Selangor · 21 March 2022
14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 240 turns · 26,748 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor yang Keempat Belas pada 21 Mac 2022 dimulakan dengan bacaan doa.
Bacaan doa.
Pertanyaan-Pertanyaan LisanQuestions
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Pertanyaan-pertanyaan.
Salam sejahtera. Selamat pagi kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri sekalian. Saya mempersilakan Yang Berhormat Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan Ijok no. 67.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 67. Urusan Sisa Sampah Di Kawasan Industri IjokQuestions
67. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Mengapakah perusahaan di kawasan industri Ijok diwajibkan menandatangani perjanjian dengan syarikat KDEB (Kumpulan Darul Ehsan Berhad) untuk menguruskan sisa sampah industri mereka sebagai syarat untuk mendapat lesen beroperasi?
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Tuan Speaker, setiap aktiviti kilang dan industri yang dijalankan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Selangor dikehendaki melantik syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. sebagai kontraktor yang menguruskan sisa industri tidak berjadual. Perkara ini menjadi keperluan pihak Majlis bagi memastikan setiap sisa industri tidak berjadual dilupuskan dengan cara yang betul di tempat yang berdaftar dan mudah-mudahan ia dapat menyelesaikan isu tapak pembuangan sampah haram. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Pengusaha-pengusaha industri di situ telah jumpa saya. Kita ada bincang. Masalahnya tiap-tiap pengusaha industri dia ada jenis yang mereka lakukan aktiviti dan juga jumlah sisa yang dibuangkan pun berbeza. Saya faham tentang kenapa syarat ini dibuat sebab ini menghukum semua pengusaha dalam satu kawasan. Oleh sebab satu dua pengusaha yang membuat jenayah buang sampah kita janganlah hukum semua pengusaha sama rata. Sebab kita adakah saya ingin tanya soalan Ijok ialah adakah kerajaan sebelum membuat syarat mewajibkan semua pengusaha di situ kena tandatangan ataupun buat satu perjanjian dengan syarikat kerajaan adakah satu kajian untuk classify industri yang berkenaan dan jumlah-jumlah mereka yang membuang sisa itu sebab separuh sisa itu tak boleh di recycle toksik. Separuh boleh di recycle. Maknanya mereka berbeza. Kalau kita memberi syarat sama rata, maknanya pengusaha-pengusaha yang akur pada syarat-syarat pun dikenakan denda. Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Ijok. Saya rasa Yang Berhormat Ijok mungkin kurang faham berkenaan dengan kaedah baru ini. Sebenarnya ini bukan merupakan satu hukuman. Ini hanya merupakan satu kaedah baru untuk memastikan sampah-sampah itu akan dilupuskan di tempat yang betul dan di tempat yang berlesen, tempat yang sah. Kalau mereka nak kitar semula sebahagian sampah atau sisa industri yang itu Kerajaan Negeri memang menggalakkan. Dan kajian itu telah kita dah banyak kali buat kajian berkenaan tapak pelupusan yang haram ataupun illegal dump site. Dan kami mendapati kebanyakan sampah sisa yang kita jumpa di tapak pelupusan haram itu adalah kebanyakan sampah industri dan juga sampah komersial. Jadi kita perlu ada satu kaedah baru untuk memastikan sampah yang dilupuskan oleh setiap kilang atau di kawasan industri itu dilupuskan di tempat yang betul. Kalau kita tidak menggunakan kaedah baru ini kita tak dapat kesan sampah itu daripada punca akan buang kat mana. Dengan adanya pelantikan kontraktor melalui KDEB dan KDEB akan lantik sub kontraktor. Sub kontraktor itu akan dilengkapi dengan alatan ataupun gadget untuk menyenangkan kita memantau sampah itu. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya nak tanya kalau begitu tracking itu adalah berapa tempoh masa boleh kita trace. Contoh kalau satu lori masuk dalam kawasan perindustrian untuk pelupusan sampah ataupun pembersihan satu tempat kemudian dalam kawasan itu banyak selut atau lumpur, bila keluar tanah jatuh atas jalan. Jadi itu adalah gangguan pada kesejahteraan ataupun kebersihan satu kawasan. Jadi dalam tracking system yang
Yang Berhormat telah wujudkan adakah tanda tertentu setengah jam, satu jam boleh trace lori itu datangnya dari satu tempat syarikat siapa punya dan boleh dipanggil untuk membuat penerangan. Adakah sistem itu wujud di Selangor. Kalau di Singapura contohnya dia masuk di satu kawasan dia bawa tanah melekat di tayar, biasannya dalam masa setengah dia dapat trace. Paling lama 2 jam.
Bagi lori sampah atau lori compactor tayar itu jadi kotor selepas lori itu keluar dari tapak pelupusan sanitari kerana tapak pelupusan sanitari itu jalan yang masuk ke dalam tapak itu merupakan jalan tanah yang biasa. Kalau tayar itu kotor salah satu syarat adalah lori itu harus tayar itu harus dibersihkan sebelum keluar ke jalan raya. Yang itu merupakan satu syaratnya. Dan saya nampak masalah ini akan dapat diatasi selepas kita ada waste to energy kalau kita dah ada waste to energy, tapak pelupusan itu akan berbeza. Dia bukan masuk ke tapak pelupusan sanitari lagi. Dia akan masuk ke sebuah kilang di mana sekitar kilang itu akan menjadi lebih bersih dan dia tidak akan mengotorkan tayar compactor atau tayar lori sampah. Terima kasih.
Di Singapura 20 tahun dulu dah wujud. Dan wujud perkara ini di Singapura 20 tahun dulu. Di Selangor belum wujud lagi. Makna kalau ada tanah jatuh atau sampah jatuh di atas jalan boleh kita trace tak? Sapa punya sampah. Di Selangor.
Boleh sekiranya ada sampah terjatuh daripada lori sampah sebenarnya dia tidak akan berlaku kalau bagi compactor kerana semua segala sampah itu akan dimasukkan dalam compactor dan compact. Kalau macam lori roro ada kemungkinan. Kalau sampah terjatuh kita dapat trace kerana setiap lori sampah setiap roro itu ada dilengkapi dengan alat real time tracing. Ada GPS. Terima kasih.
Baik. Sungai Ramal.
Tuan Speaker, soalan Sungai Ramal no. 68.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 68. Gejala Sosial Akibat Covid-19Questions
68. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah gejala sosial yang berbangkit akibat pandemik COVID-19?
b)
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani gejala sosial tersebut?
c)
Berapakah kadar keberkesanan dalam menangani gejala sosial tersebut?
Terima kasih tuan Speaker, terima kasih Sungai Ramal. Soalan berkaitan apakah gejala sosial yang berlaku di negeri Selangor akibat daripada pandemik Covid-19 yang telah melanda negeri kita. Ada 3 kesan yang saya nak sebut pada hari ini. Yang pertama kesan dari segi mental. Kesan dari segi fizikal dan kesan dari segi perlakuan jenayah yang telah direkodkan dalam negeri kita. Saya bermula dengan masalah kekeluargaan dan kesihatan mental. Ia ini berdasarkan analisa data dari pusat kaunseling Selangor (PKS) terdapat peningkatan kepada permintaan sesi kaunseling sepanjang tempoh COVID-19 terutamanya sesi secara atas talian. Dia antara aduan dan masalah yang diterima oleh PKS kita iaitu keretakan hubungan kekeluargaan iaitu di antara suami isteri dan anak-anak. Yang kedua, melibatkan psiko path atau psiko pathologi yang berkaitan masalah mental psikologi abnormal iaitu tekanan kemurungan dan kebimbangan tentang hal-hal yang lain. Data ini menunjukkan bahawa mereka yang hadir di pusat kaunseling Selangor pada tahun 2019 adalah seramai 86. Meningkat pada tahun 2020 seramai 251. Dan pada tahun 2021 seramai 214 orang. Masalah gejala kedua adalah berkaitan dengan masalah penderaan fizikal terutamanya penderaan kepada fizikal kanak-kanak. Berdasarkan maklumat diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor jumlah kes penderaan dan pengabaian bermula pada Mac 2020. Iaitu bermulanya Covid-19 sehingga Mac 2021 adalah berjumlah 1,910 kes. Jenis penderaan yang direkodkan melibatkan penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian. Menurut laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang paling tinggi adalah penderaan fizikal iaitu seramai 686 kes terhadap kanak-kanak. Yang kedua tinggi adalah penderaan seksual iaitu sebanyak 606 orang. Yang ketiga, pengabaian kepada kanak-kanak itu sendiri sebanyak 555 aduan. Dan yang keempat adalah masalah emosi iaitu sebanyak 63 kes yang direkodkan. Manakala gejala yang melibatkan jenayah iaitu gejala sosial berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Polis Diraja Malaysia negeri Selangor yang menyebut indeks gejala sosial melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda dalam tempoh pandemik 2020 dan 2021 iaitu yang paling banyak sekali adalah samun berkawan iaitu berkumpulan tanpa sejata api. Sebanyak 1,748. Yang kedua, adalah samun tanpa sejata api iaitu sebanyak 1,233. Yang ketiga melibatkan mencederakan ataupun pergaduhan ataupun kecederaan yang melibatkan 1,156. Yang keempat, melibatkan kes rogol melibatkan 364 kes bunuh sebanyak 80 dan samun bersenjata api sebanyak 1 kes dan samun bersenjata api 6 kes. Ini adalah melibatkan kes jenayah. Manakala jenayah harta benda yang paling tinggi adalah kes curi motosikal
sebanyak 4,123. Yang kedua melibatkan curi umum melibat 4,122. Yang ketiga melibatkan kes pecah rumah 3,393. Kes curi kereta 1,362 dan akhir sekali kes curi van lori dan jentera berat melibatkan 359. Jumlah keseluruhan kes jenayah gejala sosial iaitu 4,633 manakala jenayah ke atas harta benda adalah 13,359.
Soalan kedua, apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menangani masalah gejala sosial ini. Ada 3 strategi kita lakukan. Pertama adalah menjaga kebajikan keluarga itu sendiri ataupun rakyat dalam negeri Selangor. Strategi kedua adalah mengukuhkan isu ekonomi dan yang ketiga menjaga kesihatan rakyat kita di dalam negeri Selangor. Di samping itu program karnival kerjaya yang telah memberi peluang kepada rakyat negeri Selangor dengan sasaran sebanyak 25,000 peluang pekerjaan sekali gus dapat mengatasi kadar pengangguran di negeri Selangor menjadi salah satu punca berlakunya masalah sosial di Negeri Selangor ini. Jadi fokus kita adalah memperbanyakkan program-program memberi peluang pekerjaan sekali gus membantu rakyat kita untuk menyelesaikan masalah ekonomi di kalangan mereka sendiri. Perkhidmatan kaunseling psikologi yang percuma kepada orang awam melalui PKS ataupun Pusat Kaunseling Selangor lebih dikenali sebagai talian Sahabat juga disediakan sebagai alternatif pemulihan.
PKS ini diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ataupun BPSM, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan telah mendapat kerjasama daripada kaunselor-kaunselor sukarela yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. PKS ini beroperasi di Kompleks PKNS, Shah Alam. Selain daripada itu, kita menyediakan juga Pusat ataupun Rumah Pemulihan untuk memberikan perlindungan bantuan dan bimbingan secara langsung kepada pelatih serta memberi peluang kepada mereka untuk mengubah kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang. Penyaluran dana berjumlah 305,000 pada tahun 2020 dan 2021 kepada Pusat Pelindungan dan Pemulihan di negeri Selangor bertujuan untuk melaksanakan Program Pemantapan Sahsiah Kendiri dan Minda serta menampung keperluan seharian. Program amalan mengikut ajaran Rasullullah S.A.W. iaitu Program Amal Dan Taklimat Undang-Undang Jenayah Syariah yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor juga dianjurkan yang melibatkan para peserta di kalangan remaja. Program pencegahan keparahan sosial melibatkan remaja dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor bertujuan sebagai langkah pencegahan awal bagi membendung pendekatan masalah gejala sosial yang berlaku di kalangan muda. Program pembentukan dan pemantapan konsep kendiri remaja yang melibatkan pelatih rumah-rumah perlindungan bertujuan untuk memantapkan semangat motivasi dan jati diri remaja dengan penerapan elemen-elemen keagamaan dan kaunseling. Pelaksanaan program bual bicara iaitu ‘Wira Muda Bebas Dadah’ secara online merupakan di antara rancangan bicara santai simulasi program secara atas talian untuk menyerlahkan lagi potensi setiap individu generasi muda yang memberi fokus kepada elemen kreativiti, inovasi, seni muzik positif dan inclusivity.
Selain daripada itu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Selangor di bawah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti telah melaksanakan delivery service dalam semua aspek mengadakan kerjasama dengan masyarakat serta pertubuhan melalui konsep komuniti policing iaitu pendekatan pencegahan seperti Kor-Kadet Polis dan Kor-Sukarelawan Siswa-Siswi yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi dengan mengadakan ceramah-ceramah berkaitan jenayah seksual dan jenayah-jenayah lain di samping mengadakan dialog riadah dan gotong-royong. Selain daripada itu IPK Selangor juga melaksanakan penguatkuasaan dengan membuat beberapa operasi rondaan seperti ‘OPS Benteng’ iaitu penugasan rondaan bersama Angkatan Tentera Malaysia iaitu Joint Patrol dan mewujudkan Polis Bantuan Kontinjen Negeri Selangor. Apakah keberkesanan kepada benda-benda yang saya sebut tadi? Yang pertama jumlah kes telah dilihat menurun di antara tahun 2020 dan 2021 sebanyak 2,519 penurunan sebanyak 2,519. Pada 2020 direkodkan sebanyak 17,244 manakala pada tahun 2021 direkodkan 14,725. Ini adalah perkara yang antara di dalam rancangan kita dan yang telah kita lakukan bagi kita menangani masalah gejala masalah sosial. Adapun masalah yang disebut di negara-negara luar ketika pandemik Covid-19 seperti di Filipina berlaku bagaimana pengguguran secara tidak sah oleh keluarga-keluarga yang tidak mampu ini kita tidak ada statistik dan tidak merekodkan data-data dalam negeri Selangor kita. Maknanya yang ada hanyalah berbentuk penarafan fizikal oleh mereka, masalah mengandung semasa Covid-19 itu, itu tidak direkodkan apakah terkandung dalam gejala sosial ataupun tidak.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan. Sila.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya sebab fokus kita adalah kepada rakyat tapi dalam masa yang sama tulang belakang untuk memerangi ataupun menangani Covid-19 Ini adalah kita punya pasukan frontliners. Jadi saya melihat sendiri bagaimana kesan Covid-19 ini atau pandemik ini mengesankan kepada kita punya petugas-petugas juga. seperti tempat saya sendiri contohnya berlaku gejala sosial dalam Balai Polis di tempat saya sendiri yang berlaku itu di mana diadakan atau pesta itu melibatkan perempuan apa semua, penari dan sebagainya yang merupakan juga anak-anak daripada kawasan sekeliling yang menyebabkan imej buruk kepada anggota keselamatan kemudiannya juga tekanan kepada kita punya para-para petugas termasuklah yang bekerja di PBT sekalipun. Jadi persoalan saya adalah bagaimanakah, adakah ada perhatian yang lebih khusus diberikan oleh kerajaan negeri kepada kita punya kakitangan sendiri supaya mereka ini juga merasa kerajaan prihatin terhadap nasib mereka dan bukan membiarkan sahaja mereka dan hanya tertumpu kepada rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat melibatkan Anggota Penguat Kuasa dan di peringkat Federal dan Kerajaan Negeri, kita berdasarkan laporan polis
yang kita terima kalau wujud kes-kes yang tidak dilaporkan kepada polis dan tidak sampai kepada kita, barangkali kita tidak tahu krisis atau sama ada perkara itu betul atau tidak. Sekiranya adapun kita nak maklumkan bahawa program yang kita sebut ini adalah untuk semua. Tidak kira agensi Persekutuan ataupun Negeri waima kepada orang rakyat biasa juga kita memberi fokus. Cuma Yang Berhormat Sungai Ramal, kalau maklumat tidak sampai kepada Kerajaan Negeri maka agak sukar untuk kita bertindak. Kalau kita baca melalui akhbar sekalipun dan tidak sampai kepada kita pun barangkali agak sukar untuk kita mengambil tindakan. Kalau Yang Berhormat Sungai Ramal mempunyai maklumat-maklumat terperinci sebagaimana Yang Berhormat disebut tadi barangkali boleh kemukakan kepada kita supaya kita boleh bawa kepada yang lebih berkuasa untuk mengambil tindakan.
Soalan tambahan.
Taman Medan.
Terima kasih Tuan Speaker. Tadi dalam jawapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Paya Jaras tentang beberapa gejala yang berkait dengan pandemik Covid-19 termasuk masalah rumah tangga. Antaranya tentang penceraian suami isteri. Tapi saya rasa Yang Berhormat ada mungkin ada tertinggallah sebab kes ini berlaku di kawasan saya dan mungkin beberapa rakan-rakan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kes suami lari tanpa berita ataupun isteri pun hilang datang ke Pejabat-Pejabat Yang Berhormat ini kata YB tolong selesaikan masalah saya. Suami saya lari ataupun isteri saya lari. Jadi apa pandangan dan tindakan perlu dilakukan mohon penjelasan atau pencerahan daripada Yang Berhormat Paya Jaras.
Saya ingat kes suami lari ataupun isteri lari banyak diterima oleh wakil rakyat kita di peringkat Dewan Undangan Negeri lah kan. Biasanya pengaduan itu sampai hanya di peringkat Wakil Rakyat kita. Kalau Yang Berhormat ada maklumat yang terperinci, specific kes kenapa? Saya tak tahu kenapa dia lari. Masalah gejala sosial ke ataupun masalah besar suami Covid-19, bini tak Covid-19 ke? Atau pun masalah tersangkut dengan mesin-mesin kuda ke, kita tak tahu. Banyak kes yang terjadi sama ada sebelum Covid pun ada, masa Covid pun ada juga berlaku. Kalau secara terperincinya, kalau Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri yang ada maklumat tu bolehlah kita siasat. Tengoklah. Walau bagaimanapun saya juga mengharapkan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk sama-sama membantu Kerajaan untuk sama-sama menyelesaikanlah masalah di peringkat glass roots di peringkat bawah.
Semenyih.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan Semenyih nombor 69. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 69. Program Kasih Ibu Smart Selangor ( Kiss )Questions
69. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jumlah peserta Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) pada tahun 2021. b)
Apakah tindakan susulan untuk memastikan penduduk yang layak dapat menerima KISS ini?
Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Semenyih jumlah peserta Program Kasih Ibu Smart Selangor, KISS pada Disember 2021 adalah seramai 18,685 penerima merangkumi 16,313 penerima KISS dan 2,372 penerima KISS ibu tunggal. Bilangan ini adalah selepas pemutihan senarai penerima KISS yang telah dilaksanakan oleh semua DUN. Untuk memastikan semua penduduk yang layak menerima program KISS ini, sesi pemutihan telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan tahun 2021 oleh setiap DUN bagi menapis golongan ibu yang masih layak serta yang telah bertukar status menjadi tidak layak. Daripada proses pemutihan yang telah dilaksanakan ini rakyat Selangor yang layak menjadi penerima KISS berpeluang lebih luas setelah penerima yang sudah tidak layak telah di keluarkan dari senarai penerima. Selain itu, pihak kerajaan negeri telah melaksanakan penjenamaan semula program KISS kepada Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, BINGKAS dan menambah baik pelaksanaan program ini dengan menambah kuota penerima daripada 25,000 penerima kepada 30 penerima dengan kadar bantuan bulanan yang telah ditingkatkan kepada RM 300 sebulan yang mana program ini masih lagi untuk menunggu keputusan MMKN. Terima kasih.
Sentosa, tidak hadir. Banting.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya yang ke 71.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 71. Perumahan Terbengkalai Di Kuala LangatQuestions
71. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Terdapat 132 projek perumahan sejak tahun 2018 yang sehingga sekarang belum ada penyelesaian. 40 daripadanya terletak di Kuala Langat dan angka ini adalah tertinggi. Apakah usaha MPKL, PTDKL dan LPHS untuk mengurangkan angka ini contohnya Taman Seri Desa Jentayu?
Terima kasih Tuan Speaker dan juga Banting. Banting bertanya tentang projek-projek yang terbengkalai di Kuala Langat. Jadi terdapat pada makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 32 projek perumahan yang terbengkalai di dalam Daerah Kuala Langat. Yang daripada jumlah tersebut 12 daripadanya merupakan projek Taman Sri Desa Jentayu. Sebagai makluman, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) telah membahagikan projek tersebut kepada 4 kategori sebagai langkah mengurangkan jumlah projek-projek terbengkalai tersebut. Pertamanya adalah kategori Projek pembangunan terbengkalai ataupun yang sedang dipulihkan. Itu termasuklah ya statusnya 2 projek yang telah hampir selesai termasuk 1 projek Taman Desa Sri Jentayu 16. Yang keduanya Projek pembangunan terbengkalai sedang dalam perancangan pemulihan oleh pemaju penyelamat. Dia ada 10 projek dalam kategori 32 itu dalam perancangan pemaju penyelamat dan masih di peringkat kelulusan semula Kebenaran Merancang termasuk 6 projek Taman Desa Sri Jentayu (5, 6, 8, 11, 12 & 13). Ya projek Taman Desa Sri Jentayu ini banyak ya. Banyak sangat dia dari nombor 1 sampai ke 16 macam tu. Yang ketiganya Projek pembangunan terbengkalai dalam perancangan kelulusan infra dan penyerahan kepada MPKL. Yang ini 9 projek yang telah pun ataupun telah patutnya ada infra tapi telah pun dibuat satu audit apakah infra itu telah pun dapat disediakan atau tidak. So ini adalah bagi membantu semula kelulusan Kebenaran Merancang dan kelulusan infra tersebut penyerahan infra kepada MPKL bagi membolehkan pemilik rumah mendapat kelulusan pelan bangunan secara individu. Dan yang keempatnya jenis yang telah dikategorikan oleh MPKL adalah Projek pembangunan terbengkalai kategori statik. Maknanya dah bertahun-tahun tak boleh nak digerakkan iaitu ada 11 projek yang masih tiada maklumat untuk tujuan pemulihan termasuk lima projek di bawah Taman Desa Sri Jentayu 1, 3, 6, 10 dan 15. Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya dalam menyelesaikan masalah-masalah rumah-rumah terbengkalai ini ada beberapa pihak yang bertanggungjawablah. Kalau ini dikategorikan kebayakannya ia sepatutnya di bawah terus ataupun di bawah kelulusan kerajaan persekutuan dalam list yang sama tetapi yang saya sebutkan ini 32 ini walau bagaimanapun kami pihak kerajaan di bawah Lembaga Perumahan dan juga PBT sentiasa duduk semeja untuk menyelesaikan perkara ini dan selebihnya saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat Banting
banyak panjang list ni kalau nak diperincikan satu-persatu. Semua 32 projek yang telah pun dikenal pasti di daerah. Minta maaf-minta maaf di Majlis Perbandaran Kuala Langat. Sekian.
Soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Batu Tiga. Soalan saya ini adalah berdasarkan kepada jawapan yang dibekalkan kepada saya melalui jawapan yang dibekalkan pada sidang Dewan yang lepas terdapat sebenarnya empat puluh. Saya bilanglah. Kalau saya silap bilang saya tak pastilah tapi yang pasti empat puluh projek. Dan ini kalau empat puluh daripada 132 saya rasa peratusannya sangat-sangat mendahsyatkan dan sangat membimbangkan. Walaupun sekarang ini dikatakan sebagai 32 tetapi sebenarnya selain daripada apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi itu Taman Seri Jentayu ini sebenarnya Taman Desa Sri Jentayu ataupun Taman Sri Desa Jentayu banyak lagi projek-projek daripada senarai itu masih belum lagi ada apa-apa pergerakan berdasarkan kepada jawapan yang dibekalkan kepada sidang Dewan yang lepas. Jadi soalan saya ialah apakah Kerajaan mempunyai satu sasaran untuk menjadikan bilangan projek rumah terbengkalai di kawasan Kuala Langat di daerah ini dapat dikurangkan ke satu tahap yang boleh diterima kerana 32 walaupun sekarang menjadi 32 daripada 132, itu adalah peratusan yang cukup mendahsyatkan. Hampir satu pertiga rumah terbengkalai di Selangor ini di satu perempat di kawasan Kuala Langat. Kalau kita settle kawasan Kuala Langat maksudnya kita settle satu perempat daripada masalah di Selangor. Saya nak mohon jawapan daripada EXCO. Mungkinkah ini boleh dikurangkan dalam satu jawapan yang akan datang ini. Sidang Dewan yang akan datang soalan yang ditanya adakah penambahbaikan.
Terima kasih. Yang Berhormat sebenarnya daripada 100 tak silap saya 138 tahun lepas itu kita telah kurangkan sehingga 108 ya. Daripada 108 ini 40 pada tahun lepas di Kuala Langat telah dikurangkan 8 menjadi 32. Kenapa kita boleh selesaikan sekarang ini begitu?
