Selangor · 8 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 364 turns · 36,782 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Keempat Belas pada 8 Disember 2021 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B..T dan salam sejahtera. Saya persilakan Subang Jaya.
Tuan Timbalan Speaker. Peraturan Tetap 24(2), saya mengambil soalan Subang Jaya.
Saya benarkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 144. Real-Time Load River Pollutant Load Analysis System (r+plas)Questions
144. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah penemuan (termasuk bandingan kos) dan keputusan LUAS untuk pengunaan Real-Time Load River Pollutant Load Analysis System (R+PLAS) bagi mengawal masalah pencemaran sungai?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Satu taklimat telah diaturkan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 4 Oktober 2021 dengan menjemput ASMA Sdn Bhd untuk membentangkan penggunaan Real-Time Load River Pollutant Load Analysis System iaitu (R+PLAS) dalam pemantauan kualiti air sungai.
Antara penemuan hasil taklimat tersebut adalah R+PLAS ini mengguna pakai pendekatan beban bahan pencemaran, atau terma yang sering diguna pakai adalah Jumlah Beban Harian Maksima (Total Maximum Daily Load, TMDL).
Bagi menyokong R+PLAS ini, pembangunan stesen-stesen pemantauan yang dilengkapi dengan instrumen pengukuran kualiti dan kuantiti air secara real time adalah diperlukan di lokasi-lokasi yang bersesuaian dengan satu-satu lembangan sungai.
Maka, satu semakan terperinci perlu dilaksanakan untuk melihat keperluan-keperluan infrastruktur dan juga pembangunan sistem termasuk kos-kos yang terlibat untuk penggunaan R+PLAS ini di kawasan kritikal yang dikenal pasti.
Daripada aspek kebolehlaksanaannya dalam membantu mengatasi masalah pencemaran sungai, penggunaan R+PLAS ini adalah sama seperti sistem-sistem pemantauan kualiti air secara real time yang lain, di mana sistem ini dapat memberikan status kualiti air sungai semasa, namun masih memerlukan siasatan tapak untuk mengenal pasti punca pencemaran yang signifikan pada setiap kali pelanggaran kualiti sesuatu parameter yang ditetapkan.
Sekian.
Soalan berikutnya. Kota Damansara.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan Kota Damansara, 145.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 145. Penyelengaraan/pembaikan Perumahan StrataQuestions
145. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah dasar kerajaan negeri (jika ada) untuk membantu penyelengaraan rumah tersebut ?
b)
Adakah sebarang rancangan untuk membantu perumahan yang ada masalah kewangan atas sebab kutipan sewa?
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Kota Damansara bertanya tentang dasar Kerajaan untuk membantu penyelenggaraan rumah-rumah strata.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini belum ada dasar khusus untuk membantu penyelenggaraan perumahan berstrata terutama jenis kos rendah yang menjadi panduan Kerajaan Negeri. Ini berdasarkan peruntukan Seksyen 9(1) Akta 757 jelas menyatakan tanggungjawab untuk menjalankan penyelenggaraan masih terletak di bawah tanggungjawab pemaju sekiranya belum diserahkan kepada pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau selepas diserahkan maka tanggungjawab JMB ataupun MC untuk melaksanakannya.
Manakala, Seksyen 21(1) Akta 757 pula menyatakan bahawa kewajipan JMB untuk menyenggarakan dan menguruskan pangsapuri melalui hasil kutipan caj penyenggaraan daripada pemilik petak.
Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini pihak Kerajaan cuba membantu berbincang dengan pihak JMB yang bermasalah dengan mengenal pasti mereka yang mempunyai masalah pembayaran. Kita mulakan dengan satu program iaitu program untuk mereka terlibat dengan Kebun Komuniti, beberapa program-program ekonomi supaya mereka boleh berpendapatan dan akhirnya pendapatan untuk dibayar semula caj-caj pengurusan itu dan semalam untuk makluman Dewan yang mulia ini,kebetulan ada mesyuarat saya bersama dengan Menteri KPKT. Kita telah mengutarakan isu pembaikan ataupun penyelenggaraan, kedua-duanya pembaikan dan penyelenggaraan rumah strata perlu diambil serius dan kemungkinan besar perlu dilihat perlu ditukar sedikit dalam peruntukan Akta 757 supaya kutipan itu tidak lagi dibebankan kepada JMB/ MC tetapi ia mestilah dilakukan dalam kaedah yang berbeza.
Jadi perkara itu telah saya sampaikan kepada menteri. Kita mengharapkan perkembangan akan diperoleh untuk masa akan datang.
Bagi soalan kedua, apakah rancangan untuk membantu perumahan yang ada masalah kewangan atas sebab kutipan? Unit-unit petak kediaman strata adalah pemilikan persendirian dan tertakluk kepada akta tersebut untuk membayar caj penyelenggaraan. Jadi faktor kutipan sewa oleh pemilik petak tiada kaitan dengan masalah kewangan yang dialami oleh sesebuah badan pengurusan. Maksudnya ialah, ada pemilik petak tidak dapat bayar tetapi itu tiada kaitan dengan JMB/ MC. JMB/ MC ini adalah badan yang mengutip sahaja. Jadi tanggungjawab itu masih lagi terletak pada pemilik dan akta ini adalah untuk dikenakan sebarang tindakan perundangan sekiranya gagal menjelaskan caj penyelenggaraan yang ditetapkan badan pengurusan, JMB/ MC. Sekian, Timbalan Speaker.
Soalan tambahan.
Kota Damansara.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan tersebut. Sementara menunggu akta baru ataupun proses baru, dalam masa kini, dalam keadaan terkini sekarang. Ada bahagian-bahagian kawasan guna sama, contohnya tandas surau yang rosak ataupun bangunan itu usang yang perlu dicat. Soalan saya, dalam keadaan sekarang sejauh manakah pihak kerajaan Negeri Selangor boleh membantu pangsapuri tersebut untuk membaiki ataupun mengecat bangunan terutama pangsapuri kos rendah. Berapakah jumlah yang boleh disalurkan kepada mereka ini? Harap maklum, terima kasih.
Terima kasih, Kota Damansara. Itu perkara yang tambahan lah ya. Maksudnya, memang ada beberapa peruntukan yang boleh dimohon untuk pembaikan rumah-rumah pangsapuri strata kos rendah ini di bawah Skim CERIA. Jadi beberapa program seperti pembaikan bumbung, lif itu diberikan keutamaan dan banyak kita lihat permohonan. Saya ingat di bawah Stanco saya, tarikh tutup telah pun diberikan kepada semua COB iaitu sebelum 31 Oktober yang lepas. Kita telah pun menerima tambahan lagi untuk pembaik pulih ini. Jadi kita faham dengan tidak cukupnya sinking fund dan kos perniagaan yang tidak dikutip, Kerajaan Negeri Selangor tidaklah sampai tidak membantu 100%, kita tetap membantu di bawah Skim CERIA. Di antara kita lihat tahun depan juga kita ada peruntukan sebanyak RM 5 juta untuk perkara ini. Jadi saya mohon supaya Yang Berhormat mungkin teliti, tengok mana-mana pihak ataupun bangunan yang perlukan sepatutnya dihantar sebelum 31 Oktober lepas untuk tahun hadapan.
Terima kasih.
Soalan berikutnya, Balakong.
Tuan Timbalan Speaker, saya mengambil soalan ini di bawah Peraturan Tetap 24(2).
Baik.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 146. Universiti SukanQuestions
146. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan jangka panjang kerajaan terhadap sektor sukan?
b)
Adakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan satu universiti atau institut sukan untuk melatih dan memberi platform bagi menghasilkan lagi ramai bakat dalam bidang sukan?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Seri Setia yang mengambil soalan Yang Berhormat Balakong. Soalan 146 yang berkaitan dengan rancangan jangka panjang kerajaan terhadap sektor sukan.
Yang pertamanya kita hendaklah memahami bahawa sektor sukan di Selangor menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai komersial dan mampan kerana mampu memberi impak yang positif kepada ekonomi serta pelancongan khususnya negara amnya. Kita hendaklah memahami bahawa sektor sukan ini mestilah di ringkas sebagai industri ataupun sebagai satu kerjaya. Sektor sukan di Selangor telah menjadi satu perkara yang penting dan komponen-komponen industri sukan ini sendiri telah wujud di Selangor. Di antara komponen sukan ini terdiri daripada produk dan barangan sukan, kemudahan dan prasarana sukan yang banyak seperti kompleks sukan di setiap daerah termasuk stadium di setiap daerah serta pelancongan sukan (sport tourism) seperti suka golf, sukan larian, marathon, half marathon dan sukan berbasikal.
Di Selangor ini, kita mempunyai penganjuran yang besar dalam acara sukan temasuk di peringkat daerah dan kebangsaan di antaranya ialah PJ Marathon, Tour De Selangor (berbasikal) dan Asian Golf Tour.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, bagi rancangan jangka panjang. Yang pertamanya, saya merasakan adalah penting agar sukan ini kita perkasakan. Yang pertama hendaklah kita perkasakan institusi sukan itu sendiri. Untuk jangka panjang, Majlis Sukan Negeri mestilah kita perkasakan dan memberikan kekuatan kepada Majlis Sukan Negeri ini supaya dia dapat menganjurkan dan mengadakan lebih banyak program-program sukan supaya kita lebih subur. Di antaranya adalah mewujudkan pusat sukan/ sport city di Selangor yang mempunyai kelengkapan sukan. Kita tidak mahu lagi Majlis Sukan Negeri Selangor ini tidak mempunyai pusat latihan yang khusus dan tetap. Kita tidak mahu Majlis Sukan Negeri Selangor ini tidak mempunyai program yang khusus, dengan sebab itulah untuk jangka panjang untuk kita perkasakan sukan ini kita perkasakan Majlis Sukan Negeri Selangor dan Majlis Sukan di peringkat daerah.
Yang keduanya adalah, apakah kerajaan berhasrat untuk menubuhkan satu universiti ataupun institut sukan bagi melatih, memberi platform kepada para atlet kita dalam bidang sukan? Pertamanya, setiap negeri saya yakin dan percaya mereka ingin mengadakan satu universiti sukan mereka tersendiri tetapi bagi pandangan kita untuk mengadakan satu universiti ini adalah satu program jangka panjang. Saya ingin memetik Focus Group Discussion yang disebut oleh Isaac & War & End 2020 yang mengatakan bahawa keperluan universiti sukan ini bukan sahaja untuk memberikan hak sukan kepada semua sukan tidak berfokus kepada satu sukan sahaja tetapi juga penting universiti sukan adalah untuk memberikan jaminan setelah mereka menjadi atlet ataupun setelah mereka terlibat dalam sukan. Dengan adanya salutan akademik ini, maka para atlet kita dan para sukan kita boleh survive setelah mereka terlibat dalam sukan. Dengan sebab itulah untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat semua, di antara tindakan awal kita adalah kita mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di antara adalah UiTM iaitu kita membuka ruang kepada para atlet kita untuk belajar dan yang terkini terbaru ialah MSU yang mana kita telah mengadakan satu memorandum persefahaman bagi melihat dan mengkaji modul-modul yang baik dan mengkaji kaedah-kaedah terbaik untuk meningkatkan prestasi sukan kita.
Yang kedua, kita ingin mewujudkan akademi sukan. Mula-mula kita adakan MoU lepas itu kita adakan akademi sukan kita dan terakhir sudah tentu menubuhkan universiti sukan di Negeri Selangor. Sekiranya kita tidak mengadakan satu universiti yang khas, maka kerajaan mencadangkan untuk menjadikan UNISEL itu sendiri sebagai salah satu pusat sukan kita di peringkat Negeri Selangor yang mana buat masa ini sukan di UNISEL berada di bawah Pengurusan Perniagaan tetapi kita hendak mencadangkan supaya UNISEL boleh mengadakan satu kursus khas dalam bidang sukan ini dan kemudian kita menjadikan UNISEL itu sebagai hub sukan untuk melatih para atlet kita.
Soalan berikutnya, Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan 147.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 147. Status Terkini Pewartaan Kampung Orang Asli Di SelangorQuestions
147. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Pada 30 Disember 2020, Selangorkini telah menerbit satu berita yang bertajuk "EXCO : 60 Peratus Tanah Kampung Orang Asli Diwarta". Sila beri nama, daerah dan keluasan kampung-kampung Orang Asli telah diwartakan.
Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 75 Kampung Orang Asli (KOA) di seluruh Negeri Selangor, 29 daripadanya telah sempurna diwartakan sama ada di bawah Rizab Sakai, Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, Seksyen 6 Akta Orang Asli atau Seksyen 7 Akta Orang Asli. Maklumat terkini pewartaan Kampung Orang Asli mengikut daerah iaitu sebanyak 8 perkampungan di Daerah Sepang, 2 di Daerah Hulu Selangor, 2 di Daerah Gombak, 3 di Daerah Hulu Langat, 13 di Daerah Kuala Langat dan 1 di Daerah Klang dengan jumlah keluasan keseluruhan 1672.6777 hektar. Senarai yang dilampirkan saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana banyak sangat 29 tak perlu saya satu-satu sebutkan, sekian terima kasih.
Soalan berikutnya, Banting.
Tuan Speaker terima kasih saya Hulu Kelang mengambil bahagian, mengambil alih soalan dari Banting di bawah peruntukan 24 (2). Boleh tanya?
24 (2).
Terima kasih.
Saya benarkan.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN LAU WENG SAN (N52 BANTING)
SOALAN NO. 148: WTE DI TANJUNG DUA BELAS KUALA LANGAT
a)
Apakah tender dan kontraktor telah dilantik untuk membina ISWMC Tanjung Dua Belas? b)
Sila beri salinan dokumen tender dan terangkan bagaimana ISWMC ini akan beroperasi?
Okay, terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Banting dia bertanya apakah tender dan kontraktor telah dilantik untuk membina Integrated Solid Waste Management (ISWMC) di Tanjung Dua Belas?. Untuk makluman Yang Berhormat, tender masih lagi dalam proses penyediaan dan kontraktor belum lagi dilantik buat masa ini. Kontraktor dijangka akan dilantik pada suku tahun kedua 2022 dan tender dokumen Integrated Solid Waste Management adalah di dalam proses penyediaan oleh perunding. Antara komponen-komponen Integrated Solid Waste Management yang akan dibangunkan adalah Waste to Energy (WTE), Material Recycling Facility (MRF), Construction & Demolition (C&D), Anaerobic Digester (AD) dan Composting.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, WTE merupakan komponen utama bagi pembangunan Integrated Solid Waste Management ini. Kaedah pengoperasian WTE adalah dengan melupuskan sisa pepejal dengan cara pembakaran seterusnya menghasilkan tenaga elektrik. Abu yang terhasil dari pembakaran sisa pepejal akan dijadikan sebagai daily cover untuk Tapak Pelupusan Sanitari, manakala pelepasan pembakaran yang terhasil juga akan dirawat sebelum dibebaskan.
Kaedah rawatan dan pelepasan pembakaran adalah mematuhi piawaian antarabangsa. Bagi komponen Material recycling facility pula, ia mempunyai beberapa peringkat pengasingan pelbagai jenis sisa seperti logam, kaca, kertas, plastik dan sisa organik. Sisa tersebut akan melalui magnetic separator untuk pengasingan logam dari sisa pepejal. Seterusnya, sisa akan melalui trommel skrin dimana proses ini akan mengasingkan bahan organik daripada sisa tersebut. Sisa akan dihantar ke tempat pengasingan untuk digunakan semula.
Tambahan.
Untuk Komponen Construction and demolition , sisa akan melalui magnetic separator bagi mengasingkan logam daripada sisa. Seterusnya, sisa tersebut akan melalui proses crusher untuk dijadikan sebagai aggregates kasar dan halus. Untuk komponen seperti anaerobic digester, sisa organik akan dihancurkan kepada saiz yang lebih kecil sebelum dimasukkan ke dalam sistem anaerobic digester. Melalui kaedah ini, sisa organik akan melalui proses fermentation atau penapaian yang mana boleh menghasilkan tenaga boleh diperbaharui. Bagi komponen composting, sisa organik akan direputkan oleh mikroorganisma dalam keadaan beroksigen. Proses ini akan menghasilkan produk sampingan seperti baja. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan. Soalan tambahan saya adalah bagaimanakah sistem ini lebih, boleh dibuat praktikal bagi penduduk Banting
dan Kuala Langat. Kerana di situ kawasan perkampungan. Contohnya kalau di Indonesia, sistem dilakukan di peringkat kampung hingga segala sisi lupusan bintang, haiwan, sampah boleh apply jadi gas untuk generated....
Soalan Yang Berhormat adalah kenapa sistem Integrated Solid Waste Management Center ini lebih baik daripada sistem lain. Betul tak soalan itu.
Dia teknologi tinggi tapi ada tak yang boleh digunakan di kampung punya level.
Kampung?
Di Banting Kuala Langat.
Okay. Integrated Solid Waste Management sebenarnya dia merupakan satu kaedah yang moden, di mana sampah akan diasingkan sebelum dibakar. Jadi ini akan, kalau kita membanding dengan sanitary landfill, ia merupakan satu kaedah yang lebih hijau, lebih moden dan kita juga boleh memanjangkan hayat apa tu landfill, sanitary landfil,l tapak pelupusan landfill itu. Dan dia juga dapat membantu kita dalam mengurangkan karbon. Karbon yang akan, akan apa itu. Akan, dijadikan selepas pelupusan itu. Sekian terima kasih.
Baik soalan seterusnya, Hulu Kelang.
Tuan Timbalan Speaker soalan saya no. 149.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 149. Jabatan Veterinar Dan Kawalan Haiwan TerbiarQuestions
149. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Jika kawalan ke atas haiwan terbiar terutama anjing dan kucing sampai ke tahap berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan manusia, bolehkah program kembiri haiwan micro-chipping ini diketuai oleh Jabatan Veterinar dengan Kerjasama PBT? Jika tidak boleh, apa sebabnya?
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Hulu Kelang bertanyakan soalan berhubung dengan kawalan ke atas haiwan terbiar terutama anjing dan kucing sampai ke tahap berbahaya kepada kesihatan dan keselamatan manusia sama ada boleh digunakan program kembiri haiwan atau micro-chipping ini diketuai oleh Jabatan Veterinar Selangor dengan Kerjasama PBT. Bagi pengetahuan Ahli Yang Berhormat, kembiri dan micro-chipping ini merupakan dua (2) kaedah yang berasingan, berbeza yang mempunyai objektif yang berbeza. Kembiri adalah kaedah memandulkan haiwan dan sering dipraktikkan bagi tujuan mengawal populasi haiwan. Micro-chipping pula adalah pemasangan secara suntikan mikrocip ke atas anjing dan kucing yang bertuan dan perlu didaftarkan ke dalam passport haiwan bersama-sama nama pemiliknya. Pemasangan mikrocip dan pasport haiwan pula bertujuan ke arah pemilikan haiwan yang bertanggungjawab. Selain itu, mikrocip dan pasport haiwan juga merupakan syarat utama pemindahan haiwan dari dalam atau ke luar negara.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor atau DVS tidak mampu mengetuai program bersepadu dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melaksanakan kembiri anjing dan kucing berdasarkan sebab-sebab berikut: i. DVS Selangor kekurangan Doktor Veterinar yang merupakan sesatunya jawatan yang mempunyai tauliah untuk melaksanakan kembiri ke atas haiwan peliharaan. Ketika ini, DVS Selangor hanya mempunyai tiga (3) orang Doktor Veterinar yang bertugas di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (atau ringkasnya PVD). Bagi pengetahuan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan semua Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah di seluruh negeri Selangor berkelulusan Kedoktoran Perubatan Veterinar yang setaraf dengannya yang melayakkan mereka untuk membuat kerja-kera kembiri ini ya, ii. Tugas Doktor Veterinar yang ditempatkan di PVD pula tidak terhad kepada rawatan dan pembedahan haiwan kesayangan semata-mata. Malah, ianya juga merangkumi kerja-kerja pentadbiran, kesihatan veterinar mencegah, mengawal dan membasmi penyakit haiwan lain. Membangunkan industri penternakan serta mengawal selia aktiviti penternakan berdasarkan undang-undang (regulatori) di samping menguatkuasakan akta kebajikan haiwan. Maka itu, aktiviti kembiri haiwan tidak mampu diutamakan dan seterusnya tidak dapat dijalankan sepenuh masa. iii. DVS Selangor juga tidak mempunyai peruntukan mengurus yang mencukupi untuk tujuan ini, melaksanakan program pemandulan haiwan ini. iv. Sebagai alternatif kepada kedua-dua kekangan ini, DVS Selangor pernah mencadangkan program insentif pemandulan untuk anjing dan kucing bagi tujuan kebajikan haiwan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 namun cadangan ini tidak diluluskan.
v. Sebagai pilihan lain seterusnya, DVS Selangor bersedia untuk membantu dari sudut khidmat nasihat teknikal dan kepakaran sekiranya terdapat Pihak Berkuasa Tempatan yang ingin melaksanakankan operasi mengawal haiwan berkeliaran termasuk pemandulan anjing dan kucing pada masa akan datang. Terima kasih.
Soalan tambahan, saya bawakan isu ini kerana isu ini adalah isu yang sangat penting buat penduduk Hulu Kelang yang sayangkan kucing dan anjing. Bagi mereka, mereka melihat isu ini mudah. Kalau boleh dibuat, boleh ditangani oleh veterinar. Cuma saya nak tanya pada EXCO, adakah kerana definisi veterinar itu berkaitan dengan haiwan ternakan untuk dimakan? Anjing dan kucing bukan untuk tujuan itu jadi tidak termasuk kategori itu. Ataupun apakah, tidak ada cara yang kita boleh kita kongsikan, di mana kemahiran itu ada. Dia untuk NGO, untuk membilas, fee bayaran yang tertinggi tetapi untuk dibantu oleh jabatan yang boleh buat.. ataupun mengembirikan anjing dan kucing ini, jadi saya nak tanya itu. Adakah definationnya itu, you are limited to do that.
Bagaimana yang saya sebutkan tadi, bahawa memang tanggungjawab pihak DVS ataupun Jabatan Veterinar. Perkhidmatan Veterinar ini memang meliputi juga tugas-tugas berkaitan dengan binatang ataupun peliharaan ataupun kesayangan, tetapi fokus kita di Negeri Selangor ini lebih kepada binatang ternakan. Kerana sebab-sebab itu kekangan tadi yang disebutkan bahawa daripada segi skop kerja mereka yang begitu banyak untuk menjaga kebajikan dan juga tentang isu-isu tentang binatang ternakan. Walaupun bagaimanapun telah juga disebut tadi bahawa dari segi teknikal mereka bersedia. Tapi untuk mereka sendiri menyediakan orang-orang yang bertauliah ini sebab dia perlukan yang bertauliah betul-betul doktor haiwan yang bertauliah untuk melaksanakan kerja-kerja kembiri ini. Jadi ia bersedia dari segi teknikal bekerjasama dengan mana-mana pihak PBT ataupun NGO untuk beri khidmat nasihat teknikal bagi pelaksanaan program ini. Dan saya rasa memang ada kewajaran untuk program mengawal binatang apa sekalipun untuk mengawal terutama binatang peliharaan supaya kemandulan ini dibuat bagi menjaga keselamatan dan juga keadaan bintang itu sendiri memang ada kewajarannya. Dan boleh dibuat di mana pihak PBT kena membuat kajian keperluan itu. Terutama yang berkaitan dengan anjing saya lihat. Ini menjadikan isu-isu anjing liar dan sebagainya. Dan kalau micro-chipping ini boleh dilaksanakan untuk kawalan lebih kepada kawalan pergerakan. Sebenarnya kawalan micro-chipping ada dibuat pada lembu-lembu ternakan. Terima kasih.
Di MPAJ keputusan telah dibuat untuk membuat rumah transit untuk anjing satu dan kucing satu. Di dua DUN dan saya terlibat dalam memulakan inisiatif pertubuhan NGO dengan MPAJ. Apakah nasihat
dan cadangan daripada EXCO nak menjayakan perkara ini. Pelaksanaannya ada, bajet belum ada, NGO dah sedia untuk bantu.
Macam saya sebut tadi, kawasan-kawasan kita boleh mulakan dulu. Kawasan-kawasan PBT yang mempunyai masalah banyak isu terutama anjing, saya tahu sebab saya pun dulu Ahli Majlis, memang isu anjing liar ini merupakan satu perkara yang serius di kebanyakan PBT. Dan memang sukar untuk kita melaksanakan kerja-kerja untuk mengawal anjing liar ini kerana kadang apabila kita pergi macam dia tahu je, bila pergi tak ada. Bila kita dah balik nanti dia datang, dia datang semula. Dan juga bila kita buat tender untuk nak tangkap dia, tak ada siapa berani masuk, Tak ada orang berani nak tangkap. Saya tak tahu apa masalah. Tapi itu yang berlaku hakikatnya yang boleh kita macam saya sebut tadi DVS bersedia dari segi teknikal. PBT kalau berpandangan untuk setuju untuk laksanakan kita akan bantu bagi khidmat teknikal. Dan kena sediakan peruntukanlah dan kalau ada keperluan untuk menyediakan juga yang bertauliah doktor yang bertauliah untuk menjalankan kerja-kerja ini. Terima kasih.
Kota Damansara.
Pencerahan tentang anjing ini kita ada masyarakat yang letak racun. Dah fedup dengan PBT yang tak boleh menyelesaikan masalah. Saya pun dengar tadi rancangan dengan PBT dan sebagainya. Maknanya saya mencadangkan usaha bersepadu, kerjasama bersepadu dengan lebih serius dengan PBT. Kalau tidak masyarakat akan ambil tindakan sendiri racun kan anjing ini lepas itu silap hari bulan diorang akan masuk penjara, sebab kita ada Akta Kawalan Haiwan ini. Harap dapat ambil serius perkara itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara. Memang betul antara semua NGO-NGO yang menjaga anjing ni la yang paling vocal tentang isu-isu kekejaman pada anjing ini dan kita berhati-hati dan dah banyak kali kita kena dan kita memang berhati-hati dan kita tidak nak berlaku kejam pada binatang begitu. Dan memang ada proses dan unsur-unsur yang dibuat tapi perlu ada kerjasama begitu. Dan saya melihat kembiri ini merupakan salah satu kaedah terbaik bukan sahaja untuk anjing even kera pun. Kalau kata kesesuaian itu ada mungkin kita boleh laksanakan. Sebab saya menerima terlalu banyak laporan terlalu banyak kes-kes kerosakan harta benda dan tanaman oleh kera dan monyet yang kita mungkin boleh lihat pelaksanaannya secara lebih teliti atau lebih. Terima kasih.
Soalan seterusnya Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, soalan saya no. 150.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. DATO' MOHD IMRAN BIN TAMRIN (N03 SUNGAI PANJANG)
SOALAN NO. 150: RUMAH IDAMAN RAKYAT SELANGOR
a)
Adakah Kerajaan akan memperluas projek-projek pembangunan Rumah Idaman ke kawasan luar bandar? b)
Berapakah jumlah Projek/Unit Rumah Idaman yang telah tersedia untuk dipohon?
Terima kasih Timbalan Speaker, Sungai Panjang bertanya tentang apakah projek pembangunan Rumah Idaman ke akan diperluaskan ke kawasan luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun Program Rumah Idaman mensasarkan pembangunan di kawasan bandar, Program ini juga turut diperluaskan dan dilancarkan ke kawasan luar bandar seperti di Daerah Sabak Bernam. Untuk makluman Yang Berhormat sehingga kini ada satu projek yang telah diluluskan di bawah luar bandar iaitu di bawah Daerah Sabak Bernam iaitu sebanyak 222 unit Rumah Idaman tetapi rumah tereslah.
Untuk makluman semua, Rumah Idaman ini tak semestinya rumah Strata ada juga rumah teres. Kita lihat kepada kesesuaian tempat. Jika ianya di kawasan padat ya, tidak ada lagi apa ni, keluasan tanah yang mencukupi kita benarkan untuk strata. Tapi kebanyakannya luar bandar ataupun di Majlis-Majlis Perbandaran kita sarankan untuk ianya dilaksanakan di bawah Rumah Idaman jenis teres. Dan sehingga kini sebanyak 2,059 unit Rumah Idaman telah pun boleh dipohon melalui laman sesawang Lembaga Perumahan Hartanah Selangor bagi pemohon-pemohon yang layak. Itu jawapan daripada saya.
Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Batu Tiga, terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya yang pertama. Berdasarkan makluman Yang Berhormat Batu Tiga, di Sabak Bernam telah pun ada cadangan ataupun mungkin kelulusan lebih kurang 222 rumah tersebut. Kalau boleh dimaklumkan dalam Dewan yang mulia ini di mana lokasi tersebut. Dan yang keduanya, adakah pihak pengurusan ataupun pihak jawatankuasa Rumah Idaman ini yang buat pemilihan ataupun yang membuat dengan izin selection siapa yang layak dan juga bagaimana kaedah dia itu? Siapa yang buat? Siapa yang memilih? Terima kasih Yang Berhormat.
Terima Sungai Panjang. Untuk makluman Sungai Panjang lokasi yang telah pun diluluskan adalah di Lot 37343, Taman Air Manis. Yang mana tuan tanah dan pemajunya adalah MBI. Jadi kita ada dua jenis projek rumah yang kita katakan RM 250,000. Kalau ia dilakukan oleh MBI, rumah itu akan dikata atau projek itu dinamakan Rumah Idaman. Kalau projek itu dimajukan oleh swasta nama itu adalah Rumah Harapan ya. Jangan tersilap. Jadi projek itu telah pun diluluskan. Dan soalan kedua daripada Sungai Panjang, bagaimanakah kaedah untuk permohonan dan sebagainya? Pastinya kita tidak ada orang kata melalui-melalui ADUN, terus kepada sesawang Lembaga Perumahan Hartanah untuk memohon mengikut lokasi yang diperlukan oleh semua pemohon. Dan di situ kita akan masukkan dan ia berlaku secara automatik sistem tersebut. First come, first serve ya dengan izin.
Sedikit Yang Berhormat Speaker. Soalan saya tadi kalau boleh saya betulkan. Betul permohonan melalui sistem sesawang tetapi pemilihan selection dia tu adakah pihak MBI ataupun ada jawatankuasa lain yang akan memilih daripada pemohon-pemohon tersebut.
Sungai Panjang bila kita katakan automatik maksudnya pemilihan pun secara automatik. Maksudnya siapa yang awal memohon kita akan lihat permohonan itu memenuhi kriteria dia akan masuk dalam fasa kedua iaitu apakah sekarang ini ada dua tapisan. Pertama tapisan kelulusan mengikut kriteria. Yang kedua, apakah mereka yang telah pun lulus kriteria itu mereka akan masuk lagi beberapa soalan untuk buat Self Check dengan izin iaitu sama ada mereka akan lepas tak loan. Persoalan yang lepas, kita kriteria itu diletakkan tetapi bila senarai menunggu hampir beberapa tahun kadang-kadang ataupun bulan akhirnya mereka tidak lepas loan jadi dia drop daripada situ kan. Jadi sekarang ada dua melalui sistem itu masuk ikut kriteria selepas itu mereka ada satu self-check apakah mereka terbeban dengan bebanan kewangan. Kalau tidak, kalau mereka lulus mereka akan terus masuk dalam senarai yang di letak sebagai senarai keutamaan. Dan ianya tidak ada penglibatan daripada jawatankuasa mana-mana kecuali ada permohonan rayuan. Itu sahaja, terima kasih.
Soalan berikutnya. Permatang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 51.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 151. Hotline Keganasan RumahtanggaQuestions
151. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah jenis aduan yang diterima dalam hotline keganasan rumahtangga?
b)
Sejauh manakah hotline aduan keganasan rumah tangga membantu golongan wanita?
Terima kasih Timbalan Speaker dan juga Permatang yang telah mengajukan soalan berkenaan dengan hotline keganasan rumah tangga. Saya menjawab bagi pihak Seri Serdang yang tidak dapat hadir. Permatang bertanya apakah jenis aduan yang diterima dalam hotline keganasan rumah tangga? Talian SELamat, Hotline Khusus Aduan Keganasan Rumah Tangga telah beroperasi secara rasmi pada Isnin, 1 November 2021. Sehingga 11 November 2021, sebanyak 7 panggilan diterima. 3 panggilan adalah melibatkan kes keganasan rumah tangga dan 4 lagi kes tidak berkaitan. 3 kes yang diterima adalah lebih kepada memerlukan bantuan kaunseling dan sokongan berkaitan hal-hal keganasan rumah tangga. Soalan kedua sejauh manakah hotline Aduan Keganasan Rumah Tangga membantu golongan wanita? Talian SELamat ini beroperasi 24 jam sehari sebagai satu pusat sehenti yang pertama yang boleh dirujuk sebelum mendapatkan bantuan selanjutnya seperti khidmat kaunseling secara bersemuka mahupun secara atas talian. Pengadu boleh membuat panggilan mengikut keselesaan mereka bagi mengelakkan situasi di luar jangka terus berlaku. Yang paling penting, jaminan kerahsiaan data pengadu adalah menjadi tanggungjawab pihak Wanita Berdaya Selangor. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Pandamaran.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 152.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 152. Status Isu Peneroka Jalan Papan PandamaranQuestions
152. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan status terkini bagi isu pembangunan peneroka Jalan Papan Pandamaran.
Timbalan Speaker dan juga Pandamaran. Pandamaran ingin bertanya tentang isu Pembangunan Peneroka Jalan Papan Pandamaran. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini telah beberapa kali mesyuarat ataupun perjumpaan saya bersama dengan bersama pihak pemaju iaitu Melati Consolidated Sdn. Bhd. Dan boleh saya maklumkan di sini pihak, dalam perjumpaan tersebut dalam perjumpaan bersama dengan pemaju dan Majlis Perbandaran Klang, buat masa ini kita dalam merangka untuk memuktamadkan. Ya saya sebut memuktamadkan maknanya dah ada beberapa ketetapan dan persetujuan tetapi disebabkan ianya belum diangkat di dalam MMKN yang kita jangka akan dibuat sama ada dalam yang terakhir pada Disember ini ataupun awal bulan depan jadi saya tak boleh menyatakan apa keputusan sebenarnya. Tapi tawaran-tawaran telah pun tawaran dan perbincangan telah pun dibuat oleh dua-dua pihak dan insya-Allah saya menjangkakan isu Jalan Papan yang telah pun tertangguh hampir lebih sepuluh tahun ini akan dapat diselesaikan pada tahun depan insya-Allah. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Sabak.
Satu lebih baik daripada tiga, soalan saya 153.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 153. Cadangan Mendirikan Pintu Gerbang Antara Sabak Bernam Dangan PerakQuestions
153. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Tiadakah cadangan untuk mendirikan pintu gerbang sempadan negeri diantara Sabak Bernam di Selangor dan hutan melintang di Perak?
Terima kasih Yang Berhormat Sabak. Lokasi yang dicadangkan terletak di rezab jalan di bawah pihak JKR Malaysia. Buat masa ini belum ada rancangan untuk mendirikan pintu gerbang tersebut. Terima kasih.
Seterusnya Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya 154.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 154. Program SelvaxQuestions
154. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah penerima vaksin percuma daripada program SelVAX?
b)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah penerima vaksin percuma?
c)
Berapa bilangan vaksin yang telah dibeli oleh Kerajaan Negeri yang masih belum selesai dijual?
