Selangor · 16 March 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 328 turns · 35,399 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.

(Pembukaan)

Penolong Setiausaha Dewan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Keempat Belas pada 16 Mac 2022 dimulakan dengan bacaan Doa.

Penolong Setiausaha Dewan

Bacaan doa.

Speaker

Selamat pagi, salam sejahtera. Saya mempersilakan Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker, soalan Subang jaya No. 8.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 8. Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres Kepada Asrama Pelajar/airbnbQuestions

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

8. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Sila nyatakan progres penggubalan Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah teres kepada Asrama Pelajar / AirBNB.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Subang Jaya. Cadangan garis panduan bagi menjalankan aktiviti penginapan komersial di bangunan kediaman ataupun rumah penginapan telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Bil. 3/2020 pada 13 Oktober 2020. Pelbagai perbincangan bersama para agensi serta stakeholder yang berkenaan telah diadakan bagi mendapatkan ulasan serta pandangan yang lebih holistic. Setelah mengambil kira maklum balas tambahan daripada pelbagai pihak, draf garis panduan kini sedang diperhalusi oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri sebelum dibentangkan semula dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk pertimbangan kelulusan. Garis panduan ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Terima kasih.

Speaker

Soalan No.9 telah dijawab oleh bersekalian oleh dalam soalan satu dan ada, tapi ada peringkat (b) dan (c). Okay baik, saya persilakan Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Pelabuhan Klang no 9 (b) dan (c).

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Bencana Banjir Besar 2021Questions

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah perancangan kerajaan bagi mengurangkan risiko banjir seperti yang terjadi pada 17 Disember 2021 yang lalu?

b)

Apakah tindakan yang akan diambil terhadap individu yang membuat tuntutan palsu Bantuan Selangor Bangkit (BSB)?

c)

Adakah BSB telah selesai dibayar kepada semua mangsa banjir?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan no. 16 daripada Ijok, soalan no. 75 daripada Meru, soalan 154 daripada Sementa, soalan 203 daripada Permatang, soalan 210 daripada Semenyih, soalan 218 daripada Sungai Panjang, soalan 224 daripada Sungai Burung, soalan 236 daripada Sijangkang, soalan 227 sekali lagi daripada Sementa, soalan 251 sekali lagi daripada Sijangkang dan soalan 267 daripada Ketua Pembangkang, Sungai Air Tawar secara berjemaah.

Yang Berhormat sekalian, kalau saya boleh jelaskan dengan terperinci soalan yang jenis (a), kebanyakkan nya yang berkaitan tentang infrastruktur telah dijawab oleh sahabat saya Yang Berhormat Pandan Indah semalam, yang agak panjang lebar dan saya jangkakan ini agak panjang lebar. Ahli Yang Berhormat sekalian, kalau boleh saya jelaskan, sehingga 14 Mac 2022, Kerajaan Negeri telah meluluskan dan melaksanakan pembayaran Bantuan Selangor Bangkit kepada 118, 110 keluarga. Bermakna, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dan telah meluluskan dan melakukan melaksanakan pembayaran sebanyak RM 118,110,000.00 khas untuk Bantuan Selangor Bangkit (BSB). Manakala daripada 25 jumlah kematian, kita dapati

yang layak untuk menerima Bantuan Selangor Bangkit bagi keluarga mendiang ataupun arwah yang meninggal adalah sebanyak 14 orang dan keseluruhan kita telah melaksanakan RM140,000.00 kepada mangsa-mangsa ataupun keluarga mangsa yang telah meninggal dunia. Justeru, peruntukkan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM 118,250,000.00 untuk Bantuan Selangor Bangkit bagi bantuan-bantuan kepada keluarga yang terkesan banjir. Jumlah ini adalah sepuluh kali ganda daripada senarai yang kita perolehi daripada keluarga-keluarga ataupun ketua-ketua isi rumah yang ada tinggal di pusat-pusat pemindahan sementara. Di pusat-pusat pemindahan sementara lebih kurang 11 ribu lebih, 11,500 atau 11,700 lebih dan kita anggarkan pada ketika itu kemungkinan meningkat kepada tiga kali ganda, tapi setelah borang dibuka dan sebagainya, jadi kita telah melaksanakan pembayaran kepada 118 ribu keluarga.

Ahli Yang Berhormat sekalian, berapakah jumlah yang belum lagi menerima. Kita dapati yang telah kita luluskan dan belum menerima kalau saya boleh pecahkan mengikut daerah-daerah. Daerah Petaling lebih kurang 348, daerah Klang paling ramai setakat ini 7236, Kuala Langat 530 orang, Kuala Selangor 56 orang, Sepang 223 orang, Gombak 2 orang dan tiga daerah telah melaksanakan sepenuhnya kepada mereka yang telah diluluskan iaitu Hulu Langat, Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin memaklumkan sebanyak 2942 permohonan telah ditolak atas beberapa faktor-faktor yang tidak memenuhi kriteria dan sebahagiannya juga melaksanakan ataupun didapati bertindih antara satu sama lain dan kita perolehi juga bilangan permohonan dalam semakan, maknanya yang belum selesai, yang belum selesai adalah sebanyak 300 permohonan yang belum ditentu sahkan kedudukannya, layak ataupun ditolak dan kita jangkakan menjelang akhir bulan Mac ini, kita boleh menyelesaikan dan kita boleh melangsaikan semua yang tertungak-tertunggak ini, dan kalau ada tertunggak lagipun, maknanya selepas 31 Mac adalah rayuan-rayuan yang kita akan proses sampai akhir sekali proses ini adalah pada 30 April nanti.

Untuk menjawab soalan daripada Sementa, saya kira perlu masuk, adakah Kerajaan Negeri mencukupi kewangan kita. Ahli Yang Berhormat sekalian, setakat ini Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukkan di peringkat daerah secara keseluruhan sebanyak RM 132,628,000.00 yang telah kita salurkan ialah RM 118,250,000.00. Ini bermakna, baki peruntukkan di pejabat-pejabat daerah baik di Petaling, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat dan sebagainya keseluruhannya adalah sebanyak RM 14,378,000.00. Maknanya dengan berbaki tujuh ataupun lapan ribu keluarga lagi, kita perlukan sekitar RM8 juta, katakanlah ada sedikit satu dua yang terlepas lagi, kita masih lagi mempunyai RM14 juta di dalam saku pejabat-pejabat daerah dan sebagainya untuk kita salurkan kepada Bantuan Selangor Bangkit.

Justeru, adakah Kerajaan Negeri mencukupi, cukup dan telah diagihkan dekat daerah-daerah. Apa yang telah menyebabkan sedikit sebanyak berlaku kelewatan, sebab ada redanensi antaranya sebab ada yang bertindih permohonan yang dia

hantar berulang kali dan kita perlu melakukan proses-proses verifikasi. Adakah juga kadang-kadang terlewat, ya kadang-kadang kita perlu mengatur, sebab sebelum ini Kerajaan Negeri menyalurkan bersama-sama dengan Bantuan Wang Ihsan dalam program-program kita, kita salurkan di Semenyih bersama, banyak tempat kita salurkan bersama. Dan kadang-kadang memang kita perlu selaraskan kedudukan kewangan kita, sebab nak tunggu dia cukup, nak tunggu ita cukup, that’s why kita pelarasan-pelarasan tertentu, namun setengah-setengah tarikh tertentu, kita salurkan dan sekarang kita tak anjurkan lagi majlis-malis di dewan dan sebagainya, dan balance-balance ini, kita akan hubungi secara terus dan kita akan turut menawarkan penghantaran melalui akaun ataupun EFT kepada mangsa-mangsa yang terlibat secara keseluruhan.

Apakah akan diambil tindakan kepada yang membuat tuntutan palsu, itu kita akan membuat kemudian selepas kita selesaikan terutamanya selepas 31 Februari ataupun 31 Mac nanti apabila kita telah selesaikan secara keseluruhan. Untuk soalan daripada Ijok, kita akan menyemak semula peruntukan-peruntukan yang telah dikeluarkan secara individu oleh pegawai-pegawai terbabit, walau bagaimanapun pihak Pejabat Tanah dan Daerah boleh memohon peruntukan-peruntukan ataupun kegunaan kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai terlibat, Penghulu ataupun Pegawai Pejabat Tanah ataupun pegawai-pegawai Majlis yang Meninggal. Saya dah sebutkan soalan Meru, saya rasa saya dah jawab dan juga saya dah jawab soalan 154 daripada Sementa berkenaan dengan proses yang telah dibuat dan peruntukan yang kita telah lengkapkan dan soalan-soalan lain yang telah dibangkitkan berkenaan dengan hal ini. Terima kasih.

Speaker

Sijangkang.

Terima kasih Tuan Speaker. Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah membelanjakan ataupun memberikan sumbangan kepada mereka yang terlibat dalam banjir setakat ini sejumlah RM118 juta. Cuma, saya melihat pada ketika itu, adakah difikirkan oleh Kerajaan Negeri dalam kita memberikan sumbangan yang berbentuk wang tunai dalam keadaan masa yang begitu ramai yang sehingga menyebabkan ketika kita mematuhi S.O.P ini, ada pelanggaran- pelanggaran yang secara realistiknya kita macam tutup mata, tapi itu yang realiti berlaku, boleh difikirkan cara pemberian yang lebih baik ataupun adakah kajian yang juga dilihat, apakah prioriti yang sebenarnya keperluan kepada mangsa banjir bagi mengelakkan pemberian secara tunai, mungkin secara pemberian vaucher dan sebagainya untuk mengelakkan keadaan-keadaan yang sebegitu, terpaksa mematuhi S.O.P terpaksa menyerahkan dalam kadar segera, jumlah kewangan ini kepada mereka-mereka yang terkesan, mungkin ada jawapan Kerajaan, terima kasih.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Berdasarkan maklum balas daripada wakil-wakil kita di peringkat daerah terutamanya, daripada DO-DO kita, kita

dapati majoriti daripada mangsa-mangsa ini prefer ataupun lebih terurus menerima secara tunai, sebaba mereka nak pastikan mereka dapat wang itu sendiri dan kita sampaikan dan memang ada berlaku kesesakan- kesesakan tertentu tapi itu adalah untuk kita proses terakhir untuk kita melengkapkan terutamanya di daerah Klang, apabila kita telah memobilisasikan semua Majlis Tempatan kita, MBSA, MBSA saja menguruskan dekat 21 ribu, MPK Majlis Perbandaran Klang, MBPJ turut terlibat membantu bersama dengan Pejabat Daerah Klang dan kita dapat menyelesaikan lebih daripada 30 40 ribu dalam tempoh empat ataupun lima hari, itulah yang berlaku kesesakan. Di tempat-tempat lain, Alhamdulillah walaupun ada juga yang berbaris di waktu hujan dan sebagainya tetapi jumlah nya sangat minimum dan kita sangat prihatin tentang hal tersebut. Justeru selepas daripada hal tersebut ataupun daripada tawaran tersebut, saya telah mengemukakan segera untuk kita melangsungkan proses secara EFT ataupun secara hantaran di dalam akaun-akaun mereka dan itulah yang kita dapati kerana sebahagian daripada lapan ribu lebih yang tidak hadir yang tidak menerima lagi itu, adalah di sebabkan mereka tidak datang ketika proses pemberian dilakukan, ataupun mereka datang, ada yang balik tak punya masa dan sebagainya. Jadi tujuan kita, kita akan hubungi mereka semula, di dalam menggunakan SMS ataupun Whatsapp ataupun telefon dan kita turut menawarkan option secara EFT itu supaya mereka tidak lagi perlu datang sendiri ke Pejabat Tanah dan Daerah dan sekarang proses pemberiannya dilakukan di proses di Pejabat Tanah dan daerah dan turut kita gunakan local leaders kita, ketua kampung, Ahli Majlis, Pejabat-Pejabat DUN selepas ini untuk mencari lebih kurang tujuh lapan ribu ini untuk kita selesaikan keseluruhan 118 ribu, 118 ribu ini kalau kita compare dengan negeri-negeri lain, jumlah nya memang sangat berbeza lah. Kalau di negeri Pahang, di tempat jiran kita juga terkesan dengan banjir, jumlahnya 40 ribu, dan ini adalah kesan daripada kepadatan penduduk dan penduduk kita yang telah semakin ramai, laporan mencatatkan kita ada 7 juta rakyat Selangor, meningkat dekat 500 ribu berbanding kali terakhir dibuat.

Speaker

Pelabuhan Klang.

Tuan Azmizam bin Zaman HuriPKR · PHPelabuhan Klang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Memandangkan permohonan Bantuan Selangor Bangkit ini begitu banyak di kawasan daerah Klang menyebabkan ada borang-borang permohonan yang hilang semasa proses permohonan dibuat di Pejabat Daerah. Adakah Kerajaan Negeri akan membenarkan pemohon-pemohon yang borangnya didapati hilang di pejabat daerah untuk dibenarkan memohon semula.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ahli Yang Berhormat, sebab itu proses verifikasi tadi kita akan dapat gerakan daripada local leaders, termasuk daripada pusat khidmat, verifikasi. Janganlah isi borang baru pula, jangan isi borang baru pula. Verifikasi adalah daripada portion yang kita dah hantar dan kita kenal pasti, ia jumlah nya besar, sebab Klang sahaja jumlah permohonan dekat 70 ribu yang kita akan luluskan 60 ribu. Jadi memang jumlahnya agak tinggi, load dekat pejabat-pejabat tanah dan pejabat

tanah daerah kita telah berlaku dan sebab itu bila kita lihat ada sikit delay dan sebagainya saya minta Dato SS semak dan periksa dan kenal pasti di mana kesannya dan kita dapati kerana load permohonan borang terlalu besar dan semakan terpaksa dibuat secara manual sebab permohonan juga dibuat secara manual. Jadi itu sedikit lewatnya tapi alhamdulillah berkat kerjasama majlis-majlis tempatan dan semua agensi yang kita adakan, kita dapat selesaikan puluhan ribu dalam tempoh satu minggu di daerah Klang, sebab itu jumlahnya masih lagi tinggi ada balance dekat lapan ribu lebih, tetapi kita yakin lapan ribu lebih ini kita boleh kita boleh selesaikan sebab daripada semalam ada pada dua hari lepas dan semalam saja, Klang berjaya selesaikan lebih seribu lebih. Kalau seribu satu hari, maknanya mereka dapat selesaikan maknanya dalam tempoh tujuh hari, itu secara kalkulasi atau secara kiraan mudah. Namun saya percaya yang sebahagian yang tak datang ini, ada kesannya mungkin berpindah, mungkin sebagainya dan sebagainya jadi kita kena bagi masa, jadi saya letakkan tarikh baru 31 Mac untuk kita selesaikan semua, kalau ada lagi pun rayuan-rayuan yang disebut tadi kita akan tutup buku pada 30 April nanti, ini termasuk rayuan-rayuan yang tertinggal, ada yang dinafikan, ada yang ditolak secara kurang adil rasanya, itu kita akan tolak sebab kita ada dua ribu lebih yang kita dapati ditolak. Terima kasih.

Speaker

Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker, saya ada dua soalan kepada Yang Amat Berhormat. Dari 25 keluarga kematian, kenapa hanya 14 yang layak dan kenapa mereka ditolak dan soalan kedua 118 ribu adakah termasuk yang belum bayar maksudnya yang belum bayar.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Saya ulang balik, 118 ribu 110, 118 juta 110 ribu dah selesai bayar, kalau saya cerakin kan ikut daerah, untuk daerah Petaling 22,888 keluarga, untuk daerah Klang 62,342 keluarga, untuk daerah Hulu Langat 7,840 keluarga dah selesai, untuk daerah Kuala Langat 11, 570 keluarga ada 530 lagi belum selesai, di Kuala Selangor 5,975 keluarga, untuk Sepang 6,901 keluarga, untuk Gombak 1,060 keluarga, untuk Sabak Bernam 40 keluarga, Hulu Selangor 94 keluarga, satu keluarga seribu, kalau 94 jadi 94 ribu, untuk satu ribu, maknanya satu juta orang, satu juta ringgit kita perlukan, jadi kali saja la Yang Berhormat sekalian.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan satu belum jawab. Di mana 25 keluarga ada kematian dan 14 layak saja.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Ada yang ditolak sebahagiannya kerana bukan warganegara, kita berikan kepada warganegara dan itu antara kriteria penting yang banyak penolakan-penolakan dibuat dan sebab itu kita ada 14 sebab di Taman Sri Muda antara kes-kes yang mencatatkan kematian yang agak tinggi sebahagiannya kita sedar mereka adalah kadang-kadang bukan warganegara yang tinggal di asrama-asrama pekerja yang cukup banyak ada di Sri Muda dan sebagainya tidak dapat

diselamatkan ketika kejadian yang berlaku pada 17 hingga 20 Disember yang lepas. Terima kasih.

Speaker

Sentosa.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya nak tanya berkenaan dengan kita sedia maklum banyak penerima menerima sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak seribu tetapi sumbangan Kerajaan Pusat, lambat dan banyak yang perlu datang semula. Bolehkah Kerajaan Negeri memberi advance satu ribu ini supaya, tolong-tolong la, mungkin Kerajaan Pusat tidak cukup duit kot.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Ini yang berlaku apabila kita beri bantuan seribu dan sepuluh ribu, Alhamdulillah Kerajaan Persekutuan juga yang pertamanya umumkan bantuan kepada keluarga yang meninggal lima ribu akhirnya naikkan dan kita letak yang sama. Jadi sebab itulah kita dengan ICU dapat bersama-sama hantar permohonan kita dan kita adalah satu-satunya negeri yang dapat menyalurkan bersama-sama, negeri Terengganu pun saya tak rasa salurkan bersama-sama, saya rasalah. Tapi memang berlaku sedikit kelewatan apabila Kerajaan Persekutuan turut mengumumkan beberapa tambahan, misalnya bantuan RM 2500 misalnya baucar RM 500 itu mungkin lain, tapi RM 2500 itu, bantuan kereta lagi, RM 2500 menyebabkan jumlah dan mungkin priority list mereka. Dan apabila kita lihat bantuan kita jadi perlahan memang sebahagiannya kadang-kadang kita terpaksa tunggu daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan bukannya tak ada, mungkin lambat sebab nak proses masukkan one by one itu banyak, sebab apa sebab unit mereka di sini adalah di ICU, unit kita ada di peringkat-peringkat pejabat tanah dan daerah sahaja, itu pun kita pertahankan juga walaupun ketua pembangkang kata kita tak ada kerjasama, kita kerjasama sampai ke tahap itu dan bila kita tengok terutamanya bila menjelang ke akhir Februari, kita ada terlewat that’s why kita melakukan proses percepat proses pemberian. Jadi cadangan Yang Berhormat Sentosa itu baik, tapi agak sukar dilaksanakan kecuali Yang Berhormat masing-masing setuju untuk kurangkan peruntukkan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Boleh, kalau kita jadi Kerajaan Persekutuan. Kalau kita jadi Kerajaan Persekutuan nanti boleh.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Kalau itu boleh, boleh lah. Tapi saya rasa tak sesuai, let masing-masinglah jalankan tanggungjawab Kerajaan Negeri dah berjanji, kita tunaikan, Kerajaan Persekutuan janji, mereka perlu tunaikanlah. Itu je, terima kasih.

Speaker

Saya persilakan jiran saya, Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya no. 10.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 10. Pembinaan Jalan Fr05 Sabak BernamQuestions

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

10. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bilakah Projek Naik Taraf Jalan FR5 akan siap sepenuhnya dan adakah ianya berjalan seperti yang dirancang?

b)

Berapakah jumlah keseluruhan Projek ini?

c)

Adakah Kerajaan Negeri menyediakan sebarang peruntukan tambahan untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan?

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang, Yang Berhormat Speaker. Soalan no. 10 daripada Sungai Panjang bertanyakan berhubungan status Pembinaan Jalan FR05 Sabak Bernam. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan ini adalah merupakan sebahagian daripada jalan kesinambungan jalan daripada West Coast Expressway yang menghubungkan daripada Banting ke Taiping. Jadi jalan yang dimaksudkan FR05 adalah sebahagian daripada bermula daripada Tanjung Karang ke Sabak Bernam sepanjang 52km. Projek menaik taraf jalan FR05 ini dijangka siap sepenuhnya pada 26 Mac 2022 iaitu tak lama lagi ya dan kos pembinaan setakat ini keseluruhannya ialah RM708,928,000. Tentang berhubung dengan bahagian (c) berhubung dengan peranan Kerajaan Negeri sebenarnya projek ini di bawah Kerajaan Persekutuan di bawah jalan FR05, ini adalah jalan persekutuan dan telah diuruskan oleh Kementerian Kerja Raya dengan JKR Malaysia, jadi tidak ada sebarang peruntukan tambahan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri memandangkan ini projek Kerajaan Persekutuan, cuma kita ada sesi libat urus beberapa kali saya sendiri terlibat dengan JKR Malaysia bagi memberi cadangan-cadangan penambahbaikan bagi jalan ini kerana jalan ini walaupun jalan ini adalah di bawah JKR, jalan federal tetapi disebabkan dia sebahagian daripada lebuh raya saya telah mencadangkan banyak penambahbaikan untuk memastikan tidak berlaku kes-kes kemalangan dan sebagainya, termasuklah dari segi penyediaan lampu-lampu jalan dan juga aspek keselamatan lain yang dua kali saya bertemu dengan Ketua Pengarah

JKR Malaysia untuk memberikan cadangan penambahbaikan dan saya dapati ada penambahbaikan terhadap jalan tersebut. Sekian, terima kasih.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pandan indah. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan keselamatan apabila jalan ini siap, kerana apabila jalan ini siap daripada segi education dan juga awareness yang saya lihat pengguna dan juga penduduk kampung masih lagi kurang peka kerana sebelum jalan ini di naik taraf, biasanya ramai orang-orang kampung yang melintas jalan tersebut dan hari ini telah pun diadakan barel ataupun pemisah jalan di tengah itu, termasuklah dengan pusingan-pusingan U daripada segi kesediaan pengguna dan juga orang-orang kampung, adakah Kerajaan bercadang untuk membuat sebarang program-program kesedaran sebab saya tengok ada lagi yang melintas, melawan arah, ada lagi pengguna yang membuat pusingan U secara terus dan sebagainya yang membahayakan pengguna lain. Kalau melibatkan penduduk kampung setempat mungkin mereka boleh berhati-hati tapi apabila ia dah dibuka kepada orang ramai yang lain-lain lau itu mungkin dia tak tahu hotspot tempat-tempat yang biasa orang akan melintas secara salah. Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang, itu satu cadangan yang baik. Sebenarnya kita ada berbincang berhubung dengan JKR Malaysia untuk kita adakan kempen kesedaran tentang status jalan ini. Sebab anggapan saya memang mereka menganggap masih lagi jala yang biasa, sebenarnya ia adalah sebahagian daripada lebuh raya. Sebab itu kebimbangan saya apabila jalan ini dibuka sepenuhnya dan juga WCE ini siap, kebimbangan saya ialah pengguna-pengguna jalan raya ini akan menganggap ini sebahagian daripada lebuh raya dan saya pernah menegur bahawa mereka akan menurunkan had limit kepada 90 sahaja daripada Tanjung Karang ke Sabak Bernam. Ini merupakan satu langkah yang baik, saya rasa boleh membantu tapi kalau tidak ada kesedaran, dia akan menyebabkan jadi masalah yang sama. Suasana yang sama berlaku di lebuh raya utara selatan, apabila sampai ke Juru, daripada Juru ke Sungai Dua itu adalah merupakan sebagai jalan di bawah JKR, jadi dia sebenarnya bukan highway, tapi statusnya nak macam highway. Dan saya difahamkan masa jalan ini dibina, ada 600 lebih exit point kiri kanan jalan ini, daripada Tanjung Karang tersebut, merupakan satu angka yang sangat besar. Saya pernah menegur supaya mengurangkan exit point ini kerana dia bila ada exit point, dia akan menyebabkan kenderaan masuk keluar. Ini akan mengganggu dari segi pengurusan ataupun perjalanan highway itu dan membahayakan tetapi permintaan yang tinggi pada ketika itu, daripada penduduk supaya dibanyakkan exit ini dan saya dah cadangkan supaya dikurangkan, saya tak tahu sama ada saya rasa dah dikurangkan tetapi masih lagi perlukan langkah-langkah

keselamatan dan untuk kempen itu kita akan adakan, InsyaAllah nanti dalam masa terdekat untuk pastikan dengan kerjasama pusat-pusat khidmat dan juga pejabat daerah dan sebagainya di sana supaya memastikan bahawa rakyat aware apa status jalan ini dan apa yang mereka perlu laksanakan. Terima kasih.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Seperti yang dimaklumkan tadi, jalan ini jajaran ini bermula daripada Tanjung Karang bawa ke Sabak Bernam. Kalau saya ulang-alik jalan itu saya dapati di segmen Tanjung Karang itu macam belum mula ataupun tak tahu bila dia start, bila agaknya ianya bermula dan ia akan disiapkan. Terima Kasih.

Tuan Ir. Izham bin HashimAMANAH · PHPandan Indah

Sebagaimana yang saya sebut dulu, kelewatan di bahagian Tanjung Karang ini adalah disebabkan oleh ada sedikit penukaran segi jajaran asal. Ini berlaku pada zaman awal dulu la sebelum pakatan lagi mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada 2018 telah berlaku sedikit polimik ataupun perbezaan pandangan dari segi jajaran yang asal atau jajaran yang baru dan cadangan ketika itu daripada Persekutuan ialah supaya diambil jajaran baru tetapi selepas saya mengambil alih EXCO ini, saya dah bincang balik infra ini saya dah bincang dan kita dapati selepas membuat SIA, didapati jajaran asal itu yang lebih baik tetap yang lebih baik, jadi kita teruskan dengan jajaran asal dan itu menyebabkan kelewatan dalam urusan pengambilan tanah, sebanyak, sepanjang 10km.

Itu yang menyebabkan kelewatan ini, projek ini yang di bahagian yang berkenaan. Ini akan menyebabkan delay lebih kepada setahun kelewatan kerana urusan-urusan pengambilan tanah dan pembinaan di situ. Tapi walau bagaimanapun da juga disebabkan juga masuk dengan pandemik dan PKP ini, tambah lagi kelewatan dan saya jangka kan semua sepatutnya akan siap pada tahun ini kecuali 10km itu di Tanjung Karang. Tapi sebagaimana nanti saya akan sebut dalam penggulungan nanti berhubung dengan WCE di bahagian banting, itu pun ada kelewatan kerana ada urusan mahkamah masih lagi ada isu mahkamah lagi tentang tiga lot tanah di situ. Jadi ini perkara-perkara yang akan menyebabkan sedikit delay, walau bagaimanapun bahagian yang boleh siap, kita akan siapkan dan yang Tanjung Karang ini mana delay setahun lebih kepada yang 10km di pekan Tanjung Karang itu. Terima kasih.

Speaker

Dengkil.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 11.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 11. 'pocket Development' Punca Banjir Dan Bencana LainQuestions

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

11. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah polisi Kerajaan Negeri berkenaan dengan 'Pocket Development' khususnya apabila pembangunan tersebut dilihat boleh menyebabkan isu alam sekitar seperti banjir dan sebagainya?

b)

Berapa jumlah kelulusan 'Pocket Development' oleh Majlis Perbandaran Sepang yang melibatkan lot-lot lidi di daerah Sepang?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Tuan Speaker, setiap jenis permohonan pelan pembangunan perlu mematuhi Manual Garis Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang disediakan oleh Plan Malaysia Selangor dan garis-garis panduan yang lain yang berkaitan. Selain itu, permohonan tersebut juga perlu mematuhi keperluan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh agensi-agensi teknikal yang berkaitan.

Berdasarkan rekod tahun 2020 dan tahun 2021, Majlis Perbandaran Sepang telah meluluskan sebanyak 72 permohonan yang melibatkan lot-lot kecil dan tidak memberi kelulusan bagi pembangunan lot-lot lidi. Sekian, terima kasih.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Soalan tambahan.

Speaker

Dengkil.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Yang Berhormat EXCO saya ada sedikit cadangan supaya agar sebarang kelulusan kepada ‘pocket development’ ini ataupun setiap development yang akan ataupun sedang diproses mohon minta ulasan daripada wakil-wakil rakyat di bahagian kawasan tersebut kerana apabila banjir yang besar ataupun sebelum ini mengakibatkan saliran-saliran yang tidak dapat dibersihkan ataupun mendapat kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan kerana JPS ada saliran dia tertentu. PLB dia ada saliran dia tertentu dan development-development sebegini mendorong kepada punca banjir kilat dan saya mohon ataupun cadangkan kepada semua EXCO dan Kerajaan Negeri agar sedikit tambah baik untuk mendapatkan ulasan daripada wakil-wakil rakyat di sekitar kawasan . Sekian.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat Dengkil. Sekiranya kita merujuk kepada garis panduan ataupun Manual Plan Malaysia buat masa ini. Ulasan daripada wakil rakyat sebenarnya tidak diperlukan hanya ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal kerana ia melibatkan

pandangan profesional. Oleh itu Profesional Body jabatan-jabatan teknikal perlu memberi ulasan. Walau bagaimanapun, saya juga setuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Dengkil bahawa ahli wakil-wakil rakyat harus dimaklumkan berkenaan pembangunan di kawasan tersebut kerana wakil rakyat harus ambil tahu apakah pembangunan yang akan dibangunkan di kawasan tersebut tetapi bukanlah ulasan teknikal, biarlah agensi-agensi teknikal menjalankan tugas mereka dengan memberi pandangan atau cadangan profesional kepada setiap permohonan. Sekian, terima kasih.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Sedikit lagi Tuan Speaker.

Speaker

Yang terakhir.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Boleh? Tidak, begini. Yang Berhormat, betul agensi-agensi teknikal yang berkelayakan tetapi bila keadaan banjir begini, yang mendapat aduan yang mendapat desakan adalah wakil rakyat. Walhal wakil rakyat ini tidak tahu apa yang berlaku dalam Majlis Perbandaran tersebut PBT lagi seperti Yang Berhormat EXCO duduk dalam kawasan. Saya duduk dalam kawasan, Pelabuhan Klang dan rakan-rakan ada duduk dalam kawasan. Ini memberi kesan yang tidak baik dan kita bagi wakil-wakil rakyat susah untuk memberi penjelasan dengan keadaan senario development yang tumbuh bagai cendawan tumbuh di kawasan sekitar.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, oleh itu libat urus bersama wakil rakyat itu adalah penting dan Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua PBT mengadakan sesi libat urus dengan semua wakil rakyat termasuk wakil rakyat pembangkang dan dalam sesi libat urus ini saya rasa maklumat-maklumat pembangunan tempatan itu boleh dikongsi kan bersama dengan wakil rakyat. Terima kasih.

Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan saya nombor 12 Tuan Speaker, 12.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 12. Apakah Kriteria Pemberian Geran MbiQuestions

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

12. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah kriteria yang digunakan oleh MBI dalam memberi geran kepada badan-badan kebajikan?

b)

Apakah keistimewaan diberikan kepada PEKAWANIS?

c)

Senaraikan pemberian MBI kepada PEKAWANIS sepanjang tahun 2020-2021.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Kriteria-kriteria telah ditetapkan oleh MBI untuk pemberian bantuan yang kita namakan sebagai Corporate Social Responsibility. Ada 2 bentuk bantuan yang disalurkan yang pertama adalah Dana CSR MBI dan kedua adalah Wakalah Zakat MBI iaitu pemberian semula zakat 3/8 sebab pihak Lembaga Zakat Selangor menawarkan wakalah ini. Apabila kita membayar zakat kepada pihak Majlis Lembaga Zakat Negeri Selangor mereka akan memulangkan balik 3/8 untuk kita agihkan sendiri. Justeru saya juga menyarankan siapa-siapa yang layak untuk membayar zakat boleh bayar dan kita boleh ambil balik 3/8 itu untuk kita berikan sendiri. Namun kena accurate lah sebab ia melibatkan hukum dan sebagainya.

Ahli Yang Berhormat sekalian dan ada beberapa kriteria yang telah kita tetapkan iaitu yang pertama tentang pendidikan, yang kedua yang berkenaan dengan syariat serta syiar Islam, yang ketiga tentang pendemokrasian dan pembangunan komuniti, yang keempat khas bencana banjir ataupun musibah, yang kelima ialah perayaan-perayaan bukan Islam yang turut dibantu dan yang keenam acara sukan alam sekitar, seni dan budaya. Ini adalah 6 kriteria dalam pemberian bantuan yang telah ditetapkan oleh MBI ataupun Menteri Besar Incorporated. Dalam program CSR ataupun Wakalah sudah pasti Wakalah akan merujuk kepada pendidikan serta syiar dan syariat Islam selain daripada musibah. Ahli Yang Berhormat sekalian, bagi dana Wakalah Zakat Selangor permohonan mestilah beralamat beroperasi di Selangor serta tergolong dalam kategori berikut :

i. Asnaf ii. Fakir miskin iii. Fisabilillah

Setiap permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Kerja Tanggungjawab Sosial Korporat dan Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Zakat yang terdiri daripada Pengurusan MBI, wakil daripada Pejabat Menteri Besar dan Lembaga Zakat Selangor dan Mesyuarat ini dijalankan pada setiap bulan.

Soalan kedua berkenaan PEKAWANIS. Saya percaya Yang Berhormat sendiri tahu bahawa PEKAWANIS ini diwujudkan untuk menggantikan BALKIS. BALKIS yang

telah dibubarkan sebaik Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya tahun 2008 dan masih ada tuntutan-tuntutan tentang peruntukan yang telah disalurkan oleh pihak MBI pada ketika itu anak syarikat kepada Kerajaan Negeri yang tidak selesai sampai sekarang. Apabila peruntukan itu diambil alih oleh BALKIS kepada BERKAT, betul. BALKIS kepada BERKAT di peringkat persekutuan sebanyak RM 9 juta. Saya masih ingat lagi kesnya berlaku dan sebagainya tetapi sampai sekarang tidak lagi terlaksana dan kebetulan PEKAWANIS akan diketuai oleh isteri Y.A.B Menteri Besar, ada 3 orang sebelum ini Y.A.B Pelabuhan Klang, Y.A.B Bukit Antarabangsa dan Alhamdulillah sekarang saya, isteri saya yang terlibat untuk mengetuai kerana dalam constitution. Jadi BALKIS turut melaksanakan program-program kebajikan dan turut dilaksanakan berdasarkan program termasuk untuk Pusat Perlindungan Remaja Wanita iaitu di Rumah Ar-Rafiah dengan 18 kakitangan dan bertanggungjawab menjaga 32 orang pelatih dan setakat ini dan boleh dapat maklumat lanjut di www.pekawanis.com dan PEKAWANIS menumpukan kepada program-program kebajikan selain menyantuni penduduk, masyarakat dan juga terlibat dengan program-program yang saya sebutkan tadi.

