribu orang pengundi. So, dia ada Kampung Nelayan, Kampung Tengah, Kampung Perajurit, Kampung Hamid Tuah dan Kampung Baru. Mungkin sudah sampai masanya untuk kawasan kampung Telok Gong ini juga dicadangkan untuk dijadikan 2 buah kampung seperti Kampung Telok Gong Utara atau pun Telok Gong Selatan.
Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat tentang perkara perenggan 3.13 (a, b & c) ada terdapat 3 cadangan penepatan encer desa. Ketiga-tiga exercise inilah apa yang dicadangkan ialah apa yang akan dicadangkan oleh PLAN Malaysia untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Yang Berhormat dan barangkali kampung dengan yang disebut oleh Yang Berhormat itu adalah di bawah pengecilan sempadan iaitu ada kampung yang mana keluasan setempat penempatan asal semakin menyusut dari saiz asal dan mereka ada dapat apa-apa populasi yang berlimpahan dengan perbandaran berhampiran dan sebagainya. Itulah apa yang mereka akan lakukan, jadi ada di sini, ada disebut, ok.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya mengambil masa yang sedikit, cuma saya melihat pada pandangan saya Usul ini adalah suatu yang sangat baik, cuma saya melihat kepada pihak Kerajaan untuk juga melihat semula kepada usaha daripada PLAN Malaysia yang telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk membuat kajian dan akhirnya mengeluarkan satu hala tuju pembangunan desa di Selangor, yang saya kira di dalam itu juga sarat dengan pandangan-pandangan dan juga cadangan-cadangan daripada PLAN Malaysia. Dan saya juga hendak mengambil kesempatan di sini untuk meminta supaya beberapa ucapan saya yang melibatkan desa tempoh hari dimasukkan juga sebagai sebahagian daripada perkasakan usul ini iaitu berkaitan pembangunan dataran niaga untuk pasar-pasar malam dan juga tempat transit sampah di kawasan kampung supaya pengurusan yang lebih baik lagi, terima kasih.
Kuang.
Terima kasih pada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya ingin menyatakan bahawa Usul ini adalah sangat baik kerana di Kuang ini mempunyai 7 buah kampung. Ada kampung yang mempunyai kepadatan penduduk tidak kurang daripada 3 ribu. Ada sebahagiannya lebih daripada 10 ribu dan keluasan kampung itu tidak sepadan. Jadi apa yang diusulkan oleh di bawah penyata ini, saya amat menyokong kerana ada sebahagian daripadanya telah saya mula suarakan pada penghulu supaya diambil tindakan terhadap pemecahan kampung supaya kita dapat justify kan kedudukan kampung-kampung tradisi itu dalam komposisi yang menepati kehendak Pejabat Tanah dan sebagainya. Apa yang saya maksudkan adalah, ada kampung ini yang dipanggil Kampung Melayu Sri Kundang, sebahagiannya blok D itu terletak di seberang jalan. Dia pula itu, bersambung dengan Kampung Permata sedangkan Kampung Permata itu dah ada, tapi kerana sekat saya tak tahu, mungkin pewartaan kali ini dapat dilaksanakan sebaik yang boleh supaya penyusunan kampung itu lebih mantap, lebih padu dan akhirnya akan membantu Pihak-pihak Berkuasa terutama PBT atau pun Pejabat Tanah sekali pun untuk melaksanakan tugas-tugas atau pun menjalankan kerja-kerja infra di kawasan kampung-kampung yang berkenaan. Ada kampung yang cukup besar, jauh sampai 3, 5, 6 kilometer jauh tetapi masih lagi kekal di situ. Jadi saya harapkan Kerajaan atau pun usul ini supaya diperbincangkan dengan sebaik-baiknya dan mengenai saranan Bukit Melawati terhadap mukim, mukim di Kuang itu pun dulu mukim Rawangnya sampai ke Kuang. Sekarang dah ada dibelahkan dan diberi pada 2 iaitu Rawang satu dan Rawang secara pentadbirannya mukim Kuang. Tetapi masih lagi Rawang 2, masih lagi namanya Rawang 2, namun secara pentadbirannya walaupun dia guna Rawang 2, tetapi kita dah mula memanggilnya sebagai mukim Kuang. Dan kerana itu, perlu diselaraskan seluruh apa yang dicadangkan oleh Jawatankuasa ini supaya Kerajaan mengambil tindakan yang proaktif untuk memastikan bahawa penyusunan itu mencapai matlamat yang kita kehendaki, sekian terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JP PADAT) bagi Dewan Negeri Selangor mengenai fungsi dan peranan Pejabat Daerah dan Agensi lain berkaitan dengan Pengurusan dan Pewartaan Kampung serta Penggubalan Sebuah Enakmen Khas untuk tujuan ini yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 37 Tahun 2021. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul nombor 9 Tahun 2021 Usul Di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Banting.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya mengikut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Tanah dan Daerah (JP PADAT) bagi Dewan Negeri Selangor mengenai prestasi kaunter urus niaga di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 38 Tahun 2021.
Tuan Timbalan Speaker saya berdiri di sini untuk membentangkan satu lagi penyata bagi pihak JP PADAT tentang penyata ini. Dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penyata ini adalah berkaitan dengan prestasi kaunter urus niaga di Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Ia adalah berkaitan dengan satu sumber pendapatan apabila kita bercakap tentang Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Kita bercakap tentang kutipan premium dan cukai tanah yang sangat-sangat penting bagi Kerajaan Negeri kerana kita secara umumnya tahu bahawa ia adalah satu isu yang cukup penting untuk memastikan perjalanan Kerajaan berlangsung dengan lestari pada setiap tahun.
Pada tahun 2019, siasatan telah dimulakan sebenarnya dan kita mengambil masa lebih daripada kurang 2 tahun untuk menyelesaikan siasatan ini. Berikutan dengan kebimbangan kita pada masa itu tentang prestasi PTGS yang mungkin terjejas akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu. Penemuan Jawatankuasa daripada beberapa siri mesyuarat dengan pihak PTGS dan Selangor Bar setelah lawatan di lapangan telah pun dihasilkan, 5 pemerhatian dan penemuan di situ. Hasil daripada penelitian JP PADAT terhadap isu ini, kita telah pun menjemput wakil daripada PTGS dan juga Selangor Bar untuk hadir dan kita dapat memerhatikan bahawa terdapat peningkatan tahap perkhidmatan yang ketara di pihak PTGS. Perkara ini dapat disahkan oleh pihak Selangor Bar pada beberapa bulan yang lepas yang membangunkan bahawa pihak pengurusan PTGS komited dalam menyelesaikan isu yang berbangkit dengan kadar segera. Selain itu, JP PADAT juga mendapati PTGS komited untuk melaksanakan sistem e-tanah pada masa sekarang ini di peringkat pengurniaan perjanjian pembangunan sistem di antara Kerajaan Persekutuan, PTGS dan syarikat yang dilantik. Perjanjian tersebut akan disempurnakan pada tahun Oktober 2021. Namun sistem e-tanah ini akan beroperasi sepenuhnya pada 2024. JP-PADAT juga mendapati bahawa sistem smartbox dibangunkan merupakan satu inisiatif yang baik oleh PTGS dan telah berjaya membantu pihak PTGS dan pihak peguam serta orang awam terutamanya dalam tempoh pandemik COVID-19 ini kerana ia dapat mengurangkan kehadiran secara fizikal, pelanggan-pelanggan PTGS dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kutipan hasil. 34 juga ada menyebut bahawa JP PADAT mendapati walaupun bilangan urus niaga pendaftaran hak milik meningkat. Sebenarnya dengan adanya smart boxes ini transaksi itu meningkat mengikut
pemerhatian dan juga pembentangan kepada kami. Tetapi kita juga dapat lihat bilangan kakitangan yang sedia ada ini, tidak mencukupi untuk mempercepatkan pemprosesan pengeluaran hak milik ini. Kalau kita ada yang besar tetapi orang yang menjalankan tugas itu tak cukup, ia mungkin akan menyebabkan badlock. Akhirnya kita menjalankan siasatan dan terdapat kekosongan jawatan kakitangan PTGS sebanyak 10% jika dibandingkan di antara tahun 2021 dengan tahun 2010. Dan kita berharap bahawa walaupun kita ada smartbox, front end kita ada smart boxes tapi back end juga perlu memastikan bilangan kakitangan yang mencukupi disediakan untuk mengatasi masalah ini. Walaupun kita tahu kadangkala kita kosongkan jawatan ini mungkin disebabkan oleh peningkatan penggunaan jentera dan mesin dan juga interaksi Internet. Dan ini selaras dengan apa yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam 35 juga ada menyebut JP PADAT mendapati terdapat kolaborasi di antara PTGS dan Smart Selangor Delivery Unit iaitu SSDU di dalam matlamat pendigitalan perkhidmatan kemudahan pembayaran berbayar kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sekarang ini kita sebut sebagai citizen electronic payment (CEPAT). Dan ini merupakan satu langkah yang tepat ke arah penyediaan perkhidmatan PTGS atas talian sepenuhnya. Yang Berhormat semua boleh download ya, cepat ini dalam apps, dan boleh guna untuk membayar segala cukai taksiran dan sebagainya ke Pejabat Tanah. Saranan Jawatankuasa juga ada, kita ada mengemukakan 3 saranan Jawatankuasa iaitu Pembangunan Sistem E-tanah ini perlu dipercepatkan. Kita difahamkan dalam penemuan yang akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2024, kita berpendapat bahawa kita menyarankan supaya pembangunan ini dipercepatkan supaya pencarian persendirian dan pencarian rasmi hak milik atas talian seperti yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh dilakukan. Ini kerana ia boleh memudahkan urusan orang awam yang mana mereka tidak perlu lagi hadir ke PTGS melainkan mereka perlu bersemuka dengan pegawai yang berkaitan.