Terima kasih Bukit Gasing atas kemukakan soalan dan hari ini saya mewakili ataupun mengambil soalan yang sepatutnya dijawab oleh EXCO yang berkenaan kerana beliau perlu mendapatkan rawatan atas sebab-sebab tertentu. Bagi soalan Bukit Gasing ialah pertanyaan program SelVAX komuniti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Bagi soalan A, bagi meningkatkan usaha imunisasi warga Selangor kerajaan negeri telah memperkenalkan SelVAX bermula Julai 2021. Pelaksanaan SelVAX disasarkan untuk membantu percepatkan kadar imunisasi bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19 dan membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baharu melalui SelVAX. Kerajaan Negeri mensasarkan pemberian 250,000 individu atau 500,000 dos melalui SelVAX komuniti.Sehingga 3 Disember 2021, sebanyak 312,928 dos ataupun 156,464 penerima telah menerima manfaat vaksin secara percuma di bawah program SelVAX komuniti dan 3,572 dos ataupun 1,786 penerima adalah di bawah program SelVAX remaja. Objektif utama pelaksanaan program vaksin Selangor adalah memastikan kadar imunisasi rakyat dapat dipercepatkan tanpa mengira latar belakang bangsa, agama mahupun politik. Bagi mencapai hasrat ini Kerajaan Negeri sentiasa mempunyai perancangan bagi menambah bilangan penerima vaksin di bawah
program SelVAX tertakluk kepada jumlah ketersediaan vaksin dan situasi semasa kewangan kerajaan negeri.
Yang Berhormat Bukit Gasing bertanyakan untuk soalan (c), jumlah vaksin SelVAX yang masih belum dijual. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri telah menempah sebanyak 1.25 juta dos di bawah program SelVAX di mana 500,000 dos diperuntuk untuk program SelVAX komuniti manakala 750,000 dos pula untuk program SelVAX industri. Sehingga tarikh 1 November 2021 baki dos vaksin yang diperuntukkan kepada SelVAX industri masih belum terjual adalah sebanyak 537,045 unit dos. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menghabiskan penjualan 537,000 dos vaksin industri yang masih belum dijual? Adakah kepada negara lain ataupun ada strategi baru?
Terima kasih. Kita mendapat jaminan daripada pihak pembekal bahawa vaksin ini mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun dari pembelian yang kita buat. Justeru kita percaya dalam proses tersebut kita boleh menghabiskan bekalan SelVAX itu untuk dijual ke tempat-tempat lain termasuk permintaan negeri-negeri lain ataupun boleh dijual di negara-negara lain memandangkan negara-negara lain juga menghadapi kekurangan bekalan tersebut. Namun sebelum itu kita ingin melengkapi permohonan-permohonan untuk program booster shot untuk mereka yang ingin dapatkan. Semalam baru sahaja kita umumkan sekali lagi kita merupakan negeri pertama yang mengumumkan Booster Shot secara percuma yang telah bermula pada hari ini yang saya tahu mendapat respons yang sangat bagus daripada publik dan rakyat selepas kita umumkan SelVAX remaja sebelum itu SelVAX bergerak dan sebelum itu kita laksanakan SelVAX komuniti. Justeru dari masa ke semasa Kerajaan Negeri memikirkan sama ada menjualkannya ataupun Kerajaan Negeri memikirkan di masa depan simpanan ini untuk Kerajaan Negeri sediakan untuk kepada rakyat jika memerlukan terutamanya apabila melihat beberapa perkembangan terkini dengan perkembangan turun naik perebakkan-perebakkan baru. Justeru strateginya, pertama kita akan cuba habiskan dalam tempoh setahun ini untuk komuniti dan masyarakat dalam negeri kita dan negara kita dan jika selepas itu dan kita kena fikirkan strategi-strategi tambahan terutamanya di beberapa buah negara jiran, shortage dengan izin ataupun kekurangan itu masih lagi jelas atau masih lagi kelihatan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Kita dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri Selangor telah pun memberikan pinjaman vaksin ini Kepada Negeri Pulau Pinang. Jadi adakah pinjaman vaksin ini telah dipulangkan semula atau bagaimana?
Terima kasih. Kita telah bersetuju untuk pinjaman tersebut tetapi pada masa yang sama Menteri Kesihatan, saya dimaklumkan juga telah menawarkan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang. Jadi pinjaman itu tidak dapat dilaksanakan dan maknanya tidak berlakulah pinjaman itu tetapi on top of pinjaman yang tak jadi tu kita tetap berikan secara percuma 20,000 kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai tanda solidarity untuk bersama-sama kita melawan COVID-19. Jadi tak ada isu pulangkan balik sebab pinjaman kita dah setuju tetapi pada masa tersebut mungkin permohonan pinjaman-pinjaman daripada negeri. Sebenarnya bukan daripada negeri Pulau Pinang sahaja negeri Perak juga turut memohon daripada kita tapi di saat kita cuba sedang mahu berurusan Menteri Kesihatan menawarkan bekalan yang sedia ada di peringkat persekutuan selepas pelantikan Menteri Kesihatan yang baru dan itu saya anggap tidak berlaku. Namun begitu kita bersedia kalau ada mana-mana tempat ingin meminjam ataupun ingin memohon daripada kita. Terima kasih. Membeli daripada kita.
Soalan tambahan.
Bukit Lanjan.
Terima kasih, Tuan Speaker. Tadi Dato’ Menteri Besar telah sebut tentang program Booster SelVAX. Jadi di mana? Siapa yang layak untuk dapat booster SelVAX ini. Dan di mana mereka boleh dapat vaksin shot ini?
Terima kasih. Dalam statement dalam kenyataan yang kita kemukakan semalam bahawa kita membuka peluang ini kepada 18 tahun ke atas dan sudah pasti bila yang datang tu kita akan tumpukan kepada warga emas yang beratur dan juga golongan komuniti tapi yang datang insyaAllah kita akan berikan layanan dan berikan peluang yang sebaik mungkin. Saya tahu hari ini permohonan ataupun kehadiran di beberapa buah klinik setakat ini kita ada sebanyak 17 klinik di bawah SelCare di seluruh Lembah Klang ini. Dan kita cuba untuk memperbanyakkan dengan jaringan-jaringan hospital dan klinik-klinik swasta yang lain. Dan kita mulakan dengan 17 klinik itu dulu ada laman webnya, ada SELangkah untuk membuat booking. Saya nasihatkan untuk kita membuat booking supaya elakkan kesesakan sebagaimana yang berlaku pagi ini dan kita sedang memperbaiki dan meningkatkan termasuk menambah jumlah kuota di pusat-pusat klinik supaya semua yang datang pada hari ini mendapat bekalan yang secukupnya. Namun begitu apa yang menarik di sini saya rasa concerns dan keprihatinan rakyat terhadap program vaksin ini cukup tinggi terutama untuk mendapatkan booster shot ataupun dos-dos penggalak.
Dengan dos-dos penggalak ini (dengan program ini) saya percaya kita dapat mempercepatkan termasuk meningkatkan kembali imunisasi yang dijangkakan berkurang setelah 6 bulan daripada dos kedua bagi setiap Program Vaksinasi dalam negara (negeri kita) di kalangan rakyat. Terima kasih.
Soalan seterusnya Taman Templer.
Terima kasih Y.B. Timbalan Speaker. Ikan baung ikan gelama, soalan saya 155.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 155. Kepadatan Tanah PerkuburanQuestions
155. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kepadatan tanah perkuburan untuk orang Islam dan bukan Islam terutama di DUN Taman Templer khususnya di Bukit Lagong dan Sungai Tua?
Terima kasih Y.B. Templer. Untuk makluman Y.B. Taman Templer, pembangunan di kawasan DUN Templer tidak melibatkan pembangunan yang boleh dikenakan syarat penyediaan tapak perkuburan. Merujuk kepada manual, garis panduan dan piawaian perancangan negeri Selangor. Lot-lot tanah di kawasan ini merupakan tanah individu dan majlis. Tiada cadangan tapak baru untuk tanah perkuburan. Untuk makluman Y.B. Taman Templer juga, PBT hanya boleh mewajibkan penyediaan tapak perkuburan sekiranya sesuatu pembangunan itu melebihi 100 hektar. Terima kasih.
Tapi Y.B. EXCO,
Taman Templer.
Kubur dekat Taman Templer tu. Ha? Soalan tambahanlah. Eh, soalan tambahanlah. Itu yang bangun tu.
Minta kebenaran dulu.
Ha? Tu yang bangun tu. Ha?
Sila-silakan.
Timbalan Speaker pun dah tahu bila kita bangun tu nak cakaplah. Betul Sabak? Kan? Ha. Masalahnya tanah kubur dekat Taman Templer ni dah penuh masalahnya. Kalau ikut sangat syarat tu kita takut nanti kalau ada yang meninggal dan pasti yang meninggal ni pasti, lahir ni pasti, meninggal pun pasti. Yang itu. Jadi saya harap sangatlah maksudnya pihak kerajaan negeri kena lihatlah soal berkaitan dengan pembukaan tanah perkuburan baru. Bukan saja kepada orang Islam, mungkin kepada orang Cina juga, India ada juga kaum-kaum ataupun bangsa-bangsa lainlah yang terdapat khususnya di DUN Taman Templer. Terima kasih Y.B. Timbalan Speaker.
Terima kasih. Ya, terima kasih Y.B. Taman Templer. Sebenarnya penyediaan tapak perkuburan ini merupakan satu perkara yang agak susah sebenarnya kerana kalau kita nak menentukan satu lokasi, kita harus cari satu tapak yang sesuai dan tiada bantahan. Dan selalunya cadangan tapak perkuburan diterima banyak bantahan daripada penduduk. Walau bagaimanapun, ini merupakan saya setuju dengan Y.B. Taman Templer ini merupakan satu tanggungjawab daripada PBT untuk menyediakan tapak perkuburan yang mencukupi. Oleh itu, keperluan ini akan dikaji dari masa ke semasa oleh PBT. Sekiranya Y.B. Taman Templer ada cadangan lokasi yang sesuai, Yang Berhormat boleh mencadangkan lokasi itu dan kami akan buat kajian. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Timbalan Speaker, terima kasih. Saya ingin menarik perhatian kerajaan. Dulu SELCAT ada buat pendengaran terbuka tentang tanah perkuburan orang Cina. Apakah pendirian itu akan diadakan satu Enakmen ataupun apa-apa yang berkaitan dengan kawalan? Terima kasih.
Yang Berhormat.
Cadangan SELCAT agar kerajaan mewujudkan garis panduan bagi mengawal pembinaan rumah-rumah, perkuburan dan sebagainya di negeri. Tiada kawalan. Contohnya tanah perkuburan satu kawasan tanah lot tanah kubur sampai 100,000, 200,000. Ada yang sejuta. Jadi kita nak kawal. Kalau tidak ada kawal, dia jadi perniagaan.
Oh tapak perkuburan Cina?
Ya.
Satu jawatankuasa seperti apa yang telah diumumkan oleh Y.B. Bandar Baru Klang baru-baru ini, satu jawatankuasa dicadangkan, akan dicadangkan pada tahun depan. Jawatankuasa khas untuk memantau perkara ini. Terima kasih.
Ya, Tuan Timbalan Speaker. Mungkin saya ada sedikit penambahan.
Bandar Baru Klang.
Terima kasih daripada Hulu Kelang tadi. Sebenarnya apa yang disebut oleh Y.B. Hulu Kelang adalah berkenaan dengan Laporan SELCAT pada tahun, pada penggal, dua penggal yang lalu. Laporan SELCAT bergandingan dengan cadangan untuk mengawal tanah perkuburan persendirian dan walaupun ada cadangan di dalam laporan tersebut tetapi belum ada tindakan daripada pihak kerajaan.
Yang keduanya berkenaan dengan apa yang disebut oleh Y.B. Kinrara tadi bergandingan cadangan secara terbuka dua hari yang lalu adalah meletakkan tugas menguruskan tanah perkuburan bukan Islam kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang sekarang ini adalah di bawah Persatuan-persatuan Cina ataupun Persatuan Tanah Perkuburan Cina yang ditubuhkan oleh masyarakat. Oleh itu, perkara ini akan kita kaji dan melihat sama ada kita untuk tanah perkuburan yang baru. Yang lama memang di bawah persatuan-persatuan tapi kalau mengikut Akta Kerajaan Tempatan adalah pandangan kerajaan bahawa ini seharusnya adalah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan. Sebab itu kita akan buat kajian. Terima kasih.
Sebelum ke soalan seterusnya, berkaitan dengan soalan ini saya mengambil kesempatan kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat untuk menyegerakan tanah perkuburan Kristian kaum India yang telah kosong ya. Dalam proses, tanah itu telah ada ya. Tapi dalam proses tindakan selanjutnyalah.
Speaker, PM tepi jelah. PM tepi je. WhatsApp WhatsApp je.
Nak kena private message.
Speaker tak ada peluang nak bercakap dalam Dewan. Soalan seterusnya Sungai Burong.
Dengan izin Tuan Speaker. Saya apa nama ini, menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada Peraturan Tetap 24(2) untuk mengeluarkan soalan Sungai Burong sebagai...
Ha, saya ingat ada Peraturan Tetap lain ke. Macam slow je cakap. Baik, saya benarkan.
Soalan 156.
Ya.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 156. Peningkatan Kos Tanaman PadiQuestions
156. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membantu pesawah padi yang menghadapi kenaikan kos input tanaman padi yang semakin meningkat?
Terima kasih YB Sungai Panjang yang wakili Y.B. Sungai Burong berhubung soalan tentang isu padi dan kos input tanaman yang semakin meningkat. Semalam Yang Berhormat tak tau ada tak di luar saya bagi menggalakkan penggunaan baja-baja tempatan supaya mengurangkan pergantungan pada baja-baja kimia ya.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah memahami akan isu ini dan telah menyediakan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk Negeri Selangor sebanyak RM14.5 juta selama lima tahun bagi Program Pembangunan Penanaman Padi dan saya telah pun sentuh banyak mengenai apa usaha-usaha kita setakat ini bagi membantu meningkatkan hasil padi. Program ini juga dalam masa yang sama bertujuan mengurangkan impak kenaikan harga input iaitu harga input ni (input adalah yang cumanya baja dan racunlah) kepada pesawah serta merancang aktiviti ke arah peningkatan hasil padi. Pada tahun 2021 sebanyak RM 2.9 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan projek padi negeri Selangor dan peruntukan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 5,000 orang pesawah di kawasan Barat Laut Selangor yang terlibat dengan projek pembangunan penanaman padi tahun ini.
Di peringkat kerajaan persekutuan pula, Kementerian Pertanian Industri dan Makanan (MAFI) sedang memantau kenaikan harga baja dan racun yang membebakan para petani dan pekebun kecil di seluruh negeri ketika ini. Pihak MAFI ketika ini sudah menggerakkan satu task force bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Kewangan bagi mengambil tindakan yang bersepadu dalam membantu para petani menghadapi kenaikan harga baja dan racun ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya adalah apakah punca sebenar ataupun apa sebenarnya yang berlaku sehingga kenaikan kos-kos input tanaman padi ini terlalu ketara? Berdasarkan mungkin perbincangan ataupun kajian daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Okay Yang Berhormat Sungai Panjang. Saya pun telah terangkan panjang lebar dalam penggulungan saya baru-baru ini berhubung dengan isu kenaikan harga input kepada tanaman. Sebenarnya fenomena ini adalah fenomena yang berlaku seluruh negara (dunia). Dunia, bukan negara je yang melibatkan gangguan kepada sistem ataupun rantaian bekalan ataupun supply chain yang berlaku seluruh negara dan juga dunia di mana kesan pandemik ini sebenarnya membawa banyak masalah kepada pembekalan ini. Jadi keperluan untuk baja kimia ini ialah MPK ya iaitu MPK ini produk-produk yang diperlukan untuk mengadun baja-baja kimia. Jadi telah berlaku kekurangan kepada bekalan itu menyebabkan harganya meningkat. Itu antara puncanya.
Dan juga yang keduanya, sebab tu saya sebutkan di sini pergantungan kita kepada baja kimia dan juga racun ini adalah berada di tahap yang tinggi. Dan saya telah mencadangkan supaya kita melihat semula kaedah-kaedah yang lebih mesra alam, organik dan juga tempatan untuk kita (kalau tidak semua orang menggantikan baja ini supaya dapat kita sebahagiannya kita gunakan) bagi mengurangkan pergantungan kepada (apa nama ni) input daripada luar negara ini. Ini dapat (terutama) bukan saja membantu mengurangkan bebanan kepada para petani kita, dalam masa yang sama meningkatkan hasil dan juga menjaga kelestarian alam sekitar kita. Dan fenomena ini juga berlaku juga pada bekalan makanan (ayam dan juga ruminan) di mana peningkatan tertinggi pada makanan ayam kerana penggantungan daripada import (daripada luar) disebabkan gangguan bekalan ini (supply chain ini) menyebabkan harga yang meningkat yang amat ketara juga pada makanan binatang ternakan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Kuang.
Saya nak tanya Yang Berhormat EXCO, ada beberapa ratus ribu ekor kambing dan lembu yang ada dalam Selangor ni?
Itu soalan khusus tu.
Apa kaitan dengan soalan ini Yang Berhormat? Tak ada kaitan. Ini cerita padi. Bukan cerita kambing/lembu.
Lembu pun makan padi juga.
Tidak ada makna lembu makan padi. Yang Berhormat daripada Sabak Bernam, macam mana boleh kata lembu/kambing makan padi ini?
Baik. Soalan berikutnya Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Makan ikan gelama jangan gelojoh, soalan saya 157.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 157. Task Force Tanah Negeri SelangorQuestions
157. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perkembangan terkini guna tanah Kerajaan Negeri ke atas tanah yang telah selesai dikenalpasti dan dalam inventori Kerajaan Negeri Selangor?
Sabar, sabar. Terima kasih Yang Berhormat sekalian dan juga Sijangkang yang bertanyakan tentang task force ataupun Pasukan Khas Tanah Negeri Selangor.
Untuk makluman YB Sijangkang, maklumat aset kerajaan negeri ataupun tanah kerajaan dikemas kini dan dikawal selia melalui aplikasi Sistem Data Kawal Selia Aset Tanah atau dikenali sebagai Selangor Land Information Systems (SeLIS) yang mana data-data tersebut dibahagikan kepada lapan lapisan :-a) Dipanggil sebagai virgin land; b) Lesen Pendudukan Sementara (LPS);
c) Lupus Notis 5A; d) Luput Tempoh Pajakan; e) Rampasan di bawah Notis 8A; f) Rizab; g) Rizab Melayu; h) Mineral dan Bahan Batuan.
Ini kategori-kategori dalam Sistem Simpanan Tanah Kerajaan Negeri.
Proses pengemaskinian senarai inventori tanah diurus oleh setiap pejabat tanah dan daerah masing-masing. Manakala pemantauan dan penyeliaan status tanah kerajaan dijalankan oleh Unit Task Force dan Penyelidikan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Proses pengemaskinian dan pemantauan ini sentiasa dijalankan secara berkala oleh PTGS melalui mesyuarat dan pemantauan di tapak. Pemantauan di tapak juga amat penting memastikan tanah-tanah kerajaan tersebut tidak di ceroboh oleh mana-mana pihak yang tidak berkenaan.
Tanah-tanah yang berpotensi yang telah dikenal pasti lesen dan sentiasa dikaji semula daripada segi nilaian hartanah, lokasi, keadaan fotografi, aspek teknikal dan perundangan bagi tujuan perancangan dan pembangunan ekonomi negeri. Sebahagian tanah yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi akan diagihkan sebagai tapak gantian sekiranya terdapat kes-kes tuntutan mahkamah kepada kerajaan negeri berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri.
Status inventori tanah ini juga akan dibentangkan secara berkala kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk makluman dan arahan selanjutnya berkaitan hala tuju tanah kerajaan ini. Ini task force tanah yang telah dibina sejak daripada tahun 2009 dan 2010 yang lalu. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Berkaitan dengan status terkini guna tanah Kerajaan ni. Sebab apa saya melihat ada beberapa tanah yang berada dalam inventori ni sesuai untuk dibangunkan ya dalam program pertanian menggunakan tanah Kerajaan ataupun GLC yang terbiar seperti di Pulau Carey ya dan saya ingat kita dah pun agak bagi saya, pandangan saya kita terlewat dalam melaksanakan program tu selepas pembentangan dalam belanjawan yang lepas. Mungkin boleh difikirkan juga oleh Kerajaan Negeri dengan menggunakan tanah-tanah ini untuk tujuan tersebut dalam masa yang mungkin terdekat peluang kepada rakyat Negeri Selangor.
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR
: Terima kasih Yang Berhormat. Memang itu exercise nya sebelum sesuatu projek macam sebagai contoh yang dilaksanakan oleh Pandan Indah apabila kita ingin lancarkan program dengan harapan mencari lebih kurang 2,000 ekar satu tahun kita akan bertemu dengan PTGS lah yang mempunyai landbank ataupun senarai tanah-tanah berikut dan kita temui anak-anak syarikat dengan senarai-senarai berikut.
Jadi semalam saya rasa dalam penggulungan ataupun dalam soalan yang di jawab oleh Pandan Indah menjelaskan ada beberapa tanah yang telah kita kenal pasti, Cangkat Menteri sebagai contoh, 2,000 ekar namun begitu kita kena melalui proses EIA, itu yang dia jadi lambat. Tapi untuk di Bukit Cheding saya rasa itu yang 30 ekar, Bukit Changkat, maaf kan saya. Saya rasa boleh dilaksanakan dengan segera mungkin tapi saya saiznya kecil sebab cuma 30 ekar lebih kurang begitu. Kita sedang melihat beberapa lagi tanah-tanah anak-anak syarikat dan tanah-tanah Kerajaan ini untuk melihat secara keseluruhan.
Tapi saya ingin memaklumkan pada ketika ini pengurusan yang dipanggil sebagai data sylice ini kebanyakannya urusan di dalam office ya. Ia bukan urusan yang boleh di akses oleh public lagi di luar tapi apabila selesai penggabungan dengan sistem e-Tanah yang dibangunkan oleh Pihak Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, kita adalah negeri ke tiga selepas negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Perak dan sekarang untuk Selangor. Sistem e-Tanah ini juga akan memberi akses kepada public kepada beberapa taraf-taraf dan maklumat tertentu supaya tidak berlaku apa yang dikatakan pertindihan-pertindihan dan pelbagai isu yang turut mencengkam Kerajaan Negeri sebenarnya. Kerajaan Negeri berdepan dengan kes-kes Mahkamah sebagai contoh tadi kerana sebelum ini yang diuruskan secara manual telah menimbulkan pertindihan-pertindihan, penerima-penerima tanah dan pemilik-pemilik tanah yang akhirnya yang-yang akhirnya Kerajaan pada hari ini terpaksa terbeban dengan kos-kos tertentu untuk membayar balik atau menggantikan tanah-tanah yang telah mempunyai pertindihan-pertindihan tersebut.
Kita saban tahun sebenarnya kita sedang membersihkan hal ini. In syaa Allah saya percaya daripada masa ke semasa senarai semak kita ataupun senarai landbank kita ini semakin bersih dengan sistem pemantauan secara elektronik ataupun di dalam talian. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Gombak Setia.
Tuan Timbalan Speaker, Peraturan Tetap 24 (2), saya mengambil Soalan Gombak Setia.
Baik saya benarkan.
Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 158. Sumber Ekonomi Dan Pendapatan BaruQuestions
158. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha strategik Kerajaan Negeri untuk meneroka sumber ekonomi dan pendapatan baru bagi menjamin kelestarian ekonomi ?
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR
: Terima kasih Lembah Jaya atas kemukakan soalan bagi pihak Gombak Setia. Seiring dengan kemajuan industri berteknologi tinggi, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk memberi penumpuan kepada pembangunan ekonomi melalui pelaburan berimpak tinggi. Sebagai negeri penyumbang KDNK terbesar, Selangor berdaya tahan dalam menghadapi cabaran COVID-19. Dengan peralihan kuasa Geo-politik dan Megatrends seperti kebangkitan ekonomi China dan respons Amerika Syarikat.
Dan kita tidak tinggal beberapa isu seperti Climate Change & Net Zero Goals dan transformasi digital, Selangor boleh mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kelebihan yang ada dan menangani perkara-perkara yang membimbangkan.
Selain menambah baik sektor ekonomi sedia ada, fokus terhadap sektor baru muncul seperti New Emerging Sectors seperti Life Sciences dan Agri-Tech turut diberi penekanan untuk membantu melestarikan ekonomi negeri. Kerajaan Negeri amat komited membina ekonomi digital dan ekosistem dengan aspirasi untuk menjadikan Negeri Pintar boleh didiami dan proses ini dipercepatkan dengan Pandemik yang telah melanda kita selama beberapa tahun yang lalu. Beberapa strategi yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan Negeri sebagai contoh untuk mempromosi serta menumpu kepada proses eDagang beberapa tahun dulu.
Penubuhan Smart Selangor Delivery Unit serta inisiatif untuk menjadi sebuah Smart State benar-benar telah membantu untuk memberikan daya tahan dan imunisasi kepada sistem ekonomi negara, Negeri Selangor walaupun kita dihempas teruk dengan pelbagai, dengan pelbagai kesan-kesan daripada Pandemik COVID-19. Bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan yang tersedia menarik masuk pelabur ke negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah merangka beberapa strategi antaranya:-
(i) Melalui SIDEC dengan pembangunan Industri Teknologi Pertanian Negeri, melalui Program Pemecut Selangor ataupun Selangor Accelerated Program. Nama dia Pemecut ya. Selangor Accelerated Program. Tumpuan baharu dalam bidang ini adalah kunci kepada pemulihan ekonomi tempatan melalui transformasi digital; (ii) Penjenamaan dan pempromosian kawasan-kawasan perindustrian berpotensi melalui media cetak dan elektronik; iii) Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah; (iv) Membantu pihak industri menyelesaikan isu-isu berbangkit berkaitan pelaburan; (v) Menyediakan pelan perancangan strategik sektor perindustrian; (vi) Meningkatkan usaha promosi di luar negara; (vii) Meningkatkan jaringan hubungan networking dengan agensi-agensi yang berkaitan sama ada di pihak Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri ataupun Kedutaan-kedutaan; (viii) Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi yang berkaitan; dan (ix) Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta yang berkonsepkan Managed Industrial Park. Kerajaan Negeri juga sentiasa meneroka pendapatan baharu daripada masa ke semasa sebagaimana yang telah digariskan dan bagi memastikan hasil, Pemungut Hasil mengoptimumkan usaha mengutip sedia ada dan meneroka hasil baharu, terdapat dua jawatankuasa yang diwujudkan iaitu Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri yang membantu Kerajaan Negeri menguruskan lebihan tunai dengan lebih efisien di samping memberikan pulangan faedah yang optimum iaitu termasuk pelaburan. Yang kedua, Jawatankuasa Mengkaji Hasil Negeri yang membantu Kerajaan Negeri mengenal pasti cadangan baru di samping memantau usaha mengutip hasil sedia ada dan secara maksimum, menyemak semula Undang-undang dan Peraturan bagi mengelakkan kehilangan hasil. Di antara dasar-dasar baharu Hasil Kerajaan Negeri yang telah dirancang atau pun di peringkat semakan berkaitan Undang-undang adalah seperti berikut:-
(i) Permit Khas sebagai kebenaran penggunaan sementara; (ii) Cadangan baru Fi Pejabat bagi urusan pendaftaran Pindah; (iii) Cadangan Pajakan Tapak Menara dan Struktur Telekomunikasi; Yang saya sebutkan di sini ada lebih daripada 10. Sebahagiannya saya dah sebutkan ketika penggulungan yang lepas. Antaranya melaksanakan Semakan Semula Kadar Perkhidmatan Veterinar. Merangka Pelaksanaan Kaedah-Kaedah Perikanan Darat. Mengenakan Permit Access Benefit Sharing. Cadangan menambah baik kaedah pajakan kepada pengusaha di atas tapak tanah Kekal Pengeluaran Makanan dan pengeluaran Lesen Khas ke atas Kilang Berasaskan Kayu yang di pantau oleh Jabatan Perhutanan. Dalam satu Retreat yang telah dilaksanakan pada Mac tahun 2020, Mac 2021, kita telah melihat kemungkinan-kemungkinan ini dan sebenarnya Kerajaan Negeri telah menganggarkan setiap jabatan-jabatan itu untuk meneroka sebagaimana fi perkayuan yang saya sebutkan tadi. Veterinar, caj untuk taman TKPM itu maknanya cadangan-cadangan daripada setiap department-department dan cadangan daripada setiap, daripada setiap jabatan-jabatan yang ingin ataupun yang boleh menambah peluang negeri untuk menambah hasil baru kepada pendapatan Negeri Selangor selain 100% bergantung sepenuhnya kepada hasil tanah seperti Premium dan Cukai Tanah. Namun begitu saya percaya apa yang dibuat dalam Jawatankuasa Pengurusan Tunai tadi, macam mana kita boleh mengoptimumkan pelaburan-pelaburan terhadap lebihan tunai yang kita ada dan bagaimana kutipan hasil mendatangkan hasil. Sebagai contoh kutipan hasil tanah kita tahun ini mencecah sampai cukai tanah kita mencecah hingga 99% daripada sasaran. Itu adalah kira fixed deposit yang harus dikutip. Angkanya mungkin hampir 600, 700 juta kita dapat capai lebih ataupun lebih 90% daripada masa ke semasa kita akan pastikan deficiency of kutipan ini dapat diwujudkan khususnya dengan agenda digitelisasi yang sedang dibangunkan Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Pelabuhan Klang.
Tuan Timbalan Speaker, Peraturan Tetap 24 (2), Soalan Pelabuhan Klang 159.
Baik saya benarkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 159. Roda Darul Ehsan (RIDE)Questions
159. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan pada tahun 2020 sehingga kini?
b)
Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan dan ditolak pada tahun 2020 sehingga kini?
c)
Adakah pihak Kerajaan dapat menyenaraikan jumlah penerima manfaat program RIDE bagi setiap DUN?
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Pelabuhan Klang dan juga Sentosa. Bertanyakan tentang jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan bagi program RiDE bagi tahun 2020.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2,000,000.00 pada tahun 2020 dan sehingga kini dan sebanyak RM 1.7 juta telah dibelanjakan untuk pembayaran kepada 3,227 pemohon yang layak. Manakala RM281,153.00 telah digunakan untuk kos-kos pengurusan dan pentadbiran seperti program jelajah penyerahan inisiatif RiDE, pembayaran kepada tenaga pekerja, pembangunan laman web dan lain- lain.
Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah menerima sejumlah 8,144 permohonan secara keseluruhan dan menggunakan peruntukan yang sedia ada. Kerajaan Negeri telah menyalurkan inisiatif 3,227 pemohon yang layak dan 1,761 permohonan ditolak di atas sebab-sebab tidak memenuhi dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Manakala baki pemohon yang layak dan masih belum dibayar, pihak Kerajaan Negeri akan menilai dan menyemak semula kriteria yang telah ditetapkan dan akan dibayar menggunakan peruntukan pada tahun yang akan datang.
Bagi soalan ketiga, adakah pihak Kerajaan dapat menyenaraikan jumlah penerima? Kita ada 3,227 saya ingat ini adalah senarai yang panjang. Saya bagi secara bertulis Yang Berhormat Timbalan Speaker kepada Pelabuhan Klang nanti.
Soalan seterusnya, Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 160.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 160. Projek Tambatan Banjir Sungai Labu Dan Sungai ChincangQuestions
160. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Masalah banjir yang berpunca dari ban Sg. Labu yang pecah, apakah penyelesaian jangka panjang bagi benteng ban yang kerap pecah?
b)
Apakah kerajaan negeri merancang untuk mengenal pasti lokasi dan membina Kolam Takungan sebagai zon penampan banjir?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Pelek, Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Sungai Pelek bertanyakan soalan berhubung dengan isu banjir di Sg. Labu yang bagaimana langkah penyelesaian jangka panjang dan juga sama ada Kerajaan Negeri telah mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk kolam takungan.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi penyelesaian jangka panjang, Projek Tebatan Banjir Sg. Labu telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan masih dalam pembinaan yang sepatutnya projek ini yang bernilai RM17.754 juta ini siap pada bulan Disember tahun ini disebabkan isu Pandemik dan sebagainya telah diperijadual semula, disambung dan dijangka siap kali ini pada suku kedua. Suku kedua, tahun 2022.
Di mana projek ini adalah menaik taraf dan mengukuhkan struktur tebing Sungai Labu yang menggunakan struktur sheet pile dan juga armour rock di kawasan-kawasan sering runtuh. Jadi kita dalam pendekatan di bawah pengurusan ban ini, tempat-tempat yang sering pecah dan runtuh kita telah ganti. Tidak lagi menggunakan tanah kita menggantikan dengan armour rock yang mana lebih kukuh dan lebih kuat. Selain itu, JPS juga, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor juga telah merancang untuk tindakan jangka masa pendek pada tahun 2022 ini bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Giching dan Kampung Salak Tinggi melalui kerja-kerja pembinaan pintu kawalan air dan pemasangan pam di muka sauk saliran utama ke Sungai Labu. Kita menerima air begitu banyak daripada Negeri Sembilan melalui Sungai Labu ini dan kita telah mengambil keputusan untuk memasang pintu air dan pemasangan pam di saliran utama Sungai Labu dengan anggaran kos RM 5 juta di bawah peruntukan akaun amanah caruman parit.
Pihak JPS juga sedang melaksanakan Kajian yang saya dah sebutkan sebelum ini iaitu Kajian Pelan Induk (Master Plan) Sistem Saliran Bagi Pengurusan Air Ribut ataupun Stormwater iaitu PISMA di Daerah Sepang. Kajian Pelan Induk ini telah dimulakan dan akan siap pada akhir Februari 2022 dan Pelan Induk ini akan dikongsikan, diselaraskan bersama dengan pihak PBT dan juga Agensi lain yang berkaitan dengan Sistem Saliran.
Cadangan pelaksanaan jangka panjang ialah penyelesaian banjir ini akan dirancang berdasarkan kajian ini bagi memastikan penyelesaian secara holistik dilaksanakan termasuk perancangan lokasi bagi pembinaan kolam takungan banjir. Terima kasih.
Batang Kali.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Berkaitan dengan banjir juga, saya walaupun EXCO cadang nak WhatsApp dekat saya tapi saya nak juga jawapan secara live di Dewan yang mulia ini. Pada 23 Ogos 21 yang lalu...
Yang Berhormat ini soalan Sungai Labu, Sungai Gincing ni Yang Berhormat.
Hah! Ini banjir juga. Hah! ini sama dengan banjir. So minta izin. Ini pasal banjir juga. Pada mesyuarat yang lalu Kerajaan Negeri telah menyatakan bahawa sekarang dalam penyediaan reka bentuk dengan peruntukan RM 4.2 juta akan keluarkan tender hujung tahun ini. November 2021 dan laksana projek 4, bulan April 2022.
Dalam tempoh 24 bulan dan ini sebenarnya soalan ini diusahakan oleh rakan saya ADUN Kuala Kubu yang begitu kuat memperjuangkan isu ini dan saya menyambung isu ini supaya boleh jawab secara live apakah status terkini tentang projek ini. Terima kasih.