Sehingga daripada 2020 hingga 2021 sebanyak RM 2.5 juta telah diperuntukkan dengan RM 1.5 juta pada tahun 2020 dan RM 1 juta pada tahun 2021 untuk menampung urusan dan pentadbiran Rumah Puteri Ar-Rafiah sebagai contoh dan sedikit urusan pengurusan dan selebihnya adalah program-program kebajikan terutamanya ketika musim-musim perayaan seperti Hari Raya, Deepavali ataupun Tahun Baru Cina yang kita aturkan dan termasuk beberapa program-program baru. Sebagai contoh saya turut mengikuti Program Jelajah Medik sebagai contoh yang akan dilaksanakan baru-baru ini dan beberapa program-program seperti ceramah agama dan juga sambutan-sambutan kebesaran. Terima kasih.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Soalan Tambahan.

Speaker

Silakan.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Menteri Besar. Saya nak memperkatakan di sini dari segi program perayaan kita sudah laksanakan sejak daripada 2008, maknanya dah berbelas tahun. Kemudian dari segi peruntukan yang meningkat ke RM 1 juta kita ucapkan terima kasih. Adakah menurut prosedur ada NGO lain yang boleh dapat peruntukan geran sampai RM1 juta?.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak terlibat langsung dalam committee itu dan itu hanya wakil Menteri Besar, namun permohonan-permohonan yang diaturkan biasanya merujuk kepada program. Ia program tahunan. Dia jarang, program bulanan ataupun bukan setahun ya. Tetapi Persatuan PEKAWANIS dia dapat, sebab dia attach dengan Kerajaan Negeri secara langsung. Terlibat langsung dengan isteri-isteri Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri

terutamanya dan kita turut berikan dana sampai RM 1 juta. Namun saya kena semak ada tak organisasi, NGO ataupun lain yang menerima sebab saya tiada angkanya di sini sebab soalan asas dia kepada PEKAWANIS. Terima kasih.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Tambahan ya. Saya menyokong usaha tersebut, usaha tersebut adalah paling bagus kerana pengawalan dan pegawai daripada MBI melakukan dengan bagus sekali, tepat sekali dan kalaulah itu merupakan satu langkah untuk kita menebus apa yang kita kehilangan dulu. Saya sokong. Cuma saya nak tegaskan di sini kalaulah diperbaiki sistemnya tidak perlu ada advance daripada ADUN ataupun tempatan dia nak peruntukan 50 orang anak yatim ataupun orang miskin kita kadang mendapatkan RM 5000 setiap kali. Jadi kalau diwujudkan satu sistem bagaimana untuk mendapat tunai advance.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih. Itulah apabila kita berharap tentang accountability, sometimes kita kena ada beberapa pengorbanan yang terpaksa kita dilakukan. Biasanya kalau program itu dia akan lihat ada tuntutan dibuat selepas program selesai. Maknanya kalau kita memberi 100 orang. Selepas dibuktikan 100 orang itu oleh ini baru tuntutan dibuat di Pejabat PEKAWANIS dan PEKAWANIS sebenarnya baru pula menuntut dengan pihak MBI sebelum ini. Namun begitu kita saya sedia kemukakan dan permohonan kena dibuatlah oleh wakil PEKAWANIS. Saya tak boleh bercakap untuk PEKAWANIS. Sebab saya tak boleh mewakili PEKAWANIS pun. So PEKAWANIS sendiri perlu mengemukakan pandangan itu kepada MBI. Saya minta pihak ini terlibat supaya ada floating money yang tidak membebankan Pusat-Pusat Khidmat apabila melaksanakan program. Saya tahu kadang-kadang bukan ramai, kadang-kadang 20, 30 orang, 40 orang. Setiap kali musim perayaan. Tetapi Ahli-Ahli Dewan Negeri kadang-kadang terpaksa menggunakan peruntukan mereka sendiri ataupun menggunakan duit poket mereka untuk mendahulukan. Jadi untuk elakkan hal tersebut saya minta untuk dipohon supaya permudahkan dan kita memang dah ada aturannya tiap-tiap tahun. Deepavali, Chinese New Year, Hari Raya memang dah ada dah. Saya tahu mungkin dipermudahkan supaya ia dapat dipohon. Mungkin permohonannya boleh dibuat lebih awal. Kalau daripada awal ada PEKAWANI boleh salurkan sebab apa yang kita buat apa yang saya perhatikan bila saya semak permohonan itu ia dah selesai. Sekinchan dah selesai, 40 orang dan lepas itu baru dipohon di Pejabat PEKAWANIS kita dapatkan pengesahan daripada MBI. MBI bayar pada PEKAWANIS. Baru kita bayar balik. Itu proses sebahagian daripada akauntabilitilah. Tetapi saya setuju juga supaya tidak bebankan para suami-suami yang terlibat dekat sini, yang banyak terlibat. Terima kasih.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Kalau di Hulu Kelang kami terpaksa tanggung.

Speaker

Yang terakhir ya.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Bukit Antarabangsa kena tanggung.

Y.B. PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI

: Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya berapakah peruntukkan yang disediakan untuk CSR daripada pihak MBI ini secara tahunan.

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. CSR ini ia bergantung dengan pendapatan MBI ia bukannya fixed account ada tahun-tahun tertentu kadang-kadang kita peruntukkan nak dekat 30, kadang-kadang sampai 25, kadang-kadang sampai 18. Ia bergantung dengan kemampuan MBI dan projection MBI. Tak bolehlah kita banyakkan CSR finally beberapa projek-projek infrastruktur kita tak dapat berjalan dan CSR MBI ini sebahagiannya memang fixed. Contohnya bantuan lembu korban. Itu dah fixed. Berapa tahun dulu kita laksanakan program Mahabbah Haji untuk mereka yang menunaikan fardu Haji dan itu memang dah fixed. Lembu korban saya dah beritahu dah dan kambing korban, ternakan korban dan itu memang kita dah bantu. Ada sebahagiannya juga kita dah fixed kan contohnya adalah program Tuisyen Rakyat. Melalui Tuisyen Rakyat di danai oleh Kerajaan Negeri sekarang di danai oleh CSR MBI dengan peruntukan yang sampai RM4-6 juta. Jadi walaupun CSR itu ada permohonan tetapi sebahagian CSR itu seperti telah tetap. Berdasarkan daripada program Kerajaan Negeri. Terima kasih. Paling maksimum saya pernah lihat peruntukkannya sampai RM 26 juta. Tapi untuk tahun ini saya anggarkan sekitar RM 17-18 juta. Terima kasih.

Speaker

Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Tuan Speaker, soalan saya nombor 13.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 13. Menara-Menara Komunikasi Tidak BerlesenQuestions

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

13. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a) Berapa jumlah pencawang tidak berlesen ini?

b) Apakah kesan kepada Kerajaan Negeri dan tindakan yang akan diambil?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker. Menara-menara komunikasi / telecommunication towers yang tidak berlesen. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kerjasama pihak Yakin Telesel Sdn

Bhd. (YTSB) telah melaksanakan Operasi Pemantauan Berkala dan Audit Tapak di seluruh negeri Selangor bagi mengenal pasti struktur haram ataupun struktur-struktur tidak berdaftar dan yang tidak mematuhi garis panduan terkini. Melalui laporan audit tapak tersebut, didapati jumlah keseluruhan struktur tidak berdaftar ataupun tidak berlesen adalah sebanyak 613 tapak yang mana sebahagian besar struktur haram ini telah dibina semenjak 10 tahun lepas. Berdasarkan sumber data daripada PBT dan YTSB, perincian jumlah pencawang tidak berlesen mengikut pecahan PBT adalah seperti yang berikut: I. Majlis Bandaraya Shah Alam – 36; II. Majlis Bandaraya Petaling Jaya – 42; III. Majlis Bandaraya Subang Jaya – 42; IV. Majlis Perbandaran Kajang – 77; V. Majlis Perbandaran Selayang – 111; VI. Majlis Perbandaran Klang – 5; VII. Majlis Perbandaran Ampang Jaya – 35; VIII. Majlis Perbandaran Sepang – 63; IX. Majlis Perbandaran Kuala Langat – 172; X. Majlis Perbandaran Kuala Selangor – 7; XI. Majlis Perbandaran Hulu Selangor – 19; dan XII. Majlis Daerah Sabak Bernam – 4. Antara kesan kepada Kerajaan Negeri sekiranya tiada tindakan yang sewajarnya dilaksanakan adalah: I. jangkaan kehilangan hasil sebanyak RM 1.2 juta setahun; II. tiada rekod pembangunan struktur menara yang selamat dan sesuai digunakan mengikut kawasan/lokasi yang telah ditetapkan; III. boleh menggugat keselamatan Awam (penghuni, pengguna jalan raya dan penduduk sekeliling) kerana setiap perancangan dan pembangunan kemudahan infrastruktur awam seperti menara pemancar dan struktur sistem pemancar komunikasi di semua kawasan seliaan PBT di Negeri Selangor hendaklah tertakluk kepada undang-undang semasa serta perlu menekankan elemen keselamatan; dan IV. usaha Kerajaan Negeri dalam menyahut kedatangan teknologi 5G di negeri ini akan terjejas.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Bil. 1/2022 yang telah diadakan pada 14 Februari 2022 telah bersetuju agar semua PBT Negeri Selangor mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis perobohan ke atas pemilik menara telekomunikasi yang tidak

berdaftar, haram, tidak perbaharui permit di kawasan PBT masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022.

PBT boleh mengeluarkan notis mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa seperti Akta 133 iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Akta 172 iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Sekiranya pemilik struktur enggan menjelaskan bayaran kompaun tersebut, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap struktur tersebut. Selain daripada itu, usaha yang boleh dilaksanakan bagi memantau menara-menara telekomunikasi yang tidak berlesen adalah dengan:-I. melaksanakan dan menyelaraskan inventori struktur telekomunikasi di semua PBT; II. menyediakan sistem pemantauan dan sistem penjejakan bagi struktur telekomunikasi; III. melaksanakan Audit Keselamatan atas Struktur Telekomunikasi di semua PBT; dan IV. mengurangkan dan menghapuskan struktur haram dan struktur yang bahaya di setiap PBT. Sekian. Terima kasih.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Soalan tambahan.

Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat saya hendak bertanya. Adakah syarat-syarat permohonan lesen ini di setiap PBT adalah sama? Kerana bila tidak sama mendatangkan masalah kepada pemohon?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Ya, syarat permohonan itu adalah sama. Mereka boleh memohon melalui syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor iaitu YTSB. Syarat-syarat ataupun kaedah-kaedah permohonan itu sebenarnya adalah sama. Terima kasih.

Speaker

Rawang.

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 14.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 14. Kebajikan Atlet SelangorQuestions

Tuan Chua Wei KiatPKR · PHRawang

14. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah pandangan Kerajaan Negeri berkenaan isu Atlet Negara yang digugur dalam program latihan negara? b)

Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan atlet dari Selangor?

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Rawang. Bertanya berkaitan status atlet kita yang digugurkan daripada program Majlis Sukan Negara. Sebagai jawapan kepada pandangan, apakah pandangan Kerajaan Negeri tentang situasi ini. Ia nya bermula daripada pandemik yang kita hadapi selama 2 tahun dan akibat daripada itu kita dapati, Majlis Sukan dapati prestasi di kalangan para atlet kita ini agak menurun akibat ketidakbolehan mereka berlatih. Dan faktor kedua adalah disebabkan dana, barangkali di peringkat Majlis Sukan Negara.

Rintipan daripada itu Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian semua pada 27hb Disember 2021 satu pengumuman telah dibuat bahawa sebahagian daripada atlet-atlet dalam Majlis Sukan Negara bukan sahaja Selangor akan ditamatkan kontrak mulai Januari 2022. Jadi apa pun kita hendak dimaklumkan kepada Yang Berhormat semua, jumlah atlet kita semua adalah 75 orang. Jadi daripada 75 orang ini hanya 41 atlet Selangor ditamatkan kontrak manakala 34 lagi kekal dalam program Majlis Sukan Negara. Daripada 41 itu, 20 atlet kita adalah daripada podium, manakala 21 daripada pelapis kebangsaan.

Tapi walau bagaimanapun, apakah dengan penilaian Kerajaan Negeri, mereka yang ditamatkan kontrak ini tidak bermakna tidak boleh menyertai program-program atau menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan dan dunia pada selepas ini. Dengan sebab itulah, Majlis Sukan Selangor apa pun akan meneruskan program-program kepada mereka ini melalui persatuan-persatuan yang kita kenal pasti supaya prestasi mereka akan terus berkembang dan dipertingkatkan supaya mereka boleh menyertai dalam kejohanan-kejohanan seperti Sukan Sea ataupun Sukan Asia mahupun Sukan Komenwel pada tahun ini. Pada pandangan kita, pendirian kita ialah kita mesti ambil mereka sebagai perhatian kita. Sebab ini adalah bakat-bakat muda yang boleh menyumbangkan jasa dalam bidang sukan dalam tanah air kita.

Apa pun latihan diteruskan di bawah bahagian masing-masing dan elaun kepada atlet yang layak untuk SUKMA pada tahun ini tetap kita teruskan. Platform disediakan

khusus kepada atlet yang ingin menyambung pelajaran mereka juga. Sebagai sokongan tambahan kepada atlet. Mereka. Atlet ini menerusi kerjasama dan dimeterai oleh Majlis Sukan Selangor dengan Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Universiti Management & Sains (MSU). Ini adalah tindakan-tindakan proaktif kita bagi memastikan mereka, 41 di kalangan atlet kita yang ditamatkan kontrak ini masih diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Soalan tambahan.

Speaker

Seri Setia

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Terima kasih Tuan Speaker. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat. Atlet-atlet Negeri Selangor ini kalau sekiranya tidak aktif, tidak boleh bekerja dan hanya tertumpu berlatih dan bersukan sahaja. Apakah pihak Yang Berhormat ada perancangan atau telah buat? Untuk serapkan mereka di kawasan-kawasan ataupun di PBT-PBT yang ada untuk bertugas sementara, dalam jawatan sementara kerana kita tidak mahu mereka ini hanya berlatih. Kerja mereka berlatih tetapi bila tidak ada latihan mereka tidak ada kerja dan tiada ada elaun, tiada income.

Saya ingat itu cadangan/pandangan untuk tujukan khas kepada EXCO PBT lah kot kan. Jadi saya alu-alukan sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengambil amalan sebagaimana tahun 70an & 80an dahulu sebahagian atlet kita bekerja dengan bank, sebahagian altet bekerja di PBT sebagai di PKNS pun ada. Jadi ia bergantung sepenuhnya kepada EXCO dan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Dan kita alukan. Itu adalah di luar bidang kuasa. Cuma apa yang di dalam bidang kuasa kita adalah kita memeterai perjanjian dengan universiti-universiti tempatan supaya mereka dapat peluang menyambung pelajaran dan sekali gus membaiki skill pekerjaan, membaiki taraf kehidupan mereka sewaktu mereka tidak bersukan.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Saya hendak tambah sedikit. Maksud saya okay. PBT ini bukan apa kita tahu mereka atlet-atlet ini terlibat dengan SUKMA dan juga sukan badan berkanun. Saya ambil contoh, masa saya di MBPJ dahulu, kita tahu MBPJ ni, ia hebat dengan badminton. Jadi, pemain-pemainnya adalah pemainnya ada daripada atlet daripada negeri Selangor tetapi kita serapkan ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Dalam masa yang sama dia boleh menaikkan nama Majlis Bandaraya dalam sukan badan berkanun dan dalam masa yang sama ia boleh menaikkan untuk sukan SUKMA. Dan, dalam masa yang sama atlet ini boleh melakukan kerja secara sambilan di kawasan PBT tersebut dan mereka dapat elaun.

Saya ambil cadangan Yang Berhormat Seri Setia dan saya akan usul minta Majlis Sukan Negeri Selangor untuk buat satu paper EXCO untuk kita teliti cadangan Yang Berhormat untuk kita serapkan mereka dalam PBT ini. Insyaallah.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Terima kasih Tuan Speaker. Berkisar tentang kebajikan atlet Selangor ini, saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri atau EXCO mengambil kira tentang kebajikan atlet veteran ataupun atlet-atlet yang telah bersara yang ada di negeri Selangor ini sama ada mereka atlet Selangor ataupun atlet negara yang tinggal di Selangor. Kebanyakan atlet-atlet veteran ini mereka ingin untuk diraikan dan mungkin sedikit kebajikan untuk mereka. Agar mereka terasa dihargai. Apa pandangan Yang Berhormat EXCO?

Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Yang Berhormat menyebut adakah sedikit bantuan kepada mereka? Saya hendak menyebut untuk dua tahun kebelakangan ini kita bukan sahaja beri sedikit malah kita beri RM150 000.00 setahun kepada bekas-bekas atlet kita. Dan bantuan ini kita bagi dalam bentuk, apa yang mereka hendak. Setengah atlet kita ini hidup dalam keadaan uzur. Salah satunya di kawasan Mimaland, yang baru ini dia meninggal dunia. Kita baiki the hall rumah dia seperti atap bocor, kita bagi kemudahan dapur. Ada atlet minta barang elektrik kita bagi barang elektrik. Ada atlet minta pasang pagar. Kita namakan program ini selama dua tahun ini sebagai Program Atlet Ceria. Khusus kita fokus kepada mereka-mereka ini. Dan kebanyakan ada atlet yang para ini menjadi tumpuan mereka. Jadi, program ini kita akan teruskan dan Yang Berhormat. Dan, saya juga hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Sementa bahawa Selangor satu-satunya negara eh! negeri di bawah YAKEB yang memberi fokus kepada bekas-bekas atlet anak Selangor yang telah bermain di peringkat kebangsaan dan negara. Terima kasih.

Soalan tambahan sedikit.

Speaker

Meru.

Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO berkaitan Atlet di bawah tanggungjawab FAS. Adakah mereka di bawah pejabat YB EXCO sendiri menjaga mereka? Dan saya mendapat maklumat tentang kontrak pemain-pemain bola sepak bawah 21 tahun ini mereka terumbang-ambing. Sama ada diteruskan atau tidak. Yang mereka tidak tahu masa depan mereka. Yang menyebabkan mereka sendiri pun tidak tahu ke mana mereka akan pergi sebenarnya. Adakah pihak Pejabat EXCO ataupun portfolio Yang Berhormat EXCO terlibat dengan atlet-atlet di bawah FAS ini?

Yang Berhormat merujuk kepada pemain bola sepak FAS? FAS?

FAS mempunyai entertain dia sendiri menerusi Red Giant Sdn. Bhd. yang mana yang mana sekarang ini keperluan requirement seperti FIFA semua pasukan mesti dalam bentuk profesional dan dalam entertain dia sendiri. Bila mereka terpisah daripada FAS mereka mempunyai entertain sendiri dan MBI menjadi sebahagian pada pemegang saham Red Giant Football Club itu. Dari segi hal ehwal perjalanan pemain kita serahkan kepada kebijaksanaan FAS itu sendiri ataupun Red Giant Football Club.

Kerajaan Negeri hanya boleh menjalankan program development iaitu akar umbi bagi membantu FAS mencari counting pemain-pemain baru. Jadi persoalan Yang Berhormat Meru, urusan hal ehwal dalam Red Giant itu sendiri adalah di bawah naungan shareholder di dalam Red Giant. Di peringkat kerajaan di bawah Portfolio Sukan saya sendiri menyediakan platform counting di kalangan remaja-remaja/belia.

Speaker

Seri Kembangan. Tidak hadir.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Tuan Speaker. Saya ambil soalan dengan Peraturan 24 (2).

Speaker

Pandamaran. Soalan nombor berapa tadi?

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Soalan nombor 15.

Speaker

Okay silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 15. Isu Covid-19Questions

Tuan Ean Yong Hian WahDAP · PHSeri Kembangan

15. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Memandangkan kes COVID-19 positif semakin meningkat, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengetatkan SOP, khususnya di tempat orang ramai berkumpul seperti premis makanan, pasar raya, kompleks beli-belah dan tempat sembahyang?

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Pandamaran, terima kasih Tuan Speaker. Kerajaan Negeri memang mengambil perhatianlah yang serius berhubung peningkatan kes positif Covid-19 itu yang berlaku mutakhir ini. Namun peningkatan kes mendadak ini kita pun tahu bahawa disebabkan oleh gelombang varian Omicron itu sendiri. Cuma pada 8 Mac 2022 ini, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan yang kita akan masuk ke Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ pada 1 April 2022. Jadi inilah makna kita ada lebih kurang 2 minggu lagi sebelum kita ke Fasa Endemik ini. Sehubung dengan itu bidang kuasa untuk mengetatkan prosedur-prosedur operasi (SOP) itu tertakluk pada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun negeri kita akan tetaplah meneruskan meningkatkan prosedur operasi itu untuk Kempen Kesedaran Awam dalam memastikan masyakat sentiasa mematuhi SOP dan bagi saya, saya merasakan bahawa SOP itu perlu kita teruskan, yang apa di bawah kawalan kita itu sendiri, kawalan kendiri seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial, penjagaan kebersihan diri dan meningkatkan kesedaran agar melakukan ujian kendiri walaupun kita nanti masuk ke fasa endemik. Namun apabila sempadan sudah dibuka, kehidupan aktiviti ekonomi sudah balik kepada sedia kala maka beratnya adalah kepada kita sendiri, jadi misalnya saya ingin mengatakan bahawa menjadi tanggung jawab kita sekiranya berlaku perhimpunan-perhimpunan, kesesakan-kesesakan menjadi tanggung jawab kita supaya tidak mendedahkan diri kita kepada keadaan begitu. Jadi Kerajaan Negeri tidak bercadang menambah lagi SOP ataupun mengetatkan lagi SOP yang sedia ada kerana rakyat sudah balik keadaan-keadaan hampir normal masing-masing tidak lagi sanggup untuk diketatkan ataupun di sekat namun untuk perancang kita, misal bulan Ramadan dan sebagainya tentulah pihak-pihak PBT diminta untuk masih mengawal keadaan misalnya dalam penjarakan gerai-gerai sebagainya. Namun pasal rumah ibadat memang ia di bawah Kementerian Perpaduan namun negeri-negeri selain daripada rumah ibadat bukan Islam, rumah ibadat Islam adalah tertakluk kepada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Terima kasih.

Speaker

Ijok.

Tuan Speaker, soalan saya telah dijawab.

Speaker

Kuala Kubu Baharu.

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 17.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 17. Program Sambutan Tahun Baru Cina Negeri SelangorQuestions

Puan Lee Kee HiongDAP · PHKuala Kubu Baharu

17. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Adakah Program Sambutan Tahun Baru Cina Negeri Selangor secara dalam talian bagi tahun 2021 dan 2022 berjaya mendapat sambutan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya. b) Adakah program tersebut mendapat tajaan daripada pihak swasta? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

Dato’ Teng Chang KhimDAP · PHBandar Baru Klang

Program sambutan Tahun Baru Cina Negeri Selangor secara atas talian bagi tahun 2021 dan 2022 secara dasarnya boleh dirumuskan mendapat sambutan yang menggalakkan. Berdasarkan maklum balas yang diterima, program bersempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021 dan 2022 telah berjaya disiarkan dengan penglibatan yang positif dari jumlah penonton Media Atas Talian dan Platform Media Sosial yang tinggi seperti berikut;

Program Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Jumlah penonton secara langsung di platform Media Atas Talian dan Media Sosial Tahun 2021 208,000 penonton Tahun 2022 174,000 penonton

Di samping itu, bagi menarik dan menambahkan lagi kemeriahan Program Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021 dan 2022, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan kempen peraduan di laman media sosial. Bagi sambutan tahun 2022, Majlis makan malam juga telah diadakan pada 8 Februari 2022 bertempat di Hotel Sheraton Petaling Jaya bagi meraikan Perayaan Sambutan Tahun Baru Cina dan menjalin hubungan mesra di antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ketua-ketua Jabatan, kedutaan, persatuan dan dewan-dewan perniagaan antarabangsa dan tempatan serta kesemua pemegang taruh industri dan pelaburan di negeri Selangor. Seramai 255 jemputan telah hadir dan penganjuran majlis mengikut SOP yang telah dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Peruntukan Penganjuran Program Sambutan Tahun Baru Cina Negeri Selangor adalah daripada peruntukkan Kerajaan Negeri dan tiada penajaan ataupun penglibatan daripada pihak swasta. Sekian terima kasih.

Speaker

Sungai Burung. Tidak hadir. Batang Kali.

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. YDP MPHS Hulu Selangor ada ke 19. Soalan saya nombor 19.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 19. Mempromosikan Tempat Dan Naiktaraf Kemudahan Di Batang KaliQuestions

Tuan Harumaini bin Haji OmarBERSATU · PHBatang Kali

19. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf dari segi promosi dan kemudahan bagi menarik pelancong memandangkan jalan Batang Kali adalah laluan utama pelancong untuk ke Genting Highland?

Tuan Hee Loy SianPKR · PHKajang

Tuan Speaker, Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sentiasa bersedia dalam mempromosikan produk pelancongan di dalam daerah Hulu Selangor khususnya di Batang Kali. MPHS akan bekerjasama dgn Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan kerja-kerja naik taraf dan akan melihat keperluan dari semasa ke semasa, serta akan memastikan lokasi pelancongan bersih dan selesa. Di kawasan Hulu Selangor itu, terutama Batang Kali terdapat produk pelancongan iaitu Rumah Hutan Bonda, Rumah Sungai, Hutan Pelajaran Sungai Kedondong (Air terjun) yang keempat Father’s Farm. Rancangan untuk menarik pelancong ke kawasan tersebut adalah mempromosikan Inap Dusun Homestay kepada pelancong. Mempromosikan aktiviti spa tradisional dan makanan organik. Yang ketiga mempromosikan aktiviti Nature Edu Camp di Sg. Kedondong. Manakala peruntukan yang akan dimohon adalah permohonan peruntukan naik taraf kemudahan asas di Hutan Pelajaran Sg. Kedondong seperti baik pulih Gazebo, naik taraf papan tanda dan pencahayaan lampu atau lain-lain. Sekian terima kasih.

Speaker

Sentosa.

Terima kasih Speaker. Soalan saya nombor 20.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 20. Kemudahan Awam Di Luar BandarQuestions

20. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membina dewan serba guna di kawasan luar bandar khususnya DUN Sentosa?

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Sentosa bertanya apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membina dewan serba guna di kawasan luar bandar khususnya DUN Sentosa. Yang Berhormat Sentosa, di kawasan DUN Sentosa terdapat satu (1) unit dewan serba guna iaitu di Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa. Dewan ini berkeluasan 5,520 kaki persegi yang mempunyai kapasiti 300 orang serta 2 gelanggang badminton. Selain itu, terdapat juga satu rizab tapak dewan berkeluasan 0.25 ekar di Jalan Hulubalang 9C bagi perancangan pada masa hadapan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Terima kasih Yang Berhomat Tuan Speaker. Memandangkan DUN Sentosa ia lebih daripada 70 ribu orang. Dewan besar itu tidak mencukupi langsung, di mana dua badminton court dia ada. Kita perlu mencari tempat untuk kawasan DUN Sentosa supaya lebih banyak dewan boleh dibina. Mungkin Yang Berhormat EXCO boleh membantu mencari dan menjayakan projek ini. Terima kasih.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Kerajaan Negeri dan PBT sentiasa bersedia untuk memberi bantuan membina lebih banyak dewan di kawasan semua tempat. Seperti apa yang saya telah jawab tadi, ada satu lagi rizab tapak dewan yang berkeluasan 0.25 ekar yang ini sesuai dibangunkan pada masa depan. Untuk makluman Sentosa sebenarnya di DUN Kinrara dengan jumlah pengundi seramai 120 ribu juga mempunyai 1 dewan sahaja. Jadi banyak tempat lagi yang kita perlukan dewan serba guna seperti macam ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Kuang.

Yang Berhormat EXCO saya. Dia Kuang juga saya menghadapi masalah yang sama dewan. Terutama di Bandar Tasik Puteri ini, kita mempunyai hampir 100 ribu penduduk yang begitu padat, satu dewan pun tak ada, nak cari dewan yang untuk kegunaan 20 30 pun tak ada, kecuali kabin-kabin, itu pun kabin-kabin dalam proses untuk dirobohkan oleh MPS dan sebagainya. Jadi ini kalau penempatan 100 ribu tidak mempunyai satu buah dewan pun, itu menunjukkan kita belum maju ke hadapan. Jadi saya minta supaya Yang Berhormat EXCO, binalah sebiji, tanah pun banyak di kawasan Kuang terutama di bandar Tasik Puteri dan Green Valley dan sebagainya. Ada satu cadangan untuk majukan bangunkan dewan keluasannya tanahnya 4.5 ekar. Daripada tahun lepas saya dimaklumkan nak dibina, nak dipanggil tender, lepas tu nak dipanggil request proposal, sampai sekarang pun kita tak nampak bayang lagi. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat EXCO soalan tambahan ini, oleh sebab soalan asal di Sentosa ini dah sampai ke Kuang. Terpulang kepada Yang Berhormat EXCO nak jawab atau tidaklah.

Tuan Ng Sze HanDAP · PHKinrara

Saya akan minta Majlis Perbandaran Selayang untuk buat kajian dan kalau boleh kita akan segerakan pembinaan itu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuang tadi. Terima kasih.

Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih. Soalan saya yang ke 21.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 21. Permohonan Sijil Halal Makanan VegetarianQuestions

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

21. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Apakah prosedur permohonan pensijilan halal untuk industri pemakanan khususnya permohonan makanan vegetarian yang dikendalikan oleh masyarakat bukan Muslim?

Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad MughniPKR · PHSungai Kandis

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Berhormat Banting yang telah mengajukan soalan

permohonan sijil halal makanan vegetarian. Ini kali pertama EXCO Industri Halal mendapat soalan berkaitan dengan halal. Terima kasih. Soalannya apakah prosedur permohonan pensijilan halal untuk industri pemakanan khususnya permohonan makanan vegetarian yang dikendalikan oleh masyarakat bukan Muslim?

Produk makanan vegetarian adalah termasuk di dalam kategori industri yang layak untuk permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Permohonan ini boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem MYeHALAL di laman sesawang apps.halal.gov.my. Sebelum sesuatu permohonan dikemukakan, para pemohon adalah dikehendaki untuk memahami dan memenuhi 5 kriteria berikut:

1. Pematuhan hukum syarak 2. Pematuhan standard 3. Pematuhan undang-undang 4. Pematuhan garis panduan 5. Pematuhan pekeliling berkaitan pensijilan halal

Kesemua maklumat lanjut berkaitan 5 kriteria di atas dan perkara-perkara lain berkaitan pensijilan halal boleh didapati melalui laman sesawang www.halal.gov.my. Permohonan baharu kali pertama adalah disarankan untuk menghubungi urus setia pensijilan halal di Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk penjelasan dan panduan lanjut melalui talian 5514 3724/3721/3573 sebelum sesuatu permohonan itu dikemukakan. Terima kasih.

Speaker

Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Soalannya nombor 22.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 22. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)Questions

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

22. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bagaimanakah proses untuk mengetahui maklumat pengundi bagi tuntutan khairat kematian, setelah pihak SPR mengeluarkan nama pengundi dari sistem pengundi setelah mereka disahkan meninggal dunia?

Tuan Ganabatirau A/L VeramanDAP · PHKota Kemuning

Tuan Speaker, pihak YAWAS telah membuat semakan bersama pihak SPR dan SPR memaklumkan bahawa sekiranya nama pengundi telah dikeluarkan daripada sistem semakan SPR, maka pewaris boleh terus ke portal rasmi SPR untuk membuat aduan dengan memilih kategori Pendaftaran Pemilih bagi mendapatkan salinan SPR pengundi yang telah meninggal dunia atau boleh hadir di kaunter SPR terus untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kerana untuk YAWAS mendapatkan maklumat tersebut adalah di luar bidang kuasa YAWAS.

Pada masa yang sama, pihak ADUN juga boleh membantu menyemak senarai daftar pengundi yang ada dalam simpanan PKM DUN dan keluarkan surat pengesahan untuk Ahli SMUE yang telah dikeluarkan daripada senarai daftar pengundi setelah meninggal dunia. Terima kasih.

Speaker

Pandamaran.

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya 23.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 23. Bantuan Kewangan SekolahQuestions

Tuan Leong Tuck CheeDAP · PHPandamaran

23. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Bilakah Kerajaan Negeri akan salurkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah?

b)

Nyatakan jumlah peruntukan yang telah diluluskan untuk i) sekolah agama ii) sekolah mubaligh iii) sekolah jenis kebangsaan iv) sekolah menengah persendirian

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Pandamaran atas soalan yang dikemukakan berkenaan soalan peruntukan bantuan sekolah-sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan juga Sekolah Machinery yang telah kita laksanakan 2009 yang lalu. Untuk maklumat Yang Berhormat Pandamaran dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri telah

membuka permohonan bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor mulai 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022. Makna sampai sekarang permohonan baru dibuka sekitar 15,16 hari dan ada 15 hari lagi untuk sekolah-sekolah di Negeri Selangor memohon peruntukan-peruntukan tersebut sebelum kita memuktamadkan sebaik bulan Ramadan nanti, Hari Raya nanti kita boleh agihkan untuk bantuan kali pertama atau pun pusingan pertama sebagaimana yang telah berlaku sebelum pandemik.