Yang kedua, JP-PADAT juga menyarankan supaya kolaborasi PTGS dan diberi komitmen dan tumpuan yang konsisten supaya hasrat untuk menyediakan perkhidmatan atas talian yang sepenuhnya, kita mengatakan yang sepenuhnya bukan semi, bukan half, bukan satu suku atau pun tiga suku. Cadangan kita ialah ia perlu dipercepatkan supaya transaksi keseluruhan boleh dilaksanakan atas talian. Tidak perlu lagi ke depan ke kaunter dengan tidak menjejaskan keselamatan data pelanggan kita. Yang terakhir, yang ketiga kita juga mencadangkan supaya pelaksanaan kedua-dua inisiatif ini cepat, kita jangkakan memerlukan masa yang panjang. Kita juga menyarankan sementara kita menunggu sementara waktu ini, JP-PADAT menyarankan agar Kerajaan Negeri menambahkan kakitangan di bahagian pendaftaran hak milik saja supaya boleh membantu pihak PTGS mengeluarkan hak milik dengan cepat. Cadangan kita adalah bukan untuk keseluruhan, bukan untuk seluruh PTGS tetapi hanya untuk bahagian pendaftaran hak milik sahaja supaya sementara waktu kita ada front end, smart box di depan, back end kita ada kakitangan yang mencukupi di bahagian pendaftaran hak milik supaya PTGS boleh mengeluarkan hak milik pada masa yang cepat. Memastikan perkhidmatan PTGS ini dapat menepati
cita rasa pelanggan kita. Cadangan kita ini adalah, penyata ini dihasilkan berikutan kebimbangan seperti yang saya kata, kebimbangan Jawatankuasa tentang prestasi PTGS pada 2, 3 tahun yang lepas akibat kutipan cukai tanah dan juga premium yang membimbangkan. Maka kami berasa lega pada hari ini prestasi PTGS seolah-olah boleh dikatakan bangkit semula walaupun pada permulaan pelaksanaan kita mendapati ada masalah. Tapi apabila kita membuat lawatan, kita ada membuat siasatan dan tinjauan secara melalui pendengaran tertutup, kita mendapati bahawa PTGS telah pun berjaya mengatasi beberapa pick up dengan izin yang berlaku pada permulaannya.
Kita amat berharap supaya ketiga-tiga saranan ini dapat diberi perhatian serius dan diambil tindakan dan JP-PADAT akan meneruskan tugas dan tanggungjawab kami untuk memantau prestasi PTGS dari semasa ke semasa. Dan sekiranya perlu kami akan menjalankan siasatan lagi untuk memastikan perkara-perkara ini diberi perhatian yang serius, sekian saja terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Pihak Kerajaan sekiranya ada maklum balas.
Saya belum lagi, hendak sokong. Saya bangun dah tadi itu.
Sila Taman Templer.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong ...
Cepat bangun Taman Templer.
Bangun tadi cepat dah. Timbalan Speaker tak pandang, sokong.
Speaker lalok mana?
Ingat hendak bahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, minta maaf. Pihak Kerajaan minta maaf sekiranya ada hendak beri maklum balas.
Ya, Tuan Timbalan Speaker sebenarnya pihak MMKN telah pun membincangkan perkara ini. Pelaksanaan smart box ini ada sedikit kekangan daripada dari segi Kanun Tanah Negara tapi telah bereskan. Dan sudah tentu ia akan diteruskan dan telah pun ada kesan untuk memperluaskan perkhidmatan smart box kepada semua Pejabat Tanah di daerah. Ini adalah keputusan yang terakhir di mana ia tidak ada masalah dengan front end dan back end kerana kehadiran pegawai adalah perlu walaupun ada smart box mengikut kehendak
kanun tanah negara itu sendiri. Jadi tidak ada soal di situ dan daripada segi pelaksanaan e-tanah pihak MMKN juga telah meluluskan menerima pakai e-tanah ini. Tapi ini tidak boleh dipercepatkan kerana ia melibatkan proses-proses yang dilakukan oleh syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan di mana ada proses daripada segi sistemnya. Untuk membina sistem tersebut, ia mengambil masa, ia tidak boleh dibuat secara terburu-buru tapi disebabkan negeri termasuk juga Kuala Lumpur telah pun melaksanakannya. Maka saya percaya segala-galanya akan berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya kira perkara ini telah pun diselesaikan buat masa ini, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun disokong adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah atau JP PADAT bagi Dewan Negeri Selangor mengenai prestasi kaunter urus niaga di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 38 Tahun 2021. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul 10 Tahun 2021 Usul Di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Permatang.
Silakan Permatang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK) Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor bagi kategori miskin dan pemberian bantuan untuk golongan miskin di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 39 Tahun 2021.
Penyata ini dibentangkan adalah bertujuan untuk mengkaji dan meneliti isu-isu berkaitan penentuan tahap kemiskinan dan pembentukan dasar atau polisi berkenaan pemberian bantuan kepada golongan miskin di Negeri Selangor. Selain itu, JPK Pembasmian Kemiskinan berharap agar Kerajaan Negeri dapat menetapkan hala tuju yang lebih jelas mengenai perkara tersebut. Berikut adalah isu-isu yang ingin diketengahkan. Pemberian bantuan kepada golongan miskin di Negeri Selangor. Selain itu, JPK Pembasmian kemiskinan berharap agar kerajaan Negeri dapat
menetapkan hala tuju yang lebih jelas mengenai perkara tersebut. Berikut adalah isu-isu yang ingin diketengahkan:
1. Pemberian bantuan berdasarkan jadual PGK yang mengambil kira daerah, strata, bandar atau luar bandar dan bilangan isi rumah pemohon.
2. Pemberian bantuan berdasarkan PGK yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
3. Pengiktirafan ukuran kemiskinan berdasarkan kemiskinan relatif.
Jawatankuasa telah bermesyuarat sebanyak 8 kali dan kami telah memanggil beberapa individu dan juga agensi bagi membantu dalam menyelesaikan atau membincangkan perkara-perkara yang saya bawakan ini yang terdiri daripada Tuan Ganabatirau, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi Kebajikan Masyarakat Pemberdayaan Pekerja, Jabatan Perangkaan (DOSM), Perbendaharaan Negeri Selangor (PWN), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Seksyen Sektoral dan semua Y.B.-Y.B sekalian telah dibekalkan dengan penyata ini dan hasil daripada itu maka satu penemuan jawatankuasa telah kita temui iaitu pertama Jawatankuasa berpendapat kaedah pemberian bantuan berdasarkan jadual nilai PGK berdasarkan nilai ahli isi rumah dan lokasi seperti di Lampiran 4 berupaya untuk membantu kerajaan Negeri dalam membuat pengagihan dengan lebih tepat dan bersasar berbanding kaedah semasa yang menggunakan satu nilai PGK untuk pengagihan bantuan.
Kedua, Jawatankuasa mendapati wujudnya perbezaan dari segi penetapan PGK yang dibuat oleh kerajaan Negeri dan DOSM iaitu dengan angka masing-masing RM2,000.00 dan RM2,365.00. Memandangkan jurang perbezaan yang tidak terlalu besar, Jawatankuasa merasakan kerajaan Negeri perlu mengguna pakai angka yang ditetapkan oleh DOSM kerana ia memberikan gambaran lebih tepat mengenai senario kemiskinan di Negeri Selangor.