Ya, tak boleh nak jawab terus gitu ya. Nanti saya kena tengok balik sebab ini khusus ya soalan ini. Yang tadi saya jawab tadi itu khusus pada Sg. Gincing dan Sg. Labu. Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini apa isu berkaitan banjir ni kita akan teliti dengan kita akan laksanakan di bawah langkah, tambah lagi, langkah segara pun ada sekarang ni.
Jadi kalau dalam peruntukan itu kita dapati tidak ada kalau langkah segera apa perlu dibuat? Kita dapatkan peruntukan di bawah caruman parit kita ada duit lagi di bawah caruman parit untuk kita laksanakan segera isu-isu yang berkaitan dengan banjir. Jadi saya harap Batang Kali akan bersabar dengan saya, saya akan bagi tumpuan khusus walaupun tak WhatsApp pun tak apa, saya akan bagi tumpuan khusus untuk
menyelesaikan isu banjir yang saya rasa dah sekalian lama di Batang Kali. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Rawang.
Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN
: Templer ambil Soalan Rawang. Pergi ke kedai terlanggar batu.
Peraturan Tetap berapa?
Y.B. TUAN MOHD SANY BIN HAMZAN
: 24 (2). Saya sebut betul itu hari tu, hah! Yang dok viral sekarang ni kan. Saya sebut betul tu. Pergi ke kedai terlanggar batu. Soalan Rawang 161.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 161. Ppn Negeri SelangorQuestions
161. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah perniagaan yang telah ditutup akibat COVID -19?
b)
Bagaimana tempoh PPN membawa pemulihan kepada ekonomi Negeri Selangor?
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR
: Terima kasih Templer yang juga merupakan jiran Sungai Tua dan Rawang. Jadi sebab itu yang bertanyakan soalan. Yang Berhormat, secara asasnya kesan ekonomi daripada pelaksanaan PKP dan COVID -19 memang jelas sekali kelihatan. Nilai contraction yang diumumkan oleh Bank Negara adalah sekitar 17% dan 16% merupakan antara yang paling besar pernah dilalui oleh negara berbanding dengan krisis tahun 1999 dan tahun 1998.
Namun begitu selepas beberapa proses perolehan dan pemulihan yang dilaksanakan dan juga tidak ketinggalan beberapa sektor yang tiba-tiba meningkat dengan baik antaranya sektor pembuatan sarung getah ataupun sarung tangan getah telah sedikit sebanyak mengimbangi kepada proses kelemahan serta kelembapan perniagaan-perniagaan.
Secara asasnya soalan yang dikemukakan ialah berapa banyak perniagaan yang ditutup? Asasnya negeri tidak mendapat makluman ini secara langsung daripada jabatan-jabatan justeru kita tidak dapat mengemukakan angkanya tetapi daripada petunjuk-petunjuknya yang dapat dibuktikan bahawa ketika Perintah PKP dilaksanakan sememangnya berlaku proses peningkatan daripada segi pengangguran dan peningkatan daripada segi kedudukan ekonomi dan kelemahan ekonomi.
Saya sendiri dapat melihat data yang telah ditunjukkan oleh KWSP sebagai contoh bagaimana pencaruman-pencaruman KWSP mengalami penurunan yang signifikan dan menjelang beberapa bulan selepas itu kita jangkakan syarikat-syarikat ini akan berdepan risiko ataupun masalah daripada masalah operasi serta pembuatan mereka. Tetapi apabila kita telah membuka kembali sektor ekonomi dengan pelan pemulihan negara yang saya anggap merupakan an exit plan yang sepatutnya disiapkan daripada awal tapi tidak disediakan dan tidak dirangka daripada awal telah menyebabkan beberapa sektor ekonomi sekarang ini berjalan semula dan memberikan tekanan semula kepada sektor perkhidmatan yang menunjukkan peningkatan yang luar biasa daripada segi attraction dan juga aktiviti-aktiviti yang berlaku.
Sekarang bagi saya kita berada dalam proses penyesuaian di antara sektor perkhidmatan yang berkembang sebelum ini dengan perniagaan di dalam talian sebagai contoh yang turut berkembang dengan cukup besar dan memberikan peluang ekonomi yang sangat baik dengan penyesuaian dengan aktiviti-aktiviti fizikal yang kembali berlangsung. Pelbagai sektor yang kita lihat mengalami tekanan yang dijangkakan akan menerima kesan akhir melalui pemulihan seperti sektor perhotelan dan juga hospitaliti yang sememangnya mendapat kesan yang begitu besar dan ia turut melibatkan beberapa anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang terpaksa melakukan proses penutupan operasi akibat daripada kos operasi yang terlalu tinggi dan dilaksanakan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan.
Jadi bagaimana PPN memulihkan ni? Ya sudah pasti ia memulihkan kerana ia membuka kembali sektor-sektor yang selama ini terhad. Sebelum ini sektor-sektor ini terpaksa mendapat kelulusan ataupun mendapat permohonan daripada Kementerian ataupun Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan dan berlaku perubahan SOP ya. Berlaku perubahan arahan-arahan yang kerap kali memeningkan dan menimbulkan rasa gundah gulana di samping messaging ataupun kaedah penyampaian terhadap COVID -19 yang saya anggap agak serong terhadap COVID-19 yang mengakibatkan ketakutan yang luar biasa dan akhirnya ekonomi tidak berjalan. Perebakan masih terus berlaku dan kita gagal menangani hal sebenar iaitu tentang penjarakkan fizikal, pemakaian topeng ataupun behaviour yang betul ketika berdepan dengan COVID -19.
Jadi angkanya saya janji saya akan dapatkan sebab ia maklumat daripada DOSM dan pihak seperti KWSP yang di luar kawalan kita. Saya akan dapatkan dan sampaikan secara bertulis kepada Rawang dan juga kepada Templer kalau Templer inginkan tapi
kesan PPN yes ada dan kita dapat lihat positif grow yang dijangkakan pada suku ke empat tahun ini selepas pembukaan semula sektor ekonomi sebagaimana jangkaan ekonomi pada kita. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya 162.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 162. Sokongan Serta Bantuan Untuk Pekerja P-Hailing Dan E- HailingQuestions
162. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Memandangkan bilangan pekerja P-hailing dan E-hailing semakin meningkat, apakah polisi ataupun inisiatif yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memberikan sokongan serta jaminan kepada golongan pekerja P-hailing dan E-hailing?
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Berkaitan dengan sokongan serta bantuan untuk pekerja P-hailing apakah polisi ataupun inisiatif yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Selangor?
Polisi kita secara umumnya adalah bantu kesemua mereka yang tinggal dan mempunyai alamat di dalam Negeri Selangor. Inisiatif-inisiatif kita mempunyai inisiatif yang banyak di antaranya adalah Inisiatif Rebat iaitu bagi Pengangkutan Grab Ke PPV yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dalam 25 inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0 yang telah memberikan sokongan besar kepada pekerja-pekerja E-hailing. Dan lebih daripada 14 ribu pemohon inisiatif ini telah menggunakan perkhidmatan Grab ke PPV. Inisiatif kedua, adalah Agenda. Agenda Digitalisasi iaitu Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif seperti Rakan Digital Selangor dan Selangor E-kitchen dan program ini berupaya membuka ruang pendapatan kepada mereka yang memerlukan. Portal ini boleh dilayari melalui sesawang PLATS Selangor yang ada dalam web kita.
Yang ketiga, adalah program yang kita sedia maklum iaitu Program Ride yang menggalakkan sokongan anak muda serta sektor gig dalam e-hailing terutama sebagai penghantar makanan. Yang Berhormat, dulu kita hadkan umur pada 21. Sekarang ini had umur kita tidak ada lagi had umur untuk mereka-mereka ini. Kita buka, mereka yang terlibat dengan e-hailing atau P-hailing ini mereka boleh memohon program RiDE ini dan ini adalah usaha Kerajaan yang berterusan untuk menggalakkan penyertaan mereka dan yang terbaru ini untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama kita telah berbincang dengan KWSP bagaimana untuk menambah baik manfaat program RiDE ini dengan caruman i-Saraan KWSP, iaitu simpanan secara sukarela untuk pekerja yang tidak bermajikan. I-Saraan ini membolehkan pekerja bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela bagi tujuan persaraan dan menerima caruman tambahan daripada pihak Kerajaan. Dan yang terakhir, untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama, kita telah berhubung dan bekerjasama dengan Gabungan E-hailing Malaysia yang telah mengadakan beberapa perbincangan dan di antara keluhan daripada Gabungan E-hailing Malaysia adalah mereka ini seolah-olah terawang-awang. Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama mereka-mereka yang terlibat dalam E-hailing atau P-hailing ini mereka seolah-olah tidak ada platform ataupun majikan yang khusus yang diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan.
Apa yang berlaku dalam perbincangan dengan Gabungan E-hailing Malaysia Kerajaan Negeri ingin mengadakan satu bentuk Jawatankuasa ataupun Majlis ataupun apa sahaja platform yang boleh membawa suara mereka ini dan membantu.
Soalan Tambahan.
Bukit Gasing.
Saya menghargai bantuan kepada rider yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri tetapi mungkin yang paling mencabar bagi riders secara keseluruhan ialah negotiation dengan syarikat gergasi. Jadi bila Grab, Foodpanda menukar insentif ini akan menjejaskan pendapatan mereka secara besar-besaran. Bila ada pertikaian dan mereka dihentikan sebulan, seminggu, ini akan menyebabkan mereka hilang pendapatan jadi yang itu saya kira kerajaan yang paling berkuasa, paling berimpak untuk memberi pertolongan. Ada tak Yang Berhormat EXCO dan Kerajaan Negeri bercadang untuk terlibat sebagai perunding, orang tengah ataupun membentuk satu hubungan untuk menyelesaikan masalah dengan syarikat gergasi yang sekarang macam sangat berkuasa untuk membuat apa-apa polisi dan tindakan terhadap rider dan rider tidak ada kemampuan untuk cari peguam untuk membelakan diri mereka.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Betul kata Yang Berhormat tersebut di kaca mata Kerajaan Persekutuan mereka yang terlibat E-hailing atau P-hailing ini adalah sama di kalangan mereka yang jual nasi lemak tepi jalan. Iaitu mereka tidak ada majikan, mereka boleh datang dan mereka boleh pergi. Malah ada kes Mahkamah yang telah menetapkan bahawa mereka ini tidak dianggap sebagai pekerja pun.
Tapi bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah? Masalah boleh diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Pindaan Akta Undang-undang yang ada di dalam Kerajaan Persekutuan itu sendiri. Peranan Kerajaan Negeri, kita boleh membentuk satu Jawatankuasa dan menghubungkan Gabungan E-hailing Malaysia ini untuk menjadi juru cakap atau suara dengan Kerajaan Persekutuan.
Yang Berhormat Bukit Gasing. Gabungan ini telah banyak bertemu dengan pihak-pihak di peringkat Persekutuan tetapi sehingga ini belum ada lagi penyelesaian yang dilakukan. Itu adalah satu concerning yang sangat besar sebenarnya Yang Berhormat kerana ia melibatkan lebih 15 / 20,000 pekerja E-hailing di Selangor ini dan platform mereka ini sangat terawang-awang.
Di peringkat Kerajaan Negeri kita hanya boleh membantu dari segi inisiatif dan bantuan. Dari segi Polisi Dan Peraturan itu adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun untuk makluman Bukit Gasing, ia kita akan move dengan Gabungan E-hailing Malaysia dan menjadi satu suara untuk kita bantu mereka di Malaysia ini.
Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan tambahan.
Soalan seterusnya. Sungai Air Tawar.
Y.B. DATUK RIZAM BIN ISMAIL
: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan saya 163.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 163. Peranan PbtQuestions
163. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah peranan PBT dalam usaha mengekang penularan COVID -19 di Selangor dalam fasa ke-4?
b)
Berapa banyakkah kilang yang diarah tutup akibat pelanggaran SOP sepanjang tahun 2021? Senaraikan mengikut PBT.
Tuan Speaker. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melaksanakan pemantauan rutin seperti rondaan dan operasi penguatkuasaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan iaitu Akta 171 dan Perundangan PBT iaitu Undang-undang Kecil yang sedia ada.
PBT juga menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sepertimana penurunan kuasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selain itu, PBT juga menyertai operasi bersepadu dan pemantauan pematuhan SOP COVID -19 di kawasan PBT bersama pihak Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain bagi memastikan pematuhan SOP COVID -19 yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara terutama di sektor pengilangan seperti kilang, asrama pekerja, dan tapak pembinaan.
Antara usaha-usaha lain yang dilaksanakan oleh PBT bagi mengekang penularan COVID -19 di Selangor adalah seperti berikut:
i) Melaksanakan Operasi Pemantauan Pematuhan SOP yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara di premis-premis perniagaan seperti pengambilan suhu badan sebelum memasuki premis, pengimbasan kod MYSEJAHTERA, pemantauan jarak SOP dan jumlah pelanggan dalam satu-satu masa;
ii) Menyediakan dewan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan COVID - 19 Assesment Centre (CAC);
iii) Membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat siasatan kes positif dan kontak rapat;
iv) Membantu PKD untuk active case detection (ACD) di lokaliti PKPD dari semasa ke semasa; v) Membuat hebahan dan taklimat mengenai SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia;
vi) Menjalankan aktiviti disinfeksi ke atas premis-premis di bawah jagaan Majlis dari semasa ke semasa; dan
vii) Bertugas di Pusat Pemberian Vaksin dan di COVID -19 Assesment Centre.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, operasi bersepadu di sektor perkilangan telah diketuai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing. Jabatan di PBT sentiasa memberi kerjasama dalam setiap operasi yang dilaksanakan. Setakat Ogos 2021, sebanyak 388 premis telah diperiksa dan 132 kilang diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu tersebut. Sekian, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan saya ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul nombor 2 tahun 2021. Usul Peruntukan Pembangunan 2022Motion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan Usul nombor 2 tahun 2021. Usul Peruntukan Pembangunan 2022.
Sekarang saya mempersilakan pihak Kerajaan, jika ingin menjelaskan apa-apa perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, boleh saya, izinkan saya untuk menambahkan sedikit perbahasan.
Perbahasan telah tamat semalam. Telah dinyatakan oleh Tuan Speaker petang semalam. Jadi saya persilakan Kerajaan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Damansara dan juga Yang Berhormat Sijangkang, yang membangkitkan dua perkara. Pertama, Yang Berhormat Kota Damansara telah membangkitkan tentang isu berkenaan pembedayaan pekerja, Stanco Pemberdayaan Pekerja. Untuk maklumat Yang Berhormat Kota Damansara, UPS ya, Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor sedang dalam proses meneliti dan mengorak langkah yang tersusun demi melindungi martabat dan hak pekerja. Justeru itu, MTUC, tertera dalam senarai sebagai salah satu agensi utama untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama. Kunjungan hormat ke MTUC sedang dalam perancangan dan akan diadakan di waktu yang terdekat dengan hasrat untuk membuka jalan, bagi perbincangan mengenai hala tuju, kolaborasi kedua-dua pihak. Semenjak mula beroperasi dua bulan yang lalu, dengan empat kakitangan unit UPS kini sedang giat melaksanakan inisiatif penempatan semula pekerja yang hilang pekerjaan dan berganding bahu bersama pelbagai agensi kerajaan seperti PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Pembangunan Kemahiran, HRD Corps. dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga UPS telah mengadakan sesi perbincangan dengan puluhan syarikat swasta dan multinasional seperti Panasonic, Epson, West
Port, Adabi, Sky Net dan sebagainya. Kini hasil usaha Stanco ini mula membuahkan hasil. Di mana mereka telah pun berjaya mengenal pasti lebih 2,000 peluang pekerjaan. Khususnya untuk golongan muda mahupun golongan yang lebih tua. Dan telah pun menyediakan platform dalam talian untuk membantu rakyat Selangor yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Di samping menyalurkan peluang pekerjaan, UPS yakin, perbincangan yang bakal diadakan bersama agensi-agensi sperti MTUC, pastinya akan memperkasakan kedudukan pekerja di Selangor.
Berkenaan tentang Yang Berhormat Sijangkang yang prihatin tentang pekerja ladang. Terima kasih Yang Berhormat, walaupun pemimpin daripada parti... Yang Berhormat daripada negeri utara, sentiasa memperlekehkan sumbangan daripada kaum India, tapi namun begitu sebagai seorang yang sangat prihatin, sabar, lama, saya dalam MMKN, saya sanjung beliau ada hasrat untuk membantu, sebab kawasan beliau, Yang Berhormat sendiri iaitu Pulau Carey. Tiga division itu, Kementerian Sumber Manusia, ataupun Kerajaan Pusat sedang membuat rancangan untuk mengalih mereka semua ke Sungai Buaya. Satu perumahan di kawasan di situ. Yang mana rata-ratanya, hampir semua menentangnya, membantah. Dan saya telah bersama dengan mereka, telah berjumpa dengan Kementerian Sumber Manusia, Menteri dan menyatakan hasrat mereka. Namun begitu, projek perumahan daripada Kerajaan Pusat masih lagi dikekalkan di Sungai Buaya. Ini antara perkara-perkara, dalam pada itu juga, saya mengambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkenaan bagaimana kita perlu membantu dan kita sebenarnya menggunakan Estate Land Board. Setiap kali pembangunan perlu dibuatkan, kami terpaksa melalui, bukan paksa, kita membuat perundingan melalui segala kelulusan di bawah LLB. Untuk memastikan hak-hak mereka dijaminkan. Sekian terima kasih.
Sedikit penjelasan.
Sijangkang.
Seingat, satu ketika dahulu, beberapa tahun yang lepas, ada satu lot di Pulau Carey, yang saya ingat tanah kurniaan Sime Darby yang telah diuntukkan, juga ada perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan untuk dibangunkan, kawasan perumahan. Saya kira mungkin, kalau Yang Berhormat EXCO sudah ada hubungan dengan Kerajaan Pusat untuk tujuan itu, saya kira penempatan yang paling terbaik untuk pekerja-pekerja ladang di Pulau Carey adalah tapak yang telah disediakan. Saya tak tahu sejauh mana kedudukan tapak itu, daripada nak dialihkan ke Sungai Buaya, saya kira sebagai wakil rakyat tempatan, saya tidak bersetujulah. Terima kasih.
Yang Berhormat Sijangkang, saya sendiri pun sebenarnya tak masuk akal. Kita semua sedar, sebelum 2018, ada berlaku pecah tanah oleh mantan Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib Razak, di kawasan Carey Island, untuk perumahan pekerja ladang di situ. Program, walau bagaimanapun,
program pecah tanah telah pun dibuat, pecah tanah bermaksud segala perancangan perumahan pekerja ladang telah di akui dan dibuat, tapi tanpa berbincang dengan Kerajaan Negeri. Namun begitu baru-baru ini, mereka saya nampak, tahun ini, nampaknya adanya program baru pulak, oleh sekarang, Kerajaan yang sedia ada sekarang. Yang mana juga adalah komponen daripada Yang Berhormat sekali. Menteri-menteri kanan di sebelah di kanan dan juga di situ, semuanya sebab akhirnya mereka memindahkan satu kawasan perumahan yang jauh daripada Carey Island. Ia akan mengakibatkan bukan sahaja pekerja ladang, 19 kuil yang ada di situ, kawasan di situ adalah antara penerokaan bagi kaum India yang paling lama dalam Selangor, juga akan dialihkan. 13 sekolah Tamil, perlu dialihkan dan sebagainya. Ia akan membawa satu keadaan, yang mana pembantahan yang besar-besaran akan berlaku. Saya percaya, saya telah membawa perkara ini secara peribadi kepada Menteri Sumber Manusia kini. Saya telah berjumpa secara peribadi dan saya telah membuat segala penerangan dan juga ekspetasi daripada penduduk kawasan. Saya harap Yang Berhormat juga membawa perkara yang sama, semua Yang Berhormat di sini, yang mana ada hubungan rapat dengan Kerajaan Pusat, akan memberi tahu. Dan kita hanya mempertahankan keadilan di sini. Bukan semata-matanya politik. Terima kasih Yang Berhormat.
Sila kan Batu Tiga.
Terima kasih Timbalan Speaker. Ada tiga Yang Berhormat yang bertanya tentang berkaitan PK 15. Saya ingin menjawab daripada ADUN Seri Setia, iaitu membangkitkan tentang isu Lembah Subang 1. Untuk maklumat Yang Berhormat, kebetulan pula, semalam memang ada perjumpaan mesyuarat Menteri dan EXCO KPKT, saya juga membangkitkan isu berkaitan dengan Lembah Subang. Paling dulu, kalau sedikit sejarah ke belakangnya pada 2019, pernah hasrat daripada KPKT untuk menyerahkan Lembah Subang 1, itu, kepada Kerajaan Negeri. Tetapi walau bagaimanapun pada 7 April 2021, KPKT telah pun menjawabkan bahawa ia akan dikekalkan di bawah KPKT. Tetapi dalam perbincangan saya semalam, saya dapati, Menteri ada sedikit confuse. Beliau ingat Lembah Subang ini satu sahaja, rupanya Lembah Subang itu, ada dua. Dua kompenan, iaitu Lembah Subang 1 dan Lembah Subang 2. Lembah Subang 1 ini, adalah Lembah Subang 1 adalah yang disewakan. Lembah Subang 2 adalah bangunan ataupun unit-unit yang disewa belikan. Jadi, Menteri beberapa kali jawab dengan saya, dia kata, beliau telah turun hampir tiga kali semenjak beliau dilantik menjadi Menteri baru. Tetapi rupanya beliau pergi hanya Lembah Subang 2. Jadi Alhamdulillah, dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seri Setia, saya telah bangkitkan tentang keuzuran ataupun banyak masalah yang telah ada di situ, dan beliau berjanji akan melihat perkara ini. Dan saya mencadangkan supaya pihak Yang Berhormat menulis permohonan secara rasmi melalui saya dan saya akan sampaikan kepada mereka.
Tetapi untuk makluman semua, saya dapati walaupun, ini bukan di bawah Kerajaan Selangor, Kerajaan Selangor telah beberapa kali masuk dan menyumbang, untuk
memastikan keselesaan penduduk di sana. Saya ingat tahun lepas juga kita menyelesaikan, awal tahun ini, minta maaf, kita telah menyelesaikan sampah yang berlonggok hampir satu tingkat, dan sebagainya. Dan ini kita telah selesaikan dengan baik. Walaupun kita tidak mengambil kira, ia sebenarnya di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan. Jadi itu sedikit maklumat, yang ingin boleh saya berikan kepada Seri Setia. Sila.
Seri Setia.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Saya menyanjung tinggilah apa yang Yang Berhormat kepada Menteri KPKT sendiri. Cuma mereka ini, telah melantik satu syarikat menyelenggara di situ. Syarikat yang menyelenggaranya pun tidak mencukupi. Bajet yang diberikan kepada syarikat tersebut tidak mencukupi. Yang itu yang saya kira, banyak masalah yang tak boleh selesai di Lembah Subang ini. Kita, ialah saya pun berbincang dengan syarikat tersebut. Beliau sendiri, tunggu masa untuk habis tempoh berkhidmat di situ. Cuma saya nak tanya pada Batu Tiga, adakah Menteri tersebut menyatakan tentang masalah peruntukan yang sedikit ataupun apa perancangan dia tahun hadapan.
Yang Berhormat Seri Setia, Menteri tak berkongsi apa-apa isu ataupun perancangan beliau, kerana beliau sendiri tidak perasan yang sebenarnya wujudnya lembah Subang 1. Yang beliau pergi hanya Lembah Subang 2. Tetapi saya yakin syarikat penyelenggara itu pastinya boleh, kalau saya, cara saya berurusan sepatutnya, ia boleh berbincang secara terus dengan pihak KPKT, memandangkan KPKT merupakan Jawatankuasa yang melantik mereka. Ataupun agensi yang melantik secara terus penyelenggaraan ini. Jadi, Jabatan Perumahan ini juga perlu melihat perkara seriusnya ini, tetapi apa yang penting, saya ingin rakamkan dalam Dewan yang mulia ini, kita telah pun mengusulkan supaya ambil tindakan kerana ia mengakibatkan 3,004 unit rumah di situ dan penduduknya hampir 5,000 orang yang terjejas.
Tuan Timbalan Speaker, saya ingin beralih kepada isu yang dibangkitkan oleh Kota Anggerik. Kota Anggerik bertanya tentang rumah kos rendah ataupun kerosakan yang berlaku rumah kos rendah Seksyen 7, Shah Alam. Dan cadangan-cadangan yang perlu. Jadi memang, lawatan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ke atas kerosakan ataupun ke atas perkara tersebut telah pun di ambil perhatian. Jadi perkara ini, pihak Perbendaharaan Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama PKNS dan MBSA. Jadi MBSA telah pun menyediakan anggaran kos kerja pembaikan untuk Blok 48 sahaja. Dan juga anggaran kos pembaikan untuk 13 blok lain yang turut mengalami kerosakan. Yang akan dilihat jumlah keseluruhan adalah RM 560,600.00 yang perlu disediakan untuk pangsapuri sekitar Seksyen 7 ini. Jadi pada 29 September 2021, Kerajaan Negeri telah meluluskan geran kepada MBSA bagi pembaikkan Blok yang paling kritikal, iaitu Blok 48, dengan anggaran kos pembaikan sebanyak RM 96,500.00. Jadi proses sebut
harga terbuka telah pun dijalankan oleh MBSA. Dan saya jangkakan pembaikan akan dilaksanakan sesegera mungkin. Jadi manakala baki 13 blok lain, Kerajaan Negeri sedang meneliti secara terperinci kos kerosakan kritikal, dan permohonan tegur akan dibawa bagi kelulusan menggunakan 2 peruntukan sama ada peruntukan Tabung Penyelenggaraan PKNS ataupun Skim CERIA pada tahun 2022. Itu maklumat untuk Kota Damansara.
Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Bukit Lanjan, iaitu tentang 130 geran strata Desa Temuan yang belum diserahkan. Untuk makluman sedikit kepada semua Ahli Yang Berhormat, projek penempatan semula orang Asli Temuan di Desa Temuan, bermula sekitar tahun 90-an, apabila pembangunan pesat kawasan sekitar, seperti Sungai Buluh, Bandar Utama dan Taman Tun Dr Ismail, yang menyebabkan kerajaan terpaksa memikirkan satu mekanisme untuk memastikan masyarakat Orang Asli Bukit Lanjan, tidak terperangkap dengan arus pembangunan. Ketika iaitu cara paling sesuai, ialah menggunakan kaedah penswastaan. Dan pada Mac 1995, Saujana Triangle Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Kumpulan MK Land dilantik untuk membangunkan kawasan seluas 320 hektar yang ketika itu diwartakan sebagai rizab orang asli. Perkara ini dah lama, dah lepas pun. Mereka pun dah diberikan semua perkara-perkara yang telah pun ditentukan. Tetapi isu yang dibangkitkan adalah projek Pangsapuri Dewa Temuan. Yang Mana, hak miliknya di bawah Mukim Sungai Buluh, Daerah Petaling, yang terdapat 130 bilangan petak strata. Jadi untuk makluman Bukit Lanjan, mereka telah terima permohonan Sijil Formula Unit Share, ataupun C-FUS, untuk skim ini pada 4 Mac 2020. Dan permohonan Sijil Semula Unit C-FUS ini telah diluluskan oleh Pengarah Tanah Galian pada 22 April 2020. Mereka dah tinggal pun di situ. Ataupun mengambil hak mereka untuk berada di situ. Malangnya setakat ini kita dapati semakan daripada PTG, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, didapati pihak pemaju belum, belum memasukkan permohonan strata bagi unit petak pangsapuri berkenaan.
Jadi saya dimaklumkan satu perbincangan khusus bagi perbincangan isu ini bersama dengan PTG, Lembaga Perumahan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan pemaju untuk mendapatkan penyelesaian ini dan insyaAllah saya rasa kita akan lihat secara langsung supaya akhirnya mereka pihak orang asli akan dapat hakmilik petak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, selain daripada strata untuk Pangsapuri Desa Temuan 130 unit, saya juga ingin nyatakan dalam Dewan yang mulia ini dan mungkin Yang Berhormat EXCO juga boleh bantu masukkan isu ini iaitu geran hakmilik rumah kedai 6 lot juga belum diserahkan. Ini di Desa Temuan dan juga geran hakmilik 3 lot kedai di Desa Riang, Damansara Damai juga belum diserahkan. Jadi bukan sahaja strata tetapi hakmilik juga yang dijanjikan lebih daripada 20 tahun ini belum diserahkan. Juga tanah-tanah awam yang sepatutnya diberi kepada MPKK Orang Asli, Desa Temuan. Jadi ini saya minta jasa baik Yang Berhormat supaya kita selesaikan dan juga bersama dengan
pemaju jika mereka masih, pemaju di kawasan tersebut supaya hak dan juga keadilan boleh diberi kepada penduduk di Desa Temuan.
Saya ambil maklum yang dibangkit oleh Bukit Lanjan dan untuk pengetahuan Bukit Lanjan, isu yang berbangkit secara langsung di bawah Lembaga Perumahan adalah isu strata tersebut dan insyaAllah saya akan bersama-sama dengan pihak PTG sebab ia nya bawah urusan Pejabat Tanah, jadi kita akan pastikan insyaAllah apa yang dibangkitkan oleh Bukit Lanjan akan di bawa bersekali. Itu sahaja daripada saya Speaker. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Seterusnya, Sungai Kandis.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan semua Ahli-Ahli Dewan yang telah membangkitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan portfolio saya. Terima kasih kepada Dusun Tua, Sijangkang, Kota Damansara, Seri Setia, Rawang dan Meru yang kebanyakannya membangkitkan tentang masjid. Jadi untuk makluman Ahli Dewan, portfolio Agama Islam terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor dan juga Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah dan Jabatan Mufti tetapi kebanyakan perkara yang dibangkitkan banyak berkaitan masjid. Untuk makluman Dewan, untuk projek pembinaan masjid yang telah dimasukkan dalam RMK-12 untuk dilaksanakan tahun 2022 ada 3. Yang pertama masjid Kota Damansara 2, Daerah Petaling. Masjid Al-Ikhsan, Kampung Tok Muda, Daerah Klang dan Masjid Kampung Sungai Serai 13, Daerah Hulu Langat yang telah pun dibangkitkan oleh ahli yang berkenaan. Oleh sebab pandemik, banyak projek-projek yang tak dapat disiapkan dalam semasa RMK-11. Iaitu Masjid Klang Gate, Gombak. Telah siap, tetapi belum diserah dan dijangka serah pada Januari 2022. Yang keduanya, Masjid Kampung Melayu Rasah, 90 % telah siap dan dijangka diserahkan pada Januari 2022. Yang ketiganya, Masjid Putera Height, Petaling, 98%. Yang keempat, Masjid Setia Alam, Petaling, 96 %. Yang kelima Masjid Kota Kemuning, Klang, 96. Yang Keenam, Masjid Seksyen 24, Petaling, 77 %. Yang ketujuh, Masjid Seksyen 13, Petaling, 73 %. Yang kelapan, Masjid Taman Bukit Belimbing, Hulu Langat, 68 %. Yang kesembilan, Masjid Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat, 45 %. Yang kesepuluh, Masjid Jamek Cina Muslim, Klang, 18 % dan Masjid Subang Bestari belum dimulakan. InsyaAllah tahun depan.
Soalan yang dibangkitkan oleh Dusun Tua berkenaan dengan pembinaan Masjid Bandar Mahkota Cheras. Untuk makluman, masjid ini telah berjaya disenaraikan di dalam senarai projek RMK-12 dalam daerah Hulu Langat. Kod bagi projek masjid ini ialah 03504 dengan kos siling projek yang diluluskan adalah sebanyak RM 12,000,000.00 Projek pembinaan masjid ini akan dimulakan seawal tahun 2024 apabila Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan permulaan sebanyak RM4,000,000. Projek pembinaan masjid ini akan dilaksanakan oleh pihak JKR Negeri Selangor pada
tahun 2024 setelah peruntukan tersebut disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak JAIS. Soalan Sijangkang, pembinaan MaDR. .asah Mujahidin. Penjelasan terperinci pembinaan MaDR. .asah Mujahidin, Daerah Kuala Langat, untuk makluman projek pembinaan MaDR. .asah Mujahidin ini merupakan projek sambungan RMK-11. Projek ini sepatutnya dimulakan pembinaannya pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, disebabkan kekangan di pihak JKR Negeri Selangor untuk menyiapkan sebanyak 17 lagi projek sambungan di bawah RMK-11 pada tahun 2021. Maka projek ini telah dipersetujui oleh pihak JAIS dan JKR Selangor untuk dilaksanakan pada tahun 2022.
Kos siling projek yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah RMK-12 adalah sebanyak RM 5.7 juta di bawah kod projek 01601. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2.2 juta pada tahun ini untuk dilaksanakan pembinaannya. Walau bagaimanapun, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, oleh kerana terdapat kekangan di peringkat JKR Selangor untuk melaksanakan projek pada tahun ini, maka projek pembinaan ini hanya akan dilaksanakan bermula tahun 2022 dengan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM 2,000,000.00. Seterusnya Sijangkang membangkitkan tentang pembinaan Masjid Al-Amin, Kebun Baru. JAIS telah dimaklumkan mengenai keperluan perancangan untuk membesarkan Masjid Al-Amin, Kampung Batu 9, Kebun Baru, Kuala Langat. Walau bagaimanapun, mengambil kira pertambahan penduduk yang semakin padat, maka keperluan sebenar ialah untuk membina sebuah masjid baru. Satu tapak baru berkeluasan sekurang-kurangnya 3 ekar perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi cadangan proses pengambilalihan dapat dilaksanakan. Soalan Kota Damansara berkenaan dengan pembinaan Masjid.
Tuan Speaker.
Masjid Subang Bestari.
Silakan Sijangkang.
Sila.
Terima kasih EXCO. Seingat sebelum ini telah dibincangkan di peringkat daerah, satu tapak yang keluasannya lebih kurang antara 3 -5 ekar di tapak FELCRA yang masih lagi tidak, masih lagi kosong dan saya tak tahu sejauh mana ia nya berterusan cadangan tapak tersebut saya minta kalau boleh dilihat semula kerana sedia maklum tapak Masjid Al-Amin, Batu 9, Kebun Baru ini keluasannya saya ingat lebih kurang 1 ekar ataupun kurang daripada itu dengan keperluan yang sangat tinggi. Saya rasa tapak yang pernah difikirkan itu dapat dilihat semula. Terima kasih.
Okay. Terima kasih Sijangkang atas perkongsian maklumat yang diberikan itu dan InsyaAllah akan
dilakukan tindakan susulan untuk mengenal pasti status tanah tersebut. Saya sambung kepada soalan Kota Damansara berkenaan dengan pembinaan Masjid Subang Bestari. Masjid tersebut akan dibina pada tahun depan. Setakat ini, pihak JKR Selangor sedang membuat perbincangan dan mesyuarat awalan ke arah pembinaan masjid tersebut.