Dalam proses pandemik yang lepas kita laksanakan hanya sekali tetapi kali ini, InsyaAllah, minimum kita boleh buat dua kali dan saya rasa maksimum kita boleh buat tiga kali. Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan bila tutup nanti kita ada masa sebulan daripada tarikh tersebut maknanya 1 April hingga 30 April untuk menetapkan Sekolah-Sekolah dan bentuk bantuan yang hendak diberi dan menjelang selepas Hari Raya Aidilfitri saya rasa kita boleh agihkan bantuan-bantuan yang diberikan. Berikut adalah pecahan ataupun cerakinan daripada peruntukkan RM 26 Juta yang telah kita peruntukkan tiap-tiap tahun.

i) Sekolah Jenis Agama Rakyat sebanyak RM 13 Juta ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina – RM 6 Juta iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – RM 5 Juta

iv) Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan termasuk Sekolah Menengah Persendirian – RM 1 Juta

v) Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menegah Kebangsaan – RM1 Juta

dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 26 Juta. Terima kasih.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Yang Berhormat

Speaker

Seri Setia

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Saya hendak tanya pada Y.A.B Sg. Tua, boleh tidak sekiranya, kita tahu bahawa Kerajaan Negeri agak sukar hendak bantu Sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan atau Sekolah Kebangsaan tetapi boleh tidak sekiranya PIBG mohon sumbangan kepada kita, pada Kerajaan Negeri sebab saya hendak bagi tahu bahawa mereka banyak mengeluh Kerajaan Persekutuan hendak minta bantuan cukup susah hendak beli ganti kerusi meja pun susah. Boleh tidak?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Akhir tahun 2022 memang kita peruntukkan, saya sudah sebutkan tadi Sekolah Jenis Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan termasuk Sekolah Menengah Persendirian tetapi tahun depan kita turut buka permohonan ataupun peluang untuk Sekolah Kebangsaan Negeri dan Sekolah Menegah Kebangsaan. Maknanya boleh diberikan, cumanya kita hendak bagi tahu apa hal pun priority utamanya ialah Kerajaan Persekutuan. Niat Kerajaan Negeri

adalah sekolah separa bantuan dan bukan sekolah-sekolah bantuan penuh. Maknanya yang sekolah bantuan penuh sepatutnya diletakkan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sebab ini adalah nilai tambah yang kita berikan supaya pendidikan berlaku. Itu pun kita masukkan sejuta ini sebab kita menyedari banyak sangat permohonan Ahli-Ahli Dewan Negeri terima daripada Sekolah-Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menegah Kebangsaan. Tetapi nilai sejuta ini kalau kita hendak ganti meja kerusi mustahil lah. Sebab kosnya sangat tinggi. Mungkin boleh bantu mekanisme nya kita lihat mungkin melalui PIBG ataupun secara terus ke sekolah. Terima kasih.

Speaker

Sungai Air Tawar.

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

Terima kasih Y.B Speaker. Soalan saya nombor 24.

Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 24. Hasil Negeri SelangorQuestions

Datuk Rizam bin IsmailUMNO · BNSungai Air Tawar

24. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-

a)

Nyatakan jumlah hasil negeri keseluruhan berakhir Disember 2020 & Disember 2021.

b)

Apakah faktor-faktor yang dikenalpasti akan menjejaskan prestasi kutipan hasil negeri?

c)

Apakah perkembangan terkini usaha penerokaan sektor-sektor baru bagi meningkatkan kutipan hasil negeri?

Dato’ Seri Amirudin bin ShariPKR · PHMenteri Besar · Sungai Tua

Terima kasih Ketua Pembangkang ataupun Sg. Air Tawar. Hasil Negeri pada 31 Disember 2020 adalah sebanyak RM 2.257 Bilion. Secara lebih jitu kalau boleh saya jelaskan RM 2,257,653,547.50 ia adalah melebihi daripada sasaran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 2.2 Juta pada akhir tahun 2019 dan ia mendapat lebihan kurang RM 57 Juta kutipan hasil yang dapat dicapai oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2020. Pada tahun 2021, 31 Disember pada tahun 2021 jumlah hasil kutipan Negeri adalah sebanyak RM 2.84 Bilion. Secara

lebih tepat RM 2,284,95,964.47 maknanya Kerajaan Negeri Berjaya mengutip lebih RM 80 Juta daripada sasaran yang telah ditetapkan RM 2.2 Bilion pada akhir tahun 2020, ketika saya membentangkan belanjawan tahun 2021. Maknanya dikala pandemik kali pertama tahun 2020 lebihan hasil kita RM 50 Juta dikala pandemik di tahun ke dua di mana proses PKP lebih panjang. Kita berjaya mengutip lebih iaitu sebanyak RM 84 Juta daripada sasaran yang telah ditetapkan pada setiap kali saya membentangkan belanjawan. Soalan ke dua, Apakah yang telah menjejaskan prestasi kutipan kita sudah pasti, kutipan kita sepatutnya boleh dapat lebih lagi. Tetapi sudah pasti beberapa langkah pergerakan ataupun sekatan pergerakan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan ketika mendepani pandemik 19 telah menyebabkan beberapa proses pembayaran-pembayaran tanah itu sedikit tergugat. Ia bukan secara langsung mereka tidak mahu membayar premium tanah tersebut tetapi kerana projek tertentu tidak dapat diumumkan ataupun tidak dapat di launch tidak dapat diteruskan investment datang belum dapat di take off kerana proses PKP akhirnya proses tanah tidak dapat di laksanakan ataupun pembayaran di buat. Apakah langkah-langkah Kerajaan terutamanya untuk mengatasi hal-hal ini. Sudah pasti Kerajaan melihat beberapa mekanisme-mekanisme tertentu. Antaranya pada tahun 2020 kita laksanakan dasar 100 sehari. Melalui dasar 100 hari itulah kita berjaya menarik beberapa pengusaha recycle kertas dan pembuatan kertas antara yang terbesar di Asia Pasifik. Non Dragon sebagai contoh dapat masuk ke Negeri Selangor dengan pantas dan segera dan kita mengurangkan tempoh waktu mereka berurusan sebelumnya mereka perlu menyelesaikan isu tanah baru diikuti dengan Pihak Majlis Tempatan. Namun tahun 2020 kita tidak akan proses tanah berjalan mereka membayar certain amount yang telah ditetapkan proses dengan PBT boleh dilaksanakan. Jadi dengan itu, prosesnya dalam tempoh 6 bulan hingga 8 bulan mereka boleh mendapatkan kelulusan untuk pembinaan ataupun meneruskan pelaburan yang mereka tetapkan. Ahli Yang Berhormat sekalian, tahun 2021 kita meletakkan bayaran sebanyak 150 peratus daripada anggaran premium. Namun begitu, di tahun 2022 kita kurangkan kepada 100 peratus sahaja. Maknanya kalau nilai premium anggaran 4 Juta, mereka perlu bayar 4 Juta. Selebih itu, mereka kena bayar 4.2 Juta. Sekarang dengan cara tersebut, mereka dapat membayar dan kos mereka akan berkurang dan saya percaya ini dapat menarik dan juga mengelakkan hasil-hasil mereka itu terganggu ataupun proses-proses pemberian tanah itu dapat terganggu. Ahli Yang Berhormat sekalian, dalam pengumuman belanjawan yang lepas, kita mengumumkan beberapa inisiatif-inisiatif projek pembangunan Sabak Bernam sebagai contoh, di kawasan Selatan sebagaimana yang disebutkan oleh Y.B Pelabuhan Klang. Ahli Yang Berhormat Bandar Klang, saya percaya ia akan mengorak dan juga memberikan peluang kepada pertubuhan ekonomi yang lebih

rancak dan antara yang dalam pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga melaksanakan beberapa program-program yang bersifat Antarabangsa. Antaranya pada akhir tahun lepas kita laksanakan dua program International Selangor Air Show dan juga program Selangor International Business Summit. Tahun ini, Y.B Sg. Kandis ataupun Y.B EXCO Sg. Kandis baru melaksanakan Selangor Halal International Conferance. Dan di Pihak Majlis Sukan Negeri juga menganjurkan Program Selangor Badminton Asia Championship Team Championship, yang turut menarik lebih dari sejuta penonton dan turut mempamerkan produk-produk dan juga attraction-attraction tertentu di Negeri Selangor. Empat international event yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini sedikit sebanyak mengolah dan mendapatkan sokongan-sokongan pelaburan untuk datang dan akan mengujakan Program Ekonomi di Negeri Selangor yang sedikit sebanyak agak bergantung 30 peratus daripada sektor pembuatan dan 60 peratus daripada sektor industri yang ada. Sementara itu, ketika proses PKP berjalan Kerajaan Negeri turut melaksanakan beberapa proses inovasi dan adjustment terhadap peraturan. Antaranya tahun kita telah menetapkan supaya memberi kelonggaran pembayaran premium. Selalu proses pembayaran premium akan tamat dalam tempoh tiga hingga enam bulan. Tetapi kita sedar kesan dari PKP kita lanjutkan lagi sebanyak enam bulan. Dan ada hasil yang agak baik. Kalau lihat pencapaian Februari tahun 2022. Alhamdulilah pencapaian kita melebihi daripada kutipan yang kita dapat pada Februari tahun 2020. Lebih besar daripada apa yang kita capai Februari 2020. Februari 2020, kita dapat selesaikan isu tanah di Subang, dan dapat selesai tetapi dengan beberapa proses yang kita beri penangguhan, pelanjutan proses pembayaran premium serta beberapa inisiatif yang kita berikan, kita lihat pada tahun 2022 ini apa yang dapat kita kutip itu melebihi daripada sebelum pandemik iaitu Februari tahun 2020 dan semoga ia akan mengujakan lagi ataupun akan melihat trend nya lagi. Namun kita lihat setiap bulan setiap masa dan kita tidak akan complacent dengan hasil-hasil yang saya sebut kan tadi. Soalan C pula, satu retreat yang khas kita telah wujudkan pada tahun 2021 untuk melihat apakah hasil-hasil baharu yang boleh dikutip atau pun yang boleh dihasilkan oleh pihak Kerajaan Negeri, saya sebutkan tentang premit khas kebenaran penggunaan sementara tanah pertanian yang digunakan selain tujuan pertanian. Ini adalah selaras dengan arahan Pejabat Tanah dan Galian Bil. 3 Tahun 2020. Mengenakan charge fee bagi pengeluaran kayu getah dan palma, pemulihan dan penguatkuasaan melalui pengenaan permit penggunaan di kawasan pencerobohan dan penerokaan secara haram. Yang keempat, mengenakan permit access benefit sharing (ABS) ataupun permit bagi sumber biodiversity. Yang dikomersialkan bagi tujuan penyelidikan. Yang kelima, merangka pelaksanaan kaedah-kaedah perikanan darat seperti agriculture dan Jabatan Perikanan Negeri Selangor apabila dikuatkuasakan kelak, semua aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perikanan akan dikenakan caj-caj tertentu yang sebelum ini tidak dikenakan. Saya percaya ini

merupakan hasil-hasil baru yang boleh dipertimbangkan untuk tahun 2022 onwards ataupun masa hadapan. Terima kasih.

Speaker

Sijangkang.

Soalan 25.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Yang Berhormat bertanya mengenai situasi trend analisa denggi. Daripada analisa situasi semasa denggi yang didaftarkan sehingga Mei, yang ke sembilan tahun 2022 didapati kes meningkat berbanding tempoh minggu aktif yang sama pada tahun 2021. Ia itu peningkatan sebanyak 35.9 peratus, 1012 kes. Kumulatif kes sehingga 5 Mac 2022 adalah 4011 kes di mana Daerah Petaling mempunyai kes jumlah terkumpul tertinggi iaitu 1446 kes dan di ikuti Daerah Hulu Langat 1074 kes dan PKD Klang senyak 886 kes.

Untuk makluman semua, semasa PKP tahun 2021 dan 2020 memang masa itu kes denggi menurun. Tetapi sekarang sudah mula naik semula apabila pergerakan ataupun aktiviti rakyat sudah pulih seperti sebelum pandemik itu. Mengenai COMBI iaitu communication behavior impact. Ialah satu pendekatan yang digunakan untuk mengawal dan mencegah penularan penyakit melalui pemerkasaan komuniti. Di Selangor, pendekatan COMBI dilaksanakan bagi mengekang penyakit demam denggi, malaria, zika dan lain-lain penyakit. Seperti Covid-19 yang berkaitan sikap manusia dan persekitaran. Sukarelawan COMBI, yang dilantik dari kalangan warga komuniti dilatih untuk:

i) Menyampaikan mesej berkaitan pencegahan dan kawalan demam denggi kepada ahli komuniti yang lain. Sama ada untuk memulakan tindakan perubahan tingkah laku, dan juga meningkatkan pengetahuan tentang isu kesihatan yang sedang dihadapi oleh komuniti tersebut.

ii) Merancang aktiviti pencegahan seperti gotong-royong dan pemeriksaan di persekitaran di kawasan COMBI masing-masing. Bilangan locality COMBI yang dilatih di Selangor di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebanyak 464 locality dengan ahli sukarelawan seramai 3817 orang. Dengan penglibatan komuniti dalam program ini, ianya telah memberi kesan dalam membantu pihak KKM dalam mengawal wabak denggi di Selangor.

Soalan tambahan.

Speaker

Ya Sijangkang silakan.

Terima kasih. Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO bahawa COMBI juga digunakan sebagai platform untuk mengawal Covid-19. Apakah di antara perancangan-perancangan yang akan di laksanakan oleh COMBI ini? Kerana saya tidak dapat melihat, sebab itu adalah salah satu platform yang sangat baik saya kira. Tetapi setakat ini saya tidak dapat melihat program-program yang dilaksanakan. Sekian terima kasih.

Puan Dr. Siti Mariah binti MahmudAMANAH · PHSeri Serdang

Ya, benar Yang Berhormat Sijangkang. COMBI ini adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Memang ramai kalau kita ikut, namun kekangan yang mereka hadapi yang saya dapat maklum balas adalah kekurangan dana untuk mereka bergerak. Kerana walaupun gotong-royong dan sebagainya mereka masih lagi memerlukan sedikit kewangan. Jadi itulah sebabnya kalau COMBI dapat bergerak bersama-sama ADUN-ADUN dapat juga membantu, cuma saya ingin mengatakan bahawa selain daripada COMBI, Ahli-ahli Majlis kita juga mendapat peruntukan untuk operasi penghapusan tempat-tempat pembiakan nyamuk ini melalui PBT masing-masing. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga.

Speaker

Yang Berhormat masa tamat. Silakan ya, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.

Sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion

Penolong Setiausaha Dewan

Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya memberi laluan kepada Lembah Jaya, oleh kerana Lembah Jaya telah memberitahu bahawa perbahasan Lembah Jaya telah tamat, telah habis semalam. Maka, saya memberi ruang kepada Ahli Yang Berhormat yang lain, masa diberikan 15 minit. Silakan Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi Subang Jaya laluan untuk membahaskan Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Subang Jaya hanya ingin membangkitkan tiga perkara. Yang pertama adalah berkenaan banjir. Subang Jaya ingin menjunjung kasih titah ucapan Tuanku yang mengiktiraf pada awal ucapan baginda bahawa keadaan cuaca terkini menyaksikan kawasan yang tidak pernah dilanda banjir mengalami banjir besar. Subang Jaya antara kawasan yang dirangkumi dalam kategori tersebut. Saya memegang dalam tangan saya satu surat bertarikh 28 Jun 2019. Dalam surat ini, Subang Jaya telah memohon untuk membina satu kolam takungan di kawasan industri USJ1 yang adalah di tepi Sungai Klang dan pada masa itu, ini adalah surat balasan daripada JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor). Saya baca, mereka mengatakan; untuk makluman pihak Yang Berhormat berdasarkan kepada rekod jabatan tiada sebarang laporan banjir diterima di kawasan

industri USJ1/15 sama ada banjir kilat mahupun banjir monsun yang disebabkan oleh limpahan air dari tebing Sungai Klang dan pada masa itu saya mengiktirafnya walaupun paras air semasa hujan biasa sangat tinggi dan menakutkan tetapi pada masa itu belum melimpah lagi, ini 2019.

Pada tahun 2020 pula, apa yang kami risau pula berlaku. Masa itu bulan Disember dalam Subang Jaya, saya tidak berani untuk membangkitkan perkara ini sebab saya lihat di kawasan Taman Sri Muda, Bukit Lanchong di Hulu Langat lebih teruk daripada Subang Jaya tetapi berlaku juga. Jadi, bila ia berlaku sekali lagi pada bulan Mac, dua minggu lepas. Maka, saya kena bersuara. Kawasan USJ1 dan PJS9 dalam Subang Jaya masing-masing dilanda banjir kerana paras air Sungai Klang yang tinggi dan melimpah dan justeru itu tidak membenarkan air longkang keluar kepada sungai. Terdapat juga pangsapuri di tepi anak Sungai Penaga di mana tembok perimeternya pecah kerana tidak boleh menahan tekanan paras air sungai yang tinggi. Ini adalah gambar daripadanya. Cara ianya melimpah sampai menjejaskan struktur integriti bangunan tersebut. Sekarang penduduk di sana ada beberapa ratus unit pangsapuri di atasnya. Mereka risau bahawa terdapat hakisan tanah dan sebagainya dan keselamatan mereka akan terjejas. Semasa banjir itu pula, sebab lifnya terletak motor di peringkat basement, maka air pun masuk ke dalam lif menyebabkan warga emas, ibu mengandung kena naik turun tangga 12-19 tingkat. Bayangkan ya. Jadi, saya mohon sangat perkara ini diteliti dan paras air sampai 7 kaki pada bulan Disember dan 4 kaki pada bulan Mac.

Dalam perkara ini Subang Jaya ingin tanyakan apakah rancangan jangka masa pendek Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu banjir di PJS9 dan juga USJ1. Saya banyak dengar usaha-usaha di merata tempat tetapi di Subang Jaya saya sendiri belum mengetahui lagi apakah tindakan jangka masa pendek. Sebab saya percaya dengan pengumuman-pengumuman daripada Jabatan Meteorologi bahawa dalam bulan ini kami akan mendapat hujan berlebihan lagi, maka perkara ini kemungkinan besar akan berulang. Kami tidak boleh membenarkan perkara itu berlaku. Jadi bagi rancangan jangka masa sederhana, Subang Jaya sendiri ingin memohon Kerajaan Negeri juga untuk melihat isu perancangan bandar. Terutamanya dari segi spesifikasi saliran bagi pembangunan di tepi sungai. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, kawasan PJS9 dan juga USJ1 sedang pesat membangun. Setiap minggu, setiap bulan pun kami tahu bahawa KM akan dikemukakan oleh pemaju-pemaju kawasan. Dan juga terdapat beberapa bidang tanah terutamanya di PJS9 di mana kebenaran merancang sudah dikemukakan. Dengan sudahnya berlaku 2 banjir teruk dalam 3 bulan, Subang Jaya berpendapat bahawa pembangunan di tepi sungai tidak boleh lagi mengikut piawaian biasa. Walau bagaimanapun Subang Jaya percaya bahawa pemaju-pemaju juga tahu bahawa terdapat usaha untuk menambah dan memperketat syarat-syarat saliran dan oleh itu, saya percaya pemaju-pemaju akan mengambil kesempatan untuk cepat-cepat membangunkan ataupun sekurang-kurangnya mendapat kebenaran merancang berdasarkan piawaian sedia ada.

Justeru, bagi saya Kerajaan Negeri perlu cepat membuat keputusan berkenaan pembangunan di tepi sungai. Adakah permohonan sedia ada akan ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri memutuskan piawaian yang lebih terperinci ataupun adakah Kerajaan Negeri akan meminta pemaju memenuhi piawaian sementara. Contohnya untuk membina longkang mungkin mengikut 200ARI (Average Recurrence Interval) dan tidak lagi mengikut 100ARI iaitu piawaian sedia ada. Ataupun setiap pembangunan di tepi sungai perlu ada on side detention point ataupun OSD, kunci air pam dan sebagainya. Bagi rancangan jangka masa panjang, Subang Jaya ingin mencadangkan agar pembangunan di tepi sungai tertakluk kepada sistem markah, serupa dengan sistem Transport Oriented Development ataupun TOD. Maksudnya semakin besar sesebuah tapak ingin dibangunkan semakin banyak keperluan yang perlu diakur oleh pemaju. Bezanya daripada sistem pemarkahan TOD ini, sistem baru yang saya cadangkan adalah khasnya untuk menaiktarafkan sistem saliran sekeliling yang berdekatan dengan sungai.

Isu kedua yang telah dibangkitkan dalam titah Tuanku adalah berkenaan kemarau. NAHRIM dalam laporannya menyatakan bahawa kemarau berpanjangan akan berlaku antara tahun 2025 sehingga 2035. Ini adalah isu yang sangat-sangat serius yang akan membawa impak kepada kelangsungan bekalan air, bekalan makanan dan sebagainya. Mengikut unjuran bekalan air yang dianggar berdasarkan ramalan jumlah penurunan hujan pada jangka masa tersebut, Negeri Selangor mungkin menghadapi isu malapetaka jika tindakan tidak diambil. Kerajaan Negeri perlu melihat serius perkara ini dan mula mempelbagaikan ataupun diversify sumber air. Kami tidak boleh terlalu bersandar kepada air sungai memandangkan apa yang akan berlaku. Selain itu pelaburan dalam teknologi rawatan air berskala kecil.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Minta penjelasan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Ya, Yang Berhormat.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih. Semalam saya ada...

Timbalan Speaker

Hulu Kelang.

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih. Semalam saya ada mengulas perkara ini, dia merupakan bukan perubahan tapi adalah satu stability. Stability ini hanya boleh dilakukan oleh alam ini sendiri dan kalau itu benar, apa tidak ada langkah yang boleh dilakukan oleh manusia. Selain untuk menyediakan satu benda yang lain, mungkin akan berlaku sebahagian Sungai Klang akan kering mungkin akan berlaku beberapa takungan air di Klang Gate kering, Hulu Selangor kering. Itu possibility nya. Itu yang disaster, itu yang berlaku di negara Afrika. Yang permanent damage 50 tahun akan datang, apakah ada langkah yang perlu kita lakukan ataupun kita look for alternative bukan repair benda itu. Kita menghalangnya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Ya, terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya sangat setuju. Dalam menghadapi isu climate change ini terdapat banyak ketidakpastian yang perlu dikaji dan satu rancangan yang menyeluruh amat diperlukan. Dalam perkara isu bekalan air ini, sebab ia membawa impak kepada bekalan makanan dan justeru itu kelangsungan kehidupan satu rakyat Negeri Selangor. Maka sebab itu dalam pandangan Subang Jaya, kita kena lihat kepada diversify ataupun kepelbagaian sumber air. Kami sekarang terlalu bersandar kepada sumber air sungai tetapi apabila berlakunya kemarau maka paras airnya terlalu rendah. Kalau tidak ada air maka macam mana kami nak teruskan dengan kehidupan. Jadi itu sebab bagi saya, Kerajaan Negeri perlu melabur dalam teknologi rawatan air sama ada teknologi rawatan air skala kecil yang kita orang boleh deploy secara cepat apabila berlakunya bencana ataupun dalam masa sekarang sehingga 2025 iaitu masa apabila kemarau dijangka berlaku, kami perlu mempertimbangkan teknologi baru untuk dilaksanakan. Contohnya desalination. Desalination maksudnya guna air laut. Ataupun terdapat negeri-negeri contohnya di Oman, Saudi Arabia yang sedang melihat cara bagaimana untuk menghasilkan air melalui udara. Ia juga berkemungkinan. Ya, Yang Berhomat Bukit Gasing.

Tuan Rajiv A/L RishyakaranDAP · PHBukit Gasing

Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Adakah Yang Berhormat Subang Jaya berpendapat rakyat Selangor sanggup membayar bil air yang jauh lebih tinggi untuk membiayai kos desalination plant dan sebagainya. Sebab saya lihat tiada political will daripada Kerajaan hari ini untuk naikkan tarif air dan kita tidak sanggup naikkan tarif air untuk mengganti paip yang kerap pecah pun. Let alone to pay for this desalination plant. Kita suka air murah yang selalu gagal, we like low reliability, as long as we can get low price. No political will at all to raise the tariff.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Ya, terima kasih atas soalan itu Yang Berhormat Bukit Gasing. Saya percaya perkara ini perlu diselesaikan bukan sahaja pada peringkat Kerajaan Negeri tetapi juga Kerajaan Persekutuan. Sebab isu tarif air ini melibatkan SPAN. Jadi perkara ini saya juga mengiktiraf merupakan satu cabaran sebab walaupun terdapat cadangan-cadangan sebegini tetapi akhirnya untuk melaksanakan. Saya mengiktiraf Yang Berhormat Bukit Gasing. Bahawa kami perlukan dana tetapi kami hanya ada tiga tahun sehingga perkara ini akan berlaku. Jadi...

Mohon laluan Subang Jaya.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Ya. Yang Berhormat Taman Medan.

Terima kasih.

Timbalan Speaker

Taman Medan.

Terima kasih Timbalan Speaker dan juga sahabat saya Yang Berhormat Subang Jaya. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Subang Jaya sebentar tadi tentang bagaimana alternatif untuk mendapatkan sumber bekalan selain daripada apa yang sedia ada. Jadi saya ada pengalaman satu ketika dahulu menjadi sukarelawan pada satu insiden gempa bumi di Sumatera Barat, Indonesia kira-kira sebelas tahun yang lepas. Antara alternatif kepada sumber bekalan air ini adalah usaha untuk membina ataupun mewujudkan satu struktur mendapatkan bekalan air di bawah tanah yang dipanggil sebagai telaga tiub. Jadi mohon pandangan kepada Subang Jaya, apakah ia juga suatu yang relevan sebagai alternatif kepada sumber bekalan air. Terima kasih.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Memang air bawah tanah ini merupakan salah satu sumber, cuma yang perlu diteliti adalah cara ekstraksi yang sustainable, yang lestari. Seperti mana yang kami tahu di negara Thailand dan juga Jakarta contohnya. Kalau ekstraksinya dilakukan dengan cara yang tidak lestari, maka akan berlakunya pergerakan tanah dan seterusnya akan membawa kepada masalah-masalah lain. Tetapi saya setuju dan saya percaya bahawa juga Jabatan Geologi pun selepas kemarau pada tahun 2014 telah melaksanakan kajian mereka dan mendapati bahawa terdapat punca-punca air yang boleh digunakan tetapi itulah dalam tiga tahun ini, apakah rancangan kami untuk memastikan bahawa kami menggunakan sumber air ini apabila akan berlakunya kemarau pada tahun 2025.

Jadi selain daripada itu, perkara ini juga merangkumi perancangan bencana dan satu Garis Panduan Khas amat diperlukan kemarau yang akan berlaku, sebab apa yang ditelitikan juga adalah bahawa rancangan bencana sedia ada yang mungkin boleh diguna pakai adalah contohnya kebakaran di Johan Setia tetapi itu tidak berapa sesuai apabila berlakunya bencana skala besar akibat kemarau. Cloud seeding dan sebagainya penghantaran air melibatkan agensi yang berbeza, jadi itu sebabnya sekarang, pada masa sekarang Subang Jaya berpendapat bahawa usaha perlu digiatkan untuk bersedia bagi kemarau yang akan datang. Subang Jaya juga, perlu menitik beratkan bahawa Rancangan Bencana yang dicadangkan ini tidak boleh menjadi pilihan pertama sebagai persiapan kemarau. Ia patut menjadikan rancangan final result ataupun pilihan akhir dengan izin. Kami masih mempunyai 3 tahun sehingga ramalan akhir menjadi realiti. Jadi usaha mitigasi wajar dilaksanakan sekarang juga jadi dalam perkara ini Subang Jaya ingin tanyakan sehingga tahap manakah Kerajaan Negeri untuk menghadapi kejadian kemarau berpanjangan tersebut. Perkara ketiga yang ingin dibangkitkan Subang Jaya adalah berkenaan kesihatan. Tuanku dalam titah Baginda mengatakan bahawa Pengurusan Kesihatan Awam yang menyeluruh, berpatutan dan efektif menjadi asas kepada kesejahteraan rakyat. Tuan Speaker, setiap pagi semasa Subang Jaya ke pejabat untuk membalas e-mel daripada penduduk. Subang Jaya pasti akan mendapat satu e-mel yang dihantar pada 6.00 pagi oleh seorang yang bernama Dania, yang konsisten setiap hari

dalam permohonan beliau untuk memohon satu moratorium terhadap undang-undang percubaan bunuh diri. Kami sedia maklum bahawa Covid-19 telah membawa banyak cabaran. Ramai yang masih bergelut dengan isu kesihatan mental, kerja, keluarga akibat pandemik tersebut.Tindakan yang paling senang yang boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan adalah untuk Menyahjenayahkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang menjadikan percubaan bunuh diri suatu jenayah. Dukacitanya sehingga hari ini melalui Menteri Undang-undang Yang Berhormat Dato’ Wan Junaidi, beliau masih mengatakan Rang Undang-undang untuk Menyahjenayahkan Seksyen 309 akan dibawa ke kabinet tidak lama lagi. Janji tidak lama lagi pula adalah selepas janji Disember tahun lepas bahawa Rang Undang-undang berkenaan akan dibentangkan pada akhir tahun 2021 ataupun awal 2022. Jadi, Subang Jaya juga di sini ingin mengingatkan Menteri Undang-undang bahawa usaha ini bukanlah dimulakan oleh Menteri sendiri. Ia adalah usaha susulan daripada mantan Menteri Undang-undang Mendiang Yang Berhormat Dato’ Liew Viu Keong. Kajian sudah dijalankan sejak masa itu. Ia tidak patutnya mengambil masa yang begitu lama. Jika Kerajaan Persekutuan ikhlas dan ingin Menyahjenayahkan Jenayah Cubaan Bunuh Diri, Subang Jaya ingin meminta supaya satu moratorium terhadap pelaksanaan 309 dilaksanakan dengan segera. Dalam perkara ini juga, Subang Jaya ingin merendah diri menjemput Kerajaan Negeri untuk menyatakan pendiriannya berkenaan, satu sama ada terdapat keperluan untuk Menyahjenayahkan Seksyen 309 dan juga dua moratorium yang juga dirujuk. Ya, Yang Berhormat Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Ya, terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Subang Jaya berkenaan dengan Undang Penyahjenayahan Undang-undang Membunuh Diri ini. Di mana telah disebut tadi bahawa perkara ini pernah pun disediakan dan dirangka untuk diluluskan di Dewan Rakyat oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang terdahulu. Tetapi sekarang nampaknya tidak ada apa-apa inisiatif dibentangkan balik di Parlimen dan Dewan Rakyat untuk mengatasinya. Adakah ini bersama-sama dengan agenda-agenda reformasi yang pernah dicadangkan oleh Pakatan Harapan di semasa kita menjadi Kerajaan. Adakah ini salah satu usaha ataupun bukti yang menunjukkan bahawa keberkesanan Perikatan Nasional, ataupun Barisan Nasional ataupun apa nama jua saya pun tak tahu, keberkesanan mereka, kecekapan mereka langsung tidak ada. Bukan saja Undang-udang penyahjenayahan membunuh diri ini, tapi juga kita lihat kebelakangan ini Undang-undang berkaitan dengan anti lompat parti, diwar-warkan akan dibentangkan tetapi masih belum dibentangkan. Jadi ini menunjukan bahawa barangkali cadangan ataupun komitmen Kerajaan yang saya tak tahu apa nama tu, tidak dapat melaksanakan janji yang ditabur pada masa dahulu. Adakah Yang Berhormat setuju dengan saya tentang kenyataan ataupun cadangan saya ini.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Banting.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Subang Jaya, ringkaskan ya, masa telah tamat.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Ya, saya akan jawab lepas itu saya akan gulung. Saya sangat setuju dengan pandangan tersebut. Terdapat banyak perubahan dan juga usaha-usaha reformasi yang telah dilaksanakan yang wajar kalau ikhlas Kerajaan hari ini perlu diteruskan dan sebenarnya bagi saya, saya juga hairan berkenaan isu menyahjenayahkan seksyen 309 ini, sebab saya sebagai peguam saya tahu bahawa untuk membentangkan satu Rang Undang-undang menyahjenayahkan sesuatu perkara tidak susah untuk draf perkara tersebut. Semasa itu dikatakan perlu melaksanakan kajian apakah penggantian terhadap isu pembunuhan diri di mana mungkin usaha membantu mereka yang terlibat dalam isu-isu kesihatan mental perlu ada undang-undangnya. Saya setuju dengan perkara itu. Tetapi sementara kami ke arah tersebut mengapa kami tidak boleh menyahjenayahkan undang-undang ini dulu. Ia mengapa sekurang-kurangnya kalau nak tunggu pun kami tak boleh melaksanakan satu moratorium yang konsisten. Dengan katanya nak Menyahjenayahkan Seksyen 309. Jadi saya sangat setuju dengan cadangan Yang Berhormat Banting. Dan bagi saya itulah sebabnya saya rasa perkara ini tidak boleh ditangguhkan lagi dan harap Kerajaan Negeri Selangor boleh menyatakan juga pendirian kami dalam perkara ini sama ada kami setuju ke tak berkenaan keperluan Menyahjenayahkan Seksyen 309.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan..

Timbalan Speaker

Yang Berhormat Banting, masa telah tamat. Saya tak benarkan.

Puan Michelle Ng Mei SzeDAP · PHSubang Jaya

Ya, dengan itu Tuan Timbalan Speaker, Subang Jaya ingin menyokong dan juga menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Kampung Tunku.