Ya, begitu orang kata laju sikit sebab kami di pihak LPHS telah membuka Bilik Gerakan. Ya, Bilik Gerakan Tuan Speaker, bukan pilihan raya je yang ada Bilik Gerakan. Nak selesaikan rumah terbengkalai ini juga kita telah buka Bilik Gerakan seawal tahun ini, untuk keep trak every week tentang usul-usul ataupun perkara-perkara yang telah kita minta kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab untuk dilaksanakan dan dibuat. Kalau dulu mesyuarat ini hanya tiga atau empat bulan sekali tetapi sekarang ini kita keep track semua ini dan kita buat pelaporan setiap minggu. Jadi inilah sebenarnya usaha yang dibuat tetapi malangnya di Kuala Langat ini banyak projek-projek, tanah-tanah persendirian pada asalnya. Jadi mereka buat, kalau kita tengok polisi kerajaan selepas 2015 barulah ada polisi empat unit rumah ke atas yang
ingin dibangunkan mesti mendapat kelulusan oleh Kerajaan. Dulu tidak perlu. Jadi inilah projek-projek lama dari tahun 2007 yang perlu kita selesaikan, yang kadang-kadang perubahan polisi itu menyebabkan ianya baru kita dapat tahu, oh ada banyak projek-projek yang sebenarnya jatuh dalam kategori tertentu. Tetapi itulah jawapan saya, sekarang kita dah ada war room kita akan tengok secara mingguan seluruh Selangor berapakah projek-projek yang telah pun yang akan diselesaikan termasuk projek-projek kampung-kampung tersusun yang ada di seluruh Selangor ini. Terima kasih.
TUAN SPEAKER
: Seri Setia
Tuan Speaker No. 72
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 72. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)Questions
72. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah usaha kerajaan untuk menambah baik kaedah bagi warga emas mendapatkan baucher kelahiran, yang setakat ini ada ramai lagi yang belum dapat memperolehi faedah ini kerana maklumat dan tarikh penyerahan baucher tidak diketahui?
Seperti yang semua maklum bahawa Program Jom Shopping SMUE ini merupakan salah satu Program yang mendapat sambutan amat baik dan sangat menggalakkan daripada golongan Warga Emas dan OKU di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor dikenali sebagai sebuah Negeri yang prihatin terhadap rakyatnya oleh itu, sejak Program ini dilaksanakan pada tahun 2019 seramai 372,453 Ahli SMUE telah menerima manafaat. Walau bagaimanapun, pelbagai reaksi telah diterima daripada Ahli SMUE dan PKM DUN mengenai Program ini. Oleh yang demikian, YAWAS telah mengambil inisiatif dengan merangka penambahbaikan semula Program ini bersama UPEN bermula tahun 2022.
Kaedah pemberian baucar akan dijalankan secara terbuka iaitu Ahli SMUE boleh mengambil baucar RM 100 di Pejabat DUN masing-masing sepanjang tahun tanpa perlu menunggu bulan kelahiran mereka. Kertas cadangan ini telah diangkat untuk ke
peringkat MMKN oleh UPEN dan kini UPEN sedang membuat kajian menyeluruh bagi menyediakan kertas ke MMKN untuk mendapat kelulusan.
TUAN SPEAKER
: Pandamaran
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No 73.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 73. Pandemik Covid-19Questions
73. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan kes-kes covid-19 mengikut varian dari mengikut tahun 2020 dan 2021 di Selangor i) Covid-19 ii) Delta iii) Omicron iv) Alpha
b)
Nyatakan jumlah kes COVID-19 mengikut kaum tahun 2021 i) Melayu ii) Cina iii) India iv) Lain-lain v) Warga asing
Terima kasih YB Pandamaran. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Pandamaran telah bertanya mengenai varian Covid-19. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) tidak memantau jenis varian COVID-19 dalam kalangan pesakit di Selangor. Pemilihan sampel pesakit untuk penentuan jenis varian COVID-19 dilaksanakan di peringkat persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sampel pesakit yang dipilih oleh pihak KKM akan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (MRI) dan keputusan yang diperolehi akan dikemukakan ke setiap negeri, termasuk Selangor mengikut alamat pesakit tersebut bagi tujuan pemantauan pesakit oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan
Negeri. Jadi makna dia tidak dilakukan kajian Geno untuk setiap pesakit tidak dilakukan. So kita tidak ada pecahan tentang jenis varian yang dijangkiti yang menjangkiti pesakit Covid kita. Untuk tahun 2021, pecahan kes Covid-19 ini mengikut kaum adalah seperti berikut:
BANGSA JUMLAH KES PERATUS (%) Melayu 419,041 57.6 India 75,957 10.4 Cina 70,487 9.7 Lain-Lain 5,722 0.8 Warga Asing 156,893 21.5
Sekian, itu sahaja. Terima kasih.
TUAN SPEAKER
: Sungai Panjang. Tidak hadir
TUAN SPEAKER
: Meru. Soalan 75 telah dijawab bersekali dengan soalan No. 9.
TUAN SPEAKER
: Sungai Pelek. Tahniah menang.
Terima kasih. Soalan saya No 76. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 76. Penggerak Belia Selangor (PEBS)Questions
76. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Bolehkah Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan supaya PeBS diwujudkan sebagai jawatan khas di pejabat DUN seperti PWB yang khusus untuk menguruskan hal ehwal belia di kawasan DUN?
Terima kasih Sungai Pelek. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Mewakili Ahli Yang Berhormat, mengucapkan tahniah atas kemenangan. Yang bertanya tentang PeBS adakah diwujudkan jawatan khas di pejabat DUN seperti mana yang ada di PWB. Yang Berhormat mahukan satu jawatan khas PeBS di peringkat DUN. Saya nak maklum kepada Yang Berhormat, PeBS yang kita lantik sekarang ini adalah PeBS yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Jadi bila Yang Berhormat semua melantik, saya; Kerajaan Negeri menganggap itulah pegawai khas Yang Berhormat yang ada di peringkat DUN. Dan elaun yang dibayar bukan daripada Yang Berhormat, daripada Kerajaan Negeri. Tetapi guna pakaikan lantikan tersebut untuk manfaat kepada program-program Yang Berhormat di peringkat DUN. Saya mesti tegas di sini sekiranya ada PeBS kita yang tidak berfungsi atau pun yang mencari jalan helah untuk tidak terlibat dalam program-program sukarelawan kita. Saya telah minta MSN negeri Selangor mengenal pasti mereka-mereka ini supaya kita pastikan bahawa mereka diberi teguran atau bagaimana cadangan daripada ADUN itu sendiri. Sebab hari ni Ahli-ahli Yang Berhormat ada ADUN yang membuat penilaian kepada MSN Selangor yang meletakkan markah yang begitu rendah kepada PeBS kita sedangkan itu adalah lantikan Yang Berhormat sendiri. Kalau Yang Berhormat tidak bersetuju maka cadangkan kepada kita apa tindakan yang sebaiknya. Jadi persoalan adakah jawatan khas, itulah jawatan khas yang telah Kerajaan Negeri bagi kepada DUN, bukan seorang tetapi lima orang. PeBS dengan setiausahanya dan semua anggota yang ada di dalam itu adalah yang kita bayarkan elaun pada mereka. Itu semua adalah hak ADUN yang mengikut peraturan-peraturan yang telah kita tetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Soalan tambahan
Bukit Gasing
Terima Kasih Yang Berhormat Exco, cadangan dalam soalan tambahan, adakah Kerajaan Negeri boleh menimbang kenaikan elaun Ketua PeBS, kepada RM1,500 sama macam taraf PWB dan memberi mereka keluasan yang lebih untuk menjalankan tugas dan mempromosikan agenda kepada belia.
Buat waktu ini kita kekalkan apa yang ada Yang Berhormat sehingga, sebab begini Yang Berhormat alasan kita adalah kebanyakan PeBS di bawah walaupun kita peruntukkan RM 20 ribu kepada mereka, tidak semua yang utilise, fully utilise semua peruntukan. Ada yang pakai sehingga 40 peratus, 50 peratus semua. Sekiranya elaun menjadi kekangan ataupun menjadi sebab mengapa mereka tidak boleh bergerak dan kita review the elaun. Sehingga ini saya tidak lagi mendengan rungutan di bawah tentang keadaan ini.
Soalan tambahan
Bukit Gasing sekali lagi.
Okay sedikit sahaja, memang tidak ada rungutan kalau dapat RM 500 dapatlah RM500, tetapi kalau mereka dapat RM500 confirm mereka ada kerja full time yang lain. Sebab RM 500 tu tidak boleh buat apa-apa untuk menanggung kehidupan mereka. Jadi bila mereka buat kerja full time yang lain gerak kerja mereka pun ada masa yang sedikit lah. Kalau mereka dapat elaun yang lebih besar, mereka boleh buat mungkin business half dengan half dia punya masa boleh tumpukan kepada kerja belia.
Saya ambil kira pandangan Yang Berhormat tersebut tetapi pada saya kira kalau kita kata RM 400 itu tidak besar atau RM500 itu tidak besar, sebenarnya besar Yang Berhormat. Boleh lepas satu bulan installment kenderaan mereka sebenarnya. It is something yang Kerajaan commited consistently, monthly kepada mereka. Yes, tapi kalau kita ada ruangan yang lebih besar why not kita tingkatkan. The whole of PeBS kita pun ada 288 orang, kita agak ramai berbanding dengan mungkin dengan agensi yang lain.
Banting
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO, PeBS ini adalah satu kerja berpasukan. Di mana lima orang AJK itu perlu bekerja sebagai satu team. Apa yang berlaku ialah dalam kalangan lima orang itu bukannya semua mempunyai memberikan sumbangan komitmen level yang sama. Ada yang memang tercicir dan tersorok ke belakang. Adakah Kerajaan mempunyai satu mekanisme selain daripada lantikan dan teguran dan pemarkahan daripada ADUN, untuk menegur atau memberi amaran atau lebih teruk lagi menamatkan perjawatan orang-orang atau anggota PeBS yang tidak memberikan komitmen yang tinggi secara automatik. Dan lantikan semula dibuat secara cepat dan efektif untuk memastikan gerak kerja pasukan ini tidak akan tergendala. Sekarang ini saya lihat dia tidak ada. Cuma sampai waktunya kita perlu membuat pemarkahan itu sahaja. Sampai tempoh perlantikan tamat kita akan membuat perlantikan baru. Akan tetapi kalau kita nak tukar tunggu sampai itu, dah lama dah. Tidak sempat lagi. Ya saya ingin bertanya
Yang Berhormat, memang kita minta semua PeBS bergerak di dalam satu team. Dan this is why we call this sebagai satu jawatan kuasa. Whether or not kita tukar PeBS ini kita tidak perlu tunggu kepada tarikh matang dia. Semua terserah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di peringkat Dewan Undangan Negeri. It is purely discression of the Ahli Wakil Rakyat kita. Kalau Yang Berhormat Banting merasakan ada mana-mana dalam setandan pisang itu ada yang tidak cantic, maka we can always replace buah tersebut. Jangan tunggu. It is all up to Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Sebab itulah lantikan yang kita buat dalam system yang baru adalah melalui ADUN itu sendiri. Kalau Yang
Berhormat merasakan dalam lima orang ada dua yang tidak sesuai then propose pada kita. Pada Majlis Sukan Negeri Selangor, we will immediately take action atas cadangan daripada Yang Berhormat itu.
Kota Anggerik. Tidak hadir.
Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya No. 78.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 78. Agenda Kesan Perubahan IklimQuestions
78. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Adakah Kerajaan Negeri Selangor ada melakukan apa-apa kajian, polisi atau inisiatif yang berkaitan dengan perubahan iklim (climate change)? Sekiranya ya, sila senaraikan.
Untuk perhatian Yang Berhormat, perubahan iklim merujuk kepada perubahan-perubahan di dalam iklim dunia yang memberikan impak kepada manusia dan ekosistem sama ada secara langsung atau tidak langsung. Adalah dijangkakan, kesan negatif perubahan iklim tidak dapat dielakkan lagi sehingga beberapa dekad akan datang dan tindakan mitigasi yang diambil hanyalah bertujuan untuk mengurangkan impak fenomena tersebut. Bagaimanapun, sekiranya tiada langsung langkah mitigasi dilaksanakan, sistem semula jadi bumi tidak akan mampu untuk menyesuaikan dengan kesan perubahan iklim.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri menitikberatkan dan memastikan pembangunan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim bagi memenuhi aspirasi negeri dalam menerajui kelestarian. Antara langkah penting yang telahpun di ambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu perubahan iklim adalah membangunkan Pelan Tindakan Teknologi Hijau di mana salah satu inisiatifnya adalah melaksanakan penggunaan Bas Smart Selangor bagi menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam di mana inisiatif itu sekaligus mengurangkan pembebasan karbon. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah pun melaksanakan perbandaran hijau
di mana Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF) digunapakai dalam perancangan dasar di peringkat semua PBT.
Di samping itu, Kerajaan Negeri secara berterusan menyokong inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan dan Agensi Negeri untuk mempergiatkan lagi program-program yang dapat mengurangkan impak perubahan iklim untuk jangka panjang seperti Program Penghijauan Malaysia: iaitu Kempen Penanaman 100 juta pokok, yang sedang berjalan di dalam tempoh lima tahun ini sedang berjalan untuk mewujudkan dan melaksanakan Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF) di Negeri Selangor dan penyertaan dalam kempen Earth Hour yang mana Kerajaan Negeri akan menjadikan kempen ini sebagai program tahunan Negeri Selangor bagi menyokong usaha-usaha mengurangkan pembebasan karbon melalui tenaga elektrik. Kerajaan Negeri Selangor juga sedang melaksanakan pemasangan panel solar di bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor iaitu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan sembilan buah bangunan di setiap Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Selangor. Perjanjian iaitu Supply Agreement Of Renewable Energy, SARE melibatkan Kerajaan Negeri Selangor, G Spark Sdn. Bhd dan Tenaga Nasional Berhad dan pemasangan panel solar ini di bawah Skim Solar Energy Purchase, SEP dengan tempoh kontak yang telah pun dipersetujui selama 15 tahun dengan kadar penjimatan yang lebih tinggi. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga memberikan kelulusan Pembangunan Ladang Solar Selangor iaitu LSS di Ladang Bukit Kerayong, Klang kepada syarikat Sharp Ventures Solar Sdn. Bhd. Seterusnya, pada bulan Januari 2022, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim yang akan bertanggungjawab dalam mengkaji isu-isu perubahan iklim dan pemanasan global di Negeri Selangor. Melalui Jawatankuasa ini, Kerajaan Negeri akan merangka hala tuju dan langkah-langkah mitigasi serta adaptasi secara menyeluruh terhadap perubahan iklim seperti mewujudkan Jawatankuasa Tindakan Perubahan Iklim, Climate Change Action Council Negeri Selangor yang terdiri daripada tokoh-tokoh akademik dan pakar dalam perubahan iklim. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab dalam meneliti inisiatif-inisiatif berkaitan perubahan iklim selari dengan dasar-dasar Negara sedia ada dalam menangani isu perubahan iklim. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut akan mengguna pakai dasar-dasar tersebut dalam mencorakkan pembangunan yang seimbang.
Bandar Utama.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Bandar Utama hanya ingin bertanya yang pertama sekali terima kasih di atas penerangan terhadap pelbagai jenis inisiatif dan program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri. Bandar Utama ingin bertanya daripada kesemua program-program dan inisiatif tersebut adakah kita sudah mempunyai outcome dengan izin yang
diinginkan, KPI yang kita telah tetapkan dan hala tuju secara overalll picture dengan izin yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Memang Kerajaan Negeri ada, kita punya matlamat di mana kita akan mencuba mencapai pengurangan pembebasan karbon sebanyak 45% pada tahun 2030 dan angkanya akan kita sasarkan kepada zero ke tahun 2050. So, itu matlamat kita.
Satu lagi.
Satu lagi. Terima kasih Tuan Speaker. Cuma hendak minta pencerahan sasaran pengurangan karbon sehingga kosong peratus sehingga 2050 apakah inisiatif yang ingin dilakukan untuk sasaran ke semua inisiatif. Adakah telah diterangkan sebentar tadi ataupun ada inisiatif yang lain. Terima kasih.
Kita masih ada 28 tahun untuk kita mencapai zero net pembebasan karbon ini dan dasar kita sangat bergantung pada Pusat, Kerajaan Persekutuan sebab itu lah dalam bajet sebelum itu kita telah pun mengurangkan cukai dan cukai kereta elektrik telah pun di kurangkan ataupun tidak di laksanakan dan kita harap dalam masa lima (5) tahun ini penggunaan kereta elektrik ini akan menggalakkan penggunaan kereta elektrik di Malaysia terutamanya di Selangor. Dan untuk masa yang akan datang kita akan mewajibkan PBT untuk mewajibkan pembangunan yang akan datang mendirikan charge station yang wajib di semua commercial area beberapa peratus akan ditentukan. Kita akan menggalakkan penggunaan kereta elektrik pada masa yang akan datang. So itulah sasaran lima (5) tahun akan datang ini di mana kita akan jangkakan penggunaan electric car ini akan meningkat pada masa yang akan datang.
Batang Kali.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, tahniah menang banyak. Soalan saya nombor 79.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 79. Koridor Otomotif UmwQuestions
79. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Dimaklumkan kawasan Serendah dikategorikan sebagai koridor UMW High Value Performance Manufacturing Park. Apakah rancangan pihak Kerajaan Negeri untuk melaksanakan tambah nilai pembangunan dengan mengambil kira kesan impak ke kawasan sekitarnya?
Tuan Speaker, Pihak UMW Development Sdn. Bhd. membangunkan tanah seluas 765.63 ekar sebagai Taman Industri Bernilai Tinggi Serendah atau dalam Bahasa inggerisnya Serendah High Value Manufactring Park (Serendah HVM). Komponen utama di dalam perkembangan ini adalah pembangunan kilang pemasangan kelongsong enjin kapal terbang Rolls Royce dalam Bahasa inggerisnya dengan izin Rolls Royce Fan Casing untuk kapal terbang Airbus oleh UMW Aerospace. Selain itu Taman Industri ini juga menempatkan pemain industri bernilai tinggi seperti T7 Killgour. Pihak UMW juga memindahkan fasiliti UMW di Shah Alam ke Serendah HVM. Berdasarkan pemajuan berkenaan, pihak MPHS atau Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 telah menetapkan kawasan Serendah sebagai Hub Pembuatan Pengangkutan dengan mengambil kira UMW Aerospace, PERODUA dan Tan Chong & Sons Motor sebagai nuclues utama bagi industri automotif. Pihak MPHS bersama-sama pihak Invest Selangor akan terus mempromosikan dan menarik lebih ramai pemain utama industri automotif dan vendor-vendor untuk membuka kilang pemasangan tidak hanya di Serendah malah di lot-lot industri Sungai Choh, Bandar Bukit Beruntung, Bendar Bukit Sentosa dan Bandar Sungai Buaya. Kawasan Serendah juga dirancang sebagai inland port dan Hub Logistik dengan adanya laluan dan stesen ECRL yang dirancang di Serendah. Terima kasih.
Dengkel tidak hadir. Sesi petang, ada penyakit tidak boleh tidur. Kota Damansara.
Terima kasih Tuan Speaker, Soalan Kota Damansara 81.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 81. Tasik Cova - Pemeliharaan Dan PemuliharaanQuestions
81. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sejauh manakah usaha kerajaan telah dan akan lakukan untuk tujuan tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara, Yang Berhormat Tuan Speaker. Tahniah kepada Ahli-ahli yang Berhormat yang menang. Saya menjawab soalan ini memang ada berkait dengan EXCO Kerajaan Tempatan jadi saya ambil tugas ini menjawab kerana ada juga komponen infra di sini. Dalam usaha Kerajaan bagi memastikan pemeliharaan dan pemulihan dilaksanakan di Tasik Cova, skop dan bidang tugas tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada dua (2) agensi berikut. Yang pertama penyelenggaraan dan pembersihan di dalam tasik rekreasi itu hingga ke tebing dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS). Penyelenggaraan kawasan bertanah dan taman dijalankan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan peruntukan sebanyak RM 436,000.00 pada tahun 2022. Selain itu, Majlis juga telah memperuntukkan bajet sebanyak RM 200,000.00 bagi menaik taraf kemudahan rekreasi di tasik ini di dalam Fasa 1 pada tahun 2022. Sekian.
Soalan tambahan.
Ya, Kota Damansara.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker di atas jawapan. Untuk makluman Ahli Dewan, isu Tasik Cova ini sejak 2014 semasa itu saya menjadi Ahli Majlis isu ini telah dibincangkan banyak kali di dalam Dewan dan juga di Pejabat Daerah. Soalan saya sejauh manakah keseriusan ataupun jaminan ataupun political will Kerajaan Negeri bertindak untuk menyelesaikan masalah Tasik Cova memandangkan keyakinan rakyat penduduk sekitar Tasik Cova telah menurun kerana beberapa keputusan telah pun dibuat dan telah bertukar-tukar dan saya harap kali ini saya harap apakah jaminan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah sekurang-kurangnya sebelum akhir tahun ini.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Damansara, saya memang menunggu soalan tambahan itu dan kita sebenarnya sebagaimana yang saya telah sebut dalam penggulungan pada hari Khamis yang lepas bahawa usaha Kerajaan Negeri mengambil kira bahawa tasik-tasik ataupun kolam yang mempunyai potensi menjadi kolam takungan dan juga storage akan kita uruskan dengan secara holistik untuk memastikan usaha kita menangani isu banjir dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur dan kolam ini pula tentulah satu kolam yang agak luas, tidak silap saya 26 ekar kawasan ini dan dia jua adalah taman rekreasi, jadi mempunyai dua (2) fungsi di situ.
Untuk makluman Yang Berhormat Kota Damansara sebenarnya saya telah meneliti cadangan daripada pihak JPS untuk dibawa ke MTES bagaimana perancangan segera yang akan dibuat di Tasik Cova ini cuma saya tidak sebut di sini kerana kita baru hendak bawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, MTES. Apa yang berlaku adalah sebelum ini kita minta pihak Kumpulan SEMESTA supaya menguruskan kolam itu sebab ada potensi pasir di situ tetapi mengikut kaedah reka bentuk kita kehendaki tetapi bila dibuat kajian semula dapatinya tidak economical untuk mereka uruskan. Jadi mereka menyerah balik kepada kita, pihak JPS dan kita akan bincang dengan kerjasama MBPJ bagaimana untuk menguruskan dan cadangannya pada prinsip yang saya boleh maklumkan pada Yang Berhormat ialah kita sebahagian daripada tasik ini kita akan buat declaration, penambakan dan kita cadangkan nanti tanah itu akan diuruskan oleh pihak swasta untuk kita buka mungkin secara tender lebih kurang lima (5) ke enam (6) ekar dan mereka bertanggungjawab untuk memastikan reka bentuk bagi tasik ini dan penyelenggaraan awal termasuk korekan dan sebagainya dibuat bersekali dengan penambakan itu. Itu sedang diusahakan dan akan dibawa dalam MTES untuk mendapatkan kelulusan MMKN nanti. Itu cadangan konsepnya begitu itu yang kita hendak buat tetapi saya harapkan akan dimaklumkan kepada Yang Berhormat dari semasa ke semasa keputusan ini untuk memastikan Tasik Cova ini dapat diurus bukan sahaja secara adhoc tetapi secara berterusan. Sekian, terima kasih.
Kampung Tunku.
Terima kasih Tuan Speaker soalan saya 82.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 82. Bantuan BanjirQuestions
82. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah jenis bantuan yang dihulurkan untuk pemilik bisnes atau kedai yang mengalami banjir?
b)
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri yang telah dihulurkan?
Terima kasih Kampung Tunku di atas soalan yang telah dikemukakan dan sebagaimana yang saya sedikit sebanyak telah huraikan
ketika penggulungan tempoh hari bahawa jenis bantuan yang kita telah salurkan kepada peniaga-peniaga dan usahawan ini ialah dengan mempermudah tawaran-tawaran HIJRAH kita. Daripada rekod yang kita peroleh daripada bulan Januari dan Februari, kita telah menyelesaikan ataupun menyalurkan lebih daripada RM 10,000,000.00 kepada pinjaman-pinjaman terutamanya beberapa gerai-gerai dan juga kedai-kedai runcit dan kedai-kedai bengkel kereta yang ingin menambah baik ataupun menambah stok-stok peniagaan mereka yang terkesan akibat daripada banjir yang lepas. Jadi tidak ada bantuan secara geran tetapi bantuan itu kita berikan dalam bentuk pinjaman yang mana pinjaman ini akan membantu mereka untuk menjalankan perniagaan secara keseluruhan. Sebagaimana yang saya maklum tempoh hari sehingga Selasa minggu lepas bantuan yang telah kita salurkan adalah sebanyak RM 118,000,000.00 dan kita ada berbaki lapan (8) ribu keluarga lagi bermakna kita perlukan lebih kurang RM 8,000,000.00 lagi untuk kita salurkan dan yang ada di simpanan semua Pejabat-pejabat Daerah sebagaimana yang telah disalurkan oleh Pegawai Kewangan kita dan Kerajaan Negeri di semua Pejabat Daerah ada baki dalam RM 16,000,000.00 maknanya menjelang 31 Mac 2022 ini kita sangat yakin senarai yang sempurna yang tidak ada kekangan kita boleh selesaikan dan selepas itu kita bagi masa lagi satu bulan untuk melihat mana yang tertinggal, mana yang ada rayuan dan sebagainya untuk kita selesaikan pemberian BSB ataupun Bantuan Selangor bangkit. Sekian, terima kasih.