Penjelasan tentang Masjid Subang Bestari. Saya dah pergi lawat tapak Masjid Subang Bestari ini. Rancangan dulu daripada mantan Menteri Besar lepas lagi di buat publisiti kata Masjid nak di buat di Subang Bestari, saya harap itu bukan gimik politik beliau. Kalau tahun ini kita tak ada juga, saya khuatir akan dicemuh oleh rakyat terutama penduduk Subang Bestari. Saya harap sangat selepas ini sekurang-kurangnya ada signboard. Sebab tak ada signboard apa-apa pun. Signboard tak ada, peruntukan dah keluar. Jadi orang pun dah tanya betul ke masjid ini nak dikeluarkan. Jadi saya harap Yang Berhormat EXCO, boleh at least adalah sign board, legalah sikit penduduk di Subang Bestari itu.
Yang Berhormat mic.
Ya Yang Berhormat Kota Damansara, seperti mana yang saya sebutkan tadi, Masjid Subang Bestari dah dimasukkan, disenaraikan dalam projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 dan pihak jawatankuasa bolehlah berbincang lanjut dengan pihak JKR untuk hal-hal yang selanjutnya. Kemudian Kota Damansara juga membangkitkan tentang kemudahan di Surau Nurul Iman dan Masjid At-Taqwa, Damansara. Betul ya. Pihak JAIS memohon agar pihak surau dan masjid mengemukakan hasratnya untuk diberi merit dalam pelaksanaan rancangan membaik pulih dan penyelenggaraan 3 tahun bermula tahun 2021 hingga 2023. Kerana peruntukan terhad, keutamaan akan diberikan kepada perkara yang melibatkan keselesaan di ruang solat, keselamatan jemaah dan struktur. Kemudian perkara yang dibangkitkan oleh Seri Setia.
Tuan Speaker, penjelasan mengenai Masjid At-Taqwa itu. Masjid At-Taqwa ini betul-betul tepi jalan. Memang favourite, lori pun berhenti untuk sembahyang Jumaat, bas, teksi dan sebagainya. Penambahan bahagian belakang itu untuk memberi kemudahan kepada orang yang sembahyang Jumaat terutamanya. Kita dah minta lama, terus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar bulan 5 lepas itu kalau tak silap saya. Saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pihak JAIS dapat pertimbangkan peruntukan untuk kita adakan bumbung di bahagian belakang Masjid At-Taqwa itu sendiri. Harap sangat.
Terima kasih Kota Damansara. InsyaAllah kita akan semak permohonan yang telah diajukan tersebut dan itu melibatkan tentang struktur. Jadi InsyaAllah akan diberikan keutamaan. Kemudian Seri Setia membangkitkan tentang pembinaan Sekolah Agama. Ini di bawah EXCO Pendidikan, tetapi tidak apalah saya jawab terus. Dalam semakan dan
maklumat JAIS, sudah ada Sekolah-Sekolah KAFA di kawasan tersebut dan dibantu oleh JAIS. Dari segi tenaga guru, baik pulih bangunan dan keperluan-keperluan lain yang dipertimbangkan. Dalam semakan oleh JAIS juga, Sekolah-Sekolah KAFA di kawasan tersebut masih dapat menampung sebahagian besar keperluan penduduk. Tanah JAIS di Lembah Subang adalah agak berjauhan dari kawasan penempatan terutama kawasan PPR dan ibu bapa lebih selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berhampiran dengan tempat tinggal mereka tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan bagi tujuan pengangkutan dan sebagainya. Namun, pihak JAIS akan meneliti dan menimbangkan keperluan pembangunan sekolah di kawasan-kawasan tersebut untuk dicadangkan pembinaannya di masa akan datang.
Pertanyaan. Tuan Speaker, saya nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, Sungai Kandis, yang mana dinyatakan tadi, bahawa pihak JAIS maksudnya telah buat baik pulih. Kalau boleh saya tahu bila yang dibuat baik pulih itu dan apa kerosakan yang telah di baik pulih itu.
Ya terima kasih Seri Setia. Berkenaan dengan soalan kerja-kerja baik pulih yang telah dilaksanakan, jawapan bertulis akan diberikan kepada Seri Setia untuk maklumat lanjut. Kemudian Rawang membangkitkan pembinaan Masjid Taman Pelangi. Betul ya. Memandangkan cadangan-cadangan pembinaan masjid tersebut telah digugurkan pada RMK 12. Pihak JAIS akan membawa cadangan pembinaan masjid tersebut semula pada RMK yang akan datang. InsyaAllah. Meru membangkitkan pembinaan masjid di kawasan Kapar Indah. Betul ya dan SRA nya. Pihak JAIS akan mencadangkan pembinaan Masjid dan SRA Kapar Indah pada RMK yang akan datang untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Ini InsyaAllah. Terima kasih.
Dipersilakan.
Tuan Speaker nak penjelasan.
Ada lagi.
Tak, nak penjelasan. Sebab ada soalan.
Kota Damanara masih tak berpuas hati.
Tentang, ini soalan kuil ini siapa yang patut jawab ya. Maaf EXCO mana ya kuil, pertanyaan kuil.
Dah lepas, benda dah lepas, susahlah Yang Berhormat ketinggalan kereta ya, bas lah, hari ini mana Kuang, Kuang dah ketinggalan sekarang
Kota Damansara. Tak apa sudah, sila duduk. Sila duduk ya. Silakan Yang Berhormat EXCO Pandan Indah.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam bertanya dan berbincang berhubung dengan belanjawan peruntukan bagi pembangunan dan saya akan cuba jawab sebanyak yang mungkin, sebab ada banyak pertanyaan berhubung dengan isu-isu berkaitan dengan Infrastruktur dan juga Pertanian. Untuk yang bagi Yang Berhormat Seri Setia bertanyakan isu berhubung dengan isu banjir di Taman TTDI Jaya dan juga Taman Mesra yang kebetulan juga tempat saya menjadi Ahli Majlis di situ lama lima enam tahun. Dan sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, tempat ini merupakan kawasan yang rendah yang memang sukar untuk kita selesaikan isu banjir secara tuntas disebabkan kawasan itu begitu rendah, rendah daripada sungai. Dan apa yang kita boleh di situ ialah kerjasama di antara Majlis Bandaraya Shah Alam yang menguruskan sistem pam ataupun rumah pam di situ bersama dengan longkang besar yang diuruskan oleh pihak JPS. Jadi untuk tindakan walaupun kita telah laksana beberapa tindakan termasuk JPS dan juga MBSA tapi masih lagi berlaku banjir ini dan cadangan saya dalam pertemuan terbaru itu, kita telah luluskan untuk meningkat kapasiti pam, pam di pihak MBSA dan juga pihak JPS. Itu merupakan langkah kita telah luluskan baru-baru dalam langkah segera. Dan kedua ialah kita telah membesarkan kolam takungan yang berdekatan JPS itu. Itu sahaja dua kaedah yang dapat kita buat bagi menyelesaikan isu banjir di kawasan Taman Mesra ini.
Boleh saya tahu pertemuan itu bila?
Ini yang saya sebut baru ini berhubung dengan langkah segara yang kita luluskan bawah Kerajaan Negeri baru ini kita langkah, kita ada pertemuan bersama dengan pihak MBSA bagi membincangkan bukan sahaja Taman Mesra lah seluruh isu-isu banjir di kawasan Shah Alam termasuklah di Seksyen 13 dan juga tempat-tempat lainlah.
Ia bukan begini Yang Berhormat EXCO, kadangkala saya minta kerjasama kalau dapat kita berbincang dan maklum kepada ADUN untuk saya pun nak mendengar juga permasalahan itu. Mungkin Yang Berhormat EXCO boleh mengatur pertemuan atau pihak MBSA sendiri boleh mengatur pertemuan perbincangan sebab saya nak tahu. Baik Yang Berhormat EXCO menyatakan masalah ini memang tak boleh selesai sebab kawasannya rendah tapi saya nak tahu dari masa ke semasa dalam perbincangan dalam mesyuarat yang boleh kita atur kita jumpa, saya pun boleh bagi pandangan tentang kawasan tersebut.
Ya terima kasih Yang Berhormat. Memang kita akan libatkan pihak-pihak yang bertanggungjawab terutama yang pihak PBT. Selalunya penyelarasan yang saya buat, saya turun melibatkan pihak PBT macam di Meru, saya
juga memang jemput sekali Yang Berhormat sekali untuk bersama. Mungkin di untuk kali ini bila kita turun di kawasan berkaitan kita akan jemput Yang Berhormat sekalilah untuk hadir. Tapi yang pentingnya penyelarasan itu dulunya agak longgar antara agensi dan jabatan. Kadang-kadang pihak PBT dibuat kerja-kerja sendiri, kadang laporan pun tak sampai task force banjir ini. Task force banjir ini diuruskan oleh JPS, tapi sekarang ini penyelarasan itu tambah baik.
Yang kena ADUN.
Ya ya, saya faham. Tapi kita di peringkat teknikal ini kita perlu selaraskan dulu. Dan pihak JKR pun kadang-kadang terlibat juga dari longkang jalan sebagainya, pun kadang-kadang menyebabkan juga banjir dan penyelarasan itu dibuat sekarang ini. Jadi untuk tujuan yang akan datang Insya Allah saya akan jemput Yang Berhormat untuk sama-sama turut dalam atau aspek berkaitan.
Jadi saya harap, kita saya ingat lepas Sidang DUN ini ke kita boleh atur pertemuan Yang Berhormat ya.
Saya akan aturkan, terima kasih. Untuk Dusun Tua ada menyebut mengenai banjir di Kampung Batu 10 memang ada peruntukan itu dalam P13 ini, untuk walaupun agak rendah RM 100 ribu, ini adalah kerja-kerja awal. Kerja-kerja runding, rundingan keseluruhan projek ini ialah keseluruhan nya RM 5 ribu projek bagi rancangan ataupun projek tebatan banjir Kampung Batu 10 ini. Dan untuk tahun 2022 ialah kos-kos awal perundingan dan juga kerja-kerja perolehan selepas itu. Bagi Kampung 16 sistem menaik taraf sistem saliran di Kampung Dusun Tua ini kerja-kerja awal akan bermula pada 2022 ini bernilai RM 500 ribu keseluruhan projek menaik taraf ini ialah RM 19 juta di bawah Rancangan Malaysia ke 12. Jadi kerja-kerja awal ini RM 500 ribu adalah untuk peringkat awal bagi permulaan bagi penaiktarafan sistem saliran ini ya. Seterusnya daripada Yang Berhormat Meru yang pun saya dah sentuh berapa kali dan saya sebut sekali lagi mengulas mengenai keperluan untuk mendirikan atau membina pintu air di Sungai Kapar Besar. Memang kita telah mendirikan pintu air Sungai Kapar Kecil, dia ada kecil dan besar, jadi yang Kapar Kecil kita telah bina pintu airnya, yang agak dan juga sistem pam berkuasa tinggi telah pun siap. Macam saya sebut sekarang ini isu perparitan dalaman di Taman Daya dan juga di Jalan Teratai itu yang tidak sampai masa yang diperlukan dia kena sampai ke pam ini baru boleh di pam, tapi bila dia tak sampai pam kapasiti tinggi tidak sampai, pam kapasiti tinggi tidak selesai masalahnya. Jadi sebab itu penyelarasan saya turun sekarang ini ialah dengan MPK, sebab MPK telah ada cadangan akan siap dia punya kerja-kerja juru runding akan siap dalam bulan dua ini untuk menaik taraf sistem perparitan dalaman dan ini akan menyambung terus kepada Sungai Kapar Kecil dan untuk Sungai Kapar Besar. Saya akan tengok juga kemungkinan dia dapat membantu mengalirkan air daripada terutama yang turun daripada fairy park dan juga kawasannya. Itu kita dah ada buat kolam takungan kolam di situ, dalam proses
pengambilan tanah. Itu termasuk dalam rancangan untuk kita menaik taraf dan menyelesaikan isu banjir di kawasan berkenaan. Untuk Sijangkang saya setuju yang disebutkan Yang Berhormat Sijangkang berhubung dengan Jalan Manggis. Saya pergi sendiri Jalan Manggis longkang yang besar itu, longkang JPS dan tentulah bagi nama Jalan Manggis tak sesuailah terlalu busuk. Saya keluar dalam kereta dan bau dah. Jadi bila keluar tu memang saya bersama dengan Jabatan yang ada pada masa tu PBT ada pihak JPS pun ada cuma LUAS tak ada, saya mintak pihak LUAS meneliti bagaimana dapat kita ambil tindakan tegas kepada saya rasa Industri ada situ yang terlibat dengan minyak sawit, saya rasa saya rasalah, saya syak buat betul-betul siasatan ya, untuk selesaikan saya minta JPS memasukkan dalam perancangan juga untuk menyambung penaik tarafan parit Jalan Manggis ini sebab ada sikit lagi 100 200 meter lagi untuk sampai ke sampai ke sungai. Ini telah saya sendiri turun di Jalan Manggis ini. Untuk Yang Berhormat Kota Anggerik, tak ada. Tak apalah saya sebutlah, tapi saya dan sebutkan benda ini
Mencelah.
Sijangkang nak celah sikit.
Nak celah? Okay silakan.
Jawapan dari EXCO tadi isu perparitan, jalan sekali ke atau pun ..
Saya punya kaedah saya buat yang isu banjir dulu lepas tu baru jalan. Untuk Kota Anggerik saya sebut secara umumlah. Saya dah sebutkan dalam ucapan sebelum ini pun bahawa telah pun lulus perpuluhan 5 juta ringgit untuk kolam takungan untuk Jalan Mutiara. Kita akan mula membuat tender pada bulan Januari 2022 ini untuk pelaksanaan untuk kolam takungan tersebut. Bagi Yang Berhormat Sentosa isu yang dibangkitkan mengenai kolam, longkang, parit dan juga jalan tak bertuan, yang kecil, yang kapasiti tidak tinggi. Sebagaimana yang saya sebut bahawa bukan longkang kita ini, di sebahagian besar hanya dibina berdasarkan kepada design ARI 50 dulu ada yang ARI 100. Tetapi disebabkan ketika kita buat reka bentuk itu berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu yang masa itu didapati tidak mencukupi bagi menampung aliran hujan disebabkan pembangunan yang pesat sebab itu kita kena buat sama ada kita besarkan longkang ini ataupun kita bina kolam takung untuk menahan air itu sebelum dia masuk. Jadi usaha kedua-dua ini memang dibuat ya, memang kita melaksanakan kedua-dua ini bagi memastikan bahawa ...
Tuan Speaker.
Biar saya habiskan dulu, saya habiskan perkataan dulu. Supaya benda ini dapat dibuat dengan secara holistik. Jadi penggunaan kolam takungan, longkang dan juga pam mesti berjalan serentak untuk
memastikan bahawa penyelesaian itu dapat dibuat secara menyeluruh. Jadi berhubung dengan isu yang saya pun sebut tadi, masalah penyelarasan ini memang berlaku masalah penyelarasan ini sebab itu saya sebut tadi kita kena banjir ini kena dilihat melibatkan semua agensi terutama 4 ini, yang saya sebut itu JPS, PBT, JKR longkang, jalan nya dan juga Pejabat Daerah. Jadi sebab itu sekarang ini bila saya bincang isu banjir saya akan melihat dari segi sistem itu banjir itu. Bukan melihat JPS punya ataupun PBT punya, melihat secara sistem dia, sebab aliran air ini akan melibatkan keempat-empat ini. Jadi itu yang kita sedang buat dan pelaksanaan Pelan Induk PISMA yang saya sebut tadi itu sangat penting. PISMA inilah kita nak tahu macam mana aliran air nya pergi ke mana keperluan saiz longkang dan sebagainya. Selaraskan dengan 4 agensi ini supaya mereka menggunakan pelan induk sama, kalau tak pakai pelan induk sama kadang-kadang envoy level longkang sama tak saiz, tak sama tinggi. Jadi air mengalir turun dia akan naik ke atas. Jadi tidak akan air ke atas tidak akan mengalir menyebabkan bertakung dan sebagainya. Ini yang berlaku yang kita telah selaraskan. Jadi untuk Sentosa, pihak JPS telah menyerahkan inventori parit di bawah kawal selia JPS. Itu saya kata JPS bagi yang dia punya, yang PBT belum lagi. Jadi saya akan selaras perkara ini untuk menaik taraf sebahagian parit-parit besar dan sistem di Sungai Aur dan Sungai Jati melalui projek di bawah Rancangan Malaysia ke 11. Jadi ada yang sedang dilaksanakan ialah RTB Sungai Aur Fasa 5. 2. Sistem saliran Taman Sentosa. 3. Projek Kolam Sentosa 4. Projek Saliran Kampung Jawa 5. RTB Pandamaran. Ini berkait sistem ya. Manakala dalam Rancangan Malaysia ke 12, usaha menaik taraf sistem saliran utama akan dilaksanakan melalui menaik taraf projek menaik taraf projek Sungai Aur. Ini yang kita buat dalam RMK-12. Ada yang lagi?
Ada saya nak tanya.
Sentosa dulu Sentosa.
Terima kasih Tuan Speaker. Memang soalan saya nak tanya Yang Berhormat EXCO telah di jawab, tetapi dengan tebatan banjir, projek tebatan banjir di mana Kerajaan telah membina kolam takungan Bandar Puteri, tetapi projek Fasa 2 dan Fasa 3 belum dimulakan iaitu saliran daripada kolam takungan ke Sungai Aur yang perlu dibuat dengan kadar segera, kalau tidak tak guna kita berbelanja berjuta-juta untuk kolam takungan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana bagi bajet semalam.
Terima kasih Yang Berhormat Sentosa. Jadi kita akan pertimbangkan akan kita teliti balik apa yang disebut tadi, kita ambil perhatian ya. Tentang seterusnya Yang Berhormat Rawang ada menyebut mengenai isu kolam takung yang perlu dijadikan dan dia dah menyebut di sini Yang Berhormat telah menyebut bahawa telah kurang banjir. Memang kita dan banyak buat penyelesaian di kawasan berkenaan. Cuma dia mencadangkan kalau boleh dilihat fungsi kolam
takung banjir jadi Taman Rekreasi, tidak ada masalah kita akan mempertimbangkan malah bukan sahaja untuk Taman Rekreasi sebahagian besar, sebahagian dari Taman ini akan dijadikan juga tempat simpanan bekalan air kita. Untuk air mentah kita, jadi fungsi banyak fungsinya sebagai kalau di Sungai Gong itu sebagai pusat rawatan juga. Untuk rawatan sebelum dia masuk ke dalam Sungai Selangor. Jadi banyak multi banyak kegunaan fungsinya kita boleh pertimbangkan dan jika ada pihak yang berminat untuk membangunkan tempat yang kolam-kolam ini untuk dijadikan Taman Rekreasi kita akan pertimbangkan termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan. Seterusnya tentang isu banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Damansara di Kampung Melayu Subang, ini berkait juga dengan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Pelampas dan sebagainya, yang kita telah laksanakan ikut fasa, dan yang di Kampung Melayu Subang ini kita berkait rapat dengan naik taraf sistem saliran di bawah JKR. Ini pun kita telah lihat dan saya telah minta pihak JKR meneliti tindakan supaya dapat kita dapat buat penyelesaian kepada isu-isu berkaitan banjir di Kampung Melayu Subang. Untuk Pelabuhan Klang..
Tuan Pengerusi, Tuan Timbalan Speaker. Kota Damansara. Dah habis atau ada lagi, kalau tidak saya ada yang nak tanya.
Sekarang nak cerita banjir dahulu, yang jalan nanti.
Okay kalau banjir, saliran 4D.
Jalan 4D itu sebenarnya di bawah jalan longkang JKR. Yang itu saya sebut tadi akan diteliti akan dilihat pelaksanaan penyelesainya. Untuk Pelabuhan Klang saya dan banyak dan kita bercerita tentang Pelabuhan Klang, jadi perlu tak saya ulangi isu-isu jalan ini buat apa dah banyak kita perkatakan memang kita akan beri pertimbangan malah saya akan sebut ini panjang ulasan menunjukkan bahawa Pelabuhan Klang menerima banyak peruntukan untuk jalan sebenarnya. Jadi..
Yang Berhormat, yang peruntukan itu, itu peruntukan lama, dan itu dah jadi back log. Macam yang jelas Yang Berhormat Pandan Indah. Tak boleh siap lagi jalan semua banyak masalah, saya boleh tunjuk video pagi ini pun ada lagi ini, masalah jalan.
Cuma Yang Berhormat, isu banjir ini, pada saya, bila Yang Berhormat Pandan Indah terangkan ini secara conclusive nya, saya nampak ialah ini adalah kegagalan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dalam merancang sesuatu kawasan. Ini jelas sangat jelas, kawasan dekat tepi laut pun banjir. Apalagi perancangan di kawasan tepi laut pun salah rancang, salah rancang, sana salah rancang. Akhirnya Kerajaan Negeri kena keluar bajet berjuta-juta, berbilion-bilion ringgit untuk membaiki dan menyelesaikan masalah yang berpunca daripada kelemahan perancangan awal
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Dalam menguruskan isu-isu teknikal seperti banjir ini.
Sebenarnya setiap jabatan agensi mempunyai peranannya sebab itu saya sebut tadi. Kadang-kadang satu benda yang sama itu mempunyai tanggungjawab letak banyak jabatan agensi. Jadi penyelarasan itu kadang-kadang ada sedikit isu dia dan itu yang saya cuba uruskan. Untuk memastikan bahawa kerjasama ataupun dari segi keselarasan itu dapat dibuat dengan baik. Ini yang saya boleh melihat aspek yang positif, bagaimana kita dapat pendekatan. Dan saya sudah nampak macam banjir ini kalau dulu, kita lihat dari segi agensi, satu agensi apa masalah banjir dia dan PBT apa dia. Tetapi bila kita teliti balik, banjir ini air yang sama pergi ke semua tempat. Jadi kita perlu selaras ikut sistem air itu. Kalau dia datang tempat itu, kadang-kadang dia, macam contoh saya bagi dekat Meru. Meru dia tahu ini, dia marah dekat jiran dia, jiran dia dari MBSA. Air itu dari MBSA turun ke MPK, jadi saya kena lihat kedua-duanya. Bagaimana penyelarasan itu dapat dibuat daripada pihak. Sebab air ini biasanya, kalau kolam takunggannya dia kena tahan di hulunya. Kalau sudah turun ke hilir hendak tahan apa lagi. Jadi kalau hulunya letak di kawasan MBSA yang hilirnya yang menerima kesan nya ialah di pihak MPK. Jadi kita kena ada penyelarasan itu. Sebab itu, kerja-kerja begini perlu memerlukan penelitian ikut sistem. Kita tidak boleh samakan menguruskan isu menguruskan banjir dengan berjalan. Dia lain. Jadi ini yang saya cuba laksanakan. Dan pihak Pelan Malaysia Selangor pun memainkan peranan penting dalam memastikan perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi saya cuma hendak sebut kepada Klang, Pelabuhan Klang kita akan teruskan meneliti dan saya berpandangan untuk Klang ini disebabkan gunaan jalan yang terlalu. Ini sudah masuk jalan ya, Yang Berhormat Tuan Speaker. Ini sudah masuk jalan sudah habis banjir. Jadi kalau dalam menguruskan jalan ini, di tempat-tempat kenderaan berat..
Untuk penjelasan.
Yang Berhormat.
Bagi saya habiskan perkataan ini dahulu.
Banting macam mana Banting.
bagi dia habiskan dahulu. Sebab dia terlupa tadi.
dia terlupa tadi.
dia terlupa kejap lagi
dia pun tersasar.
sebab Banting ini dia selau cakap pendek sahaja tetapi dia panjang cakap.
Maknanya jangan bagi peluang ya. Jangan bagi peluang la.
Sekejap-sekejap bagi saya habis dahulu boleh. Dia yang Pelabuhan Klang, yang saya sebutkan tadi macam isu jalan, penghuraian traffic. Pertama saya rasa, kita kena buat pengasingngan. Saya sudah cadang pada federal, Kerajaan Pusat supaya membuat pengasingan daripada awal sebelum masuk Pelabuhan Klang, dari segi kenderaan berat dan kenderaan ringan. Tidak boleh disamakan. Sebab teknologi jalan yang berbeza aspek keselamatan yang berbeza. Yang ini kita akan cadangkan walaupun ada cadangan untuk membuat lebuh raya yang menyambung antara ketiga pelabuhan itu. Utara, Selatan dan juga West Port. Tetapi keperluan juga untuk kita melihat cara menyeluruh penyelesaian isu pengurusan jalan di sana. Dan saya ambil maklum mengenai isu-isu berkaitan bajet dan juga penyelenggaran jalan di kawasan Pelabuhan Klang.
Bagi dekat Banting ke tidak.
Boleh. Banting silakan.
Kalau tidak dia tersasar lagi.
Mungkin saya ingin, membagikan soalan saya, sebelum terlepas ataupun tersasar. Itu berkenaan isu lopong di kawasan Kuala Langat dan juga Banting. Sebenarnya Tuan Speaker, isu-isu di Klang ini sebenarnya tidak serius la. Kerajaan pun barangkali tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dalam masa terdekat untuk mengatasi keseluruhan masalah yang dihadapi oleh mereka. Tetapi untuk Daerah Kuala Langat dan Banting, termasuk Sijangkang dan Morib dan sebagainya. Daerah Kuala Langat ini is up and coming. Jadi saya selalu berkata sediakan payung sebelum hujan. Jadi saya memohon peruntukan dan juga perhatian daripada Yang Berhormat untuk kepala 034031 berkenaan lopong ini. Kita perlu perbanyakkan di kawasan sepanjang persisiran lembah Lembangan Sungai Langat ini khususnya di kawasan Hilir iaitu di kawasan Kuala Langat. Sebab selalunya berlaku masalah ini adalah di bahagian Hlilir. Kita lihat di Sungai Klang ini. Klang kalau di Kuala Langat di Sungai Langat ini mestilah Kuala Langat. Kalau Sungai Selangor ini mestilah Kuala Selangor. Jadi saya mohon, apakah perancangan.
Boleh pendekkan tidak, saya punya banyak lagi ini.
Ya, ya.
Saya ambil maklum, sebab ini memang giliran, Yang Berhormat Banting yang buat. Saya kena jawab ini. Dia ada menyentuh mengenai membina jabatan bagi jalan B124 di jalan Jenjarum ke jalan B340 Sg. Buaya dan Daerah Kuala Langat. Membina naik taraf jalan alternatif ke Klang ini yang selalu disebut dari simpang laluan FT05 ke Jenjarum dan Jalan Kebun dan menaiktarafkan jalan utama Sri Serding yang saya baru melawat baru-baru ini ke interchange Garmuda Cove. Untuk maklumat Yang Berhormat, penumpuan kita tahun hadapan ialah kepada jalan-jalan yang sambung. Pembangunan yang disambung dan juga projek-projek yang siap kerja-kerja rundingan. Kerja-kerja perunding. Jadi untuk tiga-tiga ini memang tidak ada lagi dalam perancangan untuk dilaksanakan dalam untuk masa tahun hadapan. Itu yang saya hendak kena sebut di sini dan kita akan kemungkinan besar tahun 2023 baru ketiga-tiga projek ini akan dibuat kerja-kerja awalan. Jadi ini saya maklumkan sebab kekangan itu yang saya sebut yang kekangan bajet tadi, kita terpaksa bagi keutamaan dahulu pada projek yang bersambung. Dan projek-projek ini, dan kita akan teliti dengan jika ada tambahan dan jika ada pada awal tahun 2023. Sila.
Terima kasih EXCO. Saya balik kepada laluan alternatif daripada Jenjarum ke Jalan Kebun ini. Sebab boleh saya katakan laluan yang sangat sesak, pada hari ini sebagai jalan alternatif dan status jalannya yang menggunakan tanah gambut ini yang saya kira dengan penggunaan kenderaan yang terlalu berat di situ. Memungkinkan keadaan jalan yang teruk, selalu sahaja boleh saya katakan agak kerap bila melakukan penampalan dan tambakan supaya keadaan yang baik. Kalau katakan tahun hadapan kita tidak ada rm10 sahaja tidak ada peruntukkan untuk baik pulih dan juga naik taraf. Saya kira jalan ini yang mana setiap tahun perlu peruntukan ini untuk memberikan sedikit keselesaan kepada pengguna jalan alternatif ini.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang, saya perlu juga mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa peruntukan untuk penyelenggaraan jalan-jalan negeri dan PBT sebenarnya tidak ada dalam bajet ini. Ini di bawah MARRIS. Jadi tidak timbul isu penampalan ataupun penyelenggaraan. Itu kita uruskan, di bawah peruntukkan MARRIS. Cuma Yang Berhormat Sijangkang mungkin memaksudkan penaiktarafan, penaiktarafan ini ialah yang saya sebut tadi dari segi peruntukkan dan kita belum ada untuk projek ini tetapi saya kemungkinan kalau ada keperluan kita akan cuba dapatkan, sebab dalam MARRIS pun dibenarkan setakat ini RM 15 juta. Saya telah baru-baru ini minta kebenaran 15% atau RM 15 Juta yang mana lebih rendah, tetapi kita hendak minta 15%. Kalau 15% cantiklah. Tetapi kita buat sesuatu 15% atau RM 15 juta yang mana lebih rendah tentulah RM 15 juta akhirnya, yang itu tidak banyak boleh naik taraf. Tetapi walau bagaimanapun saya akan usahakan saya faham yang lain itu juga saya ada gunakan juga bila pergi ke Kuala Langat. Jadi memang keperluan itu ada. Tetapi untuk maintain penyelenggaraan kita akan gunakan peruntukka MARRIS yang sedia ada.
Bagi Bandar Utama, yang menyebut mengenai menyentuh mengenai bajet yang projek bukan fizikal yang agak rendah. Itu sebanyak RM 500,000 perlu dinaikkan. Jadi kelulusan peruntukkan sebanyak RM 500,000 ini bagi projek bukan fizikal setiap daerah adalah bagi tujuan projek berskala kecil sahaja. Yang Berhormat, seperti memasang guard rel kerja-kerja pemasangan lampu jalan, kerja membaik pulih, papan tanda dan kerja menaiktaraf persimpangan. Yang kerja-kerja kecil sahaja yang kita peruntuk RM 500,000. Tetapi untuk kerja-kerja yang bagi projek infrastruktur berskala besar. Peruntukkan ini sedang dimasukkan dalam projek-projek tersebut. Bukan di bawah RM 500,000 ini dan di bawah pecahan kepala PK membina jambatan dan jejantas, membina jalan dan menaiktaraf jalan sejumlah RM 117.65 juta di bawah pecahan kepala tersebut. Meliputi kerja-kerja ini yang saya sebutkan ini yang melibatkan projek. Untuk..
Yang Berhormat Rawang, ada juga bertanyakan mengenai projek PK404205 untuk menaik taraf jalan Negeri B27 missing link. Ini sebenarnya saya daripada awal lagi, saya sudah mengesan tentang jalan ini dan telah meminta pihak JKR menyegerakan kerana jalan ini menyebabkan kesesakan sebabkan agak rendah menyebabkan banjir. Selalu banjir di sini dan jalan Rawang, Batang Berjuntai ini dan memang kita telah pun melaksanakan kerja-kerja ukur bagi tujuan ini tanah dan juga reka bentuk jajaran dan pihak JKR sedang dalam proses penyediaan pelan pengambilan, dia ada melibatkan pengambilan tanah. Ini kalau kita mohon di pejabat tanah dalam proses menyiapkan pelan pengambilan tanah. Bagi mempercepatkan pelan projek ini juga bagi mempercepatkan kerja-kerja perolehan bagi projek ini, kita telah masukkan projek ini di dalam projek yang sedia ada di situ. Iaitu Projek membina Jambatan di atas Lebuh raya Utara Selatan Batang Berjuntai dia sekalikan tambahan daripada projek ini kita boleh percepatkan pelaksanaan projek di Missing Link dan di B27 ini.
Bagi Yang Berhormat Kota Anggerik bertanyakan, ada Kota Anggerik, tidak ada, tidak perlu saya sebut lah ya. Daripada Yang Berhormat Meru, berhubung dengan jalan iaitu kod projek PK505301 iaitu Projek Cadangan Pembangunan Bersepadu Bengkel dan kemudian berkaitan JKR Klang di Pekan Meru. Mohon pertimbang untuk orang awam menggunakan padang di kuarters jalan JKR Klang, Meru. Projek Cadangan pembangunan di Pekan Meru ini, telah diluluskan pembinaannya. Di dalam Rancangan Malaysia ke-12, sudah diluluskan. Bagi kerja-kerja awalan, projek berkenaan sedang dilaksanakan. Lokasi padang yang dipohon untuk digunakan orang awam ini terletak di dalam tapak cadangan itu sendiri, dan JKR Klang membenarkan untuk padang berkenaan digunakan oleh orang awam sementara selagi projek belum bermula. JKR bersetuju membenarkan. Di pihak Yang Berhormat boleh menghubungi pihak JKR di sana.
Seterusnya, berhubung dengan, setiausaha sudah keluar. Ada sedikit saya hendak sentuh mengenai, tidak banyak ya Yang Berhormat. Ada sedikit sahaja lagi pertanian. Dalam aspek pertanian...
Sebelum itu..
Sijangkang.
Saya ada mengutarakan berkaitan dengan 010006 menaik taraf dan baik pulih jalan luar Bandar, peruntukan RM 1 juta pada tahun hadapan. Saya kira satu peruntukkan yang agak kecil kalau boleh difikirkan walaupun dalam Rancangan Malaysia ke-12, RM 15 juta diperuntukkan kalau boleh difikirkan untuk jalan-jalan yang sifatnya macam Missing Link. Laluan awam yang dibenarkan izin lalu ataupun jalan-jalan susur ke kawasan-kawasan kemudahan awam sekolah, surau, masjid dan sebagainya, yang saya kira impaknya yang sangat besar kepada masyarakat luar bandar ini. Kalau boleh difikirkan kalau setiap Dun dapat setengah juta pun saya kira memadai. Bukan untuk menyelesaikan semua bukan untuk naiktaraf tetapi untuk menyelenggarakan ataupun untuk resurfacing pun saya ingat sudah sesuatu yang baik pada masyarakat luar bandar.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan meminta Yang Berhormat EXCO luar bandar akan menerangkan isu ini. Tentang pertanian ini, untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Banting, tentang Sg. Kelambu ini, Yang Berhormat sering sekali timbulkan. Alhamdulilah kita sudah ada penyelesaian tetapi akan dijawab oleh EXCO Alam Sekitar ini yang menjaga urusan hutan. Tentang isu TPKM Sungai Kelambu, di Kuala Langat.
Berhubung dengan isu yang dicadangkan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat tentang kawasan padi Kg. Sawah ini. Memang kita, tumpuan sekarang ini lebih kepada Barat Laut. Kita lebih kepada Barat Laut. Jelapang padi Negeri Selangor, walaupun ada tempat-tempat lain yang cadang hendak buat penanaman padi kita bagi saya, secara peribadi saya mintak supaya kaji dahulu. Dari segi agak sukar menguruskan tanaman padi ini, tanaman lain lebih berdaya maju. Walaupun begitu kita kena kekalkan juga padi sebagai tanaman makanan asasi kita yang perlu juga kita pertahankan dan kita fokus di Barat Laut kerana dia banyak dari segi aspek teknikal dipertimbangkan sebelum kita buat sawah ini.