Puan Lim Yi WeiDAP · PHKampung Tunku

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya bermula dengan segera perkara yang pertama Kampung Tunku ingin menyentuh berkenaan juga kepada isu banjir. Kampung Tunku menjunjung kasih terhadap titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang telah banyak menekankan isu banjir pada banjir Disember tahun lepas, saya telah bertugas di pelbagai di lokasi banjir, contohnya di Taman Sri Muda, Kampung Bukit Lanchong dan Taman Sri Nanding di Hulu Langat. Di mana kami membawa barangan seperti baju, makanan selimut dan tuala wanita dan kami buat banyak pembersihan rumah dan longkang. So boleh lihat Kampung Tunku dah lebih gelap lah berbanding sidang-sidang yang lalu. Yang baiknya kita nampak ramai sukarelawan daripada Team Selangor dan SERVE yang kedua-duanya terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Mereka aktif di lapangan, ramai daripada mereka merupakan anak muda dan saya bersyukur melihat SERVE dapat meningkatkan minat dan penglibatan anak muda dalam isu komuniti. So, saya ingin

ucapkan tahniah kepada EXCO Yang Berhormat Paya Jaras atas mobilisasi sukarelawan pembersihan tetapi masih banyak yang kita boleh perbaiki. Saya nampak dari segi operasi disebabkan pertelagahan politik oleh Tan Sri Noh Omar yang cuba menafikan hak Dato’ Menteri Besar Selangor sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri Selangor pihak angkatan Tentera Malaysia dan PDRM dan Agensi-agensi yang lain seperti tersekat dalam pergerakan mereka. Sudah hampir 3 hari banjir berlaku, mereka, saya nampak mereka baru setup khemah di Taman Sri Muda dan hampir seminggu selepas banjir baru berlaku baru kita dapat semak nama mereka yang telah diselamatkan. Di sini saya tidak menyalahkan ATM ataupun agensi-agensi, masalahnya dengan kudrat Kerajaan Persekutuan dan NADMA yang lambat bertindak. Pada minggu yang pertama juga, hari Ahad yang pertama selepas banjir melanda, saya juga pergi ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) SJKT Ladang Emerald. Masa kami sampai sudah waktu petang, tiada generator semuanya dalam kegelapan dan kebetulannya saya bertembung dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang diiringi oleh Ketua Pembangkang ataupun Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Yang Berhormat Menteri Kewangan datang 5 hingga 10 minit tidak membawa apa-apa dan tidak tahu sama ada beliau menunaikan janji untuk memberi generator atau tidak. Kami juga nampak banyak bantuan yang ada tetapi tidak cukup bot sehingga pasukan saya membeli dua bot sendiri. Sebab dalam masa banjir ini setiap saat sangat berharga. Bila rakyat terkandas atas bumbung tiada makanan, tiada air bersih, nak tunggu Menteri, tunggulah. Oleh itu saya ingin mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tubuhkan satu Unit Kecemasan dan Penyelamat dan mungkin kita boleh panggil dia SERU (Selangor Emergency Response Unit). Ia boleh diletakkan sebagai satu komponen di bawah Pusat Kawalan Smart Selangor C55 Operation Centre (SSOC) dan saya ingin cadangkan agar SERU ini dibahagikan kepada peringkat daerah dan seterusnya ke PBT dan menjadi penyelaras usaha search and rescue mengunakan data daripada SSOC. Kenapa saya tekankan data kerana semasa banjir apabila semuanya tenggelam, papan tanda jalan pun kita tidak boleh nampak dan menjadi cabaran untuk kami membantu rakyat yang telah keluar daripada kawasan banjir untuk mencari ahli keluarga mereka yang masih terkandas di rumah dan data itu juga akan menjadi berguna untuk membuat pengesanan cuaca ditapak contohnya ada ketika masa bila bot tidak dibenarkan masuk kerana kami diberitahu ada karen dalam air banjir.

Cadangan yang kedua di bawah SERU. Idea SERU ini ialah bahawa setiap PBT mesti memiliki sekurang-kurangnya dua speedboat dan kelengkapan lain seperti life jacket dan lain-lain. Dan yang ketiga sekurang-kurangnya unit penguatkuasa dalam PBT mesti diberi latihan berkala dalam search and rescue bersama pihak PDRM, JPM, ATM dan agensi-agensi lain yang berkaitan dan jika kita nak luaskan lagi kita sudah ada pool or sukarelawan iaitu SERVE. Dari segi mitigasi banjir yang juga berkaitan dengan perubahan iklim saya ingin cadangkan bahawa dalam Pelan Tindakan Perubahan Iklim (Climate Action Plan) dengan izin dimaklumkan oleh EXCO Alam Sekitar pagi semalam yang sedang dirangka solusi jangka pendek perlu dicari dan dilaksanakan dengan segera terutamanya dengan PBT. Contohnya di kawasan

bandar bagaimana kita mengurangkan surface runoff dengan izin, hujan supaya longkang-longkang tidak mengalami kenaikan paras iar yang mendadak semasa hujan lebat. Di Kampung Tunku kebelakangan ini terdapat banyak banjir kilat walaupun air itu kurang daripada sekaki tapi ia mengalir dengan laju, masuk ke dalam rumah sampi ke dapur dan ia mendatangkan kesusahan saya boleh kata kepada penduduk. Terutamanya DUN Kampung Tunku ini ramai warga emas. Antara solusi yang sudah pun wujud di negara lain dan diterajui oleh negara China termasuk sponge roads dengan izin yang menggunakan yang berupaya menyerap menyimpan dan juga membebaskan air hujan untuk kegunaan seterusnya. Bioswale pula ialah sistem rembesan air hujan yang di atasnya terdapat tanaman bunga juga semak belukar dan ia berfungsi menghilangkan lumpur juga pencemaran daripada air limpahan pembukaan. Jadi saya rasa Kerajaan Negeri Selangor perlu memberi panduan ataupun fleksibiliti kepada PBT supaya mereka dapat explore dan memanfaatkan teknologi yang terkini Selain itu, kajian kestabilan tanah harus dijalankan. Kita tidak boleh bertindak secara case by case, dengan izin sahaja. Di Kampung Tunku kebelakangan ini terdapat kes tanah mendap dan tembok runtuh akibat hujan lebat di mana di belakang deretan rumah itu ada cerun dan longkang monsun. Dan dalam lingkungan lima hingga 10 tahun yang lalu deretan itu ada rumah-rumah yang mengalami kes tembok runtuh ataupun dinding jatuh pada masa-masa yang berbeza. So, ini membuktikan bahawa perlunya ada long term plan dan pelan tindakan perubahan iklim perlu mengambil kira kesan cuaca yang semakin ekstrem terhadap kestabilan tanah dan kawasan yang dikenali bercerun. Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah berkenaan dengan duti hiburan terutamanya terhadap artis-artis kecil. Saya memohon agar Kerajaan Negeri Selangor membatalkan ataupun mengurangkan kadar duti hiburan terhadap aktiviti kesenian atau pementasan artis tempatan dan artis luar negara. Pada masa ini bagi setiap kali berlakunya pementasan artis tempatan kadarnya ialah 15%, untuk artis luar negara 25% dan bayaran duti ini perlu dibuat sebelum mendapat lesen PBT. Pertamanya kita harus membezakan antara tempat pementasan ataupun dengan izin, local performing arts spaces dengan outlet hiburan besar-besaran. Contohnya pawagam, taman tema dan lain-lain. Hampir 90% cukai hiburan datang daripada outlet besar bukan daripada local performing arts venue dengan izin. Dan tempat pementasan, mereka biasanya tidak memperoleh hasil yang tinggi tetapi boleh kata ditanggung oleh dengan izin, corporate buys, geran kesenian dan sikit sahaja daripada revenue mereka datang daripada jualan tiket. Maka, ramai tempat pementasan mereka biasanya bersebelahan dengan kedai retail, restoran dan sebagainya supaya mereka boleh dapat jana lebih banyak hasil tetapi secara puratanya profit margin untuk satu pementasan terletak antara 10% sehingga 15%. Dan sekiranya artis-artis dan tempat pementasan dikenakan duti 15%, keuntungan mereka akan bertukar kepada kehilangan ataupun ngam-ngam sahaja. Kami juga menerima berita bahawa terdapat perbezaan di peringkat dasar dan pelaksanaan di lapangan di mana artis

dimaklumkan bahawa duti 15% dikira berdasarkan unjuran 100% tiket telah dijual. Bukan keuntungan ya, tapi jualan, upfront, dengan izin. Sekiranya tiket 100% tidak dapat dijual, mereka terpaksa memohon untuk refund. Ini mengambil masa dan mengganggu cash flow atau aliran tunai producer sehingga producer sukar hendak membayar artis dan pembekal. Dalam keadaan pandemik Covid-19, kita boleh jangka bahawa jumlah jualan tiket jarang akan mencapai 100% dan bila Omicron ini sedang melompat-lompat kehadiran menjadi variable, tidak tentu dengan izin. Kalau hendak beli tiket, sudah kena Covid, tak jadi beli. Adakah adil untuk artis terpaksa membayar 15% duti hiburan yang dikira berdasarkan unjuran 100% jualan? Saya rasa tidak. Sebagai Kerajaan Negeri yang progresif, kita harus mengurangkan dengan izin, red tape dan make it easy for people to do business termasuk artis-artis kecil tempatan dan tempat pementasan. Let the big guys play, dengan izin seperti pawagam, taman tema dan lain-lain. Ini juga selaras dengan hala tuju negeri untuk membuka semula sektor pelancongan melalui safe travel atau safe tourism. Sekiranya kita gagal mengekalkan aktiviti kesenian di Selangor, mereka akan berhijrah ke Kuala Lumpur di mana DBKL telah batalkan cukai sebegini dan Selangor akan kehilangan hasil daripada industri sokongan contohnya restaurant, pop up store, jualan retail yang lain yang biasanya berkait dekat dengan industri kesenian. Jadi saya memohon kepada Kerajaan Negeri agar pertimbangkan semula, pertimbangkan pembatalan duti hiburan 15% ini supaya Selangor dapat menjadi negeri pilihan untuk penggiat kesenian. Sekian sahaja ucapan perbahasan saya dan Kampung Tunku mohon menyokong dan menjunjung kasih atas titah ucapan DYMM Sultan Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Saya persilakan Sijangkang.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberikan ruangan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan titah ucapan DYMM Tuanku dalam sidang pertama, Sidang Pembukaan Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14 pada 2022 ini. Saya memulakan perbahasan saya dengan mengambil petikan surah Ar-Rum, ayat yang ke-41 yang bermaksud : “Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan manusia. Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar”.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Sijangkang menjunjung kasih titah ucapan Tuanku dan saya menekuni titah ucapan DYMM Tuanku daripada mula yang mana menekankan soal bencana alam ataupun geo bencana yang sering berlaku mutakhir ini bukan sahaja di Negeri Selangor malah di negara kita dan di seluruh dunia mengalami geo bencana ini yang sering berlaku dan seperti mana baru-baru ini yang berlaku di negara kita dan juga di Negeri Selangor yang kerap berlaku banjir, tanah runtuh, banjir kilat, ribut dan banjir besar pada Disember lalu adalah satu perkara yang harus dilihat dan ditekankan dalam sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Di akhirnya dengan nasihat Tuanku agar Kerajaan Negeri memberikan penekanan serius dalam menangani masalah banjir dan juga banjir kilat dan tindakan-tindakan pegawai kerajaan, agensi dan jabatan-jabatan bertindak lebih pro aktif di dalam apa juga tindak tanduk perancangan yang telah diatur, dirancangkan di peringkat negeri supaya akhirnya kalaupun tidak kita dapat menangani keseluruhan bencana alam ataupun geo bencana ini secara keseluruhan tetapi kita dapat mengurangkan dan akhirnya memberikan keringanan kepada bebanan kewangan pada Kerajaan Negeri. Saya kira kita boleh melihat bahawa program tebatan banjir di atas banjir yang berlaku baru-baru ini di Negeri Selangor, kita boleh menyaksikan bahawa projek-projek tebatan banjir ini masih lagi belum berjaya walaupun kita maklum bahawa projek tebatan banjir ini adalah sesuatu yang memakan belanja yang besar dan memakan masa yang lama tetapi saya kira apa yang berlaku pada hari ini mungkin sedikit sebanyak dalam keadaan banjir kilat dan sebagainya ia dapat menyelesaikan tetapi ujian kita dalam menghadapi banjir besar pada kali ini ia masih belum dapat menangani dengan sebaik mungkin dan saya kira pengurusan sistem aliran kita, aliran air, flat gate dan sebagainya masih lagi gagal dalam kita menangani walaupun mungkin banjir pada kali ini adalah satu jumlah hujan turun yang luar biasa melebihi daripada 300 mm. Jadi, mungkin dikaitkan isu yang berkaitan dengan banjir ini dengan pemanasan global akibat daripada pelepasan gas rumah hijau. Suka saya mengambil petikan daripada apa yang disebutkan oleh Pengarah Jabatan Meteorologi untuk kita mengatakan bahawa sebab utama banjir adalah pemanasan global ini adalah terlalu awal kerana kita lihat apa yang berlaku ini adalah ragam iklim yang berlaku pada masa ini. Mungkin kalau kita lihat pada sudut punca-punca pada pemanasan global daripada pelepasan gas rumah hijau ini, saya kira di negara kita ataupun di Negeri Selangor punca-punca seperti pembangunan, perindustrian dan mungkin juga pembalakan yang berlaku dahulu walaupun sekarang ini tidak ada. Begitu juga dengan pembakaran-pembakaran walaupun bersifat skala kecil dan sebagainya yang mungkin sekarang ini semakin berkurangan tetapi ia juga memainkan peranan di dalam menyumbangkan kepada pemanasan global yang akhirnya juga mungkin menyebabkan geo bencana yang berlaku pada hari ini. Disebabkan baru-baru ini apabila Kerajaan Negeri disebutkan kerugian akibat banjir yang lebih kurang dalam RM3.1 bilion satu jumlah yang sangat besar dan saya kira belanjawan yang kita telah luluskan pada penghujung tahun lalu yang Kerajaan Negeri meletakkan tema “Selangor Negeri Tahan Uji” dan “Mengangkat Martabat Insani”, saya kira mungkin bukan sekadar hanya kewangan yang kemampuan kita untuk menangani apabila ada-ada isu yang boleh kita bantu kepada rakyat tetapi bagaimana kita dapat mengurangkan masalah-masalah bencana, penyelesaian yang kita hadapi itu juga satu perkara yang besar. Sebab itu saya menyebutkan bahawa kalau kita hendak sebutkan “Selangor Negeri Tahan Uji” pada masa ini, kita masih belum lagi sampai ke tahap Negeri Tahan Uji sebab bencana yang besar ini pun kita masih belum dapat menyelesaikan walaupun ia di luar daripada jangkaan kita dan saya suka mengambil apa yang disebutkan dalam ucapan EXCO Infra semalam bahawa ini adalah pengalaman kita pertama dan kita masih lagi belum dapat menguruskan dengan baik dan saya kira inilah yang saya kira harus dilihat oleh Kerajaan Negeri

dengan keadaan yang mungkin terlibat begitu besar, kawasan-kawasan perpindahan juga yang begitu besar. Saya melihat kepada jumlah sukarelawan kita dan juga petugas-petugas yang bertugas sama ada daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan, aset-aset yang kita gerakkan. Saya kira dalam kita menghadapi bencana banjir yang lalu kita tidak dapat mengkoordinasikan secara baik melalui peringkat Kerajaan Negeri yang akhirnya kalau kita lihat dengan jumlah yang begitu besar daripada sukarelawan dan juga petugas-petugas dan aset itu, kalau kita dapat koordinasikan dengan baik saya kira banyak yang kita dapat uruskan, dapat tangani dengan baik sehingga akhirnya mungkin kesan kepada masyarakat ataupun kepada rakyat dan mereka antara yang terlibat itu dapat kita kurangkan. Sudah tentulah banjir 1971 itu sebagai pengajaran kepada Negeri Selangor. Kalau mungkin YAB Dato’ Menteri Besar pun belum lahir pada ketika itu. Saya kira persiapan kita bagi menyediakan satu pelan yang terbaik untuk generasi yang akan datang seharus mula difikirkan bagaimana Kerajaan Negeri boleh melihat beberapa perkara yang sangat penting. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti mana yang saya sebutkan tadi apa yang berlaku ini adalah disebabkan oleh ragam iklim yang luar biasa dan kita lihat hari ini dalam keadaan pembangunan yang cukup pesat terutamanya di Negeri Selangor, air bergerak terlalu laju daripada hulu sehinggalah ke hilir kerana ada pembangunan, kurangnya kawasan resap air, kurangnya kawasan-kawasan tanah, kita membangunkan dengan pembangunan bandar batu, kemudian longkang-longkang konkrit. Saya kira ini juga memberikan kesan yang cukup besar yang akhirnya harus difikir seperti mana yang disebutkan oleh EXCO tempoh hari juga akan ada satu dasar pengurusan air yang Insya Allah mungkin akan dibentangkan tetapi saya juga ambil kesempatan di sini untuk melihat, memberikan sedikit beberapa pandangan mungkin boleh diambil kira untuk dijadikan sebagai satu dasar kerana saya melihat dalam keadaan yang berlaku ini terutama dalam keadaan banjir kilat bagaimana air-air yang laju akhirnya menyebabkan banjir walaupun dapat diselesaikan dalam satu masa yang terdekat tetapi cukup memberi kesan kepada masyarakat ataupun rakyat yang boleh dikatakan hampir saban bulan ataupun saban waktu mereka akan terdedah kepada keadaan tersebut. Jadi, saya melihat begitu juga dengan pembangunan yang ada sebenarnya jalan raya ini juga memainkan peranan ataupun memberikan kesan kepada banjir yang berlaku kerana air limpah daripada jalan-jalan ini akhirnya juga akan ke longkang-longkang dan juga ke sistem parit kita dan akhirnya ke sungai dan juga akan menyebabkan itulah juga menjadi sebab banjir yang berlaku pada hari ini. Sebab itu saya melihat bagaimana juga mungkin boleh dilihat sistem air limpahan ini. Sistem air limpahan jalan raya yang akhirnya ia juga akan mengalir kepada takungan yang boleh kita sediakan mungkin di pinggir-pinggir jalan, di tanah-tanah yang boleh kita buat retention pond ataupun takungan air. Apabila berlaku hujan, makna air ini tidak terus mengalir ke sistem perparitan ataupun ke sungai kita. Jadi dapat mengurangkan aliran yang begitu laju dan juga jumlah kuantiti air yang menyebabkan banjir itu sendiri. Saya juga ingin membawa kepada apa yang juga telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri pada

sebelum ini berkaitan dengan program penanam pokok kerana ini juga adalah salah satu mungkin sebab apabila pokok-pokok semakin kurang, resapan air penggunaan kepada pokok-pokok ini juga mungkin jadi kurang. Jadi, saya ingat inisiatif untuk menanam pokok ini satu benda yang sangat baik seperti mana yang kerajaan di peringkat pusat mereka merangka 1 juta pokok ditanam dan baru-baru ini kita juga mendengar dalam media Majlis Perbandaran Sepang menanam 1 juta lebih pokok dan inisiatif ini harus diteruskan cuma saya melihat daripada program-program yang kita lakukan ini, program tanam pokok sama ada pokok-pokok hutan, pokok-pokok taman, pokok-pokok bakau yang mempunyai peranan masing-masing ini.

Apakah KPI nya? Adakah semua pokok-pokok yang kita tanam ini 100% hidup dan memberi manfaat kepada kita atau pun berapa peratus? Sebab ini harus juga dilihat kalau mungkin kita sahaja bersungguh untuk menanam pokok ini tetapi akhirnya hanya beberapa pokok yang mungkin hidup yang boleh membantu ekosistem kita, saya kira ini tidak menjadi satu KPI yang baik.

Begitu juga saya nak bertanyakan kepada Kerajaan Negeri, di dalam sidang belanjawan yang lepas ada juga disebutkan bahawa program pemuliharaan dan pemeliharaan hutan yang diberikan kepada PKPS untuk membangunkan atau memelihara hutan kita ini dengan program-program penanaman pokok dan sebagainya. Apakah status sehingga kini?

Saya juga melihat walaupun mungkin sistem perparitan longkang yang ada di kawasan taman-taman bandar ini mungkin sedikit sebanyak memberikan kesan kepada banjir walaupun mungkin tidak besar kesannya tetapi saya melihat terutamanya dalam kita merangka rancangan tempatan atau pun pembangunan terutamanya pocket development, pembangunan perumahan dan sebagainya ini yang saya kira kalau di kampung-kampung ni kalau kita lihat pembangunan-pembangunan yang berskala kecil yang kita lihat apabila dibangunkan longkang di hadapan kawasan perumahan itu, ia tidak sejajar atau selari dengan parit asal. Saya kira, mungkin parit-parit yang asal itu tidak berada di dalam rizab yang betul dan saya harap mungkin Kerajaan Negeri boleh buat satu (1) kajian mengenai rizab perparitan kita supaya apabila kita bangunkan kawasan-kawasan ini, jajaran sistem perparitan ini berada pada jajaran yang betul. Dan secara tidak langsung nya pun saya ingat ini akan mengurangkan kesan kepada banjir dan sebagainya.

Saya ada mendapat maklumat juga bahawa ada satu (1) kajian berkaitan dengan rizab perparitan ini yang dilakukan di Kuala Langat. Saya tidak tahu apa keputusannya dan sudah tentulah dia bukan hanya sekadar satu kajian tetapi daripada sudut pelaksanaan apabila kita bekerja dengan kajian itu kerana saya melihat terutamanya di kawasan saya lah, apabila ada pembangunan-pembangunan kecil ini, saya lihat paritnya jadi bengkang-bengkok. Sudah tentulah ia memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat tempatan sama ada menyebabkan pembiakan Nyamuk Aedes dan sebagainya dan juga kepada banjir ini. Ini harus

dilihat dan mungkin ada respon dari Kerajaan Negeri apakah hasil kajian rizab parit ini dan apakah perancangan Kerajaan Negeri di atas kajian yang diadakan ini.

Kemudian berkaitan dengan isu banjir yang berlaku di DUN Sijangkang saya sebutkan, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang merancang untuk mengadakan mesyuarat di peringkat persediaan banjir yang dilakukan di peringkat daerah-daerah yang sudah tentulah ia juga sebagai satu impak yang baik, cuma saya tidak nampak apa sebenarnya kesan yang dapat dilakukan secara 100% daripada pandangan-pandangan dan juga langkah-langkah yang kita lihat sebagai satu bentuk persediaan daripada banjir dan musim tengkujuh. Cuma saya melihat di kawasan DUN Sijangkang ada beberapa tempat lah yang menjadi agak terdedah kepada banjir terutamanya di kawasan Kampung Kebun Baru, Kampung Jaya Sepakat dan Teluk Panglima Garang. Saya suka mengambil contoh salah satunya adalah Kampung Jaya Sepakat. Kampung Jaya Sepakat ini berdekatan dengan Kampung Lombong dan berdekatan dengan Sungai Selangor. Saya kira pada banjir yang lalu ini dia memberikan impak yang cukup besar kerana...

Mohon laluan Sijangkang. Saya nak betulkan fakta sahaja. Bukan Sungai Selangor tetapi Sungai Klang. Sungai Selangor jauh dari Kampung Lombong.

Terima kasih. Sungai Klang. Jadi, saya lihat kesan daripada banjir yang lepas ini ada satu lombong dulu pengeluaran pasir yang telah ditinggalkan dan penuh dengan air kemudian ada sebelahnya lagi lombong pengeluaran pasir yang baharu. Apabila berlaku banjir ini, air mengalir ke lombong ini menyebabkan satu laluan aliran air yang besar daripada pinggir kampung ini. Kalau dulunya lebih kurang dalam 100 kaki daripada rumah yang di pinggiran ini sekarang berada dalam 10 kaki sahaja disebabkan lungsuran air ataupun tanah yang runtuh tu.

Jadi, saya ingat ini satu kesan yang cukup menggusarkan masyarakat di kawasan tersebut dan saya nak tahu juga lah apa langkah kerajaan pada hari ini saya dimaklumkan hanya sekadar ditutup dengan kanvas plastik dan kemudian ada pihak juga menimbus dengan batuan yang tidak digunakan dan saya ingat Kerajaan kena ambil satu pendekatan yang baik untuk menyelesaikan masalah ini. Kemudian saya juga melihat kerana kawasan ini juga akan menjadi sumber intake air untuk dirawat dalam Loji Rawatan Air Sungai Rasau yang mungkin akan menjadi muka sauk disitu, sudah tentu lah ada barrage dan sebagainya. Dan kawasan ini memang kawasan yang terdedah kepada banjir. Saya harapkan Kerajaan Negeri akan mengambil ini juga sebagai salah satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan sebagai muka sauk kepada Loji Rawatan Air Sungai Rasau nanti.

Saya juga suka mengambil kesempatan di sini untuk menyentuh berkaitan sistem saliran dan juga pasar-pasar malam dan juga pasar-pasar di tepi-tepi di rizab-rizab

jalan ini kerana saya ingat Kerajaan Negeri kena ambil satu inisiatif bagi menyelesaikan pasar-pasar di tepi-tepi jalan in. Kalau dulu pernah kita menyediakan tempat dataran niaga di kawasan kampung-kampung ini. Hari ini mungkin disebabkan oleh kesesakan ataupun keperluan kepada masyarakat untuk mendapatkan keperluan perbelanjaan harian mereka, ramai lagi menjual di tepi-tepi jalan yang akhirnya juga memberikan kesan kepada sistem perparitan dan juga longkang-longkang. Sebahagian besarnya membuang bahan-bahan yang tidak habis ke dalam perparitan.

Saya mengambil contoh di Batu 8, Sijangkang yang kita ada longkang konkrit yang saya kira akibat daripada pasar-pasar ini yang saya ingat harus diselesaikan oleh Kerajaan Negeri menimbulkan bau, air tidak berjalan dan sebagainya yang memberikan masalah kepada masyarakat tempatan, saya kira harus pihak PBT atau pun pihak Kerajaan Negeri ada satu formula atau pun dasar bagaimana pasar-pasar tepi jalan ini dapat diselesaikan dengan menyediakan tapak-tapak yang lebih baik sebagai contoh supaya mereka ini dapat meneruskan perniagaan mereka tetapi tidak memberikan bebanan kepada masyarakat atau kawasan-kawasan yang mereka membuat penjualan tersebut.

Jadi, setiausaha yang saya hormati sekalian, saya pun dah habis masa cuma ada satu perkara yang saya nak sentuh seperti mana yang disebutkan oleh Banting soal integriti dan rasuah. Saya ingat di dalam Dewan yang mulia ini tidak ada seorang pun Ahli-Ahli Dewan Negeri yang menolak soal integriti ini. Kita sama-sama mempertahankan integriti, soal rasuah dan sebagainya. Saya kira, kalau diam tidak lah bermakna kita menyokong rasuah tetapi saya ingat sebagai seorang Ahli Dewan Negeri kita semua menolak rasuah dan meletakkan integriti sebagai satu perkara yang penting.

Cuma ingatan saya kepada sahabat saya Banting. Banting ni dulu dikenali sebagai Teluk Datok. Teluk Datok ni dia ada badinya sendiri. Saya harap janganlah ibarat nanti seperti meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Wallahualam.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Yang Berhormat tuju kepada mantan Teluk Datuk? Saya rasa perkara itu telah lepas dan beliau itu telah dipecat daripada parti dan juga dia dihantar ke muka penghakiman. Yang Berhormat Timbalan Speaker pun jiran juga masa itu. Jadi saya rasa isu menunjukkan semuanya itu selari dengan dasarkan kita...nothing to talk about it.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Tuan speaker, bila Sijangkang sentuh mengenai integriti, celah dalam celahan lambat maksudnya. Tapi saya rasa begini, betul! Kita semua tolak soal berkaitan dengan rasuah ini. Tapi, saya dengar tadi ucapan daripada Sijangkang maksudnya sebab kita kalau nak tolak, kita benci, kita menyampah Bukit melawati, dia mesti dengan perbuatan. Mesti dengan

perbuatan. Cakap pun penting. Tapi tak dengar pun. Kita tak dengar pun Sijangkang cakap benci!, menyampah!, kita tolak!, kita tak nak bersama-sama dengan pemimpin yang rasuah!, pemimpin yang mengayakan dirinya sendiri, mencuri, merompak duit rakyat. Kena sebut begitu. Sebab itu saya katakan, soal rasuah.. Timbalan Speaker, jangan tutup mic. Jangan, jangan tutup mic Timbalan Speaker sebab ada orang complain semalam tak dengar. Banjir pun kalau kita tak selesaikan masalah rasuah boleh banjir. Bangunan runtuh disebabkan rasuah, stadium runtuh disebabkan rasuah, sebab itu jangan main soal berkaitan dengan rasuah ni. Dia kalau kita.. tapi disebutkan tadi, tapi saya Alhamdulillah lah teman dan juga sahabat saya. Tadi Sabak sebut tok guru dekat luar tadi tok guru dalam PAS dulu. Tapi Alhamdulillah dalam jiwa dalam hati sanubari dia Timbalan Speaker, dia ada niat untuk tolak untuk lawan rasuah yang berlaku dalam negara kita. Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Timbalan Speaker

Taman Templer nak sambung perbahasan?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Itu tadi ‘celahan’ dalam ‘tamatan’ namanya. Dah tamat tapi celah juga, Alhamdulillah. Terima kasih Timbalan Speaker sebab dia tak matikan mic.

Timbalan Speaker

Baik, saya persila kan Yang Berhormat Kota Damansara.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Bismillahirahmanirrahim (bacaan doa ringkas). Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Timbalan Speaker. Terima kasih memberi keizinan kepada Kota Damansara terlibat dalam perbahasan pada kali ini. Di kesempatan ini juga Kota Damansara ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato’ Haji Haris bin Kasim di lantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Dr Ahmad Fadzli bin Tajuddin sebagai Pegawai Kewangan Negeri.

Di dalam titah ucapan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku baru-baru ini, ada menyebut tentang penyempurnaan pembinaan Masjid iaitu Masjid Kota Damansara. Kota Damansara ingin mengucapkan terima kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan juga Kerajaan Negeri kerana usaha untuk menyempurnakan pembinaan Masjid Kota Damansara bagi tahun 2022. InsyaAllah ini berita gembira kepada penduduk Kota Damansara. Dalam masa yang sama juga saya pernah bangkitkan tentang Masjid Subang Bestari. Masjid Subang Bestari ni kalau kita tengok kawasan Subang Bestari memang tiada Masjid yang sempurna, yang ada surau Jumaat. Ada lebih kurang 10 buah masjid/surau, dan memang keadaan tak selesa. Kawasan Subang Bestari ada lebih kurang 43,000 penduduk dan Masjid Subang Bestari memang kemampuan/kapasiti dia 4000 dan saya harap pihak Yang Berhormat EXCO melihat juga tentang pembinaan Masjid Subang Bestari.

Juga baru-baru ini saya telah bertemu dengan beberapa pihak surau dan masjid. Ini berkaitan dengan alat pemancar telco di surau/masjid. Ada di antara surau masjid ini mereka, alat pemancar ni merupakan sumber pendapatan/ kewangan tetapi saya difahamkan bahawa duit kutipan alat pemancar ini ada dasar baru pula. Mana semua duit itu diberi kepada JAIS. Jadi saya agak khuatir tentang perkara ini supaya pihak JAIS melihat semula duit kutipan untuk alat pemancar telco ini sekurang-kurangnya dilihat semula dan diberi kepada pihak surau/masjid. Kerana ada di antara surau/masjid bergantung sangat kepada kutipan alat pemancar ini. Harap pihak yang berkaitan dapat melihat semula dasar Kerajaan Negeri tentang bayaran kutipan alat pemancar tersebut.

Juga kita tahu tahun ini mungkin kemungkinan besar mungkin berlaku pilihan raya kita tak tahu tapi kebiasaannya di belah Ramadhan ini kita ada program Ihya’ Ramadan. program Ihya’ biasanya Y.A.B. Menteri Besar akan bagi duit sumbangan kepada surau dan masjid cuma Kota Damansara harap pada tahun ini supaya sumbangan-sumbangan duit tersebut yang disalurkan kepada surau dan masjid mohon sangat ye diberimaklum dan dilibatkan kepada Adun-adun kawasan tersebut. Dalam tajuk yang sama saya ingin menyebut tentang berkaitan dengan Masjid Al-Taqwa ini memang kariah saya, saya sebut dalam sidang yang lepas tentang selekoh maut. Selekoh tu maut kerana kerana dia 90 degree jadi dalam titah ucapan Yang Berhormat dan Tuanku baru-baru ini tentang peruntukan RM 509 Juta untuk masjid dan juga JKR, saya harap sangat persimpangan maut ini yang antara simpang Jalan Sungai Buloh dan apa ni Jalan Yunam /2 . Itu kawasan masjid itu bila-bila boleh berlaku kemalangan saya harap pihak JKR ataupun masjid melihat supaya jalan keluar masuk itu dilandaikan bukannya 90 darjah. Juga banjir baru-baru ini telah menyebabkan kerosakan kepada tanah kawasan parking kawasan Masjid Al-Taqwa jadi harap dapat melihat semula ada permohonan yang telah dibuat pada pihak JAIS tentang permohonan untuk kawasan parking Masjid Al-Taqwa dan juga sambungan bumbung untuk kawasan masjid tersebut. Timbalan Speaker, Masjid Al-Taqwa ini di tepi jalan. Jadi kawasan sembahyang tu memang ramai, ribuan orang akan datang saya harap Kerajaan Negeri pertimbangan yang serius tentang pembinaan Masjid Al-Taqwa di Desa Subang Permai. Juga dalam perbahasan yang lepas, ada satu kuil di arahkan dalam pembinaan juga nama dia Kuil Venna Thurghiaaman. Itu pun satu juga perkara yang saya harap dapat dilihat oleh Yang Berhormat EXCO tentang pembinaan kuil tersebut.