Sementa.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 83.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 83. Jaringan Capaian 5gQuestions
83. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sejauh manakah jaringan capaian liputan 5G di Selangor sehingga kini? Adakah menyeluruh hingga ke pinggir bandar juga kampung?
b)
Sejauh manakah pentadbiran Kerajaan Negeri bersedia menerima teknologi ini dan berapa peruntukan disediakan untuknya?
Terima kasih Yang Berhormat Sementa atas soalan yang dikemukakan khusus merujuk kepada Pencapaian Liputan 5G di Negeri Selangor. Pelaksanaan jaringan capaian liputan 5G di Selangor secara berfasa. Menurut data laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, SKMM sehingga Februari 2022 pelaksanaan fasa 1A pada tahun 2021 meliputi Cyberjaya iaitu sebanyak 28 tapak telah berjaya disiapkan. Sebanyak 1,551 unit struktur rangkaian 5G di Negeri Selangor bagi fasa 2 akan dipasang pada tahun 2022. Kalau saya boleh huraikan sedikit perancangan pemasangan rangkaian 5G di Negeri Selangor bagi tahun 2022 :-
Jadual 1: Pelan perancangan rangkaian 5G di Negeri Selangor bagi tahun 2022.
Daerah Q1 Q2 Q3 Q4 Jumlah Sepang 42 54 59 30 185 Petaling 136 165 115 144 560 Klang 67 76 69 60 272 Hulu Langat 63 89 108 85 345 Gombak 53 58 42 38 191 Jumlah 361 442 393 357 1551
Keseluruhan 1551 pemancar ataupun struktur yang akan dibina untuk menggalakkan pemasangan 5G. Untuk makluman teknologi rangkaian 5G ini berkeupayaan untuk memberikan perkhidmatan kelajuan jalur lebar 10Gbps dengan 1ms latency. Ia juga mampu memberi perkhidmatan kepada 1juta peranti bagi setiap satu kilometer persegi.
b) Kerajaan Negeri Selangor melalui Smartsel Sdn Bhd sedang merangka cadangan kerajaan, cadangan kerjasama dengan Digital Nasional Berhad (DNB) selaku pemberi rangkaian borong 5G di Malaysia. Syarikat-syarikat telekomunikasi mudah alih sedia ada Celcom, Maxis, Digi, Umobile, TM, Webe dan Yes akan menyewa perkhidmatan rangkaian 5G daripada DNB. Smartsel juga akan berperanan dalam pembangunan infrastruktur 5G di kawasan perindustrian dan komuniti di negeri Selangor.
Maknanya, secara keseluruhannya projek ini adalah di bawah Digital Nasional Berhad (DNB) dan kita hanya akan bekerjasama dengan mereka untuk memanjangkan terutamanya penumpuan kita selepas ini ialah kawasan-kawasan perindustrian yang memerlukan ataupun yang akan mendapatkan maklumat dan juga teknologi 5G ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Memandangkan setiap kali struktur telekomunikasi naik, terutamanya di kawasan-kawasan perumahan akan menimbulkan aduan rakyat. Tetapi kita juga nak 5G row out cepat sebab kita nak pakai telefon dengan kadar kelajuan yang tinggi. Jadi, macam mana prosedur dia, Kerajaan Negeri untuk melancarkan permohonan Syarikat DNB dan mendapatkan kelulusan mereka dan menangani aduan rakyat, bergerak ke hadapan sebab tower-tower yang 4G itu dah lama dipasang. Tower 5G yang sekarang yang akan naik dalam tahun ini bakal menimbulkan banyak aduan dan jika kita tidak ada SOP untuk menangani aduan ini dengan profesional, mungkin dia akan drag out the row out of 5G.
Terima kasih Bukit Gasing. Semenjak daripada tahun 2015 hasil daripada beberapa perjanjian lampau yang kita ubahsuai kita sudah mula ataupun melaksanakan apa yang dipanggil sebagai one stop agency. One stop agency di bawah pihak Kerajaan Negeri Selangor di mana ia merupakan sebahagian pemilikannya oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui MBI dan di situ adalah one stop agency untuk meletakkan ataupun memastikan proses SOP dan prosedur pemancar-pemancar untuk telekomunikasi ini dilaksanakan dan sebahagian daripada fungsi mereka adalah juga untuk memutihkan pemancar-pemancar yang didirikan secara tidak sah ataupun tidak mengikut lunas undang-undang. Ada beberapa peraturannya sebagaimana contoh yang kita selaraskan di seluruh negeri, di mana pihak PBT - PBT ada tanggungjawab mereka yang tertentu tapi selaras. Maknanya kalau mereka buat di Kajang ke ataupun di Subang ataupun di mana-mana kaedahnya hampir sama 100 % dan one stop agency ini adalah hasil ubahsuai kita daripada KJS ataupun Kumpulan Jaringan Selangor sebelum ini yang telah ditandatangani pada perjanjian lampau sekitar tahun 2004 – 2005 untuk memenuhi keperluan pemancar-pemancar telekomunikasi.
Namun begitu, untuk 5G ia bukan memerlukan sangat sebagaimana pemancar-pemancar yang kita lihat. Sebab 5G memerlukan rangkaian ataupun kedekatan antara satu pemancar ke satu pemancar yang lebih dekat dan lebih rendah sebab 5G ni laju tetapi boleh saya katakan dia jua manja. Manjanya itu sebab dia jarang boleh tembus. Tembus dinding, tembus cermin dan mudah untuk terpantul. Justeru ia memerlukan jarak di antara satu pemancar ke satu pemancar yang lebih rendah dan juga satu pemancar ke satu pemancar yang lebih dekat. Justeru kalau kawasan macam Petaling Jaya sebenarnya ia memerlukan tapaknya adalah di bangunan-bangunan berbanding dengan pemancar-pemancar yang kita lihat tower-tower pemancar ataupun pencawang-pencawang yang tinggi sebagaimana kita lihat secara keseluruhan. Saya baru dapat taklimat daripada Maxis sebenarnya beberapa hari yang lepas bersama SS, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat Izham. Mereka sendiri juga turut menggalakkan pemasangan fibre optic di negeri Selangor yang sedikit sebanyak memperkuat dan memperkemas kita punya capaian Internet termasuk di kawasan-kawasan luar bandar. Terima kasih.
Teratai.
Terima kasih kepada Tuan Speaker. Soalan saya 84.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 84. Peruntukan Kepada Permohonan Pembinaan Jalan Dari Jalan Cheras Hartamas Ke Persiaran Lemak Taman SegarQuestions
84. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
MPAJ telah menerima dan membenarkan bagi membuka satu jalan dari kawasan lapang Jalan Cheras Hartamas ke Persiaran Lemak Taman Segar, adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberi peruntukan kepada MPAJ untuk projek membina jalan dalam kawasan tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Teratai. Teratai bertanyakan mengenai peruntukan kepada permohonan pembinaan jalan dari Jalan Cheras Hartamas ke Persiaran Lemak Taman Segar. Untuk makluman Yang Berhormat, Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah melaksanakan lawatan tapak juga bersama Yang Berhormat Teratai serta wakil penduduk Cheras Hartamas pada 28 Februari 2022, ke tempat lokasi penyambungan Jalan Cheras Hartamas. Hasil daripada perbincangan MPAJ dan juga penyediaan Bahagian Teknikal kepada spesifikasi bagi kerja-kerja tersebut. Dianggarkan kos untuk pembinaan jalan ini di sekitar RM 510,000.00 dan pihak MPAJ telah bersedia untuk membuat permohonan. Cuma kita daripada pihak Kerajaan Negeri kita tidak, belum menerima lagi sebarang permohonan yang rasmi daripada pihak MPAJ dan kita akan telitilah permohonan apabila sampai kepada pejabat saya sebagainya untuk kita teliti. Sekarang ini pun kita memang dalam proses meneliti pelbagai permohonan peruntukan untuk memastikan infrastruktur kita berada dalam keadaan yang baik. Terima kasih.
Tuan Speaker soalan tambahan.
Silakan.
Saya mendapat tahu terdapat satu telco tower telah dibina di tapak cadangan membina jalan baru ini. So, adakah telco ini, kelulusan telco ini telah ditimbangkan dalam infrastruktur kepada membuka jalan ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan semak kedudukan tiang menara telekomunikasi ini kerana memang di negeri Selangor ini memang kita ada struktur-struktur yang illegal. Tidak sah ini memang banyak ya dan kita dalam proses pemutihan berperingkat-peringkat yang sedang dilaksanakan. Jadi kita akan teliti dan akan lihat betul-betul kedudukan status telco tower ini. Kalau walaupun dia ada sah kita akan tengok bagaimana kaedahnya, kalau jalan ini nak diteruskan. Mungkin ada kaedah pembinaan dan sebagainya. Terima kasih.
Taman Templer.
85. Terima kasih.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 85. Kepadatan Penduduk Kg Selayang BaruQuestions
85. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah pihak kerajaan sudah memulakan langkah untuk menjadikan Kampung Selayang Baru kepada dua pentadbiran MPKK kerana kepadatan penduduk?
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer yang bertanyakan apakah pihak kerajaan sudah memulakan langkah untuk menjadikan Kampung Selayang Baru kepada dua pentadbiran MPKK kerana kepadatan penduduk?
Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sedia maklum di atas keperluan tersebut memandangkan Kampung Selayang Baru merupakan salah sebuah kampung yang berkepadatan tinggi iaitu melebihi 72 ribu orang penduduk. Namun, Kerajaan Negeri buat masa ini belum memulakan langkah untuk menjadikan Kampung Selayang Baru kepada dua pentadbiran. Untuk makluman, pengecilan dan pemecahan sempadan kampung atau mewujudkan MPKK baru bukanlah satu-satunya kaedah yang boleh diambil di dalam mengatasi
masalah kampung yang berkepadatan tinggi. Merujuk kepada Pelan Hala Tuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035 (PHTSDNS 2035), penetapan ‘Enklaf Desa’ yang merujuk kepada baki kawasan penempatan yang masih mempunyai ciri-ciri fizikal kedesaan merangkumi landskap semula jadi dan bercirikan desa, seni bina rumah gaya kampung dan halaman kejiranan berkonsepkan kampung bagi sesebuah kampung memerlukan satu kajian lanjut di mana antara kajian lain yang boleh dipertimbangkan selain daripada pengecilan dan pecahan pada sempadan adalah pengekalan sempadan dan juga pengecilan sempadan itu ia perlu mengambil keutamaan. Selain daripada itu, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak juga boleh mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan mewujudkan MPKK baharu untuk dipertimbangkan seperti mana yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor untuk mewujudkan MPKK Kampung Tanjung Piai dan juga MPKK Kampung Tanjung Keramat atas faktor geografi dan juga politik dan ini telah mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan memohon Pejabat Daerah dan Tanah Gombak untuk bekerjasama dengan PlanMalaysia@Selangor bagi mengenal pasti kaedah terbaik yang perlu diambil khusus berkenaan situasi di Kampung Selayang Baru dan selanjutnya menyediakan satu kertas cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk makluman dan pertimbangan kelulusan. Terima kasih.
Taman Templer.
Bukan soalan tambahan, tapi luahan tambahan. Isu ini saya bawa dekat 3 tahun yang lepas dah. Kampung Selayang Baru ini penduduknya memang padat. Dia makan 2 DUN. Dia makan Templer, dia makan Sungai Tua. Selayang Baru ini, bayangkan dekat 80,000 penduduk, bajet 10,000. 80,000 ini penduduk. Tadi cakap 10, itu jadi masalahnya 20,000, 80,000 penduduk, 80,000 ini satu Parlimen. Satu Parlimen jangan buat main-main. Kalau pecah 2 boleh 2 DUN tau. Tapi 1 Ketua Kampung, saya minta lah EXCO tolonglah buat macam mana pecah sempadan ke pecah geran ke, pecahlah apa yang patut janji saya nak kalau boleh 2 MPKK selepas ini. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Tahniah.
Terima kasih Yang Berhormat Taman Templer. Itu yang saya maklumkan tadi bahawa kita menunggu cadangan daripada Pejabat Daerah Gombak supaya diajukan dan berbincang dengan pihak PlanMalaysia@Selangor untuk diangkat ke keputusan yang akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor. Terima kasih.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan 86.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 86. Peningkatan Kes Covid-19 Di SelangorQuestions
86. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah tindakan terkini yang telah diambil bagi membendung peningkatan semula kes COVID-19?
b)
Adakah statistik imunisasi di Selangor berjaya seperti yang diharapkan?
c)
Bagaimanakah prestasi SUKA di dalam usaha membendung jangkitan COVID-19?
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
a) Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan dan langkah terkini bagi membendung peningkatan semula kes Covid-19 di Selangor adalah selari dengan garis panduan dan strategi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara langkah-langkah tersebut adalah :
1) Mempertingkatkan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan kepada masyarakat awam bagi tujuan meningkatkan liputan vaksinasi Covid-19 lengkap dan dos penggalak serta vaksinasi COVID-19 kalangan pelajar sekolah dan kanak-kanak berumur 5-11 tahun;
2) Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan melalui Unit Inspektorat dan Perundangan (negeri dan daerah) di tempat-tempat tumpuan awam serta premis dan program yang berpotensi menjadi tempat perkumpulan orang ramai bagi memastikan pematuhan SOP berlaku;
3) Mengubah strategi saringan daripada penggunaan RT-PCR kepada penggunaan RTK-Ag kendiri sebagai ujian pengesahan kes positif. Langkah ini adalah bagi mempercepatkan tindakan kawalan dan
pencegahan, termasuklah prosedur isolasi kes dan kuarantin bagi kontak rapat yang kini lebih cepat (tanpa lagi perlu mengulang ujian RT-PCR);
4) Memastikan stok-stok RTK-Ag kendiri di peringkat daerah dan negeri sentiasa dalam jumlah mencukupi; dan
5) Mendapatkan kerjasama pelbagai pihak dan agensi, sama ada agensi kerajaan negeri mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan:
i. Mempertingkat liputan vaksinasi primer dan penggalak, terutamanya di kalangan kanak-kanak dan golongan berisiko; ii. Pembudayaan norma baharu yang lebih menyeluruh dan berkesan; iii. Mempertingkatkan kesedaran agar segera melakukan ujian kendiri sekiranya bergejala dan terus menjalani isolasi sekiranya positif; dan iv. Menggalakkan masyarakat awam untuk memperkasakan diri melalui penggunaan aplikasi mysejahtera yang mampu membantu pengurusan kes dan kontak rapat secara digital dan lebih pantas, seterusnya mengurangkan beban di fasiliti kesihatan awam.
(b) Untuk program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan atau PICK yang meliputi golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun di Negeri Selangor adalah selari dengan pelaksanaan program di peringkat Kebangsaan. Pencapaian PICK, PICK di Negeri Selangor sehingga 1 Mac 2022 adalah seperti berikut:-
1. Untuk Dewasa, Dos Pertama : 4,334,507 dewasa telah menerima iaitu 95.2%. Dos kedua : 4,315,186 iaitu 94.8% daripada populasi dewasa dan Penggalak atau Booster seramai 3,728,125 iaitu 81.9% daripada populasi dewasa.
2. Untuk Remaja, setakat ini 531,193 telah menerima Dos Pertama dan untuk Dos kedua dos sekali, Dos kedua 482,503 iaitu 84.8%. Untuk yang dos pertama tadi sudah cover 93.3% daripada populasi remaja dan untuk dos kedua tadi 84.8%.
3. Bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun pula, kita baru pada 1 Mac kita baru mencapai 167,388 iaitu 22.9% daripada populasi kanak-kanak tapi untuk terkini hingga 15 Mac untuk kanak-kanak kita sudah mencapai 41% untuk kanak-kanak ya.
Jadi pencapaian keseluruhannya untuk Klang Valley adalah 5,033,038 kes dan untuk dos kedua, tadi dos pertama untuk dos kedua 4,797,689 kes dan untuk dos penggalak 3,728,125.
Sasaran liputan untuk kategori Kanak-kanak adalah 70% menjelang bulan April. Secara keseluruhannya, program PICK di negeri Selangor telah mencapai sasaran yang ditetapkan di peringkat kebangsaan.
Soalan Yang Berhormat Sijangkang mengenai prestasi SUKA dalam usaha membendung jangkitan Covid-19. Ya Penubuhan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) pada tahun 2021 merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasa peranan komuniti dalam meningkatkan advokasi dan kesedaran masyarakat berkaitan kesihatan awam. SUKA ditubuhkan dengan objektif yang lebih besar bukan sekadar untuk membantu Kerajaan Negeri menangani Covid-19 tetapi juga untuk mempromosi dan menggalakkan budaya gaya hidup sihat, membantu mengurangkan insiden dan prevalence penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dan juga sebagai penghubung dan pemudah cara bagi menyampaikan informasi dan inisiatif Kerajaan Negeri berkaitan kesihatan kepada rakyat Selangor. SUKA kini mempunyai ahli berdaftar seramai 1,800 orang di seluruh Selangor.
Ia ditubuhkan pada tahun 2021 ketika kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang sedang memuncak. Justeru, semua anggota SUKA telah dilatih oleh Persatuan Kesihatan Awam Malaysia (PKAM) melalui 8 modul yang berkaitan Covid-19 bermula pada Ogos 2021 sehingga Oktober 2021 merangkumi modul-modul seperti Penjagaan dan Pemantauan Pesakit Covid-19 di Rumah, PPE dan Sanitasi, Psychological First Aid (PFA) ketika Covid-19, Vaksin Covid-19, Sukarelawan di Lapangan dan lain-lain. Dalam fasa ini juga semua SUKA telah bergerak dan menjalankan hampir 123 program dan aktiviti berkaitan Covid-19 dalam komuniti setempat dalam tempoh 6 bulan tahun lalu. Selain itu, SUKA juga membantu pesakit Covid-19 dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Covid-19 Assessment Centre atau (CAC), pengedaran bantuan perubatan ke rumah pesakit dan bantuan sokongan di pusat kuarantin.
Anggota SUKA juga turut mengadakan taklimat dan kempen kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan dan langkah bersesuaian bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Berdasarkan aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh SUKA sejak penubuhannya yang tidak sampai setahun ini ia merupakan satu pencapaian yang memuaskan dan patut di beri galakan dan sokongan berterusan. Kerajaan Negeri akan meneruskan latihan dan kursus yang bersesuaian kepada SUKA pada tahun ini bagi memastikan semua anggota SUKA dilengkapi dengan ilmu dan pengetahuan yang mencukupi dalam bidang kesihatan awam. Okay. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya dapati jangkitan di kalangan kanak-kanak, 5 hingga 15 tahun juga dilihat
meningkat ya terutamanya apabila berlaku apabila pembukaan semula penggal sesi persekolahan pada hujung penggal sesi persekolahan pada tahun yang lepas ya dan seperti mana yang dimaklumkan oleh EXCO tadi. Jumlah 40%, 42% setakat ini dan dijangkakan 70% hingga April tahun ini dan hari ini dimulakan sesi persekolahan. Saya sempat pergi ke sekolah tadi dan melihat, saya tengok rata-rata dalam kelas tu lebih kurang dalam 20% sahaja yang ada imunisasi. Mungkin, adakah Kerajaan Negeri ada satu inisiatif yang turun untuk memberikan imunisasi ke sekolah-sekolah terutamanya yang di bawah Kerajaan Negeri ya untuk merangsangkan lagi jumlah imunisasi walaupun ianya bukan sesuatu yang wajib tetapi saya kira sebagai satu kesedaran dan juga mengurangkan risiko kesan yang buruk apabila mereka dijangkit. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sijangkang, memang soalan yang sangat baik sekali kerana memang kebimbangan kita adalah jangkitan itu mungkin merebak atau meletus semula di kalangan kanak-kanak namun kita kena ingat bahawa kebenaran untuk memvaksinasi kanak-kanak adalah terletak di atas ibu bapa mereka ya. Kita tidak boleh memaksa vaksinasi kepada mereka selain memberi kesedaran dan juga meyakinkan mereka bahawa vaksinasi ini adalah untuk melindungi anak-anak mereka ya dan memang sekolah-sekolah di mana yang di bawah Kerajaan Negeri kita boleh offer kepada Sekolah Rendah Agama dan sebagainya. Namun kerjasama yang baik untuk melakukan vaksinasi kanak-kanak ini memang di bawah preview Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan vaksin ini sikit hari lagi akan juga di apa orang kata made available kepada klinik-klinik GP juga yang sekarang melaksanakan PICK dan SelVAX kita SelVAX untuk kanak-kanak pun akan kita mulakan dalam masa yang terdekat ya cuma sekarang ini kita boleh menawarkan dan menggalakkan tapi kita tidak boleh memaksa mereka. Terima kasih.
Taman Medan.
Yang Berhormat Speaker. Soalan Taman Medan No. 87.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 87. Peningkatan Kualiti Pegawai Masjid Dan SurauQuestions
87. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Adakah sebarang cadangan mempertingkatkan kualiti profesionalisme pegawai-pegawai masjid dan surau?
b) Apakah ada dianjurkan sebarang program bagi usaha tersebut?
c) Apakah antara program yang pernah dianjurkan atau dilaksanakan bagi usaha tersebut?
Terima kasih kepada Tuan Speaker dan Yang Berhormat Taman Medan yang mengajukan soalan berkenaan dengan usaha-usaha mempertingkatkan kualiti profesionalisme pegawai-pegawai masjid dan surau di Negeri Selangor.
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa menganjurkan program-program untuk menambahkan ilmu pengetahuan, menambahkan kemahiran di kalangan pegawai-pegawai daripada kalangan Imam, Bilal, Bendahari, Setiausaha dan juga melibatkan juga Muslimah dan bahkan juga melibatkan pengurusan tanah perkuburan dan sepanjang pandemik ini program dijalankan secara dalam talian ya dan selain daripada itu program-program untuk memahamkan Jawatankuasa Masjid berkenaan dengan peraturan-peraturan masjid dan surau Negeri Selangor berkenaan dengan program taklimat khas peraturan-peraturan tauliah Negeri Selangor terus diadakan bagi memberikan kefahaman kepada pihak pengurusan masjid di Negeri Selangor. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Silakan, Taman Medan.
Kadang-kadang ada menerima rungutan daripada kalangan jemaah masjid dan surau tentang kualiti yang ada pada pegawai-pegawai masjid terutamanya Imam yang mana banyak di kalangan pegawai-pegawai daripada kalangan Imam ni yang dari segi keupayaan menjalankan tugas tu sesuatu yang boleh dipertikaikan. Umpamanya segi bacaan Al-Quran nya teruk sangat dari segi kualiti dan sebagainya.
Begitu juga selain daripada perkara tersebut apakah usaha untuk memperbaiki keadaan tersebut ya dan soalan seterusnya saya umpamanya adakah cadangan juga umpamanya pengalaman yang pernah dilalui oleh Taman Medan sewaktu jadi pegawai masjid dahulu peningkatan kualiti dari sudut yang lain seperti kursus-kursus berkait dengan ilmu falak dan sebagainya. Jadi mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Sungai Kandis.
Terima kasih Taman Medan yang mengajukan soalan tambahan berkenaan dengan kes ataupun isu-isu berkaitan dengan kualiti Imam yang bertugas di masjid dan surau. Untuk makluman Ahli Dewan, Imam-imam yang dilantik oleh kariah ini kadang-kadang tidak memenuhi, memenuhi standard yang sepatutnya kerana di setengah-setengah kawasan memang agak sukar untuk mencari Imam yang berkebolehan yang mempunyai ciri-ciri Imam yang baik. Namun begitu, program-program pemantapan dianjurkan oleh pihak masjid sendiri dan juga pihak Jabatan Agama Islam Selangor untuk menambah baik perkhidmatan ataupun kualiti Imam-imam yang ada di masjid dan surau di Negeri Selangor dan berkenaan dengan nilai tambah ilmu-ilmu seperti pengurusan kewangan, pengurusan ilmu falak ini memang diadakan berterusan ya cuma kadang-kadang kehadiran peserta ini ya saya juga ingin menggesa kepada jawatankuasa yang dilantik supaya apabila mendapat jemputan daripada pihak penganjur memberikan komitmen dan keutamaan supaya kita dapat meningkatkan kualiti pengurusan masjid dan surau di Negeri Selangor. Terima kasih.
Subang Jaya.
Tuan Speaker, soalan 88.
PERTANYAAN MULUT DARIPADA Y.B. PUAN MICHELLE NG MEI SZE (N31 SUBANG JAYA)
TAJUK : KEMARAU 2025
88. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Sila nyatakan langkah-langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menghadapi kemarau berpanjangan dari 2025-2035 yang diramalkan oleh NAHRIM terutamanya dari segi (a) kelestarian air dan (b) sekuriti makanan.
Terima kasih Yang Berhormat Subang Jaya. Soalan ini saya anggap sangat penting dan sebenarnya panjang jawapannya tetapi saya akan cuba ringkaskan. Yang Berhormat Subang Jaya bertanyakan berhubung dengan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menghadapi kemarau yang dijangkakan akan berlaku pada 2025 sehingga 2035 dalam range itu ya yang diramalkan oleh NAHRIM terutamanya dari segi kelestarian air dan sekuriti makanan.
