Selangor · 15 March 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 287 turns · 33,644 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Keempat Belas pada 15 Mac 2022 dimulakan dengan bacaan doa.
Salam sejahtera dan selamat datang kepada Yang Amat Berhormat Dato Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri, Pegawai Kerajaan dan pada pemerhati sekalian.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai langkah membendung penularan wabak tersebut juga semua yang berada di dalam Dewan ini diwajibkan telah menerima vaksin COVID-19 dan telah menjalani ujian saringan secara antigen Rapid Test Kit (RTK) COVID-19 dan mendapat keputusan negatif COVID-19. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ujian saringan PCR COVID-19 telah diadakan secara berpusat kepada semua yang terlibat menghadiri persidangan pada 12 Mac 2022 secara drive-thru di Dataran Dewan Negeri Selangor. Semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai dan Petugas dipohon untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 seperti yang telah diedarkan oleh pihak urus setia sebagai salah satu syarat wajib sebelum menghadiri persidangan dewan pada setiap hari. Digalakkan setiap hari. Sekiranya ada yang mendapati diri mereka mempunyai gejala COVID-19, mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan dewan dan perlu memaklumkan perkara ini kepada urus setia persidangan dengan kadar segera.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, mengambil kira situasi wabak Coronavirus COVID-19 Omicron yang semakin meruncing di Negeri Selangor, jemputan wakil jabatan di sesi persidangan di Dewan Negeri Selangor pada kali ini adalah dihadkan kepada beberapa jabatan sahaja dan sebagai usaha bagi membendung penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun jabatan dan agensi Badan Berkanun yang lain boleh mengikuti sesi persidangan secara langsung melalui portal rasmi TV Selangor, http://selangor.gov.my atau http://multimedia.selangor.gov.my. Sebarang maklumat persidangan yang terkini juga akan dihebahkan melalui portal http://dewan.selangor.gov.my dari semasa ke semasa. Semua Ahli Dewan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Petugas yang berada di dalam Dewan ini adalah dipohon supaya menjaga etika keselamatan dan kesihatan untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 di dalam Dewan yang mulia ini. Beberapa amalan perlu diambil perhatian oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat iaitu memakai pelitup muka (face mask). Kedua, memastikan amalan penjarakan fizikal sentiasa dipatuhi. Ketiga, memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan baik. Bebas dari demam, selesema, batuk dan sesak nafas. Dan keempat, mengamalkan etika bersalam seperti salam hormat yang
tidak bersentuhan. Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada pagi ini.
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Membentangkan kertas-kertas mesyuarat.
1) Kertas Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2022 - Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan 2022
2) Kertas Mesyuarat Bilangan 2 Tahun 2022 - Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2020
3) Kertas Mesyuarat Bilangan 3 Tahun 2022
- Penyata Kewangan Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020
4) Kertas Mesyuarat Bilangan 4 Tahun 2022 - Penyata Kewangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020
5) Kertas Mesyuarat Bilangan 5 Tahun 2022 - Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 Dan Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 Bagi Kerajaan Negeri Selangor
6) Kertas Mesyuarat Bilangan 6 Tahun 2022
-Anggaran Perbelanjaan Tanggungan 2022 Dan Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Tanggungan Tahun 2022 Bagi Kerajaan Negeri Selangor
7) Kertas Mesyuarat Bilangan 7 Tahun 2022 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Bencana Banjir Pada Bulan Disember 2021 Di Negeri Selangor
8) Kertas Mesyuarat Bilangan 8 Tahun 2022 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Committee On Water Resource Management Of The State Of Selangor (JPK-SAS) Berhubung Projek Bagi Menghubungkan Horas 600 Ke Loji Rawatan Air (LRA) SSP 1, 2, 3 & Rantau Panjang dan Off River Storage ke LRA Semenyih
9) Kertas Mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2022 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Committee On Water Resource Management Of The State Of Selangor (JPK-SAS) Berhubung Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Rasau
10) Kertas Mesyuarat Bilangan 10 Tahun 2022 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Committee On Water Resource Management Of The State Of Selangor (JPK-SAS) Berhubung Kesiapsiagaan Kerajaan Negeri Menghadapi Musim Kemarau Pada Tahun 2025
11) Kertas Mesyuarat Bilangan 11 Tahun 2022 - Laporan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor
12) Kertas Mesyuarat Bilangan 12 Tahun 2022 - Laporan Tahunan 2020 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
13) Kertas Mesyuarat Bilangan 13 Tahun 2022 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Isu Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (KTK) Selepas Penamatan Program Pematuhan Syarat Dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran (PPSPKTK) Di Negeri Selangor
14) Kertas Mesyuarat Bilangan 14 Tahun 2022 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan (JPK-Pembasmian Kemiskinan) Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Kategori Miskin Dan Pemberian Bantuan Untuk Golongan Miskin Di Negeri Selangor
15) Kertas Mesyuarat Bilangan 15 Tahun 2022 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Fungsi Dan Peranan Pejabat Daerah Dan Agensi Lain Berkaitan Dengan Pengurusan Dan Pewartaan Kampung Serta Penggubalan Sebuah Enakmen Khas Untuk Tujuan Ini
16) Kertas Mesyuarat Bilangan 16 Tahun 2022 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun Dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS)
Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Status Pembinaan Projek Taman Putra Perdana Oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
17) Kertas Mesyuarat Bilangan 17 Tahun 2022 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Prestasi Kaunter Urus Niaga Di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS)
18) Kertas Mesyuarat Bilangan 18 Tahun 2022 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (Public Account Committee - PAC) Berkaitan Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd.
19) Kertas Mesyuarat Bilangan 19 Tahun 2022 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Permohonan Untuk Pengeluaran Hak Milik Strata Bagi Bangunan Hotel / Hotel Suite
20) Kertas Mesyuarat Bilangan 20 Tahun 2022 - Maklum Balas Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Committee On Water Resource Management Of The State Of Selangor (JPK-SAS) Berhubung Pewartaan Sumber Dan Infrastruktur Air Sebagai Tempat Larangan / Kawasan Larangan / Sasaran Penting Di Negeri Selangor
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Bukit Lanjan. Saya nak maklumkan Ahli-Ahli Dewan Negeri, Yang Berhormat Bukit Lanjan pagi tadi telah memaklumkan bahawa beliau telah positif COVID-19. Maka beliau tidak dapat hadir. Maka saya benarkan untuk Banting.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan pertama saya ambil di bawah Peraturan Mesyuarat 24(2) bagi pihak Bukit Lanjan.
Silakan.
Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. Banjir Disember 2021Questions
1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan sebab-sebab mengapa berlaku banjir yang terlalu teruk khususnya di Klang, Taman Muda dan Hulu Langat.
b)
Berapa rumah dan keluarga yang terkesan akibat bencana tersebut dan berapa jumlah bantuan yang telah diberi oleh kerajaan?
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting yang mewakili Yang Berhormat Bukit Lanjan. Soalan yang saya rasa saya terima daripada ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat berhubung dengan isu banjir bagaimana apa yang berlaku fenomena banjir pada bulan Disember lepas dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi jangka segera dan jangka panjang bagi penyelesaian pada masalah banjir yang besar yang berlaku pada bulan Disember. Soalan ini dijawab bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Permatang, Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Yang Berhormat Rawang, Yang Berhormat Sungai Panjang.
Yang Berhormat boleh bagi no soalan?
No soalan tidak ditulis. Nanti saya akan bagi sekejap lagi. Dan Yang Berhormat Sungai Burong, Sungai Air Tawar, Hulu Bernam dan juga Semenyih dan juga fokus lebih kepada berhubung dengan isu-isu infrastruktur yang berkaitan dengan banjir dan soalan itu menyentuh mengenai bencana akan dijawab nanti oleh EXCO yang berkaitan untuk makluman Dato Menteri Besar.
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir besar di Negeri Selangor pada 17-19 Disember 2021 adalah seperti berikut. Yang pertama, taburan hujan luar biasa yang julung kalinya kita hadapi di Negeri Selangor yang melebihi 300mm dan ada yang mencecah 500mm menyebabkan sistem saliran sedia ada tidak mampu untuk
menampung kapasiti air larian yang tinggi. Kedua, pertembungan air laut pasang tinggi semasa hujan menyebabkan air lebihan tidak dapat disalurkan terus ke laut. Yang ketiga, kedudukan kawasan topografi yang rendah di beberapa tempat berbanding paras air sungai. Yang keempat, pengoperasian rumah pam dan pintu kawalan air terpaksa dihentikan akibat terputus laluan perhubungan dan bekalan elektrik. Kelima, peningkatan zon pembangunan tanah mengurangkan tahap ketelapan air dan menyebabkan air larian yang tinggi.
Kerajaan Negeri Selangor melalui JPS telah membuat perancangan pengurusan banjir melalui 2 kaedah iaitu langkah struktur dan langkah bukan struktur dalam menangani isu banjir pada masa akan datang. Langkah struktur melibatkan projek tebatan banjir yang merangkumi komponen seperti berikut.
1. Pembinaan ban banjir / tembok penahan banjir ataupun flood wall, terowong banjir (flood tunnel), bypass channel dan baraj bagi tujuan kawalan banjir.
2. Pembinaan kolam takungan banjir seperti underground storage, elevated pond, vertical dan horizontal storage dan kolam takungan bertingkat.
3. Pembinaan pintu kawalan air dan rumah pam yang diintegrasikan dengan sistem kawalan penyediaan, penyeliaan dan perolehan data berkomputer atau ringkasnya SCADA bagi pintu air di kawasan yang berisiko tinggi mengalami banjir. Pintu air ini akan dikawal secara automatik dan juga boleh dikawal serta dipantau menerusi komputer dan telefon pintar.
4. Melebar dan mendalamkan sungai dan sistem saliran lain.
5. Menaiktaraf sistem saliran.
Langkah bukan struktur pula terdiri daripada komponen-komponen seperti berikut :
1. Program Ramalan Awalan Banjir Negara (PRABN) yang berupaya meramal kejadian banjir monsun tujuh (7) hari lebih awal. Memberi amaran banjir monsun dua (2) hari lebih awal. Ketepatan ramalan aras air dan ramalan banjir kilat 1 hingga 3 jam lebih awal berdasarkan data ramalan cuaca dari Jabatan Meteorologi Malaysia. Selain itu, PRABN juga berupaya memberi amaran dan hebahan banjir monsun dari 6 jam kepada dua (2) hari lebih awal kepada agensi berkepentingan dan penduduk yang terlibat dengan banjir. Program ini telah bermula pada September 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Mac 2024 walaupun program ini ada dua (2) fasa, fasa pertama telah pun, sedang berjalan. Fasa kedua ini akan bermula pada bulan Mac. Program ini merangkumi pengesanan, ramalan, amaran dan hebahan.
2. Pembangunan rangkaian stesen hidrologi termasuk sistem saliran amaran banjir untuk mengumpul dan memproses data hidrologi bagi tujuan ramalan dan amaran banjir.
3. Pembangunan sistem pemantauan banjir melalui laman web Info Banjir Negeri Selangor untuk memberi amaran awalan banjir kepada orang ramai mengenai status paras air sungai, taburan hujan dan kamera pemantauan status banjir.
4. Penggunaan Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang menetapkan keperluan mandatori yang perlu dipatuhi bagi pembangunan baru di kawasan bandar.
5. Pendekatan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu dan Pengurusan Banjir Bersepadu bagi rancangan pengurusan banjir. Ini akan memberikan pendekatan yang lebih seimbang antara langkah-langkah struktur dan bukan struktur serta tahap penyertaan masyarakat yang lebih tinggi.
6. Kajian Lembangan Sungai dan Tebatan Banjir serta Kajian Pelan Induk Saliran (PISMA).
7. Pengurusan Kawasan Tadahan yang merangkumi kawalan pembangunan, pemeliharaan tanah dan pengurusan penggunaan tanah tinggi.
8. Peta Hazard banjir yang digunakan untuk tujuan penilaian risiko bagi mengurangkan kerugian akibat banjir.
9. Kajian semula keupayaan dan operasi empangan di bawah LUAS dan Syarikat Air Selangor untuk mengkaji kesesuaian empangan Sungai Langat dan empangan Sungai Semenyih digunakan untuk tujuan operasi kawalan banjir selain daripada untuk bekalan air.
Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan Peruntukan Pembangunan sebanyak RM57.95 juta pada tahun 2022 kepada JPS untuk melaksanakan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 seperti berikut :
1. Projek Rancangan Tebatan Banjir dengan kos tahunan RM12 juta daripada kos keseluruhan RM253.15 juta.
2. Pembangunan Sistem Saliran dengan kos tahunan semasa RM9.2 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM113 juta.
3. Pembangunan Lembangan Sungai dengan kos tahunan semasa RM15.6 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM83.9 juta.
4. Pembangunan Sumber Air dan Hidrologi dengan kos tahunan RM1.2 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM6 juta.
5. Pembangunan Sistem Mesra Alam dengan kos tahunan semasa RM9 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM53.3 juta.
6. Pembangunan pantai dengan kos tahunan semasa RM5.2 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM24.9 juta.
7. Pembangunan infrastruktur mekanikal dan elektrikal dengan kos tahunan semasa RM4.0 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM11.75 juta.
Tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dalam tempoh terdekat adalah melaksanakan kerja-kerja pasca banjir seperti berikut :
1. 37 kerja segera berjumlah RM39.675 juta yang merangkumi skop mengorek sungai, perolehan kolam, pembetulan ban dan juga pembinaan ban dan perolehan pam bergerak.
2. 12 kerja-kerja kritikal berjumlah RM9.18 juta yang merangkumi skop membaik pulih ban dan juga perolehan genset dan sistem siren.
3. 92 kerja-kerja pasca banjir berjumlah RM45.86 juta menggunakan peruntukan Pembangunan Negeri yang merangkumi skop kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing sungai, penyelenggaraan sungai dan pantai serta kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam dan pintu air.
4. 80 kerja-kerja pasca banjir berjumlah RM20 juta menggunakan peruntukan Pembangunan Persekutuan yang merangkumi skop pemuliharaan sungai.
Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker. Banting tertarik dengan soalan ini dan ingin bertanya kepada Kerajaan berkenaan dengan Sistem Ramalan yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi iaitu Sistem PRABN yang dikatakan telah pun diperoleh pada bulan September tahun 2021. Memandangkan kita lihat dalam salah satu punca yang menyebabkan banjir besar ini adalah disebabkan oleh sebuah ribut taufan yang bernama Rai yang melanda Filipina Selatan dan bertiup ke arah Barat Daya sehingga ke Semenanjung Malaysia
menyebabkan banjir besar dan taburan hujan yang luar biasa. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Selangor, apakah cara yang ada pada Kerajaan untuk membuat ramalan dengan lebih awal sebelum sistem PRABN ini dapat disampaikan ataupun dihantar ataupun dipasang di Negeri Selangor kerana difahamkan kita perlu menunggu sehingga ke akhir bulan ini ataupun bulan empat (4) sementara cuaca sekarang sebenarnya tidak begitu menentu jadi apakah langkah-langkah alternatif yang ada untuk memastikan kita dapat meramal dengan lebih tepat lagi taburan hujan dan juga banjir ini. Soalan saya.
Yang Berhormat Banting, sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa Sistem Program Ramalan Amaran Banjir Negara ataupun PRABN sebenarnya telah dilaksanakan cuma tidak di Negeri Selangor. Ia, tumpuannya adalah kepada di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, itu yang saya dimaklumkan cuma kita di Negeri Selangor ini, banjir besar baru-baru ini menyebabkan disegerakan pelaksanaan Program Ramalan Amaran Banjir Negara atau PRABN ini yang sangat berkesan sebenarnya dalam mengesan kedatangan banjir tujuh (7) hari, ia dapat mengesan dan dua (2) hari sebelum. Dua (2) hari sebelum itu ia akan memberitahu keadaan banjir yang bagaimana, tetapi tujuh (7) hari itu amaran dapat diberikan. Ini berkesan dan telah dilaksanakan sebagaimana saya sebut tadi dalam proses pelaksanaan fasa 2, fasa pertama telah pun dilaksanakan, fasa 2 ini akan dibuat perolehan pada bulan Mac. Dan ini sebenarnya, sistem ini melibatkan mengesan, meramal dan memberi amaran dan hebahan. Ia ada empat (4) komponen PRABN ini dan ia digunakan bersekali dengan ramalan yang dibuat oleh Jabatan Meteorologi, Meteorologi ini hanya meramalkan tetapi dari segi impak daripada ramalan itu, ini akan dilaksanakan di bawah PRABN ini. Itu yang antara perkara yang dipercepatkan disebabkan banjir besar yang berlaku di Negeri Selangor baru-baru ini. Cuma kita perlu faham bahawa proses ini bukannya mudah ya. Proses mengesan model yang digunakan oleh Jabatan Meteorologi itu memang kita pun ada bertanya mereka sebab kita tidak berapa puas hati sebab apa, kalau kita lihat pada bulan 12 memang amaran diberi tetapi amarannya lebih kepada berjaga-jaga dan tidak ada amaran yang seolah-olah memberi gambaran bahawa akan berlaku besar betul banjir itu. Kita memang ada amaran diberi saya lihat dalam rekod yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi, ada menyebut langkah berjaga-jaga dan juga bahaya tetapi tidak sampai ke peringkat yang besar sebagaimana yang berlaku. Jadi, ini yang kita minta supaya dapat diperbaiki tetapi yang lebih penting juga ialah di bawah PRABN ini kita memerlukan simulasi. Apabila berlaku taburan hujan, taburan hujan ini, untuk makluman semua ia tidak sama ya. Kalau kita dulu beranggapan taburan hujan yang besar ini berlaku biasanya di hulu sungai, di kawasan catchment area, tempat layangan empangan kita tetapi yang fenomena yang sangat luar biasa yang berlaku baru-baru ini, kita dapati di Shah Alam, contohnya pada hari Sabtu, di hari Jumaat dan Sabtu itu, Shah Alam menerima dalam 300mm lebih hujan, yang peliknya kawasan hiliran Klang hampir 500mm. Bukan di hulu, hilir. Di hilir pula yang lebih lebat dan juga di beberapa tempat yang lain menyebabkan perancangan kita dalam menguruskan tebatan banjir ini tidak boleh kita menggunakan kaedah yang
konvensional di mana di kawasan catchment atau hulu kita menggunakan storage yang besar untuk menyimpan air. Ia cukup luar biasa fenomena climate change ini yang sangat luar biasa ini memerlukan kita membuat profiling ataupun topografi seluruh kawasan sungai kita dan juga muka bumi di Negeri Selangor ini supaya apabila berlaku taburan di merata tempat ini kita boleh simulate, buat simulasi dan melihat kesan dia bagaimana aliran air dan bagaimana keadaan banjir akan berlaku, di tempat mana, tanpa ada data maklumat topografi yang tepat pada permukaan bumi ini, maka kita tidak berupaya membuat simulasi itu. Proses itu yang memakan masa untuk dibuat dan telah pun dimulakan untuk mendapatkan dengan teknologi terkini sama ada remote sensing ataupun melalui lidar yang kita perlukan dan juga hidrologi, hidrografi dan sebagaimananya, kita perlukan untuk memastikan apabila PRABN ini ataupun Program Ramalan Awalan Banjir ini berlaku, dilaksanakan, kita dapat membuat satu simulasi dan membuat satu hebahan yang tepat dan in time, lebih awal. Ini yang diperlukan untuk dilaksanakan. Terima kasih.
Tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Terutamanya saya hendak mulakan dengan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana bertindak saya kira secara proaktif dalam menghadapi musim tengkujuh pada kali ini kerana saya juga terlibat di dalam mesyuarat persiapan ataupun persediaan menghadapi banjir musim tengkujuh pada tahun ini. Dan saya dimaklumkan oleh Pegawai Daerah bahawa ini adalah arahan daripada Kerajaan Negeri meliputi keseluruhan daerah di Negeri Selangor. Dan beberapa perkara yang saya kira sangat baik dibincangkan soal kawasan-kawasan yang prone yang terdedah kepada banjir setiap tahun dan juga dibincangkan isu-isu yang harus ditangani oleh beberapa agensi yang ada authority, PBT, JPS, JKR tetapi saya lihat, saya tidak pasti sama ada tidak sempat ataupun macam mana ya, tetapi sebahagian besar perkara-perkara yang dibincangkan itu tidak dapat diselesaikan sehingga kita menghadapi banjir yang lalu. Saya tidak tahu sama ada faktor kewangan ataupun faktor tidak boleh digerakkan kerja-kerja untuk yang telah dibincangkan ataupun apa? Jadi, kalau boleh mungkin Kerajaan Negeri boleh memberikan maklum balas, saya kira kalau kita dapat menangani dengan sebaik mungkin, mungkin kita tidak berbelanja lebih besar daripada apa yang kita telah hadapi dalam pasca banjir yang berlaku pada baru-baru ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Ingin saya berkongsi di sini, apa yang berlaku sebenarnya sebagaimana yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi, bahawa memang sebagaimana yang saya sebutkan dalam, pun dah keluar dalam kenyataan akhbar yang disalah anggap, saya menyebut pengalaman, kita tidak ada pengalaman menguruskan banjir besar ini. Bukan maksud kita hendak merendahkan sesiapa tetapi memang betul kita tidak mempunyai
pengalaman termasuklah Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar dan saya sendiri pun tidak ada. Kita biasa menguruskan banjir kilat, itu ada, tetapi banjir yang besar begini kita tidak ada pengalaman dan kita tentulah, itu tidak bermakna dan tidak ada kompetensi kita hendak laksanakan. Memang kerja di semua peringkat daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sampai ke Pegawai dan kita semua memang bertungkus-lumus siang malam untuk membantu dan melaksanakan setakat yang kita upaya. Itu ialah satu hakikat. Cuma dari segi pengurusan banjir yang besar sebegini skala yang sebegini besar, satu pengalaman baru bagi kita, ia menyebabkan termasuklah jabatan agensi kita pun tidak berupaya. Saya bagi contoh macam JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran, bila berlaku banjir itu, mereka sendiri pun, pegawai-pegawai terperangkap di highway, di jalan-jalan raya, ada yang tidak balik rumah, tidak boleh balik, terperangkap di merata tempat, jadi hendak operate, kemudian juga berlaku dalam masa yang sama, bekalan elektrik semua terputus hampir seribu (1000) pencawang Tenaga Nasional yang saya pantau setiap hari, pencawang-pencawang Tenaga Nasional ini yang hampir seribu (1000) unit mereka tenggelam dalam air dan terpaksa ditutup. Jadi bila terputus, itu bermakna komunikasi kita pun terputus, dengan menara-menara telekomunikasi pun shut down, hendak berkomunikasi pun kita ada masalah. Jadi, semua tidak berupaya dan aset-aset yang ada pun contohnya JPS, tempat bangunan mereka sendiri pun banjir, tidak berupaya untuk ambil bot pun. Tidak berupaya hendak dapatkan bot. Jadi ini yang berlaku yang kita jadi kan itu satu pengajaran dalam persiapan kita di bawah Unit Bencana sebagainya untuk menghadapi suasana kita perlu memikirkan semua aspek. Saya bagi contoh macam pengurusan rumah pam atau pun pengurusan pintu air, bila eletrik tak ada dia pun jammed tak boleh nak kawal pintu air, tak boleh nak kawal pam. Jadi dalam antara cadangan segera yang kita buat ini ialah memastikan bahawa mobile genset kita berupaya untuk sampai ke kawasan-kawasan pintu air. Kemudian pelaksanaan sekadar remote control itu pun kena buat dan bekalan elektrik mesti ada genset kalau tidak, kita ada remote control pun tak boleh buat apa letrik tak ada. Jadi itu antara perkara-perkara yang kita teliti dan baru ini Alhamdullillah saya bersama-sama dengan pakar-pakar daripada pihak universiti daripada konsultan yang kita telah ada pertemuan bincang untuk melihat keseluruhan penyelesaian dan saya dah bentangkan di mesyuarat di Retreat EXCO baru ini di Langkawi dan telah pun menyeluruh kepada penyelesaian banjir dan juga pengurusan sumber air. Kita jangan lupa bahawa kemungkinan kemarau nanti kita kena ada air juga disimpan dan kombinasi di antara kolam takungan, tasik, empangan dan sistem saliran kita telah kenal pasti pelbagai kaedah yang penyelesaian tuntas kepada penyelesaian banjir jika berlaku banjir besar di Negeri Selangor dan tentu memerlukan kos yang tinggi melebihi RM 7.00 billion yang diperlukan, yang kita akan memikirkan kaedah bagaimana mendapatkan dana ini. Sama ada melibatkan juga Kerajaan Persekutuan, yang ini di teliti lagi untuk di perkemaskan dan kita akan bawa supaya dilaksanakan cara langkah pendek sederhana dan juga jangka panjang. Dan kita telah teliti dan melihat semua sudut dan saya harapkan perkara ini dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin untuk memastikan tidak ketentuan terutama climate change atau perubahan cuaca yang amat sukar dan kadang-kadang kita pun engineer pun
sukar nak faham apa yang sedang berlaku dalam dunia hari ini yang memberi kesan banjir dan juga aspek lain dalam kehidupan kita. Terima kasih.
Banting
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ucapkan tahniah kepada Y.B. kerana jawapan Y.B. sebenarnya adalah sangat terus terang, dan ini merupakan satu contoh politik progresif. Cuma saya ingin bertanya kepada Y.B. EXCO, setuju ke Y.B. dengan saya berdasarkan fakta yang dibentangkan oleh Y.B. bahawa kita boleh membuat satu kesimpulan bahawa sekiranya walaupun kita mempunyai sistem PRAB yang saya kira di peroleh oleh Kerajaan Persekutuan adalah dipasangkan di negeri-negeri seperit Kelantan dan Terengganu yang sebenarnya masih menghadapi masalah banjir yang serius, maka kita sebenarnya juga perlu berwaspada bahawa PRAB ini juga perlu dilengkapi dengan pelengkap-pelengkap yang lain faktor-faktor yang lain seperti aspek pentadbiran dan juga persediaan dan juga kecekapan kita untuk menggerakkan aset kerajaan untuk membantu mengatasi masalah banjir ini.
Jadi kesimpulan ialah boleh kah kita buat kesimpulan bahawa aspek ini amat diperlukan dan aspek ini adalah sangat penting dan adalah merupakan satu penilaian atau pun penunjuk sama ada sebuah kerajaan itu efektif atau tidak kalau dia tidak akan dapat menjayakan progress, program dedikasi banjir. Sekian.
Terima kasih Y.B. Banting. Tepat sekali apa yang disebut tadi. Apa yang saya sebut tadi langkah kita dalam cara holistik dalam penyelesaian pengurusan banjir ini ialah mesti bersifat dua komponen iaitu structure dan none structure atau bukan struktur. Ini hanya sistem amaran. Jadi sistem amaran kalau tidak di selaras dengan baik, dia hanya jadi amaran jer lah. Dia tidak akan terlaksana tidak menyelesaikan masalah yang berlaku on the ground. Sebab itu dalam pertemuan kita baru ini dengan JPS Federal dan juga negeri bersama-sama SSDU, kita melihat bahawa ada kelompong dari sistem PRAB ini dia lebih bersifat makro. Jadi dia tidak sampai ke peringkat kerajaan tempatan jadi dia hanya di peringkat makro cara mengumumkan ke peringkat ke atas. Jadi kita akan selaraskan untuk pastikan bahawa apabila maklumat itu sampai, amalan itu berlaku dia sampai ke peringkat sampai ke bawah supaya semua agensi dan jabatan atau individu dan mereka-mereka yang berkepentingan dapat bertindak secara holistik. Ini merupakan satu perkara yang paling penting dari segera penyelesaian yang di sebut oleh YB Banting tadi. Yang kedua ialah pelaksanaan struktur banjir ini dia 3 komponen ini mesti di patuhi. Kalau tidak banjir akan terus berlaku. Pertama ialah sistem takungan, di mana kita ada empangan, tasik, kolam yang saya sebut tadi hujan tidak turun di hulu sekarang ini, dia turun di merata tempat jadi kita memerlukan bukan sahaja empangan kita perlukan tasik kolam sebab itu baru ini cadangan ialah kalau kita nak menempuh monsun dalam bulan 11, 12 ada cadangan kita timbangkan untuk kurangkan air di empangan sebelum bulan 11, 12 supaya air itu, pengurangan itu dapat menampung
sebahagian air hujan yang turun termasuk lah tasik-tasik kolam kita yang banyak yang kita sedang audit di seluruh Selangor. Ada puluhan kolam-kolam tasik yang besar yang kita akan kurangkan airnya ketika menjelang monsun untuk menjadi satu kawasan simpanan apabila datang bulan 11, bulan 12, itu yang pertama.
Yang kedua, saliran kita ada sungai longkang, terowong ini salah satu daripada satu sistem saliran sebenarnya yang dikatakan SMART yang dekat Kuala Lumpur, untuk makluman semua Y.B. Speaker, SMART itu bukan makna smart, pintar ini sebab banyak orang salah faham. SMART itu dibina lama dulu makna dia ialah Sistem Water Management dan road tunnel, itu ringkasan, bukan smart pintar. Dia tak pintar, tak berapa pintar sebab air ambil daripada Kuala Lumpur bawa masuk Selangor. Tak pintar la makna dia. Jadi kita nak terowong yang betul-betul educated yang khas untuk menyalurkan air dalam RM 7billion yang saya cadangkan itu termasuk lah sistem. Dan juga ada juga setengah tempat beberapa tempat yang kita cadang itu, memerlukan eco-duct , eco-duct ini sistem aliran jejantas air di atas itu pun ada di kawasan-kawasan yang rendah kita gunakan sistem itu, itu pun kita cadangkan dengan sekali secara holistik dan yang ketiga yang selalu dilupakan ialah komponen ketiga ialah selepas takungan saliran ialah discharge point kat mana nak buang air itu. Ini yang menjadi masalah besar kerana kita biasa buang ke laut, tetapi sebab kan fenomena yang berlaku kita kena ada kaedah yang lebih tepat ada beberapa cara yang kita cadangkan termasuk sistem strorage bawah tanah sistem kolam yang besar untuk treatment di Pulau Indah dan juga sebagainya, jadi kita kombinasi semua ini memerlukan kos yang tinggi memerlukan penelitian dan juga termasuk juga kaedah yang saya sebut kita pembangunan bandar-bandar kita sekarang tengah buat konsep macam sponge city dia menyimpan air sendiri, untuk mengurangkan beban air turun ke hulu hilir ini antara lagi perkara-perkara yang akan kita perkemas kan dan kita akan berkongsi dengan semua ahli Y.B. termasuk juga di pihak PBT secara holistik. Ini yang merupakan langkah yang sangat mencabar yang kita perlu tangani bersama terima kasih.
Baik saya telah beri masa yang panjang soal banjir ini harap puas hati semua ahli-ahli Y.B. Saya persilakan Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya No.2
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Jumlah Vaksin SelangorQuestions
2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila maklumkan jumlah vaksin Sinovac yang masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor
b)
Apakah tarikh luput bagi kumpulan-kumpulan (batches) vaksin Sinovac yang masih dimiliki?
c)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk vaksin-vaksin ini?