Tuan Timbalan Speaker , dalam titah Tuanku juga ada menyebut tentang kepentingan perumahan penduduk, jadi saya baru-baru ini berdepan dengan penduduk kampung kendondung isunya dah 15 tahun, dan 15 tahun tak dapat pindah ke kawasan itu disebabkan oleh kemudahan infra yang tidak lengkap ini terlibat PBT sebagainya dan begitu juga dengan pampasan denda lewat RM 300 sebulan melibatkan lebih seratus keluarga. Saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat semua ini ada satu ni pemaju ni

nama Juta Permai, saya tidak tahu sejauh mana Juta Permai masih wujud ke tidak tapi dia seolah-olah cuba mengelak Kerajaan Negeri dapat melihat semula apa nama pemaju ini yang menyusahkan penduduk berpindah ke kawasan tersebut. Dalam titah Tuanku juga menyebut tentang Kwasa line MRT2 ni untuk makluman Timbalan Speaker, di situ ada Jalan Persiaran Atmosfera. Persiaran Atmosfera itu sepatutnya sambungan Kwasa line jadi jalan ni dah lama tertangguh dan menyebabkan kawasan tu kesesakan lalu lintas diharapkan sangat dalam pembangunan Kwasa line MRT2 ini yang diharapkan kata titah Tuanku supaya kawasan ni mendapat pembangunan yang bertaraf teknologi tinggi. Jadi saya harap kalau boleh Jalan Persiaran Atmosfera itu disambungkan ke kawasan Kwasa line RRI secepat mungkin untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Tuan Timbalan Speaker, dalam sidang-sidang yang lepas juga saya menyebutkan tentang jalan alternatif kawasan perumahan Desa Subang Permai. Begitu juga jalan ini kalau tidak dibuat lori-lori besar 40 tan, 50 tan kemungkinan besar mengganggu. Memang dah mengganggu pun. Rumah rosak, kawasan kediaman rosak. Jadi saya harap melalui mesyuarat mendapati proses prosedur terlalu panjang ada kena kajian itu dan sebagainya saya harap pihak JKR dapat melihat semula tentang jalan alternatif ni supaya dibuat kadar segera di kawasan desa Subang permai.

Tuan Timbalan Speaker, projek sungai pelepas lebih 300 keluarga baru-baru ini terjejas dengan banjir untuk kawasan tu Kampung Melayu Subang lebih 300. Saya tengok sendiri tebatan banjir itu roboh. Tebatan banjir itu roboh, tebatan banjir itu roboh. Design saya tak tahu masa akan datang adakah kita akan buat design tebatan banjir sungai pelepas tebatan banjir ya. Jadi saya khuatir bahawa adakah kita akan mengekalkan design ini kemungkinan besar kalau berlaku lagi tebatan banjir tidak dapat menampung banjir tersebut sebab saya tengok terutama di kawasan Setia Warisan, Kampung Setia Warisan itu aliran jalan aliran air itu telah merobohkan tebatan tersebut. Jadi kemungkinan besar saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat melihat semula design ataupun reka bentuk tersebut mungkin design yang lebih kuat atau mantap supaya jika berlakunya lagi banjir tersebut. Insyaallah kita dapat berdepan dengan bencana tersebut. Begitu juga banjir di kawasan 4D, Kampung Baru Subang itu pun kes lama dah masih nampak kata orang hasilnya yang sepatutnya lah juga dalam sidang-sidang yang lepas dan ada beberapa Yang Berhormat ada menyebut tentang masalah anjing. Dulu saya selalu dengar masalah anjing ini sebenarnya, masalah anjing liar atau berkeliaran ini, kita dapati bahawa tiada pihak yang nak mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan tentang masalah anjing ini. Sebab kita ada satu komuniti yang sayang anjing. Dia suka pada anjing, jadi ini penduduk ada masalah. Ada PBT telah keluarkan tender tiada siapa yang sanggup menangani masalah anjing liar ni.

Timbalan Speaker

Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Terima kasih kepada Kota Damansara. Saya ingin bertanya kepada Kota Damansara sama ada kita bersetuju kalau boleh kerajaan

merangka satu program untuk menguruskan bukan sahaja masalah anjing liar, tetapi kucing liar dan sebagainya. Sebab saban hari kita terlalu, kita terima terlalu banyak aduan berkenaan dengan pencerobohan masalah kacau ganggu dan sebagainya oleh anjing liar, kucing liar malahan beruk, monyet pun ada. Saya rasa kita perlu fikir satu cara untuk macam mana bagaimana mengawal populasi dan salah satu program TNRM, (Trap - Neuter - Release – Manage) yang kita boleh menjalankan pemandulan untuk mengurangkan populasi mereka, mengawal populasi mereka. Apakah pendapat Yang Berhormat Kota Damansara?

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Dulu saya pernah jadi Ahli Majlis MPPJ. Ada satu jabatan tu dia menguruskan anjing liar juga tapi dia ikut timing. Kadang-kadang dia kutip kadang-kadang ada pause-pause tempat simpan anjing tu, dia ada masa tertentulah. Tak boleh selesaikan. Baru-baru ni juga PBT MBSA sama juga, tender dikeluarkan tidak yang orang yang sanggup kerja-kerja sebegini. Jadi itu saya setuju dengan Banting. Kita kena ada dasar yang jelas sebab kita berdepan dengan undang-undang juga yang ada orang, kalau tidak silap kalau tak betul-betul kita masuk penjara. Orang yang cuba nak kawal anjing liar ini di kawasan perumahan. Jadi saya cadangkan supaya pihak kerajaan mengeluarkan satu urus tadbir yang terbaik.

Timbalan Speaker

Hulu kelang .

Tuan Haji Saari bin SungibAMANAH · PHHulu Kelang

Terima kasih kepada Timbalan Speaker, dan terima kasih pada yang mengatakan tentang anjing terbiar. Ini saya tidak bersetuju dalam persidangan kita pada kali sebelum ini kita bercakap tentang anjing terbiar, kucing terbiar. Terbiar kerana kita tidak masukkan ruang lingkup pengurusan pentadbiran kita. Kalau kita masukkan, mereka punya rahmat bagi kita rasanya.

Tuan Shatiri bin MansorPKR · PHKota Damansara

Anjing berkeliaran la di kawasan perumahan. Ya itu dia. Terima kasih. Saya minta masuk ke dalam sebahagian ucapan perbahasan. Juga dalam perbahasan yang baru ini Yang Berhormat EXCO ada menyebut tentang program Selangor Works. Syabas tahniah! Kerajaan Negeri telah dapat kata orang mengurangkan kadar pengangguran. Ramai yang dapat bekerja tapi ada satu fakta ataupun data yang disebut tentang 777 pekerja yang tidak dapat diberi pekerjaan. Mungkin saya harap sangat pihak Yang Berhormat EXCO Kerajaan Negeri mengkaji semula kenapa 777 ini tidak dapat pekerjaan selalunya masalah match making work itu yang menjadi masalah. Dengan itu Kota Damansara menutup perbahasan dan mengucapkan terima kasih kepada dan menyokong usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Wabillahitaufik Walhidayah, Asalammualaikum W.B.T.

Timbalan Speaker

Silakan Yang Berhormat Meru.

Bismillahirahmanirahim, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk terlibat bersama-sama perbahasan menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terlebih dahulu saya merakamkan dalam permulaan ucapan saya penghargaan dan ucapan terima kasih khususnya kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Sekinchan Yang Berhormat Bandar Baru Klang , Yang Berhormat Sabak , Yang Berhormat Subang Jaya, MBI, Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, NGO sukarelawan dan orang perseorangan yang telah membantu warga Meru sewaktu bencana banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Ucapan tahniah juga saya ucapkan kepada Dr. Fadhil yang telah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Walaupun saya agak berduka cita bila dia telah dinaikkan pangkat demi masa depannya, kita melepaskannya dari MPK. Dan saya ucapkan tahniah sepanjang penglibatannya sebagai Yang Dipertua MPK, beliau telah berkhidmat dengan cukup cemerlang dan memberi kerjasama yang baik pada pihak kami. Di sini saya ingin ambil kesempatan beberapa isu yang hendak saya bangkitkan iaitu berkaitan yang pertama ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tentang pembinaan sekolah rendah agama di 4 tempat tetapi dalam ucapan Baginda tidak disebutkan tentang rancangan untuk pembinaan sekolah rendah agama di Sungai Kapar Indah. Mungkin masih tidak ada perancangan lagi di peringkat Jabatan Agama Islam tetapi saya memohon supaya perancangan ataupun peruntukan dapat dibuat segera untuk pembinaan sekolah rendah agama di Sungai Kapar Indah yang mana telah saya bentangkan dalam perbahasan dalam sesi yang lepas.

Dan yang kedua, berkaitan dengan tanah perkuburan di Meru yang semakin sudah padat yang mana dijangkakan ia hanya mampu menampung dua tiga tahun sahaja lagi dan diharapkan pihak Jabatan Agama Islam dapat segera mengatasi permasalahan ini sebab kepadatan penduduk menyebabkan ramai orang Meru yang meninggal. Boleh dikatakan hari-hari ada sahaja yang meninggal dunia dan kita bimbangi tidak ada lagi tapak pekuburan yang boleh menampung warga apabila berlaku kematian. Dan seterusnya berkaitan dengan tapak masjid di Meru Masjid Assharif masih belum diluluskan atau diwartakan sebagai tapak masjid dan saya dimaklumkan masih lagi berstatus padang awam. Dalam beberapa surau masih lagi belum ditukar statusnya sebagai tanah wakaf. Saya harapkan pihak JAIS dapat menyegerakan perkara ini memudahkan pihak pengurusan masjid dan juga surau-surau untuk aktiviti-aktiviti yang lain. Dan selain itu juga saya mengharapkan, untuk makluman pada sidang Yang Berhormat sekalian, terdapat satu jalan pintasan antara Meru dan Setia Alam. Yang mana jalan ini sebelum ini merupakan jalan tikus yang telah dibuat oleh pihak kontraktor sewaktu buat pembinaan memajukan kawasan Setia Alam, tetapi pada hari ini jalan ini telah menjadi yang cukup penting antara warga Meru nak pergi ke Shah Alam. Dengan ada wujudnya jalan tikus ni dia telah mengatasi masalah kesesakan pekan Meru sendiri. Jadi saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri dapat menilai mewartakan jalan tikus sebagai jalan sebab pada ketika ini tidak ada pihak yang bertanggungjawab atau mahu bertanggungjawab atas jalan ini . Bila

tidak diwartakan, masing-masing menolak sana sini dan kebetulan pulak jalan ini dibawah tanggungjawab sebenarnya di bawah kawasan MBSA ataupun di bawah DUN Kota Anggerik. Jadi sudah pastilah mereka tidak ambil tahu sangat tentang jalan ini tapi saya mengharapkan jalan ini dapat diwartakan sebagai jalan supaya ada pihak yang bertanggungjawab dan memudahkan warga Meru dan juga Shah Alam untuk berhubung.

Dan juga saya ingin menyampaikan isu berkaitan dengan Jalan Kuala Selangor-Kapar (berdekatan dengan Simpang Sungai Kapar Indah Fasa 5A) yang selalu berlaku kemalangan akibat banyaknya kenderaan membuat pusingan U di situ. Walaupun telah ada papan tanda larangan, tetapi kita melihat bahawa pengguna jalan raya tidak mengendahkan larangan tersebut dan saya mencadangkan mungkin ada pihak boleh (pihak berkuasa) meletakkan CCTV ataupun papan tanda yang lebih atau menutup langsung tempat itu daripada dilalui oleh kenderaan untuk membuat pusingan U bagi mengelakkan tempat itu menjadi kawasan kemalangan.

Dan seterusnya, dalam titah ucapan Tuanku daripada permulaan dan juga di penutup Tuanku menekankan isu banjir yang mana ketika banjir besar berlaku, saya sedikit dukacita apabila bantuan untuk DUN Meru boleh katakan agak lambat. Dan hari ketiga baru bantuan sampai. Yang lebih malang, ramai termasuk agensi kerajaan-kerajaan beranggapan Pusat PPS di Sekolah Sungai Binjai dan juga Sekolah Menengah Meru dianggap sebagai PPS Swasta sedangkan dia adalah bukannya PPS Swasta. Hari ketiga, baru bantuan sampai. Itu pun daripada Angkatan Tentera. Dan saya amat dukacita dengan JKM sendiri. Sepanjang PPS dibuka, saya langsung tidak berjumpa dengan pegawai JKM. Malahan saya hanya dimaklumkan oleh petugas daripada pejabat saya, mereka hanya datang tanya berapa ramai yang ditempatkan di situ, lepas tu balik.

Bayangkan untuk makluman semua Yang Berhormat, kebanyakan mangsa banjir pada ketika itu tinggal di atas lantai, di koridor, tidur tanpa sebarang bantuan. Dalam keadaan hujan, banjir dan sebagainya. Dan lebih malang, tidak ada langsung agensi yang datang untuk kerja-kerja menyelamat. Kemudian, baru saya dapat tahu adalah bomba sedikit datang membantu yang mana dalam kapasiti banjir sebesar itu, saya tengok tak ada langsung melainkan orang perseorangan dan juga NGO-NGO yang datang membantu menyelamatkan mangsa banjir. Mungkin saya juga ingin memberi cadangan kepada kerajaan negeri disebabkan banyaknya peralatan-peralatan banjir ini dipegang oleh agensi-agensi pusat tetapi mungkin kerajaan negeri boleh menyediakan peruntukan untuk menyediakan peralatan penyelamatan (bot dan sebagainya) khususnya kepada kawasan yang memang selalu banjir macam di Meru, di Pelabuhan Klang. Kita tak boleh hanya bergantung kepada agensi yang dah sedia ada. Sebab benda ini boleh berlaku lagi dan akan berlaku. Saya yakin akan berlaku lagi ditambah dengan perubahan iklim dan sebagainya. Ini kita tak cerita lagi tentang bab perang Ukraine dan juga Rusia yang mungkin tak tahu sampai ada senjata

nuklear digunakan, yang mungkin akan memberi effects yang lebih besar kepada alam sekitar dan sebagainya.

Dan juga di sini saya ingin juga menyatakan di sini, tentang isu kelewatan bantuan itu sendiri perlu diambil kira. Dan saya lihat mungkin boleh kita tambah baik dengan bencana yang telah berlaku ini. Bagaimana sistem yang lebih kemas untuk kita salurkan bantuan kepada mangsa banjir dan kita pun dah ada database bila kita memberi bantuan baru-baru ini dan mungkin kita boleh guna aplikasi Selangkah yang telah kita bina.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Meru.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sebelah, jiran. Terima kasih Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya bersetuju. Saya setuju dengan pandangan Meru tadi yang minta supaya Kerajaan Negeri, kita belilah. Kita beli bot, kita beli sampan, kita beli pendayung tu, kita belilah jaket ke. Tapi beli boleh beli. Tapi pada saya pengurusan. Pengurusan. Lepas itu nak letak mana, stor dekat mana. Latihan. Latihan. Betul lah kita bagi pada MPKK. Kan? Kita bagi katalah bot tu, sampan tu pada MPKK tapi kalau tak ada latihan, jangan buat-buat. Kalau air takat lutut, beranilah ketua kampung kita dayung. Kita pun berani kalau takat lutut. Tapi kalau dah rumah, rumah pun dah tak nampak? Ha yang ini. Dia bukan setakat kita nak beli, tapi kena mikiur, kalau orang Perak kata kena mikiur nak letak mana aset itu. Kemudian latihan. Soal berkaitan dengan latihan. Eh, jangan main-main. Banjir ni. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, kalau takat lutut kita berani, kita lah yang ke depan. Tapi kalau atap pun habis Permatang, ha ha ha jangan main-main. Jangan main-main. Jangan main-main.

Okay, masukkan ucapan YB Taman Templer dalam ucapan saya juga ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Layan la sikit.

Okay. Macam mana yang saya sebutkan tadi tu, aplikasi SELangkah itu sendiri kita boleh gunakan untuk kita mendapatkan data dan juga memudahkan bantuan untuk kita salurkan selepas ini. Sebab kita jangkakan banjir ini akan berlaku lagi. Banjir ini akan berlaku lagi. Sebab itu bagi saya, kita kena memperkemaskan sistem dan sebagainya dan mungkin selepas ini kita akan orang kata, lebih agresif. Permohonan melalui online

dan sebagainya untuk memudahkan pengguna-pengguna yang boleh menggunakan secara online supaya bantuan itu dapat disalurkan dengan lebih cepat dan tepat kepada mangsa yang terjejas. Dan saya mengharapkan dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri dapat mendesak Kerajaan Pusat yang telah menjanjikan bantuan wang ihsan untuk disegerakan diberikan bantuan kepada mangsa-mangsa ini. Yang lebih malang, pada ketika ini kebanyakan mangsa dia beranggapan Kerajaan Negeri punya tanggungjawab, juga tentang janji-janji daripada Kerajaan Pusat. Dan akhirnya Kerajaan Negeri dipersalahkan, pejabat daerah dipersalahkan. ADUN-ADUN dipersalahkan. Sedangkan ini janji daripada Kerajaan Pusat tapi peruntukkan tak diturunkan. Mungkin ada satu jalan yang lebih baik yang boleh kita gunakan untuk mendesak dan juga memberi maklumat kepada rakyat tentang tanggungjawab kerajaan pusat yang telah menjanjikan bantuan itu supaya bantuan itu dapat disalurkan kepada mangsa yang telah terkesan pada ketika ini.

Dan seterusnya, saya nak membangkitkan juga berkaitan dengan isu yang agak sensitif. Mungkin tak ramai nak berani sentuh berkaitan dengan isu solat Jumaat jemaah pada perlu booster baru boleh solat Jumaat. Saya memahami dan juga menghormati perintah titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Tetapi saya mungkin mengharapkan ada kajian yang terkini yang boleh kita persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk mempertimbangkan semula supaya solat Jumaat ini boleh dibenarkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat dan lebih-lebih lagi negara kita sedang menuju ke arah endemik. Perubahan ke arah endemik.

Yang Berhormat Meru, mohon celahan.

Terima kasih. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Meru sebentar tadi tentang ketetapan itu suatu yang telah dipersetujui tentang keperluan dos penggalak untuk mereka yang hadir Solat Jumaat ya. Bukan solat jemaah. Di masjid ataupun surau-surau yang diberi izin Solat Jumaat. Apa yang menjadi satu persoalan, kita kata sebenarnya kalau tidak membenarkan saya bimbang kerana ada di kalangan pelaksana-pelaksana ibadat solat Jumaat antaranya pegawai-pegawai (imam, bilal pun) tidak cukup tiga dos. Jadi kalau tidak cukup, macam mana mereka nak laksanakan? Jadi saya fikir benda itu perlu dibuat satu bentuk kajian dan adakah Yang Berhormat Meru peka ataupun sedar tentang realiti tersebut? Terima kasih.

Okay, terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Saya, itu antara isu yang dibangkitkan sebenarnya.

Taman Medan. Bukan Taman Templer.

Eh, sorry Taman Medan. Minta maaf ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Itu la, tadi tak layan. Dah kena la tu.

Sayang kat Taman Templer. Sahabat lama. Ok.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Meru, minta mencelah.

Nanti dulu, nanti dulu. Nanti dulu, saya nak bagi selesaikan isu solat Jumaat ni dulu.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Sama, sama. Berkaitan.

Bagi saya. Takut hilang idea. Okay. Saya nak jelaskan juga kepada Yang Berhormat sekalian sebab bagi saya satu kelucuan apabila kita lihat di luar, di pasar raya dan sebagainya dah tak ada penjarakan dan sebagainya tetapi bila di masjid perlu kita patuhi keadaan yang begitu. Jadi benda ini macam tak tally. Lebih-lebih lagi kalau kita tengok di luar negara khususnya di Makkah dan Madinah sendiri pun dah hapuskan SOP-SOP ini. Di luar negara. Saya baru balik daripada Istanbul pun tak ada perkara-perkara ini.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Fuiyoooo, awat tak habaq.

Saya ajak Templer pergi ya. Pergi kerja ya. Urusan kerja ya. Okay

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Amboi...

Tapi saya nak jelaskan, kita kat Malaysia ni saya nampak isu Covid ni sebenarnya lebih dipolitikkan sebenarnya. Bukan sebenar-benar nak untuk mengatasi. Saya tak nak benda ni yang menjadi mangsa rakyat sehinggakan kita nak buat ibadah pun susah. Lebih-lebih lagi tak lama lagi kita nak menyambut Ramadhan, tarawih dan sebagainya ni. Dan dalam masa sama, saya nak ambil kesempatan juga pihak Jabatan Agama Islam pantau masjid-masjid, surau bila Ramadhan ni penceramah-penceramah tu yang ada tauliah ke tak, saya dah ditarik tauliah. Terima kasih.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Meru, Meru.

Dan dalam masa yang sama...

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Meru, sedikit. Takut saya pun lupa.

Sila, sila, sila.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Saya lupa idea saya. Terima kasih Yang Berhormat Meru. Berkenaan dengan solat Jumaat tadi, booster tu kena ambil dos penggalak. Saya dimaklumkan oleh ibu bapa kepada pelajar yang mana pelajar yang berusia 18 tahun ke bawah, saya tidak pasti adakah syaratnya untuk mengambil dos penggalak ini umur 18 tahun ke atas. Jadi bagaimana pula mereka nak ambil tetapi faktor usia tidak menggalakkan. Usia mereka baligh mungkin di antara 13 ke 15 tahun. Jadi apabila baligh, mereka dah diwajibkan untuk Solat Jumaat. Dan mereka juga bersedia untuk ambil booster ataupun dos penggalak tetapi dos penggalak usia yang dibenarkan ialah 18 tahun. Jadi apakah pandangan Meru berkenaan dengan isu ini juga? Terima kasih.

Okay, terima kasih Yang Berhormat Jeram ya. Itu antara isu juga yang kita kena fikirkan bersama ya. Bila kita lihat 18 tahun, bawah 18 tahun tak dapat booster tak boleh masuk masjid dan sebagainya sebenarnya ini kalau kita biarkan, dia bukan saja memberi kesan tentang kehidupan dan juga cara hidup generasi muda kita kepada masjid. Itu kita kena faham juga. Tanpa hari ini, masa dulu kalau kita lihat waktu ketika pandemik sedang berlaku, masjid dihadkan dan sebagainya sampaikan orang tak tahu sembahyang Jumaat pun orang dah lupa dah. Sampai peringkat begitu ya. Jadi kita bimbang orang menjauhkan diri daripada masjid. Sebab tu bagi saya, pada ketika ini kita perlu menilai balik dan kita kena mulakan daripada negeri Selangor. Jadikan Selangor ini sebagai contoh kepada negeri-negeri lain. Okay kita boleh rapatkan saf, boleh hidup sembahyang berjemaah dan dalam masa yang sama kita boleh hindarkan Covid daripada merebak ya. Mungkin sebab sebelum ini kita kurang cakna ataupun tidak ada SOP yang khusus tentang bagaimana nak mencegah Covid dan sebagainya untuk khususnya di rumah-rumah ibadah itu sendiri ya.

Dan saya sebutkan tadi juga berkaitan dengan isu tauliah ni tadi. Saya melihat masih ada lagi penceramah-penceramah politik yang aktif berceramah di masjid-masjid, di surau-surau dengan alasan mereka tidak ada jawatan dalam parti. Tetapi hakikatnya tidak ada jawatan parti di peringkat negeri tapi peringkat pusat ada. Ataupun sebab dia tidak ada parti sebab dia kalah dalam pemilihan tetapi dia masih aktif lagi berpolitik malahan lebih malang lagi JAIS sendiri menjemput mereka ini. Yang ini perlu dipertimbangkan, perlu dilihat. Saya, walaupun JAIS dah hantar surat, okay makluman tarikan tauliah saya dan boleh dikata boleh merayu tapi saya tidak merayu sebab saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk orang politik tidak berceramah di masjid dan surau. Cuma ayat tu kena ubah sikit sampaikan dia kata

dalam surat tu, nak mengajar agama pun tak boleh. Takkan saya tak boleh ajarkan anak isteri saya, pada kawan-kawan saya? Jadi ayat tu kena jaga. Minta JAIS betulkan. Itu satu perkara.

Dan seterusnya saya nak bangkitkan juga di sini berkaitan dengan vaksin tu sendiri. Ini mungkin kebimbangan yang ada seluruh negara. Bila isu booster diberikan kepada penerima vaksin, banyak kes-kes yang, apa nama? Kes-kes kesan-kesan selepas pengambilan vaksin ini, sakit dan ada yang sampai kononnya mati dan sebagainya. Jadi mungkin kita boleh mengkaji balik tentang vaksin. Kerajaan Negeri Brunei pun, Sultan dia pun minta kajian juga untuk booster ataupun vaksin kepada kanak-kanak ini. Makna mereka prihatin tentang masalah vaksin ini. Cuma saya nak tahu walaupun bawah Kerajaan Pusat, satu perkara yang pelik bagi saya setiap penerima vaksin dia kena tandatangan surat apa, aku janji itu. Tapi itu seolah-olah satu paksaan, bukan sukarelawan. Kalau tak tandatangan, tak boleh dapat vaksin sedangkan dalam perjanjian itu, tak boleh KKM tak akan bertanggungjawab kalau jadi apa-apa. Makna, rakyat sendiri tak ada pilihan. Tak ada pilihan dan seolah-olah kerajaan dengan senangnya nak lepas tangan terus. Kerajaan Pusatlah maksud saya tentang perkara ini.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Meru, boleh celah?

Mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh bantu saya untuk mendapatkan penjelasan tentang situasi ini dan apa tindakan daripada Kerajaan Negeri yang boleh kita buat untuk pastikan jangan sampai rakyat negeri Selangor ini menjadi mangsa ataupun dipaksa rela dengan cara begitu. Sebab kita tak boleh nak membela hak rakyat bila mereka sendiri dah tandatangan secara paksa begitu. Ya, Seri Setia.

Tuan Halimey bin Abu BakarPKR · PHSeri Setia

Okay. Terima kasih. Saya nak tanya pandangan Meru lah. Selalunya yang datang bersolat ni, yang solat hari Jumaat ni, yang ni di check sama ada booster atau tidak. Tetapi apa pandangan Meru, setuju tak pendapat saya yang menyatakan bahawa ada sesetengah jawatankuasa surau ataupun masjid untuk Jumaat itu sendiri yang tak terima booster, yang menolak booster, yang hanya ambil dua kali sahaja dan memandangkan kerana tidak ada imam di situ, tidak mencukupi imamnya, dia terima juga dan dia ambil bertugas walaupun dua sahaja.

Saya yakin perkara itu berlaku. Untuk makluman Seri Setia sebab ada yang mengaku kepada saya pun. Dia kata sebenarnya saya pun tak ada booster, tapi masuk je. Diam-diam sahaja lah. Jadi benda ini boleh berlaku ya. Benda ni boleh berlaku sebab benda ni boleh di adjust. Ini yang menjadikan masalah kepada kita sebenarnya. Jadi untuk makluman semua Yang Berhormat, saya mengharapkan berkaitan dengan isu ini dapat pihak JAIS dapat pertimbangkan semula, dapat mengkaji balik supaya

memudahkan umat Islam khususnya di negeri Selangor untuk mendirikan solat dan dalam masa yang sama dapat kita menghindari juga Covid daripada berleluasa.

Timbalan Speaker

Yang Berhormat, sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 1 tengah hari. Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN)

(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)

(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)

Timbalan Speaker

Assalamualaikum W.B.T. Dewan disambung semula. Saya bagi ruang Meru, lima minit.

Terima kasih kepada yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Saya menyambung perbahasan saya dengan menyentuh tentang berkaitan dengan Titah Ucapan Duli Yang Mulia Sultan Selangor berkaitan dengan isu Blueprint. Yang mana Tuanku Sultan cukup berbangga dengan pencapaian dan juga hasil daripada program Blueprint Kerajaan Negeri Selangor. Namun saya difahamkan sejak tahun 2008 dia tak pernah dinaikkan dari segi peruntukkan. Jadi saya mengharapkan mungkin Kerajaan Negeri selepas ini boleh menaikkan peruntukkan Blueprint supaya lebih ramai lagi rakyat yang dapat manfaat daripada program yang telah dianjurkan ini pun kita lihat ramai yang dapat manfaat daripada bantuan tersebut. Selain itu juga, saya ingin membangkitkan tentang pertanyaan tentang status kubur hindu pekan Kapar, tentang pembinaan krematorium, bila akan dimulakan, sebab ini keperluan mendesak juga daripada kalangan masyarakat India yang perlu diambil perhatian untuk memberi kemudahan dan juga bantuan kepada mereka yang berhadapan dengan masalah kematian bagi masyarakat India. Dan juga di sini juga saya nak menyentuh berkaitan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO Ustaz Zawawi, Sungai Kandis, yang telah Berjaya menganjurkan program SELHAC yang cukup Berjaya dan baru-baru ini kita lihat bagaimana program yang dianjurkan mendapat sambutan hangat.

Namun saya difahamkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk menghidupkan ataupun menjadikan Selangor sebagai Hub Halal cukup sedikit dan saya rasa untuk memastikan perjalanan Industri Halal di Negeri Selangor ini berjalan lancar dan mungkin boleh menjadikan sebagai salah satu pendapatan baru kepada Kerajaan Negeri, perlu ditambahkan peruntukkan untuk memastikan pelaburan khususnya industri halal ini benar-benar dapat kita kuasai dan juga menjadi juara di peringkat

setidak-tidaknya di Asia Tenggara. Sebab market untuk halal industri cukup luas dan cukup tinggi dan bagi saya tidak ada alasan untuk kita menafikan atau mengetepikan peluang yang ada di depan mata kita untuk kita menjuarai Industri halal bukan saja di dalam negara kita, mungkin boleh jadikan Selangor sebagai tempat rujukan kepada negara-negara lain juga untuk menerokai dan juga Bersama dalam Industri halal itu sendiri. Selain itu juga, saya ingin menyentuh berkaitan dengan pertanyaan daripada warga orang asli khususnya di Gombak yang mana mereka telah mengajukan aduan kepada saya bahawa penduduk di Batu 12 Gombak, ingin mengetahui tentang status tanah penempatan seluas 17.9 ekar yang telah disebut oleh Menteri Besar dalam pertemuan di dewan MPKK Batu 12 Gombak pada bulan 11 yang lepas. Yang mana mereka ingin mengetahui status, mereka hanya mendapat tahu maklumat daripada media dan juga makluman daripada MB melalui media dan mereka perlukan penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri yang mana mereka juga melihat bahawa kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli ada tempat yang tinggal di situ tapi mereka masih lagi belum dapat tempat dan juga tanah dan ini menyebabkan mereka sukar untuk memohon rumah PPRT dan sebagainya. Pada ketika ini, sidang Ahli Dewan sekalian Yang Berhormat, kita melihat isu peperangan antara Rusia dan juga Ukraine telah memberi kesan ekonomi yang cukup teruk pada negara-negara Eropah dan juga Amerika sendiri. Yang saya jangkakan kalau kita tidak bersedia daripada sekarang, berkemungkinan isu ini akan melarat ke negara kita. Yang ini perkara yang perlu kita bersedia dan ambil perhatian.

Saya tertarik dalam perbahasan saya yang lepas, saya ada membangkitkan supaya Selangor dijadikan sebagai Hub Education Crypto. Saya pernah bangkitkan isu ini dan dalam sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Kerajaan Rusia oleh negara Eropah dan Amerika, kita lihat pada ketika ini walaupun urus niaga, bank-bank ataupun aset-aset Kerajaan Rusia telah dibekukan, tapi Kerajaan Rusia masih dapat bertahan sebab dia menguasai dunia Crypto ini. Rupanya perancangan mereka ini dah lama, mereka telah membeli seperti saya bangkitkan sebelum ini, banyak wang digital ini untuk simpanan mereka dan apabila ekonomi ataupun mereka disekat, daripada berurus niaga menggunakan wang fiat ataupun urus niaga biasa, tetapi mereka dapat bertahan. Dan ini bagi saya perlu dipelajari juga oleh Kerajaan Negeri Selangor supaya kita dapat menjadikan tempat kita warga yang celik tentang dunia ini, bukan saja untuk memastikan kita mengetahui tentang perubahan ekonomi dunia, ekonomi digital , tetapi dalam masa yang sama bagi mengelakkan warga kita, rakyat kita terus tertipu atau pihak-pihak yang mengambil kesempatan untuk menipu dalam dunia ini. Sebab kita telah, kebanyakan kita terlampau ghairah untuk mengaut keuntungan atau kekayaan dengan cara mudah dalam dunia digital money ni, tetapi kita sendiri tidak mempunyai ilmu dan juga persediaan yang cukup dan akhirnya kita ditipu. Sebab itu saya mencadangkan supaya kita memikirkan dan menjadikan Selangor sebagai hub education bukan saya nak katakan untuk kita beli dan sebagainya, tetapi hub education untuk kita mempelajari dan juga menjadi pusat rujukan kepada negeri-negeri ataupun mungkin juga negara luar untuk menarik mereka datang ke negeri kita

menjadi satu sumber pendapatan baru dalam negeri kita sebagai tempat rujukan pelabur-pelabur yang berminat dalam dunia digital ini sendiri.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Yang Berhormat Meru, minta celahan Yang Berhormat Meru.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Apa yang disampaikan oleh Yang Behormat Meru mengenai tentang pelaburan-pelaburan di luar negara. Adakah Meru bersetuju bahawa langkah Kerajaan agak kelewatan membuka boarder ini menjejaskan ekonomi ketumbuhan ekonomi pasca Covid di negara ini.

Ok terima kasih Yang Berhormat Dengkil. Saya tidak nafikan memang apabila kerajaan menutup boarder daripada kemasukan pelancong dan sebagainya ke dalam negara kita, dia memberi kesan dari sudut ekonomi khususnya pelancongan itu sendiri dan saya ucapkan terima kasih juga kepada kerajaan pusat apabila dia telah membuka sempadan bermula pada 1 April ini, saya yakin ia akan memberi impak yang besar kepada ekonomi khususnya sektor pelancongan tetapi dalam masa yang sama saya harapkan dari segi pengurusan persediaan kita tu kena ada dan saya lihat waktu di lapangan terbang KLIA sendiri, pengurusan kemasukan penumpang kapal terbang ini untuk keluar daripada airport itu mengambil masa berjam-jam, saya nampak macam seolah-olah kakitangan KKM masih lagi belum bersedia, mungkin perkara ini perlu diperhalusi juga sebab ia boleh mencemarkan nama baik negara dari segi pengurusan.

Dan yang terakhir, bila kita bangkitkan isu berkaitan dengan banjir dan baru-baru ini kita lihat bagaimana kerajaan negeri terpaksa menanggung ratusan juta untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Saya mencadangkan kepada kerajaan, kepada khususnya kepada mangsa-mangsa banjir atau kawasan-kawasan yang memang selalu banjir untuk kerajaan negeri memikirkan, menyediakan insurans secara kelompok ataupun menggalakkan rakyat membeli insurans pelindungan bila berlaku bencana supaya bukan sahaja mereka dapat pelindungan ataupun bantuan kewangan, tetapi dalam masa yang sama dapat mengurangkan tanggungan dan juga bebanan kerajaan negeri yang pastinya dalam masa yang sama kurangnya bebanan kita untuk membantu ini dapat kita alihkan peruntukkan yang ada, wang yang ada pada kerajaan negeri untuk kita berbelanja daripada sektor-sektor yang lain pula. Itu cadangan yang saya rasa perlu diperhalusi dan mungkin akan dapat meringankan satu bebanan kerajaan negeri dari segi kewangan dan dalam masa yang sama dapat membantu mangsa untuk menanggung ataupun menampung kerugian yang mereka alami akibat bencana banjir itu sendiri. Jadi akhirnya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker yang memberi ruang kepada saya,

dengan ini saya menyokong dan juga menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor. Assalamualaikum W.B.T.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum W.B.T. , Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia dan juga Salam Kita Selangor. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, memberikan ruang kepada Sungai Panjang untuk turut sama membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Yang pertamanya berdasarkan Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Isnin yang lepas, antara perkara dan juga point penting yang kita semua ahli-ahli Dewan perlu ambil maklum termasuklah di peringkat kerajaan adalah berkenaan dengan perubahan iklim yang mana perubahan iklim dunia, global termasuklah Negeri Selangor ini sehinggalah berlakunya satu bencana banjir besar yang tidak, yang kita tidak sangka-sangka kan berlaku di hujung tahun 2021 dan juga awal tahun 2022 yang lepas. Dan bencana banjir yang telah pun berlaku ini memberikan banyak ibrah pengajaran dan juga panduan kepada kita bagaimana untuk kita menangani bencana-bencana yang berlaku di dalam negeri kita.

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker dan juga Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang saya hormati sekalian. Di dalam kita menangani isu banjir ini, seperti mana yang telah pun, saya ingat telah diulas panjang oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar selaku ketua pembangkang berkenaan agensi-agensi dan juga jawatankuasa. Mungkin kalau kita boleh lihat pelaksanaan bencana ini sebenarnya kita telah pun ada guideline baik pun di peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan. Dan di peringkat persekutuan kita ada guideline MMKN 20, arahan Majlis Keselamatan Negara 20 yang telah pun menggariskan panduan dan juga tatacara bagaimana keadaan apabila negeri, negara berhadapan dengan bencana dan bila aktivasi ataupun dengan izin activation semua agensi-agensi ini untuk bergerak dan di peringkat ini, ia memberikan satu pengajaran pada kita supaya baik di peringkat negeri dan juga di peringkat persekutuan seperti mana jawapan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar pada pagi tadi, mesti lah mempunyai satu mekanisma dan juga gerak kerja bersama dalam menghadapi bencana dan ini juga yang di Titahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar kita mengetepikan sebarang kepentingan politik, parti-parti ataupun pihak kerajaan persekutuan dan juga negeri dalam kita memberikan bantuan dan juga menyalurkan sumbangan-sumbangan kepada mangsa-mangsa bencana banjir ini.

Kita di peringkat negeri ada Jawatankuasa Bencana Negeri dan di peringkat persekutuan kita ada Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara. Kedua-dua agensi dan kedua-dua jawatankuasa ini mempunyai peranan-peranan yang spesifik dan dianggotai oleh semua jabatan-jabatan yang berkaitan untuk sama-sama membantu dan juga menggerakkan aset-aset tersebut. Jadi saya juga tertarik dengan

perbahasan rakan-rakan Yang Berhormat yang lain. Selain daripada kita dah ada guideline, kita dah ada jawatankuasa dan kita dah ada persediaan-persediaan ini, kadang-kadang kita terlupa ataupun agak leka berkenaan dengan latihan-latihan sebab biasanya di dalam menangani bencana ini perlulah ada simulasi-simulasi. Kita pun biasa, fire drill dan sebagainya, latihan kebakaran dan baru-baru ini pun di peringkat negeri kita apabila berlaku gegaran gempa bumi yang berlaku di Indonesia yang mana di SUK sendiri berlaku sedikit gegaran, saya di fahamkan berlaku juga kekeliruan dan juga agak tidak smooth perjalanan itu, mungkin kerana kekurangan latihan dan saya ingat di peringkat, di peringkat kerajaan perlu menyediakan simulasi dan juga bersia siaga daripada segi itu agar, apabila berlaku bencana ini, semua agensi-agensi dapat digerakkan dan dapat di aktivasi ataupun activated dengan izin dengan segera dan tidak menjadi lagi aduan dan juga rungutan di bawah.

Kita kena akui, ini adalah kelemahan, bukan saja di peringkat negeri, mungkin di peringkat persekutuan juga dalam melaksanakan operasi-operasi yang berkaitan dengan banjir ini.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sungai Panjang, boleh.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Sikit je, jangan ceramah pula.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Eh tak.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Ini celahan, saya benarkan celahan Yang Berhormat Tuan Speaker, tapi kalau dia ceramah, saya minta tak dibenarkan.

Timbalan Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dia betullah, betullah kelemahan, kelemahan, tetapi adakah Sungai Panjang tahu, bahawa enam kali amaran yang diberikan Jabatan Metreologi itu, enam kali enam kali amaran itu, dia beritahu hujan, enam kali itu, enam kali itu, yang semalam ketua pembangkang tahu itu, enam kali itu dia beritahu hujan, bukan banjir, itu hujan, bukan banjir. Yang dia ramal dia banjir ini, negeri pantai timur, negeri Kelantan, negeri Terengganu, pantai timur pantai timur, negeri Pahang, UMNO Barisan perintah dekat Pahang, Pas perintah dekat Terengganu, Kelantan perintah, dekat Kelantan, sebab itu aset-aset penyelamat ini dia kerahkan semua, tak ceramah ini, tak ceramah, belum ceramah lagi.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Ok, ok saya dah faham dah maksud, saya dah faham.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sikit lagi, sikit lagi. Sebab itu aset ini Sungai Panjang, dia hantar semua ke pantai timur, Selangor tak ada. Selangor ini saya dapat maklumat untuk MBSA ada dua bot, MBSA ada, ialah kita, MBSA bukan kerja nya menyelamat, dia Kerajaan Tempatan, banyak kerja lain dia nak buat, ada dua bot je. Kemudian dua jet ski dekat MBSA, nak selamatkan dekat Sri Muda tiga puluh ribu orang naik dua jet ski.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, saya ingat cukup dah, saya dah faham dah maksud dia.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Habiskan, ini last-last, ini fakta ni, fakta, kena masukkan dalam ucapan nanti tu, nanti tiga puluh tahun nanti empat puluh tahun nanti masyarakat dan juga warga di Sungai Panjang melihat bahawa ucapan daripada Sungai Panjang merupakan satu ucapan yang sangat baik. JPS, ada sepuluh bot, satu Selangor, Selangor ni negeri besar, ada sepuluh je. Jadi yang ini kita memikirkan sama-sama macam mana nak ke depan ini nanti untuk kita tambah aset sebab soal nyawa, soal keselamatan rakyat kita tidak boleh berkompromi. Terima kasih Sungai Panjang.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Terima kasih rakan Yang Berhormat saya daripada Taman Templer, saya ingat ada beberapa cadangan-cadangan yang Taman Templer kemukakan itu perlu diberikan perhatian, khusus nya di peringkat JPS la, kerana kalau kita lihat sebenarnya saya tak pasti di peringkat kerajaan, saya tak pasti di peringkat kerajaan sama ada post mortem yang detail telah pun dibuat berkenaan dengan bencana banjir ini, kerana banjir yang berlaku di negeri Selangor ini bukan la semata kerana taburan hujan yang lebat ataupun hujan yang laur daripada biasa, tetapi sebenarnya lebih kepada sistem saliran dan juga sistem kawalan banjir di peringkat negeri yang mana ianya di bawah bidang kuasa dan juga di selia oleh JPS sendiri. Jadi di peringkat JPS sebenarnya ada banyak perkara-perkara penambahbaikan yang perlu dilakukan termasuklah sistem longkang-longkang yang sedia ada.

Kadang-kadang kita lihat pembangunan dan juga sistem perparitan ini tidak setara, pembangunan yang pesat, namun aliran dan juga agihan air yang berlebihan ini tidak ada sistem yang efisien yang menyebabkan berlaku, sering berlaku banjir-banjir kilat khususnya di kawasan dalam bandar di dalam negeri Selangor. Maka JPS peru ambil perhatian ini, apabila melibatkan bencana ini, kita tahu benda yang kita tak boleh aspek, jadi kita kena sama-sama fikirkan di pihak persekutuan. Persekutuan ini kena jaga 14 negeri Yang Berhormat Taman Templer, jadi dia pun ada juga limitasi, tetapi di negeri Selangor, yang mana kita antara negeri yang maju dan juga mempunyai kawasan bandar yang berkapasiti pesat, jadi kita kena bersedia juga dengan perkara-perkara ini termasuklah dari segi aset-aset bot, jet ski dan sebagainya dan juga aset-aset yang lain.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sungai panjang, sikit.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Tak, saya Yang Berhormat, Tuan Speaker saya tak benarkan. Saya tak benarkan, Yang Berhormat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya nak sebut, aset itu ada pada NADMA, saya nak minta Yang Berhormat juga, ini kita sama-sama, ini betul kita bekerjasama, kita bergabung. Aset ini ada pada NADMA, jadi Yang Berhormat daripada UMNO Barisan Nasional nak kena tengok sikit la, NADMA ini, sebab dia lambat, lewat, yang itu NADMA.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Saya ingat saya dah ulas berkenaan itu, masa diperingkat persekutuan kita ada NADMA, di peringkat negeri kita ada agensi-agensi yang lain, semua boleh bekerjasama, semua boleh bekerjasama dan boleh duduk sekali dan kita fikirkan bagaimana jalan keluar perkara ini. Tapi berkenaan dengan JPS ini, saya juga nak sentuh, betul di daerah Sabak Bernam khususnya Sungai Panjang ini, daerah dan juga DUN yang juga mungkin paling minimum terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini, bukan tak ada banjir, ada, tapi tidak lah begitu besar tetapi banjir-banjir yang berlaku di dalam kawasan sun Sungai Panjang ini biasanya adalah kelemahan daripada pengurusan parit-parit monsun dan juga ongkang-longkang oleh pihak JPS, rumput-rumput yang tak di potong, longkang-longkang, parit-parit monsun yang gagal dibersihkan dan juga saliran-saliran yang tersumbat.

Ada beberapa hotspot-hotspot banjir dalam daerah Sabak Bernam, sebagai contoh parit 5 gambut, Sungai Panjang, Kampung Tengah Pasir Panjang dan juga Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang, ini semua melibatkan sistem peparitan, bukanlah kerana bencana, kalau hujan yang berterusan pun, dia boleh banjir. Jadi perkara ini juga perlu dilihat, kalau dalam Titah Tuanku ini, saya dimaklumkan, kalau kita membaca dan juga mendengar, ada 58 juta peruntukkan untuk membaik pulih dan juga menambah baik sistem saliran, kalau dibahagiakan ikut DUN, ada satu DUN lebih kurang satu juta, daerah Sabak Bernam ada empat DUN, lebih kurang empat juta, tapi ia mesti dimaksimis kan supaya saliran-saliran ini, sempurna, kalau tak rumah orang tenggelam, padi tenggelam di daerah Sabak Bernam khususnya di dalam kawasan DUN Sungai Panjang.

Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, di dalam ucapan Titah Tuanku juga ada menyentuh berkenaan dengan pembangunan hub sekuriti makanan yang mana salah satunya Selangor Smart Agro Park berada di Changkat, Menteri di dalam DUN Sungai Panjang yang telah pun dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan ini, selepas dirasmikan Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, menjadi satu isu pula kerana kawasan ini apabila dilapangkan dan juga dibersihkan, rupa-rupanya belum ada EIA, belum ada lagi Environment Impact Assessment dibuat, maka kawasan tersebut telah pun diberikan perintah larangan oleh jabatan Alam Sekitar

pada 12 April 2021. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan kawasan ini, apakah status dan juga perkembangan kemajuan dan juga pembersihan kawasan tersebut, sebab apa yang saya lihat dan juga saya maklumkan Yang Berhormat Pandan Indah juga sebelum ini ada hadir bersama-sama dengan saya, ada kerja-kerja berlaku, ada kerja-kerja pembersihan dan penebangan pokok berlaku di kawasan tersebut, adakah ianya tidak termasuk dalam larangan jabatan Alam Sekitar ataupun ada pengecualian ataupun bagaimana, perlu jelaskan. Kerana apa yang kita faham dengan perintah larangan ini, apa kerja pun tidak boleh lagi dilakukan dan juga dilaksanakan di kawasan tersebut termasuklah kerja-kerja pembersihan kerana tidak ada kelulusan dan juga pembentangan EIA tersebut, ini juga kita khuatir, kalau diteruskan tanpa ada assessment yang betul-betul baik dan juga betul-betul kuat, kita takut nanti kawasan yang tak pernah banjir di situ pun, banjir.

Kerana kawasan tersebut dibangunkan di kawasan yang hampir dengan zon pemampan dan juga zon hutan simpan Sungai Karam, kita tak nak limpahan air hujan yang jadi takungan akhirnya turun ke kampung-kampung belia dua dan belia satu dan juga boleh sampai ke parit 16 Sungai Panjang. Jadi ini pun boleh mendatangkan risiko banjir apa lagi B44 jalan negeri B44 yang membawa ke Hulu Selangor itu pun kadang-kadang air dia boleh banjir di kawasan tersebut. Jadi kita tak nak dengan kawasan tanpa ada penilaian yang komprehensif, kita tak nak sekali lagi bencana alam ini bukannya kerana bencana semata-mata tapi oleh sebab kegagalan dan juga kelemahan kita oleh tangan-tangan kita sendiri dan saya menyokong bahawa di negeri Selangor ini adanya Selangor Implimatation Performance Monitoring Unit, siap perlu lah monitor semua projek-projek besar, berskala besar pihak kerajaan dan juga di peringkat negeri ini, bukan sahaja dari ketirisan tapi daripada segi delivery ataupun dari segi pelaksanaan projek itu sendiri, sama ada ianya sebenarnya memberikan impak yang positif ataupun akhirnya akan memberikan kesan yang negatif kepada masyarakat dan juga rakyat. Ini bahaya, projek besar ini melibatkan perbelanjaan yang besar, contohnya di daerah Sepang, saya juga dimaklumkan telah pun dimulakan social impact assessment untuk menambah, bagan Pantai Bagan lalang di Sepang. Jadi ini pun telah pun menaikkan bantahan-bantahan daripada pihak awam di sana, jadi ini pun kerajaan kena lihat.

Dan seterusnya antara perkara-perkara lain yang disentuh adalah berkenaan pemerkasaan pendidikan islam dan juga agama islam. Saya harap peruntukkan-peruntukkan yang telah tersedia untuk sekolah-sekolah agama ini perlu dilihat di dalam DUN Sungai Panjang, banyak sekolah-sekolah rendah agama dan juga KAFA Integrasi yang saya lihat fasiliti dan juga kemudahannya dah agak uzur walaupun mungkin muridnya berkurang tetapi fasiliti itu masih lagi perlu digunakan dan perlu di agihkan untuk di baik pulih khususnya daripada segi atap, tandas, bilik darjah dan sebagainya. Dan berkenaan dengan masjid Yang Berhormat Tuan Timbalan speaker, di dalam DUN Sungai Panjang ini, telah ada satu cadangan untuk membina masjid baru iaitu masjid Sungai Haji Dorani. Ini cadangan adalah sangat penting kerana pembinaan masjid di sana adalah menjadi satu keperluan yang mendesak kepada

masyarakat dan juga penduduk kerana sebelum ini mereka bersembahyang di masjid An-Nur kampung Sungai Haji Dorani yang berada di sebelah sawah. Untuk makluman ahli-ahli dewan juga pihak kerajaan, kawasan ini telah pun terpecah kepada dua akibat pembinaan jalan FR05 ini dengan adanya pusingan U, jejantas dan sebagainya, masjid berada di sebelah sawah dan penduduk berada di sebelah, jadi mereka memerlukan kawasan dan juga mengenal pasti mereka telah pun mengenal pasti kawasan untuk dijadikan masjid seluas 4 ekar yang telah pun diwakafkan oleh tujuh orang individu dan kawasan itu adalah kawasan yang strategik. Anggaran yang dijangka kan untuk membina masjid tersebut adalah lebih kurang RM19.5 juta termasuk kemudahan-kemudahan dewan, kuarters dan sebagainya.

Untuk bangunan utama masjid sahaja, kalau dianggarkan untuk 1500 orang lebih kurang RM12 juta, dan kalau kita nak bena untuk memuatkan 2000 orang ia akan menelan belanja sehingga RM16juta. Jumlah yang terkumpul adalah RM1.3 juta, jadi kita minta agar masjid di Sungai Haji Dorani ini diberikan tumpuan dan kerajaan menyediakan bajet agar ia boleh disiapkan dan juga boleh disegerakan pembinaannya. Untuk makluman, kali terakhir daerah Sabak Bernam membina masjid baru adalah masjid Taman Padu Permai yang telah pun dirasmikan pada tahun 2018. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, berkenaan institusi Islam juga, ada satu perkara yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan enakmen undang-undang keluarga Islam yang mana pada sidang dewan yang lepas, kita telah pun bersetuju dan juga meluluskan pindaan had umur perkahwinan daripada 16 tahun naik ke 18 tahun.

Namun saya minta kerjasama, kita sebagai Ahli-ahli dewan untuk kita membantu dan juga membuat satu rundingan ataupun membuat satu ketetapan, apakah asas pihak mahkamah ataupun pihak jabatan agama islam untuk menolak satu permohonan tersebut. Kita tahu dalam proses ada memerlukan ulasan daripada jabatan kebajikan masyarakat, kelulusan polis dan sebagainya. Adakah kalau ulasan-ulasan ini telah pun di kemukakan, kita wajib berikan kelulusan ataupun tidak, sebab tujuan utamanya adalah untuk kita memudahkan perkahwinan, bukannya merumitkan, kerana ada satu aduan yang saya terima, di dalam kawasan saya. Dia dah mohon untuk bernikah di bawah umur, namun permohonan itu walaupun di sokong oleh jabatan agama, ianya ditolak oleh mahkamah syariah sedangkan wali hadir dan juga semua hadir.

Sepatutnya daripada segi asasnya sepatutnya dah cukup dan akhirnya, ialah bukan semua orang mempunyai akses dan juga mempunyai kapasiti untuk melantik lawyer syariah dan sebagainya dan saya pula bukan lah sebagai pengamal undang-undang syariah yang kita tak boleh bantu. Untuk dibuat rayuan ada kos permohonan tersebut akan ada kos yang tambahan dan sebagainya. Maka keluarga ini mengambil ketetapan, dia kata susah nak mohon, dia terpaksa tak pe la, tunggu lah umur 18 tahun. Jadi seolah-olah kita merumitkan pula, sedangkan perkahwinan ini adalah satu yang dituntut dan ianya adalah fardu kifayah, ia harus ianya yang dituntut, dia bukannya saja-saja dan dia mempunyai niat yang baik, jadi tak patut ianya disusahkan

dan juga dirumitkan. Jadi kita mesti beri panduan sebagai penggubal enakmen tersebut, kita mesti bagi panduan kepada mahkamah dalam interprate dan juga membuat keputusan, tidak boleh sewenang-wenangnya menolak sedangkan sokongan daripada jabatan agama dan juga ulasan-ulasan ini menyokong permohonan tersebut, melainkan kalau tak jumpa wali dan sebagai nya mungkin itu ada keperluan.

Dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga menyentuh isu pendidikan yang mana hari ini kita kena merubah juga sama-sama turut mengubah mindset supaya pendidikan ini kita tumpukan kepada vokasional. Di Negeri Selangor kita telah ada inisiatif kemahiran teknikal dan juga iktisas Smart Selangor, iktisas, jadi kena perkasa kan supaya dengan Industri teknikal ini akan memberikan ruang kepada anak-anak warga Selangor mempunyai peluang pekerjaan dalam industri, dia tidak ketinggalan, kita tak boleh lagi macam dulu, tumpu sepenuhnya kepada habis sekolah kena masuk Universiti, lepas Universiti ambil Master dan sebagainya melalui education yang formal ini, menjadi profesional dan sebagainya. Sedangkan di luar sana, industri punya demand adalah kepada kumpulan-kumpulan teknikal. Jadi ini juga mesti di perkasa kan dalam bidang-bidang pendidikan.

Dan akhir sekali adalah berkenaan dengan isu perumahan di Negeri Selangor. Ini juga ditekankan dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, iaitu berkenaan slogan kita “Satu Keluarga, Satu Kediaman Yang Selesa”. Jadi kita harap di peringkat Kerajaan Negeri Selangor. Kita tumpulah berkenaan dengan bina rumah ini. Tapi pembinaan rumah Selangorku ke, Rumah Idaman ini saya lihat tertumpu di kawasan bandar. Kita di kawasan luar bandar ini kadang-kadang ketinggalan tentang akses ataupun apa nama ini kemudahan untuk mendapatkan Rumah Idaman dan juga Selangorku. Mahupun rumah Rent to Own. Kita di peringkat Persekutuan ada SPNB (Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad). Orang di kampung ini Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, kadang-kadang ada tanah peninggalan orang tua ataupun peninggalan keluarga, tanah pusaka tapi dia tidak ada kemampuan untuk membina rumah. Saya harap di peringkat negeri Selangor ada juga skim yang boleh membina rumah di atas tanah sendiri tak kiralah namakan lah skim itu apa pun, tetapi sama-sama membantu kerana di SPNB dah ada dan SPNB ini meliputi semua seluruh negara Malaysia. Jadi mungkin ada yang mereka tidak boleh tampung yang mana kerajaan Negeri boleh tengok, khususnya di kawasan luar bandarlah. Mereka ini biasanya ada tanah peninggalan orang tua ataupun tanah-tanah pusaka yang mereka dirikan tetapi mereka tidak mampu untuk membina rumah di tanah tersebut. Kadang-kadang rumah pusaka lama itu pun dah duduk 2-3 keluarga dekat dalam itu. Jadi dia nak bina rumah baru.

Timbalan Speaker

Sungai Panjang ringkaskan.

Dato’ Mohd Imran bin TamrinUMNO · BNSungai Panjang

Baik terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya akan ringkaskan. 2 minit yang terakhir. Jadi saya

harap di peringkat kerajaan memikirkan satu skim agar semua dapat dirasai ya ‘satu keluarga satu kediaman’ yang selesa. Jadi saya ingat itu perkara-perkara lain telah pun disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang lain dan menjawab daripada hujahan ataupun perbahasan Yang Berhormat Banting tempoh hari ataupun semalam sememangnya kita menitikberatkan baik di peringkat pembangkang, kerajaan, kita kena mengamalkan ataupun membawa budaya politik yang matang ini, kita di peringkat pembangkang juga ada peranan di peringkat kerajaan juga ada peranan yang paling penting adalah kita terus memperjuangkan isu yang against ketirisan, kita mesti memastikan good governance daripada kerajaan dan sebagainya agar kita sama-sama bergerak di dalam dewan ini bukan semata-mata kepentingan parti politik ataupun diri kita sendiri, tetapi kita lebih fokus kepada membina negeri Selangor ini sendiri bersama-sama. Kita berpolitik dan juga mendapatkan mandat ini apabila kita bertanding pilihan raya. Selepas kita pilihan raya kita dah angkat sumpah sebagai ahli dewan di dalam dewan ini baik di peringkat kerajaan dan juga pembangkang. Kita sama-sama memainkan peranan kita untuk membina negeri Selangor kita ini agar negeri Selangor ini terus maju dan juga manfaatnya dilimpahi kepada rakyat sekalian. Jadi Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker mohon untuk menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih.

Timbalan Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Panjang. Saya persilakan Yang Berhormat Taman Medan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan. Bacaan doa. Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker di atas peluang yang diberikan kepada saya mewakili rakyat di kawasan Taman Medan bagi mengambil bahagian di dalam perbahasan usul menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor di dalam Istiadat Pembukaan Rasmi Sidang kali ini pada 14 Mac 2022 yang lalu. Jadi Taman Medan merasa terpanggil untuk berkongsi pandangan di atas beberapa perkara yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bersama dengan rakan-rakan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Baginda Tuanku telah menyatakan tentang permasalahan yang perlu dilaksanakan usaha penyelesaian kepada permasalahan-permasalahan tersebut antaranya adalah bencana banjir yang melanda sebahagian kawasan di beberapa daerah di Negeri Selangor terutamanya pada tarikh 18 Disember tahun 2021 yang lalu.

Termasuklah di dalam kawasan Taman Medan yang merupakan satu-satunya kawasan yang menjadi lokasi insiden banjir tersebut di dalam bandar raya Petaling Jaya. Juga dukacita Taman Medan ingin maklumkan bahawa insiden banjir juga berlaku sekali lagi pada tarikh 7 Mac 2022 yang lalu, yang mana serentak ia berlaku dengan insiden yang menimpa jiran kita iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang begitu diberikan liputan yang besar-besaran kerana jajaran aliran sungai yang sama iaitu Sungai Klang bersambungan dengan Daerah Petaling dan juga Daerah

Klang di mana kawasan yang terawal yang terkesan adalah Taman Medan yang bersempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seperti dinyatakan oleh Yang Berhormat Pandan Indah dalam jawapan beliau mengenai permasalahan insiden banjir tersebut yang berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang memiliki satu terowong yang diwujudkan ataupun dibina bagi mencegah banjir besar yang dipanggil Terowong Smart. Smart itu bukan terowong pintar. Betul kata Yang Berhormat Pandan Indah. Dia ada nama dia sendiri ya. Tetapi air banjir itu disalurkan kembali ke Sungai Klang memasuki negeri Selangor di daerah Petaling dan banjir bertarikh 7 Mac 2022 tersebut melanda juga beberapa kawasan terawal di negeri Selangor iaitu di Taman Medan dan di Kinrara betul kan Kinrara. Sampai Kinrara ini saya berasa hormatlah ada gambar tular menaiki traktor untuk menyelamatkan anak-anak kecil ya syabas Yang Berhormat Kinrara. Jiran saya. Jadi titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyebut tentang jumlah kerugian yang dianggarkan akibat bencana banjir besar pada 18 Disember 2021 adalah berjumlah RM3.1 bilion bukan milion, ribu juta mujur tak trilion bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Jadi Taman Medan secara umumnya bersetuju bahawa aktiviti berkait dengan pencemaran alam secara umum maknanya bukan Negeri Selangor sahaja apa yang disebut yang dititahkan oleh Tuanku ialah aktiviti pembalakan, penebangan pokok, penerokaan tanah untuk aktiviti perladangan dan pertanian serta pembangunan fizikal. Begitu juga proses yang tidak dirancang dengan betul yang menjadi faktor menyumbang kepada terjadinya insiden banjir itu sendiri. Di Taman Medan, ada penduduk yang mendakwa bahawa keraguan tentang status pelaksanaan sesuatu projek yang sedang berlaku ataupun dilaksanakan di kawasan tertentu antaranya di kawasan berhadapan dengan Taman Buana Perdana yang didapati pada hemat mereka tidak mengikut peraturan yang diwartakan antaranya operasinya menjangkau hingga ke waktu yang tidak sepatutnya dan juga kegagalan membina struktur yang boleh mencegah kepada berlakunya banjir dengan lebih berkapasiti tinggi. Jadi wajar pihak berkuasa terbabit menyiasat dakwaan sedemikian. Baginda Tuanku bertitah tentang keperluan logistik yang digerakkan di kawasan-kawasan yang terjejas. Jadi ingin Taman Medan tahu adakah aset-aset atau keperluan logistik itu mencukupi atau berfungsi dengan baik sebab apa yang dinyatakan tadi sahabat Yang Berhormat Taman Templer menyebut bahawa ada aset-aset tersebut ditumpukan kepada kawasan yang dianggap berisiko, diramalkan berlakunya banjir iaitu di Negeri Kelantan, Terengganu. Negeri Selangor terabai ya. Tahu negeri sahabat sahaja kan. Ya, terabai. Bukan sekadar bot, bukan sekadar apa sebut jet ski, bukan sekadar sehingga ada wakil rakyat pun terpaksa buat langkah untuk nak mencari sendiri peralatan beli kayak dan sebagainya. Jadi di mana aset-aset terutamanya yang berkait dengan keperluan menyelamat helikopter, tak boleh pakai ke.

Takkan Kerajaan Negeri ada helikopter, tak ada kan. Kerajaan mana yang ada helikopter ya. Kalau kita tengok dalam umpamanya dalam paparan-paparan dapat dikongsi kan bagaimana keupayaan aset. Sebab saya ada dengar berita helikopter dah order tak sampai, duit dah bayar. Itu adalah Kementerian yang berkenaan ya. Jadi, Baginda bertitah sebagai suatu yang serius untuk mengerakkan aset-aset

tersebut kerana keperluan yang mendesak dan juga cemas hingga berlaku kehilangan nyawa. Ada ramai juga mangsa yang tidak sempat diselamatkan kerana mereka telah meninggal dunia akibat lemas tenggelam dalam banjir. Lebih daripada 20,000 petugas seperti yang dinyatakan daripada pelbagai agensi kerajaan sama ada pusat, negeri dan tempatan digerakkan seperti mana dalam titah Baginda tersebut. Begitu juga 50,000 sukarelawan bertungkus-lumus membantu. Saya ucapkan syabas di atas komitmen dan usaha mereka. Tetapi sejauh mana keselarasan antara setiap pihak terbabit itu sesuatu yang boleh dijelmakan. Apa yang boleh keselarasan. Masih jadi tanda tanya kerana banyak situasi tidak dapat dilaksanakan akibat ketidakselarasan usaha dan tidak mengikut turutan.

Sewajarnya keutamaan adalah membantu rakyat tanpa mengira apa jua situasi dan status kedudukan. Semalam 15 Mac 2022 sewaktu menyampaikan ucapan perbahasan menyokong usul menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, Ketua Pembangkang iaitu Yang Berhormat Sungai Air Tawar menyatakan ia adalah kegagalan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri untuk memberi arahan kepada setiap agensi kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan proses tersebut. Padahal agensi yang memiliki kapasiti melaksanakan misi bantuan secara berskala lengkap adalah di bawah kerajaan Persekutuan yang hanya boleh digerakkan oleh autoriti Majlis Keselamatan Negeri yang mana Majlis Keselamatan Negeri bukan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sebaliknya oleh seorang Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan iaitu Yang Berhormat Ahli Parlimen Tanjong Karang. Agaknya kalau seorang lagi Menteri Kabinet Persekutuan iaitu Ahli Yang Berhormat Parlimen Gombak dan juga Yang Berhormat Bukit Antarabangsa yang mempengerusikannya tak tahulah macam mana. Sebab itulah setakat jawatan atau kedudukan sebagai ketua kerajaan negeri iaitu Menteri Besar usahkan pegawai kanan kerajaan di kerajaan Persekutuan peringkat negeri nak akur dengan arahan, permintaan atau makluman beliau, Pengetua Sekolah pun tak pernah tidak membenarkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk hadir memasuki sekolah. Pengetua, belum jadi Pengarah, Ketua Pengarah Jabatan sudah berlagak sedemikian.

Walaupun ada mendengar kononnya arahan tak benarkan tetapi pengalaman Taman Medan ada juga yang membenarkannya. Ini bergantung kepada mereka. Sebab itulah sekolah yang sama juga pernah membenarkan individu berjawatan Ketua Bahagian UMNO, masuk. Boleh pula. Saya tak tahu ini peraturan apa diguna pakai. Ingatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bahawa berpolitik sepanjang masa ini bukan sekadar untuk ahli politik dan wakil rakyat sewajarnya difahami, di hadam dan dilaksanakan sesiapa juga termasuk para penjawat awam. Sama ada pegawai agensi kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat itu sendiri. Ini tidak dalam pelaksanaan tugas sebagai penjawat sesuatu jabatan yang dibayar daripada hasil yang dikutip daripada rakyat bukan bos mereka yang bayar. Mujur di negara kita ini para pegawai tidak dipanggil menjawab persoalan di dewan seperti mana di Indonesia. Indonesia, Ketua

Polis Negara kena panggil sampai tak dapat menjawab kenapa, kerana kebertanggungjawaban itu sesuatu yang perlu diberikan penjelasan dan begitu juga sebenarnya kalau kita lihat Taman Medan amat menghormati para penjawat awam yang menjalankan tugas dengan telus, jujur, amanah, berintegriti, adil dan profesional. Ini tidak kadang-kadang dalam menjalankan tugas pun ada pelaksanaan polisi-polisi yang telah ditetapkan itu sesuatu yang ikut kecenderungan. Pengalaman dalam umpamanya ada di kalangan warga, agensi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan ada yang profesional. Boleh masuk sekolah tak ada masalah sebenarnya dan itulah yang sebenarnya kita perlu tekankan titah tuanku, siapa juga jangan berpolitik, jangan jadikan kecenderungan politik itu sebagai satu platform ataupun indikasi bagi melaksanakan tugas. Begitu juga saya sebut.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Taman Medan. Taman Medan sebut banyak kali sangat tak boleh masuk ke sekolah ini. Saya nak tanya dengan Taman Medan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Minta izin dululah Templer. Minta kebenaran dulu.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya celah Jeram ke. Kita tak celah Jeram. Kita celah. Taman Templer nak tanya Taman Medan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Taman Templer dah ada buku peraturan tak ikut.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Nak tanya Taman Medan. Itu kuasa Timbalan Speaker. Timbalan Speaker benarkan.

Tuan Mohd Shaid bin RosliBERSATU · PHJeram

Tuan Timbalan Speaker, cuba.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Jeram duduk.

Timbalan Speaker benarkan. Saya nak tanya dengan Taman Medan.

Timbalan Speaker

Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya orang yang patuh.

Timbalan Speaker

Saya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Soalan tak dengar pun.

Timbalan Speaker

Timbalan Speaker yang arahkan untuk berdiri atau bercakap ataupun duduk ya. Sila Taman Templer.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Saya nak tanya masalahnya kita ini wakil rakyat yang dipilih, kita menang dalam pilihan raya ini. Pilihan raya umum kita menang. Rakyat undi kita. Apa yang takut sangat kita wakil rakyat ini nak masuk sekolah. Takkanlah kita ini tak cerdik kita ini. Takkan nak bersyarah politik depan budak-budak sekolah, dah tentulah kita nak bersyarah kita nak beritahu rajin belajar, hormat guru, hormat ibu bapa, yang Islam kena sembahyang, kena puasa, kena zakat, kena haji. Kan! Kita hendak beritahu itu. Kita hendak ajar. Tak kan sepanjang masa kita hendak berpolitik. Lecehlah kita Malaysia ni. Ahli politik yang menang kita wakil rakyat yang menang di dalam pilihan raya ini, Jeram. Jeram pun menang.

Soalannya apa?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Nanti dulu. Syarah dulu. Nak sampai ke soalan kena syarah dulu. Yang itu. Jadi hendak bertanya kepada Taman Medan ni sebenarnya apa yang ketakutan sebenarnya? Sehingga kita wakil rakyat ini tidak dibenarkan masuk sekolah? Itu dia punya soalan.

Terima kasih kepada Taman Templer. Taman Medan memang cukup disayangi. Kadang-kadang orang sebut Taman Medan pun jadi Taman Templer. Jadi saya pun tidak faham ketakutan apa? Saya pernah sekali dengar soalan daripada Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kepada Timbalan Menteri Pendidikan pada waktu itu Dato’ Razali namanya, Arwah.. Allah marhum, menyebut apa salahnya

Mohon mencelah Taman Medan.

Saya belum habis jawab lagi. Nanti saya bagi. Saya janji. Seminit lagi. Ya. Apa masalah dia. Masalah tiada masalah. Tapi kadang-kadang saya tidak tahu. Isteri saya pendidik, dia kata ada arahan. Mana ada arahan. Saya boleh masuk. Sebab kadang-kadang mereka ini memandai-mandai kecenderungan. Kita masuk sekolah, betullah. Masuk. Kita bukan hendak apa pun. Kurang-kurang kita tunjuk kita buat kerja. Kita buat kerja. Ini tak, mereka takutlah sekarang dah undi 18 kan. Dah kenal wakil rakyat dari umur 15, 16 tahun berkemungkinan tapi tiada mesej politik.

Kita hadir ke institusi itu bawa lambang apa? lambang negeri bukan lambang parti. Masalahnya mereka tidak boleh faham. Itulah! Budaya politik. Ingatan Tuanku bukan fasal wakil rakyat tapi perlu difahami dalam konteks semua ya. Saya boleh beri. Telah minta izin, belum.

Timbalan Speaker

Kuang.

Ya Taman Medan. Saya memang tertarik dengan apa yang diungkapkan dengan apa yang diucapkan oleh Taman medan berkenaan Pegawai Kerajaan terutama sekolah-sekolah yang tidak membenarkan wakil rakyat Pembangkang ini masuk ke dalam sekolah mereka bagi merasmi. Kira Pembangkang lah di peringkat negeri. Setuju tak dengan Taman Medan bahawa fenomena ini bukan sahaja berlaku pada agensi-agensi bawah kerajaan pusat tetapi masih berlaku lagi di negeri kita ini. Saya hendak maklumkan kepada Taman Medan saya hendak berjumpa dengan YDP MPS daripada bulan 1 sehingga ke hari ini, saya tidak dapat satu temu janji. Kerana apa? Kerana saya ditakrifkan sebagai Wakil Rakyat penyokong kerajaan (sokong kerajaan). Apa komen Taman Medan?

Jadi pada saya sebenarnya bukan Wakil Rakyat dari pihak Bebas lah macam Kuang ya. Kadang-kadang saya sendiri pun sudah dapat appoinment. Kita akui lah ya. Bukan kerana apa. Mungkin ada kekangan. Itu mungkin boleh minta penjelasan daripada pihak berkenaan. Saya tidak setuju

Penjelasan tadi sama dengan apa yang berlaku dengan Taman Medan. So, Guru Besar bagi kita masuk? Tak bagi menyokong kerajaan yang sedia ada di Selangor ini masuk. Alasannya apa? Received goverment of ready.

Yelah. Jadi itu saya rasa sesuai dengan titah tuanku, mesejnya ialah.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Taman Medan, mohon mencelah sikit boleh.

Berilah peluang. Saya sudah lampu merah dah ni.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Sikit sahaja.

Nanti Speaker bagi saya masa

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Sikit sahaja. Saya kurang bersetuju dengan Taman Medan dan Kuang. Saya sebagai ADUN Kerajaan yang menyokong Kerajaan Persekutuan pun tidak dibenarkan masuk sekolah. Tidak di benar. Walhal Menteri Pendidikan itu sahabat. Tapi arahan yang dikeluarkan mengatakan semua ahli politik tidak boleh masuk. Saya tidak bersetuju kerana kita ini wakil rakyat. Kita hendak menjalankan tanggungjawab menangani masalah isu-isu infra sekolah. Kalau wakil rakyat sendiri tidak boleh masuk tidak guna jadi wakil rakyat

baik jadi YDP PIBG. Dan sini yang saya ingin nyatakan, saya sendiri sebagai wakil kerajaan tidak dibenarkan masuk ke sekolah-sekolah. Malah PPD sendiri tidak mahu berjumpa dengan wakil rakyat yang ada sekarang. Sekian.

Saya rasa begini lah apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Dengkil tadi. Walaupun dia wakil kerajaan tetapi ia macam Pembangkang dalam kerajaan sebenarnya. Sebab dalam pilihan raya bertembung juga kan. Betul? Pembangkang Kerajaan jadi saya rasa itu sikap yang tidak dipersetujui dan itulah titah Tuanku yang perlu diambil perhatian oleh sesiapa juga termasuk penjawat awam yang berkenaan. Jadi bantuan kepada mangsa banjir kita maklum apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Program Bantuan Selangor Bangkit. Jadi, Taman Medan bersyukurlah sudah ada yang telah dapat tapi ramai juga yang tidak dapat. Tapi yang tidak dapat yang menjadi mangsa Wakil Rakyat. Dan jumlah sesuatu yang munasabah perlu difikirkan balik untuk membantu mereka. Tetapi kadang-kadang dah banjir berulang kali menjadi trauma mereka. Begitu juga agensi Kerajaan Persekutuan yang baru sahaja menyalurkan. Yang terbaru saya dapat tahu esok 17 Mac di daerah Petaling akan disalurkan satu dana yang dipanggil Wang Ehsan yang tidak serentak. Jadi, bukan salah kitalah. Ingatkan kita yang jadi mangsa. Rupa-rupanya banyak pihak yang menjadi mangsa juga. Sebab itulah, dengan kadar yang sama.

Yang perlu kita menjurus kepada bagaimana kita dapat mengelakkan mainan politik sebab kita hendak terus terang umpamanya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru tadi. Tentang kecenderungan politik juga menjadi faktor untuk melaksanakan satu polisi. Pemberian tauliah oleh JAIS umpamanya. Sebab apa, ada segelintir pelaksana-pelaksana ketetapan itu telah ada kecenderungan sendiri. Bagi alasan macam-macam. Saya hendak bagi tahu soal ketetapan oleh MAIS tentang pemberian tauliah ahli politik tidak boleh. Saya hendak tanya juga kadang-kadang ya. Ada di antara mereka maklumat-maklumat mereka tiada, kita salur. Saya telah salurkan kepada Yang Berhormat EXCO rupa-rupanya jawatan politik itu ada tapi nama dalam senarai Parti Mohamad jadi Mohamed dia tukar. Jadi pihak pelaksana mengelirukan begitu juga dengan tidak disenaraikan nama dalam sumber rasmi.

Jadi ada aktif dan keaktifan bukan diukur daripada segi jawatan politik sahaja tetapi keaktifan daripada segi komitmen. Jadi peserta-peserta program politik, itu dianggap ahli politik. Bukan sekadar jawatan, itu sebenarnya hendak diperbetulkan. Dan begitu juga umpamanya, ada kekeliruan ahli politik ni mesti ke Wakil Rakyat? Kalau Wakil Rakyat ataupun Ahli Parlimen, baru-baru ini di tempat saya, seorang Ahli Dewan Negara, Mantan Menteri Agama Dr Zulkifli Al Bakri Senator Yang Berhormat, jadi statusnya bagaimana? Boleh atau tidak? Sebab dia tetap juga Ahli Parlimen. Ahli Parlimen, Ahli Politik atau tidak? Yang ini perlu diberi perhatian dan supaya ia dilaksanakan dengan adil. Jadi kalau kita tengok umpamanya proses untuk melaksanakan usaha untuk membantu ini juga kena ada sikap yang baik. Ya, saya ingin kongsi kisah tular di media sosial, gambar bagaimana Perdana Menteri turun ke

kawasan dua kali ya. Di Hulu Langat dan ada sekali tidak pasti di mana. Konvoi Perdana Menteri ini didapati memberhentikan satu ambulan yang sedang usaha membawa pesakit. Macam mana ni? Di luar negara selain Turki dan Maharaja Jepun memberi laluan kepada ambulan buat perbandingan tu. Sepatutnya ini yang patut diberi perhatian. Jadi sebab apa? Sebab keselesaan pemimpin lebih diutamakan daripada keselamatan rakyat. Polisi yang sepatutnya kita kena tegur. Jadi, itulah apa yang disebut oleh saya ini. Sehubungan dengan itu, dengan titah Tuanku jelas menyatakan bahawa keperluan untuk menghindarkan politik dalam tindakan-tindakan.

Kadang-kadang Taman Medan sendiri pun terasa. Saya hendak berkongsi pengalaman daripada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Yang Mulia pada tahun 2020, ada seorang Ahli Yang Berhormat datang bertemu dan menawarkan supaya bila hendak berpindah sokongan adalah. Tapi dia tidak datang hari ini. Jika tidak saya hendak serang dia. Serang dua beradik. Bukit dengan Setia. Sebab apa? Sebab dia hendak menawarkan. Jadi lepas Tuanku bagi pesanan pun mereka ingkar dan mereka cari boleh menyokong untuk mengukuhkan mereka. Itulah! Insan terpilih sahaja. Jadi pematuhan kita terhadap apa yang telah disarankan itu menjadi sesuatu pegangan dan wajiblah ya dari sisi Taman Medan menyeru kepada setiap Ahli Yang Berhormat dan pada sesiapa juga yang mendengar titah ucapan itu supaya mengambil iktibar dan perhatian atas apa yang telah disampaikan titah ucapan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Dengan itu, Taman Medan menyokong usul dan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor di dalam Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Yang Mulia ini bagi kali ini. Sekian. Terima kasih dan assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Timbalan Speaker

Saya mempersilakan Yang Berhormat Sementa.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Sementa ingin turut serta dalam berbahasan usul menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Negeri pada kali ini. Titah Ucapan Tuanku yang begitu bernas, padat dan memberikan pandangan serta teguran untuk Kerajaan Negeri melaksanakan adalah demi kebaikan rakyat Negeri Selangor. Tuanku tetap prihatin terhadap keadaan rakyat Negeri Selangor yang dilanda pelbagai masalah dan musibah bermula dengan pandemik Covid-19 sejak tahun 2020 dengan Negeri Selangor mencatat kes Covid-19 yang tertinggi dan jumlah kematian yang tertinggi. Dengan diikuti dengan PKP, (Perintah Kawalan Pergerakan) di seluruh negara. Penutupan sektor ekonomi yang melumpuhkan ekonomi negara dan ini juga membebankan ekonomi rakyat dan diakhiri dengan tahun 2021 iaitu 18 dan 19 Disember, rakyat Selangor di beberapa daerah di negeri ini dikejutkan dengan bencana banjir besar. Satu fenomena yang belum pernah berlaku seumpama ini. Sehingga banyak keluarga yang terjejas dan menjadi mangsa banjir di Negeri Selangor. Isu pemanasan global yang menyebabkan perubahan cuaca dan iklim dunia sehingga menyebabkan bencana alam seperti

banjir, kemarau, kebakaran hutan, tanah runtuh, ribut dan pelbagai lagi yang membuatkan kehidupan kita semua terjejas.

Dalam kejadian banjir Disember lepas, seramai 114 000 keluarga telah pun menjadi mangsa banjir di Selangor yang mana ia berlaku di daerah Petaling, di daerah Klang, di daerah Hulu Langat, di daerah Sepang dan di daerah Kuala Selangor serta kawasan-kawasan lain di seluruh Selangor mengalaminya. Yang paling terkesan adalah banjir di Taman Seri Muda, di Shah Alam, Puchong dan juga di daerah Klang seperti Sementa, Meru, Pelabuhan Klang dan kawasan-kawasan yang lain. Banjir yang berlaku bukan main-main, bukan sedikit-sedikit yang masuk ke rumah penduduk. Ada separas lutut, Ada separas pinggang malah ada separas siling rumah, ada sehingga ke bumbung rumah ya. Dengan segala selut tebal dan susah kita bersihkan. Penduduk terlibat kehilangan hampir seluruh harga benda, kerosakan rumah, kerosakan peralatan rumah, perabot dan pelbagai lagi. Dan lebih menyedihkan kerosakan kenderaan yang sangat teruk. Saya sendiri bersama rakan-rakan turun melihat sendiri keadaan rumah mangsa-mangsa banjir yang terjejas ini. Bagi mangsa banjir perasaan sedih, pilu dan putus harapan serta putus semangat apabila mereka melihat keadaan rumah hampir tidak ada apa yang boleh diselamatkan. Namun alhamdulillah dan kita bersyukur dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin yang menyalurkan dan memperuntukkan Bantuan Selangor Bangkit dengan nilai RM118 Juta kepada mangsa-mangsa banjir ini sebanyak RM1000.00 setiap keluarga.

Kita juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas sumbangan Prihatin Banjir ini bernilai RM1000.00 dan juga tambahan RM2,500.00 untuk membaiki kenderaan yang rosak. Baucar barangan elektrik RM500.00 dan sumbangan baik pulih rumah sebanyak RM5000.00. Dengan sumbangan-sumbangan ini dapatlah meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir ini. Sementa itu juga mengucapkan terima kasih dan penghormatan kepada para sukarelawan yang turun membantu mangsa banjir di Selangor ini dari semua agensi yang terlibat seperti pihak Polis, Bomba, Angkatan Tentera, APM, RELA, PBT, Pejabat Daerah, sukarelawan daripada pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan, NGO-NGO, orang perseorangan dan semua yang turun membantu mangsa banjir di Selangor. Kita juga maklum ramai sukarelawan dari negeri lain daripada luar negeri Selangor juga turun membantu dan membawa pelbagai sumbangan untuk rakyat Selangor. Antara nya daripada Kelantan, daripada Kedah, daripada Terengganu yang ramai-ramai turun ke Selangor sebagai tanda membalas budi apabila kita pada 2014 yang lepas, bila berlaku banjir besar di Kelantan dan Terengganu, Kerajaan Negeri Selangor telah turun membantu kepada mereka di sana maka kini mereka datang untuk membantu kita di Selangor. Terima kasih di atas solidariti bersama rakyat Selangor daripada seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Speaker, Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kerja-kerja pembersihan pasca banjir adalah amat merumitkan. Penduduk terpaksa membuang

bermacam-macam barangan yang tidak boleh digunakan lagi dari dalam rumah dan dibuang di hadapan rumah masing-masing sehingga longgokan sampah yang begitu banyak daripada setiap rumah. Setiap rumah kita lihat mungkin menjana hampir satu ke dua tan sampah yang perlu dibersihkan dan dikutip oleh pihak PBT dan juga pihak KDEB. Pihak KDEP terpaksa bekerja keras membersihkan sampah-sampah pukal dengan kadar segera. Waktu ini kita sudah tidak lagi memikirkan tentang pengasingan sampah yang sebelum ini kita kata pengasingan sampah 3R circle apa ini reduce, recyle dan juga reuse yang mana semua bercampur aduk plastik, kertas, kayu, logam dan semuanya dibuang ke tapak pelupusan. Saya Sementa mengucapkan terima kasih kepada PBT dan juga KDEP serta petugas-petugas yang bertungkus-lumus membuat pembersihan di lokasi-lokasi ini. Namun saya juga ingin bertanya pada pihak Kerajaan Negeri, berapakah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk membuat pembersihan sampah-sampah pukal pasca banjir ini. Sementa juga mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri untuk membelanjakan sejumlah RM519.42 juta bagi tujuan pemulihan infrastruktur yang rosak akibat banjir. Infra untuk kawalan banjir dan kerja-kerja pasca banjir seperti mengorek dan mendalamkan sungai, membina dan membaik pulih ban serta pengukuhan dan kestabilan tebing-tebing sungai. Diharapkan ia dapat dilaksanakan sebelum berlaku semula fenomena banjir besar sekali lagi yang kita tidak tahu bila ianya akan berlaku. Dan kita mengharapkan kita mahu Kerajaan Negeri sentiasa bersiap sedia. Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat kita semua sebagai wakil rakyat sering di datangi ataupun kita turun membantu penduduk ataupun rakyat kita dalam kes-kes kebakaran rumah ya di kawasan kita. Masing-masing saya kira ada pengalaman tersebut, yang mana kita melihat bahawa mangsa-mangsa kebakaran ini perlukan tempat berteduh dan berlindung untuk keluarga mereka. Dalam keadaan mereka mengalami total loss kehilangan rumah, kehilangan harta benda, mereka perlu bangkit semua, untuk mencari pendapatan dan memulakan kehidupan. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah transit kepada mangsa-mangsa kebakaran ini, dan ia diadakan di setiap daerah supaya memudahkan pemindahan mangsa-mangsa kebakaran ini daripada lokasi ke tempat rumah-rumah transit ini. Mungkin Kerajaan Negeri boleh mendapatkan unit-unit rumah daripada Selangorku atau mana-mana rumah yang sesuai. Jadi kita mengharapkan agar kita tahu bahawa pihak Zakat Selangor juga menyediakan rumah-rumah transit ini, namun ia hanya untuk apa ni mangsa daripada kaum yang beragama Islam. Bagaimana pula kepada rakan-rakan kita pada yang bukan beragama Islam? Jadi sebab itulah saya lihat bahawa Kerajaan Negeri perlu melaksanakan ataupun mengadakan rumah transit bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran ini.

Sementa ingin menyentuh berkenaan seni silat yang menjadi seni warisan bangsa untuk EXCO Kebudayaan. Terdapat banyak persatuan-persatuan silat, seni silat yang tumbuh di pelosok Negeri Selangor. Ramai yang berminat menceburi silat ini pertahankan diri yang terdiri dari kalangan anak muda sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri

mengambil inisiatif untuk mengetengahkan dan menggalakkan anak-anak muda dan remaja kita di Selangor mempelajari ilmu silat di sekolah-sekolah dengan memberikan insentif, subsidi, bayaran yuran kepada pelajar-pelajar ini untuk mereka belajar silat. Belajar seni mempertahankan diri dengan bersilat adalah sama seperti kita menghantar kita belajar seni pertahankan diri tekwando di sekolah-sekolah. Jadi kali ini untuk anak-anak yang mungkin berminat untuk belajar ilmu silat kita adakan kelas mempertahankan diri daripada silat. Jadi begitu juga banyak persatuan-persatuan seni silat yang ada memerlukan sokongan dan suntikan kewangan dan suntikan semangat daripada Kerajaan Negeri khususnya daripada YB EXCO sendiri.

Saya ingin masuk kepada isu kawasan. Isu di Sementa sering berlaku isu paip pecah yang berulang di lokasi yang sama iaitu di lampu isyarat jalan Kelang Perdana. Saya setiap kali bila berlaku paip pecah maka akan sampai aduan melalui secara rasmi ataupun media sosial. Jadi Sementa ingin meminta kepada pihak Air Selangor untuk memastikan dan juga membuat pembaikan yang bertahan lama sebab ok setiap kali kita mendapat aduan, saya akan meminta pada pihak Air Selangor untuk mengambil tindakan dan mereka mengambil tindakan dengan segera tetapi malangnya pembaikan itu tidak bertahan lama, ia akan berulang dengan dalam masa sama. Ini disebabkan paip bawah tanah yang pecah menyebabkan jalan dipenuhi air mendapan tanah berlaku, jalan berlubang dan menyebabkan kemalangan dan kerosakan kenderaan. Jadi saya mohon satu penyelesaian yang tuntas, satu penyelesaian jangka panjang dalam membaiki kerosakan ini. Air Selangor perlu mengambil tindakan serius, segera dan sewajarnya. Masalah ini perlu diselesaikan daripada puncanya agar kejadian yang sama tidak berulang. Kerana bila berlaku sahaja merekan akan WhatsApp, mereka akan masuk dalam media sosial dalam Facebook apa ke.. ha YB Sementa mana? Kan jadi saya mohon pihak Air Selangor untuk melihat punca sebenar mengapa asik berlaku kebocoran yang berulang.

Seterusnya Tuan Speaker. Geografi DUN Sementa adalah di persisiran pantai yang mana ia adalah kawasan hiliran kepada sungai-sungai dan anak sungai yang membawa air daripada huluan ke laut. Apabila berlaku air pasang tinggi dan dalam masa yang sama hujan lebat dengan isi padu air yang besar, ia akan menyebabkan fenomena air pasang tinggi ia akan menyebabkan limpahan air laut masuk ke darat. Dan menyebabkan banjir di kawasan kampung berdekatan dan ia biasa berlaku di hotspot-hotspot seperti kawasan Teluk Kapas Batu Tujuh, Kampung Perepat dan Jalan Kenangan. Jadi setiap kali ada fenomena air pasang tinggi maka orang-orang di lokasi ini akan bersiap siaga dan berada dalam keadaan yang cemas. Jadi terdapat beberapa pintu air yang mengawal paras air sungai ini yang ke laut ataupun menutup pintu ini daripada kemasukan air laut ke darat. Jadi saya mohon agar pihak JPS meletakkan rumah-rumah pam di pintu-pintu air ini sama ada mobile pam ataupun yang kekal di situ untuk mengurangkan risiko banjir yang lebih besar yang bakal berlaku di kawasan ini. Namun ia adalah hanya usaha jangka pendek jadi mohon agar pihak JPS juga memikirkan apakah cara lain yang lebih baik untuk memastikan penduduk di persekitaran selepas ban dan juga apa ni berapit yang mana adalah

tempat penduduk tinggal ia selamat daripada fenomena air pasang besar. Juga ban-ban yang ada di sekitar persisiran pantai di sama ada Sementa ataupun di keseluruhanlah untuk dipantau oleh pihak JPS kerana kalau tidak dia roboh oleh apa ini air laut yang pasang ke, ia juga boleh bocor disebabkan aktiviti-aktiviti ketam yang akan masuk membuat kebocoran di ban-ban ini. Jadi ini juga perlu ia pihak JPS untuk melihat dan memantau perkara tersebut. Saya juga ingin bertanya untuk ban di sungai Serdang yang telah terhakis dengan teruk saya telah pun mengemukakan kepada pihak JPS bilakah ban ini akan di baik pulih? Namun sehingga sekarang jawapan yang konkrit dan saya tidak mahu ban ini runtuh dan air akan melimpah masuk ke dalam Kampung Sungai Serdang. Jadi saya mohon pihak JPS untuk melihat dan melaksanakan tindakan yang segera ke atas ban yang hampir runtuh di Kampung Sungai Serdang. Sebelum itu kita telah pun juga membuat tanam pokok di depan ban.

Speaker

Yang Berhormat.

Sikit lagi.

Speaker

Yang terakhir ya.

Ya. Jadi tanam pokok pun tak boleh hidup jadi kita nak pihak JPS kajilah yang terbaik untuk memastikan ban ini apabila dibina, di baik pulih ianya boleh kekal dan bertahan selamanya. Tuan Speaker, sikit lagi. Sementa memohon pihak JKR untuk melihat simpang empat di depan masjid Al Taqwa Kapar iaitu di antara Jalan Iskandar dan Jalan Kopi dan Jalan Abdul Latif yang mana keperluan melebarkan jalan dan meletakkan lampu isyarat di simpang tersebut kerana simpang ini sangat sibuk dengan lalu lintas kenderaan dan ianya berlaku kemalangan di simpang tersebut. Sementara Jalan Abdul Latif telah berkali-kali dibaiki oleh pihak JKR disebabkan oleh tanah mendap namun masih lagi berlaku mendapan di jalan tersebut dan kini ia telah ditutup tidak boleh dilalui, jadi saya mohon pihak JKR mengkaji struktur tanah dan mengambil tindakan dan juga pendekatan yang lebih bersepadu serta teknikal-teknikal yang sepatutnya untuk memastikan jalan ini boleh berfungsi dengan baik. Jadi dengan itu saya menjunjung kasih dan menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih.

Speaker

Baik. Saya persilakan Dusun Tuan.

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor penuh dengan pesan juga penekanan yang harus kita sematkan dalam hati dan jadikan panduan untuk kita semua terus melangkah. Saya ingin mengambil kesempatan ini

merakamkan ucapan syabas kepada pimpinan Dato’ Menteri Besar Selangor yang tuntas mengemudi Kerajaan Negeri Selangor semenjak 2018 bersama dengan barisan kepimpinan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ini merupakan satu tempoh yang saya kira sangat mencabar namun Insya Allah di selusuri dengan jayanya. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat dari blok kerajaan mahupun blok pembangkang untuk sama-sama kita memanjatkan rasa syukur di atas keteguhan kita dalam berdepan dengan setiap krisis yang melanda negeri ini. Belum sempat sebenarnya kita keluar daripada krisis atau wabak atau bencana darurat Covid-19, belum sempat kita menuju kepada fasa endemik sekarang kita berdepan pula dengan bencana alam yang semakin runcing. Baik banjir besar, ribut, hakisan, tanah runtuh. Di kawasan DUN Dusun Tua yang terletak di Hulu Langat dari Disember 2021 sehingga yang terkini Mac 2022, kami dah mengalami, kami dah merasa kesemua bencana yang disebutkan tadi. Kalau hutan terbakar itu bencana, yang itu je kita tak rasa lagi dan nauzubillah minta jauhlah. Tapi semua tu kita dah rasa. Banjir besar sudah, banjir kecil sudah, ribut sudah, hakisan sudah, tanah runtuh sudah. Jadi di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak berwajib (saya kena sebut setiap satunya) daripada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat, MPKj, MPAJ, JKR, JPS, PDRM, Bomba, Tentera, APM, RELA, JKM, Jabatan Penerangan dan juga JAKOA. Kesemua ini berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan semasa banjir besar tahun lalu. Saya kena sebut setiap satu nama ni. Satu persatu kerana kesemua kami hampir setiap malam sehingga lewat bermesyuarat berbincang bagaimana kita nak melicinkan operasi pembersihan dan sebagainya pasca banjir di kawasan Hulu Langat dan kawasan DUN Dusun Tua.

YB Dusun Tua.

Ya.

Mohon pencelahan.

Sila.

Yang Berhormat menyebut tentang banjir di kawasan Yang Berhormat. Saya ada lihat Yang Berhormat ada menyuarakan rasa tak puas hati di dalam satu siaran paparan tentang bagaimana lawatan Perdana Menteri di kawasan Yang Berhormat tidak membabitkan Yang Berhormat. Jadi apa pandangan Yang Berhormat tentang keadaan tersebut?

Yang itu belum sampai. Tunggu dulu. Dah nak on the way dah . saya akan kongsi kejap lagi. Saya terima kasih dulu. Kita terima kasih dulu pada semua yang membantu lagi-lagi YB EXCO Paya Jaras yang tiap-tiap malam juga ada bersama kami mempengerusikan

mesyuarat sehingga licin segala usaha-usaha operasi pasca banjir dan juga lebih membanggakan sukarelawan daripada PBS dan juga Surf turut digerakkan untuk membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir. Dan tentu sekali terima kasih yang tidak terhingga kepada ketumbukan sukarelawan dari segenap pelosok Malaysia yang datang ke Hulu Langat dan juga setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada menteri-menteri yang turun, Perdana Menteri yang turun walaupun itulah Perdana Menteri turun, saya diminta pergi untuk menyambut tapi saya tak dibenarkan masuk. Tapi tak apalah. Mungkinlah kalau kita datang bawa motor, pakai t-shirt, tak ada siapa pandang. Tapi nak buat macam mana? Dan menteri-menteri yang turun ni (terbaru ni saya dapat tahu bulan lepas Menteri Kerja Raya juga turun untuk melihat perkembangan jalan-jalan JKR, Jalan Persekutuan yang mana yang rosak yang dibina balik pun ada turun). Saya berharap bila menteri-menteri turun ini jangan sekadar turun, kemudian tengok. Lebih-lebih lagi apabila melalui Jalan Persekutuan ini. Bila lalu tu, cubalah menteri-menteri ni rasa bagaimana dangdutnya Jalan Hulu Langat itu. Rasa. Jangan jalan tapi tak rasa. Kena rasa juga. Jangan tengok saja. Rasa bagaimana bergoyangnya apabila berjalan di Jalan Persekutuan, Jalan Hulu Langat itu. Itu Jalan Persekutuan. Kita nak kena cakap sekali lagi ni biar orang-orang semua tahu dan jelas ini Jalan Persekutuan. Menterinya pun dah datang, dah rasa. Tak tahulah nak kena naik basikal ke apa baru kita akan nampak ada perkembangan baiklah untuk Jalan Hulu Langat itu tadi. Jadi kita ucap terima kasih tapi pada masa yang sama pada menteri yang datang, rasailah juga apa sebenarnya masalahnya itu. Dan kita maklum dan insaf seperti titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa bencana alam yang semakin menjadi-jadi ini semuanya juga adalah tidak lain kesan atau dampak daripada krisis perubahan iklim yang melampau. Perubahan iklim yang melampau ini dia ada masa dia akan melampau kering dan ada masa dia akan melampau basah (itu banjirlah). Jadi baru saja kita melangkah keluar daripada darurat wabak, sekarang kita terpaksa mungkin berdepan dengan darurat iklim pula. Malah saya sering katakan bahawa kita sekarang ini sebenarnya sedang berlumba. Kita sedang berlumba dengan masalah iklim ini sama ada apakah kita akan berjaya mengatasi krisis ini atau iklim yang akan berjaya memusnahkan kita.

Keadaan semakin mendesak untuk kita menjadi sebuah negeri berdaya tahan iklim. Kita perlukan transformasi yang lebih menyeluruh melangkaui daripada sekadar tindakan, adaptasi dan mitigasi. Dan sungguhpun begitu, adaptasi dan mitigasi ini meskipun dianggap tindakan yang reaktif, tapi pada saya masih perlu dijalankan secara seiringan dan syabas kepada kerajaan Negeri Selangor kerana menjadi negeri terawal menubuhkan Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim. Saya berharap jawatankuasa akan bergerak lebih laju, berusaha menghasilkan kerangka dan perancangan bagi menjadikan Selangor sebuah negeri berdaya tahan iklim. Malaysia sendiri sebenarnya pun baru nak memohon dana dari United Nation Green Climate Fund bagi merangka Pelan Adaptasi Nasional atau NAP. Persoalannya, adakah kita mahu menunggu NAP ini siap? Adakah kita mempunyai masa? Ini persoalannya. Adakah kita mempunyai masa? Jadi sebagai negeri maju dan sentiasa meneraju, saya berharap Selangor dapat segera memperhalusi perancangan adaptasi bagi

negeri yang kita cintai ini kerana kegagalan untuk merancang bernmakna kita sedang merancang kegagalan. Tapi dalam perlumbaan dengan krisis perubahan iklim ini juga, kelewatan juga bermakna kita menjemput kegagalan.

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, Menyentuh soal bencana alam setiap kali Dewan bersidang memanglah tidak lengkap jika Dusun Tua tidak menyentuh tentang bencana banjir. Seperti mana tidak lengkaplah setiap tahun itu jika tidak dibuka Pusat Penempatan Sementara Banjir sama ada di Mukim Hulu Langat ataupun di Mukim Cheras. Saya ambil maklum jawapan YB EXCO pada sidang yang lalu tentang Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 yang kelihatannya seperti kerajaan persekutuan tidak ada hasrat lagi untuk melaksanakannya secara menyeluruh. Sebab itu kita sedih. Kita sedih setiap kali apabila kita mendengar berbilion ringgit mengalir ke entah apa-apa tempat yang tak sepatutnya. Namun berapa ratus juga tidak boleh dibelanjakan untuk projek-projek yang demi keselamatan rakyat itu sendiri. Sebab itu saya bersetuju dengan Taman Templer (pengundi saya juga) yang kata masalah rasuah, masalah ketirisan, kehilangan billion-billion ini bukan tak ada kena mengena dengan masalah bencana. Sebab kalau semua dana ini digunakan dengan sebaiknya untuk rakyat, Insya Allah selamat rakyat itu tadi. Jadi pandangan saya kalau Rancangan Tebatan Banjir Fasa 2 itu dah memanglah kerajaan persekutuan tiada hasrat lagi untuk meneruskan, saya kira kita perlu saya rasa kita perlu memberikan tumpuan untuk cuba mengawal kadar aliran sungai di Hulu Langat setiap kali air mula naik. Maka saya ingin mencadangkan kita memberikan tumpuan, kita memberikan fokus sekarang kepada pembinaan kolam-kolam takungan. Ini bertujuan untuk mengawal aliran air daripada Sungai Langat itu tadi. Dan kalau kita mahu lakukan, kita mahu bina kolam-kolam takungan ini, saya kira masanya adalah sekarang. Kita tak boleh tunggu. Kerana saya faham untuk mewujudkan kolam-kolam takungan banjir dia akan melibatkan pengambilan tanah. Jadi sebab kenapa kena sekarang? Kita kena lakukan segera sebelum lebih banjir tanah menjadi korban-korban untuk pemajuan-pemajuan lain. Jika pengambilan tanah sentiasa begitu licin dan mudah untuk projek-projek mega kerajaan persekutuan misalnya projek lebuh raya, mengapa tidak untuk kolam-kolam takungan yang juga merupakan satu kepentingan awam.

Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, kebanyakan potensi bencana yang bermula daripada kacau-kacau ganggu kecil tidak dapat lari daripada melibatkan isu-isu tanah dan juga SOP kerajaan dalam mengatasinya. Saya ambil contoh kerja tanah haram misalnya yang sering menyebabkan hakisan tanah apabila hujan. Dan apabila berlaku hakisan tanah ketika hujan yang berpunca dari tanah-tanah haram ini, tanah ini pergi ke mana

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dusun Tua.

masuk ke dalam perparitan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Dusun Tua.

nak mencelah ke nak apa ni?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Minta izin YB Speaker.

Speaker

Silakan. Silakan kalau Dusun Tua bagi silakan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHTaman Templer

Sebab dia sebut-sebut nama saya tadi Taman Templer. Pengundi, pengundi. Saya pengundi kepada Dusun Tua. Biasa kalau jumpa wakil rakyat tak ada duit jumpa Yang Berhormatlah. Ni duit pun tak berapa nak ada ni. Dia, dia masalah dia semalam saya sebut. Semalam saya sebut 1MDB ni RM50billion, bilion ketua pembangkang. Nak kena bayar dia punya hutang, bunga sebulan, setahun RM2.7billion. eh, duit ni, duit ni, duit ni kalau kita salurkan lorong sungai ke, buat takungan ke, saya rasa dia boleh menyelamatkan sebab ini kita menyentuh soal berkaitan dengan kehidupan rakyat, nyawa rakyat ni. Soal berkaitan nyawa rakyat, kehidupan rakyat. Sebab itu kita tak bolehlah, kita tak bolehlah. Kita rasuah ni memang kita kena perang habis-habisan lah. Kita kena lawan habis-habisanlah soal berkaitan dengan rasuah ni sebab rasuah ni, rakyat (40 lebih rakyat yang terbunuh) akibat wabak ataupun akibat bencana banjir baru-baru ini. Cuma saya nak minta komen sikit daripada Dusun Tua.

Saya teramat bersetujulah dengan pengundi saya Taman Templer. Memang betul. Bayangkan berbilion kita terpaksa bayar balik. Dengan bilion itu apa projek yang kita boleh buat? Jangan kata rancangan tebatan banjir fasa 2, bukan sekadar melebar dan mendalamkan sungai. Kita boleh buat sungai pergi rumah kepada Taman Templerlah di Hulu Langat, boleh main jet ski. Banyak boleh dibuat sebenarnya. Tapi akibat masalah-masalah ini setiap kali dia datang kita bertanya “tak ada duitlah”, “tak ada duit”, “tak mampu” dan sebagainya. Inilah masalah bagaimana ketirisan, masalah rasuah akhirnya memberi impak kepada kita kalau kita belum rasa, inilah dia. Kita kena faham dan kita kena rasa.

Baik, berbalik kepada isu kita ada masalah tanah bencana ini mesti masalah ada kadang-kadang berkaitan isu tanah, isu SOP kerajaan dalam mengatasi sebab saya bagi contoh tanah haram tadi. Bila tanah haram dibiarkan berlaku hakisan, hakisan masuk ke perparitan dan akhirnya parit tersumbat. Dan bila parit tersumbat, berlakulah bencana seperti banjir kilat dan sebagainya. Jadi benar, kita memang ada SOP untuk menangani hal-hal sebegini tapi apa yang saya nampak daripada pengalaman saya, SOP ini kadang-kadang dia seakan-akan berakhir di jalan buntu atau limbur yang berpanjangan. Dia pusing, pusing, pusing. Di kawasan saya sendiri. Saya bagi contoh apabila berdepan dengan isu kerja tanah tanpa kebenaran ini, dia

banyak berlaku terutama di kawasan Hulu Langat itu sebab banyak tanah-tanah. Di Bukit Raya daripada 2019 sampai sekarang masih belum selesai lagi. Di Sungai Tekali banyak lagi. Dan saya percaya permasalahan ini akan terus berlaku jika kita tidak cari jalan atau kaedah penyelesaian yang tuntas. Sidang sebelum ini saya pernah bertanya dari tahun 2020 hingga 2021, berapa banyakkah kerja tanah haram yang telah dikesan? Berapa banyak yang gagal melakukan baik pulih tanah? Dan berapa banyak yang telah didakwa? Jawapan yang saya terima daripada 215 kes yang dikesan, 169 telah di kompaun, 34 gagal melakukan baik pulih. Dari kesemua itu, berapa ramai yang diheret dan didakwa di mahkamah? Kosong. Tiada.

Jadi yang biasa dilakukan apabila kita berdepan dengan kerja tanah haram ini apa yang dilakukan adalah mengeluarkan kompaun. Kompaun dikeluarkan, kemudian tuan tanah lazimnya akan abaikan kompaun itu, dia buat tak tahu je dan selepas itu buat apa? Kita keluar lagi kompaun, kita keluar lagi notis. Kalau dia tak nak bayar, tak boleh buat apalah. Kita tunggulah dia bayar, kita tunggu lah dia lakukan baik pulih tanah. Sekali lagi saya ingatkan, ingat cuaca dan bencana tidak menunggu kita. Kita sahaja yang selalu menangguh-nangguhkan usaha. Dari bercakap soal SOP ini, sekali lagi saya ingin kongsi juga samalah apabila berlaku hakisan misalnya. Baru-baru ini, bukan baru-baru ini sebenarnya. Hakisan ini dah berlaku sejak tahun 2020. Saya bagi contoh satu kes di taman perumahan Jalan Wangsa Cheras. Di belakang rumah tu ada bukit. Ini pun masalah kerajaan lama lah ni bagi kebenaran buat rumah sampai mencecah kaki bukit. Jadi sekarang ini bila sudah ada hakisan, tahun 2020 perkara ini dibawa ke depan. Jadi sudah tentulah biasalah ketika baru ditutup dengan kanvas. Jadi dicari siapa pemilik tanah ini. Dah jumpa pemilik tanah, diberikan notis tahun 2020. Tahun 2021, (masalah belum selesai ya) apa tindakan diambil? Beri notis sekali lagi. Tak apa, beri notis. Tahun 2022 (yang terkini), kita risau selepas kita melihat bencana yang begitu berat yang berlaku hujung tahun lepas, kita sangat risau kalau ianya membawa kepada bencana-bencana yang lain. Kita bawa sekali lagi isu ini tahun 2022 (selepas dah temui pemilik, dah beri notis dua kali), apa tindakan pada tahun 2022? Mencari sekali lagi pemilik tanah. Sebab rupanya dua tahun yang lepas tak tahulah apa jadi, dua tahun lepas (selepas dua tahun baru tahu pemilik tanah itu dah gulung tikar). Ha, kita buat balik. Cari pemilik tanah. Kalau jumpa pemilik tanah kita buat apa? Bagi notis sekali lagi. Kalau notis diabaikan, kita buat apa? Bagi notis sekali lagi. Nah, kita teruslah berulang-ulang sampai Abang Jamil kahwin lagi.

Jadi saya kira sudah masanya kita melihat balik SOP-SOP kita dalam berdepan dengan potensi-potensi bencana. Bukan saja bila bencana berlaku, kita kena selesaikan, kita kena bantu. Tapi potensi-potensi bencana, kita kena ada inventori apa semua ini. Bukit kalau dah nampak dah makin hakis itu, tunggu masa lah itu. Kena tengok lah kan. Jangan tunggu dah runtuh baru kita nak bergerak ke sana ke mari. Jadi kita kena pastikan SOP kita kena jelas dan kena benar-benar menyelesaikan dan bukan sekadar melakukan apa yang boleh. Asal boleh lah. Janji nampak ada tindakan, bukan. Ia perlu menyelesaikan masalah. Jadi dari awal saya telah sebut, kita ini berlumba dengan iklim yang tidak menentu dan masa tidak selalu

menyebelahi kita. Saya yakin kerana itulah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengingatkan kita semua perlunya tindakan dan response yang pantas serta tidak berlengah-lengah dalam penyelesaian masalah-masalah bencana dan perlunya bertindak proaktif malah bagi saya sepatutnya juga preventif. Tak boleh lengah-lengah, kita kena terus. Kita kena bergerak laju kerana masa tidak menunggu kita.

Speaker

Ya, sungguh memang masa tidak menunggu kita. Sampai dah masa. Yang terakhir.

Baiklah. Saya tidak akan memperincikan masalah-masalah, saya cuma ingin membawa sedikit bahawa baru-baru ini pada 7 hari bulan, kita cerita bencana ni tak habis lagi ni balik kepada banjir pula dan tanah runtuh kita balik pada banjir. Pada 7 hari bulan sebenarnya selepas banjir besar pada bulan Disember sebenarnya minggu lepas berlaku sekali lagi banjir yang kalau dulu kita anggap banjir itu besarlah sebab melibatkan beberapa kampung dan sebagainya. Tapi sebab dah pernah berlaku banjir besar yang ini jadi skala sederhana pula. Jadi banjir yang menyebabkan beberapa kampung dari Sungai Lui, Batu 16, Sungai Serai, Batu 10, ini semua saya kira adalah kesan daripada kerja-kerja pembaikpulihan yang masih belum selesai. Sebab itu saya harapkan kerja cuci gali dapat disegerakan. Saya tahu, tender telah dianugerahkan, ada kontraktor yang telah dianugerahkan untuk kerja cuci gali dan sebagainya. Saya berterima kasih cuma saya berharap, macam saya kata segerakan supaya kita dapat mengelakkan bencana yang secara runcitan-runcitan kecil-kecil ini berlaku. Kalau yang besar itu ialah dah tak boleh nak buat apa, kadang-kadang ia masalah di luar kawalan kita. Tapi yang kecil-kecil ini kita dapat elakkan kalau kita segerakan kerja-kerja baik pulih pengukuhan tebing, cuci gali sungai kita kena segerakan supaya ia dapatlah memberikan sedikit rasa aman dalam hati penduduk warga DUN Dusun Tua.

Jadi menjadi aspirasi saya untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan amanah yang saya pikul di bahu saya ini berat untuk membawa perbincangan-perbincangan ini ke Dewan yang mulia. Apa yang saya bangkitkan tidak lain adalah untuk rakyat juga jadi saya mohon semoga perbincangan kita di Dewan yang mulia ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang benar-benar memberikan impak positif kepada masyarakat. Saya dengan ini menyokong usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.

Speaker

Baik, terima kasih Dusun Tua. Saya mempersilakan Balakong.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Ingin saya menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa Istiadat Pembukaan Persidangan semalam. Saya menyambut baik titah Tuanku yang memberi penekanan yang besar kepada isu banjir dan pemulihan infrastruktur iaitu soal keselamatan dan keselesaan seluruh

warga Selangor. Saya ingin membangkitkan isu tanah runtuh yang kerap berlaku selepas bencana banjir pada bulan 12 tahun lepas. Perubahan iklim telah menjadi satu masalah yang sedang berlaku dan kami terpaksa menghadapi dan menerima cabaran-cabaran yang dibawa sekali dengan masalah ini. Selain daripada banjir yang kerap tidak kiranya banjir kilat atau bencana. Kejadian tanah runtuh juga merupakan satu bencana alam sekitar bertambah serius sehingga membawa maut kepada empat orang mangsa yang tidak berdosa di kawasan Ampang. Masalah tanah runtuh boleh dijangka dan dielakkan sekiranya kita mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi insiden-insiden yang telah berlaku, pihak Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memberi keutamaan untuk mempercepatkan proses pelantikan kontraktor dan menjalankan pembaikan serta-merta.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Perbandaran Kajang terutamanya Jabatan Kejuruteraan kerana mengambil tindakan proaktif bagi menjalankan projek naik taraf di beberapa cerun yang bahaya demi mengelakkan kejadian tanah runtuh berlaku. Walau bagaimanapun, saya rasa kuasa dan sumber kewangan yang diperoleh oleh PBT masih tidak cukup dan menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh yang serius tetapi cerun tersebut bukan bawah tanggungjawab dan jagaan PBT. Sukar dibaiki dengan cepat dan berkesan. Saya berharap pihak kerajaan dapat bekerjasama dengan pakar-pakar supaya menghasilkan satu pelan tindakan yang mengutamakan pembaikan dan naik taraf infrastruktur terutamanya cerun dan sistem pengairan supaya pihak berkuasa tempat diberi kuasa dan sumber yang lebih banyak untuk mengatasi masalah banjir dan tanah runtuh. Perkara ini sepatutnya menjadi fokus utama Kerajaan Selangor bermula dari sekarang.

Selain daripada isu tanah runtuh, masalah pembuangan sampah haram juga semakin berleluasa selepas banjir bencana akhir tahun lepas. Balakong sebenarnya sentiasa menjadi kawasan hotspot pembuangan sampah haram kerana kebanyakan tapak pembuangan sampah haram di mulakan dengan kontraktor tanpa lesen membuang sampah industri dan sampah pembinaan di sesuatu tempat barulah orang ramai mula membuang sampah domestik di sana. Isu pembuangan sampah haram ini merupakan satu isu yang sukar diselesaikan. Sekiranya kita uruskan sampah tersebut, pihak yang tidak bertanggungjawab akan meneruskan aktiviti pembuangan sampah di situ kerana mereka tahu ada pihak yang akan membersihkan sampah mereka. Sekiranya kita tidak uruskan sampah tersebut, menimbul pula isu kebersihan dan kesihatan. Saya ingin memberi satu cadangan kepada Kerajaan Negeri bahawa kita seharusnya mengambil tindakan untuk mengawal dan menghapuskan kontraktor-kontraktor sampah haram. Semua kontraktor sampah diwajibkan berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan perlu disemak sampah yang dikutip adalah sama dengan sampah yang mereka akan melupuskan di tapak pembuangan sampah yang diizinkan. Saya percaya dengan kelesapan kontraktor-kontraktor sampah haram, kita dapat mengawal situasi pembuangan sampah dengan lebih berkesan.

Di dalam ucapan titah Tuanku juga membangkitkan isu dasar perumahan mampu milik Negeri Selangor. Saya amat bersetuju dengan matlamat satu keluarga satu kediaman yang sempurna. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa bukan semuanya keluarga mampu mempunyai satu kediaman apatah lagi kediaman yang sempurna. Di kawasan DUN Balakong, terdapat lebih 50% kediaman mampu milik tidak mempunyai JMB atau persatuan penduduk yang berfungsi dengan baik. Ramai penghuni sebenarnya tidak mampu fee penyelenggaraan walaupun sebulan hanya RM30 atau RM50. Kekurangan kutipan fee penyelenggaraan menyebabkan kerosakan fasiliti tidak mampu diperbaiki. Ada juga kediaman mampu milik dihentikan bekalan air kerana tunggakan bil air yang telah terlalu lama tidak dijelaskan.

Yang Berhormat Balakong mohon laluan.

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Ya, dipersilakan.

Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Terima kasih Speaker. Yang Berhormat menyebut ketidakupayaan kalangan penghuni-penghuni perumahan berstrata untuk membayar penyelenggaraan bangunan kediaman mereka. Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju punca daripada ketidakupayaan itulah kerana antaranya ialah mereka hilang pekerjaan dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat?

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat kerana sebenarnya ramai di dalam rumah-rumah kediaman ini mereka hilang pekerjaan ataupun ada ramai daripada mereka sebenarnya adalah warga asing yang menyewa dan kita tidak tahu kenapa mereka boleh menyewa rumah mampu milik dan juga warga usia emas yang tidak mampu bekerja lagi. Jadi ini adalah salah satu faktor yang mereka tidak mampu bayar fee penyelenggaraan ini walaupun hanya RM30 ataupun RM50. Masalah ini tidak dapat diselesaikan selagi tiada bantuan kewangan daripada Kerajaan ataupun pihak ketiga.

Dengan ini saya ingin mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri untuk menubuhkan satu special taskforce untuk membantu kediaman-kediaman mampu milik yang ingin bekerjasama dan mewujudkan JMB ataupun persatuan penduduk yang berfungsi dan pada masa yang sama membantu JMB ataupun persatuan-persatuan penduduk ini mendapatkan bantuan kewangan. Saya juga ingin mencadangkan untuk pertimbangan pihak Kerajaan Selangor bahawa memasang sistem solar di atas bumbung kediaman-kediaman mampu milik supaya dapat membawa sedikit sebanyak bantuan kewangan daripada jualan elektrik itu untuk menjadi tabung penyelenggaraan kediaman tersebut. Sekiranya JMB ataupun persatuan-persatuan penduduk mempunyai pendapatan tambahan adalah lebih senang untuk mereka menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Akhirnya, saya amat bersyukur kerana di dalam ucapan titah Tuanku juga berpendapat bahawa industri pelancongan

merupakan sektor yang paling terkesan dengan impak pandemik COVID-19 dan pemulihan industri ini perlu dilaksanakan dengan kadar segera. Di dalam ucapan titah Tuanku juga menyebut tentang satu pelan tindakan pemulihan berkonsepkan “save travel” atau “save tourism” telah dirangka oleh Kerajaan Negeri. Saya amat mengalu-alukan pelan tindakan ini dan saya amat berharap pelancongan perindustrian Balakong akan ditimbang dan dimasukkan ke dalam pelan tindakan ini kerana pelancongan perindustrian memang memberi penekanan kepada aspek keselamatan transformasi digitalisasi, kemampanan serta kelangsungan perniagaan dan perkhidmatan di seluruh ekosistem pelancongan dengan SOP yang ketat dan boleh dikawal oleh pihak kilang dan agen pelancongan. Saya yakin pelancongan perindustrian akan menjadi satu trend yang baru dan paling sesuai bagi masa sekarang mahupun selepas ini. Saya bersedia bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak lagi pihak kilang untuk menyertai projek pelancongan perindustrian dan mempromosikan bukan sahaja konsep “Pusing Selangor Dulu” tetapi pada masa yang sama mempromosikan produk tempatan Selangor. Dipersilakan.

Speaker

Balakong. Banting.

Tuan Lau Weng SanDAP · PHBanting

Setujukah Yang Berhormat Balakong dengan saya bahawa salah satu aspek save tourism ataupun pelancongan selamat yang kita boleh pelopori selain daripada apa yang saya cadangkan industri pelancongan ataupun aktiviti ataupun pakej pelancongan yang berlandaskan aktiviti berbasikal. Salah satu lagi mungkin ialah camp site ataupun industri pelancongan yang melibatkan khemah dan sebagainya, mereka ini datang ke suatu tempat, mereka ini duduk dalam satu kereta ataupun satu khemah dan mereka menjalankan aktiviti pelancongan dan ia adalah selamat kerana ada penjarakan sosial, tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan sebagainya. Setujukah dan boleh masuk dalam ucapan Yang Berhormat?

Puan Wong Siew KiDAP · PHBalakong

Saya sangat setuju dengan Yang Berhormat Banting kerana sebenarnya konsep camping ini adalah sama dengan konsep pelancongan perindustrian iaitu dari sekumpulan orang yang sama bertolak ke satu tempat dan berada di satu tempat dengan kumpulan mereka sahaja tidak bercampur dengan orang lain dan balik dengan kumpulan mereka sahaja. Jadi yang ini saya rasa adalah satu trend yang baru untuk cara pelancongan seterusnya dan kita seharusnya memberi tekanan kepada trend yang baru ini. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Saya mempersilakan Bandar Utama. Happy birthday hari ini. Silakan.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih. Saya ucapkan kepada Tuan Speaker dengan ucapan hari lahir bagi mengumumkan saya dah tua

sedikit lagi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana membenarkan Bandar Utama untuk mempunyai peluang berbahas.

Tuan Speaker, menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia pertamanya Bandar Utama ingin berbahas mengenai isu perubahan iklim ataupun climate change. Terma perubahan iklim ini sudah semestinya tidak asing di Malaysia terutamanya kini berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini apabila baru-baru ini terutamanya bencana alam semakin kerap dan serius berlaku di Malaysia.

Bandar Utama sebenarnya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah persediaan Kerajaan Negeri menghadapi topik perubahan iklim. Adakah kita akan melaksanakan apa-apa kempen, projek ataupun inisiatif baru berkaitan dengan perubahan iklim yang Bandar utama juga bertanya dan mendapatkan kepastian, sama ada Kerajaan Negeri telah menjalankan apa-apa projek R&D penyelidikan dan sebagainya yang berkaitan dengan perubahan iklim. Pada bandar Utama pencerahan seperti ini harus dimaklumkan kepada semua Ahli Dewan Negeri supaya Ahli Dewan Negeri mempunyai kesediaan bagaimana kita boleh bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan topik ini pada masa yang akan datang. Sebagai contoh, adakah kita mempunyai perancangan yang teratur dan masalah objektif yang jelas bagaimana kita mahu mengendalikan isu bencana iklim yang berlaku dan adakah kita mempunyai report yang terperinci tentang setiap kawasan mana yang seharusnya diberikan lebih perhatian untuk setiap jenis perubahan iklim yang telah berlaku, akan berlaku ataupun bakal berlaku. Bandar Utama ingin mengetahui, apakah arah tuju Kerajaan Negeri dan adakah Kerajaan Negeri mengambil berat tentang isu ini dan sudah bersedia untuk menyediakan apa-apa taskforce ataupun jawatankuasa khas bagi mengendalikan topik perubahan iklim untuk Bandar Utama warga Selangor perlu Kerajaan Negeri memainkan peranan yang lebih lebih proaktif dalam isu ini. Di mana di bawah topik ini Tuan Speaker, Bandar Utama ingin berbahas khususnya mengenai banjir akibat perubahan iklim yang telah menjadi isu utama pada masa kini. Bandar Utama percaya ramai di antara Ahli Dewan Negeri sudah pun berbahas malah beberapa negeri bukan sahaja di bawah Selangor, malah seperti di Pahang, Terengganu, Johor dan kini Kedah ataupun yang terkini Wilayah Persekutuan, sering ataupun mengalami banjir yang lebih serius dan topik ini telah menjadi salah satu topik yang sering dipersoalkan. Bencana alam yang sering berlaku ini boleh membawa kesan yang mendalam terhadap kelangsungan hidup rakyat dan Warga Selangor. Di mana saya ambil DUN Bandar Utama sebagai contoh, semestinya DUN Bandar Utama tidak mengalami banjir yang sebegitu teruk berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Namun banjir kilat sering wujud di kawasan DUN Bandar Utama seperti di Kampung Cempaka, di SS4 dan sebagainya. Jadi untuk Bandar Utama, kita perlu sematkan tekad ataupun will power dengan izin bukan sahaja mengatasi isu bencana alam seperti ini, malah memikirkan beberapa langkah ke hadapan.

Perkara pertama yang perlu difokuskan adalah setiap kali apabila berlakunya banjir kilat di sesuatu kawasan dan apabila perkara ini telah dimaklumkan kepada Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan sebagainya, Bandar Utama berharap maklumat ini tidak akan disimpan sebagai makluman sahaja dan sepatutnya apabila kita mengenal pasti kawasan-kawasan banjir yang disenaraikan. Kawasan-kawasan ini perlu diberikan perhatian penuh supaya Kerajaan Negeri dapat sediakan perancangan pada waktu kelak, jadual masa bagi melaksanakan usaha projek-projek pengurangan banjir di kawasan-kawasan DUN. Bandar Utama sedar di banyak kawasan lain mungkin keadaan banjir lagi teruk sebelum ini apabila berlakunya banjir di kawasan Selangor Bandar Utama juga telah turun padang ke beberapa kawasan yang lebih popular dan Bandar Utama sedar memang kejadian banjir di situ mungkin beberapa kali teruk berbanding di kawasan DUN Bandar Utama. Namun, seperti yang dikatakan tadi apabila Bandar Utama mengambil Kampung Cempaka sebagai contoh walaupun banjir dia tidaklah seteruk berbanding dengan kawasan lain, ia merupakan sesuatu yang terjadi setiap tahun ataupun boleh dikatakan yearly event dengan izin. Dan apabila perkara ini berlaku setiap tahun, kerosakan harta benda yang menyebabkan kesulitan para penduduk tidak terjadi hanya sekali dua sahaja tetapi setiap tahun mereka perlu melakukan gerak kerja dan sebagainya. Untuk bukan sahaja gotong-royong, mengemaskan tempat tetapi juga membeli barangan perabot baru akibat kerosakan harta benda dan ini memang menyebabkan kesulitan para penduduk. Oleh itu, Bandar Utama berharap kita dapat mengambil isu banjir ini sebagai isu yang penting dan memberikan jawapan yang jelas. Bagaimana kita dapat selesaikan dan sekiranya kita kekurangan peruntukan dan juga dana, adakah Kerajaan Negeri akan meletakkan fokus yang lebih terhadap isu banjir, bukan sahaja banjir yang teruk tetapi juga banjir kilat yang berlaku setiap tahun. Tuan Speaker, terdapat juga banyak agensi dan sumber yang dipegang oleh Kerajaan Pusat dan seperti yang telah dibangkitkan oleh banyak Ahli Dewan Negeri, Bandar Utama sedar segalanya kelihatan mahu dipersalahkan kembali kepada Kerajaan Negeri. Jadi rakyat sering keliru, rakyat keliru adakah perkara ini tanggungjawab Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat. Tapi yang sebenarnya adalah tiada koordinasi antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Malah mengikut pengalaman sebelum ini memang Selangor sebagai Negeri Pakatan sering dicicirkan. Jadi sebenarnya kita perlu adanya polisi dalam Majlis Keselamatan Negara bagi memastikan pelaksanaan antara agensi-agensi adalah tersedia. Tetapi di dalam...

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Tuan Speaker, Tuan Speaker, mohon mencelah. Boleh ya?

Speaker

Silakan.

Tuan Adhif Syan bin AbdullahBERSATU · PHDengkil

Hari ni birthday Bandar Utama kan. Kita kacau dia, Happy Birthday Bandar Utama. Bandar Utama adakah Bandar Utama bersetuju sudah sampai masanya Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah ini di gembleng oleh semua wakil rakyat ADUN yang ada di dalam ini dilibat urus sekali

memandangkan bencana ini harus dikongsi bukan untuk menuduh mana-mana pihak, jabatan agensi tetapi perkara bencana ini perlu dikongsi oleh semua pihak yang bertanggung jawab. Adakah Bandar Utama setuju, Happy Birthday sekali lagi ye Bandar Utama.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih atas ucapan Happy Birthday. Bagi Bandar Utama, Bandar Utama merasakan tidak kiralah daripada Jabatan ke daripada stake holder dengan izin dan daripada mana-mana pihak semuanya seharusnya terlibat kalau tidak terlibat secara langsung terlibat secara tidak langsung pun tidak mengapa. So, sebagai contoh katakan isu ini sepatutnya dijaga oleh Kerajaan Pusat memang tidak akan ada bantahan sekiranya Kerajaan Pusat sudi mendengar isu yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dan memberi bantuan kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri tidak semestinya nak masuk campur segala urusan dengan Polis la, tentera la bomba la dan sebagainya. Sekiranya itu memang terletak di bawah punca kuasa Kerajaan Persekutuan tapi isunya berlaku adalah apabila ada sesetengah pihak ataupun kerajaan mengambil keputusan untuk bermain politik. Jadi saya rasa apabila kita mahu berkhidmat untuk rakyat kita tidak boleh bermain politik. Jangan berpolitik apabila isu adalah berkaitan dengan kelangsungan hidup rakyat. Jadi saya sebenarnya harap Kerajaan Negeri boleh lantang bersuara sekiranya menghadapi kesukaran ketika berurusan ataupun menjalankan kerja-kerja koordinasi antara Kerajaan Pusat. Kerana berdasarkan pengalaman lepas apa yang kita dapat lihat, banyak kali dan sering kali kita tidak diberikan kerjasama oleh Kerajaan Pusat. Informasi tidak sampai, samalah bila kita jadi ADUN bila kita jadi Ahli Dewan Negeri apabila ada informasi, data tentang isu-isu kawasan tetapi tidak sampai pada kita. Macam mana kita nak jelaskan benda ini pada para penduduk pada rakyat bila mereka sangka, Wakil Rakyat ADUN semestinya mempunyai informasi, semestinya mempunyai maklumat. Saya rasa itu pengalaman kebanyakan Ahli Dewan Negeri la. Terutamanya apabila kita berurusan dengan Kerajaan Pusat.

Sepanjang pandemik ini pula kita ada isu dengan Mysejahtera sebagai contoh. Kita juga melalui hotline, helpdesk sama seperti rakyat biasa. Jadi isu-isu seperti ini saya rasa apabila ia berkaitan dengan kelangsungan hidup rakyat seharusnya kita bekerjasama. Jangan main politik, kerana ini adalah kelangsungan hidup rakyat. Jadi sebagai contoh, Bandar Utama harap selepas ini sekiranya Selangor menghadapi isu banjir yang sama seperti pengalaman lepas, Bandar Utama berharap Menteri Besar bersama EXCO boleh keluarkan kenyataan media live sebagai contoh. Setiap hari berada di Pusat Arahan ataupun command centre dengan izin supaya rakyat tahu apa yang berlaku dan perkara ini penting kerana tekanan diberikan kepada pihak yang betul. Ok. Terima kasih. Ini membawa saya kepada isu yang kedua yang ingin saya bangkitkan iaitu berkaitan dengan soal sijil vaksin elektronik di aplikasi Mysejahtera yang tidak dapat dikeluarkan apabila warga Selangor menerima suntikan sinovac sebagai dos penggalak, perkara ini amat membimbangkan Bandar Utama kerana Bandar Utama merupakan salah satu kawasan yang sering jalankan program vaksinasi dan kini banyak penerima vaksin di bawah DUN Bandar Utama yang telah

menerima suntikan tetapi menghadapi kesukaran kerana rekod suntikan dos penggalak tiada dalam aplikasi Mysejahtera. Apabila akhirnya perkara ini terjadi banyak di antara mereka tidak dapat mengekalkan status vaksinasi yang lengkap dan sekali lagi isu sebenar wujud antara koordinasi Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat tidak dimaklumkan. Jadi ramai yang salah faham bahawa isu rekod sijil vaksin ini merupakan masalah yang wujud kerana Kerajaan Negeri tidak menghantar nama kepada Mysejahtera ataupun Kerajaan Pusat. Padahal sudah, setelah diterangkan isu sebenar adalah apabila Kerajaan Pusat ataupun Kerajaan Persekutuan ingin mengenakan cas bagi setiap sijil yang mahu dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri. Jadi Bandar Utama ada dengar menurut info, mungkin perlu dipastikan setiap satu sijil RM10.00. Pada Bandar Utama itu merupakan satu kos yang agak mahal. Bayangkan Kerajaan Negeri Selangor telah membeli vaksin Sinovac dan diedarkan secara percuma kepada rakyat ataupun warga Selangor namun masih perlu dikenakan cas oleh Kerajaan Pusat kerana mahu mendaftarkan sijil vaksinasi elektronik pada aplikasi Mysejahtera. Perkara ini sangat tidak mesra rakyat dan agak memudaratkan hubungan. Bandar Utama berpendapat pada awalnya ketika vaksin tidak mencukupi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terbela Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan dana dan peruntukan bagi membeli vaksin tambahan supaya kita dapat membantu Kerajaan Pusat mempercepatkan proses suntikan vaksin dikalangan orang awam. Saya rasa semua orang pun maklum ini bukan tugas Kerajaan Negeri ini merupakan tugas Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sekadar ingin membantu. Dan ini juga merupakan satu inisiatif yang telah menggunakan dana dan peruntukan Negeri Selangor sendiri. Kerana keperihatinan terhadap..

Boleh mencelah?

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Siapa yang, ok.

Speaker

Silakan Ijok.

Terima kasih Tuan Speaker. Apa yang Bandar Utama telah nyatakan ialah kekurangan information dari Kerajaan Negeri Selangor kepada masyarakat. Masyarakat salahkan Negeri Selangor, padahal banyak masalah terdapat pada pihak Federal. Tiap-tiap organisasi biasanya ada Department of Critical Management (PR Department). Adakah kekurangan information kepada masyarakat yang mereka, yang masyarakat salahkan Negeri Selangor, kita berusaha tetapi tak sampai kepada masyarakat. Adakah ini satu kelemahan PR Department dari Negeri Selangor?.

Puan Jamaliah binti JamaluddinDAP · PHBandar Utama

Terima kasih, oleh kerana itu Bandar Utama telah membangkitkan isu ini. Pada Bandar Utama seharusnya, bagi mementingkan kita sering kata rakyat seharusnya diutamakan dan sebagainya, Jadi Kerajaan Pusat sepatutnya secara proaktif memberikan maklumat dan informasi itu dan menyalurkan kepada Kerajaan Negeri dan bekerjasama dengan Kerajaan

Negeri. Jadi kenapa Bandar Utama membangkitkan isu ini adalah kerana apabila informasi dan maklumat itu tidak sampai daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri, Bandar Utama berpendapat Kerajaan Negeri seharusnya lebih lantang bersuara bagi meminta maklumat dan kadangkala perkara ini seharusnya dimaklumkan secara rasmi kepada orang ramai kepada orang umum, supaya orang umum faham dan tidak berlakunya salah faham yang tanggungjawab itu di salahkan dan dipertanggungjawabkan kepada Kerajaan Negeri walaupun perkara itu merupakan kekhilafan ataupun ketidakcekapan daripada Kerajaan Persekutuan.

Speaker

Baik. Bandar Utama sila duduk oleh kerana harini adalah Birthday Girl saya bagi extra 5 minit untuk hari esok sambung. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jam menunjukkan 4.30 petang, maka Dewan ditangguhkan sehingga hari esok 17 Mac Khamis 2022 bermula jam 10.00 pagi, Dewan ditangguhkan.

(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)