Untuk makluman Yang Berhormat, NAHRIM atau National Hydraulic Research Institute of Malaysia yang bertanggungjawab dalam aspek kajian mengenai hidraulik dan hidrologi air ini. Dia telah menjangkakan kemarau yang melampau di Semenanjung Malaysia akan berlaku pada tahun di antara 2025 hingga 2035. Sebagai tambahan yang dibuat oleh Jabatan Meteorologi juga menjangkakan pada tahun 2026 yang mana ia konsisten dengan apa yang diramalkan oleh NAHRIM.
Di Negeri Selangor dijangkakan akan berlaku pengurangan hujan dalam julat 0.1% sehingga 36.3%. Sekiranya jangkaan NAHRIM ini berlaku dan kemungkinannya besar berlaku kerana kita telah berada di circle yang ke 8, tahun ke 8 dah pada tahun ini dan kebiasaannya tahun ke 8 hingga 10 tahun itu biasanya berlaku tapi dalam suasana cuaca tak menentu ni kita susah nak ramalkan tapi yang pasti dia akan berlaku. Bila itu? Kita dalam jangkaan ini saya rasa kita kena buat persiapan. Sekiranya ia berlaku ia akan memberikan kesan ke atas sumber air mentah di mana paras sungai akan mengalami penyusutan dan akan mengurangkan baseflow sungai dan seterusnya akan menyebabkan paras empangan mengalami penyusutan dan mengganggu sumber bekalan air mentah bagi loji-loji yang berkaitan. Sekiranya tiada persediaan rapi, dijangka berlaku gangguan bekalan air berskala besar. Kalau ini berlaku. Kalau kita ada ekstrem yang satu banjir yang besar dan lagi satu nya ialah ekstrem kemarau yang besar yang panjang. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama dengan semua agensi membuat persiapan seperti berikut:-1. Perancangan di bawah Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang merangkumi 2 fasa. Fasa 1 ialah menangani isu pencemaran air mentah di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih yang merupakan bekalan hampir 70% bekalan air kita dan Fasa 2 yang telah pun kita mulakan iaitu memastikan kecukupan air mentah dalam menghadapi musim kemarau. Yang Berhormat Speaker, masa dah, saya boleh teruskan ya. Sikit lagi ya. Yang ini yang kedua telah pun berjalan di bawah Skim Jaminan Air Mentah Fasa 2 ini, Kerajaan Negeri menumpukan kepada program pengurusan sumber air yang saya telah terangkan secara panjang lebar pada hari Khamis lepas. Bagi memastikan simpanan air mencukupi untuk menampung permintaan ketika itu. Dalam hal ini Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah pun melaksanakan dan dalam proses lagi dalam melengkapkan pembangunan inventori semua kolam-kolam takungan, tasik dan badan air yang kita rasa berpotensi untuk kita jadikan sebagai sumber bekalan. Dan tempat ini diaudit dari segi ester tanah, dari segi kualiti air dan dari segi jumlah air yang ada dalam badan-badan air ini. Kerajaan Negeri Selangor akan memanfaatkan semua kolam takungan dan tasik yang telah disenaraikan semua sebagai sumber air alternatif ....
Yang Berhormat sila duduk, bagi bertulislah.
Sikit lagi, semasa bermusim kemarau selain daripada kolam takungan di bawah operasi pengepaman di kolam kita di ORS dan di ORS 600 dan juga ke depan ini, ORS 3,000. Jadi saya akan bentangkan di masa lain, kajian yang lengkap mengenai bagaimana menghadapi musim kemarau ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Pandan Indah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11:30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Usul No. 1 Tahun 2022Motion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya. Usul No. 1 Tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Kota Damansara.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut. Bahawasanya menurut Peraturan 76(5), Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT). Bagi Dewan Negeri Selangor berhubung bencana banjir pada bulan Disember 2021 di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 7 Tahun 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dimuliakan, Jawatankuasa Pilihan PBT telah mengadakan sesi tertutup pendengaran yang melibatkan beberapa PBT. Antaranya MBSA, MBPJ, JPS pun terlibat, Jabatan Metrologi, Majlis Perbandaran Kajang dan juga Subang Jaya. Ahli Dewan sekalian, pada 17 hingga 19 Disember yang lalu, Negeri Selangor telah dilanda bencana banjir buruk sehingga melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan dan kerugian harta benda. Bencana tersebut berlaku berikutan taburan hujan luar biasa disebabkan hujan berterusan selama hampir 3 hari berturut-turut. Dan fenomena air pasang besar yang telah memberi kesan yang sangat kritikal terutamanya kepada penduduk di daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat.
Mesyuarat PBT bertarikh 10 Januari, Jawatankuasa telah bersetuju meneliti dengan lebih terperinci segala permasalahan yang timbul dan mengenal pasti kaedah-kaedah penambah baikkan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bersedia berhadapan dengan bencana tersebut. Pada 24 Januari, Jawatankuasa telah mengadakan sebuah pendengaran tertutup melibatkan semua agensi dan pihak yang bertanggungjawab menangani bencana tersebut. Bagi mengatakan kekangan berserta cabaran yang mereka hadapi sebelum, semasa dan selepas menguruskan bencana banjir tersebut.
Dalam sesi pendengaran tertutup, Jabatan Metrologi Selangor Malaysia ataupun MET Malaysia, Jawatankuasa telah mengambil maklum keadaan iklim semasa banjir pada
Disember 2021 adalah tidak dijangka kerana berdasarkan analisis, model-model oleh MET Malaysia dan di dalam di luar negara majoriti modal menunjukkan sistem cuaca angin monsun yang membawa hujan lebat pada waktu itu akan berhenti setelah memasuki Selat Melaka sebelum ke kawasan Barat Semenanjung dan akan masuk ke Sumatera dan menjangka bahawa kawasan utara akan terkesan. Namun ia tidak berlaku dan telah menyebabkan hujan lebat berterusan di kawasan Pantai Barat dan berlaku banjir monsun.
Walau bagaimanapun, MET Malaysia memaklumkan bahawa terdapat satu model yang meramalkan hujan akan berterusan iaitu sistem cuaca tidak berhenti. Tetapi ianya tidak diambil kira kerana majoriti menunjukkan sebaliknya. MET Malaysia memaklumkan kelewatan dalam mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan pada 17 Disember di Selangor, khususnya di kawasan Lembah Klang adalah kerana ramalan dibuat berdasarkan analisis model cuaca sepenuhnya. Dan tidak memadankannya dengan jumlah taburan hujan pada masa tersebut. MET Malaysia memaklumkan kebiasaannya pada Negeri Selangor, amaran ramalan cuaca akan dihantar ke SMART Selangor C5i Operation Centre (SSOC).
Jawatankuasa juga mengambil maklum amaran dikeluarkan oleh MET Malaysia adalah secara berperingkat dan hujan di kawasan di sesuatu kawasan sukar untuk diramal kerana pembentukan awan berlaku di atmosfera dan ia bergerak dan menyebabkan ramalan hujan tidak dapat dikeluarkan secara khusus mengikut lokasi dan masa.
Ahli Dewan sekalian, saya akan, kertas tersebut ada bersama dengan Ahli-ahli Dewan sekalian. Namun saya akan ambil beberapa perkara yang penting dalam Jawatankuasa Penemuan Jawatankuasa tersebut dan antaranya ialah Jawatankuasa juga telah MET Malaysia memaklumkan kelewatan dalam mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan pada 17 Disember 2021 di Negeri Selangor. Kemudian Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS), Jawatankuasa mengambil maklum status pengaktifan siren yang dinyatakan dan tidak disahkan dengan situasi yang sebenar di tapak. Kita dapati juga ada kawasan jumlah kawasan banjir yang di terlibat sebanyak 195 kawasan banjir. Dan jumlah siren amaran banjir yang aktif sebanyak 50.
JPS memaklumkan kapasiti sistem perparitan sedia ada direka bentuk untuk menampung aliran pada tempoh ulangan minimum 5 tahun hingga 20 tahun sahaja. Namun hujan yang turun pada 17 hingga 19 Disember menunjukkan aliran pada tempoh ulangan melebihi 100 tahun yang tidak dapat ditampung oleh sistem perparitan sedia ada pada masa kini. JPS memaklumkan juga akan menambah bilangan stesen hujan bagi memastikan ketetapan pengiraan aliran pada tempoh ulangan tertentu.
JPS memaklumkan juga bagi projek yang telah mendapat kelulusan dan diberi hak milik tanah untuk projek pembangunan. JPS hanya bertanggungjawab untuk memastikan syarat-syarat teknikal yang dipatuhi. Antara struktur aset pengurusan air banjir di Selangor seperti berikut. Contohnya stesen hidrologi sebanyak 515, pam pintu air 364, pam bergerak 111, rumah pam 49, rumah sungai termasuk ban dan benteng sepanjang 2,683 kilometer dan kolam takungan sebanyak 132. Status terkini penyelenggaraan pintu air dan rumah pam yang dijangka siap pada akhir tahun 2022 adalah melibatkan 122 unit pintu air dan 13 buah rumah pam melibatkan kos kontrak bernilai RM 2.5 juta.
Ahli Dewan sekalian, JPS juga telah mengemukakan pandangan dan cadangan bagi mengatasi banjir pada masa akan datang. Merangkumi langkah struktur dan langkah bukan struktur. Antara langkah struktur yang dicadangkan adalah projek tambatan banjir, pembinaan ban, pembinaan kolam takungan air, menaik sistem saliran. Antara langkah-langkah bukan struktur antara lain termasuk PISMA, Kajian Pelan Induk Saliran, Program Amaran Banjir atau pun Negara atau pun PRAB. Cadangan langkah penstrukturan litigasi banjir masa depan Selangor juga telah mengemukakan perincian melibatkan projek SMART tunnel dan lain-lain.
Jawatankuasa telah membuat penemuan beberapa antaranya Jawatankuasa mendapati Jabatan Metrologi mengemukakan maklumat yang tidak lengkap dan tepat ketika menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa berhubung kaedah yang menggunakan dalam meramal cuaca dan sistem komunikasi serta pengeluaran amaran yang tidak efisien dan lewat semasa hujan yang berterusan berlaku di Negeri Selangor.
Antara saranan yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa antaranya Jabatan Metrologi atau pun MET Malaysia menggesa Jawatankuasa menggesa Kerajaan Negeri melalui Unit Pengurusan Bencana mengadakan libat urus dengan Jabatan Metrologi untuk meneliti perkara-perkara antara lain, meneliti semula gerak kerja yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Metrologi berikutan kegagalan mereka dalam memberi kenyataan dan maklumat yang tepat ketika pendengaran tertutup oleh JPPBT. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) antaranya saranan-saranan Jawatankuasa menyarankan agar pihak JPS dapat merangka sebuah polisi baru berkaitan projek pembangunan dan persisiran sungai dan pantai terutamanya di kawasan zon ekologi hijau dengan mengkaji polisi yang diguna pakai di luar negara sebagai panduan.
Jawatankuasa menyarankan agar pihak JPS dapat menaik taraf sistem siren sedia ada dengan teknologi terkini dan mewujudkan satu sistem amaran bertahap serta penggunaan bunyi siren yang berbeza supaya penduduk dapat bertindak mengikut maklumat yang diterima dengan mudah.
Jawatankuasa menggesa Kerajaan Negeri untuk membantu pihak JPS dalam memastikan pelaksanaan program ramalan dan amaran banjir atau pun PRAB di Negeri Selangor dapat dipercepatkan sebelum tempoh yang dinyatakan. Jawatankuasa juga menggesa JPS untuk memberikan keutamaan dengan melaksanakan segala kajian semula reka bentuk sistem saliran sedia ada dan juga sistem tebatan banjir khususnya di kawasan tebatan banjir sedia ada yang gagal menangani bencana banjir baru-baru ini.
Jawatankuasa menyarankan agar PBT mengawal pembangunan di lereng bukit, persisiran sungai dan pantai. Jawatankuasa berpandangan setiap Jabatan Teknikal di PBT dan agensi berkaitan untuk menjadikan pembangunan on site detention atau pun OSD di setiap bangunan yang bakal diterima. Jawatankuasa turut menggesa PBT untuk bekerjasama dengan Pejabat Daerah bagi mengenal pasti lokasi-lokasi yang lebih selamat sesuai dan selesa yang boleh dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara mangsa-mangsa banjir. Jawatankuasa mencadangkan agar kakitangan di setiap PBT diberikan latihan pengurusan bencana banjir sebagai langkah persediaan awal. Sekian, terima kasih.
Silakan Semenyih.
Terima kasih Tuan Speaker, Semenyih menyokong penyata ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong. Saya buka Usul ini dibahaskan sekiranya ada. Sijangkang, 5 minit.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih kepada Kota Damansara yang membentangkan Usul ini cuma saya ingat ada beberapa perkara yang saya hendak sebutkan. Kalau saya suka merujuk kepada program naratif pada minggu lalu, apa yang berlaku ini disebabkan oleh ragam iklim dan untuk mengatakan bahawa ianya adalah disebabkan oleh perubahan iklim, rasanya terlalu awal. Dan saya kira ini apa yang telah berlaku dan saya kira ianya menjadi pengajaran kepada kita. Cuma saya melihat bagaimana pengurusan di peringkat negeri itu boleh dibaiki. Saya tidak nafikan seperti mana yang saya pernah sebutkan sebelum ini, bahawa ada perbincangan di peringkat daerah dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah membincangkan soal persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh yang saya kira itu juga arahan daripada Kerajaan Negeri yang mana saya kira itu adalah sebagai langkah persediaan yang biasa yang kita tidak jangka.
Dan saya melihat terima kasih kepada agensi-agensi yang bertanggungjawab di Kuala Langat saya kira JPS telah memainkan peranan yang cukup baik pada hari ini, JKR dan juga PBT. Cuma sebahagian daripada yang saya sebutkan tempoh hari, ada beberapa perkara yang kita lihat adalah fokus yang perlu diberikan perhatian, mungkin
tidak sempat dilakukan atau pun mungkin disebabkan kekangan-kekangan dana yang saya kira selepas ini harus diambil perhatian untuk diselesaikan supaya sekiranya berlaku banjir tidaklah mungkin banjir yang besar seperti sebelum ini ianya dapat diselesaikan.
Saya melihat apabila berlaku banjir ini, saya tidak pasti sama ada mungkin ADUN-ADUN tidak dilibatkan atau ADUN tidak dilibatkan. Saya ingat tidak ada perbincangan di peringkat Majlis Tindakan Daerah dalam kita mengatasi menghadapi banjir yang berlaku pada yang lepas. Cuma saya ingat kita dijemput semula untuk berbincang pasca banjir pada 3 Januari 2022 ini yang lalu untuk membincangkan perkara-perkara pasca banjir. Dan saya kira sepatutnya yang terbaik adalah dalam pengurusan itu akan berlaku akan dilakukan beberapa fasa-fasa termasuklah membincangkan soal-soal penempatan semula keperluan permasalahan dan sebagainya. Saya kira ini harus dilakukan semula dan saya suka melihat di peringkat Kerajaan Negeri, kalau kita ada Unit Bencana di peringkat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya kira ianya harus diperkasakan, walaupun mungkin orang akan berkata apa ada pada nama, tapi saya melihat kalau nama sekadar Unit Bencana Peringkat Negeri, dia kadang-kadang tidak memberikan sesuatu yang gah terutamanya apabila kita mengendalikan pengurusan ini.
Mungkin boleh di naik tarafkan sebagai satu Majlis Bencana Negeri yang mungkin ada di peringkat daerah-daerah. Dan juga apabila kita membuat tindakan atau pun kita membincangkan soal masalah bencana atau pun geo bencana ini ya, dia boleh kita libatkan secara yang lebih luas daripada agensi-agensi kepakaran-kepakaran yang pelbagai dan mungkin daripada universiti-universiti yang saya kira ini akan memberikan sedikit tambah nilai kepada pengurusan secara profesional di Negeri Selangor yang akhirnya akan memanfaatkan kepada rakyat Negeri Selangor. Bukan hanya sekadar banjir tetapi soal yang berlaku ribut, dan tanah runtuh dan sebagainya yang kita boleh perkasakan daripada sudut pengurusannya. Tetapi dia akan memberikan impak yang baik kepada rakyat, sebab itu saya merasakan tidak kiralah apa namanya tetapi bukan hanya sekadar Unit Bencana di peringkat negeri tetapi sesuatu nama yang lebih gah dengan pengurusan, keterlibatan profesional yang lebih baik akan memberikan manfaat kepada negeri di Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker.
Baik, Sijangkang. Sungai Burong.
Terima kasih Tuan Speaker yang telah memberikan peluang untuk Sungai Burong untuk membincangkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) bagi Dewan Negeri Selangor berhubung bencana banjir yang telah berlaku pada bulan Disember 2021 di Negeri Selangor. Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian kepada laporan pembukaan yang pada asasnya telah banyak menemukan banyak perkara-perkara bagi menambah pembaikan dan juga mengenal pasti beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki semula. Walaupun saya bersetuju sebahagian daripada pandangan-pandangan tersebut tetapi saya ingin menarik perhatian dalam perenggan ini, saya dapati sama ada Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat dalam banjir besar yang lalu telah tidak diminta untuk mengumpulkan laporan atau pun tidak ada laporan mereka di sini.
Apa yang saya maksudkan ialah Majlis Perbandaran Kuala Selangor kerana apa yang kita perhatikan juga banjir besar yang berlaku baru-baru ini telah juga menjejaskan beberapa kawasan banjir di daerah Kuala Selangor seperti di kawasan Kampung Parit Mahang, Kampung Bukit Kuching dan kemudian di Berjuntai Bestari yang mempunyai ramai daripada mangsa-mangsa banjir yang besar. Dan jadi walaupun rumusan daripada penemuan-penemuan daripada laporan ini juga, mungkin telah mempunyai persamaan dari segi jalan penyelesaiannya atau pun ada kemudahan yang untuk mengatasinya tetapi ada beberapa perkara yang saya ingin highlight dengan izin, dalam laporan ini supaya kita juga mengambil berat tentang keadaan laporan yang berlaku di daerah Kuala Selangor yang tidak ada di dalam laporan ini. Perkara ini dapat diperhalusi lagilah sebab kita dapati bahawa sekiranya perkara ini boleh jadi terlepas pandang tertinggal dalam melaksanakan perancangan-perancangan dan juga pembangunan di kawasan tersebut.
Saya ingin memberi perhatian terutamanya di beberapa kawasan yang melibatkan 2 sungai iaitu Sungai Buloh dan Sungai Selangor. Sungai Buloh merupakan satu sungai yang panjang daripada Kuala Lumpur hingga ke sasaran di Kuala Selangor. Dan banyak pembangunan berlaku di kawasan ini. Di dalam daerah Kuala Selangor, di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor juga terdapat beberapa pemajuan-pemajuan atau pun pembangunan-pembangunan pemajuan yang sedang dilaksanakan pada masa ini. Kita lihat beberapa syarikat pemaju di Puncak Alam dalam pembangunan tersebut telah membina parit-parit konkrit yang besar yang kemudiannya disalurkan pada Sungai Buloh dan kita tahu Sungai Buloh di kawasan hiliran ini ya, dari segi projek-projek pembangunan untuk melebar, mendalam dan juga membina benteng ini kurang atau pun mungkin belum diberi perhatian sebahagian dari Kerajaan Negeri. Kerana itu saya amat bimbang ya, jika berlaku banjir yang besar dia akan menjejaskan kawasan Sungai Buloh itu sendiri yang akan memberi kesan yang lebih buruk lagi di kawasan-kawasan penempatan seperti perkampungan di sepanjang Sungai Buloh tersebut seperti Kampung Bukit Kuching, Kampung Parit Mahang di daerah Kuala Selangor.
Dan saya walaupun kita memahami beberapa Majlis Perbandaran Kuala Selangor tidak meletakkan syarat seperti yang dikenakan oleh JPS bagi pemaju-pemaju membina paritan berkenaan tapi saya amat bimbang ya, jika pembinaan itu setakat sampai di intake untuk air di Sungai Buloh. Saya amat bimbang di masa akan datang, Sungai Buloh juga akan mengalami masalah banjir besar dan juga kalau tidak pun banjir besar, banjir-banjir kilat yang sering berlaku apabila musim tengkujuh.
Yang keduanya di Kuala Selangor terutamanya di kawasan Berjuntai Bestari dan saya perhatikan ini mungkin berkaitan dengan aktiviti pengambilan pasir di kawasan tersebut yang telah menjejaskan aliran sungai di Sungai Selangor itu menyebabkan Kampung Bestari ini dan beberapa kampung berhampiran dengan Sungai Selangor ini terjejas dengan masalah banjir sebagaimana telah berlaku pada banjir yang baru-baru ini. Jadi saya mencadangkan supaya perkara yang sama juga dilihat oleh laporan ini.
Yang seterusnya ialah saya ingin mencadangkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan supaya mewujudkan juga agenda atau pun Bilik Gerakan Operasi Banjir memandangkan banjir ini merupakan satu isu yang berterusan. Pertamanya dalam keadaan mana kita mengalami masalah pemanasan global, jadi kesannya ialah berlaku keadaan cuaca yang tidak menentu berikutan cuaca yang ekstrem, kita melihat hujan-hujan yang lebat yang menurunkan air begitu banyak menyebabkan kesan-kesan pembangunan atau pun kesan-kesan negatif pembangunan di kawasan-kawasan berkenaan. Jadi sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan ini mengadakan satu agenda maka mereka boleh membincangkan sebagai tindakan orang kata, menyediakan payung sebelum hujan. Jadi apa yang kita boleh menjangkakan dalam keadaan tertentu berdasarkan pada ramalan keadaan kajian cuaca dan juga berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk dari segi keadaan apa orang kata, musim-musim tertentu macam sekarang ini kita tahu tiap-tiap petang hujan begitu lebat, jadi ini akan memberikan kesan kepada masalah yang akan lebih buruk jika kita tidak merancang dan melaksanakan tindakan-tindakan awal. Jadi setakat itulah daripada saya, sekian terima kasih.
Terima kasih Sungai Burong. Ijok 5 minit.
Sekejap saja, terima kasih Tuan Speaker. Ada ialah kita dapat pengajaran dari banjir tetapi apa yang Ijok khuatir ialah sekarang komunikasi kerjasama antara semua agensi-agensi yang ada yang melibatkan tentang pengurusan saliran dan banjir ini. Kadang-kadang mereka tidak sama, sebab Ijok sarankan kalaulah boleh semua agensi tetapkan siapa punya tanggungjawab atas saliran-saliran air yang ada. Ada masalah kadang-kadang apabila banjir, JPS kata ini bukan saya punya, ini JKR punya. JKR kata ini bukan saya punya, ini PBT punya. Ini dia asyik menuduh satu antara lain, itu sebab kadang-kadang dari segi pelaksanaan untuk membaiki saliran-saliran air di kampung-kampung especially memang kekurangan. Kadang-kadang itu sebab banyak parit-parit, sungai-sungai kadang-kadang tidak diselenggarakan dengan baik. Saya banyak kali bila saya turun padang, ada satu Kampung Harmoni banjir ya, sebelah Kampung Harmoni. Bila saya pergi orang JPS kata ini saluran saya tapi bila dah sampai jalan raya, masalahnya air tidak mengalir ini bukan saya punya, ini JKR punya. Saya harapkan Kerajaan Negeri Selangor selaraskan tentang mengendalikan saliran-saliran air ini. Yang jadi mangsa ialah penduduk tempatan, ADUN yang berkenaan, sekian ribuan terima kasih.
Terima kasih Ijok. Baik kita minta pihak Kerajaan atau ada apa-apa response tentang Usul tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih atas laporan yang telah dikemukakan yang saya kira sebagai sebahagian besar daripada perbahasan kita dalam Dewan menyentuh tentang persoalan-persoalan ini. Namun begitu secara spesifik sebagaimana pembentangan yang telah dibuat oleh Kota Damansara, membuktikan bahawa struktur yang telah wujud di peringkat Negeri itu sudah ada. Cuma kesediaan dan tahap persediaan itu pada tahap yang bagaimana. Kalau saya boleh ulang sedikit persediaan kita ialah untuk tahap 5,000 sehingga ke 7,000 mangsa. Tetapi apabila berlaku ia mencecah puluhan ribu dan mencecah ratusan ribu mangsa. Sebab itu dalam tempoh 24 jam yang sangat kritikal daripada 17hb sampai 18hb beberapa keputusan-keputusan segera di buat dan gagal untuk menampung pertambahan mangsa-mangsa yang begitu banyak dan begitu hebat.
Menyentuh tentang cadangan daripada Sijangkang, Unit Bencana Negeri Selangor sememangnya berfungsi dengan sedemikian baik terutamanya ketika berdepan dengan beberapa bencana. Malahan kalau bencana-bencana dalam skala kecil sebagai contoh runtuhan tanah di suatu-suatu lokaliti, selama ini Unit Bencana mampu mengawalnya dan apa yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah pengukuhan Jawatankuasa Bencana di peringkat daerah. Apa yang berlaku Jawatankuasa Bencana hanya berlaku di tahap Jawatankuasa dan tidak ada unit yang intai. Mungkin hal ini kita boleh pertimbangkan sebab ketika berlaku dalam skala yang besar sebagaimana yang berlaku pada tanggal 18, 19 dan 21hb yang lepas, kita dapati Unit Bencana tidak mampu untuk pergi ke semua lokaliti. Dan pengukuhan unit-unit di peringkat daerah ini sangat perlu terutamanya daripada segi aset. Sebab itu arahan Kerajaan Negeri selepas kejadian terbaru ini, supaya pihak-pihak PBT membeli beberapa aset yang boleh digunakan pantas sebelum ini cuma untuk menyelesaikan membantu pemulihan sesuatu masalah selepas berlaku sesuatu bencana.
Tapi sekarang pantas juga kita ingin mempertingkatkan daripada segi kemampuan mereka dengan latihan dengan Pertahanan Awam sebagai contoh dan yang kedua alatan-alatan dan aset untuk proses evekuasi. Ini juga saya rasa akan membantu proses search and rescue atau pun SAR atau pun evacuation proses yang berlaku di peringkat akar umbi dengan lebih pantas sementara menunggu bantuan yang lebih besar. Apa yang berlaku yang lepas sebagaimana yang saya sebutkan, kita menunggu aset daripada Bentong, namun Bentong juga tersekat atau pun terputus aset kerana berlaku tanah runtuh dan banjir yang turut memberi kesan di sebabkan Pasukan 11 Bridge kita tidak dapat membawa aset dengan segera pada 18hb. Jadi kalau pada itu, saya percaya daripada segi strukturnya arahan MKN yang ke-20 itu sudah mempunyai strukturnya.
Cuma proses implementasi di peringkat daerah saya percaya perlu dipertingkatkan untuk bersedia pada skala yang lebih besar, bukan pada skala-skala biasa dan
menyedari satu konsensus yang saya rasa diterima di dalam Dewan ini iaitu bagaimana proses climate change dan global warming itu akan menyebabkan kesan-kesan gandaan bencana yang tidak kita jangkakan atau pun tidak kita sangkakan. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga menyambut baik cadangan daripada Sijangkang sebagai contoh supaya persediaan itu juga dilibatkan juga dengan Ahli-Ahli Dewan Negeri terutamanya diarah proses pre atau pun sebelum kejadian berlaku. Apa yang berlaku memang berlaku, mesyuarat pada sembilan, bulan sembilan bulan Oktober dan mungkin taklimat diadakan selepas itu tetapi ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas. Maknanya selepas ini kita kena mengaktifkan serta memberikan ingatan kepada semua termasuk MPKK, termasuk Ahli Majlis dan sebagainya dan meletakkan tahap kesediaan mereka itu pada masa-masa tertentu. Apa yang berlaku pada 17 dan 18, aset berada di tempat lain, petugas berada di tempat lain, petugas tidak dapat datang ketika ini sebab rumahnya banjir dan terputus hubungan. Aset tidak dapat di bawa kerana daripada Sungai Buloh, dia dah jadi island sudah jadi pulau. Jadi antara cadangan-cadangan yang kita bincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Retreat ialah kita meletakkan aset-aset itu pada tempat yang tertentu yang selamat di satu tempat di peringkat daerah, lebih localize dan tahap kesediaan pegawai-pegawai kita juga ditempatkan dengan jumlah yang cukup ketika musim monsun atau pun bencana yang dijangkakan. Maknanya dalam sekitar bulan sepuluh, sebelas, dua belas tahap persediaan itu atau pun on call ready itu kena disiapkan pada bila-bila masa dan kita tidak ada alasan-alasan tertentu kerana kelewatan atau pun sedikit kekeliruan yang timbul pada 17 hingga 18 itu memberikan kesan yang sangat besar dan angka korban yang menyayat hatilah sampai mencecah 25 mangsa di Negeri Selangor Darul Ehsan sebagaimana kejadian yang lepas. Tapi saya rasa YB Izham boleh jawab tentang infrastruktur secara terperinci.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi “Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Bencana Banjir Pada Bulan Disember 2021 di Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 7 Tahun 2022”
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Usul seterusnya Usul No.2 Tahun 2022 Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Pandamaran.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut, “Bahawa saya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor Berhubung Projek Bagi Menghubungkan HORAS 600 ke Loji Rawatan LRA SSP1,2 dan 3 dan Rantau Panjang dan Off River Storage ke LRA Semenyih yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 8 Tahun 2022. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, HORAS 600 dibina pada tahun 2014 tapi hanya diguna pakai pada 31 Oktober tahun lepas. Kenapa proses penyambungan mengambil masa tujuh tahun masa yang begitu panjang. Ini kerana cadangan kos penyambungan HORAS 600 yang terlalu tinggi. Pandamaran akan sentuh cadangan kos penyambungan di bawah. Menurut Air Selangor kos penyambungan ke Loji Rawatan Air dibincangkan secara tidak formal di mesyuarat peringkat awal antara agensi-agensi bersama mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Perbincangan ini tidak diteruskan dan dikaji secara mendalam dan tidak dibentangkan secara formal kepada Kerajaan Negeri pada waktu itu kerana kos sedia ada perbincangan HORAS 600 dengan reka bentuk yang menyambungkan Sungai Selangor terlalu tinggi.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, tahukah kos penyambungan ketika itu? Biar Pandamaran beri tahu. Mengikut kajian peringkat awal, kos penyambungan adalah setinggi RM 763 juta. Kosnya terlampau tinggi, menurut Air Selangor anggaran kos ini adalah berdasarkan desktop analysis dengan izin dan ia tidak pernah dibentangkan secara formal kepada Kerajaan Negeri. Selepas pendengaran, Jawatankuasa Pilihan Sumber Air Selangor berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk meneliti isu ini. HORAS 600 ini boleh dilaksanakan dengan kos yang munasabah dan reka bentuk yang tidak memerlukan kejuruteraan paip namun ia tidak dilaksanakan pada peringkat awal akibat isu kewangan dan kejuruteraan. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, HORAS 600 dan Off River Storage penting untuk menghadapi musim kemarau dan pencemaran air. Menurut Institut Penyelidik Air Kebangsaan Malaysia, Negeri Selangor akan mengalami akan mengalami musim kemarau pada tahun 2025. Iaitu tiga tahun dari sekarang. Oleh itu jawatankuasa berpendapat, ada keperluan untuk mempercepatkan penyambungan HORAS 600 ke Loji Rawatan Air. Syukur kepada Tuhan, penyambungan ini telah berjaya menyambung ke Loji Rawatan pada 31hb Ogos tahun lepas. Pandamaran ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar dan Air Selangor.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, selain menghadapi musim kemarau, jawatankuasa juga berpendapat HORAS 600 dan off river storage ada keperluan untuk penyambungan supaya sumber air di dalamnya boleh digunakan menjadi bekalan kecemasan yang pernah dicadangkan melalui Kertas Bilangan 7/2012 Penyata (JPK-SAS) kualiti post-mortem air di Semenyih. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, jawatankuasa terperanjat dalam Sidang Bajet Belanjawan
Tahun 2021 apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan melaksanakan projek mengepam air mentah dari kolam takungan HORAS 600 Sungai Selangor dan Kolam Takungan di Sungai Semenyih dengan hanya kos jumlah RM 200 juta sahaja. Kosnya jauh berbeza, begitu ketara. Perbezaannya adalah RM 563 juta, ia bukan jumlah yang kecil. Jika Air Selangor dapat memberi anggaran sebegini pada peringkat awal penyambungan HORAS 600 dapat dilaksanakan lebih awal dan gangguan bekalan air tidak berjadual dapat dielakkan pada tahun 2018, 2019 dan 2020. Tuan Speaker dah Ahli-ahli Yang Berhormat berikut adalah sasaran jawatankuasa.
1. Kerajaan Negeri juga hendaklah sentiasa berpandangan jauh dalam meneliti perancangan dan mengurus sumber air di Selangor secara menyeluruh. Dalam perkara pencemaran air, Kerajaan Negeri wajar melaksanakan penilaian risiko, pencemaran terkini dan masa hadapan mengikut ramalan pembangunan yang akan berlaku di hulu air. Perancang tindakan sewajarnya harus dilakukan sekarang, jangan hanya bertindak apabila nasi sudah menjadi bubur.
2. Jawatankuasa berharap agar Kerajaan Negeri mengambil iktibar daripada pengalaman ini dalam keadaan di mana terdapatnya cabaran kos atau pun reka bentuk untuk apa-apa projek, Kerajaan Negeri atau pun agensi-agensi berkenaan wajar mendapat nasihat atau pun cadangan perunding lain untuk mengesahkan nasihat atau cadangan awal.
3. Jawatankuasa mencadangkan Kerajaan Negeri memastikan sumber LRA yang akan dibina dilengkapi dengan fasiliti sumber air kecemasan dan bagi LRA yang belum dilengkapi dengan fasiliti sumber air kecemasan Kerajaan Negeri perlu membina kelengkapan tersebut. Fasiliti sumber air kecemasan perlu di ambil kira dalam reka bentuk dari peringkat awal bagi LRA baru. 4. Jawatankuasa menyarankan agar kajian dibuat untuk menyambung kolam sedia ada ke LRA terdekat. Jika belum supaya LRA mempunyai bekalan air kecemasan. 5. Jawatankuasa di sini ingin menegaskan keperluan untuk menjayakan projek penyambungan HORAS 600 LRA SSP1, 2 dan 3 dalam masa yang paling singkat tanpa menjejaskan kualiti kerja. Oleh itu jawatankuasa menyarankan agar semua agensi yang mungkin terlibat dalam projek ini termasuk UPEN, Air Selangor, LUAS, SPAN, MPSB dan MPKS dilibatkan di dalam peringkat awal untuk menyegerakan proses pelaksanaan. Pandamaran amat berharap Kerajaan Negeri dapat memandang serius dan mengambil berat saranan jawatankuasa. Akhir sekali, Pandamaran ingin mencadang Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor.
Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya menyokong.
Yang Berhormat Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Sudah tidak ada ya. Tidak ada bahas ya.
Tuan Speaker.
Hendak bahas?
Bukan bahas mungkin typing error, dekat sini 5.4 tapi 5.5 sebenarnya yang dia baca tadi.
Apa masalah? Tidak ada masalah ya, baik. Jangan cari masalah ya. Saya buka kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kalau nak berbahas, kalau tidak, okay baik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu Usul yang berbunyi “Bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Comittee On Water Resource Management Of The State Of Selangor) (JPK-SAS) Berhubung Projek Bagi Menghubungkan HORAS 600 ke Loji Rawatan Air LRA SSP1, 2 dan P3 dan Rantau Panjang dan Off River Storage ke LRA Semenyih telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini Kertas Mesyuarat Bilangan 8 Tahun 2022”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata ya. YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. TIDAK.
Usul ini Dipersetujui.
Usul seterusnya Usul No.3 Tahun 2022 Usul di bawah Peraturan Tetap 76(5) oleh Yang Berhormat Subang Jaya.
Silakan.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut, “Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Comittee On Water Resource Management Of The State Of Selangor) Berhubung Projek Pembangunan Loji
Rawatan Air Sungai Rasau yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2022”. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Loji Rawatan Air Sungai Rasau merupakan satu projek infrastruktur yang sangat penting. Peranannya terdapat dua ;-
1. Untuk meningkatkan rizab bekalan air di Klang dari 1.9% kepada 20.9%. perkara ini sangat penting terutamanya memandangkan apabila berlakunya pencemaran air dan terpaksanya henti tugas Loji Rawatan Air berkenaan, daerah Klang adalah kawasan paling akhir yang akan menerima air.
2. Mengurangkan risiko gangguan bekalan air di Wilayah Klang disebabkan henti tugas rawatan air di SSP1, 2 dan 3. Ini adalah untuk Fasa 1 Loji Rawatan Air Sungai Rasau. Apabila Fasa 2 dibangunkan, kedua-dua peranan ini juga akan timbul di daerah Petaling.
Antara ciri-ciri istimewa Loji Rawatan Air Sungai Rasau adalah seperti berikut :-1. Ia menggunakan konsep Off River Storage yang dapat mengawal kualiti air. Sistem sebegini diperlukan kerana Loji Rawatan Air Sungai Rasau terletak di down stream dan bukan up stream seperti loji-loji rawatan air yang lain.
2. Loji Rawatan Air Sungai Rasau juga menggunakan ozon yang akan bantu dari segi penapisan bau. Perkara ini sangat penting kerana ia akan meningkatkan ke boleh tahanan loji rawatan air Sungai Rasau daripada pencemaran. Projek ini dijangka siap pada tahun 2024. Namun Jawatankuasa Sumber Air Selangor memerhati bahawa terdapat kemungkinan kelewatan walaupun projek ini kini berada di peringkat awal. Ini adalah kerana Loji Rawatan Air Sungai Rasau tertakluk kepada source works di mana UPEN, Kerajaan Negeri Selangor telah memohon geran sebanyak RM 1.3 bilion daripada Kerajaan Persekutuan. Sehingga hari ini kami dimaklumkan bahawa tiada maklum balas rasmi daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan kelulusan permohonan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jika kerja source works tidak dijalankan mengikut garis masa dan selari dengan pembangunan loji rawatan air pembangunan Sungai Rasau, ia tidak akan dapat siap pada tahun 2024 dan kerja-kerja source works ini sepatutnya bermula pada Julai tahun ini. Justeru, Jawatankuasa Pilihan Air Selangor menyarankan agar Kerajaan Negeri mendapatkan kepastian dan komitmen Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan geran source works yang dipohon dengan segera. Di sini Subang Jaya nak tambah bahawa loji rawatan air Sungai Rasau akan memainkan satu peranan yang sangat penting apabila berlakunya kemarau yang diramalkan oleh NAHRIM pada tahun 2025. Jadi mustahak untuk kami mendapatkan kepastian dan komitmen Kerajaan Persekutuan berkenaan isu geran source works tersebut.
Di samping itu Jawatankuasa juga ingin mencadangkan beberapa perkara berikut sebagai penambahbaikan kepada perancangan loji rawatan air Sungai Rasau yang lebih menyeluruh.
1. Agar bilangan kekerapan sesi mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Pembangunan Skim Air Sungai Rasau dapat ditingkatkan dengan kadar yang lebih optimum bagi merapatkan koordinasi antara agensi untuk memastikan kelancaran pembangunan loji rawatan air Sungai Rasau yang lebih bersepadu dan menepati garis masa yang dirancang.
2. Jawatankuasa juga ini mencadangkan agar Kerajaan Negeri memulakan perbincangan dengan pemilik-pemilik stesen telemetri yang terletak di sepanjang Sungai Klang untuk mewujudkan persetujuan bagi perkongsian data untuk memantau kualiti air dalam usaha membendung pencemaran dan tindakan yang perlu dilakukan apabila berlakunya pencemaran. Selain itu dan memandangkan kepadatan aktiviti di sepanjang Sungai Klang yang meningkatkan kemungkinan pencemaran, Jawatankuasa juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri mula perancangan penguatkuasaan dan pemantauan pencemaran yang lebih ketat yang boleh dilaksanakan sebaik sahaja loji rawatan air Sungai Rasau siap dibina.
Akhirnya Jawatankuasa juga menyarankan agar Kerajaan Negeri segera melaksanakan proses pewartaan projek pembangunan Sungai Rasau sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 kepada Majlis Keselamatan Negara berikutan permohonan pewartaan yang mengambil tempoh masa yang lama selaras dengan saranan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Sumber Air Selangor Kertas Bil 35 tahun 2021 yang dibentangkan sebelum ini.
Dengan itu Tuan Speaker, Subang Jaya mohon menyokong.
Baik.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini pun telah pun disokong. Saya buka Usul ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Ya, Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker, saya ingin memberikan dan juga berbahas dan memberi pandangan ataupun saya dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Air Negeri Selangor. Tapi saya nak ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang sudah memutuskan untuk membina satu lagi loji rawatan air, Loji Rawatan Air Sungai Rasau untuk mengatasi masalah keperluan air
di kawasan Lembah Klang terutamanya Klang dan juga Petaling Jaya. Cuma saya ingin menyebutkan di sini beberapa perkara yang saya kira harus diambil perhatian dengan serius oleh Kerajaan Negeri kerana kita tahu sumber air yang akan diambil ini adalah pada Sungai Klang yang pada hari ini dia berada dalam kelas 3 kalau tidak silap saya, yang perlu dipastikan sumber air ini baik, tidak tercemar kerana yang disebutkan tadi ia juga terdedah pencemaran yang akan berlaku dan saya melihat selain daripada sumber-sumber pencemaran daripada sungai, daripada kilang dan sebagainya. Konsep zero discharge yang juga akan ditekankan oleh Kerajaan Negeri harus juga dipandang serius terutamanya sistem pembetungan. Kita dapati di Negeri Selangor ini masih ada lagi sistem pembetungan terutamanya di perumahan lama yang menggunakan sistem pembetungan septic tank sendiri yang akhirnya dia overflow dan masuk dalam sistem longkang dan kita harapkan kalau ada di jajaran Sungai Klang ini harus ditangani terlebih dahulu mungkin disedut ataupun ditukar kepada sistem yang bersepadu dan sebagainya.
Yang kedua adalah berkaitan dengan intake point ataupun sumber air yang akan disedut di kawasan Sungai Klang ini di Kampung Lombong yang berdekatan Kampung Lombong, yang berdekatan Kampung Bukit Lanchong, Jaya Sepakat yang mana ini adalah kawasan sungai yang bersifat lencongan dan dia terdedah banjir boleh katakan setiap kali musim tengkujuh ada sahaja banjir yang berlaku di kawasan ini dan sudah tentu la dalam banjir yang lepas ia terkesan cukup besar di kawasan ini. Cuma mungkin ada satu perbezaan, dia agak ekstrem bila waktu yang biasa kita boleh melintas sahaja pun sungai ini ke seberang tetapi dalam keadaan bila hujan lebat dia akan banjir. Sudah tentulah saya kira di intake point ini akan dibangunkan barrage atau mungkin ada empangan-empangan untuk mengepam atau mengempang air untuk disedut dan saya kira penelitian berdasarkan dengan banjir yang kerap berlaku dan banjir besar yang berlaku pada hari ini ia akan dijadikan sebagai satu pertimbangan supaya akhirnya ia tidak akan memberi masalah kepada masyarakat tempatan atau kampung-kampung yang berdekatan ini.
Saya ingat ini pendekatan yang terkini Kerajaan sedut air daripada sungai, kemudian simpan di tasik dan akan dirawat ke loji rawatan air. Cuma loji rawatan ini berada di daerah Kuala Langat, berhadapan dengan Rimbayu dan dia tidak menumpukan kawasan Kuala Langat walaupun saya maklum Kuala Langat kita dah ada loji rawatan Labohan Dagang dan kita ada kolam imbangan di Bukit Jugra yang akan mengatasi masalah air di Kuala Langat ini. Dan sekarang ini pun bila ada interconnection temporary dia sangat membantu tetapi saya melihat untuk jangka masa panjangnya pun kalau ada pembangunan di Pulau Carey sebagai contoh dia juga memerlukan jumlah air yang besar saya kira sudah tentulah akan ada imbangan bila ada keperluan di Kuala Langat dia boleh disalurkan juga tetapi ini juga harus difikirkan kerana saya lihat Klang Valley II ataupun Kuala Langat ini pembangunannya agar rancak dan tentu lah keperluan air ini juga agak besar.
Jadi saya ingat itu antara beberapa pertimbangan yang harus dilihat dan saya melihat juga kolam bekas lombong pasir yang ada di Jugra itu kepunyaan IJM. Mungkin Kerajaan Negeri boleh melihat sebagaimana yang saya katakan tempoh hari ada 2 kolam, satu kolam kosong bila banjir pecah masuk kolam satu kepada kolam dua akhirnya menyebabkan tanah runtuh dan aliran air menjadi satu connection yang cukup besar kalau boleh mungkin Kerajaan Negeri sama ada mengambil alih ini juga kerana lombong ini tidak terlibat dalam sistem sumber air mentah yang akan dibangunkan kepada loji air rawatan Sungai Rasau ini. Jadi ini mungkin boleh dilihat oleh Kerajaan Negeri bagaimana juga melibatkan lombong-lombong ini sebagai punca sumber mentah dalam pembangunan loji rawatan air Sungai Rasau ini. Terima kasih.
Baik, minta pihak Kerajaan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan berhubung dengan Usul tentang Pembangunan Loji Rawatan Air bagi Sungai Rasau yang merupakan salah satu projek yang amat penting bagi bekalan air, sistem bekalan air kita. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ya, projek dah berjalan dan projek ini dianggarkan bernilai hampir RM 4 bilion termasuk kerja-kerja source works ataupun kerja-kerja huluan iaitu membekal air mentah ke loji rawatan ini dan ia berkapasiti untuk fasa 1 ini ialah 700 juta liter sehari yang telah pun kontrak tender, telah pun dianugerahkan dan telah mula berjalan. Cuma kerja-kerja huluan itu untuk membekal air melalui sistem kolam lebih kurang 13 atau 14 kolam yang terlibat bersiri yang kita telah jadikan dasar baru. Kalau dahulunya kita mengambil air langsung daripada sungai tapi disebabkan pendekatan baru yang kita dapati kalau kita mengambil langsung daripada sungai kalau berlaku pencemaran kita tidak dapat mengawal kualiti air mentah itu. Itu sebabkan sistem sekarang ini semua pembangunan loji rawatan akan melalui sistem kolam air dahulu supaya dapat kita buat rawatan awal dan memastikan tidak berlaku pencemaran sebelum dia masuk ke dalam loji rawatan.
Jadi untuk ini saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Subang Jaya dan juga Sijangkang kerana memberikan pandangan-pandangan yang bernas, yang bagus dan kita meneliti semuanya dari segi teknologinya pun kita tengok, penggunaan ini untuk julung kalinya kita mengguna sistem ozonisasi. Ozonisation ini merupakan satu kaedah moden, terbaru yang dapat menyelesaikan masalah pencemaran bau tapi kosnya sangat tinggi. Sebab itu kalau kita, air kita jaga kualiti air yang air mentah yang masuk, kita tidak perlu menggunakan ozon ini, dia option di situ. Kalau ada perlu baru diakan sebab kos nya untuk electricity dan sebagainya sangat tinggi. Dan untuk makluman semua, setahun Pengurusan Air Selangor membelanjakan hampir RM 300 juta untuk bekalan elektrik sahaja, RM300 juta untuk semua loji rawatannya dan juga lebih kurang RM 100 juta lagi untuk chemical, bahan kimia untuk rawatan air. Kalau kita boleh jaga kualiti air kita kos ini boleh dikurangkan, kos elektrik boleh kurang, kos chemical juga boleh dikurangkan dan ini akan dapat membantu lagi membanyakkan
lagi projek Air Selangor bagi memperkemaskan dan memang sistem cadangan untuk jangka panjang ialah pengurusan air ini walaupun nampak macam untuk Klang ataupun Labohan Dagang ini untuk Kuala Langat. Sebenarnya Labohan Dagang ada fasa 2 yang akan datang juga. Dia ada lagi ya tapi kita tidak dapat nak dilihat supaya bekalan air di loji rawatan ini hanya digunakan hanya daerah-daerah tertentu. Sistem ini kalau nak bagi cantik, dia mesti ada loop system, macam mana Tenaga Nasional, kalau kita fail di satu-satu tempat, air itu akan dibekalkan melalui laluan lain ke tempat yang sama untuk membantu. Sistem ini memang ada dalam perancangan cuma memakan belanja yang besar dan memakan masa. Itu pun sedang dibangunkan secara berperingkat-peringkat oleh Air Selangor.
Dan yang kedua kita kena ingat bahawa dari segi kita punya rizab margin kita atau reserve net margin kita ini adalah sangat kecil. Sekarang baru naik 10%, kalau sebelum ini tahun lepas dalam 3%. Disebabkan itu kita perlu banyakkan loji rawatan dulu dengan Rasau, dengan Labohan Dagangan fasa 2 dan Langat. Langat ini pula 1130 mld tetapi disebabkan sistem paip dia tidak siap jadi kita hanya menggunakan 320 mld sahaja. Ha ini station dah siap, rawatan dah siap, paip pula tidak siap. Tidak boleh nak agihkan air. Jadi ini semua diambil kira dalam pembangunan dan saya akan pastikan bekalan air Selangor ini yang terbaik dan menepati kehendak dan keperluan negeri Selangor untuk masa jangka masa panjang masa depan yang panjang. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat EXCO Pandan Indah.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah satu Usul yang berbunyi bahawa se nya menurut Peraturan Tetap 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor Special Select Committee On Water Resources Management of the State of Selangor diberhubung projek pembangunan loji rawatan air Sungai Rasau yang telah dibentangkan ke Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Tidak.
Dipersetujui.
Usul seterusnya Usul nombor 4 Tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Sentosa.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri
Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor (Special Select Committee And Water Resources Management Of The State of Selangor) berhubung kesiapsiagaan Kerajaan Negeri menghadapi musim kemarau pada tahun 2025 yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bil. 9 tahun 2022.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air telah mengadakan pendengaran tertutup pada 25 Januari mengenai kesiapsiagaan Kerajaan Negeri dalam menghadapi musim kemarau pada tahun 2025. Agensi-Agensi yang terlibat dalam mesyuarat ini ialah Air Selangor, Lembaga Urus Air Selangor, Seksyen Makro dan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Selangor, Jabatan Meteorologi Malaysia, Unit Pengurusan Bencana dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS). Ahli-Ahli Jawatankuasa kami ialah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Subang Jaya, Yang Berhormat Pandamaran, Yang Berhormat Meru, Yang Berhormat Sijangkang, Yang Berhormat Kota Anggerik dan Yang Berhormat Batang Kali. Sedikit latar belakang berkenaan dengan mesyuarat yang telah diadakan ialah Jawatankuasa kita telah bersetuju untuk meneliti isu kemarau kerana terdapat ramalan mengenai musim kemarau yang serius akan berlaku di Malaysia di antara tahun 2025 sehingga 2035. Ramalan tersebut adalah sebahagian daripada hasil kajian ramalan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) menggunakan kaedah big data yang mampu meramal perubahan iklim di antara 90 dan 100 tahun yang akan datang dan juga ramalan hasil laporan penilaian dibuat oleh panel perubahan iklim antara Kerajaan, IPCC.
Beberapa fakta yang telah disumbangkan dan telah diberikan oleh Air Selangor, pihak Air Selangor memaklumkan bahawa unjuran yang dinyatakan oleh Institut Penyelidikan NAHRIM adalah secara keseluruhan dan tiada unjuran mengikut lembaran sungai. Oleh itu data dan maklumat yang lebih terperinci daripada pihak NAHRIM mengenai ramalan kemarau diperlukan bagi membuat jangkaan kesan situasi kemarau terhadap sistem bekalan air di Selangor yang lebih tepat. Akibat pengurangan hujan yang berpanjangan dan berskala besar, paras sungai akan mengalami penyusutan dan akan mengurangkan base flow sungai. Paras empangan akan mengalami penyusutan dan akan mengganggu sumber bekalan air mentah bagi loji-loji yang berkaitan. Oleh itu, dijangka akan berlaku gangguan bekalan air berskala besar sekiranya pengurangan jumlah taburan hujan berlaku secara serentak di semua lembangan sungai.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Air Selangor juga berpendapat isu kesiapsiagaan, kesiapsediaan Kerajaan dalam menangani bencana kemarau memerlukan koordinasi di antara semua agensi Kerajaan terutamanya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang mempunyai kuasa undang-undang untuk merangka pelan dan strategi
mitigasi secara mengikut skala berdasarkan tahap keseriusan yang perlu dilaksanakan agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing. Air Selangor juga berpendapat keperluan mencari sumber air alternatif seperti air laut, air hujan, dan juga air bawah tanah bagi tujuan meningkatkan reserve air dan persediaan menghadapi musim kemarau ini. Pihak LUAS pula telah memberikan atau memberitahu kita, pada tahun 2009, 20 kolam dan bekas lombong telah diwartakan bawah Seksyen 44 Enakmen LUAS 1999 sebagai zon perlindungan dan boleh digunakan sebagai sumber air alternatif untuk mengurangkan kebergantungan kepada empangan. Jumlah kapasiti 20 kolam tersebut adalah 297,820 juta liter sehari yang mampu bertahan selama 99 hari mengikut ataupun mengambil kira pengeluaran sebanyak 3,000 juta liter sehari.
Yang Berhormat Tuan Speaker, penemuan Jawatankuasa mengikut Met Malaysia dan JPS, Jawatankuasa memerhati, bahawa ramalan kemarau yang lebih tepat hanya boleh diberi dua (2) hingga enam (6) bulan lebih awal dengan ketepatan 60% sahaja. Jangka masa tersebut tidak mencukupi untuk persiapan awal musim kemarau berpanjangan yang memerlukan pembinaan infrastruktur tambahan seperti contoh, seperti pintu air, pam kekal, paip, telaga dan sistem-sistem lain seperti sistem rawatan bawah tanah dan sebagainya. Oleh itu Tuan Speaker, saranan Jawatankuasa ialah memandangkan ramalan cuaca yang tepat hanya boleh dibekalkan di antara dua (2) hingga enam (6) bulan, Jawatankuasa menggesa Kerajaan Negeri dapat segera bertindak dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Tindakan yang melibatkan kesemua agensi berkaitan untuk:
1. Belajar dan mengatasi masalah yang dihadapi semasa menangani kemarau 2014.
2. Mengumpul dan membekalkan data yang komprehensif dan lebih terperinci agar mitigasi untuk menghadapi kemarau dapat dilaksanakan dengan lebih tepat dan menyeluruh.
3. Mengkaji secara terperinci sumber air bawah tanah, tasik dan lombong yang boleh digunakan sebagai sumber alternatif untuk menghadapi kemarau berpanjangan.
4. Mengenal pasti penambahan infrastruktur dan peruntukan yang diperlukan untuk menghadapi kemarau berpanjangan.
5. Menubuhkan SOP Khas antara agensi mengikut tahap keseriusan dengan sederhana dan bahaya bagi menghadapi kemarau yang diramal.
6. Menubuhkan sistem komunikasi yang lebih komprehensif dan efektif kepada masyarakat berkenaan tindakan yang wajar diambil mengikut tahap keseriusan tersebut.
7. Menetapkan KPI Pencapaian Kesiapsiagaan Kemarau bagi setiap agensi dan pemegang taruh yang perlu dicapai sebelum 2025 dan mengadakan mesyuarat berkala untuk memantau progress pencapaian tersebut.
Tuan Speaker, Jawatankuasa juga mencadangkan supaya Kerajaan Negeri meneliti dengan lebih terperinci mengenai proses eksplorasi air laut ataupun desalination, penuaian air hujan berskala besar, sistem telaga dan sistem-sistem rawatan berkaitan dan juga mengamalkan dengan nasihat Titah Duli Yang Maha Mulia mencari teknologi terkini untuk dijadikan sebagai salah satu sumber persediaan kecemasan. Tuan Speaker, saya ingin mengingatkan balik pada tahun 2010 ada satu kajian telah dibuat oleh Kerajaan Negeri cuba menggunakan satu teknologi iaitu menggunakan mobile unit untuk menghasilkan air ya, daripada sungai ataupun kolam dengan sistem-sistem membran untuk menghasilkan air R.O. dan sebagainya. Jawatankuasa menyarankan agar Kerajaan Negeri mengkaji penggunaan sumber air bawah tanah bagi dibekalkan kepada komuniti awam, swasta dan industri memandangkan bukan semua sumber air bawah tanah mempunyai jumlah kapasiti yang cukup untuk disalurkan kepada loji rawatan air.
Akhir sekali Tuan Speaker, Jawatankuasa menyarankan Kerajaan Negeri supaya melaksanakan usaha penyambungan sumber air, air bawah tanah di Sungai Selisek untuk disalurkan terus kepada Loji Rawatan Air memandangkan jumlah kapasiti air yang tinggi. Tuan Speaker, Jawatankuasa turut mencadangkan Kerajaan Negeri supaya menyegerakan Libat Urus bersama pemilik-pemilik tanah dan kajian kualiti air bagi kolam-kolam air, tasik dan juga bekas lombong yang berada di bawah milikan persendirian bagi mendapatkan persetujuan untuk menggunakan sumber air mereka sebagai sumber alternatif terutamanya semasa kecemasan. Dengan ini Sentosa mengucapkan terima kasih, Sentosa mohon mencadang. Terima kasih.
Baik
Tuan Speaker, Kota Anggerik mohon menyokong.
Baik, terima kasih Kota Anggerik. Saya buka Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya...
Yang Berhormat Taman Medan buat apa?
Bukan hendak bahas, mungkin ada hendak betulkan ada perkataan penuaian hujan, saya rasa lebih sesuai pembenihan hujan. Ada di dalam itu.
Lain, itu lain.
Baik, terima kasih.
Memang rain harvesting, harvesting itu dia berkait, penuaian lah.
Baik, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian adapun masalah di hadapan Dewan ini satu usul yang berbunyi bahawasanya menurut Peraturan 76 (5), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Air Selangor (Special Select Committee And Water Resources Management Of The State of Selangor), JPKSAS berhubung kesiapsiagaan Kerajaan Negeri menghadapi musim kemarau pada tahun 2025 yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 9 Tahun 2022.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata tidak. Tidak.
Dipersetujui.
Usul seterusnya, Usul No. 5 Tahun 2022, Usul Di Bawah Peraturan Tetap 76 (5) oleh Yang Berhormat Pandamaran.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin membawa satu Usul yang berbunyi seperti berikut bahawasanya menurut Peraturan 76 (5) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan yang mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 11 Tahun 2022. Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, tahun 2020 adalah tahun yang mengecewakan dan membimbangkan bagi semua pihak. Banyak Negara diancam dengan virus Covid-19. Malaysia tidak berkecuali. Kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, maka Sidang Dewan Negeri Selangor juga terkesan dan tidak dapat mengadakan mesyuarat yang telah ditetapkan secara bersemuka. Banyak perkara perlu dibincangkan dan dibawa dan dibahas di dalam Dewan, tetapi Kerajaan Negeri Selangor tidak dibenarkan untuk bermesyuarat secara bersemuka. Oleh itu, pihak Jawatankuasa berpendapat ada keperluan untuk membuat pindaan Peraturan Tetap untuk mesyuarat secara talian atau separa talian apabila menghadapi masa darurat,
pandemik atau kecemasan luar jangka yang sangat memudaratkan di mana kehadiran kendiri tidak dibenarkan. Negeri Selangor merupakan Negeri yang pertama yang akan meminda Peraturan Tetap di Malaysia ya, malah Parlimen juga belum membuat pindaan sedemikian. Rakyat Selangor patut merasa bangga dan gembira kerana kita lah Negeri yang paling maju dan berpandangan jauh. Oleh itu, Pandamaran mohon cadangan ini, sekian terima kasih.
Silakan.
Tuan Speaker, Sungai Burong menyokong.
Terima kasih Sungai Burong. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini pun telah pun disokong, saya buka Usul ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Taman Medan, apa?
Sekali lagi Tuan Speaker, saya mohon ada pembetulan pada ayat Negeri Selangor tidak terkecuali bukan tidak berkecuali, mohon maklum. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Pandamaran tidak terkecuali ya, terkecuali, ayat dia betul ya. Baik, ada Dewan Bahasa pagi ini di sini ya. Baik Sijangkang
Terima kasih Tuan Speaker
Lima (5) minit.
Terima kasih, Tuan Speaker. Tahniah kepada Usul yang dibawa ni untuk mengatasi isu yang kita hadapi ya, terutamanya dalam Covid-19 baru-baru ini yang kita tidak dapat mengadakan sidang Dewan. Cuma saya juga ingin penjelasan daripada Kerajaan Negeri apabila kita mengadakan mesyuarat secara atas talian, adakah perlu berada pada tempat-tempat yang tertentu yang diwartakan sebagai tempat yang boleh dikatakan sebagai, seperti Dewan Undangan Negeri ini yang diwartakan sebagai tempat kita bersidang kalau samada bila kita secara talian itu samada di rumah ataupun di Pusat Khidmat Masyarakat ataupun mana-mana venue, yang perlu samada diwartakan daripada sudut perundangannya, ataupun bagaimana. Terima kasih.
Baik, silakan Pelabuhan Klang.
Y.B. Tuan Speaker, saya menyokong tentang Usul yang dibawa oleh Pandamaran supaya membenarkan Ahli-ahli Dewan Negeri untuk menyertai sidan Dewan Negeri sekiranya terkena Covid-19. Tetapi, Y.B. Tuan Speaker, Pelabuhan Klang ingin menyarankan supaya kena pastikan betul-betul
terkena Covid-19 dan ini mesti kena ada mekanisme kita taknak lah nanti tak kena Covid-19 tetapi mengambil kesempatan di atas Usul yang telah diluluskan untuk membenarkan Ahli-ahli Dewan Negeri datang ke sidang Dewan melalui online. Kita taknak lah nanti shift petang, pagi tak dapat datang, dia kata dia kena Covid-19. Lepas itu minta soalan dijawab dan dia pulak boleh menyertai ni. Jadi itulah Pelabuhan Klang menyokong sidang online tetapi mesti betul-betul dah terpaksa sahaja baru kita adakan sidang Dewan Negeri ini secara online. Kalau tidak, kita teruskan sidang online ini secara biasa. Apa kata Taman Templer? Pelabuhan Klang menyokong.
Baik, Pelabuhan Klang. Okay, silakan. Ada lagi lain? Tak ada? Silakan. Lagi? Ada respon daripada Pandamaran.
Untuk pengetahuan Sijangkang, okay kita mengikut tambahan Peraturan Tetap 73(15), kita rujuk kepada mukasurat 3 ini, okay.
“Jika dalam masa darurat, pandemik atau kecemasan luar jangka yang sangat memudaratkan di mana kehadiran kendiri tidak harus diadakan, mesyuarat jawatankuasa pilihan secara atas talian secara keseluruhannya atau secara separa talian adalah tertakluk kepada kebenaran Speaker dengan prosedur yang ditetapkan.”
Jadi, ini adalah di bawah kuasa Speaker di mana syarat-syarat mesti telah ditetapkan dan semua yang hadir melalui secara talian atau separa talian perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Speaker.
Baik, ada pihak Kerajaan nak bagi apa-apa? Tak ada ya. Silakan.
Terima kasih Speaker. Kita telah meluluskan Usul ini dalam sidang yang lepas dan ia telah melalui proses pendengaran oleh Jawatankuasa terbabit dan Jawatankuasa telah mempertimbangkan beberapa perkara-perkara dan butiran. Dan saya percaya ini adalah satu proses evolusi ya, di mana pada masa-masa hadapan kemungkinan kita perlu menetapkan sebagaimana apa yang dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang dan sedikit sebanyak telah diberikan maklum balas oleh Pandamaran selaku Pengerusi ataupun dalam Jawatankuasa yang terbabit. Antara concern daripada pihak Penasihat Undang-undang agar kita menetapkan secara terperinci ataupun secara jitu ya, apakah perkara-perkara yang boleh membenarkan ataupun tidak membenarkan persidangan secara hybrid di atas talian ini dilakukan. Namun pada pandangan Jawatankuasa di peringkat sekarang ini cukup sekadar Petua Speaker ataupun pandangan Speaker yang boleh menetapkan, namun begitu saya percaya Dewan ini masih lagi boleh meneliti persoalan-persoalan ini di masa depan. Sebab ini perkara baharu, ya ini adalah situasi baharu yang kita pernah hadapi, pandemik mengajar kita dan kita evaluate dia ataupun kita menilai semula agar persidangan tetap boleh diadakan. Ia ada pengalaman yang baik, antaranya pengalaman yang berbeza. Baru-baru ini pandemik, baru-baru ini juga ada
banjir. Katakanlah banjir berlaku dengan sangat besar-besaran kita perlu juga mengadakan sidang untuk melantik Speaker ke, untuk menentukan kabinet ke ataupun sebagainya, contoh ya, jadi kita masih boleh adakan berdasarkan daripada panggilan daripada Speaker, Speaker Dewan Negeri yang merasakan setelah meneliti beberapa persoalan-persoalan dilakukan. Bayangkanlah pada ketika banjir besar itu kita perlu juga buat sidang contohnya. Kita boleh anjurkan, dan saudara-saudara boleh berada di rumah ataupun berada di pusat-pusat tertentu untuk diadakan. Namun concern yang telah di ataupun keprihatinan yang telah dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang itu agak benar dan valid. Namun begitu saya percaya setelah melalui beberapa proses, kita masih lagi belum mempertimbangkan ataupun memasukkan dalam Jadual C ya, yang mana kita menetapkan secara jitu, satu, dua, tiga, empat tapi ini perkara baharu dan daripada masa ke semasa saya rasa kita terbuka untuk meminda semula ataupun menambah semula, menambah baik tapi pada tahap ini saya percaya kita telah membuka ruang satu mekanisme dan juga paradigma baharu Persidangan yang boleh dianjurkan secara dalam talian. Dan ini bukan perkara asing kerana di peringkat tempat lain di dunia kita dapati mereka juga mengadakan persidangan di dalam talian dan kita tidak mengganggu tugas-tugas ataupun penetapan dan juga tanggungjawab kita selaku Ahli Dewan untuk dilaksanakan walaupun dalam keadaan kecemasan, darurat dan sebagainya. Jadi Ahli Yang Berhormat, saya ucap terima kasih pada Ahli Dewan. Sila.
Sijangkang?
Cuma pada pandangan saya sebaiknya venue ini biarlah venue yang di bawah kekuaasan Kerajaan Negeri atau pun di bawah autoriti Kerajaan Negeri kerana ianya lebih memudahkan daripada sudut keputusan di peringkat pejabat Speaker, dan saya juga melihat bahawa apabila kita adakan ini, mungkin secara apa ini, konsesinya sebelum ini kalau kita buat keputusan pun ada undian-undian secara fizikal dan ini juga boleh dilihat apabila kita undi melalui maya itu juga diiktiraf sebagai undian secara fizikal. Dengan melihat venue itu adalah venue kerajaan yang ada autoritinya, saya ingat itu lebih baik. Terima kasih.
Terima kasih Sijangkang, saya rasa perkara itu juga boleh diberikan keputusan ataupun petua oleh Speaker yang kalau boleh kita pertimbangkan supaya venue-venue itu boleh ditetapkan ya, venue-venue itu boleh ditetapkan dan Speaker boleh mengusulkan ataupun mencadangkan venue-venue itu. Sebagai contoh, kita boleh tetapkan di Pejabat Tanah dan Daerah ataupun di Pihak Berkuasa Tempatan kerana dalam pada masa yang sama kita juga perlu menjamin akses dan juga sumber connectivity atau ketersambungan internet yang konsisten. Kalau ia dianjurkan di rumah kan, nanti bunyi anak, bunyi emak, bunyi lesung, bunyi emak, bunyi ibu, bunyi anak tidak jadi bersidang. Jadi saya pun percaya saya kita boleh ambil pertimbangan itu dan Speaker boleh dijadikan pertimbangan sebab asas ataupun maksud dia, punca kuasa untuk memanggil ataupun mengusulkan persidangan di dalam talian ini masih lagi terletak kepada kuasa
Speaker. Ada kerterbukaan yang agak luas, tidak ada penelitian yang rinci dan jitu yang sebagaimana yang disebutkan oleh Penasihat Undang-Undang dalam cadangan terhadap jawatankuasa namun begitu saya percaya evolusi perlu dilakukan dalam perkara ini di masa hadapan. Cukup kita buka ini untuk membuka option itu tetapi kalau tidak ada sebarang Speaker meramalkan atau Speaker membuat pertimbangan tidak perlu diadakan persidangan di dalam talian, ataupun secara hybrid jadi kita perlu hadirlah sebagaimana biasa. Tapi kalau Speaker rasakan sangat perlu diadakan pada ketika itu masing-masing berada di luar negara dan sebagainya, ada perkara penting jadi masih boleh tetap diadakan.
Ia juga bergantung dengan Speaker, agak baik juga, kadang-kadang pada masa-masa tertentu kita mungkin ada di luar negara, ada di luar negara. Jadi kalau kita di luar negara kita hanya menetapkan premis kerajaan sahaja, jadi mereka terpaksa mencari tempat lain. Mungkin boleh ditetapkan kedutaan sebagai contoh, di masa depan. Jadi hal ni saya rasa masih lagi terbuka kepada budi bicara dan juga pertimbangan Speaker sebagaimana punca kuasa dan punca penilaian terhadap sesuatu persidangan hybrid itu dilakukan, namun kami berpandangan untuk masa depan selepas melalui beberapa pengalaman, itu yang saya sebutkan. Nanti kita akan laluinya, kalau tidak dilaluinya kita akan dapat tambahan-tambahan untuk memastikan persidangan dan juga punca kuasa terhadap persidangan di atas talian itu diputuskan di dalam peraturan yang lebih tepat atau yang lebih tertulis. Kadang-kadang kalau rigid sangat dia jadi masalah. Let we open first daripada bentuk yang agak terbuka ini, tapi selepas itu daripada masa ke semasa kita masih boleh tambah baik. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Amat Berhormat Sg Tua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat memandangkan manusia ini kita kerdil, sentiasa diuji oleh Tuhan Yang Maha Kuasa, musibah itu datang bila-bila masa. Sekarang Covid, akan datang entah apa yang akan datang. Kita buatlah perkara-perkara yang baik untuk kurangkan musibah-musibah seperti ini dan peraturan tetap ini sebenarnya adalah akan digunakan pada saat yang terakhir saja ya, iaitu luar jangka bencana yang terakhir saja, iaitu pilihan yang terakhir. Kalau tidak, sidang fizikal akan diadakan. Ya, itu untuk makluman.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan Dewan ini ialah suatu usul yang berbunyi:
“Bahawasanya menurut Peraturan 76(5) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Dewan Yang Mulia ini menerima Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap bagi Dewan Negeri Selangor yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 11 Tahun 2022.”
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Tidak.
Usul ini Dipersetujui.
Usul seterusnya. Usul No. 6 Tahun 2022. Usul di bawah Peraturan Tetap 26(1) oleh Y.B. Pelabuhan Klang.
Silakan, Pelabuhan Klang.
Terima kasih Y.B. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Y.B. sekalian. Pelabuhan Klang ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut:
“Bahawasanya menurut Peraturan 26(1) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor bahawa Dewan Yang Mulia ini menggesa kerajaan Persekutuan untuk menyediakan peruntukan kewangan sebanyak RM100 ribu setiap tahun bagi menampung kerja-kerja penyelenggaraan, penurapan dan pembaikan jalan serta perabot-perabot, jalan-jalan Persekutuan yang menuju ke Pelabuhan Klang dan sekitarnya.”
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini saya bawa selepas berbincang dengan Yang Berhormat Meru, Yang Berhormat Sentosa, Yang Berhormat Pandamaran dan juga mendapatkan pandangan Yang Berhormat Banting.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seperti yang kita semua sedia maklum, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh World Shipping Council pada tahun 2020, Pelabuhan Klang merupakan sebuah pelabuhan yang ke-12 tersibuk di dunia. Itu berdasarkan pelabuhan, sekiranya berdasarkan negara, Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan yang ke-6 tersibuk di dunia kerana daripada 12 yang tersibuk tersebut, 7 pelabuhan adalah dari negara China, 1 Singapura, 1 dari Korea Selatan, 1 dari negara Belanda dan 1 lagi dari UAE. Tetapi Yang Berhormat Tuan Speaker, sekiranya kita lihat Pelabuhan Klang ini yang ke-12 tersibuk di dunia, tetapi sekiranya kita lihat keadaan infrastruktur ataupun jalan raya di Pelabuhan Klang, ianya tidak melambangkan langsung sebuah pelabuhan yang ke-12 tersibuk di dunia.
Yang ke-11 mana?
Yang ke-11 UAE, UAE Jebel Ali okay. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah utama di dalam kawasan Pelabuhan Klang yang sering kali menjadi perhatian umum dan juga sering kali saya bangkitkan di dalam Dewan Yang Mulia ini adalah isu masalah penyelenggaraan, kerosakan dan pembersihan, infrastruktur, jalan-jalan raya milik kerajaan Persekutuan. Setiap hari pejabat saya akan menerima pelbagai aduan dan rungutan daripada pengguna-pengguna jalan raya di Pelabuhan Klang. Antara rungutan-rungutan dan aduan-
aduan yang diterima ialah yang pertama, keadaan permukaan jalan yang tidak rata, dan berlubang-lubang walaupun jalan tersebut baru diturap pada akhir tahun 2020. Yang kedua, tiang-tiang lampunya ada, tetapi tidak menyala. Ha, lampu .. tiang-tiang lampunya ada, tapi tidak menyala. Okay, dan yang ketiga, ha ini pun road marking jalan, garisan-garisan jalan yang semakin pudar dan ada di antaranya langsung dah takde garisan jalan, dah hilang seperti di Persiaran Raja Muda Musa. Yang keempat yang ini juga masalah yang membelenggu pengguna-pengguna jalan raya di dalam kawasan Pelabuhan Klang. Apa dia? Air bertakung di atas jalan semasa hujan dan selepas hujan, air yang bertakung tersebut
Pelabuhan Klang, sila duduk.
Alamak, panjang lagi ni Y.B. Tuan Speaker.
Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jam telah menunjukkan 1.00 tengah hari maka saya menangguhkan Dewan sehingga jam 2.30 petang. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA)
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Dewan disambung semula saya mempersilakan Yang Berhormat Pelabuhan Klang untuk teruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Pelabuhan Klang ingin membawa satu usul yang berbunyi seperti berikut bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan peruntukkan sebanyak RM 100 juta setiap tahun bagi menampung kerja-kerja penyelenggaraan, penurapan dan pembaikan jalan serta perabot-perabot jalan persekutuan yang menuju ke Pelabuhan Klang dan kawasan Pelabuhan Klang. Yang Berhormat Tuan Speaker seperti yang kita semua sedia maklum berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh World Shipping Council pada tahun 2020, Pelabuhan Klang merupakan sebuah Pelabuhan Klang yang ke-12 tersibuk di dunia. Itu berdasarkan pelabuhan sekiranya berdasarkan negara, Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan yang terletak di dalam negara Malaysia yang ke-6 tersibuk di dunia. Kerana daripada 12 pelabuhan yang tersibuk tersebut 7 pelabuhan merupakan pelabuhan dari negara
China, satu pelabuhan di Singapura, satu pelabuhan di Korea Selatan, satu pelabuhan di Belanda, satu negara-negara Arab Bersatu, UAE.
Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang. Yang Berhormat, ini yang tadi telah baca tadikan?
Tadi, saya betulkan fakta Yang Berhormat.
Ohh ini yang saya ingat kitar semula tadi.
Haa tak ada.
Ha silakan.
Tetapi jika kita lihat keadaan infrastruktur dan jalan raya di Pelabuhan Klang tidak melambangkan langsung Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan yang ke-12 tersibuk di dunia. Setiap hari Pelabuhan Klang akan menerima rungutan daripada penduduk-penduduk ataupun pengguna-pengguna jalan raya di kawasan Pelabuhan Klang terutama sekali isu masalah penyelenggaraan kerosakan dan pembersihan infrastruktur jalan-jalan raya milik Kerajaan Persekutuan. Antara rungutan dan aduan yang diterima ialah yang pertama, keadaan permukaan jalan yang tidak rata dan berlubang walaupun baru diturap pada akhir tahun 2020. Yang kedua ketiadaan lampu jalan iaitu lampu jalan tidak menyala. Tiang lampu ada tetapi lampunya tidak menyala. Yang ketiga, road marking jalan ataupun garisan-garisan jalan yang semakin pudar dan ada juga di antaranya yang telah hilang seperti di Persiaran Raja Muda Musa. Yang keempat, air bertakung di atas jalan semasa hujan dan selepas hujan. Ini membahayakan pengguna-pengguna jalan raya motosikal kerana air ini bertakung lama sehingga menyusahkan dan memberikan risiko keselamatan kepada pengguna-pengguna jalan raya terutama sekali penunggang-penunggang motosikal. Yang kelima, iaitu masalah lampu isyarat yang sering kali rosak akibat kejadian kecurian dan vandalisme. Yang keenam, perabot-perabot jalan yang rosak dan hilang seperti guard rail, papan tanda jalan yang itu juga hilang akibat kejadian kecurian dan juga vandalisme. Yang ketujuh, yang ini selalu Pejabat Pelabuhan Klang sentiasa menerima aduan iaitu kerosakan penyambung-penyambung jambatan yang membahayakan pengguna-pengguna jalan raya. Penyambung-penyambung jambatan yang baru juga sering rosak di mana simen-simen yang dipasang di penyambung jambatan tersebut sering kali pecah. Semalam pun berlaku lagi di Jambatan Pulau Indah. Dan yang kelapan, isu kebersihan jalan. Yang ini kalau Yang Berhormat Tuan Speaker datang ke Pelabuhan Klang boleh lihat bahu-bahu jalan yang tidak disapu, yang tidak dibersihkan, serpihan-serpihan tayar-tayar treler juga berterabur di jalan-jalan di Pelabuhan Klang. Dan ini sepatutnya Kerajaan Persekutuan telah menyediakan sepatutnya menyediakan road sweeper untuk membersihkan jalan-jalan ini. Rumput-rumput juga tidak dipotong dan
sampah-sarap juga banyak di bahu-bahu jalan. Yang kesembilan, jalan mendap kiri dan kanan jalan akibat kenderaan-kenderaan berat memakirkan kenderaan-kenderaan ini di bahu-bahu jalan menyebabkan jalan mendap kiri dan kanan jalan. Yang ke sepuluh, pokok-pokok, ha yang ini kalau nak datang, pokok-pokok yang tumbuh di jambatan boleh datang ke Pelabuhan Klang. Kita boleh menyaksikan pokok-pokok liar tumbuh di jambatan-jambatan di Pelabuhan Klang. Yang ini landskap semula jadi dan saya tidak tahu kenapa pokok-pokok ini dibiarkan tumbuh di jambatan-jambatan di Pelabuhan Klang. Yang kesebelas, yang ini juga masalah yang sering dibangkitkan oleh pengguna-pengguna jalan raya iaitu kekurangan papan-papan tanda tunjuk arah jalan. Kalau kita nak pergi ke KLIA, kita nampak papan-papan tanda yang menunjukkan arah ke KLIA tetapi kalau nak menuju ke Pelabuhan Klang, papan tanda untuk menuju ke Pelabuhan Klang itu tidak ada dan kalau siapa yang memandu pada waktu malam kalau dia jalan nak menuju ke Pelabuhan Klang misalnya, dia akan rasa betul ke nak pergi ke Pelabuhan Klang sebab jalannya gelap, lampu tak menyala, papan tanda jalan pun tak ada. Dan yang seterusnya lain-lain masalah. Dan semua masalah-masalah ini menimbulkan isu keselamatan jalan raya kepada kenderaan-kenderaan awam terutama sekali penunggang-penunggang motosikal.
Banyak kemalangan-kemalangan yang berlaku adalah berpunca daripada kerosakan jalan sehingga menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan awam dan kadangkala sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. Untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, panjang jalan-jalan persekutuan yang di selenggara oleh Kerajaan Persekutuan yang menuju ke Pelabuhan Klang dan jalan-jalan di dalam kawasan Pelabuhan Klang adalah sepanjang 167.43 km. daripada 167.43 km tersebut 41.02 km telah di selenggara oleh pihak-pihak pemaju kerana terlibat dengan kerja-kerja pembinaan seperti MRT dan juga kerja-kerja menaik taraf jalan. Manakala sepanjang 126.41 km adalah di selenggara oleh JKR Klang melalui syarikat konsesi iaitu Road Care Malaysia Sdn. Bhd. Panjang jalan sepanjang 126.41km tersebut dipecahkan kepada dua kategori jalan iaitu jalan protokol sepanjang 94.19 km manakala 32.22 km pula adalah merupakan jalan utama.
Dan jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut. Saya mulakan dengan jalan protokol. Yang pertama, FT02, Pelabuhan Klang - Berkeley iaitu sepanjang 13.08 km bermula daripada seksyen 0.00 sehingga seksyen 10.50. Yang kedua, FT05, Jalan Klang - Banting sepanjang 12.86 km bermula daripada seksyen 422.60 sehingga 433.10. Yang ketiga, FT20, Jalan Pintasan Selat Klang Utara sepanjang 8.90 km bermula daripada seksyen 3.70 sehingga seksyen 11.70. Yang keempat FT20, Jalan Pintasan Selat Kelang Utara sepanjang 0.73 km bermula daripada seksyen 14.30 sehingga seksyen 15.03. Yang kelima, FT0103, Jalan Pelabuhan Klang Utara sepanjang 4.8 km bermula daripada seksyen 0.00 sehingga seksyen 3.58. Yang Keenam FT103, Jalan Pelabuhan Klang Utara sepanjang 4.5 km bermula daripada seksyen 3.58 sehingga seksyen 4.8. Yang ketujuh, FT 180, Jalan Pelabuhan Utara-Barat sepanjang 5.5 km bermula daripada seksyen 0.00 sehingga seksyen 5.38.
Yang kelapan, FT181, Lebuh Raya Pulau Indah sepanjang 18.3 km bermula daripada seksyen 1.40 sehingga 19.10. Yang kesembilan FT347, Jalan Lingkaran Pulau Indah Fasa 1 sepanjang 8.25 km bermula daripada seksyen 0.00 sehingga seksyen 6.70. Yang kesepuluh, FT3217, Jalan Meru sepanjang 8.69 km bermula daripada seksyen 7 sehingga seksyen 1700. Yang kesebelas, FT3217, Jalan Setia Alam, yang ini semua jalan-jalan yang menuju ke Pelabuhan Klang. Sepanjang 5.33 km bermula daripada seksyen 10.20 sehingga seksyen 11.40. Yang seterusnya, yang kedua belas, FT3217, Jalan Sirih. Sepanjang 0.55 km bermula daripada seksyen 17.00 sehingga seksyen 17.55. Yang ketiga belas, Jalan Protokol yang terakhir iaitu FT3218, Jalan Batu Unjur, sepanjang 2.7 km bermula daripada seksyen 0.00 sehingga seksyen 2.70.
Manakala bagi jalan utama pula yang telah diwartakan oleh pihak JKR iaitu sepanjang yang pertama FT02, Susur Selari, sepanjang 14.4 km bermula daripada seksyen 0.00 sehingga seksyen 14.4. FT3217, Jalan Persiaran Hamzah Alang, sepanjang 7 km bermula daripada seksyen 0.00 sehingga seksyen 7.00. Yang ketiga, FT3218, Jalan Pandamaran sepanjang 4.5 km bermula daripada seksyen 0.00 sehingga seksyen 4.50. Yang keempat FT3218, Jalan Kampung Pendama, sepanjang 4.3 km bermula daripada seksyen 4.50 sehingga seksyen 8.80. Yang kelima, FT337, Jalan Stesen VSH Klang sepanjang 0.6 km bermula daripada seksyen 0.00 sehingga seksyen 0.60. Yang keenam FT3220, Lebuh Sultan Abdul Samad sepanjang 1.42 km bermula daripada seksyen 0.00 sehingga seksyen 0.6.
Ini semua adalah jalan-jalan milik Kerajaan Persekutuan. Dan sepatutnya di selenggara oleh kerajaan persekutuan melalui JKR Klang, melalui syarikat konsesi Road Care Malaysia. Tetapi disebabkan peruntukkan kurang, jalan-jalan ini tidak di selenggara dan dibaiki dengan baik. Sebab itu, jalan-jalan ini kerap kali rosak. Dan untuk pengetahuan
Yang Berhormat Tuan Speaker, jumlah kenderaan yang menggunakan jalan-jalan di Pelabuhan Klang ini semakin hari semakin bertambah. Terutama kenderaan berat, ekoran daripada kerancakan kegiatan ekonomi import dan eksport serta didorong oleh pertambahan yang pesat aktiviti-aktiviti perkilangan dan perindustrian di negara ini. Mengikut kajian impak trafik yang telah dibuat oleh pihak Lembaga Pelabuhan Klang, LPK di kawasan Pelabuhan Klang dan sekitarnya telah menunjukkan berlaku peningkatan aliran trafik yang sangat tinggi setiap tahun. Dan dipercayai aliran trafik ini akan meningkat pada tahun-tahun berikutnya berdasarkan kepada trend kerancakan aktiviti ekonomi di Malaysia. Mengikut kajian tersebut pada tahun 2015 secara purata setiap hari jumlah kenderaan ringan dan berat yang menggunakan Lebuh Raya Pulau Indah adalah sebanyak 62,422 buah kenderaan sehari dan berlaku peningkatan kepada 73,025 kenderaan sehari pada tahun 2019. Dan seterusnya sebanyak 78,948 kenderaan sehari pada tahun 2021. Manakala bagi Jalan Kem pula pada tahun 2015, secara purata setiap hari sebanyak 87,333 kenderaan telah menggunakan jalan tersebut dan jumlahnya terus meningkat pada tahun 2019 kepada
102,167 kenderaan sehari. Seterusnya sebanyak 110,504 kenderaan sehari pada tahun 2021 kerana lebuh raya ini dia dua tingkat, jalan kem, ada jalan negeri, ada jalan persekutuan dan itulah jumlah aliran trafiknya. Manakala bagi Lebuh Raya Geran Bersepadu pula pada tahun 2015, jumlah kenderaan sehari yang menggunakan laluan tersebut adalah sebanyak 50,114 kenderaan dan meningkat pada tahun 2019 kepada 58,661 kenderaan sehari. Seterusnya pada tahun 2021 jumlah kenderaan tersebut telah menjadi 63,448 kenderaan sehari. Selain itu bagi jalan di Lebuhraya KESAS, Taman Penama Indah pada tahun 2015 jumlah aliran trafik secara purata adalah sebanyak 89,105 kenderaan sehari dan meningkat kepada 104,240 kenderaan sehari pada tahun 2019. Seterusnya pada tahun 2021 jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya tersebut adalah sebanyak 112,746 kenderaan sehari. Kapasiti maksimum jalan-jalan di Pelabuhan Klang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk pengetahuan kapasiti maksimum kenderaan yang mampu ditampung oleh jalan-jalan raya di sekitar Pelabuhan Klang yang kebanyakannya dibina kira-kira 20 tahun yang lalu hanyalah sekitar 40,000 kenderaan sehari sahaja. Tetapi berdasarkan apa yang saya bacakan tadi semua jalan-jalan tersebut telah melebihi kapasiti maksimum dan kebanyakan jalan tersebut dipelopori oleh kenderaan berat sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan jalan dan kebanyakan jalan yang baru diturap pada akhir tahun 2020 juga hanya dapat bertahan dalam jangka waktu yang singkat akibat daripada jumlah aliran trafik ataupun kenderaan yang sangat tinggi. Bukan itu sahaja, kebanyakan jalan di Pelabuhan Klang telah tamat tempoh dan perlu diturap semua tetapi apabila pihak saya berhubung dengan pihak Jabatan Kerja Raya sering kali mendapat jawapan bahawa tiada peruntukan ataupun perlu menunggu peruntukan turun daripada Kerajaan Persekutuan kerana pejabat saya dimaklumkan jalan-jalan persekutuan tidak ada peruntukan berkala setiap tahun. Ia perlu dimohon berdasarkan kerosakan jalan. Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian antara faktor jalan raya kawasan Pelabuhan Klang sibuk adalah disebabkan pertambahan aktiviti import eksport kontena yang rancak. Bagi jumlah kendalian kontena import dan eksport di Pelabuhan Klang yang diuruskan oleh pihak Westport dan Northport pada tahun 2019 hingga 2021 telah mencatatkan peningkatan. Untuk kategori import di Pelabuhan jumlah kontena adalah sebanyak 2,548,714 TEU pada tahun 2019 dan seterusnya meningkat kepada 2,556,427 TEU pada tahun 2020. Manakala tahun 2021 pula jumlah kontena terus meningkat kepada 2,681,386 TEU. Bagi kategori eksport pula pada tahun 2019 jumlah kontena adalah sebanyak 2,480,728 TEU dan pada tahun 2020 telah berlaku peningkatan kepada 2,564,794 TEU. Pada tahun 2021 berlaku peningkatan sekali lagi iaitu sebanyak 2,651,608 TEU. Bagi kontena transshipment yang beroperasi di Pelabuhan Klang pula pada tahun 2019 adalah sebanyak 8,546,397 TEU yang telah dikendalikan oleh pihak Westport dan Northport. Pada tahun 2020 pula jumlah kontena transshipment adalah sebanyak 8,123,202 TEU di mana ia telah menurun sedikit berbanding tahun sebelumnya kesan daripada pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Tetapi pada tahun 2021 telah berlaku peningkatan semula bagi kategori kontena transhipment iaitu sebanyak
8,391,484 TEU. Ini menunjukkan jumlah keseluruhan aktiviti import eksport dan transshipment adalah sebanyak 13,580,839 TEU pada tahun 2019. Dan 13,244,423 TEU pada tahun 2020. Manakala pada tahun 2021 pula jumlah tersebut telah meningkat kepada 13,724,460 TEU. Ini menunjukkan bahawa perkembangan yang pesat di dalam kawasan Pelabuhan Klang tapi pembangunan infrastrukturnya tidak selari dengan pembangunan ataupun dengan aktiviti kerancakkan kontena yang beroperasi di Pelabuhan Klang.
Dan seterusnya apa juga faktor yang menyumbang kepada kerosakan jalan raya ini sudah tentu apabila kontena yang diuruskan dengan banyak lori kontenanya banyak. Dan untuk pengetahuan Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, laporan daripada Lembaga Pelabuhan Klang (PLK) sehingga kini telah menunjukkan jumlah syarikat pengangkutan lori kontena yang telah diluluskan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat ataupun APAD untuk beroperasi di Pelabuhan Klang adalah sebanyak 446 syarikat. Dengan jumlah keseluruhan lori kontena ataupun prime mover atau kepala kontena itu adalah sebanyak 11,625,000 unit dan treler kontena, treler sahaja yang nak angkat kontena itu adalah sebanyak 40,491 unit dan ia dijangka akan bertambah pada masa hadapan. Bayangkan kalau semuanya keluar serentak. Apa akan jadi dengan jalan raya itu tidak lagi termasuk kenderaan-kenderaan perdagangan yang lain seperti lori tanker, lori treler biasa, lori minyak, lori pasir, lori kargo dan lori lain-lain. Tidak termasuk kenderaan awam dan kenderaan persendirian. Dan inilah yang telah menyumbang kepada kesesakan aliran trafik yang meningkat setiap tahun di sekitar kawasan Pelabuhan Klang. Dan kemudian saya ingin membentangkan tentang apa kesan apabila aliran trafik ini tinggi. Kemalangan kerap berlaku. Mengikut statistik data kemalangan yang dibekalkan oleh ibu pejabat Polis Daerah IPD Klang Selatan telah merekodkan jumlah kemalangan di sekitar jalan Pelabuhan Klang adalah sebanyak 1,470 kemalangan setahun. Bagi tahun 2020. Dan 1,414 kemalangan setahun pada tahun 2021. Ini yang buat laporan polis Yang Berhormat Speaker. Ada banyak kemalangan tak buat laporan polis. Jumlah kemalangan yang besar ini amat membimbangkan pengguna jalan raya di Pelabuhan Klang. Kita boleh lihat rungutan pengguna jalan raya ini di ruangan Facebook di media sosial. Yang Berhormat Menteri Pengangkutan pernah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh Akhbar Berita Harian bertarikh 14 Oktober 2021 bahawa Pelabuhan Klang telah diiktiraf memiliki operasi paling efisien di antara 22 pelabuhan terbesar di dunia dan paling terkenal di serata dunia. Mengendalikan 131 kapal setiap minggu secara purata dan hanya mengambil masa 1.7 hari untuk menguruskan setiap kapal berbanding 1.3 hari dari tahun 2017 hingga 2019 sebelum pandemik berlaku. Ini kenyataan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tapi saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan bahawa keadaan infrastruktur jalan raya di Pelabuhan Klang masih jauh ketinggalan berbanding pengiktirafan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Ini boleh semak dengan Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Saya rasa Yang Berhormat Bandar Baru Klang lagi arif dan mahir tentang pelabuhan-pelabuhan di seluruh dunia. Adakah Pelabuhan
Klang ini dah begitu efisien dan boleh bersaing dengan Pelabuhan di dunia terutama sekali infrastrukturnya.
Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Silakan, silakan.
Tuan Speaker, mungkin apa yang dimaksudkan oleh Menteri Pengangkutan semasa menyifatkan dan menunjukkan angka bahawa Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan yang paling efisien dalam tempoh pandemik MCO pada tahun 2020 itu, adalah gerakan kontena antara kapal dengan pelabuhan dan pelabuhan dengan kapal. Tidak melibatkan jalan raya. Itu mungkin. Kalau melibatkan jalan raya, sudah tentu tidak mungkin. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Baru Klang. Cuma saya nak tambah sedikit apa yang dimaksudkan itu juga ialah berkenaan dengan kontena transshipment sebab Pelabuhan Klang antara pelabuhan yang mengendalikan transshipment yang begitu pesat terutama sekali yang melibatkan pertukaran kapal. Apa yang berlaku sekarang ini adalah Pelabuhan Westport dan Northport ini tidak ada jambatan. Betul ada menggunakan barge, ada menggunakan kapal tapi ianya lambat. Tapi apabila pelanggan-pelanggan yang memerlukan eksport dan import itu dilaksanakan cepat, maka jalan raya itu tetap juga digunakan sebab tu kalau kita tengok jumlah transshipment di Pelabuhan Klang ini melebihi 8,000,000 TEU setahun. Sebab itu jalan-jalan raya di Pelabuhan Klang ini dipelopori oleh lori kontena yang mengendalikan kontena-kontena transshipment. Jadi saya harap berdasarkan pengalaman Yang Berhormat Bandar Baru Klang yang dah melawat seluruh pelabuhan di dunia ini satu hari bertanding baliklah sebagai Ahli Parlimen dan kalau boleh kita angkat Bandar Baru Klang jadi Menteri Pengangkutan. Apa macam setuju tak?. Kita nak dari Selangor lah lepas ni. Sebabnya Selangor saja yang tahu aktiviti, Yang Berhormat Bandar Baru Klang yang tahu betapa rancaknya aktiviti di negeri Selangor ini terutama di kawasan Pelabuhan Klang.
Jadi saya telah membentangkan tadi antara faktor dan fakta yang nak saya usulkan pada hari ini, kenapa Pelabuhan Klang nak meminta peruntukan sebanyak RM 100 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan untuk membaiki dan penyelenggara jalan-jalan dan perabot-perabot jalan di Pelabuhan Klang dan jalan-jalan yang menuju ke Pelabuhan Klang. Kerana pendapatan Kerajaan Persekutuan yang dihasilkan oleh Pelabuhan Klang dan pendapatan ini disalurkan terus kepada Kerajaan Persekutuan. Ini saya nak bagi tahu ramai apabila netizen-netizen yang di media sosial komen Kerajaan Negeri banyak duit. Kenapa tak baiki jalan yang ada di Pelabuhan Klang di kawasan-kawasan persekitaran sebab jalan-jalan ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak boleh nak membaiki jalan ini. Tapi jalan-jalan yang saya baca tadi kebanyakannya rosak. Tadi Yang Berhormat Bandar Baru Klang juga masa berbual masa makan tadi dah bagi tahu kalau nak tengok jalan-jalan yang
mana cantik dan jalan mana tak cantik, yang tak cantik itu jalan Persekutuan, yang cantik itu adalah Jalan Negeri. Senang saja kita tengok taman-taman perumahan. Kita menguruskan peruntukan MARRIS. Bagaimana kita berjaya menurap jalan-jalan dalam taman perumahan, tidak ada masalah seperti apa yang kita alami dengan jalan-jalan persekutuan.
Okay, pendapatan Kerajaan Persekutuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian cukai operator terminal yang dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Westport setahun membayar cukai operator terminal kepada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM 231,326,000.00. Northport RM 52,620,000.00. Ini dua operator terminal yang besar di Pelabuhan Klang membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan. Manakala jumlah kutipan cukai oleh Kastam Pelabuhan Klang cukai import dan eksport bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM 11.1 billion. RM 11.1 billion ya Taman Templer. Nak tekan kalkulator pun susah ni Taman Templer. Ada berapa kosong ya?
Kalkulator tu boleh meletup. Ha, kalkulator tu boleh meletup.
12 kosong. Lagi tinggi daripada pendapatan Negeri Selangor. RM 11.1 billion dikutip oleh Kastam Pelabuhan Klang. Nak tahu tak jalan nak pergi Kastam Pelabuhan Klang pun rosak tak boleh nak repair tapi Kastam Pelabuhan Klang kutip RM 11.1 billion. Jadi Pelabuhan Klang ingin memohon melalui Dewan yang mulia ini kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM 100 juta setiap tahun. Sebab sebelum tahun 2021, sebelum pandemik Covid-19 berlaku saya difahamkan cukai yang dikutip oleh Kastam Pelabuhan Klang adalah RM 12 bilion. Jadi Pelabuhan Klang nak minta sebab kutip cukai di Pelabuhan Klang. Apa rakyat Pelabuhan Klang dapat?. Jalan rosak, accident hari-hari, jalan sesak, jalan lubang sana sini, kenderaan rosak, sportrim bengkok, ada yang meninggal pun di jalan raya Pelabuhan Klang disebabkan kelemahan Kerajaan atau JKR menyelenggara jalan-jalan Pelabuhan Klang. Hati sakit ya Taman Templer. Sakit hati sebab tengok Pelabuhan Klang kutip cukai tinggi tapi tidak dikembalikan kepada rakyat Pelabuhan Klang. Jadi saya harap hanya 0.9% sahaja. Pelabuhan Klang nak minta daripada Kerajaan Persekutuan daripada jumlah kutipan cukai Kastam ini untuk dikembalikan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk supaya Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor boleh menyelenggarakan, boleh menurap semula, boleh membaiki jalan-jalan yang rosak, boleh menggantikan perabot-perabot yang hilang, boleh menggantikan papan tanda yang ada yang hilang di kawasan Pelabuhan Klang.
Pelabuhan Klang. Boleh tanya?
Ya, Seri Setia dahulu.
Tadi saya dengar Pelabuhan Klang kata banyak kali accident, kemalangan, jalan raya banyak yang rosak, kereta yang rosak, nyawa yang terlibat. Apakah pengguna jalan raya ini tahu bahawa jalan itu adalah jalan persekutuan dan setiap kemalangan yang melibatkan kenderaan boleh dituntut kepada Kerajaan Persekutuan. Apakah mereka tahu?
Terima kasih Yang Berhormat Seri Setia. Sebab itu saya nyatakan tadi bahawa apabila Pelabuhan Klang ini terletak di dalam Negeri Selangor, jalan-jalan persekutuan, kita tengok jalan persekutuan yang utama selepas sahaja tol dimansuhkan dan sekarang ini ianya diselenggarakan di bawah Kerajaan Persekutuan. Apa aduan yang kita dapat? Apa yang selalu ditulis netizen di laman sosial terutama sekali Facebook, Eh Kerajaan Negeri Selangor banyak duit lah, eh kenapa tidak turap, kenapa tidak baiki jalan ini. Tak itu bukan tanggungjawab, Kerajaan Persekutuan dan rakyat ramai yang tidak faham dan keliru. Dia ingat apabila sahaja jalan-jalan tersebut rosak telefon sahaja ADUN Kawasan, telefon Ahli Parlimen Kawasan, atau pun telefon sahaja Ahli Majlis untuk kita selesaikan masalah jalan tersebut. Tapi apabila kita berhubung dengan pihak JKR, jalan tersebut jalan milik Kerajaan Persekutuan, dan tiada peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan tersebut. Permohonan perlu dibuat dan kelulusan kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak ada. Kalau ada kelulusan pun ia mengambil masa enam bulan. Cuma baru ini jelah Yang Berhormat Bandar Baru Klang cepat sikit. Itu pun atas dasar faktor banjir. Apabila Jalan Pulau Indah itu rosak teruk disebabkan kesan banjir dan air bertakung selama enam hari. Itu sahaja. Tapi selain daripada itu rakyat memang tidak faham.
Maksud saya tadi Pelabuhan Klang, kadang-kadang pengguna jalan raya ini yang terlibat kemalangan. Contoh saya ambil, jalan itu jalan PBT, kalau dia berlaku perlanggaran, kerosakan di jalan PBT dia boleh buat tuntutan. Begitu juga dengan jalan federal ini. Apakah mereka tahu kadang-kadang pengguna ni dia tidak tahu.
Ya Yang Berhormat. Ada pengguna yang tahu ada pengguna yang tidak tahu. Pengguna yang tahu memang ada mendapat pampasan tetapi pampasan yang diberikan juga tidak setimpal dengan kemalangan yang mereka alami. Dan untuk jalan-jalan di bawah konsesi, di bawah projek menaik taraf memang ada seperti Lebuhraya Pulau Indah, memang kontraktornya akan membayar pampasan kepada kenderaan-kenderaan yang terlibat dengan kemalangan disebabkan oleh kecuaian kontraktor ataupun kecuaian JKR tetapi prosesnya sangat panjang. Ya prosesnya sangat panjang. Itu apabila sudah berlaku. Apa yang kita nak sekarang ini ialah mencegah daripada ianya berlaku. Kalau jalan rosak, jalan berlubang segeralah baiki, segeralah tampal supaya tidak menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya. Ya Yang Berhormat Hulu Kelang.
Yang Berhormat, dalam Al-Quran dinyatakan dengan izin, (bacaan ayat Al –Quran). Saudara Yang Berhormat mengatakan 9 peratus ya, 0.9 peratus. Itu tidak ada asas. Kembali kepada perintah Allah, langit dijadikan bumbung tinggi serta yang mengadakan undang-undang dan peraturan secara keadilan. Neraca yang adil supaya kamu tidak melampaui batas dan menjalankan keadilan dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil (bacaan ayat Al –Quran) dan jangan kurangkan sedikit pun. Gunakan satu kaedah yang paling tepat, professional. Mungkin nilai dia 12%, mungkin 20%. Bagi yang adil.
Ya, tidak apa Yang Berhormat Hulu Klang, buat masa ini Pelabuhan Klang semasa Kerajaan Pakatan Harapan menerajui 22 bulan di Putrajaya, Pelabuhan Klang menerima peruntukan sebanyak RM 50 juta pada tahun 2020. Dan banyak masalah jalan raya- jalan raya diselesaikan. Itupun tidak cukup. Dan kalau tidak berlaku Langkah Sheraton, dan Kerajaan Persekutuan itu masih lagi Kerajaan Pakatan Harapan, saya yakin jalan-jalan raya di Pelabuhan Klang, di negeri Selangor tidak seperti sekarang ini. Sekarang ini, apabila bertukar balik Kerajaan, kita seperti dianaktirikan. Peruntukan-peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan itu walau pun saya tahu Pengarah JKR Negeri Selangor, JKR Negeri Selangor, JKR Klang telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tapi ianya ditolak begitu sahaja. Dan ianya tidak memandang tinggi kepada Negeri Selangor ini, malah saya difahamkan peruntukan-peruntukan ini diberi kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka.
TUAN SPEAKER
: Pelabuhan Klang, minit yang terakhir
Jadi saya berharap sekali lagi, melalui Dewan yang mulia ini, sekali lagi memohon hanya RM 100 juta untuk menurap semula, membaiki semula jalan-jalan yang ada di Pelabuhan Klang dan di jalan-jalan menuju ke Pelabuhan Klang. Jalan-jalan di Pelabuhan Klang ini dengan aliran trafik yang tinggi hanya boleh bertahan tidak lebih daripada dua tahun sahaja. Boleh tengok jalan-jalan yang diturap akhir tahun 2020, sekarang ini dah rosak dah. Dan itu peruntukan untuk membaiki, malah jalan-jalan yang rosak sebelum itu pun masih lagi belum dibaiki. Jadi Pelabuhan Klang, sekali lagi memohon dan merayu kepada Kerajaan Persekutuan hanya 0.9% sahaja daripada RM 11.1 billion iaitu sebanyak RM 100 juta untuk diberikan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor bagi menyelenggara, membaiki dan menurap semula jalan-jalan yang menuju ke Pelabuhan Klang dan jalan-jalan Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang mohon mencadang.
TUAN SPEAKER
: Baik, Banting
Terima kasih. Banting juga ingin berdiri untuk menyokong Usul daripada Yang Berhormat Pelabuhan Klang kerana saya terpanggil dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Semangat Yang
Berhormat Pelabuhan Klang perlu dipuji oleh Dewan yang mulia ini. Tuan Speaker saya lihat ini apa yang berlaku ini ialah kita teruskan. Saya sebenarnya banyak kali menggunakan jalan raya, khususnya jalan raya persekutuan di kawasan Pelabuhan Klang dan sekitar Klang dan Kapar. Saya lihat keadaan jalan raya di kawasan daerah Klang ini sebenarnya berada pada keadaan yang sangat daif dan sudah sampai masanya kita perlu menekan dan Kerajaan Persekutuan untuk melakukan sesuatu, merawat dan mengubah keadaan jalan dan infrastuktur yang begitu teruk sekali di kawasan daerah Klang khususnya di kawasan Pelabuhan Klang. Kalau dibandingkan dengan jalan raya di kawasan daerah Kuala Langat saya rasa tanah dan jalan di kawasan kita berada pada tahap yang lebih baik. Tetapi kita perlu ingat Pelabuhan Klang merupakan sebuah pelabuhan yang bertaraf antara bangsa yang meliputi yang melibatkan pengguna jalan rayanya. Banyak syarikat-syarikat pengangkutan, syarikat-syarikat gergasi, syarikat-syarikat multinasional. Saya menghargai sumbangan dan juga input daripada Yang Berhormat Pelabuhan Klang. Beliau telah melakukan satu kerja rumah ataupun research yang cukup menyeluruh. Saya rasa patut diberi pujian tetapi malang tidak berbau Yang Berhormat, walaupun kita ada Langkah Sheraton, hari ini sepatutnya ucapan Yang Berhormat haruslah ditujukan di sebelah sana. Kita lihat betapa kosongnya kerusi di sebelah sana. Kosong. Hanya Semenyih sahaja. Saya ucapkan tahniah kepada Semenyih. Semenyih memang sampai sekarang ada di sini sejak dahulu hingga sekarang. Saya mengajak Semenyih untuk memasuki kita. Menyertai kita. Ataupun sekurang-kurangnya menyampaikan hasrat.
Cuma Yang Berhormat Tuan Speaker tujuan saya menyebut perkara ini ialah setahu saya Yang Berhormat Sungai Air Tawar, ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dan kita tahu, sedia maklum Menteri Kewangan ini sebenarnya yang mengawal atur perbelanjaan semua Menteri, semua Kementerian. Walaupun Pelabuhan Klang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan dan jalan-jalan ini, jalan-jalan JKR ini diletakkan di bawah Kementerian Kerja Raya kerana ia melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan maka segala funding ataupun peruntukan khas atau khusus untuk menyelenggara lampu dia, jalan dia, longkang dia adalah di bawah Menteri Kewangan. Menteri Kewangan kena meluluskan satu peruntukan khusus untuk dilepaskan kepada Kementerian Kerja Raya untuk menjalankan barulah Kementerian Kerja Raya boleh menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan yang diperlukan. Sama ada di buat one off ataupun secara berkala. Itu adalah hakikatnya. Saya boleh bercakap sedemikian kerana saya pernah menghadapi masalah yang lebih kurang sama. Jalan Persekutuan Klang - Banting yang juga disebut oleh Yang Berhormat tadi. Saya amat tertarik. Seksyen-seksyen itu apabila saya mula menjadi ADUN di Banting gelap gelita, tidak boleh nampak satu pun. Jangan cari kita. Kalau kita memandu di tengah-tengah malam. Dalam Bahasa Cina, gelap gelita jumpa tangan tidak nampak jari. Betapa teruknya keadaan di situ. Saya perlu mintak kerja raya, Menteri Kerja Raya untuk buat sesuatu. Kementerian Kerja Raya mengatakan bahawa mereka tidak ada peruntukan kerana ini merupakan peruntukan khusus
daripada Kerajaan Persekutuan. Kena dapat permohonan dan kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Lalu saya perlu..
Yang Berhormat Banting, Yang Berhormat Banting sebab kita dah nak last-last ini kan jangan keras-keras sangat. Ya lah duit ada Yang Berhormat Banting. Negara kita kaya, negara kita ini getah dulu, saya pernah cerita dulu, getah daripada Brazil tu bawa ke Tanah Melayu ini, campak. Negara kita ini apa yang tidak ada. Minyak ada, sawit ada, getah ada, emas ada macam-macam. Tapi yang jadi masalahnya duit ini kena bayar hutang. Hutang ini pula hutang 1MBD. Ni yang menjadi masalah ini. Kemudian hutang ini pula bayar billion, billion, billion yang terpaksa dibayar. Jadi sebab itulah yang jalan dekat Pelabuhan Klang pun dia berdangdut. Ada dangdut, dangdut. Banting tahu dangdut?
Gegaran, gegaran. Gegaran bumi
Haa.. gegaran bumi. Ini yang jadi masalahnya. Sebab itu kita nak mintak Semenyih tadi, Semenyih sebab Allah berfirman, “jangan kamu cenderung kepada pemimpin yang zalim. Nanti kamu akan disambar oleh api neraka”. Haa yang cakap bukan Pengerusi JKKKK tau, haa yang cakap ini bukan Pengerusi JKKKKK. Ini Allah yang berfirman “jangan kamu cenderong”. Cenderung ini macam mana? Cenderung ini zaman dulu ada satu khalifah, dia sangat zalim. Dia punya butang baju contoh, dia punya jubah koyak. Dia pergi cari satu kedai, satu kedai, satu kedai, nak jahit dia punya jubah. Tidak ada orang yang berani nak jahit dia punya jubah. Sebab dia pemimpin yang zalim. Jangan kamu cenderong kepada pemimpin yang zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka.
Kepada Yang Berhormat Taman Templer, seperti pepatah Melayu kita tidak nak seribu dalih, hendak seribu daya. Di mana kita ada keinginan dia, pastilah di situ ada jalan dia. Kalau kita berikhtiar untuk mengusahakan sesuatu, peruntukan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pelabuhan Klang itu, pasti ada. Cuma sebenarnya pun diakui oleh bos kepada Menteri Kewangan iaitu bos kepada Yang Berhormat Sungai Air Tawar, memang Kerajaan kena bayar hutang, berbillion- billion, berpuluh-puluh billion ringgit. Itupun bukan pada masa sekarang tapi pada masa akan datang kena bayar juga. Tetapi apa yang lebih menyakitkan hati saya ialah pada hari ini kita lihat kerusi sana kosong. Sampai bila lagi kita nak bincang tentang keadaan jalan yang sangat teruk di Pelabuhan Klang. Sampai bila? Saya nak tanya kepada Dewan yang mulia ini, saya nak tanya kepada semua, saya nak tanya kepada Semenyih, tidak habis-habis. Bila kita mula jadi kerajaan, kerajaan Persekutuan pada tahun 2018, barulah ada nampak sedikit nafas ataupun perubahan. Ada perubahan khusus di sebut dalam belanjawan Kerajaan Persekutuan. Begitu gembira kita. Akhirnya jalan ini, masalah ini adalah sedikit penyelesaian. Tetapi malang tidak berbau seperti apa yang saya kata kerana Langkah Sheraton semua berbalik kepada keadaan yang asal. Dan di sini hari ini kita nampak individu yang
boleh menyampaikan mesej, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan tidak hadir. Bukan dia seorang sahaja, yang lain juga tidak hadir. Kemudian bila bangkitkan isu ini kita diminta mendesak Kerajaan Persekutuan untuk melakukan sesuatu, dikatakan kita berpolitik pulak. Apa ini. Kita hendak menyelesaikan masalah jalan ini jalan persekutuan, tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Peruntukan Menteri Kewangan diturunkan kepada Menteri Pengangkutan kalau untuk Pelabuhan Klang kalau untuk jalan-jalan dia Menteri Kerja Raya. Ketiga-tiga Kementerian ini adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Di mana silapnya saya ingin bertanya.
Itu sebab saya menyokong sangat Usul daripada Yang Berhormat Pelabuhan Klang ini supaya kita perlu berwaspada dan saya kira saya cuba ingin menyampaikan di Dewan yang mulia ini, ada kemungkinan pada masa depan Pulau Carey akan dijadikan sebagai sebuah pelabuhan dan sebenarnya kita tidak dah lihat dan penjawat awam, pegawai kerajaan pun ada menyampaikan kepada kita bahawa kita tidak nak menjadikan sebuah Pelabuhan Klang lagi. Kita nak jadi sebesar Pelabuhan Klang tapi kita tidak nak infrastruktur yang seperti Pelabuhan Klang. Perlu ada pengkhususan dari segi penjagaan, penyelenggaraan, dari segi pentadbiran. Kita perlu ada rancangan kawasan khas. Kita ada pengkhususan dari segi peruntukan kewangan sampai tahap itu. Sampai pegawai kerajaan sendiri pun tidak mahu sekiranya Pulau Carey di daerah Kuala Langat dijadikan sebagai sebuah Pelabuhan yang bertaraf antara bangsa yang sehebat dan standing dengan Pelabuhan Klang. Kita pun tidak hendak infrastruktur Pulau Carey nanti menjadi seperti apa yang berlaku kepada Pelabuhan Klang sekarang. Saya berharap walau pun mereka tidak ada, akan dapat mereka rasai kesusahan rakyat di Kawasan Pelabuhan Klang. Kawasan saya pun kesusahan juga. Ramai sangat penduduk di Kawasan Jenjarom dan Sungai Jarum. Saya pasti Yang Berhormat Sijangkang setuju dengan saya. Mereka bekerja di Pelabuhan Klang terpaksa bekerja berulang alik menaiki motosikal.
Kalau kita tengok keadaan jalan Klang – Banting khususnya di kawasan DUN Sijangkang sekarang kita tengok apa berlaku sudah lah ada lagi pembangunan infrastruktur LRT3, jalannya macam mana berlubang-lubang dan saya mohon supaya Kerajaan Persekutuan betul-betul buat kerja. Janganlah asyik berpolitik sahaja dengan Pilihan Raya Negeri, Pilihan Raya sana sini apa gunanya kalau tidak boleh buat kerja. Jadi Tuan Speaker saya mohon menyokong sangat dan saya mohon Dewan untuk menyokong dan meluluskan Usul ini. Sekian, terima kasih.
Baik Yang Berhormat Banting. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah disokong oleh Banting. Ada lagi? Tiada ya. Baik saya minta pihak Kerajaan ada apa-apa? Pendek ya, sedikit sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membincangkan ataupun telah membawa Usul berhubung dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan pada jalan-jalan raya
yang di bawah Kerajaan Persekutuan. Saya sebenarnya kalau Ahli Yang Berhormat mengikuti tiap-tiap kali perbahasan dan ucapan saya dalam Dewan yang mulia ini saya sentiasa menyebut perkara ini bahawa perlunya kita memberi tumpuan kepada keseluruhan sistem rangkaian jalan kita, tidak kira jalan Negeri ke jalan PBT ke jalan sebagainya. Sebab apa rakyat di bawah sana mereka melihat semua ini adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri. Mereka tidak tanya ini jalan negeri ke jalan persekutuan dia akan tetap menyalahkan semua dan itu juga kita bila berlaku kes-kes kemalangan tanggungjawab itu terpikul kepada semua pihak kerana dia tidak memilih aku nak accident di jalan persekutuan sahaja jalan negeri aku tidak mahu accident. Ini tidak boleh, bukan itu caranya accident itu berlaku dan saya telah mencadangkan beberapa kali dan saya telah sebut dalam Dewan ini juga pertemuan saya dengan daripada pegawai-pegawai di Kementerian Kerja Raya dan bersama Ketua Pengarah JKR Malaysia. Dua Ketua Pengarah yang sebelum ini saya sudah jumpa dan mencadangkan ada kaedah sebenarnya menguruskan ia tidak logik satu sistem jalan raya yang tidak ada peruntukan yang tetap untuk menguruskan sebab ia penyelenggaraan yang berkala.
Jadi saya kata mudah sahaja cara yang pertama saya sebut ialah supaya diwujudkan satu akta yang sama macam MARRIS sebab macam MARRIS ini tidak meliputi jalan Persekutuan, masukkan lah. Undang-undang buatan manusia kan. Kalau undang-undang lain macam dekat Parlimen buat masukkan dalam MARIS supaya ia diuruskan peruntukan yang serupa dengan Kerajaan Negeri dan jalan-jalan PBT di mana peruntukan yang tetap ada pada setiap tahun untuk menguruskan jalan-jalan Persekutuan. Itu cadangan pertama saya, kalau kata Kerajaan Persekutuan tidak mahu buat benda itu boleh digazetkan dari jalan federal jadi jalan negeri. Kami hendak daftar bawah MARRIS dan kami akan guna peruntukan MARRIS untuk bantu menguruskan jalan-jalan itu lebih mudah. Saya lebih suka yang kedua itu lebih senang kita menguruskan di bawah JKR Selangor menguruskan jalan-jalan yang federal asalnya kita nyah wartakan kita tukar warta kepada pewartaan itu kepada jalan negeri. Itu cadangan dua-dua itu kemampuan yang boleh dibuat dan saya yakin kalau pilihan ini dapat dipilih salah satu option itu saya yakin kita boleh uruskan jalan-jalan kita lebih dengan jauh lebih baik dengan peruntukan MARRIS yang sedia ada. Ini cadangan saya yang telah buat dan saya menerima cadangan daripada bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan juga daripada Banting supaya kita bagi juga tumpuan yang lebih sedikit di kawasan pembangunan di sekitar Pulau Indah, Pulau Carey ini dan juga Pelabuhan Klang kerana kawasan ini kita pun baru ini di bentang oleh Yang Berhormat Bandar Baru Klang telah bentang dalam retreat EXCO bagaimana tempat ini akan menjadi satu pembangunan yang pesat pada masa yang akan datang, bukan sahaja pelabuhan melibatkan juga pembangunan-pembangunan persisiran pantai dan sebagainya dan memerlukan prasarana yang baik. Jadi sistem jalan ini memang kita tahu sangat mencabar di Selangor ini bukan hanya kerana heavy traffic yang sesak itu dan kenderaan-kenderaan berat tetapi juga sebab kita punyai tanah strata tanah yang sangat-sangat sukar untuk kita buat binaan iaitu di marine clay yang memang di sepanjang pantai Selangor ini memang kawasan marine
clay yang amat sukar dari segi aspek geoteknologi nya untuk menguruskan bagaimana hendak buat tapak ataupun bangunan di kawasan-kawasan tanah yang begini. Itu satu cabaran yang besar yang kita hadapi selain daripada kesesakan lalu lintas ataupun kesesakan kenderaan yang banyak. Jadi semua ini perlu ditangani dengan teknologi yang ada dan kaedah pembangunan yang betul kalau dibuat bersekali begitu saya yakin boleh diuruskan dan boleh diminimumkan kesan daripada apa yang telah dibangkitkan tadi, itu pandangan dari pihak Kerajaan. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adapun pemasalah di hadap Dewan ini adalah satu usul yang berbunyi bahawa Dewan yang mulia ini menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM 100,000,000.00 setiap tahun bagi menampung kerja-kerja penyelenggaraan, penurapan dan pembaikan jalan serta perabot-perabot jalan Persekutuan yang menuju Pelabuhan Klang dan kawasan Pelabuhan Klang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ya. Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata tidak. Tidak.
Usul ini Dipersetujui.
Usul untuk menangguhkan DewanMotion
Aturan urusan mesyuarat seterusnya usul untuk menangguhkan Dewan.
Terima kasih Speaker, Ahli-ahli Dewan yang mulia dan seluruh yang mendengar sesi ini, Alhamdulillah kita telah berjaya menyelesaikan salah satu tanggungjawab besar kita untuk melaksanakan sesi pertama Sidang Dewan untuk tahun 2022 dan dapat dilaksanakan mengikut jadual tidak sebagaimana pada tahun-tahun sebelum ini. Semoga apa yang kita hadapi ini dapat kita teruskan dengan baik dan setiap perbincangan-perbincangan yang telah dikemukakan terutamanya yang mendominasi sepanjang perbahasan ini iaitu isu banjir dapat kita ditangani bersama-sama di samping mengukuhkan muafakat antara satu sama lain. Ahli Dewan sekalian, beberapa hari lepas saya turut dikunjungi oleh Pengarah SPR Negeri Selangor yang telah memaklumkan tentang kesan-kesan pertambahan undi 18 dan kesan-kesan pendaftaran undi secara automatik. Saya ingin memaklumkan sedikit sebelum sesi Dewan kita berakhir kerana ini antara agenda yang diharap Kerajaan Negeri dapat kemukakan dalam sesi akan datang ataupun paling kurang dalam sesi belanjawan nanti iaitu usaha kita memastikan jumlah-jumlah Dewan Negeri kita bersekali dan agak seimbang dengan jumlah-jumlah pengundi yang bertambah dengan agak mendadak. Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memaklumkan seramai 3.66 juta pengundi berdaftar di Negeri Selangor pada hari ini dan melihat pertambahan pengundi pada tiap-tiap bulan dengan perkadaran dengan pendaftaran automatik seramai lebih 89 ribu bermakna dalam
tempoh 12 bulan daripada sekarang jumlah pengundi di Negeri Selangor akan mencecah lebih kurang 4.6 juta ataupun mungkin boleh mencecah kepada 5 juta. Di dalam tangan saya hasil daripada maklum balas SPR kepada saya kita dapati ada 19 DUN ataupun 19 Dewan Negeri mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 75 ribu pengundi. Dewan-dewan Negeri itu adalah Batang kali, Gombak Setia, Teratai, Semenyeh, Kajang, Balakong, Sungai Ramal, Seri Serdang, Kinrara paling tinggi 118 ribu, Subang Jaya 109 ribu, Seri Setia 78 ribu, Bukit Lanjan 106 ribu, Kota Damansara 85 ribu, Kota Anggerik 88 ribu, Bandar Baru Klang 82 ribu, Pandamaran 75 ribu, Sentosa 87 ribu, Sungai Kandis 75 ribu, Kota Kemuning 78 ribu, Kota Raja semuanya dan juga yang terakhir Dengkel 87 ribu.
Ahli Yang Berhormat sekalian, kita merasakan penting untuk kita menambah kerana terdapat sebahagian Dewan Negeri masih lagi mempunyai jumlah yang sangat minimum antaranya Sungai Air Tawar hanya ada dalam 19 ribu pengundi ataupun Sekinchan hanya 23 ribu pengundi. Justeru saya beranggapan pada pandangan kita semua ini adalah tidak adil untuk memastikan sumbangan peruntukan yang seimbang dan juga pembangunan yang terancang dapat diatur di dalam Dewan. Justeru salah satu daripada agenda yang kita akan bawa dalam sesi akan datang yang memerlukan kelulusan 2/3 dalam Dewan ini adalah usaha untuk kita menambah kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri yang kemudian perlu diluluskan di peringkat Parlimen. Itu lah sebabnya pada pandangan dan hemah kita adalah lebih baik untuk kita menyelesaikan tanggungjawab ini untuk kita menghabiskan term ini dengan sampai tahun 2023 supaya keseimbangan ini dapat kita wujudkan dan jumlah kerusi-kerusi ini kita dibuatkan tanpa perlu kita membuat Pilihan Raya dengan tergesa-gesa. Semenyih sampaikan kepada Presiden. Ahli Yang Berhormat sekalian justeru dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas suara-suara pandangan yang telah dikemukakan oleh seluruh Ahli Dewan dan Alhamdulillah walaupun suasana Dewan kita tidak kurang hebat dan agak hangat tetapi kita masih lagi mengekalkan suasana perbahasan yang bertamadun, yang berhemah dan menyampaikan pandangan walaupun ada perbedaan-perbedaan tertentu. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua dengan itu saya mencadangkan supaya Dewan ini ditangguhkan sehingga suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Baik terima kasih Yang Amat Berhormat Sungai Tua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya menangguhkan persidangan ini saya mengambil peluang dan kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kerajaan di atas kerjasama yang diberikan bagi melicinkan perjalanan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Dewan, urus setia, pelapor-pelapor dan semua petugas-petugas yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung di atas komitmen dan kesungguhan semua
dalam memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar. Walaupun dalam keadaan penularan pandemik Covid Omicron yang mengganas ini tetapi kita tetap berjaya. Kepada semua Yang Berhormat sila semak draf penyata yang telah dan akan diedarkan berkaitan ucapan Yang Berhormat dan kembalikan semula kepada Pentadbiran Dewan sekiranya terdapat sebarang pembetulan agar penyata rasmi ini dapat disediakan dan diedarkan segera kepada Yang Berhormat sekalian. Dengan ini saya menangguhkan Persidangan hari ini hingga ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak. Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN)