Selangor · 25 July 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 324 turns · 32,473 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSelangor publishes one PDF per sitting day; recent ones are drafts (Draf Penyata Rasmi). Full written answers are published for 2018-19 only.
(Pembukaan)
Selamat pagi dan salam sejahtera.
Aturan Urusan Mesyuarat Bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas pada 25 Julai 2022 dimulakan dengan Doa dan Proklamasi.
i. Bacaan Doa
ii. Proklamasi
Bacaan Doa.
Bacaan Proklamasi.
OLEH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, DARJAH KERABAT (SELANGOR), DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.), DARJAH KERABAT (TERENGGANU), DARJAH KERABAT (KELANTAN), DARJAH KERABAT (PERAK), DARJAH KERABAT (PERLIS), DARJAH KERABAT (NEGERI SEMBILAN), DARJAH KERABAT (KEDAH), DARJAH KERABAT (JOHOR), DARJAH KERABAT (PAHANG), SERI PADUKA MAHKOTA SELANGOR (S.P.M.S.), DATO’ SETIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.S.I.S.), SERI PADUKA MAHKOTA JOHOR (S.P.M.J.), SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA.
BAHAWASANYA Fasal (1) Perkara (70) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959, memperuntukkan bahawa DULI YANG MAHA MULIA SULTAN hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri :
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI AL-MARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, DARJAH KERABAT (SELANGOR), DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.), DARJAH KERABAT (TERENGGANU), DARJAH KERABAT (KELANTAN), DARJAH KERABAT (PERAK), DARJAH KERABAT (PERLIS), DARJAH KERABAT (NEGERI SEMBILAN), DARJAH KERABAT (KEDAH), DARJAH KERABAT (JOHOR), DARJAH KERABAT (PAHANG), SERI PADUKA MAHKOTA SELANGOR (S.P.M.S.), DATO’ SETIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.S.I.S.), SERI PADUKA MAHKOTA JOHOR (S.P.M.J.), SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI
SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada BETA di bawah Perkara (70) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, DENGAN INI MEMANGGIL Dewan Negeri untuk bermesyuarat dan menetapkan 25 Julai hingga 29 Julai 2022 dan 1 Ogos hingga 5 Ogos 2022 dan pukul 10.00 pagi kecuali hari Jumaat pukul 9.30 pagi sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Keempat Belas yang akan diadakan di Dewan Negeri Selangor Shah Alam.
DIPERBUAT di Istana Alam Shah, Klang pada 20 haribulan Jun 2022.
Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Salam Sejahtera dan Selamat Datang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri dan Pegawai-pegawai Kerajaan Sekalian serta Para Media dan Pemerhati.
Bertemu lagi dalam Mesyuarat Kedua Dewan yang mulia ini bagi Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas. Sebelum saya meneruskan Aturan Mesyuarat pada pagi ini, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa tiada had kehadiran untuk memasuki Dewan pada kali ini. Walaubagaimanapun saya berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, Ketua-ketua Jabatan, para petugas dan semua pelawat yang hadir ke Persidangan ini dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Dewan Negeri Selangor bagi menjaga keselamatan semua.
Saya menerima permohonan daripada Yang Berhormat Puan Dr. Siti Mariah binti Mahmud, Ahli Dewan Negeri Kawasan Seri Serdang yang tidak dapat menghadiri Persidangan kali ini kerana masih dalam tempoh cuti sakit. Permohonan ini telah dikemukakan kepada saya dan saya telah meluluskan permohonan beliau. Pada masa yang sama juga, pagi tadi saya juga menerima maklum daripada Yang Berhormat Mazwan Johar daripada Sungai Ramal, beliau juga mengalami sakit dan selesema yang teruk dan tidak dapat hadir pada hari ini dan juga saya izinkan.
Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat pada pagi ini.
Kertas-Kertas Mesyuarat
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya membentangkan Kertas-kertas Mesyuarat.
i. Kertas Mesyuarat Bilangan 21 Tahun 2022 – Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2022.
ii. Kertas Mesyuarat Bilangan 22 Tahun 2022 – Rang Undang-undang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor Pindaan 2022.
iii. Kertas Mesyuarat Bilangan 23 Tahun 2022 – Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020.
iv. Kertas Mesyuarat Bilangan 24 Tahun 2022 – Penyata Kewangan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019.
v. Kertas Mesyuarat Bilangan 25 Tahun 2022 – Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2020 Siri Satu.
vi. Kertas Mesyuarat Bilangan 26 Tahun 2022 – Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2021.
vii. Kertas Mesyuarat Bilangan 27 Tahun 2022 – Cadangan Pindaan Kepada Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
viii. Kertas Mesyuarat Bilangan 28 Tahun 2022 – Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (Public Account Committee) (PAC) Berkaitan Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Oleh KDEB Waest Management Sdn. Bhd.
ix. Kertas Mesyuarat Bilangan 29 Tahun 2022 – Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Pelaksanaan Dasar Pemberian Subsidi Pembelian Rumah SelangorKu, Rumah Harapan dan Rumah Idaman Berdasarkan Tahap Pendapatan Penerima Manfaat di Negeri Selangor.
x. Kertas Mesyuarat Bilangan 30 Tahun 2022 – Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bagi Dewan Negeri Selangor Berhubung Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Hasil Lawatan Ke Daerah Sabak Bernam Di Negeri Selangor.
xi. Kertas Mesyuarat Bilangan 31 Tahun 2022 – Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Isu Pewartaan Dewan Orang Ramai Dan Balai Raya Di Setiap Daerah Di Negeri Selangor.
xii. Kertas Mesyuarat Bilangan 32 Tahun 2022 – Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pejabat Daerah Dan Tanah Bagi Dewan Negeri Selangor Mengenai Isu Berkenaan Kaedah Pengiraan Cukai Tanah Berdasarkan Nilai Pasaran Di Negeri Selangor.
xiii. Kertas Mesyuarat Bilangan 33 Tahun 2022 – Resolusi Dewan Negeri Selangor Bagi Pindaan Akaun Amanah Yang Ditubuhkan Di Bawah Seksyen 9, Akaun Amanah Awam Yang Perlu Diklasifikasikan Semula Kepada Seksyen 10, Akaun Amanah Kerajaan Akta Tatacara Kewangan 1957, Akta 61 Disebabkan Oleh Keperluan Sumber Dana Daripada Kerajaan Negeri.
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya, Pertanyaan-pertanyaan.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Lanjan.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya soalan yang pertama.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 1. 5g Dan Konsortium Jaringan SelangorQuestions
1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah hubungan antara Kerajaan Negeri Selangor dan Digital Nasional Berhad berkaitan projek 5G di Selangor?
b)
Siapa Konsortium Jaringan Selangor dan hubungannya dengan Kerajaan Negeri Selangor?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Bukit Lanjan. Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Bukit Lanjan bertanyakan soalan berhubung dengan Sistem Telekomunikasi 5G dan juga Konsortium Jaringan Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat, Digital Nasional Berhad (DNB) ialah syarikat yang menguruskan sistem 5G di negara kita adalah syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia. Bagi tujuan pembangunan teknologi 5G, telekomunikasi 5G di Malaysia. DNB atau Digital Nasional Berhad ini juga merupakan pelaksana rangkaian 5G secara Rangkaian
Pemborong Tunggal (SWN) di Malaysia. Kerajaan Negeri Selangor melalui Smartsel Sdn. Bhd. selaku pemegang lesen telekomunikasi Network Facilities Provider (NFP) dan Network Service Provider (NSP) dan Application Service Provider (ASP), yang berperanan di dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan mengurangkan kesenjangan digital di Negeri Selangor. Smartsel mempunyai bekerjasama dengan DNB bagi membantu melicinkan pelaksanaan pembangunan infrastruktur telekomunikasi 5G di Negeri Selangor.
Sementara itu, Konsortium Jaringan Selangor atau KJS adalah merupakan syarikat yang telah diperbadankan pada 2 September 1998 di bawah Akta Syarikat 1965 dan menjalankan aktiviti telekomunikasi melibatkan perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Selangor.
KJS ditubuhkan dan berperanan sebagai Syarikat Pengurusan Perkhidmatan ataupun (Management Services Company) bagi membantu Kerajaan Negeri menyelaras, merancang dan merangka pelan jangka panjang untuk mengintegrasikan kerja-kerja penyediaan kemudahan infrastruktur telekomunikasi oleh semua syarikat pembekal rangkaian telekomunikasi yang beroperasi di Negeri Selangor.
Kerajaan Negeri telah menandatangani perjanjian dengan KJS pada 17 Disember 1999 iaitu Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan atau Management Services Agreement (MSA) bagi tempoh 30 tahun (sehingga tahun 2029). Berdasarkan Klausa 3.3 Perjanjian Pengurusan Perkhidmatan yang ditandatangani, peranan KJS boleh dinyatakan seperti berikut:
(i) Membantu dalam pengumpulan, penyusunan dan penyelarasan semua serahan daripada penyedia infrastruktur telekomunikasi atau Telco Company untuk mendapatkan kelulusan daripada PBT bagi membina infrastruktur telekomunikasi di Negeri Selangor; (ii) Membantu Kerajaan Negeri dan PBT dalam membangunkan garis panduan dan tatacara permohonan baharu dalam membina infrastruktur telekomunikasi di Negeri Selangor; (iii) Membantu Kerajaan Negeri dan PBT dalam pengumpulan dan penyelarasan semua bayaran yang berkaitan dengan serahan daripada penyedia infrastruktur telekomunikasi bagi mendapatkan kelulusan untuk membina infrastruktur telekomunikasi di Negeri Selangor; (iv) Membantu Kerajaan Negeri dalam merancang dan mereka bentuk infrastruktur telekomunikasi untuk semua pembekal telekomunikasi berdasarkan input yang diberikan oleh pembekal telekomunikasi; (v) Membantu Kerajaan Negeri dan PBT untuk mengutip yuran dan menyimpan wang pendahuluan (deposit) yang diterima daripada penyedia infrastruktur telekomunikasi; (vi) Mengekalkan pusat pentadbiran bagi melaksanakan perkara-perkara yang disebutkan di atas;
(vii) Menjadi ‘lead-coordinator’ dan penyelaras bagi pihak Kerajaan Negeri untuk semua kerja yang berkaitan dengan permohonan infrastruktur telekomunikasi di Negeri Selangor berdasarkan peruntukan-peruntukan di bawah Perjanjian; dan (viii) Melaksanakan perkara-perkara lain yang berkaitan tertakluk kepada peruntukan di bawah Perjanjian.
Kerajaan Negeri Selangor meneruskan perjanjian dengan memperkemaskan lagi hubungan dengan KJS dengan memberi kepercayaan untuk menubuhkan Yakin Telesel Sdn. Bhd. (YTSB) iaitu sebuah syarikat usaha sama di antara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) iaitu pemegang saham 30% dan KJS Alunan Sdn. Bhd., pemegang saham 70% melalui satu Perjanjian Pemegang Saham pada 25 April 2018 yang berfungsi sebagai penyelaras utama (Lead Coordinator) untuk menyelaraskan perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi di seluruh Negeri Selangor.
YTSB pada dasarnya berfungsi sebagai Agensi Pusat Sehenti (OSA) untuk memproses semua permohonan yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur telekomunikasi termasuk permohonan berkaitan penggunaan tanah atau aset Kerajaan Negeri bagi tujuan komunikasi. Kerjasama diantara MBI dan KJS Alunan akan membolehkan YTSB memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan mengenai perkembangan dalam industri telekomunikasi serta menyelaraskan pembangunan utiliti telekomunikasi diseluruh Negeri Selangor. Terima kasih.
Soalan susulan Tuan Speaker.
Bukit Lanjan, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan yang sangat detail tadi. Soalan saya adalah, kalau KJS merupakan penyelaras utama, pengukir Garis Panduan Telekomunikasi di Negeri Selangor dan juga KJS merupakan operator, apa hubungan KJS dengan operator-operator lain sebagai contohnya Maxis dan sebagainya. Kerana didapati di Petaling Jaya sebagai contohnya, KJS telah memacak banyak tanah tanpa kebenaran PBT di merata tempat termasuk roudabout, tepi jalan dan sebagainya. So, bila kita tanya PBT, mereka langsung tidak tahu mengapa KJS berada di situ, mereka pacakkan signboard di sana.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Lanjan. Itulah sebabnya apabila ketika saya diberi tanggungjawab untuk melaksanakan ataupun melihat kepada aspek infradigital di Selangor ini antara satu perkara yang saya perhatikan ialah pada awalnya dulu ialah semuanya diletak di bawah KJS untuk
sebagai OSA dan juga OSC. Jadi saya melihat sedikit konflik, sebab dia juga sepatutnya menjadi satu badan yang neutral untuk menguruskan segala permohonan dalam masa sama dia juga ada juga melaksanakan juga kerja-kerja pembinaan infrastruktur digital. Sebab itu kita telah asingkan dan itulah penubuhan YTSB ini yang saya telah tegaskan berkali-kali secara pentadbiran, bahawa mereka mesti menjadi yang neutral, badan yang berkecuali yang hanya melibatkan OSA sahaja iaitu mengumpulkan segala permohonan dan beri nasihat pada kerajaan negeri dan menyalurkan semua permohonan-permohonan ini secara bebas, secara adil pada semua pembekal telekomunikasi iaitu telco-company ini dan sampai sekarang benda itu dipantau secara halus, secara teliti oleh pihak kerajaan negeri untuk memastikan tidak berlaku lagi aduan-aduan lama di mana dulu KJS juga sebagai peranan sebagai OSA dalam masa sama dia juga OSC.
Jadi ini merupakan perkara yang kita telah buat, tetapi KJS itu sendiri memang dia sebagai badan yang memang terlibat langsung dalam NFB dan NSB ini, maka mereka mempunyai peranan juga menyediakan struktur-struktur telekomunikasi yang ada sekarang ini. Jadi, tapi kita cuba asingkan kedua ini supaya tidak berlaku konfliks of interest dengan izin dalam menguruskan. Tentang isu-isu yang berkaitan dengan pajakan dan sebagai yang berlaku ini, kita sebenarnya pihak Kerajaan Negeri melalui mesyuarat EXCO, kita telah beberapa kali berbincang mengenai kaedah atau S.O.P dalam menguruskan pembangunan infradigital di Negeri Selangor ini termasuklah menara-menara dan juga struktur telekomunikasi dan memang mempunyai kaedah yang mesti dipatuhi sama ada kaedah nak mendapatkan tanah, ada kaedahnya dan perlu dipatuhi S.O.P ini.
Jadi kalau ada berlaku yang tidak dipatuhi itu, maka kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya dan kaedah itu memang telah diluluskan sama ada melibatkan struktur yang 5G ini atau struktur yang besar yang dulu yang sekarang ini struktur 5G ini lebih kecil, dia lebih rendah lebih kecil dan lebih rapat. Dan itu ada kaedah yang S.O.P tersendiri yang kita telah luluskan yang struktur yang lama dulu yang 3G dulu itu, 4G itu yang besar-besar itu pun ada kaedahnya. Semua perlu dipatuhi termasuk hendak mendapatkan permit, masuk nak dapatkan, apabila berlaku bantahan pun ada kaedahnya bagaimana hendak diuruskan dan juga apabila berlakunya isu berkaitan dengan tanah pun perlulah mendapatkan kelulusan. Jika berlaku yang tidak mengikut peraturan, maka kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Itu berdasarkan pada kes by kes. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya amat gembira mendengar hujah daripada EXCO kita asingkan YTSB daripada KJS, kerana KJS adalah competitor dalam market tetapi KJS masih memiliki share dalam YTSB. Kalau YTSB ini nak betul-betul bebas dan kepada adil kepada semua pemain telco, sepatutnya kita keluarkan lah share KJS daripada YTSB. Saya harap Kerajaan Negeri boleh buat sesuatu. Ada ulasan tak EXCO?
Itu sebenarnya perkara yang pertama saya buat di peringkat awal. Malah ketika itu penasihat undang-undang, saya tak ingat lah, Encik Suhaimi, Wan Suhaimi. Perkara yang pertama saya tanya dia, tiada kaedah kah di mana kita nak jadikan YTSB ini sebagai syarikat yang betul-betul indipendent, tidak berkait dengan KJS dan setelah dilihat di kamar undang-undang, tidak ada ruang sebenarnya untuk kita. It is a water type kind of agreement yang telah ditandatangani dan kita kena bersabarlah sehingga 2029. Itu yang saya difahamkan daripada kamar undang-undang. Walaubagaimanapun, saya membuat pemantauan ini secara pentadbiran, memang saya akan memantau melihat, jika ada aduan menyatakan ada konflik di antara KJS dengan atau pun YTSB cuba memainkan peranan sebagai macam KJS, kita akan ambil tindakan-tindakan secara pentadbiran ke dalam menguruskannya. Saya perlu juga ingatkan juga semua yang ada dalam dewan yang mulia ini, bahawa kita menghadapi masalah yang besar selepas sistem 3G di tamatkan.
Bila sistem 3G ditamatkan, jadi dia punya constraint ataupu tekanan yang berat kepada sistem 4G, sedangkan 5G ini sepatutnya telah pun berada di peringkat yang hampir siap tetapi menghadapi masalah disebabkan pelaksanaan strukturnya, digitalnya. Ini menyebabkan sebab itu kita dapati sekarang, panggilan-panggilan kita asyik putus, kemudian kualiti kita pun, call kita pun sangat tengah cakap tiba suara jadi macam suara hantu pun ada, jadi macam-macam berlaku kerana tekanan yang berat ke atas sistem 4G kerana 3G telah pun dilupuskan. Jadi sebab itu saya telah berbincang dan melihat kemajuan 5G ini di dapati agak lambat dan terlewat dan kita sedang dala mesyuarat Exco baru ini pun, MMKN baru ini pun saya telah bentangkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan yang terlibat di pihak PBT dan kita akan selaraskan secepat mungkin supaya sistem 5G ini dapat berjalan dengan lancar supaya sistem telekomunikasi kita jauh lebih baik, itu yang sedang kita usahakan. Terima kasih.
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Banting.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya sangat simple sahaja iaitu kerajaan sebenarnya berkenaan dengan 5G, kerajaan pada sidang yang lepas telah pun mensasarkan untuk membina 1553 pemancar stesen pemancar 5G. Saya ingin bertanya, mengapakah di kalangan 1553 pemancar ini, tidak ada satu
yang akan didirikan di kawasan Kuala Langat, tidak ada satu pun di kawasan Kuala Langat untuk tahun ini. Jadi saya ingin bertanya, bilakah ini akan berlaku, adakah kerjasama antara KJS dengan Kerajaan Negeri Selangor dengan DNB in akan memajukan, memajukan pembinaan stesen pemancar dan dikatakan ia melibatkan saiz dan struktur yang lebih ringkas dan lebih kecil dan sebagai nya, jadi seharusnya ada sedikitlah di kawasan-kawasan atau daerah-daerah yang lain dan bukannya menumpukan perhatian di daerah-daerah yang maju dan canggih, jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah ini boleh dilakukan dalam tahun ini.
Terima kasih Yang Berhormat Banting. Itu sebenarnya memang kita melihat dan meneliti. Untuk maklumat semua, perancangan mengenai pembangunan 5G ini adalah di bawah Digital Nasional Berhad iaitu syarikat yang saya sebutkan tadi, di bawah Kementerian Kewangan dan mereka mempunyai perancangan mereka sendiri, walau macam mana pun melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia) kita sentiasa memantau dan melihat supaya jangan tadi itu isu, digital tadi ataupun digital gap itu tadi dapat di terus dipertingkatkan dan memang berapa projek pun kita telah lulus di bawah SKMM yang sendiri terpaksa dia melakukan intervency bagi memastikan bahawa tidak berlaku jurang ini. Ini kita akan pantau semasa dan saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat Banting, Kuala Langat tidak, bukanlah kawasan yang kita akan abaikan dan tinggalkan, kita akan terus melaksanakan. Malah Kuala Langat kita pun sudah tahu akan menjadi salah satu daripada pusat kegiatan ekonomi yang besar dalam masa yang tahun-tahun yang akan mendatang ini, jadi tentulah. Dan ia landing point yang pertama submarine punya untuk ini pun di Kuala Langat, iaitu merupakan yang landing point yang pertama di negara kita yang dibuat di Kuala Langat. Jadi tentulah tidak kita akan abaikan keperluan bagi Kuala Langat atau masuk Banting dalam pembangunan 5G ini. Terima kaish.
Damasara, Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 2.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 2. Komitmen Menjadi Negara Neutral Karbon Pada 2050Questions
2. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah emisi karbon di Negeri Selangor dan apakah perancangan bagi mencapai target pengurangan emisi karbon selaras dengan komitmen Malaysia untuk menjadi negara neutral karbon seawal 2050?
b)
Apakah persediaan bagi menyambut cukai karbon yang akan diperkenalkan?
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, usaha untuk mengekang pemanasan global dan ketidaktentuan perubahan iklim telah dijalankan secara agresif di seluruh dunia termasuk Malaysia. Negeri Selangor turut meletakkan matlamat untuk menjadi negeri rendah karbon dalam usaha mengekang fenomena perubahan iklim dengan mewujudkan pelbagai inisiatif untuk mencapai matlamat tersebut.
Mengenai jumlah emisi karbon di Selangor, buat masa ini, data-data berkenaan masih belum tersedia secara keseluruhannya. Namun begitu, bacaan emisi karbon ini telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), yang mana ianya merupakan inisiatif yang digariskan dalam Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF) masing-masing. Antara PBT yang telah melaksanakan pengiraan emisi karbon mengikut perbandaran masing-masing adalah seperti berikut:
Bil. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Jumlah Emisi Karbon (tan) 1. Majlis Bandaraya Shah Alam 749,758.49 CO2 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3,496,000 CO2 3. Majlis Perbandaran Kajang 244,035.03 CO2 4. Majlis Perbandaran Sepang 20,231.16 CO2 5. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2,400,637 CO2 6. Majlis Perbandaran Kuala Langat 816,347.72 CO2 7. Majlis Perbandaran Hulu Selangor 3,767.17 CO2
Dalam usaha mencapai matlamat pengurangan karbon sebanyak 45 peratus seawal tahun 2030, Kerajaan Negeri kini menfokuskan hala tuju negeri kepada tiga (3) program utama yang disarankan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) iaitu, Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency-EE), Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy-RE) dan Pengurusan Sisa Pepejal. Usaha-usaha
kecekapan tenaga seperti penggunaan peralatan cekap tenaga dan penggunaan amalan pengeluaran bersih oleh industri yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga di sektor industri dan komersial akan dilaksanakan. Menjelang tahun 2030, lebih banyak tenaga akan dijana daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui (RE) seperti biojisim, mini hidro, tenaga solar dan biogas.
Dalam hal ini, pelbagai polisi dan perancangan telah disediakan oleh PBT bagi merealisasikan agenda negeri untuk mewujudkan bandaraya rendah karbon dan memastikan kelestarian alam sekitar. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah:
Pemasangan panel solar di bangunan Kerajaan Negeri termasuklah premis-premis PBT seperti medan selera, sekolah dan dewan awam; Menggalakkan pembangunan Large Scale Solar (LSS) secara besar-besaran di permukaan air (terapung) atau permukaan tanah; Sistem pelupusan dan rawatan sisa pepejal yang menyeluruh merangkumi fasiliti dan kemudahan loji Waste-to-Energy (WTE); Menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik; Program tanam pokok; dan Mengekal dan meningkatkan keluasan Hutan Simpan Kekal (HSK) tidak kurang 30 peratus daripada keluasan tanah negeri.
Kerajaan Negeri sedar dan mengambil serius dalam memastikan jumlah pelepasan karbon di negeri Selangor adalah terkawal. Sasaran negeri Selangor untuk membantu negara mencapai Net Zero Carbon Emission pada tahun 2050 memerlukan penyertaan daripada semua pemegang taruh emisi karbon yang terdiri daripada PBT, pihak industri dan komuniti.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, penetapan dasar berkaitan pasaran karbon di Malaysia sepatutnya dibuat berteraskan mekanisme di peringkat negara, memandangkan Malaysia mempunyai komitmen tertentu dengan Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) yang perlu dicapai.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) selaku Nasional Authority pembangunan pasaran karbon negara sedang dalam fasa membangunkan Skim Perdagangan Karbon Peringkat Domestik iaitu DETS dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Bursa Malaysia bagi membolehkan harga karbon di pasaran domestik sentiasa berdaya saing serta kompetitif.
Secara transaksi (sebarang transaksi) mesti mematuhi tatacara yang diputuskan oleh KASA manakala transaksi di peringkat negeri dan swasta mesti kawal selia supaya pemindahan kredit karbon tidak menjejaskan matlamat menjadikan Malaysia adalah
negara yang mencapai sasaran karbon neutral yang akan digariskan dalam Dasar Pasaran Karbon Negara dengan mengambil kira mekanisme di bawah Perjanjian Paris yang telah pun dipersetujui semasa Persidangan United Nation Framework on Climate Change Conference (COP 26) di Glasgow pada tahun 2021. Dasar ini penting dalam memastikan cara-cara perdagangan karbon mengikut keperluan di antarabangsa dipatuhi bagi mendapat pengiktirafan penerimaan dan juga harga pasaran yang berpatutan. Bursa Malaysia telah pun diberi mandat untuk membangunkan platform perdagangan karbon peringkat domestik. Sehubungan dengan itu, setelah dasar ini siap sepenuhnya ianya akan dijadikan sebagai rujukan oleh kerajaan negeri dalam membuat persediaan untuk terlibat mengaplikasikan pasaran karbon dan cukai karbon di peringkat negeri.
Kerajaan Negeri juga perlu melaksanakan kajian terperinci dengan mengambil kira pandangan pihak-pihak kepentingan sebelum melaksanakannya. Kemampuan Kerajaan Negeri turut perlu diambil kira agar pelaksanaannya akan lebih sistematik dan memberi impak yang lebih pada sumber hasil negeri. Oleh itu, Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan urus niaga kredit karbon dilaksanakan di peringkat negeri dengan menggunakan platform perdagangan karbon peringkat domestik di bawah Bursa Malaysia. Kerajaan Negeri juga turut bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian KASA dan Bursa Malaysia dalam merealisasikan pasaran karbon di Malaysia khususnya di Selangor. Sekian.
Soalan tambahan.
Bandar Utama.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat. Saya memang akui dengan usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan juga mengakui yang untuk mencapai negara neutral karbon seawal 2050 ini merupakan komitmen kerajaan Malaysia iaitu kerajaan persekutuan. Saya cuma ingin tanyakan di sini adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai apa-apa jenis kerjasama ataupun perbincangan dengan Kerajaan Negeri? Sebagai contoh, Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia yang telah diwujudkan oleh peringkat Kerajaan Persekutuan ini; adakah mereka ada menjemput Yang Berhormat EXCO ataupun mana-mana wakil Kerajaan Negeri Selangor untuk menghadiri apa-apa mesyuarat yang membincangkan ataupun menjelaskan perkembangan terkini bagaimana negara mahu meningkatkan daya tahan dan kesediaan terhadap perubahan iklim dan sebagainya? Termasuk apa itu komitmen Kerajaan Negara Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Utama. Ya, memang ada. Di mana Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian KASA telah pun mengadakan satu persidangan/mesyuarat iaitu Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri dan semua Ketua-Ketua Menteri dan juga Menteri Besar dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini. So, saya hadir kerana dipanggil untuk menghadiri untuk mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berada di luar negara pada masa itu. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Gasing.
Terima kasih. Saya menyambut baik semua usaha yang digariskan tadi untuk menjadikan kita karbon neutral menjelang 2050. Tetapi ini usaha yang agak susah dan berat untuk kita laksanakan dan oleh itu saya ingin tanya Yang Berhormat EXCO, ada tak Kerajaan Negeri akan menerbitkan satu garis masa bagi setiap langkah terhadap 2050 agar kita mencapai carbon zero emission?
Ya, memang Kerajaan Negeri sedang, memang telah pun merangkakan rangka masa untuk kita mencapai pembebasan carbon zero pada tahun 2050. So, buat masa ini untuk tahun 2030 kita mensasarkan mencapai 45% pembebasan karbon di Selangor ini. So, hanya buat masa ini hanya 7 PBT di Selangor yang mempunyai kerangka bandar rendah karbon iaitu LCCF yang saya sebut MBSA, MBPJ, MPK, MPSp, MPAJ, MPKL dan juga MP Hulu Selangor. So, yang lain akan mengharapkan mereka dapat juga menyertai kerangka bandar rendah karbon supaya mereka boleh mengira dan juga mendapati berapakah carbon admission yang PBT itu kawasan PBT itu dilepaskan. So, kita memang menuju ke arah itu. Yang penting 2050 kita perlu mencapai pembebasan karbon pada zero admission carbon.
Dan kita sedang menggalakkan penggunaan electric vehicle iaitu kereta elektrik di mana Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT sedang merangka untuk pemasangan pengecas EV supaya kita bersiap sedia untuk menghadapi menyahut cabaran dan juga menerima kenderaan EV yang semakin meningkat di Malaysia terutamanya di Selangor. So, dalam tahun ini, kita akan mensasarkan untuk mendirikan installation sebanyak 10,000 buah pengecas electric car di seluruh Selangor terutama PBT di Klang Valley. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Bukit Melawati.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 3.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 3. Sekuriti MakananQuestions
3. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam memenuhi Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025?
b)
Apakah tahap kestabilan dan kemampanan sistem makanan kini dan mampu bertahan berapa lama?
c)
Apakah langkah yang diambil bagi memastikan stok makanan mencukupi untuk rakyat semua?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Bukit Melawati bertanyakan soalan berhubung dengan sekuriti makanan di mana yang bahagian pertamanya ialah berhubung dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara, kedua mengenai kestabilan dan kemampanan sistem makanan kita dan yang ketiga ialah langkah-langkah diambil bagi memastikan stok makanan mencukupi untuk rakyat.