Pertamanya kesuaian tanah, dia kena ada tanah liat untuk menampung air itu dan kemudian keperluan untuk sistem perairan yang baik dan juga sistem kawalan penyakit integrated pest control yang perlu diselaraskan. Jadi saya harap Yang Berhormat mungkin fokus kepada tanaman lain yang sesuai. Untuk yang ditimbulkan oleh Bandar Damansara, Yang Berhormat Bandar Damansara, ada masa utama ya. Bandar Utama ya. Bandar Utama yang dibangkitkan oleh Bukit Lanjan, Sentosa dan juga Kota Damansara. Berhubung dengan kebun komuniti. Kebun komuniti ini, merupakan salah satu daripada aspek pembangunan pertanian bandar ataupun agro bandar, yang penting yang saya untuk tahun ini pun peruntukkan banyak peruntukkan yang kita berikan, RM 250,000 kita berikan kepada kebun-kebun komuniti. Bagi
mengalakkan penanaman ataupun pengeluaran hasil sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jadi, cuma saya minta kepada pihak Yang Berhormat supaya pastikan Kebun-Kebun Komuniti ini didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Tempatan itu yang paling penting sekali dan kita bersama dengan Jabatan Pertanian Negeri Selangor akan selaraskan program-program berkaitan untuk meningkatkan hasil dalam masa sama juga untuk pemasaran produk-produk daripada kebun-kebun komuniti ini. Jadi, itu yang paling penting sekali dilaksanakan.
Tuan Speaker
Bandar Utama
Sila .sila .
Nak minta laluan sekejap. Jadi, Bandar Utama juga telah pun membangkitkan isu ini cuma persoalan utama adalah sekiranya pihak Kerajaan Tempatan dia hanya ingin mengikut guideline atau pun SOP yang sebenarnya tidak praktikal untuk dilaksanakan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu persatuan penduduk ataupun komuniti di kawasan tersebut kerana sekarang terdapat banyak kebun komuniti seperti dikatakan telah diminta untuk dirobohkan dan sebagainya tetapi apabila Bandar Utama melawat contohnya kawasan SS22(A) sebenarnya tiada sebarang masalah di situ. Jadi, adakah Kerajaan Negeri akan mempermudahkan aktiviti atau pun program kebun-kebun kita ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Saya memahami ini juga perkara yang sama timbul apabila kita melaksanakan Friend of River yang menguruskan NGO-NGO yang menguruskan sungai-sungai kita ini. Jadi kadang-kadang dia terbawa-bawa, dia buat bina-binaan yang PBT tak benarkan atau pun pihak JPS tidak benarkan ini kadang-kadang berlaku begitu. Tapi, tidak ada masalah sebab kita memang ada mesyuarat yang berkala di antara Stanco Pertanian dan bersama-sama dengan wakil-wakil PBT yang terlibat dalam menguruskan Kebun Komuniti dan kita meneliti kadang-kadang malah saya dah minta pihak-pihak PBT mengenal pasti tanah-tanah yang sesuai. Jangan tunggu kita dapatkan tanah-tanah kecil apa pun tak apa yang di bawah rentis sekali termasuk supaya dapat kita dapat uruskan dengan teratur dengan lebih baik tapi syarat dia ialah, ada syarat-syaratnya tetap ada. Contohnya dia mesti Kebun Komuniti, tidak boleh kebun itu diuruskan oleh satu, seseorang sahaja. Ada tempat-tempat yang seorang sahaja yang buat kebun itu jadi bila dah maju kebun itu,bergaduh penduduk dengan penduduk pula. Ini siapa, kebun . kenapa kau sorang sahaja, kami nak komuniti. Jadi benda-benda begini kita . sebab nama pun Kebun Komuniti jadi ada perkara-perkara yang kita benarkan contohnya
binaan. Kalau dia buat biasanya kalau ada kebun itu nak buat binaan. Jadi kadangkala binaan itu berada di bawah rentis dia. Itu jadi masalah nanti dengan pihak . Saya bagi contoh ya Yang Berhormat. Saya faham tapi kalau ada isu-isu yang timbul Yang Berhormat boleh menghubungi pejabat saya atau pun saya sendiri kita akan tengok dan teliti, apa masalah dan bagaimana kita dapat atasi perkara -perkara ini ye. Dari segi bantuan, dari segi bantuan yang kita berikan ditimbulkan oleh Kota Damansara tentang isu bekalan air atau elektrik. Setakat ini kita tidak menyediakan bantuan itu kita menyediakan peralatan imput macam-macam benih, baja dan sebagainya. Yang agak banyak ya kita agihkan kepada Kebun-kebun Komuniti. Tapi belum lagi sampai peringkat kita memberikan atau pun menyediakan bekalan elektrik atau pun bekalan air kepada mereka. Belum lagi.
Timbalan speaker .
Kota Damansara.
Penjelasan sikit. Itu berkenaan utiliti itu kadang kita ada masalah untuk terima saluran paip ataupun air daripada TNB. Kita harap pihak Kerajaan boleh bantu kita memudahkan proses tersebut itu ya sebenarnya
Terima kasih Yang Berhormat. Itu yang saya sebutkan tadi Kebun Komuniti ni memang diuruskan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan kita hanya memberi sokongan dan bantuan kepada pihak PBT supaya mereka dapat melaksanakan program lebih baik dan saya ucap tahniah kepada terutamanya PBT yang dah lama melibatkan diri dalam Kebun Komuniti. Seperti Shah Alam, Subang Jaya ini memang tujuh puluh lebih Kebun Komuniti yang didaftarkan bawah mereka ini yang berjalan dengan baik dan mereka menyumbang banyak. Untuk tahun sebelum pandemik, 46 tan hasil daripada Kebun Komuniti ini dipasarkan kepada rakyat di Selangor satu sumbangan yang besar dari segi buah-buahan dan sayur-sayuran dan kita akan pertingkatkan lagi ditambah dengan penggunaan bahan-bahan mesra alam dan juga biopesticide untuk mengelakkan daripada penyakit ataupun supaya dia lebih mesra alam. Jadi itu antara perkara yang dan juga di bawah Jabatan Pertanian Negeri Selangor ada pun ada insentif dan geran. Saya di bawah portfolio stanco saya memang kita menyediakan RM 5 ribu kita bagi pada tahun lepas kepada Kebun Komuniti tapi di bawah Jabatan Pertanian pun ada insentif hingga RM 10 ribu setiap komuniti peruntukan bagi memperkasakan lagi pada operasi bagi Kebun-kebun Komuniti.
Jadi, saya minta Yang Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat semua supaya mengambil langkah aktif dengan pihak PBT masing-masing supaya dapat diperluaskan, diperbanyakkan lagi tempat-tempat kawasan pertanian bandar ini yang daripada kita lihat daripada semak samun. Malah ada cadangan saya terima supaya tanah-tanah yangdi bawah federal, PT(P) ini pun Pentadbir Tanah Persekutuan yang
nak buat sekolah tapi belum buat lagi hutan rimba itu mungkin kita boleh tengok sama ada boleh tak kita gunakan. Sebab tempat itu biasanya akan jadi tempat buangan sisa pepejal dan kita boleh gunakan untuk macam, Subang Jaya mungkin boleh lihat di USJ1 berdekatan dengan. Masjid itu kan ada tapak klinik atau tapak sekolah itu yang hutan rimba yang digunakan untuk tempat buang sampah haram.
Jadi itu, sebenarnya kita boleh bincang nanti dengan pihak PT(P) untuk bagaimana kita boleh gunakan, sementara untuk pertanian moden ini. Dan yang terakhirnya saya nak sentuh idea Yang Berhormat Sentosa yang bangkitkan isu tentang Projek Translokasi Lembu di Olak Lempit. Yang sebenarnya projek ini dah siap tetapi ada masalah bekalan elektrik sebenarnya. Dah lama siap, perkara elektrik dia memakan masa yang terlalu lama dan setakat ini 9 penternak kita telah tawarkan. Yang lembu rayau ini. Satu sahaja yang menolak atas alasan kewangan dan keluarga isu keluarga tapi yang lainnya telah menerima dan mereka akan masuk dalam surat daripada Tenaga Nasional dah sahkan bahawa semua kerja-kerja akan siap pada awal Mac 2022. Jadi mereka akan boleh mula pindah pada bulan Mac ini untuk program apa Pusat Translokasi Lembu di Olak Lempit ini. Saya rasa itu sahaja yang saya dapat jawab dan insyaAllah kalau yang lain-lain itu saya akan teliti dan kita
Ada lagi, ada lagi.
Kota Damansara
Ada soalan yang belum dijawab 2 tu. Satu ni persimpangan maut ke Masjid saya ada sebut tentang Jalan Alpha U6/2, Persimpangan Jalan Sungai Buloh. Jalan ni 90 degrees ramai orang pergi ke Masjid kita minta buat lebar ingress, engress di kawasan tersebut. Saya minta itu tidak ada jawapan tadi di perjelaskan supaya jalan itu dapat dinaikkan taraf. Dan yang kedua ialah Jalan Pekan Subang hubung ke Jalan Subang Permai U6/1 melalui kilang di kata kilang haram. Lori besar lalu kawasan perumahan. Prosesnya panjang sangat kita cerita pasal 100 hari kelulusan. Ini nampak kena buat Laporan RSA di peringkat 1,2,3,4,5. Saya tak nampak satu hari boleh luluskan. Jadi saya harap in this particular case Desa Subang Permai ini penduduk dah bising, lori lalu besar-besar jalan rosak, bahayakan kanak-kanak kawasan tersebut. Ini jalan alternatif ini, saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat pertimbangkan secara serius untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih.
Saya ambil perhatian kerana saya nak kena siasat jalan ini siapa di bawah PBT ke di bawah JKR saya akan siasat. Tapi kita ambil kita akan ambil tindakan kepada apa yang dah disebut oleh Yang Berhormat tadi, terima kasih.
Terima kasih .
Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah, EXCO kita . mempersilakan Yang Berhormat EXCO Paya Jaras.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya hanya ada dua respond kepada dua pembahas iaitu kepada Yang Berhormat Meru dan Yang Berhormat Kota Damansara. Pertama kepada Yang Berhormat Meru, yang mencadangkan pembinaan dewan orang ramai, sudah tentu saya tidak tidak tahu sama ada ini dewan sukan ataupun dewan berkumpul. Kalau dewan ini lebih kepada sport kompleks apa, dewanlah. Kalau dewan ini lebih kepada bidang kuasa PBT ataupun PLB untuk pembinaan dewan. Walau bagaimana pun Yang Berhormat Meru, saya ingin petik apa yang saya sebut kepada Yang Berhormat Templer tentang cadangan pembinaan semua iaitu kalau ada keperluan, ada tapak dan ada peruntukan insya-Allah kita akan pertimbangkan apa pun kita akan minta Majlis Sukan Negeri Selangor untuk melihat tapak yang sesuai di Meru dan saya harap juga Yang Berhormat Meru dapat kenal pasti tapak yang sesuai. Ada tapak?
Tapak di SKI, ada tapak cadangan tapi masih belum buat serahan dari oleh pihak pemaju.
Kalau begitu kita tengok status tapak itu. Kemudian Yang Berhormat, yang kedua, tentang Kota Damansara yang meminta juga supaya infra sukan di kawasan Kota Damansara dapat di baik pulih. Berkaitan dengan infra ini, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada UPEN (AP), Seksyen AP dan MSN yang telah banyak membantu mengendalikan urusan infrastruktur ini dan pada tahun 2021 kita telah meluluskan sebanyak RM 2.24 juta untuk program-program pembinaan infrastruktur di Negeri Selangor. Saya akan tengok kepada specific kepada permohonan Yang Berhormat. Cumanya Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, semua infra-infra yang kita buat ini, sebaiknya sampai ke pejabat saya seawal bulan Januari atau Februari dan kita juga menyediakan satu borang iaitu borang, Yang Berhormat kena tick la sama ada nak baik pulih ke ataupun nak naik taraf ataupun nak yang baru. Ada kes yang kita terima dia tick naik taraf tapi dia nak gelanggang baru jadi komunikasi itu sangat.. sebab dari segi costing semua dah berbeza. Jadi borang itu kita akan minta sama ada Yang Berhormat minta kategori yang mana dan siapa ownership dia. Sebab kita nak maklumkan pada PBT atau pun Pejabat Daerah untuk tujuan menaik taraf ini. Kalau Yang Berhormat Kota Damansara mempunyai cadangan-cadangan untuk tahun depan harap dapat kemukakan segera. Ada banyak Yang Berhormat sekalian. Banyak, kebanyakan Yang Berhormat yang menghantar permohonan selambak bulan 6, bulan 7 yang mana kita nak sediakan BQ, kita nak buat lawatan tapak dia akan mengambil masa panjang. Jadi hopefully Yang Berhormat Kota Damansara dapat segera pada tahun hadapan.
Terima kasih, Yang Berhormat. Saya persilakan Yang Berhormat EXCO Tanjung Sepat.
Terima kasih Tuan Speaker. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dusun Tua, mengenai permohonan dan penjelasan berbentuk penyelidikan yang saya rancang, peruntukan RM 150 ribu. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Dusun Tua, bagi peruntukan RM 150 ribu, PADAT sedang merancang untuk melaksanakan kajian semula persejarahan Selangor dan memandangkan di Selangor masih belum lagi melakukan penilaian semula dan penulisan tentang sejarah Negeri Selangor.
Bagi tujuan tersebut, penyelidikan dirancang dan dipohon untuk peruntukan kepada Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
1) Penyelidikan Kesultanan Negeri Selangor yang bertarikh daripada 1700 – 1850; 2) Penyelidikan rekod-rekod Selangor, di Belanda dan juga di London penyelidikan adat Melayu dan juga warisan Selangor.
Bagi kajian yang telah dilaksanakan oleh PADAT dapat di akses dan dilihat melalui pelbagai cara iaitu melalui:
1) Penerbitan buku dan jurnal; 2) Pembentangan kertas kerja di negeri dan luar nagara luar negeri .dan berbentuk pameran, persembahan kebudayaan berdasarkan dari kajian gerak tari dan juga anjuran festival contoh Festival Makanan Warisan Negeri Selangor 2019. Bagi soalan kedua, daripada Yang Berhormat Sijangkang, yang pertama Yang Berhormat Sijangkang memaklumkan peruntukan bagi tujuan naik taraf dan baik pulih, jalan luar bandar yang bernilai RM 1 juta tidak mencukupi dan perlu ditambah. Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang kerana telah memberi cadangan yang pihak kerajaan, Kerajaan Negeri mengambil maklum atas cadangan Yang Berhormat Sijangkang supaya peruntukan bagi tujuan luar bandar ditingkatkan dan berbanding pada peruntukan sekarang masih RM 1juta. Dan selain daripada itu peruntukan di bawah P01/02006 naik taraf naik dan baik pulih luar bandar sebanyak RM 1 juta dan peruntukan tujuan pembangunan jalan-jalan luar bandar turut diberi oleh Kerajaan Pusat melalui Geran MARRIS dan pada tahun 2021 sebanyak 328 butiran projek meliputi siling jumlah RM 29 juta yang telah diluluskan di bawah MARRIS untuk .pembangunan jalan-jalan di kawasan luar bandar.
Selain daripada itu juga, KPLB melalui Peruntukan Jalan Perhubungan Desa dan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan had siling RM 1juta untuk tujuan baik pulih luar bandar pada tahun 2021. Ini menjadikan agihan dan peruntukan bagi tujuan jalan luar bandar adalah RM 31 juta pada tahun 2021.
Yang kedua Tuan Speaker. untuk makluman Jalan Kampung dan juga Jalan Pertanian boleh di baik pulih dan didaftarkan di bawah di dalam MARRIS sebagai tanah berstatus
izin lalu. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi daripada tuan tanah dan hendaklah mendapatkan kelulusan secara rasmi daripada pihak Jabatan Tanah Daerah untuk didaftarkan di bawah sistem MARRIS. Untuk jawapan soalan yang ketiga, makluman Y.B. Sijangkang, jalan yang dicadangkan untuk diberi perhatian iaitu jalan Taman Sri Medan, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya akan dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat untuk dimasukkan dalam permohonan Tahun 2022. Manakala jalan SRA ataupun Sekolah Rendah Agama Kampung Medan pula telah diturap, telah siap diturap pada tahun 2020 dengan kos RM33 ribu menggunakan peruntukan MARRIS.
Bagi soalan ketiga daripada Y.B. Banting, mengenai kapal korek, nampaknya sinonim sebab kapal korek ni adalah, ada sebut nama kapal korek Sri Banting, ya. Mengenai isu dibangkitkan adalah terletak di bawah, kapal korek ni terletak di bawah Sepang ataupun di DUN Dengkil, berdasarkan kepada Kertas EXCO MTES No. 7/26/2021 Kerajaan Negeri bersetuju untuk Majlis Perbandaran Sepang membeli satu kapal korek Sri Banting ini digunakan ataupun bermaksud diwujudkan Taman Warisan Lombong Negara yang mana RM 100 ribu ini diperuntukkan adalah untuk kajian awalan bagi pendemokrasian, dokumentasi. Untuk makluman semua sebagai tambahan, kapal korek ini adalah kapal yang terbesar di dunia. Ya, yang mana dia mempunyai keberatan dia sebanyak 6,650 tan beratnya dan kapal korek ini boleh mengorek sedalam 150 kaki dan yang pertama di dunia mampu mengorek dengan kelajuan 36 bucket seminit menjadikan keupayaan kapasitinya mengeluarkan 7.9 M3/setahun. Maksud dia kegunaan kapal korek ni, dia tidak menggunakan enjin diesel meter padu. Dia tidak menggunakan enjin diesel tetapi menggunakan kuasa elektrik yang diapungkan kabelnya daripada darat ke kapal korek tersebut. Jadi, kita menjadi satu, kita punya apa, tujuan kita ataupun matlamat kita untuk menjadikan kapal korek ni adalah sebagai satu warisan negara dan insyaAllah telah dibawa ke MTES dan diluluskan dan mudah-mudahan akan dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Y.B. EXCO Tanjung Sepat. Ada lagi? Saya mempersilakan Y.B. EXCO Kajang.
Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Y.B. Dusun Tua tentang perincian mengenai perancangan projek ataupun aktiviti di bawah Program Penguatkuasaan Hutan - PK6 Bajet Pembangunan di Selangor B10 bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:
1. Pemasangan palang penghalang ataupun boom gate 10 unit dan papan tanda amaran serta papan tanda pemberitahuan dengan anggaran kos RM 150 ribu. Pemasangan ini adalah di lokasi-lokasi yang telah pun dikenal pasti sebagai laluan yang sering digunakan oleh penceroboh hutan.
2. Program Pemerkasaan Hutan dengan anggaran kos RM 100 ribu. Di antara aktiviti yang dirancang di bawah program ini ialah pembelian drone, bagi
kegunaan pasukan risikan dan juga siasatan hutan serta kelengkapan aktiviti penguatkuasaan yang lain seperti peralatan sitaan, kon keselamatan dan juga sebagainya. 3. Program Operasi Bersepadu dan juga berkolaborasi bersama agensi yang terlibat dengan anggaran kos sebanyak RM 30 ribu. Program ini akan memfokuskan kawasan-kawasan yang telah pun dikenal pasti dengan pelaksanaan aktiviti seperti mengusahakan tanaman dan juga struktur yang dijalankan tanpa kebenaran.
4. Program Kesedaran Awam dan juga membanteras pencerobohan hutan simpan kekal dengan anggaran kos RM 30 ribu. Program ini juga akan melibatkan usaha-usaha membanteras aktiviti pencerobohan hutan secara memasuki tanpa kebenaran iaitu Seksyen 47 Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985. Di antara aktiviti-aktiviti di bawah program adalah seperti berikut:
i. brosur ataupun papan tanda keselamatan
ii. pamplet berkaitan kesalahan hutan
iii. penyediaan pelan ataupun peta hutan simpan kekal
iv. kiosk maklumat kesedaran awam v. kursus ataupun bengkel ataupun ceramah berkaitan dengan penguatkuasaan.
Tuan Speaker, untuk menjawab cadangan daripada Bukit Lanjan, untuk mewujudkan Jawatankuasa Tetap Perubahan Iklim. Untuk makluman Yang Berhormat Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Teknologi Hijau bertanggungjawab terhadap isu-isu berkaitan pemuliharaan dan juga perindustrian alam sekitar di bawah skop teknologi hijau perubahan iklim telah pun dimasukkan sebagai salah satu skop jawatankuasa di mana ianya berperanan memantau sebarang isu berbangkit dan tindakan berkaitan dengan perubahan iklim seperti mengadakan hari tanpa kenderaan, menggalakkan community, aktiviti tanam pokok dan lain-lain lagi. So, secara amnya kerana ingin menyambut baik cadangan untuk mewujudkan Jawatankuasa Tetap Perubahan Iklim dan seterusnya akan memastikan Jawatankuasa Tetap Teknologi Hijau berperanan dalam keseluruhan isu berkaitan dengan perubahan iklim. Program-program yang telah pun dilaksanakan juga merupakan inisiatif kerajaan Negeri dalam menangani isu perubahan iklim secara tidak langsung ianya dapat melestarikan alam sekitar.
Untuk isu yang dibangkitkan juga oleh Y.B. Bukit Lanjan, memohon penjelasan mengenai Hutan Simpan Bukit Cerakah. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor ingin menjelaskan mengenai isu Hutan Simpan Bukit Cerakah yang diutarakan oleh Y.B. Bukit Lanjan untuk makluman terdapat 2 buah kawasan hutan simpan kekal yang berada di Seksyen U10, Shah Alam iaitu Hutan Simpan Bukit Cerakah dan juga Hutan Simpan Bukit Cerakah Tambahan. Kedua-dua hutan simpan kekal ini telah pun
diwartakan di bawah Enakmen Pemakaian Akta Hutan Negeri Selangor 1985. Hutan Simpan Bukit Cerakah telah pun diwartakan sebagai hutan simpan kekal pada tahun 1909 seluas +- 23,826 ekar. Hutan simpan ini telah pun mengalami beberapa kali penyahwartaan sejak tahun 1976 bagi tujuan pembangunan seperti Bandar Puncak Alam, Alam Budiman, UiTM Puncak Alam dan lain-lain lagi. Kini Hutan Simpan Bukit Cerakah yang masih kekal adalah seluas +- 3,208 ekar dan masih diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sebagai kelas Hutan Perlindungan manakala pada tahun 2007 sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Bukit Cerakah yang telapun dinyahwartakan sebelum ini telah diwarta semula sebagai Hutan Simpan Bukit Cerakah Tambahan dengan keluasan +- 2,427.51 ekar. Kawasan hutan simpan ni juga dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam yang merupakan antara taman rekreasi awam utama di sekitar Shah Alam daerah Petaling. Pada masa kini pengurusan Taman Botani Negara Shah Alam ini adalah di bawah Jabatan Pertanian selaras dengan keputusan MMKN Ke-27/2019 berkenaan kelulusan pemilik penggunaan bagi tujuan Taman Botani Negara Shah Alam. Sehubungan dengan itu, peruntukan belanjawan melalui Bajet Pembangunan Negeri P10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2022 melibatkan Program Hutan Sosial tidak melibatkan 2 kawasan hutan simpan ini. Peruntukan tersebut adalah memfokuskan kepada pembangunan kawasan-kawasan taman eco, rimba sedia dan urusan sepenuhnya di bawah Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Bagi isu yang melibatkan, ini saya nak bagi sedikit penerangan, belum lagi, bagi saya habis dulu. Bagi isu yang melibatkan status penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cerakah yang ditular oleh sesetengah pihak sebelum ini, ianya adalah berdasarkan kepada keputusan kerajaan ini terdahulu, dulu, berdasarkan rekod terdapat kelulusan nyahwarta hutan simpan kekal bagi tujuan pemberimilikan oleh kerajaan Negeri pada tahun 2006 melalui PW1443. Dalam hubungan itu aspek pengurusan dan juga pembangunan di kawasan yang bukan status hutan simpan kekal adalah tertakluk kepada bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Pejabat Tanah Dan Daerah yang terlibat. Ingin ditekankan di sini bahawa hanya kerajaan Negeri Selangor pada masa kini sahaja yang mengamalkan proses penggantian secara serentak bagi mana-mana kawasan hutan simpan kekal ini dinyahwartakan. Ini adalah selaras dengan pindaan Enakmen Pemakaian Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2011 iaitu berkaitan keperluan penyiasatan awam bagi cadangan penyahwartaan hutan simpan kekal. Walau bagaimanapun, penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cerakah ini telah pun berlaku sebelum pindaan Enakmen Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 ini iaitu pada tahun 2006. Justeru itu penggantian kawasan hutan simpan kekal secara serentak didapati tidak diamalkan oleh kerajaan Negeri pada masa tersebut. Hal ini membuktikan dengan jelas bahawa kerajaan Negeri Selangor pada masa kini adalah lebih prihatin dan juga komited dalam melindungi hutan simpan kekal di samping meningkatkan peratusan keluasan daripada semasa ke semasa.
Secara umumnya kerajaan Negeri Selangor pada masa kini akan memastikan segala aktiviti pembangunan di sekitar kawasan Hutan Simpan Bukit Cerakah tersebut
mematuhi prosedur dan juga peraturan yang berkuat kuasa pada masa ini. Di antaranya adalah seperti keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 dan juga kelulusan merancang (KM) di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976. Selain itu langkah-langkah kawalan pembangunan yang lain seperti pengekalan kawasan hijau dan juga penyediaan laluan hidupan liar akan turut diambil kira. Keperluan ini adalah bagi menjamin kelestarian alam sekitar terus dipelihara di samping pengaruh sosio ekonomi di Negeri Selangor dapat diuruskan secara lebih strategik.
Silakan, Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Y.B. Kajang. Saya sebenarnya nak sentuh perkara yang disebut oleh Y.B. Kajang tadi iaitu kawasan yang diluluskan beberapa dekad yang lalu untuk dinyahwarta sudah dinyahwarta kononnya tetapi gazette nya tidak dicetak. Jadi kalau kita lihat dari segi perundangan, kalau tidak digazette maksudnya perkara ini masih perlu habiskan proses nyahwarta. Itu satu.
Keduanya adalah saya ingin juga tanya Y.B. kerajaan Negeri sebenarnya group ataupun kumpulan yang menggalakkan satu hutan simpan baru diwartakan iaitu khususnya ianya dipanggil Setia Alam Community Forest. Jadi kawasan yang terbabit adalah dalam kawasan yang digazette keluar. Jadi apa pendekatan akan diambil oleh kerajaan Negeri supaya satu, kita boleh memelihara seluas boleh kawasan hutan yang masih ada, keduanya macam mana kita boleh juga menggalakkan pembangunan yang lestari di kawasan tersebut.
Terima kasih Y.B. Bukit Lanjan. Untuk makluman Y.B., Setia Alam Community Forest ni sebenarnya tidak wujud ya, mereka tidak berdaftar di bawah pihak pengurusan Negeri ataupun Pihak Berkuasa Tempatan. Dan untuk makluman semua, kawasan di sekeliling kawasan ni telah pun diberi hak milik oleh kerajaan dulu sebelum 2006. So pada masa itu tidak perlu ada hutan gantian yang dibenarkan. Sebab itulah banyak pihak yang telah pun salah anggap. Mereka ingat ini masih merupakan hutan simpan kekal, tidak, dia telah pun diberi hak milik dah, so sekarang timbul soalan pembangunan di kawasan itu. So ada yang bagi bantahan, so ada yang cadangkan supaya kawasan tu untuk diwarta semula sebagai forest, saya rasa ini tidak timbul kerana ada syarikat-syarikat tertentu atau pun agent-agent tertentu yang telah pun memilik tanah ni. Kalau mereka menghantar untuk memohon KM, kita tidak dapat membantah atau membatalkan permohonan mereka. So saya nak bagi penjelasan memang kita tiada niat untuk kita menyahwartakan, tidak siar wartakan semua ini kerana kerajaan dulu walaupun mereka tidak telah pun diberi hak milik tapi tanah itu belum lagi disiar wartakan. Itu masalah yang timbul sekarang.
Tuan Speaker, untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Y.B. Banting, ya berkenaan dengan hala tuju taman kekal pengeluaran makanan.
Y.B. EXCO Kajang, sila duduk. Sambung kemudian. Ahli-Ahli Y.B. sekalian, jam telah menunjukkan 1.00 petang, 1.00 tengah hari dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
( DEWAN DISAMBUNG SEMULA )
( TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN )
Assalamualaikum W.B.T., salam sejahtera. Dewan bersidang semula, saya persilakan Yang Berhormat Kajang.
Tuan Speaker, saya mohon untuk memberi laluan untuk saya.
Bukit Lanjan.
Kerana ada perkara yang saya bangkit semalam belum dijawab secara penuh oleh Yang Berhormat Kajang. Ini adalah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kajang sebelum pukul 1. Iaitu tentang kawasan hutan sekarang digelar Setia Alam Comittee Forest walaupun bukan hutan simpan secara rasmi tetapi adalah satu kawasan hutan yang terdapat beribu-ribu orang yang pergi mengunjung kawasan tersebut. Saya difahamkan, bukan saya difahamkan. Semasa saya EXCO, saya masih ingat pada tahun 2017 PKNS telah pulangkan sebahagian besar daripada kawasan tersebut yang sepatutnya pada masa itu dijadikan kawasan kubur tetapi Kerajaan Negeri pada ketika itu telah memberi kepada MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) untuk dijadikan kawasan lapang atau kawasan hijau untuk kegunaan awam. Jadi mungkin Y.B. Kajang boleh beri penjelasan yang lebih terperinci tentang apa telah terjadi kepada tanah tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Satu soalan yang agak bagus dan merumitkan untuk menjawab. Di mana Kerajaan Negeri Selangor telah pun membuat keputusan di mana sebelum itu, ini berlaku pada tahun 2006. So, kawasan itu telah diberi hak milik kepada NGO-NGO ataupun syarikat. Walaupun dia telah diwartakan tetapi belum disiar wartakan tapi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Pejabat Tanah/ Daerah dan PTG sedang berusaha untuk membuat siar warta. So, ini yang pertama.
Yang kedua, walaupun kawasan ini telah pun diberikan hak milik dan juga di mana kebenaran KM akan diberi tapi pihak MBSA akan memastikan kawasan ini walaupun dibuat kubur, statusnya kubur tapi perancangan masa hadapan dia akan memastikan kawasan ini ada satu connectivity di mana dia tidak akan menjejaskan mereka yang hendak hiking, tidak. So, kalau yang Setia Alam Committee Forest dia boleh teruskan aktiviti ini. Kawasan ini tidak terjejas, so mereka boleh hiking, boleh jalan dan kita pastikan ada connectivity iaitu hutan itu akan ada satu connectivity di mana kita akan memastikan ia ada 20% hijau yang telah pun akan disediakan oleh MBSA dalam perancangan mereka. So, dia tidak akan menjejaskan mereka yang hendak mendaki dan hanya kerana sebelum itu kita terima banyak complain, aduan di mana orang yang mendaki ini selalu meletak kereta merata-rata termasuk di taman-taman. Sebab itulah kita menerima ramai pengadu daripada taman kerana dia memberikan masalah parking kepada jalan keluar masuk kepada penduduk tempatan. Sebab itulah ada kawalan dan juga di mana MBSA akan ambil tindakan terhadap kereta-kereta yang sengaja parking sana untuk menghalang laluan lalu lintas itu. So, untuk menjawab soalan Bukit Lanjan saya rasa ini sudah jelas. Kita akan pastikan ada laluan untuk binatang-binatang liar. Itu kita buat terowong-terowong kalau ada jalan dijalankan, kita akan buat terowong. Dan pastikan di mana dia akan menjadi kawasan hijau untuk mereka yang hendak mendaki dan juga untuk pergi sana untuk jalan-jalan. So, untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Banting. Hala tuju Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan/ TKPM Sungai Kelambu yang terletak di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan.
Tuan Speaker, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah pun menyediakan kertas ringkasan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung permohonan kelulusan secara permit penggunaan kepada Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Kelulusan permit penggunaan ini adalah untuk membangunkan dan juga menguruskan Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan/ TKPM Sungai Kelambu di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. Kertas ringkasan tersebut dijangka akan dibentangkan pada awal tahun 2022 di peringkat MMKN sebelum tindakan penyediaan permit penggunaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sungai Pelek, tentang isu berkenaan pemberian permit penggunaan kepada orang lain di kawasan yang telah pun diusahakan oleh orang asli Sungai Kelambu di Hutan Simpan Sepang Kecil. So, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah pun memberi kelulusan permit penggunaan iaitu Borang 4 di kawasan Hutan Simpan Sepang Kecil seluas 20 hektar kepada individu tempatan pada 29 Ogos 2019 yang lalu. So, kelulusan permit penggunaan ini adalah melalui proses yang sah iaitu berdasarkan pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan Perhutanan Negeri Selangor (JKPPNS). Secara umumnya JKPPNS ini dibentuk melalui kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke-36/2015 pada 2 Disember 2015 yang lalu. MMKN tersebut telah menimbang dan meluluskan cadangan perwakilan kuasa pihak berkuasa negeri kepada Pengarah Perhutanan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Pengurusan Perhutanan Negeri Selangor (JKPPNS). Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh
Pengarah Perhutanan Negeri Selangor dan ahli-ahlinya adalah terdiri daripada wakil UPEN, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan juga Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor. Secara dasarnya, perwakilan kuasa ini hanya memberikan kuasa untuk meluluskan sebarang permohonan lesen/ lesen kecil/ lesen pemindah / permit penggunaan/ permit jalan dengan keluasan tidak melebihi 50 ekar dan pembaharuan lesen/ lesen kecil/ permit penggunaan lesen pemindahan dan permit jalan yang sedia ada.
Isu yang melibatkan kawasan kebun yang dikatakan telah pun diusahakan oleh Orang Asli Kampung Sungai Kelambu ingin dimaklumkan bahawa sebenarnya kawasan kebun orang asli tersebut terlibat dengan kawasan permit penggunaan sama iaitu Hutan Simpan Sepang Kecil. So, kebun yang dikatakan diusahakan oleh orang asli tersebut juga adalah merupakan tanaman kelapa sawit yang mana tidak selari dengan polisi jabatan pada masa ini. So, tak mampulah ia tidak memperoleh sebarang kelulusan secara permit penggunaan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. So, sebab itu kebun kelapa sawit yang dikatakan diusahakan oleh orang asli Hutan Simpan Sepang Kecil tersebut adalah dikategorikan sebagai peneroka tidak sah dan tidak pernah memperoleh sebarang kelulusan sebelum ini.