Yang ketiga hasil dari kajian dan maklum balas dari agensi atau jabatan, Jawatankuasa mendapati kebanyakan negara maju menekankan konsep kemiskinan relatif sebagai kaedah untuk menetapkan kadar kemiskinan secara keseluruhan berbanding dengan kemiskinan mutlak. Maka dengan itu, Jawatankuasa telah keluarkan satu saranan yang berbentuk:
1. Jawatankuasa mencadangkan untuk jangka masa panjang pelaksanaan PGK harus mengambil kira saiz isi rumah dan lokasi.
2. Sementara menunggu pelaksanaan pemberian bantuan menggunakan nilai PGK berdasarkan saiz isi rumah dan lokasi, Jawatankuasa mencadangkan kerajaan Negeri perlu menetapkan PGK yang lebih tepat berdasarkan data dan
fakta seperti yang telah dikaji oleh pihak DOSM iaitu RM2,365.00 yang mana Jawatankuasa mengambil maklum nilai tersebut adalah berdasarkan kajian awalan DOSM dan ia boleh berubah tertakluk kepada kajian dari masa ke semasa oleh DOSM.
3. Jawatankuasa ingin menggesa agar kerajaan Negeri mengiktiraf dan memberi tumpuan kepada tahap kemiskinan relatif di Negeri Selangor. Jawatankuasa berpendapat mereka yang tergolong dalam kemiskinan relatif juga perlu diberikan perhatian oleh kerajaan tidak semestinya dalam bentuk bantuan tunai, tetapi melalui program pembangunan kapasiti yang mampu meningkatkan keupayaan pendapatan.
Tuan Speaker saya mohon
Dusun Tua.
Tuan Timbalan Speaker, pada hemat saya penyata yang dibentangkan ini sebenarnya mengajak semua untuk melihat kemiskinan itu dari pelbagai perspektif dan daripada pelbagai sudut sebenarnya. Yang menarik tentu sekali saya ingin ulas sikit berkenaan dengan kemiskinan relatif kerana biasanya kita apabila kita melihat kemiskinan itu biasanya kita ukur kemiskinan itu dengan kemampuan untuk menyediakan keperluan asas, itu yang menjadi kayu ukurnya sedangkan kita tahu itu tidak salah, tiada masalah tetapi kaedah ini kalau kita berhenti sekali di situ, ia akan menyebabkan kita menyangka bahawa kemiskinan itu ia sama maksudnya dengan kehidupan yang melarat, kalau dia boleh cukup makan, dia boleh hidup, maka dia dah tidak miskin. Jadi kita mengajak untuk kita melihat lebih jauh daripada situ dengan mencadangkan kita turut mengiktiraf dan melihat juga kemiskinan relatif sebagai satu kayu ukur. Mungkin bagi yang pertama kali mendengarnya kadar kemiskinan relatif sebenarnya diukur berdasarkan pendapatan menengah, keseluruhan pendapatan isi rumah kasar misalnya jika pada tahun 2019 pendapatan isi rumah kasar bagi Negeri Selangor adalah RM8,210.00 jadi kalau kita ambil pendapatan menengah di situ iaitu RM4,105.00 maka had daripada situ ke bawah kita anggap sebagai miskin relatif mungkin, contohnya jika isi rumah itu berpendapatan RM3,000.00 maka itu kita anggap dia sebagai miskin relatif sebab kalau kita pakai PGK yang biasa dengan kiraan kemiskinan mutlak, kemiskinan ini kita akan lihat soalnya adalah dia boleh hidup tak hidup atau dengan izin, survival kalau cukup makan boleh hidup, tak miskinlah tu, kalau dah rasa-rasa tak boleh nak makan, tiada makan, tak cukup hidup ha tu baru miskin. Sedangkan kalau kita ambil kira kemiskinan relatif, saya bagi contoh tadi, jika katakanlah pada 2019 seorang itu berpendapatan RM3,000.00 ia mungkin cukup makan, cukup inshaAllah boleh hidup, inshaAllah boleh hidup, tapi kalau kita mengambil kira suasana dan sebagainya, dengan pendapatan RM3,000.00 itu banyak juga perkara yang ketinggalan bagi isi rumah itu tadi. Cukup makan, memang cukup, tapi dia ada yang ketinggalan, pendidikan, misalnya, dalam kesihatan dan banyak lagi. Jadi ini saya kira perlu juga
kita beri perhatian dan bila kita minta untuk diiktiraf kemiskinan relatif ini, bukan semestinya kita bermaksud kita nak menjadikan had kemiskinan relatif itu sebagai syarat-syarat program kebajikan sebab ini dalam kita punya siasatan, perbincangan dan sebagainya ramai menganggap kita minta tu supaya jadikan itulah had syarat-syarat bagi program kebajikan kita. Bawah RM4,000.00 pun boleh dapat kebajikan, tak semestinya macam tu. Yang kita minta adalah pengiktirafan, kita ambil perhatian, sekurang-kurangnya apabila kita menggubal dasar-dasar kita, program-program kita ia digubal dengan kesedaran tentang bahawa jika seseorang itu berpendapatan di bawah pendapatan menengah isi rumah kasar itu, maka ianya miskin dan miskin ini bermaksud ada banyak kekurangan lagi, banyak cabaran-cabaran. Jadi bila kita buat dasar, kita gubal program dengan kesedaran itu diharap ia dapat membantu dan kita tak semestinya diberi dalam bentuk tunai ini satu lagi masalah apabila kita anggap kita mahu membasmi kemiskinan dia mesti wajib kena bagi tunai, jadi ingat RM3,000.00 kita kena bagi tunai, tidak. Ia juga boleh diberi seperti yang disarankan pembangunan kapasiti untuk meningkatkan keupayaan pendapatan mereka, jadi dengan itu saya menyokong usul ini.
Ahli-ahli Y.B. sekalian, usul ini telah disokong, saya buka usul ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Saya buka kepada pihak kerajaan sekiranya ingin memberi maklum balas.
Tuan Speaker, kita ambil maklum segala yang dinyatakan.
Ahli-ahli Y.B. sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu usul yang berbunyi : Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) – Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pembasmian Kemiskinan JPK, Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor mengenai kategori Miskin dan Pemberian Bantuan Untuk Golongan Miskin Di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 39 Tahun 2021. Ahli-ahli Y.B. yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Y.B. yang tidak bersetuju sila kata TIDAK
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya usul No. 11 Tahun 2021. Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Y.B. Permatang.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Y.B. sekalian. Saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut:
Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pembasmian Kemiskinan JPK Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor mengenai Gerak Kerja Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 40 Tahun 2021.
Penyata ini dibentangkan adalah bertujuan untuk memaklumkan hasrat Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor JPK Pembasmian Kemiskinan berkenaan gerak kerja JPK Pembasmian Kemiskinan untuk bulan dan tahun yang akan datang. Adalah berdasarkan alternatif ukuran kemiskinan iaitu kemiskinan relatif bukan sahaja ukuran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang merupakan matlamat penubuhan JPK Pembasmian Kemiskinan pada tahun 2013. Seandainya ini adalah sidang Dewan yang terakhir bagi kami, kami mengharapkan agar Jawatankuasa yang akan datang mengguna pakai kami punya gerak kerja ini supaya terus diangkat untuk masa-masa akan datang. JPK Pembasmian Kemiskinan telah mengadakan mesyuarat pada 9hb September 2021 Bilangan 2/2021 dan Ahli Jawatankuasa telah bersetuju untuk membentangkan Penyata Khas berkenaan gerak kerja JPK Pembasmian Kemiskinan.
Gerak kerja Jawatankuasa akan lebih meluas mengambil kira isu dan polisi berkaitan penambahbaikan nilai PGK mengambil kira aspek bandar, luar bandar dan bilangan isi rumah juga memastikan bahawasanya mengambil maklum usaha kerajaan Negeri dalam memastikan golongan yang berada di bawah PGK diutamakan dalam usaha meningkatkan pendapatan. Oleh yang demikian, JPK Pembasmian Kemiskinan akan turut sentiasa meneliti dan memantau dari masa ke semasa program-program kerajaan Negeri seperti bantuan Hijrah, Blueprint, Pembasmian Kemiskinan, Job Matching dan sebagainya. Jawatankuasa akan terus melaksanakan tanggungjawab dalam meneliti sebarang polisi kerajaan Negeri yang perlu ditambah baik sama ada dari segi pelaksanaan program-program sedia ada atau dengan mencadangkan sesuatu polisi yang baru.