Yang Berhormat Bukit Melawati, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah susulan bagi memenuhi Pelan Tindakan Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dengan mengaplikasikan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor atau singkatannya PETA yang merangkumi 5 dasar utama iaitu :-
a) Pertanian bernilai tinggi ataupun high value agriculture;
b) Permodenan pertanian agriculture modernization;
c) Rangkaian bekalan makanan lengkap atau complete supply change;
d) Pembangunan agropreneur Selangor ataupun Selangor Agropreneur Development; dan
e) Agro pelancongan atau agro tourism.
Objektif PETA ini adalah seperti berikut :-
a) Dari segi meningkatkan produktiviti ataupun meningkatkan hasil pengeluaran dan secara langsung meningkatkan jaminan bekalan makanan atau self sufficiency level ataupun tahap kendiri (sara diri) iaitu SSL di mana kalau kita lihat nanti, kita dapati SSL ataupun tahap kemampuan kita untuk mengeluarkan produk sendiri ini sangat-sangat rendah di negeri Selangor terutamanya;
b) Dari segi ekonomi, meningkatkan sumbangan kepada nilai KDNK sektor pertanian makanan negeri Selangor yang agak rendah ini. Hanya 1.4% sahaja sumbangan pertanian kepada KDNK bagi negeri Selangor; dan
c) Meningkatkan pembangunan modal insan ataupun meningkatkan tahap pendapatan atau sumber pendapatan bagi terutamanya bagi kalangan anak-anak muda dan juga wanita melalui latihan dan bimbingan secara hand on kepada mereka yang berminat.
Bagi pelaksanaan Pelan Transformasi Agro Selangor atau PETA ini ia telah dipecahkan pada 9 clusters iaitu :-
a) Di bawah Program Agro Prihatin iaitu yang bagaimana kita menguruskan lambakan hasil pertanian dan juga memberi bantuan insentif bukan sahaja dalam bentuk produk akhir tetapi juga bagi memberdayakan kalangan petani kita, penternak, nelayan dan juga yang terlibat dalam industri asas tani;
b) Di bawah Agro Komuniti. Kita menggerakkan usaha berterusan dengan pelbagai jenis sokongan, bantuan dan bimbingan kepada program-program agro bandar termasuklah kebun komuniti dan semua Ahli-ahli Berhormat pun sedia kita telah pun memberikan banyak sumbangan baja dan sebagainya kepada dan kita akan teruskan di bawah juga kita tingkatkan di bawah Program Agro Siswa dan juga Agro Sekolah; dan
c) Di bawah Agro Centre of Excellent (ACE) meningkatkan kajian berterusan dengan kerjasama semua pihak terutama pihak yang kepakar dalam bidang pertanian daripada IPTA kita dan juga daripada luar dalam meningkatkan tahap kualiti pengurusan pertanian dan juga peningkatan aspek R&D ataupun research and development di bawah benih-benih tanaman baka ternakan dan akuakultur bagi mengurangkan pergantungan kita kepada benih baka daripada luar negara. Dan dalam masa sama menghasilkan tanaman ataupun produk-produk pertanian yang lebih baik;
d) Dalam masa yang sama juga kita tidak lupa meningkatkan modal atau human capital ini ataupun di bawah Program Agropreneur Selangor dan telah berjaya kita laksanakan dan akan lebih ramai lagi diberi peluang untuk terlibat di kalangan terutama yang kita beri tumpuan kepada anak-anak muda dan juga pada kaum wanita;
e) Agro Pelancongan. Kita mendapati bahawa semua aspek pembangunan pertanian perlu disekalikan dengan Agro Pelancongan kerana ini merupakan satu lagi hasil tambahan pendapatan bagi para petani kita dalam masa sama juga merupakan satu aspek untuk kita tingkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya pertanian;
f) Dan juga kita melaksanakan Maju Agro Selangor untuk menambah, meningkatkan lagi prasarana di bawah pertanian;
g) dan juga Agro Niaga dengan langkah-langkah promosi dan sebagainya dan juga melengkapkan bekalan makanan daripada ladang hingga ke pusat-pusat jualan termasuklah di supermarket dan sebagainya;
h) Dan juga dilaksanakan melalui program-program intervensi dan juga program-program pelaksanaan Selangor Agro Market (SAM) dan juga Program Agro Ehsan;
i) Dan yang satu lagi ialah pembangunan Smart Selangor Agro Park (SSAP) dan juga Smart Selangor Agro Farm (SSAF) yang lebih banyak di kawasan-kawasan di seluruh negeri Selangor yang akan dibangunkan secara pertanian moden.
Secara keseluruhannya, negeri Selangor berada pada tahap yang masih rendah sebagaimana yang disebutkan tadi di dalam kebergantungan kepada bekalan makanan dari luar negeri. Sama ada luar negeri Selangor atau luar negara ataupun SSL nya masih rendah khususnya bagi makanan sumber protein seperti daging lembu dan kambing. Untuk makluman semua, yang kita gemar sangat daging lembu dan kambing ini, kita hanya mampu mengeluarkan (negeri Selangor) hanya 5% sahaja daripada keperluan rakyat negeri Selangor. 95% lagi diimport dari luar Selangor atau luar negara. Bagi pengeluaran padi pula kita hanya mampu mengeluarkan 33% sahaja (Sekinchan itu kawasan yang banyak itu pun 33% sahaja) bagi keperluan negeri Selangor. 67% lagi adalah diimport dari luar. Sayur-sayur banyak. Kalau saya nak cerita memang panjanglah. Nanti Yang Berhormat lain tak boleh nak jawab soalan lain. Jadi saya bagi yang sikit saja.
Saya bagi contoh. Antara perkara yang makanan yang utama yang setiap hari diguna dalam masakan halia. Kita rasa macam seolah-olah kita ni pengeluar halia yang hebat. Sebenarnya kita hanya mengeluarkan 3.8% sahaja keperluan halia bagi negeri
Selangor. Yang selebihnya diimport. Sawi 56%, cili hanya 9.1%, timun 26.7%. ini contoh-contoh. Dan setakat yang saya difahamkan pengeluaran untuk negara yang hanya satu saja produk yang kita mampu keluarkan lebih 100% yang pentinglah (protein) iaitu telur ayam (113%). Yang lainnya semua adalah di import. Menunjukkan tahap kita ini pengeluaran dari segi pertanian pergantungan tinggi, kita mengimport sayur-sayur dan buah-buahan negara kita ini RM 7.5 billion setiap tahun. Dan keseluruhan makanan yang kita import adalah RM 56.6 billion dan meningkat. Sedangkan eksport kita hanya sekitar RM 30 billion saja yang berasaskan pada makanan. Ada lah benda-benda yang kita lebih tapi...
Yang Berhormat, pendekkan ya.
Ya. Tak banyak ya. Jadi yang kita dapat keluarkan. Menurut indicator kadar peratusan tersebut secara keseluruhannya tidak lebih dari setahun tahap bekalan jika tiada makanan yang dibawa daripada luar negeri Selangor atau luar negara. Langkah-langkah sedang kita ambil dan termasuk di bawah PETA ini (Pelan Transformasi ini) kewujudan yang kita sedang dalam proses pelaksanaan itu jawatankuasa bagi food security atau sekuriti makanan yang akan menggabungkan pelbagai agensi dan jabatan untuk kita melihat lebih teliti bukan sahaja dari segi keperluan bekalan tetapi juga dari segi harga yang juga kita akan pantau yang kita telah laksanakan bawah intervensi. Sekian, terima kasih.
Kuala Kubu Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 4.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 4. Pelaburan Di SelangorQuestions
4. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jumlah pelaburan yang berjaya sejak tahun 2021.
b)
Nyatakan program misi penggalakan pelaburan ke luar negara yang telah diadakan sejak tahun 2021 secara terperinci.
c)
Adakah promosi telah dilakukan bagi menarik pelabur dalam industri BioTech? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Tuan Speaker, bagi tempoh tahun 2021, sebanyak 247 projek perkilangan telah pun diluluskan oleh MIDA di Selangor dengan jumlah nilai pelaburan sebanyak RM 7.51 bilion. Di mana ia mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 14,393 dan pelaburan tempatan adalah dalam lingkungan RM 6 bilion dan pelaburan asing RM1.5 bilion. Soalan (b), Tuan Speaker, program bagi tahun 2021 terdapat satu cadangan program lawatan ke luar negara tetapi lawatan tersebut terpaksa dibatalkan ekoran penutupan sempadan negara. Program penggalakan pelaburan telah ditukarkan kepada perlaksanaan program webinar bersama pihak–pihak berkepentingan di luar negara. Antara yang sepuluh program yang dianjurkan adalah; satu, Webinar bertajuk How Selangor, The Golden State of Malaysia is Thriving as the ASEAN Business Hub pada 12hb Mac 2021. Di mana terdapat 55 syarikat yang diwakili oleh CEO daripada Hong Kong telah pun menyertai webinar ini. Kedua, Kaohsiung Smart City Conference & Business Matching pada 24hb Mac 2021. Dimana Selangor dijemput untuk menyertai sesi khas dengan Kaohsiung City di mana 9 syarikat Selangor telah berpeluang untuk bertemu dengan 9 syarikat Taiwan yang menyertai sesi Business Matching yang diadakan secara maya. Ketiga, Online Business Matching For Selangor & Ningbo Enterprises pada 8hb April 2021 bersama dengan Ningbo negeri China di mana Business Matching secara maya diadakan, 6 syarikat Selangor bertemu dengan 13 pengimport dari Ningbo, China. Empat, Selangor Virtual Investment Mission-Turkey Edition yang diadakan pada 17 September 2021. Seminar secara maya seramai 85 orang peserta dari Turki dari sektor pembuatan dan perkhidmatan telah menyertai seminar ini. Kelima, ‘Roundtable Meeting between Selangor & Kaohsiung for G2G and Captains of Industry’ pada 27hb September 2021. Ini telah pun disertai oleh captains daripada industri di mana dia berjaya menarik minat 101 peserta secara maya dan 42 peserta di Kaohsiung secara fizikal. Keenam, Webinar bertajuk Investment Opportunities in Selangor, the Golden State of Malaysia pada 8hb Oktober 2021, yang dianjurkan oleh Invest Selangor, MIDA Taipei dan Industrial Technology Research Center, Taiwan. Sebanyak 153 syarikat berdaftar dan 66 menyertai secara maya, dimana 20.9% peserta adalah berasal dari sektor Elektrik & Elektronik. Ketujuh, Global Investment Convention Digital Edition ke-3 yang diadakan pada 19 and 20 Oktober dimana Investor Selangor telah pun menyetai yang dianjurkan oleh Cresendo Worldwide Consulting. Dan ia merupakan salah satu usaha untuk memfokuskan kepada negara-negara Eropah. Kira-kira 20 syarikat daripada negara eropah dari pelbagai industri telah menyertai dan melawat booth pameran Invest Selangor, 35 syarikat telah menyertai persidangan yang melibatkan pembentangan dari Invest Selangor manakala 8 mesyuarat daripada B2B telah diadakan dengan syarikat-syarikat dari
Eropah secara maya juga. Lapan, Selangor Virtual Investment Mission -India Edition yang diadakan pada 23 Oktober 2021. Dan ini Bersama, dianjurkan bersama dengan Ingress Global Consulting. Kira-kira 60 syarikat dari sektor Bioteknologi dan F&B telah menyertai seminar ini. Kesembilan, The Belt and Road Summit 2021 yang diadakan pada 1hb dan 2hb September 2021. Objektifnya adalah untuk mempromosikan Negeri Selangor dan mencari pelabur yang berpotensi melalui program tahunan yang dianjurkan oleh Hong Kong Trade Development Council sebanyak 3 mesyuarat diadakan sepanjang program ini dan tindakan susulan telah pun diambil oleh Invest Selangor untuk memperkenalkan syarikat yang bersesuaian agar menerokai peluang perniagaan dan pelaburan. Kesepuluh, The Asian Logistics, Maritime and Aviation Conference pada 2hb dan 3hb November 2021.
Invest Selangor menjadi salah satu penaja program yang dianjurkan oleh Hong Kong Trade Development Council. Satu rakaman video bertemakan Investment Opportunities in Halal Logistics in Selangor telah pun dibentangkan dan diletak di laman web rasmi sepanjang program ini.
Untuk menjawab soalan (c), Tuan Speaker, dalam usaha memberikan penumpuan khusus terhadap pembangunan industri bioteknologi di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Selangor Biotechnology Coordination Office ataupun (SBIOCO) di bawah Invest Selangor bagi memperkasa industri bioteknologi dan menyelaraskan pelaksanaan Pelan Tindakan Hala Tuju Industri Bioteknologi di Negeri Selangor. SBIOCO telah ditubuhkan pada September 2021 dan memulakan operasi pada Februari 2022. Usaha mempromosi industri bioteknologi mulai tahun 2022 di mana beberapa siri lawatan dalam negara telah pun diadakan oleh Invest Selangor dan negeri yang dilawat adalah Pulau Pinang dan Johor. Dan industri-industri ataupun subsektor dalam industri bioteknologi ini adalah pertanian, perubatan dan juga alam sekitar yang menjadi tumpuan ataupun fokus Invest Selangor dalam merealisasikan pelan tindakan hala tuju industri bioteknologi Selangor 2021 hingga 2030. Dan selain daripada itu Invest Selangor juga telah mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan eko-sistem industri bioteknologi adalah amat penting untuk melibatkan mereka kerana pelaksanaan pelan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan pihak-pihak tersebut.
Invest Selangor bercadang untuk meneruskan aktiviti promosi bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara. Sektor bio-teknologi memberi tarikan tersendiri terutamanya Pascal Covid-19 dan berpotensi tinggi dalam memajukan ekonomi negeri Selangor seperti sedia maklum sektor bioteknologi telah dikenal pasti sebagai antara sektor fokus dalam perangkaan rancangan Selangor pertama yang akan dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar. Sokongan daripada semua agensi kerajaan negeri Selangor adalah diperlukan ke arah pelaksanaan pelan tindakan dan hala tuju industri bioteknologi Selangor 2021 hingga 2030 dan rancangan Selangor pertama. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Meru.
Okay. Terima kasih yang Berhormat Tuan Speaker. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO berkaitan. Saya ingin ucapan tahniah terlebih dahulu tentang kejayaan EXCO Pelaburan dalam menarik pelabur-pelabur di negeri Selangor. Cuma pertanyaan saya peluang-peluang pekerjaan yang dinyatakan memang cukup banyak tapi adakah peluang pekerjaan yang telah wujud disebabkan peluang pelaburan yang datang ini diisi oleh warga asing. Sejauh mana warga tempatan mengambil peluang untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Meru. Sesungguhnya kita mempunyai dasar yang telah pun diwujudkan oleh pihak kerajaan negeri Selangor dan ada garis panduannya di mana hanya jawatan-jawatan tertinggi yang tertentu boleh di isi oleh warga negara asing yang dibawa oleh syarikat tersebut. Sementara itu saya percaya lebih daripada 80% jawatan adalah diisi oleh warga tempatan. Hanya segelintir sahaja jawatan tertinggi umpamanya mungkin CEO atau COO yang akan di bawa oleh syarikat atau mungkin Pengarah Urusan Utama oleh syarikat kerana dalam sektor tertentu khususnya dalam bioteknologi elektronik sebagainya kepakaran luar negara itu masih lagi diperlukan di mana kehadiran mereka juga dapat mewujudkan teknologi transfer yang diperlukan. Jadi mungkin 80% itu adalah kurang tepat juga mungkin lebih daripada 90% yang diisi oleh warga tempatan dan ini ada dikawal ketat oleh kementerian yang berkenaan iaitu Kementerian Perdagangan Antara Bangsa melalui MIDA di mana semua permohonan untuk pass kerja itu perlu mendapatkan ulasan daripada MIDA sebelum dia boleh dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Kuala Kubu Baru.
Terima kasih kepada Speaker, saya nak tanya kepada Yang Berhormat EXCO. Yang tadi ada sebut mengenai dengan Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor 2021 hingga 2030. Dalam itu boleh ke dia mempunyai daya tarikan yang cukup menarik kepada pelabur tempatan kerana saya memandangkan pada tahun 2021 kita mendapat RM 6 bilion pelaburan dari tempatan. Yang ini adalah soalan pertama saya. Yang kedua, adakah partnership di antara UIG iaitu universiti, industri dan government partnership itu termasuk kepada universiti-universiti tempatan seperti UITM yang mana mereka mempunyai pasukan penyelidikan yang sangat kuat, terima kasih.
Ya Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu. Dalam usaha untuk membangunkan indutstri biotech ini Kerajaan Negeri telah pun menubuhkan satu majlis iaitu Selangor Bio-council yang dipengerusikan oleh saya sendiri yang melibatkan keanggotaannya melibatkan pihak akademik iaitu wakil daripada Universiti dan juga agensi-agensi kerajaan berkenaan serta pemain-pemain dalam industri ini. Itu kita melibatkan tiga pihak dalam satu. Tiga persegi ya. Ini adalah untuk memastikan apabila kerajaan menggubal dasar dan juga rangka kerja untuk memajukan industri biotech ini kita melibatkan semua pihak bagi mendapatkan semua input-input dan maklumat yang diperlukan. Itu adalah cara kita untuk memajukan sektor-sektor industri bioteknologi itu. Sebenar itu dalam merangka pelan tindakan hala tuju bioteknologi 2021 hingga 2030 kita telah pun melantik dua konsultan ya, iaitu bioteknologi, Bioeconomy Corperation iaitu agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Universiti Pertanian Malaysia untuk merangkan ini. Itu kita mengambil kira kepakaran yang wujud di pihak Bioeconomy Corperation di bawah Kerajaan Persekutuan dan juga kepakaran daripada Universiti Pertanian iaitu mewakili pihak akademik. Bererti dalam merangkakan pelan tindakan itu kita juga mengambil kira pandangan daripada semua pihak dan kalau, kalau saya boleh memberikan satu salinan sebab saya percaya salinan digital di dalam laman web Invest Selangor kita telah pun membekalkan pelan tindakan ini di mana ianya meliputi semua aspek dalam pembangunan bio-teknologi ini termasuk juga inisiatif-inisiatif yang dicadangkan itu adalah bagi saya agak lengkap untuk kita melaksanakan yang dalam sepuluh tahun akan datang nanti.
Timbalan... Tuan Speaker.
Haa Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak sikit sahaja soalannya berkenaan dengan apa yang Dato’ sebut ini. Yang EXCO sebut tadi sebagai bio-ekonomi dengan apa yang sekarang ini dikatakan smart ekonomi. Adakah persamaannya, ataupun dia sub kepada satu atau yang lain.
Bio-teknologi adalah satu bidang yang memerlukan kepakaran dan ia merupakan dia juga dapat menjadi kayu pengukur kepada kemajuan dalam sains dan teknologi dan ini adalah juga dalam berbanding digital ekonomi. Dia merupakan ekonomi masa hadapan yang perlu kita majukan oleh itu sudah tentu perangkaan dasar dan juga pelan tindakan ini mengambil kira apakah yang akan berlaku pada masa akan depan. Oleh itu dia sudah tentu selari dengan Smart Ekonomi yang telah pun kita cadangkan ini kerana dalam biotech ini dia akan melibatkan isu-isu seperti alam sekitar bagaimana kita dapat menghasilkan produk yang selari dengan aspirasi kita mewujudkan satu masyarakat yang lestari yang smart. Saya rasa itu adalah selari dan tidak ada percanggahan. Terima kasih.
Permatang
Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya nombor 5.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 5. Program Saring SelangorQuestions
5. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan jenis-jenis penyakit yang telah dikenalpasti dalam program Saring Selangor setakat ini ?
b)
Apakah langkah susulan yang diberikan kepada peserta program Saring Selangor selepas menerima keputusan pemeriksaan kesihatan?
Terima kasih Speaker. Saya mohon izin untuk menjawab bagi pihak Yang Berhormat YB Dr. Mariah kerana beliau masih lagi uzur dan perlu mendapatkan rawatan. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, soalan ini saya akan jawab bersekali dengan soalan 42 Bukit Lanjan atau 42 a) secara specific Bukit Lanjan dan soalan 307 daripada Rawang iaitu 307 (a) dan 307 (b) kerana solannya masih lagi bersekitar tentang Selangor Saring. Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sebagaimana yang saya sedia maklum pemeriksaan kesihatan boleh membantu mengesan penyakit tertentu pada peringkat yang lebih awal dan semakin banyak kajian menunjukkan bahawa manafaat awal kesihatan dapat diperoleh apabila sesuatu individu itu dapat mengenal pasti dan mengetahui status kesihatan mereka supaya mereka mendapatkan rawatan-rawatan awal sebelum sesuatu penyakit-penyakit itu terutamanya bagi penyakit tidak berjangkit merebak ke tahap-tahap yang lebih kritikal.
Sudah pasti dengan Program Saring Sihat Selangor ini, ia akan cuba melengkapkan keseluruhan program polisi kesihatan negeri yang mana sebelum ini programnya hanya menumpu ataupun sedikit sebanyak membantu untuk mereka merawat kesihatan. Kita ada program seperti Peduli Sihat, saringan ataupun bantuan kritikal seperti jantung dan sebagainya yang masih kita teruskan pada ketika ini. Namun pada waktu-waktu tertentu dan pada masa yang terbaik adalah kita mengenal pasti supaya di kalangan warga negeri Selangor dapat mengenal pasti status kesihatan mereka daripada awal. Justeru tidak perlu memerlukan kos yang tinggi sama ada melalui bantuan dana kerajaan ataupun individu ataupun melalui dana sendiri di kalangan rakyat negeri Selangor untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Justeru ini akan dapat
memastikan kualiti kesihatan di kalangan masyarakat di negeri Selangor dapat dijamin dan dapat dipertingkatkan daripada masa semasa.
Yang Berhormat sekalian, untuk makluman sekalian bahawa kita dapat beberapa saringan yang kita laksanakan. Saringan pertama ialah saringan yang tidak berjangkit seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang melalui saringan ujian darah dan ujian air kencing. Ada 4 saringan kanser yang akan dilakukan iaitu kanser payudara, kanser serviks, kanser kolorektal dan juga kanser prostat. Sebelum ini pada tahun-tahun sebelum ini kita menumpu 2 kanser iaitu prostat dan payudara dan ada sebahagian serviks tapi pada kai ini kita menambah dengan kanser kolorektal. Yang ketiga saringan mata seperti rabun, glaucoma dan retina. Ini tambahan baru kerana kita dapati penyakit yang melibatkan kesihatan mata juga begitu bertambah di negeri Selangor.
Ahli Yang Berhormat sekalian sehingga semalam, kita telah mendapat kurang 8975 saringan dilakukan di 30 buah DUN dan saya mengucapkan terima kasih kepada berapa buah DUN yang tela mencatatkan kehadiran yang ramai di antaranya Pelabuhan Klang dan Pandamaran kedua-duanya lebih kurang 716 saringan dapat dilakukan dan juga saringan yang dilakukan oleh DUN Semenyih sekitar 514 di DUN Balakong 602 saringan dapat dilakukan. Jadi saya ucapkan terima kasih, jadi kita semua menggiatkan lagi lebih ramai rakyat di dalam negeri Selangor. Namun begitu analisa oleh rinci hanya data yang dikumpulkan sehingga 17 Julai, kerana semalam kita belum dapat jawapan sepenuhnya. Daripada 17 Julai itu sebanyak daripada 7422 angkanya telah jejak 8000 tapi 7422 kita dah dapat beberapa data. Daripada 1528 sampel bagi saringan kanser, terdapat 25 sampel ataupun bersamaan 1.6% telah positif berdasarkan saringan awal tersebut. Dan antara kanser yang paling besar dapat dikesan adalah kanser kolorektral mencatatkan positif tertinggi iaitu 5.9% ataupun 1.07 % dan perincian kita boleh berikan selepas ini. Kenapa kolorektral ini dimasukkan? Kerana kita dapati bahawa kanser kolorektral ini jenis kanser baru yang sangat aktif dan banyak menjangkiti kaum lelaki terutamanya. Bagi wanita serviks dan juga payudara merupakan 2 barah yang masih awal menyerang selain daripada prostat di kalangan lelaki.
Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk jawapan (b) saya ingin menjawab soalan ini bersekali dengan nombor 5 Permatang. Dan soalan Permatang lah dalam memastikan kelancaran pesakit mendapatkan rawatan susulan selepas menjalani proses saringan kanser Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan beberapa buah hospital panel di bawah program ini. Justeru pesakit yang telah dikenal pasti positif pada peringkat saringan awal yang telah dilakukan akan dirujuk di Hospital panel untuk mendapatkan prosedur lanjut rawatan susulan daripada pakar perubatan sehingga peringkat mengesan akhir penyakit secara percuma. Manakala bagi saringan penyakit tidak berjangkit, pesakit akan mendapat keputusan abnormal akan dirujuk ke Klinik Selcare bagi sesi konsultasi yang akan diberikan secara percuma. Langkah susulan dalam bentuk carta alir bagi setiap pesakit disaringkan akan
dikemukakan kepada seluruh Ahli Yang Berhormat sebelum sidang ini berakhir. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang.
Terima kasih Dato’ Menteri Besar. Ada 2 isu timbul daripada apa yang dihuraikan tadi. Pertamanya adalah dari segi saya lihat sebagai khidmat kasih sayang. Khidmat kasih sayang daripada ADUN kepada yang disaring, apa jua aktiviti itu dan kesan daripada sebenarnya boleh dijadikan sebagai terjemahan daripada apa ini ganjaran ataupun claim. Dari peruntukan itu dia menyatakan RM1500 dari 5 program yang dihadiri oleh hadiri oleh ADUN. Saya rasa kalau boleh dijadikan itu sebagai, saya percaya ramai ADUN tidak claim dan tidak ambil manfaat fasal isu-isu ini. Saya mencadangkan agar nama pakejnya, seperti apa ini kasih sayang. Elaun kasih sayang untuk claim RM 1500 dan di samping itu juga dalam konteks saya ini, kos yang tinggi perkahwinan ada claim perkahwinan boleh kita claim supaya RM 1500 atau RM 2000. Saya mencadangkan 2 program ini di standard kan sebagai satu boleh dimaktubkan sebagai pemberian tetap kerajaan kepada ADUN. Terima kasih.
Terima kasih Hulu Kelang, Insya-Allah. Hulu Kelang juga mencatatkan jumlah yang ramai sebayak 514 selain Meru dan juga Sementa yang mencatatkan lebih 722. Terima kasih. Untuk jawapan itu saya rasa Speaker akan mengkaji dalam keutamaan atau keistimewaan Ahli-Ahli Dewan yang boleh kita detail kan di dalam keistimewaan serta apa-apa kelebihan yang harus dimiliki oleh Ahli-Ahli Dewan sesuai dengan keadaan semasa. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sijangkang.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya, pertama saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dalam program saringan yang dijalankan. Cuma saya mendapat respons daripada rakyat apabila saring berkaitan dengan pap smear terutamanya dibuat di premis-premis yang bukan di klinik, dia mengurangkan confident kepada pesakit, kepada rakyat untuk membuat pemeriksaan ini. Dan saya kira mungkin di klinik dia lebih privacy. Apakah mungkin Kerajaan Negeri akan melihat bahawa program-program ini yang seperti ini memerlukan privacy akan dijalankan di klinik Selcare ataupun yang lebih bersifat memberikan confident kepada rakyat? Daripada sudut pemeriksaan saringan kanser pangkal rahim ini saya dimaklumkan pemeriksaan yang berasaskan HPV (Human papilloma virus) menentukan sama ada kanser atau pun tidak, saya kira tidak begitu
tepat kerana walaupun mungkin akan menjadikan salah satu punca kepada kanser tetapi saya ini persepsi ini harus diperbetulkan.
Terima kasih Yang Berhormat, Insya-Allah dalam beberapa siri jelajah kita, sebagai contoh di Kuala Selangor dan juga di tempat-tempat lain sememangnya pihak Selcare telah menggunakan dewan mereka sendiri ataupun kanopi atau khemah mereka sendiri yang turut disediakan khemah yang cukup privacy untuk satu ujian pap smear atau serviks kanser. Justeru saya percaya walaupun ia dilakukan di tempat yang bukan klinikal secara sepenuhnya di klinik atau sebagainya tetapi ia masih lagi menjamin kesulitan ataupun bukan kesulitan yang kata privacy terhadap pesakit-pesakit yang dapat rawatan terutamanya di kalangan wanita yang terbabit. Mungkin kalau daripada luar memang rasa bimbang tapi bila masuk ke dalam tempat rawatan itu, dia akan nampak lebih baik. Macam di Kuala Selangor sebagai contoh kita anjurkan jelajah itu dan juga program itu bersama di dalam dewan tertutup atau pun dalam stadium tertutup dan dalam stadium tertutup itu memang khas untuk rawatan sahaja atau program saringan sahaja. Mengenai detail kaedah yang digunakan mengenal kanser pangkal rahim tadi saya akan rujuk kembali pada pakarnya untuk mendapat kepastian. Namun begitu saringan-saringan awal ini memberikan gambaran, gambaran potensi dan sebagainya sebab itu dalam carta alir yang saya sebut tadi akhirnya perlu dapatkan sekali lagi pengesahan yang sah dengan panel hospital kita supaya panel itu akan memberikan jaminan dan betul-betul pandangan bahawa dia individu-individu tertentu itu telah menerima ataupun dijangkiti bukan dijangkiti telah mengidap penyakit-penyakit yang tidak berjangkit terutamanya kanser pangkal rahim dan beberapa yang kerap kali membunuh. So, maknanya di sana adalah capaian awal potensi dan juga cerapan awal dan cerapan mutakhir akan disahkan oleh pihak hospital panel yang telah kita gariskan. Terima kasih Yang Berhormat.
