Selangor · 18 March 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 260 turns · 33,328 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aturan urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14 pada 18 Mac 2022 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, pertanyaan-pertanyaan.
Selamat pagi, salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan Bukit Lanjan. Bukit Lanjan masih dalam tempoh kuarantin. Saya mempersilakan
Tuan Speaker, izinkan saya menggunakan 24(2) bagi jawapan nombor 43.
24(2) ya? Baik, saya izinkan Yang Berhormat Permatang untuk mengambil soalan Bukit Lanjan. Dipersilakan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 43. World Expo DubaiQuestions
43. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila beri penerangan dan maklumat tentang penyertaan kerajaan dan syarikat-syarikat Selangor di World Expo Dubai.
b)
Berapa jumlah dan jenis pelaburan yang telah berjaya dibawa pulang ke Selangor?
Tuan Speaker, EXPO 2020, Dubai UAE diadakan mulai 1 Oktober 2021 sehingga 31 Mac 2022 bertempat di Dubai South Districts dengan tema Connecting Minds Creating Future (Mobility + Opportunity + Sustainability). Program pameran mega ini merekodkan penglibatan dari 192 negara
dan organisasi dengan sasaran pengunjung seramai 25 juta orang. 80% organisasi yang terlibat mensasarkan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan dengan kehadiran delegasi usahawan dari negara-negara yang terlibat serta penganjuran program perniagaan. Objektif Expo 2020 adalah untuk menggalakkan kerjasama serta penawaran peluang-peluang pelaburan dan pembangunan masa hadapan. Penglibatan Malaysia dalam Expo ini mulai tahun 1970 sewaktu World Expo 1970 di Osaka, Jepun dan mulai 1995 Malaysia telah menjadi ahli kepada BIE bagi mengukuhkan penglibatan Malaysia dalam pameran ini.
Minggu Selangor di Ekspo 2020 Dubai berlangsung pada 6 hingga 12 Mac 2022 yang diselaraskan oleh pihak Invest Selangor turut dihadiri oleh 16 agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta swasta untuk meneroka peluang-peluang pelaburan dan perniagaan di negara UAE dan negara-negara GCC serta negara-negara Eropah. Antara agensi kerajaan dan swasta yang terlibat adalah;-
a) Menteri Besar Selangor Corporation (MBI); b) Tourism Selangor; c) Sepang Gold Coast; d) PKNS; e) KDEB ; f) Lembaga Pelabuhan Klang; g) Halal International Selangor; h) Cyberview; i) SSDU; dan j) SIDEC
Tema utama Minggu Selangor adalah Smart Selangor Towards a Productive, Livable and Sustainable Future as a Smart State memberi penekanan kepada pengukuhan teknologi dan infrastruktur bandar pintar di samping mengalu-alukan projek pembangunan dan pelaburan dalam pelbagai sektor daripada kecekapan tenaga, bangunan mampan, pengurusan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi kitar semula ataupun waste to energy yang membantu mengurangkan pelepasan gas beracun, isu kesesakan lalu lintas hingga kepada penyelesaian penjagaan kesihatan untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Bagi menjadikan Selangor sebagai Global Trading Hub dan secara strategik menjadikan Selangor sebagai Gateway to ASEAN, Minggu Selangor mempromosikan lima kluster industri untuk menarik pelaburan. Di samping itu, ekosistem di dalam kluster perkhidmatan yang baru diperkenalkan dalam aspek logistik dan juga digital juga diperkukuhkan dan diberi penekanan di dalam Minggu Selangor.
Tuan Speaker,
Minggu Selangor di Expo 2020 Dubai telah dilaksanakan dengan jayanya dan beberapa program yang dirancangkan telah dilaksanakan semasa Minggu Selangor. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti :-
a) Investment Talk oleh Invest Selangor; b) Sesi Perkongsian oleh Ahli Delegasi; c) Lawatan ke syarikat-syarikat yang berpangkalan di Dubai UAE; serta d) Program Padanan Perniagaan.
Dengan promosi yang telah dilaksanakan sebelum Minggu Selangor diadakan, jumlah pengunjung mingguan ke Pavilion Malaysia dan pada Minggu Selangor merekodkan 68,518 pengunjung iaitu jumlah tertinggi direkodkan setakat ini berdasarkan rekod daripada urus setia Pavilion Malaysia iaitu Malaysia Green Technology Corporation sepanjang Expo 2020 Dubai ini berlangsung sejak Oktober 2021 lalu. Minggu Selangor juga berjaya mencapai sasaran mingguan yang telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dengan jumlah perdagangan dan pelaburan sebanyak RM500juta bagi setiap minggu yang dihoskan. Program Minggu Selangor di Expo 2020 Dubai yang telah berlangsung tersebut telah berjaya menarik minat ahli-ahli perniagaan serta pelabur antarabangsa dengan mengambil peluang untuk bertemu dengan ahli-ahli delegasi dan menyatakan hasrat untuk melebarkan pelaburan dan perniagaan di negeri Selangor.
Butiran pencapaian Minggu Selangor di Expo 2020 Dubai adalah seperti perincian berikut:-
a) Bilangan padanan perniagaan – 158 padanan perniagaan. Bererti pada puratanya lebih daripada dua perjumpaan dibuat setiap hari dan nilai pelaburan yang berpotensi adalah RM 960juta (melebihi sasaran RM 500juta yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan); dan b) Bilangan potensi kerjasama perniagaan adalah 92 potensi kerjasama perniagaan. Sektor yang terlibat adalah pergudangan, perkhidmatan perundingan pengurusan, perkhidmatan perundingan kewangan, komunikasi dan multimedia, pengangkutan dan logistik dan mobiliti, pendidikan, minyak dan gas, pengurusan hartanah, keusahawanan, pengurusan sumber manusia, teknologi pertanian, telekomunikasi dan kesihatan; c) Memorandum perjanjian di antara Northport Berhad dan C Hock Line Shipping (LLC) adalah berjumlah RM40juta.
Terima kasih.
Terima kasih. Saya persilakan Sentosa.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Selamat pagi.
Soalan tambahan.
Ya, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO kerana telah berjaya, telah membawa Kerajaan Negeri ke World Expo Dubai. Soalan tambahan saya ialah bagaimana dengan penyertaan kerajaan-kerajaan negeri lain dan Kerajaan Pusat untuk World Expo Dubai ini?
Ya, Tuan Speaker. Sesungguhnya keseluruhan Malaysia Pavilion dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Kementerian MOSTI dan melibatkan juga beberapa kementerian termasuk Kementerian Pertanian dan sebagainya. Sementara itu, kalau tak silap saya ada empat negeri dijemput untuk mengadakan mingguan ataupun minggu negeri masing-masing termasuk Johor, Melaka, Sabah dan Selangor. Dan selain daripada itu, kementerian lain juga mengadakan minggu-minggu tertentu dan untuk minggu program mingguan ini dia adalah acara tertutup. Di situ (Pavilion Malaysia), dia ada tiga tingkat dan tingkat bawah itu digunakan untuk mengadakan program mingguan di mana hanya pengunjung yang dijemput sahaja akan hadir. Jadi dengan syarat seperti itu (secara tertutup), kita masih dapat menarik seramai 68,000 pengunjung. Itu adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.
Dan apa yang pengalaman yang kita belajar adalah kita perlu memberi persiapan yang cukup baik di mana untuk menghadiri mingguan ataupun menganjurkan Mingguan Selangor ini dengan lebih berkesan (membawa kesan) yang maksimum. Sebenarnya persiapan telah pun dibuat setahun sebelum ini di mana jawatankuasa penganjur mengadakan mesyuarat dengan kerap melibatkan semua jabatan yang dijemput dan juga selain daripada mesyuarat jawatankuasa menganjur, juga ada mesyuarat-mesyuarat yang kecil diadakan untuk memastikan kita dapat memperolehi manfaat yang maksimum. Jadi sebenarnya persiapan itu amat penting. Itu yang menjayakan walaupun slot masa yang diberikan daripada Selangor adalah pada penghujung expo ini di mana expo ini akan tamat pada akhir bulan ini. Jadi kita masih berjaya menarik perhatian pelbagai pihak. Jadi saya rasa itu satu pengalaman yang cukup baiklah untuk Selangor dan juga untuk negeri-negeri lain yang menyertai Expo Dubai ini. Dan Expo yang akan datang 5 tahun dari sekarang di Osaka. Terima kasih.
Nampaknya Ijok pun berminat ya. Soalan tambahan. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Ijok ingin nak menanya kepada Kerajaan Negeri dalam pelaburan asing. Peperangan Russia-Ukraine ini, adakah pelaburan kita dari luar negeri terjejas? Sebab sekarang dalam media banyak kata which block you are going to belong? Russia-China or the west? Itu saya nak dapat pandanganlah dari Tuan Speaker, Tuan EXCO.
Ya, Tuan Speaker. Sebenarnya dasar luar negara Malaysia ada konsisten sejak kita merdeka di mana kita berkecuali tapi berprinsip. Tidak bererti kita berkecuali maka kita tidak mengutuk perkara-perkara yang melanggari hak kemanusiaan dan juga perkara-perkara prinsip yang ditetapkan. Dan dalam hari ini juga sudah tentu peperangan ini akan menjejaskan ekonomi di mana kesan negatif secara langsung adalah kenaikan harga minyak yang mendadak dan di negara-negara yang khususnya yang memerlukan banyak bergantung pada tenaga minyak untuk khususnya negara di Eropah. Di mana dia memerlukan banyak tenaga khususnya di musim sejuk. Mereka telah pun merasai kesan tersebut serta-merta di mana kadar atau tarif elektrik naik dengan mendadak dalam dua, tiga kali ganda.
Sementara itu di Malaysia, kita dah masuk ke peringkat itu. Kita sudah merasainya di mana saya umpamanya minyak untuk pesawat yang dijual oleh Petronas sudah dinaikkan dua hingga tiga kali. Jadi itu akan membawa kesan-kesan seterusnya. Bila minyak (harga minyak) naik, kos production menaik (akan naik) dan sudah tentu kos barangan naik dan itu akan dibawa kepada masyarakat umum. Jadi itulah yang perlu kita hadapi keadaan. Mungkin yang agak (bagi saya) kesannya adalah amat besar terhadap kehidupan termasuk juga pelaburan. Terima kasih.
Baik. Sebelum saya teruskan lagi, ingin saya maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa saya telah menerima maklumat/berita daripada Sungai Panjang petang semalam selepas selesai Persidangan Dewan ditangguhkan. Beliau telah didapati juga positif Covid-19 (Sungai Panjang). Maka beliau perlu tidak hadir untuk kuarantin. Kita doakan semoga semua yang kuarantin dipermudahkan urusan dan segera kembali sihat seperti biasa ya. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, kita semua kena perketatkan SOP, pakai mask dalam Dewan ya, kalau tidak berucap dan juga ada penjarakan lah. Cuba lindungi diri, lindungi anda kerana penularan Omicron ini memang sangat-sangat mengganas mencari mangsa siapa yang belum lagi terkena. Yang terkena pun lagi, mereka cari lagi ya. Jadi saya persilakan soalan YB Kuala Kubu Baharu? Kuala Kubu Baharu? Ya, beliau juga tidak hadir. Ya, YB Subang Jaya?
Tuan Speaker, izinkan saya menggunakan Peraturan-peraturan Tetap. Peraturan 24(2) untuk mengambil soalan Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu.
Baik, saya izinkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 44. Wabak Demam DenggiQuestions
44. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jumlah kes demam denggi di Selangor bagi tahun 2021 dan 2022. b)
Adakah pengurusan vektor seperti nyamuk Wolbachia terhadap kawalan denggi berkesan di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Selamat pagi, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu telah bertanya mengenai kes demam denggi di Negeri Selangor dan pengurusan vektor seperti nyamuk walbachia. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, kes kumulatif daftar kes denggi bagi tahun 2021 dan 2022 mengikut daerah sehingga minggu epik ke sembilan, pada 2022 iaitu 5 Mac. Jadi saya kena bandingkan kerana dia bertanya 2021 dan 2022, kita baru masuk bulan ketiga 2022. Jadi kita tak boleh bandingkan dengan 2021 sini baru tiga bulan. Jadi, untuk keseluruhan tahun 2021 jumlah kes Gombak (2,817) tapi pada minggu kesembilan 2021 (567) kes berbanding dengan tahun ini minggu epik kesembilan (493), nampak ada penurunan. Namun PKD di Hulu Langat kes keseluruhan tahun 2021 (4,603) kes untuk 2021 hingga minggu epik kesembilan (793) berbanding dengan tahun ini 2022 (1,074) kes peningkatan sebanyak 35.4%.
Hulu Selangor, kes keseluruhan 2021 hanya (167) kes dan sehingga minggu kesembilan (34) kes pada 2021 (32) kes maknanya tidak banyak beza antara 2021 dan 2022.
Untuk Klang, tahun 2021 kumulatifnya adalah (2,297) kes dan kumulatif hingga minggu sembilan 2021 adalah (464) kes tetapi pada tahun ini hingga minggu epik kesembilan (886) kes. Peningkatan sebanyak 90.9%.
Kuala Langat, tahun 2021 keseluruhan 12 bulan itu kita dapat (267) kes dan untuk minggu kesembilan tahun 2021 (76) kes tetapi pada tahun ini pada masa yang sama
sudah (886) kes. Kuala Langat (267) kes dan memang saya tidak baca semualah, panjangkan.
Maksudnya semua menunjukkan peningkatan, total untuk tahun 2021 semua kita ada (15,741) kes dan pada 2021 sehingga minggu epik kesembilan kita ada (3,999) kes tetapi pada tahun 2022 pada masa yang sama untuk jangka masa yang sama, kita ada (4,211) kes. Makna dia ada peningkatan 35.9% kes denggi untuk tahun ini.
Sehingga 23 Februari, iaitu minggu epik kelapan. Secara keseluruhannya terdapat sejumlah 18 lokaliti antaranya lapan lokaliti kajian penyelidikan di bawah jagaan IMR. Pelepasan nyamuk aedes ber-wolbachia telah dilaksanakan melibatkan daerah Gombak dan Petaling. Analisa kes demam denggi menunjukkan pengurangan kes denggi bagi lokaliti tersebut adalah sebanyak 77.8% dengan pencapaian kekerapan ataupun frequency wolbachia terakhir adalah dalam julat 22.81 hingga 100%.
Maklumat lanjut mengikut lokaliti ada jadual dengan saya, bagi mereka yang berminat. Namun begitu keberkesanan kawalan denggi masih perlu bergantung pada kelestarian atau sustainable pencapaian kekerapan wolbachia iaitu melebihi 80%. Kita perlu nyamuk yang ada dalam kawasan itu 80% nyamuk aedes ber-wolbachia baru angka jangkitan ataupun demam denggi ini menurun. Dia kalau bawah daripada itu, kita tidak akan sustainable dan tidak boleh memberi kesan sangat kepada kes denggi.
Sehubungan itu, komuniti perlu bekerjasama dengan pihak kesihatan untuk memastikan kelestarian pencapaian wolbachia kerana memang ada penduduk yang complain nyamuk banyak bila dilepaskan nyamuk ber-wolbachia dan nyamuk-nyamuk ini menjadi mangsa kepada repellent dan sebagainya. Jadi ini adalah penting apabila penduduk mengetahui bahawa lokaliti mereka telah dilepaskan nyamuk ber-wolbachia ini bertujuan untuk mengurangkan kes denggi maka kita tak boleh bunuh nyamuk-nyamuk ber-wolbachia ini.
Terima kasih.
Baik. Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Bukit Melawati nombor 45.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 45. Pusat Kebudayaan Dan WarisanQuestions
45. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan pusat kebudayaan dan warisan di daerah Kuala Selangor memandangkan kepelbagaian aset dan produk warisan sejarah terdapat di daerah ini?
b)
Berapakah peruntukan yang disediakan bagi tujuan ini serta pemuliharaan warisan dan sejarah didaerah Kuala Selangor?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Melawati.
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian kepada usaha pemulihan warisan di daerah Kuala Selangor berdasarkan kepentingan daerah ini yang mana kepada Negeri Selangor. Kuala Selangor merupakan pusat pentadbiran pertama Kerajaan Negeri Selangor yang telah wujud semenjak kurun ke-16. Lokasi strategik yang menjadikan Kuala Selangor sebagai salah satu pusat perdagangan terpenting pada abad 17 di Tanah Melayu dan selepas Pelabuhan Melaka. Kuala Selangor juga terdapat beberapa lokasi yang bersejarah di Bukit Melawati, Bukit Tanjung Keramat, Bukit Hospital, Bukit Permatang, Bukit Jeram dan Bukit Belimbing serta aset-aset seperti Kota Melawati, Perigi Beracun, Batu Hampar, Telaga Tujuh, Tangga Seratus, Busut Melawati dan sebagainya.
Namun demikian, Kerajaan Negeri buat masa ini tidak bercadang untuk mewujudkan kebudayaan dan juga warisan di mana-mana daerah termasuk di Kuala Selangor. Kerana memberikan perhatian kepada pembangunan Kampung Budaya Selangor ataupun Selangor Culture Village yang terletak di tengah-tengah bandar Klang yang bakal menjadi pusat rujukan kepada sejarah kebudayaan dan tradisi etnik-etnik yang terdapat di Negeri Selangor.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak menghalang malah menyokong kepada mana-mana pihak terutama Majlis Perbandaran Kuala Selangor sekiranya berhasrat untuk mewujudkan sebuah pusat kebudayaan warisan di daerah Kuala Selangor. Meskipun demikian, Kerajaan Negeri di bawah PADAT berhasrat untuk memajukan aset-aset budaya dan warisan di daerah Kuala Selangor terutama di sekitar Bukit Melawati. PADAT telah merancang untuk mewujudkan pusat kraf tangan di puncak Bukit Melawati bertempat di Kuarters Lama Jurutera JKR Kuala Selangor. Di mana perancangan ini masih dalam peringkat cadangan awal dan penelitian perlu dilakukan dari segi pembangunan, kertas konsep, reka bentuk dan jumlah peruntukan yang diperlukan.
Pada masa yang sama, PADAT juga berhasrat untuk mengaktifkan semula Laman Budaya yang terletak berdekatan Muzium Permainan Tradisional Rakyat untuk dijadikan sebagai tempat mengadakan persembahan kebudayaan bagi menarik pelancong tempatan dan luar negara. Sementara itu, PADAT juga turut berhasrat untuk menjadikan kuarters lama Jurutera JPS sebagai Galeri Melawati yang akan mempamerkan flora dan fauna yang terdapat di sekitar daerah Kuala Selangor serta mempamerkan lukisan 3D bertemakan Legenda di Bukit Melawati.
Bagi tujuan perancangan pembangunan tersebut, PADAT akan bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Daerah Kuala Selangor dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan rancangan ini dapat dilaksanakan untuk manfaat semua.
PADAT juga telah menyasarkan kos keseluruhan bagi pembangunan projek ini adalah sebanyak RM 700 ribu dan pihak PADAT telah pun menghantar permohonan kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi mendapatkan peruntukan RMK-12 pada tahun 2023. Terima kasih.
Kampung Tunku.
Tuan Speaker, saya ingin.
Tidak hadir.
Boleh menggunakan Peraturan Tetap 24(22) untuk ambil soalan ini?
Saya tidak benarkan kerana Kampung Tunku tiada apa masalah cuma lewat hadir. Jadi saya tidak benarkan sewenang-wenangnya menggunakan Peraturan Tetap untuk mengambil soalan yang tidak hadir. Sepatutnya Ahli-ahli Yang Berhormat kena hadir waktu itu, iaitu 9.30. Bukan lewat dan kemudian di ambil oleh teman seperjuangan. Itu saya tidak benarkan.
Ya, Permatang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 47.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 47. Senarai Projek -Projek Baikpulih Jalan Di Selangor Akibat BanjirQuestions
47. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membaikpulih jalan-jalan yang rosak akibat banjir ?
b)
Nyatakan projek-projek baikpulih jalan rosak akibat banjir yang telah dilaksanakan mengikut daerah setakat ini.
Tuan Speaker, saya akan menjawab soalan ini bagi pihak Yang Berhormat Pandan Indah.
Yang Berhormat Permatang, berdasarkan penilaian awal pihak JKR Selangor telah menganggarkan keperluan kos baik pulih jalan negeri yang rosak akibat banjir berjumlah RM 22.56 juta. Ini tidak termasuk pembinaan cerun yang melibatkan 5 daerah di Negeri Selangor. Cadangan untuk kerja-kerja baik pulih jalan negeri ini adalah di bawah program pemulihan infrastruktur pasca banjir menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2022. Senarai projek-projek baik pulih jalan rosak akibat banjir bagi jalan negeri mengikut daerah adalah seperti berikut:
Bagi Daerah Gombak, ada 2 projek iaitu membaik pulih bahu jalan dan jalan rosak di Jalan Rawang, Kuala Selangor dan membaik pulih bahu jalan dan jalan rosak di Jalan Selayang - Kepong dengan jumlah kos sebanyak RM3.1 juta.
Bagi daerah Sepang, kerja-kerja pembaikan sementara jabatan di laluan B48 iaitu Jalan Sepang - Jenderam, Daerah Sepang dengan jumlah kos RM602 ribu.
Daerah Kuala Selangor, kerja-kerja pembaikan cerun di Jalan B111 Ladang Caledonian, Seksyen 3 dengan jumlah kos RM1.9 juta.
Daerah Petaling, membaik pulih tebing jalan runtuh di Jalan Rahidin 2 dan membaik pulih tebing jalan runtuh di Jalan Pekan Subang dan yang ketiga membaik pulih bahu jalan dan jalan rosak di Jalan Tempinis 1, Mukim Sungai Buloh dengan jumlah kos sebanyak RM2.7 juta.
Di daerah Hulu Langat, ada banyak projek ini.
i) Kerja-kerja pembesaran awalan dan keseluruhan cerun-cerun runtuh di Jalan Bukit Peras; dan ii) Membaik pulih tebing jalan runtuh di Jalan Sungai Lui; iii) Membaik pulih jalan dan longkang di Sungai Lalang; iv) Membaik pulih jalan dan cerun di Sungai Tekali; v) Membaik pulih jalan di Sungai Lalang; dan vi) Pemasangan peralatan keselamatan dan papan tanda amaran di Jalan Sungai Tekali, Bukit Peras dan Sungai Lui Dengan jumlah kos RM 14.1 juta.
Bagi jalan persekutuan peruntukan yang telah diluluskan di bawah program penyelenggaraan jalan persekutuan pasca banjir adalah berjumlah RM 26.1 juta yang melibatkan 6 daerah di Selangor termasuk kerja-kerja berkala pavement, berkala bukan pavement dan jabatan. Tempoh pelaksanaan arahan kerja bermula 7 Januari 2022 hingga 7 April 2022. Senarai adalah projek adalah seperti berikut:
Di daerah Hulu Langat: i) Jalan Industri Hulu Langat; ii) Jalan Cheras Beranang Dengan jumlah keseluruhannya adalah RM 3.3 juta.
Di daerah Klang: i) Jalan Lebuh Raya Pulau Indah; ii) Jalan Klang - Teluk Intan; iii) Jalan Industri Meru; iv) Jalan Persiaran Hamzah Alang v) Jalan Lebuh Raya Pulau Indah Dengan jumlah keseluruhan RM 11.9 juta.
Di daerah Kuala Langat: i) Jalan Bukit Changgang; ii) Jalan Sepang – Kuala Langat iii) Jalan Labohan Dagang – Nilai Dengan jumlah kos RM 3.6 juta.
Di daerah Petaling: i) Lebuh Raya Persekutuan ii) Jalan Industri Hicom iii) Lebuh raya Bukit Jalil Dengan jumlah kos keseluruhannya adalah RM 5.6 juta.
Di daerah Gombak: i) Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim ii) MRR2
Jumlah kosnya adalah RM 800 ribu.
Di daerah Sepang, Jalan Banting – Semenyih dengan kosnya juga adalah RM800 ribu. Sekian, terima kasih.
Subang Jaya.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Subang Jaya nombor 48.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 48. Hentitugas Lra Semasa BanjirQuestions
48. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan punca hentitugas LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dan Sg Langat semasa banjir Disember 2022.
b)
Sila nyatakan cara penyelesaian untuk mengelakkan insiden ini berulang.
Tuan Speaker, saya menjawab untuk pihak kawan saya Pandan Indah. Tentang punca henti tugas LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dan Sg Langat semasa banjir Disember 2021 yang lepas. Punca henti tugas Punca henti tugas LRA Cheras Batu 11 dan Sungai Langat pada 18 hingga 21 Disember 2021 adalah disebabkan oleh kejadian banjir yang telah menenggelamkan stesen pam air mentah di LRA Cheras Batu 11 dan LRA Sungai Langat.
Selain itu, muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Langat dipenuhi dengan sampah dan menyebabkan LRA tidak dapat beroperasi pada kapasiti penuh akibat kekangan rekaan kemasukan air mentah yang terhad. Manakala di LRA Langat 2, muka sauk Semantan, Pahang telah di hentitugas pada 19 Disember 2021 dari jam 7.15 pagi hingga jam 10.30 malam akibat penutupan bekalan elektrik oleh TNB disebabkan oleh banjir di kawasan Karak.
So, saya nak beritahu Yang Berhormat ini bukan masalah pencemaran sungai yang menyebabkan hentitugas LRA kali. So, disebabkan kerana banjir yang berlaku banjir di Selangor dan juga di Pahang. So, Air Selangor sedang merangka pelan tindakan bagi memastikan operasi LRA dapat diteruskan sekiranya menghadapi banjir termasuklah: (1) Penyediaan unit motor dan panel pemula (atau ‘starter panel’) tunggu sedia.
(2) Mengubah kedudukan ‘starter panel’ ke tempat lebih tinggi serta mengkaji kesesuaian penggunaan pam dari jenis pemacu menegak (atau ‘vertical drive’) yang dapat mengelakkan motor dari ditenggelami oleh air.
(3) Untuk pelan jangka panjang, Air Selangor akan mempertimbangkan untuk melantik jurutera perunding bagi menilai semula reka bentuk muka sauk sedia ada dan keseluruhan loji-loji yang berisiko tinggi untuk keperluan penambahbaikan dalam menghadapi banjir.
Dan akhir, penglibatan semua pihak berkepentingan seperti LUAS, JPS, serta pihak berkuasa tempatan adalah sangat penting bagi mencapai satu penyelesaian menyeluruh dengan mengambil kira kajian dan kerja yang telah atau sedang dilaksanakan oleh semua pihak. Sekian.
Hulu Kelang.
Tuan Speaker saya Soalan No. 49
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 49. Buku Karya Rakyat Untuk Rakyat Terbitan PpasQuestions
49. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Aktivisme rakyat seperti ini sedang giat dijalankan di Jepun dan Korea. Ia adalah berkenaan rakyat biasa. Diterbitkan oleh perpustakaan yang disayangi rakyat. Apakah perancangan kerajaan untuk menghidupkan budaya ini?
Terima kasih Speaker dan Hulu Kelang yang bertanyakan soalan berkenaan dengan Buku Karya Rakyat Untuk Rakyat terbitan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor. PPAS ataupun Perbadanan
Perpustakaan Awam Selangor mengambil maklum berkenaan aktiviti penghasilan karya rakyat yang sedang giat dijalankan seperti di Jepun mahupun negara seperti di Korea. Penghasilan karya rakyat di Selangor tidaklah serancak yang dilakukan oleh dua negara tersebut di negara kita. Namun PPAS telah memulakan inisiatif dalam membangun dan mengembangkan aktiviti penghasilan karya rakyat. Antara usaha yang telah dilakukan dengan melaksanakan program-program seperti berikut:
(1) Penganjuran seminar dan rakaman wawancara lisan – perkongsian oleh tokoh tempatan termasuk rakyat setempat mengenai pengalaman peribadi dan peristiwa bersejarah;
(2) Video resensi buku – mencetus minat membaca dan berkongsi dengan khalayak umum melalui ulasan buku berbentuk video;
(3) Buku audio karya tempatan – menerbitkan karya tempatan terpilih ke dalam bentuk buku audio yang boleh dicapai melalui Internet;
(4) Perpustakaan tokoh yakni pengkatalogan ringkas perpustakaan peribadi pencinta buku dikalangan ahli akademik tersohor ataupun yang dipanggil sebagai intelektual awam yang memiliki koleksi khusus dalam sesuatu bidang kepakaran;
(5) Penerbitan bersama karya tempatan – beberapa karya terpilih diterbitkan secara bersama antara pihak penulis dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Antara rancangan yang telah diatur oleh Perbadanan Perpustakaan Awam adalah :
(1) Meneruskan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan para sasterawan dan pengkarya tempatan melalui pemukiman sasterawan dalam menuju ke arah negeri Selangor sebagai negeri mesra sasterawan dan karyawan;
(2) Rancangan penganjuran masterclass yakni sasterawan sebagai mentor dan pembimbing untuk membangunkan lebih ramai pengkarya tempatan khususnya generasi muda;
(3) Membantu dalam usaha penerbitan buku karya rakyat.
Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan meneruskan agenda pengembangan dan pembangunan karya tempatan di Selangor dalam menjejaki lebih ramai local genius merangkumi aspek pendidikan, sejarah, kesenian dan kebudayaan tempatan. Sebahagian daripada usaha-usaha ini telah diterjemahkan Ketika Pesta Buka Selangor baru-baru ini apabila kita sendiri telah melancarkan dan menjadikan platform tersebut ataupun agenda program tersebut dengan pelancaran beberapa buah buku. Antaranya buku tentang herba yang turut
terlibat bersama-sama Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang Bersama-sama mempromosikan untuk penerbitan buku terbabit dan buku karya-karya seperti Dinsman dan juga Fudzail berkenaan dengan pengalaman-pengalaman mereka dan karya, sajak dan puisi yang dihasilkan mengikut daripada kecenderungan mereka. Dalam pada waktu yang sama Kerajaan Negeri turu dengan serius melaksanakan terus menerus projek penterjemahan. Di mana penterjemahan karya besar ini telah turut menarik perhatian ramai dan penyertaan kita dalam Pesta Buku Selangor dan dalam KL Alternative Book Fair baru-baru ini. Di mana karya-karya terjemahan kita telah mendapat perhatian pihak awam dan turut mendapat pujian daripada segi kualiti kerana kita sentiasa memastikan karya-karya penterjemahan ini sentiasa menepati syarat dan menepati standard ataupun piawaian penterjemahan yang baik dan mampu untuk memberikan pencerahan kepada masyarakat dan rakyat secara keseluruhan. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Hulu Kelang.
Terima kasih Dato’ Menteri Besar kerana telah memberikan penjelasan cukup komprehensif terhadap usaha kita dan kita berasa bangga kerana kesayangan yang disayangi oleh rakyat Selangor tentang PPAS adalah satu yang mungkin menonjol terutamanya apabila dalam kes banjir baru-baru ini PPAS mengambil peranan untuk memberi tempat perlindungan dan makan minum yang bererti dia melebarkan fungsinya. Dan saya percaya bahawa membaca yang pernah disebut sebagai orang Malaysia tidak banyak membaca satu hari, setahun hanya dua muka surat sahaja dibaca. Macam-macam tohmahan yang tidak benar. Kalau kita tengok apa yang berlaku di PPAS hebat. Kegiatan menulis juga, perlu kita berikan sanjungan. Dan saya ingin cadangkan, kalau boleh Dato’ Menteri Besar memberi satu, merancang satu konsep di mana mereka yang menulis untuk rakyat, demi rakyat, kerana rakyat mendapat satu pengiktirafan. Geran ke, hadiah ke, seribu ringgit ke dua ribu ringgit ke berkala. Jadi dengan itu kita harap, soalan saya adalah sejauh manakah isu yang berkaitan dengan penulisan ini akan dijadikan teras kepada pembudayaan bahasa dan ideologi, kepercayaan dan agama. Saya ulang, bagaimanakah pemerkasaan penulisan budaya, apa ini, buku ini akan menjadi teras kepada pembudayaan budaya, bahasa dan keunggulan tidak tahu kita, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Dan sememangnya itulah di antaranya proses transformasi dan reformasi yang berlaku di Perpustakaan Awam Negeri Selangor apabila kita mulakan sejak dari 2008 telah mengubah paradigma terhadap perpustakaan. Bukan hanya tempat untuk anak-anak yang tidak ada rakan sosial. Ataupun mereka yang hanya terasing dan duduk di tempat. Sebaliknya perpustakaan telah digubah dan di rencana menjadi sebuah tempat yang meletakkan nilai kekeluargaan. Ada program kanak-kanak, ada aktiviti
yang menggalakkan keterlibatan semua menjadi salah satu platform terbaik sebagai jaringan daripada program pendidikan dalam negara dan negeri kita. Sebagai contoh di Pustaka Raja Tun Uda sebagai contoh kita turut meletakkan satu sudut di mana corner dan sudut itu telah menempatkan untuk aktiviti-aktiviti peningkatan Sains, Teknologi & Matematik. Memperkenalkan coding sebagai contoh. Memperkenalkan 3D Printing sebagai contoh di tempat tersebut dan ada kolaborasi pintar dengan Universiti-universiti terbabit. Berkenaan dengan, ada juga perkara-perkara yang lain yang dilaksanakan di sana. Berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat, apakah buku menjadi keutamaan dan ini sudah pasti menjadi salah satu daripada kerangka kita. Kerana sebuah negara yang besar, tamadun yang besar juga dikenali dengan khutub khanahnya yang sempurna. Kita lihat bagaimana kehebatan Baghdad sebagai contoh. Yang terkenal apabila hilang dan di rempuh oleh pasukan Bar-Bar daripada Mongolia, Mongol dan akhirnya kita lihat bagaimana buku-buku di buang dan likatnya sungai di sana itu dengan dakwat dan menunjukkan betapa hebatnya buku tersebut. Dan apabila saya berucap tentang Library dan perpustakaan ini juga kita selalu sebut antara reference kita adalah Library of Congres di United States of America ataupun di Amerika Syarikat. Semua buku termasuk siri ISA Pak Abu tu saya percaya ada di dalam Library of Congres. That show how the civilization to sustain atau bagaimana mengekalkan satu kejayaan, kejayaan sesuatu satu kemajuan pembangunan itu bukan hanya bangunan, teknologi tetapi juga ilmu yang ada di belakangnya. Ilmu itu adalah yang mengetahui kesemuanya tetapi bukannya memerangkap, memerangkap dengan ideologikal yang ketat sehingga kita tidak boleh terbuka dan bebas memahami ilmu dan pengetahuan. Sudah pasti buku saya percaya sebagai satu parameter dan petunjuk bagaimana satu bangsa dan satu kelompok itu boleh dianggap sebagai civilize ataupun bertamadun, terima kasih.
Satu permintaan, ada perkara baru yang timbul, memandangkan Dato’ Menteri Besar kita adalah seorang orang muda yang banyak menulis dan berkarya. Saya dimaklumkan bahawa Buku Herba Selangor, Warisan Bonda, Petua Menjaga Kesihatan Menggunakan Herba akan diedarkan. Akan dihantar ke Dewan ini pada hari Jumaat. Saya dan pihak-pihak kami dan pihak PPAS bercadang agar pada hari itu, kalau Dato’ Menteri Besar boleh buat, hari Isnin boleh free tak. Dato’ Menteri Besar nak tanya ini.. Dato’ Menteri Besar, free tak hari Isnin, waktu lunch time kita edarkan. Edarkan pada semua agensi, semua jabatan, UPEN dan semua ADUN kita akan bagi, pukul 1 tengah hari, hari Isnin. Terima kasih.
Baik, Sungai Burong, tidak hadir.
Yang Berhormat, Tuan EXCO.
Ya, Jeram.
Ini yang Dengkil punya la. Lepas Sungai Burong, Dengkil Soalan No. 51. Dengkil dia ada masalah untuk tidur.
Saya belum panggil Dengkil. Saya belum panggil Dengkil, tapi Dengkil ada masalah apa.
Dia ada masalah tidur. Jadi dia ada shift petang. Jadi saya minta izin, dia ada masalah tidur malam.
Masalah tidur jadi..
Saya bagi tahu terus terang sebab bukan dia tak nak datang, dia minta saya tanyakan dan minta kalau tak boleh minta Yang Berhormat Dato’ Menteri Besar bagi secara bertulis.
Ya baik, Yang Berhormat Jeram nak bantu macam mana?.
Saya nak bantu atas, dengan Peraturan Tetap 24(2) mengambil soalan Yang Berhormat Dengkil.
Jadi saya tidak benarkan, sebab Dengkil dia masalah tidur jadi tidak ada justifikasi. Dia tak ada bagi surat, kalau ada bagi surat masalah tidur tak boleh tidur dan sebagainya mungkin saya boleh benarkan. Tapi cakap-cakap macam itu saya tak boleh terima dalam Dewan yang mulia ini.
Kalau macam itu minta pihak Kerajaan Negeri hantar secara bertulis. Terima kasih.
Jadi Jeram terima kasih. Teruskan. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Jeram. Jeram saya panggil Jeram pula sekarang ini. Sibuk nak ambil soalan orang lain sendiri pun dah lupa. Silakan.
Saya terkejut apabila Tuan Speaker tidak benarkan. Soalan saya Soalan No. 52.
Ahh cantik, itu baik.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. TUAN MOHD SHAID BIN ROSLI (N12 JERAM)
SOALAN NO. 52: BANTUAN BANJIR
a)
Adakah kerajaan prihatin dengan pemilik kedai yang musnah barangan atau mangsa yang tinggal di kedai sewa yang dihuni sebagai kediaman? Apakah bantuan yang telah diberikan kepada mereka? b) Apakah bantuan kepada petani dan pekebun kecil yang terjejas banjir?
Terima kasih Jeram atas soalan yang telah dikemukakan. Yang bertanyakan apakah inisiatif-inisiatif tambahan Kerajaan Negeri, dapat mengurangkan bebanan dan masalah di kalangan masyarakat kita. Selain daripada BSB atau Bantuan Bangkit Selangor, Kerajaan Negeri juga memperkenalkan inisiatif pembaikan kediaman, bantuan segera kerja-kerja pembersihan, menyelaras bantuan dari Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), kerja-kerja pembaikan infrastruktur awam serta menyelaras bantuan-bantuan daripada Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban mangsa banjir.
Antaranya sebagaimana yang telah dijelaskan sedikit sebanyak oleh Batu Tiga dalam jawapan-jawapan beliau dalam beberapa hari yang lepas bahawa kita telah membantu menyelenggarakan bagaimana KPKT dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam membangunkan semula rumah-rumah yang musnah. Dalam hal yang sama, kita turut menyelaraskan sokongan program yang telah diisytiharkan oleh Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor telah mengemukakan cadangan-cadangan tertentu bagaimana pembinaan rumah ini dibuat dan kita meletakkan satu perimeter tertentu, rumah mana, kawasan mana, kalau tidak permohonan akan berterabur tetapi paling tidak Kerajaan Negeri menyelenggara dan menguruskan di mana pengumuman ini kita buat adalah dalam hari yang keenam, hari ketujuh daripada peristiwa banjir tersebut. Memang Yang Berhormat EXCO akan terlibat dengan aktiviti perumahan dan penempatan PPS sebagaimana yang saya umumkan dalam sidang media terbabit. Manakala bagi kedai-kedai yang musnah dan sebagainya, setakat ini kita belum ada lagi sokongan tertentu, kita sedang menilai sebab bagi kita, kita hendak selesaikan dahulu BSB dalam pada waktu sekarang ini sebenarnya kita sedang memikirkan balik. Namun begitu saya percaya melalui Hijrah sebagai contoh dan beberapa institusi lain kita boleh menawarkan tawaran-tawaran tertentu dan malahan ketika musim perayaan ini, Hijrah turut menawarkan beberapa program yang jangka pendek. Dan program jangka pendek ini akan membantu sedikit sebanyak usahawan-usahawan ini ataupun peniaga-peniaga ini dapat meneruskan perniagaan mereka, memulakan modal perniagaan mereka ataupun membaiki ataupun memulakan perniagaan yang musnah akibat daripada banjir.
Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk soalan (b), untuk petani-petani pula Kerajaan Negeri telah membantu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan mewujudkan dua jenis insentif bencana banjir iaitu Tabung Bencana Tanaman Padi, Bantuan kepada petani, pengusaha dan kawasan jelapang, bantuan berbentuk kewangan dan bukan kewangan input pertanian yang tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk Tabung Bencana Tanaman Padi. Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agro Makanan (PPSPA) iaitu bantuan kepada golongan petani, penternak, nelayan, Pertubuhan Peladang, pemasar agro makanan, pengusaha akuakultur, pengusaha imad, pengusaha agro pelancongan dan persatuan koperasi berdasarkan pertanian yang berdaftar dengan jabatan dan agensi yang berkaitan.
Bantuan bukan kewangan input pertanian, peralatan, mesin mengikut nilai kadar yang ditetapkan atau bantuan lain yang bersesuaian untuk diluluskan oleh jawatankuasa peruntukan pembangunan semula projek agro makanan. Untuk rekod, Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan awal seramai 250 petani yang terjejas banjir dengan nilai bantuan sebanyak keseluruhannya sebanyak setengah juta ataupun RM 500,000.00. Manakala tambahan peruntukan dalam bentuk baja dan NPK dan baja fertigasi akan disalurkan selepas ini. Di peringkat Kerajaan Persekutuan pula bagi kejadian banjir bagi bulan Oktober hingga November, jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada 28 petani adalah sebanyak RM 202,818.25 manakala bagi banjir besar yang melanda pada bulan Disember 2021 disalurkan kepada 373 orang kepada petani-petani yang terjejas teruk dengan jumlah keseluruhan RM 4,177,953.30. Secara mudah, kalau saya boleh simpulkan di hujung ini, RM 500,000.00 telah kita peruntukkan daripada dana negeri kepada petani-petani yang terjejas seramai 250 petani. RM 4.17 juta daripada MAFI ataupun Kementerian Pertanian yang disalurkan kepada 373 orang dan pada Oktober yang lepas ada 28 petani yang telah menikmati RM 202,000.00 daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.
Sijangkang. Tidak hadir. Lembah Jaya?
Hadir. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 54.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 54. Peluang Pekerjaan Vs PengangguranQuestions
54. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar :
a)
Apakah status pengangguran di Selangor pada Suku Pertama tahun 2022?
b)
Berapakah peluang pekerjaan yang ada pada Suku Pertama tahun 2022?
Tuan Speaker, berdasarkan statistik tenaga buruh terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi suku tahun keempat 2021, bilangan penganggur di Negeri Selangor adalah seramai 105,300 orang. Bilangan ini berkurangan 0.7% berbanding bilangan yang dicatatkan pada suku ketiga 2021. Kadar pengangguran di Negeri Selangor pada suku keempat 2021 ini adalah 2.9% berbanding 3.6% pada suku sebelumnya
dan ini menunjukkan tren positif penurunan kadar pengangguran. Bagi data suku pertama 2022, data hanya akan diperolehi pada bulan April 2022. Maklumat terperinci bilangan penganggur dan kadar pengangguran di Selangor adalah seperti berikut. Bilangan penganggur bagi tahun 2019 adalah 103,400. Bagi tahun 2020 adalah 156,200. Bagi tahun suku ketiga 2021 adalah 132,000 orang. Bagi tahun suku keempat 2021 adalah 105,300 orang. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mendapati kekosongan peluang pekerjaan di Negeri Selangor pada suku pertama tahun 2022. Sehingga Februari 2022 adalah sebanyak 163,645 yang merangkumi sektor pembuatan, pertanian, pembinaan dan lain-lain.
Soalan tambahan.
Silakan Lembah Jaya.
Daripada jawapan Yang Berhormat EXCO tadi, ada kekosongan jawatan yang agak besar. Adakah ini disebabkan telah diberhentikan pekerja ataupun peluang-peluang pekerjaan yang baharu.
Terima kasih Lembah Pantai, Lembah Jaya, minta maaf. Saya percaya daripada jawapan-jawapan sebelumnya daripada Yang Berhormat Paya Jaras, Yang Berhormat daripada Bandar Klang yang merangkumi mengatakan bagaimana peluang pekerjaan sebelum ini telah diberhentikan akibat Covid dan sebagainya. Dan juga bagaimana pemulihan ekonomi telah merancakkan peluang pekerjaan. Terima kasih.
Sungai Ramal.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 55.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 55. Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB)Questions
55. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah bilangan perumahan pangsa dan bertingkat yang bermasalah untuk mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB)?
b)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan permasalahan tersebut?
c)
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk membantu kawasan perumahan yang JMB mereka tidak dapat berfungsi dengan efisien?
Terima kasih Tuan Speaker dan Sungai Ramal. Bagi menjawab soalan yang secara dasarnya adalah berkaitan dengan Jawatankuasa Pengurusan Bersama ataupun JMB ingin saya maklumkan di sini jumlah keseluruhan bangunan-bangunan strata yang ada di seluruh Selangor adalah 5,737 yang mana pecahannya bangunan yang berstatus kos rendah adalah 1,087, RKSU (Rumah Selangorku) ada 89 bangunan dan juga harga bebas sebanyak 4,561. Dari jumlah yang saya sebutkan tadi, sebanyak 549 skim pangsapuri kos rendah di Selangor yang tidak mempunyai Badan Bersama JMB. Maknanya daripada 1,087 itu hampir 549 yang tidak ada JMB yang mana pecahan datanya seperti mana berikut. Di Shah Alam atau MBSA ada 28, PJ ada 189, Subang Jaya ada enam, MPS ada 14, MPKj 119, MPAJ ada 84, Sepang ada empat, Kuala Selangor tiga dan seterusnya tidak ada. Maknanya ada tiga PBT yang tidak mempunyai masalah. Apa yang berlaku sebenarnya di antara perancangan untuk penyelesaian ini sebelum itu saya perlu kemukakan di sini ada beberapa isu. Pertama, ramai pembeli tidak menyempurnakan pindah milik setelah buku daftar strata dibuka. Kurang daripada 25% pindah milik unit share yang dibuat. Apa langkah-langkah yang dibuat oleh Lembaga Perumahan sekarang ini, kita sedang mencadangkan supaya kita kaji semula supaya memasukkan semula kos-kos pindah milik di peringkat awal pembelian hartanah. Sekarang ini kita dah beli, dah selesai buat pembelian lepas itu bila hendak pindah milik tidak dapat buat. Sebab apa? Sebab mereka tidak ada duit tambahan untuk membuat pindah milik itu. Jadi, kita sedang berusaha mencadang, berbincang dengan beberapa pihak termasuk REHDA dan juga beberapa pandangan perundangan untuk boleh tak kita masukkan sekali dalam SNP tetapi cukai itu mestilah dikira dalam bentuk yang berbeza supaya bila mereka telah pun menyelesaikan pembelian itu ataupun sain SNP itu, kos itu telah pun dimasukkan bersekali. Tapi kena banyak perkara yang perlu dibincangkan dan kita juga bincang dengan pihak-pihak bank selaku pihak yang membiayai pinjaman supaya mengambil kira kos penyempurnaan pindah milik ataupun perfection of transfer ini. Itu satu isu. Yang keduanya, keengganan pemaju mengadakan mesyuarat pertama. Ini banyak kes-kes yang begini untuk penubuhan JMB sedangkan bawah Seksyen 17(1) Akta Pengurusan Strata 2013, Akta 757, Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu ditubuhkan apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada 12 bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong ataupun dengan izin, vacant possession kepada caj penyelenggaraan di kalangan pemilik-pemilik tegar. Jadi, JMB yang ditubuhkan mempunyai kuasa untuk mengutip caj sebenarnya tetapi mereka tidak laksanakan.
Yang ketiganya adalah berkaitan dengan keengganan pembeli menubuhkan JMB kerana keadaan fizikal bangunan yang uzur. Banyak bangunan-bangunan sekarang yang ada melepasi 15 tahun dan sebagainya ramai yang tidak JMB ataupun pemilik-pemilik yang tidak mahu menubuhkan JMB sebab dia tahu bebanan itu. Bila ambil tanggungjawab itu, mereka tidak dapat melaksanakan atau menyelesaikan perkara ini. Jadi mereka juga beranggapan sekiranya JMB ditubuhkan pihak pemaju akan lepas tangan. Ada juga yang takut untuk mengambil tanggungjawab. Jadi, dengan ini kita juga lihat ada perkara keempat yang seterusnya adalah Jawatankuasa yang dilantik tidak aktif. Ada juga yang mulanya dia hendak lepas itu dia tidak aktif, tiada kutipan caj dibuat dan tiada penyelenggaraan dijalankan dalam tempoh yang lama. Jadi secara tidak langsung menyebabkan pemilik 100% adalah defaulter.
Jadi, ini adalah beberapa isu yang saya bacakan kepada Yang Berhormat. Memang menjadi perbincangan boleh katakan saban bulan di bawah jawatankuasa saya untuk menyelesaikan perkara ini. Daripada yang saya sebut tadi, kita telah pun cuba menyelesaikan masalah ini dengan mengalihkan tanggungjawab itu di bawah bila berbincang dengan COB untuk diuruskan oleh agen-agen yang dilantik oleh COB. Tetapi bila kita lantik agen pula, ada juga pemilik yang tidak puas hati kerana ada tambahan sedikit kos lain. Lainlah kita jaga sendiri dengan yang dilantik sendiri. Jadi, penyelesaian keseluruhan kepada perkara ini, saya mencadangkan beberapa kali telah mencadangkan kepada KPKT untuk kita melihat semula bagaimana kaedah pembayaran caj penyelenggaraan ini wajar dibuat supaya tidak jadi bebanan kepada JMB ataupun MC. Kita mencadangkan supaya memulakan perbincangan supaya caj-caj penyelenggaraan ini dibayar kepada PBT. Jadi PBT yang akan bayar semula kepada agen ataupun pada JMB untuk menguruskannya. Jadi, mengutip itu bukan JMB. Yang mengutip itu patutnya PBT dan PBT akan pulangkan kepada pengurusan yang menguruskan bangunan. Itu lebih baik sebab authority itu atau kuasa itu ada di tangan PBT. Kalau tidak sekarang ini, kalau tidak ada kutipan jadi akan berlakunya masalah macam-macam, tidak bayar air, tidak bayar elektrik, kalau yang ada lagi akaun bersama. Jadi, isu ini nanti akan berbalik balik pada kerajaan. Jadi, sekarang ini kita ingin menyelesaikan masalah ini tidak terhenti hanya pada Akta 757. Akta ini perlu dikaji semula untuk tambahan supaya pembayaran itu wajar dibuat oleh pihak yang lebih bertanggungjawab dan akhirnya pihak ini melantik atau menyerahkannya pada JMB tetapi tanggungjawab pihak yang dilantik contohnya kalau PBT ia akan diserahkan kepada pengurusan. Itu lebih molek pengurusan begitu. Baru nampak selaras keseluruhannya. Itu sahaja jawapan daripada saya Tuan Speaker. Terima kasih.
Tuan Speaker soalan tambahan.
Jeram.
Saya hendak bertanya adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan anak syarikat untuk ambil alih JMB
yang tidak berfungsi secara efisien dan membantu penduduk di kawasan tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Jeram. Buat masa ini kita tidak berhasrat sebab bilangannya begitu banyak dan itu saya sebut tadi kita hanya menguruskan bangunan-bangunan yang milik kerajaan di bawah rumah kos rendah sahaja macam PPR sahaja. Kita telah pun amil pengurusan itu. Dah ada pengalaman pun tetapi kita yakin kita tidak mampu untuk menguruskan seluruh 549 ini yang kita buat tadi adalah kita menyerahkan kepada agen-agen yang menguruskan. Saya masih menegaskan kalau kita mahukan Insya Allah penyelesaian holistik kita perlu menyelesaikan masalah pembayaran ini kaedahnya tidak lagi tanggungjawab itu pada JMB sepatunya diletakkan di bahu pihak yang lebih berwajib. Terima kasih.
Sungai Air Tawar Ketua Pembangkang tidak hadir.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Ya. Apa masalah Semenyih?
Saya mengambil, memohon ketetapan 24 (2) peluang sebab Sungai Air Tawar ada kes Covid. Makluman. Tuan Speaker maklumkan ini.
Ada kes Covid?
Ya.
Yang ada kes Covid, kes positif Sungai Panjang. Yang tadi saya maklumkan kepada Dewan dan Urus Setia menerima maklumat, Sungai Panjang jangan salah sungai. Yang ini Ketua Pembangkang Sungai Air Tawar.
Tidak. Saya kata Sungai Panjang tadi. Sungai panjang yang kena Covid. Jadi Sungai Air Tawar, dia sihat walafiat. insyaAllah. Jadi tidak dibenarkan ya.
Baik seterusnya Teratai. Tidak hadir. Warisan tidak hadir dengan warisannya. Seterusnya Taman Medan? Taman Templer?
Tuan Speaker, pesanan daripada Taman Templer. Dia silap type Tuan Speaker, saya liwat, bukan lewat. liwat sikit . Nanti Tuan Speaker boleh tanya dia, saya liwat sikit; butang baju Melayu tak bawa. Dia tengah cari. Jadi saya minta Tuan Speaker benarkanlah.
Yang Berhormat Jeram, saya tidak benarkanlah. Sebab ini alasan-alasan yang... liwat lah macam-macam tu, tak payah lah. Kalau Jawa, liwat itu lalu. Okay saya tidak benarkan. Seterusnya, Sabak? Sabak pun tidak hadir. Kereta rosak. Meru, silakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon ambil soalan 59 (2).
Saya benarkan sebab Sabak kereta dia berasap tadi.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 59. Permasalahan Kes PenceraianQuestions
59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Mengapakah kes penceraian di Selangor amat tinggi?
1- Berapakah kes penceraian di Selangor bagi tahun 2021? 2- Apakah modul kursus perkahwinan tidak berkesan?
Terima kasih Tuan Speaker dan juga Sabak yang mengajukan soalan dan juga Meru yang telah membawakan soalan berkenaan permasalahan kes penceraian. Soalan dia, mengapakah kes penceraian di Selangor amat tinggi?
Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai punca kepada kadar perceraian yang tinggi yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Antara faktornya adalah seperti berikut :
1. Kepadatan penduduk dan cabaran persekitaran yang dihadapi di sekitar Lembah Klang. 2. Migrasi yang memberi tambahan jumlah penceraian di Negeri Selangor. 3. Ekonomi pihak suami yang tidak stabil hingga menghadapi tuntutan pihak isteri berkenaan kegagalan memberi nafkah dengan merujuk kepada Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. 4. Sosialisasi yang terbuka yang merentasi kebiasaan. 5. Kegagalan menjadikan agama sebagai cara hidup dalam menguruskan rumah tangga.
6. Dalam Islam, perkahwinan adalah sebagai satu cara menghalalkan hubungan suami isteri seterusnya mewujudkan keharmonian berumah tangga. Dalam Islam juga terdapat kaedah penceraian yang boleh memisahkan suami isteri sehingga hukum penceraian tersebut diletakkan sebagai harus atau sunat atau wajib. Oleh itu, setiap penceraian yang berlaku adalah mengikut situasi keperluan perlakuannya. 7. Jodoh adalah ketentuan dan kehidupan suami isteri juga adalah ketentuan Allah. Malah dalam Islam juga memberi panduan untuk mencari jodoh seperti mana Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaAksud, “Seorang wanita dinikahi kerana empat (4) perkara: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu merebut yang empunya agama, itulah pilihan terbaik.” (HR Bukhari dan Muslim). Oleh itu, jodoh setiap manusia ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
Pendaftaran perceraian di Jabatan Agama Islam Selangor setelah perintah perceraian dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah bagi tahun 2021 mengikut daerah adalah seperti berikut :
BIL. DAERAH JUMLAH 1 PETALING 1,668 2 HULU LANGAT 1,303 3 GOMBAK 960 4 KLANG 878 5 KUALA LANGAT 407 6 SEPANG 352 7 KUALA SELANGOR 314 8 HULU SELANGOR 297 9 SABAK BERNAM 120 JUMLAH 6,299
Kadar perceraian rendah atau tinggi tidak sepatutnya dikaitkan secara langsung dengan keberkesanan KPPI kerana ia adalah kursus awal yang dihadiri peserta yang akan berkahwin. Ia perlu disusuli dengan pemantapan secara berterusan oleh setiap individu yang telah berkahwin, tolak ansur, saling menjalankan fungsi, tugasan dan tanggungjawab serta mengambil tindakan tepat dalam mengurus masalah.
Kegagalan pihak-pihak mengurus masalah yang timbul dalam perkahwinan adalah punca kepada sebuah perkahwinan yang dibina berakhir dengan sebuah perceraian. Kebijaksanaan dalam menempuh alam rumah tangga perlu diperkukuh dengan
berbagai ilmu tambahan seperti ilmu berkaitan keibubapaan, ilmu komunikasi, psikologi kanak-kanak, pengurusan kewangan, pengurusan kesihatan, ilmu seksologi, ilmu kemanusiaan, pengurusan masa dan ilmu-ilmu lain yang memberi nilai tambah pembinaan kebijaksanaan dalam mengurus rumah tangga.
Kursus Pra perkahwinan Islam (KPPI) diwajibkan kepada semua individu beragama Islam yang ingin berkahwin sebagai salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam usaha memberi pendedahan awal ilmu rumah tangga kepada pasangan yang bakal berkahwin. Modul Bersepadu Kursus Pra perkahwinan Islam (MBKPI) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah digunakan sejak ia dilaksanakan pada tahun 1997. Modul ini sentiasa dikemas kini dan terkini ia menggunakan MBKPI Versi 4 dengan penambahbaikan pada isi kandungan slide bergambar, video ringkas dan drama.
Terdapat beberapa tajuk yang dibincangkan dalam kursus ini seperti berikut :
1. Tasawur Islam 2. Perkahwinan dan Prosedur 3. Majlis Akad Nikah dan Walimatul Urus 4. Tanggungjawab Suami Isteri 5. Komunikasi Suami Isteri 6. Pengurusan Kewangan 7. Pengurusan Stres dan Konflik 8. Pengurusan Kesihatan Keluarga 9. Pembubaran Perkahwinan
Setiap tajuk ini dikupas antara 1 sehingga 2 jam dalam KPPI yang dilaksanakan untuk tempoh 2 hari dengan jumlah 13 jam bagi keseluruhan 10 tajuk. Sudah pasti ia tidak mencukupi untuk menurunkan ilmu perkahwinan dan membincangkan aspek persediaan perkahwinan secara terperinci dan mendalam sebagai bekalan setiap individu.
Sebagai makluman tambahan, selain KPPI, JAIS juga melaksanakan kursus pasca perkahwinan mengikut 4 fasa perkahwinan sebagai usaha yang boleh diambil oleh semua pasangan suami isteri bagi memantapkan perkahwinan yang dibina.
Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya nak bertanya apabila berlaku kes perceraian
pasti ada kesan dia. Terutamanya kepada keluarga yang dah memiliki anak-anak. Jadi apa yang diusahakan oleh pihak JAIS untuk membela golongan tersebut khususnya mereka yang terkesan akibat perceraian sebab saya tidak nampak program ke arah itu
Yang kedua, adakah wujud perceraian disebabkan poligami. Sebab tidak dinyatakan juga tadi. Sebab saya bimbang berlaku pernikahan secara online. Macam mana berlaku kepada timbalan menteri sebelum ini.
Terima kasih kepada Meru yang mengajukan soalan tambahan berkenaan dengan apa jadi kepada anak-anak daripada pasangan yang bercerai.
Yang pertama, aktiviti atau pun program yang dikendalikan oleh JAIS melalui masjid-masjid ialah mediasi. Iaitu sesi bimbingan atau pun macam kaunseling lah kepada mereka supaya kebajikan anak-anak sentiasa diberi perhatian terutamanya berkaitan dengan nafkah, berkaitan dengan pendidikan, dan berkaitan dengan psikologi kerana kita memahami bahawa apabila berlaku perceraian pastinya akan berlaku pertikaian dan juga perebutan hak penjagaan dan sebagainya.
Yang kedua nya berkaitan dengan poligami. Meru sangat berminat dengan poligami ini tetapi tidak jadi-jadi (ketawa), kami akan mencari adakah faktor poligami ini menjadi punca penceraian. Soalan ini nanti kami akan susul dengan secara bertulis kepada Meru. Adakah faktor poligami ini menjadi punca penceraian. Tidak semestinya sebab, ada faktor-faktor lain yang perlu diperhatikan. Sekian terima kasih.
Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Ijok ingin nak menanyakan kepada Yang Berhormat EXCO, adakah kemandulan kepada suami isteri salah satu punca penceraian? Adakah dalam list, sebab Tuan EXCO tidak beritahu tentang masalah kemandulan.
Tadi soalan tambahan daripada Ijok kan? Jadi Yang Berhormat Sungai Kandis kerana menjawab. Hulu Kelang duduk dulu. Satu persatu.
Terima kasih kepada Ijok yang mengajukan soalan adakah faktor kemandulan atau ketidaksuburan pasangan menjadi punca kepada penceraian?
Saya percaya ini juga adalah sebahagian daripada faktor perceraian tetapi bukanlah faktor utama dan saya akan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan faktor yang disebutkan tadi. Kalau sekiranya benar ia menjadi faktor utama penceraian, sewajarnya pihak Jabatan Kesihatan atau pun Bahagian Reproduksi untuk melihat
apakah faktor-faktor menjadi kemandulan ini. Adakah kerana gaya hidup, adakah faktor genetik, adakah mungkin Ijok lebih faham tentang faktor-faktor ini. Jadi sebagai pakar dalam bidang ini, saya percaya Ijok mempunyai maklumat yang boleh dikongsi dengan pihak Kerajaan
Wah nampaknya, isu cerai ini ramai yang minat ya. Ahli-Ahli Yang Berhormat, menarik perhatian, jangan cerai, Taman Medan jangan cerai .
Baik terima kasih tuan speaker. Soalan saya kepada Yang Berhormat EXCO tentang.. sabar (ketawa) tentang persoalan perceraian ini. Saya nak melihat, masih wujudkah lagi apa yang dilaksanakan di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Di Selangor, proses perceraian yang dinamakan fast track. Itu hari mohon, itu hari juga dapat.
Yang kedua, apakah wujud keselarasan di antara Jabatan Kehakiman Syariah dan JAIS. Sebab ada kes yang bercerai di Mahkamah Syariah, dia tidak daftar tiba-tiba dia hidup balik sebagai suami-isteri dengan ruju’ secara hukum syarak’ sahaja. Jadi saya mohon penjelasan atau pun pencerahan daripada Yang Berhormat Sungai Kandis.
Terima kasih kepada Taman Medan yang mengajukan tentang program fast track yang dilaksanakan di Jabatan Kehakiman Syariah.
Program ini masih berjalan bahkan ada sesi waktu malam. Sebagai tambahan untuk mempercepatkan permohonan-permohonan dan juga isu-isu yang dilaksanakan. Dan berkaitan dengan keserasian antara jabatan ini, ia berjalan dengan baik dan perbincangan dan juga perpindahan kes daripada Mahkamah ke JAIS yang menguruskan hal perceraian tersebut akan berjalan lancar. Cuma kalau ada sekiranya Taman Medan ada maklumat, kes yang berkenaan bolah rujuk ke jabatan berkenaan untuk kita buat tindakan susulan. Sekian terima kasih
Sebab ada kes, dia dah disahkan bercerai di Mahkamah Syariah tetapi tidak didaftarkan kemudian mereka merujuk, ruju’ sekadar hukum syarak’ dengan menggunakan sijil nikah yang asal. Pada hal sijil nikah itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Syariah. Jadi itulah yang saya maksudkan kepada YB Sungai Kandis.
Ya salurkan maklumat, nanti kita akan buat susulan.
Soalan tambahan.
Ya. Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker. tadi Yang Berhormat Sungai Kandis menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 6,000 kes penceraian di Negeri Selangor dan Sementa ingin bertanya adakah kes-kes ini termasuk pasangan daripada warga negara berkahwin dengan warga asing atau pun dan Sementa ingin tahu berapakah bilangan dan peratus daripada kes ini.
Kalau kita concern tentang warga negara kita yang berkahwin dengan warga asing, dan terjadinya kes perceraian dan ditinggalkan sekiranya ia adalah wanita warga negara dan kita ingin tahu apakah yang Kerajaan Negeri boleh bantu kepada pasangan ini.
Terima kasih Sementa yang mengajukan soalan tambahan berkenaan dengan data penceraian melibatkan warga asing. Kalau sekiranya pernikahan itu berlaku di Malaysia, dia akan masuk dalam rekod jabatan, tapi kalau dia menikah di bawah pokok dia tak masuk ataupun di melibatkan sindiket tertentu, ataupun dia menikah di luar negara tapi tak daftar, dia tak masuk. Banyak kes-kes yang menikah di luar negara, menikah sindiket ini, mereka tak melaporkan kepada pihak jabatan kerana mungkin takut tindakan dan akhirnya berlaku masalah apabila salah seorang meninggal ataupun anak-anak tidak mempunyai dokumen dan untuk makluman, kenapa di Selangor ini kita melihat kes tinggi kerana kebanyakannya mereka adalah muhajirin yang tinggal daripada negeri di selatan, di Johor, Kelantan, Terengganu, bekerja di Selangor, menikah di luar Selangor, bercerai di Selangor. Ini yang menambah kes ini agak tinggi. Sekian, terima kasih.
Balakong.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no. 60.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 60. Bantuan Untuk Memulihkan Ekonomi PelanconganQuestions
60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah kerajaan berhasrat untuk membantu penubuhan syarikat pelancongan baru supaya pemulihan ekonomi bidang pelancongan akan dipercepatkan? Jika ada, apakah bantuan tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Balakong. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, tiada lagi bantuan atau insentif khusus yang diberikan kepada syarikat pelancongan yang baru ditubuhkan. Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri melalui pihak Tourism Selangor telah bersedia memperkasakan semula sektor pelancongan di Negeri Selangor dengan memperkenalkan bantuan atau insentif yang dapat dimanfaatkan oleh sebahagian besar penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor. Antaranya adalah seperti Pakej Prihatin Kita Selangor 2.0 melalui Geran Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan dan Pertandingan Pitching Pelan Pemulihan sebanyak RM150 ribu. Bagi Semarakkan Semula Sektor Pelancongan Domestik Negeri Selangor, jangka masa proses permohonan Geran Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan ini dibuka sehingga 31 Mac 2022, manakala Pertandingan Pitching Pemulihan Pelancongan akan bermula pada bulan Jun 2022.
Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan Pelabuhan Klang no. 61.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 61. Kerosakan Jalanraya Selepas Bencana Banjir BesarQuestions
61. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah pihak kerajaan telah mengenal pasti jalan raya yang rosak akibat daripada bencana banjir besar pada Disember 2021?
b)
Bilakah pihak kerajaan akan memulakan kerja-kerja membaik pulih jalan raya yang rosak akibat daripada banjir besar?
Yang Berhormat Speaker, saya akan jawab soalan ini bagi pihak Yang Berhormat Pandan Indah.
a) JKR Selangor telah mengenal pasti jalan raya yang rosak akibat bencana banjir besar pada Disember 2021. Untuk baik pulih segera seperti kerosakan jalan akibat potholes, kerja-kerja dilaksanakan mengikut SOP sedia ada dan ia
dilaksanakan konsesi penyelenggaraan jalan yang dilantik. Selain itu, JKR Selangor juga telah mengenal pasti beberapa jalan yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir dan bagi jalan negeri, tindakan pemulihan adalah di bawah program pemulihan infrastruktur pasca banjir menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2022 sementara bagi jalan persekutuan, tindakan pemulihan telah diluluskan di bawah program penyelenggaraan jalan persekutuan pasca banjir tahun 2022. b)
Kerja-kerja membaik pulih jalan raya yang rosak akibat daripada banjir besar telah pun dimulakan oleh pihak JKR Selangor. Mengikut rekod, terdapat 21 lokasi jalan negeri dan 27 lokasi jalan persekutuan yang mengalami kerosakan teruk akibat kejadian banjir yang lalu. Ringkasan status kerja adalah seperti berikut: Jalan Negeri Daerah Bil. Lokasi Jalan Rosak Status * Belum Mula Sedang Laksana Siap Gombak 3 2
1 Sepang 1
1 Kuala Selangor 1 1
Petaling 3 1 2
Hulu Langat 13 11
2 JUMLAH 21 15 2 4
Nota: * Proses SI dan rekabentuk Jalan Persekutuan Daerah Bil. Lokasi Jalan Rosak Status * Belum Mula Sedang Laksana Siap Gombak 3
1 2 Sepang 1
1 Kuala Langat 3
3
Petaling 4 1 3
Klang 8 3 4 1 Hulu Langat 8 2 3 3 JUMLAH 27 6 14 7
Nota: * Proses SI dan reka bentuk
Soalan tambahan.
Pelabuhan Klang.
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Bagaimana dengan jalan-jalan milik Pihak Berkuasa Tempatan. Tadi yang dimaklumkan tentang Jabatan Kerja Raya, tapi bagaimana dengan jalan-jalan milik Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Pejabat Daerah.
Bagi jalan-jalan yang di bawah penyeliaan PBT iaitu kebanyakan di kawasan perumahan ataupun kawasan komersial, setelah aduan diterima, kalau ada potholes dia akan di segerakan untuk membaiki jalan-jalan tersebut.
Seri Kembangan, masih lagi dalam kuarantin.
Tuan Speaker, saya ingin menggunakan peraturan tetap 24(2) untuk mengambil soalan ini. Soalan 62.
Baik, saya benarkan.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 62. Dasar Baharu Untuk Menandatangani Lubang JalanQuestions
62. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Jalan dikategorikan kepada jalan JKR, jalan PBT dan jalan kampung. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk melantik sebuah agensi khasnya untuk meronda dan melaporkan lubang jalan kepada pihak JKR, PBT, PTD dan tidak hanya bergantung kepada aduan orang awam?
Tuan Speaker, saya akan jawab soalan 62 untuk Yang Berhormat Pandan Indah juga. a) Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semua Pejabat Daerah Tanah (PDT) sentiasa komited dalam penyelenggaraan jalan dan sentiasa melakukan rondaan dari masa ke semasa. Buat masa ini tiada keperluan untuk melantik sebuah agensi khasnya untuk
meronda dan melaporkan jalan berlubang kepada pihak JKR, PBT, PTD memandangkan telah banyak medium aduan di mana aduan-aduan tersebut akan disaring dan dipanjangkan kepada jabatan dan agensi yang berkaitan. Kerajaan Negeri melalui Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menerusi entiti SSDU Innovations Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu sistem aduan melalui aplikasi Intelligent Respond Selangor (IRS) yang berfungsi untuk menyalurkan aduan pengguna jalan raya dengan hanya menggunakan telefon pintar melalui aplikasi waze. Kerajaan Negeri melalui Selgem Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) juga telah membangunkan sistem pintar bersepadu maklumat jalan raya SRAMS (Smart Road Assets Management System) yang akan mengintegrasikan sistem sedia ada seperti Marris Online, Road Asset Management, Sistem Pengurusan Aduan dari media sosial dan Aplikasi Kecerdasan Buatan Sistem Pemantauan Potholes di mana sistem bersepadu ini dipantau secara harian. Teima kasih.
Hulu Bernam, tidak hadir. Ramai pembangkang tidak hadir hari ini. Hulu Kelang.
64.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 64. Menaiktaraf Medan Selera Melawati Hulu KelangQuestions
64. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apa pendirian Kerajaan Negeri terhadap cadangan rakyat yang mahukan ADUN Hulu Kelang menerajui satu Task-Force bagi menaiktaraf medan selera tersebut tanpa sebarang bayaran?
Tuan Speaker. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tiada halangan dan mengalu-alukan penglibatan dari pihak ADUN Hulu Kelang dalam memberi cadangan dan idea termasuk menerajui satu Task-Force bagi menaiktaraf Medan Selera Melawati, Hulu Kelang dari semasa ke semasa. Ahli-ahli Majlis serta MPAJ juga sedia untuk membantu untuk menjayakan projek ini. Terima kasih.
Soalan Tambahan.
Silakan.
Tidak ada perubahan langsung, bagi saya di Hulu Kelang, perihal medan selera. Medan selera dulu tidak maju, kalau AU2, A2C, kampung saya, mana Segamat dia tidak. Bila ada perbincangan yang diadakan dengan anak muda, mereka suka ada permainan taman macam basikal, mountain bike, ada jual bundle, jual pakaian jahitan jubah dan sebagainya, tiba-tiba melonjak. Dan yang belum melonjak apabila seorang anak muda bernama Daud Azlan, dia meniaga fish, western food tapi dia punya sedap, makanan sedap, resepinya baik. Jadi tiap-tiap minggu, kalau hujung inggu, sekurang-kurangnya sabtu ahad, booking 100-200 people dari pejabat-pejabat dekat-dekat situ sampai ke PJ pun datang. Jadi its a good business.
Pernah dikatakan dulu, tidak ada pencapaian, tapi tak betul. Saya tengok perniagaan sangat hebat dan Yusof Tomyam dia boleh jual sampai 500 bungkus, paprik dan hebat. Dan saya lebih, tempatnya saya, kalau banjir kalau hujan memang jadi pecaran, pecaran itu tempat selekeh, lecak.
Tuan Speaker, macam ada suara lain, ada suara lain saya dengar, tak berapa nak ni, rasanya macam ada yang bersembang dalam Dewan ini. Minta tolong tegur sikit.
Suara-suara ya. Baik, saya ambil maklum Yang Berhormat Taman Templer. Saya minta bentara dan juga petugas-petugas, urusetia tolong check siapa-siapa yang menggangu di mana-mana penjuru dan sudut-sudut, jangan keluarkan suara-suara yang boleh menggangu perjalanan sidang Dewan yang mulia ini. Saya minta Hulu Kelang ringkaskan soalan itu, saya pun tak faham.
Saya nak bawa isu, oleh itu kita mahu di keluarkan peruntukkan, makna MPAJ ada kekuatan. Saya rasa YDP pun atau bila kita atau MPAJ dalam rundingan, tapi jangan rundingan lama-lama, dibuat dengan kemas, buat improve ke kebersihan, dia punya pasak, dia punya ....
Melawati ini tasik, dia ada empat kedai tak bayar cukai lapan tahun, bukan nak buat audit, mana boleh. MPAJ mana boleh macam itu, you can not do ... saya ingin menjelaskan di sini bahawa, please la, tolonglah MPAJ, you have a lot of money, jangan simpan-simpan, tak baik. Belanja untuk rakyat banyak keberkatannya. Saya minta dalam masa sebelum raya, mesti dah to see improvement dan kita akan jadikan tempat itu tempat yang terbaik. Terima kasih, boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kelang. Saya ambil maklum kalau Yang Berhormat boleh belanja makan tomyam yang sedap itu, saya
sendiri akan turun sekali dengan YDP untuk memantau keadaan di sana. Terima kasih.
Rawang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya soalan 65.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 65. Hospital Selgate RawangQuestions
65. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perkembangan kini pembinaan Hospital Selgate Rawang?
b)
Apakah sebab kelewatan projek pembinaan hospital?
c)
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan pembinaan hospital lengkap dalam masa terdekat?
Terima kasih Yang Berhormat Rawang. Rawang bertanya mengenai Hospital Selgate di Rawang. Yang Berhormat Rawang bertanyakan tentang perkembangan terkini pembinaan Hospital Selgate Rawang. Berdasarkan laporan kemajuan bulan Februari 2022, kemajuan pembinaan adalah sebanyak 45%.
Antara sebab-sebab kelewatan projek ini adalah disebabkan oleh
(i) Purata pekerja harian yang sedikit akibat daripada perlaksanaan PKP dan PKP 3.0. Selain daripada itu, kekurangan pekerja asing dalam bidang pembinaan.
(ii) Masalah pembekal yang menutup operasi sepanjang perlaksanaan PKP, di mana tempoh operasi yang tidak menentu menyebabkan pembinaan berjalan dengan perlahan.
(iii) Akibat daripada itu juga, harga barang mentah yang naik mendadak menyebabkan kelancaran pembinaan terganggu.
SELGATE Rawang Hospital adalah anak syarikat SELGATE Corporation. Selaku syarikat induk, SELGATE Corporation akan memastikan pembinaan hospital dapat disiapkan secepat mungkin. Terima kasih.
Dusun Tua.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya no. 66.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 66. Penggunaan Peruntukan Untuk Penghasilan Kandungan Multimedia Buat Ahli Dewan NegeriQuestions
66. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah yang menghalang Kerajaan Negeri daripada membenarkan sebahagian peruntukan DUN digunakan untuk kos penghasilan kandungan (content) multimedia misalnya video penerangan dan infografik?
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya ingin merujuk kepada soalan ini yang saya rasa turut menjadi perhatian beberapa Ahli Dewan Negeri. Adakah peruntukkan kita boleh digunakan untuk content ataupun menghasilkan kandungan-kandungan yang akan mempromosikan ataupun menjadi satu bahan untuk penerangan tugas-tugas selalu Ahli-ahli Dewan Negeri dan dasar-dasar negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ini adalah realiti baru dan juga norma baru ataupun keadaan baru yang harus kita hadapi. Berbeza dengan zaman-zaman dan waktu-waktu sebelum ini. Kalau sebelum ini, kita tidak ada sosial media, content akan dihasilkan oleh Consultant, dengan izin, ataupun dengan syarikat-syarikat yang establish, dengan sendiri. Namun begitu sekarang, dunia sudah semakin berkembang. Kewujudan yang dipanggil sebagai sosial media, telah menjadikan, content-content kereta ini, lebih besar dan tidak lagi eksklusif kepada kelompok dan juga syarikat-syarikat yang mempunyai infrastruktur ataupun kemudahan yang mega. Dan sebab itu, sekarang dia lebih banyak dan lebih affordable. Cumanya adakah ia
penting, adakah ia boleh digunakan sebagai bahan content. Perkara ini kita akan bincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, sebab ia perlu di putuskan dalam MMKN. Walaupun ini adalah tempat tertinggi untuk saya sampaikan, namun kita kena tunggu, lihat Kertas Cadangan daripada Bahagian Kewangan dan Bahagian Pengurusan, supaya kita boleh menetapkan apakah ia boleh dilakukan dan apakah limitasinya. Sebab ia perkara baru. Kalau bukan perkara baru, dia, kita boleh repeat lah. Buat jambatan, supply speaker dan sebagainya, boleh. Tetapi kalau benda yang baru buat content, dan ia, saya rasa perlu ada penyelesaian. Secara peribadi, saya tiada halangan. Cuma kita kena siapkan berapa limitasi. Limitasi.
Yang Amat Berhormat, sila duduk. Terima kasih. Sesi pertanyaan telah tamat. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.00 pagi, dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta Menjunjung Kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan SelangorMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, sambungan usul menyembah ucapan terima kasih serta Menjunjung Kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Saya mempersilakan EXCO Yang Berhormat Sungai Kandis untuk meneruskan penggulungan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Speaker dan juga semua Ahli-Ahli Dewan yang mengambil bahagian dalam membahaskan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Dan banyak perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Ahli Dewan, berkaitan dengan isu pengimarahan masjid, isu tauliah, dan juga isu berkaitan dengan pembinaan sekolah agama. Ahli-Ahli Dewan yang saya hormati sekalian, kalau kita melihat dalam maqasid, tujuan kenapa masjid itu dibina. Masjid dibina ialah sebagai pusat ataupun central umat Islam untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kerohanian, aktiviti ibadah. Seperti solat, zikir dan sebagainya. Tetapi solat, masjid juga adalah sebagai tempat di mana aktiviti pendidikan, pengajian-pengajian, kuliah-kuliah, dilaksanakan. Juga aktiviti sosial, di mana aktiviti kemahiran, masakan, aktiviti yang boleh membina nilai tambah kepada pembinaan kualiti pembinaan insan.
Tetapi, ada beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan berkenaan dengan kuliah-kuliah yang disampaikan, yang asalnya berkaitan dengan ilmu tetapi akhirnya apa yang dibincangkan itu menimbulkan perdebatan dan perbahasan yang tidak berkesudahan. Terutamanya berkaitan hal-hal furoq, hal-hal kecil, hal-hal ranting, yang sebenarnya ini telah pun dibahaskan dan diselesaikan ratusan tahun yang dulu. Persoalan talkin, soal tahlil, baca Yasin malam Jumaat. Ini semua adalah perkara-perkara furoq, ranting dan majlis Fatwa telah mengeluarkan fatwa menangani persoalan bidaah dalam masalah khilaf dan masalah furoq yang telah diwartakan
pada 31 Julai 2014. Fatwa tersebut menjelaskan bahawa persoalan khilaf adalah perkara ijtihadiah dan tidak boleh dihukumkan sebagai bidaah. Fatwa tersebut turut menyatakan bahawa pandangan jumhur sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas atau perkara pokok dalam berdakwah. Dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiah, yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.
Seterusnya, fatwa tersebut juga menyenaraikan sebahagian amalan yang didakwa sebagai amalan bidaah oleh golongan tertentu. Yang dibangkitkan oleh Taman Medan, berkenaan Fahaman Wahabi, adakah ia terkeluar daripada Ahli Sunah Wal Jamaah. Setakat ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, tidak pernah mengeluarkan fatwa khusus, bahawa Fahaman Wahabi terkeluar atau bercanggah dengan ajaran Islam menurut fahaman Ahli Sunah Wal Jamah.
Meru membangkitkan tentang perkara yang berkaitan dengan pendidikan, iaitu pembinaan Sekolah Rendah Agama di Taman Sungai Kapar Indah. Meru hadir. JAIS bercadang untuk mengemukakan pembangunan pembinaan sekolah tersebut dalam Malaysia ke 13, yang terdiri dari 40 buah bilik darjah. Untuk makluman JAIS pernah berhasrat untuk mencadangkan pembinaan ini dimasukkan pada RMK-12, namun setelah diteliti, JAIS mendapati ada masalah status tanah yang perlu diselesaikan. Sehubungan itu, usaha-usaha untuk mewartakan tanah tersebut akan dimuktamadkan pada tahun ini.
Soalan berkenaan dengan tanah kubur di Meru. Tanah perkuburan Islam Meru yang ada sekarang ini berkeluasan 5 ekar, masih boleh menampung 1,200 plot jenazah baru. Selain daripada itu, individu yang akan mewakafkan tanah seluas 1.5 ekar, bersebelahan sahaja, sebagai tambahan. Boleh menampung 1,200 plot kubur lagi. Berdasarkan jumlah purata kematian sebulan seramai 16 orang, atau 16 jenazah atau 200 jenazah setahun, maka tapak perkuburan Islam Meru, masih boleh menampung keperluan pengkebumian ahli kariah bagi tempoh 12 tahun lagi. Tapak perkuburan sedia ada masih mencukupi. Sekiranya berlaku keadaan mendesak di luar tempoh yang dijangkakan, maka tapak Perkuburan Islam Bersepadu di U13, Setia Alam, yang luasnya lebih kurang 40 ekar, yang diletakkan di bawah kawalan MBSA dengan jarak lebih kurang 8 kilometer daripada Masjid As-Syarif, Meru, boleh mengatasi keperluan tersebut. Persoalan berkenaan dengan pewartaan tapak Masjid As-Syarif. Proses permohonan pewartaan tapak Masjid As-Syarif, Meru seluas 3.644 ekar, telah dikemukakan kepada pihak Pejabat Daerah Tanah Klang, pada 4 Februari 2020. Dan sedang dalam peringkat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Berkenaan dengan cadangan JAIS untuk mengkaji agar solat Jumaat tidak perlu dos penggalak. JAIS akan mengemukakan Kertas untuk disembah maklum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan akan melaksanakan perkara-perkara yang diperkenankan oleh Baginda. Prinsip-prinsip ketetapan yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah bagi memastikan keselamatan serta
kesejahteraan rakyat keseluruhannya dan bukan untuk menghalang aktiviti ibadah atau pengimarahan masjid dan surau di negeri Selangor.
Berkenaan dengan isu tauliah yang dibangkitkan dan juga disentuh oleh Taman Medan. Proses pemantauan dan semakan untuk mengenal pasti mana-mana pemegang tauliah yang berjawatan atau aktif politik sentiasa berjalan dari masa ke semasa. Sekiranya terdapat mana-mana pihak, yang mempunyai maklumat, bolehlah mengadakan, membuat aduan rasmi kepada Jabatan Agama Islam untuk tindakan lanjut. Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Selangor 2008, mentafsirkan, mengajar ertinya menyampaikan sebarang maklumat yang berkaitan agama Islam melalui ceramah, forum, pengkisahan, motivasi, taklimat, tazkirah, pembentangan kertas kerja, kuliah dan sebagainya. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, peruntukkan bahawa mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau tentang agama Islam di dalam kediamannya sendiri, kepada anggota keluarganya sahaja, tidak menjadi kesalahan.
Mohon pencerahan sikit, Yang Berhormat Sungai Kandis.
Taman Medan.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Dalam sesi perbahasan, saya menyebut tentang takrifan apa yang dikatakan sebagai aktivis politik, yang tidak dibenarkan, ataupun tidak akan diberikan tauliah kerana status politik. Saya membangkitkan tentang, kedudukan ahli politik itu, dik alangan umpamanya mereka yang menjadi anggota Dewan Legislatif, seperti Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara. Kerana baru-baru ini, dalam sekitar 2 minggu yang lepas, seorang Ahli Dewan Negara, iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Al Bakri, telah menyampaikan kuliah di sebuah masjid di kawasan Taman Medan. Jadi apakah, status yang ditakrifkan sebagai ahli politik, merangkumi mereka yang berkenaan. Jadi saya nak melihat bahawa kalau Ahli Dewan Legislatif yang biasa, seperti di kalangan Ahli Dewan ini yang telah ditamatkan, begitu juga Ahli Dewan Rakyat. Jadi saya nak melihat bahawa, apakah justifikasi sebenar yang boleh diberikan. Sebab saya lihat, bahawa masih lagi ada lagi, beberapa ketidakjelasan, benda tak jelas. Sebab itu yang berlaku. Jadi saya harap pencerahan daripada Yang Berhormat Sungai Kandis.
Terima kasih Taman Medan, yang mengajukan berkenaan dengan status Senator atau Ahli Dewan Negara yang dia dilantik untuk memegang jawatan, tetapi dia bukanlah aktivis politik. Majlis Agama Islam Selangor sentiasa menerima nama-nama, aduan dan perkara ini akan dibawa dalam mesyuarat, dalam mesyuarat bulanan yang dilakukan. Memang terdapat berbagai-bagai-bagai aduan yang disampaikan secara rasmi dan akan diteliti, setiap aduan tersebut.
Berkenaan dengan Meru tadi, ada satu lagi perkara yang dibangkitkan berkenaan industri halal. Cadangan supaya Portfolio Industri Halal ini diperkasakan, ditambah peruntukan. Dan untuk makluman, ketika ditubuhkan pada tahun 2020, Portfolio Industri Halal diberi peruntukan RM 1 juta. Dan tahun ini, ditambah menjadi RM 2 juta, untuk merancang dan merangka strategi bagaimana untuk mengangkat industri halal di negeri Selangor sebagai peneraju industri halal di Malaysia. Dan kita telah pun menggerakkan melalui syarikat di bawah MBI iaitu Expire Flax Ship untuk meneroka dan melihat peluang dan potensi industri halal di negeri Selangor. Dan ada beberapa perkara besar yang telah dirancang dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Perkara dibangkitkan oleh Kota Damansara. Kota Damansara, ada.
Berkenaan dengan pembinaan masjid Kota Damansara. Pihak JKR sedang dalam proses penyediaan dokumen tender dan dijangka akan diiklankan pada bulan Julai 2022. Pembinaan masjid dijangka siap pada Februari 2025. Kemudian pembinaan Masjid Subang Bestari, yang telah pun saya jelaskan pada jawapan yang lepas. Dan serah tapak pembinaan Masjid Subang Bestari kepada pihak kontraktor telah dilaksanakan pada 23 Mac 2021. Walau bagaimanapun, terdapat masalah teknikal dari aspek kelulusan pelan bangunan daripada pihak PBT. Pelan bangunan tersebut telah diluluskan pada 8 Disember 2021, dan pihak kontraktor telah memulakan kerja-kerja pembersihan tapak bagi memulakan kerja-kerja tanah di tanah tersebut.
Berkenaan dengan sewaan TELCO di masjid dan surau. Pelaksanaan pembayaran sewaan TELCO di masjid dan surau yang dikuatkuasakan oleh JAIS adalah berdasarkan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor melalui surat bil ( 76 ) dlm. Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Jld. 60, bertarikh 13 Julai 2021. Pelaksanaannya juga selaras kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mengawal dan membuat arahan kepada pegawai dan Jawatankuasa masjid dan surau, termasuklah dalam kutipan dan perbelanjaan.
Berkenaan dengan sumbangan Ihya Ramadan, program agihan sumbangan moreh Ihya Ramadan kepada masjid dan surau di negeri Selangor akan dilaksanakan sempena ketibaan Ramadan yang tidak lama lagi. Dalam 2 minggu lagi. Jadi mekanisme penyampaian bantuan moreh tersebut akan diselaraskan oleh JAIS dengan Pejabat Agama Islam Daerah dan juga Pejabat Ahli Dewan Negeri, InsyaAllah.
Kota Damansara juga membangkitkan soal, parking dan bumbung masjid. JAIS telah membuat anggaran kos yang terlibat untuk menurap parking di kawasan parking Masjid At-Taqwa, Desa Subang Permai, U6, Shah Alam. Spesifikasi penurapan termasuklah kerja-kerja resurface, membaharui muka permukaan jalan, di dataran kejat. Kerja-kerja penurapan premix setebal 50mm dan penyediaan petak-petak parkir. Bagi tujuan pelaksanaan seterusnya, proses-proses iklan dan sebut harga sedang dibuat. Permohonan sambungan bumbung bagi bahagian belakang masjid,
yang dipohon, tak dapat dipertimbangkan. Kerana jabatan kerajaan tidak boleh menyalurkan dana secara tunai kepada mana pihak.
Kemudian, Sungai Panjang. Sungai Panjang tidak hadir kerana kekangan Covid, saya akan diminta untuk menjelaskan dan beliau mengikuti secara online, dalam talian. Sungai Panjang membangkitkan tentang soal perhatian sekolah-sekolah. Baik pulih sekolah-sekolah Agama di kawasan DUN Sungai Panjang. Sepanjang tahun 2019 hingga 2021, JAIS telah melaksanakan kerja-kerja baik pulih di beberapa sekolah agama di dalam DUN Sungai Panjang. Antara sekolah-sekolah tersebut ialah:-
(i) Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani, baik pulih dan naik taraf sekolah;
(ii) Sekolah Rendah Agama Sungai Limau, baik pulih sekolah dan menaik taraf elektrik;
(iii) Sekolah Rendah Agama Sungai Haji Dorani, baik pulih dan menaik taraf sekolah;
(iv) Sekolah Rendah Agama Parit Empat, Sungai Haji Dorani, penyelenggara dan menaik taraf pendawaian elektrik;
(iv) Sekolah Rendah Agama Simpang Lima, baik pulih dan menaik taraf sekolah;
(vi) Sekolah Rendah Agama Parit Sebelas, Ban 2, Pasir Panjang, baik pulih dan menaik taraf sekolah;
(vii) Sekolah Rendah Agama Batu 23, Sungai Nibong, baik pulih dan menaik taraf sekolah, meroboh dan membersihkan sekolah, struktur bangunan yang retak dan mendap;
(viii) Sekolah Rendah Agama Binjai Jaya, baik pulih dan menaik taraf sekolah;
(ix) KAFA Integrasi Nurul Falah, Parit 13, Sungai Nibong, baik pulih dan menaik taraf sekolah, memasang jubin lantai;
Sehubungan itu JAIS juga akan mempertimbang untuk melaksanakan pembaikan pada masa-masa akan datang ya. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin ya walaupun kawasan ini diwakili oleh Parti Pembangkang ya tidak kira memilih sama ada kawasan ADUN Kerajaan atau ADUN Pembangkang.
Peraturan Mesyuarat. Peraturan Tetap. 87, saya memetik agar mungkin, mungkin kah boleh kalau Tuan Timbalan Speaker ataupun Tuan Speaker mengeluarkan satu petua sekiranya ADUN yang bertanyakan soalan ataupun membangkitkan sesuatu isu itu, jawapan yang dibekalkan oleh semasa Ahli MMKN membekalkan jawapan tapi ADUN tersebut tidak berada di Dewan ini kerana mereka tidak berminat untuk menghadiri Sidang Dewan. Kira-kira mereka tidak hadir, tidak berminat untuk mendapatkan jawapan, saja berminat untuk melepaskan angin sahaja saya mohon soalan mereka tidak perlu dijawab ataupun dijawab secara lisan dan kita boleh jimatkan masa untuk menjawab soalan ADUN yang ada di dalam Persidangan Dewan ini. Saya mohon Tuan Timbalan Speaker untuk pertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Untuk makluman Ahli Dewan semua, Sungai Panjang telah memberi surat rasmi kepada Speaker berkenaan beliau kuarantin kerana Covid-19 semalam.
Saya teruskan sedikit lagi berkenaan dengan apa yang dibangkitkan. Pembinaan Masjid baru Sungai Haji Dorani. Cadangan Pembinaan Masjid Sungai Haji Dorani telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor pada 30 Januari 2021. Berdasarkan merit keperluan pembinaan masjid tersebut, pihak JAIS mencadangkan agar pembinaan masjid tersebut dimasukkan dalam Projek Rancangan Pembangunan Malaysia Ketiga Belas yang akan datang.
Sungai Panjang membangkitkan tentang perkahwinan di bawah umur di tolak walaupun terdapat waris yang turut memberi kebenaran supaya dikahwinkan. Apakah tak ada pertimbangan yang boleh dibuat?
Terdapat beberapa faktor yang dipertimbangkan oleh Hakim Syarie dalam membuat keputusan sama ada meluluskan atau menolak permohonan nikah bawah umur. Berdasarkan Peruntukan dalam Seksyen 8A, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 Pindaan 2018, Mahkamah sebelum membuat apa-apa keputusan hendaklah mendapatkan laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKSM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan permohonan nikah bawah umur yang dipohon.
Faktor kebajikan terhadap pasangan, terutama bakal isteri paling diutamakan oleh Hakim Syarie. Sekalipun tiada bantahan daripada keluarga dan pasangan setuju untuk berkahwin tetapi laporan daripada agensi berkenaan menyatakan pasangan masih belum sesuai untuk mendirikan rumah tangga maka perkahwinan tersebut boleh dijadikan asas dan kayu pengukur bagi seseorang Hakim dalam membuat keputusan sama ada meluluskan atau menolak permohonan tersebut.
Sebagai contoh, laporan Pejabat Kesihatan Daerah menyatakan bakal isteri masih belum sesuai untuk berkahwin dan sekiranya perkahwinan tersebut dilangsungkan ia
boleh memudaratkan serta timbul implikasi dari segi kesihatan sama ada fizikal atau mental kepada bakal isteri. Selain itu, Mahkamah juga akan menilai kemampuan suami untuk menyara keluarga. Sekiranya bakal suami tiada pekerjaan, bagaimana perkahwinan tersebut hendak diteruskan kerana ia boleh memudaratkan keluarga. Suami bertanggungjawab untuk menyediakan makan minum, tempat tinggal dan pakaian untuk isteri dan anak-anak. Sekiranya suami tiada sumber pendapatan, bagaimana suami akan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Terdapat juga kes-kes permohonan nikah bawah umur yang bertujuan mengelakkan lelaki dikenakan tindakan jenayah di Mahkamah Sivil seperti kesalahan rogol dan sebagainya. Dalam kes-kes yang melibatkan pasangan telah mengandung, Mahkamah akan menyiasat, adakah wujud kes rogol atau tidak. Sekiranya, mangsa di rogol, sudah tentu ia menyebabkan trauma dan jika pernikahan tersebut dibenarkan ia akan menimbulkan tekanan dan mungkin boleh menyebabkan masalah mental. Oleh itu, laporan daripada ketiga-tiga agensi dipertimbangkan sebelum perkahwinan itu dibenarkan.
Seterusnya yang dibangkitkan oleh Taman Templer. Ada Taman Templer? Oh! Dah sampai ya. Ketawa. Dah jumpa butang baju ya? Membangkitkan tentang status terkini kelulusan kemajuan untuk pembinaan Masjid Taman Selayang Mutiara.
Pembinaan Masjid telah digerakkan oleh Jawatankuasa Pembinaan yang telah diluluskan oleh pihak JAIS pada 10 Mac 2015, di atas tanah Lot. PT 1119 milik MAIS yang berkeluasan 5,042 meter persegi. Kerja-kerja awalan oleh Jawatankuasa Pembinaan di atas tanah tersebut telah dihentikan sementara oleh Pihak Berkuasa Tempatan Selayang ataupun MPS kerana Tidak Mematuhi Syarat Kebenaran Merancang atau KM. Usaha sedang dibuat oleh Jawatankuasa Pembinaan untuk memenuhi piawaian PBT dan pihak MAIS selaku pemilik tanah sebelum diputuskan keperluannya untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas oleh pihak JAIS.
Hah! Ini dah dua kali tanya dalam Dewan ni tapi insyaAllah nanti akan dibantu untuk dipermudahkan.
Kali ketiga pun tak apa EXCO, untuk rakyat demi rakyat.
Ya, terbaik Taman Templer. Yang keduanya berkaitan dengan status terkini Masjid Baru Kampung Selayang Pandang. Jawatankuasa Pembinaan telah menarik balik hasrat pembinaan masjid baru di tapak milik MAIS yang berkeluasan 1.7 ekar disebabkan kekangan dana yang masih belum mencukupi.
Ekoran dari keputusan tersebut Jawatankuasa Pembinaan Masjid telah memohon kelulusan daripada Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor menaik taraf masjid sedia ada ya daripada bina kepada naik taraf dengan kos RM 4 juta.
Permohonan tersebut telah diluluskan oleh JAIS pada 12 Ogos 2020 dan sehingga kini Jawatankuasa telah dapat mengumpul dana berjumlah RM 1.7 juta.
Kemudian, dibangkitkan soal naik taraf surau Al Furqan Bandar Baru Selayang. JAIS melalui Pejabat Agama telah, akan berhubung dengan Jawatankuasa Surau Al Furqan bagi mengenal pasti keperluan menaik taraf surat tersebut kepada surau berkenaan kepada surau kebenaran Jumaat sebelum di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir JATUM untuk pertimbangan.
Dan yang lain-lain dibangkitkan oleh Semenyih berkenaan dengan Sekolah Rendah Agama di Bandar Mahkota. Jabatan Agama Islam Selangor akan menyenaraikan pembinaan SRA Bandar Mahkota di dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang akan datang. Ini adalah bagi tujuan memberi laluan kepada pembinaan SRA di Bandar Teknologi Taman Hillpark yang akan dibina menggunakan peruntukan RMK12. Jadi mengikut giliran lah ya.
Manakala, berkaitan tanah perkuburan baharu di Beranang. Buat masa ini, tiada keperluan untuk tanah perkuburan Islam yang baru kerana tapak perkuburan sedia ada di Kampung Bukit Kepong masih mempunyai baki keluasan 1.5 ekar. Selain tanah perkuburan tersebut terdapat beberapa tanah perkuburan berhampiran yang boleh digunakan untuk pengebumian umat Islam iaitu:-
(i) Tanah Perkuburan Kampung Sesapan Batu Rembau Beranang;
(ii) Tanah Perkuburan Eco Majestic yang belum digunakan dan masih proses warta; dan yang
(iii) Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma yang juga belum digunakan dan masih proses warta.
InsyaAllah cukup. Sentosa membangkitkan tentang Masjid Al Baraqah. Pihak JAIS akan menyemak perkara ini. Sekiranya semakan memenuhi merit jabatan, projek pembinaan tersebut akan dicadangkan dan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang.
Manakala Permatang, membangkitkan tentang baik pulih Sekolah Rendah Agama dan ianya telah dimasukkan dalam Rancangan Baik pulih Pembangunan Jabatan dalam tahun 2022 ini. Pemeriksaan bagi penyediaan kerja-kerja telah dilakukan, 15 Mac 2022.
Jadi semua yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Dewan berkenaan dengan pembangunan, pendidikan, pengimarahan masjid dan juga berkenaan dengan Mahkamah Syariah, saya ucapkan terima kasih kerana perkara ini akan memberikan maklumat baru kepada masyarakat berkenaan apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk memartabatkan dan mendaulatkan Islam di Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis. Saya persilakan Yang Berhormat Paya Jaras.
Terima kasih Timbalan Speaker. Paya Jaras ingin membangkitkan hanya beberapa perkara yang melibatkan portfolio generasi muda sukan dan modal insan tetapi dalam perbahasan pada kali ini banyak perbahasan tertumpu pada sukarelawan iaitu di bawah generasi muda. Ada enam ADUN yang telah membangkitkan berkaitan dengan SERVE iaitu Kampung Tunku, Sijangkang, Taman Medan, Dusun Tua, Sentosa dan Permatang.
Keseluruhannya mereka mencadangkan agar SERVE ini diperkasakan. Malah kita memang mencadangkan SERVE ini ada di kalangan ADUN yang mencadangkan supaya SERVE ini dilibatkan dalam lebih dalam iaitu Search and Rescue.
Saya ingin menarik perhatian juga kepada unit Bencana Negeri Selangor bahawa saya telah menulis surat pada unit Bencana pada 20 September 2021 yang menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan unit Bencana tetapi sehingga hari ini saya belum lagi menerima surat balasan daripada unit Bencana ini. Kita mahu bekerjasama secara formal di antara SERVE dengan unit Bencana ini. Malah kita juga mencadangkan agar di kalangan SERVE ini bernaung di bawah unit Bencana untuk mengikuti kursus, latihan yang setimpal ataupun yang bersesuaian supaya di masa hadapan dia tidak membahayakan sukarelawan kita.
Kita ada lebih 4,700 sukarelawan terlibat dalam bencana baru-baru ini dan yang akan datang. Ini kita bercadang juga untuk mengujudkan SERVE RIDER iaitu satu unit SERVE yang melibatkan di kalangan para belia motosikal kita kerana kita dapati sewaktu banjir di Hulu Langat banyak aset-aset Kerajaan tidak mampu untuk mendekati kawasan banjir atas halangan-halangan yang berada di tempat kejadian, bencana. Jadi dengan sebab itu, dengan SERVE RIDER ini, kita akan menubuhkan satu unit di kalangan belia-belia bermotor yang terlibat secara sukarelawan dalam unit sukarelawan ini dan saya ucapkan terima kasih pada Majlis Sukan Negeri Selangor dan wakil-wakil rakyat yang telah menyokong dalam usaha kita mengembelingkan tenaga di kalangan para belia untuk ke arah memperkasakan sukarelawan yang kita ada hari ini.
Selain daripada itu juga, kita ada SERVE RIDER kita akan cadangkan penubuhan SERVE RIDER dan kita juga ke arah pada SERVE ELIT iaitu yang terlibat secara
khusus dalam Search and Rescue ini. Dengan sebab itu lah saya mohon unit Bencana melihat balik surat yang saya telah tulis pada mereka sejak September tahun sudah lagi supaya saya dapat mengadakan satu modul yang khusus untuk mereka bergerak di bawah unit ini bagi melatih mereka ketika mana bencana. Itu sukarelawan.
Dalam aspek yang lain pula...
Timbalan Speaker
Ya Sijangkang.
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya nampak maklumat sama ada sukarelawan SERVE ini juga, mereka ini ada dicarumkan untuk mana-mana insurans atau pun tidak kerana mereka ini terdedah kepada apa bentuk jenis bahaya pun apa bila memberikan perkhidmatan. Terima kasih.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Sijangkang, setiap SERVE yang berdaftar, setiap ahli, SERVE ini ada dua, satu di kalangan PBS kita dan satu di kalangan mereka yang tidak berpersatuan ketika banjir jadi mereka yang tidak berpersatuan ini yang berdaftar di bawah Pusat Korordinasi Sukarelawan di bawah penyeliaan Majlis Sukan Negeri Selangor setiap daripada mereka yang turun ke lapangan kita insuranskan mereka tetapi yang berdaftar dengan kita manakala mereka yang mengambil sikap ataupun pergi terus ke lapangan kita tidak ada control di atas mereka.
Yang berdaftar dengan kita iaitu 1400 itu. Semua kalangan belia kita ini kita insurance kan. InsyaAllah apabila mereka berdaftar, kedudukan mereka selamat dari segi keselamatan, makan minum terjamin dan dari segi pergerakan juga lebih serata di tempat-tempat lain itu dari sukarelawan.
Saya hendak bangkitkan isu yang dibangkitkan oleh Kota Damansara berkaitan 777 kenapa di kalangan mereka ini tidak mendapat pekerjaan? 777 ini adalah daripada 29% daripada mereka yang hadir dalam temu duga itu, 70% kebanyakan secure sama ada di jawatan tersebut atau mereka pergi kepada temu duga yang kedua. Mengapa 777 ini tidak mempunyai pekerjaan? Kerana Pertama dari segi character ataupun personaliti mereka sendiri. Yang kedua, mereka kadang-kadang bila pergi interview ini, dia ingat dalam kepalanya dia ingat kerja sediakan tempat. Jadi bila tidak dapat, orang lain offer, dia tidak akan ambil kerja tersebut. Yang ketiga, dari segi gaji yang rendah barangkali. Expectation gaji yang rendah dan lain-lain tu mungkin atas sebab-sebab ketidaksesuaian. Matching. Job matching itu tidak berlaku. Tetapi Yang Berhormat Kota Damansara, kita akan teruskan Job Fair kita ini. Kita akan mulakan selepas Ramadan, lepas raya ini insyaAllah. Expo Job Fair kita yang lebih besar kita akan adakan dan kita consistence untuk teruskan mengadakan Job Fair. Sebab sekali
Job Fair 30% akan secure jawatan. Jadi kita banyakkanlah usaha kita yang kita adakan. Selain daripada itu, saya ingat tidak ada wakil rakyat yang bangkitkan isu di bawah portfolio saya. Saya ucapkan terima kasih semua yang telah beri perhatian kepada sukarelawan dan pekerjaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Jaras. Silakan Yang Berhormat Tanjung Sepat.
Terima kasih Tuan Speaker. Ini bagi menjawab dan cadangan Yang Berhormat Sementa iaitu cadangan agar pihak Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menggalakkan anak muda sertai, pelajar sekolah menyertai silat dengan sekolah memberi subsidi bayaran yuran?
Kerajaan Negeri sememangnya ingin memberi perhatian kepada pembangunan seni silat sebagai salah satu seni mempertahankan diri daripada warisan bangsa yang perlu dipelihara. Terdahulu daripada pelbagai program yang telah mendapat sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri melalui Persatuan-Persatuan Seni Silat di peringkat institusi pengajian sehinggalah kebangsaan. Untuk pembangunan seni silat ini seperti kursus, jurulatih, kelas pembelajaran, pembelian aset-aset seperti gendang, seruling dan sebagainya. Kerajaan Negeri juga mengambil perhatian kebajikan seni mempertahankan diri di mana perlu mendapat manfaat adalah dari segi mempertahankan diri seperti selembar dan juga sukan tarian singa.
Kerajaan Negeri juga melalui PADAT telah melaksanakan beberapa program khusus berkaitan silat bagi tujuan perkembangan dan pengeluaran. Seperti yang kita maklum selain daripada warisan seni silat dalam masa yang sama juga salah satu cabang dalam seni sukan. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri melalui PADAT turut bekerjasama memberi sokongan kepada Jawatankuasa Tetap Generasi Muda dan Sukan, serta generasi bukan kerajaan berkaitan terutamanya dalam menganjurkan program-program silat untuk generasi muda bagi tujuan mempertingkatkan minat dan kesedaran. Justeru itu, sebagai langkah yang lebih proaktif pada tahun 2022 ini Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor sememangnya telah merancang untuk melaksanakan program latihan dan kelas silat di gelanggang-gelanggang yang akan dikenal pasti, di kampung-kampung tradisi di negeri Selangor seperti format yang dicadangkan Yang Berhormat Sementa melalui pemberian subsidi yuran pembelajaran seni silat Melayu. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri masih mengenal pasti mekanisma yang terbaik untuk melaksanakan program ini memandangkan program sebegini adalah selective dan memerlukan peruntukan yang besar jika hendak dilaksanakan secara menyeluruh di negeri Selangor. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri bersedia mana-mana cadangan yang terbaik untuk melaksanakan tujuan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya silakan Yang Berhormat Kinrara.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan cadangan semasa sesi perbahasan menjunjung kasih dan titah Tuanku Selangor. Beberapa isu telah dibangkit dan disentuh oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang berkaitan dengan portfolio saya. Saya ingin mulakan dengan isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sementa.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Sementa ada membangkitkan beberapa sampah pasca banjir yang tidak diasingkan dan kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dalam membersihkan sampah-sampah pasca banjir. Semalam saya juga telah menjawab sedikit berkenaan masalah isu yang sama semasa sesi pertanyaan mulut yang ditanya oleh Yang Berhormat Lembah Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat adalah agak mustahil untuk melaksanakan proses mengasingkan proses pengasingan sampah kerana semua sisa-sisa tersebut memangnya telah bercampur daripada punca.
Peranan KDEB Waste sememangnya diarahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah untuk mengeluarkan sisa-sisa tersebut secepat mungkin dari kawasan yang terjejas. Dari jumlah kumulatif sisa banjir adalah sekitar 60 000 metrik tan dalam keadaan bertimbun, dalam keadaan bercampur-campur, berbau dan berselut. Proses pengasingan secara manual adalah sesuatu tidak realistik dan akan mengambil masa yang terlalu lama untuk dilaksanakan. Tanpa menafikan kepentingan penjagaan alam sekitar, Kerajaan Negeri berpendapat dalam keadaan bencana yang tidak dijangka ini impak sosial dan kemaslahatan penduduk yang terjejas perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu.
Sisa-sisa banjir daripada kediaman mereka perlu dilupuskan secepat mungkin supaya mereka dapat memulakan kembali kehidupan mereka seperti biasa. Bayangkan sekiranya pengasingan sampah ini dilakukan, proses sisa-sisa banjir ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan dan sudah pasti akan menimbulkan rungutan dan kemarahan penduduk. Kos keseluruhan operasi pembersihan pasca banjir di negeri Selangor adalah berjumlah RM 14,114.183 Juta. Tuan Speaker.
Soalan. Pencelahan.
Ya sila.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas penjelasan tersebut tentang sampah pukal yang bercampur aduk yang tidak dapat kita buat pengasingan di punca seperti yang sepatutnya kerana keadaan yang darurat yang sebegini. Cumanya, saya ingin untuk menekankan pada masa-masa seterusnya Kerajaan Negeri akan lebih mengambil kira dan juga mengambil dalam pengurusan sisa pepejal ini untuk membuat pengasingan sampah-sampah yang ada ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sementa. Pengasingan sampah memang merupakan satu hala tuju oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sebenarnya selama ini Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT telah melaksanakan program-program pengasingan sampah. PBT bekerjasama dengan persatuan penduduk, PBT bekerjasama dengan sekolah, PBT bekerjasama dengan komuniti untuk mengadakan program pengasingan sampah.
Dan bagi pihak KDEB Waste Management pula, dua buah apa yang kita katakan resources recovery center ditubuhkan. Sebenarnya, sebelum banjir kilat berlaku telah ditubuhkan 2 buah resources recovery center. Sebuah di kawasan Meru, saya rasa sudah 2 tahun dah. Dan sebuah lagi di Bandar Bukit Puchong. Dan di Bandar Bukit Puchong baru dilancarkan tahun lepas. Kedua-dua resources recovery center yang dikenali oleh KDEB Waste Management ini berjaya mengutip lebih kurang 10 tan setiap hari. 10 tan sampah yang boleh di kitar semula setiap hari. Dan rancangan pada tahun ini bagi KDEW Waste untuk menubuhkan 5 lagi resources recovery center di PBT yang berlainan dan proses untuk mencari tapak yang sesuai sedang dilakukan. Tapak itu, lokasi itu sangat penting, kita perlu cari satu lokasi ia adalah apa tu... di laluan berdekatan dengan laluan-laluan compactor yang akan menghantar sampah ke tapak pelupusan sanitary. Kerana kita nak compactor-compactor ini untuk unload sampah ataupun sisa yang boleh di kitar semula di resources recovery center ini. Dan saya yakin dengan ada bilangan resources recovery center yang banyak, kita akan dapat menambahkan lagi sampah, kadar sampah kitar semula di negeri Selangor. Program semacam ini kita juga dapat memupuk kesedaran di komuniti kita untuk melaksanakan pengasingan sampah.
Okay, saya ingin menjawab soalan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar. Walaupun dia tidak ada, saya yakin dia mengikut sidang ini melalui online. Yang Berhormat Sungai Air Tawar ada membangkitkan isu kekurangan tong sampah di kawasan industri dan rumah kedai di kawasan Setia Alam menjadi punca isu pepejal. Manakala isu kedua adalah mengenai masalah kekurangan lori kutipan sampah di kawasan penduduk padat dan kawasan rumah kedai atau perindustrian yang menjadi punca kontraktor lewat menguruskan sampah berbanding masa yang ditetapkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, setelah siasatan dibuat oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd. bersama Majlis Bandaraya Shah Alam. Kejadian daripada isu tersebut di dapati berlaku di rumah sampah di sekitar U13 iaitu Jalan Setia Perdana, U13/B.A. Isu tersebut adalah berpunca daripada pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Yang mana kebanyakan sampah tersebut di bawa oleh pihak luar. KDEB Waste Management sentiasa menjalankan tanggungjawab mengikut jadual kutipan di rumah sampah ini dengan kekerapan satu minggu sekali di setiap rumah sampah seperti yang termaktub dalam arahan kerja bersama dengan MBSA. Bagi membendung perkara ini, pihak MBSA telah berusaha mengambil langkah-langkah membendung aktiviti tersebut terus berlaku seperti
menjalankan intipan, mengedarkan notis ke semua kedai menyediakan tong sampah sendiri dan memasang kain rentang notis larang membuang sampah di rumah kebuk sampah. Namun segelintir pengusaha atau peniaga yang membuang sampah industri secara terbuka di kawasan ini masih berlaku menyebabkan kekerapan pembuangan sampah di situ menjadi kerap dan jumlah sampah sentiasa tertinggi. Susulan daripada isu tersebut Ahli Majlis MBSA dan KDEB Waste Management telah mengadakan perbincangan dan telah memutuskan untuk merobohkan tebuk sampah. Kesan pencerobohan tersebut dapat dilihat melalui ketiadaan kes aktiviti pembuangan sampah dari luar kawasan dan kebersihan yang baik di 3 dari 5 buah rumah sampah berkenaan. Manakala aktiviti pembuangan sampah oleh individu yang tidak bertanggungjawab masih berlaku di 2 buah rumah sampah. Pemantauan akan diteruskan.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Balakong membangkitkan isu sampah haram berleluasa selepas banjir besar dan semua kontraktor perlu berdaftar dengan Kerajaan Negeri di mana sampah yang dikutip mestilah sama dengan sampah yang hendak dilupuskan? Untuk makluman Yang Berhormat antara langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah isu sampah haram dengan memperkenalkan model project management company ataupun PMC. Sejak tahun 2017, di mana semua pengurusan pengutipan sisa pepejal domestik dan pembersihan awam diuruskan secara holistik oleh KDEB Waste Management. Melalui perkhidmatan model PMC ini, perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di uruskan secara berpusat atau centralize oleh KDEB Waste Management. Di mana semua sub kontraktor adalah berdaftar dan dikawal selia oleh KDEB Waste Management.
Semua lori-lori KDEB Waste Managemnet juga dilengkapi dengan peranti mereka waste management system yang dipantau secara real time melalui centralize command center KDEB Waste Management di ibu pejabat mereka di Menara Bank Rakyat Shah Alam. Ini sekali gus dapat membantu mengatasi masalah sampah haram kerana pergerakan semua lori-lori di bawah KDEB Waste Management dipantau menggunakan peranti pintar ataupun smart devices. Berkenaan dengan isu sampah haram berleluasa banjir besar. Isu ini mungkin berpunca dari penduduk dan pemain industri yang terjejas dengan banjir dan lambat mengeluarkan sisa-sisa banjir mereka. Mereka hanya mengeluarkan selepas operasi kebersihan selesai. Ada juga segelintir dari mereka mengupah kontraktor-kontraktor persendirian untuk melupuskan sisa-sisa banjir tersebut. Malangnya sisa-sisa ini tidak dibuang ditapak pelupusan, sebaliknya dibuang secara haram di lokasi yang tidak sepatutnya. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di tapak-tapak pembuangan sampah haram, kebanyakan sampah-sampah tersebut adalah sisa-sisa industri yang dikutip oleh kontraktor swasta yang dilantik oleh pihak industri sendiri. Bagi mengatasi isu ini, Majlis Perbandaran Kuala Langat menjadi perintis dengan mengarahkan pihak-pihak industri supaya melantik KDEB Waste Management bagi menguruskan sisa-sisa industri tidak berjadual sebagai pra-syarat untuk memperbaharui lesen perniagaan.
Langkah yang sama telah diikuti oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Melalui kaedah KDEB Waste Management akan memastikan semua sisa-sisa industri diuruskan dengan betul dan dibuang di tapak pelupusan yang berdaftar. Semua kontraktor yang dilantik oleh KDEB Waste Managemet di wajibkan untuk mengemukakan tipping slip semasa mengemukakan tuntutan bayaran bagi membuktikan sisa-sisa tersebut dibuang di tapak pelupusan berdaftar sekali gus dapat mengatasi isu sampah haram ini.
Yang Berhormat Balakong juga membangkitkan isu perubahan iklim yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh di kawasan Ampang baru-baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat keseluruhan cerun di Majlis Perbandaran Ampang jaya adalah berjumlah 356. 118 cerun tersebut adalah di bawah penyeliaan MPAJ dan 48 daripadanya dalam kategori sangat kritikal. Anggaran kasar untuk pembaikan 48 cerun tersebut melibatkan kos hampir RM 100 juta. Kos sebenar bergantung kajian lanjut oleh pihak pakar seperti IKRAM. Pihak Berkuasa Tempatan telah memohon kerjasama daripada IKRAM untuk melaksanakan kajian dan pembaikan lanjut cerun dalam kawasan PBT. Sebagai langkah awal MPAJ sedang melaksanakan lantikan panel kontraktor bagi cerun yang berkategori yang sangat bahaya seperti tindakan awal penjagaan awal cerun dapat dilaksanakan dan sebarang tanda awal kegagalan awal cerun dapat diambil tindakan.
Mohon mencelah.
Ya, Lembah Jaya.
Saya setuju tindakan MPAJ untuk melantik panel consultant untuk menyiasat kawasan-kawasan risiko cerun runtuh. Hanya saya nampak komunikasi ataupun hubungan dua hala antara Pihak Berkuasa Tempatan dengan penduduk itu perlu diperbaiki kerana kawasan yang berisiko cerun ini adalah kawasan persendirian. Jadi walaupun dia dalam kawasan persendirian tetapi Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa untuk memberi nasihat dan juga memberi bimbingan kalau sekiranya kos yang perlu ditanggung itu adalah sangat tinggi di luar kemampuan pihak pengurusan bangunan, maka ada saluran-saluran lain yang boleh pihak Majlis menasihati untuk mereka dapat bantuan tersebut, seperti Tabung Bencana di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tapi perkara ini saya nampak kurang berlaku hanya saya berharap komunikasi itu akan diteruskan, sebab saya dapati kawasan kini yang berhadapan risiko itu sangat-sangat getir, sebab saya telah pergi melawat di tapak, kawasan cerun runtuh itu berukuran lebih kurang daripada dua meter daripada bangunan tinggi ya, berada di situ jadi saya sangat khuatir satu tragedi akan berlaku tindakan tidak segera dilakukan.
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Lembah Jaya di mana komunikasi dua hala ataupun libat urus itu adalah sangat penting dan
saya nampak MPAJ sebenarnya selama ini ada melakukan komunikasi bersama penduduk mahupun melalui jabatan ataupun melalui Ahli Majlis ataupun Wakil Rakyat. Saya bagi contoh di Bukit Permai tanah insiden tanah runtuh di Bukit Permai. Saya nampak Ahli Majlis, pegawai kita dan juga pegawai DO sendiri hampir setiap hari berada di tapak untuk memberi taklimat kepada penduduk dan supaya penduduk faham apa yang sedang berlaku dan apa yang akan berlaku. Jadi saya setuju sangat komunikasi itu adalah sangat penting supaya maklumat yang tepat dan cepat dapat disampaikan kepada penduduk.
Hanya saya berharap komunikasi itu berlaku sebelum berlakunya musibah.
Ya.
Kalau jadi musibah, itu dah lain, itu memang terpaksa kita hadapi, tetapi sebelum musibah itu kita perlu ada preemptive action so that the problem will not arise.
Exactly kita perlu ada preventive measure, kita ada preventive action supaya insiden-insiden tanah runtuh ini tidak berlaku lagi. Oleh itu MPAJ telah bekerjasama dengan pihak pakar seperti IKRAM dan kita perlu apa tu, mengadakan langkah-langkah sepatutnya supaya, langkah Ampang ni langkah Ampang Jaya. Langkah-langkah sepatutnya untuk mengelakkan insiden-insiden yang seperti baru berlaku ini tidak berlaku lagi di kawasan yang berisiko tinggi. Terima kasih atas pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat Lembah Jaya. Saya ingin meneruskan..
Saya dah timbulkan.
Ya. Silakan Yang Berhormat.
Lembah Klang.
Saya berehat sakit tak berapa sihat. Tuan Timbalan Speaker saya nak berucap sikit. Saya timbulkan dalam ucapan saya, asal bengkel di dekat dengan Rumah Bakti, Hulu Kelang. Rumah Bakti Hulu Kelang ini di Bukit Antarabangsa. Mereka dapat notis untuk dirobohkan dan merobohkan kilang mereka. Jadi 36 rumah kedai yang top-top yang 3 dia boleh repair Lamborghini pun boleh repair. Kerana itu mereka bangga, bumiputera yang ada profile, kawan-kawan yang berniaga yang boleh repair high-end class car, Lamborghini, Ferrari, sampai ke Kancil. Yang lain itu motosikal repair dan sebagainya, jadi dia telah dikatakan berniaga di tempat berbakti Rumah Bakti punya kawasan ada kaitan dengan istana Selangor. Jadi mereka susah nak buat, lepas tu kena ADUN dia pula, jadi pembangkang di Bukit Antarabangsa jadi saya handle kes mereka. Saya handle kes
mereka ya. Mereka nak macam-macam, saya bantu dan saya jumpa Menteri Besar, Menteri Besar bagi laluan-laluan yang untuk extra time untuk mereka meletak barang mereka di bengkel di workshop di stor MPAJ, itu ceritanya. Dan kemudian bila dah desperate itu kita dapat penjelasan dari DO Dato’ Azizul, bukan yang baru ini, bukan Puan Azlina, tapi Dato’ Azizul kata dia akan pindahkan bengkel mereka satu tempat di Hulu Kelang yang bersamaan dengan tempat pemindahan peniaga-peniaga yang diusir 2 tahun lebih awal di Bukit Perdana. Benda ini saya dah follow up dan saya dah bagi soalan Dewan, ucapan Dewan dan akhirnya saya letak ucapan saya di Dewan yang mulia ini sebagai, kejap ya saya referkan, ada nota yang jelas. Penempatan baru istilahnya no. 3, no 1 masalah setinggan Rumah Fajar dah selesai Yang Berhormat Batu Tiga dah bagi input pada saya terima kasih. Lepas itu ada penyelesaian setinggan Kampung Kemensah, Jalan Kampung Batu Tiga Setengah. Kategori mereka ini MPAJ penempatan baru peniaga di jalan keluar susur Ukay Perdana, dua tahun lepas yang telah kena usir saya bersama mereka membantu dan dikatakan tempat ini, tempat Ukay Perdana ini sama dengan bengkel kereta yang boleh repair Lamborghini dan Ferarri itu di Rumah Bakti anak yatim. Inilah masanya dah sampai, janji kita, kita tunaikan. Saya akan bersama-sama mereka, DO untuk menunaikan janji itu. Pada satu ketika DO...
Yang Berhormat Hulu Kelang. Dah di, ini bukan perkara baru ya, bukan perkara ya, telah disebut dalam perbahasan.
Dah, terima kasih.
Ringkaskan ya.
Ringkaskan ya. Saya slow, orang Parkinson memang slow ya, jangan kecil hati ya. Bagi ruang, bagi orang penyakit saya ini ada ruang dalam masyarakat. Boleh malu orang macam ini, dia slow cakap merapu-rapu kadang-kadang ya. Saya bertanggungjawab, bagi saya ruang sikit lagi. Terima kasih pada yang mendengar. Saya rayu, saya merayu tolonglah nak berniaga, nak tempat berniaga. Bumiputera nak berniaga terasa hujah mereka sentiasa pergi ke hujah yang berkaitan dengan Cina Melayu. Saya tak suka benda tu, ini mesti kata kalau Melayu, kalau jadi macam kita tebang je, kalau Cina dapat. Itu je kerja dia, saya letihlah macam itu. Saya tak suka perkauman saya suka kita bersatu dan tolonglah dan saya nak jadi wakil rakyat yang memberi kepada mereka. Terima kasih. Tolong esok jelaskan.
Isu berkenaan dengan perniagaan? Betul kan. Saya nak kepastian isu ini berkenaan perniagaan bengkel kereta Lamborghini, bengkel kereta Ferrari di Hulu Kelang yang tidak dapat kelulusan penuh bukan?
Tempat pembinaan baru.
Telah dijanjikan pemindahan tempat ke tempat baru, tetapi tidak dilaksanakan lagi. Baik-baik. Saya ambil maklum dan saya rasa perkara ini mungkin saya perlu turun tapak bersama dengan Yang Berhormat dengan YDP untuk melaksanakan projek yang telah dijanjikan sebelum ini. Terima kasih atas makluman ini Yang Berhormat. Saya ingin teruskan kepada untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampung Tunku. Yang Berhormat Kampung Tunku telah mencadangkan supaya perubahan pelan tindakan perubahan iklim solusi di, perubahan iklim solusi jangka pendek perlu dilaksanakan di dalam mitigasi banjir terutamanya di peringkat PBT. Untuk makluman Yang Berhormat, rancangan solusi jangka pendek telah dilaksanakan di peringkat PBT dan perancangan berkenaan ini kini sedang diperkasakan bagi memastikan keberkesanannya. Sebagai contoh MBSA sedang melaksanakan pelan tindakan banjir untuk sistem saluran perbandaran yang mampan. Shah Alam Sustainable Urban Drainage Master Plan. Pelan ini selari dengan pelan tindakan perubahan iklim yang menekan komponen tindakan tebatan banjir secara struktur untuk sistem saluran perbandaran. Ia akan berjalan dalam tempoh lima tahun untuk mencapai kapasiti saluran perbandaran Shah Alam kepada tahap ketahanan 50 ARI ke atas. AIR Itu bermaksud Average Recurrence Interval ataupun…
Yang Berhormat Kinrara. Sila duduk
Ya. Ok terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masa menunjukkan jam 12.00 tengah hari. Dengan ini saya menangguhkan dewan sehingga jam 3.00 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Dewan disambung semula. Saya persilakan Yang Berhormat Kinrara.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya akan sambung penggulungan saya. Okay. MBSA sedang melaksanakan Pelan Tindakan Banjir untuk Sistem Saliran Perbandaran yang mampat iaitu Shah Alam Sustainable Urban Drainage Master Plan. Pelan ini selari dengan pelan tindakan perubahan iklim yang menekan komponen tindakan tebatan banjir secara struktur untuk sistem saliran perbandaran. Ia akan berjalan dalam tempoh 5 tahun untuk mencapai kapasiti sistem saliran perbandaran Shah Alam kepada tahap ketahanan 50 ARI ke atas. Jadi apakah maksud ARI? ARI bermaksud Average Recurrence Interval atau pun boleh dikatakan dalam masa 100 tahun secara purata kebarangkalian berlakunya banjir adalah 50 kali ataupun dalam Bahasa Inggeris ARI, Average Recurrence Interval Indicates And Average Of Fifty Events Over 100 Years Period. Jadi ini merupakan satu tahap ketahanan yang cukup tinggi.
Manakala MBSJ pula sedang dalam tindakan pemasangan sistem amaran awal banjir iaitu ‘Penambahbaikan Sistem Pemantauan Paras Air dan Siren di sebelas kawasan dengan anggaran kos sebanyak RM330,000.00. Di samping itu, MBSJ sedang dalam Pelaksanaan Rancangan Komunikasi Banjir.
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mempelopori kaedah teknologi baru termasuk dalam usaha mengatasi banjir. Sehubungan itu, PBT digalakkan untuk menggunakan teknologi yang dirangka sesuai dalam mitigasi banjir di masa depan.
Yang Berhormat Subang Jaya ada menyentuh tentang piawaian terhadap isu pembangunan di tepi sungai. Pada masa ini PLANMalaysia@Selangor telah menyediakan draf akhir garis panduan rizab sungai Klang. Punca kuasa penyediaan garis panduan ini adalah susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bilangan 2 Tahun 2020 pada 30 Jun 2020. Berhubung kertas konsep bagi Pembangunan Rizab Sungai di Negeri Selangor dan arahan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada 18 Ogos 2021 yang telah memutuskan garis panduan ini perlu disediakan dengan kadar segera untuk kepentingan negeri.
Garis panduan ini merupakan suatu usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan Sungai Klang menjadi nadi kehidupan serta laluan air utama bagi Negeri Selangor. Pada masa yang sama garis panduan ini diharap dapat menjadi panduan dalam merancang pembangunan fizikal di rizab sungai dari segi struktur binaan yang dibenarkan seperti kesinambungan pembangunan waterfront. Perniagaan bagi struktur tidak kekal,
infrastruktur dan utiliti serta Eko-pelancongan. Garis panduan rizab Sungai Klang ini membenarkan struktur tidak kekal dalam rizab sungai 50 meter. Garis panduan ini dijangka akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat.
Tuan Speaker, Yang Berhormat Banting telah membangkitkan pertanyaan tentang janji Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri untuk daerah Kuala Langat apabila Jajaran Selatan tidak dapat dilaksanakan. Jajaran Selatan (ECRL), tidak dapat dilaksanakan. Setakat ini belum ada sebarang taklimat atau perbincangan spesifik yang telah diinisiatifkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung perkara berkaitan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri pernah memberi satu senarai wish list kepada Kerajaan Pusat selepas bersetuju Jajaran ECRL dikembalikan kepada Jajaran Utara.
Yang pertama, memohon Kerajaan Persekutuan memperhalusi permintaan agar projek ECRL Jajaran Selatan dapat dimasukkan di dalam Pelan Pembangunan pada masa akan datang.
Yang kedua, berharap projek ECRL dapat dipantau secara bersepadu dalam satu Jawatankuasa khas bersama pelaksanaan projek Jajaran Utara ECRL Selangor yang dianggotai oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Yang ketiga, berharap Kerajaan Persekutuan meneliti keputusan membangunkan kawasan sekitar Pulau Carey yang amat berpotensi dijadikan sebagai Hub Logistik di Negeri Selangor.
Yang keempat, memohon Kerajaan Pusat mempertimbang ketersambungan rangkaian rel di Lembah Klang dan Selangor dengan mengambil kira cadangan perkhidmatan laluan LRT antara Putera Heights dan Selangor Business Capital di Cyberjaya yang kini giat di rancang di bawah kelolaan Perbandaran Kemajuan Negeri Selangor.
Yang Berhormat Banting, juga...
Saya mohon minta penjelasan
Ya.
Terima kasih yang Berhormat Kinrara.
Banting.
Berkenaan dengan projek ECRL dan juga pembangunan yang dicadangkan, yang kita harapkan di sekitar kawasan Pulau Carey dan Kuala Langat. Walaupun Kerajaan telah pun membekalkan satu wish list tetapi
tidak ada keperluan dari segi undang-undang untuk Kerajaan Persekutuan bukan sahaja masukkan tetapi memberi maklum balas kepada Kerajaan apakah ianya akan diambil tindakan ataupun akan ditolak ataupun akan dipertimbangkan ataupun macam mana? Saya tidak tahu apakah cara lain yang kita boleh lakukan selain daripada memberi satu wish list. Adakah kita mempunyai kelebihan untuk secara tawar menawar dengan Kerajaan Persekutuan supaya perkara ini, suara hati kita dapat diberi pertimbangan yang kod, dalam kod yang sewajarnya.
Kedua, adakah Majlis Perbandaran Kuala Langat termasuk YDP ataupun Ahli Majlis juga akan diminta untuk turut bersama dalam merangka pembangunan di kawasan Pulau Carey dan projek-projek yang bersangkut paut dengan ECRL di kawasan Kuala Langat kerana kalau mereka tidak terlibat, saya kira untuk perancangan yang lebih lancar nanti ianya mungkin akan menghadapi masalah. Hah! Itu dua soalan saya Yang Berhormat.
Segala pembangunan di sesebuah negeri memerlukan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Jadi saya nampak ini merupakan tanggungjawab bersama antara kedua-dua buah kerajaan dan bagi soalan berkaitan dengan pandangan daripada Ahli Majlis dan juga Wakil Rakyat Tempatan adakah mereka akan terlibat dalam segala pembangunan, jawapannya sudah tentunya ada. Melalui Ahli Majlis, melalui Mesyuarat Jawatankuasa, Mesyuarat Penuh di majlis setiap bulan tu segala pembangunan yang akan diadakan di dalam kawasan PBT tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat tersebut dan Ahli Majlis mempunyai peluang untuk memberikan pandangan dan cadangan mereka dalam mesyuarat tersebut dan ini adalah sangat penting kerana semua pandangan dan semua cadangan tu adalah sangat penting supaya kita dapat membangunkan sesuatu projek untuk demi kebaikan rakyat di kawasan Kuala Langat.
Yang Berhormat Banting juga bertanya berapakah aset hartanah milik PBT dan apakah pulangan dari aset tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Banting, Pelaburan yang dibuat oleh PBT adalah berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Kewangan yang telah ditetapkan dan tertakluk kepada Seksyen 40(4) Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Akta 171 yang menyatakan, “Bahawa mana-mana wang boleh dilaburkan dalam Sekuriti yang dibenarkan oleh Menteri Kewangan.”
Dalam hal ini, PBT akan memastikan bahawa sebelum sesuatu-sesuatu pelaburan dibuat semakan berhubung jaminan kepada pelaburan akan disemak terlebih dahulu dan cadangan pelaburan juga akan dibentangkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis yang dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis untuk kelulusan sebelum dilaksanakan.
Secara keseluruhan jumlah nilai aset di semua PBT Negeri Selangor berdasarkan kepada piawaian Malaysia Public Sector Accounting Standard dan Penyata Kewangan bagi tahun 2020 yang telah di audit adalah sebanyak RM15.03 bilion.
Jumlah mengikut jenis aset adalah seperti yang berikut:-
(i) Tanah jumlahnya adalah RM239.15 juta;
(ii) Bagi Bangunan adalah sebanyak RM897.81 juta;
(iii) Aset dalam pembinaan sebanyak RM126.40 juta;
(iv) Aset infrastruktur RM13 bilion;
(v) Kenderaan dan jentera RM50.39 juta;
(vi) Alat kelengkapan RM38.22 juta;
Jumlah aset hartanah milik PBT Negeri Selangor adalah RM 239.15 juta bagi tanah dan RM 897.81 juta bagi bangunan. Jumlah keseluruhan tersebut adalah sebanyak RM 1.13 bilion. Kutipan sewaan bagi tahun 2021 yang belum diaudit adalah berjumlah RM 79.09 juta.
Yang Berhormat Sijangkang, telah sebut tentang isu penjaja yang berniaga di tepi jalan juga menyumbang kepada masalah perparitan. Kerajaan Negeri sentiasa ingin memastikan golongan peniaga kecil dan penjaja diberi peluang untuk berniaga lebih-lebih lagi pada saat yang ramai kehilangan pekerjaan akibat Covid-19.
Oleh yang demikian, PBT telah diminta untuk membantu para peniaga mengenal pasti tapak ataupun lokasi yang lebih banyak dan sesuai untuk dijadikan tapak penjaja. Dalam menentukan tapak-tapak perniagaan yang berkenaan PBT telah memastikan kawalan keselamatan dan laluan trafik adalah terkawal dan mengelakkan kacau ganggu pada masyarakat sekitar. Di samping itu, PBT mengenakan deposit kebersihan kepada para peniaga agar kebersihan di tapak dapat dikawal.
Pemantauan dari semasa ke semasa juga akan dilakukan bagi memastikan tiada masalah kebersihan yang ditimbulkan. Namun ini turut menjadi tanggungjawab serta kesedaran sivik bagi penjaja untuk tidak membuang sampah atau sisa makanan ke dalam longkang. Yang Berhormat
Tuan Speaker, ya boleh sedikit.
Ya Sijangkang.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Saya kira sudah tiba masanya di peringkat Kerajaan Negeri mungkin buat satu dasar ataupun ini pernah dibincangkan dulu. Gerai-gerai yang bersifat
permanent, penjaja saya ingat di reserve-reserve jalan Kerajaan ni kita tidak benarkan lah. Ya lah kadang-kadang kita pertimbangkan soal dekat Pilihan raya dan sebagainya ataupun keperluan masa dalam keadaan yang susah begini pun menjadi pertimbangan tetapi saya ingat kalau yang bersifat pasang khemah kemudian selesai jual bawa balik ya tapi ini yang bersifat permanent, tinggal khemah di situ, saya ingat ini cukup berikan kesan tidak baik. Saya tidak nafikan, soal trafik memang bermasalah terutamanya di Batu 8 Sijangkang ini lah dan longkang seolah-olah bila kita, kita tegur kepada penjaja-penjaja ni macam bukan urusan mereka tetapi memberi kesan bau yang cukup busuk kepada ya lah tempatan. Rumah yang berada di situ dan sebagainya. Saya ingat dia perlu pemantauan dan tindakan yang lebih nak cakap drastik pun mungkin agak payah tapi yang lebih meyakinkan kepada penduduk dan saya ingat longkang-longkang ni pun perlu ada penyelenggaraan sebab longkang-longkang ni pun seolah-olah macam tak ada tuan punya.
Kita kata longkang JKR, JKR tidak. Kita kata PBT, PBT kata tidak akhirnya longkang PLB tetapi peruntukan mungkin tidak ada jadi tidak diselenggarakan. Walaupun kadang-kadang kita sebagai Ahli Dewan Negeri, kita keluarkan lah peruntukan-peruntukan tertentu untuk menyelesaikannya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang. Salah satu syarat untuk membenarkan penjaja tepi jalan ataupun penjaja yang bukan kekal di satu lokasi tersebut sebenarnya salah satu syarat adalah mereka perlu kosongkan setiap hari. Selepas berniaga dia harus kosongkan. Khemah harus disimpan, meja, kerusi semua kena simpan. Tak boleh letak di lokasi yang dibenarkan menjaja itu dan untuk memupuk kesedaran supaya penjaja tidak membuang sampah sarap ke dalam longkang khususnya minyak masak terpakai saya telah jawab di Dewan mulia ini bahawa kita akan melaksanakan satu program baru di semua, di bazar Ramadhan tahun ini sebanyak 30 lokasi telah, akan dipilih untuk program ini di mana kita akan meletakkan satu tong.
Satu tong untuk minyak masak terpakai dan penjaja di bazar ramadan ini digalakkan untuk membawa minyak masak terpakai itu ke lokasi tersebut untuk dijual kepada syarikat yang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan juga PBT. Ini adalah satu, salah satu inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi kesedaran supaya penjaja dapat menjaga kebersihan di tempat menjaja mereka.
Yang Berhormat Kuang ada membangkitkan di DUN Kuang mempunyai masalah kekurangan dewan untuk tujuan orang ramai, walaupun mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Untuk makluman Yang Berhormat Kuang, pada masa ini Majlis Perbandaran Selayang sedang dalam proses penyediaan dokumen need of statement untuk perolehan secara reka dan bina ataupun design and build dewan Bandar Tasik Puteri. Yang mana yang, di mana proses tender dijangka akan di iklankan pada Mei 2022, bermaksud tahun ini akan ada, proses tender akan diiklankan.
Bagi soalan seterusnya, Yang Berhormat Bandar Utama membangkitkan masalah di Kampung Chempaka. Pihak Majlis mendapati kejadian banjir di kawasan Kampung Chempaka tidak lagi berlaku kecuali 3 buah rumah yang terletak dikawasan yang rendah di mana setiap kali hujan, air larian permukaan akan memasuki kawasan 3 buah rumah tersebut. Majlis dalam tindakan menyediakan cut-off drain bagi menghalang air hujan dari memasuki terus ke kawasan rumah tersebut dan pergi ke sistem saliran.
Pihak Majlis telah mengenalpasti data dari tahun 2014 sehingga 2022 adalah sebanyak 34 lokasi hotspot banjir kilat ...
Nak minta celah.
Yang Berhormat Kinrara, Yang Berhormat Bandar Utama mencelah.
Terima kasih Yang Berhormat, Bandar Utama ingin membetulkan sikit. Yang semasa perbahasan memang ada ambil Kampung Chempaka sebagai contoh dan juga SS4 dengan SS20. Jadi cuma berharap sekiranya berlakunya banjir kilat semula, harap pihak Kerajaan Negeri juga dengan Kerajaan Tempatan dapat memberikan perhatian lah sebab ada di beberapa tempat yang apabila terjadi sering dikatakan tiada peruntukkan yang mencukupi untuk memperbaiki sistem di kawasan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih, sebenarnya saya pun belum habis lagi penggulungan saya untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Utama. Ada beberapa lokasi lagi yang telah disediakan di dalam jawapan penggulungan ini. Terdapat 34 lokasi di kawasan PJ telah di identified sebagai hotspot banir kilat. Walaubagaimanapun, daripada semakan data tahunan terkini (2022) terdapat 4 lokasi hotspot banjir kilat dan masih dalam proses penambahbaikan. Lokasi kawasan hotspot banjir tersebut adalah Jalan 51A/227 dan Jalan Buana Perdana, Jalan PJS 2/1 dan Jalan SS7/2 yang berhampiran jalan Subang Airport. Antara punca-punca berlakunya kejadian banjir kilat ini adalah disebabkan oleh :- Binaan tanpa kebenaran menghalang aliran air dan kapasiti longkang, scupper dan longkang tersumbat oleh daun-daun kering, ranting pokok, sampah dan sisa komersial yang tidak dibersihkan mengganggu sistem saliran, Taburan hujan yang tinggi serta paras air sungai melepasi paras bahaya dan menyebabkan longkang utama backflow.
Antara tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya: -
Majlis giat melaksanakan kerja pembersihan longkang secara berjadual sebagai persediaan menghadapi bencana banjir termasuk mengorek dan mengeluarkan sampah sarap. Majlis juga turut menggerakkan Skuad PANTAS MBPJ yang bertindak mengendalikan kes kecemasan dan bencana sebagai sokongan dalam melaksanakan tindakan bantuan merangkumi aspek logistik, kepakaran dan kebajikan bagi kes kecemasan dan bencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut, kemalangan dan kebakaran. Pasukan ini akan bersedia 24 jam bagi menghadapi bencana banjir dan akan bertindak sebagai pasukan bantuan awal jika berlaku kecemasan dengan membuat lencongan atau menutup laluan bergantung pada tahap kritikal banjir atau bencana yang berlaku. Memantau kawasan yang sering menghadapi bencana banjir melalui Kamera Litar Tertutup (CCTV) oleh Unit CCTV MBPJ. Pihak Majlis juga telah menaiktaraf longkang bagi menambah kapasiti longkang tersebut, termasuklah menyediakan in-line detention, mini dam, vier bagi tujuan untuk memperlahankan air ke kawasan rendah (kawasan yang boleh menyebabkan banjir) Tindakan lain yang diambil adalah menaikkan paras jalan yang telah mendap seperti di jalan PJS 3/40, Persiaran Surian di persimbangan PJU3/31 dan di Sri Damansara.
Yang Berhormat Taman Medan juga membangkitkan masalah banjir di Kawasan Taman Buana Perdana. Untuk makluman Yang Berhormat Taman Medan, Pihak Majlis mendapati masalah banjir dikawasan tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Diantaranya adalah disebabkan oleh :-
Sampah dan kelodak yang terdapat di dalam sistem saliran parit hujan lebat yang menyebabkan kapasiti longkang tersebut berkurangan. Terdapat bahagian-bahagian di mana sistem saliran tersebut telah mendap menyebabkan sistem saliran tidak dapat berfungsi dengan baik dan air melimpah keluar ke jalan. Hujan lebat yang melebihi tahap biasa telah menyebabkan paras air sungai klang melimpah dah backflow ke kawasan berkenaan. Sistem sungai kelang berkenaan tidak dapat menampung kapasiti air disebabkan banyak kelodak/pasir/sampah yang akhirnya mengurangkan kapasiti saiz sungai itu.
Antara tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya: -
Pihak Majlis telah mengadakan kerja pembersihan bersama pihak pemaju pada 19 Disember 2022 dan 8 Mac 2022 Pihak Majlis juga telah berbincang dengan pihak pemaju bagi mengatasi dan mengurangkan impak banjir kilat kepada penduduk sekitar.
Pihak Majlis juga telah membuat program libat urus bersama wakil penduduk Taman Buana Perdana pada 16 Mac 2022 bagi isu banjir ini. Pihak Pemaju akan melaksanakan beberapa penambahbaikan seperti pembesaran longkang tanah sepanjang 590 meter dari 4.5 meter kepada 20 meter (ia akan bertindak sebagai in-line detention), kolam sedia ada akan dibesar dan menaikkan lebih kurang 2 kaki paras dinding longkang parit hujan lebat (PHL) Jalan Sri Manja. Pihak Majlis akan senantiasa bersiap siaga dan memantau situasi di Taman Buana Perdana melalui tindakan sementara Skuad Pantas.
Saya rasa itu sahaja bagi penggulungan saya, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinrara. Saya persilakan Yang Berhormat Kajang.
Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar, berkenaan bagaimana Kerajaan Negeri merancangkan semula industri pelancongan di Selangor sejak pandemik Covid-19 melanda negara dan telah pun menjejaskan pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, sektor pelancongan adalah industri yang paling menerima kesan buruk akibat pandemik ini. Bagi membantu sektor pelancongan di Negeri Selangor untuk meneruskan agenda pelancongan di samping membantu kelangsungan perniagaan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan Bantuan Kewangan Sektor Pelancongan di bawah pakej Kita Selangor 2.0 sebanyak RM 2.55 juta. Antara strategik yang dilaksanakan di bawah inisiatif ini adalah:
Geran Bantuan Aktiviti Pelancongan Baucar Pelancongan Selangor 2.0, baucar sebanyak RM1juta Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan sebanyak RM300 ribu Bantuan Kewangan ‘One-off’ kepada Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor sebanyak RM255 ribu iaitu persatuan mendapat RM15 ribu Kita mengadakan pertandingan pitching pelan pelancongan sebanyak RM150 ribu.
Yang ini semua kita ke arah membantu untuk memulihkan industri pelancongan di Negeri Selangor. Untuk menjawab soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Banting, berkenaan dengan sektor pelancongan basikal dan motosikal. Kerajaan Negeri Selangor Kerajaan Negeri mengambil maklum dan menyambut baik akan cadangan dari Yang Berhormat Banting. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri melalui beberapa agensi lain seperti Tourism Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sememangnya giat menganjurkan beberapa acara pelancongan berkonsepkan sukan dan rekreasi yang memfokuskan sukan berbasikal dan motosikal. Antara program dan acara yang telah dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini adalah seperti:
Selangor Creterium Series 2021 (Acara berbasikal) King of Mountain Series (Acara berbasikal) Cabaran Pusing Selangor Dulu (Acara berbasikal) Retromania Grand Gathering, Kuala Langat (Acara motorsikal)
Pelancongan berbasikal juga menjadi fokus dan salah satu segmen pelancongan utama dalam pelan pemasaran pelancongan Tourism Selangor pada tahun ini. Pihak Tourism Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga giat mengadakan promosi khususnya melalui platform media sosial dan digital bagi mempromosikan beberapa tarikan pelancongan seperti pelancongan makanan atau gastronomi, di mana yang menjadi tempat persinggahan kumpulan berbasikal dan pemotoran ini sewaktu mereka menjalankan aktiviti pelancongan sekitar di Negeri Selangor.
Selain itu, Pihak Tourism Selangor juga, bekerjasama dengan agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa untuk menyediakan pakej-pakej pelancongan berbasikal dan pemotoran untuk dipasarkan kepada pasaran pelancong daripada luar negara khususnya daripada Eropah.
Ya, terima kasih.
Banting.
Saya ingin bertanya pada Yang Berhormat, sebenarnya apabila saya membangkitkan isu ini bukan saja Tourism Selangor dan kerajaan perlu membuat perangkaan dan menganjurkan program-program ataupun pakej-pakej. Tujuan saya ialah supaya Kerajaan Negeri juga boleh mewujudkan ataupun berbincang dengan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk membangunkan prasarana dan infrastruktur untuk menyokong sektor pelancongan yang bersifat ini. Contohnya kalau industri pelancongan berbasikal, apa yang diperlukan oleh para penunggang, barangkali mereka memerlukan sistem sokongan seperti pusat sehenti ataupun pusat-pusat mobil yang membolehkan mereka memperbaiki basikal mereka apabila terbabas ataupun mengalami masalah di tengah-tengah jalan. Itu adalah satu contoh, seperti apa yang kita lakukan semasa hendak menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan elektrik dan sebagainya. Kita meminta pemain industri untuk mewujudkan lebih banyak stesen pengecas bateri kereta, untuk ini kita cuba perlukan.
Adakah sistem pengangkutan kita seperti rel LRT, MRT, adalah mesra mesra penunggang basikal ataupun motosikal. Kita ada basikal yang boleh dilipat. Jadi tujuan saya membangkitkan perbahasan ini bukan sekadar Tourism Selangor perlu merangka program, tetapi juga untuk melibatkan pemain-pemain industri untuk membuat satu dasar ataupun membuat sedikit perubahan dari segi ekosistem, ada
stesen dia, ada tempat yang membolehkan mereka berehat ataupun mandi dan sebagainya, bertukar baju ataupun emergency box dan sebagainya. Itulah adalah cadangan saya, saya berharap kerajaan mungkin boleh melihat perkara ini dengan lebih mendalam.
Terima kasih di atas cadangan daripada Yang Berhormat Banting. Memang Tourism Selangor bekerjasama dengan semua pihak PBT untuk kita merancang dan juga untuk menaikkan, naik taraf prasarana dan juga infrastruktur di mana terutama di kawasan Hulu Selangor, di kawasan Kuala Kubu Baru, di mana Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah pun membuat ataupun mendirikan tempat-tempat khusus untuk persinggahan untuk mereka-mereka yang berbasikal. Di mana setiap minggu kita dapati beribu-ribu orang datang, bukan setakat di Kuala Kubu Baru tetapi di Rawang juga, mereka minat, kita sediakan prasarana untuk mereka rehat dan juga mereka boleh pada masa yang sama mengambil gambar dan juga menikmati kawasan-kawasan yang di mana menjual makanan yang berlainan di setiap tempat terutama di Hulu Selangor. Itu cadangan daripada Banting, kita ambil maklum.
Dan untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Balakong berkenaan dengan industri pelancongan, Pihak Toursim Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Perbandaran Kajang akan menyambut baik untuk membangunkan dan juga mempromosikan produk pelancongan yang berkonsepkan perindustrian di Balakong. Satu bengkel khas akan dijalankan dan juga akan melibatkan beberapa agensi dan mungkin industri pelancongan untuk membina ekosistem yang baik bagi mempromosikan produk pelancongan industri di Balakong. Hasil dapatan daripada bengkel ini juga akan dijadikan model untuk diaplikasikan kepada kawasan lain yang berpotensi bagi pelancongan industri. Pihak Tourism Selangor juga ada juga pada tahun ini merancang untuk menerbitkan direktori pelancongan industri dalam bentuk e-book dan juga booklet untuk memudahkan pemberian informasi kepada para pelancong.
Yang Berhormat Banting membangkit isu alam sekitar berkenaan dengan apakah jaminan kerajaan negeri terhadap keselamatan pencemaran tentang pencemaran sungai, air, bau dan udara di negeri Selangor selepas ini. Yang ini soalan agak panjang. So saya harap Yang Berhormat Banting selepas dengar, hafal betul-betul. Jangan tanya berulang-ulang lagi kerana kita dah banyak kali berulang-ulang di Dewan inilah ialah tentang masalah pencemaran.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah pun mengambil beberapa tindakan dan inisiatif untuk perlindungan daripada pencemaran seperti berikut iaitu untuk Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) khususnya. Penguatkuasaan dilakukan mengikut sektor yang dikenal pasti menyebabkan utama pencemaran. Melalui kaedah ini JAS akan memberi tumpuan kepada sektor tertentu
yang telah pun dikenal pasti menyumbangkan kepada masalah pencemaran semasa. Sebagai contoh, dalam tahun 2020 sektor yang dipilih adalah premis yang ditetapkan iaitu buangan terjadual, loji pengolahan kumbahan dan industri kimia. Ini adalah susulan daripada kejadian pencemaran semasa punca daripada ketiga-tiga sektor ini. Penentuan keutamaannya akan membolehkan JAS melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih terperinci dan baik kepada punca-punca berkenaan. Penguatkuasaan terhadap sektor lain dijalankan juga mengikut program pelancaran tahunan yang telah pun ditetapkan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menetapkan sasaran untuk meningkatkan pemantauan ke atas 10sektor industri bagi tahun 2022 yang meliputi industri-industri penyudahan logam dan sadur elektrik, kertas pengilangan logam, plastik, galian, bukan galian, bukan logam, penapisan minyak makan, makanan dan minuman, industri kimia berasaskan getah dan penapisan petroleum.
Untuk kedua, pelaksanaan OPS Gempur Bersepadu. Pelaksana OPS Gempur ini melibatkan operasi bersepadu iaitu OPS Rentas Kebangsaan yang melibatkan pelaksanaan mengikut empat zon iaitu tengah, selatan, utara dan timur yang melibatkan gabungan beberapa negeri mengikut zoning. Yang kedua, OPS Rentas Negeri dilaksanakan di peringkat negeri yang melibatkan anggota JAS di dalam negeri berkenaan. Yang ketiga, OPS Trak yang melibatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan bermotor di peringkat negeri. Pemilihan kawasan untuk OPS Gempur ini akan ditumpukan ke kawasan-kawasan industri tertentu mengenal pasti permasalahan.
Untuk yang ketiga, penguatkuasaan mengikut musim. JAS akan menumpukan kepada punca yang menjadi punca utama pencemaran pada masa tertentu. Contohnya semasa musim kering, tumpuan penguatkuasaan adalah terhadap punca yang menyebabkan pencemaran udara yang tinggi, kawasan tanah gambut, kawasan pembinaan dan kawasan yang dikategorikan mudah untuk berlakunya pembakaran terbuka.
Yang keempat, peningkatan penggunaan teknologi. Penggunaan seluruh sistem online sedia ada dalam membantu JAS untuk menjalankan penguatkuasaan. Contohnya dalam kawalan pengurusan buangan terjadual (Sistem eSWIS) akan ditambah baik dengan penambahan modul import ataupun eksport, penggunaan Waste Acceptance Criteria iaitu WAC, Waste Characteristic iaitu WC, penambahbaikan Cracking System ke atas pengangkut yang dilesenkan dan penambahbaikan syarat lesen. Manakala dalam kawalan pencemaran air, penggunaan Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar iaitu EQMP melalui Sistem Telemetri Simulasi Trajektori, tumpahan minyak dan juga pencemaran air tanah. Melalui kawalan pencemaran air udara, penggunaan sensor bagi pengesan pelepasan asap hitam daripada kenderaan, penambahbaikan sistem pemantauan CEMS (Sistem Pengawasan Udara) secara teri metrik, Mobile Immersion Unit dan juga modeling pencemaran udara. Selain daripada itu, pemantauan melalui udara
menggunakan drone akan dipertingkatkan bagi membolehkan pengawasan dilakukan meliputi kawasan yang lebih luas dan menjimatkan masa serta kos.
Kelima, kaedah Big Data Analytic. Perkongsian maklumat yang melibatkan data-data dalaman JAS yang telah sedia ada dan data yang diperolehi daripada pihak luar. Kebolehcapaian maklumat yang diperlukan dalam siasatan kes pencemaran udara terutama maklumat-maklumat yang bukan di bawah kawalan JAS akan menggunakan punca pencemaran dikesan dan memendekkan tempoh siasatan. Seterusnya kesan pencemaran akan dapat diminimumkan.
Yang keenam, penglibatan melibatkan Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab dengan alam sekitar seperti berikut melalui jawatankuasa saya yang bertanggungjawab dengan alam sekitar bagi mengenal pasti isu dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan lanjut terhadap suatu isu pencemaran terutama yang di luar bidang kuasa dan kawalan JAS iaitu punca pencemaran yang kebanyakan melibatkan PBT (kawalan PBT) seperti kedai makan ataupun restoran di bawah PBT ataupun Badan Kawalan Selia Air (kedai dobi, tempat cuci air, pasar basah). Semua di bawah PBT dan sisa pepejal perbandaran juga di bawah PBT dan sisa pembinaan, sisa radioaktif, marin dan debris, tapak pelupusan sampah juga semua di bawah PBT. Aktiviti penternakan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Aktiviti pertanian di bawah Jabatan Pertanian. Aktiviti perlombongan Pejabat Tanah dan Galian. Aktiviti pengorekan pasir di bawah Pejabat Tanah dan Galian. Aktiviti kerja tanah kurang daripada 50 hektar di bawah PBT. Aktiviti Pelepasan Balas Water di bawah Jabatan Laut. So semua ini selain daripada itu bagi kes-kes pencemaran kacau ganggu seperti pembakaran terbuka di kawasan perumahan, gangguan bunyi bising di kawasan perumahan dan komersial serta kes-kes kacau ganggu yang lain. Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing. Tindakan penyelarasan dan juga pemantauan dalam isu pencemaran yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa di bawah saya.
Yang tentang di bawah bidang kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Lebih bertumpu kepada pencemaran air :-
a) Pemantauan statik dan rondaan Skuad Pantas LUAS yang beroperasi 24 jam. Di mana di bawah strategik sumber air di Lembaga Sungai Air Selangor dan Lembangan Sungai Langat termasuk Sungai Semenyih bagi pengawalan dan juga pengawasan insiden pencemaran sumber air yang berisiko tinggi henti tugas loji rawatan air iaitu LRA;
b) Pembangunan Sistem Telemetri Kualiti Air bagi tujuan sistem amaran awal iaitu Early Warning System di hulu muka sauk yang berisiko, di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih termasuk penggunaan drone berteknologi tinggi bagi tujuan pemantauan aktiviti di sepanjang rizab sungai dan kawasan berisiko;
c) Pemantauan berkala juga terus dilaksanakan oleh LUAS bersama dengan agensi berkaitan melalui platform OPS Sumber Air Negeri Selangor bagi memastikan sumber air di kawasan tadahannya terpelihara dan aspek kualiti dan juga kuantitinya; d) Penguatkuasaan bersepadu dan tindakan perundangan tegas dilaksanakan. Antaranya siasatan, notis dan juga pengeluaran kompaun termasuk pendakwaan di mahkamah selaras Enakmen LUAS Pindaan 2020;
e) Pelaksanaan Polluter Pay Principle iaitu PPP melalui Peraturan Kemasukan ataupun Pelepasan Bahan Pencemar Selangor 2012 oleh LUAS yang kini dalam peringkat pindaan peraturan bagi merangkumi semua pelepasan efluen ke dalam sumber air tertakluk kesesuaian dengan had parameter ditetapkan yang lebih ketat;
f) Pelaksanaan Polisi Pelepasan Sifar iaitu Zero Discharge Policy (JDP) dengan menggalakkan amalan efisien seperti kitar semula efluen bagi meminimumkan kualiti pelepasan efluen beban pencemaran ke sungai ataupun sumber air selaras dengan cadangan pelaksanaan kawalan jumlah beban harian maksimum (Total Maximum Daily Load iaitu (TMDL) dan juga pelaksanaan Cadangan Cas Pemulangan Bahan Buangan selaras Seksyen 44(1)(b) Enakmen LUAS 1999. Beberapa siri pemberitahuan JDP telah pun dilaksanakan melalui sesi roundtable bersama pakar dan juga agensi pada 2 Mac 2022 dan sesi tamu bersama pihak berkepentingan pada 10 Mac 2022;
g) Pelaksanaan projek bioremediation bagi tujuan pemuliharaan kualiti air di Sungai Gong bagi meningkatkan kualiti air secara rawatan biological; dan juga
h) Memperkasakan pihak berkepentingan seperti komiti setempat berhampiran sungai dalam penjagaan dan juga pemuliharaan sumber air dengan pendekatan Friends of River ataupun FOR.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar berkaitan dengan isu haiwan liar yang memerlukan penyelesaian segera. Tuan Speaker, konflik kera dengan babi hutan, ini tak masuk anjing liar. Anjing liar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. So saya hanya tumpukan kepada konflik kera dan juga babi hutan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan PERHILITAN sentiasa komited dalam melaksanakan langkah mitigasi dalam menangani dan juga sedaya upaya mengurangkan aduan konflik hidupan liar. Kerajaan memandang serius aduan yang diterima melalui PERHILITAN. Dalam menangani aduan konflik hidupan liar, kerajaan negeri Selangor melalui Jabatan PERHILITAN terus melaksanakan langkah sedia ada seperti pengawalan populasi melalui kaedah Kaleng, pemasangan perangkap, Operasi Basmi Musuh Tanaman, langkah pengurusan konflik sedia ada ini telah membantu mengurangkan konflik dengan peningkatan tangkapan spesies hidupan liar. Jabatan PERHILITAN telah berjaya membuat meningkatkan tangkapan kera
sebanyak 7% iaitu daripada 10,577 ekor pada tahun 2017 ke 11,314 ekor pada tahun 2021. Yang itu, kalau ikut lampiran yang dibagi oleh Jabatan PERHILITAN di mana tangkapan yang kita berjaya dapat dilakukan iaitu kera pada tahun 2017 sebanyak 10,577 ekor dapat ditangkap. Pada tahun 2018 sebanyak 10,594 ekor dapat ditangkap. Pada tahun 2019 sebanyak 9,984 ekor. Pada tahun 2020 sebanyak 10,092 ekor. Yang tadi saya sebut 2021 sebanyak 11,314.
Untuk babi hutan pada tahun 2017 sebanyak 88 ekor. 2018 sebanyak 150 ekor. 2019 sebanyak 194 ekor. 2020 sebanyak 104 ekor. 2021 sebanyak 340 ekor.
Nak minta Yang Berhormat EXCO, adakah Yang Berhormat EXCO ada statistik untuk mengikut daerah yang jumlah yang telah ditangkap?
Ini merupakan soalan yang sangat khusus. Saya tak ada statistik di tangan saya. Tapi untuk soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Air Tawar ini, beliau menyebut tentang masalah kera dan babi di hutan di Parit Baru. So tangkapan bagi hutan di tempat tersebut (Parit Baru) pada tahun 2021 tangkapan sebanyak 44 ekor babi hutan dan pada tahun 2022 tangkapan sebanyak 43 ekor babi hutan. Untuk kera, tangkapan pada tahun 2021 sebanyak 123 ekor dan pada tahun 2022 tangkapan sebanyak 56 ekor. Yang ini untuk setiap daerah saya boleh dapat statistik daripada Jabatan PERHILITAN.
Dalam menjamin keselamatan dan juga kesejahteraan rakyat Negeri Selangor terpelihara daripada ancaman hidupan liar, kerajaan juga harus memastikan spesies hidupan liar di pulihara secara lestari. Langkah pengurusan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhilitan perlu mengambil kira pelbagai faktor dan juga keperluan orang ramai termasuk sentimen penduduk setempat tempatan serta badan bukan kerajaan (NGO) iaitu badan pencinta haiwan. Konflik manusia - hidupan liar dijangka akan berterusan yakni tindakan pengawalan populasi dilihat akan menjadi cabaran kepada kerajaan dan juga kaedah pengurusan konflik lebih efektif adalah diperlukan.
Dalam pengurusan kehidupan liar konflik dengan lebih efektif adalah langkah jangka masa adalah seperti berikut:
i) Bancian populasi yang menyeluruh bagi menentukan pelan pengurusan yang lebih efektif ;
ii) Dalam mengatasi masalah kekurangan perangkap dan juga perangkap uzur serta rosak, program perangkap komuniti boleh dilaksanakan dengan kerjasama pihak tempatan dengan Jabatan Perhilitan ;
iii) Bagi tujuan menangani isu perkara ini sokongan kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan. Memandangkan kera dan babi hutan adalah spesies berkemandirian tinggi. Masyarakat tempatan adalah digesa untuk terus memberi sokongan dan kerjasama kepada terhadap usaha konservasi tindakan pengurusan konflik terus dilaksanakan. Kerajaan negeri melalui Perhilitan akan terus meningkatkan program kesedaran awam melalui sesi dialog dan juga melaksanakan operasi bersama agensi terlibat bagi menangani isu konflik kera dan juga babi hutan.
Seterusnya tentang soalan yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Sijangkang, berkenaan dengan penanaman pokok yang masih hidup sehingga kini. Beliau risau selepas penanaman pokok ini, kalau kita tidak jaga baik pokok itu akan mati begitu sahaja. Usaha-usaha yang kita jalankan akan sia-sia begitu. Yang ini memang berlakulah. So Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah pun melaksanakan program penanaman pokok di lokasi-lokasi yang telah pun dikenal pasti di seluruh negeri Selangor antaranya adalah di kawasan hutan serosot dan di kawasan persisiran pantai negeri Selangor. Sehingga kini didapati peratusan kehidupan bagi pokok-pokok yang telah ditanam di bawah program ini adalah sekitar 70 hingga 80 peratus, peratusan kehidupan ini adalah bergantung pada pelbagai faktor seperti cuaca dan juga serangan penyakit, gangguan serangga ataupun haiwan perosak dan keadaan muka bumi kawasan tanaman itu sendiri. Sebagai makluman program pemeliharaan hutan dan program penanaman pokok masih diteruskan pada masa kini di antara program-program yang berkaitan sedang giat dilaksanakan di Selangor adalah program Penghijauan Malaysia, program Restorasi Hutan dan Program Penanam Pokok Bakau. Program-program ini dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dengan penglibatan masyarakat komuniti, badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan, agensi swasta dan juga GLC dan sebagainya.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan Yang Berhormat Sungai Panjang berkenaan dengan masalah larangan daripada Jabatan Alam Sekitar ke atas kerja-kerja pembersihan di kawasan Changkat Menteri untuk projek hub makanan. Perintah larangan yang telah pun dikenakan ke atas projek Selangor Smart Agro Park iaitu SSAP masih lagi berkuat kuasa. Kerja-kerja yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor adalah hanya kerja-kerja pemuliharaan iaitu remedy antara lain seperti sistem perparitan, kolam takungan, penstabilan tanah, kawalan hakisan tanah dan juga kelodak serta kawalan saliran tanah gambut. Kawasan yang dibenarkan kerja-kerja remedy adalah kawasan seluas 12.14 hektar ataupun sama dengan 30 ekar yang bertujuan untuk penyediaan tapak Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Projek SSAP dan sebahagiannya kawasan juga merupakan tanah yang telah pun dicerobohi oleh pihak luar iaitu sebelum pihak PKPS memperoleh hak milik tanah pada tahun 2015. Sehingga kini pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor masih belum menerima laporan EIA bagi projek berkenaan.
Yang soalan terakhir, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru mengenai Orang Asli. Di mana masyarakat Orang Asli di Batu 12, Gombak ingin mendapat penjelasan Kerajaan Negeri bagi status dan juga perkembangan terkini mengenai tanah seluas 17.9 hektar di Batu 12, Gombak yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebelum ini. Perkara ini telah pun dijawab pertanyaan mulut soalan nombor 29, semalam tak silap. Penempatan Orang Asli Batu 12, Gombak adalah diiktiraf di bawah senarai JAKOA. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kampung Orang Asli Batu 12 telah pun diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara No.1308 bertarikh 23 April 2009 sebagai institutional reserve. Walau bagaimanapun proses pewartaan sebagai rizab Orang Asli sedang dalam tindakan pihak JAKOA dan juga Pejabat Daerah Tanah Gombak. So, saya harap Yang Berhormat boleh sabar sikit, di mana Meru tidak ada kampung Orang Asli tapi kampung Orang Asli di Batu 12 memang kita iktiraf. Tapi Batin itu daripada Batu 16 sebab dia memang merupakan satu perkampungan Orang Asli yang berhijrah kepada tempat lain. So, itu sahaja jawapan saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kajang, saya mempersilakan Yang Berhormat Seri Serdang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Kali ini Seri Serdang tak banyak sangat perkara berbangkit di bawah portfolio Seri Serdang. Saya cuba menjawab sebaik mungkin.
Yang Berhormat Meru telah membangkitkan berkenaan perlunya kepada kajian semula terhadap kesan vaksin Covid-19 termasuk vaksin dos penggalak kepada penerima vaksin.
Untuk makluman Yang Berhormat, pelbagai kajian telah dilaksanakan sebelum saranan pengambilan vaksin penggalak booster dilakukan di seluruh dunia sebenarnya. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada 22 Februari 2022, kumpulan individu yang tidak di vaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti Covid-19 yang serius terutamanya pada kategori keempat dan lima dan juga paling berisiko untuk mati akibat jangkitan Covid-19.
Ada salah faham pihak masyarakat kita mengatakan bahawa apabila sudah di vaksin maka tidak dijangkiti, sebenarnya ini tidak benar. Kita mungkin dijangkiti namun kesan jangkitan seterusnya itu selepas di vaksin adalah lebih ringan kalau dibandingkan dengan kalau tidak di vaksin. Kumpulan individu yang telah menerima vaksin Covid-19 dos penggalak booster, adalah paling terlindung di mana dapat dilihat kurang kes dijangkiti Covid-19 yang serius kategori 3, 4 dan 5. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan turut menerima laporan kesan adverse susulan imunisasi atau AEFI (adverse effects following injection) . Namun ia melibatkan jumlah yang kecil.
Sejak bermulanya PICK sehingga 20 Januari 2022, sejumlah 61,723,654 dos vaksin Covid-19 telah diberikan termasuk 10,192,887 dos penggalak. Secara keseluruhannya, sistem pelaporan AEFI NPRA telah menerima sejumlah 24,411 laporan AEFI termasuk 984 laporan melibatkan dos penggalak vaksin Covid-19. Kadar pelaporan AEFI bagi dos penggalak direkodkan pada 0.1 bagi setiap 1000 dos. Demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan merupakan antara kesan adverse yang paling kerap dilaporkan oleh penerima vaksin. Daripada jumlah laporan AEFI yang diterima bagi dos penggalak ini 51 kes ataupun 5.2 peratus kes diklasifikasikan sebagai serius iaitu bersamaan kadar 0.005 laporan bagi setiap 1000 dos. Pemantauan AEFI yang diterima oleh NPRA setakat ini menyimpulkan bahawa trend dan kadar pelaporan AEFI yang melibatkan dos penggalak tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada apa yang dilihat semasa pemberian dos primer. Trend pelaporan yang sama juga turut dilaporkan oleh negara lain yang menjalankan program imunisasi bagi dos penggalak vaksin Covid-19.
Yang Berhormat Bandar Utama membangkitkan berkenaan isu kelewatan penerimaan vaksin penggalak booster dalam program SelVAX menerima sijil vaksin di aplikasi MySejahtera dan juga berkenaan caj yang dikenakan bagi setiap sijil tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, menurut kepada pangkalan data SELangkah sehingga 14 Mac 2022, seramai 664,354 iaitu 97.24 peratus penerima lengkap 2 dos vaksin daripada program SelVAX telah pun menerima sijil MySejahtera manakala 12,604 iaitu 1.84 peratus pula masih belum menerima sijil dan dalam proses pihak MySejahtera. Baki sebanyak 0.91 peratus lagi adalah mereka yang belum lengkap mendapatkan dos kedua vaksin SelVAX.
Saya dimaklumkan bahawa kelewatan ini antara lain ada disebabkan perubahan nombor telefon dan maklumat yang tidak lengkap yang diisi oleh peserta vaksin itu sendiri. Jadi bagi penerima yang masih belum menerima sijil, individu tersebut boleh berhubung melalui contact support di aplikasi SELangkah yang mempunyai akses terus dengan MySejahtera helpdesk.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, antara punca utama yang menyebabkan isu kelewatan sijil vaksinasi...
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Yang Berhormat Seri Serdang, Bandar Utama.
Terima kasih Yang Berhormat. Bandar Utama hanya ingin meminta kepastian, bagaimana pula dengan vaksin untuk dos penggalak, peratusan untuk dos penggalak. Sekiranya daripada pusat khidmat, kita telah pun memberikan maklumat penuh tetapi masih belum mendapat jawapan tentang sijil elektronik. Apakah tindakan yang kita boleh lakukan? Kerana sebelum ini kita ada melakukan aduan melalui hotline dan sebagainya.
Terima kasih.
Y.B. PUAN DR. SITI MARIAH BINTI MAHMUD
: Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Saya ingin mencadangkan bahawa kita menggunakan aplikasi SELangkah melalui contact support itu untuk mereka yang sudah buat dos penggalak, sudah ambil dos penggalak tapi belum dapat notifikasi yang mereka telah melaksanakan dos penggalak itu. Ya, insyaAllah pihak SELangkah boleh membantu.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, tadi saya sebut antara punca utama yang menyebabkan isu kelewatan sijil vaksinasi ini adalah disebabkan identiti dokumen (ID) seperti nombor kad pengenalan, nombor pasport atau nombor telefon yang digunakan bagi tujuan pendaftaran adalah berbeza di antara SELangkah dan MySejahtera.
Jadi berkenaan isu caj pula, saya telah bertanya terus kepada pihak Kementerian Kesihatan. Kata mereka, mereka tidak mengenakan apa-apa caj kepada pengguna MySejahtera. Namun, sebenarnya saya pun tak tahu nak cakap ke tidak ini. Ini adalah permintaan ataupun satu e-mel yang diterima bagi pemilik MySejahtera. Jadi it’s seems that ada pemilik kepada MySejahtera. Saya menyangka bahawa KKM adalah pemilik MySejahtera rupa-rupanya kita ada pemilik lain kepada MySejahtera yang sedang bernegosiasi dengan Selgate untuk caj untuk MySejahtera ini. Tapi insyaAllah, perkara ini sudah diberitahu kepada KKM dan in shaa Allah selepas sidang DUN saya ada mesyuarat dengan mereka mengenai perkara ini. Jadi, Selangor akan berusaha keras supaya tidak ada caj dikenakan kepada penerima vaksin melalui SelVAX kerana seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bandar Utama, Kerajaan Negeri Selangor telah membelanjakan bukan sedikit peruntukan untuk membeli vaksin dan kita sebenarnya telah membantu Kerajaan Pusat untuk memberi vaksinasi rakyat Negeri Selangor ini. Jadi tidak patutlah kalau kita nak di caj pula untuk hanya untuk menghasilkan sijil ataupun kerana kita menggunakan MySejahtera ini.
Yang Berhormat Meru ada membangkitkan tentang cadangan pengemaskinian maklumat mangsa banjir dan penyelarasan penyampaian bantuan melalui aplikasi SELangkah. Seperti yang kita maklum pembangunan aplikasi SELANGKAH oleh Kerajaan Negeri merupakan langkah inovatif semasa permulaan penularan Covid-19 pada tahun 2020 ianya adalah berfungsi untuk menjejak kontak rapat dan mengenal pasti kawasan hotspot dan telah membantu Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk kita membendung kes-kes penularan kluster-kluster dan sebagainya. Cadangan Yang Berhormat Meru bagi menggunakan aplikasi SELangkah bagi tujuan pengemaskinian maklumat mangsa banjir dan penyelarasan penyampaian bantuan. Memanglah satu cadangan yang baik. Namun begitu perkara ini memerlukan penyelarasan lanjut memandangkan perkara berkaitan maklumat dan bantuan mangsa banjir memerlukan penglibatan pelbagai pihak berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Unit Pengurusan Bencana dan lain-lain lagi. Penggunaan SELangkah kalau kita nak guna aplikasi
SELangkah bagi tujuan ini maka ia memerlukan peruntukan tambahan sebab dia memerlukan pengemaskinian sistem itu untuk memuat naik data tambahan berkaitan mangsa banjir. Saya percaya pihak Kerajaan Negeri tetap akan melihat kepada bagaimana kita hendak memudahkan pembayaran-pembayaran dan sebagainya. InsyaAllah saya percaya akan dibincangkan tapi kalau kita nak, bukan kita memikir ini ia bukan setakat banjir yang baru-baru ini berlaku tetapi juga makna dia kesemua jenis pembayaran yang di kelolakan atau dilaksana oleh program-program, apa ini, IPR Negeri Selangor sebenarnya sedang dilihat oleh pihak SSDU. Bagaimana kita boleh membayar rakyat dengan cara yang lebih berteknologi tinggi terus transfer duit dan sebagainya semuanya masih di dalam pertimbangan. Saya ingin menjawab dengan ringkas walaupun Jeram tidak ada tetapi biarlah ada di dalam rekod kita. Yang Berhormat Jeram telah membangkitkan tentang status pemilikan tanah bagi pembinaan klinik kesihatan di Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh. Untuk makluman Yang Berhormat, status terkini berhubung pemilikan tanah di Bandar Seri Coalfields seluas 4 ekar adalah masih dalam proses ulasan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum diangkat ke peringkat EXCO untuk kelulusan. Perkara ini akan disusuli dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Galian (JKPTG) Selangor bagi mendapatkan maklum balas seterusnya. Okay ini sedikit makluman tambahan untuk Bandar Utama, untuk dos penggalak sehingga 18.03.2022 terdapat 39 kes yang masih pending belum dapat sijil digital vaksin berdasarkan data daripada SELangkah Yang Berhormat, terima kasih.
Yang Berhormat Subang Jaya membawa satu isu yang penting masih pending di peringkat pusat iaitu berkaitan kesihatan mental dan cadangan ataupun untuk menyegerakan proses Nyahjenayahkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan dan juga untuk kita cadangkan atau gesa Kerajaan untuk menangguh bagi Seksyen 309 ini sementara proses pemansuhan dilaksanakan. Kita sedar bahawa kesihatan mental merupakan antara aspek kesihatan yang kurang diberi perhatian ramai pihak. Namun mutakhir ini kita dapat melihat sendiri bahawa kesihatan mental telah menjadi tumpuan terutamanya semasa PKP. Peningkatan masalah kemurungan dan juga stress meningkat dikalangan masyarakat kita dan panggilan helpline ataupun telefon untuk pertolongan pihak-pihak berkuasa meningkat dengan mendadak juga. Dan untuk makluman kita semua, semasa PKP 2020 dan 2021 kes bunuh diri puratanya adalah 2 kes setiap hari. Malah 45% daripada mereka yang ditanya atau menjawab soal selidik 45% daripada sasaran ini mengakui mereka mengalami kemurungan semasa PKP itu. Kes percubaan membunuh diri memang meningkat dari tahun ke tahun. Kalau 2019-609 orang, 2020-631, 2021-638. Dan sebab kepada percubaan membunuh diri ini adalah pelbagai. Di antaranya adalah masalah kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan ada lagi banyak kes yang semuanya menunjukkan ke arah kepada mangsa ataupun mereka yang cuba membunuh diri ini, mereka gagal untuk menangani masalah yang mereka hadapi maka mereka ingin mengakhiri kehidupan mereka ini. Jadi sebenarnya, isu jenayah bunuh diri ini memang sudah mendapat perhatian dunia. Malah dari tahun 1991 lagi, United Kingdom sudah menyahjenayahkan percubaan membunuh diri dan India
Undang-undang yang kita ada sekarang Seksyen 309 daripada Kanun Keseksaan itu adalah berasal daripada India dan mereka menyahkan Undang-undang ini pada 2017. Sebenarnya bermula pada 1970 namun pada 2017 mereka telah mengenalkan satu akta baru iaitu Mental Healthcare Act dan Singapura juga telah memansuhkan jenayah cubaan membunuh diri ini ataupun cubaan membunuh diri telah dinyahkan di Singapore. Jadi Malaysia pula pada tahun lepas, Menteri Kesihatan telah bersetuju dan malah Kementerian Kesihatan telah bersetuju supaya akta ini dinyahjenayahkan dna mengikut Kementerian Kesihatan, mereka telah menulis memorandum kepada kabinet dan juga telah mencadangkan penangguhan kepada hukuman ini, kepada hukuman ataupun pendakwaan menangguhkan pendakwaan terhadap kes-kes cubaan bunuh diri ini. Namun sehingga sekarang ia tergantung masih tidak ada jawapan yang tuntas daripada pihak kabinet lagi. Jadi, kita menyedari isu kesihatan mental ini sebelum kita diserang oleh Covid lagi. Malah dalam tahun 2019 Kerajaan Negeri Selangor telah memulakan program-program untuk menangani kesihatan mental dengan mengadakan program-program interaktif melalui Facebook dan juga mengundang pakar-pakar kaunseling dan juga berusaha untuk meningkatkan kesedaran, frontliners ya untuk mereka bersedia menghadapi kes-kes kesihatan mental ini. Jadi 2019, apabila kita berhadapan dengan Covid-19 dan apabila PKP dikenakan maka kita tidak hairan apabila kes ini meningkat. Kita tidak terkejutlah kes ini meningkat dan kita telah memperkenalkan pada tahun 2021 satu Program Selangor Mental Sihat atau pun SEHAT, kita boleh layari ataupun kita boleh akses bantuan ini melalui SELangkah dia adalah, tahun ini kita meneruskan dengan penambahbaikan daripada Program Kesihatan Mental ini yang kita telah mulakan pada tahun 2018 lagi. Jadi kita dah berpengalaman di dalam kes ini. Sebenarnya pada tahun 2021 apabila kita memulakan Program Selangor Mental Sihat ini, kita telah menerima pengguna Selangor Mental Sihat ini di aplikasi SELangkah bermula 2021 hingga Februari 2022 seramai 42 ribu orang yang telah melayari aplikasi ini dan mereka mengikut umur dan jantina lebih kurang dia merefleksi masalah kesihatan mental yang dialami oleh kalangan masyarakat. Untuk makluman, wanita adalah kalangan mereka yang sangat susceptible atau rentan kepada masalah kesihatan mental dan biasanya umurnya adalah antara 15 hingga 40 tahun. Kategori yang paling tinggi adalah di antara 31 hingga 50 tahun. Diikuti oleh 18 hingga 30 tahun yang banyak menggunakan aplikasi kita. Dan dari segi kaum pula, kaum Melayu merupakan yang paling tinggi yang menggunakan aplikasi SELangkah sihat ini. Jadi Kerajaan Negeri Selangor telah sedia dan kita tahu mendapat maklum balas terutamanya daripada Subang Jaya, Kampung Tunku dan sebagainya. Dan terima kasih kepada mereka kerana atas kesedaran ini Kerajaan Negeri telah meningkatkan peruntukan untuk Program SEHAT ini tahun 2021 kita diperuntukkan RM 500,000.00. Tapi tahun 2022 ini telah ditingkatkan ke RM 1 juta. Termasuk kalau ada dikalangan mereka memerlukan sokongan atau memerlukan bantuan pertolongan kaunseling dan pakar Kerajaan Negeri juga telah mengaturkan bantuan segera ini kepada mereka yang memerlukannya.
Jadi daripada sini Yang Berhormat, memang Pihak Kerajaan Negeri tidak lagi berbincang tentang stand kita kerana bagi saya amat jelas bahawa mangsa ataupun mereka yang cuba membunuh diri sebenarnya adalah mereka yang perlu kita bantu dan tolong. Bukan mereka yang perlu kita hukum dan penjara bukanlah tempat yang baik untuk mereka, they can get worse, boleh menjadi lebih teruk lagi. Untuk makluman juga, cubaan membunuh diri ini kalau didakwa dan didapati bersalah hukumannya adalah setahun penjara. Jadi kita tidak akan membantu mereka sekiranya mereka dipenjarakan dan saya ingat saya melihat artikel-artikel di dalam media, tidak ada seorang pun yang membangkang akta ataupun Seksyen 309 Kanun Keseksaan ini dimansuhkan. Tidak ada sapa pun yang membantah malah semua pihak dan semua sektor bersetuju bahawa mereka yang cuba membunuh diri sebenarnya memerlukan belas kasihan, memerlukan bantuan, memerlukan khidmat doktor dan pakar psikiatri, mereka juga memerlukan pembimbing dan juga bimbingan kerohanian dan mereka memerlukan support ataupun sokongan daripada pekerja kebajikan. Dan kadangkala mungkin mereka memerlukan peguam bukan mereka apabila sudah ditangkap terpaksa berhadapan dengan polis, interogasi polis dan kemudian dipenjarakan sedangkan emosi mereka pada ketika itu sangat tidak stabil dan tidak harus diperlakukan begini. Kalau kita kenal pasti, kita terima hakikat bahawa ia adalah masalah kesihatan mental, maka kita rakyat juga perlu sedar bahawa ia bukanlah satu stigma apabila seseorang itu menghadapi kesihatan mental. Ia ada masalah kesihatan mental. Saya selalu mengumpamakan bahawa kita ada jantung, organ badan kita. Kita boleh mengalami sakit jantung, kita ada saluran kardiovaskular kita, ada darah tinggi, kita ada sistem hormon kita, bila tak betul kita ada kencing manis, dan kalau tulang kita patah dan sebagainya semuanya adalah penyakit. Jadi masyarakat juga perlu tidak memikirkan secara negatif seseorang yang mengalami masalah atau cabaran kesihatan mental seperti stress, kemurungan, tekanan perasaan dan sebagainya. Malah kita perlu memberi sokongan kepada mereka dan sekiranya kita tidak mampu, kita berilah tolonglah mereka untuk berjumpa dengan pihak-pihak yang pakar di dalam isu ini. Jadi saya ingat jelas kalau saya seorang cakap pun macam mewakili negeri lah. Kita tidak ada masalah untuk menyokong apa ini, nyahjenayah cubaan membunuh diri itu. Jadi saya ingat setakat itu sahaja jawapan saya kepada semua yang bertanya. Terima kasih pada Yang Berhormat semua.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Serdang. Seterusnya saya persilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk memberikan jawapan terhadap soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada sekalian EXCO yang telah memperincikan jawapan-jawapan bagi usul menjunjung titah D.Y.M.M. Sultan Selangor sempena dengan Pembukaan Dewan Negeri pada tahun ini dan saya juga ucap terima kasih kepada seluruh Ahli-Ahli Dewan yang berbahas dan memberikan beberapa pandangan serta teguran serta cadangan-cadangan untuk dipertimbangkan pihak Kerajaan Negeri bersesuaian dan
berasaskan kepada titah D.Y.M.M. Tuanku ketika membuka sidang Dewan untuk persidangan pertama tahun 2022.
Ahli-Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, kita memasuki tahun 2022 selepas melalui beberapa fasa-fasa tertentu dan cabaran-cabaran tertentu di dalam negeri dan negara kita. Bermula dengan cabaran krisis politik tahun 2020 diikuti dengan krisis kesihatan dan krisis ekonomi dan pada akhir tahun 2021 kita berdepan dengan krisis natural disaster ataupun alam sekitar yang telah sedikit sebanyak memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan serta perjalanan kehidupan kita. Dalam titah yang telah disampaikan kepada kita oleh D.Y.M.M. Tuanku, Baginda telah menitikberatkan tentang keprihatinan dan juga apakah fokus-fokus tertentu terutamanya yang mendominasi perbahasan dalam Dewan ini iaitu berkenaan dengan peristiwa banjir dan juga perkara-perkara yang berkaitan dan bersangkutan dengannya. Sudah pasti Kerajaan Negeri sentiasa insaf dan sentiasa ingin memastikan kita memperbaiki dan juga memperbetulkan segala perkara-perkara yang kita lakukan sebelum ini, meningkatkan dan menaik taraf dan sentiasa memperbaiki segala perkara-perkara yang telah kita lakukan supaya akhirnya ia membawa natijah dan membawa hasil yang baik kepada negeri kita. Dalam pembentangan Belanjawan Tahun 2020, saya mengungkap surah Al-Baqarah yang selalu kita sebutkan dan yang selalu kita zikirkan selepas solat Maghrib ataupun solat Isyak dan solat-solat fardu “Qulillahumma malikal mulki tu’til mulka mantasya” sehinggalah akhir yang memberi ingatan kepada kita bahawa kerajaan, kemuliaan itu adalah milik Allah dan akan diberikan kepada siapa dan kepada mana-mana pihak yang ingin diberikan dan diberikan begitu sahaja. Adakah Allah S.W.T. bersikap zalim dengan memberikan tidak ada sebab dan tidak ada apa-apa alasan? Justeru, dalam pandangan-pandangan kitab-kitab tertentu, kitab hisbah, Ibnu Taimiyah sebagai contoh ataupun merujuk kepada kitab-kitab Ibnu Khaldun baginda ataupun tokoh-tokoh ini telah mencatatkan bahawa sesiapa yang mendapat nikmat pemerintahan, kemuliaan itu adalah mereka-mereka yang selalu melakukan islah ataupun melakukan pembaikan daripada buruk ke arah baik, daripada baik ke arah yang lebih baik dan itulah nadi kepada pentadbiran pada hari ini dan insyaAllah pada masa-masa akan datang untuk kita pastikan sentiasa pengalaman-pengalaman kita berdepan dengan rintangan-rintangan tertentu itu diperbaiki dengan cabaran-cabaran dan juga dengan satu solusi-solusi tertentu.
Bila kita berdepan dengan krisis kesihatan yang besar, akhirnya Kerajaan Negeri melihat pentingnya untuk kita menubuhkan sebuah komiti dan juga pandangan tentang kesihatan awam. Walaupun bidang kesihatan awam sudah lama wujud dan sudah ada strukturnya tapi tidak ada pengupayaan dan juga pemberdayaan terhadap institusi dan organisasi terbabit. Dalam retreat kita yang terakhir kita telah melihat dan sudah sampai ke tahun kedua kita memperkukuhkan institusi kesihatan awam di mana fungsi di peringkat negeri akan diperkasakan dan diperkukuhkan di mana the whole society approach yang selalu diungkap dan diistilahkan di dalam semasa kita berdepan dengan pandemik Covid-19 dapat dilaksanakan. Kita ada Jabatan
Kesihatan Awam di PBT. Tapi di peringkat persekutuan, di peringkat negeri sebagai contoh kesihatan awam sentiasa dirujuk kepada hospital sedangkan ia dirujuk sebenarnya kepada sikap, kepada cara kita bertingkah laku. Saya masih ingat jawapan Sementa ketika beliau EXCO. Kalau sakit di dalam badan, doktor, ubat-ubatan. Tapi bila epidemik ataupun pandemik yang perlu dikawal adalah sikap. Dan sikap itu terlahir daripada apa yang dikatakan sebagai the whole society approach barulah kita dapat tangani dan kita dapat lihat peningkatan kes-kes denggi sebagai contoh. Kita masih lagi mampu menangani dengan fogging, kita hanya lagi menangani dengan kawalan penyakit ketika terlantar di hospital tetapi kita belum lagi mampu mengubah sikap dan juga gaya kehidupan kita. Justeru, kerajaan sentiasa cuba untuk bergerak ke arah tersebut. Begitulah juga halnya dengan banjir. Apabila kita lihat banjir, ramai orang lihat kepada sungai bagaimana sungai ingin kita bersihkan? Bagaimana ingin kita dalamkan? Semalam Yang Berhormat Pandan Indah telah menjelaskan dengan rinci termasuk aspek-aspek mekanikal berapa kedalaman yang boleh dipertikaikan? Yang boleh dilaksanakan dan sebagainya. Tetapi perkara yang besar yang harus dilihat daripada aspek keseluruhannya ialah bagaimana menangani puncanya ataupun berlakunya? Suka ataupun tidak suka, kita percaya ataupun tidak percaya, apa yang dikata sebagai climate change, perubahan suhu, peningkatan climate change, pertukaran cuaca yang mendadak ataupun yang dikatakan peningkatan kadar air di laut-lautan kita telah memberikan kesan juga nilai berganda yang telah menyebabkan bencana-bencana yang besar. Dan bencana-bencana ini bukan hanya merujuk kepada masalah alam sekitar, banjir, tanah runtuh, kerugian harta benda tetapi turut akan memberi kesan kepada isu seperti pandemik.
Saya melihat satu dokumentari ketika MCO yang lepas di Netflix berkenaan dengan clouds. Clouds data yang kita faham itu ia bermula dengan pandangan dan juga bermula dengan pemahaman tentang meteorologi ataupun kaji cuaca dan akhirnya sampai kepada cloud data ataupun penyimpanan data secara clouds. Tetapi dalam penjelasan ketika dokumentari itu juga mengingatkan kepada kita bahawa pandemik di Afrika dan beberapa buah negara lain juga terkesan dengan pergerakan monsun dan pergerakan angin kerana ia membawa agen-agen yang membawa virus-virus ataupun penyakit-penyakit terbabit. Dan, dengan sebab itu juga ia juga akan memberi kesan kepada nilai tambak makanan. Sebab itu bila harga makan meningkat pada akhir-akhir ini, kita kena sedar ia sedikit sebanyak adalah lambakan dan kesan daripada yang dipanggil sebagai climate change ataupun perubahan cuaca dan perubahan suhu yang mendadak ataupun global warming, pemanasan global yang telah menyebabkan kesan-kesan sampingan yang nanti kesannya bukan hanya banjir yang melanda tetapi banjir, angin, pembawaan serangga dan sebagainya itu akan memberi kesan kepada pengeluaran bahan makanan. Pengeluaran kepada pergerakan manusia dan sebagainya dan sebab itu Kerajaan Negeri salah satu daripada solusi awal ataupun cara awal kita lihat dengan jangka masa panjang, kita upgrade atau kita naik taraf apa yang kita panggil sebagai Jawatankuasa Alam Sekitar kepada pemanasan global dan climate change kerana ini akar yang telah melatari hal itu. Dan, saya menyambut baik dengan gesaan-gesaan semua untuk kita membuat
kajian untuk kita memberikan pandangan dan retreat Kerajaan Negeri baru-baru ini antara retreat yang paling heavy yang pernah dihadiri kerana kita dibentangkan dengan pelbagai pandangan-pandangan daripada kesihatan awam, climate change, pengurusan bencana dan sebagainya dan kita telah antara maklum balas awal tokoh yang kita panggil daripada universiti dan pengkaji-pengkaji tersebut. Inilah kali pertama mereka dapat membentang secara terus dengan government, dengan kerajaan. Dan Alhamdulillah kerajaan pertama yang membuat itu adalah Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan sebab itulah saya percaya konteks yang saya kata islah reform yang kita akarkan menjadi nadi kepada pentadbiran ini adalah untuk memperbaiki, menaik taraf dan sentiasa beradaptasi dengan perubahan-perubahan yang berlaku.
Ahli Berhormat yang saya kasihi sekalian, mari saya singkap dan saya rungkaikan sedikit sebanyak berkenaan dengan peristiwa banjir yang turut menjadi perhatian dan keprihatinan D.Y.M.M. Tuanku dan sebahagian besar daripada pembahas-pembahas pada hari ini dan saya percaya rakyat di luar sana. Di antara kritikan yang cuba dilemparkan kepada Kerajaan Negeri bukan kali pertama, di Parlimen pun saya dengar nadanya begitu tapi tidak secara terusnya begitu. Saya difaham maksudnya ke arah itu iaitu seolah-olah Kerajaan Negeri tidak melakukan apa-apa dan melaksanakan persediaan walaupun ingatan-ingatan dan juga tanda-tanda telah diberitahu dengan memetik pandangan Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam sidang Parlimen pada bulan Julai ataupun bulan September atau sesi belanjawan yang lepas.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, suka ingin saya mengingatkan bilakah Kerajaan Negeri memulakan persediaan kita terhadap banjir? Kita telah mulakan persediaan terhadap pengurusan banjir di dalam Negeri Selangor seawal 6 September 2021 pada ketika itu bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sedang yang masih bertugas pada waktu itu bertugas dan mengadakan mesyuarat pertama persediaan kepada seluruh Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan, agensi dan jawatankuasa untuk persediaan banjir. Persediaan itu adalah sesuai dengan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara dan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi yang melihat urusan bencana di dalam negeri. Tidak betul kalau kata Menteri Besar. Ia adalah tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan dilaksanakan belum? Sudah. Pada 6 September dan pada 7 September Jawatankuasa dan Unit Bencana Negeri telah bertemu dan telah menghadiri satu sesi yang telah diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara ataupun yang dikenali sebagai NADMA iaitu pada 7 September tahun 2021. Maknanya persediaan kita sudah ada belum? Sudah. Adakah kita sampaikan kepada pihak agensi persekutuan? Dilaksanakan. Mesyuarat 6 hari bulan, 7 hari bulan telah kita maklumkan kadar dan juga persediaan dan kesediaan kita. Apakah kesediaan yang telah kita lakukan? Kesediaan yang kita lakukan pada hari itu ialah persediaan-persediaan kita berdasarkan rekod-rekod lampau kejadian banjir di Negeri Selangor. Di Negeri Selangor biasanya tidak akan melebihi daripada 2,000 hingga 4,000 orang mangsa pada satu-satu ketika di saat angin monsun berlaku. Kita ingat daripada ini yang terakhir yang paling besar ialah tahun 2006. Itu
hanyalah sekitar kawasan Shah Alam dan TTDI dan kawasan-kawasan lain. Sebelum itu kita mengenjak ke yang paling jauh lagi tahun 1995. Juga berlaku di Sri Muda. Tapi Sri Muda pada waktu itu Kerajaan Pusat cepat sikitlah berbanding dengan kerajaan yang baharu ini. Sebelum itu tahun 1971, itu yang paling besar. Itu yang paling besar. Jadi, kita telah menganggarkan kadarnya adalah sekitar 5,000 orang dan persiapan fasiliti-fasiliti kemudahan juga melebihi daripada 5,000 kerana jumlah 5,000 itu adalah bersesuaian dan berkadaran dengan jumlah-jumlah dan kadaran hujan yang berlaku. Adakah kita tidak mengambil peduli tentang ingatan Jabatan Meteorologi pada November 2021 yang telah memberi amaran kepada negeri-negeri seperti negeri lain iaitu Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor? 1 November, Meteorologi memberi ingatan bahawa empat negeri ini sahaja yang akan terkesan. Sebab itu pada 19 hari bulan sewaktu bertemu dengan Perdana Menteri, sempat pagi itu saya bertemu dengan menteri yang mengelola NADMA beliau memaklumkan bahawa keseluruhan ataupun sebahagian besar persediaan termasuk pelancaran NADMA yang diisytiharkan diumumkan ditumpukan di kawasan Pantai Timur dan tidak ditumpukan di Negeri Selangor ataupun di kawasan tengah dan di Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Jadi maknanya memang persekutuan pun tidak jangka, dia bawa ke Pantai Timur. Aset, kemudahan dan sebagainya ditumpukan di Pantai Timur. Dan, sehingga tarikh hujan itu turun pun kalau hendak ditanya tidak ada amaran ke? Tidak ada amaran. Amaran yang awal ada. Dia kata bulan Disember akan berlaku 200 hingga 300 milimeter dalam tempoh sebulan. Dalam ucapan Ketua Pembangkang pun akui hujan yang turun 48 jam itu adalah hujan dalam amaun ataupun dalam jumlah satu bulan yang telah turun di Negeri Selangor pada tarikh 17, 18 dan 19 Disember. Makna tempoh 48 hingga 72 jam itu jumlah itu turun telah lebih 300 hingga 400. Ia turun di beberapa tempat di Banjaran Titiwangsa dan sebagainya. Sebahagiannya melimpah ke Pahang dan sebahagiannya melepasi Banjaran Titiwangsa dan melimpah di Negeri Selangor dan kebetulan pada tarikh-tarikh tersebut adalah kawasan air pasang besar yang jumlahnya 4.5 meter tingginya. Lebih kurang 4.5 walaupun tidak tinggi tapi cukup untuk menghadkan air ataupun memberhentikan air daripada masuk ke kawasan laut sebaliknya masuk ke kawasan tanah-tanah daratan.
Dan pada masa itu juga pintu-pintu air kita yang berfungsi dan masih lagi berfungsi terpaksa di tutup untuk elak air masin melimpah di kawasan-kawasan tanah-tanah yang ada di dalam negeri dan negara kita.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebab itu pada waktu tersebut kita telah pada bulan September lagi kita telah mewartakan 604 pusat-pusat pemindahan sementara seluruh Negeri Selangor. Pada waktu itu juga kita telah bersedia untuk lebih kurang di antara 3,000 hingga 5,000 persediaan khemah-khemah cubicle yang ada kalau kita lihat dia warna oren serta warna-warna tertentu itu, yang ada di pusat-pusat pemindahan yang ditempatkan di Sungai Buloh. Pada waktu tersebut juga bekalan-bekalan makanan yang sepatutnya telah disediakan di antara 3,000 hingga 5,000 manusia berdasarkan rekod-rekod lampau yang berlaku.
Ahli Yang Berhormat sekalian, pada tarikh 17 sudah berlaku hujan sebab itu kalau kita tidak bersedia, kita tidak buka lebih daripada 19 hingga 20 pusat-pusat pemindahan daripada 17-19, kita bersedia tetapi persediaan itu adalah berdasarkan rekod-rekod yang lepas dan hujan yang turun itu melampaui dan luar biasa dan sebagainya. Dan 17 bermula hujan, 18 hari bulan petang tanpa lagi mendapat arahan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk Menteri Besar mempengerusikan mesyuarat pada waktu itu, kita sendiri, saya sendiri selepas habis kuarantin kendiri akibat daripada isteri saya dijangkiti Covid-19, saya harus melakukan pengasingan kendiri kita melakukan mesyuarat dan arahan pada ketika itu ialah apa gunakan segala aset yang ada termasuk aset-aset di pihak berkuasa tempatan.
Yang Berhormat sekalian, saya dengar Sungai Burong kata aset-aset semua dah ada. Mana adanya, tak ada. Antara yang ada adalah Majlis Bandaraya Shah Alam itu pun ada dua bot. Sebab apa dia ada dua bot? Sebab dia ada Tasik Shah Alam. Ia bukan guna untuk menyelamatkan banjir. Yang ada lagi ialah Majlis Daerah Hulu Selangor sekarang Majlis Perbandaran Hulu Selangor mungkin sebab satu dua kes, yang lain tidak ada. Aset-aset yang lain adalah aset persekutuan yang ada milik NADMA, milik BOMBA. Semuanya telah ditumpu di kawasan Pantai Timur atau pun negeri-negeri Pantai Timur. Apakah kita berdiam diri sahaja? Tidak! Kita juga telah hubungi tentera. Pada 18 hari bulan kita dah hubungi. Tetapi tentera menyimpan aset-aset mereka di mana?, tentera yang mengawal ataupun yang membantu di kawasan Negeri Selangor yang dipanggil sebagai 11 Briged ini. 11 Briged ini kawasan pemantauan atau kelolaan nya dari Kuala Lipis sampai ke Tapah. Tiada kem di Negeri Selangor? Ada Kem Sungai Buloh. Kem Sungai Buloh menempatkan apa? Menempatkan alat-alat teknikal dan vokasional untuk latihan kepada tentera yang ingin keluar daripada atau akan keluar daripada perkhidmatan angkatan tentera untuk latihan.
Ada juga bahagian-bahagian lain. Dia tidak menyimpan aset. Asetnya di mana? Asetnya disimpan di Bentong. Jadi 18 hari bulan, tentera ini pergi ke Bentong. Tetapi di Bentong juga berlaku hujan, berlaku tanah runtuh. Akhirnya bersama Rara lah dia tersekat. Eh bersama Rara pula, bersama kawasan dekat sana lah dia tersekat di Bentong dan tidak dapat pulang sehingga 18, 19 hari bulan.
Ahli Yang Berhormat itu realiti dan keadaannya. Jadi kalau, dan sebab itu pada 18 hari bulan...
Tersasul...
Tersasul, dah jadi milik orang dah. Jangan suka-suka. Sebab itulah Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itulah kita telah berusaha dan juga kita melaksanakan apa yang kita ada machinery yang kita ada dan sebagainya dan sebab itulah walaupun telah dihubungi secara rasmi pada 18 hari
bulan, saya mengambil inisiatif menghubungi Perdana Menteri dan menghubungi Menteri Pertahanan meminta dengan, agar segera aset-aset army diturunkan dan pada 19 hari bulan sebenarnya bila Mesyuarat diadakan di Pejabat Tanah dan Daerah Klang yang dihadiri Perdana Menteri, saya turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri turut hadir beberapa menteri turut hadir kita turut dah dilaksanakan dan berjalan dan ia berlaku dalam tempoh 24 jam. Daripada 17-18 tetapi selepas 18 itu , 19 dan keseluruhannya dapat dilaksanakan dan pelaporan itu kita dapat laksanakan dengan baik.
Jadi ini menyangkal beberapa dakwaan-dakwaan termasuk apa yang cuba disampaikan oleh Ketua Pembangkang yang saya rasa selari dengan hasrat yang terbawa-bawa dalam Parlimen seolah-olah kita tidak berhubung. Kita bersiap sedia daripada awal tetapi hujannya terlalu luar biasa. 17 kita sangka kita boleh kawal lagi. Betul. Kita dah bukan PPS pun 17, Pelabuhan Klang dan laporkan dah masa itu. Di beberapa tempat dah buka. Kita buka lebih sembilan (9) ke sepuluh, berbelas, maafkan saya, saya lupa angkanya tetapi berbelas yang kita siapkan. Tetapi ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami banjir. Daripada 604 yang diwartakan tetapi tidak dapat digunakan sebab banjir dan sebagainya. Antaranya Sek. Men. Keb. Sri Muda yang saya pergi yang pada petang 19 hari bulan. Itu adalah salah satu daripada PPS. Kita telah wartakan. Itu pun dah banjir. Itu ada orang duduk di tingkat-tingkat atas dan di bawah berlakunya banjir.
Ahli Yang Berhormat sekalian, kalau saya nak sangkal memang tidak pernah berlaku langsung dalam bab-bab insiden kritikal seperti pandemik seperti bencana kita memutuskan hubungan langsung dengan Kerajaan Persekutuan atau pun tidak melaksanakan pelarasan pada Kerajaan Persekutuan. Struktur arahan komando komander tidak ada perubahan. Masih kekal. Masih kekal. Itu pun ada juga propaganda-propaganda songsang yang cuba masuk. Antaranya, oh Negeri tak ikut. Sepatutnya beri pada APM. Kita bagi pada SERVE. Tang mana pula datang SERVE. SERVE lahir bulan 8. Tiada, tiada kaitan. SERVE datang untuk membantu strukturnya masih sama. Arahannya masih sama dan pada 21 hari bulan, maknanya 18 hari bulan saya tidak ikut perintah MKN 20 lah. Sebab saya bukan chair. 21 hari bulan baru arahan untuk Menteri Besar dipilih atau melaksanakan mesyuarat dan juga melakukan pelarasan yang mana sebenarnya pelarasan itu telah dibuat pada 18 hari bulan. 17,16 dan sebagainya ia di bawah arahan Setiausaha Kerajaan Negeri dan arahan-arahan itu telah berlaku dan telah dilaksanakan dan pelaporan juga telah dilaporkan di peringkat NADMA sebab itu pada 18 hari bulan, sewaktu saya chair meeting dekat peringkat Negeri, yang turut dihadiri oleh Ketua Polis, yang turut dihadiri oleh wakil bomba, yang turut dihadiri oleh tentera yang turut dihadiri oleh semua jabatan 18 hari bulan Menteri yang menguruskan bencana daripada NADMA, Mersing ketika itu telah berada di Klang. Maknanya pelaporan-pelaporannya telah ada cuma bagi bagaimana ia berlaku, kita kena terima hakikat jumlah hujan yang turun itu luar biasa dan melampau-melampu sebaliknya
Tetapi saya boleh rekodkan dan saya boleh sebutkan di sini kelambatan, kelewatan chaos, mess atau kelam-kabut itu dalam tempoh 24 jam sahaja. Sebab kita tidak sangka dengan jumlah yang luar biasa walaupun kita telah beri arahan-arahan dan gunakan segala aset. Maknanya 18 hari bulan tengah hari itu kita dah bagi arahan, gunakan semua yang boleh. Ada lori, ada traktor gunakan segala yang mungkin untuk evacuation atau untuk selamatkan yang lain. Saya dengar Dusun Tua turut gunakan sendiri bot dia ketika berlaku di sana. Dia tidak bertakung lah air dia sebab kawasan dia tidak ada laut, jauh daripada laut. Jadi air itu mengalir pula akhirnya air itu bertenang di kawasan Bukit Changgang, di kawasan Banting dan beberapa kawasan-kawasan yang lain dan akhirnya sampai ke Dengkil baru masuk ke dalam kawasan laut.
Ahli Yang Berhormat sekalian sebab itu kita menyambut baik titah Duli Yang Maha Mulia dan Kerajaan Negeri sentiasa cuba memperbetulkan dan cuba untuk memastikan urusan-urusan khususnya berkaitan dengan bencana, dengan urusan-urusan kritikal ini dapat kita aturkan dan dapat kita laksanakan sebaik mungkin. Selepas daripada itu sebenarnya Kerajaan Negeri cukup pantas agensi-agensi kita cukup pantas. Tetapi adakah kita akan ulang balik benda yang sama? Tidak! Pada waktu ini kita dah beri arahan kepada pihak-pihak Berkuasa Tempatan. Antara arahan penambahbaikan yang kita lakukan sekarang adalah semua pihak berkuasa tempatan digalakkan atau pun di pertingkatkan untuk membeli aset seperti bot dan kemudahan-kemudahan evacuation kalau berlaku banjir di masa hadapan. Semua. Ada sebahagiannya telah membeli Petaling Jaya atau Subang Jaya telah mula membeli di tempat lain sudah mula beli dan juga Skuad Pantas. Yang merupakan skuad yang dilaksanakan untuk urusan-urusan segera untuk kawasan yang tumbang pokok dan sebagainya juga kita akan mulakan latihan dan antara tindakan yang harus kita lakukan segera selepas ini juga mengalihkan keperluan-keperluan aset lain untuk keperluan mereka yang berpindah. Sebelum ini berada di Sungai Buloh. Itu yang daripada 17 hingga 18 tidak sampai-sampai. Sebab dia dah jadi pulau nak masuk ke Sungai Buloh pun dah jammed dan tidak boleh. Dan mungkin kita kena lihat letakkan dia di peringkat Daerah supaya Pejabat Daerah yang masih lagi terselamat banjir dan sebagainya ia dapat dikawal.
Kalau kita ikut rekod betul-betul, kejadian yang berlaku di Selangor hampir sama dengan kejadian yang berlaku di Pahang pada tahun 2013. Kejadiannya yang hampir sama di Negeri Kelantan pada tahun 2014/2015, kejadian yang hampir sama pada tahun 2006/2007 di Negeri Johor dan kejadian yang hampir sama berlaku di Negeri Pulau Pinang pada tahun 2017. Saya ikut dua (2) atau tiga (3) kawasan terbabit. Saya pergi tempat yang sama. Di Pahang saya pergi untuk bantu proses pemulihan banjir, di Kelantan saya pergi ketika banjir. Di Negeri Pulau Pinang ketika banjir dan pemulihan selepas banjir. Ceritanya yang sama, hujan yang sepatutnya turun satu bulan dua bulan tiga bulan turun dalam tempoh 24 jam. Jumlahnya banyak, keadaannya kelam-kabut tetapi compare dengan kesemua tempat-tempat yang saya sebutkan tadi, compare dengan Kelantan sebagai contoh, we are more ready. Dan
Alhamdulillah juga ada beberapa kawasan-kawasan kita tinggi walaupun jumlah kematian itu tinggi, kita kena ingat juga Pahang negeri yang dikatakan bersiap sedia diletakkan beberapa aset jumlah kematiannya juga tinggi. 21 orang, di Negeri Selangor 25 orang. Tetapi berita semua cerita berita Selangor lah yang berita tentang Pahang sikit sebanyak ditenggelamkan atau digelapkan.
Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu saya menolak sama sekali bahawa tidak berlaku hubungan dengan Kerajaan Persekutuan atau pun tidak berlaku hubungan dan persediaan kita. Kita lakukan persediaan cuma jumlah nya terlalu tinggi dan 24 jam pertama itu lah yang sedikit sebanyak kita atur kan dan kita selamatkan dan selepas itu kawasan Sri Muda, kawasan Bukit Changgang yang bertakung agak lama itu dapat kita selamatkan dan dapat kita pulihkan dan secara keseluruhannya tindakan pembersihan kita juga kita dengar tadi Worldwide sahaja melakukan pelupusan 40,000 tan , 60,000 tan. Rakan saya Negeri Sembilan kata mereka selesaikan 1,000 tan. 1000 tan mereka ambil masa seminggu. Kita 60,000 tan kita selesaikan dalam tempoh dua hingga tiga minggu.
Jadi maknanya, pegawai kita petugas kita bekerja lebih daripada masa dalam masa yang sama kita turut letakkan, bukan saya sahaja bergerak bukan Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja bergerak, setiap EXCO kita berikan tanggungjawab, Y.B. Rodziah binti Ismail untuk melihat PPS-PPS ini sebab itu kita dapat angka yang tinggal di PPS. PPS yang dibuat sendiri sebagai contoh, ada beberapa Masjid, ada beberapa dewan di buat sendiri kita turut ambil datanya. Sebab itu kita ada dapat data 11,193 orang atau ketua isi rumah atau pun keluarga. Yang Berhormat Dato’ Teng Chang Khim kita minta untuk lihat kawasan-kawasan industri, Kawasan Industri Bukit Raja tidak pernah dilimpahi air turut dilimpahi air selepas itu kita minta beliau jaga Klang dan pastikan Klang dapat proses pembersihan segera, dapat kita selesaikan. Y.B Tuan Mohd Khairuddin bin Othman atau pun Y.B Paya Jaras kita minta untuk jaga sukarelawan tidak cukup dengan itu kita bagi tanggungjawab untuk beliau duduk di kawasan Hulu Langat daripada pagi sampai ke pagi, jangan balik selama seminggu sampai isteri dia nak marah dengan saya dan akhirnya beliau dapat selesaikan masalah itu di sana.
Tapi selalu ada di sana Templer, saya pun hairan. Saya datang ke Hulu Langat, saya tanggungjawab kan Paya Jaras. Yang saya jumpa Dusun Tua, Templer pun rajin kat Hulu Langat. Saya hairan. (Dewan ketawa). Kawasan lama.
Ahli Yang berhormat saya kasihi sekalian. Dan Sungai Kandis saya ingat tidak lupa kita minta untuk lihat masjid. Alhamdulillah segera Zakat, Jabatan Agama Islam dapat data, dapat uruskan. Sebab itu Alhamdulillah walaupun ada sedikit isu di sana sini kita dapat selesaikan dengan jumlah yang besar dan banyak dalam tempoh yang singkat termasuk pemberian kepada lebih 118 juta atau ringgit yang telah kita gunakan. 118,000 ribu keluarga, bukan sedikit. Kawan saya di Pahang, sahabat saya Tuan Rosni dia RM 40 ribu itu pun masih 99% belum selesai sepenuhnya. Negeri-
negeri lain saya dengar Negeri Melaka dengan bangga, “kita dah selesai”. Berapa mangsa dia? 600. Alhamdulillah kita 118,000 mungkin dalam sebelum Ramadhan saya percaya kita boleh selesaikan semuanya atau pun sebelum hari raya termasuk bantahan-bantahan yang ada.
Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab ibu bila disebut tentang banjir tadi kita lihat menyeluruh dengan kesan-kesannya. Saya ingin menyambut pandangan Semenyih walaupun Semenyih tiada. Walaupun kita turut melakukan R&D.. eh Semenyih ada. Dia orang beriman ni kadang-kadang terkabus.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu bila R&D, Research kita memang kita adakan tiap-tiap tahun Kerajaan Negeri adakah R&D and I, Research, Development And Innovation Expo dan pada waktu itu memang pada itu kita memang tumpukan pelbagai bidang termasuk peningkatan infrastruktur, bagaimana infrastruktur yang lebih berdaya tahan dan disertai oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan agensi-agensi kita termasuk pihak-pihak sekolah. Saban tahun untuk kajian sahaja kita siapkan, kita siapkan.
Boleh saya mencelah Yang Berhormat Sungai Tua?
Semenyih, Semenyih mencelah ya, penjelasan.
Tuan Speaker, saya merakamkan jutaan terima kasihlah di atas perhatian pihak Kerajaan mengatakan R&D dan pasal kita Selangor sebagai satu Hub Pendidikan yang kita tidak boleh nafikan ya. Kita banyak pusat pengajian tinggi, banyak pakar-pakar dan kita pun diiktiraf pakai hidrologi dan sebagainya bukan peringkat tempatan sahaja tapi peringkat antarabangsa, international. Jadi kita harap dengan cadangan dan seruan pihak memang Kerajaan Negeri Selangor telah membuat satu R&D bertambahkan dengan air lagi, rasa inilah bukan kita memandang mana-mana pihak-pihak tertentu kita kelestarian kita bangga-bangga kan selama ini. Pembangunan mampan, lestari dan sebagainya. Jadi terima kasih pihak Kerajaan Negeri atas cadangan dan penambahbaikan dalam R&D and I ini. Terima kasih.
Terima kasih kerana sokong kita. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jangan bincang politik. Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu sebelum daripada kejadian atau sebelum daripada peristiwa kejadian banjir ini, Unit Bencana kita memang antara yang paling aktif. Malahan saya boleh katakan sebaik kita ambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya tahun 2018 di akhir ataupun di pertengahan tahun 2019 sebahagian daripada prosedur SOP protokol yang diguna pakai oleh NADMA, kita kongsikan daripada apa yang telah kita lalui di negeri Selangor. Maknanya memang kita kongsi dengan pihak-pihak mereka dan sebelum daripada itu lagi sebenarnya pada tahun 2019 lagi kita telah mulakan satu kajian, yang
mana kajian itu diberikan hasil kerjasama daripada Unit Bencana Negeri dengan Universiti Teknologi Malaysia dan juga JAICA. JAICA ini adalah Japanese International Cooperation Agency di bawah Kerajaan Negara Jepun ataupun namanya (bahasa Jepun) nama Jepunnya yang bertugas dan berfungsi untuk mengenal pasti dan juga mengandaikan kejadian-kejadian bencana di pada masa depan. Pada waktu memang kita sudah didedahkan tahun 2050 beberapa locality di Klang, berapa locality Banting, berapa locality -locality tertentu di negeri Selangor kemungkinan akan ditenggelami air sebagaimana laporan-laporan yang keluar selepas kejadian banjir. Kita dah aware sebab perkara itulah kita sedang buat satu kajian bagaimana sistem alert yang lebih baik dan juga sistem penyempurnanya dan baru ini retreat mereka dan bentangkan sebelum ini tahun 2021 mereka dah bentangkan di dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri hasil-hasil primary ataupun hasil awal kajian yang dilakukan secara menyeluruh. Selesailah sebab banjir yang infrastruktur, pengurusan pentadbiran, predection dan sebagainya saya rasa dah jawab. Bahawa struktur kita tak pernah langgar malahan kita lakukan lebih awal. Malahan unit kita Unit Bencana kita lebih awal, mencadangkan dan sebahagian daripada SOP NADMA itu memang hasil daripada apa yang kita telah lakukan di negeri Selangor. Itu yang sedang saya boleh share terutama pada tahun 2018,19 sewaktu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sama-sama di bawah Pakatan Harapan.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya juga ingin menyebutkan di sini apabila Ketua Pembangkang menyebutkan selepas daripada pandemik, selepas daripada pandemik Ketua Pembangkang menyebutkan beliau tidak nampak jelas apakah perancangan-perancangan Kerajaan Negeri untuk menggandakan serta mempercepatkan proses pemulihan ekonomi dan juga bagaimana kita kembali kepada zaman awal. Zaman awal sebelum Covid-19 ataupun kehidupan yang lebih baik. Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin membawa balik sidang ini pada tahun 2020 apabila saya membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi di dalam dewan ini. Pakej itu ialah Pakej Rancangan Ekonomi yang keempat kalau tak silap saya, ketiga kalau tak silap saya. Yang kita pernah hadapi sepanjang daripada Covid-19 dan Kerajaan Negeri telah membentangkan lebih daripada 4 pakej rangsangan bernilai 1.1 bilion. Apa Pakej Rangsangan yang ketiga, pakej yang ketiga kita menjelang tahun 2021, dengan penuh yakin dengan penuh positif pada ketika itu, kita mencadangkan dana-dana untuk pemulihan ekonomi dan sebahagian daripada dasar dana-dana tersebut adalah dana-dana untuk memastikan kita beradaptasi dengan kehidupan di era endemik. Di mana kehidupan kita bersama dengan pandemik ini. Sebab itu ketika bentangan itu saya turut membentangkan pembelian vaksin. Ketika membentangkan itu saya turut membentangkan bagaimana kita akan buat Selangor Advance. Yang Berhormat sekalian sehingga 31 hari bulan Disember tahun 2021, kita dah berbelanja lebih daripada 123 juta dalam program Selangor Advance. Lebih 1500 syarikat terlibat dan ia memberi implikasi dan ruang kesihatan pendapatan kepada syarikat dan juga kepada pekerja-pekerja lebih 50 ribu syarikat di seluruh negeri. Ada agensi persekutuan, ada GLC persekutuan ada GLC negeri, ada syarikat swasta. Lebih 300
pinjaman-pinjaman factoring dan kemudahan-kemudahan tertentu yang dilakukan telah mendapat daripada Program Selangor Advance sebagai contoh. Tak cukup dengan itu kita ada program PLATS. PLATS adalah satu program bagaimana kita beradaptasi supaya bazar Ramadan diadakan secara atas talian. Ataupun di dalam talian. Kita mula dengan 193 pada hari ini PLATS tidak berhenti ketika bazar Ramadan. Kita teruskan lagi dan kita telah membantu atau mendekati lebih 20 ribu peniaga-peniaga dan 7 ribu daripadanya telah ada dalam eko sistem PLATS. Ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Bandar Klang juga turut terlibat membantu lebih 70 ribu syarikat-syarikat untuk terlibat e-bazar. E-bazar ini secara tidak langsung telah membantu mereka meningkatkan jualan dan bukan hanya tertumpu di wilayah negeri Selangor dan sebagainya. Itu untuk rakyat secara kendiri atau secara runcitan secara personal yang saya boleh sebutkan satu persatu. Tak termasuk Hijrah. Hijrah kita telah perkenalkan beberapa pakej-pakej tertentu. Ada i-musim perayaan yang akan kita laksanakan. Kita turut meningkatkan bantuan hijrah sehingga 100 ribu ringgit dan lebih daripada 100 juta yang kita telah belanjakan untuk bantuan peniaga-peniaga dan usahawan ini dalam bentuk pinjaman dan mereka mampu untuk membayar balik untuk mereka memulakan perniagaan dan pinjaman. Selepas banjir baru-baru ini kita luluskan banyak yang memohon sebahagianya adalah bengkel-bengkel. Bengkel-bengkel kenderaan turut dilanda banjir dan kita telah luluskan dan beri peluang kepada mereka untuk membuka perniagaan dengan bantuan Hijrah yang telah diluluskan oleh pihak Hijrah.
Ahli Yang Berhormat sekalian, kita tak berhenti cara itu, secara makro yang besar turut saya telah bentangkan mengenai berapa program sebagai contoh kita laksanakan program-program bertaraf antarabangsa, kita lancarkan Selangor International Business Summit yang disertai 119,647 ribu pengunjung pada tahun 2021. Dan lebih 600,420 juta transaksi dan komitmen transaksi yang terhasil daripada program tersebut. Kita anjurkan Selangor Airshow, kita anjurkan program Selangor Asian Badminton Championship walaupun dia acara sukan tapi ia memperkenalkan produk-produk negeri. Ia memperkenalkan Invest Selangor, ia turut memperkenalkan SSBS dan sebagainya. Kita turut anjurkan Halal International Conference yang turut dianjurkan oleh EXCO Halal baru-baru ini. Empat program international sebaik pembukaan ekonomi, saya percaya kita bukan hanya main-main. Kita dengan penuh objektif penuh dengan positif dan penuh yakin dengan penuh motivasi ingin mengembangkan dan memastikan pembangunan dan kesetaraan ekonomi dapat berjalan dan dapat dilaksanakan dengan baik dan penjanaan yang menyeluruh. Tak cukup dengan itu sebaik, Pandan Indah kita tanggungjawab tahun ini kita dan lihat pelan yang lebih berstruktur untuk pembangunan di kawasan Sabak Bernam dan kawasan utara Selangor. Yang Berhormat Bandar Klang terlibat ketika untuk memastikan di kawasan Selatan Selangor yang kita panggil sebagai segi tiga emas untuk kita bangunkan insyaAllah akan terangkum dalam beberapa pelan kita di masa depan. EXCO Perumahan sewaktu musim pandemik untuk memastikan industri pembinaan dan construction tidak tergugat, kita perkenalkan beberapa pakej dan kemudahan. Antaranya membenarkan mereka membina rumah idaman dan harapan
yang bernilai RM 250 ribu kerana membina RM 40 ribu hingga RM 100 ribu mereka terpaksa membayar subsidi ataupun mengurangkan kerugian subsidi bagi setiap unit di antara RM 60 ribu hingga RM 70 ribu bagi setiap unit. Kita bagi peluang itu supaya industri ini tidak collapse dalam masa yang sama kita nak pastikan rumah-rumah cukup dan mampu dibina dengan baik. Maknanya daripada awal pandemik lagi kita bukan hanya tumpuan pandemik kita dah kawal dan kita dan pastikan ekonomi negeri tidak collapse dan tidak berterabur ataupun tidak menjadi luluh ketika berdepan dengan pandemik. Selepas pandemik kita terus bergerak dengan pantas, belum masuk fasa endemik kita dan anjurkan 4 program international ataupun peringkat antarabangsa dan sebab itulah saya yakin bahawa pentadbiran dan juga kerajaan pada hari ini sentiasa memandang ke depan secara positif melupakan dan tidak mengambil, mengambil endah pun fasal bukan tahun yang indah. Tidak terlalu menjadi salah satu alergi dengan perbezaan politik kita kerjasama dengan kementerian, kita kerjasama dengan semua pihak. Pandan Indah juga kerjasama dengan Kementerian Pertanian, kita buat program keselamatan bekalan makanan, kita gunakan RM 50 ribu, RM 50 juta ringgit, bila kita tengok harga barang naik sebagai contoh, seperti ayam dan telur dan telur tidak ada lagi di Malaysia. Orang Malaysia dan tak dapat lagi telur atau ketiadaan telur dan akhirnya kita pastikan Selangor cukup bekalan ayam yang murah dan juga Selangor ada telur atau pun cukup telur untuk pasaran dan rakyat.
Sampai ke tahap itu kita selesai atau kita laksanakan bukan hanya mengisytiharkan tetapi kita turut laksana sampai ke intervensi. Kita ingatkan intervensi bukan selamanya, kita bukan nak tengok rakyat berbaris beli daging kita gembira. Rakyat berbaris beli ayam sebab murah kita gembira, itu bukan kena sebuah nilai pasaran yang bebas atau pun konteks ekonomi yang sihat tapi ia adalah intervensi sementara. Tapi atleast Kerajaan Negeri berfikir sampai ke tahap itu untuk kurangkan bebanan dan tidak biarkan, ataupun bagi cadangan lain kalau ayam habis makan bilis. Kalau sayur habis makan kangkung, kita bukan macam itu. Kita nak pastikan rakyat dapat yang terbaik walaupun berdepan dengan rintangan-rintangan dan cabaran dan sebab itu kita yakin, kita boleh jadi resilient ataupun tahan uji sebagaimana yang saya sebutkan dalam belanjawan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, data internet Selangor sebagai contoh salah satu pakej rangsangan. Kita dah bagi cara percuma sehingga 28 Februari kepada 32,214 warga Selangor. Siapa yang dapat ini? Peniaga-peniaga yang sertai PLATS kita akan bagikan data internat percuma satu tahun. Siapa yang dapat ini? Anak-anak kita yang belajar di universiti KUIS, UNISEL yang turut kita berikan supaya anak-anak ini tidak terlepas walaupun diadakan pengajian di dalam talian internat percuma satu tahun. Siapa yang dapat ini? Mereka yang ikuti program tuisyen rakyat daripada 10 ribu anak-anak yang ada program tuisyen rakyat juga sebahagiannya kita beri secara percuma kepada mereka, supaya anak-anak ini dapat mengikut PDPR, walaupun mereka tidak dapat pergi ke kelas tak dapat kelas dan ini hanya di negeri Selangor data internat yang diberikan secara percuma oleh Kerajaan Negeri.
Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian saya, juga nak sebutkan, beberapa pandangan-pandangan yang muncul mutakhir ini dan turut dibangkitkan oleh beberapa Ahli-ahli Dewan berkenaan dengan cukai hiburan, cukai hiburan. Perlu diingat pada tahun 2020 Kerajaan Negeri telah mengecualikan, pada tahun 2021 maafkan saya. Tahun 2021 Kerajaan Negeri telah mengecualikan cukai hiburan, Terima kasih, ini antara yang dibangkitkan. Kerajaan telah mengecualikan cukai hiburan kerana kita pasti pada ketika itu industri hiburan berdepan dengan kesan yang sangat buruk dan kesan yang sangat parah akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan sebagainya. Ahli Yang berhormat sekalian, saya ingin memaklumkan bahawa dasar cukai hiburan ini adalah yang telah dilaksanakan pada tahun 2001. 2001 dan carta ini telah ditetapkan di Dewan Rakyat, dan 25%. Pada waktu itu Menteri Kewangan ke-2 iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah menurunkan daripada 25% kepada 5%, tapi pendapatan ini adalah pendapatan negeri. Daripada tahun 2001 sampai tahun 2020 nilainya telah diturunkan daripada 25% kepada 5%, dengan janji pada ketika itu, yang dimaklumkan oleh pegawai-pegawai kita nilai kekurangan itu akan dibayar balik oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang kehilangan 20% yang telah kita waive kan. Tetapi sebagaimana biasa janji di capati, tak ada. Tidak sampai pada kita, jadi kita cuba untuk selaraskan balik dan selaraskan dan naikkan balik kepada angka yang lebih munasabah iaitu 15% peratus.
Saya dengar pandangan-pandangan dari ramai pihak, ada yang menganggap kita tak berhati perut dan sebagainya, tapi kerajaan negeri sedang meneliti sebenarnya apabila di bangkitkan oleh pihak EXCO Kinrara, menyebutkan untuk kita mempertimbangkan balik dan Kerajaan Negeri sedia untuk mempertimbangkan terutamanya untuk artis-artis pementasan. Sebab ada sebahagian yang diberitahu kepada saya itu kaedah, kaedah bagaimana kita kutip, ada kaedah berdasarkan kerusi, tiketnya berapa tak dikira, selepas itu baru dia nak ambil balik, maknanya dia ambil dulu, kemudian kalau ada kekurangan, kita akan bayar balik lebihan ataupun kekurangan itu, ia ternyata membebankan.
Tapi ada setengah persembahan-persembahan, saya hadir sendiri, saya hadir stand up comedy, show tertentu, nilai tiketnya bukan murah RM600-700, ada yang premiumnya sampai RM 1000 kalau dengan makan. Saya hadir sekali la masa saya EXCO dulu, yang saya bayar sendiri. Tapi saya lihat kalau angka-angka ini ia mungkin memberi keuntungan, saya datang kat situ full house, tapi sekarang kita pun sedar, aktiviti-aktiviti ini akan bermula 01 April onwards ke atas, sebab pada waktu ini kita masih lagi dalam, belum lagi dalam proses pemulihan, kita belum, kita masih lagi dalam pemulihan ,belum lagi dalam sektor endemik.
Namun begitu, Kerajaan Negeri sedia turunkan kembali 5% ataupun untuk mengurangkan beban, kita sedang pertimbangkan. Selepas mesyuarat Dewan ini selesai, kita akan balik semula ke EXCO sebab saya nak tunggu data dan angka dan perincian sebagaimana dimaklumkan dan saya yakin selepas bulan empat, kita akan
dapat untuk pementasan-pementasan sahaja, tapi panggung wayang kekal pada angka-angka yang kita akan umumkan tadi, yang diumumkan sebeleum ini pada dasar sebelum ini, tapi untuk persembahan pentas, kita ada dua pilihan, sama ada turunkan balik 5% ataupun kita kecualikan sepanjang tahun 2022. Ini antara cadangan yang kita sedang pertikaikan, pertimbangkan, insyaAllah sebelum 01 April, kita akan membuat keputusan untuk memberikan berita gembira dan harus dimuktamadkan di dalam Dewan Negeri Selangor kerana selepas saya amat-amati persembahan pentas ini tidaklah memberikan sumbangan significant kepada keseluruhan nilai dan juga jumlah cukai hiburan yang kita kutip.
Tapi untuk international events, saya rasa harus meletakkan harga tertentu, harga tinggi. Sebab ia turut akan dibayar oleh mereka yang berkemampuan bukan tak berkemampuan, kalau tak berkemampuan tak apa. Untuk ada yang mengatakan pula kita tidak adil, untuk yang kecil-kecil kita tetapkan sama, kenapa taman tema kita tidak, kita turunkan jadi 5%, taman tema ini ada faktor kekeluargaan dan sebagainya dan kita juga atas nasihat daripada Kementerian Kewangan. Namun begitu, tak apa lah, saya baru-baru ini, saya nak nyatakan dalam pentas ini dalam ruangan ini, bahawa kita akan menilai balik dan dua option kita, kemungkinan kita akan waive panjang tahun 2022 hingga 2023 ataupun kita turunkan balik pada kadar 2011 sebagaimana yang kita pernah laksanakan sebelum-sebelum ini. Saya kena lihat perincian ini untuk, ya silakan.
Mohon mencelah. Saya berterima kasih atas jawapan Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, tetapi saya minta juga untuk live band dengan izin dengan busking untuk dimasukkan ataupun dipertimbangkan dalam kategori pementasan kecil. Terima kasih.
Ya, ia kena masukkan sekali, maknanya saya pun faham, tak kan la orang busking di kedai Khulafa, di kedai Syed kat belakang ini kita nak charge mereka dengan kutipan. Dia menabung itu pun kadang-kadang tak dapat seratus selepas nyanyi lima buah lagu ataupun sepuluh buah lagu, kita cukup faham. Itu saya faham dan itu sebab, ni fenomena-fenomena baru, busking is a new fenomena dan sebab itu kita kena adaptasi dan perlu ada penilitian dan pihak kewangan sedang teliti. InsyaAllah, EXCO mesyuarat EXCO pertama selepas sidang Dewan ini, kita akan muktamadkan dan saya akan umumkan dan ia akan, saya pasti akan memberi kelegaan kepada penggiat-penggiat seni dan sebagainya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, saya juga ingin memberi maklum balas berkenaan dengan, dah habis semua dah saya jawab, ada lagi tak jawab tak, tak ada, pasal banjir. Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu saya yakin dengan apa juga tindakan-tindakan yang Kerajaan Negeri sebagaimana yang saya sebut tadi dan perbahasan kita yang besar berkenaan dengan banjir dan sebagai itu, kita telah melaksanakan dengan sebaik mungkin. Kita juga telah bersedia dengan sebaik mungkin, tapi persediaan itu memang kadangkala tidak menepati terhadap sangkaan
kita. Bagaimana kita bersedia tentang pandemik dan ependemik seperti denggi akhirnya datang Covid-19, kita beradaptasi secepat mungkin dan Kerajaan Negeri mencatatkan bagaimana pelbagai inisiatif yang kita buat, akhirnya menunjukkan bukti pada tahun 2020, pada tahun 2021, despite of pandemic yang merempuh kita, pendapatan dan hasil kita masih lagi melebihi daripada sasaran yang telah kita tetapkan dalam belanjawan.
Itu dah termasuk juga perbelanjaan-perbelanjaan segera yang kita lakukan yang kita laksanakan dan insyaAllah, saya percaya dengan apa yang kita laksanakan dengan konteks dan kaedah kita yang sentiasa membuka pintu terhadap perbincangan-perbincangan ke arah penyelesaian rakyat secara menyeluruh, insyaAllah akan membawa kepada kesejahteraan dan kebaikan negeri ini secara menyeluruh. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga tertarik apabila disebutkan ada Ahli Yang Berhormat daripada Semenyih kalau tak silap saya tanya, apakah Kerajaan Negeri berhasrat ingin membubarkan Dewan Negeri jika ada suaranya dekat dengan suara PWTC, bergegar-gegar PWTC, nak adakan sidang Dewan. Saya ulang balik dalam kaedah, dalam ucapan Dewan saya dalam sidang media baru-baru ini, sabar itu separuh daripada iman, khas untuk presiden Umno. Jadi memang ....
Ini tak sabar, ini tak sabar.
Yang Berhormat sekalian, sebab itu Kerajaan Negeri melihat, kita dua tahun di rempuh dengan pandemik, pelbagai perancangan pelan kita sedikit terganggu dan terlewat, sebab itu Kerajaan Negeri ingin menyempurnakan pelan-pelan itu dan ia bukan pandangan kita sahaja, ia selari dengan beberapa pandangan-pandangan selain PH pun, termasuk daripada kawan-kawan kita daripada parti Islam yang tak dijemput dalam perhimpunan awam baru-baru ini. Dia katakan pun tak nak anjurkan tak nak bubarkan kerana kita berpandangan bagi la ruang dan masa untuk kita lengkapkan rakyat tengah susah. Korea laksanakan pilihan raya umum, jumlah meningkat daripada Omicron, meningkat sekali ganda. Semua yang balik daripada Johor, saya percaya, kalau tak mereka, driver-driver mereka turut dihinggapi ataupun dapat pandemik Covid-19.
Saya balik daripada Johor pun, turut kali pertama dalam tempoh dua tahun, akhirnya terkena ataupun positif Covid-19. Ada sebahagian Ahli Dewan ini, tak dapat datang pun saya percaya kesan daripada Johor. Cukuplah kita dah tengok di Johor, kita dah tengok di Sabah, kecuali kita buat di Melaka, tapi di Melaka akhirnya tak ada demokrasi langsung, tak boleh bercakap, tak boleh rumah ke rumah, habis tak jadi pilihan raya la kita. Jadi akhirnya saya percaya, patutnya kita bagi masa. Tadi saya lihat PC Menteri Kesihatan juga, mereka berpandangan bahawa tidak sewajarnya segera. Walaupun presiden nya minta buat segera.
Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab itu saya nyatakan kita tak nak buat segera, kemungkinan kita bagi ruang, tahun depan lah, kita lihat, kalau dah bulan dua, kenapa
kita tunggu sampai bulan empat, bulan lima, lepas raya, nanti nak puasa, jadi kita pilih masa yang sesuai sebab ia adalah cadangan dan nasihat daripada Kerajaan Negeri, menteri besar dan atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Dan saya sendiri dah bincang dengan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, lama dulu dah, kira-kira dua tahun dulu untuk melihat consequences ini, dan sebab itu saya percaya ini lah yang menjadi asas kepada kita apabila kita lihat kestabilan politik tidak berlaku dalam negara kita disebabkan oleh tindakan-tindakan yang silap ataupun tindakan-tindakan yang akhirnya meruntuhkan dan menggagalkan antara sama-sama kita. Sebab itu saya tak bersama-sama, saya kekal untuk bersama-sama kerana kita lihat kestabilan ini perlu dipertahankan dan di Negeri Selangor, kita kena pastikan ini kerana kita adalah tiang seri negara, kita adalah KDNK terbesar kepada negara kita.
Akhir sekali Yang Berhormat sekalian, hari ini adalah 15 syaaban, maknanya dalam tempoh berapa hari saja lagi, kita akan menyambut Ramadan Al-Mubarak. Dalam mesej pertama saya selaku menteri besar, menyentuh tentang Ramadan Al-Mubarak, saya sentuh tentang pandangan Abdul Hakim Murad ataupun Timothy Winter yang menyebutkan bahawa Ramadan sebagai satu disruption ataupun satu kacau ganggu, untuk align balik kita kepada aliran serta jalan keimanan dan jalan ketakwaan dan tidak tertipu dengan kehidupan dunia yang kadangkala memesongkan kita. Rupa-rupanya apa yang saya sampaikan itu, datang dalam bentuk disrupt yang lebih besar seperti pandemik Covid-19 yang kita lalui dan sedikit sebanyak mengajar kita tentang hal kemanusiaan, hal penghargaan kepada keluarga, hal penghargaan kepada komunikasi dan sebagainya dan insyaAllah sempena Ramadan Al-Mubarak ini, marilah kita pandangan Sheikh Hamzah Yusof yang menyebutkan bahawa sebahagian besar daripada Ramadan ini adalah dipanggil sebagai ketakwaan. Dan marilah kita menjadikan ketakwaan kita keimanan kita kepada Allah terutamanya kepada mereka yang beragama Islam, menjadi panduan dalam kehidupan kita dan juga hubungan kita sesama manusia, hubungan dengan alam, hubungan dengan persekitaran.
Telah banyak yang kita hadapi, tak cukup banjir, tak cukup dengan pandemik, tak cukup dengan krisis politik, kalau kita tidak belajar dan mengulangi kesilapan-kesilapan itu, akhirnya apa kita akan mendapat result yang sama. Kita buat benda yang sama, mengharap result yang berbeza, akhirnya kita tak akan pergi ke mana-mana. Kita ulanglah macam mana kita buat, kita kona la macam mana macam mana, kalau kita berpecah belah, tidak membuat satu muafakat yang besar, akhirnya kita tidak akan ke mana-mana. Jadi insyaAllah, itu sedikit pandangan dan sedikit penggulungan saya dan semua itu juga marilah kita berdoa (Allahumma Baarik Lana fi Rajab wa Sya’ban wa Ballighna Ramadhan) semoga kita mendapat keberkatan ketika Syaaban dan juga Rejab dan juga kita dapat bertemu dengan Ramadan Al-Mubarak. Sekian terima kasih, sekian Assalamualaikum W.B.T.
Demikian tadi terima kasih pihak kerajaan telah memberi penggulungan yang panjang lebar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun di
hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi seperti berikut, Ampun Tuanku, patik-patik sekalian iaitu Speaker, Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor yang berhimpun di Dewan ingin memohon sembah terima kasih serta menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi membuka dengan rasminya Mesyuarat Pertama Pembukaan Penggal Kelima Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli- ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Usul ini dipersetujui.
Rang Undang-undang perbekalan tambahan 2022Bill
Aturan urusan mesyuarat seterusnya, Rang Undang-undang perbekalan tambahan 2022. Rang Undang-undang ini bernama Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri. Untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tujuan Rang Undang-undang ini ialah untuk memberi kuasa statutory bagi bayaran tambahan tertentu dibuat untuk perkhidmatan negeri tahun 2022 yang tidak diperuntukkan oleh undang-undang sedia ada sebelum ini. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Berhormat sekalian, melalui pembekalan tahun 2022, 2021 yang telah diluluskan 2022 yang telah diluluskan pada 26 November yang lalu dalam sidang bajet sejumlah RM2 bilion 227 juta 735 ribu 536, telah diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri di tahun 2022.
Berpandukan kepada keperluan kewangan semasa, terdapat kekurangan peruntukkan bagi jabatan tertentu. Sehubungan itu, enakmen pembekalan tambahan nombor satu ataupun pilihan pertama, sebanyak RM 160 juta adalah diperlukan bagi menampung kekurangan tersebut, peruntukkan tambahan yang diperlukan adalah seperti berikut. B29 Perbendaharaan Negeri Selangor berjumlah RM160 juta. Peruntukkan tambahan bagi maksud B29 Perbendaharaan Negeri Perbelanjaan Am sebanyak RM 160 juta adalah dikehendaki untuk menampung kekurangan seperti berikut. Yang pertama, sebanyak RM 150 juta diperlukan untuk menampung perbelanjaan inisiatif Bantuan Selangor Bangkit (BSB). Yang kedua RM10 juta diperlukan bagi menampung penambahan syiling Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Negeri Selangor. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan penjelasan yang telah diberikan tadi, saya mencadangkan satu enakmen perbekalan tambahan. Yang pertama, tahun 2022 bagi penggunaan wang daripada kumpulan disatukan untuk perbelanjaan pertama tahun
2022 berjumlah RM 160 juta dan peruntukkan yang itu bagi maksud yang tertentu dibacakan kali kedua.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Banting, silakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar berkenaan dengan Rang Undang-undang Tukaran Tambahan ini Kerajaan bercadang untuk menambahkan peruntukan sebanyak RM160 juta untuk membiayai tanggungan untuk bantuan Selangor Bangkit di bawah maksud B29.
Dua tiga perkara yang saya rasa ingin memberi membawa perhatian kepada Yang Berhormat semua ialah perbelanjaan tambahan ini merupakan satu fenomena yang sebenarnya agak kerap. Sebenarnya pada awal pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Rakyat pada tahun 2008 dan saya masih ingat pada masa itu adalah di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau ada menyebut tentang satu konsep perbelanjaan di mana, mana-mana perbelanjaan tambahan wajar dibentangkan sekiranya Kerajaan mempunyai peruntukan tambahan ataupun perbelanjaan, hasil tambahan dan ianya perlu dibelanjakan untuk sejajar dengan perkembangan semasa.
Trend ini telah pun berubah sedikit pada 2013, apabila kita ditadbir oleh mantan Menteri Besar, Yang Berhormat daripada Bukit Antarabangsa dan pada masa itu perbelanjaan tambahan ini tidak begitu kerap di bentang, malahan saya rasa tidak pernah di bentang sekali pun. Sekejap sahaja. Oleh itu, saya lihat keadaan ini adalah memandangkan perlu, apabila kita perlu beringat bahawa kadangkala berlaku situasi di mana di luar jangka terdapat keadaan perlu kita ada satu perbelanjaan yang tergempar dan ada kalanya kita tidak dapat merancang sesuatu perbelanjaan ataupun pembangunan itu dengan tepat dan jitu dan kita perlu sekiranya ada kemampuan kita perlu memasukkan perkara-perkara tertentu dalam perbelanjaan dan Kerajaan perlu kembali ke Dewan yang mulia ini untuk mendapat kelulusan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan dalam menjalankan kerja ini kita dapat, Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian dapat mengambil bahagian dalam perbahasan dan bertanya soalan dan Kerajaan perlu memberi jawapan.
Saya rasa ada kalanya perbelanjaan tambahan ini bukannya sesuatu yang negatif dan perlu diberi pertimbangan sekiranya perlu. Apa pun sekali memang menjadi tatacara yang baik untuk Kerajaan sekiranya kita dapat merangka dan merancang perbelanjaan kita dengan tepat dan jitu setiap tahun pada akhir setiap tahun tetapi banyak kali saya dapat lihat itu bukan lah selalu berlaku. Ada memang ada sedikit
kekhilafan sana sini dan kita perlu menjalankan pembetulan dan penyesuaian sepanjang exercise ini. Ini adalah perkara yang pertama.
Saya mengalu-alukan pembentangan perbelanjaan tambahan ini dan saya menyokong dan berkenaan dengan situasi banjir yang mana kita perlu menggunakan wang ini. Dua tiga hari yang lepas saya ada membawa isu ataupun masalah dan saya rasa yakin wakil rakyat-wakil rakyat yang lain pun ada membentangkan isu yang sama iaitu terdapat, masih terdapat lagi rakyat yang masih belum menerima bantuan tersebut dan mereka memerlukan jaminan daripada Kerajaan untuk memberi bantuan tersebut dalam masa terdekat.
Perkara ini adalah satu perkara yang dijangka akan berlaku tapi saya amat khuatir sekiranya wang yang diperuntukkan itu terdapat mereka yang masih belum dapat dan Kerajaan perlu melihat apakah masalahnya dan perlu kita lihat semula. Salah satu contoh ialah kita lihat ada orang yang telah pun hantar kepada Pejabat Tanah untuk dibuat pembayaran tetapi Kerajaan menyatakan bahawa borang tu tidak diterima dan perkara-perkara seperti ini adalah ada kalanya amat menyusahkan penduduk dan bila kita minta penduduk untuk membuat rayuan kadangkala kita pun rasa sikit kesal walaupun kita tahu Kerajaan mempunyai peruntukan yang mencukupi dan bayaran barangkali akan dibuat selepas dibuat semakan tetapi itu adalah untuk mereka yang membuat rayuan yang memang cekal dan amat memerlukan. Apakah akan berlaku kalau terdapat mereka yang sebenarnya layak menerima bantuan dan telah menghantar borang mereka lengkap dengan dokumentasi yang diperlukan dan mereka digagalkan ataupun tidak menerima bayaran dan mereka anggap itu dibiarkan begitu sahaja dan mereka walk off daripada office kita ataupun Pusat Khidmat kita dengan perasaan yang kurang selesa.
Kita perlu lihat perkara-perkara seperti itu apatah lagi kalau di kalangan mereka yang memang sudah pun menyerah borang. Borang sudah sampai dan kita pulak menyatakan bahawa Kerajaan menyatakan bahawa borang tidak diterima. Jadi itu adalah sesuatu yang saya rasa tidak harus berlaku lah. Kalau kita tolak atas sebab-sebab kerana tidak ada tandatangan, tidak ada dokumen, tidak ada itu, tidak ada ini saya rasa itu masih boleh diterima lagi tapi kalau bukti itu ada mereka sudah serah tetapi dikatakan tidak ada terima dokumen itu saya rasa it speaks quit a lot about our efficiency dengan izin.
Oleh sebab itu, saya mencadangkan sekiranya boleh Kerajaan perlu lihat semula sama ada mungkin kita wujudkan satu situasi di mana dari segi penyusunan semula data ni kita boleh lakukan dengan lebih sistematik dan tanpa, dan kurangkan kerja-kerja manual dalam mengurus borang-borang seperti ini. Apa pun sekali saya berharap selepas ini kita dapat menyediakan satu lagi, apa ni kita dapat memastikan pembayaran yang, baki pembayaran masih belum dilakukan boleh dilakukan seberapa cepat yang boleh untuk memastikan rakyat boleh bergerak ke depan untuk menyusun semula kehidupan mereka dengan lebih cepat.
Dengan ucapan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Speaker.
Baik, lain-lain? Tidak ada ya. Saya dah bagi peluang ya. Peluang dan ruang yang terbuka, nampaknya tak ada yang menyambut cabaran. Baik saya teruskan. Pihak Kerajaan ada apa yang nak ulas?
Terima kasih Yang Berhormat Sekalian. Memang tujuan peruntukan perbelanjaan tambahan ini bukan dibuat suka-suka tetapi sebahagian besarnya adalah untuk menampung usaha-usaha kita untuk memberikan bantuan dan sokongan selepas kejadian banjir yang lepas dan pengumuman kita RM 1,000.00. Sedikit sebanyak memberi kesan dan kita perlu menambah peruntukan tersebut untuk memastikan kita cukup ya.
Daripada kiraan kita sekarang ini ada 118,000 yang telah kita selesaikan, keluarga kita ada lagi 8,000. Maknanya maksimum 124,000 tapi kita sediakan peruntukan sampai 150,000 kemungkinan ada lagi yang tertinggal ataupun yang bantahan dan sebagainya sebab itu kita bagi sampai April. Sebab itu, dengan angka yang kita ada sekarang ni, 118 tambah 18 menjelang 31hb April ataupun 31hb Mac kita boleh selesaikan yang itu, tetapi mungkin kita percaya ada tambahan-tambahan sebab jumlah penduduk juga tinggi ya. Kita juga telah buka pintu yang besar untuk semuanya ataupun untuk semua pelaksanaan-pelaksanaan itu dapat kita anjurkan
Ahli-Ahli Yang Berhormat Sekalian, kita sedar di beberapa Pihak-pihak Berkuasa Tempatan kita memang berlaku sedikit kelewatan awal sebab fokus pertama mereka pada peringkat awal adalah untuk memastikan proses evacuation dan pusat-pusat perpindahan dapat berjalan dengan baik. Dan selepas itulah baru datang borang-borang dan sebagainya dan kita kena lihat. Angkanya besar. Angka yang diterima di daerah Klang sebagai contoh melebihi daripada semua jumlah penerima di negeri Pahang Darul Makmur ya. Angka yang diterima di daerah Petaling melebihi daripada negeri-negeri lain diterima, sebab bukan sebab apa sebab kepadatan penduduk kita tinggi. Kita terima hakikat dan juga kena terima realiti itu dan sebab itu angkanya besar, RM 150 juta kita siapkan untuk penyediaan ini dan tak semestinya kita habiskan. Ia hanya diberikan kepada mereka yang layak. Dua ribu, dua ribu lebih yang kita telah tolak dan hanya ber balance ataupun berbaki 300 lebih tapi saya faham di pusat-pusat khidmat ada aduan yang tak dapat dan sebagainya dan sebab itu kita bagi masa lagi sampai 31hb April bukan permohonan baru, bukan permohonan baru punya untuk follow up mungkin ada terlepas, hilang dan sebagainya.
Jadi, in syaa Allah ini adalah penyerahan sumbangan yang paling besar yang pernah kita buat secara besar-besaran dengan jumlah yang sangat besar. Kita pernah bantu peniaga-peniaga, RM 500.00 kepada peniaga-peniaga yang terjejas ketika Covid. Angkanya pun RM 20,000.00. Itu buat kita cepat, melalui sistem EFT ataupun sistem akaun. Tapi kali ini saya tahu, kadang-kadang mereka perlukan, mereka perlukan
cash ya. Kadang-kadang buku akaun mereka pun dah hilang. Kadang-kadang kad akaun mereka pun dah hilang. Mereka sehelai sepinggang ya dan oleh sebab itu mereka perlukan cash dan kita dapat serahkan melalui cash.
Daripada peruntukan ini juga kita sediakan RM 10 juta. RM 10 juta untuk apa? RM10 juta kita siapkan untuk bantuan pinjaman perumahan. Bantuan pinjaman perumahan ini adalah untuk penjawat-penjawat awam di dalam Negeri kita dan syilingnya kita kena pertingkatkan. Dengan pertingkatkan syiling ini juga bersesuaian dengan peningkatan taraf beberapa pegawai dan juga dengan pertambahan pegawai-pegawai, penjawat-penjawat awam di Negeri Selangor untuk kemudahan itu dan saya percaya ia sedikit sebanyak memberikan peluang kepada penjawat-penjawat awam kita memiliki rumah yang selesa dan jaminan penempatan yang selesa sewaktu mereka berkhidmat dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Justeru saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan ini dan saya percaya sokongan yang diberikan ini membuktikan bahawa keprihatinan kita terhadap semua mangsa-mangsa banjir ataupun mangsa bah besar yang telah menimpa Negeri Selangor pada akhir Disember lepas. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibaca kali yang kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.
Dipersetujui.
Bacaan kali kedua Rang Undang-undang ini bernama Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tambahan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.
Tuan Speaker saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbang Rang Undang-undang ini fasal demi fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1 dan Fasal 2.
Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.
Dipersetujui.
Jadual.
Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata Ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.
Dipersetujui.
Tuan Pengerusi yang handsome. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui, dimaklumkan kepada Dewan ini sekarang.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui sepenuhnya tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dapat dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan dalam masa yang terdekat ini. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju dengan cadangan ini, sila kata Ya.
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata Tidak.
Dipersetujui.
Bacaan kali ketiga Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Masa telah menunjukkan 5.30 petang. Dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari Isnin 21.3.2022 jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)