Sungai Pelek.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya mengapa komuniti tempatan orang asli yang telah meneroka kawasan itu bertahun-tahun tidak diberi consultation? Dengan secara yang terpaksa keluar daripada land itu atau kawasan itu dan mengapa pula orang dari luar, peniaga dari luar boleh diberi permit untuk menggunakan tanah yang sama itu. Ini macam seorang wanita yang sudah kahwin mana boleh lagi you minta wanita yang sudah kahwin itu berkahwin dengan orang yang lain, sebab tempat yang sama you sudah beri kepada orang asli untuk menerokai. Saya setuju dengan EXCO bahawa kalau ikut undang-undang memang rizab hutan tidak dibenarkan penanaman seperti kelapa sawit dan sebagainya tapi apa yang realiti ialah komuniti orang asli itu telah hidup dan juga cari rezeki di tempat yang di situ di hutan itu pada tahun-tahun, mungkin dari generasi ke generasi. Jadi kalaulah ada usaha untuk memberi bantuan kepada local orang asli cari tanah yang lebih sesuai untuk tanaman di tempat yang lain. Kalau usaha itu ada dijalankan, saya rasa sebagai seorang ADUN kawasan situ saya tidak ada bantahan. Tapi selagi local komuniti orang asli masih bergantung pada tanah itu, kawasan itu, mengapa pula ada kuasa Pengarah JPNS memberi tanah yang sama kepada orang lain. Ini tidak masuk akal. Ini macam satu kezaliman mengikut local komuniti orang asli itu. Orang asli susah mahu cari rezeki di bandar dan tempat yang lain. Tanah itulah yang mereka mencari rezeki, mencari hidup. Jadi peniaga dari luar boleh diberi tanah yang lain kalau Jabatan Hutan rasa dia layak untuk menggunakan tanah. Carilah tanah yang lain. Janganlah cari tempat yang sama kepada itu. Jadi, saya pun pertikailah kenapa JPNS ada kuasa dalam tanah itu. Saya minta EXCO meneliti hal ini. Terima kasih.
Terima kasih soalan yang ditimbulkan oleh Sungai Pelek. Memang Yang Berhormat Sungai Pelek menimbulkan satu soalan mengapa Pengarah Jabatan Perhutanan ada kuasa. Memang diperuntukkan ada kuasa untuk memberi, meluluskan keluasan penggunaan permit 50 ekar tidak melebihi 50 ekar. So, yang itu ada di kuasa tangan beliau. Tentang bagaimana kita hendak selesai isu ini, saya akan mengadakan satu mesyuarat akan datang untuk panggil semua di mana melibatkan Jabatan Tanah Negeri Selangor dan juga orang asli dan JAKOA untuk kita selesai isu ini. Sama ada kita akan cari tempat lain untuk mereka ataupun kita bagaimana hendak selesai isu ini kita akan bincang dalam mesyuarat akan datang. Mesyuarat ini akan melibatkan semua yang agensi dan juga orang asli terlibat supaya dia ada satu penyelesaian. Di mana kita tahu hutan simpan merupakan kawasan untuk orang asli merayau dan juga satu sumber di mana mereka mencari rezeki. Kalau mereka tiada hutan susah untuk mereka hidup.
Mohon mencelah Yang Berhormat EXCO. Terima kasih Yang Berhormat EXCO banyak menjelaskan tentang pentingnya menjaga alam sekitar ini, pentingnya menjaga hutan dan Kerajaan Negeri komited untuk menjaga hutan termasuklah hutan paya bakau. Tetapi apa yang saya dengar ini penjelasan banyak menceritakan tentang kita pun macam tidak menjaga kebajikan seperti kebajikan orang asli seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Pelek. Saya berharaplah Yang Berhormat EXCO yang sama-sama dalam Parti Keadilan bersama-sama dengan saya, 18 teras perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Perkara nombor 16 ialah meningkatkan mutu hidup orang asli ataupun asal di samping menghormati adat mereka, menyediakan rancangan pembangunan yang sesuai setelah berunding dengan mereka dan melindungi hak mereka ke atas tanah adat. Saya harap tanah-tanah orang asli yang sedia ada sekarang ini, kita cubalah pertahankan. Seterusnya perkara yang ke-17, dasar dan tujuan matlamat parti kita ialah Parti Keadilan Rakyat ini; melindungi alam semula jadi daripada pemusnahan, mencegah perosakan serta meningkatkan mutu alam sekitar dan memastikan pembangunan yang mampan. Ini kita belajar, kita dalam parti kadang kita diajar oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Presiden kita, Dato’ Seri Anuar Ibrahim untuk pastikan kita berteraskan tujuan dan matlamat parti kita. Sebab itu rakyat pilih kita. Tapi kalau ini jawapan yang saya dengar, nak halau orang asli pindah sana sini, bukan macam Parti Keadilan Rakyat lah.
Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Hutan simpan itu sebenarnya bukan kawasan tempat tinggal orang asli, so yang itu bukan kawasan tanaman. Tanah itu memang hutan simpan. Tiada siapa yang boleh menanam pokok seperti kelapa sawit di sana. Hutan simpan ini tidak benarkan untuk tanaman kelapa sawit. So, yang ini kena betulkan. Dan kemudian permit yang kita bagi secara itu untuk tanaman kontan untuk keperluan makanan di mana untuk penduduk Negeri Selangor. So, untuk orang asli memang kita menjaga mereka, memang kita memastikan tanah mereka diwartakan, memastikan kebajikan mereka tidak ditinggalkan, memastikan mereka boleh bersaing dengan orang seperti orang biasa,
bukan kita hanya hadkan mereka hanya duduk di hutan tetapi ada perkembangan ataupun daripada segi ekonomi dan pendidikan tidak berkembang maju, so, kita hendak pastikan ekonomi dan pendidikan mereka turut sama dengan kita. So, itu matlamat kita. Kita tidak menindas apa-apa orang asli, tidak, kita akan membantu mereka. Untuk hal ini saya akan buat satu mesyuarat penyelarasan untuk selesai isu ini dengan secepat yang mungkin.
Untuk menjawab soalan yang dibahas oleh YB, Yang Berhormat Sijangkang ya, pada tahun 2019 MPKL telah pun mewujudkan dan melancarkan Program Parit Angkat Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat, MPKL. Walau bagaimanapun, tiada kesinambungan daripada program tersebut dan banyak pokok-pokok yang mati, permainan industri telah pun juga menyebabkan pencemaran berlaku di kawasan parit berbau busuk di Sungai Manggis dan Kampung Medan. So, ini yang soalan, apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah-masalah ini? So, Yang Berhormat Tuan Speaker, Program Sungai Angkat ataupun @Parit DPLMX anjuran MPKL telah pun dilancarkan pada 25 November 2019. Program ini merupakan sebuah program CSR yang melibatkan kerjasama dengan pihak UITM, UPM, NGO, MPKK, MPP dan juga pekilang-pekilang di kawasan perindustrian Telok Panglima Garang. So, program ini diadakan berikutan daripada ADUN ataupun aduan yang diterima oleh pihak MPKL yang melibatkan pencemaran bau busuk di kawasan terbabit. So, berikutan daripada itu telah pun dicadangkan untuk menjalankan satu kajian khas yang dapat melepasi kaedah terbaik untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Kajian ini akan melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan mengikut bidang kuasa masing-masing terutama daripada aspek kepakaran dalam mengenal pasti punca permasalahan tersebut. Ini termasuk lah dari sudut kajian, ilmiah dan juga kaedah teknikal pengawalan pencemaran alam sekitar. Berikutan daripada pandemik 2020 dan 2021, progress pelaksanaan program agak perlahan. So, walau bagaimanapun, beberapa tugasan telah pun dilaksanakan bagi memastikan setiap perancangan untuk mengatasi permasalahan ataupun isu terbabit dipantau secara berterusan dan pelaporan dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Taman Perindustrian iaitu IPMCMPKL. Dan tiga (3) mesyuarat setahun telah dijalankan dan juga Mesyuarat Teknikal Jawatankuasa Program Sungai Angkat @Parit DPLMX. Antara aktiviti-aktiviti yang telah pun dilaksanakan adalah seperti berikut :
1. Kerja-kerja pensampelan air sungai oleh Pasukan Kerja dari Fakulti Sains Gunaan UITM telah dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali iaitu pada November 2019, Mac 2020 dan April 2021. Ia bertujuan untuk mengenal pasti punca pencemaran air sungai ataupun parit tersebut.
2. Cadangan pemasangan perangkap sampah di parit Jalan Raja Wali, kawasan perindustrian Teluk Panglima Garang kerjasama dengan pihak JPS dan UPM dan ini akan dipasang pada Februari 2022.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Apakah hasil kajian ataupun analisis sampel yang dijalankan ya, kalau dapat dimaklumkan dalam Dewan ini supaya ia memberikan satu kenyataan ataupun impak kepada masyarakat. Status air sungai tersebut.
Saya akan dapat daripada, butiran ini daripada pihak yang berkenaan, so, buat masa ini saya tidak ada, yang, apakah kandungan bahan kimia ataupun hasil kajian tersebut. So, saya akan buat secara bertulis lah. Untuk Yang Berhormat Rawang, tentang maklum balas, tentang alam sekitar, isu pemerkasaan penguatkuasaan dan juga teknologi pemantauan pencemaran alam sekitar. Soalan Yang Berhormat telah pun memetik isu pemerkasaan penguatkuasaan dan teknologi pemantauan pencemaran alam sekitar oleh Kerajaan Negeri. Susulan kekangan agensi penguat kuasa seperti Jabatan Alam Sekitar, iaitu JAS yang tidak mempunyai pasukan penguat kuasa yang mencukupi. Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan sumber air dan persekitaran alam sekitar di Selangor adalah sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri Selangor prihatin dan peka terhadap isu pencemaran alam sekitar dan keperluan memperkasakan tindakan penguatkuasaan serta penggunaan teknologi pemantauan yang berkesan bagi memastikan alam sekitar sentiasa terpelihara dan juga bebas daripada sebarang isu pencemaran. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan membantu menyelaraskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan agensi lain yang berkaitan dan di masa yang sama di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun akan diperkasakan tadbir urus pengurusan alam sekitar melalui penubuhan Unit Khas Alam Sekitar supaya penguatkuasaan yang lebih holistik dapat dilaksanakan seperti yang diperuntukkan di bawah Bahagian 8 Pencemaran Anak Sungai – Akta Kerajaan Tempatan 1976. Dalam pada ini, Kerajaan Persekutuan juga sedang merangka Pelan Transformasi Jabatan Alam Sekitar termasuk keperluan penambahan anggota penguatkuasaan dan juga pewujudan lebih banyak cawangan Jabatan Alam Sekitar di setiap daerah.
Untuk Yang Berhormat Rawang juga, telah pun membangkit dan mencadangkan agar Kerajaan Negeri menaiktaraf infrastruktur pelancongan di kawasan pelancongan Batu Arang so, Kerajaan Negeri bersedia untuk meneliti dan juga mempertimbangkan permohonan bagi menaiktaraf, dan juga membaik pulih infrastruktur termasuk lah kawasan pelancongan yang berpotensi khususnya di Batu Arang yang boleh dipohon melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi Kerajaan. Selain itu, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya iaitu MOTAC turut menyediakan peruntukan bagi melaksanakan program dan juga menaiktaraf pelancongan yang boleh dipohon melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membangun dan juga membaik pulih kemudahan dan juga infrastruktur di tempat pelancongan. So, terdapat juga perancangan dan juga cadangan pembangunan naik taraf infrastruktur
kemudahan pelancongan di Pekan Batu Arang. Antaranya, termasuk lah cadangan menaiktaraf kawasan parkir, pintu gerbang, tandas awam, membaik pulih papan tanda lokasi sedia ada, membaik pulih dataran sedia ada di bulatan, membekal lampu Uplight, bangku taman dan juga naiktaraf landskap yang akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Untuk Yang Berhormat Balakong, yang sentiasa peka dan juga fight untuk pelancongan perindustrian. So, ini jawapan sangat panjang ya (ketawa), sangat-sangat panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, pelancongan industri di Negeri Selangor sememangnya mempunyai potensi yang tinggi ya, khususnya di kawasan bandar dan perindustrian. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Tourism Selangor telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membangunkan industri ini termasuk lah dengan Pasti dan Pengerusi, beberapa pengusaha industri yang tersisih itu dijadikan sebagai produk pelancongan industri di Selangor khususnya di Balakong. Satu bengkel khas akan dijalankan dan juga akan melibatkan beberapa agensi dan juga penggiat industri pelancongan untuk membina ekosistem yang baik bagi mempengerusikan produk pelancongan, industri di Balakong. Hasil dapatan daripada bengkel ini juga akan dijadikan model untuk diaplikasikan kepada kawasan lain yang berpotensi bagi pelancongan industri. Bengkel ini dijangka akan dianjur pada suku tahun pertama 2022.
Untuk isu bidang kenderaan pelancongan, Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak Tourism Selangor juga mempengerusikan pelancongan Negeri Selangor dengan mewar-warkan kekuatan produk pelancongan negeri yang mempunyai accessibility dan juga jaringan pengangkutan yang baik. Antara kerjasama yang dijalankan adalah seperti berikut, syarikat penerbangan, kerjasama bersama pihak Malaysia Airlines, Malindo Air, Firefly dan Air Asia. Yang kedua, pengangkutan awam Bas Smart Selangor, KTMB dan juga MRT. Yang ketiga, aplikasi sewaan kereta iaitu Mobile. Yang keempat, kerjasama dengan Persatuan Bas Pelancongan. So, tentang bidang kreatif dan filem pendek, ya, Kerajaan ingin mengambil maklum dan juga memberi fokus kepada Creative Tourism melalui perkembangan industri kreatif dan juga perfileman. Kerajaan Negeri melalui pihak Tourism Selangor sememangnya giat membuat kerjasama dengan pelbagai produksi penerbitan filem tv dan juga stesen tv sama ada tempatan ataupun antarabangsa, membantu mempromosikan produk pelancongan Negeri Selangor. Antara program kerjasama yang dijalankan adalah seperti berikut, yang pertama, Stesen TV tempatan iaitu melalui Media Prima, Rancangan Nona, Dokumentari, Kembara, Hutan, Aroma, Tradisi, RTM melalui Dokumentari Ulang Tahun RTM, Program Jalan-jalan, Bernama TV, Program Pit Stop, yang kedua, Stesen TV luar negara, Program TV Jepun dan City One On One untuk China, Centra TV, televisyennya CCTV 4. So, pihak Tourism Selangor juga bekerjasama dengan beberapa produksi kreatif seperti Animo Star Studio bagi mempengerusikan produk pelancongan Negeri Selangor melalui Siri animasi Boboiboy. Pihak Tourism Selangor akan mempergiatkan lagi kerjasama dengan penggiat industri kreatif yang sudah menyediakan beberapa kawasan produksi untuk dijadikan kawasan penggambaran filem dan juga program TV seperti di Pulau Ketam, Kuala Kubu Bharu, Sekinchan, Tanjung Sepat dan juga Kuala Selangor.
Tentang insentif hendak galakkan kepada penggiat kraf tangan, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pelancongan memberikan fokus kepada industri kraf melalui penganjuran pelbagai program di bawah peruntukan memajukan kraf tangan. Antara program yang difokuskan promosi industri ini, termasuklah program Kembara Kraf dan juga Bazar Kraf yang dilaksanakan di peringkat Negeri Selangor dan daerah. Industri ini turut mengetengahkan kebudayaan dan juga penggiat kraf tangan dalam kalangan orang asli. Kerajaan Negeri juga telah pun memperuntukkan sebanyak RM2.55 juta bagi tujuan pelaksanaan Pakej Rangsangan Selangor 2.0 untuk membantu para penggiat industri pelancongan dalam Negeri Selangor yang terdiri daripada pelbagai kelompok dan persatuan, termasuk dalam kalangan Persatuan Kraf tangan. So, senarai inisiatif dan bantuan di bawah Pakej Rangsangan ini berkaitan dengan persatuan atau pengusaha kraf tangan adalah seperti berikut, yang pertama, Geran Bantuan Kewangan Program Aktiviti Pelancongan so melalui Pakej Rangsangan, pihak persatuan ataupun pihak industri pelancongan boleh memohon Geran Bantuan Kewangan yang ditawarkan bagi tujuan melaksanakan aktiviti berkaitan promosi industri pelancongan di Selangor tertakluk kepada kelayakan, terma dan syarat yang digariskan. Jumlah keseluruhan peruntukan yang disediakan Kerajaan Negeri di bawah Geran Bantuan Kewangan program dan juga Aktiviti Pelancongan ini, adalah sebanyak RM1 juta. So, pihak pengusaha juga boleh memohon melalui Persatuan Komuniti ataupun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang berdaftar di Negeri Selangor. So, Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan, penggiat industri juga tahukan latihan pendigitalan untuk membantu meningkatkan kesedaran pengetahuan dan juga produktiviti dan pemasaran produk pelancongan sudah atas talian di bawah Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor. So, dengan adanya program tersebut pemain industri mampu meningkatkan produktiviti, pemasaran juga promosi serta ia secara tidak langsung akan meningkatkan perkembangan ekonomi sektor pelancongan Negeri Selangor.
Bandar Utama, mencadangkan agar Kerajaan Negeri menggunakan pihak ketiga ataupun influencer dalam mempromosikan pelancongan. So, untuk makluman Kerajaan Negeri, melalui Tourism Selangor sememangnya telah pun menggunakan perkhidmatan influencer ataupun Key Opinion Leader (KOL) bagi membantu meluaskan liputan promosi untuk produk pelancongan Negeri Selangor. Antara inisiatif yang telahpun dijalankan adalah seperti berikut, yang pertama, pelantikan Che Puan Juliana Evans sebagai duta Kempen Pusing Selangor dulu, yang mempunyai lebih 3 juta pengikut di media sosial. Kempen ini telah pun mendapat liputan lebih 20 juta view dan wish di media sosial. Yang kedua, kerjasama dengan beberapa influencer ternama seperti Dato’ Rosyam Nor, Kumaar Family, Hafiz Hamidun, Aishah Izara, Dayana Roza, Fikri Zamri dan juga ramai lagi dalam mempengerusikan program-program yang dianjurkan oleh Tourism Selangor.
Yang last sekali, tentang Kampung Tuanku, Tuan Speaker, Kampung Tunku (ketawa). Dia ada Tengku, Tuanku, Tunku, ha yang ini Tunku. Tunku, T, U, N, K, U. Tuan
Speaker, Yang Berhormat Kampung Tuan, Tunku, mencadangkan (Ahli Dewan ketawa), soft power (Ahli Dewan ketawa), untuk sektor pelancongan dan juga branding tourism. So, untuk makluman dari segi penjenamaan branding promosi pelancongan di Negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah pun memperkenalkan dua (2) kempen mengikut fasa utama iaitu domestik, Kempen Hendak Bercuti, Pusing Selangor Dulu! Yang Antarabangsa, Splendid Selangor, Take Me Anywhere. Dua (2) kempen ini telah diperkuatkan penjenamaannya melalui pelbagai inisiatif. Penjenamaan korporat yang mendapat sambutan dan juga liputan yang baik, khususnya di platform digital serta atas talian. Antaranya seperti berikut, yang pertama, Kempen Media Sosial Tourism Selangor yang merupakan antara Tourism Board yang mempunyai pengikut media sosial yang sangat tinggi berbanding negeri-negeri lain untuk lebih 600,000 orang pengikut dan juga menerima lebih 20 juta view di media sosial. Yang kedua, pihak Tourism Selangor mempunyai 15 akaun rasmi media sosial dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Cina dan Bahasa Arab. Yang ketiga, penyediaan lagu dan juga video promosi Pusing Selangor Dulu yang menerima lebih 700,000 view di media sosial. Yang keempat, penyerahan bahan penglibatan dan juga direktori pelancongan yang sistematik. Yang kelima, penjenamaan program dan aktiviti promosi pelancongan yang lebih tersasar mengikut keperluan dan juga keluasan kekuatan pasaran. Yang keenam, kempen pengiklanan yang menyeluruh untuk pasaran domestik dan juga antarabangsa. Sekian.
Saya persilakan Yang Berhormat Kinrara.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Lanjan telah menyentuh berkenaan keperluan laluan basikal yang perlu disediakan dengan lebih banyak di negeri Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat pihak-pihak Berkuasa Tempatan ada membina laluan-laluan basikal menggunakan peruntukkan sendiri. Namun sepanjang penyediaan laluan tersebut terdapat beberapa kekangan yang dihadapi selain daripada peruntukkan yang terhad itu. Yang pertama, laluan basikal tidak dapat dilaksanakan di jalan atau di rizab JKR serta tidak dipersetujui atas alasan keselamatan. Dan yang kedua, isu salah guna laluan basikal sebagai tempat letak kereta tidak dapat dikawal dan tindakan penguatkuasaan tidak dapat dijalankan kerana laluan tersebut tidak di diwartakan. Dan Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan keperluan infrastruktur pengangkutan awam seperti laluan-laluan basikal dan pelaksanaan ini dipantau oleh Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awan Negeri Selangor berdasarkan penetapan sasaran ataupun KPI sedia ada iaitu 15 kilometer laluan basikal bagi PBT bertaraf Bandaraya dan Perbandaran manakala sekurang-kurangnya 10 kilometer laluan basikal bagi PBT bertaraf Daerah. Walau bagaimana penyediaan ini menggunakan peruntukkan PBT dan Kerajaan Negeri hanya mampu memberikan insentif kepada PBT yang berjaya menyediakan laluan basikal sekiranya terdapat lebihan atau penjimatan daripada bajet tahunan yang disalurkan untuk perkhidmatan Bas Smart Selangor. Tuan Speaker, Yang Berhormat
Sentosa memohon agar Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Krematorium di setiap PBT. Pada masa ini empat PBT di negeri Selangor telah mempunyai krematorium sendiri iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Sepang. Manakala satu PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam telah bekerjasama ataupun JV dengan dua syarikat swasta dalam menyediakan perkhidmatan krematorium iaitu di Bliss Garden dan Nirvana Memorial Park. Semua kadar di Pusat Krematorium tersebut adalah berpatutan antara RM100 hingga RM200 bagi setiap satu pembakaran mayat tertakluk syarat di setiap PBT. Walau bagaimanapun kesan daripada pandemik COVID-19 Kerajaan Negeri memerhatikan Pusat Krematorium di PBT yang saya sebut tadi tidak mampu menampung operasi pembakaran mayat. Perkara ini secara tidak langsung memberi bebanan kos pengurusan jenazah bukan Islam bagi waris atau keluarga yang kurang kemampuan sekiranya pergi ke pusat krematorium swasta. Oleh yang demikian bagi mengurangkan beban kepada rakyat Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju agar semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor mengambil tindakan segera menyediakan tapak perkuburan khas dan krematorium di kawasan pentadbiran masing-masing. Yang Berhormat Bandar Utama memohon supaya dilanjutkan pengecualian duty hiburan pada tahun 2022. Untuk maklumat Yang Berhormat, cukai hiburan adalah antara salah satu sumber hasil cukai selain cukai tanah. Kerajaan Negeri mengambil maklum kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha premis hiburan semasa dalam tempoh pelaksanaan PKP pada tahun 2020 dan 2021. Di atas keprihatinan tersebut Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, MMKN telah menetapkan keputusan-keputusan seperti berikut. Yang Pertama, Aktiviti Hiburan Taman Tema. MMKN pada 27 Januari 2021 telah bersetuju memberi pengecualian penuh mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021 dan mengenakan 5% kadar duty hiburan selama lima tahun mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2026. Yang kedua, Aktiviti Kesenian Dan Pementasan Pentas Artis Tempatan Dan Artis Luar Negara. MMKN pada 27 Januari 2021 telah bersetuju melaksanakan kutipan duty hiburan pada kadar 15% bagi artis tempatan dan 25% bagi artis luar negara mulai 1 Januari 2021. Dan ketiga, aktiviti hiburan yang tidak bertiket, MMKN bilangan 40/2021 pada 24 November 2021 telah bersetuju memberikan pengecualian penuh duty hiburan mulai 1 Januari 2021 sehingga 30 September 2021 selama 9 bulan dan bersetuju melaksanakan kutipan duty hiburan bermula 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021 serta bersetuju membuat penyelarasan bayaran duty hiburan pada tahun 2022 dengan mengambil kira pembayaran yang telah dibuat pada tahun 2021. MMKN juga bersetuju untuk permohonan pengecualian penuh duty hiburan bagi aktiviti hiburan yang lain di Negeri Selangor akan dipertimbangkan berdasarkan permohonan dari semasa ke semasa. Sekian sahaja, terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Seri Sedang.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Balakong, Yang Berhormat Kampung Tunku dan Yang Berhormat Bandar
Utama yang membangkitkan beberapa isu. Yang Berhormat Balakong telah bertanya mengenai cara laporan ataupun cara anggaran perbelanjaan dibuat untuk PK6, Wanita, Kebajikan dan Kesihatan RM126,800,000 ini. Mungkin saya ingin menjelaskan bahawa sebelum ini memang Wanita, Kebajikan dan Kesihatan dipegang oleh seorang EXCO tetapi kini Kebajikan sudah masuk di bawah Kerajaan Prihatin. Jadi itulah yang melihatkan angka yang besar kalau kita tengok balik pada muka surat 200, PK6 Wanita, Kebajikan dan Kesihatan. Jadi kebajikan masyarakat sebanyak 64 juta ini dimasukkan di bawah PK6 juga sedangkan ia tidak berapa lagi di bawah Wanita Kebajikan Dan Kesihatan. Ini adalah hanya cara pengelasan yang sebelum ini dan kita akan berbincang dengan UPEN kalau ianya perlu untuk kita ubah pada belanjawan yang lepas. Bukan isu besar namun untuk makluman ia jadi nampak besar sebab 64,000 itu adalah juga BINGKAS ya peruntukkan untuk KISS atau BINGKAS yang sekarang di bawah EXCO Kerajaan Prihatin. Yang Berhormat Kampung Tunku telah membangkitkan isu berkaitan usaha dalam meningkatkan kadar vaksinasi kepada golongan Orang Asli. Sebenarnya Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memang prihatin dan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sehingga 30 November 2021 pencapaian pemberian vaksin menerusi Program Jangkau Luar atau outreach di kalangan Orang Asli bagi Negeri Selangor yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah 88.4% dan bagi dos pertama 86.9%. Bagi dos kedua termasuk pemberian Vaksin CanSino Single Dos ya. Jadi hampir semua, semua daerah yang mempunyai Orang Asli, semuanya telah di capai cuma Kerajaan Negeri melihat bahawa memang oleh kerana mereka ini tidak keluar untuk ke PPV maka memang dilakukan secara out reach di mana team ataupun pasukan-pasukan pemberi vaksin pergi ke tempat-tempat atau di komuniti mereka. Penempatan mereka juga mungkin mempunyai kita tahu kadar liputan Internet yang lemah, akses yang terhad. Jadi untuk Orang Asli memang out reach la sebagai jangkauan dan tidak datang ke PPV. Pada masa yang sama, Program Vaksin Bergerak yang dikendalikan oleh JKNS meliputi semua Perkampungan Orang Asli Yang Berhormat jadi tidak perlu dibimbangkan yang mereka tidak mendapat vaksin cuma antara mahu dengan tidak mahu sahaja. Kampung Tunku juga ingin membangkitkan isu berkaitan kaedah penyaluran bantuan Program Nutrisi Makanan Kanak-Kanak Anak Selangor Anak Sihat atau ASAS. Untuk makluman Yang Berhormat program ASAS yang dilaksanakan pada tahun ini adalah merupakan projek rintis yang menyasarkan 500 orang kanak-kanak dan bertujuan mengenal pasti kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan atau KZM seterusnya membantu golongan ini melalui makanan dan nutrisi tambahan seperti susu formula dan multivitamin. Program ini dilaksanakan di beberapa lokaliti yang dikenal pasti antaranya melibatkan golongan B40 dan dilakukan di kawasan perumahan kos rendah. Para peserta ini dikenal pasti melalui Ketua-Ketua Komuniti dan Pusat Khidmat Masyarakat. Program ASAS pada tahun ini juga turut diperluas kepada kanak-kanak Orang Asli di Kampung Bumbung dengan penerimaan manfaat seramai 48 orang kanak-kanak. Bagi memastikan penerima manfaat ini dapat dipantau perkembangannya, program ini dilaksanakan dengan kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, JKNS di mana setiap kanak-kanak yang pilih akan dipantau melalui aplikasi SELangkah dan buku program diberikan kepada setiap
ibu bapa atau penjaga. Mekanisme pemberian bantuan makanan tambahan susu formula dan vitamin juga dibuat secara berpusat iaitu kanak-kanak yang terpilih perlu hadir ke Dewan atau Pusat Komuniti berhampiran bagi tujuan rekod dan pengambilan makanan. Kanak-kanak tersebut juga perlu kembali ke lokasi yang sama bagi tujuan rekod setia bulan bagi memantau perkembangan mereka. Langkah ini bukan sahaja dapat memastikan tiada kanak-kanak yang tercicir malah membantu memudahkan petugas dalam memantau keberkesanan program ini. Untuk tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah 1 juta program ASAS ini akan ditambah baik dan jumlah penerima manfaat akan ditingkatkan termasuk daripada golongan kanak-kanak Orang Asli.
Seterusnya Kampung Tunku telah membangkitkan isu mengenai gangguan seksual ya. Tentang perlunya penekanan diberi kepada isu gangguan seksual oleh Kerajaan Negeri. Saya kira ini di tujukan kepada Wanita Berdaya Selangor kerana memang saban hari kita setiap tahun kita melaksanakan program-program invokasi untuk keganasan rumah tangga tapi belum kedengaran lagi invokasi untuk mencegah, untuk mendidik ya, invokasi untuk gangguan seksual. Untuk makluman Yang Berhormat buat masa ini antara usaha pihak Kerajaan Negeri dalam menangani kes gangguan seksual di tempat kerja adalah dengan mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22/2005 iaitu Garis Panduan Mengendali Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam. Garis panduan ini mengandungi huraian lanjut berhubung kategori dan jenis perlakuan gangguan seksual. Kesan-kesannya tindakan untuk mengendalikan gangguan seksual di tempat kerja dan langkah-langkah pencegahan. Selain itu sesi invokasi dan juga kempen kepada masyarakat umum ini juga diadakan secara tidak langsung melalui aktiviti-aktiviti dan program-program yang dijalankan di peringkat komuniti melalui Pusat Wanita Berdaya, PWP. Akademi Kepimpinan Wanita, AKW, Perbincangan Meja Bulat, Round Table Discussion dan Forum Wanita dan Kepimpinan Hibrid 2021 yang di anjurkan pihak Wanita Berdaya Selangor bersama kerajaan dan juga NGO-NGO wanita. Untuk tahun 2022 pihak Kerajaan Negeri akan mempergiat usaha untuk menangani kes-kes gangguan seksual ini melalui pelaksanaan dasar dan juga polisi anti gangguan seksual yang lebih komprehensif di samping memperbanyakkan lagi pelaksanaan program dan aktiviti di semua peringkat untuk memberi kesedaran berkenaan isu gangguan seksual ini. Yang Berhormat Bandar Utama membangkitkan mengenai promosi program-program Perpaduan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Jawatankuasa Tetap Perpaduan adalah antara portfolio baru yang diwujudkan pada penghujung tahun 2020 semasa pandemik COVID. Justeru agenda dan program-program Perpaduan mula dilaksanakan menjelang tahun 2021 termasuk gerak kerja merangka Dasar Perpaduan Negeri Selangor yang kini di peringkat terakhir. Portfolio Perpaduan juga sedang menghasilkan video-video kempen bertemakan “Perpaduan di Selangor” yang telah menggunakan khidmat pihak berkepakaran dalam bidang ini demi memastikan video promosi yang dihasilkan berkualiti dan berimpak tinggi. Manakala cadangan di antara cadangan yang telah kami terima adalah juga untuk melantik tokoh atau individu berpengaruh sebagai Duta atau Ikon Perpaduan Selangor demi merancakkan
lagi agenda promosi dan publisiti berkaitan perpaduan tetapi sehingga kini kita masih lagi di peringkat memikirkan siapa ikon yang sebaiknya untuk Selangor. Saya membuka cadangan kepada Yang Berhormat sekalian untuk menamakan ataupun mencadangkan siapa yang layak kita jadikan sebagai Ikon Perpaduan yang mungkin boleh membawa mesej ataupun membawa mesej perpaduan dengan lebih berkesan kepada masyarakat. Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Y.A.B. Menteri Besar.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat sekalian dan juga para EXCO saya yang saya telah rasa secara majoritinya telah menjawab. Begitu banyak persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan khususnya yang berkaitan dengan pengurusan pembangunan dan juga perancangan pembangunan negeri yang akan di rencana mulai tahun 2022. Dan sememangnya Kerajaan Negeri meletakkan beberapa asas penting dalam pembangunan supaya pembangunan ini menjadi satu pembangunan yang mampan dan lestari. Justeru, strategi yang kita letakkan bukan hanya off being business (apa ini) ins of being business seperti kemudahan Dasar 100 Hari dan juga beberapa projek-projek berimpak tinggi yang kita telah kemukakan di Sabak Bernam, di selatan Selangor antara yang lain. Sabak Bernam bukan selatan ya. Di Sabak Bernam dan di selatan Selangor. Dan di selatan Selangor kita letakkan beberapa asas-asas seperti Sepang Two Thousand namanya dulu yang sekarang kita namakan sebagai Selangor Aerospace Park yang insyallah akan menjana gerak kerja serta pertumbuhan ekonomi yang mampan di samping merancakkan kembali sektor pembuatan dan juga sektor perkhidmatan yang menjadi akar dan asas ekonomi di dalam negeri.
Alhamdulillah saya tak dengar perbahasan yang rinci daripada rakan-rakan sekalian walaupun kita tidak meletakkan asas yang besar. Sebagai contoh pembinaan rumah-rumah pekerja. Kita letakkan dengan angka 5juta tapi kita harapkan PFI datang dan saya dengar dalam beberapa perbahasan sebelum ini yang lain ada mengatakan bahawa seolah-olah kita nak buat untuk pekerja asing saja. Ini pandangan yang agak skeptikal dan tidak melihat secara objektif. Kalau kita lihat negeri Selangor, negeri Selangor merupakan negeri yang menjadi melting port. Ramai orang daripada Sabah, daripada Sarawak, daripada negeri-negeri lain yang memerlukan penempatan dan semestinya penempatan pekerja itu bukanlah satu penempatan yang dikhususkan untuk pekerja asing sebaiknya pekerja tempatan juga boleh mengambil tempat di sana dan kita cuma nak pastikan apa yang dipanggil Akta 446 yang telah ditetapkan untuk kelengkapan serta kekuatan pekerja dapat dipenuhi. Insyallah Selangor akan mulakan.
Dalam masa yang sama kita juga telah mendapat maklum balas daripada pihak pengusaha-pengusaha dan pemaju-pemaju perumahan yang sudah melihat bahawa “oh aspek ini” yang juga harus diambil penekanan supaya kita dapat mengelakkan masalah kawasan penempatan dan kejiranan yang secara tidak langsung dijadikan
asrama pekerja yang akhirnya menimbulkan suasana yang kurang baik dan ditempatkan pekerja di satu-satu rumah dan unit itu dengan penempatan dan juga kehadiran mereka yang terlalu ramai. So itu tujuan hasrat Kerajaan Negeri. Kita hanya ingin membina sekitar 50,000 hingga 60,000 walaupun jumlah pekerja-pekerja yang ada di negeri Selangor ini mencecah jutaan. Kalau tidak 2 ataupun kalau tidak 4juta pun saya rasa minimum kita ada 3juta yang begitu aktif bekerja di dalam sektor perkhidmatan awam mahupun sektor perkhidmatan swasta. Dan kita percaya dengan kaedah ini, urus tadbir kita dan juga urus niaga kita akan berurusan dengan pemilik-pemilik industri supaya ia dapat membangunkan dan merancakkan ekonomi.