Jawatankuasa berpendapat kesemua isi rumah di Negeri Selangor hendaklah dibantu dan diberikan perhatian supaya sesebuah isi rumah itu boleh diberi peluang untuk meningkatkan pendapatan ke atas had kemiskinan relatif adalah dengan menjana pendapatan melebihi RM4,105.00 sebulan. Penyaluran bantuan kepada golongan yang berada di bawah kemiskinan relatif tidaklah semestinya berbentuk dalam wang ringgit tetapi bantuan lain yang perlu diberikan juga adalah dari segi mewujudkan peluang-peluang, contohnya pemberian lesen dan ruang perniagaan oleh PBT agar mereka berupaya untuk keluar daripada tahap kemiskinan relatif. Dengan pelaksanaan berdasarkan kemiskinan relatif, kerajaan dapat melihat situasi rakyat dari perspektif yang berbeza dan membuka peluang untuk melihat bagaimana kerajaan dapat membantu sebahagian rakyat yang telah lama tercicir dari menerima manfaat polisi pembasmian kemiskinan ini.
Seterusnya memastikan keselesaan golongan di bawah paras garis kemiskinan terjamin. Jawatankuasa sedar bahawa seseorang rakyat itu memerlukan masa untuk mengembangkan sesebuah pendapatannya dan ada juga yang tidak mampu berbuat demikian walaupun begitu mereka semua masih berhak untuk hidup dalam keadaan yang bermaruah dan serba selesa. Aspek utama untuk seseorang itu hidup dalam keadaan selesa dan bermaruah adalah dengan memiliki sumber makanan, tempat tinggal, mempunyai akses kepada fasiliti kesihatan dan pendidikan serta kehidupan bersosial ataupun hiburan. Jawatankuasa mengambil maklum terhadap usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri dan Jawatankuasa akan terus meneliti dan memantau program-program seperti bantuan JKM, zakat, Skim Peduli Sihat, KISS, Rumah Selangorku, bantuan tambang bas sekolah dan sebagainya. Jawatankuasa akan terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam meneliti sebarang polisi kerajaan Negeri yang perlu ditambah baik sama ada dari segi pelaksanaan program-program sedia ada atau dengan mencadangkan sesuatu polisi yang baharu. Saya mohon mencadangkan.
Tuan Speaker saya menyokong.
Saya persilakan pihak kerajaan.
Tuan Timbalan Speaker, saya sangat tertarik dengan segala keputusan tadi daripada apa tu, mengenai pembasmian kemiskinan khasnya tentang perlunya paras garis kemiskinan perlu dinaikkan. Saya ambil maklum dan kita akan bertindak dengan saranan tadi. Terima kasih.
Penjelasan?
Adakah kerajaan lebih cenderung pada satu garis kemiskinan yang dinaikkan ataupun yang dinamik? Berubah menurut keadaan-keadaan penerima, masyarakat, politik semasa dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Sebenarnya, segala keputusan tentang paras garis kemiskinan ini, perlu juga mengambil kira dua (2) perkara. Satu, berkenaan tentang seperti mana kita ambil kira keadaan keluarga dan kemahuan, keperluan kepada sesuatu keluarga tersebut. Kedua, kemampuan Kerajaan Negeri itu tersendiri. Sebab setiap kali apabila kita menggariskan seperti kad KISS penerima kalau sebelum ini kita gariskan sebanyak RM2,000.00 ke bawah, dan dengan adanya BINGKAS telah digariskan RM2,300.00 ke bawah. Memang kita naikkan, so setiap RM100.00 kenaikan itu akan melibatkan jumlahnya dalam jangkauan ribuan, mungkin akan naikkan dengan peratusan yang begitu mendadak. So, maka segala-galanya perlu diteliti dan perlu dirancang, perlu dikaji secara mendalam-dalamnya. Bagaimanapun
saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Kelang yang sentiasa prihatin.
Terima kasih. Isunya begini saya ucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan. Itu ialah suatu perkara yang baik. Bagi Jawatankuasa ini saya diamanahkan menjadi Pengerusi yang pertama, pada kali pertama ditubuhkan dan kita telah mengadakan perundingan dan perbincangan dengan beberapa agensi terutamanya Lembaga Zakat dan Lembaga Zakat mempunyai garis kemiskinan yang paling fleksibel, yang dinamik dan paling tinggi. At one time dia ada sampai RM2,730.00, sistem ini, boleh dapat zakat. Itu yang kita nak sistem yang begitu dan saya ucapkan syabas kepada Kerajaan yang mempunyai satu sikap yang terbuka.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, sebenarnya saya pun teringin hendak tengok bagaimana Lembaga Zakat boleh buat begitu sebab apa, peruntukan mereka, mereka tidak perlu dedah sangat dengan di sini, seperti Dewan di sini ya. Segala-galanya peruntukan mereka dan juga jumlah penerima mereka terhad. Dan kita bukan begitu. Negeri yang sebagai menjaga hampir 6 juta penduduk, kita perlu bertindak bertanggungjawab dalam pemberian dan juga penerimaan dan perancangan. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu Usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Pembasmian Kemiskinan JPK Pembasmian Kemiskinan Bagi Dewan Negeri Selangor mengenai Gerak Kerja Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan bagi Dewan Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 40 Tahun 2021. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul Nombor 12 Tahun 2021 Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Kampung Tunku.
Dipersilakan Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut Bahawasanya Menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dengan izin, Public Account Committee (PAC) berkaitan Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai
Kertas Mesyuarat Bilangan 41 Tahun 2021. Tuan Timbalan Speaker, Jawatankuasa PAC telah membuat semakan dan penelitian ke atas Laporan Ketua Audit Negara (LKN) Siri 3 Tahun 2018 berkaitan pengurusan aktiviti ataupun kewangan agensi dan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Jabatan yang disepakati untuk disiasat ialah Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. (DEFMSB). DEFMSB merupakan syarikat subsidiari di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor. DEFMSB bertanggungjawab mengurus aset Kerajaan Negeri terutamanya dalam bidang sukan contohnya Kompleks Generasi Muda dan Sukan Negeri Selangor dan Kompleks Sukan Shah Alam Seksyen 13 (KSSA). Lima (5) isu utama yang digariskan ialah isu Pengerusi dan Lembaga Pengarah.
Pertamanya, di mana piagam Lembaga Pengarah tidak disediakan bagi menyatakan peranan dan tanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan syarikat. Kedua, Lembaga Pengarah tidak mewujudkan Kod Tatalaku dan Etika syarikat sejak DEFMSB ditubuhkan. Isu kedua, peranan Setiausaha Syarikat tidak dijalankan dengan berkesan, boleh merujuk kepada muka surat empat (4) dalam Penyata untuk Ahli-ahli Yang Berhormat. Ketiga, kerja menaik taraf dan membaik pulih KSSA. Sehingga 9 Ogos 2019, 10 daripada 11 kontrak naik taraf dan baik pulih selesai dilaksanakan. Sehingga 28 Februari 2020 satu kerja menaik taraf sistem pencegahan kebakaran dan mendapatkan Perakuan Bomba belum dimeterai dengan Kontrak Perjanjian melibatkan kelewatan sebanyak 469 hari. Ini boleh didapati di muka surat lima (5). Seterusnya, akhirnya, semakan ke atas tapak pasar Bazarena kekal dan Bazarena promosi mendapati bahawa DEFMSB mempunyai tunggakan sewaan daripada penyewa tapak pasar sejumlah RM30,000.00 bagi tempoh Jun 2018 hingga Jun 2019.
Hasil daripada sesi Pendengaran Tertutup dengan pihak Pengurusan DEFMSB, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor serta rujukan kepada kemudahan portal AG Dashboard milik Ketua Audit Negara, antara lima (5) penemuan Laporan Ketua Audit Negara, tiga (3) maklum balas adalah di peringkat kelulusan oleh Jabatan Ketua Audit Negara dan dua (2) lagi memerlukan tindakan di peringkat MBI. Jawatankuasa PAC telah memberi lima (5), maaf tujuh (7) Jawatankuasa yang boleh dirujuk oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Penyata. Di sini Kampung Tunku mohon mencadang. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Kota Anggerik menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Usul ini telah pun disokong. Saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Tiada ya? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu Usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Public Account Committee (PAC) berkaitan Darul Ehsan Facilities Management
Sdn. Bhd. yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 41 Tahun 2021. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata TIDAK.
Usul ini dipersetujui.
Usul seterusnya. Usul Nombor 13 Tahun 2021. Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Pelabuhan Kelang.
Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut Bahawasanya Menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan JP PBT bagi Dewan Negeri Selangor berhubung isu penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) selepas penamatan Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (PPSPKTK) di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 42 Tahun 2021.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan telah meneliti isu permasalahan Kilang Tanpa Kebenaran ini sejak tahun 2019 lagi dan banyak kejadian-kejadian Kilang-kilang Tanpa Kebenaran yang beroperasi tanpa izin ini telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan juga pencemaran sungai dan oleh itu pihak JP PBT telah mengadakan mesyuarat dan mengadakan juga pendengaran dan telah memanggil pihak-pihak yang berkepentingan, agensi-agensi Kerajaan bagi membantu mengenal pasti dan menyelesaikan isu tindakan penguatkuasaan Kilang-kilang Tanpa Kebenaran ini. Antara agensi Kerajaan yang telah dipanggil untuk sesi Tertutup Pendengaran Jawatankuasa ialah pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT) dan juga Pejabat Tanah dan Galian Selangor termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad iaitu TNB. Dan Jawatankuasa juga telah membincangkan isu penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran ini terutama sekali tindakan penguatkuasaan terhadap Kilang-kilang Tanpa Kebenaran selepas Program Pematuhan Syarat yang dijangka berakhir pada 31 Disember 2020 ini. Dan banyak saranan dan cadangan dan pandangan yang telah diberikan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Selangor, oleh pihak Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi dan juga Tenaga Nasional Berhad. Dan hasil penemuan Jawatankuasa daripada Sesi Pendengaran yang telah dijalankan, yang pertama sekali dengan pihak TNB ataupun Tenaga Nasional Berhad. Jawatankuasa mendapati bahawa pihak PBT, Pihak Berkuasa Tempatan sebenarnya boleh membuat permohonan terus kepada pihak TNB secara bertulis untuk memotong bekalan elektrik mana-mana kilang ataupun bangunan yang melanggar undang-undang.
Namun demikian,
Jawatankuasa mendapati kebanyakan PBT kurang pasti dan jarang menggunakan kaedah ini bagi mengawal operasi Kilang Tanpa Kebenaran. Tindakan pemotongan bekalan elektrik untuk Kilang Haram ini boleh dilihat di dalam Akta Bekalan Elektrik 1990 Pindaan Seksyen 25 Perkara 17 iaitu Seksyen 25 dengan memasukkan selepas perenggan dua (2), perenggan yang berikut iaitu Premis ini, iaitu suatu premis komersial ataupun perindustrian terletak di atas tanah tanpa kebenaran, mendapat keizinan pemilik tanah. Kedua, tidak diluluskan menurut ataupun melanggar Peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Akta 171 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 Akta 172 atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang yang tertulis. Bermakna pihak PBT boleh membuat permohonan terus kepada pihak TNB untuk memotong mana-mana Kilang Haram yang tidak mempunyai Kebenaran Merancang, yang tidak mempunyai lesen. Dan selepas itu, pihak TNB akan menyiasat apa yang diadukan oleh pihak PBT dan pihak PBT akan mengambil tindakan terhadap kilang tersebut dengan memotong bekalan elektrik.
Jawatankuasa juga berpandangan terdapat keperluan bagi pihak PTGS dan SPBT untuk merangka satu garis panduan seragam yang komprehensif dan jelas mengenai tindakan yang perlu diambil dalam isu menguatkuasakan Kilang Tanpa Kebenaran. Garis panduan ini juga perlu mengambil kira semua aspek perundangan supaya tiada loop hole, yang membolehkan Kerajaan Negeri atau Jabatan berkaitan di saman oleh pihak kilang pemilik tanah. Setiap proses kerja di dalam Garis panduan tersebut perlu disemak dan disahkan oleh Kamar Penasihat Undang-undang. Selaras dengan cadangan tersebut, Jawatankuasa pada mesyuarat bertarikh 31 Disember 2020 PTGS dan SPBT telah menyediakan draf Garis panduan tindakan penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor dan telah disemak oleh Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor pada bulan Ogos 2021 yang seterusnya dibawa ke Mesyuarat MMKN untuk diluluskan. Seperti yang Tuan-tuan tengok, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, boleh dilihat Garis panduan yang telah disediakan. Dan Jawatankuasa yakin yang Garis panduan ini boleh dilaksanakan dan Jawatankuasa juga berpandangan bahawa ia juga memerlukan semakan dan penelitian yang lebih mendalam dari semasa ke semasa agar ia lebih menggambarkan situasi dan permasalahan terkini bagi isu Kilang Tanpa Kebenaran ini.
Yang kedua, Jawatankuasa juga berpandangan bahawa bagi kawasan di mana pewujudan bangunan industri adalah lebih dari rumah kediaman. Kaedah rezoning adalah lebih sesuai untuk dilaksanakan. Ini juga dapat mengatasi masalah bayaran premium tanah yang tinggi. Jawatankuasa juga mendapati Kerajaan Negeri pada masa ini lebih tertumpu pada tindakan reaktif iaitu mengambil tindakan selepas sesuatu bangunan Kilang Tanpa Kebenaran telah didirikan dan kita lihat kurangnya usaha diambil bagi memastikan tiada pembinaan Kilang Haram di peringkat awal. Bermaknanya, baru pacak tanah itu sepatutnya tindakan diambil, bukannya bangunan dah siap, elektrik dah masuk, air dah masuk baru nak ambil tindakan. Jadi, itu mungkin mengambil proses yang panjang dan sepatutnya pihak PBT memastikan tiada pembangunan-pembangunan yang dibuat tanpa ada Kebenaran Merancang. Jadi,
saranan pihak Jawatankuasa untuk, supaya pihak Kerajaan Negeri menerima draf Garis panduan tindakan penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Negeri Selangor ini untuk diluluskan supaya ia dapat dijadikan panduan utama dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dengan berlandaskan segala aspek perundangan yang sedia ada. Dan, cuma pihak Jawatankuasa juga bercadang untuk ada penambahbaikan dalam draf SOP tersebut seperti:-
(i) Memang sudah ada proses flow ataupun atur kerja setiap jabatan-jabatan untuk mengambil tindakan. Cuma perlu ada penetapan garis masa bagi setiap proses kerja penguatkuasaan di dalam draf garis panduan tersebut sebagai panduan dan KPI kepada pegawai untuk memastikan kelancaran pelaksanaan proses kerja dan bagi setiap pelanjutan masa perlulah dikemukakan justifikasinya.
(ii) Kerajaan Negeri juga perlu mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Tindakan Penguatkuasaan, KTK di setiap daerah yang bermesyuarat setiap dua (2) bulan bagi memastikan gerak kerja penguatkuasaan terhadap setiap kilang tanpa kebenaran berjalan seperti yang dirancang. Bancian KTK juga perlu di buat secara berkala oleh Jawatankuasa ini. Kita tidak mahu lagi mendengar sebelum 2008, KTK banyak ni, selepas 2008, banyak lagi. Nanti tahun depan tiba-tiba ada tambah lagi kan. Sedangkan sepatutnya kita perlu ada had masa bila kilang-kilang ataupun premis tanpa kebenaran ini dan selepas itu kita tidak boleh lagi ianya dikira sebagai KTK. Sebab itu adalah yang dibina selepas tarikh yang telah ditetapkan. Jawatankuasa juga turut menyarankan agar garis panduan tindakan penguatkuasaan tersebut di buat penambahbaikan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi dan perkembangan tindakan penguatkuasaan semasa dan operasi penguatkuasaan juga perlu ditumpukan dahulu di dalam kawasan-kawasan yang sering mengalami pencemaran.
Kita semua sedia maklum penguat kuasa kita tidak ramai tetapi tumpuan perlulah dibuat terhadap kawasan ataupun kilang-kilang yang mencemarkan alam sekitar dan JP-PBT juga menyarankan agar penguatkuasaan terhadap KTK yang menyebabkan pencemaran ini dilaksanakan turut mengambil kira pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang telah kita luluskan pada 9 November 2020 oleh Dewan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri perlu bertindak proaktif dalam menangani masalah KTK dan dalam hal ini Jawatankuasa menggesa supaya semua PBT dan PDT berkolaborasi bersama agensi Angkasa Malaysia untuk memanfaatkan teknologi satellite bagi membuat bancian KTK serta pemantauan pembinaan bangunan ataupun kilang haram yang baru seperti mana yang pernah disarankan oleh Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah, JP-
PADAT pada Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ke Empat Belas Tahun 2020.
Berikut adalah saranan Penyata yang pernah dibentangkan oleh JP-PADAT. JP-PADAT juga menyarankan Pejabat Daerah dan Tanah, Agensi Jabatan, Anak Syarikat Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan agar mengadakan perjumpaan dengan pihak MYSA supaya teknologi yang dimiliki oleh MYSA dapat membantu dan meringankan kerja-kerja dalam hal tadbir urus operasi terutamanya bantuan bencana dan kecemasan pemantauan dan penguatkuasaan.