Ijok.
Terima kasih Tuan Speaker. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor tapi saya nak tanya siapa consultant atau pakar dari negeri Selangor yang menasihatkan tentang kanser pangkal rahim? Sebab maklumat yang telah diwar-warkan tentang HPV swab itu tak betul. Sebab saya maklumat dia kata HPV itu positif kena buat saringan ataupun pemeriksaan susulan. Tetapi yang tepat sekali sebagai pakar kanser rahim first line is pap smear. Saya dah banyak kali tiap-tiap tahun buat kem kesihatan, boleh kalau kita membuat kesedaran pada masyarakat, saya pernah buat pap smear screen di Ijok dan juga saya nak komenlah tahap level of saringan masa first time buat dekat Ijok saya tidak tahu tempat lain. Saya ingat tahap negeri saringan kesihatan ini amat rendah sorry to say sebab banyak itu pada permulaan Kerajaan Negeri buat dekat Ijok tetapi siapalah, siapa consultant yang telah memberi nasihat tentang saringan kesihatan ini tahap negeri, kita kena have sentient level of competency and effusion. Sekian.
Saya tidak boleh ulas bila pakar merujuk. Dia kalau tengok buat urusan semua berduit, maknanya dia bayar. Ahli Yang berhormat sekalian tak apa, saya akan panjangkan hal ini terutamanya daripada aspek kejituan ataupun kaedah penggunaan ujian terhadap serviks kanser ini atau kanser pangkal rahim ini kerana saya faham masing-masing mempunyai pandangan dan juga teknologi serta kaedah yang tersendiri sebagaimana yang dibangkitkan oleh Sijangkang sebentar tadi. Jadi saya akan panjangkan, saya maklumkan nanti boleh maklum dalam Dewan, apa naik taraf apa peningkatan kaedah yang telah digunakan pun selepas kali pertama kita buat di Ijok pada awal bulan Mei yang lepas. Details nya saya perlu dapatkan nanti saya kana maklumkan secara bertulis. Terima kasih.
Rawang.
Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan saya ialah sekiranya keputusan pemeriksaan kesihatan itu adalah positif, so siapa yang akan menanggung kos rawatan tersebut dan bagaimana kalau yang rakyat pesakit itu tidak dapat menanggung kos rawatan?
Terima kasih sudah pasti ia adalah sebagai langkah awal kerana semakin kritikal sakit itu atau pun stage tertentu dia dapat semakin tinggi kosnya. Sebab itu program saringan ini dilakukan supaya stage-stage awal dikenal pasti oleh rakyat dan mereka yang melakukan saringan. Selepas saringan dikenal pasti, sudah pasti kerajaan negeri ada beberapa program seperti rawatan sakit kritikal, rawatan jantung dan juga beberapa yang lain. Ini adalah untuk membantu mereka yang kurang layak dan mungkin pihak Ahli Dewan Negeri boleh mencadangkan kepada pihak EXCO terutamanya untuk mencadangkan atau memang ada untuk rawatan untuk kritikal seperti jantung. Jantung sekarang kita bukan sahaja bekerjasama dengan IJN kita turut bekerjasama dengan hospital lain sebagai contoh, saya baru balik daripada hospital UiTM baru-baru ini, ketika dirasmikan pihak hospital menyatakan bahawa ada beberapa kes yang kritikal yang telah dibantu oleh pihak Kerajaan Negeri. Kalau dulu kita membantu sepenuhnya, tetapi kali ini kita mungkin membantu sebahagian kerana ini ingin melihat lebih ramai pihak, ada sebahagian dari peringkat awal rawatan jantung kita bantu hampir 100% tapi kita menyediakan bantuan maksimum 50 hingga 70 % lebih kurang. Tapi dalam keadaan tertentu ada sebahagian rawatan jantung itu kita bantu lebih daripada ataupun sampai ke tahap 100% mengikut kepada kemampuan.
Jadi sebahagian besarnya akan ditanggung oleh pesakit sendiri kerana dia dapat mengenal pasti lebih awal dan kalau ada mereka memerlukan bantuan kita memang ada dana untuk rawatan kritikal ataupun sakit kritikal termasuk jantung, buah pinggang dan sebagainya. Terima kasih Rawang.
Kampung Tunku
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya nombor 6.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 6. Rancangan Menyelesaikan Isu Kekurangan AyamQuestions
6. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan status Program Intervensi Harga Makanan Ehsan dan rancangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk menyelesaikan isu kekurangan ayam.
b)
Nyatakan status projek tanaman bijirin di Negeri Sembilan dan Kuala Langat yang dimeterai dengan kerajaan Negeri Sembilan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat Kampung Tunku bertanyakan soalan berhubung dengan isu kekurangan ayam yang melibatkan program di bawah PKPS, Intervensi harga makanan. Untuk makluman Yang Berhormat Kampung Tunku, Program Intervensi Harga Makanan Ehsan ataupun kita panggil jualan Program Jualan Prihatin Rakyat telah dilancarkan pada Februari 2022 sebagai usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan akses makanan segar pada harga berpatutan terutamanya ayam mencukupi kepada rakyat Selangor ketika berlakunya kemelut kenaikan harga ayam dan juga kekurangan bekalan ayam terutama menjelang musim perayaan.
Program ini juga berhasrat, bertujuan untuk mengawal harga makanan seperti ayam dan telur dengan menggunakan konsep subsidi, iaitu intervensi harga, dan juga dalam masa yang sama juga pengurangan sewa dan bantuan logistik kepada rantaian bekalan yang strategik. Aktiviti utama yang telah dijalankan sempena program intervensi ini adalah Karnival Jualan Prihatin Rakyat yang kita laksanakan di musim perayaan yang memberi manfaat lebih 80,000 penduduk di Negeri Selangor. Menerusi program ini, pelbagai barangan segar selain daripada ayam, kita juga tambahkan dengan telur ayam, ikan sejuk beku, daging pejal segar dan juga minyak masak yang telah dibawa ke 60 lokasi jualan di seluruh negeri. Bagi penyelesaian isu kekurangan ayam pula ini untuk jangkap panjang dan jangka sederhana, pihak PKPS sedang merancang untuk melaksanakan membangunkan sebuah lagi projek ternakan ayam daging iaitu di Hulu Bernam, Hulu Selangor yang
dijangka dapat menambah pengeluaran ayam daging sebanyak 300,000 ekor setiap kitaran. Ini menjadikan jumlah pengeluaran ladang ayam PKPS kepada 800,000 ekor ayam setiap kitaran berbanding sebelum ini iaitu 500,000 ekor. Untuk rekod, satu kitaran tuaian adalah selama 35 hari dan dalam setahun kita mampu menuai sebanyak 6 kali pusingan.dalam masa yang sama juga kita sedar tentang keperluan untuk penyediaan makanan ayam yang telah meningkat dengan harga yang begitu tinggi. Kalau jagung bijirin ini ataupun ada yang panggil jagung bijian, kalau sebelum pandemik RM1000 satu tan kini harganya ialah RM2600 satu tan. Oleh itu, usaha telah dibuat sedikit sumbangan daripada Kerajaan Negeri. Melalui PKPS untuk membuatkan usaha bagi penanaman jagung bijirin ini. Itu yang sedang dilaksanakan ialah 300 ekar di Kuala Langat Selatan dan 400 ekar di Negeri Sembilan, dengan kerjasama dengan kerajaan Negeri Sembilan. Dan dijangka prosesnya sedang berlangsung dan dijangka proses kerja-kerja awal sedang berlangsung dan akan mula dilaksanakan pada akhir tahun ini. Dan biasanya untuk jagung bijirin ini memerlukan lebih kurang empat bulan ke lima bulan untuk dituai. Sekian. Terima kasih.
Sabak.
Soalan saya nombor 7.
Pertanyaan-Pertanyaan Lisan — 7. Pembangunan BolasepakQuestions
7. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi memulihkan reputasi pasukan bolasepak Liga Super Selangor FC yang merudum sejak akhir-akhir ini ?
b)
Tiadakah cadangan untuk mengadakan liga diperingkat daerah bagi mencungkil bakat-bakat baru?
c)
Berapakah jumlah Akedemi Bolasepak di Selangor?
Yang Berhormat Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat semua saya menjawab soalan daripada Sabak berkaitan Pembangunan Bola Sepak dan saya mohon untuk menjawab berserta soalan 85 daripada Sungai Ramal yang juga berkaitan dengan sukan bola sepak. a) Di antara, perkara Langkah-langkah jangka masa pendek yang dibuat oleh pengurusan adalah :-
i. Memberi tumpuan kepada jati diri pemain tersebut. Iaitu dengan meningkatkan keyakinan dan kekuatan diri para pemain muda Selangor. Memberi motivasi secara individu dan khususnya ia dapat membantu para pemain muda untuk bangkit apabila menghadapi sebarang cabaran dan dugaan semasa bermain di atas padang.
ii. Langkah kedua adalah mengambil lebih ramai pemain kebangsaan yang sedang beraksi bersama pasukan Harimau Malaya pada tahun ini. Kemasukan 3 hingga 4 pemain kebangsaan Malaysia ini dapat memberi impak yang positif dalam memperoleh kemenangan yang lebih konsisten disamping dapat membimbing pemain-pemain muda Selangor untuk menjadi lebih matang dan yakin apabila bermain kelak.
Bagi soalan apakah jangka masa panjang kelab bola sepak Selangor fokusnya adalah: i. Meneruskan permohonan-permohonan pemain muda yang berkualiti dan berkelas antarabangsa untuk diserapkan ke dalam pasukan utama Kelab Bola Sepak Selangor. Sebagai maklumat tahun 2022, seramai 11 pemain Selangor telah dipanggil untuk mewakili pasukan bawah-23 tahun Malaysia ke Kejohanan Sukan SEA dan Piala Asia. Kesemua pemain yang terlibat ini adalah dalam pasukan bawah-19 dan bawah-23 tahun ini mereka ini mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama pasukan Selangor dan diharapkan dapat membangunkan mereka untuk berterusan dan memberi manfaat kepada pasukan Utama Selangor dalam tempoh 2 hingga 3 tahun yang akan datang.
ii. Selain daripada itu, Kelab Bola Sepak Selangor juga akan terus bekerjasama dengan Persatuan Bolasepak Selangor ataupun (FAS) dan akademi-akademi bola sepak elit di bawah anjuran kerajaan dan swasta dalam mencari dan menyerap bakat-bakat baru melalui penganjuran pertandingan bola sepak di perbagai peringkat. Di peringkat kebangsaan, liga-liga bola sepak peringkat negeri Selangor dan perlawanan-perlawanan pemilihan bola sepak yang berlangsung sepanjang tahun.
Bagi menjawab soalan kedua:
a) Bermula 2020, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah memberi fokus sepenuhnya kepada pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi di seluruh Selangor. Namun penularan pandemik telah merencatkan sedikit program-program pembangunan bolasepak di Selangor. Pada tahun 2021, dengan kebenaran yang telah diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan sukan-sukan berkumpulan bermula semula bagi menggerakkan semula liga negeri dan meneruskan usaha pencarian bakat dari seluruh Selangor. Pelaksanaan Liga Negeri FAS telah melibatkan sebanyak 96 pasukan yang melibatkan seramai 380 pemain muda berusia antara 16 tahun sehingga 21 tahun yang terbaik dari seluruh Selangor. Lebih dari 50 pemain muda yang berasal dari Liga Negeri FAS telah pun menerima tawaran kontrak untuk bermain di Liga Super Malaysia, Liga Perdana Malaysia dan Liga M3 Malaysia. Pada Ogos 2022, FAS meneruskan proses pencarian bakat dengan melancarkan semula FAS Junior League 2022, ianya merupakan medan pencarian bakat yang menerima penyertaan akademi-akademi yang terbaik dari Selangor dan kelab-kelab gabungan FAS. Sebanyak 5 kategori yang akan dipertandingkan; kategori bawah 8 tahun, bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun. Sebanyak 100 kelab dan akademi akan bertanding di dalam kejohanan ini yang mengumpulkan 2,000 pemain yang berbakat dari seluruh Negeri Selangor. Pada Oktober 2022, FAS bakal melancarkan FAS District League buat pertama kali di bawah kepimpinan DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor. FAS District League bakal mengembangkan proses pencarian bakat ke seluruh daerah di Selangor. Kategori yang bakal dipertandingkan adalah kategori bawah 12 tahun dan bawah 19 tahun. Sebanyak 200 kelab dan 4,000 peserta yang bakal bertanding di dalam liga ini. FAS Junior League dan FAS District League bakal menyalurkan bakat-bakat yang terpendam ke Pusat Latihan Daerah di Selangor, Sekolah Sukan Negeri Selangor, Kelab-kelab elit peringkat Negeri Selangor, Akademi Selangor FC dan juga kelab-kelab profesional di seluruh negara. b) Sebanyak 70 akademi bolasepak yang telah berdaftar di dalam sistem Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang berada di seluruh Negeri Selangor. FAS menjangkakan lebih dari 150 akademi yang aktif bergerak di dalam Selangor jika diambil kira akademi-akademi yang tidak berdaftar secara rasmi berdasarkan pemantauan daripada FAS.
Menjawab soalan daripada Sungai Ramal, syabas pasukan bola sepak layak ke Piala Asia. Ya memang kita banga kerana kita telah 11 pemain yang mewakili dalam Piala Asia 2023. Sasaran Kelab Bola Sepak Selangor pada masa ini adalah mengambil pemain muda yang berbakat tinggi dan pembangunan-pembangunan pemain seperti ini supaya dapat mewakili pasukan Kebangsaan Harimau Malaya dalam tempoh 2 hingga 3 tahun yang akan datang. Melalui pengurusan kontrak yang lebih bersifat jangka panjang generasi pemain muda Selangor dapat diharapkan dapat mengantikan pemain-pemain Kebangsaan yang lebih berusia pada satu hari nanti. Kemantangan pemain muda ini akan menjadi titik permulaan bagi pasukan Selangor memberi cabaran yang lebih sengit kepada pasukan-pasukan pencabar yang lain dalam Selangor mencapai kejuaraan Liga Super Piala FA dan Piala Malaysia.
Meru.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat EXCO. Kita difahamkan sekarang Liga Malaysia boleh 9 orang pemain import. Jadi ini memberi ancaman kepada pemain-pemain tempatan. Jadi apa usaha Kerajaan Negeri untuk pastikan pemain-pemain tempatan ini ada ruang peluang untuk mereka beraksi. Dan sekarang ini kalau kita tengok pasukan yang kaya, untunglah. Jadi pasukan yang miskin akan jadi mangsa. Soalan yang kedua, saya hendak sentuh dengan status pemain FAS bawah 21 tahun, yang saya dipahamkan sebelum ini kontrak mereka masih lagi terumbang ambing. Jadi bagaimana status mereka.
Betul kita mempunyai 9 pemain import, 4 bermain di Liga Premier dan 5 bermain di Liga Super. Tetapi Yang Berhormat, di antara matlamat mengimport pemain ini adalah supaya mereka dapat berkongsikan skill dan teknik bermain itu sendiri. Di Selangor walaupun kita ada kuota pemain import tetapi Yang Berhormat, kebanyakkan pemain import kita adalah di bawah 21 tahun. Bila mereka ini, di bawah 21 tahun yang pertama gaji adalah lebih murah. Yang kedua mereka boleh menyerapkan diri bersama-sama pemain-pemain tempatan yang lain. Dan yang ketiga, dalam tempoh yang tertentu mereka memiliki nilai komersial value supaya selepas daripada itu Selangor boleh meng-transferkan kalau ada pasukan yang lain yang hendak. Jadi saya tidak rasa bahawa komposesi pemain import ini mengancam kedudukan pemain-pemain tempatan. Tetapi ia lebih memberi cabaran kepada pemain tempatan untuk menyaingi ataupun bersaing bersama-sama pemain import ini. Berkaitan dengan kontrak yang disebut oleh Y.B Meru saya mohon untuk menjawab dalam bertulis sebab saya mesti merujuk detail dalam FAS itu sendiri. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Hulu Kelang
Terima kasih. Soalan saya, tadi EXCO ada menyatakan bahawa bakat yang lebih, kelebihan bakat daripada pemain. Jadi kita hendak tahu kena specific apakah kelebihan bakat? adakah score pakai kaki ke ataupun pakai lutut ke? Kena bagitahu itu semua.
Saya kira tujuan permohonan bola sepak di grass root adalah untuk melahirkan pemain-pemain yang, kadang-kadang bakat yang dimaksudkan, yang kita dimaksudkan adalah mereka ada pemain atau adik-adik kita yang boleh bermain, tetapi tidak ada platform untuk menonjolkan bakat itu sendiri. Jadi dengan sebab itulah saya Kerajaan Negeri berterima kasih kepada FAS yang banyak menganjurkan liga-liga di peringkat grass root untuk mencari bakat-bakat yang ada. Jadi ini antara perkara-perkara, cuma di antara soalan yang dibangkitkan oleh Sungai Ramal adalah bagaimana hendak kembalikan semula kegemilangan Piala Malaysia.
Sebenarnya, untuk makluman Sungai Ramal yang tidak bersama pagi ini, bola sepak Piala Malaysia ini, kalau orang sebut kegemilangan Piala Malaysia sedangkan sekarang ini banyak Piala Malaysia, Piala FA, Liga Super. Ini semua adalah sebutan pasukan-pasukan yang ada.
Betul kita memenangi 33 kali dalam Piala Malaysia barangkali ini adalah benchmark yang kita ada. Sistem bola sepak yang ada dalam negara kita ini, kalau kita bukan pemain ataupun meminati bola sepak sebagaimana Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar yang sangat meminati bola sepak, kita mungkin kurang hendak faham structure yang ada. Kompleksiti yang ada dalam sistem bola sepak. Kita ada Liga Super, kita ada Piala Malaysia, kita ada Piala FA kita ada pelbagai-pelbagai lagi. Kesemua ini adalah menjadi rebutan pasukan-pasukan yang ada dalam negara kita hari ini. Bukan sahaja kegemilangan, kita bukan sahaja hendakkan kegemilangan kembali Piala Malaysia tetapi Piala FA.
Kalau Yang Berhormat- Yang Berhormat semua buka wikipedia tengok Selangor FC, di antara ulasan yang disebut dalam wikipedia itu menyebut Selangor adalah pasukan yang paling berjaya dalam industri bola sepak dalam negara hari ini.
Kita pernah merasai mengecapi semua peringkat dan semua piala, cuba baca di dalam wikipedia ini adalah tulisan saya tidak tahu wikipedia.
Baik Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sila duduk. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan jam 11.30 pagi dengan ini saya menangguhkan sesi pertanyaan untuk urusan seterusnya.
Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor pindaan tahun 2022Bill
Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya. Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor pindaan tahun 2022. Rang Undang-undang ini bernama sesuatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.
Silakan.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya memperincikan mengenai peruntukan-peruntukan Rang Undang-undang ini, izinkan saya memberi gambaran serba sedikit gambaran latar belakang pindaan yang dicadangkan. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum Malaysia telah berhadapan dengan isu wabak pandemik Covid-19 sejak tahun 2020 sehingga kini.
Rentetan daripada masalah tersebut Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) mendapat kekangan untuk menjalankan prosiding mahkamah secara fizikal. Penularan wabak pandemik Covid-19 ini juga menyebabkan prosiding kes di JAKESS tertangguh secara tidak langsung menyebabkan kes tertunggak di Mahkamah Syariah. Pihak JAKESS telah mengambil inisiatif menjalankan prosiding secara dalam talian pada 17 April 2020 bagi mengatasi isu penangguhan kes terutamanya semasa penularan wabak pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun terdapat lakuna di dalam undang-undang sedia ada berhubung dengan kuasa Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosiding melalui teknologi jarak jauh. Pada masa ini Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 tidak memperuntukkan secara langsung, tiada peruntukan secara khusus berhubung dengan kuasa Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosiding termasuklah perbicaraan, sebutan, pengurusan kes, majlis sulh, pentadbiran wakalah dan afidavit melalui teknologi komunikasi jarak jauh.
Oleh yang demikian, JAKESS mencadangkan pindaan dibuat kepada undang-undang sedia ada bagi mewujudkan peruntukan sedia ada bagi memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosiding kes secara teknologi komunikasi jarak jauh. Pihak JAKESS telah mengadakan sesi libat urus melibatkan pengamal undang-undang. Pengurus kes Mal Undang-undang, Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor (KPUUN) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkaitan dengan undang-undang yang berkaitan. Cadangan pindaan Enakmen Tatacara Mal ini juga telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Undang-undang MAIS Bil.2/2021 pada 12 hingga 13 November 2021 bagi tujuan semakan dan pengharmonian dari sudut penggubalan sebelum
dibentangkan di dalam Mesyuarat MAIS untuk kelulusan. Selain itu pihak MAIS juga telah menerima pandangan daripada Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara. Bahawa terdapat keperluan untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang merupakan undang-undang subyektif selain cadangan untuk meminda undang-undang sedituras iaitu Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 bagi mewujudkan peruntukan yang memberikan punca kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan prosiding kes melalui teknologi komunikasi jarak jauh.
Perkara ini juga telah menjadi amalan di Mahkamah Sivil, di mana pendengaran prosiding kes melalui teknologi komunikasi jarak jauh dilaksanakan dengan pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang merupakan undang-undang yang sugestif. Pindaan ini perlu untuk membolehkan pindaan Rang Undang-undang procedural dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 di kuatkuasakan bagi tujuan pendengaran prosiding kes melalui teknologi komunikasi jarak jauh di Mahkamah Sivil.
Selanjutnya, Rang Undang-undang atau RUU Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor pindaan 2022 ini juga telah dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat MAIS Bil.1/2022 yang bersidang pada 25 Januari 2022. Dan Mesyuarat MAIS telah meluluskan Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam tersebut untuk menyembah taklimat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi mendapat perkenan Baginda sebelum ia diwartakan dan dibentangkan dalam Sidang DUN. Susulan keputusan Mesyuarat MAIS tersebut, Rang Undang-udang Enakmen Pentadbiran Agama Islam tersebut telah disembah taklimat dan di perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 7 April 2022 selaras dengan subseksyen 22 (5) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 dan Baginda telah bersetuju untuk turunkan perkenan Baginda agar Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam tersebut dibentangkan dalam persidangan DUN pada kali ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara ringkasnya Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam yang dicadangkan memperoleh 5 peruntukan seperti berikut:
a) Satu seksyen hubung tajuk ringkas dan permulaan tarikh kuat kuasa. b) Satu seksyen pindaan peruntukan sedia ada iaitu seksyen 55. c) Dua seksyen baharu iaitu Seksyen 72 (a) dan 77 (a) d) Satu peruntukan peralihan.
Pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan seperti berikut :
a) Fasal 1: Tajuk ringkas dan peruntukan permulaan tarikh kuat kuasa Enakmen pindaan.
b) Fasal 2: Bagi meminda sub seksyen 55 (1) dan (2) bagi menjelaskan bahawa DYMM Sultan boleh menentukan penubuhan beberapa Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah yang mempunyai Pejabat Pendaftarannya yang utama untuk disiarkan dalam warta.
Pindaan ini juga bertujuan untuk menjelaskan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh menetapkan had bidang kuasa tempatan bagi setiap Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah yang ditubuhkan. Fasal ini juga bagi meminda sub seksyen 55 (3) untuk menjelaskan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh menentukan penubuhan suatu Mahkamah Rayuan Syariah yang mempunyai Pejabat Pendaftarannya yang utama untuk disiarkan dalam warta.
c) Fasal 3: Bagi mewujudkan peruntukan baharu Seksyen 72 (a) bagi mewujudkan peruntukan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosiding kes secara teknologi komunikasi jarak jauh.
Ini adalah bagi memastikan pendengaran prosiding kes melalui teknologi komunikasi jarak jauh diterima oleh Undang-undang sebagai prosiding yang dijalankan dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah Syariah walaupun pihak-pihak dalam prosiding tidak berada secara fizikal di tempat dalam bidang kuasa tempatan Mahkamah Syariah itu.
d) Fasal 4: Bagi mewujudkan seksyen baharu 77 (a) bagi membolehkan Ketua Hakim Syarie mengeluarkan apa-apa arahan yang bersesuaian berhubung dengan Tatacara Pentadbiran Mahkamah Syariah di negeri Selangor termasuklah bagi memperincikan kaedah-kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah Bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi tujuan keseragaman dari sudut pentadbiran dan pengendalian kes secara dengan undang-undang dan hukum syarak selaras dengan undang-undang dan hukum syarak.
e) Fasal 5: Bagi mewujudkan peruntukan peralihan bagi memastikan, pemberitahuan tentang penubuhan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah dan alamat yang dinyatakan sebelum enakmen dan pindaan berkuat kuasa adalah sah dan terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan ataupun digantikan oleh pemberitahuan yang dibuat di bawah Enakmen Pindaan.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, secara perundangannya sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri boleh
dikuatkuasakan boleh di mula secara ke belakang selaras dengan penyelarasan Fasa1 2 (3) perkara 78 Undang-undang Tubuh Negeri yang menjelaskan bahawa dan Perundangan Negeri boleh menangguhkan kuatkuasa mana-mana undang-undang atau membuat undang-undang dengan kuatkuasa secara ke belakang.
Justeru itu, jika Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam ini diluluskan, di perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan di mohor untuk tarikh penguatkuasaan bagi peruntukan-peruntukan seperti mana berikut:
a) Seksyen 55 dan Seksyen 72 (a) hendaklah mula berkuat kuasa secara retrospektif iaitu pada 17 April 2020.
b) Seksyen 77 (a) hendaklah mula berkuat kuasa secara reseptif, tarikh adalah tertakluk kepada kesediaan di bawah, kesediaan pihak di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor perlu ditetapkan secara retrospektif kerana peruntukan ini menjelaskan tentang penetapan had bidang kuasa tempatan. Bagi Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah yang ditubuhkan di mana had bidang kuasa tempatan ini berkait dengan peruntukan Sub Seksyen 77 (2).
Ini kerana peruntukan Seksyen 55, asal tidak menjelaskan hubung had bidang kuasa tempatan bagi Mahkamah Syariah. Justeru itu, tarikh subseksyen 55 ini perlu selaras dengan tarikh kuat kuasa seksyen (72) (a). Tarikh sub seksyen 72 (a) perlu ditetapkan secara retrospektif kerana pendengaran prosiding melalui komunikasi teknologi komunikasi jarak jauh telah mula dilaksanakan dalam prosiding perceraian di Mahkamah Syariah Daerah Sepang pada 17 April 2020. Dan, perkara ini juga telah dimaklumkan, dalam kenyataan media Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor bertarikh 10 Jun 2020. Oleh kerana, Seksyen 72 (a) ini memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh maka tarikh berkuat kuasa ini perlu ditetapkan sebelum atau pada 17 April 2020 bagi memastikan keabsahan tiap prosiding yang telah berjalan melalui teknologi komunikasi jarak jauh mulai 17 April 2020.
Sebelum saya menutup pembentangan Rang Undang-undang ini, izinkan saya menarik perhatian Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian untuk merujuk kepada kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang berperanan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Perkara 78, Bab 1 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang boleh menyebabkan, diperbuatkan, undang-undang bagi maksud mengawal selia hal ehwal agama Islam di mana cadangan pindaan yang telah dibentangkan ini adalah selaras dengan peruntukan bagi bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tersebut.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan.
Silakan Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Kandis di atas pembentangan dan juga penjelasan berkenaan hasrat dan juga tujuan untuk pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor dengan menyahut hasrat dan juga perubahan norma baharu yang telah kita lalui dalam tempoh perintah kawalan tempoh hari, apabila banyak perkara perlu dilaksanakan dan juga dijalankan secara atas talian ataupun menggunakan teknologi maklumat dan juga teknologi yang baru. Secara umum dan secara dasarnya, pindaan ini bertepatan dan juga sangat penting dilaksanakan di peringkat persekutuan ataupun di peringkat federal.
Di peringkat Mahkamah sebenarnya telah pun ada pindaan-pindaan yang khusus berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat sebagai contoh pindaan, dengan izin Rule of Court, Amendment 2020- Embracing Remote Communication Tecnology.
Ada beberapa perundangan ataupun ada beberapa perkara-perkara Rules of Court yang telah pun dipinda untuk disesuaikan dengan Pindaan-pindaan berkaitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat. Kalau kita merujuk kepada Fasal 3 yang dibentangkan sebentar tadi untuk memansuhkan, untuk memasukkan seksyen baru iaitu Seksyen 72A, Enakmen Ibu dipinda dengan memasukkan selepas Seksyen 72, Seksyen yang berikut Mahkamah boleh menjalankan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Dalam perkara ini, pihak kita sebagai pihak legislative ataupun pihak penggubal undang-undang, mestilah memberikan satu tumpuan dan juga definasi yang tepat berkenaan dengan komunikasi jarak jauh. Jika kita menggunakan atau kita adopt definition ataupun takrifan berkenaan dengan remote communication technology dengan izin as define as a live video link, a live television link or any other electronic means of communications. Ini adalah takrifan yang diberikan di dalam Rules itu atau pun dalam Rules 2, Rules of Court. Kalau kita melihat kepada pindaan ataupun kepada cadangan memasukkan takrifan dalam Sub Seksyen 3, dalam Fasal 3 ini Teknologi Komunikasi Jarak Jauh ertinya apa-apa cara komunikasi elektronik termasuk e-mel, aplikasi sidang video atau rangkaian video atau apa-apa saluran digital lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Jadi, di sini ada kelemahan daripada segi penakrifan, kerana tidak dispesifikasikan sama ada teknologi ini digunakan secara live ataupun recorded. Jadi saya cadangkan agar, draf ini dipinda dengan memasukkan teknologi komunikasi jarak jauh ertinya apa-apa cara
komunikasi elektronik secara langsung ataupun secara live termasuk e-mel, aplikasi sidang video atau rangkaian video atau apa-apa saluran digital lain. Supaya ianya tidak memberikan apa-apa pertikaian ketika berlaku prosiding-prosiding di peringkat mahkamah. Kalau ada tiba-tiba pihak peguam ataupun pihak yang bertelagah di mahkamah ingin mengemukakan ataupun ingin meminta supaya sesuatu prosiding itu dibuat secara recorded dan sebagainya tidak timbul isu. Ini kerana ianya melibatkan teknologi itu juga. Jadi perkara-perkara ini mestilah dilihat dengan lebih detail dan juga diperincikan lagi daripada segi penakrifan supaya tidak timbul isu di masa-masa yang akan datang dan perlu pula membuat Pindaan-pindaan lain. Dan mestilah melihat kepada benchmark pindaan-pindaan undang-undang yang telah pun terpakai dalam negara kita. Baik pihak Mahkamah Syariah ataupun Pentadbiran Agama boleh merujuk undang-undang yang ada di peringkat Mahkamah-mahkamah Sivil yang telah pun di pinda. Sebagai contoh Rules of Court tadi, telah ada banyak pindaan-pindaan yang very spesific yang melibatkan penggunaan Teknologi Maklumat. Jadi kalau saya lihat di sini Pindaan-pindaan ini mungkin, sama ada dibuat secara tergesa-gesa ataupun masih lagi belum di buat satu perbincangan meja bulat ataupun libat urus dengan semua practitioner baik di peringkat Hakim-hakim ataupun di peringkat Pengamal Undang-undang Syariah, Badan-badan Akademik dan sebagainya untuk membuat pindaan-pindaan ini dan juga pakar-pakar yang terlibat dengan teknologi.
Yang Berhormat Speaker saya nak mencelah sedikit.
Silakan Yang Berhormat Kapar.
Tadi Yang Berhormat ada menyebutkan berkaitan tidak membuat penelitian. Saya yakin apa yang di bentang ini telah dibuat penelitian dulu dan juga perkara ini dibentangkan untuk memudahkan dan juga untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu sendiri. Dan kita lihat bagaimana fenomena ataupun pandemik Covid telah memberi banyak pengajaran kepada kita. Dan perkara ini amat perlu dan saya yakin dalam tempoh itu mereka sedang mengkaji dan juga mereka memperhalusi perkara ini untuk memastikan perjalanan Mahkamah Syariah akan berjalan lancar dan dalam masa yang sama juga, saya yakin perkara ini dibuat untuk memastikan kes-kes yang tertunggak ataupun kes-kes yang baru dapat di jalankan dengan lebih mudah dan segera dan juga memastikan semua pihak akan mudah dan juga dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Minta penjelasan.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar di atas, oh Yang Berhormat Meru. Sorry, minta maaf. Minta maaf. Yang Berhormat Meru, di atas apa nama ni, penjelasan ataupun pemakluman tadi. Saya bukannya menidakkan, saya seperti ucapan ataupun seperti awal pembukaan kata saya tadi. Kita menyokong supaya perkara ini dilaksanakan selaras dengan
perubahan arus teknologi. Tetapi dalam menyediakan peruntukan undang-undang dan juga mempersiapkan supaya tidak berlaku pertikaian-pertikaian, perkara-perkara ini mesti diperhalusi oleh semua pihak. Saya tidak mengatakan bahawa pihak eksekutif ataupun pihak yang terlibat tidak membuat kajian yang lebih terperinci. Cuma, saya perlukan penjelasan bahawa setiap apa yang kita laksanakan ini mestilah dah dibuat benchmark secara menyeluruh agar tidak ada perselisihan dan juga untuk memastikan dengan izin standardization dalam pelaksanaan ataupun dalam perkara-perkara yang melibatkan keadilan ataupun peringkat mahkamah baik practice ataupun baik amalan di peringkat Mahkamah Sivil ataupun di peringkat Mahkamah Syariah. Ini berkaitan dengan amalan bukan berkaitan dengan bidang kuasa ataupun perkara-perkara yang melibatkan khusus bidang kuasa Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Tetapi ini melibatkan amalan-amalan ataupun practice yang dilaksanakan di peringkat Mahkamah ia mestilah dibuat selaras dan juga standardize di peringkat kedua-dua Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah daripada segi amalannya dan best practice supaya ini boleh melancarkan lagi perjalanan urusan di peringkat Mahkamah. Tiada lah isu backlog dan kes-kes yang tertangguh termasuklah isu-isu yang sama di peringkat Mahkamah Syariah. Apa lagi menggunakan aplikasi-aplikasi teknologi baru ini dan persoalan yang seterusnya juga apabila melibatkan teknologi komunikasi jarak jauh, adakah ianya melibatkan, hanya melibatkan video conference ataupun live conference ataupun live telecast. Adakah ianya melibatkan juga berkenaan dengan apa nama dipanggil, teleconference. Maksudnya kita tidak tengok orang, tidak ada live kedudukan siapa-siapa ataupun melihat secara fizikal hanya melalui suara. Adakah ianya melibatkan itu, sekiranya tak termasuk, kenapa tidak kita menggunakan defination yang telah pun digunakan di peringkat Rules Of Court yang mana menterjemahkan ataupun define remote communication techonolgy sebagai a live video link, a live televison link or any other electronics means of communication.
Jadi perkara-perkara ini mestilah dilihat dan kita ingin memperkasa Mahkamah Syariah dengan penggunaan teknologi. Itu satu perkara dan perkara yang besar yang seterusnya adalah berkenaan dengan prosiding di peringkat Mahkamah-mahkamah Syariah. Yang mana kita tahu, di peringkat Mahkamah Syariah setiap perkara ataupun setiap Enakmen-enakmen ini ada banyak. Enakmen tatacara khususnya Enakmen Tatacara Mal dan juga Enakmen Tatacara-tatacara yang lain yang sudah pasti melibatkan juga penggunaan teknologi ataupun komunikasi jarak jauh ini. Jadi, dalam Tatacara-tatacara tersebut perlu juga dijelaskan keadaan-keadaan tertentu sekiranya sesuatu prosiding itu menggunakan aplikasi teknologi maklumat ataupun menggunakan remote communication technology ini dengan izin. Katalah jika berlaku lag ataupun berlaku gangguan daripada segi talian dan sebagainya, apa yang berlaku pada prosiding tersebut. Adakah prosiding tersebut perlu ditangguhkan atau perlu membuat prosiding baru dan juga perlu ada permohonan-permohonan baru yang difailkan semula dan sebagainya termasuklah melalui pemfailan dan sebagainya. Kerana kita hanya meminda di peraturan ataupun di enakmen pentadbiran secara pentadbiran tetapi Tatacara-tatacara, Enakmen Tatacara yang sedia ada, kita tidak
ada pindaan yang buat bersekali di dalam sidang ini. Sepatutnya bersekali supaya memudahkan supaya perkara-perkara ini dapat dilaksanakan once and for all tidak perlu ada pembentangan yang lain.
Saya ambil maklum juga tentang Pindaan berkaitan dengan Fasal yang seterusnya iaitu Seksyen 77A di Fasal 4 Enakmen Pindaan ini, iaitu berkenaan dengan arahan Ketua Hakim Syarie. Saya faham ini akan digunakan sebagai arahan-arahan amalan yang akan dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie secara spesifik tetapi kita ada Enakmen-enakmen yang berkaitan yang saya percaya dan juga yakin ianya juga perlu dipinda selaras dengan pindaan berkaitan dengan communication technology. Kalau kita lihat di peringkat Mahkamah Sivil, Pindaan-pindaan di peringkat Rules of Court tahun 2012 yang mana pindaannya dibuat adalah tahun 2022 ianya melibatkan menyeluruh semua arahan-arahan dan juga order dan juga Rules berkaitan dengan teknologi maklumat. Jadi semua pun dipinda dan disesuaikan dengan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh ini. Jadi kita tidak mahu buat sesuatu perkara separuh jalan sebab yang lain-lain ini kita tidak pinda sekali. Saya mencadangkan agar perkara-perkara ini juga dilihat dan juga dipinda dan yang paling penting adalah daripada segi penakrifan dan juga definition yang saya katakan tadi. Ianya mestilah dimasukkan dalam definition ini perkara-perkara itu mestilah dimasukkan secara live ataupun secara langsung bukan dengan niat secara recorded. Jadi terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih.
Boleh?
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Yang Berhormat Hulu Kelang.
Bismilahirahmannirahim, terima kasih Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin membahaskan satu isu yang penting dalam konteks pembangunan. Satu amalan baru dalam penguatkuasaan undang-undang terutamanya Mahkamah Syariah semakin hari semakin relevan kedudukannya dalam masyarakat Malaysia. Dahulu orang memandang rendah dengan ringan tentang Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah ini macam kalau pergi macam kelas warga emas la, orang tua. Tak berani, yang boleh tulis jawi. Tapi kemudian, bila kita faham bahawa pembangunan manusia ini memerlukan komunikasi. Apabila komunikasi ini telah dilakukan maka, berlakulah perubahan yang sangat drastik. Dan saya sendiri kagum melihat kehebatan Hakim Mahkamah Syariah yang satu-satunya, berapa masa ya, berapa masa lagi nak cakap? 10 minit?
TUAN TIMBALAN SPEAKER
: Boleh.
Bagi chance lah ya. Okay terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberikan masa yang panjang untuk saya berucap. Jadi, saya nak bahagiakan ucapan saya ini kepada beberapa perkara. Pertamanya
bila kita bercakap tentang, berkaitan dengan perundangan yang menggunakan kemudahan prasarana, jarak jauh ia membuatkan satu sistem yang dahulunya zaman dahulu Information System (MIS). Jadi kemudian hari ini dia kata sebagai satu sistem yang membolehkan integrasi antara amalan politik dan teknologi. Dahulu kalau kita katakan Divison of Power maknanya tiga pembahagian kuasa dalam kerajaan tetapi hari ini ia lebih fokus berkaitan dengan, information technology ataupun empowerment of people dengan izin through technolgy. Dengan ini kita menyatakan bahawa apabila kita bercakap tentang seperation of power tu lebih lagi internal daripada external. Internal itu maknanya structure kekuatan dia. Negeri yang mana berlaku sharing ataupun berkongsi. Negara Malaysia kita ada Local Goverment, State Government, kita ada Federal Goverment. Dah bertahun-tahun kita biarkan amalan membenarkan terlunturnya satu nilai jati diri sebenar pada demokrasi iaitu kita membenarkan structure negara sehingga biokrasi, biokrasi ambil nota tentang apa, democracy is the best from of leadership. Leadership mana-mana mula kata ya daripada leadership pergi kepada apa ini, rasionalistik dan kemudian baru menjadi structured
Structured tu lah kat situ lah adanya birokrasi. Birokrasi tu maknanya adanya biro-biro, jawatan-jawatankuasa yang mana jawatankuasa itu dah undang-undang, peraturan, budaya yang telah dihidupkan oleh charismatic leadership (dengan izin) itu menjadikan dia structured.
Jadi dulu apa ni negara-negara Eropah, Jerman, Poland, England for that matter dan banyak negeri-negeri di Amerika mengamalkan demokrasi nya yang berkaitan dengan Ford Style. Henry Ford ni dia kata (tidak jelas). Ford punya kereta, warna apa orang suka, anything but black mesti hitam. Apa juga kereta Ford, tema dia bukan hitam, tak laku. Itu kerana Ford kata, bila Ford tu dah mati, anak-anak dia, cucu-cucu dia tiada kekuatan. Kekuatannya adalah structured yang diamalkan oleh peraturan organisasi-organisasi. Jadi kita kembali kepada isu nya adalah demokrasi meletakkan satu wadah yang sangat-sangat malang pada kemajuan information.
Jadi dengan itu kita mahu bila kita cakap hari ini kalau kita cakap tentang separation of power is internally restructed, dengan izin dan bila selesai kita mengulas tentang apa yang (tidak jelas) digunakan oleh Peter Drucker dan digunakan oleh apa ni Peter Drucker, Tom Peters, liberation management. Liberation management, tidak ada satu-satu structure, kepimpinan, warisan, peraturan, birokrasi, peraturan yang boleh dijadikan satu standard kecuali dia mesti liberate. The way how management and managers should organize, okay? Boleh faham ya. Saya kena nyatakan kerana cerita ini panjang. Cerita panjang itu, pendek aje betulnya.
Jadi saya nak nyatakan di sini bahawa Government to Government hari ini, dulu kalau kata G-to-G. G-to-G, Government to Government betul. G-to-G now is define, sharing of data all information and the system information between Government Agencies. Nampak? Jadi dulu tak ada. Dulu G-to-G tu kalau saya pergi Korea, saya dulu dihantar oleh Tun M sebab saya lecturer UTM dihantar jadi satu team untuk pandang
ke timur. Saya pergi Jepun. Saya pergi ke Korea, senior lain pergi ke Jepun. Apa yang berlaku Tun M dia negotiate, negotiate dia bijak punya orang, saya jarang nak puji dia. Saya puji dia sebab dia bijak, dia jimatkan duit negara. Pandai jimat.
Dulu Perdana Menteri pandai jimatkan duit negara, sekarang tak tahu apa jadi. Jadi dengan itu, dia sudah jadikan proses G-to-G, G mana yang host, dia yang tanggung kos. Jadi itu sahaja satu, jadi banyak orang tak suka lah program itu sebab tak dapat elaun. Tapi saya pergi bukan kerana elaun tapi saya pergi kerana mission dan saya dapati di sini bahawa the Korean way of mind the thing is very katanya dictatorship. Sebab dalam sejarah Korea daripada Kim Park Hae sampai lah Shan Do Hong sampai lah kemudian ke perempuannya the first women president in Korea, at last got down dalam pemerintahan semuanya rasuah.
Jadi semuanya pada 6, 7 orang Presiden yang perempuan, yang satu, dua, tiga, empat semuanya general tentera. Jadi kita dapati bahawa kalau kita nak cakap fasal demokrasi, Korea is not the way. Kalau nak cakap religion of work, liberation of people punya willingness to take the best adalah Korea. Pada pandangan saya.
Jadi dengan itu, kita tengok ya, saya dapatkan benda ni daripada rakan-rakan saya daripada apa ni team. Team MPAJ, bagi Smart State. Okay. Kita tahu bahawa dalam ucapan MB pun tadi Smart State is platinum matter. It is imminent satu yang mesti berlaku. Okay, it’s the one. Bila kita kata Smart State saya nak kata bahawa Smart State ni dia mesti run parallel dengan how we should organize on the ground. Kita tak mahu, kita cakap Smart State, MB cakap Smart State, lepas tu MPAJ kata Smart State, YDP kata Smart State lepas tu Pengarah dia, Puan apa tu pun cakap begitu kita nak biar cakap dia itu ada sense jadi saya nampak satu perkara perlu ada, bila Selangor start Smart State the next level of the state is local government, MPAJ and for the matter ada 9, 8 lagi, 9 lagi apa ni PBT must be, wajib jadi Smart State to government.
Macam mana nak buat? Buat tu (tidak jelas). We got to understand konsep G-to-G yang moden bukan G-to-G hanya dalam konteks transfer of technology macam mana saya pergi kat Korea kan. Dia mesti G-to-G dalam konteks bagaimana the whole sharing, information, prasarana, budgeting, macam mana local government punya budgeting dan bagaimana dia punya kegunaan sumber mesti come exactly fit. Jadi saya percaya team yang kami interact di MPAJ ini dia buat decision, saya ucapkan terima kasih bagi pihak Hulu Kelang. Mereka membuat keputusan bahawa mereka akan memilih, telah memilih sebahagiannya, akan memilih DUN Hulu Kelang sebagai contoh dan pengoperasian Smart State at local government. Okay. Saya ulang ya. MPAJ akan bersama-sama dengan ADUN Hulu Klang, team PKM menjadikan Hulu Kelang, hah! tengok Hulu Kelang, itu contoh-contoh in the mind, in the heart, in the apprentice of boleh kita panggil Smart State.
Dalam tindakan awal yang hendak dibuat, makna kita tak isu mahkamah semua benda yang berkaitan dengan manusia berkaitan. Bajet dia, dia overlap dia tak payah separate. Satu bajet boleh gunakan untuk tiga, empat function. Masuk dalam tu, kalau boleh diselitkan tentang bagaimana, how to run prasarana untuk information, information sistem dan sebagainya bagi Mahkamah. Mahkamah Syariah ni Mahkamah Sivil dan sebagainya. So itu advantagenya, jadi kita nampak, sekarang ni kita nampak macam ni ya, dia kena ada core. Core dia adalah satu budaya agaknya, dia dah kata Hulu Kelang ni, ADUN dia tiga penggal, tiga penggal kat Hulu Kelang, ceritanya bukan mudah. Orang yang jadi ADUN paling lama di Hulu Kelang sebelum saya adalah Pak Hassan, dua penggal. Sebulan setengah aje, sakit dia tak fungsi.
Lepas tu, lima penggal ni pun, saya pun lepas dua penggal setengah, sakit. (Ketawa). Sakit Parkinson, susah untuk pijak susah untuk Puan Setiausaha untuk jaga, baru dia buat laluan. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Klang, tadi beberapa kali disebut G-to-G. Apa kaitan dengan perbahasan Undang-undang ini? Tentang G-to-G dengan topik yang kita sedang bahaskan.
Okay. Sangat berkaitan. Selagi benda itu, benda itu tidak dijadikan sebagai asas. You don’t feel that your YDP is your peer. MB should think, their government at MPAJ level YDP dia, arahan dia bukan bawah bukan MB, dia bukan MB. Dia bukan relationship MB dengan DO. MB dengan YDP ni adalah is different story. Itu kita kena betulkan pada fahaman kita. Kalau tidak meeting tu macam you can see the meeting, saya tak nak pergi meeting. Saya tidak suka nak pergi meeting apa PBT sebab PBT punya meeting ni dictated. Dictatorial, mana-mana lah, saya tidak tahu MPAJ bagus tapi dia, dia buat sebab maknanya… (tidak jelas). Dato’ Teng pun nak tukar dulu, tidak dapat nak tukar sebab dia dah (tidak jelas). Kita pernah dulu, saya rasa pernah buat satu keputusan untuk, secretariat dekat Sepang, kita buat keputusan ADUN penggal pertama dulu, kita buat keputusan kita nak tukar satu PBT, YDP dengan seorang ADUN dan satu PBT lain menggantikan tempat pada orang yang akan jadi PBT... (tidak jelas) apa Majlis Perbandaran, Bandar raya secepat kilat. Kita pernah mendapat teguran daripada Istana kata jangan ganggu pegawai diplomatik. Benda tu secara psychologically is related. Boleh saya teruskan. Okay.
Dia kata, bazar Melawati. Bazar Melawati is a very big for... (tidak jelas). Masa mula-mula dia diwujudkan saya baru balik daripada UK lepas 5 tahun baru Menteri Besar dilantik. Jadi riuh, jadi ramai orang kemudian mati. Bazar Melawati jadi tempat berhimpunnya kucing-kucing. Bazar kucing. Itu Bazar Melawati ya. Bazar Melawati ini akan dinaikkan taraf dan...
Hulu Kelang, lari tajuk. Hulu Kelang.
Dengar dulu. Kita nak cerita. Tak boleh cerita?
Kita Perbahasan Rang Undang-undang yang spesifik yang kita bincangkan hari ini adalah berkaitan dengan Pindaan Kaedah dan Tatacara untuk mengendalikan Mahkamah Syariah. Jadi spesifik kan Hulu Kelang.
Boleh saya cepatkan ini. Okay kita ada Bazar Melawati tempat ianya core. Center tu dah banyak makan duit Kerajaan Negeri. Grant-grant ya dan kita nak center utama berada di situ sebagai dia punya base untuk data infrastruktur lepas tu dia circle, dia spread out kepada apa benda yang boleh melengkap orang punya style of doing.
Satu adalah library, library ini mesti diwujudkan satu center dekat tempat yang MPAJ dah ada kuasa, dah ada kelebihan dijadikan tempat itu sebagai e-book punya library. E-book punya library ini jangan main-main, orang yang pergi Amazon book ini kagum dengan 3 syarikat yang 1 trillion US Dollar yang punya turnover adalah Amazon. Amazon.com is power. Shopee is simple, tak powerful. So jangan under estimated the power of the book.
Saya jual buku pun ikutkan ada peruntukan daripada Speaker. Jadi kita ada di situ Sri Hartamas dicadangkan jadi MPAJ punya ruang milik tapi dia pentingkan mengerakkan e-books seluruh Hulu Kelang. Lepas tu naik taraf Medan Selera AU2.. (tidak jelas) ada dekat situ yang penting Melawati Mall satu tempat lagi jadi kita Mat Kilau ditayangkan di situ tidak jelas. Jadi this cinema yang bila jadi nak buat itu, saya tak bantah, saya tak bantah. Kita tahu parti-parti Islam bantah. Banyak orang kata apa semuanya bantah, saya tak bantah. Saya sokong kerana kat situ kita boleh, kita boleh educate orang kita boleh menjadikan orang bahawa tempat itu tempat yang paling baik. Okay now you have that dan saya...
Hulu Klang, point terakhir.
Okay. Point terakhir.
Ya.
Okay, point terakhir. Jadi lagi satu yang saya nak buat adalah pasal perpustakaan PPAS. Baru-baru ini PPAS ada mengadakan pertemuan bersama sasterawan negara. Sasterawan negara ini penting kerana dia adalah imej kepada budaya. You nampak benda ini macam mana kita nampak? Contoh we’ll see nampak benda-benda yang boleh merasakan apa yang dia buat itu benda yang kebaikan kepada rakyat.
Okay saya nampak kan kat sini apa yang akan tuan-tuan akan tengok Pusat Bandar Raya Pintar Utama Malawati menerusi kerangka bandar pintar akan melaksanakan beberapa inisiatif bandar pintar di kawasan pentadbiran MPAJ terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri Dun Hulu Kelang bagi kawasan projek perintis.
Hulu Kelang..
Sekejap ya, sedang akan dilaksanakan. Taraf jaringan CCTV akan banyak, orang-orang happy, dekat junction-junction yang baik ada kamera bukan untuk shooting tetapi untuk information. Ada kaunter yang sebelum dia jadi nombor satu, kita tunggu sampai 150. Counting. Tidak boleh. Kita mesti jujur. Jadi dengan itu kita, saya ingin menyatakan memandangkan MPAJ telah memilih DUN Hulu Kelang sebagai projek perintis Bandar Pintar Ampang Jaya, maka pusat kawalan utama atau compound center sedia ada di main MPAJ akan di pindahkan ke Bandar Bazaar Melawati bagi menyediakan ruang dan saya jamin yang lepas ini ada, pada yang boleh di bandar-bandar yang dekat-dekat... di MPS boleh buat, MPKj boleh buat, dua bandar raya besar, PJ boleh buat. You will see the booming of technology savvy people, dengan izin dengan itu berkaitan dengan bagaimana nak jadikan Mahkamah Syariah lebih kemas lebih, it is a matter of (tidak jelas) iaitu saya akan... perkara ini akan berlaku tidak lama dari satu tahun. Terima kasih.
Banting
Banting bangun dahulu.
Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Timbalan Speaker, rakan seperjuangan saya dan juga jiran saya di kawasan Kuala Langat. Saya juga ingin mengambil sedikit kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pindaan Terhadap Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pada Tahun 2022 Ini.
Tidak banyak yang akan dibincangkan tetapi ada dua (2) tiga (3) perkara yang penting yang perlu dibawa kepada perhatian semua.
Pertama sekali saya lihat pindaan ini adalah tepat pada waktunya dan memang perlu dilakukan walaupun sebentar tadi ada sedikit teguran dari Yang Berhormat Sungai Panjang tetapi saya rasa ada baiknya kalau Majlis Agama Islam selaku pengawal pentadbir terhadap Enakmen ini mengambil langkah permulaan untuk melakukan sesuatu yang bagus dan sesuatu yang perlu dilakukan. Sebenarnya tepat pada waktunya. Kita semua maklum sebenarnya Tuan Timbalan Speaker bahawa prinsip bahawa the law must change according to time. Ini adalah satu maxim yang juga diterima pakai dalam pentadbiran Undang-Undang Agama Islam di mana kalau kita lihat bagi mereka yang ada pengetahuan terhadap Perundangan Islam sudah pasti
akan tahu bahawa sumber Undang-Undang Islam itu yang pertama Al-Quran, yang kedua Sunnah dan yang ketiga adalah Ijmak iaitu keputusan-keputusan ataupun pandangan daripada cendekiawan-cendekiawan atau pun ahli-ahli agama yang telah melalui perbincangan dan mencapai satu persetujuan dan mereka menetapkan sesuatu itu adalah undang-udang bagi Undang-Undang Islam maka itu adalah salah satu sumber.
Dan saya lihat pada masa sekarang, susulan dengan peredaran masa ini perlu kita lakukan sesuatu dan ia perlu dilakukan secara retrospective. Saya rasa kalau ia tidak dibenarkan secara retrospective ia akan menimbulkan lebih banyak ketidakadilan sebenarnya terhadap mereka yang telah menjalani prosiding secara online atau secara jarak jauh sejak berlakunya pandemik Covid-19 ini. Dan saya juga ingin mengambil perhatian Dewan bahawa apa yang kita nak bincangkan adalah berkenaan dengan pentadbiran agama iaitu perjalanan mahkamah dan sebagainya.
Banyak perkara yang kita perlu kita lihat supaya tidak berlaku ketidakadilan di situ. Walaupun begitu saya berharap agar Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam termasuk Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah di Selangor ini boleh mengambil iktibar daripada perbahasan yang kita adakan di sini. Ia adalah satu pindaan yang ringkas tetapi rasanya adalah perlu supaya kerajaan dan juga majlis melakukan segala yang mungkin selepas ini untuk berbincang dengan Pemegang-Pemegang Taruh yang terlibat dengan prosiding mahkamah syariah sama ada mahkamah rendah atau mahkamah tinggi. Tidak lain tidak bukan adalah Persatuan Peguam-Peguam Syarie Di Selangor.
Mereka merupakan antara yang frontliner lah dalam perkara ini. Mereka terlibat dalam menghadiri prosiding mewakili anak-anak guam mereka dalam pelbagai isu dan kes yang melibatkan mereka anak-anak guam mereka. Jadi saya rasa pandangan daripada mereka itu adalah sangat penting. Ini sama seperti praktisnya di Mahkamah Sivil di mana Badan Peguam Malaysia pun ada dari semasa ke semasa berbincang dan juga mengadakan dialog dengan pihak kehakiman untuk Memastikan Pentadbiran Undang-Undang Syariah Di Negeri Selangor ini selari dengan peredaran masa dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
Kerajaan dan Majlis Agama Islam dan juga Jabatan Kehakiman perlu memastikan bahawa dari segi, walaupun kita tahu bahawa rang undang-undang ini adalah satu rang undang-undang bersifat housekeeping iaitu meletakkan macam mana kita nak melaksanakan pentadbirannya dengan lebih cekap dan sebagainya tetapi tidak lain tidak bukan ia pasti akan melibatkan kewangan dan adakah Majlis dan juga Jabatan Kehakiman akan memperuntukkan satu jumlah peruntukan yang lebih banyak untuk memastikan segala prosiding yang dilakukan itu adalah selari dengan kehendak semasa dari segi video conferencing, talian internet dan juga pencapaian kelajuan internet dan sebagainya. Kita semua tahu di semua daerah kita ada mahkamah syariah, sama ada syariah rendah atau pun syariah tinggi di semua daerah. Adakah
semua mahkamah di peringkat daerah ini juga dilengkapi dengan kelengkapan yang sama atau pun mereka juga memerlukan sokongan dan juga dokongan dan juga support daripada Jabatan Kehakiman Islam. Jadi saya rasa ini adalah sesuatu yang kita sebenarnya perlu memberi perhatian selepas pindaan ini diluluskan sekiranya diluluskan maka saya rasa kita jangan leka. Saya menyeru kepada jabatan untuk melihat kembali perkara ini dengan lebih teliti dan ini hanya yang pertama Tuan Timbalan Speaker.
Yang kedua, sebenarnya saya juga ingin satu isu yang penting yang melibatkan enakmen ini tetapi tidak dibincangkan iaitu Seksyen 66(A) seksyen yang melibatkan yang telah pun dipinda. Pindaannya diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor pada tahun 2003 iaitu sebelum Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Negeri Selangor. Kalau apa yang saya baca ini adalah benar, dan Seksyen 66 (A) sebenarnya adalah melibatkan semakan kehakiman. Semakan kehakiman yang saya nak baca membenarkan saya bacakan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh demi kepentingan keadilan atas permohonan mana-mana orang memberi kuasa untuk, memberi bidang kuasa untuk memberi kebenaran dan mendengar permohonan semakan kehakiman ke atas kelulusan yang dibuat oleh Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah enakmen ini. Ini adalah isi kandungan Seksyen 66(A) bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah bagi semakan kehakiman.
Sepintas lalu sebenarnya, Seksyen 66(A) ini adalah sangat bagus kerana ia memberi satu remedi kepada mana-mana orang yang terlibat untuk menyemak keputusan Majlis atau pun jawatankuasa-jawatankuasa yang menjalankan fungsi di bawah enakmen ini dengan melalui Mahkamah Tinggi Syariah tetapi kebelakangan ini pada bulan Februari perkara ini telah pun di isytiharkan sebagai tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan.
Pada pendapat saya, kita memerlukan undang-undang untuk membolehkan mana-mana individu yang menganuti agama Islam untuk melaksanakan semakan kehakiman terhadap keputusan-keputusan Majlis dan jawatankuasa. Ini adalah sesuatu spirit atau semangat yang tertakluk di bawah Seksyen 66(A) ini. Tetapi kerana atas sebab-sebab teknikal ia nya telah pun diisytiharkan sebagai tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan dan keputusan ini adalah muktamad. Dan sekiranya seksyen ini telah pun di takrifkan sebagai tidak sah, maka kita dalam bahasa Inggeris kononnya you are left with nothing. There will be no judicial, semakan kehakiman terhadap ataupun kuasa semakan kehakiman ini diberikan kepada orang-orang yang menganuti agama Islam. Jadi saya memohon supaya Majlis Agama Islam supaya untuk tengok semula sama ada mungkin perkara ini boleh dimasukkan ke dalam Enakmen ini dengan cara, melalui cara yang mana ia tidak bercanggah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang di buat pada bulan Februari tahun ini supaya antara sebab-sebab yang tidak dikemukakan adalah kerana Enakmen ini mengandungi frasa “mana-mana orang” dan kita ketahui ini Undang-Undang Syariah di negara ini malahan di Selangor tidak diterima pakai terhadap orang-orang bukan
Islam. Jadi saya rasa pindaan ini adalah, perkara ini perlu kita lihat balik. Bukannya sesuatu yang rumit atau kompleks untuk dibincangkan. Kita boleh masukkan semula kuasa ini atau pun hak ini Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah bagi semakan kehakiman untuk orang-orang Islam Sahaja. Supaya adanya remedi. Remedi di situ untuk mereka atau pun Muslim yang merasakan beliau tidak mendapat layanan adil oleh sesebuah keputusan mahkamah sebuah keputusan Majlis atau pun jawatankuasa mereka mempunyai kuasa untuk mengemukakan semakan kehakiman.
Jadi sekarang judicial review itu tidak ada untuk mereka yang perlu menuntut hak mereka di bawah sistem ini. Jadi saya mohon supaya Enakmen ini kita boleh lihat balik. Saya lihat dah disebutkan jadi memandangkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah baru hanya pada bulan Februari 2022 maka saya lihat masih ada masa lagi. Saya ingat mungkin kali ini akan dimasukkan supaya remedi itu ada tetapi tidak dimasukkan juga jadi saya lihat bolehlah kita lihat semula sama ada ini boleh dilakukan. Kerana kehadiran sangat penting iaitu sesiapa yang merasakan beliau tidak mendapat layanan adil oleh mana-mana keputusan yang dibuat oleh Majlis atau pun jawatankuasa sepatutnya ada hak untuk mengemukakan tuntutan melalui semakan kehakiman di peringkat Mahkamah Syariah. Itu adalah sedikit sebanyak pendapat saya dan saya berharap Majlis Agama Islam bersama-sama dengan MAIS dan JAIS dapat melakukan yang terbaik untuk memastikan prosiding di pentadbiran enakmen agama Islam di Negeri Selangor akan bertambah kemas dan juga cantik. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Untuk memberikan peluang kepada saya untuk turut berbahas berkaitan dengan rang undang-undang yang telah dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang membawa rang undang-undang ini berkaitan dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam untuk pindaan dan juga Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah. Sebelum ini kita pernah mendengar atas inisiatif jabatan kehakiman Syariah Negeri Selangor beberapa inovasi telah dibuat termasuklah Mahkamah Bergerak dan sebagainya.
Saya kira tujuan asalnya adalah untuk menyelesaikan beberapa isu rakyat terutamanya kalau mahkamah bergerak itu kalau disebabkan oleh masalah perhubungan, mobilisasi yang terlibat itu dapat diselesaikan dengan kaedah itu.
Hari ini beberapa pindaan yang saya kira pada asasnya berkaitan juga dengan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh. Yang melibatkan keadaan-keadaan tertentu seperti yang kita terpaksa hadapi pandemik Covid-19 yang berlaku pada negara kita dan juga di dunia ini. Jadi saya tidak mengambil masa yang panjang cuma ada beberapa perkara saya kira nak juga penjelasan daripada Kerajaan Negeri berbanding yang disebutkan tadi pindaan terutamanya pada seksyen baharu 72(A) Enakmen Ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 72 seperti yang
disebutkan. Jadi tadi kalau disebutkan oleh Yang Berhormat EXCO bahawa apabila mendapat kelulusan dari Dewan ini maka kelulusan adalah bersifat retrospective kerana berdasarkan kepada prosiding yang telah berlaku di Sepang sebagai contoh yang disebutkan tadi pada bulan April 2020.
Cuma kalau dapat saya mahukan penjelasan pada ketika itu apakah rujukan kepada punca kuasa yang membenarkan untuk prosiding berlaku melalui komunikasi jarak jauh tersebut dan apakah implikasi kepada prosiding-prosiding yang telah dijalankan sebelum mendapat kelulusan daripada pindaan yang kita lakukan ataupun sekiranya kita dapat kelulusan pada hari ini. Saya juga melihat kalau prosiding yang berlaku itu pada April 2022 telah bermula pada ketika itu pada hari ni sudah hampir 2 tahun, mengambil masa yang mungkin panjang saya kira mungkin disebabkan oleh kajian-kajian yang terpaksa dilakukan dan juga pandangn-pandangan pihak yang mempunyai autoritinya tetapi kita tidak mahu dilihat dan sesuatu mungkin menyebabkan kelewatan yang akhirnya ia juga menjadi satu kelemahan daripada sistem urus tadbir mungkin di pihak Jabatan Kehakiman Syariah mungkin di pihak kerajaan negeri yang seharusnya kita boleh perbaiki pada masa-masa akan datang. Jadi dengan itu saya kira ingin mendapat penjelasan-penjelasan kepada kerajaan negeri.
Yang Berhormat Bandar Utama.....
Terima Kasih Timbalan Speaker kerana memberikan laluan untuk Bandar Utama berbahas. Pertama sekali Bandar Utama ingin mengucapkan tahniah tentang pindaan RUU Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor ini kerana tidak kira sama ada sebelum ini adanya terdapatnya pandemik ataupun tidak Bandar Utama rasakan memang kita patut dan wajar sediakan payung sebelum hujan. Jadi dengan adanya pemindaan ini kita dapat memastikan badan kehakiman syariah sentiasa dapat meningkatkan kemajuan teknologi dan pendengaran dalam talian dan perkara ini semestinya sangat penting dan wajar kerana akan adanya perbagai jenis kemungkinan sekiranya ada saksi dan pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding ini tidak dapat hadir ke mahkamah mereka diberikan jalan alternatif untuk memastikan proses ini masih dapat dijalankan. Jadi bagi Bandar Utama walaupun tadi pernah memang ada dibangkitkan mungkin akan adanya sesetengah kebaikan tapi Bandar Utama rasakan memang wajar untuk kita teruskan dengan pemindaan ini supaya kita dapat pastikan proses pemindaan ini tidak mengambil masa yang terlalu lama. Kerana ini akan menjejaskan sekiranya ada kes-kes di luar sana yang perlukan prosedur seperti ini. Cuma saya ingin meminta penjelasan atau penerangan daripada pihak kerajaan ataupun Yang Berhormat EXCO supaya terangkan kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri yang ada sekiranya ini sebenarnya bukan praktis pertama kalinya ataupun di Mahkamah Sivil telahpun mempunyai pengalaman prosiding seperti ini. Di mana prosiding dijalankan secara atas talian ataupun mengikut komunikasi jarak jauh. Jadi adakah Kerajaan Negeri telah melihat prosiding-prosiding yang telah dijalankan dan mengambil apa itu pengalaman
daripada prosiding-prosiding selain daripada Mahkamah Syariah juga pengalaman daripada Mahkamah Sivil dan sebagainya. Dan juga saya ingin mendapatkan pencerahan daripada pihak Kerajaan Negeri sekiranya pelaksanaan perkara ini dilaksanakan adakah juga kita telah membincangkan serta terperinci tatacara permohonan untuk menjalankan prosiding menggunakan komunikasi jarak jauh ini sebagai contoh adakah kita mempunyai proses untuk membuat permohonan bagi menggunakan prosiding komunikasi jarak jauh dengan sekiranya alasan itu munasabah dan sebagainya bagaimanakah saksi ataupun pihak yang berkaitan dapat memohon untuk menggunakan apa ini, servis ataupun perkhidmatan ini. Dan juga ingin juga saya bangkitkan sekiranya mereka saksi ataupun pihak-pihak lain terlibat memang perlu menggunakan cara menjalankan prosiding menggunakan komunikasi jarak jauh ini tetapi mereka tidak mempunyai peralatan ataupun kemudahan tersebut contohnya daripada pihak warga emas ataupun ibu tunggal yang mungkin mereka perlu ada di rumah dan sebagainya tetapi tidak mempunyai kemudahan. Adakah Kerajaan Negeri juga mengambil langkah proaktif dalam memberikan perkhidmatan tambahan supaya kita dapat memastikan kebajikan warga Selangor lebih terjaga bukan setakat memberikan mereka platform ataupun memberikan mereka saluran bagi menggunakan atau memperuntukkan apa itu pindaan enakmen ini tetapi juga tetapi memberikan mereka peralatan supaya perkara ini dapat memudahkan warga Selangor. Jadi setakat itu sahaja yang ingin saya tanyakan. Akhirnya sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor telah cuba melakukan pindaan secepat mungkin supaya kita dapat mengejar perubahan semasa , sekian terima kasih.
Yang Berhormat Meru.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, pada Yang Berhormat sekalian, saya ucapkan terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan ataupun membincangkan berkaitan dengan Rang Undang-undang, Jabatan Agama Islam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor ini. Yang mana beberapa perkara yang perlu saya bangkitkan untuk perhatian bersama yang mana terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana mengusulkan perkara ini yang amat bertepatan dan juga amat perlu sebenarnya. Banyak pengalaman undang-undang syariah yang ada di negeri Selangor, bukan sahaja negeri Selangor seluruh telah banyak memperkatakan perkara ini untuk diangkat untuk diluluskan tetapi saya bukan nak, saya mengharapkan ini bukan mengambil semangat sebab kes nikah online ataupun perceraian melalui whatsapp dan sebagainya. Yang menggunakan teknologi terkini ha ni kita first dated maklumlah ada beberapa orang politik yang menggunakan teknologi terkini untuk bercerai dan juga bernikah secara online tapi bukan disebabkan tu. Tapi sebab kita nak memperkemas memperbaiki memperkasakan mahkamah syariah itu sendiri. Yang Berhormat saya nak membangkitkan tentang saya menyokong penuh berkaitan dengan cadangan memperkasakan dan juga mahkamah
boleh menjalankan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang mana kita lihat perkembangan atau persituasi dunia yang pada ketika ini amat memerlukan perkara ini sudah pasti kita kena mengikut arus teknologi yang ada untuk memudahkan dan juga melancarkan prosiding-prosiding mahkamah yang sedang berlaku. Dan kita tak nak kes-kes orang kata tertunggak dan sebagainya disebabkan kita tidak menggunakan teknologi yang terkini. Tetapi kalau kita lihat daripada kertas ataupun warta kerajaan yang diedarkan ni dalam muka surat 13 Rang Undang-Undang ini, tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa pun perbelanjaan wang tambahan ya. Jadi kat sini saya ingatkan pihak kerajaan perlu menilai balik apabila kita nak menggunakan teknologi yang terkini sudah pasti ia melibatkan kos yang besar dan sudah pasti kita memerlukan perbelanjaan untuk memastikan apa yang kita nak laksanakan itu bukan hanya berada di atas kertas tetapi benar-benar dapat dilaksanakan. Yang ini yang menjadi masalah. Kita kadang-kadang undang-undang yang kita luluskan atapun akta-akta enakmen-enakmen kita luluskan hanya ada di atas kertas tetapi gagal dilaksanakan sebaiknya sebab kita tidak mempunyai fasiliti dan persediaan yang cukup. Jadi perkara ini bagi saya, kita perlu perhalusi dan juga pertimbangkan untuk Kerajaan Negeri kalau tidak dapat pada tahun ini, memang tahun ini tak dapat lah tapi untuk selepas ini dalam belanjawan akan datang untuk kita memasukkan juga perbelanjaan tambahan ataupun bajet kepada Mahkamah Syariah ini supaya mereka dapat memperkasakan dan merealisasikan apa yang bakal kita luluskan pada hari ni.
Yang Kedua, berkaitan dengan penggunakan teknologi ini juga,
Yang Berhormat Meru, ada sedikit celahan.
Silakan.
Yang Berhormat Sungai Panjang.....
Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Meru. Saya tertarik dengan point ataupun perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Meru berkaitan dengan peruntukan ataupun berkaitan dengan prasarana teknologi itu sendiri. Saya nak tanya Yang Berhormat Meru, kalau Yang Berhormat Meru ada sedikit gambaran berkenaan dengan jumlah ataupun dengan kedudukan bilangan Mahkamah-Mahkamah Syariah sedia ada di Negeri Selangor ini. Berapakah yang tersedia dalam pengetahuan Yang Berhormat Meru yang telah pun bersedia untuk embark ataupun yang telah tersedia dengan izin equip dengan prasarana teknologi maklumat, yang mana boleh pada boleh bila-bila masa mahkamah ini untuk bersidang secara atas talian ataupun secara remote technology ini. Terima kasih Yang Berhormat Meru.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Panjang. Saya tidak dapat nak menjawab soalan itu sebab rekod tidak ada pada saya. Mungkin pihak jabatan, EXCO boleh memberi jawapan nanti kepada Yang Berhormat Sungai Panjang waktu penggulungan ya. Mungkin jawapan itu boleh dapat kepada Yang Berhormat EXCO.
Seterusnya saya nak memperkatakan untuk perhatian semua apabila perkara ini dilaksanakan pelanggan ataupun mereka yang terlibat dengan berurusan teknologi yang baru ini bukan semua pelanggan ataupun mereka yang terlibat mengetahui atau memahami tentang teknologi ini. Khususnya mungkin orang di kampung dan sebagainya mereka ini mungkin kata kurang ilmu mereka dalam bidang teknologi atau teknologi yang terkini ini jadi perlu juga pihak mahkamah mengambil kira ataupun Mahkamah Syariah mengambil tahu perkara ini untuk membuat persiapan supaya mereka ini boleh diberikan hak mereka dan berlaku adil ke atas mereka. Kita bimbang kalau semata-mata kepada teknologi yang digunakan, ada pihak yang mengambil kesempatan atau pada pihak menyamar atau sebagainya menggunakan identiti pelanggan ini untuk memenangkan kes dan sebagainya. Sudah pasti itu akan berlaku ketidakadilan akan menimbulkan masalah yang lain yang perlu kita ambil kira ambil tahu.
Dan seterusnya berkaitan dengan pemantauan dan pemudahcara apabila kita menggunakan teknologi ini. Sudah pasti akan ada wujudnya perkara-perkara baru ataupun masalah-masalah baru yang sebelum ini kita tidak tahu. Biasanya bila dah buat baru kita nampak apa masalah yang berlaku. Jadi dalam masa yang sama saya mencadangkan ada pihak khusus ataupun memantau ataupun menjadi pemudahcara kepada Mahkamah Syariah ini untuk memastikan penggunaan teknologi ini bukan sahaja berlaku dengan baik tetapi tidak menimbulkan masalah yang baru dan dapat diatasi sebelum masalah itu berlaku. Dan seterusnya juga, saya mengucapkan syabas dan tahniah dengan adakah kelulusan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor mengikuti arus masa dan juga dalam masa yang sama kita mengiktiraf dan juga mengangkat kedudukan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor itu sendiri pada tempatnya. Ini satu perkara yang cukup penting dan saya yakin ini berlaku dan dimulakan di negeri Selangor tidak berlaku di negeri-negeri lain. Ini satu perkara yang cukup membanggakan dan juga dalam masa yang sama bila kita menggunakan teknologi secara online sebagainya tadi sudah pasti dia melepasi sempadan negeri dan sempadan negara dan sebagainya. Adakah, pertanyaan saya adakah melibatkan juga kes-kes kalau melibatkan pelanggan itu berada di luar negara. Contohnya berlaku kes penceraian yang perlukan apa nama berhubung dengan ataupun kes harta kes penjagaan anak yang melibatkan pelanggan-pelanggan di luar negara contohnya, adakah ia terikat dengan peraturan kita sebab saya rasa benda tu mungkin tak dibincangkan. Mungkin kita tak terfikir. Mungkin selama ini kita hanya fikir dalam negeri kita sahaja. Tetapi bagaimana macam perbicaraan itu berlaku, macam satu pihak ada di Selangor, di mahkamah ataupun di rumah. Satu pihak lagi di luar negara. Bagaimana kita nak membincangkan perkara ini? Bagaimana kita nak memperhalusi
perkara ini supaya ia boleh diselesaikan. Sebab bagi saya perkara ini perlu difikirkan. Sebab bila menggunakan teknologi ataupun dunia tanpa sempadan ini, dia kita kena memikirkan juga tentang orang kata urusan bila kita melibatkan pelanggan ataupun mereka yang terlibat di luar negeri Selangor ataupun di luar negara itu sendiri.
Sebab perkara-perkara macam ini, kita kena perhalusi juga... untuk pastikan... okey silakan.
Perhalusi itu, berapa halus?
Perhalusi itu bergantung...
Yang Berhormat cakap direct. Kita dapat faham. Cuba ceritakan apa bidang-bidang, apa masalah dia. Berapa halus benda ini.
Okay, berapa halus ya. Macam nak masak tepung, berapa halus. Okay, benda ini, fleksibel, bergantung pada kes yang dibicarakan. Ataupun kes yang dibangkitkan. Sebab, kalau kita lihat, mungkin kalau perkara yang ada, kerjasama, itu lebih mudah. Tetapi kalau melibatkan perkara yang satu pihak tak memberi kerjasama, ini akan menimbulkan masalah-masalah yang lain. Yang mungkin akan menimbulkan juga kekeliruan dan juga menimbulkan tentang berkaitan dengan perlembagaan atau mungkin juga berkaitan pertindihan kuasa dan sebagainya, yang menimbulkan masalah kepada pihak yang nak menguruskan, khususnya, Mahkamah Syariah itu sendiri.
Begitu juga dengan penggunaan bahasa. Dalam teknologi itu sendiri, kalau kita lihat, bahasa apa yang digunakan. Ataupun bahasa rasmi apa yang digunakan, di dalam perbicaraan itu sendiri. Sebab saya sebutkan, tadi, bila kita melibatkan tanpa sempadan ini, teknologi tanpa sempadan, mungkin ada juga kes-kes yang melibatkan yang bukan warga negara kita dan sebagainya. Dan benda ini, bagi saya perlu juga ditekankan. Untuk mungkin dalam masa yang sama, bukan sahaja kita nak memberi pencerahan tetapi juga memperkasakan khususnya, kalau bagi saya, cadangan saya, kita menggunakan bahasa Melayu kita. Untuk memperkasakan bahasa Melayu itu sendiri, bukan sahaja di peringkat Mahkamah Tinggi Sivil, tetapi juga di dalam Mahkamah Syariah itu sendiri.
Dan saya di sini mengambil kesempatan, sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan dan tahniah dengan rang undang-undang yang bakal dibentangkan ini, dan saya sendiri, mengharapkan Rang Undang-undang ini, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor ini, Pindaan 2022, dapat diluluskan dengan diperkasakan seperti mana yang saya bangkitkan sebentar tadi. Sekian terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker. Pertama sekali, Pelabuhan Klang ingin mengucapkan terima kasih, kepada Tuan Speaker kerana memberikan peluang kepada Pelabuhan Klang untuk sama-sama berbahas berkenaan dengan Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, Pindaan 2022.
Pertama sekali, Pelabuhan Klang mengucapkan tahniah kepada Negeri Selangor kerana membawa dan membentangkan Pindaan Rang Undang-undang ini di dalam sidang Dewan kali ini dan InsyaAllah ia bakal diluluskan. Cuma Pelabuhan Klang ingin bertanya dan ada beberapa persoalan, yang memohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO. Berkenaan dengan Fasal 3, bertujuan untuk memasukkan Seksyen baru, Seksyen 72 (a), bagi memperuntukkan kuasa mahkamah yang boleh menjalankan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh daripada mana-mana tempat. Dan tempat di mana sesuatu prosiding secara teknologi komunikasi secara jarak jauh itu dijalankan adalah disifatkan sebagai tempat dalam bidang kuasa tempatan mahkamah itu dan tafsiran teknologi komunikasi jarak jauh dan tempat dimasukkan. Cuma yang saya, yang Pelabuhan Klang ingin bertanya ialah tentang sejauh mana tahap kerahsiaan sesuatu prosiding itu. Sebab sefaham saya lah, apabila kita masuk ke mana-mana mahkamah, kita tak boleh mengambil gambar, kita tidak boleh membuat rakaman tentang sesuatu prosiding yang dijalankan. Dan kalau kita lihat apabila ia dijalankan secara online ataupun teknologi, bermakna ia boleh dirakam. Dan mungkin boleh ditularkan. Ataupun mungkin boleh disebarkan. Saya risau, Yang Berhormat Tuan Speaker, sebab, takut ia disalah gunakan. Khususnya, saya nak juga penjelasan, adakah prosiding teknologi komunikasi jarak jauh ini ataupun secara online ini, ia berdasarkan arahan ataupun melalui permohonan pihak plaintif ataupun defendan. Dan bagaimana ia akan dilaksanakan. Mungkin permohonan daripada pihak plaintif, mungkin. Saya tidak pasti, bagaimana ia akan dilaksanakan, tetapi tidak bersetuju, pihak defendan tidak bersetuju, adakah ia tetap dijalankan secara online.
Dan kita semua maklum, bila melibatkan mahkamah syariah ni, kebanyakan kes-kes yang menjadi perhatian umum, kes-kes penceraian dan kes-kes yang sentiasa menjadi perhatian umum ini adalah melibatkan VIP, melibatkan selebriti-selebriti terkenal. Dan biasanya tuntutan-tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan harta sepencarian. Ia akan dibicarakan. Dan sekiranya, ia dibicarakan secara online, mungkin ada pihak-pihak yang berkepentingan, yang nak mensensasikan sesuatu prosiding itu, nak melakukan akhbar jualan mereka. Dan berjaya mendapat rakaman perbicaraan tersebut. Dan ia tular di media-media sosial. Dan apakah jaminan, apabila perbicaraan secara online ini dibuat, tahap kerahsiaannya, di peringkat tahap yang paling tinggi sekali. Dan ia tidak boleh diceroboh oleh mana-mana pihak. Bahaya, Yang Berhormat, sebab, saya ada pengalamanlah. Ini nikah secara online. ini kawan baik. Tapi itu, bukan saya, bukan saya. Ini nikah secara online. Nikah nombor 2, isteri
pertama tidak tahu. Tetapi sebab nikah secara online itu, adalah yang tidak bertanggungjawab, telah mengedarkan rakaman tersebut kepada isteri nombor satu. Jadi kecoh. Jadi ini bagaimana, kalaulah, rakaman-rakaman yang boleh dibuat semasa prosiding secara online boleh dijalankan, kemudian disebarkan. Dan ia menimbulkan masalah, ataupun prasangka yang tidak baik di kemudian hari. Sekali lagi saya, ingin mohonkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Siapakah yang akan menentukan sesuatu prosiding itu akan dijalankan secara online atau tidak. Samada secara arahan ataupun secara paksaan, ataupun secara permohonan, ataupun secara persetujuan semua pihak. Pelabuhan Klang mohon penjelasan, dan oleh itu Pelabuhan Klang ingin menyokong pembentangan Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan pihak kerajaan jika ingin menggulung dan memberikan penjelasan terhadap apa-apa perkara yang telah ditimbulkan dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, ada 7 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Saya ucap tahniah di atas pandangan, saranan dan juga soalan. Dan perkara-perkara yang dibangkitkan ini pastinya telah mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan, terutamanya Majlis Agama Islam Selangor, yang mengangkat pindaan ini untuk dibahaskan dalam Dewan. Sungai Panjang bertanya berkenaan tafsiran definisi, untuk teknologi komunikasi jarak jauh. Ia sebenarnya telah ada dalam Subseksyen 72(a)(3) dalam Rang Undang-undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, tafsirannya ialah, teknologi komunikasi jarak jauh ertinya, apa-apa cara komunikasi elektronik termasuk e-mel, aplikasi sidang video, atau rangkaian video atau apa-apa saluran digital lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Jadi maknanya, sidang video itu berjalan secara langsung bukan rakaman. Makna sidang berjalan secara live. Dan juga, perkara yang dibangkitkan berkenaan dengan, saya terus kepada Pelabuhan Klang yang membangkitkan tentang kebimbangan kerahsiaan. Tentunya sidang mahkamah yang berjalan ini adalah proses yang memerlukan etika setiap pengamal undang-undang. Sama ada di pihak peguam, ataupun di pihak hakim, ataupun semua pihak yang telah mengangkat sumpah untuk menjaga kerahsiaan. Jadi justeru itu, sama ada dilakukan sidang ini dalam keadaan fizikal ataupun dalam komunikasi jarak jauh, pastinya ia terikat dengan peraturan etika dan perkara-perkara yang telah ada dalam peraturan Mahkamah Syariah.
Jadi maqasid ataupun tujuan pindaan undang-undang kita pada hari ini ialah untuk memberikan kuasa kepada hakim, bagi melaksanakan prosiding mahkamah melalui komunikasi jarak jauh. Dan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang
Berhormat sekalian pastinya telah dibincangkan. Tadi Sungai Panjang membangkitkan tentang, adakah telah diadakan perbincangan ataupun engagement dengan izin dengan pengamal undang-undang. Antara ahli jawatankuasa yang termasuk dalam pindaan ini adalah Persatuan Peguam Muslim, Peguam Syariah, yang menjadi anggota bengkel, yang menjadi penyumbang dalam perbincangan-perbincangan yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Kemudian barulah diangkat ke Mesyuarat Majlis Agama Islam sebelum dirujuk kepada Penasihat Undang-undang Negeri, Penasihat Undang-undang Majlis Agama Islam dan semua pihak yang berkepentingan, telah dirujuk sebelum dibawa ke Sidang DUN. Justeru itu, harapan kami, pihak kerajaan agar, cadangan pindaan ini, mendapat sokongan dan dipersetujui semua Ahli Dewan. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan Dewan ialah bahawa Rang Undang-undang ini hendaklah dibaca kali yang kedua sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang BERSETUJU, sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang TIDAK BESETUJU, sila kata TIDAK.
DIPERSETUJUI.
Bacaan kali yang kedua.
Rang Undang-undang ini bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003.
Tuan Timbalan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang undang-undang ini Fasal demi Fasal.
Tuan Timbalan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1.
Fasal 1, menjadi sebahagian daripada rang undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang BESETUJU, sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang TIDAK BESETUJU, sila kata TIDAK.
DIPERSETUJUI.
Fasal 2.
Fasal 2...
Saya ada isu nak tanya. Di sini dinyatakan Fasal 2 (c), di tempat yang disediakan yang patut, yang mempunyai pejabat yang utama. Jadi isunya adalah, pejabat itu ada tempat, tempatnya adalah rasmi dan dalam itu, kita, tempat saya, environment, kerjasama di antara negeri dengan PBT sangat penting. G-to-G, maknanya adalah itu. Jadi saya nak pastikan senarai ini disediakan dan kita boleh nampakkan bahawa kesan kuat pengaruh orang ramai terhadap keselarasan di antara apa yang telah di luluskan, dinampakkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, apa yang boleh dilaksanakan di bawah ini, secepat mungkin, saya bagi masa setahun lagi. Terima kasih.
Fasal 2, menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang BESETUJU, sila kata YA.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang TIDAK BESETUJU, sila kata TIDAK.
DIPERSETUJUI.
Fasal 3.
Dengan izin, Tuan Timbalan Speaker, Fasal 3.
Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, untuk Fasal 3, memasukkan Seksyen baru 72 (a), saya mencadangkan untuk Fasal 3 (3) bagi maksud Seksyen ini, teknologi komunikasi jarak jauh ertinya apa-apa cara komunikasi elektronik termasuk e-mel, aplikasi sidang video secara langsung dan rangkaian video secara langsung, atau apa-apa saluran digital lain, yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Saya mohon untuk dimasukkan perkataan secara langsung untuk aplikasi sidang video dan juga rangkaian video, seperti mana yang telah pun dijawab oleh Yang Berhormat EXCO tadi, bahawa ini adalah secara langsung. Jadi saya pohon, sekiranya ia dimasukkan di dalam wording Seksyen di Fasal 3. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Jam telah menunjukkan jam, pukul 1.00 tengah hari. Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.
DEWAN DITANGGUHKAN.