Ia adalah dua mata pedang yang kita cuba lancarkan. Di samping menyelesaikan isu penempatan pekerja, kita juga dapat menggerakkan sektor pembuatan. Kita dapat menggerakkan sektor pembuatan dengan perkilangan dapat pekerja yang bagus dan sihat dan dalam masa yang sama sektor pembinaan akan kembali digerakkan dengan kegiatan-kegiatan dan pelancaran-pelancaran projek baru yang berimpak tinggi yang kita akan laksanakan daripada masa ke semasa. Insyallah dengan pelan east of being business di samping kita mewujudkan satu jabatan yang mana jabatan ini akan melihat pemantauan terhadap projek-projek yang dilakukan dan juga proses perolehannya, ia akan dapat menjamin ketelusan dan proses semak in bound di peringkat pelaksanaan dan di peringkat pengurusan Kerajaan Negeri khususnya di pelaksanaan projek-projek.
Ini saya rasa kita kena (saya perlu tegaskan) kerana saya lihat dalam perbahasan, Ahli-ahli Dewan kebanyakannya menyentuh tentang infrastruktur yang telah disentuh sedikit sebanyak. Tetapi pembangunan yang kita rangkakan (falsafah) dalam Belanjawan Negeri Selangor juga menggerakkan ekonomi rakyat dengan pelbagai program HIJRAH, keusahawanan dan sebagainya dan digerakkan juga dengan kegiatan ekonomi berimpak tinggi di samping menceburi dan explore perniagaan-perniagaan baru di atas talian dan sebagainya dengan pengukuhan unsur-unsur dan kegiatan digitalisasi.
Salah satu perkara yang kita nak bangunkan ialah Selangor Digital School (sebagai contoh). Selangor Digital School ini adalah untuk memberikan stifikasi ataupun memberikan persijilan yang sah terhadap bagaimana proses perniagaan e-dagang ataupun perdagangan di dalam talian yang begitu banyak. Dan pada hari ini bersepah-sepah banyak dan dikenakan caj yang tinggi dan kita mempunyai Selangor Business School di bawah UNISEL dan Selangor Digital School akan diletakkan di sana dan sekali gus kita akan mampu mengeluarkan sampai di peringkat diploma ataupun ijazah kalau mereka berminat untuk dikembangkan dan dilanjutkan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya sedar ia bukan satu perkara yang mudah sebab Selangor sebenarnya sedang meneliti dan merangka bagaimana kita nak rejuvenate kawasan-kawasan baru. Ini
adalah cabaran yang belum mampu kita laksanakan. Ini antara cabaran besar kita sebab kita berdepan dengan masalah brown field (kawasan-kawasan yang telah dibangunkan). Ada beberapa penempatan-penempatan yang dibangunkan dengan formula dan juga bingkai tahun-tahun 80an dan 90an yang tidak lagi sesuai pada ketika ini terutama di kawasan-kawasan bandar raya dan di kawasan-kawasan mampat penduduk. Kita memerlukan jumlah rumah yang banyak tetapi kita terhalang dengan beberapa peraturan (saya kira, saya telah bertemu sendiri dengan Menteri KPKT, EXCO yang berkenaan juga telah berbincang dengan KPKT) perlu ada perubahan dasar. Dengan perubahan dasar seperti itulah yang di luar bidang kuasa kita, kita tidak akan mampu membangunkan kawasan-kawasan di Petaling Jaya terutamanya, di kawasan Pandan, di kawasan Ampang, di kawasan Shah Alam yang menempatkan penempatan-penempatan yang tidak lagi sesuai pada masa ini disebabkan oleh limpahan penduduk, disebabkan oleh pertambahan penduduk yang banyak serta kedudukan masyarakat yang begitu banyak daripada pelbagai lapisan/golongan/komuniti dan sebagainya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya ingin memberikan maklum balas secara khusus terhadap beberapa persoalan-persoalan khusus yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian khususnya kalau saya nak rujuk ialah penyataan berkenaan dengan pendidikan orang asli. Ini antara perkara yang telah dibangkitkan oleh Sijangkang yang menanyakan adakah program-program tambahan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Mulai dua tahun lalu sebenarnya Program Sagong Tasi kita tidak lagi menumpu kepada tertiary education atau pendidikan selepas pendidikan menengah. Kita juga menumpu kepada pendidikan di sekolah menengah kerana melalui kaedah tersebut sebenarnya kita akan dapat mendidik pelajar-pelajar ini supaya masuk di peringkat tertiary education berbanding hanya memilih satu, dua, tiga crane yang telah terlepas ataupun telah layak di peringkat tertiary education kerana apabila Sagong Tasi kita laksanakan, kita dapati take off nya adalah sangat rendah ataupun cara permohonan-permohonannya agak rendah. Kenapa rendah? Sebab tak ramai yang mampu melepasi untuk sampai ke tertiary education.
Justeru pihak Kerajaan Negeri beranggapan lebih baik juga peruntukan ini kita sediakan untuk pendidikan di sekolah menengah dan kita dapat memandu serta melatih pelajar-pelajar (anak-anak orang asli) ini supaya boleh dibawa ke sekolah di pendidikan tinggi di tertiary (di peringkat ketiga). Dan secara asasnya, apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah sebagai pelengkap ataupun complement kepada bantuan-bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli. Dan kalau saya boleh gariskan skim-skim bantuan untuk sekolah Orang-orang Asli adalah di peringkat sekolah rendah dia ada bantuan peribadi RM80 setahun dan keperluan diri di asrama RM250 setahun. Di peringkat sekolah menengah ada bantuan pelbagai RM120 setahun, keperluan diri asrama RM250 setahun, wang saku RM2 per hari setiap bulan mengikut bilangan kehadiran ke sekolah. Ketiga, tambang pengangkutan
peringkat sekolah rendah/menengah dari kampung-kampung (dari kampung ke sekolah) dan 42 laluan bagi tahun 2021 di negeri Selangor, pakaian seragam untuk pelajar darjah 1/tingkatan 1 yang tidak menerima KWAPM (Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia).
Di peringkat IPT ada matrikulasi RM3,000, sijil pra diploma RM3,500, diploma RM8,160 dan juga RM8,360 ini maksimum antara RM8,160 hingga RM8,360 dan bagi peringkat ijazah adalah RM9,560 minimum dan maksimum adalah sebanyak RM11,200 setahun. Dan untuk peringkat IPT swasta elaun makan disediakan untuk RM900 sehari. Ini adalah apa yang telah disediakan di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli ataupun JAKOA negeri dan sebahagiannya kita tambah top up dengan program yang saya maksudkan tadi iaitu Program Pendidikan Sagong Tasi yang turut telah dicapai bukan hanya untuk tertiary education tetapi secondary education iaitu di peringkat sekolah menengah. Semoga ia akan menggalakkan keterlibatan anak-anak orang asli di dalam institusi pendidikan. Saya juga nak
Minta sikit penjelasan. Terima kasih Dato’ Menteri Besar.
Sijangkang.
Tuan Timbalan Speaker. Apa pandangan YAB Dato’ Menteri Besar sekiranya mungkin kita boleh berikan sedikit kelonggaran untuk kemasukan anak-anak orang asli ini ke universiti-universiti di bawah Kerajaan Negeri Selangor? Contohnya mungkin bukan tiga kredit tapi tiga mata pelajaran lulus dan diletakkan dalam satu course foundation yang kita bangunkan mereka akhirnya juga memberikan rangsangan sekurang-kurangnya begitu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita juga harus menjaga standard yang telah ditetapkan oleh MQA. Universiti-universiti kita harus mendapat verifikasi MQA daripada segi syllabus dan kaedah kemasukan pelajar. Namun saya bersedia mengangkat persoalan itu untuk kita bincangkan. Adakah standard minimum yang kita letakkan itu mampu untuk membenarkan pelajar-pelajar ini atau membenarkan mereka. Namun begitu, kita ada juga program latihan pendidikan seperti Selangor Technological Development Centre (STDC) dan juga yang kita namakan INPENS sebelum ini untuk memberikan latihan-latihan kemahiran kepada mereka dan cadangan YB Sijangkang itu kita sedia untuk kemukakan asalkan ia tidak melanggar ataupun berbeza daripada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh MQA.
Yang Berhormat sekalian,
Saya juga nak rujuk kepada Bukit Lanjan berkenaan dengan Taman Rakyat. Ini telah beberapa kali dibangkitkan di dalam Dewan bahawa pembinaan Taman Rakyat dan kita mempunyai dua cadangan. Dua cadangan. Cadangan pertama adalah diletakkan di kawasan berhampiran dengan Perpustakaan Raja Tun Uda (di kawasan persekitaran) dengan kos RM40juta. Itu cadangan pertama. Dalam masa yang sama, kita juga mencadangkan ataupun membuat pertimbangan untuk membangunkan kawasan sekitar Seksyen 14 (di kawasan Padang Kemerdekaan sampailah ke Tasik Shah Alam, Padang Kemerdekaan A dan B di kawasan sekitar yang sudah menjadi tumpuan serta penempatan rakyat). Dalam imaginasi kita terhadap pembangunan seperti High Park ataupun Central Park di New York. Ia harus terletak di kawasan tengah bandar yang menjadi penumpuan. Tetapi kalau kita tumpu di kawasan Seksyen 13 yang juga sedang membangun dan mungkin kosnya agak sedikit tinggi kerana ia masih lagi fresh dan perlukan beberapa penambah baik (perlukan beberapa pembinaan). Tapi di kawasan yang kita cadangkan juga agak bagus kerana ia sudah menjadi tumpuan ramai dan harus di upgrade kan dan ditingkatkan dan mungkin perlu ditambah pohon-pohon dan pokok-pokok untuk nak dibuat. Kita sedang tunggu laporan daripada konsultan sebenarnya. Dan sedikit sebanyak pandemik ini telah memberi kesan kepada laporan-laporan tersebut untuk disiapkan. Kalau dah siap sebenarnya kita boleh anytime saja melancarkannya sama ada menaik taraf Seksyen 14 keseluruhan meliputi Padang Kemerdekaan A, B dan C dan diikuti dengan Tasik Shah Alam dan juga kawasan sekitarnya sampai di kawasan masjid ataupun kita membina kawasan baru yang berdekatan dengan Perpustakaan Raja Tun Uda yang dalam peruntukan Belanjawan tahun ini, kita turut menyediakan peruntukan untuk pembinaan baru.
Dan saya rasa Bukit Lanjan juga menyebut tentang perpustakaan bergerak. Bukit Lanjan ada sebut tentang perpustakaan bergerak. Sebenarnya bukan tak ada. Operasinya ada, malahan tahun ini kita dah tambah baru. Yang peruntukan tahun lepas itu adalah kerana kita membeli baru unit-unit untuk memperbanyakkan perpustakaan bergerak. Saya lupa angkanya ada berapa tapi dalam pameran perpustakaan yang baru kita telah turut menaik taraf kemampuan perpustakaan bergerak ini yang turut mampu untuk menangani masalah pandemik seperti COVID-19 di masa depan termasuk dengan meletakkan aspek-aspek ventilasi dan sebagainya. Jadi insyallah kalau saya sebutkan di kawasan Tasik Shah Alam poket di Laman Kemerdekaan, Presint 2.1, 2.2, 3.1 dan 4.2, Persiaran Perbandaran di Pusat Bandar Raya Seksyen 14. Ini antara dua lokasi yang kita sedang pertimbangkan untuk kita bangunkan dan kita juga ingin mengambil spirit itu supaya ia benar-benar dinikmati dan digunakan oleh rakyat. Dan sememangnya kawasan di Seksyen 14 itu, kalau hujung minggu sekarang ini memang agak padat dengan penduduk dan mereka duduk di sana dan termasuk hujung minggu. Hujung minggu untuk (apa ini) car free day telah kembali dilaksanakan di Majlis Bandaraya Shah Alam dan semoga ia menjadi salah satu daripada program yang kita nak laksanakan.
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada pernyataan dan juga pertanyaan yang dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang berkenaan dengan pelan zon guna tanah BP6 Telok Gong. Cadangan RT ataupun rancangan tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035, penggantian. Ini adalah antara yang triger terhadap persoalan yang dibangkitkan apabila rancangan-rancangan tempatan 2020 hingga 2035 ini dibentangkan oleh Majlis Perbandaran supaya mendapat perhatian serta pertimbangan daripada ahli-ahli dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Dan sebagaimana sedia maklum, setiap RT-RT itu akan turut mempunyai satu jawatankuasa ya. Jawatankuasa bantahan, jawatankuasa pendengaran. Dan jawatankuasa-jawatankuasa itu akan mengemukakan cadangan itu pula ke dalam SPC (State Planning Committee) ataupun Jawatankuasa Perancang Negeri. So, apa-apa keputusannya akhirnya bukan keputusan uniliteral division ataupun leaders, tetapi ia adalah berasal daripada Jawatankuasa Perancang Negeri dan dalam Jawatankuasa Perancang Negeri turut dihadiri semua jabatan-jabatan yang terbabit. Sama ada Lembaga Urus Air Selangor, sama ada Jabatan Pengairan Selangor, sama ada Majlis Perbandaran Klang, dan juga Majlis, dan juga Majlis Tempatan yang lain untuk datang dan melihat secara aspek. Termasuk aspek-aspek alam sekitar, aspek-aspek kelengkapan dan sebagainya.
Kawasan yang dirujuk iaitu Plot A dan Plot B, adalah untuk penyelesaian terhadap isu pertindihan. Ada isu pertindihan tanah di sana sebelum ini. Dan kita menggantikan kawasan pertindihan itu kepada kawasan tersebut pada April 2020 dalam Mesyuarat yang Ke-11, MMKN tahun 2020 di kawasan tersebut. Kerana apa, keputusan yang dibuat sebab Jabatan Teknikal dan jabatan-jabatan berkenaan tidak mempunyai halangan yang keras kecuali Lembaga Urus Air Selangor. Dengan harapan supaya kita dapat menjaga konteks kawasan sungai dan tadahan air di kawasan terbabit. Sebab apa kawasan terbabit dianggap sebagai sesuai untuk kawasan pembangunan selepas itu. Kerana di belakangnya di kawasan Telok Gong itu adalah kawasan-kawasan yang boleh dianggapkan sebagai kawasan perkilangan. Saya rasa Yang Berhormat turut terlibat di kawasan Telok Gong kerana Telok Gong adalah kawasan yang bercampur aduk di antara kawasan penempatan dan kawasan perkilangan. Jadi, bagaimana kita nak buat ? Kita nak alihkan kilang-kilang ni semua ataupun kita terpaksa pulihkan ? Ia satu perbincangan yang panjang. Saya rasa Pelabuhan Klang juga membantah dalam berapa- berapa perkara. Penempatan kilang-kilang di depan sekolah di depan penempatan penduduk. Dan kita kena konsisten bab ni. Jangan di depan pengusaha kilang kita setuju pula tapi di depan penduduk kita cakap kita bantah pula. Ini kita kena konsisten. Sebab itu, kita kena pulihkan persoalan situ, di samping kawasan yang berpotensi di depan sana dan itu adalah sebahagian daripada punca-punca yang dipanggil sebagai kawasan banjir ataupun kawasan jalan banjir. Tetapi limpahan air di kawasan tersebut masih berlaku kerana tidak ada unsur-unsur kejuruteraan mekanikal yang mampu untuk mengalihkan air-air di kawasan sana. Dan kalau kita lihat di seluruh bandar-bandar besar di dunia, di kawasan tebing-tebing sungai sekarang ini sudah dibenarkan kawasan pembangunan. Dan JPPD, turut telah menyediakan satu garis panduan untuk pembangunan di kawasan tebing sungai
kerana dalam masa yang sama kawasan itu juga boleh dibangunkan sebagai kawasan riadah ataupun kawasan pelancongan dan sebagai retention point dengan izin ataupun kawasan kolam-kolam sementara untuk mengelakkan banjir-banjir yang terus menerus berlaku dengan sahaja membiarkan ataupun kita membiarkan sahaja daripada hal-hal itu berlaku.
Jadi, kalau dakwaan kata semua jabatan-jabatan membantah, saya tak kira, saya tak rasa hal itu berlaku. Itu diputuskan apabila semua jabatan-jabatan bersetuju terhadap pembangunan di samping di depan kawasan yang dibangkitkan Plot A dan Plot B itu adalah kawasan yang kita panggil sebagai bio-bay. Bio-bay, satu kawasan baru yang nak dibangunkan untuk pembangunan bio-technology di Negeri Selangor dan kawasan itu kalau digabungkan dengan kawasan Telok Gong, yang ada di seberangnya sahaja. Automatically, saya, kita percaya kawasan Telok Gong itu akan berubah wajah daripada kawasan penempatan yang bercampur aduk kepada kawasan yang lebih tersusun dan teratur. Jadi, ia diputuskan melalui peringkat-peringkat tertentu. Rancangan tempatan, pengubahsuaian, diikuti ada satu jawatankuasa. Jawatankuasa membangkitkan bukan hanya satu perkara pada ketika itu. Ada satu kawasan di Bukit Raja, dan di kawasan North Port. North Port adalah kawasan yang hampir sama dan dipersetujui. Dan persetujuan yang sama juga diputuskan untuk Plot A di kawasan yang dibangkitkan di kawasan tersebut. Yang kita percaya ia tidak merosakkan keseluruhan. Dia memang menyelesaikan masalah seperti bah dan banjir yang berlaku dan masih lagi berterusan di sana dengan kelulusan-kelulusan ke engineering, kejuruteraan mekanikal untuk mengatasi masalah banjir.
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Sebenarnya apa Yang Amat Berhormat Sungai Tua cakap itu ialah berkenaan dengan memang ada peringkat-peringkatnya semasa penyediaan rancangan tempatan 2035 untuk kawasan Telok Gong. Saya setuju. Dan semasa penyediaan rancangan tempatan itu, luas keluasan ekologi yang kita telah tetapkan ialah 30%. Dan ia terus kekal sehingga lah pada 2019. Ini saya terpaksa cakap lah sebab Yang Amat Berhormat masih lagi kata saya cakap macam ni, bukan.. Tetapi ini adalah realiti yang saya kena cakapkan dalam dewan yang mulia ini iaitu pada 2019, pejabat tanah ada mengemukakan permohonan, pelupusan secara pemberimilikan tanah kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965, seluas lebih kurang 80.307 ekar Plot B bagi tujuan industri untuk mendapatkan ulasan MPK. Dan Pihak Majlis telah menerima permohonan tersebut pada 13 Mei tahun 2019. Dan pada 3 Mei tahun 2019, Pejabat Tanah Klang telah juga sekali lagi mengemukakan satu lagi permohonan pelupusan secara pemberimilikan tanah kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965, seluas lebih kurang 121.721 ekar Plot A bagi tujuan industri untuk mendapatkan ulasan Majlis Perbandaran Klang. Dan Pihak Majlis menerima permohonan pada 13 Mei 2019. Dan Pihak Majlis Perbandaran Klang menolak permohonan ini kerana kawasan ini adalah zon ekologi hijau yang telah kita persetujui melalui pendengaran dan bantahan awam
yang kita buat pada tahun 2018. Dan ini adalah kita nak kekalkan sebagai hutan simpan yang telah diwartakan pada tahun 1914. Dan kemudian ada cubaan pengambilan tanah pada tahun 2001. 2001 ! UMNO, Barisan Nasional. Pada masa itu menterinya adalah datang daripada UMNO, telah mengisytiharkan bahawa kawasan tanah yang diperihalkan sebagai hutan simpan Telok Gong, dan diisytiharkan sedemikian melalui pemberitahuan warta Nombor 2581 tahun 1914, dan Nombor 610 tahun 1970, tidak lagi menjadi hutan simpanan kekal yang dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional pada tahun 2001. Percubaan untuk mengambil tanah ini oleh individu-individu tertentu telah bermula pada tahun 2001.
Sebab itu saya hadir dalam dewan ini. Saya nak mempertahankan apa yang telah dibuat oleh Kerajaan British pada tahun 1914 iaitu mengekalkan ini dan mencadangkan zon ini sebagai zon ekologi hijau. Yang selama hari ini, menjadi penebing apa ni, tebing sungai secara semula jadi. Yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah banjir. Dan ini Jabatan Pengairan Saliran pun tahu di kawasan ini ada kunci air, di kawasan ini ada apa ini, apa ni, penempatan jeti nelayan apa semua yang tidak mengganggu gugat sangat hutan paya bakau yang sedia ada. Tapi kalau 200 ekar tanah paya bakau ini disentuh, apa akan jadi dengan kawasan Telok Gong ? Betul ? Kalau untuk perpindahan, Yang Amat Berhormat bagi saya cakap. Sebab ini bukan masalah saya membantah kilang, saya tidak membantah. Kita sebab itu wujudkan pelan infrastruktur masyarakat ni bagi menyelesaikan pertindihan-pertindihan di antara penduduk kampung dan juga pengusaha kilang. Dan alhamdulillah dah banyak dah mula, dah ada kata sepakat. Saya bercakap dengan Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Memang kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak tetapi kita cuba yang terbaik. Sebab itu wujudnya jawatankuasa teknikal, pelan induk infrastruktur dan masyarakat kawasan Telok Gong ini diwujudkan sebab kawasan ini memang bermasalah. Dan melalui jawatankuasa pelan induk ini lah kita akan selesaikan berperingkat berperingkat, isu-isu yang berbangkit di kawasan Telok Gong terutama sekali masalah infrastruktur dan juga kemudahan awam. Dan infrastruktur ni termasuk lah jalan raya dan juga sistem perparitan dan saliran yang sedia ada sekarang ini yang memang selalu mengalami masalah banjir. Ini hutan paya bakau tu ada tetapi kalaunya ia disentuh bagaimana ? Dan saya nak nyatakan di sini bahawa perkara ini telah dirujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor bilangan 2, 2020 bertarikh 30 Jun 2020. Dan syor pengezonan plot tanah daripada zon ekologi kepada industri adalah mengambil kira kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang ke-12 tahun 2020, pada 1 April 2020 secara pemberimilikan tanah kerajaan bagi tujuan pengindustrian. Dan Majlis Perbandaran Klang diminta untuk membuat pengubah zoning kepada zon pengindustrian bagi tapak yang dipohon. Dua syarikat ini di Alor Setar Kedah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Saya dah tengok dah siapa yang mohon. Dan saya harap supaya ini tidak berlaku dan tukar semula. Saya mohon, saya nak dengar daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk tukar semula zon ekologi, zon industri yang telah dicadangkan dalam rancangan tempatan MPK 2035 yang
kononnya telah diwartakan pada tahun 18 Februari 2021 untuk tukar semula kepada zon ekologi hijau.
Baik Yang Berhormat.
Yang Berhormat, apa Yang Berhormat sebutkan tu saya dah sebutkan. Tak payah sebut kuat-kuat. Memang keputusan April tahun 2020, kita dah luluskan. Kenapa kelulusan diberi ? Kelulusan diberi setelah melihat cadangan daripada setiap jawatankuasa teknikal. Memang ada bantahan daripada jawatankuasa-jawatankuasa tertentu ataupun agensi-agensi tertentu tapi kita melihat potensi kawasan di sana. Dan kalau kita cakap bahawa ia adalah kawasan penampan banjir, banjir berlaku juga. Jadi kita perlukan engineering mekanikal untuk kawasan sana untuk melepaskan kawasan-kawasan tersebut. Dan ia boleh ditetapkan di dalam kebenaran merancang untuk pembinaan di kawasan terbabit. Kalau penyerah, pemberimilikan berlaku, bermakna kawasan itu bukan satu kawasan yang diwartakan sebagai satu kawasan hutan simpan. Ia boleh diberikan disebabkan ia keluar ataupun keluar daripada kawasan pewartaan hutan simpan. Kalau kawasan pewartaan hutan simpan, kita perlu membuat pendengaran untuk membuat pewartaan keluar ataupun yang dipanggil sebagai nyahwarta, on english dipanggil degazettement. Ha itu hal yang berlaku. Jadi, ia melalui proses demi proses yang dilakukan dan mendapat pandangan kesetiap jabatan-jabatan yang berkaitan. Namun masih ada lagi ruangan untuk mengemukakan hal ini jika tidak berpuas hati untuk mengekalkan sebagai ecological zones. Dan ecological zone itu boleh dibuatkan dan kita kena membayar balik lah sebab ia melibatkan kawasan penggantian yang saya sebut. Ia adalah melibatkan penggantian kawasan tanah yang bertindih di tempat lain. Di tempatkan di situ untuk menyelesaikan masalah pertindihan-pertindihan disebabkan sistem pengurusan tanah secara conditional sebelum ini.
Tapi rancangan tempatannya kena diubah balik lah, kalau nak ditarik balik sebagai ekologi dan sebagainya sebab kita mempunyai rancangan tempatan. Di rancangan tempatan, pengubahan, pengubahsuaian itu dilakukan pada setiap masa dan setiap dua bulan sebenarnya State Planning Committee ataupun kanun apa ni Jawatankuasa Perancang Negeri mempunyai ruangan untuk dilakukan. Sebab kalau kita lihat di kawasan itu di seberangnya itu semua dah diberikan hak milik untuk bio-bay. Di kanannya dah ada bio-bay. Di belakangnya adalah kawasan-kawasan perkilangan dan sebagainya. Adakah ecological di kawasan sana diambil semua ? Tidak. Kerana itu kita kekalkan 30% itu kekal. Bukan di kawasan Telok Gong pesir kalau melihat setiap zoning 30%, setiap zoning 30%, tak jadi lah. Dia akan tengok keseluruhan lah kawasan di kawasan Telok Gong.
Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, betul Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kata melalui proses Pendengaran Awam tetapi pada tahun 2018, tidak dinyatakan bahawa zon ini nak diwartakan ataupun diminta untuk ditukar ke zon ekologi. Tidak ada. Eh zon industri.
Tidak ada. Sebab itu tiada bantahan zon industri, kalau ada semasa pameran tersebut semasa Pendengaran Awam apa semua, yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Lembah Jaya pada masa itu. Tiga hari, paling-paling lama buat Pendengaran Awam. Pada masa Pendengaran Awam itu, rajah yang ditunjukkan, peta yang ditunjukkan ialah 30% kawasan ekologi. Sebab itu semua hampir semua bersetuju walaupun ada minoriti yang tak bersetuju. Sebab itu yang saya terperanjat bagaimana tiba-tiba masuk pula yang zon industri ini sehingga saya dan YB Ahli Parlimen Klang difitnah sebegitu teruk seolah-olah macam ada yang disorokkan sesuatu. Kenapa tidak dipamerkan kalau betul lah di peringkat SPC mengatakan ada minta buat perubahan apa semua, tiada yang membantah. Kenapa tidak dipamerkan semula rancangan tempatan ataupun draf rancangan tempatan tersebut mengatakan bahawa ada cadangan untuk menukar kawasan ini kepada zon ekologi, ni zon industri daripada zon ekologi hijau.
Kita kena bincang balik. Yang Berhormat. Saya faham.
Kalau ada pendengaran tersebut saya yakin pada masa itu mesti banyak bantahan berlaku.
Tak. Saya faham. Saya faham. Dalam 2019 itu memang zoning ekologi. Keputusan SPC supaya Klang menukar zon. Proses penukaran zon akan melalui proses pengubahsuaian lah. Proses pengubahsuaian akan dilakukan semula oleh pihak mengikut cara dan pengubah sesuai di dalam peraturan. Memang masa tu cadangan tak ada 2019. Ia hanya timbul selepas tahun 2020. Dan bila tahun 2020 berlaku, pemberian diberikan dan pengubahsuaian zon perlu dilakukan dengan proses tertentu. Proses dia kalau perlu pendengaran dan sebagainya, ia perlu dilakukan sebagaimana lazimnya, dan sebagaimana biasanya. Itu, itu yang seharusnya kita faham. Jadi tak boleh kita nak jump dan melompat seolah-olah Kerajaan Negeri cuba menyembunyikan sesuatu. Tak ada menyembunyikan. Kalau kita sembunyikan, Yang Berhormat pun tak tahu apa yang berlaku terhadap pertukaran zon dan juga kawasan persekitaran.
Tak Yang Amat Berhormat
Baik, Pelabuhan Klang tolong pendekkan.
Saya, saya kena cakap Yang Berhormat Speaker. Saya kena cakap tentang perkara ini.
Saya tak nak panjangkan.
Ia bukan masalah panjangkan, tidak panjang Yang Amat Berhormat benda ni memang akan panjang. Benda ni akan
panjang. Sebab itu saya hendak selesaikan dalam Dewan yang mulia ini. Saya memang nak dengar Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk tukar semula zon.
Yang Berhormat, dia tak boleh selesai dalam Dewan. Dia kena kembali
Saya nak dengar Yang Amat Berhormat, cakap akan cuba usaha untuk tukarkan semula , itu sahaja.
Tak ada masalahnya kalau nak tukar bawa balik ke SPC. Itu saya nak bagi tahu.
Ya, bawa balik ke SPC dan tukar.
Ya lah bawa ke SPC dan apa masalahnya?
Ya, bawa balik ke SPC dan tukar.
Yang Berhormat, Yang Berhormat tak boleh nak berlagak, nak tahu semua benda.
Bukan, bukan masalah nak tahu semua benda. Cara proses itu..
Nanti-nanti Yang Berhormat, Yang Berhormat dengar dulu.
(Dewan riuh)
Yang Berhormat, Kerajaan cakap. Yang Berhormat duduk dulu.
Saya tahu, Yang Berhormat kena faham bila satu laporan itu dikelolakan teknikal report. Teknikal Department. Mana boleh kita nak cakap ini ekologi sebab perasaan kita sahaja, tak boleh. Saya nak bagi tahu tak boleh. That’s why the process has to go back kepada proses Majlis mengemukakan semula oh tak boleh kawasan ini di tukar atas sebab-sebab tertentu dan kita ada medium dia. Medium dia adalah SPC.
Dia bukan Menteri Besar cakap tukar, alih, arah semua jalan sekelip mata, tak boleh jadi macam tu. We have a system. Kalau sistem itu kita tak patuhi dengan sebab kononnya kita nak berkuasa tersebut. Tak boleh. That’s why saya sebutkan kenapa
pemberimilikan itu diberikan pada April 2020? Sebab kawasan itu tidak lagi sebagai kawasan hutan simpan kekal. Boleh tak diberikan? Ikut law boleh? Kenapa ia diberikan sebab daripada laporan beberapa jabatan-jabatan melihat potensinya untuk dibangunkan kerana berseberang dengan Bio-bay dan kalau dihubungkan kawasan di sana, kawasan persekitaran itu akan dibangunkan dengan lebih baik. Itu asasnya. Jadi bila pemberian itu diberi dan hendak ditukar kepada status industri kena tukarlah. Proses pertukaran kepada zon industri perlu dilakukan dan ketika itu SPC kena membuat cadangan tersebut. Jadi kalau ada bantahan daripada Majlis. Majlis kemukakan balik dalam SPC lah untuk kita tukar zon balik. Dia mana boleh semua di tukar dalam Dewan ni? Tak boleh begitu, dia ada sistem. Kita kena teliti setiap laporan.
Yang Amat Berhormat, tadi Yang Amat Berhormat mengatakan bahawa kita tukar kepada zoning industri ini kononnya untuk memindahkan lah kilang-kilang yang ada yang tidak terletak di dalam zon industri itu masuk ke sini tapi kenapa bagi kepada hanya dua (2) syarikat sahaja? Plotnya begitu besar. Syarikat tu daripada Alor Setar, Kedah pulak tu.
Sabar.
Pelabuhan Klang.
Saya salah faham. Tak nanti dulu.
Sungai Pelek duduk dulu.
(Dewan Riuh)
Benda ni jelas.
Bukan lah untuk perpindahan.
Kejap, kejap, kejap. Saya nak bagi tahu perpindahan itu ialah kawasan tanah yang bertindih bukan kat kilang kat dalam tu. Kilang dalam tu is kilang dalam tu. Itu pun kita selesaikan. Kita selesaikan. Yang Berhormat pun tak setuju kita alih ke tak alih, alih ke tak alih. Tak pe, kita bincanglah kita selesaikan lah satu persatu tapi itu adalah perpindahan daripada kawasan tanah yang bertindih-tindih sebelum ini untuk dialih di sana. Ia pertindihan tanah. Kita alih di sana cari tanah. Tanah mana sesuai kawasan ini di depan Bio-bay sesuai dibangunkan dan PTG dan Pejabat Tanah merasakan kawasan itu sesuai dijadikan kawasan perpindahan. Jadi kita alihkan lah. Bila kita dah alihkan, kenapa kita bagi orang tanah tapi kita tak bagi dia membangunkan? Kita minta untuk dia tukar. Ada bantahan tak? Ada dan kita dengar tapi bantahan itu kita lihat kawasan pembangunan
boleh dibangunkan dan boleh rectify masalah banjir kalau berlaku dengan syarat-syarat di dalam kebenaran merancang.
Terima kasih. Saya setuju dengan Menteri Besar bahawa kes ini tidak boleh diselesaikan di Dewan. Dia ada SOP. Jadi saya setuju caranya ialah kalau bantahan itu tulen dan benar boleh keputusan yang dibuat oleh jabatan itu boleh di dengan izin review, itu caranya. Saya cadangkan Pelabuhan Klang menggunakan cara itu. Terima kasih.
Perlu menjelaskan sistem. Saya pun tak ada kepentingan. Saya jelas tak ada kepentingan dua syarikat tu tak ada. Tapi niat asalnya saya terangkan dia punya susur galur. Niat asal menggantikan tanah yang bertindih. Jadi kenal pasti oleh Klang di sana? Sebab apa? Kawasan itu boleh diberikan hak milik? Boleh dan kita berikan hak milik. Dia kena bayar Premium, kena bayar Premium dan bila jadi hak milik dan kita kena tukar zoning nya bila di tukar zoning kena lakukan proses lah dan bantahan di buat bukan lah sekali bantahan semua kena tolak. Kita kena tengok laporan teknikal, asas itu dibuat. Jadi ia bukan sebagaimana pandangan Yang Berhormat dalam perbahasan menyatakan bahawa, ohh ini semua arahan daripada Jabatan Perancang Bandar. Dia bukan begitu mudah sebab ia melalui beberapa proses. Proses itu dibuat dalam State Planning Committee dan State Planning Committee semua department ada. Kalau semua department ada, then mendengar pandangan-pandangan itu ia sudah pasti dilihat sebab pada ketika itu kita turut meluluskan kawasan North Port. Kita turut pandangan pembangunan di North Port dan juga pembangunan Sime Darby di kawasan Bukit Raja kalau tidak, tak silap saya untuk expand di kawasan pembangunan kalau saya ingat. Kalau saya masih boleh recall keputusan Jun 2020 tersebut tapi bantahan terhadap penduduk setempat untuk kawasan sana boleh dibuat? Tak boleh. Dia kena daripada mana? Daripada Klang lah. Klang, Majlis Perbandaran Klang kena bawa balik kalau tak setuju kalau ada alasan-alasan apa? A, B, C, D, E kemukakan lah dalam SPC. SPC boleh pertimbangkan balik untuk tarik balik, keluarkan balik, tetapi tanah itu kena di tarik balik lah pemberimilikan. Bagi pada orang lain kita kena cari tanah dekat sebelah rumah Yang Berhormat ke apa semua kalau boleh contohnya baik kita cari tempat lain lah, kita akan tak payah cari tapi itu limitisi yang kita ada dalam hal pengurusan tanah dan sebab itu kita beri tanah jadi ia bukannya satu yang melanggar tapi ada yang ketidaksesuaian.