Dan Jawatankuasa juga mencadangkan supaya kawasan-kawasan di mana bangunan industri adalah lebih baik daripada bangunan kediaman kaedah rezoning dilaksanakan bagi menangani masalah kewujudan kilang tanpa kebenaran. Jawatankuasa juga turut menggesa agar PBT membuat pemakluman secara rasmi kepada pihak Tenaga Nasional Berhad sekiranya terdapat mana-mana kilang yang beroperasi tanpa kebenaran menurut Seksyen 25(a) Akta Bekalan Elektrik 1990 Pindaan 2015 agar pihak TNB dapat mengambil tindakan awal dengan mengeluarkan notis penamatan kontrak dan pemotongan bekalan elektrik terhadap kilang tanpa kebenaran seperti mana yang dibentangkan oleh pihak TNB.
Jadi oleh itu, saya mencadangkan supaya Penyata ini diterima.
Tuan Speaker, Kota Damansara menyokong.
Baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat Usul ini telah pun disokong. Saya buka Usul ini untuk dibahaskan. Ya silakan Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mengambil bahagian menyokong Usul ini kerana daripada penemuan dan Jawatankuasa itu jelas. Ini perkara yang saya nampak sangat penting namun kita tidak sedar. Jawatankuasa juga mendapati Kerajaan Negeri pada masa ini terlebih tumpu kepada tindakan reaktif atau iaitu mengambil tindakan selepas sesuatu bangunan kilang tanpa kebenaran telah didirikan. Masalah dah berlaku baru diambil tindakan. Perkara ini begini, isunya kadang-kadang produk yang dihasilkan itu adalah bertaraf dunia. Kualitinya bertaraf dunia. Dia satisfied contohnya dia ada ISO 9000, ISO 14000 dan ISO 20000 iaitu tentang kualiti yang 10000, 14000 tentang IT Management yang 2000 tentang apa ni kita panggil dia punya management system berkaitan dengan environment. Semuanya baik. Dia antara produk yang terkenal ni dari Malaysia yang di invent lebih advance daripada China adalah satu syarikat yang mengeluarkan bunga api yang dimainkan di Amerika, di Eropah, di France yang cantik-cantik tu dan satu-
satu pembelian tu kontraknya sampai ratus-ratus juta. Jadi ini yang berlaku dan kadang-kadang kita, oleh kompeni itu dia punya suasana tak baik keadaannya tak selamat dan dia pandai berPR dan dia bawa Menteri-menteri, Dato’-Dato untuk pergi jumpa dengan Syarikat-syarikat di Amerika, di Eropah dan sebagainya dan impression dia, tanggapan orang sana menganggap ini sebagai kerajaan punya syarikat. Jadi dia orang suka. Jadi apabila itu berlaku kita khuatir suatu hari nanti bila ada konflik yang besar akan berlaku pertikaian di antara negara G2G. Sedangkan business ini bukan G2G, bukan Government to Government tapi adalah Private Company impressing the other European Partners and Consumers dengan izin sebagai orang yang ingin pada suatu kualiti yang baik kerana produk dia tu is satisfied internationally. Jadi dengan itu saya ingin menarik perhatian bahawa perkara begini hendaklah kita mengambil perhatian yang lebih mantap agar Kerajaan Negeri tidak terikat dengan Legal Label Suit Later On kemudian kalau ada timbul. Dengan itu saya menyokong agar Usul ini diterima. Terima kasih
Baik. Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Ada sedikit pandangan saya berkaitan dengan Penyata ataupun Usul yang dibawa oleh Jawatankuasa JPPBT ini. Saya melihat pendekatan mencegah lebih baik daripada merawat, saya ingat boleh diambil kerana saya lihat sudah tentunya lah bila kilang tanpa kebenaran ni pada peringkat awalnya dibangunkan kemudian saya ingat untuk operasi sudah tentu utiliti utama yang diperlukan adalah air dan api dan saya ingat daripada peringkat awal lagi kalau kita ada satu kaedah yang mana PBT harus mendapat kebenaran daripada PBT sebelum mereka memberikan sama ada perkhidmatan berdasarkan permohonan itu sementara ataupun kekal begitu juga dengan utiliti air sudah tentu kita dapat halang daripada peringkat awal lagi.
Yang keduanya, saya melihat adalah bagaimana seperti mana yang kita sebut sebelum ini harus bertindak secara integrated, bersepadu. Bermakna mungkin kalau PBT ya pergi membuat apa ni pemeriksaan akan bersama-sama Pihak Berkuasa Polis ya. TNB dan juga jabatan atau AIR Selangor. Secara bersepadu sekurang-kurangnya ini dan kita boleh ambil tindakan seterusnya secara langsung. Bukan bermakna nak perlu PBT nak tulis surat lagi walaupun itu menjadi salah satu prosedurnya tetapi kalau boleh dibuat dengan keadaan yang bersepadu begini ya tindakannya boleh dilakukan dengan cepat dan dengan lebih baik lagi. Terima kasih.
Baik. Saya minta pihak Kerajaan kalau nak respons. Baik. Silakan.
Terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan yang telah membentangkan satu Penyata. Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti saranan-saranan dalam Penyata ini dan kita ambil maklum dan saya ingin menjawab sedikit apa yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat Sijangkang tadi. Dah banyak kali saya jelaskan di Dewan ini bahawa ada bezanya kilang haram dan kilang tanpa kebenaran dan kilang haram itulah kaedah operasi bersepadu bersama semua agensi termasuk TNB, AIR Selangor dan agensi lain. Kita potong bekalan. Potong bekalan elektrik, potong bekalan air dan itu adalah tindakan penguatkuasaan terhadap kilang haram. Dan bagi kilang tanpa kebenaran itu dia ada sebabnya kenapa dia tanpa kebenaran ada kemungkinan masalah tanah, dia belum tukar syarat tanah dan ada kemungkinan seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang tadi. Dia ada kemungkinan permohonan KM belum lulus lagi ataupun pelan bangunan. Jadi itu kita perlu guna kaedah yang berbeza. Dan saranan-saranan dalam Penyata ini kita akan teliti dan terima kasih kepada Jawatankuasa ini.
Baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi:
“Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Isu Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Selepas Penamatan program pematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (PPSPKTK) Di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai kertas mesyuarat Bilangan 42 Tahun 2021.”
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini Dipersetujui.
Usul seterusnya Usul No. 14 Tahun 2021, Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Sungai Ramal.
Silakan.
Bismilahhirahmanirrahim.
Tuan Speaker dan Ahli Dewan Yang Berhormat Sekalian. Saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut:
“Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun Dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Status Pembinaan Projek Taman Putera Perdana Oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 43 Tahun 2021.”
Tuan Speaker, apa yang ada di hadapan kita ini adalah laporan berkenaan Projek Pembangunan Taman Putera Perdana yang terletak dalam Mukim Dengkil, Daerah Sepang, berkeluasan kira-kira 600 ekar terdiri daripada 6 plot tanah yang dimiliki oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad dan tanah ini telah melakukan usaha sama pembinaan bersama dengan Syarikat Kenshine Corporation Sdn. Bhd. dan walaupun tanah ini telah dibangunkan selama tempoh lebih 15 tahun tetapi permasalahannya adalah sehingga hari ini geran hak milik individu ataupun strata itu atas tanah ini masih lagi belum dikeluarkan. Tanah ini dibangunkan dan berskala besar dengan kira-kira 10,000 unit. Hartanah terbina di atas tanah ini yang terdiri daripada rumah teres, rumah bertingkat, kedai lot, lot kedai, lot industri dan lot komersial dan kemudahan-kemudahan awam seperti sekolah, dewan orang ramai, masjid, tadika dan sebagainya. Ada dua (2) perkara berbangkit di sini iaitu, yang pertamanya adalah Premium tanah sehingga hari ini masih belum dibayar dan juga menyebabkan kepada kegagalan untuk mengeluarkan hak milik individu tersebut. Sementelahan pula itu Syarikat usaha sama yang kerjasama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad iaitu Syarikat Kenshine Corporation Sdn. Bhd. pula telah mendapat perintah penggulungan oleh Mahkamah pada 8 hari bulan September 2016. Kemudiannya Mahkamah telah melantik Syarikat Ler Lum Advisory Services Sdn. Bhd. sebagai pelikuidasi untuk menyambung jalankan tugas, tanggungjawab yang gagal dilaksanakan oleh Syarikat Kenshine Corporation Sdn. Bhd. Para penduduk dalam kawasan tersebut juga pada masa yang sama telah menubuhkan Persatuan Penduduk dan Persatuan Penduduk telah mengadakan perbincangan dengan pelikuidasi ini namun telah mencapai kegagalan dan sehingga hari ini menyebabkan tidak dapat di buat kerja-kerja untuk pengeluaran hak milik ke atas tanah-tanah ini. Dan seterusnya pihak Jawatankuasa telah memanggil ke semua pihak-pihak yang berkenaan untuk di adakan satu pendengaran dan kemudiannya kita telah menemui beberapa penemuan daripada pendengaran tersebut.
Pertamanya, pihak JP-ABAS mendapati bahawa pihak Permodalan Negeri Selangor Berhad tidak serius dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyelesaikan isu ini atas beberapa pandangan seperti berikut:-
(i) Pihak PNSB telah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju dan pelikuidasi untuk cuba menyelesaikan masalah ini tanpa pihak PNSB membuat apa-apa tindakan bermakna untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut.
(ii) Pihak PNSB juga gagal memantau kerja-kerja pemaju dan pelikuidasi untuk mengeluarkan hak milik individu atau strata atas tanah ini dalam projek ini. Seterusnya
(iii) Pihak PNSB juga gagal memantau perkembangan pemajuan projek ini sehingga mereka tidak sedar bahawa terdapat satu lagi syarikat iaitu Taman Leisure Development Sdn. Bhd. yang telah memeterai perjanjian
dengan Kenshine Corporation Sdn. Bhd. untuk mengambil alih Projek Taman Putra Perdana ini dan PNSB hanya mengetahui kewujudan syarikat ini apabila mereka di panggil dalam satu Mesyuarat pada 1 Disember 2020.
Ini adalah satu kelewatan yang tersangat lewat kerana kalau diketahui lebih awal pihak PNSB boleh bekerjasama dengan syarikat ini untuk cuba menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perkara ini. Pihak JP-ABAS juga mendapati bahawa pihak PNSB tiada sebarang cadangan atau inisiatif konkrit di pihaknya untuk menyelesaikan masalah hak milik ini dan sebaliknya hanya menunggu sahaja tindakan di pihak kontraktor. Ini menunjukkan sikap tidak prihatin PNSB terhadap kebajikan dan hak para pembeli rumah yang dibina hasil usaha sama PNSB sendiri. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan ini maka pihak JP-ABAS mengemukakan saranan-saranan seperti berikut :-
1. JP-ABAS berpendapat Kerajaan Negeri perlu memandang serius isu kegagalan pengurusan hak milik strata bagi Projek Perumahan Taman Putra Perdana yang lama tergendala dan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin. JP-ABAS menyarankan satu tempoh tertentu ditetapkan bagi menyelesaikan masalah ini.
2. JP-ABAS juga menyarankan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan yang merangkumi juga di dalamnya Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, pihak PNSB, pihak (LPHS) Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, JPPH Sepang, Majlis Perbandaran Sepang, Persatuan Penduduk Putra Perdana dan jabatan lain yang berkaitan bagi menyelesaikan semua isu pengeluaran hak milik individu atau strata yang tidak dapat diselesaikan supaya masalah ini dapat ditangani dengan segera dan lebih efektif.
3. JP-ABAS menyarankan agar satu laporan khas cadangan penyelesaian disediakan jawatankuasa khas tersebut dengan segera dan dibentangkan JP-ABAS dan Kerajaan Negeri.
4. JP-ABAS menyarankan jawatankuasa khas tersebut juga diberikan tanggungjawab untuk meneliti , menyiasat dan menyelesaikan semua milikan di bawah agensi badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri yang mempunyai masalah yang sama atau pun projek terbengkalai atau sakit atau bermasalah. Satu tempoh yang munasabah perlu ditetapkan bagi penyelesaian masalah yang timbul supaya tidak berlanjutan dan KPI penyelesaian dapat diwujudkan bagi setiap kes.
Kami hendak mencapai keputusan ini kerana didapati semasa tempoh pendengaran bahawa bukan ini sahaja tetapi ada lagi beberapa projek yang terbengkalai yang diusahakan oleh PNSB. Dan yang terakhir sekali JP-ABAS menyarankan agar Ahli Lembaga Pengarah PNSB serta semua agensi, badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain menetapkan KPI bagi tempoh penyelesaian setiap masalah berbangkit supaya ia tidak tertangguh seperti yang berlaku dalam kes Taman Putra Perdana. Ahli Lembaga Pengarah PNSB serta semua agensi badan berkanun dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang lain juga hendaklah berani untuk membuat penstrukturan semula pengurusan dengan melantik pegawai baru yang berkelayakan serta kompeten dan komited untuk menyelesaikan masalah ini. Sekiranya pegawai yang ditugaskan gagal mencapai KPI yang ditetapkan. Sekian laporan yang dibentangkan ini, harap dapat diterima oleh Dewan yang mulia ini, terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan.
Yang Berhormat Speaker.
Silakan Dengkil.
Ini memang adalah isu yang saya tunggu-tunggu selama ini memandangkan isu MOT Perdana ini adalah isu yang sangat lama dan harus diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Saya mengucapkan terima kasih kepada JP-ABAS dan Yang Berhormat EXCO Y.B Borhan yang akhirnya membawa isu MOT Perdana ini di dalam Penyata Jawatankuasa Sidang DUN kali ini. Kronologi tentang MOT Perdana ini seperti yang pada 7hb Yang Amat Berhormat Sungai Tua ada menjawab soalan mulut daripada Dengkil mengenai MOT Putera Perdana. Dia berbeza yang mana Yang Amat Berhormat membentangkan, itu adalah daripada Syarikat Continental Cekap Mesra dan dia ada dua owner tanah di dalam Putera Perdana ini yang membabitkan hampir 1,000 ekar dan kedua owner tanah adalah PNSB, pertama Cekap Mesra. Cekap Mesra ini di bahagi kepada beberapa plot. Plot A sampai Plot F dan di bawah PNSB dia ada Plot G hingga Plot L dan apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar nyatakan itu adalah Continental dan apa yang dibentangkan oleh JP ABBAS adalah PNSB dan PNSB ini kalau dilihat banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan, mengambil masa bertahun-tahun dan ini berbeza dengan isu perumahan yang terbengkalai, perumahan yang saya rasa ini isu yang membabitkan hampir 21 tahun. 21 tahun lama, saya agaknya pun masih kecil 95 dan kita faham ketika itu kerajaan dia adalah Kerajaan UMNO ketika itu yang tidak membayar premium dan rumah di Putera Perdana ini di bawah PNSB ini sekarang saya kiranya semuanya sudah hampir, semua sudah di bayar loan bank, sudah habis bayar loan rumah tetapi hak milik tidak ada dan kalau Yang Berhormat Tuan Speaker
semua ingin lebih sedikit penjelasan tentang apa yang ada permasalahan di dalam plot tanah PNSB itu, ia membabitkan 10,000 unit rumah dan ada sekolah rendah kebangsaan dua, ada sekolah menengah
Tuan Speaker.
Ya, silakan.
Tuan Speaker, ini adalah satu penyata, semua fakta-fakta telah pun disiasat dan dibentangkan, jadi tidak perlulah Yang Berhormat Dengkil mengulang apa yang ada di sini kerana ia adalah laporan, fakta sudah ada, penemuan sudah ada, jadi sekarang ini kalau ada cadangan untuk penyelesaian kita alu-alukan tetapi kalau nak ulang, saya rasa tidak perlu membuang masa kita.
Saya minta Dengkil ringkaskan.
Saya tidak ulang apa yang ada di dalam itu cuma saya tambah sikit saja Yang Berhormat Bandar Baru Klang.
Pendekkan ya, saya bagi can sikit, pendekkan.
Di dalam tanah PNSB itu ada sekolah menengah yang berkapasiti 3,300 dan ada sekolah rendah dua, ada surau dan ada tapak klinik, ada tapak klinik kesihatan dan tangki air termasuk juga dengan kemudahan-kemudahan lain yang tidak dapat dibangunkan. Bagi memendekkan persoalan daripada Yang Berhormat Bandar Baru Klang, persoalan saya kepada JP-ABAS melalui penyata ini. Kenapa Plot G dan H Majlis Perbandaran bagi approval untuk pengeluaran strata title tanpa mengambil kira plot yang lain terlebih dahulu dibangunkan. Kedua pembangunan yang baru diluluskan tanpa memikir isu-isu yang lama. Di pembangunan berhampiran yang belum diselesaikan. Ketiga, kenapa JPPH mengambil masa begitu lama dalam mendapatkan penilaian bagi plot-plot ini. Dan adalah tidak adil sekiranya untuk mengambil kira nilaian semasa dalam menentukan premium bagi Taman Putra Perdana yang mana pembangunannya telah disempurnakan pada tahun 1999 dan 2000, yang menjadi persoalan kepada masyarakat di situ, adakah mereka perlu membayar premium mengikut penilaian semasa dan saya harap Kerajaan Negeri memandang serius dan cadangan daripada JP-ABAS tadi amat saya hargai dan kalau boleh saya minta PNSB memberi tempoh yang tetap berapa lama penyelesaian bagi strata title ini kerana rakyat sudah bosan, sudah resah mengenai situasi yang tidak selesai sehingga hari ini. Dan saya harap..
Yang Berhormat Dengkil minta laluan. Minta laluan Dengkil.
Silakan.
Di dalam Laporan JP-ABAS, yang telah kita bincangkan telah menetap dan menyarankan supaya satu jawatankuasa khas diwujudkan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan yang terdiri daripada semua agensi kerajaan yang terlibat. Jadi saya rasa itu adalah saranan yang paling tepat sekali kerana isu ini tidak boleh diambil secara lewa kerana ia melibatkan masa yang yang terlalu panjang selama 20 tahun. Kita tengok PNSB macam lepas tangan, balik-balik kepada syarikat yang sudah kena dan sebagainya. Balik-balik ke situ dan akhirnya tidak ada penyelesaian. Kita harus fokus kepada 10,000 pada penghuni yang berada di dalam taman ini. Dan ini bukannya perkara yang kita harus ambil dan pandang enteng. Ia perlu mengambil satu tindakan yang tepat dan jitu. Jadi apa yang disarankan oleh jawatankuasa ini, saya harap kerajaan mengambil perhatian yang serius, kalau kita tidak serius, maka kita sampai bila pun tidak akan selesai akan hal ini walaupun penggal ke-15 menjelang tiba. Itu sahajalah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuang dan saya ringkaskan. Saya mohon agar perhatian yang lebih agresif dan holistik daripada Kerajaan Negeri, PNSB agar isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Saya membawa hasrat hampir 90,000 penduduk Taman Putra Perdana bagi menyelesaikan masalah ini dan saya harap perkara ini dapat diselesaikan dalam jangka masa yang segera demi kepentingan rakyat. Sekian, terima kasih.
Baik, saya minta Yang Amat Berhormat membawa Usul kejap sikit.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa Usul yang berbunyi Bahawasanya Dewan Yang Bersidang Pada Hari Ini Mengikut Peraturan 11 Dalam Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Hendaklah Menyambung Persidangan Sehingga Selesai Semua Urusan Dewan. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya kemukakan untuk mendapatkan persetujuan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bersetuju sila kata Tidak. Usul ini dipersetujui. Silakan pihak Kerajaan untuk hendak respond sikit.
Terima kasih Tuan Speaker, saya sedikitlah daripada apa yang saya ingin sebut inilah satu contoh bagai mana satu pemajuan itu cacamarba, saya sebut dalam dewan ini. Ia berlaku terlebih lama, tahun 2000 dulu tetapi apa yang boleh saya sebutkan semasa saya mempengerusikan satu
mesyuarat di bulan Disember tahun lepas, saya dapati memang banyak perkara yang tidak berlaku dalam keadaan teratur dan yang paling mengejutkan bila mana PNSB sendiri tidak mempunyai pengetahuan perwujudan pemaju baru. Kita minta ia disiasat tetapi isu pokoknya ialah isu strata title. Ada pemaju di sini yang telah dibuat rumahnya tetapi mereka tidak dapat title tanah, ada yang belum pun ada jadi Insya Allah saya mengambil maklum perkara yang telah dinyatakan oleh penyata ini dan sebagaimana yang disarankan Insya Allah saya akan wujudkan satu jawatankuasa khas untuk mengetuai perkara ini. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi Bahawanya Menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Badan Berkanun Dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri JP-ABAS Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Status Pembinaan Projek Taman Putera Perdana Oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 43 Tahun 2021. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini dipersetujui.
Usul No.15 Tahun 2021 Usul Pelantikan Dua Orang Ahli Dewan Negara Bagi Negeri SelangorMotion
Aturan Urusan Mesyuarat yang seterusnya Usul No.15 Tahun 2021 Usul Pelantikan Dua Orang Ahli Dewan Negara Bagi Negeri Selangor.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah menerima permohonan untuk menarik balik Usul Pelantikan Dua Orang Ahli Dewan Negara Bagi Negeri Selangor di bawah Peraturan Tetap 29 (1) Peraturan - PeraturanTetap Bagi Dewan Negeri Selangor daripada pencadang Yang Berhormat Seri Kembangan dan Yang Berhormat Seri Setia. Maka dengan itu saya meluluskan. Silakan.
Usul Menangguhkan DewanMotion
Aturan seterusnya Usul Menangguhkan Dewan.
Silakan.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah, marilah kita rakam rasa syukur kita telah selesai bersidang untuk sesi Belanjawan Negeri Selangor dan kita telah membahaskan perincian Belanjawan, Fasal demi Fasal jadual demi Fasal, data demi data yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan Negeri. Inilah tanggungjawab besar yang harus kita laksanakan dalam proses pemulihan negeri dan negara. Selepas pandemik COVID-19 melanda kita dan memberikan pengajaran yang besar kepada kita semua. Bagi pihak Kerajaan Negeri kita sentiasa belajar daripada pengalaman yang lalu dan tidak mahu mengulangi kesilapan-kesilapan yang dilakukan di samping meneroka perkara-
perkara baru untuk keutamaan dan kesejahteraan rakyat. Jika dilihat bagaimana usaha kerajaan Negeri di samping kita memperkemas tindakan ekonomi kita tidak melupakan agar aspek pemantauan-pemantauan terhadap projek yang diumumkan dan ingin dilaksanakan itu turut dilaksanakan dan kita akan turut melantik dan mengetengahkan pasukan yang di depan dan supaya aspek-aspek pelaksanaan serta pencapaian projek-projek yang diumumkan itu dapat dilaksanakan dengan baik.
Yang kedua, kita juga ingin memastikan segala aspek perolehan dan ketelusan serta integriti dapat dipertahankan kerana pada ketika ini aspek itu sudah menjadi keutamaan kepada rakyat dan rakyat di Negeri Selangor begitu prihatin terhadap isu-isu yang dibangkitkan tentang soal ketirisan mahupun sebarang kemungkinan risiko-risiko penyelewengan berlaku daripada pengumuman-pengumuman dilaksanakan. Sebagaimana yang selalu saya kemukakan, kerajaan mempunyai tanggungjawab besar pada ketika ini untuk mengembalikan maruah, keyakinan, kebolehan serta kemampuan ekonomi serta kehidupan rakyat dan inilah kita telah sedikit sebanyak bentangkan dalam sidang Dewan pada kali ini dengan perancangan Belanjawan kita di samping beberapa isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dan juga kerajaan bagaimana kita ingin mencapai titik keseimbangan di antara pembangunan, kerancakan serta usaha kemajuan dan aspek-aspek lain seperti kelestarian alam sekitar dan juga aspek kehidupan rakyat dan juga aspek kemaslahatan hidup rakyat seluruhnya.
Akhir sekali, saya ucap terima kasih khususnya kepada pasukan Perbendaharaan Negeri dan juga pejabat-pejabat utama dan agensi dan juga Exco Kerajaan Negeri yang telah berjaya mengemukakan satu Belanjawan yang kukuh dan ampuh dan sekarang adalah masanya untuk kita melaksanakan secara menunaikan segala janji dan segala apa yang tertera dalam Belanjawan ini. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih kepada seluruh ahli Dewan juga yang telah mengemukakan pandangan-pandangan sepanjang persidangan ini dan setiap butir pandangan itu akan terakam di dalam hansard, setiap butir perkataan saudara-saudara juga akan dirakam oleh sejarah dan itulah sumbangan yang saudara fikirkan yang telah kita mampu sampaikan untuk kemajuan dan kemakmuran negeri dan negara kita. Justeru, Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan hingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Y.B. sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan ini, saya mengambil peluang dan kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Y.B., Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan di atas kerjasama yang diberikan bagi melicinkan perjalanan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, Urus Setia, Pelapor-pelapor dan semua petugas-petugas yang terlibat secara
langsung mahupun secara tidak langsung di atas komitmen dan kesungguhan semua dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar. Kepada semua Y.B., sila semak penyata yang telah dan akan diedarkan berkaitan dengan ucapan Y.B. dan kembalikan semula ke pentadbiran Dewan sekiranya terdapat sebarang pembetulan agar penyata rasmi ini dapat disediakan dan diedarkan segera kepada Y.B. sekalian. Dengan ini, saya menangguhkan persidangan hari ini hingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Dewan ditangguhkan.
( DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.45 PETANG )