Selangor · 17 March 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 316 turns · 35,690 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas pada 17 Mac 2022 dimulakan dengan bacaan doa. Bacaan doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Saya persilakan Yang Berhormat Jeram.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 26
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 26. Lembu BerkeliaranQuestions
26. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Lembu, anjing berkeliaran bebas tanpa tuan, mengundang rasa tidak selamat dan membahayakan keselamatan penduduk setempat. Apakah penguatkuasaan undang-undang yang dikenakan?
b)
Adakah lembu yang diternak mempunyai tag rekod supaya dapat mengesan tuan punya haiwan peliharaan?
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker saya mengambil untuk memberi respons kepada pertanyaan daripada Jeram. Disebabkan ini ada campur lembu dengan anjing, jadi lembu lebih banyak lembu daripada anjing. Jadi saya akan jawab, kurang sikit tentang anjing ini cerita bab lembu. Jadi pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor akan mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah 5 (1) Enakmen Lembu- Kerbau 1971 dengan menyita lembu yang berkeliaran di kawasan larangan serta mengenakan kadar bayaran kos sitaan RM500.00 seekor dan jagaan RM50.00 sehari di Pusat Kurungan Haiwan sementara MPKS. Sekiranya pemilik tidak datang menuntut dalam tempoh 7
hari lelongan akan dibuat dan menjadi aset MPKS. Lembu yang berjaya disita kebanyakan akan dituntut segera oleh pemilik tidak melebihi tempoh ditetapkan. Berikut bilangan ekor yang berjaya ditangkap bagi tahun 2021 :-
Bulan Lembu Jan 0 Feb 10 Mac 0 April 0 Mei 0 Jun 0 Julai 0 Ogos 0 Sept 5 Okt 0 Nov 1 Dis 1 Jumlah Tangkapan 17
Untuk anjing yang liar. Anjing terbiar, Majlis Perbandaran Kuala Selangor akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan menggunakan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MDKS) 2007 dengan menyita anjing terbiar di kawasan larangan serta mengenakan kadar bayaran bagi kos sitaan RM100.00 / ekor dan jagaan RM50.00 sehari. Tempoh jagaan sehingga 7 hari di tempatkan di Pusat Kurungan Haiwan Sementara, MPKS. Sekiranya tidak dituntut, haiwan tersebut akan diserahkan kepada NGO/ orang awam sebagai haiwan angkat dan dilesenkan. Anjing berpenyakit kepada rabies akan dilupuskan oleh pihak Jabatan Veterinar. Berikut bilangan anjing terbiar yang berjaya ditangkap bagi tahun 2021 :-
Bulan Anjing Jan 205 Feb 192 Mac 201 April 128 Mei 133 Jun 195 Julai 165 Ogos 195 Sept 214 Okt 189 Nov 205 Dis 160 Jumlah Tangkapan 2182
Buat masa ini, lembu yang diternak di dalam kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor tidak mempunyai tag rekod untuk mengesan pemilik haiwan peliharaan tersebut. Kebiasaannya semasa operasi sitaan lembu dijalankan, pemilik akan datang ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk mengambil semula lembu yang berjaya disita. Sekian.
Soalan tambahan.
Jeram.
Terima kasih. Yang Berhormat EXCO tadi statistik penangkapan. Boleh tak saya dapatkan statistik kemalangan maut yang berpunca daripada lembu itu, lembu yang berkeliaran. Terima kasih.
Untuk statistik yang khusus itu kita perlu mendapatkan secara bertulis daripada pihak berkuasa. Terutama pihak polis lah. Sebab ini melibatkan kemalangan jika ada. Tetapi setakat ini ada dengan saya yang menyebabkan directly yang ter-involve dengan kemalangan disebabkan oleh terutamanya lembu lah. Belum ada. Nanti kalau ada kita akan dapatkan.
Yang Berhormat EXCO, soalan ini penting bagi saya untuk menunjukkan di mana berlakunya kemalangan maut akibat lembu yang berkeliaran terutamanya pada waktu malam. Jadi saya mohon Yang Berhormat EXCO dapatkan statistik untuk rujukan saya dan juga untuk pengetahuan Yang Berhormat untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara kemalangan maut yang kerap berlaku disebabkan lembu berkeliaran waktu malam. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jeram. Itu akan kita lakukan untuk bukan sahaja untuk di Jeram lah di semua seluruh tempat kita akan dapatkan maklumat terkini berhubung dengan kemalangan jalan raya terutamanya yang disebabkan oleh lembu yang berkeliaran. Terima kasih.
Yang Berhormat.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya ingat soalan saya ini mewakili DUN Banting lah. Banting tak boleh nak soalkan. Tapi ia sangat relevan, saya tengok di kawasan.
Morib, morib.
Oh Morib, sorry. Morib ini sesuatu yang tidak selesai lagi saya ingat bertahun dah lembu berkeliaran menyebabkan insiden yang berulang kali yang akhirnya saya dapat dimaklumkan seluruh Jawatankuasa MPP itu letak jawatan atas sebab ini. Saya ingat mesti ada sesuatu yang boleh dibuat oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku.
Sebagaimana, terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sebagaimana yang saya sebutkan di dalam Dewan ini berkali-kali bahawa proses kita sebenarnya boleh melaksanakan satu langkah yang drastik untuk menyelesaikan isu lembu ini sebagaimana yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dia terus mengeluarkan notis semua lembu yang ada yang tidak ada tempat yang illegal punya tempat atau berkeliaran ditangkap terus disembelih. Ini yang berlaku sebab di Kuala Lumpur memang tidak akan dibenarkan. Untuk Selangor ini kita memberi alternatif sebenarnya sebab saya beritahu perancangan 4 tahun kita untuk menempatkan lembu-lembu yang berkeliaran ini di tempat-tempat yang telah kita sediakan iaitu dipanggil Pusat Translokasi. Ada beberapa tempat termasuklah di Olak Lempit yang akan dibangunkan di fasa kedua tetapi jumlahnya yang banyak setakat yang kita ada rekodkan ada 82 pemilik lembu yang melibatkan lebih 4,000 ekor di seluruh Selangor dan saya yakin akan ada lagi sebenarnya itu tidak lengkap lagi. Jadi merupakan satu proses yang mengambil masa. Kalau kita ingin melaksanakan sebagaimana yang tertakluk di bawah Akta ataupun bawah Enakmen Lembu/ Kerbau ini sebenarnya boleh dilaksanakan tetapi kita mengambil kira pertimbangan kewajaran untuk melaksanakan perkara ini yang melibatkan pemilik ataupun owner dia yang begitu ramai dan tetapi kita akan menyediakan translokasi ini berperingkat-peringkat. Bila kita sediakan kalau mereka masih degil untuk menempatkan di tempat-tempat ini, maka kita akan mengambil tindakan yang lebih drastik. Disebabkan perkara ini saya sebagaimana saya sebut dahulu bukan sahaja mengganggu keselamatan jalan raya tetapi juga mengganggu kehidupan masyarakat hingga masuk ke hospital, supermarket dan sebagainya yang telah berlaku dan kita telah berjaya kurangkan dengan fasa pertama Olak Lempit itu di kawasan Klang dan sebagainya. Cuma proses untuk kita melaksanakan pemindahan ini disebabkan kekangan termasuk yang terbaru ini ialah masalah dengan bekalan elektrik yang kita sedang selesaikan dengan Tenaga Nasional itu yang menyebabkan sedikit kelewatan. Jadi kita akan tingkatkan lagi dan kita telah kenal pasti berapa lagi kawasan-kawasan translokasi ini untuk menempatkan lembu-lembu ini yang telah dan kita laksanakan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Ijok.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Tadi Yang Berhormat EXCO telah sentuh tentang anjing liar. Anjing liar ini dah dibangkitkan di dalam dewan lama bertahun-tahun sejak saya mula di sini. Tetapi sampai sekarang tidak ada solution. Jadi saya nak tanya pada Yang Berhormat EXCO, adakah kaedah baru atau approach baru yang boleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah anjing-anjing atau haiwan liar ini.
Saya yakin ramai di dalam Dewan ini adalah mantan Ahli-ahli Majlis dan mereka pun tahu sebenarnya apa masalahnya. Saya pun 10 tahun Ahli Majlis kita tahu masalah dengan anjing-anjing liar ini. Memang sukar sekali untuk kita mengawalnya. Pertamanya ialah kerana dia terlalu cerdiklah anjing ini. Apabila kita tiba sahaja dengan peralatan tak ada anjing itu. Tetapi bila dah balik nanti dia akan datang balik. Benda berulang kali bukan kita nak kata beri alasan ya ini sebenarnya boleh tanya Ahli-Ahli Majlis yang mantan dalam dewan ini. Memang begitu, dan keduanya bila kita buat tender ataupun buka sebut harga untuk kontraktor yang berminat untuk menangkap anjing-anjing ini boleh kata hampir tak ada yang datang. Saya pun tak faham, tidak ini tender kan. Dia boleh cadangkan kadar yang mereka, tak ada yang minat dan yang ketiganya ialah daripada NGO, apa nama NGO POS ya yang mengawal anjing kita memang memantau cukup rapi apa yang kita buat sebabkan usaha yang kita buat yang dilihat tidak wajar maka mereka akan mengambil tindakan yang sesuai yang mereka akan ambil untuk menekan kita. Memang ini yang berlaku, sebab itu kita hanya menangkap, menempatkan di kurungan dan juga memberikan membuat anjing angkat kepada orang lain dan juga put to sleep itu dengan kaedah yang sangat human lah, yang perikemanusiaan. Walaupun dia anjing. Jadi itu yang berlaku yang telah dibuat dan perkara ini anjing ini pula cepat membiak macam arnab dia cepat membiak. Cepat, kalau tengok tadi kat Jeram sahaja tadi kat Kuala Selangor sahaja dah berapa ribu ekor dalam setahun yang berkeliaran ini. Jadi ini satu proses yang bukan mudah kita pun tak tahu kalau boleh dibenarkan menembak, memang, tetapi setakat ini memang tidak ada perancangan untuk melaksanakan kaedah yang lebih drastik lagi dalam mengawal anjing liar ini, anjing terbiar ini. Bukan anjing liar, anjing terbiar.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya berkenaan dengan lembu. Kebelakangan ini saya juga terima aduan daripada penduduk Bandar Mahkota, Banting. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan, saban hari kita tangkap, sita, kompaun, saman dan lepaskan. Kemudian kita tangkap sekali lagi akan ada aduan, tangkap, kompaun, sita, lepas, aduan. Dia berulang alik, soalan saya, mengapa kerajaan tidak mencadangkan sesiapa yang datang untuk
menuntut balik bukan sahaja dia kena bayar saman, bukan sahaja dia kena bayar kompaun, dia kena daftarkan sendiri. Kalau ada undang-undang di bawah kerajaan untuk mendaftarkan penternak-penternak lembu ini dia kena daftarkan diri. Kalau dia tak dapat daftarkan sorrylah lembu itu kita akan lupuskan. Mengapa tidak kita lakukan cara macam ini. Jadi soalan saya.
Jawapan saya dalam menguruskan lembu-lembu yang kita pernah buat di Shah Alam beberapa kali kita membuat tangkapan, sebahagian besar memang betul yang disebut oleh Yang Berhormat memang mereka datang menuntut. Tetapi sebahagian besar juga tidak menuntut. Sesetengah itu owner dia pun tidak tahu ada lembu itu. Dia berkeliaran terlalu banyak, kadang-kadang bayang kita selesaikan di kawasan Setia Alam yang kita buat itu. Hampir 1,000 ekor, ada 3 pemiliknya yang kita buatlah yang kita berjaya akhirnya pindahkan dengan menempatkan di translokasi di Hulu Selangor. Jadi memang usaha itu kita buat tetapi berperingkat-peringkat dan hujah yang mereka gunakan ialah sebab dia tempat yang illegal ini mudah tidak perlu bayar sewa dan sebagainya tapi menyebabkan gangguan dan saya akan minta kepada kerjasama Veterinar untuk, kita ada rekod semua inventori sebenarnya. Tempat mana pusat mereka. Tetapi tempat mana lembu itu bergerak itu. Itu yang masalah sikit. Tempat mereka akhirnya di mana melanding itu kita tahu dan kita telah mengambilkan tindakan berperingkat-peringkat,cuma kita bagi alternatif kepada mereka. Kita berikan kawasan translokasi ini untuk dipindahkan dan ada sebahagiannya telah pun dipindahkan. Cuma kebimbangan kita yang baru pula akan masuk mengisi tempat-tempat yang kosong ini. Ini yang perkara yang kita kena buat dan saya sebenarnya setuju dengan pendapat Yang Berhormat untuk tindakan yang lebih drastik lebih keras untuk memastikan keselamatan bukan sahaja di jalan raya tetapi di kawasan perumahan dan kawasan-kawasan perniagaan dijaga. Terima kasih.
Tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, terima kasih EXCO kerana memberikan ikan yang sedap.
Jadi saya ingin tanya, adakah kompaun atau pun bayaran yang digunakan oleh PBT-PBT tidak diselaraskan dan berbeza. Kerana di Hulu Kelang, ada kes ini, samanya ialah RM1,000.00 satu ekor, kalau begitu, berniaga kalau tangkap anjing lebih untung daripada tangkap lembu. Cuba kalau boleh cuba selaraskan, tengok bagaimana benda itu boleh jadi dan tidak ada perbezaan-perbezaan dari segi kadar-kadar ini, yang mana kita boleh selaras dan dihargai oleh rakyat sekalian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang, memang benar ya, ada ketidakselarasan dari segi bukan sahaja dari segi bab ini,
denda ini, perkara-perkara lain juga masih ada yang tidak selaras. Jadi saya setuju untuk dikaji semula supaya itu menjadi salah satu juga kaedah bagaimana kita hendak sebagai deterrent sebagai penghalang supaya owner nya atau pemiliknya mengambil berat terutama lembulah kalau yang anjing ini memang tidak ada owner. Memang tidak ada, itu yang kita panggil anjing terbiar. Yang itu kita kena lihat bagaimana kaedah kita untuk melaksanakan yang anjing ini. Yang lembu ini, saya rasa yang sebahagiannya akan dituntut, tapi yang anjing ini memang tak ada yang tuntut. Kalau yang datang pun, dia hendak ambil anjing angkat, itu pun tidak ramai, tak ramai yang buat begitu, jadi ini kita kena tengok kaedah lain, bagaimana lagi, kalau ada cadangan-cadangan yang lebih sesuai untuk dilaksanakan bagi kawalan anjing terbiar ini, saya, kita mengalu-alukan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya Nombor 27.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 27. Pekerja P-HailingQuestions
27. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah sebarang rancangan mahupun inisiatif sendiri dari Kerajaan Negeri sebagai sokongan kepada kira-kira 30 ribu rider p-hailing berdaftar di Selangor yang sangat berisiko dari aspek keselamatan di atas jalan raya?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat memandang tinggi peranan kerja p-hailing dalam bersama-sama menjana ekonomi Negeri Selangor dan juga mengambil perhatian aspek keselamatan kumpulan pekerja ini dengan menumpukan kepada beberapa inisiatif seperti berikut:-
Pertama, Majlis Sukan Negeri Selangor iaitu MSN selaku urusetia RiDE telah menyediakan caruman perkeso kepada 2658 pemandu p-hailing yang layak. Yang kedua, inisiatif ini akan diteruskan pada tahun ini dengan menyasarkan seramai 3000 penerima. Perancangan bagi mengadakan siri-siri Latihan keselamatan kepada para pekerja industri p-hailing, dan sentiasa membuka ruang kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk turut berkerjasama dan menyumbang sebaran usaha bagi
mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan taraf hidup pemandu p-hailing. Sekian, terima kasih.
Soalan berikutnya, Lembah Jaya.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, Lembah Jaya mohon jawab soalan 28. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Pengurusan Sisa Pepejal Pasca BanjirQuestions
28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah kaedah yang digunakan dalam melupuskan sisa pepejal yang dikumpulkan pasca banjir?
Tuan Speaker, kesemua sisa pasca banjir yang terima oleh pihak Worlwide Holdings akan diasingkan, terutamanya sisa e-waste untuk dihantar ke pusat pelupusan e-waste yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Kaedah pelupusan kambus tanah secara selamat digunakan di mana semua sisa pasca banjir akan dilupuskan di dalam sel penerimaan sisa pepejal yang dilapisi sistem linear dan kemudiannya ia akan diratakan serta dimampatkan sebelum ianya ditutup dengan selamat.
Bagi statistik sisa pasca banjir pihak Worldwide Holdings menerima sisa pasca banjir sebanyak 60, 543 metrik tan bermula daripada 21hb Disember 2021 hingga 15 Januari 2022.
Pecahan mengikut tapak adalah seperti berikut:-1. Tapak Pelupusan Sanitary Jeram – 32,267 metrik tan 2. Tapak Pelupusan Sanitary Tanjung Dua Belas – 14, 715 metrik tan 3. Tapak Pelupusan Sanitary Panchang Bedena – 86 metrik tan 4. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Dengkil – 12,043 metrik tan 5. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Kuang – 849 metrik tan 6. Tapak Pelupusan Sisa Lengai Sungai Tua – 583 metrik tan Jumlah penghasilan sampah pasca banjir ini merupakan satu perkara yang di luar jangkaan kita, walau bagaimanapun kita harus mengambil iktibar untuk memikirkan
satu kaedah pelupusan sampah yang lebih mampan atau pun lebih sustainable dengan memanfaatkan teknologi yang terkini termasuk WTE bagi menyelesaikan kekurangan tapak pelupusan ataupun landfill di Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Lembah Jaya.
Terima kasih, tadi Yang Berhormat EXCO hanya menyebut tentang pengasingan sisa barangan apa, e-waste sahaja, bagaimana dengan barangan atau bahan yang boleh di kitar semula. Adakah tidak bahan-bahan ini diasingkan juga kerana saya tengok macam besi masih boleh digunakan dan dapat di kitar semula.
Dalam crisis management ataupun pengurusan krisis, kita perlukan bagikan segala tindakan yang kita ambil, kita kena berikan kepada dua kategori, iaitu priority dan non-priority. Bagi sisa pasca banjir, selepas banjir yang begitu besar di Negeri Selangor pada 18 Disember itu, priority kita, priority Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk membersihkan sisa-sisa banjir di depan rumah, di depan kedai, di tepi jalan itu adalah priority. Selepas sisa ini dibawa ke tapak pelupusan, mahupun di Jeram atau pun tapak pelupusan yang lain, Worldwide Holdings akan cuba mengasingkan seboleh yang mungkin. Kalau mereka dapat asingkan, kita akan asingkan, tetapi priority pada masa itu adalah untuk membersihkan semua sisa pasca banjir itu, di depan rumah, di depan kedai dan di tepi jalan. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 29.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 28. Pengurusan Sisa Pepejal Pasca BanjirQuestions
28. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah kaedah yang digunakan dalam melupuskan sisa pepejal yang dikumpulkan pasca banjir?
Terima kasih Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, penempatan Orang Asli Batu 12, Gombak adalah berstatus kampung IKTIRAF daripada 74 keseluruhan kampung di Negeri Selangor tetapi masih belum diwartakan. Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan (JAKOA) telah mengiktirafkan Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak sebagai kawasan penempatan Orang Asli. Pengiktirafan kampung sebagai penempatan Orang Asli adalah berdasarkan kepada sejarah penempatan kampung Orang Asli Batu 12, Gombak. Sejarah penempatan adalah seperti berikut: Kampung ini wujud pada tahun awal 50-an apabila tertubuhnya pasukan polis hutan yang dikenali sebagai Senoi-Prak. Mereka kemudiannya diserap ke Bahagian Perubatan akibat ancaman komunis yang cuba mempengaruhi dan merekrut mereka. Mereka bekerja di Hospital Orang Asli Gombak yang mana mereka adalah dari kalangan 18 suku kaum Orang Asli. Akibat daripada itu mereka berkahwin secara campur dan menetap di Batu 12. Nama kampung adalah sempena kedudukan jalan berada di Batu ke-12. Peringkat awal penempatan kampung ini kebanyakan penduduk adalah dari kalangan kakitangan kerajaan yang bekerja di Hospital Orang Asli dan Muzium Orang Asli. Namun, ekoran perkembangan akademik yang baik, kini penduduk telah bekerja dalam pelbagai sektor seperti sektor swasta, kerajaan dan kerja tradisional. Penduduk Orang Asli kampung Batu 12, Gombak boleh membuat permohonan bantuan kerajaan seperti bina baru rumah, baikpulih rumah, kemudahan infrastruktur, ameniti sosial, jalan dan sebagainya. Antara bantuan yang telah disalurkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan pelbagai agensi kerajaan adalah sebagaimana berikut: i. Kemudahan Asas (Infrastruktur dan Ameniti Sosial): 1. Jalan Perhubungan : (a) Jalan Ke Kampung : Jalan Premix (Tar) (b) Jarak Dari Kampung Ke Jalan Utama : 0.01Km
2. Bekalan Air Dan Elektrik : (a) Bekalan Air : Air Selangor (b) Sumber Bekalan : Sungai (c) Jenis Sistem & Bekalan : Talian Grid (d) Sumber Bekalan : TNB
3. Ameniti Sosial : (a) Masjid/ Surau : 2 Buah (b) Balai Raya : 1 Buah (c) Taska/ Tadika : 2 Buah
(d) Balai Rawatan/ Klinik : Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) (e) Muzium Orang Asli : Ada (f) Gelanggang Sepak Takraw : Ada (g) Gelanggang Futsal : Ada (h) Taman Permainan : Ada (i) Padang Bola Sepak : Ada (j) Dewan Orang Ramai : Ada (k) Pusat Komuniti : Ada
Sekian, terima kasih.
Soalan berikutnya, Sungai Ramal.
Timbalan Tuan Speaker, Soalan saya soalan nombor 30.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 30. Kesan Ekonomi Akibat Covid-19Questions
30. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah bilangan pelabur luar dan dalam negeri yang telah menutup operasi mereka dalam Negeri Selangor semenjak bermulanya pandemik COVID-19?
b)
Apakah kesan kewangan kepada ekonomi negeri dan berapakah jumlah orang kehilangan pekerjaan akibat penutupan operasi tersebut?
c)
Apakah tindakan penyelesaian Kerajaan Negeri?
Speaker, mengikut data yang dikumpulkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor melalui Borang PK mengikut peruntukan dibawah Akta Kerja 1955, mewajibkan setiap majikan yang berhasrat untuk mengambil tindakan memberhentikan pekerja perlu melaporkan kepada jabatan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tindakan pemberhentian dijalankan. Bagi tempoh tahun 2020 hingga 2021 sebanyak 44 majikan sektor pembuatan yang menutup operasi di Negeri Selangor.
Penutupan operasi syarikat di Negeri Selangor tidak memberikan kesan kewangan secara langsung kepada ekonomi negeri kerana syarikat hanya membayar cukai tanah dan cukai taksiran pada kadar yang kecil kepada pihak Kerajaan Negeri. Bagi tempoh 2020 hingga 2021 seramai 835 orang pekerja tempatan dan sebanyak 119 orang pekerja asing telah diberhentikan daripada 44 majikan. Antara tindakan penyelesaian yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat Selangor yang diberhentikan kerja akibat kesan penularan pendemik untuk mendapatkan pekerjaan semula ialah dengan mengadakan program Karnival Kerjaya - Jelajah Selangor Bekerja Tahun 2021. Pada tahun 2021 sebanyak enam (6) siri Karnival Kerjaya - Selangor Bekerja dilaksanakan di lokasi berbeza. Penganjuran program ini merupakan platform yang menyediakan ruang kepada masyarakat untuk mendapat pekerjaan, sekaligus mengatasi kadar pengangguran di Selangor selaras dengan permintaan yang tinggi dan sambutan yang menggalakan mengikut kadar kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19.
Soalan tambahan.
Taman Medan
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO. Adakah sebarang faktor lain, yang selain daripada pandemik Covid-19 yang menyebabkan pelabur-pelabur sama ada dari luar negara atau dari dalam negara memindahkan operasi mereka daripada di dalam negera termasuk di dalam Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Tuan Timbalan Speaker, pihak kerajaan tidak ada maklumat seperti itu, kerana bagi syarikat-syarikat ini mengikut peruntukan undang-undang, mereka hanya perlu melaporkan kepada pihak Jabatan Kerja tentang berapa pekerja telah diberhentikan dan maklumat itu sahaja yang diperlukan. Tidak ada maklumat seperti sebab mereka memberhentikan atau menutup operasi mereka di Selangor ataupun dimana-mana tempat di Malaysia ini. Oleh itu, kita tidak ada maklumat seperti itu.
Soalan berikutnya, Hulu Bernam, tidak hadir. Seterusnya Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Nombor 32.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 32. Pjd LinkQuestions
32. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah status terkini permohanan untuk pembinaan projek PJD Link?
b)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang atau pernah berbincang untuk memperolehi pegangan saham dalam lebuhraya ini?
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing, yang begitu tekun sekali memerhati perjalanan projek PJD Link, tahniah. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Bukit Gasing bertanyakan tentang status terkini berhubung dengan permohonan untuk pembinaan projek PJD Link, itu sebuah lebuhraya di kawasan Petaling Jaya dan juga adakah Kerajaan Negeri bercadang atau pernah berbincang untuk memperolehi pegangan saham dalam syarikat atau pun konsesi lebuhraya ini? Untuk makluman Yang Berhormat, setakat yang terkini, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berhubung projek PJD Link telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 12 November 2021 untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri secara bersyarat yang mana antara lain PJD Link (M) Sdn. Bhd. (PJDLSB) perlu mematuhi atau memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarat-syarat duluan Perjanjian Konsesi. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang dalam perundingan di peringkat akhir penyediaan perjanjian konsesi. Walaupun perjanjian konsesi telah dibincang secara terperinci, pihak syarikat konsesi masih perlu memenuhi syarat-syarat duluan yang ditetapkan di dalam perjanjian konsesi tersebut dalam tempoh 12 bulan dengan option tambahan selama 3 bulan sebelum perjanjian konsesi boleh dikuatkuasakan.
Suka juga saya maklumkan di sini juga dalam masa yang sama penambahbaikan di peringkat Kerajaan Negeri Selangor dalam meluluskan sebarang cadangan lebuh raya baru telah dibentangkan oleh PLANMalaysia@Selangor (JPBD Selangor) pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2022 dan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 5 / 2022 yang diadakan pada 9 Februari 2022 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 6 / 2022 pada 16 Februari 2022 telah menimbang dan meluluskan perkara-perkara berikut.
Pertama, bersetuju dengan Carta Alir Proses/Ulasan/Input/Sokongan Kerajaan Negeri dalam Perancangan Pembangunan Lebuhraya dan Infrastruktur Utama di Negeri Selangor dengan pindaan berikut. Pertama (a), a. Kajian Environmental Impact Assessment (EIA), Social Impact Assessment (SIA) dan Traffic Impact Assessment (TIA) dibentangkan serta rundingan teknikal di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di bawa ke peringkat 6 iaitu di pertengahan dalam proses itu (Rundingan) bagi permohonan secara solicited dan dibawa ke peringkat 9A (rundingan teknikal) bagi memastikan permohonan itu secara solicited supaya perkara ini di bincang lebih awal tentang laporan ataupun kelulusan di peringkat EIA, SIA dan TIA kerana selalunya perkara ini berlaku di hujung perbincangan. Jadi kita telah awalkan proses untuk mendapatkan laporan atau perbincangan di peringkat negeri berhubung EIA, SIA dan TIA kerana di sinilah terutama SIA di mana bantahan-bantahan itu kita akan teliti dan kita juga telah bersetuju bahawa jika kita dapati laporan-laporan ini tidak memenuhi syarat yang negeri tetapkan kita akan menolak proses pembinaan lebuh raya tersebut. Dan jika ada keraguan kepada integriti SIA ini kita berhak atau berkemungkinan kita akan appoint third party untuk meneliti kerana di sini banyak berlaku perbalahan atau engagement daripada awam.
Yang kedua (b), Penyelesaian Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat selepas perjanjian konsesi ditandatangani dan berkuat kuasa. Ini ada beberapa opsyen yang saya akan sebut sekejap lagi. Kemudian (c) EIA, SIA, TIA dan Rundingan Teknikal di bawah Seksyen 20A, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dijadikan sebagai asas pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan projek atau tidak projek lebuhraya dan infrastruktur utama ini. (d) Penyelesaian tanah di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960, serta Permohonan Rundingan 20A (muktamad) atau Kebenaran Merancang di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) akan diselesaikan setelah perjanjian konsesi berkuat kuasa berdasarkan klausa yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. Ini juga merupakan satu perkara penting dari segi aspek pengambilan tanah kerana ini yang telah banyak mengganggu lebuh raya atau projek-projek infra yang besar dan menyebabkan kelewatan projek-projek antara yang terbaru ialah WCE yang telah bertangguh atau lewat sekian lama kerana masalah pengambilan tanah. (e) Proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 hendaklah diselesaikan oleh pihak konsesi sehingga hak milik sambungan dikeluarkan. Bahagian dua, Bersetuju agar cadangan proses pembangunan Lebuhraya dan Infrastruktur Utama di Negeri Selangor secara solicited dan unsolicited, unsolicited ini bermaksud yang masuk secara rambang permohonan-permohonan lebuh raya.
Sedangkan solicited ini telah ada dalam perancangan. Itu bezanya prosesnya agak pendek bagi yang solicited tetapi dia punya keperluan untuk memenuhi syarat di peringkat negeri adalah sama. Cuma di peringkat persekutuan, kajian pusat agak lebih pendek prosesnya tetapi di peringkat negeri tetap sama kita punya ketegasan dalam kita memastikan sebelum sebarang projek dibangunkan telah memenuhi kriteria dikehendaki. Dibentangkan terlebih dahulu kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Lebuhraya untuk ulasan, sebelum dibentangkan di dalam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) berdasarkan Carta Alir yang telah disediakan. Yang ketiga, mengambil maklum Opsyen-opsyen yang akan digunakan bagi peringkat penyelesaian Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) iaitu Opsyen 1, Selesai keseluruhan pengambilan tanah di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960. (b) Opsyen 2, Selesai pengeluaran Borang K (selesai 75% pengambilan tanah) di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960; dan (c). Opsyen 3: Selesai pewartaan pengambilan tanah setelah mendapat kelulusan Menteri Besar di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960. Keempat, bersetuju menggunakan Opsyen 2 iaitu Selesai Pengeluaran Borang K (selesai 75% pengambilan tanah) di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi peringkat penyelesaian Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486). Telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Opsyen ini. Kelima, bersetuju projek-projek lebuhraya dan infrastruktur utama di Negeri Selangor di peringkat perancangan yang telah diluluskan oleh EXCO MTES, perlu melalui proses rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta Perancang Bandar dan Desa (Akta 172) atau Proses Kebenaran Merancang.
Keenam, bersetuju projek-projek lebuhraya dan infrastruktur utama di Negeri Selangor dalam peringkat perancangan yang telah diluluskan oleh EXCO MTES, dibuat pengubahan kepada Rancangan Tempatan tersebut, perlu dibiayai oleh pemaju atau promoter projek.
Ketujuh, bersetuju agar pihak Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan memaklumkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu bagi sebarang perancangan pembangunan lebuhraya dan infrastruktur utama yang ingin dilaksanakan. Sebelum kita memberi pertimbangan untuk dibentangkan di dalam MTES. Dan kita telah kalau dilihat di carta alir ini yang boleh saya berkongsi nanti dengan Yang Berhormat Bukit Gasing atau pada Ahli-Ahli Yang Berhormat lain yang berminat. kalau kita lihat carta yang kita telah luluskan kelulusan di peringkat negeri ada tiga kali promoter atau pun projek ini perlu bawa ke dalam MTES. Pertamanya apabila mendapat surat pertama daripada kalau lebuh raya itu daripada Kementerian Kerja Raya bila dapat surat rasmi tentang lebuh raya ini kita akan bentangkan pertama kalinya ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor untuk pengetahuan. Hanya untuk pengetahuan kita bahawa ada projek yang sedang dirancang. Tidak ada kelulusan
apa ketika itu. Hanya pemakluman. Kemudian di pertengahan iaitu selepas jemaah menteri memberikan kelulusan dasar kepada pemegang konsesi lebuh raya ini mereka perlu sekali lagi bawa ke MTES untuk kita berikan syarat. Di sinilah kita akan syaratkan mereka perlu melaksanakan EIA, TIA dan SIA dan membentangkannya di dalam MTES sebelum kita memberikan keputusan sama ada kita bersetuju atau perlu dibuat lagi kajian lanjut dan sebagainya. Di sini merupakan aspek dan ini dibuat awal selepas kelulusan dasar daripada kerajaan pusat. Dan satu lagi ialah apabila diluluskan telah ditandatangani konsesi di peringkat kerajaan pusat telah menandatangani konsesi mereka perlu kembali sekali lagi untuk ke MTES bagi membentangkan ada perubahan pada jajaran dan sebagainya untuk kita pastikan pelaksananya mengikut syarat termasuklah kebenaran merancang dan isu-isu tanah. Ini merupakan minimum 3 kali mereka perlu membentangkan di MTES bagi projek lebuh raya atau projek-projek infrastruktur. Dan bahagian (b), saya telah sebutkan tadi tidak ada sebarang perancangan tidak ada sebarang perbincangan dengan mana-mana konsesi yang baru ini untuk sama ada Kerajaan Negeri mengambil terlibat sama dalam pegangan dalam mana-mana syarikat ini. Tidak ada setakat ini. Memang tidak ada. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan tambahan pendek sahaja. Adakah EIA, SIA dan sebagainya dengan jajaran telah dihantar kepada Kerajaan Negeri. Yang kedua, jawatankuasa pemantauan lebuh raya ada tak akan menjemput Ahli Parlimen atau ADUN kawasan yang terlibat bagi mana-mana cadangan lebuh raya bagi mendengar taklimat dan memberi pandangan.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gasing. Kita ada menerima pembentangan berhubung dengan jajaran dan kita telah memberikan pandangan-pandangan. Ini sebelum carta alir baru diluluskan. Dan kita belum lagi menerima sebarang laporan daripada mana-mana pemegang ataupun promoter lebuh raya yang baru yang belum kita luluskan ini tidak ada lagi menerima sebarang bentuk termasuklah PJD-Link ini termasuklah EIA, SIA atau TIA. Memang tak ada lagi. Yang soalan tambahan kedua tadi, memang kita menjemput kalau ada berminat sebelum ini pun kita pernah menjemput Yang Berhormat Banting untuk hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Lebuh raya berhubung dengan isu WCE. Tidak ada masalah. Mesyuarat ini pun tidak kerap pun. Saya boleh kalau ada minat daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh maklumkan dan kita akan jemput untuk hadir sama dalam mesyuarat. Terima kasih.
Saya berminat. Tolong jemput. Terima kasih.
Kita akan register. Insya Allah. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya Yang Berhormat EXCO tentang projek-projek lebuh raya yang banyak ada di negeri Selangor termasuklah yang dicadangkan PJD-Link adakah proses pewujudan atau pembinaan lebuh raya ini bila mana mengambil tanah untuk dilaksanakan operasi tersebut ia sesuatu yang mendatangkan pendapatan ataupun sumber kewangan kepada Kerajaan Negeri dari sudut pengambilan tanah operasinya dan jika ada berapa lama tempoh yang ditetapkan untuk proses tersebut berjalan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Medan. Memang tanah ini yang dilalui atau jajaran bagi lebuh raya ini memang meliputi tanah-tanah kerajaan dan ada juga ada tanah-tanah melibatkan tanah persendirian. Memang kalau kita lihat kepada kewajaran sebarang alignment sama ada jalan raya, lebuh raya ataupun rail dan sebagainya memang mereka kalau boleh memang mencari kawasan-kawasan tanah kerajaan atau tanah-tanah rizab sebab ini memudahkan mereka dari segi proses perbincangan harga dan penilaian sebagainya. Tapi tidak dapat dielakkan memang akan lalu juga kawasan-kawasan persendirian tanah persendirian dan selalunya inilah yang menjadi isu. Contoh WCE ini yang menjadi isunya ialah kawasan-kawasan yang 3 lot ini yang menjadi isu sehingga ke Mahkamah ialah kawasan itu adalah kawasan status tanahnya adalah lain zoning tapi pembangunannya lain. Jadi apabila datang buat penilaian maka penilaian dibuat berdasarkan kepada status tanah. Jadi itu yang diprotes oleh pemilik bangunan di atas tanah ini kerana tanah itu tidak dinilai berdasarkan contohnya kilang dibuat di situ sebenarnya di situ zon pertanian. Itu contohnya. Jadi dia akan nilai based on tanah pertanian. Jadi bantahan itulah yang bawa ke mahkamah dan menyebabkan delay atau kelewatan dalam projek-projek lebuh raya. Memang kita ada hasil kepada Kerajaan Negeri akhirnya tetapi itu bukan matlamat utama kita, kita nak melihat bahawa sebab dengan pembangunan lebuh raya ini sebab proses nak dapat kelulusan bukan mudah. Dia ada melalui banyak proses di peringkat Kerajaan Pusat termasuk value engineering untuk justify untuk mengesahkan sama ada highway ini perlu atau tidak. Perlu kajian yang teliti. Jadi bila dibuat itu kita yakin dia akan pertama akan membantu dari segi pengurusan trafik dan kedua meningkatkan aktiviti ekonomi. Sebab itu kita bersetuju dengan pelaksanaan lebuh raya ini. Cuma apabila
pembinaan lebuh raya ini melalui jajaran yang tidak wajar menyebabkan contoh dia NKVE di Sungai Ampang yang menyebabkan berterusan gangguan ataupun kecemaran air dari segi kekeruhannya tentulah akan menyebabkan masalah kepada rakyat. Ini menyebabkan kawasan-kawasan yang dilalui itu menyebabkan isu-isu yang perlu kita adakan EIA, SIA dan TIA ini bagi memastikan tidak berulang. Dan cuma saya ingin menyebutkan di sini bahawa perlunya sebab itu Kerajaan Negeri memutuskan untuk ambil jalan tengah. Kita asalnya kita kalau boleh 100% selesai tanah baru boleh buat kerja. Tapi dia tidak masuk akal sebab tidak akan dapat projek apa pun nak buat tak boleh. Kalau nak tunggu macam highway ini. Berapa banyak lot tanah. Kalau tunggu tiga tahun pun belum tentu boleh buat lagi highway itu. Jadi sebab itu ita bersetuju dengan Opsyen 2, 75% selesai dulu baru kita benarkan memulakan kerja-kerja kerana selalunya yang menjadi masalah ini dalam 10-15% nilai tanah tu. Yang lain agak mudah untuk diuruskan. Itu yang kewajaran keputusan yang kerajaan negeri buat. Terima kasih.
Soalan berikutnya. Kota Anggerik telah dijawab bersekali dengan soalan no.3. Berikutnya Sungai Pelek.
Soalan saya no. 34.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 34. Jom ShoppingQuestions
34. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar: -
a)
Adakah terdapat kaedah baru yang lebih mudah dan baik untuk program Jom Shopping Warga Emas yang boleh digunakan? Kerana ketika ini, pegawai di pejabat saya menghabiskan masa yang banyak untuk mengikut prosedur dan kertas kerja.
Tuan Speaker, YAWAS telah merangka penambahbaikan bagi pelaksanaan program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi tahun 2022 dan tahun seterusnya dimana pemberian baucar RM 100 akan diberikan sepanjang tahun dan tidak mengikut bulan kelahiran ahli seperti yang sedang dilaksanakan kini. Ahli SMUE yang masih hidup boleh mengambil baucar Jom Shopping RM 100 setiap tahun di Pusat Khidmat DUN mereka dalam tempoh sepanjang tahun tanpa perlu menunggu bulan kelahiran mereka tiba.
Kertas cadangan ini diperhalusi oleh UPEN untuk dibawa ke peringkat MMKN yang mana YAWAS juga sedang mengkaji penambahbaikan operasi pelaksanaan program ini dengan memasukkan elemen pendigitalisasian atau pengautomasian bagi memudahkan kerja-kerja pegawai dari pelbagai peringkat disamping meminimakan kesilapan kemasukan data dan mempercepatkan pengemaskinian data tuntutan baucar di dalam sistem. Namun, pelan rancangan ini masih memerlukan penelitian yang rapi memandangkan ia melibatkan keseluruhan besar SOP program ini.
Soalan berikutnya, Batang Kali, tidak hadir. Seterusnya, Sementa.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 36.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 36. Bazar RamadhanQuestions
36. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Kesan penularan Covid-19 menyebabkan ramai memilih untuk berniaga, apakah indikator yang akan digunakan bagi memastikan penjaja dapat terus mencari rezeki memandangkan PBT akan membuka tapak bazar ramadhan?
b)
Sekiranya tidak, adakah keutamaan akan diberikan kepada mereka dalam mendapatkan tapak niaga?
JAWPAN :
Tuan Speaker, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor telah membuka tawaran kepada peniaga untuk menjalankan aktiviti Bazar Ramadhan tahun 2022. Terdapat 241 lokasi melibatkan 12,578 petak ditawarkan di sekitar Negeri Selangor sebagai Bazar Ramadhan tahun ini bagi meningkatkan peluang penjaja-penjaja untuk mencari rezeki khususnya dalam keadaan pasca pandemik Covid-19 ini. PBT juga telah menjalankan beberapa inisiatif seperti menggiatkan promosi tawaran tapak kepada peniaga menempatkan peniaga-peniaga tanpa lesen di petak kosong Bazar Ramadhan dan menggalakkan kaedah pembayaran cashless payment di Bazar Ramadhan. Penjaja-penjaja yang tidak terlibat bagi aktiviti Bazar Ramadhan, aktiviti perniagaan masih dibenarkan dengan mematuhi SOP dan waktu operasi yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Jadi saya, berkenaan dengan Bazar Ramadhan ini ia melibatkan amalan yang bertahun-tahun dari segi pembaziran. Di mana amat dukacita rakyat Malaysia ini, yang Muslim, apabila mereka berpuasa lebih banyak makan, mereka banyak membazir. Jadi di mana, kita telah dinyatakan bahawa pentadbiran Selangor akan berdasarkan kepada kaedah ikut kuasa syariah di mana kemuncak kuasa syariah itu adalah pencapaian Rahmatan lil alamin. Jadi, kita, saya ingin menarik perhatian, kalau lah diberikan galakan ataupun ditawarkan tempat-tempat yang sesuai dengan peraturan-peraturan yang tertentu tentang Ramadan, Bazar Ramadan, saya mencadangkan adanya kaedah untuk buat tracing di mana makanan itu dibeli, kemudian, ke mana perginya. Ke tong sampah atau dimakan. Mesti ke surau ataupun bagaimana. Jadi kita, ada improvement lah. Improvement itu berlaku kerana ada pemantauan dari segi syariah kita, kesudahan syariat tidak mahu pembaziran dan kita hendak bagi kebajikan, orang berniaga beri kepada peniaga, untung dia mesti untung yang berkat, untuk yang tidak membawa kepada pembaziran. Cadangan itu dibuat kajian, terima kasih.
Ini cadangan sahaja. Kerajaan Negeri ambil maklum. Terima kasih.
Soalan tambahan Tuan Speaker.
Dah dua (2) tahun berlalu, dulu EXCO kata dia akan kaji tentang syariah. Jadi, saya ingat itu, saya ingat saya tuntut bahawa walaupun Kinrara bukan seorang Muslim, tetapi tugas anda Yang Berhormat di dalam bidang ini elok diadakan satu kursus ataupun kaedah agar seruan itu ataupun permintaan Tuanku itu dihargai. Meminta kita mentadbir di atas dasar syariah ini atas permintaan, cadangan Tuanku di dalam ucapan Titah nya pada tahun lalu. Jadi, saya menarik perhatian agar semua ini diambil kira oleh masyarakat dan oleh ADUN dan EXCO dan dilaksanakan dengan sebaiknya.
Baik, soalan tambahan. Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, menurut kenyataan MBSJ minggu lalu, pihak MBSJ akan menyediakan tong kitar semula minyak masak di Bazar Ramadhan di dalam kawasan MBSJ. Jadi, adakah inisiatif ini akan dilaksanakan di PBT-PBT lain juga kah? Terima kasih.
Minyak masak terpakai? Ya, Kerajaan Negeri Selangor menggalakkan peniaga-peniaga di Bazar Ramadhan untuk mengitar semula minyak masak terpakai. PBT-PBT seperti MBSJ telah mengambil inisiatif untuk
meletakkan tong kitar semula untuk minyak masak terpakai di lokasi Bazar Ramadhan yang terpilih. Sebenarnya, ada syarikat swasta dan juga NGO yang telah menawarkan inisiatif ini kepada Kerajaan Negeri Selangor dan sebagai permulaan, untuk tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mula dengan sekurang-kurangnya 30 lokasi tapak Bazar Ramadhan untuk menyediakan tong kitar semula bagi minyak masak terpakai. Terima kasih.
Soalan berikutnya, Taman Templer.
Soalan lepas ini nombor 38. Soalan saya 37.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 37. Pembangunan Tanah KerajaanQuestions
37. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah ada usaha dan langkah yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dalam pemberian tanah kerajaan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah khususnya lot rumah?
Timbalan Speaker dan juga Templer yang bertanyakan soalan berkenaan dengan pembangunan tanah kerajaan ataupun lebih spesifik soalannya ialah berkenaan dengan pemberimilikan tanah-tanah kerajaan kepada individu warga Negeri Selangor dan rakyat yang tinggal di Negeri Selangor yang tidak lagi memiliki tanah. Untuk makluman Templer dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri bertindak berdasarkan Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6 Tahun 2011 yang menyatakan Garis Panduan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan untuk tujuan pembangunan Bangunan Kediaman Persendirian di Negeri Selangor dan juga Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 3 Tahun 2020 iaitu dasar baru Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Negeri Selangor untuk menjadikan Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Negeri Selangor. Baik, apa yang berlaku pada tahun 2008 sampai lah kira-kira tahun 2018 – 2019 kita memutihkan dan memulihkan Pemberimilikan Tanah di atas bangunan-bangunan yang telah didirikan tanah-tanah yang dulu kita panggil sebagai setinggan, yang kita panggil sebagai peneroka bandar ataupun rumah-rumah tidak tentu sah milik dan apa yang kita lakukan pada ketika itu ialah memberikan premium minimum ataupun minimal, nominal, maafkan saya RM1,000.00 sebagai cagaran ataupun
bayaran awal dan nilai itu akan perlu dibayar balik apabila mereka ataupun sesiapa tinggal menjual ataupun menggadaikan tanah-tanah tersebut. Kemudian, selepas beberapa tahun dan sewaktu dan ketika pada tahun 2020 kita keluarkan satu lagi pekeliling. Pekeliling ini untuk apa, pekeliling ini pula adalah untuk melanjutkan pemilikan tersebut. Kalau sebelum itu, pemberimilikan sahaja yang kita selesaikan, tahun 2020 pekeliling itu didasarkan berdasarkan daripada pembentangan MTES bagaimana kaedah untuk melanjutkan pula. Kalau sebelum ini pemberimilikan RM1,000.00, pelanjutan kita naikkan sedikit lah menjadi RM5,000.00 kerana ia diwariskan kepada anak cucu, cicit dan juga kelompok masing-masing.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada waktu ini, Kerajaan Negeri sedang minta supaya PTGS dan Pejabat-pejabat Tanah dan Galian maju setapak lagi berbanding dengan menunggu permohonan daripada orang, pihak Kerajaan disarankan pada masa hadapan, kita sedang meneliti kaedahnya saya rasa, untuk menawarkan tapak. Maknanya, tiap-tiap tahun Pejabat-pejabat Tanah akan sebut kita ada 40 tapak-tapak rumah yang ingin kita lupuskan. Kita ada 80 tapak-tapak perusahaan yang kita akan lupuskan kerana saiz tanah di Negeri Selangor, di daerah-daerah sangat terhad disebabkan oleh pembangunan ataupun kadar pembangunan yang sangat berkembang dan besar. So, ada perubahan itu. Kalau sebelum ini perubahannya adalah pemulihan, kemudian di tahun 2020 dan tahun seterusnya, kita terus pemberimilikan kepada tanah-tanah kosong. Kita telah melakukan sejak tahun 2016, 2017 kita sudah mulakan dan sekarang kita sudah ada satu pekeliling bagaimana hendak lanjutkan yang telah kita berimilikan sebab diam tidak diam, kita hendak masuk ke tahun 2015 dah. Kadang-kadang pemberimilikan itu nilainya mungkin 21 tahun dalam bentuk pajakan, mungkin nilainya 99 tahun dalam bentuk pelupusan dan pemberimilikan. Justeru, pada masa ini sebenarnya, kita minta supaya Pejabat Tanah dan Galian memikirkan pula, jangan tunggu orang datang, kita kena tawarkan ataupun kita kena buat kajian. Dan ini akan lebih accurate ataupun lebih jitu angkanya dan juga akan menjamin apa yang dipanggil transparency serta ketelusan dalam pentadbiran berbanding menunggu orang datang dan kita akan menggalakkan beberapa perkara yang biasa wujud di Pejabat Tanah. Perkara-perkara yang kita rasa rimas tetapi berlaku di on the ground. So called yang dipanggil sebagai runners. Dan runners-runners ini kadang-kadang menggunakan hubungan tertentu dengan pegawai-pegawai dan sebagainya untuk mendapatkan certain bayaran dan itulah sebenarnya yang berlaku masalah lot-lot lidi yang selalu dibangkitkan oleh Hulu Langat ataupun Dusun Tua dan juga beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Soalan saya, kepada tanah-tanah yang diberimilikan ataupun tanah
anugerah ini yang ada sekatannya, yang sebahagiannya ada proses jual beli di peringkat mereka. Apakah tindakan ataupun dasar Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Sekatan, sekatan macam mana itu Yang Berhormat? Saya kurang faham.
Tidak boleh dijual kepada orang.
Terima kasih Yang Berhormat. Apabila proses pindah milik ingin dimuktamadkan, disitulah nanti Kerajaan Negeri akan meletakkan syarat. Kalau tidak, tawaran ataupun pemberian geran itu akan terhad dan tidak dapat dilaksanakan. Ada kaveat kerana kita letakkan sekatan yang dipanggil kaveat-kaveat pendaftar itu adalah apabila kalau mereka hendak daftarkan, hendak lengkapkan proses jual beli itu, sudah pasti ingin menukar nama dalam geran. Proses penukaran nama itu lah nanti kita akan mengenakan premium yang sebenar berbanding dengan nominal yang kita anggap sebagai pendahuluan ataupun boleh dianggap sebagai deposit kepada pemilik-pemilik yang telah kita berimilik khususnya selepas 2008 dan pada waktu ini, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sedikit penerangan daripada jawapan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Sebagai contoh, tanah FELCRA yang telah diberimilikan kepada individu tetapi di peringkat bawah sana telah ada proses jual beli ya, apakah tindakan yang ataupun dasar daripada Kerajaan Negeri?
Ahli-ahli Yang Berhormat, proses jual beli itu berlaku di luar kawalan kita lah. Tetapi kawalan kita, bagaimana, ialah bagaimana penukaran nama hendak dibuat nanti. Bila penukaran nama hendak dibuat itu, dan itu lah yang akan dikenakan setengah, dan kita akan melonggarkan, merungkaikan atau mengungkaikan sekatan-sekatan yang diberikan. Pada waktu itu, penukaran nama tidak boleh dibuat, jual beli telah berlaku, itu adalah satu proses boleh dianggap dengan tiada kutip, scam lah ataupun penipuan-penipuan yang berlaku dalam urusan tanah. Jadi, hal-hal ini saya sudah sejak daripada tahun lepas sebenarnya, saya sudah minta PTGS menerangkan kepada Ahli-ahli, Pimpinan-pimpinan akar umbi kita, Ahli Majlis, PABS, Ketua Kampung sebab kadang-kadang urusan tanah ini memang agak terperinci dan agak membosankan. Dengan sebab terperinci membosankan itu ada orang yang hendak ambil langkah mudah, cari orang-orang seperti ini lah. Saya percaya yang di tanah FELCRA Bukit Cheding, kalau tidak silap saya, di kawasan Kuala Langat ya, saya tahu tanah itu telah kita berikan berdasarkan kepada tanah pertanian, tanah-tanah pertanian dan saya tidak tahu lah apa Yang Berhormat sebut tadi tetapi saya faham ada orang yang cuba mengambil kesempatan-kesempatan seperti itu. Tetapi proses dia hendak ungkaikan sekatan itu harus terlibat dengan
Pejabat Tanah dan Galian dan pada waktu itu lah kita akan mengesan sama ada urus jual beli itu dibenarkan ataupun tidak dan sekatan-sekatan itu tidak boleh diungkai dengan sesuka hati ataupun tidak boleh dirungkai sesuka hati. Menurut, kalau menurut, kalau kita sudah menjurus kepada tanah pertanian pula, pada waktu ini sebenarnya Kerajaan Negeri, kita sedang meneliti dan menyelesaikan masalah-masalah lampau. Dalam sidang yang lepas sebagai contoh, kita selesaikan tanah-tanah merat, 40 tahun, tidak selesai Alhamdulillah, kita dapat selesaikan hasil daripada perbincangan kerana pencerobohan telah berlaku, pemberimilikan tidak dapat dibuat, kita gunakan anak syarikat kita untuk masuk dan berikan mereka tempoh pajakan tahun-tahun tertentu, hasil daripada perbincangan dan sebagainya.
Tetapi pemberi milikan tidak boleh diberikan sesuka hati kerana kerajaan kena memikirkan pelan-pelan perancangan pembangunan masa depan, kita lihat WCE, tadi yang disebut oleh YB Izham ada bantahan-bantahan tertentu tentang evaluation tanah saya sendiri mendapat aduan itu tapi valuation akan ditentukan oleh Jabatan JPPH dan akan ditentukan oleh valuer yang bertauliah.
Mereka ada pandangan tentang value mereka sendiri dan sebab itu tertangguh sampai sekarang, ada 10,15 lot lebih kurang yang saya diberi tahu, tapi itu antara cabaran-cabaran kita di masa depan, kalau kita tak tentukan menentukan dan sebab itu pejabat tanah sekarang bukan hanya urus tanah dia juga kena tengok pelan pembangunan bersama-sama supaya perkara-perkara seperti ini tidak mudah-mudah di ambil tindakan kerana ia akan akhirnya merugikan dana awam seperti dana kerajaan untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan serta utiliti-utiliti dana awam, terima kasih.
Soalan tambahan, Kota Damansaran
Terima kasih Tuan Speaker, apakah tindakan kerajaan yang boleh dilakukan untuk memastikan bahawa kepentingan penduduk atau pun kepentingan rakyat lebih diutamakan daripada industri tersendiri yang melibatkan pengambilan tanah,sebab kadang-kadang pekilang-pekilang tak nak bagi tanah dia tak nak bagi tanah untuk kepentingan awam jadi apakah tindakan yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk memastikan tanah diberi juga supaya kepentingan awam lebih diutamakan.
Yang Berhormat, ini saya menyentuh tentang PBT bila tanah itu di zon kan sebagai kawasan industri, dan ia akan diletakkan di kawasan industri sebab itu perancangan ini sangat penting di dalam pihak PBT dan saya mengambil iktibar dan kata-kata daripada beberapa pemimpin sebelum ini yang selalu menasihatkan bahawa perancang tidak boleh menyerahkan proses perancangan kepada developer atau pun kepada pembangunan dan ini akan menyusahkan atau pun akan menjadikan kelam kabut dan dalam proses pemberian kebenaran merancang KM atau pun development order pasti ada syarat-syarat tertentu, syarat-
syarat untuk mereka menyumbang untuk pembinaan infrastruktur syarat-syarat pembinaan, utiliti dan fasiliti awam seperti dewan atau pun surau atau pun masjid dan sebagainya atau pun rumah ibadah dan sebagainya ini semua memang diletakkan dalam hari itu dan kita ada kerangka-kerangka tersebut untuk kebenaran, tapi kalau tentang pemberi milikan ia sikit sebanyak bergantung dengan zoning dan zoning juga bukan la satu yang kekal sebab zoning juga kadang-kadang boleh berubah dan boleh diubah berdasarkan kepada trend pembangunan dan corak pembangunan yang dirancang dan direncana di pihak-pihak majlis tempatan dan juga oleh perancangan-perancangan baru pembangunan negeri, terima kasih
soalan berikutnya, Semenyih
Terima kasih Timbalan Tuan Speaker, Semenyih soalan No. 38. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 38. Rumah IdamanQuestions
38. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan projek Rumah IDAMAN yang telah siap dan bilangan unit mengikut DUN atau DAERAH?
b)
Apakah sebab utama projek Rumah IDAMAN yang dalam perancangan masih tiada apa apa tindakan? Nyatakan masalah – masalah yang melambatkan projek bermula.
Terima kasih Timbalan Speaker, Semenyih bertanyakan tentang Rumah Idaman, tapi sebelum itu saya ingin memaklumkan Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI) Pasca Covid-19 telah mula diperkenalkan pada tahun 2020 untuk menangani isu pasca Covid-19 dan untuk merangsangkan ekonomi, untuk maklumat YB semua dua jenis rumah ini dikategorikan dengan nama yang berbeza tetapi unit rumah itu kategori atau kata saiz rumah itu sama iaitu 1000 kaki persegi nilainya 250,000 dan dilengkapi dengan perabot-perabot yang orang kata yang masuk rumah itu bersih 250,000 tetapi dia ada
dua jenis satu dinamakan Rumah Idaman, Rumah Idaman ini maksudnya rumah yang dimajukan atau pun diuruskan oleh MBI. Rumah Harapan makna kategori rumah yang sama 1000 persegi 250,000 tetapi dibuat oleh pihak swasta ini dua jenis berbeza jadi saya menjawab soalan yang ditanya oleh Semenyih, yang ingin mengetahui apakah status sama ada telah siap dan sebagainya jadi izinkan saya membaca status yang ada.
Untuk makluman, Rumah Idaman ini yang diuruskan oleh MBI ia telah pun ada dua kategori atau pun tiga kategori senang saya sebut yang pertama, projek dalam pembinaan, daripada Julai hari itu mereka memohon setiap proses yang dilakukan ada satu jenis yang kita dalam pembinaan iaitu di Hulu Langat, telah hampir siap 95 peratus yang namanya yang dilaksanakan oleh pemaju Konsortium PNSB Contructions Sdn. Bhd. iaitu di Kajang 2 yang unit rumahnya sebanyak 2059 unit. Di Sepang pembinaan telah pun bermula 15 peratus unit nya 1448. Di Kuala Langat pembinaannya juga mencecah 15 peratus dan telah bermula tahun ini 1312 unit jadi keseluruhan dalam pembinaan adalah sebanyak 4819 unit, selain daripada itu projek idaman ini telah pun dalam perancangan 18 projek yang melibatkan 44,304 unit jadi Sungai Air Tawar tak ada kat sini sepatut dia dengan jawapan ini supaya dia tahu kita telah pun meluluskan banyak dan pembinaan juga dah melebihi 4000 unit. Jadi Petaling kita ada 2 projek di bawah SJ Properties, kita ada juga di bawah Petaling tambahan lagi 4, Kelang ada 2, Gombak ada 2, Sepang ada 6, Kuala Langat ada 1 Kuala Selangor ada 3 perancangan dan Sabak Bernam 1 perancangan.
Apa yang saya nak sebutkan ada beberapa projek Rumah Idaman yang masih dalam peringkat perancangan, itu kalau kita jumlahkan sebenarnya ia belum mencecah keseluruhan, keseluruhan di bawah projek ini yang telah pun dicadangkan untuk perumahan adalah sebanyak 78,132 unit. Jadi yang saya sebut tadi yang telah pun dalam pembinaan dan dalam perancangan dan akan dibina pada tahun ini dan seterusnya. Tetapi berbaki 31679 unit akan dalam proses lagi untuk mendapat kelulusan. Ini soalan seterusnya YB tanya kenapa kah ada projek-projek yang agak dalam perancangan yang tidak ada tindakan sebenarnya ada tindakan tetapi dia mesti melalui peringkat proses dan perancangan yang mana setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Perumahan ia perlu membawa kepada MMKN untuk kelulusan seterus itu dia baru di bawa kepada PBT untuk kelulusan pembangunan jadi ada 3 step yang perlu dibuat dan pastinya ke kadang mengambil masa yang panjang, jadi boleh saya sebutkan di sini kalau kita boleh kata kan beberapa punca kelewatan ada beberapa projek yang lewat ini pertama kerana MBI selaku penyelaras projek masih dalam proses memuktamadkan perjanjian JV dengan beberapa pihak pemaju yang keduanya terdapat kontraktor yang kadang-kadang ada beberapa kontraktor yang menarik diri daripada tawaran awal. Bila kita buat adjustment dan sebagainya ada yang menarik diri dan ketiga terdapat kes di mana pemaju terpaksa meminda kelulusan pembangunan daripada pihak PBT untuk disesuaikan dengan keadaan sedia ada.
Jadi selalunya projek idaman ini adalah peningkatan atau pun adalah urusan pembetulan atau pun ubah suaian daripada RSKU sebelum ini ada yang jenis B, ada jenis C, ada jenis D, untuk dibawa kepada jenis idaman ini jadi pastinya akan mengambil masa sikit, jadi itu sahaja jawapan saya Yang Berhormat Semenyih.
Semenyih
Soalan tambahan, saya Yang Berhormat EXCO ada tak perancangan dari pihak kerajaan negeri untuk memberi satu keistimewaan kepada ADUN-ADUN ini, satu kuota khas maksud dia untuk recommendation ahli-ahli kuota masing-masing, sekurang-kurang 50 dan sebagainya jadi ada keistimewaan untuk ADUN menyokong penuh untuk ditawarkan kelulusan.
Yang Berhormat Semenyih kita bukan kerajaan lama Barisan Nasional dulu, semua yang berminat perlu melalui proses memohon melalui Lembaga Perumahan, kalau Yang Berhormat bersetuju ingin memohon juga sila masuk dalam proses yang sama kita tak ada double standard di sini. Tetapi untuk menjawab soalan Yang Berhormat memang tidak ada kuota khas untuk keadaan ini tetapi kita memberikan peluang kepada semua untuk boleh memohon yang penting mereka mesti lah dalam kriteria dalam kelayakan yang telah pun diluluskan oleh MMKN, terima kasih.
Bukit Gasing
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya ialah macam mana kerajaan negeri nak bekalkan perumahan kepada golongan yang lebih miskin contohnya pendapatan 2000 ke bawah sebab sekarang pemaju telah menukar unit Rumah Selangorku type A yang dahulunya dibeli dengan RM 42,000 dengan bayaran ansuran bulanan lebih kurang RM 200 lebih sebulan. Keluarga yang di bawah pendapatan RM 2000 sekarang, tidak ada Rumah Selangor type A untuk beli macam mana perancangan kerajaan Negeri untuk menyelesaikan permintaan mereka atau pun tidak ada cadangan hasrat untuk membuat produk baru untuk mereka.
Terima kasih Bukit Gasing. Sebenarnya kita maklum ada kepentingan untuk menyediakan perumahan atau pun kediaman bagi yang berpendapatan rendah tetapi perlu diingat apa yang kita ingin lakukan bagi pihak Kerajaan Selangor adalah menyediakan kediaman kepada rakyat kediaman itu tidak semestinya dimiliki. Kalau orang itu tidak ada keupayaan membayar kita telah menyediakan Skim Smart Sewa mereka boleh menyewa pertama mereka boleh menyewa sama ada di rumah-rumah pilihan mereka yang di bawah kategori Kerajaan Selangor punya stok atau pun mereka boleh memohon di PPR sedia, kita ada 6 PPR sebenarnya. 6 rumah PPR yang sewaan itu hanya RM 250. Yang kedua saya saya sebut tadi Smart Sewa yang mana-mana di bawah Lembaga Perumahan yang boleh
disewakan dan yang ketiga yang baru-baru ini yang telah diluluskan oleh MMKN adalah skim sebab nama ini belum rasmi Skim Sewa Milik. Mereka menyewa terlebih dahulu tapi bila dalam kategori kemungkinan mereka mendapat pendapatan selepas 5 tahun atau pendapatan meningkat mereka boleh miliki rumah-rumah yang mereka sewa sebab itu kita panggil sewa milik atau kebiasaan orang dengar Rent-To-Own. Yang saya nak sebut juga dalam Dewan ini sebenarnya, negeri-negeri lain telah pun memansuhkan semua skim-skim sewa tetapi Kerajaan Selangor berani melaksanakan perkara ini sebab kita yakin ini adalah keperluan rakyat dan yang terkini saya belum lagi dapat membentangkan perkara ini tetapi saya ingin maklumkan di bawah Lembaga Perumahan kita juga merancang membuat satu blueprint di mana kita akan kenal pasti tanah untuk kita allocate atau pun peruntukan untuk membuat rumah-rumah yang akan diberikan kepada golongan-golongan yang berpendapatan rendah ini sama ada dalam konteks menyewa atau pun dijual dengan harga yang lebih murah, untuk menampung keperluan rakyat Selangor yang sekarang ini telah pun meningkat hampir 7000 sebagai mana yang dinyatakan oleh pihak DOSM, jadi itu saja jawapan saya Tuan Timbalan Speaker, terima kasih. 3 juta, 7 juta
Soalan berikutnya, Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan Kota Damansara yang ke 39.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 39. Masjid Subang Bestari U5Questions
39. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah yang menyebabkan kelewatan kelulusan Pelan Bangunan ?
b)
Bilakah pembinaan Masjid dijangka siap ?
Terima kasih kepada Timbalan Speaker dan juga Kota Damansara yang telah mengajukan soalan lebih spesifik iaitu berkenaan dengan apakah yang menyebabkan kelewatan kelulusan pelan bangunan Masjid Subang Bestari U5. Kelewatan kelulusan Pelan Bangunan adalah disebabkan kelewatan pihak kontraktor mendapatkan kelulusan daripada
pihak MBSA kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Julai - Ogos 2021 yang lalu. Dalam masa yang sama, terdapat pindaan ke atas keperluan-keperluan daripada pihak MBSA yang perlu dipatuhi oleh pihak JKR Selangor selaku pelaksana projek.
Soalan ke-2, bila pindaan masjid dijangka siap? Pembinaan Masjid dijangka siap pada bulan Disember 2023. Terima kasih.
Soalan berikutnya Bandar Utama
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker, soalan saya No.40
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 40. Aktiviti Publisiti Mengenai Perpaduan KaumQuestions
40. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri Selangor ada melakukan apa-apa jenis aktiviti publisiti (seperti iklan) bagi memupuk semangat perpaduan kaum atau memupuk kesedaran tentang integrasi perkauman di bawah Negeri Selangor? Sekiranya ya, senaraikan.
Terima kasih YB Bandar Utama, Assalamualaikum kepada semua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Tetap Perpaduan telah diwujudkan pada penghujung tahun 2020 atas pertimbangan Kerajaan Negeri tentang keperluan dan kepentingan untuk Negeri Selangor mempunyai portfolio khusus berkaitan perpaduan di negeri ini.
Sejak ditubuhkan sebenarnya kita sekarang dalam proses menyediakan Dasar Perpaduan Negeri Selangor peringkat terakhir insyaAllah kita kemukakan Dewan ini pada sidang DUN yang akan datang.
Sejak ditubuhkan sebenarnya kita sekarang dalam proses menyediakan dasar perpaduan Negeri Selangor peringkat terakhir dan insyaAllah kita akan kemukakan Dewan ini pada sidang DUN yang akan datang. Sejak ditubuhkan Jawatankuasa Tetap Perpaduan telah membuat perancangan dan telah mula melaksanakan beberapa program yang mampu memupuk semangat perpaduan di antara kaum tanpa mengira bangsa dan agama.
Langkah pertama adalah Jawatankuasa Tetap Perpaduan telah menubuhkan Majlis Perpaduan Dan Integrasi Negeri Selangor atau MPIS sebagai sebuah badan penasihat berkaitan dasar-dasar dan isu-isu perpaduan. Melalui sekretariat MPIS ini pelbagai aktiviti dan program sudah dilaksanakan pada tahun 2021. Antaranya seperti penganjuran pertandingan foto dan pantun sempena Hari Kemerdekaan, sesi chit chat Cintakan Selangor di platform Clubhouse, program forum di platform Facebook Live dan juga Twitter space. Pelaksanaan sidang Perpaduan Cintakan Selangor secara dalam talian, program webinar bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2021 dan juga seminar dialog antara agama dan pelbagai lagi.
Bagi setiap program yang dijalankan, aktiviti publisiti dilakukan melalui pelbagai medium seperti sebaran e-mel, iklan berbayar melalui Facebook apps, sebaran poster program, video promosi program dan juga melalui jemputan khusus kepada golongan sasar. Selain itu melalui laman Facebook MPIS, turut disebarkan poster-poster trivia berkaitan perayaan-perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
Memandangkan pada tahun 2021 negara kita berhadapan dengan kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang agak lama, maka kebanyakan program dan aktiviti publisiti telah dilaksanakan secara atas talian. Bagi tahun 2022 aktiviti publisiti yang bagi memupuk semangat perpaduan akan ditingkatkan lagi melalui cadangan penganjuran beberapa pertandingan video pendek dan siri animasi komik. Mempelbagaikan poster dan risalah digital, melantik duta-duta Perpaduan Selangor di peringkat komuniti, menggunakan billboard untuk kempen Perpaduan dan meneruskan kesinambungan sesi chit chat di Clubhouse dan sembang kopi di saluran FB Live.
Selain itu, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor turut melaksanakan beberapa program dan aktiviti melalui Kelab Rukun Tetangga atau KRT seperti program Skim Rondaan Sukarela (SRS). Program Sekretariat Rukun Tetangga (SRN) dan lain-lain yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan berikutan publisiti yang dilaksanakan dengan meluas melalui platform seperti televisyen dan radio, cetakan digital news, billboard pameran juga melalui media sosial. Ini adalah di bawah Kementerian Perpaduan.
Selain di medium tersebut usaha yang lebih rancak turut dijalankan dalam program bersemuka atau turun padang. Jentera Perpaduan dengan masyarakat di seluruh Negeri Selangor dan jentera Perpaduan terdiri daripada staff JPNIN Selangor, Jabatan Perpaduan Nasional dan Integrasi Negeri Selangor, warga rukun tetangga, Skim Rondaan Sukarelawan, Tabika Perpaduan, Taska Genius Perpaduan, komuniti yang sebagainya. Sebanyak 13,890 jumlah aktiviti jentera perpaduan seluruh Selangor 2021 telah dilaksanakan dengan tujuan promosi perpaduan melalui aktiviti kemasyarakatan, terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Yang Berhormat EXCO, terima kasih atas penjelasan yang dibuat. Saya ingin mencadangkan di sini untuk perpaduan, perlu ada program-program yang hidup dalam masyarakat. Kalau di Singapura, Ahli Parlimen memimpin walk about, seminggu sekali. Every week, dia akan round dan dia akan bincang benda-benda yang berkaitan dengan perhubungan antara kaum. Kemudian, soalan saya begini, soalan saya adalah kalau di Hulu Kelang kami ada buat SRK, Skuad Rondaan kawasan, kita pantau keadaan perhubungan kaum dan kita adakan filem dan sebenarnya NGO banyak buat program-program berkenaan filem untuk kita bincangkan. Satu filem yang telah di buat adalah GADO. GADO ini oleh Newbron, seorang pengarah filem yang agak baik dan tapi masalahnya telah dipantau oleh FINAS. Dulu masa dia, kita belum Kerajaan, bila kita sudah Kerajaan Persekutuan sekejap, dia tidak ada masalah, kemudian selepas kita hilang kuasa, di peringkat Persekutuan, dia FINAS menyusahkan lagi.
Jadi saya mencadangkan kalau program-program ini boleh diendorse oleh Kerajaan, filem adalah satu hal yang sangat penting untuk kita merapatkan hubungan antara kaum. Itu kita jadikan sebagai satu cadangan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Terima kasih kerana cadangan yang amat bagus, jadi memang betul program-program perpaduan ini tidak semestinya terletak di atas Jawatankuasa Tetap Perpaduan semata-mata. Kita semua sebagai Adun perlu memainkan peranan yang aktif di dalam masyarakat untuk membawa masyarakat mengenali antara satu sama lain. Dan saya memang menyokong apa yang telah dilakukan oleh Hulu Kelang.
Sejurus dengan itu adalah memang kita menyedari peranan media filem dan sebagainya, maka tahun ini kita sedang, tahun lepas lagi kita telah buat pertandingan video pendek ya, dan juga tahun ini akan diteruskan dengan animasi-animasi di mana kita akan mengambil actual event apa yang berlaku di dalam masyarakat yang boleh menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan semangat kerjasama di kalangan rakyat kita. Malah beberapa insiden yang berlaku dalam masyarakat kita perlu tonjolkan misalnya ada satu insiden di mana satu keluarga itu anak-anaknya dijaga oleh keluarga berbangsa lain. Dan anak-anak itu boleh bertutur dalam bahasa lain, dan baru ini di Batu Caves bila seorang wanita Melayu Islam hendak bersalin, dia juga dibantu oleh yang bukan Islam dan sebagainya. Jadi bagi saya filem-filem ini perlu kita semarakkan ceritakan tetapi ada satu lagi perkara yang patut kita jangan, jangan kita uar-uarkan misalnya kita peranan viral, perkara-perkara viral mengenai insiden-insiden yang tak sepatutnya dibincangkan oleh orang yang tak tahu kisahnya. Misalnya apabila perobohan kuil atau pun lain-lain isu yang sebenarnya masyarakat
tidak tahu tetapi kadang-kadang ada juga Adun yang membawa cerita itu di muka Facebook. Dan ini patut kita semua jaga kerana di Selangor ini, tagline kita Selangor Perpaduan, Jantung Negara. Kita adalah kita panggil mini Malaysia tidak ada satu bangsa dan kaum yang tidak wujud di Negeri Selangor ini. Jadi inilah yang harus kita kena sedar, menjaga hal ini, terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya mengikuti taklimat daripada Jabatan Perpaduan Negara pada tahun lepas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat dan saya kira itu satu pembentangan atau pun taklimat yang sangat baik. Cuma saya melihat bagaimana mungkin kalau disebutkan oleh Yang Berhormat tadi akan dibangunkan satu dasar Perpaduan Negeri Selangor yang mana saya melihat fokus antaranya adalah seperti melentur buluh daripada rebungnya. Dan antara target fokus adalah peringkat usia yang awal. Dan saya hendak tanya sama ada nanti akan ada libat urus dalam pembangunan dasar Negeri Selangor itu melibatkan Ahli-ahli Dewan Negeri atau pun mereka yang mempunyai kepentingan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Sebenarnya Ahli Majlis Perpaduan Integrasi Negeri Selangor telah melibatkan beberapa orang ADUN ya, kerana mereka ekspres minat mereka. Dan namun kita sudah ada satu jawatankuasa yang terdiri daripada academician KETA yang engage dengan pelbagai sektor masyarakat. Saya tidak pasti mereka ada buat engagement dengan ADUN ke tidak, tapi kita ada lagi sesi-sesi soal selidik dan sebagainya yang akan melibatkan beberapa peringkat masyarakat dan nanti bila kita bentangkan dasar polisi itu, sebelum kita bentangkan di dalam sidang DUN, saya akan melibat uruskan ADUN-ADUN untuk memberikan maklum balas sebelum the final version of dasar polisi. Terima kasih.
Soalan berikutnya Sungai Panjang, tidak hadir. Seterusnya Taman Medan.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker Taman Medan ingin bertanya soalan Nombor 42.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 42. Bilangan Aktivis Politik Yang Masih Memegang Tauliah Mengajar AgamaQuestions
42. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-a) Berapakah jumlah aktivis politik yang masih memegang tauliah mengajar agama Islam?
b) Apakah organisasi-organisasi politik yang mereka masih bergiat aktif lagi di dalamnya?
c) Apakah jika mereka ahli biasa bukan berjawatan di dalam organisasi politik dikekalkan memiliki tauliah tersebut atau sebaliknya?
Terima kasih kepada Timbalan Speaker dan juga Taman Medan yang telah mengajukan soalan kegemaran beliaulah. Bilangan aktivis politik yang masih memegang tauliah mengajar agama. Soalannya berapakah jumlah aktivis politik yang masih memegang tauliah mengajar agama Islam. Setakat ini hanya 4 orang aktivis politik yang telah dikenal pasti oleh JAIS yang masih memegang Tauliah Mengajar Agama Islam.
Soalan kedua apakah organisasi-organisasi politik yang mereka masih bergiat aktif lagi di dalamnya? Organisasi politik yang mereka masih bergiat aktif adalah 3 orang daripada PAS dan seorang daripada Amanah. Apakah jika mereka ahli biasa bukan berjawatan di dalam organisasi politik dikekalkan memiliki tauliah tersebut atau sebaliknya? Berdasarkan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang terbaru bertarikh 18 Februari 2022, seseorang penceramah yang berstatus ahli biasa dalam parti politik boleh ditarik balik tauliah mengajar sekiranya menimbulkan polemik yang boleh memecahkan belah perpaduan ahli kariah. Ketetapan ini boleh dikenakan juga terhadap mana-mana penceramah yang bukan di kalangan ahli politik, sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Saya ingin bertanya soalan tambahan saya adakah mekanisme-mekanisme tertentu untuk hendak mengenal pasti kalangan mereka yang masih lagi di anggap sebagai aktivis politik dan bagaimana pula aktivis-aktivis yang belum dikenal pasti yang ada tauliah tapi sebenarnya mereka ini berpusat di luar Negeri Selangor, terima kasih.
Terima kasih Taman Medan yang mengajukan soalan tambahan tentang mekanisme bagaimana pihak Kerajaan
hendak mengenal pasti seseorang penceramah yang berceramah tanpa tauliah atau pun ada tauliah tetapi menyampaikan perkara-perkara yang menimbulkan keresahan dan ketegangan di dalam masjid. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa memantau melalui nazim masjid dan jawatankuasa masjid kepada semua penceramah-penceramah yang dijemput. Sekiranya ada aduan daripada jemaah boleh disalurkan kepada pihak Jabatan Agama dan insyaAllah kita akan membuat tindakan segera, sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Meru.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya hendak bertanya apa tindakan yang dikenakan kepada pegawai masjid atau pun pegawai JAIS yang melindungi atau menyembunyikan penceramah-penceramah ini sebab kebanyakan masjid ini dikuasai oleh orang-orang politik dari segi jawatankuasanya walaupun dia berselindung termasuk juga segelintir pegawai-pegawai JAIS. Sebab saya sebut ini, pegawai-pegawai JAIS sebab saya sendiri kena tindakan itu. Saya sendiri tahu latar belakang mereka.
Terima kasih kepada Meru yang mengajukan soalan tambahan mengenai tindakan yang boleh dikenakan kepada pihak Jawatankuasa Masjid atau pun pegawai JAIS yang terlibat menjemput penceramah-penceramah yang tidak bertauliah. Sekiranya ada maklumat atau pun ada bukti sahih, boleh disalurkan kepada pihak Jabatan ya. Kerana kita pun tidak mahu bertindak tanpa bukti yang kukuh atau pun hanya mendengar daripada media sosial, harap kerjasama daripada pihak Adun dan juga pemimpin komuniti untuk kita sama-sama menjaga keamanan dan kerukunan di masjid dan juga di kariah kita. Sekian, terima kasih.
Sijangkang.
Ada permintaan kepada, sebentar terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya mohon apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Sungai Kandis tadi iaitu jumlah itu dapat diberikan dalam bentuk jawapan secara lengkap, secara bertulis.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Adakah pihak Majlis Agama Islam boleh mempertimbangkan pemberian tauliah-tauliah sementara sebagai mungkinlah peringkat awal kepada penceramah-penceramah yang memang mungkin aktivis politik. Tidak kiralah daripada mana-
mana parti politik pun yang saya kira selama ini pun tidak ada bentuk yang saya kira memprovokasi dalam ceramah mereka yang mungkin boleh dipertimbangkan dengan pemantauan yang ketat daripada pihak jabatan Agama Islam Negeri Selangor.
Terima kasih kepada Sijangkang yang mengajukan soalan adakah tauliah sementara boleh diberikan kepada tokoh-tokoh atau pun ahli agama yang mempunyai wibawa untuk menyampaikan ceramah dan kuliah. Perkara ini telah pun dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam ya, tauliah sementara ini diberikan kepada tokoh-tokoh tertentu sama ada daripada luar Selangor untuk menyampaikan ceramah dan kuliah di Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Walaupun dia adalah aktivis parti politik?
Ya, semua latar belakang itu diambil kira oleh Jawatankuasa untuk pertimbangan, insyaAllah.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya sambungan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih serta menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Dipersilakan Bandar Utama.
Saya sambung, Jeram. Bandar Utama ingin menyambung.
Lima minit sahaja.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya sambung dengan isu ketiga. Isu ketiga yang ingin saya bangkitkan adalah berkaitan dengan cukai hiburan, iaitu duti hiburan bagi aktiviti kesenian atau pun pementasan artis tempatan dan artis luar negara di Selangor yang pernah saya bangkitkan sebelum ini. Bandar Utama mengambil maklum sebelum ini memang pihak Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil tindakan dengan mengurangkan pengutipan duti hiburan dari kadar 25% ke 15% ke atas aktiviti kesenian atau pun pementasan artis tempatan. Namun begitu Bandar Utama harap kita juga harus mengambil kira kini sudah dua tahun pandemik berlaku di seluruh negara dan ini menjejaskan pendapatan serta kelangsungan hidup artis tempatan, produser serta krew dalam industri hiburan. Selain itu cabaran bertambah dengan kapasiti
maksimum sesebuah tempat pementasan berkurangan akibat SOP seperti SOP kini menetapkan hanya boleh menggunakan 50% daripada kapasiti tempat duduk di tempat pementasan. Jadi bagi artis tempatan, perkara ini menyebabkan mereka tidak mampu menjana banyak keuntungan terutamanya pada masa kini. 15% cukai hiburan yang diimplementasikan itu juga perlu dibayar terlebih dahulu berdasarkan anggaran 100% tiket akan terjual. Oleh itu Bandar Utama amat berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan isu ini secara lebih terperinci bagi membenarkan industri hiburan dapat hidup dan bernafas kembali serta menyumbang kepada ekonomi Selangor. Bandar Utama ingin mencadangkan supaya duti hiburan terutamanya untuk artis tempatan dapat dikurangkan sebanyak yang mungkin untuk sesuatu tempoh yang tertentu sehingga kita yakin artis tempatan dan industri hiburan telah dan mampu pulih kembali dari bencana Covid-19.
Mohon laluan Bandar Utama.
Dipersilakan.
Adakah, sekarang ini kita lihat konsep untuk membuat satu persembahan hiburan bukan sekadar hanya dibuat pada premis-premis yang diwartakan yang tetap, tapi apakah juga boleh diklasifikasikan pusat hiburan seperti mana persembahan hiburan bersifat skala kecil yang dibuat di tempat-tempat awam seperti nyanyian buskers dan sebagainya. Apakah itu termasuk di dalam kategori yang dinyatakan oleh Bandar Utama sebab kita tahu itu tidak termasuk dalam kategori yang dikenakan cukai, jadi apakan pandangan Yang Berhormat Bandar Utama.
Saya hendak minta pencerahan soalan kembali jadi ertinya kategori busking di tepi-tepi jalan ke?
Benar-benar.
Mengikut pengetahuan Bandar Utama lah perkara itu tidak termasuklah dalam duti hiburan yang rasmi kerana mereka pun tidak menjual tiket dan sebagainya secara rasmi tapi keadaan kini adalah apabila untuk artis tempatan walaupun mereka ada kemampuan untuk menyewa tempat pementasan dan sebagainya namun oleh sebab keadaan kini terutamanya lepas pandemik Covid-19 sebenarnya mereka di dalam satu keadaan di mana mereka baru ingin memulihkan semula pendapatan mereka dan juga mungkin untuk sesetengah warga Selangor dan masyarakat, hiburan ini bukan sesuatu yang paling diperlukan. Jadi untuk survival atau pun kelangsungan hidup artis tempatan, pada pendapat Bandar Utama seharusnya kita memberikan mereka ruang untuk memulihkan terlebih dahulu dan untuk mereka mengembangkan industri hiburan kerana industri hiburan ini mempunyai dominan effect dengan izin supaya mereka juga dapat kembangkan
industri lain seperti contoh F&B ataupun sekiranya ada hotel atau pun tempat yang mereka sewa dan sebagainya. Jadi untuk Bandar Utama mengapa pentingnya kita dapat menggalakkan atau mengembalikan industri hiburan ini adalah kerana perkara ini dapat sekali gus membantu ekonomi dan memulihkan ekonomi di Selangor. Jadi, pendek sahaja, itu sahaja yang Bandar Utama ingin bahaskan untuk perkara yang ketiga. Akhirnya Bandar Utama masih ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Barisan Hadapan yang sentiasa berkhidmat bersama tidak kira ketika bencana Covid-19 atau pun bencana alam seperti banjir, Bandar Utama menghargai jasa setiap para petugas baik polis, tentera, bomba atau pun mereka yang terdiri daripada pegawai kerajaan seperti pegawai dari Pejabat Tanah, JPS, JKR, Jabatan Kesihatan dan lain-lain. Bandar Utama ingin seikhlas hatinya ingin mengucapkan terima kasih atas setiap bantuan yang telah disalurkan kepada rakyat dan warga Selangor dan juga kepada pusat khidmat ADUN Bandar Utama sendiri ketika kita sama-sama bekerjasama bagi memastikan kita dapat menjaga kesejahteraan rakyat di Negeri Selangor. Akhirnya Bandar Utama ingin menyokong menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.
Tuan Speaker.
Ya, terima kasih Bandar Utama. Saya persilakan Pelabuhan Klang, masa 10 minit.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, kerana memberikan laluan kepada Pelabuhan Klang untuk turut serta di dalam perbahasan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Keempat Belas Tahun 2022 pada 14 Mac 2022 yang lalu. Alhamdulillah Pelabuhan Klang mengucapkan rasa syukur kepada ke hadrat Illahi kerana Negeri Selangor telah dikurniakan seorang Sultan Selangor yang berjiwa rakyat, cakna serta prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Selangor terutama sekali kejadian bencana banjir besar yang berlaku pada 17 Disember 2021 yang lalu. Seperti Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum Pelabuhan Klang merupakan kawasan yang mula-mula atau pertama sekali dinaiki air selepas menerima hujan yang sangat lebat selama 18 jam bermula daripada 17 Disember 2021 sehingga 18 Disember 2021 dan ia merupakan pertama kali di dalam hidup saya selama 48 tahun saya tinggal di kawasan Pelabuhan Klang, kita tidak pernah menghadapi bencana banjir seperti ini. Begitu juga dengan penduduk-penduduk asal, penduduk-penduduk Pulau Indah, saya jumpa dengan seorang pakcik selama 78 tahun dia tinggal di Pulau Indah tak pernah berdepan dengan banjir termenung selama lebih 6 hari di kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah begitu juga di Kawasan Kampung Teluk Gong. Ini adalah antara dua kawasan yang terjejas teruk semasa banjir besar yang berlaku di kawasan Pelabuhan Klang pada 17 Disember 2021 yang lalu. Dan apa pun Pelabuhan Klang ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran
Negeri Selangor (JPS) termasuk juga JPS Daerah Klang kerana telah berjaya menyiapkan pembinaan kerja-kerja menaiktaraf Kunci Air Sungai Aur yang telah berjaya disiapkan pada Mei 2021 di Pandamaran Jaya. Alhamdulillah berkat atau pun kelebihan kunci air ini yang telah berjaya disiapkan, telah berjaya mengurangkan risiko banjir besar yang berlaku pada 17 Disember 2021 yang lalu di mana hujan, saya mendapat maklumat daripada pihak JPS bahawa hujan yang turun selama 18 jam bermula daripada tengah hari 17 Disember 2021 sehingga pada 18 Disember 2021 berdasarkan bacaan di stesen telemetri. Ada lima stesen telemetri kawasan Pelabuhan Klang ini yang pertama sekali di Pandamaran, hujan turun sebanyak 334 milimeter, Bandar Klang 231.5 milimeter, Teluk Gong sebanyak 362.5 milimeter, Selat Muara sebanyak 380.5 milimeter dan stesen telemetri di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu sebanyak 295 milimeter dan untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sekiranya taburan hujan ini di kawasan Pelabuhan Klang yang memang selalu menerima banjir sekiranya taburan hujan melebihi 60 milimeter dalam masa dua jam sahaja kawasan Pelabuhan Klang biasanya akan dinaiki air sehingga mengakibatkan banjir kilat. Itu 60mm sahaja tetapi apa yang berlaku pada 17 Disember tersebut menunjukkan satu keadaan yang sangat luar biasa. Jadi kalaulah tidak ada kunci air yang di siap yang dinaiktaraf oleh pihak JPS di Sungai Aur Pandamaran di mana sistem pam yang baru iaitu triple screw pump yang boleh mengeluarkan air sebanyak 1,700 liter sesaat, saya rasa kawasan Pandamaran Jaya, Kampung Idaman dan kawasan sekitarnya juga akan mengalami nasib seperti di Taman Seri Muda tetapi disebabkan kunci air ini berjaya disiapkan pada bulan Mei 2021 dan ia dapat digunakan dengan baiknya semasa banjir besar berlaku pada bulan 12 yang lalu. Jadi saya ingin menyarankan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyegerakan pemasangan atau pun menaik taraf kunci-kunci air yang sedia ada di kawasan Kampung Teluk Gong dan kawasan Kampung Pulau Indah kerana kalau berlaku sekali lagi hujan lebat seperti ini maka kita akan berhadapan sekali dengan masalah banjir tapi ia boleh dikurangkan sekiranya kita menaiktaraf kunci-kunci air di kawasan Kampung Pulau Indah dan juga Kampung Teluk Gong dan saya harap ia juga jangan hanya di kawasan DUN Pelabuhan Klang sahaja dan saya mohon juga untuk kawasan sahabat saya di DUN Kota Kemuning di mana kawasan Taman Sri Muda, kawasan Bukit Lanchong, saya sendiri sudah dapat pergi ke kawasan tersebut membantu kawan-kawan lama saya yang tinggal di sana dan melihat sendiri keadaan di sana dan melihat sendiri keadaan kunci air yang sedia ada itu ia perlu segera dinaiktaraf. Kalau ia tidak dilaksanakan dalam keadaan perubahan iklim cuaca yang tidak menentu ini, saya khuatir akan berlaku sekali lagi banjir di kawasan-kawasan yang saya difahamkan ada kawasan yang telah kena dua tiga kali banjir seperti di Taman Kinrara, saya rasa ia boleh berlaku sekali lagi di Taman Sri Muda. Kita semua sedia maklum Taman Sri Muda ini merupakan antara kawasan yang rendah di kawasan Shah Alam, jadi perlu ada kerja-kerja segera menaiktaraf kunci air yang sedia ada sebab hanya dengan cara itu sahaja buat masa ini kita boleh mengurangkan risiko banjir di mana air termenung melebihi sehingga 6 hari. Ini tidak pernah terjadi di Negeri Selangor tapi inilah hakikat yang kita perlu terima, perubahan iklim yang kita kena terima dan ia melibatkan seluruh Negeri Selangor dan juga
seluruh negara. Begitu juga untuk kawasan Kampung Pendamar saya juga memohon kepada pihak JPS untuk segera mencari jalan penyelesaian jangka masa pendek dan panjang kerana kawasan ini juga jarang berlaku banjir besar dan banjir kilat tapi sekarang ini ia kerap berlaku dan saya minta pihak JPS untuk membina kunci air di kawasan Kampung Pendamar iaitu di kawasan Sungai Pendamar sebab ini juga merupakan aliran air dan Kunci Air Sungai Aur ini walaupun ia berjaya menyelesaikan masalah banjir di kawasan Pandamaran Jaya, Kampung Idaman dan sekitarnya tetapi ia juga masih lagi menyebabkan banjir kilat di kawasan Bukit Tinggi, Bayu Perdana, Sentosa, Klang Jaya dan juga Bandar Puteri kerana semua air-air dari kawasan ini mengalir hingga ke hujung Sungai Aur dan Pelabuhan Klang adalah kawasan yang paling hujung dan sekarang ini ada triple screw pump mungkin saya ingin mencadangkan kepada pihak JPS, memang ada kerja-kerja menaik taraf kolam tadahan di kawasan Kunci Air Sungai Aur itu tetapi masih ada kawasan tanah JPS yang mungkin boleh dibesarkan kolam tadahan tersebut dan kalau perlu daripada triple screw pump ini tambahlah lagi dua screw pump bagi melancarkan aliran air sewaktu hujan lebat dan juga yang melebihi paras yang sepatutnya. Jadi ini cadangan daripada kawasan Pelabuhan Klang.
Dan berdasarkan pengalaman banjir kilat yang berlaku pada bulan Disember yang lalu, Pelabuhan Klang ingin menyarankan kepada pihak Majlis Perbandaran Klang, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengkaji semula sistem-sistem saliran yang diluluskan di kawasan-kawasan pembangunan yang baru. Sebagai contoh seperti di kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah. Sebelum ini ada satu kawasan yang ia menjadi zon penampan di antara Kampung Perigi Nanas di bawah kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah ini dengan PKAZ tetapi kawasan zon penampan ini telah ditukar status menjadi zon industri dan sekarang ini telah ada pembinaan baru projek Maira Garden dan sistem saliran itu dah beberapa kali sebelum projek itu dimulakan saya dah bermesyuarat dengan pihak Majlis Perbandaran Klang, saya dah bercakap dengan Jabatan Perancang dan beberapa kali saya dah ingatkan bahawa projek ini akan mendatangkan masalah kepada penduduk Kampung Tradisi dan ia telah terbukti beberapa kali setiap kali berlaku hujan lebat di mana yang paling teruk sekali berlaku ialah pada 17 Disember yang lalu dan sebelum-sebelum itu pernah berlaku di mana sistem saliran yang diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang saya rasa ia tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya.
Sebelum ini kawasan tersebut merupakan kawasan seperti kolam takungan banjir sebab air yang mengalir daripada PKAZ, mengalir semua akan berada di tanah zon penampan ini tetapi sekarang ia telah ditukar status menjadi zon industri dan sekarang ia telah ada pembangunan baru, tambakan tanah telah dibuat menyebabkan ini juga yang menyebabkan sistem saliran tersumbat menjadikan kawasan kampung tradisi seperti Kampung Perigi Nanas dan kampung yang berhampiran Kampung Teluk Nipah, air termenung lama sehingga melebihi enam hari sehingga kita terpaksa memecahkan ban-ban yang telah dibina ataupun tanah-tanah yang telah ditambak di
parit sedia ada yang lama oleh pihak Maira Garden pada masa itu. Penduduk kampung terpaksa pecahkan ban barulah air boleh keluar.
Jadi saya mohon Majlis Perbandaran Klang mengeluarkan notis berhenti kerja dengan segera dan kaji semula sistem saliran yang ada dan pastikan ia berjalan lancar kalau berlaku hujan lebat sekali lagi pada masa akan datang. Sebab kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah ini penduduk-penduduk kampungnya yang mempunyai 4 buah kampung, Kapung Sungai Pinang, Kampung Teluk Nipah, Kampung Sungai Kembung, penduduknya telah melebihi 10 ribu orang. Dan ini amat berisiko pada masa akan datang. Jadi saya harap Kerajaan Negeri Selangor minta pihak Majlis Perbandaran Klang menyemak semula kelulusan yang telah diberikan kepada Maira Garden terutamanya sistem saliran dan perlu berbincang dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Klang macam mana cara yang terbaik menyelesaikan isu ini dan
Yang Berhormat minta masa dan minta yang terakhir ya.
Dan saya juga ingin memohon kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula hutan-hutan paya bakau yang sedia ada di kawasan persisiran pantai. Pastikan tidak ada pembangunan-pembangunan ataupun penerokaan ataupun kecurian kayu-kayu paya bakau ini. Dan pastikan ia dijaga sebab ia merupakan sistem tebatan banjir semula jadi yang perlu kita pelihara terutama sekali dalam suasana perubahan iklim yang tidak dapat dijangka pada masa akan datang.
Dan seterusnya saya ingin satu-satu lagi point. Okay Pelabuhan Klang juga ingin memohon kepada pihak JKR dan juga MPK untuk melihat semula jalan-jalan yang rosak disebabkan banjir terutama di Kampung Telok Gong yang semalam ada lagi jalan-jalan yang masih lagi belum dibaiki di kawasan Kampung Telok Gong kesan daripada banjir yang lalu dan saya telah menghantar surat kepada pihak JKR Negeri Selangor untuk melihat jalan B148 Telok Gong untuk segera diturap semula kerana jalan-jalan ini rosak teruk akibat daripada kesan banjir yang lalu. Dan akhir sekali Pelabuhan Klang ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada semua sukarelawan yang membantu Pelabuhan Klang semasa pasca banjir yang lalu dan termasuk.
Yang Berhormat, ayat terakhir, terima kasih tu tak payah. Sila duduk.
Akhir sekali saya menjunjung kasih titah Tuanku.
Terima kasih. Saya mempersilakan Taman Templer.
Assalamualaikum warahamatullhiwabarakatuh. Salam sejahtera. Yang saya muliakan Ahli-ahli Yang Berhormat terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada Taman Templer untuk bersama-sama membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun ini. Saya terus pergi kepada masalah di kawasan saya sebab Tuanku menitahkan kita wakil rakyat ini untuk amanah, bertanggungjawab, integriti, menjaga soal berkaitan dengan kebajikan masalah rakyat.
Jadi yang pertamanya khusus kepada EXCO Infra. Soal berkaitan dengan masalah anak Sungai Udang, saya ingat kalau tahun ini tahun yang ke 5, Sungai Anak Udang ini tidak pernah terlepas daripada sebutan saya dalam setiap kali Persidangan Dewan Undangan Negeri sebab masalah anak Sungai Undang ini kalau tak selesai masalah banjir akan kerap berlaku khususnya di Kampung Selayang Baru. Cuma saya nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada JPS Gombak. Dia punya JD (Jurutera Daerah) yang sangat memainkan peranan bila kita minta tolong dia, bila kita minta bantu, dia datang bantu dan banyak usaha-usaha yang telah dibuat yang telah dilaksanakan oleh JPS di peringkat daerah Gombak ini untuk jangka masa pendek. Tapi untuk jangka masa panjangnya kita memerlukan satu peruntukan yang besar daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah banjir di kampung Selayang Baru.
Yang kedua soal berkaitan dengan jalan, jalan, jalan jalan daripada Selayang ke Rawang, ADUN Rawang setuju? Setuju? Daripada Selayang ke Rawang, soal berkaitan naik taraf ni, ini pun Tuan Speaker setiap kali, setiap kali, setiap kali dalam Persidangan saya sebutkan dan saya nak minta sangat-sangat kepada pihak JKR sebab jalan ini jalan Federal, jalan ini jalan Persekutuan, kalau tak boleh nak besarkan, saya nak minta lampu. Lampu, lampu, lampu, lampu, lampu, lampu, lampu, lampu, lampu, lampu, lampu, saya sebutkan 12 kali. Kalau... bukan agaknya 12 tiang, mungkin 12 tiang. Mungkin 12 tiang. Pelabuhan Klang dia dapat. Kadang-kadang kita pun iri hati juga, kadang-kadang. Dia bila dapat dia buat dalam FB dia bukan main lagi. Tengok di belakang saya, dia kata, sudah menyala. Action. Kadang-kadang kita pun geram juga.
Templer tak dapat lampu?
Tak dapat.
Makna Templer tak pandai la.
Hati-hati Tuan Speaker. Hari Sabtu ni kita ada pertandingan menembak. Takut peluru tu pergi bercabang banyak nanti. Yang itu. Yang ketiga, yang ketiga, yang ketiga Dewan Orang Ramai. Dalam sidang yang lalu saya sebutkan Templer ini ibu negeri kepada Gombak. Alhamdulillah
Permatang, Alhamdulillah Tuan Speaker, Dewan ni Taman Templer dah dapat dah. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang dan juga DO juga Timbalan Yang Dipertua yang banyak membantu saya. Saya nak minta kalau boleh upacara pecah tanah hari raya yang ke 25. EXCO dengar ni. Pecah tanah kalau boleh saya nak hari raya yang ke 25, saya nak minta Menteri Besar sendiri datang untuk lakukan upacara pecah tanah kita punya dewan baru di Taman Templer.
Kemudian keempatnya soal berkaitan dengan turapan jalan di Jalan 11, Kampung Selayang Baru. Dia ada projek tanaman Permatang. Jalan tu lebih kurang 3 atau 4 kilometer. 1 kilometer dekat sini dah turap, satu kilometer sini dah turap, tengah-tengah tak berturap. Bila kita jalan tu cantik, bila masuk tengah-tengah tu dia jadi dangdut sikit, dia jadi dangdut ya Dato SS, dia jadi dangdut sikit. Ha ha ha dia bergoyang la, bergoyang. Bukan, bukan bukan la dia tak ada maksud lain, Benda itu tak ada.
Dan yang kelima saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Kawasan saya DUN Taman Templer baru-baru ini Disember baru-baru ini tak ada banjir EXCO, tapi dia tanah runtuh. MB turun, lulus RM 4 juta, lulus RM 1.5 juta, RM 1.2 juta. Ha ini la Kerajaan Pakatan Harapan, bila kita masalah cuba selesaikan masalah rakyat yang ada di hadapan kita.
Yang keenam, yang keenam, yang keenam, yang keenam, masjid, masjid, masjid, EXCO Agama, EXCO Agama. Di Taman Templer ini ada 3, masjid yang dibina baru dan juga naik taraf. Yang pertamanya di Kampung Selayang Pandang, naik taraf. Ini saya nak minta EXCO Agama tengok sikit kalau nak kata tak cukup tolong tambah duit, yang keduanya di Selayang Mutiara. Ini bina baru, Selayang Mutiara ini bina baru kemudian yang keduanya surau Furqan di Bandar Baru Selayang. Ini naik taraf daripada surau pergi ke masjid.
Tuanku juga ada juga menyebutkan berkaitan dengan rasuah. Rasuah ini biasa ni sangat saya sebut dah. Saya mencelah dalam celah, celahan saya mencelah. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan apabila mantan bekas Perdana Menteri Bossku, bos Kau, tak ada bos, mantan boss, ex boss. Laporan daripada SDI Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa Najib Tun Razak mentekedarah RM 3.2 bilion dalam negara kita. Bukan juta. Bilion, bilion. Kalau Ketua Pembangkang ah hari ni kita nak ucapkan Selamat Bermuktamar, bukan muktamar itu Parti Islam Se-Malaysia, Selamat Persidangan UMNO, Persidangan UMNO, Persidangan Agong UMNO, malam tadi perasmiannya, Pemuda, Wanita dan juga Puteri. Selamat Bersidang. Lawan lawan juga tapi ucap Selamat Bersidang itu kena supaya dia selamat, kita mendoakan keselamatan, yang itu. RM 3.2 bilion....
Tuan Speaker, Peraturan Tetap
Dia ni mengacau, dia ni mengacau, dia ni nak ambil peluang Speaker, dia nak ambil peluang supaya dalam video tu, video tu dia ada, dia ada, dalam video tu dia ada. Kalau dia tak mencelah nanti dalam video tu tak ada. Kita bagi la, kita bagi la.
Tuan Speaker. Peraturan Tetap Isu Ucapan 36(1). Seseorang Ahli hendaklah mengehadkan percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja, tak ada kena mengena dengan Persidangan UMNO dan sebagainya, Terima kasih.
Saya menyokong. Menyokong.
Saya minta Taman Templer sebab UMNO tu dah sebut. Cukup la.
Saya mendoakan. Bila kita ucap selamat kita mendoakan. Kan ada kisah Rasulullah orang yang biasa baling Rasulullah tu hari-hari tu kan, Rasulullah pun mendoakan dia tu. Itu kita Rahmatan Lil Alamini yang dibawa Parti Amanah Negara. Belum masuk bulan lagi. Jadi RM 3.2 bilion ni Bandar Utama kalau kita belanja satu hari sejuta, hari ni saya bawa Bandar Utama shopping sejuta habis. Nanti, nanti, hei nanti, nanti, dengar dulu, dengau dulu kata orang Melaka. Esok saya bawa Permatang pula, sejuta. Saya minta izin la dengan Pak Ya, dengan suami dia. Esok saya bawa pula Bukit Melawati, sejuta. Saya perlukan 8 tahun 7 bulan untuk habiskan RM 3.2 bilion ni sebagaimana yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang. Duit ini duit siapa? Duit ini duit Sungai Ramal, duit ini duit orang Seri Serdang, duit ini duit orang Semenyih, RM3.2 bilion ini duit kita semua ni. Kita baru diumumkan oleh Perdana Menteri dapat RM10 ribu duit KWSP itu pun duit kita bukan main lagi lah. Kalau Najib Tun Razak tu bukan cium sini, bukan cium sini tapi cium sini.
Templer, bagi laluan, Templer celahan. Boleh?
Okay, okay, okay tapi ingat perjanjian kita macam mana ya. Kena ingat.
Ya, ya. Atas semangat 36(1) tadi saya rasa ini kes dalam mahkamah lagi elok la move ke depan Templer untuk kita meredakan perubahan ini. Minta jasa baik Tuan Speaker.
Silakan Taman Templer, sambung.
Saya kalau tengok begini la caranya, kekal lagi kat Semenyih ni. Cara dia backing dia punya bos tu kekal, Insyaallah. Kemudian
2 minggu yang lepas pula kita dikejutkan belanja dekat RM40 juta untuk habuan seks, bersekedudukan. Eh kamu nak ada pakwe dua, tiga, empat, lima ke sepuluh ke itu kamu punya pasal la. Tapi hidup bersekedudukan ni, 10 tahun dan guna duit rakyat. Minta maaf la kita tak dengar pun satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Agama buat kenyataan untuk mencegah atau mengeluarkan satu kenyataan bagi menghindari perkara-perkara ini supaya ia berlaku dalam negara kita. Eh 10 tahun hidup bersekedudukan ni. Jangan main-main isu ni. Dia ada nasab dia, orang Islam ni dia ada keturunan tu.
Cuba yang zaman ni berlaku zaman Pakatan Harapan jadi kerajaan, Padang Merbok rata. Rumput tak hidup. Demonstrasi hari-hari. Islam nak hancur. Islam tergugat dalam negara kita ni. Tapi bila ni hidup bersekedudukan ni, tidak ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Agama. Tidak ada tindakan, tidak ada tindakan yang diambil. Ini berkaitan dengan agama Islam, agama suci dalam negara kita ni. Itulah seterusnya.
Minit yang terakhir.
Seterusnya, saya juga ingin membawakan satu permintaan daripada anak-anak muda. Dia nak ada satu tempat port untuk anak-anak muda ni. Yang mungkin kita boleh kenali dengan nama Aksi Anak Muda. Dekat sana ada futsalnya, sepak takrawnya, ada gelanggang silatnya, dia boleh menunjukkan bakat dia, main band, main alat muzik, boleh bersilat. Ni, kerajaan negeri kena mikirkan, kena mikior, kata orang Perak ni, macam mana satu tempat, satu DUN ni mereka boleh beraksi di situ. Yang minat main sky board, sky boardnya, yang minat melukis, boleh melukisnya di situ dan jugak untuk kita menyediakan kiosk-kiosk untuk anak muda ni. Ni, sebab kita kena ingat ni 18 tahun ni dah boleh mengundi dah. Jadi kita kena layan dan kita kena layan setiap segmen lapisan masyarakat yang terdapat di Negeri Selangor. Yang terakhirnya, yang terakhirnya
Taman Templer, landing, landing eh
Yang terakhirnya.
Kita ada pengalaman masuk pilihan raya di Melaka. Ada nak mencelah tak? Ada nak mencelah, saya nak pergi. Kita ada pengalaman masuk pilihan raya di Johor. Sebab hari ni yang banyak Pakatan Harapan dalam Dewan ni. Kita masuk pilihan raya, kita tahu kita akan kalah dan kitalah yang mencipta kekalahan itu. Sebab itu saya nak mintak sangat-sangatlah kepada kepimpinan Pakatan Harapan, kita kena bergabung. Pembangkang kena bergabung. Jangan kita ego. Jangan kita bangga diri.
Taman Templer, titah ucapan Tuanku, titah ucapan Tuanku dah maklum jangan berpolitik.
Jangan kita rasa kita yang...
Jangan berpolitik. Habiskan.
Jangan kita rasa kita abang besar. Sebab itu Pakatan Harapan perlu untuk mencari seorang pimpinan yang mampu untuk menyatukan setiap parti-parti politik pembangkang dalam kalangan kita, untuk menentang UMNO, Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Eh masa dah habis dah. Cukup. Cukuplah dah menentang, cukup dah. Silakan. Eh!
Kita perlu seorang pimpinan yang dapat menyatukan ...
eh, Taman Templer!
Yang terakhirnya,
Tak ada, tak ada, tak ada saya dah, duduk dah, cukup dah.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, yang telah membantu mangsa banjir baru-baru ini. Semua, seluruhnya, seluruhnya. Federal nya baik. State nya baik. Tentera nya baik. Polis nya baik. Bombanya baik. APM nya baik. JPAM nya baik. NGO dan jugak seluruh rakyat negara kita yang mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa banjir. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor. Terima kasih.
Sampai tertinggal ya. Bersemangat sangat. Duduk. Jeram?
Ya, terima kasih Tuan Speaker, beri ruang untuk mengambil bahagian dalam menjunjung kasih titah ucapan DYMM Sultan Selangor.
Dalam titah ucapan Tuanku menyebut berkenaan dengan projek-projek yang memberi kesan bencana yang teruk. Di kawasan saya tidak ada MRT3, cuma ada laluan ECRL saya mintak Yang Berhormat EXCO untuk berikan ruang kepada kawasan Jeram ini mendapatkan maklumat ataupun taklimat di mana saya sedia maklum ada laluan ECRL. Jadi apabila penduduk di kawasan saya bertanyakan mengenai laluan tu, ada yang berhampiran, terlalu hampir kepada perumahan, jadi kita ingin penjelasan ataupun taklimat berkenaan dengan isu ECRL ni. Mohon Yang Berhormat EXCO beri ruang ada satu perjumpaan bersama pemaju ECRL itu.
Yang keduanya, berkenaan dengan peruntukan RM 138 juta kepada JKR pada tahun 2022, saya ucap terima kasih kepada pihak Yang Berhormat EXCO kerana kepimpinan JKR Negeri telah membantu di kawasan saya yang pertamanya iaitu dapat peruntukan untuk jalan Bukit Kerayong di mana jalan itu sebelum ini meragut lebih kurang tiga ke empat orang nyawa dan juga ada yang kemalangan serius sehingga terpaksa potong kaki dan tangannya. Jadi Alhamdulillah, dengan usaha Jurutera Daerah mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan berjaya menyelesaikan isu jalan tersebut dan berkenaan dengan jalan jugak, untuk makluman Yang Berhormat EXCO, saya perlukan satu perjumpaan bersama Jurutera Daerah dan pemaju WCE kerana laluan WCE ini telah mengambil satu laluan utama walaupun jalan tu jalan tikus yang menghubungkan antara Bandar Puncak Alam dan juga Bukit Hijau tetapi ia menjadi laluan utama dan sekiranya setelah laluan highway WCE siap, kita nak tahu apakah perancangan JKR untuk mengembalikan semula jalan itu dan di bawah penyeliaan siapa? Jadi itu satu benda yang perlu dititikberatkan oleh JKR.
Saya juga mengesyorkan kepada Yang Berhormat EXCO, Jurutera Daerah Kuala Selangor memberikan satu kerjasama yang baik kepada Pejabat ADUN di mana banyak membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit dan beliau, saya sering kali nampak beliau lebih banyak di atas jalan berbanding di pejabat. Jadi satu sikap ataupun contoh yang baik di mana boleh diikuti oleh JD-JD daripada daerah lain. Beliau memberi komitmen dan juga bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah. Jadi saya pohon agar beliau tidak dipindahkan daripada daerah Kuala Selangor kerana di atas prestasinya yang bagus dan saya dimaklumkan jugak biasanya JD-JD ini kuasa untuk memindahkan ialah di peringkat Persekutuan, jadi hilang seorang yang bertanggungjawab sekiranya beliau dipindahkan daripada Negeri Selangor ini.
Seterusnya saya jugak ingin mengambil perhatian Y.B. Dato’ SS berkenaan dengan jawatan gred Jurutera Daerah JPS, kerana tempoh hari walaupun beliau dari segi grednya baru, dimaklumkan 41. Jadi beliau memberikan satu kerjasama ataupun prestasi yang bagus tetapi beliau menjadi kekangan kerana di bawah dalam pentadbiran kerajaan apabila ketuanya Gred 41 tidak ada staf yang mencukupi di bawahnya dan juga beliau juga menjadi kekangan apabila berhubung ataupun bekerjasama dengan satu jawatan yang tinggi lebih daripada jawatan beliau. Jadi ini merupakan kekangan-kekangan yang ada sekiranya berlaku banjir-banjir yang di luar jangkaan kita.
Dan seterusnya, kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM 67 juta untuk pembangunan sektor pertanian di mana saya ingin minta penjelasan daripada Y.B. Dato’ Menteri Besar berkenaan dengan bantuan pertanian kepada mangsa banjir yang mana di kawasan luar bandar ini bukan sahaja rumah tetapi melibatkan tanaman-tanaman ataupun perusahaan mereka yang dilakukan secara kecil-kecilan seperti tanaman cili, seperti tanaman cendawan dan sebagainya telah rosak dan adakah sebarang bantuan yang mana boleh disalurkan kepada petani-petani tersebut?
Yang terakhir ialah berkenaan dengan klinik kesihatan. Yang Berhormat EXCO boleh membantu Jeram untuk meluluskan dalam, saya dimaklumkan benda ini belum dapat kelulusan daripada kerajaan Negeri Selangor iaitu pemindahan tanah klinik untuk Bandar Seri Coalfields. Usaha terakhir ialah sekarang ini bergantung kepada kerajaan Negeri. Benda ini sudah berlarutan 6 tahun dari segi prosesnya, kini tunggu giliran daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membuat pemindahan hak milik itu saya dimaklumkan. Jadi saya rasa itu sahaja benda-benda yang penting yang perlu saya mengambil dalam titah ucapan Tuanku. Dengan ini saya menyokong penuh dan menjunjung kasih titah ucapan DYMM Sultan Selangor. Terima kasih.
Sentosa?
Terima kasih Y.B. Tuan Speaker yang dihormati kerana memberi peluang kepada Sentosa mengambil bahagian dalam perbahasan titah diraja DYMM Sultan Selangor. Terlebih dahulu Sentosa ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Menteri Besar dan seluruh jentera kerajaan Negeri dalam menangani bah besar yang melanda Negeri Selangor pada Disember 2021. Saya juga ingin menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa banjir yang telah kehilangan ahli keluarga dan kerosakan harta-benda ketika musibah banjir berlaku. Sebagai sebuah kerajaan Negeri yang berdaya tahan sudah pasti peristiwa banjir besar 2021 menjadi pengajaran berguna kepada kita semua untuk muhasabah dan memperbaiki setiap kelompongan dalam menangani banjir besar daripada kembali berulang. Di kesempatan ini juga Sentosa ingin merakamkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua sukarelawan yang telah membantu ketika musibah banjir besar melanda. Tahniah kepada pasukan Selangor, volunteer Serve, yang telah bergerak ke setiap kawasan bencana bagi membantu mangsa banjir dan Kerajaan Negeri dalam kerja-kerja pemulihan pasca banjir.
Agensi Kerajaan Persekutuan perlu lebih efektif mendepani krisis bencana alam. Penduduk Lembah Klang nyata tidak menduga bencana besar, banjir besar tahun lalu disifatkan sebagai satu kejadian sekali dalam seabad. Namun jika jangkaan saintis iklim tepat, Malaysia kemungkinan mengalami hujan yang lebih lebat dan kejadian banjir lebih banyak pada masa yang akan datang. Kita tidak boleh menyalahkan cuaca sebagai satu-satunya punca bencana ini. Faktor manusia juga merupakan penyumbang utama kejadian. Sistem amaran awal amat penting untuk mengelakkan kerosakan yang teruk dan kehilangan nyawa. Untuk memastikan sistem itu berjaya, semua agensi berkaitan perlu berkomunikasi dengan lebih baik bagi memberi amaran kepada umum. NADMA yang dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasikan usaha ketika negara dilanda bencana seperti banjir telah gagal bertindak pantas. Kelembapan tindakan NADMA serta kenyataan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Y.B. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad yang juga merupakan Pengerusi NADMA bahawa agensi itu tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat Negeri. Right? Dan juga kerajaan Persekutuan melalui NADMA harus sedar bagaimana dahulu ketika kerajaan
pemerintahan Pakatan Harapan NADMA yang dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri, Y.B. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sangat efektif dalam menguruskan bencana yang berlaku walaupun di Terengganu dan Kelantan. Adakah kelembapan NADMA hari ini disebabkan oleh tiada kerana tiada seorang Timbalan Perdana Menteri kerajaan hari ini yang perlu dipertanggungjawabkan dalam mendepani bencana alam?
Sentosa juga ingin mencadangkan program-program kesedaran penyediaan banjir dan kalau boleh kita tahu kawasan-kawasan perumahan atau kawasan kampung yang selalu banjir kerajaan Negeri atau PBT boleh membantu menubuhkan pasukan penyelamat banjir sukarela di kawasan masing-masing. Penyediaan bot dan sebagainya perlu di sediakan untuk bersiap sedia dalam kerja pemindahan dengan serta-merta.
Tuan Speaker, isu seterusnya Sentosa ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan kita perlu memberi penekanan terhadap tahap perkhidmatan JKR dalam mengawal selia infra asas kepada pengguna. Sering kali kita mendengar keluhan daripada rakyat tentang keadaan infra yang kurang baik dan tidak memuaskan. Perkara utama yang perlu diberi penekanan adalah keadaan jalan raya terutamanya lampu dan sebagainya yang kawal selia oleh JKR perlu ya, perlu mencapai tahap yang lebih baik. Keadaan jalan raya milik JKR boleh dipertingkatkan lagi prestasi kawal selianya dengan memastikan pasir-pasir, batu-batu yang bertaburan di atas jalan raya dapat dibersihkan. Oleh yang demikian saya merasa betapa pentingnya agar pihak JKR mempunyai rutin bulanan membersihkan jalan raya menggunakan road sweeper dan sebagainya. Keadaan jalan raya yang sering ditampal juga menyebabkan jalan raya tidak rata. Oleh yang demikian pihak JKR wajar memperhalusi untuk menurap jalan berkenaan agar lebih selamat digunakan. Perkara ini jugak secara langsung dapat mengurangkan kemalangan melibatkan penunggang motosikal.
Y.B. Tuan Speaker, satu lagi perkara yang sering menjadi masalah utama adalah masalah sistem perparitan milik JKR dan agensi lain yang tidak dikawal selia dengan baik sehinggakan menyebabkan masalah banjir kilat berlaku. Perkara menjadi rumit lagi apabila terdapat beberapa sistem perparitan yang gagal diketahui hak milik untuk dikawal selia. Sudah pasti perkara ini menjadi lebih rumit apabila tiada pihak yang ingin menyelenggarakan longkang-longkang ini. Dari segi kebersihan Tuan Speaker, yang seterusnya Sentosa ingin juga ingin menyarankan agar Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kebersihan di kawasan setiap kawasan di Negeri Selangor khususnya di kawasan Klang yang dilihat kian merosot. Pihak KDEB dan PBT perlu bekerjasama mengatasi masalah kebersihan secara menyeluruh. Tempoh Pandemik Covid-19 telah memberi kita semua kesedaran umum betapa pentingnya menjaga kebersihan awam dan diri. Pihak PBT harus memainkan peranan dalam memastikan pihak KDEB menjalankan tugas dengan sempurna. Kontraktor yang gagal menjalankan tanggungjawab secara berkesan seharusnya ditamatkan kontrak dan ditukarkan
kepada kontraktor yang lebih kompeten. Pihak PBT sewajarnya bekerjasama dengan KDEB memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor lantikan KDEB dan tidak melepaskan tangan begitu sahaja. Beberapa perkara lain Sentosa ingin bentangkan ialah berkenaan dengan permintaan Sentosa, apakah status tapak pembinaan Masjid Al Barakah, Taman Sentosa yang perlu disegerakan pembinaannya memandangkan di kawasan Sentosa satu-satunya surau yang tukar status di naik taraf sebagai masjid ialah Masjid Al Barakah yang perlu diberi perhatian.
Seterusnya ialah permintaan Sentosa untuk pasar awam masih lagi belum ada perancangan daripada pihak MPK dan Sentosa berharap perkara ini boleh diberi perhatian kerana ke banyakkan pasar masih lagi beroperasi di tepi-tepi jalan. Sentosa juga ingin mencadangkan pemberian wang bantuan tambahan untuk rumah-rumah ibadat. Terutamanya rumah-rumah ibadat ini semasa Covid-19 dua tahun ini tidak mendapat duit daripada tabung masing-masing untuk menjalankan aktiviti masing-masing di rumah-rumah ibadat. Oleh itu, Sentosa ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberi satu pemberian wang bantuan kerana ada juga banyak permintaan sumbangan yang mereka terima adalah RM 5,000.00 dan tidak cukup untuk mereka menjalankan aktiviti-aktiviti di rumah-rumah ibadat masing-masing. Akhir kata Sentosa mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua petugas dan para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus membantu Kerajaan Negeri dalam mendepani musibah banjir besar dan rentetan banjir kilat yang berlaku sepanjang tahun 2021 dan tahun 2022. Pengorbanan dan komitmen yang diberikan oleh mereka sangat dihargai dan saya mendoakan agar kita semua dilindungi dari musibah ini dan kekal sihat sejahtera. Saya juga berharap tahun 2022 akan menjadi tahun yang lebih baik bagi Kerajaan Negeri untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada warga Negeri Selangor. Tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Paya Jaras, EXCO Pembangunan Generasi Muda Negeri Selangor atas inisiatif penubuhan SERVE yang telah menjadi gelombang kebangkitan anak muda dalam menawarkan khidmat bakti kepada rakyat Selangor. Inisiatif yang telah terbukti ini juga telah mendapatkan pengiktirafan oleh Ketua Pembangkang Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Anwar bin Ibrahim untuk diperluaskan ke seluruh Negara dengan pelancaran khidmat untuk Malaysia pada bulan lalu. Ini adalah satu pengiktirafan besar untuk Kerajaan Negeri Selangor. Tahniah! Akhir kata saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Pegawai Kewangan Negeri yang baru dilantik Yang Berhormat Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, tahniah diucapkan. Saya juga ingin mengakhiri ucapan dengan serangkap pantun,
Pepohon hijau penyejuk mata, Lapang dan segar minda terasa, Bersama menjaga alam semesta, Agar terpelihara indah sentiasa.
Sentosa ingin memohon menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Terima kasih.
Ijok.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera kepada semua yang berada. Ijok ingin membahaskan tentang menjunjung kasih saya ucapkan ribuan terima kasih isu-isu yang dibangkitkan dalam titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang amat ketara sangat ialah isu perubahan iklim mengakibatkan banjir besar. Yang Berhormat sekalian perubahan iklim adalah bukan kuasa manusia tetapi apa yang telah terjadi ialah perbuatan manusia mengakibatkan banjir besar. Ramai Yang Berhormat telah membangkitkan dalam isu-isu ini jadi saya tidak mahu sentuh, saya akan ringkaskan dan menyentuh hal-hal yang berkenaan lagi-lagi dalam kawasan Ijok. Dengan segala ikhlas banjir besar telah mendedahkan kita, Agensi-agensi Kerajaan yang berkenaan tentang kekurangan dan kelemahan kita untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir tanah runtuh. Saya, Ijok harap-harapkan kita jangan politikkan masalah bencana ini. Kita sama-sama mendapat pengajaran dari apa yang telah berlaku. Baru-baru ini pihak sebelah federal, sebelah Selangor bertikam lidah menuduh sapa yang sepatutnya bertanggungjawab. Ijok ingat, we have to meve on. Kita belajar tentang kesilapan kelemahan kita untuk masa depan. Banjir besar ini ialah yang tidak disangka-sangka dalam pepatah Inggeris banjir besar caught us with our pants down. Banjir ini telah telanjangkan Agensi-agensi kita yang ada yang dengan ketara menunjukkan kelemahan, kelemahan bantuan-bantuan yang sepatutnya sampai ke mangsa-mangsa banjir. Yang Berhormat sekalian, ini saya hendak bangkitkan satu-persatu apa yang telah jadi relevan apa yang terjadi di Ijok ini bukan saya hendak bagi kritik tetapi satu pengajaran macam mana kita hendak membaiki untuk masa depan. Nombor satu, bantuan atau respons kepada banjir, amaran telah diberi hari Sabtu tetapi mana Agensi-agensi yang telah sepatutnya bersedia? Jangan salahkan dari kaji cuaca, mereka telah beri amaran iaitu tropical depression bukan tropical storm yang akan melanda Negeri kita tetapi adakah Agensi-agensi kita yang sepatutnya bersedia tahu apa makna tropical depression? Tidak. Mereka leka ingat macam hujan biasa. Saya amat sedih sebab sudah dua tiga hari.
Minta penjelasan boleh?
Bagi saya peluang, nanti ya.
Penjelasan.
Okay.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Yang Berhormat Ijok ada mengatakan bahawa kita jangan mempolitikkan isu ini. Isu ini adalah isu keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat. Jadi saya ingin menyatakan dalam peristiwa yang berlaku adalah maklumat awal dan kesan banjir besar akan berlaku sudah disampaikan dan kemudahan-kemudahan yang ada pada tangan Perdana Menteri adalah hebat. Kemudahan bot, tentera dan sebagainya. Menteri Besar kita merayu memanggil minta semua itu. Jadi bila benda itu tidak berlaku, saya bawa isu kepada media tindakan Perdana Menteri itu adalah menafikan dan dia boleh dikenakan tindakan mahkamah. Apa pandangan you?
Terima kasih Hulu Kelang. Saya tidak tahu apa yang sudah berlaku. Ini yang saya kata jangan dipolitikkan, satu pihak salahkan sebelah sana sebelah sini salahkan sebelah sana. That is telah berlaku in the past we don’t bangkit-bangkitkan, ia adalah satu pengajaran. Yang saya sedih response yang amat lambat kepada mangsa-mangsa. Kita ada Agensi di Kuala Selangor, PBT, Pejabat Daerah, JKM, Ahli-ahli Majlis. Mana mereka semasa air tengah naik? Mereka tahu masalah yang akan datang tetapi mereka ada yang cuti di luar, seronok-seronok di luar. Adakah ini mereka prihatin tentang masalah rakyat? Saya amat berterima kasih pada Tok-tok Penghulu di Ijok, Ketua Kampung, MPKK, sukarelawan yang luar dan dalam pada hari yang dua tiga hari yang pertama menolong mangsa-mangsa banjir. Separuh mangsa banjir keluar rumah pada pagi sampai malam pukul 9.00 malam bila saya pergi tempat tengok mangsa banjir belum masuk PPS lagi. Ini saya hendak sentuh Pusat Perpindahan Sementara (PPS) tidak diberi makan just imagine kalau lah sedara mara keluarga kita, saudara-saudara Yang Berhormat dalam keadaan begitu macam mana? Yang Berhormat sekalian terasa PPS, Ijok tempat banjir, banjir dua tiga kali setahun memang kawasan banjir. Saya harap-harapkan Kerajaan kaji balik Pusat Perpindahan Sementara. Di Ijok, mangsa ditukarkan ke suatu tempat A tempat itu banjir naik air, dipindahkan ke tempat B pun banjir kena pindah ke tempat C. Kita kena kaji balik. Be prepared, ini satu pencegahan janganlah orang sakit, bila dah sakit baru hendak jumpa doktor we have be proactive, thinking out of the box. Kita tidak boleh leka dengan, sementara itu saya harapkan separuh PPS itu kemudahan asas pun tidak ada air. Kalau hendak buat PPS di sekolah, air untuk budak sekolah cukup tetapi bila ada mangsa banjir hendak mandi hendak bersih tidak ada air. Amat-amat sedih. Jadi saliran air yang menyebabkan banjir tidak diuruskan. Baru-baru ini saya dapat aduan baru semalam di taman-taman longkang naik rumput macam tidak diselenggarakan selama dua tahun. Sepatutnya mereka menyelenggarakan dua tiga kali setahun. Apa yang telah terjadi? Mana bantuan? mana penguatkuasaan? Amat sedih.
Jadi saliran air yang menyebabkan banjir tidak diurus. Baru-baru ini saya dapat aduan, baru semalam di taman-taman longkang naik rumput macam tidak diselenggarakan selama dua tahun. Sepatutnya mereka diselenggarakan dua tiga kali setahun. Apa telah jadi, mana pemantauan, mana penguatkuasaan. Amat sedih,
so kita ada kuasa but we don’t have a will untuk mengatasinya. Pam-pam yang rosak, ban-ban
Yang Berhormat, masa yang terakhir
Okay lah. Ada banyak lagi tetapi inilah enam out of tujuh kampung di Ijok banjir. Lagi satu last yang penting tentang pendidikan. Saya fast- track, pendidikan adalah satu asas untuk budak-budak kita. Ilmu penting. Covid-19 telah mendedahkan kelemahan kita di dalam pendidikan. Dunia, negara, negeri mulakan digitalisation, 5G. Tapi yang amat sedih, di kampung saya, separuh kampung tidak ada langsung talian internet. 1G pun tidak ada. Macam saya kalau nak berhubung dengan Ketua Kampung Parit Mahang, handphone tidak boleh, tidak ada line. Jadi saya harap-harapkanlah Kerajaan Negeri, sebelum kita nak banggakan digitalisation ini semua kita pergi ke seluruh kampung-kampung, celah-celah Selangor ini kita beri mereka kemudahan asas. Sekarang ialah talian wi-fi. Dua tahun anak kita di kampung...
Yang Berhormat ayat terakhir.
Dinafikan pendidikan. Just imagine kalau anak Yang Berhormat- Yang Berhormat dinafikan, dua tahun. That is so very serious.
Yang Berhormat sila duduk
Akhir sekali Ijok sokong titah Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
Terima kasih Ijok. Saya persilakan Semenyih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker di atas memberi peluang kepada saya Semenyih membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia. Apa yang dapat dirumuskan daripada titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini berkenaan perubahan iklim. Iaitu banyak yang memberi kesan, bukan sahaja dari segi ekonomi kesan langsung ke atas politik sosial dan sebagainya jadi kita nampak tumpuan kita di Selangor ini lebih kepada menjurus kepada masalah 18 Disember 2021 yang dulu, iaitu masalah banjir besar yang mana saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak khususnya Kerajaan Negeri Selangor juga Kerajaan Persekutuan. Ada berkesamaan dalam kita menjaga kebajikan masyarakat khususnya di Semenyih. Iaitu melalui bantuan Selangor Bangkit dan bantuan wang ihsan PWI yang dapat diselaraskan khususnya di Semenyih melalui pejabat daerah melalui penghulu, ketua kampung juga ketua-ketua cawangan masing-masing. Di mana libat urus ini juga terlibat juga dengan wakil rakyat tempatan. Jadi saya ingin mengungkap kata-kata
bahawa semua atas jasa baik kerajaan baik Kerajaan Negeri, Kerajaan Selangor, di atas kebersamaan untuk membela kesejahteraan rakyat ini dapat diteruskan, dipermantapkan lagi sebagaimana kita banyak ahli-ahli Yang Berhormat sini minta dinaiktarafkan. Bagi saya demi rakyat kita rasa Selangor ini negeri yang maju, negeri yang bestari rasa saya rakyat dapat menilai mana yang kaca, mana yang intan dan sebagainya. Jadi kita tidak perlu mempertikaikan hak rakyat ini. Jadi bagi saya kita tidak perlulah bangau oh bangau dan sebagainyalah. Bagi saya kita move ke hadapan, merancang khususnya menangani permasalahan bencana ini, perubahan iklim ini, di mana saya mencadangkan pihak Kerajaan Negeri memperuntukkan 1% daripada perbelanjaan tahunan Kerajaan Negeri, 1% untuk penyelidikan dan pembangunan R&D. Kita tahu di Selangor ini negeri yang amat maju ye dengan hub pendidikan. Banyak universiti-universiti pengajian tinggi kita banyak contohnya UKM kita ada pakar-pakar hidrologi, pakar-pakar air yang diiktiraf bukan pakar tempatan sahaja, international peringkat antarabangsa dengan izin. Kita perlukan melalui R&D nah kita dapatkan pakar-pakar hutan dari UPM dan sebagainya. Pakar-pakar UTM banyak pakar-pakar kejuruteraan, engineering, water engineering dan sebagainya. Jadi kita gabungkan, 1% ini kita khususkan untuk pembangunan R&D ini supaya pihak-pihak yang berwibawa dalam akademik ini dapat hasilkan kajiannya dan dapat dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini atau melalui penyata-penyata tahunan yang boleh kita dapat menjadi, mengorak langkah perancangan Kerajaan Negeri untuk masa 20 – 30 tahun akan datang.
Kita sebagai negeri yang maju, kita ni contoh dan kita ni sebagai negara lapangan industri, macam Sekinchan, macam periuk nasi lapangan pertanian di Tanjung Karang. Kita Selangor tidak dinafikan kita penyumbang KDNK yang terbesar kepada negara. Dan kita perlu mengorak langkah ke hadapan, kita anggap bencana ini bukan satu bebanan, kita tanya orang, kalau tidak berani di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut kena banjir jangan bina rumah di tepi parit atau sungai. Ya itu harapan saya. Jadi kita masalah parit, sungai dan sebagainya ini kita harap menjadi satu cabaran pada pihak-pihak Yang Berhormat, pihak-pihak Kerajaan Negeri, penggubal-penggubal dasar, EXCO-EXCO dan sebagainya menjadi satu cabaran meletakkan garis panduan. Sebagaimana sahabat saya Templer tadi, sebelum ini mengatakan bahawa kita perlukan peruntukan untuk menyediakan PPS, Pusat Pemindahan Sementara dengan kelengkapan pelbagailah, seperti sampan dan sebagainya kemudahan. Mungkin kehendak nanti biar dan sebagainya lah untuk menangani pihak ini. Jadi kita tahu dengan kelengkapan ini kita ada kemudahan ini tanpa simulasi, tanpa latihan kita harap Kerajaan Negeri dapat ambil perhatian, bahawa latihan-latihan ini baik pihak bawah pihak perkampungan MPKK, pihak sekolah dan sebagainya dilibatkan. Biar kita mendayung di tempat yang kosong, biar kita menyimbah di tempat yang kering. Jangan tunggu, betulkan hubungan kita dengan Allah SWT, kita banyak umat Islam ini, Nabi Nuh sendiri sediakan kapal sebelum banjir. Jadi kita harap Kerajaan Negeri berfikir panjang, jangan sebabkan bencana ini untuk kita nak menunding jari, kita memancang ke hadapan, move forward. Kita harap ini satu pengajaran yang baik kepada kita supaya kita lebih
terbuka. Memanglah dari segi kepentingan politik masing-masing, memanglah. Tapi sepertimana mana titah Duli Yang Mulia Sultan kita harap keluarkan politik dalam menghadapi perubahan iklim ini. Kita tahu El-Nino, El-Nina, ozon dan sebagainya banyak. Alam sekitar ini sentiasa dinamik, kita harap inilah peluang dan ketikanya dapat kita duduk bersama memikirkan masa hadapan Selangor, negeri yang kita cintai ini. Saya berbalik terus kepada usul kedua tadi supaya menggunakan 1% daripada peruntukan Kerajaan Negeri.
Saya minta juga cadangan kedua saya supaya pihak-pihak ini, kita kena kenal pasti gazetkan PPS ini seperti mana Ijok kata tadi. Kita ada mari satu PPS banjir, mari PPS dua. Kita lepas ni Kerajaan Negeri kita harap berikan PPS yang digazetkan dengan kemudahan-kemudahan seperti mana cadangan Yang Berhormat tadi dan dengan kelengkapan dengan latihan simulasi dan sebagainya. Bukan pakar banjir sahaja, banyak lagi pakar gempa bumi dan sebagainya lah. Ini banyak perubahan iklim ini melibatkan banyak, bukan di tanah rendah sahaja, tanah tinggi dan cerun-cerun, bagai-bagai kemudahan. Jadi kita bersedia daripada pihak-pihak baik dari pihak masyarakat bawah, pihak kepimpinan di peringkat cawangan, kampung-kampung, taman-taman kita libat uruskan dengan ini termasuk wakil rakyat termasuk pihak Yang Berhormat perlu, kita sebagai ke hadapan untuk menerajui bila berlaku keadaan yang begitu. Itu pusingan putaran alam ini kita tahu dan maklum cuma abad 21 kita tahu banjir besar, mungkin 15 tahun kita lupa, kita harap. Tapi kita tahu seperti mana dibentangkan oleh di bawah titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, 3.1 bilion Kerajaan Selangor telah membelanjakan. Kita punya bajet 2.3 bilion...
3.1 bilion tu kerugian
Itu kerugian, jadi kita boleh 1: 1/2 (1 nisbah ½), kalau boleh pegawai kerajaan negeri betul tak. Maksudnya kita dapat membelanjakan 1 setengah punya belanja pembangunan pengurusan di Selangor ini. Jadikan kita minta 1% jangan lupa lah untuk R&D tadi untuk kemajuan ini. Seterusnya saya turus menjurus kepada keperluan Semenyihlah. Di Semenyih ini kita panggillah, hari itu kita terlibat dengan banjir, kini Semenyih sungguhpun saya berjiran dengan Dusun Tua, kita Parlimen Hulu Langat, P01 Templer. Jadi Hulu Langat ni ada dua DUN, satu Dusun Tua, satu Semenyih. Semenyih terlibat hampir lebih daripada 600 rumah terlibat banjir. Punca-punca dia, saya rasa itulah. Ketika ini memang kita elakkan lah, ini satu bencana tapi dari segi pengurusan sungai-sungai, kita tahniah kepada JPS ya saya nampak. Tapi di JPS pula kita nampak, kita mahu teknologi-teknologi baru. Banyak hakisan-hakisan sungai. Dulu kita bagi menampung hakisan-hakisan sungai ini gunakan kayu-kayu bakau tetapi masalah green ya. Masalah kita sekarang perubahan ozon, perubahan slider, penebangan hutan-hutan bakau ni jadi dikurangkan. Mungkin kita Perjanjian Rio dan sebagainya. Jadi kita harap penebangan hutan-hutan hijau ini, tapi kita harap selepas ini bagi mengelakkan hakisan-hakisan yang teruk, tempat-tempat yang digunakan lah piling-piling, gunakan besi-besi yang terbaiklah. Rasa saya jangka panjang kita harap ada, kita ambil
contoh-contoh terbaik. Banyak cadangan kita mungkin mengadakan lawatan-lawatan ke tempat yang pernah banjir. Kita masuklah ke Bangladesh dan sebagainya. Kita nampak negara itu selalu monsun dan sebagainya yang selalu terlibat, menjejaskan hasil pertanian dan sebagainya. Jadi kita harap kita peka keadaan ini supaya masa hadapan kita macam sebagaimana Covid inilah.
Yang kedua saya minta masalah mitigrasi di pembangunan-pembangunan di Semenyih ini banyak di Batu Tiga, Batu Lima, Beranang, banyak bilangan pembangunan tanpa kawalan. Ini saya nampak memanglah pihak PBT mengeluarkan kompaun di pihak pemaju, contoh di Batu Tiga, Bangi, Batu Lima Bangi, di Beranang tetapi masalah kompaun ini pihak PBT yang dapat. Orang kampung dapat luahan banjir, dapat luahan lumpur-lumpur tadi. Wakil rakyat pula dipersalahkan bantuan tidak sampai dan sebagainya. Jadi kita harap pihak PBT dapat khususnya MPKJ, pihak pejabat tanah memastikan supaya libat urus penggondolan bukit-bukit di tanah-tanah tinggi ini dikawal selia dengan baiknya. Seterusnya masalah perkuburan Islam di Beranang, di Semenyih lah khususnya kami memanglah atas pembangunan pesat di Beranang ini, di Semenyih ini. Jadi masalah perkuburan ini satu atau dua tahun lagi akan jadi satu masalah besar. Kita harap pihak EXCO Agama dapat mempertimbangkan satu kawasan baru untuk tanah perkuburan di Beranang untuk khususnya di Beranang. Kita banyak taman, macam-macam eco-eco macam ni, Eco World, Eco Setia
TUAN SPEAKER
: Yang Berhormat tambahan masa
Tambahan sikit, masalah jalan, masalah sekolah pendidikan agama diperlukan di Bukit Mahkota, Bangi. Pasal dia tidak ada banyak, permintaan saya supaya didirikan satu sekolah agama rendah SRA. Seterusnya saya minta satu lagi fly-over, untuk pihak JKR. Ini memang satu masalah di Taman Generis, Taman Kantan Permai, lebih dua puluh taman di situ, jalan masuk keluar hanya satu sahaja. Adapun U-turn dia melibatkan di Kompleks Penjara Sungai Jerlok tu melibatkan banyak kemalangan. Kita harap pihak JKR, pihak Kerajaan Negeri dapat membuat fly-over untuk keluar dari Kajang dari pinggiran Kajang, Kajang Perdana. Jadi kita harap itulah harapan saya daripada kerajaan ini supaya memberikan perhatian di Semenyih ini. Kita nampak kesesakan jalan raya tidak perlu cakaplah, fasal kita banyak pembangunan. Tapi kampung-kampung di Selangor tidak kiralah di mana-mana pembangunan ini memang kita realiti.
TUAN SPEAKER
: Ayat yang terakhir, sampai masa Yang Berhormat
Jadi saya ingin merakamkan terima kasih kepada pihak semua pihak Kerajaan Negeri memberi peluang dan ruang ini. Dan satu lagi permintaan saya perubahan iklim, perubahan politik kita harap ada pendirian Kerajaan Negeri Selangor, saya minta..
TUAN SPEAKER
: Putus nyawa Yang Berhormat
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, menyatakan bahawa perubahan ini semua memang ada laungan-laungan untuk mengadakan PRU seawal mungkin, tapi apa pendirian Kerajaan Negeri dalam keadaan ini. Adakah perlu sealiran atau menunggu masa, garis masa yang menentukan. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.
TUAN SPEAKER
: Terima kasih Semenyih. Permatang.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Speaker kerana memberi ruang untuk saya membahas ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor. Alhamdulillah, terutamanya saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor dalam mengemudi bencana banjir yang telah dihadapi oleh rakyat Selangor baru-baru ini pada 18hb Disember 2021. Kita semua telah melalui satu tempoh yang sangat mencabar dan genting. Namun kerana kesepakatan kita dalam menghadapi sebarang bentuk permasalahan segalanya kita dapat tangani dengan baik. Terima kasih tak terhingga kepada team SERVE, Team Selangor, pihak sukarelawan dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan segala urusan menghadapi banjir ini dapat kita selesaikan dengan baik. Walau bagaimanapun, saya ingin memberi satu cadangan iaitu dalam kita menjadi ataupun melaksanakan kerja-kerja sukarelawan ini kita perlu memastikan bahawasanya team sukarelawan ini mendapat latihan ya yang khusus dalam mengendalikan bencana-bencana yang dihadapi. Contohnya, pertama pengurusan pusat pemindahan sementara, pertolongan cemas dan juga asas dalam pengendalian bot penyelamat. Secara tidak langsung ianya dapat menarik lebih ramai untuk menjadi sukarelawan. Tidak ketinggalan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua agensi-agensi yang terlibat dalam memastikan yang mana kita lihat pada 18 Disember yang lepas kawasan Permatang tidak terlepas dari berlakunya banjir iaitu di kawasan Sawah Sepadan dan juga Bestari Jaya. Namun di atas kecekapan semua pihak iaitu daripada peringkat Penghulu, Pengerusi MPKK, PUSAT KHIDMAT ADUN saya sendiri, agensi-agensi kerajaan, PDRM, BOMBA, MPKS, Pejabat Daerah dan semua. Jadi kita dapat memindahkan ya memindahkan mangsa-mangsa. Walaupun pada waktu itu, tempat yang kita pindahkan itu kalau ikut Tan Sri Noh tidak sah. Dan mereka tidak boleh mendapat bantuan sebanyak RM1000 itu. Jadi saya cukup berterima kasih atas inisiatif yang cukup cekap daripada semua lapisan ataupun daripada semua pemimpin masyarakat memindahkan mangsa ke tempat yang sewajarnya ke tempat yang lebih selamat kerana ianya melibatkan nyawa. Ha, itu yang paling mustahak. Selain daripada itu, KDEB Waste juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana operasi pembersihan telah
berjalan dengan lancar dan pantas sekali gus memulihkan semula keadaan di kawasan yang terjejas banjir. Okay, selain daripada itu kita perlu mengkaji dan melihat apa puncanya sebenarnya kejadian banjir ini selain daripada climate change. Kita perlu memerhatikan bahawasanya tiada amaran awal ataupun siren bagi memberi persediaan kepada penduduk bersiap-sedia lebih awal. Kebanyakannya fokus apabila bulan Oktober, November dan Disember hanya kepada Pantai Timur tapi kali ini ianya berlaku di Selangor tambahan keadaan ini lebih parah di kawasan Permatang ianya adalah down stream. Jadi bila tempat lain dan kering Permatang masih airnya masih bertenang dan masih termenung. Dan kita kena lihat di sini ya satu keperluan yang sangat serius bagi pihak kerajaan negeri Selangor menambah baik sistem amaran banjir melalui kaedah terkini bagi memberi peringatan terutamanya kepada penduduk di kawasan hotspot. Daerah Kuala Selangor ada tiga hotspot iaitu di Bukit Kerayong, Rantau Panjang dan Parit Mahang. Lokasi yang masih aktif. Adalah dicadangkan untuk menambah fasiliti amaran banjir terutama di terutamanya di lokasi hotspot yang berhampiran dengan sungai. Dengan sungai-sungai utama di dalam daerah Kuala Selangor. Selain daripada itu struktur pintu air dan rumah pam harus dilihat kembali dan adakah ianya masih bersesuaian dalam menangani isu perubahan iklim serta taburan hujan yang tidak menentu terutamanya di kawasan yang rendah dan berisiko banjir? Di sini Permatang ingin mencadangkan agar kawasan pengaliran dan saliran yang terdapat di kawasan risiko banjir dapat ditambah baik. Selain daripada itu, penyelenggaraan parit menjadi faktor utama keadaan banjir atau air termenung berlaku di kawasan kampung. Kejadian fenomena air termenung sering berlaku adalah disebabkan air yang tidak dapat keluar atau tersekat akibat saluran air yang tersumbat. Permatang melihat bahawa terdapat banyak parit racik dan parit utama di kawasan kampung perlu di selenggara dengan lebih kerap agar dapat melancarkan penggerakan air. Di sini saya mencadangkan agar tebasan parit di kampung dapat di tingkatkan daripada tiga kali setahun kepada empat kali setahun. Hal ini kerana terdapat kebimbangan daripada penduduk kampung berkenaan Kampung Parit berkenaan rumput parit yang cepat tumbuh akibat jarak masa hampir empat bulan sekali bagi setiap tebasan parit. Faktor kelewatan tersebut telah menyebabkan berlakunya limpahan air di luar parit apabila berlakunya hujan. Dengan keadaan iklim cuaca yang tidak menentu maka adalah satu keperluan bagi pihak JPS mengkaji semula serta menambah tebasan parit secara berkala iaitu daripada tiga kali kepada empat kali setahun.
Selain daripada itu kita kena melihat juga berkenaan culvert crossing. Sebarang cadangan pembinaan culvert crossing perlu kita rujuk terlebih dahulu dengan sama ada PBT ataupun JPS ataupun JKR berkenaan saiz dan asasnya. Kerana kita lihat apabila culvert tidak bersesuaian saiz, bila air tidak dapat melalui dengan lancar di situ air akan melimpah dan seterusnya melibatkan banjir dan masuk ke dalam rumah penduduk-penduduk kampung. Juga kita kena fokus kepada pembukaan tanah pertanian. Perlu ada agensi yang dirujuk terlebih dahulu seperti kebenaran merancang. Supaya kaedah kerja tanahnya adalah mesra saliran dan mengurangkan risiko banjir. Kita melihat bila banjir berlaku baru-baru ini hampir semua kebun ya
kebun penuh dengan air. Okay selain daripada itu, saya ingin merujuk tentang program blueprint yang telah disebut oleh Tuanku di dalam titahnya “pembasmian kemiskinan negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi adalah melalui penjanaan ataupun peningkatan pendapatan golong B40 menerusi pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perusahaan yang dijalankan”. Di sini saya mendapati elemen pemantauan perlu kita pertingkatkan. Pemantauan berkala dari pegawai Pejabat Daerah atau Ketua Kampung mengikut jadual yang ditetapkan. Namun saya mohon mekanisme pemantauan yang positif dipertingkatkan supaya mereka boleh di bantu dengan segera. Antara isu-isu penting yang saya lihat dan saya kaji sendiri iaitu wujud aduan dan pandangan peralatan yang diterima tidak mengikut spesifikasi. Isu barang yang diterima dari sudut kurang kualiti memuaskan. Kualiti yang kurang memuaskan ada yang tidak lengkap dan kos baik pulih yang mahal. Wujud juga komen berkaitan proses kelulusan mengambil masa yang lama. Jadi perlu wujudkan Unit Pemantauan Khas yang boleh diakses juga oleh Pusat Khidmat DUN dikendalikan oleh pegawai khusus bagi menguruskan perjalanan menyelia dan menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang pelaksanaan program blueprint ini dilaksanakan. Kita melihat berkenaan apabila kita sebut tentang akan dibina empat buah SRA di dalam Selangor ini. Di sini pendidikan merupakan satu perkara yang sangat dititik beratkan oleh Menteri Besar Selangor di dalam setiap kali ucapan beliau iaitu tidak ada siapa-siapa yang akan tertinggal. Di sini saya ingin mengingatkan bahawasanya terdapat sebuah sekolah SRA Permatang yang telah puluhan tahun dibina dan sebahagian daripada bangunan tersebut adalah kayu jadi sekarang isunya bangunan ini telah hampir reput, malah masih digunakan hingga ke hari ini. Jadi saya mohon agar SRA Permatang ini diambil perhatian juga. Seterusnya saya ingin juga memohon....
Yang Berhormat, masa.
Okay. Sikit lagi. Seterusnya berkenaan Isu Pelancongan. Saya melihat Permatang telah meningkat ekonominya perlahan-lahan dan pembinaan lebih banyak homestay dalam merancakkan lagi ekonomi di kawasan kampung dan di sini saya mengharapkan agar kawasan-kawasan ini dapat dimasukkan di dalam directory Majlis Perbandaran Kuala Selangor supaya ianya dapat menjadi tarikan kepada orang ramai untuk hadir ataupun untuk datang bersama-sama ke Anjung Utara Selangor ini. Seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk kampung. Saya kira itu sahaja yang sempat untuk saya bawa dan saya menjunjung kasih titah Tuanku. Wabilahhitaufik Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.
Terima kasih Permatang. Silakan Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker. Pandamaran ingin mengambil peluang ini untuk menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Tuan Speaker, seperti yang apa titah Tuanku saya percaya ramai
yang akan bahaskan tertumpu pada bencana banjir ya Pandamaran sekali. Bencana banjir ini telah menyebabkan ramai keluarga terkesan teruk dan ada yang kehilangan ahli keluarga. Untuk pengetahuan hampir semua kawasan DUN Pandamaran dilandai banjir kilat ya termasuk Taman Melawis, Taman Bayu Perdana ya taman-taman lama termasuk di Kampung Baru Pandamaran. Taman Sungai Aur, enam puluh tahun tidak pernah banjir tapi kali ini mereka juga menghadapi banjir. Pandamaran faham kebanyakan kawasan banjir kilat sering dibanjiri kilat kerana hujan taburan hujan yang begitu hebat sekali. Dan saya, Pandamaran difahamkan satu projek tebatan banjir yang telah diluluskan baru-baru ini dengan kosnya berjumlah 15 juta di Taman Malawis. Tapi Pandamaran difahamkan ia hanya akan mula pada bulan April iaitu bulan depan tapi kita Pandamaran risau ya sebab kali ini perubahan iklim ini telah menyebabkan banjir kilat pada 4hb Mac dan 7hb Mac juga. Jadi saya berharap pihak JPS dapat mengarahkan supaya kontraktor dapat mula ya dalam bulan Mac ini. Selain projek tebatan banjir di Taman Malawis, saya percaya ya pihak MPK telah bercadang untuk membuat satu tebatan banjir di Jalan Tanjung, Taman Malawis dan juga Taman Bayu Perdana. Dan saya difahamkan Taman Bayu Perdana telah akan di mula juga pada bulan depan. Jadi saya berharap projek-projek ini dapat dimula dalam masa secepat mungkin. Pandamaran ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan projek tebatan ini. Jadi Pandamaran juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak JPS, MPK kerana telah banyak membantu untuk menyelesaikan masalah banjir kilat terutamanya di Taman Bayu Perdana sejak tahun 2016. Jadi Taman Bayu Perdana tidak banjir selepas 2017, 2018, 2019 dan ia mula pula menghadapi banjir kilat pada akhir tahun 2020 dan juga 2021 serta 2022. Tiga tahun berturut-turut. Air pepatah akan keluar mulai pintu air Sungai Aur. Projek naik taraf pintu air Sungai Aur telah siap pada tahun 2021. JPS menggunakan tiga screw pump di pintu air tersebut satu dapat dikeluarkan....
Yang Berhormat Pandamaran sila duduk.
Okay.
Saya bagi peluang sambung selepas ini untuk sedikit masa lima minit dan kemudian ini adalah pembahas yang terakhir. Baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan 1.00 tengah hari, dengan itu saya menangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Dewan disambung semula. Saya mempersilakan Pandamaran yang terakhir 5 minit yang terakhir ya untuk Pandamaran.
Terima kasih Tuan Speaker, saya ingat 10 minit. Ok saya sambung. Air perparitan akan keluar melalui pintu air, Sungai Aur. Projek naik taraf pintu air Sungai Aur telah siap pada tahun 2021. JPS menggunakan 3 pam di pintu air tersebut. 1 pam dapat mengeluarkan 1700 liter air per second. Jadi 3 pam dapat mengeluarkan 5100 liter air per saat. Tapi, hairan pada 4 haribulan dan 7 hari bulan di mana kawasan Taman Bayu Perdana dan Taman Chi Liung, Pandamaran juga mengalami banjir kilat. Jadi, pandangan Pandamaran kalau pam itu tidak mencukupi, saya harap JPS dapat menambahkan pam lagi sebanyak 2 untuk mengeluarkan air daripada pintu air Sungai Aur. Selain pintu air Sungai Aur, Pandamaran ingin menyentuh juga pintu air Jalan Papan, Pandamaran. Di mana mereka telah menaik taraf pada 2021 juga. Tetapi Pandamaran dilandai banjir kilat juga pada 4 hari bulan Mac. Jadi, ada keperluan untuk menambah paip pam yang sedia ada. Jadi untuk menampung air keluar daripada pintu air. Selain itu, kali ini saya nak sentuh tentang pintu air. Pintu air Telok Gong juga telah di naik taraf pada 2019 tapi pam yang digunakan adalah pam biasa. Ia tidak cukup untuk menampung air perparitan yang tinggi sebab pintu air Telok Gong menerima air perparitan daripada Taman Bayu Perdana, Taman Gembira, Taman Heng Kian, Taman Petaling Indah dan banyak taman. Jadi kita nampak banyak tempat, taman-taman tersebut yang dinamakan tadi juga mengalami banjir kilat pada Disember tahun lepas dan juga 7 hari bulan, 4 hari bulan Mac.
Jadi saya menyerulah kepada JPS supaya dapat tukar pam kepada skru pam seperti apa yang terdapat di pintu air Sungai Aur. Jadi ramai yang tanya bila nak banjir, telefon kepada saya, Pandamaran adakah kunci air buka pada masa itu dan saya nak bagi tahu kepada penduduk banyak tempat termasuk Sungai Aur, Jalan Papan, Telok Gong, pintu air adalah secara automatik. Kecuali pintu air di Jalan Keladi. Jadi saya mohonlah, mohon sebab kawasan tersebut menerima air daripada Jalan Sekolah dan kawasan tersebut sering berlaku banjir kilat juga. Jadi saya harap JPS dapat meningkatkan dari pintu air secara manual tenaga manusia kepada automatik. Supaya saya tak payah nak jawab kepada penduduk, buka ke tidak, ini automatik. Jadi penduduk secara automatik akan tahu bila air naik, ia memang automatik. Jadi semogalah pihak JPS dapat mengkaji pintu-pintu air yang sedia ada supaya dapat menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku. Selain daripada itu, Tuan Speaker, Pandamaran ingin menyentuh bantuan Selangor Bangkit. Saya menerima banyak panggilan daripada mangsa banjir bahawa mereka ada beberapa perkara yang mereka tidak dapat diselesaikan. Terutamanya 1, Borang Permohonan Bantuan
tidak memberi peluang untuk mangsa untuk mengisi detail bank. Jadi mereka tidak dapat, dia perlu pergi ke tempat yang dibenarkan untuk mengambil bantuan tersebut. Jadi mereka takut sebab masa itu kes positif tinggi dan mereka risau jika Kerajaan Negeri boleh bagi mereka bank in kepada akaun mereka. Jadi mereka akan selamat dan masa itu memang tak ada kolum atau borang untuk mengisi maklumat bank. Jadi saya harap kita kerajaan negeri ataupun pihak agensi tertentu supaya dapat mengambil pelajaran ini untuk menambah baik borang-borang yang sedia ada. Yang kedua, ramai bangsa yang terlepas pandang tarikh pembayaran. Jadi mereka perlu mengisi borang di laman web. Tapi ada penduduk mangsa yang tua mereka tak tahu. Jadi saya menyeru kepada Pejabat Tanah Klang supaya dapat membuat panggilan kepada sesiapa yang belum isi melalui laman web sampailah mereka terima panggilan ataupun sms. Ketiga, saya mohon, Pandamaran mohon PTD Klang dapat mempercepatkan proses pembayaran yang tertinggal supaya semua mangsa dapat menerimanya sebelum, kalau boleh sebelum 31 hari bulan Mac, yang lain rayuan boleh bagi sebelum 30 hari bulan April dan Pandamaran kena puji kepada Kerajaan Negeri, sebab Kerajaan Negeri telah memenuhi untuk membayar bantuan secara wang tunai RM1,000.00 dan mereka sepatutnya mangsa patut terima lagi RM1,000.00, extra RM1,000.00 daripada Kerajaan Persekutuan. Tapi mereka masih tengah menunggu RM1,000.00 daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi saya mohonlah pihak pembangkang yang kerajaan juga persekutuan tapi tak adalah hari ini. Semua kosong ya, kosong. Pergi pau, tak dapat pembangkang itu, saya haraplah mereka dapat membawa mesej kepada kerajaan persekutuan supaya turunkan bantuan bencana itu kepada mangsa secepat mungkin.
Mohon pencerahan.
Tapi masih, tunggu ya. Masih tunggu.
Mohon laluan Pandamaran.
Pandamaran yang terakhir, kalau bagi sana terus berhenti.
Sekejap sahaja.
Teruskan. Kita bagi yang terakhir untuk Pandamaran. Taman Medan sila duduk.
Terakhir ya, saya nak bangkit satu lagi.
Saya dah bagi masa kecederaan dah. Cepat.
Terakhir punya Tuan Speaker, 1 lagi, saya ingin menyentuh Jom Shopping Perayaan saya di fahamkan semua Jom Shopping Perayaan Hari Raya akan dibahagi sama rata iaitu semua ADUN akan menerima 450 baucar, tapi ini tidak adil kepada pengundi Melayu ya yang banyak. Jadi saya harap kita boleh mengkaji semula seperti apa yang telah tahun lepas kita telah bagi. Jadi agihkan kepada seperti apa tahun lepas yang jumlah amaun yang tahun lepas itu. Jadi tak payahlah sama rata. Jadi saya harap nanti perkara ini tidak akan berlaku pada Deepavali. Akhir sekali saya Pandamaran ingin menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Sekian, terima kasih.
Baik terima kasih Yang Berhormat Pandamaran. Demikian tadilah selepasnya berakhirnya perbahasan daripada Pandamaran selesailah perbahasan untuk usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Jadi saya, seramai 23 Ahli Dewan Negeri telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Tuan Speaker, tuan speaker.
Maka, ya tak ada dah. Saya minta pihak kerajaan sekiranya ada apa-apa untuk penggulungan silakan. Yang Berhormat Bandar Baru Klang.
Terima kasih Tuan Speaker. Tuan Speaker saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Banting dan juga Yang Berhormat Sungai Air Tawar yang telah pun menyentuh isu di bawah jagaan saya. Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting membangkitkan isu integrasi, aplikasi Selangkah dan Gateway Payment (Cepat) untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai. Kerajaan negeri memang menyedari perkara ini, Selangkah mempunyai kemudahan eWallet yang dibekalkan oleh Keeper iaitu sebuah syarikat pemegang lesen eWallet. Selangkah sendiri hanya menyewa perkhidmatan tersebut daripada Keeper iaitu dalam bahasa teknikal white label. Labelnya Selangkah tetapi perkhidmatan oleh Keeper. Sementara itu, cepat telah dimajukan oleh SSDU yang merupakan satu platform mengawal pembayaran inverts atau ke dalam bagaikan sebuah plaza tol tetapi tidak mempunyai fungsi sebagai eWallet. Oleh yang demikian, kerajaan negeri telah menubuhkan Selangor eWallet Berhad ataupun SEW sebagai anak syarikat MBI untuk memiliki sebuah syarikat eWallet. Dalam usaha ini satu perjanjian telah pun dimeterai di antara SEW dan Way Pay Fingtech Holding Berhad untuk memiliki eWallet yang berlesen daripada Bank Negara Malaysia bersama lesen peminjam wang digital dan platform e-commerce yang sedia ada pada 14 Februari 2022.
eWallet milikan Kerajaan Negeri ini akan mengintegrasikan sistem pembayaran Selangkah dan Cepat supaya dapat merealisasikan agenda cashless dan e-service
Selangor sejajar dengan hasrat membina Smart Selangor. Satu lagi agenda dalam usaha ini adalah untuk membina identiti digital rakyat Selangor ataupun Digital Identity yang mana ia akan mewujudkan big data yang membantu Kerajaan Negeri merancang agenda dan dasar sosioekonomi rakyat Selangor dengan analisis data yang tepat dan jitu. Pelbagai perkhidmatan kerajaan sama ada pentadbiran dalaman atau penyampaian perkhidmatan dan skim kebajikan seperti SMUE dan sebagainya kepada rakyat. Pungutan, termasuk iaitu pungutan cukai dan bayaran meletak kereta, saman dan sebagainya akan digabungkan dalam satu super app yang akan mempertingkatkan kecekapan pentadbiran. Mewujudkan big data dan data analytic. Mewujudkan identiti digital. Perkhidmatan mikro kredit kepada IKS, golongan B40 dan kakitangan kerajaan juga dapat dibekalkan melalui super app ini. Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting juga menyentuh berkenaan dengan teknologi digital dron dan aeroangkasa yang semakin penting. Tuan Speaker, teknologi dron telah pun dikenal pasti sebagai salah satu segmentasi berpotensi melalui Selangor Aerospace Action Plan 2023. Ia memang sudah termaktub dalam Selangor Aerospace Action Plan. Teknologi dron yang dikenal pasti adalah untuk kegunaan industri selain bagi tujuan logistik dan pengawasan dan pemantauan keselamatan dan bencana. Pembangunan dan pengukuhan ekosistem dron dirangka melalui beberapa fasa dan inisiatif. Invest Selangor kini sedang giat merangka perancangan pembangunan aktiviti dron sebagai aktiviti sokongan ataupun hiliran, di antara pelan inisiatif yang sedang diperhalusi adalah :
a. Cadangan membangunkan Selangor Drone Centre of Excellence dengan kerjasama Universiti milikan kerajaan negeri. Antara objektif penubuhan Selangor Drone Centre of Excellence adalah untuk mempromosikan Selangor sebagai hab utama di serantau Asia untuk aktiviti aeroangkasa termasuklah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dron. Hab ini akan merangkumi semua elemen iaitu air, tanah dan udara. Kedua, mencapai sasaran negeri Selangor di dalam menggalakkan pembangunan industri aeroangkasa yang akan memberikan kesan positif kepada rakyat dan ekonomi Malaysia secara amnya dan negeri Selangor khususnya. Ketiga, memupuk minat dalam kalangan belia di Malaysia untuk menceburi sektor aeroangkasa dan melahirkan bakat tempatan. Empat, membangunkan kepakaran dan keupayaan tempatan dalam mengeluarkan dron buatan Malaysia dan juga selari dengan rangka kerja industri aeroangkasa yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
b. Kerjasama dengan pemain industri seperti Syarikat Aerodyne dalam penyediaan latihan penggunaan dron dan pembangunan dron bagi tujuan industri dan komersial.
c. Perbincangan dengan Pihak Berkuasa iaitu CAAM berhubung peraturan dan perundangan.
d. Cadangan mewujudkan drone park, di mana segala aktiviti berkaitan dron akan ditempatkan di satu kawasan khas termasuk aktiviti pembuatan dan pembaikan dron, ujian lapangan, latihan tenaga kerja (IND) malah juga sebagai hab MRO Drone.
Berkenaan dengan cadangan menjadikan kita sebagai sebahagian daripada “supply chain”, saya rasa perkara itu tidak begitu “relevant” kerana dari segi alat yang diperlukan untuk pembuatan drone ini, ia tidak sebanyak seperti pembuatan pesawat. Di mana beribu-ribu bahagian atau “parts” diperlukan untuk membina satu pesawat. Oleh itu, memang pembuatan peralatan untuk atau kelengkapan untuk pesawat itu dibahagikan di merata dunia. Dan kita terpaksa berada di dalam “supply chain” ini, umpamanya untuk Airbus A320, sayapnya 60% datangnya daripada Malaysia, kilangnya berada di Subang. Jadikan kita hanya tumpukan pada bahagian sayap sahaja untuk Airbus A320. Jadi kita akan ada dalam “supply chain” ini. Tapi dalam drone ini, drone ini melibatkan begitu banyak “parts”, jadi apa yang kita perlu buat setakat ini, adalah mengikut rancangan kita membangunkan dalam pelbagai cara dan sekarang yang bagi Malaysia, yang saya sebutkan tadi, Aerodyne umpamanya, ia merupakan sistemnya, bagaimana menggunakan sistem AI untuk membuat kajian menggunakan drone.
Bererti, alatnya dia tumpang kepada drone, dia tak buat drone, dia membeli drone tetapi aplikasinya diletak di drone untuk membuat analisa. Jadi itu sampingan yang perlu kita buat, iaitu apakah yang boleh kita gunakan untuk, apakah yang boleh kita lakukan dengan menggunakan drone, itu yang patut kita fikirkan. Dan baru-baru ini, di dalam SAS (Selangor Aviation Show), kita telah ditunjukkan satu drone yang reka bentuknya seperti helikopter, dan sebesar helikopter yang kecil dan akhirnya dapat satu pelanggan. Pelanggan yang sebenarnya dia adalah pemilik ladang durian, ada 10,000 ekar, dan dia dalam proses untuk mendapatkan drone itu untuk mengangkut durian, sebab duriannya 10,000 ekar, berada dalam kawasan bukit, hendak angkut tu, jalan pun tidak ada, ada masalah. Jadi dia, akan menggunakan drone untuk membawa durian. Itu yang kita fikirkan dan drone itu kegunaannya memang terhad sebabnya dia hendak gunakan sebagai “delivery” seperti DHL dan sebagainya. Tapi bila dia datang sini kebetulan, ia bersesuaian dengan kehendak pemilik ladang itu untuk bawa durian. Jadi itulah, tapi bilangannya tidak akan banyak, mungkin ia dalam 200-300 biji, sudah cukup untuk perniagaannya. Jadi ia lain dengan pembelian pesawat, tapi ia adalah penting. Satu bahagian dalam aeroangkasa ini.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting juga ada menyebut isu tentang biomedik, Selangor mempunyai 14 institusi pengajian tinggi, antaranya Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman, Monash Universiti, Nottingham Universiti, UNISEL dan beberapa universiti penyelidikan seperti Industrial Biotechnology Reseach Centre, Institut Biosains, Malaysia Genome & Vaccine Institut yang mempunyai keupayaan dalam usaha-usaha negeri ke arah penghasilan vaksin kita sendiri. Invest Selangor melalui S-BIOCO ya, iaitu Selangor
Biotechnology Coordination Office, S-BIOCO yang baru sahaja ditubuhkan pada tahun ini, sedang meninjau peluang-peluang kerjasama dengan kepakaran dari dalam dan luar negara, terutamanya dengan syarikat pengeluar vaksin yang telah diiktiraf oleh WHO, ke arah mewujudkan kolaborasi perniagaan bersama dengan syarikat-syarikat farmaseutikal dalam Negeri Selangor untuk menghasilkan vaksin tempatan yang efektif dan selamat digunakan. Usaha ini juga akan meningkatkan prestasi dan kebolehan industri bioteknologi Negeri Selangor ke tahap yang lebih tinggi dan berdaya saing dengan pasaran antarabangsa. Dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) beberapa jenis vaksin sedang dalam penyelidikan untuk diperbuat di Malaysia. Dua daripada jenis vaksin itu adalah untuk COVID-19 dan manakala yang satu lagi jenis vaksin adalah untuk merawat secara “therapeutic” penyakit barah di kepala dan di leher. Pengajian untuk menghasilkan vaksin untuk COVID-19 akan dibuat oleh Insitute For Medical Research Malaysia di Setia Alam. Menggunakan virus COVID-19 yang telah dinyahaktif atau “inactivated”. Buat masa sekarang, Malaysia tiada fasiliti untuk ujian klinikal dibuat untuk mengkaji keberkesanan vaksin barah. Cancer Research Malaysia akan jalankan ujian-ujian klinikal tersebut di United Kingdom.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Air Tawar memberi dua soalan yang dibahagikan kepada dua bahagian. Iaitu pertamanya, apakah strategi kerajaan dari segi pelancongan dan perniagaan apabila sempadan negara dibuka menjelang 1 April? Dan keduanya, Apakah pelan tindakan “blueprint” ekonomi yang jelas berkaitan industri aeroangkasa seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar? Untuk bahagian pertama, suka saya memetik kenyataan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di dalam Dewan ini pada bulan Disember 2021, bahawa Kerajaan Negeri akan menurunkan harga deposit tanah, daripada 150% ke 100%, kepada syarikat-syarikat yang ingin melabur di Selangor. Hal ini dapat mengurangkan beban pelabur untuk memulakan perniagaan di Selangor, sejurus merealisasikan pembangunan dan mencipta peluang pekerjaan. Untuk bahagian kedua, dalam usaha untuk merancakkan ekonomi aeroangkasa, Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan Selangor Aviation Show, yang julung kali diadakan selepas negara bergelut dengan pandemik COVID-19. Syarikat-syarikat aeroangkasa dari 7 buah negeri atau 7 buah negara seperti Brazil, Turki, Perancis dan lain-lain telah menyertai SAS dan telah menzahirkan hasrat mereka untuk melabur di Selangor, yang terkini adalah daripada Honda, yang pembuat jet juga yang baru-baru ini, akan mendirikan satu lagi pusat MRO di Selangor.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkaitan juga terus-menerus berbincang dan bekerjasama dengan pemain-pemain industri dan pertubuhan aeroangkasa untuk memajukan industri aeroangkasa ini. Kerajaan Negeri Selangor, melalui Invest Selangor juga bakal mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua pegawai eksekutif dalam industri aeroangkasa di Singapura bagi membincangkan ruang kolaborasi antara kedua-dua negara dan juga industri ini. Usaha-usaha yang lain oleh Kerajaan Negeri dalam mempromosikan Selangor sebagai hab utama bagi
aktiviti aeroangkasa adalah dengan melancarkan dan menarik minat pelabur asing dengan beberapa projek yang sedang giat diusahakan oleh kerajaan negeri iaitu Selangor Aero Park dan juga Selangor Drone Centre yang akan membantu pemain-pemain industri dalam memudahkan “business” mereka. Bagi memastikan kelancaran projek-projek tersebut, Kerajaan Negeri bersama pemain-pemain industri bermesyuarat secara berkala di dalam Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Selangor yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, semua ini termaktub di dalam Pelan Tindakan Aeroangkasa Negeri Selangor.
Oleh itu, adalah tidak benar, bahawa seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar bahawa masih belum melihat sebarang “blueprint” strategik pelan berkaitan aeroangkasa. Dan saya sendiri juga telah menyebut beberapa kali dan juga menunjukkan di dalam Dewan ini, kita sudah ada dan menyediakan Selangor Aerospace Action Pelan 2020-2030. Mungkin Sungai Air Tawar masa saya menggulung sebelum-sebelum ini tidak berada di dalam Dewan dan selepas itu tidak membaca handsard selepas mesyuarat. Jadi saya berharap, mungkin kalau Yang Berhormat berminat untuk mendapatkan satu salinan saya boleh hantarkan. Sekian. Jadi dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang, saya persilakan Yang Berhormat Pandan Indah.
Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua.
Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan boleh dikatakan hampir semua menyentuh mengenai isu banjir yang berlaku di Negeri Selangor terutamanya yang berlaku pada bulan Disember yang lepas. Jadi, saya akui dan mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat terhadap isu yang melanda Negeri Selangor yang merupakan satu sejarah besar kepada keadaan Negeri Selangor yang kita tidak pernah lalui sebelum ini. Dan saya telah sebut dalam ucapan ataupun dalam menjawab soalan yang pertama pada hari Selasa lepas bagaimana banjir ini merupakan, dalam sejarah hidup saya sendiri di Selangor ini, sudah 30 tahun lebih, merupakan kali pertama saya mengalami banjir yang begitu besar dan saya kebetulan Alhamdulillah lah DUN Pandan Indah tidak terkena dengan banjir ini, jadi saya, tapi walau bagaimanapun saya sendiri berkampung dua hari di Sri Muda untuk membantu usaha-usaha bantuan dan sebagainya. Jadi adalah amat tidak benar menyatakan bahawa pimpinan kita di Negeri Selangor daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar sehingga ke bawah tidak bertungkus-lumus berusaha, daripada hari pertama lagi, daripada hari banjir. Untuk makluman Ketua Pembangkang, Sungai Air
Tawar, pada hari pertama, pada hari Sabtu itu sendiri, petang dah, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah pun memanggil mesyuarat, untuk menyelaras kerja-kerja bantuan ini. Pada hari Sabtu itu lagi,
Walaupun pada ketika itu beliau belum lagi menjadi Pengerusi MKN Negeri, tidak masih lagi belum, tetapi beliau, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar telah memanggil mesyuarat dan malamnya secara peribadi telah menelefon, menghubungi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mendapatkan aset-aset yang diperlukan kerana keadaan banjir yang agak besar dan agak serius. Jadi adalah satu perkara yang saya rasa, yang perlu disiasat fakta sebelum kita membuat tuduhan-tuduhan di Dewan yang mulia ini, kerana apa, bukan apa, bukan tujuan saya untuk menuding jari, tujuan saya adalah untuk fakta itu dibetulkan yang apa sebenarnya berlaku. Duduk dulu ya, saya cuma hendak sebut yang fakta sahaja dahulu, dan satu lagi yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar, berhubung amaran-amaran yang diterima, saya ada bukti di tangan saya. Cetakan atau laporan terus dari Jabatan Meteorologi Malaysia, dan “again” bukan tujuan saya untuk menuding jari, saya ingin bagi tahu fakta, kalau dilihat di sini, laporan yang dikeluarkan pada 3.45 petang, 17 Disember iaitu hari Jumaat, ya di hari Jumaat pada 17 Disember, ramalan bagi negeri Selangor hanya berada pada kategori ketiga iaitu waspada sahaja, sedangkan hujan sudah lebat ketika itu, hari Jumaat itu, yang buruk di sini hanya di Terengganu dan Kelantan sahaja. Kategori buruk. Kategori waspada Selangor ada di situ. Dan pada hari Sabtu, di mana banjir besar sudah pun berlaku, pada 2.00 petang, barulah di keluarkan, Selangor diletakkan dalam bahaya. Itu pada hari Sabtu yang mana, banjir besar sebagaimana yang kita semua telah maklum apa yang berlaku. Jadi saya ingin betulkan fakta ini, yang menyatakan bahawa kita mendapat amaran awal adalah tidak benar sama sekali, kerana amaran ini adalah amaran monsun yang biasa dikeluarkan dari masa ke semasa. Itu tidak ada amaran yang luar biasa, dan kategori pun diletakkan dalam kategori waspada sahaja, berjaga-jaga sahaja, ini yang berlaku yang sebenarnya ya. Dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua kerana Kerajaan Negeri sendiri pun berkongsi keprihatinan serta kebimbangan Ahli-Ahli Yang Berhormat berhubung suasana tidak menentu disebabkan oleh perubahan iklim. Dan juga suasana perubahan iklim yang kita sebut sebagai “climate change” tadi yang boleh membawa pelbagai bencana, bukan sahaja banjir tetapi kebiasaannya dalam kita kajian sains yang dibuat apabila berlaku satu ekstrem iaitu banjir, kemungkinan untuk berlaku lagi satu ekstremnya iaitu kemarau panjang yang akan pada bila-bila masa boleh berlaku. Sebagaimana yang disentuh oleh Yang Berhormat Subang Jaya dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain, kemungkinan itu tidak boleh kita abaikan kerana dalam suasana “climate change” begini, kesan El Nino dan La Nina ini, boleh membawa kepada dua ekstrem ini.
Itu, sebab itu, dalam perancangan Kerajaan Negeri bersama-sama juga dengan Kerajaan Pusat, kita memang bekerjasama dalam hal ini dan juga pihak ketiga, iaitu pihak swasta pun kita bekerjasama untuk memastikan sebarang usaha untuk menangani isu banjir tidak boleh dilihat secara berasingan daripada keperluan
pengurusan sumber air kita. Sebab itu, saya sudah berbincang dan kita belum dapat kelulusan, saya mencadangkan kita akan memanggil projek ini projek ada banyak fasa sebagai Water Resources Assurance Skim (WARAS) ini yang saya akan bawa nanti dan bentangkan kepada mesyuarat atau retreat EXCO di Langkawi baru=baru ini yang saya sebut dalam jawapan yang pertama itu iaitu lebih RM7 bilion yang namanya belum kita persetujui lagi saya cadang nama itu sebab bunyinya sedap supaya dapat kita bawa dan diluluskan nama-nama yang sesuai untuk projek ini dan dia mengandungi beberapa fasa. Dan kita telah menemui pelbagai pihak jabatan/agensi sama ada peringkat negeri, peringkat pusat sama ada pakar-pakar terutama daripada NAHRIM (National Hidraulic Resources Institute of Malaysia), daripada UiTM yang dah menemui kita yang pakar-pakar dalam pengurusan banjir ini dan struktur banjir juga di perubahan iklim di UKM. Mereka juga terlibat sama memberi input bagi kita menyedia dan melengkapkan cadangan yang tuntas yang menyeluruh. Itu yang saya nak sebut di sini. Pelabuhan Klang ada menyebut bagaimana Klang ini sentiasa menjadi mangsa kerana dia di hiliran. Kalau setakat kita melihat Klang, di Klang itu sahaja ia takkan menyelesaikan masalah. Kalau setakat dia dah high impact di situ. Air pasang besar. Dan dia ada masalah dengan kawasan tanah rendah. Tapi kita tidak boleh melihat sistem banjir ini sebagai satu sistem yang terasing. Kerana walaupun kadang-kadang airnya tidak pasang besar dan juga disebabkan kawasan rendah ini tetapi airnya tak sampai di hulu. Macam yang berlaku 7 Mac sebenarnya bukan daripada SMART Tunnel itu tapi air dah melimpah di Kuala Lumpur dan memasuki sistem sungai menyebabkan kawasan yang sebelum ini tidak banjir di Kuang dan Kundang pula yang menerima beban. Sebab itu air pengurusan banjir tidak boleh dilihat secara terasing. Mesti dilihat secara menyeluruh sistem lembangan sungai yang berlaku di negeri Selangor. Itu yang menyebabkan memerlukan penelitian kajian yang mendalam dan pelaksanaan yang lengkap dan sempurna. Dan kita juga tidak boleh melihat semata-mata setakat membina atau mendalamkan sungai ataupun membesarkan longkang. Ini tidak memadai sebenarnya. Sebab itu saya sebut tadi langkah-langkah untuk penyelesaian banjir mesti bersifat struktural dan non-struktural. Non-struktural itu sebagai contoh dasar baru kita didedahkan dengan teknologi baru yang kita boleh gunakan MSMA contohnya apa yang dipanggil sponge city. Konsep macam sponge. Dia absorb air. Bukan bermaksud dia letak sponge bawah bangunan. Maksudnya ialah air yang turun di kawasan yang lokaliti itu di bandar itu perlu disimpan di situ dan digunakan di situ. Ini telah diamalkan di negeri China dan juga di Hong Kong. Yang telah mengamalkan dan sangat berkesan sebenarnya supaya air ini tidak bercampur atau turun ke hiliran. Dia akan digunakan di kawasan itu. Jadi sistem nanti dengan bersama EXCO PBT kita akan melihat secara menyeluruh. Kerana semua kena sedia maklum air yang mengalir ini sebenarnya daripada hujan. Yang dahulunya di hulu sekarang ini di merata-rata tempat macam disebut oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang itu tepat sekali bahawa saya dah bagi tahu tadi taburan hujan di kawasan hiliran lebih banyak dari kawasan hulu. Ini satu fenomena yang saya sendiri baru belajar bab hidrologi pun pening kepala memikirkan bagaimana boleh berlaku perkara begini dan suasa pelik dan Yang Berhormat Tuan Speaker di
Malaysia memang macam-macam boleh jadi. Politik pun huru-hara macam tu juga. Jadi saya harapkan benda ini kita kena teliti kaedah yang non konvensional. Contohnya, saya dah sebut awal-awal dalam soalan pertama itu 3 komponen ini kena ingat semua kalau nak selesaikan banjir. Pertama sistem simpanan air. Kalau air dah mengalir daripada merata tempat kita tidak boleh mengharapkan empangan saja. Kita perlukan juga takungan di tempat lain. Jadi tasik-tasik kita yang ada di merata tempat, kolam ini dah kita dah audit. Luas dah audit dari segi kandungan air, dalamnya dan sebagainya dan kita akan terpaksa buat satu dasar apabila menjelang monsun ataupun menjelangnya ramalan akan berlaku hujan lebat dan sebagainya kita kena kosongkan sebahagian kolam-kolam ini untuk menerima tambahan air hujan termasuklah empangan dan dasar empangan kita telah lulusan baru ini kita akan kurangkan air kepada 95% daripada 100% yang lalu kepada 95% supaya dapat menampung. Itu pertama. Kita kena takung air itu termasuk juga sistem simpanan air bawah tanah yang kita ada cadangan untuk simpan kalau tidak cukup kolam-kolam di permukaan yang sebab tanah di Selangor ini mahal kita nak korek kolam tanah mahal. Kita akan simpan di bawah tanah termasuk di bawah terowong dan sebagainya. Itu yang pertama. Sistem saliran.
Yang kedua ialah saliran. Saliran kita ada sungai kita kena dalamkan untuk fasa pertama WARAS ini kalau diluluskan nama tu kita akan buat kita dah ada perbincangan semalam dengan SMG kita dah ada kaedah yang ini kita tak boleh tunggu. Kita memerlukan RM500 juta lebih untuk mendalamkan sungai Klang dua kali saiz dari yang ada sekarang ini. Cetek. Sebahagian tempat di Sungai Kandis itu boleh jalan dekat lutut je air Sungai Kelang. Kita kena dalamkan sungai kelang dengan saiz dalam sekarang ni. Dan perlukan RM500 juta dari Kuala Lumpur ke Klang. Ini kita dah bincang. Nanti saya bawa ke MTES untuk diluluskan segera bagi pelaksanaan dan akan dibiayai oleh GLC kita sendiri. Ini adakan dibuat termasuk juga sistem terowong daripada Shah Alam yang akan mengambil air dari Sungai Damansara untuk di bawa ke Tasik Ladam di berhampiran Sungai Rasa di Klang sana. Jadi apa yang berlaku ini ialah saliran ini kita kena ada kaedah sama ada sungai, longkang, air yang di atas jejantas atau sistem lain yang kita rasa boleh membawa air. Dan yang ketiga ini yang selalu diabaikan iaitu discharge. Kat mana yang boleh discharge. SMART tunnel daripada KL itu dia discharge tak betul. Dia discharge di Selangor. Kita kena fikir supaya discharge ini point ini tidak berlaku pula banjir di hilirannya. In yang paling payah sekali. Sebab kalau kita discharge di selatan ataupun di hiliran sungai Klang yang jadi mangsa adalah Klang. Sebab bila berlaku pasang besar air tidak boleh keluar. Jadi di mana kita nak letak air discharge point ini. Itu antaranya ialah kolam takungan di contohnya HORAS 3000 dan juga kolam yang besar yang kita dapati ada di selatan yang boleh kita gunakan untuk buat treatment air bagi membekal air di Pulau Indah yang kita memang tak cukup air di sana. Itu cara dan kaedah yang betul holistik dalam penyelesaian dan juga apabila berlaku kemarau nanti kita akan ada simpanan air ini boleh digunakan. Tapi kalau kita asyik buang ke laut jadi bila datang kemarau, tak ada air nanti untuk kita nak ambil. Cadangan penggunaan dan apa-apa memang boleh tapi kosnya tinggi. Malah
air bawah tanah kita ada dan cukup luas tapi tidak praktikal untuk kita buat sedutan kecuali untuk kita guna localize di situ. Di kilang dan sebagainya boleh. Tapi untuk dalam sistem kita dah kaji dia tidak ekonomikal kalau ada mobile pam pun 1 mld banyak mana. Kita perlukan 7000 mld. Air di negeri Selangor satu 1mld tidak boleh membawa apa-apa kesan. Jadi inilah cabaran yang dihadapi tetapi insya Allah saya dengan jabatan agensi semua memang kita dah ada pelan induknya. Kita akan perincikan lagi dengan teknologi dan digunakan bersekali dengan sistem mesra alam dan juga penggunaan sponge city contoh benda-benda dan contohnya jalan kita, longkang kita yang boleh menyedut air sebahagiannya dalam bumi akan kita gunakan bersekali dengan sistem tebatan banjir yang akan kita akan cadangkan.
Yang Berhormat Bukit Gasing.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO memberi peluang untuk bertanya. 3 komponen yang dihuraikan itu saya sangat bersetuju. Saya sangat berterima kasih Yang Berhormat menghuraikan dengan detail kepada dewan tetapi takungan saliran discharge tersebut bergantung pada sistem air yang sangat cekap. Sistem ramalan yang sangat cekap sebab kalau kita ramal dengan salah kita discharge empangan tetapi kalau hujan tak datang mungkin air tak cukup untuk minggu yang akan datang. Kalau ramalan tak bagus kita tak discharge dan terlalu penuh banjir akan berlaku. Jadi macam mana dengan komponen keempat. Komponen pertama yang takungan saliran discharge itu telah dihuraikan dengan lengkap komponen keempat untuk menggabungkan kesemua melalui sistem ramalan bertaraf dunia pertama macam mana progres kita untuk sampai ke tahap tersebut.
Seperti yang saya sebutkan tadi penyelesaian kepada pengurusan banjir atau sumber air kita ini bersifat struktural dan non struktural. Yang bukan struktural ini termasuklah yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing itu iaitu ramalan. Ramalan ini saya dah sebutkan. Projek Ramalan banjir itu yang telah dibangunkan dan dilaksanakan oleh JPS telah pun berjalan fasa 1, fasa 2 akan dibuat perolehan pada bulan ini dan sistem ini saya dah perhatikan dan saya dah teliti memang satu sistem yang lengkap. Dia bukan sahaja meramal 7 hari lebih awal dan memaklumkan 2 hari sebelum bahawa benda itu akan benar-benar terjadi tetapi juga dia akan membuat ramalan apa pun kawasan yang akan terlibat. Sebab apa, sistem ini mengambil satu kaedah bukan sahaja meramalkan tetapi membuat simulasi apabila hujan berlaku di tempat tertentu ini simulasi itu akan menyebabkan mana yang banjir dan kesan how serious banjir itu. Level sungai dan level airnya. Sebab itu kita memerlukan sistem pemetaan topografi yang tepat yang mana ini pun kita belum selesai lagi. Itu saja kos yang besar itu di masuk sekali. Tanpa ada penelitian atau kajian atau pemetaan yang lengkap tentang topografi termasuk sungai dan sistem saliran dan muka bumi tidak akan berupaya untuk membuat simulasi. Simulasi hanya boleh berlaku apabila kita dapat buat pemetaan ini dan tidak ada negeri yang lengkap lagi pemetaan ini. Dan kita kena ingat pemetaan ini bukan saja melibatkan permukaan sebab sungai ini kalau
permukaan dia sampai permukaan saja. Air bawah itu yang kita perlukan juga dia punya dalam. Itu ada sistem lain pula. Hidrografi. Diperlukan untuk tentukan dalamnya pula. Ini semua ini termasuk dalam yang saya sebutkan ketika saya jawab soalan pertama tadi.
Saya sangat berterima kasih kepada Pandan Indah selalu mengakui berapa besar cabaran tersebut. Tidak lari daripada kebesaran cabaran tersebut. Tapi berapa bulan lagi untuk siap semua pemetaan topografi perolehan JPS dan sebagainya. Adakah dalam lingkungan 2 3 bulan dalam lingkungan 2 3 tahun. Kami nak tahu. Rakyat nak tahu sebab kami takut banjir berulang lagi dan banyak harta rosak.
Kalau mengikut perancangan JPS dia akan siap 2 tahun. Dia memerlukan masa 2 tahun. Tapi saya telah pun berbincang dengan pihak SSDU kita dan juga di kawasan yang sangat sensitif ini kita kena segerakan. Dan kita telah masukkan contohnya kalau di Shah Alam dengan Klang ini kita telah masukkan untuk dibuat bersekali pada peringkat awal. Kalau kita tidak boleh menunggu perkara ini kerana apa sebagaimana kita sebut awal tadi perubahan cuaca ini tidak menentu ini akan menyebabkan kerosakan yang teruk. Baru ini pun kita dah lost RM3 bilion lebih. Jadi kalau kita tak willing to spend untuk menangani semua ini kita akan kerugian lebih besar lagi dan juga kesengsaraan pada rakyat yang ini yang paling saya tak tidur malam. Bila kita melihat, bila kita turun ke lapangan melihat suasana ini. Ini satu perkara yang saya rasa kita kena ambil perhatian. Saya telah tegaskan pada Kerajaan Pusat bila saya bertemu mereka untuk menegaskan ialah perlunya mencari kaedah bersama. Kita kalau nak harapkan negeri sahaja GLC sahaja tak mampu kita. Kita telah mohon dan bagi contoh untuk tebatan banjir Langat ini. Fasa 2 kita minta RM500 juta dah berapa tahun dah. Tak dapat-dapat lagi satu sen pun. Sedangkan projek itu terlalu kritikal untuk kita selesaikan. Jadi itu yang paling kita bimbang sekali kewajaran kalau tempat yang kita tak mampu untuk menampung bagaimana kita nak uruskan program atau projek tebatan banjir ini. Ini saya paling risau sekali.
Pandan Indah. Subang Jaya minta laluan.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah kerana juga mengiktiraf bahawa perancangan bandar melalui dasar sponge city ini juga penting untuk mengatasi isu banjir Cuma sama seperti apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gasing, pembangunan setiap tapak tanah ini tertakluk kepada pemaju untuk mengemukakan permohonan. Jadi kalau Kerajaan Negeri mengambil masa untuk mengeluarkan dasar mungkin sampai di tahap di mana tak ada tanah dah yang boleh dibangunkan merangkumi ciri-ciri sponge city tersebut. Jadi sebab itu saya ingin tanya ada tak dasar stock gate sementara menunggu garis panduan yang dimuktamadkan yang menyeluruh untuk kami laksanakan sekarang sebab secara peribadi di Subang Jaya pun saya tahu pun
tentang beberapa pembangunnya yang sedang dikemukakan permohonan yang sedang menunggu sama ada terdapat syarat-syarat tambahan akibat banjir yang telah berlaku terhadap pembangunan ini tetapi sehingga sekarang saya difahamkan belum ada lagi. Itu yang merisaukan saya.
Konsep Sponge City ini banyak yang masih keliru sebenarnya, apa sebenarnya Sponge City. Sponge City ini sebenarnya konsep tiada lain, simpanan air bawah sahaja. Nama itu Sponge City itu tidak pula menggambar macam ada sponge di situ. Bukan ya (ketawa). Dia hanya konsep di mana air yang turun di kawasan bandar itu ditempatkan di bawah. Jadi, kita sebenarnya boleh laksanakan di kawasan yang ada sekarang pun boleh kita buat sebenarnya dan kita telah pun ada buat di beberapa tempat dan ada cadangan-cadangan tempat baru untuk dibangunkan konsep begini, contohnya ialah, kita berjaya buat di STAR, Sekolah Tengku Ampuan Rahimah telah adapun sistem ban, ada dicadangkan di Sungai Kuyoh untuk kita laksanakan, di bawah padang-padang awam kita boleh buat dan juga lagi satu yang dicadangkan ini termasuk yang akan saya, kita bawa dalam masa terdekat ialah tempat-tempat kolam takungan ini kita buat bertingkat dan di atas tingkat itu kita benarkan pembangunan untuk rumah dan sebagainya dibuat di atasnya. Memang boleh dibuat, konsep macam The Mines. The Mines itu di bawah itu adalah tempat simpanan air. Di atas itu bangunan komersial. Boleh dibuat. Ini perubahan, perubahan ini kita akan bawa dalam masa terdekat untuk kita selesaikan bagi menampung stock gap measure dalam kita melihat kepada Pelan Induk, Pelan Besar dalam penyelesaian banjir secara jangka panjang. Kita memang ada Yang Berhormat, pelan untuk segera dan juga jangka pendek dan juga jangka panjang. Saya rasa saya kena teruskan kalau tidak nanti
Soalan, soalan
Ya? Kalau tidak nanti masa akan .. banyak lagi ni nak jawab.
Sikit sahaja. Apabila perkara itu berlaku, kita tahu the size of the impact of the banjir itu, juga kesan daripada line of command dan siapa patut bertanggungjawab. Dan pada masa itu, Kerajaan Persekutuan telah main politik dengan Negeri Selangor. Tetapi saya tidak perasan macam mana orang pimpinan di Negeri Selangor tidak perasan. Jadi, saya bawa isu itu adalah kerana saya tengok dia sabotaj. Dia nak sabotaj Perdana Menteri, nak sabotaj Selangor, nak jatuhkan beban itu di atas Menteri Besar sedangkan line of command yang ada pada masa itu adalah National Security, satu Majlis Keselamatan Negara punya tanggungjawab, yang patut Perdana Menteri take up, baru assign sebenarnya. Jadi, apa yang saya timbulkan itu adalah, yang lalainya adalah Perdana Menteri dan saya bawa isu, kawan-kawan di Hulu Kelang bercadang bawa satu frame work untuk saman dia, bawa dia ke mahkamah. Jadi bila itu dua hari, tiga hari menjadi isu, si
Sabri, jadi itu saya rasa kita kena hati-hati, di samping keupayaan kita untuk melaksanakan tugas yang baik kita kena tackle from political strategy. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, point taken. Saya terpaksa speed up. Satu lagi saya nak clear kan di sini ialah berhubung dengan isu Canal City ataupun Bandar Terusan ini, berulang-ulang, berulang-ulang disebut. Untuk makluman semua, projek ini sebenarnya dah obsolete dah jadi tidak perlu hendak timbulkan. Saya tak nak sebut dari segi politik di belakangnya, tidak sebut. Dari segi teknikalnya, basically projek ini menyambungkan daripada Sungai Kelang ke Sungai Langat nak bawa airnya, kononnya kalau Sungai Langat, Sungai Kelang airnya banyak, 30% air itu bawa ke Sungai Langat, itu tujuan dia. RM3 bilion kosnya dan dia nak bangunkan supaya ada isu-isu tanah yang berkait sepanjang jalan itu boleh dibangunkan, itu sahaja ceritanya. Tetapi tidak relevan! Baru ini yang banjir, macam Sungai Langat ini sekarang dua-dua banjir. Dua-dua penuh air, nak hantar ke mana? Itu cerita ini, kalau boleh tidak usah lah, yang dari segi teknikal pun cerita-cerita dongengan ini kita kalau boleh kita elakkan lah. Cerita ini dah lama pun, dah ulang-ulang balik. Kalau ada kononnya Canal City ini, selesai masalah banjir. Tak selesai. Penyelesaian itu tidak punya penyelesaian. Komersial sahaja, bukan penyelesaian untuk menyelesaikan banjir. Jadi, saya harap kita put a full stop lah kepada cerita-cerita Canal City ini. Ya, RM3 bilion tu, kalau bagi RM3 bilion selesai masalah Shah Alam, Klang ini. Kita perlu one half billion sahaja, boleh selesai InshaAllah. Kalau tidak percaya bagi saya, saya buat (ketawa). Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Banting
Yang Berhormat
Yang Berhormat Pandan Indah, Sijangkang
Sedikit penjelasan. Saya ingat yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pandan Indah, oleh EXCO tadi, Canal City sebahagiannya adalah daripada yang kawasan Jaya Sepakat sehinggalah ke kawasan di Jenjarom tu. Dan banyak yang saya sebutkan di dalam perbahasan saya, di Jaya Sepakat itu yang saya kira bekas daripada pengorekan pasir, pengeluaran pasir ya, yang dulu kolam lepas itu yang saya nyatakan ia telah runtuh jadi terusan yang terlalu dekat dengan kampung. Kemudian, sebelahnya ada lombong lagi, ia ada pengeluaran pasir lagi yang besar pecah menyebabkan itu berlaku. Saya ingat, ini kena ada penyelesaiannya, sebab itu pun berlaku selepas penamatan program terusan Canal City. Cuma saya lihat, juga mungkin akan dilihat satu dasar pada Kerajaan Negeri berkaitan dengan pengeluaran pasir ini. Berapa kedalaman yang boleh dibenarkan, berapa keluasan yang boleh dibenarkan, sebab saya ingat natijah daripada pengeluaran pasir ini, contohnya di Bukit Changgang, RTB, ia menyebabkan runtuh tanah yang bersebelahan itu. Yang ini mungkin kita kena kawal sebab akibatnya, geo bencana yang berlaku, kalau berlaku lagi banjir ini, ia akan berterusan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, itu saya tidak nafikan. Memang berlaku begitu, kalau kata buat kajian slope, ini sebenarnya slope juga cuma ia slope sungai. Atau slope terusan ini, sama juga dengan slope di jalan tu. Tetapi, bezanya ia duduk di dalam kawasan sungai. Tetapi tetap tebing sungai dengan slope ini kaedah hidraulik nya lebih kurang sama. Dan kalau hendak beza pun, air sungai sebab bila air yang luar biasa penuhnya ia akan beri impak kepada tebing. Yang saya baru ini saya melawat Paya Jaras, tiga (3) tebing yang runtuh yang agak serius. Jadi, maknanya, pengukuhan tebing dan pengukuhan cerun ini merupakan salah satu lagi fenomena yang kita kena hadapi dan saya bagi maklum Ahli-Ahli Yang Berhormat di sini kosnya jauh lebih besar sebenarnya. Sangat besar kos kita hendak pertahankan, hendak stabilkan cerun ini. Bukit Peras itu sahaja, Kuala Klawang itu sahaja 85 runtuhan, RM150 juta dipohon untuk dibaiki dan saya tidak yakin cukup untuk penyelesaian di situ. Kalau Ahli-Ahli Yang Berhormat ada peluang pergi ke Hulu Langat, ke Sungai Lui ke, ke mana situ, cuba perhatikan bukit kiri kanan itu. Cuba tengok, macam ditarah-tarah bukit. Sebab apabila berlaku hujan yang luar biasa ini, disebabkan bulan 12 hari itu, hujan yang sangat luar biasa, anak sungai yang sudah ada di kawasan bukit ini tidak mampu menampung air dan ia create jalannya sendiri yang baru. Itu yang menurunkan batu-batu border yang besar dengan pokok dengan akar-akar sekali, itu yang dipanggil debris flow itu, ataupun pergerakan puing. Ini fenomena ini berkait rapat juga dengan fenomena perubahan cuaca ini jadi sebab itu kita kena, kita berhadapan dengan satu suasana yang sangat mencabar dari segi teknologi, dari segi teknikal, dan juga dari segi kewangan (ketawa) untuk urusan ini. Sebab itu, saya bersama-sama dengan semua pihak, kita kena beri tumpuan bagaimana kita hendak menguruskan dari segi aspek ini yang saya rasa satu fenomena yang amat luar biasa.
Berhubung dengan Yang Berhormat Banting, bertanya mengenai perbelanjaan sama ada banjir, tebatan banjir atau jalan atau WCE ini, cuma saya akur keperluan untuk kita memantau dan memang kita tetapkan setiap quarterly atau tiga (3) bulan memang ada, saya sudah mohon, dah minta kepada semua Jabatan Teknikal untuk membentangkan perancangan versus actual. Kita hendak lihat sebenarnya, kita, kebimbangan kita, kita bagi bajet daripada kata RM100 juta kita bagi tiba-tiba dia boleh siapkan projek RM60 juta sahaja RM40 juta lagi tidak siap (ketawa). Jadi, itu kita hendak tengok balik, kalau beza dalam 5% itu, boleh tahan lagi tetapi kalau beza yang banyak, kita akan perbaiki kaedah supaya pelaksanaan apa yang dirancang itu berlaku sebagaimana yang actual nya. Actual nya berlaku sebagaimana yang dirancang. Untuk Rancangan Malaysia Ke-11, kita telah belanjakan peruntukan RM239 juta, ini Kerajaan Negeri ya di bawah Tebatan Banjir dan kita telah belanjakan RM213 juta maknanya 89%. Untuk RMK12 bagi tahun 2021, 2022 ini sahaja peruntukan RM33 juta, kita telah belanja RM21 juta, itu 64% - 65% tetapi kita masih baru bulan tiga (3) ya, maknanya kita rasa kita boleh menjangkau, mencapai 90% lebih pelaksanaan bagi Tebatan Banjir bagi Negeri Selangor. Yang lain-lain saya akan maklumkan kemudian ya.
Bagi Sementa, berhubung dengan, ada ya Sementa? Okay yang ada saya akan cerita, yang tiada saya akan bagi bertulis sahaja lah. Untuk ban-ban yang disebutkan itu, kita sentiasa memantau ban sungai ini. Memang sungai ban kita panjang. Untuk di Sungai Serdang sahaja ada 628 meter ban di situ yang telah naik taraf berperingkat-peringkat 2016, 2017, 2019, 2020, 2021. Jadi ini telah dinaikkan taraf dan untuk tahun ini 2022 naikkan lagi 100 meter lagi akan dilaksanakan di Kampung Sungai Serdang, tender akan ditutup pada 18 Mac ini dan kerja-kerja di tapak akan bermula 15 April. Ini untuk makluman Yang Berhormat Sementa. Dan yang dinaik taraf pada tahun 2022 ini beberapa ban lagi yang kita telah cadangkan naik taraf ialah ban sungai Samagagah, ban Sungai Kelang bersebelahan Taman Sri Muda dan tebing Sungai Aur. Ini pun termasuk di dalam perancangan 2022 untuk pelaksanaan ya.
Untuk Taman Templer ini saya, memang saya dengar selalu lah, anak Sungai Udang tu, dah berkali-kali dan memang kita sebenarnya bukan tak nak buat, kita, peruntukan itu di bawah Federal, kita telah minta dan ditolak berkali-kali jadi saya telah minta JPS supaya dipecahkan berfasa, kita pakai bajet Negeri, lambat sangat. Jadi, terpaksa kita buat begitu. Sama juga dengan isu jalan tu. Jalan Rawang tu memang saya tahu saya pergi dah melawat tempat itu dan ia bukan nampak kecil nak upgrade jalan daripada Bandar Baru Selayang ke Rawang itu, memang nampak sikit nak tambah lorong tetapi kosnya RM160 juta dan itu memang Federal road. Kita telah tiga (3) kali ditolak. Permohonan untuk nak upgrade jalan itu, kita masuk lagi sekali. Bila ditolak sahaja, kita masuk lagi sekali, tolak, masuk lagi sekali, jadi mungkin Yang Berhormat Templer pergi goncang sikit di sana (ketawa), mungkin kita dapat favourable punya jawapan lah daripada sana. Memang kita, bukan kita tak nak buat tetapi peruntukan yang sangat besar yang diperlukan untuk menambah lorong di jalan daripada Selayang ke Rawang itu. Saya telah
Lampu EXCO lampu. Lampu, lampu.
Apa dia?
Lampu, lampu.
Ok, lampu, lampu, lampu, lampu saya ulang balik lampu, lampu, lampu, lampu 12 kali. Untuk makluman semua memang isu lampu ini menjadi, memang lah, Pelabuhan Kelang dia ada special sikit, dia dapat, tetapi saya rasa banyak itu Federal punya bajet juga ya, ada lah negeri sikit, jadi untuk tujuan itu, tahun ini kita telah bersetuju, saya maklumkan di sini buat pengumuman ya. Hari itu saya baja, tahun ini saya hendak bagi lampu jalan lah (ketawa). (Ahli Dewan bersorak). Kita telah setuju untuk lampu yang latest punya, standard yang high end punya, LED Solar, lampu jalan kita akan bagi peruntukan kepada setiap ADUN, kita cuba beri sepuluh (10) biji setiap ADUN (Ahli Dewan bersorak), kita cuba bagi sepuluh (10) itu bergantung pada final tender itu nanti. Kita dah ada tetapkan amount kita
hendak bagi dalam RM3.6 hingga RM4 juta begitu, nanti kita akan tengok berapa banyak kita dapat, saya janji dalam lapan (8) ke sepuluh (10) biji lah kepada setiap ADUN, boleh kenal pasti nanti mana-mana jalan nak diterangi memang kita ambil latest punya design dan dianggarkan sekitar RM8,000.00 hingga ke RM10,000.00 satu, bagi setiap lampu jalan ini. Ini saya umumkan di sini ya. Semalam sudah dapat ikan kan (ketawa)?
Untuk Yang Berhormat Birthday Girl yang timbulkan iaitu Bandar Utama, berhubung dengan Kampung Cempaka ini, saya memang sentiasa memantau projek ini ya Yang Berhormat. Dan untuk makluman Yang Berhormat, bajet ini memang telah lulus pun dan tender akan dibuat pada bulan Mei ini. Tender ya, untuk 2022 dan kita expect tahun ini juga akan bermula projek yang kalau tidak silap saya RM20 juta lebih ya, projek ini yang akan dilaksanakan bagi menangani isu banjir di Kampung Cempaka dan SS4. Berapa minit dah?
Yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Subang Jaya, walaupun sepatutnya tadi ada meeting saya tangguh, tidak apa lah, saya telah menerima laporan daripada JPS berhubung dengan kolam takungan itu didapati tidak sesuai ya, kolam takungan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, walau bagaimanapun, saya akur kepada keperluan untuk menyelesaikan isu banjir di situ dan kita akan tengok kaedahnya. Kemungkinan under ground, sebab ia agak tinggi tempat itu. Kita telah buat kajian, tinggi, dan ia tidak sesuai jadi kolam takungan kalau kolam tinggi daripada kawasan sekeliling, ia tidak memenuhi syarat untuk membuat kolam takungan. Jadi kita akan teliti balik dari segi aspek teknikal bagaimana kita hendak menguruskan kolam takungan yang disebut oleh Yang Berhormat.
Seterusnya, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampung Tunku, berhubung dengan solusi jangka pendek tentang perubahan iklim dan misi-misi banjir. Saya dah sebut tadi kita kenal kena lihat secara holistik ke menyeluruh dan saya nak cadang yang peringkat awal ini yang saya tadi JKR pun ada sebut sekarang ini kita ada memang jalan-jalan JKR ini memang kita buat 30 percent permeable maknanya 30 peratus jalan itu dia boleh absorb air 30 peratus air permukaan itu dia boleh absorb ke bawah memang adapun jalan-jalan itu di Negeri Selangor ini tapi kena perluaskan lagi dan juga longkang-longkang sebagaimana yang dibuat di Singapura sekarang longkang-longkang pun boleh menyedut air ke bawah jadi ini membantu sebab apa biasanya air dulu kalau kawasan belum membangun biasanya boleh lebih daripada separuh bila hujan turun dia terus serap turun masuk ke bumi. Tapi bila disebabkan pembangunan kita bina konkrit banyak kita bina letak bitumen atau tar jadi ruang untuk air ini nak masuk ke bumi dah tak ada dia akan mengharapkan permukaan atau pun surface punca drainies itu sebab kalau kita mahu untuk jangka pendek ini kalau boleh kita akan kita nak masukkan syarat supaya penggunaan banyak bakteria yang mesra alam seperti longkang yang boleh menyedut sebagai air ke bawah, jalan dan juga termasuk kalau kita buat tempat parking awam itu menggunakan sistem, pernah tengok tak yang ada rumput-rumput, kotak-kotak itu, itu tujuan untuk menyedut air ke
bawah. Kita kurangkan penggunaan bitumen atau pun tar bagi ini. Ini perkara-perkara yang akan kita masukkan dan syarat kan dalam pembangunan ke depan ini bagi membantu mengurangkan air yang akan mengalir di permukaan itu antara perkara dan ada cadangan juga apabila kita nak besarkan Sungai Kelang ini supaya dibuat juga sistem case scading storage di kiri kanan dalam di bawah rizab, dia bila sungai itu meningkat level dia akan masuk dulu ke dalam simpanan di kiri kanan sungai di bawah dalam kawasan rizab bukan di permukaan atas itu boleh buat apa sahaja, di bawah itu dia akan simpan jadi dia akan ada siri bila dia turun ke bawah air itu makin kurang makin kurang dan bila air itu surut dia slowly keluar balik.
Untuk ke dalam sungai, ini sistem menahan dia ada memang ada dibuat di sungai tak silap saya di Como, di Jepun ada, konsultan itu yang di lihat pelaksanaan ini. Ini perkara-perkara yang kita boleh buat dan juga memikirkan storage tadi yang kita perlu simpan dan cadangan Shah Alam yang 1billion itu yang akan mengambil air Sungai Damansara bawa ke Tasik Ladam itu ialah diameter ialah 6meter, diameter maknanya dua tingkat rumah itu saiz dia punya terowong yang akan dibuat nanti.
Dan juga untuk makluman semua langkah pendek yang kita telah luluskan untuk kerja-kerja yang boleh saya umumkan di sini yang maklumkan di sini yang sedang berlaku sekarang kerja-kerja jangka pendek tindakan segera ini pertamanya kita telah langkah segera 39juta kita teruskan mengorek sungai, kolam dan pam bergerak. Pam kita telah beli banyak baru ini telah beli dalam lebih kurang 27 kita dah order pam yang berkapasiti tinggi dan dalam proses perolehan saya rasa bila-bila masa kita akan dapat pam ini yang akan tempatkan di tempat-tempat yang sesuai dan tidak lagi tenggelam dulu. Itu penting saya bagi minta pada JPS jangan pula bila berlaku banjir kita minta simpang banjir ini kalau berlaku banjir jangan pam ini tenggelam atau bot mereka tenggelam. Bot pun kita tambah beli lagi 20 bot baru JPS ada 8 bot, baru ada 8, hari tu tinggal 3 yang lain tenggelam. Jadi kita bawa dan tempatkan di tempat-tempat yang sesuai, pam dan kalau berlaku juga banjir maka kita akan pastikan bekalan elektrik tidak terputus, macam mana nak buat, mobile genset itu pun kita beli.
Disebut oleh Pandamaran tadi tentang isu sistem untuk remote punya control kepada rumah pintu air ini itu pun kita, saya dah sebut dalam soalan pertama itu dia panggil SCADA, data control ini bukan sistem baru dah lama cuma tidak amalkan sangat kepada kunci air dia lebih kepada sistem elektrik bekalan elektrik tapi kita telah pun gunakan di Selangor dah ada dan kita akan perluaskan kali ini untuk tempat-tempat yang sensitif kita akan guna System SCADA dan System SCADA ini tidak akan berfungsi kalau elektrik tiada ada. Elektrik itu penting untuk semua berjalan dengan baik ini yang antara perkara yang saya ingatkan JPS supaya bagi perhatian dari segi pengoperasian kalau berlaku banjir dan juga kerja-kerja kritikal 10juta termasuk perolehan genset dan sistem siren 92 kerja-kerja Pasca banjir bernilai 45juta ini semua yang telah lulus dalam proses perolehan menggunakan kerajaan Negeri, kerja-kerja pengukuhan penstabilan tebing, penyelenggaraan sungai dan pantai serta menyelaras rumah pam dan pintu air. Dan 80 lagi kerja-kerja Pasca Banjir berjumlah
20juta menggunakan peruntukan Persekutuan merangkumi ini yang segera jadi kalau kira sini pun dah hampir dah lebih 100juta, yang segera dan dalam proses perolehan ada yang tengah berjalan ada yang tengah award tender, dan inshaAllah saya yakin akan siap semua ini dalam masa terdekat ini.
Jadi itu antara penyelesaian kita Sungai Air Tawar tidak ada, Sijangkang tadi dah saya sentuh tadi tentang kebun Baru kita take note tentang dasar itu, sebab itu saya sungai dah sebut dalam mesyuarat EXCO dah sebut bahawa kita dalam sungai, pengorekan sungai ini kita tidak boleh harap korek nak ambil pasir sahaja kita kena pastikan cross section sungai itu dan tebing di jaga, kalau tidak dia ambil pasir tempat yang dia ada tempat tak ada pasir dia biarkan saya rasa ini kaedah ini tidak sesuai sebab walaupun kita nampak macam untung dapat pasir tapi dalam jangka panjang kita rugi sebab tebing akan runtuh sungai akan cetek, sekejap separuh dalam, dalam sekejap tak kena dengan kaedah hidraulik yang kita perlukan dalam memastikan kelicinan perjalanan air itu sendiri, ini yang antara perkara yang perubahan-perubahan yang saya dah sebut mungkin kita akan buat setiap cross section sungai 8km kita akan tender dia untuk siapa yang ambil pasir boleh tapi dia kena jaga cross section dan dia kena maintain for few years, itu dengan cara itu kita dapat jaminan bahawa penyelenggara sungai atau cross section sungai ini akan dibuat dengan baik, ini antara kaedah-kaedah baru yang akan kita kenalkan.
YB, yang saya maksudkan tadi bukan korek pasir sungai, tapi korek yang biasa dibenarkan oleh kerajaan negeri.
Saya dah sebut tadi, kolam-kolam ini adalah dalam komponen pertama kita nak guna semua kolam-kolam ini bukan sahaja ketika banjir untuk menjadi kolam takungan tapi bila berlaku kemarau nanti kita nak tempat-tempat ini kita akan kenal pasti dan kita akan sediakan sistem pam dan piping kita nak pakai itu nanti untuk buat treatment, kalau kita tidak sediakan infrastruktur ini bila berlaku kemarau masa itu baru nak buat paip baru buat pam tak boleh. Dia kena ada perancangan awal bagaimana kita hendak menggunakan saya bagi contoh satu Wetlands, kita punya Wetlands sangat luas air sangat banyak tapi tidak di manfaat sebenarnya. Itu antara contoh banyak lagi tempat-tempat di Hulu Langat, banyak tempat kolam-kolam, tasik yang lama ini yang tidak pernah manfaat kan untuk kegunaan apabila kemarau dan ketika banjir.
Seterusnya, ini Sungai Panjang tidak ada. Dusun Tua.
Berkaitan dengan kajian, reserve parit kalau ada
Kajian apa?
Kajian reserve parit, di Kuala Langat.
Tak ada dalam ini, sistem perparitan. Ok bagi permohonan pembangunan ini development tidak sejajar dengan perparitan asal telah menetapkan bersyarat yang perlu dipatuhi oleh pemaju di mana setiap pembangunan yang dimajukan perlu menyerahkan rizab perparitan bergantung pada keluasan kawasan serta kedudukan lokasi pembangunan tersebut memang dia kena serahkan. Konsep sistem saliran untuk keseluruhan tapak cadangan bangunan adalah mempertimbangkan kepada keperluan dan pengurusan terhadap kawalan kuantiti kualiti aliran hujan,storm water dan cadangan pembangunan sebelum dialihkan ke sungai, ini berkait rapat sebenarnya isu ini kalau pembangunan yang disebut tadi bincang tadi pembangunan kalau pembangunan itu kalau dibuat secara besar, dia tak ada isu sangat yang jadi isu selalu ini ialah pembangunan poket development yang kita yang kita kena selesaikan di peringkat PBT untuk bagaimana menguruskan sebab kadang-kadang tanah dia luas dia buat berperingkat-peringkat kita nak syarat kan memenuhi syarat untuk contohnya detention pond tapi dia buat berperingkat-peringkat tapi akhirnya by the time dia dah siap semua dah tak ada, lagi satu yang kekangan yang kita hadapi ini OSD.
OSD ini kaedah baru kita panggil On Site Detention kita menggunakan longkang yang besar atau monster drain ini sebagai juga kolam takungan, dia kebanyakan OSD ini tidak di kawasan private, masalah bila dia buat serahan dah balik ke pada dia balik dah dapat CCC semua sebagainya dia tak uruskan tempat itu malah dia tutup pula, yang ini satu cabaran yang besar sebab kita mengira ini sebahagian daripada tempat untuk menyimpan air, apabila berlaku hujan tapi dia dah tutup benda itu, jadi konsep OSD yang diamalkan begini saya rasa tidak efektif dan saya telah minta pihak JPS melihat balik kaedah bagaimana kita nak uruskan konsep OSD di kawasan-kawasan yang private ini merupakan satu maslah yang besar tapi saya faham apa yang YB cuba bangkitkan dan kita kena ada satu kaedah yang baru bagaimana nak menguruskan supaya pengurusan itu akhir nya balik kepada kita tidak diletakkan di bawah private punya kalau tidak memang kita tidak boleh urus tempat ini sebab hak dia akan buat apa sahaja sebab hak dia menjadi masalah kepada kita.
Saya difahamkan ada study kajian sistem perparitan di bawah EXCO yang dibuat di Kuala Langat dan katanya dah siap, jadi saya nak apa tindakan susulan sebab saya tengok, walaupun ada pocket development ini parit dia jadi bengkang bengkok parit asal dengan parit yang baru walaupun dia tidak menyebabkan banjir tapi menyebabkan mungkin penyusutan banjir memakan masa jadi kalau ada kajian nya dan sistem reserve telah betul mungkin boleh terus di buat satu sistem perparitan yang baru yang akhirnya melancarkan sistem saliran.
Saya faham lihat balik apa yang dicadangkan tapi saya mendengar memang ada masalah dari segi enforcement kepada perkara ini dan kita akan tengok dan bagaimana kita nak menguruskan macam saya sebut tadi benda ini kena lihat bersekali sebab itu kita telah buat atau pun pelan induk bagi sistem saliran sebab apa sekarang ini pun rujukan pun masing-masing pun tak sama bagaimana invert level, bagaimana berapa banyak discharge yang kita perlu masih tapi bila kita dah buat piecemeal ini semua akan menggunakan itu sebagai panduan dalam menentukan design ,menentukan invert level ketinggian parit dan sebagainya kita dah ada itu. Dan boleh kata saya rasa dah hampir siap semua daerah yang kita mungkin satu dua daerah yang belum siap tapi ini pekara-perkara begini lah yang kita sebut tadi yang kita perlukan untuk pastikan pembangunan itu penyeluruh. Saya bagi contoh di Subang Jaya, ketika saya jadi Ahli Majlis dulu jadi tidak ada piecemeal ini, pelan induk ini jadi masing-masing buat longkang ikut suka dia ada longkang yang berhampiran sungai dia lebih tinggi longkang dalam jadi air nak mengalir macam mana jadi di USJ 8 memang itu lah masalah dia air tak boleh mengalir, ada macam itu, dia buat invert level penting invert level kalau flow keluar invert level yang dalam lebih tinggi daripada yang hujung baru la boleh mengalir ini tidak yang hujung lebih tinggi dari yang dalam air tak boleh mengalir. Ini banyak berlaku kes macam ini disebabkan tidak ada rujukan kepada pelan induk bagi sistem saliran ini yang telah kita siapkan tapi nak betul kan bukan nya mudah kita dah puluhan ribu, panjang longkang-longkang kita yang kena buat berperingkat-peringkat maknanya dalam penyelesaian besar pun kena buat penyelesaian longkang dalaman ini di bawah PBT pun kena diselesaikan bersekali kalau tidak kat luar macam baru ini di Sri Muda. Di Sri Muda banjir yang bulan Mac apa yang berlaku parit besar semua ok, air tak penuh tapi banjir sebab apa, parit dalaman tak boleh mengalir tersumbat dan sebagainya dan tidak mengalir ke longkang yang besar dan ini antara perkara yang menjadi isu. Jadi saya masuk tadi saya dah buat tentang WCE ini, untuk makluman YB Banting, tentang isu dah banjir dah cukup kita masuk pada jalan
YB Pandan Indah saya ingat saya dengar tadi, yang perjalanan tadi...
Dah lepas YB lambat sangat saya bagi tulis jer la, sebab masa tak banyak, untuk makluman YB Banting, saya pun memang begitu gusar kerana tentang WCE ini yang kita sangat perlukan dan saya rasa 1, 2, 3 sebenarnya dia yang masalah saya pun tak bagi tahu kepada WCE dia design jalan ini pakej 1, 2, 3, atau seksyen 1, 2, 3 kalau tak siap dalam mana-mana seksyen ini dia tak boleh buka langsung patutnya bila design jalan raya yang berperingkat-peringkat patut setiap pakej atau setiap seksyen kalau dah siap boleh dibuka, dia tak boleh yang 3 ini, yang 4, 5 boleh. Tapi yang 1, 2, 3 memang tak boleh jadi sebab akan isu yang tanah yang saya dah sebut tadi, sebelum ini pun saya dah sebut isu tanah ini yang berlaku di WCE yang masih lagi tak selesai di mahkamah, mana terganggu kerja-kerja di kawasan ini di bawah plot tanah ini dan delay saya
tengok kalau Seksyen 2, baru nampak 66%, Seksyen 3 65%, Seksyen 4 dah hampir siap tapi tak boleh buka rasanya. Seksyen 5 dan boleh guna 100%, Seksyen 6 74%, kalau ikut jadual 8074 yang Seksyen 7 ini yang ini memang ini baru di Tanjung Karang yang ada masalah tanah baru 41%. Tapi saya tak open yang setuju dengan jadual ini sebab jadual ini YB adalah jadual dibuat selepas diberikan (EOT) Extention Of Time jadi dia bukan gambaran rancangan awal sebenarnya tarikh ini. Ini (EOT) Extention Of Time jadi walau bagaimana pun saya sentiasa memantau untuk memastikan siap penyelesaian isu tanah ini kita tak boleh buat apa dia masuk mahkamah kita tak boleh buat apa jadi kita kena tunggu proses mahkamah itu selesai sebelum kita dapat. Okay.
Yang ini dia tidak ada, nanti sekejap, nanti sekejap hendak sampai dah. (Yang Berhormat ketawa), mana lagi ya. Untuk Kota Damansara tadi, Yang Berhormat Kota Damansara isu yang jalan maut persimpangan maut dan sebagainya, untuk makluman semua, jalan ini maksud dia Jalan Sungai Buloh U6/2 itu. Persimpangan yang dimaksudkan ialah Persimpangan Jalan Sungai Buloh FT3 214 Jalan Alfa U6/2, jenis left in, left out. Pihak JKR Petaling telah memasang fleksibel post pada tahun 2021 untuk menghalang kenderaan membuat pusingan ke kanan. Dari arah Jalan Alfa itu yang setakat ini kita buat untuk menghalang daripada kenderaan pusing ke kanan. Yang bawah yang di Masjid Al-Taqwa itu Atmosfera itu saya tau ini memang kita yang selesaikan dulu isu pencerobohan tanah itu yang dah siap. Dan saya akur ini dan kita telah bincang dengan pihak MBSA bagaimana kita hendak uruskan. Yang Masjid Al-Taqwa itu saya pun tau masjid itu, memang saya selalu pergi situ. Dan juga Atmosfera ini dan juga MRT 2 itu, insyaAllah kita akan cari penyelesaian yang terbaik ya. Yang jalan alternatif di kawasan perumahan Desa Subang Permai, itu adalah di luar bidang kuasa pihak JKR itu adalah Jalan Sungai Buloh, Jalan Persekutuan yang masih mampu menampung isi padu. Kalau ikutkan kajian ini masih boleh menampung dan kita harapkan dengan siapnya Lebuh Raya Dash ini dia akan dapat membantu mengurangkan trafik di kawasan Subang Permai.
Yang Berhormat itu jalan alternatif itu ialah mengelakkan jalan lori-lori yang besar melalui kawasan perumahan. Itu sebenarnya yang kita hendak buat jalan alternatif itu. Sekitar kawasan perumahan itu adalah kawasan kilang, ada juga kilang haram dan sebagainya. Kita minta jalan alternatif supaya jangan lalu kawasan perumahanlah.
Nanti kita tengok sebab ini Jalan Persekutuan kita akan tengok tentatif dia proses dia panjang yang hendak dapatkan alternatif, kita kena buat ROW dan sebagainya pengambilan tanah. Kita kena tengok ketelitian macam yang berlaku di Sungai Lombong disebabkan lori besar kita letak gantry, letak gantry besar-besar situ, dia tak dapat cross. Sekarang ini saya rasa nampak dah macam dah reda sikitlah. Jadi kita tengok alternatif yang adalah untuk membantu ya. Untuk ADUN Meru yang bangkitkan isu jalan tikus ini. Untuk jalan tikus daripada Setia Alam ke Meru ini jalan ini sebenarnya ini adalah jalan izin lalu saja ya. Bukan jalan di bawah JKR atau pun di bawah PBT. Ini adalah jalan izin lalu yang
selalu banyak kita ada. Yang dibina biasanya dibina oleh ICU dululah, lepas itu ditinggalkan. Jadi kita memang jalan ini saya tahu banyak digunakan. Kalau kita hendak buat benda ini kita perlu buat lancination dulu itu yang sebelum kita dapat buat serahan. Dan kita akan lihat sebagaimana yang disebutkan dululah Bukit Hijau ada kes yang serupa yang kita kena lihat bagaimana penyelesaiannya.
Untuk yang jalan yang Jalan raya di Sungai Yu, Kuala Selangor, Sungai Kapar Indah ini, pihak JKR telah memasang papan tanda dilarang membuat pusingan U, tapi biasalah larang tapi tak keberkesanannya tidak begitu berkesanlah. Dan kalau didapati juga berdasarkan dalam tempoh kajian ini didapati tidak menyelesaikan masalah ini, kita akan mengambil langkah menutuplah pusingan U dekat situ. Ini antara perkara yang kita kena buatlah, kalau dah masing-masing tidak boleh mematuhi terpaksalah kita tutup pusing U di situ. Ok, seterusnya saya masuk sikit kepada pertanianlah, habis dah kan yang lain.
Belum, B418 Pelabuhan Klang. Jalan rosak disebabkan banjir.
Yang itu yang di atas Jalan Federal bawah Jalan Negeri.
Itu jalan kem. Ini B418.
Jalan kem itu untuk makluman Yang Berhormat kita telah setuju dibuat menaiktarafkan jalan kem itu dan penyelesaian kepada isu air yang menitik daripada atas. Yang ini saya tidak ada maklumat di sini, tak apalah saya akan bagi bertulislah ya. Ok, yang lain ini saya rasa untuk pertanian ini ada di situ ...
Sementa ada hendak tanya tentang lampu isyarat di Kampung Bukit Kapar.
Nanti saya tengok, tak ada dalam ini, dalam senarai, mungkin tertinggal ya. Tak apa nanti yang mana yang pending itu saya akan follow up balik untuk dengan Yang Berhormat ya, minta maaf ya ini pun dah nak dekat sejam dah ini.
Tuan Speaker, satu saja. Tuan Speaker dengan izin.
Ya bagi sikit Kota Damansara, sedikit saja.
Perkara ini dibawa 2 3 kali iaitu RTV Sungai Pelepah, roboh. RTV itu roboh, semalam pun hujan pun banjir juga, saya harap adakah RTV Sungai Pelepah itu akan di re-designed semula dan sebagainya.
Dia sebenarnya Sungai Pelepah ini sebenarnya kita belum lengkap lagi projek itu. Dia masih dalam proses jadi memang kita dah minta untuk dilihat semula, projek itu sebenarnya kan kita ada isu mengenai pencerobohan yang lepas. Jadi kerja-kerja sebenarnya belum begitu siap, jadi kita akan tengok balik tempat-tempat yang macam mana yang ada baru ini, di Bukit Lanjun pun sama. Isu-isu ban yang bocor, dia bukan roboh habis, dia bocor dan kita akan tengok balik semua ini. Dan saya telah bagi apa ini minta JPS tempat-tempat yang sentiasa sensitif yang terdedah kepada biasanya di selekoh. Dia bila selekoh ini, dia biasanya depan sikit itu, dia memang tebing itu akan terdedah kepada keruntuhan tebing. Dia kalau melimpah dia memang akan pecah. Itu diganti dengan paling kurang pun dengan Rot Amer atau pun dengan shield piling untuk mengelakkan daripada berlaku berulang-ulang kali. Ini antara yang kaedah yang baru yang kita kalau kita letak benda yang sama dia akan berulang lagilah. Ini antara perkara-perkara yang kita telah buat. Memang kos akan meningkat tapi kita kena buat untuk mengelakkan daripada berulang kali berlakunya keruntuhan tebing atau pun kebocoran ban ini ya.
Okay, yang daripada Sungai Panjang sikit hendak maklumkan tentang pertanyaan berhubung isu SSAP ini. Untuk makluman semua proses SSAP Cekap Menteri itu memang dalam proses EIA dan kita telah sentiasa berbincang dan mendapatkan maklum balas daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya dan insyaAllah kita harapkan benda ini dapat diselesaikan pada pertengahan April nanti untuk kita mulakan projek yang besar ini yang melibatkan lebih 1,700 ekar tanah pertanian ya di kawasan berkenaan yang merupakan antara mercu tanda bagi pembangunan pertanian moden bagi Negeri Selangor SSAP Cekap Menteri ini. InsyaAllah dan kita juga untuk makluman Yang Berhormat, tambahan untuk Sungai Air Tawar yang 120 ekar pun dah dekat itu tak jauh dari Sungai Panjanglah sebelah saja kan, pun sudah lulus untuk kita laksanakan 120 ekar bagi pertanian moden di sana dalam masa terdekat ya.
Yang Berhormat Pandan Indah, sedikit tambahan, celahan. Terima kasih Tuan Speaker. Berkenaan dengan projek pembangunan SSAP itu yang menjadi bualan atau pun menjadi perbahasan di dalam kawasan Sungai Panjang khususnya orang-orang kampung. Semua orang maklum berkenaan dengan perintah larangan itu, Cuma dilihat secara fizikal macam ada berlaku kerja-kerja di tapak itu. Jadi yang kita perlukan penjelasan adalah adakah kerja-kerja yang dijalankan itu adalah sesuatu yang atau pun yang dibenarkan atau pun sebenarnya berlaku di tapak sekarang, terima kasih.
Ya saya pun ada sekali membuat lawatan ke sana. Memang melihat ada sekuriti kita letak di sana dan memang tidak ada kerja-kerja yang dilarang dibuat di tempat itu. Makna kerja-kerja pertanian tidak ada satu pun yang kita telah identify kenal pasti untuk membangunkan kawasan berkenaan, tidak ada satu pun yang memulakan lagi kerja-kerja. Cuma kita membetulkan dari segi aspek-aspek infra jalan akses saja tidak ada kerja-kerja pertanian yang bermula lagi di sana. Untuk Banting ada Yang Berhormat Banting ada bertanya mengenai tentang Bukit Changgang ini. Bukit Changgang inilah juga merupakan SSAF atau pun Smart Selangor Agro Farm yang akan menempatkan hak nursery 20 ekar di sana. Daripada yang terlibat dalam projek Kuasa Land, kalau tidak saya 68 peserta semua akan dialihkan dipindahkan ke Bukit Changgang ini dan menjadikan ini satu-satu hub yang tersusun yang moden yang sedang dibangunkan oleh PKPS. Itu makna dia akan 20 ekar dan akan mula masuk pada Ogos 2022. Tapi saya minta lebih cepatkan sikit sebab Kuasa Land itu telah tergendala kerja-kerja di sana dan agak lama pembinaan lebuh raya atau pun pembinaan jalan raya di sana, melibatkan 69 nurseri ya. Dan tempat ini ada 50 ekar lagi, 30 ekar lagi itu akan dibangunkan, akan dibangunkan pertanian moden menggunakan benih yang akan di rasmikan oleh Permaisuri pada bulan Jun nanti.
Kita untuk makluman semua, berita lagi baik di Negeri Selangor, kita telah pun membuat kajian 2 tahun setengah, 3 tahun dengan GWG di Batu Arang. Benih kepada 50 produk yang akan dinamakan dengan nama Selangor iaitu Melon, belum ada nama lagi. Melon ini memang khusus eksklusif untuk Selangor. 2 jenis melon, 2 jenis jagung dan 1 betik yang akan menjadi semua ini adalah high value punya produk yang akan dibangunkan di Bukit Changgang ini oleh PKPS dan akan lepas itu akan diperluaskan sebagai bank benih dan selepas itu akan sebar luaskan di seluruh Negeri Selangor bagi petani-petani kita mendapat hasil yang tinggi dengan tumbuhan atau pun tanaman Negeri Selangor sendiri yang akan kita lancarkan oleh Permaisuri, Tengku Permaisuri pada 2 Jun nanti insyaAllah ya. Ok, saya rasa tentang, saya rasa itu sahaja saya rasa patut, kalau ada saya tertinggal dengan isu anjing yang Hulu Kelang itu, saya rasa kita telah jawab dulu. Ada kekangan atau hendak mandulkan mereka ini dan sebagainya, ada isu sedikit dari aspek kewangan. Saya harap benda itu nanti akan kita telitilah cadangan itu, terima kasih.
Yang Berhormat, saya ada bertanya mengenai bantuan kepada petani atau pun orang kampung ...
Oh, ok ada, ada bantuan. Ok untuk bantuan ya, bantuan Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan untuk bantuan bagi sebanyak RM2 juta dan daripada Kerajaan Pusat melalui Pembangunan Semula Agro Pemakanan (PSAP) berjumlah RM6.6 juta menjadi keseluruhan peruntukan untuk warga pertanian yang terkesan banjir sebanyak RM8.6 juta. Bantuan diberikan ialah bentuk input-input tanaman seperti baja peralatan, pembaikan infrastruktur termasuk makanan ternakan. Dan juga makanan ikan kalau yang eco culture itu kita
bagi makanan ikan. Dan juga infra pun ada, ada yang kita ini, secara keseluruhan dijangkakan hampir 1,000 warga tani yang akan mendapat manfaat daripada bantuan-bantuan yang telah disediakan dan merangkumi semua warga tani daerah-daerah yang terkesan. Ini yang ada yang dah terima pun ada, dengan yang ada dalam siasatan pun ada dan akan ada yang akan terima selepas ini. Itu jumlah keseluruhan 8.6 juta, terima kasih. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Pandan Indah yang panjang lebar dalam penjelasan, penggulungan. Baik saya persilakan Yang Berhormat Batu Tiga.
Terima kasih Tuan Speaker. Bissmillahhirrahmannirahim terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini terutama kepada Yang Berhormat Sungai Air Tawar, Sungai Air Panjang, Balakong, ada juga daripada Kota Damansara yang telah pun menyentuh isu-isu perumahan dan kesejahteraan bandar. Sungai Air Tawar ini tidak ada tapi saya hendak high light beberapa perkara. Untuk pengetahuan semua program insentif galakan pembinaan rumah mampu milik ini sebagaimana yang telah saya jawab pagi tadi, ianya adalah satu isu yang sebenarnya memang menjadi orang kata, menjadi tumpuan di bawah perumahan yang mana kita telah pun mengubah sedikit polisi daripada RSKU sedia ada daripada membolehkan supaya kita buat rumah berbentuk idaman atau pun harapan bermula 13 Julai. Yang mana tujuan insentif ini adalah untuk merangsang ekonomi khususnya sektor pembinaan dan hartanah semasa pasca COVID selain memastikan memenuhi permohonan yang banyak untuk perumahan.
Sungai Air Tawar mengatakan bahawa tiada langsung rumah yang telah siap. Memang kita akur sebab projek ini atau pun usaha ini baru dimulakan pada pertengahan tahun 2020 tetapi kita jangkakan insyaAllah pada tahun ini kita akan mula bermula di mana Kajang tadi Kajang 2 tadi dan seterusnya kita akan dapat melihat 44,304 unit akan dapat kita laksanakan. Dan ini saya ingin tegaskan ia tidak termasuk rumah harapan yang saya katakan tadi bahawa projek-projek swasta yang ingin dilakukan mengambil contoh rumah idaman yang dibuat oleh Kerajaan Selangor. Dan kalau kita sasarkan insyaAllah sehingga 2023 nanti, sebanyak 78,182 unit yang akan didapati atau pun dapat memenuhi keperluan yang ada. Persoalan yang timbul yang ditanya oleh Sungai Air Tawar, apakah kita boleh memenuhi demand atau pun permintaan yang ada. Saya ingin nyatakan di sini kalau sehingga kini sebanyak 5,298 permohonan yang kita terima yang masuk di dalam Lembaga Perumahan, kita dapati insyaAllah dengan selesainya 4,819 unit yang telah pun didalam pembinaan ini, maksudnya kita hanya kekurangan 479 unit permohonan yang tidak dapat dipenuhi tetapi ia ditampung dengan wujudnya rumah di bawah harapan yang dilakukan oleh swasta itu jadi saya ingin berkata kepada Sungai Air Tawar bahawa tak ada isu lebihan atau pun tiada demand projek Rumah Idaman yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor dan malah di Sabak Bernam, Projek Rumah Idaman Air Manis sebanyak 222 unit juga
telah mendapat kelulusan kebenaran merancang dan proses seterusnya melibatkan pelan sesuatu, pra hitung dan juga pelan bangunan dan Inshaa Allah dijangka pembinaan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu sekitar bulan Mei ini dan In Shaa Allah dia akan siap dalam tempoh dua tahun. Jadi untuk makluman Yang Berhormat juga setiap cadangan pembangunan Rumah Idaman dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku di bawah EXCO Perumahan dan selepas itu Ahli Mesyuarat juga sebenarnya terdiri daripada semua mereka yang berkepentingan seperti Pejabat Tanah, PlanMalaysia, Pejabat Tanah dan Daerah dan juga Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam kita meluluskan projek-projek itu, pastinya dalam jawatankuasa itu masing-masing Ahli Mesyuarat begitu concern atau pun sensitif dengan bidang kuasa yang mereka ada. Ada persoalan-persoalan yang timbul khususnya apakah kesesuaian lokasi dan sebagainya, ia ditimbulkan sebab kita lihat Sungai Air Tawar mengatakan bahawa kena lihat apakah tempat-tempat pembangunan yang tidak sesuai itu dan apakah wajar dilakukan dan sebagainya tetapi saya ingin mengatakan setiap projek itu telah pun kita mengambil kira pandangan-pandangan daripada pihak berkepentingan di dalam jawatankuasa dan menyedari juga kebelakangan ini berlakunya perubahan angin monsun dan juga orang kata isu peredaran cuaca yang luar biasa ini termasuk banjir, jadi Kerajaan Negeri telah pun malah saya juga telah membuat satu kenyataan akhbar yang lebih awal daripada 15.3.2022 yang baru ini iaitu kita akan mengambil kira perubahan iklim ini akan menjadi salah satu faktor oleh Kerajaan Negeri ambil kira untuk pastikan sebelum kita meluluskan mana-mana projek perumahan yang akan dibuat di Negeri Selangor ini.
Selain daripada itu juga saya ingin menyatakan bahawa apa yang disebut oleh Sungai Air Tawar berkaitan dengan isu apakah kita Kerajaan Selangor akan melakukan atau meluaskan akses pembiayaan kepada golongan B40. Jadi kita sebenarnya tidak pernah mengubah polisi, kita masih mengekalkan Rumah Mampu Milik atau pun Rumah Kos Rendah yang Jenis A RM42,000, Jenis B, Jenis C dan Jenis D malah kita tambah Rumah Idaman atau pun kita panggil E sekarang ini. Itu adalah bagi membuat kesesuaian malah yang terkini bila kita tengok statistik permohonan-permohonan yang masuk kita dapati yang berminat juga yang terpaksa kita tolak golongan mereka yang bujang. Mereka minat nak beli rumah tetapi kita tolak sebab dasar itu tidak menyediakan perumahan untuk orang-orang bujang. Jadi di situ sebenarnya baru saja meluluskan satu dasar baru yang belum sempat lagi saya angkat ke MMKN tetapi telah pun selesai di peringkat jawatankuasa iaitu kita akan membuat rumah RSKU 3.0 di mana kita mengambil kira bahawa keperluan permintaan perumahan itu mestilah berasaskan kepada keperluan semasa. Contoh orang bujang tidak perlu rumah tiga bilik, orang baru kahwin mungkin rumah satu bilik jadi kenapa kita paksa rakyat kita beli rumah tiga bilik dengan harga RM250,000 sedangkan dia baru bekerja dengan hanya pendapatan yang sedikit. Kalau kita lihat bagaimana satu formula yang telah diberikan oleh bank dunia setiap rakyat ataupun apakah istilah sesuai bila kita katakan bila kita katakan satu-satu rumah itu mampu milik. Kayu ukur itu adalah bila mana seseorang itu pendapatan tahunannya dikalikan tiga maka dia mampu memiliki harga
sebanyak itu. Contohnya kalau dia berpendapatan RM2,000 kalau ikut formula daripada bank dunia itu maksudnya RM2,000 x 12 bulan x 3 tahun maksudnya sepatunya dia mampu memiliki rumah hanya RM72,000 jadi kenapa kita nak paksa dia beli rumah lebih mahal dan sebab itu kita dalam RSKU 3.0 ini kita mengolah sedikit supaya kita dapat memenuhi keperluan. Banyak kali saya sebut Selangor ini agak unik kerana ramai yang datang ke Selangor ini bukan hanya untuk mendapatkan pekerjaan tetapi mereka ingin tinggal di sini, jadi persoalan besarnya adalah bagaimana kita hendak menyediakan , saya jawab sekali soalan Sungai Panjang polisi kita Satu Keluarga Satu Kediaman jadi asas itu yang saya ingin sediakan sebab itu sekarang ini Selangor ke arah bukan sahaja menyediakan rumah untuk dimiliki tetapi kita juga memikirkan juga keperluan orang bujang, keperluan rumah-rumah yang sebenarnya mampu dimiliki bukan semata-mata kita hendak buat rumah yang berharga contohnya SOHO RM450,000 ke atas tetapi rumah-rumah yang begitu sesuai dengan kehidupan rakyat. Ini satu perkara yang saya rasa transformasi atau pun evolusi yang kita lihat supaya jangkaan kita akan datang Selangor dapat menyediakan rumah ini termasuk memperbanyakkan rumah-rumah sewa atau pun kembali semula kepada sewa pemilik itu, kita akan pertimbangkan.
Tetapi tidak termasuk ke penyelesaian kawasan setinggan?
Termasuk, kita sediakan malah saya tadi telah jawapan saya pagi tadi menjawab soalan dari saya tidak ingat tadi soalan 38 dari Semenyih sebenarnya, kita juga sebenarnya menyediakan blueprint untuk penyediaan rumah-rumah Selangorku ini. Blueprint ini nanti adalah untuk mengenal pasti kawasan-kawasan perumahan yang perlu dibuat rumah mampu milik atau rumah untuk masyarakat berpendapatan rendah. Selalu primeline ini tak akan ada rumah mampu milik sebab kononnya di bandar, tempat-tempat yang ada TOD transportation ini selalunya lebih sesuai kepada rumah-rumah komersial tapi Inshaa Allah dengan adanya blueprint ini nanti kita akan mengenal pasti di manakah lokasi yang sesuai termasuk lokasi ini perlu ada beberapa kemudahan termasuk kemudahan awam. Tidak lagi sebagaimana dulu, rumah-rumah Selangorku ini atau pun rumah yang jenis kos rendah ini diletakkan di hujung atau pun di sudut sesuatu tempat. Mereka dengan tidak ada pengangkutan, tidak ada akses-akses yang banyak itu akan menyebabkan akhirnya kawasan itu abandon atau pun masyarakat yang tinggal di situ bukan sahaja berdepan dengan masalah penambahan kos-kos yang lain tetapi akan menyebabkan mereka tidak mampu walaupun sewaan yang ditawarkan, tempat yang ditawarkan bayaran banknya dalam RM500-RM600. Jadi ini beberapa perkara yang saya ingin kongsi di dalam dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, sebenarnya selain daripada yang saya sebut tadi, sebenarnya Kerajaan tidak adalah dana khusus untuk pembiayaan rumah B40 ini. Saya pernah semasa saya mewakili Dato’ Menteri Besar menghadiri Mesyuarat Perumahan Mampu Milik Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya turut membangkitkan tentang isu kebetulan pada ketika itu Gabenor Bank Negara ada sekali, jadi saya kata saya
bangkitkan tentang isu pembiayaan, bukan Zeti, yang terkini, saya bangkitkan tentang isu pembiayaan. Kita menyediakan Rumah Kos Rendah lepas itu kita hendak tawarkan kepada mereka tetapi mereka tidak lepas pembiayaan. Mereka layak tetapi apabila mereka pergi kepada pembiayaan mereka tidak lepas. Jadi timbul persoalan saya sebut saya cakap di dalam mesyuarat itu saya kata Sudah sampainya Bank Negara memikirkan satu kaedah tertentu bagi membantu golongan B40 ini boleh mendapatkan pembiayaan. Kenapa saya sebut begini sebab bila dibandingkan pinjaman kereta yang harganya sama dengan harga rumah contohnya kereta Myvi baru RM50,000, kenapa mereka lepas pembiayaan tetapi apabila mereka ingin memiliki rumah yang tempoh masanya sudahlah kena bayar 15 ke 20 tahun tetapi mereka tidak lepas loan. Jadi di sinilah sebenarnya saya bangkitkan ini adalah pandangan Selangor perlu ada satu kajian khusus bagaimana pembiayaan perumahan dan juga kereta yang sepatutnya perumahan itu yang priority tetapi yang kereta itu adalah secondary tetapi mereka ini sekarang ini terpaksa memilih untuk membuat loan kereta dan akhirnya mereka tidak memiliki rumah yang sepatutnya mereka patut ditawarkan disebabkan mereka tidak dapat pembiayaan. Tapi saya gembiralah sebab Perdana Menteri dalam kenyataan akhbar selepas itu telah pun menyatakan Bank Negara akan meneroka pembiayaan khusus tentang golongan B40 dan M40 ini. Tapi apa pun tanpa menunggu apa yang berlaku di Bank Negara, saya juga telah pun merancang untuk mengadakan perbincangan susulan dengan Bank Negara dan Khazanah Research Institut berkenaan pembiayaan bagi golongan B40 tapi kesimpulannya saya ingin mengatakan bahawa keseluruhannya agensi-agensi yang telah membuat kajian ini mengatakan bahawa kadar pendapatan rakyat itu sebenarnya punca masyarakat tidak mampu membeli rumah, bukan selain pembiayaan tetapi gaji yang kita peroleh ini terlalu rendah berbanding dengan keperluan semasa yang begitu tinggi.
Jadi itu sahaja tapi Kerajaan Selangor selain saya sebut tadi telah mengubah beberapa polisi, pertamanya saya ingin nyatakan di dewan ini kita telah pun bahawa dulu Skim Dana Sel yang dahulu untuk menyelesaikan yang setinggan-setinggan kita nak bagi pembiayaan, saya ingat lagi kawasan saya Batu Tiga dapat menikmati skim ini di Rimba Jaya tetapi sekarang ini skim ini telah pun diubah dan telah pun mendapat kelulusan MMKN baru-baru ini iaitu kita jenamakan Dana Sel ini kepada Skim Sewa Milik Selangorku. Maksudnya mereka yang tidak dapat pembiayaan ini, kita bagi mereka izin untuk duduk sewa dulu lepas itu mereka akan miliki rumah tersebut dan kelulusan dasar ini telah pun diluluskan jadi sekarang ini Kerajaan atau pun Lembaga Perumahan sedang memperincikan kaedah penawaran ini dan Inshaa Allah kita akan perluaskan lagi Program Rumah Mampu Milik, mampu sewa atau Sewa Milik Selangorku. Itu yang saya ingin sebutkan, Sungai Panjang sebut tadi, saya dah rangkumkan dengan Sungai Air Tawar berkaitan dengan skim bantuan tetapi saya setuju dengan Sungai Air Tawar, Sungai Panjang untuk meneliti kalau ada sekiranya jumlah atau pun Rumah Selangorku di kawasan luar bandar perlu disediakan. Tetapi buat masa ini demand tiada lagilah sebab itu di bawah rakan saya iaitu Kota Kemuning. Kita hanya memikirkan bagaimana kita membantu masyarakat di sana
dengan membuat satu skim iaitu Skim Bantuan Rumah Rakyat, itu ada saya jangkakan dalam RM45,000 di bawah Projek Kerajaan Prihatin yang mana kita tahu rumah-rumah usang itu kita bagikan bantuan untuk dilaksanakan. Kalau ada pun sebenarnya saya yakin di kawasan-kawasan utara atau pun Sabak Bernam, Sungai Air Tawar dan Sungai Panjang mereka ini sebenarnya berminat untuk memiliki rumah landed property rumah teres daripada rumah pangsapuri. Jadi saya ingat sejajar dengan Rancangan Selangorku yang akan diumumkan saya yakin Inshaa Allah bila ada lonjakan ekonomi itu Sabak Bernam dan Sungai Besar saya yakin akan keperluan itu dan kita akan memenuhi keperluan yang ada. Silakan Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat Batu Tiga berkenaan penjelasan tersebut. Kita maklum berkenaan dengan bantuan Rumah Prihatin yang RM45,000 untuk golongan yang mungkin dalam kluster dalam kategori miskin tetapi ada di dalam kalangan yang macam Yang Berhormat bagi tahu tadi. Dia nak pinjam bank ini memang tidak akan dapat dengan bank ini oleh sebab bank-bank ini mungkin terlalu ketat tetapi ada tak perancangan di peringkat awal untuk menyediakan dana khas untuk mereka ini boleh membina rumah sama ada sedikit dengan subsidi atau pun yang selebihnya itu dibayar kepada Kerajaan melalui LPHS atau pun badan-badan yang lain. Terima kasih Yang Berhormat.
Untuk makluman Sungai Panjang. Rumah bina baru di bawah Kerajaan Prihatin tidak perlu membuat pinjaman pun, kerajaan bantu sepenuhnya sebanyak RM50,000 yang boleh dimohon melalui Pejabat Daerah untuk membina baru rumah-rumah ini. Tak ada pinjaman yang perlu dibayar semula. Yang saya sebut daripada awal tadi hanyalah rumah-rumah strata, RSKU atau yang landed yang telah pun di bawah kategori B40 dan M40 yang dilaksanakan. Jadi saya teruskan soalan yang dikemukakan oleh Balakong. Balakong berasa begitu prihatin tentang masalah bangunan-bangunan strata. Yang sebenarnya tidak upaya untuk membayar yuran penyelenggaraan khususnya di rumah-rumah mampu milik, rumah kos rendah. Jadi beliau mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan special taskforce untuk membantu JMB atau Persatuan Penduduk untuk mendapatkan bantuan kewangan. Dari saya sini ingin saya sedikit berkongsi apa yang kita telah mulakan tahun yang lepas, mungkin saya dah sebut saya tak perasan ramai Yang Berhormat tak perasan, sebenarnya Kerajaan Negeri telah membuat pendekatan yang mana kita telah pun memulakan ada beberapa program yang saya akan nyatakan itu untuk membantu JMB, MC ataupun Persatuan Penduduk. Sebenarnya bila adanya rumah strata ini selalunya ada 4 komponen ataupun 4 state holder yang terlibat. JMB, MC, lepas tu pemiliknya, penyewanya dan COB juga terbabit dalam nak menyelesaikan masalah ini. Jadi dengan itu kita telah satu program atau beberapa program yang mana Kerajaan Negeri di bawah Lembaga Perumahan dan juga COB kita telah pun menyusun di sini kita ada 4 program besar. Saya berharap semua Yang Berhormat ambil maklum.
Pertamanya Kerajaan ingin memberikan pemerkasaan empowerment kepada JMB. Jadi kita telah banyak kali akan buat satu latihan, bengkel pemantapan pengurusan bangunan kediaman strata termasuk training-training bagaimana nak mengurus, bagaimana nak kendalikan masalah pembayaran yang kurang dan sebagainya, jadi program ini kita panggil SISMART. Saya rasa semua JMB telah pun kita buat boleh katakan konsisten 6 bulan sekali semua kita, kita pusingkan semua JMB akan dapat manfaat ini. Dalam masa itu juga Kerajaan Negeri telah pun mengadakan usaha sama. Saya ingat Balakong timbulkan kenapa kita tak buat penjimatan elektrik dan sebagainya. Sebenarnya dah ada Balakong. Alhamdulillah kita dapat usaha sama daripada pihak swasta yang sudi untuk membuat di bawah program bangunan hijau ke arah kesejahteraan bandar iaitu bagaimana dengan pemasangan solar dan juga pemasangan lampu LED dapat boleh mengurangkan kos-kos bulanan satu-satu bangunan pengurusan itu.
Jadi saya harap kalau maklumat lanjut yang ingin dimiliki boleh berhubung supaya kita nak kan tukar supaya mengurangkan kos penyelenggaraan kita tukar lampu-lampu sedia ada di dalam bangunan supaya ditukar kepada lampu LED dan mana-mana bangunan yang mempunyai keperluan sepertinya pam air, lif dan sebagainya, kita telah dapat usaha sama dengan syarikat yang akan menukarkan bumbung-bumbung dan ditukar kepada solar. Ini juga mengambil langkah kira menyahut cabaran untuk menjadikan Selangor negeri yang ke arah smart dan green building itu jadi kita bawah kesejahteraan bandar kita dah mulakan.
Selain daripada itu ada satu program yang telah pun dimulakan tahun lepas iaitu program MEKAR. MEKAR ni ialah program Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bandar. Ini khusus untuk mereka yang duduk di rumah-rumah mampu milik ini. Kita tahu ramai yang tak boleh bayar yuran penyelenggaraan tetapi ada satu pendekatan yang kita buat adalah untuk memastikan bagaimana mereka yang ada kekurangan dana ini ataupun pendapatan ini terlibat dalam program yang kita katakan MEKAR ini yang mana kita wujudkan penglibatan komuniti sebagai ahli koperasi untuk memberi pulangan ataupun manfaat kembali kepada mereka dengan mewujudkan kiosk smart di dalam compound ataupun kawasan mereka yang mana syarikat penerajunya KoHijrah yang mana telah pun membimbing mereka dan 4 projek telah pun dimulakan dan konsep yang kita buat ini adalah konsep Social Entrepreneur ataupun Keusahawan Sosial. Dan ini adalah satu program yang saya jangkakan, kalau kita mulakan berperingkat saya yakin ia adalah salah satu program yang boleh membantu rakyat miskin di kawasan JMB ataupun rumah mampu milik, strata ini untuk boleh membayar yuran penyelenggaraan. Itu salah satu saya nampak kejayaan yang ada dan mereka juga kitaran ekonomi itu dapat menampung bukan sahaja keperluan pembayaran penyelenggaraan tetapi boleh membantu rakyat setempat untuk membina pendapatan.
Yang keempat program Kebun Komuniti Bandar. Saya rasa ini program yang telah pun kata mendapat sambutan bukan sahaja di taman-taman tetapi di kawasan strata
yang boleh dikatakan banyak sangat sucess story nya. Saya boleh, seingat saya beberapa tempat yang saya lawati seperti di Hulu Selangor, di Pangsapuri Bunga Raya, di Kinrara, di Batu Tiga sendiri banyak, saya rasa di Sungai Kandis kita pergi juga bersama YB EXCO dan beberapa tempat lain, sebenarnya hasil-hasil tanaman ini bukan sekadar hobi tetapi sekarang telah pun menjadi, telah menjadi punca pendapatan. Dan tahun ini dengan mengambil kira keperluan kejayaan yang sedia ada Kerajaan atau Lembaga Perumahan akan mengorak langkah satu lagi khususnya di Petaling dahulu, pilot projek kita akan namakan program ini adalah Kebun Bandar. Kebun Bandar khusus di kawasan strata yang mana kita akan bagi peruntukkan khas untuk semua orang kata JMB yang terpilih itu untuk terlibat dan kita dah ada syarikat yang akan membeli semula sayur-sayuran ataupun hasil produk tanaman ini untuk dijual dan ia dijangkakan akan dikawal selia oleh Jawatankuasa ataupun Koperasi Konsortium Warga Pengurusan Perumahan dan Bangunan Selangor Berhad, Konsortium ini adalah yang mereka sendiri semua JMB-JMB ini wujudkan tetapi rangkaian ini berada di semua dan mereka sebenarnya menguruskan, mereka menjadi share holder nya dan akhirnya komuniti itu akan terlibat untuk memastikan tanggungjawab bersama itu dapat dipenuhi. Saya rasa itu sahaja soalan dari saya.
Yang Berhormat EXCO, saya menimbulkan tentang pembangunan Kampung Fajar.
Minta maaf, tak dengar.
Pembangunan Kampung Fajar, kawasan setinggan Kampung Fajar.
Pembangunan ada YB bangkitkan? Saya rasa dalam soalan ya.
Saya bangkitkan dalam penggulungan ucapan saya.
Saya tak perasan tapi pembangunan Kampung Fajar itu lebih kepada masalah tanah kan? Masalah pembangunan tanah perkongsian federal dan sebagainya. Saya rasa nanti saya bekalkan satu jawapan bertulis saya sebenarnya telah sediakan untuk saya bagi kepada Yang Berhormat Hulu Kelang untuk dibangkitkan. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Speaker daripada Batu Tiga.
Terima kasih Batu Tiga. Saya sekarang menjemput Kota Kemuning. Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat sekalian yang telah
membangkitkan perkara-perkara di bawah STANCO saya khasnya Yang Berhormat Meru yang telah membangkitkan isu terpenting sekali adalah berkenaan tentang perlunya tambahan bajet iaitu RM2 juta yang telah diperuntukkan selama ini semenjak 2008 bagi program Blue Print Pembasmian Kemiskinan, Blue Print Selangor di mana saya sangat teruja apabila Tuanku sendiri telah menyatakan dalam ucapan beliau. Maka kita faham, sebab tahun lalu tahun 2021, 529 orang ini perlukan bantuan peruntukan tambahan. Sebenarnya RM2.1 juta adalah sebenarnya bantuan tambahan sebenarnya daripada dana MBI. Bagi tahun ini pula saya risau juga sebenarnya sebab siling pembelian barangan telah dinaikkan daripada RM5,000 ke RM10,000 dan permohonannya memang agak besar. Saya telah membawa perkara ini berbincang juga membawa dalam berbincang dengan MB secara peribadi, kemungkinan besar kita ada bajet tambahan akan datang dalam mungkin. Itu yang saya cuba usahakan dalam perkara ini. Bagaimanapun saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Meru yang juga telah membawa perkara ini ke perhatian Dewan ini. Terima kasih.
Begitu juga dengan Yang Berhormat Permatang yang mana beliau telah menyatakan perlunya ada pemantauan dan penilaian bagi program yang dilaksanakan ini oleh Pejabat Tanah dan juga sebenarnya memang 2 tahun sekali Pejabat Tanah mengadakan penilaian dan pemantauan yang telah dikumpul dan diserahkan juga diberi kepada saya oleh UPEN. Namun begitu saya percaya ia perlu dinilai semula sebab apa memang ada juga aduan-aduan yang mana barangan yang telah diberi juga mungkin tak digunakan seperti yang dinyatakan atau diakui sebelum ini. Maka akan juga diambil kira dalam hal ini saya percaya cadangan Yang Berhormat Permatang ini akan dibawa dalam Majlis Jawatankuasa Perbincangan bersama dengan UPEN. Dalam pada itu, itu sahaja tentang blue print dan dalam pada itu Yang Berhormat Meru telah membangkitkan.
Boleh saya bertanya tentang blue print ini ya, Yang Berhormat cuma kita nak minta kerja sama la, kalau dapat supaya penyerahan, ini pun kita dah bawak dalam mesyuarat yang lalu. Penyerahan barangan tersebut hendaklah dihadiri oleh ADUN kawasan juga. Kita minta PTD peka lah.
Yang Berhormat Seri Setia sebenarnya salah satu bukan arahan memang itulah arahan saya selalu sebelum 2020. Mana-mana kawasan kita akan jemput bukan setakat ADUN kawasan, kita juga jemput Ahli Parlimen mahupun Pembangkang. Selalunya kita jemput surat edaran kena ada tetapi disebabkan pada 2020 ni ada Covid-19 menjadikan alasan yang kukuh untuk mereka supaya kurangkan sebarang pemberian. Bagaimanapun saya telah menyatakan beberapa aduan saya telah terima aduan daripada Yang Berhormat kawasan. Maka saya telah panjangkan perkara ini supaya UPEN memberitahu kepada PTD secara direct dan sebenarnya Pejabat Tanah maklum hal ini memang saya telah maklumkan semua pihak.
Kalau kami buat program untuk penyerahan ini boleh atau tidak?
Sebenarnya program ini adalah program di bawah Pejabat Tanah. Sebab pembelian, perolehan semua dilakukan oleh Pejabat Tanah dan mereka ada dana khas yang telah diberikan melalui UPEN. So itu sebab kami itu adalah lebih elok kalau biar Pejabat Tanah membuat program tersebut dan ADUN dijemput bersama. Itu la lebih elok tetapi saya percaya ini 2 tahun ini memang 20 dan 21 tak ramai dijemput, saya pastikan 2022 ini semua ADUN kawasan dijemput. Itu saya janji.
Isu yang terakhir yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Meru berkenaan tentang krematorium di kawasan Kapar. Sebenarnya Yang Berhormat, memang la ini adalah projek di bawah ICU, daripada di bawah projek-projek khas daripada Perdana Menteri yang telah diumumkan sejak 2007, lepas tu 2017. Banyak kali telah diumumkan, itu sebab masyarakat di Kapar dan Meru selalunya kawasan Parlimen Kapar dan Meru ramai sebenarnya isu ini telah dibangkitkan. Kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan sebab pada awalnya mereka tak pernah hantar untuk pelan untuk approve pelan, mereka tak pernah hantar pun perancangan mereka. Namun apabila dihantar dan sebagainya tak jalan langsung. Pada 6 hari bulan Mac 2020 satu perbincangan mesyuarat bersama yang telah dipengerusikan oleh saya sendiri bersama dengan ICU dan juga daripada Pejabat Tanah Klang, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan sebagainya dan ICU telah memberitahu mereka tak beri izin untuk meneruskan projek tersebut. Ini adalah sebenarnya, isu sebenar. ICU tak nak meneruskan program tersebut.
Satu lagi isu lagi tentang kubur kawasan itu yang perlu diuruskan. Sebenarnya ada dua persatuan, masing-masing memohon. Sebenarnya ada pergelutan antara dua group. Masih lagi kita berbincang bersama supaya perkara ini dibawa ke Pejabat Tanah. So maka kita sedang selesaikan secara berdamai dahulu.
Tuan Speaker, saya nak bertanya sikit yang fasal tempat pembakaran. Ada tak Kerajaan Negeri ambil alih untuk uruskan perkara tersebut sebab perkara ini satu keperluan mendesak dapat membantu warga Kapar sendiri.
Terima kasih. Sebenarnya semua kubur adalah di bawah Majlis, tanggungjawab sepenuhnya patutnya letak di bawah Majlis. Maka sebab sekarang ada kubur yang telah diuruskan secara tidak berdaftar. Maka kita sedang mengambil semua data-data yang diambil alih oleh kita. Itu sahaja. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Kemuning dah habis. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan 4.30 petang. Dengan ini saya
menangguhkan Dewan sehingga hari esok 18.3.2022 hari Jumaat jam 9.30 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)