Terima kasih Bandar Utama, Assalamualaikum, Salam Sejahtera kepada Y.B. semua, terutama saya ingin mengucapkan terima kasih keprihatinan Y.B. Bandar Utama berkaitan bekalan vaksin yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, dan vaksinasi merupakan antara langkah penting kepada kita memasuki era endemik kelak. Soalan ini akan dijawab bersekali dengan soalan Pandamaran No.134.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 28 Februari 2022 jumlah vaksin yang masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak sebanyak 63,132 dos daripada jumlah asal iaitu sebanyak 500,000 dos.
Tarikh luput bagi vaksin Sinovac bagi kumpulan yang masih dimiliki adalah pada bulan Jun 2023. Bagi memastikan kesemua vaksin yang dimiliki ini digunakan sepenuhnya, Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan program Vaksin Selangor (SelVAX) peringkat Komuniti yang merangkumi pemberian dos penggalak dan juga vaksin kepada golongan kanak-kanak yang berumur 5 tahun (SelVAX Kids). Terima kasih.
Bandar Utama
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih atas jawapan yang Y.B. EXCO, saya ingin memberi soalan tambahan, sebelum ini Bandar Utama memang telah menjalankan dan melaksanakan banyak program dos Sinovac di bawah kerajaan negeri Selangor, salah satu isu yang kita hadapi adalah masih banyak di antara penduduk telah mendapatkan Sinovac itu tidak mendapa sijil atau pun cert vaksinasi mereka di MySejahtera. Jadi perkara ini agak menyulitkan terutama apabila kerajaan telah mengumumkan sekiranya ada di antara
penduduk atau pun rakyat yang masih menerima dos Sinovac pada bulan Februari sijil vaksinasi penerima akan menjadi putih.
Jadi saya ingin tahu apakah perancangan kerajaan negeri Selangor bagi menyelesaikan isu ini, terima kasih.
Terima kasih YB Bandar Utama, saya akui bahawa kita ada masalah di antara untuk mendapatkan sijil MySejahtera ini disebabkan sistem yang kita guna untuk salurkan semua maklumat kita sebenarnya telah menyalurkan semua maklumat kepada MySejahtera namun ada masalah yang mereka hadapi dari segi untuk menyelaraskan nya antara cadangan yang saya utarakan adalah untuk kita seperti yang sebelum ini memberi satu sijil yang memang dikeluarkan oleh Selgate Sdn Bhd makna dia kita keluarkan sijil untuk vaksin kita sendiri. Saya menjangka bahawa jangka masa panjang sijil ini tidak akan menjadi relevan lagi kerana bila kita masuk fasa endemik maka ia sudah tidak boleh dikawal sebab semuanya sudah akan dibuka sempadan akan dibuka dan walau bagaimanapun kita tidak menekankan dos penggalak itu kepada semua rakyat. Terima kasih.
Pandamaran
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya kepada YB Exco, adakah sekarang ramai sebab kita ada komuniti kepada pekerja asing, dan mereka telah ambil 2 dos, bagaimana kalau mereka dapatkan dos penggalak, sebab sekarang kalau kita buat program kita tidak benarkan mereka ambil, jadi adakah kerajaan negeri dapat memberi kepada mereka, terima kasih.
YB Pandamaran, kalau kita ingat sekarang ini kerajaan menggalakkan dos penggalak nya adalah kalau kita mengambil dos pertama dan dos kedua itu Sinovac, maka dos penggalak mesti bukan Sinovac makna sama ada Pfizer atau AZ. Jadi sekarang ini mereka tidak ada halangan mereka untuk mendapatkan dos penggalak daripada Program PICK yang sekarang masih lagi diteruskan di beberapa PPV oleh Kementerian Kesihatan, jadi bagi saya kita galakkan mereka untuk mengambil Pfizer dan AZ yang diberi secara percuma oleh kerajaan kita, cuma untuk mereka-mereka yang enggan mengambil langsung Pfizer atau AZ kerajaan juga telah menyediakan Sinovac untuk dos penggalak jadi bagi saya tidak ada maslah untuk pekerja-pekerja asing cuma buat masa sekarang oleh sebab kita hanya tinggal 63000 kita ingin untuk mengkhususkan kepada rakyat kita namun saya ingat tidak ada masalah untuk pekerja asing mendapat dos penggalak itu seterusnya.
Bukit Gasing
Terima kasih Tuan Speaker, Y.B. EXCO tadi menjawab ada 63000 daripada 500,000 vaksin komuniti yang masih dalam pegangan kerajaan negeri, tetapi tidak menjawab berapa banyak vaksin industri daripada 750,000 yang masih dalam pegangan kerajaan negeri. Saya lebih risau tentang vaksin industri ini sebab tak ada sekarang senang sangat dapat vaksin adakah sesiapa masih membeli vaksin industri tersebut dan jika tidak apa strategi kerajaan negeri untuk menghabiskan stok tersebut.
Terima kasih YB Bukit Gasing, sebenarnya untuk vaksin yang kita peruntukan untuk industri atau pun secara untuk pembelian tak semestinya industri tetapi juga bagi orang awam untuk mendapatkan secara ini, saya minta maaf sebab saya faham soalan hanya untuk vaksin kita yang percuma itu saya tidak bawa jumlah nya namun bagi saya Selgate telah mengambil langkah-langkah untuk menjual vaksin-vaksin yang telah diperuntukkan selain daripada untuk percuma untuk komuniti untuk dijual kepada klinik-klinik dan juga kepada hospital yang menginginkan Sinovac itu. Jadi oleh sebab itu adalah private walaupun itu di bawah Selgate tetapi kerajaan negeri tidak bertanggungjawab ke atas kosnya kalau mereka gagal menjualnya mereka yang menanggung kerugian.
Y.B. EXCO, sekiranya mereka menanggung kerugian, kerajaan pun menanggung kerugian because it is GLC, syarikat milik kerajaan jadi kita saya rasa jawapan itu tidak sempurna Y.B., macam mana kita nak pastikan kita boleh habiskan jualan tersebut itu saya rasa penting.
Yang Berhormat Bukit Gasing lain kali minta izin dulu ya, jangan terus langgar terus. Satu amaran ya.
Terima kasih, biar saya jelaskan. Keseluruhan yang kita anggarkan untuk membeli vaksin adalah RM2.25 juta. Kemudian Kerajaan Negeri meletakkan sejumlah RM1.25 dan finally selepas agresifnya pembelian di peringkat Federal dan bekalan yang stabil, akhirnya kita selesai kepada 900,000 bekalan vaksin. Daripada 900,000 kita ada balance 200,000. So this 200,000 dengan jumlah vaksin yang diperlukan di Malaysia dan rantau saya percaya kita boleh melakukan penjualan. Apa yang kita buat sekarang ini, penjualan masih lagi di dalam Selangor. Tidak melampaui sempadan Negeri Selangor, kalau kita hendak jual di luar negeri Selangor, saya rasa boleh habis. Kalau tidak pun permintaan rantau seperti Indonesia, seperti Filipina masih boleh lagi dengan jangka hayat vaksin itu jaminannya adalah 3 tahun. So, dengan balance 200,000 dengan yang kita ada setelah selesai 150,000 yang kita tinggal untuk vaksin booster yang telah kita buat. Dan sekarang boleh pula diluluskan oleh KKM, vaksin untuk kids atau pun untuk kanak-kanak.
So, saya percaya yang untuk percuma kita boleh tambah lagi sedikit tapi kita lihat bekalan di Federal juga sudah stabil, jadi mungkin selepas ini kita perlu buat keputusan untuk menjual di luar Negeri Selangor atau pun kalau ada keperluan di luar negara, kita boleh buat dalam sebahagian pakej kita. Boleh juga di pakejkan untuk pelabur-pelabur kita yang hendak pergi di kawasan-kawasan yang mengiktiraf lebih Sinovac. Contohnya ke negara China, kita mempunyai hubungan dagangan yang agak besar dan itu juga merupakan salah satu daripada strategi-strategi susulan yang boleh diambil oleh pihak Selgate dan kita percaya kita boleh habis, kita percaya boleh habis untuk di selesaikan atau pun kalau ada keperluan tambahan-tambahan boost yang ketiga dan yang keempat, i think kita masih ada balance untuk itu, terima kasih.
Tuan Speaker.
Bandar Utama yang terakhir.
Okay, terima kasih sangat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat EXCO yang sebentar tadi. Merujuk balik soalan mengenai Sijil Vaksinasi. Saya cuma ada sedikit tambahan lagi, Cuma Bandar Utama ingin minta pencerahan. Apakah masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan pendaftaran sijil MySejahtera yang sudah berbulan-bulan sehingga kini tidak dapat didaftarkan. Dan selain daripada Kerajaan Negeri sendiri menyediakan kad, adakah tindakan susulan MySejahtera akan diteruskan bagi memastikan sijil vaksinasi secara atas talian di MySejahtera itu akan diperoleh, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Sebenarnya kita masih lagi follow up dengan sijil-sijil MySejahtera yang belum kita dapati. Tapi lately ini, ada sedikit masalah apabila MySejahtera ingin mengenakan charge kepada kita untuk menghasilkan sijil-sijil vaksin ini. Jadi kita dalam proses untuk meneruskanlah, makna tidak adil pada awalnya kita tidak sebut tentang charge ini tetapi sekarang ini hendak dikenakan charge. Itulah rundingan kita dengan pihak MySejahtera.
Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Bukit Melawati No. 3.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Kadar PengangguranQuestions
3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -
a) Apakah kadar pengangguran terkini di Negeri Selangor?
b) Bagaimanakah sambutan dan kejayaan program Jelajah Selangor Bekerja 2021 yang lalu?
c) Berapakah jumlah pengunjung serta yang berjaya mendapat pekerjaan daripada program?
Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Bukit Melawati. Saya mohon izin untuk menjawab soalan pengangguran ini bersekalian dengan soalan 33 daripada Kota Anggerik yang mohon bertanya tentang kadar pengangguran di Negeri Selangor. Dan apakah sambutan yang telah kita terima melalui Selangor Bekerja 2021 yang lalu. Manakala Melawati bertanya tentang jumlah pengunjung dan apakah usaha Kerajaan untuk meningkatkan lagi keberkesanan kepada program Selangor Bekerja ini.
Untuk kita mendapat maklumat dan gambaran sebenar, saya memetik statistik daripada Tenaga Buruh yang terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang menyebut bahawa pada 2019 kadar pengangguran di Negeri Selangor adalah terkawal dan sangat terkawal iaitu 2.9%. Pada 2020 kadar pengangguran kita melonjak daripada kadar 4% iaitu pada kadar 4.3%. Ini adalah masa kita berhadapan dengan pandemik. Pada 2021 kadar di Negeri Selangor lebih tinggi iaitu pada suku pertama 4.5% dan pada suku kedua 4.4%. Tetapi saya ingin menarik perhatian pada Ahli-ahli Yang Berhormat semua, pada suku yang ketiga pada tahun 2021 kita telah menurunkan kadar pengangguran daripada 4.4% kepada 3.6% pada suku yang ketiga dan pada akhir 2021 yang lalu kita berjaya menurunkan lagi kadar pengangguran kita kepada 2.9%. Dan ini adalah kadar yang sangat baik, maka kalau kita bandingkan di antara kadar pengangguran di dalam Malaysia kita, saya suka menyebut pada suku yang keempat 2021, kita berada di tangga yang kedua dalam keadaan kawalan pengangguran kita. Yang pertama adalah Putrajaya sebanyak 1.6% dan kita Selangor duduk di tempat yang kedua, 2.9%.
Kalau kita proposed di antara penduduk dan kadar pengangguran ini, sudah tentu Putrajaya penduduk dia baru 91,900 dan di Selangor penduduk kita adalah 6.5 juta orang. Tetapi kita boleh menurunkan kadar sehingga 2.6%. Kita yakin dengan sokongan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar yang selalu memantau kadar pengangguran kita. Kita akan teruskan program Selangor Bekerja ini dan untuk tahun yang lalu, kita
telah mengadakan sebanyak 6 jelajah Selangor Bekerja. Kita pergi ke daerah Shah Alam atau pun daerah Petaling, Kuala Selangor, Kuala Kubu Baharu atau pun di Hulu Selangor, Hulu Langat dan daerah Petaling sendiri.
Seramai 2,671 pemohon telah hadir ke Selangor Job Fair kita dalam keadaan kita mengawal pergerakan PKP dan sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara di peringkat Negeri Selangor. Maka kita menerima kehadiran 2,671 peserta calon temu duga dan daripada jumlah ini 1,178 iaitu 44% adalah pergi kepada temu duga kedua, manakala 716 itu 27% telah diterima bekerja melalui program Job Fair itu sendiri. Manakala 777 tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi pada tahun ini, kita masih bercadang untuk meneruskan lagi Selangor Job Fair kita untuk ekspo yang lebih besar dan kita harapkan dalam keadaan endemik yang akan bermula dalam bulan April ini nanti, kita dapat membuka seluas-luasnya peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Selangor khususnya.
Persoalan apakah ada keberkesanan untuk kita turun ke daerah-daerah, ya ada keberkesanan tetapi barangkali keberkesanan itu kurang efektif berbanding kalau kita centralize di Shah Alam sebagaimana kita buat pada tahun sebelum-belum ini, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya kepada EXCO. Daripada program Job Fair tersebut, apakah bidang-bidang yang menjadi tarikan oleh para pemohon yang mencari pekerjaan. Itu yang pertama, yang keduanya kita tahu di waktu pandemik ialah dalam masa 2 tahun ini, banyak kilang-kilang yang telah pun tutup dan juga banyak pekerja-pekerja asing yang telah pun kembali ke negeri masing-masing. Dan kini apabila ekonomi telah dibuka semula dan kilang-kilang ini dibuka, kilang-kilang ini memerlukan banyak pekerja-pekerja untuk bekerja di dalam industri mereka. Jadi apakah Kerajaan Negeri boleh lakukan untuk memberikan peluang kepada orang-orang yang memerlukan pekerjaan ini dan juga kepada kilang-kilang yang perlukan pekerjaan ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Pertamanya apakah bidang yang telah banyak ditawarkan, saya mohon untuk memberikan jawapan bertulis sebab saya tidak ada spesifik tetapi bidang kejuruteraan antara bidang yang diminati oleh ramai belia-belia kita di Selangor kita ini.
Dan persoalan untuk makluman Yang Berhormat Sementa, Job Fair kita ini kita tidak khusus kepada mana-mana bidang, semua ada. Kejuruteraan, pembinaan construction, perkilangan semua ada di sana. Tetapi cabaran kita Kerajaan adalah
bagaimana supaya menggalakkan rakyat kita ini bekerja dalam sektor perkilangan. Sebab bila kita temu duga atau pun kita berbincang dengan majikan, rakyat kita beranggapan masih lagi rakyat kita yang masih kurang sambutan dalam sektor perkilangan ini apalagi apabila mereka dikehendaki bekerja dengan bangsa asing atau pun foreigner. Mereka agak skeptikal di situ sebab bila kita minta push ke bahagian sektor yang mungkin lebih rendah ini, mereka beranggapan ini adalah untuk orang Bangladesh sahaja. Jadi di situ kurang sambutan daripada orang kita. Galakan yang kita berikan adalah mungkin dari segi skim gaji yang harus dimainkan peranan oleh majikan. Selain daripada menyediakan kursus-kursus teknikal yang kita adakan sebagaimana yang kita adakan insentif kemahiran teknikal dan IKHTISAS Selangor yang memainkan peranan untuk memberikan kesedaran di samping program-program yang dijalankan oleh MBI iaitu di Selangor Kerjaya yang menyediakan match making di antara secara dalam talian.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kita akan menerima cabaran ini dan terus kita mengadakan program Job Fair kita walau bagaimanapun kadar sambutan itu bagi kita Kerajaan itu adalah secondary issues. Tetapi yang penting adalah menyediakan platform supaya rakyat boleh masuk. Kalau dia hendak bekerja silakan, kalau dia rasa ada peluang yang lain, juga kita silakan, terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Beberapa bulan lepas dalam satu laporan sebuah akhbar, ada dipaparkan tentang tindakan sebuah Kerajaan Negeri di luar Selangor menganjurkan satu perjalanan bagi anak-anak negeri tersebut mendapat kerja di Negeri Selangor. Jadi apakah pihak Kerajaan Negeri sedar, sebenarnya peluang pekerjaan di Selangor sampai ada buat aktiviti tapi pekerjaan itu, pekerjaan yang di tawarkan itu di Selangor. Jadi saya mohon jawapan penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO, terima kasih.
Terima kasih Taman Medan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat semua, persoalan yang timbul tadi sebenarnya apa yang berlaku. Dalam pilihan raya negeri-negeri yang lain, mereka menawarkan menyediakan peluang pekerjaan. Saya ingat kes ini berlaku di Negeri Terengganu. Jadi Negeri Terengganu dalam manifesto dia menawarkan peluang pekerjaan rupanya dia mengambil rakyat daripada Terengganu bawa bas ke Job Fair kita menawarkan pekerjaan ke rakyat negeri Terengganu. Pada kita itu, bagi kita Selangor jadi tempat yang diletakkan harapan untuk pekerjaan, jadi kita terlalu ihsan. Jadi apa pun ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar atas sokongan kepada Job Fair kita, terima kasih.
Soalan tambahan Tuan Speaker.
Hulu Bernam.
Ya saya ingin bertanya berapakah sebenarnya, apakah ada data selepas Job Fair ini dilakukan dan berapa ramai sebenarnya dah betul-betul dapat pekerjaan daripada Job Fair yang dijalankan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Bernam. Kalau Yang Berhormat bertanya tentang kadar pengangguran kita saya ada sebut tadi. Kadar pengangguran di Negeri Selangor kita telah drop kepada 2.9% jauh daripada par 4% yang di standard kan oleh Gainst Economy Theory. Tapi kalau Yang Berhormat ingin tahu berapakah kejayaan kita yang diterima bekerja adalah sebanyak 27%. Dalam satu tahun itu dalam satu program itu, faktor atau pun rate kejayaan kita adalah 30%. Sebab itu kalau kita terus banyakkan usaha kita dia akan lipat kali gandakan usaha kita ini, terima kasih Yang Berhormat.
Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker soalan saya nombor 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Program Sambutan Tahun Baru Cina Negeri SelangorQuestions
4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar : -
a)
Adakah Program Sambutan Tahun Baru Cina Negeri Selangor secara dalam talian bagi tahun 2021 dan 2022 berjaya mendapat sambutan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
b)
Adakah program tersebut mendapat tajaan daripada pihak swasta? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Tuan Speaker, bagi tahun 2022 Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mensasarkan pelaburan dalam sektor perindustrian yang melibatkan industri-industri 5 kluster seperti berikut :-i. Eklektik dan Elektronik; ii. Sains Hayat; iii. Pengangkutan dan kelengkapan; iv. Jentera dan peralatan v. Pembuatan makanan dan minuman; vi. Pelaburan Digital dan Logistik.
Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor selaku agensi penggalakan pelaburan sentiasa melaksanakan pelbagai program dalam usaha memastikan Negeri Selangor kekal relevan dan sentiasa diyakini oleh pelabur. Walaupun dalam keadaan dunia dilanda pandemik COVID-19 ketika ini, ia tidak menghalang untuk pihak Kerajaan Negeri melaksanakan program–program promosi yang telah dijadualkan dan dirancang sebelum ini menerusi pelbagai kaedah seperti webinar, persidangan dan pameran secara maya atau virtual. Bagi program–program secara fizikal pula, perlaksanaan program–program tersebut mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak Kerajaan. 1. PERANCANGAN STRATEGIK;
i. PENUBUHAN JAWATANKUASA PETUGAS KHAS PEMBANGUNAN Dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi dan hartanah, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas Perlaksanaan Projek Pembangunan Selangor Golden Triangle yang melibatkan daerah Sepang dan Kuala Langat. Penubuhan Jawatankuasa Pasukan Petugas Perlaksanaan Projek Pembangunan ini secara langsung akan berperanan sebagai pemudah cara dan penyelaras dalam membantu merealisasikan perlaksanaan cadangan pembangunan projek di samping membantu menyelesaikan isu–isu yang berbangkit. ii. SELANGOR AVIATION SHOW (SAS) Sektor aeroangkasa di Negeri Selangor akan terus dipacu dan diperkukuhkan dengan hasrat menjadikan Negeri Selangor sebagai lokasi pelaburan utama untuk industri Aeroangkasa dengan menyasarkan sebanyak 70% syarikat-syarikat berkaitan Aeroangkasa di Negara ini beroperasi di Selangor. Berbagai program penggalakan pelaburan seperti sesi libat urus, webinar dan lain -lain program bersama pemain dalam industri Aeroangkasa di Selangor sentiasa diadakan dari masa ke semasa. Penganjuran pameran ini adalah antara program yang dirangka khusus untuk menggalakkan aktiviti pelaburan dalam
industri Aeroangkasa sepertimana yang dirangka dalam Pelan Tindakan yang telah pun diterbitkan. Objektif penganjuran Selangor Aviation Show adalah untuk mempromosikan Subang sebagai hub aktiviti penerbangan perniagaan dan am atau Business Aviation dan General Aviation dan menjadi medium bagi syarikat-syarikat perusahaan sederhana dan kecil tempatan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka serta berpeluang untuk meneroka kerjasama dengan syarikat luar. Bagi tahun 2022, penganjuran Selangor Aviation Show (SAS) akan diteruskan dan dirancang akan diadakan pada 8 – 10 September 2022 bertempat di Subang Skypark RAC. iii. PELAN TINDAKAN BIOTEKNOLOGI SELANGOR (SELANGOR BIOTECHNOLOGY ACTION PLAN) Perancangan yang holistik akan digarap sebaik mungkin bagi memperkasakan pertumbuhan industri terpilih seperti bidang Bioteknologi yang amat berpotensi untuk berkembang di Selangor. Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor yang diterbitkan akan menggariskan perancangan pembangunan secara komprehensif bagi memacu pertumbuhan industri bioteknologi di Negeri Selangor di samping menyediakan Negeri Selangor sebagai lokasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara. Bagi melaksanakan perancangan pembangunan dalam industri bioteknologi, Kerajaan Negeri telah mewujudkan sebuah divisyen khusus yang dikenali sebagai Selangor Bioteknologi Coordination Office (SBIOCO) yang diletakkan di bawah Invest Selangor. Divisyen baru ini akan berperanan untuk menyelaras pembangunan projek– projek berasaskan bioteknologi di Negeri Selangor dan juga pembangunan ekosistem industri berkenaan. iv. PENUBUHAN MAJLIS INDUSTRI REL NEGERI SELANGOR Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Industri Rel Negeri Selangor bagi memastikan industri ini diberi perhatian kerana industri ini dilihat mampu memberikan impak yang besar kepada ekonomi Selangor pada masa akan datang. Penubuhan Majlis Industri Rel Negeri Selangor adalah bagi memastikan inisiatif-inisiatif pembaharuan strategik menjadi asas yang penting kepada agenda pemakmuran negeri dan peningkatan kualiti kehidupan. Objektif penubuhan majlis ini adalah untuk ;-i. Memberikan dokongan kepada pengukuhan perkembangan industri rel di Negeri Selangor; ii. Memberikan pandangan kepada Kerajaan Negeri tentang hala tuju industri rel di negeri Selangor; iii. Membangunkan ekosistem industri rel di negeri Selangor;
iv. Menjadikan industri rel di Selangor sebagai salah satu industri yang memberi impak besar kepada ekonomi negeri. Majlis yang ditubuhkan ini berperanan untuk ;-i. Meningkatkan potensi pelaburan di dalam industri rel dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di Selangor; ii. Merancang dan merangka program-program pembangunan dan promosi industri rel di negeri Selangor.
2. PELAKSANAAN PROGRAM PROMOSI PENGGALAKKAN PELABURAN
Dalam usaha mengekalkan dan menarik pelaburan baru, program–program promosi menggalakkan pelaburan telah dirancang sebaik mungkin untuk dilaksanakan sepanjang tahun. Walaupun negara sedang dilanda pandemik ketika ini, perancangan perlaksanaan program yang telah diputuskan tetap diteruskan dan disesuaikan dengan keadaan semasa. Program – program libat urus, perbincangan, webinar, promosi dan pengiklanan dalam media cetak mahupun elektronik secara berterusan dilaksanakan agar program–program promosi penggalakan pelaburan tidak terhenti disebabkan penularan pandemik. i. PROGRAM PROMOSI PENGGALAKKAN PELABURAN. Melalui program-program penarikan pelaburan seperti Trade & Investment Mission secara fizikal dan virtual terus diperkukuhkan lagi di samping penekanan kepada industri Electrical & Electronic dan Machinery and Equipment yang dilihat sebagai industri yang berkembang di Selangor. ii. SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT (SIBS) Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad selaku penganjur telah mengadakan program Selangor International Business Summit Hybrid 2021 (SIBS 2021) edisi kelima pada 7-10 Oktober 2021 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre dan juga secara virtual di www.selangorbusinesshub.my. Bagi tahun 2022, penganjuran SIBS bagi edisi ke enam akan diteruskan dan program pameran dan persidangan ini dijadualkan akan diadakan pada 6 – 9 Oktober 2022 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur. Objektif penganjuran program ini untuk mempromosikan Negeri Selangor sebagai Hub Perdagangan Global dirantau ASEAN dengan izin Global Trading Hub dan juga memberi peluang kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan serta memberi peluang untuk menjalinkan hubungan kerjasama perniagaan untuk kepentingan bersama. Program ini dapat memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk menerokai pasaran luar negara serta
mewujudkan komuniti perdagangan antara Selangor dan Negara-Negara luar serta menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan serta hub perdagangan global bagi rantau ASEAN Antara komponen-komponen program: 1. Selangor International EXPO (F&B) 2. Selangor International EXPO (MEDIC) 3. Selangor Industrial Park EXPO (SPARK) 4. Selangor ASEAN Business Conference (SABC) 5. Selangor Smart City and Digital Economy (SDEC) 6. Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE) 7. Selangor International Culinary Festival iii. PROGRAM – PROGRAM MENYANTUNI PELABUR & PENYELESAIAN ISU–ISU PELABURAN. Program – program networking dan sesi pertemuan dan perbincangan bersama pelabur secara fizikal dan virtual sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa menyantuni pelabur yang sedia ada di Negeri Selangor. Mesyuarat atau perbincangan diadakan setiap bulan bagi membantu menyelesaikan isu-isu pelaburan yang berbangkit. Program menyantuni pelabur yang diadakan secara berterusan ini dapat mewujudkan suasana pelaburan harmoni di Selangor bagi menggalakkan pelaburan baru dan penambahan atau pengembangan pelaburan sedia ada. Sekian.
Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Bantuan Membaikpulih Rumah Mangsa BanjirQuestions
5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah bilangan rumah yang telah dibaikpulih semula akibat banjir oleh Kerajaan Negeri Selangor? Perincikan mengikut Daerah.
b)
Nyatakan kos yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor setakat ini.
Terima kasih Tuan Speaker dan Permatang. Bagi menjawab soalan Permatang, untuk pengetahuan bantuan membaik pulih rumah dan bina baharu rumah mangsa banjir telah diselaraskan di peringkat negeri dengan tertubuhnya satu jawatankuasa bertindak iaitu Jawatankuasa Pelarasan Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah-rumah Mangsa Banjir Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Jawatankuasa tersebut dikoordinasi oleh Unit Pengurusan Bencana Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (UPBN) serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Beberapa siri perbincangan telah diadakan yang turut dihadiri oleh wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR Selangor), Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor (JPS Selangor), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PlanMalaysia@Selangor), Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS), Pemerbadanan Menteri Besar Negeri Selangor (MBI), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN Selangor), Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (PBT) 12 yang terlibat sebagainya dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor (PDT). Jadi sehingga 28 Februari 2022 sebanyak sepuluh ribu tujuh ratus lapan puluh tiga (10,783) permohonan yang telah pun diterima dan daripada itu saya bacakan sebab Yang Berhormat inginkan pecahan. Saya bacakan iaitu, data ini dikumpulkan mengikut dua kategori. Satu data dibuat di bawah KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) dan satu lagi dibuat di bawah KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).
BIL. DAERAH KPLB KPKT LZS JUMLAH SYOR SYOR SYOR SYOR BAIK PULIH BINA BAHARU BAIK PULIH BINA BAHARU BAIK PULIH BINA BAHARU BAIK PULIH BINA BAHARU 1 PETALING 1009 7 1024 0 62 3 2031 7 2 KLANG 25 3 4612 0 22 4 4637 3 3 GOMBAK 28 3 1 0 0 0 29 3 4 SEPANG 120 10 1 0 17 11 121 10
Data oleh Bilik Gerakan Negeri Selangor Senarai permohonan dibanci oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
Apa yang ingin saya nyatakan di sini daripada 10783 ini di bawah permohonan ini kita bahagikan kepada dua pengkhususan. Memang ini adalah kerja yang kita buat bersama dengan Kerajaan Persekutuan. Daripada 200,010 yang dimaklumkan kepada KPLB dan setelah di verifikasi ada tiga jenis kategori yang telah pun diambil perhatian di bawah KPLB. Baik pulih mereka telah mengesahkan bahawa 489 yang boleh dibaikpulih dan yang sedang berjalan ini 280 yang sedang dilakukan di tapak. Bina baru yang layak mendapat bina baru adalah sebanyak 36 yang sedang di buat di tapak adalah 26. Baki dia itu macam mana, baki itu adalah akan diuruskan di bawah ICU sebab permohonan ini diluluskan diberi kepada tiga kategori ;-
i-RM5,000 (Bawah RM5,000 akan dibayar terus oleh ICU. Hendak bayar macam mana belum ada pengkhususan pada pihak kami.
ii-Baik pulih bawah RM15,000 ke bawah yang itu diuruskan oleh KPLB atau pun KPKT. Itu pun kalau kita lihat bina baru KPLB atau KPKT hanya boleh membina rumah tidak melebihi RM56,000. Jadi apa berlaku jika membina rumah itu melebihi RM56,000 di sinilah peranan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan atau mengambil maklum, kita akan menambah nilai sehingga ia boleh dibuat mengikut kalau ikutkan spesifikasi seperti Zakat Selangor, mereka akan membina baru dalam rumah yang harganya kosnya sebanyak RM80,000. Jadi begitu juga macam KPKT, senarai yang kita serahkan kepada KPKT adalah sebanyak 8,621, bina baru tiada langsung maknanya tidak layak bina baru tetapi baik pulih yang telah mereka usahakan adalah sebanyak 3,990 yang berbaki sekarang yang belum baik pulih adalah 40 sahaja. Jadi untuk soalan ke dua, apakah peranan Kerajaan Selangor dalam keadaan ini? Kerajaan Selangor hanya membantu jika ada baik pulih rumah atau bina baru rumah yang melebihi RM56,000, itu sahaja. Jadi buat masa ini untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Zakat Selangor telah pun setuju untuk membaiki kerosakan 5 KUALA LANGAT 828 0 1606 0 0 0 2434 0 6 KUALA SELANGOR 61 2 17 0 8 0 78 2 7 HULU LANGAT 24 19 1360 0 32 7 1384 19 8 HULU SELANGOR 0 0 0 0 10 0 0 0 9 SABAK BERNAM 15 0 0 0 0 0 15 0 JUMLAH 1890 44 8620 0 151 25 10775 69
sebanyak 139 dan 22 unit rumah yang melibatkan maksima RM80,000 sebab setiap biji rumah maka mereka telah pun membelanjakan sebanyak 2.5 juta untuk tujuan ini. Itu sahaja Speaker, terima kasih.
Permatang. Okay, Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. Agenda Kesan Perubahan IklimQuestions
6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menangani kesan perubahan iklim?
Isu perubahan iklim perlu ditangani segera dengan mengambil kira mengambil kira impak fenomena pemanasan global yang disebabkan oleh peningkatan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas – GHG) ekoran aktiviti manusia. Ia akan memberi kesan kepada sistem iklim global yang seterusnya menyebabkan kejadian cuaca yang lebih ekstrem. Selain itu, pemanasan global juga akan memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi negeri sekiranya tidak ditangani secara bersama pada kadar segera. Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Bil. 4/2022 bertarikh 26 Januari 2022 dan disahkan oleh MMKN Bil. 5/2022 pada 9 Februari 2022, telah bersetuju supaya Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Negeri Selangor dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkuat kuasa pada 1 Februari 2022. Tujuan Jawatankuasa Tetap ini adalah bagi membolehkan Kerajaan Negeri menjalankan kajian secara menyeluruh isu perubahan iklim dan pemanasan global yang akan memberi kesan kepada alam sekitar, mengakibatkan bencana alam seterusnya menjejaskan kehidupan seharian rakyat Negeri Selangor khususnya. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ini sedang meneliti dan merangka dasar atau strategi berkaitan perubahan iklim selari dengan dasar-dasar negara sedia ada. Dasar ini akan
berperanan sebagai rangka kerja untuk menggerakkan serta memberikan panduan kepada agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pemain industri, komuniti serta pihak berkepentingan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim secara holistik. Kerajaan Negeri akan meneliti dan membuat semakan secara sistematik berkaitan dasar dan perancangan sedia ada, dengan mengambil kira cadangan langkah-langkah mitigasi dan adaptasi secara seimbang bagi sektor-sektor seperti pertanian dan jaminan makanan, sumber asli dan alam sekitar, kesihatan awam, pengangkutan, perindustrian, guna tanah dan perubahan guna tanah, pengurusan sisa dan pengurangan risiko bencana. Selain itu, tindakan-tindakan strategik adalah diperlukan untuk mengukuhkan daya tahan negeri terhadap impak perubahan iklim. Ini termasuk mengarusperdanakan perubahan iklim, mengintegrasikan respons adaptasi dan mitigasi secara seimbang dan meningkatkan keupayaan institusi dan pelaksanaan melalui penyelarasan tindakan-tindakan dasar yang bersepadu. Bagi membantu Kerajaan Negeri merangka dasar-dasar berkaitan, Jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan pakar-pakar perubahan iklim termasuk Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) dan tokoh-tokoh akademik bagi mendapatkan pandangan dan cadangan langkah-langkah mitigasi dan adaptasi perubahan iklim, khusus untuk Negeri Selangor. Jawatankuasa ini akan memastikan segala inisiatif/ kerangka ini menitikberatkan pengukuhan keupayaan negeri agar impak perubahan iklim dapat dikurangkan. Oleh demikian, pengukuhan keupayaan institusi pelaksana perlu dipertingkatkan secara berkesan melalui jalinan antara sains dan pengetahuan tempatan. Sekian.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan memohon kepada negara-negara Eropah yang sedia membantu negara membangun seperti Malaysia dalam kepakaran teknikal, dalam bantuan kewangan untuk projek-projek adaptasi? So sekarang kita melihat banjir tapi banjir bukan sahaja masalah adaptasi di negeri Selangor, pertanian juga akan menjadi satu isu, perikanan juga akan menjadi satu isu. Jadi apakah pendirian Kerajaan Negeri untuk meminta bantuan seperti UK Pack, daripada Norway, daripada Perancis, Belanda dan sebagainya untuk bantuan teknikal, pertama yang kedua bantuan kewangan untuk kita membuat kerja-kerja adaptasi dengan lebih cepat.
Terima kasih soalan yang ditimbulkan oleh Bukit Gasing. Buat masa ini kita akan menubuhkan satu jawatankuasa tindakan perubahan iklim iaitu Climate Action Plan dulu. Ini merangkumi semua pakar daripada semua bidang termasuk Profesor-profesor daripada Universiti dan juga pakar-pakar daripada NAHRIM dan kita akan bincang pelan-pelan seterusnya kerana kita perlu masa untuk kita mengumpul data dan juga mengumpul segala kewangan teknikal supaya kita
akan ambil satu kertas kerja kepada Kerajaan Negeri untuk ambil tindakan supaya kita boleh merangka satu kertas kerja yang boleh membantu kita untuk bantu kita menangani masalah banjir yang kita hadapi pada Disember lalu. Sekian.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya kira untuk membuat satu dasar, untuk menangani masalah kesan perubahan iklim ini untuk kita bergerak secara selalu di negeri Selangor ini tidak mencukupi kerana saya melihat ini adalah satu benda yang bersifat universal. Apakah perancangan di peringkat Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan negeri-negeri yang lain atau Kerajaan Pusat untuk melihat dasar yang dibuat itu akan menangani masalah perubahan iklim dan kesannya secara tuntas di negara kita.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Kerajaan Negeri merupakan Selangor merupakan satu-satu negeri yang mempunyai satu jawatankuasa tetap perubahan iklim. Lain-lain negeri tak ada. Di mana mereka termasuk dalam alam sekitar. Dan juga daripada federal, kerajaan pusat pun tak ada satu nama yang khusus di bawah Kementerian Alam Sekitar dan juga Air. So tak ada negeri yang menitikberatkan Rumah Iklim, hanya Selangor kita ada nama. Kita bersifat terbuka akan kerjasama dengan semua negeri dan juga termasuk Kerajaan Pusat di mana kita akan merangka satu kertas kerja dulu dan kita akan bincang dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk kita come out dengan satu rangka bagaimana kita hendak bantu Kerajaan Negeri dan Pusat untuk kita mengurangkan masalah perubahan iklim yang berlaku baru-baru ini. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan yang terakhir.
Okay, terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO sama ada dalam Jawatankuasa ini adakah PBT turut terlibat kerana saya rasa PBT akan melaksanakan kebanyakan daripada projek yang akan datang bagi mitigasi perubahan iklim dan saya kita sekarang sudah terdapat teknologi yang boleh diamalkan oleh PBT tetapi apa yang mungkin menghindari mereka pada masa ini ialah fleksibiliti dari segi spesifikasi contohnya daripada apa material yang perlu digunakan oleh jalan projek jalan dan sebaginya tetapi memang pada masa ini terdapat teknologi yang sedia ada yang dapat memitigasi effect perubahan iklim. Terima kasih.
Terima kasih Kampung Tunku. Memang kita tidak akan meninggalkan PBT. Kita akan masukkan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai satu ahli dalam jawatankuasa ini di mana sebelum itu PBT kita, di 12 PBT kita dah memainkan
peranan yang sangat penting. Mereka telah pun sebelum itu menubuhkan Perbadanan Hijau di mana kerangka Bandar Rendah Karbon itu LCCF (Low Carbon City Framework) yang digunapakai sebagai dasar di semua PBT. Jadi sebelum itu PBT main peranan yang sangat penting untuk merangka program LCCF dan pada masa yang sama Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor dan juga Kerajaan Pusat kita masih berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45% pada tahun 2030 kelak. Dan aspirasi negara untuk mencapai lepasan karbon bersifat bersih sifar iaitu net zero, GHG pada tahun 2050 di mana kita nak pastikan pada 2030 kita dapat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45% di Selangor dan pada tahun 2050 angka ini akan diturun ke 0 sebagaimana pelaksanaan ini dalam masa 10 tahun ini kita akan membuat satu perubahan yang agak drastik supaya banyak benda ataupun program-program yang akan dijalankan, urus ke sifar pelepasan sifar karbon. Sekian, terima kasih.
Sabak
Soalan Sabak nombor 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Persoalan Berkaitan Agama IslamQuestions
7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah kutipan zakat padi tahun 2021 dan berapakah bilangan pesawah yang mengeluarkan zakat?
b)
Apakah langkah langkah yang diambil oleh MAIS bagi mengekang berkembangnya fahaman wahabi?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker dan Sabak yang mengajukan pertanyaan. Berapakah kutipan zakat bagi zakat padi bagi tahun 2021 yang mengeluarkan zakat. Berikut merupakan jumlah kutipan dan bilangan pengeluar zakat bagi zakat padi pada tahun 2021:
*JUMLAH KUTIPAN ZAKAT PADA DAN BILANGAN PENGELUAR ZAKAT BAGI TAHUN 2021 Jenis Zakat Jumlah (RM) Bilangan Pengeluar Zakat Padi 1.2 juta 1,924 *Nota: Data belum diaudit Alhamdulillah. Manakala soalan yang kedua Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sentiasa prihatin dengan perkembangan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru itu, MAIS telah mengambil pendekatan proaktif dengan memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui pelbagai aktiviti dan tindakan yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS). Langkah-langkah yang dilaksanakan adalah:
1. Memastikan pendakwah bertauliah di Negeri Selangor berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan seterusnya melaksanakan kewajipan:-i. Memberi ceramah umum mengenai apa-apa aspek agama Islam atau mengajar Agama Islam berdasarkan Al-Quran, Al -sunnah, Ijma’ dan Qia; ii. Berakhlak mulia dan amanah; iii. Menjalankan daya usaha untuk mengekalkan, memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat Islam dan mengelakkan orang Islam meninggikan taraf hidup dan ekonomi serta menambahkan amalan dan takwa mereka kepada Allah s.w.t; iv. Tidak memfitnah saudara Islam yang lain, dan seterusnya v. Mematuhi undang-undang atau apa-apa arahan, larangan atau perintah yang diberikan oleh MAIS dan Jawatankuasa Tauliah dari masa ke semasa.
2. Memfatwakan berhubung persoalan khilafiah adalah perkara ijtihadiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak dahulu. Perkara ini telah difatwakan pada tahun 2014 dan telah pun diwartakan.
3. Selain itu, tindakan penguatkuasaan juga akan diambil merujuk kepada Seksyen 12 (a), (b) dan (c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kepada mana-mana pihak yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan oleh DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam atau Majlis Agama Islam (MAIS) atau Mufti Negeri Selangor.
4. Melaksanakan program-program seperti seminar, forum, kolokium dan seumpamanya untuk membincangkan perkara-perkara berkenaan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Majlis Agama Islam Selangor yakin dengan usaha memantapkan akidah umat Islam di Negeri Selangor dengan fahaman Sunnah Wal Jamaah, segala bentuk ajaran dan fahaman yang bertentangan dapat dibendung. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Saya ingin mengambil perhatian tentang persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sabak. Apakah yang disebut sebagai fahaman Wahabi ini sesuatu yang diwartakan ataupun dikategorikan sebagai keluar daripada aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Sungai Kandis.
Terima kasih kepada Taman Medan yang mengajukan soalan tambahan berkenaan adakah fahaman Wahabi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Setakat ini apa yang disebut sebagai fahaman Wahabi itu tidak tertera dalam satu dokumen mengatakan bahawa ini adalah ajaran Wahabi cuma ia adalah amalan-amalan yang dilakukan oleh masyarakat umat Islam dan adakah ia bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jammah? Jadi soalan ni saya akan rujuk kepada Majlis Agama Islam untuk makluman yang lebih lanjut dan saya akan rujuk jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi. Dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan DYMM Sultan SelangorMotion
Aturan seterusnya, usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan DYMM Sultan Selangor.
Saya mempersilakan Banting sebelum Banting memulakan ucapan, saya meminta kerjasama Ahli-ahli Dewan Negeri, oleh kerana penularan Covid-19 Omicron ini sangat mengganas, maka saya memohon kerjasama Yang Berhormat Kuang ya, pakai mask. Yang Berhormat Jeram pakai mask, ya. Hari ini saya minta kerjasama, mintak ya jaga diri kita semua, lindungi diri, lindungi anda. Silakan Yang Berhormat Banting. Masa tidak terhad.
Terima kasih, Tuan Speaker. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon izin untuk membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut:
Ampun Tuanku, patik-patik sekalian iaitu Speaker dan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan ini memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas titah ucapan DYMM Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Kelima Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Salam sejahtera mulanya kata, Banting sembah membuka bicara
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain kerana membenarkan Yang Berhormat Banting untuk membentangkan usul ini.
Pertama sekali, saya ingin melafazkan setinggi-tinggi menjunjung kasih titah ucapan Tuanku DYMM Sultan Selangor atas titah ucapan Tuanku yang dibentangkan semalam di Dewan Yang Mulia ini. Saya tertarik dengan begitu banyak point yang dikemukakan yang dititahkan oleh Tuanku Sultan Selangor dan saya berharap dan merasakan bahawa prestasi perbahasan ADUN di Dewan Yang Mulia ini adalah bertaraf antarabangsa. Saya yakin Tuan Speaker, bahawa rakan-rakan seperjuangan saya di Pakatan Harapan dan juga Backbenchers akan dapat mempersembahkan satu prestasi perbahasan yang berkualiti tinggi. Dari segi berkualiti tinggi maksudnya ialah mereka akan mengemukakan politik progresif seperti apa yang kita lihat dari dalam sesi soal jawab tadi, kita lihat jawapan yang begitu padat daripada barisan EXCO dan pertanyaan yang begitu berisi daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan.
Tuan Speaker, inilah yang kita hendak tunjukkan bukan sahaja kepada rakyat Selangor, tapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka tahu dan faham apakah maksudnya politik progresif. Tuan Speaker, politik progresif ini akan membawa sebuah kerajaan yang stabil. Kerajaan yang stabil merupakan kerajaan yang berpegang teguh kepada mandat yang diberikan oleh rakyat dalam PRU yang lepas. Kerajaan yang teguh dan stabil dan yang memperjuangkan politik progresif akan diberi masa lima tahun penuh untuk melaksanakan segala janji dan juga dasar yang dikemukakan dan dicadangkan semasa PRU. Selepas selesai lima tahun nanti pada akhir tempoh dan juga penggal kita, rakyat akan menilai prestasi kita. Tapi malang tidak berbau kita lihat kadangkala di Malaysia ini banyak perkara di luar jangkaan. Ada kerajaan yang dijatuhkan dengan cara yang tidak, bukan melalui pilihan raya. Ada kerajaan yang bertukar-tukar nakhoda dia, menyebabkan negeri-negeri ini malahan kerajaan Malaysia ini tidak stabil. Dalam konteks ini, kita harus rasa bangga dengan Selangor. Walaupun Selangor ditadbir oleh Pakatan Harapan,
dahulunya Pakatan Rakyat, selama lima, tiga belas ke empat belas tahun berturut-turut, kita melaksanakan agenda reformasi yang dibawa oleh rakyat, dan seterusnya mencetuskan sebuah kerajaan yang stabil, harmoni dan progresif.
Tuan Speaker, berdasarkan kepada apa yang dibentangkan oleh rakan kita, kita lihat, kita perlu melalui sidang Dewan ini melafazkan satu komitmen yang teguh untuk menolak bukan sahaja untuk mengemukakan politik progresif ini tapi kita juga harus dalam isu ucapan kita menentang sekuat-kuatnya sebarang agenda dan anasir politik toksik. Tuan-tuan dan puan-puan dah Ahli Yang Berhormat mungkin akan bertanya, apakah itu takrifan politik progresif? Apakah itu takrifan politik toksik? Saya rasa mungkin lebih mudah kita menterjemahkan atau menakrifkan politik toksik, apakah maksudnya. Politik toksik antara lain ialah tidak lain tidak bukan ialah politik yang menjaga kleptokrat, politik yang berasaskan fikiran sempit, politik yang menidakkan unsur-unsur demokrasi, politik yang tidak mengambil kira fakta, politik yang berdasarkan tohmahan dan hasutan, politik yang tidak berlandaskan semangat perlembagaan, politik yang tidak mengikut lunas undang-undang, politik yang melanggar peraturan, malahan politik yang tidak kisah terhadap kesusahan rakyat.
Tuan Timbalan Speaker, inilah takrifan saya terhadap politik toksik. Dan sebagai lawan kepada politik toksik ini ialah politik progresif. Politik progresif yang memegang teguh kepada mandat rakyat. Inilah ialah apa yang kita hendak perjuangkan di sini. Saya lihat, Tuan Timbalan Speaker, jangan lupa ini juga adalah sesuatu yang telah disebut oleh titah ucapan Tuanku semalam. Saya kira bila ucapan Tuanku bertitah mengatakan dan menyaran Ahli-ahli Yang Berhormat agar berbahas secara berhemah, berbahas berdasarkan fakta, berbahas dengan membawa isu rakyat dan dasar kerajaan. Saya kira antara parameter-parameter yang saya ketengahkan tadi itu merupakan apa yang kita harus memberi penekanan. Kita harus memberi teladan yang baik, saya setuju amat sangat dengan titah ucapan Tuanku. Kita perlu ada satu teladan yang baik kepada rakyat dan juga pemilih-pemilih kita.
Tuan Timbalan Speaker, baru-baru ini kita lihat di Dewan Rakyat, ada wakil rakyat datang ke Dewan, berbohong mengatakan bahawa dia tidak menyebarkan ketirisan yang berlaku, dan ketirisan itu sekarang dan sebenarnya telah menyebabkan wakil rakyat tersebut didakwa di Mahkamah dan disabit bersalah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dan ada orang kini telah pun dijatuhkan hukuman bersalah. Tergamak datang ke Dewan untuk mengatakan bahawa beliau tidak bersalah.
Saya berasa sangat susah hati kenapakah di dunia ini ada orang yang tidak tahu malu sedangkan perbuatan dia menyebabkan Malaysia dan Selangor, kerana Selangor sebahagian daripada Malaysia, dilanda dengan satu insiden yang cukup memalukan dan perkara ini disebut sebagai national embarassment. Apakah maksudnya national embarassment? Maksudnya sesuatu yang bukan saja memalukan seseorang individu tetapi seluruh negara, dan apa yang lebih menyayat hati saya, Tuan Timbalan
Speaker, iaitu semenjak hukuman ini dijatuhkan pada bulan Julai ataupun bulan Ogos tahun lepas sehingga sekarang, di Dewan Yang Mulia ini, di Dewan Negeri Selangor, rasa-rasanya kita tak pernah dengar ada satu perkataan pun dari rakan di sebelah sana yang mengkritik perbuatan yang keji seperti ini. Saya tidak mendengar perkataaan-perkataan seperti ini daripada Sungai Air Tawar, Bukit Antarabangsa cakap banyak di luar, tapi tidak pernah cakap di dalam Dewan Yang Mulia ini. Adik didikan dia, Yang Berhormat Gombak Setia, tidak pernah sebut pun. Saya terasa cukup hairan mengapa ini berlaku?
Tuan Timbalan Speaker, dengan mendiamkan diri semasa berlakunya kleptokrasi yang menyebabkan negara kita jatuh maka anda memilih untuk merestui perbuatan ini dan sebagai salah satu pembuka bicara, saya mengemukakan cabaran kepada pihak-pihak di sebelah sana, Sungai Air Tawar, Bukit Antarabangsa, Yang Berhormat Sijangkang, jiran saya, Sungai Burong, Hulu Bernam, Lembah Jaya, Sementa, Sungai Panjang, Semenyih, Selat Klang. Aku tak pastilah, saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat akan menyebut perkara ini atau tidak. Saya akan berasa gembira kalau Yang Berhormat semua bersama-sama dengan Pakatan Harapan di Dewan Negeri Selangor ni untuk mengutuk tindakan kleptokrasi ini. Kalau dahulunya anda boleh berkata bahawa itu masih belum tentu lagi, masih dalam perbicaraan Mahkamah, tapi sekarang hukuman telah pun dijatuhkan, rayuan telah pun ditolak. Yang Berhormat Sungai Burong.
Ya, terima kasih, Tuan Speaker. Saya ingin mendapatkan penjelasan dan konsep yang diterangkan oleh Yang Berhormat Banting mengenai toksik ni, sebab nampak macam ada double standard. Saya nak tanya, masalah yang sama juga berlaku dalam parti DAP di mana pemimpinnya pun telah didakwa di Mahkamah, tapi telah digugurkan dan kita melihat dari segi perbuatan itu adalah perbuatan korupsi atau penyelewengan dan saya tidak dengar jugak daripada pihak DAP yang mengkritik pemimpin-pemimpin mereka, adakah ini juga satu bentuk toksik, toksik demokratik yang diamalkan juga oleh Banting?
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Burong. Memandangkan perbicaraan itu telah pun dimulakan sekali, saya rasa memang kita perlu menunggu Mahkamah membuat perbicaraan dia. Cuma kita tidak boleh menafikan dalam konteks politik yang ada sekarang ini, ada unsur-unsur yang politik yang kita tidak boleh nafikan dalam menentukan sama ada sesebuah tawaran itu boleh dimulakan atau tidak. Saya kira Yang Berhormat Sungai Panjang boleh bersetuju dengan saya? Andalah salah satu reformasi yang ditandatangani antara parti Yang Berhormat melalui Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri dengan Pakatan Harapan ialah supaya pembaharuan ini dilakukan secepat mungkin. Supaya sebarang keputusan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara ianya adalah sesuatu perbuatan ataupun keputusan yang memang berlandaskan lunas undang-undang dan bukan berdasarkan apa-apa pertimbangan politik.
Ya, boleh beri penjelasan. Terima kasih, Tuan Speaker. Kalau berlandaskan undang-undang, kita tahu pemimpin-pemimpin yang telah didakwa sekarang ni, walaupun telah disabitkan, kita tahu ada juga pemimpin yang belum dijatuhkan hukuman, ditangguhkan oleh kerana proses undang-undang yang membenarkan mereka membuat rayuan, jadi ingat kalau dari segi itu kita mematuhi peruntukan undang-undang dan perlembagaan persekutuan. Tapi saya ingin bangkitkan kepada Banting ialah dari segi etika, kita melihat bentuk korupsi yang wujud yang menjadi amalan beberapa pemimpin, tak kiralah, di kalangan pemimpin di sebelah sini, atau di belah sana, jadi kalau kita nak buat kritikan, kita kena buat kritikan yang sama rata, jangan kepada satu pihak sahaja, adakah kita nak menghalalkan perkara-perkara yang dari segi etikanya, perbuatannya seperti, ya membuat diskaun kepada pembelian rumah, dan ini sebagai satu perkara yang perlu dihalalkan? Itu yang saya ingin tegaskan. Bila kena pada diri kita sendiri, tetapi bila kena pada pihak yang lain kita akan mengatakan ia adalah toksik. Pada saya toksik ini mesti sama rata. Adakah Banting bersetuju? Makna kalau kita kata toksik semua tu kena toksik sama. Jangan pilih kasih, toksik.
Ya, saya tidak pilih kasih Yang Berhormat. Mengapa saya sebut politik toksik ini kerana kegiatan ataupun contoh-contoh yang saya kemukakan itu telah pun diputuskan oleh Mahkamah. Keputusan bukan sekadar keputusan. Penghakiman bukan sekadar penghakiman. Perkataan yang digunakan, frasa yang digunakan, national embarassment, itu cukup berat bagi saya. Kalau sudah menjadi national embarassment, maksudnya kita sebagai wakil rakyat, kita perlu ingat pertama sekali kita perlu tegur, kedua, kita perlu menjauhkan diri daripada national embarassment, ataupun perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan national embarassment ini daripada berulang dan berlaku terhadap diri kita sendiri. Kalau dua perkara ini kita tidak boleh dilakukan, tindakan,
Y.B. Banting, Batang Kali ingin mencelah. Sila duduk dulu.
Batang Kali ingin mencelah.
Kalau dua perkara ini tidak boleh dilakukan.
Yang Berhormat Banting.
Tidak boleh, nanti ya.
Batang Kali sila duduk dulu.
Kalau ini tidak boleh dilakukan maka kita akan dikira sebagai merestui perbuatan orang ini. Yang Berhormat Sungai Burong, saya merasakan kita perlu juga mengikut lunas undang-undang kerana contoh yang
dikemukakan itu telah pun di putuskan oleh mahkamah dan telah pun disebut di dalam titah ucapan Tuanku yang semalam mengatakan bahawa integriti Penjawat Kerajaan, Integriti Pegawai Kerajaan, Integriti Wakil Rakyat, Perbahasan Wakil Rakyat mendekatkan diri dengan segala kebaikan dan menjauhkan diri daripada segala kemusnahan. Betul ataupun tidak dalam ajaran agama Islam ada disebut Amal Makruf Nahi Mungkar. Saya rasa itu adalah ajaran yang kita perlu ambil dan semat dalam diri kita sendiri. Cuma saya memberi peluang sebenarnya saya tidak mengatakan Yang Berhormat Sungai Burong tidak merestui perbuatan itu, mungkin dalam perbahasan Yang Berhormat akan menyebut sedikit tentang perkara ini tetapi kalaulah semua Ahli Yang Berhormat di sebelah sana mendiamkan diri sahaja saya rasa ini tidak harus berlaku. Kena ada sesuatu.
Boleh minta penjelasan, pencelahan.
Saya rasa cukup Yang Berhormat.
Sebab saya ingat, saya tidak bersetuju mengatakan Sungai Burong tidak pernah membangkitkan isu ini.
Minta maaf saya ingin minta izin Tuan Timbalan Speaker.
Kalau tengok handsard saya yang lama-lama saya pun ada bercakap tentang rasuah
Saya beri laluan kepada Batang Kali, silakan Batang Kali.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih Banting. Budaya toksik ini sangat merbahaya, saya bukannya hendak menyebelahi mana-mana pihak tetapi mengagung-agungkan national embarrassment ini suatu perkara yang amat malang bagi Negara kita. Kita lihat beberapa peristiwa yang dilakukan orang-orang ini diagung-agungkan dicium tangannya dan sebagainya saya rasa ini suatu toksik yang sangat berbahaya yang mesti di banteras bukan sahaja dipihak yang sana di mana-mana pihak sekalipun ini sangat berbahaya untuk Negara kita. Terima kasih.
Mungkin kerana itu kita lihat Kerajaan kita tidak stabil kerana orang yang menyebabkan national embarrassment ini telah pun begitu berikhtiar ataupun bekerja keras untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang dan apa yang mereka perlu lakukan adalah cuba untuk lakukan adalah untuk porak-peranda Kerajaan pada masa itu supaya charge ataupun dakwaan undang-undang itu dapat digugurkan dan apabila ini tidak berlaku maka Kerajaan akan menjadi tidak stabil kerana ada anasir-anasir di sebalik orang-orang ini yang melaksanakan serangan bertubi-tubi terhadap Kerajaan dan menyebabkan Kerajaan
kita tidak stabil, Negara kita tidak stabil, politik kita gongcang dan tidak stabil. Saya rasa itu ialah sesuatu kita harus ingatkan supaya jangan berulang dan sekiranya pihak di sebelah sana boleh bersama-sama dengan Pakatan Harapan menegur tindakan ini saya rasa memadailah kita boleh menunjukkan bahawa Dewan Negeri Selangor adalah Dewan Negeri yang berstandard international, berpiawaian tinggi. Tuan Timbalan Speaker dalam titah ucapan Tuanku ada juga ada menyebut tentang perubahan iklim dan sebenarnya tadi Yang Berhormat Pandan Indah telah pun memberikan banyak hujah dan jawapan yang berasaskan fakta. Walaupun begitu Tuan Timbalan Speaker, Dewan Negeri Selangor sebenarnya amat memerlukan maklumat dan jawapan daripada Kerajaan. Yang Berhormat Taman Templer.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih Banting. Sudah dua hari tidak pegang speaker, pegang mic ini dekat Johor pagi petang siang malam pegang mic jadi saya hendak minta pandangan sedikit daripada Banting. Sekarang ini kita nyatakan bahawa dadah merupakan musuh nombor satu Negara. Saya ingin minta pandangan Banting saya ingat kita kena tukar bukan dadah tetapi rasuah kalau boleh Selangor kita isytiharkan rasuah merupakan musuh nombor satu di Negeri Selangor dan juga di dalam Negara kita. Saya hendak minta komen daripada Banting.
Semasa Yang Berhormat Taman Templer berucap tadi saya telah pun berkata bahawa dadah bukan lagi musuh utama walaupun dadah itu masih lagi masalah serius yang perlu kita hadapi. Rasuah adalah musuh pertama Negara sebab apa saya kata macam itu, bukan sahaja kerana kes ini malahan media seperti Sinar Harian, Kumpulan Karang Kraf telah pun melancarkan satu roadshow Rasuah Buster. National roadshow ke seluruh Malaysia untuk mempromosikan ataupun membawa mesej anti rasuah ini ke segenap masyarakat. Tindakan murni ini kita perlu sokong dan ini sebenarnya menunjukkan betapa pincangnya Negara Malaysia dilanda masalah rasuah dan sekiranya orang-orang yang dituduh rasuah ini masih lagi bebas ke sana ke sini berbohong sana berbohong sini diminta datang ke Dewan untuk jawab soalan tidak mahu datang, jadi apakah...
Mohon laluan Yang Berhormat Banting.
Ya Yang Berhormat Taman Medan.
Ya Taman Medan.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan sahabat saya Yang Berhormat Banting. Dalam beberapa hari yang lepas di dalam satu platform media sosial ada dikongsi kisah seorang rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan di Amerika Syarikat di kota raya New York yang telah berkongsi pengalaman beliau menghadiri satu temu duga untuk pekerjaan
ataupun jawatan jurutera di sebuah firma yang agak besar di kota raya New York tersebut yang mana bila mana pengalaman beliau itu menghadiri temu duga dan ditanya dalam itu berasal daripada mana, dari Malaysia terus pihak penemu duga menyatakan cukup sekadar ini sahaja temu duga kita. Dan adakah pada pandangan Yang Berhormat Banting situasi itu boleh dikaitkan dengan apa yang dinamakan national embarrassment. National embarrassment ini kalau diterjemahkan dalam bahasa Melayu mungkin agak lembut sikit sebagai keaiban nasional ataupun keaiban Negara sebab ketidakpercayaan pihak di serata dunia atas apa isu yang berlaku terutamanya masalah rasuah penyelewengan kleptokrasi di Negara kita ini telah menyebabkan rakyat kita terjejas di luar negara. Mohon pandangan Yang Berhormat Banting.
Saya ingat dahulu mantan Menteri Kerja Raya ada satu frasa yang sebenarnya dia menggunakan perkataan yang silap berkenaan dengan malu. Jadi dia kata ini sesuatu perkara yang cukup memalukan dan sangat memalukan dan menggunakan satu frasa yang salah dari segi tatabahasa dan saya kira itu sebabnya untuk menjawab Taman Templer itu sebabnya saya petik titah ucapan Tuanku isu.
Taman Medan bukan Taman Templer.
Ya Taman Medan. Isu ketirisan yang melibatkan penjawat awam dan juga pemimpin politik sewajarnya tidak lagi timbul dengan tindakan proaktif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Penubuhan Selangor Implementation and Performance Monitoring Unit (SIAP). Itu sebabnya perkara ini dimasukkan di dalam titah ucapan Tuanku yang menekankan sangat isu integriti bukan sahaja pemimpin politik malahan penjawat awam supaya ini dijadikan an intergral part dengan izin. Satu isu satu nilai yang menjadi tunjang dan teras utama dalam pentadbiran Negeri iaitu isu integriti. Bila kita integriti tidak akan ada ketirisan, tidak akan ada rasuah, tidak akan ada kleptokrasi dan tidak akan ada perkara yang memalukan national embarrassment. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Yang Berhormat Banting cina, sebab cina nak buat rasuah. Melayu tidak apa, Islam tidak buat di Malaysia sebab ada Parti Islam. Dia puas hati bila isu berkaitan dengan isu 1MDB ini dia puas hati sebab itu dia tidak tegur, dia tidak cakap, dia tidak marah, tidak buat perhimpunan dan tiada ceramah bercakap soal berkaitan 1MDB sedangkan duit rakyat. Ini duit rakyat RM2.6 bilion duit rakyat. Diam lah bagi kita cakap habis dahulu. Ini sekarang ini hutang dekat RM 50 bilion kena bayar bunga setiap tahun hampir RM2.7 bilion ringgit Malaysia. Soal rasuah ini kita jangan buat main-main sebab itu saya pun hairan sebut parti Islam tetapi tidak bangun tidak bingkas serah kepimpinan yang ambil yang curi duit rakyat dalam Negara kita pada hari ini. Boleh puas hati dengan taklimat daripada 1MDB. Sebab itu saya sebutkan
tadi ada pandangan yang menyatakan tidak apa kalau Melayu curi duit ini tidak apa, Islam curi duit ini tidak apa tapi jangan cina. Sebab bila dia mati nanti Sungai Burong dia masuk neraka sekejap. Selepas duduk dekat neraka lama dia akan pindah duduk ke syurga. Ini satu kefahaman yang salah sekarang ini sedang dimainkan oleh pimpinan-pimpinan tertentu dalam Negara kita hendak merosakkan pemikiran anak-anak muda sebab itu saya menyatakan bila menyebutkan hal berkaitan rasuah ini saya takut UMNO Barisan Nasional menang di Johor ini pun disebabkan amalan rasuah yang diberikan kepada para pengundi di Negeri Johor.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Peraturan Tetap.
Yang Berhormat Taman Templer dan Banting sila duduk.
Yang Berhormat Timbalan Speaker. Peraturan Tetap.
Ini perbahasan ke mencelah sekarang ini.
Saya jawab, saya jawab.
Sebab soal rasuah ini kita tidak boleh main-main sebab mahkamah telah memutuskan bahawa Y.B. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak bersalah.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Peraturan Tetap.
Taman Templer, Peraturan Tetap Taman Teman Templer. Sila duduk.
Tuan Timbalan Speaker, perkara peraturan yang dibangkitkan.
Banting sila duduk dan Taman Templer sila duduk. Peraturan Tetap.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya membangkitkan Peraturan Tetap 36(1) berkenaan isu ucapan. Seseorang ahli hendaklah mengehadkan percakapannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak berkait dengan perkara yang dibincangkan itu. Yang Berhormat Tuan Timbalan
Speaker daripada perbahasan Yang Berhormat Banting membangkitkan isu-isu yang berkaitan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor kalau boleh Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker saya baca sedikit petikan dalam titah ucapan Tuanku iaitu “Beta tidak mahu Wakil Rakyat dengan berpolitik untuk kepentingan parti masing-masing sahaja sehingga mengabaikan tugas dan peranan mereka untuk membela nasib rakyat. Janganlah asyik berpolitik siang dan malam untuk kepentingan diri masing-masing”. Tuan Timbalan Speaker saya lihat pada hari ini Yang Berhormat Banting, Yang Berhormat Taman Templer dalam Dewan ini pun dia hendak berpolitik lagi hendak bercerita fasal Parti Islam dan hendak bercerita fasal Barisan Nasional tidak tumpu kepada isu masyarakat dan juga rakyat. Saya harap tumpukan kepada isu masyarakat dan juga rakyat khususnya di Negeri Selangor bukannya hendak buat fitnah bukannya nak buat persepsi dan juga sebagainya, Ini tidak berkaitan dengan Dewan Negeri Selangor. Saya berharap Tuan Timbalan Speaker bagi satu ketetapan dan juga panduan
Baik Sungai Panjang.
Mana ada fitnah. Ini bukan fitnah.
Sungai Panjang, fitnah apa Sungai Panjang. Ini titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Sungai Panjang ini titah Tuanku.
Jangan berpolitik, Sudahlah tu cukuplah, fokuslah.
Yang bubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka, siapa?
Berkenaan dengan isu negeri Selangor.
Yang bubarkan Kerajaan Negeri Johor, siapa?
Eh berpolitik, eh kamulah yang berpolitik. UMNO, Barisan Nasional
Cukuplah, dah ceramah dekat negeri Melaka, dah ceramah dekat negeri Johor, kat sini nak berceramah lagi ke?
Bubarkan Melaka, bubarkan Johor, kemudian untuk kestabilan politik apa ini UMNO, Barisan Nasional?
Taman Templer, sila duduk, Banting duduk.
Bukan susah untuk saya menjawab. Ya saya boleh jawab, bila Y.B. Sungai Panjang berdiri, saya berasa...
Banting duduk. Dah? Sudah. Sungai Panjang perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Banting adalah berkaitan dengan rasuah. Saya kira apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Banting masih berkaitan. Cuma saya nak beri amaran dan peringatan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kalau saya memberi arahan untuk berhenti, sila berhenti ya. Lima saat saya boleh tunggu, sepuluh saat saya boleh tunggu, tapi lebih, kalau selepas ini kalau diarah keluar Dewan, haa
Saya patuh Tuan Timbalan Speaker.
Silakan YB Banting, teruskan
Ya saya boleh jawab, bila Y.B. Sungai Panjang berdiri, saya berasa...
Berhenti-berhenti, sikit Tuan Timbalan Speaker. Isu rasuah ini disebutkan di dalam Titah Tuanku. Sungai Panjang tadi sebut jangan bercerita soal berkaitan dengan rasuah.
Isu saya bukannya rasuah
Jangan bangkitkan isu berkaitan rasuah
Isu saya jangan berpolitik tu...
Saya boleh sebut UMNO Barisan Nasional derhaka kepada Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
(Dewan Riuh)
Ini sangkaan jahat. Tuan Speaker ini sangkaan jahat.
Biar saya jawab.
Yang Berhormat Banting silakan
Bila Saya melihat Yang Berhormat Sungai Panjang berdiri di atas Peraturan Tetap, saya rasa mungkin dia akan berdiri untuk mengukuhkan perbahasan saya dengan melafazkan pendirian beliau untuk mengatakan tidak kepada politik rasuah dan kleptokrat, rupa-rupanya tidak. Yang Berhormat Sungai Panjang, politik apa yang saya bawa di dalam Dewan Yang Mulia ini? Saya memetik Titah ucapan Tuanku bukan sahaja satu rangkap, sebenarnya muka surat sebelas ada dan muka surat terakhir juga ada sebut. Kita perlu berhemah, kita perlu membawa fakta, kita membahas safe politic bukan toxic politic. Kita membawa fakta, kita membawa apa ni mahkamah, membawa keputusan penghakiman mahkamah. Sg. Panjang sebagai peguam sudah pasti tahu national embarassment ini bukan saya kata. Mahkamah yang mengatakan menjatuhkan hukuman sebegitu. Boleh jadi saya bertanya balik kepada Yang Berhormat Sungai Panjang, apakah politik yang saya bawa? Bukankah media sekarang Karangkraf, sehinggakan isu rasuah pasti ini bukan saya yang bawa, bukan Kerajaan Selangor yang bawa. Dikemukakan satu inisiatif daripada kumpulan Karangkraf, kumpulan media bahasa Melayu,
Yang Berhormat Banting, saya nyatakan pendirian saya, bagi laluan sedikit. Saya minta sekejap.
Saya sedang jawab, saya akan jawab. Dan isu-isu yang saya akan bawa, isi kandungan ucapan saya, yang akan saya bawa, ada berkaitan juga dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Akan juga menyentuh isu-isu pentadbiran baik, isu-isu infrastruktur dan sebagainya. Akan saya bawa. Saya tidak bawa politik, dan saya tidak menjatuhkan, membawa apa-apa tohmahan dan hasutan terhadap mana-mana pemimpin politik.
Yang Berhormat saya sokong Yang Berhormat Banting. Sikit je celahan. Terima kasih Yang Berhormat Banting. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Berkenaan dengan isi ucapan apa yang diberikan oleh YB Banting tu saya tidak buat celahan pun. Dan memang daripada awal daripada sejak daripada Dewan Negeri Selangor saya wakili ini, memang pendirian saya tetap tegas berkenaan dengan integriti dan juga isu rasuah ini. Jelas memang kita kena tolak dan kita amalkan satu politik yang lebih matang, transparensi dan sebagainya. Apa yang saya bangkitkan tadi Yang Berhormat Banting bukan berkenaan dengan isi tu, tetapi dengan tindakan, ulasan yang dibuat oleh Y.B Taman Templer ini lebih menjurus kepada isu politik bukan isu asas dan juga isu content tersebut. Itu sebab saya bangun dengan peraturan tetap itu untuk kita fokus terus berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan rakyat dan juga sebagainya dengan pentadbiran dan sebagainya. Bukan mengkhususkan dan
tertumpu kepada isu-isu, kemudian dikaitkan lagi dengan politik. Dikaitkan lagi dengan politik. Saya ingat kita terus bergerak ke hadapan dengan lebih maju lagi dan juga lebih baik.
Terima kasih Yang Berhormat Panjang yang mengatakan bahawa beliau mengatakan tidak kepada rasuah. Jadi kalau ikut apa yang boleh saya simpulkan Yang Berhormat Sungai Panjang kata tidak kepada Bossku. Terima kasih. Jadi cuma apa yang kita nak dapatkan juga kalau Yang Berhormat yang lain, tadi Yang Berhormat Taman Templer ada sebut Parti Islam se-Malaysia, kita ada wakil di sini, kita tengoklah sama ada ini akan dilafazkan oleh Yang Berhormat yang berkaitan, cuma
Yang Berhormat Banting, kalau saya dengar Yang Berhormat Sungai Panjang yang sebutkan tadi, dalam Dewan ini sebenarnya dia nak kita kata sokong rasuah. Curilah lagi, rompaklah lagi, samunlah lagi, mentekedarahlah lagi duit rakyat dalam negara kita ni. Samun la banyak-banyak, rasuahlah banyak-banyak.
Tuan Speaker, itu sangkaan jahat.
Tuan Speaker itu sangkaan jahat. Saya minta Yang Berhormat Taman Templer tarik balik...
Itulah dia nak dengar daripada kita, kita sokonglah Bossku ke bos kau ke, tak bos ke, maksudnya dia curilah banyak-banyak duti rakyat ni biar jahanam, biar hancur negara kita ni. Terima kasih.
saya kira kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Taman Templer adalah satu perkara yang teramat-amat memalukan. Saya minta sangkaan jahat ini ditarik balik. Saya minta sangkaan jahat ini ditarik balik. Ini satu perkara yang memalukan. Sepatutnya Yang Berhormat Taman Templer berbahas sewaktu perbahasan dia, berkenaan dengan kawasan dia. Ini waktu celahan, macam mana Yang Berhormat Taman Templer boleh mengeluarkan satu tuduhan yang begini dahsyat kepada kami.
Saya jawab, saya nak jawab, saya boleh jawab. Tidak tidak tidak. Saya boleh jawab. Yang Berhormat saya tidak memberi laluan kepada ketua pembangkang. Saya tidak beri laluan kepada Yang Berhormat Sungai Air Tawar
Eh ketua pembangkang, dia benarkan celahan ini, dia benarkan.
(Dewan Riuh)
Sungai Air Tawar, Jeram
Yang Berhormat Taman Templer tidak mengkhususkan tuduhan itu kepada siapa, jadi saya minta YB Banting untuk teruskan.
Cuma macam ni kita mohonlah, kita pun mohon berharap yang baik kepada orang lain, kalau dicakap bahawa mereka menentang rasuah kita harap ianya akan dilaksanakan bukan sahaja cakap tak serupa bikin. Betul tak Yang Berhormat Taman Templer. Dan kita juga memberi peluang, mungkin ada Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana sekarang ni, rasa sudah sampai waktunya untuk menyatakan sesuatu, kita tunggulah memandangkan sekarang ini senarionya ialah Pasti Islam se-Malaysia pun mungkin sudah tidak senada dengan Barisan Nasional
Yang Berhormat Banting, saya dapat satu berita, tapi berita ni saya tidak percaya, saya tidak percaya. Daripada FBI dia beritahu Najib terima 756 juta dari Dana 1MDB yang diseleweng, US. Saya tak percaya. Ini berita ini saya tak percaya, saya tak percaya sama sekali berita ni. Ini fitnah ni. Ini tipu berita ni. Tipu, tipu. Saya tak percaya.
Yang Berhormat dan Tuan Timbalan Speaker, ini kes di mahkamah, tidak sepatutnya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri. Kita pada hari ini sepatutnya membahaskan dan membincangkan Titah Tuanku berkenaan isu banjir, ekonomi dan kesusahan rakyat bukan berpolitik, membawa kepada isu-isu dangkal. Saya kira perbuatan Yang Berhormat Taman Templer ini tidak bertanggung jawab dan tidak bermoral. Saya kira ini satu hujah yang biadap. Sebab itu saya kata tarik balik.
Ketua pembangkang, kalau rasuah pun boleh sebab banjir. Sebab itu kita kena selesaikan dulu isu berkaitan dengan rasuah ini. Amalan rasuah ni. Jalan boleh mendap sebab rasuah...
(Dewan Riuh)
Sungai Air Tawar, Taman Templer sila duduk.
Saya mohon Sungai Air Tawar kalau nak berdiri kena ikut undang-undang. Itu supaya saya kata dalam Titah ucapan Tuanku, kalau nak berbahas di dalam Dewan Yang Mulia ini ada caranya. Kena mintak
penjelasan, kena berdiri di atas peraturan tetap dan sebagainya. Tadi Yang Berhormat Sungai Panjang tak buat tapi Yang Berhormat Sungai Air Tawar tidak meminta penjelasan dari saya, tidak pun memetik peraturan tetap. Saya memohon Yang Berhormat ikut supaya jangan buat macam ni sebab saya nak menjawab kepada Yang Berhormat Taman Templer, saya tidak percaya pun. Saya tidak akan percaya berita itu selagi ianya tidak dibuktikan benar-benar di Mahkamah Tinggi. Dan saya boleh berkata ada kes yang sedemikian rupa yang dikenakan kepada individu tersebut dan beliau telah pun dijatuhkan hukuman, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan sekarang telah pun ditolak rayuannya oleh Mahkamah Rayuan. Dan kita berharap sampai masa sekarang kalau ada parti-parti yang lain termasuk wakil rakyatnya yang berasal dari Parti Islam se-Malaysia bolehlah kata sesuatu untuk mengatakan tidak kepada golongan kleptokrat ini, maka biarkanlah. Kita tengok nanti memandangkan sekarang pun situasi politik tu sedikti berbeza daripada dahulu. Kita tengoklah. Tapi saya berharap bagi mana-mana yang bercakap mungkin mereka boleh melafazkan pendirian mereka. Tadi yang Yang Berhormat Sungai Panjang sudah mengatakan, dia kata tidak kepada Bossku. Saya tidak pastilah Sungai Air Tawar,
Yang Berhormat kena betulkan. Saya tak sebut pun perkataan itu.
Tapi kesimpulan, saya katakan kesimpulan.
Saya katakan tidak kepada isu rasuah dan juga integriti. Ini yang saya cakap ini, berpolitik ini. Buat penjelasan dan juga apa nama ini, buat anggapan sendiri. Bukan daripada ini, baca balik hansard la, tengok balik hansard.
Yang Berhormat, sabar.
Timbalan Speaker saya nak mencelah sedikit.
Y.B. TUAN LAU WENG SAN Kalau Yang Berhormat tidak bersetuju dengan kesimpulan saya, sebab Yang Berhormat berkata tidak kepada rasuah. Ada orang yang dituduh di bawah undang-undang rasuah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi. Maka Yang Berhormat kata tidak kepada rasuah maka tidak kepada orang yang didakwa dan disabitkan kesalahan. Senang sahaja. Logik dan sangat senang. Itulah kesimpulan saya.
Saya rasa Yang Berhormat Banting perlu berhentilah untuk berprovokasi di dalam Dewan ini dan fokus kepada ucapan Yang Berhormat
Saya tidak memberi laluan, saya akan menyebut peraturan tentang satu perkara yang penting dalam Titah Ucapan Tuanku Sultan Selangor semalam yang menyebut...
Yang Berhormat Banting, sila duduk
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, peraturan tetap 36(2), Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah, sekiranya pada timbangan pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang berbicara itu. Yang Berhormat Tuan Timbalan Pengerusi, saya ingin nyatakan perkara yang disebutkan tadi adalah masih di dalam pertimbangan mahkamah kerana kes tersebut masih lagi pending appeal at federal court dengan izin Tuan Timbalan Pengerusi. Tuan Timbalan Pengerusi, sepanjang proses pendakwaan dan juga keputusan mahkamah, pending keputusan mahkamah yang lebih tinggi a person is presume innocent until proven guilty. Ini adalah satu prinsip undang-undang yang matang yang patut dihormati oleh semua pihak bukan sahaja mahkamah, pegawai mahkamah tetapi kita daripada Badan Perundangan. A person is innocent until proven guitly, maka saya minta Tuan Timbalan Speaker beri satu panduan ataupun petua agar perkara ini tidak lagi dibangkitkan kerana masih lagi pending dan perkara ini masih lagi dibicarakan. Tidak boleh buat sesuatu yang subjudice hanya bergantung kepada interpretation daripada seseorang itu bukan interpretation daripada hakim yang menentukan keputusan kes tersebut. Dan kes ini masih lagi pending di federal court Yang Berhormat Tuan Timbalan Pengerusi. Saya berharap kita terus bergerak ke point yang lain. Kalau tidak kita membuang masa sahaja di sini. Terima kasih Tuan Timbalan Pengerusi.
Saya amat tidak setuju tapi saya rasa YB boleh bahas lagi. Saya akan beralih ke topik yang lain. Cuma sebagai penutup kepada isu ini keputusan mahkamah telah pun dibuat dan kalau kita mengikut case law Yang Berhormat sebagai peguam pastilah tahu, kalau kita sekadar mengulangi memetik penghakiman. Teks penghakiman yang dibuat oleh hakim dan membawanya di dalam mana-mana forum awam tidak menjadi masalah subjudice. Saya tidak tambah ataupun tolak satu perkataan pun daripada penghakiman tersebut. Perkataan national embarassement sekali lagi adalah ditulis, dijatuhkan oleh mahkamah dan hakim yang menghakimi kes tersebut. Itu adalah kes S Asi saya tak sebut kes 1MDB. Kes 1MDB masih lagi dibicarakan oleh Yang Berhormat Sungai Panjang kena tahu. Ini adalah penutup, sama ada bersetuju Yang Berhormat boleh lafazkan nanti dalam perbahasan cuma saya amat berharap, hati saya amat berharap semua Wakil Rakyat, ADUN adalah besar. Kita mencabar dan kita berharap Yang Berhormat- Yang Berhormat di sebelah sana akan menyatakan sesuatu. Itu sebabnya kita jangan berpolitik, kalau berpolitik jangan campurkan, jangan kena ikut bossku,bossku. Tapi sini kita jangan politik, lihat fakta, follow the book, follow the order, ikut apa yang dijatuhkan oleh mahkamah.
Yang Berhormat Banting, Yang Berhormat Sungai Panjang dan sebut tak setuju rasuah tapi dia tak sebut bossku kan, dia tak setuju fasal bossku itu tak apa.
Tak apalah Yang Berhormat boleh kemukakan hujah nanti dalam perbahasan
Teruskan kepada topik seterusnya. Yang Berhormat Hulu Kelang, bagi laluan?
Saya teruskan, takut masa tidak mencukupi. Kita perlu adil kepada yang lain. Yang Berhormay boleh berbahas untuk menyokong usul ini. Dalam perubahan iklim tadi kita telah sebut tentang beberapa perkara seperti tebatan banjir, kolam takungan air, pelebaran sungai dan pendalaman sungai. Kita memerlukan satu statistik yang lain. Dewan ini amat memerlukan statistik kerana kita tidak ada satu jawatankuasa infrastruktur yang memantau portfolio ini. Kita perlu tahu berapa perbelanjaan telah pun digunakan untuk program-program yang diadakan itu.
Tidak guna kita datang ke Dewan kita jawab dengan segala statistik dan fakta yang ada tetapi kita tidak tahu progress ataupun kemajuan ataupun peratusan yang telah pun diperuntukkan itu. Kita perlu tahu kemajuan. Kalau kita belanjakan katakan sepuluh bilion untuk projek tebatan banjir tapi sampai akhir tahun kita hanya belanjakan satu bilion sahaja. Iyalah itu dikira gagal. Kalau kita perlukan lanjutan masa yang terlalu panjang itu pun gagal juga. Jadi saya mohon supaya kerajaan dapat memberi statistik, berapa telah pun kita telah lakukan sampai peratusan program yang ke berapa adakah kita boleh memastikan ianya dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Saya berharap mungkin dalam penggulungan Yang Berhormat EXCO tadi nanti ianya akan dapat diketengahkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Bantuan Selangor Bangkit telah pun diberikan pada penduduk-penduduk yang menghadapi masalah banjir. Saya ingin memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor bahawa sehingga sekarang masih terdapat aduan daripada penduduk yang masih belum menerima bantuan tersebut. Saya khuatir bahawa mungkin ada pegawai yang mencipta undang-undang dan peraturan sendiri. Saya rasa dan saya mohon sangat supaya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk meneliti perkara ini. Menyemak, menyiasat hujah saya ini untuk memastikan tidak ada pegawai yang mewujudkan peraturan sendiri untuk menentukan macam mana peruntukan itu dapat dikeluarkan. Saya tahu ada satu taman di kawasan saya, seluruh taman dilanda banjir. Dimasuki air, dibanjiri air. Tetapi ada di kalangan mereka yang dapat ada yang tidak dapat. Yang tidak dapat ada dengan borang permohonan mereka dilampirkan laporan polis dan gambar malahan video pun tidak dapat. Apakah masalah dia? Adakah ianya disebabkan oleh peraturan-peraturan yang tidak diperlukan yang diwujudkan oleh sesetengah individu tertentu? Saya rasa ini perlu diberi perhatian. Seterusnya kita juga perlu lihat, Tuan Timbalan Speaker, golongan petani khususnya petani makanan, tanaman kontan, sayur-sayuran.
Mereka juga mengalami kerugian yang sangat serius kerana banjir ini. Dan mereka memerlukan bantuan daripada kerajaan Selangor. Walaupun Bantuan Selangor Bangkit ini telah pun berakhir dan tidak memberi bantuan kepada golongan petani, haruslah kita memikirkan sesuatu untuk menolong mereka. Dan saya berharap perkara ini dapat dimasukkan dalam perancangan Belanjawan Tahun 2023 supaya mereka yang menjamin keselamatan makanan di negeri Selangor dan Malaysia ini dapat dibela.
Tuan Timbalan Speaker, pelaburan merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dan kebelakangan ini kita lihat teknologi dron begitu penting. Teknologi aeroangkasa begitu penting. Saya pernah bangkitkan di Dewan yang mulia ini dan kita lihat perang antara Rusia dan juga Ukraine. Kita dapat lihat selain daripada isu-isu perikemanusiaan, International Law dan sebagainya. Kita juga dapat lihat pelaksanaan perang menggunakan teknologi canggih seperti dron merupakan sesuatu yang kita sebagai sebuah negara kecil perlu ambil iktibar. Malaysia dan Selangor perlu membangunkan teknologi dron kita yang tersendiri, kita perlu membangunkan industry manufacturing ataupun pembuatan yang berkaitan untuk memastikan kita ini sebagai sebuah negara dan negeri yang menjadi sebahagian daripada supply chain dengan izin. Kita lihat dalam perang antara Rusia dan Ukraine ini bukan saja mereka menggunakan dron untuk memastikan sasaran dapat dimusnahkan dengan tepat dan jitu malahan terdapat juga peralatan-peralatan aset-aset anti-tank devices yang boleh digunakan oleh, dengan izin foot soldier. Teknologi ini adalah sangat canggih dan saya rasa apa alangkah baiknya kalau negeri Selangor dan Malaysia boleh menjadi salah satu daripada sebahagian supply chain ini. Kita tahu sekarang ini ianya dipelopori oleh negara-negara maju kuasa-kuasa barat tetapi kita juga tahu ada juga negara-negara kecil yang menyumbang kepada pembuatan peralatan-peralatan seperti ini. Dan saya kira kita boleh ambil contoh seperti Taiwan, syarikat Taiwan Semi-Conductor Manufacturing Company yang membekalkan cip pada syarikat-syarikat ini. Kerana peralatan-peralatan ini ataupun aset-aset ini sebenarnya amat memerlukan peralatan yang jitu dan canggih seperti cip semi conductor dan sebagainya. Dan kalau Taiwan ataupun negara kecil boleh menjadi sebahagian daripada global supply chain ianya akan menjamin secara tidak langsung kestabilan dan juga keselamatan negara kecil tersebut. Saya lihat dan menyarankan supaya kerajaan negeri Selangor dapat melihat dan mempelopori perkara ini. Bila kalau kita dapat menghasilkan ataupun menguasai kemahiran pembuatan teknologi dron ini kita boleh bukan saja gunakannya untuk peralatan-peralatan dan juga senjata, kita juga boleh menggunakannya untuk tujuan penempatan banjir mitigasi dan atatasi dan sebagainya. Banyak perkara kita boleh lakukan.
Kita juga perlu melihat pelaburan Tuan Timbalan Speaker dalam sidang Dewan yang lepas saya ada menyebut tentang bio medic. Di mana kita perlu menguatkuasakan atau memperkasakan bidang dan sektor pembuatan vaksin di Selangor ini. Dalam tempoh pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP yang lepas kita dapat lihat kekuatan Negeri Selangor. Kita merupakan pembekal sarung tangan getah ataupun
glove yang terutama di seluruh dunia. Kita dapat menghasilkan facemask kita sendiri. Malahan sekarang kita juga boleh membotolkan vaksin Sinovac di Puchong, di sebuah kilang di Puchong. Adakah kerajaan negeri Selangor dan Selangor mempunyai kemampuan untuk mempertingkatkan kapasiti pembuatan bio medic di Selangor? Saya yakin kita boleh. Kerajaan Negeri Selangor dengan anak syarikatnya seharusnya melihat perkara ini sebagai satu peluang ekonomi ataupun peluang pelaburan yang ada untuk memperbanyakkan, memperbanyakkan ataupun sektor ekonomi dan perdagangan di negeri Selangor. Saya berharap Kerajaan Negeri Selangor akan memberi satu maklum balas yang lengkap tentang perkara ini.
Kita juga bercakap tentang destinasi pelaburan Selangor sebagai destinasi pelaburan yang berkualiti tinggi di Malaysia ini dan kita lihat ianya amat bergantung kepada infrastruktur yang ada di negeri Selangor. Jaringan lebuh raya, jaringan rel dan sebagainya perlu dipermantapkan. Cuma dalam isu ini saya ingin memberi peringatan kepada Kerajaan Negeri Selangor tentang beberapa projek infrastruktur yang dikemukakan dijalankan oleh kerajaan Persekutuan yang telah pun dipersetujui oleh kerajaan negeri supaya janji-janji daripada kerajaan Persekutuan itu akan ditepati pada masanya. Akan ditepati tak cukup. Akan ditepati pada masanya cukup, adalah sangat penting. Dia akan menepati janjinya tetapi mungkin sepuluh tahun kemudian, apa gunanya? Kalau dia janji nak buat ini-ini tahun sekian-sekian tahun maka lakukannya pada sekian-sekian tahun. Contoh yang saya nak bawa Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, ECRL. Dahulunya jajaran selatan tidak akan dilaksanakan. Ditukar menjadi Jajaran Utara. Dan ada janji daripada Kerajaan Persekutuan bahawa daerah Kuala Langat akan juga walaupun dengan pelaksanaan Jajaran Utara ini akan juga dapat sesuatu daripada Kerajaan Persekutuan. Kita nak tahu apakah perancangannya? Bilakah tahap kemajuannya? Bilakah ianya akan dilaksanakan? Sama ada kertas telah pun disediakan? Sama ada permohonan telah pun dikemukakan kepada OSC? Sama ada briefing ataupun taklimat telah diadakan? Untuk makluman Dewan yang mulia ini sehingga sekarang belum ada apa-apa lagi. Saya khuatir ianya mungkin akan menjadi janji di capati. Jangan kita membiarkan pisang berbuah dua kali. Cukup-cukup kita diperdaya oleh kerajaan Persekutuan sekarang masanya untuk kita bertindak untuk memastikan mereka melaksanakan apa yang dijanjikan. Berkenaan dengan lebuh raya WCE, West Coast Expressway. Selepas desakan demi desakan kita lihat sekarang lebuh raya ini mencapai peratusan kemajuan yang cukup cepat cukup tinggi tapi saya rasa kita juga perlu berterus-terang. Bilakah ianya akan siap. Adakah ianya akan disiapkan pada akhir tahun ini? Seksyen 1, 2 dan 3. Sehingga sekarang kita pun tak tahu, saya berharap akan ada jawapan daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Air Selangor, Yang Berhormat Sungai Panjang sekaranf saya tegur. Kita jangan berpolitik. Ini contohnya kena tengok isi ucapan saya. Air Selangor sebagai sebuah anak syarikat kerajaan Selangor. Ada projek, banyak projek penukaran tiang paip. Tapi apa yang berlaku sekarang pelaksanaannya terlalu lama. Kita tahu ada perancangan ada peruntukkannya. Tapi saya lihat selalunya ada lanjutan masa yang
pada pendapat saya boleh dielakkan. Sebagai contoh, kita tidak nak PKP ini dijadikan satu alasan untuk diadakan lanjutan masa demi lanjutan masa. Saya tahu kita ada PKP, ada sekatan di sana-sini. Tetapi tidak bolehkah kita merancang dengan lebih awal. Sekiranya ada perkara seperti ini kita mencari ikhtiar. Kita bincang dengan Kementerian. Ada wakilnya di sini, supaya mereka boleh mempercepatkan. Mengapa tidak boleh dilakukan? Dan bila sampai waktunya PKP. Kita sekat. Dan kita mohon lanjutan masa. Bukan satu kali, dua kali, tiga kali? Kita juga perlu lihat kapasiti kontraktor yang berkenaan. Saya bagi satu contoh. Decommissioning of water pipe. Dia ambil masa satu minggu. At the end of the first week kita pun tidak tahu sama ada lengkap ke tidak. Rupa-rupanya pekerja yang ditugaskan untuk decommissioning ini seorang saja. Berapa dia boleh buat? Jadi saya memohon supaya, pihak Air Selangor ini pantau betul-betul dan beri penjelasan setakat sekarang berapa banyak projek menukarkan tiang paip air telah pun bermula sampai bila ia siap? Sampai bila akan siap? Berapa lanjutan masa telah pun dikenakan? Adakah potongan terhadap pembayaran kepada kontraktor akan dilakukan kalau mereka gagal menunaikan janji-janji kontraktor mereka? Kita nak fakta ini. Dan kita mahu Air Selangor untuk berhati-hati dan berwaspada dalam pemilihan kontraktor kerana pemohon kontraktor yang tidak bertauliah dan tidak menepati syarat kita akan menyebabkan kesusahan kepada penduduk. Satu contoh lagi yang saya nak bagikan di sini sangat mudah iaitu penurapan sementara. Yang Berhormat Bukit Gasing pernah bangkitkan sehingga sekarang tidak ada satu standard terhadap bagaimana penurapan sementara itu perlu dilakukan. Saya lihat penukaran tiang paip di projek di Seksyen 14 di jalan dengan baik. Di Kampung Tunku baik sekali. Dengan penurapan sementaranya cukup mantap. Tapi this is not the story pula di kawasan DUN Banting. Ada isu yang berbangkit dan kita perlu memantau, menegur, bermesyuarat dan minta mereka melakukan sesuatu. Saya rasa ini kita perlu tengok.
Tuan Timbalan Speaker, banjir dan bencana alam ini merupakan perkara yang cukup serius. Pencemaran alam sekitar juga sangat serius. Kita perlu pastikan, saya mohon Yang Berhormat Kajang perlu melakukan dengan lebih rajin lagi dalam masa satu atau dua tahun yang akan datang. Adakah kita boleh memastikan tidak akan berlaku pencemaran air secara besar-besaran di Selangor. Dengan kata lain there will be no major river pollution in Selangor, there will be no major air pollution in Selangor, there will be no major pencemaran bau di Selangor. Kita perlu memberi komitmen kepada kepada rakyat negeri Selangor supaya isu ini tidak akan berlaku. Supaya air di Selangor ini tidak akan terputus tanpa jangkaan.
Dalam Titah ucapan Tuanku juga ada disebut tentang Program Agropreneur Smart Selangor dan Agro Park (SSAP) ada disebut tentang daerah Kuala Langat. Program ini sangat penting dan saya juga memohon Kerajaan Negeri Selangor juga untuk memberi makluman dan juga data terperinci tentang pelaksanaan program ini sebab saya membangkit program ini kerana pelaksanaan program ini sangat penting. Pertama sekali akan membantu anak muda untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian. Kedua, ia akan memastikan keselamatan bekalan makanan di Selangor
terjamin dan ketiga ia akan membuka bisnes baru, business opportunity yang baru dengan izin kepada anak-anak muda. Tetapi kita umum, Kerajaan Negeri kita buat hebahan dan sebagainya dan di peringkat akar umbi kita tidak pasti apakah tahap peratusan ataupun kejayaan program ini. Kita hendak menilai dan kita hendak memastikan ianya adalah selari dengan dasar kerajaan.
Begitu juga dengan, Tuan Timbalan Speaker program blueprint. Kita perlu kata, kadangkala kita perlu lihat masa yang begitu lama diambil oleh Kerajaan atau Pejabat Tanah untuk menyemak dan menjalankan siasatan terhadap permohonan yang diterima. Saya tahu, permohonan itu adalah sangat-sangat banyak tetapi kita juga perlulah memikirkan satu cara untuk memudah cara kan permohonan itu dan memastikan usaha-usaha semakan itu dapat dilakukan dalam masa yang pantas dan cepat dan efisien. Saya memohon supaya kerajaan dapat memberi satu statistik juga, berapa lama diperlukan untuk menyemak untuk sesuatu permohonan itu diterima sampai dilulus atau ditolak? Berapa lama diperlukan? Adakah kita menggunakan lebih dari satu tahun untuk menjalankan usaha ini sekiranya, ia nya, sekiranya ia nya adalah sesuatu yang tidak harus berlaku dalam era digitalisasi ini, kita harus memastikan supaya program-program kerajaan ini dapat dilakukan dengan pantas dan cepat.
Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah pun mengambil iktibar untuk melaksanakan program PINTAS dan kita akan melaksanakannya melalui pembayaran elektronik. Dan ini adalah satu pembaharuan yang bagus dan perlu dipuji oleh semua tapi kita perlu lihat di Negeri Selangor kalau kita lihat betul-betul kita ada Selangkah, kita ada CEPAT, kita ada pembayaran melalui Selangkah dan juga CEPAT, kedua-duanya di bawah Negeri Selangor. Mana satu kita hendak guna, hendak guna Selangkah atau juga CEPAT, saya berharap kerajaan dapat melaksanakan pengharmonian antara kedua-dua sistem ini dan memastikan segala data yang kita laksanakan itu adalah consumer friendly atau pun mesra pelanggan. Jangan kita adakan apps yang terlalu banyak tetapi akhirnya kita perlu berusaha kembali untuk menumpukannya, mengharmonikan kesemua aplikasi ini dan proses ini sekiranya perlu dilakukan pastinya akan mengambil masa yang sangat lama.
Tuan Timbalan Speaker, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang SSDU, SelNet dan C5i Operations Centre dan sebagainya. Adalah menjadi usaha kerajaan untuk menjadikan Negeri Selangor ini menjadi sebuah negeri pintar dan bestari menjelang tahun 2025. Tetapi usaha ini tidak akan berjaya sekiranya Kerajaan Tempatan dan Pejabat Tanah kurang berminat dalam program ini. Saya tahu, masing-masing PDT ada cara mereka untuk menjalankan urus niaga dan transaksi mereka melalui Internet, ada vendor yang telah dilantik dan sebagainya. Tapi kita perlu lihat, Kerajaan Selangor perlu ada satu Pekeliling atau satu arahan yang tegas bahawa kita perlu kumpulkan semua ini di bawah satu bumbung supaya kita dapat menjamin pelaksanaan dan kecekapan pelaksanaannya. Sekarang ini, apa yang kita lihat ialah Majlis Bandar Raya sekian-sekian ada sistem macam ini, Majlis Perbandaran sekian-sekian ada
sistem macam itu, Majlis Daerah sekian-sekian ada sistem yang lain, macam mana kita hendak mengintegrasikan kesemua ini dalam satu aplikasi. Macam mana kita hendak menilai prestasi pegawai kerajaan dalam mengatasi masalah rakyat.
Saya bagi contoh, satu contoh yang bagus adalah aduan awam, aplikasi aduan awam, kalau di Majlis Perbandaran Kuala Langat, ada MPKL Adu, kalau di tempat lain ada program-program atau aplikasi yang lain. Sekarang sampai akhir tahun kita hendak menilai prestasi kerajaan, menilai prestasi pegawai kerajaan untuk memberi bayaran bonus atau pun ganjaran. Kita hendak tengok yang mana satu? Aplikasi yang berlainan, ada cara yang berlainan, ada apa ini, evaluation atau penilaian yang berlainan. Masing-masing menggunakan cara yang berbeza dan kita tidak boleh menggunakannya untuk menilai prestasi seluruh PBT dan seluruh pegawai kerajaan atas paras yang sama. Ini kita perlu ambil iktibar dan perbetulkan.
Tuan Timbalan Speaker, Titah Ucapan Tuanku semalam juga ada menyebut tentang hasil kerajaan dan kerajaan telah pun berusaha untuk memastikan kutipan hasil kita adalah berlestari atau pun berbentuk sustainable, kita lihat dan saya melalui jawatankuasa dan saya sebagai Pengerusi JP-Padat, kita dapat lihat Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah di semua daerah, memang berusaha sungguh-sungguh untuk memastikan cukai tanah dan premium pada tahap yang sihat.
Cuma kita juga perlu ingat, Tuan Timbalan Speaker, Kerajaan Negeri Selangor juga sedang berdepan dengan beberapa kes mahkamah yang menyebabkan dan mungkin akan menyebabkan Kerajaan Selangor akan membayar ganti rugi dalam amaun yang cukup menakutkan. Kita ada satu jawatankuasa atau satu task force untuk melihat kes-kes mahkamah yang berprofil tinggi ini, kita perlu memastikan Kerajaan Selangor mengambil satu pasukan undang-undang yang cukup kuat bagi memastikan kita tidak kalah yang pertama. Yang kedua, kalau kalahkan ketirisan atau pun kerugian yang berlaku akan dapat dikurangkan. Dan isu ini juga adalah berkait rapat dengan prestasi pegawai kerajaan kita, ketirisan, kompetensi pegawai kerajaan kita. Mengapakah sesebuah keputusan itu boleh dilakukan sedemikian rupa, sehingga kita boleh didakwa di mahkamah dan kita kalah. Sebagai satu contoh Tuan Timbalan Speaker, geran title atau pun surat-menyurat dengan pemohon, sampai ada surat itu hilang, sampai ada keputusan mesyuarat itu hilang, sampai ada dokumen fail hilang, fail hilang tidak ada bukti, apa yang kita hendak cakap di mahkamah pun tidak guna, kita tidak ada bukti, tidak ada dokumen, dan kerana itu, kita bayar ganti rugi, begitu dahsyat sekali ganti rugi, dan saya mohon, kerajaan untuk melakukan segala yang boleh untuk memastikan perkara ini tidak berlaku.
Tadi saya ada sebut Yang Berhormat, tentang SIAP atau pun Program Integriti yang berlaku di Selangor dan kita lihat satu contoh, Yang Berhormat Sungai Air Tawar, saya hendak sebut ini, bangunan Majlis Perbandaran Kuala Langat, integriti, Yang Berhormat bersama-sama dengan saya di SELCAT. Apakah yang telah berlaku terhadap bangunan ini? Saya tahu kerajaan dan juga PBT akan membina bangunan
yang baru di tempat yang lain, saya difahamkan, Tuan Timbalan Speaker, ada kes mahkamah yang telah diputuskan, ada pegawai yang telah pun dihukum, saya hendak bertanya kepada SPRM, adakah hanya seorang sahaja yang didakwa? Dan dijatuhkan hukuman sahaja? Dan yang lain, tidak ada pendakwaan terhadap mana-mana individu-individu yang lain.
Saya ingin bertanya kepada semua, adakah sesuatu kegiatan rasuah itu dilakukan oleh seorang sahaja? Tidak mungkin, saya memetik satu contoh, kes 1MDM lah atau kes SRC, tidak mungkin satu orang, ia dilakukan oleh sekumpulan orang. Tapi apa pun sekali, saya rasa kita perlu mengambil iktibar, kes ini melibatkan wang kerajaan, itu sebabnya saya tidak setuju dengan Yang Berhormat Taman Templer, bila kita kata, kes rasuah ini tidak ada kaitan dengan rakyat, ada kaitan, bila kerajaan, wang kerajaan dibazirkan sedemikian rupa, kita nak buat Program Tebatan Banjir tidak boleh, tidak ada wang, kita hendak buat vaksin, Selvac, tidak ada duit, mana boleh, kita hendak buat jalan, kita hendak buat program anti pencemaran alam sekitar, tidak boleh. Kita hendak buat, mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan, hendak pergi keluar negara, tidak boleh, kita hendak buat program pun tak boleh. Buat program kebajikan tak boleh.
Itu sebabnya dalam ucapan saya tadi, pada awalnya saya sebut, kerana Kerajaan Selangor ini berada di landasan yang betul dengan kestabilan yang kukuh, sejak tahun 2008 kita dapat memastikan ianya dikurangkan pada tahap yang paling minimum. Dan saya memohon supaya Kerajaan Negeri Selangor jangan terlepas pandang terhadap mereka yang melakukan rasuah dalam kes bangunan baharu MPKL ini. Kita perlu memastikan mana-mana pihak yang terlibat di bawa ke muka pengadilan, betul atau tidak? Kita tidak boleh membiarkan program-program ini atau pun wang kerajaan di sia-siakan begitu sahaja.
Berkenaan dengan sektor pelancongan ada disebut dalam titah ucapan Tuanku, bahawa kita perlu mengadakan Safe Tourism atau pelancongan selamat. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat dan mungkin Yang Berhormat Kajang sudah ada perancangan? Pelancongan yang berlandaskan kepada bicycle atau pun motorcycle dan aktiviti pelancongan ini jelajah melalui menggunakan basikal atau motosikal ini adalah sangat-sangat popular di kawasan Kuala Langat. Kuala Langat dari Sijangkang sampai ke Jenjarom, Banting, Pantai Morib, Tanjung Sepat merupakan hotspot untuk pelancongan yang berasaskan kepada basikal dan juga motosikal ini, dan saya berharap kerajaan dapat melaksanakan dan menjalankan join venture dengan pengusaha-pengusaha swasta untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Yang akhir sekali saya ingin menyentuh sikit tentang PBT, Tuan Timbalan Speaker. Iaitu PBT di Selangor ini kaya, ada penjimatan, ada surplus dan sebagainya. Soalannya adalah, bagaimana cara PBT menggunakan wang ini untuk kesejahteraan rakyat? Saya tahu PBT, ada PBT yang akan menggunakan sebahagian daripada
surplus atau pun penjimatan ini untuk dalam bentuk pelaburan. Sama ada pelaburan dalam bentuk simpanan tetap ataupun pembelian aset. Kalau simpanan tetap tidak ada pertikaian tetapi dari segi pelaburan aset, saya rasa kita sebagai Kerajaan Negeri Selangor perlu pantau betul-betul kerana kita khuatir akan ada PBT yang menggunakan wang surplus ini untuk dilaburkan dalam aset-aset yang mungkin tidak akan memberi pulangan yang sewajarnya kepada kita. Ia perlu diperhalusi oleh Ahli-Ahli Majlis, bukan sahaja Ahli-Ahli Majlis di dalam Jawatankuasa Kewangan, tetapi Ahli-Ahli Majlis seluruhnya untuk memastikan segala fakta dibentangkan dan pembelian aset ini bukannya satu kereta, satu rumah, satu kedai, mungkin ia barangkali dalam satu blok bangunan, satu tingkat hotel. Kita perlu pastikan supaya perkara ini dapat diperhalusi, untuk itu saya mohon kerajaan untuk memberi satu statistik sehingga sekarang berapa banyak aset yang telah dibeli oleh PBT, sama ada aset hartanah yang saya maksud kan, sama ada satu rumah, satu kedai atau satu bangunan, kita hendak tahu berapa banyak? Kita hendak tahu berapa banyak pulangannya? MPK pun sama, MPKL pun sama, MBPJ pun sama, MBSJ pun sama, kita hendak tahu, apakah mereka menggunakan wang itu, adakah mereka mendapat pulangan yang sepatutnya, atau pun kalau tidak ada pulangan yang sewajarnya, baik guna wang itu untuk membangunkan kesejahteraan atau membangunkan infrastruktur di kawasan PBT. Itu adalah apa yang ingin saya sampaikan di Dewan yang mulia ini.
Tuan Timbalan Speaker, dengan hujah-hujah yang saya bentangkan tadi saya amat berharap sekali lagi sebelah sana boleh menyambut cabaran saya dan melafazkan dengan terang, di Dewan yang mulia ini bahawa mereka anti rasuah. Mereka tolak reptokrasi, dan mereka akan bersama-sama rakyat untuk memperjuangkan hak rakyat untuk membangunkan Negeri Selangor dan Malaysia yang lebih sejahtera.
Dengan itu, saya mohon mencadang.
Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Hulu Kelang.
Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.
Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Speaker yang memberi ruang kepada saya untuk menyokong apa yang telah diusulkan oleh saudara saya, Banting dengan panjang lebar dan hebat, dan di bantah dan di sokong oleh saudara dari Taman Templer, dan di bantah oleh Sungai Air Tawar dan rakan-rakan yang seangkatan dengannya.
Saya ingin dijelaskan di sini bahawa, Pilihan raya yang baru berlaku di Johor, tujuannya ada untuk mewujudkan satu kelas masyarakat yang berada di above, di atas tanggungjawab ke atas rakyat. Ini apabila berlaku, kita telah nampak bahawa
tujuan yang dilakukan mereka adalah untuk membolehkan satu golongan Ahli Politik yang berada di Parlimen menetapkan apa yang akan berlaku di negara.
Dulu mula kita kata, kerajaan tebuk atap, pintu belakang, akhirnya dia buat satu kerajaan yang boleh buat perkiraan atas majoriti yang diadakan yang dirundingkan di Parlimen. Rakyat tidak ambil tahu, rakyat mengundi pun tidak jadi hal. Saya nak baca ini, apbila saya menulis satu artikel, pada malam, esoknya, mengundi pada 12 hari bulan, saya mengatakan bahawa apa yang sedang berlaku adalah hegemony pengumpulan kekuatan, politik, this a bear politics, dengan izin, naked politics, yang dimiliki oleh UMNO dan konco-konconya, daripada mana-mana yang boleh tukar apa yang dia nak. Saya ada rakan dalam UMNO, satu sekolah. Dia UMNO, sekarang pindah parti. Dia sanggup pindah parti banyak mana pun, dan rakan-rakan satu sekolah tau, perangai di macam itu. Jadi saya nak nyatakan di sini, bahawa politik ini adalah bahaya, politik yang sedang berlaku di Malaysia adalah bahaya, kerana dia mengajak manusia berfikir, cara brutes. Brutal dan brutes.
Ini kita kena jaga. Macam mana orang Melayu Islam, mempunyai kekuatan itu. Tak boleh. Dengan itu saya ingin tegaskan di sini, bahawa apa akan berlaku adalah pressure, satu tekanan yang akan dibentuk oleh mereka, dengan kemenangan yang ada untuk menidakkan pengundi-pengundi lain. Dalam pilihan raya di Johor, kita dapati setengah pusat mengundi tutup. Apabila ada orang tertentu mengarahkan ia ditutup. Pelik. Polis pun bingung, SPR pun bingung, kenapa di tutup. Average, orang yang keluar, hanya 40% daripada pengundi. Ini amat menghairankan kita. Saya nak tahu. Terima kasih.
Jadi saya ingin tegaskan di sini, bahawa keprihatinan Tuanku ada valid nya. Tuanku dalam Titahnya, kurangkan isu yang berkaitan politik, dalam konteks politik kepartian. Tetapi dia peka, tentang politik ini jika tidak disaring dengan baik, akan rosak binasa masyarakat Malaysia. Dia menyatakan kerunsingannya tentang pertukaran cuaca, perubahan cuaca, climatic change. Yang sebenarnya, kita nak kena faham dengan betul. Climatic change is not change. Ia adalah stability, ia adalah hemostasis, hemostasis adalah mewujudkan kekuatan-kekuatan dalam satu masyarakat, dalam satu sistem. Di mana perubahan diperlukan, akan menjejaskan satu aspek, kestabilan tapi akan mewujudkan kestabilan yang lebih luas. Contoh yang nyata adalah, laporan tentang astronaut-astronaut yang naik ke angkasa. Saat dia dilepaskan daripada kiub carnivoran, naik ke atas, dia akan nampak bumi ini makin cantik. The whole world is cantik. GIA, adalah nama Italic, original bumi, maknanya mother. Mother is caring, mother is whole, mother is healthy, mother is whole.
Saya nak mengatakan istilah, hal, dalam bahawa Arab mengatakan kaifa hal, apa hal. Menyatakan bagaimana keadaan kamu keseluruhannya. English kata how. Whole, when we see things in the whole, is going to be very healthy. Jadi ini saya nak nyatakan bahawa astronaut yang naik ke langit, ke angkasa lepas, dia tengok bahawa bumi ini is so beautiful. Harmoni, tidak ada gaduh, tidak ada perang. Dia renung,
tengok benda itu ada. Maknanya manusia ini, dia tak nampak jauh. Kalau dia nampak jauh, dia tidak akan sanggup, merosakkan satu sama, antara satu sama lain. Dan ini menyebabkan mereka ada persatuan. Orang yang dah naik Appollo 9 dulu, dan turun ke bulan, sampai yang masih hidup itu, yang dah tua-tua tu, dia ada persatuan. Persatuannya ialah kaunseling. Tiap-tiap tahun, diorang akan duduk kaunseling. To remind to their side. Pemandangan mereka terhadap bumi yang cantik, indah, harmoni, stabil, tak pernah rosak. Jadi maknanya kita kena faham bahawa bumi ini, dia tak kisah, “kau nak rosakkan macam mana pun, aku akan adjust. Itulah yang dinyatakan dalam Al-Quran, “janganlah kamu pasakkan bumi ini, selepas Aku (Allah) jadikan dia elok”. Dia mengislahkan. Jadi itu kita kena ambil tahu. You cannot destroy the earth, you cannot destroy the environment. You cannot destroy the climate. Because the mother earth, dengan izin Allah, ada kekuatan untuk adjust benda itu. Jadi kita kena faham, apa yang kita buat, tidak ada effect pada bumi. Effect dia adalah kebaikan-kebaikan pada masa akan datang. Sikit falsafah.
Dengan itu, apabila ada, (bahasa Arab), “demikianlah langit yang mempunyai satu kitaran”. Kitaran ini adalah kitaran hujan. Kitaran air, wap, yang tidak boleh difahami oleh manusia. Dulu orang tak faham macam mana hujan turun. Lama-lama bila tengok daripada cerita-cerita orang saintis Arab, Optik dan Development of Engineering Mathematic Calculus dan sebagainya, oleh saintis Arab, calculation nya sangat accurate. Jadi saya nak tegaskan di sini, bahawa kegusaran, kerunsingan Tuanku tentang climatic change, hendaklah kita address dengan betul. Selagi manusia yang dikatakan manusia kampung ke, bandar ke, desa ke, tidak mahu berkawan, tidak mahu taayush, tidak mahu hidup sama dengan alam, akan berlakulah kerosakan. Simple test, pasanglah perangkap sampah di mana-mana sungai di Selangor, satu kilometer daripada sumber dah penuh sampah. Selagi kita tak settle itu, kita tidak mahu berkawan dengan manusia, tidak mahu berkawan dengan alam, kita akan hadapi masalah itu. Jadi saya menyeru, JPS ke, kerajaan mana ke, PBT, MPAJ ke, mana-mana, hendaklah satu training pembentukan sikap. Sayang, taayush, co-existence dengan alam, you don’t destroy sungai dengan buang sampah, you don’t destroy river, yang banyak kencing dalamnya. You must respect air laut, without you kencing dalam laut. Tidak ada effect dengan air kencing you, pada laut yang besar, selagi itu, jangan respect. Kalau tidak ada attitude ini, kita tak akan membentuk satu co-existence yang betul.
Saya duduk di Hulu Kelang, Sungai Kelang daripada Kelang Gate, air daripada tasiknya cantik turun, lepas itu, habis. Lepas satu kilometer, najis terapung pun ada. Orang baling macam-macam ada. Botol kaca, botol beer, dibuang. Jadi, ini adalah, kalau kita nak, berdamai dengan alam, berdamailah dari segi menghormati alam. Jadi, oleh itu, benda ini telah dirakamkan oleh Abdullah Munsyi, Munsyi Abdullah, tentang bagaimana orang Melayu, tak jaga tentang air char. Di Kelantan didapati bahawa banyak air char. Air char ini air becak. Kenapa, orang Kelantan tak suka ada longkang. Sampai sekarang problem, banyak perumahan orang Kelantan buat, minta maaf orang Kelantan, banyak air char. Dia tidak ada mindset, to organize air longkang itu.
Jadi, itulah status dalam buku, Perjalanan Abdullah Munsyi, 180 tahun dulu, tentang negeri Malaysia, Melayu di Kelantan. Jadi kita kena ada attitude itu. Maknanya, kalau kita ambil istilah, peruntukkan RMK, Rancangan Malaysia ke berapa pun, yang ke-14, menyatakan peruntukan untuk penebatan banjir, di Selangor adalah RM1 bilion, RM1.5 bilion. Tapi pada tahun itu, bila RMK 14, itu bermula dari tahun 2008, termasuk dibagi rolling fund, RM110 million, as rolling fund. Sedangkan all infrastruktur yang kita ada di Selangor ini, highway la, apa la, semua keputusan di Pusat. Bila banyak air, memang banyak air melimpah. Bila banyak port, banyak airport, banyak bangunan-bangunan yang begitu, banyak banjir. Sebab banjir di Selangor ini, kerana infrastruktur yang maintenance pada penebatannya, sepatutnya dilakukan oleh Kerajaan Pusat, tidak dilakukan. Ini kita kena betulkan. Kalau Tuanku dah ajak tu, saya beri effect kepada apa yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi, its the time, yang mana Abdullah Munsyi faham benda itu, the fact orang Kelantan tak jaga, sampai sekarang sistem dia tak bagus. Kita kena betulkan sistem longkang kita. Dekat Hulu Kelang pun ada longkang yang lebih tinggi, sungai lebih tinggi daripada longkang keluar. Banjir setiap kali. Macam mana itu.
Saya tahu, saya punya sahabat akan menjawab. Infrastruktur akan jawab. Tapi, please, please, bawa konsep ini, dengan betul, agar kita boleh hayati apa yang Tuanku nak. Berkawan dengan alam, berdamai dengan alam, mesra dengan alam, cinta pada alam, respect alam, dan bentuk dengan betul rancangan membangunkan penebatan banjir. Penebatan banjir, kalau kat Hulu Kelang itu, problem dia, saluran nak bebaskan air lebih tinggi, saluran nak bebaskan air tu, lebih tinggi, lebih rendah daripada saliran yang masuk.
Dan ketiganya, saya ingin jelaskan di sini, bahawa rumah la, rumah untuk rakyat adalah satu perkara yang dinyatakan oleh Tuanku. Jadi kita dinasihatkan, akan membahaskan ucapan saya dalam konteks, keprihatinan Tuanku bahawa dia mahu, baginda mahu rakyat respect alam, banjir di handle dengan baik dan rumah rakyat hendaklah diberi dengan saksama.
Tuan Speaker, Timbalan Speaker, di Melaka ada A-Famosa, lambang keteguhan. Di Johor ada Bangsa Johor, lambang kesetiaan dan mungkin kegilaan. Dengan itu saya menyeru di sini bahawa, cerita-cerita dahulu, orang Melayu terkenal dengan adat budaya dan sopan dan santunnya. Naratifnya kini, orang Malaysia berfikiran kritis. Tak mudah nak dipujuk memilih sesuatu yang telah dipilihnya sejak 64 tahun yang lepas. Benda yang dia dah pilih 64 tahun lepas, dia akan tetap pilih, kata agreement dia, dia nak benda ni, kesetiaan, ataupun, kita tak tau, kegilaan.
Okey, sejak kita terlibat dengan pilihan raya, ada yang dah 4 kali, 5 kali. Ada yang dah banyak kali. Buat apa setelah kita menang, cuba kita renung balik. Saya merenung diri saya, apa yang telah saya buat dalam masa ini. Saya dah bertanding 4 kali, apa yang akan saya lakukan, apakah tanggungjawab seorang wakil rakyat? Paling utama dan tepat, jawapannya ialah di medan dalam Dewan yang mulia ini. Di sinilah tempat
yang sepatutnya penuh, dipenuhi oleh orang. Wakil Rakyat, medannya di sini, bukan di luar. Kalau dia ber-medan di luar, dia bertujuan untuk membawa yang terbaik daripada pengaruh luar untuk dihidangkan ke Dewan ini. Jadi dengan itu, saya membawa iktibar daripada sahabat-sahabat saya yang lebih lama dalam Dewan ini, Sungai Burong, Bandar Klang, Sungai Pinang dulu, ya, guru dan sifu saya, dan rakan-rakan saya macam dulu Kg. Tunku, sekarang Banting, dan ketua saya, Pandan Perdana. Ini semua adalah orang-orang yang memberi inspirasi kepada saya, untuk memberi erti kepada saya, apakah peranan Wakil Rakyat? Peranan Wakil Rakyat adalah untuk memberi input terbaik kepada negeri, sedangkan dia tak melihat, bahawa menjadi Wakil Rakyat itu sebagai kerjaya. Saya tidak pernah mengambil ini sebagai kerjaya, dan saya tidak pernah membebankan hidup saya dengan hutang-hutang. Telah isytihar semasa saya bertanding masa 2005, 2013 saya tidak ada tanggungan, saya tidak ada hutang, saya free, saya bebas, saya boleh kritik sapa-sapa, saya tak perlu takut pada siapa.
Dan sampai ada ramai di kalangan Kementerian Kewangan punya orang yang memantau saya daripada Putrajaya bertanya pada isteri saya, dan rakan-rakan saya, mengapa dia tidak ambil loan itu, tidak ambil loan ini....
Yang Berhormat Hulu Kelang, sila duduk.
Boleh sambung balik.
Sambung. Masa telah menunjukkan jam 1.00 tengah hari. Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Dewan disambung semula. Saya mempersilakan Yang Berhormat Hulu Kelang untuk menyambung.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya sambung daripada mana saya berhenti tadi. Tadi ada seorang EXCO mencadangkan saya buka mask. Baik. Tadi saya berhenti di tajuk yang berkaitan dengan masa depan demokrasi di Malaysia. Saya menegaskan di sini bahawa apa yang kita buat selepas kita menang pilihan raya. Macam Tuan Speaker, banyak pengalaman. Saya
penggal 3. Banting penggal 3 dan adik-adik kita daripada terutama yang usia sangat muda jelas visi dan hala tuju apa yang mereka nak capai untuk rakyat. Bagi kita menang pilihan raya adalah satu amanah. Menang pilihan raya adalah satu amanah yang melonjakkan semangat kita. Saya berasal daripada saya NGO sejak daripada saya pergi ke England, UK aktivisme adalah aktivisme pelajar. Tidak ada apa kepentingan untuk mendapatkan satu perubahan yang dikongsi bersama, dibawa bersama dan saya akan menghadiahkan pada setiap daripada rakan-rakan saya dalam Dewan yang mulia ini didahulukan dengan Speaker dan teamnya dan dengan ADUN akan menerima sebuku bertajuk Menuju Puncak Redha yang merupakan dua daripada lima jilid buku memo politik perkongsian penglibatan saya dalam masyarakat. Balik saya pun aktif dalam kemasyarakatan sehingga saya menubuhkan satu NGO Islam JIM Malaysia di situlah saya meningkatkan penglibatan saya sehinggalah kepada satu tahap dengan semua yang berlaku dengan kerajaan, kerajaan konsep senang, kerajaan ni UMNO BN ni kalau tak sokong dia, musuh dia. Kita tak ada jenis-jenis nasihat ni. Nasihat-nasihat dia tak main. Kalau you sokong dia, sokong setulus hati, kalau tidak you adalah musuh dia. Dalam pengalaman saya bersama jadi penceramah yang berbangsa Cina dan berbahasa Jawa seperti Tuan Speaker. Depa bercakap dan saya dianggap orang yang menguruskan demonstrasi yang besar. Perhimpunan 1000 rakyat dan berbagai-bagai lagi perhimpunan yang saya dianggap sebagai musuh negara. Ketika saya ditahan, banyak ceritakan, berapa jilid buku saya tulis. Antaranya dia mengatakan orang macam you tidak boleh ada di luar. Di luar kamu akan mempengaruhi kalau ada 10 orang, 10 orang. Kalau 100,000 orang kamu akan buat dalam besar punya demonstrasi maka 100,000 orang itu akan jadi percaya pada kamu. Itulah cara mereka melihat kebebasan bersuara dan kebebasan untuk memimpin satu bilangan yang dianggap sebagai satu yang membahayakan negara dan kita dianggap sebagai musuh negara. Walaupun ketika saya baru balik dari UK pada tahun 1982 dulu, telah dianugerahkan satu watikah, satu sijil oleh Special Branch Bukit Aman. Saya adalah senarai tertinggi dalam Bukit Aman pada tahun 1982 balik dari UK dan saya dikenakan action pada 1998 dan 2000. Mengikut Kem Kamunting selama 2 tahun 2 bulan sangat menderita. Derita kerana kita tidak sepatutnya berada di situ tapi kita berada di situ. Itu satu kebebasan yang sangat besar ertinya. Kebebasan daripada cengkaman kezaliman UMNO BN yang menahan sapa yang dia suka. Memisahkan suami dan isteri. Memisahkan anak daripada ayahnya dan rakan-rakan. Terpaksa pada satu ketika saya tinggalkan berada seorang diri dan adik-adik saya di rumah merindui saya dan akhirnya saya bebas dia gembira. Itulah nilai perjuangan yang saya telah capai dan saya harap inilah contoh teladan yang nak kita bawa dalam perjuangan kita. Boleh?. Jadi saya harap itu yang saya nak bawa. Jadi saya tidak pernah menganggap menjadi wakil rakyat sebagai satu kerjaya. Boleh tengok harta saya. Saya declare harta benda saya dan saya tidak ada tanggungan hutang. Sebiji kereta pun. Satu ringgit hutang pun. Pada siapa yang meminjam saya jadi saya tiada nilai, saya tak laku RM5,000.00 pun tak laku. RM10.00 pun tak laku apalagi RM10 juta. Itu saya punya konsep. Jadi tuan-tuan Ahli Yang Berhormat Tuan Speaker, kita memahami dan berusaha untuk memahamkan rakyat Selangor bahawa demokrasi adalah kerajaan bagi rakyat untuk
rakyat oleh rakyat. Kerajaan bagi rakyat oleh rakyat untuk rakyat. Demokrasi adalah semua prinsip nilai dan huruf, adat ataupun adab. Demokrasi adalah semua prinsip yang baik-baik, yang montok-montok yang boleh membina masyarakat, nilai-nilai mulia peribadi dan kemasyarakatan, kepimpinan, pekerjaan, membentuk apa-apa yang kita nak bentuk atau adab dan adat. Yang mulia yang membangun dan seterusnya menyuburkan kebenaran dan keadilan. Seorang demokrat tak kira apa agama dan bangsanya dia mesti menjadikan obor kebenaran dan keadilan itu prinsip perjuangannya. Obor kejelasan tentang apa makna adil dan benar, jelas walaupun dia seorang apa agama tak kira. Kerana nilai keadilan dan kebenaran itu adalah universal. Sebab itu Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah Al-A’raf (ayat Al-Quran) di kalangan kamu yang diberikan syiar dan jalan yang jelas, syiar atau syariah dan berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Inilah prinsip yang kita nak. (Ayat Al-Quran) wahai manusia, ingatlah aku menjadikan kamu sebagai lelaki dan wanita, berbangsa-bangsa, berpuak-puak, berbagai-bagai bentuk kamu tapi yang menjadikan kamu untuk sesama lain kenal dan dengan itu siapa yang lebih mulia dari kamu adalah orang yang paling bertakwa. Takwa ini diukur dengan performance bukan diukur dari keimanan sahaja. Kita kena faham. Orang Islam kadang kata Al-Quran hanya untuk Islam sahaja. Al-Quran adalah untuk manusia. Ada konsep ibadah. Ada konsep khilaf. Ada konsep istikrar, istikmal. Tiga prinsip ini difahami oleh masyarakat Eropah Barat daripada prinsip dalam Al-Quran disamakan. Yang kedua adalah your government and your good governance. Ada tiga ini sejahteralah masyarakat. Jadi kita lihat orang barat ni dia kemas. Dia ada nilai-nilai mulia yang suci kerana dia memahami bahawa religious adalah satu ketetapan Allah, ketetapan tuhan. Pilihan yang diberikan what ever religion you are as long you believe in (not to believe in god is to them satu prinsip barat. Satu prinsip keadilan. Satu prinsip spiritual. Situasi itu diolah kita lihat di Sweden, Denmark. Anak-anak mereka dulu nakal, banyak seks, terlibat dalam kegiatan seks pada usia belasan tahun kemudian mereka adakan satu undang-undang parent kena pastikan anak-anak kena ada di rumah pada pukul 9.30. After 10 years that perfect law and practice menjadi satu masyarakat yang berdisiplin. Ini very simple dan orang yang suka membantu they feel happy and happinest dan mereka jadi begitu kerana mereka yakin mereka mendukung satu prinsip universal. Jadi dengan itu kita menyeru di sini, yang saya takutkan UMNO dia konsep sekular terlalu hebat. Saya tidak menolak sekularisme sebagai satu falsafah yang boleh diamalkan dalam konteks Malaysia kalau ada relevan dia. Kerana pemikiran sekular yang dianggap dituduh pada Sheikh Ali Abdul Razik dulu orang tuduh dia seorang ulama yang sekular. Ideanya adalah bagaimana sebuah negara boleh bersikap boleh neutral dalam konteks pegangan agama. Agama Hindu, Buddha. Neutral ini berkecuali. Negara itu beri kebebasan. You can have your law, your trable system semua berada bersama negara tapi tidak menjadikan kamu tertakluk kepada sesuatu agama.
Dalam konteks ini saya ingin bertanya mungkinkah kita dari segi pemahaman konsep sekular ini dia ada satu aliran yang berpendapat sekiranya ini bukannya termasuk memisahkan agama secara total
daripada politik. Sekular umpama masuk antiagama tapi sekular ini adalah membolehkan nilai-nilai murni dalam mana-mana agama diterapkan dalam politik dan menjadikan politik itu lebih baik, lebih demokratik, lebih bersifat kemanusiaan, lebih harmoni dengan seluruh sejagat. Itu adalah pemahaman terbaru tentang konsep sekular ini. Apakah pandangan Yang Berhormat.
Setelah mengkaji sekular ini kita dari segi agama kita ada bincang. Profesor Dr. Abdullah Naim orang Sudan dia di peringkat awal telah dituduh oleh rakyat sebagai orang yang sesat. Dibawa ke bicara mahkamah dan diharamkan balik ke Sudan kemudian dia membuat penerangan dan dihentikan penyingkirannya dari satu perkara yang berlaku dalam satu sistem sebelum tumbangnya Uthman Empire. Pada tahun 1924 Mustafa Kamal Attartuk menghancurkan sistem kekhilafan Islam. Jadi dengan itu adalah satu orang muda, pegawai agama yang sederhana yang bernama Abdul Rahman Al Kawakibi umur 43 tahun pada masa itu mengolah bahawa yang kita perang ini kita perangi dia warga Syria, Syria pada masa itu berada di bawah jajahan pemerintahan Ottoman jadi dia melihatkan bahawa apa yang dikatakan oleh Abdul Rahman Al Kawakibi ini adalah penentangan kezaliman Ottoman. Kerajaan Islam itu boleh zalim. Kezaliman Islam itu di luar batasan. Dia ditahan beberapa kali dan akhirnya dibebaskan dan pemikirannya sangat bernas dan dia meninggal pada usia 48 tahun. Pemikirannya dikaji dengan mendalam oleh Abdullahi Naim ini dalam bukunya yang telah diperkatakan menghargai permintaan Profesor Dr. Faruq untuk membuat perbandingan dari buku itu. Jadi dengan itu tidak ada masalah. Kita tidak mengadakan sekularisme itu sebagai sesatkan langsung dalam Islam. Bagaimana kita boleh mengambil kekuatan interaksi hubungan kita dengan orang lain dalam konteks mewujudkan satu sistem yang lebih luas. Dan itulah sebenarnya konteks khas ini yang diambil daripada the first written position Islam iaitu Saif Al Madinah telah membuat perjanjian yang berlapis-lapis dengan beberapa kabilah, kaum Quraisy, musyrik yang Kristian yang masa tu ada chinese dua orang dalam perjanjian tu yang mengadakan perjanjian dengan Rasulullah SAW sebagai Khalifah Madinah kerana mereka dalam perjalanan dari China ke Eropah sebagai Silk Road atau Laluan Sutera Jalan Sutera. Saya hendak menyatakan di sini bahawa, di sini jalur mana sekali pun, pasti kita dengan izin, (bahasa Arab), iaitu dengan jalan cara yang betul, benar dan adil tanpa mengira kaum dan agama mesti dipertahankan. Tiada siapa yang boleh dibenarkan untuk mengkhianati sesiapa daripada mendapat, mempertahankan dan mempromosikan keadilan dan kebenaran.
Tuan Speaker, saya percaya didalam konteks ini lah kita telah maju. Maju kita adalah kerana kita mendekati satu sistem demokrasi yang paling advance iaitu Singapura, Britain dan beberapa negara dalam sistem yang lain tetapi amalan kita membuka tajuk macam-macam. Kalau saya buka tajuk yang saya bawa, yang tuan-tuan bawa, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bawa soalan-soalan yang fantastic, macam-macam yang kita telah bawa, setinggan, kekayaan, kemiskinan, wanita, gender, ui janda pun ada (ketawa) dan Hulu Kelang, saya kebetulan masa saya jadi ADUN pertama kali,
program pertama saya adalah mengumpulkan 800 orang janda, ibu tunggal, untuk kita adakan, isteri saya serang. Saya hendak beritahu di sini bahawa, Singapura kerana kita tengok Singapura dia punya MP Polish. MP dia tu, dia punya academic qualification tiada, tiada yang, tidak first class lah. At least majority of them first class. Kalau MP, dia punya sistem, tempat duduk dia tidak macam kita. Kita ada meja kan, dia seat sahaja, macam British punya sistem. Apa tujuannya? Tujuannya mereka datang situ santai, dia bincang high tea, dia bincang nota sahaja, tidak ada fail-fail tidak ada bahan. Kalau nak pun, dia ada tali dia ambil portions ke atas, dan dia out of the carve. So seronok tengok Singapura mempunyai pencapaian sebegitu dan baru-baru ini ada satu joke, ada satu video klip menyatakan, ada gambaran orang gelak, gelak tidak habis-habis, rupanya MP gelak. MP gelak sebab ada satu cadangan bahawa kalau Singapore ini diperintah oleh UMNO maka Singapore akan jauh lebih maju daripada sekarang. Itu yang MP gelak tu. Jadi, dengan itu, dekat di sini saya dengan rakyat mencapai beberapa perkara, saya ingin menyatakan kalau ini adalah tahun akhir saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negeri Selangor, saya adalah ahli yang kedua tertua selepas Dr. Idris, Ijok, senior lepas itu yang lain-lain. Itu orang lama lah. Rizam masih lagi anakanda saya, Yunus masih orang kuat.
Yang Berhormat, sebut kawasan ya. Jangan sebut nama.
Tidak boleh sebut nama ya?
Ahli Yang Berhormat, kawasan, kawasan. Sijangkang ke, Sungai Air Tawar ke, nama itu di luar lah nanti.
Kalau kita tukar nama? Ok, saya ucapkan terima kasih. Jadi, saya hendak kata kita punya tajuk ini menjadikan kita close to oval plus system, apa-apa yang hendak dibincang, dibincang. Hebat. Antara lain saya hendak nyatakan bahawa kalau di Hulu Kelang agenda saya yang paling besar ialah tentang satu masyarakat, masyarakat India, Melayu, yang dikatakan setinggan, kita kata sebagai peneroka bandar mereka ada hak kepada ekuiti tanah yang mereka majukan, bandar itu, kaum Fajar itu adalah terletak betul-betul di kawasan prime Hulu Kelang. Zoo Negara satu institusi Hulu Kelang. Lepas itu, kita ada Taman Melawati, pemaju baru melakukan benda itu di dalam konteks yang hebat. Fajar adalah satu tempat yang kita anggap sebagai Institute Development, Pembangunan Institut, pemindahan dan pembangunan di tempat itu dan saya berhajat, ia telah tahu saya hendak jawapan daripada EXCO, ini biar EXCO jawab, apa jadi pada ini? Saya tidak nampak, tidak ada kesudahan. Ada orang claim bahawa dia ada, dia bekerja dengan syarikat Desa Awana yang telah diberi kontrak untuk buat kampung itu, Pembangunan pemindahan setinggan. Saya tidak percaya, saya hendak, dia kata, saya adalah, bocor soalan. Untuk pengetahuan, saya hendak umumkan bocor soalan saya kerana dia kata saya dilantik sebagai task force. Saya ditarik sebagai task force ini bukan benda serius, benda yang macam usikan ataupun macam sindiran pada Kerajaan, kenapa tidak nasihatkan? Kalau suruh Saari ini
ataupun ADUN Hulu Kelang jadi task force punya Chairman mungkin lebih cepat siap. Saya kata, saya, it’s beyond my capability, tetapi kalau nak kata, just hendak facilitate, memudahkan, saya terima tanpa bayaran. Itu saya kata. Dan dengan itu, banyak lah, sejak akhir-akhir ini orang kata ini jalan yang lubang-lubang oleh pemaju hendak buat pembetungan paip, kumbahan ke Sungai Bunus ini kalau boleh buat, ADUN sahaja yang boleh buat. Kalau hendak majukan itu kena minta ADUN, semua ADUN, yang itu yang dimainkan di dalam website, saya tidak tahu kenapa tetapi saya telah, walau bagaimanapun saya telah kemukakan dalam soalan, Menteri Besar mungkin jawab, ada yang tidak jawab tetapi saya ingat saya hendak bangunkan. Kalau susah sangat, saya sedia untuk memperuntukkan masa saya dan pembayaran untuk facilitate macam mana hendak bawa pemaju-pemaju dengan cadangan-cadangan permodalan dan sebagainya, macam mana tanah itu tidak selesai lagi, kita patut cepatkan dapat pemindahan daripada Kerajaan, tanah negeri dan juga kita beri guna pada Kerajaan Persekutuan bagaimana hendak dipulangkan kepada Kerajaan Negeri. Tetapi saya cadangkan sebab itu pernah ada satu pemaju hendak bangunkan tiga (3) tower untuk setinggan, beli dengan diskaun yang sangat baik, saya kata kalau hendak buat untuk mereka, harga pasaran RM200,000.00 you jual pada mereka RM8,000.00. Ada yang sanggup. Tuan Speaker, ada yang sanggup mengatakan mereka boleh buat rumah itu dengan syarat dia increase dia punya plot ratio, dua (2) tower lagi boleh dijual pada public punya consumer, pembeli luar dan duit untung, dia beri big percentage untuk subsidise the price for setinggan. Saya difahamkan begitulah kerana saya berkawan dengan orang yang begitu, dan kawan saya NGO dan saya tidak ada kepentingan untuk mendapat kekayaan daripada harta-harta yang milik rakyat. Jadi itu satu.
Yang kedua, saya ingat penyelesaian setinggan, Kampung Kemensah, Kampung Warisan Batu 7 ½ dan janji kita untuk memberikan rumah kedai kepada peniaga-peniaga dari susur keluar Ukay Perdana dan juga Rumah Bakti, bengkel-bengkel yang berada di Rumah Bakti Hulu Kelang dengar dirobohkan. Saya rundingkan. Saya adalah ADUN dua (2) kali di tempat itu yang mendamaikan, merunding di tengah kemarahan orang. Tetapi MPAJ tidak datang, DO jauh. Tetapi saya ADUN, yang saya turun padang bertempur dengan mereka dengan yang pegang besi lah, pegang macam nak pukul saya, itu saya kata, saya buat yang terbaik. Yang jalan, kedai rumah, bengkel Rumah Bakti itu lagi ia dalam DUN Bukit Antarabangsa yang ADUN nya adalah, tidak ada ni. Saya hendak, pembinaan semula IKS AU3, medan selera AU2 dan AU2C Melawati dielokkan. Setiap kali saya tanya soalan Dewan, sedang dirundingkan, sedang dirundingkan. Rundingan tidak habis-habis. Apalah susahnya, MPAJ bukan tidak ada duit. Tidak ada duit baik minta Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri boleh beri peruntukan. Beri lah nilai kepada penduduk setinggan, menikmati rumah yang sempurna, pergilah orang-orang Hulu Kelang ini satu kenikmatan makan di food court yang berwibawa, cantik, bersih. Ini yang di Melawati itu, kalau tengok di Auditor Report, 12 tahun tidak bayar sewa, masih di situ lagi.
Jadi, Tuan Speaker saya hendak gulung di sini. Dengan itu, saya juga, hari ini dalam keadaan saya tidak berapa cergas, tidak berapa kuat, saya diminta untuk
menyelesaikan satu masalah besar iaitu masalah pengorekan jalan Puncak Niaga, ini ya. Akhirnya saya berdamai dengan mereka, saya kata, saya tidak mahu kamu mempunyai musuh, sudah lah ya. Musuh kamu, rakyat pun sudah musuh saya, benci pada saya, benci pada Kerajaan dan kami tidak selesaikan masalah korekan yang telah diluluskan oleh MPAJ. Iaitu pembetungan-pembetungan paip ke Bunus. Jadi, saya buat task force, saya jadi Chairman, saya kemukakan discussion, perbincangan, agenda, detail, minta report dan akhirnya, tiap-tiap bulan dapat report setebal ini, terima kasih kepada Puncak Niaga Construction dan terima kasih kepada Tan Sri Rozali yang terpaksa mengeluarkan wangnya, terima kasih. Ini orang UMNO yang cukup luar biasa. Dia keluarkan duitnya, secara peribadinya dia sudah tiada duit. Projek patut siap 2018, sampai sekarang. Yang kena blame, ADUN. ADUN kena blame. Saya buat yang terbaik tetapi masih lagi dimarahi. Ok, saya kata, kita buat beginilah, kita buat bahawa kita minta Menteri tambah duit kalau tiada, declare terminated, dihentikan, ditamatkan. Buat lah itu nanti macam gambar signboard itu, ini lah lambang kegagalan Kerajaan PN. Jadi, dengan itu saya harap, kita tidak mahu lagi, saya telah ber declare dalam Dewan ini, dalam beberapa siri Perbahasan Bajet, saya kata DUN yang tercongot, pada pandangan saya, di Selangor, di Hulu Kelang. Congot hingga sekarang, terutamanya di interchange MRR2, bawah itu mesti macam-macam sampah yang sudah 14 tahun, 15 tahun tidak diangkat. Saya kemukakan sebagai soalan dan saya tidak tahu kenapa lah susahnya sangat MPAJ ke, JKR ke, Selangor katanya itu Federal punya nak selesaikan. Jadi, saya harap tolonglah siapa yang ada kerja itu, yang ada jawatan itu kerja lah. YDP tolong, kita kawan baik, kita buat sama-sama. Bantu apa yang boleh. DO, Puan yang sekarang ini, DO Gombak sangat berbesar hati untuk membantu saya, dia kata kalau Y.B. late, kami sokong. Saya declare saya tidak akan ambil satu sen pun daripada keuntungan berkenaan dengan projek tetapi asyik kena fitnah lah, orang dah mula lontarkan benda-benda pelik. Ada ni dia kata, itu dia nak dapat daripada EXCO la tu, EXCO hendak beri projek, EXCO dapat. Dia kata MB punya projek, hantar dia kata, hantar orang Amanah, orang PKR dia dah nak laga-lagakan, jadi kita tidak suka.
Dan dengan itu, saya ingat saya hendak jadikan, saya sudah gerakkan satu Taman Herba dan Taman Herba saya juga telah diterbitkan buku, saya mengkaji tentang herba, amalan wanita-wanita yang mengamalkan herba, Buku Herba Selangor, Rahsia Warisan Tradisi Bonda, ada, sudah siap, akan terbit, akan, kalau sempat akan kita hadiahkan di sini, dengan izin Speaker dan kemudian buku saya, dua (2) ini akan dihadiahkan sebagai buku daripada PPAS, Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor. Jadi itu, kita hendak integrate. Saya dilantik menjadi Ahli Lembaga, peranan saya, apa saya boleh memainkan peranan saya peranan di dalam bidang yang saya pilih. Saya hendak synergy, saya hendak biar kita bekerja untuk negeri, untuk rakyat, untuk rakan-rakan, untuk sesiapa sahaja. Dan saya hendak hidupkan satu wakaf, yang wakaf wukuq, kita hendak buat satu sistem landscaping yang baik, kempen-kempen, billboard, banner buruk, ada hari-harinya kita buat operasi, termasuk banner Pusat Khidmat DUN, siapa-siapa punya Ahli-Ahli Majlis punya banner tidak betul, kita akan potong buang, kita hendak ikut peraturan. Tanaman
pohon berries, kita hendak bagaimana orang Singapore bangga dengan cara dia punya certain layout Parliament nya dengan bench tanpa meja. Begitu juga dengan orang Sweden bangga di kebun-kebun, taman-taman mereka ada berries, rasberry, strawberry, dan mulberry. Kita ada mulberry. Jadi kita mahu saya dalam ucapan dalam ucapan saya ada bincangkan tapi MB punya jawapan tak berapa menyokong tapi saya kata jangan begitu ada spesies burung tak suka, dia punya gambaran orang berebut-rebut kita tanam benda yang guna, tanam musang pakai landskap, musim buah orang tak ambil, jangan fikir nak berebut kita yang memikirkan mereka berebut.
Kita ajar orang nak makan buah-buahan ini. Jadi saya melihat ini positif kita dan keinginan saya satu benda yang hendak saya nyatakan di sini, bahawa daripada banyak kita bincang, bincang fasal kucing, bincang fasal anjing jadi elok, tadi Ijok bincang fasal monyet jadi benda itu kita biar consent. Satu dewan Negeri yang tajuk nya macam-macam semua menarik, sungai review repeat berapa kempen pelajar, teknologi pemeriksaan bergerak kita buat komuniti menjaga sungai, komuniti jaga pokok, dan kalau kita tengok standard Singapura tugas-tugas jaga pokok itu, kalau dia tahu, dia tahu tidak ada satu pokok yang tak tahu siapa punya. Siapa yang incharge, this is TNB, this is what dia tahu. Sampaikan apabila lori keluar dari suatu kawasan perumahan, di bawah contruction ada tanah jatuh, sekepal tanah jatuh dalam masa setengah dia tahu, syarikat yang bawa lori itu kontraktor akan dihubungi. Di junction-junction ini juga left hebat Singapura. Kita tak sampai tahap itu jadi tapi kita nak sampai tahap itu saya buat dalam ucapan yang lepas dalam jawapan bertulis saya covid positif jadi saya tak dapat datang tapi saya ada menyatakan bahawa dalam perjumpaan kita yang lepas saya rasa suka puas hati kerana saya telah menyatakan bajet ini kalau kita tengok the last binatang the last ekor, anjing yang terakhir kucing terakhir yang kelaparan di tempat kita tak ada makan dan kita bajet is not perfect correct, di ambil kira walaupun seekor anjing, seekor kucing tempat pelindungan ada bajet untuk dia kita telah menyebarkan rahmat dan akhirnya rupanya betul jawapan itu di jawab oleh Menteri Besar dengan mengatakan contoh program telah dijalankan membuat pelindungan anjing dan kucing di MBSA.
Dia ascent kepada PBT tapi saya cadangkan kita bina satu bajet itu hendaklah bajet yang merupakan bajet milik negeri decide MB, EXCO, ADN, kita bincang benda itu kita tahu yang kita suka tak suka anjing pun, tak sayang anjing pun tak akan naik anjing. Tak suka kucing dan soalan sahabat saya EXCO Pertanian menyatakan urusan menguruskan pemandulan kucing dan anjing bukan bidang veterinar, dipertikai oleh orang Hulu Kelang mereka mengikuti isu ini dia kata tak boleh, mana boleh tak akan untuk kambing binatang ternakan biasa. Yang lead benda yang berkaitan dengan animal adalah veterinar itu pandangan penduduk saya, jadi saya harap tuan-tuan, Ahli-Ahli YB sekalian, mengambil kira anjing, monyet, beruk, kucing, adalah agenda Dewan Negeri Selangor. Dengan itu, saya ingin menutup di sini, dengan menegaskan saya membawa isu pendapatan daripada hasil hiburan dan judi. Serta tajuk yang telah saya bawa dalam perbahasan dewan yang mulia ini dadalah kerajaan negeri dengan sebab complicated dengan izin cara pungutan hasil cukai
barang-barang eksport yang menyebabkan ada menerima perkhidmatan dari hasil hiburan dan judi, nampak macam ada nampak macam tak ada. Apa pun jika perkara ini benar dan saya menganggapnya satu perkara yang serius demi keberkatan sebuah kerajaan yang ditadbir atas nama DYMM Sultan Selangor yang menjadi Ketua Agama Islam Negeri sila dengan seberapa segera dipercepatkan diasingkan sumber-sumber pendapatan seperti ini, dalam konteks kita nak bangunkan Selangor. Dengan itu saya juga ingin bertanyakan tentang hasil pendapatan dari simpanan wang jangka panjang dan jangka pendek singkat yang menghasilkan pendapatan apa atas apa yang telah dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan diterima pakai oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Selangor yang menasihati DYMM Sultan Selangor sebagai riba. Di akaun-akaun yang simpan yang ada interest tolong di fined, dielokkan benda itu boleh tapi tak bercampur pandangan yang saya tahu apa pandangan Mufti yang telah menasihati Sultan boleh kita asingkan. Dan Tuan Speaker, dengan itu semua projek pembetungan yang dikatakan mengganggu rakyat telah banyak ditutup saya pun akan mengadakan perjumpaan dengan mereka kalau boleh kita tak nak pakai, demonstrasi aman, piket-piket ini kita minta sahaja diberhentikan termination supaya agar aman damai. Kami aman dan damai jangan menghadapi jalan sentiasa di korek, di timbus di buat kami begitu. Dengan itu saya juga mencadangkan bahawa rupa-rupa nya kalau pemimpin ini berjiwa rakyat, kaya macam mana pun dia tak akan bersifat untuk mengambil keuntungan untuk diri dia. Contohnya Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum, pemimpin negara Arab Emirates, Arab Bersatu yang bijak menjana kekayaan negaranya. Dubai dan negeri-negeri kecil yang sebagai imarah telah pada satu ketika mempunyai pendapatan hasil cukup hebat kepada minyak hingga mereka mempunyai bush terbesar dah kalah la ni, tapi kita dapati dia tengok keuntungan selepas itu bila minyak dah turun yang penting adalah orang datang ke Dubai untuk berbelanja. Dan maka dia dapat la idea pam air. Pam air di Dubai ini ada tiga, satu sahaja dibuka untuk orang ramai dan dua untuk rakyat dia, kaya, kaya sangat. Pam air ini adalah Jabil Ali di Iraq, di situ ada 5000 waterfront apartment, 4000 villa, 1000 waterhome dan 60 hotel, yang pendapatan nya gila-gila, mahal tapi ada duit untuk belanja. Tapi yang menarik di sini landscaping dia landscaping luar biasa, landscaping nya luar biasa pokok bunga, warna warni, yang disusun tiap-tiap bulan diganti baru dengan sistem padang pasir yang panas tapi ada pokok bunga yang cantik yang fresh, yang cantik yang digemari oleh manusia. Yang orang datang nak menghayati keindahan landscaping dia sahaja. Nama dia itu landscaping warna warni produk Malaysia Semenyih. Saya telah jumpa dan telah beri pamphlet nya, brochure nya pada EXCO, kalau nak pegi dengan saya pun saya boleh pandu jadi driver, saya mengalu-alukan kalau kita gunakan keindahan kecantikan Sheikh Al-Maktoum ini mencantikkan Pump Island hebat dengan orang lihat landscaping cantik dan meningkatkan pelancongan dalam kekayaan negara. Akhir sekali saya ingin menyatakan di sini bahawa rakyat Selangor adalah rakyat yang kuat membaca. Buku apa tajuk akan ambil dalam waktu yang singkat. Saya bab buku saya promote pakai internet saya set by tent jual habis 1000, first cetakan, orang tanya mana itu hari u what wait for second edition tapi untuk Ahli Dewan Negeri Selangor u have u own book 55 set untuk semua kerja saya. Jadi saya mencadangkan di sini, tingkatkan la
peranan perpustakaan di daerah-daerah menggalakkan penerbitan dan penulisan buku, karya rakyat, untuk rakyat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan ternampak jelasnya ikatan rakyat dan pemimpin kerajaan, buku-buku yang dibaca oleh rakyat akan diterbitkan oleh perpustakaan di sayangi oleh rakyat. Perpustakaan ini disayangi oleh rakyat, banjir pun rakyat boleh datang situ, lapar pun boleh makan di situ, terbit buku pun boleh di situ nak mencari isteri pun boleh. Dengan ini saya ucapkan terima kasih, dan dengan rasa syahdu terakhir saya berucap di dewan yang mulia ini saya bersyukur belajar dengan semua orang yang ada di dewan ini dan saya pun rasa teruja saya pengucap daripada ahli dewan negeri ini yang paling kurang diganggu.
Terima kasih, YB Hulu Kelang ini menyokong usul ya. Saya persilakan YB Ketua Pembangkang Sungai Air Tawar untuk seterusnya. Masa tidak terhad.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera, terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Sungai Air Tawar untuk turut serta berbahas dalam usul menjunjung kasih ke bawah DYMM Sultan Selangor sempena Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Tahun 2022 ini. Inti pati titah ucapan DYMM Sultan Selangor semalam harus diangkat dan disemat di setiap sanubari ahli-ahli yang mulia ini. Segala titah nasihat petunjuk dan juga pesanan Tuanku sudah tentu menjadi bekalan berharga buat kita semua, dalam melaksanakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Tidak terlambat untuk saya ucapkan tahniah diatas lantikan baru Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Tidak lupa juga kepada Pegawai Kewangan Negeri yang baru iaitu Y.B. Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin dan juga dilantik pada pertengahan bulan Disember lalu dan sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang. Besar harapan saya akan ada perubahan ketara dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada khidmat saya yang semakin hari semakin pincang dan keliru, YB Tuan Speaker, dunia hari ini berada di dalam situasi tidak ketentuan Tabung Kewangan Antarabangsa atau MF menurunkan unjuran ekonomi global kepada 4.4 peratus berikutan kesan negatif Omicron Covid-19 selepas KDNK seluruh dunia meningkat sebanyak 5.9 peratus tahun lalu. Hari ini kesan ekonomi bertambah buruk ekoran krisis di antara Rusia dan Ukraine dan secara tidak langsung menjejaskan ekonomi dunia, secara menyeluruh. Mengikut Pengarah Urusan IMF peperangan dan sekatan termasuk larangan Amerika Syarikat ke atas import minyak Rusia merebak ke ekonomi global sehingga menyebabkan kos tenaga dan komuniti utama lain seperti gandum, baja, dan logam melonjak pada paras yang tertinggi. IMF di jangka akan menerbitkan tinjauan ekonomi dunia yang dikemas kini pada bulan hadapan di mana ia akan merangkumi semakan menurun terhadap unjuran pertumbuhan nya. Dalam konteks local pula KDNK Negara berada pada landasan yang kukuh untuk terus berkembang antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus pada tahun 2022, selari dengan unjuran IMF pada 6.0 peratus serta bank dunia pada
5.8 peratus. Pertumbuhan ini dipacu terutamanya oleh Bajet 2022 yang mengembang nilainya iaitu pada RM332.1 bilion. Selain normalisasi dalam aktiviti ekonomi dan sosial yang merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Turut membantu apabila penyambungan semula projek kerajaan pusat serta permintaan luar yang kukuh terutamanya daripada rakan dagangan utama, menyebabkan Malaysia diunjurkan pada kekuatan KDNK yang memberangsangkan.
Saya kira Malaysia berada pada landasan yang tepat ke arah pemulihan. Berdasarkan pada pembukaan semula 90% sektor ekonomi serta kebanyakan aktiviti sosial yang disokong oleh kadar vaksinasi yang tinggi, Selangor seperti yang kita ketahui umum merupakan nadi ekonomi Malaysia bertahun lamanya. Peranan Selangor sebagai pusat ekonomi negara telah berlangsung semenjak kemerdekaan negara lagi. Saban tahun Selangor menyumbang peratusan besar dalam pendapatan dan perkembangan ekonomi negara. Untuk rekod Negeri Selangor sememangnya telah menjadi penyumbang utama KDNK negara sejak dahulu lagi di bawah pimpinan kerajaan terdahulu. Data yang diperoleh dari Jabatan Perangkaan Malaysia, sumbangan KDNK Negeri Selangor kepada negara adalah sentiasa di paras melebihi 20% semenjak zaman pentadbiran dahulu. Segala pembangunan infrastruktur yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan telah membawa Selangor sebagai sebuah negeri maju dan telah berjaya menjadikan Selangor penyumbang terbesar kepada perkembangan ekonomi Malaysia secara keseluruhan. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa sempadan negara akan dibuka pada 1 April 2022. Langkah tersebut selaras dengan pengumuman peralihan negara ke fasa endemik pada bulan hadapan. Pengumuman pembukaan sempadan ini saya lihat mampu memulihkan semula sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 terutama sektor pelancongan dan perdagangan.
Oleh yang demikian saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar apakah strategi oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan Negeri Selangor menjadi tunjang asas sewaktu pembukaan sempadan dan restart of the economic dengan izin kerana sampai hari ini saya masih tidak nampak sebarang Blue Print atau pun perancangan yang jelas daripada Kerajaan Negeri contohnya seperti program aeroangkasa seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sewaktu Belanjawan yang lepas. Apa yang pasti Kerajaan Negeri hari ini seharusnya memikirkan jalan keluar dalam membantu rakyat untuk memulakan kembali kehidupan baharu selepas pembukaan sempadan dalam 2 minggu lagi. Jadi saya berharap agar pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat membentangkan suatu idea ekonomi yang segar dan memastikan Kerajaan Negeri bergerak seiring dengan pembangunan negara terutama dalam tempoh peralihan endemik.
Yang Berhormat Tuan Speaker, isu pemanasan global dan perubahan iklim bukanlah perkara asing buat Asia Tenggara. Mengikut data rantau Asia Tenggara mencatatkan kedudukan teratas dari segi jumlah kejadian bencana alam dalam tempoh 30 tahun
lepas. Dengan lebih 90% daripadanya dikategorikan sebagai bencana iklim. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan banjir kilat di seluruh negara dan Negeri Selangor merupakan antara negeri yang teruk terjejas akibat banjir tersebut. Sebelum saya kupaskan isu ini dengan lebih dalam ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada lebih 20 ribu penjawat awam yang meliputi pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang telah membantu sepanjang operasi banjir. Mobilisasi petugas membolehkan operasi menyelamat dan kerja-kerja pembersihan pasca bencana dapat dilaksanakan dengan kadar segera dalam memastikan rakyat yang terjejas dapat meneruskan kehidupan.Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada lebih 50 ribu sukarelawan yang turut membantu Kerajaan Negeri semasa kejadian tersebut. Di kesempatan ini juga izinkan saya mewakili blok Pembangkang untuk mengucapkan salam takziah serta rasa simpati kami ke atas mangsa banjir. Terutama buat rakyat Negeri Selangor yang terkesan. Jumlah keluarga mangsa banjir yang terlibat ialah seramai 114,081 orang yang ditempatkan di lebih 227 Pusat Pemindahan Sementara iaitu PPS di 9 daerah sepanjang tempoh tersebut. Manakala keluarga mangsa banjir yang terkorban ialah seramai 13 orang. Sama-samalah kita doakan agar ahli keluarga kepada mangsa yang terlibat terus tabah dalam menghadapi malapetaka buruk ini. Dengan penuh rasa insaf Kerajaan Negeri perlu sedar bahawa malapetaka ini merupakan satu musibah yang tidak dapat dielakkan kerana puncanya cukup jelas akibat penurunan hujan yang tidak henti-henti dalam tempoh 1 minggu. Taburan hujan yang turun ialah sebanyak 380 milimeter hingga ke 400 milimeter. Dan saya difahamkan purata ini pada kebiasaannya turun untuk tempoh 1 bulan. Tetapi apakan daya fenomena yang dikenali sebagai tropical distriction atau dilakukan tropika ini menjadikan salah satu punca utama menyebabkan hujan turun mencurah-curah di bumi Selangor yang kita cintai dan seterusnya menyebabkan banjir kilat.
Namun begitu yang membuatkan saya sangat-sangat terkilan ialah Kerajaan Negeri tidak melakukan sebarang perancangan awal dalam membantu Kerajaan Pusat bagi menangani masalah banjir ini. Untuk pengetahuan seluruh Ahli Dewan, sebelum berlakunya musibah banjir ini, Jabatan Metrologi atau dikenali sebagai MET Malaysia telah mengeluarkan 6 kali amaran cuaca signifikan yang boleh mengakibatkan hujan lebat di Negeri Selangor. Dan pada bulan Julai tahun lalu juga, bekas naib Presiden Parti Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah menyatakan amaran tentang banjir kilat yang akan berlaku di dalam sidang dewan yang lepas. Sayang seribu kali sayang, walaupun pelbagai amaran telah dilontarkan namun Kerajaan Negeri tetap terus leka tanpa menghiraukan bencana yang bakal berlaku ini. Benarlah seperti ucapan Belanjawan saya pada hujung tahun lalu bahawa Kerajaan Negeri mempunyai masalah pengurusan yang cukup-cukup kritikal dan banjir kilat telah menelanjangkan pentadbiran Kerajaan Negeri. Maka pada hari ini saya akan kupaskan 2 permasalahan utama yang menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung rugi hampir RM3.1 bilion.
Yang Berhormat Tuan Speaker masalah yang pertama ialah tiada keseragaman arahan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar seperti Yang Ahli Dewan sedia
maklum. Post Kawalan Tempat Kejadian atau pun PKTK dikendalikan oleh Ketua Polis Daerah dan Pegawai Bomba Daerah yang masing-masing bertindak sebagai Komander dan Timbalan Komander Operasi Bencana. Saya tidak menyalahkan pegawai kerajaan yang setiap hari bertungkus-lumus dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Selangor terpelihara. Namun saya berasa sedikit kesal dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang alpa tentang perkara ini sehingga tiada arahan dan rancangan litigasi yang jelas sebelum banjir besar ini berlaku. Apakah Yang Amat Berhormat Menteri Besar seharusnya memanggil Ahli Mesyuarat yang terlibat untuk bersidang dan menyatakan perancangan awal Kerajaan Negeri dan seterusnya di bawa ke Kerajaan Pusat.
Yang Berhormat, Kuala Kubu Baharu minta mencelah sedikit.
Saya hendak tanya Yang Berhormat, tahu Yang Berhormat kita ada Majlis Keselamatan Negeri dan masa itu berlaku banjir yang besar pada 19 Disember, siapa Ketua Majlis Keselamatan Negeri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kubu. Majlis Keselamatan Bencana ini di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Sebab itu saya nyatakan itu tadi, sepatutnya dengan amaran yang telah dikeluarkan, Kerajaan Negeri telah pun membentangkan perancangan bagi menghadapi isu banjir dan isu-isu banjir. Ini adalah pandangan saya dalam hujah saya, memang bencana di bawah Yang Amat Berhormat Menteri besar. Yang Berhormat Banting duduk, Pandamaran duduk. Dengar hujah saya, sebab itu dalam hujah saya, saya menyatakan amaran telah dikeluarkan awal, sepatutnya Kerajaan Negeri juga telah pun sedia membuat pelan bagi menghadapi bencana yang bakal tiba. Bencana ini tak turun di Negeri Selangor saja. Negeri-negeri juga terlibat, isunya
Minta penjelasan.
Minta penjelasan sikit, minta penjelasan sikit.
... kesediaan Kerajaan Negeri dalam menghadapi isu bencana ini.
Minta penjelasan.
Minta penjelasan sikit, minta penjelasan sikit. Sebelum berlaku bencana besar di Selangor, Jabatan Metrologi gagal memberikan maklumat yang tepat kepada awam termasuk Kerajaan Negeri malahan tidak ada kenyataan yang dikeluarkan termasuk daripada Menteri
yang berkaitan sendiri tentang ancaman atau pun amaran banjir besar yang akan berlaku, tiada.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Jabatan Metrologi tak gagal, yang gagal ialah Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir ini. Jangan kita mencari salah daripada Jabatan Metrologi tetapi sebaliknya kita kena bersedia dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku ini dengan ucapan saya ini untuk dijadikan bekalan pada masa yang mendatang. Kerajaan Negeri tidak boleh lari daripada sindrom hanya menafikan.
Minta penjelasan, Banting minta penjelasan.
Minta daripada Ketua Pembangkang, sebab amaran tidak diberikan. Maksud saya di sini amaran yang sebenar tidak diberikan.
Seperti yang saya katakan tadi Naib Presiden PKR sendiri Yang Berhormat Nurul Izzah ada sendiri menyatakan di Dewan Rakyat, Negara kita akan menghadapi bencana ya, hujan dan di antaranya ialah Negeri Selangor. Isunya kenapa ketika itu, Kerajaan Negeri tidak bersedia membuat satu pelan yang kukuh untuk bagi memastikan apabila berlaku bencana ini kita dah bersedia. Ini yang saya timbulkan.
Yang Berhormat minta penjelasan, minta penjelasan.
Bukan setiap tahun Bajet sebut bilion, bilion ya macam-macam perkara kita sebut tetapi kepada isu yang realiti kepada isu yang nyata untuk menangani ...
Yang Berhormat minta penjelasan. Yang Berhormat jangan mencampuradukkan antara mesej atau pun amaran itu dengan banjir besar. Yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pandan Indah, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru itu benar. Amaran itu ada, tapi amaran itu sekadar maklumkan akan berlaku hujan, akan ada hujan di situ di sebuah negeri tetapi kualiti amaran atau pun mesej atau pun warning mesej itu tidak sehinggakan menyatakan hujan itu berapa milimeter air akan turun. Mesej atau pun warning mesej itu, amaran itu tidak sampai mengatakan bahawa akan berlaku banjir bah, air bah yang sebegitu rupa bentuk. Yang kedua, yang kedua ini adalah isu berkenaan dengan amaran. Yang kedua berkenaan dengan Jawatankuasa Keselamatan Negeri memang fakta dia sah. Pada masa itu Yang Amat Berhormat Menteri Besar bukan pengerusi, pengerusi dia Tanjung Karang. Lepas kita bongkarkan isu ini, barulah dilantik kalau setahu saya barulah dilantik semula Menteri Besar sebagai Pengerusi Majlis
Keselamatan Negeri Selangor. Jadi saya berharap ini adalah fakta Yang Berhormat, mungkin sudah silap, penulis teks itu sudah salah silap atau pun sudah salah tulis, boleh perbetulkan tak ada masalah. Kalau tidak ia akan dijadikan sebagai memesongkan Dewan.
Yang salah fakta itu Yang Berhormat Banting, tolong check balik. Saya hendak beritahu ... ah Taman Templer apa lagi ... ah silakan.
Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang sedar tak masa banjir itu, Menteri yang jaga Alam Sekitar dan Air, tak ada. Negara bencana malapetaka, Menteri yang jaga air tak ada, pergi buat umrah. Itu yang pertama, kemudian yang keduanya Ketua Pembangkang sedar tak NADMA, NADMA dan kita hendak nyatakan bahawa kita kuasa negeri ini betullah Ketua Pembangkang sebut bilion, bilion, Selangor ini 2.3 bilion, Federal dekat 400 bilion. Kita tidak ada aset, Ketua Pembangkang, sebab itulah Dewan ini hari ini kita hendak bincangkan ini, Kerajaan Negeri kena tengok lepas ini, sebab kita tidak ada aset. Yang ada aset untuk menyelamatkan ini Kerajaan Persekutuan, sebab itu tak reti macam mana hendak jaga soal berkaitan banjir ini, banjir ini besar tak reti hendak jaga. Sekarang ini dalam negara kita telur ayam pun tak boleh nak jaga, tolor, tolor orang Negeri Sembilan kata tolor, golak apa ini Pegawai Kewangan Negeri. Tolor pun tak boleh hendak jaga, kalau tak reti nak jaga, Sungai Burong bagi dekat kamilah biar kami jagalah (Dewan ketawa). Ini NADMA ini, sampaikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia pun duduk bantai maki NADMA ini. Dan masa banjir itu pun kita merasakan seolah-olah macam Malaysia itu macam tak ada kerajaan dua hari itu. Saya betullah ADUN di Taman Templer tapi kampung saya, rumah mak saya di Hulu Langat. Saya pun orang telefon juga, dia kata dari tengah malam sampai ke pagi duduk kat atas zink. Nantilah ini nak cerita sikit Sungai Burong. Ada satu makcik itu badannya memang hmmm . Dia tak boleh panjat atas syiling itu dia terpaksa macam ini sahaja. Maksudnya badannya basah Yang Berhormat EXCO di atas itu maksudnya kalau air besar sikit lagi Innalillahi Wainnailahir Rojiun makcik itu. Ini kita hendak beritahu. Betullah sebab kita di negeri ini kita terhad. Takkanlah kita nak suruh Jabatan Agama Islam pergi menyelamatkan mangsa banjir kan? PBT kita bukan ada aset? Yang ada aset ini ATM, PDRM, BOMBA, JPAM, APAM dan sebagainya. Sepatutnya Kerajaan Persekutuan bertindak untuk bantu sebab Selangor ini pun merupakan sebahagian Malaysia.
Ya, saya mohon mencelah.
Duit.. Eh Banting hendak mencelah ya. Hendak mencelah jangan minta izin saya dahulu, minta izin Ketua Pembangkang. Saya walaupun dalam Dewan hentam Ketua Pembangkang tapi kami kat luar minum kopi tapi dialah selalu belanja. Terima kasih.
Silakan Banting.
Saya hanya berlandaskan fakta sahaja Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Tak ada politik pun, kita ini matang. Jadi Yang Berhormat Taman Templer dengar ya, sebenarnya hendak menggerakkan aset-aset sebab yang kita hadapi itu adalah satu masalah besar bukan satu banjir kilat, bukan banjir di satu daerah, banjir satu Negeri Selangor. Memerlukan aset dan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan dan di sini dilaporkan dan ini bukan saya kata, ini umnoonline.my takkan umnoonline.my akan menuduh Yang Berhormat sebagai membohong. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor Tan Seri Noh Omar berharap.. Eh tiba-tiba Tan Seri Noh Omar Ahli Parlimen Tanjung Karang kata dia adalah pengerusi tapi Yang Berhormat di sini kata dia tidak. Jadi siapa yang bohong UMNO online.my yang bohong ke? Atau pun Yang Berhormat silap fakta.
Perlu buat sumpah laknat ke tidak?
Saya tak pastilah tapi saya tanya kepada Yang Berhormat, jadi saya rasa macam ini mungkin sebenarnya Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri Selangor adalah sebenarnya wakil rakyat dari UMNO dari Selangor jadi kalau silap perbetulkan fakta dan kita move on itu sahaja.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Taman Templer, sembang sedap, Yang Berhormat Banting pun saya kira membuat satu tuduhan yang perlu dikaji semula. Negeri Selangor ini di bawah negeri kita. Yang Berhormat Banting, dengarlah hujah saya. Saya .. ini fakta dia, saya sudah dengar, dengar hujah saya. Selangor ini negeri kita. Di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan sudah 10 tahun lebih, janganlah hanya seperti baling batu sembunyi tangan. Setiap kejadian yang salah adalah Kerajaan Federal, perkara yang salah semua Kerajaan Federal. Pengerusi Bencana di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Negeri? Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Ketua Kampung, Ketua-ketua Taman, PBT, Ahli Majlis semua di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri, sebab itu saya kata tadi, Kerajaan Negeri harus bersedia. Kita bukan kali pertama menghadapi banjir ini. Nanti saya sebut lagi dalam teks ucapan saya. Ini bukan kali pertama. Perlu ada perancangan yang konkrit dalam menghadapi isu banjir bukan setelah banjir berlaku baru kita kata kita akan buat itu, kita akan buat ini, kita akan itu, habuk pun tak ada. Sudah berapa lama bajet tahunan, saya kata tadi memang sebut bilion-bilion. Macam-macam kaedah nak baca itu berapa banyak tapi berapa banyak yang boleh di laksana. Ya betullah Yang Berhormat Taman Templer, Selangor 2.3 bilion sahaja, negara Malaysia lebih banyak tapi perlaksanaannya nampak. Tapi Negeri Selangor nyatakan 2.3 bilion bajet kita itu apa yang dibuat dalam tempoh, boleh saya bacakan balik satu-satu..
Eh 500 juta Program Insentif Peduli Rakyat yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, Ketua Pembangkang,
itu realitilah. 500 juta yang berikan oleh Pakatan Harapan kepada setiap inci masyarakat yang terdapat di Negeri Selangor ini kita tidak pernah kira dia UMNO ke, GERAKAN ke, PAS ke, dia DAP ke, kita bagi. Ketua Pembangkang, inilah masalah Ketua Pembangkang menafikan apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Saya tidak menafikan yang itu.
Tak tadi tanya saya apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Selangor ini. Kita beritahu hampir 500 juta . Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan adalah Tan Sri Noh Omar. Sembang tak sedap pun tak apalah. Hah! 500 juta. Sampaikan kerajaan negeri lain pun ikutlah. Tuduh kita hancinglah, kencinglah di Johor tapi kita hendak beritahu Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Johor 22 bulan kita memerintah, kita berjaya melaksanakan 100% manifesto tawaran dan janji kita di Negeri Johor. Ini fakta.
Yang Berhormat Taman Templer, kalau hendak berpolitik saya nak bagi tahun 2019 kita menerima kekalahan tetapi ternyata kegagalan Pakatan Harapan dalam melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat membawa kepada kehancuran kerajaan pada waktu ketika itu.
Kerajaan mana yang hancur? UMNO Barisan Nasional yang telah menghancurkan amalan sistem demokrasi dalam negara kita.
Sedangkan perpecahan itu berlaku dalaman, bukan masalah kita. Hari ini kita bangkit dan diberikan kepercayaan oleh rakyat.
Kepercayaan apa?
Sedangkan perkara ini perlu dijadikan iktibar kepada parti Taman Templer.
Kepercayaan apa? Di Melaka dapat 38% saja. Di Johor dapat 42% saja. Keseluruhan pengundi di Negeri Johor 38% sedangkan pembangkang di Negeri Melaka kita dapat lebih kurang 63 %, di Melaka 38% boleh bentuk kerajaan.
Taman Templer, duduklah. Bagi saya teruskan, berhentilah menegakkan benang yang basah.
Bukan, benang tak basah tepung pun tak berselerak.
Yang Berhormat, saya tak ada nak berpolitik untuk di dalam dewan ini sebab saya menghormati Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku ...
(DEWAN RIUH)
Diam-diam sekarang Sungai Burong pula. Terima kasih Tuan Speaker. Yang bagi Sungai Air Tawar. Jadi saya hendak mencelah sedikitlah. Apa pertuduhan yang kata tak betul itu betul. Saya ingin mendapat pencerahan daripada Sungai Air Tawar, bukankah di Negeri Selangor ini diperintahkan oleh Menteri Besar, macam yang disebutkan oleh Sungai Air Tawar, agensi-agensi kerajaan di Negeri Selangor ini pun di bawah kuasa Menteri Besar. Menteri Besar yang jaga. Di Pejabat Daerah, di Majlis Daerah, agensi-agensi yang menjalankan operasi dalam bencana, bencana alam, di peringkat daerah dan di peringkat PBT, semua di bawah Kerajaan Negeri Selangor, sepatutnya bersetuju ke tidak Sungai Air Tawar dalam keadaan yang genting macam ini, tanggungjawab Menteri Besar mengarahkan SUK Setiausaha Kerajaan dan mengarahkan agensi-agensi kerajaan untuk mengerakkan mengoperasi Bilik Operasi Tindakan Keselamatan Daerah dan PBT serta-merta dan mengoperasikannya. Sebenarnya, aset-aset itu ada cuma you nak pergi tubuh dalam satu committee panggil semua ahli jawatankuasa, menyenaraikan apa aset-aset yang ada di dalam negeri yang diperlukan di dalam keadaan bencana alam seperti itu. Ini adalah SOP dan kita tahu, saya selalu mengikut kenyataan daripada Audit Negara. Bahawa di negara itu, negara kita ini, negeri kita ini memang ada SOP yang lengkap dan sempurna cuma masalahnya tidak ada wake-up call, tidak ada keperluan untuk bertindak secara segera apabila keadaan amat memerlukan. Ini masalah yang berlaku di Negeri Selangor. Adakah Sungai Air Tawar bersetuju?
Saya hendak tanya sikit Sungai Burong ini, saya hendak tanya sikit. Yang Berhormat, Majlis Daerah, Pejabat Daerah daripada.....
Duduk! Duduk dulu! Saya hendak tanya Tuan Speaker, saya ini mencelah atas kebenaran Tuan Speaker untuk mencelah dengan Sungai Air Tawar, Sungai Air Tawar tidak ada beri laluan kepada dia.
Yang Berhormat Sungai Burong, saya tanya dahulu Sungai Air Tawar. Yang Berhormat duduk dulu. Sungai Air Tawar hendak bagi kepada Sungai Burong ke? Taman Templer ke? Banting ke?
Okay Taman Templer duduk. Saya menyokong penuh apa yang diperkatakan oleh Sungai Burong sebab dia mantan DO,
bukan Taman Templer pendongeng saja. Okay terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang beraksi, silakan.
Ya baik terima kasih.
Sila-sila.
Apa yang diceritakan oleh Sungai Burong itu memang betul, tapi betul pada zaman Barisan Nasional di mana Menteri Besar adalah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, di mana bila dipanggil mesyuarat semua jabatan termasuk Jabatan Persekutuan, Anggota Polis, Tentera, Bomba semua kena hadir, itu Majlis Keselamatan Negeri, tiada masalah. Apabila negara kita masuk di dalam darurat, apabila kita memerangi Covid-19 memang juga pengerusinya adalah Menteri Besar dan saya juga dijemput hadir dan saya nampak semua Anggota Jabatan Persekutuan ada. Tetapi selepas itu sebenarnya Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri Selangor, itu sebenarnya berlaku. Bila berlaku banjir pada masa itu beliau masih Pengerusi jadi apabila berlakunya bencana peringkat negeri ini sepatutnya MKN Negeri Selangor panggil mesyuarat, Tan Seri Noh panggil ke semua jabatan kena hadir termasuk persekutuan, Menteri Besar boleh panggil mesyuarat tapi mesyuarat itu bukan mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri maka dia tidak boleh mengarahkan Tentera, Polis, Bomba dan sebagainya hadir, itu sebenarnya. Tapi apabila selepas berlaku banjir apabila Menteri Besar menyatakan sebenarnya bahawa beliau bukan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri maka pada masa itu selepas itu baru Perdana Menteri melantik Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Pengerusi untuk bencana alam. Itu sebenarnya yang berlaku. Saya tidak... itu faktanya. Okay.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Saya hendak juga bagi fakta dia kepada saya, sama-sama faktalah. Bagi saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah Ketua kepada Kerajaan Negeri. Sepatutnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang memanggil dan menyelaraskan segala jentera termasuk daripada Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Persekutuan betul Tan Seri Noh Omar, dia Pengerusi Bencana tetapi dia bukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tunggulah dia menjadi Menteri Besar Selangor tetapi dia belum jadi sebab itu. Okay terima kasih, sebab itu saya beritahu di sini kita jangan cerita mencari salah Kerajaan Persekutuan, saya sudah kata tadi, negeri yang banjir bukan negeri kita sahaja. Negeri Pahang pun juga ada mengalami bencana tetapi tidak berlaku seperti yang berada di Negeri Selangor, sebab itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut di Parlimen, dia merasakan terkilan yang mana Negeri Selangor gagal mengurus, Negeri Selangor sendiri gagal membuat perancangan atau pun bajet yang perlu dikemukakan dengan lebih awal.
Sungai Air Tawar minta penjelasan.
Okay, siapa hendak ini? Banting dululah, Banting suka bercakap, lepas itu Seri Setia, lepas itu Pandamaran.
Saya hendak tanya sahaja Yang Berhormat, kalau Pakatan Harapan, ini cara dia. Kalau barisan pula Barisan Nasional lain pula cara dia. Bukankah ini antara dua darjat, double standard betul tak? Adakah ini selaras dengan yang dipersetujui oleh Yang Berhormat antara dua darjat.
Ini mengarut dan dongeng. Sudah duduk Yang Berhormat, tak payah lagi. Mana pula cerita dua darjat. Saya cerita soal Kerajaan Negeri dan peranan kita dalam Kerajaan Negeri Selangor. Soal Kerajaan Federal dan Kerajaan Negeri Selangor, itu yang saya banding. Yang Berhormat Banting, berhenti. Saya bagi Seri Setia.
Okay Sungai Air Tawar, saya ingat tadi kita hormatilah apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO. Kita kalau salah perbetulkan atau pun sebenar kita hendak dengar apa lagi fakta yang Ketua Pembangkang hendak ceritakan kepada kami semua. Jadi saya rasa kalau betul, benda itu ada pendirian masing-masing. Tapi kami tetap menyatakan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO adalah benar, kerana beliau ada di dalam mesyuarat itu dan kalau sekiranya tidak betul, terpulang kepada pihak Ketua Pembangkang kami nak dengar apa fakta yang seterusnya dan apa cerita yang seterusnya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Speaker. Saya ingat ini lah yang dititah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagaimana satu kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri boleh diwujudkan dan dibincangkan di Dewan yang mulia ini. Saya ingat isu yang timbul tadi adalah berkaitan dengan takrifan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Bencana. Ini dua yang berbeza tetapi kalau ini kita dapat bincangkan akhirnya satu keputusan di peringkat negeri untuk kita menangani bencana-bencana yang akan berlaku di masa akan datang saya rasa ini kekuatan kita. Sebab itu saya ingat soal Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri ataupun Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri kita stop la, kita move forward la. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Saya teruskan Perbahasan saya. Saya menerima sebenarnya fakta daripada Bandar Baru Klang tetapi ini adalah hujah daripada saya berkenaan apa yang perlu Kerajaan Negeri buat. Itu yang saya perkatakan di sini Seri Setia. Ok, apakah tidak Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor seharusnya memanggil Ahli Mesyuarat yang terlibat untuk bersidang dan menyatakan rancangan awal Kerajaan Negeri seharusnya dibawa ke Kerajaan Pusat tetapi realitinya hal ini tidak berlaku, hanya setelah air naik sehingga paras bumbung barulah Kerajaan Negeri
tersipu-sipu dan menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak melakukan perancangan dan menghantar sebarang bantuan. Perkara seperti ini dapat dielakkan jikalau Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif awal sebelum Kerajaan Pusat mengambil alih peranan tersebut.
Masalah kedua yang dihadapi Kerajaan Negeri Selangor ialah segala perancangan yang hanya mengambil jalan mudah dan kerjanya seperti batuk di tepi tangga. Saya ambil contoh banjir yang berlaku di Taman Sri Muda yang mana airnya melepasi ketinggian lebih 4 meter. Mengikut data Free Malaysia Today bertarikh 1 Januari 2022, Taman Sri Muda mempunyai sistem perparitan yang hampir serupa dengan yang lain. Namun yang membezakan ialah pembangunan di sekitar kawasan Kota Kemuning yang memilih untuk membonceng sistem perparitan yang sedia ada menyebabkan sistem perparitan Taman Sri Muda melebihi kapasiti yang mampu ditampung. Jadi apabila semakin banyak kawasan di sekitar Kota Kemuning dibangunkan semakin banyak kawasan yang menumpang sistem perparitan untuk melencongkan hujan ke dalam sungai. Kini sistem perparitan yang direka khas untuk Taman Sri Muda bertambah kepada sekurang-kurangnya 3 kali ganda berbanding kemampuan sebenarnya. Yang mengeruhkan lagi keadaan, apabila pihak berkuasa cuba membuka pintu air pasang untuk mengepam lebihan air ke Sungai Klang, mereka sedar salah satu pam telah pun rosak. Peruntukan sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan pada tahun 2022 untuk menaik taraf pam di pintu air pasang surut tetapi kerja masih belum dijalankan. Kerosakan pam ini menyebabkan lagi banjir yang berlaku bertambah buruk. Hari ini kami di pihak Pembangkang mencadangkan agar Kerajaan Negeri melihat semula setiap projek di bawah Kerajaan Negeri yang akan dilaksanakan dengan lebih teliti dan jika ada keperluan untuk membina rangkaian perparitan yang baru, maka bina lah. Jangan hanya mengambil jalan mudah untuk sesuatu perkara yang akhirnya akan merugikan wang dan tempiasnya sudah pasti kecelakaan buat rakyat.
Dengan ini saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengangkat semula projek Bandar Terusan yang sepatutnya dilaksanakan pada akhir tahun 2007. Projek Bandar Terusan yang mana pembinaan satu terusan besar yang menghubungkan dua tasik di daerah Petaling dan Kuala Langat dengan kepanjangan mencapai 17 kilometer. Jika projek ini berjaya disiapkan, terusan besar berkenaan mampu menyimpan ratusan juta liter air, limpahan dan banjir kilat yang berlaku seperti hari ini dapat dielakkan. Insentif Bandar Terusan yang diilhamkan daripada pembinaan terusan di Belanda ini dapat diminimumkan sepenuhnya impak banjir di kawasan Lembah Kelang dalam jangka masa 100 tahun akan datang. Dan inilah kelebihan yang ada buat Kerajaan dahulu iaitu kita mampu merancang dan melaksanakan bukan hanya untuk jangka masa pendek sahaja tetapi hasil nya dapat dirasai untuk generasi yang akan datang.
Namun begitu, ucapan tahniah harus diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana telah mengeluarkan peruntukan hampir RM106 juta. Sehingga hari ini Bantuan
Selangor Bangkit yakni BSB bagi mangsa banjir yang terjejas walaupun berlaku sedikit kelewatan terhadap bantuan tersebut. Tahniah juga buat Kerajaan Pusat yang telah memperuntukkan lebih RM2.03 bilion melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia. Ini termasuklah bantuan tunai dengan kadar 0% dan voucher membaiki kenderaan yang rosak bagi membantu rakyat terkesan, membina semula kehidupan dengan segera demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. Semoga kesemua insentif ini dapat membantu meringankan beban keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir terutamanya rakyat di negeri Selangor.
Yang Berhormat Tuan Speaker, alang-alang menyeluk pekasam biar lah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang Kerajaan Negeri merancang untuk pengurusan bencana biarlah sehingga selesai isu yang sangat popular dan saya kira setiap kali bersidang wajib kita bincangkan di Dewan yang mulia ini. Isu ini tidak lain dan tidak bukan ialah masalah air di Negeri Selangor. Masalah gangguan bekalan air di Negeri Selangor ini begitu teruk sehingga Air Selangor terpaksa membuat status kemas kini gangguan air secara atas talian. Untuk pengetahuan Ahli Dewan, rakyat Selangor kini boleh menyemak gangguan bekalan air secara atas talian tanpa perlu menunggu notis daripada pihak berkuasa. Apa yang saya nak tekankan di sini ialah gangguan bekalan air tidak berjadual ini sangat kritikal sehingga rakyat perlu melayari laman sesawang Air Selangor dalam memastikan kawasan mereka tidak terlibat dengan gangguan tersebut. Tahun 2022 baru sahaja 3 bulan tetapi sudah lebih 10 daerah yang terlibat dengan masalah bekalan air ini. Saya difahamkan punca utamanya masih sama, iaitu pencemaran air mentah. Baru-baru ini Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Sdn. Bhd telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi tentang masalah tersebut. Walaupun loji rawatan air sungai terus ditambah baik, dan kerja-kerja pemulihan bekalan air giat dijalankan, masalah ini masih terus berlaku. Kami di pihak Pembangkang akan menyokong sebarang idea-idea baru yang dapat membangunkan Selangor ini atau dalam erti kata lain new norm idea. Namun begitu kami sesekali tidak akan berkompromi untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai a fail state di Malaysia. Jadi besarlah harapan saya sebelum Kerajaan Negeri mengumumkan sebarang insentif baru atau mengumumkan mega projek yang menelan berbilion ringgit yang belum tahu apakah kesudahan projek tersebut, elok lah kalau Kerajaan Negeri memberi fokus yang menyeluruh dalam membasmi masalah tahunan air di Negeri Selangor ini.
Sejak tahun 2018, apabila Kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan kembali mengukuhkan kedudukan, isu perumahan mampu milik sangat dinanti-nantikan oleh rakyat terutamanya untuk menyelesaikan masalah perumahan bagi penduduk dalam kumpulan isi rumah berpendapatan di bawah B40. Melalui Skim Rumah Selangorku yang diperkenalkan pada tahun 2014 dan terkini pada tahun 2020, Skim Rumah Idaman saya lihat status rumah siap di tahap yang tidak memuaskan. Mengikut data yang saya perolehi, insentif galakan pembinaan Rumah Mampu Milik yakni Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI, pasca Covid-19 telah mula diperkenalkan pada tahun 2020. Sehingga kini masih belum ada projek Rumah
Idaman MBI yang siap sepenuhnya di dalam lapangan. Walau bagaimanapun, sebanyak projek iaitu 4,819 unit sedang dibangunkan manakala lagi 18 projek iaitu 39,485 unit dalam peringkat perancangan. Jika dilihat dari segi angka jumlah unit rumah yang masih di dalam peringkat perancangan adalah sangat tinggi. Saya tidak mengecam masalah kelewatan ini tetapi saya ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri supaya pembinaan rumah idaman ini haruslah diambil kira semula supaya bersesuaian dengan risiko dan keadaan bentuk muka bumi. Pendekatan bijak harus diambil terutamanya oleh pihak pemaju untuk mampu mengatasi risiko kerosakan harta benda disebabkan oleh bencana terutamanya banjir. Pembinaan rumah hendaklah sesuai dengan keadaan tapak dan sudah pasti jika pembinaan dibuat tanah rendah berisiko banjir, reka bentuk bangunan hendaklah dibuat bersesuaian dengan risiko di kawasan itu. Saya ingin ambil contoh apa yang berlaku di Taman Indah Puteri, Sepang. Saya difahamkan Taman Indah ini baru sahaja disiapkan dan setengah kawasan rumah belum lagi didiami oleh pemilik. Namun begitu disebabkan kecuaian pemaju dan Kerajaan Negeri, pemilik terpaksa menanggung rugi akibat banjir yang berlaku pada hujung tahun lepas. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku jika Kerajaan Negeri benar-benar merancang dan melakukan pembinaan rumah di kawasan yang telah pun dikaji dengan teliti. Saya mohon agar Kerajaan Negeri mengambil serius hal ini sekali gus dapat mengurangkan risiko dan memberi jaminan keselamatan kepada pembeli. Tidak lah pemaju hanya memikirkan soal keuntungan. Di samping itu, saya menyokong penuh cadangan dan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor agar Kerajaan Negeri memperluaskan lagi akses kemudahan bantuan kewangan pembelian rumah idaman kepada golongan B40 agar setiap keluarga B40 berpeluang memiliki tempat tinggal yang selesa dan selamat.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan pelan pelancongan. Bila berbicara soal endemik kita perlu faham apakah definisi sebenar dan di manakah terletaknya peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan agenda utama negara tercapai. Seperti yang diumumkan Kerajaan Pusat tempoh hari, 1 April 2022 merupakan tarikh di mana pembukaan sempadan dan hari permulaan untuk peralihan ke arah endemik. Rakyat Malaysia akan dibenarkan melancong keluar negara mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan dan dalam pada masa yang sama rakyat juga dibenarkan untuk melancong ke dalam negara dan juga luar negara. Dalam erti kata lain, ekonomi Malaysia akan lebih rancak setelah pembukaan sempadan. Perkara ini sememangnya sesuatu berita gembira terutamanya buat usahawan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dan industri pelancongan kerana sektor ini merupakan sektor yang paling terkesan dengan impak pandemik Covid-19. Pemulihan industri perlu dilaksanakan dengan kadar segera dengan memperkenalkan aktiviti-aktiviti pelancongan norma baru seperti Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada pagi semalam. Dan dalam Belanjawan 2022 yang diumumkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Tahun lalu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana sebanyak RM114.6 juta bagi beberapa insentif khusus untuk menyemarakkan semula sektor pelancongan negeri ini. Selepas 2 tahun ia terjejas akibat wabak Covid-
19, faktor utama yang membimbangkan saya dalam perancangan pelancongan Kerajaan Negeri Selangor ialah tiada penyelarasan dari pihak Kerajaan Negeri bersama pemain-pemain industri. Dalam memperkasakan kembali industri pelancongan Yang Amat Berhormat Menteri Besar seharusnya perlu melibatkan kesemua pihak sama ada di peringkat agensi mahupun swasta dalam memastikan kebajikan usahawan terus dibela. Agensi Kerajaan hendaklah menjalinkan kerjasama dengan rakan strategi sektor pelancongan untuk bersama-sama memajukan semula sektor pelancongan negeri Selangor. Apabila kerjasama strategi dilakukan barulah dana yang sudah diperuntukkan dapat digunakan dengan cara yang lebih efektif dan kesan crucial down ekonomi akan memberi manfaat kepada lebih 10 ribu orang usahawan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Yang Berhormat Tuan Speaker, isu perkhidmatan pengutipan dan pembersihan sisa pepejal di kawasan penduduk terutamanya di kawasan bandar seperti Klang, Setia Alam dan Shah Alam menarik perhatian saya. Ramai pengadu yang mengadu nasib terutamanya peniaga-peniaga dan kawasan perumahan. Isunya adalah kekurangan tong sampah yang disediakan di kawasan perindustrian dan kawasan bangunan kedai. Apabila kekurangan tong sampah keadaan sampah yang banyak dan bercampur dengan sampah pukal akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan kutipan sampah terutamanya di kawasan domestik. Selain itu masalah lori yang kurang di kawasan yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk dan kawasan bangunan kedai yang banyak turut mendorong kegagalan pihak kontraktor untuk melunaskan kerja mereka mengikut masa yang ditetapkan. Justeru itu, saya mohon agar pihak PBT dan Ahli Majlis untuk mengadakan perancangan yang lebih teliti dan perbincangan semula bersama KDEB dan kontraktor yang dipilih di kawasan hot spot isu sampah ini supaya masalah ini dapat segera diselesaikan terutamanya isu kekurangan kenderaan kontraktor dan masalah penjadualan kutipan sampah. Kita tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi yang harus memainkan peranan besar ini sudah tentu ahli Majlis yang berada di kawasan tersebut. Saya yakin dan percaya jika ada perancangan yang tersusun antara Ahli Majlis, pihak kontraktor dan pihak KDEB sudah pasti masalah seperti ini dapat diselesaikan. Berkenaan dengan perkara ini saya memang tidak menyalahkan Y.B. Ahli Dewan kerana mereka semua bukanlah Ahli Majlis tetapi saya memang sangat berharap supaya isu sampah ini dapat diselesaikan. Saya ada gambar, di mana sampah ini dilonggok sahaja di depan kedai. Tiap kali, amat memalukan, saya kira sepatutnya Ahli Majlis dan pihak PBT perlu ambil tindakan dengan sewajarnya. Kita negeri Selangor ni negeri maju, bukan negeri sampah. Ini kerja Ahli Majlis. Ahli Majlis tidur. Tak buat kerja. Sebab tu saya sangat berharaplah Y.B. Kinrara ya, selaku EXCO PBT ni ambil, segera ambil tindakan ataupun memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah ini. Setia Alam ni bandar terancang. Jadi amat memalukanlah di Selangor ada bandar terancang pun sampah masih boleh bertaburan seperti ini. Ini belum lagi haiwan datang, gigit, koyak dan sampah bertaburan. Bila sampah bertaburan, kontraktor yang datang pun sukar untuk mengutip sampah-sampah ini. Jadi saya harap sangat perkara ini dapat diselesaikan.
Y.B. Tuan Speaker, isu seterusnya ialah berkenaan dengan DUN Sungai Tawar. Saya ingin menyentuh sedikit tentang isu-isu yang berbangkit di kawasan dan juga daerah saya di mana saya banyak menerima dari orang awam, berkenaan dengan masalah pesawah padi, yang sudah berbelas musim merosot hasilnya. Jadi saya mohon kerajaan Negeri dapat melihat semula apakah solusi yang terbaik dalam menyelesaikan masalah yang benar-benar membebankan pesawah-pesawah yang terlibat. Di samping itu juga saya ingin membangkitkan tentang isu kera atau monyet yang telah mengambil dan merosakkan hasil tanaman orang kampung di sekitar DUN Sungai Tawar dan bangunan-bangunan di kawasan Sg Lang. Isu kera ini bukanlah kali pertama saya bangkitkan di dalam Dewan Yang Mulia ini tetapi ianya sudah beberapa kali. Namun begitu saya melihat tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri masih tidak dapat menyelesaikan permasalahan ini yang mana ianya tetap menjadi rungutan dan aduan daripada penduduk di kawasan saya. Oleh yang demikian sekali lagi saya ingin tegaskan agar Kerajaan Negeri segera melakukan sesuatu terhadap isu kera ini, demi menjaga kesejahteraan rakyat yang terjejas pendapatannya lebih-lebih lagi sewaktu pandemik Covid-19 ini. Begitu juga dengan kebimbangan penduduk kampung tentang isu anjing liar yang kerap berkeliaran di kawasan DUN saya di mana anjing-anjing ini ada yang menyerang orang kampung dan juga mencuri kasut penduduk setempat. Di samping itu juga, saya ingin membawa isu babi di mana ianya semakin membiak dan merosakkan hasil tanaman orang kampung. Yang paling membimbangkan ialah terdapat kes kemalangan di mana seorang penunggang motosikal telah dilanggar oleh babi-babi liar baru-baru ini. Saya juga ada menerima aduan daripada staf dan penduduk sekitar kuarters Klinik Kesihatan Parit Bharu yang tidak tahan dengan gangguan babi yang hampir setiap hari berlaku sejak beberapa bulan ini. Hal ini menyebabkan petugas-petugas di kuarters klinik kesihatan ini berasa tidak selesa. Saya yakin bahawa isu keselamatan bukan perkara asas yang diambil berat oleh kerajaan Negeri. Justeru itu tidak perlu saya terangkan kenapa kerajaan perlu mengambil tindakan segera terhadap isu haiwan-haiwan liar ini. Ini ada gambar ni, di mana haiwan babi ini berkeliaran di Klinik Parit Bharu. Okay Yang Berhormat Bandar Baru Klang, silakan.
Tuan Speaker saya nak tanya, kepada Yang Berhormat Sungai Air Tawar, yang disebut tu babi atau babi hutan? Babi dengan babi hutan tu lain, spesies yang lain, jadi kalau babi hutan yang bersalah jangan salahkan babi. Haa tak adil. Kita kena ada keadilan.
Babi marah ya?
Kalau itu babi katakan babi, kalau babi hutan katakan babi hutan. Jangan babi hutan disebut babi. Haa sila.
Betulkan Yang Berhormat. Babi marah nanti.
Terima kasih Yang Berhormat. Hahaha Yang Berhormat pencinta babi jadi okaylah betul.
Mana satu, mana satu? Babi ke babi hutan?
Babi hutan.
Aaaa babi hutan, babi hutan.
Sebab gambar ini jelas babi hutan.
Tuan Speaker, boleh mohon penjelasan?
Ya, Yang Berhormat Sungai Burong.
Terima kasih. Ini
Sungai Burong pun ada babi hutan?
Sebab gambar ini jelas babi hutan.
Ada, ada banyak. Saya sebenarnya tertarik dengan perbincangan masalah babi ni kan. Babi hutan ataupun babi, saya ingin bertanyalah Sungai Air Tawar.
Kena sebut betul, babi hutan ke babi? Dia dua berbeza.
Itulah saya nak pergi ke situlah tu.
Kena betul, jangan mengelirukan Dewan nanti.
Tak, saya tak mengelirukan Dewan, saya memang sebenarnya nak bertanya tu.
Nanti kalau tanya babi, babi dia marah. Dia tak boleh protes.
Terima kasih. Saya nak tanya dengan Sungai Air Tawar. Sebenarnya babi, dulu babi hutan. Sekarang ni tak jadi hutan sebab hutan semua dah habis dah. Kerajaan Negeri dah buka hutan jadikan kampung, jadikan bandar. Jadi babi hutan ni dah tak masuk dalam hutan lagi sebab tiada hutan. Jadi dia masuk kampung, ke bandar belum lagi la. Esok agaknya kalau
kampung dah habis dia akan masuk bandar jadi babi bandar pula. Jadi masalah babi ni masalah monyet, masalah anjing liar, ini memang masalah di kampung-kampung, di kawasan luar bandar. Tempat saya memang banyak isu ini yang dibangkitkan oleh Sungai Air Tawar ni, insiden yang melibatkan kemalangan yang dilanggar oleh babi kampung, ya, tiada hutan babi kampunglah, sebab hutan dah tiada dia duduk dalam kampung, celah-celah belukar kampung, dia masuk situ, dia langgar orang yang nak pergi menggunakan jalan raya ni sampai hospitalised. Jadi saya ingin mencadangkan kalau macam tu, ya, sebab saya nampak Kerajaan Negeri dia tidak bagi fokus kepada isu-isu ini. Walau bagaimanapun oleh kerana dia juga makhluk Allah S.W.T yang perlu kita jaga, ya, kita tak boleh biarkan sebab dia punca makanan tiada maka dia pergilah ke kampung-kampung cari makanan di kampung. Saya ingin mencadangkan, apa pandangan Sungai Air Tawar kalau Kerajaan Negeri mewujudkan satu hutan simpan, babi hutan kembali hutan, babi kampung kembali ke hutan, monyet kampung menjadi monyet hutan dan anjing liar ni boleh masukkan dalam hutan ini. Jadi mereka ini akan kekal di sana dijaga dan dipantau supaya mengelakkan mereka ni berhijrah ke kampung-kampung dan menyusahkan dan menimbulkan masalah di kawasan kampung, di mana rakyat ... ditinggal.
Tuan Speaker, saya rasa itu satu kenyataan daripada Sungai Burong yang mengelirukan. Sebab kalau babi tu dia babi adalah binatang yang jinak yang telah pun dijinakkan. Di apa tu, dibela oleh manusia kena ada lesen. Lesen dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian yang menjaga penternakan. Veterinar. Jabatan Veterinar yang jaga, kena dapatkan lesen. Manusia yang uruskan. Tapi babi hutan ni dia di bawah PERHILITAN. Jabatan PERHILITAN jaga, dia binatang liar, bukan binatang yang jinak. Itu bezanya, jangan kelirukan. Kalau Sungai Burong tak tau nak bezakan babi dengan babi hutan, saya cadangkan kita buat satu kursus untuk perkenalkan dia, biar dia tahu, kenal boleh bezakan babi dengan babi hutan.
Boleh mintak penjelasan lagi ya? Boleh mintak penjelasan lagi. Saya tidaklah berniat untuk mengelirukan, ini adalah terminologi, kalau sebenarnya kita orang Melayu orang Islam, dia tak kata babi, babi hutan babi kampung semuanya dia satu istilah, khinzir, khinzir maknanya babi. Sama ada dia dibela, dibela namanya itu babi peliharaan, dimasukkan dalam kandang, dibagi makan dan dijaga dan dijual, disembelih dibagi makanan orang. Itu babi peliharaan. Ini saya gunakan babi yang terminologi babi yang umum, sebagaimana definisi dalam Dewan Bahasa, jadi dia boleh digunakan oleh kerana saya nak jadi sofistikated sikitlah, ya, zaman moden, tiada complicated nya, simple je. Orang tak tau kata babi hutan, saya bukan apa, apa ni, Bandar Baru Klang, saya di kampung saya pun cakap macam tu. Babi hutan ni dah melanggar, orang kampung kata, “eh Yang Berhormat mana ada babi hutan, sekarang ni babi dah duduk di belakang rumah saya”. Ini babi kampung. Jadi istilah lokal tu tiada masalah jadi saya memang tidak mengelirukan Dewan. Dan ini hanyalah terminologi dan bukan niat saya Bandar Baru Klang untuk mengelirukan. Mauduknya yang saya ingin dapatkan penjelasan
daripada Sungai Air Tawar ialah supaya Jabatan memberikan fokus untuk memindahkan binatang-binatang yang dianggap liar ini yang sudah menceroboh kawasan kampung ini ke suatu tempat sebab apa yang berlaku sekarang pun Jabatan PERHILITAN apabila kita membuat aduan, pada mulanya dia akan pasang perangkap, pasang perangkap diambil dia masuk hutan, tapi lama-lama kerana terlalu banyak aduan, perangkap pun tak cukup dan dia pun tak mampu, dengan apa ni kekangan daripada anggota jabatan, dia kata buatlah apa yang patut. Kalau nak tembak pun tembak. Jadi dia mungkin tindakan kurang kemanusiaan. Sekiranya ada satu tempat di mana kita boleh mengkhususkan meletakkan binatang-binatang ini sebagai satu reserve mungkin ini adalah lebih baik selaras dengan negeri Selangor yang maju ke hadapan yang bukan menjaga sahaja rakyat tetapi makhluk-makhluk yang perlu kita jaga demi kepentingan rakyat juga.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Sungai Burong. Tak kiralah, babi ke babi hutan ke babi kampung, tapi yang saya nak bangkitkan di sini ialah isu haiwan liar ni. Monyet, anjing liar dan juga babi memang ia menjadi isu utama di kampung-kampung khususnya di DUN saya. Jadi saya yakin dan percaya bahawa isu keselamatan merupakan perkara asas ya, yang diambil berat oleh kerajaan Negeri. Justeru itu tidak perlu saya terangkan kenapa kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan segera terhadap isu haiwan-haiwan liar ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebagai penutup bicara, izinkan saya mengingatkan kembali atas nasihat dan titah DYMM Sultan Selangor. Baginda mengingatkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat di Selangor ini untuk menumpukan usaha dan tanggungjawab yang diberikan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnya dapat membangunkan ekonomi dan memakmurkan negeri Selangor ini. Baginda juga tidak mahu wakil rakyat menghabiskan masa dengan berpolitik untuk kepentingan parti masing-masing sahaja sehingga mengabaikan tugas dan peranan mereka untuk membela nasib rakyat. Saya rasa cukup sampai di sini sahaja ucapan saya sebagai Ketua Pembangkang pada hari ini. Perkara-perkara yang telah saya sampaikan tadi diharap mendapat perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan Negeri. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang Sungai Air Tawar. Saya persilakan daripada Lembah Jaya. Yang Berhormat Lembah Jaya. Parti bangsa Malaysia. Baik.
Terima kasih kepada Y.B. Tuan Speaker. Yang beri laluan kepada Lembah Jaya untuk membahas titah ucapan DYMM Sultan Selangor. Lembah Jaya ingin menyentuh 5 perkara sahaja.
Pertama, Lembah Jaya menyambut baik saranan DYMM Tuanku untuk negeri Selangor bersiap sedia menghadapi perubahan iklim yang sebenarnya telah diperkatakan lebih awal ya, seluruh secara global ya, di mana kita sering mendengar
tentang dengan izin sustainable development goals, yang telah digubal oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menangani situasi perubahan iklim dan PBB telah memberi tempoh daripada 2015 ya, pelaksanaan SDG ini 2015 hingga 2030. Jadi saya melihat Negeri Selangor sebagai negeri yang termaju di dalam negara Malaysia ini sudah tentulah perlu membuat persiapan ya, tentang bagaimana kita menangani situasi ataupun perubahan iklim ini. Pagi tadi saya dengar jawapan daripada Y.B. EXCO mengatakan jawatankuasa tetap di bawah Kajang sedang menggubal dasar ataupun sedang membincangkan perkara berkaitan dengan menggubal dasar. Saya nampak perkara ini beliau juga sebut akan mengambil masa lah, jadi saya nampak perlu ada fast track di sini, dengan izin kerana kita bukan lagi baru menghadapi perubahan iklim ya, kita sudah merasa kesan perubahan iklim. Jadi sementara kita nak menggubal dasar ni banyak kerosakan yang akan dialami oleh Negeri Selangor khususnya. Jadi perlu melihat perkara ini dengan lebih segera ya, dengan kadar segera kerana ini akan menjejaskan dari segi sosioekonomi rakyat negeri Selangor, ya, dengan banyak kesan-kesan terhadap kehidupan juga alam sekitar yang kita ada hari ini. Saya lihat sebenarnya kalau kita belajar daripada Negara-negara yang telah pun mengambil langkah-langkah mitigasi menghadapi perubahan iklim ini, ada kaedah dan juga pendekatan yang mampu dilaksanakan oleh Negara-negara yang tidak semestinya kaya tetapi mempunyai kekayaan dari segi natural resources ataupun dengan izin hasil semula jadi seperti di Negara kita. Kita mempunyai matahari setiap hari, jadi kenapa kita tidak beralih kepada penggunaan tenaga solar yang kita ada banyak dan begitu juga penggunaan tenaga angin. Kalau kita lihat banyak Negara-negara seperti Arab Saudi juga telah menggunakan sumber alam yang sedia ada berlebihan di Negara mereka. Jadi saya nampak sudah tiba masanya Selangor mengorak langkah ke arah itu dan tidak memberi alasan-alasan untuk melakukannya. Kita wajar bersikap proaktif seperti mana yang disarankan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, semua orang berusaha untuk melakukan yang lebih baik bukan sekadar memenuhi syarat ataupun yang dipertanggungjawabkan. Saya nampak itu budaya yang perlu dihidupkan, budaya bekerja di dalam sebuah Negara yang maju ataupun Negeri yang maju seperti Negeri Selangor. Perkara kedua yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan pemulihan infrastruktur yang telah di belanjakan ataupun yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Saya ucapkan terima kasih kerana Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan kerana telah meluluskan satu peruntukan yang agak besar yang meliputi sebanyak 700 lebih projek yang di bawah seliaan JKR juga JPS dan juga lain-lain agensi Kerajaan Negeri.
Saya lihat setelah berlakunya banjir besar ini maka tidak ada kawasan yang kita boleh memberi alasan tidak ada duit ataupun tidak ada peruntukan untuk kita laksanakan tindakan mitigasi kerana saya lihat kalau dari segi statistik yang dikemukakan di sini Kerajaan Negeri sebenarnya membelanjakan jumlah wang yang lebih besar untuk membaik pulih kerosakan yang telah dialami oleh infrastruktur juga memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Jadi daripada kita membelanjakan jumlah yang besar ini selepas berlakunya banjir lebih baik kita membelanjakan peruntukan ini untuk kita atasi masalah ini sebelum masalah itu berlaku.
Jadi ini insyaAllah, akan menjimatkan lagi dari segi kewangan ataupun peruntukan yang akan dibelanjakan dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada JPS Hulu Langat kerana telah memasukkan Lembah Jaya dalam permohonan projek pemulihan ataupun mitigasi banjir yang telah diluluskan oleh Kerajaan negeri kerana pada sidang tahun lepas saya mohon peruntukan untuk pemulihan Tebing Sungai Ampang tetapi jawapan EXCO pada masa itu dia kata Sungai Ampang bukan priority. Jadi saya rasa itu jawapan yang tidak memuaskan tetapi alhamdulillah terima kasih kepada JPS yang melihat ada keperluan dan kepentingan untuk membaik pulih Tebing Sungai Ampang yang bernilai sebanyak RM200,000.00. Ini fasa pertama yang akan dijalankan 700 meter dinding gabeon akan dibina di bahagian Tebing Sungai Ampang tersebut dan 300 meter lagi ban yang akan dibina tetapi pembinaan ini akan dimulakan selepas rumah-rumah setinggan di atas rizab sungai itu akan dipindahkan. Jadi saya mohon pada pihak berkuasa Pejabat Daerah saya kira untuk membantu untuk pindahkan rumah-rumah setinggan ini ke tempat lain supaya kerja-kerja pemulihan Tebing Sungai Ampang dapat dilaksanakan dan saya nampak perkara ini perlu disegerakan kerana kita dapati kadar hujan ataupun setiap hari kita dapati berlaku hujan dan ini mungkin akan menimbulkan masalah kalau sekiranya usaha-usaha untuk mendalamkan serta membaiki tebing-tebing sungai itu tidak dapat dilaksanakan dengan segera. Perkara ketiga Lembah Jaya ingin membangkitkan ataupun menyokong usaha Kerajaan negeri menambah baik aspek pengurusan sumber air di Selangor dan salah satu projek yang bukan di bawah Kerajaan Negeri tetapi kita mendapat manfaat kerana projek ini akan membekalkan air terawat yang cukup untuk Rakyat Selangor dan Kuala Lumpur iaitu Projek Langat 2, Loji Rawatan Langat 2 yang akan membekalkan 1,890 ML kepada Selangor dan Kuala Lumpur. Namun pembangunan ini tidak sunyi daripada cabarannya juga kerana pembinaan loji ini telah meratakan tapak yang telah dikenal pasti iaitu di atas Bukit Ampang dan ini apabila berlakunya hujan akan membawa turun bersama-sama dengan air sungai kelodak ke dalam sungai. Jadi ini telah menyebabkan pencemaran kepada sungai juga kalau sekiranya air sungai itu melimpah ia akan menyebabkan banjir lumpur. Jadi ini adalah salah satu kerisauan penduduk di kaki bukit tersebut setiap kali berlakunya hujan. Jadi saya benar-benar berharap Air Selangor dapat berbincang dengan rakan di peringkat persekutuan untuk menangani isu ini sebelum ia menjadi satu musibah kepada penduduk yang tinggal di kaki bukit.
Jadi perkara seterusnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Negeri Selangor yang telah mewujudkan satu pusat kawalan Smart Selangor C5i Centre Selangor ataupun singkatannya SSOC sebagai pusat kawalan dan perintah utama pengurusan bencana. Saya berharap SSOC ini akan juga akan memasukkan pemantauan cerun-cerun bukit khususnya di Ampang ada banyak kawasan yang meliputi kawasan cerun juga termasuk dalam kawalan SSOC ini kerana baru-baru ini kita telah juga menerima satu musibah di Taman Bukit Permai di mana kita dapati ada kemalangan jiwa akibat daripada runtuhan cerun. Jadi ini antara perkara yang perlu diberi perhatian tambahan lagi dengan keadaan taburan hujan yang begitu tinggi berbanding kepada kebiasaannya telah menyebabkan terlampau banyak air yang ada di dalam tanah dan
ini telah menyebabkan pergerakan tanah. Kalau sekiranya ada bangunan di atas tanah tersebut pergerakan bangunan. Jadi dalam kawasan Lembah Jaya sendiri ada empat kawasan yang telah mengalami soil movement dengan izin dan saya sangat khuatir akan membawa kepada berita tragedi lagi sekali bagi Negeri Selangor.
Jadi saya mohon kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk mengambil tanggungjawab memantau cerun-cerun ini walaupun cerun-cerun ini berada di dalam kawasan persendirian kerana kalau berlakunya musibah tidak ada pihak lain yang akan bertanggungjawab selain daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi sebelum berlakunya apa-apa tragedi saya berharap tindakan segera dan pantas dapat dilaksanakan kerana saya telah berusaha untuk memanggil pihak-pihak yang berkaitan berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Hanya jawapan yang saya sering dapat daripada PBT adalah ini bukan tanggungjawab mereka kerana ini adalah dalam kawasan persendirian maka mereka hendaklah menyelesaikan masalah itu sendiri. Jadi satu jawapan yang tidak bertanggungjawab kerana sebelum berlakunya tragedi Pihak Berkuasa Tempatan perlu menasihati kalaupun bangunan ataupun tapak itu berada dalam kawasan persendirian menasihati mereka cara bagaimana untuk mengatasinya dan kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini khanya kerana tapak tersebut ada dalam kawasan persendirian. Kalau mereka memohon pertolongan adakah kita memberi jawapan atau mengulangi text yang sama. Jadi saya berharap budaya kerja yang proaktif seperti mana yang disarankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dapat dihidupkan jangan kita laksanakan tugas itu hanya memenuhi syarat sahaja tetapi selepas daripada itu kita tidak memandang ia sebagai yang penting dan saya berharap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan segera oleh pihak yang berkaitan khususnya pihak PBT dan yang terakhir sekali Lembah Jaya menyokong saranan Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk setiap orang daripada kita Wakil Rakyat di Negeri Selangor ini menumpukan usaha dan tanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan yang diwakili serta dapat membangunkan ekonomi dan kemakmuran Negeri Selangor. Jadi untuk meneruskan tanggungjawab dan tugas itu Lembah Jaya mohon supaya Kerajaan Negeri segera melaksanakan janji ataupun persetujuan dalam sidang tahun lepas untuk memberi peruntukan yang sama kepada semua ADUN tidak mengira daripada parti mana mereka wakili kerana mereka perlu menjalankan tugas mereka seperti mana ADUN-ADUN Kerajaan. Jadi saya telah bertanya kepada pihak Pejabat Daerah yang menguruskan peruntukan tahunan ADUN, mereka memberi tahu kepada saya tidak ada apa-apa arahan daripada Kerajaan Negeri tentang penambahan peruntukan kepada ADUN bukan Kerajaan. Hanya sejumlah RM150,000.00 sahaja yang telah diperuntukkan ADUN yang bukan Kerajaan. Tidak seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang mengatakan Kerajaan Negeri akan memberi sekurang-kurangnya RM400,000.00 peruntukan tahunan.
Baik Yang Berhormat Lembah Jaya sila duduk dan sambung esok. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian jam sudah pun menunjukkan 4.30
petang maka Dewan ditangguhkan sehingga hari esok 16 Mac 2022, Rabu bermula pada pukul 10.00 pagi, Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)