(DEWAN DISAMBUNG SEMULA) (TUAN TIMBALAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN)
Dewan bersidang semula. Dewan bersidang semula sebagai Jawatankuasa. Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Kandis untuk memberikan penjelasan terhadap cadangan yang telah diberikan oleh Sungai Panjang.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker yang telah membuka sidang petang dan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah masuk ke dalam Dewan. Ya Hulu Kelang. Berkaitan ya Hulu Kelang. Berkaitan dengan Fasal .
Dipersilakan Hulu Kelang, 1 minit.
Saya ingin Yang Dipertua Timbalan Pengerusi jawatan sebagai Timbalan Pengerusi dan Timbalan YDP. Timbalan Speaker berbeza. Jadi kita kena ikut peraturan, boleh? Nanti kejap, saya tengah bangun.
1 minit.
Setengah minit pun tidak apa, saya nak kata ini ya, dalam apa yang dikatakan Perenggan Ketiga (a), video atau apa-apa saluran digital lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah maka boleh digunakan. Jadi saya ingin mengatakan di sini, difikirkan oleh Mahkamah itu adalah perkataan yang dipilih. Membawa....undang-undang yang cukup mampan, cukup mantap mengatakan dia mudah. Dapat difikirkan oleh Dewan, maknanya oleh sidang Mahkamah satu perkara yang sangat terhormat. You please (dalam bahasa Inggeris), you please bring your matter to the court, its done, terima kasih.
Silakan Sungai Kandis.
Terima kasih Hulu Kelang yang telah memberikan sedikit tambahan maklumat yang berkaitan dengan apa yang kita bincang pada petang ini. Saya ingin memberikan sedikit maklum balas berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Sijangkang berkenaan dengan Punca Kuasa untuk kes yang telah dijalankan pada Sidang yang lepas.
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 memperuntukkan bidang kuasa asal Mahkamah Syariah dan kuasa budi bicara Mahkamah Syariah dalam hal yang melibatkan Tatacara demi memastikan keadilan pada pihak-pihak
dapat dilaksanakan. Enakmen sedia ada juga memperuntukkan kuasa secara umum kepada Hakim Syarie untuk menggunakan budi bicaranya untuk mengguna pakai apa-apa cara yang tidak diperuntukkan melalui Enakmen ini sekiranya ia didapati wajar untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan yang dibangkitkan Bandar Utama berkenaan dengan pindaan-pindaan lain dalam Enakmen Syariah Negeri Selangor memang sekarang ini pihak Majlis Agama Islam Selangor sedang meneliti beberapa perkara yang berkaitan untuk ditambah baik, dipinda, digubal supaya nya ia lebih menepati dengan kehendak semasa dan juga cadangan daripada Meru supaya peruntukan tambahan untuk menyediakan prasarana, menyediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal-hal prosiding ini ditambah baik. Sekarang ini Mahkamah Syariah menyediakan kelengkapan dan keperluan yang mencukupi untuk menjalankan prosiding tetapi sekiranya ada cadangan-cadangan tambahan lain untuk menambah baik, menaik taraf sistem Mahkamah Syariah kita sangat dialu-alukan. Soalan tambahan berkenaan dengan apakah bahasa yang digunakan dalam prosiding tersebut yang ditanyakan oleh Meru pastinya bahasa yang digunakan dalam perbicaraan adalah Bahasa Melayu dan jurubahasa boleh digunakan bagi pihak-pihak yang tidak boleh berbahasa Melayu. Ya. Sekiranya kes, memang sudah berlaku kes yang melibatkan kes luar negara dan sekiranya diperlukan jurubahasa. Jurubahasa akan dipanggil untuk memberikan bantuan. Jawapan tambahan kepada yang dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang, sejauh manakah tahap kerahsiaan semasa prosiding dilakukan. Ya. Perbicaraan di Mahkamah Syariah secara umumnya dilaksanakan secara Mahkamah Terbuka. Iaitu, mana-mana orang sama ada berkaitan dengan kes tersebut atau tidak atau tidak boleh hadir ketika prosiding dijalankan. Tatacara pelaksanaan termasuklah berkaitan isu kerahsiaan akan diterangkan melalui kaedah yang sedang dibangunkan oleh Mahkamah Syariah berkaitan teknologi komunikasi jarak jauh. Pembangunan kaedah ini akan turut mengambil kira pengalaman pelaksanaan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang telah dan sedang dilaksanakan di Mahkamah Sivil.
Soalan berikutnya, adakah teknologi komunikasi jarak jauh ini atas arahan atau atas permohonan plaintif, atau defendan? Sekiranya ada pihak-pihak yang tidak setuju bagaimana ia akan dilaksanakan? Tatacara pelaksanaan termasuklah berkaitan permohonan atau arahan sesuatu prosiding dijalankan melalui kaedah teknologi komunikasi jarak jauh akan dijelaskan melalui kaedah yang sedang dibangunkan oleh Mahkamah Syariah berkaitan perkara ini. Berdasarkan draf yang sedang dibangunkan, arahan bagi pelaksanaan sesuatu prosiding boleh dibuat berdasarkan Usul oleh Hakim Syarie atau pihak-pihak Mahkamah akan membuat. Pihak-pihak berkenaan. Mahkamah akan membuat arahan berkenaan Usul tersebut mengikut keadaan yang sesuai dan difikirkan adil. Bandar Utama bertanyakan tentang adakah pengalaman diambil daripada pelaksanaan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang telah diamalkan di Mahkamah Sivil, betul ya? Jawapannya Ya. Pengalaman dan rujukan telah dibuat kepada pelaksanaan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang telah dan sedang diamalkan di Mahkamah Sivil. Sekiranya diluluskan ada atau tidak Tatacara pelaksanaan. Tatacara bagi
pelaksanaan dan pengendalian prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh sedang dibangunkan oleh Mahkamah Syariah. Sekiranya pihak-pihak tidak mempunyai prasarana bagaimana proses itu akan dilaksanakan? Adakah inisiatif akan disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi pihak-pihak yang tidak mempunyai prasarana? Tatacara bagi perjalanan dan pengendalian prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh sedang dibangunkan oleh Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah akan mengambil kira kesediaan prasarana pihak-pihak sebelum membuat sebarang arahan berkaitan perjalanan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Sekiranya pihak-pihak tidak bersedia dan tidak membuat prasarana yang diperlukan, prosiding boleh dijalankan secara fizikal.
Sijangkang bertanya tentang apakah implikasi terhadap kes-kes yang telah diputuskan melalui teknologi komunikasi jarak jauh sekiranya Rang Undang-undang ini tidak diluluskan? Berdasarkan data yang telah dibekalkan oleh Mahkamah Syariah, sebanyak 1,740 prosiding kes telah dijalankan melalui teknologi komunikasi jarak jauh bermula bulan April tahun 2020 sehingga Julai 2022. Hah! Banyak tu. Bukan satu / dua tapi 1,740 kes telah pun berjalan. Sekiranya Rang Undang-undang ini tidak diluluskan secara Retrospektif ia akan memberi impak negatif di mana prosiding yang telah dijalankan dalam tempoh tersebut boleh dipertikai sebagai tidak sah. Sekian, terima kasih.
Sungai Kandis, soalan kedua Sijangkang bertanya apakah punca kuasa terhadap yang telah, yang kita telah kita laksanakan.
Tadi telah saya kemukakan jawapan di awal, bahawa Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 memperuntukkan bidang kuasa asal Mahkamah. Kuasa asal Mahkamah Syariah dan kuasa budi bicara Mahkamah Syariah dalam hal yang melibatkan Tatacara demi memastikan keadilan pada pihak-pihak dapat dilaksanakan. Ertinya budi bicara Hakim atau Mahkamah untuk membuat keputusan sama ada prosiding ini akan dijalankan atau tidak.
Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Fasal 4.
Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Fasal 5.
Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Tuan Pengerusi saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui di maklumkan kepada Dewan sekarang.
Tuan Pengerusi saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini, sila kata YA.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Rang Undang-undang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor Pindaan 2022Bill
Bacaan Kali Ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor Pindaan 2022. Aturan Urusan Mesyuarat seterusnya Rang Undang-undang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor Pindaan 2022. Rang Undang-undang ini bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, sebelum saya memperincikan mengenai peruntukan-peruntukan Rang Undang-undang ini, izinkan saya memberi gambaran berkenaan serba sedikit gambaran latar belakang pindaan yang dicadangkan. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia telah berhadapan dengan isu wabak pandemik COVID-19 sejak tahun 2020 sehingga kini. Rentetan daripada masalah tersebut, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, JAKESS menghadapi kekangan dalam menjalankan prosiding Mahkamah secara fizikal. Penularan wabak pandemik COVID-19 ini juga menyebabkan prosiding kes di JAKESS tertangguh dan secara tidak langsung menyebabkan kes tertunggak di Mahkamah Syariah. Pihak JAKESS telah mengambil inisiatif menjalankan prosiding secara dalam talian pada 17 April 2020 bagi mengatasi isu penangguhan kes terutamanya semasa penularan wabak pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun terdapat lakuna di dalam Peruntukan Undang-undang sedia ada berhubung dengan kuasa Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosiding melalui teknologi telekomunikasi jarak jauh.
Pada masa ini, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003 tidak memperuntukkan secara khusus berhubung dengan kuasa Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosiding termasuklah perbicaraan, sebutan, pengurusan kes, majlis sulh, pentadbiran wakalah dan affidavit melalui teknologi jarak jauh. Oleh yang demikian, JAKESS mencadangkan pindaan dibuat kepada undang-undang sedia ada bagi mewujudkan peruntukan yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosiding kes secara teknologi komunikasi jarak jauh. Pihak JAKESS telah menganjurkan beberapa sesi libat urus melibatkan pengamal undang-undang, pihak Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor da Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi tujuan penyediaan undang-undang yang berkaitan. Cadangan pindaan Enakmen Tatacara Mal ini juga telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Undang-undang MAIS Bil. 2/2021 pada 21 hingga13 November 2021 bagi tujuan semakan dan pengharmonian dari sudut gubalan sebelum dibentangkan
dalam Mesyuarat MAIS untuk kelulusan. Selain itu, pihak MAIS juga telah menerima pandangan daripada Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara bahawa terdapat keperluan untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang merupakan undang-undang substantif selai cadangan untuk meminda undang-undang yang memberikan punca kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk melaksanakan prosiding kes melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Perkara ini juga adalah sebagaimana amalan di Mahkamah Sivil di mana pendengaran prosiding kes melalui teknologi di komunikasi jarak jauh dilaksanakan dengan pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang merupakan undang-undang substantif. Pindaan ini perlu untuk membolehkan pindaan undang-undang “procedural” dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dikuatkuasakan bagi tujuan pelaksanaan pendengaran prosiding kes melalui teknologi komunikasi jarak jauh di Mahkamah Sivil.
Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2002 ini secara dasarnya telah diluluskan Syariah Bil. 1/2021 yang bersidang pada 15 Disember 2021. Selanjutnya, Rang Undang-Undang Tatacara Mal ini juga telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat MAIS Bil. 1/2022 yang bersidang pada 25 Januari 2022 dan Mesyuarat MAIS telah meluluskan RUU Tatacara Mal tersebut untuk disembah taklimat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi mendapatkan perkenan Baginda sebelum ia diwartakan dan dibentangkan dalam sidang DUN. Susulan keputusan Mesyuarat MAIS tersebut, Rang Undang-Undang Tatacara Mal tersebut telah disembah taklimat dan diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 7 April 2022 selaras dengan subseksyen 22(5) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Baginda bersetuju untuk menurunkan perkenan Baginda agar Rang Undang-Undang Tatacara Mal tersebut dibentangkan dalam persidangan DUN pada kali ini. Yang Berhormat Tua Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara ringkasnya, Rang Undang-undang Tatacara Mal yang dicadangkan melibatkan 24 peruntukan yang berikut:
(a) Pindaan terhadap 16 peruntukan (seksyen 3, 7, 34, 36, 38, 39, 48, 100, 109, 112, 142, 208, 221, 222, 237 dan 247) (b) Kewujudan 6 seksyen baharu (seksyen 7B, 38A, 119A, 121a, 245A dan 247A) dan (c) Pemotongan seksyen 7A sedia ada dan (d) Penggantian seksyen 37 sedia ada.
Pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan sebagaimana berikut:
(a) Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.
(b) Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 3(1) dengan memasukkan tarif “hadir” dan “teknologi komunikasi jarak jauh” dan meminda takrif “Hakim” atau “Hakim Syarie” “Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” dan “Pendaftar” selaras dengan pindaan yang dibuat kepada Enakmen 4/2003. (c) Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 7(1) selaras dengan pindaan yang memasukkan seksyen 7B ke dalam Enakmen 4/2003. (d) Fasal 4 bertujuan untuk memotong seksyen 7A selaras dengan pindaan yang memasukkan seksyen baharu 7B ke dalam Enakmen 4/2003. (e) Fasal 5 bertujuan untuk mengadakan seksyen baharu 7B bagi membolehkan prosiding yang telah dinyatakan tatacara secara khusus dalam undang-undang bertulis lain dijalankan mengikut tatacara yang telah ditetapkan dala undang-undang itu. (f) Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 34 bagi memudahkan proses pelantikan Peguam Syarie tanpa perlu melafazkan wakalah di hadapan Pendaftar dan bagi menjelaskan keperluan setiap wakalah itu difailkan di setiap peringkat Mahkamah agar wakalah tersebut direkodkan dalam setiap fail kes. Fasal ini juga memasukkan subseksyen baharu 34(3) bagi membolehkan seseorang Peguam Syarie yang telah dilantik bagi sesuatu kes, bertindak bagi pihak guamnya dalam suatu prosiding lain yang berkaitan dengan kes terdahulu sehingga kes itu diputuskan secara muktamad oleh mahkamah yang lebih tinggi, tanpa memerlukan wakalah yang baharu melainkan jika kuat kuasa wakalah itu telah tamat menurut seksyen 36, 37, 38 dan 39 Enakmen 4/2003. (g) Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 36 bagi penetapan tempoh dua hari supaya selaras dengan pindaan seksyen 38 (h) Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 37 bagi menyelaraskan penggunaan perkataan “berhasrat” sebagaimana yang terdapat dalam seksyen 36 dan bagi penambahbaikan struktur ayat. Fasal ini juga menetapkan tempoh bagi penyampaian notis pelepasan Peguam Syarie, yang difailkan sesuatu pihak, kepada Peguam Syarie yang mewakili pihak yang satu lagi. (i) Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 38 bagi mengelakkan penarikan diri sebagai Peguam Syarie dibuat tanpa pengetahuan anak guam. (j) Fasal 10 bertujuan untuk mengadakan seksyen baharu 38A bagi menjelaskan bahawa penukaran dan pelepasan Peguam Syarie hanya boleh berkuat kuasa dengan kebenaran Mahkamah. (k) Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 39 bagi menjelaskan bahawa dalam hal orang yang diwakili oleh Peguam Syarie meninggal dunia selepas perbicaraan tetapi sebelum penghakiman diumumkan atau dicatatkan, wakalah Peguam Syarie masih berkuat kuasa.
(l) Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 48 bagi mengadakan peruntukan tentang pengeluaran prosedur penampalan saman atau apa-apa dokumen mahkamah dan membolehkan penyampaian ganti dibuat. (m) Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 100 bagi membolehkan penggunaan penyataan bertulis ke atas pihak-pihak dan saksi dalam Mahkamah. (n) Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 109 bagi meluaskan pemakaian seksyen ini bagi tujuan pengemukaan seseorang yang dikurung, ditahan atau dikomit di dalam mana-mana tempat tahanan dan memberi kuasa kepada Pendaftar serta mengurangkan bebanan Hakim dalam mendengar permohonan kes tersebut. Fasal ini juga memasukkan subseksyen baharu 109(1A) bagi mengadakan takrif “tempat tahanan” yang termasuklah penjara, rumah reman, mana-mana institusi pemulihan yang disiarkan dalam warta oleh Kerajaan Persekutuan dan mana-mana tempat seseorang itu dikurung, ditahan atau dikomit di bawah mana-mana undang-undang. (o) Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 112 bagi menjelaskan bahawa pembacaan afidavit di luar negeri Selangor di Malaysia perlu dibuat degan sumpah di hadapan Hakim atau Pendaftar yang dilantik bagi Mahkamah Syariah negeri itu. (p) Fasal 16 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 119A bagi memberi kuasa kepada pihak mahkamah dalam melaksanakan pendengaran prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh di tempat yang dibenarkan oleh Mahkamah. (q) Fasal 17 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 121A bagi membolehkan Mahkamah menjalankan pengurusan kes dan peruntukan ini akan menjadi rujukan dan dibaca bersama dengan kuasa untuk membuat kaedah-kaedah di bawah seksyen 247 Enakmen 4/2003. (r) Fasal 18 bertujuan untuk meminda subsekyen 142(3) bagi memperuntukkan bahawa penyampaian rekod rayuan hendaklah dibuat kepada pihak yang kepadanya notis rayuan telah disampaikan atau Peguam Syarie mereka masing-masing yang mengendalikan kes yang dirayu itu, tanpa memerlukan wakalah baharu bagi kes rayuan tersebut. (s) Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 208 bagi meluaskan kuasa Pendaftar untuk mendengar dan menyelesaikan perkara di dalam Kamar. (t) Fasal 20 bertujuan untuk meminda seksyen 221 bagi membolehkan penerimaan bayaran dalam apa jua bentuk termasuk melalui pemindahan wang secara elektronik sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah. (u) Fasal 21 bertujuan untuk meminda seksyen 222 bagi memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengawardkan kos bagi prosiding yang dikendalikan olehnya di bawah perenggan 208 (a), (aa) dan (ab).
(v) Fasal 22 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 237(6) bagi menjelaskan bahawa bon jaminan yang diberikan hendaklah dalam Borang MS 52 yang ditetapkan dalam Enakmen 4/2003. (w) Fasal 23 bertujuan untuk memasukan seksyen baharu 245A bagi membolehkan mahkamah menubuhkan perkhidmatan eletronik, termasuk e-filling, e-bicara, e- faraid da sistem lain, bagi melaksanakan peruntukan Enakmen 4/2003. (x) Fasal 24 bertujuan untuk meminda subseksyen 247 (1) bagi membolehkan Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah membuat kaedah-kaedah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen yang dicadangkan. (y) Fasal 25 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 247A bagi membolehkan Ketua Hakim Syarie mengeluarkan apa-apa arahan yang bersesuaian berhubung dengan tatacara Mahkamah Syariah dan yang tidak bersifat substantif termasuk memperincinkan kaedah-kaedah Mahkamah Syariah. (z) Fasal 26 bertujuan untuk meminda Jadual Pertama Enakmen 4/2003 bagi menyelaraskan ejaan perkataan “iddah” dengan ejaan yang terdapat dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (Enakmen 2/2003). (aa) Fasal 27 bertujuan untuk memperuntukkan berkenaan dengan kecualian dan peralihan. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, secara umumnya, pindaan-pindaan yang dinyatakan tersebut adalah bertujuan bagi:-(a) Mewujudkan undang-undang yang komprehensif, teratur, jelas da praktikal bagi pengendalian kes oleh Hakim dan pihak yang terlibat di Mahkamah Syariah Negeri Selangor. (b) Mengurangkan kehadiran pelanggan yang berurusan di Mahkamah Syariah secara fizikal. (c) Menjimatkan masa, tenaga dan kos pelanggan dan Mahkamah Syariah. (d) Memastikan kesinambungan perkhidmatan di Mahkamah Syariah (e) Mengekang penularan wabak COVID-19 dan (f) Menjaga kebajikan dan kemaslahatan pelanggan dan kakitangan Mahkamah Syariah. YB Tuan Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jika Undang-undang yang dicadangkan ini diluluskan, perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan akan dimohon untuk penetapan tarikh kuat kuasa bagi peruntukan-peruntukan seperti mana berikut:-
a) Semua peruntukan kecuali Seksyen 119A hendaklah mula berkuat kuasa secara prospective (tarikh adalah tertakluk kepada kesediaan di pihak Jabatan Kehakiman Syariah Selangor);
b) Seksyen 119A hendaklah mula berkuat kuasa secara retrospektif iaitu pada 17 April 2020.
Tarikh kuat kuasa Seksyen 119A perlu ditetapkan secara retrospektif kerana pendengaran prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh telah mula dilaksanakan dalam prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang pada 17 April 2020 dan perkara ini juga telah dimaklumkan dalam kenyataan media Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor bertarikh 10 Jun 2020. Oleh kerana Seksyen 119A ini bersifat procedural ia tertakluk kepada kuasa substantif yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (Pindaan 2022). Justeru itu, tarikh kuat kuasa Seksyen 119A ini perlu selaras dengan tarikh kuat kuasa Seksyen 72A Enakmen Pindaan Agama Islam Negeri Selangor (Pindaan 2022) yang memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjalankan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh. Sebelum saya menutup pembentangan Rang Undang-undang ini, izinkan saya menarik perhatian YB Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk merujuk kepada kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang berperanan sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana yang dijelaskan di dalam Perkara 48 Bab 1 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang boleh menyebabkan diperbuat undang-undang bagi maksud mengawal selia hal ehwal agama Islam di mana cadangan pindaan yang telah dibentangkan ini adalah selaras dengan peruntukan bagi kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor tersebut. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mohon mencadangkan.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan ini telah pun disokong. Saya kemukakan Rang Undang-undang ini untuk dibahaskan. Hulu Kelang.
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Timbalan Speaker, terima kasih memberi ruang untuk kita bincang, membahaskan satu tugasan yang sangat besar iaitu Rang Undang-undang yang bernama satu enakmen untuk meminda Enakmen Tatacara Mal. Apabila dikatakan enakmen ini bernama tatacara mal, dia bererti apa yang berkaitan dengan syariah dan undang-undang agama Islam di bawah kuasa Sultan. Apabila dikatakan dia sebagai juga peraturan yang ada bidang kuasa persekutuan, dia sudah menghampiri ataupun bermakna enakmen atau akta. Saya minta penerangan dibuat nanti dikemaskan oleh Tuan Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri.
Tajuk ringkas pindaan kuat kuasa pindaan Seksyen 3 bererti adalah undang-undang yang memberi takrif hakim dan juga syarie. Dua-dua benda itu dan Hakim Mahkamah Syariah. Selain daripada itu, ada juga mengatakan pendaftar ertinya Ketua Pendaftar dan Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah,
Mahkamah Rendah Syariah yang melibatkan semua level (saya tak bawa. Kalau ada ikut badan, ikut badan in state). Ada dan benda itu lebih kompleks kerana persoalan yang ada dinyatakan nanti yang saya nak bahaskan adalah klausa/bahagian bil undang-undang yang bernombor 27 klausa yang menyentuh klausa ataupun fasa 26, eh bukan. Fasa 15 ya. The claw also introduces a new subsection (kita ambil Malaysia punya). Maaf ya. Saya nak bawa benda ni sebab sensitif. Sebab nanti kita akan dipertanggungjawabkan. Dalam sejarah jika lewat meluluskan undang-undang. Undang-undang itu sama ada memberi kuasa lebih kebal, lebih kuat kepada Sultan kita ataupun yang bagaimana? Kalau kita memberi kuasa yang kuat, kalau nanti kita ada satu raja yang istilah sebab biasanya yang tidak adil atau zalim bukan ke mana-mana, mungkin di future kita terlibat. Jadi kita kena melihat bahawa revolusi undang-undang enakmen itu adalah satu perkara yang kita kena ambil tanggungjawab. Dalam nada yang sama kita telah membincangkan isu enakmen hutan (perhutanan) yang kita kata kita menetapkan satu undang-undang yang zalim (RM1juta punya undang-undang) hukuman kepada masuk hutan, ambil barang/tanaman dalam hutan dan kita bawa keluar. Jadi kita tak mahu bila ada je perbahasan yang undang-undang ini kita lawyer dia uruskan. Dia ada benda-benda yang missing. Dan kita kena ambil perhatian dan kita akan menjawab kepada Allah S.W.T apabila ditanya. Saya risau itu ya. Ok. Saya sensitif benda-benda zalim. Pagi tadi isteri dan anak saya pergi mahkamah pergi ke Parlimen untuk membawa memorandum kepada menteri yang berkenaan pasal SOSMA. Ada lagi lebih 30 orang yang ditahan di bawah SOSMA di bawah Undang-undang Malaysia yang kalau ahli parlimen buat kesilapan, tak ada apa-apa. Tapi kalau orang ramai buat kesilapan, dia di SOSMA kan. Jadi saya dengan nada itu, saya memberi solidarity pada pagi tadi punya penyerahan memorandum pada menteri yang berkenaan isteri saya, anak-anak saya mewakili saya untuk menyatakan kita tolak SOSMA kerana ada unsur kezaliman. Di sini saya nak nyatakan bahawa
Teruskan YB Hulu Kelang.
Fasal 14 daripada catitan Nota 15 meminda Seksyen 19 bagi meluaskan pemakaian seksyen ini bagi tujuan pengemukaan seorang yang dikurung, ditahan atau di commit di dalam mana-mana tempat tahanan yang memberi kuasa kepada pendaftar serta mengurangkan bebanan hakim dalam mendengar permohonan yang tersebut. Jadi kita tak ada pegawai. Kita punya Penasihat Undang-undang ada? Ada? Kalau kita minta dia ada? Tuan? Penasihat Undang-undang ya? Terima kasih. Ok. Jadi isu saya ini kalau saya gunakan nasihat Nelson Mandela dalam bukunya yang tebal itu dia ditahan 30 bulan (30 tahun, 27 tahun/berapa bulan) teruk. Dia kata “kalau kamu mahu memahami dan melihat bagaimanakah layanan sesebuah kerajaan kepada rakyatnya maka pergilah ke sel, ke lokap ataupun ke penjara”. Anak-anak, isteri saya lebih teruk masa saya masuk dulu. Dah 20 tahun lebih ya teruk ya. Jadi kita kena peka. Nelson Mandela itu 27 tahun dalam penjara. Dia kata kalau nak tahu macam mana kerajaan melayan rakyat dia, tengok macam mana. Kalau dalam ISA punya tu dia kata first class sebab
dekat situlah jamban dia, kat situlah tempat solat dia, makan dia, tidur dia kat situ. Lepas itu pintu dia cerita ya. Tapi kita bagaimana rakyat melayan.
Ok jadi saya nak nyatakan di sini bahawa ini dia melibatkan hak mutlak enakmen dikatakan saya nak bump enakmen ini adalah perkara yang berkaitan dengan state. Jadi this saya nyatakan faham ada unsur state dan ada unsur bila dah ada gazet pasal gazet dan sebagainya itu dia dah tak bukan dalam bidang Dewan Negeri Selangor. Kemudian di atasnya ada lagi. Tapi yang saya nampak yang nak diberikan kuasa, nak dikurangkan kuasa raja atau kuasa negeri adalah tempat ditentukan oleh state (eh federal). Masa kepada pendaftar serta dikurung, ditahan atau di commit dalam mana-mana tempat tahanan dan memberi kuasa kepada pendaftar serta mengurangkan bebanan hakim dalam mendengar permohonan kes tersebut. Jadi maknanya no question. Nak tahan,dia akan tahan seseorang itu di bawah kuasa federal. Jadi kan ketuanya banyak floor. Dia boleh tangkap orang itu, dia boleh takut-takutkan. Takut-takutkan tiga hari pun cukup, lepaskan dalam sel dia banyak tikus pun tak ada hal. Dia boleh buat, seksa buang air, buang elektrik yang cajnya rendah, tak tinggi sangat. Semua saya dah rekodkan dalam buku saya. Ada di Malaysia. Ada di Malaysia.
Power mean you got to be a research. Yang tak serius dengan kuasa hanya Pakatan Harapan. Orang boleh cuit kerajaan Pakatan Harapan sampai kita main-main aje dengan kuasa. Orang ada kuasa dia akan tahu boleh track berapa dia nak pohon. Minta maaf dengan izin (tadi tak ada izin) malukan segala-galanya. Engkau jangan beri kuasa kepada orang lain, kepada kami. Itu isu yang saya rasa takut. Saya takut isu yang kita rasa “‘ala ni Saari Sungib ni banyak mimpi, banyak menulis buku fasal penjara dia jadi begitu”. Saya tak nak. Saya rasa saya takut benda ini. Saya tak boleh nak setuju kecuali ada pendamaian diberikan dalam huraian kepada rang undang-undang ini untuk memberi kuasa kepada sultan tentang mana a suppliant yang mananya penentuan dia ditangkap itu adalah dalam bidang kuasa negeri.
Hulu Kelang, mohon. Baik. Silakan Sungai Panjang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. terima kasih kepada YB Tuan Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO di atas pembentangan cadangan pindaan undang-undang di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Saya tadi mendengar dan juga sambil membaca dengan teliti beberapa perkara-perkara yang dipinda sekali lagi dalam pindaan-pindaan ini selain daripada pindaan-pindaan yang membetulkan ataupun memudahkan daripada segi formatting susun atur wording ataupun susun atur perkataan-perkataan di dalam enakmen sedia ada dengan formatting ada satu dua a, b, dan c yang diletakkan yang sebelum ini wording dia adalah ditulis secara terus eh berterusan dengan dan atau dan sebagainya. Ini memudahkan untuk kita membaca dan juga memahami struktur undang-undang
tersebut. Jadi terima kasih di atas pindaan itu memudahkan semua pihak termasuklah pihak peguam, pihak mahkamah dan juga pihak yang terlibat dalam menentukan hal ehwal undang-undang. Cuma dalam pindaan ini sekali lagi dimasukkan berkenaan dengan pindaan-pindaan berkaitan dengan izin remote communication technology dalam beberapa seksyen yang disebut tadi termasuklah seksyen baru iaitu seksyen 119A yang dimasukkan sebagai seksyen tambahan kepada seksyen 119 yang mana seksyen 119 ini adalah berkaitan dengan prosiding iaitu berkaitan dengan prosiding pendengaran sesuatu kes di Mahkamah Syariah seksyen 119. Jadi berkaitan dengan seksyen ini apabila dimasukkan seksyen baru iaitu pendengaran melalui teknologi komunikasi jarak jauh di dalam fasal 16 enakmen pindaan ini menyatakan bahawa walau apa pun seksyen 119A menyatakan 119A(1) walau apa pun seksyen 119 apa-apa prosiding boleh demi kepentingan keadilan didengar dan diputuskan melalui suatu teknologi komunikasi jarak jauh dari mana-mana tempat diikuti dengan subseksyen 119A 2 dan 3.
Ini lebih fokus kepada penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh ini lebih fokus kepada isu tempat di mana berlakunya komunikasi tersebut tetapi adalah yang lebih penting sekali yang sewajarnya dimasukkan juga di dalam seksyen ini adalah berkenaan dengan prosiding itu sendiri berkenaan dengan prosiding sesuatu prosiding di mahkamah itu sendiri. Pendengaran sama ada pendengaran berkenaan dengan kes tuntutan rit saman yang asal ataupun pendengaran-pendengaran dengan izin pendengaran-pendengaran interlocutory dalam sesuatu prosiding mesti juga dijelaskan berkenaan dengan penggunaan dan juga aplikasi teknologi komunikasi jarak jauh. Ini saya ingat boleh menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh yang rakan Yang Berhormat kita tadi daripada Pelabuhan Klang yang mempersoalkan tentang siapa yang siapanya yang berhak untuk memulakan sesuatu prosiding itu menggunakan teknologi maklumat? Adakah remote communication technology ini boleh diaplikasikan ataupun boleh digunakan atas arahan mahkamah melalui perintah mahkamah ataupun pihak-pihak yang terlibat melalui peguam, plaintif ataupun defendan memohon kepada mahkamah untuk menggunakan aplikasi teknologi maklumat ini ataupun remote communication technology ini digunakan. Di mana mulanya adakah mengikut kesesuaian mahkamah tetapkan ataupun boleh pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai mahkamah memberikan kebenaran atas permohonan? Jadi ini perlu dijelaskan dalam seksyen-seksyen seperti ini yang melibatkan procedural ataupun melibatkan prosiding dengan izin secara spesifik supaya pihak-pihak khususnya peguam dan juga pihak mahkamah dapat memastikan kaedah sebenar yang menentukan bagaimana untuk melaksanakan ini.
Saya ingin merujuk kepada pindaan ataupun cadangan pindaan Rules of Court tahun 2012 yang mana cadangan pindaan tersebut memasukkan dengan izin order 33A iaitu presiding trough remote communication technology sepertimana yang ditetapkan di dalam rules dua terhadap pindaan di dalam rules of court tadi di dalam order 33A tu berkenaan dengan, dengan izin on its on motion on upon an application made by any party direct that any course matter under Rules of Court 2012 de conducted through
remote communication technology. Maksudnya untuk menggunakan aplikasi ataupun menggunakan remote communication technology ini mesti kena ada satu motion ataupun satu usul daripada pihak-pihak yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah sama ada pihak mahkamah bersetuju ataupun tidak bersetuju untuk menggunakan atau mengadaptasikan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh tadi itu teknologi komunikasi jarak jauh. Sebab dalam seksyen 119 ini dia memang meletakkan sepenuhnya kepada mahkamah demi kepentingan keadilan didengar dan diputuskan melalui teknologi komunikasi jarak jauh tetapi tidak ada memberikan ruang sama ada kita sebagai peguam ingin mohon oleh kerana kekangan-kekangan tertentu mungkin kekangan daripada segi saksi-saksi mungkin kekangan daripada segi perkara-perkara lain tetapi boleh diselesaikan secara alternatif kalau dibenarkan menggunakan remote communication technology. Jadi kita nak menyambut baik penggunaan remote communication technology atau teknologi yang baru ini di dalam prosiding-prosiding mahkamah supaya ianya memudahkan dan juga mempercepatkan lagi disposable of case dengan izin di peringkat mahkamah supaya tak berlaku backlog of cases disebabkan oleh perkara-perkara tertentu yang atas sebarang sebablah saksi tak boleh hadir, saksi berada di luar negara, saksi tak dapat dihubungi dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dengan aplikasi teknologi ini boleh menjawab kepada persoalan-persoalan tersebut. Tetapi soalnya di sini procedural atau prosedur itu mestilah jelas supaya ia tidak menimbulkan persoalan dan juga kebingungan di antara legal practitioner nanti apabila nak mengemukakan sesuatu usul ataupun cadangan untuk memulakan sesuatu prosiding itu secara atas talian ataupun prosiding tersebut diadakan secara partially atas secara maya ataupun the whole proceeding secara maya boleh ke tidak? Prosiding itu kena kalau dah dimulakan secara maya semuanya kena secara maya ataupun sesuatu prosiding telah pun dimulakan secara fizikal tetapi oleh sebab-sebab sesuatu kita mohon untuk secara maya dan bagaimana pula secara maya.
Ini persoalan yang perlu dijawab dan perlu pula dilihat dalam kita merangka undang-undang sebab undang-undang khususnya dari segi prosedurnya tadi undang-undang yang kita pinda tadi secara pentadbiran daripada maksud yang maksud yang secara luas berkenaan dengan penggunaan teknologi yang kita pinda dalam seksyen 72A sebentar tadi yang telah pun diluluskan walaupun saya mencadangkan tadi supaya ada perkataan live tapi saya percaya dalam ucapan dasar perbahasan daripada EXCO tadi dah bagi indicator ataupun bagi panduan yang jelas maksud cara komunikasi elektronik dan sebagainya ni sidang video ini must be live bukannya bukan recorded yang tu jelas walaupun tak di bukti walaupun tidak di translated dengan izin dalam teks atau pun secara bertulis. Tetapi di dalam prosiding ini mestilah lebih jelas dan lebih praktikal supaya tidak membebankan ataupun memberikan kesukaran dalam perkara-perkara itu.
Berbalik kepada yang ditimbulkan oleh rakan Yang Berhormat kita daripada Pelabuhan Kelang nanti dia kata tak tahu siapa-siapa boleh. Siapa-siapa bole buat keputusan hakim ke kita ke dan sebagainya. Jadi mestilah dijelaskan dalam
peraturan-peraturan dan juga urutan-urutan seksyen ini kalau kita ingin adopt atau ingin refer dengan izin kepada rules of court dia dah ada dah. Daripada contohnya di rule 2 contohnya dia telah pun memberikan kesan sebagai contoh dengan izin the remote communication technology stop working and cause unreasonable delay jadi antara sebab seperti ini saya cakap kalau berlaku lagging ataupun hilang, putus komunikasi dan sebagainya maka mahkamah ada kuasa untuk revoke atau suspend dulu kes itu sebab dia tak boleh berlangsung, dia tersekat ataupun dimulakan semula jadi mahkamah ada kuasa. Tetapi kita dalam pindaan undang-undang ini kita tak address perkara-perkara itu yang kita tak anticipate. Saya tak nak di masa akan datang ini sekali menjadi lakuna seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat EXCO pada awal perbahasan tadi berkenaan lakuna. Tujuan pindaan undang-undang ini adalah kita address lakuna tetapi dengan pindaan ini kita janganlah create another lakuna kepada undang-undang yang menyebabkan kesukaran untuk interpret dan akhirnya penggunaan remote communication technology ini tak boleh pun diimplemenkan oleh mahkamah kerana ada banyak lakuna tadi. Ada banyak akan-akan timbul, pertikaian-pertikaian dan sebagainya. Dan kita juga perlu juga melihat dengan sub beberapa seksyen-seksyen yang lain yang boleh secara langsung ataupun tidak langsung terkesan dengan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh ini sebagai contoh. Seksyen 41 berkenaan dengan cara penyampaian. Cara penyampaian rit saman dan cara penyampaian perkara-perkara yang melibatkan tatacara mailing ini sendiri kita tengok dalam seksyen 41 tatacara mail ini sebentar ya.
Dalam seksyen 41 cara penyampaian. Ok saya bacakan seksyen 41(1) tertakluk kepada bahagian ini sesuatu saman atau dokumen lain hendaklah disampaikan ke diri dan hendaklah dilaksanakan dengan menyerahkan saman atau dokumen lain itu atau dengan mengemukakannya untuk diperiksa dan menyerahkan satu salinan saman atau dokumen lain itu kepada orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendaklah disampaikan di dalam subseksyen 2 41(2) bagi maksud subseksyen 1 suatu salinan yang mengandungi materai mahkamah dan tandatangan pendaftar hendaklah disifatkan sebagai suatu saman atau dokumen asal dan subseksyen 3 penyampaian suatu saman atau dokumen lain hendaklah dilaksanakan oleh pegawai mahkamah atau mana-mana orang lain sekurang-kurangnya cara penyampaian ini mestilah dilihat kena masukkan juga lah dengan penggunaan remote technology ini sama ada sebagai melalui email dan sebagainya. Dan perkara itu mestilah boleh dimasukkan. Ini berkenaan dengan cara-cara penyampaian biasa dan seksyen 54 tatacara mail ada juga menyatakan cara penyampaian di luar bidang kuasa di dalam Malaysia. Kita dah cerita fasal tempat ni kat mana-mana pun boleh kerana adanya kemudahan teknologi komunikasi jarak jauh. Jadi dalam seksyen 54 ini mengkehendakkan penyampaian itu dihantar dengan izin saya baca seksyen 54(1) apa-apa saman atau permohonan bagi penyampaian di luar bidang kuasa di dalam Malaysia bolehlah dihantar kepada mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di dalam kawasan tempatan. Di mana orang yang dikepadanya saman atau dokumen itu hendaklah disampaikan dikatakan berada saman atau permohonan yang hendak di sampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau selainnya bersama dengan
permintaan bertulis bagi penyampaian yang ditandatangani oleh hakim ataupun pendaftar. Dalam seksyen 54(2) ini dia ada bagi tiga mode penyampaian.
Penyampaian pertama adalah melalui pos yang keduanya atau selain daripada pos bersama dengan permintaan bertulis maksudnya kena ada pelepasan ataupun kena ada relief daripada mahkamah untuk penyampaian selain daripada penyampaian pos. Kenapa tidak kita ambil kesempatan ini kita pinda juga di sini maksudnya boleh memasukkan saman melalui pos atau melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang mana kita dah difinekan tadi teknologi jarak jauh tadi dalam seksyen 27A akta pentadbiran agama Islam tadi yang memasukkan selain daripada sidang video dan sebagainya ada dinyatakan email. Ada dinyatakan email dalam komunikasi jarak jauh ini. Jadi ini akan memudahkan kalau hasrat kita nak mempercepatkan kes, mengurangkan birokrasi dan sebagainya ini boleh digunakan sekurang-kurangnya banyak lagi kes-kes yang kita boleh dispose kan di Mahkamah Syariah kerana kegagalan penyampaian ada plaintif atau defendan apabila especially pihak defendan lah apabila di saman ke mahkamah dia menggunakan ruang untuk penyampaian ini lah sebagai teknikal isu tak dapat serahkan diri, tak dapat ditemui, berada di luar negara dan sebagainya. Sedangkan kita ada maklumat komunikasi melalui email dan sebagainya yang boleh digunakan dan ini boleh diserahkan ke mereka secara penyampaian yang sempurna. Mengikut prosiding undang-undang apabila kita mengaplikasikan teknologi komunikasi jarak jauh. Saya ingat ini adalah hasrat yang sebenarnya penggunaan dan juga aplikasi teknologi yang kita boleh buat jadi kita tak ada sebab kalau seseorang itu berada di luar negara atau sebagainya. Tatacara mail ini bukan melibatkan kesalahan ataupun kesalahan-kesalahan jenayah ianya lebih kepada kesalahan di antara plaintif dan juga defendan. Lebih kepada sivil punya tuntutan. Jadi perkara-perkara ini boleh dielakkan apa lagi kalau ianya melibatkan tatacara keluarga Islam yang mungkin kita belum lihat lagi kes-kes penceraian dan sebagainya di peringkat mahkamah syariah. Isu yang paling biasa dibangkitkan adalah isu disebabkan penyampaian tak dapat diserahkan secara penyampaian kendiri. Proses untuk mendapatkan arahan dan juga perintah dan penyampaian gantian ataupun substitute servis bukanlah suatu yang direct ataupun boleh buat segera akan ambil proses dan sebagainya. Tetapi dengan adanya aplikasi teknologi ini saya ingat ia lebih, lebih memudahkan dan juga melancarkan sistem dan juga proses mahkamah. Jadi saya ingat ada beberapa perkara-perkara ini perlulah dilihat dan antara yang lainnya adalah Seksyen 130 Akta Tatacara Mal yang melibatkan tentang penghakiman kerana penghakiman ini betullah dalam seksyen yang awal jadi, di peringkat enakmen pentadbiran agama Islam tadi dan bagi tahulah apa prosiding. Dia dah sebut apa-apa prosiding, walaupun dia tidak spesifik tapi ia boleh di interpret ataupun boleh ditafsirkan dengan pelbagai tafsiranlah. Jadi penghakiman ini pun dalam seksyen 130 penghakiman dia ada cakap dalam kurungan dua itu mengumumkan penghakiman di mahkamah terbuka. Betullah kita boleh interpret mahkamah terbuka itu sama ada mahkamah terbuka itu dilakukan secara fizikal ataupun dilakukan secara atas talian, ia namanya adalah mahkamah terbuka. Tapi why not untuk memudahkan dan juga memperlihatkan daripada segi urusan
penyelenggaraan ataupun standardization dengan izin. Supaya perkara-perkara ini semua diselaraskan sebab kalau tengok dalam cadangan pindaan di peringkat rule of court mahkamah sivil semua perkara ini di address, termasuklah prosiding-prosiding dia ada khusus berkenaan dengan prosiding secara atas talian. Apa do and don’t dan juga apa kaedah prosiding atas talian apabila mahkamah adopt atau pun mahkamah buat keputusan untuk melaksanakan prosiding atas talian. Jadi jelas daripada A sampai Z macam mana prosiding secara atas talian itu dibuat. Yang ini saya tengok kaedah drafting dia tebuk sana, tebuk sini, tebuk sana sikit dia tidak selaraskan semuanya. Ini akan menyukarkan pihak-pihak interpret mahkamah nanti di masa akan datang. Jadi antara selain daripada seksyen yang spesifik, selain daripada arahan-arahan yang spesifik ada juga perkara-perkara lain yang melibatkan prosiding yang dijelaskan bagaimana kalau ia berlaku secara atas talian, berkenaan dengan judgement tadi saya cakap seksyen 130 penghakiman. Kemudian berkenaan dengan kaedah penyampaian seksyen 41, seksyen 40, seksyen 54, service of originating process kalau di dalam rule of court. Jadi ini perlu kita sama-sama address untuk kita memperkasakan lagi undang-undang ini dan seksyen tambahan juga iaitu di dalam fasal 23 memasukkan seksyen baru 245 (a) menubuhkan penubuhan perkhidmatan elektronik seperti mana yang telah diaplikasikan di peringkat mahkamah sivil menggunakan sistem e-kehakiman dan juga e-filling dan akan digunakan juga di peringkat mahkamah syariah. Saya mengalu-alukan perkara ini agar ia memudahkan semua pihak. Jadi sekurang-kurangnya tidak lagi pihak peguam ataupun atau pihak pengamal undang-undang perlu datang ke setiap spesifik mahkamah untuk membuat filling di kaunter mahkamah. Sekurang-kurangnya ada kita menggunakan kemudahan sistem e-filling yang kita boleh file daripada pejabat. Ini akan mempercepatkan sesuatu proses dan memateraikan sesuatu originating summon atau pun read summon juga dapat diberikan secara elektronik di mahkamah di mahkamah syariah dan dikira penyampaian dan juga penyediaan dokumen elektronik tersebut sebagai dokumen yang sempurna ataupun dokumen yang official dengan izin, jadi yang boleh dikuatkuasakan. Jadi pindaan-pindaan ini adalah sangat-sangat perlu supaya kita melihat semuanya secara menyeluruh ini kita baru tengok satu Tatacara Mal ada beberapa lagi enakmen-enakmen tatacara yang lain di bawah kerajaan negeri khususnya di bawah pentadbiran keadilan dan juga pengurusan di peringkat mahkamah syariah yang kita perlu sama-sama lihat dan juga perhalusi perkara ini. Jadi saya ingat berkenaan yang lain-lain itu saya menyokong penuh kerana lebih kepada dengan izin house keeping ataupun lebih kepada formatting untuk memudahkan membaca dan juga melihat interpret dengan izin akta-akta dan juga hasrat seksyen-seksyen tersebut. Cuma sekali lagi saya nak tumpuan yang betul-betul untuk kita lihat berkenaan dengan application ataupun adoptation dengan izin. Teknologi komunikasi jarak jauh ini dalam sistem perundangan kita mengambil kira apa yang telah berlaku dalam tempuh PKP mungkin kita relay on ataupun kita mengikut sepenuhnya arahan-arahan yang ditentukan oleh pendaftar ataupun hakim mahkamah syarie kaedah-kaedah dilakukan sepanjang tempoh PKP ataupun dalam tempoh pandemik tetapi sebenarnya kita melihat perkara yang lebih luas lagi untuk masa yang akan datang kita pun hari ini walaupun dah masuk ke fasa endemik saya
ingat di peringkat kerajaan, agensi-agensi kerajaan pun masih lagi menjadi satu amalan baharu untuk kita bermesyuarat untuk kita membuat satu keputusan mungkin juga keputusan-keputusan penting saya tak tahu di peringkat mesyuarat EXCO secara atas talian ataupun tidak tetapi ini adalah menjadi satu kebiasaan dan juga benda yang kita perlu laksanakan dan dalam pada itu teknologi ini berkembang dan juga perkembangan teknologi ini juga berperingkat-peringkat.
Seperti mana menjawab soalan di awal pagi tadi oleh Yang Berhormat EXCO Infra berkenaan 4G dan juga 5G dan dia ada liking di antara pindaan 4G ke 5G jadi kita pun dalam undang-undang perlu inticipat kita tak boleh selesaikan dalam tempoh 5, 10 atau pun 15 tahun. Mungkin ada lag lagi mungkin ada masalah terputus, apa nama ini terputus sesuatu prosiding itu kerana gangguan siaran ataupun gangguan, gangguan talian jadi ini pun kena anticipate kalau tak nanti apabila perkara itu berlaku baharu kita nak address. Jadi ini pun perlu sama-sama dilihat kerana kalau kita tengok cadangan. Cadangan-cadangan di dalam pindaan rule of court di peringkat Mahkamah Sivil ia anticipate perkara-perkara ini. Macam saya cakap tadi kalau berlaku stok terputus ataupun berlaku gangguan kita tak dapat nak catch up apa yang orang itu cakap contoh macam kita bercakap secara fizikal ini, katalah microphone tidak berfungsi mungkin hakim ataupun pihak-pihak masih boleh mendengar lagi apa hujahan-hujanan yang diberikan oleh pihak-pihak, tetapi kalau secara hujahan itu dilakukan secara atas talian mungkin ada prasa ataupun perangan-perangan tertentu terputus daripada korum ataupun dalam sidang live tadi itu, maka terlepas mungkin point itu adalah point yang penting yang terlepas itu jadi apa solution apa dia remedi terhadap kekurangan tersebut, jadi ini address juga di dalam pindaan undang-undang ataupun rang undang-undang ini supaya kita tak buat kerja dua kali macam saya cakap tadi. Kita buat pindaan ini adalah nak address laquna, tapi dalam address laquna kita create another laquna ke laquna jadi ini akan membebankan jadi. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO dan rakan-rakan Yang Berhormat yang lai saya menyokong apa nama ini, penyelarasan dan juga pindaan ini mengikut arus masa tapi kena lihat balik perkara-perkara ini dan kalau boleh, kalau ia boleh dipinda dan juga dimasukkan sekarang kita masukkanlah sekarang. Sebab yang dicadangkan ini bukannya suatu yang finale termasuklah yang ini jadi kita semua berperanan sebagai badan legislatif apa yang eksekutif buat ini betul, tak semestinya apa yang eksekutif buat ini menyeluruh, tak semestinya apa eksekutif buat ini kita kena bersetuju baik back benchers di peringkat opponent. Kita mesti menjadi agen semak imbang yang jelas kepada yang eksekutif buat sebab akhirnya bersama untuk negeri dan juga negara kita. Kita semua bertanggungjawab. Bukannya kerajaan sahaja yang akan bertanggungjawab dengan undang-undang ini, semua kita 56 Adun bertanggungjawab dengan undang-undang yang diluluskan ini. Kita tak nak undang-undang ini kita luluskan di peringkat badan legislatif ini kita mempunyai pelbagai bidang dan juga pelbagai latar belakang ditertawakan atau diremehkan oleh pihak yang akan execute undang-undang ini di luar sana yang akan interpret undang-undang ini di luar sana, termasuklah hakim dan peguam-peguam. Jadi kita kena buat perkara ini betul-betul secara profesional. Betullah Eksekutif dibantu oleh Kamar
Penasihat Undang-Undang oleh Attorney General Chamber dan juga pegawai-pegawai yang lain tapi juga mempunyai peranan yang sama. Jadi saya ingat berkenaan dengan perbahasan undang-undang kita perlu berikan tumpuan yang sepenuhnya ini adalah penting untuk kita sama-sama pastikan bahawa badan legislatif ini berfungsi dengan baik juga secara profesional dalam kita melaksanakan sesuatu, sesuatu pindaan atau membuat satu-satu undang-undang yang baru. Kita tak nak macam berlaku yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Banting tadi apabila Seksyen 66 a yang dimaksudkan dalam tatacara, dalam enakmen ataupun dalam pindaan ditolak oleh mahkamah persekutuan kerana ianya tidak berperlembagaan.
Jadi kita tak nak perkara-perkara tersebut berlaku dan akhir ia menjadi polemik seolah-olah Mahkamah Sivil mencampuri urusan mahkamah, mahkamah apa namanya Mahkamah Syariah dan juga Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa badan Legislatif di peringkat negeri yang telah membuat undang-undang yang mana undang-undang tersebut yang mana di isytihar sebagai, sebagai apa nama ni sebagai ultrabias atau tidak berperlembagaan. Jadi kita tak nak perkara-perkara ini berlaku. Jadi ini kita kena address bersama-sama sebab ini akan replicate ataupun akan member kesan kepada badan legislatif bukan sahaja kepada kerajaan tapi the whole intuition of Selangor state assembly punya badan dengan izin. Jadi kita hendak buat betul-betul dan juga kena melibatkan, melibatkan semua orang, semua pemegang-pemegang taruh, dan kalau boleh perbincangan-perbincangan di peringkat pre-council bukan sahaja melibatkan back bencher kawan-kawan kita yang ada disini dipihak bukan kerajaan untuk perkara-perkara melibatkan kepentingan negeri kalau melibatkan kepentingan politik kerajaan mungkin kita tak dijemput itu kita faham tetapi yang melibatkan negeri kita kena lah dijemput bersama-sama agar kita boleh berbincang dan juga memberikan pandangan yang sama tidak berlaku kelemahan-kelemahan address. Ingat ini adalah semangat yang kita kena tunjukkan di peringkat Dewan Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih, saya mohon dilihat semula perkara-perkara yang dibangkitkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Panjang, dengan panjang lebar. Baik saya menjemput Pelabuhan Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana membenarkan Pelabuhan Klang untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan, cadangan pindaan Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2022. Terutama sekali saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat EXCO tahniah kerana membentangkan tadi dengan panjang lebar tentang cadangan enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ini. Cuma ada persoalan sedikit yang Pelabuhan Kelang nyatakan bahawa antara sebab cadangan ini diangkat ke dalam dewan yang mulia ini iaitu untuk menggunakan prosiding melalui teknologi menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh adalah disebabkan oleh salah satu puncanya kerana kesan daripada pandemik Covid-19 di mana ianya tidak boleh dijalankan kerana sebab pandemik Covid-19. Adakah semua kes-kes yang
ditangguhkan atau tertangguhkan tidak boleh dibicarakan disebabkan sepenuhnya oleh masalah Covid-19 ataupun ada masalah-masalah yang lain seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Panjang sebentar tadi. Sekiranya ada kes yang tertangguh disebabkan oleh pandemik Covid-19 berapa banyakkan jumlah kes-kes tersebut yang tertangguh disebabkan oleh pandemik Covid-19. Sebab kita tidak mahu kes-kes tertangguh walaupun ia bukan sebab oleh pandemik Covid-19 tapi ada pihak yang mengambil kesempatan menjadikan pandemik Covid-19 untuk menangguhkan prosiding perbicaraan yang sepatutnya boleh dijalankan. Dan seterusnya saya juga ingin Pelabuhan Klang juga ingin tahu, apakah kategori kes-kes yang boleh dibicarakan atas talian, adakah semua kes boleh bicarakan ataupun ada kes yang tidak boleh dibicarakan dia atas talian, adakah Yang Berhormat Sungai Kandis telah melihat dan telah membincangkan perkara ini sebelum kita meluluskan cadangan pindaan enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ini. Walau bagaimanapun Pelabuhan Klang menyokong pindaan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2022. Sekian terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih Pelabuhan Klang. Ada lagi saya minta pihak Kerajaan untuk memberi penjelasan tentang perbahasan-perbahasan tadi. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat yang ambil bahagian dalam pindaan undang-undang Mal Kerajaan Negeri Selangor, daripada Hulu Kelang, Sungai Panjang dan Pelabuhan Klang. Daripada apa yang dikemukakan tadi, kita faham bahawa tujuan utama ataupun Maqasid daripada pindaan ini ialah untuk memudahkan kepada pihak Mahkamah menjalankan prosiding dengan menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh supaya kes tidak tertunda dan menjadi back log yang Panjang. Apa yang dibangkitkan oleh Hulu Kelang berkenaan dengan pindaan untuk membenarkan Pendaftar Mahkamah mengeluarkan arahan supaya pihak-pihak ataupun saksi yang diperlukan untuk hadir bicara Mahkamah dibawa keluar. Itu tadi tujuannya. Kalau prosiding asal makna kalau sekiranya melibatkan kes yang melibatkan tahanan ataupun melibatkan pemulihan dia terpaksa dikeluarkan maka ini akan menimbulkan halangan maka dengan teknologi komunikasi jarak jauh ini akan memberikan sedikit kemudahan dan yang dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang tadi berkenaan adakah komunikasi jarak jauh ini khas untuk kes pandemik ini ataupun mungkin boleh digunakan untuk kes-kes yang lain. Pastinya komunikasi jarak jauh ini diutamakan kepada yang melibatkan kes pandemik Covid-19 kerana kekangan pihak Mahkamah untuk menjalankan prosiding. Kalau dibuka kepada kes-kes yang lain, pastinya kes itu bersifat penting dan segera dan melibatkan kepentingan awam yang besar. Kalau melibatkan kes biasa, maka akan menggunakan prosedur biasa. Sungai Panjang membangkitkan perkara yang tadi telah saya jelaskan berkenaan dengan arahan siapa ataupun atas permohonan siapa untuk pelaksanaan komunikasi jarak jauh ini. Tatacara pelaksanaan termasuklah, saya ulang balik soalan, adakah teknologi komunikasi jarak jauh ini atas arahan atau permohonan plantif atau defendant, betul Sungai Panjang. Tatacara pelaksanaan termasuklah berkaitan permohonan atau
arahan sesuatu prosiding dijalankan melalui kaedah teknologi komunikasi jarak jauh akan dijelaskan melalui kaedah yang sedang dibangunkan oleh mahkamah. Maknanya pihak Mahkamah Syariah sedang membangunkan satu tatacara yang akan diguna pakai oleh pihak mahkamah untuk melaksanakan prosiding tersebut dan pastinya ia akan menggunakan garis panduan ataupun yang telah diguna pakai dalam Mahkamah Sivil sebagai panduan.
Berdasarkan draf yang sedang dibangunkan itu, arahan bagi pelaksanaan sesuatu prosiding boleh dibuat berdasarkan usul oleh Hakim Syarie ataupun pihak-pihak berkaitan, ertinya atas arahan Ketua Hakim. Perkara ini boleh dilaksanakan secara atas talian ataupun secara fizikal. Jadi, perkara ini akan di kemaskini daripada masa ke semasa dan apa yang disebut sebagai lakuna tadi mungkin ramai Ahli Dewan pertama kali dengar, kalimah lakuna ini, saya pun baru dengar. Lakuna ialah apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam undang-undang, ertinya ia akan terpulang kepada mahkamah untuk membuat tafsiran ataupun membuat arahan-arahan tertentu ikut budi bicara kebijaksanaan Hakim dan harapannya adalah agar kes-kes yang dilaksanakan dalam talian ini dapat memberi keadilan kepada semua pihak dan dapat melancarkan dan tidak ada lagi kes-kes yang tertangguh. Berkenaan dengan jumlah kes yang dibangkitkan oleh Pelabuhan Klang sama ada kes tertunda ini kerana melibatkan pandemik ataupun sebab-sebab lain, untuk sekarang saya tiada maklumat dan saya akan bekalkan secara bertulis selepas sidang ini. Jadi saya ingat itu saja sebagai maklum balas, sekian.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ada sedikit celahan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, yang menerangkan berkenaan dengan apa juga perkara-perkara yang dinyatakan di dalam pindaan perlembagaan, pindaan undang-undang ini dan juga arahan-arahan subseksyen ini akan ada supliment dia, oleh dengan izin supliment dia oleh arahan-arahan Ketua Hakim Syarie. Saya punya persoalan sebagai orang awam, kenapa tidak kalau dah ada kaedah-kaedah dia, kenapa kita tidak masukkan terus ke dalam pindaan ini sebagai satu prosiding yang tetap sebab tadi Yang Berhormat EXCO bagitahu, hasrat di untuk meletakkan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh ini hanya semata-mata nak address keadaan seperti pandemik, sedangkan sepatutnya kita kena gunakan platform ini dan juga kemudahan teknologi yang ada hari ini yang dah melangkah masuk 5G ini, untuk dijadikan satu pindaan yang sustainable dan juga sesuai untuk diteruskan masa lain.
Yang mana hasratnya sebenarnya lebih memudahkan dan juga menjimatkan masa , tidaklah kita terikat dengan very dengan izin very stranger dan juga birocratic proses oleh arahan-arahan dan juga mahkamah dan apabila Yang Berhormat bagitahu tadi,
satu-satu permohonan dan sebagainya itu, tertakluk kepada arahan Ketua Hakim Syarie, jadi adakah Ketua Hakim Syarie ini akan delegate dia punya power dalam arahan dia kepada Hakim-hakim Syarie di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Seksyen supaya hakim itu sendiri, tak perlu rujuk kepada Ketua Hakim Syarie supaya hakim sendiri tak perlu rujuk kepada Hakim Ketua Hakim Syarie supaya Hakim itu ada enpowerment, dia boleh dengan kuasa dia sendiri dengan pertimbangan dia sendiri membuat keputusan untuk satu-satu kes itu, dia sebagai Hakim nak dengar secara atas talian ataupun nak dengar secara fizikal ataupun apabila kes-kes yang melibatkan pendengaran menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh ini perlu mendapatkan kena rujuk balik kepada Ketua Hakim Syarie, jadi ini lah yang menyebabkan interpretasi-interpretasi yang tidak jelas yang macam Yang Berhormat EXCO bagitahu tadi “lakuna” ini yang akan menyebabkan ada tafsiran-tafsiran lain. Satu peguam tafsiran berbeza, satu peguam lagi tafsiran dia berbeza, jadi Hakim, nanti Hakim Mahkamah Syariah dia tak ada buat kerja lain lagi, kerja dia nak tafsir undang-undang, selain daripada menyelesaikan konflik ataupun menyelesaikan pertikaian di antara dua pihak, sebab lawyer akan timbulkan pelbagai isu, untuk mahkamah dapat tafsiran. Ini akan drag lagi panjang, lagi panjang, lagi panjang, itu sebab yang saya cakap tadi, kita tak nak creat another lakuna dalam kita address satu-satu lakuna. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat EXCO.
Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Sungai Panjang yang telah membuat soalan tambahan berkenaan dengan apa yang kita sedang bahaskan ini. Teknologi berubah, kadang-kadang tak sampai enam bulan pun, kalau yang dicadangkan tadi berkenaan dengan emel, berkenaan kaedah komunikasi tadi, hari ini mungkin dia dianggap canggih, tetapi tahun depan ada lagi kaedah-kaedah baru yang lebih hebat yang lebih berkesan dan justeru itu apa yang saya sebutkan tadi, semua tatacara tadi ataupun proses kerja itu tersebut akan dimasukkan dalam kaedah-kaedah pengurusan kes jarak jauh yang sedang dibangunkan oleh JAKESS. Jadi semua cadangan dan usulan tadi akan dimasukkan dalam panduan tersebut. Kenapa tak dimasukkan dalam Enakmen ini, kerana Penasihat Undang-undang ataupun pihak-pihak yang terlibat dalam penggubalan ini melihat bahawa kata kunci yang penting ialah membenarkan menggunakan komunikasi jarak jauh sebagai kaedah untuk prosiding mahkamah. Apabila ini sudah menjadi punca kuasa, jadi selepas ini pastinya Ketua Hakim akan menggunakan kebijakkannya untuk membuat pertimbangan adakah ini wajar secara atas talian ataupun tidak. Jadi, apa yang kita bincang pada hari ini ialah untuk membantu mahkamah menggunakan teknologi jarak jauh ini sebagai salah satu daripada jalan penyelesaian kepada kes yang tertangguh. Ya Meru.
Yang Berhormat Speaker, saya nak tanya sikit. Apa yang kita bincang dan bentangkan pada hari ini,
adakah kelulusan untuk semata-mata waktu ketika darurat ataupun bila ada isu ataupun berterusan.
Terima kasih Meru. Pastinya apabila kita meminda Enakmen ini adalah untuk maslahat ataupun kepentingan masa hadapan. Kita pun tak tahu apa wabak lagi yang akan datang pada masa depan dan kita mungkin akan dikurung lagi seperti yang lepas, jadi pindaan ini bertujuan untuk kita memberi ruang punca kuasa kepada mahkamah bagi melaksanakan prosiding mahkamah dengan komunikasi jarak jauh. Jadi tadi kita sebut bahawa adanya supaya kes-kes yang dah berjalan dua tahun tadi sah dan diperakukan kerana ketika itu belum ada punca kuasa yang boleh dilaksanakan tetapi budi bicara mahkamah untuk melaksanakan peraturan tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ada sikit.
Yang terakhir, yang terakhir.
Saya ingat satu dalam perbahasan diperingkat dasar ini pihak kerajaan dan juga EXCO mesti jelas sebab nanti dia akan jadi rujukan handsard kita ini. Seolah-olah gambaran yang diberikan tadi apabila address soala Yang Berhormat Meru ini, jawapan Yang Berhormat EXCO dia terarah kepada penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh ini, dia spesifik macam nak address ke arah berlakunya pandemik dan sebagainya. Saya ingat saya punya cadangan dalam perbahasan ini daripada pihak kerajaan mestilah jelas, kalau hasratnya untuk address pandemik dia kena pandemik, kalau adalah hasratnya untuk memberikan ruang budi bicara kepada Hakim Mahkamah dan juga kepada pihak mahkamah dan juga pihak Ketua Hakim Syarie untuk ada alternatif menjalankan sesuatu prosiding itu atas apa-apa kekangan selain daripada pandemik, tak semestinya kekangan ini kekangan berkaitan dengan wabak dan juga pandemik, mungkin ada kekangan yang lain yang mana mahkamah memikirkan sesuai, manfaat ke sesuatu prosiding itu dijalankan secara teknologi komunikasi jarak jauh.
Kita tak nak dalam perbahasan ini nanti dia jadi menyempitkan option yang boleh digunakan secara teknologi jarak jauh ini, semata-mata kerana address pandemik, PKP dan sebagainya. Sedangkan hasrat yang lebih besar lagi adalah untuk kita mengadaptasi dan juga kita bergerak seiring dengan perkembangan teknologi sebab pemodenan pertanian dan gunakan IOT dan semuanya dah guna teknologi, jadi kita nak prosiding mesyuarat ini pun sepatutnya boleh guna teknologi walaupun tidak ada pandemik dan juga dalam keadaan biasa. Saya harap dapat penjelasan yang jelas daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Ya, apa yang dibangkitkan oleh sungai Panjang tadi, saya setuju dan memang perkara ini pada asalnya ialah
berkaitan dengan pandemik, tetapi juga boleh akan diguna pakai untuk kes-kes yang melibatkan bencana, melibatkan perkara-perkara yang disebutkan tadi kerana terhalang kerana dia berada di pusat pemulihan ataupun berada didalam tahanan yang menyebabkan dia tak boleh nak keluar daripada premis tersebut. Jadi saya setuju bahawa tujuan pindaan ini ialah untuk kita melaksanakan tidak digunakan secara sewenang-wenangnya, maknanya sikit-sikit nak guna online ataupun gunakan komunikasi jarak jauh, tapi pastinya kebijakkan daripada pihak Ketua Mahkamah untuk memilih kes ini wajar atau tidak untuk dilaksanakan secara dalam talian. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan di hadapan dewan ialah bahawa Rang Undang-Undang ini hendaklah dibacakan kali yang kedua, sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
AHLI DEWAN : Ya
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya dewan ini bersidang sebagai Jawatankuasa untuk menimbangkan Rang Undang-Undang. Rang Undang-Undang ini fasal demi fasal.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
Fasal 1.
Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Dipersetujui.
Fasal 2.
Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 3.
Fasal 3 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 4.
Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 5.
Fasal 5 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 6.
Fasal 6 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 7.
Fasal 7 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 8.
Fasal 8 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 9.
Fasal 9 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 10.
Fasal 10 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 11.
Fasal 11 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 12.
Fasal 12 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 13.
Fasal 13 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 14.
Fasal 14 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 15.
Fasal 15 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 16.
Ada satu.
Ya, Yang Berhormat.
16. Saya tidak nampak dia punya consistency. 2. Bagi maksud sub seksyen 1? Pihak hendaklah melalui tempat yang dibenarkan oleh mahkamah. Keputusan mahkamah perlu nyata dan jelas. 3. Sub seksyen ni. 4. Termasuklah ruang siber, ruang maya atau tempat maya, open. Kalau boleh beri penjelasan sikit.
Baik Hulu Kelang. Pihak kerajaan siapa hendak jelaskan. Ada samar-samar.
Fasal 16, bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 119 (a) bagi memberi kuasa kepada Mahkamah dalam melaksanakan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh di tempat yang dibenarkan oleh mahkamah. Mahkamah akan menggunakan kebijaksanaannya untuk menentukan sama ada tempat tersebut sesuai atau tidak, atau tempat itu wajar dipertimbangkan tempat sebagai sebahagian daripada prosiding. Jadi serah kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat EXCO Sungai Kandis. Fasal 16 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 17.
Dengan izin.
Ya, Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Fasal 17 ini adalah berkaitan dengan penambahan seksyen baharu iaitu Seksyen 121 (a), hasrat seksyen ini yang dijelaskan dalam ini adalah untuk memudahkan sesuatu kes itu diselesaikan ataupun immediate composed in case (dengan izin). Dalam seksyen ini wording nya mahkamah boleh atau dalam bahasa English, mahkamah boleh pada bila-bila masa selepas permulaan prosiding, memerintahkan mana-mana pihak prosiding itu untuk hadir di hadapannya atau Pendaftar menjadi satu pengurusan kes untuk menjamin penyelesaian prosiding yang adil, cepat dan ekonomi. Persoalannya di sini, adakah mahkamah maksudnya hakim mendengar sesuatu prosiding, hakim itu sendiri boleh membuat judgment ataupun dia
punya cadangan sendiri mengarahkan mana-mana pihak yang sedang bertelagah ataupun dalam pertikaian. Defendan keputusan kes atau pihak-pihak ini berbincang atau dengan kaedah pihak-pihak yang terlibat Plantif ataupun Defendan dalam mana-mana prosiding berjalan memohon kepada mahkamah untuk kes ini supaya boleh diselesaikan dengan cara yang lain. Dengan penyelesaian ini, adakah termasuk penghakiman persetujuan atau pihak-pihak boleh menarik balik tuntutan-tuntutan. Perkara ini boleh dijelaskan saya ingat ia lebih memudahkan. Terima kasih.
Baik. Pihak kerajaan hendak respond?
Terima kasih Sungai Panjang, Fasal 17 ini, di masukkan sebagai seksyen baharu bagi membolehkan mahkamah menjalankan prosiding pengurusan kes dan peruntukan ini akan menjadi rujukan dan dibaca bersama dengan kuasa membuat kaedah-kaedah di bawah Seksyen 247 Enakmen 4 Tahun 2003. Kaedah-kaedah ini yang sedang disiapkan oleh pihak mahkamah untuk menjadi garis panduan kepada semua hakim-hakim dalam melaksanakan prosiding. Terima kasih.
Baik. Terima kasih. Fasal 17 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 18.
Fasal 18 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 19.
Fasal 19 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 20.
Fasal 20 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 21.
Fasal 21 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 22.
Fasal 22 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 23.
Fasal 23 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 24.
Fasal 24 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 25.
Fasal 25 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 26.
Fasal 26 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Fasal 27.
Fasal 27 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini seperti yang telah diperbincangkan dan dipersetujui dimaklumkan pada Dewan sekarang.
Tuan Pengerusi, saya menyokong.
Dewan bersidang semula.
Tuan Speaker saya mohon dewan memaklumkan Dewan ini bahawa Rang Undang-undang ini telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Tuan Speaker, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat cadangan di hadapan Dewan ialah Rang Undang-undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini, sila kata ‘YA’.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila kata ‘TIDAK’.
Dipersetujui.
Usul No.7 Tahun 2022. Usul Resolusi Negeri Selangor pindaan Akaun Amanah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9 yang perlu diklasifikasi semula kepada Seksyen 10...Motion
Bacaan kali ketiga. Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor pindaan 2022. Aturan Urusan seterusnya, Usul No.7 Tahun 2022. Usul Resolusi Negeri Selangor pindaan Akaun Amanah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9 yang perlu diklasifikasi semula kepada Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957, Akta 61 disebabkan atas keperluan sumber dana daripada Kerajaan Negeri. Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 memperuntukkan Dewan Undangan bagi sesebuah negeri selain daripada Sabah dan Sarawak boleh dari masa ke semasa dengan Resolusi menentukan kumpulan wang bagi maksud-maksud ini dan sub seksyen-sub seksyen 1 (b) (ii) (iii) hendaklah terpakai Kumpulan Wang tersebut sebagaimana terpakai Kumpulan Wang yang ditentukan dalam jadual 3.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya sukacitanya ingin memaklumkan membawa satu usul dalam Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi seperti berikut:
Bahawa Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk membuat sesuatu penetapan selaras dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti berikut:
1) Pindaan 12 Ikatan Akaun Amanah bagi Akaun Amanah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akaun Amanah Awam yang perlu diklasifikasikan semula Seksyen 10 Akaun Amanah Kerajaan Akta Tatacara Kewangan 1957, Akta 61 disebabkan keperluan sumber dana daripada Kerajaan Negeri bagi membiayai operasi akaun amanah ini selaras dengan Surat Ikatan Akaun Amanah yang akan dikuatkuasakan. Senarai 12 Akaun Amanah yang akan terlibat adalah seperti berikut:
i) Akaun Amanah Rumah Mampu Milik di Selangor ii) Akaun Amanah Bantuan Dana dan Pembiayaan masjid dan institusi Islam di Negeri Selangor iii) Akaun Amanah Sistem Perakaunan Negeri Selangor iv) Akaun Amanah Bola Sepak Negeri Selangor v) Akaun Amanah Invest Selangor Development Fund yang dahulu dikenali sebagai Akaun Amanah Bioteknologi. vi) Akaun Amanah Pakej Rangsangan Ekonomi vii) Akaun Amanah Bencana Khas Negeri Selangor viii) Akaun Amanah Insentif Peduli Rakyat (IPR) ix) Akaun Amanah Pusat Pengenalan Diri (MySEL) x) Tabung Pusingan Pinjaman ASN/ASB xi) Tabung Amanah Saham Wawasan 2020 xii) Tabung Amanah Pembangunan Belia xiii)
Cadangan pindaan di klasifikasi kepada 12 Akaun Amanah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9 ke Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 untuk pertimbangan dan atas justifikasi terdapat keperluan suntikan dana daripada Kerajaan Negeri ke dalam Akaun Amanah tersebut untuk pengoperasian dan pengendalian aktiviti Akaun Amanah dalam memastikan tujuan penubuhan Akaun Amanah tersebut dicapai. Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya bermohon agar perkara ini dibahaskan dan mencadangkan ke Dewan ini. Terima kasih.
Tuan Speaker saya menyokong.
Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah di hadapan dewan ini adalah satu usul yang di bawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar iaitu Usul Resolusi Dewan Negeri Selangor bagi Pindaan Akaun Amanah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9 yang perlu diklasifikasikan semula kepada Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 Akta 61, disebabkan oleh keperluan sumber dana daripada Kerajaan Negeri. Oleh itu saya kemukakan usul ini untuk dibahaskan sekiranya ada. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanya sedikit berkenaan sedikit tentang Akaun-akaun Amanah yang disenaraikan di sini dan saya rasa mungkin tidak menjadi pengetahuan umum la bahawa Negeri Selangor mempunyai banyak Akaun Amanah dan saya kira dalam Penyata Kewangan memang ada banyak lagi la yang tidak disenaraikan hari ini lah yang hari ini yang diklasifikasikan. Tapi nak tanya tentang hala tuju untuk beberapa Akaun Amanah yang pertama ialah Akaun Amanah Rumah Mampu Milik. Jadi selama ini, kita ada sistem cross subsidi di mana pemaju yang diberi tanggung jawab untuk membina beberapa peratus antara 20 hingga 50% Rumah Mampu Milik di atas pemajuan mereka. Dengan penukaran status Akaun Amanah ini adalah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memasukkan duit dan membina sendiri Rumah Mampu Milik ataupun apa hala tuju dalam membicarakan Akaun Amanah ini pada hari ini. Yang kedua Akaun Amanah Inisiatif Peduli Rakyat juga di sini saya ingin tahu apa rancangan Kerajaan Negeri untuk Akaun Amanah ini, yang ke 3 ialah Akaun Amanah untuk Program Dokumen Pengenalan Diri (MYSEL). Memang keperluan untuk perkhidmatan MYSEL ini sangat penting saya sangat sedih pada tahun 21st Century ini masih terdapat rakyat Negeri Selangor yang tidak mempunyai dokumen pengenalan/ Kad Pengenalan/ IC biru. Dan Pusat-pusat Khidmat kita kadang-kadang dikunjungi oleh keluarga-keluarga ini yang mempunyai anak angkat ataupun anak yang tidak didaftarkan kelahirannya dan mereka masih tidak mempunyai dokumen walaupun sudah sekian lama mereka memohon. Dan saya sendiri pun ada membawa kes kepada pegawai MYSEL yang mana semua dokumen telah diserahkan kepada JPN tetapi selepas beberapa tahun, 3 4 tahun masih lagi belum mendapat apa-apa kata putus daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan permohonan untuk status kewarganegaraan untuk anak angkat ini. Jadi, apakah rancangan Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri ingin membelanjakan duit ini dengan cara yang
berbeza daripada beberapa tahun yang lepas. Adakah kita akan tambah pegawai, saya pun khuatir, pegawai yang sedia ada adakah mereka terbeban dengan terlalu banyak kes yang tidak dapat follow up dengan se-efisiennya yang boleh ataupun kita akan menggunakan duit untuk melantik peguam dan mungkin selain officer-officer level kita mungkin akan membantu Rakyat Selangor untuk fail kes di mahkamah untuk menuntut kewarganegaraan hak mereka. Jadi atas tiga perkara ini saya mohon penjelasan Yang Berhormat EXCO-EXCO atau pun Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Satu lagi.
Hulu Kelang.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mengemukakan satu perkara yang sama. Berkaitan dengan Masyarakat India di Hulu Kelang. Satu berkaitan dengan Dokumen IC tiada. Lahir di Malaysia, usia dah baru meninggal tapi yang lain masih hidup yang usianya 68 ke 70 tahun. Ada 6 orang dan satu yang keluarga mamak dan akhirnya dapat surat dapat IC dan boleh buat pasport la, buat kad pengenalan. Jadi satu lagi adalah tentang kalau ada peruntukan boleh tak...yang telah di banci oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan MPAJ ataupun apa-apa Badan yang telah diperakui oleh Kerajaan Negeri sebagai yang boleh membanci untuk hak pembelian rumah boleh tak diperuntukkan di tabung itu satu token. RM100.00 pun tak apa sumbangan Kerajaan Negeri kepada Tabung Pembukaan Rumah untuk Tinggal Malay Kampung..sekiranya nanti Kerajaan membangunkan tanah tersebut.
Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Hulu Kelang. Saya mempersilakan Sungai Panjang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di atas resolusi dan pembentangan tadi. Cuma saya sebagai tambahan daripada Bukit Gasing tadi, ada beberapa perkara-perkara yang kita nak juga tahu dan juga mendapatkan sedikit makluman dan juga penjelasan yang pertamanya sebelum pindaan ini ketika akaun-akaun ini diletakan di bawah Seksyen 9, apakah punca-punca sumber kewangan kepada Tabung-tabung Amanah ini dan apakah di antara kekangan yang menjadi satu perkara yang crucial kepada pihak Kerajaan agar perkara ini ditukar kepada Seksyen 10. Yang keduanya berkenaan dengan kedudukan kewangan semasa berkenaan dengan akaun-akaun dan juga Tabung-tabung Amanah ini. Adakah akaun-akaun dan juga Tabung-tabung Amanah ini adalah dengan izin telah pun menjadi satu akaun ataupun satu Tabungan yang dormant sebelum kita nak tukarkan dia kepada Seksyen 10. Yang ketiganya adalah berkaitan dengan cadangan-cadangan yang mana yang
Kerajaan akan gunakan sumber-sumber ataupun apa nama ini, Akaun-akaun ini untuk pembangunan ataupun inisiatif-inisiatif dilaksanakan oleh pihak Kerajaan pada masa akan datang dan adakah yang terakhir sekali yang keempat adakah Akaun-akaun ini sebelum ini telah pun diletakkan di bawah mana-mana GLC atau pun Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri agar ada sumbangan-sumbangan yang tertentu dimasukkan ke dalam Akaun-akaun ini untuk inisiatif-inisiatif ataupun hasrat yang berkaitan dengan tajuk-tajuk di dalam 12 akaun ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar.
Dipersilakan pihak Kerajaan.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau kita sedia maklum kalau melihat daripada tajuk kenyataan ini atau usul ini dibuat adalah untuk memberi bidang kuasa di bawah Seksyen 10 berbanding dengan Seksyen 9. Bermakna berulang kali daripada Setiausaha menyebutkan dalam ucapan usul yang saya sebutkan tadi bahawa ia akan membenarkan untuk pihak Kerajaan meletakkan sejumlah kewangan ke dalam Akaun-akaun Tabung Amanah yang saya nyatakan 12 yang berikut tadi. Kalau sebelum ini bermakna kita tidak dibenarkan ataupun tidak meletakkan di bawah Seksyen 10, kalau tidak dibenarkan di bawah Seksyen 10, maknanya sebahagian besar dan majoriti daripada kedudukan kewangan ataupun semua daripada sumber kewangan itu berpunca daripada sumber bukan hasil akaun wang disatukan. Ataupun bukan berpunca daripada wang negeri. Ia datang daripada anak syarikat, sumbangan, persendirian dan sebagainya supaya ia membantu pihak Kerajaan Negeri di masa pada ketika itu dan masa akan datang untuk melaksanakan projek ataupun program-program yang terkandung di bawah 12 perkara-perkara yang terbabit. Justeru sekarang ini, sebagai contoh kita melihat beberapa tabungan itu sewajarnya diletakkan satu fund yang lebih konsisten. Sebagai contoh Tabungan untuk IPR yang kita namakan lepas ini Iltizam Selangor Penyayang. Nama tidak menjadi masalah namun begitu bagaimana konsep kedudukan kewangannya supaya pada waktu-waktu tertentu tidak berlaku pemutusan kewangan. Bila dah berlaku putusan kewangan, Kerajaan perlu meletakkan duit, nak letakkan duit ia perlu dibenarkan mengikut Seksyen. Kalau kita letakkan pun, akhirnya nanti pihak Audit Negara akan mempertikaikan kenapa kita meletakkan tabungan ini dengan wang Kerajaan dan sebagainya. Jadi saya sentuh juga tentang Bukit Gasing, bertanya tentang Akaun Rumah Mampu Milik. Ia sebelum ini Akaun Rumah Mampu Milik memang dibangunkan sendiri oleh pihak-pihak swasta dengan sistem kontra subsidi dan pada masa hadapan kita akan memiliki sebagai contoh rumah-rumah yang diberikan hasil kontra daripada Rumah Idaman dan Harapan. Rumah Idaman dan Harapan ini memerlukan maintenance pada masa hadapan. Jadi dana ini juga memerlukan dan Kerajaan di masa depan kerana ia menjadi milik harta Kerajaan ataupun Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang kita wajibkan tapi pada masa-masa tertentu sampai tahap-tahap tertentu mungkin boleh dibangunkan ataupun proses maintenancenya di masa hadapan untuk dibangunkan ataupun pembelian Rumah-rumah Mampu Milik
yang dibangunkan oleh pihak swasta di luar sana untuk mengisi program sewa ataupun Smart Sewa yang kita laksanakan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian sebab itu perubahan daripada Seksyen 9 ke Seksyen 10 ini dilakukan sesuai dengan keperluan-keperluan semasa. Untuk keperluan setiap Tabungan-tabungan ini termasuk MYSEL yang mungkin YB Kota Kemuning akan sedia menjawab nanti berikutan beberapa detail yang dibangkitkan di sana. Begitulah secara umumnya apa yang dilakukan kerana kita tak mahu daripada masa ke semasa kita terpaksa pula melakukan perubahan demi perubahan ini adalah pengalaman yang kita kumpul selama bertahun-tahun dan melihat ada keperluan pada masa-masa tertentu Kerajaan meletakkan kedudukan kewangan dan ada baiknya juga kita boleh letakkan supaya kita mempunyai tabungan serta kedudukan kewangan yang cukup dalam tabung ini untuk kita belanjakan, kadang-kadang sebagai contoh kita ada perbelanjaan yang kita anggarkan sebegini rupa, seperti Peduli Sihat namun ada jumlah yang banyak yang melampaui dan Tabungan ini kita boleh gunakan untuk dibayar kepada vendor pelaksana sama ada Anak Syarikat Kerajaan Negeri dan sebagainya. Jadi yang terakhir tadi yang Sungai Panjang sebut, ada tak GLC diarahkan, memang ada sebagai contoh Tabungan Bola Sepak. Dahulu Tabungan Bola Sepak ini memang sebahagiannya sumbangan daripada GLC tapi dia akan diserahkan dalam Kerajaan ataupun dan ditukar kepada ini sebab tiap-tiap tahun memang kita sediakan Tabung daripada Bola Sepak Negeri untuk dimasukkan ke dalam peruntukan bola sepak. Tapi dulu konsepnya agak dia jadi lebih rumit sebab ada wang Kerajaan yang disalurkan mengikut cara Kerajaan dan ada wang Tabung Amanah Pembangunan Bola Sepak yang diagihkan melalui Tabung Amanah. Ini sumbangan syarikat, sumbangan Anak Syarikat Kerajaan Negeri, sumbangan individu dalam tabungan. Yang dana Kerajaan dibuat berasingan sebab itu kita tukar Tabung Bola Sepak itu supaya dibenarkan GLC, Anak Syarikat dan juga Tabungan Kerajaan dalam Tabung ini supaya ia boleh dibelanjakan dalam kaedah Seksyen 10. Ini adalah kaedah melihat Tabungan-tabungan ataupun Tabung Amanah-tabung amanah yang kita telah wujudkan supaya perbelanjaan Kerajaan diiktiraf dan perbelanjaan luar ataupun yang bergabung dan hybrid ini juga diberikan kebenaran untuk dilakukan. Terima kasih.
Terima kasih.
Saya nak tambah lagi, berkaitan MYSEL yang telah dibangkitkan oleh Bukit Gasing bersama dengan Hulu Kelang. Sebenarnya saya ingin menyatakan di sini memang daripada semenjak 2018 hingga sekarang kes yang terkumpul dalam pejabat saya sudah melebihi 3000 mungkin hampir 4000 kalau saya dapat maklumat terkini. Memang dua pegawai itu tak cukup untuk menangani. Namun begitu, 500 kes telah habis diselesaikan. Dan ingat ini bukan masalah kaum India sahaja, kedua terbesar adalah sebenarnya orang Melayu dan juga diikuti dengan Cina. Dan kita nampak dokumen pengenalan diri ini masalah semua pihak. Dan saya telah sediakan pun Kertas MMKN untuk menambahkan bilangan pegawai. Terima kasih. Dan perlu diingatkan walau
bagaimanapun kita nak ambil peguam ke apa dan kita tahu perkara ini sebenarnya keputusan terakhir adalah dekat KDN. Sebenarnya Pegawai-pegawai kita ni follow up itu paling penting kalau kita boleh selesaikan 500 kes satu pencapaian luar biasa yang tidak pernah dilakukan mana-mana pihak. Maka saya ucapkan terima kasih kerana isu ini dibangkitkan oleh dua-dua Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adapun masalah adalah satu Usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk membuat satu ketetapan selaras dengan Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 seperti yang berikut. 1 Pindaan 12 Ikatan Akaun Amanah bagi Akaun Amanah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9 Akaun Amanah Awam yang perlu diklasifikasikan semula kepada Seksyen 10 Akaun Amanah Kerajaan Akta Tatacara Kewangan ATK 1957 Akta 61 disebabkan oleh keperluan sumber dana daripada Kerajaan Negeri bagi membiayai operasi Akaun Amanah ini selaras dengan surat ikatan amanah yang akan berkuat kuasa. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila kata YA.
AHLI DEWAN : Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju sila kata TIDAK.
Usul ini dipersetujui.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa telah menunjukkan jam 4.30 petang, dengan ini saya menangguhkan Dewan sehingga hari esok 26.07.2022 hari selasa jam 10.00 pagi, Dewan ditangguhkan.
(DEWAN DITANGGUHKAN PADA JAM 4.30 PETANG)