Tapi Yang Berhormat Sekalian, sebab itu JPPD atau PLANMalaysia meletakkan beberapa cara-cara dan kaedah pembangunan di pesisir sungai sebab itu kita bangunkan SMG sebagai contoh. Ini semua adalah maju ke hadapan untuk kita membangunkan di kawasan-kawasan rizab sungai supaya ia boleh dibangunkan dengan kaedah dan cara yang tetap menjaga alam sekitar walaupun pasti ada kesan. Tak semua tempat kita nak buat ikut, itu aje.
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Baik saya rasa tak perlu panjang
Sekejap-sekejap Yang Berhormat Speaker. Sekejap-sekejap. Sikit sahaja, last saya nak cakap. Lepas ni Yang Berhormat cakap lah.
Last ya, saya bagi last.
Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar kita sama-sama dari Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan kita 18 perkara tujuan dan matlamat. Perjuangan parti, perkara ke 17 ialah melindungi alam semula jadi daripada pemusnahan, mencegah kerosakan serta meningkatkan mutu alam sekitar dan memastikan pembangunan yang mampan dan saya sangat berharap Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk mengkaji semula keputusan yang telah dibuat ini dan bawa balik kaji semula di peringkat SPC dan saya mohon dan saya merayu bagi pihak penduduk Kampung Telok Gong dan penduduk di sana dan tolong selesaikan masalah infrastruktur dulu, tolong selesaikan kebajikan masyarakat dulu baru kita cerita pasal tentang sistem ataupun ekologi hijau ini yang nak ditukarkan kepada industri.
Yang Berhormat, mari kita lihat istilah yang digunakan. Pembangunan mampan, bukan tak bangun. Istilahnya ialah pembangunan mampan. Apa pembangunan mampan? Pembangunan lestari lah yang mengambil kira aspek keseluruhan. Itu memang menjadi pillars pembangunan dalam Kerajaan Negeri. Kalau kita nak bangunkan SMG sebagai contoh, SMG turut akan membangunkan beberapa kawasan-kawasan yang seperti itu yang menjadi kawasan tempat pembuangan, yang tidak dibangunkan, yang berdepan dengan masalah swamp tetapi menjadi tempat perangkap sampah. Jadi istilahnya bukan tidak membangun tetapi pembangunan mampan dengan mengambil kira aspek persekitaran. Kalau kita kata 30% kita ada bukti 30% malahan hutan simpan kita 31%. Malahan baru ni kalau saya nak sebutkan ketika Majlis Tanah Negara, pembentangan oleh Kerajaan Pusat untuk menukar Seksyen 11 bagi penyahgazetan hutan. Nyahgazetan hutan. Untuk tukar perlu ada Pendengaran Awam. Di Selangor kita dah mula awal tahun 2005 dah buat sampai sekarang dan tuan-tuan boleh dengar lah Pendengaran Awam macam-macam pandangan. ADUN Kerajaan pun bantah. ADUN Pembangkang kadang-kadang sokong. ADUN Pembangkang pun bantah dan Kerajaan terpaksa pertimbangkan sebab kita kena bersedia terhadap expansion of development. Expansion of development kita tak boleh nak biarkan dia kekal begitu sahaja. Kalau tak dia tak kan maju lah. Dia tidak akan bergerak lah. Sebab dia berubah. Kalau dulu memang tak boleh, rizab sungai ada. Satu-satu waktu kita pergi ke Thame di UK, kita pergi di Korea semuanya dibangunkan di tepi sungai tetapi mempunyai teknologi dan kaedahnya yang tersendiri. Kita berani tak berani nak buat sahaja. Itu sahaja. Kalau tidak dia tidak akan progress, tidak akan melanjutkan dan kita akan statik pada kawasan-kawasan pembangunan.
Saya setuju, saya pun faham tentang menjaga alam sekitar. Sebab itu kita 31. Bila pendengaran awam kita buat dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan tu, Kerajaan Negeri Selangor yang paling mula-mula setuju. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kedua setuju. Kerajaan lain semuanya tak setuju walaupun ia cadangan-cadangan Kerajaan Pusat. Cadangan Kerajaan Pusat NM dan PN tetapi Kerajaan Pakatan Harapan yang setuju dan kita bertegas kepada Dasar dan Prinsip tersebut. Sebab itu, saya nak jelaskan bahawa proses-proses yang dilakukan itu sah dan nyata dan kita mendengar pelbagai pandangan-pandangan dan semua pandangan itu kita ambil kira termasuk potensi pembangunan. Jangan hanya memandang daripada aspek ekologi ataupun aspek-aspek alam sekitar sahaja kerana setiap pembangunan itu juga harus melalui proses kebenaran merancang dan proses kebenaran merancang akan mengambil kira semua syarat-syarat termasuk pembinaan jalan nak hubungkan antara Telok Gong dengan kawasan Pulau Indah. Tak kan kita nak tengok Telok Gong terus tertinggal di saat Pulau Indah rancak membangun. Itu juga persoalan sustainable development supaya yang di sini dapat nikmat dengan pembangunan di sana bukan hanya melihat. So, the whole expect itu jadi pertimbangan tapi kalau Yang Berhormat insist kata bahawa Yang Berhormat tak setuju. Boleh rujuk balik kepada MPK, MPK boleh bawa balik dalam SPC. Itu sahaja. Dalam SPC kita akan pertimbang balik segenap aspek sebab benda tu belum ada apa-apa lagi pun. Belum ada apa-apa baru nak melibatkan zoning, zoning. Kalau kita cakap ini zoning rumah. Telok Gong kita tak boleh ubah lah. Telok Gong tu bercampur aduk rumah dengan, dengan, dengan kilang then that’s why kita ubah.
Sebab itu, itu diberikan nama Penggubahan RT. Ubahsuai RT semuanya skim ada. Ubahsuai dan perancangan tempatan. Kalau kita statik, kotak dengan rancangan tempatan tu finally kita jadi kotak yang sama lah, kita tidak boleh nak melihat pembangunan yang menyeluruh terhadap satu pembangunan. Jadi saya kira, saya sudah menjawab banyak persoalan yang di Terentang kita sudah jawab, yang di Taman Rakyat sudah jawab dan saya ucapkan terima kasih juga lah kepada Kinrara yang telah menjelaskan tentang cukai hiburan. Cukai hiburan, sebenarnya Kerajaan Negeri kehilangan lebih 50 juta disebabkan oleh ketiadaan cukai hiburan disebabkan bukan hiburan yang kita bayangkan panggung wayang sebagai contoh. Kita dah kehilangan. Jadi pengurangan itu juga pasti akan kesan kepada kemajuan dan juga hasil negeri. Jadi bila hasil negeri kurang, kita pula minta banyak lagi sumbangan diberikan daripada peruntukan jadi kena balance lah tu kena coherence otak kita dengan apa yang kita cakapkan supaya kita jelas terhadap apa yang kita rencanakan. Terima kasih Yang Berhormat.
Baik, terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi:
“Bahawa menurut seksyen 9, subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, Dewan ini membuat ketetapan bahawa peruntukan sebanyak Satu Bilion, Satu Ratus Dua Puluh Tiga Juta Ringgit (RM1,123,000,000.00) yang dinyatakan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan, yang dibentangkan di hadapan Dewan mengikut Seksyen 4(1) Akta yang sama, seperti mana terdapat di Jadual, hendaklah diluluskan.”
JADUAL
ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2022
Maksud Tajuk Amaun (RM)
P.01
Pejabat Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan Negeri
823,711,000.00 P.04 Perbendaharaan Negeri Selangor
180,000.00 P.08 Jabatan Pertanian Negeri Selangor
12,528,000.00 P.10 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
6,080,000.00 P.12 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
138,130,000.00 P.13 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor
57,950,000.00 P.14 Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
76,716,000.00 P.16 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor
1,650,000.00 P.17 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
6,055,000.00 Jumlah 1,123,000,000.00
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK. Dipersetujui.
Usul seterusnya Usul No. 3 Tahun 2021, Usul Dasar Belia Selangor 2020.
Silakan.
Tuan Speaker dan Ahli Dewan Yang Berhormat Sekalian. Saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut:
“Bahasanya Dewan Yang Mulia ini membuat ketetapan untuk meluluskan pelaksanaan Dasar Belia Selangor 2020 bagi memperkasakan gerakan belia di Selangor dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.”
Yang Berhormat Tuan Speaker Dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian
Naskhah Dasar Belia Selangor 2020 dalam versi bahasa kebangsaan adalah seperti yang diedarkan kepada Dewan yang mulia ini. Belia merupakan kategori umur terbanyak dalam kebanyakan populasi penduduk di negara dunia. Pada tahun 2020, statistik indeks belia Malaysia 2020 melalui IYRES mendapati jumlah 1.5 juta penduduk di Selangor adalah golongan belia yang berusia 15 hingga 30 tahun. Pada tahun 2021 pula berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, anggaran jumlah penduduk Selangor adalah seramai 6.55 juta orang. Daripada jumlah itu, seramai 2.92 juta orang adalah dalam kalangan belia yang berumur 15 hingga 39 tahun, yang mewakili 44.58% daripada populasi di Selangor. Dan ia menjadikan 20% daripada populasi belia di Malaysia. Daripada jumlah 2.92 juta itu juga, sebanyak 54.1% adalah terdiri daripada Melayu atau bumiputera, 21.1% dari kalangan Cina, 10.9% India, 0.7% lain-lain, dan 13.2% adalah bukan warganegara. Daripada jumlah itu juga, jika menurut jantina, belia lelaki adalah seramai 1.5 juta, iaitu sebanyak 51.8%, manakala belia perempuan seramai 1.4 juta orang, iaitu 48.2%. Belia merupakan asas sebenar, atau tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu, usaha-usaha hendaklah ditumpukan kepada meningkatkan keupayaan mereka dan kecekapan mereka. Ini amat perlu memandangkan cabaran masa hadapan, yang bakal ditempuh para belia adalah lebih berat dan canggih yang memerlukan suatu persiapan atau persediaan diri yang hebat.
Menurut pandangan Kooler dan para pengkaji, pembangunan belia adalah proses pembangunan, pengetahuan, tingkah laku dan sikap positif yang membantu proses pembangunan belia positif. Menurut Mohd Mursyid Arshad Ismet Arif Ismail Nuraihan, serta Nasrin, tahun 2019, pembangunan belia adalah satu proses yang tersusun dan berterusan yang mampu melahirkan belia sebagai pemimpin dan rakan pembangunan negara. Menurut Azimi pula pada tahun 2005, aktiviti permohonan belia, perlu responsif kepada keperluan semasa belia. Serta proaktif bagi memberikan tumpuan kepada penyerlahan potensi belia. Untuk manfaat masa kini, dan masa hadapan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, apabila belia tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, maka adalah agak sukar bagi belia untuk mengharungi kesulitan kehidupan masa hadapan, apatah lagi hendak majukan
negara. Ini boleh menjejaskan kesinambungan usaha-usaha pembangunan yang hendak dicapai selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju di dalam era revolusi 4.0 ini. Menurut Zulhelmi dan lain-lain pada 2012, yang mengatakan pembentukan sesebuah polisi termasuk pembangunan dasar, berkaitan belia perlu berasaskan pada penyelidikan berimpak tinggi, agar pelaksanaannya nanti dapat dilaksanakan secara sistematik bersama kumpulan sasaran. Dan menurut Mursyid Arshad tahun 2021 pula, yang mengatakan inti pati utama program pembangunan kompetensi belia perlu menekankan aspek pembangunan kemahiran baru, iaitu Up-Skilling, memperkasakan kemahiran belia sedia ada, Re-Skilling dan menyilang belia dengan kemahiran lain, ataupun Cross-Skilling. Supaya belia mampu melaksanakan kepelbagaian tugas agar selari dengan keperluan semasa. Ini penting dalam memastikan proses pembangunan belia, meliputi peminat aset luaran belia dalam bentuk sokongan golongan dewasa. Bagi mengukuhkan aset dalaman belia itu sendiri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, objektif dasar belia 2020, yang pertama iaitu untuk menghasilkan standard Key Performance Index ataupun KPI, dalam dasar belia Selangor 2020. Bagi memantau aktiviti pembangunan belia, merentas agensi berkepentingan di bawah Kerajaan Negeri. Yang kedua, menghasilkan kerangka draf Dasar Belia Selangor 2020 yang berasaskan dari belia kepada belia, untuk mendepani revolusi industri 4.0 yang digariskan melalui dalam polisi Smart Selangor itu sendiri. Dan yang ketiga, menghasilkan draf Dasar Belia Selangor 2020, yang komprehensif dan fleksibel bagi memandu aktiviti pembangunan belia di bawah tanggungjawab kerajaan negeri. Lalu pengesanan pembangunan belia melalui perubahan yang pantas seiring dengan faktor globalisasi. Oleh itu, satu kerangka atau dasar pembangunan belia positif yang holistik dari peringkat individu belia hingga ke peringkat pemegang taruh berkepentingan mestilah diwujudkan. Dasar ini akan bertindak sebagai manual, yang memandu hala tuju pembangunan belia. Selain daripada itu, ia juga akan berfungsi sebagai penimbang tara kepada status pembangunan belia semasa. Soalnya, sejauh mana keupayaan program pembangunan belia yang memacu belia sebagai rakan pembangunan adalah dicerminkan oleh dasar yang dipandu. Tidak dinafikan bahawa terdapat kelompongan yang terjadi dalam program pembangunan belia, disebabkan oleh banyak faktor. Tetapi perkara paling asas yang mengakibatkan ia berlaku kerana pelaksanaan program tidak bersandarkan kepada dasar khusus yang dipandu. Program pembangunan belia memang perlu dipergiatkan atau dipelbagaikan. Tetapi apakah ia dipantau dalam satu standard petunjuk prestasi. Bagi memastikan setiap pelaburan, mendatangkan hasil yang diinginkan. Tindakan yang dibuat tanpa dasar yang konkrit memungkinkan kegagalan dalam sesuatu tindakan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Tuan Speaker, tidak semua dasar itu berjaya. Maka kalau kita melihat balik, kembali, asas di Selangor adalah Dasar Belia 2015. Ia diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, telah memperkenalkan dasar Belia 2015. Dasar 2015 ini dengan jelas menekankan penelitian setiap inci lebih 30 strategi. Ini berbanding dengan dasar yang diperkenalkan oleh persekutuan, yang
dianggap sebagai gagal. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau kita melihat kepada dasar-dasar yang pernah diwujudkan sebelum ini, iaitu dasar kelemahan 1997, yang dilihat sebagai dasar yang tidak membangunkan belia negara itu sendiri. Bak kata ADUN Templer, garam atau pengalaman menjadi perkara penting kepada setengah pihak. Maka Kerajaan Negeri belajar daripada pengalaman pembentukan dasar-dasar yang lalu.
Di peringkat persekutuan, kewujudan Dasar Pembangunan Belia Negara yang dilancarkan pada 1997, memiliki sejarah yang panjang iaitu seawal ia dibangkitkan oleh Majlis Belia Malaysia sejak tahun 1967 lagi. Apa yang menyedihkan kajian penyelidik IPSAS 2011, mendapati Dasar Pembangunan Belia Negara 1997, hampir tidak dirujuk oleh sebahagian besar pemegang taruh di sesetengah agensi kementerian belia dan sukan. Kerajaan yang sama juga mendapati, dasar pembangunan belia negara gagal dihayati dan diterjemahkan melalui program yang mempunyai belia sebagai klien sasaran. Ini mungkin berlaku kerana dasar tersebut lebih akademik dan jauh lebih daripada realiti atau barangkali pemegang taruh tidak bersedia membawa inspirasi dasar belia pada waktu itu. Maka pada tahun 2015, dasar Belia Selangor yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada ketika itu, dasar 2015 ini, dengan jelas menekankan penelitian aspek, lebih 30 strategi yang terkandung dalam Dasar Belia 2015, yang mempunyai lapisan pendekatan insentif cadangan yang telah direncanakan pada pembangunan dasar yang dilakukan. Merujuk pada dasar Belia Selangor 2015, terdapat 10 bidang yang menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan belia, yang merangkumi 10 teras utama sebagai panduan dasar optima pada waktu itu. Dasar Belia Selangor yang dilancarkan pada tahun 2015, telah membawa kepada penubuhan penggerak belia tempatan, atau kini dikenali Penggerak Belia Selangor. Walau bagaimanapun, dapatan yang diperolehi daripada perbincangan kumpulan berfokus, mendapati Penggerak berkenaan memerlukan lebih penghayatan dalam agenda pembangunan belia, agar pendekatan mereka dirasai oleh belia di negeri Selangor ini. Selain daripada perubahan struktur kepimpinan Kerajaan Negeri yang juga akhirnya mewujudkan limitasi kepada penghayatan dan kefahaman tentang dasar belia. Sebelum ini dia dalam kalangan pemegang taruh dan pembuat dasar berkaitan belia di negeri Selangor. Berdasarkan penekanan tersebut timbul persoalan apakah mekanisme yang sesuai yang harus digunakan sebagai asas dasar khusus bagi membentuk pembangunan belia di Negeri Selangor ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maka dengan sebab itu, berdasarkan peredaran masa dan perubahan fenomena dalam environment belia itu sendiri, maka kerajaan ingin memperkasakan lagi Dasar Belia Selangor 2015, melalui penggubalan dasar belia Selangor 2020, terutama yang melibatkan perkara baru, yang kerajaan perlu dekati. Pembentukan Dasar Belia Selangor 2020 juga, perlu mempertimbangkan apa perubahan semasa yang sedang dihadapi oleh belia kita di Selangor. Dan kelebihan yang mereka miliki. Hala tuju mereka, kaedah bagi mencapai hala tuju berkenaan, dan jangka masa bagi mencapai hala tuju pembangunan belia yang holistik. Justeru,
Kerajaan Negeri percaya, kerajaan mempunyai dasar atau polisi yang selari dengan keperluan semasa yang dinamik, khusus pasca pandemik 2019, ataupun norma baru, yang kita yakini dapat mendekati golongan belia ini. Tetapi apa yang lebih penting nanti ialah dasar yang dibentuk dapat diterjemah dalam bentuk program pembangunan belia negeri dengan mengambil elemen Return on Investment. Untuk mendekati golongan belia ini, maka keupayaan politik ataupun political will, dalam membangunkan bidang-bidang penting pembangunan, pada kebiasaan akan dinilai menerusi dasar khusus yang dipandu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, maka mengambil iktibar daripada keadaan yang berlaku, maka pembentukan dasar belia Selangor 2020 yang komprehensif dapat lihat sebagai satu kelebihan dari sudut belia positif, secara khusus, selain dari sudut keupayaan politik secara umum. Memandangkan betapa pentingnya kewujudan dasar pembangunan belia negeri, satu kajian saintifik ke arah pembentukan dasar belia Selangor 2020 telah pun dibuat dengan kerjasama dengan Universiti Putera Malaysia. Dasar ini mengambil kira keperluan Revolusi Industri 4.0, dengan mengambil kira inisiatif seperti Smart Selangor, dan keperluan-keperluan golongan belia Selangor bagi menghadapi tuntutan kehidupan pasca COVID yang sangat mencabar, yang perlu dilaksanakan sebelum sesuatu dasar komprehensif dan inklusif dapat dibentuk. Justeru pembangunan dasar belia Selangor akan meneroka kesinambungan dasar yang sebelumnya, melalui pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif. Dasar belia Selangor 2020 ini, telah mengambil kira pembangunan teknologi dan siber di Selangor, berpandukan kepada pelan tindakan Smart Selangor dan berpandukan pengalaman di dalam dasar kita yang lalu. Hasil Dasar Belia 2020 ini telah menggariskan keperluan kepada golongan belia untuk terlibat dalam inisiatif atau insentif kerajaan pintar, ekonomi pintar, komuniti pintar dan infrastruktur digital pintar, yang selari dengan keperluan revolusi industri 4.0. Oleh yang demikian terdapat keperluan bagi menambahbaik agenda pembangunan belia Selangor, yang digariskan dalam dasar belia Selangor 2015 dahulu, supaya perancangan dan gerak kerja penggubalan Dasar Belia 2020, adalah relevan dalam situasi semasa, yang menuju kepada kehidupan masa hadapan.
Maka, Ahli-ahli yang Berhormat, dengan wujudnya Dasar Belia 2020 ini, maka ia mewujudkan pelan pembangunan tindakan belia di Selangor. Ia membuka platform yang lebih luas, seperti program kursus penyerlahan potensi serta bakat belia. Ia mewujudkan kumpulan umur baru dalam kumpulan belia, yang akan menggantikan polimek berkaitan had umur belia yang sebenar dan mengikut takrifan yang lebih tepat dan piawaian antarabangsa, serta mengambil kira realiti semasa situasi di Selangor. Kajian mendapati bahawa kedua golongan ini, iaitu yang berumur 15 hingga 30 tahun, dan 30 tahun hingga 40 tahun, masih mengharapkan agar mereka tidak terpinggir dalam pembangunan belia di Selangor itu. Dengan sebab itu, melalui dasar belia ini, kita mengiktiraf peranan belia dengan memberi dua klasifikasi yang baru, iaitu belia kalangan umur 15 hingga 30 tahun dan kita perkenalkan belia dewasa iaitu yang berumur 31 hingga 40 tahun. Dan ia menjadi asas kepada pelan pembangunan
Selangor kelak. Agar cadangan polisi, pelan tindakan pembangunan belia, memelihara hak keperluan belia berdasarkan peruntukan undang-undang yang bersesuaian. Mewujudkan pelaksanaan modul kejurulatihan di dalam dasar belia 2020 ini. Menekankan elemen spiritual yang merangkumi kompenan keagamaan dan kerohanian dalam domain kesejahteraan kesihatan dan sukan sebagai pengukuh kepada pembangunan Dasar Belia 2020. Justeru, dasar belia ini, adalah sesuai dan terpakai kepada belia yang bersekolah, belia yang berada di institusi pengajian tinggi, belia berkerjaya profesional mahupun usahawan, belia berisiko, belia minoriti, belia berpersatuan, belia masa mahupun belia antara masa.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya mencadangkan sokongan terhadap Dasar Belia Selangor 2020 yang telah dirangka dan dibentuk ini.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini adalah suatu Usul yang telah dibawa oleh pihak kerajaan iaitu Usul Belia Selangor 2020. Oleh itu saya kemukakan Usul ini untuk dibahaskan. Rawang, saya bagi 5 minit.
Ok. Terima kasih Tuan Speaker yang memberi peluang bagi membahas Dasar Belia Selangor bagi tahun 2020. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama UPM Universiti Putra Malaysia, Penggerak Belia Selangor Majlis Belia Selangor bagi menyempurnakan kajian bagi melahirkan dasar ini. 10 domain yang penting ternyata dalam dasar belia, telah menyebut isu-isu yang dihadapi oleh golongan muda dan turut memberi strategi dasarnya bagi cara penyelesaian bagi setiap isu. Dengan ada dasar belia ini telah sebagai satu garis panduan dan rujukan-rujukan KPI pelaksanaan untuk jangka masa 10 tahun yang akan datang secara menyeluruh. Sesuai untuk keperluan masa kini. Ketika Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor memegang jawatan EXCO yang bertanggungjawab atas belia dan sukan telah memperkenalkan Dasar Belia Selangor tahun 2015 pada tahun 2014. Dan telah berjaya membina satu hubungan yang kukuh dan mantap antara Kerajaan Negeri dan belia. Kerajaan Selangor dan belia berpisah tiada. Pelbagai program belia telah di sejak 2018 ketika pandemik telah dilaksanakan. Ketika pandemik Covid-19 pelbagai cabaran dihadapi oleh golongan belia. Kerajaan Negeri Selangor turut menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan kehidupan seperti program RiDE dan Jelajah Kerjaya bagi membantu mendapatkan pekerjaan. Sejak tahun 2009 Kerajaan telah memperkenalkan Penggerak Belia Tempatan bagi tujuan melahirkan pemimpin muda yang berkualiti dan berwibawa. Setelah 12 tahun pelaksanaan Kerajaan Negeri telah berjaya melatih pimpinan di pelbagai bidang termasuk perniagaan, seni, politik. Dalam sidang ini terdapat juga ramai Ahli Dewan Negeri yang muda turut adalah bekas PeBT seperti Balakong, Bukit Malawati, Pelabuhan Klang, Rawang dan juga yang lain-lain.
Walau bagaimanapun program Kerajaan Negeri masih berjalan jenama yang baru Penggerak Belia Selangor dengan struktur baru bagi menyesuaikan aspek-aspek masa kini. Setelah Kerajaan Persekutuan memberi definisi had umur bagi belia adalah umur 18 sehingga 30 turut menerima respons yang negatif dari pelbagai pertubuhan dan juga parti politik. Antara sebabnya adalah penepatan had umur belia akan mematikan aktivisme belia dan juga turut memberi kesan kepada progress pembinaan negara. Dasar belia berdasar Dasar Belia Selangor 2020 golongan umur antara 30 hingga 40 telah memberi takrifan baru iaitu belia dewasa maka tiada kerisauan golongan ini dianaktirikan dalam Dasar Belia Selangor. Tuan Speaker dan Ahli Dewan sekalian, saya tertarik dengan isu teras berkaitan dengan kekurangan penglibatan belia yang memimpin di pelbagai masyarakat di Selangor yang telah disebut dalam Dasar Belia Selangor 2020. Belia sentiasa menghadapi cabaran persaingan dengan dewasa antara alasan yang diberi untuk menolak. Menolak pelibatan belia dalam urusan kepimpinan adalah dengan alasan kurang matang untuk membuat keputusan. Ia tidak benar, golongan belia dan anak muda zaman sekarang terdedah dengan pelbagai maklumat dan juga mudah termasuk membabitkan isu lebih awal daripada generasi sebelum ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dalam strategik di Dasar Belia Selangor 2020 turut menyebut kuota sebanyak 30% harus diberi kepada para belia yang berkemampuan untuk memberi peluang untuk mengasah bakat mereka dalam arena kepimpinan masyarakat merentas sektor termasuk dalam sektor politik, sosial komuniti dan juga korporat. Pandangan saya strategik dasar penglibatan belia kuota 30% ini harus bermula dalam urusan Kerajaan Negeri Selangor, supaya memberi ruangan bagi melibatkan belia untuk membuat keputusan atau terlibat dalam pelbagai ahli jawatankuasa dalam negeri. Lantikan kuota Ahli Dewan telah dilaksanakan di negeri Sarawak sejak lama bagi tujuan memperkukuhkan kestabilan pentadbiran kerajaan. Baru-baru ini turut bermula perbincangan khas yang menurut gender bagi Ahli Dewan Negeri. Di dalam Selangor di dalam Negeri Selangor mempunyai 4.5 juta penduduk mempunyai lebih daripada separuh 3 juta adalah terdiri daripada golongan belia. Bermaksud Selangor yang mempunyai pengundi belia yang tertinggi di Malaysia.
Saya turut ingin mencadang Kerajaan Negeri Selangor pertimbangkan dan juga mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan kuota 20% Ahli Dewan bagi golongan belia. Seperti mana tidak mencapai atau tidak mencukupi kuota yang ditentukan maka lantiklah belia-belia sebagai sebahagian daripada Ahli Dewan untuk mencukupi 20%. Bagi memastikan adanya suara anak muda yang mencukupi dalam penggubalan dasar dalam negeri serta meningkatkan penyertaan anak muda dalam bidang politik. Tahniah rakyat Selangor kini di dalam dewan Negeri Selangor mempunyai satu per empat dua puluh peratus Ahli Dewan terdiri daripada golongan belia. Tuan Speaker dan Ahli Dewan sekalian, dalam zaman digital yang bergerak pantas anak muda kini menghadapi pelbagai cabaran yang sebelum ini tidak pernah menghadapi. Sosial ekonomi berubah secara pantas dalam 15 tahun teknologi turut berubah dari era 2G 3G 4G dan kini memasuki zaman 5G. Kerajaan Negeri Selangor telah mengorak langkah menjadi bandar pintar pertama di Asia Tenggara menjelang 2025. Idea-idea
dan penglibatan belia merupakan unsur penting bagi menjayakan misi ini. Sebab mereka adalah sebahagian yang terjejas dalam pelbagai perubahan pembangunan ini. Saya menyambut usaha Kerajaan yang sentiasa melibatkan golongan dalam sesi libat urus dalam belanjawan supaya pembangunan negeri tidak cuba memenuhi permintaan keperluan rakyat. Kawan ingin mencadangkan supaya sesi libat urus dan dialog dengan belia patut diperbanyakkan bagi merangkumi suara-suara mereka. Anak muda merupakan tunjang bakal menerajui kepimpinan negara dan negeri kita. Maksudnya setiap pembangunan adalah berkait rapat dengan anak muda maka penting untuk mempunyai dasar yang sesuai untuk masa kini supaya pembangunan belia dan negeri bergerak serentak. Walaupun peringkat persekutuan telah wujud dasar pembangunan belia ini negara pada tahun 1997. Yang amat menyedihkan adalah dasar ini tidak pernah menjadi rujukan sebagai Kerajaan selama ini. Pembangunan yang berjaya patutlah melibatkan suara dan kepentingan belia. Saya turut berharap bahawa setiap pelaksanaan program Kerajaan boleh mengambil dasar Belia Selangor 2020 sebagai rujukan supaya negeri kekal negeri yang maju dan kompeten. Maka akhirnya maka Rawang menyokong dasar Belia Selangor untuk 2020. Sekian terima kasih.
Baik Rawang. Saya persilakan Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya terus kepada point, point yang pertama saya ingin menyentuh berkaitan dengan domain 1 dalam Dasar Belia Selangor 2020. Iaitu kepimpinan dan literasi politik. Saya menerima baik usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menyemai kepimpinan literasi antara belia Selangor. Melalui penetapan Kongres Belia Selangor dan juga pencaknaan dan program kepimpinan politik dan demokrasi. Dalam pada itu saya berharap kita tidak dengan izin reinvent the view terdapat ramai NGO yang sedang melaksanakan program ini baik untuk sehari atau bersiri dan saya harap Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil peluang untuk bekerjasama serta dengan izin tap into their expertise. Contohnya NGO undi 18 yang telah luaskan skopnya untuk merangkumi pelbagai melalui interest group dengan izin melalui the one one initiatives dengan izin bagi menggalakkan wanita muda memahami dan menceburi bidang politik semi 18 yang mengutarakan reformasi Dewan Negara dan my hutan yang berteraskan pelindungan hutan. Melalui kerjasama dengan NGO seperti Undi 18 dan lain-lain kita tidak perlu start from zero dengan izin. Kita boleh mengadaptasi program mereka kepada keperluan negeri. Berkenaan kongres Belia Selangor saya ingin bertanya tentang pemilihan pemegang taruh utama saya berharap kita akan mengambil kira golongan belia yang marginalize dengan izin contohnya belia OKU, Orang Asli dan lain-lain. Begitu juga dengan dasar pelaksanaan kuota representative belia sebagai ahli dalam kepimpinan masyarakat merentas sektor. Apabila kita bercakap tentang representasi merit adalah penting untuk kita mengambil kira tentang kesenjangan sosial ekonomi dan leave experiences dengan izin bandingkan sorang anak muda daripada keluarga berada yang dapat belajar di Universiti Swasta dapat straigh A dengan izin berbanding sorang anak muda daripada keluarga B40 yang bertungkus-lumus sehingga berjaya
mendapat tempat di Universiti Tempatan tapi grednya ok sahaja. Tetapi kita tidak harus mengetepikan pengalaman hidup dan potensi pelajar kedua walaupun tidak kelihatan sempurna on paper dengan izin. Bahagian yang kedua saya ingin mengucapkan tahniah dan juga sentuh sedikit berkenaan dengan domain 7 iaitu keagamaan, kesihatan dan kesejahteraan. Saya tertarik dengan point kedua iaitu meningkatkan perkhidmatan dan kesedaran sokongan psiko sosial.
Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat EXCO Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan kerana mengambil serius isu kesihatan mental ini dan saya menyokong sepenuh sekiranya Kerajaan Negeri dapat menyediakan insentif mendidik kepada pelajar untuk menceburi bidang mengenai kesihatan mental untuk menyelesaikan masalah kekurangan pakar kesihatan mental bukan sahaja di Negeri Selangor tetapi juga di seluruh negara. Saya juga mencadangkan satu penambahbaikan di mana saya berharap kita juga akan mendekatkan belia kepada prospek kerjaya sebagai pekerja sosial. Kita semua maklum bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat selalu kekurangan tenaga pekerja dan mereka juga menyediakan sokongan psiko sosial dalam pada kita cuba menggalakkan pelajar untuk menceburi bidang seperti menjadi pakar kesihatan mental dan sebagainya kita jangan lupa kerjaya dalam kerja sosial. Dan juga gembira melihat cadangan untuk menambah perkhidmatan psikiatri ke skim insurans peduli sihat. Saya ingin tanya adakah Kerajaan Negeri akan wujudkan satu panel doktor dan sekiranya belum saya berharap Kerajaan Negeri akan berhubung dengan persatuan-persatuan pakar kesihatan mental contohnya Persatuan Kaunseling Malaysia, Malaysia Society Clinical Psychology dengan izin dan Malaysia Secretariate Associate. Dan terakhirnya dengan domain 8 dan media sosial. Saya ingin cadangan bahawa agar program pendidikan keselamatan siber literasi media sosial ini diawalkan kepada 13 tahun. Kalau boleh mula dari sekolah rendah lagi baik. Ini kerana bagi ramai belia kehidupan di alam maya adalah hampir setara dengan realiti mereka telah membesar dikelilingi i-pad smart phone dan sebagainya. Oleh itu risiko belia didedahkan kepada pemangsa seksual dan scammer dalam talian amat tinggi. Selain Facebook, Instagram, Twitter dan Tik Tok saya kira kita dan agak kenal. Terdapat sosial yang agak popular tetapi kita tidak membincangkannya iaitu Discord dan Twitch. Discord adalah instant messaging dengan izin dan digital distribution di mana ramai belia akan lepak dalam chat room dan sembang pelbagai topik contohnya e-sukan melukis komik dan lain-lain. Twitch pula akan melibatkan life streaming dengan izin terutamanya streaming sport dan lain-lain. Dan kedua platform ini pernah menghadapi isu pemangsa seksual dan dengan izin heat speech and arrestment. Dan pemangsanya terutama seksual licik mereka mahir dalam grooming dengan izin anak muda, contohnya dalam Twitch berkaitan komik, mungkin pemangsa dia akan mula minta anak muda tu untuk melukis komik biasa-biasa. Bila dah berkawan pemangsa dia akan meningkatkan up the level dengan izin sehingga komik yang diminta itu mengandungi pornografi. Selain bahaya ini bahaya kesan psikologi anak muda ini buka sesuatu yang mudah diselesaikan.
Yang Berhormat
Ya.
Boleh duduk.
Ini point yang terakhir. Satu minit.
Tak sempat. Tak boleh duduk dulu. Sambung esok. Tutup mic. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Masa telah menunjukkan 4.30 petang. Dengan ini saya menangguhkan dewan hingga hari esok 9.12.2021 hari Khamis jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
( DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG )